(TG Nik Aziz solat bersama exco dan isterinya di Istana Negeri Kelantan.)
KOTA BHARU: Solat boleh dibuat di mana sahaja. Di dalam belukar, di tepi sungai mahupun di dalam istana.
Inilah yang diajar secara praktikal oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada rakyatnya.
Hatta tanpa memiliki kain sembahyang yang lengkap (baju puteh), beliau mengajar umat Islam boleh menunaikan solat asalkan menutup aurat.
Semalam sewaktu majlis perasmian Ekspo Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) 2012, Tuan Guru berkesempatan menunaikan solat Zohor di Istana Negeri, iaitu di satu sudut ruang pameran sempena ekspo itu.
Turut menunaikan solat Zohor, anggota exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fatah Mahmood dan isterinya Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak.
Sebelum ini, beliau dilihat menunaikan solat di tepi belukar dan di tepi sungai. -Hrkh
Dr Mahathir Mohamad sendiri mengakui dalam memoirnya, "Doktor Umum" (2012), bahawa Operasi Lalang, Oktober 1987 "menjadi titik hitam dalam sejarah pentadbiran Malaysia dan sepanjang tempoh saya menjadi Perdana Menteri".
Mahathir, yang juga Menteri Dalam Negeri ketika itu, turut menarik balik lesen penerbitan tiga akhbar berpengaruh, dalam tiga bahasa utama, The Star (muka depannya pada hari pertama tangkapan yang membawa kepada pengharamannya, simple tapi menarik dan mudah diingati), Sin Chew Jit Poh dan Watan, atas alasan menyemarakkan api perkauman (yang sebenarnya didalangi Umno-MCA).
Serentak dengan itu, majlis ceramah politik tidak dibenarkan dan Malaysia bagaikan bertukar menjadi sebuah "negara polis".
Saya, yang baru memulakan kerjaya -- pada Mac 1987 -- sebagai pemberita Harakah (dan turut terbabit dalam edisi sulungnya) di bawah tunjuk ajar tokoh wartawan tersohor, Subky Abd Latiff, merasai sendiri situasi sulit cemas-takut sehingga setiap orang gelisah menjangkakan mereka juga boleh diserkup bila-bila masa.
Mendengar nama-nama tahanan yang tidak begitu dikenali dicekup dari hari ke hari (tangkapan tidak dibuat serentak tapi berperingkat-peringkat) membuatkan hampir semua yang pernah "berseteru" dengan pemerintah gerun dan merasakan gerak-geri mereka diintip serta menjadi target.
Bakal disumbat
Bersama hampir 20 rakan serumah yang masih bujang di Kg Datuk Keramat, Kuala Lumpur, kami menanti khabar dengan penuh debar tahanan-tahanan baru yang bakal disumbat. Sepuluh hari sebelum itu, pada 18 Oktober, kejadian amuk Prebet Adam menggunakan senjata M16 di Chow Kit dan Kg Baru mengemparkan tanahair, selain merancakkan lagi pasaran berita angin terutama mengaitkan dengan isu-isu perkauman.
Umno pula memukul gendang mahu mengadakan perhimpunan raksasa sebagai tindak balas terhadap isu-isu pendidikan Cina. Timbalan Presiden MCA, Lee Kim Sai beraksi garang memanipulasinya. DAP, MCA dan Gerakan digambarkan bersatu menangani isu berkenaan.
Kebetulan saya baru saja menyiapkan satu makalah khas mengenai Peristiwa Memali, diusahakan oleh Jabatan Penerangan PAS Pusat, yang juga menerbitkan Harakah, dengan judul "Percikan Darah Syuhada".
Saya bermalam di kampung penuh bersejarah itu, dan mendapat layanan istimewa penduduk setempat, kunjungan kedua saya selepas menziarahinya dua bulan selepas tragedi berdarah pada hujung 1985.
Bimbang turut sama menjadi mangsa ISA yang menggila, helaian pertama majalah tanpa permit itu, terpaksa digunting dan dibuang sebelum diedarkan, dengan penuh hati-hati. Memang benar-benar terasa suasana takut, risau dan penuh curiga.
Tidak pencetak berani
Saya juga merakamkan getar Ops Lalang dalam makalah one-off, berjudul "Demokrasi Zaman Mahathir", diusahakan syarikat sendiri, Penerbitan Pemuda. Tidak pencetak berani mengambil risiko menyebabkan saya -- yang berhutang modal pembelian kertas -- berpindah-randah mencari rakan-rakan yang bersimpati.
Bayangkan, proses binding makalah berkenaan dijalankan di rumah sewa secara manual, dengan bantuan lebih 12 rakan-rakan!
Tragedi penahanan tanpa bicara menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) membabitkan lebih 100 aktivis masyarakat, pemimpin parti politik, penggerak pertubuhan alam sekitar dan tokoh pendidikan Cina itu kerap dikaitkan dengan "era kediktatoran melalui undang-undang" Mahathir.
Antara tokoh-tokoh yang dikurung ialah Mohamad Sabu, Ustaz Halim Arshat, Khalid Samad, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh, Dr Chandra Muzaffar, Dr Nasir Hashim dan Dr Kua Kia Soong.
Ramai lagi tahanan yang tidak pernah dikenali menjadikan Ops Lalang itu bagaikan lembaga hitam yang cukup menakutkan.
Kini genap 25 tahun
Hujung November lalu, genap 25 tahun peristiwa itu berlalu. Biarpun jelas ia sarat dengan motif politik, terutama bagi menyelamatkan kedudukannya yang cukup terancam, termasuk cabaran dalaman Umno yang begitu sengit dan tajam, namun hingga kini, Mahathir masih cuba untuk merasionalkan tindakan zalimnya itu dengan daleh-daleh longgar.
Beliau juga dilihat tidak dapat menyembunyikan rasa bersalahnya terhadap satu lagi aksi brutalnya, iaitu pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dan dua Hakim Mahkamah Agung serta satu kempen terancang untuk memusnahkan kebebasan badan kehakiman.
Sampai saat ini, kewibawaan dan integriti hakim-hakim di Malaysia tetap dipersoal, manakala cabang eksekutif masih dilihat campur tangan dalam kes-kes kritikal mahkamah.
PAS, DAP saling mengenal di Kamunting
Apa pun, saya tertarik dengan komentar beberapa pemimpin kanan DAP, khususnya Lim Guan Eng, terhadap episod gelita suku abad yang lalu itu: "Pemimpin PAS dan DAP mendapat peluang untuk saling kenal-mengenali lantas memecahkan fitnah yang ditaburkan Umno untuk memomokkan masyarakat bukan Melayu tentang PAS dan masyarakat Melayu tentang DAP.
"Hubungan yang dijalin dalam tahanan 25 tahun lalu telah menjadi batu asas kepada hubungan kerjasama antara dua parti itu pada hari ini."
Ya, isu dan krisis yang menyelubungi Umno waktu itu begitu kritikal dan cukup dahsyat sekali. Cabaran Tengku Razaleigh bersama Musa Hitam pada April 1987, yang kemudiannya membawa kes ke mahkamah, sehingga Hakim Harun Hashim tida pilihan lain dan "terpaksa" mengharamkan Umno (atas kemahuan Presidennya, Mahathir sendiri) seterusnya mengakibatkan Tun Salleh dipecat bagi mengelak keputusan Mahkamah Agung yang boleh "menjahanamkan" kerjaya politik Mahathir.
Bagaimanapun, disebabkan parti-parti pembangkang, khususnya PAS dan DAP, gagal membentuk persefahaman politik dan seringkali bercanggah pendapat -- meskipun mempunyai tujuan murni yang sama -- elit Umno telah menyambar kesempatan itu untuk terus bertakhta, merampok harta rakyat dan mencuri khazanah negara.
Dalam keadaan serba sulit diasak segenap penjuru itu, Mahathir terselamatkan disebabkan saingan politiknya turut berpecah.
Laluan bentuk kerajaan alternatif dirintis
Azab di Kamunting 25 tahun lalu itu rupanya cukup berbaloi. Kesengsaraan dipisahkan daripada anak isteri memang pedih tetapi ia berupaya mendekatkan diri sesama pejuang keadilan, daripada pelbagai kumpulan dan berjaya meletakkan asas persefahaman yang kukuh serta mantap untuk satu proses agak panjang membebaskan negara daripada cengkaman sebuah parti dominan.
Pengalaman di saat sukar itu mahal harganya. Pemimpin muda DAP, Liew Chin Tong, yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera, merumuskan: "Keakraban yang terbentuk dalam kesusahan akan berterusan mengukuhkan pergerakan bagi mendirikan Malaysia yang baru dan lebih baik untuk semua."
Mohamad Sabu yang dikurung satu kawasan dengan Guan Eng mengingati "detik-detik manis" itu: "Kami yang duduk bersama-sama di Kamunting berpeluang bertukar pandangan mengenai pendirian parti masing-masing terhadap isu-isu rejim Mahathir. Ini termasuklah prinsip DAP yang tidak menolak usaha membantu Bumiputera miskin sebaliknya menentang kecenderungan nasionalisme Melayu yang dieksploitasi hanya untuk mengkayakan pemimpin dan kroni Melayu tertentu sahaja."
Ketika budaya politik baru -- yang menolak sentimen perkauman dan memandang tinggi isu-isu good governance -- makin tumbuh subur di kalangan rakyat Malaysia, Umno dan kerabatnya dalam BN seperti MCA masih ghairah memainkan lagu lama bagi melaga-lagakan parti pembangkang.
Pelbagai jerat cuba dipasang, misalnya melalui kontroversi Hudud mutakhir ini, namun banyak pihak yakin, persefahaman PAS-DAP yang menempuh jalan berliku dan onak berduri tidak semudah itu dapat digoyang.
Perangkap Umno-MCA hanya akan memakan tuan sendiri!
Membilang hari-hari akhir
Umno-BN yang hampir kehilangan kuasa dan mungkin membilang hari-hari akhirnya masih tidak berputus asa untuk mengadu-domba parti-parti dalam Pakatan, khususnya PAS dan DAP.
Jika kedua-dua parti pembangkang yang berkongsi kepedihan dan keperitan panjang itu dapat dipisahkan, seperti Barisan Alternatif pernah dihancurkan selepas pilihan raya 1999, ekoran isu Negara Islam, nescaya Najib tidak ragu-ragu lagi untuk menghadap Agong bagi membubarkan Parlimen.
Ops Lalang 1987 merakamkan sejarah hitam yang pastinya terus menganggu hari-hari tua Mahathir, namun ia menjadi penyambung ikatan berpanjangan buat PAS dan DAP melakarkan sejarah gemilang dalam PRU13 nanti, dibantu KeADILan, dengan teraju utamanya, Anwar Ibrahim, yang turut menerima pendidikan terbaik, bukan saja dari Kamunting di usia mudanya tetapi juga mendekam dalam lokap dan penjara. -Ahmad Lutfi Othman
Siapa yang tak kenal menteri mulut celupar (mulut limbah) Nazri Aziz. Menteri yang terkenal mempertahankan setiap undang-undang dan peraturan yang menekan dan menzalimi rakyat. Memang dah sinonim dengan Nazri.
Inilah menteri yang tidak pernah menunjukkan rasa simpati ke atas penderitaan rakyat. Segala undang-undang dan peraturan perlu mengikut telunjuk si mulut celupar ini.
Judi: Pemimpin Umno! Elias Hj Idris Kepentingan Tokoh-tokoh Umno dalam Syarikat Judi.
i) Magnum Corporation Sdn Bhd:
a. Bekas EXCO Pemuda UMNO, Datuk Mohamed Al-Amin Al-Haj. - Jumlah saham 1,900,000 unit.
b. Bekas Menteri Pelajaran dan bekas pengarah Magnum Corporation Sdn Bhd, Tan Sri Khir Johari. - Jumlah saham 40,843 unit dalam Magnum CO Sdn Bhd. - Jumlah saham 6,666 unit dalm Magnum 4Digit (ekor).
c. Bekas Peguam Negara dan Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Othman. - Jumlah saham 1,666,666 unit.
d. Nor Anita Abu Talib, anak perempuan Tan Sri Abu Talib. - Jumlah saham 680,334 unit.
ii) Genting Berhad
a. Arwah Tan Sri Noah Omar, bekas spekaer Dewan Rakyat, bekas Pengerusi Genting Bhd, iaitu datuk kepada Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hishamuddin Hussein. - Jumlah saham 602,318,000 unit (Resort World Berhad)
b. Yayasan Noah yang diwarisi oleh DS Najib dan DS Hishammuddin. - Jumlah saham 3,334,600 unit.
c. Tun Hanif Omar, bekas Ketua Polis Negara - Pengarah.
d. Tan Sri Amin Othman, bekas Timbalan Ketua Polis Negara - Pengarah.
e. Dato' Paduka Nik Hashim Yusof, bekas pegawai bank, - Pengarah.
iii) Resort World Berhad
a. Tan Sri Wan Sidek Wan Abdul Rahman, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri - Pengarah.
b. Tan Sri Alwi Jantan - Pengarah dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam - Pengarah.
iv) Sports Toto (Diasaskan dan dimiliki Tan Sri Vincent Tan pada tahun 1969, kroni Tun Dr Mahathir Mohamad).
a. Datuk Seri Tengku Adnan Mansor, Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Setiausaha Kerja UMNO Malaysia. - Jumlah saham - 3,500,000 unit (melalui syarikat nominee iaitu Simsec Nominees)
b. Tan Sri Jaafar Abdul, bekas pegawai kanan polis - Pengarah.
c. Mohamad Salleh Gomu, bekas pegawai kanan polis - Pengarah.
d. Datuk Anuar Zaini dan Datuk Sulaiman Mohd Noor - Pengarah (Berjaya Land Berhad). - Jumlah saham 292,336,584 unit.
e. Datuk Adnan Shuib dan Arsam Damis - Pengarah (Berjaya Land Berhad) - Jumlah saham 284,644,046 unit.
Sumber: buku 'Malaysia, Darul Kasino' oleh Datuk Husam Musa, EXCO Kerajaan Negeri Kelantan. dicopy paste dari blog ikanlepu
Masih ingin mengaku memperjuangkan Islam lagi?? Yang best siap bawak pergi tunai haji lagi.
Kempen Anti Saman Ekor (KASE) menuntut penjelasan daripada Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha dan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berhubung kejadian penyamaran sebagai pihak berkuasa oleh syarikat konsesi Sistem Kamera Automatik (AES).
Penasihat Undang-undang KASE, Zulhazmi Shariff berkata, berdasarkan sumber yang diperolehi, Syarikat Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd mewarnakan kenderaan mereka seakan-akan pacuan empat roda Toyota Fortuner milik JPJ.
"Apa yang berlaku sekarang, maklumat yang kami terima, ATES dan Beta Tegap mewarnakan kenderaan milik syarikat sebagai warna seakan-akan warna JPJ.
"Letak logo JPJ, nama 'Automated Enforcement System' sedangkan kenderaan tersebut bukan kenderaan JPJ. Ini apa cerita?" katanya di lobi Parlimen.
Tegasnya, penyamaran sebagai pihak berkuasa ini merupakan satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Dalam sidang media sama, Pengerusi KASE, Datuk Mahfuz Omar menggesa semua penerima saman AES agar tidak membuat bayaran kompaun sebaliknya hadir ke mahkamah untuk menyelesaikan perkara berkenaan.
Ini kerana KASE akan menyediakan peguam kepada mereka selain penggunaan peruntukkan undang-undang yang salah seperti dinyatakan dalam surat saman.
Tegasnya, kerajaan sepatutnya membatalkan semua saman yang mula dikeluarkan pada 13 Oktober lalu dan penangguhkan perlaksanaan AES seperti yang didesak sebelum ini.
"Kalau kerajaan masih tidak menarik balik saman ini, KASE menyeru kepada semua penerima saman ini agar tidak membayar kompaun.
"Sebaliknya ikut arahan ini (dalam surat saman) ke mahkamah. Kami bersedia menyediakan beberapa peguam bagi membantu mereka yang bersedia ke mahkamah.
"Peguam ini hanya untuk saman AES dan bukannya saman trafik," katanya.
Surat saman AES yang dikeluarkan menyatakan kesalahan melanggar had kelajuan berada di bawah Seksyen 79 (2).
Seksyen berkenaan sebenarnya bukan berkaitan perlanggaran had kelajuan sebaliknya merujuk pada perlanggaran kepada mengabaikan terhadap arahan dan isyarat lalu lintas.
Dari segi hukuman pula, tidak ada kompaun minimum RM300 sebaliknya tidak melebihi RM 500.
"Undang-undang disini (dalam surat saman) yang digunakan pun pelik. Dia (surat saman) kata miinta kita hadir ke mahkamah sendiri atau diwakil peguam.
"Mana boleh pertuduhan yang ingin disebut di mahkamah diwakili peguam," jelasnya.
Ujar beliau lagi, kesalahan AES ini tidak akan melibatkan kesan disenarai hitam sebaliknya penerima boleh membuat saman balas seandainya mereka dikenakan tindakan sedemikian.
Beliau menambah, langkah penyelesaian di mahkamah ini dapat mengurangkan peluang kepada syarikat konsesi memperoleh keuntungan RM16 dari setiap saman yang dikeluarkan. -selangorku
skandal sebegini pukimak pukimak menteri UMNO tak ambil kisah...yang dia sibuk hanya untuk melanyak kerajaan PR jika ada peluang...!!!!
Pendedahan oleh Ketua Audit Negara mengenai pelaburan anak syarikat kerajaan negeri iaitu Kedah Corporation Berhad (KCB) dalam sebuah syarikat yang menjalankan perniagaannya di Papua New Guinea (PNG) menjadi bahan cuba disensasikan oleh pihak pembangkang di Kedah, setelah perniagaan tersebut gagal di tengah jalan. Kerajaan negeri dikatakan mengalami kerugian yang agak besar.
Ada yang menyebut jumlah jumlah kerugian atau penyelewengan adalah sebanyak RM134 juta. ‘Angka itu dipetik dari buku laporan audit, takkan audit nak menipu?’ mereka berhujah. UMNO memang terbukti sangat pakar kalau dalam bab menipu orang kampung. RM134 juta (USD44 juta) bukanlah jumlah kerugian atau penyelewengan. Ia adalah jumlah pinjaman yang dibuat oleh KCB dengan Capital Investment Agency berpusat di London untuk membiayai mengambilalihan 70% kepentingan dalam Mas Incorporated (PNG) Ltd. yang berjaya memperolehi kawasan pembalakan di PNG. Ia juga bagi membiayai aktiviti lain KCB.
Bagaimanapun pinjaman ini telah dibatalkan pada Januari 2010 setelah Jawatankuasa Penilaian yang dilantik oleh Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMbKed) mendapati pinjaman dan penglibatan dalam perniagaan di PNG akan menambahkan beban dan risiko kepada syarikat. Jawatankuasa ini juga mengsyorkan KCB menamatkan perniagaan mereka di negara itu memandangkan suasana tidak menentu dalam prosedur urusniaga dan perjanjian yang dimeterai. Jawatankuasa itu dianggotai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Ketua Pegawai Eksekutif PMBKed. Ertinya pinjaman RM134 juta itu tidak berlaku!
Kerugian perniagaan berjumlah RM6.4 juta yang dialami oleh KCB adalah adalah kos pengurusan perniagaan, kos pengurusan pinjaman dan pelaburan awal beberapa syarikat lain yang berhasrat untuk turut serta dalam perniagaan itu. Ianya bukan penyelewengan atau rasuah.
Pelaburan perniagaan di PNG ditamatkan di pertengahan jalan menyebabkan semua modal dan kos pengurusan yang telah dikeluarkan oleh syarikat dicatatkan sebagai pelaburan yang tidak sempat mendatangkan pulangan. Tindakan ini dibuat setelah mendapat syor daripada Jawatankuasa Penilaian untuk mengelak risiko yang lebih besar kepada syarikat dan kerajaan negeri.
Ketua Pegawai Eksekutif yang dilantik selepas Mac 2008, yang menjerumuskan KCB dalam masalah di PNG telah ditamatkan perkhidmatan pada 2010 dan beliau menyaman PMBKed kerana penamatan itu yang didakwa melanggar undang-undang (Akta Pekerjaan 1955).
Sebelum dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KCB, beliau yang juga seorang usahawan sudah terbabit dengan individu dalam MAS Incorporated iaitu Dato’ Manaf untuk menjalankan perniagaan di PNG.
Ada pihak mendakwa KCB telah dimusnahkan oleh peniaga-peniaga yang menjadikan 'penipuan' sebagai modal dalam perniagaan mereka. Mereka bukan orang PAS atau Pakatan Rakyat bahkan ada yang mendakwa bahawa mereka adalah ahli UMNO sewaktu BN berkuasa dahulu. (Namun politik kepartian bukan isunya di sini). Mereka menggunakan 'kelurusan' pengurusan KCB telah menjadikan syarikat dan pemegang saham sebagai mangsa.
Kerajaan Pakatan Kedah yang masih baru dalam selok belok perniagaan antarabangsa masih sempat menghentikan risiko yang lebih besar melalui penglibatan anak-anak syarikat dengan aktiviti perniagaan antarabangsa.
KCB adalah syarikat warisan dari kerajaan BN dahulu. Kalau hendak menilai prestasi KCB sekarang, kena bandingkan juga dengan yang terdahulu. KCB menanggung beban projek Monda (S'pore) Ltd. CEO pada masa itu ialah Dato' Tajul Urus yang juga merupakan Ketua Bahagian UMNO Merbok. Pada 2007 KCB terbabit dalam projek 99East yang bernilai RM1.9 bilion, sedangkan KCB tidak memiliki tanah yang ditawarkan dalam perjanjian.
Ia meninggalkan beban kewangan dan reputasi buruk kepada syarikat yang lebih besar berbanding perniagaan di PNG. Anggaran kasar kerugian yang terpaksa ditanggung PKB melebihi RM43 juta, sebahagian besarnya melibatkan pembayaran premium tanah. (Semuanya dijangka terbongkar dalam Sidang Bajet 2013 Dun Kedah November nanti).
Isunya ialah KCB yang sama; mengalami dua kali kerugian. Di zaman Pakatan kerugiannya RM6.4 juta dan di zaman BN kerugiannya melebihi RM43 juta. Yang mana lebih teruk?
Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir mengambil kesempatan untuk menyerang kerajaan negeri dengan dakwaan kononnya kerugian pelaburan di luar negara itu memalukan negara kerana tidak pernah berlaku. Spesis ‘Melayu mudah lupa’ rupanya si Mukriz ini.
Lupakah beliau pada skandal BMF di zaman bapanya menjadi PM, penglibatan Bank Negara dan Tabung Haji dalam perniagaan matawang asing yang mengakibatkan kerugian berbilion ringgit, komisyen kapal selam Scorpene, bahkan skandal NFC juga melibatkan pelaburan yang kemudiannya mengalami masalah di Singapura. Apakah itu semua tidak memalukan negara?
Mukhriz juga wajar bertanya kepada diri sendiri bagaimana kerajaan BN sejak berpuluh tahun menguruskan negeri Kedah sehingga kerajaan sekarang terpaksa menanggung beban tindakan mahkamah dalam kes-kes perjanjian perniagaan dengan beberapa syarikat melibatkan RM11 juta dalam kes tanah di Tandop, Alor Setar dan kes sedang menanti di Jerai International Park di penghujung tahun 90-an melibatkan tuntutan kerajaan negeri sebanyak RM60 juta. Apakah Mukriz tidak rasa ini memalukan?
Kerajaan Selangor akan menyaman akhbar Utusan Malaysia dan Timbalan Ketua Pengarangnya ekoran satu artikel tidak benar dan berunsur jahat berkenaan status pemilikan lima aset Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Artikel tersebut bertajuk “Jual aset PKNS : Sultan Selangor murka?” diterbitkan hari ini dan ditulis timbalan ketua pengarang Datuk Zaini Hassan.
Pengumuman saman itu dibuat Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu sidang media sejurus selesai mempengerusikan Mesyuarat Exco di Bangunan SUK di sini petang tadi.
“Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kesal dengan artikel yang disiarkan Utusan Malaysia hari ini.
“Justeru, Kerajaan Negeri mewajarkan satu tindakan tegas diambil kerana artikel tersebut ternyata palsu dan menjejaskan nama baik Menteri Besar,” tegasnya yang turut ditemani Ahli Exco Negeri, Dr.Ahmad Yunus Hairi dan Ronnie Liu.
Sehubungan itu juga, Kerajaan Negeri mengarahkan peguam menghantar surat tuntutan maaf kepada Utusan Malaysia dan Zaini selain mengarahkan PKNS mengambil tindakan sama.
“Walaupun kita menghormati kebebasan media, namun media tidak boleh menyalahgunakan kebebasan itu.
“Apalagi untuk melaporkan berita berunsur fitnah, palsu dan mengelirukan,” tambah beliau.
Laporan akhbar berkenaan menyebut Kerajaan Negeri akan menjual lima aset PKNS iaitu Kompleks PKNS Shah Alam dengan harga RM 85 juta, Menara PKNS Petaling Jaya (RM90 juta), Shah Alam Convention Centre (RM97 juta), Kompleks PKNS Bangi (RM42 juta) dan Wisma Yakin (RM7 juta).
penyapu sial
saman jer....suka sangat nganggu pentadbiran pr...buat fitnah lak tu.. ingat....Makan minum yang haram bukan setakat makan babi dan minum arak. Makan gaji dengan cara memfitnah dan melaga-lagakan orang lain tetap juga haram hukumnya.
Kita menuntut penjelasan daripada Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha dan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berhubung kejadian penyamaran sebagai pihak berkuasa oleh syarikat konsesi Sistem Kamera Automatik (AES).
Berdasarkan sumber yang diperolehi, Syarikat Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd mewarnakan kenderaan mereka seakan-akan pacuan empat roda Toyota Fortuner milik JPJ.
Apa yang berlaku sekarang, maklumat yang kita terima, ATES dan Beta Tegap mewarnakan kenderaan milik syarikat sebagai warna seakan-akan warna JPJ.
Letak logo JPJ, nama ‘Automated Enforcement System’ sedangkan kenderaan tersebut bukan kenderaan JPJ. Ini apa cerita?.
Penyamaran sebagai pihak berkuasa ini merupakan satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Di samping itu kita menggesa semua penerima saman AES agar tidak membuat bayaran kompaun sebaliknya hadir ke mahkamah untuk menyelesaikan perkara berkenaan.
Ini kerana pihak KASE ( anti saman ekor ) akan menyediakan peguam kepada mereka selain penggunaan peruntukkan undang-undang yang salah seperti dinyatakan dalam surat saman.
Kerajaan sepatutnya membatalkan semua saman yang mula dikeluarkan pada 13 Oktober lalu dan penangguhkan perlaksanaan AES seperti yang didesak sebelum ini.
Kalau kerajaan masih tidak menarik balik saman ini, kita menyeru kepada semua penerima saman ini agar tidak membayar kompaun.
Sebaliknya ikut arahan ini (dalam surat saman) ke mahkamah.Pihak KASE bersedia menyediakan beberapa peguam bagi membantu mereka yang bersedia ke mahkamah.
Peguam ini hanya untuk saman AES dan bukannya saman trafik,Surat saman AES yang dikeluarkan menyatakan kesalahan melanggar had kelajuan berada di bawah Seksyen 79 (2).
Seksyen berkenaan sebenarnya bukan berkaitan perlanggaran had kelajuan sebaliknya merujuk pada perlanggaran kepada mengabaikan terhadap arahan dan isyarat lalu lintas.
Dari segi hukuman pula, tidak ada kompaun minimum RM300 sebaliknya tidak melebihi RM 500.
Undang-undang disini (dalam surat saman) yang digunakan pun pelik. Dia (surat saman) kata miinta kita hadir ke mahkamah sendiri atau diwakil peguam.
Mana boleh pertuduhan yang ingin disebut di mahkamah diwakili peguam,Kesalahan AES ini tidak akan melibatkan kesan disenarai hitam sebaliknya penerima boleh membuat saman balas seandainya mereka dikenakan tindakan sedemikian.
Langkah penyelesaian di mahkamah ini dapat mengurangkan peluang kepada syarikat konsesi memperoleh keuntungan RM16 dari setiap saman yang dikeluarkan.
penyapu sial
Terang2 mau kikis duit rakyat...Kaedah menipu rakyat digalakkan ikut fatwa kerajaan BN.Bermati-matin nak cari dana tambahan untuk PRU ke13.Agaknya dana pemberian Soros tak mencukupi.
You are subscribed to email updates from penyapu sial To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Berkorban apa saja. Itulah ucapan terbaik untuk Shafie Afdal. Tetapi sayangnya ialah yang berkorban itu ialah negeri yang paling tinggi kadar kemiskinannya. Shafie tak mau Sabah dapat royalti minyak 20%. Cukuplah sekadar 5% sahaja. Baik punya orang. Wooooo.
Kekadang fasal nak bodek PM, sanggup korbankan orang kampong sendiri. Agaknya dia tak mau dikatakan sama nada dengan tuntutan PR, maka Shafie redha dengan royalti 5% sahaja.
Wahai orang Sabah, janganlah engkau simpan lagi ahli politik macam ini. Bangang 44 namanya. Woooo.
Jangan lupa jumpa di Seremban Jaya, esok jam 4 petang. Yahooooo.
NGO pro Umno dibayar untuk meramaikan perhimpunan.
"Cakap tak serupa bikin". Itulah bahasa yang sepatutnya dilemparkan kepada NGO mesra Umno yang membantah Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan diadakan di Senawang oleh Pakatan Rakyat esok.
Mereka bercakap seperti "meludah ke langit" akhirnya terkena muka sendiri. Bagi mereka Asalkan Bukan UMNO (ABU) yang buat perhimpunan, dikira tidak sah walaupun perlembagaan membenarkannya.
Menurut Artikel 10 (i). Kebebasan untuk mengadakan perhimpunan aman dan berpersatuan. Ia ditegaskan pada fasal ii), iii) dan iv). Dinyatakan mengikut perlembagaan semua warganegara dibenar mengadakan perhimpunan aman tanpa membawa apa-apa senjata. Itu hak asasi. Rujuk disini
Sudah hampir pasti menteri besar haram Perak, Zambry Kadir tidak akan dipilih sekali lagi menerajui negeri yang pernah bergolak ekoran rampasan kuasa secara haram oleh Barisan Nasional (BN) yang didalangi timbalan perdana menteri ketika itu yang kini perdana menteri, Najib Altantuya.Walaupun hampir sah Zambry akan diletakkan semula di kerusi DUN Pangkor yang diwakilinya sekarang, veteran Umno sendiri pun tidak yakin kepimpinan Zambry menepati hasrat rakyat negeri itu yang mahukan lebih daripada seorang jurucakap semata-mata.
Pengumuman Zambry yang mendahului hasil kajian menyeluruh yang dilakukan Jabatan Geologi dan Mineral berkenaan penemuan emas di negeri yang kaya dengan bijih timah satu ketika dahulu tidak cukup untuk menyelamatkan kedudukannya sendiri.Sebaliknya pemimpin Pakatan Rakyat negeri terus membidas tindakannya kerana kajian tersebut belum selesai sepenuhnya terutama kesan alam sekitar terhadap projek yang akan dimulakan dalam tempoh enam bulan itu.
Satu lagi faktor ialah Zambry sendiri yang bukannya dari 'kem Najib Altantuya' sebaliknya dari bekas perdana menteri, Abdullah Badawi yang berjaya memintas calon Najib Altantuya sendiri, ADUN Sungai Rapat, Hamidah Osman.Berdasarkan kedudukan semasa, Perak masih berpeluang dirampas Pakatan Rakyat dengan majoriti kerusi antara tujuh ke 11 kerusi berbanding BN.April lalu, kiraan Pakatan Rakyat menunjukkan mereka mendahului BN dengan kiraan 35 kerusi berbanding 24 untuk BN.Perak mempunyai 59 kerusi DUN dan 24 kerusi parlimen.
Untuk kerusi parlimen pula, Pakatan Rakyat dijangka menang antara 11 ke 15 kerusi berbanding hanya 11 yang dimenangi dalam pilihanraya umum ke-12 lalu.Antara kerusi parlimen yang dikatakan berpotensi dimenangi Pakatan Rakyat ialah Lumut, Pasir Salak, Kampar dan Tanjong Malim.Dengan perkiraan itulah Najib Altantuya sudah berhenti mengunjungi negeri itu setelah lebih daripada enam kali melakukan lawatan sejak awal tahun ini, terakhir ketika sambutan di Lumut, tiga minggu lalu.
Ahli parlimen Bagan Datoh, Zahid Hamidi dan ahli parlimen Tambun, Ahmad Husni Hanadzlah saling berlumba-lumba merebut kedudukan tersebut dari Zambry selain masalah dalaman Umno negeri turut menyukarkan peluang BN untuk terus berkuasa di negeri itu.Beberapa kerusi yang dimenangi tetapi penyandang kerusinya yang keluar dan menjadi 'mesra BN' seperti parlimen Bagan Serai, DUN Changkat Jering, DUN Jelapang dan DUN Behrang hampir pasti boleh dimenangi calon Pakatan Rakyat.
Status kesemua mereka termasuk Osman Jailu, Jamaluddin Mohd Radzi, Mohsin Fadzli Samsuri dan Hee Yit Foong disifatkan sebagai 'gugur' kerana calon BN sudah dikenal pasti untuk bertanding menentang calon Pakatan Rakyat.MCA dan MIC sebagai sekutu kuat Umno masih belum pulih daripada tsunami politik yang membadai negeri ini kerana jentera pilihanraya masing-masing dikatakanmasih belum digerakkan sepenuhnya, dipercayai masih menunggu 'habuan' yang dijanjikan sebelum memulakan gerak kerja pilihanraya.
Di satu sudut lain, ini bermakna peluang mereka merampas semula kerusi yang tewas di tangan calon Pakatan Rakyat dianggap tipis walaupun mengharapkan Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M 2.0) sedikit sebanyak mampu memancing undi yang diperlukan untuk kemenangan BN.Entah apa puncanya habuan yang dijanjikan belum lagi tiba kerana mungkin kemenangan yang diharapkan Najib Altantuya semakin jauh dari pandangan.
Zambry nampaknya kini boleh mengucapkan selamat tinggal buat kerusi yang disayanginya kerana calon pilihan Najib Altantuya sudah bersedia menggantikannya, itu pun jika rakyat negeri ini yang masih terkesan dengan rampasan kuasa BN pada 4 Februari 2009, tergerak hati untuk mengundi mereka sekali lagi. ~jalanpulang
Pelik, hairan, bodoh dan kejam, namun inilah yang berlaku di Negeri Melaka. Penguatkuasa Majlis Perbandaran Hang Tuah, telah menghalang seorang Adun DAP Ayer Keroh untuk membantu mangsa ribut, di Taman Air Keroh, Melaka.
Beliau di halang untuk membantu rakyat di kawasannya, memang bodoh betul Umno Melaka.
Lihat dengan mata kepala anda sendiri bagaimana penguatkuasa digunakan untuk menghalang pemberian bantuan kepada rakyat yang ditimpa musibah akibat bencana ribut. Pelbagai alasan diberikan untuk merobohkan booth kecil yang dibina oleh wakil rakyat itu.
Difahamkan pihak penguatkuasa telah memberikan notis untuk menutup booth kecil yang didirikan dalam masa sejam. Jika tidak pihak penguatkuasa yang diperalatkan ini akan merampas segala barang-barang di booth tersebut.
Kemana perginya Ketua Menteri yang dikhabarkan mengawinkan anaknya beratus ribu tetapi kebajikan dinegeri sendiri tidak terjaga??
Banyak persoalan yang ditimbulkan berikutan status negeri maju yang dikecapi oleh Melaka. Persoalan yang hanya layak dijawab oleh pemimpin negeri Melaka itu sendiri.
Kepada pemimpin-pemimpin BN terutama UMNO,jangan hanya menyalahkan negeri lain yang dikatakan terlalu miskin dan hanya BN sahaja yang boleh mengubahnya.
Negeri dibawah BN yang diterajui oleh UMNO menunjukkan apa yang dikatakan terhadap Kelantan selama ini terkena diri sendiri.
Ini yang hanya dipaparkan, yang tidak dilaporkan di media kemungkinan banyak lagi.. Adakah pemimpin sekarang hanya gilakan kuasa tanpa memikirkan nasib rakyat??
Pemberian BRIM oleh kerajaan memang dialukan untuk meringankan beban rakyat, tetapi setakat mana keberkesanan pemberian terbabit?
Adakah cerdik pandai didalam kerajaan tidak memikirkan tentang keperluan dan kehendak rakyat??
Rakyat perlukan rumah, pekerjaan dan pengangkutan yang murah yang hanya ditawarkan oleh Pakatan Rakyat sahaja di dalam manifestonya
Kesimpulannya, jangan hanya menunding jari kepada negeri yang diterajui oleh Pakatan Rakyat sahaja dengan mengatakan miskin dan tidak mampu berdikari, sebaliknya lihat negeri sendiri..
Adakah lebih baik dari negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat??Anda ada akal, anda dapat fikirkannya.
KUALA LUMPUR 2 Nov - Pengasas dan Pengerusi Festival Fesyen Islam (IFF), Datuk Raja Rezza Shah menafikan bahawa isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor terlibat dengan isu gambar yang disebarkan oleh beberapa blog pembangkang berhubung seorang model yang mengenakan pakaian yang tidak menutup aurat.
Menurut Raja Rezza, Datin Seri Rosmah merupakan penaung kepada IFF, namun beliau tidak tahu mengenai aktiviti yang dilakukan olehnya sebagai pengasas dan pengerusi IFF.
"Beliau hanya penaung..tetapi bukan dia yang tetapkan A to Z...dia tidak tahu apa yang saya buat dan bukan semua 'function' yang diadakan dia hadir," ujarnya.
Tambahnya, Rosmah sering mengingatkan beliau agar pelaksanaan IFF ini memberikan kebaikan kepada masyarakat.
"Beliau sering tekankan...make sure it can help people, make sure it can give benefit to people..and please be carefull," katanya kepada KLPOS ketika di temui di kediamannya di Ulu Klang, semalam.
Beliau berkata demikian ketika menjawab mengenai spekulasi blog pembangkang yang menyebarkan gambar dari sebuah akhbar harian yang memaparkan salah seorang daripada sebahagian model IFF tidak mengenakan pakaian yang sesuai dengan tema festival tersebut pada sidang media diadakan.
"Mengenai gambar itu, hanya seorang saja yang memakai busana tidak berlengan dan mereka (pembangkang) seharusnya bertanya kepada saya terlebih dahulu.
Andaikan, wanita itu adalah model saya, dan saya jadikan sebagai konsep untuk menunjukkan perubahan daripada individu yang memakai pakaian terdedah kepada yang menutup aurat. Tetapi malangnya, dia bukan model saya," katanya.
Raja Rezza turut berkata bahawa wanita itu bukanlah tetamu undangannya pada sidang media tersebut tetapi dia datang bersama Persatuan Bencana Negeri Kedah untuk memperagakan selendang pada hari persembahan nanti.
"Pada sidang media tersebut, terdapat beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang hadir bagi memperjelaskan mengenai kutipan amal yang akan mereka lakukan melalui IFF, dan wanita tersebut hadir bersama salah satu NGO itu. Saya memang tidak tahu menahu mengenai kehadirannya," ujarnya.
Selain itu, Raja Rezza turut difahamkan bahawa wanita tersebut berpakaian begitu (tidak menutup aurat) kerana dia akan melalui proses 'transform' ada hari persembahan fesyen nanti.
"Inilah, mudah sangat orang kita membuat kesimpulan. Umpama filem yang belum siap, tetapi kita dah cerita mengenai pengakhirannya," katanya.
Namun begitu, spekulasi yang dimainkan oleh pihak pembangkang itu, bukan perkara yang serius bagi Raja Rezza yang juga merupakan seorang pereka fesyen itu.
"Saya bersyukur kerana agama kita, Islam ada akhirat menanti. Apa saja fitnah, tuduhan dan sebagainya yang dilemparkan, kita tahu dimana penyudahnya," ujarnya lagi.
Memiliki kelebihan untuk menarik perhatian negara luar merupakan salah satu faktor Datin Seri Rosmah Mansor dipilih sebagai penaung kepada IFF.
Raja Rezza berkata, pemilihan Rosmah sebagai penaung kepada festival yang diasaskan oleh beliau ini merupakan pilihan yang tepat kerana beliau mampu membantu IFF mencapai matlamat yang diinginkan.
"Saya cakap kepada beliau...fesyen bertudung merupakan platform kepada kita untuk tunjukkan kepada dunia luar bahawa agama Islam ini 'gentle' (lembut).
Kita boleh gunakan filem, lagu dan bersyarah untuk menyampaikannya, tetapi kami mengambil pendekatan dengan mengadakan persembahan fesyen. Alhamdulillah, beliau setuju untuk menjadi penaung IFF untuk membawa ke tahap yang lebih tinggi," katanya.
Menurut Raja Rezza, penghargaan perlu diberikan kepada Datin Seri Rosmah kerana walaupun melalui jadual harian yang sibuk, beliau tetap terima pelawaan untuk menjadi penaung IFF.
"Saya amat berterima kasih kepada beliau (Rosmah). Penglibatannya telah memperlihatkan hasil...hasilnya, IFF kini dikenali di serata dunia melalui kenalan dan usaha-usaha yang dilakukan oleh beliau," katanya lagi. ~KLpos
Parti GERAKAN menuntut kerajaan menangguhkan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan menjalankan kajian lanjut memandangkan banyak aduan diterima daripada masyarakat.
Seorang pengerusi biro parti itu, Cheah Soon Hai berkata, sistem yang mengalami "banyak kecacatan" itu tidak harus dilaksanakan tergesa-gesa walaupun sistem berkenaan bertujuan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya.
Tambahnya, keputusan kerajaan untuk terus melaksanakan sistem berkenaan merupakan langkah "tidak popular" dan menyebabkan begitu banyak aduan daripada orang ramai.
Malah, empat negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat juga memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan sistem berkenaan.
"GERAKAN sendiri menerima begitu banyak aduan daripada orang ramai apabila mereka dikenakan saman.
"Saya gesa menteri pengangkutan supaya menjalankan penilaian semula ke atas AES kerana ada banyak kecacatan dikesan di dalam sistem itu.
"Walaupun ia berniat baik untuk mengurangkan kemalangan jalan raya, ia tidak harus dilaksanakan tergesa-gesa," katanya dalam satu kenyataan. ~mkini
Sekiranya ini menjadi kenyataan ianya memberi tamparan hebat buat Najib. Memandangkan Najib dan Umno semakin hilang pengaruh, ianya bakal memberi kesan positif buat Pakatan Rakyat.
Addin selaku pengundi berdaftar di Parlimen Pekan mengalu-alukan Tuan Guru Presiden bertanding di parlimen Pekan. Ia akan memberikan saingan yang sengit buat penyandangnya iaitu Najib serta jentera kerajaannya.
Presiden PAS Sedia Bertanding Di Pekan
RUSILA - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini membuat kejutan apabila menyatakan kesediaannya untuk bertanding di kerusi Parlimen Pekan, yang disandang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
"Saya ikut keputusan parti, serah kepada parti. Parti akan membuat keputusan termasuk jika parti menyuruh saya bertanding di Parlimen Pekan," katanya pada Majlis Pelancaran Dana PRU13 Dewan Muslimat Pas Negeri Terengganu di sini, hari ini. ~sinar
Ketua Audit Negara, Ambrin Buang berkata Jabatan Audit Negara (JAN) merupakan sebuah badan yang bebas daripada kuasa politik dan semua urusan pengauditan dilaksanakan mengikut piawaian antarabangsa. Beliau berkata setiap tugasan secara spesifik merujuk kepada tajuk sesuatu projek dan bukan melihat kepada pihak yang melaksanakannya. "Kita tidak tengok kepada kerajaan 'A' atau kerajaan 'B', kami 'colour blind', setiap negeri atau jabatan yang diaudit disusuli dengan laporan, boleh lihat kepada laporan itu.
"Sebab itu, setiap laporan yang dikeluarkan mesti dibaca keseluruhannya kerana ada terdapat pandangan dan pendapat daripada jabatan atau agensi yang diaudit, diakui memang ada terdapat kelemahan tetapi sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan perdana di Dewan Budaya, Universiti Sains Malaysia (USM).
Ambrin berkata memandangkan proses pengauditan adalah panjang, pihaknya sudah melakukan persiapan untuk tahun depan, dan apa yang dilakukan ini tidak mempunyai kaitan langsung dengan urusan pilihan raya.
Beliau juga berkata proses pengauditan dilakukan berdasarkan fakta yang diperoleh sebelum semakan dibuat, dan tugas itu biasanya dilaksanakan sebelum sesuatu projek selesai sepenuhnya.
"Kita tidak tunggu sehingga sesuatu projek itu habis atau selesai baru nak buat audit, kita masuk ketika projek itu sedang dijalankan, niat kita untuk perbetulkan kesilapan yang terdapat dalam pelaksanaan sesuatu projek," katanya.
Selain itu, Ambrin berkata orang ramai yang ingin mengetahui laporan berhubung sesuatu agensi atau jabatan yang diaudit boleh membaca terus di laman web jabatan tersebut, dan laporan berkenaan boleh dianggap sebagai saluran maklumat untuk kegunaan mereka.
"Menerusi perolehan maklumat itu, orang ramai boleh berperanan dalam usaha mengekang pemborosan, pembaziran dan penyelewengan (3P) sesebuah jabatan atau agensi, seterusnya ia juga boleh digunakan sebagai usaha untuk meningkatkan kecekapan, keberkesanan dan ekonomi," katanya.
Beliau juga berkata status Unit Audit Dalaman (UAD) perlu dimartabat untuk mempertingkat tahap kecemerlangan dan kualiti perkhidmatan sesebuah agensi kerana jika terlalu rendah, ia akan berdepan kesukaran menarik perhatian peringkat pengurusan. ~tmi
KUALA LUMPUR, 2 Nov — Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Dr Badrulamin Bahron yang turut ditahan dalam serbuan terhadap konsert didakwa cubaan menghidupkan kembali ajaran sesat Al-Arqam hari ini menegaskan hanya hadir sebagai tetamu jemputan syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd, dan bukannya Al-Arqam.
Dalam kenyataannya kepada The Malaysian Insider, Badrulamin menjelaskan, keluarganya merupakan pelanggan Global Ikhwan dan pihaknya menerima jemputan untuk menghadiri majlis tersebut secara umum, dan bukannya atas jemputan khusus.
"Jemputan hanya bersifat umum dan tiada jemputan khusus untuk saya ... saya datang bersama isteri dan anak-anak untuk makan sambil menikmati persembahan kesenian Islam dan bersantai.
"Saya diletakkan di meja tamu sebab rasa hormat mereka, dan memang khemah lain tiada meja pun ... ahli jemaah (Global) Ikhwan mengenali saya dan isteri kerana (kami) sering membeli keperluan dapur di pasaraya Ikhwan ... ia menyediakan produk makanan buatan orang Islam," kata Badrulamin kepada The Malaysian Insider.
Laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini menyebut Badrulamin antara tetamu kehormat sempena sambutan ulang tahun kelahiran pengasas ajaran sesat tersebut, Ashaari Muhammad, atau lebih dikenali sebagai Abuya.
Akhbar berkenaan turut menyebut serbuan yang dilakukan Jais kira-kira jam 10 malam di Bandar Country Homes, Rawang itu bertemakan "Abuya Terus Memimpin Walaupun Ghaib" turut dihadiri kira-kira 3,500 orang.
Jurucakap Jais berkata,"konsert ini didapati melanggar arahan mufti di bawah Seksyen 12C Enakmen Jenayah Syariah Selangor iaitu membantu menghidupkan Al-Arqam."
