Selasa, 7 Februari 2012

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG

Posted: 07 Feb 2012 03:05 AM PST

ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG


AIR SELANGOR : KHIR TOYO KHIANATI AMANAH

Posted: 07 Feb 2012 02:43 AM PST














Sungguh memeranjatkan apabila seorang pemimpin yang diberi tanggungjawab menjaga kepentingan rakyat tiba-tiba menuding jari ke arah orang lain bagi melepaskan dirinya.

PETALING JAYA: Kenyataan mantan Menteri Besar, Dr Khir Koyo bahawa beliau tidak terlibat dalam penyerahan konsesi air kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) membuktikan beliau sebenarnya tidak layak dan gagal selaku Menteri Besar Selangor.

"Sesungguhnya (bekas perdana menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad yang memilih Khir turut bertanggungjawab di atas kegagalan ini," kata Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor Faekah Husin dalam satu kenyataan media.

Faekah berkata, sungguh memeranjatkan apabila seorang pemimpin yang diberi tanggungjawab menjaga kepentingan rakyat tiba-tiba menuding jari ke arah orang lain bagi melepaskan dirinya yang kini dianggap sebagai kera sumbang oleh partinya sendiri.

"Kenyataan dan penafian Khir seolah-olah mahu membalas dendam kepada Umno yang tidak mahu melindungi kesalahan beliau hingga tertuduh di mahkamah, sedangkan Umno sentiasa melindungi pemimpin mereka yang melakukan kesalahan pecah amanah dan rasuah.

"Khir kecewa perkara yang sama tidak dilakukan ke atasnya sebagaimana keistimewaan yang diperolehi (Menteri Pembangunan Wanita Kebajikan dan Masyarakat dan juga Ketua Wanita Umno) Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam skandal lembu NFC," jelas beliau.

Katanya, sebagai bekas pemimpin nombor satu di negeri Selangor, Khir sepatutnya mengambil tanggungjawab penuh atas kegagalan Syabas menguruskan perkhidmatan pembekalan air dengan baik seperti yang dipersetujui dalam perjanjian bersama.

"Khir terlupa perjanjian yang ditandatangani pada 2004 adalah perjanjian tiga pihak dan Kerajaan Negeri turut terlibat dalam perjanjian tersebut bersama Kerajaan Pusat dan Puncak Niaga selaku syarikat induk kepada Syabas.

"Khir tidak boleh menafikan hakikat bahawa Puncak Niaga mempunyai kaitan rapat dengan Umno kerana (Pengerusi Syabas) Tan Sri Rozali Ismail merupakan Bendahari Umno Selangor ketika itu," terang beliau.

Faekah menerangkan bahawa Syabas gagal mematuhi terma-terma perjanjian khususnya dalam meningkatkan mutu perkhidmatan bekalan air bersih kepada pengguna di Lembah Klang termasuk gagal mengurangkan peratusan air tidak berhasil (NRW) tetapi kerajaan negeri ketika itu di bawah pimpinan Khir gagal bertindak sewajarnya.

"Adakah Khir mahu mengatakan bahawa beliau tidakpun membaca isi kandungan perjanjian tersebut? Adakah Khir mahu mengakui bahawa beliau tidak ada pengetahuan bahawa di dalam perjanjian tersebut bahawa Syabas boleh menaikkan tarif air sehingga 71% pada tahun 2020?

Syabas syarikat kroni Umno

"Selaku MB tidakkah Khir tahu bahawa selama ini Syabas menggunakan aset air rakyat Selangor bernilai RM12 bilion secara percuma?," soal beliau.

Di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN), masalah-masalah perkhidmatan air yang gagal ditangani Syabas amat jarang sekali diberi tumpuan biarpun rungutan serta aduan pengguna diterima setiap hari tetapi tidak endahkan hanya kerana Syabas adalah syarikat kroni Umno.
Ujar beliau, "hal ini membuktikan kegagalan penswastaan. Meskipun penswastaan asalnya untuk memberikan khidmat terbaik kepada rakyat dengan sedikit tanggungan kepada kerajaan negeri namun apabila penswastaan dikhianati dengan memberi kontrak kepada kroni dan syarikat yang tiada kepakaran maka inilah akibatnya. Rakyat terpaksa menanggung beban yang tinggi."

Katanya, Khir tidak perlu berlagak naïf kerana di bawah pentadbirannya, memberi kontrak kepada syarikat-syarikat kroni telah menjadi budaya dan kemestian; matlamatnya satu – untuk mengkayakan kaum kerabat dan sahabat handai bagi kesinambungan parti kononnya.

"Khir tidak boleh menafikan, ketika zaman kegemilangannya sebagai Menteri Besar beliau telah memberikan kontrak-kontrak kepada syarikat yang berkait rapat dengan dirinya antaranya syarikat Lebar Daun Sdn Bhd (Lebar Daun).

"Lebar Daun ialah sebuah syarikat pembangunan hartanah yang kaya raya hasil pemberian kontrak secara terus, perjanjian usahasama dengan syarikat kerajaan negeri yang berat sebelah serta penganugerahan tanah berlokasi strategik."

