Saya tak tahu kenapa sampai Ketua Polis Negara terpaksa merayu pada ahli politik. Setahu saya, SOSMA telah digubal dan diluluskan untuk menggantikan akta ISA yang didesak puak Pakatan Haram untuk dimansuhkan.
Kenapa perlu Tan Sri Khalid Abu Bakar merayu pada ahli politik? Gunakanlah SOSMA tu.. tak guna gubal kalau tak boleh dikuatkuasakan terhadap ahli politik yang seolah-olah sengaja cetus kontroversi cuba membakar api perkauman di negara kita...
Setahu saya, pemimpin politik DAP yang suka buat provokasi. Saya hentam mereka-mereka yang buat provokasi sahaja. Pada masyarakat Cina atau mana-mana kaum yang tak terlibat, tak wajarlah kita hentam depa jugak, kan? Be fair dalam perkara macam ni...
Cuba baca berita kat bawah ni.. Sampai Ketua Polis Negara kena merayu pada ahli politik ni apahal? Kalau dulu boleh buat Ops Lalang, takkan sekarang tak boleh?
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memohon ahli politik yang terbabit dengan video klip kontroversi sambutan tahun baru Cina lalu berhenti melakukan provokasi lagi.
"Kita akan teruskan siasatan dan saya minta orang yang membuat video ini untuk berhenti, khabarnya dia nak buat dalam versi bahasa Malaysia pula, saya minta cukuplah, orang Malaysia faham walaupun dalam bahasa Cina.
"Cukuplah dengan kempen benci-membenci yang menanamkan sifat-sifat kebencian terhadap orang-orang tertentu, apa faedahnya, ia akan meruntuhkan lagi kerukunan masyarakat kita, saya meminta mereka ini teruskan membina negara kita dari buat perkara tidak berfaedah," katanya.
Tan Sri Khalid turut memaklumkan bahawa Polis telah membuka satu lagi kertas siasatan berhubung dakwaan pelanggaran Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA 2012) berkaitan berkempen awal bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
"Ini menjadikan sejumlah empat kertas siasatan dibuka berhubung perkara sama kerana individu terbabit tidak mengemukakan sebarang kenyataan bertulis 10 hari sebelum melakukan kempen."
"Yang melanggari APA 2012 dan sebagainya kita akan ambil tindakan dan sememangnya kita telah buka siasatan dan kita akan berunding dengan pihak peguam negara.
"Ada kertas siasatan yang sudah lengkap. Setakat ini ada empat kertas siasatan yang telah kita buka dan kita tidak menjurus kepada individu yang sama. Biarlah kita siasat dulu, dah selesai nanti, kita tuduh di mahkamah baru tahu individu terbabit nanti," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di majlis penganugerahan surat penghargaan kepada pengguna jalan raya berhemah dan kontinjen atau daerah terbaik Op Selamat 4/2014 sempena Tahun Baru Cina di KL Sentral di ibu negara hari ini.
Sebelum ini Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar dilapor mengesahkan tiga kertas siasatan dibuka terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menurut Seksyen 9(5) akta itu kerana pihaknya tidak menerima sebarang notis pemberitahuan berhubung kempen yang diadakan.
Dalam perkembangan lain, Khalid berkata pihaknya sedang berunding dengan Peguam Negara untuk memperkemaskan lagi siasatan terhadap kes klip video membabitkan Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok yang didakwa berbaur fitnah. -Mykmu.net
BEKAS timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) P Waythamoorthy dimaklumkan membuat tuntutan supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bertulis termasuk peruntukan wang yang jelas tidak mengikut peraturan.
Memetik sumber-sumber kerajaan, jaminan bertulis oleh Najib itu dikehendaki Waythamoorthy untuk satu peruntukan berjumlah RM750 juta kepada Waythamoorthy atas nama melaksanakan agenda pembangunan kaum India.
"Beliau mahu Perdana Menteri beri jaminan bertulis untuk menyalurkan peruntukan sebanyak RM750 juta kepada beliau untuk laksana agenda pembangunan kaum India, tuntutan ini tidak teratur dari segi peraturan," kata sumber itu.
Selain peruntukan berkenaan, Waythamoorthy yang juga Pengerusi Persatuan Hindraf Malaysia (PHM) ketika menjadi Timbalan Menteri turut berharap disokong oleh sebuah jabatan khusus dengan 50 orang pegawai dengan peruntukan sebanyak RM4 bilion.
"Perlantikan beliau sebagai timbalan menteri adalah merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk jalin kolaborasi dengan Hindraf dalam menyelesaikan isu-isu kaum India.
"Dari awal lagi beliau menghadapi kesukaran untuk sesuaikan diri dan memahami sistem pentadbiran kerajaan yang mungkin tidak dapat memenuhi keperluan beliau," menurut sumber-sumber kerajaan itu.
Sumber itu berkata pendekatan kerajaan untuk menangani isu kaum India adalah secara sederhana dan berperingkat-peringkat, kerana ia mengambil kira aspek praktikaliti dan sensitiviti pihak lain dalam kerajaan.
"Kerajaan memberi peruntukan RM750 juta kepada kau India yang disalurkan melalui pelbagai kementerian dan agensi untuk menyelesaikan isu yang dibangkitkan oleh Hindraf.
"Kerajaan berusaha selesai isu melibatkan kaum India melalui pelbagai saluran," katanya.
Sumber itu berkata selain itu, banyak tuntutan yang dibuat oleh Hindraf kepada kerajaan adalah bercanggah dengan Perlembagaan dan semangat Barisan Nasional (BN) dan tuntutan itu sukar untuk ditunaikan.
Kenyataan itu dibuat menjawab beberapa kritikan diberikan Waythamoorthy ketika muncul dalam satu sidang media hari ini.
Waythamoorthy muncul buat kali pertama selepas kira-kira seminggu meletakkan jawatnnya dalam kabinet.
Waythamoorthy turut meletakkan jawatannya sebagai Ahli Dewan Negara.
Dalam sidang media yang sama, beliau mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pembohong dan khianat kepada komuniti India.
Wathamoorthy turut menggesa Najib meletakkan jawatan yang dipegangnya kerana tindakan itu.
Sememtara itu, tweet Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin di bawah mengesahkan bahawa Waythamoorthy telah membuat tuntutan dalam jumlah yang besar terus ke bawah namanya.
SEMENTARA itu Ketua Pemuda Umno Malaysia Khairy Jamaluddin berkata adalah tidak adil bagi P. Waythamoorthy menyalahkan Datuk Seri Najib Tun Razak kerana kegagalan bekas senator dan timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu melaksanakan perubahan.
Menteri Belia dan Sukan itu dalam tulisan di twitternya berkata Waythamoorthy tidak bertindak sebagai peserta pasukan dan tidak melaksanakan apa yang diperjuangkannya.
Beliau berkata Waythamoorthy mendesak supaya semua bajet kerajaan untuk masyarakat India diletakkan di bawah budi bicaranya kerana beliau mahu mengawal wang, dengan mengetepikan agensi dan kementerian.
"Bila beliau tidak mendapat ini, beliau berhenti dan menyalahkan Perdana Menteri," kata Khairy.
Beliau berkata bila Waythamoorthy membawa hal-hal tertentu ke perhatian Najib, segalanya diselesaikan.
Khairy berkata sekalipun ketiadaan Waythamoorthy, kerajaan tetap komited memajukan masyarakat India dan menyelesaikan isu seperti pendidikan dan kemiskinan.
Minggu lepas, Waythamoorthy melepaskan semua jawatannya, dengan mendakwa kerajaan tidak melakukan perubahan sosio-ekonomi untuk membantu masyarakat miskin India. – Mynewshub.my
Pada tahun 1999 dulu, BN dikatakan hampir tewas ekoran insiden "mata lebam". Undi simpati dari majoriti bangsa Melayu yang tertipu dengan imej "Pak Syeikh" pada Anwar dikatakan hampir membuat BN tewas...
Tapi BN tak tewas. Undi dari kaum Cina untuk BN dikatakan faktor utama kemenangan BN pada PRU 1999 tu.. Masa tu, Tun M sendiri puji masyarakat Cina yang dikatakan begitu loyal dan tinggi semangat setiakawannya...
Masa tu, orang Cina takde la meninggi diri bila dipuji. Depa relaks saja. "Cool" kata orang putih. Tapi dalam hati depa, memang depa "simpan" jasa baik depa kat BN... sampai mati pun depa takkan lupa peranan dan budi depa pada BN... heh! Cuma depa simpan dalam hati jer rasa bangga tu..
Pada PRU ke-11 (2004), orang Melayu dan orang Cina bergabung untuk mengundi BN. Orang India dan lain-lain kaum pun sepakat undi BN.Time tu BN menang paling besar dalam sejarah. Kembang kempis hidung Pak Lah time tu "perasan" dia dan "menantu" jadi faktor kemenangan...heh!
Tapi...
Pada PRU ke-12 (2008) dan PRU ke-13 (2013), majoriti pengundi Cina memang boleh dikatakan tak beri langsung undi depa pada BN. Lebih 90% undi masyarakat Cina diberikan pada Pakatan Haram, khususnya DAP...
Maka lepas kedua-dua PRU tu, kaum Cina dihentam orang Melayu dan beberapa pemimpin Melayu yang rasa marah dengan taktik "menipu" orang Cina. Sebelum PRU, depa kata nak sokong BN dan nak beri undi, tapi bila PRU, majoriti beri undi pada Pakatan Haram...tu yang kena hentam tu...
Kenapa orang Cina "swing" sokongan? Menurut sembang kedai kopi dengan beberapa rakan Cina, antara faktor orang Cina beralih arah sokong Pakatan Haram bukan sebab depa suka kat Anwar Berahim, PKR, PAS atau DAP...
Tapi "sengaja" sokong Pakatan Haram sebab depa "kecik hati" di atas beberapa faktor seperti...
PERKASA & Extrimis Melayu: Rakan saya kata, dulu PERKASA takdak pun, tapi Melayu tetap terbela. Banyak kelebihan yang Melayu dapat, tapi tidak dimiliki oleh orang Cina. Tapi depa okay sebab orang Cina terbukti kuasai ekonomi dan aman berniaga...depa cukup happy dapat kongsi hidup macam tu...
Tapi di zaman Pak Lah, disebabkan "kelemahan" yang Pak Lah miliki, depa dah mula sangsi. Masa tu, Anwar dah dibebaskan Pak Lah dan dia susun strategi dengan DAP. DAP mula buat provokasi, khususnya melalui internet... depa start main provokasi perkauman...
Pada September 2008 selepas BN kalah teruk pada PRU ke-11, PERKASA ditubuhkan. Masa tu, kiri kanan balun Pak Lah dan KJ. Tun M dan PERKASA balun Pak Lah, orang Cina pun dah makin loose sokongan pada BN/MCA...
Selain balun Pak Lah, PERKASA secara konsisten balun orang Cina jugak. Kenapa? Sebab provokasi dari DAP terhadap orang Melayu. Walaupun pemimpin PERKASA balun pemimpin DAP, tapi ramai pengikut PERKASA balun orang Cina secara umum. Yang sokong BN pun kena..
Jadi, dah alang-alang depa hilang keyakinan pada Pak Lah, dibenci orang Melayu dan PERKASA disebabkan provokasi Cina DAP, ramai orang Cina menganggap majoriti orang Melayu tidak kenang jasa depa pada tahun 1999 dan tidak berterima kasih.
Itu adalah salah satu sebab utama, kenapa orang Cina "sengaja" sokong Pakatan Haram, kata kawan saya. Cina DAP yang buat provokasi, tapi orang Melayu hentam semua orang Cina.. depa kata "NOT FAIR"...
Ketuanan Melayu:Kawan saya kata, sebenarnya orang Cina memang tahu tentang sensitiviti orang Melayu yang tak boleh diusik iaitu "bangsa" dan "agama". Depa sedar, ungkapan "Ketuanan Melayu" adalah antara ungkapan yang sensitif untuk diusik...
Dulu, depa langsung tak sebut pasal Ketuanan Melayu. Depa tahu memang betul orang Melayu adalah "tuan tanah" di Tanah Melayu. Depa tak pernah pertikai dan simpan dalam hati. Yang dok "bakar" pekara ni hanyalah hasil provokasi Cina DAP. Majoriti Cina lain tak pernah ambil peduli pun...
Tapi, oleh sebab cara orang Melayu yang tiap-tiap hari dok sebut pasal "Ketuanan Melayu" sebab dok melayan provokasi Cina DAP tu, buat depa muak dan menyampah pulak dengan ungkapan tu.
Sakit hati dengan ungkapan yang sebenarnya tak pernah depa persoal tu, depa kata pada saya, "tuan apa kalau kami yang jadi tuan sebenarnya? Kami jadi boss, ramai orang Melayu yang makan gaji dengan kami, "tuan" jenis apa yang makan gaji dengan kami? Depa sakit hati...
Itu dua perkara yang menjadi sebab depa tak undi BN sebagaimana yang diceritakan oleh kawan-kawan Cina pada saya. Depa memang tidak berparti. Depa tak masuk MCA mahupun DAP. Dulu berkali-kali depa undi BN, tapi sejak 2008, depa tak undi BN dah... sakit hati punya pasal..
Jadi macamana? Setuju dengan hujah kawan-kawan Cina saya tu? Cina DAP buat provokasi pada kepentingan orang Melayu dan Islam. Tapi kita balun semua orang Cina di Malaysia untuk balas balik provokasi DAP tu... itu maksud depa...Setuju?
Saya terfikir, kalaulah BN tak perlu undi orang Cina atau bangsa lain untuk memerintah negara, kenapa Parti Perikatan ditubuhkan dulu? Parti Perikatan kemudiaannya diubah nama menjadi Barisan Nasional. Rasanya ramai yang tahu mengapa UMNO, MCA, MIC dan parti komponen lain bersatu dalam BN...
Persoalannya, apakah benar dakwaan bahawa UMNO tak perlukan undi orang Cina untuk kekalkan kuasa orang Melayu di tanahair sendiri?
Rasanya, kalau kita beritahu geng Pakatan Haram pasal benda ni, depa tak peduli pun. Jauh sekali nak memuji. Rasanya, kalau PAS tahu pun, depa akan mintak izin pada DAP dan Anwar nak puji Najib.. Tapi rasanya DAP dan Anwar akan izinkan PAS puji Najib ke?
Saya tak reti bodek. Mana yang betul, maka setuju dan puji pendekatan tu. Mana yang tak betul dan salah, maka saya akan tegur depa, tak kira UMNO atau Pakatan Haram. Kalau pandangan saya salah atau tersasar, tolong maafkan saya dan saya rela betulkan kalau terbukti saya terkhilaf.. saya bukan malaikat..
Tapi perkara di bawah ni memang membanggakan saya. Selaku umat Islam yang mengaku Allah itu Tuhan saya, dan Muhammad SAW itu Rasulullah dan kekasihNya, saya bersyukur menjadi rakyat Malaysia merujuk pada perkara di bawah...
Sila tengok dibawah.. anda bangga seperti saya? Atau memang Kerajaan sekarang ni masih dianggap tidak mementingkan dasar Islam? Sesungguhnya Islam itu rahmat pada seluruh alam...
A globally recognized rating standard for Halal friendly travel services. Members can better serve the needs of Muslim travelers and tap into the largest niche market in the travel industry today. Rujuk sini
Sebagaimana kata bro GAP di sini, saya mintak korang jangan gelak lebih-lebih bila tengok "cerita" bawah ni...harap korang mampu tahan gelak masing-masing... hmmmpppp...mmppp...
Pertarungan politik Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya tidak pernah berakhir.
Walaupun, kalangan pemimpin UMNO tahu Anwar anak emas Mahathir satu ketika dahulu tetapi mantan Perdana Menteri itu tetap mengecam Anwar tatas krinsip yang salah tetap salah dan yang betul tetap betul.
Beliau yang banyak tahu pasal Anwar ibarat hanya jauhari mengenal manikam.
Justeru itu, ketika membalas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang mengatakan Dr Mahathir takut sekiranya beliau menjadi menteri besar Selangor, mantan Perdana Menteri itu mengakuinya.
Dr Mahathir berkata, beliau memang "takut" sekiranya Anwar menjadi menteri besar kerana orang ramai tidak akan berasa selamat sekiranya Anwar menjadi pemimpin kerana perlakuan beliau yang didakwa "tidak bermoral".
"Tentulah saya takut (Anwar jadi MB) kerana orang akan rasa tak selamat bila dia ada di sekitar.
"Tengok apa jadi kepada kakitangan beliau," kata Mahathir sinis.
Beliau dipercayai merujuk kepada kes membabitkan Anwar dan beberapa pembantunya termasuk Saiful Bukharin Azlan yang mendakwa diliwat pada 2008.
Menurut Dr Mahathir, Anwar bukan sahaja tidak layak menjadi menteri besar malah perdana menteri sekalipun.
Katanya, Anwar hanya menubuhkan parti sema-mata untuk jawatan itu bukan untuk perjuangkan bangsa, agama atau apa-apa.
"Beliau masuk UMNO dulu pun hanya untuk jadi PM," katanya dalam sidang media di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak, Selasa.
Dr Mahathir sekali lagi menegaskan, bahawa Barisan Nasional (BN) perlu bertanding menentang Anwar sama ada diwakili UMNO, MCA, MIC, atau Gerakan pada pilihanraya kecil DUN Kajang 23 Mac depan.
Beliau turut mengalu-alukan calon bebas seperti bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim dan penyanyi dangdut Herman Tino "layak" bertanding atas semangat demokrasi.
"Bekas menteri dan orang seperti Herman Tino semua layak bertanding kalau ikut sistem kita. Mereka mungkin hilang deposit tapi tak apalah," kata beliau.
Kelmarin, Dr Mahathir memberi amaran jika mahukan kerajaan yang pro Amerika Syarikat, rakyat atau boleh mengundi Anwar.
Anwar dan Dr Mahathir pernah bersama-sama memimpin kerajaan dan UMNO sebelum dipecat atas kesalahan salah laku seksual dan penyalahgunaan kuasa pada 1998. -bnbbc.my
Ooo.. betul la Nurul Izzah ada tuntut cerai dari suaminya, Raja Shahrir..Cuma, Nurul Izzah tak tuntut secara fasakh... tapi dia tetap tuntut cerai cara "baik"...
Macam tu la yang dijelaskan oleh peguam Nurul Izzah, Normawaddah Ramli. Rupanya "mohon cerai cara baik"... sudah la mohon cerai... cara "baik" pulak tu..! Rupanya mohon cerai ni ada jugak jenis mohon cerai cara "baik", cara "jahat"?
Pada saya...
Sama ada permohonan itu cara "baik", cara "tak baik", cara "kurang baik", cara "langsung tak baik", mahupun fasakh ke apa ke, ia tetap merupakan satu permohonan untuk bercerai, satu tindakan halal yang Allah SWT tak suka...
Ustaz saya kata, bercerai ni memang dihalalkan. Tapi Allah murka dengan penceraian...
Saya lebih mendoakan agar Nurul Izzah dan Raja Shahrir selesaikan kemelut rumahtangga depa cara baik. Tarik balik permohonan cerai "cara baik" tu, duduk semeja depan kaunselor Pejabat Agama, berbincang cara baik dan bina kembali "masjid" yang retak tu... cara tu "lebih baik" pada saya...
Nurul Izzah sebagai ibu, tak sayangkah pada anak-anak? Anak-anak itulah bukti kasih sayang Raja Shahrir pada Izzah, dan begitu juga sebaliknya. Anak-anak mereka perlukan Raja Shahrir sebagai ayah, dan Izzah sebagai ibu... tak kesian ke kat depa?
Nikah cerai ni bukan perkara main-main. Banyak kesannya dalam kehidupan kita. Anak-anak tu tak tahu apa-apa dan tolonglah jangan jadikan depa sebagai mangsa keadaan...
Apa dosa Raja Shahrir hingga Nurul Izzah mohon pada mahkamah nak bercerai dengannya? Apa dosa papa pada anak-anak Izzah itu hingga Nurul Izzah tega untuk pisahkan kasih sayang antara anak-anak dengan papa depa?
Saya nasihatkan Nurul Izzah kerana saya juga seorang suami dan ayah kepada anak-anak saya. Saya tahu tentang kepentingan institusi rumahtangga di dalam Islam. Dan saya sedar tentang kesan buruk sekiranya kita mengambil keputusan untuk bercerai, apatah lagi kalau kita sudah punya anak-anak...
Saya tegur Nurul Izzah supaya tidak bercerai kerana saya yakin Nurul Izzah juga saudara seagama saya. Saya yakin Nurul Izzah beragama Islam meskipun berbeza fahaman politik dengan saya. Pada saya, persaudaraan sesama Islam itu lebih penting dari perbezaan fahaman politik...
Justeru, maafkanlah saya sekiranya teguran ini dibuat secara terbuka pada Nurul Izzah. Niat saya cuma satu, cuba menyelamatkan rumahtangga Nurul Izzah dan Raja Shahrir. Saya cuma nak selamatkan kasih sayang anak-anak pasangan itu saja... maafkan saya jika saya salah dengan niat ini..
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengecam sikap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyentuh isu kalimah Allah ketika berceramah di sebuah gereja di Kajang kelmarin.
Sambil merujuk kepada pandangan ulama, Datuk Dr. Siddiq Fadhil dan tulisan pemikir Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) seperti Syed Ali Tawfik al-Attas sejak 2008 mengenai isu kalimah Alllah, beliau menyifatkan Anwar sebagai cukup terdesak untuk meraih undi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
Kata beliau, kalangan cendekiawan dan ahli fikir dihormati dalam negara ini sudah hampir sepakat bahawa isu kalimah Allah adalah satu perkara yang tidak wajar dipermainkan oleh mana-mana pihak.
''Tidak molek hanya atas niat untuk mendapatkan undi, Anwar seakan-akan 'menjual' pendirian peribadi berbanding keperluan merujuk kepada pandangan ulama dan cendekiawan Malaysia yang lebih faham dengan konteks sebenar permasalahan kalimah Allah ini,'' katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Reezal Merican yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas berkata, tindakan menggunakan pentas gereja untuk mendapatkan populariti politik adalah sesuatu yang amat tidak bertanggungjawab dan memalukan.
Kata beliau, Anwar sepatutnya lebih bijaksana dalam menilai keperluan untuk menyantuni pendirian dalam kalangan cendekiawan Malaysia yang tegap dan tegas dalam isu kalimah Allah.
''Saya sama sekali tidak melihat Anwar sebagai 'hero' dalam isu kalimah Allah, malahan dia sudah memberikan pengesahan bahawa di atas nama politik, apa sahaja boleh disandar dan dipermainkan.
