1. Jangan terlalu banyak berharap - Itulah kunci kejayaan utama untuk mendapatkannya atau untuk menakluk hatinya. Dengan cara begitu dia pula yang akan mengejar anda. Jangan mudah terus-menerus mengirim sms atau menelefonnya.
2. Kenali Isi Hatinya - Sebelum anda meluahkan perasaan cinta kepadanya, alangkah baiknya jika anda mengenali terlebih dahulu akan isi hatinya.
3. Dekati Keluarganya - Biasanya seorang wanita jenis jinak-jinak merpati seperti ini suka kalau keluarganya rapat atau akrab dengan anda. Sebab itulah anda harus mendekatkan diri anda dengan keluarganya. Pasti anda akan menjadi pasangan hidupnya.
4. Lihat Bahasa Tubuhnya - Tidak semua wanita suka pada anda, atau mahu ikut cakap atau kemahuan anda. Anda harus memperhatikan bahasa tubuhnya. Misalnya, ketika dia berbual dengan anda. Anda pastikan samada dia menatap wajah anda terus-menerus atau tidak. Jika ya, itu bererti dia suka pada anda. Atau semasa berbincang, jarinya bermain-main gelas. Itu bermakna anda sudah hampir mendapatkannya. Itulah tandanya dia suka kepada anda.
Saya kurang faham, apa perlunya wakil dewan Ulama PAS Hairun Nizam mengemukan isu supaya Tuan Guru Haji Hadi adalah calun terbaik untuk jadi Perdan Menteri Malaysia. Apakah beliau bercakap diatas sifat peribadi atau menzahirkan suara dewan Ulama PAS Pusat. Kerana jawatan Perdana Menteri telah lama diputuskan oleh PR iaitu Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah orangnya sekira PRU13 nanti PR dapat perintah Malaysia.
Tak kiralah sama ada ucapan itu atas sifat peribadi atau dari dewan Ulama PAS, Siapa yang akan jadi Perdana Menteri Malaysia apabila PR menang PRU13 kelak sudah disepakati iaitu Anwar Ibrahim jadi suara-suara sumbang sepatutnya tidak perlu diperkatakan lagi kerana ianya akan memberi topik baru kepada BN untuk merujuk bahawa dalam PR pun ada suara yang mempertikaikan keputusan bersama pimpinan PR.
Ekoran dari 'suara cepuah' dari wakil dewan Ulama PAS itu menyebabkan Tuan Guru Haji Hadi terpaksa berdepan dengan soalan-soalan yang tidak sepatutnya dilayan begitu juga dengan Anwar Ibrahim., Dan tentunya akan menjadi isu yang akan diungkit oleh BN nanti apabila DAP pula dengan tegas akan menolak Tuan Guru Haji Hadi Awang sebagai Perdana Menteri kerana persetujuan telah dicapai begitu lama dulu.
Apakah niat sebenar Hairun Nizam menlontarkan persoalan Perdana Menteri itu, apakah beliau tidak puas hati dengan persetujuan yang dicapai yang telah diputuskan oleh pimpinan tertinggi PAS Pusat dan PR atau sengaja nak cari populoriti dalam muktamar supaya namanya dicalun dalam PRU nanti.
Kerana isu Perdana Menteri sebenarnya tidak perlu dibincang lagi, yang perlu diletak dihadapan ialah bagaimana gerak kerja yang perlu diusahakan semuga PR akan menang besar pada PRU13 dan akan membolehkan tawan PUTRAJAYA.
Kini BN ada satu lagi isu yang boleh dicanang. Dewan Ulama PAS tolak Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri?. Tidakklah nanti ianya akan menyinggong dikalangan ahli dan penyokong PKR dan DAP akan bertegas yang tentunya akan menjadi rakyat kelam kabut. Itulah perlunya istiqomah dalam perjuangan terutamanya ahli dewan Ulama Pas itu sendiri.Jangan ikut sedap rasa nanti perjuangan akan binasa.
Budaya tidak mematuhi apa yang diputuskan oleh jemaah tertinggi parti akan mendedahkan parti kepada musuh yang sentiasa mencari kesempatan untuk menghasut rakyat. Jangan pula ada ahli majlis Ulama PAS dijadikan peluru oleh BN untuk menghasut rakyat supaya tidak menyokong PR disebabkan hanya kerana isu yang sudah dimaktamad tapi dicetuskan dimedan perdebatan oleh dewan Ulama PAS.
Malang kepada PAS kerana rakyat sudah bersama-sama PR untuk ke PUTRAJAYA tiba2 dewan Ulama menyuarakan nada yang tidak sehaluan dengan parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat PR. Bagaimana nak meneraju negara dengan tenang dan aman sedangkan ada lagi mereka yang berjawatan dalam parti tidak sensitif dalam isu yang amat sensitif.
Kalaulah takrifan Hadi, bahawa sesiapa yang mengucap kalimah syahadah itu islam, maka ahli-ahli dan penyokong Umno 99 peratus beragama islam. Demikian juga Pas, ahli-ahlinya dan penyokongnya hampir 99 peratus islam.
Kalaulah yang dimaksudkan Hadi itu kemenangan islam, maka di negara ini sejak merdeka lagi kemenangan senantiasa berpihak kepada islam.
Kita mengetahui, Perdana Menteri Malaysia daripada yang pertama hinggalah yang ke enam adalah orang islam dan kebetulan daripada Umno.
Rupanya doa dan permintaan Hadi itu selama ini termakbul, kerana belum pernah bukan islam menjadi Perdana Menteri di negara ini.
Kerana Hadi meminta Tuhan agar mememangkan sekali lagi umat islam, maka pada PRU-13 akan datang, sekali lagi Umno akan menang, kerana parti itu mewakili kaum melayu yang semuanya beragama islam.
Tuhan mengerti, bahawa Pas berasal daripada Umno, atas sebab itu, Pas tidak pernah menang di peringkat nasional, namun Tuhan itu, sangat adil, memberikan kemenangan kepada umat islam di Kelantan dan Kedah.
Sebenarnya kemenangan Pas di Terengganu pada tahun 1999 adalah ujian kepada parti itu terutama Presidennya sendiri Datuk Hadi Awang. Namun, mereka tidak mengambil iktibar kepada kemenangan itu, atas sebab itu Pas kalah pada tahun 2004.
Pada kali ini, kerana Tuhan melihat bahawa Pas sudah menjadi tamak dan bercita-cita pula mahu merampas Putrajaya dengan bantuan DAP dan PKR, maka sekali lagi, Pas akan kehilangan Kedah dan tidak akan dapat mengulangi kejayaan tahun 2008.
Selain itu, Tuhan juga tahu, bahawa Pas kini telah berubah matalamat perjuangannya, sehingga sanggup mendoakan sesama agamanya hancur binasa.
Tuhan tahu, walaupun Umno bertentangan dengan Pas pada sebarang pilihanraya, namun ahli-ahli umno dan penyokongnya, tidak pernah mendoakan agar Pas hancur lebur.
Umno berhadapan dengan Pas melalui pilihanraya secara gentleman melalui demokrasi. Oleh kerana pendekatan dan perjuangan umno lebih dekat dengan rakyat, atas sebab itu, Umno senantiasa menang.
Yakinlah semakin meluap-luapnya keinginan Pas untuk merampas Putrajaya, maka semakin jauhlah parti itu dengan Putrajaya. Putrajaya nampak dekat, tapi jauh, sungguh jauh.
KOTA BARU: Majlis Syura Ulama PAS memandang berat kenyataan pimpinan parti itu yang secara terbuka mendakwa parti itu tersasar daripada perjuangan sebenar untuk menegakkan Islam.
Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din berkata badan tertinggi parti itu tegas untuk 'menutup mulut' pemimpin berkenaan daripada terus mengeritik parti.
Parti Pas beranggapan sebarangan kritikan terhadap parti, adalah ditunjangi Umno/Bn. Sesiapa sahaja pemimpin parti yang mengeluarkan pendapat yang berbeza dengan hala haluan parti, pasti didalangi Umno/Bn.
"Atas kesedaran itulah Syura Ulama bersidang bagi memikirkan cara terbaik untuk diamkan org ini daripada bercakap," katanya pada sisi penggulungan Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar PAS ke-58 di sini, Sabtu.
Tanpa mendedahkan nama individu tertentu, Haron sebaliknya hanya melabelkan pemimpin berkenaan sebagai 'bukan calang-calang pemimpin'.
"Ada bekas ahli, ahli yang dipecat atau ahli dan pemimpin dari dalam PAS sendiri yang keluarkan komen tidak sedap didengar hingga menimbulkan kebimbangan.
"Kita memerhati perkara ini dengan penuh teliti, tetapi isu ini (PAS tersasar landasan) tetap dimainkan dan suara itu mengatakan bahawa PAS kena semak kembali (kerjasama politik). Orang itu bukanlah calang-calang," katanya.
Baru-baru ini bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa mencetuskan kontroversi apabila mengeluarkan kenyataan yang mendakwa PAS sudah lari daripada matlamat asal perjuangannya.
Malah Nasharuddin yang juga ahli Majlis Syura Ulama turut menggesa agar PAS mengkaji semula kerjasama mereka dalam pakatan pembangkang.
Sehubungan itu menurut Haron, Majlis Syura Ulama menegaskan bahawa PAS masih lagi parti yang sama sejak ia ditubuhkan dan menepis dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang menuduh parti Islam itu tergelincir daripada perjuangan memartabatkan Islam mereka.
Menerusi mesyuarat badan itu pada Jumaat malam, Majlis Syura Ulama menegaskan secara sebulat suara bahawa perjuangan PAS dan arah tuju parti itu masih sama, walaupun berlaku perubahan arah perjuangan daripada negara islam kepada negara berkebajikan.
Demi menepis kenyataan beberapa pemimpin parti itu termasuk mantan Timbalan Presidennya Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan Mantan Pesurujaya Pas Selangor- Datuk Dr Hassan Ali, Haron Din terpaksa mengunapakai bahasa politik, kononnya PAS masih utuh dan masih tetap atas perjuangan asalnya.
Aku rasa pak-pak lebai PAS dah balik dari tunaikan "haji" di Muktamar "agama" PAS di Kota Bharu dah...termasuk la "belogger" pencacai PAS Kedah yang dok muhong spin sana sini...
Aku ada "ubat" sikit untuk depa...Heh!
Esok lebih kurang pada jam 10.30 pagi, sila standby bukak blog aku ni sebab ada pendedahan yang akan memalukan seluruh Kerajaan PAS Negeri Kedah, khususnya Azizan Razak...
Nak tahu apa benda? Sila tunggu esok pukul 10.30 pagi...heh!
Penyanyi Shila Amzah memohon maaf kepada peminat kerana tindakan spontannya mencium tangan kekasihnya pelakon Sharnaaz Ahmad ketika namanya diumumkan sebagai pemenang Lagu Terbaik menerusi Patah Seribu pada Anugerah IndustriMuzik (AIM) ke-19, malam Sabtu lalu.
Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah, 22, berkata, tindakan itu dilakukan secara tidak sengaja lebih-lebih lagi pada ketika itu dia berada di samping orang yang disayanginya apabila pengumuman dibuat.
"Saya ingin meminta maaf atas kekhilafan saya itu. Ketika itu saya terlalu teruja dan pengumuman itu dibuat ketika saya berda di samping orang yanh saya sayang.
"Ia merupakan satu pengajaran buat saya dan saya bukanlah seorang yang sempurna," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Ahad.
Pada AIM19 yang diadakan secara langsung di Stadium Malawati, Shah Alam itu, aksi Shila mencium tangan Sharnaaz selepas diumumkan sebagai pemenang Lagu Terbaik menimbulkan perasaan kurang senang pada khalayak.
Peminat Shila melahirkan rasa kekecewaan di Facebook dan Twitter kerana perbuatan itu dianggap telah melanggar batasan sebagai wanita Muslim yang bertudung.
Patah Seribu yang juga merupakan pemenang bagi kategori Lagu Pop Terbaik telah menewaskan 5 lagu lain iaitu Counting Days (Jaclyn Victor), Aku Maafkan Kamu (Malique & Jamal Abdillah), Idola (Azlan & The Typewritter), Doa (Nora) dan Kuasa Cinta (Noraniza Idris).
Tambah Shila, dia juga ingin menjelaskan kepada mana-mana pihak tentang ucapannya yang pertama kali memenangi anugerah di negara ini.
"Apabila saya kata tak pernah menang apa-apa dalam negara sendiri, itu bermaksud tentang karier solo saya.
"Memang saya ada menang anugerah tapi ia menerusi 3 Suara bersama-sama dengan Ning Baizura dan Jaclyn Victor. Saya sangat bersyukur dengan pengiktirafan tersebut.
"Saya harap tidak ada lagi yang salah faham dengan kenyataan tersebut," tuturnya.
Sementara itu, ketika ditemui selepas majlis AIM, Shila berkata, dia bersyukur dan berbangga dengan penantian 12 tahun sepanjang berada di bidang seni muzik berbaloi lebih-lebih lagi apabila lagu yang diiktiraf itu merupakan hasil ciptaannya sendiri.
"Alhamdulillah, ini adalah rezeki Allah berikan pada saya. Walaupun tidak pernah diiktiraf selama ini, saya tidak tidak pernah kecewa, tetapi ia mungkin satu pengajaran bahawa apa yang saya tampilkan selama ini belum cukup kuat.
"Tetapi dalam hati ada juga terfikir dan bertanya sendirian bilalah masanya untuk saya mencapai kejayaan seperti rakan-rakan seperjuangan lain. Bagaimanapun saya simpan sahaja perasaan itu dan mengharapkan kemenangan itu berpihak pada saya pula, dan saat itu akhirnya dapat dirasa.
"Terus-terang saya sendiri tidak jangka Patah Seribu dapat diiktiraf ke peringkat yang lebih tinggi kerana ia dihasilkan dalam masa 20 minit sahaja," ujarnya.
Semakin nyanyok dah orang tua ni .Dulu tuduh UMNO kafir kerana berkawan dengan MCA & MIC dalam BN . Hari ini melemparkan pulak gelaran UMNO parti murtad kononnya menolak Islam sebagai dasar perjuangan .
Siapa yang tolak Islam ?? PAS ke UMNO ??
PAS sebenarnya yang sudah buang Islam dengan bertukar kepada kebajikan .
UMNO tak tolak Islam sebaliknya tolak PAS ...kerana PAS bukan Islam , PAS adalah parti politik !!!
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Ahad melabelkan Umno sebagai parti murtad kerana mendakwa parti itu menolak Islam daripada dasar perjuangannya. Menurutnya bukan sahaja Umno, malah mana-mana pihak yang memperlekehkan Islam dengan sengaja boleh dianggap murtad kerana tidak mahu menerima hukum Allah sebagai panduan hidup.
"Timbul masalah murtad, katanya sebab paderi Kristian, tapi saya kata tidak (kerana) orang Melayu murtad kerana orang Melayu sendiri memperlekeh Islam. "Umno tolak Islam, maka nampak dia memperlekehkan Islam. Dia buang Islam. Macam lekehkan benda salah...macam ubat habis tempoh dia buang. Jadi bila Umno buang (Islam), agama apa Umno tu?