Hutang Unisel ratusan juta

Menurutnya, kontrak pembinaan asrama Universiti Selangor (Unisel) di Bestari Jaya adalah contoh nyata hinggakan Unisel berhutang ratusan juta yang terpaksa ditanggung kerajaan hari ini.

"Lebih malang lagi, sehingga hari ini asrama tersebut masih mempunyai kecacatan akibat dari mutu binaan yang jelek dan tidak mengikut spesifikasi selamat," jelas beliau.
Katanya lagi, di bawah pentadbiran Khir yang merupakan Menteri Besar hasil produk Tun Dr Mahathir, banyak projek perumahan kos rendah terbengkalai kerana syarikat yang mendapat kontrak ini gagal menyiapkan projek dan telah menghilangkan diri.

"Atas nama pembangunan banyak tanah peneroka diserahkan kepada syarikat yang kebanyakannya adalah milik kroni Umno-BN sedangkan hakikatnya tiada pengalaman dalam projek pembinaan.

"Akibatnya tanah-tanah tersebut tergadai kepada bank. Bukan sahaja peneroka kehilangan tanah, malah pembeli juga terpaksa menanggung hutang dan ramai di antara mereka telah diisytiharkan muflis," terangnya.

Namun begitu katanya, beberapa projek sekadar contoh termasuklah projek Alam Perdana di Kuala Selangor, projek Bukit Botak di Selayang, Kampung Berembang di Ampang dan projek perumahan di PJS1 yang kesemuanya berjaya diselesaikan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

"Khir telah mengangkat tangan kononnya serik menjadi MB Selangor dan tidak mahu bertanding di dalam PRU yang akan datang. "Namun rakyat Selangor khususnya dan Malaysia amnya masih menunggu apakah kesudahan kes Khir Toyo menggunakan dana Kerajaan Negeri untuk bercuti bersama keluarga termasuk orang gaji ke Disneyland yang masih dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mungkin menjadi amalan di dalam UMNO, tindakan hanya dikenakan ke atas seteru politik dan tindakan Khir menganggkat tangan adalah sebagai tanda tidak akan melawan lagi. "Namun bagi pembayar cukai dan seluruh rakyat Selangor, Khir harus bertanggungjawab ke atas dosanya yang mengkhianati amanah yang diberikan," ujar Faekah.

FMT pada 5 Februari lalu, melaporkan kenyataan Khir yang menafikan bahawa beliau menyerahkan pengurusan air Selangor kepada Syabas tetapi sebaliknya beliau menyerahkannya kepada kerajaan pusat. "Kerajaan Pusat yang memberikan kontrak 30 tahun kepada Puncak Niaga Sdn Bhd yang kemudiannya melantik Syabas untuk menguruskannya. Saya tidak terbabit kerana Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang memberikan kepada Puncak Niaga," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Glenmarie.

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak

Posted: 07 Feb 2012 01:15 AM PST

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak


Tarikh PRU13

Posted: 06 Feb 2012 04:30 AM PST

Sehari dua ni beberapa ceramah di kawansan Parlimen Bukit Gantang banyak menyentuh hal tarikh pilihanraya. Kita bagaikan tak sabar-sabar untuk mengambil alih pimpinan Malaysia. Alhamduliilah kemenangan nampak akan meyebelahi kita. Blog-blog juga memberi gambaran pilihanraya ke 13 akan berlaku sekitar bulan Mac 2012. Tak dinafikan kami juga teruja untuk menanti keputusan PRU13.


Sedar atau tidak dengan berlangsungnya PRU13 pada masa terdekat, maka kita sekali lagi dinafikan dan tertipu oleh Barisan Nasional (BN). Tuntutan pada BERSIH 2.0 seperti imej.


Tuntutan BERSIH 2.0 belum lagi dibuktikan tertunai. Cuma penggunaan dakwat kekal saja dijanjikan untuk ditunaikan. Mengimbau kembali peristiwa PRU12, penggunaan dakwat kekal juga ditarik balik hanya beberapa hari sebelum tarikh membuang undi dan kita kini tahu atas pengakuan pimpinan negara sendiri ia sebenarnya diarah oleh pimpinan BN. Jadi jangan yakin penggunakan dakwat itu akan terlaksana pada PRU13.


Jika terlaksana juga PRU13 sebelum tuntutan BERSIH 2.0, ia membawa maksud BN tidak pernah ada niat untuk menunaikan apa-apa pun yang dituntut oleh BERSIH 2.0 malah kita telah dipermainkan dengan janji itu dan ini. 


Apapun Malaysialah antara negara yang tarikh pilihanraya hanya diketahui oleh PMnya sahaja. Jika ia berlaku esok, Keadilan Bukit Gantang telah bersedia dengan calun-calun terbaik dan telah diuji untuk kedua dua DUN yang diamanahkan. Changkat Jering dan Kuala Sepetang.

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 06 Feb 2012 11:19 PM PST

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Rosni Arshad, Keratong 6

Posted: 06 Feb 2012 01:44 AM PST








Malam tadi saya bermalam di rumah Sdr Rosni Arshad di Felda Keratong 6.  Saya tertanya-tanya siapakah gerangan sebenar Sdr Rosni ini kerana di dinding rumahnya terlekat gambar-gambar yang membuatkan saya tertanya-tanya.

