Jumaat, 27 Februari 2015

Barisan Nasional

Barisan Nasional


Apa Yang Tersirat

Posted: 27 Feb 2015 02:14 PM PST

Apa Yang Tersirat


Suspek Pembunuh Gadis Keningau Ditangkap

Posted: 27 Feb 2015 03:10 AM PST

SUSPEK pembunuh sadis di Keningau, pada isnin berjaya ditangkap. Suspek merupakan penjaga malam pejabat daerah itu berumur dalam lingkungan 30 tahun.

Seorang perempuan Tator yang mempunyai kedai fotokopi di tingkat atas bangunan itu, turut juga ditahan. Wanita itu dikatakan sebagai dalang utama.

Menurut saksi mata, wanita tator itu, dilihat turun tergesa antara pukul 8.00-8.30 hari kejadian, kemudian menutup kedainya tanpa penyebab.

Sepasang gunting dijumpai di bawah mesin fotokopi, dipercayai senjata yang digunakan membunuh mangsa.

Penemuan bahan bukti itu dibantu oleh anjing pelacak polis, di mana dapat mengesan darah mangsa di pintu kedai fotokopi itu.

Mangsa dikatakan mati, disebabkan beberapa tikaman di bahagian dada dan rosok, serta kepala dihentak dengan benda tumpul.

Cucu Tok Selampit

Posted: 27 Feb 2015 01:56 PM PST

Cucu Tok Selampit


MB @AzminAli Sembahyang Jumaat Pun Ada Kad Jemputan? Manikavasagam Pun Dijemput? Jadi Khatib Ke?

Posted: 27 Feb 2015 04:16 AM PST


Bodek tahap apakah ini sehinggakan apabila Dato Menteri Besar ingin bersembahyang Jumaat perlu diedarkan kad jemputan? Selama ini Menteri Besar tak pernah Semmbahyang Jumaat kah? Yang peliknya dijemput pula orang-orang bukan Islam seperti Manikavasagam dengan mengenakan beliau syarat berbaju Melayu tu kenapa? Hendak suruh beliau baca khutbah Jumaat kah? Pelik-pelik kejadian di negeriku sekarang.

Apapun Mantan Menteri Besar Selangor, TS Khalid Ibrahim juga yang bertuah. Beliau dapat  makan malam bersama DYMM Tuanku Sultan Selangor semalam di Hotel The Strand, Yangon, Myanmar. Tuanku Sultan Selangor berada di sana untuk mengambil bahagian dalam "Road To Mandalay Car Endurance Rally" selama 24 hari. MB gila publisiti Azmin Ali makan asap sajalah.

Undangan Minum Teh Dari Dewan Rakyat Dan YDP Agong Pun Tak Tau Bezakah Nurul Izzah?

Posted: 27 Feb 2015 01:03 AM PST



Nurul Izzah dan keluarganya sekali lagi mempergunakan dan memperolokkan Institusi Di Raja untuk kepentingan keluarganya. Beliau melancarkan propaganda di media sosial dan akhbar pro-pembangkang, Malaysiakini dengan memomokkan bahawa Anwar Ibrahim perlu hadir jemputan minum teh bersama YDP Agong, selepas pembukaan Sidang Parlimen bulan depan.

Pertamanya, cuba lihat surat jemputan di atas. Adakah seorang Ahli Parlimen tidak tahu membezakan di antara jemputan YDP Agong dengan jemputan Yang Di Pertua Dewan Rakyat dan Dewan Negara?

Kedua, sekiranya Kementerian Dalam Negeri membenarkan seorang banduan liwat untuk minum teh bersama YDP Agong, eloklah mereka benarkan ke semua banduan di Penjara Sungai Buloh untuk keluar minum teh di Kampung Baru kalau bukanpun di KLCC.

Ketiga, lupakah beliau Anwar Ibrahim dan gangster-gangster MP PR telah memboikot majlis makan tengah hari bersama YDP Agong dalam Sidang Parlimen tahun lepas atau lebih tepat pada 11/03/2014. Kenapa hari ini sibuk untuk memohon duduk minum teh dengan Baginda?

Nurul Izzah seorang yang tidak berprinsip lansung. Adalah salah dari segi tatacara dan tatatertib pentadbiran Kerajaan demokrasi Raja Berperlembagaan untuk mengheret Institusi Di Raja ke dalam kancah politik keluarga beliau serta masalah kemaluan bapa beliau yang tidak tahu duduk diam.

PEJUANG BANGSA

Posted: 27 Feb 2015 12:22 PM PST

PEJUANG BANGSA


AMK P.PINANG SERANG HADI AWANG TINGGALKAN PAS BUKANNYA PASMA

Posted: 27 Feb 2015 08:52 AM PST




PULAU PINANG 26 Feb. – Golongan ulama Pas terus 'diperangi' rakan sekutu dalam pakatan pembangkang dengan terbaharu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri secara terbuka meminta Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meninggalkan parti itu.

Timbalan Ketuanya, Khairil Anuar Kamarudin berkata, desakan itu memandangkan Abdul Hadi dilihat menjadi liabiliti kepada usaha me­ngukuhkan pakatan pembangkang menerusi tindak-tanduk yang 'mesra UMNO'.

Menurut beliau, pendekatan Abdul Hadi itu jelas tidak selari dengan perjuangan ketiga-tiga parti pembangkang, sekali gus menyifatkannya sebagai perkembangan tidak sihat.

Dalam masa sama, beliau melahirkan rasa kesal dengan sikap berdolak-dalik Abdul Hadi yang enggan menyatakan pendirian sebenar berhubung isu kerajaan perpaduan Pas-UMNO yang kembali dibangkitkan.
"Jika masalah kesihatan dijadikan alasan, beliau seharusnya me­ngundur diri dan memberi ruang kepada pemimpin lain.

"Sehubungan itu, kita memberi tempoh 14 hari kepada beliau untuk membuat kenyataan rasmi dan jika terus berdiam diri, kita tidak akan berhenti mendesaknya," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Dalam sidang akhbar berkenaan, Khairil Anuar turut mengambil peluang 'mengungkit' kesilapan Abdul Hadi sepanjang Ahli Parlimen Marang itu mengetuai Pas dan menjadi Menteri Besar Terengganu.

Katanya, Abdul Hadi perlu sedar kegagalan Pas mempertahankan Terengganu dalam Pilihan Raya Umum (PRU-11) pada 2004 berlaku ketika eranya.

"Kelemahan beliau juga terserlah apabila Pas gagal mempertahankan Kedah dalam PRU-12 serta beliau gagal mengelakkan pertandingan sesama sendiri melibatkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan Pas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh dalam PRU-13," katanya.

Berhubung saranan Abdul Hadi terhadap Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) supaya meninggalkan Pas, Khairil Anuar berkata, mereka tidak bersetuju, malah menghargai kewujudan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkenaan yang mahu mempertahankan pakatan pembangkang.
-

WARTAWAN KENA KENCING LAGI MAHFUZ BEAN NAK BAWA IBU SIRUL

Posted: 26 Feb 2015 11:46 PM PST




Media sekali lagi 'ditemberang' apabila sidang media Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar bersama ibu bekas korporal Sirul Azhar Umar yang sepatutnya diadakan pagi ini, sebenarnya tiada.
Perkara itu dimaklumkan seorang staf Pejabat Agung parti itu, Saripuddin Mohd Yatim kira-kira jam 11.40 pagi tadi.
Katanya beliau telah menerima panggilan dari Mahfuz yang dikatakannya berada di Alor Setar dan memaklumkan bahawa beliau (Mahfuz) tidak ada membuat apa-apa jemputan sidang media.
"Dia memang tidak tahu pasal sidang media ini... katanya jika ada sidang media, dia akan membuat jemputan," katanya di hadapan sekumpulan wartawan yang sedang menunggu sejak jam 10.40 pagi.
Semalam, satu mesej jemputan telah tersebar menerusi Whatsapp yang mengatakan PAS akan mengadakan satu sidang media bersama ibu Sirul di Pejabat Agungnya pada jam 11 pagi.
Sebelum ini, satu telesidang bersama Mahfuz dengan Sirul juga terpaksa dibatalkan selepas percubaan untuk menghubungi bekas koperal Unit Tindakan Khas (UTK) Polis itu gagal.
Setelah percubaan 15 kali menghubungi Sirul 'tidak berjaya', telesidang yang sepatutnya berlangsung di tempat yang sama itu ditamatkan.
Mahfuz menyatakan bahawa pihaknya telah berhubung dengan individu yang diyakini sebagai Sirul itu melalui pesanan ringkas pada pukul 10.40 pagi tadi.
Sidang media itu menjadi senyap sunyi apabila Mahfuz mula menghubungi Sirul.
Begitupun, selepas beberapa percubaan yang gagal, suasana itu berganti resah keluhan dan sesekali berderaian gelak tawa apabila beberapa individu berjenaka mengenai Sirul yang tidak menerima panggilan tersebut.
Namun, persidangan yang sepatutnya bermula pada jam 11.30 pagi itu terpaksa ditamatkan sejam kemudian setelah percubaan menghubungi Sirul berkali-kali tidak berjaya.
Kegagalan Mahfuz menghubungi Sirul turut dijadikan 'bahan lawak' apabila ada pihak yang membuat video parodi tentang panggilan tersebut.
Dalam video parodi berdurasi 48 saat itu, beliau digambarkan cuba menghubungi Sirul melalui babak lakonan Allahyarham Ahmad Nisfu dalam filem Tiga Abdul.
Meskipun turut terhibur dengan video parodi itu, namun Mahfuz menyifatkan dakwaan tidak percaya sesetengah pihak mengenai telesidangannya itu adalah halangan untuk rakyat mengetahui kebenaran kes berkenaan.
Tegas beliau, ia merupakan gangguan sekat talian yang dialaminya dan wartawan lain sejak sidang media dimulakan.
Sirul yang sebelum ini dijatuhi hukuman mati kerana membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu kini berada di pusat tahanan Jabatan Imigresen dan Perlindungan Sempadan di Sydney, Australia selepas ditangkap di Queensland pada 20 Januari berikutan amaran merah dikeluarkan Polis Antarabangsa, Interpol.

NGO GESA KERAJAAN SIASAT AGENDA MAHFUZ BEAN KALDAIKAN SIRUL

Posted: 26 Feb 2015 06:45 PM PST





Tindakan Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar yang dilihat beria-ia mahu mengadakan pertemuan dengan bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Sirul Azhar Umar di Australia baru-baru ini dipertikaikan Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Ramesh Rao.

Ramesh turut mempersoal apakah niat sebenar Mahfuz dan beberapa pemimpin pembangkang lain bertindak demikian malah beliau difahamkan keluarga Sirul Azhar akan ditaja oleh mereka untuk melawatnya dalam masa terdekat di negara itu.

"Apakah kepentingan kes ini kepada mereka? Sebelum ini Mahfuz cuba mengadakan telesidang bagi mendedahkan kes itu walaupun tidak mendapat kebenaran kerajaan negara itu."

"Saya juga tidak faham dengan siapa Mahfuz telah bercakap sedangkan peguam Sirul Azhar sendiri mengaku tidak mengetahui langsung tentang perkara itu."

"Sekiranya benar-benar demi rakyat, ada banyak lagi kes di negara ini yang memerlukan pengadilan, apakah sebenarnya agenda tersembunyi dan kepentingan politik Mahfuz dalam perkara ini, kami ingin tahu juga," katanya dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur, semalam.



Menurut laporan Astro Awani sebelum ini, peguam Sirul Azhar, Hasnal Rezua Merican sendiri tidak mengetahui dengan individu Mahfuz bercakap.

Sehubungan itu, Hasnal Rezua berkata, tindakan Mahfuz dalam usaha menghubungi Sirul Azhar baru-baru ini adalah tanpa pengetahuannya dan juga seorang lagi peguam yang mewakili Sirul, Kahirul Hisham Kamaruddin.