''Tindakan melakukan lawak jenaka murahan di dalam isu sebesar kalimah Allah adalah satu perbuatan yang culas dan tidak boleh dimaafkan,'' tegas beliau.
MAS yang mengalami kerugian 3 kali ganda berbanding kerugian 2012 pada tahun lalu, diberitakan di DetikFinance, Indonesia sebagai bermasalah dalam menghadapi kenaikan harga bahan api.
Malaysia Airlines menyatakan mengalami rugi besar. Sepanjang 2013 lalu, maskapai ini mengalami kerugian 1,17 miliar ringgit atau sekitar Rp 3,5 triliun.
Garuda masih bisa meraup laba US$ 11,2 juta (Rp 112 miliar) di akhir 2013 meski di tengah harga avtur yang melambung gara-gara pelemahan nilai tukar rupiah.
Jadi agaknyalah mungkin MAS rugi kerana kurang bergantung pada dollar dalam meraih pendapatan. Agaknya lah. Ini kerana kerugian besar berlaku MAS ketika pendapatannya naik 10% berbanding 2012 kepada RM 15 billion. Kos biaya operasi berada pada kadar RM14.9 billion dan kenaikan bahan api serta kejatuhan ringgit berbanding dollar menjadikan kerugian melebar sebesar itu.
Tuntutan HINDRAF tidak berakhir lima tahun lalu dengan sedarnya pengikut-pengikut HINDRAF bahawa mereka menjadi seluar dalam yang menutup kurap dan kudis telur pemimpin mereka.
Malah tuntutan itu dibawa oleh 'pemimpin telur berkudis' mereka ke dalam kerajaan setelah dilantik menjadi Timbalan Menteri di JPM oleh PM Najib walaupun dihamun dengan bantahan dan persoalan oleh khalayak umum.
Semalam Khairy Jamaluddin mendedahkan melalui Twitter bahawa sifat meminta-minta yang bukan-bukan Waythamoorthy telah ditolak oleh pemerintah selama ini dan itu membuatkan 'hero Kollywood' ini meletak jawatan.
Meminta jabatan khusus untuknya dengan peruntukan sebanyak RM4 billion serta meminta jaminan bertulis untuk menyalurkan peruntukan RM750 juta kepada kaum India MELALUI dirinya adalah ulah utama yang merosakkan kayu ukur transparansi negara yang tidaklah lurus setara mana.
Apa dia ingat ini negeri Tamil Nadu? Apakah fiksyen filem Tamil dengan gambaran kerajaan yang korup dan hero samseng yang mampu pengaruhi orang politik dengan gaya yang bukan-bukan itu mahu diterjemahkan di Tanah Melayu?
---------------
Bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) P Waythamoorthy dimaklumkan membuat tuntutan supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bertulis termasuk peruntukan wang yang jelas tidak mengikut peraturan.
Memetik sumber-sumber kerajaan, jaminan bertulis oleh Najib itu dikehendaki Waythamoorthy untuk satu peruntukan berjumlah RM750 juta kepada Waythamoorthy atas nama melaksanakan agenda pembangunan kaum India.
"Beliau mahu Perdana Menteri beri jaminan bertulis untuk menyalurkan peruntukan sebanyak RM750 juta kepada beliau untuk laksana agenda pembangunan kaum India, tuntutan ini tidak teratur dari segi peraturan,"kata sumber itu.
Selain peruntukan berkenaan, Waythamoorthy yang juga Pengerusi Persatuan Hindraf Malaysia (PHM) ketika menjadi Timbalan Menteri turut berharap disokong oleh sebuah jabatan khusus dengan 50 orang pegawai dengan peruntukan sebanyak RM4 bilion.
"Perlantikan beliau sebagai timbalan menteri adalah merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk jalin kolaborasi dengan Hindraf dalam menyelesaikan isu-isu kaum India.
"Dari awal lagi beliau menghadapi kesukaran untuk sesuaikan diri dan memahami sistem pentadbiran kerajaan yang mungkin tidak dapat memenuhi keperluan beliau," menurut sumber-sumber kerajaan itu.
Untuk apa Waytha Moorthy dilantik Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ? PM Najib belum pernah memberi penerangan berhubung hal tersebut.
Namun apabila dilihat sikap Waytha Moorthy yang tidak selaras dengan tindakan polis mahupun tiada kenyataan pembelaan untuk kerajaan yang disertainya, adakah budaya mengambil penentang menjadi sebahagian kabinet itu mula membenih? Jika benar, jelaskan sahaja kepada umum.
Ramai lagi kaum India beragama Hindu yang mempunyai cita-cita murni untuk bangsa mereka dan menerima konsep kenegaraan dan kenusantaraan tetapi diketepikan. Ini menyedihkan.
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional and Hindraf today signed a memorandum of understanding (MoU) for the uplifting of the Malaysian Indian community.
The event at Vivekananda Tamil School in Brickfields here was attended by the BN chairman and prime minister Najib Tun Razak, Hindraf chairman P Waythamoorthy, several top MIC leaders and a throng of orange-clad Hindraf supporters.
Speaking during the event, Waythamoorthy urged Indians to return BN its two-thirds majority in the upcoming general election on May 5.
He insisted that their welfare will only be cared for by the ruling coalition BN and not Pakatan Rakyat.
"They (Pakatan) told me there would be a meeting but none of the leaders showed up," Waythamoorthy told the crowd here.
"Even up until a few days ago, I was begging them. I thought of them as my friends," he added.
Waythamoorthy acknowledged that there was skepticism over the agreement with BN but hoped Najib would dispel these criticisms by implementing the blueprint for the 1.5 million Indians that stand to benefit from the deal.
"I hope the prime minister will prove them all wrong," he said.
Hindraf's blueprint, among others, highlights issues related to displaced Indian plantation workers, the need for tertiary-level education for Indian students, job opportunities in the government sector, financial loans to Indian entrepreneurs, and the establishment of a Minorities Affairs Ministry.
Sikap tidak mesra pelanggan, menyusahcara dan birokratik sesetengah syarikat berasaskan perkhidmatan turut menyumbang kepada penurunan keuntungan sesebuah syarikat tersebut. Berikut adalah antara keluhan dari pengguna MAS yang merasakan telah dilayan seperti tidak sewajarnya dalam berurusan dengan syarikat penerbangan milik negara itu.
assalammualaikum saudara ,
> izinkan saya mengadu nasib pada saudara mengenai perkhidmatam syarikat penerbangan MAS.
>saya bakal melangsungkan perkahwinan pada 7/6/2014( cuti sekolah-saya paham tambang mahal sikit dan cepat naik) dengan orang dari sabah. sudah tentu saya dan keluarga memerlukan perkhidmatan pernerbangan
>tetap memilih MAS atas dasar syarikat glc negara, walaupun harga sedikit mahal dari airasia(ceo yang anti utusan) dan malindo
>pertama , beli tiket untuk bakal bapa mertua dan adik ipar datang ke kuala lumpur RM1004 pada13/6/2014 (no ruj W1FJM).pihak MAS telah mengenakan cas dua kali kepada saya,menyebabkan kad kredit mencapai limit, tidak dapat beli tiket untuk keluarga saya pergi ke kota kinabalu.
> bila diadukan pada MAS mereka just suruh saya tunggu 2 hingga 3 hari bayaran akan dikembalikan, bila sudah 2-3 hari telifon lagi, tetap jawapan yang sama,akhirnya setelah lebih 4 kali telifon saya terpaksa tunggu hingga1/12/2013 baru duit itu dipulangkan pada kad kredit.
>pada 1/12/2013 (setelah duit dikembalikan) tambang sudah naik untuk keluarga saya pergi ke kota kinabalu.
> terpaksa tambah duit dalam kad kredit untuk beli tiket keluarga saya dari kl ke kota kinabalu pada 6/6/2014, 9am.total RM2880.(bukan jumlah yang sikit bagi saya)
>apa yang mengejutkan saya tidak dapat nombor pengesahan dariMAS, dan yang lebih penting duit telah dipotong dari kad kredit,
> saya telifon MAS,setelah hanpir sejam menunggu , baru disambungkan pada operator.(saya paham syarikat terbaik pasti punya ramai pelanggan hingga terpaksa berbaris untuk dilayan).
>bila saya adukan masaalah saya, jawapan yang saya dapat ialah "booking encik reject, walaupun kad kredit sudah dipotong, tapi dalan sistem kami booking tidak berjaya,encik kena tunggu 2 hingga 3hari ,MAS akan kembalikan duit encik, saya tak boleh buat apa-apa"........... perasaan saya?.
>saya pasrah dan saya tahu operator tersebut hanya akan bagi jawapan yang standard(lebih baik bagi mesin yang jawap).penat kalau hendak bergaduh, jadi saya minta nombor aduan saya..mereka masih ulang jawapan yang sama.walaupun saya tegaskan saya ingin membuat aduan rasmi. saya tetap tidak dapat nombor aduan saya, cuma nama operator tanpa nama bapa yang diperolihi ,Azizi
>maknanya sia-sia saya menaikkan bil telefon saya,tanpa mendapat sebarang jawapan yang memuaskan,apatah lagi membuat sebarang aduan..tiada maknanya saya menelifon talian 1300883000. jika hanya untuk jawapan tunggu 2-3 hari( saya yakin lebih seminggu).untuk membuat aduan pun tidak dilayan.
>saudara , saya buntu, dalam masa setengah bulan saya terpaksa melayan dua kali kerenah syarikat gergasi negara dalam mendapatkan layanan sebagai pelanggan,
>situasi saya sekarang,,,1).tiada duit untuk beli tiket untuk keluarga,2). bakal menunggu dan termenung 2-3 hari(saya yakin lebih seminggu).3). terpaksa beli tiket yang bakal naik (takkan nak kawin bulan puasa kut, baru ada tiket murah).4). aduan sikerdil yang takkan dilayan oleh sang gergasi.5). masih lagi termenung
> harapan saya, bolehlah kiranya saudara panjangkan masaalah saya ini kerna saya begitu naif dalam mengadukan masaalah. dan tidak tahu saluran yang betul jika hendak membuat aduan.,bukan niat untuk memburukkan syarikat gergasi pernerbangan terbaik dirantau ini, apatah lagi membandingkan dengan syarikat warna merah.
saya juga berharap ini bukan salah satu cara pilihan syarikat gergasi ini menurunkan nilai 'keuntungan' bagi tahun mendatang. mungkin harapan semua pembayar cukai seluruh negara.
Ancaman jerebu bermula awal tahun ini apabila musim kering di rantau Selat Melaka memasuki fasa yang mengakibatkan kebakaran tanah pertanian di Riau, Indonesia.
Ini diburukkan lagi oleh tiupan angin ke barat Semenanjung Malaysia yang kini mula datang dari arah Sumatera.
Pada ketika ini, ancaman jerebu tertumpu ke selatan Semenanjung dan Singapura akibat jarak dan tiupan angin.
Hasil paparan satelit yang diolah Badan Meteorologi Klimatologi Geofisika Indonesia menunjukkan terdapat sejumlah titik panas di wilayah Riau, Indonesia dan vektor angin menunjukkan tiupan yang menghala ke Semenanjung.
Ini memungkinkan berlakunya jerebu di negara ini dalam masa terdekat.
PETALING JAYA : Tinggalan fosil daripada dinosaur karnivor pemakan ikan telah ditemui di Malaysia, di mana Universiti Malaya bersedia untuk mendedahkan bukti hari ini.
Ditemui di kawasan pedalaman luar bandar di Pahang, fosil dinosaur spesis spinosauridae yang dipercayai dari lewat era Mesozoic , dipercayai berkemungkinan besar berasal dari zaman Cretaceous di antara 65 juta dan 145 juta tahun lalu.
Spinosauridae
Ini dipercayai kali pertama fosil dinosaur ditemui di Malaysia.
Penemuan ini telah dikenal pasti oleh pasukan yang diketuai oleh Profesor Madya Dr Masatoshi Sone di mana jabatan geologi universiti itu dengan kerjasama pakar reptilia paleontologi Profesor Ren Hirayama dari Universiti Waseda di Tokyo .
Spinosauridae adalah sebuah keluarga yang tertentu dinosaur karnivor mempunyai ciri-ciri tengkorak memanjang seperti buaya dengan gigi berbentuk kon yang sama ada sangat kecil atau tanpa gigi langsung.
Satu lagi fosil spinosauridae juga telah ditemui di Australia pada tahun 2011 , di mana spesies ini sebelum ini dipercayai wujud hanya di hemisfera utara.
Ahli-ahli sains telah menemui tulang leher berusia 125 juta tahun haiwan yang sama di Baryonx, Victoria , Australia.
Dr Masatoshi akan mengadakan sidang akhbar hari ini , bersama-sama dengan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Naib Canselor UM Profesor Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin dan Dekan Fakulti Sains Profesor Datuk Dr Mohd Sofian Azirun .
Harga minyak dunia kembali naik melepasi paras US$ 100 setong sejak beberapa hari lalu. Ini menggambarkan kemungkinan harga bahan api hidrokarbon itu mampu untuk meningkat dalam masa terdekat dalam zaman rasionalisasi subsidi ini.
Kenaikan ini berlaku setelah harga minyak mencapai paras US$100 setong pertengahan Disember lalu sebelum turun sehingga US$94 pada akhir bulan dan kemudiannya naik sepanjang 2014.
Kenaikan sehingga $136 setong pada Jun 2008 memaksa kerajaan dibawah pentadbiran Pak Lah menaikkan harga minyak orang ramai kepada RM2.70 seliter.
Selepas itu, harga minyak dunia menjunam kepada $38 pada bulan September tahun yang sama dan harga minyak dalam negeri dicantas menjadi RM1.80 seliter.
Hakikat yang tidak kelihatan ialah ketika harganya melangkaui $100 setong bermula pada pertengahan 2010, harganya memberi beban magnitud besar kepada kerajaan kerana tidak diselaraskan dengan realistik.
Namun berlaku penurunan bawah US$100 setong pada Oktober 2013 setelah ia berlegar di atas paras tersebut bermula awal Jun 2013.
Kita mungkin mahu kerajaan mengumumkan sebarang kenaikan lebih awal tetapi kita akan gelabah jika stok habis kerana pembelian panik.
LONDON 19 Feb. - Pereka permainan atas talian terkenal, Candy Crush menyatakan semalam bahawa pihaknya sedang cuba untuk menyenaraikan saham-sahamnya di New York Stock Exchange.
Pereka permainan tersebut, syarikat King.com berkata, pihaknya telah bertanya kepada badan kawal selia Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (AS) untuk penyenaraian berkenaan.
"Syarikat itu berhasrat untuk menyenaraikan saham biasanya di New York Stock Exchange di bawah simbol KING. Jumlah saham yang akan ditawarkan dan julat harga bagi tawaran itu belum lagi ditentukan," kata firma itu dalam satu kenyataan. - AFP
Anwar Ibrahim diramalkan boleh kalah jika bertanding PRK DUN Kajang. Kekalahan yang akan menutup peluang 'penipu berlesen' ini dari terus memimpin 'para pemberontak' ke haluan yang salah negara dengan ucapan-ucapan palsu, membawa kudis atas kedaulatan agama rasmi negara ini untuk dijadikan polemik supaya dibahas dengan penuh kebencian oleh orang awam generasi muda yang jahil pada proses pembentukan negara ini. Ia berdasarkan analisa lisan dari beberapa responden atas pagar dan pro pemerintah yang teman pertanya. Tetapi ini hanya akan berlaku sekiranya :
1. Pengundi DUN Kajang bukan terdiri dari golongan buta perut yang gemar dikencing.
2. Calon lawan Anwar bukan dari kalangan bukan Melayu. Kerana ia akan menarik pengundi atas pagar kelompok Melayu untuk mengundi orang Melayu.
3.. Calon lawan Anwar adalah dari kalangan orang yang disegani masyarakat Kajang.
4. Semua pengundi Melayu dan India menolak Anwar Ibrahim.
Kelihatan hakikat bahawa, tradisi BN dengan kerusi parti ini akan diberikan kepada parti ini adas dasar tradisi adalah tidak popular lagi kerana
1. Komponen BN adalah parti berasaskan kaum - Maka tiada calon kaum A mewakili parti yang dikuasai kaum B dan seumpamanya tetapi tidak bagi pembangkang. Justeru pembangkang lebih meraih populariti ekoran konsep 1Malaysia yang makan tuan.
2.Tidak menepati ciri demokrasi majoriti apabila dibandingkan secara pecahan kaum, pihak yang majoriti diwakili wakil pihak minoriti.
FOTO: THE MALAYSIAN INSIDER
Jika menilai perkara 2 di atasm 'pendaulatan' suara majoriti atas suara minoroti telahpun dimainkan Anwar Ibrahim dengan terma 'undi popular' selama ini yang dihasilkan dari fakta Pakatan Rakyat memperoleh 51% suara keseluruhan pengundi di Malaysia semasa PRU ke 13.
Kudis akibat dogma ini semakin membarah dalam masyarakat dan kesannya, masyarakat bandar masih dalam keadaan jauh dari BN. Apabila segmen Melayu contohnya dalam DUN Kajang terpecah kepada pro-pemerintah dan pro-pembangkang setiap puak hanya mewakili 22% dari keseluruhan pengundi.
Ini memperlihatkan bahawa penentu kemenangan di PRK Kajang adalah undi masyarakat India dan setengah lagi undi orang Melayu nasionalis. Masyarakat Cina tidak perlu ditagih apa-apa lagi kerana mengetahui dan masak sudah dengan fakta merekalah yang paling lantang menentang kerajaan BN pimpinan UMNO lantaran struktur yang digunapakai meletakkan sebuah parti menjadi kepala kepada parti-parti lain yang mereka anggap sesuatu yang tidak adil.
Ada pendapat keras yang menyebut bahawa tidak ada apa yang boleh diharapkan dari masyarakat Cina untuk kempen kalahkan Anwar Ibrahim buat kesekian kalinya ini. Ini kerana imbalan faedah kepada mereka apabila berwakil rakyatkan seorang yang digembar-gemburkan akan menjadi Menteri Besar sangatlah merupakan gula-gula yang disukai. Nampaknya Anwar sudah mendapat 40% undi sebelum PRK lagi.
Memandangkan DUN Kajang terkategorikan sebagai kawasan masyarakat bandar yang terdiri dari warganegara berketurunan pendatang Cina dan Melayu yang hampir seimbang, tidak mustahil suara Melayu nasionalis yang menentang liberalisasi demografi negara ini menjadi sangat kecil dan tidak mampu memenangkan mana-mana calon BN yang akan disokong secara siapa pun calonnya.
Jadi di mana kalahnya Anwar kelak? Tentu sekali hanya atas izin Allah yang berkuasa membolak-balikkan hati manusia dengan kehendakNya melalui perancanganNya.
Kerana di atas kertas setakat ini, laluan Anwar kelihatan mudah walaupun dia tidak layak lagi diangkat sebagai wakil rakyat lagi memandangkan sikapnya menutup peluang ramai calon Pakatan Rakyat lain yang lebih layak.
Namun sentimen pro PR masih menebal di kalangan rakyat Selangor serta pembutaan mata secara sukarela oleh semakin ramai spesis manusia di negara ini ke atas sandiwara boneka gaya Anwar. Jika MCA di bawah Liow Tiong Lai merasa cukup yakin, maka silakan untuk mencuba nasib.
Jangan andai sesudah tewas, ada yang menyebut untuk apa BN bertanding?
You are subscribed to email updates from IPOH MALAY To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
OLEH: USTAZ SHARIPUDIN AB KADIR Tarikh: February 19, 2014
ADA beberapa persoalan yang perlu difikirkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad apabila cuba perkenalkan semula Kassim Ahmad dan ideologinya kepada masyarakat awam.
Sebagai negarawan dan masih lagi boleh dianggap sebagai pemimpin walaupun tidak memegang jawatan dalam kepimpinan negara, biasanya sebagai pemimpin ada misi dan visi untuk negara. Pemimpin juga ada misi dan visi untuk rakyat yang tercinta.
Dengan membawa Kassim Ahmad di arena persada negara adalah amat wajar Tun Mahadhir menjawab apakah misinya untuk rakyat Malaysia. Kalaulah untuk memajukan negara setanding dengan negara maju adakah perlu rakyat Malaysia menerima ideologi Kassim Ahmad untuk bangunkan negara. Ini bermakna Malaysia mundur kerana tidak menerima ideologi Kassim Ahmad. Setakat ini Kassim Ahmad tidak bercakap masalah pembangunan negara.
Jika tidak kerana pembangunan mungkin Tun Mahathir ada misi untuk percambahan akademik dan pemikiran tapi malangnya Kassim Ahmad bercakap permasalahan agama yang dia sendiri tidak ada kelayakan dan keupayaan untuk mengemukakan hujjah secara akademik. Atau agama yang macam mana dikehendaki oleh Tun Mahathir agar menjadi ikutan rakyat Malaysia.
Adakah Tun Mahathir ingin rakyat Malaysia ikut agama sebagaimana yang difahami oleh Kassim Ahmad. Mungkin Tun Mahathir mendakwa tidak salah untuk seseorang perkatakan tentang agama selagi mana ada kemampuan untuk membaca dan mengkaji.
Jawapannya mudah. Tun Mahathir diberikan gelaran doktor kerana pernah belajar perubatan dan dapat ijazah kedoktoran. Maka Tun layak digelar doktor dan bekerja sebagai doktor dan layak buka klinik kesihatan. Tun layak bercakap dan berhak membuat keputusan ketika merawat pesakit berdasarkan ilmu yang ada. Tapi kalau ada orang lain yang hanya sekadar membaca dan mengkaji buku ilmu perubatan adakah layak untuk dipanggil doktor dan adakah dia layak untuk merawat pesakit dan boleh buka klinik kesihatan?
Sudah tentu dia tidak layak untuk merawat pesakit walaupun ilmu perubatannya bergunung-gunung.
Begitu juga Kassim Ahmad tidak layak bercakap hal-hal agama sebagaimana seseorang yang tidak ada ijazah perubatan untuk dilantik menjadi pegawai perubatan. Kalau begitu kedudukannya, maka apakah misi Tun menonjolkan ideologi Kassim Ahmad kepada umat ini lebih-lebih lagi dalam hal yang berkaitan dengan agama.