Kemudian dia keluarkan beberapa buah kitab lama ada yang bertulis tangan dan ada yang dicitak.  Beliau menceritakan bahawa dia adalah anak Banjar dari keturunan Sheikh Arshad Al-Banjari,  dan beliau adalah dari generasi yang ke sepuluh.  

Sheikh ArshadAl-Banjari ini adalah seorang ulamak yang terkenal dan peninggalannya adalah kitab-kitab lama yang ditunjukkan kepada saya.

Bahkan ayah kepada Rosni sendiri juga adalah seorang alim dan menulis juga kitab mengenai solat dengan tulisan tangan (Jawi) yang begitu cantik.

Di sekeliling rumah Rosni pula tertanam pelbagai tumbuhan-tumbuhan yang boleh digunakan untuk perobatan tradisional dan beliau menyatakan bahawa ayahnya adalah seorang pengamal perobatan tradisional.

Saya dibekalkan dengan bermacam-macam pokok untuk ditanam dan yang pernah beliau berikan kepada saya dahulu pun sudah tumbuh dengan baiknya. 

Ceramah di 4 tempat di Melaka pada 4.2.12

Posted: 06 Feb 2012 01:31 AM PST


Saya dijemput ke Melaka oleh Sdri Ginie Lim untuk membantu beliau dikawasam DUN Machap, kawasan yang ditandinginya pada Pilihanraya Umum 2008 pada 4hb Februari 2012.

Dari jam 8.00 pagi, petugas-petugas parti dari DUN Machap telah menjalankan kerja di Felda Menggong, Felda Bukit Bulat dan di Felda Hutan Percha, dengan mengedarkan risalah-risalah parti dan di Felda Bukit Putus pula mereka mengedarkan juga jemputan untuk menghadir Majlis Ceramah-cum-Dialog pada jam 4.00 petang.

Sdr Shamsul Iskandar dan saya sendiri dijemput selaku penceramahnya.

Saya sampai di Tampin, N. Sembilan jam lebih kurang 3.00 petang; Ginie sudah pun berada di Tampin.  Saya dan Kak Hendon singgah di Tampin untuk makan tengah hari.  Selepas itu kami terus ke Kg Bukit Putus sebuah perkampongan Orang Asal.

Kampong ini kecil sahaja, dan saya dijemput kesana untuk mengadakan perbincangan dengan penduduk kampong itu, dan penduduk disitu memberikan pandangan yang agak baik bagaimana untuk melindungi tanah Orang Asal.  Jelas dari perbincangan itu bahawa Orang Asal tidak tamak, mereka mahu sekadar untuk kehidupan mereka, bukan melambakkan harta, dan mereka merasakan bahawa Kerajaan UMNO/BN ini gagal melakukan sesuatu untuk kepentingan OA.

Sehabis kami di Bukit Putus, kami pergi pula ke Felda Bukit Bulat.  Majlis itu adalah untuk ceramah dan dialog.

Dari kawasan sebelah rumah ada beberapa Orang UMNO yang menjadi kaki sorak.  Kerja mereka adalah seperti orang bodoh sahaja kerana setiap penghabisan ayat yang diucapkan akan dibalas dengan sorakan "BOHONG, TIPU".

Sorakan menjadi lebih ketara apabila Sdr Shamsul Iskandar berucap.

Dan apabila majlis dibukakan untuk ceramah, salah seorang daripada ahli UMNO itu bernama Untung, cuba mempertikaikan bahawa Felda menipu peneroka-peneroka mengenai peratusan perahan KPG.  Dia menyatakan bahawa peneroka-peneroka Bukit Bulat dan Menggong mendapat peratusan yang sangat tinggi iaitu 18/75%.

Tetapi apabila saya dedahkan bahawa kebanyakan Kilang Felda di Negeri Pahang dan Negeri Sembilan sudah pun memberikan peratusan perahan KPG sebanyak 20-22%, dia terdiam.  Dan dia lagi terdiam apabila saya dedahkan bahawa di kawasan Jengka, peratusan perahan KPG yang dianalisa oleh Makmal Felda di Sg Tekam adalah 27%, dan saya buatkan kiraan bahawa sebelum ini Peneroka Felda Jengka 9 hanya memperolehi 17% sahaja.  Baki beza 10% itu membawa kerugian kepada peneroka-peneroka sebanyak lebih kurang RM2500.00 setiap bulan dan menghampiri RM400,000 untuk tempoh 15 tahun.

Dia marah apabila saya katakan Felda menipu, dan apabila saya katakan bahawa Felda telah memanipulasikan pendapatan peneroka, dia setuju dengan perkataan manipulasi itu, dan apabila saya katakan bahawa "manipulation" dalam bahasa Inggeris itu bersamaan juga dengan "tipu" dalam bahasa Melayu, dia terdiam apabila orang ramai ketawakan dia.