Badrulamin turut menafikan sebarang penglibatan dirinya dengan Al-Arqam dan Global Ikhwan, malah menafikan mempunyai sebarang jawatan dalam pertubuhan tersebut.
"Saya langsung tiada kaitan apa-apa dengan organisasi Ikhwan, jauh sekali dari memegang sebarang jawatan.
"Kehadiran saya tidak ada sebarang agenda peribadi mahupun politik," katanya lagi. Al-Arqam telah diharamkan di negara ini pada 1994.
Selepas kematian pengasasnya pada 2010, pengikut ajaran sesat ini pernah mengadakan konsert selama empat hari dan menggambarkan Abuya bukan meninggal dunia, sebaliknya hanya "ghaib" dan akan kembali dalam masa terdekat. ~themalaysianinsider
Buat pertama kali sejak penubuhannya, Hindraf telah secara rasmi bertemu dengan pemimpin utama PKR, termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk membincangkan isu-isu yang melibatkan masyarakat India. Delegasi Hindraf diketuai oleh pengerusi pergerakan itu, P Waythamoorthy (gambar), yang dilihat mempunyai hubungan yang lebih selesa dengan Pakatan Rakyat, berbanding dengan abangnya, Uthayakumar.
Uthayakumar merupakan pemimpin de facto gerakan itu semasa ketiadaan Waythamoorthy yang tinggal dalam buangan sejak sejak Disember 2007 dan kembali ke tanahair pada 1 Ogos.
Uthayakumar juga telah menubuhkan Parti Hak Asasi Manusia, yang mahu bertanding di kerusi yang kini diwakili Pakatan.
Bercakap kepada Malaysiakini kemudiannya, Waythamoorthy berkata pertemuan itu berlangsung hampir dua jam dan turut melibatkan antara lain, Naib Presiden Tian Chua dan bekas naib presiden R Sivarasa.
Waythamoorthy berkata walaupun belum ada sebarang persetujuan dicapai "lagi", tetapi menegaskan bahawa perbincangan tersebut "berhasil".
"Terdapat keinginan jelas bahawa PKR ingin bekerja dengan Hindraf," tambah penasihat kebangsaan Hindraf, N Ganesan (atas), yang turut menghadiri pertemuan tersebut. ~mkini
Pembebasan Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation (NFC), Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail daripada tuduhan rasuah menimbulkan persepsi bahawa beliau dilindungi oleh kerajaan, Suruhanjaya Pecegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak polis.
Ini terjadi apabila Datuk Shamsul Bahrin Ismail yang menghadapi 17 tuduhan di Mahkamah Tinggi berhubung isu NFC mengakui beliau diarahkan oleh Mohamad Salleh agar menyogok polis supaya menutup kes NFC ketika siasatan sedang dijalankan.
Demikian menurut Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Menurut Zuraida, keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan Shamsul agar kes beliau diketepikan akan memberi kesan terhadap kes NFC yang lain termasuk kes saman RM100 juta yang difailkan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil terhadap beliau dan Pengarah Startegi PKR, Mohd Rafizi Ramli.
"Lebih menghairankan lagi, melalui bukti yang telah diberikan kepada SPRM jelas menunjukkan Mohamad Salleh suami kepada Shahrizat adalah individu yang telah merancang serta menyuruh Shamsul untuk menyogok pihak polis bagi menutup kes NFC yang ketika itu sedang disiasat.
"Cukuplah pihak tertentu cuba melindungi suami Shahrizat kerana rakyat yang mengikuti kes ini faham dan maklum bahawa kes berprofil tinggi dan keputusan hakim dalam kes ini akan memberi implikasi besar pada kes perbicaraan saman RM100 juta sekiranya kes Shamsul diketepikan ataupun Salleh dihadapkan ke mahkamah," ujar Zuraida.
Sementara itu, Shamsul dalam sidang media sama, kecewa terhadap keputusan mahkamah yang menolak permohonan beliau memberitahu, hakim membuat keputusan tanpa meneliti dokumen yang diberikan kepada mahkamah.
"Dokumen banyak, tetapi keputusan dibuat tak sampai sepuluh minit, sekurang-kurangnya hakim telitilah dulu dokumen," ujar beliau.
Shamsul turut mempertikaikan tiada tindakan diambil terhadap Mohamad Salleh walaupun beliau merupakan individu yang mengarahkan 'rundingan' dengan polis dijalankan. ~selangorku
IPOH - Kerajaan Negeri tidak seharusnya mendedahkan penemuan lubuk emas kepada umum sebelum kajian Jabatan Mineral dan Geosains selesai.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lubuk Merbau, Mohd Zainudin Mohd Yusof berkata, perkara yang belum diketahui kesahihannya itu bakal memberikan harapan palsu kepada rakyat jika mineral berkenaan tidak wujud.
"Kita tidak nafikan ia sangat baik jika benar-benar mineral itu wujud kerana secara langsung menambah pendapatan negeri.
"Paling penting, sumber itu perlu dikongsi bersama rakyat secara adil," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Katanya, beberapa perkara lain juga perlu dikaji seperti royalti, undang-undang berkaitan perlombongan dan sebagainya supaya tidak berlaku monopoli pihak tertentu.
Mohd Zainudin yang pernah menjadi Exco Kerajaan Negeri semasa pemerintahan Pakatan Rakyat berkata, sumber berkenaan perlu diurus dengan cerdik supaya pendapatan dapat masuk ke kantung Kerajaan Negeri.
Menurutnya, Kerajaan Negeri juga perlu mengambil kira jumlah mineral berkenaan sebelum operasi mendapatkannya dibuat.
"Kita perlu melihat dari banyak sudut. Ada kalanya kos operasi lebih besar daripada bahan galian yang diperoleh.
"Jadi, jika berlaku sedemikian, sudah tentulah ia tidak berbaloi untuk dilaksanakan," katanya.
Katanya, kajian mengenai nilai komersial penting sebelum kerja-kerja pencarian dibuat supaya tidak mendatangkan kerugian kepada Kerajaan Negeri. ~sinar
Dikhabarkan Dr Badrul Amin dan Ust Ann Wan Seng yang menghadiri majlis makan malam mengenang Abuya telah ditahan di dalam serbuan oleh JAIS dan pihak berkuasa Majlis Tempatan sebentar tadi.
Majlis kenduri mega dengan tema "Menjana Kekuatan Ekonomi Ummah Memperkasa Dakwah" yang dianjurkan oleh Ikhwan Global di Rawang ini telah diarahkan berhenti oleh JAIS.
Difahamkan mereka yang ditahan di dalam majlis makan malam itu kini sedang di dalam trak dan mungkin dibawa ke Shah Alam.
(Gambar) Penguatkuasa JAIS cuba memeriksa Kad Pengenalan semua tetamu yang hadir ke majlis kenduri anjuran Ikhwan Global di Rawang.
Ust Ann Wan Seng juga merupakan seorang penulis buku AL-ARQAM DI SEBALIK TABIR yang telah diulang cetak dalam masa satu minggu dan habis dijual dalam masa 4 hari.
Buku tentang Al-Arqam ini adalah satu-satunya ditulis oleh seorang penulis bangsa Cina.
info ~ ronasina
Iklan
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
atan. kalau pakcik menang nanti. pakcik nak kasi atan 20%.nanti atan boleh belanja kan untuk keluarga atan, atan tak mau la pakcik.cukup la. setakat 5% je.ayah kandung atan dulu bagi banyak tu je dah puluh tahun.lagi pun nanti adik beradik lain tau. hilang lah kemakmuran kampung kita, 20% ni untuk keluarga atan.jiran lain pun dapat tapi takla sebanyak ni, atan tak mau la pakcik, tak mau sudah.sebab pru akan datang. atan tak kan jadi pemimpin keluaga dah. bagi kepada yg lebih jujur. atan ni bercakap bagi pihak dirinya. bukan bagi pehak rakyat negerinya. sekarang rakyat negeri pun dah tau.berapa punya tak boleh pakai si atan ini, Bingai punya atan.dan akan jadi bingai juga rakyat yang masih nak memilih nya masa akan datang.
You are subscribed to email updates from otaiblues To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat menghargai pemimpin yang sentiasa amanah dengan tanggungjawab yang diberikan serta menepati janji.
"Kita (pemimpin yang) tidak pernah bercakap bohong, kita bercakap benar, jadi kita mesti faham bahawa apa yang kita lakukan itu memang menepati kehendak agama kita, menepati hadis Rasulullah SAW.
"Ini amanah yang kita galas, tidak pernah khianati dan setiap janji kepada rakyat kita tepati," katanya dalam ucapan pada majlis Perhimpunan Peladang, Penternak dan Nelayan negeri Kedah di Pantai Merdeka di sini hari ini.
Kira-kira 15,000 orang menghadiri majlis anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani itu. Najib bercakap soal amanah.
Tapi amanahkah Najib jika beliau menggunakan jawatannya sebagai Perdana Menteri berkempen untuk kepentingan UMNO/BN dalam satu majlis rasmi kerajaan iaitu 'Majlis Perhimpunan Peladang, Penternak dan Nelayan bersama Perdana Menteri?
Amanahkah Najib jika beliau hadir ke majlis rasmi itu sebagai Perdana Menteri tapi disambut sebagai Presiden Parti?
Najib bercakap soal amanah tapi dalam masa yang sama beliau sendiri tidak tahu membezakan antara tugas yang diamanahkan sebagai Perdana Menteri kepadanya dan Presiden Parti.
Jika pelajar-pelajar sekolah Menengah digunakan untuk menyambut kehadiran Najib sebagai Perdana Menteri ianya mungkin bukan satu masaalah tapi malangnya mereka digunakan untuk menyambut Najib sebagai Presiden Parti..
Lebih malang lagi.. budak-budak sekolah Rendah Darjah 6 pun dikerah..
Apa kena mengena budak-budak darjah 6 dengan Perhimpunan Peladang, Penternak dan Nelayan bersama Perdana Menteri ni? - RM
DUA HELAI SURAT MELONDEHKAN PERANGAI UMNO YANG SEBENAR!!!!!!!
Surat neh ialah surat dari Guru Besar Sek Kebangsaan Sungai Petani Kedah, kepada Ibu Bapa/Penjaga murid tahun 6 sekolah tersebut yang dipilih kononnya untuk meramaikan menyambut Najib Razak di Pantai Merdeka dari jam 9.00 pagi hingga 2.00ptg sempena Perhimpunan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan.
Nak tunjuk pada Najib kononnya rakyat ramai sungguh menyambut beliau maka dikerah murid-murid sekolah yang tidak tahu butir-butir apa sebagai penambah dan perbanyakkan angka untuk propaganda murahan UMNO.
Agak-agaknya kalau Menteri Besar Kedah kerajaan PAS/PR maukan murid-murid sekolah rendah datang menyambut beliau dalam satu upacara rasmi, pihak Guru Besar Sekolah yang sama keluarkan surat tak?
JIKA MAUKAN PAPARAN YANG LEBIH JELAS DAN BESAR, SILA KLIK PADA FOTO.
Surat kedua pula datangnya dari seorang Pengerusi Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK), Kg Felda Pasir Raja, Kulai, Johor kepada Ketua Cawangan PAS, Pasir Raja minta pihak PAS turunkan bendera-bendera PAS yang berkibar meriah ditiang-tiang elektrik dalam kawasan Felda Pasir Raja, Kulai, Johor.
Alasan yang diberikan demi menjaga keharmonian penduduk setempat. Apakah dengan mengibarkan bendera UMNO/BN dalam kawasan Rancangan Felda Pasir Raja mampu mengharmonikan penduduk?
Inilah dinamakan, sendiri buat semua ok dan halal.. pihak lawan buat semuanya tidak boleh dan boleh mengucar kacirkan keharmonian.
Pemikiran yang menganut politik primitif zaman purba pupus tarikh.
Peliknya pihak TNB tidak pula buat kecoh dan bising..Pengerusi JKKK Felda Pasir Raja, Kulai ingat tiang elektrik itu kepunyaan Felda Pasir Raja kot. Otak sempit betul!!!!!
Patutlah perangai para pemegang jawatan JKKK sering dijadikan bahan momokkan sebagai mereka yang amat kurang cerdik dan kebudak-budakkan dalam sepak terajang politik.
SIKAP DOUBLE STANDARD INI WAJIB DIHAPUSKAN SEBAGAI MENGHORMATI SEMANGAT DAN ROH DEMOKRASI DEMI KELUHURAN PERLEMBAGAAN NEGARA.
UMNO TUMBANG...ISLAM DAN MELAYU GEMILANG... UMNO BERKUBUR... NEGARA MAKMUR... UMNO KECUNDANG.. RAKYAT SENANG.
Alvin Tan sejurus keluar dari dewan universiti NUS selepas sesi pendengaran tatatertib.
SINGAPURA: Blogger seks, Alvin Tan memohon maaf kepada National University of Singapore (NUS) kerana membawa "nama buruk" kepada universiti itu.
The Strait Times memetik Tan sebagai berkata perbicaraan tatatertib NUS berhubung blognya bahawa dia melakukannya atas "masa peribadinya sendiri sebagai individu perseorangan dan bukan sebagai penuntut NUS."
"Apa yang saya buat adalah jenayah tanpa mangsa. Tiada siapa yang benar-benar dicederakan atau disakiti atas tindakan ini," katanya kepada laman web The Strait Times.
Tan, keluar dari dewan universiti NUS kira-kira pukul 3.50 petang pada Rabu selepas sesi pendengaran selama 90 minit.
Dia kelihatan tenang dan dengan terbuka bercakap kepada media yang menemuinya.
Tan berkata, belum terdapat sebarang keputusan dari sesi yang dijalankan oleh lima ahli lembaga universiti.
"Mereka memberitahu saya akan mengetahuinya dalam tempoh tujuh hari. Suasana pendengaran itu begitu serius," katanya.
Terdahulu, penuntut jurusan undang-undang itu tiba di NUS pada kira-kira pukul 2.20 petang tanpa ditemani teman wanitanya, Vivian Lee, 23.
Tan, yang merupakan pemegang biasiswa hadir berpakaian kasual dengan kemeja-T merah, seluar jeans dan topi gaya 'beanie' yang berwarna-warni, di mana dia pernah memakainya dalam salah satu rakaman video.- mStar
Najib dan Rosmah menginap di hotel mewah Atlantis di Dubai RM100,000 satu malam.!!!
Kos penyelenggaraan kediaman rasmi Perdana Menteri (PM) dan Timbalan Perdana Menteri (TPM) bagi tempoh empat tahun sebanyak RM12,094,707.06.
Kediaman rasmi Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, masing-masing di Sri Perdana dan Seri Satria dimiliki Putrajaya Holdings Sdn Bhd dan disewa kerajaan Malaysia.
Penyelenggaraan bagi Seri Perdana bagi tahun 2008 hingga 2011 sebanyak RM6,977,401.80 manakala Sri Satria pula sebanyak RM5,117,305.26.
Jumlah ini dinyatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dalam jawapan bertulis kepada soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria di Parlimen semalam.
Mohd Nasir dalam soalannya meminta kerajaan menyatakan kos penyelenggaraan kediaman rasmi PM dan TPM bagi tahun 2008 hingga 2011.
Nazri memberitahu, kos penyelenggaran bagi Sri Perdana bagi tahun 2008 sebanyak RM1,896,616.80, 2009 (RM1,686,616.80), 2010 (RM1,520,514.00) dan 2011 (RM1,873,654.20).
Sementara itu, kos penyelenggaraan bagi Sri Satria pula pada 2008 ialah RM1,129,992.00), 2009 (RM1,130,007.26), 2010 (RM1,401,502.00) dan 2011 (RM1,455,804.00).
Dalam jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada Jun 2011, sejumlah RM48.8 juta dibelanjakan termasuk kos sewa, kos baik pulih, bil elektrik dan bil air untuk kedua-dua kediaman tersebut. Kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu didedahkan berjumlah RM33 juta sementara kos baik pulih pula RM3.6 juta setahun.
Lebih memeranjatkan, bil elektrik bagi kediaman Perdana Menteri dan Timbalannya sahaja berjumlah RM10 juta dan bil air pula mencecah RM1.9 juta untuk tempoh yang sama.
Pada Disember 2008, iaitu pada masa pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi, kerajaan menjelaskan, sewa bagi kediaman PM hanya pada sekitar RM4.15 juta. Manakala RM2.74 juta lagi dibayar bagi sewa kediaman TPM.
1 November 2011, Parlimen diberitahu jumlah perbelanjaan lawatan rasmi PM dan isteri serta TPM dan isteri mengikut tarikh, lokasi dan tujuan dari tahun 2008 hingga 2011.
Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor membelanjakan RM 1,739,332.85 (2008), RM4,811,837.48 (2009) RM5,140,307.99 (2010) dan RM 5,427,172.26 sehingga Jun 2011.
Turut dilaporkan media alternatif sebelum ini ialah kos penginapan Najib dan Rosmah di hotel mewah Atlantis di Dubai lebih RM100,000 hanya untuk semalaman.
Manakala, kos keseluruhan lawatan rasmi TPM dan isteri bagi tempoh sama berjumlah RM8,020,328.07.
Inilah ilmu persilatan makam tertinggi sekali yang telah dipersembahkan oleh Seni Persilatan RANJAU Malaysia (SPR)
Kahkahkah...
Nak kelentong dan mengencing rakyat pun agak-agak laa...
1. Takkan belum beranak pun dah mohon daftar mengundi?? Kahkahkah... 2. Takkan hari beranak pun dah submit daftar mengundi?? Kahkahkah... 3. Takkan tak sekolah lagi pun dah boleh mohon daftar mengundi?? Kahkahkah... 4. Takkan sekolah rendah dan menengah dah mohon daftar mengundi?? Kahkahkah...
KALAULAH PILIHANRAYA BOLEH MENUKAR KERAJAAN, DAH LAMA PILIHANRAYA DIHARAMKAN DIBUMI MALAYSIA...
Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Dr Hasan Ali kini melebarkan sayapnya dengan menubuhkan sebuah rangkaian televisyen dan radio online - IMR Network.
Menurut Hasan yang juga merupakan pengarah bagi IMR Network, rangkaian televisyen dan radio online itu bertujuan bagi memartabatkan institusi Islam, Melayu dan Raja.
"Saya mahu tinggalkan satu rangkaian pendidikan yang mengikut kehendak dan perjuangan atas dasar Islam, Melayu dan Raja.
"Kita juga persiapkan dengan bilik kawalan dan bilik audio sebagainya bagi menjayakan IMR Network," katanya semasa melancarkan IMR Network di Shah Alam petang tadi.
Turut hadir semasa sesi pelancaran tadi ialah Pengarang Kanan Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan dan juga bekas ADUN Penanti Muhammad Fairus Khairuddin.
Selain itu, Hasan berkata, IMR Network TV dan radio kini mempunyai 18 krew produksi.
Malah, katanya, IMR radio kini telah beroperasi. Bagaimanapun, IMR TV baru beroperasi 25 peratus.
"Kita telah beroperasi sebulan yang lalu. Tetapi hari ini, IMR radio beroperasi sepenuhnya.
"Ada pelbagai rancangan yang kita sediakan. Ada program bincang mengenai politik, ekonomi, usahawan dan sebagainya," katanya lagi.
IMR Network TV dan radio boleh ditonton dan didengar secara online dengan melayari imrnetwork.my.
AIDILADHA atau Hari Raya Korban mengingatkan seluruh umat Islam di dunia ini mengenai kisah pengorbanan suci dua beranak iaitu Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ibrahim menerima perintah ALLAH SWT dengan hati yang terbuka manakala Ismail pula menyambutnya dengan penuh ketaatan. Tercatat dalam firman ALLAH yang bermaksud: "Setelah anak itu sanggup berusaha bersamanya, berkata Ibrahim kepadanya: Hai anakku, sesungguhnya aku bermimpi dalam tidur, bahawa aku menyembelih engkau, maka perhatikanlah, bagaimana fikiran engkau? Sahut anaknya: Hai bapaku, perbuatlah apa yang diperintahkan itu, bapa akan mendapatiku berhati sabar, insya-Allah," (Surah as-Saaffaat:102-113)
Benar!, tidak ada seorang pun bapa di dunia ini yang sanggup menyembelih anaknya. Namun, dua watak utama dalam kisah agung ini menunjukkan kepada Muslimin jua Muslimat betapa hebat dan tingginya nilai iman seorang bapa dan anak kepada ALLAH walaupun jasad si anak menjadi taruhan. Lihatlah betapa kukuhnya iman Ismail menerima perintah itu sungguhpun dia masih anak remaja.
Teladani watak Nabi Ismail
Pensyarah Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Taufik Ismail berkata, Ismail adalah contoh belia yang perlu diteladani dan dicontohi oleh golongan remaja hari ini supaya ia tidak sekadar menjadi suatu yang retorik dan diingati, dikenang setiap kali tibanya Aidiladha, sebaliknya pengorbanan itu perlu dihayati dengan cuba meneladani keperibadian agung anak Ibrahim dalam kisah ajaib ini sebagaimana dipaparkan ALLAH dalam al-Quran.
"Saya perhatikan, menjelangnya Hari Raya Korban ramainya insan yang menunjukkan betapa mereka menghayati kisah itu tetapi keadaan itu hanya sementara dan sekadar menunjuk untuk menerima pujian daripada masyarakat sekeliling.
"Keperibadian Ismail sepatutnya menjadi ikutan remaja hari ini, Ismail adalah anak remaja yang mempunyai peribadi menarik , apabila dikhabarkan oleh ayahandanya mengenai perintah penyembelihan daripada ALLAH itu dengan senang beliau berkata tunaikanlah perintah itu," katanya kepada Rehal.
Menurutnya, saban hari kita membaca dan menonton kes melibatkan perbuatan remaja hari ini. Apakah yang perlu dilakukan lagi. Seminar dan program kemantapan diri sudah tidak terkira. Wahai remaja berubahlah kerana anda adalah pejuang Negara di masa hadapan.
Nabi Ismail adalah hasil perkongsian hidup Nabi Ibrahim dan SIti Hajar. Sedari kecil lagi beliau jauh terpisah dengan bapanya. Saat diketemukan turun pula perintah ALLAH. Nabi Ismail tidak mudah melatah kerana sifatnya yang terpuji, antaranya:
1- Taat dan patuh
Nabi Ismail adalah seorang anak yang taat dan patuh kepada ayahnya Nabi Ibrahim, lihatlah bagaimana reaksi beliau apabila menerima khabar daripada bapanya tentang mimpi benar daripada ALLAH untuk menyembelih beliau. Beliau tidak berdolak dalih itu dan ini, atau meminta ditangguhkan dan tidak juga mempersoalkan perkara tersebut,
Jelas di sini, terserlah keperibadian seorang anak yang baik dan taat kepada orang tuanya yang perlu diteladani oleh para remaja hari ini, taatlah kepada ibu bapa sebagaimana taatnya Nabi Ismail kepada bapanya Nabi Ibrahim.
2- Baik berbicara
Penggunaan kata" Ya abati" yang bermaksud ( wahai ayah) ketika Nabi Ismail berbicara dengan ayahnya, menunjukkan betapa beradab dan sopannya bahasa yang digunakan Ismail ketika berbicara dengan ayahnya Nabi Ibrahim, walaupun pada saat yang mencemaskan.
Inilah yang patut diteladani oleh para remaja hari ini, contohilah Nabi Ismail apabila bercakap dengan orang tua , berbicaralah dengan ibu bapa dengan penuh adab dan sopan, dan gunalah bahasa yang lembut seperti bahasa Nabi Ismail.
3- Sanggup berkorban
Amat tinggi nilai pengorbanan Nabi Ismail di sisi ayahnya dan di sisi ALLAH. Beliau sanggup mengetepikan kepentingan diri sendiri dengan mengutamakan suruhan ALLAH dan bapanya Nabi Ibrahim. Satu lagi sinar mutiara yang terpancar daripada peribadi Nabi Ismail,
Inilah yang sepatutnya ada pada diri setiap remaja hari ini. Hidup bukan semata-mata memikirkan kepentingan diri sendiri sahaja, tetapi sanggup berkorban segala-galanya termasuk jiwa raga demi agama, ibu bapa, adik-beradik serta keluarga.
