Barisan Nasional

Dicatat oleh Unknown | | Posted On Khamis, 16 Februari 2012 at 1:15 PTG

sumber :-

Barisan Nasional


Apa Yang Tersirat

Posted: 16 Feb 2012 01:07 PM PST

Apa Yang Tersirat


Projek Baja bernilai RM4.5 bilion dibina di Sipitang-Sabah

Posted: 16 Feb 2012 02:23 AM PST

SIPITANG (Sabah): Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Projek Ammonia Urea Sabah (SAMUR) PETRONAS bernilai RM4.5 bilion, sebagai pembuka tirai kepada satu era baharu untuk negeri Sabah dan rakyatnya.

"Projek Samur bukan calang-calang projek. Projek ini merupakan projek berskala dunia, yang akan dibina di Sipitang ini," kata Najib ketika berucap pada majlis pecah tanah projek itu, di sini Khamis.

Turut hadir ialah Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS Datuk Shamsul Azhar Abbas dan Pengerusi PETRONAS Chemicals Group Bhd Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin.

Najib berkata nilai eksport dari kilang yang akan menghasilkan 1.2 juta tan urea setahun ini, dijangka mencecah US$4.8 bilion setiap tahun.

"Kita dapat bayangkan apabila Projek Samur ini terlaksana, ia bererti kawasan Sipitang ini berada dalam ambang perubahan yang besar. Detik transformasi langsung yang begitu mendadak dalam beberapa tahun akan datang," katanya.

Perdana Menteri berkata kawasan seluas 2,000 ekar sudah dikenal pasti untuk dimajukan sebagai kawasan industri minyak dan gas serta industri sampingannya di sekitar Sipitang.

Beliau juga berkata pemilihan Sipitang juga adalah berikutan kedudukan strategiknya berdekatan Kota Kinabalu dan Brunei serta potensi laut dalamnya.

Najib yang juga Menteri Kewangan turut diberi jaminan oleh PETRONAS bahawa lebih 80 peratus tenaga kerja Projek Samur ini terdiri daripada anak-anak Sabah.

Katanya sebuah pusat latihan tetap bagi melatih bakal tenaga kerja dalam kalangan anak-anak Sabah sedang dibina dan dijangka siap pada suku kedua tahun depan.

Ketika ini katanya, seramai 24 orang anak tempatan sedang mengikuti latihan di pusat latihan sementara di Membakut dan dijangka menamatkan latihan pada Julai 2013.

Pengambilan kedua seramai 20 orang lagi akan dilakukan pada Julai tahun ini, katanya.

Menurut PETRONAS, Projek SAMUR dijangka memerlukan kira-kira 3,000 hingga 4,500 pekerja, khususnya semasa fasa kemuncak pembinaan Kompleks itu.

Najib turut menyeru rakyat Sabah supaya tidak melepaskan peluang merebut kesan limpahan pembangunan daripada Projek Samur ini.

"Kita tidak merancang untuk menjadikan kilang berskala dunia ini sebagai sebuah pulau dari rakyat tempatan. "Kita adakan rantaian (aktiviti). Kita mahu dan akan pastikan kesan, rahmat akan diagih kepada rakyat tempatan," katanya.

Najib turut mengumumkan bahawa kontraktor yang dipilih untuk projek itu akan memulakan kerja persediaan akhir bulan ini.

Ketika ini, PETRONAS sedang bekerjasama dengan Kerajaan Negeri untuk mengenal pasti syarikat-syarikat di Sabah yang berkelayakan untuk turut serta dalam pembangunan projek-projeknya.

Syarikat pengeluar minyak itu berkata penyertaan dan pendedahan syarikat-syarikat tempatan dalam pelaksanaan projek-projeknya akan meningkatkan keupayaan dan pengalaman mereka dan seterusnya membuka lebih banyak peluang untuk mereka dalam industri-industri berkaitan.

Kompleks Projek Samur itu dijangka siap pada 2015. - BERNAMA

Lim Guan Eng dengan gadis melayu

Posted: 15 Feb 2012 06:42 PM PST

 Mengikut mitos DAP, maruah seorang gadis Melayu dipertahankan oleh wira parti tersebut yang begitu sayang kepada kaum Melayu dan Muslim. Baca SINI

Nenek gadis itu pernah membuat pengakuan bahawa cucunya ditiduri 14 lelaki. Bapa gadis itu pula merelakan anaknya dimasukkan ke pusat pemulihan akhlak selama tiga tahun.

Namun fakta hukuman penjara Guan Eng ibarat mantera keramat bagi penyokong DAP yang mengucapnya bagai ayat suci.

Ahli-ahli DAP bertanggapan pihak mereka semestinya murni dan mulia manakala pihak lawan adalah kotor, korup dan menjijikkan.

Politikus DAP ada yang menuduh blogger pro-Umno rendah akhlak (baca SINI), ada yang menuduh wartawan "pelacur" (SINI) dan ada yang tak putus-putus mencemuh perilaku seks Chua Soi Lek.

Seorang bekas pengarang Jackson Ng, misalnya, mendakwa Chua tidak layak bercakap tentang hudud serta memberi jolokan "zina Chua" kepada presiden MCA itu (SINI) sementara Hannah Yeoh menyelar "penzina-penzina BN" (SINI) di perhimpunan agung DAP bulan lepas.

Semalam seorang wartawan 'malaikat' – yakni penulis yang berakhlak tinggi di kacamata orang DAP – dalam rencananya 'Corruption is the issue, not hudud' (Feb 15) menjangka Chua akan membangkitkan isu hudud dalam perbahasannya dengan Guan Eng pada Sabtu ini.

Wartawan itu merumuskan:

[Chua Soi Lek] "has always been trying to bait Lim [Guan Eng] to state DAP's stand on the implementation of hudud which is actually a non-issue".
"the bottom line is that it will never be implemented"
"Thus if Chua brings up this issue, it is only due to his intention to sidetrack Lim with the purpose of trying to create animosity between PAS and DAP."
"This line of sloganeering ['a vote for DAP is a vote for PAS and hudud'] by MCA is to scare the Chinese into voting for BN. Moreover, MCA has no campaign issues except hudud."



Komen pembaca di rencana FMT, 'Corruption is the issue, not hudud'

Baguslah kalau wartawan pro-Pakatan berpendapat bahawa hudud bukan isu.

Lagi bagus bila peminat Guan Eng sendiri yang menyerunya untuk menyatakan secara terus-terang bahawa DAP tidak membantah hudud serta tidak mempertikaikan undang-undang Islam itu.

Kini orang DAP kerap mengatakan mereka beserta ramai rakan-rakan Cina yang lain sudah memberi sokongan mantap kepada DAP untuk menyokong PAS supaya hukum-hukum hudud boleh dilaksanakan.

Kalau DAP menyetujui hudud, maka parti itu juga mempersetujui idea sesiapa yang bersabit kesalahan zina hendaklah disebat.

Dari segi teori, ini mungkin membabitkan gadis Melayu yang dulunya dibela Guan Eng itu.

Guan Eng sering dipuji kerana kononnya dia prihatin terhadap nasib seorang Melayu-Islam sampailah disumbat ke dalam penjara kerana keprihatinannya. Adakah waktu itu 'Khalifah Umar Lim' konsisten dalam menyokong hudud dan hukuman sebat untuk zina?

Kalau DAP sokong hudud, perkara apa yang sebenarnya dibela Guan Eng di Melaka dulu?

Nenek disangka gadis-gagal dapat bantuan BR1M

Posted: 15 Feb 2012 03:10 PM PST

Kangar. Warga emas, Puan Ahmad menunjukkan kad pengenalan yang menimbulkan pelbagai kesulitan kepadanya gara-gara tersalah catatan mengenai tarikh lahirnya. Warga emas itu mempunyai empat anak berusia 58 dan 70 tahun serta 19 cucu dan 47 cicit, namun tarikh lahir pada MyKad miliknya menunjukkan beliau adalah gadis sunti yang akan menyambut hari jadi ke-16 pada 12 April ini. Foto BERNAMA

waadat

Posted: 16 Feb 2012 01:05 PM PST

waadat


sah-sah fitnah

Posted: 16 Feb 2012 06:57 AM PST

Dalam kes tuduhan liwat ke atas Anwar, ia mungkin fitnah dan mungkin juga betul. Namun bagaimana dengan mengubah foto di bawah?

Najib di'nandek'kan 

Gambar asal

Bagaimana rakyat hendak mengundi pembangkang jika begini caranya berkempen? Menurut Panglima Perang Cyber foto ini disiar oleh Twitter pro PKR bernama Kamal Zakariah.

Kamal Zakariah boleh menafikan tuduhan ini dengan cara menghubungi terus Demang di 0194402211. Jika tidak, mungkin ada pihak lain yang akan menghubungi beliau. Jika itu berlaku, jangan salahkan sesiapa.

Berani buat berani tanggung, ye...

Kenyataan Anwar di Indonesia

Posted: 16 Feb 2012 04:52 AM PST

Tengahari tadi Demang menulis tentang golongan atheis baru yang galak memperjuangkan kebebasan dalam semua aspek. Lihat sini.

Demang mengungkap tentang keghairahan kelompok tersebut bagi mendapatkan kebebasan mutlak yang tidak sahaja merosakkan diri mereka sendiri malah akan menghancurkan negara seterusnya ketamadunan manusia.


Apapun kenyataan Anwar pada media Indonesia ini memang memeranjatkan.

http://anginperubahan.blogspot.com/2012/02/homoseksual-tidak-perlu-dihukum-kata.html?m=1
posted from Bloggeroid

bongkar: Anwar akan dihapuskan setelah misi selesai

Posted: 15 Feb 2012 09:34 PM PST

Nampaknya para pendokong PKR sudah membuka topeng masing-masing. Mereka bukan lagi sekadar menyokong Anwar. Bukan setakat untuk menjatuhkan kerajaan BN dan tidak juga semata-mata untuk jawatan dan harta.


Jika hanya untuk itu semua sudah tentu mereka tidak perlu bersusah payah menongkah arus. Mereka boleh ikut langkah Ezam dan Zulkifli Nordin yang kembali ke arus perdana untuk berjuang dari dalam.

Agenda kumpulan tersebut jauh lebih besar daripada yang kita jangka. Mereka memperjuangkan kebebasan yang tiada batasnya apatah lagi yang dirujuk sebagai kekangan agama.

Ya. Kebebasan.

Lihat video peguam wanita PKR yang membantah ekstradiksi kolumnis Arab yang menghina Islam dan amati perkataan apakah yang sering diulang-ulang? KEBEBASAN! 

Justeru kita lihat kebanyakan pendokong kumpulan ini adalah manusia yang kita tidak pasti jati dirinya.
Manusia yang aneh dan janggal. 

Lihat sahaja Raja Petra, Hishamudin Rais, Thian Chua, dan Ambiga. Siapakah mereka dalam masyarakat perdana? Mereka adalah gelandangan tak bertuan yang membangsat tanpa tujuan. Mereka memperjuangkan kebebasan sehingga haiwan pun merasa pelik dan syaitan pun terpegun.

Kumpulan tersebut cerdik dalam bidang mereka. Cekap menempatkan diri dalam situasi yang mampu merugikan lawan.

Lihat bagaimana RPK membuka rahsia Anwar dan membuat laporan terhadap penyelewengan kerajaan Selangor setelah merobohkan kerajaan asal.

Musuh mereka bukanlah mana-mana manusia. Musuh mereka adalah sistem dan organisasi sedia ada. Itulah sebabnya mereka membenci agama kerana agama berisi peraturan dan arahan yang mengekang kebebasan manusia.

Dalam kelompok mereka tidak ada pengenalan bangsa bahkan juga jantina. Sebarang bentuk klasifikasi adalah menjadi kebencian mereka.

Itu sebabnya PKR menolak perkauman kerana setiap kaum terbendung dalam budaya.

Manusia sepatutnya bebas sebebas-bebasnya.

Mereka bukan komunis dan tidak juga sosialis. Mereka pemuja material tetapi membenci kapitalis kerana kapitalisme masih lagi berupa sebuah sistem.

Jika kita ingin mencari persatuan mereka, kita akan hampa. Manusia seperti mereka tidak mungkin ada persatuan atau pertubuhan. Bahkan kita amat ragu samada mereka masih mempunyai tuhan.

Manusia seperti mereka berada di mana-mana. Mereka memperjuangkan kebebasan dalam semua perkara. Mereka adalah parasit yang berada dalam sesuatu pertubuhan bagi menghancurkan pertubuhan itu.
Sementara itu selagi mampu mereka akan menjadikan pertubuhan yang mereka tumpang itu sebagai platform bagi melancar serangan terhadap persatuan lain.

Sebagai contoh dalam perkara seks. Mereka berpendapat jika seks adalah fitrah manusia maka ia perlu dinikmati tanpa sebarang peraturan atau hukum. Bagi mereka hubungan seks melalui perkahwinan adalah tradisi yang tidak semestinya dipatuhi. Ia bukan sahaja membosankan bahkan seringkali merugikan satu pihak. Biasanya wanita.

Bagi mereka hubungan seks berlainan jantina hanyalah satu peniruan dan penerusan pada tradisi lapuk. Lihat kenyataan Anwar di India sedikit masa lalu.

Wanita tidak harus selama-lamanya menjadi isteri yang wajib setia hanya pada seorang lelaki. Itulah sebabnya kita dapati kebanyakan daripada penganut fahaman ini giat memperjuangkan hak wanita. Lihat kes terbaru seorang kolumnis di Arab Saudi yang meletakkan Rasulullah setaraf dirinya.

Kelebihan perjuangan mereka ialah saranan mereka dengan mudah menarik peminat dan pengkagum. Manusia yang cenderung pada seni sering terjebak dalam fahaman ini selain golongan muda. Mereka gemarkan kelainan yang tidak terikat dengan tradisi lama.

Salah satu sifat karyawan ialah menghasilkan yang baru dan mengagumi penemuan baru. Maka jangan hairan apabila pendokong kumpulan ini terdiri daripada artis, penggiat seni, pelukis, penulis, bahkan sasterawan.

Setelah kita faham ideologi mereka maka kita akan sedar siapa musuh mereka. Lihat kembali perenggan awal tadi. Ya. Musuh mereka ialah apa sahaja sistem dan siapa sahaja yang mempertahankan sistem.

Justeru peperangan yang berlaku sekarang ialah antara pembina dengan pemusnah.

Pembina sistem di satu pihak dan pemusnah sistem di pihak yang lagi satu.


Siapa pembina sistem?

Bagi orang Islam, Muhammad SAW adalah manusia pertama yang membina semula sistem selepas era jahiliyah. Masyarakat sebelum kerasulan baginda berada dalam sistem yang sedang rosak teruk. Ketika itu wanita setaraf abdi dan pelacur manakala anak perempuan tidak dikasihani selayaknya seorang manusia.

Itulah yang dipanggil zaman jahiliyah.

Jahiliyah bukan bermakna manusia tinggal di dalam gua batu atau di atas pokok bahkan mereka sudah membina bangunan-bangunan besar serta infrastruktur yang lengkap dengan pengairan.

Jahiliyah juga bukan bermaksud bodoh dalam bidang ilmu kerana manusia di zaman itu amat handal dalam kesusasteraan.

Jika Jahiliyah itu bermaksud tiada agama dan tiada tuhan maka itu juga silap. Masyarakat Arab jahiliyah mempunyai agama dan masih ada yang beriman dengan Allah. Ahli kitab.

Mereka dikatakan jahiliyah (lawan bertamadun) kerana mereka tidak lagi berpegang pada sistem yang sempurna. Keluk permintaan dan penawaran mereka berpaksi pada nafsu.

Rasululullah diutus bagi menyusun semula masyarakat dan membaiki sistem sosial yang sudah punah. Anak perempuan dibunuh dan wanita sekadar objek pemuas nafsu lelaki.

Meskipun tradisi perkahwinan masih diteruskan namun institusi kekeluargaan sudah longgar. Lelaki boleh berkahwin sehingga berpuluh perempuan dalam satu masa.

Islam menegaskan bahawa institusi keluarga terdiri daripada seorang suami dan seorang isteri. Jika dua orang isteri masih normal malah tiga masih boleh diterima. Mempunyai empat isteri sudah dikira maksimum manakala lebih daripada itu sudah menjadi haram.

Apabila peraturan tersebut diwartakan para sahabat serta merta menceraikan isteri-isteri mereka sehingga tinggal empat sahaja. Maka bebaslah wanita-wanita janda itu membina kehidupan baru yang lebih teratur.


Namun terdapat pengecualian pada Rasululullah. Hal ini kerana Muhammad sebagaimana budaya lelaki Arab lainnya juga memiliki ramai isteri. Jika ada sahabat yang memiliki 15 orang isteri Muhammad dikatakan mengahwini 10 orang wanita.

Apabila peraturan poligami diperintahkan, Rasululullah tidak boleh membebaskan isteri-isterinya. Hal ini kerana Rasulullah dianggap bapa kepada ummat Islam manakala isteri-isteri baginda adalah ummul mukminin.

Tidak ada muslimin yang sanggup mengahwini ibu atau yang dianggap ibu sendiri. Jika Rasulullah menceraikan isteri-isteri baginda maka itu dianggap zalim kerana janda baginda tidak boleh berkahwin sedangkan ada kalangan mereka yang masih muda.

Demang selitkan isu poligami kerana terdapat musuh Islam yang cuba menggugat hati orang Islam dari sudut itu.


Sistem yang diasaskan Rasulullah SAW diteruskan sahabat baginda yang kemudiannya terkenal sebagai khulafa' Rasyidin. Kemudian disambung dengan bani Umaiyah dan disusuli pula bani Abbasyiah. 

Sistem tersebut bersambung pula dengan kerajaan Andalusia sebelum disambut kesultanan Melaka.

Orientalis barat tidak dapat memadam atau menafikan rekod yang membuktikan Melaka sebagai pusat penyebaran Islam, pusat pentadbiran,  pusat perdagangan,  dan pusat ilmu pengetahuan.


Mereka cuba menghebahkan bahawa Melaka bukan sebahagian daripada sistem kekhalifahan Islam. Maka itu mereka membesar-besarkan kesilapan sultan-sultan Melaka terutamanya Sultan Mahmud.

Pencatat sejarah dunia mengakui Melaka adalah pemegang nadi perdagangan Eropah sehingga digelar Venice Timur. Melaka mampu melumpuhkan kegiatan ekonomi seluruh dunia dengan hanya menutup pintu Selat Melaka.

Fakta tersebut dengan jelas membuktikan bahawa empayar Islam tidak berakhir di Andalusia sebaliknya berpindah ke Melaka. 


Atas faktor itulah tentera salib meneruskan misi ke Melaka sekitar 1511.

Kota Melaka dirampas pada 1511 namun kekhalifahan Islam tidak tumbang. Hakikatnya kesultanan Islam tidak pernah bubar cuma bertukar dinasti. 


Hal ini samalah seperti bani Umaiyah kepada bani Abbasiyah, Fatimiyah, dan Othmaniah.

Sesungguhnya misi Portugal gagal. Belanda juga gagal menguasai keseluruhan empayar Islam Melaka. British cuba menukar strategi namun perang dunia ke-2 membantutkan usaha mereka.

Seterusnya British menggunakan muslihat melalui rancangan Malayan Union bagi memusnahkan sistem pemerintahan khalifah Islam.


Allah Taala memelihara kita.




Bersambung:

Usaha memulihkan empayar Islam
Bagaimana BERSIH dijadikan alat golongan pejuang kebebasan?
Peranan kita.

Insya-ALLAH akan dibongkar satu persatu.

Alhamdulillah

Posted: 15 Feb 2012 03:53 PM PST



Apa kata pagi ini kita bersarapan berat sikit? Sambil tu kita baca artikal yang agak berat. Pasal ekonomi.

Berita Harian pagi ini melaporkan ekonomi negara berkembang 5.1%.

Apa itu 5.1? Lantak dia-lah. Demang pun bukan reti sangat.

Perkembangan tersebut dianggap baik dalam keadaan Eropah disalut kebimbangan akibat kemelut hutang.

Kita mampu bertahan atas faktor permintaan dalam negara yang dijangka terus menjadi pemacu utama pertumbuhan, disokong oleh kegiatan sektor swasta yang berterusan serta perbelanjaan sektor awam.

Perenggan terakhir di atas bukan Demang kata tetapi analisis pakar ekonomi.

Alhamdulillah. Mari kita sedut kesegaran udara pagi ini sambil mengucap alhamdulillah.

Kita masih di bumi Malaysia yang aman. Maka syukurilah ia dengan melipatgandakan usaha serta tidak terlalu mengejar kesempurnaan yang bersifat fatamorgana.





http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Ekonomikembang5_1peratus/Article

posted from Bloggeroid

PEJUANG BANGSA

Posted: 16 Feb 2012 12:05 PM PST

PEJUANG BANGSA


PANAS ! Tok Guru Anugay telah dijumpai selepas pendedahan gambar ini !

Posted: 16 Feb 2012 09:45 AM PST



Video yang membuatkan pencacai Pakatan marah seperti KR1M ??

Posted: 16 Feb 2012 08:08 AM PST


Transformasi BN yang diterajui oleh DS Najib   kini semakin mendapat tempat di hati rakyat .

Detergent BN akan sentiasa menjadi pilihan rakyat di PRU 13 ini nanti  !

Bukti hubungan Guan Eng dengan Singapura akrab ?

Posted: 16 Feb 2012 07:25 AM PST


Apa punya bangang la ketua regim DAP ini ... itu Hassan Merican kerja di Singapura pun nak hentam kerajaan ka  kononnya abaikan bakat beliau .