Mengenai hutang pula dia (Untung) menyarankan hutang perlu dibayar, dan peneroka-peneroka perlu membayar hutang mereka kepada Felda.  

Saya bersetuju bahawa hutang mesti dibayar, dan didalam perkiraan yang ringkas didapati bahawa sesungguhnya Felda yang berhutang dengan peneroka paling kurang RM150,000.00 didalam tempoh 5 tahun hasil sudah dapat dikeluarkan, maka oleh kerana hutang mesti dibayar, saya tekankan bahawa Felda wajib membayar hutang kepada peneroka-peneroka.

Didalam isu Felda Plantation yang bakal dicagarkan oleh Felda kepada FGVB untuk penyenaraian di Bursa Saham, saya mengatakan bahawa hajat dari PR untuk mengagih-agihkan tanah ladang itu kepada generasi ke-dua dan ke-tiga akan tergendala, dan jika generasi ke-dua dan ke-tiga berhajat kepada tanah, maka mereka kenalah bersatu dengan mengundi Pakatan Rakyat dan menggulingkan UMNO BN, mendapat sokongan baik dari kalangan anak-anak muda yang menghadiri Majlis tersebut.

Dan akhirnya anak-anak muda yang turut bersorak bersama-sama Untung itu datang bersalam dengan saya menandakan bahawa anak-anak muda itu turut memberikan sokongan kepada perjuangan yang dibawakan oleh Pakatan Rakyat.

Selepas selesai Dialog di Bukit Bulat, saya terus pergi ke Batu Berendam ke rumah kakak ipar saya di Taman Ehsan, tempat yang saya akan menginap pada malam itu.

Setelah memberitahu kakak ipar saya untuk bermalam di rumahnya, saya dan Kak Hendon terus pergi ke Taman Merdeka ke Majlis sambutan tahun Baru Cina anjuran PKR.  Majlis yang begitu ramai.  Saya turut berucap didalam Majlis itu dan saya bawakan kisah semasa saya dibuang Daerah ke Melaka Tengah selepas dibebaskan dari ISA dan ditahan sekali lagi di Melaka Tengah semasa Operasi Lalang.

Setiba Dato Chua Jui Meng ke Majlis itu, saya meninggalkan Taman Merdeka ke Kg Bukit Tembakau di Jasin menjadi tetamu didalam Majlis Ceramah anjuran PAS kawasan Jasin.

Saya kembali ke rumah kakak ipar saya jam lebih kurang 1.00 pagi.  

Pada 5hb Februari 2012, setelah minum pagi di rumah kakak ipar, saya tinggalkan Negeri Melaka ke Felda Keratong 6 dan 7 menghadiri Majlis Kesyukuran yang dianjurkan oleh PKR Cabang Rompin dan Ceramah oleh Dato Fauzi Abdul Rahman, Zaidi Ahmad dan saya sendiri.

Oleh kerana masih amat terlalu letih, saya tidur di Rumah Sdr Rosni Arshad, Naib Pengerusi Biro Masyarakat Felda & Orang Asal di Felda Keratong 6.

Jam 11.00 pagi tadi saya tinggalkan Keratong 6 setelah pergi bersantai di Kedai Keratong 6 dan menziarahi Pn Hajjah Halijah yang akan bertolak ke Mekah malam ini untuk menziarahi suaminya  yang masih berada di Hospital di Mekah.



Orang Asal di Kg Bukit Putus, Alor Gajah

Posted: 06 Feb 2012 12:45 AM PST














Di Bukit Putus kami bertumpu ke rumah Aim (sebutannya A IM), seorang anggota PPP di kampong itu.  Boleh dikatakan bahawa kesemua penduduk kampong itu adalah anggota PPP tetapi mereka menganggotai PPP itu hanya pada nama sahaja.  Mereka tidak pernah menghadiri mesyuarat PPP dan pemimpin-pemimpin PPP pun tidak pernah datang ke kampong itu.

Aim menjelaskan bahawa tanah-tanah sekitar kampong Bukit Putus itu telah diusahakan dengan tanaman sawit dan getah dan memberikan pulangan yang baik kepada penduduk-penduduk, tetapi keadaan ini tidak mungkin akan kekal begitu kerana sudah banyak kampong-kampong Orang Asal di Melaka yang akhirnya terlepas tangan daripada Orang Asal kerana tanah-tanah mereka ini tidak bergeran.

Aim menyatakan bahawa beliau menyokong pandangan yang telah disuarakan oleh JOAS bahawa tanah-tanah komunal Orang Asal ini hendaklah diwartakan, dan dengan pengwartaan ini tanah-tanah mereka dapat dipertahankan dan didalam kawasan yang telah dilindungi oleh Warta itu, orang-orang Asal boleh memohon geran untuk pemilikan individu.

Aim menceritakan tentang perkara yang berlaku disebuah kampong OA di Melaka dimana mereka dipinta berpindah kerana tanah yang mereka diami itu akan diambil alih oleh Kerajaan Negeri, kononnya jumlah keluasan tanah ditempat mereka berpindah itu adalah sama dengan keluasan yang mereka usahakan di kampong yang lama, tetapi apabila mereka berpindah, apa yang dijanjikan tidak ditunaikan.