4- Bersifat sabar
Satu lagi mutiara akhlak yang bersinar pada peribadi Ismail ialah beliau menyatakan kepada bapanya insya-Allah beliau akan menjadi orang yang sabar dalam menempuh ujian ini. Subhanallah! Ini satu lagi keajaiban, yang lebih ajaib lagi, jika ada remaja hari ini yang boleh mencontohi Nabi Ismail menjadi remaja yang penyabar, inilah yang kita idamkan.
Usaha bersama lahirkan "Ismail baru"
Jika para remaja hari ini dapat menghayati dan membentuk peribadi seperti peribadi Nabi Ismail sudah barang pasti akan lahir "Isnail-Ismail baru" yang akan mewarnai kembali dunia remaja yang semakin tercalar dan tercemar dek perangai-perangai dan peribadi yang menyimpang jauh daripada peribadi Nabi Ismail.
Taufik menjelaskan, inilah yang perlu kita garapkan setiap kali mengingati peristiwa agung pengorbanan Nabi Ismail, bersama berusaha supaya para remaja khususnya anak-anak kita sendiri hari ini dapat mencontohi dan meneladani peribadi Ismail dan dapat diterjemahkan dalam dunia remaja hari ini.
"Tidak syak lagi kita akan dapat melihat perubahan yang ketara dan sinar baru dalam landskap dunia remaja hari ini. Inilah sebenarnya yang diimpikan oleh setiap ibu bapa supaya anak mereka menjadi anak yang baik pekertinya. Oleh itu, marilah sama-sama kita berganding bahu berusaha dengan apa jua cara dan methodnya bagi merealisasikan dan menjelmakan "Ismail baru" dalami kalangan remaja hari ini yang mempunyai peribadi unik dan unggul.
"Niat utama yang perlu wujud dalam hati remaja kita adalah perasaan ingin berubah ke arah kebaikan tanpa dipengaruhi mana-mana pihak. Ibarat kata jangan biarkan mereka melakukannya kerana sesuatu. Berubahlah sebelum terlambat," katanya.
Ini adalah kenyataan cari makan dari Pengasas dan Pengerusi Festival Fesyen Islam (IFF) selain itu beliau juga menterjemahkan hukum Syariat Islam ikut suka mak bapak dia saja..
Kata dia Rosmah tak bertudung tak apa sebab fesyen bertudung merupakan platform kepada kita untuk tunjukkan kepada dunia luar bahawa agama Islam ini 'gentle'..bacalah..
Pengasas dan Pengerusi Festival Fesyen Islam (IFF), Datuk Raja Rezza Shah menafikan bahawa isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor terlibat dengan isu gambar yang disebarkan oleh beberapa blog pembangkang berhubung seorang model yang mengenakan pakaian yang tidak menutup aurat.
Menurut Raja Rezza, Datin Seri Rosmah merupakan penaung kepada IFF, namun beliau tidak tahu mengenai aktiviti yang dilakukan olehnya sebagai pengasas dan pengerusi IFF.
"Beliau hanya penaung..tetapi bukan dia yang tetapkan A to Z...dia tidak tahu apa yang saya buat dan bukan semua 'function' yang diadakan dia hadir," ujarnya.
Tambahnya, Rosmah sering mengingatkan beliau agar pelaksanaan IFF ini memberikan kebaikan kepada masyarakat. "Beliau sering tekankan...make sure it can help people, make sure it can give benefit to people..and please be carefull," katanya ketika di temui di kediamannya di Ulu Klang, semalam.
Beliau berkata demikian ketika menjawab mengenai spekulasi blog pembangkang yang menyebarkan gambar dari sebuah akhbar tabloid yang memaparkan salah seorang daripada sebahagian model IFF tidak mengenakan pakaian yang sesuai dengan tema festival tersebut pada sidang media diadakan.
"Mengenai gambar itu, hanya seorang saja yang memakai busana tidak berlengan dan mereka (pembangkang) seharusnya bertanya kepada saya terlebih dahulu. Andaikan, wanita itu adalah model saya, dan saya jadikan sebagai konsep untuk menunjukkan perubahan daripada individu yang memakai pakaian terdedah kepada yang menutup aurat. Tetapi malangnya, dia bukan model saya," katanya.
Raja Rezza turut berkata bahawa wanita itu bukanlah tetamu undangannya pada sidang media tersebut tetapi dia datang bersama Persatuan Bencana Negeri Kedah untuk memperagakan selendang pada hari persembahan nanti.
"Pada sidang media tersebut, terdapat beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang hadir bagi memperjelaskan mengenai kutipan amal yang akan mereka lakukan melalui IFF, dan wanita tersebut hadir bersama salah satu NGO itu. Saya memang tidak tahu menahu mengenai kehadirannya," ujarnya.
Selain itu, Raja Rezza turut difahamkan bahawa wanita tersebut berpakaian begitu (tidak menutup aurat) kerana dia akan melalui proses 'transform' ada hari persembahan fesyen nanti.
"Inilah, mudah sangat orang kita membuat kesimpulan. Umpama filem yang belum siap, tetapi kita dah cerita mengenai pengakhirannya," katanya.
Namun begitu, spekulasi yang dimainkan oleh pihak pembangkang itu, bukan perkara yang serius bagi Raja Rezza yang juga merupakan seorang pereka fesyen itu.
"Saya bersyukur kerana agama kita, Islam ada akhirat menanti. Apa saja fitnah, tuduhan dan sebagainya yang dilemparkan, kita tahu dimana penyudahnya," ujarnya lagi.
Memiliki kelebihan untuk menarik perhatian negara luar merupakan salah satu faktor Datin Seri Rosmah Mansor dipilih sebagai penaung kepada IFF.
Raja Rezza berkata, pemilihan Rosmah sebagai penaung kepada festival yang diasaskan oleh beliau ini merupakan pilihan yang tepat kerana beliau mampu membantu IFF mencapai matlamat yang diinginkan.
"Pada mulanya, beliau (Rosmah) tidak mahu kerana dia sendiri tidak bertudung sepenuh masa. Tetapi saya cakap kepada beliau...fesyen bertudung merupakan platform kepada kita untuk tunjukkan kepada dunia luar bahawa agama Islam ini 'gentle' (lembut).
"Kita boleh gunakan filem, lagu dan bersyarah untuk menyampaikannya, tetapi kami mengambil pendekatan dengan mengadakan persembahan fesyen. Selepas itu, baru beliau setuju dan saya katakan yang Datin perlu membawa IFF ke tahap yang lebih tinggi," katanya.
Menurut Raja Rezza, penghargaan perlu diberikan kepada Datin Seri Rosmah kerana walaupun melalui jadual harian yang sibuk, beliau tetap terima pelawaan untuk menjadi penaung IFF.
"Saya amat berterima kasih kepada beliau (Rosmah). Penglibatannya telah memperlihatkan hasil...hasilnya, IFF kini dikenali di serata dunia melalui kenalan dan usaha-usaha yang dilakukan oleh beliau," katanya lagi ~ KLPos
Bagi yang sering mengikuti perkembangan dirantau Arab terutamanya yang melibatkan negara haram Israel dan Palestine, berita pihak berkuasa regime Zionist menghalang bantuan kemanusiaan dari sampai kepada rakyat Palestine bukanlah satu perkara yang luar biasa.
Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin yang merupakan Ahli Parlimen pernah disekat pelayarannya di Greece bersama misi kemanusiaan Misi Flotila.
Ekoran itu beliau melahirkan kekecewaannya "Kalau mereka tidak takut kenapa tidak lepaskan 10 kapal yang pergi daripada Greece tanpa membawa senjata hanya bawa bantuan kemanusiaan, ubat-ubatan dan bahan binaan tetapi disekat oleh kerajaan Greece yang tunduk kepada tekanan daripada Israel dan tidak benarkan kita keluar," katanya.
Itu insiden di luar Malaysia..
Percayakah anda jika dikatakan bahawa insiden seperti itu iaitu menyekat bantuan kemanusiaan buat rakyat Palestine oleh Pihak Berkuasa Israel juga berlaku di Malaysia, di negeri Melaka.
Dalam insiden serupa yang dilakukan oleh pihak berkuasa Zionist itu, Penguatkuasa dari Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya telah bertindak menghalang proses menyampaikan bantuan kepada mangsa ribut di Taman Air Keroh, Melaka oleh seorang Wakil Rakyat dari DAP/PR.
Berbagai alasan diberikan oleh pihak Penguatkuasa untuk menghalalkan tindakan mereka itu antaranya ialah tidak ada permit, tidak ada lessen, menghalang lalu lintas dan juga arahan pihak atasan (UMNO).
Penguatkuasa dari Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya telah memberikan tempoh hanya satu jam untuk petugas mengemas barangan mereka atau tindakan akan di ambil….
Ini notisnya.. diambil dari FB Cili FM.. klik pada image untuk paparan lebih jelas..
Ini video kejadiannya..
Bila puak zionist dijadikan penasihat.. itulah hasilnya...
Nama Dr. Badrulamin hari ini terpampang di muka hadapan Utusan Malaysia dengan tajuk besarnya 'Cubaan hidupkan Al-Arqam.
Sekali lalu ianya menggambarkan seolah-olah Dr. Badrulamin dari PKR telah bersama dalam satu majlis untuk menghidupkan semula Al-Arqam yang telah diharamkan oleh Kerajaan.
Lebih hebat lagi Utusan melaporkan bahawa Dr. Badrulamin adalah tetamu kehormat konsert itu, ini sebahagian laporannya.
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu sebuah konsert khas yang dipercayai cuba menghidupkan kembali ajaran sesat Al-Arqam di Bandar Country Home, Rawang dekat sini hari ini.
Dalam serbuan kira-kira pukul 10 malam itu, beberapa individu telah ditahan termasuk Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron.
Difahamkan, Badrulamin merupakan tetamu kehormat konsert yang diadakan sempena sambutan ulang tahun kelahiran pengasas dan pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad ~Utusan
Adakah benar laporan dari Utusan itu?.. berikut adalah penjelasan dari Dr. Badrulamin sendiri..
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Dr Badrulamin Bahron yang turut ditahan dalam serbuan terhadap konsert didakwa cubaan menghidupkan kembali ajaran sesat Al-Arqam hari ini menegaskan hanya hadir sebagai tetamu jemputan syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd, dan bukannya Al-Arqam.
Dalam kenyataannya, Badrulamin menjelaskan, keluarganya merupakan pelanggan Global Ikhwan dan pihaknya menerima jemputan untuk menghadiri majlis tersebut secara umum, dan bukannya atas jemputan khusus.
"Jemputan hanya bersifat umum dan tiada jemputan khusus untuk saya ... saya datang bersama isteri dan anak-anak untuk makan sambil menikmati persembahan kesenian Islam dan bersantai.
"Saya diletakkan di meja tamu sebab rasa hormat mereka, dan memang khemah lain tiada meja pun ... ahli jemaah (Global) Ikhwan mengenali saya dan isteri kerana (kami) sering membeli keperluan dapur di pasaraya Ikhwan ... ia menyediakan produk makanan buatan orang Islam," kata Badrulamin .
Laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini menyebut Badrulamin antara tetamu kehormat sempena sambutan ulang tahun kelahiran pengasas ajaran sesat tersebut, Ashaari Muhammad, atau lebih dikenali sebagai Abuya.
Akhbar berkenaan turut menyebut serbuan yang dilakukan Jais kira-kira jam 10 malam di Bandar Country Homes, Rawang itu bertemakan "Abuya Terus Memimpin Walaupun Ghaib" turut dihadiri kira-kira 3,500 orang.
Jurucakap Jais berkata,"konsert ini didapati melanggar arahan mufti di bawah Seksyen 12C Enakmen Jenayah Syariah Selangor iaitu membantu menghidupkan Al-Arqam."
Badrulamin turut menafikan sebarang penglibatan dirinya dengan Al-Arqam dan Global Ikhwan, malah menafikan mempunyai sebarang jawatan dalam pertubuhan tersebut.
"Saya langsung tiada kaitan apa-apa dengan organisasi Ikhwan, jauh sekali dari memegang sebarang jawatan.
"Kehadiran saya tidak ada sebarang agenda peribadi mahupun politik," katanya lagi.
Al-Arqam telah diharamkan di negara ini pada 1994. Selepas kematian pengasasnya pada 2010, pengikut ajaran sesat ini pernah mengadakan konsert selama empat hari dan menggambarkan Abuya bukan meninggal dunia, sebaliknya hanya "ghaib" dan akan kembali dalam masa terdekat ~ The Malaysian Insider
Kerana takut ditukar ke pendalaman, maka Guru Besar-Guru Besar beberapa buah sekolah di sekitar Sungai Petani telah menurut arahan untuk mengerahkan para pelajarnya ke Majlis Najib.
Bagi mereliasisaikan kerahan itu mereka telah mengeluarkan surat kepada Ibu Bapa atau Penjaga murid-murid Sekolah mereka menyatakan kononnya anak mereka telah dipilih untuk turut serta dalam majlis yang diadakan itu.
Majlis yang dimaksudkan itu ialah Perhimpunan Peladang, Penternak dan Nelayan sempena lawatan Perdana Menteri ke Pantai Merdeka pada 31 Oktober lalu.
Perkara ini telah didedahkan oleh Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu.
Menurutnya maklumat itu diperolehi daripada Yang Dipertua PBT di seluruh negeri yang mendedahkan bahawa pemasangan kamera AES itu dibuat tanpa keizinan pihak mereka.
"Ini (pasang kamera AES tanpa kebenaran merancang) adalah salah di sisi undangundang. Bagi saya, kalau tiada kebenaran merancang, ia dianggap illegal (tidak sah). Sesiapa pun yang kena (saman), mereka tidak payah bayar sebab (pemasangan kamera AES dibuat) tanpa kelulusan," katanya yang dilaporkan oleh Sinar Harian.
Terdesaknya Kerajaan UMNO/BN ni nak merompak duit rakyat.. kerajaan negeri tak benarkanpun dipasangnya juga.
Patutlah BEBERAPA blog pencacai UMNO ada memainkan isu kononnya kerajaan di empat negeri yang ditakbir oleh Pakatan Rakyat disifatkan "cakap tak serupa bikin" berhubung isu Saman Rakyat 1 Malaysia, SR1M (AES).
Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.
Pada zaman Yunani, Tentera Yunani ( askar Greek ) dibayar gaji menggunakan garam .Begitu juga dengan episod penjajahan negara kecil oleh negara besar dengan mengenakan hukuman penjara kepada penentang mereka .
.Apabila dipenjarakan, mereka ( penentang ) akan diberi makanan seperti roti dan air tanpa garam .Walaupun kerap dihidangkan dengan roti dan air tanpa garam, badan mereka tetap lemah memandangkan kurangnya kandungan garam dalam badan.
Dari Abdullah Bin Umar
" Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu besi, api ,air dan garam" Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya .Dari Anas Bin Malik, nabi bersabda " Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam . Dalam kitab perubatan Islam, untuk penyakit dari laut maka untuk keluarkannya dari badan/merawatnya dari laut juga iaitu menggunakan air garam. Antaranya: 1. Penyakit Ghaut – timbus anggota badan atau bahagian yang bengkak dengan pasir laut ( tepi pantai ) 1 – 2 jam kemudian mandi air laut.
2. Kalau tinggal di bandar seperti , goreng 1 – 2 genggam garam kasar sampai kekuningan kemudian demah/tuam di bahagian yang bengkak atau sakit. Garam itu dibungkus dengan kain.
3. Guna cara yang sama seperti di atas untuk penyakit lenguh-lenguh sendi, sakit kepala, senggugut. Kalau sakit lelah demah/tuam pada tapak kaki.
4. Elak mabuk semasa perjalanan dengan meminum madu dan secubit garam atau air suam dan secubit garam sebelum memulakan perjalanan
5. Mengembalikan tenaga untuk orang yang bekerja berat seperti bertani, bersukan dan seumpamanya – minum air suam dan sedikit garam.
6. Cuci perut : minum air suam dan satu butir garam kasar sebelah pagi.
Petua berdasarkan kajian
Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).
Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.
Merawat cirit-birit. Ia boleh diubati dengan meminum air yang dicampur sedikit garam.
Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.
Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.
You are subscribed to email updates from pemuda cheh To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KUANTAN,2 Nov - Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)mempertikaikan anugerah darjah kebesaran yang membawa gelaran "Datuk" kepada Pengarah SPRM Pahang, Moh Samsuddin(foto). Tindakan itu dibuat oleh SPRM kerana beliau sudah dua kali dikenakan tindakan kerana dakwaan salahlaku dan kini menghadapi siasatan ketiga. Beliau dijadual menerima anugerah "Darjah Indera Mahkota Pahang" yang membawa gelaran "Datuk" sempena Ulangtahunke-82, Hari Keputeraan Sultan Pahang. Namun persoalan yang dipertikaikan SPRM ialah kenapa beliau boleh terlepas proses saringan yang dibuat ke atas mereka yang dicalonkan untuk menerima anugerah darjah kebesaran itu. Laporan daripada portal berita Malaysiakini menyebut"portal berita ini telah dimaklumkan lewat semalam bahawa anugerah tersebut telah "ditangguhkan". Menurut sumber tersebut, SPRM ditugaskan untuk menyaring semua mereka yang dicalonkan menerima darjah kebesaran di peringkat negeri dan persekutuan bagi memastikan mereka tidak terlibat - atau disyaki - melakukan salahlaku termasuk rasuah dan kegiatan jenayah.. Pada akhir tahun 1990-an, sebagai contohnya Badan Pencegah Rasuah (BPR) sebelum ia dikenali sebagai SPRM sekarang - telah mengenal pasti dua individu yang sedang disiasat berhubung kes rasuah, semasa raptai majlis istiadat pengurniaan darjah kebesaran di Melaka. Jadi bagaimana nama Moh Samsudin boleh terlepas saringan tersebut sedangkan namanya terdapat dalam senarai yang disiarkan dalam akhbar pada 24 Oktober dan sekali lagi pada Sabtu lepas?" kata kenyataan portal itu semalam.Apa yang dilaporkan ini tidak mengejutkan PDO sebenarnya. Tambahan pula sebelum ini kami mendapat banyak laporan tentang beberapa tindakan Pengarah SPRM Pahang yang dilihat amat memalukan serta mendapat kritikan daripada kakitangan di jabatan beliau sendiri. Apakah pegawai seperti ini layak diberi anugerah?
Malah pada satu artikel bertarik 24 November tahun lalu (foto),kami juga pernh menggesaMenteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakobmenjalankan siasatan terperinci terhadap satu laporan yang kini telah tersebar berkenaan salah guna kuasa yang melibatkan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Moh Samsuddin dan Timbalannya Ramli Hassan berhubung dengan dakwaan meminta sumbangan sebanyak RM60,000 (Enam Puluh Ribu) daripada Pejabat Menteri Besar Pahang itu sendiri pada Jun lalu. Peruntukkan terbabit khabarnya telah disalurkan ke akaun bank Kelab Sukan SPRM Pahang menerusi Bank Islam bertarikh 9 Jun 2o11. Dipercayaai semua Pegawai Kanan, Pegawai dan Kakitangan SPRM membantah perkara itu. Namun, ia tidak diendahkan oleh kedua-dua pemimpin terbabit. Difahamkan juga wang tersebut telah digunakan untuk membiayai program SPRM Pahang dan SUK Pahang yang dirancang di Taman Negara Jerantut ketika itu.Namun begitu kami tidak pasti apakah MB Pahang mengambil tindakan atas perkara ini?. Bukankah menerima hadiah terutamanya berbentuk kewangan itu juga dikira rasuah jika ia dilakukan oleh jabatan kerajaan yang lain. Namun, kenapa jika SPRM melakukannya dianggap "halal" pula. Apakah ini namanya ketelusan dan integriti yang hendak diperjuangkan?.
[Imej kerajaaan sebenarnya boleh tercemar apabila ada pegawai yang bercakap tidak serupa bikin seperti ini. Dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian Pahang pada 16 Oktober 2012 lalu beliau dengan bangganya menyatakan sebarang perlakuan dan aktiviti rasuah yang berlaku wajib dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya ada maklumat. Kegagalan individu yang mempunyai maklumat berhubung salah laku tersebut melaporkan kepada pihak berkuasa adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan termasuk didenda dengan jumlah yang tinggi.Malah katanya, kesedaran awam berhubung tanggung jawab itu semakin meningkat apabila banyak aduan diterima khususnya daripada penjawat awam di sini berhubung perbuatan rasuah oleh segelintir individu yang berkepentingan. Menurutnya, setiap maklumat yang diterima akan memudahkan pihaknya menjalankan siasatan dan mengambil tindakan kepada perasuah. Namun, hakikatnya rakyat Pahang malah kakitangan dijabatan beliau sendiri kini mempersoalkan kreadibiliti beliau sebagai Pengarah SPRM itu sendiri sebenarnya. Malah, terdapat juga dakwaan panas mengatakan beliau rela menutup banyak kes yang melibatkan pemimpin tertentu di Pahang dengan syarat mesti "win win" dalam hal-hal tertentu. Kini hebih diperkatakan ada ahli keluarga beliau yang mendapat projek lumayan di Pahang kerana usaha beliau menutup kes pemimpin tertentu. PDO akan menyiasat dan membongkarkan isu ini melalui kerjasama dengan pihak Pejabat Tanah Dan Galian Pahang (PTG). Semoga pendedahan ini akan menyedarkan kepada rakyat bahawa pentadbiran yang korupsi bermula dengan sebuah kerajaan yang amalkan perkara yang sama. Maka itu, rakyat Pahang amat menyokong tindakan menangguh anugerah "Datuk" yang sepatutnya diberikan kepada beliau itu. Demi membersihkan nama istana maka ia wajar dilakukan. Maka , Ubah sebelum Parah ! Jangan biarkan rakyat terus ditipu oleh mereka].
Walaupun Sabah hanyalah 2 jam 15 minit perjalanannya dari Kuala Lumpur tetapi masih ada yg belum tiba di Sabah ini. Sudah ketentuan Allah saya cari makan di sini, bunyi jauh tetapi masa perjalanan ia l
ebih cepat daripada perjalanan Kuala Lumpur ke Manjung Perak.
Di Sabah kawan tidak ramai. Dlm masa yg sama musuh pun kurang...Insyallah. Tapi dlm kejauhan ini saya tidak putus2 menerima kunjungan sahabat handai dari Kuala Lumpur. Tak kira kawan sekampung, kawan sekerja, kawan atas kawan dan sebagainya.
Selain itu ada juga rakan2 artis yg masih sanggup mengunjungi saya walaupun sudah 7 tahun saya sudah melupai dunia glamor ini. Apapun bagi saya kawan tetap kawan dan begitulah juga prinsip mereka.Terima kasih hubungan sillaturahim tidak terputus.
Antara mereka pernah bertemu saya di Sabah ini seperti Edrie Hashim, Man Keedal, Ella, Rahmat Mega, Sham Kamikaze, Hattan, Isma Halil, Joe Wings, Bob Lokman, Iwan (Dangdut), Awie dan beberapa nama lagi. Jika anda perasaan mereka semua itu rata2nya di dlm gerne rock. Memang rockers berkawan bukan kerana nak glamor atau nak gambar sering keluar di akhbar atau majalah tetapi kerana sebuah ikatan persahabatan.Sebenarnya ramai yg tahu rata2 'rockers' mereka tak suka gossip.Mereka ikhlas dgn seni mereka.
Kita tidak mengharap utk mereka kenang kita sebab tiada apa pun sebab musabab kita nak menempek (tumpang glamor) mereka. Jika hendak menempek, setiap kali ke Kuala Lumpur saya boleh hubungi mereka. Sebab itu saya katakan kpd seorang rakan dan juga bekas wartawan saya, kebanyakan artis nak 'glamor' ini hipokrit sahaja berbaik dgn kamu, bila dah tak ada kepentingan...kadang2 terserempak pun dia buat tak tahu. So saya kata jgn terkejut dan kecewa...:)
Baiklah saya nak kongsi bersama apa yg saya bualkan bersama Awie yg saya kenali lebih 15 tahun dulu. Apapun pandangan masyarakat kpdnya, saya angap dia kawan yg tidak lupa kawan. Malah dia tidak memilih kawan. Dah 4 kali dia jumpa saya di Sabah samada urusan kerja atau urusan peribadi dan bercuti.
