Pakatan Rakyat

Dicatat oleh Unknown | | Posted On Rabu, 24 Disember 2014 at 9:39 PTG

sumber :-

Pakatan Rakyat


dollah yankee

Posted: 24 Dec 2014 09:34 PM PST

dollah yankee


Doa minta angin dan ribut

Posted: 24 Dec 2014 06:22 AM PST



Angin kencang timur laut dan laut bergelora kategori ketiga diramal berterusan di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak dan Sabah sehingga esok. Kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia menyebut, ia membawa kelajuan angin 60 kilometer sejam dan ombak yang boleh mencapai ketinggian melebihi 5.5 meter.

lalu teringat lah akan gurkah-gurkah politik di'port' al kisah suatu ketika tak lama dulu dimana semasa Monsoon Cup berlangsung dan olih kerana tiada angin, maka penganjur telah menggunakan helikopter untuk membuat angin ...Kah..Kah..Kah..


MONDAY, NOVEMBER 27, 2006

Kerajaan Hadhari Minta ribut untuk Monsoon Cup

Posted on Monday, November 27 @ 11:53:50 MYT by webmaster
Oleh Pok Mat
Pada Jumaat awal bulan November, saya telah pergi bersembahyang Jumaat di sebuat masjid di tepi pantai Dun Tepoh. 
Secara umumnya, Isi khutbah pada hari tu adalah berkaitan dengan Monsoon Cup atau kapal layar. Saya tertanya-tanya pada diri saya, ini kah yang dikatakan khutbah had-hari yang banyak membincangkan perkara dunia di dalam masjid secara sedar atau tidak sedar. 
Sedangkan perkara yang lebih besar pada masa itu ialah isu murtad, isu aqidah.
Selepas saja solat Jumaat, diumumkan untuk solat hajat minta angin kuat sempena monsun cup nanti. Terkejut besar saya, kerana minta bala dengan Allah. Maka bersolatlah mereka-mereka yang seangkatan monsun cup minta angin kuat bagi memudahkan kapal bergerak laju nanti, dan tak payahlah nanti guna enjin masa pertandingan nanti. 
Inilah situasi masyarakat yang telah di beri faham tentang Islam had-hari yang dikatakan oleh Dr Mashitah sebagai pelengkap kepada Islam yang dibawa oleh Nabi SAW. Sepatutnya kita pakat solat hajat minta selamat aqidah, dia pula minta mudah nak buat maksiat. Kita boleh lihat, kerajaan menghabiskan wang berjuta-juta untuk monsun cup sedangkan masa yang sama rakyat Terengganu ramai lagi yang perlu dibela. 
Wahai orang-orang UMNO.. insaflah dan bertaubatlah kamu sebelum bala menimpa. 

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

Posted: 24 Dec 2014 09:18 PM PST

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Najib di padang golf dengan Obama di Hawaii

Posted: 24 Dec 2014 09:11 PM PST

Nampaknya beruntung rakyat Malaysia terutamanya yang sedang menerima musibah akibat bencana banjir yang telah ditakdirkan Tuhan ke atas rakyat Malaysia. namun PM 1 Malaysia kita telah bermain golf dengan Presiden Obama di Hawaii... Ditengah rakyat sedang menderita dan bertarung dengn berbagai masaalah harga barang, minyak , dan bakal berhadapan dengan GST tahun hadapan yang tak berapa hari....keadaan yang tidak menguntungkan para penjawat awam dengan gaji yang kecil dan kejatuhan nilai ringgit,Najib sedang bermain golf? Haiiii macai Umno..hangpa tak dak akai ka nak pikiaq?????Betul apa yang ditulis oleh Shahbudin Hussein dalam tulisan beliau di bawah.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak telah meluangkan masa di padang golf pada ambang Krismas, dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.

Najib kini sedang bercuti di Hawaii, lapor Washington Post semalam, dengan memetik Rumah Putih.

Semakan di laman web FlightRadar24 menunjukkan jet rasmi, dengan nombor pendaftaran 9M-NAA, tiba di Honolulu dari Kuala Lumpur pada 20 Disember.

Najib telah dilaporkan bercuti hujung tahun.

[Baca berita penuh/asal]

Pemimpin Yang Lebih Utamakan Cuti Daripada Banjir Semoganya Dilaknat Allah Dan Kalah Pilihanraya

Posted: 24 Dec 2014 03:09 PM PST

 Shabudin hussein

Keadaan banjir di beberapa negeri ketika ini semakin buruk. Di Kelantan, Terengganu dan Pahang, banjir terus bertambah buruk dan jumlah mangsa yang berada di pusat pemindahan juga semakin bertambah.

Beberapa kawasan sudah ditenggelami air, aktiviti harian lumpuh, jalan terputus dan ada jalan utama juga turut runtuh akibat hujan yang berterusan sejak beberapa hari lalu. Ada juga laporan mengatakan hubungan darat Kelantan telah terputus dengan negeri-negeri lain.

Melihat keadaan hujan yang masih mencurah dengan lebat, adalah dijangka banjir yang disifatkan antara yang terburuk ini akan terus melanda untuk beberapa lama lagi. Tidak mustahil juga ia akan berlarutan sehingga awal tahun baru 2015 nanti.

Di Perak dan Perlis pula, beberapa kawasan turut mulai dilanda banjir dan angka mangsa yang terpaksa dipindahkan ke pusat pemulihan juga terus bertambah.

Meskipun bantuan dari segi makanan, keperluan harian dan usaha memindahkan mangsa terus giat dijalankan oleh pelbagai agensi kerajaan, tetapi amat malang kehadiran pemimpin meninjau ke tempat banjir agak mengecewakan kali ini.

Selain pemimpin peringkat negeri yang tentunya bertungkus-lumus membantu mangsa di kawasan masing-masing, kehadiran pemimpin Pusat  ke negeri-negeri yang dilanda banjir nyata agak mengecewakan.

Tiada kelibat Perdana Menteri, Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, menteri-menteri kanan seperti Zahid Hamidi, Hishammuddin, Shafie Apdal, Ahmad Maslan dan lain-lainnya. Jika bercakap berkaitan isu politik dan mengampu pemimpin, begitu ramai yang berebut-rebut mahu ke depan, namun di mana mereka ketika rakyat derita ini?

Yang nampak hanyalah beberapa kerat pemimpin seperti Shahidan Kassim, Shahrizat Jalil, Abdul Azeez Rahim, Mustapha Mohamad dan Ahmad Shabery Cheek saja. Pemimpin sayap Pemuda dan Puteri juga hampir tidak kelihatan sama.

Ke manakah pemimpin-pemimpin sihat dan segar-bugar ini menghilang? Muhyiddin sudah lebih seminggu tak kelihatan dan dipercayai sedang bercuti di luar negara ketika ini. Najib juga dipercayai baru berlepas bercuti ke luar negara dua hari lalu setelah meluangkan sedikit waktu melawat mangsa banjir di Pahang.

Majoriti pemimpin lain dipercayai turut bercuti di luar negara ketika ini. Ada yang bercuti sebelum banjir melanda dan ada pula yang berlepas setelah banjir itu menggila. Najib sendiri pergi bercuti setelah mengetahui banjir kian bertambah buruk dan ini merupakan percutian keduanya dalam tempoh tidak sampai lima bulan di mana pada Hari Raya Aidilfitri lalu beliau juga bercuti ke beberapa bandar di Eropah.

Soalnya, apakah perasaan pemimpin yang sedang bercuti ini sedangkan mereka mengetahui ada rakyat yang sedang sengsara dan sesetengahnya berjuang antara hidup dan mati menyelamatkan nyawa dan harta benda akibat banjir?

Apakah bercuti dan berehat di luar negara terlalu penting sehingga ianya tidak boleh ditangguhkan langsung? Atau kalau sedang bercuti, tidak bolehkah pulang segera dan menunjukkan keprihatinan sebagai pemimpin kepada rakyat?

Sekadar meminta mangsa bersabar dan berdoa dengan keadaan banjir yang kian buruk sedangkan mereka berada di luar negara, mungkin riang gembira dan ketawa bermain salji, bukan saja tidak memadai tetapi jelas memperlihatkan perlakuan paling buruk sebagai pemimpin.

Inilah masanya mereka yang bergelar pemimpin perlu bersikap jujur dan mengutamakan rakyat. Berehat, bercuti, membeli-belah dan bemain salji di luar negara yang lebih penting atau nasib rakyat yang lebih utama?

Kepada pemimpin yang tiada perasaan, tidak prihatin dan lebih mengutamakan diri sendiri dengan tidak sanggup menangguh atau memendekkan percutian mereka  di ketika rakyat sedang sengsara ini, eloklah kita juga mendoakan agar mereka itu dilaknat Allah, kalah dalam pilihanraya akan datang dan tidak lagi bergelar pemimpin. (SH 24/12/2014)

Cuepacs : Wujud Bank Tanah Penjawat Awam. Rizab 1.5 Juta Lot Tanah Untuk Keperluan 1.4 Juta Kakitangan Awam

Posted: 24 Dec 2014 05:28 AM PST

Cuepacs : Wujud Bank Tanah Penjawat Awam. Rizab 1.5 Juta Lot Tanah Untuk Keperluan 1.4 Juta Kakitangan Awam

100
bank tanah
Cuepacs, Wujud Bank Tanah Penjawat Awam. Rizab 1.5 Juta Lot Tanah Untuk Keperluan 1.4 Juta Kakitangan Awam : 

Mahu melihat majoriti daripada 1.4 juta kakitangan awam terjaga kebajikannya dan tidak terus terhimpit dengan gelombang kenaikan harga rumah naik di Malaysia apatah lagi kerisauan Cuepacs Malaysia yang tidak mahu kakitangan awam menjadi gelandangan di Malaysia (SEPERTI DI SINI), Cuepacs tampil dengan saranan kepada kerajaan Malaysia.

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu kerajaan Malaysia bertindak segera bagi membentuk apa yang dipanggil sebagai bank tanah sekaligus membantu penyediaan untuk 1.4 juta kakitangan awam yang memerlukan rumah yang benar-benar mampu milik untuk mereka. Bukannya rumah mampu tengok yang lebih banyak dibina sekarang ini.

Cuepacs : Kawal Harga Rumah Mahal Dengan Bank Tanah Penjawat Awam

Cuepacs mahukan kerajaan Malaysia menyediakan sekurang-kurangnya rizab 1.5 juta lot tanah sebanyak simpanan dalam bank tanah penjawat awam. Apa kata 1.4 juta kakitangan awam di Malaysia dengan cadangan dan saranan terbaru Cuepacs?

Anwar gesa Putrajaya lulus geran bantu Kelantan dan Terengganu

Posted: 24 Dec 2014 05:16 AM PST

Anwar gesa Putrajaya lulus geran bantu Kelantan dan Terengganu

(Ermizi Muhamad)
KUALA LUMPUR 24 Disember : Ketua Umum KEADILAN, Saudara Anwar Ibrahim menggesa Kerajaan Persekutuan meluluskan geran bantuan bencana alam negeri Kelantan dan Terengganu bagi meringankan beban yang dialami rakyat di negeri itu.
Ia berikutan kegagalan Kerajaan Persekutuan menyalurkan peruntukan kepada kedua-dua negeri itu yang menyebabkan hampir 30,00 rakyatnya terkesan dan terpaksa dipindahkan akibat banjir baru-baru ini.
anwar_ibrahim

"Saya menggesa agar Kerajaan Persekutuan meluluskan geran bantuan bencana alam kepada negeri Kelantan dan Terengganu secepat mungkin bagi membantu kerajaan-kerajaan negeri ini mengatasi bencana banjir serta meringankan beban yang dialami rakyat pada waktu ini," tegasnya dalam satu kenyataan.

Sehingga kini, banjir yang melanda di kedua-kedua negeri itu khususnya di Kelantan semakin buruk sejak beberapa hari lalu menyebabkan sebahagian besar daerah Kuala Krai, Gua Musang dan beberapa kawasan yang tidak pernah terjejas sebelum ini mula dinaiki air.

Pada masa yang sama, bahagian utara negeri itu terutamanya di kawasan Kota Bharu, Pasir Puteh dan Bachok pula diancam fenomena air pasang besar.

Anwar menambah, beliau turut bersimpati terhadap musibah yang berlaku di kedua-dua negeri itu.
"Sudah pasti perubahan iklim dunia serta musim hujan merupakan antara faktor penyebab bencana banjir ini cukup dahsyat kali ini.

"Justeru, saya dan Azizah turut berdukacita serta memanjang doa semoga Allah SWT meringankan beban yang dialami semua yang terkesan akibat banjir ini," ujarnya lagi.

Bila PAS ambil alih perangai buruk UMNO .....

Posted: 24 Dec 2014 04:32 AM PST

Wednesday, December 24, 2014

Bila PAS ambil alih perangai buruk UMNO .....kredit al husseyn

Assalamu'alaikum Warahmatullah

Sekitar sembang santai bersama Tan Sri Abdul Kadir Syeikh Fadzir, bekas vateran UMNO yg sejak 1956, yg lebih 30+ tahun aktif dlm kabinet pelbagai peringkat, sebelum tinggalkan UMNO sebelum PRU13 lepas.

Selepas taaruf & tanya khabar, Tan Sri menitipkan beberapa nasihat dan pesanan utk PAS berdasar pemerhatian Tan Sri sendiri sbg pihak luar PAS dlm isu survival politik Islam & Melayu, dan PR di M'sia.

Kelihatan wajah Tan Sri cukup bertenaga, dan nampak ikhlasan pandangan2 tegas di bawah, walau agak keras.

 [Ringkasan...]

 1. Tan Sri sedang gerakkan parti baru beliau yg akan dilancarkan secara rasmi hujung Jan-2015 melibatkan seluruh jentera2 negeri.

2. Matlamat beliau utk betulkan kerosakan politik dlm negara skrg yg sgt parah. Kerajaan dan BN telah totally gagal berfungsi utk membela rakyat.

3. Parti baru tak bergabung dgn PR walau sama2 lawan BN, sbb isunya utamanya PR skrg dah semakin parah dan berpecah teruk.

4. PR asalnya dah elok2 di atas landasan utk tumbangkan BN, sikit sahaja lagi kena tingkat usaha lepas PRU13 lepas, tapi PR ambil keputusan patah balik ke blkg. Dah jadi Sama mcm UMNO yg mmg dah lama undur ke blkg. Sebab itulah PR blh memang besar dlm PRU13 lepas.

5. Sepatutnya PR bcg bagaimana betulkan kelemahan kerana gagal menang PRU13. Tapi terperangkap dlm isu hudud mainan UMNO yg PAS nak bawa.

6. Masalah PR plg utama mmg pada PAS. Mulut sebut nak ganti UMNO sejak dulu. Rupanya yg diganti tu perangai2 buruk UMNO diambilnya.

7. PAS yg diharapkan boleh jadi tempat utk org2 Melayu Islam yg sokong UMNO dulu utk datang pada PAS. Tapi sekarang hakikatnya org2 Melayu termasuk bekas2 pimpinan UMNO dlm PAS itu pun dah makin menyampah pada PAS, dan pakat lari dari PAS.

8. Faktanya semua org tahu, termasuk PAS sendiri, bahawa UMNO tak akan sesekali benarkan laksanakan hudud di Kelantan atau M'sia. Semua Presiden UMNO dah cakap mcm benda yg sama. Tak akan UMNO benarkan Islam perintah. Sebab kalau Islam kuat mmg UMNO pun hancur. Tapi sekali UMNO berlakon hulur tangan pada PAS, sekali itulah PAS terus sambut dan tak kisah dah janji2 PAS pada parti2 lain dlm PR. Siap serang balik parti2 PR lain itu.

9. Sedangkan saya cukup yakin sekalipun PAS bawa EJSK itu dibawa ke Parliment lepas sidang khas DUN Kelantan luluskan nanti, ia akan ditolak awal2 lagi. Yakinlah dgn saya. Saya kenal sgt perangai jahat UMNO.

10. Masa itulah, masa EJSK itu kena tolak nanti, parti yg paling seronok adalah UMNO dan BN, sbb PR dah berkubur sebab dah habis pecah. Saya sebut sebab saya mmg kenal semua kerja2 jahat UMNO dan strategi jahat UMNO nak jatuhkan PR melalui umpan PAS.

11. Bukan sahaja saya yg tak masuk PAS dah jadi benci pada PAS, kawan2 saya yg asal UMNO dan dah masuk PAS pun, awak tanyalah, semua mereka dah menyampah kat PAS. Semua mereka hilang kepercayaan pada PAS dan PR. Dan semua mereka nampak PAS mmg gagal berperanan sbg rakan dlm PR.

12. Bagitahu pada budak2 baru dalam PAS mcm Ahli Parlimen xxx dan Ahli Parlimen yyy tu, mereka tu tak pernah kenal lagi UMNO, elok janganlah bercakap hal2 UMNO dan strategi nak selamatkan Melayu. Langsung tak betul apa yg mereka cakap tu. Merapu sahaja bagi org makin benci PAS sebenarnya.

 13. Mereka tu dok ingat makin banyak mereka bercakap pasal hudud dan undang2 Islam, ia akan menarik org2 Melayu sokong PAS. Mereka silap besar. Mereka ingat org2 Melayu bodoh mcm zaman dulu. 

14. Bagitahu mereka, lagi banyak mereka cakap hal hudud dan cari sokongan Melayu dgn politikkan isu hudud, makin berlambaklah org2 Melayu lari dari sokongan pada PAS. 

15. Hanya org2 bodoh tak reti politik mcm mereka tu sahajalah akan kata org Melayu akan jadi makin sokong PAS bila PAS cakap hal hudud itu.

16. Satu lagi, org yg plg ramai akan lari dari PAS adalah org muda. Budak2 muda skrg menyampah sgt pada PAS dgn sebab mereka dok cakap hal2 yg tak akan dapat dilaksanakan selagi UMNO masih ada. Bukan bercakap hal2 keperluan org muda.

17. Sedangkan kalau PAS terus cakap hal2 kebajikan, ekonomi, rasuah, pekerjaan org2 muda, pendidikan, dan sistem keadilan negara, masa itulah org akan makin dekat dgn Islam dan sokong PAS.

18. Bagitahu kat org PAS, ingat betul2 pesanan saya ini sebab saya kenal sgt darah daging UMNO, dan saya faham apa sebab org Melayu nak sokong PAS. Bagitahu mereka hanya org2 mcm Ahli Parlimen Shah Alam dan kawan2 dia itu sahajalah yg boleh bawa balik PAS utk tarik sokongan Melayu dan untungkan Islam. 

19. Ini tidak, kamu hentam Khalid Samad dan kutuk dia larikan sokongan Melayu sebab konon dia buat mcm tu sebab nak tarik undi Cina India. Walhal org2 Melayu atas pagar dan UMNO yg dah cerdik skrg mereka cukup hargai tindakan Khalid Samad dan kawan2 dia yg berani itu.

20. Nanti kalau ada kesempatan jumpa saya lagi, saya nak bagitahu kamu mcmana nak lawan UMNO tanpa sesekali masuk perangkap UMNO itu.

W'alam. Catatan bual santai siyasah..; 

Ahmad Sayuti Bin Bashiron 
Jumaat 19 Dec 2014 Shah Alam

Tukar Tiub

Posted: 24 Dec 2014 07:24 PM PST

Tukar Tiub


BEBAL BIN BENDUL

Posted: 24 Dec 2014 06:00 PM PST





Terus berdemo jika ia boleh turunkan harga minyak, 

kata Hasan Malek 

Mana-mana kumpulan yang merancang untuk berdemonstrasi menuntut harga minyak turun semasa ambang tahun baru terbuka melakukannya, tetapi bagi Hasan Malek pihaknya akan terus melakukan kerja seperti biasa dan enggan melayan tuntutan kumpulan tersebut 

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/terus-berdemo-jika-ia-boleh-turunkan-harga-minyak-kata-hasan-malek#sthash.umWP10uB.dpuf

KAH KAH KAH

terbaik
dari hasan malek
ini yang kita
demo berterusan
demo berpanjangan
demo jadi budaya kita
demo jadi cara kita
demo untuk perubahan
demo lawan kezaliman

APA LAGI 

MELAYU MAU


---------------

SELAMAT BERGUMBIRA

Posted: 24 Dec 2014 06:09 AM PST



JAI  DAN EZI
ucapkan 
selamat bergumbira


CHARLIE BROWN
apa maknanya christmas


WAJAH PEJUANG

Posted: 24 Dec 2014 05:00 AM PST



KOMENTAR
16 september tahun hadapan
akan lagi heboh chin peng
ini adalah hari kematian
pejuang kemerdekaan
tidak dapat tidak
akan ada cuti umum

pasti akan ada usaha
agar cuti umum dibatalkan



Individu dalam mural itu adalah penduduk lokal

IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menjelaskan individu dalam lukisan mural di Jalan Tun Sambanthan, di sini bukan Ketua Parti Komunis Malaya (PKM) tetapi merupakan penduduk tempatan.

Bahagian Perhubungan Awamnya dalam satu kenyataan semalam, berkata, ia dilukis oleh seorang pelukis dari Lithuania bernama Ernest Zacharevic berdasarkan wajah seorang penduduk tempatan.

"Pihak MBI sekali lagi menjelaskan lukisan mural yang terdapat di dinding sebuah restoran di Jalan Tun Sambathan bukan imej Chin Peng," menurut kenyataan itu.

Difahamkan, satu video di laman Youtube bertajuk 'The Art of OLDTOWN with Ernest Zacharevic - Old uncle with cofee cup mural' adalah bukti lukisan mural tersebut bukan imej Chin Peng

Individu sebenar dalam lukisan mural bertemakan 'old uncle with cofee cup' dihasilkan Ernest itu didakwa seorang pengendali kren.

Kelmarin, sebuah lukisan mural mencetuskan kontroversi apabila seorang warga Ipoh, Mior Azman Mior Aris, 46, memuat naik status dalam laman Facebook mendakwa imej berkenaan mirip Chin Peng.



KAH KAH KAH

woit
ini hebat
sosok bernama chin peng
memang hebat
abu chin peng ditakuti
wajah chin peng ditakuti

wajah pejuang 
menentang british

APA PUNYA TUUUR







--------

RIWAYAT POTONG KAKI

Posted: 23 Dec 2014 08:08 PM PST







RIWAYAT POTONG KAKI

Mengikut kata Sahibul Hikayat adalah kesah disebuah negeri Entah Berentah. Negeri molek lagilah indah. Negeri turun temurun milik cucu cicit Wan Empok dan Wan Malini.

Kesah ini sampai dari mulut ke mulut. Pada saat dan ketikanya pada hari baik bulan yang baik maka hamba bersurah kesah ini agar menjadi hawa telinga agar menjadi ajaran hendaknya. Amin.

Maka hamba pun memanjang lidah membawa ceritera ini dari Tok Perawi ke Tok Perawi dari Tok Penggwa ke Tok Guru. Dari hulu kampong ke hilir kampong. Dari hulu sungai hingga ke tebing laut. Telinga hamba mendengar kesah ini dari lidah Tok Guru. Jika kesah ini tidak benar maka tidak benarlah cakap Tok Guru. Jika kesah ini pencong maka penconglah hati Tok Perawi. Hamba ini hanya berangan-angan untuk menjadi Perawi Soheh agar anak cucu cicit hamba akan selamat tujuh keturunan.

Mengikut ceritera yang hamba dengar dalam negeri Entah Berentah ini ada seorang Putera Raja yang kacak lagi bergaya. Berdastar macam anak Raja Melaka. Berkuda macam anak Raja Mongolia. Memanah tepat busar mengena apa sahaja. Berlari sederas angin. Berenang sepantas ikan. Bila memanjat kepala tak ubah saperti berok dan ungka. Ada pun nama diberi Putera Buana Embun Nila Derai Ulai Lembayong – dipendekan menjadi Putera Bendul.  Dimanjakan menjadi Mat Bendul

Mengikut tuan empunya cerita Putera Bendul yang masih belum beristeri masih juga belum ditabalkan sebagai Raja Negeri. Ini mengikut surah Tok Guru yang mendengar dari Tok Batin yang mendengar dari Tok Penggawa yang mendengar dari Tukang Masak Istana bahawa Mahkota Diraja telah hilang dilarikan oleh saekor Ungka Bertina. Mengikut yang empunya ceritera Ungka Betina ini pada satu malam yang gelap telah masuk ke bilik Gong Seri dan mencuri Mahkota Diraja.

Adalah menjadi cerita pada satu ketika dahulu Ungka Betina ini hidup makan tinggal dalam Istana. Kesah benar ini menjadi pelik lagi menghairankan kerana Ungka Betina mencuri Mahkota Diraja dengan niat untuk menjadikan anak kesayagannya sebagai Raja.

Adalah menjadi sumpah turun temurun sesiapa memiliki Mahkota Diraja maka Si Polan itu akan ditabalkan menjadi Raja. Inilah adat lama turun temurun yang dibawa dari Bukit Seguntang Mahameru.

Putera Bendul amatlah susah hati kerana belum ditabalkan lagi. Mahkota Diraja telah dilarikan oleh Ungka Betina. Maka untuk membaik keadaan Putera Bendul pun mula menukar corak. Kalau dulu suka bergedebe ke Golok suka bergedebe ke Danok kini Putera Bendul turun ke masjid untuk menunjukkan pada rakyat jelata bahawa dirinya Putera Raja yang adil lagi warak.

Setiap tahun bila bulan puasa masuk Putera Bendul akan berzakat fitrah. Sedekah ke setiap kampong dan desa. Lembu dipotong itik dipanggang orang kampong tak pernah pulang kosong mendapat pelbagai zakat dari Putera Bendul.

Mengikut tuan yang empunya ceritera semua lembu dan itik semua duit dan belanja zakat datangnya dari tangan Mamak Bendahara Kerajaan Negeri. Ada pun Mamak Bendahara ini amatlah bijak lagi bistari mengurus sawah longkang dan parit. Kerana bijak bistari maka Putera Bendul telah menganugerah derajah kebesaran Datuk Diraja Nila Angkasa kepada Mamak Bendahara. Jika dipedekkan maka Mamak Bendahara ini dipanggil Datuk Dna.

Adalah dikatakan tahun yang baru berlalu Putera Bendul ingin berzakat lagi. Maka Datuk Dna telah dipanggil mengadap. Kesah punya kesah cerita punya cerita labon punya Datuk Dna telah berjanji akan memberikan hutan balak kepada Putera Bendul.

Mendegar hutan dara penuh dengan meranti merbau dan jati maka melelehkan air liur si Bendul ini. Maka Putera Bendul pun pergilah berjumpa Pak Sedara Kaya untuk meminjam emas sebara sementara tanah balak diukur dan dikira. Kesah punya kesah maka Putera Bendul pun mula berzakat saentero negeri. Melawat masjid dan surau. Memontong lembu dan kerbau.

Maka hari berlalu bulan pun berlalu. Maka sampai hari dan ketikanya Pak Sedara Kaya datang mengadap Putera Bendul untuk meminta kembali emas sebara untuk meminta duit dan harta. Maka tergesa-gesa Datuk Dna dipanggil datang untuk mengurus hutang piutang.

Datuk Dna mengigil datang. Membawa peta map dan butang. Semua bertujuan untuk mengenal hutan balak dan hutan lojing. Cari punya cari. Peta punya peta. Tok Batin Gua Musang dipanggil datang untuk mengenal hutan melintang. Tok Batin menggeleng kepala. Ada pun mengikut ramalan Tok Batin semua peta dan map tipu belaka. Tidak ada hutan tidak ada balak . Tidak ada jati meranti dan merbau.

Maka amat murkalah Putera Bendul. Muka merah menyinga taring mula keluar. Putera Raja ini merasa dihina dihadapan Pak Sedara Kaya. Putera Bendul merasa dimalukan oleh Datuk Dna. Maka Putera Bendul mahu Datu Dna dihalau ke Laut Kalzum. Tugas digantikan dengan Mamak Bendahara baru. Maka krisis politik mula muncul dalam Kerajaan Negeri Entah Berentah.

Mengikut tuan empunya ceritera Datuk Dna telah mengigil sejuk ketakutan. Apabila Istana murka ertinya masa depan Datuk Dna akan terkubur. Takut punya takut Datuk Dna telah mendengar nasehat Bomoh Suling untuk menjemput datang dua pakar ilmuan yang boleh menyelesaikan krisis politik negeri Entah Berentah dengan Istana Raja.

Maka Datuk Dna dengan cergas dan pantas telah menjemput ilmuan negara bergelar Datuk Serban Berat Sebelah dan ilmuan negara bergelar Datuk Seri Sang Koper. Mereka ini bertanggung jawab melantik diri mereka sendiri sebagai pakar dalam hal politik dan tadbir negara.

Pada hari dan saat yang ditetapkan maka tiga kepala jendul ini pun duduk berfikir. Mengikuit kata sahibul hikayat mereka berbincang pagi dan petang. Dari siang hingga ke senja dari  senja hingga ke subuh mencari jalan bagaimana cara untuk menutup kesah Putera Bendul yang sedang murka dari diketahuii oleh rakyat. Jika penipuan ini diketahui oleh rakyat maka cangkul dan sabit akan datang mencari leher Datuk Dna dan kuncu-kucunya yang kunun menjalankan pentabiran Islam di negeri Entah Berentah.

Rakyat di Negeri Entah Berentah memang telah lama marah kepda Datuk Dna dan kuncu-kuncunya. Rakyat tahu bagaimana hutan balak telah ditebang dan digadai hinggakan orang kampong susah untuk mencari makan. Sungai menjadi kotor. Sawah menjadi kering. Semua akibat hutan balak ditebang. Jika kesah Putera Bendul ini diketahui  rakyat maka retak menjadi belah. Rakyat Entah Berentah akan memukul tabuh dan canang untuk menumbangkan kerajaan yang bertopengkan agama.

Buka fail tutup fail. Buka buku tutup buku. Akhirnya terjumpa sebuh kitab kuno yang dipanggil Kitab Ilmu-Ilmu Sutut. Ada pun Kitab Ilmu Sutut ini adalah kitab ajaran Bani Tamud yang dikatakan telah musnah dalam satu banjir lumpur ribuan tahun dahulu. Kitab Ilmu Sutut ini dikatakan telah ditemui selamat dalam mulut ikan paus yang mati terdampar satelah banjir lumpur reda.

Mengikut pandangan Datuk Serban Berat Sebelah dan Datuk Seri Koper cara terbaik ialah mengalihkan pandangan rakyat dengan mengenalka Hukum Sutut yang dipungut dari Kitab Bani Tamud. Hukum-hukum Sutut ini akan memeranjatkan dan menakut-nakutkan orang ramai. Bila orang ramai terperanjat dan takut mereka akan lupa tentang kegagalan iktisad Kerajaan Negeri Entah Berentah.

Kegagalan Kerjaan Negeri Entah Berentah dalam banyak pekara telah lama tersebar. Kesah-kesah ban balak, kesah anak menantu jadi kaya. Malah kesah baru terbuka tentang Peti Bendahari Negeri penyimpan harta , emas dan dinar dan riyal telah hampir kosong. Orang kampong telah mula berlabon kesah Dayang dan Sida termasuk Pengawal dan Bentara tidak mendapat upah kerja. Jika kesah Putera Bendul ini pecah maka akan terbarailah semua kesah-kesah yang lain. Akan gemparlah Negeri Entah Berentah.

Maka Datuk Dna pun memukul tabuh dan canang. Mengheboh ke saentero negeri bahawa Kerajaan Entah Berentah akan memperkenal Hukum-hukum Sutut. Rakyat diberitahu bahawa satu persidangan khas akan dipanggil untuk meluluskan Hukum Sutut ini.

Hukum Sutut ini amatlah keras lagi menakutkan. Adalah dimaklumkan Si Lelaki yang didapati memakai kasut perempuan maka kaki Si Lelaki ini akan dipotong. Si Perempuan yang memakai lebih dari 3 pasang gelang tangan maka tangan Si Perempuan ini akan dipotong. Manakala jika kanak-kanak lelaki dan perempuan yang didapati kencing berdiri maka dengan serta merta ibu dan ayah kanak-kanak ini akan disebat. Sesiapa yang didapati makan petai jering dan kerdas tanpa menggunakan budu maka Si Pemakan ini akan direjam.

Mengikut kata sahibul hikayat ketika hamba membuka riwayat ini rakyat seantero negeri telah mula takut. Kesah-kesah air sugai kotor kesah sawah padi kesah curi hutan balak telah tidak kedengaran lagi. Orang-orang kampong mula jadi takut dan ngeri. Bayangkan betapa ngerinya jika Si Suami terpakai selipar Sang Isteri jawabnya Sang Suami akan kehilangan kaki.

Sampai kesini dahulu hamba berkesah. Tidaklah hamba tahu apa gerangan berita terjadi kepada Putera Bendul. Apakah hutang Putera Bendul telah diselesaikan oleh Datuk Dna. Apakah Putera Bendul tahu tipu muslihat dan rancangan dua ekor Musang Berjanggut Datuk Serban Berat Sebelah dan Datuk Seri Koper yang sedang membuat Hukum Sutut untuk menutup kesah hubungan Istana dengan Kerajaan Negeri.

Hamba hanya pembawa kesah. Niat dihati nak jadi Perawi. Jika kesah labon hamba ini tidak kena dihati maka hamba candangan mu tulislah sebuah lagi riwayat saperti ini. Walah wal alam bissawab. Amin. (TT)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon:
03-92-21-30-45




------------

SELAMAT HARI NATAL

Posted: 23 Dec 2014 07:39 PM PST




UCAPAN

selamat hari natal
dan
tahun baru

Biaqpila

Posted: 24 Dec 2014 03:11 PM PST

Biaqpila


BANTUAN MANGSA BANJIR

Posted: 24 Dec 2014 09:24 AM PST


KELAB ANAK-ANAK GUA MUSANG

Assalamualaikum.Gua Musang dilanda banjir besar.Maka atas dasar simpati yang amat sangat maka satu sesi kutipan sumbangan pakaian(seluar/baju/kain/dll) untuk mangsa banjir di Gua Musang akan diadakan.Sahabat semua boleh serahkan sumbangan pakaian tersebut kepada PIC yang tersenarai di bawah :

1. Amran Arifin
(017-2089569).
Lokasi : Depan Alamanda Putrajaya
Masa : 2.00pm - 5.00pm
Tarikh : 25.12.2014 / Khamis

2. Zack Kagum
(017-6166528)
Lokasi : Depan Tesco Ampang
Masa : 10.00am - 12.00pm
Tarikh : 25.12.2014 / Khamis

3. Haji Hazmi Hanipa
(013-9100020/012-9192037)
Lokasi : Shell Greenwood,Gombak
Masa : 11.00am - 12.00pm
Tarikh : 25.12.2014 / Khamis

4. Mohd Sharuddin
(019-2949300)
Lokasi : Restoran Wira Sejati
Seksyen 24 Shah Alam
Masa : 24 jam (On Call)
Tarikh : 25.12.2014 / Khamis

Mohon jasa baik sahabat semua uar-uarkan kerja amal ini.Semoga Allah SWT bagi ganjaran setimpal untuk kita sama-sama ringankan beban sahabat dan keluarga di sana

Tak dapat sumbang sbarkan di group masing2 insyaAllah


DIALOG RAKYAT

Posted: 24 Dec 2014 03:11 PM PST

DIALOG RAKYAT


Saham FGV jatuh, Pengerusi Felda pergi bercuti?

Posted: 24 Dec 2014 05:02 AM PST

Oleh: Lyn Nasir


KUALA LUMPUR : Pengerusi Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman menyatakan kekecewaanya apabila gagal mendapatkan penjelasan daripada Felda Global Ventures Holding (FGVH) berhubung kemerosotan sahamnya daripada RM4.20 kepada RM2.30 seunit.

Jelas Mazlan, kegagalan mendapatkan penjelasan itu disebabkan menteri bertanggungjawab sedang bercuti termasuk Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad yang kini berada di London.

ANAK

"Dalam keadaan saham begini, ibarat sekarang ni musim banjir, tiba-tiba Perdana Menteri pergi bercuti.

"Apa maknanya? Itu ertinya kita anggap benda tu remeh, tak ambil berat dengan apa yang sedang melanda kepada 1.5 juta warga Felda," ujarnya.

Menurutnya, peneroka kini menanggung beban hutang dengan Felda dan sebahagiannya mungkin berdepan tindakan mahkamah kerana gagal menjelaskan hutang tertunggak.

"Dengan keadaan saham yang teruk jatuh, takkan lah pihak kerajaan tak nampak ini adalah satu perkara yang sangat serius?," soalnya ketika ditemui di Menara Felda selepas penyerahan memorandum mengenai isu berkenaan, hari ini.

Memorandum itu disampaikan kepada Naib Presiden FGV, Mohd Najid Md Yahya yang menyatakan pihaknya tidak diberi mandat untuk memberi penjelasan kepada peneroka, dan sebahagian besar pegawainya sedang bercuti.

"Ini bagi saya adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab, tak ambil serius dan lebih buruk dalam keadaan begini mereka berbalah sesama sendiri," ujarnya merujuk krisis membabitkan Felda dengan penggantungan tugas Pengarah Besarnya, Datuk Faizoull Ahmad selama dua bulan.

Menurut Mazlan, kerajaan sebelum ini berjanji membawa Felda ke 'era transformasi' dengan membuat penyenaraian saham FGV di Bursa Malaysia dan melonjakkan syarikat itu ke peringkat antarabangsa.

"Ini belum kita nyatakan setiap anak syarikat mereka (Felda) yang berada di luar negara, turut berada di dalam keadaan yang teruk, sebab itu kita nak penjelasan daripada mereka," ujarnya lagi.

Turut hadir dalam penyerahan memorandum itu, Timbalan Pengarah Bank Negara, Dr Rosli Yaakop dan Naib Pengerusi KEADILAN, Shamsul Iskandar Mat Akin yang juga Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal KEADILAN.

Menteri kata terbaik urus banjir tetapi realitinya sangat lemah

Posted: 24 Dec 2014 04:53 AM PST

1533716_10152492090445965_3042288500337860489_n

Azuan Ab Rahman


KUALA LUMPUR: Dakwaan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim bahawa negara ini merupakan antara yang terbaik dalam pengurusan banjir di tempelak Abd Aziz Kadir.

Azizi yang juga Pengerusi KEADILAN Kelantan berkata apa yang didakwa menteri itu tidak mengambarkan realiti yang berlaku sekarang.

Sehingga berita ini ditulis kira-kira lebih 60,000 penduduk di Pahang, Kelantan, Terengganu, Perak, perlis dan Sabah terpaksa berpindah.

Shahidan ketika menjawab soalan semasa sidang Dewan Rakyat sebelum ini dipetik berkata pengurusan banjir di negara ini merupakan antara yang terbaik jika dibandingkan dengan negara- negara lain termasuk negara maju seperti Amerika Syarikat (AS).

"Kerajaan pusat mempunyai semua kelengkapan yang mencukupi, kita hairan kerana mereka seolah-olah gagal melakukan sesuatu.

"Bencana ini dihadapi hampir setiap tahun, seharusnya dari awal Majlis Keselamatan Negara (MPN) bersedia dan melakukan persediaan yang seharusnya.

"Dalam keadaan ini, seharusnya kesemua agensi kerajaan dikerah untuk melakukan operasi menyelamat mangsa banjir," tegas Aziz.

Satu laporan media menyatakan seramai 500 mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Manek Urai berada dalam bahaya apabila air sudah mencecah sehingga ke tingkat tiga bangunan sekolah.

10848759_954597507901642_3402421058306906055_oMengulas keadaan itu, Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kelantan dipetik berkata pasukan keselamatan buntu dan sehingga petang Rabu lalu kesemua mangsa tidak mampu dipindahkan kerana tiada lokasi selamat.

Sementara itu di Pahang, Pengerusi KEADILAN negeri, Datuk Fauzi Abd Rahman melahirkan rasa kecewa dengan tindakkan Majlis Keselamatan Daerah (MKD) dan Majlis Keselamatan Negeri (MKN) yang dilihat meminggirkan Ahli Parlimen pakatan rakyat dalam setiap mesyuarat bagi membincangkan persediaan menghadapi bencana alam seperti banjir.

Jelasnya pihak keselamatan seharusnya mengadakan perbincangan dengan Adun terlibat bagi mencari jalan mengurangkan risiko banjir.

"Majlis Keselamatan Negeri tidak berjiwa besar untuk memanggil kita duduk berbincang tentang perkara itu.

"Seharusnya kita dipanggil bagi memberi cadangan dan pandangan bagi mencari jalan penyelesaian jangka panjang bagi mengurangkan risiko banjir," tegasnya ketika dihubungi.

Selain itu, bahagian utara Perlis turut dilanda banjir berikutan hujan berterusan dan 93 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan hari ini.

Di Perak, 170 orang di kawasan Lenggong, Sungai Siput dan Ipoh dipindahkan ke lima pusat pemindahan banjir selepas rumah mereka dinaiki air sejak malam semalam manakala hampir 400 mangsa banjir di daerah Tenom dan Beaufort, Sabah ditempatkan di tujuh pusat pemindahan setakat Selasa.

PT3: Pelajar Tidak Puas Hati Boleh Kemuka Rayuan

Posted: 24 Dec 2014 04:44 AM PST

MSTAR ONLINE
 
 
P. Kamalanathan.
 
 
 
PETALING JAYA: Ibu bapa dan pelajar tidak berpuas hati dengan keputusan ujian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) boleh membuat rayuan di sekolah masing-masing.

Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan berkata, sekolah itu akan mengemukakan rayuan berkenaan kepada Pejabat Pendidikan Daerah.

"Setiap daerah mempunyai jawatankuasa bebas, maka apabila terdapat aduan, pejabat pendidikan daerah akan menugaskan seorang guru untuk menilai skor bagi melihat sekiranya terdapat sebarang percanggahan," katanya pada Selasa.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan mengenai ramai pelajar dan ibu bapa mereka kecewa dengan keputusan PT3 berikutan format yang masih baharu dan kekurangan masa untuk membuat persediaan.

Kamalanathan berkata, kementerian itu terbuka menerima cadangan dan maklum balas untuk memperbaiki sistem berkenaan.

"Jika para pelajar tidak berpuas hati, maklumkan kepada kita supaya kita boleh menjadikannya lebih baik. Kita sedia mendengar kerana kita melakukan ini untuk kebaikan pelajar-pelajar kita. Kita mahu mengasah pemikiran aras tinggi (HOTS)," tambahnya.

Tinjauan The Star mendapati para pelajar boleh memohon untuk semakan semula keputusan PT3 mereka dengan memuat turun borang dari laman web Lembaga Peperiksaan di http://www.moe.gov.my/lp.

Borang ini juga boleh didapati di sekolah-sekolah dan sektor/unit penilaian dan peperiksaan jabatan pendidikan negeri.

Menurut borang tersebut, permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan rasmi diumumkan. Keputusan rasmi telah dikeluarkan pada Isnin lalu.

"Permohonan yang dihantar selepas tarikh tutup tidak akan diterima," menurut borang itu.

Bayaran sebanyak RM30 akan dikenakan bagi setiap mata pelajaran untuk dikaji semula dan mesti dibayar melalui draf bank atau caj perkhidmatan pos kepada "Pengarah Peperiksaan".

Permohonan yang dibuat pelajar akan dikendalikan oleh sekolah masing-masing manakala permohonan oleh calon persendirian akan diuruskan oleh Jabatan Pelajaran Negeri.

Keputusan kajian semula itu akan dimaklumkan melalui surat rasmi yang dihantar dalam tempoh dua bulan dari tarikh permohonan.

Menurut nota yang dinyatakan dalam borang itu, keputusan itu akan menjadi muktamad dan sebarang rayuan akan diterima.

Lebih 450,000 calon menduduki PT3, yang diadakan buat kali pertama pada Oktober lalu.
Pelajar Tingkatan Tiga sebelum ini menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR), yang telah dimansuhkan pada akhir tahun lalu.

Pada Jun lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa instrumen kajian kes berbentuk kerja kursus bagi mata pelajaran Sejarah dan Geografi bermula Julai sementara ujian lisan untuk Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu pada Ogos lalu.

Ujian bertulis untuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup, Bahasa Arab, Cina, Tamil, Iban, Punjabi dan Kadazandusun diadakan pada Oktober lalu.

Tidak seperti PMR, semua kertas PT3 terdiri daripada soalan subjektif. Ujian telah dikendalikan dan diperiksa oleh guru sekolah masing-masing dan markah pelajar disemak dan disahkan oleh pentaksir dari Lembaga Peperiksaan dan Jabatan Pelajaran Negeri.