"Murtad ini bukan (hasutan) daripada paderi Kristian, tapi daripada orang Melayu sendiri yang tolak Islam, (maknanya) yang tolak Islam dia murtad. Agama apa Umno pakai? bila umno tolak Islam dalam dasar parti dia, maka (adakah) Umno sama ada Kristian, Buddha atau tak ada agama?" katanya kepada pemberita pada Muktamar Tahunan PAS ke-58 di sini.
Diminta penjelasan sama ada beliau menjatuhkan hukum murtad kepada Umno selepas mendakwa parti itu memperlekehkan Islam, Nik Abdul Aziz berkata: "Tak kira siapa pun...tak kira kalau tok guru (agama) sekalipun, kalau murtad...murtad lah.
"Usahkan Umno, tok guru berserban atau berjanggut, kalau dia tolak Islam dengan cara hati (niat bahawa) Islam tak guna... (maka) dia murtad walaupun tak ada mufti beritahu. Kalau dia tolak Islam dengan sengaja, yakin bahawa Islam tak guna...dia murad."
Ditanya pada pandangannya adakah Umno telah memperlekehkan Islam sehingga layak dilabel sebagai murtad, Menteri Besar Kelantan itu berkata: "Tak lekeh apa dia buang Islam."
Sebelum ini Nik Abdul Aziz pernah menimbulkan kontroversi apabila menuduh Umno dengan pelbagai gelaran, termasuk melabelkan parti itu sebagai kafir kerana tidak memperjuangkan negara Islam.
" UMNO tak pernah doa kehancuran PAS " ..itu jawapan akhir PM DS Najib Tun Razak bila diminta mengulas doa kehancuran PAS ketika himpunan kebangkitan rakyat baru-baru ini .
Doa adalah untuk perkara kebaikan tetapi PAS telah menyalahgunakan doa untuk politik kebencian sesama Islam .
Sebab apa PAS sanggup doa kehancuran UMNO BN dijelaskan melalui video ini !!
Kalau sebelum ini Dr Asri membidas doa hancur sesama Islam oleh PAS , kali ini UFB pulak komen dengan cara menegur iaitu berdoa agar diberi hidayah oleh Allah diampuni kesilapan mereka dalam mendoakan keburukan untuk UMNO BN .
Oleh kerana Hadi Awang menolak jawatan PM dan rela menjadi khadam untuk Anwar & DAP ,GPB teringat satu filem P Ramlee iaitu 3 Abdul yang juga ada istilah khadam .
Hadi Awang ini dalam kategori mana agaknya ??
- Khadam tua
- Khadam bodoh nak mampus
Memang bijak Seniman Tan Sri P Ramlee ..rupanya ada juga khadam di zaman sekarang ..tak sangka tu Presiden PAS pulak mengaku sendiri ..hahaha...
Doa politik PAS untuk kehancuran umat Islam UMNO turut dibidas Dr Asri di twitternya yang persoalkan mengapa PAS berdoa musnahkan sesama muslim kerana perbezaan parti politik .
PAS ternyata semakin terpesong dengan ajaran Islam ..Nabi Muhammad pun tak pernah berdoa kehancuran sesama umat Islam .. PAS belajar kat ajaran mana ni ?? Memang sah PAS SESAT !
Wakil Dewan Ulama Pas Pusat, Hairun Nizam Mat Hussain mengulangi pendiriannya bahawa beliau yakin sebahagian besar ahli parti itu mahu Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Kerajaan Pusat.
"Saya kira kalau rata-rata ahli Pas mahukan presiden (Abdul Hadi) sendiri jadi Perdana Menteri, tetapi tuan guru dia mempunyai sikap yang baik iaitu dalam masalah memimpin masyarakat itu yang terbaik adalah pelaksanaan amanah, siapa yang hendak menjadi yang paling tinggi, ia terserah kepada rakyat," kata beliau kepada Sinar Harian Online lewat semalam. Soal itu mendapat perhatian di Kelantan yang menjadi lokasi Muktamar Tahunan Pas ke-58.
Ketika Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad ke-IV malam kelmarin, Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim paling layak menjawat jawatan itu.
Pendapat sama sebelum itu disuarakan oleh anaknya, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng awal tahun ini. Isu itu menjadi 'lebih panas' semasa perbahasan ucapan dasar presiden pada muktamar pagi semalam apabila Hairun yang mewakil Dewan Ulama menegaskan Hadi wajar dilantik sebagai Perdana Menteri jika pembangkang menang pada PRU13.- SH
Hulu Langat - Kira-kira 2,000 ibu tunggal dijangka memfailkan saman terhadap kerajaan Selangor bagi menuntut elaun ibu tunggal seperti dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12).
Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Selangor, Mortini Kasman, berkata pihaknya sudah melantik Tetuan Kamaruddin & Partners mewakili mereka untuk memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Khamis ini. Kita akan memperjuangkan apa yang sudah dijanjikan. Kerajaan Selangor di bawah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu menepati janji pada pilihan raya lalu untuk memberi elaun kepada ibu tunggal, katanya selepas majlis Sepetang Bersama Ibu Tunggal di Kolej Kemahiran Tinggi MARA Beranang, di sini, semalam.
Majlis dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih yang juga Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, Datuk Johan Abdul Aziz.
Mortini yang juga Naib Presiden Persatuan Ibu Tunggal Malaysia, berkata pihaknya juga akan mengadakan satu demonstrasi 23 November ini di depan Bangunan SUK di Shah Alam bagi menuntut Khalid menunaikan janji manifesto pilihan raya umum lalu.
Sementara itu, Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd Ali Baharom yang turut hadir pada majlis berkenaan, meminta balu tentera supaya turut serta dalam demonstrasi terbabit Jumaat ini bagi menuntut elaun ibu tunggal.
Berikut ialah komen YB Khairy Jamaluddin ahli Parlimen Rembau ditwitter (@khairykj) berhubung solat hajat PAS yang mendoakan kehancuran terhadap UMNO.
"...... PAS mendoakan kehancuran UMNO. Tak Pa lah. Orang UMNO tetap mendoakan kesejahteraan ahli-ahli PAS walaupun beza politik."
Pas sekali lagi membuktikan parti itu sanggup memperalatkan agama demi politik apabila mendoakan kehancuran UMNO dan Barisan Nasional (BN) iaitu parti yang telah banyak menyumbang kepada perkembangan syiar Islam di negara ini, ketika Maal Hijrah baru berlalu tiga hari.
Lebih menyedihkan, Pas meminta doa agar Allah SWT menjahanamkan UMNO dan BN sebagaimana Allah memusnahkan Firaun, Qarun, Namrud serta Abu Lahab selepas solat hajat, sempena muktamar parti itu di Stadium Sultan Muhamad IV, Kota Bharu, malam tadi.
Doa Pas yang meminta kehancuran UMNO dan BN itu berbeza sekali dengan seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar umat Islam di negara ini menghayati sifat mulia kaum Muhajirin dan Ansar, demi membina perpaduan serta kekuatan ummah semasa beliau berucap pada sambutan Maal Hijrah, Khamis lalu.
Selain itu, doa yang diketuai Nik Razi Nik Mat, iaitu adik kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut mendakwa UMNO dan BN telah bertindak zalim kepada agama Islam, rakyat serta negeri Kelantan meskipun Malaysia diiktiraf negara Islam paling maju dan komprehensif di bawah pentadbiran kerajaan sekarang.
"Ya Allah...Mudahkanlah perjalanan kami ke Putrajaya, kuburkanlah UMNO dan BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 ini (diulang sebanyak tiga kali). Ya Allah...Hukumkanlah UMNO. Ya Allah...Hukumkanlah UMNO dan BN. K.O! BN, K.O! BN, BN K.O!, K.O! BN, BN K.O!, BN K.O! dalam PRU-13 ini Ya Allah.
"Kalau Kamu pernah tenggelamkan Firaun di dalam laut, Kamu izinkan bumi Mu telan Qarun. Ya Allah...Kamu telah laknat Namrud dan begitu juga Abu Lahab. Maka sungguh mudah untuk Kamu menjahanamkan UMNO dan BN dalam PRU-13," doa Nik Razi sebagaimana dipetik dari blog jinggo-fotopages.blogspot.com, hari ini.
Video doa yang berdurasi 4.26 minit itu dimuat naik sendiri oleh blog jinggo-fotopages dan penelitian Mingguan Malaysia ke atas rakaman video berkenaan mendapati hanya peringkat awal dan akhir doa sahaja Nik Razi membaca ayat al-Quran, manakala hampir keseluruhan kandungan doa pula adalah memburukkan UMNO serta BN.
Dalam pada itu, pengendali blog jinggo-fotopages yang membuat liputan semasa solat hajat tersebut memberitahu, ramai kalangan petugas media terkejut dengan doa yang dibaca Nik Razi, menyebabkan mereka berhenti mengaminkan doa kerana tidak sampai hati mahu mendoakan kehancuran saudara seagama.
"Inilah kali pertama kali dalam sejarah hidup saya yang dah pun mencecah 50 tahun mendengar doa sebegini. Terkejut dan tersedak saya dibuatnya. Saya yang tak berparti mempunyai ramai kenalan di sebelah pembangkang dan juga di sebelah pihak kerajaan yang memerintah. Tak sampai hati saya mengaminkan doa tersebut.
"Ramai juga kenalan media yang pada mula mengaminkan doa tersebut kemudian menurunkan tangan sebagai tanda 'protes' apabila terdengar jeritan imam (Nik Razi) mendoa K.O UMNO dan BN," katanya.-Utusan
KUALA LUMPUR: The PAS Ulama and Muslimat wings' support for party president Datuk Seri Abdul Hadi Awang to be made prime minister should Pakatan Rakyat come to power continues to put other Opposition coalition members in a spot. Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim, widely seen as the premier-in-waiting, was evasive when reporters asked for his response. "It's okay. No problem. We will discuss in a nice manner", he said as he walked briskly to his car after launching a convention on national education at Universiti Selangor (Unisel) in Shah Alam on Sunday. He said he had to rush off to another function in Kuantan. However, DAP was characteristically vocal. Its deputy chairman Dr Tan Seng Giaw said bluntly on Sunday that Anwar would be prime minister should Pakatan win the 13th general election and hudud law would not be implemented. "All of us have agreed that Anwar will be the PM should we take over Putrajaya. "In a democracy, we, of course, allow for differing opinions, but the consensus in Pakatan that Anwar remains the PM-in-waiting is final, so even if the PAS Ulama and Muslimat wings say otherwise, it makes no difference," he said. He said that the Pakatan Rakyat leadership would only implement policies that have the consensus of all three-component parties, and reject those which have yet to obtain it. At the same time, it was the lack of consensus that has stopped the implementation of hudud law from becoming part of Pakatan's common framework policy. "If there is consensus, we will enforce it. If not, we won't. And the decision from the leadership is final," he told reporters after a DAP ceramah in Kepong Baru on Sunday morning, reiterating the DAP's position on the matter. He also said that it was "pure politicking" by Barisan National to imply that the Islamic penal code could be so easily implemented. He said that it required an amendment to the Federal Constitution to implement hudud and any amendment to the constitution required consent from two-thirds of the members of parliament. At the 58th PAS muktamar in Kota Baru on Saturday Dewan Ulama representative Hairun Nizam had said Hadi was the best candidate for the job if the coalition took over Putrajaya, a sentiment echoed by PAS Muslimat on Sunday. When pressed for a reaction, Hadi had earlier dodged responding directly, saying instead, that he would rather be a "servant" to the people and country. "Whoever becomes the prime minister needs the support of the party and people. I would rather be a khadam (servant) to the people," he had said. Meanwhile, in Ipoh, Umno treasurer Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah said Sunday the Opposition's inability to agree on a common platform and contest under a common flag in the upcoming general elections showed that they could not govern the country. "PAS will definitely want to implement their Islamic ways if Pakatan comes into power and if it is not done, it will destroy the Opposition. "Intellectually, if they cannot even be united in contesting as a single party, then they are incapable of being united to rule the country," he said in a press conference in Manjoi here on Sunday. "As such, I do not see that they have any hope of winning in the upcoming elections," he said.
tunku : it looks like pas can keep n dreaming that it's president will be the choice forprime minister should they win the next GE. and again they can keep lying to Muslims that they will implement hudud as pakatan will never agree to it and the most important thing is hadi awang,anwar ibrahim and lim kit siang had signed an agreement in december 2009 that should pakatan capture Putrajaya hudud will not be implemented.
You are subscribed to email updates from tunku To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib menyifatkan kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berhubung isu kebebasan memilih agama bagi umat Melayu sebagai tidak berhati-hati dan bersifat "kebudak-budakkan".
Sehubungan itu beliau tidak mahu membuat sebarang ulasan lanjut kerana:
"Dia cakap itu, bagi saya, saya panggil dia budak-budak lagi. Tidak berhati-hati. Saya tidak mahu komen apa."
Kenyataan Harun ini adalah komen yang paling pedas datang daripada mana-mana pemimpin PAS setakat ini. Sebelum ini kebanyakan mereka jelas cuba menghindar daripada mencetuskan "silang pendapat" dengan PKR berhubung isu berkenaan.
Nurul Izzah ketika menyertai forum anjuran Islamic Rennaisance Front (IRF) dan Gereja Tabernacle di Subang Jaya 3 November lalu menyatakan bahawa setiap insan harus diberi kebebasan memilih agama masing-masing tanpa mengira mereka berpegang kepada ajaran Islam atau tidak.
"Tidak harus ada paksaan di dalam agama. Bagaimanakah seseorang itu boleh berkata maaf..ini (kebebasan agama) hanya untuk bukan Melayu. Ia (sebenarnya) harus dilaksanakan sama rata (untuk semua kaum)," katanya ketika menjawab pertanyaan seorang ahli Majlis Peguam, Siti Zubaidah Kassim.
Jika benar bayaran bulanan keretanya RM1400.00 sebulan, bermakna dia mengambil pinjaman bank bernilai RM90,000 selama 7 tahun dengan interest 3.5% setahun.
Jika nak beli kereta ini Nasrudin perlu membayar RM161,731.80 -RM90,000.00 =RM71,731.80
Ini bermakna Nashrudin Hasan perlu membayar secara tunai kepada syarikat yang menjual kereta berjumlah RM71,731.80, mana Nashruddin dapat duit sebanyak itu?
Pajero Sport ini kalau atas jalan berharga RM161,731.80. Kenapa Nashrudin Hasan tidak mengisytiharkannya. Nashrudin jangan ingat rakyat terlalu bodoh dan boleh diperbodohkan. Kalau setakat gaji tak sampai RM 3 000 jangan la mimpi nak pakai kereta ini. Cosumption bahanapi terlalu tinggi, road tax sahaja RM820.00 setahun dan insurance pun mahal lebih RM2000.00 jika masih dalam pinjaman bank.
Tolong bagi tahu rakyat dari mana Nasrudin dapat duit sebanyak itu untuk membeli kereta Pajero ini?
Tolong bagi tahu rakyat bagaimana cara Nasruddin berbelanja dengan ealaun daripada Pas cuma RM2500.00 sahaja kerana kos untuk kereta Pajero ini terlalu tinggi sebab itu hanya beberapa unit sahaja berada di atas jalan. dan jangan lupa pulak beliau punyai anak 7 orang yang maseh di bangku sekolah.