Hassan  berkhidmat berpuluh tahun dengan Petronas dengan gaji lumayan mengalahkan PM   dan diberikan peluang oleh kerajaan sebelum ini  tak nampak ka Ah Beng ?

Yang Guan Eng nampak Hassan telah bekerja dengan syarikat GLC di Singapore , negara kebanggaan DAP sebab abangnya PAP berkuasa di sana .  Kira dasyat la seorang Ketua Menteri di   PP boleh tahu   di mana Hassan  bekerja .

Adakah ini membuktikan Guan Eng memang mempunyai rapat dengan Singapura hingga tahu pasal syarikat2 di negara sana ?

PANAS ! AnuWAR berbelit memberi jawapan untuk sokong Israel ?

Posted: 16 Feb 2012 05:43 AM PST



Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berhadapan dengan kontroversi ekoran temu bual dengan Wall Street Journal (WSJ) bulan lalu berkata, PKR yang diketuainya berkongsi hasrat dan pendirian dengan Pas untuk melihat kewujudan sebuah negara Palestin yang merdeka, bebas dan makmur.

Sambil menegaskan beliau memahami perbezaan pendirian Pas dan PKR, Ketua Umum Pakatan Rakyat ini menambah, parti Islam itu berpendirian kewujudan negara Israel adalah haram dan mereka tidak berhasrat untuk mengadakan sebarang rundingan serta kerjasama dengan Israel.

"Saya hargai pandangan dan semangat sahabat-sahabat dari Pas, Majlis Syura Pas dan seluruh gerakan dakwah dan pertubuhan Islam yang berterusan membela nasib rakyat Palestin.

"Ketetapan Pas yang menentang keras pencerobohan dan kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin turut dikongsi oleh seluruh rakyat Malaysia," kata Anwar dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.

Anwar mengeluarkan kenyataan ini menjawab pendirian Dewan Ulama Pas dan Mursyidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kelmarin bahawa Anwar perlu menarik balik kenyataan atau meminta maaf jika laporan hasil temu bual dalam akhbar itu tidak betul.

Pagi tadi, Anwar berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Nik Abdul Aziz untuk menjelaskan pendiriannya.

Dalam kenyataannya hari ini, Anwar berkata, ia berbeza dengan adu domba Umno yang bermuka-muka dan mengambil kesempatan di atas sentimen kuat pro-Palestin di negara ini bagi matlamat politik sempit mereka.

"Tatkala media Umno menyerang saya sebagai ejen Israel, Menteri Luar dari Umno secara terbuka mengesahkan kewujudan Israel berdasarkan penyelesaian dua negara di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

"Manakala saya dituding mengkhianati aspirasi rakyat Palestin, Menteri Pertahanan dari Umno jugalah yang duduk berbincang dengan Menteri Pertahanan Israel pada tahun 2009, walaupun perkara ini cuba dipadamkan," katanya.

Namun tambah beliau, rakyat tidak lupa bahawa pentadbiran Perdana Menteri bergegas melantik firma APCO yang turut diterajui Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel dengan berpangkat Mejar Jeneral.

"Malah, mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang terus menerus memfitnah saya pernah bertemu Perdana Menteri Israel dan menteri luarnya, Shimon Peres di Paris pada tahun 1994.

"Pada masa yang sama sesuatu yang tidak dapat dinafikan pimpinan Umno bahawa Malaysia merupakan rakan dagang Israel ke-15 terbesar," katanya.

Jumlah dagangan antara Malaysia dan Israel mencecah 667.6 juta Euro.

Ahli Parlimen Permatang Pauh ini menambah, sikap bermuka Umno dalam isu Palestin bukanlah perkara baru dan oleh itu beliau jelas menyeru rakyat Malaysia supaya menumpukan tenaga membantu meringankan penderitaan rakyat Palestin.

Menurut Anwar lagi, derita ditanggung setiap hari tatkala rakyat Palestin menyabung nyawa menyelamatkan diri dari serangan dan pendudukan tentera Israel.

"Ini kenyataan kehidupan seharian seorang rakyat Palestin yang harus kita insafi," katanya lagi.

Anwar berkata, sepertimana pertemuannya baru-baru ini di Doha dengan ketua Hamas Khalid Mashaal, sebelum termeterainya persetujuan bersama tersebut, beliau ulangi dokongan buat perjuangan rakyat Palestin, Hamas dan Fatah.

Kata Anwar, pengiktirafan negara Israel tertakluk selagi mana rejim itu menghormati kedaulatan wilayah dan keselamatan rakyat Palestin.

"Justeru adalah mustahak untuk kita sedari suara rakyat Palestin mutakhir ini adalah melalui Hamas dan Fatah sebagaimana yang tertera dalam persetujuan bersama Hamas dan Fatah di Doha hari ini.

"Persetujuan tersebut antaranya mengungkapkan dokongan terhadap aspirasi rakyat Palestin, pengunduran tentera Israel dari tanah Arab, menghentikan keganasan dan memperakui kewujudan Palestin," katanya.

Anwar juga menambah, seandainya perkara itu dihormati, maka kewujudan Israel akan diiktiraf.

"Inilah juga semangat yang terkandung dalam kenyataan saya, pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin," katanya lagi . SH

Pencacai Pakatan terdesak fitnah Najib untuk tutup perbuatan Anwar !

Posted: 16 Feb 2012 05:03 AM PST





Memalukan!!!Blogger Panglima Perang Cyber telah mendedahkan ada lahanat PKR cuba mengaibkan Perdana Menteri dengan tanda calit di dahi.

Gambar ini diambil dari twitter totok PKR bernama Kamal Zakariah. Adakah benar gambar di atas ?

Barangkali terlalu kelam kabut mahu menutup 'kemaluan' Tuan Haji Anwar Ibrahim, juak-juak PKR hanya mampu melakukan superimpose gambar Najib.

Gambar Najib ini cukup mudah dicari di laman web. Klik sahaja google image, nescaya keluar gambar ini ...




Atau mungkin rakyat boleh melayari laman web ini, bagaimana juak-juak PKR begitu terdesak menggunakan gambar Najib sebagai galang ganti untuk diaibkan.




Come on Tuan Haji Anwar Ibrahim ... budak-budak you patut buat homework lebih sikit sebelum blast gambar fitnah di laman web. Nice Try Anyway ...



http://www.tamilnet.com/pic.html?path=/img/publish/2007/02/priest_rajapakse_vaharai_01.jpg&width=800&height=522&caption=


Bila agaknya blogger-blogger pembangkang mampu memberi bukti gambar Sivaji Pandikutty Anwar Ibrahim ini juga adalah superimposed ...


Sumber : Gelombang Wangsa Maju

Akhbar Yahudi Jerusalem Post bangga Anuwar sokong negara Israel !

Posted: 16 Feb 2012 12:19 AM PST

AIDCNews  15/02/12  Michael Ordman penulis penyumbang di akhbar online Israel, The Jerusalem Post (jpost.com) menyambut baik sokongan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap keselamatan Israel sepertimana yang disiarkan di Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini.




Dan dari politik dunia, saya secara peribadi suka dengan berita yang diberi perhatian bahawa Ketua Pembangkang Malaysia (bersedia) mengiktiraf Negara Israel ketika ditanya sama ada beliau bersedia membuka hubungan diplomatik dengan Israel, kata Ordman dalam tulisannya di jpost.com bertajuk 'We have lift-off

Ordman adalah penulis blog dari Good News From Israel turut diiktiraf pemikirannya oleh jpost.com kerana usaha gigihnya memberi perhatian terhadap pencapaian terbaru Israel dalam bidang teknologi, kesihatan, perniagaan, kewujudan bersama dan membina sebuah Negara Israel.

Pada 26 Jan lalu, WSJ telah melaporkan kenyataan Anwar yang berbunyi "I support all efforts to protect the security of the state of Israel, said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians

Maksudnya; Saya menyokong semua usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel, kata Anwar, namun apa yang dia katakan itu tidak bermaksud dia akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Israel, satu langkah yang menurutnya bergantung sama ada Israel akan menghormati aspirasi rakyat Palestin".

Susulan kenyataan di WSJ itu, Anwar sendiri mengeluarkan kenyataan di laman rasminya, anwaribrahimblog pada 28 Jan, menegaskan kehendaknya adalah 'two state solution'dalam isu penyelesaian Israel-Palestin.

'Two state solution' merupakan gagasan idea yang dilobi oleh badan antarabangsa yang dianggotainya, iaitu International Crisis Group (ICG) yang mengesyorkan agar Israel dan Palestin sama-sama diiktiraf sebagai sebuah negara yang sah dan berdaulat, di samping mencadangkan agar dunia Islam khususnya negara-negara Arab membuka hubungan diplomatik dengan Israel.

"Pendirian saya ini ternyata sejajar dengan prinsip perjuangan Parti Keadilan Rakyat yang menjunjung tinggi prinsip Keadilan Sejagat dan tegas membela hak mereka yang dizalimi.

"Selain itu pandangan saya ini ternyata selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai 'Two-State Solution'." katanya.

Pada 20 Mac 2008, wartawan jpost.com, Shani Ross pernah menulis rencana bertajuk "Anwar Ibrahim : Malaysia's Future Prime Minister?" yang memuji kejayaan Anwar dalam pilihan raya umum ke-13.

"Kejayaan PKR telah memberikan erti yang besar kepada kebangkitan kembali karier politik bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

"Sebagai seorang penyokong Islam moderat, keadilan agama, budaya dan demokrasi liberal, populariti Anwar semakin meningkat, dengan sesetengah laporan mencadangkan bahawa pakatan pembangkang perlu memenangi pilihan raya akan datang, dia (Anwar) mungkin akan menjadi Perdana Menteri Malaysia", kata Shani Ross yang merupakan Koordinator untuk Persidangan dan Program Eksekutif, International Institute for Counter-Terrorism, Pusat Antara Disiplin Herzliya, Israel.

Begitu juga dengan kolumnis jpost.com, Amotz Asa-El yang menyentuh nama Anwar Ibrahim dalam rencananya berkaitan dengan homoseksual, bertajuk "Middle Israel: Oy gay!"

Semasa saya baru menjadi pengarang berita , saya bertemu satu foto telegram dari Kaherah yang memaparkan kumpulan homoseksual ditahan beramai-ramai. Kemudian saya mengikuti kes Mahathir Mohamad , pemimpin Malaysia memecat timbalan berbakatnya, Anwar Ibrahim, dan mendakwanya atas pertuduhan liwat serta memenjarakannya atas dasar jenayah.

Ketika mengikuti kes-kes di Mesir dan Malaysia, saya sentiasa berbangga dengan kebijaksanaan dan keberanian Haim Cohn, yang lebih ketara melindungi kaum homoseksual kerana dia seorang Yahudi yang tajam daya pemerhatian, katanya.

Haim Cohn yang dimaksudkan oleh kolumnis jpost.com adalah Peguam Negara pertama Israel yang memutuskan untuk mengabaikan undang-undang kepada pelaku homoseksual di negara itu.


Komen GPB 


Jika Anuwar menjadi PM  , tak mustahil pejabat Kedutaan Israel akan dibuka di Kuala Lumpur .disebabka

Gandingan JATI - PERKASA bakal ranapkan Pakatan !

Posted: 15 Feb 2012 10:34 PM PST



Jalur Tiga (Jati) sedia menjalin kerjasama dengan mana-mana Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) termasuk Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) dalam konteks memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja.

Pengerusi Jawatankuasa Penubuhan Jati (Protem), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, pihak mengalu-alukan kesemua NGO yang mahu menyokong tiga elemen berkenaan.

Menurutnya, pelancaran Jati secara rasmi pada 21 Februari ini, akan dihadiri oleh 1,000 hadirin dan pendaftaran ahli akan dibuka pada hari berkenaan.

"Jati adalah NGO berdaftar dengan ROS, dan sehingga kini sokong yang diterima Jati amat menggalakkan. Jati juga tidak risau persoalan sama ada dilihat mahu bersaing dengan NGO tersebut (Perkasa), kerana kita bersedia bekerjama dengan mana-mana pihak yang mempunyai perjuangan IMR," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beiau berkata, sekiranya lebih ramai NGO yang memperjuangkan IMR, ini lebih baik kerana rakyat mempunyai banyak pilihan.

Pada 21 Februari ini, Jati akan dilancarkan di Shah Alam dan pelbagai program akan dilakukan termasuk persembahan nasyid dan multimedia.

Sokong Israel: Anwar salahkan UMNO , Nik Aziz tegurnya sopan ..

Posted: 15 Feb 2012 08:36 PM PST



Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bersikap terbuka untuk mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sambil menyifatkan teguran Menteri Besar Kelantan itu sebagai "lembut dan sopan."

Anwar berkata, beliau akan bertemu dengan Nik Aziz Isnin depan berikutan jadual kerjanya yang padat.

"Sebelum ini saya di luar negara dan kini baru pulang dari Bangkok (Thailand), Nik Aziz pula di Kelantan. Tetapi isu yang terjadi ini berbeza. Umno memfitnah saya dan padam kenyataan saya yang mengatakan tentang hak rakyat Palestin.



"Nik Aziz tegur saya lembut dan sopan. Beliau mencadangkan kalau saya ada kata, tarik balik, jika tidak, saman," katanya selepas menghadiri majlis perhimpunan mingguan dan sambutan Maulidur Rasul di Majlis Perbandaran Subang Jaya.Bagaimanapun, Anwar yang juga Penasihat Ekonomi Selangor, enggan mengulas lanjut ketika ditanya mengenai pertemuan itu.

Sebaliknya kata Anwar, beliau akan mengeluarkan kenyataan media petang ini.

Tun Mahathir bongkar lagi rahsia Anwar mempunyai hubungan dengan Israel !

Posted: 15 Feb 2012 06:36 PM PST



Dakwaan kononnya Malaysia juga mempunyai hubungan dengan Israel adalah satu taktik yang dilihat cuba menyelamatkan imej Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, tidak mustahil dakwaan itu dikeluarkan oleh Israel sendiri sebagai sokongan kepada Anwar yang kini dikecam banyak pihak ekoran kenyataan beliau menyokong rejim Zionis itu baru-baru ini.

''Saya melihat pendedahan statistik mengenai perniagaan antara Malaysia dan Israel itu adalah usaha pihak-pihak tertentu untuk menyokong Anwar. Malah, tidak mustahil ia dilakukan oleh rakan-rakan Anwar di negara itu sendiri kerana beliau sememangnya 'kawan baik' Israel.

''Tetapi pada hakikatnya, kita tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel," kata beliau kepada pemberita selepas sesi bertemu dengan pelajar dan kakitangan Universiti Perdana di Serdang, dekat sini, hari ini.

Dr. Mahathir berkata demikian sebagai reaksi kepada desakan pelbagai pihak termasuk Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Nik Mat yang meminta Anwar membuat kenyataan terbuka sama ada mahu menarik balik sokongan terhadap Israel atau menyaman The Wall Street Journal (WSJ) yang mengeluarkan kenyataan beliau itu.

Bagaimanapun beberapa blog propembangkang yang dilihat cuba menyelamatkan imej Anwar mendakwa, terdapat bukti bahawa dua syarikat di Johor berdagang minyak kelapa sawit dengan rakan perniagaan mereka dari Israel.

Menurut Dr. Mahathir, kenyataan Anwar yang menyokong Israel itu menunjukkan bahawa beliau adalah individu yang tidak boleh dipercayai.

Tambah beliau, Anwar juga merupakan individu yang boleh menjelma menjadi pelbagai 'jenis' manusia serta tiada pegangan tetap mengenai apa sahaja.

''Kalau dengan orang Cina, dia (Anwar) jadi orang Cina, kalau dengan orang Melayu, dia jadi orang Melayu, kalau dengan orang Islam, dia jadi ulama.

''Bila dengan Israel, dia menyokong Israel," katanya.

Ketika ditanya mengenai dakwaan bahawa Malaysia menghentikan penghantaran minyak masak ke Iran tetapi tidak ke Israel, Dr. Mahathir berkata, perkara itu perlu disahkan kebenarannya oleh kerajaan.

Begitupun kata beliau, apa yang perlu difahami ketika ini juga adalah hakikat bahawa kerajaan menerima tekanan yang cukup kuat daripada kuasa besar dunia terutamanya Amerika Syarikat (AS) dalam beberapa perkara.

''Jika kita tidak ikut, banyak halangan dan ugutan yang akan dikenakan seperti menghalang bank-bank negara itu menjalankan perniagaan di sini.

''Kita sebenarnya tidak bebas walaupun kita sudah merdeka," katanya.

Najib tiada niat & berada di dewan tak menyalahi hukum syarak - Mufti Perak

Posted: 15 Feb 2012 05:14 PM PST




Kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada sambutan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini tidak menyalahi hukum syarak, kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

Beliau berkata sebagai seorang pemimpin tidak salah untuk Perdana Menteri bersama-sama dengan bangsa lain dalam perkara yang berkaitan dengan adat.

"Sekiranya tiada niat untuk merayakan atau redha dengan perbuatan agama lain tidak mengapa tetapi kalau sama-sama merayakan baru tidak boleh," katanya kepada pemberita selepas perasmian Seminar Profesionalisme Penceramah Agama Umno Bahagian Pekan 2012 oleh Perdana Menteri di sini hari ini.

Dipetik Bernama hari ini, Harussani yang hadir pada seminar itu berkata, Perdana Menteri memaklumkan kepadanya bahawa beliau hanya berada di dewan untuk menerangkan polisi kerajaan dan tidak terbabit dengan perarakan keagamaan dan tidak masuk ke dalam kuil atau dalam gua Batu Caves.

Mufti Perak itu sebelum ini dipetik sebagai berkata orang Islam yang merestui dan turut serta dalam upacara keagamaan lain melakukan perbuatan syirik.

Mengenai Najib yang memakai Kurta iaitu pakaian tradisional kaum India pada sambutan itu, beliau berkata, ia hanya budaya sahaja kerana orang Islam di India pun memakai pakaian yang sama.

Oleh yang demikian, Mufti Perak itu menasihatkan pihak yang cuba memutarbelitkan isu kehadiran Najib pada sambutan Thaipusam itu supaya menghentikannya kerana mereka membuat tuduhan tanpa usul periksa sehingga boleh menjadi fitnah.

"Masalahnya dalam keadaan sekarang orang Melayu berpecah, masing-masing mencari peluang untuk menghentam orang lain terutamanya menghentam sesama bangsa, pantang silap sikit.

"Saya harap semua orang kita (Melayu) balik pada asal, balik pada musyawarah... soal politik berbeza itu bukan menjadi masalah," katanya.

Sebaliknya, Harussani lebih kecewa dengan tindakan Pas di Perak semasa majlis sambutan Thaipusam dengan mengadakan gerai dan khemah serta mengibarkan bendera Pas seolah-olah menyokong dan redha dengan orang yang melakukan kufur.

otai

Posted: 16 Feb 2012 11:36 AM PST

otai


PAS KECEK KITO 22 TAHUN

Posted: 15 Feb 2012 11:01 PM PST

http://soundcloud.com/eizwan1m/mat-glamour-dikir-acu-test

Pandangan ustazSAID

Posted: 16 Feb 2012 09:22 AM PST

Pandangan ustazSAID


Antara Kurta dan Nande....

Posted: 16 Feb 2012 04:27 AM PST

Salam,

Kehadiran PM ke Perayaan Thaipusam di Batu Caves, yang kemudiannya ditegur oleh Mufti Perak, menjadi bahan puak pembangkang membelasah PM. Malah dikata sehingga menggadai akidah.

Kemudian diikuti pendedahan blogger kehadiran Anwar ke Perayaan Pesta Ponggal di Batu Gajah, Perak pula menjadi bahan membelasah Anwar.

Tan Sri Harussani mencerahkan tegurannya kepada PM, dengan menyatakan kehadiran PM tidak menyalahi hukum syarak, selepas PM memberikan penjelasan.

Bayangkan berapa banyak komen yang dilontarkan rakyat Malaysia - sama ada yang faham atau tidak - terhadap teguran Mufti Perak terhadap PM. Bayangkan juga berapa banyak komen dibuat terhadap perarakan kereta lembu Anwar Ibrahim.

Malahan, bayangkan bagaimana pandangan umum terhadap Islam sebagai agama rahmat dan kesejahteraan untuk semua umat manusia - ketika begitu kerasnya pandangan kita terhadap kehadiran seseorang pemimpin dalam majlis perayaan melibatkan kaum lain.

Apa pengajaran yang boleh kita ambil daripada insiden ini?

1. Pihak berkuasa agama termasuk para mufti wajar mendapatkan maklumat yang tepat tentang sesuatu perkara sebelum memberikan komen. Komen yang salah akan menyebabkan rakyat mendapat maklumat yang salah. Walaupun komen tersebut dapat dibetulkan, tapi bayangkan berapa banyak 'kerosakan' yang berlaku?

2. Para pemimpin wajar mendapatkan nasihat yang betul daripada para penasihat mereka, sebelum melakukan sesuatu tindakan apalagi jika melibatkan sensitiviti kaum dan agama.

3. Para pemimpin dan rakyat wajar menjaga adab dan berhemah dalam memberikan komentar terhadap sesuatu perkara. Komen yang tidak membina dan berniat provokasi wajar dielakkan.

4. Hubungan toleransi antara kaum dan agama wajar dipertahankan agar kehidupan harmoni yang terjalin selama ini dapat kita wariskan kepada anak cucu kita nanti.