Lebih 100 Pelancong Terperangkap di Taman Negara Jerantut

Posted: 24 Dec 2014 04:39 AM PST

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
 
KUANTAN: Lebih 100 pelancong dari luar negara dan tempatan terperangkap di Mutiara Taman Negara Resort setelah Sungai Tembeling di Kuala Tahan, Jerantut, melepasi paras bahaya 76.56 meter (paras bahaya 68.00 meter).

Difahamkan paras itu yang tertinggi pernah dicatat selepas banjir besar pada 1971.

Keadaan itu juga menyebabkan arus deras dan jeti pelancongan Kuala Tahan terpaksa ditutup sehingga menyukarkan perkhidmatan bot untuk membawa keluar pelancong yang dijadual pulang pada hari ini.

Seorang kakitangan resort berkenaan yang enggan dikenali, berkata kesemua pelancong asing itu datang dari tujuh negara termasuk Kanada, Jerman, Perancis dan Belanda selain pelancong tempatan.

Beliau berkata pelancong terbabit sepatutnya pulang hari ini, namun disebabkan hujan lebat, air sungai naik mendadak mengakibatkan hubungan terputus dan bekalan makanan pula habis.

"Namun kami tetap memastikan semua pelancong berkenaan berada dalam keadaan selamat," katanya ketika dihubungi di sini malam ini.

Menurutnya mesyuarat khas diadakan petang ini dengan pihak yang berkaitan, termasuk polis dan Pejabat Daerah Jerantut, untuk membincangkan langkah yang perlu sementara operasi untuk mengeluarkan semua pelancong yang terlibat dilakukan.

Sungai Kelantan melimpah, banjiri kawasan rendah

Posted: 24 Dec 2014 04:31 AM PST

SINAR HARIAN


Seorang penduduk cuba mengambil barang melalui bumbung rumahnya yang hampir ditenggelami banjir di Kampung Tiong, Gua Musang, semalam. - Foto Bernama Seorang penduduk cuba mengambil barang melalui bumbung rumahnya yang hampir ditenggelami banjir di Kampung Tiong, Gua Musang, semalam. - Foto Bernama
 
 
KOTA BHARU - Air Sungai Kelantan melimpah dan mula membanjiri kawasan rendah di bandar ini sejak awal pagi dan mengakibatkan kesesakan lalu lintas.

Tinjauan Bernama di sekitar Jalan Post Office Lama dan Pasar Kubang Pasu mendapati air mula melimpah ke jalan raya dan pemilik premis perniagaan turut menutup operasi.

Bacaan paras air Sungai Kelantan di Tambatan Diraja di sini setakat jam 10 pagi ini telah melepasi paras bahaya iaitu pada paras 5.91 meter (paras bahaya 5 meter).

Bandar ini pernah dilanda banjir besar pada 2004 sehingga melumpuhkan seluruh bandar tersebut, dan mengakibatkan kerugian berjuta ringgit.

Sementara itu, peniaga peralatan elektrik Leong Khoon Seng, 52, berkata pada banjir 2004, beliau mengalami kerugian besar apabila sebahagian besar alatan elektrik musnah.

"Masa itu air naik pada waktu malam dan saya tidak sempat menyelamatkan peralatan elektrik di kedai saya ini," katanya.

Khoon Seng berkata untuk tidak mahu menanggung risiko seperti dahulu, kali ini beliau melakukan persiapan lebih awal bagi mengelakkan peralatan elektriknya terjejas.

Sementara itu beberapa penduduk yang tinggal di rumah rakit di tebing sungai itu juga sudah membuat persiapan awal dengan mengikat kukuh rumah masing-masing bagi mengelak dihanyutkan arus deras.

"Rumah, kami sudah ikat dengan tali yang kukuh, tetapi apa yang kami bimbang adalah batang balak yang hanyut dalam keadaan arus deras ini yang boleh merempuh rumah kami," kata Ali Shahbudin, 56.

Jirannya, Mek Minah Ali, 52, berharap air sungai akan cepat surut kerana khuatir air banjir dari Gua Musang dan Kuala Krai akan mengalir turun ke sungai ini dan mengakibatkan keadaan banjir lebih buruk.

Paras air di Sungai Galas, Sungai Lebir dan Sungai Kelantan di Tangga Krai juga dilaporkan terus meningkat dengan masing-masing melepasi paras bahaya.

Bacaan di Sungai Galas kini ialah 45.65 meter (paras bahaya 38 meter), Sungai Lebir 36.13 meter (paras bahaya 36 meter) dan Tangga Krai 32.36 meter (paras bahaya 25 meter).

Tinjauan Bernama juga mendapati kanak-kanak mengambil kesempatan bermain air banjir dan Jabatan Bomba dan Penyelamat telah meminta ibu bapa mengawasi anak mereka daripada bermain air kerana khuatir boleh mengundang bahaya.

"Kita bimbang ada yang terjatuh longkang atau terkena renjatan elektrik selain membahayakan kesihatan berikutan air berlumpur," menurut jurucakap bomba. - Bernama

Pas Kelantan: Jangan samakan hudud, apartheid

Posted: 24 Dec 2014 04:28 AM PST


Mohd Amar Nik Abdullah Mohd Amar Nik Abdullah
 
 
SHAH ALAM - Kerajaan negeri Kelantan pimpinan Pas memberi amaran kepada MCA Kelantan supaya tidak lancang mengungkap sesuatu istilah dan cuba menyamakan hukum hudud dengan mana-mana sistem ciptaan manusia.

Timbalan Menteri Besarnya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menegaskan pemimpin MCA sepatutnya perlu lebih berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti orang Islam kerana hudud adalah persoalan agama.

"Kalau apartheid itu lain maksudnya, kena jelaslah, sebab itu jangan bermain dengan perkataan.

"Saya nasihatkan MCA jangan bermain dengan perkataan dengan istilah (apartheid) itu," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Mohd Amar yang juga Adun Panchor berkata demikian mengulas kenyataan Setiausaha MCA Kelantan, Lua Choon Han semalam yang mengatakan pelaksanaan hukum hudud menyebabkan berlaku sistem ala apartheid di negeri itu.

Choon Han berkata, hudud juga akan mewujudkan jurang agama antara orang Islam dengan bukan Islam dengan undang-undang yang berbeza.

Terdahulu, kerajaan Kelantan akan mengadakan sidang khas Dun Kelantan pada 29 Disember ini untuk meminda Kanun Jenayah Syariah II 1993 bagi membolehkan sebahagian hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.

Cadangan Kelantan itu bagaimanapun menimbulkan konflik dalam PR di mana DAP menentangnya manakala Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap cadangan itu bermasalah.

Mengulas lanjut, Mohd Amar menambah, pindaan tersebut bukannya perkara baharu sebaliknya untuk menambah baik enakmen sedia ada.

"Kita bukan buat benda baharu, cuma kita menambahkan bidang kuasa kepada mahkamah syariah.

"Hari ini orang Islam ikut agama dia (hukuman) tidak boleh berkhalwat, tidak boleh minum arak, tidak boleh berzina, sama saja, bukan Islam bebas," katanya lagi.

MCA tak perlu takut, hudud hanya untuk orang Islam

Posted: 24 Dec 2014 04:20 AM PST


Timbalan Pesuruhjaya Pas III Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah Timbalan Pesuruhjaya Pas III Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
 
 
SHAH ALAM - Jika hukum hudud mahu dilaksanakan di seluruh negara pun, pemimpin MCA dan bukan Islam tidak perlu khuatir kerana ia hanya terpakai terhadap orang Islam sahaja.
 
Demikian kata Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sambil membidas parti itu yang menggunakan pendekatan menyerang dan mengkritik tanpa memahami hukum hudud terlebih dahulu.
 
"Kalau MCA tidak faham, mari jumpa saya dan sebut apa benda yang dia hendak tahu, kita boleh jelaskan.
 
"Jangan cakap jauh-jauh. Bagi saya mereka (MCA) tidak faham, dia tak nak bertanya, dia hanya menyerang, mengkritik.
 
"Sebab itu saya minta, saya buka pintu kepada MCA Kelantan atau Malaysia, bila-bila masa boleh datang, jumpa dengan kita, kita akan jelaskan satu persatu," katanya kepada Sinar Online, hari ini.
 
Mohd Amar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah berkata demikian mengulas 'kelantangan' pemimpin DAP dan MCA yang membantah pelaksanaan hukum hudud yang bakal dipinda pada sidang khas Dun Kelantan pada 29 Disember ini.
 
Bantahan itu timbul kerana mereka beranggapan Pas mahu melaksanakan hukum hudud di seluruh Malaysia sedangkan pindaan itu hanya mahu dilakukan terlebih dahulu di peringkat negeri itu.
 
Ketika ditanya mengenai permintaan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli yang mahu Kerajaan Negeri Kelantan memberikan draf pindaan tersebut, Mohd Amar berkata, dokumen itu tidak boleh didedahkan kepada umum sebelum dibentangkan di Dun Kelantan.
 
"Biasanya dokumen (draf pindaan) yang akan masuk dewan (Dun Kelantan) tidak boleh dedah kepada orang awam, sebarang undang-undang ini menjadi bahan sulit kepada kerajaan.
 
"Ia hanya boleh diberikan kepada ahli dewan sebelum persidangan, undi orang awam biasanya kita tidak edar, tetapi mereka boleh dapatkan selepas dari pembentangan dalam dewan," ujarnya.
 
Mohd Amar bagaimanapun berkata, pihaknya sedia mengadakan perjumpaan dengan pemimpin PKR atau mana-mana pihak untuk memberi taklimat mengenainya.
 
"Tapi kalau dia hendak tahu, dapatkan penjelasan, kerajaan negeri bersedia berjumpa dengan Rafizi atau sesiapa saja, bila-bila masa saja.
 
"Kita sentiasa bersedia untuk jumpa, tiada masalah pun," katanya lagi.
 

Selepas tsunami hanya tinggal 300 murid

Posted: 24 Dec 2014 04:14 AM PST

SINAR HARIAN

  Murid-murid menjalani sesi persekolahan di Sekolah Menengah Atas (SMU) Negeri 1 Lhoknga di Banda Acheh, semalam. Sekolah dua tingkat itu dibangunkan Mercy Malaysia setelah tsunami membadai bandar itu pada 26 Dis 2004 menyebabkan 400 pelajarnya terkorban. - Foto Bernama Murid-murid menjalani sesi persekolahan di Sekolah Menengah Atas (SMU) Negeri 1 Lhoknga di Banda Acheh, semalam. Sekolah dua tingkat itu dibangunkan Mercy Malaysia setelah tsunami membadai bandar itu pada 26 Dis 2004 menyebabkan 400 pelajarnya terkorban. - Foto Bernama
 
 
BANDA ACEH - Setiap kali menjelang 26 Disember, guru dan pelajar Sekolah Menengah Atas (SMA) Negeri 1 Lhoknga akan mengenang kembali tragedi tsunami yang melanda Aceh 10 tahun lalu sehingga mengakibatkan lebih 400 guru dan pelajar sekolah itu terkorban.

Dan setiap tahun, mereka tidak akan lupa menyedekahkan al-Fatihah dan membaca Yasin serta bertahlil buat mereka yang terkorban dalam insiden itu.

Buat bendahari sekolah itu, Wardiani Ibrahim, 48, insiden tersebut akan sentiasa terpahat dalam ingatannya kerana hampir separuh muridnya terkorban dalam kejadian itu.

"Saya masih ingat lagi, sebelum kejadian tsunami kami mempunyai kira-kira 700 murid dan apabila selepas tsunami hanya 300 lebih sahaja yang hadir ke sekolah," katanya kepada Bernama.

Wardiani, guru matematik yang telah berkhidmat hampir 20 tahun di sekolah itu berkata, semasa kejadian itu, beliau berada di rumahnya yang terletak di Bandar Acheh, 13 km daripada tempat kejadian, namun tidak pernah melupakan keselamatan anak muridnya yang menetap di Kampung Lhoknga.

Sementara itu, seorang daripada pelajar sekolah itu, Wahyu Shah Putra Khairuddin, 17, yang kini di semester tiga (tingkatan tiga), menceritakan kisah beliau dan sahabat karibnya Kawani Ardian Shah, 17, mengharungi detik-detik cemas ketika dibadai ombak kuat.

Semasa kejadian, beliau dan Kawani dihanyutkan lebih lima kilometer dari sekolah tersebut selepas dipukul ombak kuat, dan ia merupakan saat hidup dan mati baginya semasa mengenangkan apa yang yang akan terjadi ke atas ketika berpaut kepada sebatang pokok.

Bagaimanapun sahabat karibnya Kawani serta ibu bapa dan kakaknya maut dalam kejadian itu.

Bagi Ainul Mardiah Nordin Ibrahim, 17, pelajar semester lima (tingkatan lima), tiada kata yang dapat digambarkan apabila melaporkan diri selepas kejadian tsunami apabila tiada rakan sedarjahnya kelihatan pada masa itu.

Pada ketika itu, beliau sudah berhasrat untuk tidak menyambung pelajarannya namun atas dorongan dan bimbingan kedua ibu bapanya, beliau menguatkan semangat untuk meneruskan pelajarannya sehingga ke hari ini.

Beliau berkata hampir tiga suku daripada 34 rakan sekelasnya maut dalam insiden itu.

SMA Negeri 1 Lhoknga yang terletak hanya satu kilometer dari pesisiran pantai, turut musnah dibadai ombak kuat tsunami, dan kini telah dibina semula sebagai sebuah sekolah satu tingkat.

Kini sekolah itu dibangunkan semula oleh Mercy Malaysia menjadikannya dua tingkat. - Bernama

4 terperangkap dalam runtuhan projek LRT

Posted: 24 Dec 2014 04:00 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Sebuah insiden runtuhan melibatkan konkrit cair bagi lantai LRT di projek depot Ampang di Puchong petang ini.

Empat mangsa dipercayai terperangkap.

Kejadian berlaku di tapak projek di Kampung Kuala Sungai Baru, Putra Height pada jam 4.20 petang tadi.

"Operasi mencari sedang giat dijalankan," menurut tulisan di Twitter bomba.

Projek sambungan LRT itu diuruskan oleh Prasarana Malaysia Bhd.

Prasarana dalam kenyataannya lewat petang ini menjelaskan, acuan dan perancah projek runtuh ketika kerja-kerja membina konkrit papak geladak (deck slab).

Selain empat orang yang dipercayai terperangkap setakat ini, empat lagi mengalami kecederaan ringan dan kini dirawat di hospital berdekatan.

Pasukan polis dan penyelamat sudah berada di tapak kejadian, menurut Prasarana lagi.

Farah Asyikin dilantik duta kilang roti Gaza

Posted: 24 Dec 2014 03:57 AM PST

MOHD SABRI SAID






PULAU PlINANG: Farah Asyikin Zulkifli dilantik sebagai Duta Kilang Roti Untuk Gaza (Krugaza) bagi membantu mendapatkan dana pembangunan sebanyak RM174,000 atau USD50,000 menjelang Jun 2015.

Pengarah Persatuan Muafakat Kesejahteraan Rakyat (Permuafakat), Zulkiply Ishak berkata, Farah dilantik berdasarkan pengalamanya yang pernah ke Gaza melihat sendiri penderitaan rakyat di sana untuk mendapatkan makanan.

"Jadi apa salahnya Permuafakat bergerak seiring dengan Farah yang juga terkenal dalam dunia hiburan selain memaut hati rakan artis untuk bersama membantu rakyat Gaza yang tertindas.

"Permuafakat yakin Farah dapat membantu perjuangan mulia ini bagi merealisasikan Krugaza. Semoga bantuan yang ingin disampaikan nanti dikira sebagai satu amalan mulia," tegasnya dalam sidang media yang diadakan di D' Pauh Garden, Permatang Pauh kelmarin.

Pembinaan kilang tersebut katanya, akan dapat membantu mengeluarkan roti kepada seribu keluarga sehari.

Kata beliau, hasil kutipan berkenaan membolehkan Krugaza beroperasi di sebuah bangunan wakaf seperti mesin memproses, pembungkusan dan pengedaran roti.

Menyentuh mengenai cetakan 7,000 buah buku 'Kembara Sejahtera' Zulkiply berkata, ia akan diedarkan ke masjid tertentu untuk memahamkan orang ramai tentang misi dan perjuangan itu.

Sementara itu, Farah Asyikin ketika ditemui menyifatkan pemilihanya sebagai duta Krugaza adalah satu penghormatan yang tidak terhingga.

"Saya akan gunakan sepenuhnya lapangan media sosial untuk menerang usaha murni itu sama ada di kalangan artis mahupun orang awam tentang usaha mewujudkan sebuah kilang roti di Gaza," tambahnya.- HARAKAHDAILY

Jaminkan keamanan dan keselamatan Qaradhawi

Posted: 24 Dec 2014 03:54 AM PST

DATUK SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG 


PAS kesal dengan perancangan beragenda pihak tertentu untuk mensabitkan Presiden Persatuan Ulama Sedunia, Prof. Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi kepada dakwaan jenayah berat hingga diisytiharkan Notis Merah oleh Polis Antarabangsa (Interpol) sebagai waran tangkap ke atas beliau.

Dakwaan tersebut jelas satu fitnah dan tuduhan melampau ke atas tokoh ulama dunia yang masyhur membawa mesej dan seruan kebertanggungjawaban, keharmonian, toleransi, keamanan, kesederhanaan, persaudaraan dan meraikan perbezaan itu.

Malah, beliau adalah tokoh yang diakui kesarjanaannya di dunia akademik serta menjadi rujukan dan panduan dunia terhadap pendirian massa umat Islam.

Demikian itu dakwaan ke atasnya adalah tidak berasas dan tidak munasabah serta tidak terbukti dengan sebarang rekod atau fakta sama ada pernah, sedang atau akan diucapkan, difikir rancang atau dilakukan beliau.

PAS melihat pengisytiharan Interpol itu satu bentuk provokasi kepada umat Islam seluruh dunia yang boleh mengundang prejudis, kesangsian dan mengundang tindak balas ekstrem pihak tertentu di luar kawalan.

PAS menggesa kuasa-kuasa Barat terutama Amerika dan sekutunya agar tidak bermain api dengan mendalangi tindakan yang boleh mencetus bahaya ini.

PAS juga menyeru agar Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) untuk segera bersidang bagi mendesak agar notis tersebut dibatalkan. Dr Yusuf mesti diisytihar bebas dari sebarang pertuduhan atau mengaitkan sama sekali dengannya kepada dakwaan tidak berasas tersebut.

Beliau wajib diberi jaminan keamanan dan keselamatan. PAS menyeru semua negara OIC khususnya Malaysia untuk segera mengisytiharkan suaka politik ke atas beliau yang pernah menerima pengiktirafan sebagai Tokoh Maal Hijrah Negara Ke-8 dari Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia.

(*) Presiden PAS

Laporan polis tiada kaitan dengan Najib, Umno'

Posted: 24 Dec 2014 12:24 AM PST

MALAYSIAKINI



 
 
Naib Ketua Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang membuat laporan polis mengenai isu firma pelaburan 1MDB, berikrar akan terus melawan "kemungkaran secara habis-habisan" dalam apa jua keadaan demi kepentingan rakyat.
 
Beliau turut menyindir Pemuda Pulau Pinang dan Kedah untuk "membodek" sesiapa sahaja kerana mendesak kepimpinan parti menyiasat dan mengambil tindakan displin kerana dianggap menjatuhkan imej parti.
 
"(Tetapi) tindakan mereka hanya akan membuatkan ramai rakyat semakin jelak dengan Umno," katanya dalam kiriman SMS kepada Malaysiakini
 
"Atas nama perjuangan, saya akan  teruskan wadah dan tanggungjawab ini sebagai satu fardhu kifayah serta akan terus berpegang kepada prinsip membela kepentingan rakyat," katanya lagi.
 
Khairuddin mengulas desakan Ketua Umno Pulau Pinang Rafizal Abdul Rahim supaya Umno negeri bertindak dan mengadakan mesyuarat khas membincangkan isu Khairuddin yang didakwa menggunakan portal "propembangkang" untuk menyerang Umno.
 
Menyokong perkara itu, Ketua Pemuda Umno Kedah Datuk Saiful Hazizy Zainol Abidin pula mendesak Jawatankuasa Pengurusan dan lembaga disiplin parti segera mengadakan siasatan terhadap Khairuddin yang mengkritik kepimpinan Umno Pulau Pinang yang didakwanya "tidur".
 
Mengulas lanjut, Khairuddin berkata laporan polis berhubung syarikat pelaburan itu hanya meminta pihak berkuasa itu menjalankan siasatan lembaga pengarah dan ketelusan pentadbiran dana dan kewangannya.
 
Katanya, laporan polis itu tidak ada kena mengenai dengan Najib sebagai perdana menteri, presiden Umno atau menteri kewangan.
 
"Kerana dasar saya sayangkan Umnolah, saya mengambil tindakan nekad ini untuk membersihkan nama perdana menteri dan menteri kewangan Malaysia. 
 
"Isu 1MDB tiada kaitan langsung dengan Umno serta presiden Umno," katanya sambil menyifatkan Pemuda Umno Pulau Pinang dan Kedah "amat kurang cerdik".

'Jangan jaja hal dalaman Umno ke luar'

Posted: 24 Dec 2014 12:22 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Wanita Umno bahagian Nibong Tebal kesal dengan tindakan Naib Ketua Umno bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan yang menggunakan "media pembangkang" untuk menyerang Umno negeri.

Ahkbar Utusan Malaysia melaporkan, Ketuanya, Sopiah Sharif berkata, tindakan Khairuddin menyerang Umno negeri dengan pelbagai tohmahan itu boleh diselesaikan secara baik dengan Badan Perhubungan Umno negeri itu.

Malah, katanya, tindakan Khairuddin (kanan) itu juga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli Umno yang tidak mahu hal dalaman parti dijaja kepada pihak luar.

"Kita tidak berpuas hati dengan kenyataan Khairuddin yang menggunakan media pembangkang sedangkan dia boleh membuat kenyataan menerusi saluran yang bersesuaian dengan Umno," beliau dipetik sebagai berkata.

Justeru, Sopiah berkata, beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap Khairuddin yang dilihat membawa imej buruk kepada Umno, lapor akhbar Umno itu.

Dalam wawancara bersama Malaysiakini minggu lalu, Khairuddin memberi amaran yang BN mungkin berhadapan dengan kalah lebih teruk dalam pilihan raya akan datang.

Ini kerana pemimpin negeri yang dipilih Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melantik pemimpin-pemimpin yang "tidur".

Malah, Khairuddin secara terbuka turut menggesa agar Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman ditukar.

Apa lagi yang tak cukup, DAP tanya SPRM

Posted: 24 Dec 2014 12:11 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Tiada alasan bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), untuk tidak menyiasat penganugerahan projek jalan Kapit bernilai RM119 juta, kerana semua maklumat telah didedahkan, kata Ketua DAP Sarawak Chong Chieng Jen.

Ahli Parlimen Bandar Kuching itu berkata demikian sebagai menjawab Timbalan Pesuruhjaya SPRM, Mohd Shukri Abdull yang menggesa beliau untuk memberikan maklumat lanjut, termasuk maklumat penerima, dan pemberi rasuah itu.

"Saya telah memberikan butir-butir projek yang terlibat.

"Apa lagi yang tidak SPRM mahu atau perlukan dari saya?" soal Chong, yang juga ADUN Kota Sentosa dalam satu kenyataan.

Chong menambah, beliau bagaimanapun tidak dapat menyediakan transaksi kewangan pihak yang terlibat kerana menyalahi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (BAFIA).

Sebelum ini, Shukri (kanan) menggesa Chong mengemukakan bukti terperinci bagi membantu siasatan terhadap projek pembinaan jalan tersebut.

Shukri berkata, SPRM tidak pernah menutup atau enggan menyiasat mana-mana aduan yang ada merit untuk disiasat.

Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini sebelum ini juga, beliau menegaskan SPRM bertindak secara telus, bebas, profesional dan tidak bersikap selektif.

Shukri juga berkata, jika tidak berpuas hati, Chong boleh menghubungi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah dan Jawatankuasa Aduan, iaitu badan bebas yang memantau perjalanan SPRM.

Hudud: DAP mungkin boikot mesyuarat Pakatan

Posted: 24 Dec 2014 12:09 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Keretakan dalam Pakatan Rakyat bertambah buruk apabila DAP menyatakan hasrat untuk memulaukan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat akan datang ekoran agenda hudud PAS.

"Saya tidak perlu hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat akan datang sekiranya PAS terus memaksa untuk melaksanakan hudud pada Sidang Khas DUN Kelantan pada 29 Disember.

"Sekiranya Sidang Khas DUN Kelantan meneruskan untuk melaksana hudud, yang Jawatankuasa PAS Pusat pun tidak tahu menahu diadakan, saya rasa tidak ada sebab lagi untuk saya hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

"(Saya) menyerahkan kepada pihak parti untuk memutuskan tindakan selanjutnya," kata Lim turut yang turut memberi amaran bahawa Pakatan sudah hancur sekiranya usaha PAS untuk melaksanakan hudud tidak disekat pada 2011.

Beliau merujuk kepada mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 28 September 2011 yang memutuskan bahawa hudud bukanlah sebahagian daripada Dasar Bersama Pakatan Rakyat.

Mesyuarat itu juga memutuskan bahawa PAS tidak akan meneruskan rancangan melaksanakan hudud secara unilateral tanpa konsensus parti-parti Pakatan Rakyat.

Jika tidak, "PAS akan terus mendesak pelaksanaan hudud tanpa mempedulikan pandangan DAP dan PKR".

"Kerajaan Umno/BN tidak akan menjadi kerajaan minoriti dengan hanya 47% undi popular, malah ia akan mendapat semula majoriti dua pertiga yang ia hilang sewaktu PRU tahun 2008," kata Lim lagi.

Katanya lagi tindakan PAS itu mengelirukan pengundi yang memilih Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-13 lalu.

Apa yang memeranjatkan, pemimpin PAS kini mendakwa tiada salahnya dalam tindakan itu, kata Lim.

Sidang DUN khas pada 29 Disember itu akan membincangkan isu hudud dan akan diteruskan walau dengan keadaan banjir yang bertambah buruk di negeri itu.

Singkir keluar PAS jika perlu, kata Gobind

Posted: 24 Dec 2014 12:01 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Bekas pengerusi DAP mendiang Karpal Singh yang juga bapanya antara pihak yang lantang menentang cita-cita teokratik PAS.

Dan sekarang Gobind Singh Deo memberi amaran bahawa Pakatan Rakyat harus menggantung hubungannya dengan PAS jika Kelantan terus mengasak ke arah pelaksanaan hudud melalui sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 29 Disember ini.

Gobind berkata, PAS harus ingat bahawa semua parti dalam gabungan Pakatan Rakyat bertanggungjawab mempertahankan kerangka dasar bersama.

"Ia persetujuan yang dibentuk berasaskan kempen dan kekuatan ketika Pakatan mendapat sokongan rakyat dan kejayaan pada 2008 dan 2013.

"Jika Pakatan mahu kekal sebagai kuasa yang disegani, yang boleh dipercayai dan dihormati rakyat, kita mesti tunjukkan iltizam untuk mempertahankan kerangka dasar bersama," katanya.

Ini, kata anggota parlimen Puchong itu, termasuk memutuskan hubungan dengan parti dalam gabungan pembangkang yang mengancam semangat Pakatan dengan bertindak menyalahi kesepakatan bersama.

"Kita harus tegas dan tunjukkan bahawa perkara ini tidak boleh dan tidak harus dipandang mudah," katanya.

Beliau mengulas wawancara Malaysiakini dengan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang berkata, hudud lebih penting berbanding menawan Putrajaya.

Banjir terburuk dalam sejarah di Kuala Krai

Posted: 23 Dec 2014 11:56 PM PST

ASLANI M DAN M ZIN






KUALA KRAI: Jajahan Kuala Krai dan Gua Musang paling terjejas berikutan banjir pusingan kedua yang melanda Kelantan sejak Isnin lalu.

Malah pertama kali dalam sejarah Kampung Manek Urai Lama di Kuala Krai lumpuh sama sekali apabila air bah memenuhi segenap ruang kampung.

Limpahan air Sungai Lebir luar biasa dalam sejarah mungkin mengatasi bah merah sehingga menyebabkan pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Lama turut terjejas.

Mangsa banjir di situ terpaksa dipindah ke tingkat tiga selepas paras air meningkat dengan mendadak.

Suara wanita yang berada di pusat pemindahan banjir di Manek Urai Lama juga menjadi viral di media baru apabila meminta pertolongan menyelamatkan mereka ke tempat lebih selamat.

Markas PAS setinggi dua tingkat di Kampung Manek Urai Lama hanya kelihatan bumbung. Jelas kelihatan dari tempat tinggi, Manek Urai seolah-olah menjadi lautan.

Air banjir juga melimpah ke Kampung Manek Urai Baru, yang tidak pernah berlaku dalam sejarah sejak penempatan pindahan banjir tersebut dibuka pada 1980-an.

Menurut penduduk mangsa banjir yang berpindah dari Kampung Manek Urai Lama terpaksa dipindahkan sekali lagi ke tempat lebih tinggi di Pusat Kesihatan Manek Urai dan Masjid Kampung Baru.

Rumah penduduk di Kampung Manek Urai Baru pertama kali dalam sejarah turut tenggelam.
Beberapa lagi kampung di Dun Manek Urai termasuk Pemberian, Karangan dan Lata Rek juga terjejas teruk.

Jalan perhubungan dari Kota Bharu ke Gua Musang terputus di banyak tempat ekoran ditenggelami air termasuk di Kampung Pahi, Sungai Durian dan Simpang Tiga Guchil. Banyak kenderaan terperangkap.

Keadaan itu menyebabkan bantuan makanan sukar untuk disampaikan ke lokasi banjir yang terjejas teruk di Dun Manek Urai.

Bandar Kuala Krai juga lumpuh setelah dinaiki air bah sejak semalam. Mangsa banjir di Sekolah Yuk Chai juga terpaksa dipindahkan ke Dewan Sri Guchil memadangkan paras air semakin meningkat.

Banyak kawasan perumahan di sekitar Bandar Kuala Krai termasuk Berkatjaya dinaiki air bah. Kampung-kampung lain yang terjejas Kampung Keroh, Kampung Tengah, Pondok Sungai Durian dan Sungai Nal.

Mangsa-mangsa banjir di pusat pemindahan Dewan Serbaguna di hadapan Masjid Besar Kuala Krai juga terpaksa dipindahkan ke tempat lebih selamat.

Rumah Adun Mengkebang, Abdul Latif Abdul Rahman di Pondok Sungai Durian dan rumah Adun Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah di Batu Jong juga dinaiki air.

Di Gua Musang Bandar Lama yang terletak di tepi Sungai Galas juga lumpuh. Limpahan air ekoran hujan lebat sejak dua hari lalu menenggelamkan banyak rumah termasuk di Kampung Lembaga dan Batu Papan.

Mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan di Maahad Muhammadi di Kampung Lembaga juga terpaksa dipindahkan ke tempat lebih selamat.

Di Tanah Merah, Unit Amal membantu Penyelia Dun Gual Ipoh, Mohd Razali Yusof mengagihkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir dengan bantuan Pasukan Bomba dan Penyelamat.

Sukarelawan Unit Amal Tanah Merah diketuai Mohd Azmi Mat Zin bersama 20 anggota
menyampaikan sebanyak 80 kampit beras kepada para penduduk dengan bantuan Penghulu Mukim Sokor, Mohd Zaid Mohd Noor.

Sementara itu di Kota Bharu air mulai melimpah masuk ke kawasan bandar di sekitar Hotel Ridel, Hotel Grand Riverview dan Taman Hijau yang terletak berhampiran Sungai Kelantan.

Malah rumah penduduk di Kampung Sireh juga ditenggelami air. Air bah mulai melimpah tebing di Tambatan Diraja sejak petang semalam.

Paras air Sungai Kelantan di Lembah Sireh berhampiran Tesco juga meningkat. Kira-kira enam kaki lagi air banjir akan mencecah bandar baru tersebut. - HARAKAHDAILY

Banjir: JPAM Terengganu tak menang tangan tangkap ular

Posted: 23 Dec 2014 11:50 PM PST

BERNAMA 


KUALA TERENGGANU: Ketika musim banjir ini, kakitangan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Terengganu menjadi tidak menang tangan untuk menangkap ular.

Ini kerana hampir setiap hari Bilik Operasi Daerah JPAM menerima panggilan mengenai ular yang memasuki rumah penduduk.

Pengarahnya Lt Kol (PA) Che Adam A. Rahman berkata pihaknya telah menangkap 383 ekor ular yang memasuki rumah penduduk dari 1 hingga 20 Dis lalu.

Beliau berkata Kuala Terengganu mencatat jumlah kes tangkapan tertinggi iaitu 117 kes, diikuti Dungun (70 kes), Marang (65 kes), Besut (50 kes), Kemaman (46 kes), Hulu Terengganu (19 kes) dan Setiu (16 kes).

Antara spesis yang sering ditangkap terdiri daripada tedung, senduk dan katam tebu yang sangat berbahaya dan boleh membawa maut, katanya.

"Apabila habitat ular terganggu (seperti banjir), ular akan menyusur masuk ke tempat yang dirasainya selamat seperti dalam rumah untuk berlindung. Ular akan masuk melalui lubang pintu rumah dan lubang tandas. Namun sehingga kini tiada kes mangsa yang dipatuk ketika berada di dalam tandas," katanya kepada Bernama.

Che Adam menasihati orang ramai agar tidak bertindak sendiri sebaliknya menghubungi anggota JPAM untuk menangkap ular yang memasuki rumah mereka. - Bernama

'Pindaan hudud tak bercanggah persetujuan Pakatan'

Posted: 23 Dec 2014 11:48 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Tindakan kerajaan Kelantan melakukan pindaan ke atas rang undang-undang pada 29 Disember ini tidak bercanggah dengan persetujuan dalam Pakatan Rakyat, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali

"Pada dasarnya masalah ini (perbezaan pendapat tentang hudud) sudah dipersetujui.

"Cuma sekarang, strategi dan pendekatannya adalah berbeza," kata Mustafa kepada Malaysiakini.

Menurutnya, butiran pindaan itu akan dibentangkan kepada pimpinan tertinggi PAS yang meliputi semua anggota jawatankuasa PAS pusat pada Ahad, 28 Disember ini.

"Kita akan dapat taklimat dari Kelantan pada 28 Disember ini," katanya.

Jelasnya, Pakatan perlu faham bahawa pindaan kepada Rang Undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 itu terletak dalam bidang kuasa negeri.

Ia bagaimanapun masih tertakluk kepada penelitian oleh jawatankuasa teknikal hudud di antara Kelantan dan kerajaan Persekutuan, katanya.

"Yang hendak dibentang enakmen itu adalah pindaan kepada yang awal (Kanun Jenayah Syariah (II) 1993).

"Apa pun soal (bentang di Parlimen), itu bukan negeri yang uruskan.

"Kita ada jawatankuasa teknikal, jadi jawatankuasa teknikal akan buat (sebarang) cadangan," katanya.

DAP tolong faham

Kelantan bercadang meminda rang undang-undang hudud pada sidang dewan 29 Disember ini.

Kelantan juga bercadang untuk membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen bagi membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan tanpa bantahan dari kerajaan Pusat.

Cadangan itu mengundang komentar dari pimpinan PKR dan DAP yang menentang langkah untuk meminda rang tersebut.

Mengulas perkara itu, Mustafa menyifatkan komen-komen tersebut sebagai salah faham berdasarkan kenyataan yang kurang tepat.

"Jadi mungkin salah faham berdasarkan kenyataan yang kurang tepat. Minta (mereka) tolong faham," katanya.

Beliau turut bersetuju dengan kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang mengutamakan pelaksanaan hudud berbanding menawan Putrajaya.

"Yalah, Putrajaya pun kita belum menang lagi. Jadi yang di Kelantan ini adalah yang sudah sedia ada," katanya.

PAS Perak kerah ahli bersiap sedia bantu mangsa banjir

Posted: 23 Dec 2014 11:46 PM PST

MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR


IPOH: PAS Perak telah membuka pusat operasi banjir di beberapa buah lokasi di seluruh negeri.

Pengerusi Unit Bencana PAS Perak, Ustaz Idris Ahmad berkata, seluruh ahli telah dikerah untuk bersiap siaga dan membantu mangsa-mangsa banjir yang terlibat.

Menurutnya, setiap PAS kawasan telah dikerah untuk menyumbang bantuan awal dengan sebilangan jumlah yang telah ditetapkan kepada Pusat Operasi Bencana (POB) PAS Perak.

Seluruh kawasan juga, kata beliau dikerah untuk melancarkan kutipan dana bencana secara berterusan serta-merta.

"Setiap kawasan perlu bersedia untuk menghantar petugas atau sukarelawan untuk ops cuci.

"Kami juga memutuskan untuk mewujudkan 'Dapur Rakyat' yang akan diuruskan oleh Dewan Muslimat PAS Perak," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Bagi yang ingin menyumbang kepada mangsa banjir, bolehlah disalurkan melalui Maybank: 558453100225 atau Bank Islam: 08013010040972.

Kuala Kangsar antara yang terjejas teruk apabila air sungai melimpah membabitkan beberapa lokasi termasuklah di sekitar bandar.

Banjir tersebut turut menenggelamkan banyak kedai dan bangunan-bangunan di pinggiran sungai sekitar bandar Kuala Kangsar termasuklah Arena Square Kuala Kangsar.

Sementara itu, menurut laporan bilik operasi banjir PAS di Lenggong, sebanyak 145 buah rumah ditelenggami air membabitkan seramai 751 orang di kawasan itu setakat tengah hari tadi.

Menurut seorang penduduk, Saidi Sabri, banjir tersebut berlaku bermula pagi semalam selepas hujan lebat tidak henti hingga mengakibatkan saluran air terkandas seterusnya menenggelamkan kampung-kampung berkenaan.

"Buat masa ini, mangsa banjir sangat memerlukan bantuan kilat terutama kelengkapan pakaian dan makanan," katanya kepada Harakahdaily.

Ahli Jabatan Amal Malaysia sedang bertungkus lumus membantu mangsa-mangsa banjir membersihkan rumah disamping menyelamatkan harta benda. - HARAKAHDAILY

Setuju pelaksanaan Hudud di Kelantan tetapi…- Khalid Samad

Posted: 23 Dec 2014 11:41 PM PST

 
Mengikut prosedur, AJK PAS Pusat harus dimaklumkan berkenaan mesyuarat sidang khas Dewan Undangan Negeri Kelantan.


hudud-rakyat-malaysia_300


PETALING JAYA: Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS, Abdul Khalid Samad menyatakan secara prinsipnya beliau bersetuju dengan perlaksanaan hukum Hudud di Kelantan.

Bagaimanapun, pendekatan ke arah perlaksanaan hukum hudud perlu lebih diperincikan.

"Kita tahu mengenai rancangan nak laksana Hudud di Kelantan tetapi yang kita tidak tahu adalah perincian ke arah pelaksanaannya," katanya sewaktu dihubungi Free Malaysia Today semalam.

Beliau yang merupakan ADUN Shah Alam turut menyatakan bahawa tidak dimaklumkan mengenai bil persendirian yang hendak dibawa ke Parlimen, begitu juga berhubung jawatankuasa bersama di antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat.

"Kita tidak dimaklumkan, mesyuarat AJK PAS Pusat adalah pada hari Ahad (14 Disember 2013) dan keesokkannya Menteri Besar Kelantan umum hendak buat mesyuarat sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan," katanya.

Ujar Khalid lagi, jika mengikut prosedur mesyuarat, AJK PAS Pusat harus dimaklumkan berkenaan perkara ini.

"Takkan lah sampai AJK PAS Pusat tidak tahu. Ada di antara kita terkejut, dan kita cuma minta diadakan penerangan khas. Ini tidak, semua di dalam AJK PAS Pusat tidak mendapat maklumat.

"Sepatutnya diceritakan apa yang hendak dilakukan perancangan dan sebagainya tetapi tidak dimaklumkan," tegas beliau.

Bahkan, Khalid menyatakan tidak tahu apa yang sedang berlaku di dalam PAS Pusat sendiri.

"Biar semua orang tahu bahawa kita tidak tahu, dan lepas tu harap-harap Kerajaan Kelantan akan panggil kita untuk bermesyuarat," ujarnya..

Apabila ditanya sama ada beliau bersetuju dengan rancangan mengadakan mesyuarat pada 29 Disember ini, Khalid mengakui tidak tahu sama ada hendak bersetuju atau tidak kerana langsung tidak diberitahu maklumat tersebut.

"Jika nak dibawa ke Parlimen, seharusnya beritahu Ahli Parlimen, sama ada hendak dapatkan sokongan dari siapa, apa keterangannya, atau saja-saja nak bawa, kalau sekadar nak timbulkan tetapi tidak tahu ia akan diluluskan, itu kerja yang tidak profesional. kalau boleh kita nak ia diluluskan," katanya.

Semalam, Khalid dilaporkan membuat kenyataan bahawa PAS Pusat tidak tahu- menahu mengenai Sidang Khas DUN Kelantan yang akan diadakan itu.

Tindakan beliau mencetuskan tanda tanya di kalangan banyak pihak kerana mesyuarat sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi mengemukakan pindaan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 akan berlangsung dalam beberapa hari sahaja lagi iaitu pada 29 Disember ini.

DAP pun sedia nilai semula kerjasama

Posted: 23 Dec 2014 11:35 PM PST

 
Teresa Kok mengingat kan PAS supaya tidak melanggar perjanjian semasa penggabungan PR. DAP akui akan konsisten menentang pelaksanakan Hudud.


PAS DA hudud


SHAH ALAM : Sekiranya PAS bertindak untuk menilai semula tahaluf siyasi dalam Pakatan Rakyat (PR) berkenaan pelaksanaan hukum Hudud, DAP juga boleh melakukan perkara yang sama.

Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok berkata, pelaksanaan hukum Hudud tiada dalam dasar semasa penggabungan tiga komponen parti bagi membentuk PR.

"Semasa kempen PRU13 (Pilihan Raya Umum 13) tiada pun kempen untuk kita laksanakan Hudud.
"Cumanya kita hormat PAS sokong Hudud sebab untuk memperjuangkan Islam, itu sahaja," katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Seputeh turut mengingatkan PAS supaya tidak melanggar apa jua perjanjian yang telah pun termeterai semasa penggabungan dalam PR.

"Memang kita akan menentang tindakan PAS untuk laksanakan Hudud. Sebab memang dari dulu kita konsisten tidak bersetuju. (Penasihat DAP), Lim Kit Siang juga sudah menjelaskan yang DAP tidak setuju," ujarnya.

Baru-baru ini, media melaporkan PAS bersedia menilai semula tahaluf siyasi (kerjasama politik) yang dibuat antara parti komponen PR berikutan tindakan DAP yang berterusan mempertikaikan pelaksanaan hudud di Kelantan.

Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Ahmad Yakob berkata, tahaluf siyasi boleh dinilai semula sekiranya ada tindakan yang boleh menimbulkan ketegangan antara parti komponen.

"Apa-apa perjanjian atau kerjasama boleh dinilai semula apabila menampakkan sesuatu tindakan yang mampu mencetuskan ketegangan.

"Penilaian semula ini supaya kita boleh melihat di mana titik tolak tahaluf siyasi itu dalam konteks yang sebenar," katanya.

UMNO Selangor perlu dirombak dan distruktur semula

Posted: 23 Dec 2014 11:32 PM PST

 
Ambil tindakan positif iaitu memperkemaskan struktur kepimpinan dengan mengetengahkan pemimpin muda berkaliber.


noh-omar


SHAH ALAM: UMNO Selangor perlu melakukan rombakan dan penstrukturan semula dalam barisan kepimpinannya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Ketua Penerangan Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Selangor, Datuk Salamon Selamat berkata, Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar perlu bertindak segera bagi memperkukuhkan barisan komponennya.

"Ambil tindakan positif iaitu memperkemaskan struktur kepimpinan dengan mengetengahkan pemimpin muda berkaliber. Saya yakin dengan membuat rombakan dan memilih kepimpinan muda mampu memberi satu kelainan sekali gus mampu mengembalikan keyakinan rakyat," katanya, lapor Sinar Harian.