Beliau menyatakan bahawa beliau sangat berhajat untuk menghadiri sebarang perjumpaan yang dianjurkan oleh PKR atau JOAS kerana selama ini hanya anak-anak beliau sahaja yang hadir dan yang memberikan laporan kepada beliau.

PRU-13 penanda tamatnya pemerintahan UMNO/BN

Posted: 06 Feb 2012 12:01 AM PST



Tidak syak lagi bahawa PRU-13 ini menandakan tamatnya pemerintahan UMNO/BN.  Dari segi "tendang pesakanya" UMNO telah melakukan semua perkara yang dia perlu lakukan untuk kekal berkuasa.

Dia telah menggunakan senjata terakhirnya untuk menjalankan fitnah keatas Dato Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang, diatas kekononannya bahawa jika Dato Seri Anwar Ibrahim tumbang maka tumbanglah perjuangan pembangkang.

Segala usaha telah dibuatnya untuk menarik PAS supaya menyertai Barisan Nasional tetapi segala usaha itu ditolak oleh PAS dan PAS telah beristiqomah untuk kekal bersama Pakatan Rakyat.

Rampasan kuasa yang dibuat oleh UMNO di Negeri Perak bukannya memperkukuhkan UMNO/BN bahkan dipandang oleh pengundi-pengundi bukan sahaja di Perak tetapi di seluruh Negara sebagai usaha jijik yang tidak bertemaduun, dan oleh kerana itu bukan sahaja rakyat Negeri Perak bahkan seluruh Negara bertekad untuk menggugurkan UMNO/BN.

Kawasan-kawasan yang dihuni oleh orang Cina secara majoritinya akan menyaksikan bahawa sekutu UMNO iaitu MCA-Gerakan-PPP dan MIC akan kecundang kesemuanya dan kawasan-kawasan itu akan dirampas oleh rakan-rakan sekututu PR terutamanya dari DAP dan PKR.

Keunggulan UMNO/BN di Sabah dan Sarawak menyaksikan penurunan pengaruh yang tidak pernah lebih ketara daripada apa yang berlaku kini, akan menyaksikan kemenangan yang akan mencukupkan Pakatan Rakyat mentadbirkan Putrajaya.

Maka segala usaha politik yang dijalankan oleh UMNO/BN semuanya gagal walaupun dengan konsep separuh masak bagi memperolehi undi dari kaum Cina seperti 1Malaysia, konsep ini ditolak sebagai konsep yang mahu mempersendakan kebijaksanaan orang-orang Cina.

Dengan segala kegagalan dari semua sudut itu, maka UMNO kembali semula kepada taktik yang dia merasa yakin akan mendapat sokongan rakyat iaitu menjalankan taktik rasuah didalam skala besar mula-mula dengan menghadiahkan RM100 kepada setiap kanak-kanak sekolah kemudian RM500.00 pula untuk ibu bapa.

Wang ini diterima oleh rakyat tetapi rakyat tidak mahu merobah pegangan politik mereka kerana mereka sudah merasa tekanan kehidupan yang melampau-lampau kerana kenaikan harga minyak yang seterusnya mempengaruhi kenaikan semua harga barang-barang keperluan rakyat.

Rakyat perlukan penurunan harga barang supaya mereka dapat membuat adjustment dengan pendapatan bulanan mereka yang tidak meningkat.  Mereka mahukan harga beras, gula, minyak masak, bawang, ikan bilis, tepung dan lain-lain diturunkan.  RM500.00 yang diberikan sekali didalam tempoh 54 tahun itu tidak boleh merubah kedudukan ekonomi rakyat.

Dr Mahathir Mohamed memberikan amaran kepada Dato Seri Najib bahawa jika Pilihanraya Umum diadakan didalam keadaan rakyat sedang menolak BN ini, maka BN tidak boleh menunjukkan prestasi yang baik, dalam bahasa mudahnya BN akan kalah.  Dr Mahathir mengingatkan bahawa pilihanraya yang tidak memihak kepada BN dari satu suku kaum besar di Malaysia ini akan menjadikan BN lemas.

Melayu dipinggir bandar juga terdesak dengan keadan ekonomi yang tidak menentu kini.  Pendapatan mereka tidak berubah sedangkan harga barang naik dengan pesatnya.

Melayu yang selama ini melihat akan kesungguhan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz mengendalikan Kelantan yang sentiasa dipinggirkan oleh BN merasa gembira bahawa Kelantan dan Kedah yang dikendalikan oleh PAS dapat diperintah dengan baik bahkan lebih baik dari negeri-negeri yang dikendalikan oleh BN.

Pulau Pinang dan Selangor telah menunjukkan prestasi yang jauh lebih baik diperintah oleh PR dari yang dulu-dulunya diperintah oleh BN.

Selain dari rasuah, BN memainkan taktik yang jauh lebih kotor dari pilihanraya-pilihanraya yang lepas-lepas.  Kalau dulu-dulu kebimbangan hanya berkisar kepada pengundi hantu tetapi kebimbangan itu ditambah lagi dengan pengundi-pengudi "mee segera" dari golongan rakyat asing yang sepatutnya tidak layak menjadi pengundi di Negara ini.