Tun mendakwa Kassim Ahmad dilabel anti hadis kerana orang tak dapat jawab apa dia cakap. Persoalannya adakah orang tak dapat jawab apa yang Kassim Ahmad cakap atau Kassim Ahmad bercakap apa yang dia jahil maka tak perlu dijawab. Kalau jawab kita buat kerja yang sia-sia. Ibarat ada orang tak siuman bercakap cakap di tepi jalan maka kita cuba perbetulkan apa yang dia sebut sedangkan dia tidak memahami apa yang dia sebut kerana tak siuman. Adakah perlu kita perbetulkan sedangkan dia tidak siuman?
Dalam buku Mustika Hadis ada menyebut perihal mereka yang menghina Rasul walaupun sekecil-kecil perkara tetapi dalam konteks menghina Rasul boleh terkeluar dari Islam. Apakah tuduhan Kassim Ahmad menuduh orang Islam `MENDEWA DEWAKAN Nabi Muhammad saw dalam syahadah kedua tidak termasuk dalam mencaci atau mencela Rasul? Saya tidak menuduh Kassim Ahmad terkeluar dari Islam tetapi perkataannya yang dilafazkan adakah tidak tergolong dalam kategori mencaci dan menghina Rasul saw?
Bagaimana pula penganjur program ini sehingga tersebar kepada seluruh umat? Apakah misi Tun untuk umat ini dengan menonjolkan Kassim Ahmad dalam program ini?
Ustaz Sharipudin Ab Kadir YDP Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Pasir Puteh merangkap YDP Majlis Syura Isma
Kerajaan kedah sudah wujud lama dan dinasti kesultanan kedah dikatakan sudah 700 tahun lamaya. Dimana kekuatan kerajaan kedah?
Di sini ada kisah sejarah yang elok disebarkan supaya semua dapat kesedaran dari kisah yang sengaja tidak didedah disebabkan agenda tertentu. Mudah-mudahan dapat diambil iktibar dalam berhadapan dengan betapa Ketuanan Melayu disanggah selama ini.
1508: Alfonso de Albuqurque menyampaikan hasratnya kepada Raja Portugis untuk meluaskan pengaruh ke Asia Tenggara. Ketika itu Melaka adalah pusat perdagangan Asia Tenggara dan juga laluan penting perdagangan timur barat.
Raja Portugis pun bersetuju lalu disediakan kemudahan bala tentera 158 biji kapal dan dianggarkan dianggotai 15,300 bala tentera
1509: Portugis menghantar perisik ke Melaka untuk mengetahui keadaan kekuatan pertahanan di sana
Okt 1511: Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan Melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu, Hang Jebat dan Hang Kasturi).
Suatu mimpi ngeri bagi pihak Alfonso untuk berlawan dengan 5 Hang bersaudara. Mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15,000 askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari dengan 5 Hang bersudara.
Akhirnya mereka berjaya memasuki pelabuhan Melaka dan menawan Melaka setelah hampir kecewa dan putus asa. Semua atas bantuan pedagang cina dan pembelot Raja mandaliar.
1512: Setahun 12 bulan kemudian, Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Ketika itu kawasan tersebut adalah pusat pegeluaran tebu untuk gula rantau ini,...
Feb 1512: Alfonso menghantar perisik ke Perlis, Kedah dan Pulau Pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana. Masa tu semua tu sebahagian dari kerajaan Kedah.
Mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan. Seminggu selepas Feb 1512, perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso.
Dengan muka yang ammat risau, perisik tersebut menasihatkan Alfonso melupakan saja niat untuk menawan Kedah.
Katanya, "Untuk menawan Melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun, kita kehilangan hampir 15 ribu bala tentera. Inikan pula kita nak menawan Kedah yang mempunyai beribu ribu hang.
"Antaranya hang sihat ka, hang buat apa, hang apa habaq, hang lagu mana, hang pi mana, hang tidoq ka, hang dulu, bapak hang, mak hang, adik hang, tok hang dan macam-macam lagi hang ada kat sana..."
Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan Melayu Melaka amat ngeri Ini kan pula nak berhadapan beribu ribu hang kat situ...
Wow! Hang ok ka? Hang paham ka mesej lawak ni dan gambaq-gambaq?
Nampak sangat seperti terdesak, apabila Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim terpaksa menggunakan isu Islam sebagai modal untuk menarik simpati para pengundi. Dia yang berkata semalam ketika program kempennya mengatakan ingin mengembangkan agama Islam sekiranya Berjaya memenangi kerusi Dun Kajang.
Dia turut mengatakan, ia kerana majority penduduk Kajang berbangsa Melayu dan beragama Islam iaitu seramai 48 peratus, manakala 41 peratus kaum Cina dan selebihnya orang India.
Persoalannya ialah, apakah selama ini ajaran Islam tidak berkembang di Selangor khususnya Kajang? Apakah hanya dengan kemenangan Anwar sahaja, ajaran Islam akan berkembang?
Mungkin Anwar merasakan selama ini semua penduduk Islam di Kajang terutama tokoh dan ilmuwan Islam GAGAL memainkan peranan yang sewajarnya sehingga memaksanya untuk mengambilalih peranan tersebut.
Sekiranya ia ingin dijadikan sebagai hujah, bagaimana pula dengan tempat-tempat yang TIDAK ditandingi oleh Anwar? Dan sekiranya populasi penduduk di jadikan sebagai kayu pengukur, bagaimana pula dengan kawasan yang mempunyai populasi Islam melebihi 60 peratus atau di bawah 40 peratus?
Sebagai seorang yang beragama Islam, kita dituntut untuk sentiasa bersangka baik terhadap niat seseorang. Mungkin Anwar memang betul-betul ikhlas dengan kenyataan tersebut.
Namun bagaimana pula dengan kenyataan Anwar sebelum ini yang dilihat begitu cenderung menyokong ideologipluralisme? Bukankah pendirian dan fahaman yang mengatakan semua agama itu sama, amat bertentangan dengan ajaran Islam?
Sebagai contoh, Anwar ketika menyampaikan ucapan di London School of Economics (LSE) pada 18 Mac 2010 pernah menyatakan sokongan terhadap fahaman tersebut. Di dalam ucapan tersebut antaralainnya mengakui fahaman The Transcendent Unity of Religions melalui konsep universal sufism (satukebenaranbanyakjalan), KONSEP KESAMARATAAN AGAMA, menafikan konsep benar dan sesat, terpengaruh dengan faham Falsafah Abadi (Perennial Wisdom) serta Kesatuan Metafizik (Metaphysical Unity).
"Today, freedom of religion without which there can be no religiouspluralism, is an entrenched constitutional liberty in the establisheddemocracies. As such, favouring one religion over another or granting it aposition at the expense of others may be considered as being against thespirit of religious pluralism. Yet this still happens even in certainestablished democracies in Europe while in the Middle East and inSoutheast Asia this ambivalence has been virtually taken for granted untilrecently". (LSE London, Mac 2011)
Seterusnya Institut Kajian Dasar (IKD) yang merupakan sebuah badan pemikir kepada Anwar juga banyak menerbitkan buku-buku yang dianggap 'bahaya' kerana sering mempromosikan fahaman Liberal-Pluralisme.
Kesimpulannya ialah, Anwar sedar rakyat khususnya pengundi di Kajang telah mula muak dan jijik dengan semua pembohongan yang di lakukan sebelum ini .Tambahan pula pilihanraya kecil Kajang ini bukannya untuk memperjuangkan isu rakyat, tetapi lebih kepada untuk memenuhi nafsu politik Anwar untuk menjadi Menteri Besar di Selangor.
Manusia yang tidak belajar dari sejarah akan dihukum untuk melalui sejarah tersebut berkali-kali. Sejarah 13 Mei 1969 telah mengajar kita mengenai pentingnya toleransi dan hormat-menghormati dalam hubungan antara kaum. Ia juga mengajar kita bahawa toleransi dan hormat-menghormati pula bukan bermakna yang kita harus bersikap 'tidak-apa' terhadap setiap provokasi yang ditujukan kepada kita.
13 Mei memperlihatkan kepada kita bagaimana sikap 'tidak-apa' satu pihak telah diambil-mudah oleh pihak lain untuk memijak dan menindas mereka. 13 Mei bukan berlaku secara spontan, tetapi dirancang rapi oleh pihak yang menyokong parti Gerakan-DAP menjelang PRU 1969 yang ingin merampas kuasa politik Melayu. Ia dibuktikan melalui penemuan stok-stok makanan dan senjata yang disembunyikan di beberapa kawasan strategik, pastinya sebagai bekalan untuk melalui keadaan darurat yang dirancang mereka.
Untuk merealisasikan huru-hara yang dirancang tersebut, pemimpin-pemimpin kaum Cina terlebih dahulu menyalakan api melalui ceramah-ceramah berbaur hasutan terhadap kerajaan. Mereka menanam prasangka dan kebencian yang meluap-luap terhadap orang-orang Melayu sementara di masa yang sama, meniupkan rasa angkuh dan bongkak ke dalam diri mereka sendiri kerana berjaya menguasai ekonomi negara ini.
Kempen PRU yang panjang iaitu 21 hari pada ketika itu digunakan sepenuhnya oleh parti yang mewakili kaum Cina untuk menyemarakkan permusuhan. Sementara itu, orang-orang Melayu masih lagi alpa, masih bersangka baik dan tidak percaya yang pendatang yang mereka terima sebagai tetamu, jiran dan sahabat rupa-rupanya langsung tidak menghargai keikhlasan dan pengorbanan mereka.
Kini, sejarah ini telah berlalu, namun, beberapa orang yang terlibat dalam peristiwa itu masih lagi hidup. Malah, antara yang ditangkap sebagai penghasut, iaitu Lim Kit Siang mendapat tempat pula dalam politik negara sebagai pemimpin pembangkang. Anaknya juga kini berjaya menjadi Ketua Menteri di Pulau Pinang.
Seperti yang kita sedia maklum, Lim Kit Siang tidak pernah merasa kesal atau bersalah kerana mencetuskan 13 Mei malah cuba menafikan yang beliau terlibat. Apa yang jelas kelihatan hari ini ialah, sikap bongkak, angkuh dan juga rasa benci Lim Kit Siang anak-beranak dan juga parti DAP terhadap orang Melayu masih belum pudar malah semakin hebat.
Lebih buruk lagi, Kit Siang cuba menyalahkan UMNO dan menghabiskan seluruh hidupnya untuk menukar sejarah 13 Mei bagi memperlihatkan ia dimulakan oleh UMNO dan bukan pihaknya.
Hari ini, dengan kuasa di beberapa negeri telah dimiliki oleh DAP sama ada secara langsung atau melalui proksi, maka Kit Siang melihat peluang untuk mengukuhkan ceritanya bahawa kononnya UMNOlah yang memulakan 13 Mei. Untuk itu, Kit Siang memerlukan agar 13 Mei berulang tetapi perlu memastikan yang dirinya tidak dipersalahkan.
Sekiranya benar, bagi menjayakan matlamat ini, Kit Siang perlu menaikkan kemarahan orang Melayu sehingga mereka yang memulakan amukan. Dari apa yang dapat dilihat kini, nampaknya itulah yang Kit Siang sedang lakukan.
Kebencian terhadap orang Melayu yang disemai oleh DAP di sekolah-sekolah vernakular, di dalam akhbar-akhbar berbahasa Cina dan juga di laman-laman sosial kini telah membuahkan hasil. Api kebencian antara kaum semakin membesar. DAP pastinya tahu, bahawa jika mereka ingin mengulangi 13 Mei, maka inilah masanya.
Maka tidak hairanlah, sejurus selepas berkuasa penuh di Pulau Pinang, DAP mula menunjuk bongkak. Parti itu secara terang-terangan menindas Melayu dengan cara merampas tanah dan premis perniagaan tanpa belas kasihan. Sikap berat sebelah dipertontonkan tanpa tapisan. DAP seolah-oleh berkata 'aku berkuasa, apa yang kamu boleh buat?'
DAP memberi tekanan kepada pembeli rumah dan juga peniaga berbangsa Melayu dengan berbagai cara. Di masa yang sama, DAP mengerahkan jentera siber dan menggalakkan penyokongnya mencabar dan menghina Melayu semahu-mahunya.
Pemimpin DAP sendiri secara aktif menggunakan media sosial mereka untuk menunjuk kebencian, melabel, mengejek dan merujuk kepada pemimpin Melayu-UMNO dengan panggilan-panggilan yang buruk bagi mengundang kemarahan dan tindak balas orang-orang Melayu.
Tidak cukup dengan itu, DAP menyentuh soal agama dan cuba melaga-lagakan Kristian dengan Islam.
Semua ini dilakukan oleh secara jelas dan sengaja serta 'bersiri'.
Apabila saja terdapat tindakbalas dari orang-orang Melayu, maka DAP akan menuduh orang-orang Melayu sebagai ekstrem, radikal serta rasis. Akhir-akhir ini, Lim Kit Siang dilihat lebih 'agresif' lagi apabila hampir setiap hari beliau menulis mengenai 'kemungkinan berlakunya 13 Mei yang dimulakan oleh golongan ekstrem'.
Hakikatnya, yang ekstrem di sini adalah Kit Siang dan DAP. Kit Siang adalah ekstremis Cina yang berlindung di sebalik nama 'rakyat yang berjiwa Malaysia', walhal seluruh perjuangannya adalah untuk menghapuskan kuasa politik Melayu serta mengubah struktur Malaysia seratus peratus agar memberi kelebihan kepada kumpulan yang menguasai ekonomi negara, iaitu 'kaum Cina'.
Tuduhan Kit Siang bahawa terdapat Melayu ekstremis hanyalah untuk menutup sikap ekstremis dirinya sendiri. Jika benar Melayu itu ekstremis, tidak mungkin orang-orang Cina akan menjadi kaya kerana kuasa beli terbesar adalah di tangan Melayu. Jika benar Melayu itu ektremis dan UMNO itu tidak adil terhadap minoriti, maka Kit Siang tidak mungkin hidup dan menjadi pemimpin parti politik pada hari ini, apatah lagi bersikap celupar dan biadap menuduh itu dan ini terhadap kerajaan.
Melayu sentiasa mengajak kepada perpaduan, buktinya ialah kita sentiasa mengimpikan satu sekolah untuk semua kaum. Hanya kaum Cina sahaja yang beria-ia ingin terus terpisah dari arus pendidikan nasional.
Oleh itu, fikirkanlah sendiri, siapa yang bongkak, siapa yang rasis, siapa yang ekstremis dan siapa sebenarnya yang sedang giat berusaha untuk mengulangi 13 Mei?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Ramai yang panik seketika apabila dimaklumkan mengenai berita kononnya sebuah pesawat Air Asia AK5110 dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur telah terhempas berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA.
Ada di kalangan masyarakat yang segera membuka televisyen untuk melihat laporan berita mengenainya dan ada yang menghubungi rakan-rakan untuk kepastian. Malah ada juga yang mula sedih dan risau, kerana khuatir sekiranya ia melibatkan keluarga atau saudara terdekat yang secara kebetulan mungkin menggunakan pesawat yang sama untuk ke Kuala Lumpur.
Namun apabila diperiksa dengan pihak Perhubungan Korporat Air Asia, ternyata berita mengenainya adalah FITNAH dan PALSU. Tambah mengejutkan apabila ia disebarkan oleh wakil rakyat dari parti yang selama ini mendakwa memperjuangkan Islam.
Berita mengenainya mula disebarkan oleh Timbalan Setiausaha Agung Pas, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi melalui laman twitternya semalam yang kemudiannya turut disebarkan oleh para pengikutnya di laman sosial tersebut.
Dia yang memasukkan posting itu dalam bahasa Inggeris pada jam 111.55 malam itu mengatakan, 'Air asia AK5110 fr (from) Kota Kinabalu to Kuala Lumpur crashed a minutes ago in KLIA International Airport near Putrajaya locality. Ya Rabb'.
Paling menarik, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah turut bertanggungjawab menyebarkan berita FITNAH dan PALSU itu. Menyedari akan kesilapan yang dilakukan itu Nurul segera memadamkan tweet tersebut dan menyatakan maaf secara terbuka kerana tidak memeriksa kesahihan berita tersebut.
Namun apa yang dikesalkan ialah, sehingga artikel ini ditulis tiada sebarang kenyataan maaf dari Adun Pas itu. Seolah-olah dia langsung tidak merasa bersalah atau bertanggungjawab atau penyebaran berita FITNAH dan PALSU itu.
Ini kerana sekiranya laporan FITNAH dan PALSU ini tidak mencetuskan kekecohan ia mungkin tidak perlu dipersoalkan. Namun apabila ia disebarkan oleh mereka yang mempunyai jawatan tinggi dalam parti politik yang selama ini mendakwa memperjuangkan Islam ia perlu dipandang serius.
Ia bagi mengelakkan pandangan negatif masyarakat bukan Islam terhadap agama Islam. Paling mengecewakan apabila, ini bukanlah kali pertama Syed Azman menyebarkan fitnah dan berita palsu.
Pada 16 Mei tahun lepas, dia turut dilaporkan pernah menyebarkan satu berita palsu mengenai kenaikan harga barang yang akhirnya terbukti ia tidak berlaku. Malah Adun Batu Burok turut dikatakan menyebarkan dakyah mengenai kenaikan harga gas memasak selepas Barisan Nasional (BN) memenangi PRU-13 tahun lepas.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Pilihanraya Kecil Kajang yang bakal berlangsung bolehlah dianggap sebagai simbol kegagalan Pakatan Rakyat menterjemah demokrasi. PRK 'yang tidak perlu' itu membuktikan bahawa PR adalah sebuah parti yang tidak bertanggungjawab dan sanggup membelakangkan pilihan rakyat bagi memenuhi percaturan politik peribadi seorang pemimpin tertinggi.
Pilihanraya, tidak kira kecil atau besar, bukanlah satu perjudian atau permainan untuk merebut kuasa. Pilihanraya adalah platform bagi membolehkan pentadbiran dijalankan dengan sempurna untuk kesejahteraan rakyat.
Tindakan ADUN Kajang meletak jawatan tanpa sebab konkrit, semata-mata untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim mengatur langkah politik, secara langsung menjadikan segala slogan perjuangan PR berkenaan demokrasi, integriti, ketelusan dan kepertanggungjawaban tidak ada erti sama sekali.
PR kini tidak layak lagi bercakap mengenai nilai murni mahupun moral dalam sesebuah pentadbiran kerajaan.
Berdasarkan hakikat ini, Barisan Nasional punya pilihan untuk turut bermain permainan yang dimulakan oleh PR atau hanya menjadi pemerhati. Namun, sebagai sebuah parti yang bertanggungjawab, adalah lebih baik jika BN menjauhkan diri dan mengelak dari turut sama mempermainkan rakyat.
Antara yang dikatakan akan bertanding di Kajang ialah S Nallakaruppan di bawah tiket MIUP iaitu sebuah parti mesra BN, Yuktes Vijay iaitu bekas pembantu guaman Anwar Ibrahim dan juga seoarang calon dari MCA memandangkan Kajang merupakan kawasan 'tradisi' parti itu. Selain itu, Zaid Ibrahim juga dikhabarkan akan turut bertanding.
Yuktes dan Nalla diketahui sebagai 'menyimpan' berbagai rekod buruk mengenai Anwar. Pencalonan mereka pasti akan mendedahkan lebih banyak kisah-kisah hitam Anwar yang mungkin masih ada yang belum tahu.
Walaubagaimanapun, adalah tidak adil kepada rakyat Kajang jika PRK itu dijadikan pentas untuk Anwar bersilat menepis serangan terhadapnya. Lagipun, kita tahu bahawa sememangnya inilah yang Anwar inginkan iaitu untuk membuat persembahan pencak silat di atas pentas, mencari publisiti, menonjolkan diri dan meraih simpati.
Dalam kita melayan karenah Anwar, kita tidak harus tersasar dari objektif sesebuah PRK. Perlu diingatkan bahawa PRK bukanlah berkenaan dengan individu, tetapi berkenaan rakyat.
Yang diperjudikan di sini bukan nasib Anwar, tetapi nasib penduduk Kajang. Sedangkan Permatang Pauh juga Anwar tidak dapat memberi masa, sehinggakan terjadinya kes penemuan daging khinzir di masjid berhampiran kawasannya pun Anwar tidak mampu memberi sebarang komen, apatah lagi memulihkan ketegangan di dalam masyarakat setempat. Maka, apakah masyarakat di Kajang masih boleh mengharapkan beliau untuk memberi khidmat bakti?
Senarai calon-calon yang dikatakan akan bertanding mengukuhkan lagi pendapat bahawa PRK ini adalah mengarut sama sekali kerana jelas ia merupakan satu pertandingan yang berkisar mengenai Anwar Ibrahim semata-mata, sementara Zaid Ibrahim menempek di belakang menumpang publisiti murahan.
Jika BN turut sama 'bermain masak-masak' dengan mereka ini, maka dibimbangi lebih banyak wang rakyat yang akan dibazirkan. Untuk PRK Kajang, SPR dijangka menggunakan dana sehingga RM1.5 juta. Itu belum lagi dikira perbelanjaan untuk mengawal keadaan oleh PDRM. Sekiranya BN bertanding, maka dikhuatiri, parti akan perlu mengumumkan beberapa peruntukan baru di samping program-program kemasyaratakan bagi memenuhi aktiviti kempen. Semua ini pasti memakan belanja yang banyak.
Justeru, adalah lebih baik jika BN tidak bertanding dan membiarkan sahaja Anwar dan bekas-bekas kuncunya serta bekas sahabatnya bertanding sesama sendiri. Biarkan Anwar berhempas pulas membela diri sehingga menggadai maruah agama dan bangsa demi publisiti. BN tidak perlu merendahkah diri ke tahap PR dengan terlibat dalam pertandingan yang membazir dan mengarut ini.
Kukuhkan imej BN di mata rakyat sebagai parti yang bertanggungjawab, matang dan serius dalam menghulurkan khidmat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
You are subscribed to email updates from Taipingmali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kalau dah memang asalnya diajar bertindak atas jalan macamana pun dia nak juga kejalan juga. apa dah jadi dengan wakil kaum india... Siapa bekas di Timbalan menteri di jabatan Perdana Menteri yg membuat tunutan atau ugutan memastikan suaranya tegas dan tidak perlu dipersoalkan termasuk orang Nombor satu dalam Malaysia.
Dia nie sapa yg boleh ugut ikut suka dia, tak belajar lagi nampaknya bila sebelum nie kita tahu asal usul nya dari mana, apa dia ingat dia sorang yang ada tanggungjawab dengan rakyat. tembolok sapa yang dia nak perjuangkan. jangan jadikan terlalu mendesak dan dilihat sebagai dan semakin rasis, bukan kah budaya itu tidak ada dalam pentabiran diterajui Najib sebagai PM. apakah Budaya Ter RASA COCK pula dijadikan cara untuk memaksa...
