MAKKAH - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razadan isteri Datin Seri Rosmah Mansor menunaikan ibadah umrah di Masjidil Haram di sini pada Ahad malam.
 
Najib memulakan tuntutan ibadah itu dengan bertawaf mengelilingi Baitullah, sebanyak tujuh kali bersama Rosmah.
 
Selesai bertawaf, perdana menteri dan isteri mengerjakan solat sunat tawaf sebelum melakukan ibadah Sai'e dan bertahallul.
   
Dalam kesibukannya sebagai perdana menteri, Najib telah ke tanah suci menunaikan ibadah haji bersama Rosmah pada 2011.
   
Dan    semalam, Najib diberi layanan berstatus tetamu negara di Madinah untuk lawatan kerja empat harinya di Arab Saudi.
    
Pada pagi Isnin, perdana menteri bertemu rakyat Malaysia di Restoran D'Saji dalam suasana santai sambil bersarapan. - Bernama