Kehadiran pengundi-pengundi seumpama ini menyebabkan rakyat Negara ini rasa terpanggil untuk membela maruah tanah air dengan menolak perbuatan jahat dengan menjadikan pengundi-pengundi asing sebagai pengundi-pengundi untuk memenangkan Barisan Nasional.

Negara ini semacam sudah tergadai kepada pengundi-pengundi asing yang akan menentukan kehidupan dan survival Negara ini.

Rakyat juga memandang dengan cemus dan benci terhadap pelbagai skandal yang merugikan Negara seperti Natinal Fidlot Corporation (NFC) dan kegelojohan isteri Perdana Menteri yang memboroskan perbelanjaan untuk pembelian harta-harta peribadi dan dianggap tidak sesuai dengan peradaban sesebuah Negara demokrasi.  Perbuatan Rosmah Mansor itu hanya sesuai dilakukan oleh isteri-isteri pemimpin-pemimpin negara-negara yang diperintah secara kukubesi.

Biarpun Arab Spring itu tidak sesuai dengan Malaysia, tetapi pengaruh Arab Spring akan menukarkan pendirian pengundi-pengundi di kotak undi dan Malaysia akan menjadi sebuah Negara yang bersih, telus dan berintegrasi dibawah pemerintahan yang akan dikendalikan oleh Pakatan Rakyat.




Anwar Ibrahim

Posted: 06 Feb 2012 07:31 PM PST

Anwar Ibrahim


Turkey Gives Muslim world Hope in The Arab Spring

Posted: 04 Feb 2012 04:57 AM PST

From Todayszaman.com

Former Malaysian Deputy Prime Minister Anwar Ibrahim has said that Turkey’s democratic reforms give the entire Muslim world hope for the future of the Arab Spring.

Ibrahim discussed on Thursday the overlapping roles of Islam and democracy in the reforms sweeping North Africa and the Middle East at this month’s Alliance of Civilizations meeting in ?stanbul. "The Muslim masses want leadership," Ibrahim said. "The Muslim world needs an effective voice to represent the call for freedom and justice." Turkey’s role and influence in the Arab Spring is "critical," Ibrahim stressed, adding that both the Western and Muslim world are looking to Turkey and Indonesia, another flourishing Muslim democracy, at a time of great political change.

The developments in Turkey, Indonesia and in the Arab Spring countries offer the Muslim world a fresh voice, Ibrahim said.

The Malaysian politician described the excitement that bubbled among the masses and the complete silence of the leaders of the repressive regimes of countries that witnessed the Arab Spring uprisings. "This is why I was excited when the prime minister came out and presented the issue of human rights, the issue of freedom for all and the issue of dignity for all men and women as a universal construct, not just a Turkish or Western construct," he said. "It was timely that the prime minister took a position that no leader can continue without representing the sentiments and aspirations of the people." "I remain optimistic about the Arab Spring and the future of the Muslim world. We see how Turkey has navigated [successful democratization efforts and reforms]," said Ibrahim of the Muslim world's generally positive view of Turkey. "Keep up the good work," he encouraged.

Democracy is often heralded as an ideal that belongs to the West, but Ibrahim disagreed.

"Democracy is not just a Western construct," Ibrahim said. "Do you realize that Indonesia, the largest Muslim democracy in the world, had free, democratic elections in 1955?"

Ibrahim said he used to joke with former US Vice President Al Gore that Indonesia's elections in 1955 were far more democratic than Florida's in 2000. "Why do you think Muslim countries have risen up against exploitation, imperialism and colonization? Because they honor freedom," he told the crowd gathered at the prime minister's office in Dolmabahçe Palace.

"The Arab Spring will not be successful if it follows a Western model," Ibrahim emphasized. And on the question of what sort of government should be established in the place of the toppled regimes, Ibrahim said simply, "Let the Arabs decide."

But there are universal principles, Ibrahim said, that will not be compromised. "The freedom of expression, the freedom of speech and the battle against corruption and greed … these values we will not compromise," he said.

Contrasting Turkey, Malaysia's 'democracies'

"Turkey is a democracy. Malaysia is not," Ibrahim said matter-of-factly. Ibrahim argued it is wrong to call Malaysia a democracy. "There is not one free media outlet in Malaysia," he said.

On Thursday morning, Ibrahim said he read on the front page of a Turkish newspaper a stringent criticism of the prime minister's most recent comments. "This is what a democracy is all about — the right to disagree," he said.

"I often joke that in Malaysia we have freedom of speech, but not after speech," said Ibrahim, who was fired from his position as deputy prime minister and arrested after speaking out against the Malaysian prime minister.

 

Jika Pemilu Malaysia Adil, Anwar Ibrahim Yakin Menang

Posted: 30 Jan 2012 06:13 PM PST

Dari Detik News

Jakarta – Pemimpin oposisi Malaysia, Anwar Ibrahim, membantah kedatangannya ke Indonesia untuk meminta dukungan dalam menghadapi pemilu Malaysia 2013. Kedatangannya hanya memenuhi undangan pihak terkait.