Ramesh dalam kenyataannya turut menggesa kerajaan supaya membuat siasatan terhadap telesidang yang diadakan oleh Mahfuz bersama Sirul Azhar meskipun kerajaan Australia telah mengeluarkan arahan larangan.

Dalam telesidang yang berlangsung di pejabat PAS di Kuala Lumpur pada 23 Februari lepas, Datuk Mahfuz Omar cuba membuat panggilan dengan menghubungi Sirul di Australia menerusi talian mudah alih, namun Sirul gagal dihubungi selepas kira-kira 40 minit. 

MUHYIDDIN MAHU BN MENANG DI PERMATANG PAUH - ZAIDI

Posted: 26 Feb 2015 04:57 PM PST



KUALA LUMPUR 26 Feb. – Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berpuas hati dengan tahap perpaduan yang ditunjukkan kepimpinan UMNO Bahagian Permatang Pauh untuk menghadapi pilihan raya kecil kawasan itu sekiranya diisytiharkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berlaku kekosongan di kerusi itu kelak.

Dalam pertemuan dengan barisan kepimpinan UMNO bahagian itu termasuk tiga sayapnya, diterajui ketua bahagian Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Said di Ibu Pejabat UMNO di sini, Muhyiddin mahu tumpuan utama diberikan kepada penjagaan kebajikan penduduk kawasan Parlimen itu di samping kesiapsiagaan jentera pilihan raya.

Bercakap kepada Utusan Malaysia selepas pertemuan sejam yang turut dihadiri Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Mohd. Zaidi, 46, berkata, UMNO Pusat turut dimaklumkan tentang penerimaan dan persepsi baik penduduk Permatang Pauh terhadap perkhidmatan BN kepada rakyat kawasan it

"Timbalan Presiden berpuas hati dengan tahap perpaduan kepimpinan bahagian dari peringkat ketua, timbalan, naib sehinggalah ke ketua Pemuda, ketua Wanita dan ketua Puterinya.

"Ini tidak berlaku semasa beberapa pilihan raya umum dan pilihan raya kecil di Permatang Pauh sebelum ini. Beliau (Muhyiddin) mahu BN bukan setakat kurangkan majoriti wakil pakatan pembangkang dalam pilihan raya kecil itu kelak tetapi memastikan BN menang di situ.

Anwar mengekalkan kubu kuat­nya di Permatang Pauh pada 2013 namun pilihan raya umum ke-13 itu menyaksikan sokongan terhadapnya merosot apabila meraih majoriti 11,721 undi berbanding pilihan raya kecil 2008 dengan majoriti 15,671 undi.

Berdasarkan daftar pemilih 72,­000 orang yang direkodkan SPR se­ta­kat Disember 2014 di Permatang Pa­uh, pengundi Melayu meliputi 50,541 pengundi, Cina (17,849) dan India (4,123).-

KEMBARA DI PERJALANAN INI

Posted: 27 Feb 2015 07:55 AM PST

KEMBARA DI PERJALANAN INI


CARA MEMIMPIN HATI(4)

Posted: 26 Feb 2015 07:54 PM PST

Contoh 3: Rasa Takut


Rasa takut yang menguasai hati akan bertindak dalam berbagai bentuk mengikut suasana yang dihadapi. Contohnya, takut jin,takut harimau, takut ular, takut penjahat, takut miskin, takut orang kata, takut menegakkan kebenaran, takut maksiat dan takutkan Allah.

Di antara rasa-rasa takut yang disenaraikan di atas, ada rasa takut yang dilarang syariat dan ada pula rasa takut yang disuruh syariat. Perlu diketahui bahawa kedua-dua jenis takut ini tidak mungkin mengisi hati manusia dalam satu masa. 

Kalau rasa takut yang dilarang syariat ada dalam hati, maka rasa takut yang disuruh syariat, tidak akan bertapak di hati. Sebaliknya kalau takut yang disuruh syariat mengisi ruangan hati, maka hilanglah pula rasa takut yang dilarang syariat.


Tujuan melawan hawa nafsu yang dianjurkan syariat adalah untuk membuang segala rasa takut yang dilarang, untuk diganti dengan rasa takut yang disuruh. Kemuncak rasa takut yang dikehendaki syariat ialah rasa takutkan Allah, dengan erti takutkan segala azab yang dijanjikan oleh Allah di dunia apalagi di Akhirat. 

Untuk itu kita mesti melawan nafsu kita yang takut pada hantu atau momok misalnya. Setiap kali kita terserempak dengan suasana itu, jangan kita mengalah dengan nafsu. Kuatkan hati dan tanamkan keyakinan bahawa Allah sahaja yang layak kita takuti. Yang lain-lain hanyalah makhluk seperti kita dan tidak ada apa-apa kuasa.

Untuk lebih berkesan, cuba di waktu tengah malam, kita pergi sendirian ke tanah perkuburan atau ke tempat-tempat yang menyeramkan. Masya-Allah! Tentulah takut. Takut itulah yang mesti kita lawan. Lawan dengan iman dan ilmu. Yakin bahawa tidak ada suatu kuasa pun yang boleh memberi kesan melainkan kuasa dan keizinan Allah. Waktu itu, isikan hati dengan zikrullah. Sedar dan yakinlah bahawa Allah sentiasa bersama dan Allah sangat hampir dengan kita. Allah Maha Melihat dan sedang melihat apa yang kita lakukan. Allah Maha Mendengar dan sedang mendengar apa yang kita katakan. Allah Maha Mengetahui segala masalah yang sedang melanda hati kita. Allah penentu, Allah pemutus, Allah penolong, Allah pembantu, Allah penyelamat dan Allah Maha Kasihan Belas pada hamba-hamba-Nya yang mahu mengikut jalan-Nya.



Maksudnya: "Mereka yang bermuhajadah (berjihad untuk mencari keredhaan Allah) pada jalan Kami, akan Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik." (Al Ankabut: 69)

Lakukan latihan ini dengan tawakal dan doa yang sungguh-sungguh, agar Allah merestui dan memudahkan perjalanan kita. Buangkan rasa takut itu dan gantikan dengan ingatan serta keyakinan hanya pada-Nya.

Bagi orang yang ingin menegakkan kebenaran, tetapi takut dikata orang, takut dihina, takut dibuang kerja, takut ditangkap, takut dijel, takut dibenci dan diketepikan, juga wajib bermuhajadah.

Lawanlah rasa takut yang begitu dengan bertindak melakukan amalan tersebut. Misalnya kita takut hendak menghantar anak ke sekolah yang terjamin ada pendidikan Islam, dengan alasan takut tidak dapat kerja, takut gelaplah masa depannya di samping takutkan sikap hidup yang konon ketinggalan zaman.


Cara melawannya ialah hantarkan sahaja anak ke sekolah yang ditakuti itu. Kuatkan hati, pejamkan mata, pekakkan telinga dan lepaskan si anak pergi. Apa sahaja yang dibisikkan nafsu dan syaitan itu kita lawan. Jangan dilayan. Tawakal dan berdoa kepada Allah semoga usaha itu direstui dan semoga Allah bukakan jalan-jalan kemenangan kepada kita di dunia  dan Akhirat. 

Bagi orang-orang yang tidak melawan nafsu, imannya tidak mungkin dapat bertambah. Malah makin berkurang. Sama ada mereka sedar atau tidak, mereka telah diperhambakan oleh nafsu, menempah kecelakaan dan kutukan Allah di dunia dan Akhirat.


Sebenarnya apa yang ditakuti itu, baik jin, mahupun kemiskinan atau penghinaan dari orang lain, pada hakikatnya tidak begitu. Adakah selama ini jin yang mencekik dan membunuh orang? Benarkah orang yang berpendidikan Islam itu miskin dan hina? Benarkah orang yang berpendidikan sekular terjamin hidup dunianya? Cubalah renung dan fikirkan hakikat ini. Kemudian sesuaikan pula dengan firman Allah:

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu tolong Allah, Allah akan menolong kamu dan Dia akan menetapkan kedudukanmu." (Muhammad: 7)

Demi Allah yang tidak akan mungkir janji, yakinlah bahawa setiap usaha yang bertujuan mencari keredhaan-Nya pasti mendapat jaminan dan dimuliakan. Seperkara yang harus kita sedar bahawa Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih itu, sentiasa bersedia untuk menolong sesiapa sahaja dari hambahamba-Nya. Kerana telah ditetapkan-Nya bahawa untuk mendidik hati, menambah iman itu perlu kita banyakkan latihan melawan hawa nafsu, maka Allah sendiri selalu memberi peluang pada kita untuk berbuat demikian.


Mehnah atau ujian dari Allah yang selalu menimpa kita seperti miskin, sakit, kematian, kecacatan anggota, kekurangan rupa paras, lemah dan bodoh, kata nista, hasad dengki orang,  bencana alam dan lain-lain kesusahan serta penderitaan itu adalah peluang yang Allah berikan untuk kita bermujahadah. 

Lagi tinggi taraf iman seseorang, lagi banyaklah mehnah yang Allah datangkan. Demikian maksud sabda Rasulullah SAW:


Maksudnya: "Bala yang paling berat akan ditimpa pada nabi-nabi, kemudian orang yang paling mulia (selepas nabi), kemudian yang paling mulia selepas itu. Seseorang itu diuji mengikut pegangan agamanya. Jika kuat agamanya beratlah ujiannya. Jika lemah agamanya, maka diuji mengikut agamanya." (Riwayat At Tirmizi)


Apabila jiwa dihimpit dengan kesusahan-kesusahan, ertinya nafsu tercabar. Nafsu bakhil, sombong, penakut dan lain-lain mazmumah itu menjadi sakit dan terseksa setiap kali ditimpa ujian. Sesiapa sahaja sama ada orang Islam atau bukan Islam, asalkan dia hamba Allah, pasti merasakan hal ini. Bagi orang-orang yang beriman, dia sedar maksud Allah berbuat begitu. 

Setiap kali ditimpa ujian dia cepat-cepat memberitahu hatinya bahawa kalau ia sabar dan redha dengan ujian itu ia pasti akan mendapat satu dari dua yakni: 
1. Penghapusan dosa atau 
2. Kasih sayang Allah dan pangkat darjat di Syurga



Apabila diyakini sungguh-sungguh, bagi kita yang bertaraf iman ilmu tentu akan sanggup bermujahadah, memaksa nafsu untuk tenang dan merasa tidak ada apa-apa dengan penderitaan itu. Kalau kita miskin, maka pujuklah hati untuk tidak sedih dan susah hati dengan kemiskinan. Kajilah kebaikan yang diperolehi oleh orang miskin, di dunia mahupun di Akhirat. Misalnya di dunia kita beruntung, tidak payah mengurus, tidak payah bertanggungjawab membantu orang lain. Di Akhirat pula hisab akan dikurangkan dan dipercepatkan masuk ke Syurga. 

Kemudian ajaklah hati untuk menerima pemberian Allah itu dengan redha, tanpa kesal dan buruk sangka dengan Allah. Yakinlah bahawa Allah cukup tahu kenapa kita perlu miskin. Kita pula sangat lemah untuk memahami hakikatnya apalagi untuk menangkisnya. 

Ibarat baju kita yang mana ia tidak pernah tahu kenapa kadang-kadang dibasuh, kadang-kadang digosok, kadang-kadang dijahit, kadang-kadang dipakai dan kadang-kadang dibuang. Maka begitulah kita yang jahil tentang rahsia diri dan hati sendiri. Amat munasabahlah untuk kita redha dan sabar dengan ketentuan Allah kepada kita.