Kenapa pula kena berdolak dalih dan nyatanya macam strategi bang non yang sudah meletakan siapa pesalah jika gagal... kenapa terlalu berani mencabar dan buat pengumuman yg mirip sebagai ugutan, kenapa tak berani buat penjelasan dengan peruntukan berjumlah RM ratusan juta yang sepatutnya melegakan kaum india dengan bantuan yg telahpun disadurkan... Bukan sahaja kemarahan kerana yg sebenarnya dia gagal selindungkan ketamakan pada diri dia kepada umum. Atau mungkin juga ada suara oder lain yg memerintah buat apa yang disenaraikan
Teman tertarik dengan komen tegas seorang sahabat dalam FB nya.. lebih telus dan terang tidak memihak. Ramesh Rao Krishnan Naidu yg cukup jelas memperlihatkan bagaimana ada agenda tersembunyi, sekali gus dia dilihat menyedarkan si Wathya Moorthy supa jangan lupa dia bukan lah veto kepada wakil kaum india, dia juga diingatkan bagaimana hilangnya USD 25,000.00 semasa dia di London?
Soalan yang perlu Dijawab oleh Wathya Moorthy --Kemana Hilang duit sumbangan Bharatiya Janta Party (BJP) yang berjumlah USD 25,000.Mana Laporan Sumbangan Awam yang dikutip sepanjang 2007 dengan alasan untuk saman kerajaan British??Bagaimana Wathyamoorthy hidiup di london selama 3 tahun dan milik siapakah pejabat ini di london?--354 High Road Tottenham London N17 9HT United Kingdom
Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan juga sebagai Menteri Belia dan Sukan juga nampaknya memang patut bersuara dengan tingkah laku Moorthy... bukan setakat itu sepatutnya tahniahkan dia bila undur diri... setidak-tidaknya jangan bagi ruang anak murid bang non nie...
Khairy Jamaluddin mengesahkan bahawa Waythamoorthy telah membuat tuntutan dalam jumlah yang besar terus ke bawah namanya... (KLIK)
"Waythamoorthy ingin mengawal semua transaksi kewangan dan membelakangi kementerian-kementerian dan agensi kerajaan. Kerajaan tidak beroperasi sebegini. Apabila beliau tidak mendapat perkara tersebut, beliau berhenti dan menyalahkan Perdana Menteri," katanya dalam akaun Twitternya hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Waythamoorthy hari ini yang mengambil jalan mudah menyalahkan kerajaan terhadap kemunduran masyarakat India di negara ini.
Meskipun pelantikannya sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebelum ini disifatkan pelbagai pihak sebagai sia-sia, Waythamoorthy tetap berusaha menegakkan benang basah apabila mendesak Perdana Menteri pula meletakkan jawatan.
Jadi tak payah lah nak layan dengan satu lagi rahmat dan petunjuk yg jelas kita tau tak guna simpan dan tak ada untungnya walaupun sekupang dua kalau dilayan. podahhh berhincitlah ko lagi baik...
You are subscribed to email updates from SEKUPANGDUA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Anwar mengadakan sidang akhbar di pejabat PKR pagi semalam berkenaan isu muflis dan tujuh isu tempatan Kajang. Bersamanya adalah Pengarah Strategik PKR merangkap Ahli Parlimen POndan cabut lari, Rafizi Ramli.
Sebelum Unspinners beri komen, kita beri peluang untuk point Anwar yang pastinya hasil usaha Rafizi diketahui kerana berusaha mereka mengumpul maklumat.
Menurut Anwar, statistik Jabatan Insolvensi Malaysia menunjukkan sejak bulan Jan hingga Sept 2013 seramai 16,306 org diisytiharkan muflis dengan purata 1,812 sebulan. Turut dinyatakan sepanjang tempoh tersebut juga 27,432 petisyen kebankrapan telah difailkan di mahkamah.
Pasti pandangan pertama mengejutkan. Sukalah Anwar main gempaq gempaq ni...
Bagi tahun 2012, sejumlah 19,575 telah diisytiharkan muflis dengan purata 1, 631 setiap bulan. Jika dibandingkan dengan bulan Jan hingga Sept 2013 ialah sebanyak 1,812 adalah 11% lebih tinggi berbanding kadar bulanan 2012 iaitu 1,631.
Menjangkakan jika data keseluruhan bagi tahun 2013 dikeluarkan, kes muflis akan lebih daripada 20,000 kes.
Peh ... hebat ... pandai Anwar Matematik untuk buat projeksi.
Berdasarkan point pertama, Anwar kata kenaikkan muflis itu adalah akibat kenaikan harga barang, kos sara hidup dan kesan daripada pengurangan subsidi. Hmm ... statistik anwar ada ke kasi profil akan mereka yang muflis ini? Muda ke atau tua?
Adakah muflis sebab harga barang naik atau berbelanja boros? Apa yang dibelanjakan hingga sampai muflis?
Orang kalau nak muflis ada kemungkinan akibat berniaga. Mana data Anwar? Ada mungkin sebab kredit kad... mana data kredit kad???? Patut tunjuk sekali data. Sambung lagi ...
Anwar menyatakan fenomena muflis bukan hanya tertumpu di Semenanjung Malaysia tetapi juga di Sabah dan Sarawak terutama di kawasan bandar. Dia merujuk pada kenyataan Dato Nancy Shukri - Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Di Kuching ada 6,925 kes, Miri ada 4,058 kes dan Sibu 2,557 kes.
Adakah ia menjawab isu yang ditmbulkan Unspinners di atas?
Kata Anwar lagi, berdasarkan statistik Jabatan Insolvensi Malaysia bagi tahun 2012, pecahan bagi kaum adalah Melayu - 48.8% , Cina - 33.2% dan India - 14.1%.
Yang mengejutkan Anwar pula adalah sebanyak 4,100 iaitu 21% adalah yang berumur bawah 34 tahun. Antara penyebab muflis adalah kegagalan membayar pinjaman kenderaan, perumahan dan kad kredit.
Cuba fikir macam mana orang berumur bawah 34 tahun paling banyak bankrup degan tanggungjawab kurang dan masih mulakan hidup boleh bankrup? Apa sebabnya???
Dari faktor utama muflis, mana dia yang kata disebabkan "kenaikan harga barang, kos sara hidup dan kesan daripada pengurangan subsidi"?
Mudah dijawab kan???
Tambah lagi Anwar, kenyataan Bank Negara Malaysia pada tahun 2013, bank bank di Malaysia mencatatkan jumlah tertinggi sejak tahun 2006 untuk pinjaman peribadi iaitu RM 139 Billion dan kad kredit RM 124 Billion berbanding dengan tahun 2012 iaitu RM 124 Billion bagi pinjaman peribadi dan RM 67 Billion utk kad kredit.
Salah Bank dan polisi kerajaanlah maksud Anwar.
Bank menawarkan tapi kenapa pergi ambil pinjaman tapi tak bayar dan kad kredit banyak-banyak. Tambah lagi banyak pekerjaan dah tak tetap tapi dok on contract basis. Dari situ semua, pelik dan hairan tapi Anwar boleh rumuskan bahawa rakyat Malaysia terutama kaum Melayu berhadapan dgn kesempitan kewangan.
Kata tak main isu-isu Melayu, tapi kenapa untuk Kajang tiimbul isu Melayu?
Dah tahu Melayu ada banyak masaalah tappi Anwar juga yang kata "Anak CIna anak saya, Anak India anak saya ... " dan anak Melayu last sekali. Dia juga yang biar saja DAP balun kerajaan pusat setiap kali buat program untuk bantu Melayu dan Bumiputera serta India. Sebab Anwar lah DAP Cina dibiar memonopoli ekonomi saja hingga bangsa lain merana dan melarat.
Kenapa Anwar timbulkan masaalah Melayu jika tidak untuk memenangi undi 48% Melayu di Kajang?
Akibat kenaikkan kos sara hidup yang lebih tinggi daripada kadar pendapatan mengakibatkan rakyat terpaksa menampung perbelanjaan harian melalui pinjaman peribadi atau kad kredit yg mendedahkan kepada risiko muflis kerana terdedah kepada kadar faedah yg tinggi.
Anwar kata penambahan pinjaman adalah disebabkan penyusutan pendapatan lebihan akibat kenaikan kos sara hidup dan bukannya disebabkan kegagalan rakyat menguruskan kewangan peribadi.
La ... ke situ pulak konar dia ... bukanlah sebab langsung tapi sebab musabab hasiil pandai spin ... hehehe
Akibat politik drujana Anwar Cina tak beri Melayu kerja. Cina diskriminasi kaum-kaum lain tapi Anwar kata biarkan biarkan biarkan ... pasal nak sokongan penuh Cina!!!
Kes muflis Anwar blame kenaikan harga barang tapi dia lupa sikap boros dan berbelanja besar melampaui income juga boleh menyebabkan seseorang itu muflis.
Inilah Penasihat Ekonomi Selangor yang pass Pengajian Melayu lepas repeat berapa kali. Buat pengajian Meayu pun repeat keh keh keh ....
Punahsihat Selangor yang inginkan jawatan MB Selangor turut menyeut tujuh kutamaan setempat Kajang yang bakal diberi perhatian khusus lepas dia mendengar sendiri permasalahan penduduk Kajang hasil kajiselidik dengan pengundi berdaftar di Kajang bagi kenal pasti isu isu setempat.
Katanya tiga isu utama yang memerlukan perhatian di Kajang adalah isu keselamatan penduduk akibat jenayah yang semakin meningkat, isu masalah kesesakan trafik dan isu soal kebersihan setempat dan kesihatan.
Macam mana nak banteras jenayah jika lawyer PKR dan Hindraf dok pertahan dan bela melebih-lebih penjenayah? Pakarnya adalah lawyer PKR Latheefa Koya dan Naib Presiden PKR N Surendran.
Isu masaalah trafik? Nak berapa banyak lagi highway kerajaan nak bina untuk larikan trafik dari Kajang? Bandar Kajang terlalu kecil dan tidak ada kawasan. Pembangunan luar pekan dah pesat tapi kalau pekan diroboh nanti marah tak DAP CIna? Cuba Anwar beri solution... Masuk akal tak solution bakal MB????
Soal kebersihan tempatan dan kesihatan? Mana majlis tempatan bawah kerajaan negeri??? Macam mana nak selesai jika kerajaan negeri tak mahu keluarkan duit dan nak rizab sampai RM4 billion?
Belum cerita jalan teruk lagi akibat negeri tak keluarkan duit yang dah diperuntukan untuk baiki jalan?????eri
Senarai tujuh adalah:
(a) Keselamatan dan Jenayah - 42%. (b) Kesesakan trafik - 38% (c) Pengurusan sampah dan kebersihan - 30% (d) Masalah Sosial -20 % (e) Bantuan kepada keluarga berpendapatan rendah -16 % (f) Pengurusan gerai penjaja dan peniaga kecil - 12 %. (g) Perkhidmatan Majlis Perbandaran Kajang - 11 %.
Hampir semua melibatkan kerajaan negeri. Anwar tibai Khalid ke kerajaan pusat??? Kah kah kah ....
Apa punya bengong si Penasihat Rafizi? Cara Rafizi ini semua ...Akhirnya Anwar kelihatan bodoh, Khalid dipersalahkan ... hanya memalitkan muka anwar dan kerajaan negeri.
Dah berkali-kali diberitahu Selangor bakal berhadapan dengan masaalah air tapi kerajaan Selangor pmpinan Tan Sri Khalid Ibrahim yang asyik dok simpan duiit tak mahu belanja untuk keselesaan rakyat dan Penasihat yang sanggup menyusahkan rakyat mahu main politik.
Ditahan pembinaan loji sungai langat 2 dan dibuat macam-macam helah untuk mainkan isu air dan ukan untuk selesaikan masaalah air. Pakar kata Selangor akan berahdapan dengan masaalah air jika loji langat tak dibina dua tahun lepas.
Tapi mereka buat macam-macam helah politik. Tersirat niat agar kroni mereka yang dapat kontrak pembinaan.
Kalau pemimpin kerajaan persekutuan dikatakan bohong dan pegawai kerajaan dan pakar dari kementeriaan diperlekehkan dengan pakar-pakar palsu yang andaian dan penafian tanpa punya maklumat lengkap, kini pakar jurutera yang profesyenal dan tidak berparti politik berkata.
Baik Khalid baik Anwar ... sama saja tak boleh diharapkan untuk selesai masaalah negeri pasal POLITIK DIUTAMAKAN RAKYAT DIPERBODOHKAN
Pengerusi Barisan Bertindak Hak- Hak Hindu (Hindraf), P. Waythamoorthy dibidas berikutan tindakannya menuding jari kepada kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya gagal melakukan perubahan terhadap masyarakat India di negara ini.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, Waythamoorthy sebaliknya perlu menyalahkan dirinya sendiri kerana gagal bekerja sebagai satu pasukan dan tidak efektif dalam membawa perjuangannya ketika diberi peluang menganggotai Kabinet.
Khairy mendedahkan, bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu bertindak menuntut kesemua bajet kerajaan melibatkan masyarakat India untuk diletakkan di bawah kawalannya.
"Waythamoorthy ingin mengawal semua transaksi kewangan dan membelakangi kementerian-kementerian dan agensi kerajaan. Kerajaan tidak beroperasi sebegini. Apabila beliau tidak mendapat perkara tersebut, beliau berhenti dan menyalahkan Perdana Menteri," katanya dalam akaun Twitternya hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Waythamoorthy hari ini yang mengambil jalan mudah menyalahkan kerajaan terhadap kemunduran masyarakat India di negara ini.
Meskipun pelantikannya sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebelum ini disifatkan pelbagai pihak sebagai sia-sia, Waythamoorthy tetap berusaha menegakkan benang basah apabila mendesak Perdana Menteri pula meletakkan jawatan.
Mengulas lanjut, Khairy yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO menegaskan, semua perkara yang dikemukakan Waythamoorthy kepada Perdana Menteri selama ini telah diselesaikan termasuk isu perumahan masyarakat India.
Beliau menambah, walaupun tanpa Waythamoorthy, kerajaan tetap komited dalam memajukan masyarakat India dan menyelesaikan isu-isu kaum tersebut termasuk pendidikan dan kemiskinan.
"Saya tahu Waythamoorthy tidak mahu perkara ini didedahkan tetapi apabila dia menyalahkan Perdana Menteri secara tidak adil, saya tiada pilihan. Ini adalah tanggungjawab bersama Kabinet," katanya.
Dalam sidang akhbar di sini, Waythamoorthy terus memainkan sentimen kononnya Najib enggan bekerjasama dengannya dalam usaha meningkatkan kebajikan kaum India, namun pada masa sama mengakui Perdana Menteri memberi peluang kepadanya mengutarakan cadangan sejak lapan bulan lalu melalui lebih 16 siri pertemuan.
Apa yang menimbulkan tanda tanya, Waythamoorthy seolah-olah 'baling batu sembunyi tangan' apabila menegah pemberita daripada bertanya sebarang soalan menyebabkan sidang akhbar itu menjadi berat sebelah dan 'syok sendiri'.
Tindakan yang tidak demokratik itu memaksa beberapa pemberita mendapatkan beliau selepas sidang akhbar tersebut namun kecewa apabila Waythamoorthy tetap enggan menjawab sebarang soalan.
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim tidak layak menjadi Menteri Besar Selangor kerana perjuangan Anwar hanyalah untuk menjadi perdana menteri, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Saya fikir dia (Anwar) tak layak (jadi Menteri Besar), dia tubuh satu parti semata-mata untuk nak tentukan dia jadi perdana menteri, bukan nak berjuang untuk bangsa, agama dan tanah air.
"Di mana-mana dia berjuang pun cuma untuk jadi perdana menteri, masuk dalam Umno (dulu) pun pasal nak jadi perdana menteri, bukan nak berjuang untuk Umno," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Kursi Keamanan Global Tun Mahathir Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini, hari ini.
Turut hadir Presiden UIAM Tan Sri Dr Rais Yatim.
Dr Mahathir, yang juga Presiden PGPF, berkata beliau juga 'takut' rakyat Selangor tidak akan selamat jika Anwar menjadi Menteri Besar negeri itu.
"Sudah tentulah saya berasa takut sebab rakyat tidak akan selamat, kakitangan tidak akan selamat dengan kehadirannya, anda lihat apa yang berlaku kepada kakitangannya? Dia akan lebih dipengaruhi kebebasan untuk berbuat apa yang disukainya.
"Dia fikir sebagai perdana menteri, mungkin dia tidak dapat disentuh undang-undang, anda bukan tidak dapat disentuh undang-undang, jika anda melakukan perbuatan yang salah, (atau jika) anda tidak bermoral, kerajaan akan mengambil tindakan ke atas anda," katanya.
Anwar yang mengumumkan bertanding pada PRK Dun Kajang, 23 Mac ini - dikatakan akan mengambil alih jawatan menteri besar Selangor jika memenangi PRK itu.
Sementara itu, Dr Mahathir menafikan dakwaan bahawa beliau bersifat anti-hadis hanya kerana beliau merasmikan sebuah seminar berkaitan karyawan dan bekas aktivis politik, Kassim Ahmad, yang sering dilabel sebagai orang yang tidak percaya kepada hadis.
"Saya pun dilabel sebagai anti-Cina, rasis dan macam-macam walaupun saya berkata perkara yang benar. Jadi inilah apa yang dialami Kassim, apa saja dia perjelas pun (dianggap) anti-hadis.
"Saya tak fikir Kassim anti-hadis, dia macam orang Islam lain," katanya.
Ditanya tentang permintaan kerajaan negeri Johor supaya kerajaan Pusat membincangkan tentang harga air mentah yang dibekalkan kepada Singapura dalam mesyuarat bersama kedua-dua negara pada masa depan, Dr Mahathir berkata harga air mentah itu patut dinaikkan.
"Jika mereka tidak menaikkan harga air, maka mereka sudah tentu begitu rugi sekali, sebab mereka tidak memperoleh apa-apa pun," katanya.
Mengikut perjanjian yang ditandatangani pada 1961 dan 1962, Public Utilities Board (PUB) Singapura membeli air mentah daripada Johor pada kadar tiga sen bagi setiap 1,000 gelen.
Singapura sebaliknya menjual air terawat kepada Johor pada kadar harga 50 sen bagi setiap 1,000 gelen.
Terdahulu, Rais yang melancarkan Kursi Keamanan Global Tun Mahathir, berkata Kursi itu akan menyediakan wadah untuk memperluaskan pengetahuan, pengalaman amali dan kecekapan bagi cendekiawan serta pengamal, yang terlibat dalam pembinaan keamanan dan bantuan kemanusiaan.
"Kursi itu akan turut memberi tumpuan kepada penyelidikan khusus ke atas keamanan global merangkumi aspek dasar dan perundangan, selain isu berkaitan jenayah perang," katanya.
Profesor Johan Galtung, yang diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai 'bapa Kajian Keamanan' diumumkan sebagai penyandang pertama Kursi itu pada majlis berkenaan. - Bernama
Suara Politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melarang semua kerabat Diraja Selangor daripada campur tangan, melibatkan diri atau membiarkan mana-mana pihak menggunakan kedudukan mereka untuk kepentingan mana-mana parti politik dalam PRK Dun Kajang.
Menerusi satu kenyataan media oleh Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Muhamad Munir Bani, baginda berharap semua parti dan ahli politik tidak mengaitkan pihak istana dalam kempen pilihan raya kecil itu.
"Titah larangan ini dikeluarkan berikutan terdapatnya laporan akhbar sama ada di media cetak atau media elektronik beserta gambar pemimpin parti tertentu bersama dengan ahli Kerabat Diraja Selangor dengan komen yang mempamerkan kononnya penglibatan ahli Kerabat Diraja Selangor dalam kempen pilihan raya berkenaan.
"Titah ini dikeluarkan bagi mengelakkan sebarang persepsi negatif rakyat mengenai penglibatan pihak istana dalam arena politik yang seharusnya tidak berlaku dan perlu dielakkan," ujarnya.
Baginda tambahnya turut menegaskan bahawa pihak istana akan kekal sebagai satu institusi bebas yang tidak condong kepada mana-mana parti politik dan hanya berlandaskan kepada peruntukan undang-undang serta kuasa yang termaktub di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 dan undang-undang yang berkaitan.
PRK Dun Kajang akan diadakan pada 23 Mac depan ekoran pengosongan jawatan itu oleh penyandangnya, Lee Chin Cheh, bulan lalu.
Wasabi Oyabun..
You are subscribed to email updates from Oyabun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kajang adalah markas dong jio zong dan dong zhong, kolej new era adalah tempat mereka mengkaderkan anak-anak muda cina supaya membeci kerajaan melayu umno/bn...
Ingat lagi tak 83 perkara tuntutan suqiu? tidak satu pun dalam 83 tuntutan itu menguntungkan umat Islam dan orang melayu, dikatakan di kolej itulah tuntutan itu di meterai bersama-sama dengan 11 pertubuhan cina yang lain...
Mereka juga pernah menuntut supaya kerajaan melalui kementerian pelajaran mengiktiraf peperiksaan UEC yang mereka reka sendiri, dengan memberikan laluan terus kepada pelajar yang memiliki sijil itu masuk ke ipta walaupun ada di antara pelajar itu
tidak fasih dan tahu menulis dalam bahasa kebangsaan...
Kolej new era di jalan bukit, kajang..
Kini sempena prk kajang, mereka membuat tuntutan lagi kepada kerajaan, 100 ekar tanah di sepang untuk di bangunkan kampus baru kolej new era...
Apa istimewanya kampus itu kepada rakyat?
Apa menafaatnya kolej itu kepada orang melayu?
Apa hebatkah sangat mereka menuntut tanah sebesar itu dari kerajaan untuk membina sebuah kolej yang hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja?
Adakah demi undi orang cina kepada bn di prk kajang, najib akan menunaikan tuntutan dong zhong?
Kita tunggu dan lihat...
Ingatlah... najib nyaris-nyaris menjadi ketua pembangkang kerana tsunami CINA...
This is why I don't donate to the so called "Pusat Tahfiz Amal" anymore. Dah lama dah tak bagi. Nampak gaya macam kita bagi amal dekat orang tua kutuk ni je.
Orang dia dimana-mana. Stesen minyak, kedai makan, buat muka kesian mintak sumbangan "ikhlas" katanya. Bila bagi seringgit tarik muka... Ambik duit dengan biadap tak pandang kita pun pastu terus blah. Mana akhlakmu? Kata ikhlas?