Menurutnya, keputusan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu Noh terus menerajui Selangor perlu digunakan sepenuhnya untuk memberi nafas baru dalam parti dan mengembalikan keyakinan rakyat dengan melantik barisan pelapis baru dalam hierarki politik Selangor.

"Seluruh jentera parti juga mesti boleh bekerjasama dan menandingi PR. Itu realiti yang terpaksa dilakukan untuk tarik golongan belia," katanya.

Saloman turut menyarankan UMNO Selangor memperkuatkan beberapa aspek seperti pendaftaran pemilih, keahlian dan pengurusan.

"Kalau kita tengok struktur pentadbiran UMNO masih lemah. UMNO perlu sedia berubah bagi memastikan parti ini masih relevan," katanya.

PT3 yang meresahkan ..

Posted: 23 Dec 2014 04:09 PM PST





 Oleh ZAINI HASSAN


KEPUTUSAN peperiksaan tingkatan 3 versi terbaharu PT3 atau Pentaksiran Tingkatan 3 diumumkan kelmarin. Ibu bapa yang melihat keputusan anak-anak mereka ramai yang menggeleng kepala.

Sepatutnya keputusannya lebih baik kerana ia adalah pentaksiran antara sekolah, guru dan murid. Malangnya sebaliknya berlaku. Laman-laman kumpulan sembang WhatsApp memberi pandangan bertubi-tubi.

Hanya 80 orang sahaja mendapat semua A di seluruh Malaysia. Di mana silapnya, kata seorang pengulas.

Sesuatu perlu ditengok balik. Seolah-olah guru-guru dan pelajar menjadi bingung dengan apa yang dibuat oleh kementerian. Siapa yang rugi? Tanya seorang pengulas dalam laman sembang Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).

Ada ibu bapa yang gembira memaparkan kejayaan anak-anak mendapat 6A, 7A malah 10A. Rata-rata daripada murid-murid itu datang daripada sekolah kawalan, integrasi atau asrama penuh, yang guru-guru mereka mempunyai KPI yang ketat. Bagaimana pula dengan sekolah-sekolah awam yang lain?

Saya difahamkan disebabkan sistem penilaian yang cukup mengelirukan itu, sebuah sekolah swasta di ibu negara mengambil keputusan memansuhkan sepenuhnya kurikulum kebangsaan dan menukar kepada kurikulum antarabangsa.

Ibu bapa dan guru-guru sekolah itu mengambil keputusan sebulat suara.  Bermakna mulai tahun depan semua murid sekolah itu akan mengambil sistem peperiksaan IGCSE. IGCSE atau International General Certificate of Secondary Education ialah kurikulum yang dibangunkan oleh Peperiksaan  Antarabangsa University of Cambridge sejak 1980an.

Itulah akibatnya jika sistem pelajaran kebangsaan yang digunakan sekejap begini, sekejap begitu. Lagi ulasan dalam laman sembang itu.

Apa yang dibimbangi dalam keadaan ekonomi yang kelam, Kementerian Pendidikan dalam tempoh satu tahun lalu telah mencetuskan banyak keresahan warga guru dan ibu bapa bermula dengan PBS, kemudian soalan bocor UPSR, sekarang PT3.

Dan jawapan yang diberikan oleh pegawai kementerian dalam nada sama bahawa tidak berlaku sebarang kesilapan di peringkatnya.

Pihak kementerian berkata, pencapaian 452,745 calon yang mengambil PT3 tahun ini tidak boleh dibandingkan dengan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sebelum ini sebaliknya perlu dijadikan penanda aras untuk melahirkan lebih ramai murid menguasai kemahiran berfikir aras tinggi dan berfikir di luar kotak sebagai persediaan asas ke peringkat pengajian lebih tinggi.

Berfikir aras tinggi? Apakah murid-murid sudah bersedia, malah adakah guru juga sudah sedia? Berikut dialog seorang cikgu dengan muridnya yang diceritakan oleh murid itu.

Cikgu bertanya: Bagaimana caranya untuk mengelakkan seorang kanak-kanak perempuan yang tidak pandai menaiki basikal mengimbangi basikal yang dinaikinya.

Murid itu setelah berfikir sebentar menjawab lisan: Tambah rodanya cikgu.

Cikgu: Salah! Budak perempuan itu kena mengunjurkan badannya ke depan bagi mengimbangi basikalnya.

Murid itu bingung. Murid itu tidak boleh mempertahankan jawapannya yang juga logik dan menggunakan tahap akalnya. Kita tidak pasti apakah logik murid itu boleh diterima atau guru itu yang tidak faham?

Komen lain pula berkata: Biarlah kita jelas dengan hasrat dan strateginya. Ia semata-mata demi kepentingan pelajar agar dapat dikurangkan sindrom "exam orientated". Perkara ini telah lama dituntut, jika ada nilai tambah yang boleh diberi, biarlah dicari bersama. Saya mengharapkan agar sebarang kritikan adalah terjurus pada delivery, kerana inilah isunya.

Seorang lagi pengulas berkata: Pada hemat saya tidak ada rugi kalau kementerian sendiri mengambil tanggungjawab memohon maaf.

Katanya lagi. Semasa saya bertugas di sebuah agensi kerajaan pada awal 80-an, seorang menteri iaitu (Tan Sri) Sanusi Junid, ketika itu pernah menasihati kami; tujuan dan matlamat baik perlu dikembarkan dengan kaedah pelaksanaan yang baik; jika tidak matlamat tidak tercapai. Ini, katanya yang perlu dilakukan oleh teknokrat di Kementerian Pendidikan.

Budak meninggal selepas makan nasi goreng cina

Posted: 23 Dec 2014 04:05 PM PST

WARTA UTARA


TELUK INTAN - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun meninggal dunia sejam selepas makan bersama bapanya di sebuah kedai makan, di sini.Bapa mangsa, Hamzah Mat Som, 48, berkata, di kedai berkenaan, anaknya, Nuran Zuriman  Hamzah, menikmati  nasi goreng cina manakala dia hanya  makan kentang goreng.
Menurutnya, ketika itu anaknya berselera menjamah hidangan berkenaan tanpa menunjukkan sebarang perubahan sehingga pulang ke rumah.

"Sebaik sampai di rumah kira-kira jam 7.30 malam, arwah terus bermain permainan video, tiba-tiba arwah berlari ke bilik air dan muntah-muntah.

"Kami tak syak apa-apa pada mulanya namun sebaik keluar bilik air arwah terus rebah dan tidak sedarkan diri," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Teluk Intan, di sini, kelmarin.

Hamzah berkata, selepas melihat anaknya pengsan, dia segera menghubungi ambulan untuk dibawa ke hospital bagi menerima rawatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya mengesahkan kejadian berkenaan dan kematian mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut.-S/Harian

ALHUSSEYN

Posted: 24 Dec 2014 03:07 PM PST

ALHUSSEYN


Bila PAS ambil alih perangai buruk UMNO .....

Posted: 24 Dec 2014 01:07 AM PST

Assalamu'alaikum Warahmatullah


Sekitar sembang santai bersama Tan Sri Abdul Kadir Syeikh Fadzir, bekas vateran UMNO yg sejak 1956, yg lebih 30+ tahun aktif dlm kabinet pelbagai peringkat, sebelum tinggalkan UMNO sebelum PRU13 lepas.

Selepas taaruf & tanya khabar, Tan Sri menitipkan beberapa nasihat dan pesanan utk PAS berdasar pemerhatian Tan Sri sendiri sbg pihak luar PAS dlm isu survival politik Islam & Melayu, dan PR di M'sia.

Kelihatan wajah Tan Sri cukup bertenaga, dan nampak ikhlasan pandangan2 tegas di bawah, walau agak keras.

 [Ringkasan...]

 1. Tan Sri sedang gerakkan parti baru beliau yg akan dilancarkan secara rasmi hujung Jan-2015 melibatkan seluruh jentera2 negeri.

2. Matlamat beliau utk betulkan kerosakan politik dlm negara skrg yg sgt parah. Kerajaan dan BN telah totally gagal berfungsi utk membela rakyat.

3. Parti baru tak bergabung dgn PR walau sama2 lawan BN, sbb isunya utamanya PR skrg dah semakin parah dan berpecah teruk.

4. PR asalnya dah elok2 di atas landasan utk tumbangkan BN, sikit sahaja lagi kena tingkat usaha lepas PRU13 lepas, tapi PR ambil keputusan patah balik ke blkg. Dah jadi Sama mcm UMNO yg mmg dah lama undur ke blkg. Sebab itulah PR blh memang besar dlm PRU13 lepas.

5. Sepatutnya PR bcg bagaimana betulkan kelemahan kerana gagal menang PRU13. Tapi terperangkap dlm isu hudud mainan UMNO yg PAS nak bawa.

6. Masalah PR plg utama mmg pada PAS. Mulut sebut nak ganti UMNO sejak dulu. Rupanya yg diganti tu perangai2 buruk UMNO diambilnya.

7. PAS yg diharapkan boleh jadi tempat utk org2 Melayu Islam yg sokong UMNO dulu utk datang pada PAS. Tapi sekarang hakikatnya org2 Melayu termasuk bekas2 pimpinan UMNO dlm PAS itu pun dah makin menyampah pada PAS, dan pakat lari dari PAS.

8. Faktanya semua org tahu, termasuk PAS sendiri, bahawa UMNO tak akan sesekali benarkan laksanakan hudud di Kelantan atau M'sia. Semua Presiden UMNO dah cakap mcm benda yg sama. Tak akan UMNO benarkan Islam perintah. Sebab kalau Islam kuat mmg UMNO pun hancur. Tapi sekali UMNO berlakon hulur tangan pada PAS, sekali itulah PAS terus sambut dan tak kisah dah janji2 PAS pada parti2 lain dlm PR. Siap serang balik parti2 PR lain itu.

9. Sedangkan saya cukup yakin sekalipun PAS bawa EJSK itu dibawa ke Parliment lepas sidang khas DUN Kelantan luluskan nanti, ia akan ditolak awal2 lagi. Yakinlah dgn saya. Saya kenal sgt perangai jahat UMNO.

10. Masa itulah, masa EJSK itu kena tolak nanti, parti yg paling seronok adalah UMNO dan BN, sbb PR dah berkubur sebab dah habis pecah. Saya sebut sebab saya mmg kenal semua kerja2 jahat UMNO dan strategi jahat UMNO nak jatuhkan PR melalui umpan PAS.

11. Bukan sahaja saya yg tak masuk PAS dah jadi benci pada PAS, kawan2 saya yg asal UMNO dan dah masuk PAS pun, awak tanyalah, semua mereka dah menyampah kat PAS. Semua mereka hilang kepercayaan pada PAS dan PR. Dan semua mereka nampak PAS mmg gagal berperanan sbg rakan dlm PR.

12. Bagitahu pada budak2 baru dalam PAS mcm Ahli Parlimen xxx dan Ahli Parlimen yyy tu, mereka tu tak pernah kenal lagi UMNO, elok janganlah bercakap hal2 UMNO dan strategi nak selamatkan Melayu. Langsung tak betul apa yg mereka cakap tu. Merapu sahaja bagi org makin benci PAS sebenarnya.

 13. Mereka tu dok ingat makin banyak mereka bercakap pasal hudud dan undang2 Islam, ia akan menarik org2 Melayu sokong PAS. Mereka silap besar. Mereka ingat org2 Melayu bodoh mcm zaman dulu. 

14. Bagitahu mereka, lagi banyak mereka cakap hal hudud dan cari sokongan Melayu dgn politikkan isu hudud, makin berlambaklah org2 Melayu lari dari sokongan pada PAS. 

15. Hanya org2 bodoh tak reti politik mcm mereka tu sahajalah akan kata org Melayu akan jadi makin sokong PAS bila PAS cakap hal hudud itu.

16. Satu lagi, org yg plg ramai akan lari dari PAS adalah org muda. Budak2 muda skrg menyampah sgt pada PAS dgn sebab mereka dok cakap hal2 yg tak akan dapat dilaksanakan selagi UMNO masih ada. Bukan bercakap hal2 keperluan org muda.

17. Sedangkan kalau PAS terus cakap hal2 kebajikan, ekonomi, rasuah, pekerjaan org2 muda, pendidikan, dan sistem keadilan negara, masa itulah org akan makin dekat dgn Islam dan sokong PAS.

18. Bagitahu kat org PAS, ingat betul2 pesanan saya ini sebab saya kenal sgt darah daging UMNO, dan saya faham apa sebab org Melayu nak sokong PAS. Bagitahu mereka hanya org2 mcm Ahli Parlimen Shah Alam dan kawan2 dia itu sahajalah yg boleh bawa balik PAS utk tarik sokongan Melayu dan untungkan Islam. 

19. Ini tidak, kamu hentam Khalid Samad dan kutuk dia larikan sokongan Melayu sebab konon dia buat mcm tu sebab nak tarik undi Cina India. Walhal org2 Melayu atas pagar dan UMNO yg dah cerdik skrg mereka cukup hargai tindakan Khalid Samad dan kawan2 dia yg berani itu.

20. Nanti kalau ada kesempatan jumpa saya lagi, saya nak bagitahu kamu mcmana nak lawan UMNO tanpa sesekali masuk perangkap UMNO itu.

W'alam. Catatan bual santai siyasah..; 

Ahmad Sayuti Bin Bashiron 
Jumaat 19 Dec 2014 Shah Alam

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN

Posted: 24 Dec 2014 01:26 PM PST

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN


PT - BANYAK SEDEH DARI GEBIRA

Posted: 24 Dec 2014 12:50 AM PST

Telok Bakong Online

Posted: 24 Dec 2014 11:02 AM PST

Telok Bakong Online


Free Qaradhawy

Posted: 23 Dec 2014 05:23 PM PST

Pendapat peribadi hamba.

Posted: 24 Dec 2014 07:51 AM PST

Pendapat peribadi hamba.


Adakah syariah menghalang negara masuk campur urusan dosa peribadi?

Posted: 23 Dec 2014 06:51 PM PST

PAS Perak Membuka Ruang Kepada DAP Untuk Mengenali Tentang Hudud

Posted: 23 Dec 2014 05:53 PM PST

ISU HUDUD: PARASIT DAH BERSUARA DAH

Posted: 23 Dec 2014 04:46 PM PST

Roslan SMS Corner

Posted: 24 Dec 2014 07:49 AM PST

Roslan SMS Corner


Kit Siang guna "peluru" percuma tembak PAS (24/12/14)

Posted: 24 Dec 2014 06:58 AM PST

Beberapa jam lepas dalam posting terakhir saya "Jangan cabut nyawa PAS" saya menulis:

"Tambah gawat lagi apabila ada pula pimpinan PAS, setakat ini 3 AJK Pusat (yang juga ahli Parlimen PAS) yang membangkitkan secara terbuka bahawa konon-kononnya usaha terbaru kerajaan PAS di Kelantan tidak mendapat "restu" JK PAS Pusat?! Mengapa ianya dibangkitkan secara terbuka diperingkat ini? Bagi saya tiada rasional yang dapat dijelmakan selain "pendedahan tidak matang" ini menambahkan lagi persepsi buruk terhadap PAS, seakan bukan sahaja DAP dan PKR tidak setuju malah PAS sendiri tidak sekata dalam membawa perkara ini!"
Ternyata tindakan mereka (3 AJK PAS Pusat itu)sengaja memberi peluru untuk menembak PAS, seakan suatu tindakan yang terancang, apabila sebuah portal berita melaporkan kenyataan Ketua Pembangkang DAP di Parlimen, Lim Kit Siang berkenaan isu ini. Laporan itu menyebut:

If the Kelantan assembly special meeting to push through the implementation of hudud, which even the PAS central committee is unaware of, is held, I see no purpose in my attending any future Pakatan Rakyat presidential council meetings, and I leave it to the party to decide on its next course of action," Lim said in a statement today.
("Jika mesyuarat khas Dewan Undangan Negeri Kelantan yang bersidang bagi meluluskan perlaksanaan hudud, yang Jawatankuasa PAS Pusat pun tidak tahu menahu, diadakan, saya tidak nampak apa gunanya saya menghadiri mesyuarat majlis presiden PR yang akan datang dan saya serahkan kepada parti untuk memutuskan tindakan seterusnya," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini)

Pemimpin-pemimpin PAS berkenaan (ahli-ahli Parlimen Parit Buntar, Kuala Kerai dan Shah Alam) secara terbuka mendakwa kononnya tindakan kerajaan negeri Kelantan itu tidak pernah dibincang atau dibangkitkan dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat. Tak lama setelah itu Kit Siang pun terbit dengan kenyataan mahu memboikot mesyuarat majlis presiden PR dan mendakwa "even the PAS central committee is unaware…." (malah Jawatankuasa PAS Pusat pun tidak tahu menahu).
Tidakkah seakan terancang tampaknya?

Diwaktu orang-orang PAS keseluruhannya sepatutnya bersatu berdiri teguh mempertahankan usaha untuk melaksanakan hukum hudud ini, tiba-tiba terbit kenyataan dari 3 "kepala" ini sengaja mahu mengeruhkan suasana dan menggambarkan seakan semuanya bagai otokratik dan kuku besi belaka dalam PAS!
Kalau pun marah dan tidak berpuas-hati dengan Presiden PAS atau Pemangku Ketua Dewan Ulamak (yakni MB Kelantan), janganlah sampai menghulurkan peluru untuk menembak parti sendiri, membantu mencabut nyawa PAS!

Anehnya salah seorang mereka itu ahli Parlimen mewakili kawasan di negeri Kelantan!
Saya sangat kesal dengan tindakan mereka itu, gelagat mahu menjatuhkan individu tertentu dalam parti kelihatan terbawa-bawa sehingga sanggup mengonarkan parti sendiri di mata umum. Saya percaya kekesalan saya ini turut dirasai oleh ramai samada di dalam mahupun diluar PAS terutama dikalangan mereka yang tertunggu-tunggu mahu melihat hukum Allah terlaksana sekurang-kurangnya buat permulaan di sebuah negeri.

Disaat para pejuang Islam seluruh Negara bermunajat dan berdoa mohon Allah memudahkan perjalanan bagi perlaksanaan hukum ini, tiba-tiba ada yang dari dalam PAS mahu mengeruhkan suasana.
Pada bulan April 2014, Tok Guru Mursyidul Am PAS dalam satu laporan media dipetik berkata:

"Tak berlaku lagi (hudud), tapi doakan mudah-mudahan pembentangan itu berjaya. Ini satu kemajuan yang sudah lama kita tunggu, bukan senang untuk Kelantan dan negeri-negeri bawa perkara seperti ini ke Parlimen," katanya sambil menegaskan wajib bagi wakil rakyat Islam menyokong rang undang-undang ini.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/nik-aziz-yakin-dap-pkr-akur-pas-laksana-hudud-di-kelantan

Semoga doa dan cita-cita umat Islam di Malaysia diperkenankan Allah swt.  

Jangan cabut "nyawa" PAS (24/12/14)

Posted: 24 Dec 2014 02:52 AM PST

Timbalan Mursyidul Am PAS Dato Dr Haron Din baru-baru ini telah dipetik media sebagai berkata:

"PAS tidak terbelenggu oleh komen lawan mahupun kawan. Hudud nyawa PAS dan ini perjuangan asas yang tidak pernah lekang."
Kenyataan ini menegaskan pendirian, sikap dan prinsip perjuangan PAS sejak ia ditubuhkan sehingga kini. Matlamat melaksanakan sistem dan peraturan Islam tidak pernah luput atau luntur dari perjuangan PAS, samada dalam keadaan ia susah dengan suara yang kecil apalagi ketika ia kuat dan punya suara yang lantang.
Siapa pun yang bermusuh atau berkawan dengan PAS tahu bahawa itulah perjuangan PAS. Ketika PAS mula-mula menaiki pentas politik dalam Pilihanraya Persekutuan Tanah Melayu tahun 1955, itulah slogan perjuangan PAS, dan obornya terus membakar dan dijulang sehingga ke hari ini.
PAS menang cuma satu kerusi tahun 1955 melalui Almarhum Tuan Guru Hj Ahmad Tuan Hussien di Kerian, Perak (dan Almarhum Prof Zulkifli Muhammad hilang wang pertaruhan di Kelang), atas slogan yang sama. Menang di negeri-negeri Kelantan dan Terengganu Pilihanraya Umum Pertama Malaya Merdeka 1959 terus dengan slogan yang sama sehinggalah hari ini dengan suara di Dewan Rakyat, Dewan Negara dan hampir kesemua Dewan Negeri-negeri di Malaysia juga dengan slogan yang sama.
Berdasarkan kenyataan Dr Haron Din itu keseluruhan ahli dan penyokong PAS sedar dan akur bahawa PAS tanpa Hudud akan mati dan tidak lagi menepati prinsip dan dasar perjuangannya lagi.
Allah swt telah mentakdirkan PAS menang di Kelantan, atas slogan ini, sejak 1990 lagi dan kini sudah lebih 24 tahun ia berterusan berkuasa di Kelantan. Kerajaan PAS Kelantan telah pun meluluskan melalui proses demokrasi di Dewan Undangan Negeri, Kanun Undang-Undang Jenayah Syariah Kelantan II untuk memulakan tapak bagi perlaksanaan Hukum Hudud di Negeri berkenaan.
Dan baru-baru ini MB Kelantan Ustaz Dato Ahmad Yakub telah pun mengumumkan bahawa satu sidang DUN Khas akan di adakan pada 29 Disember ini untuk meminda Kanun berkenaan sebagai salah satu langkah bagi membuka ruang membawa "Private Bill" atau "Rang Undang-undang persendirian" ke Parlimen tahun hadapan bagi merintis jalan ke arah perlaksanaan hukum berkenaan di Kelantan
Saya yakin jangankan rakyat Kelantan dan umat Islam di Malaysia, malah seluruh umat Islam di dunia yang mengikuti perkembangan ini ternanti-nanti tarikh dimana hukum Islam ini akan terlaksana di Kealntan.
Namun kesungguhan PAS ini seperti dijangkakan mendapat kritikkan dan ancaman pihak-pihak tertentu. Jika dahulu musuh tradisi PAS yakni Umno lah yang akan ke hadapan menyerang cita-cita PAS ini. Dalam keadaan begitu pun PAS terus istiqomah memacu perjuangan bagi mencapai cita-citanya. Bila berkuasa kembali di Kelantan 1990, PAS tidak menoleh ke belakang lagi, samada Umno BN suka atau tidak cita-cita ini mesti diperjuangkan dan demikianlah sehingga dilulus dan digazetkan Kanun Undang-Undang Jenayah Syariah Kelantan II.
Kini kemungkinan perlaksanaannya sudah berada diperingkat akhir. Anehnya Umno kelihatan kendur tetapi rakan-rakan PAS pula bangkit mencemuh dan mengancam.
Persepsi yang cuba digambarkan bahawa kononnya jika cita-cita PAS ini diteruskan, PR akan dihukum khasnya oleh pengundi-pengundi bukan Islam, dan akibatnya jalan ke Putrajaya akan terhalang.
Sudah semestinya perkembangan ini meletakkan PAS dalam situasi "ditelan mati emak diluah mati bapa".
Tambah gawat lagi apabila ada pula pimpinan PAS, setakat ini 3 AJK Pusat (yang juga ahli Parlimen PAS) yang membangkitkan secara terbuka bahawa konon-kononnya usaha terbaru kerajaan PAS di Kelantan tidak mendapat "restu" JK PAS Pusat?! Mengapa ianya dibangkitkan secara terbuka diperingkat ini? Bagi saya tiada rasional yang dapat dijelmakan selain "pendedahan tidak matang" ini menambahkan lagi persepsi buruk terhadap PAS, seakan bukan sahaja DAP dan PKR tidak setuju malah PAS sendiri tidak sekata dalam membawa perkara ini!
Apa pun, tolak ketepi pandangan fraksi minoriti yang sangat kecil ini, PAS mesti dilihat terus beristiqamah.
Bukan risiko kematian emak atau bapa yang berada di hadapan kita tetapi memohon dan mengharapkan keampunan dan redha Allah swt. PAS sudah berjuang dan bertarung dalam politik tanahair sekian lama, lebih lama dari rakan-rakannya, semata-mata untuk mendapat suara bagi melaksanakan Islam.
Berjuang mereka yang terdahulu (dalam PAS), memikul kesusahan dan penderitaan, bergenang-berderai airmata, bergolok-bergadai harta sehingga tercedera tubuh dan tertumpah darah semata-mata kerana yakin menegakkan panji-panji perjuangan Islam ini. Kerana itu walau susah walau menghadapi berbagai rintangan, halangan dan ancaman, mereka terus mengusung dan mengheret perjuangan ini, kerana redha Allah lebih utama dari redha manusia, ancaman Allah lebih digeruni dari ancaman manusia.
Hari ini cita-cita itu itu semakin hampir setelah diatur dan disusun dengan tertib dan teliti. Kita tidak memaksa tetapi menjunjung proses demokrasi, menang kuasa di negeri, mendapat persetujuan suara teramai dalam dewan dan memperoleh perkenan Tuanku Sultan. Hari ini kita semakin dekat dengan keampunan dan redha Allah, lalu apalah sangat rintangan dan ancaman hari ini yang boleh diatasi dengan kesungguhan dan istiqamah kita.
Teruslah PAS merestui dan mempertahankan sidang DUN Kelantan 29 Disember ini. Teruslah diangkat "private Bill" setelah itu dengan harapan sokongan semua wakil rakyat (ahli Dewan Rakyat) beragama Islam selain yang bukan Islam (kerana hukum ini kelak dikecualikan ke atas rakyat yang bukan Islam). Teruslah semua kita berdoa dan bermunajat memohon laluan sebaik-baiknya dari Allah swt.
Rakan-rakan yang menentang, kita mohon agar mereka faham dan menghormati dasar dan prinsip perjuangan kita. Itulah adat berkawan, hormat dan tolak-ansur. Kita mahu terus berkawan dan meneroka peluang politik seterusnya akan tetapi jangan sehingga memaksa kita menggadai dasar dan prinsip perjuangan yang istiqamah didokong selama ini. Kita yakin majoriti masyarakat pengundi Islam akan merestui langkah ini dan kita juga yakin masyarakat bukan Islam yang tidak terikat pun dengan hukum ini akan faham dan terus menyokong kita.
Walaubagaimanapun jika ada dalam PAS sendiri yang cuba menggagalkan atau memacu adu-domba kerana mengejar agenda peribadi yang lain, maka atas tangan ahli-ahli PAS lah untuk memperbetulkannya, kerana hudud ini sebagaimana ditegaskan Timbalan Mursyidul Am PAS adalah "nyawa" PAS. Orang lain boleh mengancam dan menggugatnya, kita sabar tetapi jika orang dalam yang mahu mencabutnya, maka biarlah dicabut nyawa politik mereka terlebih dahulu dari "nyawa" PAS ini dicabut.
 

.

Posted: 24 Dec 2014 03:45 AM PST

.


Kedahsyatan banjir kita yang mengundangnya?

Posted: 23 Dec 2014 06:11 PM PST

BANJIR DI KELANTAN                                                                                  

Sebuah majsid di Kuala Krai ditenggelami air.
Mungkin disebabkan bah atau banjir, bencana alam yang sering berlaku di Kelantan atau negeri-negeri di Pantai Timur menyebabkan orang di Pantai Barat atau yang berada di luar Kelantan merasakan bah yang melanda Kelantan sejak seminggu lalu, sebagai perkara biasa.

Ia adalah bencana alam tahunan yang terpaksa dihadapi rakyat negeri itu yang sudah memanglikan rakyat di negeri-negeri tersebut.



Kedai roti tempayan di Kuala Krai ghaib.
Apa lagi bencana alam itu digelarkan sebagai pesta air tahunan menyebabkan penderitaan dan kesusahan mangsa-mangsanya tidak dihayati dengan sewajarnya. Tidak merasai kepayahan mangsa banjir warga emas, ibu sedang bersalin atau kanak-kanak dalam menghadapi musibah berkenaan.

Sebatang jalan musnah sama sekali.
Lantaran itu juga perasaan simpati untuk menghulur bantuan tidak begitu mencengkam jiwa. Keadaan ini ditepukan lagi dengan gambaran atau laporan yang tidak serius (kurang perikemanusiaan) mengenai kemalangan itu.

Lebih-lebih lagi ditengok kepada berbagai versi gambar bah yang dipostkan dalam media baru menambahkan keraguan untuk membantu dan merasai kesakitan sebenar dialami mangsa-mangsa banjir.

Bandar Kuala Krai ditenggalmi bah.
Lebih teruk lagi apabila para pemimpin politik atau pun skuad bantuan bermain-main dengan banjir dan mangsa banjir. Pengeposan gambar-gambar yang kononnya untuk merengankan bebanan perasaan akibat banjir tidak mengundang simpati mendalam daripada pemerhati dan ia menjadi satu pembaziran pula.

Pemandangan disatu kawasan di Gua Musang.
Misalnya ada seorang menteri yang duduk "becokoh" sedang memasak gulai di pusat pemindahan banjir. Ada juga gambar wakil rakyat siap dengan west menaiki bot untuk membantu mangsa banjir sedang melmbai-lambai tangan. Ada juga wakil rakyat yang sedang menelefon dalam keadaan separuh badan terendam dalam air.

Selain itu ada juga foto wakil rakyat yang sedang menghulur seguni beras kepada mangsa dari bawah tangga, yang lagaknya macam hendak menghendap sahaja.

Aksi-aksi dan wajah pembantu banjir atau pemimpin seperti itu menyebabkan orang yang berada di luar air (bah) tidak merasai akan keperitan mangsa banjir. Pengeposan gambar sebegitu tidak membawa makna kemanusiaan yang tinggi. Bagi tujuan mengundang simpati dan menarik perhatian sepatutnya pemimpin atau pembantu mangsa banjir membuat pengeposan gambar-gambar yang boleh memberi keinsafan dan kesedaran, semisalnya gambar wakil rakyat atau menteri sedang berdoa bersama mangsa banjir.

Kesan landaan banjir yang tinggal hanya tungku.
Pagi ini saya mengambil inisitif menghimpun beberapa keping gambar banjir di Gua Musang dan Kuala Krai dari wall facebook rakan-rakan saya. (Maaf dan terima kasih kerana curi gambar anda). Gambar-gambar ini menjelaskan akan apa sebenarnya berlaku di Kelantan waktu ini. Bandar Gua Musang dan Kuala Krai tenggelam sama sekali. Jajahan inilah pada saat ini paling teruk dilanda banjir.

Hancur dan lebur sama sekali.
Beberapa buah kampung di Jajahan ini tidak dapat berhubung dengan kawasan luar langsung menyebabkan terdapat mangsa banjir yang sudah leih 48 jam tidak mendapat apa-apa bantuan. Sekiranya mereka tidak bersiap sedia dengan bekalan makanan secukupnya dan air terus "terpasung" seperti keadaan hari ini mereka akan kelaparan dan kebuluran.

Pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) sendiri memaklumkan bantuan yang dihantar ke kawasan itu tidak berjaya kerana helikopter tidak dapat mendarat kerana hujan lebat. Apakah alternatif lain diambil untuk menjengok mangsa yang terperangkap itu? Kita harap ada dan mereka selamat.

Beberapa buah rumah ditenggelami.
Bermacam-macam kejadian menyedihkan berlaku seperti mana dilaporkan. Itu semua memberi gambaran akan keseksaan bila dihimpit banjir. Mungkin bagi sesetengah mangsa berada dalam keadaan mewah dan lumaya kerana mendapat layanan baik, tetapi tidak ternafi ada yang masih melarat. Keadaan terlepas pandang dan pilih kasih dalam memberi bantuan tidak dapat dielakkan.

Kelajuan terpaan banjir tak sempat selamatkan harta.
Justeru adalah diharap hendaknya semua mangsa banjir dibantu dengan penuh ikhlas dan saksama tanpa mengira apa-apa perbezaan. Pandanganlah mangsa banjir adalah warga kita bersama.

Apapun nasib baik kehilangan nyawa akibat banjir di Kelantan kali ini tidak ramai. Bagaimana pun kehilangan dan kemusnahan harta benda tidak terhitung. Yang pastinya ia tentu mencecah puluhan juta ringgit.

Dari pemerhatian kepada gambar yang dipostkan, berpuluh-puluh buah kenderaan rosak akibat terendam air. Berpuluh-puluh buah rumah juga dihanyutkan air, bahkan hilang terus dari muka bumi yang tinggal hanya tungku-tungku tiang. Kerosakan harta awam seperti jalan raya, masjid, surau dan sekolah juga tidak terhitung banyaknya. Begitu juga dengan hairan ternakan lembu, kerbau, kambing, ayam dan itik serati.

Hancur dan tenggelam.
Pendeknya bah atau banjir yang melanda Kelantan kini adalah teruk dan sangat dahsyat. Cuma seperti dinyatakan tadi kedahsyatan ini tidak begitu dirasai kerana dalam persepsi umum kejadian banjir di Kelantan dan di negeri-negeri di Pantai Timur adalah sesuatu lumrah dan ia sudah dianggap sebagai pesta air tahunan bermusim.

Keadaan begini berlaku semasa tsunami, kini masa banjir.
Melihat kepada kedahsyatan bencana alam itu mungkin persepsi atau gelaran bahawa banjir atau bah sebagai pesta air di akhir tahun perlu diubah. Jangan lagi ianya dianggap fenomena biasa sebaliknya ia perlu dianggap sebagai bencana luar biasa kerana fenomena luar biasa. Perlu diingat, rombakan ke atas alam, rompakan ke atas khazanah bumi yang menjadi pasak kepada alam maya sudah lama berlaku. Evolusi dan kerakusan itu semualah ikut sama menukar telahan kita selama ini bahawa banjir itu perkara biasa. Perlu kita bersama sedari bencana itu ada musuh yang kita sendiri mengundangnya hasil dari kerakusan kita.

Pihak berkuasa Alam Sekitar, Geogolis, JPS dan sebagainya perlu membuat kajian dan perancangan baru bagi berdepan dengan fenomena luar biasa itu. Banjir yang berlaku kini harus dijadikan bahan penyelidikan yang dilihat dari semua sudut zahir dan batin.

Setesen keretapi juga tenggelam.
Jauh dari tanggapan itu semua, wajarlah kalau kita mengambil iktibar atas apa yang berlaku di Kelantan itu. Dengan mempercayai Tuhan tidak akan menurun sesuatu bala dan musibah itu kalau bukan untuk dijadikan pengajaran, mungin bah di Kelantan itu Tuhan menghantar mesej khusus buat rakyat Kelantan.

Apakah mesej itu, kita semua kena merenung dan berpakat mencarinya dengan jujur dan iklhas. Mahasabah diri perlu diadakan. Mungkin setiap daripada kita hamba rakyat berdosa dengan Tuhan, mungkin juga pemerintah sudah kufur dengan Tuhan, dan mungkin juga Raja atau Sultan sendiri ada membuat silap dan salah dengan Allah. Kita berpura-pura dengan-Nya. Atas apa yang berlaku jangan kita sesekali beranggapan Tuhan kejam dan sengaja menghukum kita, tidak. Tuhan tidak pernah kejam melainkan diri kita sendiri.

Sekali lagi saya berharap semoga MKN yang dipengerusi oleh Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak mngistyharkan negeri Kelantan khasnya dalam darurat. [wmkl.9:50 am 24/12/14]

Banjir teguran Allah...

Posted: 23 Dec 2014 04:16 PM PST

RESPONS                                                                                                           

Seorang penjengok blog saya telah mengirim satu ulasan sebagai respons kepada catatan saya mengenai banjir yang kini hebat melanda Kelantan. Ulasan penjengok ini menarik dimana dia mengaitkan dengan bencana alam yang berlaku sekarang ini sebagai satu teguran daripada Allah s.w.t dimana ia ada kena mengena dengan situasi politik di Kelantan.

Penjengok ini membuat konotasi bajir itu sebagai teguran Allah kerana di Kelantan ketika ini riuh didebatkan fasal kerajaan Pas Kelantan hendak laksanakan hudud. Dari perspektif penjengok ini pelaksanaan hudud tergesa-gesa dan tidak perlu disegerakan. Katanya cadangan pelaksanaan perlu ditangguhkan dahulu. 

Tangguh hudud bukan bermakna tolak hudud, katanya. Saya turunkan sepenuhnya ulasan berkenaan tanpa membaiki, melainkan membetulkan ejaan. Atas ulasan ini diucapkan terima kasih. Wassalam Mso. 

Salam,

Semoga Tuan sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang Ilahi,
diberi idea yang jelas dan pencerahan untuk menyampaikan dan berkongsi idea tuan bersama sama mereka yang mencari ilmu dan kebenaran.

Saya sentiasa mengikuti tulisan tuan , melalui buku dan juga blog,
pendek kata idea hujahan dan pandangan tuan mudah diterima dan mudah difahami dan banyak yang saya bersetuju.

Membaca tulisan Tuan mengenai banjir, lebih menarik minat saya berbanding tulisan tuan mengenai politik. Sebagai rakyat Kelantan , menghadapi banjir yang amat dahsyat pada kali ini, bagi saya adalah teguran dari ALLAH.

Semoga kerajaan PAS kelantan sedar dan bangun dari mimpi, jangan mainkan isu "Hudud" untuk kepentingan politik Melayu yang sempit. Jika saya dan kami beberapa kerat rakyat Kelantan boleh sedar, sukar sangatkah bagi pemimpin Pas Kelantan yang dikatakan berilmu tinggi untuk sedar perkara ini.

Di Kelantan sendiri, tiada penerangan luas untuk memahamkan rakyat muslim dan non muslim, tiada perkongsian dengan rakyat akan perancangan dan pendedahan bagaimana pelaksanaan hudud akan berjalan, jika menghadapi pilihanraya banyak ceramah terbuka diadakan dengan luas sekali, kenapa untuk melaksanakan hudud Allah tidak diadakan ceramah terbuka untuk rakyat sama-sama tahu.

Pas telah masuk perangkap UMNO, beberapa kerat pemimpin PAS yang bangga berserban dan sentiasa basah mulut mereka dengan ayat suci terjerat dengan dunia Umno.

Nak melaksanakan hukum ALLAH, tapi jelas kelihatan , ada diselit kepentingan Melayu disebaliknya. konon Melayu akan bersatu dengan Hudud?

Wahai pemimpin, jangan salah guna kuasa yang diberi, jangan takbur dengan ilmu dan kuasa, jangan pergunakan Hudud sebagai alasan untuk satukan Umno-Pas, jangan terlalu angkuh dan yakin Pas Kelantan takkan jatuh di tangan rakyat.

Aallah turunkan teguran kecil, banjir, air melimpah yang entah datang dari mana. maka utamakan dulu kebajikan rakyat, kesulitan dan kesusahan yang dihadapi.

Tangguh Hudud bukan bererti tolak Hudud.
Kebajikan rakyat perlu dijaga, pemahaman, pendidikan dan perancangan perlu jelas, dialog dan perbincangan terbuka bersama cendekiawan dan bijak pandai dan juga rakyat bawahan.

Carilah redha Allah, bukan redha melayu, bukan redha pemimpin PAS

Tuan, ini adalah pandangan peribadi, suara kecil yang selalu sahaja pandangan saya diperkecilkan.

Wassalam,
Nik Kubang Kerian,
Kelantan.
[wm.kl.8:10 am 24/12/14]

Kelab Greenboc

Posted: 24 Dec 2014 01:18 AM PST

Kelab Greenboc


[EDISI BINATANG] Didera Minum Air Kencing & Air Panas, Kemaluan Disula...

Posted: 24 Dec 2014 12:50 AM PST


Siksa, derita demi "sesuap nasi"

Jenis manusia apakah yang akan memaksa seseorang supaya minum air kencing dan air panas, gigi diicabut serta kemaluan disula dengan objek?

Tidak cukup dengan itu, dia juga dirotan, direnjat dengan elektrik, kepala dan badan di pijak selain makan najis.

Bayangkanlah bagaimana rasanya jika anda diperlakukan begitu!

Begitulah nasib beberapa pembantu rumah Indonesia yang datang ke negara ini demi mencari rezeki, yang mana kebanyakannya bekerja sebagai pembantu di rumah-rumah, di kedai-kedai makan, di pusat-pusat penjagaan kesihatan dan seumpamanya. Namun, hanya mereka yang tahu jenis permit pekerjaan yang dipegang. Masing-masing terpaksa berjauhan daripada keluarga, mengerah kederat menggunakan tulang empat kerat demi memberi kehidupan lebih baik untuk keluarga di kampung halaman.

Namun tidak semua daripada mereka yang bernasib baik. Ada yang terpaksa menanggung bermacam rupa kepayahan, penderitaan malah penyiksaan.

Belum pun reda kes penderaan pembantu rumah warga Indonesia Nirmala Bonat yang disiksa teruk di bahagian payudara pada tahun 2004, seorang lagi pembantu rumah warga Indonesia berusia 32 tahun menjadi mangsa terbaru majikannya sejak lapan bulan lalu, di Pandan Indah, Kuala Lumpur.

Kes terbaru yang melibatkan wanita berusia 32 tahun itu, seakan sama dengan nasib yang menimpa Nirmala yang mana mangsa dipaksa minum air kencing dan air panas, giginya diicabut serta kemaluannya disula dengan objek. Malah, dia juga dirotan, direnjat elektrik, dipijak di kepala dan badan selain makan najis.

Bagaimanapun, penderitaan mangsa itu berakhir apabila dia diselamatkan jirannya ekoran penemuan nota ringkas yang ditulis mangsa berbunyi "tolong bos dera saya," yang diletakannya di bawah pintu rumah majikannya.

Harian Metro hari ini melaporkan pada jam 6.20 petang Sabtu lalu, sepasukan polis dari Balai Polis Pandan Indah bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat daripada jiran berkenaan, untuk menyelamatkan mangsa sebelum menahan dua wanita berusia 39 dan 47 tahun.

Menurut jiran mangsa yang enggan dikenali, beliau dan seorang jiran lain sering terdengar suara menjerit dan merayu dikasihani.

"Mulanya kami sangkakan perkara biasa, namun lama-kelamaan jeritan itu makin kerap kedengaran, menyebabkan kami mengesyaki berlaku penderaan.


"Susulan itu, penduduk nekad membantu menyelamatkan mangsa dengan melaporkan kejadian itu kepada polis selepas menemui nota ditinggalkan mangsa," katanya.

Tambah jiran mangsa, lebih mengejutkan rumah tersebut ibarat pusat penyeksaan, di mana pihak polis menjumpai sembilan jenis rotan.

Sementara itu, sumber polis berkata, mangsa mula bekerja di rumah majikannya yang juga seorang perunding di sebuah kilang di Selangor sejak lapan bulan lalu.

"Mangsa mendakwa mula didera sejak mula bekerja di rumah itu. Mangsa mendedahkan dia ditumbuk dan ditendang di seluruh badan terutama kepala.

"Mangsa turut dipaksa minum air panas selain makan najis dan (minum) air kencing. Dia turut dirotan dan kemaluannya disula dengan objek keras," katanya yang mendedahkan mangsa turut direnjat dengan elektrik.

Katanya, mangsa kini dirawat di Hospital Ampang (HA) dan keadaannya kini dilaporkan stabil.

"Doktor yang merawat, mengesahkan mangsa turut patah tulang rahang selain kemaluannya cedera," katanya.

Sepasukan polis kembali ke lokasi kejadian jam 10 pagi kelmarin (Ahad) bagi mengumpul bukti penderaan sebelum menemui lima kesan darah baru di lantai dapur rumah itu.

"Selain itu, polis merampas alat penghalau nyamuk elektrik yang dipercayai digunakan untuk merenjat elektrik jari mangsa. Siasatan awal polis mendapati suspek akan memaksa mangsa mengesat darahnya yang jatuh di lantai dapur rumah berkenaan selepas didera," katanya.

Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Khairuldin Saad ketika dihubungi mengesahkan penahanan dua individu terbabit dan memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 325 dan 377 C (A) Kanun Keseksaan.

Disebabkan penderaan yang berterusan oleh rakyat Malaysia terhadap pembantu rumah warganegara Indonesia, berlakunya kesan mendalam menyebabkan mereka tidak mahu bekerja di negara ini walaupun ditawar gaji wang begitu lumayan.

Bayangkanlah kisah penyiksaan hamba atau pesalah di dalam kebuk siksa pada zaman dahulu seperti yang ditayangkan di televisyen. Peralatan yang digunakan di rumah tersebut ke atas pembantunya pasti memberikan gambaran kebuk siksa seperti yang dapat kita tonton. Pastinya, sesiapa saja yang membaca berita nasib pembantu itu akan berasa takut, malah mengerikan.