Memang di peringkat mujahadah, hati masih sakit dan tidak puas hati. Hanya jagalah supaya kita tidak gelisah, tidak mengungkit-ungkit, tidak mengadu-ngadu serta tidak buruk sangka dengan Allah. Kalau sifat ini dapat dikekalkan, insya-Allah peluang untuk meningkatkan iman adalah besar. Sebaliknya kalau setiap ujian dihadapi dengan keluh-kesah dan gelisah, kebimbangan, tidak sabar dan buruk sangka dengan Allah, bersedialah untuk menanggung kegelisahan jiwa yang perit dan penderitaan di Akhirat yang amat sangat.


Untuk pengetahuan kita, perlu dinyatakan bahawa bagi orang-orang muqarrobin dan nabi-nabi, iman yang tinggi menjadikan mereka lebih senang hidup dalam kesusahan daripada kesenangan. Mereka lebih inginkan kekurangan daripada kecukupan. Sebagai bukti cuba kita lihat doa Rasulullah SAW: 

Maksudnya: "Wahai Tuhan, hidupkan aku di dalam kemiskinan, matikan aku dalam kemiskinan dan kumpulkan aku dalam Syurga bersama orang-orang miskin." (Riwayat At Tirmizi)



Sayidina Ali dalam sejarahnya pernah ketika dia hanya ada sebiji kurma untuk berbuka puasa, tiba-tiba datang peminta sedekah meminta makanan, terus diberikannya kurma yang sebiji itu. 

Seorang perempuan di zaman Rasulullah SAW, yang punya tiga anak lelaki, sanggup melepaskan kesemua anaknya ke medan perang. Dia senyum ketika anak sulung dan anak keduanya mati syahid di medan perang tetapi menangis bila diberitahu anak bongsunya juga syahid. 

Bila ditanya kenapa dahulu senyum, sekarang menangis? Beliau menjawab: "Aku sedih kerana tiada lagi anak yang boleh aku korbankan untuk jihad fisabilillah."



Nafsu kita juga selalu membuatkan kita kelu dan takut untuk bercakap bila berhadapan dengan orang-orang besar atau raja. Sedangkan bercakap benar di hadapan raja yang zalim itu adalah dituntut. Rasulullah SAW bersabda: 

Maksudnya: "Jihad yang paling utama itu berkata benar kepada penguasa yang zalim." (Riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah)


Oleh itu kita mesti berusaha dapatkan sifat berani. Untuk melakukannya, mesti biasakan bercakap kebenaran bila semajlis dengan orang-orang besar. Memanglah di permulaannya kita akan rasa gementar tetapi lama kelamaan rasa takut pada makhluk itu pasti hilang. Yang timbul hanya rasa takut pada Allah sahaja.


Tanpa latihan tidak mungkin kita boleh buat peningkatan.Sedangkan latihan itu memang sulit. Kerana kita dihalang oleh nafsu. Rasa takut dan rendah diri itu sudah lama mendarah mendaging. Jadi dengan jiwa tauhid yang kuat dan ampuh bertunjang di hati saja, kita mampu menolak nafsu-nafsu takut dan hina diri itu. Terutama bila berhadapan dengan orang besar atau orang yang berkuasa. 

tunku

Posted: 27 Feb 2015 03:26 AM PST

tunku


Najib: I'm suing Harakah to defend my family

Posted: 26 Feb 2015 11:08 PM PST

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak says it is his right to take legal action against PAS organ Harakahdaily in order to defend his family.

"Because they have defamed (my family), I have to sue them or demand they retract what they said in Harakah," Najib told reporters here Friday.

"What was reported in Harakah was defamatory and completely untrue. They did not show evidence. So it is my right to defend myself and my family," he added.

He refused to comment further on the matter.

Harakahdaily recently carried an article on 1MDB and Riza Aziz, who is Najib's stepson.

It was reported on Thursday that Najib had instructed law firm Hafarizam Wan & Aisha Mubarak to hand over a letter of demand to Harakahdaily managing director Dr Rosli Yaakop to retract the article and publish an unconditional apology in writing.

The article was a commentary piece based on a New York Times article earlier this month.
Najib was speaking reporters here after launching the start of Sri Aman Minor Specialist Hospital's construction.

The RM150mil 108-bed hospital, first announced in 2011, is targeted for completion in 2018.

Najib demands Harakah retract 1MDB article

Posted: 26 Feb 2015 06:51 AM PST

Prime Minister Datuk Seri Najib Razak has given PAS' organ Harakahdaily 48 hours to retract an article on 1MDB deemed defamatory.

Law firm Hafarizam Wan & Aisha Mubarak handed over a letter of demand to Harakahdaily managing director Dr Rosli Yaakop at 3pm Thursday demanding an unconditional apology in writing.

They also demand the retraction of its article Dana 1MDB Biaya Syarikat Filem Riza Aziz (Bhg 2) (1MDB Funding Riza Aziz's Film Production Company) published on Feb 19.

Riza is Najib's stepson.

The article was a commentary piece by Rosli based on a New York Times article on businessman Low Taek Jho's role as a property investor published on Feb 12.

Harakahdaily is also required to give a written undertaking that it would stop repeating the defamatory statements.

Among the sentences deemed defamatory are that (businessman) Jho Lo was an intimate friend, regarded as part of the first family of Malaysia, and a trusted proxy.

Harakah had questioned where the funds were sourced, as the Prime Minister's annual salary was only USD100,000 (RM358,00).

Harakahdaily had in the article implied elements of "money laundering".

Other statements deemed defamatory include implying the Prime Minister had low moral, abuse power for personal interest, gaining wealth from dirty sources, and abusing 1MDB fund.

Najib is also demanding compensation for serious damage of reputation and for cost and expenses incurred in handling the matter.

Najib had given strict order to his lawyers to proceed with court action if Harakahdaily failed to response to the demand within the stipulated time frame.

bumiyang

Posted: 27 Feb 2015 03:11 AM PST

bumiyang


Ikan Kembung RM 2 Sekilo - Contoh Bila Penawaran Melebihi Permintaan?

Posted: 26 Feb 2015 05:00 PM PST

Mat Sabu Perolehi Persetujuan DAP Sebagai Presiden PAS yg Baru???

Posted: 26 Feb 2015 07:50 AM PST

Taipingmali (tm)

Posted: 27 Feb 2015 01:18 AM PST

Taipingmali (tm)


Anwar Ibrahim:Sandiwara Ketum Parody

Posted: 26 Feb 2015 07:27 AM PST

The Unspinners

Posted: 26 Feb 2015 11:32 PM PST

The Unspinners


Persetujuan 12 mata antara Munafik Alaf Baru dengan Syaitan berlambang roket

Posted: 26 Feb 2015 10:30 PM PST


Ketika rakyat Kelantan sedang berhadapan dengan bencana banjir, satu pertemuan telah diadakan antara PASMA dan DAP di pejabat KOMTAR pada tarikh Januari 12hb. Perjumpaan yang diadakan pada 11 pagi di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang diwakili PASMA oleh Dato Phahrolrazi Zawawi. Nasir Ahmad, Taib Zakaria, Dzulqarnain, Rahman Talib, Hazmi Hassan, Sayuthi Omar, Mohd Yusof Mohd Noor, Zolkifly Md Lazim, Nordin Majid, Taib Ahmad, Yusny Mat, Muhaimin Sulam, Yacob Ali dan  Roshidi Husin.

Manakala pihak DAP diwakili oleh Lim Guan Eng, Dr Ramasamy, Chow Kon Yeow, Jeff Ooi, Lim Hock Seng, Zairil Khir Johari, Ong Ah Teong, Harvinder singh, Ng Wei Aik dan Chong Eng

Guan Eng begitu gembira dapat mematrai beberapa persetujuan dengan PASMA. Antaranya adalah beriklut:

1. Dato Phahrolrazi memberi jaminan kepada LGE yang PASMA akan membantu DAP dlm segala urusan yang diminta oleh DAP.

2. PASMA memberi komitmen untuk pastikan Presiden PAS ditumbangkan dalam pemilihan PAS tahun ini.  LGE menyuarakan juga harapan agar Hadi Awang dan golongan ulamak ditumbangkan dalaM pemilihan PAS tahun ini dan PASMA akan kuasai PAS. Mereka amat yakin Hadi Awang akan tumpas kali ini.

3. DAP dan PASMA bersetuju MAT SABU jadi Presiden PAS yang baru.


4. PASMA memohon kepada LGE supaya semua jawatan PENGERUSI JKKN diberikan kpd ahli PAS yang sokong PASMA. Begitu juga dgn lantikan ahli majlis MPPP DAN MPSP.

LGE menyatakan telah melantik ahli majlis MPPP dan MPSP dikalangan ahli PASMA dan berjanji semua jawatan PENGERUSI JKKN kuota PAS akan diberikan kpd PASMA.


5. LGE mahu PASMA membantu DAP di Sarawak secepat mungkin dan mahu PASMA menghantar pasukannya ke Sarawak dalam bulan Februari ini. Segala perbelanjaan akan ditangung oleh DAP. PASMA setuju untuk membantu DAP di Sarawak dikawasan Islam.

6. PASMA dan DAP akan merangka strategi bersama utk menghadapi PRN SARAWAK dan PRU14. Mereka memberi tumpuan khas dikawasan Melayu. DAP akan gunakan PASMA utk masuk ke kawasan Melayu lepas ini.

7. DAP juga mahu PASMA memberi tumpuan khas dikawasan FELDA di Johor dan kawasan Melayu Johor kerana Johor merupakan target untuk ditawan pada PRU 14.

8. Dap akan memberi peruntukan sebanyak RM1/2 juta kepada PASMA setiap 3 bulan.

Itulah perjanjian antara kumpulan munafik alaf baru dan syaitan bertopeng demokrasi. Syaitan pun dah mula mengumpan ....

Mat Sabu pasrah rakan PASMA dalam AJK Disiplin tak akan hukumnya

Posted: 26 Feb 2015 07:30 PM PST


KENYATAAN AKHBAR:
TIMBALAN PRESIDEN PAS MALAYSIA,
TUAN HAJI MOHAMMAD SABU

1. Berkenaan isu rakaman suara yang dimainkan dalam media-media sosial serta lain-lain Media Perdana, saya hanya akan memberi kenyataan kepada jawatankuasa khas (siasatan) yang dipengerusikan oleh Presiden PAS berkenaan segala tuduhan kepada saya, ianya masaalah dalaman parti, sekiranya diminta.

2. Berkenaan kedudukan saya dalam Parti, saya serahkan kepada Muktamar serta kebijaksanaan Perwakilan.

3. Berkenaan tindakan saya keatas TV3, UTUSAN MALAYSIA serta lain-lain Media saya serahkan kepada Peguam YB Hanipa Maidin.

Sekian

Tn Hj Mohammad Sabu
Timbalan Presiden PAS
26hb Feb 2015/9.30pg

Nampak macam pasrah tapi dia tak mahu jawab satu video yang dah viral. Mat Sabu tahu kawan2 PASMA dalam AJK Disiplin agak ramai dan dia tahu dia tidak akan dikenakan apa=apa/














Mat Sabu dah jelas mahu jatuhkan Hadi tapi dah terbocor video berikut:


Tapi kerana petanda tidak berapa baik




Mahu tahu lagi, dengar video berikut:



PASMA nak letak calun di PRK Cempaka?

Posted: 26 Feb 2015 04:30 PM PST


PASMA dikhabarkan akan meletakkan Naib Pengerusi Pasma Kelantan, Che Ibrahim Mohamed sebagai calon dalam PRK Dun Chempaka.  

UMNO tidak akan bertanding dengan PAS maka ini dilihat sebagai peluang untuk faction PASMa untuk tunjukkan kekuatan mereka.


Puak2 PASMA dan dalam mode perang terbuka dengan pusk ulamak



Ini akibat pengumuman perang terbuka puak ulamak ekoran penubuhan PASMA dan gerak kerja yg bertujuan mengambilaluh PAS dari kumpulan ulamak.



Pengunduran UMNO dari tanding di PRK Cempaka menimbulkan kemarahan Husam ....