“Saya datang untuk memenuhi undangan di ITB di Bandung dan CIDES di sini. Tidak ada tujuan saya untuk itu (minta dukungan),” kata Anwar Ibrahim, usai menyampaikan pidato kebudayaan yang bertajuk ‘Kepemimpinan dalam Dinamika Perubahan Ekonomi Politik’ di Taman Ismail Marzuki (TIM), Cikini, Jakarta Pusat, Senin (30/01/2012).

Anwar yakin pada pemilu 2013 mendatang akan menang, ssalkan pemilu itu berjalan tanpa kecurangan.
“Saya yakin kalau sekiranya pemilu itu bebas dan adil kita mampu menang dalam pemilu yang akan datang. Kami siap untuk itu Insya Allah,” ujar Anwar.

Jika terpilih pada pemilu Malaysia mendatang, Anwar pun akan menjalin hubungan yang lebih baik dengan Indonesia. Salah satunya menyelesaikan ketegangan antara kedua negara dengan cara yang baik.

“Kita (Malaysia-Indonesia) akan adakan hubungan dan kedekatan tinggi. Apa isu yang mendesak perbatasan, TKI, budaya diselesaikan dengan cara baik karena kita satu rumpun,” tegas Anwar.

Program Sambutan Tahun Baru Cina Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Posted: 30 Jan 2012 04:55 PM PST

Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur
 
Gong Xi Fa Chai !!! Long Ma Jing Shen !!!
 
1 Februari 2012 (Rabu)
                 
                 
1)    11.00 pagi – Parlimen Batu
       
      Lokasi : Dewan Sek Jenis Keb Cina Jinjang Selatan
 
2)    12.00 tghari – Parlimen Wangsa Maju
 
      Lokasi : Pooling Keong Temple, Flat Danau Kota, Setapak
 
3)    2.00 ptg – Parlimen Setiawangsa
 
      Lokasi: Medan Makmur, Off Jln Usahawan 9/23A, Setapak
 
4)    3.00 ptg – Parlimen Bandar Tun Razak
 
      Lokasi – Padang Bola, Flat Sri Johor, Bandar Tun Razak
 
5)    4.00 – 6.00 ptg – Parlimen Lembah Pantai
 
i)             4.00 ptg – Sambutan Ponggal Vizha – Little India, Brickfield
 
ii)            5.00 ptg – Sambutan Tahun Baru Cina
  
      Lokasi : Pejabat PKR Lembah Pantai, Taman Sri Sentosa , Jln Klang Lama

Kenyataan Media: Qazaf Mekanisma Syariah Halang Fitnah

Posted: 30 Jan 2012 01:34 AM PST

Oleh AIC (anwar ibrahim club)

Sokong Pelaksanaan Qazaf Sebagai Mekanisme Syariah Untuk Halang Fitnah dan Politik Lucah

Hari ini, 30 Januari 2012, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui barisan peguamnya akan mengemukakan hujah di Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur. Ini bertujuan agar Mahkamah meneliti semula keputusan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur yang telah menolak permohonan untuk mahkamah memerintahkan supaya Ketua Pendakwa Syarie mendakwa Saiful Bukhari berhubung dengan kes qazaf.

Kelab Anwar Ibrahim (AIC) melihat pelaksanaan qazaf ini seharus dipermudahkan oleh Mahkamah, khususnya di dalam kes melibatkan Datuk Seri Anwar ini. Mahkamah Syariah mempunyai kapasiti yang jelas untuk membenarkan Saiful Bukhari dibicarakan melalui prosiding Mahkamah Syariah dan didakwa di atas tuduhan palsu yang beliau kemukakan pada tahun 2008.

Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari 2012 jelas membuktikan bahawa tuduhan tersebut adalah tidak berasas, malah berniat jahat.

Pelaksanaan qazaf ini, secara jelas berpotensi menutup ruang fitnah daripada dilakukan secara berleluasa, malah ia juga dapat mengekang budaya menggunakan pertuduhan palsu melibatkan jenayah seksual sebagai satu alat politik untuk memusnahkan kredibiliti mana-mana pihak.

AIC melihat pembunuhan karakter ke atas Datuk Seri Anwar sudah menjadi semakin parah. Sekiranya pelaksanaan qazaf ini diperlekeh dan ditolak oleh Mahkamah Rayuan Syariah, ianya bukan sekadar satu ketidakadilan kepada Datuk Seri Anwar, malah secara tidak langsung menafikan prospek perundangan syariah yang jelas menjulang pembelaan hak-hak dan maruah mana-mana individu daripada difitnah sewenang-wenangnya.

Adalah sangat mendukacitakan, di saat Malaysia disebut-sebut sebagai Negara Islam Contoh oleh pemimpin negara, budaya fitnah dan penggunaan politik lucah semakin berleluasa di Malaysia sehingga ke satu tahap yang membimbangkan. Lebih memburukkan keadaan apabila ianya dijadikan satu senjata politik dan seolah tidak terhalang dan kebal daripada undang-undang.

