BERANI MEMBUAT PILIHAN... Posted: 14 Jun 2014 03:47 PM PDT Suami kantoi berzina dengan perempuan simpanan setelah isteri hidu seluar dalam Posted: 14 Jun 2014 03:01 PM PDT Seorang lelaki Taiwan dan perempuan simpanan beliau telah dihukum masing-masing dua dan tiga bulan di penjara, selepas isterinya menghidu seluar dalam yang dipakainya, lapor Apple Daily. Isterinyta yang dikenali sebagai Wang, mendapati bahawa suaminya, Li, mengadakan hubungan seks dengan perempuan simpanan di dalam kereta pada September 2012 yang lalu. Li terkantoi setelah isterinya berbau sesuatu yang mencurigakan pada seluar dalamnya (Laporan itu menyifatkannya sebagai "hanyir") ketika melakukan dobi di rumah mereka di daerah Neihu di Taipei. Pasangan itu telah berkahwin lebih daripada 10 tahun dan mempunyai seorang anak perempuan bersama-sama. Wang dilaporkan telah menggunakan perakam audio yang dipasang di dalam kereta beliau, dan mampu memainkan kembali bunyi erangan dan perbualan seperti "Saya mendapat sakit pinggang!" dan "Di manakah seluar saya?". Dia menggunakan rakaman untuk menyaman suaminya dan perempuan simpanan itu atas dakwaan berzina. Mahkamah pada mulanya menolak bukti 'bunyian' rengekan seks antara suami dan perempuan simpanannya. Namun setelah bukti-bukti lain dikemukakan seperti perbualan intim dan bunyi tempat duduk yang meragukan, mahkamah menjatuhkan hukuman bersalah kepada pasangan tersebut Lelaki dan perempuan simpanannya itu dijatuhi hukuman penjara 3 bulan dan 2 bulan masing-masing. Sumber: Shanghaiist | DAP wajib restui hudud di Kelantan Posted: 14 Jun 2014 10:05 AM PDT Kelantan gangbang: surat terbuka kepada DAP DAP tidak wajar menentang cadangan pelaksanaan hudud oleh PAS yang akan disokong oleh UMNO. Tambahan pula ia hanya akan dilaksanakan di negeri Kelantan. Kelantan atau serambi Mekah di perintah Parti Islam Semalaysia atau PAS selama 20 tahun lebih dan 'kejayaan' terbesar mereka adalah pada tahun ini di mana dua gadis bawah umur di rogol dan diliwat oleh 38 orang lelaki di Ketereh. 'Kejayaan' tarbiah PAS ini bertambah 'cemerlang' apabila kebanyakan perogol ini mempunyai talian darah, abang, adik, ayah dan anak. Pelakon lucah barat yang melakonkan adegan gangbang (bagi pakcik makcik yang tak tahu atau pura-pura tak tahu sila tanya anak-anak remaja anda) pun tak pernah mencapai jumlah 38 orang dan pelakonnya pula semua 18 tahun ke atas. Berdasarkan fakta di atas cubalah DAP fikir Kelantan amat perlu kepada hukum hudud bagi menutup malu kegagalan pemerintahan PAS di negeri 'tadahan wahyu' selama ini. #hudud4kelantan | Pelakon jelita buat laporan polis dicabul teman lelaki di stadium Posted: 14 Jun 2014 06:21 AM PDT Preity hanya ingin melindungi diri beliau NEW DELHI: Pelakon popular Bollywood Preity Zinta telah memfailkan satu laporan polis mendakwa dia telah dicabul, didera dan diugut oleh bekas teman lelakinya pada satu perlawanan kriket Liga Perdana India (IPL), kata seorang pegawai polis hari ini. Preity menuduh ahli perniagaan Ness Wadia, pemilik bersama pasukan IPL Kings XI Punjab, mendera dan mencabulnya selepas pasangan itu bergaduh ketika menyaksikan pasukan mereka menentang Chennai Super Kings pada 30 Mei. "Kami menerima aduan Preity pada hari Jumaat," kata pegawai polis Mumbai Vijay Mane kepada pemberita. "Beliau (Preity) melaporkan bahawa kedua-dua mereka duduk bersama di stadium Wankhede Mumbai pada 30 Mei sebelum bertelingkah mengenai sesuatu perkara. Selepas itu Preity mendakwa telah diugut, ditolak dan dilemparkan dengan kata-kata kesat," kata Vijay. Preity turut mengeluarkan kenyataan pada hari Sabtu menyifatkannya insiden itu sebagai "satu tempoh yang sukarbuatnya". "Niat saya bukan untuk melukakan hati sesiapa, tetapi hanya untuk melindungi diri saya sendiri," kata kenyataan itu, menurut agensi berita Press Trust of India. Ness juga mengeluarkan kenyataan media menyatakan beliau "terkejut" dengan dakwaan terhadapnya itu dan berkata "dakwaan terhadap saya adalah tidak benar sama sekali dan tidak berasas". Pesuruhjaya Polis Mumbai Rakesh Maria berkata siasatan sedang dijalankan. "Kami akan merekodkan kenyataan-kenyataan saksi," Rakesh memberitahu saluran berita CNN-IBN. Ness adalah pewaris kumpulan Wadia, satu konglomerat India dengan kepentingan perniagaan termasuk dalam hartanah, tekstil dan syarikat penerbangan bajet rendah. Dia dan Preity telah memutuskan hubungan yang dijalin selama lima tahun pada tahun 2009. Walau bagaimanapun mereka terus menjadi rakan kongsi perniagaan, menurut media tempatan. Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/aktres-bollywood-preity-zinta-buat-laporan-polis-dakwa-dicabul-teman-lelaki-37747?cp | Berzina depan ibu lumpuh hingga hamil Posted: 14 Jun 2014 02:01 AM PDT | Sekadar gambar hiasan |
Melaka: Seorang ibu lumpuh hanya mampu melihat anak lelakinya bersekedudukan dengan kekasih hatinya yang sarat mengandung di rumah mereka sejak lebih lapan bulan lalu di Duyong, di sini. Malah, lebih menyedihkan apabila nasihat dan titisan air mata ibunya berusia awal 60-an selama ini bagai tidak diendahkan lelaki berusia 32 tahun itu. Bagaimanapun, perbuatan lelaki terbabit berakhir selepas kediaman itu diserbu sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) kira-kira jam 12.30 tengah hari kelmarin. Difahamkan, wanita sarat mengandung itu masih berstatus isteri orang dan mempunyai dua anak. Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama JAIM Rahimin Bani berkata, pihaknya melakukan pemeriksaan di rumah milik lelaki terbabit selepas menerima aduan sebelum menemui pasangan berkenaan. Katanya, pihaknya turut menemui ibu kepada lelaki terbabit yang didapati lumpuh dan hanya mampu bercakap di kediaman berkenaan. "Soal siasat terhadap pasangan terbabit mendapati mereka tidak mempunyai sebarang ikatan pernikahan, manakala wanita itu pula didapati mengandung dan mengakui tinggal bersama di situ sejak tahun lalu. "Pasangan berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut berikutan didapati bersekedudukan serta wanita itu pula hamil luar nikah hasil hubungan mereka," katanya, di sini, semalam. Rahimin berkata, ibu kepada lelaki terbabit ketika ditanya memberitahu selama ini dia sudah puas menasihati anaknya kerana membawa pulang wanita itu tinggal bersama mereka. Namun, dakwa wanita itu, anaknya tidak mempedulikan nasihat dan dia tidak mampu melakukan apa-apa kerana keadaan kesihatannya. "Berdasarkan siasatan mendapati lelaki terbabit membawa wanita itu tinggal ke rumahnya sejak awal kehamilannya. "Dia mahu memberi perlindungan terhadap wanita itu sehingga bersalin walaupun mengetahui tinggal serumah dengan bukan mahram salah. "Wanita berkenaan mempunyai dua anak dan mendakwa sudah ditinggalkan suaminya sejak lima tahun lalu dan mengenali lelaki terbabit sebelum dia berkahwin," katanya. Hmetro | Video serangan seksual di Dataran Tahrir, Mesir tersebar Posted: 14 Jun 2014 01:06 AM PDT KAHERAH: Mesir meminta YouTube agar tidak menunjukkan lagi video mengenai wanita yang diserang secara seksual pada perhimpunan di Dataran Tahrir pada majlis sambutan kemenangan presiden baharu awal minggu ini. Jurucakap bagi Presiden, Abdul Fattah al-Sisi, berkata permintaan itu disampaikan kepada laman sosial YouTube itu oleh Kedutaan Mesir di Washington. Wanita terbabit sendiri juga meminta agar video itu dikeluarkan daripada YouTube ketika al-Sisi melawatnya di hopsital Rabu lalu. YouTube setakat ini masih belum memberi reaksi berhubung perkara itu. Video grafik itu yang menunjukkan seorang wanita dibogelkan dan diserang di Dataran Tahrir ditonton dengan meluas minggu ini. - Agensi | Rancangan 'panggilan hangit' HOT FM haram di sisi agama - Dr Asri Posted: 14 Jun 2014 12:10 AM PDT Kuala Lumpur, 13 Jun - Panggilan palsu atau 'prank call' yang dibuat di siaran-siaran radio adalah di larang dalam Islam, atau haram, dakwa bekas mufti Dr. AMohd Asri Zainal Abidin hari ini. Dr. Asri juga mendakwa rancangan sedemikian dilarang kerana mengundang kejutan kepada orang awam, ketakutan, kepalsuan dan aib kepada mangsa panggilan palsu tersebut. "Rancangan seperti itu hanya memperbodohkan mangsa dan menjadi mangsa bahan untuk ditertawa oleh orangramai secara