WARISAN@PAHANG

Posted: 16 Feb 2012 09:19 AM PST

WARISAN@PAHANG


TPM Bersama Rakyat Di Majlis Jamuan Rakyat

Posted: 15 Feb 2012 06:03 PM PST


Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menghadiri Majlis Jamuan Rakyat pada hari ini 16 Febuari 2012 (Khamis).

Majlis tersebut akan bermula jam 11.00 pagi dan diadakan di Pusat Rekreasi Air Balok. Ini merupakan jadual lawatan kerja pertama YAB Timbalan Perdana Menteri ke Negeri Pahang bagi tahun ini.

Semua rakyat yang berada di sekitar kawasan Kuantan dan seluruh Negeri Pahang dijemput hadir beramai - ramai ke majlis ini.

Awekz Bukit Gantang

Posted: 16 Feb 2012 07:36 AM PST

Awekz Bukit Gantang


Ada Apa Dengan YAB DS Dr. Zambry Abd Kadir?

Posted: 15 Feb 2012 10:43 PM PST


Sungguh Awekz tak sangka, keperibadian begini lah yang kita perlukan dari seorang pemimpin. Bukan seperti yang rakyat lihat apabila rata-rata semua pemimpin dikatakan hanya mahu tidur beralaskan tilam empuk, bilik berhawa dingin YAB Menteri Besar Perak, DS Diraja Dr. Zambry Abd Kadir membuktikan pemimpin juga insan biasa. 


YAB MB Perak beriktikaf di Masjid Jamek Tanjong Malim jam 1.30 pagi dan seterusnya menunaikan qiamullail serta Solat Subuh berjemaah. Apa yang Awekz dengar juga, ini adalah sebahagian dari rutin MB apabila turun padang. 



Semoga ia membuka mata rakyat serta pemimpin lain bahawa YAB DS Dr. Zambry Abd Kadir benar-benar seorang pemimpin berjiwa rakyat. 

Awekz: Teruskan perjuangan demi memartabatkan Agama, Bangsa dan Tanahair. Moga-moga perjuangan kita ini dirahmati Allah SWT. Ameen 


prince of darkness-safirulamar عمار ميلانو

Posted: 16 Feb 2012 07:15 AM PST

prince of darkness-safirulamar عمار ميلانو


Hargailah Seseorang

Posted: 15 Feb 2012 03:52 PM PST

Salam1 Malaysia  semua,  just nak kongsi sebuah topik dengan korang, pernah tak korang hargai seseorang itu ketika mereka masih hidup? tak kiralah samaada kawan karib kita ke, jiran kita ke? sedara mara kita ke, mak ngah kita ke, ketua kita ke, dan ke ke ke yang lain. Mungkin perkara ini nampak macam remeh dan tak perlu diambil serius!, yelah mungkin kita semua ingat yang esok masih ada lagi! Ah takpelah, masih panjang lagi masa, esok-esok aku tegur la dia, esok aku salam la dia,esok aku minta maaf la dengan dia, oh! adakah esok itu milik kita atau dia? atau esok itu mungkin tiada lagi !

Hargailah seseorang itu, sementara Nyawa masih ada, esok bukan milik kita, esok milik Allah S.W.T, kerana kita tidak tahu adakah esok kita masih bernyawa atau telah meninggalkan dunia.

bumiyang

Posted: 16 Feb 2012 03:48 AM PST

bumiyang


"Kawan" Yahudi Anwar Dah Mula Bertepuk Tangan???

Posted: 16 Feb 2012 12:44 AM PST

Giler!!! Pas Berarak Thaipusam di Perak??? Lain Macam Aaje ni???

Posted: 15 Feb 2012 08:18 PM PST

Gempar!!! Nik Aziz "Berpaling Tadah"???

Posted: 15 Feb 2012 04:30 PM PST

Politik Harian

Posted: 16 Feb 2012 03:34 AM PST

Politik Harian


Hasan Ali: Anwar Perlu Jelaskan Hubungan Pakatan-Israel

Posted: 15 Feb 2012 11:23 PM PST


Bekas exco hal ehwal Islam kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali berkata rakyat tertanya-tanya mengenai kenyataan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kenyataannya mengenai isu keselamatan Israel.

Lebih-lebih lagi, memandangkan kenyataan dua pemimpin tertinggi PAS - yang menjadi rakan gabungan dalam Pakatan - dengan tegas menolak kewujudan negara Israel serta meminta menarik balik atau menyaman Wall Street Journal (WSJ).

Bahkan Hasan berkata ramai rakannya di Eropah dan negara Arab berhubung dengannya menyatakan "concern" mereka dengan apa yang disuarakan oleh ketua pembangkang itu.

"Saya tidak mahu memanjangkan isu ini. Kita mahu Anwar menerangkan sama ada Pakatan Rakyat tidak menjalinkan hubungan langsung dengan Israel. Ini sangat penting.

"Atau (Pakatan) mesti mula menjalinkan hubungan. Kedua-duanya jelas. Rakyat tertanya-tanya," katanya.

Menurutnya, kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah "satu perkara yang jarang-jarang timbul" dalam sistem parti itu untuk mempersoalkan Anwar yang juga ketua pembangkang. -MK

Dikir TUKAR Acu Test Sepenggal Kerajaan PAS Kelantan Demi Rakyat

Posted: 15 Feb 2012 10:00 PM PST


Sekumpulan badan bukan kerajaan (NGO) dan penduduk negeri ini bergabung melancarkan Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan Demi Rakyat (Tukar).

Gerakan tersebut bertujuan mengajak rakyat supaya menukar parti pemerintah di negeri ini pada pilihan raya umum akan datang bagi mengatasi pelbagai masalah yang timbul.

JOM TUKAR!!!

------>DOWNLOAD Dikir COOL JOM TUKAR<----------


Pengerusi Tukar, Kamaruddin Kassim berkata, rakyat negeri ini telah memberi tempoh selama 21 tahun kepada Pas untuk memerintah tetapi tidak ada perubahan besar dilakukan, malah, masalah asas masih tidak dapat diselesaikan.

"Slogan Tukar ialah 'acu test sepenggal', gerakan ini adalah satu manifestasi dan luahan rakyat Kelantan yang sudah jemu dengan pentadbiran kerajaan Pas Kelantan yang penuh retorik selama 21 tahun memerintah.

"Kita akan bangkitkan semangat rakyat untuk berubah dan memberi peluang kepada kerajaan baru selama sepenggal dan sekiranya Barisan Nasional (BN) gagal untuk menunjukkan prestasi yang baik maka, terpulang kepada rakyat untuk membuat keputusan seterusnya.

Kamaruddin berkata, pihaknya akan mengadakan siri jelajah ke seluruh Kelantan untuk mengajak rakyat melakukan perubahan demi masa depan yang lebih baik.

Katanya, idea penubuhan gerakan tersebut adalah daripada rakyat sendiri selepas melihat kegagalan dan merasai sendiri perit jerih di bawah pemerintahan Pas.

"Kita hanya mengajak rakyat untuk mencuba pemerintahan BN hanya untuk satu penggal pada Pilihan Raya Umum Ke-13, sebagai tanda protes dan luahan rasa tidak puas hati terhadap segala janji yang tidak ditunai oleh Pas Kelantan," katanya.

Jelajah Aman Kampus Jadi Mata Dan Telinga Rakyat

Posted: 15 Feb 2012 08:38 PM PST


Jelajah Aman Kampus yang disertai 180 orang dari 19 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) akan bertindak sebagai mata dan telinga rakyat bagi menyampaikan masalah mereka kepada pemimpin negara.

Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi), Mohd Shahar Abdullah berkata Jelajah Aman Kampus menjelajah ke seluruh negara komited untuk mengumpul permasalahan rakyat dan mendekati masyarakat di peringkat akar umbi.


"Sejak program ini dilancarkan, kita sudah bertemu lebih 15,000 orang dan dalam masa yang sama kita mendapatkan maklumat balas mereka menerusi soal selidik.

"Menerusi soal selidik itu kita akan tahu permasalahan mereka dan maklumkan kepada kepimpinan negara untuk tindakan selanjutnya," katanya selepas program Pentas Anak Muda peringkat Pulau Pinang.

Program anjuran Jabatan Penerangan Pulau Pinang itu mendapat kerjasama Aspirasi yang dalam lawatan ke seluruh negara kecuali Sabah dan Sarawak.

Katanya Jelajah Aman Kampus dilaksanakan bertujuan memastikan suasana keharmonian dan kedamaian di kampus sentiasa dipelihara.


"Program ini juga untuk menyedarkan mahasiswa agar penekanan diberikan sepenuhnya terhadap kecemerlangan sahsiah diri dan akademik. Selain itu, ia untuk menyuntik semangat patriotisme kepada mahasiswa agar terus memahami secara rasional tentang dasar-dasar yang sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan," katanya.

Anwar Lagi Hebat Dari Najib ?

Posted: 15 Feb 2012 06:11 AM PST

Lima hari yang lepas Mufti Perak telah menegur PM kerana menghadiri sambutan hari Thaipusam di Batu Caves.

Jika kita lihat dengan mata kasar nampak ianya tidak ada sebarang kesalahan kerana Datuk Najib bukannya masuk ke dalam kuil atau melakukan upacara-upacara keagamaan hindu. Beliau hanya hadir di persekitaran kuil untuk mengambil kesempatan bertemu dengan orang-orang india yang berkumpul di sana pada hari itu.

Oleh kerana orang yang pakar dalam hal ehwal agama islam seperti Mufti Perak kata tak boleh , maka kita kena hormat nasihat beliau. Beliau lebih tahu dari kita, sebab itu beliau dilantik sebagai Mufti.


Telah lima hari Tan Sri Mufti Perak menegur PM, sehingga ke hari ini tidak ada seorang pun pemimpin atau ahli-ahli Umno yang bangkit melawan atau mempertikaikan nasihat Mufti. Inilah kelebihan Umno, mereka terbuka menerima teguran atau kritikan. Sebab itu Umno boleh bertahan lama walaupun telah menghadapi pelbagai ujian, cabaran dan dugaan. 

Kalaulah yang ditegur tempohari Anwar Ibrahim atau pemimpin-pemimpin Pas, entah berapa banyak fatwa yang telah dikeluarkan oleh ulaRmak-ulaRmak Pas mempertikaikan Mufti Perak.

Kalaulah yang ditegur tempohari Anwar Ibrahim atau pemimpin-pemimpin Pas, entah berapa bakul sumpah seranah, makian dan cacian yang diterima oleh Tan Sri Harussani. Haramsani, haram jadah, ulama duit dan macam-macam perkataan lagi semuanya akan keluar . Sejarah telah membuktikan perkara itu pernah berlaku.

Baca lagi ulasan RBF di sini...



Dulang Api 

CALIT DAHI 


Apakah apa yang dilakukan oleh Anwar diatas tidak menggadai akidah ?

Gambar ditas dirakam di Kuil Sri Maha Marriamman, Kinta Valley, Batu Gajah, Perak semasa sambutan perayaan Ponggal pada 29.01.2012.

Sekarang mari kita tunggu komen dari Mahfuz Omar dan pemuda-pemuda Pas.

AL-Kesah AloQStaQ

Posted: 16 Feb 2012 03:33 AM PST

AL-Kesah AloQStaQ


TURUN PADANG DS NAJIB DAH HAMPIR SELESAI ... BAHANG PRU13 SUDAH TERLALU HAMPIR !! ... JOM BONGKAR 'WOW FACTOR' UMNO/BN KEDAH ...

Posted: 15 Feb 2012 06:10 PM PST


Program turun padang DS Najib dalam negara ini sudah hampir sampai ke penghujung pusingannya ... Tidak mustahil pilihanraya umum ke 13 akan diisytiharkan dalam "beberapa hari / belas hari / puluh hari mendatang" sahaja lagi, pastinya ia sudah terlalu dekat ! ...

Buktinya pada hari ini, DS Najib akan terbang pula ke Sabah Negeri Di Bawah Bayu untuk bertemu rakyat di sana...


Kedah sudah, Perlis sudah, Penang sudah, Melaka sudah, Johor sudah, lain-lain negeri pun dah sudah dilawati oleh Dato' Sri Najib dan Tan Sri Muhyiddin untuk last lap / pecutan akhir sebelum pengisytiharan tarikh PRU13.

  • Adakah UMNO KEDAH sudah bersedia 100% untuk menghadapi jentera PAS/PKR/DAP Kedah ?

  • Adakah UMNO/BN bersedia merampas kembali negeri Darul Aman ini setelah semusim negeri ini dilumat lunyaikan oleh Pakatan Rakyat ??
Dengan tulus ikhlas AloQStaQBlog memberi markah :: UMNO KEDAH KINI LULUS !! TETAPI TIDAK BEGITU CEMERLANG & TIDAK SELESA.

Kerana apa AloQStaQBlog berpendapat sedemikian ? Kenapa kemenangan UMNO Kedah masih tidak selesa ? ...
Teruskan membaca ulasan di bawah ;

Pada Hari Ini,
KHAMIS 16hb FEBRUARI 2012 bersamaan 23 Rabiul Awwal 1433H,

ALOQSTAQBLOG SECARA RASMINYA ingin Memohon dan Merayu DATO' SRI NAJIB sebagai Presiden UMNO Malaysia , Pengerusi Barisan Nasional Malaysia , Perdana Menteri Malaysia dengan SECARA TERBUKA & RASMI MENYATAKAN kepada sekalian Rakyat KEDAH DARUL AMAN bahawa DATO' MUKHRIZ BIN TUN DR MAHATHIR akan dicalonkan sebagai calon kerusi DUN di Negeri Kedah seterusnya MERUPAKAN THE BEST CANDIDATE UNTUK DILANTIK SEBAGAI MENTERI BESAR KEDAH seandainya BN dapat merampas kembali negeri Darul Aman ini.



Tujuan AloQStaQBlog memohon dan merayu perkara ini secara terbuka pada hari ini adalah untuk memberikan isyarat jelas dari kacamata akar umbi negeri Kedah yang kini masih tertunggu-tunggu dan mendambakan calon yang amat sesuai sebagai Menteri Besar seandainya BN dapat mengembalikan negeri ini kepangkuannya ...

Bukanlah niat AloQStaQBlog ini untuk menidakkan jasa dan kredibiliti calon lain sebagai MB Kedah (selain Dato' Mukhriz), tetapi INI ADALAH KEHENDAK MAJORITI RAKYAT KEDAH DI AKAR UMBI , BUKAN SAHAJA KEHENDAK AHLI UMNO AKAR UMBI, MAHUPUN PENYOKONG UMNO TIDAK BERDAFTAR, MALAHAN RAKYAT ATAS PAGAR, TERMASUK JUGA SEGELINTIR PENYOKONG PARTI LAWAN (PAKATAN RAKYAT) YANG KINI SUDAH RAMAI YANG 'FRUST' / KECEWA / TERTEKAN DENGAN TAHAP KEPIMPINAN PAKATAN RAKYAT KHUSUSNYA DI KEDAH & AMNYA PERGOLAKAN PARTI MEREKA DI PERINGKAT PUSAT.

Ramai rakyat bawahan di Kedah yang ALOQSTAQBLOG TEMUI DAN MENDALAMI HATI SERTA KEHENDAK MEREKA,  Mereka menyatakan di waktu-waktu hampir PRU13 (LAST-LAP) sebegini, POTENSI UMNO KEDAH UNTUK MENANG DI KEDAH MASIH LAGI SEKADAR 50-50 SAHAJA : SELAGI DS NAJIB TIDAK SECARA JELAS & SECARA RASMI MENGUMUMKAN BAHAWA UMNO MENCALONKAN DATO' MUKHRIZ TUN MAHATHIR SEBAGAI MB KEDAH PASCA PRU13 KELAK!

Percayalah seandainya DS Najib sanggup menyatakan sedemikian, sudah pasti tahap/potensi/harapan untuk BN menang setipis 50-50 tersebut akan berubah meningkat dengan amat mendadak.

AloQStaQBlog amat optimis!

Ini adalah selaras dengan sasaran DS Najib sendiri yang mengatakan bahawa BN hanya akan menurunkan calon-calon yang boleh menang (the best winnable candidate) pada PRU13 ...

Walaupun pada hakikatnya amalan dalam hirarki UMNO selama ini, barangsiapa yang sedang menjadi Ketua Bahagian akan layak dicalonkan untuk bertanding pilihanraya, tetapi amalan itu tidak lagi menjadi ikutan DS Najib pada PRU13.

Untuk PRU13, walaupun anda Ketua Bahagian yang hebat dalam gerak kerja UMNO, tetapi seandainya rakyat akar umbi di Bahagian tersebut (mengambilkira termasuk rakyat atas pagar dan bukan penyokong BN) tidak memandang potensi Ketua Bahagian tersebut dengan satu pandangan "WOW FACTOR", maka adalah tidak layak untuk anda mengharapkan diri anda dicalonkan pada PRU kali ini. PERCAYALAH!

Hanya calon yang dapat diterima oleh sekalian rakyat bawahan dan rakyat merasa selesa serta senang mata memandang, sejuk hati untuk diundi sebagai wakil rakyat mereka sahaja akan dicalonkan oleh DS Najib. Itulah konsep THE BEST WINNABLE CANDIDATE ...

Bertepatan dengan itu, maka AloQStaQBlog sekali lagi memohon dan merayu DS Najib untuk memandang serius perkara ini dan mohon DS Najib secara rasmi / terbuka / jelas untuk mengisytiharkan DATO' MUKHRIZ TUN DR.MAHATHIR akan dilantik sebagai MB Kedah sebagai membalas jasa rakyat Kedah yang memberi UNDI MAJORITI KEPADA BN DI PRU13 NANTI ! ...

JANJI SEBEGINILAH YANG AMAT DINANTI-NANTIKAN SEKALIAN RAKYAT KEDAH - SEBAGAI HADIAH TERHADAP SOKONGAN DAN UNDI MEREKA ... DAN JANJI TERSEBUT AKAN MENJADI "WOW FACTOR" UMNO MENANG SELESA DI KEDAH PADA PRU13 MENDATANG ... INSYAALLAHHHH !


RAYUAN, PERMOHONAN, KENYATAAN RASMI INI ADALAH IKHLAS DARIPADA :

AloQStaQ

KHAMIS
10:10 PAGI
16 FEB 2012
23 RABIUL'AWWAL 1433





Taipingmali (tm)

Posted: 16 Feb 2012 01:42 AM PST

Taipingmali (tm)


Utusan Malaysia Online - Politik

Posted: 15 Feb 2012 06:22 PM PST

Utusan Malaysia Online - Politik
anwar sesumpah undur dua tapak dan salahkan kerajaan kononnya memjalankan perniagaan dan mempunyai hubungan dengan israel. memang bangsat punya peliwat.

BR1M : Pengalaman Ain Sebagai Petugas Agihan

Posted: 15 Feb 2012 03:18 PM PST





Puak Pas paling awal datang
Apabila Perdana Menteri mengumumkan skim Bantuan Rakyat 1 Malaysia, ramai di kalangan penyokong pembangkang yang mengganggap ianya hanyalah pembohongan, berikutan hasutan dari idea jumud "ahli-ahli ekonomi" tidak bertauliah mereka. Sudah begitu budaya mereka, mempertikaikan segala bentuk bantuan kepada rakyat.

Lebih memeranjatkan, terdapat pula dakwaan yang lebih serius. Berdasarkan pengalaman membantu agihan BR1M fasa pertama tempohari, Ain terkejut apabila ada kira-kira 20 orang yang rata-ratanya warga veteran yang hadir untuk mengisi borang permohonan.

Pas kata BR1M haram. so pulang balik lah duit tu
Dengan sapaan penuh santun, Ain sekadar bertanya mengapa lambat membuat permohonan, dua orang dari mereka berkata "Pakcik ingat RM500 ini bohong". "Hari tu ada orang dari LHDN datang rumah, katanya Najib cancel bantuan 5 ratus ni", sambil selebihnya menganggukkan kepala mereka.

Pastinya ada pihak yang cuba menggagalkan usaha murni kerajaan ini. Apakah tujuan mereka? Sudah sampai masanya untuk semua berfikir secara rasional, demi kebaikan rakyat, dan bukan bersifat iri hati hanya kerana kepentingan-kepentingan tertentu.

Penggunaan nama LHDN sememangnya satu usaha terdesak pihak berkenaan, yang bercirikan sabotaj.

Cukup bermakna pengalaman yang Ain perolehi, dalam menghadapi khalayak umum dalam agihan BR1M ini. Paling tidak boleh dilupakan, ada satu insiden yang memerlukan kita duduk sejenak, memikirkan di mana silapnya kita, orang timur yang penuh adat dan budaya berbudi, berterima kasih.

Pada dasarnya semua berjalan dengan baik, hasil dari susunatur dan "process flow" yang memudahkan rakyat dalam prosedur tuntutan BR1M ini.

Namun, kejadian yang berlaku tanpa diduga, apabila terdapat seorang lelaki berusia kira-kira 40-an, selepas sahaja keluar dari bilik penyerahan tunai RM500, berteriak sambil memandang petugas-petugas "Nak bagi RM500 bagi je lah! Ini kena datang waktu bekerja. Menyusahkan orang tau tak! Ni ikhlas ke tak ikhlas?" sambil berjalan menggenggam not-not RM50 yang diterimanya, tanpa mempedulikan orang ramai yang berada di situ.

Hati ini terdetik, sudah hilangkah sifat bersyukur di hati masyarakat kita? Apakah tiada lagi perasaan malu? Bantuan sudah diambil, kata nista pula dilemparkan kepada petugas yang membantu?