ULASAN GB

Teringat kisah Robengah, seorang amah yang mendakwa dirinya dirogol oleh seorang pak menteri satu ketika dulu.

Robengah diberitakan telah diberikan habuan sebuah rumah banglo di tanahairnya.... dan mahkamah telah melepaskan pak menteri itu...

GB tak sebut nama... dan tak juga menghina mahkamah, sekadar mengimbau semula peristiwa lalu...

[VIDEO] Banjir Landa Pahang, 100 Pelancong Terperangkap Di Taman Negara

Posted: 23 Dec 2014 07:27 PM PST


Lebih 100 pelancong dari luar negara dan tempatan terperangkap di Mutiara Taman Negara Resort setelah Sungai Tembeling di Kuala Tahan, Jerantut, melepasi paras bahaya 76.56 meter (paras bahaya 68.00 meter).

Difahamkan paras itu yang tertinggi pernah dicatat selepas banjir besar pada 1971.

Keadaan itu juga menyebabkan arus deras dan jeti pelancongan Kuala Tahan terpaksa ditutup sehingga menyukarkan perkhidmatan bot untuk membawa keluar pelancong yang dijadual pulang pada hari ini.

Seorang kakitangan resort berkenaan yang enggan dikenali, berkata kesemua pelancong asing itu datang dari tujuh negara termasuk Kanada, Jerman, Perancis dan Belanda selain pelancong tempatan.

Beliau berkata pelancong terbabit sepatutnya pulang semalam, namun disebabkan hujan lebat, air sungai naik mendadak mengakibatkan hubungan terputus dan bekalan makanan pula habis.

"Namun kami tetap memastikan semua pelancong berkenaan berada dalam keadaan selamat," katanya ketika dihubungi malam tadi.

Menurutnya mesyuarat khas diadakan petang ini dengan pihak yang berkaitan, termasuk polis dan Pejabat Daerah Jerantut, untuk membincangkan langkah yang perlu sementara operasi untuk mengeluarkan semua pelancong yang terlibat dilakukan.

Sementara itu, di Kuantan, lebih 5,000 penduduk di Sungai Lembing terperangkap setelah tiga jalan utama yang menghubungkan kawasan pelancongan itu dengan bandar Kuantan ditenggelami air sehingga 1.5 meter pada jarak 200 hingga 400 meter sejak tengah hari kelmarin.

Ketua Balai Polis Sungai Lembing Sarjan Mejar Arshad Yacob berkata tiga jalan terlibat ialah Jalan Sungai Lembing-Kuantan (Simpang Tiga Panching), KM31 Jalan Sungai Lembing-Kuantan dan Jalan Kampung Nadak.

"Jalan-jalan tersebut ditutup kepada kesemua jenis kenderaan menyebabkan penduduk terputus hubungan untuk keluar mendapatkan barangan keperluan di Kuantan.

"Jumlah mangsa banjir yang masih ditempatkan di pusat pemindahan banjir Balai Polis Sungai Lembing setakat ini ialah 10 mangsa daripada dua keluarga," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Penghulu Kampung Ulu Kuantan Roslan Amat berkata, Pekan Sungai Lembing mulai dinaiki air tengah hari kelmarinn sebelum surut jam 3 petang, namun kembali dinaiki air 4 petang sehingga mencecah paras dada pada tengah malam kelmarin.

"Walaupun terputus hubungan, namun bekalan barangan makanan setakat ini masih mencukupi untuk dua hari bagi penduduk yang terperangkap di Sungai Lembing.

"Dalam masa yang sama kita telah pun menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat meminta bekalan," katanya.

Sementara itu, pengusaha chalet pelancongan Time Capsule, Young Yeong Leong, 56, berkata dua pelanggannya turut terperangkap di Pekan Sungai Lembing dan beliau sendiri tidak dapat menghantar bekalan makanan sejak kelmarin.

"Saya difahamkan 30 pengunjung dan pelancong di sebuah chalet lain juga terperangkap," katanya.- Bernama





ULASAN GB

[BERGAMBAR] Banjir Landa Terengganu, 10 Pelancong Panik Chalet Dipukul Ombak

Posted: 23 Dec 2014 03:54 PM PST


Marang: Kira-kira 10 pelancong yang menginap di sebuah chalet di sini berdepan detik cemas setelah tempat penginapan mereka hampir runtuh akibat dipukul ombak besar pada Isnin malam.

Seorang pelancong dari Kuala Lumpur, Latifah Hamid, 51, berkata ketika dia bersama lima lagi ahli keluarga sedang berehat, mereka terkejut apabila melihat pagar chalet tempat penginapan mereka serta beberapa batang pokok kelapa berdekatan tumbang menyembah bumi.

"Kami datang ke sini untuk bercuti sambil melihat ombak dan mengambil keputusan menyewa chalet berhampiran pantai Rusila namun tidak menyangka ombak besar itu hampir meruntuhkan tempat penginapan kami," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Katanya apabila melihatkan keadaan itu, beliau segera memaklumkan pemilik chalet sebelum disuruh mengemas barang untuk berpindah ke chalet lain yang jauh dari kawasan pantai bersama empat penghuni lain yang turut menginap di situ.

"Semasa mendaftar masuk ke chalet semalam (Ahad) ketika itu angin kencang namun ombak tidaklah sebesar malam tadi," katanya.

Sementara itu, pemilik chalet Jamilah Abdullah berkata sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu, beliau mengarahkan semua penghuni berkenaan berpindah.

Jamilah berkata apabila tiba di situ, beliau mendapati 12 bilik di tepi pantai berkenaan tergantung setelah sebahagian tanah di bawah bilik tersebut terhakis dibawa ombak.

"Sejak 10 tahun beroperasi, ini merupakan kali pertama insiden seperti ini berlaku, nasib baik penghuni tersebut menyedari kejadian ini dan tiada perkara lebih buruk berlaku," katanya.

Menurutnya sekarang ini terdapat 12 bilik yang terletak kira-kira 50 meter berhampiran pantai.

Katanya benteng penahan hakisan yang dibina Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sejak dua tahun lalu turut dihanyutkan ombak.


Kawasan rendah sekitar Kuala Terengganu tenggelam

KUALA TERENGGANU: Beberapa kawasan rendah di sekitar Bandaraya Terengganu ditenggelami air setinggi setengah meter sekitar pukul 10 malam tadi berikutan fenomena air pasang besar dan hujan lebat.

Antara kawasan terjejas ialah Bazar Warisan, Pasar Payang, Waterfornt, Pulau Warisan, Pulau Kambing dan Batu Buruk.

Seorang peniaga di Pasar Payang, Abu Bakar Abdul Hamid, 55, berkata air mula naik pukul 9 malam dan dia sempat memindahkan barang niaganya ke tempat tinggi.

"Ini kali kedua Pasar Payang dinaiki air sejak 20 tahun saya berniaga di sini dan air naik secara mendadak," katanya kepada Bernama.

Seorang lagi peniaga Noraini Abdullah, 52, berkata dia juga sempat menyelamatkan beberapa barang niaganya setelah menyedari air semakin melimpah naik ke jalan sekitar pasar itu.

"Sudah lama kawasan ini tidak banjir dan malam ini tidak dijangka air akan naik setinggi ini," katanya.

Turut terjejas banjir ialah kawasan perumahan sekitar Seberang Takir dan beberapa kampung di Pulau Duyong.

Orang ramai turut memindahkan kenderaan mereka di sepanjang Jambatan Sultan Mahmud di sini. - Bernama
-BERNAMA




ZAKRI ALI

Posted: 23 Dec 2014 11:08 PM PST

ZAKRI ALI


Banjir di Terengganu: Amaran 2 wakil rakyat hampir jadi kenyataan

Posted: 23 Dec 2014 10:00 PM PST


 
Dr Syed Azman Ahmad Nawawi menunjukkan gambar-gambar projek timbunan pasir di muara Sungai Terengganu yang kini terbukti benar.

Dr Syed Azman Ahmad Nawawi menunjukkan gambar-gambar projek timbunan pasir di muara Sungai Terengganu yang kini terbukti benar.

Amaran yang diberikan dua wakil rakyat Kuala Terengganu pada10 Oktober 2013 berkenaan projek menambak di muara Sungai Terengganu boleh membawa bencana kepada penduduk negeri itu kini hampir menjadi kenyataan apabila sebahagian bandar itu dilanda banjir.

Ketika itu, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Baharin Raja Ahmad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi berkata projek bagi projek esplanade yang dibuat kerajaan negeri sangat merbahaya.

"Kami sangat bimbang jika projek ini diteruskan tanpa kajian mendalam bakal menyebabkan bencana kepada lebih 150,000 penduduk Kuala Terengganu ini," kata mereka kepada The Malaysian Insider.

Hari ini, penduduk di situ mula bimbang apabila muara Sungai Terengganu dipenuhi air dan sebahagian bandar sudah mula dinaiki air memenuhi kawasan Masjid Kristal yang menjadi kebanggaan kerajaan negeri kerana berjaya menarik pelancong ke negeri itu.

Pasar Baru Chabang Tiga dan Kampung Cina di Kuala Terengganu turut dinaiki air kelmarin.

Menurut Raja Baharin, projek penambakan sungai di Shahbandar yang tidak dirancang dengan baik menyebabkan kedua-dua kawasan itu dinaiki air ekoran aliran sungai yang tidak sempurna.

Ekoran itu, kerajaan didesak mengkaji semula dua projek yang didakwa tidak mematuhi prosedur Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) hingga mengakibatkan berlakunya banjir di dua lokasi di Kuala Terengganu, kelmarin.

Ia juga katanya, berlaku pada projek pembinaan tapak baharu Pasar Cabang Tiga yang turut dinaiki air dan mengotorkan kawasan jualan makanan dengan air longkang.

"Kedua-dua pembangunan itu dibuat tanpa restu Jabatan Pengairan dan Sungai (JPS) yang sepatutnya mengawal polisi ini. Bagaimanapun, kebanyakan pandangan JPS dan EIA diketepikan begitu sahaja," tegas beliau sebagaimana disiarkan Harakahdaily hari ini.

Kedua-dua projek tersebut, kata beliau sepatutnya memberikan kemudahan lebih baik jika ia dirancang dengan baik dan teratur.

Namun, beliau yang merupakan seorang arkitek terkemuka di negeri ini mendakwa pembangunan tersebut hanya dilihat mendatangkan masalah kepada peniaga serta penduduk tempatan apabila ia dinaiki air, lebih-lebih lagi ketika musim tengkujuh.

Raja Bahrin juga tidak menolak kemungkinan pembangunan itu dilakukan semata-mata mengejar keuntungan peniaga dan kontraktor tertentu hingga mengaibkan kepentingan awam.

Sehubungan itu, beliau mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kedua-dua projek itu, khususnya berkaitan pemberian tender terbuka serta mengapa pandangan JPS dan EIA diketepikan.

"Kedua-dua masalah projek ini saya bangkitkan di Parlimen sejak 2013, namun tiada sebarang tindakan diambil pihak berwajib. Bagi saya, kerugian harta rakyat dan ancaman nyawa menjadi risiko masyarakat tempatan," kata beliau lagi. – 24 Disember, 2014.


http://www.themalaysianinsider.com/

Ketika saham FGV merudum, pegawai atasan terus leka, dakwa Anak

Posted: 23 Dec 2014 09:15 PM PST

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, pertemuan diatur untuk mendapatkan gambaran sebenar kejatuhan saham Felda Global Ventures yang semakin merudum gagal kerana ketiadaan sebahagian besar pegawai kanannya.

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, pertemuan diatur untuk mendapatkan gambaran sebenar kejatuhan saham Felda Global Ventures yang semakin merudum gagal kerana ketiadaan sebahagian besar pegawai kanannya.

Walaupun harga saham Felda Global Ventures (FGV) terus merudum namun kebanyakan pegawai kanannya terus bersenang-lenang dan menghabiskan cuti tahunan mereka.

Itulah yang dapat dikesan oleh Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) ketika ingin berbincang dengan FGV dalam kunjungan mereka ke pejabat badan korporat Felda itu semalam.

Terkini, harga saham FGV mencatatkan kejatuhan RM2.32, berbanding harga tawaran awam RM4.45 seunit pada 28 Jun 2013.

Ini bermakna peneroka yang membeli 800 unit saham pada harga RM3,640 pada masa penyenaraian dahulu kerugian sebanyak RM1,784 lebih-lebih lagi di waktu kejatuhan harga sawit.

Presiden Anak, Mazlan Aliman berkata pertemuan itu yang diatur bagi tujuan mendapatkan gambaran sebenar tentang kejatuhan saham FGV yang semakin merudum, namun ketiadaan pegawai kanan FGV menggagalkan usaha itu.

Kata Mazlan, pihaknya dimaklumkan kebanyakan pegawai kanan FGV sedang bercuti, sedangkan FGV ketika ini berada dalam satu tempoh kejatuhan yang membimbangkan.

"Bagaimana ketika saham FGV sedang menjunam jatuh ini, kebanyakan pegawai kanannya boleh bercuti? Jelas mereka menganggap kejatuhan saham ini sebagai satu perkara remeh," kata beliau yang ditemui sejurus menyerahkan memorandum kepada pegawai kanan bahagian Sumber Manusia, di Menara Felda, pagi semalam, lapor Harakahdaily.

Bagaimanapun, Mazlan berkata beliau akan mengemukakan satu lagi surat untuk diadakan perbincangan bersama FGV dengan mengharapkan kehadiran pengerusi Felda sendiri, Tan Sri Mohd Isa Samad untuk sama-sama bertukar pandangan.

Dalam pada itu, beliau turut mengatakan jika permintaan tersebut tidak diendahkan, pihaknya tidak teragak-agak mengambil langkah lebih drastik bagi memastikan hak hampir 1.5 juta peneroka terbela.

Selain Mazlan, turut serta pada pertemuan itu Penasihat Ekonomi Anak, Dr. Rosli Yaakop serta barisan kepimpinan Anak.

Sebelum ini Mazlan mendakwa Pengarah Besar Felda, Datuk Faizoull Ahmad digantung jawatannya oleh Isa.

"Faizoull kini menerima giliran. Digantung jawatan selama dua bulan serta merta. Pengumuman mengaibkan beliau dan keluarganya tetapi saya yakin ada sebab besar kenapa Faizoull menjadi musuh utama kepada Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH), Tan Sri Isa Samad ketika ini," kata Mazlan.

Menurutnya, apa yang berlaku kepada Faizoull mengulangi apa yang berlaku kepada pengarah besar terdahulu, Datuk Dzulkifli Abd Wahab yang 'dipetisejukkan' serta 20 pegawai lagi ditukar, turun pangkat dan sebagainya sebelum ini. – 24 Disember, 2014.


http://www.themalaysianinsider.com.

Kes transgender: Shafee digesa letak jawatan wakil hak asasi manusia Malaysia OLEH ANISAH SHUKRY

Posted: 23 Dec 2014 08:30 PM PST

 
Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dikatakan sering melanggar asas hak asasi manusia yang sepatutnya dipertahankan dengan penglibatan terbaru beliau sebagai peguam kepada kerajaan Negeri Sembilan dalam kes melibatkan kumpulan transgender Muslim.

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dikatakan sering melanggar asas hak asasi manusia yang sepatutnya dipertahankan dengan penglibatan terbaru beliau sebagai peguam kepada kerajaan Negeri Sembilan dalam kes melibatkan kumpulan transgender Muslim.

Kumpulan sivil menggesa peguam terkemuka, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah melepaskan jawatannya sebagai wakil Malaysia dalam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Antara Kerajaan Asia Tenggara (AIHCR), ekoran tindakannya menjadi peguam melibatkan hukuman terhadap kumpulan transgender (pondan) komuniti Muslim.

Mereka berkata, dengan menjadi peguam kepada kerajaan Negeri Sembilan dalam kes rayuan terhadap keputusan mahkamah sebelum ini, beliau melanggar hak asasi manusia dan tidak lagi boleh mewakili Malaysia dalam suruhanjaya berkenaan.

"Pendapat saya, Shafee seringkali melanggar asas hak asasi manusia yang mana beliau sepatutnya mempertahankannya," kata Phil Robertson, timbalan pengarah Pemerhati Hak Asasi Manusia Asia kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata, kes transgender itu adalah yang terakhir kerana Shafee juga bertindak sebagai pendakwaraya dalam kes perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada 2011, Shafee juga mewakili Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam kes tiga pelajar yang mencabar Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku), kata Robertson.

"Dalam permainan baseball, tiga kali 'strike' pemain akan terkeluar.  Beliau kini melakukan tiga strike. Tindakannya memalukan suruhanjaya.

"Sudah tiba masanya beliau meninggalkan AIHCR, atau kerajaan perlu ambil tindakan menyingkirkannya," kata Robertson.

Shafee dicalonkan oleh Kementerian Luar pada 2009 sebagai wakil Malaysia dalam suruhanjaya berkenaan dan akan meneruskan khidmatnya sehingga hujung 2015.

Walaupun pelantikan itu diluluskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kumpulan sivil mengkritiknya kerana proses itu didakwa tidak dilaksanakan dengan telus.

Yap Swee Seng (gambar, kanan), pengarah eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram) berkata kepada The Malaysian Insider, konflik jelas kelihatan antara tugas Shafee sebagai anggota suruhanjaya hak asasi manusia dan peranannya menghalang golongan transgender daripada menikmati kebebasan mereka.

"Jika beliau bertindak sebagai pesuruhjaya, beliau perlu mempertahankan hak asasi manusia. Tetapi, dengan mewakili pihak kerajaan, saya berasa beliau menentang hak transgender.

"Beliau sebenarnya perlu memilih sama ada mahu menjadi pesuruhjaya atau wakil kerajaan dalam kes itu. Tidak boleh kedua-duanya sekali," kata Yap.

Sebagai peguam mewakili kerajaan Negeri Sembilan, Shafee akan mendapatkan permohonan bagi mengenepikan keputusan mahkamah yang memutuskan enakmen melarang transgender berpakaian seperti wanita melanggar Perlembagaan.

Pada 7 November, hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus, yang mewakili tiga hakim memutuskan transgender berhak memakai pakaian wanita kerana pihak berkuasa agama negeri gagal membuktikan kedudukan Islam tentang cara pemakaian mereka yang mempunyai penyakit sindrom kecelaruan identiti.

Menurut dokumen mahkamah, mereka adalah jurusolek artis yang ditahan kerana memakai pakaian menyerupai wanita dan mengalami diskriminasi yang teruk kerana sindrom kecelaruan identiti dialami mereka.

Michelle Yesudas (gambar, kiri), koordinator undang-undang Lawyers for Liberty berkata, Shafee membantu Negeri Sembilan menentang norma-norma antarabangsa terhadap hak jantina dan autonomi peribadi.

"Beliau perlu menjalankan tanggungjawabnya dalam suruhanjaya itu dengan serius, jika tidak lebih baik letak jawatan dan berhenti menggelarkan dirinya sebagai pejuang hak asasi manusia.

"Saya bimbang beliau berkelayakan untuk menyumbang kepada dunia tetapi gagal di negara sendiri," kata Yesudas.

Ahli Jawatankuasa Majlis Peguam, Andrew Khoo yang mengetuai jawatankuasa hak asasi manusia majlis itu menolak pendapat sedemikian.

"Peguam tidak boleh ditentukan dengan kes yang diterimanya daripada klien. Hanya kerana Shafee mewakili Negeri Sembilan, tidak bermakna beliau bersetuju dengan kedudukannya itu," kata Khoo.

Tambahnya, sejak Shafee dilantik kerajaan di AIHCR, peguam Umno itu tidak boleh dianggap mewakili mana-mana badan hak asasi manusia di Malaysia.

"Kedudukan Shafee sebagai wakil di AIHCR adalah wakil kepada kerajaan, beliau bukan wakil kumpulan sivil. Beliau juga tidak semestinya perlu mewakili pendapat mana-mana badan hak asasi manusia," katanya.

Shafee ketika dihubungi The Malaysian Insider bagaiamanapun berkata akan memberikan ulasan terhadap kritikan berkenaan dalam satu kenyataan yang akan dikeluarkan kemudian. – 24 Disember, 2014.


http://www.themalaysianinsider.com

Kes transgender: Shafee digesa letak jawatan wakil hak asasi manusia Malaysia

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dikatakan sering melanggar asas hak asasi manusia yang sepatutnya dipertahankan dengan penglibatan terbaru beliau sebagai peguam kepada kerajaan Negeri Sembilan dalam kes melibatkan kumpulan transgender Muslim. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Disember, 24 Disember, 2014. Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dikatakan sering melanggar asas hak asasi manusia yang sepatutnya dipertahankan dengan penglibatan terbaru beliau sebagai peguam kepada kerajaan Negeri Sembilan dalam kes melibatkan kumpulan transgender Muslim. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Disember, 24 Disember, 2014. Kumpulan sivil menggesa peguam terkemuka, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah melepaskan jawatannya sebagai wakil Malaysia dalam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Antara Kerajaan Asia Tenggara (AIHCR), ekoran tindakannya menjadi peguam melibatkan hukuman terhadap kumpulan transgender (pondan) komuniti Muslim.
Mereka berkata, dengan menjadi peguam kepada kerajaan Negeri Sembilan dalam kes rayuan terhadap keputusan mahkamah sebelum ini, beliau melanggar hak asasi manusia dan tidak lagi boleh mewakili Malaysia dalam suruhanjaya berkenaan.
"Pendapat saya, Shafee seringkali melanggar asas hak asasi manusia yang mana beliau sepatutnya mempertahankannya," kata Phil Robertson, timbalan pengarah Pemerhati Hak Asasi Manusia Asia kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata, kes transgender itu adalah yang terakhir kerana Shafee juga bertindak sebagai pendakwaraya dalam kes perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pada 2011, Shafee juga mewakili Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam kes tiga pelajar yang mencabar Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku), kata Robertson.
"Dalam permainan baseball, tiga kali 'strike' pemain akan terkeluar.  Beliau kini melakukan tiga strike. Tindakannya memalukan suruhanjaya.
"Sudah tiba masanya beliau meninggalkan AIHCR, atau kerajaan perlu ambil tindakan menyingkirkannya," kata Robertson.
Shafee dicalonkan oleh Kementerian Luar pada 2009 sebagai wakil Malaysia dalam suruhanjaya berkenaan dan akan meneruskan khidmatnya sehingga hujung 2015.
Walaupun pelantikan itu diluluskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kumpulan sivil mengkritiknya kerana proses itu didakwa tidak dilaksanakan dengan telus.
Yap Swee Seng (gambar, kanan), pengarah eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram) berkata kepada The Malaysian Insider, konflik jelas kelihatan antara tugas Shafee sebagai anggota suruhanjaya hak asasi manusia dan peranannya menghalang golongan transgender daripada menikmati kebebasan mereka.
"Jika beliau bertindak sebagai pesuruhjaya, beliau perlu mempertahankan hak asasi manusia. Tetapi, dengan mewakili pihak kerajaan, saya berasa beliau menentang hak transgender.
"Beliau sebenarnya perlu memilih sama ada mahu menjadi pesuruhjaya atau wakil kerajaan dalam kes itu. Tidak boleh kedua-duanya sekali," kata Yap.
Sebagai peguam mewakili kerajaan Negeri Sembilan, Shafee akan mendapatkan permohonan bagi mengenepikan keputusan mahkamah yang memutuskan enakmen melarang transgender berpakaian seperti wanita melanggar Perlembagaan.
Pada 7 November, hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus, yang mewakili tiga hakim memutuskan transgender berhak memakai pakaian wanita kerana pihak berkuasa agama negeri gagal membuktikan kedudukan Islam tentang cara pemakaian mereka yang mempunyai penyakit sindrom kecelaruan identiti.
Menurut dokumen mahkamah, mereka adalah jurusolek artis yang ditahan kerana memakai pakaian menyerupai wanita dan mengalami diskriminasi yang teruk kerana sindrom kecelaruan identiti dialami mereka.
Michelle Yesudas (gambar, kiri), koordinator undang-undang Lawyers for Liberty berkata, Shafee membantu Negeri Sembilan menentang norma-norma antarabangsa terhadap hak jantina dan autonomi peribadi.
"Beliau perlu menjalankan tanggungjawabnya dalam suruhanjaya itu dengan serius, jika tidak lebih baik letak jawatan dan berhenti menggelarkan dirinya sebagai pejuang hak asasi manusia.
"Saya bimbang beliau berkelayakan untuk menyumbang kepada dunia tetapi gagal di negara sendiri," kata Yesudas.
Ahli Jawatankuasa Majlis Peguam, Andrew Khoo yang mengetuai jawatankuasa hak asasi manusia majlis itu menolak pendapat sedemikian.
"Peguam tidak boleh ditentukan dengan kes yang diterimanya daripada klien. Hanya kerana Shafee mewakili Negeri Sembilan, tidak bermakna beliau bersetuju dengan kedudukannya itu," kata Khoo.
Tambahnya, sejak Shafee dilantik kerajaan di AIHCR, peguam Umno itu tidak boleh dianggap mewakili mana-mana badan hak asasi manusia di Malaysia.
"Kedudukan Shafee sebagai wakil di AIHCR adalah wakil kepada kerajaan, beliau bukan wakil kumpulan sivil. Beliau juga tidak semestinya perlu mewakili pendapat mana-mana badan hak asasi manusia," katanya.
Shafee ketika dihubungi The Malaysian Insider bagaiamanapun berkata akan memberikan ulasan terhadap kritikan berkenaan dalam satu kenyataan yang akan dikeluarkan kemudian. – 24 Disember, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/lawan-keputusan-transgender-shafee-digesa-letak-jawatan-wakil-hak-asasi-man#sthash.u2SZUWJU.dpuf

'Laporan polis tiada kaitan dengan Najib, Umno'

Posted: 23 Dec 2014 08:00 PM PST

 

 
Naib Ketua Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang membuat laporan polis mengenai isu firma pelaburan 1MDB, berikrar akan terus melawan "kemungkaran secara habis-habisan" dalam apa jua keadaan demi kepentingan rakyat.
 
Beliau turut menyindir Pemuda Pulau Pinang dan Kedah untuk "membodek" sesiapa sahaja kerana mendesak kepimpinan parti menyiasat dan mengambil tindakan displin kerana dianggap menjatuhkan imej parti.
 
"(Tetapi) tindakan mereka hanya akan membuatkan ramai rakyat semakin jelak dengan Umno," katanya dalam kiriman SMS kepada Malaysiakini
 
"Atas nama perjuangan, saya akan  teruskan wadah dan tanggungjawab ini sebagai satu fardhu kifayah serta akan terus berpegang kepada prinsip membela kepentingan rakyat," katanya lagi.
 
Khairuddin mengulas desakan Ketua Umno Pulau Pinang Rafizal Abdul Rahim supaya Umno negeri bertindak dan mengadakan mesyuarat khas membincangkan isu Khairuddin yang didakwa menggunakan portal "propembangkang" untuk menyerang Umno.
 
Menyokong perkara itu, Ketua Pemuda Umno Kedah Datuk Saiful Hazizy Zainol Abidin pula mendesak Jawatankuasa Pengurusan dan lembaga disiplin parti segera mengadakan siasatan terhadap Khairuddin yang mengkritik kepimpinan Umno Pulau Pinang yang didakwanya "tidur".
 
Mengulas lanjut, Khairuddin berkata laporan polis berhubung syarikat pelaburan itu hanya meminta pihak berkuasa itu menjalankan siasatan lembaga pengarah dan ketelusan pentadbiran dana dan kewangannya.
 
Katanya, laporan polis itu tidak ada kena mengenai dengan Najib sebagai perdana menteri, presiden Umno atau menteri kewangan.
 
"Kerana dasar saya sayangkan Umnolah, saya mengambil tindakan nekad ini untuk membersihkan nama perdana menteri dan menteri kewangan Malaysia. 
 
"Isu 1MDB tiada kaitan langsung dengan Umno serta presiden Umno," katanya sambil menyifatkan Pemuda Umno Pulau Pinang dan Kedah "amat kurang cerdik".
Malaysiakini

TERKINI - Banjir Di Kelantan Makin Teruk

Posted: 23 Dec 2014 07:45 PM PST




 

KOTA BHARU - Keadaan banjir di Kelantan semakin buruk apabila beberapa daerah terutama di Gua Musang dan Kuala Krai, hampir lumpuh sepenuhnya.

Sekurang-kurangnya 10 rumah hanyut di Gua Musang, manakala berpuluh lagi kediaman rosak dalam kejadian banjir paling buruk melanda seluruh Hulu Kelantan yang berlarutan sejak pagi kelmarin.

Kampung terjejas teruk ialah Kampung Baru Hulu, Kampung Tiong, Kampung Kolam Mas, Serian dan Limau Kasturi, malah ramai mangsa banjir terperangkap berikutan kenaikan paras air yang mendadak di beberapa sungai utama.

Dalam kejadian banjir besar yang melumpuhkan Bandar Lama Gua Musang itu turut menyaksikan detik cemas bot bantuan mangsa banjir dinaiki lapan orang terdiri daripada pasukan penyelamat dan orang awam terbalik, namun mereka sempat menyelamatkan diri.

Sementara itu, kira-kira 100 mangsa banjir dilaporkan terperangkap dan terputus bekalan makanan di asrama Sekolah Menengah Maahad Muhammadi Gua Musang berikutan paras air naik mendadak menenggelamkan pusat pemindahan berkenaan.

Keadaan itu menyebabkan penduduk di Kota Bharu dan beberapa daerah lain dalam keadaan berjaga-jaga apabila air Sungai Kelantan dari hulu dijangka melimpah.

Ia ditambah dengan hampir semua lokasi catatan paras air di Dabong, Tualang, Tangga Krai, Tambatan Diraja, Rantau Panjang dan Pasir Puteh melepasi paras bahaya.

Mengikut e-portal banjir Kelantan, sehingga jam 6 petang semalam, seramai 6,673 keluarga melibatkan 21,600 mangsa banjir ditempatkan di 96 pusat pemindahan seluruh negeri ini.

Daerah Pasir Mas masih lagi mengekalkan angka tertinggi mangsa pemindahan dengan 8,753 orang melibatkan 31 pusat pemindahan, diikuti jajahan Gua musang seramai 4,459 mangsa.

Ia diikuti daerah Kuala Krai dengan 3,663 mangsa, diikuti Tumpat, (3,820), Tanah Merah (307),  Kota Bharu (86), Machang (68).

Jalan Kuala Krai-Kota Bharu-Kuala Krai di Sungai Durian antara 20 jalan yang masih ditutup kepada kenderaan. Begitu juga Jalan Pohon Tanjung-Rantau Panjang, Jalan Banggul Kulim tidak boleh dilalui semua kenderaan.





Detik-detik cemas seorang gadis dirompak, dipukul hampir dirogol di Stesen Komuter N.S Tranungkite

Posted: 23 Dec 2014 07:00 PM PST





Assalamualaikum dan hi semua. Ketika saya menaip kisah ini, tangan masih menggigil, fikiran masih terbayang-bayang apa yang terjadi malam itu. Saya ingin berkongsi pengalaman tragik, kisah balik kerja yang selalunya gembira bertukar menjadi pengalaman ngeri yang pasti tidak dapat dilupakan sampai bila-bila.

Pada malam Jumaat 18/12/2014 sekitar jam 9.45pm, saya telah dirompak, dicederakan, dan hampir dirogol di dalam kereta sendiri di kawasan parking stesen KTM Batang Benar, Nilai. Ye ini kisah benar, di laluan seharian saya pergi balik kerja, siapa sangka ada mata yang memerhati.

Siapa yang biasa naik komuter di stesen KTM Batang Benar akan tahu betapa sunyinya kawasan tersebut especially pada waktu malam, dan kalau dapat parking dekat belakang memang akan tahu betapa jauhnya kawasan parking tu macam dekat hujung dunia.

Even setiap pagi datang seawal pukul 7 lebih macam tu, parking bahagian depan memang dah sentiasa penuh jadinya setiap hari memang akan dapat parking yang nun jauh ke belakang.

Kalau balik malam, memang tawakkal lah masa jalan nak pergi parking. Malam tu, balik kerja macam biasa. Sampai stesen, jalan macam biasa jugak sambil bawak beg laptop dan handbag pergi parking. Tak sangka rupanya ada yang dah aim.

Dipendekkan cerita, saya masuk je kereta, start enjin, tiba-tiba sebuah kereta kancil putih WGR7586 park dekat sebelah. Keluar seorang lelaki india, berhelmet, pakai glove pecahkan cermin kereta bahagian driver dengan hammer.

Kejadian berlaku sangat pantas, saya melawan tetapi dia berjaya merampas beg laptop saya dan juga handbag yang mengandungi beg duit dan dokumen pengenalan diri. Saya membunyikan hon tetapi ditumbuk kerana melawan.

Bila barang dah kena amek, i thought it was over but i was wrong saya baru sedar yang kunci kereta saya ada dengan dia. Saya merayu agar dipulangkan kunci kereta tapi dia ugut suruh saya duduk ke seat sebelah kalau saya nak selamat, saya refused tetapi saya ditumbuk lagi dan dia masuk dalam kereta dan menarik tudung saya dengan kasar.

Allahu allah. Di seat yang sama dia drive kereta saya ke hujung kawasan parking dengan niat ingin merogol. Saya menjerit masih cuba untuk melawan tetapi saya dicekik, ditumbuk, dan ditekup hidung agar susah untuk bernafas.

Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa masa tu, saya sangat takut kerana saya sudah tiada kekuatan lagi untuk melawan. Ya Allah tolonglah hambamu ini, saya berdoa dan bertawakal. In within few seconds, tiba-tiba orang jahat tu melarikan diri.

Alhamdulillah, Allah selamatkan diri saya dari dirogol dengan menghadirkan train yang kebetulan sampai di stesen pada waktu itu.

Alhamdulillah syukur diri ini selamat. Dan alhamdulillah handphone saya masih berada dengan saya pada waktu itu. Saya call ayah dan juga pihak Polis. Okay guys as a reminder tolong simpan nombor polis area rumah anda.

Silap saya tak simpan nombor polis dan hanya dial 999 jadinya agak lambat proses untuk mendapat bantuan tu.

Yes my bad. Mujur ayah saya sampai dahulu di tempat kejadian. Beberapa minit kemudian polis pun sampai dan saya diarah untuk pergi membuat laporan di Balai Polis Nilai.

Alhamdulillah laporan pertama selesai dibuat cuma apa yang saya kesalkan apabila saya diminta untuk berjumpa dengan seorang inspektor wanita untuk laporan kedua, insp itu menyuruh saya tunggu kejap kerana dia cakap ada kerja yang dia kena buat whereby she needs to submit it before 12.00 am. Masa tu dah pukul 11 lebih.

Saya faham pihak polis sangat sibuk, banyak laporan diterima setiap hari tetapi dalam hati saya terdetik tak penting ke kes saya ni. Tidak mengapa saya menunggu dan setelah kerjanya selesai saya diminta bercerita kembali mengenai kejadian yang berlaku tadi.

Okay selepas itu, saya diarah untuk ke crime scene. Di sana, macam biasa gambar kereta diambil dan alhamdulillah sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga apabila ada beberapa evidence yang ditinggalkan orang jahat tu.


Cuma soalan saya kenapa polis tidak memakai glove semasa mengambil evidence, kenapa tidak diletakkan di dalam plastik yela macam yang kita selalu tengok dalam tv kan. Saya hanya mendiamkan diri, mungkin mereka lebih arif akan hal ini. Setelah polis pergi, saya terjumpa lagi 2 evidence iaitu cebisan glove (bahagian jari) yang dipakai orang jahat tu dan pisau. Saya pergi semula ke balai polis tadi.

Cuma agak kecewa bila polis cakap, "Laa pakai glove ke?" And I was like saya rasa saya dah beritahu semasa diambil keterangan dan walaupun dia pakai glove manalah tahu sebelum dia pakai dia ada pegang evidence tersebut kan?

Dan cebisan glove yang saya jumpa tu adalah cebisan bahagian jari jadi mungkin ada possibilty boleh kesan cap jari.

Ke anggapan saya ni salah? Selain itu, saya ingat stereng kereta saya akan diperiksa kesan cap jari, tetapi tidak. Hmm saya kurang arif mengenai hal ini, maafkan saya kalau teori saya ni salah dan bukan niat saya ingin mempersoalkan kerja polis, saya cuma tertanya-tanya kenapa.

Mungkin mereka lebih mengetahuinya. Dear Malaysians, walaupun laporan polis telah dibuat tetapi saya berharap agar anda dapat membantu saya mencari WGR7586, PERODUA KANCIL PUTIH. Polis mengatakan bahawa kereta tu kereta curi, walaupun kereta curi tapi sekurang-kurangnya kalau jumpa kereta itu balik at least tuan punya kereta yang sebenar dapat balik kereta dia yang hilang tu.

Sekali lagi, tolong laporkan kepada mana-mana balai polis berhampiran jika ternampak kereta PERDOUA KANCIL PUTIH WGR7586. Suspek merupakan seorang lelaki india, kurus, ketinggian sederhana. Tolong bantu saya membantu pihak polis menyelesaikan kes ini. One more thing, kepada pihak pengurusan KTM Batang Benar, sampai bila nak biarkan kawasan parking tu macam tu?

Saya diberitahu kes ini bukan yang pertama. Untuk makluman, emak saya telah datang ke kaunter KTM kerana saya memberitahu di situ ada CCTV so maybe we could figure out something. Jadi emak saya menceritakan kembali apa yang terjadi malam tersebut kepada petugas kaunter.

Yang menariknya bila nak suruh replay balik, mula-mula remote rosak lah, lepas tu bila dah betulkan remote still tak boleh nak replay balik.

Sampai ke sudah tak boleh nak buat apa. Yes the CCTVs are functioning tapi "live" macam tu jela tak boleh nak search history. So semua CCTV yang ada tu are for display only ke? Apa guna ada CCTV kalau macam kan.

Saya menaiki komuter dari Batang Benar ke KL Sentral hampir setiap hari dan ramai juga yang menggunakan kemudahan servis komuter ini. Jadi saya sangat berharap agar ada tindakan yang diambil dan kejadian seumpama ini dapat dielakkan.

Ye, petugas kaunter cakap akan buat report, tetapi jangan sekadar report je please take some action tolong jangan lepas tangan.

Dulu ada RELA yang jaga kejap dalam sebulan dua kalau tak silap saya, tetapi dah lari kerana katanya pihak pengurusan tak membayar gaji mereka. Jadi adakah kerana sikap pentingkan diri sesetengah pihak, keselamatan pengguna dibiarkan begitu sahaja?

Macam tu? Adakah saya kena report dekat program 999, panggil Hazlin Hussain datang baru semua nak turun padang?

Mungkin pada pandangan sesetengah pihak kes saya ni kecil, tetapi saya memohon agar penjenayah tersebut dapat ditangkap segera.

Dan saya juga berharap agar aspek keselamatan di kawasan KTM Batang Benar, Nilai dapat dipertingkatkan. Apa yang terjadi pada saya sangat mengerikan, saya berharap semua di luar sana terutama kaum wanita agar lebih berhati-hati.

Silap saya kerana sudah biasa balik kerja malam dan tak rasa takut sebelum ni, tetapi kesilapan itulah yang mencederakan diri saya.

Syukur ke hadrat illahi, saya masih diberi peluang untuk terus menjalani kehidupan di bumi Allah ini, masih bersama insan tersayang yang banyak memberikan sokongan moral.

Walaupun masih trauma, tetapi saya percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Ingat tau, keselamatan diri dan nyawa kita sangat berharga! Sayangi diri, ingatlah orang tersayang.


Semoga kita sentiasa dibawah lindungan Allah. Wassalam.

Sumber : http://aans1.blogspot.com/

Wanita Wanita Yang Menedadak Terkenal Ditahun 2014 Karena Kecantikanya

Posted: 23 Dec 2014 06:39 PM PST

Wanita Tercantik Indonesia - Nara

Sosial Media atau sering disebut juga dengan sosmed memang banyak sekali membawa sebuahkeuntungan bagi para pengguna. 

Dengan adanya jariangan sosial semacam ini sangat membantu bagi para user untuk mengetahui atau update informasi terbaru atau hanya sekedar mencari teman-teman baru yang tak terbatas luasnya. ingin punya teman orang, Jawa, Sumatra, Kalimantan dan bahkan Afrika sekalipun  bukanlah hal yang sulit untuk di lakukan.


Selain keuntungan keuntungan di atas Sosmed juga membawa keuntungan bagi individu-individu tertentu salah satunya yang di alami oleh wanita wanita cantik ini. Mereka menjadi terkenal berkat foto-foto cantik mereka beredar luas di internet atau beredar luas di situs jejaring sosial besar seperti Facebook, twitter, dll. foto mereka dilihat banyak orang dan tak sedikit orang yang mengaggumi kecantikan yang mereka miliki.

Berikut daftar wanita yang memdadak populer karena kecantikanya, Mulai yang mendunia 

Sabina Altynbekova.


Sabina Altynbekova adalah atlet voli asal Kazakhstan yang kini barua berusia 18 tahun ini mulai populer kecantikanya semenjak sabina altynbekova mengikuti ajang Women's Volleyball Chmpionship yang di selengarakan di taiwan pada Juli 2014 kemarin. Sabina Altynbekova menjadi pusat perhatian kecantikan yang ia miliki, sejat itu foto-foto sabina banyak beredar di dunia maya, banyak situs besar termasuk di Indonesia yang membuat fotonya.

Katya Lischina.


Walaupun masih simpang siur tentang nama gadis cantik usia 21 tahun asal Rusia ini, banyak media yang menyebutkan bahwa nama asli gadis cantik ini adalah Katya Lischina namun banyak juga yang meyebutkan nama asli gadis ini Liraley Ketskatya. Foto-foto gadis cantik ini pertama muncul di situs 9gag.com. Di ketahui kalau si Katya Lischina merupakan penyuka jepang. 

Natalia Poklonskaya.


Natalia Poklonskaya yang merupakan seorang jaksa agung dari Rusia tersebut juga menjadi terkenal karena foto-foto cantiknya saat jumpa pers pelantikan dirinya sebagai jaksa berdar luas di internet. Banyak juga seniman yang membuat kartung foto-foto kartun Natalia Poklonskaya karena terinspirasi dari kecantikan wanita 33 tahun tersebut/

Yan Jiajun


Yan Jiajun / Joyin, merupakan wanita cantik yang mendadak terkenal karena kecantikanya selanjutnya, Yan Jiajun yang di ketahui sebagai tentara atau sedang mengikuti wajib militer negaranya  Cina fotonya pertama kali beredar dari situs Singapore Seen.

Noor Hafizah Mohd Idrus


Noor Hafizah Mohd Idrus merupakan seorang pilot Air Asia menjadi populer karena kecantikanya dan juga profesi yang ia jalani, Noor dalam profesinya menjabat sebagai Senior First Officer, berkat kecantikan, keteladaan agamanya. Ia banyak menginspirasi para remaja wanita, selain pintar, cantik ia juga sangat teladan terhadap agama.  

Di Indonesia sendiri fenomena seperti ini juga terjadi, banyak wanita wanita cantik yang mendadak populer karena kecantikanya melalui foto yang beredar luas di internet / sosmed. Mulai dari Satpol PP cantik, hingga tukang tambal ban cantik.

Turinih


Mungkin masih teringat jelas kewanita yang satu ini. ya Ninih si penjual getuk menjdi terkenal karena foto cantiknya di unggah oleh mungkin salah satu pembeli getuk Ninih ke sosmed, tak berselang lama Ninih pun terkenal Dengan sebutan Penjual Getuk Cantik, bahkan ia sempat diundang ke acara tv nasional indonesia, Mungkin sekarang nasib ninih sudah berubah, diketahui  bahwa wanita asal indramayu ini berjualan getuk di jakarta bersama kakak perempuanya.

Nurul Habibah 


Mungkin anda masih ingat dengan sosok wanita cantik satu ini. Nurul Habibah seorang anggota satuan polisi pamong prja daerah Pandegelang Banten tersebut menjadi populer dan di kenal banyak orang berkat foto-foto cantiknya di unggah ke salah satu akun sosmednya, karena kepopulrenya waktu itu Nurul Habibah juga pernah di undang ke acara slah satu tv nasional indonesia.