Kalau tak bagi lagi teruk... Membebel sorang-sorang. Siap ada kawan cerita budak-budak tu siap menjerit "arrgggh!!! Kenapa dengan hari ini ni!!!". Macam stress tak dapat collection bagus. Mesti budak tu dapat tekanan dari orang atas. Kesian budak-budak tu.
Mereka sewenang-wenangnya menggunakan kanak-kanak. Ada kalanya sampai lewat malam masih berpeleseran tanpa pengawasan orang dewasa dekat restoran, stesen minyak, tepi-tepi jalan cari derma. Apalah agaknya nasib budak tu. Tak sekolah ke? Bila masa dia mengaji dan menghafaz? Pernah ada seorang hamba Allah soal mereka dengan memberi ayat lazim pun tak hafal. Kata tahfiz.
Agaknya dalam ribuan kanak-kanak yang dipergunakan sampai lewat malam tanpa pengawasan tu ada tak sorang yang diculik ke? Diperlakukan tak senonoh ke..? Orang jahat kan ramai kat luar sana. Nauzubillahiminzalik.
Kalau kita kesian dengan mereka (budak-budak tu) jangan bagi duit. Duit belanja pun jangan (sebab ketua diorang mesti akan check satu-satu). Jangan bagi apa-apa. Semoga dengan itu dengan sendirinya sindiket ini STOP. Nak bagi derma sebab kesian pada mereka, bagilah makanan atau apa-apa selain duit.
Macam mana nak kenal mereka? Selalunya mereka bersongkok (yang lelaki) dan bawak beg sandang. Yang lelaki ni target restoran, yang budak perempuan pulak duduk dekat pam-pam minyak berbaju kurung. Yang pastinya mereka akan gunakan resit "Pusat Tahfiz Amal". Please jangan bagi apa-apa. Post ini bukan nak menghasut supaya jangan sedekah.. tapi supaya sindiket ni tak berkembang biak. Kena jadi kejam sikit untuk stop orang tua ni.
Merosakkan nama institusi tahfiz je. Memalukan dan membusukkan nama Islam. Orang bukan Islam akan nampak Islam ni macam lekeh sangat. This needs to stop. Please.. Share this and help educate people. SUMBER
Semua pasti terkejut dengan cerita hangat seorang isteri yang sebelum ini sering digambarkan bersama keluarga bahagia dan gembira, secara tiba-tiba memohon cerai. Tapi iniah hakikatnya, setakat ini belum ada cerita yang paling tepat dengan keadaan yang sebenar menurut sumber langsung dari istana bukit segambut ini;
Apabila seorang isteri yang sudah nekad untuk memohon cerai melalui sistem mahkamah, pastinya keinginan untuk bercerai telah sampai ke tahap yang tidak boleh dibendung lagi. Tambahan pula, jika isteri tersebut mempunyai banyak risiko untuk digadaikan. Isteri ini bukan calang-calang wanita dan ibu, tetapi bakal hilang karier politiknya, malah bakal mengganggu gugat perjuangan keluarganya. Menurut khabar dan sumber rapat si isteri ini, dia telah merayu dengan baik untuk dilepaskan sebelum anak pertama mereka lagi. Tetapi ego si suami terus mahu memenjara ibu ini ke dalam belenggu yang tiada kesudahan.Malah selepas dikurniakan anak pertama dan kedua si isteri masih memohon dilepaskan. Kisah ini juga disahkan daripada kawan-kawan sekerja si suami. Benarlah, hati tidak boleh dipaksa.
Apabila si isteri di tuduh dengan pensyarah, si suami tidur, membisu tidak melakukan apa-apa tindakan untuk melindunginya. Di manakah si suami ketika isterinya memerlukan pembelaan? Mungkin kerana saiz suami yang kecil membuatkan keberaniaannya tidak cukup jantan. Bagaimana tidaknya, selepas 10 tahun berumah tangga mereka masih duduk di rumah bapa mertua. Kos hidup percuma. Tidak perlu fikirkan bil apa-apa pun. Ceritanya, semuanya di tanggung samada oleh si isteri atau pun bapa mertua. Si isteri menggunakan duit sendiri untuk menanggung semua kos membesarkan anak. Suami manapun pasti tidak akan melepaskan isteri dengan faedah sebegini. Malah, si isteri banyak ke luar negara urusan kerja, si suami dapat melancung percuma, dapat makan dengan pembesar-pembesar. Manusia mana yang mahu melepaskan nikmat percuma seperti ini?
Gambar Hiasan : Che Gu Bard dan Rakannya
Paling sedih dan menyayat hati ada sumber rapat istana bukit segambut mengatakan si suami mengugut si isteri dan berjanji akan memastikan nama isteri tercemar jika tuntutan cerai terus dibuat. Malah, si suami khabarnya akan pastikan hak penjagaan anak tidak akan diberikan kepada isteri. Pastilah si isteri takut. Si suami menggunakan kaedah ini untuk memastikan si isteri terus akur dan tetap dalam perkahwinan. Si isteri tidak sanggup lagi terperangkap dengan ugutan dan mengorak langkah, mengambil risiko kehilangan karier politik serta risiko kehilangan hak penjagaan anak. Dengar nya ayat dari si suami kepada si isteri, "You file divorce, I will destroy you." Kejam!
Isteri jika sudah sampai ke mahkamah tuntut cerai, jika mereka yang faham agama pasti mengerti bahawa adalah haram bagi suami tidak membenarkannya. Mengapa perlu sampai ke mahkamah? Suami sepatutnya memberikan lafaz dengan cara baik, tidak perlukan media dan sensasi serta selesaikan di luar sahaja. Cukuplah malukan isteri. Si isteri harapan rakyat untuk negara, berikanlah ketenteraman peribadi kepadanya. Cukuplah seumur hidupnya berjuang untuk bapa nya. Masa kamu sudah tamat. Lepaskanlah isteri dengan cara baik. Jangan seksa mentalnya lagi.
Jika tak sanggup kehilangan semua, pasti ramai di luar boleh menjamin kehidupan kamu. Tetapi itulah, sumbernya si suami bekerja lumayan dengan gaji yang besar sebagai profesional di tengah pusat Kuala Lumpur. Apalah susahnya sangat, muka tampan, pasti ramai gadis lain yang lebih sesuai dengan si suami yang boleh dijadikan hambanya.
PKR Patut Dedahkan Butir-butir Pertemuan Mereka Dengan UMNO Di London
Pada 12 Februari 2014, Ulama tersohor dunia Dr. Yusuf Al-Qaradawi mengutus surat penghargaan kepada DS Najib atas sumbangan kepada kesejahteraan dunia Islam khususnya di Palestin, selatan Thailand, selatan Filipina, masalah Rohingya serta isu-isu berkaitan kesejahteraan umat Islam di negara Syria dan Mesir.
Kemudian pada 13 Februari 2014, DS Najib meluangkan masa kira-kira 3 jam di Masjid Wilayah Kuala Lumpur. Dengan penuh rendah diri dan penyerahan yang tulus kepada Allah SWT, orang ramai bersama-sama beliau membaca surah Yasin, bersolat jamaah, mendengar ceramah agama dan seterusnya merapatkan silaturrahim.
Manakala pada 16 Februari 2014, DS Anwar Ibrahim yang akan bertanding di Kajang dalam Pilihanraya Kecil telah membuat lawatan dan ucapan di Gereja Holy Family untuk tujuan meraih sokongan masyarakat penganut Kristian di Kajang.
Kita harus faham, persaingan politik mereka di atas bukanlah suatu pergaduhan peribadi. DS Najib dan DS Anwar tidak ada permusuhan peribadi, malah mereka berdua boleh sahaja duduk bersama, minum bersama, berborak berdua dan bergambar bersama-sama.
Dalam hal yang lain, Ketua Pemuda PAS (YB Ustaz Nashruddin Hassan Tantawi) menulis dalam statusnya baru-baru ini, "Namun pendedahan itu tidak menyenaraikan secara penuh individu yang terlibat. Iaitu nama Saifudin Nasution sengaja dicicirkan dari berita tersebut sedangkan sebelum tiba individu yang disenaraikan olehTMI, Sdr Saifudin Nasution telah sedia berada di dalam bilik hotel tersebut bersama Dato' Zahid Hamidi di London. Saya difahamkan pada mulanya Tuan Guru Presiden turut disarankan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim agar pergi bertemu Dato Zahid Hamidi di London kerana menurut Dato Seri Anwar, ada beberapa perkara yang akan diperkatakan oleh Dato Zahid Hamidi. Namun Tuan Guru Presiden menguzurkan diri dari menghadiri pertemuan tersebut dan saya jangka ini adalah langkah Tuan Guru Presiden yang sangat berhati – hati setelah menelan pengalaman getir menangani isu Unity Government sebelum ini".
Selanjutnya Ketua Pemuda PAS menambah,"Saya tidak mahu ianya ditolak mentah – mentah sebagaimana berlaku penolakan terhadap Unity Government pada 5 tahun yang lalu. Sementelah saya juga tidak mahu ianya diterima bulat – bulat hanya kerana ia datang dari Dato Seri Anwar Ibrahim tanpa melalui proses kajian, penelitian, perbahasan dan konsensus sesama parti – parti kompenan Pakatan Rakyat terlebih dahulu" .
Bagi saya, PKR perlu mendedahkan butir-butir perjanjian (penawaran dan permintaan) jika ada, atau konsensus yang dibicarakan ketika perjumpaan di London itu, memandangkan Presiden PAS Tuan Guru HJ. Hadi Awang telah menyuarakan dengan ikhlas supaya terma-terma konsensus nasional itu diperincikan.
Pertemuan di London itu adalah sangat penting kerana di pihak PAS idea "Unity Goverment" yang dibawa oleh Tuan Guru Hj Hadi Awang telah ditolak awal. Kini atas nama 'konsensus nasional' pula didatangkan oleh DS Anwar Ibrahim dengan matlamat yang hampir-hampir serupa.
Manakala di pihak DS Najib telah menyatakan dengan jelas maksud 'National Reconciliation' di sini.
Sama ada "Unity Government", "Konsensus Nasional" atau pun "National Reconciliation" semua pihak hendaklah ikhlas dan jujur.
Rakyat tidak boleh dijadikan bahan ujikaji, kerana kesannya akan diterima oleh rakyat juga. Pertemuan di London bukanlah rahsia lagi kerana sudah banyak didedahkan oleh portal dan blog, cuma ianya samar-samar dan tidak jelas.
Oleh kerana DS Anwar akan bertanding di Kajang, seeloknya pihak PKR menjelaskan butir-butir pertemuan itu. Saya pasti pihak DAP pun mahu tahu, dan sudah tentu ahli-ahli PAS dan UMNO juga mahu tahu.
Baca lengkap di http://merdeka-online.com/home/pkr-patut-dedahkan-butir-butir-pertemuan-mereka-dengan-umno-di-london/
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (ASWAJA), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan PAS mengecam kenyataan yang dikeluarkan oleh intelektual Melayu Dr Kassim Ahmad dalam satu seminar yang diadakan di Putrajaya pada Ahad.
Presiden ASWAJA, Zamihan Mat Zin berkata, kenyataan Kassim berhubung pendewaan terhadap Nabi Muhammad, ingin mentafsirkan semula al-Quran dan mengkritik "kasta paderi" dalam Islam boleh mendorong kepada kemurtadan.
"Semua kenyataan ini menjadikan beliau (murtad) terkeluar dari Islam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kenyataan-kenyataan Kassim itu tegas Zamihan, merendahkan martabat Nabi Muhammad, tidak masuk akal dan biadab.
Zamihan turut menggesa pihak berkuasa agama menyiasat kenyataan itu supaya ia tidak meresahkan umat Islam negara ini.
"Pihak ASWAJA bersedia untuk bermuzakarah dengan beliau berkaitan isu-isu kontroversi yang dicetuskannya pada bila-bila masa sahaja.
"Tindakan ini bertujuan supaya Kassim sedar kesilapannya dan kembali ke jalan yang benar," kata beliau.
Kassim dilaporkan antaranya mengkritik "kasta paderi" yang dipanggil ulama, pendewaan terhadap Nabi Muhammad dan berkata rambut bukan aurat wanita.
Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Satu Penilaian turut dihadiri oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sementara itu, Perkasa mendesak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) agar mengambil tindakan terhadap Kassim.
Presiden Perkasa, datuk Ibrahim Ali menegaskan kenyataan yang dibuat Kassim itu sangat serius dan boleh menggelirukan umat Islam di Malaysia.
"Memang jika benar Kasim berkata demikian, ia satu keceluparan yang dahsyat, wajar di ambil tindakan kerana ia menghina Islam (menghina Allah), mencabar Majlis Raja-Raja Melayu serta kesannya boleh mengelirukan kefahaman terhadap Islam," katanya dalam satu kenyataan petang ini.
Manakala PAS juga turut mendesak supaya Kassim diambil tindakan undang-undang kerana ia merupakan satu kesalahan serius.
Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar, kenyataan yang dibuat Kasim itu bukan hanya mencabul dan mencabar Majlis Raja-Raja Melayu tetapi turut menghina masyarakat Islam secara keseluruhan.
Ramai yang panik seketika apabila dimaklumkan mengenai berita kononnya sebuah pesawat Air Asia AK5110 dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur telah terhempas berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA.
Ada di kalangan masyarakat yang segera membuka televisyen untuk melihat laporan berita mengenainya dan ada yang menghubungi rakan-rakan untuk kepastian. Malah ada juga yang mula sedih dan risau, kerana khuatir sekiranya ia melibatkan keluarga atau saudara terdekat yang secara kebetulan mungkin menggunakan pesawat yang sama untuk ke Kuala Lumpur.
Namun apabila diperiksa dengan pihak Perhubungan Korporat Air Asia, ternyata berita mengenainya adalah FITNAH dan PALSU. Tambah mengejutkan apabila ia disebarkan oleh wakil rakyat dari parti yang selama ini mendakwa memperjuangkan Islam.
Berita mengenainya mula disebarkan oleh Timbalan Setiausaha Agung Pas, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi melalui laman twitternya semalam yang kemudiannya turut disebarkan oleh para pengikutnya di laman sosial tersebut.
Dia yang memasukkan posting itu dalam bahasa Inggeris pada jam 111.55 malam itu mengatakan, 'Air asia AK5110 fr (from) Kota Kinabalu to Kuala Lumpur crashed a minutes ago in KLIA International Airport near Putrajaya locality. Ya Rabb'.
Paling menarik, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah turut bertanggungjawab menyebarkan berita FITNAH dan PALSU itu. Menyedari akan kesilapan yang dilakukan itu Nurul segera memadamkan tweet tersebut dan menyatakan maaf secara terbuka kerana tidak memeriksa kesahihan berita tersebut.
Namun apa yang dikesalkan ialah, sehingga artikel ini ditulis tiada sebarang kenyataan maaf dari Adun Pas itu. Seolah-olah dia langsung tidak merasa bersalah atau bertanggungjawab atau penyebaran berita FITNAH dan PALSU itu.
Ini kerana sekiranya laporan FITNAH dan PALSU ini tidak mencetuskan kekecohan ia mungkin tidak perlu dipersoalkan. Namun apabila ia disebarkan oleh mereka yang mempunyai jawatan tinggi dalam parti politik yang selama ini mendakwa memperjuangkan Islam ia perlu dipandang serius.
Ia bagi mengelakkan pandangan negatif masyarakat bukan Islam terhadap agama Islam. Paling mengecewakan apabila, ini bukanlah kali pertama Syed Azman menyebarkan fitnah dan berita palsu.
Pada 16 Mei tahun lepas, dia turut dilaporkan pernah menyebarkan satu berita palsu mengenai kenaikan harga barang yang akhirnya terbukti ia tidak berlaku. Malah Adun Batu Burok turut dikatakan menyebarkan dakyah mengenai kenaikan harga gas memasak selepas Barisan Nasional (BN) memenangi PRU-13 tahun lepas.
Waytha Moorthy dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 6 Jun 2013. Tidak sampai setahun selepas itu, Waytha letak jawatan. Berdasarkan KPI, Waytha boleh dianggap gagal. Bila seseorang itu diberikan tempat dan kuasa untuk laksanakan tanggungjawab, kita akan akan tahu kebolehan sebenar yang ada pada dirinya.
Semua pihak menyifatkan tindakan Waytha itu tidak akan jejaskan usaha kerajaan untuk terus membantu kaum India (baca sini). Pelantikan Waytha sebagai Timbalan Menteri adalah merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk menjalin kolaborasi dengan Hindraf dalam menyelesaikan isu isu berbangkit kaum India. Namun Waytha gagal untuk laksanakan tugas tersebut. Waytha gagal mengadaptasi sistem yang ada dalam kerajaan, paling ketara adalah permohonan tidak masuk akal Waytha untuk meminta 50 orang pegawai di pejabatnya dengan peruntukan sebanyak RM4 bilion. Tuntutan yang tidak logik, sama seperti tuntutan Hindraf pada kerajaan pada November 2007.
Kerajaan sebenarnya telah menyalurkan dana hampir RM500 juta untuk membantu orang India. Malah antara 2008 hingga 2011 sahaja menerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) kerajaan salurkan bantuan RM34.5 juta.
Secara keseluruhan, sejumlah RM750 juta telah disalurkan kepada kaum India di seluruh negara bagi membantu menyelesaikan isu isu berbangkit tentang kaum India. Sewajarnya Waytha menggunakan kedudukan yang diberikan untuk membantu kaum India, tetapi sebaliknya yang berlaku.
Beliau memilih jalan keluar dan mahu bercanggah dengan sistem dan perlembagaan yang ada dalam BN. Amat baiknya Waytha keluar dari sistem, sebelum kerosakan lain yang besar dibuat olehnya.
Berikut adalah program "Bersama Ikon Jejak Menara" yang dianjur oleh YADIM yang akan bakal diadakan di 13 IPTA bermula 8 Mac hingga 30 Mac 2014.
Kemungkinan besar YADIM terlepas pandang siapa mereka ini yang sebenarnya. Ramai tidak kenal bahawa Nabil Far East atau Nabil Ahmad sebenarnya adalah anak saudara kepada Haron Din dan merupakan bekas Timbalan Presiden PMRAM, sebuah pertubuhan PAS yang kuat di Mesir.
Sejak Seksyen 15, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dipinda pada November 2011 bagi membolehkan pelajar pusat pengajian tinggi menyertai parti politik ianya bukan lagi menjadi kesalahan bagi mana mana pelajar dan orang politik untuk terjun sama ke kampus berpolitik.
Dalam program di atas, bukan sahaja Nabil Far East yang pro kepada PAS tetapi ada beberapa personaliti lain yang mempunyai kecenderungan sokongan yang sama terhadap PAS dan PKR. Gerakan yang dibuat oleh PAS dan PKR ini amat merbahaya sekali tatkala di pihak Barisan Nasional masih lagi dilihat terlalu selesa dengan kampus.
YADIM yang diketuai oleh Asyraf Wajidi yang baru dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO tidak boleh terlepas pandang tentang program di atas ini. Beliau seharusnya pandang serius kesan jangka panjang politik yang akan berlaku jika program dan ikon sebegitu sewenang wenangnya dibiarkan masuk ke kampus menggunakan nama YADIM.
Jangan salahkan pelajar lagi kalau mereka tidak sokong kerajaan selepas ini, ada sesuatu yang tidak kena yang perlu diperbetulkan dahulu oleh YADIM dan Dr Asyraf Wajidi.
Tidak menutup kemungkinan rasa cinta bisa tumbuh di antara dua sahabat pria dan wanita. Pacaran dengan sahabat sendiri sebenarnya memiliki beberapa keuntungan, misalnya sudah saling tahu kepribadian masing-masing sehingga tidak perlu waktu lama untuk saling mengerti. Anda sudah tahu kejelekan sahabat begitu pula dengan si dia. Ada beberapa keuntungan lain yang bisa didapatkan dari menjalin asmara dengan teman dekat. Berikut lima hal yang mungkin tidak Anda dapatkan dari pria lain saat berpacaran dengan sahabat. 1. Sudah Mengenal Lebih Jauh Sudah saling mengenal menjadi kelebihan bila pacaran dengan sahabat. Ketika Anda sudah saling tahu kejelekan masing-masing tentu tidak perlu lagi jaim (jaga image) di depan pasangan. 2. Lebih Nyaman Hubungan cinta perlu dilandasi rasa nyaman satu sama lain. Jika Anda bisa bersahabat dengan dia tentu sudah ada kenyamanan antara Anda berdua. Kenyamanan tersebut diperlukan untuk membangun hubungan agar semakin berkualitas ke depannya. 3. Sudah Mengenal Teman-temannya Menurut psikolog lulusan Fakultas Psikologi Universitas Indonesia itu, jika Anda sudah memiliki hubungan persahabatan lama tentu telah mengenal teman-temannya. Anda sudah punya banyak informasi mengenai si dia. Ini merupakan salah satu kelebihan pacaran dengan sahabat sendiri. 4. Sudah Tahu Keluarganya Selain mengenal dia dan teman-temannya, tentu Anda juga sudah tahu keluarganya seperti apa. Mungkin Anda juga telah mengenal dekat keluarga sahabat sehingga setelah pacaran lebih mudah diterima di lingkungan keluarganya. Anda tidak perlu mencari tahu lagi seperti apa kehidupan keluarga pasangan saat ini. 5. Riwayat Hubungan Asmara Wulan menuturkan, mengetahui sejarah hubungan asmara pasangan penting untuk pembelajaran Anda ke depannya. Anda bisa tahu apa saja penyebab kisah asmara pasangan dengan mantan-mantannya selalu gagal dan berusaha tidak melakukan hal yang sama dalam hubungan saat ini.
Di jaman yang semakin maju ini, semua kebutuhan sehari-hari dilakukan dengan alat yang canggih, bahkan bra wanita di buat dengan teknologi yang canggih dan memiliki fungsi tersendiri. Seperti kita ketahui bra berfungsi untuk melindungi dan menyebunyikan payudara wanita. Namun ternyata tak hanya itu, bra yang kali ini dibahas memiliki fungsi lain yang lebih unik dan menarik, selain untuk melindungi dan menyembunyikan payudara wanita. Dengan seringnya perkembangan jaman bra dapat berfungsi untuk berbagai hal, yang pastinya dengan didukung teknologi yang canggih. Dan inilah kelima bra canggih memiliki fungsi sangat unik. 1. Bra yang hanya bisa dibuka dengan cinta Sebuah perusahan pakian di jepan bekerja sama dengan pakar sex dan berhasil menciptakan sebuah penemuan baru yang memudahkan seseorang untuk menemukan cinta sejatinya. Penemuan tersebut berupa sebuah bra yang diberi nama "true love tester". Dengan memakai bra ini seorang dapat menemukan cinta sejatinya, karena bra ini hanya bisa untuk dibuka dengan cinta sejati. Bra ini dilengkapi dengan teknologi canggih yang disimpan didalam cup bra, dan dihubungkan dengan sensor dibagian tengahnya. Lalu bra ini akan menghitung detak jantung pemakainya, dan mengetahui apakah ia sedang jatuh cinta atau tidak.