KUALA LUMPUR 17 Nov. - Kerusi Parlimen Taiping di Perak yang sebelum ini ditandingi oleh PPP telah diserahkan kembali kepada Gerakan.
Presiden PPP, Datuk Seri M. Kayveas yang membuat pengumuman tersebut berkata, pihaknya masih menunggu Gerakan untuk memberi satu kerusi kepada PPP yang mana beliau akan bertanding di kawasan tersebut.
"PPP setuju untuk menyerahkan kerusi Parlimen Taiping kepada Gerakan dan kini kita masih menunggu Gerakan memberi satu kerusi semula kepada PPP,'' katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi PPP di sini hari ini.
Kerusi Parlimen Taiping telah diserahkan kepada PPP oleh Gerakan dalam Pilihan Raya Umum Ke-11 pada 2004.
Dalam pada itu beliau berkata, PPP akan meneruskan strategi misi 510 bagi membantu Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) tidak lama lagi.
Menurutnya, hampir 5,000 cawangan PPP akan memastikan sekurang-kurang 510 pengundi di cawangan masing-masing akan menyokong dan mengundi BN pada pilihan raya umum tersebut.
"Sekurang-kurangnya, minimum 510 pengundi baharu akan disediakan oleh setiap cawangan yang terdiri daripada ahli PPP dan orang awam.
"Cawangan juga akan menyediakan kenderaan bagi mengambil dan menghantar mereka ke tempat membuang undi," katanya.
Tambah Kayveas, pilihan raya umum nanti akan menyaksikan lebih ramai yang terlibat dan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.
"Melalui pendedahan yang diberikan dalam media-media terutama media sosial telah menimbulkan minat dan penglibatan rakyat bagi terlibat sama dalam pilihan raya.
"Jentera PPP juga akan bergerak sepenuhnya selepas Perhimpunan Agung parti nanti pada 2 Disember yang akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)," jelasnya.
PPP sebelum ini telah menghantar senarai 16 nama kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbangkan sebagai calon pilihan raya Barisan Nasional (BN) yang kesemua terdiri daripada muka baharu kecuali Kayveas.
Pas, yang mengadakan muktamar tahunan terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), perlu menang sekurang-kurangnya 60 kerusi Parlimen, kata Naib Presidennya, Datuk Husam Musa.
Sehubungan itu menurut beliau, kemenangan yang paling mustahak dalam menentukan hala tuju perjuangan parti berusia lebih enam dekad ini.
"Sehebat mana perjuangan kita dalam kerangka demokrasi, kemenangan yang paling mustahak.
"Berapa kerusi yang kita boleh menang? Paling tidak kita kena menang 60 kerusi dan sekarang kita fokus kerusi mana yang boleh menang," kata beliau ketika menggulung perbahasan ucapan dasar presiden pada Muktamar Tahunan Pas ke-50 di Pengkalan Chepa.
Husam yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan berkata, pada PRU12 empat tahun lalu, Pas memberi fokus ke atas 40 kerusi, tetapi ketika itu 10 kerusi tersasar daripada mencapai sasar kerana faktor undi pos.
Menurut Husam, terdapat 11 kawasan Parlimen yang majoriti undi membabitkan tentera.
Husam yang juga Pengerusi Bersama Manifesto Pakatan Rakyat melontarkan pesanan supaya jangan terlalu ghairah ketika melangkah untuk mencapai kemenangan.
PRU13 disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat. Mandat semasa Kerajaan Pusat akan berakhir 28 April depan.
Katanya, setiap ahli parti perlu bertindak bagi mengolah Pas untuk menang dan mudah diterima semua pihak.
Oleh itu kata beliau, kunci kepada kejayaan itu ialah merakyatkan perjuangan dengan bekalannya "Negara Berkebajikan."
"Jangan terlalu hendak menang tanpa menyemak kedudukan kita sebenarnya. Pengkritik telah mengkritik kononnya kita telah meninggalkan perundangan Islam sehingga diperkenalkan pula konsep Negara Berkebajikan.
"Jangan pula kita hilang rasa tawaduk kepada Al-Malik dan menerimalah apa yang ditentukan ALLAH," kata Husam.
Katanya: "Jangan dilihat kita terlalu gelojoh, jangan pula kita menunduk sehingga terhantuk. Kita hendak kaji apakah punca kita kalah sebelum ini dan bagaimana pula cara hendak menang."
"Selepas muktamar ini kita balik dan semak di kawasan masing-masing," kata Husam. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
BN Youth Job Fair Bermula 16hb - 18hb Nov, 10am-8pm Di PWTC, KL. Ada Lebih 30,000 Peluang Perkerjaan Pelbagai Sektor Ditawarkan Dan Ada Sebanyak 350 Majikan. BN Youth Terus Membela Rakyat, Selesaikan Masalah Itu Amanah Dan Tanggungjawab Pemuda BN.({})
BN YOUTH WE WALK THE TALK (Sharing Is Caring) :D Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Muktamar Pas mahukan Pas menjuarai pakatan haram. Perwakilan Pas mahu Hadi Awang menjadi Perdana Menteri bukan Anwar Ibrahim dan bukan Lim Kit Siang.
Pas sendiri mengakui bahawa calon mereka untuk peringkat negeri dan pusat ( parlimen) telah pun dikenal pasti. Maknanya Pas telah membuat ketetapan untuk bertanding 60 kerusi dan Dap 100 kerusi dan selebihnya 62 kerusi ialah milik PKR.
Menang semua 60 kerusi Pas kata mereka boleh lantik Hadi Awang jadi PM.
Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim nak letak tang mana?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Begitulah doa terbaru yang terdapat dalam doa solat hajat Pas.
Hadi pula kata doa tersebut boleh untuk kerajaan zalim.
Pas hanya pandai sebut perkataan zalim tanpa sebarang definasi.
Zalim macam mana?
Adakah kerajaan BN melarang orang Pas bersolat di masjid yang dibina oleh kerajaan?
Adakah BN menghalang anak-anak Pas belajar di sekolah yang dibina oleh Umno?
Adakah anak-anak Pas dihalang daripada menjawat jawatan dalam kerajaan?
Adakah kerajaan pusat tidak menghulurkan bantuan kepada kerajaan negeri yang diperintah Pas?
Adakah orang Pas yang sakit tidak dibenarkan mendapat rawatan di hospital kerajaan?
Apa kah kerana Petronas tidak menunaikan tuntutan Royalti Minyak maka Kerajaan dianggap zalim?
Banyak lagi persoalan yang boleh ditujukan kepada Pas berkenaan istilah kerajaan zalim .
Cuma yang baghal pada Pas ialah bila kita sebut semua pembangunan dibuat oleh kerajaan Umno dan BN , Pas akan menyatakan duit kerajaan bukan duit Umno BN tetapi duit rakyat.
Bila kita sebut kerajaan membina masjid Pas akan kata kerajaan Siam pun bina masjid.
Bab duit pula, duit kerajaan ialah duit rakyat bukan duit Umno.
Kalau macam tu tak ada lah kezaliman Umno, kenapa sampai sanggup menyesatkan pengikut mazhab Pas sampai sanggup buat doa dan solat hajat sedemikian rupa.
Oleh itu kesimpulannya ialah Pas adalah ajaran sesat yang tidak boleh diikut. Imam Pas pun imam fasik dan tidak sah solat kalau berimamkan mereka ini.
Tidak hairanlah hari ini ramai anak-anak orang Pas yang jadi penagih dadah, bohsia dan sebagainya semuanya bala yang mereka terima akibat dosa yang mereka lakukan.
Pemimpin sesat, pengikutnya turut sesat juga. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Muktamar PAS ke-58 yang sedang berlangsung menyaksikan sikap hati-hati yang tinggi di kalangan perwakilan dalam memilih usul untuk dibahaskan. Rata-rata mengelak dari membincangkan keresahan akar umbi berkenaan hala tuju parti yang dilihat semakin tersasar.
Namun, dalam ruang litup yang terhad untuk mengkritik, masih terdapat beberapa perkara yang 'lolos' untuk menjadi sasaran kritik. Antaranya, akhbar rasmi parti iaitu Harakah, mendapat kritikan pedas dari perwakilan. Antara yang lantang ialah, Ketua Pemuda PAS Wilayah, Kamaruzzaman Mohamad, yang menyifatkan yang Harakah telah tersasar dari perjuangan.
Oleh itu, beliau menyarankan agar lidah rasmi PAS itu dipantau dibawah satu jawatankuasa untuk menapis dan mengawal kandungannya. Usul itu telah diluluskan dengan majoriti besar iaitu 733 perwakilan dari 172 kawasan.
Harakah dikritik sebagai terlalu terbuka dalam memberi ruang kepada pemimpin DAP dan PKR. Perwakilan juga tidak gemar akhbar tersebut menyiarkan berita yang merugikan PAS di muka depan, antaranya isu Datuk Dr. Hassan Ali dan kontroversi Nasharuddin Mat Isa dan Karpal Singh. Berita sebegitu menurut mereka, merupakan tindakan batu api dan melaga-lagakan pemimpin PR sesama sendiri.
Jelas, nampaknya perwakilan lebih senang jika akar umbi dibiarkan dalam kegelapan mengenai apa yang berlaku di peringkat atasan. Mungkin tindakan ini akan lebih memudahkan mereka kerana tidak perlu berhadapan dengan soalan-soalan yang tidak mampu dijawab berkenaan hala tuju PAS dalam PR dan hala tuju PR itu sendiri jika ditanya oleh akar umbi.
Kita setuju dengan Pemuda PAS bahawa Harakah telah tersasar namun bukan kerana bersifat terbuka memberi ruang kepada berita yang merugikan PAS. Tetapi kerana menjadi peneraju berita-berita fitnah mengenai pemimpin UMNO serta menjadi agen penyebar kebencian sesama Umat Islam.
Pelik, kerana Pemuda PAS tidak pula mengkritik Harakah dari segi ini. Mungkin kerana fitnah dan kebencian tidak merugikan PAS tetapi menguntungkan, maka ianya dilihat sebagai tidak salah oleh Pemuda PAS.
Namun begitu, tidak mustahil juga kritikan Pemuda PAS terhadap Harakah adalah bersifat 'tersirat' iaitu mereka sebenarnya ingin mengkritik individu di belakang Harakah, Kamaruddin Jaafar atau KJ yang menjadi Pengarah Urusan akhbar itu. Umum sedia maklum bahawa KJ merupakan orang kuat Anwar Ibrahim. Pada bulan Julai lepas, Zaini Hassan menulis di kolumnya di Utusan Malaysia seperti berikut:
"Ahli Parlimen P19 Tumpat iaitu Kamaruddin Jaafar, disebut-sebut akan menggantikan Nik Aziz sebagai MB Kelantan selepas PRU-13 kelak. Difahamkan, jika benarlah, KJ ini yang menjadi AP Tumpat sejak 1999 akan bertanding di DUN N3 Pasir Pekan (di kampung halamannya) dalam kawasan parlimennya sekarang….."
KJ adalah think tank Anwar dalam Institut Kajian Dasar (IKD) dan jika benar perwakilan PAS merasa tidak senang dengannya, ini menunjukkan yang cengkaman Anwar di dalam Harakah sudah dapat dihidu secara meluas.
Anwar yang sedia maklum akan kepentingan media massa, pasti menggunakan sepenuhnya jawatan KJ untuk menyerapkan agenda Anwarinas secara perlahan-lahan maka tidak hairanlah jika Harakah memberi ruang yang luas kepada parti sekutu PAS sehingga ahli PAS merasakan seolah-olah pemimpin PAS sendiri terpinggir atau diperkecilkan.
Jika agenda Anwarinas ini yang dikatakan oleh Pemuda PAS sebagai tersasar maka jelaslah bahawa mereka masih lagi di dalam keadaan kabur atau buta. Nampaknya mereka masih tidak dapat menerima hakikat bahawa PAS dan Anwarinas mahupun DAP adalah satu, dan agenda mereka adalah saling bertindih dengan matlamat untuk menang PRU dan melantik Anwar sebagai Perdana Menteri.
Justeru, Pemuda PAS tidak boleh merungut jika pemimpin parti sekutu diberi lebih kredibiliti oleh Harakah berbanding pemimpin PAS kerana sudah sampai masanya mereka menerima pemimpin sekutu dari DAP dan PKR sebagai pemimpin mereka sendiri.
Ini bermakna, jika isu yang dibawa Harakah merugikan PAS tetapi di masa yang sama membantu mempromosi agenda besar PR, maka secara politiknya, adalah tidak salah bagi Harakah untuk menyiarkannya.
Ini kerana agenda peribadi PAS yang tidak bertindih dengan agenda PR adalah tidak penting dan tidak wajar diperjuangkan. Inilah erti tahaaluf siyasi iaitu persefahaman politik yang disebut oleh Ketua Dewan Ulama PAS dan diulang-ulang oleh pemimpin kecil PAS yang lain.
Jika Pemuda PAS sendiri tidak memahami tahaaluf siyasi ini, bagaimana mereka boleh memastikan kemenangan PR dalam PRU nanti?
Pernahkah terlintas di fikiran Pemuda PAS bahawa, mungkin Harakah sebenarnya tidak tersasar dalam memainkan peranannya kerana ia kini adalah jentera penyebar fahaman politik PR, dan bukan PAS semata-mata. Dan bahawa mungkin yang tersasar dari perjuangan PR adalah mereka, iaitu Pemuda PAS sendiri, yang masih belum faham-faham lagi bahawa mereka tidak boleh terlalu lantang membawa agenda peribadi PAS dengan menunjukkan kesungguhan PAS untuk menegakkan Islam.
Hakikat yang perlu diterima oleh Pemuda, Muslimat dan seluruh ahli PAS hari ini ialah, pada masa dan ketika ini, PAS perlu mengalah, untuk menang. Harakah pula hanya memainkan peranannya sebagai iblis penyebar kebencian dan fitnah untuk memastikan kemenangan Pakatan Rakyat dan bukannya kemenangan PAS semata-mata, sepertimana kewajarannya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Ramai kalangan kita sedia maklum yang Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah mengikrarkan kesediaannya yang rela bersahabat dengan syaitan serta bersekongkol dengan DAP demi untuk menjatuhkan BN.
Ternyata selepas beberapa tahun Nik Aziz menyatakan kesudiannya menerima syaitan sebagai rakan seperjuangan, kini hasilnya sudah terbukti telah berjaya mempengaruhi sikap PAS.
Sekarang PAS memperakui persoalan akidah bukan lagi isu penting untuk diperbahaskan apatah lagi untuk mengecam sikap liberal Naib Presiden PKR, Nurul Izzah yang menyarankan supaya kebebasan beragama turut meliputi orang Melayu Islam.
Bak kata Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib, PAS tiada masa terluang untuk membincangkan isu akidah kerana matlamat mengulingkan BN jauh lebih penting untuk difikirkan.