Nanik Fransiska


Belum lama ini sosmed di indonesia hebohkan dengan sebuah foto yang menunjukan seorang gadis cantik sedang menambal ban motor di malang, foto tersebut terkenal dengan tukang tambal ban cantik.  
 
Nama wanita cantik dalam foto tersebut bernama Nanik Fransiska yang merupakan warga Desa Tlogosari Kecamatan Tirtoyudho Kabupaten Malang.  
 
Yang membuat Nanik terkenal bukan karena kecantikanya saja melainkan pekerjaan yang ia jalani sebagai tukang tambal ban sebuah pekerjaan yang tidak lazim di jalani seorang perempuan.  

Sebenarnya masih banyak lagi wanita-wanita yang mendadak terkenal karena memiliki kecantikan dan profesi atau pekerjaan yang dijalaninya, yang terkenal karena situs-situs jejaring sosial yang juga bisa mempopulerkan anda semua.

Ramai Keluar Saksi Fenomena Air Pasang Besar Malam Ini

Posted: 23 Dec 2014 06:30 PM PST


ORANG ramai meletakkan kenderaan di bahu jalan Jambatan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, bagi menyaksikan fenomena air pasang besar di Kampung Pulau Duyung malam ini

KUALA TERENGGANU: Beberapa lokasi termasuk Pulau Warisan, Pasar Besar Kedai Payang (PBKP), Jambatan Sultan Mahmud dan Pantai Batu Buruk di sini, dibanjiri orang ramai yang mahu melihat sendiri dari dekat fenomena air pasang besar, malam ini.

Kebanyakan mereka tidak menghiraukan cuaca hujan serta angin kuat dan berani mengambil risiko keselamatan dengan membawa keluarga melihat air pasang besar.

Biarpun pihak berkuasa memberi amaran angin kencang dan kemuncak air pasang besar, lokasi berkenaan umpama pesta apabila dibanjiri kenderaan sehingga berlaku sedikit kesesakan lalu lintas.

Malah, polis turut mengawal lalu lintas menghala ke Pantai Batu Buruk, bagi menghalang orang ramai menghampiri kawasan pantai itu.

Seorang guru, Latif Mohd, 40, berkata dia membawa isteri dan empat anaknya berusia empat dan 15 tahun untuk melihat fenomena air pasang besar, namun tidak berani menghampiri kawasan pantai lebih dekat.

"Pagi tadi kecoh kawan bercerita mengenai air naik akibat air pasang besar di Pulau Warisan dan PBKP, jadi saya bawa keluarga untuk melihat sendiri keadaannya.

"Nampak air Sungai Terengganu di jambatan Pulau Warisan ini mula meninggi dan PBKP juga sudah mula naik air," katanya.

Tinjauan BH juga mendapati, peniaga di PBKP sibuk menyelamatkan barangan niaga mereka ke tempat tinggi bagi mengelak rosak akibat banjir, manakala orang ramai termasuk kanak-kanak bermain air banjir.

Selain itu, jalan masuk dan keluar di Pulau Warisan; Pantai Batu Buruk dan PBKP sesak dengan kenderaan.



Kuat Sungguh Puaka Orang Tua Ni Hinggakan Keris Telanjang Menggigil!

Posted: 23 Dec 2014 06:00 PM PST

Lelaki tua itu Chin Peng! SAIFULLAH AHMAD, NOOR 'AINON MOHAMED YUSOF & ISMANIZA AHMAD 23 Disember 2014 Inilah lukisan mural dikatakan mirip wajah Chin Peng yang menjadi kontroversi IPOH -

Di sebalik keindahan lukisan mural di sekitar Bandaraya Ipoh terdapat satu lukisan yang nyata mengundang kontroversi apabila ia mirip wajah Ketua Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng.

Tiada siapa yang menyangka gambar yang menunjukkan seorang lelaki tua sedang memegang cawan di Jalan Tun Sambanthan, di sini, berhampiran Padang Ipoh itu seakan-akan individu yang diharamkan ke negara ini.

Pendedahan itu dibuat sendiri oleh seorang warga Ipoh, Mior Azman Mior Aris, 46, yang sudah lama meneliti gambar berkenaan sejak ia dilukis pada Jun lalu oleh seorang pelukis mural terkenal.

Menurutnya, jika dilihat sekali imbas memang tidak perasan tentang individu yang dilukis memandangkan Chin Peng tidak dikenali ramai dari segi paras rupanya.

"Saya bersama beberapa rakan yang lain duduk semeja berbincang mengenai wajah individu terbabit. Apabila kita membuat pencarian internet gambar Chin Peng dan banding dengan lukisan itu, memang sama.

"Ini satu tamparan hebat kepada kerajaan negeri khususnya pihak berkuasa tempatan (PBT) yang membenarkan lukisan itu dilukis.

Dalam sibuk kita membantah dan menghalang abu mayatnya (Chin Peng) di bawa ke negara ini, dengan selamba wajahnya dijadikan mural," katanya. Mior Azman berkata, perkara ini serius kerana ia dilihat cubaan pihak tertentu untuk menyebarkan elemen subversif menggunakan seni mural.

Tambahnya, perkara seumpama itu harus menjadi iktibar kepada semua pihak khususnya PBT supaya lebih peka dalam menerima sesuatu projek seni bagi mengelak agenda tertentu dibawa melaluinya. "Kita mahu orang ramai buka mata terhadap agenda pihak tertentu yang cuba membawa masuk ideologi tertentu secara halus.

"Orang ramai hanya nampak ia sebagai lukisan yang cantik, tetapi maksud tersirat di sebaliknya kita tak tahu," katanya lagi. Ramai tidak perasan Sementara itu, seorang warga Ipoh, Rozamir Zulkifli, 42, berkata, jika sekali imbas, gambar yang terpampang di bangunan tersebut memang mirip Chin Peng, tetapi tidak serupa.

Menurutnya, lukisan ini subjektif untuk ditafsir kerana pelukis melukis melalui hati, bagaimanapun jika ia disuruh melukis gambar tersebut, motifnya perlu disiasat. "Jika gambar itu serupa, kita perlu siasat perkara tersebut.

Dalam hal ini, kita juga perlu tahu tujuan lukisan dibuat sama ada mengindahkan bangunan atau menarik perhatian pelancong dan sebagainya. "Jika sebabnya lain atau terdapat maksud tersurat dan tersirat, ia perlu tindakan segera dari pihak yang bertanggungjawab," katanya.

Seorang lagi warga Ipoh, Abdul Salim Putera Ahmad Shibi, 39, mengharapkan tindakan dan siasatan dari pihak berkenaan sekiranya gambar tersebut adalah Chin Peng.

Abdul Salim berkata, jika benar ini mungkin satu cara halus pihak tertentu untuk meracuni fikiran anak muda yang tidak tahu sejarah sebenar gambar berkenaan.

"Cadangan saya supaya pihak kerajaan negeri menganjurkan pertandingan lukisan mural wajah tokoh-tokoh Melayu supaya golongan muda kenal dengan tokoh yang pernah berbakti kepada tanah air kita.

"Cara ini lebih baik dari menuduh atau memarahi pihak berkenaan. Pihak berkuasa juga perlu memberi lebih perhatian kepada mereka yang bergerak secara sembunyi dan berharap perkara ini tidak berulang lagi," katanya. Pengerusi Barisan NGO Negeri Perak, Mohd Salleh Khan Mohd Jaafar berkata, siasatan perlu dibuat untuk memastikan gambar siapa yang terpampang di bangunan tersebut.

Mohd Salleh berkata, sebagai rakyat Malaysia, kita perlu menghormati keputusan kerajaan dan menolak apa sahaja agenda untuk memasukkan Chin Peng atas kesalahan yang pernah dilakukan sebelum ini.

"Pihak yang bertanggungjawab juga diminta untuk memberi penjelasan kerana memberi kebenaran lukisan tersebut terpampang di situ dan boleh menyebabkan salah sangka di kalangan rakyat apabila perkara yang tidak boleh, dibolehkan.

"Selain pihak berkaitan, pemilik bangunan juga perlu disiasat untuk memastikan semuanya jelas dan tidak timbul kekeliruan," katanya.

Yang Dipertua Ikram Perak, Yahanis Yahya pula berpendapat, mural seumpama pimpinan PKM ini amat sensitif dan boleh menaikkan sentimen beberapa pihak.

Menurut beliau, kesemua pihak diharap menjaga keharmonian negara dengan bertanggungjawab malah dalam kes ini pihak berkuasa tempatan perlu memberi penjelasan.

"Kajilah sejarah secara objektif supaya penilaian dibuat dengan fakta bagi meningkatkan intelektual dan Malaysia boleh menuju ke negara Rahmah," katanya.

MBI nafi mural Chin Peng Sementara itu, sumber dari Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) memberitahu pihaknya telah maklum dengan perkara itu.

Menurut beliau, isu berkenaan sebenarnya sudah pun selesai dan pihak MBI menafikan individu dalam lukisan mural berkenaan adalah Chin Peng.

Malah katanya, satu mesyuarat jawatankuasa sudah pun dibuat bagi membincangkan isu itu sebelum ini. "Kita faham akan sensitiviti masyarakat walaupun kita nyatakan bahawa lukisan itu bukanlah Chin Peng.

Kita akan berbincang dengan pelukis dan pihak berkaitan untuk menukar gambar yang lain. "Apa-apa pun saya akan rujuk kepada Datuk Bandar dahulu sebelum maklum balas lanjut diberikan mengenai isu ini," katanya.

Di Pekan Lama Ipoh, terdapat tujuh lukisan mural berinspirasikan kopi yang dihasilkan pelukis terkemuka, Ernest Zacherevic di bawah projek Art of Oldtown.

Setiap lukisan ditempatkan di tujuh lokasi berbeza seperti di Jalan Panglima, Market Street, Jalan Bijeh Timah, Concubine Lane 3, Jalan tun Sambanthan dan Jalan Padang yang memaparkan mural seperti 'Kopi-O', 'kapal terbang kertas', 'beca', 'evolusi' dan 'pakcik tua bersama kopi putih'.

Posted by mountdweller.

Mahathir Yang Telah Menghancurkan Negara Ini.

Posted: 23 Dec 2014 05:15 PM PST

Empangan Kenyir sikit je lagi nak tahakp maksimum

Posted: 23 Dec 2014 04:45 PM PST


KUALA TERENGGANU - Bacaan paras air di Empangan Stesen Hidroelektrik Sultan Mahmud dekat Tasik Kenyir di Hulu Terengganu ketika ini ialah 144.2 meter dan
masih berada pada tahap selamat, dengan tahap bahaya 145 meter.


Sehubungan itu, orang ramai dinasihat agar tidak mempercayai khabar angin kononnya air di empangan itu akan dilepaskan bagi mengurangkan tekanan air yang
boleh memberi kesan kepada sistem takungan empangan itu ketika musim banjir sekarang.


Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Mazlan Ngah berkata kerajaan negeri memandang serius penyebaran khabar angin itu kerana ia boleh menimbulkan
panik dalam kalangan orang ramai, terutama penduduk sekitar Hulu Terengganu.


"Saya berharap orang ramai jangan mempercayai khabar angin yang tersebar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), aplikasi Whatsapp atau laman sosial Facebook,"
katanya pada sidang media tentang perkembangan terbaharu banjir di Terengganu yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat negeri Muhammad Pehimi Yusof.


Menurutnya faktor kejadian banjir di negeri ini turut disebabkan kejadian air pasang besar.


"Pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) turut memaklumkan purata hujan yang tinggi melebihi 100 ml sehari dan berterusan lebih 48 jam serta kenaikan
aras laut iaitu setinggi 2.5 hingga 2.8 meter mengakibatkan berlakunya banjir hampir keseluruhan negeri Terengganu.

 

"JPS menjangkakan air pasang besar  akan terus berlaku sehingga 27 Disember ini bermula jam 9 malam hingga 1 pagi iaitu paras air akan meningkat sehingga
2.7 meter," kata Mazlan.


Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri Datuk Rozi Mamat yang meninjau keadaan di Empangan Stesen Hidroelektrik Sultan
Mahmud lewat petang ini berkata keadaan adalah selamat.


Katanya pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) memaklumkan kepadanya keadaan terkawal dan paras air belum lagi mencapai tahap maksimum. - Bernama



Pen Buruk Online

Hudud bukan dasar bersama Pakatan, kata Azmin OLEH HASBULLAH AWANG CHIK

Posted: 23 Dec 2014 04:00 PM PST



Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata cadangan hudud bagi Kelantan perlu dibawa ke Majlis Presiden PR untuk dibincangkan sebelum apa-apa keputusan dapat diambil. 

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata cadangan hudud bagi Kelantan perlu dibawa ke Majlis Presiden PR untuk dibincangkan sebelum apa-apa keputusan dapat diambil.

Mohamed Azmin Ali hari ini mengingatkan segala keputusan berkaitan masa depan Pakatan Rakyat (PR) perlu dibincangkan dan diputuskan oleh Majlis Presiden PR, termasuk cadangan kerajaan negeri Kelantan membawa undang-undang hudud ke Parlimen.

Timbalan Presiden PKR itu berkata prinsip yang dijunjung PR selama ini adalah dasar yang dipersetujui bersama lebih besar daripada hukum hudud merangkumi aspek ekonomi dan sosial.

"Hudud bukan dasar bersama PR. Tiada cadangan bawa ke Parlimen. Tidak pernah dibincang dalam Majlis Presiden PR.

"PR akan memberikan tumpuan kepada isu yang terkandung dalam maqasid syariah, iaitu objektif tertinggi syariah, soal ekonomi, sosial, keselamatan. Isu besar yang perlu diselesaikan dalam syariat Islam.

"Ini juga dipersetujui semua ulama besar di dunia, bukan saja dalam negara. Itu pendirian yang kita ambil bukan setakat hari ini tetapi beberapa tahun yang lalu," katanya ketika ditemui media di Subang Jaya hari ini.

Semalam, Ketua Penerangan PAS Selangor Zaidy Abdul Talib berkata PKR wajib menyokong hasrat kerajaan Kelantan melaksanakan undang-undang hudud, memandangkan pemimpin tertingginya beragama Islam.

Katanya, PKR ‎tidak sewajarnya mengikut jejak langkah DAP yang menolak hudud kerana parti itu majoriti ahlinya bukan beragama Islam.

"Kepada orang bukan Islam, kita tidak boleh paksa. Tetapi bagi orang Islam, kita ada kewajipan untuk menerimanya. Kita mesti percaya, ada akidah. Kalau tolak, kita berdosa dan sebagainya.

"Justeru, dari sudut orang beragama Islam, PKR mesti menyokong," katanya yang juga merupakan Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani Selangor.

Mengulas mengenai gesaan Zaidy itu, Azmin percaya cadangan itu merupakan pandangan seorang pemimpin kanan parti yang matang, namun semua keputusan perlu terikat dengan dasar PR.

Azmin berkata hudud bukanlah isu baru yang pernah dibangkitkan PAS kerana cadangan seumpama itu pernah dibincangkan di kalangan pemimpin PR sebelum ini.

"Saya masih ingat mendiang Karpal Singh pun hadir dalam mesyuarat tersebut di Ibu Pejabat PAS. Exco kerajaan negeri Kelantan hadir memberi penjelasan tentang enakmen yang diluluskan pada 1993. Selepas berbincang panjang, baru kita ambil muafakat itu dalam PR.

"Kita meneliti perkembangan terbaru. Sekiranya ada cadangan baru, mesti berbalik kepada tujuan asal yang disepakati PR. Kena bawa dalam Majlis Presiden PR. Ini akan dilakukan pada Januari sebagaimana diumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.

Azmin berkata apa jua cadangan yang ingin dibangkitkan perlulah mengutamakan dasar bersama mengukuhkan PR.

"Ia mesti dasar disepakati PR. Tidak boleh bercakap atas dasar individu atau parti.

"Membentuk kerajaan PR, dasar itu mesti disepakati PR. Ini diputuskan dan akan terus dibincangkan," katanya.

Sementara itu, ketika berucap di Konvensyen Kepimpinan Wanita Selangor 2014, Azmin berkata kerajaan negeri Selangor akan memperkasakan tenaga kerja wanita dengan memperkenalkan jadul waktu kerja anjal.

Katanya, daripada kajian yang dibuat, ternyata 93% wanita mahu kembali bekerja tetapi 63% daripada mereka merasakan sukar untuk berbuat demikian atas kekangan tertentu.

"Kerajaan negeri Selangor akan menyediakan Wifi percuma dengan prasarana 2,500 hotspot sebagai satu aspek sistem sokongan yang boleh membantu wanita bekerja dari rumah.

"Kerajaan negeri juga akan memulakan inisiatif untuk membolehkan wanita yang kini bekerja sektor kerajaan dan GLC dapat bekerja dari rumah atau sekurang-kurangnya bekerja dengan jadual waktu anjal.

"Inisiatif ini perlu dilaksanakan sebagai satu inisiatif terkini dan masa depan. Reformasi ini perlu dilakukan segera bagi mengelak negara menanggung kehilangan bakat wanita akibat tenaga mahir beralih dan terpendam.

Azmin berkata beliau juga berharap agar lebih ramai wanita diberikan peluang menjadi calon dalam pilihan raya umum yang akan datang.

"Dalam aspek politik, jumlah perwakilan wanita Malaysia di Parlimen juga direkodkan di kalangan terendah di kalangan negara Asean iaitu pada kadar 10.4% berbanding Thailand 13.3%, Indonesia 18%, Filipina 22.1%, Singapura 22.2% dan Vietnam 22.4%," katanya. – 23 Disember, 2014.


/www.themalaysianinsider.com/bahasa.

'JK pusat PAS tak pernah setuju RUU hudud'

Posted: 23 Dec 2014 08:00 AM PST

 
Seorang anggota jawatankuasa pusat PAS berkata mereka tidak pernah bersetuju untuk membawa Rang Undang-undang Persendirian Kelantan berkaitan hudud ke parlimen.

Jawatankuasa pusat PAS sebaliknya dikatakan hanya bersetuju supaya Kelantan membincangkan perkara teknikal dengan kerajaan pusat pimpinan Umno.

Kerajaan Kelantan sepatutnya membentangkan kembali hasil perbincangan itu kepada jawatankuasa pusat PAS.

Anggota jawatankuasa pusat PAS Mujahid Yusof Rawa, Dr Hatta Ramli dan seorang lagi anggotanya yang enggan namanya disebut berkata, ia antara perkara yang sudah dipersetujui.

Hatta, yang juga anggota parlimen Kuala Krai, juga menolak kenyataan timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bahawa mereka mendapat restu jawatankuasa pusat.
Addin

Umno Cukup Menantikan Peluang Keemasan Ini.. Saksikanlah

Posted: 23 Dec 2014 07:15 AM PST

 

PAS kini dalam dilema sama ada menyokong pindaan Perlembagaan bagi membolehkan persempadanan semula kawasan pilihan raya dibuat dan mendapat manafaat daripada pertambahan kerusi di kawasan parti itu bertanding atau kehilangan rakan dalam Pakatan Rakyat (PR).

Menurut sumber parti Islam itu, PAS sangat berharap pertambahan kerusi di kawasan Melayu khasnya di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis dibuat kerana keempat-empat negeri ini tidak mendapat sebarang pertambahan kerusi ketika persempadanan dibuat pada 2003 dahulu.

Bagi PAS, tindakan pada 2003 adalah untuk menyekat perkembangan pengaruh PAS selepas parti itu menang besar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 1999.

"Namun kini PAS dalam dilema. Ditelan mati emak, diluah mati bapa," kata seorang pemimpin kanan PAS.Menurutnya, jika PAS bekerjasama dengan Umno menyokong pindaan itu dan bermakna PAS mengkhianati rakan-rakannya dalam PR iaitu PKR dan DAP yang tidak bersetuju persempadanan semula kawasan pilihan raya dibuat oleh Suruhanaya Pilihan Raya (SPR).

Peluang PAS menyokong Umno meluluskan persempadanan itu kini tinggi ekoran hubungan suram dalam PR berhubung isu hudud.

DAP menyifatkan cadangan kerajaan Kelantan mahu melaksanakan hudud di negeri itu akan melambatkan PR ke Putrajaya dan sekaligus mengkhianati semangat kerjasama dalam pakatan.

Umno Cukup Menantikan Peluang Keemasan Ini

Pemimpin PAS pula bertegas melaksanakannya dengan alasan ia sudah menjadi usaha PAS sejak sebelum PR terbentuk lagi.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din pula dilaporkan berkata kertas tahaluf siyasi PAS dengan DAP sudah koyak apabila DAP berterusan menentang hudud yang mahu dilaksanakan di Kelantan.

Sementara itu, media melaporkan rancangan SPR mengeluarkan notis dan mempamerkan cadangan awal tentang persempadanan semula kawasan pilihan raya bulan ini terganggu akibat banjir.

Menurut Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (gambar), pihaknya akan hanya mengumumkan perkara tersebut apabila keadaan bertambah pulih dan teratur.

"Kenyataan media akan dikeluarkan oleh SPR berhubung persempadanan semula itu.

"Banjir yang bertambah buruk di beberapa negeri menjadi salah satu sebab menentukan tarikh notis dan warta persempadanan semula khasnya untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dan Tanah Melayu (Semenanjung) serta Sabah umum¬nya," kata beliau sebagaimana dilaporkan oleh akhbar Umno, Utusan Malaysia.

Aziz sebelum ini memberitahu, SPR merancang mengeluarkan notis, pewartaan serta mempamerkan cadangan awal tentangnya pada bulan ini.

Beliau berkata, pihaknya sedang menunggu kerja-kerja daripada Jabatan Ukur dan Jabatan Perangkaan untuk membantu membuat peta bahagian pilihan raya baharu berhubung cadangan tersebut.

Enggan mengulas lanjut butirannya, beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan persempadanan itu melibatkan "banyak peta yang perlu dibentuk".

Kata beliau, kajian menyeluruh akan melibatkan semua negeri termasuk di Sabah dan Sarawak boleh dibuat secara bersama kerana tempoh persempadanan itu melepasi lapan tahun.

Isu persempadanan semula kawasan pilihan raya menjadi kontroversi ekoran kegagalan SPR berbuat demikian lebih 10 tahun lalu iaitu pada 2003.

Mengikut Perlembagaan, SPR boleh membuat persempadanan semula selepas lapan tahun namun sehingga kini ia tidak dibuat yang didakwa kerana Barisan Nasional (BN) yang memerintah tidak mempunyai kuasa 2/3 dalam Parlimen.

Sokongan 2/3 diperlukan untuk meminda Perlembagaan termasuk menambahkan bilangan kepada kerusi Parlimen.

BN khasnya Umno dikatakan sedang memujuk PAS agar bersetuju dengan persempadanan baru ini bagi membolehkan ia diluluskan. ~malaysian insider
 
 
Addin

Mahfuz: 1MDB bakal berakhir seperti MAS NIZAM ZAIN

Posted: 23 Dec 2014 06:30 AM PST

 
Selasa, 23 Disember 2014.  Mahfuz: 1MDB bakal berakhir seperti MAS NIZAM ZAIN   1MDB, MAS 1MDB, MAS   KUALA LUMPUR - Nasib syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bakal berakhir seperti syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airline System Berhad (MAS) yang mewujudkan syarikat baharu jika dalangnya tidak dibawa ke muka pengadilan.   Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar mendakwa jika masalah itu berlarutan hingga 2015, Malaysia bakal berdepan dengan penjajahan ekonomi.   "Masih tidak terlambat kerajaan untuk menjelaskan kepada rakyat dan satu suruhanjaya siasatan khas perlu ditubuhkan segera.   "Kebimbangan saya ialah ia akan menjebakkan negara kepada penjajahan ekonomi, bila tak dapat keluar masalah ini, ia akan kesan kepada ekonomi apabila pelabur asing hilang keyakinan dengan institusi perbankan negara.   "Kesannya cukup besar hingga boleh memerangkap negara hingga terpaksa mencari satu dana untuk selamatkan negara termasuk Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)," katanya kepada pemberita di Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini.   1MDB, syarikat pelaburan strategik milik penuh kerajaan, mencatat kerugian RM665.36 juta dalam tahun kewangan berakhir 31 Mac 2014 berbanding untung RM778.24 juta dalam tahun kewangan sebelumnya.   Selain itu, nilai aset kumpulan meningkat kepada RM51.4 bilion berbanding RM44.6 bilion pada tahun kewangan sebelumnya manakala jumlah pinjaman meningkat daripada RM36.2 bilion kepada RM41.9 bilion.  Dicatat oleh ELBI RISALAH

1MDB, MAS 1MDB, MAS

KUALA LUMPUR - Nasib syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bakal berakhir seperti syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airline System Berhad (MAS) yang mewujudkan syarikat baharu jika dalangnya tidak dibawa ke muka pengadilan.

Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar mendakwa jika masalah itu berlarutan hingga 2015, Malaysia bakal berdepan dengan penjajahan ekonomi.

"Masih tidak terlambat kerajaan untuk menjelaskan kepada rakyat dan satu suruhanjaya siasatan khas perlu ditubuhkan segera.

"Kebimbangan saya ialah ia akan menjebakkan negara kepada penjajahan ekonomi, bila tak dapat keluar masalah ini, ia akan kesan kepada ekonomi apabila pelabur asing hilang keyakinan dengan institusi perbankan negara.

"Kesannya cukup besar hingga boleh memerangkap negara hingga terpaksa mencari satu dana untuk selamatkan negara termasuk Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)," katanya kepada pemberita di Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini.

1MDB, syarikat pelaburan strategik milik penuh kerajaan, mencatat kerugian RM665.36 juta dalam tahun kewangan berakhir 31 Mac 2014 berbanding untung RM778.24 juta dalam tahun kewangan sebelumnya.

Selain itu, nilai aset kumpulan meningkat kepada RM51.4 bilion berbanding RM44.6 bilion pada tahun kewangan sebelumnya manakala jumlah pinjaman meningkat daripada RM36.2 bilion kepada RM41.9 bilion.


Dicatat oleh ELBI RISALAH

10 Pelancong Panik Chalet Dipukul Ombak di Marang

Posted: 23 Dec 2014 05:45 AM PST



MARANG: Kira-kira 10 pelancong yang menginap di sebuah chalet di sini berdepan detik cemas setelah tempat penginapan mereka hampir runtuh akibat dipukul ombak besar pada Isnin malam.
Seorang pelancong dari Kuala Lumpur, Latifah Hamid, 51, berkata ketika dia bersama lima lagi ahli keluarga sedang berehat, mereka terkejut apabila melihat pagar chalet tempat penginapan mereka serta beberapa batang pokok kelapa berdekatan tumbang menyembah bumi.
"Kami datang ke sini untuk bercuti sambil melihat ombak dan mengambil keputusan menyewa chalet berhampiran pantai Rusila namun tidak menyangka ombak besar itu hampir meruntuhkan tempat penginapan kami," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Katanya apabila melihatkan keadaan itu, beliau segera memaklumkan pemilik chalet sebelum disuruh mengemas barang untuk berpindah ke chalet lain yang jauh dari kawasan pantai bersama empat penghuni lain yang turut menginap di situ.
"Semasa mendaftar masuk ke chalet semalam (Ahad) ketika itu angin kencang namun ombak tidaklah sebesar malam tadi," katanya.
Sementara itu, pemilik chalet Jamilah Abdullah berkata sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu, beliau mengarahkan semua penghuni berkenaan berpindah.
Jamilah berkata apabila tiba di situ, beliau mendapati 12 bilik di tepi pantai berkenaan tergantung setelah sebahagian tanah di bawah bilik tersebut terhakis dibawa ombak.
"Sejak 10 tahun beroperasi, ini merupakan kali pertama insiden seperti ini berlaku, nasib baik penghuni tersebut menyedari kejadian ini dan tiada perkara lebih buruk berlaku," katanya.
Menurutnya sekarang ini terdapat 12 bilik yang terletak kira-kira 50 meter berhampiran pantai.
Katanya benteng penahan hakisan yang dibina Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sejak dua tahun lalu turut dihanyutkan ombak.

Hudud tidak akan pecah belahkan Pakatan, kata PAS OLEH MELATI AMALINA ABD JALIL

Posted: 23 Dec 2014 05:00 AM PST

 Hudud tidak akan pecah belahkan Pakatan, kata PAS  OLEH MELATI AMALINA ABD JALIL  Published: 23 December 2014  Datuk Mahfuz Omar berkata PAS dan DAP 'setuju untuk tidak bersetuju' mengenai hudud sejak zaman mendiang Karpal Singh.  Datuk Mahfuz Omar berkata PAS dan DAP 'setuju untuk tidak bersetuju' mengenai hudud sejak zaman mendiang Karpal Singh.  Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar percaya isu hudud tidak akan menyebabkan perpecahan antara PAS dengan Pakatan Rakyat (PR), selepas parti Islam itu dilihat serius ke arah pelaksanaan undang-undang tersebut.  Mahfuz berkata PAS dan DAP "setuju untuk tidak bersetuju" mengenai hudud sejak zaman mendiang Karpal Singh.  "Saya tak rasa hudud mampu memecahbelahkan PR. Kita dah capai persetujuan sebelum ini, semasa Karpal Singh masih hidup kita sudah capai konsensus bersetuju untuk tidak bersetuju," kata dalam sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur, hari ini.  "PAS terima bahawa DAP tidak bersetuju dengan isu hudud. Maknanya persetujuan itu kita hormat antara satu sama lain.  "Ini demokrasi yang dicapai PR. Seperti suami isteri mesti ada perkara yang tidak dipersetujui, tetapi masih boleh tinggal sebumbung, tiada masalah.  "Kita masih menunggu tarikh menunggu mesyuarat PR seperti yang dinyatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada awal Januari," katanya.  Beliau turut menggesa kerajaan Kelantan mengatur pertemuan dengan pihak berkepentingan bagi menjelaskan pindaan undang-undang tersebut.  "Saya harap kerajaan Kelantan boleh berkongsi dan mengadakan pertemuan beri penjelasan tentang pindaan itu.  "Ini hanya pindaan undang-undang kepada enakmen sedia ada, bukan enakmen baru, Kanun Undang-Undang Jenayah Syariah Kelantan II sudah wujud sejak 20 tahun lalu.  "Saya jemput semua yang berminat datang ke sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) mendengar pembentangan pindaan itu," katanya.  Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan akan mengadakan satu sidang khas pada 29 Disember ini bagi mengemukakan pindaan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993.  Pengumuman tersebut mencetuskan pelbagai reaksi, dengan DAP antara paling lantang membidas langkah Kelantan yang mahu meneruskan pelaksanaan undang-undang jenayah Islam itu.  DAP berkata tindakan PAS itu seperti melanggar tahaluf siyasi dipersetujui PR.  Awal hari ini, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali juga menegaskan bahawa undang-undang Hudud tidak pernah berada dalam konsensus PR. - 23 Disember, 2014.  www.themalaysianinsider.com/bahasa. Published: 23 December 2014.

Datuk Mahfuz Omar berkata PAS dan DAP 'setuju untuk tidak bersetuju' mengenai hudud sejak zaman mendiang Karpal Singh.

Datuk Mahfuz Omar berkata PAS dan DAP 'setuju untuk tidak bersetuju' mengenai hudud sejak zaman mendiang Karpal Singh.

Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar percaya isu hudud tidak akan menyebabkan perpecahan antara PAS dengan Pakatan Rakyat (PR), selepas parti Islam itu dilihat serius ke arah pelaksanaan undang-undang tersebut.

Mahfuz berkata PAS dan DAP "setuju untuk tidak bersetuju" mengenai hudud sejak zaman mendiang Karpal Singh.

"Saya tak rasa hudud mampu memecahbelahkan PR. Kita dah capai persetujuan sebelum ini, semasa Karpal Singh masih hidup kita sudah capai konsensus bersetuju untuk tidak bersetuju," kata dalam sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur, hari ini.

"PAS terima bahawa DAP tidak bersetuju dengan isu hudud. Maknanya persetujuan itu kita hormat antara satu sama lain.

"Ini demokrasi yang dicapai PR. Seperti suami isteri mesti ada perkara yang tidak dipersetujui, tetapi masih boleh tinggal sebumbung, tiada masalah.

"Kita masih menunggu tarikh menunggu mesyuarat PR seperti yang dinyatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada awal Januari," katanya.

Beliau turut menggesa kerajaan Kelantan mengatur pertemuan dengan pihak berkepentingan bagi menjelaskan pindaan undang-undang tersebut.

"Saya harap kerajaan Kelantan boleh berkongsi dan mengadakan pertemuan beri penjelasan tentang pindaan itu.

"Ini hanya pindaan undang-undang kepada enakmen sedia ada, bukan enakmen baru, Kanun Undang-Undang Jenayah Syariah Kelantan II sudah wujud sejak 20 tahun lalu.

"Saya jemput semua yang berminat datang ke sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) mendengar pembentangan pindaan itu," katanya.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan akan mengadakan satu sidang khas pada 29 Disember ini bagi mengemukakan pindaan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993.

Pengumuman tersebut mencetuskan pelbagai reaksi, dengan DAP antara paling lantang membidas langkah Kelantan yang mahu meneruskan pelaksanaan undang-undang jenayah Islam itu.

DAP berkata tindakan PAS itu seperti melanggar tahaluf siyasi dipersetujui PR.

Awal hari ini, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali juga menegaskan bahawa undang-undang Hudud tidak pernah berada dalam konsensus PR. - 23 Disember, 2014.


www.themalaysianinsider.com/bahasa.

TERIKINI ! - MH370 Ditembak Jatuh Tentera AS - Dakwa Bekas CEO Syarikat Penerbangan

Posted: 23 Dec 2014 04:15 AM PST

 
Marc Dugain. - Foto Getty Images


SEORANG bekas pengarah syarikat penerbangan Perancis mendakwa tentera Amerika Syarikat (AS) dipercayai menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH370 dan menyembunyikan perkara itu.

Marc Dugain yang pernah mengetuai Proteus Airlines dan seorang penulis terkenal berkata, AS menjadikan pesawat berkenaan sebagai sasaran kerana mereka bimbang ia serangan ala 11 September yang mensasarkan pangkalan tentera di Lautan Hindi.

Dalam artikel yang diterbitkan dalam sebuah majalah Perancis, Paris Match, beliau mendakwa pesawat Boeing 777 itu terhempas bukan di lokasi di mana pasukan carian antarabangsa menjelajah lautan untuk mengesan bangkai pesawat berkenaan, tetapi berdekatan pangkalan tentera AS di wilayah milik British iaitu Diego Garcia.

"Ia adalah satu pangkalan tentera yang sangat kuat. Sangat mengejutkan apabila AS gagal menjejaki pesawat ini. Tanpa mengaitkan tragedi berkenaan dengan teori konspirasi, ada kemungkinan AS telah menjatuhkan pesawat ini," katanya.

Dugain kemudian mempersoalkan bagaimana dalam dunia teknologi serba canggih ini, objek sepanjang 63 meter hilang tanpa dapat dikesan, sambil mengandaikan bahawa terdapat usaha oleh sesetengah pihak untuk menyembunyikan bukti.

Pangkalan tentera berkenaan, yang terletak kira-kira 4,828 kilometer di barat laut Australia, digunakan sebagai pangkalan tentera AS sejak tahun 1970-an dan kini menempatkan kira-kira 1,700 anggota tentera.

Banyak teori konspirasi mengenai Diego Garcia disiarkan sejak kehilangan MH370, namun kerajaan AS berulang kali menafikan bahawa pesawat MH370 terbang berhampiran dengan pangkalan berkenaan.

Dugain merujuk kepada saksi di Maldives yang memberitahunya bahawa mereka melihat sebuah pesawat besar yang terdapat logo Malaysia Airlines terbang rendah ke arah pulau berkenaan.

Tidak lama selepas laporan kehilangan pesawat yang membawa 239 orang daripada 15 negara itu pada 8 Mac, media tempatan di Maldives melaporkan bahawa terdapat objek dipercayai alat pemadam api dari pesawat berkenaan terdampar di pantai di Baarah. Bagaimanapun, penemuan itu tidak pernah disahkan.

Beliau berkata MH370 mungkin dirampas oleh penggodam dari jauh dan kemudian diterbangkan ke Diego Garcia, jauh dari laluan penerbangan asal iaitu dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Bagi menjelaskan ketiadaan komunikasi elektronik ketika pesawat berkenaan hilang dari radar, beliau berkata kebakaran mungkin memaksa anak kapal untuk mematikan semua peranti, tanpa merosakkan bahagian luar pesawat.

Laporan rasmi MH370 menyatakan bahawa penumpang mungkin mati akibat sesak nafas apabila kabin kehabisan oksigen menyebabkan pesawat berkenaan berada dalam 'auto-pilot' sehingga ia kehabisan bahan api dan terjunam ke dalam laut.

Dugain mendakwa, beliau telah diberi amaran oleh seorang pegawai perisikan British bahawa beliau mengambil "risiko" apabila menyelidik nasib MH370.

"Pasti ada orang yang tahu," katanya. - Belfast Telegraph


 

Pengkalan Chepa Diramal Tenggelam Jam 9 Malam Ini

Posted: 23 Dec 2014 03:30 AM PST



Kota Bharu: Kawasan Pengkalan Chepa di sini, diramal tenggelam menjelang 9 malam ini, sekiranya hujan kekal berterusan dan paras sungai naik mendadak hingga melepasi tebing.

Ketika ini Sungai Kelantan yang juga kawasan paling hilir sudah mencapai paras bahaya dengan bacaan di Tangga Krai 29.20 meter (m) berbanding normal 17.00m, sementara di Tambatan Diraja 5.28m.

Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan Shahimi Sharif berkata, penduduk di kawasan Pengkalan Chepa terutama yang tinggal berdekatan tebing sungai perlu lebih berhati-hati dan sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa.

"Sungai Kelantan yang paling hilir sekali dan aliran air datang dari Gua Musang. Kita jangkakan jika paras di Tangga Krai terus meningkat, sungai-sungai di Pengkalan Chepa akan melimpah dan kawasan itu bakal menerima nasib buruk seperti bandar lama Gua Musang.

"Ramalan kita malam ini sekitar 9 ke 10 malam, namun ia masih lagi bergantung kepada taburan hujan. Buat masa ini, purata taburan hujan memang meningkat berbanding biasa," katanya ketika dihubungi, di sini, tadi.

Shahimi berkata, Gua Musang masih terjejas teruk berikutan taburan hujan yang mencecah 280milimeter sejak 12 tengah malam hingga pagi tadi. Ia peningkatan berganda berbanding normal iaitu kurang 50 milimeter.

Sementara bandar Kota Bharu, katanya, masih dalam keadaan selamat.

Portal eBanjir Kelantan merekodkan jumlah mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mencecah 21,377 orang berbanding 17,050 malam tadi.

Ia membabitkan 7,020 keluarga yang ditempatkan di 87 PPS di sembilan jajahan. ~metro





VIDEO - Pemimpin Islam wajib sokong hudud, kata PAS Selangor

Posted: 23 Dec 2014 02:45 AM PST

[VIDEO] Kata "Pemimpin Islam Wajib Sokong Hudud"

 

Ketua Penerangan PAS Selangor, Zaidy Talib menafikan beliau berkata PKR wajib menyokong hukum hudud, tetapi menyatakan semua umat Islam termasuk ahli parlimen PKR yang beragama Islam wajib menyokong hudud.

"Saya tidak pernah kata PKR wajib menyokong hasrat kerajaan PAS Kelantan melaksanakan hukum hudud, memandangkan pemimpin tertingginya beragama Islam.

"Apa yang saya kata, semua yang beragama Islam termasuk ahli parlimen PKR wajib sokong," kata Zaidi dalam satu kenyataannya kepada The Malaysian Insider.

Semalam, The Malaysian Insider menyiarkan berita PKR wajib menyokong hasrat kerajaan PAS Kelantan melaksanakan undang-undang hudud, memandangkan pemimpin tertingginya beragama Islam, kata PAS Selangor.

"Apa yang saya maksudkan ialah pemimpin yang beragama Islam dari PKR bukan parti itu sendiri," kata Zaidy.

ULASAN GB

Dah pun pusing.....

Umat Islam memang wajib menyokong hudud, tetapi dalam keadaan sekarang ini bijaksanakah kita mengusulkannya?

Ada banyak perkara lain yang sepatutnya menjadi agenda utama PAS, bukan hudud. Tindakan PAS Kelantan adalah terburu-buru hanya kerana "kononnya" telah mendapat sokongan pemimpin UMNO. Sedang semua sedia maklum tindakan UMNO itu hanyalah sandiwara untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat.

GB tertarik dengan komen berikut oleh pengkomen di blog ini:


Anonymous said...
UG ni memang bangangah beb... entah berapa kali nk kena tipu dgn UMNO... sampai ke kiamat bangangnya.... pergi settlekan masalah banjir tu dulu .... rakyat menderita skrg ni... itu hikmah Allah turunkan ujian banjir... tahu apa yang patut di prioritaskan untuk rakyat... bukan hudud...

4G said...
Stuju dgn anta sheh...ana tgok pas dn umno ni snasib dpt presiden...alahai...sesuai dgn lgu antik mlyu tudung periok....adakah tudung priok prioriti orng mlyu...ha..ha
Kedua, jangan lupa Sheikh Yusuf Qardhawi, Presiden Kesatuan Ulamak Sedunia sendiri melalui satu wawancara dengan Al-Jazeera pernah menyatakan "nak hudud perlu bangunkan umat dan diri sendiri dulu"!


Kamu Zaidy, dan sekalian pemimpin UG termasuk Nik Amar, ilmu kamu tinggi mana nak lawan Sheikh Yusof Qardhawi? Kalau tak reti pergilah bertemu dengan Naik Ketua Kesatuan Ulamak Sedunia iaitu Haji Abd Hadi supaya beliau bertanya sendiri kepada Syeikh Yusof Qardhawi.

Jadi jika mengikut kenyataan dari Sheikh Yusuf Qardhawi di atas, pemimpin dan umat Islam "tidak wajib" menyokong hudud yang hendak diusulkan oleh PAS Kelantan tersebut kerana ada perkara yang menyentuh umat yang belum beres di Kelantan yang lebih utama yang perlu dilakukan oleh PAS Kelantan, bukan hudud. Jangan jadi isu hudud sebagai escapisme untuk menutup kelemahan pentadbiran kerajaan negeri dan meningkatkan iktisad dan sosio-ekonomi rakyat Kelantan.

Amah Didera, Dicabut Gigi, Kemaluan Disula, Direnjat Elektrik & Dipaksa Minum Air Kencing

Posted: 23 Dec 2014 02:00 AM PST


AMPANG - Seorang pembantu terpaksa melalui detik-detik yang mengerikan apabila dia didera dengan kejam oleh majikannya setiap hari.

Wanita malang yang berusia 32 tahun itu diseksa oleh majikannya di Pandan Indah semenjak lapan bulan yang lalu.

Dedah mangsa, minum air panas selain makan najis dan (minum) air kencing. serta kemaluannya juga disula dengan objek keras dipercayai kayu selain dari giginya dicabut.

Tidak cukup dengan itu, mangsa juga dirotan, direnjat dengan elektrik serta dipijak di kepala dan badan selain dipaksa makan najis.

Bagaimanapun, penderitaan mangsa berakhir apabila dia diselamatkan oleh jiran, susul penemuan nota yang ditulisnya,

"Tolong, bos dera saya' di bawah pintu rumah majikannya.

Jiran yang menemui nota berkenaan terus menghubungi pihak polis dan pada jam 6.20 petang Sabtu yang lalu, sepasukan polis dari Balai Polis Pandan Indah menyerbu rumah terbabit bagi menyelamatkan mangsa dan menahan dua wanita berusia 39 dan 47 tahun.




 
Dedah jiran mangsa, mereka kerap terdengar mangsa menjerit dan merayu agar dikasihani.

"Mulanya kami sangkakan perkara biasa, namun lama-kelamaan jeritan itu makin kerap menyebabkan kami mengesyaki berlaku penderaan. Susulan itu, penduduk nekad membantu menyelamatkan mangsa dengan melaporkan kejadian itu kepada polis apalagi selepas menemui nota ditinggalkan mangsa," katanya.

Dalam serbuan ke 'pusat penyeksaan' itu, polis juga telah merampas sembilan jenis rotan yang dipercayai digunakan untuk mendera mangsa.Sebuah alat penghalau nyamuk elektrik yang dipercayai digunakan untuk merenjat elektrik pada jari mangsa turut dirampas.

Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Khairuldin Saad ketika dihubungi mengesahkan penahanan dua individu terbabit dan memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 325 dan 377 C (A) Kanun Keseksaan.

mangsa kini dirawat di Hospital Ampang (HA) dan keadaannya kini dilaporkan stabil.
"Doktor yang merawat mangsa mengesahkan mangsa turut patah tulang rahang selain kemaluannya cedera,"


Posted by Jeebond BLM.

Najib Dapat 'Panglima' Baru Syed Ali kecewa lihat gelagat segelintir pemimpin UMNO Khairil Ashraf

Posted: 23 Dec 2014 01:15 AM PST


syed-aliSaban hari kita baca menerusi laman-laman sosial, ada saja fitnah pembangkang terhadap Najib tetapi malangnya tuduhan itu tidak ada tindak balas daripada pemimpin UMNO. syed-ali

PETALING JAYA: Pemimpin UMNO seharusnya bangun dan bertindak lebih agresif mempertahankan kedudukan Presidennya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang kini menjadi sasaran serangan pembangkang dengan pelbagai tohmahan dan fitnah.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee berkata, pemimpin UMNO khususnya barisan Ahli Majlis Tertinggi (MT) perlu tampil menangkis pelbagai isu yang disasarkan kepada presiden parti.

Syed Ali turut kecewa melihat 'gelagat' pemimpin parti yang tidak peka dan membiarkan Najib keseorangan menepis serangan fitnah bertali arus yang dilakukan pembangkang terutama menerusi laman-laman sosial.

Tegasnya, pemimpin UMNO di semua peringkat termasuk Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri sepatutnya menjadi perisai mempertahankan kepimpinan Najib daripada diasak oleh pembangkang.

"Saban hari kita baca menerusi laman-laman sosial, ada saja fitnah pembangkang terhadap Najib tetapi malangnya tuduhan itu tidak ada tindak balas daripada pemimpin UMNO, langsung tidak ada respons, ini yang amat mengecewakan.

"Kita yang pilih Najib sebagai presiden parti, maka kita sepatutunya bertanggungjawab mempertahankan kepimpinan beliau dan sekaligus menjadikan UMNO sebagai parti yang kuat bagi menjaga kepentingan orang Melayu," katanya dalam entri terbaru umnobahagiancheras.blogspot.

Syed Ali yang merupakan Setiausaha UMNO Wilayah Persekutuan turut menasihatkan pemimpin UMNO seharusnya tidak melenting jika wujud dakwaan mengatakan ada sesetengah daripada mereka yang 'tidur' kerana persepsi itu berdasarkan kepada apa yang berlaku hari ini.

Beliau turut mengingatkan bahawa apa sahaja fitnah sekiranya dibiarkan tanpa sebarang jawapan akhirnya akan menjadikan cerita fitnah itu seolah-olah seperti benar dan ia boleh mengelirukan perhatian rakyat.

Katanya, pemimpin pembangkang seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Mahfuz Omar, Rafizi dan beberapa pemimpin PKR dilihat begitu agresif menyerang Najib secara terbuka.

"Jika kita sayangkan presiden dan timbalan presiden parti, sepatutnya kita berani menentang pembangkang, bukannya mengambil sikap berdiam diri serta tunggu dan lihat.

"Kadangkala kita sedih melihat Najib diserang bertubi-tubi oleh pembangkang, di mana pemimpin tertinggi UMNO? Mengapa biarkan Perdana Menteri keseorangan," soalnya.

Posted by mountdweller

Menjelang 2015, sokongan bukan Melayu terhadap PAS semakin merosot

Posted: 23 Dec 2014 12:30 AM PST

ILHAM CENTER: PAS Bakal Kalah Teruk Dalam PRU14 Kecuali...


 
KUALA LUMPUR: Selepas krisis menteri besar Selangor, isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 di Kelantan yang mengandungi hukum hudud dan krisis dalaman parti yang semakin parah, PAS sehingga hari ini, dilihat bakal kehilangan sokongan pengundi bukan Melayu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Lebih memburukkan keadaan, PAS juga dilihat berpotensi besar untuk kehilangan beberapa kerusi parlimen di Kelantan, Kedah, Terengganu, Perak, Pahang dan Selangor.

Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Mohamad Hisomudin Bakar selain masalah dengan pengundi bukan Melayu, PAS juga berdepan krisis dalam parti yang paling teruk selepas PRU13.

Katanya, Muktamar PAS ke-60 di Batu Pahat September lepas memperlihatkan betapa krisis dalaman parti itu semakin meruncing dan membuatkan persepsi terhadap parti Islam itu bertambah buruk.

"Pengundi bukan Melayu yang sebelum ini menyokong PAS cenderung untuk tidak lagi memberi undi kepada parti Islam itu dalam PRU14.

"PAS bukan hanya perlu ubah persepsi mereka di mata pengundi bukan Melayu tetapi perlu segera menyelesaikan masalah dalam parti yang paling teruk setakat ini.

"Namun ia bukan bermakna UMNO atau Barisan Nasional (BN) akan mendapat manfaat daripada situasi ini, sebaliknya pertarungan kedua parti bertambah sengit," katanya dalam satu pertemuan bersama Astro AWANI.

UMNO, kata Hisomudin tidak boleh mengambil mudah situasi ini kerana pengundi melihat parti itu masih lagi tidak berubah.

Katanya, pengundi bukan Melayu mungkin tidak akan bersungguh-sungguh untuk keluar mengundi di kawasan yang mana berlakunya pertandingan melibatkan calon PAS dan UMNO.

"Kawasan yang mana terdapat pengundi bukan Melayu yang agak tinggi peratusannya, yang melibatkan pertandingan antara PAS dan UMNO akan menghadapi masalah penurunan sokongan bukan Melayu.

"Tidak seperti PRU13, pengundi bukan Melayu ketika itu bersunguh-sungguh mahu memastikan calon yang mewakili Pakatan Rakyat menang.

"Namun situasi sama dijangkakan tidak akan berlaku lagi pada PRU14 nanti, terutama melibatkan kawasan ditandingi PAS," katanya lagi.

Hisomudin berkata, krisis menteri besar Selangor menyebabkan pengundi bukan Melayu melihat PAS sebagai parti yang tidak mementingkan kesepakatan.

Katanya, desas-desus yang mengatakan PAS mahu bekerjasama dengan UMNO untuk membentuk kerajaan di Selangor membuatkan pengundi bukan Melayu hilang kepercayaan terhadap PAS.


"Situasi ketika itu ialah Pakatan Rakyat mahu menyingkirkan Tan Sri Khalid, tetapi perkara itu berlanjutan dan pengundi bukan Melayu melihat PAS mengambil keputusan untuk tidak sepakat.

"Dengan cerita kerjasama dengan UMNO itu membuatkan pengundi bukan Melayu merasakan bahawa PAS menikam rakan sendiri," jelas beliau.

Namun Hisomudin menjelaskan, situasi ini mungkin berlaku sebaliknya jika berlaku perubahan dalam kepimpinan PAS pada pemilihan parti itu tahun depan.

Selain itu, pemimpin PAS perlu bekerja keras untuk memulihkan sokongan pengundi bukan Melayu supaya dan mengukuhkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat. -astroawani

ULASAN GB

Mesti ramai dari kalangan puak UG melenting dengan kenyataan Pengarah Eksekutif Ilham Center di atas.

Sedangkan itulah hakikat sebenarnya. Itu pandangan orang di luar PAS. PAS akan kalah teruk di dalam PRU yang akan datang kecuali jika berlaku perubahan dalam kepimpinan PAS pada pemilihan parti itu tahun depan.

Maksudnya hapus dan turunkan semua yang berstatus UG dari barisan kepimpinan PAS di semua peringkat! 




Kelab Greenboc

PERKASA jalin kerjasama dengan NGO 'anti-M'sia'

Posted: 22 Dec 2014 11:45 PM PST



"Jika ada demonstrasi yang kami lakukan sebelum ini di hadapan Kedutaan Besar Malaysia bukanlah bermaksud kami membenci saudara-saudara kami di Malaysia, sebaliknya, LMP hanya mempertahankan rakyat Indonesia.

"Melalui kerjasama dengan PERKASA kami akan pastikan dua negara ini kekal makmur tanpa ada penglibatan bangsa-bangsa asing yang cuba menjajah kita," Adek dipetik sebagai berkata. -
 

 
PERKASA menjalinkan kerjasama dengan Laskar Merah Putih (LMP) Indonesia, sebuah NGO yang menganjurkan 'ganyang Malaysia' pada 2010, antaranya sebagai saluran diplomasi kedua-dua negara.

PERKASA dan LMP membentuk Gagasan Sebangsa Serumpun Nusantara (SEBANGSA), lapor Utusan Malaysia.

"Kita semua sedia maklum hubungan antara kerajaan dan kepimpinan Malaysia dan Indonesia berada di landasan yang sangat kukuh.

"Sehubungan itu, menjadi harapan PERKASA dan LMP untuk sama-sama membantu kerajaan memastikan hubungan antara rakyat dua negara juga berada di kedudukan yang sama," Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali dilapor sebagai berkata.

Akhbar Umno itu turut melaporkan Ibrahim sebagai berkata LMP memberi jaminan akan lebih berdiplomasi ketika berdepan isu melibatkan kepentingan dua negara.

Ibrahim dilapor menghadiri ulang tahun ke-14 penubuhan LMP semalam dan mengadakan pertemuan dengan Ketua Umum kumpulan itu Adek Erfil Manurung di Banten, Jawa Barat.

LMP sering mengadakan demonstrasi di kedutaan Malaysia di Indonesia melibatkan isu antaranya pekerja negara itu di Malaysia atau masalah sempadan.

Kumpulan itu pada 2009 mengadakan demonstrasi berhubung isu di Ambalat dan pada 2010 menganjurkan "ganyang Malaysia" dengan membakar Jalur Gemilang selepas isu sempadan di perairan di Riau.

Tak benci M'sia, hanya pertahan Indonesia Dalam laporan sama, Utusan memetik Adek sebagai berkata, LMP sedia bekerjasama dengan PERKASA kerana kedua-dua kumpulan mempunyai matlamat sama mempertahankan hak dan kedaulatan rakyat Indonesia. 



 
sumber Posted by mountdweller.

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

Posted: 23 Dec 2014 09:02 PM PST

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Perpecahan PAS tidak dapat dielak, selepas isu MB Selangor kini hudud pula

Posted: 23 Dec 2014 07:47 PM PST


PAS memerlukan faktor penyatuan yang bakal memulihkan suasana tegang di dalam parti itu yang dilihatkan semakin meruncing. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Disember, 2014. 

PAS memerlukan faktor penyatuan yang bakal memulihkan suasana tegang di dalam parti itu yang dilihatkan semakin meruncing. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Disember, 2014.

Perpecahan PAS dan Pakatan Rakyat (PR) kini semakin melebar dengan isu hudud selepas perbezaan pendapat yang sangat ketara dalam isu pertukaran menteri besar Selangor sebelum ini.

Kenyataan Timbalan Mursyidul Am Datuk Dr Haron Din yang tahaluf siasi (kerjasama politik) antara PAS dengan DAP sudah 'koyak' apabila parti itu terus mempertikaikan hudud mendapat sokongan daripada menteri besar Kelantan yang juga pemangku ketua Dewan Ulama PAS.

Datuk Ahmad Yakub berkata, PAS bersedia menilai semula tahaluf siyasi yang dibuat antara parti komponen PR berikutan tindakan DAP yang berterusan mempertikaikan pelaksanaan hudud di Kelantan.

"Apa-apa perjanjian atau kerjasama boleh dinilai semula apabila menampakkan sesuatu tindakan yang mampu mencetuskan ketegangan.
  "Penilaian semula ini supaya kita boleh melihat di mana titik tolak tahaluf siyasi itu dalam konteks yang sebenar," katanya kepada media selepas merasmikan Majlis Graduasi Tahfiz Yayasan Islam Kelantan (Yik), semalam, lapor Sinar Harian.

Sebelum ini, dalam Multaqa Ulama yang dianjurkan Dewan Ulama PAS di Alor Setar, cadangan mengkaji semula tahaluf siasi diluluskan dalam bentuk resolusi perhimpunan itu.

Namun ia mendapat tentangan sebahagian pimpinan PAS yang yakin kerjasama politik ini menguntungkan PAS.

Kini, perbezaan politik yang ketara sedang melanda PAS menyebabkan kepimpinannya dengan jelas berpecah kepada dua kumpulan, pro PR dan satu lagi mahu berpisah atau menjauhkan diri.

Pandangan Haron berkenaan tahaluf siasi yang koyak bukan datang begitu saja. Sebelum beliau, AJK PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan berkata, tahaluf siyasi sudah memasuki fasa 'haram'.
Kedua-dua kenyataan ini disiarkan di muka depan media yang memusuhi PAS dan mahukan parti Islam itu berpecah iaitu Utusan Malaysia.
Kini pandangan mereka berdua disambut positif menteri besar Kelantan, individu yang dikira agak sederhana sebelum ini.

Dalam masa yang sama, beberapa pemimpin PAS berkata PAS pusat tidak dibawa berbincang dalam isu pindaan kepada Kanun Jenayah Syariah yang akan dibuat melalui sidang khas Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 29 Disember ini.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Khalid Samad mengesahkan perkara tersebut tidak dibincangkan atau dibangkitkan dalam mesyuarat terakhir pada 15 Disember baru-baru ini.

"Isu itu tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat terakhir.

"Kami hanya debat tentang rang yang sepatutnya dibawa ke Parlimen atau tentang bagaimana ia sepatutnya dilakukan," katanya kepada The Malaysian Insider.

Mesyuarat terakhir PAS Pusat adalah pada 15 Disember sedangkan menteri besar Kelantan membuat pengumuman sidang khas itu pada 14 Disember iaitu sehari sebelum mesyuarat.
Seramai 23 daripada 38 ahli Jawatankuasa PAS Pusat jelas memihak kepada kerjasama dengan PR. Mereka ini dicop sebagai 'jebon' oleh pihak yang pro ulama dalam PAS.

Portal Malaysiakini melaporkan, seorang anggota Jawatankuasa PAS Pusat berkata mereka tidak pernah bersetuju membawa Rang Undang-undang Persendirian Kelantan berkaitan hudud ke Parlimen.
Sedangkan Ahmad berkata, persidangan itu diadakan bagi mengkemaskini enakmen sedia ada sebelum dibawa untuk mendapat kelulusan di persidangan Parlimen.

"Pindaan itu untuk melayakkan Kelantan membawa usul persendirian ke Parlimen bagi membolehkan ia dijalankan di negeri ini.

"Private bill itu akan meminda Perkara 76A Perlembagaan Persekutuan bagi mendapat kebenaran Parlimen untuk melaksanakan undang-undang tersebut di Kelantan," lapor laman web PAS.org.
Inilah suasana yang berlaku dalam PAS sekarang, kucar-kacir. Bukan sahaja antara PAS dengan PR tetapi juga dalam PAS sendiri.

Bagi seorang pemimpin kanan PAS yang selama ini selalu berusaha menjadi kuasa pendamai antara kumpulan yang berbeza ini, ia sudah membosankan.

"Biarlah, dah mereka nak pecah," kata beliau kepada The Malaysian Insider, jawapan yang membayangkan sudah hilangnya harapan untuk membentulkan apa yang tidak betul itu.

Apakah pemilihan pucuk kepimpinan PAS yang dijangka pada Jun tahun depan bakal memulihkan PAS atau masing-masing mengambil jalan sendiri selepas itu?

"Semua kini preparing for war," kata pemimpin PAS berkenaan yang bermaksud semua sedang bersedia untuk "berperang", enam bulan dari sekarang.

Faktor penyatu sangat diperlukan oleh PAS dan perlu dicari segera sebelum nasi menjadi bubur dan tidak boleh diubat lagi. – 24 Disember, 2014.


'JK pusat PAS tak pernah setuju RUU hudud'

Posted: 23 Dec 2014 04:17 AM PST

Mana satu yang betul?...Geng ulama pro UG ke memandai mandai nak langgar apa yang telah dipersetujui oleh Jawatankuasa PAS pusat. Dah terbelah berapa da PAS ni....macamana la nak tawan Putrajaya kalau dah kecoh cam gini.Baik keluar dulu Pakatan.Selesai dulu apa yang patut. Biar PASma saja menggantikan tempat PAS didalam Pakatan Rakyat.




 Seorang anggota jawatankuasa pusat PAS berkata mereka tidak pernah bersetuju untuk membawa Rang Undang-undang Persendirian Kelantan berkaitan hudud ke parlimen.

Jawatankuasa pusat PAS sebaliknya dikatakan hanya bersetuju supaya Kelantan membincangkan perkara teknikal dengan kerajaan pusat pimpinan Umno.

Kerajaan Kelantan sepatutnya membentangkan kembali hasil perbincangan itu kepada jawatankuasa pusat PAS.

Anggota jawatankuasa pusat PAS Mujahid Yusof Rawa, Dr Hatta Ramli dan seorang lagi anggotanya yang enggan namanya disebut berkata, ia antara perkara yang sudah dipersetujui.

Hatta, yang juga anggota parlimen Kuala Krai, juga menolak kenyataan timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bahawa mereka mendapat restu jawatankuasa pusat.






Putrajaya mungkir janji naikkan gaji pekerja, kata Institut Rakyat

Posted: 23 Dec 2014 12:46 AM PST



Gaji pekerja di Malaysia berbanding dengan piawaian antarabangsa masih lagi rendah, dan kini Putrajaya mengatakan tidak akan meningkatkan peratusan gaji pekerja dari KDNK. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Disember, 2014.  


Gaji pekerja di Malaysia berbanding dengan piawaian antarabangsa masih lagi rendah, dan kini Putrajaya mengatakan tidak akan meningkatkan peratusan gaji pekerja dari KDNK. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Disember, 2014.

 Institut Rakyat mendakwa gaji pekerja tidak akan naik kerana Putrajaya mengabaikan langkah untuk meningkatkan peratusan gaji daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kepada 40%, sekaligus usaha ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 tersasar.
Pengarah eksekutif badan pemikir PKR, Yin Shao Loong itu berkata paras 33.6% gaji pekerja Malaysia daripada KDNK ketika ini adalah rendah jika mengikut piawaian antarabangsa.

Kritikan Yin dibuat susulan kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar membuat kenyataan bertentangan apabila mengatakan kerajaan tidak berhasrat mencapai sasaran 40% gaji daripada KDNK dalam satu wawancara baru-baru ini.


"Wahid Omar dalam wawancara hujung minggu lalu dengan The Edge Weekly membuat kenyataan bertentangan dengan sasaran menteri kewangan apabila mengatakan kami tidak berhasrat untuk mencapainya menjelang 2020," kata Yin dalam satu kenyataan hari ini.
  Yin menyifatkan kenyataan Wahid tersebut membelakangi komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga menteri kewangan, yang berjanji sebelum ini dalam pembentangan Bajet 2015 untuk meningkatkan pembayaran gaji 40% daripada KDNK menjelang 2020.

"Ini semua berita buruk kepada pekerja di Malaysia yang mengharapkan gaji tinggi, perkongsian lebih baik dalam bahagian ekonomi dan perkembangan yang lebih inklusif," katanya.

Bagi tahun 2013, data lengkap menunjukkan hanya 33.6% daripada KDNK dibayar untuk gaji pekerja, 64.2% disimpan majikan sebagai lebihan, dan hanya 2.2% dikutip sebagai cukai.

Perkongsian gaji di Malaysia dibelenggu selama beberapa dekad. Pada tahun 1971, 33.8% daripada KDNK dibayar sebagai upah, 51.7% lebihan operasi majikan, dan cukai meliputi pecahan yang lebih tinggi sebanyak 14.5% daripada KDNK.

"Dalam pertemuan dengan Joseph Stiglitz pada September, penerima anugerah ekonomi Nobel Laureate juga menyatakan kebimbangan kepada Institut Rakyat terhadap paras gaji rendah yang dibayar kepada pekerja.

"Analisis Institut Rakyat daripada sasaran Bajet 2015 perkongsian 40% menjelang 2020 seperti dicadangkan kerajaan juga tidak bersungguh dalam menilai peningkatan perkongsian gaji daripada KDNK," katanya.

Yin juga menggesa supaya kerajaan menangani isu ketirisan serta rasuah serta tidak membuat pelaburan membazir seperti 1MDB, sebaliknya berusaha meningkatkan paras gaji pekerja Malaysia. – 23 Disember, 2014.


Menjelang 2015, sokongan bukan Melayu terhadap PAS semakin merosot

Posted: 22 Dec 2014 10:41 PM PST


Irwan Muhammad Zain,Astro Awani |Kemas kini:Disember 23, 2014
(Diterbitkan pada: Disember 23, 2014 07:29 MYT)

Menjelang 2015, sokongan bukan Melayu terhadap PAS semakin merosot
Menjelang 2015, sokongan bukan Melayu terhadap PAS semakin merosot
KUALA LUMPUR: Selepas krisis menteri besar Selangor, isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 di Kelantan yang mengandungi hukum hudud dan krisis dalaman parti yang semakin parah, PAS sehingga hari ini, dilihat bakal kehilangan sokongan pengundi bukan Melayu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Lebih memburukkan keadaan, PAS juga dilihat berpotensi besar untuk kehilangan beberapa kerusi parlimen di Kelantan, Kedah, Terengganu, Perak, Pahang dan Selangor.

Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Mohamad Hisomudin Bakar selain masalah dengan pengundi bukan Melayu, PAS juga berdepan krisis dalam parti yang paling teruk selepas PRU13.

Katanya, Muktamar PAS ke-60 di Batu Pahat September lepas memperlihatkan betapa krisis dalaman parti itu semakin meruncing dan membuatkan persepsi terhadap parti Islam itu bertambah buruk.

"Pengundi bukan Melayu yang sebelum ini menyokong PAS cenderung untuk tidak lagi memberi undi kepada parti Islam itu dalam PRU14.

"PAS bukan hanya perlu ubah persepsi mereka di mata pengundi bukan Melayu tetapi perlu segera menyelesaikan masalah dalam parti yang paling teruk setakat ini.

"Namun ia bukan bermakna UMNO atau Barisan Nasional (BN) akan mendapat manfaat daripada situasi ini, sebaliknya pertarungan kedua parti bertambah sengit," katanya dalam satu pertemuan bersama Astro AWANI.

UMNO, kata Hisomudin tidak boleh mengambil mudah situasi ini kerana pengundi melihat parti itu masih lagi tidak berubah.

Katanya, pengundi bukan Melayu mungkin tidak akan bersungguh-sungguh untuk keluar mengundi di kawasan yang mana berlakunya pertandingan melibatkan calon PAS dan UMNO.

"Kawasan yang mana terdapat pengundi bukan Melayu yang agak tinggi peratusannya, yang melibatkan pertandingan antara PAS dan UMNO akan menghadapi masalah penurunan sokongan bukan Melayu.

"Tidak seperti PRU13, pengundi bukan Melayu ketika itu bersunguh-sungguh mahu memastikan calon yang mewakili Pakatan Rakyat menang.

"Namun situasi sama dijangkakan tidak akan berlaku lagi pada PRU14 nanti, terutama melibatkan kawasan ditandingi PAS," katanya lagi.

Hisomudin berkata, krisis menteri besar Selangor menyebabkan pengundi bukan Melayu melihat PAS sebagai parti yang tidak mementingkan kesepakatan.

Katanya, desas-desus yang mengatakan PAS mahu bekerjasama dengan UMNO untuk membentuk kerajaan di Selangor membuatkan pengundi bukan Melayu hilang kepercayaan terhadap PAS.

"Situasi ketika itu ialah Pakatan Rakyat mahu menyingkirkan Tan Sri Khalid, tetapi perkara itu berlanjutan dan pengundi bukan Melayu melihat PAS mengambil keputusan untuk tidak sepakat.

"Dengan cerita kerjasama dengan UMNO itu membuatkan pengundi bukan Melayu merasakan bahawa PAS menikam rakan sendiri," jelas beliau.

Namun Hisomudin menjelaskan, situasi ini mungkin berlaku sebaliknya jika berlaku perubahan dalam kepimpinan PAS pada pemilihan parti itu tahun depan.

Selain itu, pemimpin PAS perlu bekerja keras untuk memulihkan sokongan pengundi bukan Melayu supaya dan mengukuhkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat.

Tukar Tiub

Posted: 23 Dec 2014 07:28 PM PST

Tukar Tiub


JANGAN ADA ANGAN-ANGAN

Posted: 23 Dec 2014 07:03 PM PST







KOMENTAR
jangan ada angan angan
PRU14 dapat tukar kerajaan
jangan ada mimppi
PRU14 akan berlaku perubahan

persempadanan semula
sedang disusun
untuk memastikan
parti ketuanan melayu
akan terus berkuasa

harus dingati
dalam negara dunia ketiga
tidak pernah berlaku
pertukaran kerajaan 
]melalui pilihan raya

di malaysia ini
jika pilihan raya boleh mengubah apa apa
pilihan raya itu telah diharamkan

tak caya?

pilihan raya majlis tempatan
sesudah 1957 wujud
setiap kali diadakan
banyak kerusi dimenangi 
oleh parti rakyat dan parti buruh
maka pilihan raya ini
diharamkan pada tahun 1964








Forum anti nuklear: 'Tiada pilihan kecuali tukar k'jaan'

Rakyat Malaysia tiada pilihan selain menukar kerajaan sedia ada jika tidak mahu keselamatan mereka terancam akibat pembinaan loji nuklear di negara ini, kata seorang ahli panel forum anti-nuklear.

Kenyataan itu dilontarkan mantan presiden International Physician for The Prevention of The Nuclear (IPPNC)  Dr Ronald McCoy , dalam forum itu di ibu negara malam tadi.
 
"Satu-satunya cara untuk memberhentikan pembinaan loji nuklear  ini adalah dengan menukar kerajaan.

















------------

MAULUDUL RASUL NABI ISA

Posted: 23 Dec 2014 06:55 PM PST






UCAPAN 

SELAMAT


tim tukar tiub
mengucapkan selamat memnyambut
mauludul rasul nabi isa
kepada penganut agama masehi
dan 
selamat tahun baru
gregorian 2015
kepada umat manusia

BERGUMBIRA









-----------

BILA MUSUH MENYOKONG

Posted: 23 Dec 2014 06:36 PM PST





Hudud: Umno harap Pas tidak buat U-turn
SHAH ALAM - Umno yang memberi jaminan menyokong penuh Rang Undang-Undang Hudud di Kelantan yang akan dibawa Pas secara bersendirian di Parlimen berharap parti itu tidak membuat pusingan-U di saat akhir.

Ahli Majlis Tertinggi Umno,  Puad Zarkashi berkata, Pas perlu tetap dengan pendirian walaupun pada masa ini, rakan parti komponen PR iaitu DAP dan PKR dilihat menjadi penentang kepada pelaksanaan undang-undang ini.































-----------

MENJUAL HUDUD

Posted: 23 Dec 2014 06:07 PM PST






KOMENTAR
untuk parti ketuanan melayu
setiap kali hilang pengaruh
maka api perkauman akan disebar
cina adan dikutuk

untuk parti yang mengakui islam
setiap kali ada masaalah dalaman
ada masalah dengan istana
ada masalah  berebut kuasa
makan hudud akan dijual

lagi kurang sokongan rakyat
lagi kuat hudud dijual







Kelantan tidak bincang dengan jawatankuasa PAS pusat tentang enakmen hudud

Kerajaan PAS negeri Kelantan tidak pernah merujuk atau membincangkan mengenai enakmen pelaksanaan hudud dengan Jawatankuasa Pusat parti tersebut.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Khalid Samad mengesahkan perkara tersebut tidak dibincangkan atau dibangkitkan dalam mesyuarat terakhir 15 Disember baru-baru ini.
"Isu itu tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat terakhir.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-kelantan-tidak-pernah-bincang-dengan-jawatankuasa-pusat-tentang-enakmen#sthash.nysJYSwh.dpuf



-----------

SANTAU NUKLEAR

Posted: 23 Dec 2014 09:32 AM PST







KENYATAAN AKHBAR UNTUK SEBARAN SEGERA – 23 DISEMBER 2014

ANAK MALAYSIA ANTI NUKLEAR (AMAN) merupakan suatu gerakan rakyat akar umbi yang berpendapat bahawa tenaga nuklear tidak bersih, murah, selamat ataupun diperlukan bagi tujuan penjanaan kuasa elektrik di Malaysia. Dengan itu, AMAN menentang pembinaan loji tenaga nuklear di Malaysia. 
 
AMAN sedar wujudnya penyebaran maklumat palsu dari penyokong-penyokong industri nuklear dan kumpulan-kumpulan yang mempunyai kepentingan tertentu serta ketidakwujudan ketelusan dalam perbincangan antara kerajaan dengan rakyat. Malaysia perlu berwaspada terhadap idea untuk mendirikan loji tenaga nuklear, lebih-lebih lagi apabila isu menangani sisa pembuangan radioaktif tidak mempunyai jalan yang selamat, lalu memberi kesan mudarat kekal terhadap kesihatan rakyat jelata.
 
AMAN mendesak kerajaan supaya membatalkan rancangan EPP11: Menggunakan Tenaga Nuklear untuk Penjanaan Kuasa, yang terkandung dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP), tetapi menukar fokus kepada penjanaan kuasa melalui tenaga boleh diperbaharui (RE) serta inisiatif keberkesanan tenaga (EE) untuk mengurangkan penggunaan elektrik.
 
Berikut merupakan 7 dasar bantahan AMAN:-
 
1. Loji tenaga nuklear adalah sangat mahal dan merupakan langkah ekonomi yang tidak bijak. Ini mengambil kira kos dari pembinaan, operasi, serta aspek pengurusan sisa-sisa nuclear hinggalah penyahtauliahan (penutupan) sesebuah loji itu. Jika diambil kira isu sumber uranium yang bukan sahaja berbahaya tetapi juga mahal, ternyata langkah ini adalah satu kemunduran. Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) telah menyatakan bahawa sekurang-kurangnya RM350billion diperlukan bagi proses penutupan 40 buah loji nuklear dalam 25 tahun yang akan datang.

2. Dewasa ini, bencana alam sering berlaku disebabkan perubahan iklim, loji tenaga nuklear jelas sangat terdedah kepada risiko tinggi bencana alam, seperti yang dilihat ketika peristiwa Fukushima, Jepun. Tiada jaminan loji nuklear 100% selamat daripada kesilapan operasi ataupun sabotaj mahupun ancaman pengganas. Malaysia langsung tidak bersedia untuk kejadian sebegitu, yang akan menyebabkan negara ini tidak akan dapat didiami untuk beratus tahun.

3. Tenaga nuklear tidak selamat, semacam bom jangka yang bakal meletup pada bila-bila masa. Meski pun, penyokong industri nuklear pula mengatakan sebaliknya, tetapi tetap juga berlaku bencana seperti Fukushima yang belum lagi ada jalan penyelesaiannya. Sudah terang lagi bersuluh, ancaman paling hebat terhadap kesihatan manusia berpunca daripada radiasi  sisa-sisa nuklear yang akan kekal sebegitu bagi tempoh beribu-ribu tahun serta tiada kaedah untuk pelupusan kekal dan selamat. 

4. Malaysia tidak perlu mendirikan loji tenaga nuklear bagi tujuan penjanaan elektrik kerana penjanaan sekarang dan yang sudah dirancang serta daripada sumber-sumber lain mencukupi. Malah, usaha perlu ditumpukan untuk Tenaga boleh diperbaharui dan juga tenaga lestari yang boleh mengurangkan sehingga 30% penggunaan elektrik.

5. Selain daripada negara China, kadar pembinaan loji tenaga nuklear sedang menjunam, dengan satu sahaja loji tenaga nuklear yang sedang didirikan di Amerika Syarikat. Di negara Jerman pula, mereka telah menggubal undang-undang sedia ada supaya tenaga nuklear dihentikan menjelang tahun 2022 dan negara Perancis juga akan berbuat demikian. 

6. Jika Malaysia memilih menggunakan tenaga nuklear, Malaysia akan terpaksa bergantung kepada kuasa asing bagi teknologi serta bekalan sumber nuklear. Hal ini akan mengganggu keselamatan sumber tenaga Malaysia.

7. Loji nuklear juga akan menghasilkan plutonium yang boleh disalahgunakan, lalu membuka ruang untuk percambahan senjata nuklear. Hal ini secara langsung melanggar dasar Malaysia yang sudahpun menentang penggunaan senjata nuklear.
 
Secara umumnya, kegunaan tenaga nuklear sedang berkurangan. Pada tahun 2003, terdapat 438 loji nuklear yang beroperasi, manakala pada hari ini, hanya terdapat 388 loji yang masih aktif. Peratus penggunaan tenaga nuklear juga telah menurun, daripada 17.8% pada tahun 1996 kepada 10.8% pada tahun 2013. Sejak dari tahun 2000, kadar peningkatan tahunan bagi tenaga suria adalah sebanyak 25% dan sejumlah 43% bagi tenaga angin. Manakala tenaga nuklear pula menurun sebanyak 0.4%.
 
Negara Jerman telah berjaya dalam usaha melupuskan penggunaan tenaga nuklear dan sedang menghala ke arah tenaga boleh diperbaharui. Perancis pula telah meluluskan usul di Parlimen mereka untuk mengurangkan penggunaan tenaga nuklear daripada 75% kepada 50%, sejurusnya meningkat kadar penjanaan tenaga boleh diperbaharui daripada 15% ke 40%. 
 
Amat jelas, Malaysia wajar mengambil tindakan untuk menghentikan rancangan tenaga nuklear kerana langkah tersebut akan mendatangkan risiko yang amat hebat terhadap keselamatan tenaga negara. Kos dasar ini juga amat tinggi dan jauh melebihi semua faedah yang boleh dihasilkan. 
 
AMAN menyeru kerajaan Malaysia melakukan perkara yang betul untuk kebaikan semua dan juga buat generasi mendatang.  
 
DATO' DR. RONALD MCCOY
PENGERUSI, ANAK MALAYSIA ANTI NUKLEAR (AMAN)




--------------

RANCANGAN ZIONIS

Posted: 23 Dec 2014 06:07 AM PST






KOMENTAR
kaum zionis menguasai rumah puteh
dasar luar amerika ditentukan 
oleh pelobi dari kaum zionis

TPPA ialah racangan amerika
untuk menguasai harta kekayaan asia
TPPA dilakukan dengan penuh rahsia
banyak pekara dan fasal tidak
diberi tahu kepada orang ramai
rakyat malaysia yang akan diikat
dengan perjanjian ini tidak tahu
isi butir perkanjian TPPA
ini taktik zionis 

kelihatan dari kenyatan mahfuz omar
pucuk pimpian PAS PUSAT juga
tidak tahu apa isi kandungan
cadangan HUDUD kelantan


i have nothing to add
i rest my case


Hudud: Pas Pusat akui tiada maklumat pindaan
KUALA LUMPUR - Pas Pusat mengakui pihaknya tidak menerima sebarang maklumat berkenaan pindaan Kanun Jenayah Syariah II yang bakal dibentangkan kerajaan Kelantan pimpinan Pas dalam sidang Dun Kelantan pada 29 Disember ini.

Ketua Penerangannya,  Mahfuz Omar berkata, pihaknya tidak boleh mendedahkan draf tersebut sebagaimana yang diminta rakan pimpinan PR sebelum dibentangkan pada sidang tergempar itu sedangkan mereka sendiri tidak memperolehinya.

"Kami pun tiada butiran pindaan itu, namun permintaan terpulang kepada Kelantan untuk memberikannya.

"Biasanya draf itu embargo namun kerajaan negeri boleh memberi taklimat dan penjelasan kepada sesiapa yang berminat," katanya kepada pemberita di Pejabat Agung Pas, di sini hari ini.


------------

BELUM APA APA

Posted: 23 Dec 2014 05:38 AM PST




KOMENTAR
lihat dan baca
gst hanya sampai tahun depan
tapi penipuan telah bermula

kerajaan tipu orang ramai
ketuanan melayu tipu melayu
cukong tipu melayu
towkay pemborong tipu peruncit
peruncit tipu pengguna

yang mampoos orang ramai
kerajaan tak dapat duit pun

Kastam kenal pasti penipuan daftar GST

KUALA LUMPUR: Kastam Diraja Malaysia (KDRM) mengesan penipuan serta pemalsuan pendaftaran dan pengisytiharan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang boleh menyebabkan kerajaan menanggung kerugian berjuta ringgit.

Daripada 236,610 pendaftaran setakat kelmarin, beberapa syarikat dan individu dikenal pasti terbabit dan KDRM akan menghantar pasukan untuk mengaudit syarikat terbabit bermula Januari ini.

Pengarah GST KDRM, T Subromaniam, ketika mendedahkannya kepada BH semalam, berkata kes itu membabitkan penipuan pendaftaran syarikat, menipu pengisytiharan nilai tuntutan cukai, memalsukan perniagaan dan cubaan menggodam sistem GST KDRM seperti yang sering berlaku di luar negara.



-----------

CIK GU SHIDA YANG COOL

Posted: 23 Dec 2014 04:30 AM PST






CIK GU COOL

pernah dinobatkan cool
lima tahun dulu
siapa tahu apa terjadi
kepada minah cool ini



TUKAR TIUB PECAH BERITA

Posted: 22 Dec 2014 11:15 PM PST






BERITA 

GEMPAR

saekor eee dari tabung haji
telah terbang ke sweden 
untuk mencari saekor jin

dikata kan eee ini mahu
berunding dengan saekor jin 
tentang hal persempadan semula
untuk menambah kerusi melayu
di kedah kelantan terangganu

apakah ini masuk akal
kerana ketika ini sweden
dalam musim sejuk
ketia negara ini penuh salju
apakah ini jin air batu?





-------------

Komentar Kini

Posted: 23 Dec 2014 07:27 PM PST

Komentar Kini


PAS semacam tidak faham siapakah DAP sebenarnya

Posted: 23 Dec 2014 12:32 AM PST



Orang orang PAS, lebih lebih lagi para pemimpin lebih arif siapakah sebenarnya DAP kerana dalam Quran ada dinyatakan bahawa orang orang Yahudi dan Nasrani "tidak sekali kali" akan setuju dan suka pada Nabi Muhammad SAW. (sebahagian maksud ayat 120 surah Al Baqarah)

Barangkali orang orang DAP bukan macam Yahudi dan Nasrani sepertimana yang dinyatakan dalam Al-Quran, sebab itu ada yang berkata, DAP tidak sepatutnya menghalang pelaksanaan hukum hudud jika tidak mahu gabungan tersebut berpecah.

Sehubungan dengan itu, penulis ada dengar salah seorang pemimpin yang bergelar Datuk dan EXCO berkata, DAP adalah  "kafir zimmi"

Persoalan yang timbul, zimmikah DAP yang menghalang hukum hudud yang hendak dilaksannakan oleh PAS di Kelantan itu.

Pada faham penulis kenyataan seumpama ini telah dan boleh mengelirukan umat Islam di Malaysia ini,kerana mereka (kafir zimmi) adalah kafir yang tidak menentang  penubuhan Madinah sebagai negeri Islam.

Malah Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud lebih kurang begini: " sesiapa yang menentang zimmi bermakna mereka itu menentang aku"

Bagaimana, kita boleh kata DAP yang jelas dan nyata menentang pelaksanaan hukum hudud di Kelantan. Lebih lebih lagi DAP tidak sekali kali akan membenarkan Negara Malaysia jadi Negara Islam.

Oleh itu, sangat tidak wajar para pemimpin berkata, DAP tidak sepatutnya menghalang pelaksanaan hukum hudud jika tidak mahu gabungan tersebut berpecah.

Kata kata tersebut jelas dan nyata yang kita ini tidak benar benar mengenali siapakah sebenarnya DAP yang bekerjasama dalam Pakatan rakyat.

Orang kampung yang jahil ilmu agama Islam pun boleh merungut pada penulis macam  mana boleh jadi begitu, sedangkan para pemimpin PAS  banyak Ilmu.

Ya tak ya jugak. Betul juga kata kata orang PAS kampungan . Apakah kita tidak percaya dengan ayat Allah yang bermaksud: " orang orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali kali akan setuju dan suka kepadamu (wahai  Muammad) sehingga engkau menurut  agama mereka.(yang telah terpesung itu).

Dari segi bahasa Melayu perkataaan "tidak sekali kali akan bersetuju dan suka " suatu dalil konkrit yang harus digunapakai oleh umat Islam sebagai panduan dan pengajaran.

Adakah patut kita kena dengar kata kata DAP berbanding kata kata Allah dan Rasulullah SAW, lebih lebih dalam perkara pelaksanaan hukum hudud yang tiada kena mengena dengan orang kafir itu.

Apakah ianya satu strategi yang strategic dalam perjanjian gabungan dengan DAP bahawa kita kena bertolak ansur, sedangkan perintah melaksanakan hukum hudud suatu perintah yang tidak boleh diabaikan sama sekali.

Atas sebab  kemurkaan Allah berfirman yang bermaksud: "Maka disebabkan kezaliman yang amat besar dari perbuatan orang orang Yahudi, kami haramkan atas mereka makanan yang baik baik yang pernah dihalalkan bagi mereka. Dan disebab mereka banyak menghalang manusia dari jalan Allah" (Surah An-Nisaa ayat 160)

Allah nyatakan lagi dengan Frimannya yang bermaksud: " Dan juga (disebabkan) mereka mengambil riba pada hal mereka telah dilarang melakukannya, dan (disebabkan) mereka memakan harta orang dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya) Dan (Ingatlah) kami telah menyediakan bagi orang orang yang kafir diantara mereka. Azab seksa yang tidak terperi sakitnya" (surah An Nisaa ayat 161)

Oleh itu, jelas dan nyata  bagi orang orang kafir diantara mereka bukan hanya Yahudi, tetapi termasuk orang orang DAP yang kafir itu adalah telah dimurkai Allah Subha nahu wataala. Mengapa  kita boleh redha dan masih beri harapan sedangkan mereka (DAP) menentang penubuhanmalaysia sebagai Negara islam dan hukum hudud sekali kali tidak akan bersetuju dengan PAS untuk  melaksanakan di Kelantan.


SIASAH

Posted: 23 Dec 2014 03:28 PM PST

SIASAH


Kenapa Mesir mahu tangkap Qaradawi?

Posted: 22 Dec 2014 11:24 PM PST

Oleh HARIS ZALKAPLI

Di dunia Arab, tiga negara kini berada di barisan paling hadapan dalam kempen menentang kebangkitan Ikhwan al-Muslimin; Arab Saudi, Mesir, dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE), yang mendapat sokongan rejim-rejim Arab lain.

Di satu pihak lain, Qatar dan Turki menjadi penyokong kuat Ikhwan, dengan Qatar menjadi pendana dan pelindung politik utama kepada Ikhwan di seluruh dunia Arab. Turki di bawah Recep Tayyip Erdogan dan Ahmet Davutoglu turut menjadi sekutu rapat Ikhwan. Hamas berada dalam kem yang sama dengan Ikhwan al-Muslimin, dan pada dasarnya boleh dianggap sebagai sebahagian Ikhwan, walaupun pecahan dalam agak lebih kompleks.

Satu pihak lagi ialah Iran dan Syria, dan sekutu-sekutu bukan negara mereka seperti Hizbullah, Hamas, dan Jihad Islami. Kumpulan ini dimusuhi oleh kedua-dua kumpulan di atas kerana pelbagai isu terutama melibatkan penguasaan di dunia Arab.

Perkembangan yang berlaku di dunia Arab pada masa ini, yang ada kalanya tidak dikaitkan dengan kebangkitan Arab yang bermula pada 2011 seperti pergolakan terkini di Yaman dan tekanan ke atas Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi berkait langsung dengan kempen anti-Ikhwan dan anti-Qatar oleh kuasa-kuasa lama Arab.

Mesir yang dikuasai Ikhwan, yang disokong Qatar telah ditamatkan riwayatnya dengan kejatuhan Presiden Mohamed Morsi. Kuasa baharu di sana kini disokong oleh Arab Saudi dan sekutunya di Teluk, Emiriyah dan Kuwait.

Sejurus selepas Morsi dijatuhkan, Arab Saudi, Emiriyah dan Kuwait segera menjanjikan bantuan sebanyak AS$12 bilion, sebagai usaha mengatasi pengaruh Qatar dan menarik Mesir ke pihak mereka.

Ini bermakna, tindakan Mesir terhadap al-Qaradawi dan Ikhwan ini berkait langsung dengan kepentingan bersama Saudi, Emiriyah dan Kuwait yang kini menjadi pendukung Mesir.