Pelbagai perkara saya sempat berbual dgnnya kali sewaktu Awie menumpang kereta saya ke satu destinasi. Adalah yg boleh dikongsi bersama dan ada yg saya pun tak tahu dan saya kongsikan yg saya rasa boleh. Sewaktu dlm kerja dulu ada juga soalan yg saya tidak pernah bertanya dgnnya.
Saya tanya Awie. Beratus lagu Wings, lagu apa yg dia paling suka nyanyikan. Kata Awie dia paling suka nyanyikan lagu 'Mabuk 7 Lautan'. Kedua dia suka lagu 'Gema Indera Loka'. Saya katakan kalau lagu jenis2 begitu, saya suka lagu 'Gemala Saktiku'. Tapi kalau lagu 'tangkap cintan'...'Biarkan Berlalu'.
Antara Black dan Jojet mana yg dia suka bersama Wings. Dgn Black dia enjoy kerana permainan stroke Black unik. Tapi padu Jojet. Bagi Awie stroke drummer antara yg hebat ialah Yazit (Search). Rythim gitaris yg hebat, Awie memilih Din Search. Album Wings terbaik bagi Awie, album Hukum Karma. "Masa tu idea mencurah-curah...," jawab Awie. Rakaman album yg membuat dia tersenyum kembali, "Album Belenggu Irama. Aku dgr suara aku balik, halus je. Suara teruna..haaa".
Awie juga tidak segan memberitahu, sebelum bergelar artis, dia pernah bekerja utk mengangkat barang alatan 'sound systerm' sewaktu konsert Search. Malah pernah juga utk konsert 'Battle Of The Band'. Tapi dia terkejut dlm tempoh 3 tahun selepas itu, Wings menjadi band nombor satu. Mana2 tapak Pesta atau Ekspo, Wings akn dijemput sebanyak 2 kali.
"Yg paling ramai seingat aku Man, Pesta Laut Lumut di Teluk Batik. Kawan aku kena traffic jam nak masuk ke Teluk Batik 2 jam baru sampai. Aku rasa masa tu penonton hampir 40 ribu. Masa dulu paling kurang org menonton Wings 10 ribu org.Yg best artis dan penonton sama hebat bergaya dgn jaket sekali,"cerita Awie.
Antara sedikit moralnya, kita berkawanlah dgn sesiapa pun. Jgn kita pilih kawan. Kalau kita dah berubah, jgn pandang org lain sebelah mata. Kpd mereka yg agak sudah berada sikit, jgn tinggalkan kawan yg susah. Dunia ini bulat, hari ini kita lihat kawan kita seperti papa kedana, tapi esok lusa dia menjadi kaya raya. Sudah byk yg berlaku.
Begitulah jika kamu kini sudah memakai kopiah setiap masa, ingat jgn hina mereka yg masih belum diberikan hidayah. Jgn tinggalkan kawan, bak kata org2 alim...dekatilah kawan2 (org2 beriman)semoga kita dpt atau sentiasa menerima nasihat yg baik2 darinya. Tapi jgn jauhi mereka yg jahil, kerana jika sekali mereka berubah, mungkin amalan mereka akn jauh lebih hebat dari kita.Kawan tetap kawan....
You are subscribed to email updates from Otai Manjung To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kuala Lumpur - by @tiewnama Berita baik bagi pengguna Android. Satu aplikasi telah pun dicipta oleh seorang warga Malaysia bagi membolehkan anda mengesan lokasi kamera AES berada. Aplikasi ini akan mengesan lokasi AES yang berada 1000 meter dari posisi kereta anda berada sewaktu memandu di lebuhraya. Aplikasi ini juga akan membunyikan signal amaran sebaik sahaja kereta anda memasuki jarak 1000 meter sebelum sampai ke kamera AES yang dipasang di kawasan tersebut. Apa yang anda perlukan ialah cuma pasang ON GPS di peranti Android anda dan install juga Adobe AIR supaya ianya dapat berfungsi dengan baik. 1Malaysia, Saman Rakyat Di Dahulukan Pencapaian AES Di Utamakan terima kasih Najib Razak beserta barisan kabinet dan Ahli parlimennya! langkahnya seperti berikut.
by @tiewnama - AES bukan Di Tangguhkan! Tetapi Rakyat Mahu Di Batalkan! kahkahkahkah klik SINI untuk download Aplikasinya. sekian terima kasih. Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga.
Kuala Lumpur - by @tiewnama. berdasarkan rating yang di buat oleh encik cenangau.blogspot.com tim era pasca berada di kedudukan ke 6 ranking yang sebelum ini berada di kedudukan ke 17 carta hati Pakatan Rakyat. klik SINI untuk top100 blog PR
Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga.
You are subscribed to email updates from Era Pasca To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
malam tadi aku ke JAIS Shah Alam melihat Dr Badrulamin dan Ustaz Ann Wan Seng (dilepaskan) yang diminta beri keterangan kerana menjadi tetamu jemputan majlis Milad Abuya (hari lahir). Ada makan-makan juga. JAIS kata kesalahan ' melanggar fatwa mufti 1995' yang telah mengharamkan Al Arqam. kih kih! makan kenduri pun salah gara-gara report seorang 'ustat kenyang'
You are subscribed to email updates from ronasina To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
ANALIOSA POLITIK KELANTAN Kerusi parlimen Machang merupakan kerusi kedua yang menjadi sasaran Umno selepas Ketereh. Ada beberapa faktor terkini menjadikan sasaran Umno ini mungkin akan menjadi kenyataan. Tindakan PKR membawa lari Saifuddin Nasution Ismail ke Kedah adalah antara penyebab kenapa kerusi ini seperti lemah dan mudah untuk 'dikeronyok' oleh Umno dalam pilihan raya akan datang.
Kisah Saifuddin dibawa ke Kedah, katanya bakal bertanding di Kulim - Badar Baru ada cerita tersendiri. Begitu juga penganugerahan darjah kebesaran membawa panggilan Dato' kepada Saifuddin adalah diusahakan untuk tujuan itu. Anugerah itu untuk memberi nilai tambah kepadanya.
Yang tentunya kalau tidak ada sebab musabab kenapa Saifuddin perlu mudik ke Kedah. Sebab atau faktor itu pasti yang kurang kondusif. Saifuddin bukan termasuk dalam calon luar yang diberi pandangan oleh sesetengah orang 'penasihat' Pas agar nyah keluar dari Kelantan. Kerusi Machang tidak terlibat kerana ia milik PKR. PKR bebas membuat penentuan terhadap nasib setiausaha agung PKR itu.
Kita 'komakan' dulu cerita kenapa Saifuddin ke Kedah, kita tumpukan apakah masalah-masalah yang boleh membawa keuntungan kepada Umno sehingga Umno menandakan kerusi Machang sebagai kelabu tidak hitam dalam pilihan raya akan datang. Serta mengkaji serba ringkas apakah hasil politik dengki khianat Pas - PKR atau politik tidak ikhlas akan menguntungkan dan merugikan kedua parti itu.
Dalam pilihan raya lalu walaupun Saifuddin menang tetapi undi diterimanya berbeza dengan ketiga-tiga undi (majoriti) di tiga Dun; Kemuning, Temangan dan Pulai Chondong. Saifuddin menerima 1,460 undi manakala majoriti dicampur dengan ketiga-tiga Dun itu yang diterima wakil-wakil Pas sebanyak 3,690 kira-kira 2,230 yang tidak mengundi Saifuddin. Logiknya Saifuddin patut mendapat jumlah yang sama, atau setidak-tidaknya majoriti diraihnya 2,000. Tetapi kenapa berbeza, tentu ada yang tidak kena, dimana ia perlu diberikan perhatian oleh Saifuddin dan PKR selepas itu.
Perbezaan itu sedikit sebanyak menyebabkan Saifuddin khasnya PKR merasa terkedu dan boleh beranggapan Pas tidak sepenuh hati menyokong mereka. Implikasi atau terjemahan dari itu bahawa Pas tidak bulat memberi kerjasama terhadap PKR. Di manakah kesilapan menyebabkan ini berlaku?Ia terjawab kalau semua pihak di Machang ikhlas mencari jawabannya.
Statistik atau perbezaan sebegini sangat mahal dan penting dalam politik untuk dibuat lonjakan dan menjadi penyuntik semangat kepada mana-mana pihak terutamanya lawan. Para penganalisa dan pengkaji dipihak Umno akan membuat tafsiran mudah bahawa perbezaan undi diraih itu menunjukkan tidak ada 'kekompakkan' di anatara Pas dengan PKR. Situasi itu memudahkan untuk mereka menyocok jarum atau menahan lukah di pergentingan. Hal itulah mungkin menjadikan Umno meletakkan parlimen Machang sebagai sasaran.
Kelemahan dan kekurangan ini tampaknya gagal diperbetul dan dibaikpulih oleh Pas amnya dan Saifuddin khasnya sehingga saat menjelang pilihan raya baru. Kelemahan atau pengabaian ini sehingga tidak memberi masa untuk memperkuatkan kedudukan kerusi Parlimen Machang menjelang pilihan raya menjadi kedua pihak bergelabah. Bukan saja Saifuddin terpaksa dimudikkan ke Kedah, Pas sendiri juga mula bergerunyut dengan perkembangan yang ada kini. Sesungguhnya Macahang bukan seperti Pengkalan Chepa atau Kubang Kerian kepada Pas. Machang adalah Machang yang pemilikannya silih berganti.
Bukan senang untuk PKR mempertahankan kerusi itu menerusi calon lain. Apa lagi PKR tidak ada tokoh sehebat Saifuddin untuk diletak di Machang bagi menggantinya.Khabarnya PKR telah memilih beberapa nama untuk diletak bertanding di Machang, ini termasuklah setiausaha peribadi kepada Saifuddin, dan timbalan setiausaha agung yang kini berkhidmat di sebuah agensi di Kelantan. Turut sama diletakkan sebagai calon bekas calon Umno yang pernah bertanding di salah satu Dun di Machang tahun 2004.
Zulkifli Mamat
Ketiga-tiga nama yang ditunjuk Saifuddin agar menggantinya itu dilihat sukar untuk mengekalkan kerusi berkenaan. Hakikat ini disedari sama oleh Pas. Lantaran kesulitan itulah maka timbul 'idea songsang' untuk menukar kerusi Machang dengan Bachok sebagai jalan menyelamatkan kerusi Macahang. Kononya kalau berlaku pertukaran calon yang dikira layak untuk mengambil tempat Saifuddin ialah Yang Dipertua Pas Machang, Zulkefli Mamat yang juga Adun Pulai Chondong.
Zulkefli dikatakan sudah pun mula membuat ground work untuk bertanding di parlimen. Katanya beliau telah mencadangkan satu nama untuk diletak di Pulai Chondong untuk menggantinya. Setiausaha Badan Perhubungan Pas ini merasakan dia lebih selesa untuk kerusi parlimen dari kekal di kerusi Dun kini. Zulkefli juga dikatakan bermasalah di Pulai Chondong.
Bagaimana idea ini tidak menjadi kerana perkiraan ke arah itu tidak dibuat secara halus dan cermat. Kegagalan ini boleh diletakkan kepada para perunding kedua pihak terutamanya PKR tidak begitu bijak dan melupai akan tradisi dan selera politik luar bandar Kelantan. Cadangan untuk meletakkan bekas Ketua Umno Bachok Zaiyadi Awang Noh sebagai calon PKR Bachok bukan sesuatu yang tidak bijak, tetapi separuh cerdik kerana usaha itu dilakukan kurang waspada.
Sebaik idea itu diecerkan orang mulai pertikaikan mengenai Zaiyadi. Bukan beliau tidak berkelayakan untuk menentang Awang Adek Hussein, tetapi statusnya yang masih lagi Umno dikatakan menjadi faktor idea itu tertolak begitu saja. Hajat untuk menarik Zayadi tanpa dia terlebih dahulu mengistyharkan diri keluar Umno dan menyertai mana-mana parti Pakatan Rakyat dilihat sebagai songsang. Sebab itulah saya namakan idea songsang. Orang atas boleh faham mengenai kuntai politik atau understanding politik yang belum sampai standard itu tetapi orang bawahan masih perlu diberikan pencerahan.
Politik bukan senang walaupun ada kalanya yang berlaku tanpa dirancang. Begitu orang melihat bagaimana senang Ibrahim Ali yang tidak ahli Pas boleh bertanding atas tikit Pas. Ia kelihatan mudah, tetapi sebenarnya bukan gampang. Kelicinan kemasukan Ibrahim itu disebabkan ada konsultan yang bijak. Tanpa kebijaksaan dan kuasa mempengaruh pihak-pihak tertentu ia tidak akan terjadi. Bukan bererti apabila Ibrahim boleh bertanding atas tikit Pas dalam statusnya masih huduh dan busuk, maka orang berifkir orang lain juga boleh. Tidak.. ia bukan semudah itu.
Ekoran kegagalan ide berkenaan juga menyebabkan Zaiyadi yang juga sudah mula mengaktifkan diri tertekan dan diejak orang ramai kini. Projek untuk menjual imejnya menerusi program Amanah Merdeka Malaysia (Amanah) yang dirancang sebelum Aidiadha baru-baru ini gagal mencapai matlamatnya. Ini menyebabkan Awanag Adek masih bebas menghembuskan asap cigar di Bachok.
Hari ini kerana kesilapan dan kegagalan formula itu menyebabkan kerusi Parlimen Machang kini bergelora sedikit dan sekiranya tidak dapat dilendik dan dicarikan satu formula lain ia mungkin akan hanyut dalam pilihan raya kelak. Saya tidak nampak kalau PKR yang bertanding tanpa sokongan padu Pas kerusi itu akan kekal. Di sini saya tidak mahu mengemukakan apa-apa idea atau formula, terserah kepada pihak PKR yang bijaksana dalam politik! Kesimpulannya sudah dua kerusi milik PKR akan terkubur!
Bersambung ke siri 4, kita akan memperkatakan kerusi Parlimen Bachok, apakah strategi Pas untuk memastikan Awang Adek tertumus?[mw.kl.9:40 pm 01/11/12]
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
PPra-Himpunan Kebangkitan Rakyat di Seremban esok (Sabtu) tetap diteruskan walaupun tiada kebenaran permit daripada polis, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.
Beliau berkata, tidak timbul isu permit kerana tapak himpunan itu nanti akan diadakan di tanah lapang milik persendirian di Taman Seremban Jaya, kira-kira 2 kilometer dari Plaza Tol Senawang, Seremban.
"Tak perlu permit. Kalau di Dataran Merdeka sebelum ni tiada permit pun boleh berjalan, inikan pula tempat persendirian," katanya ketika dihubungi FMT.
Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin kelmarin dilaporkan berkata, pihaknya tidak boleh mengeluarkan permit kerana penganjur gagal mengisi maklumat permohonan dengan lengkap.
Sekaligus perhimpunan itu dianggap sebagai melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dikenakan tindakan sewajarnya.
Namun Mat Sabu berkata beliau mengharapkan kerjasama sepenuhnya daripada polis bagi memastikan program pada hari itu berjalan lancar.
Beliau juga optimis himpunan itu nanti akan mendapat sambutan sekurang-kurangnya 50,000 penyokong.
Ini merupakan kali ketiga lokasi berubah selepas usaha untuk menganjurkan himpunan di Majlis Perbandaran Seremban terpaksa ditukar kerana gagal mendapat kebenaran daripada pihak perbandaran dan polis.
Penganjur juga pada awalnya merancang untuk mengadakan himpunan di Stadium Nasional Bukit Jalil namun dalam sidang media mengumumkan terpaksa ditunda atas alasan mahu memberi laluan kepada perlawanan bolasepak Piala Suzuki AFF 2012.
Namun, FMT mendapati tiada sebarang perlawanan berlangsung di Bukit Jalil pada hari berkenaan, sebaliknya Piala Suzuki bermula pada 24 November depan di Stadium Rajamangala, Bangkok.
Manakala Stadium Nasional hanya digunakan untuk perlawanan antara Harimau Malaya menentang Singapura pada 25 November ini.
Himpunan besar-besaran bagi mengumpul kekuatan sejuta penyokong di Bukit Jalil katanya akan diteruskan pada satu tarikh yang akan ditetapkan pada tahun depan.
Dr Mahathir Mohamad sendiri mengakui dalam memoirnya, "Doktor Umum" (2012), bahawa Operasi Lalang, Oktober 1987 "menjadi titik hitam dalam sejarah pentadbiran Malaysia dan sepanjang tempoh saya menjadi Perdana Menteri".
Mahathir, yang juga Menteri Dalam Negeri ketika itu, turut menarik balik lesen penerbitan tiga akhbar berpengaruh, dalam tiga bahasa utama, The Star (muka depannya pada hari pertama tangkapan yang membawa kepada pengharamannya, simple tapi menarik dan mudah diingati), Sin Chew Jit Poh dan Watan, atas alasan menyemarakkan api perkauman (yang sebenarnya didalangi Umno-MCA).
Serentak dengan itu, majlis ceramah politik tidak dibenarkan dan Malaysia bagaikan bertukar menjadi sebuah "negara polis".
Saya, yang baru memulakan kerjaya -- pada Mac 1987 -- sebagai pemberita Harakah (dan turut terbabit dalam edisi sulungnya) di bawah tunjuk ajar tokoh wartawan tersohor, Subky Abd Latiff, merasai sendiri situasi sulit cemas-takut sehingga setiap orang gelisah menjangkakan mereka juga boleh diserkup bila-bila masa.
Mendengar nama-nama tahanan yang tidak begitu dikenali dicekup dari hari ke hari (tangkapan tidak dibuat serentak tapi berperingkat-peringkat) membuatkan hampir semua yang pernah "berseteru" dengan pemerintah gerun dan merasakan gerak-geri mereka diintip serta menjadi target.
Bakal disumbat
Bersama hampir 20 rakan serumah yang masih bujang di Kg Datuk Keramat, Kuala Lumpur, kami menanti khabar dengan penuh debar tahanan-tahanan baru yang bakal disumbat. Sepuluh hari sebelum itu, pada 18 Oktober, kejadian amuk Prebet Adam menggunakan senjata M16 di Chow Kit dan Kg Baru mengemparkan tanahair, selain merancakkan lagi pasaran berita angin terutama mengaitkan dengan isu-isu perkauman.
Umno pula memukul gendang mahu mengadakan perhimpunan raksasa sebagai tindak balas terhadap isu-isu pendidikan Cina. Timbalan Presiden MCA, Lee Kim Sai beraksi garang memanipulasinya. DAP, MCA dan Gerakan digambarkan bersatu menangani isu berkenaan.
Kebetulan saya baru saja menyiapkan satu makalah khas mengenai Peristiwa Memali, diusahakan oleh Jabatan Penerangan PAS Pusat, yang juga menerbitkan Harakah, dengan judul "Percikan Darah Syuhada".
Saya bermalam di kampung penuh bersejarah itu, dan mendapat layanan istimewa penduduk setempat, kunjungan kedua saya selepas menziarahinya dua bulan selepas tragedi berdarah pada hujung 1985.
Bimbang turut sama menjadi mangsa ISA yang menggila, helaian pertama majalah tanpa permit itu, terpaksa digunting dan dibuang sebelum diedarkan, dengan penuh hati-hati. Memang benar-benar terasa suasana takut, risau dan penuh curiga.
Tidak pencetak berani
Saya juga merakamkan getar Ops Lalang dalam makalah one-off, berjudul "Demokrasi Zaman Mahathir", diusahakan syarikat sendiri, Penerbitan Pemuda. Tidak pencetak berani mengambil risiko menyebabkan saya -- yang berhutang modal pembelian kertas -- berpindah-randah mencari rakan-rakan yang bersimpati.
Bayangkan, proses binding makalah berkenaan dijalankan di rumah sewa secara manual, dengan bantuan lebih 12 rakan-rakan!
Tragedi penahanan tanpa bicara menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) membabitkan lebih 100 aktivis masyarakat, pemimpin parti politik, penggerak pertubuhan alam sekitar dan tokoh pendidikan Cina itu kerap dikaitkan dengan "era kediktatoran melalui undang-undang" Mahathir.
Antara tokoh-tokoh yang dikurung ialah Mohamad Sabu, Ustaz Halim Arshat, Khalid Samad, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh, Dr Chandra Muzaffar, Dr Nasir Hashim dan Dr Kua Kia Soong.
Ramai lagi tahanan yang tidak pernah dikenali menjadikan Ops Lalang itu bagaikan lembaga hitam yang cukup menakutkan.
Kini genap 25 tahun
Hujung November lalu, genap 25 tahun peristiwa itu berlalu. Biarpun jelas ia sarat dengan motif politik, terutama bagi menyelamatkan kedudukannya yang cukup terancam, termasuk cabaran dalaman Umno yang begitu sengit dan tajam, namun hingga kini, Mahathir masih cuba untuk merasionalkan tindakan zalimnya itu dengan daleh-daleh longgar.
Beliau juga dilihat tidak dapat menyembunyikan rasa bersalahnya terhadap satu lagi aksi brutalnya, iaitu pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dan dua Hakim Mahkamah Agung serta satu kempen terancang untuk memusnahkan kebebasan badan kehakiman.
Sampai saat ini, kewibawaan dan integriti hakim-hakim di Malaysia tetap dipersoal, manakala cabang eksekutif masih dilihat campur tangan dalam kes-kes kritikal mahkamah.
PAS, DAP saling mengenal di Kamunting
Apa pun, saya tertarik dengan komentar beberapa pemimpin kanan DAP, khususnya Lim Guan Eng, terhadap episod gelita suku abad yang lalu itu: "Pemimpin PAS dan DAP mendapat peluang untuk saling kenal-mengenali lantas memecahkan fitnah yang ditaburkan Umno untuk memomokkan masyarakat bukan Melayu tentang PAS dan masyarakat Melayu tentang DAP.
"Hubungan yang dijalin dalam tahanan 25 tahun lalu telah menjadi batu asas kepada hubungan kerjasama antara dua parti itu pada hari ini."
Ya, isu dan krisis yang menyelubungi Umno waktu itu begitu kritikal dan cukup dahsyat sekali. Cabaran Tengku Razaleigh bersama Musa Hitam pada April 1987, yang kemudiannya membawa kes ke mahkamah, sehingga Hakim Harun Hashim tida pilihan lain dan "terpaksa" mengharamkan Umno (atas kemahuan Presidennya, Mahathir sendiri) seterusnya mengakibatkan Tun Salleh dipecat bagi mengelak keputusan Mahkamah Agung yang boleh "menjahanamkan" kerjaya politik Mahathir.
Bagaimanapun, disebabkan parti-parti pembangkang, khususnya PAS dan DAP, gagal membentuk persefahaman politik dan seringkali bercanggah pendapat -- meskipun mempunyai tujuan murni yang sama -- elit Umno telah menyambar kesempatan itu untuk terus bertakhta, merampok harta rakyat dan mencuri khazanah negara.
Dalam keadaan serba sulit diasak segenap penjuru itu, Mahathir terselamatkan disebabkan saingan politiknya turut berpecah.
Laluan bentuk kerajaan alternatif dirintis
Azab di Kamunting 25 tahun lalu itu rupanya cukup berbaloi. Kesengsaraan dipisahkan daripada anak isteri memang pedih tetapi ia berupaya mendekatkan diri sesama pejuang keadilan, daripada pelbagai kumpulan dan berjaya meletakkan asas persefahaman yang kukuh serta mantap untuk satu proses agak panjang membebaskan negara daripada cengkaman sebuah parti dominan.
Pengalaman di saat sukar itu mahal harganya. Pemimpin muda DAP, Liew Chin Tong, yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera, merumuskan: "Keakraban yang terbentuk dalam kesusahan akan berterusan mengukuhkan pergerakan bagi mendirikan Malaysia yang baru dan lebih baik untuk semua."