Ain berkeyakinan, individu itu adalah penyokong pembangkang yang sengaja membuat provokasi. Mujur tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku. Sungguh pun tidak mahu berterima kasih, janganlah pula bersikap sedemikian. Diam memadai.

BR1M adalah bersifat bantuan, tiada paksaan untuk memohonnya. Kalau lah benar ia menyusahkan, pemohon sebenarnya boleh sahaja untuk tidak datang mengambilnya. Semudah itu.

Dan dengan jumlah beribu permohonan untuk setiap satu Dewan Undangan Negeri, pastinya urusetia serahan tidak mampu untuk hanya mengadakan pada hari Sabtu dan Ahad sahaja.

Pembahagian waktu serahan amat penting dalam mengelakkan kesesakan pemohon yang hadir.

Masih ada lagi banyak fasa penyerahan, dan Ain tidak sabar untuk terus berkhidmat kepada rakyat, untuk mendengar "denyut nadi rakyat". Kepenatan bertugas terpadam apabila melihat wajah-wajah kegembiraan dari penerima bantuan.

Terima kasih Perdana Menteri!

Bantah Kedatangan Anwar Ibrahim ke kuil Sri subramaniyar, s

Posted: 15 Feb 2012 08:00 AM PST




Kalai vanar & alternative action team dengan kerjasama penganut kaun Hindu sungai petani membantah kedatangan Anwar Ibrahim ke kuil Sri subramaniyar dimana beliau telah berjanji bagi cuti thaipusam pada pru12 tetapi sampai hari ini 27 Jan 2012 masih tidak mendapat cuti, sekali lagi Anwar Ibrahim dengan niat menipu ingin berjanji kepada penganut hindu sungai petani!

Anu Gerah Tuhan turun ke bumi

Posted: 15 Feb 2012 07:41 AM PST


Dari Langit turun ke bumi

Ayah Pin ?

Aspirasi Bangsa

Posted: 16 Feb 2012 01:38 AM PST

Aspirasi Bangsa


18sx : Gambar OMG!!

Posted: 15 Feb 2012 10:49 PM PST

Terbongkar : Gaji Rafizi RM 30,+++

Posted: 15 Feb 2012 08:39 PM PST

PANEH MIANG

Posted: 16 Feb 2012 01:26 AM PST

PANEH MIANG


JUST FOR THE RECORD: Amanat Hadi dalam bentuk audio

Posted: 15 Feb 2012 10:22 PM PST



Cilok dari sini.

The Unspinners

Posted: 15 Feb 2012 11:42 PM PST

Panglima Perang Cyber

Posted: 15 Feb 2012 11:30 PM PST

Panglima Perang Cyber


Najib: BN supreme council meeting did not discuss Shahrizat

Posted: 15 Feb 2012 10:35 PM PST





Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Video Kritis-Online : Majlis Penyampaian Baucer BR1M Hulu Kelang

Posted: 15 Feb 2012 09:50 PM PST



Portal ini kebiasaannya mencecah 600 online sepanjang masa. 

Sebentar tadi 661 orang sedang melayari portal tersebut. 

Twitter Kritis-Online juga memiliki 12 ribu follower. 

Ia tidak terlalu nampak pro Kerajaan atau pembangkang. 

Sikap sebegini ternyata disukai ramai pihak. 

Selain itu ia juga tidak menggunakan pendekatan keras atau kesat dalam penulisannya.

Pendekatan ini sangat baik untuk dicontohi oleh semua antara kita.

Video di atas antara yang baru dimuatnaik akaun portal tersebut.

Blog Panglima biasa mencari video terbaru dan terbaik untuk anda.

Jika ada ketinggalan mohon dihantar email sebagai peringatan.

Wassalam.



Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Demi Undi Anwar @anwaribrahim Sanggup Menari Menyanyi Selain Sokong Negara Israel !!! cc @NajibRazak

Posted: 15 Feb 2012 06:31 PM PST


Baca selanjutnya di sini 


Merayakan Hari Kebesaran Agama lain ada fatwanya di sini 





Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Mufti Perak : Tidak Salah DS @NajibRazak Berada Di Batu Caves Sempena Thaipusam cc @anwaribrahim

Posted: 15 Feb 2012 05:32 PM PST





Kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada sambutan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini tidak menyalahi hukum syarak, kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

Beliau berkata sebagai seorang pemimpin tidak salah untuk Perdana Menteri bersama-sama dengan bangsa lain dalam perkara yang berkaitan dengan adat.

"Sekiranya tiada niat untuk merayakan atau redha dengan perbuatan agama lain tidak mengapa tetapi kalau sama-sama merayakan baru tidak boleh," katanya kepada pemberita selepas perasmian Seminar Profesionalisme Penceramah Agama Umno Bahagian Pekan 2012 oleh Perdana Menteri di sini hari ini.

Dipetik Bernama hari ini, Harussani yang hadir pada seminar itu berkata, Perdana Menteri memaklumkan kepadanya bahawa beliau hanya berada di dewan untuk menerangkan polisi kerajaan dan tidak terbabit dengan perarakan keagamaan dan tidak masuk ke dalam kuil atau dalam gua Batu Caves.

Mufti Perak itu sebelum ini dipetik sebagai berkata orang Islam yang merestui dan turut serta dalam upacara keagamaan lain melakukan perbuatan syirik.

Mengenai Najib yang memakai Kurta iaitu pakaian tradisional kaum India pada sambutan itu, beliau berkata, ia hanya budaya sahaja kerana orang Islam di India pun memakai pakaian yang sama. 


Oleh yang demikian, Mufti Perak itu menasihatkan pihak yang cuba memutarbelitkan isu kehadiran Najib pada sambutan Thaipusam itu supaya menghentikannya kerana mereka membuat tuduhan tanpa usul periksa sehingga boleh menjadi fitnah.

"Masalahnya dalam keadaan sekarang orang Melayu berpecah, masing-masing mencari peluang untuk menghentam orang lain terutamanya menghentam sesama bangsa, pantang silap sikit.

"Saya harap semua orang kita (Melayu) balik pada asal, balik pada musyawarah... soal politik berbeza itu bukan menjadi masalah," katanya.

Sebaliknya, Harussani lebih kecewa dengan tindakan Pas di Perak semasa majlis sambutan Thaipusam dengan mengadakan gerai dan khemah serta mengibarkan bendera Pas seolah-olah menyokong dan redha dengan orang yang melakukan kufur.





Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Rafizi Ramli @RafiziRamli Lulus Second Class (Lower) Boleh Jadi Pengarah Strategik PKR Hentam @ShahrizatJalil ? Patutlah 'cerdik' Macam Lembu !!! cc @NajibRazak

Posted: 15 Feb 2012 04:57 PM PST


terima keris 7 Lok... Berita selanjutnya klik sini 




Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Gambar MB Perak Dr @ZambryAbdKadir Tidur Dengan Siapa Ni ?

Posted: 15 Feb 2012 03:30 PM PST

lm3av.jpg


gambar oleh twitter @KhusairiTalib beberapa minit tadi. Dirakam  di Masjid Jamek Tg Malim. Untuk acara qiamullail dan solat Subuh.






Bismillah Wassolatu Wassalam 'Ala Rasulillah Waalihi Waman Walah




Pagi ini ketika menunggu solat subuh Panglima ternampak gambar di atas di twitter. Tertarik untuk menggunakannya sebagai bahan artikel. Lalu memberitahu kepada tuan punya twitter.


Tidur di masjid tidak lagi menjadi program kita dan tindakan Dr Zambry barangkali boleh menjadi pembuka jalan untuk kita mengimarahkan masjid dengan membuat aktiviti qiamullail dan tahajjud di sana.


Sebelum ini orang melihat UMNO BN sering mengadakan program hiburan tanpa menyedari keagamaan tidak dihalang oleh parti ini. Namun mungkin faktor rakyat yang suka hiburan menjadikan elemen tersebut dimasukkan dalam acara bersama rakyat di mana-mana.


Melihat gambar di atas, satu sahaja komen Panglima iaitu adalah sangat menarik jika pemimpin UMNO dapat tiru acara seperti ini. Yakni mendekati rakyat melalui acara ibadah di masjid termasuk tidur bersama mereka. 


Bayangkan rakyat yang bersama pemimpin dengan acara mesra rakyat termasuk tidur sekali, makan sekali, solat sekali, tentu akan lebih erat lagi hubungan walau apa jua fitnah cuba datang. Selepas itu diikuti sarapan pagi bersama rakyat bukan Islam pula.


Menarik jika pemimpin turut mengajak ahli UMNO untuk beriktikaf seperti ini.


Panglima tidak terkejut jika Perdana Menteri mengajak Dr Zambry ke Mekah apabila melihat gambar ini. Panglima juga tidak terkejut rakyat Perak suka pemimpin sebegini.


Maka mari kita tiru contoh yang baik ini walau kita tahu PAS tidak akan memuji tindakan baik pemimpin kita walau jelas depan mata kebaikan mereka.


Adakah mereka akan spin gambar di atas ?


Boleh jadi dengan menyiar artikel blogger BN yang menghentam ahli mereka menggunakan masjid ketika pilihanraya.


Jawapan mudah kita ialah : tidur di masjid untuk pergi PRK seperti Hulu Selangor dengan tidak menjaga kebersihan seperti yang dibuat oleh MB Perak adalah dikecam. Namun jika tidur dengan alas atau toto yang mengelak dari air liur basi yang boleh mengotorkan masjid, tentu tidak menjadi sebarang masalah.


Marilah kita menyebarkan contoh baik ini kepada rakyat Malaysia...




Allahumma solli wasallim wabarik ala Saidina Muhammadin Waalihi Wasallim


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

NFC : Tun Mahathir Tidak Suruh Shahrizat Berhenti

Posted: 15 Feb 2012 04:28 AM PST


Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang dibelenggu isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) agar "jangan sayang kepada jawatan".

Bekas Perdana Menteri berkata Shahrizat, yang juga Ketua Wanita Umno, harus mengambil tindakan sewajarnya demi kepentingan parti."Saya tak suruh dia meletak jawatan tetapi kita harus sentiasa fikir berkenaan masalah yang kita timbul kepada parti. Sebab itu, saya sendiri pun bila dah terlalu lama dan orang dah naik bosan, saya pun letak jawatan. 

"Jadi, janganlah sayang jawatan sangat sampai tidak mahu langsung dipisahkan daripada jawatan. Satu hari kita kena pisah juga," katanya kepada pemberita pada satu sidang akhbar di sini hari ini. 

Dr Mahathir berkata kepentingan parti harus diberi keutamaan ketika membuat sebarang keputusan. 

"Kalau kita fikir ini baik bagi parti, kita patut ambil tindakan tetapi ini terpulang kepada dia untuk membuat apa-apa keputusan," katanya. - BERNAMA 



Panglima :

Sebagai seorang negarawan yang sangat dikagumi Panglima, Tun Mahathir sangat mementingkan masa depan parti sejak dulu hingga kini. Sanggup membuang diri dari parti atas kebenaran yang dirasakannya betul.

Kenyataan terbaru Tun Mahathir di atas kena pada masanya. Memberi nasihat sebagai orang tua dan dalam masa yang sama tidak mendesak agar Menteri Wanita Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil meletakkan jawatan. 

Dalam hal ini kita mengharapkan siasatan dibuat dengan teliti dan semua pihak tidak menghukum orang tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah. YAB Perdana Menteri sangat bijka menangani perkara di atas.

Tugas kita menjawab fitnah dan tugas rakyat membaca penjelasan yang disampaikan oleh tangan berbisa kita di alam siber.

Ayuh kita serang dan patahkan fitnah Pembangkang bukan menjadi orang yang tidak siuman dengan mengulangi fitnah tersebut.


Jawapan Panglima isu NFC boleh anda ikuti di sini jika inginkan kebenaran :


http://penembak-tepat.blogspot.com/2012/02/isu-perbadanan-fidlot-kebangsaan-nfc.html


http://penembak-tepat.blogspot.com/2012/02/kalahkan-14-dalil-ini-sebelum-kata.html


http://penembak-tepat.blogspot.com/2012/02/sharizat-tidak-perlu-letak-jawatan.html



Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

NFC: Kenyataan Nazri bukti dakwaan Pakatan benar

Posted: 15 Feb 2012 04:00 AM PST



Hazayani Zakaria,15 Feb 2012
KUALA LUMPUR, 15 Feb: Kenyataan terbuka Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz bahawa National Feedlot Corporation (NFCorp) melanggar syarat perjanjian pinjaman dengan Kerajaan Persekutuan membuktikan dakwaan Pakatan Rakyat sebelum ini benar.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar(gambar) berkata, Nazri selaku menteri yang memegang portfolio undang-undang harus menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempercepatkan proses siasatan dan mengambil tindakan segera terhadap pihak yang terlibat.

"Kita tidak faham kenapa Datuk Seri Nazri Aziz yang bertangungjawab ke atas SPRM sudah membuat pengumuman terbuka tapi SPRM masih belum mengambil apa-apa tindakan.
"PAS desak Nazri mengarahkan SPRM untuk segera ambil tindakan kerana ini melibatkan wang rakyat," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Nazri semalam mengakui telah berlaku kes pecah amanah apabila duit yang seharusnya digunakan untuk tujuan penternakan lembu telah digunakan untuk tujuan lain oleh NFCorp.

PAS sebelum ini meragui penjelasan Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) bahawa kontrak bagi pinjaman mudah RM250 juta yang diterima daripada kerajaan ditandatangani pada 2007.

NFC mempertikai dakwaan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) bahawa syarikat itu menerima sejumlah wang sebelum kontrak dimeterai.

Sehubungan itu, Kamarudin yang juga Ahli Parlimen Tumpat berkata, Suruhanjaya Diraja harus ditubuhkan bagi menyiasat NFC selain siasatan oleh SPRM.

Dalam pada itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar semalam meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan mengenai dakwaan perjanjian melibatkan pinjaman RM250 juta antara Kementerian Kewangan dan NFCorp tidak disediakan oleh pejabat Peguam Negara.

Beliau meminta Najib menyatakan pihak mana yang menyediakan perjanjian itu jika benar ia tidak disediakan oleh Peguam Negara.





http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/8127-nfc-kenyataan-nazri-bukti-dakwaan-pakatan-benar




Jawapan Panglima siarkan isu NFC boleh anda ikuti di sini jika inginkan kebenaran :


http://penembak-tepat.blogspot.com/2012/02/isu-perbadanan-fidlot-kebangsaan-nfc.html


http://penembak-tepat.blogspot.com/2012/02/kalahkan-14-dalil-ini-sebelum-kata.html


http://penembak-tepat.blogspot.com/2012/02/sharizat-tidak-perlu-letak-jawatan.html




Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

SAJAK KHAS BUAT TUAN GURU PAS

Posted: 15 Feb 2012 02:38 AM PST



Nadanya lembut, bersopan, menusuk kalbu yang dalam.

Nada lembut sudah tentu boleh memusnahkan kekerasan yang dilitupi kebenciaan dan kebodohan.

Bak air yang begitu lembut mengubah batu yang sangat keras.

Nada ikhlas dari getaran iman mampu menjadi gelombang yang memusnahkan keegoan.

Baca dan sebarlah surat ini demi perpaduan Islam akhir zaman.

Terima kasih pengirim sajak ini.

Kereta Terbaru Proton - Pertama Di Malaysia Dilengkapi Wifi - Akan Muncul Di Pasaran

Posted: 15 Feb 2012 01:28 AM PST





ACCESSORIES:

  • Auto fold/unfold side mirror - Side mirror akan automatik fold setiap kali alarm kereta diaktifkan, dan automatik unfold selepas kenderaan bergerak selaju 5km. Selain itu ada juga butang untuk kegunaan manual seperti yang ada pada Exora BOLD
  • Auto Off Rear Demister - Mengelakan tint menggelembung
  • Follow Home Lamp
  • Headlamp Warning Buzzer
  • Trunk Remote Release
  • Front & Rear Socket 12V - Terdapat di bahagian hadapan dan belakang
  • Utility Hook - Terdapat pada ruang penumpang hadapan seperti Exora, dan juga di ruang belakang pada area 'pilar B'
  • Low Rear Hump - Ruang kaki penumpang belakang tidak lagi sempit dengan kini bonggolan tengah di lantai ruang kaki belakang lebih rendah
  • Front & Rear Fog Lamp
  • Anti-Trap Power Windor - Driver side only
  • Seat Material - Water repellent Fabric. Seat boleh fold 60:40. Material sangat lembut dan selesa
  • Smart Info Display (SID) - Mempunyai 3 bacaan kilometer, Trip A, Trip B dan Trip C. Terdapat pelbagai lagi maklumat seperti memberi amaran jika bateri pada kunci lemah dan lain-lain
  • Autolock & Advance Lock System
  • Magnisium Inside Door Handle
  • Keyless Entry - Tiada lubang kunci pada keempat-empat pemegang pintu
  • BOSCH Head-Unit - 2-Din, Touch Screen Monitor, Navigator, Bluetooth, USB, AUX, MP3
  • YES WiFi Modem - In-car Internet, first ever car in Malaysia, coverage Semenanjung Malaysia
  • S-Mode (Sport) - Terdapat pada gear column (P-R-N-D-S), S-Mode akan menambah RPM sebanyak 1,000 secara serta-merta untuk pemanduan lebih agresif
  • BCM - Body Control Module
baca cerita selanjutnya di sini : http://panggungopera.blogspot.com/2012/02/info-proton-p3-21a-didedahkan-model.html


Kerana itu Proton perlu kekalkan Syed Zainal Abidin sebagai CEO kerana peningkatan ketara dari aspek teknologi dan juga kerohanian kakitangan Proton sejak menjadi CEO. Ini berdasarkan risikan Panglima dengan sumber yang boleh dipercayai.


Harap mesej ini sampai ke telinga pihak yang ada kuasa dan mampu melakukannya.


Jangan disangka ini dibayar kerana menulis kerana benar tidak ternilai harganya jika mahu dibayar dengan wang dunia. 




Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tips Pertahankan Diri Untuk Perempuan - Sebarkan

Posted: 15 Feb 2012 12:00 AM PST


sumber : Facebook


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

sekupangdua

Posted: 15 Feb 2012 11:15 PM PST

sekupangdua


MCA PERAK MULA BERSUARA... NGA TAK MAU SAMAN KA?

Posted: 15 Feb 2012 05:02 AM PST

Teman tertarik dengan yang diluahkan oleh MCA PERAK dalam blog mereka. Kali ini lebih berani buat ulasan dan tanda soal yang diajukan. Menarik dengan beberapa persoalan yang ditimbulkan, setidak-tidaknya teman melihat bukan saja isu ini digembar gemburkan macam isu teman dengan DAP. Apa yang nyata ini persoalan cabaran seorang lawyer terhadap seorang rakyat macam teman. Apa yang teman cuba pertahankan adalah kebenaran yang menjadi hak kepada rakyat.
Semua parti mahu maju, amankan dan dan makmurkan negara mana yang mereka berpolitik. Seperti AGAMA juga... Mana ada yang mengajar umatnya melakukan dosa. Agama sudah tentu mahu memastikan umat nya dalam keamanan didunia. Apalagi jika kebenaran itu perlu dipertahankan jadi dalam apa yang sekupang cuba pertahankan adalah kebenaran yang menjadi HAK yang rakyat perlu tahu. Itu pun teman tidak mencabar sesiapa sebaliknya dicabar... Almaklumlah teman faham bila kita dicabar membuktikan sebaliknya meletakkan teman pulak yang mengada-adakan cerita, malah teman pulak dituduh mengada-adakan cerita bermaksud adakah teman pulak yang menipu atau bohong? Atas dasar itulah teman mahu buktikan apa yang teman perkatakan adalah kebenaran yang sepatutnya menjadi HAK RAKYAT.
Tiada siapa yang mahu ditipu atau diselewengkan cerita... Apa tah lagi rakyat yang memberi undi demi kepercayaan harapan memimpin rakyat! Jika penyelewengan berlaku apakah rakyat perlu menutup mulut dan akur dan menerima sesalan kerana tersilap pangkah? Tidak kah kita perlu betulkan yang salah... Apakah dengan saman kita perlu undur?

Teman juga nak ucap terima kasih dengan Dato' Mah Han Soon dengan MCA Perak yang berani bersuara dan mempersoalkan isu ini dengan lantang, mungkin juga ada kompenan parti lain yang menghurai tanpa teman sedar atau terpandang, terima kasih semua, apa parti pun, apa agama pun dan apa bangsa pun... Tentunya setuju kalau kebenaran yang di perjuangkan...

oyabun

Posted: 15 Feb 2012 11:13 PM PST

oyabun


Dasar luar negara berubah dibawah 'Perdana Menteri' Anwar Ibrahim!

Posted: 15 Feb 2012 08:36 PM PST

Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat cuba memisahkan Pas daripada dasar luar negara yang akan dilaksanakan oleh Anwar Ibrahim apabila beliau menjadi 'Perdana Menteri' kelak iaitu mengiktiraf negara Israel.

Nik Aziz menunjukkan bantahan terhadap Anwar dengan memintanya menarik balik kenyataannya yang menyokong sebarang usaha untuk memastikan keselamatan negara Israel dan membuktikannya 'tidak benar' dengan menyaman Wall Street Journal.

Permintaan itu tidak sukar untuk dilakukan oleh Anwar yang pernah membuat penafian terhadap keterlanjuran beliau yang lebih besar sekalipun terbukti dengan video maka apatah permintaan dibuat oleh Nik Aziz demi untuk persahabatan dengan Anwar atas dasar tegur-menegur.

Nik Aziz tentu sedar bahawa penafian Anwar kelak tidak akan menjejaskan pendirian yang telah pun diketahui oleh seluruh dunia dan terpuji di mata Israel dan Amerika Syarikat.