Suara PASMA-buk kecewa ....


TERKINI Esuk Mahpus PC sama Ibu Sirul, Ngaku Anwar peliwat

Posted: 26 Feb 2015 07:20 AM PST

Bukan 4 cm tapi 4 inci?

Kekecewaan tidak dapat menghubungi Sirul tidak mematahkan semangat Ketua Penerangan PAS, Dato Mahfuz Omar. DIa telah secara tak langsung menyokong usaha supaya Anwar Ibrahim mengaku di atas kesalahan meliwat. 

Kenyataan Media: Sokong Pengampunan kepada Dato' Seri Anwar

1.     PAS menzahirkan simpati kepada Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan seluruh keluarga beliau atas hukuman penjara lima tahun yang dikenakan kepada beliau. Pihak kami memahami bebanan berat dan perasaan yang ditanggung oleh keluarga Dato' Seri Anwar Ibrahim.

2.     Tindakan pihak keluarga Dato' Seri Anwar Ibrahim yang membuat permohonan pengampunan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong itu bukanlah suatu perkara yang salah kerana hak itu dijamin di dalam Perlembagaan Persekutuan. Ia juga tidak bermakna mereka telah mengaku kalah dan bersalah tetapi ia adalah salah satu langkah yang diambil dalam perjuangan panjang menegakkan keadilan di Malaysia. Ia bolehlah diibaratkan seperti "take one step backward in order to jump to two steps forward."

3.     PAS berharap semoga Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Lembaga Pengampunan yang akan bersidang kelak akan mempertimbangkan permohonan tersebut dengan bebas, berani dan seadilnya.

Dato' Mahfuz Omar,
Ketua Penerangan PAS
Ketua Whip Ahli Parlimen PAS

--------------------------

Kenyataan ini pasti dilakukan tanpa mendapat persetujuan dari Presiden Dato Haji Hadi Awang. Disamping itu, Mahfuz terus mahu memainkan isu Sirul walaupun sudah ada petanda pihak Australia akan extradite Sirul balik ke Malaysia kerana dia ngaku lakukan pembunuhan. Baca Putera merdeka SINI

Berikut yang diterima dari Whats App ...

SMS dari Ibu Sirul ka?

Edaran Segera

Kepada tuan editor dan pengamal media,

Ketua Penerangan PAS akan mengadakan satu sidang media bersama dengan Ibu Sirul berkenaan perancangan untuk ke Australia dan perkembangan Sirul.

Berikut adalah maklumat venue sidang media;

Tarikh: 27 Februari 2015 (Jumaat)
Masa: 11 pagi
Tempat: Ibu Pejabat PAS, Jln Raja Laut

Orang ramai dijemput hadir memberikan sokongan khususnya pihak wartawan untuk membuat liputan sidang media ini.

Sekian,

Dato' Mahfuz Omar
Ketua Penerangan PAS

p/S Harap kehadhiran ibu Sirul bukan membawa keadaan yang menakutkan buat wartawan yang hadhir...

Lebih utama, Anwar mohon ampun dari Saiful

Posted: 26 Feb 2015 04:31 AM PST


KENYATAAN MEDIA:

1. Permohonan pengampunan oleh Wan Azizah ini wajib ditolak kerana ianya dibuat tanpa persetujuan Banduan sendiri.

Ini kerana Banduan konsisten dgn pendirian tidak mahu membuat permohonan pengampunan!

Adakah Wan Azizah membuat permohonan ini tanpa pengetahuan atau persetujuan Banduan?

Kalau benar Wan Azizah membuat permohonan pengampunan ini tanpa pengetahuan atau persetujuan Banduan, ini adalah satu penghinaan terhadap pendirian Banduan tersebut!

2. Asas kepada permohonan pengampunan ialah pengakuan salah kpd kesalahan yang disabit, penyesalan atas perlakuan kesalahan itu dan akujanji tidak akan mengulanginya lagi;

3. Elemen2 ini tidak ada dalam permohonan Wan Azizah maka ianya wajib ditolak;

4. Sebaliknya Wan Azizah cuba memperkaldaikan institusi pengampunan DiRaja dengan menjadikan alasan "kehakiman tidak telus" sebagai alasan pengampunan. Ini satu penghinaan keatas institusi pengampunan dan wajib ditolak dan dikenakan tindakan sewajarnya!

6. Permohonan ini juga suatu penghinaan kepada institusi kehakiman yang dilantik dan bernaung dibawah YDP Agong kerana menjadikan alasan "kehakiman tidak telus" sebagai alasan permohonan pengampunan;

7. Kebiasaanya hanya mereka yang dijatuhkan hukuman mati atau penjara sepanjang hayat akan memohon pengampunan bagi tujuan pengurangan hukuman.

Bagi seorang yang disabitkan kesalahan meliwat dan dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun adalah sesuatu yang agak "luar biasa" untuk memohon pengampunan atas hukuman, apatah lagi kalau Banduan selalu melalak dgn slogan "Lawan Tetap Lawan".

Adakah keluarga membuat permohonan pengampunan kerana Banduan dikatakan tidak mampu melawan nyamuk didalam penjara spt yang diadukan oleh isterinya Wan Azizah?

Zulkifli Noordin
Rabu
6 Jamadil Awal 1436
25 Feb 2015

Cakap saja "Kalau Takut Dengan Risiko, Jangan Bicara Tentang Perjuangan"

Posted: 26 Feb 2015 01:30 AM PST



ANWAR TERNYATA MASIH LEMBIK SEPERTI DULU

Coretan Ringkas Lokman Adam

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli semalam dengan penuh angkuhnya mengatakan bahawa Anwar tidak mengeluarkan arahan kepada peguamnya untuk memohon Pengampunan DiRaja kerana tetap dengan pendirian "tidak bersalah".  Maka ketika itu semaraklah semangat anak-anak muda seperti Adam Adli, Fahmi Zainol dan lain-lain lagi kerana mempunyai seorang idola yang kononnya berpegang kepada prinsip serta tinggi daya juangnya.

Hari ini pula, tiba-tiba Sivaji The Boss telah menghantar isteri dan anaknya Nuha untuk meminta Pengampunan DiRaja dan sekaligus mematikan api perjuangan anak-anak muda dan para demonstran yang jenuh terpekik terlolong setiap kali demonstrasi Kita Lawan diadakan.

Kekecewaan yang dirasai oleh penyokong Anwar ini sangat saya fahami kerana saya turut merasainya ketika ditahan di bawah ISA sekitar tahun 2001-2003 dulu kerana mengepalai beberapa siri demonstrasi.  Perasaan kagum saya terhadap daya juang Anwar musnah pada suatu petang apabila kami menerima panggilan telefon Anwar dari Penjara Sungai Buluh.

Panggilan Anwar sekitar awal tahun 2003 itu jelas berbeza berbanding panggilan-panggilan beliau yang selalu kami terima sekitar jam 5.30 petang setiap hari.  Jika selalunya ianya penuh dengan pengarahan dan kata-kata semangat, namun pada hari tersebut, saya dan Sdr Ezam Md Nor tergamam bila mendengar luahan perasaan Anwar yang cukup mengejutkan.  Saya takkan lupa ayat Anwar pada Ezam petang tersebut, "Zam, i dah tak boleh tahan hidup disini (Sg Buluh), carilah jalan dengan apa cara sekalipun supaya kita bebas, nak deal dengan UMNO pun deal lah Zam"

Ayat-ayat Anwar itu menghilangkan rasa hormat saya pada Anwar yang berdegar-degar berucap di atas pentas ceramah.   Langsung tidak kami sangka bahawa manusia yang kerap mengunakan kata retorik seperti "Kalau Takut Dengan Risiko, Jangan Bicara Tentang Perjuangan" dan pelbagai kata-kata  lain, akhirnya meluahkan perasaan putus asa dan menunjukkan betapa lemahnya daya juang beliau sebenarnya.  Padahal, ketika dipenjarakan di Sungai Buluh, beliau tinggal di Klinik Penjara yang jauh lebih selesa berbanding banduan lain.

Hari ini sekali lagi Anwar telah membuktikan betapa lembiknya beliau dengan mengemukakan petisyen memohon Pengampunan DiRaja.  Pasti terlalu ramai yang kecewa bila Anwar akhirnya mengaku bersalah.  Tapi hari ini saya menarik lafas lega dan tumpang gembira.  Gembira kerana Anwar memohon pengampunan daripada  Institusi DiRaja yang hendak dihapusnya.  Dan kedua, saya juga gembira kerana tidak sabar hendak melihat bagaimana Anwar hendak memohon Pengampunan daripada Lembaga Pengampunan yang akan turut dianggotai oleh Dato Seri Najib selaku Perdana Menteri.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 26 Feb 2015 11:30 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


RAKYAT MALAYSIA PLEASE VOTE OUR MALAYSIAN, TOLONGLAH

Posted: 26 Feb 2015 07:28 PM PST


Kepada seluruh rakyat Malaysia, tolonglah beri undi anda. Inilah masa kita bersatu menyokong calon dari negara kita.

Please bila lagi, satu-satunya calon dari negara kita. Marilah kita mencipta sejarah.

Terima kasih Rakyat Malaysia.

HAJI HADI DICADANG JADI MURSYIDUL AM, SIAPA PULA PRESIDEN PAS? #KITAKAWAN

Posted: 26 Feb 2015 04:52 PM PST

Kenyataan media dari pemimpin PAS pro Anwar Ibrahim...

KENYATAAN MEDIA

SARAN TG ABDUL HADI BERI LALUAN TOKOH BAHARU ISI KERUSI PRESIDEN, PERKASAKAN MSU JADI MURSYIDUL AM PAS


1. Pas Kawasan Batu menyarankan agar Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengosongkan kerusi Presiden pada pemilihan Muktamar Pas ke 61, Mei ini, bagi memberi laluan kepada tokoh baharu untuk mengepalai parti Islam terbesar ini.

2. Saranan ini tidak bermaksud Pas Kawasan Batu mahu mengetepikan beliau dalam arus perdana politik tanahair, sebaliknya mencadangkan tokoh karismatik Pas ini diangkat lebih tinggi mengetuai Majlis Syura Ulama (MSU) sebagai Mursyidul Am bagi mengggantikan murabbi ummah, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang meninggal dunia pada 13 Februari lalu.

3. Sesuai dengan kedudukan Tuan Guru Abdul Hadi di peringkat antarabangsa selaku Naib Kesatuan Ulama Sedunia, menjulangnya sebagai Mursyidul Am adalah sangat tepat, efisyen dan mampu membawa Pas menangani pelbagai isu dalaman, tempatan dan antarabangsa.

4. Pas Kawasan Batu juga bersikap terbuka dalam pemilihan pucuk pimpinan parti yg diizinkan oleh Perlembagaan Pas dan tidak mustahil boleh berlaku pertandingan pada semua jawatan utama termasuk kerusi nombor satu Pas pada pemilihan kali ini.

5. Bagi menjaga keutuhan jemaah dan mengecilkan sikap berpuak-puak yang mula menular ketika ini, maka Pas Kawasan Batu mohon Tuan Guru Abdul Hadi mempertimbangkan saranan ini dan melihat ianya sesuatu yg positif dalam jaringan mata rantai perjuangan Islam yg dibawa oleh Pas.

6. Untuk rekod, jawatan Mursyidul Am Pas diwujudkan pada era kepimpinan ulama, dan Yang DiPertua Agong Pas ketika itu, Haji Yusuf Ar Rawa menjadi Mursyidul Am yg pertama sebaik melepaskan jawatan Yang DiPertua Agong (Presiden) pada masa tersebut.