yang memalukan. Ia secara tidak langsung sering mendedahkan aib peribadi mangsa yang tidak sepatutnya," kata Dr Asri dalam laman FBnya. "Nabi s.a.w bersabda: "Tidak halal bagi seorang muslim membuat muslim lain terkejut (ketakutan)". (Hadis sahih riwayat Abu Daud dan Ahmad). "Muslim hendaklah mengelakkan perbuatan yang seperti itu." katanya lagi. Isu menjadi panas setelah stesen radio popular Hot.FM yang menganjurkan ini memohon maaf setelah dihentam bertubi-tubi oleh pendengar mereka. Rancangan tersebut dikelolakan oleh DJs Fizie, Fara Fauzana dan AG. | Anak romen dalam tandas, bapa amuk nak belasah wartawan Posted: 13 Jun 2014 11:22 PM PDT BANDAR SRI SENDAYAN - Dua remaja berusia 15 dan 13 tahun ditangkap ketika sedang asyik berdua-duaan dalam sebuah tandas di kawasan kedai makan Medan Nusari, dekat sini, semalam. Difahamkan, perlakuan sumbang kedua-dua remaja terbabit disedari beberapa pelanggan kedai makan berkenaan kira-kira jam 10 pagi, semasa mahu menggunakan tandas tersebut yang terletak beberapa meter dari kedai dan berkeadaan sunyi. Salah seorang pelanggan hanya mahu dikenali sebagai Rusydi, 35, berkata, pada mulanya, dia tidak mengesyaki apa-apa ketika melihat remaja lelaki dan perempuan menaiki motosikal bersama menuju ke kawasan tandas itu. "Bagaimanapun, saya mula tidak sedap hati apabila mendapati motosikal dinaiki kedua-duanya masih berada di situ, sedangkan kelibat mereka langsung tidak kelihatan sejak 20 minit lalu. "Pemeriksaan saya bersama rakan-rakan dalam tandas lelaki tidak menemui apa-apa. Namun, alangkah terkejutnya saya kerana ternampak dua pasang kaki dalam keadaan cukup rapat ketika menjengah dari bahagian bawah salah satu tandas wanita," katanya. Menurutnya, selepas dipaksa membuka pintu, mereka mendapati kedua-dua remaja terbabit sedang berada dalam tandas berkenaan dalam keadaan mencurigakan. "Melalui penjelasan diberikan kedua-duanya, difahamkan remaja perempuan yang sedang menuntut dalam tingkatan satu itu berasal dari taman sekitar kawasan ini, manakala si lelaki pula datang dari Seremban Dua yang terletak lebih kurang 6.3 kilometer dari tempat kejadian. "Mereka juga merayu agar tidak diserahkan kepada pihak berkuasa dan mengaku tidak akan mengulangi kesalahan sama pada masa akan datang," katanya yang menjelaskan, ibu remaja perempuan itu sampai di lokasi lebih kurang 45 minit kemudian selepas dihubungi anaknya. Katanya lagi, si ibu langsung tidak menyangka akan berlaku demikian, memandangkan anaknya ada meminta izin untuk keluar dengan alasan mahu pergi bersiar-siar. Kekecohan juga hampir berlaku apabila bapa kepada remaja lelaki terlibat yang tiba beberapa minit kemudian, naik angin dan mengugut mahu memukul Sinar Harian yang cuba mendapatkan maklumat. "Kau siapa? Jangan kurang ajar! Aku belasah kau nanti," demikian herdik lelaki dalam lingkungan 40-an itu kepada Sinar Harian, semalam yang kemudiannya meminta maaf dan mengaku tertekan dengan perbuatan anaknya. Tinjauan Sinar Harian, semalam mendapati, kedua-dua remaja itu diserahkan kepada ibu bapa masing-masing dan tidak membabitkan pihak berkuasa. Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Nusari Aman 2 (Natra), Terence Santhanam Beh, 41, berkata, beliau hanya mengetahui insiden itu selepas dimaklumkan oleh beberapa penduduk. "Kita kesal dengan kejadian sebegini, lebih-lebih lagi berlaku pada hari Jumaat yang mulia. Kita harap, ibu bapa akan dapat mengawasi anak-anak mereka bagi mengelakkan kejadian seperti ini berulang," katanya. | Artis wanita tak malu berpelukan dengan lelaki dalam majlis Posted: 13 Jun 2014 10:01 PM PDT | Sekadar gamar hiasan |