Akhir tahun lalu, PAS juga telah gagal mempertahankan akidah dan maruah kesucian Islam tatkala JAIS melakukan pemeriksaan dan menahan 12 orang Islam yang sedang didakyah oleh pendakwah Kristian di sebuah gereja,
Kini sekali lagi PAS gagal untuk mempertahankan kesucian Islam apabila membiarkan sahaja fahaman liberal anak kesayangan Ketua Umum PKR menjalar meracuni fikiran khalayak seterusnya bakal menjahanamkan akidah ummah.
Para perwakilan di Muktamar Dewan Ulama PAS pula ramai yang terpaku, kelu dan bisu jadinya.
Apa daya mereka untuk membantahnya kerana realiti semasa sudah lama terbentang depan mata menunjukkan perubahan besar sikap PAS yang semakin lari dari landasan perjuangan.
PAS hari ini tidak sama seperti PAS 50 tahun dulu. PAS hari ini sudah dikelabui mata mereka dengan lambaian kuasa duniawi yang tidak pasti dan ditutup hijab penglihatannya dari memandang tinggi pada isu akidah ummah.
Persoalan akidah kini dilihat seumpama beban yang jika diambil berat dikhuatiri mendatangkan amarah abang besar dari DAP dan PKR.
Syaitan yang diperakui merupakan sahabat sejati PAS kini tentu sahaja bertepuk tangan kegembiraan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Dah jadi sekutu, buat apa pun betul , Pas pun setuju untuk memutar belitkan ayat suci al-Quran
Di sini, Malaysia kini menghasil kan transkrip acara itu, sepanjang tempoh Nurul Izzah menjawab soalan dari hadirin.
Soalan 1: Ia adalah menggembirakan untuk mengetahui bahawa anda hanya tidak boleh memaksa seseorang untuk mempercayai kepercayaan anda, betul-betul? Pada apa-apa perkara.
Sekarang, saya ingin bertanya satu soalan yang sangat kontroversi, jadi apa maka LGBT (lesbian, komuniti gay, biseksual dan transgender) di sini atau minoriti seksual di sini?
Saya ingin pandangan anda bahawa kerana terdapat orang-orang yang merasakan bahawa hanya dengan dapat cinta sama jantina bertentangan dengan agama atau kepercayaan mereka, tetapi kita tidak percaya bahawa.
Kepercayaan kita sendiri adalah seperti bahawa kita bertanggung jawab kepada Tuhan, ya, tetapi biarlah kita menjadi bertanggung jawab kepada Tuhan. Terima kasih.
Moderator: YB Nurul anda boleh ... semua hak, kami akan mempunyai satu lagi, hanya satu soalan lagi, maka dia akan menjawab kedua-duanya kemudian mengambil cuti. Ya.
Soalan 2: Saya sangat gembira untuk mendengar YB Nurul bercakap tentang kebebasan beragama. Adakah dia sebenarnya memohon supaya kepada orang Melayu serta dalam segi kebebasan beragama? Itu adalah nombor satu.
Nombor dua, saya fikir ia adalah satu kesilapan untuk mempercayai bahawa Mesir sekarang ialah (dalam) keadaan yang lebih baik berbanding sebelum ia. Semua orang tahu bahawa ia semakin teruk.
Saya mempunyai seorang sahabat di Mesir dan dia adalah benar-benar tidak berpuas hati tentang apa yang sedang berlaku di sana, jadi saya percaya YB cuba untuk mempromosi kan idea negara Islam, seperti yang anda tahu ini yang benar-benar tidak benar.
Tetapi terutamanya soalan saya, apabila anda bercakap tentang kebebasan beragama, anda sebenarnya memohon kepada orang Melayu juga? Terima kasih.
Moderator: Well YB Nurul, itu adalah satu cara yang baik untuk memulakan pagi.
Para penonton ketawa.
Moderator: Anda mempunyai dua soalan import yang besar pada kedua-dua hujung spektrum. Anda boleh cuba untuk menjawab bahawa, sila.
Nurul Izzah: Terima kasih, Cyrus, saya suka juga.
Para penonton ketawa.
Nurul Izzah: Okay, jadi soalan yang pertama. Dari segi hak seksual LGBT, Tariq Ramadan ditangani soalan ini apabila IRF telah menganjurkan program, saya fikir kira-kira tiga bulan kembali dan saya fikir, sudah tentu, anda tidak hanya bercakap tentang Islam.
Terdapat batasan dan anda tahu, yang dilaksanakan di dalam agama Kristian dengan hal orang - anda tahu - LGBT, tetapi satu perkara yang penting adalah anda tidak perlu mengorbankan sesiapa.
Anda tidak perlu juga melaksanakan dan anda tahu, memastikan undang-undang yang menceroboh tanah ke swasta ... uh .. ke dalam ruang awam.
Saya berfikir bahawa adalah prinsip asas utama. Tetapi jika anda bertanya kepada saya sama ada, sebagai seorang Muslim, saya boleh menerima, saya fikir ya, anda atau sesiapa yang, selain orientasi tertentu seksual mereka.
Ya, secara peribadi anda tidak boleh menguat kuasakan mereka peraturan tertentu, dan sebagainya. Tetapi sebagai seorang Muslim, saya juga tidak boleh menerima dan itulah peraturan iman saya dan serta rakan-rakan saya yang Katolik, dan sebagainya.
Saya fikir di sini anda mahu memastikan bahawa mereka tidak menjadi mangsa, amalan semasa, sama ada bagaimana, melalui Borders (kedai buku) ... jenis, sesat, bagaimana Jawi atau Jakim pada masa itu pergi ke Sempadan, beberapa buah buku dan sebagainya, jadi cara ia diamalkan tidak menghormati dan tidak memberi apa-apa makna bagi kesucian Islam, atau mana-mana agama untuk perkara itu.
Anda mesti sentiasa menggunakan hikmah, jadi ya, saya akan katakan di sini, kita mempunyai had, tetapi pastinya ia tidak harus menceroboh ke dalam ruang awam.
Soalan kedua berhubung dengan (kepada) apa yang anda fikir saya cuba untuk menggalak kan, saya ingin membetulkan andaian itu. Ya, Mesir sedang menjalani satu proses yang huru-hara. Ia masih belum diselesai kan, terdapat banyak cabaran yang mereka hadapi.
Saya tidak mengatakan mereka telah mencapai pandangan Utopia ideal negeri dan bagaimana ia harus dikawal tetapi saya sentiasa mengambil pembangunan Ikhwanul Muslimin, khususnya, dari dilihat sebagai pergerakan yang agak dogmatik Islam tampil dengan sebuah entiti politik untuk memenuhi keperluan masa dan hubungan dan kerjasama mereka dengan Kristian Koptik adalah sesuatu yang tertentu yang kita perlu untuk melihat dan menghargai.
Jadi, jika anda mengatakan perkara-perkara yang buruk bagi Mesir, tidak. Anda, dan kami, tidak perlu begitu pertimbangan dan yang sebahagiannya masyarakat atau negara yang kita telah diwarisi yang membolehkan kita untuk melihat perkara-perkara dalam hitam dan putih, manakala kadang-kadang ia tidak semudah itu.
Kadang-kadang dalam tempoh ribut, ia adalah penting bagi mereka untuk menjalani dan diharapkan, kerana kita mahu yang terbaik. Kami ingin bahawa mereka akan mempunyai kebijaksanaan dan akhirnya menguruskan tadbir urus negara sendiri.
Tetapi ...
Cincin loceng.
Moderator: Okay, satu minit lebih.
Para penonton ketawa.
Nurul Izzah: Ya, umm, tetapi idea itu sendiri, saya fikir kembali. Dan apabila anda bertanya kepada saya, tidak ada paksaan dalam agama, walaupun Dr (Ahmad) Farouk (Musa) dipetik bahawa ayat di dalam al-Quran.
Bagaimana anda boleh meminta saya atau sesiapa sahaja, bagaimana boleh sesiapa benar-benar mengatakan, 'Maaf, ini hanya terpakai kepada orang bukan Melayu.' Ia mempunyai memohon sama ... dipakai sama.
Penonton memuji.
Nurul Izzah: Dalam al-Quran, tiada terma khusus untuk orang Melayu. Ini adalah bagaimana ia perlu dilakukan. Jadi saya diikat, sudah tentu, pandangan lazim tetapi saya akan mengatakan bahawa.
Jadi apa yang anda mahu sudah tentu dari segi kualiti. Anda percaya begitu kuat dalam iman anda, bahawa walaupun saya, yang dididik dalam Assunta dengan salib besar di dalam dewan dan menyanyi aktif masyarakat Katholik tidak akan menghalang anda.
Cincin loceng dan moderator terima kasih penceramah.
Muktamar Pas kali ini sememangnya panas. Panas dengan isu Anwarinas. Panas dengan isu hala tuju perjuangan parti. Panas dengan penolakan Dap terhadap Hudud dan sebagainya.
Kini timbul pula isu 'duri dalam daging '. Pas Perak mahu tindakan tegas diambil terhadap mereka . Wah kenapa risau weh.....?
Dalam kerajaan pun ramai duri dalam daging. contohnya ialah blogger Cikgu Din sendiri, makan gaji dengan kerajaan tetapi menjadi duri dalam daging. Walaupun mengaku dirinya Cikgu Din tetapi tetap menafikan dirinya adalah penulis blog untuk parti Pas Bukit Gantang.
Tak kala isu pendedahan Datuk T terhadap salah laku seks Anwar Ibrahim bersama China Doll dan juga isu liwat terhadap Saiful Bohari,
Pas menolak dengan alasan ianya besi dan basi. Hairan kenapa kini Pas kini sanggup menjadi Yahudi dan majusi dengan mempromosi hak-hak asasi manusia dalam usaha mereka untuk memburuk-burukkan kerajaan Barisan Nasional yang memerintah.
Bukan kah Hak Asasi Manusia itu adalah agenda Yahudi? Kenapa Pas boleh terpedaya dengan agenda tersebut, adakah Pas sudah tidak Islamik lagi?
Kenyataan dari blogger Pas nampaknya panas, mereka mula terasa bahang apabila Karpal Sink tetap dengan pendiriannya menolak HUDUD.
Pas akan menggesa kepimpinan Dap agar memecat Karpal kerana beliau sudah menjadi beban terhadap pakatan haram.
Dalam pada itu Nizar Jamaludin dan Pas Perak sudah menetapkan pendirian untuk bersetuju dan mengundi mana-mana calon bukan Islam dalam PRU 13 asalkan ianya dalam pakatan.. Ini juga bercanggah dengan kempen Nizar Jamaludin di Pasir Panjang dan di Bukit Gantang yang mengeluarkan fatwa bahawa HARAM BAGI ORANG ISLAM MENGUNDI CALON BUKAN ISLAM.
Demi kuasa politik Pas sanggup menukarkan fatwa sesuka hati asalkan dapat menjatuhkan kerajaan yang ada. Dalam Muktamar Pas di Kota Bharu terdapat banyak benda-benda karut yang dilakukan oleh Pas seperti solat hajat untuk menjahanamkan Umno dan BN. Berdoa agar diturunkan bala dan kalah teruk BN dalam PRU akan datang.
Taipingmali nak ingatkan sesuatu kepada Pas, Ingat balik bala yang turun di Ulu Sungai Bayor Selama Perak. Akibat doa Pas supaya helikopter yang membawa TPM jatuh terhempas, doa dan solat hajat agar ribut meranapkan khemah-khemah dalam majlis perasmian mini RTC di Selama menyebabkan 172 buah rumah orang Pas dipukul ribut.
Hari ini ramai orang Pas yang munafik sudah ramai ditimpa bala bencana. so jangan lah buat hal lagi, sesungguhnya dalam program-program Umno tidak pernah mendoakan bala atau perkara-perkara yang tidak baik untuk Pas.
You are subscribed to email updates from Taiping Mali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan menjadi penentu kepada jatuh bangun bangsa Melayu dan umat Islam di negara ini, kata Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hasan Ali.
Justeru, beliau berkata bagi memastikan agama Islam terus diagungkan, bangsa Melayu terus dimartabatkan dan institusi raja terus diperkasakan, rakyat perlu menolak daripada mengundi calon pakatan pembangkang pada pilihan raya akan datang.
"Pilihan raya kali ini adalah pilihan raya yang menjadi penentu untuk bangsa Melayu, agama Islam di bumi Malaysia.
"Bayangkan tuan-tuan kalau pakatan pembangkang menang kita diberitahu bahawa mereka nak menjadikan Malaysia ini satu republik dan ini kemungkinan akan berlaku kalau saudara mengundi pakatan pembangkang, memenangkan mereka," katanya pada ceramah perdana di Kampung Suluk, Teluk Kumbar dekat sini malam tadi.
Hasan yang merupakan bekas naib presiden PAS berkata negara memerlukan sokongan daripada rakyat untuk turut serta menggerakkan jentera dalam usaha menggagalkan hasrat pakatan pembangkang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik.
Beliau berkata kajian menunjukkan penganjuran ceramah seumpamanya yang berterusan dilihat mampu menyampaikan mesej kepada rakyat sekaligus memberikan impak kepada pola pengundian rakyat pada PRU-13 akan datang.
Dalam perkembangan lain, Hasan mengkritik kepimpinan tertinggi PAS yang tidak membincangkan isu kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar mengenai kebebasan beragama, pada Muktamar Tahunan PAS ke-58.
"...saya sedih dalam Muktamar PAS yang menghimpunkan pimpinan hampir 2,000 perwakilan...sebut tentang DAP, sebut tentang PKR, sebut tentang (nak tawan) Putrajaya tetapi tidak sebut mengenai kenyataan Nurul Izzah...Parti Islam SeMalaysia, apa nak jadi ni?," katanya.
Kita sering mendengar dan melihat penderitaan penduduk Gaza dan Palestin, penderitaan yang belum habis itu datang dalam pelbagai bentuk oleh Zionis....
Tekanan yang dihadapi oleh setiap individu Gaza sangat sukar dibayangkan....Meletakkan rasa simpati tentunya tidak cukup untuk merangsangkan tanggungjawab kita yang jauh daru bumi Gaza. Empati perlu dicetuskan dengan tindakan yang sebaiknya .......
Kenapa Kamu Diam?
Apa Usaha Kita?
Mereka berusaha mempertahankannya, Apa pula peranan kita?
Rasulullah SAW bersabda : " Sesama muslim itu bersaudara. Oleh kerana itu, jangan menganiaya dan jangan mendiamkan. Siapa saja yang memperhatikan kepentingan saudaranya, ALLAH akan memperhatikannya.
Siapa saja yang melapangkan satu kesulitan sesama muslim, nescaya ALLAh akan melapangkan satu kesulitan dari beberapa kesulitannya pada hari kiamat. Siapa saja yang menutupi kecelakaan seorang muslim ALLAH akan menutupi kecelakaannya pada hari kiamat."
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meminta penduduk di kawasan sekitar Sungai Repoh di Kampung Repoh, Kangar dan Sungai Kelang di Selat Muara Kelang, Kelang, berwaspada kerana paras air kedua-dua sungai itu melebihi had amaran iaitu 4.19 meter dan 2.95 meter setakat pukul 9 malam ini.
Portal jabatan itu melaporkan hujan lebat di Larkin, Johor Baharu dan Kuantan Bypass, Kuantan sudah melebihi paras amaran dengan kedua-duanya mencatatkan 60 milimeter dan 41 milimeter.