7. Tempat kosong yg ditinggalkan oleh Hj Yusuf Ar Rawa itu kemudiannya diisi oleh Tuan Guru Dato' Fadzil Mohd Noor sebagai Presiden. Setelah Hj Yusuf Ar Rawa meninggal dunia, jawatan Mursyidul Am diamanahkan pula kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

8. Sehubungan itu, Pas Kawasan Batu berkeyakinan penuh, jika diterima saranan ini, kepimpinan Tuan Guru Abdul Hadi mampu memperkasakan MSU sebagai badan yang berwibawa dalam memandu jemaah berada pada landasan yang tepat, progresif, dirahmati dan mendapat limpahan redha Allah SWT.

HAJI ISHAK BIN SURIN
Yang DiPertua Pas
Kawasan Batu, Kuala Lumpur
Tel: 013 3291966


SUMBER

Jika Haji Hadi jadi Mursyidul Am, siapa pula yang PASMA sokong jadi Presiden?



*Hebat perancangan PASMA, suka-suka dia je nak aturkan kepimpinan PAS ikut telunjuk orang luar.

#KitaKawan :PRINTSCREEN ARAHAN MAT SABU 'LANGGAR' MAJLIS SYURA? 3 SEBAB PASMA MUSUH SEBENAR PAS

Posted: 26 Feb 2015 05:30 AM PST

Pendedahan terbaru dari portal milik PAS mengenai perancangan sulit kumpulan PASMA yang melawan keputusan Majlis Syura Ulama.

Belum lagi habis isu rakaman audio Haji Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS ingin menjatuhkan Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, kini tersebar pula print skrin yang menunjukkan tindakan Saari Sungib menyokong DS Wan Azizah dan mebelakangi keputusan PAS Pusat adalah atas saranan Mohamad Sabu. Pihak kami masih kabur tentang print skrin ini telah perkara ini telah menjadi viral dalam media sosial dan banyak perbahasan tentangnya dibuat. Kedudukan Mohamad Sabu makin runcing gara-gara rakaman audia dan ditambah pula dengan print skrin ini. 
SUMBER

Di sini kami ingin berkongsi kenapa musuh sebenar PAS ketika ini adalah PASMA dan bukannya UMNO:

1. HUDUD
Pemimpin PASMA menolak hukum Hudud tetapi UMNO menyokong tindakan Kerajaan PAS dalam isu ini melalui jawatankuasa teknikal Hudud peringkat Pusat yang dicadangkan oleh UMNO bermula tahun lepas.



2. ULAMA
Pemimpin PASMA menentang Ulama secara terbuka dan mahu menggulingkan Tuan Guru Haji Hadi dan digantikan dengan Mat Sabu. UMNO pula makin dekat dengan ulama melalui penubuhan Sekretariat Ulama Muda UMNO (ILMU).



3. TIKAM BELAKANG
PASMA lebih teruk dari UMNO kerana sanggup menerima dana luar yang dilaporkan Raja Petra sebanya RM1.5juta untuk menjatuhkan Presiden PAS. UMNO menentang PAS secara anak jantan melalui sistem demokrasi iaitu pilihan raya dan bukannya 'jalan belakang'.



Sebab itulah ada pemimpin PASMA yang 'tak senang duduk' melihat pemimpin UMNO dan PAS bekerjasama terutamanya dalam perpaduan ummah dan kebajikan rakyat seperti banjir. Mereka ini cuba meracuni ahli-ahli PAS dengan dakyah Kerajaan Perpaduan tetapi pemimpin yang PASMA sanjungi (Anwar Ibrahim) sendiri yang beria-ia mahukan KONSESUS NASIONAL bersama BN untuk kepentingan peribadi Anwar sendiri.

Jika ada pembaca yang masih tidak jelas, boleh baca cadangan kerjasama UMNO-PAS oleh bekas Ketua Hakim Negara di sini:
http://mymassa.blogspot.com/2015/02/kitakawan-sebab-umno-pas-perlu.html

* KitaKawan : Bersatu menentang musuh umat Islam dan Orang Melayu sepeti PASMA yang lebih rela melihat orang Islam berpecah belah dari bersatu.

#KITAKAWAN : SEBAB UMNO - PAS PERLU BEKERJASAMA

Posted: 26 Feb 2015 02:18 AM PST


Artikel dari bekas Ketua Hakim Negara yang diterbitkan di Utusan Malaysia (http://www.utusan.com.my/rencana/sebab-umno-pas-perlu-bekerjasama-1.62027). Artikel ini bukanlah mencadangkan PAS masuk UMNO atau UMNO masuk PAS tetapi cadangan perpaduan ummah yang semua umat Islam perlu tahu. Mohon disebarkan kepada rakan-rakan yang lain.
SEBAB UMNO - PAS PERLU BEKERJASAMA

British menjajah Semenanjung Tanah Melayu daripada orang Melayu.

Orang Cina dan India datang dengan ramainya, mula-mula untuk mencari kekayaan dan pulang ke negera asal, tetapi akhirnya terus tinggal di Tanah Melayu. Orang Melayu bersatu menentang Malayan Union, ancaman pengganas komunis dan menuntut "kemerdekaan tanah air".

Orang bukan Melayu menyertai pergerakan menuntut kemerdekaan apabila mereka nampak kemerdekaan akan menjadi kenyataan untuk menjaga kepentingan mereka selepas Merdeka. Pas ditubuh apabila Haji Ahmad Fuad Hassan kalah dalam pertandingan merebut jawatan Presiden UMNO kepada Tunku Abdul Rahman Putra, mulanya sebagai satu cabang UMNO tetapi kemudiannya bertanding dalam PRU-1955.

Semasa Perlembagaan Persekutuan sedang digubal, Pas menuntut supaya Pulau Pinang dan Melaka dijadikan "Negeri Melayu" (bersultan) untuk menjaga kepentingan orang Melayu dan kedudukan agama Islam. Parti Komunis Malaya (majoriti orang Cina) mengangkat senjata untuk menubuh sebuah kerajaan Komunis ala-China. Parti Buruh (majoriti orang Cina) menuntut supaya "Negeri-Negeri Melayu" dihapuskan untuk mengelak "Malaya" yang merdeka menjadi sebuah "Negara Feudal".

Orang Cina mahukan dua warganegara (dual-citizenship), Malaya dan China dengan warganegara China sebagai warganegara utama. Ada satu kumpulan orang Cina di Pulau Pinang yang tidak mahu Pulau Pinang merdeka dalam Tanah Melayu. Mereka mahu kekal di bawah jajahan British seperti Hong Kong.

Oleh sebab British menjajah Tanah Melayu daripada orang Melayu, logiknya ia dipulangkan kepada orang Melayu (seperti Brunei). Tetapi, orang Melayu sanggup berkongsi kuasa dengan orang bukan Melayu. Hasil tolak ansur persetujuan dicapai. Kandungannya tersurat dalam Perlembagaan Persekutuan. Antara lain, kerakyatan diberi kepada orang bukan Melayu.

Beberapa perkara yang dituntut oleh orang Melayu seperti, kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, jaminan mengenai "hak keistimewaan orang Melayu" (Perkara 153), Regimen Askar Melayu dan Tanah Simpanan Melayu juga dipersetujui dan diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dalam PRU 1955, kawasan majoriti pengundi Melayu diberi kepada calon bukan Melayu daripada parti komponen Perikatan untuk bertanding bagi melebihkan bilangan ahli Parlimen bukan Melayu. Amalan ini berterusan untuk memastikan mereka mencapai kemenangan, sebab jika mereka bertanding dalam kawasan majoriti bukan Melayu (Cina), mereka akan kalah.

Sebaliknya, Perikatan atau Barisan Nasional tidak pernah meletak calon Melayu di kawasan majoriti bukan Melayu, sebab pengundi bukan Melayu tidak akan mengundi calon Melayu. Pada 31 Ogos 1957, Tanah Melayu merdeka. Pada malam itu warganegara bertambah sekali ganda, akibat orang bukan Melayu menjadi warganegara mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Akibatnya, jika dalam Pilihan Raya Umum 1955, pengundi Melayu adalah sebanyak 84.2 peratus, dalam Pilihan Raya Umum 1959, hanya dua tahun selepas merdeka, pengundi Melayu jatuh kepada 57.1 peratus.

Pas menentang penubuhan Malaysia, apatah lagi Singapura, kerana khuatir akan menjejas hak orang Melayu dan kududukan agama Islam. Selama lebih kurang tiga dekad selepas penubuhannya, Pas telah memainkan peranan yang berfaedah kepada bangsa Melayu dan agama Islam di Malaysia. Pas tidak terlalu besar untuk menjadi ancaman kepada UMNO di peringkat Persekutuan. Pengaruhnya tertumpu di Pantai Timur. Tidak ada perbezaan kepada orang Melayu dan agama Islam sama ada UMNO atau Pas memerintah Kelantan. Lagi pula, adanya Pas menyebabkan UMNO lebih berhati-hati berkenaan isu Melayu dan Islam.

Selama lebih kurang lima dekad semenjak merdeka, kecuali dalam 1969, tidak ada cabaran serius terhadap hak orang Melayu dan kedudukan agama Islam. Sebabnya, sebilangan besar orang Melayu menyokong UMNO, kerajaan Persekutuan teguh di bawah Barisan Nasional dan UMNO dapat mengawal parti-parti sekutunya daripada membuat tuntutan-tuntutan yang melampau.

Negara aman dan makmur. Semua orang menikmati taraf kehidupan (standard of living) yang lebih tinggi.Keadaan berubah dalam masa lebih kurang sepuluh tahun kebelakangan ini. Orang Melayu berpecah tiga. Melihat keadaan itu, orang Cina yang memang pandai membuat perkiraan dan pakatan, bersatu di belakang DAP. PKR dan Pas setuju bekerjsama dengan DAP. Akibatnya, pengundi bukan Melayu menjadi suara penentu dalam pilhan raya.

Merasai mereka telah kuat, orang bukan Melayu, terutama sekali orang Cina, mula membuat tuntutan-tuntutan yang melampau dan mencabar hal-hal mengenai agama Islam, termasuklah khutbah Jumaat. Mereka tidak puas hati dengan "keistimewaan" yang dinikmati oleh orang Melayu. Mereka mahu semuanya dibahagikan secara "sama rata". Mereka tahu jika dibuat demikian, merekalah yang akan membolot segala-galanya kerana mereka mengawal ekonomi, kaya dan lebih maju dalam semua bidang. Sebenarnya mereka mahu hak orang Melayu tanpa mengorbankan hak mereka.

Jika Pakatan Rakyat (termasuk Pas) dapat menubuh kerajaan di peringkat Persekutuan, DAP yang akan menjadi parti dominan. PKR tanpa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan dipandang serius oleh DAP. Pas lagilah tidak akan "didengar" oleh DAP. Kerajaan Pakatan Rakyat semestinya akan menghakis hak-hak orang Melayu dan kedudukan agama Islam. Orang Cina bersatu di belakang DAP kerana DAP menjanjikan sesuatu yang lebih dan kerana mereka mahu lebih daripada yang mereka peroleh di bawah pemerintahan Barisan Nasional. Dari mana bahagian "yang lebih" itu akan datang? Semestinya daripada bahagian orang Melayu.

Mungkin mereka tidak akan memperoleh majoriti dua pertiga di Parlimen dan persetujuan Majlis Raja-Raja (di mana diperlukan) untuk meminda Perlembagaan. Sambil itu kita mesti waspada tentang kemungkinan mereka akan melakukan perubahan kepada kawasan Parlimen dengan menambah bilangan kerusi di kawasan Cina yang padat penduduknya. Namun demikian, perlu diingat bahawa hak-hak orang Melayu dan kedudukan agama Islam boleh dihakiskan secara pentadbiran sahaja.