Dalam usaha mengekang kebangkitan Qatar dan Ikhwan, pakatan Saudi, Mesir dan Emiriyah meningkatkan tekanan ke atas Qatar yang kini diperintah oleh emir baharu yang jauh kurang pengaruhnya berbanding emir sebelumnya.

Qatar menjadi sasaran penting kerana sebagai pendana dan pendukung Ikhwan, Qatar yang lemah akan bermakna Ikhwan di seluruh dunia Arab akan kehilangan penaung dan turut menjadi semakin lemah.

Qatar mempunyai dua aset penting sebagai instrumen dasar luarnya yang digunakan untuk mengukuhkan pengaruh, sambil membina orde baharu Ikhwan di dunia Arab, yakni stesen televisyen al-Jazeera dan ilmuan al-Qaradawi. Tindakan ke atas al-Qaradawi mampu melemahkan Qatar yang bergantung kepada ilmuan ternama ini untuk keabsahan dan prestij dalam dunia Islam.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Qatar semakin tidak disenangi negara-negara Arab lain kerana dasar luarnya itu, tetapi tindakan terhadapnya hanya dapat dilakukan dengan lebih kuat selepas emir lama turun takhta dan pakatan baharu dikukuhkan antara negara-negara Arab anti-Ikhwan.

Antara rungutan utama Emiriyah ialah al-Qaradawi yang lantang bersuara menyokong Ikhwan di negara jiran Qatar itu, selain menunjukkan sokongan kepada Ikhwan di Mesir, negara asalnya yang kini dikuasai oleh kem anti-Ikhwan.

Al-Qaradawi telah menunjukkan sokongan terhadap dasar luar Qatar dan Ikhwan serantau. Beliau memberi sokongan kepada Ikhwan di Emiriyah, Mesir dan menyatakan sokongan jelas kepada Erdogan semasa menjadi perdana menteri Turki dalam kes protes di Gezi, yang disifatkan Qaradawi sebagai satu "plot antarabangsa" untuk menjatuhkan Erdogan.

Tindakan memanggil pulang duta dari Qatar diketuai oleh Saudi beberapa bulan lalu memulakan satu tindakan bersepadu terhadap negara pangkalan Ikhwan itu. Tindakan protes itu didorong oleh isu utama dasar luar Doha yang menyokong Ikhwan, dengan al-Qaradawi menjadi satu senjata pentingnya.

Selepas itu, dapat diperhatikan yang Qatar mula menunjukkan perubahan sikap, walaupun sedikit, dalam mengimbangi hubungannya dengan Ikhwan dan negara-negara jiran yang bersama dalam pertubuhan serantau Majlis Kerjasama Teluk, GCC.

Terkini, Qatar menunjukkan pemulihan hubungan dengan Mesir yang diperintah oleh Presiden Abdel Fatah al-Sisi, yang mengetuai usaha menjatuhkan Morsi pada Julai tahun lalu.

Ini didorong oleh tekanan oleh pakatan anti-Qatar dan anti-Ikhwan yang semakin kuat dan bertekad untuk menamatkan gelombang kebangkitan Ikhwan al-Muslimin di dunia Arab. Kempen inilah juga yang mendorong tindakan diambil ke atas ilmuan al-Qaradawi, dan Interpol kemudian mengeluarkan notis tangkapan beliau.

Tindakan ke atas al-Qaradawi ini menunjukkan yang pengaruh Qatar dalam politik serantau semakin lemah pada masa ini, dan negara-negara kuasa lama Arab sedang meningkatkan kembali penguasaan.

Hal ini juga sedang menyukarkan lagi politik dunia Islam akibat perpecahan dalaman dan persaingan kuasa yang sengit, menambahkan lagi realiti kompleks dalam era kebangkitan pada masa ini. - Disember 19, 2014

DIALOG RAKYAT

Posted: 23 Dec 2014 03:27 PM PST

DIALOG RAKYAT


PT3 Tanda Kegagalan Muhyiddin?

Posted: 23 Dec 2014 05:14 AM PST

shahbudindotcom


Hampir tidak ada ibu-bapa yang berpuas hati dengan keputusan peperiksaan PT3 yang diumumkan hari ini. Macam-macam rungutan dan rasa tidak puas hati dapat didengari mengenainya.

Di sekolah, di rumah, di kedai kopi, berbual sesama rakan dan di media sosial, terhampar luas luahan rasa tidak puas hati mereka dengan PT3 ini.

Simpati ibu-bapa kepada anak-anak mereka mengenai beban kerja persekolahan sepanjang mengikuti pembelajaran PT3 atau Pentaksiran Tingkatan 3 sejak tiga tahun lalu bertambah lagi hari ini apabila keputusannya diumumkan.

Jika dulu mereka simpati dengan beban kerja yang terlampau banyak kepada anak-anak mereka sehingga ada yang mengigau-igau dalam tidur, kini ianya bertambah parah lagi kerana sistem yang dilaksanakan secara mengejut dan tergesa-gesa itu ternyata hanya lebih banyak menumpahkan air mata kesedihan berbanding tangisan kegembiraan

Ramai murid-murid yang kecewa dan menangis dengan keputusan yang  mereka diterima. Mereka bukannya bersedih kerana gagal dan tidak memperolehi keputusan yang memuaskan tetapi berasa seperti diperbodohkan dan dijadikan bahan ujikaji semata-mata oleh Kementerian Pelajaran.

Mereka juga merasa seperti tidak berbaloi dengan usaha dan susah-payah  melakukan kerja-kerja sekolah selama tiga tahun ini.

Ini kerana sebelum ini Kementerian Pelajaran mengatakan tiada peperiksaan akan diadakan tetapi pada Jun lalu tiba-tiba diumumkan ada pula peperiksaan akan dijalankan. Sudah tentu ini menyebabkan guru-guru menghadapi masalah kekangan masa menghabiskan semua sukatan pelajaran yang ada.

Selama dua tahun sebelum ini belajar tanpa berorientasikan peperiksaan bagaikan hanya membuang masa saja.

Lebih parah lagi, cara pembelajaran yang diterima murid semasa Tingkatan 1 dan 2 juga didapati berbeza dengan bentuk peperiksaan yang dihadapi. Ini menjadikan bukan saja guru-guru garu kepala, bahkan menyebabkan murid-murid lagi pusing kepala.

Tidak hairanlah keputusannya amat mengecewakan sekali, terutama dalam subjek Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Ramai yang gagal atau tidak mendapat keputusan memuaskan dalam ketiga-tiga subjek itu.

Tidak seperti selalunya, apabila sesuatu keputusan peperiksaan diumumkan di mana ramai murid yang bergembira dengan pencapaian mereka, tahun ini semuanya senyap dan sunyi. Tiada lagi tangisan kegembiran seperti selalunya.

Sekolah-sekolah yang sebelum ini mendapat keputusan cemerlang dan melahirkan ramai murid cemerlang dalam PMR turut memperolehi pencapaian yang buruk akibat PT3 ini.  Sekolah-sekolah berasrama penuh turut menerima kesan yang sama. Banyak sekolah  hari ini hanya dipenuhi kesedihan dan tangisan seolah-olah berlaku kematian atau malapetaka.

Dalam masa yang sama, ada sekolah yang terpaksa mengurangkan jumlah kelas Sains serta mengambil murid yang memperolehi gred D dalam subjek Sains dan Matematik untuk Tingkatan 4 pada tahun hadapan kerana kekurangan murid yang memperolehi keputusan cemerlang.

Ini tentunya memberi kesan kepada masa depan murid-murid tersebut bagi menghadapi SPM nanti. Ia juga memberi kesan kepada masa depan negara.

Sistem penilaian juga turut menjadi pertikaian di mana mereka yang mendapat F dikategorikan sebagai tidak mencapai tahap minimum sedangkan markah yang diperolehi adalah 39 peratus dan ke bawah. Ayat berlapik digunakan untuk mengaburi sedangkan mengikut gred PMR ada subjek yang memperolehi 25 peratus sudah dikira lulus.

Secara umumnya, PT3 yang dilaksanakan untuk menggantikan PMR adalah sistem yang gagal oleh Kementerian Pelajaran. Secara langsung ia juga menandakan kegagalan Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran yang memperkenalkan sistem pembelajaran baru ini.

Muhyiddin nampaknya seperti kebanyakan Menteri Pelajaran sebelum ini yang sentiasa terbelenggu dengan keinginan untuk memperkenalkan sistem pembelajaran baru semasa memegang jawatan itu tanpa memikirkan kesannya kepada guru dan murid-murid. PT3 ini juga difahamkan dirangka oleh sebuah konsultan luar negara, McKinskey & Co yang menyediakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang turut diumumkan oleh Muhyiddin sebelum ini.

Setiap kali menteri bertukar tangan, setiap kali jugalah pelbagai sistem dan dasar baru cuba diperkenalkan. Namun semuanya dilakukan tanpa memikirkan kesannya kepada guru dan murid dan mereka seolah-olah bahan ujikaji semata-mata sedangkan sepatutnya dasar dan sistem sedia ada hanya perlu diperkemas dan ditambah baik sahaja.

Muhyiddin yang nampak gah melonjakkan namanya dalam Perhimpunan Agung UMNO yang lalu dengan imej kesungguhan terhadap masa depan parti dan Melayu serta berjaya menghalang Najib Razak daripada meneruskan pemansuhan Akta Hasutan 1948, kini sedang menjadi perbualan rakyat tentang kegagalannya sebagai Menteri Pelajaran.

Selain PT3 yang dianggap tanda kegagalannya sebagai pemimpin, Muhyiddin juga menjadi kecaman ramai mengenai keupayaan BestariNet yang turut dipertikaikan ramai guru dan murid-murid sedangkan projek itu menelan belanja yang tinggi.

Persoalannya, di mana Muhyiddin ketika ini? Jika sedang bercuti dan berehat di luar negara, pulanglah segera dan berikan penjelasan yang meyakinkan demi masa depan anak-anak bangsa kita.

Senarai Ranking Sekolah SBP, MRSM Terbaik PT3 2014? Keputusan PT3 Kecewakan Pelajar & Ibubapa?

Posted: 23 Dec 2014 03:51 AM PST




Pelajar Terbaik PT3 2014



Senarai Sekolah SBP, MRSM Terbaik PT3 2014? Keputusan PT3 2014 Kecewakan Pelajar & Ibubapa. Inilah realiti sistem pendidikan di Malaysia. Memang terbukti hari ini ranking Malaysia dalam PISA adalah kedua paling teruk di Asia Tenggara dan di tangga 52 daripada 65 negara.

Sedangkan Vietnam yang negara mereka baru sahaja membangun di kedudukan bawah 20. Apatahlagi negara jiran kita Singapura dan China yang terus mendahului berbanding negara-negara barat.

KLIK SIINI : Ranking Sistem Pendidikan di Malaysia (PISA) : 
Kedua Tercorot Di Asia Tenggara. Punca? Salah Pelajar & Guru!

Jadi ia satu perkara yang serius, jikalau tidak dirombak daripada sekarang kita akan bercakap, bercakap dan bercakap lagi tentang masalah dan kegagalan sistem pendidikan di Malaysia pada masa akan datang. Tetapi, biarlah rombakan yang dilakukan itu tidak memberikan tekanan besar kepada para pelajar terutamanya dek kerana pelaksanaan yang tidak sistematik dan teratur

Ya….Berita Semasa sedia maklumkan ramai yang melemparkan rasa tidak puas hati disebalik keputusan PT3 2014 yang keluar semalam. Realitinya selama ini, sistem pendidikan yang terlalu berorientasikan peperiksaan.
  • Paras gred keputusan PMR sebelum ini contohnya diturun naikkan sehingga terdapat lambakan A di pasaran.
  • Hasilnya ada A yang diperolehi tidak benar-benar ada kualitinya, tetapi hanya kuantiti semata baru boleh dapat A = 80. Lebih 40 markah baru lulus. Sebelum ini?
Daripada sekarang, negara perlu melahirkan lebih ramai pelajar yang "critical, analytical n creative thinking" bukan hanya menghafal fakta dan nota semata. Insyaallah.

Senarai Ranking Sekolah SBP, MRSM Terbaik PT3 2014?

Ramai-ramai yang masih lagi tertanya apakah senarai sekolah SBP terbaik dan top ranking bagi MRSM untuk peperiksaan PT3 2014 kali ini?

Semakan Berita Semasa terhadap senarai SBP di Malaysia, mendapati jumlah yang dapat semua A menurun dikebanyakan sekolah SBP di Malaysia.
  • Sekolah Sains Muzaffar Syah Melaka (MOZAC) : 21 orang
  • Kolej Tunku Kurshiah Negeri Sembilan : 11 orang
  • Sekolah Sains Tengku Muhammad Fariz Petra Kelantan : 10 orang
  • Sekolah Sains Tapah Perak – 10 orang
  • Sekolah Sains Hulu Selangor – 43 orang
  • Sekolah Alam Shah Selangor – 58 orang
  • Sekolah Tun Fatimah Johor – 26 orang
  • Kolej Melayu Kuala Kangsar Perak (MCKK) – 8 orang
  • Sekolah Datuk Abdul razak (SDAR) Negeri Sembilan – 1 orang
Untuk makluman senarai GPS SBP masih tidak lagi tidak lengkap ketika Berita Semasa perolehi sebelum ini. Walaubagaimanapun, hakikatnya, sekarang ini kita tidak boleh bandingkan lagi sekolah terbaik atau pelajar terbaik PT3 contohnya kerana setiap sekolah mempunyai set soalan PT3 yang berlainan. Tumpukan kepada persediaan pelajar daripada sekarang bagi menghadapi peperiksaan yang lebih penting iaitu SPM kelak.

Cuma diharapkan kepada pihak kementerian, perbaiki cara pelaksanaan anda. Berikanlah "masa yang secukupnya" kepada pelajar-pelajar untuk "menghadam" sistem baru PT3 ini yang dilaksanakan secara "ad hoc", diumumkan lewat ini.

P/S : Cukuplah dicampakkan tekanan berjihad anak-anak kita hari ini untuk seberapa banyak ilmu di peringkat sekolah, tidak usahlah ditambahkan lagi beban ke atas mereka dek kerana sistem pelaksanaan yang carca merba. Diharapkan, boleh diperbaiki lagi dari segi perlaksanaan. Insyaallah. Amin.

PP/S : Zaman untuk membandingkan keputusan peperiksaan di Facebook, Twitter bakal berakhir. Insyaallah. Tumpukan kepada persediaan anak-anak kita ke arah pelajar yang berfikiran aras tinggi, membuat penaakulan.

PPP/S : Apa pandangan & cadangan anda secara jujur dari kalangan guru dan ibu bapa, disebalik keputusan PT3 2014 kali dan harapan anda di masa akan datang bagi pelaksaan PT3 kelak?

Bachok dilanda 'tsunami' kecil

Posted: 23 Dec 2014 03:46 AM PST

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
 
BACHOK: Ratusan rumah yang terletak berhampiran pantai di Bachok, Pasir Puteh dan Kota Bharu dibanjiri air laut berikutan fenomena air pasang dan ombak besar.
 
Malah ada rumah yang musnah dan roboh di Tok Bali, Telong, Melawi serta Bachok akibat dilanda ombak besar.
 
Namun jumlah kediaman yang musnah masih belum dapat dipastikan setakat ini.
 
Fenomena air pasang dan ombak besar ini dikatakan bermula selepas waktu Maghrib petang semalam dan kebanyakan penduduk yang terlibat tidak sempat menyelamatkan harta benda.
 
Menurut seorang penduduk di Kampung Kemayan, Bachok, Nabila Muhamad, 19 tahun, fenomena ini tidak pernah dilaluinya sepanjang tinggal di kampung berhampiran pantai ini.
 
"Lepas maghrib, muncul ombak besar bersama angin ribut, tak sempat nak selamatkan apa-apa, habis kesemuanya.
 
"Takut, tak pernah berlaku kejadian seperti ini," kata Nabila.
 
Perasaan sama turut diluahkan Azmi mohamed, 47 tahun.
 
"Penduduk ramai di kampung ini, dalam 700 ke 800 orang, tapi yang kena 12 keluarga Kampung Kemayan Pantai yang mana kedudukannya tidak sampai 100 meter dengan dengan pantai," kata Azmi.
 
Katanya lagi, fenomena ini dianggap luar biasa, bahkan penduduk di sini memanggilnya sebagai tsunami kecil.
 
Katanya kebanyakan penduduk terlibat tidak sempat menyelamatkan harta benda kerana air laut yang memasuki rumah mereka terlalu cepat, dan dalam masa 15 minit sahaja, rumah mereka digenangi air sedalam lebih satu kaki.
 
Sementara itu, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Dr Ilias Hussain menyifatkan fenomena ini sebagai bencana yang belum pernah berlaku di sini.
 
"Ini satu fenomena baharu, air laut naik ke darat dan banyak menenggelamkan rumah di tepi pantai kawasan Bachok bermula di Kandis meliputi pantai di sebelah pantai timur," kata Dr Ilias.
 
Katanya lagi, beliau akan meninjau kesan kemusnahan hari ini dan membantu penduduk termasuk menempatkan mereka yang terjejas di penempatan sementara.
 
Pada ketika ini, angin bertiup kencang di pesisiran pantai dan fenomena angin kencang ini dijangka akan berlarutan.
 
Justeru itu, penduduk di tepi pantai diminta supaya bersiap sedia dan mengambil langkah berjaga-jaga.

Diskaun tol 10 peratus di LPT sempena Krismas

Posted: 23 Dec 2014 03:44 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Pengguna Touch 'n Go dan SmartTag di Lebuhraya Pantai Timur (LPT), akan menikmati diskaun tol sebanyak 10 peratus sempena perayaan Hari Krismas Khamis ini.
 
Pengarah ANIH Berhad, pemegang konsesi LPT, Nik Fauzi Nik Hussein berkata pemberian diskaun itu akan bermula 12.01 pagi hingga 11.59 malam pada Khamis ini.
 
"Diskaun tol itu adalah sebahagian daripada program tanggungjawab sosial syarikat agar pengguna dapat saling menziarahi orang tersayang dan sahabat handai pada musim perayaan," menurutnya dalam kenyataan di sini, Selasa.
 
Katanya, program itu adalah usaha mempromosi bayaran tol secara elektronik agar pengguna dapat menikamati pemanduan lebih selesa.
 
Nik Fauzi turut menasihati orang ramai supaya berhati-hati ketika pulang ke kampung halaman sempena musim cuti sekolah ini.
 
LPT bermula dari Gombak di Lembah Klang dan berakhir di Jabor, Terengganu. Orang ramai boleh mengikuti laporan terkini LPT menerusi akaun Twitter

PKR tidak akan keluarkan kenyataan berhubung perbincangan hudud semalam

Posted: 23 Dec 2014 03:42 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: PKR mengesahkan pihaknya mengadakan perbincangan bersabit isu hudud pada Isnin namun tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan mengenainya.
 
Setiausaha Agungnya, Rafizi Ramli berkata ia berikutan perbincangan itu adalah mesyuarat dalaman, maka ia bersifat sulit dan tidak akan didedahkan kepada umum.
 
Kenyataanya bercanggah dengan apa yang diberitahu Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar
kelmarin bahawa PKR akan mengeluarkan kenyataan media selepas perbincangan itu selesai.
 
"Insya-ALLAH esok (semalam) kami (Biro Politik) akan ada pertemuan politik untuk memperhalusi perbincangan dalam hal ini, pada 3 petang di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor.
 
"Kita akan beri kenyataan rasmi selepas pertemuan esok (semalam)," ujar Izzah pada Ahad.
 
PKR dilihat amat berhati-hati dalam menyatakan pendiriannya bersabit hudud apabila meminta draf Rang Undang-Undang (RUU) daripada PAS Kelantan terlebih dahulu, untuk diteliti.
 
Bagaimanapun sebuah portal berita melaporkan sehingga kini PKR belum mendapat naskah RUU itu. 
 
Rafizi sebelum ini dalam kenyataan medianya berkata PAS perlu menangguhkan rancangan melaksanakan hudud di Kelantan, sebaliknya memberi fokus kepada permasalahan rakyat yang lebih "mendesak".
 
Katanya, PAS perlu memberi tumpuan kepada isu-isu seperti kenaikan kos sara hidup dan rasuah dan bukannya hudud.
 
Isu hudud kembali menjadi topik hangat apabila DAP pada Konvensyen Nasional DAP 2014 menggesa PAS menolak hudud jika mahu menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). 
 
PAS Kelantan bagaimanapun mempamerkan ketegasannya apabila mengumumkan sidang DUN khas pada 29 Disember ini bagi meminda Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (Pindaan 2014), sebagai persiapan ke arah melaksanakan perundangan Islam itu.

Melayu khianati Melayu

Posted: 23 Dec 2014 03:38 AM PST

MAHFUZ OMAR


1. Merujuk kepada kenyataan Mantan Perdana Menteri, Tun Doktor Mahathir pada Sabtu lepas di Program Kepimpinan Belia bahawa bangsa Melayu kini terpaksa mengemis kuasa daripada bangsa lain kerana perpecahan yang berlaku dalam kalangan orang Melayu. PAS berpandangan bahawa kenyataan Tun Mahathir ini telah mengesahkan hakikatnya bahawa Umno lah sebagai punca kepada berlakunya masalah ini. Hal ini kerana semenjak Malaysia merdeka pada tahun 1957 dahulu sehinggalah kini, Kerajaan Persekutuan dikuasai oleh parti Umno sebagai tonggak utama di dalam Perikatan dan Barisan Nasional

2. Bagaimana perkara sebegini boleh berlaku sedangkan antara struktur penting institusi negara ini ialah sistem raja berpelembagaan, Sultan dan Raja-Raja Melayu, jawatan Eksekutif seperti Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kabinet majoritinya berbangsa Melayu, jawatan kanan dalam sektor perkhidmatan awam ialah berbangsa Melayu, pegawai tinggi tentera dan polis yang bertanggungjawab terhadap keselamatan dan pertahanan negara juga adalah majoritinya orang-orang Melayu, majoriti dalam kalangan 1.42 juta orang penjawat awam ialah berbangsa Melayu sehinggalah ketua di peringkat JKKK di ceruk desa dan kampung ialah berbangsa Melayu. Dalam keadaan sedemikian rupa, bangsa Melayu masih dikatakan sebagai 'pengemis kuasa', maka adalah tidak salah untuk kita mengatakan atas sebab kegagalan Umno lah sebagai punca berlakunya masalah yang didakwa ini.

3. "Bagai menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri", itulah peribahasa yang terbaik untuk dikaitkan dengan apa yang didakwa oleh Tun Mahathir. Yang beliau ceritakan itu tidak lebih kepada membuka aib dan kelemahan Umno yang memerintah selama ini. Bangsa Melayu yang dikatakan kian terpinggir ini dek angkara pengkhianatan, kebodohan dan penyelewengan amanah yang diberikan oleh rakyat kepada Umno selama 57 tahun!

4. Contoh yang paling mudah, lihatlah apa yang telah berlaku pada nasib Rizab Tanah Melayu.? Hanya tinggal 3.6 juta hektar atau 20 peratus daripada 12.8 juta hektar keseluruhan Tanah Rizab Melayu di Semenanjung dimiliki penuh oleh orang Melayu. Lihatlah juga diskriminasi dan kegagalan semangat federalisme oleh kerajaan Pusat pimpinan Umno terhadap orang Melayu di Kelantan yang disekat pelbagai bantuan dan kemudahan asas seperti lebuh raya kerana mereka memilih PAS sebagai kerajaan negeri pada tahun 1990. PAS juga tidak pernah lupa bagaimana bayaran royalti ditarik balik ketika PAS menang sebagai kerajaan negeri Terengganu.

5. Begitu juga ketika persempadanan semula kawasan pilihan raya pada tahun 2003, negeri yang ramai orang Melayu seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah tidak pula diberikan penambahan kerusi parlimen. Kegagalan Umno ini bukan sahaja melibatkan PAS sebagai musuh tradisi politik mereka menjadi mangsa yang teraniaya bahkan turut melibatkan sekalian rakyat jelata. Pelbagai rekod pengkhianatan, rasuah, seleweng, dan salahguna kuasa yang dilakukan oleh pemimpin Umno itulah sebagai punca utama bangsa Melayu mengalami nasib sedemikian rupa.

6. Bersempena dengan labuhnya tirai tahun 2014 adalah amat wajar untuk seluruh rakyat bermuhasabah khususnya orang Melayu atas apa yang telah berlaku selama ini. Sudah tiba masanya rakyat meninggalkan budaya politik rimba yang menggunakan kuasa sebagai ancaman untuk menakutkan orang ramai yang berani menyatakan pandangan dan teguran yang benar. Pada era globalisasi kini, taktik politik sedemikian sudah lapuk ditelan zaman dan orang sudah beralih kepada politik baru yang berasaskan nilai dan hujjah yang benar.

7. Bersempena dengan kedatangan tahun baru 2015, PAS ingin menyeru seluruh rakyat-jelata agar berani membuat anjakan perubahan kepada satu lembaran baru politik Malaysia tanpa parti politik kuno Umno BN, lalu digantikan dengan Pakatan Rakyat yang menawarkan politik baru yang lebih inklusif dan merentasi sempadan etnik.

Selamat menyambut tahun baru 2015. – HARAKAHDAILY

Saham FGV: Pertemuan tidak seperti diharapkan

Posted: 23 Dec 2014 03:17 AM PST

ANIS NAZRI





KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) melahirkan rasa kesal apabila pertemuan yang diatur dengan Felda Global Ventures (FGV) hari ini tidak seperti diharapkan.

Presidennya, Mazlan Aliman berkata pertemuan itu yang diatur bagi tujuan mendapatkan gambaran sebenar tentang kejatuhan saham FGV yang semakin merudum, namun ketiadaan pegawai kanan FGV untuk berbuat demikian.

Kata Mazlan, pihaknya dimaklumkan kebanyakan pegawai kanan FGV sedang bercuti ketika ini, sedangkan FGV ketika ini berada dalam satu tempoh kejatuhan yang membimbangkan.

"Bagaimana ketika saham FGV sedang menjunam jatuh ini, kebanyakan pegawai kanannya boleh bercuti? Jelas mereka menganggap kejatuhan saham ini sebagai satu perkara yang remeh," kata beliau yang ditemui sejurus menyerahkan memorandum kepada pegawai kanan bahagian Sumber Manusia, di Menara Felda, pagi tadi.

Bagaimanapun, Mazlan berkata beliau akan mengemukakan satu lagi surat untuk diadakan perbincangan bersama FGV dengan mengharapkan kehadiran Pengerusi Felda sendiri, Tan Sri Mohd Isa Samad untuk sama-sama bertukar pandangan.

Dalam pada itu, beliau turut mengatakan jika permintaan tersebut tidak diendahkan, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil langkah lebih drastik bagi memastikan hak hampir 1.5 juta peneroka terbela.

Selain Mazlan, turut serta pada pertemuan itu Penasihat Ekonomi Anak, Dr. Rosli Yaakop serta barisan kepimpinan Anak.

Ketika ini, harga saham FGV mencatatkan kejatuhan sebanyak RM2.32, berbanding harga tawaran awam sebanyak RM4.45 sesaham pada 28 Jun 2013.

Ini bermakna peneroka yang membeli 800 unit saham pada harga RM3,640 pada masa penyenaraian dahulu telah kerugian sebanyak RM1,784 lebih-lebih lagi di waktu kejatuhan harga sawit. - HARAKAHDAILY

Tuduhan berniat jahat lagi zalim terhadap Al-Qaradawi

Posted: 23 Dec 2014 03:15 AM PST

DATUK DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI | .
KENYATAAN MEDIA DEWAN ULAMAK PAS PUSAT DALAM ISU DR YUSUF AL-QARADAWI

البيان الإعلامي لجناح العلماء المركزي للحزب الإسلامي بماليزيا

إدانةُ الإنتربول وضعَه الشيخ َالقرضاوي على قوائم الإرهابيين المطلوبين

إن جناحَ العلماء المركزي للحزب الإسلامي يدين بشدةٍ
محاولةً دوليةً لإرباك العلامة الشيخ الدكتور يوسف القرضاوي بوضعه على قوائم الإنتربول بتهمةٍ غامضةٍ ومغرضةٍ.

فالشيخ القرضاوى مِنْ كِبَارِ الْعُلَمَاءِ المجتهدين المعاصرين البارزين في نصرةِ قضايا الأمةِ الدوليةِ
حيث يُسمعُ كلامه، و هو عالمٌ محترمٌ  موثوق في شخصيته وفي علمه عند الجماهير المسلمة، ومما يدل علی سعةِ اطلاعه وثقةِ العالم الإسلامي بعلمه و ورضا علماء المسلمين واطمئنانهم بفتاواه واجتهاداته انتشارُ مؤلفاته الهائلةِ بما فيها المترجمات إلی لغات عدة، وحصولُه على كثير من الجوائز الدوليةِ من الحكومات و المؤسسات الرسميةِ من عدةِ دول.

فإن لمواقفه في قضية من قضايا الأمةِ أثرا كبيرا في الرأي العام الإسلامي ولدفاعه عن حقوق الناس المظلومين ونصرَتِه لهم أثرا في قمع الظالمين. فله موقف سياسي بارز منذ عهد بعيد في قضايا فلسطين المحتلة وجور الماسونيةِ واحتلال أمريكا لعراق، كما له مواقف مسموعة في حادثة انقلاب حكومة صحيحة ديمقراطيا بمصر،ومأساة سوريا وما إلی ذلك، مما يجعل الأعداء  َالحاسدين والظالمين من حكام العالم  يكيدون له المكائد  َ.

و الجناح مع ذلك يطالب الإنتربول بسرعة رفعَ اسم الشيخ من قوائم المطلوبين كما يطالب الأمةَ
َوخصوصا حكامهم بأن يكونوا صفا واحدا ويدا واحدة في إظهار الرسالة الاعتراضية بخصوص هذه التهمة المغرضة الظالمة والدفاع عن الشيخ ونصرته ورفع التهمة عنه.

كتبه
الدكتور محمد خيرالدين التاكري
رئيس الإعلام  لجناح العلماء المركزي بالحزب الإسلامي الماليزي
النائب البرلماني لدولة ماليزيا

الثلاثاء 1 ربيع الأول 1436 ه /23 كانون الأول 2014 م
..........................................................................................................

Kecaman Terhadap Interpol Meletakkan Syeikh Qaradawi Dalam Senarai Pengganas Yang Dikehendaki

1. Dewan Ulamak PAS Pusat mengecam sekeras-kerasnya percubaan antarabangsa bagi menimbulkan kekeliruan dunia terhadap Dr Yusuf Al-Qaradawi dengan meletakkan beliau dalam senarai dikehendaki oleh Interpol dengan tuduhan yang sangat kabur serta berniat jahat.

2. Dr Yusuf Al-Qaradawi merupakan antara tokoh ulamak kontemporari yang kedepan memperjuangkan isu masyarakat antarabangsa. Pandangan beliau didengari. Personaliti dan keilmuan beliau dihormati dan dipercayai oleh masyarakat Islam. Antara bukti keluasan ilmu dan keyakinan dunia Islam terhadap keilmuan beliau serta penerimaan cendekiawan Islam terhadap fatwa dan pandangan-pandangan kontemporari beliau ialah karya-karya agung beliau yang banyak tersebar luas termasuklah yang diterjemahkan ke pelbagai bahasa dan anugerah antarabangsa yang diperolehi oleh beliau daripada kerajaan-kerajaan dan agensi rasmi pelbagai negara.

3. Pendirian beliau dalam setiap isu ummah benar-benar mempengaruhi pandangan umum dunia Islam. Sikap beliau dalam mempertahankan dan memperjuangkan hak-hak masyarakat yang dizalimi memberi kesan yang besar dalam mengekang golongan yang melakukan kezaliman.

4. Beliau mempunyai pendirian politik yang jelas sejak dulu dalam isu-isu penjajahan bumi Palestin dan kezaliman zionis dan penjajahan Amerika terhadap bumi Iraq. Begitu juga pendirian beliau yang menjadi ikutan dalam krisis kudeta terhadap kerajaan yang dipilih secara sah mengikut lunas demokrasi di Mesir, tragedi di bumi Syria dan lain-lainnya.

5. Keadaan ini mendorong dan menekan musuh-musuh yang cemburu dan golongan yang zalim di kalangan pemerintah dunia berusaha merencanakan pelbagai rencana jahat terhadap beliau.

6. Dewan Ulamak PAS Pusat dalam masa yang sama menuntut Interpol segera membersihkan nama Dr Yusof Al-Qaradawi daripada senarai penjenayah yang dikehendaki. Begitu juga, umat Islam khususnya para pemerintah Islam dituntut berganding bahu sepakat meluahkan mesej bantahan terhadap tuduhan berniat jahat lagi zalim ini serta mempertahankan Syeikh Qaradawi dan membersihkan nama beliau dari tohmahan liar ini.

Sekian.

Disediakan oleh:

Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
Ahli Parlimen Kuala Nerus

Selasa 1 Rabiul Awal 1436H / 23 Disember 2014

Perlukah PT3 dikekalkan?

Posted: 23 Dec 2014 03:13 AM PST

HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang diumumkan semalam menerima reaksi berbeza-beza daripada ibu bapa, pelajar ahli akademik dan masyarakat.

Pensyarah Sains Politik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Profesor Madya Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff, berpandangan banyak perkara yang perlu diambilkira daripada kecelaruan PT3 ini.

Bagi beliau rungutan ibu bapa tentang PT3 wajar diambil kira. Beliau mengulas isu ini di dalam facebook selepas membuat tinjauan ke sebuah sekolah di Bandar Baru Bangi di samping merujuk maklumat beberapa keputusan sekolah berasrama penuh yang terkenal.

"Saya bertanyakan ibu bapa dan para guru tentang tentang pelaksanaan PT3. Satu persamaan pandangan mereka ialah PT3 adalah peperiksaan yang paling bercelaru, kelam kabut dan kucar kacir.

"Kata mereka, inilah peperiksaan yang format peperiksaannya bersifat ad hoc, diumumkan lewat, anak-anak dijadikan bahan uji kaji, calon-calon dan para guru tidak diberitahu langsung tentang peperiksaan ini pada peringkat awalnya dan banyak lagi.

"Ibu bapa tidak berpuas hati dengan pentaksiran mengikut sekolah ini kerana kertas jawapan diperiksa oleh guru yang sama mengajar di sekolah, tidak oleh guru dari sekolah atau negeri lain. Mereka mempersoalkan tentang keadilan untuk memohon masuk ke sekolah berasrama penuh dan lainnya." Tulis beliau.

Prof Agus merujuk kepada keputusan SMK Jalan 4, Bandar Baru Bangi yang biasanya jumlah pelajar yang mendapat 8A melebihi seratus orang, namun kali ini hanya 8 orang sahaja yang mendapat 8A.

Beliau bersetuju bahawa PT3 berbentuk subjektif dan memerlukan pelajarnya lebih kreatif dalam berfikir, namun adakah cara ini membantu meningkatkan taraf pendidikan negara?

"Betul, soalan PT3 adalah berbentuk subjektif yang memerlukan pelajar berfikir. Betul, soalan PT3 adalah bersifat Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Tetapi pertanyaannya, apakah dengan KBAT ini, ia dapat membantu kita dalam menaikkan taraf pendidikan negara?

Oleh hal yang demikian, Prof Agus mencadangkan supaya suatu kaji selidik yang telus dilakukan dalam kalangan guru dan ibu bapa.

"Melihat kepada kecelaruannya, saya tidak fikir ia dapat membantu meningkatkan sistem pendidikan negara kita. Jadi, apa tindakan seterusnya? Buatlah survei secara jujur dari kalangan guru dan ibu bapa, dan ambillah cadangan dan pandangan mereka. Itulah yang terbaiknya." Ulasnya lagi.

Pelajar ini merupakan kumpulan pertama yang mengambil PT3 sejak diperkenalkan oleh Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiga tahun lalu. – HARAKAHDAILY

PAS Pahang aktifkan tabung banjir Prihatin Rakyat

Posted: 23 Dec 2014 03:11 AM PST

KHAIRIL ABDUL RAHIM 


TEMERLOH: Berikutan bencana banjir melanda beberapa daerah di Pahang sejak tiga hari lalu, PAS Pahang melalui Lajnah Kebajikannya melancarkan tabung bantuan Prihatin Rakyat bagi membantu mangsa.

Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Pahang Hassanuddin Salim berkata bantuan tersebut amat diperlukan bagi membantu mangsa-mangsa terlibat banjir yang sedang kritikal sekarang di daerah Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan dan Pekan.

Katanya, paling teruk ialah di daerah Kuantan dengan anggaran hampir 3,000 masih berada di pusat-pusat pemindahan dan banyak kawasan masih terputus hubungan.

"Memandangkan hujan masih berterusan di sebelah hulu pada masa ini, dijangkakan semua daerah termasuk Temerloh, Bera dan Rompin akan terlibat banjir.

"Ketika ini petugas-petugas PAS sedang bertungkus-lumus menyelamatkan nyawa dan kehidupan mangsa banjir yang sedang panik dan berdukacita. Paling tenat di Kuantan kerana kebanyakannya sudah ditimpa banjir kali kedua dalam tempoh seminggu ini.

"Bayangkan betapa sukarnya mereka, terutama menjelang beberapa hari lagi sesi persekolah baru dibuka. Jadi kepada sesiapa yang simpati dan prihatin hulurkanlah bantuan setakat mampu bagi meringankan beban mereka melalui Prihatin Rakyat," rayunya.

Tabung mangsa banjir Prihatin Rakyat dibuka tahun lalu beroperasi di Darul Hikmah, Kerdau apabila hampir 50,000 orang terlibat dalam bencana tersebut dengan lebih 30,000 orang daripadanya dari daerah Kuantan.

Bagi sesiapa yang sudi menghulur sumbangan kepada mangsa banjir yang sedang menderita bolehlah memasukkan wang ke akaun: Prihatin Rakyat 5560 5720 3711 (Maybank Islamic). – HARAKAHDAILY

Solat hajat, bermunajat agar dilindungi dari musibah banjir

Posted: 23 Dec 2014 03:07 AM PST

SALMAH MAT HUSAIN



 


KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob menyeru semua pihak kepimpinan dan rakyat khususnya pihak yang berwajib agar menganjurkan solat hajat dan bermunajat di seluruh masjid dan surau di seluruh Kelantan bermula pada hari ini bagi memohon kepada Allah agar dilindungi rakyat Negeri Kelantan khasnya dan Malaysia amnya daripada segala musibah banjir yang tidak mampu dihadapi oleh kudrat manusiawi.

Beliau berharap pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri Kelantan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Halaqat, para guru pondok dapat mengepalai masyarakat bagi tujuan memudahkan urusan solat hajat tersebut.

Ini, katanya kerana banjir di negeri itu masih lagi tidak menunjukkan petanda akan surut bahkan keadaan semakin mencemaskan.

"Musibah banjir ini adalah ujian Allah kepada kita semua yang telah ditetapkan bagi menguji keimanan dan kesabaran hamba-Nya.

"Oleh itu, kita wajib menerima dengan penuh lapang dada dan tabah," ujarnya kepada Harakahdaily.

Jelasnya, Allah berfirman yang bermaksud: Tiada sesuatu kesusahan atau bala bencana yang ditimpakan di muka bumi dan yang menimpa diri kamu, melainkan telah termaktub di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya, sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah teramat mudah bagi Allah. (Surah Al-Hadid: 22)

"Oleh yang demikian, bersabarlah dengan musibah ini dan jangan sampai kita hilang perasaan sabar dengan berputus asa atau berprasangka buruk seakan-akan Allah tidak akan memberikan kita kebaikan pada masa hadapan disebabkan banyaknya kemusnahan atau kehilangan harta kita," ujar beliau lagi.

Kata beliau, pihak kerajaan sebelum ini telah mengarahkan semua jabatan negeri dan Persekutuan agar turun membantu mangsa-mangsa banjir di semua lokasi pemindahan.

Beliau berkata, junjung kasih dipersembahkan kepada YTM Tengku Mahkota Kelantan, di atas keprihatinan baginda mencemar duli turun meninjau kesusahan rakyat serta memberi sumbangan kepada mangsa banjir.

Tambahnya, tidak lupa juga kepada semua pihak termasuk Pihak Pusat Kawalan Operasi Banjir Negeri dan Jajahan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Bomba dan Penyelamat, Pasukan Keselamatan, Pasukan Perubatan, pelbagai agensi Negeri dan Persekutuan dan seluruh sukarelawan yang berada di setiap lokasi banjir dan pusat pemindahan bagi kemudahan dan keselamatan orang ramai. - HARAKAHDAILY

'JK pusat PAS tak pernah setuju RUU hudud'

Posted: 23 Dec 2014 03:03 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Seorang anggota jawatankuasa pusat PAS berkata mereka tidak pernah bersetuju untuk membawa Rang Undang-undang Persendirian Kelantan berkaitan hudud ke parlimen.

Jawatankuasa pusat PAS sebaliknya dikatakan hanya bersetuju supaya Kelantan membincangkan perkara teknikal dengan kerajaan pusat pimpinan Umno.

Kerajaan Kelantan sepatutnya membentangkan kembali hasil perbincangan itu kepada jawatankuasa pusat PAS.

Anggota jawatankuasa pusat PAS Mujahid Yusof Rawa, Dr Hatta Ramli dan seorang lagi anggotanya yang enggan namanya disebut berkata, ia antara perkara yang sudah dipersetujui.

Hatta, yang juga anggota parlimen Kuala Krai, juga menolak kenyataan timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bahawa mereka mendapat restu jawatankuasa pusat.

Banjir: Pahang, Kelantan, Terengganu tambah buruk

Posted: 23 Dec 2014 02:59 AM PST


SINAR HARIAN


banjir
 
 

KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Kelantan, Terengganu dan Pahang semakin buruk tengah hari ini apabila lebih ramai mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan berbanding pada sebelah pagi manakala lima buah kampung di Beaufort, Sabah dilanda banjir tengah malam tadi.

Di KELANTAN, mangsa banjir di lapan jajahan meningkat sebanyak 241 orang daripada 20,468 orang pagi tadi, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa banjir tengah hari ini kepada 20,709 orang.

Menurut portal banjir kerajaan negeri, pusat pemindahan juga bertambah daripada 70 buah kepada 84 buah tengah hari ini bagi menempatkan kesemua 20,709 mangsa banjir daripada 6,795 keluarga.

Bacaan paras air di empat sungai utama di negeri ini melebihi paras bahaya iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang 10.34 meter (paras bahaya 9 meter), Sungai Galas di Dabong, Gua Musang pada 42.08 meter (paras bahaya 38 meter), Sungai Lebir di Tualang, Gua Musang 40.27 meter (paras bahaya 35 meter), Sungai Kelantan di Tangga Krai, Kuala Krai 29.10 meter (paras bahaya 25 meter) dan Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Tanah Merah pada 17.95 meter (paras bahaya 16 meter).

Sementara jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Kuala Krai meningkat seramai 316 orang berbanding 1,328  pagi tadi kepada 1,644 orang tengah hari ini, dan kesemua mereka ditempatkan di 21 pusat pemindahan.

Di Tanah Merah jumlah mangsa banjir meningkat kepada 240 orang yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan berbanding 141 mangsa di dua pusat pemindahan, dan di Jeli, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 282 daripada 211 mangsa pagi ini yang ditempatkan di sebuah pusat pemindahan.

Jumlah mangsa banjir di Gua Musang berkurangan sebanyak 79 orang iaitu daripada 3,692 pagi tadi kepada 3,513 orang tengah hari ini yang ditempatkan di 11 pusat pemindahan.

Mangsa banjir di 32 pusat pemindahan di Pasir Mas juga  menurun kepada 10,497 orang berbanding 10,565 orang pagi tadi dan begitu juga di Tumpat yang berkurangan kepada 3,901 orang di tujuh pusat pemindahan berbanding 3,956 orang pagi tadi.

Sementara di Pasir Puteh kekal 556 orang di empat pusat pemindahan di Machang juga kekal 19 orang di sebuah pusat pemindahan.

Sehingga kini jumlah kematian akibat banjir di Kelantan sejak 16 Disember lalu kekal empat orang.

Di TERENGGANU
, jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat mendadak kepada 11,731 orang berbanding 6,003 pada sebelah pagi, menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu.

Daerah Kemaman mencatatkan peningkatan ketara iaitu 5,487 orang dipindahkan berbanding 1,877 orang pada sebelah pagi tadi.