SS sebenarnya suka dengan seorang selebriti ini, biarpun penampilannya seksi, dia jarang dihambat kontroversi yang boleh merosakkan reputasi dirinya. Malah, memang jarang kita mendengar perkara tidak baik mengenai kisah peribadinya apatah lagi tentang karier seninya. Namun, baru-baru ini, ketika teman SS menghadiri sebuah majlis dia bertemu selebriti ini dan tidak menyangka dia berani melakukan perbuatan yang menyakitkan mata. Menurut teman SS, selebriti berkenaan datang bersama seorang teman yang pada mulanya teman SS sangkakan teman biasa saja. Tetapi, apabila semakin lama berada di situ mereka semakin ligat dan berani menunjukkan aksi mesra di depan khalayak. Teman SS yang berada di situ sudah mula naik meluat, daripada duduk berjauhan, mereka semakin intim dan mula berpelukan seperti tidak mempedulikan orang lain yang ada di situ. Geram juga teman SS melihat gelagat mereka berdua. Kata teman SS, selebriti itu seperti tidak peduli apabila orang ramai mula memerhatikannya. Bagi mengelakkan dirinya terus menjadi perhatian, dia melepaskan pelukan itu. Namun apabila orang ramai terleka dengan persembahan yang disediakan ketika itu dia mula buat perangai lagi. Teman SS terpinga-pinga juga kerana tidak faham mengapa selebriti berkenaan bersikap demikian. Walaupun majlis yang dihadirinya bukanlah majlis rasmi tetapi janganlah sampai tidak menghormati orang lain. Sudahlah dia hadir dengan penampilan seksinya, buat pula aksi menyakitkan mata. Ibarat sengaja mencari publisiti murahan pula, keluh teman SS. SS kadang kala terfikir juga mungkin apa yang dia lakukan hanya perkara biasa yang menurutnya kalau dia bersikap begitu orang tidak perasan disebabkan dia kurang popular. Tidak SS nafikan, walaupun sudah lama berada dalam industri ini masih ada lagi yang tidak mengenali selebriti berkenaan kerana itulah dia agaknya ambil kesempatan buat perangai sebegitu. SS@Harian Metro | Wanita diperkosa bergilir-gilir di balai polis Posted: 13 Jun 2014 09:01 PM PDT Lucknow: Seorang wanita semalam mendakwa dirogol empat anggota polis di sebuah balai di Uttar Pradesh. Kejadian itu ialah kes terbaru dalam siri serangan seksual yang mengejutkan di India. Menurut wanita itu, dia pergi ke balai di daerah Hamirpur malam Isnin lalu untuk meminta suaminya dibebaskan dari lokap sebelum dia diserang polis yang berada di situ. "Pada 11.30 malam (waktu tempatan) ketika tiada orang di situ, keempat-empat anggota itu membawa saya ke sebuah bilik dan merogol saya bergilir-gilir," katanya. Wanita berkenaan melaporkan kejadian berkenaan kepada seorang pegawai kanan kelmarin dan mendakwa ia berlaku selepas dia enggan memberi rasuah yang diminta untuk membebaskan suaminya. Jurucakap polis, Virendra Kumar Shekhar berkata, siasatan akan dijalankan bagi mengenalpasti dan menahan suspek terbabit. "Kami akan mengikut prosedur, mangsa sudah membuat laporan dan mereka yang bersalah akan ditahan tidak lama lagi," katanya, semalam. Sub-Inspektor Balbir Singh berkata kes membabitkan empat pegawai dari balai berkenaan diletakkan di bawah kes jenayah. Kes serangan seksual terbaru di Uttar Pradesh itu meningkatkan lagi tekanan politik ke atas ketua menterinya, Akhilesh Yadav. Hujung bulan lalu, dua gadis berusia 12 dan 14 tahun dirogol beramai-ramai sebelum dibunuh dan mayat mereka digantung pada pokok. Kejadian berlaku selepas mereka keluar untuk membuang air di kawasan lapang kerana rumah mereka tidak mempunyai tandas. Keluarga mereka enggan menurunkan mayat berkenaan sebagai tanda protes kepada polis yang enggan bertindak kerana gadis itu datang dari keluarga kasta rendah. Perdana Menteri Narendra Modi kelmarin menggesa semua ahli politik bekerjasama bagi melindungi wanita, kenyataan pertamanya sejak kejadian itu. - AFP | Anggota ISIS Dan Pengebom Berani Mati Pertama Di Malaysia Posted: 13 Jun 2014 08:31 PM PDT | Ahmad Tarmimi Maliki, dikatakan rakyat Malaysia pertama menjadi pengebom berani dan bertanggungjawab terhadap serangan di ibu pejabat SWAT di Iraq pada 26 Mei. |