Sebagai misalan, peruntukan mengenai kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan hanya memberi manfaat jika dan apabila kerajaan yang memerintah melakukan sesuatu untuk meletakkan agama Islam di tempat yang sesuai dengan kedudukan itu. Apa yang kita lihat hari ini, baik universiti-universiti, institusi-institusi dan jabatan-jabatan Islam; institusi-institusi kewangan Islam dan pembangunan perbankan dan kewangan Islam; pengajaran mata pelajaran agama Islam dari tadika hingga ke universiti, masjid-masjid, rancangan-rancangan agama di televisyen dan radio dan serta lain-lain adalah hasil daripada apa yang dilakukan oleh kerajaan yang memerintah selama ini. Jika tidak dilakukan, tidak akan ada apa-apa, hanya peruntukan dalam Perlembagaan.

Manfaat

Demikian juga dengan peruntukan mengenai hak-hak orang Melayu. Jika kerajaan yang memerintah tidak berbuat apa-apa, tidak ada apa yang akan dinikmati oleh orang Melayu. Kita menikmati faedahnya hari ini kerana kerajaan telah mengadakan berbagai-bagai rancangan seperti Dasar Ekonomi Baru dan menubuhkan pelbagai badan seperti Permodalan Nasional Berhad, Skim Amanah Saham Nasional, Bank Bumiputera, Lembaga Urusan dan Tabung Haji, Mara, Felda, RISDA, Felcra, UDA, Pernas, DARA, Jengka, Ketengah, Kesedar dan lain-lain. Kerajaan juga telah menetap dan melaksanakan dasar mengenai pemberian biasiswa, pengambilan pegawai-pegawai kerajaan dan lain-lain. Tanpa ini semua, peruntukan-peruntukan itu tidak bermakna.

Semenjak merdeka, melalui dasar dan tindakan kerajaan Perikatan dan, kemudiannya Barisan Nasional, orang Melayu/Islam telah menikmati faedah peruntukan-peruntukan itu. Saya tidak fikir kerajaan Pakatan Rakyat akan atau akan dapat melakukan perkara yang sama. Ertinya, hak orang Melayu dan kedudukan agama Islam akan terhakis jika kerajaan Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO, tumbang.

Demi mengelak perkara itu berlaku, kerajaan Barisan Nasional di peringkat Persekutuan mestilah dipertahankan. Pada pendapat saya cara yang paling mudah ialah: Jika selepas PRU-14, didapati kerajaan Barisan Nasional di peringkat Persekutuan akan tumbang, Pas hendaklah menyertai kerajaan Barisan Nasional, sekurang-kurangnya di peringkat Persekutuan untuk menyelamatkannya. Pas mesti sedar bahawa kerjasama dengan DAP dan PKR akan mengorbankan kepentingan orang Melayu dan agama Islam. Pas perlu sedar bahawa, dalam konteks Malaysia, apa yang menguntungkan orang Melayu akan menguntungkan umat Islam dan apa yang merugikan orang Melayu akan merugikan umat Islam. Demikian juga, apa yang menguntungkan umat Islam akan menguntungkan orang Melayu dan apa yang merugikan umat Islam akan merugikan orang Melayu,

Sebenarnya, pada masa ini, antara UMNO dan Pas sudah tidak ada apa-apa perbezaan ideologi lagi untuk menghalang kerjasama itu. Yang menjadi penghalang hanyalah kekhuatiran pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong masing-masing jika kerjasama itu akan menggugat kepentingan diri mereka. Selain daripada itu adalah isu-isu yang dipolitikkan kerana mudah, murah dan popular untuk membezakan UMNO dengan Pas dan memancing undi, misalnya assabiah dan hudud.

Pas telah memerintah Kelantan selama lebih kurang 40 tahun. Apa bezanya Kelantan dengan negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia? Undang-undang yang dipakai di Mahkkamah Syariah di Kelantan seperti Enakmen Acara Mal, Enakmen Acara Sivil dan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam dibuat semasa pemerintahan Barisan Nasional dan saya menjadi Penasihat Undang-Undangnya. Memang ia telah diganti tetapi, dari segi isi kandungannya, itu hanya pengemaskinian yang dilakukan untuk menyelaraskan dengan undang-undang yang dipakai di negeri-negeri lain yang diperintah oleh Barisan Nasional.

Jika Kelantan "lebih Islam" daripada negeri-negeri lain dan orang Kelantan mahu berada dalam sebuah "negara Islam", mengapa orang Kelantan yang paling banyak berhijrah ke negeri-negeri lain unuk mencari makan?

UMNO juga perlu menangani masalah persepsi rasuah yang tinggi dalam kalangan pemimpinnya, faktor utama mengapa orang Melayu "bencikan" UMNO, sama ada persepsi itu betul atau tidak.

Maka, pemimpin-pemimpin UMNO dan Pas yang sama-sama Melayu dan Islam, yang sama-sama untung dan rugi, perlulah menumpukan perhatian kepada ancaman besar yang berada di hadapan mereka, orang Melayu dan umat Islam di Malaysia. Mereka patutlah mengetepikan dahulu perbezaan yang diada-adakan untuk tujuan politik dan menumpukan usaha untuk menyelamatkan hak orang Melayu dan kedudukan agama Islam.

Dengan cara yang saya cadangkan ini, UMNO dan Pas masing-masing boleh kekal seperti sekarang sebagai parti politik yang berasingan. (Saya tidak nampak kemungkinan Pas menyertai Barisan Nasional dalam masa yang terdekat.) Walau bagaimanapun, pada pandangan saya, Pas patut keluar dari Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat merugikan orang Melayu dan umat Islam. Di peringkat negeri, Pas boleh bertanding bersendirian. Pas boleh memerintah negeri-negeri yang dimenanginya secara bersendirian.

Tetapi, untuk mengelak sesebuah negeri terjatuh kepada DAP dan PKR, misalnya Perak, Pas patut bekerjasama dengan Barisan Nasional untuk menubuh kerajaan campuran. Di peringkat Persekutuan, Pas boleh memilih untuk menyertai Kabinet dan duduk bersama wakil-wakil rakyat Barisan Nasional di Parlimen. Atau, mereka tidak menyertai Kabinet dan duduk berasingan di Parlimen seperti ahli-ahli "bebas" tetapi, dalam isu yang melibatkan kepentingan orang Melayu dan umat Islam, mereka akan menyokong kerajaan Barisan Nasional.

- PENULIS ialah bekas Ketua Hakim Negara

Sumber: http://www.utusan.com.my/rencana/sebab-umno-pas-perlu-bekerjasama-1.62027#sthash.85DWH6oN.dpuf

*#KitaKawan : UMNO dan PAS kekal berasingan tetapi bersatu demi agenda yang lebih besar seperti membantu memulihkan negeri Kelantan.

KEMPEN #KITAKAWAN SEMPENA UMNO-BN TAK BERTANDING PRK CHEMPAKA DEMI UMMAH

Posted: 25 Feb 2015 11:13 PM PST

Malam tadi, DS Najib Tun Razak sebagai pengerusi BN mengumumkan BN tidak bertanding di DUN Chempaka demi menumpukan kepada kerja pasca banjir dan demi perpaduan ummah.

Berita dari Utusan Malaysia.
Sehubungan itu, kami di MyMassa ingin melancarkan KEMPEN #KITAKAWAN sempena keputusan DS Najib yang lebih mementingkan perpaduan ummah di kala rakyat Kelantan masih lagi belum pulih sepenuhnya akibat banjir besar baru-baru ini.



Berikut adalah poster-poster kempen yang kami sediakan.





Mohon rakan-rakan bantu kempen #KITAKAWAN

*Walaupun berdamai dengan PAS, tapi kami tetap membalun PASMA dan sekutunya. Mari kita gunakan kempen ini untuk mengatasi kempen #KITALAWAN yang dianjurkan untuk menghasut rakyat supaya sokong Anwar Ibrahim.

Belantan

Posted: 26 Feb 2015 11:29 PM PST

Belantan


RAKAMAN SUARA MAT SABU RANCANG GULINGKAN PRESIDEN PAS DAN ULAMA TERSEBAR?

Posted: 26 Feb 2015 07:44 AM PST


Kumpulan penyokong ulama dan presiden PAS hari ini mendedahkan satu rakaman audio yang didakwa sebagai taklimat dibuat Mohamad Sabu untuk menjelaskan kembali serangan ke atasnya.

Laman Facebook Tuc Tok Usin Ceroi menamakan audio itu sebagai bukti rakaman timbalan presiden PAS itu sedang memberikan taklimat untuk kerja memburukkan dan menjatuhkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ini serangan kedua selepas Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Mohd Hatta Ramli menjadi sasaran pendedahan perbincangan dalam aplikasi Whatsapp yang mendedahkan kononnya beliau dalang dalam usaha menjatuhkan Hadi, tetapi ahli Parlimen Kuala Krai itu menafikannya dan mendesak siasatan dibuat.



Audio berdurasi 2.10 minit itu memuatkan suara yang dikatakan milik Mohamad atau dikenali sebagai Mat Sabu, memberi taklimat kepada rakannya untuk membuat serangan balas terhadap serangan ke atasnya.

Dalam transkrip audio rakaman suara itu, beliau dikatakan berkata bertemu dengan pimpinan PAS peringkat kawasan bagi membuat penjelasan.

"Secara umumnya presiden dianggap ulama hebat dan maksum perlu di'deny' (nafikan)," kata suara rakaman yang mirip suara Mat Sabu itu.

Suara itu seterusnya meminta penjelasan dibuat ke peringkat bawah, "Bukan dalam bentuk ceramah, bukan dalam bentuk blog, dalam bentuk menemui yang dipanggil pimpinan yang kemungkinan menjadi perwakilan."

Transkrip rakaman itu turut menyatakan, "Mereka tidak boleh menerima bila saya kata itu adalah pendapat peribadi. Saya kata ialah, bila Syura keluar dari pandangan mesyuarat, itu pandangan peribadi. Keputusan mesyuarat itu adalah keputusan jemaah."

Menurut laman Facebook itu, audio yang mereka sebarkan adalah bahagian pertama daripada lebih banyak pendedahan yang mereka lakukan.

Sebelum ini, laman Facebook tersebut membuat pengumuman beberapa kali untuk mendedahkan apa yang dikatakan sebagai bukti selepas demonstrasi mendakwa Dr Hatta dibuat di hadapan Pejabat Agung PAS.

Dalam demonstrasi pimpinan Ketua Pemuda PAS Kuantan Fadhil Ahmad yang turut disertai bapa saudaranya yang juga ketua dewan ulama PAS Pahang, Mokhtar Senik, Dr Hatta didakwa menjadi dalang mahu menjatuhkan Hadi.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berjanji akan menyiasat demonstrasi dan juga kandungan memorandum itu. – SUMBER

Suara Politik
Belantan

tok gajah

Posted: 26 Feb 2015 09:32 PM PST

tok gajah


Anwar dalam proses mohon belas ihsan sebagai pesalah - peguam

Posted: 26 Feb 2015 06:41 AM PST

Khairul Anwar berkata, dengan memfailkan petisyen pengampunan, ia menunjukkan Ketua Pembangkang (foto) itu menerima keputusan yang telah diberikan oleh Mahkamah Persekutuan dan apabila meminta pengampunan, ia membawa maksud dia telah mengaku. - Foto fail TRP/Mokhsin Zamani

KUALA LUMPUR, 26 Februari:

Datuk Seri Anwar Ibrahim kini dalam proses memohon belas ihsan daripada Yang di-Pertuan Agong sebagai seorang pesalah, kata Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam) Datuk Khairul Anwar Rahmat.

Beliau berkata tindakan memfailkan petisyen pengampunan membawa maksud Ketua Pembangkang itu mengaku atas pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

"Ia menunjukkan Anwar menerima keputusan yang telah diberikan oleh Mahkamah Persekutuan dan apabila meminta pengampunan, ia membawa maksud dia telah mengaku.

"Permohonan pengampunan itu bukannya untuk menafikan hukuman yang telah dijatuhkan. Sekarang adalah proses mohon belas ihsan bagi pesalah yang dijatuhi hukuman," jelasnya ketika dihubungi BERNAMA hari ini.