2. Bra yang berfungsi sebagai masker Akibat bencana Chernobyl yang terjadi pada tahun 1986, membuat Dr Elena Bodnar memiliki ide untuk menciptakan bra yang berfungsi sebagi masker. Bra canggih ini ia ciptakan untuk keadaan darurat. Bra canggih ini ia lengkapi dengan sensor radiasi, yang dimana setiap cup bra dapat dipisahkan dan dijadikan sebagai masker penutup wajah.
3. Bisa mengetahui suasana hati pemakainya Seperti kita ketahui tak ada satupu orang yang dapat mengetahui suasana hati seseorang, kecuali orang itu sendiri. Namun seiring perkembangan jaman, kini kita dapat mengetahui hati seseorang dengan mengunakan bra canggih ini. Bra canggih ini diciptakan oleh Microsolf Research yang dapat memantau suasana hati pemakainya. Bra ini dilengkapi dengan bantalan sensor yang akan terhubung dengan smarphone. Dari smartphone itulah kita dapat mengetahui suasana hati pemakainya. Selain itu, bra ini juga dapat membantu menghilangkan stres yang disebabkan pola makanan. Canggih ya kawan !
4. Bra yang bisa nge-tweet secara otmatis Bra canggih satu ini diciptakan oleh Ogilvy One Athes yang memiliki fungsi yang cukup ini dan menarik. Bra ini dapat nge-tweet secara otomatis setiap kali bra ini dibuka. Wah wah wah ada-ada saja ya !
5. Bra yang hanya bisa di buka dengan tepukan Banyak sekali wanita yang merasa kesulitan untuk melepaskan branya. Nah, oleh karena itu seorang insinyur di Amerika Serikat yang bernama Randy Sarafan telah menciptakan sebuah bra canggih yang dapat dibuka dengan menepuk tanagan 2x, bra ini ia beri nama "Clap-of bra" Dengan mengunakan bra canggih ini wanita tidak akan kesulitan lagi untuk membuka branya. Hanya dengan menepuk tangan 2x bra ini akan terbuka dengan sendirinya.
You are subscribed to email updates from Juri Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Ketahui rahsia perniagaan Ikan Keli yang menguntungkan melalui Ebook Panduan Pembenihan dan Penternakan Ikan Keli.
Ia memimpin dan mengajar anda bagaimana memulakan perniagaan Ikan Keli melalui kaedah yang mudah dengan kos yang rendah serta menjamin keuntungan berlipatganda.
Peluang Menjadi USAHAWAN dan Menjana PENDAPATAN, Ramai Yang Mahu Tetapi Tidak Tahu..
Anda mungkin terfikir untuk menjalankan perniagaan dalam industri pertanian atau penternakan terutama apabila terbaca tentang kisah-kisah kejayaan petani dan penternak.
Namun, seringkali niat anda terpaksa dipendamkan disebabkan oleh masalah-masalah yang anda hadapi seperti :
Kekurangan ilmu penternakan Tiada tunjuk ajar yang berkesan Masa yang terbatas Kurang keyakinan diri Motivasi yang rendah Kurang galakan dan sokongan Sumber kewangan terhad
....dan masalah-masalah lain yang menyebabkan anda terus melupakan sahaja niat anda untuk bergelar usahawan yang berjaya.
PANDUAN PENTING & SANGAT BERGUNA YANG PERLU
ANDA KETAHUI DAN FAHAMI UNTUK MELIBATKAN DIRI DALAM INDUSTRI PENTERNAKAN IKAN KELI!
Panduan Langkah Demi Langkah Serta Tips Yang Dapat
Membantu & Membimbing Anda Memulakan Perniagaan Ikan Keli Seterusnya Menikmati Pendapatan Lumayan Sebagai Usahawan Ternak Melalui :
OPS! Nanti Dulu!
Jika anda mendapatkan Ebook Panduan Pembenihan & Penternakan Ikan Keli ini sekarang, anda akan mendapat bonus dari saya :
Kertas Kerja Projek Penternakan Ikan Keli serta Senarai Pembekal Ikan Keli di Seluruh Negara
Sistem Akuakultur dan Panduan Penternakan Air Tawar seperti Udang Galah, Tilapia dan Siakap
Panduan Penyediaan Perancangan Perniagaan serta Panduan Permohonan Insentif Ternakan
This is why I don't donate to the so called "Pusat Tahfiz Amal" anymore. Dah lama dah tak bagi. Nampak gaya macam kita bagi amal dekat orang tua kutuk ni je.
Orang dia dimana-mana. Stesen minyak, kedai makan, buat muka kesian mintak sumbangan "ikhlas" katanya. Bila bagi seringgit tarik muka... Ambik duit dengan biadap tak pandang kita pun pastu terus blah. Mana akhlakmu? Kata ikhlas?
Kalau tak bagi lagi teruk... Membebel sorang-sorang. Siap ada kawan cerita budak-budak tu siap menjerit "arrgggh!!! Kenapa dengan hari ini ni!!!". Macam stress tak dapat collection bagus. Mesti budak tu dapat tekanan dari orang atas. Kesian budak-budak tu.
Mereka sewenang-wenangnya menggunakan kanak-kanak. Ada kalanya sampai lewat malam masih berpeleseran tanpa pengawasan orang dewasa dekat restoran, stesen minyak, tepi-tepi jalan cari derma. Apalah agaknya nasib budak tu. Tak sekolah ke? Bila masa dia mengaji dan menghafaz? Pernah ada seorang hamba Allah soal mereka dengan memberi ayat lazim pun tak hafal. Kata tahfiz.
Agaknya dalam ribuan kanak-kanak yang dipergunakan sampai lewat malam tanpa pengawasan tu ada tak sorang yang diculik ke? Diperlakukan tak senonoh ke..? Orang jahat kan ramai kat luar sana. Nauzubillahiminzalik.
Kalau kita kesian dengan mereka (budak-budak tu) jangan bagi duit. Duit belanja pun jangan (sebab ketua diorang mesti akan check satu-satu). Jangan bagi apa-apa. Semoga dengan itu dengan sendirinya sindiket ini STOP. Nak bagi derma sebab kesian pada mereka, bagilah makanan atau apa-apa selain duit.
Macam mana nak kenal mereka? Selalunya mereka bersongkok (yang lelaki) dan bawak beg sandang. Yang lelaki ni target restoran, yang budak perempuan pulak duduk dekat pam-pam minyak berbaju kurung. Yang pastinya mereka akan gunakan resit "Pusat Tahfiz Amal". Please jangan bagi apa-apa. Post ini bukan nak menghasut supaya jangan sedekah.. tapi supaya sindiket ni tak berkembang biak. Kena jadi kejam sikit untuk stop orang tua ni.
Merosakkan nama institusi tahfiz je. Memalukan dan membusukkan nama Islam. Orang bukan Islam akan nampak Islam ni macam lekeh sangat. This needs to stop. Please.. Share this and help educate people. - Sumber Tengku Nuruddin
Melalui akaun Instagramnya, Jasmin Hamid memuat naik foto beliau menggayakan sepasang pakaian yang ditaja oleh My Precious Wish untuk drama terbaru di Slot Akasia, Jika Itu Takdirku.
Seperti biasa, bagi pelakon wanita yang berusia 40 an ke atas, watak sebagai 'Mak Datin' akan menjadi pilihan penerbit untuk diberikan kepada mereka. Jasmin Hamid tidak terkecuali untuk melakonkan watak 'cliche' berkenaan.
Dengan mengenakan pakaian yang ditaja khas untuk watak tersebut, Jasmin jelas menonjolkan tubuhnya masih lagi 'bergetah' untuk peragaan mana-mana pakaian. Bijak menjaga kesihatan dan mengamalkan kehidupan yang sihat menjadi rahsia tubuh beliau kekal montok seperti anak dara!
Tq to @mypreciouswish sponsor me as Datin Jasmin in #jikaitutakdirku slot Akasia @tv3malaysia @migonline
Rasanya tidak salah untuk ibu bapa bersikap sedikit cerewet apabila memilih pusat jagaan harian. Selepas beberapa laporan kematian bayi tersedak susu, ada pula ibu yang membuat intipan cara moden dan terkejut apabila mendapati pengasuh memukul anak mereka.
Itu mungkin kes terpencil, tetapi tidak salah untuk kita lebih berhati-hati. Kita tidak mahu anak kecil ini 'diperdagangkan' secara sulit seperti yang berlaku di sebuah kampung pedalaman di Filipina.
Ketika kanak-kanak kecil di sebuah pusat jagaan harian leka bermain, tiga kanak-kanak di rumah sebelah dipaksa menjadi pelakon untuk melakukan aksi seks yang ditayangkan secara langsung melalui Internet dan dapat disaksikan di seluruh dunia.
Aksi menjijikkan yang berlaku di rumah banglo itu turut diulang berkali-kali secara rahsia di kebanyakan rumah di Ibabao, kampung terpencil di Pulau Cebu di mana pornografi Internet kanak-kanak sudah memasuki 5,000 rumah penduduk dan dianggap aktiviti lebih menguntungkan berbanding menangkap ikan atau bekerja di kilang.
"Pada mulanya saya amat terkejut, tidak percaya perkara ini berlaku di bandar saya," kata Datuk Bandar, Adelino Sitoy, sejurus selepas polis mengumumkan mereka berjaya menjejaki rantaian pedofilia (keinginan melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak atau ada kecenderungan seksual terhadap kanak-kanak) yang ditayangkan secara langsung. Paling mengejutkan, Ibabao menjadi penyumbang atau sumber pornografi kanak-kanak.
Ketika kampung terpencil itu mendapat perhatian, pihak berkuasa dan badan yang memperjuangkan hak kanak-kanak berkata, industri lucah itu berjangkit dan merebak dengan pantas di kebanyakan kawasan di Filipina khususnya membabitkan keluarga miskin apabila ribuan kanak-kanak sudah menjadi mangsa penderaan seksual.
Sekali imbas, Ibabao adalah kampung nelayan yang terletak 550 kilometer di selatan Manila. Penduduknya amat akrab kerana kebanyakannya ada pertalian persaudaraan atau mempunyai hubungan baik sejak dulu lagi dengan jiran. Mereka juga dilihat sering ke gereja.
Namun polis dan pihak berkuasa berkata, di dalam rumah separa kayu yang kecil, ramai ibu bapa mengarahkan anak mereka melakukan aksi seks di depan kamera web yang disambungkan ke Internet dan dijual kepada kaki pedofilia luar negara. Ada juga kanak-kanak yang diperdaya masuk ke rumah jiran dan akhirnya dipaksa melakukan aksi lucah itu, kata mereka.
Sitoy berkata, ada banyak faktor yang membuatkan perdagangan seks secara dalam talian itu berkembang dengan pesat antaranya kanak-kanak dikurung secara rahsia di rumah, kedudukan Ibabao yang terpencil dan sikap tidak peduli ketua kampung, apatah lagi jika mereka mempunyai saudara-mara yang terbabit dalam jenayah berkenaan.
WANITA di Ibabao mula bimbangkan keselamatan anak mereka.
Pemburuan besar-besaran hanya dilakukan apabila sesetengah daripada rakaman video itu sampai ke rumah warga Britain yang sememangnya terkenal sebagai kaki pedofilia. Pada Mac lalu, lelaki ini dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun.
Sejurus selepas itu, polis Filipina mengadakan serbuan di Ibabao dan kawasan berhampiran dengan bantuan pihak berkuasa Britain, Australia dan Amerika Syarikat. Dalam satu serbuan pada September tahun lalu, polis dan pekerja sosial memasuki rumah banglo di sebelah pusat jagaan harian berkenaan dan menahan sepasang suami isteri serta menyelamatkan tiga anak mereka yang berumur tiga, sembilan dan 11 tahun. Dua hari kemudian, 13 lagi kanak-kanak diselamatkan daripada beberapa rumah lain.
Penduduk Ibabao kini amat curiga dengan kemasukan orang luar, tetapi ada yang bersetuju untuk membuka mulut dengan syarat identiti mereka dirahsiakan.
Mereka memberitahu 'sarang seks siber' masih terus beroperasi di kampung itu, tetapi tiada penduduk yang melaporkannya atas faktor keselamatan. Selain itu, budaya penduduk Filipina yang tidak suka menjaga tepi kain orang turut membantu jenayah itu terus dilakukan.
Seorang suri rumah, Jennifer Canete, 38, yang bersedia bercakap mengenai jenayah itu secara terbuka mengesahkan ramai penduduk yang terbabit dan dia bimbangkan keselamatan empat anaknya yang masih kecil, takut mereka juga menjadi mangsa. Ini kerana dia menghantar salah seorang anaknya di pusat jagaan bersebelahan banglo sarang seks siber itu.
"Kami berasa amat marah apabila mengetahui perkara ini. Macam mana mereka boleh lakukan jenayah di sebelah pusat jagaan harian? Kini kami mula bimbang, kami tidak tahu apa akan jadi pada anak-anak kami apabila mereka pergi ke sekolah kerana di sini ramai orang yang terbabit dalam jenayah ini," katanya.
Pihak berkuasa juga tidak pasti bila perdagangan seks kanak-kanak itu memasuki Ibabao. Namun menurut pekerja sosial, seorang wanita Filipina yang dipercayai menganggotai kumpulan penjenayah datang ke kampung berkenaan beberapa tahun lalu dan memperkenalkan skim cepat kaya kepada penduduk di situ.
Wanita itu juga mengajar penduduk cara mencari pelanggan daripada laman sembang pornografi dan menerima bayaran melalui pemindahan wang antarabangsa, kata salah seorang pekerja sosial yang meminta identitinya dirahsiakan demi keselamatannya.
Sesetengah operator memujuk kawan anak mereka untuk datang ke rumah dan menjadikan kanak-kanak ini sebagai mangsa. Mangsa diugut supaya menutup mulut jika tidak mahu ibu bapa mereka dicederakan.
Seorang ibu berkata, jirannya pernah mengajaknya untuk turut serta dalam jenayah berkenaan dan menawarkan RM320 untuk satu sesi - jumlah yang amat lumayan bagi penduduk yang kebanyakannya mempunyai pendapatan kira-kira RM22 sehari. Jirannya memujuk dengan mengatakan mereka tidak perlu mengadakan sebarang sentuhan fizikal.
"Saya berasa amat marah. Sejak dulu kami diajar untuk melindungi dan me-nyayangi anak kami. Kami memang bukan orang kaya, tetapi kami juga bukanlah terlalu miskin atau terdesak. Ini perbuatan terkutuk," katanya.
Bagaimanapun, seperti penduduk lain yang bimbangkan keselamatan mereka, dia juga tidak membuat laporan polis. Namun dia cuba sedaya upaya menjauhkan diri daripada mereka yang diketahui terbabit dalam jenayah itu bagi mengelakkan sebarang masalah.
Ketika mengumumkan kehancuran rangkaian pedofilia, Agensi Jenayah Nasional Britain berkata, 11 orang sudah ditangkap di Filipina pada pertengahan Januari lalu dan 18 lagi tangkapan dibuat di negara lain di seluruh dunia manakala 733 suspek masih ditahan untuk siasatan.
Andrey Sawchenko, Ketua Misi Keamanan Filipina (IJM) yang membantu dalam penangkapan berkenaan berkata, 39 kanak-kanak diselamatkan di Ibabao dan kawasan lain di negara itu.
Tetapi dia percaya, masalah sebenar jauh lebih besar dan serius. Masih ramai penjenayah yang bebas dan aktif menjalankan perdagangan seks siber membabitkan kanak-kanak. Agensi Jenayah Nasional Britain juga menyifatkan penderaan seksual kanak-kanak secara dalam talian itu sebagai 'ancaman yang semakin membimbangkan.'
Dalam satu kenyataannya berbunyi: kedaifan hidup, kewujudan perkhidmatan Internet yang semakin pantas dan adanya pelanggan kaya dari luar negara mendorong kumpulan penjenayah mengeksploitasi kanak-kanak demi mengaut keuntungan.
Kumpulan pejuang hak kanak-kanak Belanda, Terre des Hommes menganggarkan di Filipina saja 'berpuluh-puluh ribu' kanak-kanak dianiaya dalam industri seks siber ini. Tahun lalu kumpulan ini mencipta kanak-kanak perempuan warga Filipina berumur 10 tahun secara maya dan dia 'dihantar' ke laman sembang bagi menarik minat kaki pedofilia.
Dalam tempoh 10 minggu, 20,000 orang daripada 71 negara cuba berkenalan dengan gadis maya ini dan memintanya melakukan aksi atau persembahan seks. Maklumat kaki pedofilia itu dikumpulkan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Mungkin jenayah seperti ini tidak berlaku di negara kita, tetapi tidak rugi jika ibu bapa meluangkan lebih masa dan memantau pergerakan anak-anak kita demi keselamatan mereka.
SHAH ALAM - [VIDEO] Spekulasi mengenai rumah tangga pelakon popular, Erra Fazira terjawab apabila suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidil, 39, melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini.
Cerai dilafazkan di hadapan Hakim Syarie, Mohammad Adib Husin selepas kedua-dua belah pihak bersetuju menyelesaikannya secara baik.
Engku Emran sebak manakala Erra Fazira yang memakai jubah kelabu kelihatan tenang saat cerai dilafazkan pada jam 12.50 tengah hari tadi.
Mohammad Adib berkata, permohonan hak penjagaan anak diberikan kepada Engku Emran dan hak bermalam serta lawatan bersama diberikan kepada Erra Fazira diluluskan apabila kedua-dua pihak bersetuju mengenainya.
"Mahkamah turut meluluskan permohonan plaintif (Erra Fazira) untuk tidak membuat sebarang tuntutan nafkah edah dan mutaah,"katanya.
Ketika prosiding, Erra Fazira dan Engku Emran mengesahkan mereka sudah tidak tinggal sebumbung selama setahun enam bulan.
Pelakon filem Sembilu itu atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek, 40, diwakili oleh Ahmad Nazib Johari memfailkan permohonan penceraian dan hak penjagaan anak itu pada 17 Februari 2013 masing-masing mengikut Seksyen 47 dan Seksyen 82 Enakmen Undang- Undang Keluarga Selangor 2003.
Engku Emran diwakili oleh Peguam Syarie, Roslan Sujak Rafee enggan memberi komen kepada media sebaik sahaja selesai prosiding.
Sementara, pengacara Primadona yang ditemani oleh rakan baiknya, Erma Fatima dan Umie Aida, meluahkan rasa syukur apabila semuanya selesai dan berjalan dengan baik.
"Segala spekulasi telah terjawab. Saya mohon jangan tanya lagi,"katanya ketika ditemui media.
Ketika ditanya mengenai perancangan selepas ini, dia memberitahu ingin fokus terhadap kerjayanya.
"Ia (kerjaya) menjadi fokus utama saya kini," katanya.
Erra Fazira dan Engku Emran berkahwin pada 25 Oktober 2007 dan dikurniakan seorang anak perempuan Engku Aleesya yang kini berusia lima tahun.
Sebelum mengahwini Engku Emran, Erra juga pernah berkahwin dengan penyanyi Yusry Abdul Halim pada 15 Jun 2003 dan bercerai tiga tahun kemudian.
Pelakon utama Filem Sembilu, Erra Fazira hari ini sah bercerai talak satu dengan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin di hadapan Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor Mohammad Adib Husin.
SHAH ALAM: Pelakon popular, Erra Fazira sah bercerai talak satu dengan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, sebentar tadi.
Hakim Syarie, Mohammad Adib Husain mengesahkan lafaz dibuat Engku Emran itu selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk berpisah secara baik.
Erra Fazira, atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 40, tiba di pekarangan mahkamah bersama teman rapatnya, Umie Aida dan Erma Fatima pada jam 11.45 pagi tadi.
Perkahwinan Erra Fazira ini merupakan perkahwinan kedua baginya selepas bercerai dengan pengarah filem, Yusri KRU.
Erra dan Engku Emran berkahwin pada 25 Oktober 2007 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya, 5.
AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas, Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi mengejutkan pengikut laman Twitternya apabila membuat posting kononnya sebuah pesawat tambang murah Air Asia terhempas berhampiran Putrajaya malam tadi.
Dr. Syed Azman yang juga Penolong Setiausaha Agung Pas memaparkan status itu dalam laman sosial Twitter miliknya @syedazman dengan mendakwa pesawat Air Asia AK5110 yang dalam penerbangan dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur terhempas sebentar tadi.
Beliau yang memasukkan posting itu dalam bahasa Inggeris pada jam 111.55 malam itu mengatakan, 'Air asia AK5110 fr (from) Kota Kinabalu to Kuala Lumpur crashed a minutes ago in KLIA International Airport near Putrajaya locality. Ya Rabb'.
Postingnya itu kemudian mendapat maklum balas daripada pengikutnya, antara lain @AzizLaikar membidas tindakan Dr Syed Azman dengan mengatakan, apa yang dipaparkan oleh wakil rakyat Pas itu tidak betul. Menurut @AzizLaikar, berita itu sebenarnya tidak betul. Kami berada di airport (lapangan terbang) dan tidak ada pun kejadian sebegini berlaku.
Seorang lagi pengikut, @Akarbina berkata, Dr Syed Azman seharusnya memastikan laporan yang ditulisnya itu adalah benar kerana setelah beliau memeriksa dengan pihak berkenaan, pesawat itu mendarat mengikut masanya.
@ADM1RZ4 turut mempersoalkan darimana Dr Syed Azman mendengar berita itu dan menyiarkan kenyataan yang belum ada pengesahan dan kesahihan adalah bahaya.
@syazwancdm pula menempelak ADUN Pas itu kerana menyebarkan berita yang belum pasti kebenarannya.
Selepas ditegur, Syed Azman memuat naik dua status menegaskan berita yang disebarkan sebelum itu tidak benar tetapi tiada perkataan maaf disertakan.
"Ingat lagi dengan kes 3 budak pembuli sekolah menengah di Seberang jaya yg femes dengan video klip Lan Todak tak lama dulu? Salah seorang dari pelajar yang terbabit telah meninggal dunia kerana kes langgar lari Jumaat lepas tak jauh dari sekolahnya.