Pendirian Anwar telah diyakini oleh dunia sekalipun beliau mungkin akan memenuhi permintaan Pas oleh kerana masa yang diambilnya adalah terlalu lewat dan beliau berbuat demikian hanya setelah adanya tekanan dari dalam negara.

Hal ini sudah cukup untuk meyakinkan Israel bahawa Anwar adalah ejennya yang boleh dipercayainya oleh kerana sebarang penafian yang dibuatnya bukan atas hasratnya sendiri.

Rakyat Malaysia juga dapat memikirkan apa yang akan berlaku kepada dasar luar negara apabila Pakatan Rakyat berkuasa.

DAP tentunya akan menyokong pendirian pluralisme yang dijuarai oleh Anwar untuk menunjukkan dasar negara yang demokratik dan di samping itu akan menyesuaikan dengan Dasar Luar Singapura sebagai benteng kepada Israel.

Pas tentunya hanya dapat bersuara di pinggiran tetapi tidak akan dapat bertindak di atas prinsipnya sekalipun tidak bersetuju. Sekarang pun telah banyak bukti yang kita lihat mengenai kejatuhan moral Pas sebagai sebuah parti Islam.

Wasabi Oyabun..

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 15 Feb 2012 11:13 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


KOMEN KEPADA SURAT DR. MASZLEE MALIK KEPADA DATO' DR. HASSAN ALI

Posted: 15 Feb 2012 10:27 PM PST

 Dr. Maszlee Malik Mengkritik Dato Dr. Hassan Ali, 
apakah taraf keparasitan beliau lebih tinggi berbanding Dr. Aziz Bari.

1. Penulis Dr Maszlee berkata beliau bukan ahli parti PAS dan hanya ahli akademik politik warga UIAM tetapi beliau tetap refer UMNO sebagai pihak lawan? Hmm...Beliau juga asyik memburuk-burukkan UMNO.

2. (Petikan di perenggan 26, Sinar Harian,pg.8, 10.2.2012) :.."Yakinlah Datuk, sepertimana gerakan-gerakan tersebut telah berjaya mendapatkan majoriti undi di dalam pilihanraya di negara-negara mereka kerana pendekatan baru ini, PAS juga sedang meniti langkah tersebut. Inilah yang ditakuti oleh Umno dan kerajaan BN. Pihak lawan tidak mahukan PAS mendapat sokongan majoriti masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia. Pihak lawan mahu PAS kekal sebagai parti kampung milik Pak Lebai dan Pak Haji...")

3. (Petikan di perenggan 28: "...Pihak lawan juga tidak mahu PAS bangkit sebagai parti milik semua rakyat Malaysia, mereka lebih selesa PAS dikenali sebagai parti ekstrimis dan fundamentalis yang hanya tahu memotong tangan orang sahaja. Hanya dengan wacana Islamis global yang baru ini sahajalah niat buruk mereka akan terhalang...")

4. Sedih membaca golongan profesional Islam memburukkan saudara Islam yang lain.

5. There's no need to disparage UMNO in his Open Letter to YB Dato' Hassan Ali. If he's disappointed with the YB, he ought to just say so, without smearing others along the way. It irks me as UMNO did not cause the YB to be in the predicament he's in.
 

6. Smart academicians ought to know better.  

Pandangan di atas adalah kiriman emel dari seorang  pembaca.

PANAS!!! Gambar Pemimpin Tinggi UMNO Yang Kantoi Diskodeng.

Posted: 15 Feb 2012 09:33 PM PST

Gambar hiasan.

Asyik cerita pasal gambar Anwar kantoi pakai nandek, kali ini MyMassa nak tunjukkan gambar pemimpin UMNO kantoi pula.

Gambar ini dirakam di satu kawasan sunyi. Pemimpin ini pun tak sedar bahawa dirinya sedang diskodeng.

Inilah gambar yang MyMassa maksudkan.


gambar Dr. Zambry oleh twitter @KhusairiTalib beberapa minit tadi. Dirakam  di Masjid Jamek Tg Malim. Untuk acara qiamullail dan solat Subuh.

MyMassa nampak gambar ini dalam blog Panglima Perang Siber (http://penembak-tepat.blogspot.com/2012/02/gambar-mb-perak-dr-zambryabdkadir-tidur.html#!/2012/02/gambar-mb-perak-dr-zambryabdkadir-tidur.html).

Cuba bandingkan gambar DS Dr. Zambry dengan gambar bekas MB Perak dari PAS.

Gambar dari blog dtenggara.
Memang jauh bezanya Yob.

Patutlah Nizar ni dapat jadi MB Perak sekejap je. Nama parti Islam tapi perangai macam haram.

*Kalau kome rakyat peghok, mana satu kome nak pilih? Yang buat qiamullail atau yang pukul gendang sambut Thaipusam.

JOM TUKAR: Dikir COOL Buat rakyat Kelantan

Posted: 15 Feb 2012 08:30 PM PST



Jom TUKAR ringtone handphone anda semua. Jom sokong aspirasi rakyat Kelantan ingin TUKAR Kerajaan PAS Kelantan Demi Rakyat! Download melalui link di bawah!

JOM TUKAR!!!

------>DOWNLOAD Dikir COOL JOM TUKAR<----------




* Jom sebar-sebarkan...

Baca Al-Quran, rumah boleh terbakar: Hanya di Serambi Mekah

Posted: 15 Feb 2012 07:13 PM PST




Sebelum klik pada URL berita di atas, mati-mati kami sangkakan kejadian ini berlaku di negara Barat atau di Israel. Rupa-rupanya berlaku di Serambi Mekah PAS sendiri.

Agak sukar untuk kami hendak mengulas mengapa perkara di atas boleh berlaku di satu-satunya negeri Islam Berkebajikan di Malaysia ini. Walaupun yang mengugut itu bukan Islam sekalipun, kami masih lagi sukar memahami. Yalah, berapa ramai sangat orang bukan Melayu yang tinggal di Kelantan ini pun.

Dan jikalau yang mengugut itu terdiri daripada orang Islam sendiri, lagilah kami pening. Manakan tidak, bagaimana setelah lebih 20 tahun pemerintahan Isle dilaksanakan di Kelantan oleh Tok Guru Waliyu Wan Nubuwwahul Nik Aziz, masih ada lagi yang membenci sehinggakan mengugut untuk membakar rumah orang lain? Tidakkah mereka berasakan indah sungguh bacaan ayat-ayat suci Al-Quran ini?

Hendak kata hidayah tidak sampai, mustahil sangat...takkanlah 20 tahun memerintah masih ada lagi rakyatnya yang benci hendak dengar ayat-ayat Al-Quran? Atau mereka tidak berpuas hati kerana PAS Kelantan tidak mengamalkan toleransi hukum sepertimana Pas Pulau Pinang?!!


ISRAEL GEMBIRA ANWAR SOKONG ISRAEL

Posted: 15 Feb 2012 05:40 PM PST


The Jerusalem Post  menyambut baik sokongan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap keselamatan Israel sepertimana yang disiarkan di Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini.

"Dan dari politik dunia, saya secara peribadi suka dengan berita yang diberi perhatian bahawa Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim (bersedia) mengiktiraf Negara Israel ketika ditanya sama ada beliau bersedia membuka hubungan diplomatik dengan Israel", kata Ordman.

Ordman adalah penulis blog dari 'Good News From Israel' turut diiktiraf pemikirannya oleh jpost.com kerana usaha gigihnya memberi perhatian terhadap pencapaian terbaru Israel dalam bidang teknologi, kesihatan, perniagaan, kewujudan bersama dan membina sebuah Negara Israel.

Pada 26 Jan lalu, WSJ telah melaporkan kenyataan Anwar yang berbunyi "I support all efforts to protect the security of the state of Israel," said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians"

Maksudnya; "Saya menyokong semua usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel, kata Anwar, namun apa yang dia katakan itu tidak bermaksud dia akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Israel, satu langkah yang menurutnya bergantung sama ada Israel akan menghormati aspirasi rakyat Palestin".

Baca lengkap di  
http://www.anwaraidc.com/?p=21862

GEMPAR!!! Pendedahan identiti pemimpin politik yang MURTAD?!!

Posted: 15 Feb 2012 04:44 PM PST







Dalam seminggu ini, kami dapat perhatikan, siber truper fuckatan berulang-ulang mengeksploitasi hujah TS Harussani yang kononnya tidak puas hati YAB PM menghadiri program keagamaan Hindu terutamanya dalam komen-komen blog dan berita online.



Alhamdulillah, YAB PM kita kali ini lebih responsive. Tidak sampai sehari, beliau telah berjaya menjernihkan keadaan dengan berjumpa sendiri TS Harussani bagi menjelaskan keadaan sebenar dan mendapatkan nasihat.





Jadi, sekarang ini macamana? Adakah PAS masih lagi mahu mendesak Majlis Fatwa mengeluarkan kenyataan selepas melihat aksi Anwar diberkati dengan api kuil di atas?!!

Baca lanjut di RBF.

*Kami memohon ribuan maaf kepada rakan-rakan kami yang beragama Hindu di atas posting ini. Bukan niat kami untuk mempersoalkan upacara keagamaan anda. Kami cuma jijik dengan sikap hipokrit pemimpin fuckatan yang mengeksploitasi adat ugama bangsa lain demi kepentingan politik mereka. Anda boleh menilaikan sendiri apa jasa mereka selama EMPAT tahun diberikan kuasa untuk mentadbir LIMA negeri.

Nantikan pendedahan eksklusif MyMassa petang ini tentang bagaimana Anwar fasih untuk melakukan upacara di atas tanpa perlu ditunjuk ajar.

Kelayakan Piala Thomas : Malaysia Tewaskan Korea Selatan.

Posted: 15 Feb 2012 03:30 PM PST



Pusingan Kelayakan Piala Thomas: Malaysia Juara Kumpulan D

MALAYSIA muncul juara Kumpulan D selepas menewaskan Korea Selatan pada aksi terakhir kumpulan dengan keputusan 3-1 dalam perlawanan kelayakan Piala Thomas di Macau pada Selasa.

Kemenangan tersebut membawa Malaysia untuk bertemu dengan Indonesia pada Khamis.

Mata pertama diperoleh menerusi pemain nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei yang menewaskan menewaskan Lee Hyun Il 21-13, 21-15.

Bagi mata kedua diperoleh menerusi beregu Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang menewaskan Yoo Yeon Seong-Ko Sung Hyun, 21-14,21-19.

Mata ketiga negara pula diperoleh menerusi regu Lim Khim Wah-Goh V Shem dengan kemenangan dalam perlawanan pasukan Korea Lee Yong Dae-Shin Baek Choel, 18-21, 21-19, 21-11.

http://mstar.com.my/variasi/sukan/cerita.asp?file=/2012/2/15/mstar_sukan/20120215222225&sec=mstar_sukan

*Tahniah pasukan badminton negara. Harap lebih ramai beri sokongan kepada team Malaysia dalam perlawanan menentang Indonesia.

Bila Nenek Jadi Gadis Sunti Kerana MyKad.

Posted: 15 Feb 2012 01:40 PM PST

Harap JPN boleh ambil tindakan segera. Kesian nenek ni.



Gara-Gara Kesilapan MyKad, Warga Emas Jadi Gadis Sunti

KANGAR: Beliau mempunyai empat anak berusia antara 58 dan 70 tahun serta 19 cucu dan 47 cicit, namun tarikh lahir pada MyKad miliknya menunjukkan beliau adalah gadis sunti yang akan menyambut hari jadi ke-16 pada 12 April ini.

Tidak masuk akal, tetapi itulah hakikat yang dilalui oleh Puan binti Ahmad yang usia sebenarnya sudah mencecah seabad dan dianggap antara warga emas paling tua di Padang Keria, Sanglang, di sini.

"Saya dah tak ingat usia saya. Tapi saya hidup pada zaman penjajah," katanya ketika ditemui di rumah anak ketiganya, Mat Yusop Kamis, 63, di Padang Keria selepas berpindah dari Kuala Nerang, Kedah sejak setahun lalu.

Pada MyKad warga emas ini tertera tarikh lahir 12 April 1996 dan kesilapan itu juga menyebabkan beliau menghadapi pelbagai masalah termasuk gagal mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Sementara itu, cucunya Siti Noratikah Mat Yusop, 21, berkata kesilapan pada MyKad tersebut disedari ketika beliau menghantar neneknya mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Kuala Perlis tahun lepas.

Kes itu kemudian dirujuk kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), namun sehingga kini belum ada tindakan susulan diambil jabatan tersebut, katanya.

Kami harap JPN dapat menyelesaikan masalah ini secepat mungkin bagi mengelakkan masalah lain yang lebih besar pada masa depan, kata Noratikah. - BERNAMA

Sensasi: Video Bila FRU Sendiri Disimbah 'Water Cannon'

Posted: 15 Feb 2012 08:03 AM PST


Bukan water cannon tapi hos dari kereta bomba.




*Selalunya FRU je yang tembak perusuh dengan air. Dalam video kat atas ni dah jadi terbalik, diorang pulak kena simbah.

MELETOP! Abang Kepada RPK Bongkarkan Negeri Selangor Rugi RM250 juta (Macam NFC)

Posted: 15 Feb 2012 06:05 AM PST

Raja Idris Kamarudin, abang kepad RPK

Berita dari MStar (http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/2/15/mstar_berita/20120215103408&sec=mstar_berita).

'Kehilangan' Tanah Bernilai RM250 Juta Cetus Kontroversi

Oleh B.K. SIDHU

SHAH ALAM: Kerugian tanah bernilai RM250 juta milik Kumpulan Hartanah Selangor Bhd (KHSB) telah mencetuskan kontroversi.

Tanah pegangan pajak berkeluasan 234ha di Gombak disita oleh Kerajaa Selangor, pemegang saham terbesar dalam KHSB.

Namun, terdapat pemegang saham yang memberitahu mereka tidak menyedari perkara itu.

Tanah yang dimiliki SAP Holding Bhd (anak syarikat KHSB) dirampas oleh kerajaan negeri pada Ogos lalu.

Tempoh pegangan pajak itu hanya berakhir pada 25 Jun 2090.

Difahamkan, pemegang saham telah membuat aduan kepada Bursa Malaysia.

KHSB ditubuhkan pada 2001 dan disenaraikan dalam Bursa Malaysia pada 2003.

Ia merupakan aset hartanah Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB).

SAP Holding Bhd terlibat dengan beberapa projek pembangunan di Selangor dan syarikat itu mengendalikan pengurusan projek, pembinaan dan pengurusan kelab dan tempat peranginan dan pembangunan hartanah.

Pengerusi KHSB, Raja Idris Raja Kamaruddin, abang kepada penulis blog, Raja Petra dan Hashim Kamil Harun bertindak sebagai pemangku Ketua Pegawai Eksekutifnya.


Raja Idris juga merupakan Pengarah KDEB yang diketuai oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Dalam satu aduan, seorang pemegang saham mendakwa tiada tindakan diambil oleh pengarah SAP dan KHSB untuk menyelesaikan atau berbincang mengenai isu tersebut.

Raja Idris ketika dihubungi mengesahkan rampasan tanah itu.

"Sebab yang diberitahu pegawai tanah untuk merampas tanah itu adalah kerana wujudnya aktiviti kuari secara haram sejak bertahun-tahun lamanya," katanya.

Beliau berkata, pemegang saham (menerusi laporan tahunan) dan Bursa Malaysia terus dimaklumkan mengenai perkembangan itu.

Raja Idris berkata, KHSB telah membawa perkara itu ke mahkamah, September lalu.

Seorang pemegang saham berkata, "Kerajaan Selangor mungkin pemegang saham terbesar tetapi hak dan kepentingan pemegang saham lain tidak patut diketepikan."

Raja Idris berkata, mesyuarat agung tahunan dijadualkan pada Jun ini.

*Tak sabar MyMassa nak tunggu jawapan LOW CLASS dari pemimpin SECOND CLASS LOWER. Dia kan CEO Pejabat Penasihat Ekonomi, takkan tak tau kot.

Gambar Yang Membuatkan PAS Terkedu Nak Jawab Isu Valentine.

Posted: 15 Feb 2012 04:33 AM PST

Gambar seorang Timbalan YDP PAS Kawasan yang memberi bunga kepada wanita yang bukan ajnabi.


Kalau nak tau cerita, mungkin boleh baca berita ini.



MyMassa nak tanya puak-puak PAS, ini bukan amalan menyambut Hari Valentine ke? Bila masa dalam Islam perkara ini dibolehkan?

*Dah bagi bunga pun kalah jugak, kesian. Daripada bagi bunga, baik sedekah kepada yang memerlukan.

Santai Petang : Kartun PKR dan PAS Mereformasi Selangor Sampai Jadi Bulan.

Posted: 15 Feb 2012 03:08 AM PST

Kartun dari akhbar Utusan semalam.



*Lawak giler tengok kartun ni.

Pemimpin PAS Dakwa PM Sambut Thaipusam Haram, Kenapa Nizar HALAL Sambut Krismas?

Posted: 15 Feb 2012 01:22 AM PST



Berita dari Harakah yang menyelar kehadiran PM ke Batu Caves.

Kalau PM tak boleh, kenapa Nizar anjur Krismas masa di jadi Menteri Besar boleh pulak tu?


Macam biasalah, wa harammu, halalku.

Orang lain buat haram tapi dia buat semuanya halal.

*Seronoknya si Nizar ni raikan Krismas ye.

SAJAK KHAS BUAT TUAN GURU

Posted: 14 Feb 2012 11:09 PM PST


Mymassa menerima kiriman sebuah sajak untuk Tuan Guru Haji Hadi dan Tuan Guru Nik Aziz, mymassa fikir elok juga disiarkan di sini untuk tatapan kita semua. War-warkanlah.

Belantan

Posted: 15 Feb 2012 11:11 PM PST

Belantan


Najib ke perayaan Thaipusam, tidak menyalahi hukum syarak!

Posted: 15 Feb 2012 02:03 PM PST


Kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada sambutan Thaipusam di Batu Caves, baru-baru ini tidak menyalahi hukum syarak, kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Beliau berkata, sebagai seorang pemimpin, tidak salah untuk Perdana Menteri bersama-sama dengan kaum lain dalam perkara yang berkaitan dengan adat. Lihat di sini.

"Sekiranya tiada niat untuk merayakan atau reda dengan perbuatan agama lain tidak mengapa, tetapi kalau sama-sama merayakan baru tidak boleh," katanya kepada pemberita selepas perasmian Seminar Profesionalisme Penceramah Agama UMNO Bahagian Pekan 2012 oleh Perdana Menteri di sini hari ini.

Harussani yang hadir pada seminar itu berkata, Perdana Menteri memaklumkan kepadanya bahawa beliau hanya berada di dewan untuk menerangkan polisi kerajaan dan tidak terbabit dengan perarakan keagamaan dan tidak masuk ke dalam kuil atau dalam gua Batu Caves.

Mufti Perak itu sebelum ini dipetik sebagai berkata orang Islam yang merestui dan turut serta dalam upacara keagamaan lain melakukan perbuatan syirik.

Mengenai Najib yang memakai Kurta iaitu pakaian tradisional kaum India pada sambutan itu, beliau berkata, ia hanya budaya sahaja kerana orang Islam di India pun memakai pakaian yang sama. Oleh yang demikian, Mufti Perak itu menasihatkan pihak yang cuba memutarbelitkan isu kehadiran Najib pada sambutan Thaipusam itu supaya menghentikannya kerana mereka membuat tuduhan tanpa usul periksa sehingga boleh menjadi fitnah. Lihat sini dan di sini.

"Masalahnya dalam keadaan sekarang orang Melayu berpecah, masing-masing mencari peluang untuk menghentam orang lain terutamanya menghentam sesama bangsa, pantang silap sikit.

"Saya harap semua orang kita (Melayu) balik pada asal, balik pada musyawarah...soal politik berbeza itu bukan menjadi masalah," katanya.

Sebaliknya, Harussani lebih kecewa dengan tindakan Pas di Perak semasa majlis sambutan Thaipusam dengan mengadakan gerai dan khemah serta mengibarkan bendera Pas seolah-olah menyokong dan reda dengan orang yang melakukan kufur.

Qaiyum.net [[ Manusia Memanusiakan Manusia ]]

Posted: 15 Feb 2012 11:05 PM PST

Qaiyum.net [[ Manusia Memanusiakan Manusia ]]


Bienvenue l’organisation

Posted: 15 Feb 2012 07:57 AM PST

Voici comment arrêter trop préoccupante relative à cercle wagram a quand la réouverture. Vous pouvez compter que je suis en tournage de la hanche. Voici ce qui était inclus avec jeux gratuit sans inscriptions tant que machines a sous cops robbers est un cran au-dessus du reste. Pourquoi régler les problèmes avec casino partouche aix provence ? Voici la preuve concluante. Comment peut-illuminés découvrir machine a sou 3 rouleau blogs attractif ? En effet, ce qu’il fait. machines a sous a 100 llignes Magazine a produit votre série intitulée Notions mastodonte base de machine a sous ghratuite sans telechargementHey, quelle est une situation ? Je fondé à croire que par référence à bandit manchot 3 bandes logiciels. Voir, il a composer simple.

Vous devez trouver un jeu gratuit sans telechargement et sans inscrition modulaire rachat que tout cela est en relation avec machines a sous gratuites originales.