Sementara itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyatakan bilangan mangsa banjir di Selangor mencatat penurunan kepada 779 orang berbanding 893 orang petang tadi.
Di Perak, bilangan mangsa banjir yang masih menghuni pusat pemindahan di Sekolah Agama Rakyat, Kampung Padang Serai, Manjung kekal 33 membabitkan lapan keluarga.
Jumlah mangsa banjir di Sarawak juga kekal lima membabitkan satu keluarga dan kini ditempatkan di Dewan Suarah Marudi.
Confirm, bila ada sahaja yang didedahkan mengenai kepincangan dan penyelewengan yang dilakukan oleh mana-mana pemimpin atau anak syarikat kerajaan negeri, pastinya puak dan juak-juak PR akan mengatakan ia merupakan fitnah jahat dari UMNO dan Barisan Nasional…..
Dan hari nie, satu lagi pendedahan dibuat oleh Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar.
Beliau hari nie mempersoalkan rancangan Worldwide Holdings Berhad, anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), untuk menjual syer bernilai RM150 juta kepada sebuah syarikat bukan bumiputera.
Dakwaannya itu berdasarkan maklumat terbaru diperolehinya mengenai perbincangan untuk menjual syer itu antara dua syarikat berkenaan.
Noh berkata syarikat yang ditubuhkan pada 21 Mac lepas itu sebelum ini mempunyai dua pengarah bukan bumiputera yang juga merupakan pemegang saham tetapi berdasarkan carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), dua individu itu telah meletak jawatan sebagai pengarah pada 22 Mei lepas tetapi mereka masih kekal sebagai pemegang saham.
"Pada tarikh sama (22 Mei) dua pengarah baru dilantik yang terdiri daripada pengurusan tertinggi PKNS tetapi yang peliknya dua pemegang saham masih orang yang sama (pengarah yang meletak jawatan sebelum ini).
"Apa muslihat berbuat demikian adakah sengaja dirancang," katanya dalam
sidang media selepas menutup program penerangan isu-isu semasa anjuran Umno Tanjong Karang di sini hari ini.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menuntut penjelasan daripada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku pengerusi PKNS sama ada syer itu akan dijual atau sebaliknya.
Malaysia Is Deeply Concerned By Escalating Violence In Gaza
Posted in Blog on November 17th, 2012 by Najib Razak | View Comments
Malaysia is deeply concerned by escalating violence in Gaza.
We call on both sides to refrain from further acts of violence, to ensure that no more lives are lost.
The events once more underline the need for a Middle East peace process, and we call on international power brokers to step in to help ensure enduring peace in the region.
Malaysia stands ready to lend assistance in any way possible.
BACHOK, 18 Nov — Sekumpulan 50 penyokong PAS di Kampung Pak Mali, Bakong di sini menyerahkan borang permohonan untuk menyertai Umno di sini malam tadi.
Ketua Umno Bahagian Bachok Datuk Dr Awang Adek Hussin menerima boring daripada kumpulan terbabit diketuai Syed Zain Syed Hassan, 48, dengan disaksikan lebih 300 penduduk kampung.
"Ini bermakna Umno berjaya menembusi kubu kuat PAS yang sukar dimasuki sejak 20 tahun lepas," kata Awang Adek kepada pemberita selepas menerima borang-borang itu pada majlis bongkar isu semasa di kampung berkenaan.
Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata tindakan mereka akan membantu Umno dalam usaha menawan Parlimen Bachok dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan berkenaan iaitu Jelawat, Perupuk dan Tawang pada pilihan raya umum akan datang.
Mat Usof Mat Junoh, 57, berkata kegagalan PAS membangunkan Kelantan mendorongnya mengambil keputusan meninggalkan parti yang disertainya sejak 20 tahun lepas.
Katanya, usaha akan dibuat untuk menarik kira-kira 60 lagi penyokong dan anggota PAS di kawasan itu untuk menyertai Umno.
GUA MUSANG – Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V memberi kenderaan pacuan empat roda yang pernah digunanya untuk aktiviti lasak bagi kegunaan dakwah untuk mengembangkan ajaran agama Islam di perkampungan Orang Asli.
Penolong Pegawai Dakwah, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), Ahmad Nordin, berkata, kebenaran menggunakan kenderaan itu menunjukkan keprihatinan baginda ke atas tugas-tugas dakwah.
Beliau berkata, kenderaan tersebut memang digunakan sepanjang masa bagi menjelajah ke perkampungan Orang Asli di pedalaman Hulu Kelantan untuk mengajar agama Islam kepada golongan berkenaan.
"Saya pada mulanya agak terkejut juga apabila Tuanku panggil pada tahun 2008 dan rasa amat bersyukur sebaik menemuinya diarahkan menggunakan kenderaan pacuan empat roda itu bagi tugas-tugas dakwah.
"Memang saya mengakui perjalanan di setiap perkampungan Orang Asli amat mencabar untuk masalah jalan rosak teruk dan Alhamdulillah setelah menerima kenderaan pacuan empat roda itu semuanya berjalan dengan baik," katanya ketika ditemui di Pusat Latihan Dakwah Orag Asli di Lojing, kelmarin.
Menurut Ahmad, baginda sultan juga sentiasa bertanya khabar mengenai tugasnya menjalankan aktiviti dakwah itu kerana tidak mahu segala aktiviti berkenaan terbantut.
"Saya tetap dengan tugas yang diamanahkan hingga sekarang ini semakin ramai Orang Asli memeluk agama Islam dan datang belajar di Pusat Latihan Dakwah itu," katanya.
Katanya, beliau memuji dengan sikap keterbukaan baginda Sultan yang mengambil berat mengenai perkembangan dakwah membabitkan golongan Orang Asli di kawasan Hulu Kelantan ini.
Malah, kata beliau, penggunaan kenderaan itu juga lebih suka dilihat berselut bagi menunjukkan kerja dakwah sentiasa berjalan, tetapi tidak akan dibiarkan begitu sahaja kerana selalu dibersihkan.
"Saya jaga kenderaan baginda sultan itu supaya sentiasa dalam keadaan baik dan mengharapkan ia dapat digunakan sepanjang masa walaupun dalam keadaan musim tengkujuh sekarang," katanya. – Sinar Harian
berikut kiriman email yang diterima untuk difikirkan bersama.
PAS mahukan ulama sebagai PM!
Terdapat beberapa risalah telah diedarkan di kawasan Masjid Muhammadi Kota Bharu Kelantan yang mahukan Tuan Guru Datuk Seri Haji Hadi yang juga Presiden PAS sebagai PM Malaysia nanti jika PR menguasai Malaysia di PRU 13. Risalah tersebut didapati ketika umat Islam mengerjakan solat Jumaat di Masjid Muhammadi pada 16 Nov. 2012.
Risalah tersebut membuat perbandingan di antara Hj. Hadi dengan Anwar Ibrahim yang menunjukkan Hj. Hadi lebih layak menjadi PM berbanding Anwar Ibrahim. Risalah tersebut adalah sebuah nukilan Subky Abdul Latif, penulis Harakah yang popular.
Ini menunjukkan bahawa dalam diam terdapat desakan oleh kumpulan PAS Kelantan serta rakyat Kelantan yang mahukan golongan Ulama sebagai PM. Risalah tersebut jelas menunjukkan suara ahli PAS Kelantan memandangkan ia diedarkan ketika Hari Kebangkitan Rakyat yang berlangsung pada 16 Nov. 2012 di Stadium Kota Bharu Kelantan.
Kini tumpuan seluruh ahli PAS seluruh Malaysia adalah di Kelantan kerana PUTIK menjadi tuan rumah untuk Muktamar Tahunan PAS pada tahun ini. Masjid Muhammadi merupakan antara masjid yang menjadi tumpuan ramai samada pelancong dan rakyat tempatan. Pengedaran di masjid ini bertujuan untuk memberitahu kepada rakyat Kelantan bahawa Malaysia amat memerlukan Presiden PAS sebagai PM dan bukannya Anwar Ibrahim.
Sekaligus ini telah menafikan bahawa ahli PAS dan rakyat Kelantan menerima Anwar Ibrahim sebagai PM sebaliknya Hj. Hadi yang juga seorang Ulama lebih sesuai dengan hasrat PAS yang komited untuk melaksanakan undang-undang hudud dan pemerintahan berasaskan Ulama. Ini berikutan terdapat juga risalah yang mahukan kepimpinan Ulama dikekalkan.
Berkemungkinan desakan ini timbul selepas Anwar Ibrahim dan PKR kini dilihat berhadapan dengan pelbagai masalah termasuk masalah moral serta yang terbaru melibatkan Nurul Izzah yang membenarkan kebebasan beragama di negara ini. Sebagai negeri yang dikenali sebagai Serambi Mekah yang kuat berpegang kepada ajaran Islam serta kepimpinan Ulama, rakyat Kelantan merasakan Anwar Ibrahim sudah tidak sesuai lagi menjadi PM kerana pendirian Anwar yang sentiasa berubah tentang perjuangan Islam tidak seperti Hj. Hadi seorang Ulama yang komited dan zuhud dalam mempertahankan Islam di Negara ini.
Hasrat dan keingginan ini perlu diambil kira oleh kepimpinan tertinggi PAS yang kini sedang membahaskan pelbagai usul di Muktamar tahunan agar memikirkan kesesuaian supaya Hj. Hadi menjadi PM. Mungkin usul ini akan menimbulkan keresahan dan kemarahan Anwar serta pemimpin PR yang lain namun untuk memastikan Daulah Islamiah tertegak di bumi ini Hj Hadi dilihat lebih sesuai ke arah ini.
PAS perlu berani mempertahankan pendirian dan kehendak akar umbi ahlinya serta rakyat Kelantan yang sebelum ini adalah penyokong tegar PAS agar mencadangkan Hj. Hadi sebagai PM. Jika tidak ia menunjukkan PAS mengenepikan pandangan ahlinya serta menyerlahkan lagi kepimpinan PAS yang sedia ada tunduk kepada PKR/DAP. PAS perlu berani berhadapan dengan segala risiko termasuk penentangan dari kumpulan Erdogan PAS serta golongan Anwarinas dalam mempertahankan kepimpinan Ulama pada masa akan datang.
Adakah gerakan oleh golongan Ulama ini akan mendapat sambutan daripada PAS negeri lain atau sebaliknya??? Adakah Ulama yang akan menerajui pemimpinan Negara sekiranya PR menawan Putrajaya. Sama-samalah kita nantikan…
panglima sangat gembira jika orang baik jadi Perdana Menteri Malaysia. tetapi bukan Hj Hadi atau Anwar Ibrahim. Apatah lagi Lim Kit Siang.
Dalam ucapan beliau semasa berucap di muktamar Pas dua hari lepas beliau menyindir Umno sebagai parti syaitan...Kemudian dinafikan dengan menyebut siapa makan cili akan terasa pedas.
Selepas itu Hj Hadi juga mempertahan perbuatan yang dilakukan adik Nik Aziz bernama Nik Razi semasa perhimpunan solat hajat dua hari lepas di Stadium Sultan Muhammad. Seperti berita di bawah.
Yang jelas Nik Razi selaku wakil Dewan Ulama PAS terang-terangan mendoakan kehancuran Umno dan BN bukan kehancuran ideologi seperti yang cuba diputarbelitkan oleh beliau dalam kenyataan di bawah.
Tidak pernah lagi ada ulama sekotor ini pendiriannya dan orang seperti inilah yang sebenarnya memburukkan Islam. Kefahaman Islamnya sangat jijik dan kotor kerana membiarkan perbuatan mendoakan kehancuran parti Melayu Islam UMNO. Adakah ia berpunca kerana kewahabiannya yang sama nadanya seperti Nik Aziz lalu kedua merekalah yang banyak mengkafirkan Umno dan menyesatkan parti keramat Orang Melayu Islam ini ?
Perbuatan beliau bukan baru, bahkan sudah mencecah 31 tahun... Beliau jugalah dalang yang berani dan sanggup mengkafirkan UMNO yang disebut Amanat Haji Hadi Awang disampaikan oleh beliau di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April1981.
"Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalahIslam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'."
Celaka atas kamu wahai Hj Hadi!
Celaka atas kamu wahai Hj Hadi !
Hancurlah kamu dengan penyelewengan yang kamu lakukan terhadap agama Allah yang suci ini.
Moga Laknat Allah ke atas kamu wahai Hj Hadi yang biarkan perbuatan membuka pintu murtad kepada orang Melayu Islam oleh anak Anwar Ibrahim.
Moga Laknat Allah dan sekelian penduduk langit dan bumi wahai Hj Hadi dan semua ahli agama yang menjadi setan bisu membenarkan perbuatan kamu, sehingga membenarkan kalimah Allah diguna bukan Islam !
Moga Laknat Allah kepada kamu yang gadaikan akidah Islam demi kuasa....
Cukup cukup cukup sudah perbuatan kamu selama ini, sehingga menyebabkan keluarga pecah belah, umat punah ranah, dan rosak akidah bila menggunakan perkataan kotor kamu untuk kafirkan orng Islam UMNO!
Kini sudah tiba masanya Umno hentikan sebarang keinginan berdamai dengan puak celaka dan gila kuasa ini. Sudah cukup masa membuka tawaran berdamai. Masa sekarang menghancurkan PAS yang layak digelar pengkhianat kepada Islam apabila selalu bela parti DAP PKR yang mengamalkan politik liberal sehingga 'memperkosa' kesuciaan agama Islam kita.
Masanya sekarang kita serang hingga lumat segenap segi perbuatan PAS dan DAP PKR yang begitu banyak merosakkan negara dengan fitnah dan tipudaya.
Masa berlemah lembut sudah tamat dan jangan kita berlembut hati lagi kepada puak ini.
Mendoakan saudara seagama agar hancur dan menggelar parti syaitan, cukup membuktikan kebodohan pemimpin Pas ini yang tidak ada niat kecuali menjadi khadam bodoh kepada DAP dan PKR !
Jika dia menjadi khadam kepada Islam sudah tentu kebenaran akan dipertahan walau terpaksa hilang kawasan !!!
Celaka atas kamu Hj Hadi !!!
Celaka atas kamu Nik Aziz !!!
Celaka atas kamu Anwar Ibrahim !!!
Celaka atas kamu Lim Kit Siang dan Karpal Singh dan DAP !!!
Malu bila melihat pakaian Islam diguna tidak mampu menutup keceluparan mulut yang begitu kuat berdoa untuk hapuskan orang Melayu Islam di dalam Umno.
Malu juga melihat ramai orang hanya diam membiarkan kemungkaran menggunakan ayat quran dan perkataan Islam untuk perbuatan dilakukan pihak berijazahkan tempat lubuk pengajian Islam?
Lebih malu ialah melihat ia dilakukan parti bernama Islam yang berbelit lidah mereka dalam mencari undi kemenangan.
Bila DAP PKR tabal Anwar Ibrahim jadi PM jika menang, dan di saat ahli Pas berterus terang minta Hj Hadi jadi PM menerajui Pakatan, ketika itu juga Hj Hadi menampakkan 'kecerdikannya' dengan bersedia menjadi nelayan katanya tanpa mengharap jadi PM. Link http://www.sinarharian.com.my/politik/jawatan-pm-hadi-rela-jadi-khadam-1.104472?localLinksEnabled=false
Dalam hal ini beliau perlu sedar jika tidak ada orang yang layak maka Hj Hadi wajib ke hadapan menerajui negara seperti kaedah yang diamalkan dalam solat berjemaah.