Pada 24 Februari lalu, isteri Anwar, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta dua anak mereka, Nurul Izzah dan Nurul Nuha, menyerahkan petisyen pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berhubung sabitan dan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar dalam kes liwat II.

Ketika ditanya mengenai kesediaan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyediakan platform untuk sesi debat terbuka antara Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Presiden Badan Peguam Christopher Leong, yang mempertikai keputusan kes liwat Anwar, Khairul berkata beliau tidak menyokongnya.

"Segala hujah, perdebatan, keterangan, alibi, bukti dan pengakuan bersumpah telah dibuat di mahkamah. Apabila keputusan telah dibuat, tidak seharusnya dan sewajarnya perdebatan dibuat di luar mahkamah.

"Ia (jika dilakukan) akan menjadi perbincangan umum dengan pelbagai persepsi kerana mahkamah menjatuhkan hukuman berdasarkan fakta yang berpaksikan akta dan undang-undang. Elakkan daripada persepsi.

"Saya fikir, biarlah kita bagi ruang kepada pihak-pihak mempertikai ini menerima keputusan yang ditetapkan kerana ia telah diputuskan di peringkat paling tinggi di Malaysia," katanya.
Khairul Anwar tidak bersetuju debat terbuka antara Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Presiden Badan Peguam Christopher Leong diadakan kerana ia boleh disalah erti bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan boleh dipersoalkan.

Selain itu, katanya hampir 16 tahun rakyat dikelirukan oleh pelbagai teori serta andaian dan kini tiba masanya untuk rakyat menerima dan menjadikan kes Anwar sebagai iktibar bahawa tiada siapa akan terlepas daripada undang-undang jika terbukti bersalah.

Peguam Shaharuddin Ali juga tidak menyokong cadangan perdebatan itu kerana berpendapat ia boleh disalah erti oleh pihak luar yang menyangka keputusan Mahkamah Persekutuan boleh dipersoalkan lagi.

"Pihak-pihak luar boleh menyangkakan seolah-olah keputusan Mahkamah Persekutuan boleh dipersoalkan lagi, padahal ia tidak boleh (dipersoalkan) kerana keputusan Mahkamah Persekutuan adalah muktamad.

"Lapan hakim telah berkata bahawa Anwar bersalah dan hanya satu hakim sahaja iaitu di Mahkamah Tinggi membebaskannya," katanya.

Menurutnya perbahasan sedemikian juga boleh disalahertikan sebagai menghina keputusan mahkamah.

"Kena ingat bahawa dalam kes ini, Muhammad Shafee adalah wakil peguam negara dan juga timbalan pendakwa raya, jadi dalam undang-undang, beliau adalah penjawat awam.

"Tidak elok bagi mereka yang berstatus penjawat awam untuk berentap sedemikian," katanya.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/02/26/anwar-dalam-proses-mohon-belas-ihsan-sebagai-pesalah-peguam/#ixzz3SrUoKZ8H

JURI RAKYAT

Posted: 26 Feb 2015 07:29 PM PST

JURI RAKYAT


peristiwa rumah wakasatlantas di bobol maling

Posted: 26 Feb 2015 06:21 AM PST


peristiwa rumah wakasatlantas di bobol maling

pencurian sekarang ini begitu maraknya hingga rumahnya Wakil Kepala Satuan lalulintas di tangerang berani di bongkar paksa oleh maling milik Ajun Kompol Nuryadi yang mengakibatkan kerugiaan mencapai 135 jt.diantaranya yang berhasil di angkut kawanan ini telepon seluler,perhiasan dan barang berharga lainnya.
pihak kepolisiaan berhasil meringkus beberapa para pelaku uniknya mereka bereaksi disaat rumah wakalantas tidak ada orang sebagai mana dari hasil investigasi pihak kepolisiaan mengatakan modusnya kejadiaan pembobol rumah berpura-pura datang berkunjung ke rumah target disaat suasana kosong tidak ada penghuni di dalam rumah perampok pembobol rumah ini melakukan aksinya.
rumah kompol nuryadi yang di bobol beralamat tepatnya di Kelurahan karang sari Rt 2/5 kec Neglasari Tangerang para pelaku di tangkap di semarang komplotan pembobol rumah ini sudah sering melakukan aksinya.
identitas pelaku sudah diketahui dalam beberapa jam dan akhirnya para pelaku pembobol rumah wakasat berhasil di tangkap.

sutina ibu dari begal motor yang dibakar masa

Posted: 26 Feb 2015 06:16 AM PST

sutina ibu dari begal motor yang dibakar masa

ibu dari begal motor yang di bakar hidup-hidup akhirnya datang melihat jasa anaknya yang tiada bernyawa ke rumah sakit kesedihan pun terlihat di raut wajah ibu sutina asal tangerang ini melihat anaknya hangus terbakar api setelah ditanyai oleh pihak kepolisiaan dan rumah sakit ananknya bernama Hendriansyah begal motor yang di bakar masa.
ibu hendriansyah meyakinkan bahwa itu adalah anaknya dia dikenali karena tato yang ada di tubuhnya disaat hendriansyah yang di bakar masa karena begal motor ini anak nomor 4 dari 5 bersaudara pasangan dari Saripudin dan sutina ketika dimandikan mayatnya jerit tangis meluap dari sang ibundanya tercinta ternyata kedua orang tuanya sudah pisah dan bercerai.
bapaknya saripudin berniat malam ini 26/2 sang begal motor yang di bakar hidup-hidup Hedriansyah akan dimakamkan malam ini di dekat rumahnya nasi sudah menjadi bubur tragisnya kejadiaan ini membuat keluarganya tidak tahan menahan rasa malu yang bercampur penuh dengan kesedihan namun inilah kenyataan hidup.
kita manusia memiliki 2 takdir atas kejadiaan begal motor hendriansyah yang di bakar dalam keadaan masih bernafas takdir itu terdiri pertama Takdir PAKSAAN kedua Takdir IHTIAR/USAHA semoga ini menjadi pelajaran untuk kita semua untuk saling mengingatkan bagi keluarga sanak famili dan saudara-saudara kita cukup kejadiaan ini sebagai yang terakhir kalinya.
selapar apapun seseorang bukan dengan cara mengancam nyawa orang,mencuri namun masih ada jalan keluar,masih ada teman,keluarga,adik abang paman tempat untuk mengadu dan meminjam bukan dengan cara yang tidak halal seperti tragisnya begal motor hedriansyah di bakar.

mabuk nonton film porno onani dipesawat

Posted: 26 Feb 2015 06:14 AM PST

mabuk nonton film porno onani dipesawat

inilah efek daripada minuman keras seorang pria jepang yang menumpangi pesawat jetstar nekad melakukan onani disaat penerbangan sedang berjalan pria jepang yang tidak disebutkan namanya tersebut berumur sekitar 50 tahun berusaha meraba seorang wanita cantik Nathan Peterson yang duduk bersebelahan dengannya melaporkan kejadiaan itu kepada kekasihnya pria jepang itu mencoba meraba paha dan bagiaan dada saya pungkas Nathan Peterson kepada pacarnya si Peterson.
pria mabuk dipesawat ini setelah meraba wanita disampingnya lalu membuka laptopnya menonton film porno di dalam pesawat nomor penerbangan JQ12 tidak puas dengan menonton fl porno pria jepang ini membaca majalah dewasa anehnya ia mulai beraksi memasukkan tangannya merogoh buah zakarnya bahkan melepaskan celana yang di pakainya dan melakukan sesuatu yang disebut onani.
kejadiaan onani di pesawat akhirnya dilaporkan Jonathan kepada ke pihak yang berwajib di bandara Goal Coast di australia pria ini ditangkap akhirnya di bandara dan pihak maskapai penerbangan membacklist nama pria tersebut dan meminta maaf atas kejadiaan itu kepada para penumpang.
pria onani di saat pesawat sedang mengudara diangkas tidak hanya di tangkap begitu saja dan dijerat hukuman melainkan didenda sebanyak Rp 19.000.000. setelah di selidiki ternyata dibawah tempat duduk pria itu di temukan 6 kaleng minuman yang mengandung alkohol.
penumpang pesawat Jetstars merupakan kejadiaan onani di atas pesawat yang terjadi pada tanggal 24 jan 2015.

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 26 Feb 2015 03:13 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


'Saya melancap' dalam masjid

Posted: 26 Feb 2015 12:10 AM PST

Terkedu seketika kami melihat gambar yang dikongsikan oleh pemilik akaun Twitter @thezulfo ini.

Tak tahulah sama ada individu ini sedar atau tidak maksud perkataan 'I Masturbate' yang membawa maksud 'Saya Melancap' pada T-shirt yang dipakainya.

Lebih 'menarik', dipakainya pula untuk menunaikan solat di masjid! Aduh…
Kami bukanlah ahli agama, tapi setahu kami umat Islam disarankan memakai pakaian yang sopan dan tidak melambangkan sebarang unsur keganasan dan kekufuran, apatah lagi kemaksiatan.

Kalau diteliti lagi gambar tersebut, T-shirt individu itu juga singkat sehingga menampakkan boxer yang dipakainya.

Tak senonoh!

Alahai, tak tahulah kami nak kata apa…

Cuma diharapkan selepas ini, umat Islam akan lebih peka dalam aspek adab berpakaian di masjid. Janganlah sampai jadi begini pulak… -MYNEWSHUB.CC

Pelajar tiru aksi filem, rogol rakan rakan sekuliah

Posted: 25 Feb 2015 10:38 PM PST

Seorang pelajar universiti Chicago, Mohammad Hossain menyerang dan merogol seorang pelajar wanita selepas mengaku meniru babak filem romantik '50 Shades of Grey'.

Menurut Dailymail UK, pelajar berusia 19 tahun, mengikat mangsa yang adalah pelajar dari universiti sama di sebuah bilik dan menanggalkan pakaiannya mula menyebat mangsa dengan tali pinggang.

Mangsa kemudian menangis dan minta dilepaskan namun Hossain mula menumbuk dan merogol mangsa.

Sebelum ini, Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) telah mengharamkan filem romatik 'Fifty Shades of Grey' daripada ditayangkan di Malaysia.

Berikut disiarkan trailer filem berkenaan.

Dua pelakon songsang tempatan kantoi tersilap goda

Posted: 25 Feb 2015 06:28 PM PST

Rasanya kalau sebut nama dua pelakon lelaki popular ini, ramai peminat gilakan mereka. Apatah lagi dikurniakan wajah kacak dan tubuh 'sado', wanita antara majoriti peminat mereka.

Namun dalam ramai peminat memuji, ada juga yang membenci. Seorang daripada mereka adalah teman Cik Pang yang meluat sangat dengan dua pelakon lelaki ini.

Entah apa yang dibencikan sangat dengan mereka Cik Pang pun tak tahu, hinggalah satu hari Cik Pang terbaca entri di laman sosial teman Cik Pang.

Dalam entri itu, teman Cik Pang memuat naik gambar fotografi dua pelakon itu bersama satu akhbar. Pada status, teman Cik Pang seolah-olah memerli dua pelakon itu supaya jangan hipokrit, malah turut mengatakan jangan sampai dia tunjuk bukti perbualan ala-ala menggoda lucah yang ditujukan kepada teman Cik Pang di WhatsApp.

Selepas dipujuk, baru teman Cik Pang bercerita me-ngenai perangai dua pelakon itu. Rupa-rupanya teman Cik Pang digoda pelakon lelaki itu yang kini cuba membina nama di negara seberang.

Kata teman Cik Pang, entah macam mana, pelakon itu mendapat nombor telefonnya lalu menghubungi teman Cik Pang untuk berkenalan.

Kalau setakat berkenalan biasa, tidak mengapalah. Ini tidak, perbualan si pelakon seolah-olah mengajak teman Cik Pang ke atas katil.