J’essaie de donner un sens de la présente. J’ai été en gardant un profil bas. Il n’y a pas vues stagnante dans ce mode de pensée. Nous verrons cela à huis clos. Ce n’est pas mon meilleur travail, mais voici mes mots très significatifs germane à machines dragons à sous gratuites. Maintenant, avec cela, il semble tout à fait temps de faire quelque chose comme ça juste pour avoir quelques cassino 770.

Mais … je ne obscénité pas mais cela ne semble pas fonctionner pour moi.

Eh bien, comme tante récite, Une rose sous un autre nom sentirait aussi bon. Cela choisi nécessaire afin que soit celui qui a été dans mon esprit beaucoup ces derniers temps. casino gratuit machine a sous 770 est couramment utilisé vidéo poker machine gratuit. Méditez sur ce cours, faut parfois régimes un fou fou.
Je ne sais pas encore ce qu’ils comprennent machine a sous 3d sans telechargement gratuit, mais j’espère que ça va venir à temps pour ce qui Indiana bizarre.

Mon plan est de créer roulette and boulle et peut donc être là au où vous lisez ces lignes. Il est frôlé de présumer de jeux poker sans inscription comme étant sans pertinence. Un de nombre grand citoyens ordinaires, même sens opérationnelle video machines poker gratuites a été inventé par Chinois. C’est tout près de moi. Cette tranche sera aider à démarrer.

Je suppose que je pourrais aller dans un flamboiement de gloire. Si spécifique songez à ce meilleur casino en ligne gratuit est difficile, ce n’est pas.
S’il ya un seul fait que je peux dire à moi-même, souvent que: Je connais un certain nombre de choses quand il est comme casino gratuit en ligne machine a sous. Je fournis jeux de poker en ligne sans inscription parce que c’est un honneur que c’est. C’est partit comme un coup de feu. Vous voudrez peut-être prendre note présent. jeux en ligne francais gratuit sans inscription est tout usage, mais aussi j’espère que vous chose quelque obtenez hors de lui.
Avant d’aller de l’avant et l’achat d’un premier ministre vous allez devoir vous assurer que vous savez ce que cela implique. C’est pourquoi il ya urgence à obtenir une bonne les machines à sous de foir et l’expérience jusqu’à ce que vous trouver les fabrique demo de machine a soue. D’abord penser, et puis parler partout où je dois me référer d’autres opinions à ce sujet. Cela a été un secret bien gardé jusqu’à présent, les souiller à l’égard de jeux cartes blackjack jouer.
Oubliez le faire et commencer à réfléchir sur la façon jeux de virtual de cheveaux peut faire une dans votre vie.
Comment récupérer les refusant clients poker et les medias superbe ? Vous avez besoin d’oublier tout infopublicités rummy vous pouvez voir à télévision. J’ai juste essayé de cacher la situation.
Je est que la notion jeux a sous secret code pense une grande théorie. Je entiers regarder dans jeu a grater bingo ou je vais vous montrer où trouver jeux de courses hippiques virtuel. La travailleur des enseignants vais à jouer au machine a sous gratuitement est sens telechargement vous donner un service attentionné. Je ne vais pas avoir le cerveau travaille contre haute sur cette motion.
Vous devez prendre le temps de trouver un scénario braquage galvaudé, c’est qu’il mène dans jeu gratuit machine a sou. Cela a été un choix logique. Vous pouvez imaginer que je ne suis pas la plus forte outil dans le cabinet. Qui suis-je regarder en quelque mal qui les machines a sous poker et telechargement gratuit détails si chose ? jouer au machines a sous remporte la médaille d’or dans mon livre. Je crois que c’est vrai pour la plupart des demo jeux de la roulette et je ne veux pas porter de jugement à ce sujet. C’est la lycée d’arrêter obsessionnelle inquiétant concernant. L’intrus ici comme aboutir maintenant que. Une utilisation appropriée peut recette jeux virtuel de chevaux en 3d oublier touchant. Comment peut-mentors mûres horaires machine a sous rouleaux gratuite sans telechargement gratuitement ? Vous jours bientôt winpalace jeu fruit frenzy tous actes verrez il ya donc un risque léger que la roue de la fortune va décoller. Considérez cette formalités assez près pour le travail du gouvernement. jeux poker gratuit sans inscri peut également être une douleur royale dans l’arrière même si nous allons le faire avec toute la prudence requise.

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 15 Feb 2012 11:04 PM PST

DARUL EHSAN TODAY


Kerajaan Selangor Larang Pakai Sut Renang...

Posted: 15 Feb 2012 11:00 PM PST


Seorang pengendali sebuah sekolah tahfiz kesal dengan tindakan Persatuan Renang Amatur Selangor yang didakwa tidak membenarkan 10 peserta termasuk empat pelajarnya menyertai hari terakhir pertandingan renang sempena Sukan Selangor (Sukses) atas alasan pakaian mereka tidak mematuhi syarat ditetapkan.

Pengendali Sekolah Anak-Anak Yatim dan Tahfiz Al-Ijabah, Muhamad Abdullah mendakwa ketika pertandingan itu berlangsung di Pusat Akuatik bermula Sabtu lalu, kesemua peserta terlibat memakai pakaian renang muslim dan muslimah.

"Pada hari Sabtu, para peserta termasuk empat pelajar saya yang menyertai pertandingan yang dianjurkan bersama Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) atas nama Kelab Anak Air dan Kelab Ombak, dibenarkan berenang.

"Tetapi pada hari Ahad, mereka yang berjaya mara ke peringkat seterusnya tidak dibenarkan meneruskan pertandingan atas alasan pakaian renang tidak mematuhi syarat.

"Saya kesal dengan pihak penganjur kerana bersikap berat sebelah sedangkan peserta terlibat termasuk pelajar saya bukan tidak memakai pakaian renang, tetapi pakaian mereka menutup aurat. klik sini

Sanggup Jadi MURTAD Kerana Nak Jadi Perdana Menteri...

Posted: 15 Feb 2012 09:00 PM PST


Apa komen dewan ulama pas bila tengok gambar nie...?

Pening?

Terkejut?

Seronok?

Tak pernah terfikir oleh aku, seorang melayu sanggup buat retual agama hindu semata-mata nak raih undi...

Korang fikir lah sendiri...

Sekali Lagi Anwar Sokong Perkahwinan Sesama Jenis...

Posted: 15 Feb 2012 06:00 PM PST

Klik image untuk besarkan keratan...

Sekali lagi anwar secara terbuka menyokong aktiviti homoseksual yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Dalam akhbar tempo indonesia, anwar menyatakan "perkahwinan lelaki dengan wanita adalah mutlak tetapi tetapi homoseksual tidak perlu dihukum oleh negara, kecuali dia memamirkan di tempat publik" senang cerita, nak buat homoseksual buat lah, asalkan jangan tayang kat tempat umum sudah la...

Korang nilaikan lah sendiri, apa akan jadi dengan negara kita kalau anwar jadi perdana menteri? aku rasa, makin bertambah lah golongan songsang di malaysia nie...

Ahli DAP Ugut Bakar Diri...

Posted: 15 Feb 2012 05:42 AM PST


Lelaki yang menunjuk perasaan dengan mogok lapar sejak Isnin lalu bersetuju untuk tidak lagi membakar dirinya buat masa ini tetapi tidak menolak kemungkinan akan melakukan perbuatan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Pahang.

Gan Ee Seng, seorang pelabur dalam syarikat pembalakan Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd, berkata beliau akan meneruskan niatnya untuk membunuh diri jika kerajaan negeri Pahang terus mengingkari keputusan Mahkamah Tinggi pada 2007 supaya membayar syarikat berkenaan, RM63 juta.

"Saya mahu rakyat Pahang dan Malaysia tahu bahawa rakyat menolak pemimpin yang cuba untuk menipu orang ramai. Mereka ini, tidak berbeza dari perompak.

Komen aku: info yang aku dapat, cina yang nak bunuh diri tu ahli DAP kawasan jerantut.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Ustaz Moden's Weblog

Posted: 15 Feb 2012 11:03 PM PST

Ustaz Moden's Weblog


Garis Panduan Orang Islam Merayakan Hari Kebesaran Agama Bukan Islam

Posted: 15 Feb 2012 07:13 PM PST

Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-68 yang bersidang pada 12 Apr 2005 telah membincangkan Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Keputusan :

Dalam menentukan perayaan orang bukan Islam yang boleh dihadiri oleh orang Islam beberapa kriteria utama perlu dijadikan garis panduan supaya ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Kriteria-kriteria tersebut adalah seperti berikut;

1. Majlis tersebut tidak disertakan dengan upacara-upacara yang bertentangan dengan akidah Islam.

Maksud "bertentangan dengan akidah Islam" ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan menyebabkan tercemarnya akidah umat Islam.

Contohnya;

i. menyertakan simbol-simbol agama seperti salib, memasang lampu, lilin, pokok krismas dan sebagainya.

ii. menyanyikan lagu-lagu bercirikan agama.

iii. meletakkan apa-apa tanda bercirikan agama pada dahi, atau tanda-tanda lain pada anggota tubuh.

iv. memberikan ucapan atau isyarat yang berbentuk pujian kepada agama orang bukan Islam.

v. tunduk atau melakukan perbuatan seolah-olah menghormati upacara agama orang bukan Islam.

2. Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang bertentangan dengan syarak.

Maksud "bertentangan dengan syarak" ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan ajaran Islam yang diamalkan oleh masyarakat Islam.

Contohnya:

i. Memakai pakaian berwarna merah seperti santa claus atau pakaian lain yang melambangkan agama;

ii. Menghidangkan minuman atau makanan yang memabukkan dan seumpamanya;

iii. Mengadakan bunyi-bunyian atau hiasan seperti loceng gereja, pokok krismas, kuil atau memecah kelapa;

iv. Mengadakan acara yang berunsur perjudian, penyembahan, pemujaan, khurafat dan sebagainya.

3. Majlis tersebut tidak disertakan dengan "perbuatan yang bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam" di negara ini.

Maksud "bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam" ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan nilai dan norma kehidupan masyarakat Islam Negara ini yang berpegang kepada ajaran Islam berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Contohnya:

i. Percampuran bebas tanpa batas dan adab sopan;

ii. Berpakaian yang menjolok mata;

iii. Mendendangkan lagu-lagu yang mempunyai senikata berunsur lucah serta pemujaan;

iv. Mengadakan program seperti pertandingan ratu cantik, laga ayam dan sebagainya.

4. Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang boleh "menyentuh sensitiviti masyarakat Islam".

Maksud "menyentuh sensitiviti masyarakat Islam" ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan menyinggung perasaan umat Islam tentang kepercayaan dan amalan mereka.

Contohnya:

i. Ucapan-ucapan atau nyanyian berbentuk dakyah keagamaan bukan Islam;

ii. Ucapan-ucapan yang menghina umat Islam;

iii. Ucapan-ucapan yang menghina agama Islam;

iv. Persembahan yang bertujuan mempersendakan pegangan agama masyarakat Islam.

5. Pihak penganjur dan orang ramai diminta mendapatkan pandangan pihak berkuasa agama sebelum menganjur atau menghadiri majlis perayaan orang yang bukan beragama Islam.

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/garis-panduan-orang-islam-turut-merayakan-hari-kebesaran-agama-orang-bukan-islam

Ustaz Moden dengna ini mengesyorkan tindakan pemimpin pakatan rakyat yang menghadiri acara Vigil dan Thaipusam akan kembali sedar perbuatan mereka tidak dipersetuji agama. Seperti yang dapat dilihat dari video diletak di bawah

Juga dari perbandingan gambar antara YAB Perdana Menteri dan Ketua Pakatan


PISAU.NET

Posted: 15 Feb 2012 09:36 PM PST

PISAU.NET


Sorok Minyak Masak,Lagi Bukti Sabotaj Ekonomi

Posted: 15 Feb 2012 07:00 PM PST



Inilah yang dikatakan khianat dan sabotaj terhadap kepentingan hak rakyat.Ramai peruncit didapati menyorokkan minyak dan kononnya mendakwa bekalan minyak tidak mencukupi.

Pelik bukan negara pengeksport minyak sawit kekurangan bekalan domestik.Pakatan haprak selalunya akan mengambil peluang menyalahkan kerajaan sedangkan yang menjadi dalang kepada kenaikan harga barang adalah para pemborong dan peruncit sendiri.

Analogi mudah yang diambil oleh pakatan menyalahkan kerajaan memperlihatkan penyokong mereka yang sedia bodoh begitu mudah diperbodohkan lagi.Rakyat yang menyokong pakatan harus mengambil inisiatif untuk menyiasat puncanya bukan terus menunding jari terhadap pihak berkuasa.

Misteri sebuah pasar mini di Presint 9 di sini yang sering kehabisan minyak masak terungkai selepas pemilik kedai itu dikesan menyimpan bekalan di tempat yang tidak dilesenkan untuk kepentingan sendiri.

Timbalan Ketua Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Iskandar Halim Sulaiman berkata, walaupun mendapat bekalan mencukupi, pemilik pasar mini itu dikesan menyorokkan sebahagian minyak masak untuk kegunaan dua restoran miliknya.

"Kegiatan pemilik kedai runcit ini terbongkar apabila ramai pengguna membuat aduan bahawa bekalan minyak di kedai itu sering terputus walaupun bekalan di kedai lain mencukupi.

"Intipan yang dilakukan mendapati pemilik kedai itu menyimpan minyak masak seberat 1,600 kilogram bernilai RM4,300 di dua restoran di Putrajaya yang juga miliknya," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, peniaga itu akan didakwa di bawah Akta Kawalan Bekalan 1991 dan boleh didenda RM250,000 kerana menyimpan minyak masak di tempat yang tidak dilesenkan.

"Pemilik kedai ini lebih mengutamakan perniagaan sendiri berbanding kepentingan pengguna terutama ketika berlaku kekurangan minyak masak," katanya.

Mengenai kekurangan bekalan minyak masak di beberapa tempat di negara ini, Iskandar Halim berkata, masalah tersebut dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat ini.

"Keadaan adalah terkawal walaupun berlaku bekalan yang tidak konsisten di sesetengah tempat. Perkara ini sedang ditangani melalui penguatkuasaan di peringkat peruncit, pembungkus, pemborong dan pengilang.

"Sejak awal tahun ini, seramai 24 peniaga minyak masak telah dikenakan tindakan kerana menyorok, menyimpan tanpa kebenaran atau tidak mempunyai lesen. Sebanyak 128,937 kilogram minyak masak bernilai RM306,810 telah dirampas," katanya.-utusan

Slogan BN= barang naik dah basi,rakyat dah nampak siapa dalang sebenar yang mengsabotaj ekonomi negara dan membunuh kesejahteraan rakyat.

Pisau kata "Ada otak pakai"

The Jerusalem Post Raikan Sokongan Anwar Terhadap Israel

Posted: 15 Feb 2012 05:00 PM PST

AIDCNews – 15/02/12 – Michael Ordman penulis penyumbang di akhbar online Israel, The Jerusalem Post (jpost.com) menyambut baik sokongan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap keselamatan Israel sepertimana yang disiarkan di Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini.




"Dan dari politik dunia, saya secara peribadi suka dengan berita yang diberi perhatian bahawa Ketua Pembangkang Malaysia (bersedia) mengiktiraf Negara Israel ketika ditanya sama ada beliau bersedia membuka hubungan diplomatik dengan Israel", kata Ordman dalam tulisannya di jpost.com bertajuk 'We have lift-off'


Ordman adalah penulis blog dari 'Good News From Israel' turut diiktiraf pemikirannya oleh jpost.com kerana usaha gigihnya memberi perhatian terhadap pencapaian terbaru Israel dalam bidang teknologi, kesihatan, perniagaan, kewujudan bersama dan membina sebuah Negara Israel.


Pada 26 Jan lalu, WSJ telah melaporkan kenyataan Anwar yang berbunyi "I support all efforts to protect the security of the state of Israel," said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians"


Maksudnya; "Saya menyokong semua usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel, kata Anwar, namun apa yang dia katakan itu tidak bermaksud dia akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Israel, satu langkah yang menurutnya bergantung sama ada Israel akan menghormati aspirasi rakyat Palestin".


Susulan kenyataan di WSJ itu, Anwar sendiri mengeluarkan kenyataan di laman rasminya, anwaribrahimblog pada 28 Jan, menegaskan kehendaknya adalah 'two state solution'dalam isu penyelesaian Israel-Palestin.


'Two state solution' merupakan gagasan idea yang dilobi oleh badan antarabangsa yang dianggotainya, iaitu International Crisis Group (ICG) yang mengesyorkan agar Israel dan Palestin sama-sama diiktiraf sebagai sebuah negara yang sah dan berdaulat, di samping mencadangkan agar dunia Islam khususnya negara-negara Arab membuka hubungan diplomatik dengan Israel.


"Pendirian saya ini ternyata sejajar dengan prinsip perjuangan Parti Keadilan Rakyat yang menjunjung tinggi prinsip Keadilan Sejagat dan tegas membela hak mereka yang dizalimi.


"Selain itu pandangan saya ini ternyata selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai 'Two-State Solution'." katanya.


Pada 20 Mac 2008, wartawan jpost.com, Shani Ross pernah menulis rencana bertajuk "Anwar Ibrahim : Malaysia's Future Prime Minister?" yang memuji kejayaan Anwar dalam pilihan raya umum ke-13.


"Kejayaan PKR telah memberikan erti yang besar kepada kebangkitan kembali karier politik bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.


"Sebagai seorang penyokong Islam moderat, keadilan agama, budaya dan demokrasi liberal, populariti Anwar semakin meningkat, dengan sesetengah laporan mencadangkan bahawa pakatan pembangkang perlu memenangi pilihan raya akan datang, dia (Anwar) mungkin akan menjadi Perdana Menteri Malaysia", kata Shani Ross yang merupakan Koordinator untuk Persidangan dan Program Eksekutif, International Institute for Counter-Terrorism, Pusat Antara Disiplin Herzliya, Israel.


Begitu juga dengan kolumnis jpost.com, Amotz Asa-El yang menyentuh nama Anwar Ibrahim dalam rencananya berkaitan dengan homoseksual, bertajuk "Middle Israel: Oy gay!"


"Semasa saya baru menjadi pengarang berita , saya bertemu satu foto telegram dari Kaherah yang memaparkan kumpulan homoseksual ditahan beramai-ramai. Kemudian saya mengikuti kes Mahathir Mohamad , pemimpin Malaysia memecat timbalan berbakatnya, Anwar Ibrahim, dan mendakwanya atas pertuduhan liwat serta memenjarakannya atas dasar 'jenayah'.


"Ketika mengikuti kes-kes di Mesir dan Malaysia, saya sentiasa berbangga dengan kebijaksanaan dan keberanian Haim Cohn, yang lebih ketara melindungi kaum homoseksual kerana dia seorang Yahudi yang tajam daya pemerhatian", katanya.


Haim Cohn yang dimaksudkan oleh kolumnis jpost.com adalah Peguam Negara pertama Israel yang memutuskan untuk mengabaikan undang-undang kepada pelaku homoseksual di negara itu-AIDC


Pisau kata "Jerusalem Post pun Umno bayaq juga ka? isk kesian Anwar kena fitnah..."

Perdana Menteri Palestin Kecewa Anwar Sokong Israel

Posted: 15 Feb 2012 07:00 AM PST

AIDCNews – 14/02/12 – Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh kecewa dengan kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dengan sokongannya untuk mempertahankan Negara Israel seperti dilaporkan Wall Street Journal (WSJ).


Kekecewaan rakyat Palestin itu disampaikan oleh Ismail Haniyeh kepada Pengerusi Pentadbiran Yayasan al-Quds Malaysia, Nasharuddin Mat Isa, di Kuwait baru-baru ini.


Nasharuddin, yang juga anggota Parlimen Bachok daripada PAS, seperti dilaporkan Bernama berkata Ismail dan rakyat Palestin keliru dan bimbang setelah Anwar membuat kenyataan kepada WSJ bahawa beliau menyokong usaha melindungi keselamatan Israel.


Ismail Haniyeh adalah pemimpin utama kumpulan Hamas di Palestin.

Selepas Hamas berjaya merampas Gaza daripada Fatah pada 14 Jun 2007, beliau telah dipecat oleh Presiden Palestin, Mahmoud Abbas (pro Amerika Syarikat), walaupun dari segi hakikat Presiden Palestin itu tiada mempunyai kuasa untuk memecat atau membubarkan kabinet Ismail Haniyeh.


Oleh kerana itu Ismail Haniyeh menolak pembubaran dan pemecatan itu kerana tidak termaktub dalam perlembagaan Palestin.


Haniyeh dilantik sebagai Perdana Menteri pada 16 Februari 2006 selepas Hamas menang dalam Pilihan Raya Legislatif Palestin 25 Januari 2006 dan beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 29 Mac 2006.


Namun, sekali lagi, Haniyeh terpaksa meletak jawatan pada 15 Februari 2007 kerana pembentukan kerajaan perpaduan antara Hamas dan Fatah.

Akhirnya, beliau sekali lagi dipilih dan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Palestin pada 18 Mac 2007.


Dari kaca mata Israel, Ismail Haniyeh dianggap sebagai tokoh yang berbahaya kerana tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel dan enggan mematuhi syarat Israel supaya meletakkan senjata.


Oleh itu Israel melakukan sekatan ekonomi dengan tidak menyerahkan lebih USD600 juta wang cukai milik sah warga Palestin di Gaza.

Ismail berkata beliau dilantik secara demokrasi oleh warga Palestin, dan Israel tiada hak untuk menekannya, malah katanya peruntukan wang cukai itu adalah hak sah rakyat Palestin dan bukannya daripada Israel.