Di tengah yang pakai baju merah tu namanya Allahyarham Munir. Dia dah banyak berubah setelah kes tersebut. Tak lupa sembahyang. Pagi tu semasa nak ke sekolah di SMK Taman Inderawasih. Motor Allahyarham terlanggar motor yang terlibat kemalangan sebelum itu lalu dia tercampak dan meninggal dunia.
Arwah meninggal pada pagi Jumaat. Jenazahnya tiba di Surau Tuna jam 1230 dan dibawa ke Masjid Seberang Jaya jam 1. Arwah dah banyak berubah dan banyak membuat tugas-tugas kebajikan, dan terlibat dengan gotong-royong membersihkan surau/masjid. Sebelum meninggal, arwah sempat memohon maaf kepada ibubapa dan mangsa buli tersebut."
SHAH ALAM - Suami Ahli Parlimen Lembah Pantai, Raja Ahmad Shahrir Iskandar tiba di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur, hari ini bagi menghadiri sebutan kes tuntutan fasakh isterinya, Nurul Izzah Anwar untuk berpisah.
Memetik laporan The Malaysian Insider, sebutan semula kes tuntutan fasakh Nurul Izzah, 34, ke atas suaminya Raja Ahmad Shahrir, 35, di hadapan Hakim Syarie, Ab Malek Awang selepas sebutan kali pertama pada 22 Januari lalu.
Anak perempuan sulung ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan perceraian di bawah Fasakh (untuk membatalkan perkahwinan itu) pada akhir Disember melalui petisyen di Mahkamah Syariah.
Permohonan itu dibuat mengikut Seksyen 52 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 1984.
Laporan itu mendakwa, suaminya, Raja Ahmad Shahrir dipercayai sudah menerima petisyen itu pada 16 Januari lalu, meminta penangguhan dua minggu berhubung perkara itu bagi menyediakan kesnya.
Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir berkahwin pada 9 Mei 2003.
Mereka dikurniakan dua cahaya mata, seorang puteri berumur tujuh tahun dan putera empat tahun.
Kuala Lumpur: Akibat dendam terhadap bakal suami bekas isterinya, seorang lelaki mengugut menyebarkan gambar bogel bekas isterinya jika wanita itu meneruskan niatnya untuk berkahwin dengan suami baru, kelmarin.
Difahamkan, mangsa berusia 36 tahun itu bercerai dengan bekas suaminya dua tahun lalu sebelum keluarganya mencarikan jodoh baru untuk wanita berkenaan dua bulan lalu.
Bagaimanapun, bekas suami mangsa yang tidak menyukai pilihan keluarga wanita itu menyebabkan dia mengugut menyebarkan gambar bogel mangsa di Internet sekiranya meneruskan perkahwinannya dijadualkan berlangsung Mei depan.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Shida berkata, dia berpisah dengan bekas suaminya berikutan sikap panas barannya dan selepas bercerai, dia tidak menghubungi lelaki itu.
"Namun, tiba-tiba bekas suami menghubungi saya kelmarin dan menyatakan niatnya untuk berjumpa.
Meskipun saya terkejut menerima panggilan itu, saya tetap berjumpa dengannya kerana dia menyatakan ada hal penting untuk dibincangkan.
"Ketika perjumpaan itu, bekas suami menunjukkan satu gambar bogel saya yang dipercayai dirakam ketika kami sah sebagai suami isteri dan dia meminta saya membatalkan perkahwinan dengan bakal suami dengan dakwaan bakal suami saya kaki perempuan," katanya.
Beliau berkata, apabila dia menyatakan tidak mampu untuk membatalkan perkahwinan berikutan bakal suami pilihan keluarga, bekas suaminya naik angin dan mula mengugut menyebarkan gambar bogelnya.
Katanya, lelaki itu turut mengugut akan memukul dan membunuhnya jika enggan menurut perintahnya itu.
Bagi mengelak lelaki itu bertindak agresif, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Salak Selatan.
LAMA sudah tidak bersua, namun khabar terkini mengenai penyanyi Sharifah Zarina di sebuah blog hiburan cukup mengejutkan peminat-peminatnya.
Pelantun lagu popular Langit Ketujuh itu dikatakan dipenjara atas kesalahan membunuh lelaki yang cuba merogolnya.
Bagaimanapun, setelah dihubungi Kosmo!, dia menjelaskan blog berkenaan telah menyalahgunakan gambarnya ke atas artikel yang tiada kaitan langsung dengan dirinya.
Artikel tersebut telah disiarkan sekitar bulan Januari lalu, namun Zarina hanya mula mengambil tindakan pada minggu lalu.
Penyanyi berusia 32 tahun itu terpaksa mengambil tindakan ke atas blog hiburan berkenaan kerana perkara itu telah memalukan dirinya.
Apakah tindakan yang dikenakan Zarina ke atas penulis blog berkenaan? Penyanyi itu turut bercerita mengenai perkembangan terbaharunya yang kini sudah berhijab.
Kosmo!: Bagaimanakah Zarina mengetahui artikel yang menyalahgunakan gambar anda itu?
SHARIFAH ZARINA: Saya diberitahu oleh anak saudara dan kemudiannya ada beberapa rakan juga memaklumkan perkara itu. Kata mereka, cerita berkenaan sudah meluas di dalam laman Facebook.
Apakah perasaan anda apabila mengetahui perkara itu?
Sudah tentu saya berasa sakit hati dan malu. Saya paling risaukan anak saya, Athilia Deena yang kini berusia 11 tahun. Apakah perasaannya apabila dia melihat gambar ibunya dan membaca artikel tersebut. Bagaimana juga kalau rakan-rakannya pula membacanya? Saya juga risau kalau keluarga membacanya. Dia tidak beretika kerana menggunakan gambar untuk cerita yang tiada kena mengena langsung, malah cerita tersebut tentang mangsa rogol.
Jadi apakah tindakan anda mengenai perkara itu?
Saya berbincang dengan peguam. Dia menasihatkan saya membuat laporan polis terlebih dahulu. Saya kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Subang. Selepas itu, saya berjumpa pula dengan pakar IT untuk mengenalpasti penulis blog berkenaan. Saya tahu menyeluruh mengenai blog berkenaan. Tetapi, saya terpaksa menggunakan medium media untuk memberi pengajaran kepada blog berkenaan supaya tidak mengulangi kesalahan tersebut. Saya beri tempoh selama 14 hari kepada blog berkenaan untuk menarik keluar gambar saya dan tampil membuat permohonan maaf.
Bilakah tempoh 14 hari itu berkuat kuasa?
Ia telah berkuat kuasa sejak semalam.
Apakah tindakan lanjut anda jika blog berkenaan tidak melakukan apa yang diminta oleh anda?
Saya akan bawa kes ini ke mahkamah dan segala kos akan ditanggung oleh blog berkenaan. Terkini anda tampil cantik bertudung. Bilakah terbuka hati untuk mengenakan tudung?
Sekitar bulan Disember pada cuti sekolah, saya berjalan-jalan dengan keluarga. Saya ada beli beberapa helai tudung. Selepas cuba memakai tudung, saya tidak berasa untuk membukanya. Alhamdulillah, sejak tiga bulan lepas saya mula memakai tudung sepenuhnya.
Apakah perasaan anda selepas memakai tudung?
Saya rasa lebih tenang. Sebelum ini, saya mengerjakan solat dan juga puasa, tetapi selepas memakai tudung, saya rasa lebih sempurna ibadah saya. Tetapi, saya masih belajar secara perlahan untuk memperbetulkan pemakaian baju saya. Saya kini mula membeli dan mengumpul baju-baju yang lebih menutup aurat.
Setelah bertudung, bagaimana pula dengan kerjaya nyanyian anda?
Saya masih meneruskan nyanyian kerana ia adalah minat saya. Malah, saya juga sedang sibuk dengan single terbaharu iaitu Mengharap Cinta. Saya juga merancang untuk menghasilkan album kompilasi yang memuatkan lagu-lagu lama dan juga lagu terbaharu saya. Selain itu, apakah perkembangan terbaharu yang ingin dikongsikan kepada peminat?
Saya sekarang sedang mengikuti pengajian di Universiti Malaya, Kuala Lumpur dalam jurusan Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Saya tertarik dengan jurusan itu kerana ia berkaitan kanak-kanak dan saya juga mempunyai anak. Idea sentiasa mencurah-curah setiap kali saya melakukan tugasan untuk jurusan tersebut. Bagaimanapun, saya hanya mengikuti kelas pengajian pada hari Sabtu sahaja.
KUANTAN – Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat mempunyai agenda tersendiri untuk meneruskan keinginannya bertanding pada PRK Dun Kajang walaupun menerima kritikan pelbagai pihak.
Yang Dipertua Perkasa Pahang, Datuk Dr Abdul Wahid Manaf berkata, keinginan Anwar untuk bertanding secara mengejut dan tidak memberi peluang kepada ahli PKR lain sedangkan beliau sudahpun menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh, menunjukkan dengan jelas agenda tersebut.
"Dalam arena politik, bila ada peluang sebegini sememangnya setiap pemimpin ada keinginan untuk bertanding, namun ianya perlulah berada di landasan perjuangan yang betul.
"Bukannya secara tiba-tiba dan mengejut seperti dilakukan Anwar yang dilihat begitu teruja ingin bertanding sehingga sanggup mengetepikan ahli lain dan begitu yakin dapat memenangi kerusi Dun Kajang. Mungkin melalui pertandingan ini maka niatnya boleh tercapai," katanya, semalam.
Dakwanya, Anwar juga dilihat mempunyai motif lain dalam pemilihan ini bukan hanya semata-mata untuk jawatan dan kuasa bahkan untuk memuaskan hatinya.
"Sekiranya ia benar-benar berlaku, ia jelas menyimpang daripada tujuan asal kepimpinan untuk membela rakyat dan semestinya tumpuan beliau kepada rakyat akan sedikit terjejas," katanya.
Kata Abdul Wahid lagi, walaupun PKR yakin dengan kemampuan calon mereka, namun ia tidak semudah yang dijangka kerana pengundi hari ini lebih bijak.
"Walaupun saban hari rakyat mendengar hasutan pihak tertentu namun kuasa memilih ada pada rakyat," katanya.
Khairy Jamaluddin (kanan) bertanya sesuatu dengan Pengerusi PGM, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid mengenai buku PGM Tour Yearbook 2013 pada majlis Pelancaran PGM Tour Yearbook 2013 di Kelab Golf Kinrara, Kuala Lumpur semalam. - UTUISAN/ABDUL NAZIR MOHAMED
PUCHONG - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menganggap laporan Brisbane Times yang mendakwa penyertaan Harimau Muda A dalam Liga Perdana Kebangsaan Queensland bakal membuka pintu kepada penglibatan sindiket pertaruhan bola sepak dari Asia adalah satu penghinaan terhadap skuad remaja itu.
Sambil membidas laporan akhbar Australia itu, Khairy berkata, tidak adil bagi pasukan belia kebangsaan Malaysia dihina sebegitu rupa.
Beliau turut menganggap tulisan Cameron Atfield dan Declan Hill dalam akhbar Australia itu sebagai keterlaluan dan tidak berasas langsung.
"Itu pandangan yang tidak adil sama sekali, keterlaluan dan tidak berasas. Janganlah hina pasukan belia kebangsaan kita sebegini.
"Ini pasukan belia kebangsaan kita. Kita pun terlibat secara persetujuan dengan persatuan bola sepak Australia dan Queensland. Kita hanya mahu memberi pendedahan kepada Harimau Muda dalam liga itu," katanya selepas majlis pelancaran Buku Tahunan Jelajah Golf Profesional Malaysia (PGM) 2013 di Kelab Golf Bukit Kiara di sini semalam.
Tegasnya, penyertaan skuad dikendalikan Datuk Ong Kim Swee dalam liga Queensland tidak bererti akan turut membawa gejala mengatur keputusan perlawanan di sana walaupun terdapat segelintir rakyat Malaysia pernah terlibat dengan sindiket antarabangsa.
"Jangan hanya kerana setitik nila yang pernah terlibat dalam sindiket antarabangsa, lalu kedatangan pasukan ini (turut cuba dikaitkan dengan) gejala mengatur perlawanan di Australia," katanya.
Brisbane Times membayangkan kemungkinan gejala itu berdasarkan pengakuan penjaga gol kelab Singapura, Geylang United, Yazid Yasin bahawa dia pernah didekati pihak sindiket mengatur perlawanan Liga Singapura 2012 agar melepaskan jaringan ketika bertemu Harimau Muda A.
Khairy menambah, gejala mengatur perlawanan bukan hanya berlaku di Malaysia atau Singapura bahkan telah menjadi satu masalah sejagat yang turut melanda negara lain sejak sekian lama.
Sementara itu, katanya, pelancaran Program Pembangunan Bola Sepak Negara yang dijadual dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 8 Mac ini terpaksa ditangguhkan kerana kesibukan menghadapi mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO.
"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) meminta penangguhan kerana ada (mesyuarat) Majlis Tertinggi UMNO dan kami cuba cari tarikh lain sama ada akhir Mac atau awal April. Program itu masih di landasan, cuma tertunda sedikit," katanya.
Mengenai ura-ura pelantikan Datuk Misbun Sidek sebagai Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Khairy berkata: "Saya serahkan kepada BAM kerana percaya mereka akan buat keputusan terbaik.
"Saya tidak pasti sama ada Misbun sendiri berminat dengan jawatan tersebut tetapi dia seorang jurulatih yang hebat dan terbukti telah melahirkan ramai pemain di peringkat antarabangsa.
"Yang penting mestilah pilih (orang) yang sesuai, ada pengalaman dan pengetahuan yang bukan hanya menjadi seorang jurulatih tetapi menyelaras serta melihat keseluruhan program pembangunan pemain."
Khairy menambah, beliau juga akan menemui Presiden BAM, Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff bagi membincangkan perkembangan semasa sukan itu pada minggu hadapan sekembalinya dari United Kingdom.
KLANG: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan laporan berita bahawa beliau enggan menandatangani surat peletakan jawatan bertarikh tunda sebagai Menteri Besar Selangor untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan itu.
Abdul Khalid berkata tidak ada surat seperti itu dan laporan itu tidak berasas.
"Saya tidak mahu komen isu-isu bersifat spekulasi kerana saya kini memberi tumpuan semata-mata pada pilihan raya kecil DUN Kajang," kata beliau kepada pemberita selepas melancarkan inisiatif sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) menyediakan lebih banyak kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan-kawasan di bawah pentadbiran PBT.
Abdul Khalid diminta mengulas laporan akhbar berbahasa Inggeris Sabtu lepas bahawa beliau menghalang usaha itu apabila enggan menandatangani surat peletakan jawatan.
Beliau dilaporkan diminta menandatangani surat peletakan jawatan yang disediakan kepimpinan PKR tetapi beliau enggan berbuat demikian.
Surat itu dilaporkan bertarikh 23 Mac iaitu tarikh hari mengundi bagi pilihan raya kecil DUN Kajang.
Sementara itu, Abdul Khalid berpendapat keputusan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohd Zaid Ibrahim untuk bertanding pada pilihan raya kecil DUN Kajang sebagai calon bebas tidak akan mempengaruhi keputusan pilihan raya.
Dalam pada itu, Abdul Khalid berkata lebih 400 CCTV telah dipasang di 11 kawasan PBT di Selangor dan kerajaan negeri membelanjakan hampir RM500,000 sebulan bagi kos menyewa dan menyelenggaranya.
Beliau juga berkata kerajaan Selangor sedang mengkaji kemungkinan untuk menjalankan pembenihan awan minggu ini bagi mengatasi masalah penurunan paras air di beberapa empangan di negeri itu.
Menurut beliau, sekitar RM300,000 hingga RM500,000 diperlukan untuk tujuan itu.
DENMARK - Denmark akan mengharamkan penyembelihan haiwan ikut cara Islam dan tradisional Yahudi.
Kerajaan Denmark menerusi Kementerian Pertanian dan Makanannya akan mengharamkan kaedah penyembelihan haiwan mengikut cara tradisional Yahudi dan Islam berikutan langkah-langkah yang sama telah pun dilaksanakan di Poland, Iceland, Norway, Sweden dan Switzerland.
Oleh itu satu undang-undang baru akan dilaksanakan, iaitu semua haiwan yang akan disembelih akan dipengsankan terlebih dahulu, dan cara ini bertentangan dengan ajaran Islam dan Yahudi.
Ini bermakna umat Islam dan orang-orang Yahudi yang tinggal di Denmark tidak lagi akan dapat membeli daging mereka daripada penjual daging tempatan, dan mereka perlu membeli daging halal yang diimport.
Kementerian itu berpendapat bahawa kaedah penyembelihan cara Islam dan Yahudi adalah tidak beretika dan hak keagamaan tidak mengatasi hak asasi haiwan.
Walau bagaimanapun , umat Islam dan Yahudi menegaskan bahawa kaedah penyembelihan mereka menyebabkan penderitaan yang minimum kepada haiwan.
Pesuruhjaya Eropah untuk Kesihatan, Tonio Borg, mengutuk larangan itu dengan berkata ia " bercanggah dengan undang-undang Eropah."
Menteri Pertanian dan Makanan Karen Hækkerup pula menyedari bahawa orang Islam dan orang-orang Yahudi kecewa dengan peraturan baru ini , tetapi menegaskan bahawa kementerian tidak akan mengubah dasarnya.
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Anwar Ibrahim nampaknya sedang membawa rakyat pelbagai agama di negara ini ke tangga terakhir sebelum bertempur di medan pertembungan yang bakal menghancurkan nikmat kehidupan yang berbentuk keharmonian kaum, agama dan budaya hormat-menghormati identiti, maruah serta budaya masing-masing kaum di negara ini.
Dalam situasi sebegini selalunya sudah berlaku intervensi undang-undang dari pihak berkuasa bagi mengekang ancaman dan bahang permusuhan kaum dan agama yang berpotensi untuk berlaku.
Tapi masalahnya, kerajaan BN seolah-olah sudah kaku dan tidak lagi punya daya dan kekuatan untuk menghentikan semua risiko ancaman yang hanya menunggu tempoh matang untuk berlaku.
BN seolah-olah sudah berserah kepada nasib sahaja. "Kalau tak berlaku kehancuran, alhamdulillah. Kalau berlaku apa boleh buat. Itu sudah kehendak tuhan. Semua ini kerana Anwar Brahim. Kalau setan ini taada, amanlah negara ini". Itu sahajalah nampaknya kudrat yang masih ada kepada para pemimpin BN.
Percayalah. Anwar Ibrahim hanyalah ikon yang dicipta oleh Allah swt sebagai ujian untuk umat Islam di negara ini. Di sisi Allah, Anwar atau sesiapa sahaja tidak mampu memberi bekas. Tidak mampu memberi benafaat mahupun mudarat walaupun secalit.
Setiap zaman sememangnya Allah swt wujudkan manusia yang sewaktu dengan Anwar Ibrahim. TujuanNya hanya untuk menguji umat Islam atau hamba2Nya. Manusia seperti ini hanyalahah "suatu jisim atau bahan ujikaji" Allah buat umat Islam berfikir, menilai dan menjaga keimanan mereka.
Pemimpin atau puak yang sewaktu dengan Anwar Ibrahim ini dulu dikenali sebagai pembawa berita dusta dan fitnah. Ada juga yang menamakannya dengan golongan munafik. Ada juga yang dilabel dengan nama pemecah belah umat. Di akhir zaman ia lebih popular dengan nama pengikut Dajjal Al masih. Setiap zaman, wilayah atau benua akan wujud manusi sebegini.
Di zaman nabi saw, wujud Abdullah bin ubai dan 82 orang munafik lagi yang sewaktu dengannya.
Di zaman Umar, Othman dan Ali juga wujud manusia yang sewaktu dengannya sehingga ke tiga-tiga mereka mati dibunuh.
Di zaman Muawiyyah, Abbasiyah dan Othmaniah juga wujud puak yang menjadi ikon pemecah belah masyarakat.
Di zaman Kesultanan Melaka juga tetap dihantar oleh Allah swt manusia yang sewaktu dengan Anwar Ibrahim.
Ada kalanya pihak pemerintah berjaya membendung puak sewaktu dengan Anwar ini. Adakalanya gagal dan musnah seperti kerajaan Melayu Melaka dan kerajaan Othmaniah Turki. Ia terletak kepada pihak pemerintah itu sendiri. Kalau pemerintah lemah, maka berjayalah puak ini dan hancurlah masyarakat. Jika pihak pemerintah tegas dan diberi petunjuk, maka berjayalah mereka membendungnya, dan selamatlah masyarakat yang dipimpin.
Jika pihak pemerintah benar-benar yakin bahawa mereka di pihak yang benar, tiada apa yang harus ditakutkan untuk melaksanakan intervensi perundangan yang sudah sampai ketikanya "wajib dikuatkuasakan" bagi mengekang bahaya lebih besar yang bakal berlaku hasil dari "kerja fasiq" yang sedang dilakukan oleh Anwar Ibrahim.
Menurut firasat bangang saya, pihak pemerintah yang ditunjangi Barisan Nasional hari ini akan gagal membendung "kerja fasiq" Anwar ini dari berkembang. Negara ini hanya menunggu ketikanya sahaja untuk menerima musibah hasil dari kelemahan dan kegagalan pimpinan BN membendung isu ancaman ini dengan langkah yang sewajarnya.
Alamatnya, kita tunggu sahaja kehancuran yang bakal berlaku
Baru-baru ni Anwar buat lawak dalam gereja. Dia "bahan"kan mantan mentornya, Tun Dr Mahathir Mohammad. Dia sindir Tun M. Kononnya lepas ni akan timbul pula dakwaan "libatkan dia dalam Word War 2 dulu"...
Kita faham dia sindir Tun M sebab bekas mentornya tu sebelum ini menegaskan Anwar merupakan antara menteri terpenting yang terlibat melaksanakan Ops Lalang yang menggunakan akta ISA pada tahun 1987 dulu.
Kita tahu Anwar terlibat sebab dia Menteri Kabinet time tu. Masa nak buat operasi tu, Anwar langsung tak bantah pun.. dalam ertikata lain, dia setujulah dan sama-sama terlibat dalam membuat keputusan Ops Lalang tu, kan?
Saya tahu Anwar tidak terlibat dalam Perang Dunia ke-2. Saya tahu Anwar "bahan"kan Tun M.. saya tahu dia sindir "the living legend"...