Mustahil perkara ini tidak difahami atau dikeahui Hj Hadi kecuali beliau sendiri melupakannya demi mencapai kuasa perintah Putrajaya.
Adakah ada perjanjian sulit antara komponen PR sehingga Pas seperti sudah 'hilang akalnya' kerana tidak melawan pihak menentang Islam?
Misteri semakin menarik dan mari kita sama tengok cerita di sebalik apa yang diperhati rakyat hari ini.
Mujur aku tidak malu kerana aku tidak pernah menjadi ahli Pas.
Jika kita tulis orang akan kata kita mereka cerita.
Jika kita menyiarkan video orang akan dkwa kita menfitnah.
Namun jika perkataan itu keluar dari ahli Pas sendiri maka ia sudah tentu menjadi bukti cukup ampuh untuk membenarkan dakwaan suara ahli bawahan sudah disekat pengarang.
Baca kisahnya di bawah...yang disiar Utusan Malaysia hari ini.
Panglima cabar jika tidak benar sila saman Utusan Malaysia beratus juta !!!
KUALA LUMPUR 16 Nov. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima panggilan daripada Presiden Mesir, Mohamed Morsi membincangkan serangan terbaru tentera Israel dan serangan udara di Gaza.
Dalam panggilan telefon selama 15-minit, kedua-dua pemimpin melahirkan hasrat untuk bekerjasama menamatkan keganasan semasa di Gaza.
Satu kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri menyatakan bahawa kedua-dua negara bersetuju mendapatkan broker kuasa antarabangsa untuk mempengaruhi Israel menghentikan pencerobohan tenteranya terhadap rakyat Palestin.
Najib dan Morsi juga menggesa Hamas untuk mengelak daripada tindakan yang akan meningkat konflik ke dalam konfrontasi lebih besar.
Serangan udara Israel sejak dua hari lalu telah mengorbankan 19 penduduk Palestin termasuk enam kanak-kanak dan seorang wanita mengandung.
Ketika umat Islam sedang dimurtadkan di DUMC selepas iftar, PAS kata JAIS bersekongkol dengan UMNO serbu GEREJA dan ganggu majlis ibadat orang lain.
Ketika Ahli Parlimen Lembah Pantai kata umat Islam di negara ini juga patut diberikan hak dan kebebasan untuk memilih agama pilihan mereka (murtad), PAS kata kenyataan beliau diputar belitkan dan beliau sebenarnya mahu berdakwah di gereja.
Dan ketika umat Islam Palestin sedang disembelih, ini pula doa PAS kepada saudara seIslamnya sendiri:
Anda adililah sendiri siapa sebenarnya PAS ini. Hendak harapkan mereka syahid di Palestin?!! Umat Islam MURTAD di tanahair sendiri pun mereka kata bukan isu besar. Kerana pada mereka, syurga sebenar yang mereka kejar adalah Putrajaya.
Dan jangan lupa yang mereka kini berkiblatkan pemimpin yang pro-Yahudi:
Jadi apakah kita semua tidak mempunyai akal fikiran yang waras?!! Apakah kita masih lagi mahu mengangkat manusia munafik, khawarij dan alat kafir harbi DAP sebagai pemimpin kita?!!
Cukup-cukuplah. Marilah kita bertaubat. Rasanya sudah cukup banyak petunjuk yang Allah SWT berikan kepada kita mengapa UMNO perlu menjadi pilihan kita semua pada PRU yang akan datang ini.
Israel mengeluarkan kenyataan bahawa serangan mereka ke atas Palestin kerana pertahankan diri.
Tapi satu dunia tahu siapa sebenarnya yang mempertahankan diri mereka.
Jangan lupa dalam masa satu dunia mengutuk serangan Israel ke atas Gaza, ada seorang pemimpin yang kononnya pejuang Islam zaman mudanya juga menyokong tindakan Israel.
Sudahkah pemimpin itu insaf dari menyokong Israel?
Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar menunjukkan borang pendaftaran syarikat firma yang tidak dinamakan di Tanjung Karang semalam.
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar mempersoalkan rancangan Worldwide Holdings Berhad, anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), untuk menjual saham bernilai RM150 juta kepada sebuah syarikat bukan bumiputera.
Beliau berkata dakwaannya itu berdasarkan maklumat terbaru diperolehinya mengenai perbincangan untuk menjual saham tersebut antara dua syarikat berkenaan.
Noh berkata syarikat yang ditubuhkan pada 21 Mac lepas itu sebelum ini mempunyai dua pengarah bukan bumiputera yang juga merupakan pemegang saham tetapi berdasarkan carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), dua individu berkenaan telah meletak jawatan sebagai pengarah pada 22 Mei lepas tetapi mereka masih kekal sebagai pemegang saham.
"Pada tarikh sama (22 Mei) dua pengarah baru dilantik yang terdiri daripada pengurusan tertinggi PKNS tetapi yang peliknya dua pemegang saham masih orang yang sama (pengarah yang meletak jawatan sebelum ini).
Apa muslihat berbuat demikian adakah sengaja dirancang," katanya dalam sidang media selepas menutup program penerangan isu-isu semasa anjuran Umno Tanjong Karang.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menuntut penjelasan daripada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku pengerusi PKNS sama ada saham tersebut akan dijual atau sebaliknya.
Ada berani kah MB Khalid mahu menjawapnya? Sama-samalah kita tunggu dan lihat akan perkembangan seterusnya daripada beliau!
Pas sekali lagi membuktikan parti itu sanggup memperalatkan agama demi politik apabila mendoakan kehancuran UMNO dan Barisan Nasional (BN) iaitu parti yang telah banyak menyumbang kepada perkembangan syiar Islam di negara ini, ketika Maal Hijrah baru berlalu tiga hari.
Lebih menyedihkan, Pas meminta doa agar Allah SWT menjahanamkan UMNO dan BN sebagaimana Allah memusnahkan Firaun, Qarun, Namrud serta Abu Lahab selepas solat hajat, sempena muktamar parti itu di Stadium Sultan Muhamad IV, Kota Bharu, malam tadi.
Doa Pas yang meminta kehancuran UMNO dan BN itu berbeza sekali dengan seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar umat Islam di negara ini menghayati sifat mulia kaum Muhajirin dan Ansar, demi membina perpaduan serta kekuatan ummah semasa beliau berucap pada sambutan Maal Hijrah, Khamis lalu.
Selain itu, doa yang diketuai Nik Razi Nik Mat, iaitu adik kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut mendakwa UMNO dan BN telah bertindak zalim kepada agama Islam, rakyat serta negeri Kelantan meskipun Malaysia diiktiraf negara Islam paling maju dan komprehensif di bawah pentadbiran kerajaan sekarang.
"Ya Allah...Mudahkanlah perjalanan kami ke Putrajaya, kuburkanlah UMNO dan BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 ini (diulang sebanyak tiga kali). Ya Allah...Hukumkanlah UMNO. Ya Allah...Hukumkanlah UMNO dan BN. K.O! BN, K.O! BN, BN K.O!, K.O! BN, BN K.O!, BN K.O! dalam PRU-13 ini Ya Allah.
"Kalau Kamu pernah tenggelamkan Firaun di dalam laut, Kamu izinkan bumi Mu telan Qarun. Ya Allah...Kamu telah laknat Namrud dan begitu juga Abu Lahab. Maka sungguh mudah untuk Kamu menjahanamkan UMNO dan BN dalam PRU-13," doa Nik Razi sebagaimana dipetik dari blog jinggo-fotopages.blogspot.com, hari ini.
Video doa yang berdurasi 4.26 minit itu dimuat naik sendiri oleh blog jinggo-fotopages dan penelitian ke atas rakaman video berkenaan mendapati hanya peringkat awal dan akhir doa sahaja Nik Razi membaca ayat al-Quran, manakala hampir keseluruhan kandungan doa pula adalah memburukkan UMNO serta BN.
Dalam pada itu, pengendali blog jinggo-fotopages yang membuat liputan semasa solat hajat tersebut memberitahu, ramai kalangan petugas media terkejut dengan doa yang dibaca Nik Razi, menyebabkan mereka berhenti mengaminkan doa kerana tidak sampai hati mahu mendoakan kehancuran saudara seagama.
"Inilah kali pertama kali dalam sejarah hidup saya yang dah pun mencecah 50 tahun mendengar doa sebegini. Terkejut dan tersedak saya dibuatnya. Saya yang tak berparti mempunyai ramai kenalan di sebelah pembangkang dan juga di sebelah pihak kerajaan yang memerintah. Tak sampai hati saya mengaminkan doa tersebut.
"Ramai juga kenalan media yang pada mula mengaminkan doa tersebut kemudian menurunkan tangan sebagai tanda 'protes' apabila terdengar jeritan imam (Nik Razi) mendoa K.O UMNO dan BN," katanya.-UMO
Masa bekerja dengan kerajaan Barisan Nasional (BN), itulah syurga bagi diri mereka dan memuji tinggi melangit terhadap segala dasar dan pelaksanaan yang dibuat.
Tetapi pelik, apabila keluar daripada perkhidmatan kerajaan dan bersara, rupanya segelintir manusia bertopeng ini hanya menunggu masa untuk menjadi wira kepada rakyat, kononnya apa yang dibuat oleh kerajaan yang memberikan rezeki kepada keluarga mereka dahulu, semuanya salah dan tidak betul.
Maka dalam hal ini, benarlah kata negarawan, Tun Dr. Mahathir Mohamad, bahawa Melayu itu mudah lupa dan atas sebab itulah jugalah, kerajaan yang ada pada hari ini pun, harus mengenali hati budi kakitangan mereka sama ada tulen menyokong kerajaan atau hebat dalam lakonan dan sandiwara di pentas berbeza.
Sebab itulah dalam banyak ulasan yang dibuat sebelum ini, memperakui bahawa wujud ideologi pembangkang yang menjadi agen termasuk dalam agensi dalamnya kerana ia bukan lagi satu rahsia, tetapi ada yang melakukannya secara terang-terangan.
Golongan berperangai brutus dan trojan senyap ini ada yang tanpa segan silu lagi sudah berani berteriak mendokong prinsip dan perjuangan pembangkang walaupun mereka masih menerima gaji, elaun dan segala kemudahan disediakan oleh kerajaan yang memacu negara pada hari ini.
Ini tidak termasuk lagi kepada mereka yang menerima pencen kerajaan, tetapi menyokong pembangkang.
Memanglah untuk mencari mereka satu persatu yang sedang berkhidmat dalam kerajaan ini bukan perkara mudah dan memakan masa yang lama sedangkan tarikh pilihan raya umum ke-13 boleh diumumkan pada bila-bila masa.
Adalah dipercayai manusia gunting dalam lipatan ini disedari secara total oleh kerajaan BN di negeri ini, di mana merupakan virus yang sedang memamah struktur kukuh sesebuah kerajaan, jika dibiarkan terus mengamuk dalam senyap.
Malanglah, segelintir kakitangan kerajaan dan mereka yang telah berpencen ini kalau tidak tahu menilai nikmat syukur yang dikurniakan oleh Allah SWT, di mana anak kita membesar, kehidupan selesa, mudah mengerjakan ibadat tanpa gangguan dipersia-siakan hanya kerana percaya kepada cerita hasutan dan mengadu domba.
Apa yang menjadi masalah pada hari ini ialah trojan atau pahlawan senyap yang pernah bekerja dengan kerajaan dan punyai pelbagai maklumat dalaman, membina kuasa di luar dengan melihat kelemahan sesebuah agensi kerajaan itu sebagai medan untuk melancarkan peperangan baru.
Dalam hal ini, kita amat bersimpati dengan mereka yang setia kepada kerajaan BN kerana perlu menangkis setiap serangan yang dibuat oleh manusia talam dua muka ini yang menyebabkan segala perkara yang dahulunya disimpan sebagai rahsia, kini dibuka pekung untuk menagih sokongan rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.
Jelas pada hari ini bahawa masalah kakitangan kerajaan yang menyokong dan bergiat aktif sama ada secara langsung atau pun tidak dengan parti politik pembangkang, sebenarnya ia memuncak ke tahap kronik, yang bukan sekadar pembedahan biasa tetapi mampu membubarkan kerajaan BN keseluruhannya, jika tidak dibendung segera.
Percaya atau tidak, cubalah anda ke pejabat kerajaan, mahupun di kafetaria atau dewan menunggu, segelintir daripada mereka lebih gemar bercerita tentang politik negara sehingga berangan segalanya akan datang sujud di kaki sekiranya pentadbiran negara ini bertukar tangan berbanding menjalankan tanggungjawab yang dipikul untuk memajukan negara.
Maka, perhatikanlah di sekeliling anda apa yang sedang mereka ceritakan dan dengarlah, tentu ada di antara mereka akan bercakap bila lagi ada ceramah politik, siapa yang datang, apa isu baru, kutuk mengutuk dan kalau aku jadi calon, aku akan buat itu dan ini.
Apa pun, kepada segelintir mereka telah meninggalkan perkhidmatan kerajaan, hentikanlah perbuatan memburuk-burukkan kerajaan BN ini kerana anak dan keluarga kita membesar dan makan hasil daripada wang gaji yang telah kita terima semasa berkhidmat dahulu.
Mungkin negara ini terlalu berlembut sebelum ini kerana sangat menyimpan kakitangannya sekalipun mereka merupakan pekerja yang paling pemalas di dunia serta gemar bercerita tentang keburukan bersama rakannya tanpa mengira setiap sen pendapatannya itu adalah amanah yang Allah SWT berikan untuk kerja kebaikan.
Suara Politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dan barisan pemimpin BN sibuk siang malam untuk membangunkan negara. Pelbagai transformasi dilakukan agar negara membangun, agar anda hidup sejahtera,agar anda sentiasa ada kerja,agar anda sentiasa dapat menyara keluarga,agar anda dapat menghantar anak anak ke sekolah dan universiti.
Usaha ini juga untuk anda yang belajar di universiti,belajar hingga mendapat segulung ijazah,diluar sana sudah ada peluang pekerjaan.Sudah ada peluang meningkatkan diri daripada seorang budak mentah menjadi seorang insan yang berpendidikan.
Kitaran ekonomi makro dan mikro yang baik dan mapan kesemuanya untuk rakyat Malaysia. Pisau lihat usaha ini berterusan tanpa mengenal jemu.
Nah..diluar sana ada segerembolan puak khawarij dan haprak mendoakan agar kemusnahan terjadi,agar impian rakyat Malaysia musnah. Agar segala macam transformasi dan perubahan yang baik dihancurkan.
Doa khawarij PAS mahu hancurkan impian rakyat.Doa khawarij mahu segala program ETP digagalkan. Mereka mahu peluang 40 ribu pekerjaaan dihancurkan,mereka mahu tolak pelaburan 26 billion.