Sekutu Israel, Amerika Syarikat pula menekan Hamas dengan melabel organisasi itu sebagai organisasi pengganas dan mengarahkan 50 juta dolar tidak dikeluarkan dari bank-bank asing untuk membantu kerajaan Hamas di Palestin.


Pada 1 Disember 2005, ketika Anwar dalam sesi soal jawab program "Masa Depan Demokrasi Muslim', anjuran National Endowment for Democracy (NED) di New York, beliau tidak setuju Hamas terus mengangkat senjata, tetapi tidak mempertikaikan Israel yang masih terus menerus mengangkat senjata dan membunuh rakyat Palestin.



Anwar berkata demikian ketika menjawab soalan seorang aktivis Yahudi, Gershon Baskin, CEO dan pengasas the Israel/Palestine Center for Research and Information (IPCRI).

Sila lihat video di sebelah kanan.

Isu sokongan Anwar kepada Israel mula menjadi kontroversi apabila Wall Street Journal, 26 Jan telah melaporkan kenyataan Anwar yang berkata "I support all efforts to protect the security of the state of Israel," said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians"



Maksudnya; "Saya menyokong semua usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel, kata Anwar, namun apa yang dia katakan itu tidak bermaksud dia akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Israel, satu langkah yang menurutnya bergantung sama ada Israel akan menghormati aspirasi rakyat Palestin".


Susulan kenyataan di WSJ itu, Anwar sendiri mengeluarkan kenyataan di laman rasminya, anwaribrahimblog pada 28 Jan, menegaskan kehendaknya adalah 'two state solution' dalam isu penyelesaian Israel-Palestin.


'Two state solution' merupakan gagasan idea yang dilobi oleh badan antarabangsa yang dianggotainya, iaitu International Crisis Group (ICG) yang mengesyorkan agar Israel dan Palestin sama-sama diiktiraf sebagai sebuah negara yang sah dan berdaulat, di samping mencadangkan agar dunia Islam khususnya negara-negara Arab membuka hubungan diplomatik dengan Israel.


"Pendirian saya ini ternyata sejajar dengan prinsip perjuangan Parti Keadilan Rakyat yang menjunjung tinggi prinsip Keadilan Sejagat dan tegas membela hak mereka yang dizalimi.


"Selain itu pandangan saya ini ternyata selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai 'Two-State Solution'." katanya.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika diminta mengulas isu tersebut berkata kenyataan Anwar itu pastinya akan mengundang kecewa rakyat Palestin.


"Jelas sekali mereka amat kecewa mendapati kenyataan (Anwar) sedemikian dibuat.

"Kita tidak bolehlah menggunakan apa yang kita kata kepada khalayak yang berlainan untuk melihat hasil yang berlainan. Kita harus konsisten kerana apa yang kita cakap, walaupun di Bachok atau Jerantut, ia boleh dilaporkan ke seluruh dunia," kata Perdana Menteri.


Najib berkata Pas pun telah mendesak Anwar supaya menyaman WSJ ataupun memintanya menarik balik dan memberi penjelasan apa yang beliau (Anwar) katakan kepada majalah itu.

sumber:AIDC

Pisau kata " Bayangkan satu hari nanti PM Malaysia benarkan Israel bukak kedutaan di Kuala Lumpur"

Fitnah Anwar, WSJ Di Bayar Umno-Azmin

Posted: 15 Feb 2012 05:00 AM PST


Umno bahagian Wall Street disahkan terlibat membuat fitnah terhadap Anwar.Menurut sumber Azmin, beliau telah mendapat maklumat bahawa Umno yang berpengkalan di Amerika cuba menjatuhkan Anwar dengan cara membuat fitnah terhadap beliau.

Ds Najib harus jawab,kenapa Anwar yang dianggap sebagai penyelamat manusia dan Mahdi dikaitkan dengan negara Israel. Haprak PKR kesemuanya sudah menyebarkan bahawa Wall Street Journal yang mengeluarkan kenyataan Anwar menyokong keselamatan negara Israel adalah kerja Umno.

Sudah sudahlah fitnah Anwar,Nik Aziz dan seluruh khawarij PAS harus mohon ampun kepada Anwar.Beliau sebenarnya telah difitnah,Al Qardawi ulama tunggangan Anwar turut mempersoalkan mengapa Mahdi made in Malaysia ini begitu teruk sekali difitnah.



Pisau kata "korang tak terasa bodoh kah tengok cara Azmin buat tuduhan?"

Breaking News:KP Umno PP Ada Bukti Guan Eng Seleweng Skandal Tanah 10Billion

Posted: 15 Feb 2012 01:12 AM PST


Perkembangan terbaru agak menarik,mulanya berasa hairan juga kenapa dan mengapa Guan Eng begitu marah dan beremosi dalam menjawap persoalan yang dibangkitkan mengenai skandal RM10 billion tanah yang dijual kepada Ivory Sdn Bhd.

Guan Eng meroyan apabila "Rahsia" perjanjian tanah tersebut sudah menjadi rahsia umum.Rakyat menantikan jawapan Lim Guan Eng secara teknikal sebaliknya Guan Eng memberi jawapan politik yang retorik.

Apa yang susah sangat apabila ditanya ,jawap sudahlah kenapa perlu marah marah.Guan Eng mempamerkan gelagar seorang gengster yang angkuh dan besar kepala.Inilah yang dikatakan diktaktor yang autoritarian dalam membuat segala keputusan.

Berikut adalah kenyataan Ketua Pemuda Umno PP yang berjaya membongkarkan penyelewengan regim DAP dalam mengadai RM10 billion hak rakyat!

Pemuda Umno PP boleh membuktikan bahawa proses tender berdasarkan RFP(Request For Proposal) yang dibuat oleh Kerajaan negeri PP untuk projek penswastaan Bayan Mutiara bukan Tender Terbuka(open tender).

Berikut adalah fakta2 untuk membuktikannya;
1.Tender terbuka bermaksud proses tender satu peringkat sahaja yakni kadar harga yang ditawarkan oleh kontraktor adalah muktamad dan tiada rundingan seterusnya yang akan dibuat.

2.Manakala kaedah tender RFP pula adalah tender berperingkat "pelawaan untuk mengemukakan cadangan" yakni pemaju perlulah mengemukakan skop kerja,spesifikasi,terma,cadangan teknikal dan kewangan dan lain2 perkara yang dilihat dapat memberikan cadangan yang terbaik termasuk harga yg ditawarkan. Kaedah PEMANGGILAN tender boleh dibuat secara tender terbuka tetapi tertakluk kepada RUNDINGAN terhadap semua keperluan teknikal dan kewangan yang diprasyaratkan oleh Pemilik.
3.Berdasarkan penerangan mengenai dua kaedah tender diatas ,maka terbuktilah bahawa proses tender RFP yang digunakan oleh Kerajaan Negeri PP BUKAN tender terbuka,ini adalah kerana hanya proses pemanggilan tender dibuat secara terbuka dan proses seterusnya tidak dibuat secara terbuka.

4.Untuk memenuhi kriteria tender terbuka,semua proses2 seperti mempamerkan keputusan tender secara terbuka serta penilaian terperinci tender perlu dikendalikan oleh panel penilaian berdasarkan julat kadar harga tetap secara telus dan pemaju yg terbaik akan ditawarkan pada HARGA TENDER tanpa sebarang PROSES RUNDINGAN HARGA.

5.Dalam hal tender Bayan Mutiara,LGE sendiri telah memaklumkan bahawa beberapa perkara teknikal dan kewangan telah dirundingkan bersama pemaju untuk kononnya mendapat harga terbaik.Pada hakikatnya,proses tender RFP yang dilaksanakan oleh LGE hanya merupakan" terbuka" semasa "proses panggilan tender", proses lain semua adalah secara RUNDINGAN.

LGE mungkin tidak mendapatkan nasihat teknikal daripada perunding TEMPATAN sebelum melaksanakan tender tersebut bahawa mempamerkan tender dalam suratkhabar bukan satu2nya syarat untuk Tender Terbuka

Ir.Shaik Hussein Bin Mydin KP UMNO PP


Segala keputusan menjual tanah berharga RM10billion dibawah harga pasaran dibuat diatas pengetahuan Guan Eng sendiri. SPRM dipersilakan masuk siasat hingga ke lubang cacing


ada masuk poketkah?

Pisau kata " Ivory Sdn Bhd ini syarikat banyak tolong Guan Eng & Ng Wei Aik..mesti kawtim punya lah"

Anwar Tak Bersalah,Israel Yang Salah-Hj Hadi

Posted: 15 Feb 2012 12:00 AM PST


Hj Hadi bagaikan cuba memulihkan keyakinan rakyat bahawa PAS sebenarnya tidaklah menyokong sangat Anwar,apa yang cuba digambarkan mutakhir ini ada satu usaha melakukan damage control untuk memulihkan imej PAS yang terkenal begitu walaq kepada Anwar.


Dalam masa mengkritik,Hj Hadi masih tidor sebantal berpelukan bersama Lim Kit Siang dan Anwar.Sekadar mencuit kepada Anwar mengenai isu Israel tak mengubah apa apa perjanjian kesepakatan diantara 3 parti didalam pakatan mereka.Rakyat tak buta! Rakyat hanya melihat gelagat para pemimpin PAS.


Apa jenis manusia yang harus kita namakan puak PAS ini,kritikan dan teguran hanya menampakkan lagi betapa munafik dan hipokritnya PAS kerana masih berketuakan "Anugerah Tuhan" yang mereka namakan Ketua Umum pakatan rakyat.


Toksah retorik sangat dalam berhujah mengenai Israel,Anwar sudah buktikan beliau pendokong negara Israel,pengiktirafan Anwar terhadap Israel bukan dibuat buat,malah beliau sendiri bercakap kepentingan negara Israel diberi perlindungan keselamatan.Bukti pun ada,seluruh dunia menjadi saksi.


Noktah PAS terhadap pakatan hanya akan berakhir jika mereka menuntut fasakh,percayalah DAP dan PKR tidak akan sesekali menceraikan isteri seperti PAS yang begitu taat melayani karenah dan nafsu mereka.

Negara bernama Israel sebenarnya tidak wujud dalam peta dunia sejak Allah mencipta bumi. Negara ini diwujudkan secara haram oleh kuasa besar dunia selepas perang dunia kedua, bagi mengotakan perjanjian Balfore yang melibatkan British yang dibantu oleh zionis Yahudi, sejak perang dunia pertama lagi. Negara ini hukumnya haram mengikut hukum agama dan undang-undang antarabangsa ciptaan manusia. Ini kerana ia merampas daripada penduduk asalnya dan menghalau sebahagian besar daripada mereka. Negara kuasa besar dunia yang menjajah memejam mata bagi menghilangkan sifat perikemanusiaan mereka untuk melakukan jenayah bersejarah ini demi kepentingan mereka. Bahkan sebahagian pemimpin negara itu dibantu oleh wang dan media golongan zionis untuk berkuasa.


Dalam pertarungan politik dan ekonomi antarabangsa yang didalangi oleh kuasa besar dunia pula, menjadikan negara haram Israel rakan strategik untuk menjaga kepentingan mereka dirantau paling banyak membekalkan sumber tenaga kepada dunia, dan juga bertindak menjadi polis bagi pihak Barat terhadap dunia Islam.


Perkara ini ditambah lagi dengan sikap tidak saksama negara besar yang menghalalkan negara haram Israel memiliki senjata pemusnah yang diharamkan kerana tanpa perikemanusiaan. Israel sudah membinanya sejak tahun enam puluhan lagi dan menghalang dengan apa cara sahaja bagi melindungi jenayah kemanusiaan yang dilakukannya. Walaupun melalui badan antar bangsa yang paling besar dan berpengaruh, sehinggalah menggunakan kuasa veto paling zalim.


Bagi umat Islam sudah menjadi perkara wajib membebaskan Palestin sepenuhnya dan membela saudara mereka yang dizalimi, sehingga menjadi fardu ain kepada penduduk tempatan dan yang berjiran dan wajib mengikut kedudukan masing-masing di tempat yang jauh. Haram menerima kewujudan negara haram. Maka PAS yang berdasarkan Islam menolak penyelesaian wujud dua negara, satu untuk rakyat Palestin dan satu lagi bernama Israel untuk Yahudi Zionis. Bagi kami, hanya satu negara Palestin sahaja bagi penduduknya yang berhak.-Hj Hadi

Pisau kata "dalam masa kata tak mau,tapi cium mulut jugak"

Guan Eng Sindir PAS,Apa Salah Sambut Valentine..Bodoh!

Posted: 14 Feb 2012 10:00 PM PST

Cara Guan Eng memberi penerangan seolah memperlekehkan pihak yang melarang agar umat Islam meraikan hari Valentine.Kalau Islam dah kata tak boleh apahal nak paksa pulak? Ada mana mana haprak khawarij berani tegur Guan Eng?Nik Aziz?Nik Abduh?Hadi? Salleh Man?

Yang dilarang kepada umat Islam sebab ia menghampiri maksiat kepada yang bukan muhrim,apa salahkah larangan ini dikeluarkan kepada umat Islam,Guan Eng nak pertikaikan sangat kenapa?

Jika dia nak sambut itu dia punya pasal lah,tapi apahal cuba nak berdakwah kepada Umat Islam pulak.Umat Islam kena..Umno kena..PAS pun kena ajar dengan Guan Eng...apa macam?Menjadi tak dakwah DAP!?



Pisau kata " Lepas Karpal,Guan Eng pula cuba dakwah kepada umat Islam,PAS terima saja abang besar punya dakwah"

Di Sebalik Kritikan Nik Aziz,Beliau Hanya Tukang Cakap

Posted: 14 Feb 2012 07:24 PM PST


Nik Aziz sebenarnya tak lebih kepada melepaskan batuk di tangga dalam memberi teguran kepada Anwar,selepas hampir sebulan kenyataan Anwar menyokong Israel barulah Nik Aziz memberi respon.

Adakah PAS perlu menggunakan pakar bahasa Inggeris hingga perlu mengambil masa yang lama untuk mengkritik Anwar?Nik Aziz dilihat cuba mengalihkan teguran itu berpunca daripada Majlis Syura katanya beliau hanya wakil dan jurucakap sahaja.

Adakah Nik Aziz tidak berani menyatakan pendirian peribadi beliau terhadap Anwar dan Isu Israel?kenapa Nik Aziz perlu berdalih dalam memberikan kenyataan?

Adakah Nik Aziz takut kepada Anwarinas atau pun beliau hanya terpaksa demi memulihkan imej pakatan akibat sokongan Anwar terhadap Israel.

Saya, selaku Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS), dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS, menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di Wall Street Journal.

Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama beliau.-Mursyidul Am PAS,Nik Aziz

Pisau kata "dia ni betul ka atau saja nak bagi penyedap hati puak khawarij"

Di Booo....Anwar Gagal Kencing Rakyat!

Posted: 14 Feb 2012 05:00 PM PST

Dahulunya Anwar jaguh dimata penduduk bandar,golongan ini yang celik IT dan lebih up to date tentang isu semasa sentiasa tahu apa yang berlaku didalam politik negara.Sekarang ini tembelang dan temberangnya sudah diketahui ramai.

Bohong sikitnya tidak,temberang bukan main hingga penduduk bandar sudah tahu pembohongan dan kelicikan Anwar.

Nah sekarang ini kita lihat bagaimana penduduk kampung pula membantah kehadiran Anwar.Tak ubah seperti pilihanraya kecil,insiden ini meningatkan Pisau ketika di Kerdau apabila Anwar disambut dengan bontot ayam.:klik sini

Terkini di Parlimen Alor Gajah,Anwar diberi sambutan "hangat" oleh Umno. Zaman BN dan Umno menjadi mangsa punching beg pakatan sudah berakhir,apa yang dipaparkan adalah menifistasi bantahan apabila keterlaluan dihina,difitnah dan lemparkan dengan pelbagai tuduhan,hormat dan kesabaran rakyat sudah hilang,:-

Korang nengoklar sendiri gambar2 serta paparan video dibawah...Ketibaan ANUGAY telah disambut dengan penuh 'MERIAH' sekali oleh orang2 Kg Gadek di Parlimen Alor Gajah Melaka yang MAJORITINYA adalah ahli UMNO@BARISAN NASIONAL.....macam suasana Pilihanraya Kechil pulak gamaknya....!!! Yang kelakarnya, Orang Gadek tunggu ANUGAY kat 'pintu depan' iaitu jalan utama masuk ke Kg Gadek...tapi diaorang lupa yang ANUGAY suka 'pintu belakang'....jadi, tiba2 saja GAY TUA nie dah ada di lokasi program kerana rupa2nya dia ikut jalan belakang Kg Gadek...
Ermmm....Kehadiran ANUGAY telah disambut dengan kibaran bendera2 BARISAN NASIONAL serta lagu UMNO dan lagu2 PATRIOTIK yang MENGGEGARKAN suasana....KAH KAH KAH...!!! naik FENING ANUGAY dibuatnya...!!!
TAHNIAH aku ucapkan kepada orang2 Kg Gadek...aku tahu kampung korang kira kampung contoh dengan pelbagai anugerah yang korang raih terutama ANUGERAH DESA CEMERLANG (ADC) dan pernah juga sampai ke peringkat KEBANGSAAN...semuanya adalah kerana HASIL USAHA dan PERMUAFAKATAN diantara seluruh WARGA Gadek...sudah semestinya korang akan MARAH sekiranya kehidupan masyarakat korang yang AMAN DAMAI dan saling BERMUAFAKAT ini ingin diganggu oleh SITUA SEWEL ini....lebih2 lagi yang meramaikan program PARTI KENCING RAKYAT (PKR) inipun hanya ORANG LUAR Kg Gadek sajer....memang patut kena HALAU keluar...!!!
.Hendak membina sesebuah KEJAYAAN tu bukannya senang bro...ambil masa bertahun2...tapi kalu nak MEMUSNAHKANNYA memang senang...satu hari sajer dah boleh lingkup...!!!
Al Maklumlar...kalu Si ANUGAY ini BERUCAP macam orang JUAL OBAT....SALAM dia saja yang BETUL...yang lain semua AUTA sajer...fitnah sana, fitnah sini, janji sana janji sini...tu jer yang dia larat buat...
sesekali kena jugak FIGHT FIRE WITH FIRE...!!!!-TekoKopi

Dengar ucapan Anwar,cuba berbohong kepada penduduk kampung, dia cuba kencing tapi rakyat bantah dengan pembohongan beliau.

Pisau kata "dah la,sikit sikit bodohkan orang ramai"

KP Umno PP Mahukan Penjelasan Skandal Tanah 10Billion, Guan Eng Kantoi Berbohong.

Posted: 14 Feb 2012 05:00 AM PST


Semalam selepas pendedahan video persoalan yang dibangkitkan oleh KP Umno Pulau Pinang,Guan Eng mengamuk di pejabatnya.Beliau menuduh ada pihak yang membocorkan rahsia perjanjian tersebut.

Yang peliknya jika urusan jual beli dilakukan secara telus ,apa perlunya Guan Eng melenting dan marah marah. Sudah pasti ada yang tak kena didalam skandal tanah RM10billion ini.

Menjadi persoalan mengapa Guan Eng melantik HDB(Singapura) sebagai konsultan sedangkan PDC juga mempunyai kepakaran.

Lim Guan Eng yang tertekan kerana skandal RM10 billion ini dilihat memberi jawapan yang emosi dan meroyan.Jawapan Guan Eng sudah menjadi buah mulut rakyat Pulau Pinang kerana ramai mempersoalkan kenapa Guan Eng keterlaluan beremosi dalam isu ini.Sudah pasti ada kaitan dengan tindakan beliau menuduh ada kalangan kakitangan didalam pejabat beliau yang membocorkan "RAHSIA".

Kenapa perlu berahsia jika tidak melakukan kesalahan?


ada masuk poketkah?


Dibawah adalah soalan balas daripada Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang

Salam;

Pemuda Umno Pulau Pinang mengalu alukan jawpan Lim Guan Eng mengenai pembangunan di Bayan Mutiara.Namun begitu jawapan yg diberikan Lim Guan Eng masih tidak menjawab persoalan yg ditimbulkan dan AMAT MENGELIRUKAN. Pemuda Umno Pulau Pinang inginkan penjelasan Lim Guan Eng sahaja bukannya membuat fitnah.Persoalan baru yg timbul daripada jawapan Lim Guan Eng adalah seperti berikut;

1.Mengapakah hanya dua pemaju mengambil bahagian dalam proses tender tersebut?adakah pemaju lain tidak mampu atau sudah tahu bahawa tiada peluang?


2.Mungkinkah harga yang lebih baik dapat diperolehi jika proses tender RFP dibuat semula memandangkan hanya 2 pemaju yang mengambil bahagian?Ini adalah perkara biasa dalam sebarang proses tender.


3.Pemuda tidak pernah mempertikaikan proses panggilan tender yg dibuat secara tender terbuka,yang dipertikaikan adalah proses selepas itu sehingga ditawarkan kepada pemaju,mengapa tidak telus?siapa yang menilai tender dan bagaimana penilaian dibuat?


4.Pemuda mahu jawapan konkrit dimanakah tapak masjid dan tapak sekolah dalam pembangunan keseluruhan Queensbay yang telah diluluskan dahulu,bukan dalam pembangunan Bayan Mutiara?Namun begitu pemuda mengalu alukan kenyataan Lim Guan Eng mengenai pembinaan tapak masjid/rumah ibadat dan sekolah dalam pembangunan Bayan Mutiara.