PETALING JAYA: Setahun yang lalu, Ahmad Tarmimi Maliki berusia 26 tahun dan merupakan seorang pekerja kilang yang pendiam. Kini, dia 'diangkat' sebagai pengebom berani mati yang pertama di Malaysia yang mempunyai kaitan dengan kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS). Dia mendapat 'penghormatan' itu apabila meletupkan 25 askar elit Iraq di ibu pejabat SWAT Iraq di al-Anbar pada 26 Mei. Laporan menyatakan bahawa Ahmad Tarmimi, yang menerima latihan militan di Port Dickson pada akhir tahun lepas, memandu kenderaan SUV tentera dipenuhi dengan bertan-tan bahan letupan menuju ke ibu pejabat SWAT dan meletupkan dirinya. Pengeboman didahului dengan serangan ke atas ibu pejabat komando ISIS. Pembabitannya telah disiarkan dalam laman web rasmi ISIS dengan tajuk, "Mujahidin Malaysia Terkorban Dalam Operasi Mati syahid" dengan gambarnya juga dipaparkan. Laporan itu juga menyatakan bahawa militan ISIS telah merampas senjata besar dari tempat persembunyian di ibu pejabat. Ia menerangkan Ahmad Tarmimi sebagai pengebom berani mati yang pertama di Malaysia di Iraq. Ahli keluarga Ahmad Tarmimi berkata pertemuan terakhir mereka adalah pada bulan Mac sebelum dia berlepas ke Timur Tengah untuk melanjutkan pengajian dalam bidang pengajian Islam. Dia telah bekerja di sebuah kilang di Selangor sejak 2012. Walaupun tidak menunjukkan reaksi pelik, Ahmad Tarmimi menjadi semakin warak dan lebih berahsia, kata keluarganya. Dari posting Facebook, diifahamkan Ahmad Tarmimi pertama kali memasuki Syria melalui Turki sebelum berakhir di Iraq, tempat di mana dia menjadi pengebom berani mati. Sumber berkata rangkaian ISIS mempunyai hubungan tempatan di Asia Tenggara, termasuk Indonesia, dan banyak anak muda telah terjebak untuk berperang dan sanggup mati untuk saudara-saudara Islam mereka di Timur Tengah. ISIS telah ditubuhkan pada April 2013 dan berkembang daripada kumpulan al-Qaeda di Iraq. Menurut kajian dan analisis keganasan (http://www.trackingterrorism.org), ISIS mempunyai sumber kewangan yang meluas (kebanyakannya diperolehi daripada aktiviti jenayah terancang yang dikatakan dalam bidang kawalan dan dana diaspora serta penaja kewangan yang tidak dikenali dari negara Teluk) dan juga modal insan yang membolehkan operasi di pelbagai lokasi. Ini dilihat dalam serangan yang dilaksanakan di kawasan yang dianggap sebagai kawasan utama Syiah di Iraq, seperti Najaf, Karbala, Kut dan Wasit dan juga pengeboman di Baghdad (Iraq). Sejak itu ISIS telah menjadi salah satu daripada kuasa utama untuk melancarkan serangan terhadap tentera kerajaan di Syria dan Iraq. Laporan mendedahkan bahawa huruf 'S' yang terakhir dalam singkatan ISIS itu dikaitkan daripada perkataan Arab "al-Sham". Ia mungkin merujuk kepada Levant, Syria atau Damsyik tetapi dalam konteks jihad global, ia merujuk kepada Levant, kawasan yang kini terdiri daripada Cyprus, Israel, Jordan, Lebanon, Syria, Palestin dan sebahagian daripada selatan Turki. Organisasi ini diketuai oleh Abu Bakr al-Baghdadi. Tidak banyak yang diketahui tentang latar belakangnya, tetapi dipercayai dia dilahirkan di Samarra, utara Baghdad, pada tahun 1971. | Lemas termakan pujuk Posted: 13 Jun 2014 08:01 PM PDT Muar: Gara-gara termakan pujukan rakan yang mengajaknya mandi, seorang remaja menemui ajal akibat lemas selepas beberapa minit terjun ke dalam Sungai Muar di jeti nelayan Kampung Parit Tiram, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 7.02 malam itu, Muhammad Afiq Izauddin Mohd Hafizan (gambar kecil), 13, dalam perjalanan ke Surau Kampung Parit Tiram untuk menunaikan solat Maghrib berjemaah sebelum terserempak dengan dua rakannya mandi di sungai berkenaan. Dia pada mulanya dikatakan enggan mandi kerana ingin menunggu masuk waktu Maghrib, namun mengubah fikiran selepas dipujuk rakannya. Ibunya, Siti Maslina Talib, 37, berkata, ketika kejadian dia bekerja di sebuah pasar raya di bandar ini sebelum menerima panggilan telefon dari suaminya memberitahunya insiden terbabit. | ANGGOTA bomba bersama penduduk kampung menolong mengangkat mayat mangsa.
|