Mohamad Sabu yang dikurung satu kawasan dengan Guan Eng mengingati "detik-detik manis" itu: "Kami yang duduk bersama-sama di Kamunting berpeluang bertukar pandangan mengenai pendirian parti masing-masing terhadap isu-isu rejim Mahathir. Ini termasuklah prinsip DAP yang tidak menolak usaha membantu Bumiputera miskin sebaliknya menentang kecenderungan nasionalisme Melayu yang dieksploitasi hanya untuk mengkayakan pemimpin dan kroni Melayu tertentu sahaja."
Ketika budaya politik baru -- yang menolak sentimen perkauman dan memandang tinggi isu-isu good governance -- makin tumbuh subur di kalangan rakyat Malaysia, Umno dan kerabatnya dalam BN seperti MCA masih ghairah memainkan lagu lama bagi melaga-lagakan parti pembangkang.
Pelbagai jerat cuba dipasang, misalnya melalui kontroversi Hudud mutakhir ini, namun banyak pihak yakin, persefahaman PAS-DAP yang menempuh jalan berliku dan onak berduri tidak semudah itu dapat digoyang.
Perangkap Umno-MCA hanya akan memakan tuan sendiri!
Membilang hari-hari akhir
Umno-BN yang hampir kehilangan kuasa dan mungkin membilang hari-hari akhirnya masih tidak berputus asa untuk mengadu-domba parti-parti dalam Pakatan, khususnya PAS dan DAP.
Jika kedua-dua parti pembangkang yang berkongsi kepedihan dan keperitan panjang itu dapat dipisahkan, seperti Barisan Alternatif pernah dihancurkan selepas pilihan raya 1999, ekoran isu Negara Islam, nescaya Najib tidak ragu-ragu lagi untuk menghadap Agong bagi membubarkan Parlimen.
Ops Lalang 1987 merakamkan sejarah hitam yang pastinya terus menganggu hari-hari tua Mahathir, namun ia menjadi penyambung ikatan berpanjangan buat PAS dan DAP melakarkan sejarah gemilang dalam PRU13 nanti, dibantu KeADILan, dengan teraju utamanya, Anwar Ibrahim, yang turut menerima pendidikan terbaik, bukan saja dari Kamunting di usia mudanya tetapi juga mendekam dalam lokap dan penjara. -Ahmad Lutfi Othman
Masyarakat Cina kini mula menerima dan memahami pelaksanaan hukum hudud, menurut kaji selidik terbaru Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL).
Walaupun Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dilihat bekerja keras menentang pelaksanaan hukum Islam tersebut, kaji selidik kedua berkenaan hudud yang dijalankan antara 1 September hingga 16 Sept 2012 itu menunjukkan peningkatan sekali ganda sokongan masyarakat Cina iaitu kepada 24 peratus, berbanding 12 peratus dalam kaji selidik sebelum ini pada 25 Oktober hingga 15 Disember tahun lalu.
Daripada sejumlah 385 responden berbangsa Cina, hanya satu peratus peningkatan menentang pelaksanaan hukum hudud, berbanding kaji selidik sebelumnya, iaitu sejumlah 51 peratus.
Sementara kumpulan yang tidak pasti sama ada hudud boleh dilaksanakan di Malaysia walaupun mempunyai masyarakat berbilang kaum menurun kepada 25 peratus berbanding 38 peratus dalam kaji selidik sebelum ini.
"Terdapat peningkatan sokongan masuarakat Cina terhadap pelaksanaan hudud.
"Perbezaan sembilan bulan antara kedua-dua kajian juga menyaksikan peningkatan 12 peratus; menjadikan peratusan menerima hudud meningkat kepada 24 peratus, dengan peningkatan (hanya) satu peratus tentangan terhadap pelaksanaan hudud.
" "Ini menjelaskan pengundi Cina semakin memahami isu tersebut," kata UMCEDEL dalam satu kenyataan hari ini.
Malah, UMCEDEL turut mendapati generasi muda masyarakat Cina berkeinginan untuk mengetahui dengan lebih lanjut berbanding kumpulan responden yang lebih berumur.
"Generasi muda Cina menunjukkan kecenderungan untuk memahami pelaksanaan hudud berbanding dengan mereka yang lebih berumur," jelas kenyataan berkenaan.
Kajian yang turut dijalankan terhadap 1041 responden Melayu itu juga mendapati majoriti responden yakin hudud akan memberikan keadilan kepada semua pihak dengan 55 peratus responden Cina berusia lingkungan 41 hingga 50 tahun yakin hudud akan memberikan keadilan.
Walaubagaimanapun, 53 peratus masyarakat Cina yang berusia 61 tahun ke atas menunjukkan keyakinan pelaksanaan hudud akan menggugat kesepakatan parti-parti dalam Pakatan Rakyat (PR).
Dari aspek lokaliti responden, masyarakat Cina di kawasan kampung dan kampung baru percaya hudud akan memberikan keadilan kepada semua mencecah sehingga 59 peratus, manakala masyarakat Cina bandar berada dalam kelompok 30 peratus menyokong.
Hudud telah sekian lama menjadi polemik politik tanah air apabila parti politik daripada Barisan Nasional (BN) dan PR masing-masing cuba menarik sokongan pengundi melalui isu hudud tersebut.
Presiden MCA dalam perhimpunan parti komponen BN ke-59 itu bulan lalu dilihat begitu agresif menentang hudud, malah mengeluarkan kenyataan negara yang melaksanakan hudud akan menjadi lebih korup, serta pelaksanaan hudud akan menyebabkan 1.2 juta rakyat negara ini kehilangan pekerjaan.
Selain pemimpin daripada BN, terdapat juga tentangan daripada DAP, apabila Pengerusi DAP, Karpal Sing menegaskan Malaysia tidak boleh melaksanakan hudud kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Justeru, banyak pihak mula berdebat berhubung isu hudud yang nyata telah dipolitikkan demi kepentingan politik parti masing-masing.
Dewan Pemuda PAS Pusat juga telah mengadakan demonstrasi di hadapan bangunan MCA ekoran kenyataan-kenyataan Dr Chua terhadap hudud.
Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa juga telah menggesa Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng meminta maaf kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga Menteri Besar Kelantan berikutan pendirian parti itu menolak hudud. -TMI
Kempen Anti Saman Ekor (KASE) menuntut penjelasan daripada Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha dan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berhubung kejadian penyamaran sebagai pihak berkuasa oleh syarikat konsesi Sistem Kamera Automatik (AES).
Penasihat Undang-undang KASE, Zulhazmi Shariff berkata, berdasarkan sumber yang diperolehi, Syarikat Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd mewarnakan kenderaan mereka seakan-akan pacuan empat roda Toyota Fortuner milik JPJ.
"Apa yang berlaku sekarang, maklumat yang kami terima, ATES dan Beta Tegap mewarnakan kenderaan milik syarikat sebagai warna seakan-akan warna JPJ.
"Letak logo JPJ, nama 'Automated Enforcement System' sedangkan kenderaan tersebut bukan kenderaan JPJ. Ini apa cerita?" katanya di lobi Parlimen.
Tegasnya, penyamaran sebagai pihak berkuasa ini merupakan satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Dalam sidang media sama, Pengerusi KASE, Datuk Mahfuz Omar menggesa semua penerima saman AES agar tidak membuat bayaran kompaun sebaliknya hadir ke mahkamah untuk menyelesaikan perkara berkenaan.
Ini kerana KASE akan menyediakan peguam kepada mereka selain penggunaan peruntukkan undang-undang yang salah seperti dinyatakan dalam surat saman.
Tegasnya, kerajaan sepatutnya membatalkan semua saman yang mula dikeluarkan pada 13 Oktober lalu dan penangguhkan perlaksanaan AES seperti yang didesak sebelum ini.
"Kalau kerajaan masih tidak menarik balik saman ini, KASE menyeru kepada semua penerima saman ini agar tidak membayar kompaun.
"Sebaliknya ikut arahan ini (dalam surat saman) ke mahkamah. Kami bersedia menyediakan beberapa peguam bagi membantu mereka yang bersedia ke mahkamah.
"Peguam ini hanya untuk saman AES dan bukannya saman trafik," katanya.
Surat saman AES yang dikeluarkan menyatakan kesalahan melanggar had kelajuan berada di bawah Seksyen 79 (2).
Seksyen berkenaan sebenarnya bukan berkaitan perlanggaran had kelajuan sebaliknya merujuk pada perlanggaran kepada mengabaikan terhadap arahan dan isyarat lalu lintas.
Dari segi hukuman pula, tidak ada kompaun minimum RM300 sebaliknya tidak melebihi RM 500.
"Undang-undang disini (dalam surat saman) yang digunakan pun pelik. Dia (surat saman) kata miinta kita hadir ke mahkamah sendiri atau diwakil peguam.
"Mana boleh pertuduhan yang ingin disebut di mahkamah diwakili peguam," jelasnya.
Ujar beliau lagi, kesalahan AES ini tidak akan melibatkan kesan disenarai hitam sebaliknya penerima boleh membuat saman balas seandainya mereka dikenakan tindakan sedemikian.
Beliau menambah, langkah penyelesaian di mahkamah ini dapat mengurangkan peluang kepada syarikat konsesi memperoleh keuntungan RM16 dari setiap saman yang dikeluarkan. -selangorku
PKR yakin dapat merampas semula kerusi Parlimen Sabak Bernam pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) selepas mengumumkan calon baru bagi kerusi tersebut iaitu bekas pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Abdul Aziz Bari.
Difahamkan, sebelum ini, Ketua PKR Cabang Sabak Bernam, Dr Badrolamin Baharon dicalonkan bertanding bagi kerusi itu.
Abdul Aziz berkata, pemilihannya sebagai calon bagi kerusi berkenaan adalah atas arahan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, beliau yakin dapat merampas semula kerusi Parlimen Sabak Bernam memandangkan terdapat beberapa penambahbaikan dilakukan Kerajaan Negeri sebelum ini.
Pada 2008, kerusi Sabak Bernama dimenangi oleh calon BN dari Umno, Abd Rahman Bakri, yang menewaskan Badrolamin.
"Kerajaan Negeri telah melaksanakan beberapa penambahbaikan dalam memastikan hak rakyat tidak diabaikan dan ini adalah kekuatan kita bagi merampas kembali kerusi Parlimen di sini," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata, dia tidak berasa tergugat dengan kekuatan dimiliki Umno memandangkan pihaknya mempunyai kekuatan tersendiri bagi menawan kerusi di Parlimen Sabak Bernam.
"Saya yakin ini adalah masa tepat bagi kami merampas kerusi di Parlimen ini memandangkan sokongan rakyat juga dilihat semakin kuat terhadap PKR," katanya.
Abdul Aziz berkata, menerusi ceramah-ceramah yang dijalankan di sekitar daerah ini, jelas menunjukkan rakyat semakin matang dalam memilih pemimpin bersih serta mahukan pucuk pimpinan amanah.
Beliau berkata, ia dapat dibuktikan dengan sesi ceramah yang diadakan di Bagan Terap di mana rakyat sudah bijak dalam menilai sesebuah parti politik dengan turut sama turun padang memberi sokongan ketika program dijalankan.
"Bagan Terap merupakan kawasan hitam satu masa dulu memandangkan PKR pernah kalah teruk pada 2008, namun menerusi beberapa ceramah yang dijalankan kini, jelas menunjukkan penglibatan daripada ramai penduduk yang turut turun bagi memberi sokongan," katanya.
Menurutnya, disebabkan faktor itu, Umno semakin takut menghadapi PRU13 memandangkan sokongan dilihat semakin tipis.
Katanya, kajian dijalankannya sejak 2004 jelas menunjukkan kadar peningkatan sokongan rakyat terhadap parti itu semakin meningkat memandangkan pucuk pimpinan yang dianggap telus dalam membantu mendapatkan hak rakyat.
"Saya yakin PKR akan menang berdasarkan kajian yang saya jalankan menunjukkan pertambahan sokongan bagi parti ini," katanya.
Menurutnya, pada PRU13 nanti PKR mungkin akan kalah dalam beberapa kerusi namun peratusan undian penduduk dijangka akan meningkat sebanyak lima peratus bagi setiap peti undi.
Katanya, pada PRU lalu, kebanyakan disuarakan PKR dilihat retorik namun kini parti berkenaan dapat membuktikan ia menjadi realiti di samping membuka mata rakyat.
"Ini merupakan salah satu kekuatan kita dalam memastikan kerusi Parlimen berkenaan dapat dirampas," katanya.
Dalam pada itu Abdul Aziz berkata, sebelum ini, beliau turut menerima pelawaan daripada Pas dan DAP yang memintanya untuk bertanding di beberapa kawasan lain.
Katanya, bagaimanapun pelawaan tersebut ditolaknya kerana mahu memberi perkhidmatan terbaik di kampung halamannya.
"Saya berasal dari sini dan saya mahukan perubahan terhadap pucuk pimpinan di samping memberi perkhidmatan adil kepada penduduk setempat," katanya.
Beliau berharap rakyat dapat memberi peluang kepada PKR membuktikan kemampuan mereka dalam menguruskan daerah tersebut.
Sementara itu, Badrolamin enggan memberi sebarang komen berhubung perkara tersebut.
DAP: Nak percaya ketua audit atau Rahman Dahlan? Anggota parlimen DAP hari ini menyelar tindakan Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC) yang mendakwa Pakatan Rakyat memanipulasikan perakaunan kreatif dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011.
"Mereka mempersoalkan kebijaksanaan dan ketelusan Ketua Audit Negara (Ambrin Buang)," kata wakil rakyat Bukit Bendera Liew Chin Tong (kanan).
Liew berkata, menuduh negeri Pakatan memindah dana akaun amanah bermaksud seolah-olah ketua audit negara dan kakitangannya tidak mampu melakukan semakan menyeluruh dan mengesan amalan yang dipersoalkan.
"Siapa yang kita hendak percaya? MP Kota Belud (Abdul Rahman Dahlan) atau ketua audit negara?" soalnya.
BNBBC semalam mendakwa, Pakatan terlibat dengan perakaunan kreatif untuk menjadikan negeri pimpinan mereka nampak elok dalam Laporan Ketua Audit Negara.
Abdul Rahman sebagai timbalan ketua BNBBC mendakwa, perkara itu dilakukan dengan memindahkan dana daripada akaun amanah negeri kepada akaun yang disatukan dan menjadikannya sebagai hasil.
Tuduhan 'Creative Accounting' Di Selangor Tidak Berasas
SHAH ALAM, 31 OKT : Tuduhan bahawa Kerajaan Selangor mengamalkan "creative accounting" adalah melampau dan tidak berasas kerana kesahihannya telah diperakui oleh Laporan Ketua Audit Negara 2011.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Selangor disediakan mengikut Piawaian Perakaunan Kerajaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia.
Menurutnya, ia selaras dengan piawaian perakaunan berasaskan "International Public Sector Accounting Standards – Financial Reporting Under Cash Basis Accounting".
Malah, Laporan Ketua Audit Negara 2011 sebelum ini menyatakan Penyata Kewangan Kerajaan Selangor pada keseluruhannya menunjukkan gambaran yang benar dan saksama tentang kedudukan kewangan Negeri bagi tahun berakhir 31 Disember 2011.
Laporan tersebut juga mengatakan rekod perakaunan Kerajaan Selangor telah diselenggarakan dengan teratur dan dikemas kini.
"Kerajaan Negeri mengambil berat tuduhan bahawa Negeri Selangor mengamalkan "creative accounting" atau mengubah suai akaun kedudukan kewangan negeri yang terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011.
"Tuduhan yang dibuat oleh Kelab Penyokong Barisan Nasional adalah tidak bertanggungjawab dan tidak benar sama sekali.
"Ia juga memperkecilkan keupayaan Ketua Audit Negara dan kakitangan awam yang bekerja keras menyediakan laporan dengan penuh tertib dan profesional.
"Walaupun terdapat isu yang boleh dilaporkan dengan baik terutama isu Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) dan Universiti Selangor (Unisel), Kerajaan Negeri berpendapat keseluruhan laporan tersebut tidak patut dipersoalkan.
" Abdul Khalid berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco, di sini.
Selain itu, katanya, Sistem Perakaunan Berkomputer Standard Kerajaan Negeri (SPEKS) yang digunapakai bagi mengakaunkan semua urusniaga bayaran dan terimaan adalah sistem perakaunan bersepadu yang dibangunkan oleh Jabatan Akauntan Negara.
Tambahnya, Kerajaan Negeri juga sentiasa mengingatkan kakitangan awam supaya mengamalkan ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam menjalankan tugas serta berjimat cermat meluluskan perbelanjaan.
"Ini antara faktor yang menjadikan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri diklasfikasikan sebagai "baik" oleh Jabatan Audit Negara dengan peningkatan dari segi wang simpanan, hasil, pelaburan dan pengurusan kewangan.
"Kerajaan Negeri berharap tuduhan palsu ini tidak menjejaskan komitmen kakitangan awam untuk membantu menguruskan pentadiran negeri Selangor demi kesejahteraan rakyat," katanya lagi. -selangorku
BERIKUTAN penahanan Ahli Majlis Tertinggi KEADILAN, Dr Badrulamin di majlis makan malam dikatakan anjuran Al-Arqam malam tadi bersama Ustaz Ann Wan Seng, rujuk sini [Dr Badrulamin], nampaknya Utusan bagaikan terkena jackpot.
Mana tidaknya, di dalam kehangatan pilihanraya umum yang semakin hampir, ini peluang akhbar propaganda milik Umno itu untuk mengaitkan KEADILAN dengan Al-Arqam yang pernah diharamkan satu ketika dahulu didakwa kerana membawa ajaran sesat.
Tapi tak tahu dari mana sumber yang diperolehi oleh Utusan sehingga mengatakan ia sebagai konsert khas. Apa pun, nampaknya kita sudah dapat menjangkakan apa isu hangat yang akan diulang pagi petang siang dan malam di media-media arus perdana kawalan Barisan Nasional selepas ini.
Tentu sekali KEADILAN sebagai parti pembangkang parlimen Malaysia akan cuba dikaitkan dengan Al-Arqam untuk membuatkan rakyat percaya bahawa Pakatan Rakyat ada kaitan dengan ajaran sesat.
Kita tunggu apa kenyataan Dr Badrulamin berhubung hal ini. Selain itu, sama-sama kita nantikan bagaimana isu ini akan diputar belitkan di media-media arus perdana bermula malam ini di Buletin Utama TV3.
BARU sahaja terbaca di twitter milik kartunis ronasina yang memaklumkan bahawa Dr Badrul Amin dan Ustaz Ann Wan Seng telah ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor, JAIS.
Difahamkan mereka ditahan ketika menghadiri sebuah majlis makan malam mengenang Abuya. Dr Badrol Amin dan Ustaz Ann Wan Seng dikatakan akan dibawa ke Shah Alam.
Abuya yang dimaksudkan dalam twitter di atas mungkin merujuk kepada pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad yang suatu ketika dahulu pertubuhan itu pernah diharamkan oleh kerajaan pimpinan Dr Mahathir Muhammad.
Al-Arqam yang bergerak aktif selama lebih sepuluh tahun dan memiliki lebih 10,000 ahli, memiliki kilang dan hospital sendiri itu diharamkan selepas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad meramalkan dirinya akan menjadi Perdana Menteri Malaysia, menggantikan Dr Mahathir.
Akhirnya, Al-Arqam diharamkan oleh kerajaan pimpinan Dr Mahathir Mohammed kerana didakwa menyebarkan ajaran sesat.
Update: Dr Badrol Amin sedang memberikan keterangan di bangunan Jabatan Agama Islam Selangor, Shah Alam. Pihak JAIS berkata ia bukan satu tangkapan. Tapi Dr Badrol Amin diangkut menggunakan trak Polis. Alasan penahanan ini kerana melanggar fatwa mufti yang dikeluarkan dalam tahun 1995 yang mengharamkan Al-Arqam.
Maklumat lanjut berkenaan tangkapan ini akan menyusul.
BEBERAPA blog pro Barisan Nasional ada memainkan isu kononnya kerajaan di empat negeri yang ditakbir oleh Pakatan Rakyat disifatkan "cakap tak serupa bikin" berhubung isu Saman Rakyat 1 Malaysia, SR1M (AES).
Blogger-blogger ini mempertikaikan pengumuman keempat-empat Negeri Pakatan rakyat untuk menangguhkan perlaksanaan saman automatik, AES yang membebankan rakyat itu. Ini kerana menurut mereka sistem saman AES itu telah dilaksanakan di Selangor.
Akhirnya, barulah kita faham rupa-rupanya kamera yang dipasang di sekitar negeri Selangor sebenarnya tidak mendapat kelulusan daripada Kerajaan Negeri. Dalam kata lainnya, kamera-kamera AES yang mahu mencuri duit rakyat ini dipasang secara haram!
Perkara ini didedahkan oleh Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu yang dipetik oleh Sinar Harian. Maklumat itu diperolehi daripada Yang Dipertua PBT di seluruh negeri yang mendedahkan bahawa pemasangan kamera AES itu dibuat tanpa keizinan pihak mereka.
"Ini (pasang kamera AES tanpa kebenaran merancang) adalah salah di sisi undang-undang. Bagi saya, kalau tiada kebenaran merancang, ia dianggap illegal (tidak sah). Sesiapa pun yang kena (saman), mereka tidak payah bayar sebab (pemasangan kamera AES dibuat) tanpa kelulusan," katanya.
Maka sudah terang lagikan bersuluh, jika anda menerima saman AES di sekitar negeri Selangor, maka anda tidak perlu membayarnya kerana syarikat kroni Barisan Nasional yang menguruskan AES ini telah memasang kamera mereka secara haram untuk merompak duit rakyat.
DALAM laporan akhbar Sinar Harian Edisi Melaka & Negeri Sembilan bertarikh 31 Oktober 2012, Kerajaan Negeri Sembilan hanya memberi amaran akan membatalkan kontrak pajakan tanah sekiranya NFCorp gagal membayar tunggakan sewa yang kini mencecah RM200,000.
Laporan Audit 2011 menyatakan antara kelemahan kerajaan negeri dalam mengurus syarikat ialah tunggak sewa yang tinggi tanpa tindakan tegas diambil.
Bagi syarikat Negeri Roadstone Sdn Bhd, hutang pelanggan yang tertunggak sehingga RM511,951 dan ada yang tertunggak hampir 6 tahun. Bagi sewaan premis, NRSB juga mempunyai tunggakan sewa sebanyak RM101,864 dan hanya mengambil tindakan mahkamah, dan terpaksa menanggung kos guaman sebanyak RM8,899.
Sebaliknya, tindakan tegas telah dikenakan kepada penyewa premis yang mempunyai tunggakan sewa yang jauh lebih rendah dari kes dia atas.
Contohnya, dalam satu surat yang dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Unit Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Notis operasi sita dijalankan kepada seorang penyewa yang hanya mempunyai hutang tertunggak RM992.00, dan operasi mengunci rumah akan dijalankan 3 minggu selepas tarikh notis dikeluarkan.
Tindakan yang tegas juga telah diambil oleh Majlis Perbandaran Seremban kepada seorang penyewa premis di Blok B 1-15 Seremban kerana hanya mempunyai tunggakan sewa sebanyak RM5,050.00, dan arahan mengosongkan premis tersebut juga dikeluarkan dalam masa 14 hari.
Pihak kami bukan menggalakan rakyat Negeri Sembilan supaya berhutang dan tidak membayar sewa premis, tetapi kami mempersoalkan kenapa sikap 'double standard' yang diamalkan oleh kerajaan negeri. Sepatutnya tindakan sangat tegas perlu dikenakan kepada penyewa mempunyai hutang yang tinggi.
Sewajarnya, pihak Kerajaan Negeri menilai semula tindakan yang dilakukan, kita tidak mahu tindakan 'double standard' tersebut dikenakan atas dasar menjaga kepentingan politik UMNO dan Barisan Nasional Negeri Sembilan.