Apakah anda mahu mengaminkan doa puak khawarij ini? Apa anda mahu menyokong khawarij dan pakatan? Mereka hanya bercakap itu ini,tapi Najib dan BN buktikan dan laksanakan yang mendapat habuan adalah anda diluar sana.
1-Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dilancarkan pada Oktober 2010 mengekalkan momentumnya apabila Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan 20 projek dalam tujuh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) serta tiga koridor ekonomi.
2-Projek-projek yang diumumkan Perdana Menteri tersebut bakal menyumbang RM10.08 bilion dalam pendapatan kasar negara (GNI) pada 2020 serta menarik pelaburan sebanyak RM26.09 bilion.
3-Najib turut mengumumkan liberalisasi dalam enam sub sektor membabitkan perkhidmatan perundangan, perkhidmatan pakar perubatan, pakar pergigian, sekolah antarabangsa, universiti swasta dan telekomunikasi-pembekal kemudahan rangkaian (NFP) dan pembekal perkhidmatan rangkaian (NSP).
4-Beliau berkata, projek NKEA sahaja akan menyumbang RM1.129 bilion dalam pendapatan kasar negara (GNI) serta mewujudkan 40,021 peluang pekerjaan baru menjelang 2020.
5-''Kita berada pada landasan untuk mencapai sasaran pembangunan pada 2020. Laporan perkembangan ETP hari ini menunjukkan bahawa ekonomi kita kekal bertenaga dan mempunyai asas yang kukuh untuk terus tumbuh," kata beliau dalam ucapan sempena pengumuman perkembangan terkini ETP di sini hari ini.
6-Najib berkata, di bawah NKEA minyak, gas dan tenaga, Seaport Worldwide Sdn. Bhd. akan melabur lebih RM1 bilion dalam fasa pertama pembangunan Pusat Industri Petrokimia dan Maritim Tanjung Bin di Johor.
7-''Pembangunan ini akan meliputi kawasan seluas 902 hektar dan digazet sebagai zon perdagangan bebas dengan pegangan 99 tahun, ia akan melengkapkan projek lain di Johor untuk memacu Malaysia sebagai hab perdagangan dan penyimpanan petroleum di Asia Pasifik," katanya,
Perdana Menteri berkata, pembangunan hartanah di negara ini turut berkembang maju apabila Nusa Gapurna Development Sdn. Bhd. akan menjalankan projek bernilai RM5.23 bilion untuk memaju semula Bandar Lama Petaling Jaya.
8-''Bandar Dalam Taman PJ Sentral yang meliputi kawasan seluas 16 hektar menyasar untuk menjadi daerah perniagaan hijau di Selangor, sekali gus memberi sokongan kepada Kuala Lumpur dan hab perniagaan lain," katanya.
9-Najib pada masa yang sama turut mengumumkan projek-projek ETP melibatkan industri digital, perkhidmatan perniagaan, penjagaan kesihatan, pelancongan dan pendidikan seperti berikut.
l GPSTech Solutions Sdn. Bhd. akan memulakan Sistem Pengangkutan Awam Malaysia (MyPUTRAS) iaitu aplikasi dalam talian percuma untuk portal dan telefon pintar bagi menjejak masa ketibaan bas dan tren.
l CRF Computer Recovery Facility Sdn. Bhd. membina pusat data untuk menawarkan perkhidmatan data secara setempat.
l Amanjaya Specialist Centre Sdn. Bhd. merancang untuk membina hospital pakar pelbagai disiplin di Sungai Petani, Kedah.
l Love On Wheels Healthcare Services Sdn. Bhd. yang membekal perkhidmatan penjagaan kesihatan secara mobil akan melabur untuk membawa perkhidmatan dari hospital ke rumah dan pejabat.
l Medical Innovation Ventures Sdn. Bhd, akan melabur RM8.93 juta dalam projek diagnostik in-Vitro.
l Vigilenz Medical Devices Sdn. Bhd. akan melabur RM25.8 juta untuk memperluaskan pengeluaran sedia ada.
l Straits Orthopaedics merancang untuk memperluaskan produknya untuk merangkumi produk spina dan sendi.
l Jewel of Mabul Development Sdn. Bhd. akan membina resort atas air dan restoran dalam air di Pulau Mabul.
l Kementerian Pelajaran bekerjasama dengan Persatuan Institusi Pendidikan Swasta Kebangsaan (NAPEI) dan Education Malaysia Global Services untuk untuk menjenama sekolah antarabangsa Malaysia.
Dalam pada itu, Najib turut mengumumkan projek-projek penting yang mengambil tempat di koridor-koridor ekonomi di seluruh negara.
''Di bawah Lembaga Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA), kita mempunyai lima projek pelaburan bernilai RM16.51 bilion.
''Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) mempunyai tiga projek di bawahnya yang bernilai RM2.46 bilion dari segi pelaburan," katanya.
Pisau kata " semua ini khawarij PAS dan haprak pakatan mahu hancurkan... Selamatkan Malaysia dari haprak pakatan!"
Palestinian fighters have downed an Israeli warplane flying over the Gaza Strip as retaliatory rocket attacks from the enclave continue to sound alarms across Israel.
According to Hamas sources, the Israeli F-16 fighter jet was shot down on Friday.
Meanwhile, several Israelis were injured after three rockets fired from Gaza hit the Zionist settlement of Gush Etzion in al-Quds (Jerusalem).
Palestinian missiles and rockets have also hit the other Israeli cities of Tel Aviv, Eshkol, Ashdod, Ashkelon, and Be'er Sheva.
In Tel Aviv, a rocket hit a commercial district while a second rocket landed 200 meters away from the American Embassy. It is the first time that Tel Aviv has come under attack in decades. Three Israeli soldiers have been injured in a rocket attack in Eshkol.
Hospitals across Israel are now in state of emergency.
Palestinians have fired over 550 rockets and missiles into Israel since Wednesday after Tel Aviv launched a major military strike against the besieged Palestinian territory, killing scores of people, including women and children.
The Israeli Army says it has hit more than 600 targets in Gaza during the past three days.
According to Israeli sources, the Iron Dome missile shield has only intercepted one-fifth of the rockets fired from the Gaza Strip.
Meanwhile, residents of the besieged Gaza Strip say they are getting text messages warning of military escalation as reports suggest that Israeli military forces are preparing for a ground invasion of Gaza. -PressTV
Dalam masa haprak pakatan meraikan kebebasan melayu untuk murtad . Khawarij PAS berwakilkan Mat Sabu sanggup turun ke Damsyik memberi sokongan kepada kerajaan syiah yang membunuh umat Islam,ketika Gaza di bom oleh Israel rakan baik Anwar.Mereka langsung tak endah dan tak peduli.
Karpal,Kit Siang dan Guan Eng yang menolak hudud tidak didoakan kehancuran,Anwar yang membawa liberalisme dan pluralisme tidak pula didoakan agar diberi hidayah.Barisan pakatan yang meraikan LGBT tidak pula didoakan kehancuran.
Korang tengoklah contoh bagaimana khawarij PAS berdoa untuk kehancuran BN,dulu kita pernah dengar bagaimana Nik Aziz mendoakan agar Najib pecah perut yang kemudiannya tak sampai setahun si tua kutuk ini pula yang terlantar di hospital dikhabarkan berlaku pendarahan dalaman.Kenapa doa wali selipar si tua kutuk Allah tak makbulkan?
Yang terkini sahabat media minaq jinggo sempat rakamkan doa abang kepada Nik Aziz,beratib mengila nak ke Putrajaya...apa susah? Sewa bas buat la rombongan ramai ramai pi Putrajaya hehe.. yang meroyan dengan microphone apahal nih?
Venue : Stadium Sultan Muhammad, Kota Bharu, Kelantan
Event : Solat Hajat bersempena Himpunan Kebangkitan Rakyat
Date : 16/11/2012 @ 8.00 pm
Solat Hajat di imamkan oleh abang kepada Nik Aziz. Isi doa beliau berbunyi "KO BN !! .. KO BN !!...BN KO !!... KO BN !!.. BN KO !!...." Ini lah kali pertama kali dalam sejarah hidup saya yang dah pun mencecah 50 tahun mendengar doa sebegini. Terkejut dan tersedak saya dibuat nya. Saya yang tak berparti mempunyai ramai kenalan disebelah pembangkang dan juga disebelah pihak kerajaan yang memerintah. Tak sampai hati saya mengaminkan doa tersebut. Ramai juga kenalan media yang memulanya mengaminkan doa tersebut menurunkan tangan sebagia tanda 'protest' apabila terdengar jeritan imam meng-KO kan UMNO / BN... Mungkin ini adat budaya Melayu / Islam sebelah Pantai Timor, saya perlu belajar lagi untuk memahami mereka... "Ya Allah Engkau tentukan lah apa yang terbaik untuk negara ku yang tercinta ini supaya kami dapat beribadah dalam keadaan tenang dan lengkap sempurna segalanya"
Depan tok iman tu banyak sungguh ayaq jampi.. comfirm lepas ni anak puak khawarij pandai pandai belaka...
Pisau kata "beribu kali buat solat hajat,beribu kali puak ni berdoa kehancuran BN...tapi awat Allah tak makbulkan..sendiri mau ingat la.. "
Dalam PAS ni dari Mursidol hinggalah kepada ulama,kalau bab berbohong memang cukup hebat..telah Pisau katakan muktamar di Kelantan sekarang ini adalah himpunan munafik SeMalaysia.
Depan DAP dia kata takmau hudud dan negara Islam,depan penyokong sendiri dia cakap lain pula.
KUALA LUMPUR, 16 Nov — DAP hari ini menegaskan ia tidak pernah bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud di negara ini.
Pengerusinya Karpal Singh (gambar) berkata kedudukan parti itu mengenai isu hudud tidak boleh dikaitkan dengan sebarang kompromi dan ia adalah dasar kepada kewujudan parti itu.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib semalam bahawa pakatan pembangkang secara umumnya bersetuju dengan pelaksanaan hudud sekiranya mereka dapat membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum ke-13."
"Kenyataan Harun adalah nakal dan jauh menyimpang dari kebenaran," katanya dalam satu kenyataan.Beliau turut membidas Harun yang berkata PAS telah menjelaskan pandangannya dengan DAP beberapa kali apabila kedua-dua parti duduk bertukar pendapat.
"Sudah tentu saya sentiasa tidak bersetuju dan telah memberi sebab secara terbuka dengan berkata demikian berdasarkan peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan dan interpretasi peruntukan-peruntukan tersebut oleh mahkamah tertinggi di negara ini," katanya. — Bernama
Pisau kata " pemimpin PAS guna kaedah takiyah bohong penyokong sendiri..."
AIDCNews – 16/11/12 – Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Nordin mengesahkan beliau menjadi saksi wujudnya perjanjian sulit Pakatan Rakyat (PR) pada 18 Disember 2009 untuk membuang perjuangan hudud dan Negara Islam yang menjadi tunggak PAS.
"PAS sendiri sanggup korbankan perjuangannya..Pada 18 Disember 2009, secara sedar, pimpinan PAS menandatangani perjanjian persefahaman pakatan DAP dan PAS, jika membentuk kerajaan, Negara Islam, hudud, Qisas dan takzir tak ada dalam agenda.
"Dia (PAS) tahu tu, bukan dia tak tahu, tapi dia tandatangan juga,"katanya ketika ditemui media UMNO hari ini.
Zulkifli melihat PAS berbohong kepada ahli-ahlinya, apabila mendakwa parti itu masih meneruskan agenda hudud dan Negara Islam, sedangkan telah menandatangani perjanjian dengan rakan sekutu PR untuk menggugurkan kedua-dua asas perjuangan itu.
"Nak cakap pasal hudud, nak bohong siapa ? Awak sudah tandatangan dengan DAP dan PKR tak mahu hudud, dekat luar awak kata nak hudud. Kan bohong namanya itu.
"Saya antara orang yang menyaksikan perjanjian tersebut. Saya tahulah tentang perkara itu. Bahkan ini dikuatkan lagi dengan kenyataan Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang yang berulang kali mengatakan bahawa persepakatan antara PAS, DAP dan PKR tidak termasuk agenda Islam dan perlaksanaan undang-undang jenayah Islam!," tegasnya.
Beliau juga turut menggesa kepimpinan PAS memberitahu secara telus kepada ahli-ahlinya tentang pengguguran kedua teras perjuangan parti itu.
"Kepimpinan PAS perlu dedahkan kepada ahli akar umbi bahawa di dalam Pakatan Pembangkang bahawa hudud dan negara Islam tidak ada dalam agenda sekiranya Pakatan Pembangkang memenangi PRU yang akan datang ini.
"Beritahu pada ahli, bahawa Anwar sebagai ketua pembangkang, berpendirian bahawa tidak akan melaksanakan hudud dan negara Islam sekiranya mereka berkuasa," tegasnya lagi.
Semalam, AIDCNews menyiarkan pendedahan seorang ahli seumur hidup PAS, Zainon Ismail yang mendakwa PAS telah menandatangani satu perjanjian sulit dengan DAP dan PKR untuk menggugurkan perjuangan kedua asas perjuangan parti itu.
Zainon Ismail yang lebih dikenali sebagai CN Al-Afghani mendedahkan perjanjian sulit itu diadakan pada pada 18 Disember 2009 yang ditandatangani oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Apa yang ditandatangani, di antara kandungannya, apabila PR berkuasa di Putrajaya, pemerintahan ini tidak akan menyentuh tentang hudud dan Negara Islam," dedahnya dalam Wacana Mengembalikan Pas ke Landasan Asal, 11 November.
You are subscribed to email updates from PISAU.NET To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Semenjak kebelakang ni Tok peratikan pemimpin2 dan penyokong2 Pakatan Rakyat terlalu berbangga sangat dengan jumlah keramaian dalam setiap kali mengadakan perhimpinan. Sebeno nye keramaian dalam sesuatu perhimpunan tu tidak ber erti parti itu kuat.
Tok tau sangat memang dah ramai penyokong PAS meningalkan perjuangan nye dengan secara senyap2. Kumpulan ni memang tidak pernah istihar keluar parti se cara ber ramai2. Kumpulan ni terdiri dari penyokong2 yang telah sedar tentang perjuangan palsu PAS.
Mereke sedar PAS tidak lagi berjuang untuk membangunkan negara Islam, sebalik nye PAS hanya berjuang untuk menumbangkan UMNO sahaja. Perbuatan paling jahat yang di lakukan oleh PAS ialah memusuhi umat Islam yang berada dalam UMNO.
PAS menganggap cina kafir DAP tu lebih mulia dari kaum muslim dalam UMNO. Perkare ni telah banyak memberi kesedaran kepada orang2 Islam tentang buruk nye perilaku PAS. Sanggup ber musuh2 han sesame Islam dan sanggup pule bersahabat dengan kafi demi kepentingan politik.
Pada pandangan PAS, UMNO sudah lumpuh kerana tidak lagi mendapat sokongan dari kaum kafir. Ini cume andaian PAS sahaja, sebenar nye masih ramai lagi kaum kafir yang menyokong UMNO@BN. Ianye lebih ramai dari orang melayu/Islam yang menyokong PAS.
Tok amat yakin bahawa UMNO@BN tidak akan menghadapi ape2 kesukaran dalam menghadapi PRU13 akan datang ni.