"Saya bergegas ke lokasi kejadian dan sebaik tiba, jiran memaklumkan anak saya terjun ke dalam sungai untuk mandi bersama dua rakannya. "Dia dikatakan terkapai-kapai meminta tolong apabila berenang di kawasan yang dalam sebelum dilihat tenggelam," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, kelmarin. Menurutnya, tiga hari sebelum kejadian, dia menyedari perangai anaknya berubah kerana asyik bertanya soalan sama berulang kali. "Kebelakangan ini dia juga agak pendiam dan kurang makan. Tetapi, dia tetap ke surau seperti biasa untuk berjemaah pada waktu Maghrib dan Isyak. "Dia seorang anak yang baik dan akan bersalam dan mencium saya ketika keluar bekerja seterusnya melambai saya dari atas rumah. Namun, saya sungguh tidak menyangka, malam Nisfu Sya'aban adalah malam terakhir baginya. "Saya tidak dapat mengawal perasaan sebaik tiba di lokasi kejadian. Mujur ada jiran dan ahli keluarga menenangkan saya kerana tidak berdaya untuk menerima hakikat, tetapi akhirnya saya reda dengan pemergian anak kesayangan," katanya. | Sebarkan identiti Cina bedebah ini! Posted: 13 Jun 2014 07:01 PM PDT Dalam tempoh dua minggu ini, seorang pengguna Facebook yang membuka akaun atas nama COW JACK telah mengeluarkan pelbagai kenyataan-kenyataan mengarut yang memaki hamun Islam, Melayu, Raja-Raja Melayu, al Quran, Nabi Muhammad s.a.w dan Allah Taala. Cubaan untuk menyemarakkan api kebencian dan merangsangkan sentimen perkauman dilihat jelas dalam kenyataan-kenyataan yang dibuatnya. Menariknya, tentera RBA ini barangkali tidak sedar bahawa jejaknya boleh dikesan kerana menyangkakan, dia akan bebas daripada sebarang tuduhan jenayah. Namun anggapannya itu salah sama sekali. Walaupun dia mungkin menggunakan gambar individu lain untuk tujuan menyamar, namun butiran yang diperolehi berdasarkan rekod-rekod rasmi, pastinya akan membuatkan dia tidak senang duduk dan barangkali juga terpaksa menggunakan alasan, 'AKAUN FACEBOOK SAYA TELAH DICEROBOH', atau 'SAYA TIDAK BERSALAH'. Berikut adalah butiran-butiran peribadinya. Sumber | BN Selangor beri laluan PAS bentang hudud Posted: 13 Jun 2014 06:31 PM PDT | MOHD. Shamsudin |
KUALA SELANGOR 13 Jun - Wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Selangor hari ini bersetuju menarik semula usul meminta kerajaan negeri mengkaji kebarangkalian pelaksanaan hudud di negeri ini yang sepatutnya dibentangkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Isnin ini. Penarikan balik usul itu menurut Ketua Pembangkang DUN negeri, Datuk Mohd. Shamsudin Lias dibuat bagi memberi peluang kepada 15 wakil rakyat daripada Pas negeri mengemukakan sendiri usul berkaitan hukum hudud di Selangor yang merupakan antara agenda serta matlamat besar dalam perjuangan parti itu selama ini. Selain menjadi dasar perjuangan Pas, beliau melihat isu hudud juga menjadi bahan kempen yang sering dilaung-laungkan oleh parti itu terutamanya ketika pilihan raya. "Justeru, dalam perbincangan dengan wakil-wakil rakyat BN semalam, kita putuskan untuk menarik balik usul berkenaan yang sepatutnya dibentangkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar, Kamarol Zaki Abdul Malik dalam sidang DUN nanti. "Usul itu dilihat bukanlah untuk mengemukakan rang undang-undang mengenai pelaksanaan hudud di Selangor. Sebaliknya, usul itu lebih menjurus kepada pertanyaan mengenai pendirian kerajaan negeri sama ada mahu melaksanakan hukum hudud di negeri ini termasuklah mungkin akan mengadakan kajian atau pandangan rakyat mengenai pelaksanaan hukum itu. "Oleh kerana hudud merupakan agenda Pas, maka biarlah parti itu mengusulkan pelaksanaan hukum itu di Selangor. Kita lihatlah sejauh mana kebertanggungjawaban Pas dalam merintis pelaksanaan hudud di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas meninjau kawasan tapak projek Hybrid Off River Augmentation System (HORAS) di Bestari Jaya, di sini hari ini. Yang hadir sama meninjau tapak projek tersebut ialah ADUN Permatang, Sulaiman Abdul Razak; ADUN Dengkil, Mohd. Shahrum Mohd. Sharif; ADUN Kota Damansara, Halimaton Saadiah Bohan dan ADUN Sungai Air Tawar, Kamarol Zaki. Dalam pada itu, Mohd. Shamsudin yang juga ADUN Sungai Burong mahu Pas khususnya di Selangor lebih bertanggungjawab dalam setiap tindak-tanduk serta janjinya kepada rakyat untuk menubuhkan negara Islam termasuklah melaksanakan sistem perundangan Islam sekiranya diberikan mandat mentadbir negara atau negeri. "Di Kelantan, kerajaan negeri itu dilihat membawa sendiri usul untuk melaksanakan hudud. Sepatutnya Pas Selangor yang telah mendapat mandat mentadbir negeri ini perlu melaksanakan usaha yang sama, selaras dengan agenda perjuangan parti itu sendiri. "Jangan