Disediakan oleh:
YB Hj Mohamad Taufek bin Abd Ghani (Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan) Hj. Anuar bin Azahari (Timbalan Pesuruhjaya 3) Nor Azman bin Mohamad (Ketua Penerangan Pas Negeri Sembilan) Fazilah binti Abu Samah (Ketu Dewan Muslimat Pas Negeri Sembilan)
ISU dana asing yang diseludup masuk ke Malaysia, dipercayai mula kecoh sejak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz mengatakan bahawa wang seludup RM40 juta itu bukan untuk Ketua Menteri Sabah, Musa Aman. Sebaliknya ia untuk kegunaan Umno Sabah.
Ini berikutan penangkapan seorang usahawan Michael Chia pada 14 Ogos 2008 di lapangan terbang antarabangsa Hong Kong dengan matawang Singapura berjumlah RM40 juta di dalam bagasinya sebelum menaiki pesawat menuju ke Kuala Lumpur [sumber].
Bagaimanapun, penemuan kenderaan jenis Hummer yang bernilai lebih RM500 ribu dipandu oleh Mohamad Nedim Nazri, anak Nazri Aziz mengundang kontroversi berhubung dana asing RM40 juta itu.
Anak Nazri Aziz yang sebelum ini terlibat dengan kes memukul pengawal keselamatan [sumber] dilihat memandu Hummer dengan nombor pendaftaran WNX9776.
Hasil pemeriksaan di laman portal MyEG, sebuah portal yang membolehkan pengguna menyemak status saman individu, mendedahkan bahawa, kenderaan yang dipandu oleh anak Nazri Aziz itu milik Michael Chia. Usahawan yang ditangkap kerana membawa wang RM40 juta di dalam bagasinya untuk berlepas ke Kuala Lumpur.
Tidak mungkin Michael Chia boleh memberikan kenderaan mewah miliknya kepada orang yang tidak dikenali, atau tiada apa-apa hubungan. Persoalannya di sini, apa hubungan Michael Chia dengan anak Nazri Aziz?
Maka jelas di sini, Menteri Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz sebenarnya memiliki hubungan yang rapat dengan Micheal Chia. Tidak hairanlah kes ini disenyapkan begitu sahaja.
Ketua Pembangkang Datuk Azhar Ibrahim (BN-Penaga) digantung kali kedua daripada menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) selama enam bulan berkuatkuasa hari ini.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang membentangkan usul penggantungan Azhar itu pada persidangan DUN hari ini berkata semua bayaran elaun dan gaji ketua pembangkang itu sebagai wakil rakyat dikekalkan.
NONELim berkata keputusan penggantungan itu dibuat oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan setelah Azhar gagal memberi penerangan dan penjelasan mengenai kenyataannya pada 8 Mei lepas yang menghina kemuliaan dewan, Speaker DUN Datuk Abdul Halim Hussain dan kakitangan DUN apabila menyebut bahawa catatan persidangan boleh dimanipulasi.
SHAH ALAM – Kerajaan perlu menangguhkan sementara pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) demi kepentingan strategi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Pensyarah Geo Strategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Azmi Hassan berkata, kerajaan perlu berbuat demikian kerana AES dijadikan modal politik bukan sahaja pembangkang, tetapi sesetengah kelompok dalam Barisan Nasional (BN).
Menurutnya, BN perlu memberikan persepsi penangguhan bukan kerana mahu memancing undi, tetapi kajian perlu dilakukan untuk menjawab kritikan terhadap AES.
"Tidak rugi BN menangguhkan AES, malah ia memberikan manfaat kerana mendengar kritikan rakyat walaupun ada kalanya kritikan tidak masuk akal," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Sebelum ini, Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan Barisan Nasional, Datuk Bung Mohtar Radin berkata, pihak pembangkang akan mengambil kesempatan menggunakan isu pelaksanaan untuk menjatuhkan kerajaan.
Katanya, kerajaan wajar menangguhkan pelaksanaan AES bagi memberikan keyakinan kepada rakyat.
Sementara itu, Timbalan Ketua Kluster Jawatankuasa Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Prof Dr Jayum Jawan berkata, dalam soal menjaga keselamatan, rakyat perlu dididik bukannya penguatkuasaan undang- undang dengan mengenakan denda kerana ia menyusahkan rakyat.
"Memberikan denda kepada rakyat adalah mudah tetapi tidak mengatasi masalah iaitu sikap rakyat. Ia juga tidak membantu mencapai matlamat mengurangkan kemalangan jalan raya," katanya.
Beliau berkata, cadangan Pemuda Umno menangguhkan AES juga menunjukkan pandangan berbeza di kalangan pemimpin Umno.
"Ada puak cuba melemahkan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dan ia adalah gejala tidak baik menjelang PRU13," katanya.
Inilah mereka2 yang berdemo sokong AES di penang siang tadi. Kelakar siot. Orang sekarang sepakat tolak depa sibuk berdemo plak..
Kalau korang nak tahu sekarang neh wakil rakyat dari bn sendiri sehaluan dengan pr dalam isu AES. Aku dah cakap awal2 dulu. AES neh bagus. Memang bagus. Tapi pelaksanaan dia tidak bagus. Bukan sistem itu bermasalah tetapi cara ia dilaksanakan di malaysia itu bermasalah.
Satu2 product yang bagus jika tidak dilaksanakan dengan betul maka ia tetap tidak bagus. Dalam kes neh walaupun sebagus mana pun AES itu tetapi jika BN yang pegang negara kemon la.. dia tetap terlihat tidak bagus. Kalau yang pegang negara pun tak amanah ko jangan hadap apa2 sistem yang mereka practise ialah telus.
Bukti ketidaktelusan ialah memasang AES di laluan2 yang merepek. Menenderkan AES kepada syarikat swasta yang jelas2 mensasarkan keuntungan setelah melakukan pelaburan besar.
Dikhabarkan Dr Badrul Amin dan Ust Ann Wan Seng yang menghadiri majlis makan malam mengenang Abuya telah ditahan di dalam serbuan oleh JAIS dan pihak berkuasa Majlis Tempatan sebentar tadi.
Majlis kenduri mega dengan tema "Menjana Kekuatan Ekonomi Ummah Memperkasa Dakwah" yang dianjurkan oleh Ikhwan Global di Rawang ini telah diarahkan berhenti oleh JAIS.
Difahamkan mereka yang ditahan di dalam majlis makan malam itu kini sedang di dalam trak dan mungkin dibawa ke Shah Alam.
(Gambar) Penguatkuasa JAIS cuba memeriksa Kad Pengenalan semua tetamu yang hadir ke majlis kenduri anjuran Ikhwan Global di Rawang.
Ust Ann Wan Seng juga merupakan seorang penulis buku AL-ARQAM DI SEBALIK TABIR yang telah diulang cetak dalam masa satu minggu dan habis dijual dalam masa 4 hari.
Buku tentang Al-Arqam ini adalah satu-satunya ditulis oleh seorang penulis bangsa Cina.
UTUSAN MALAYSIA FITNAH, PKNS KEMUKA NOTIS TUNTUTAN
Nov 1 - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) hari ini mengemukakan notis tuntutan terhadap Utusan Malaysia dan penulis ruangan Cuit akhbar itu, Zaini Hassan berhubung penyiaran artikel berunsurkan fitnah terhadap perbadanan itu.
Ketua Pegawai Integriti PKNS, Norita Mohd Sidek berkata artikel yang disiarkan dengan tajuk "Jual aset PKNS : Sultan Selangor murka?" bertarikh 31 Oktober 2012 itu seolah-olah memberi gambaran yang PKNS terlibat dalam amalan bisnes yang tidak sah; terlibat dengan kesalahan jenayah; tidak jujur, korup dan tidak beretika.
Beliau berkata penyiaran artikel berkenaan juga memberi gambaran seolah-olah PKNS telah mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh rakyat Selangor.
"Kenyataan yang dikeluarkan adalah salah, berniat jahat dan ditulis semberono tanpa usul periksa dengan tujuan untuk menjatuhkan imej PKNS di mata umum," katanya.
Justeru dengan penyiaran artikel berkenaan, PKNS menuntut Utusan Malaysia dan Zaini mengeluarkan artikel berkenaan dari siaran, mengemukakan permohonan maaf yang telah dipersetujui PKNS di akhbar atau media yang dipilih PKNS dan memberi akujanji untuk tidak akan mengulangi sebarang kenyataan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan dan seumpamanya.
"Selain tuntutan ganti rugi, PKNS tidak akan teragak-agak untuk meneruskan tindakan undang-undang sekiranya maklumbalas yang diterima oleh pihak yang dituntut tidak memuaskan," katanya.
PAS Selangor melihat MCA sebagai sebuah parti politik yang sedang diancam kepupusan. Oleh itu mereka sedang berkerja keras untuk membuktikan relevensi mereka kepada masyarakat, khususnya masyarakat keturunan Tiong Hua, melalui isu sensasi dan kontroversi.
Di antara isu sensasi adalah persoalan hutang Talam yang telah berjaya dipungut balik oleh kerajaan PR Selangor tetapi di putar-belit sebaliknya sebagai usaha 'bail-out' untuk syarikat kroni PR. Sedangkan semua tahu, dari sudut kronisma, Talam telah dibenarkan berhutang sebanyak RM372 juta pada zaman pemerintahan BN kerana mereka merupakan syarikat kroni BN. Rakyat Selangor telah mendapat manfaat dari pengambil balik hutang dari Talam melalui pinjaman mikro-kredit SkimSel dan MIMBAR yang dibiayai oleh sebahagian dari duit yang diperolehi dari Talam. PAS Selangor juga hairan mengapa isu ini tidak dibawa oleh ADUN BN, 18 dari mereka dari UMNO, di dalam DUN. Sebaliknya ia dibawa oleh wakil MCA yang bukan ADUN tetapi Ahli Parlimen sambil yang di DUN diam seribu bahasa. Pada masa yang sama ianya juga tidak merupakan isu yang dibahas semasa AGM MCA dan ini membuktikan ianya hanya sandiwara untuk tatapan awam.
Isu terbaru adalah kenyataan provokasi terhadap PAS dan ajaran agama Islam. Walaupun cuba diselindungi dengan mengatakan kritikan ditujukan kepada PAS dan bukan terhadap Islam itu sendiri, hakikatnya aspek yang dipertikaikan adalah berhubung ajaran Islam khususnya perlaksanaan undang-undang hudud. Ianya ditokok-tambah pula dengan fitnah melampau berhubung kebenaran merogol wanita bukan Islam dan kebenaran berkongsi isteri.
PAS Selangor menyedari ini adalah usaha terdesak pihak MCA untuk melonjakkan imejnya di kalangan masyarakat Tiong Hua dengan kononnya 'bertindak berani' menegur PAS. PAS sedar pandangan MCA tidak mewakili pandangan masyarakat Tiong Hua dan yakin taktik murahan MCA tidak akan mencapai hasrat seperti yang diinginkan mereka. Sebaliknya ianya merupakan jenis politik murahan yang akan ditolak oleh masyarakat Tiong Hua yang secara umumnya menghormati agama Islam dan tidak ingin campur tangan dalam soal ajaran-ajarannya.
Pada masa yang sama, ianya merupakan 'red herring' atau sesuatu yang menarik perhatian masyarakat sehingga lupa akan isu sebenar yang berada dihadapan mereka. Persoalan yang berada dihadapan masyarakat ialah persoalan pemilihan kepimpinan yang baru yang bebas dari rasuah, penyelewengan dan kronisma. Pendedahan demi pendedahan berhubung persoalan rasuah dan kronisma tidak mampu ditangani mereka maka taktik 'red herring' ingin mereka gunakan dan diharap dapat membantu mereka.
Melalui isu dan tuduhan provokasi, MCA juga mengharapkan PAS akan bertindak dan menjadikan isu hudud dan Negara Islam isu utama pilihan raya sehingga meminggirkan kehendak dan aspirasi masyarakat bukan Islam yang buat masa ini hanya ingin melihat kepimpinan yang bersih dan amanah. Ia dianggap berpotensi untuk menjadikan hubungan di antara parti-parti PR tegang dan menyulitkan kerjasama.
PAS Selangor juga tidak menolak kemungkinan bahawa UMNO jugalah yang merupakan dalang disebalik kenyataan MCA kebelakangan ini. Melalui kenyataan tersebut maka diharapkan ketegangan akan terhasil melalui mana UMNO dan BN boleh mendakwa ianya adalah kerana sikap dan pandangan PAS yang kononnya ekstrim. Dengan itu mereka boleh memujuk masyarakat Tiong Hua untuk kembali memberi undi kepada BN.
Oleh itu, PAS Selangor menyeru semua pihak, khususnya ummat Islam, untuk bertenang dan tidak bertindak melalui reaksi yang keterlaluan. Sebaliknya, marilah kita sama sama menghukum MCA dan UMNO dalam PRU ke-13 yang akan datang. Apabila masyarakat Malaysia dibebaskan dari dikongkong pemimpin BN yang sering mengadu-domba rakyat, maka akan terhasil sebuah Negara yang benar-benar bersatu atas dasar saling hormat-menghormati dan pengiktirafan hak asasi setiap kaum dan bangsa. Ketika itu barulah keunggulan Islam mampu diserlahkan oleh ummat Islam.
Shaharudin Md Isa atau lebih di kenali Alang Cikgu Chaah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya berhampiran Rumah Rakyat Senaling, Kuala Pilah pada 1hb Nov jam 11.15 pg. Takziah untuk seluruh ahli keluarga Allahyarham. Al-Fatihah.
"Ya Allah, janganlah Engkau haramkan permohonan kami untuk kebajikannya dan janganlah Engkau membiarkan kami di timpa fitnah setelah ketiadaannya dan ampunkanlah kami dan dia juga rakan kami yang terdahulu beriman dan janganlah Engkau sematkan perasaan hasad dengki kedalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Tuhan kami, sesungguhnya Engkau bersifat pengasih dan penyanyang."
Sebaik sahaja dapat berita musibah, penulis terus ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah K Pilah. Waktu itu Ambulan baru saja sampai dan sempat membantu menurunkan usungan jenazah ke bilik mayat. Terdapat kecederaan seolah2 berlubang di bahagian antara kepala dan tengkuk belakang yang membuatkan darah terus mengalir. Sebelum itu arwah Alang Cha ah melalui jalan rumah rakyat senaling berhadapan rumah Chegu Hamzah dengan bermotosikal.dan terlanggar boggol jalan. Arwah tercampak dan kepalanya terhentak ke jalan raya. Arwah meninggal di tempat kejadian,
Sewaktu di bilik mayat. beberapa rakan ada mengatakan kemungkinan arwah Alang Cha ah diserang jantung sebelum merempuh bonggol jalan.
Arwah mendapat pendidikan menengah di Sek Men Sains Tuanku Jaafar K Pilah 1976 dan berpindah ke Sek Men KGV di awal 1979 hingga 1981. Bersama-sama Abang yg tua Along Zainal, Angah Tajuddin dan penulis aktif dalam sukan Ragbi mewakli Squad sekolah, Negeri Sembilan sehingga peringkat kebangsaan. Melibatkan diri dalam poltik Umno hingga pernah memegang jawatan Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Pilah sebelum di tewaskan oleh Dato' Ismail Lasim (juga rakan di KGV).
Maklumat daripada rakan-rakan Umno, bahawa Arwah turut tersenarai bakal calon untuk DUN Johol di PRU13 nanti.
Maklumat
Mengenai
Menetap di 2846, kg. lending, Johol, Negeri sembilan.
Hilangnya seorang rakan sekolah, rakan ragbi dan rakan berhujah. Alang....kita pernah bersama-sama dalam wadah Umno. Cuma kini kita hanya berbeda parti siasah. Moga Alang aman disana dan terhimpun bersama-sama orang yang soleh.
KUALA LUMPUR, 1 Nov (MInsider) — Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata beliau tidak melihat sebarang kesalahan dengan anaknya yang didakwa menggunakan kereta mewah yang dimiliki Michael Chia, dengan mengatakan hubungan Nedim dengan peniaga balak Sabah itu tidak berkaitan dengan jawatannya selaku menteri kabinet.
Beliau memberitahu wartawan bahawa beliau tidak mengawal setiap pergerakan Nedim kerana beliau sudah dewasa, dan menambah jika anaknya menggunakan kereta Chia, itu adalah urusan peribadi anaknya dengan Chia.
"Saya tidak tidur dengan anak saya, saya bukan homoseksual. Anak saya bukan isteri atau kekasih saya. Apa yang dia buat, dia tak perlu beritahu saya.
"Ini urusan anak saya dan Chia. Jika Chia mahu memberikan Nedim Hummer atau Ferrari, itu bukannya urusan dengan saya. Saya yang menteri, bukan anak saya," kata Nazri (gambar) kepada wartawan apabila ditemui oleh wartawan di Parlimen hari ini.
Nazri dalam jawapan kepada pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli yang menuduh beliau mempunyai kepentingan, mempertahankan Chia apabila anaknya, Nedim menggunakan kereta mewah atas nama Chia. "Apa salah dia, cuba beritahu saya? Dia bukan menteri. Mana ada kepentingan. Dia anak saya," katanya lagi.
Beliau enggan mengulas apabila ditanya jika Hummer yang digunakan Nedim adalah milik Chia.
Beliau memberitahu wartawan bahawa beliau tidak perlu berkata apa-apa, berikutan pendedahan Rafizi, pemimpin PKR itu tidak dapat membuktikan apa-apa yang melibatkannya.
(Gambar Nedim Nazri Aziz)
"Pergi tanya anak saya, saya tidak boleh cakap bagi pihak dia. Saya tak tidur dengan dia, dia ada isteri, ada anak. Apa yang dia buat, saya tidak tahu. Saya kenal Michael Chia, tapi apa salahnya?" katanya lagi.
Nazri baru-baru ini memberitahu Parlimen bahawa ketua menteri Sabah Datuk Musa Aman telah dibersihkan namanya dari tuduhan rasuah selepas badan pencegah rasuah di Malaysia dan Hong Kong mendapati bahawa "dana politik" berjumlah RM40 juta itu diseludup ke Malaysia pada tahun 2008 bukan untuk kegunaan peribadi Musa tetapi untuk Umno Sabah.
"Saya masih lagi menteri, kawan. Ini tidak akan sakitkan saya. Saya tidak akan terjejas dengan politik kotor ini," katanya.
Tetapi Nazri tidak bercadang untuk menyaman Rafizi dari dakwaan ini, dengan berkata fitnah ini tidak akan menjejaskan nama keluarganya, dan berkata pemimpin PKR itu tidak ada kredibiliti.
"Saya seorang yang kaya, berkuasa, kacak dan berharta, apa boleh saya buat?
"Saya tidak kisah, saya popular, seperti bintang filem. Seperti selebriti, bukan seperti pelakon tempatan tetapi peringkat Hollywood. Jadi saya tak boleh buat apa-apa jika mereka mahu ikut saya," katanya lagi.
You are subscribed to email updates from bumiperak To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KUALA LUMPUR 2 November: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Kadir tidak peduli nasib penduduk Pulau Kuala Sangga, Kuala Sepetang yang terpaksa menadah air hujan untuk kegunaan seharian akibat ketiadaan bekalan air dan elektrik. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Sepetang, Tai Sing Ng, kesengsaraan itu dialami penduduk sejak negara mencapai kemerdekaan. "Kita menggesa agar Kerajaan Perak menepati janji slogan dasar kebajikan negeri 'Tiada Tertinggal, Tiada Terpinggir', dengan membekalkan air dan elektrik kepada para penghuni yang masih terseksa dalam kehidupan harian mereka sejak 55 tahun lalu," katanya kepada Keadilan Daily.
"Kehidupan tanpa kedua-dua kemudahan asas ini tidak mudah difahami oleh orang bandar yang menikmati segala kemudahan asas dalam zaman moden ini," sambung beliau. Sing Ng berkata, setiap rumah di Pulau Sangga terpaksa menggunakan tong atau tangki untuk menyimpan air hujan bagi kegunaan harian. Katanya, air minuman dibeli dan dibawa oleh bot-bot nelayan dari Kuala Sepetang. Bagi bekalan elektrik pula, penduduk hanya bergantung kepada sistem penjana elektrik sendirian. "Zambry hanya pernah kunjungi Kuala Sepetang pada Februari 2009 kononnya untuk selesaikan masalah bekalan air. Sejak itu beliau tidak lagi mengunjungi kampung itu," katanya. Mengimbas kembali pentadbiran singkat Pakatan Rakyat yang dirampas secara haram oleh BN, Sing Ng berkata, pada 2008, Kerajaan Pakatan memperuntukkan RM25,000 bagi memasang penjana elektrik berkuasa besar untuk kegunaan seluruh kampung Kuala Sangga. "Bagaimanapun, penjana tersebut tidak dapat membekalkan jumlah elektrik yang memadai untuk semua penduduk yang bertambah. "Setiap keluarga masih perlu membelanjakan RM100 hingga RM200 sebulan bagi membeli minyak diesel untuk kegunaan penjana elektrik sendirian," katanya.
Dari kiri: Abdul Khalid, Wan Azizah, Anwar dan Pawanchek ketika perasmian buku 'Charade of Justice Anwar's Third Trial', semalam.
SHAH ALAM - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menolak kemungkinan calon baru Parlimen Sabak Bernam, iaitu bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Dr Abdul Aziz Bari akan memberikan kemenangan kepada PKR dalam Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13) kelak.
Beliau secara peribadi berkata, kelantangan Abdul Aziz dalam melontarkan pandangan dan idea dalam pelbagai isu memberikan kelebihan kepada beliau untuk memenangi hati pengundi di kerusi itu.
Katanya, rakyat di kawasan tersebut pasti akan berbangga sekiranya Abdul Aziz mewakili mereka memandangkan bekas pensyarah undang-undang itu merupakan anak jati Sabak Bernam.
"Pada pandangan saya, kalau Aziz dipilih mewakili PKR di Sabak Bernam yang pernah ditandingi PKR, sudah tentulah beliau mempunyai peluang kerana pengundi di kawasan itu mahukan orang yang mempunyai keupayaan dan kepimpinan.
Ramai orang bertanya saya, apakah bentuk kepimpinan Barisan Nasional (BN)? Ini kerana, sistem BN hanya satu di dunia dan sangat berbeza dengan sistem politik atau kepimpinan negara demokrasi.
Raja berkuasa mutlak, kerajaan diktator, kerajaan komunis atau kerajaan totalitarian (berkuasa secara total atau berkuasa mutlak) adalah setaraf dengan kepimpinan BN sekarang. Sistem ini telah menyebabkan BN kekal berkuasa sejak dahulu dan akan berterusan jika tidak diubah. Nasib baik rakyat sekarang ada pilihan selain BN iaitu gabungan antara PKR-PAS-DAP untuk mengganti Barisan Nasional bagi memerintah negara. Apa ciri-ciri kepimpinan BN? Bagi saya, antara cirinya adalah:- Ciri pertama Sistem politik Barisan Nasional atau BN berpaksikan kepimpinan autokrasi. Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional ialah Perdana Menteri. BN bertanding dalam pilihan raya umum. Anggota komponen seperti UMNO, MCA, MIC, GERAKAN, PPP, PBB, SUPP, SPDP, PRS, PBS, UPKO, PBRS dan LDP tidak bertanding dalam pilihan raya umum. Justeru itu, anggota komponen tidak mempunyai kekuatan politik, semuanya ada pada BN. Sungguh pun UMNO tidak bertanding dalam pilihan raya umum, tetapi Presiden UMNO ialah Pengerusi BN. Presiden UMNO dan Pengerusi BN ialah Perdana Menteri. Justeru itu, Presiden UMNO, Pengerusi BN dan Perdana Menteri berkuasa mutlak kerana BN bertanding dalam pilihan raya umum. Presiden-presiden anggota komponen tidak mempunyai kekuatan politik kerana mereka tidak bertanding dalam pilihan raya umum atas nama parti masing-masing. Apabila Perdana Menteri berkuasa mutlak, hatta Majlis Tertinggi UMNO tidak mempunyai kekuatan politik kerana UMNO tidak bertanding dalam pilihan raya umum. Majlis Tertinggi parti-parti komponen juga tidak mempunyai kekuatan politik kerana parti-parti komponen tidak bertanding dalam pilihan raya umum. Calon-calon dan kawasan-kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri atau DUN ditentukan oleh Perdana Menteri. Perdana Menteri berkuasa mutlak (prerogative) untuk melantik anggota kabinet dan portfolio menteri-menteri. Dasar-dasar kerajaan ditentukan oleh Perdana Menteri. Justeru itulah, bagi saya BN memperalatkan semua anggota komponennya dan mereka menjadi kuda tunggangan UMNO. Ciri kedua Read More / Baca Lagi >>
23 May 2012 - Mahathir, PM ke 2 paling Rasuah di dunia - Wartawan Dunia.
MAKLUM BALAS SI YAHUDI SOROS KEPADA MAHATHIR ADALAH LEBIH JUJUR DAN LEBIH BOLEH DI PERCAYAI.