Masakan tak mengamuk teman Cik Pang sebab teman Cik Pang ni lelaki. Rupa-rupanya kedua-dua pelakon itu sudah lama perhatikan teman Cik Pang yang boleh dikategorikan sebagai lelaki kacak di laman sosial.

Mungkin selepas dimaki hamun, baru pelakon kategori kaum Nabi Lut itu berhenti menghubunginya. Ya lah, sebab sudah terkantoi tersalah menggoda lelaki sejati.

Pesanan kepada dua pelakon itu, cukup-cukuplah bikin onar sebab dunia hiburan ini tidak sebesar mana. Cik Pang sendiri pun sudah lelah dengar cerita kalian sukakan lelaki sedari dulu. Insaflah ya.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/32296#sthash.V4crlUSz.dpuf

Duke of UMNO

Posted: 26 Feb 2015 02:44 PM PST

Duke of UMNO


AKHIRNYAAAA..!!! RAFIZI MENGAKU JUAAAAA...

Posted: 26 Feb 2015 04:41 AM PST

Akhirnya.... Akhirnya mengaku juga Rafizi...kan? Akhirnya dia mengaku jugak bahawa Pakatan Haram tu tidak diikat oleh mana-mana peraturan, perjanjian mahupun undang-undang bertulis sejak bergabung pada 2008... 

Maknanya mana-mana parti yang bergabung dengan Pakatan Haram ni cuma bagitau saja depa nak masuk gabungan dan boleh keluar macam tu saja bila rasa nak keluar... ikut suka je nak masuk ke nak keluar ke....kan?

Maka sebab tu la saya katakan bahawa pakatan depa ni bukannya pakatan rakyat dan hanyalah merupakan pakatan yang haram... dah la takde peraturan bertulis... tak berdaftar pun dengan RoS...kan?

 

Dulu, khabarnya depa ada cuba nak daftar...tapi RoS bagitahu ada yang tak kena dengan pendaftaran tu dan mintak depa repair... tapi sampai sekarang depa tak pi repair... 

Lebih teruk lagi, orang yang disuruh daftarkan Pakatan Haram tu pun depa dah gulingkan! Heh! Siapa lagi kalau bukan Tan Sri Khalid Ibrahim.... heheheeeee....

Nak baca pengakuan Rafizi tu? Sila klik kat sini... hahahahaaaa...

"TUANKU RAJA MERONGMAHAWANGSA II SULTAN KEDAH ASAL IMAM AL MAHDI"..!!!

Posted: 25 Feb 2015 08:04 PM PST

Ni sapa punya kereta ni aaaaa? 
Haru biru aihhhh... ingatkan perkara ni dah settle... rupanya dia mai balik... viral pulak tu... buat malu orang Kedah saja....

Baru-baru ni kes kereta Guan Eng dah viral... sekarang ni kes kereta ni pulak yang viral di Kedah...

Sapa mamat ni sebenarnya? Apa status dia? 


Mohon PDRM check siapakah gerangan individu yang mengaku Sultan Kedah Asal ni...

PDRM dan kawan-kawan boleh rujuk di sini....

Siap pakai nombor plate Sultan Kedah Asal? Aihhhhh... jangan buat tahana kat orang Kedah... nak kena nihhhh....

KALAU TERENGGANU BOLEH BUAT, AWAT NEGERI LAIN TAK BOLEH..???

Posted: 25 Feb 2015 06:17 PM PST


Saya benar-benar teruja bila baca berita dari Terengganu kat sini... Alhamdulillah... Kerajaan Negeri Terengganu memang THORRRBAIKKKK...!!!

Dah lama dah perkara macam ni perlu dilaksana dan dikuatkuasakan... undang-undang ada... tapi macam takut nak amik tindakan... awat jadi lagu tu?

Sebab takut undi hilang time pilihanraya nanti? MasyaAllah... tolonglah... 

 

Pada saya, tak guna ada undang-undang kalau dibiarkan reput... tolonglah...kuatkuasakan undang-undang syariah yang ada... gejala sosial perlu dibendung dan saya yakin hanya undang-undang Islam saja yang mampu mengubahnya...

Jadi, sila mohon perhatian pada semua Jabatan Agama Islam di negeri-negeri di seluruh Malaysia... tolong kuatkuasakan amanah yang Allah berikan...amanah yang Sultan-Sultan berikan... tanggungjawab yang diamanahkan rakyat kepada umat Islam...

No offense... saya tidak bermaksud untuk mempertikai... tapi tolonglah contohi Jabatan Agama Islam Terengganu tu... kalau depa boleh buat, kita pun boleh aihhhhh...kan?

Cucu Tok Selampit

Posted: 26 Feb 2015 01:42 PM PST

Cucu Tok Selampit


Roh Karpal Singh Menghantui PAS Sehingga Terpaksa Sujud Dengan Warisnya Minta Perkenan Laksana Hudud

Posted: 26 Feb 2015 06:16 AM PST


Begitu rendahnya nilai hukum Islam di mata PAS. Sehinggakan mereka sanggup 'menyembah' Gorbind Singh Deo untuk memberi penjelasan kenapa di dalam negara Islam Malaysia, mereka harus melaksanakan hukum berkenaan. Nampak gayanya 'hantu' Karpal Singh masih berkuasa untuk menghalang Hudud PAS untuk dilaksanakan. Mana maruah umat Islam kalau hendak melaksanakan hukum Islam terpaksa melutut dengan bukan Islam. 

Semuanya gara-gara takut PAS ditendang daripada PR. Apakah syarat-syarat yang dikenakan oleh Gobind Singh Deo yang memungkinkan beliau bersetuju untuk perbincangan lanjut seperti yang ditulis oleh Suhaizan Kayat dalam Facebook beliau? Cukupkah dengan persetujuan Gobind, atau merek perlu mendapatkan persetujuan Joseph Lim Guan Eng dan bapanya Lim Kit Siang?

Janda Nurul Izzah Terkhilaf Fakta Persempadanan Semula Sarawak Akibat Sibuk Demo Kes Liwat Bapanya

Posted: 26 Feb 2015 05:11 AM PST

MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar meroyan tak sudah hari ini. Beliau mendakwa, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertindak seperti sebuah parti komponen BN kerana berdegil untuk meneruskan pendengaran awam berhubung persempadanan semula di Sarawak. Menurutnya, SPR sepatutnya menghentikan pendengaran ke atas 64 bantahan tersebut bagi memberi laluan kepada semakan kehakiman yang difailkan ke atas proses persempadanan semula itu. Baca Malaysiakini, di sini.

Mungkin Nurul Izzah terkhilaf atau beliau terlupa membuat rujukan dengan sekutunya PKR di Sarawak. Beliau pastinya tidak mengetahui iaitu pada dua hari lepas, See Chee How, ADUN PKR Batu Lintang, merangkap Naib Pengerusi PKR Sarawak, dan juga merupakan plantiff yang memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman bagi mengisytiharkan notis SPR bagi cadangan untuk persempadanan semula batal dan tidak sah, telah bertemu dengan Pengerusi SPR,  Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. Baca The Borneo Post, di sini.

Di dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak telah mencapai satu persetujuan. See Chee How menyatakan persediaan untuk menarik balik permohonan bagi semakan kehakiman jika SPR bersetuju untuk memberikan butiran mengenai cadangan yang dicadangkan bagi kawasan persempadanan semula. Pengerusi SPR tidak ada masalah dengan cadangan-cadangan yang dikemukakan memandangkan perkara yang dibangkitkan telahpun, sedang dan akan dilakukan oleh SPR.

Mengenai dakwaan SPR bertindak seperti parti komponen BN, sekali lagi beliau terkhilaf. Kalau betullah SPR bertindak sedemikian, kenapakah SPR membiarkan gabungan DAP-PKR-PAS memperolehi jumlah undi sebanyak 5,623,984 (atau 49.96%), melebihi 386,285 undi (atau 3.43%) berbanding BN (yang memperolehi 5,237,699 atau 46.53%). 

Bukankah mereka sendiri yang mendakwa gabungan mereka memperolehi undi popular? Tidak pernahkah mereka menang di dalam mana-mana Pilihanraya Kecil (PRK) sebelum ini? Apakah BN juga masih memerintah negeri seperti di Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor? Jadi di mana logiknya jika SPR bertindak sebagai parti komponen BN membiarkan ini semua berlaku?


PM @NajibRazak Tidak Kekok Bersampan Seberangi Sungai Sarawak

Posted: 26 Feb 2015 03:17 AM PST







Gambar-gambar 'rare' Perdana Menteri DS Najib Tun Abdul Razak bersampan menyeberangi Sungai Sarawak di Pengkalan Haji Umar dan Jeti Kampung Boyan bersama-sama pelajar-pelajar sekolah dengan menaiki perahu tambang. DS Najib Tun Razak dalam rangka lawatan 3 hari ke Sarawak.

Naluri seorang Ayah sentiasa memastikan anak-anaknya selamat. Tapi sayang apabila sudah besar melepak kat SOGO membuang masa dan mengganggu orang ramai hendak membeli belah. Mereka kata Perdana Menteri berdarah korporat dan tidak betah bersama Rakyat marhaen.

Dalam perjalanan di dalam bot tambang ini, Perdana Menteri berinteraksi bersama pelajar-pelajar sekolah tanpa pegawai mahupun sekuriti. Biar gambar-gambar berbicara betapa 'cool'nya Perdana Menteri kita.

Soal Jawab TV3 Bersama Dr Ashraf Wajdi & Datuk Dr Mashitah Isu IS Hebat Dan Bermanafaat

Posted: 25 Feb 2015 06:00 PM PST


Sememangnya TV3 bijak memilih tajuk untuk dibicarakan di dalam program "Soal Jawab" semalam yang membicarakan tentang tajuk "Jerat IS (Islamic State)". Tokoh-tokoh panel yang dibawa masuk juga berpengetahuan luas dalam isu berkenaan seperti Yang Di Pertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Senator Dr Ashraf Wajdi Dasuki dan Pengerusi Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM), Datuk Dr Mahitah Ibrahim.

CTS tertarik dengan soalan moderator kepada Dr Mashitah apabila beliau bertanya apakah yang menyebabkan remaja terutamaya wanita terjebak ke dalam Jerat IS dengan mengambil contoh remaja perempuan 14 tahun yang hampir terlepas ke Syiria. Dr Mashitah memberikan 3 sebab kenapa remaja-remaja mudah terjebak dalam kancah IS:

1. Aspek jiwa remaja itu sendiri yang kosong. Ramai yang pergi ke Syiria kerana melihatkan IS menawarkan satu harapan kepada mereka. Remaja-remaja ini perlukan idola dan IS telah memanipulasikan perkara ini. Jiwa remaja yang kosong mudah menjadi terikut-ikut.

2. Faktor tarikan Agama. Kebanyakan mereka yang terlibat dalam jerat IS terdiri daripada remaja-remaja yang bermasalah yang perlukan bimbingan Agama. Remaja-remaja ini ingin bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Remaja-remaja ini melihat IS sebagai jalan pintas untuk menuju ke syurga.

3. Pengaruh media sosial itu sendiri yang mana tiada remaja-remaja ini tidak diimbangi dengan input-input media sosial yang baik. Lambakan isu IS tidak dimbangi dengan dengan isu-isu positif tentang Islam. Dr Mashitah melahirkan kebimbangan dengan pengaruh media sosial yag mudah diperolehi di hujung jari. Malah beliau menambah, penyaringan maklumat yang negatif tidak sempat ditapis kerana begitu cepatnya penyebaran teknolgi maklumat berkenaan.

Kesimpulannya, Dr Mashitah berpendapat maklumat media sosial perlu disekat, disaring dan dikawal untuk memastikan penyebaran dakyah IS ini dapat dikawal. Dakyah agenda IS ini kata beliau tidak boleh dianggap mudah ataupun dipandang enteng.