Tok dah banyak kali cakap dah, dalam Pakatan Rakyat ni mane ade pakat nye. PAS, PKR dan DAP tu semua nye berlainan pendapat dan berlainan idea nye. Mereke tu cume ade satu saje yang same berfikiran nye - semuanye same2 nak kan pemimpin nye jadi PM. Lucu betul.........
Dalam Muktamar PAS, Wakil Dewan Ulama PAS Pusat Hairun Nizam Mat Hussain menyatakan bahawa Tn Guru Hj Hadi Awang lah yang paling layak jadi PM. Tok rase setuju dengan hujah Hairun Nizam ni kerane Tn Guru Hj Hadi Awang punyai ilmu tentang Islam yang tinggi jike di bandingkan dengan Dato Seri Anwar Ibrahim.
Lagi pun mane boleh se sebuah Negara Islam di tadbirkan oleh PM yang tidak langsung bertaraf Ulama. TGHHA memang dah bertaraf Ulama. Beliau memang 100% layak jadi PM jike di bandingkan dengan DSAI yang bergelumang dengan 'skandel2 sek'.
Tok yakin lebih ramai ahli2 dan penyokong2 PAS akan menolak DSAI jadi PM, sebalik nye mahukan TGHHA yang jadi PM Negara Islam Malaysia. Make kalau kite peratikan di sini akan timbulah masalah besar dalam PR ketike mahu melantik siapa yang patut jadi PM.
Ini Tok cume nak cerite aje, sebeno nye Pakatan Rakyat memang tak de harapan langsung nak memang pade PRU13 nanti, sebab nye rakyat masih sayang kan kerajaan Barisan Nasional yang di pimpin oleh UMNO. Hidup BN! Hidup UMNO!
You are subscribed to email updates from tok gajah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KOTA BHARU: Tiada perbezaan di antara khutbah Jumaat dan ucapan politik, kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Justeru, beliau mencadangkan agar ucapan dasar presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada perasmian Muktamar Tahunan PAS ke-58 dijadikan khutbah Jumaat.
"Khutbah Jumaat dan ucapan politik sama sahaja. Saya mencadangkan supaya ucapan dasar presiden, Abdul Hadi Awang dijadikan khutbah Jumaat.
"Kita pakat-pakat pilih ayat, buat khutbah Jumaat..," kata Menteri Besar Kelantan itu di dalam ucapannya pada 'Himpunan Kebangkitan Rakyat' di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV malam tadi.
Merujuk kepada pemerintahan Nabi Muhammad SAW, Nik Aziz menjelaskan bahawa syiar Islam telah terbukti mampu berkembang melalui politik.
Selain itu, beliau berharap agar umat Islam sendiri lebih menghayati agama Islam supaya secara tidak langsung golongan bukan Islam akan mendapat gambaran sebenar mengenai Islam.
"Islam tidak boleh bergerak tanpa politik, sebab tu Nabi tinggalkan Mekah untuk ke Madinah.
"Mudah-mudahan orang Islam kembali kepada Islam, dan orang bukan Islam sedar, apa itu Islam," ujar beliau di hadapan hampir 30,000 penyokong.
Pemimpin-pemimpin lain yang hadir malam tadi adalah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Pada September lalu, Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) dikejutkan apabila mengeluarkan kenyataan membenarkan khatib membaca khutbah Jumaat berunsur politik selagi ia tidak lari dari landasan ajaran Islam.
Pengarahnya, Datuk Noh Dahya berkata, khatib dibenarkan berbuat demikian selagi ia tidak tersasar dari agama Islam.
Walau bagaimanapun jelas beliau, sekiranya imam yang dilantik membuat kesalahan membaca teks khutbah berunsur politik melampau, mereka boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Malah turut dikesan beberapa masjid di negeri itu turut mengambil pendekatan sama menyampaikan khutbah Jumaat yang memuatkan unsur politik.
RBF: Hi....hi...hi....nampaknya sifat gelojoh dan dendam kesumat yang menjadi amalan syaitan tertanam tebal dalam jiwa Pas. Punyalah tak sabar mereka nak balun Umno, perenggan ke tiga ucapan dasar Haji Hadi semalam yang Nik Aziz nak jadikan khutbah jumaat , dah balun Umno. Itulah bukti kehebatan Umno. Kalau selama ini Pas asyik berkata Umno dan nak mampus, Umno dah tak mendapat sokongan ternyata itu hanya mainan bibir mulut sahaja. Umno masih hebat dan berbisa dan mereka masih menggeruni Umno. Kalau Umno tak hebat tak kan presiden mereka buka sahaja mulut, atau baru masuk gear satu dah balun Umno ?
Lihat di siniucapan presiden Pas yang saya maksudkan.
Berikut pula antara kandungan ucapan Haji Hadi semalam yang Nik Aziz nak jadikan khutbah jumaat.....
Hadirin dan hadirat sekelian,
ARAHAN KEPADA AHLI DAN PIMPINAN PAS
Marilah dengan fikiran yang terbuka, penuh keazaman, berbekalkan keimanan kepada ALLAH dan janjinya dunia-akhirat, keyakinan kita kepada perjuangan kita ini, maka saya ingin membuat pengarahan berikut kepada semua perwakilan yang ada pada hari ini:
1. Saya mengarahkan kepada semua petugas, ahli dan pimpinan Pas untuk sentiasa menggenggam matlamat perjuangan untuk Islam, memurnikan fikrah perjuangan, tidak leka, tidak melaksanakan perkara yang merugikan perjuangan, seterusnya tidak mencelarukan fikrah dengan urusan yang tidak penting.
2. Saya mengarahkan agar semua jentera parti : dewan - dewan, lajnah, negeri untuk menumpukan perhatian kepada kerja pilihanraya, dengan ikrar untuk mempertahankan negeri yang ditadbir menerusi muafakat Pakatan Rakyat, dan seterusnya melebarkan ke negeri lain, hinggalah ke pemerintahan Pusat.
3. Saya menyeru kepada semua Kerajaan negeri di bawah Pas bersama Pakatan Rakyat - menggunakan masa yang tinggal ini untuk menyelesaikan urusan rakyat, teruskan kerja kebajikan; tanpa meninggalkan gerakerja parti hingga ke peringkat bawah dalam masyarakat.
4. Saya mengarahkan kepada semua pihak dalam parti, supaya berada di tahap bersiap-siaga yang paling tinggi untuk menghadapi PRU13 – di mana kita akan berdepan dengan mainan nakal serta provokasi media dan BN yang terus menerus melaga-lagakan pimpinan PAS ke tahap yang tidak dapat kita bayangkan, akan terus memporak-perandakan Pas dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat sebagai langkah untuk melemahkan saf dan semangat kita. Jangan mundur, jangan terkeliru. Dengarlah panduan dan kenyataan rasmi yang diberikan oleh pimpinan tertinggi dari masa ke semasa. Semua pihak dalam parti perlulah mengelakkan diri dari melakukan kesilapan yang meremehkan kita di hadapan rakyat.
5. Saya mengarahkan kepada semua pihak dalam parti supaya melaksanakan tugas pilihanraya masing-masing dengan penuh hikmah, mengajak rakyat untuk berubah - bukan memusuhi rakyat, bertemu, bercakap dan menulislah dengan bahasa yang difahami oleh mereka, semuanya dengan penuh keikhlasan untuk mendapat keredhaan ALLAH SWT.
6. Saya mengarahkan kepada semua saf kepimpinan dan ahli, marilah sama-sama kita mengeratkan ukhuwwah sesama kita, dan terus memperkukuhkan hubungan hablun minallah semua petugas dan ahli Pas sebagai senjata yang akan menguatkan semangat berjuang, tidak mundur, dan memohon pertolongan dari ALLAH SWT serta bertawakkal kepada Nya. Suasana menghadapi pilihanraya janganlah menjadi penghalang kepada memperbanyakkan amal ibadat, solat, puasa sunat, bermunajat yang akan menjadi benteng dalam perjuangan kita ini kerana kemenangan Islam adalah kurniaan ALLAH SWT.
7. Marilah pada hari ini, kita sama-sama memahami tema muktamar kali ini, serta menyusun gerakerja dan strateginya nanti dalam semangat tema muktamar NEGARA BERKEBAJIKAN TERAS.
Dalam apa keadaan sekali pun DAP akan memastikan hanya Anwar yang boleh jadi PM.
Sebab apa ?
Sebab Anwar sahaja yang boleh deliver apa yang DAP nak ?
Kenapa Anwar perlu deliver ?
Sebab segala rahsia Anwar berada dalam tangan Karpal Singh, Kit Siang dan Guan Eng....
Kau orang ingat Karpal Singh jadi peguam Anwar seikhlas hati dia ke ? Sorry beb.....itu otai banyak cekap punya orang. Dengan cara jadi peguam lah dia boleh korek segala aktiviti Anwar.
Sebab itu kalau anda semua perasan mana ada lagi peguam-peguam Anwar yang beragama islam yang all out membelanya pada tahun 1998 kini masih bersama Anwar.
Zainur Zakaria ? - tinggalkan Anwar...
Pawancheek Marican ? - tinggalkan Anwar....
Haji Sulaiman Abdullah ? - tinggalkan Anwar....
Chistoper Fernando ? - meninggal dunia....
Gurbachan Singh ? - itu pun tinggalkan Anwar juga....
Sankaran Nair ? - hanya itu yang tinggal bersama Anwar hingga kini....
Sebab apa ? Sebab peguam tahu siapa Anwar dan apa aktivitinya.....mana boleh kelentong peguam beb.....untuk membela seseorang anak guam peguam harus tahu cerita sebenar supaya mudah tugasnya dalam mahkamah.
Bila dah tahu cerita sebenar, peguam pun tak sanggup lagi untuk bersekongkol dengan kaum yang nabi tidak mengaku sebagai umatnya. Itu pasal semua dah cabut.....yang tinggal Karpal Singh dan Sankara Nair sahaja.
Seperti yang saya katakan, Karpal bukannya bodoh-bodoh atau seikhlas hati untuk menjadi peguam Anwar kalau tidak ada udang di sebalik batu.
Sebab itulah dalam keadaan apa sekali pun DAP hanya nak Anwar sahaja yang jadi PM sebab mereka boleh kawal Anwar semudah menekan remote control. Segala rahsia lu dalam tangan gua. Lu talak ikut lu hilang jawatan PM.
Di saat orang-orang islam seluruh dunia sedang berdoa memohon bantuan dan pertolongan Allah SWT berhubung serangan israel ke atas Palestin, di Malaysia pula sebuah parti islam yang berkawan dengan syaitan mengadakan solat hajat dan berdoa agar parti lawan mereka yang rata-rata ahlinya menghadap kiblat yang sama dengan mereka agar dihancurkan.
Berikut adalah catatan jurugambar bebasMinaq Jinggo
Venue : Stadium Sultan Muhammad, Kota Bharu, Kelantan
Event : Solat Hajat bersempena Himpunan Kebangkitan Rakyat
Date : 16/11/2012 @ 8.00 pm
Solat Hajat di imamkan oleh abang kepada Nik Aziz. Isi doa beliau berbunyi "KO BN !! .. KO BN !!...BN KO !!... KO BN !!.. BN KO !!...." Ini lah kali pertama kali dalam sejarah hidup saya yang dah pun mencecah 50 tahun mendengar doa sebegini. Terkejut dan tersedak saya dibuat nya. Saya yang tak berparti mempunyai ramai kenalan disebelah pembangkang dan juga disebelah pihak kerajaan yang memerintah. Tak sampai hati saya mengaminkan doa tersebut. Ramai juga kenalan media yang memulanya mengaminkan doa tersebut menurunkan tangan sebagia tanda 'protest' apabila terdengar jeritan imam meng-KO kan UMNO / BN... Mungkin ini adat budaya Melayu / Islam sebelah Pantai Timor, saya perlu belajar lagi untuk memahami mereka... "Ya Allah Engkau tentukan lah apa yang terbaik untuk negara ku yang tercinta ini supaya kami dapat beribadah dalam keadaan tenang dan lengkap sempurna segalanya"
Ini videonya....
Seronok beb video ni.....ambo suka sungguh......
Semoga video ini dapat di sebarkan seluas-luasnya.....lauk.....lauk....
You are subscribed to email updates from RBF Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
1. Anu arr adalah 'binatang politik', semua orang tahu dan percaya. Belia sanggup lakukan apa saja demi mencapai cita-cita politiknya. Beliau sanggup berkorban dan mengorbankan siapa saja demi mencapai impiannya itu. Matlamat menghalalkan cara.
2. Sibertropper pembangkang menyebarkan klip video yang kononnya DS Rosmah menari dalam satu majlis. Maka seolah-olah berdosa terlalu besar dan tidak boleh diampunkan langsung DS Rosmah pada mata mereka dan dalam masa sama mereka ingin menghukum DS Rosmah dengan hukuman yang berat.
3. Namun kita hairan, kenapa ketika Anu arr didedahkan dengan klip videonya ber'kung-fu' dengan chinadoll tidak pula dilihat sebagai satu kesalahan? Apakah berzina kesalahan tidak lebih besar dari menari? Apakah apa yang Anu arr lakukan segalanya tidak mengapa kerana ianya adalah Anu arr Si 'Binatang Politik' ?
4. Dalam klip video yang disebarkan pembangkang, ianya nampak seperti DS Rosmah tetapi adalah bukan DS Rosmah kerana DS Rosmah lebih kecil dari yang didalam klip tersebut. Itu hanyalah fitnah pihak pembangkang dengan super imposenya serta pengubahan teknik videografi. Lagipun kamera tidak boleh dijadikan bukti kerana ianya adalah 'besi' yang tidak bernyawa (merujuk kepada fatwa Ularmak Hj Hadi)
5. Pembangkang hanya ingin mencelarukan minda rakyat dan penyokongnya yang kurang cerdik dengan dakyah-dakyah yang tidak bermoral mereka. Pembangkang ingin mengubah persepsi bahawa apa saja yang dilakukan oleh kerajaan BN, DS Najib dan orang-orang sekelilingnya adalah salah dan berdosa namun dalam masa sama jikalau mereka yang melakukannya tidak pula bersalah.
6. Perhatikan klip video diatas betul-betul dan berkali-kali. Kenapa pada suatu ketika Karpal Singh menyarankan Anu arr supaya bertaubat? Bukankah kerana beliau melihat bahawa Anu arr sememangnya 'binatang politik' yang membawa kerosakan kepada negara dana rakyat negara?
7. Kenapa bila Anu arr berzina penyokongnya menganggap tidak mengapa dan percaya itu bukan Anu arr ataupun hanya teknik videografi? Kenapa apabila Anu arr berjoget juga tidak mengapa? Ularmak politik Nik Aziz juga sudah jadi 'celako' kerana menyokong dan mengikuti Anu arr yang sesat itu.
8. Kasihan para pencacai politik yang menyokong Anu arr kerana mereka juga adalah 'binatang penacai politik' yang menyebarkan fitnah dan berita yang salah. Bertaubatlah wahai Nursilah, MiloSuam, Yob Tualang Sekah dan semua sibertropper pembangkang dan ingatlah bahawa bayaran yang diterima itu tidak setimpal dengan dosa yang kalian lakukan....