SOROS MENJAWAB BEGINI, UNTUK MEMPERTAHANKAN DIRI DARI TUDUHAN UMNO.
''Saya sentiasa berkata bahawa Dr Mahathir adalah ancaman kepada rakyatnya sendiri.Kini anda dapat melihat kesan kebodohan beliau apabila ringgit telah susut separuh nilainya dalam masa semalaman dan ekonomi merundum.
Tindakannya telah menyebabkan kepayahan kepada berjuta-juta rakyat Malaysia sendiri. Mahathir telah membina projek-projek mega yang tidak berguna pada kos yang sangat mahal bagi negara.
Menara telekom di Kuala Lumpur dan bangunan tertinggi di dunia menunjukkan betapa bodoh kamu. Bukan sahaja ia menyebabkan kesesakan jalan raya, ia benar-benar tidak mempunyai sebarang tujuan.
Jika anda memerlukan tanah tinggi untuk telekom antena, gunung berdekatan di situ ada secara percuma.Menara ini tidak berguna kerana tingginya dari tanah hanya 300 meter.
Satelit menjadikannya tidak perlu langsung. Seorang yang bodoh memang tidak pandai menjaga wangnya.
Perkara yang utama ialah anda memang bodoh dan adalah wang itu milik rakyat Malaysia. Anda memperolehi 20% dalam setiap projek, anda mempunyai hartanah di Jepun dan berbilion-bilion saham melalui rasuah telah diperolehi.
KUALA LUMPUR, Nov 2 — Emrail Sdn Bhd is set to list on Bursa Malaysia through a reverse takeover of a dormant cash-rich entity, just months after the government was forced to defend its decision to give the company, owned by Umno lawyer Datuk Hafarizam Harun and the wife of former Chief Justice Tun Zaki Azmi, the RM2.2 billion deal to build the Kinrara-Damansara Expressway. The shareholders of Emrail and Premier Naflin Bhd, a company with RM115 million in hand and no business since last October, announced yesterday that a deal had been been struck which would see the former take over the latter's listing status. Premier's major shareholders are Tan Sri K.R. Somasundram and the National Land Finance Co-operative Society Ltd. Besides Hafarizam, the other directors in Emrail now are Tan Sri Hari Narayanan and Toh Puan Nik Sazlina Mohd Zain, Zaki's wife. In February, Hafarizam told The Malaysian Insider that any suggestion of a deal struck because of his role in the Perak constitutional crisis in 2009 was "tainted with mala fide (bad faith) and intended to bring me and Tun Zaki (picture) into public odium, scandal and disrepute." Hafarizam, who is the ruling Malay party's legal adviser, denied that the highway concession award was given as a reward to him and Zaki allegedly for their roles in the 2009 Perak crisis that saw the state government switch from Pakatan Rakyat (PR) to Barisan Nasional (BN), which is held together by Umno. Zaki declined to comment when contacted. Read More / Baca Lagi >>
Tak ada masa nak ambil tahu hal anak bini atau sengaja nak beri kebebasan dan kemewahan?
"Saya tak tahu tentang NFC, saya tak tahu bisnes apa yang suami dan anak saya buat"kata Shahrizat berhubung isu NFC yang melibatkan keluarganya.Kah, kah, kah, tak masuk akal langsung, kalau bisnes apa yang suami dan anak buat,isteri atau ibu tak tahu!Ini tak bertanggung jawab namanya. Kalau dengan keluarga sendiri pun tak mahu ambil tahu dan laksanakan tanggung jawab, apa yang boleh diharap khidmat mereka kepada rakyat?,, Dah tentu hancur!!!
" Saya tidak tahu,Saya tidak tidur dengan anak saya, Saya bukan gay lagipun anak saya bukannya isteri saya, bukan kekasih saya. Apa yang dia lakukan dia tidak pernah beritahu kepada saya." kata Nazri Tan Sri Aziz berhubung dengan isu anaknya menggunakan kereta jenis Hummer milik Micheal Chia yang pernah ditahan di Hong Kong kerana menyeludup RM40 Juta tunai suatu masa dulu. Hai !!kereta mewah menjalar pergi balik depan mata pun buat tak tahu je? Tidak tergerakkah hati nak bertanya dari mana datang dan siapa pemiliknya?sebab harganya bukan calang-calang,,, hampir RM500K..
Beginilah sibuknya pemimpin Umno ye?Si Shahrizat selaku menteri wanita keluarga dan masyarakattak ambil tahu hal anak dan suami manakala Nazri Aziz menteri dalam negeri pula tak mahu ambil tahu hal anak, kerana anak bukan isteri,,katanya ! Dunia, dunia,.. ini bukan tak mahu ambil tahu, tetapi terlalu ambil tahu !! terlalu sayangkan keluarga !Bila isu dipertikai, keadaan dah terdesak, maka terpaksalah cakap yang mereka tidak tahu dan sebagainya !Faham faham lah ! nak hidup!!
Kerusi parlimen Machang merupakan kerusi kedua yang menjadi sasaran Umno selepas Ketereh. Ada beberapa faktor terkini menjadikan sasaran Umno ini mungkin akan menjadi kenyataan. Tindakan PKR membawa lari Saifuddin Nasution Ismail ke Kedah adalah antara penyebab kenapa kerusi ini seperti lemah dan mudah untuk 'dikeronyok' oleh Umno dalam pilihan raya akan datang.
Kisah Saifuddin dibawa ke Kedah, katanya bakal bertanding di Kulim - Badar Baru ada cerita tersendiri. Begitu juga penganugerahan darjah kebesaran membawa panggilan Dato' kepada Saifuddin adalah diusahakan untuk tujuan itu. Anugerah itu untuk memberi nilai tambah kepadanya.
Yang tentunya kalau tidak ada sebab musabab kenapa Saifuddin perlu mudik ke Kedah. Sebab atau faktor itu pasti yang kurang kondusif. Saifuddin bukan termasuk dalam calon luar yang diberi pandangan oleh sesetengah orang 'penasihat' Pas agar nyah keluar dari Kelantan. Kerusi Machang tidak terlibat kerana ia milik PKR. PKR bebas membuat penentuan terhadap nasib setiausaha agung PKR itu.
Kita 'komakan' dulu cerita kenapa Saifuddin ke Kedah, kita tumpukan apakah masalah-masalah yang boleh membawa keuntungan kepada Umno sehingga Umno menandakan kerusi Machang sebagai kelabu tidak hitam dalam pilihan raya akan datang. Serta mengkaji serba ringkas apakah hasil politik dengki khianat Pas - PKR atau politik tidak ikhlas akan menguntungkan dan merugikan kedua parti itu.
Rupa-rupanya berita semakan kenaikan gaji kakitangan kerajaan tidaklah melibatkan 1.4 juta kakitangan awam seperti yang kami laporkan semalam DI SINI. Sebenar-benarnya kajian semula gaji kakitangan kerajaan yang diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa baru-baru ini, hanya melibatkan 20 peratus penjawat awam yang sudah pun mencapai paras gaji maksimum.
Maknanya yang sudah terhantuk dan langgar dinding sahaja yang dapat bukannya membabitkan kenaikan gaji secara keseluruhan bagi perkhidmatan awam. Oleh itu, kalangan PA yang masih jauh lagi nak langgar dinding, mungkin belum tiba masanya untuk skim gaji anda dikaji sekali lagi.
Ya….memang benar, sekarang ini kira-kira 20 peratus daripada 1.4 juta kakitangan awam sudah pun mencapai tahap maksimum dan kumpulan inilah yang akan diberikan perhatian yang lebih selepas ini
Walaubagaimanapun, semua ini akan diberikan dan dilaksanakan bergantung kepada penjawat awam yang mempunyai prestasi markah yang melebihi 80 peratus
Maknanya di sini, kalangan penjawat awam yang mempunyai prestasi yang baik dan cemerlang, dengan mencatat markah 80 peratus ke atas dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) tetapi sudah mencapai gaji maksimum dan tidak memperoleh kenaikan pangkat kerana tiada kekosongan akan diberikan perhatian.
Hakikatnya, ada penjawat awam yang terhenti gaji dua tiga tahun tidak ada kenaikan lagi, seterusnya gaji mereka menjadi statik, sedangkan dalam semua hal perlu ada pertumbuhan
Jadi bentuk penyelesaiannya, golongan ini diberi kenaikan pangkat atau diberikan kenaikan gaji biasa.
20% melibatkan semua kategori jawatan penjawat awam
Speculation is swirling that Prime Minister Najib Razak may spring a surprise and dissolve Parliament these few days in a bid to salvage his coalition's chances of retaining control of the federal government. "Some of the Umno-BN MPs are saying he will dissolve next Monday. It is his prerogative, so it's hard to tell if this time, he will really go for broke. But we are all tired of waiting," PKR MP for Batu Tian Chua told Malaysia Chronicle. Indeed, the guessing game over when Malaysia's 13th general election will be held has gone beyond mere tradition. Najib's indecisiveness has given the Opposition opportunity to fire deadly salvos at his corrupt administration, with the latest involving a minister in his own department - Nazri Aziz. Nazri's son Nedim was accused of receiving an expensive US-made SUV from a Sabah tycoon who had previously been accused of carrying out money-laundering activities for Sabah Chief Minister Musa Aman. Yet Nazri has insisted there was nothing corrupt about this and that the scandal would not affect the BN's chances in GE13. "Why should it be a problem? It is between him (Nedim) and Michael (Chia). Ask him (Chia) if it is a problem. Why (would this) harm BN? Why BN?" Nazri shot back when surrounded by reporters a day ago.
Tidak timbul isu permit kerana tapak himpunan itu nanti akan diadakan di tanah lapang milik persendirian di Taman Seremban Jaya.
PETALING JAYA: Pra-Himpunan Kebangkitan Rakyat di Seremban esok (Sabtu) tetap diteruskan walaupun tiada kebenaran permit daripada polis, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu. Beliau berkata, tidak timbul isu permit kerana tapak himpunan itu nanti akan diadakan di tanah lapang milik persendirian di Taman Seremban Jaya, kira-kira 2 kilometer dari Plaza Tol Senawang, Seremban. "Tak perlu permit. Kalau di Dataran Merdeka sebelum ni tiada permit pun boleh berjalan, inikan pula tempat persendirian," katanya ketika dihubungi FMT. Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin kelmarin dilaporkan berkata, pihaknya tidak boleh mengeluarkan permit kerana penganjur gagal mengisi maklumat permohonan dengan lengkap. Sekaligus perhimpunan itu dianggap sebagai melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dikenakan tindakan sewajarnya. Read More / Baca Lagi >>
The Barisan Nasional government has spent RM12,094,707.06 or an average of RM8,284 every day to maintain the official residences of the prime minister and his deputy over the past four years. The whopping figure was revealed yesterday by minister in the Prime Minister's Department Nazri Aziz in response to a question by Padang Terap member of parliament Mohd Nasir Zakaria. Maintenance for Sri Perdana, where prime minister Najib Razak is staying, had burnt close to RM7 million over the last four years with RM1.896 million in 2008, RM1.686 million in 2009, RM1.520 million in 2010 and RM1.873 million in 2011. While RM5 million was spent for maintaining Sri Satria occupied by deputy prime minister Muhyiddin Yassin, with RM1.129 million, RM1.130 million, RM1.401 million, and RM1.455 million spent for 2008, 2009, 2010 and 2011 respectively. Last June, Nazri revealed that RM48.7 million from public funds was spent on Seri Perdana and Sri Satria between 2006 and 2010. Breaking down the RM48.7 million expense, Nazri said RM33 million was spent on rental payment to local authority Perbadanan Putrajaya, RM10.2 million on electricity bills, RM3.5 million for maintenance and RM1.96 million for water.
KUALA LUMPUR 2 November: Pemimpin BN mengulangi kesilapan sama berdolak dalik menjawab skandal RM40 juta untuk Umno Sabah sepertimana isu National Feedlot Corporation (NFC), kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli. "Seperti dalam kes NFC, mereka pada mula seboleh-boleh menafikan kebenaran kes itu, namun akhirnya terbongkar juga, samalah dalam isu (skandal RM40 juta) ini, kerana itu sahaja jalan yang mereka ada. "Mereka boleh terus menafikan, tapi mereka sendiri tahu, kita ada bukti dan perkara ini akan terbongkar hari demi hari," katanya kepada Keadilan Daily. Beliau mengulas kenyataan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal kononnya isu RM40 juta disumbangkan seorang ahli perniagaan kepada Umno Sabah hanya 'permainan pembangkang'. KEADILAN sebelum ini membuat laporan kepada Bank Negara berhubung skandal wang RM40 juta milik Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan menggesa perkara itu disiasat. Pada 2008, ahli perniagaan, Michael Chia ditahan di Hong Kong bersama wang Singapura bernilai RM40 juta atas tuduhan pengubahan wang haram. Chia kemudian memberitahu Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) bahawa wang itu untuk Musa. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengatakan wang itu adalah sumbangan politik kepada Umno Sabah, tanpa mendedahkan penyumbangnya. Mahkamah lindungi Salleh untuk selamatkan NFC Read More / Baca Lagi >>
Apa yang boleh admin katakan berpinau kepala admin melihat angka-angka yang diberikan oleh Datuk Seri Nazri Aziz di Parlimen.
Apakah yang diselenggarakan sehingga mencecah jutaan ringgit setiap tahun?
Mana tidaknya, kos penyelenggaraan rumah rasmi Perdana Menteri & Timbalan Perdana Menteri iaitu hanya 2 buah sahaja telah pun mencecah sejumlah RM12 juta selama tempoh 3 tahun. Read More / Baca Lagi >>
Malaysia is a resource-rich country as such we can recover from economic misfortunes if our resources are managed efficiently and there are better controls on tax collection.
Since the 1997/98 financial crisis till today, Malaysia has been operating on an annual deficit budget even though it has been enjoying a surplus annual trade balance. Since 2005 the country has been earning a surplus trade balance of over RM100 billion. But the massive accumulative debts due to the continuous budget deficits will definitely impede the government's future development plans for the country in the coming years. Malaysia is now entering the debt-ridden phase with accumulative national debts believed to be more than RM547 billion. If we plus the projected 2013 budget deficit of RM43 billion, then the total national debt shoots up to RM590 billion (assuming budget deficit equals debt) by the end of 2013. There is no commitment by the government to stop this monster from wracking a tragedy. Based on the expectation that future revenues will stagnate and perhaps peak at RM208 billion a year, we are staring at an escalating debt figure. With the total debt of more than RM590 billion and escalating every year, the future annual revenues would be just enough to cover the operating expenditure such as the civil service emoluments. If there is any balance, the money will be used to service part of the substantial annual principal loan repayments plus the ever growing interest costs. Read More / Baca Lagi >>
Dr Mahathir Mohamad sendiri mengakui dalam memoirnya, "Doktor Umum" (2012), bahawa Operasi Lalang, Oktober 1987 "menjadi titik hitam dalam sejarah pentadbiran Malaysia dan sepanjang tempoh saya menjadi Perdana Menteri".
Mahathir, yang juga Menteri Dalam Negeri ketika itu, turut menarik balik lesen penerbitan tiga akhbar berpengaruh, dalam tiga bahasa utama, The Star (muka depannya pada hari pertama tangkapan yang membawa kepada pengharamannya, simple tapi menarik dan mudah diingati), Sin Chew Jit Poh dan Watan, atas alasan menyemarakkan api perkauman (yang sebenarnya didalangi Umno-MCA). Serentak dengan itu, majlis ceramah politik tidak dibenarkan dan Malaysia bagaikan bertukar menjadi sebuah "negara polis".
Saya, yang baru memulakan kerjaya -- pada Mac 1987 -- sebagai pemberita Harakah (dan turut terbabit dalam edisi sulungnya) di bawah tunjuk ajar tokoh wartawan tersohor, Subky Abd Latiff, merasai sendiri situasi sulit cemas-takut sehingga setiap orang gelisah menjangkakan mereka juga boleh diserkup bila-bila masa. Mendengar nama-nama tahanan yang tidak begitu dikenali dicekup hari ke hari membuatkan hampir semua yang pernah "berseteru" dengan pemerintah gerun.
Bersama hampir 20 rakan serumah yang masih bujang di Kg Datuk Keramat, Kuala Lumpur, kami menanti khabar dengan penuh debar tahanan-tahanan baru yang bakal disumbat. Sepuluh hari sebelum itu, pada 18 Oktober, kejadian amuk Prebet Adam menggunakan senjata M16 di Chow Kit dan Kg Baru mengemparkan tanahair, selain merancakkan lagi pasaran berita angin terutama mengaitkan dengan isu-isu perkauman. Umno pula memukul gendang mahu mengadakan perhimpunan raksasa sebagai tindak balas terhadap isu-isu pendidikan Cina. Timbalan Presiden MCA, Lee Kim Sai beraksi garang memanipulasinya. DAP, MCA dan Gerakan digambarkan bersatu menangani isu berkenaan.
Kebetulan saya baru saja menyiapkan satu makalah khas mengenai Peristiwa Memali, diusahakan oleh Jabatan Penerangan PAS Pusat, yang juga menerbitkan Harakah, dengan judul Percikan Darah Syuhada. Saya bermalam di kampung penuh bersejarah itu, dan mendapat layanan istimewa penduduk setempat, kunjungan kedua saya selepas menziarahinya dua bulan selepas tragedi berdarah pada hujung 1985
He believes voters are too keen to see the end of BN to pay attention to the bad press.
KOTA BARU: Pakatan Rakyat remains on the road to electoral victory despite reports of trouble within and between the parties making up the alliance, according to PAS Supporters Assembly Adviser Hu Phang Chaw. Speaking to FMT, he said he based his confidence on impressions he had gained from the ground in his travels around the country. "The winds of change are blowing, most profoundly in Sabah and Sarawak," he said. "Pakatan also senses this in other hardline BN states such as Johor and Pahang. If these states are moving away from BN, we can expect at least a similar movement in such borderline states as Malacca and Negri Sembilan." He conceded that all three Pakatan parties—PAS, DAP and PKR—were currently troubled by infighting and that there were differences between the parties themselves, but he said these were not serious enough to sidetrack them from the march to Putrajaya and less significant than the electorate's determination to be rid of Barisan Nasional. "People have just had enough of BN," he said. "They want a change, period." Read More / Baca Lagi >>
IPOH - Kerajaan Negeri tidak seharusnya mendedahkan penemuan lubuk emas kepada umum sebelum kajian Jabatan Mineral dan Geosains selesai.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lubuk Merbau, Mohd Zainudin Mohd Yusof berkata, perkara yang belum diketahui kesahihannya itu bakal memberikan harapan palsu kepada rakyat jika mineral berkenaan tidak wujud.
"Kita tidak nafikan ia sangat baik jika benar-benar mineral itu wujud kerana secara langsung menambah pendapatan negeri.
"Paling penting, sumber itu perlu dikongsi bersama rakyat secara adil," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
First, out of the blue shot the 'cow-gate' saga. And as the cards came tumbling down, we settled with the resignation of a Cabinet Minister. The case meanwhile is still being dragged slowly through the courts. Hardly have we even had time to swallow all the cow-shit surrounding a national programme that was supposed to enrich Malaysians, now comes the car-saga. The relentless pursuit after the mysterious RM40-million 'Funds for Sabah' has suddenly opened another tin about a Cabinet Minister's son spotted running around in a mother-of-all-cars. Funny or silly, but in both instances – the 'cow-gate' and 'car-gate' stories, we see the same train of defense, i.e. 'how the hell am I to know what my husband is doing' and 'how the hell am I to know what my son is doing' . Do we laugh, cry, scream or shall we all just keep up with that infamous 'tutup satu mata' advice? "Close an eye' syndrome but the working class are NOT AMUSED!
KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menafikan dakwaan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli kononnya beliau mempunyai kepentingan dengan ahli perniagaan balak, Michael Chia. Menurut Mohamed Nazri, jawapan bertulisnya kepada Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berhubung siasatan kes Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Chia di Dewan Rakyat pada 11 Oktober lalu disediakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Beliau turut menegaskan tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap SPRM atau kuasa untuk mengarahkan suruhanjaya itu menggugurkan mana-mana kes. "Saya memberi jawapan di Dewan Rakyat sebagai menteri yang bertanggungjawab kerana itu adalah sebahagian daripada tugas saya. "Penjelasan tentang tindakan Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah Hong Kong (ICAC) terhadap siasatan kes Chia juga bukan datang daripada saya, sebaliknya dari Jabatan Peguam Negara," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas dakwaan Rafizi itu di lobi Parlimen hari ini.
KUALA LUMPUR: PRU13 adalah pilihan terbaik buat rakyat menukar daripada kepimpinan tua BN yang terbukti gagal dan lemah kepada Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang menjadi harapan rakyat.
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor (gambar) berkata, ini kerana projek Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sudah menjadi polemik dan bahan cemuhan rakyat.
Kali ini, ujarnya bukan setakat Pakatan Rakyat yang menentang, tetapi ia juga ditentang oleh Ahli Parlimen kerajaan.
"Semakin banyak suara yang bangkit menentang pelaksanaannya, kerana merasakan ia tidak wajar dibuat buat waktu ini.
"Paling tidak ada yang mendesak menangguhkan pelaksanaannya supaya ianya benar-benar difahami oleh segenap lapisan rakyat," ujarnya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, AES nampak seperti cantik pada nawaitu tindakannya, iaitu untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya, juga untuk mendidik pengguna jalan raya agar lebih berdisiplin dengan mematuhi peraturan yang ditetapkan.
SHAH ALAM – Kerajaan perlu menangguhkan sementara pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) demi kepentingan strategi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Pensyarah Geo Strategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Azmi Hassan berkata, kerajaan perlu berbuat demikian kerana AES dijadikan modal politik bukan sahaja pembangkang, tetapi sesetengah kelompok dalam Barisan Nasional (BN).
Menurutnya, BN perlu memberikan persepsi penangguhan bukan kerana mahu memancing undi, tetapi kajian perlu dilakukan untuk menjawab kritikan terhadap AES.
PERMATANG PAUH: PAS tidak pernah menyisihkan kaum India sejak dahulu malah memberikan mereka bersuara melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang diiktiraf duduk sama rata dengan dewan-dewan dalam PAS. Demikian kata Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Datuk Saleh Man ketika berucap pada majlis sempena sambutan Deepavali 2012 di Pasar Awam, Penanti, Bukit Mertajam semalam.
PAS katanya, memberikan hak bersuara dan kaum lain boleh mengemukakan pandangan untuk mengukuhkan PAS sebagai salah sebuah parti gabungan dalam Pakatan Rakyat.
"PAS tetap mementingkan suara dan pandangan kaum India dan lain kaum dalam negara ini. Justeru itu PAS menubuhkan DHPP supaya kehendak kaum lain juga akan diambil kira dalam pembangunan negara," tegasnya lagi.
Siapa yang tak kenal menteri mulut celupar (mulut limbah) Nazri Aziz. Menteri yang terkenal mempertahankan setiap undang-undang dan peraturan yang menekan dan menzalimi rakyat. Memang dah sinonim dengan Nazri.
Inilah menteri yang tidak pernah menunjukkan rasa simpati ke atas penderitaan rakyat. Segala undang-undang dan peraturan perlu mengikut telunjuk si mulut celupar ini.