Meskipun Anwar tak terlibat dalam World War 2, saya yakin ideologi gila dari Hitler diwarisi Anwar Berahim sendiri. Hitler bijak bercakap, dia popular, digeruni lawan dan cukup gila kuasa. Dia nak kuasai dunia..semua tu menepati ciri-ciri Anwar, kan?
Hitler didewa-dewakan general-general dan soljar German dulu. "Hail Hitler" cukup famous, kan? Dan begitulah puak-puak PKR dewakan Anwar.
Taksubnya mereka pada Anwar, kalau depa tengok Anwar "menjubor" di depan mata sekali pun depa akan kata "tu bukan Anwar tu.. tu semua fitnah UMNO!"....
Nafsu serakah Anwar yang gila kuasa tu betul-betul diwarisi dari Hitler. Gila nak jadi PM sampai meracau-racau sebut 16 September...Err.. Anwar tu ada "pertalian darah" dengan Hitler ke? "Bau-bau bacang" dengan Hitler..? Saya tak tuduh... tanya jer...heh!
Saya kira berita di bawah ini merupakan "bola tanggung" bagi "pakar-pakar ekonomi" dalam Pakatan Haram seperti Mahfuz Omar, Anwar Berahim, Mat Sabu, Nik Aziz, Azmin Ali, "Mak Lampir" dan ramai lagi...
Saya yakin, Kerajaan UMNO/BN akan dilanyak sekeras mungkin akibat berita yang sangat "memalukan" negara di bawah, sekaligus menunjukkan "kelemahan" kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak..
Habis laa.. muflis la Malaysia lepas ni.. habis la rakyat tak makan.. kebulur macam di Somalia... mati kebuluran bergelimpangan di tepi jalan.. semuanya kerana berita "buruk" di bawah...
Malaysia Catat Pelaburan RM38.7 Bilion Tertinggi Dalam Sejarah
Malaysia menerima pelaburan tertinggi dalam sejarah negara apabila mencatat RM38.7 bilion sepanjang tahun lepas.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pelaburan itu bukan sahaja daripada pelabur asing, tetapi juga pelabur tempatan.
"Kita tidak bergantung kepada pelabur luar semata-mata, tetapi dari pelabur dalam negara sendiri.
"Sebab itu kerajaan memberi penekanan yang sama agar pelabur asing dan tempatan melabur di negara ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengunjungi Kompleks Petronas di sini malam tadi. Turut hadir Pengurus Petronas Wilayah Timur, Wan Mohd Hawsnan Abdullah.
Mustapa berkata, pelabur asing membawa teknologi tinggi yang lebih canggih dan lengkap di mana kadang kala tidak ada di negara ini, kebanyakannya dalam bidang perkhidmatan dan teknologi tinggi.
Manakala pelabur tempatan pula menceburi bidang hartanah, pembinaan, perladangan, pelancongan dan sebagainya.
"Jadi di sini, ia ada pengasingan antara pelabur asing dan tempatan yang kedua-duanya sangat penting. Tetapi pelabur asing lebih penting sedikit dari segi teknologi canggih dengan mewujudkan peluang pekerjaan tenaga mahir seperti di bidang teknologi maklumat (IT)," katanya.
Mustapa berharap negara mampu mengekalkan momentum pertumbuhan tahun lepas dan dengan keadaan ekonomi yang masih kukuh, pelaburan dapat dipertingkatkan lagi berbanding tahun lepas.
Beliau mahu kerjasama lebih rapat dijalinkan antara Petronas, Mida dan Miti untuk mengembangkan lagi industri petrokimia di negara ini.
"Kita bangga sejak Petronas mula beroperasi di Terengganu pada 1984, ia berjaya mewujudkan banyak peluang pekerjaan di samping memberi sumbangan besar di bidang pendidikan," katanya.
Menurutnya, syarikat kebanggaan negara itu bukan sahaja terkenal di Malaysia tetapi juga di luar negara.
"Semua rakyat Malaysia berhutang budi dan bergantung kepada Petronas, bukan sahaja dari segi hasil, tetapi juga peluang pekerjaan yang diwujudkan di negara ini dan juga di luar negara.
"Kita akan teruskan kerjasama yang erat ini untuk membangunkan lagi sektor petrokimia di negara ini," katanya.
Panggilan terakhir sebelum kita rugi terlepas sesuatu yang berharga. Saya nak ingatkan bahawa pada jam 9 malam ni Ustaz Kazim akan menyampaikan ceramah di majlis Ceramah Perdana Maulidur Rasul di Dataran Sungai Kerian, Bandar Baharu, Kulim.
Semua umat Islam di seluruh Kedah, khususnya di sekitar daerah Kulim dan yang berdekatan untuk sama-sama hadir beramai-ramai ke majlis ilmu tu. Kalau orang Perak di Parit Buntar dan sekitarnya nak join pun dialu-alukan.. Ilmu Islam ni tiada batas dan sempadan..
Kalau orang bukan Islam berminat nak datang pun boleh. Tak salah selagi tidak melanggar undang-undang negara dan menghormati majlis..
Jadi jangan lupa pukul 9 malam ni... Jumpa di sanaaaaa..!!!
Seorang "ustaz" dihalalkan menipu tak? Adakah Islam membenarkan seorang "ustaz" menipu? Saya takde la pandai sangat dalam ilmu furuq hukum atau fiqh..saya tidak "faqih" sebagaimana seluruh penganut agama PAS yang menghukum penyokong UMNO sebagai "kafir"...
Tapi setahu saya, menipu itu berdosa di dalam Islam. Cuma dosanya tidaklah seberat dosa memfitnah. Saya juga difahamkan ustaz bahawa menipu itu merupakan salah satu sifat orang munafik...
Saya tertanya-tanya, apakah "ustaz" yang mengaku bermimpi ditawarkan upah RM500 untuk menembak Perdana Menteri itu benar-benar bermimpi begitu? Atau penipuan mengenai mimpi itu dihalalkan dan layak dianggap satu lagi jenis satira? Mana dia belajar? Dari Teresa Kok?
SEORANG lelaki yang menggelarkan dirinya sebagai 'ustaz' mencetuskan kontroversi di laman sosial Facebook apabila membuat status kononnya mendapat mimpi, diminta buat tawaran untuk menembak Perdana Menteri.
Lelaki itu ialah Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari, dalam mimpi itu dia mendapat panggilan telefon daripada seseorang mengatakan sesiapa yang dapat menembak Datuk Seri Najib Tun Razak akan menerima ganjaran RM500.
Selain itu, Ahmad Fahdli juga dilihat turut pernah muncul dalam Perhimpunan TURUN harga barang di Dataran Merdeka pada 31 Disember lepas melalui gambar yang dipaparkan di dalam Facebooknya.
"Tidak semena-mena mendapat panggilan telefon,"Ustaz, tolong war-warkan, siapa yang dapat tembak Perdana Menteri, saya bagi upah RM500," Terkejut saya, tiba-tiba terjaga, rupanya bermimpi," menurut status itu.
Jelas status digambarkan Ahmad Fadhli di dalam Facebooknya mengancam dan dilihat berbaur ugutan kepada Najib sebagai pemimpin negara biarpun dia mendakwa muncul ketika mimpi.
Boleh pula dakwaan itu, menyertakan ganjaran RM500 yang ternyata tidak berbaloi dengan jenayah yang ditawarkan untuk dilakukan.
Berbaloikah RM500, untuk menembak seorang pemimpin negara. Bagaimana jika kos guaman yang terpaksa dibayar selepas ditangkap.
Jelas, ini satu lagi status hasutan melampau untuk mewujudkan kebencian kepada pemimpin negara.
Selain itu, status Ahmad Fadhli mengundang kritikan daripada pengguna alam siber yang mengutuk status berkenaan sebagai murahan dan tidak layak keluar dari mulut seorang ustaz.
Menurut satu komen, bagaimana jika Ahmad Fadhli muncul dalam mimpi orang lain melakukan kejahatan dan ia turut diceritakan di Facebook, maka ia bukan satu kesalahan kerana dia sendiri yang memulakannya.
Memalukan sahaja, jawatan tinggi tetapi mengeluarkan kenyataan status bertaraf murahan sebegini. – Mynewshub.my
Belum puas dengan program Mahabbatur Rasul - Kedah Berselawat, para pemimpin Kerajaan Negeri Kedah mengimarahkan lagi syiar Islam di negeri kita ni dengan majlis Ceramah Perdana Maulidur Rasul di Bandar Baharu, Kulim.
Bertempat di Dataran Sungai Kerian, Bandar Baharu malam ni, seluruh umat Islam di Negeri Kedah khususnya di sekitar daerah Kulim dijemput hadir ke majlis ilmu bersama pendakwah terkenal, Ustaz Kazim Elias..!
Arwah suami Kak Su berdiri paling kanan...Al-Fatihah untuk arwah dan takziah untuk Kak Su sekeluarga.. sabarlah Kak Su... Allah lebih sayang padanya...
Hari ni saya berkongsi kesedihan dengan Exco Kerajaan Negeri Kedah merangkap ADUN Pendang, YB Datuk Suraya Yaakob, atas pemergian suami beliau yang dikasihi, Allahyarham abang Syed, sebentar tadi.
Menurut sumber terdekat, Allahyarham suami Kak Su meninggal di Putra Medical Centre di Alor Setar dan telah dibawa pulang ke rumahnya yang terletak di Lorong Menteri. Itu status terkini sebagaimana yang diberitahu sumber berkenaan...
Semoga roh suami Kak Su ditempatkan bersama roh mukminin yang soleh serta mendapat rahmat dari Allah SWT. Al-Fatihah.
Masih ingat lagi insiden di Kg Tanduo, Lahad Datu, Sabah? Masih ingat lagi bagaimana beberapa anggota pasukan keselamatan negara gugur mempertahan kedaulatan negara dari serangan pengganas yang mempunyai kaitan rapat dengan Anwar, Kiram "Yang Haram"?
Kini, Sarawak pula terima ancaman dari sahabat Anwar Berahim. Siapa lagi kalau bukan petualang Filipina, Nur Misuari. Sebagaimana maklum, sahabat baik Anwar Berahim yang mengetuai Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) ni pendokong kuat fahaman liberal seperti Anwar juga...
Semalam, Panglima ATM Tan Sri Zulkefli Mohd Zin mendedahkan bahawa Sarawak berkemungkinan berdepan ancaman gerakan MNLF pimpinan Nur Misuari yang baru saja mengumumkan akan mewujudkan Republik Bangsamoro.
Dalam pada itu, Sarawak diletakkan di dalam keadaan berjaga-jaga ekoran kemungkinan akan cuba diserang rakan pengganas Anwar Berahim itu....ESSCOM pula diperluas ke seluruh Sarawak sebagai langkah awal...
Meskipun ancaman yang dijangka merebak ke Sarawak itu masih ditahap rendah, saya puji gerakan risikan ATM dan tindakan awal oleh pihak pasukan keselamatan negara bagi memastikan kedaulatan negara terus terpelihara...
Pada saya, kalau Nur Misuari itu petualang di Filipina, apa kurangnya petualang di Malaysia yang bernama Anwar Berahim. Itu pun ada jugak orang yang dewa-dewakan Anwar Berahim sebagai "harapan rakyat"?
Anak menantu Anwar sendiri dah "nak muntah" dengan gelagat Anwar, korang masih lagi anggap dia "pemimpin anugerah Tuhan"? Tu diaaa otak hangpa....
Sarawak berkemungkinan berdepan ancaman gerakan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) pimpinan Nur Misuari yang baru saja mengumumkan akan mewujudkan Republik Bangsamoro.
Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tan Sri Zulkefli Mohd Zin berkata, ekoran perkembangan tersebut, Kawasan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dijangka dikembangkan ke negeri Sarawak.
Jelas beliau, walaupun tahap ancaman itu masih rendah namun ATM tetap waspada dalam memastikan kedaulatan negara terjamin.
"Republik Mindanao (Bangsamoro) itu termasuk Pulau Pahlawan termasuk pulau di Sabah dan Sarawak, sebab itu kemungkinan Sarawak akan diancam keselamatannya, maka kita akan perluaskan ESSCOM ke Sarawak sebab kita tidak mahu apa yang berlaku di Sabah Febuari lalu berlaku kepada Sarawak.
"Kita sebagai anggota tentera tidak mahu dipersalahkan pada masa akan datang kerana tidak melihat kemungkinan ancaman itu akan berlaku dan kita melihatnya dengan begitu serius," kata Zulkefli.
Bagaimanapun Zulkefli berkata, ESSCOM Sarawak dijangka tidak akan melibatkan penggunaan aset utama milik angkatan tentera namun ia akan bergantung kepada keadaan kewangan kerajaan.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media mengenai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia 2014 yang akan berlangsung 14 hingga 17 April di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Kelmarin Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata bagi memperkuatkan lagi kawalan keselamatan di perairan Sarawak, kerajaan sedang menimbangkan cadangan untuk memperkenalkan kawasan keselamatan khas menyamai Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSCOM), di bumi Kenyalang itu.
Katanya, kawasan keselamatan khas di Sarawak itu akan meningkatkan kawalan keselamatan terhadap operasi minyak dan gas di perairan Sarawak itu yang amat penting kepada ekonomi negara.
Sarawak merupakan diantara pengeluar terbesar minyak dan gas Malaysia.
"Ia akan melibatkan kerjasama dengan syarikat-syarikat minyak dan gas yang beroperasi di perairan Sarawak. Petronas, Shell dan Esso memiliki pelantar-pelantar minyak yang beroperasi di tengah-tengah lautan.
Jangan lupa.. pukul 9 malam ni kita jumpa Ustaz Kazim Elias di Dataran Sungai Kerian, Pekan Bandar Baharu, Kulim.. Umat Islam dijemput datang beramai-ramai bawak anak isteri.. Yang bukan Islam kalau rasa nak kenal Islam pun boleh datang.. tengkiu..!
Saya tak tahu video ni dirakam di dalam Malaysia atau di luar Malaysia. Tapi nampak gayanya macam dalam Malaysia.. Wallahu'alam. Tapi saya yakin video ni mampu mencetus kemarahan penganut Buddha di negara kita dan di luar negara...
Saya peroleh video kat bawah ni dari sebuah laman web, di sini...
Nampaknya bukan Islam saja yang menjadi mangsa provokasi, namun agama Buddha juga turut menjadi mangsa serangan penganut "agama ini"... Saya tak tahu agama apa yang buat provokasi ni.. tapi saya ada dengar depa sebut "Amen".. Kristian ke? Yahudi ke? Saya tak pasti...
Up..!!! Jangan lupa malam ni kita ada "date" dengan Ustaz Kazim Elias di Dataran Sungai Kerian, Pekan Bandar Baharu, Kulim..!!! Datang.. jangan tak datang...rugi kalau tak datang majlis ilmu macam tu...
Setahu saya, Rasulullah SAW menegaskan bahawa umat Islam dilarang sama sekali berbohong, walaupun pada orang kafir. Kita berdosa sekiranya berbohong. Malah kita disuruh untuk bercakap benar meskipun pahit untuk ditelan...kan?
Apabila kita dapat tahu tentang sesuatu perkara, adalah perlu bagi kita menyiasat kebenaran di sebalik berita tersebut sebelum disebarkan pada khalayak umum. Kalau terbukti benar, maka bolehlah kita sebarkan...tapi kalau tak benar, tidak wajarlah...kan?
Itu yang diajar Islam kepada umatnya. Begitu juga yang diberitahu pada saya oleh ustaz-ustaz. Tapi, mungkin Timbalan Setiausaha Agung PAS, Dr Syed Azman tidak berfahaman begitu. Tak kira betul atau tidak, dia sebarkan dulu... kebenaran berita dia periksa kemudian...
Mula-mula dia tweet kat Twitter, kononnya ada kapal terbang Air Asia terhempas kat KLIA di Putrajaya. Habih kecoh kat Twitter gara-gara tweet dia tu... Kononnya dia bawak cerita "sensasi".. nak glamour la kot..?
Lepas tu, baru dia tanya sama ada berita yang dia tweet tu benar atau tidak? Tu diaaa.. dah sebar dah berita... lepas tu baru tanya kesahihan berita yang dia tweet tu? Apa dia tak fikir ke sebelum dia tweet berita kontroversi tu?
Sampai Air Asia kena keluar kenyataan nafikan tweet berita kapal terbang depa terhempas? Sampai kena buat press statement pada media? Tu la dia penangan sebar cerita tanpa usul periksa oleh salah seorang pemimpin tertinggi PAS...
Kecoh seketika di dalam Twitter tentang sebuah pesawat syarikat penerbangan Air Asia dikatakan terhempas berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di dalam kawasan Putrajaya.
Amendalah Dr. Syed Azman Ni, Sebarkan Cerita Pesawat Terhempas Tanpa Usul Periksa!
Pemeriksaan lanjut mendapati tweet dibuat oleh Timbalan Setiausaha Agung PAS Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi melalui twitter beliau @syedazman.
"Air Asia AK5110 dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur terhempas beberapa minit lepas di KLIA dalam kawasan Putrajaya," menurut tweet berkenaan.
Pada tweet kedua, barulah beliau bertanyakan sama ada ia berita yang benar atau sudah disahkan atau tidak kesahihannya.
Selepas diperiksa dengan pihak Perhubungan Korporat Air Asia, ia ternyata hanya sebuah berita palsu dan tiada pesawat yang terhempas di KLIA.
Soalnya, Syed Azman memperolehi sumber awal dari mana berkenaan nahas pesawat itu tanpa memeriksanya terlebih dahulu sebelum mahu membuat tweet berkenaannya.
Kejadian pesawat terhempas bukannya sesuatu yang boleh diperlekeh dan dibuat main-main kerana ia melibatkan ratusan nyawa.
Pada 16 Mei tahun lepas, Syed Azman turut dilaporkan pernah menyebarkan satu berita palsu berkaitan kenaikan harga barang namun sebenarnya ia tidak berlaku.
Syed Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok sebelum ini turut dikaitkan sebagai penyebar dakyah berhubung kenaikan harga barang termasuk gas memasak selepas Barisan Nasional (BN) memenangi PRU-13 tahun lepas. – Mynewshub.my
P/s: Apa agaknya hukum tindakan Dr Azman ni agaknya.. langsung takde mohon maaf pun dari dia!
Kalau ke parti tupperware, laju je korang... kalau ceramah agama dan majlis ilmu?
Pepagi ni sukacita dimaklumkan kepada seluruh umat Islam di kawasan Bandar Baharu, Serdang, Kulim dan sekitarnya bahawa pendakwah terkenal, Ustaz Kazim Elias akan berada di Dataran Sungai Kerian, Pekan Bandar Baharu kira-kira pukul 9 malam ni...
Saya yakin, ramai orang Kulim yang minat dengan ceramah Ustaz Kazim ni, kan? Jadi, malam ni keluarlah beramai-ramai selepas solat Isyak ke Dataran Sungai Kerian menghadiri majlis ilmu... Besar pahala dan banyak manfaatnya...
Mendengar ceramah dan celoteh Ustaz Kazim, ramai yang tersengih dan tersenyum simpul, termasuk saya sendiri. Ceramahnya berfakta, penuh dengan rujukan dalil naqli dan aqli yang disepakati oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah... takde la merapu macam segelintir "ustaz PAS" tu...
Kalau sebelum ni dok asyik hadir ceramah politik saja, apa salahnya kalau kita tukar selera pula ke arah Islam. Memang sepatutnya kita meletakkan Islam di tempat teratas berbanding perkara lain, kan?
Saya yakin, ramai warga emas dan veteran yang akan hadir malam ni menuntut ilmu agama dari Ustaz Kazim. Bagaimana pula dengan golongan muda? Kalau boleh ke Stadium kat Alor Setar sebab nak tengok bola dan konsert, takkan la tak boleh hadir majlis ilmu Islam, kot? Jangan buat malu orang muda aaaaa....
Terima kasih kepada PERKIM selaku penganjur majlis ceramah dan kerjasama dari , Pejabat dan Majlis Daerah, Pejabat Agama, Pejabat Parlimen, Pejabat ADUN Bandar Baharu/Serdang, Pertubuhan Peladang, Bank Muamalat, Pejabat Penerangan Daerah, Kolej Komuniti, PDRM dan Jabatan Sukarelawan di Bandar Baharu, Kulim. Besar pahala depa dapat malam ni...
Ingat yer.. malam ni lepas Isyak, pukul 9 malam, kita berada di Dataran Sungai Kerian di Pekan Bandar Baharu. Sama-sama kita mengimarahkan majlis ilmu untuk kita amalkan sebelum ajal menjemput kita..
Tun Dr Mahathir wajar takut, kalau Anwar menjadi MB Selangor. Mantan Perdana Menteri itu, tahu benar bahawa Anwar akan menyalah gunakan kuasanya, jika berkuasa.
Tun Mahathir mempunyai pengalaman, dan mengetahui, cara-cara Anwar kalau mempunyai kuasa. Anwar akan bertindak dan menganggap bahawa dia di atas undang-undang.
Dalam kes Sodomi I, diketahui bagaimana Anwar mempergunakan kedudukannya untuk mempengaruhi kes itu. Anwar didapati bersalah dan dijatuhi hukuman dengan salah guna kuasa itu.
Contoh terkini adalah pada PRK Kajang. Meskipun PRK itu hanya akan bermula pada 11 Mac, namun Anwar sudah mula berkempen. Dia tidak peduli, bahawa menurut undang-undang SPR, masa berkempen hanya bermula selepas penamaan calon sehingga 12 tengah malam, 12 jam sebelum masa pengundi dibuka.
Anwar tidak mahu ikut peraturan. Bayangkan, belumpun mempunyai kuasa, beliau sudah mempamerkan kekuasaannya. Inilah sebenarnya yang ditakutkan oleh Tun Dr Mahathir.
Selain itu, menurut Dr Mahathir, kakitangannya juga tidak akan selamat terutama mereka yang handsome seperti Saiful Azlan Bukhari.
SUAMI kepada anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Raja Ahmad Shahrir Raja Salim (kanan) hadir bersama peguamnya bagi sebutan kes perceraiannya di Mahkamah Rendah Syariah, Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur, Selasa. Mahkamah Rendah Syariah menetapkan 11 Mac sebagai tarikh sebutan semula kes cerai secara baik bagi pasangan terbabit
Sebelum ini Nurul Izzah memohon cerai Paskah daripada suaminya, yang tidak diketahui puncanya. Biasanya kalau seorang isteri memohon cerai cara seperti itu, si suami telah mengabaikan tanggungjawab terhadap isterinya secara zahir dan bathin, setidak-tidaknya dalam tempoh enam bulan.