Justeru harapan besar rakyat Malaysia amnya dan umat Islam yang prihatin khususnya, agar pelaksanaan qazaf ini dapat direalisasikan. Ayuh bersama tolak budaya fitnah dan politik lucah demi kemaslahatan rakyat dan negara, demi menjulang politik baru yang lebih matang dan segar.

Saifuddin Shafi Muhamad
Setiausaha
Kelab Anwar Ibrahim (AIC)

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 06 Feb 2012 11:31 AM PST

Anak Muda Kampung Nak Senang


Adakah kerajaan lepas tangan isu perumahan terbengkalai?

Posted: 05 Feb 2012 04:49 PM PST


Adakah kerajaan bersikap lepas tangan dalam isu menangani perumahan terbengkalai di Malaysia apabila Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB), tidak lagi bertanggungjawab memulihkan projek-projek perumahan terbengkalai?

Beberapa masalah, keluhan nasib pembeli projek perumahan terbengkalai di http://terbengkalai.blogspot.com/

SPNB tak lagi pulih projek perumahan terbengkalai
11:47AM Feb 5, 2012

Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB), tidak lagi bertanggungjawab memulihkan projek-projek perumahan terbengkalai sejak 2010, kata pengarah urusannya, Datuk Kamarul Rashdan Salleh.

Beliau berkata, menurut dasar yang diputuskan kerajaan pada 2010, projek terbabit kini diurus sepenuhnya oleh Persuruhjaya Bangunan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

"Saya difahamkan bahawa kementerian terbabit akan bekerjasama dengan pemaju perumahan untuk memulihkan projek-projek terbengkalai," katanya kepada Bernama.

Kamarul berkata, SPNB bagaimanapun akan meneruskan pembangunan projek terbengkalai di Taman Tangkak Emas dan Taman Jasa Amir, kedua-duanya di Johor, mulai Mac ini.

Kedua-dua projek itu terbengkalai sejak 2005.

- Bernama

http://www.malaysiakini.com/news/188333


MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

Posted: 06 Feb 2012 09:06 AM PST

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


Bukti perangkap terjerat BR1M penerima RM500 juga menerima surat tuntutan dari income tax pula.

Posted: 06 Feb 2012 12:06 AM PST

Bantuan diminta isi borang dari jabatan INCOME TAX supaya income tax senang nak jejak alamat terkini rakyat Malaysia.

Bila duit dah lulus dan kita fikir akan tuntut duit tu kat mana mana pejabat INCOME TAX rupa rupanya kena jumpa juak juak BN jugak.dah nampak dah belang umno nih nak wayang apa sebenarnya.Bila memberi wang,amik kat UMNO,dia pikir wang tu hasil dari Najib agaknya.

1 penghinaan bila rakyat diperlakukan begini

Tahukah anda,pemimpin BN memerhatikan korang beratur tu dari tingkap pejabat berhawa dingin , berpeluk tubuh sambil ketawakan kalian?

Ada yang pengsan sebab beratur terlalu lama

Harus kita ingat.Susah payah kita beratur semata mata nak dapatkan RM500 ni sebenarnya permulaan.Kerajaan hanya beri rakyat sekali aja RM500,namun INCOME TAX akan kejar kita SETIAP TAHUN.Mereka menggangap kita punya pendapatan seolah olah tetap sedangkan pekerja yang gaji pokok RM450 dan di campur elaun dan macam macam elaun tak sampai 1000 sebulan juga dikenakan INCOME TAX !!!

Kisah ni benar dan memang dah dijangkakan akan berlaku.Ini adalah temubual penulis dengan mangsa BR1M..Kalau dia dapat surat dari INCOME TAX,tak mustahil beratus ribu lagi bakal mendapat surat tuntutan seperti ini.

Dengan kerja yg tak menentu.sebulan basic RM450.tanggungan anak 4 orang.

Total gaji + - elaun tinggal RM400..

Layakkah gaji sedemikian dikenakan TAX?

Minta bantuan Rakyat 1 Malaysia dengan harapan dapat meringankan beban.

Seminggu selepas dapat bantuan surat income tax sampai.DEPA TUNTUT BAYAR RM350


Bila surat tu sampai,mangsa pergi ke pejabat Income TAX Klang dan bertanya ..

"Kenapa sy dikenakan income tax sedangkan gaji saya tak sampai RM1000 pun sebulan??..tolak tolak tinggal 450 sebulan."kata mangsa kpd pagawai bertugas.

"Owhh ini semenjak dulu kamu kerja tak pernah submit form.jadi kamu kena bayar jugak.tak ada tolak ansur mesti bayar walaupon sebulan RM50.sampai habis!!" kata pegawai income tax dgn bongkaknya.


Bukti Income Tax dapat maklumat dari

Pengisian borang BR1M


Inilah tujuan bantuan tu diberikan..

MAKA UMPAN TELAH MENGENA,KERAJAAN BAGI CUMA SEKALI RM500 TAPI INCOME TAX AKAN KENAKAN KITA TIAP TIAP TAHUN..

Sumber: http://kingofgoblok.blogspot.com/