Di Besut jumlah mangsa terus meningkat kepada 495 orang manakala Kuala Terengganu bertambah kepada 2,732 orang dan di daerah Dungun dan Hulu Terengganu masing-masing meningkat kepada 2,205 orang dan 686 orang.

Bagaimanapun, jumlah mangsa banjir di Marang dan Setiu masing-masing kekal sebanyak 102 dan 22.

Jumlah pusat pemindahan di seluruh negeri adalah sebanyak 90 buah iaitu sembilan di Besut, Dungun (19), Hulu Terengganu (14), Kemaman (36), Kuala Terengganu (lapan), Marang (dua) dan Setiu (dua).

Di PAHANG, jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 2,555 orang daripada 598 keluarga di enam daerah termasuk daerah Rompin yang dilanda bencana alam itu hari ini.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, di Rompin sebanyak 169 orang daripada 38 keluarga dipindahkan ke dua pusat pemindahan yang dibuka pada 12.30 tengah hari ini.

Katanya Kuantan masih mencatatkan jumlah mangsa banjir paling banyak iaitu 1,421  orang daripada 357 keluarga ditempatkan di 19 pusat pemindahan banjir.

"Di Maran melibatkan 594 orang daripada 121 keluarga yang ditempatkan di enam pusat pemindahan, Lipis (325 oarang daripada 71 keluarga di tiga pusat pemindahan), Pekan (25 orang daripada lima keluarga di dua pusat pemindahan) dan Jerantut (21 orang daripada enam keluarga di satu pusat pemindahan)," katanya kepada Bernama.

Katanya, enam laluan utama di tiga daerah ditutup kepada semua kenderaan iaitu di Kuantan membabitkan Jalan Kuantan-Sungai Lembing (dekat Jambatan Sungai Riau), Jalan Kuantan- Sungai Lembing (Simpang Tiga Panching), daerah Lipis pula membabitkan Jalan Lipis-Gua Musang dan Jalan Lipis-Merapoh dan di daerah Maran ialah Jalan Benta-Jerantut dan Jalan Utama Bandar Maran.

Sementara itu, menurut laman web Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia, paras air di empat batang sungai utama di Pahang telah melepasi paras bahaya iaitu Sungai Tembeling di Kuala Tahan pada paras 75.35 meter (paras bahaya 68.00  meter), Sungai Pahang di Sungai Yap 54.93 meter (paras bahaya 52.00 meter), Sungai Kuantan di Pasir Kemudi 8.79 meter (paras bahaya 8.20 meter) dan Sungai Kuantan Bypass 5.27 meter (paras bahaya 3.50 meter).

Di SABAH, sebanyak 137 penduduk membabitkan 49 buah keluarga di lima buah kampung di daerah Beaufort dipindahkan ke Dewan Masyarakat Baru Beaufort sejak tengah malam tadi.

Pegawai Daerah Beaufort Mohd Shaid Othman berkata selain lima kampung tersebut, banjir turut menjejaskan 23 buah kampung lain dan menyebabkan lebih 10 buah jalan terputus hubungan atau hanya boleh dilalui kenderaan berat.

Beliau berkata paras air Sungai Padas pada pagi ini setinggi 9.30 meter melebihi paras bahaya.

Ini merupakan kejadian banjir kali keempat berlaku di Tenom dan Beaufort pada tahun ini. Pertama pada Februari, kedua Mei dan ketiga November lepas. - Bernama

Mahfuz: 1MDB bakal berakhir seperti MAS

Posted: 23 Dec 2014 02:51 AM PST


1MDB, MAS 1MDB, MAS
 
 
KUALA LUMPUR - Nasib syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bakal berakhir seperti syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airline System Berhad (MAS) yang mewujudkan syarikat baharu jika dalangnya tidak dibawa ke muka pengadilan.
 
Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar mendakwa jika masalah itu berlarutan hingga 2015, Malaysia bakal berdepan dengan penjajahan ekonomi.
 
"Masih tidak terlambat kerajaan untuk menjelaskan kepada rakyat dan satu suruhanjaya siasatan khas perlu ditubuhkan segera.
 
"Kebimbangan saya ialah ia akan menjebakkan negara kepada penjajahan ekonomi, bila tak dapat keluar masalah ini, ia akan kesan kepada ekonomi apabila pelabur asing hilang keyakinan dengan institusi perbankan negara.
 
"Kesannya cukup besar hingga boleh memerangkap negara hingga terpaksa mencari satu dana untuk selamatkan negara termasuk Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)," katanya kepada pemberita di Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini.
 
1MDB, syarikat pelaburan strategik milik penuh kerajaan, mencatat kerugian RM665.36 juta dalam tahun kewangan berakhir 31 Mac 2014 berbanding untung RM778.24 juta dalam tahun kewangan sebelumnya.
 
Selain itu, nilai aset kumpulan meningkat kepada RM51.4 bilion berbanding RM44.6 bilion pada tahun kewangan sebelumnya manakala jumlah pinjaman meningkat daripada RM36.2 bilion kepada RM41.9 bilion.

ALHUSSEYN

Posted: 23 Dec 2014 03:26 PM PST

ALHUSSEYN


PAS Pusat buktikan PAS Kelantan gelojoh mahu melaksanakan Hudud

Posted: 23 Dec 2014 07:10 AM PST

Ingatkan DAP dan PKR sahaja yang tidak merestui Hudud di Kelantan.Rupa-rupanya JKPP sendiri pun belum pun memberikan restunya....

Maka tidak hairanlah kalau DAP dan PKR tidak dapat memahami bagaimana perlaksanaan Hudud di Kelantan itu nanti. Korang yang sokong sangat tu, adakah memahaminya?

Sementara itu, sekumpulan peguam mahu kerajaan negeri Kelantan yang dipimpin PAS menangguhkan persidangan khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Isnin ini bagi membentangkan pindaan kepada Enakmen Jenayah Syariah II 1993 sehingga selesai rundingan dengan semua pihak berkepentingan. 

 Peguam yang juga pengarah eksekutif Lawyer for Liberty Eric Paulsen berkata beliau terkejut dengan tindakan tergesa-gesa kerajaan negeri untuk mengadakan persidangan walaupun ia isu kontroversi dan mendapat bantahan kuat. 

 "Apa yang keterlaluan dan tidak wajar adalah pindaan draf hudud dan pelan pelaksanaannya masih diselubungi rahsia di sebalik kesungguhan dan implikasi yang meluas mengenainya di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan. - Baca lagi  di sini

'JK pusat PAS tak pernah setuju RUU hudud'

Seorang anggota jawatankuasa pusat PAS berkata mereka tidak pernah bersetuju untuk membawa Rang Undang-undang Persendirian Kelantan berkaitan hudud ke parlimen.

 Jawatankuasa pusat PAS sebaliknya dikatakan hanya bersetuju supaya Kelantan membincangkan perkara teknikal dengan kerajaan pusat pimpinan Umno.

 Kerajaan Kelantan sepatutnya membentangkan kembali hasil perbincangan itu kepada jawatankuasa pusat PAS.

 Anggota jawatankuasa pusat PAS Mujahid Yusof Rawa, Dr Hatta Ramli dan seorang lagi anggotanya yang enggan namanya disebut berkata, ia antara perkara yang sudah dipersetujui.

 Hatta, yang juga anggota parlimen Kuala Krai, juga menolak kenyataan timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bahawa mereka mendapat restu jawatankuasa pusat. SUMBER

Kita tengok siapa yang kena.....

Posted: 22 Dec 2014 06:38 PM PST

Kerajaan negeri Kelantan akan mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri khas pada 29 Disember untuk mempercepatkan pelaksanaan hudud di negeri ini.

Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yaacob dilaporkan berkata pindaan itu adalah sebahagian daripada prosedur kerajaan negeri, sebelum membawa rang undang-undang ahli persendirian ke Parlimen untuk mendapatkan kebenaran bagi Kelantan menguatkuasakan hudud.

 Hasrat PAS mahu membawa rang undang-undang persendirian di Parlimen bagi membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan nampaknya telah tidak mendapat 'restu' rakan-rakan tahaluf siayasinya, DAP dan PKR. 

Dalam satu kenyataannya, Haron Din yang menganggap Hudud sebagai nyawa PAS telah berkata, "Apa yang dibuat DAP telah mencacat dan mencarik-robek tahaluf, kalau terus-menerus demikian, maka DAP yang mengoyak kertas tahaluf kerana Pas tidak pernah mempertikai asas perjuangan DAP," katanya kepada Utusan Malaysia di sini 


PAS berkata parti itu masih memerlukan musuhnya Umno untuk melengkapkan perjuangan mereka untuk melaksanakan undang-undang jenayah Islam atau hudud.

Parti itu juga percaya rang undang-undang persendirian mengenai hudud ke parlimen akan menjadi ujian terakhir keikhlasan Umno terhadap orang Islam.


Menurut Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah - satu-satunya pemimpin dalam PAS yang dibenarkan bercakap tentang hudud kepada media - tidak ada jalan bagi PAS Kelantan untuk melaksanakan hudud tanpa Umno membuka jalannya. Sila baca lagi
di sini .
 Sementara itu menurut Setiausaha Agongnya, Rafizi Ramli, PKR telah mengadakan mesyuarat berhubung hasrat PAS itu, tetapi merahsiakannya kepada umum.

 Namun pendirian PKR dalam isu tersebut dapatlah dihidu dan dikenal pasti melalui kenyataan seorang ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Latheefa Koya yang menggesa PAS Kelantan harus mengutamakan keadilan sosial seperti agihan zakat dan bukannya pelaksanaan undang-undang hudud.

PAS dilihat kini sudah tidak perlu apa-apa bantuan dari rakan-rakannya lagi.PAS perlu berjalan sendirian tanpa bersama rakan-rakan DAP dan PKR  berada di kiri kananya. Mungkin PAS beranggapan, apalah yang dapat diharapkan sangat dengan rakan-rakan tahaluf siyasinya yang hanya mempunyai 36 ahli parlimen Islam untuk menyokong hudud.Hudud adalah nyawa PAS.

 Sedangkan BN mempunyai 101 ahli parlimen Islam. Sokongan dari BN inilah yang sangat diperlukan oleh PAS bagi merealisasikan nyawa Hududnya bernafas di Kelantan. 

Nik Amar menegaskan bahawa parti itu tidak akan menyertai Umno dan BN, sekadar memerlukan sokongan anggota parlimen Umno bagi memastikan rang undang-undang persendirian itu diluluskan bagi membolehkan pelaksanaan undang-undang Hudud. 

Wahai Nik Amar, siapa yang kata PAS akan masuk Umno? Tapi seperkara yang tidak dapat dinafikan ialah PAS lebih mesra Umno dan keras permusuhannya terhadap rakan-rakanya (DAP dan PKR).

Apakah Nik Amar ingat Umno itu bodoh sangatkah untuk tidak mendapat sesuatu daripada sokongan yang diberikannya itu? Percumakah?


Ada ubi ada batas. Ada budi ada balas! Begitulah yang terjadi antara PAS dan Umno sekarang ini. PAS lah sebenarnya yang mengoyak syarat Tahaluf Siyasi Pakatan Rakyat bila sanggup menerima tangan yang dihulurkan oleh Umno. Tujuan Umno yang sebenar adalah untuk memecah belahkan pemuafakatan Pakatan Rakyat ....Pemimpin PAS sendiri pun sering gatal mulut kata nak keluar Pakatan tapi masih tunggu juga!Tunggu apa tunggu? 

 Saya sekadar mengharap, PAS tidak dikhianati oleh janji-janji manis Umno yang berjanji akan menyokong rang undang-undang persendirian di Parlimen bagi membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan.Kita tengok - siapa yang kena?

Biaqpila

Posted: 23 Dec 2014 03:07 PM PST

Biaqpila


DIGI PUN KAKI KENCING

Posted: 22 Dec 2014 06:55 PM PST

KEPUTUSAN PT3 HANCUR,IBUBAPA SALAHKAN MENTERI

Posted: 22 Dec 2014 03:18 PM PST


"Pelajar tingkatan tiga tahun ini dijadikan bahan ujikaji untuk peperiksaan (Pentaksiran Tingkatan 3) PT3 dan mereka jadi mangsa kepada keputusan peperiksaan yang boleh disifatkan sebagai hancur!"

Itulah luahan beberapa ibu bapa pelajar yang baru menerima keputusan PT3 yang baru dikeluarkan hari ini.

Menurut seorang ibu tunggal, Solarazimon Abdul Aziz, perubahan secara mengejut dari PMR ke PT3 tidak patut dilakukan.




"Selama tiga tahun anak-anak tidak ditekankan kepada sistem peperiksaan dan tidak mengikuti pembelajaran seperti lazimnya, bagaimana mereka hendak menghadapi peperiksaan besar seperti PT3?

"Lebih teruk lagi, sebelum ini menteri kata tidak ada peperiksaan tetapi tiba-tiba, pada saat-saat akhir, diarahkan pula pelajar bersedia untuk PT3. Apa dah jadi?" katanya memettik laporan dari MalaysiaGazette

Ibu tunggal berkenaan yakin sekiranya PMR dikekalkan pada tahun ini, keputusan anaknya akan lebih baik jika dibandingkan dengan keputusan PT3 yang amat mengecewakan.

Tambah ibu tunggal itu lagi, dia yakin keputusan peperiksaan anaknya jauh lebih baik jika masih kekal dengan sitem PMR berbanding PT3 yang hasilnya amatlah mengecewakan.


Bagi Fatimah Jais(gambar bawah), sepatutnya penukaran dari PMR ke PT3 dikaji dan dilaksanan secara berperingkat.




"Ibu bapa seperti diper*****kan. Ikut sahaja apa kata menteri yang membuat dasar sedangkan dari awal lagi saya dah nampak apa yang cuba dipraktikkan melalui PTG ini akan gagal.

"Buktinya jelas, tak ada seorang pelajar pun yang dapat semua A dalam PT3 di sekolah anak saya di Hulu Langat dan lebih teruk lagi, hampir semua pelajar gagal dalam matapelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.

"Sudahlah gagal, layak pula masuk ke kelas aliran sains. Cuba bayangkan bagaimana mereka nak hadapi mata pelajaran di aliran sains yang lebih mencabar nanti," ujarnya.

Seorang lagi yang ditemui, Hairi Kamaluddin berkata, gred F yang tercatat dalam sijil ditaksirkan sebagai Tidak Mencapai Tahap Minimum tidak ubah seperti mem *****kan ibu bapa dan pelajar.

"Sudah tentu gred F itu gagal. Sebut sahaja gagal dan tak payahlah nak berlapik-lapik. Alasan tidak mahu menyebut ada pelajar yang gagal adalah sesuatu yang langsung tidak masuk akal.

"Harus diingat bahawa kegagalan anak-anak untuk mendapatkan keputusan cemerang dalam PT3 ini adalah tanggungjawab Menteri terbabit yang tidak mengkaji apa implikasinya membuat perubahan peperiksaan daripada PMR," tegas Hairi.

Menurut Hairi, dia bimbang pelakar-pelajar ini akan lahir sebagai pelajar yang tidak berkualiti untuk masa hadapan.

Sistem PT3 telah diumumkan oleh kementerian pada bulan tiga tahun ini bagi menggantikan sistem PMR yang digunakan sebelum ini. Pertukaran secara mendadak ini telah membuatkan rasa tidak puas hati dalam kalangan ibu bapa khususnya. - Siakapkeli.com.my

Sumber : malaysiagazette



Kerabu Bersuara ®

Posted: 23 Dec 2014 03:01 PM PST

Kerabu Bersuara ®


Jawapan 20 soalan tentang undang-undang jenayah syariah – Zulqarnain Lukman

Posted: 22 Dec 2014 05:25 PM PST

Erik Paulsen daripada kumpulan Lawyers For Liberty menulis mengenai Hudud: 20 Soalan Untuk PAS dengan mengajukan 20 soalan yang paling kerap ditanya. Saya tidak menjawab bagi pihak PAS dan saya tiada mandat untuk berbuat demikian. Jawapan saya ini berdasarkan pemahaman saya kepada undang-undang syariah dan undang-undang sivil yang saya tekuni sejak lebih 20 tahun lepas.

Sebelum itu, harus difahami hudud bukan satu-satunya undang-undang jenayah Syariah yang terkandung dalam ajaran Islam. Selain hudud, qisas dan takzir juga menjadi sebahagian daripada undang-undang jenayah syariah yang menjadi perintah agama Islam.

Undang-undang jenayah Syariah boleh dilaksanakan dalam apa jua keadaan kerana ia bersifat universal. Ia kalis zaman dan tempat kerana mengandungi 3 bentuk: hudud, qisas dan takzir. Ketiga-tiganya saling melengkapi. Hukuman hudud dipindah kepada takzir. Jika berlaku apa-apa sebab yang membolehkan ianya digantung pelaksanaan maka ianya tidak bercanggah dengan hukum syarak.

Sumber yang lazim diambil adalah penggantungan pelaksanaan hukuman sariqah (mencuri) pada zaman Sayyidina Umar pada musim kemarau dan kebuluran. Dengan membawa persoalan sama ada boleh atau tidak undang-undang jenayah syariah dilaksanakan dalam keadaan wujud perbezaan besar antara orang kaya dan orang miskin adalah seolah-olahnya merendahkan dan menghina orang miskin itu lazimnya melakukan jenayah sariqah dan merendahkan martabat orang kaya kononnya orang kaya selalu dapat membeli pihak hakim dan pendakwa dengan wang ringgit mereka bagi mengelakkan hukuman tersebut. Dalam tradisi Islam, kemuliaan seseorang bergantung kepada sifat takwa yang dimilikinya, sebab itu yang lebih afdal untuk menjadi imam solat adalah seorang yang pandai dalam ilmu qiraat walaupun beliau seorang yang miskin atau berjawatan rendah.

Sebagai seorang peguam, seharusnya saudara lebih faham hukuman hanya dapat dijatuhkan apabila cukup bukti. Tiada statistik dikemukakan orang kaya dan berkuasa boleh terlepas daripada pelaksanaan undang-undang. Jika ada sekali pun, mungkin penulis itu merujuk kepada persepsi yang ada sekarang dalam pelaksanaan undang-undang sivil. Kerana itu, saya yakin jika undang-undang jenayah syariah ini dilaksanakan maka VVIP yang menduduki jawatan syarikat bir juga tidak terlepas daripada hukuman jika ianya memenuhi elemen kesalahan syurb (minum arak). Selain itu, hendaklah difahami berjudi tidak termasuk dalam kesalahan hudud seperti yang digambarkan dan ianya tertakluk kepada kesalahan takzir.

Undang-undang syariah tidak membezakan siapa sahaja yang berbuat kesalahan sama ada beliau orang berkuasa dan kaya atau orang itu miskin dan lemah atau pelancong yang beragama Islam. Sesiapa yang melakukan kesalahan di dalam wilayah yang berbidang kuasa hendaklah didakwa dan kehendak ini adalah jelas terkandung dalam Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan ["KJS"]. Para hakim dan pendakwa di dalam sistem Mahkamah Syariah dipandu bukan saja dengan peraturan yang ada bahkan mereka juga mempunyai nilai nurani yang tinggi dalam menjalankan tugasnya.

Berkaitan penguatkuasaan undang-undang (terutamanya hal nafkah atau tanggungan penyelenggaraan isteri dan anak yang ditinggalkan suami) pihak Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia bertindak secara proaktif dengan menubuhkan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) untuk membantu ibu tunggal yang teraniaya ini. BSK ini akan membantu menyediakan kemudahan logistik kepada ibu tunggal ini dalam penguatkuasaan terhadap suami atau bapa yang tidak melaksanakan tanggungjawab nafkah ini.

Berkaitan kekhuatiran akan berlaku salah hukum seperti silap memotong tangan atau merejam adalah pandangan yang tersasar kerana ukuran itu dibuat menggunakan neraca pembuktian sistem jenayah sivil. Di dalam Hukum Syarak, pembuktian ke atas kesalahan hudud dan qisas hendaklah melampaui sebarang bayang-bayang keraguan (beyond any shadow of doubt) dan bukan setakat melampaui keraguan yang munasabah (beyond any reasonable doubt).

Menurut KJS juga, terdapat 2 peringkat perbicaraan yang mana terdapat 3 hakim membicarakan di peringkat Mahkamah Bicara Khas dan terdapat 5 hakim di peringkat Mahkamah Rayuan Khas. Komposisi hakim juga terdiri daripada ulama yang alim hukum fiqh dan prosedur jenayah dan bekas atau hakim Mahkamah Sivil yang setara dengan hakim Mahkamah Tinggi Malaya/ Borneo ke atas.

Oleh kerana begitu ketat kaedah pembuktian dan penelitian keterangan hakim yang berpengalaman maka mustahil untuk berlaku kesilapan. Bahkan, menurut tatacara yang terpakai, hukuman yang dikenakan itu masih boleh dibatalkan sejurus sebelum hukuman itu dilaksanakan jika ada sebarang keraguan baru ke atas sabitan kesalahan tersebut.

Undang-undang jenayah Syariah ini bersumberkan hukum agama Islam. Oleh itu, orang Islam akan terikat dengannya manakala orang bukan Islam mempunyai pilihan untuk memilih dihukum dengan hukuman ini atau di bawah hukuman sivil. Hal ini disebut secara nyata di dalam KJS.

Bagaimanapun, ianya masih tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan maka ianya adil kepada orang Islam kerana dengan pelaksanaan undang-undang jenayah syariah ini maka ianya memenuhi keperluan beragama bagi orang Islam. Manakala, bagi orang bukan Islam sedikit pindaan kepada kerangka undang-undang yang ada akan membolehkan juga orang bukan Islam dibicarakan di Mahkamah Syariah.

Undang-undang jenayah syariah ini adalah sebahagian daripada undang-undang Islam dan menurut Perlembagaan Persekutuan, hal ehwal berkaitan undang-undang jenayah Syariah ini hanya boleh dilaksanakan di Mahkamah Syariah. Maka, Kelantan adalah perintis kepada perlaksanaan hukuman ini sebagaimana kehendak majoriti rakyat Kelantan. Jika ada negeri lain ingin melaksanakannya maka terpulang kepada rakyat negeri tersebut untuk memilih Ahli Dewan Undangan Negeri yang mempunyai komitmen sama. Maka, itulah akhirnya yang berlaku dalam pentadbiran undang-undang Islam di Malaysia. Yang tidak adil adalah jika kedua-dua pesalah itu ditangkap di Kelantan atas kesalahan sariqah, seorang dipotong tangan dan seorang lagi dihukum penjara.

Penulis mempersoalkan kenapa dalam kes sariqah seperti mencuri motosikal seorang itu dipotong tangan tetapi dalam kes pecah amanah seseorang itu hanya dihukum penjara. Ini salah tanggapan. Jika cukup elemen sariqah dalam kes pecah amanah maka tangan pesalah itu juga boleh dipotong juga menurut hukum Syarak. Namun, bukan semua kesalahan pecah amanah itu mempunyai elemen yang mencukupi bagi sabitan di bawah kesalahan sariqah.

Salah tanggapan untuk menyatakan kesalahan rogol dan zina adalah sama. Para ulama menyatakan rogol adalah kesalahan zina bil jabr. KJS pula hanya memperuntukkan kesalahan zina tanpa termasuk kesalahan rogol. Oleh kerana kerangka undang-undang sekarang mengecualikan orang bukan Islam daripada bidang kuasa Mahkamah Syariah, maka orang bukan Islam itu tidak akan dihukum atas kesalahan zina. Bagi kesalahan rogol pula, orang bukan Islam atau orang Islam kedua-duanya akan dibicarakan di Mahkamah Sivil.

Salah tanggapan untuk menyatakan mangsa rogol akan terdedah kepada kesalahan qazaf (tuduhan palsu zina) kerana kesalahan rogol berada di luar bidang kuasa KJS. Begitu juga berkaitan kehamilan sebagai bukti zina. Saya percaya Jemaah Ulama Majlis Agama Islam dan Istiadat Kelantan bersetuju memansuhkan peruntukan ini dan pindaan akan dibuat dalam sidang DUN Kelantan yang akan datang.

Undang-undang adalah adil dan saksama. Hukuman rejam ke atas pesalah zina yang muhson adalah sabit mengikut sunnah dan amalan sahabat. Inilah pandangan jumhur para ulama. Pensabitan jenayah zina amat ketat iaitu hendaklah disaksikan oleh tidak kurang 4 saksi lelaki adil yang menyaksikan sendiri jenayah zina itu berlaku seumpama seorang menyaksikan batang celak dimasukkan ke dalam bekas celak. Selain itu, sabitan juga boleh dibuat dengan pengakuan pesalah itu sendiri. Bagi sabitan atas pengakuan, ia boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum hukuman dilaksanakan. Maka tidak tepat untuk menyatakan hukuman zina muhsan itu tidak adil. Begitu juga adalah tersasar untuk membandingkan kesalahan zina dengan rogol kerana rogol berada di luar daripada bidang kuasa KJS.

Tidak adil semata-mata untuk membandingkan kesalahan pecah amanah atau rasuah dengan jenayah sariqah. Kesalahan itu pula mempunyai elemen berbeza yang perlu dibuktikan. KJS hanya memperuntukkan kesalahan yang bertentangan dengan 'precepts of Islam' sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Di sisi hukum Syarak, hukuman yang dikenakan tidak berdasarkan besar atau kecil jumlah yang terlibat, tetapi berdasarkan jumlah minima harta yang terlibat dinamakan sebagai nisab. Kadar nisab yang ditetapkan ulama adalah jumlah yang senilai dengan harga emas semasa sebanyak 4.45 gram. Hukumannya pula hanya ada satu iaitu hukuman potong anggota badan jika berlaku sabitan tanpa diambil kira besar atau kecil jumlah. Mungkin ahli kriminalogis boleh mengkaji falsafahnya kenapakah ditetapkan sebegitu sama ada disebabkan kelakuan pencuri yang akan tetap mencuri tanpa mengira jumlahnya tetapi melihat kepada peluang untuk mencuri.

Perbezaan nilai keterangan saksi wanita dan bukan Islam berbanding kesaksian lelaki Islam itu adalah kehendak hukum syarak. Hikmahnya, para wanita dan orang bukan Islam tidak mempunyai liabiliti dan beban untuk menjadi saksi. Menjadi saksi bukanlah satu kelebihan (privillege) tetapi beban yang harus ditanggung. Tiada mana-mana saksi yang dapat bersenang-senang di dalam kandang saksi menghadapi soal balas yang bertubi-tubi daripada peguam. Oleh itu, Islam sebenarnya memuliakan wanita dengan mengangkat beban saksi daripada bahu mereka. Harus diingat juga, perbahasan ini adalah dalam konteks kes jenayah dan bukan kes mal (sivil) kerana kes mal mempunyai beban bukti dan keterangan yang lebih rendah berbanding dengan kes jenayah. Begitu juga tahap penerimaan kesaksian wanita dan bukan Islam juga adalah berbeza dalam kes mal dan jenayah.

Berkaitan bidang kuasa manakah yang akan digunakan – hudud atau undang-undang jenayah sedia ada – jika jenayah itu melibatkan pelaku orang Islam dan mangsa bukan Islam? Isu ini sebenarnya dijawab Hakim Gopal Sri Ram semasa membuat keputusan dalam kes Sukma Darmawan Sasmitaat Madja yang didakwa rentetan kes liwat pertama bekas timbalan perdana menteri dahulu. Mahkamah menyatakan orang itu boleh didakwa di mana-mana mahkamah yang berbidang kuasa. Namun jika kedua-dua mahkamah itu mempunyai bidang kuasa maka suspek tersebut hanya boleh didakwa sekali saja. Inilah pemakaiannya bagi orang Islam. Bagi orang bukan Islam, KJS memberikan pilihan kepadanya sama ada ingin meneruskan kes di mahkamah syariah atau sivil. Namun, dalam kerangka Perlembagaan yang ada sekarang orang bukan Islam hanya tertakluk kepada kuasa mahkamah sivil. Justeru, usaha melobi boleh diteruskan supaya orang bukan Islam dapat memilih untuk dibicarakan di mahkamah Syariah.

Jika mangsa itu orang Islam dan suspek bukan Islam maka dalam kerangka Perlembagaan yang ada suspek akan dibicarakan di mahkamah sivil. Ini kerana bidang kuasa ditentukan berdasarkan si pesalah dan bukan si pengadu.

Bidang kuasa manakah yang akan digunakan – hudud atau undang-undang jenayah sedia ada – jika kesalahan yang dilakukan seperti kecurian dan rompakan terdapat dalam kedua-dua bidang kuasa? Ini juga dinyatakan suspek hanya boleh didakwa sekali saja kerana jika didakwa dua kali, ianya akan menjadi 'double jeopardy'. Oleh itu, bergantung kepada pihak pendakwa untuk memutuskan di mahkamah mana suspek akan didakwa.

Hudud tetap akan berfungsi meskipun buat masa kini orang bukan Islam tidak tertakluk kepada bidang kuasa mahkamah syariah. Saya sendiri pernah melihat orang bukan Islam memberikan keterangan dalam kandang saksi di Mahkamah Syariah. Tidak timbul soal keterangan mereka tidak bernilai kerana kesaksian mereka dianggap sebagai 'bayyinah'.

Orang bukan Islam yang bersubahat untuk melakukan jenayah tidak harus dilepaskan. Dalam konteks perundangan yang ada sekarang pun, pengusaha pusat judi diberikan panduan untuk tidak membenarkan orang Islam memasuki sebarang premis perjudian dan boleh diambil tindakan ke atas mereka melalui tindakan menarik balik lesen jika mereka melanggar peraturan tersebut. Begitu juga dalam konteks minum arak, peraturan boleh digubal untuk tidak membenarkan mana-mana pengusaha kedai arak menjualnya kepada orang Islam. Bagi orang Islam yang minum arak pastinya tertakluk kepada hukum Islam yang terpakai ke atasnya.

Adakah hukuman rejam sampai mati, penyaliban, sebatan dan pemotongan anggota badan masih diterima di zaman ini? Jawabnya, pernahkah kita terfikir kesalahan yang dibuat itu juga sama primitif dengan hukumannya! Perbuatan zina, hirabah (rompakan menggunakan kekerasan), syurb (minum arak), sariqah (mencuri), qatl (membunuh) dan lain-lain adalah jenis kesalahan yang sudah dibuat penjenayah sejak berabad yang lampau.

Sekiranya kesalahan primitif ini tidak diubati dengan hukuman yang sama primitif, tentulah jenayah tersebut akan tetap berleluasa. Kita sering membaca keratan akhbar betapa seorang mencuri itu akan tetap mencuri setelah beliau keluar penjara. Sewaktu mengendalikan satu kes jenayah di mahkamah majistret beberapa tahun lalu, saya pernah mendengar permohonan mitigasi daripada seorang suspek yang mengaku salah atas kesalahan mencuri. Apabila pendakwa mengemukakan fakta sabitan lampau, saya amat terkejut kerana pesalah itu sudah mempunyai 9 sabitan lampau berkaitan kes curi dan secara langsung saya terfikir dalam Islam paling kerap seorang pesalah boleh mencuri hanyalah 3 kali kerana selepas itu beliau sudah kehilangan 2 tangan dan 1 kaki. Pada saya inilah hakikat perikemanusiaan sebenar. Manakala, bandingan dengan pelaksanaan undang- undang Taurat ke atas Palestin itu adalah sangat jauh? Bolehlah pula saudara Paulsen jelaskan apakah butiran undang-undang Taurat tersebut?

Pemotongan anggota badan akibat hukuman hudud atau qisas itu mempunyai kaedah ditetapkan dan akan dipantau pakar perubatan yang akan ditauliahkan sendiri oleh sultan. Kebanyakan komplikasi yang berlaku disebabkan jangkitan kuman, maka luka akibat itu perlu dipastikan tidak berlaku jangkitan kuman.

Mengikut kehendak syarak, hukuman itu perlu disaksikan orang ramai. Namun, berapakah jumlah orang ramai yang boleh menyaksikannya itu tertakluk kepada perintah mahkamah. Begitu juga tempat hukuman juga ditetapkan perintah mahkamah. Mengikut makluman, kerajaan Kelantan juga mendrafkan kaedah bertulis mengenai tatacara sebat, potong anggota badan, salib dan rejam. Yang akan melaksanakannya pula adalah profesional terlatih sebagaimana amalan sebat di penjara sivil sekarang yang dijalankan pegawai penjara yang dilatih – 22 Disember, 2014.

* Dr Zulqarnain Lukman ialah peguambela & peguamcara dan peguam syarie (Selangor dan Wilayah Persekutuan).

"BERANI KERANA BENAR!"

Posted: 23 Dec 2014 11:16 AM PST

"BERANI KERANA BENAR!"


Internet di Cuba untuk orang kaya

Posted: 23 Dec 2014 10:26 AM PST


Ketika memegang telefon pintar dan tablet, mereka kelihatan seperti remaja biasa di seluruh dunia.
Bagaimanapun, golongan remaja di Cuba terpaksa melalui pelbagai rintangan untuk mendapatkan kemudahan internet. Kadang-kadang mereka terpaksa berada di kawasan yang dikuasai pihak komunis.

Di ibu kota Havana, kelompok golongan muda Cuba dilihat duduk secara berkumpulan berdekatan hotel-hotel, bangunan kedutaan dan pusat perniagaan dalam usaha untuk mendapatkan perkhidmatan internet.

"Sesetengah daripada mereka dapat mengakses internet selepas memperoleh kod laluan daripada rakan-rakan yang bekerja di sini. Namun, saya tidak tahu bagaimana individu yang berjaya memecahkan kata laluan dengan perisian khas," kata seorang saksi yang tidak mahu namanya didedahkan.

Dikawal ketat

Di sebatang jalan kecil berhampiran sebuah hotel, beberapa orang anak muda kelihatan sedang menggunakan gajet masing-masing selepas memperoleh talian internet yang dikongsi dengan rakan sekelas lain di kawasan resepsi hotel.

Situasi itu cukup untuk menggambarkan bahawa isyarat jalur lebar internet sangat sukar untuk diperoleh dan didambakan remaja di Cuba. Kemudahan internet dikawal ketat dan hanya untuk kegunaan syarikat, universiti serta institusi.

Individu yang memiliki profesion seperti wartawan, artis dan doktor mempunyai kelebihan untuk melayari internet dengan talian tertentu.

Menurut Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU), hanya 3.4 peratus daripada isi rumah di Cuba mempunyai kemudahan internet pada tahun 2013. Sejak bulan Jun tahun lalu, pihak berkuasa Cuba cuba memberikan kemudahan akses internet di kepulauan yang mempunyai kepadatan penduduk seramai 11.3 juta orang itu dengan membuka kira-kira 100 pusat internet.

Namun, kadar AS$4.5 (RM15.70) untuk sejam adalah terlalu mahal untuk negara itu yang majoriti penduduknya berpendapatan purata sekitar AS$20 (RM70) sebulan itu. Sebelum ini, hanya hotel-hotel yang menawarkan perkhidmatan internet kepada orang ramai tetapi dengan kadar lebih tinggi iaitu AS$10 (RM34.90). Perkhidmatan itu hanya mampu digunakan oleh pengunjung dari luar negara.

Pembekal perkhidmatan telekomunikasi negara (ETECSA) tidak menawarkan perkhidmatan internet mudah alih kepada pelanggan, sementara rangkaian 3G hanya bagi pelawat dari luar negara yang menggunakan saluran perayauan selular dengan sambungan tidak konsisten.

ETECSA kini membenarkan pelanggan untuk mengakses e-mel mereka menggunakan telefon pintar tetapi menerusi domain @nauta.cu.

Syarikat itu juga membuka perkhidmatan untuk menghantar gambar dari telefon ke e-mel. Terdapat konsesi kecil di negara itu yang membenarkan pengunjung luar dengan telefon pintar berjenama menggunakan rangkaian internet.

"Cuba mahu kekal sebagai sebuah negara yang paling terbatas dalam kebebasan penggunaan internet," kata pengarah projek untuk Kebebasan Internet, Sanja Tatic Kelly di NGO Freedom House, Amerika Syarikat (AS).

"Di sebalik penapisan dan sekatan teknikal sofistikated yang digunakan rejim penindas, pihak kerajaan Cuba mengehadkan jumlah pengguna bagi mendapatkan maklumat terutamanya melalui kekurangan teknologi dan kos terlalu tinggi," katanya.

"Kerajaan Cuba juga mengehadkan jumlah pengguna daripada mendapatkan maklumat di internet dengan membiarkan teknologi itu pada paras mundur selain mengenakan kos yang terlalu tinggi," katanya.

Ditapis

Pihak berkuasa Cuba menapis beberapa laman web seperti blog dan portal media yang menentang kepimpinan bekas Presiden, Fidel Castro, pornografi dan perisian Skype. Namun, Kelly memberitahu, jumlah laman web yang disekat amat sedikit berbanding negara-negara lain seperti China, Iran dan Arab Saudi.

Remaja yang celik teknologi menemui cara baharu untuk mengakses internet iaitu dengan memuat turut perisian yang boleh menyembunyikan Protokol Intenet (IP) bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa.

Mereka yang tidak mahir dalam teknologi bergantung kepada paquete iaitu pemacu perisian yang penuh dengan filem cetak rompak, rancangan televisyen, muzik pop dan permainan yang dijual di pasaran gelap dengan harga beberapa dolar Amerika Syarikat (AS).

Pemerintah Cuba memberitahu, mereka perlu mengawal ketat penggunaan internet untuk melindungi pulau itu daripada serangan siber.

Timbalan Menteri Komunikasi, Wilfredo Gonzalez berkata, Havana menjadi mangsa serangan siber lebih 18 bulan dengan beribu-ribu alamat berdaftar di lebih 150 buah negara.

Namun, Kelly menegaskan, berdasarkan data daripada pakar-pakar keselamatan dalam talian Kaspersky Lab, Cuba berada di kedudukan 199 dalam senarai negara yang dilanda serangan balas siber. Negara nombor satu yang menjadi sasaran adalah Rusia. – AFP


Pendapat peribadi hamba.

Posted: 23 Dec 2014 07:41 AM PST

Pendapat peribadi hamba.


Penyakit ‘Naif’ yang akhirnya membunuh

Posted: 22 Dec 2014 10:51 PM PST

Atas sebab apa PKR tidak boleh sokong hudud?

Posted: 22 Dec 2014 04:28 PM PST

edyesdotcom

Posted: 23 Dec 2014 03:12 AM PST

edyesdotcom


~ MISI BANTUAN BANJIR SAMM KE KELANTAN 2014/15 ~

Posted: 23 Dec 2014 01:07 AM PST

~ MISI BANTUAN BANJIR SAMM KE KELANTAN 2014/15 ~

CADANGAN:
Tarikh: 27 Dis. 2014
Hari: Sabtu
Masa: 11 pagi
Tempat kumpul konvoi:
Tol Gombak

1) Seperti tahun2 sebelum ini, SAMM sekali lagi meneruskan misi Bantuan banjir utk tahun 2014/15. Bantuan dan sokongan anda amat kami perlukan dalam memberi sokongan moral kepada mangsa banjir. Berikut adalah keperluan dan sumbangan dari anda yang kami perlukan dalam melancarkan pergerakan konvoi bantuan ini:-

- Kos pengangkutan, petrol, tol dll RM2000
- Barangan berupa makanan asas
- Barangan makanan dan keperluan bayi dan kanak2
- Barang2 kelengkapan persekolahan
- Barangan keperluan wanita
- Barangan keperluan asas seperti selimut, jaket dan baju sejuk, tikar, bantal, toto, berus dan ubat gigi dll yang difikirkan munasabah.

2) Segala sumbangan berupa barangan boleh di hantar BERMULA PADA 23 Dis. 2014 (Selasa) ke check point.:-

i)LOT 7 JALAN 16
KG CHERAS BARU
OFF JALAN KUARI
56100 KUALA LUMPUR

Koordinat GPS:
3.106394, 101.748112

ii)Menara Orkid,Bandar Baru Sentul,51000,Kuala Lumpur
(Makio)

Maps
http://goo.gl/maps/OzVvJ

Sila hubungi:
Pn.Liana 019-2314161
Sani 012-9781707
Yaser 012-6794704
Makio 016-9367724
*sila call dahulu sblm hantar barangan 

Sumbangan dalam bentuk wang sila bank in ke Akaun:

Nama Akaun: Solidariti Anak Muda Ent.
No.Akaun: 555041113224
Bank: Maybank

3) Segala sumbangan dan bantuan dari anda semua amat kami hargai. Semoga segala bantuan ini dapat meringankan bebanan mangsa banjir dalam kita berkongsi kesedihan ini.

* InsyaAllah segala aktiviti sepanjang program ini akan kami maklum dari semasa ke semasa. T.kasih

.

Posted: 23 Dec 2014 03:11 AM PST

.


Kelantan perlu diistyharkan darurat

Posted: 22 Dec 2014 11:37 PM PST

BANJIR                                                                                                              

Keadaan banjir yang melanda negeri-negeri pantai timur sejak seminggu lalu semakin teruk dan mencemaskan. Kelantan merupakan negeri paling parah. Hampir semua bandar-bandar utama di negeri berkenaan ditenggelami air. Hanya Kota Bharu sahaja selamat.

Terbaru bandar Gua Musang ditenggelami air malam tadi. Hingga kini jalan menghubungkan bandar berkenaan ke daerah luar, Kuala Krai - Kota Bharu dan Kuala Lipis tidak boleh dilalui.

Menurut perangkaan rasmi dilaporkan, jumlah mangsa banjir yang dipindah ke pusat-pusat pemindahaan banjir di seluruh jajahan negeri Kelantan berjumlah 20,468 orang dimana ia meningkat berbanding kelmarin yang sudah menurun 16,081. Sebanyak 70 buah pusat pemindahan dibuka.

Angka mangsa banjir itu adalah tertinggi dalam sejarah banjir di Kelantan dalam tempoh 40 tahun.

Jajahan terbaru dilanda banjir ialah Gua Musang dimana setakat ini seramai 3,692 mangsa berbanding 179 orang malam kelmarin.

Pasir Mas jajahan yang paling teruk dimana mangsa yang dipindah seramai 10,575 orang. Daerah paling parah ialah di Rantau Panjang. Manakala di Tumpat seramai 3,956 orang yang ditempatkan di tujuh pusat pemindahan.

Manakala mangsa yang dipindahkan di Kuala Krai meningkat kepada 1,328 orang berbanding 495 orang yang ditempatkan di 14 pusat, di Pasir Puteh 556 orang ditempatkan di empat pusat pemindahan, Tanah Merah seramai 141 orang, Machang seramai 19 orang/manakala di Jeli seramai 211.

Dengan keadaan banjir yang kini bertahan dan telah memusnahkan banya harta benda, baik persendirian dan awam sewajarnya kerajaan Persekutuan mengistyharkan Kelantan sebagai darurat. Walaupun ada berbagai agensi dan juga pihak kerajaan negeri dan Pusat membantu tetapi dengan jumlah mangsa yang ramai itu ia tidak mencukupi.

Ada laporan dan catatan mengatakan mangsa banjir mengalami kekurangan makanan apabila ada kawasan banjir yang tidak dijelajahi oleh pasukan pembantu. 

Dengan keadaan kewangan terhadap dan sesetengahnya bergantung kepada peruntukan dan ikhtiar wakil rakyat ia menyulitkan keadaan.

Di Pasir Puteh dilaporkan sebilangan mangsa mangsa termasuk kanak-kanak katanya tidak makan sehingga jam 4 petang apabila bekalan makanan tidak sampai. 

Apaklah yang ditunggu oleh kerajaan Persekutuan lagi untuk mengistyharkan darurat. Apakah menunggu banjir itu menelan korban atau mangsa kebuluran baru darurat hendak distyharkan? Kalau pengiustyharan daruat dilakukan sejumlah peruntukan membantu mangsa-mangsa banjir itu dapat digunakan.

Jangan tunggu di saat akhir atau keadaan sudah menjadi lebih parah dan buruk baru darurat hendak diistyahrkan. Kita selalu sahaja lambat bertindak dan suka menanti saat-saat akhir yang kritikal. Lebih menyedihkan lagi kita menjadi mudah perasa dan dimpati kalau berlaku bencana alam ke tempat lain, di mana setiap orang daripada kita akan menghulurkan derma walaupun satu sen. [wm.kl.3:30 pm 23/12/14]

Comments:

There are 0 ulasan for Pakatan Rakyat

Catat Ulasan