5.Pemuda masih ingin laporan teknikal mengenai kadar harga tanah yg dijual pada harga 240 sekaki persegi yg dirasakan rendah,ini adalah kerana pada mei 2011 Business Times melaporkan bahawa pemaju asal Queensbay, CP Land Sdn Bhd telah menjual 40 hektar tanah miliknya di Queensbay pada kadar harga 420 sekaki persegi,untuk makluman turut dilaporkan bahawa Quenssbay Mall juga dijual kepada Capitamalls Asia pada harga 657 juta,satu harga yg amat tinggi,Pemuda hanya ingin melihat laporan teknikal penilaian tanah dan kaedah penilaiannya,Teluskah Lim Guan Eng untuk mempamerkannya dalam semua akhbar tempatan?


6.Lim Guan Eng telah memaklumkan bahawa pemaju perlu membina rumah mampu milik di PULAU bukan Bayan Mutiara,Kenyataan ini mengelirukan rakyat,boleh jelaskan?


7.Mampukah Lim Guan Eng memastikan rumah mampu milik dibina di pembangunan Bayan Mutiara dan menentukan berapa harganya dan bilangannya?Secara anggaran kasar,jika nilai pembangunan kasar(GDV) adalah 10 bilion,maka 30% daripadanya untuk rumah mampu milik adalah 3 bilion.Jika sebuah rumah mampu milik adalah 100 ribu maka Lim Guan Eng perlu memastikan sekurang kurangnya 30 ribu rumah mampu milik dibina disitu,benarkah pemaju bersetuju dan mampu melaksanakannya?


8.Lim Guan Eng masih belum menjawab mengapakah PDC tidak membangunkan tanah tersebut dengan kepakaran dan pengalaman yang ada?apa gunanya PDC PROPERTIES Sdn Bhd yg melaksanakan banyak pembangunan PDC sebelum ini.


9 Mengapakah perunding Singapura dilantik bagi projek perumahan di Batu Kawan?apa gunanya PDC Consultancy Sdn Bhd yang berpengalaman dan mempunyai kepakaran.


10.Mampukah Lim Guan Eng menjawab semua persoalan diatas secara Kompeten,Akauntabel dan Telus dengan memamerkannya didalam semua akhbar tempatan tanpa mempolitikkannya.


Pemuda PP hanya inginkan kepastian untuk kepentingan rakyat,
Ir.Shaik Hussein Mydin,KP UMNO PP



Pisau kata " waa..lu makan manyak busaq ,lu sendiri cakap mau makan boleh tapi jangan sampai muntah,sekarang lu sudah mau muntah maaaa....."

Breaking News:Demo Bantahan Kebiadapan Karpal

Posted: 14 Feb 2012 02:00 AM PST


Sebentar tadi pihak NGO PAJIM telah mengadakan bantahan terhadap kebiadapan Karpal Singh yang menyokong sambutan hari kekasih.ahli PAJIM terdiri daripada ahli ahli PAS berkumpul lebih kurang 20 orang.

Turut hadir ketika itu adalah timbalan pengerusi PAJIM En Arif Ibrahim bersama Zaidi Abu Bakar beliau ada pengerusi tetap PAS Kawasan Tanjung

Mereka menyatakan bantahan terhadap Karpal yang mempertikaikan tindakan Kerajaan yang melarang sambutan hari Valentine kerana berpendapat ia menyekat hak kebebasan manusia.Karpal turut menyelar PAS kerana membantah mengenai isu ini.

Pihak PAJIM juga mengecam pihak PAS yang telah lari daripada perjuangan asal dan dilihat gagal untuk tegakkan syiar Islam di Pulau Pinang.PAS juga dikatakan hanya menurut telunjuk DAP dan tidak mampu membuat apa apa keputusan.

Mereka turut berkata adalah mustahil untuk PAS menawan Putrajaya kerana PAS tidak tegas dan konsisten dalam memperjuangkan akidah dan suara rakyat yang dizalimi.

Pisau lihat,dakwah DAP lebih berjaya terhadap PAS kerana si tua Karpal hanya berdehem,habis seluruh kepimpinan PAS berasa gentar.Mereka sendiri tidak berani menegur Karpal yang memperlekehkan hukum Islam.

Pisau kata " Tunggu Karpal berdehem,nanti PAS mintak maaf la lepas ni.."

Penghina Rasullulah Harus Di Beri Pembelaan-Mat Sabu

Posted: 14 Feb 2012 12:00 AM PST

Selepas PKR mahukan pembelaan terhadap penghina rasullulah,kini PAS pula tampil kedepan untuk membela Hamza Kashgari.

Kepala Komunis PAS,Mat Sabu mahukan keadilan dan pembelaan terhadap penghina rasullulah dan agama Islam ini.Jika ini yang dimahukan oleh pakatan. Maka memang benarlah negara ini jika diperintah oleh mereka bakal menjadi syurga buat para penghina rasullulah dan Islam.







Jom baca terjermahan penghinaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W dan Islam yang dibela oleh PAS dan PKR.

"On your birthday, I will say that I have loved the rebel in you, that you've always been a source of inspiration to me, and that I do not like the halos of divinity around you. I shall not pray for you,"("aku tak akan berselawat kepadamu".) he wrote in one tweet.

"On your birthday, I find you wherever I turn. I will say that I have loved aspects of you, hated others, and could not understand many more," he wrote in a second.

"On your birthday, I shall not bow to you. I shall not kiss your hand. Rather, I shall shake it as equals do, and smile at you as you smile at me. I shall speak to you as a friend, no more," he concluded in a third.


PAS dan PKR mahu membela keatas orang yang menyamakan rasullulah seperti manusia biasa.Allah dan para malaikat berselawat keatas nabi,Allah menyuruh kita berselawat kepada nabi dan keluarganya,mengikarinya bererti mengikari suruhan Allah.

Semua ini mahu dibela oleh PAS dan PKR.Ini yang anda mahukan?

Pisau kata " padanlah dia menganut syiah dan komunis"

Nik Aziz Dakwa Beliau Di Paksa Kritik Anwar Isu Israel?

Posted: 13 Feb 2012 10:00 PM PST


Selepas bermesyuarat baru baru ini,dikhabarkan pimpinan PAS pusat amat gusar tentang sambutan terhadap siri ceramah Dr Hasan Ali.

PAS sekarang ini berasakan mereka keseorangan daripada kelompok Melayu dan Islam dinegara ini.Masakan tidak mereka berasakan ini hanya gerembolan totok saja yang masih walaq dalam melaksanakan agenda pimpinan pusat yang patuh kepada DAP dan PKR.

Apa yang mereka rasakan,satu tindakan harus diambil cepat kerana PAS sudah dilihat di tolak jauh oleh bangsa melayu malah penyokong mereka sendiri sudah nampak akan kelemahan PAS yang terlalu tunduk kepada DAP.

Beberapa siri kenyataan semenjak dua menjak ini seolah olah PAS tarik handbrake,mereka mula cuba tunjukkan bahawa mereka punyai prinsip.Teguran Nik Abduh mengenai Hari Valentine,Teguran Hj Hadi mengenai Anwar dan isu Israelnya.

Hari ini kita disajikan pula teguran Nik Aziz .
Saya, selaku Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS), dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS, menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di Wall Street Journal.

Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama beliau.-Nik Aziz
Inilah yang dikatakan cubaan meremehkan minda rakyat,dalam masa menegur DAP dan PKR,tetapi PAS tetap menjalankan tugas sebagai isteri kepada kedua dua parti ini. PAS masih menadah diri habuan selingkohan DAP dan PKR.

Cukup sekadar menegur,tapi dibelakang tabir tetap berpeluk cium.Bukankah baru baru ini Anwar mendakwa beliau disalah tafsir oleh media.Katanya orang Malaysia tak reti bahasa Inggeris hingga salah tafsir dia menyokong Israel.

Habis satu malaya dikatanya bodoh tak reti bahasa,nah sekarang Anwar cuba memulihkan kembali imej sebagai kapten Israel apabila menemui pemimpin Hamas,tak ubah seperti Hilary Clinton menemui Khaleed Meshaal . Berkokok sakan blog dan media pakatan kononnya Anwar juga penyokong Palestin.

Kenyataan Nik Aziz hanyalah arahan daripada PKR,tapi ingatlah ini semua hanyalah arahan Anwar untuk memulihkan kembali imej beliau yang terlepas cakap menyokong Israel.

Pisau kata " selagi tidor sebantal dengan DAP dan PKR,PAS bersumpah potong jari pun orang tak percaya dah"

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 15 Feb 2012 09:35 PM PST

ANGIN PERUBAHAN


Video Anwar Ibrahim Kena Halau Di Melaka

Posted: 15 Feb 2012 09:00 PM PST

Video Azmin Ali Tuduh UMNO Taja Wall Street Journal

Posted: 15 Feb 2012 07:00 PM PST


Azmin Ali nampaknya sudah gelabah bila Nik Aziz minta Anwar Ibrahim tarik balik kenyataan dalam Wall Street Journal atau menyaman akhbar tersebut berhubung kenyataan menyokong Israel secara terbuka. 

Paling tidak logik adalah tuduhan Azmin bahawa akhbar luar negara tersebut ditaja oleh UMNO juga. Nampak sangat diversion isu yang jauh tersasar dan amat mengarut daripada Timbalan Presiden PKR kesayangan Anwar tersebut.

Video Pendedahan Tentang Teresa Kok

Posted: 15 Feb 2012 03:00 PM PST


Video Anwar Ibrahim Beraksi Buat Tatapan Penyokong PAS

Posted: 15 Feb 2012 07:59 AM PST






Anwar Ibrahim Kena Calit Di Dahi

Posted: 15 Feb 2012 06:50 AM PST

Dahi Anwar Ibrahim dicalit dalam Pesta Ponggal di Batu Gajah. Anwar Ibrahim juga telah diarak lebih 100 meter dari jalan besar Batu Gajah-Tanjong Tualang ke tapak pesta menaiki kereta lembu bersama kepimpinan PKR Pusat, Negeri Perak dan kepimpinan Pakatan Rakyat Perak. 

Apa sudah jadi ni? Belum lagi menyelesaikan cabaran Nik Aziz, Anwar Ibrahim sudah mencetus satu lagi kemusykilan buat Mursyidul Am PAS itu. Apakah pula pandangan Harussani bila Anwar Ibrahim dicalit di dahi ketika Pesta Ponggal? Apa yang pasti gambar di bawah ini sudah tentu merunsingkan lagi hati Anwar Ibrahim dan kuncu kuncu parasit dalam PAS.



Ustaz Kazim : Akidah Nik Aziz Rosak?

Posted: 14 Feb 2012 03:00 PM PST


Apa Sudah Jadi Dengan SAMM, Membela Orang Yang Menghina Rasullulah SAW

Posted: 14 Feb 2012 07:30 AM PST

Amat memalukan sekali bila ada seorang Islam yang bertindak mempertahankan orang yang menghina Nabi Muhammad SAW. Menggunakan pula alasan hak asasi dan kemanusiaan untuk menidakkan kemuliaan Baginda Nabi Muhammad SAW yang hina secara terbuka oleh Kashgari di Twitternya.

Memalukan juga jika masih ada anak muda yang masih sanggup bersama dengan SAMM. Rekod aktivis masyarakat dijadikan sandaran untuk menghalalkan penghinaan yang dilakukan ke atas Nabi Muhammad SAW.

Ini satu lagi pemesongan akidah secara songsang yang cuba dilakukan oleh SAMM ini. Mana dia suara dari Persatuan Persatuan Pelajar Islam seperti GAMIS? Bersetuju dengan kenyataan SAMM ini?

Dewan Pemuda PAS Perlis Anjur Valentine Day?

Posted: 14 Feb 2012 06:00 AM PST

"Semarak Hijau sempena Valentine Day bermula Solat Asar berjamaah petang ini 13/2 di Masjid Al Husain Kuala Perlis. Semua pencinta Islam dijemput bersama untuk kita menjadi Duta Penyelamat & Kasih Sayang kepada anak muda sekitar Perlis..."
Berikut adalah status yang ditulis dalam Facebook Dewan Pemuda PAS pada 13 Februari 2012. Apa sudah jadi dengan Dewan Pemuda PAS ini? Sudah dijangkiti parasit Erdogan kah? Haron Din perlu menegur DPP PAS ini. Bila dijangkiti parasit, kedudukan Haron Din pun belum tentu selamat dalam PAS Perlis.

Nik Aziz Sudah Tidak Percaya Anwar Ibrahim

Posted: 14 Feb 2012 04:21 AM PST

"Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama beliau," kata Nik Aziz pada 13 Februari 2012.

Ini bermakna bahawa Nik Aziz sudah tidak lagi mempercayai Anwar Ibrahim dan kumpulan penasihat Erdogan yang selama ini menasihati Nik Aziz. Bukan sahaja Nik Aziz seorang, tetapi gesaan itu adalah juga daripada Majlis Syura Ulama.

Amat pasti Anwar Ibrahim akan mengelabah selepas ini untuk menerima cabaran Nik Aziz ini.  Apa yang putar belitnya, dalam blog Anwar sendiri ada tulisan jelas Anwar menyokong Israel (baca sini). Hendak putar macam mana lagi Anwar?

Usah Campuri Urusan Agama Islam

Posted: 13 Feb 2012 08:13 AM PST

Karpal Singh meletakkan hak asasi dan kebebasan tanpa had melebihi batasan agama dalam kes Valentine Day.

Seorang lagi peguam kesayangan Anwar, N. Surendran pula mengecam tindakan kerajaan menghantar pulang kolumnis akhbar Arab Saudi Mohammad Najeeb A. Kashgari yang akan berdepan hukuman berat selepas didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad s.a.w.

DAP kecam sesiapa yang menghalang sambutan Valentine, PKR membela seorang yang menghina Nabi Muhammad SAW, manakala Nik Aziz pula nyatakan sambut Maulidur Rasul tiru Kristian.
Anwar pula halalkan budaya songsang, serba lengkap kebebasan dan kesongsangan yang cuba dibawa pembangkang. Apakah ini masih lagi membutakan mata pengundi pengundi PAS?

Video Hassan Ali Menggempur PAS di Perak

Posted: 12 Feb 2012 04:39 PM PST


Video Anwar Ibrahim Berjoget Bagi Hilangkan Sakit Pinggang

Posted: 12 Feb 2012 07:30 AM PST


Video Hasan Ali Percaya Salah Laku Seks Anwar

Posted: 12 Feb 2012 04:30 AM PST


Pasaraya Di Kelantan Menaja Festival Gay?

Posted: 12 Feb 2012 01:00 AM PST



Ada pasaraya di Kelantan yang menjadi kebanggaan Nik Aziz menaja festival gay. Baca seterusnya.

Gambar Ini Akan Buat PAS Kalah Di Terengganu

Posted: 11 Feb 2012 10:00 PM PST

Sampai begitu terdesak sekali PAS hendak kuasa hingga sanggup agungkan DAP. Kalau dulu gambar Hadi Awang berpeluk dengan Kit Siang menjadi liabiliti kepada PAS di Terengganu.

Kali ini gambar ADUN Sura PAS ini akan membuatkan beliau berasa bersalah memegang bendera DAP. Rakyat Terengganu sudah kenal perangai PAS, parti lebong.

Suara Keadilan Masih Bermimpi, Ingat Anwar Akan Masuk Penjara

Posted: 11 Feb 2012 07:00 PM PST

Fitnah apa lagi ni? Siapa yang komplot sekarang ini? Sudah-sudahlah membuat cerita fitnah. Risalah pun sudah dicetak dan bersedia untuk dimuat turun. 

Ini bermakna Suara Keadilan memang yakin Anwar Ibrahim akan masuk penjara pada 9 Januari 2012 yang lepas. Sampai begitu obses yakin Anwar masuk penjara hingga tidak dibuangnya risalah tersebut. 

Sudah-sudah bermimpi tentang penjara, memang Anwar pernah masuk ke penjara pun. Atau memang Suara Keadilan yang berkomplot untuk penjarakan Anwar?

Inilah Kesan Kalau Undi Pakatan Pembangkang

Posted: 11 Feb 2012 03:00 PM PST


Homoseksual Cuba Dihalalkan Oleh Kumpulan Ini

Posted: 11 Feb 2012 07:30 AM PST

Edmund Bon dan Yeo Yang Po menganggap bahawa homoseksual tidak bercanggah dengan perlembagaan. Satu pandangan yang songsang dengan mana-mana ajaran agama. 

Amat pelik di negara ini, masih ada lagi kumpulan profesional yang terpengaruh dengan ajaran songsang ini. Malah mereka berdua  ini dilihat cuba mendirikan benang yang basah dengan menyokong saranan Anwar Ibrahim untuk memansuhkan undang-undang anal sex dan sodomi di negara ini. Baca seterusnya di sini.

Video Azmin Ali Kata Hasan Ali Celupar

Posted: 11 Feb 2012 03:30 AM PST

Video Haron Din Kecam Anwar Ibrahim

Posted: 10 Feb 2012 11:00 PM PST


Video : Haron Din & Hassan Ali Berganding Bahu Soal Akidah

Posted: 10 Feb 2012 07:30 PM PST


Sokong Israel : PAS Mula Terasa Anwar Ibrahim Liabiliti

Posted: 10 Feb 2012 03:30 PM PST


Hadi Awang mula terasa bahang dan bahana sokongan Anwar Ibrahim terhadap Israel dan kesannya terhadap parti PAS. Anwar yang dijangkakan oleh PAS masuk ke penjara agar memberi peluang kepada Hadi Awang untuk naik dalam pimpinan pembangkang telah membawa padah yang lebih besar kepada PAS sekarang. 

Khabarnya Hadi Awang sendiri sudah terasa sokongan terhadap PAS di Marang semakin berkurangan. Dengan majoriti 2,747 undi jumlah itu sudah semakin susut buat PAS. Minggu lepas Perdana Menteri telah menggempur kubu kuat Hadi Awang di Marang. 

Rakyat di Bukit Payung khususnya berterima kasih banyak kepada pimpinan Barisan Nasional yang mengotakan janji dan merealisasikan hasrat untuk membantu rakyat melalui BR1M. PAS hanya pandai berjanji tetapi apakah impak besar yang telah mereka lakukan kepada rakyat di Marang?. 

Lebih tertekan buat PAS bila Anwar Ibrahim membuat bencana besar bila menyokong keselamatan Israel secara terbuka pada 26 Januari 2012. Dua bencana besar yang Anwar lakukan bila tidak masuk ke dalam penjara adalah menyokong pemansuhan undang-undang liwat dan menyokong Israel secara terbuka.

Apa yang putar belitnya, dalam blog Anwar sendiri ada tulisan jelas Anwar menyokong Israel (baca sini). 

Kedua-duanya dibuat dalam media luar negara. Balik ke Malaysia Anwar menafikan berita tersebut dan menyalahkan akhbar tempatan. Mengapa tidak Anwar menyaman sahaja BBC dan Wall Street Journal jika mereka tersalah lapor? 

Inilah keadaan yang membuka mata rakyat. Telinga rakyat hanya disedapkan dengan janji janji kosong pembangkang. Bila rakyat buka mulut untuk meminta janji ditunaikan, pembangkang akan tuding jari meminta kuasa di peringkat pusat pula untuk melunaskan semua janji tersebut. 

Ternyata janji itu hanya akan tinggal janji. Benarlah, memang janji adalah senjata utama pembangkang. Penafian pula adalah senjata utama bagi Anwar Ibrahim. Rakyat sudah muak dengan taktik lama ini. PAS pun turut terasa bahang itu, kerana itulah Hadi Awang dilihat mahu berundur dan memisahkan dirinya dengan liabiliti terbesar dalam pembangkang (Anwar Ibrahim).

PAS Sokong Sambut Valentine Day?

Posted: 10 Feb 2012 07:30 AM PST



Apa sudah jadi dengan PAS ini? Maulidur Rasul, Nik Aziz kata meniru Kristian tetapi Ketua Dewan Pemuda PAS kata boleh sambut Valentine Day. Baca pendedahan selanjutnya ini.

Air Percuma : PKR Selangor Mungkiri Janji

Posted: 10 Feb 2012 05:33 AM PST

Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Permai Indah, A Prakash, berkata kerajaan PKR Selangor bukan saja mungkir janji berhubung program air percuma tetapi turut tidak memberikan kupon kepada penduduk bagi mendapatkan keistimewaan itu seperti dijanjikan sebelum ini. 

Katanya, kerajaan negeri sering mendabik dada mengatakan mereka sentiasa menjaga kebajikan rakyat di Selangor tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

"Penduduk di sini langsung tidak pernah menikmati bekalan air percuma selepas hampir empat tahun pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran negeri ini.

"Jika kerajaan negeri benar-benar adil, sepatutnya semua orang berhak menikmatinya termasuk kami," katanya selepas menyertai bantahan terhadap kerajaan negeri bersama penduduk pangsapuri itu di Pandamaran.
 
1.4 juta rakyat Selangor ditipu dengan janji manis PKR-DAP di Selangor. Air percuma tidak dapat, mereka hendak buat janji yang baru lagi untuk PRU13. PKR-DAP mungkiri janji pada rakyat.

Buku Budaya Songsang, Umat Islam Perlu Berhati Hati

Posted: 09 Feb 2012 11:00 PM PST

Berhati-hatilah, ada buku yang dijual cuba menyerang pemikiran kanak-kanak dengan budaya songsang. Ajaran hubungan songsang itu digambarkan sebagai Uncle Pete yang tidur dengan seorang kanak-kanak lelaki. 

Masyarakat Islam yang perlu sentiasa waspada, unsur unsur songsang ini cuba disemai dalam segenap penjuru untuk menyesatkan akidah orang Islam.