hanya bercakap. Pas Selangor yang mentadbir negeri ini kena tunjukkan komitmen serta pendirian mereka dalam pelaksanaan hudud dengan mengadakan kajian, penilaian persepsi rakyat dalam kalangan orang Islam dan bukan Islam selain menyediakan penelitian teknikal melibatkan pembuktian, pendakwaan dan hukuman melibatkan kes-kes syariah," jelasnya. Sementara itu, Sulaiman meminta Pas tidak menjadikan alasan kononnya tidak cukup suara dalam DUN untuk membentangkan usul menyatakan pendirian atau mengadakan kajian mengenai pelaksanaan hudud di Selangor. "Selain Pas ada 15 kerusi DUN, Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga mempunyai 10 ADUN beragama Islam dalam DUN Selangor termasuklah 12 orang ADUN Islam daripada BN. Sekiranya Pas mengusulkan kajian hudud itu, mungkin kesemua ADUN beragama Islam boleh memberikan pertimbangan," ujarnya. Utusan | Hudud: Nik Aziz 'sound direct' Dyana Sofya Posted: 13 Jun 2014 06:10 PM PDT KOTA BHARU – Murysidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, antara perkara dijelaskannya semasa pertemuan dengan Dyana Sofya Mohd Daud semalam adalah kesilapan calon DAP itu menyatakan pendiriannya mengenai hudud ketika kempen PRK Teluk Intan baru-baru ini. Menurutnya, Dyana sepatutnya ambil langkah lebih berstrategi atau hanya berdiam diri daripada mengeluarkan kenyataan berkaitan isu yang boleh dijadikan bahan polemik. "Dyana salah dari segi tekniknya. Di peringkat awal kenyataan dia terus sebut tolak hudud. Dari segi teknik tidak betul. Kalau buat senyap atau sebut akhir-akhir, apa salahnya," katanya kepada media selepas menyampaikan kuliah mingguan di Medan Ilmu, hari ini. Beliau mengulas pertemuannya dengan Dyana yang mengiringi Penasihat DAP, Lim Kit Siang hadir di pejabatnya semalam, bagi memperjelaskan beberapa isu dibangkitkan pada PRK Teluk Intan dua minggu lalu. Dalam pada itu, Nik Aziz berkata, kenyataan Dyana mengenai hudud telah dimanipulasikan sehingga calon DAP itu dilihat seolah-olah menentang hudud. "(Yang Dipertua Pas Kawasan Kota Bharu) Datuk Wan Abdul Rahim (Wan Abdullah) cuma cakap sebagai orang Islam dia tidak boleh tolak hudud tapi parti tolak hudud, maka dia terimalah, cuma wartawan sahaja yang tidak menekankan apa yang disebut, sedangkan saksi (Wan Abdul Rahim) ada," katanya. | Piala Dunia: Peminat Jepun malu dengan prestasi Pengadil Nishimura Posted: 13 Jun 2014 05:45 PM PDT TOKYO - Peminat bola sepak di Jepun berasa malu terhadap prestasi pengadil dari negara mereka, Yuichi Nishimura yang menimbulkan kontroversi apabila dilihat membantu pasukan Brazil memenangi perlawanan pembukaan Piala Dunia 2014 dengan menewaskan Croatia 3-1, sekali gus menjejaskan pertandingan berprestij itu. Media sosial di Jepun mempertikai keputusan Nishimura menghadiahkan penalti kepada Brazil yang telah mengubah keseimbangan perlawanan yang sepatutnya sengit. Beberapa gambar pengadil yang digubah menunjukkan pengadil itu menyarung jersi Brazil turut dimuat naik ke laman sosial. "Terdapat banyak pihak yang mengkritik prestasi Nishimura, tetapi memang betul. Itu bukanlah penalti. Rasa kasihan kepada Croatia," menurut seorang penyokong Jepun dengan nama @shinokc di laman Twitter. Seorang yang menggunakan nama @tonbuhin di laman Twitter pula memanaskan lagi keadaan dengan menyatakan jika Brazil menjulang piala tersebut, maka orang dari seluruh dunia akan mengatakan bahawa Nishimura merupakan Pemain Paling Bernilai (MVP). Dalam perlawanan tersebut, pengadil berusia 42 tahun itu membatalkan gol Croatia dan sepatutnya melayangkan kad merah kepada bintang Brazil, Neymar kerana menyiku Luka Modric. Nishimura menjadi pengadil perlawanan antarabangsa sejak 2004, dan telah mengadili beberapa pertandingan termasuk Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan. Pada Piala Negara-negara Afrika 2008, Nishimura telah ditolak pemain-pemain Angola dalam perlawanan 'panas' suku akhir dengan Mesir tetapi gagal untuk melayangkan kad merah kepada sesiapa dan pengadil itu tidak muncul bagi baki perlawanan dalam pertandingan tersebut. Pada 2010, penyokong Congo tidak berpuas hati dengan prestasi Nishimura dalam satu perlawanan Piala Kelab Dunia dan tersalah sasaran apabila merosakkan restoran Cina di negara mereka untuk membalas dendam. - AFP Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140614/sl_03/Peminat-Jepun-malu-dengan-prestasi-Nishimura#ixzz34Z0wiCGa © Utusan Melayu (M) Bhd | ‘Jurujual’ cabul gadis dalam rumah Posted: 13 Jun 2014 05:05 PM PDT Sandakan: Seorang 'jurujual' salur gas memasak yang meminta izin untuk melakukan pemeriksaan dapur gas di rumah didiami seorang gadis berusia 15 tahun dikatakan mengambil kesempatan mencabul gadis terbabit dalam kejadian di Kampung Sim-Sim, di sini, Rabu lalu. Sebelum kejadian, mangsa berada di rumah bersama ibu dan adik perempuannya sebelum didatangi seorang lelaki berusia 20-an yang berpura-pura mahu memeriksa saluran gas memasak, jam 1 petang. Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa mengizinkan suspek masuk ke dalam rumah dan mereka terus menuju ke dapur. Menurut sumber, pada mulanya, suspek mengajar mangsa cara menguruskan paip gas sambil berdiri di belakang gadis berkenaan. "Namun, tiba-tiba suspek memegang tangan mangsa dan terus mencabulnya. "Terkejut diperlakukan sedemikian, mangsa berlari ke ruang tamu manakala suspek dipercayai terus menghilangkan diri," katanya. Katanya, bimbang dimarahi, mangsa tidak melaporkan kejadian itu dan hanya menceritakannya sehari selepas itu. Bapa mangsa yang terkejut sebaik dimaklumkan mengenai perkara itu membawa mangsa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan untuk membuat laporan. Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan Superintendan Fadzil Mohd Ali berkata, sebaik menerima maklumat, sepasukan polis melakukan siasatan. "Mangsa mendakwa tidak mengenali suspek, namun mampu mengecam wajahnya. "Polis berjaya menahan seorang lelaki di Jambatan 14 Kampung Sim-Sim, di sini, jam 10.50 pagi tadi (semalam) bagi membantu siasatan," katanya. Fadzil berkata, suspek yang bekerja sebagai jurujual ditahan reman empat hari. | Piala Dunia: (Kumpulan B) Chile kejutkan Australia Posted: 13 Jun 2014 04:56 PM PDT Chile kejutkan Australia 3-1 | PENYERANG Chile, Alexis Sanchez menyambut gol jaringannya dalam aksi Kumpulan B ketika menentang Australia di Pantanal Arena di Cuiaba. - Foto AFP | | Terbuka Jepun: Chong Wei lega, Lin Dan hampa Posted: 13 Jun 2014 04:45 PM PDT Kuala Lumpur: Pertemuan sulung antara Datuk Lee Chong Wei dan Lin Dan tahun ini tidak menjadi kenyataan apabila kedua-duanya mengalami nasib berbeza di pusingan suku Siri Super Terbuka Jepun 2014 semalam. Chong Wei yang diletakkan sebagai pilihan pertama kejohanan terpaksa berhempas pulas semalam sebelum menewaskan pemain Indonesia, Tommy Sugiarto 21-15, 12-21, 21-17. Lin Dan yang beraksi dari peringkat kelayakan ditunjukkan jalan keluar oleh pemain Denmark, Jan O Jorgensen selepas tewas 19-21, 21-13, 16-21. Turut mengalami nasib sama seorang lagi pemain China, Chen Long apabila tewas mengejut di tangan pemain Hong Kong, Hu Yun 21-18, 19-21 15-21. Menanti Chong Wei di separuh akhir hari ini pemain Jepun, Kenichi Tago yang menewaskan wakil Denmark, Hans-Kristian Vittinghus 21-16, 16-21, 21-13. Pasangan beregu lelaki negara, Hoon Thien How-Tan Weei Kiong yang juga pilihan ketujuh terkandas apabila kalah kepada gandingan nombor satu dunia dari Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 16-21, 19-21. Menurut jurulatih perseorangan negara Tey Seu Bock, walaupun Chong Wei berjaya mencatat kemenangan, fokus pemain nombor satu dunia itu sedikit terganggu hingga mengheret perlawanan ke rubber set. "Bukan mudah buatnya untuk bermain dengan pergerakan bulu tangkis yang perlahan, seterusnya menghasilkan banyak permainan rali antara kedua-dua pemain," katanya. Bagaimanapun, di set penentuan Chong Wei berjaya fokus semula terutama ketika di mata ke-11 dan tidak menoleh ke belakang untuk menempah tempat ke separuh akhir. "Dia memang melakukan banyak kesilapan terutama di set kedua dan saya lihat keyakinannya juga seolah-olah hilang hingga membenarkan lawan mengatasinya," kata Seu Bock. | |