Khamis, 10 Januari 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


SIASAH

Posted: 10 Jan 2013 03:30 PM PST

SIASAH


Fenomena amanat dan takfir

Posted: 10 Jan 2013 01:51 AM PST

Oleh ABDUL HADI AWANG

Saya tidak menduga petikan ucapan saya pada awal 1980-an telah dimartabatkan oleh seorang peniaga agama dalam PAS yang telah melompat masuk Umno selepasnya, telah dijadikan satu polemik.

Petikan ucapan saya ini pula secara terancang telah dijadikan hujah untuk merendahkan PAS, dan saya dijadikan sasarannya. Saya percaya bahawa isu lama ini diberi nyawa semula oleh Umno, mungkin kerana menutup isu yang dikira menghantui mereka, seperti kegusaran generasi peneroka Felda dan penyelewengan yang berlaku kepada Felda, riuh-rendah pembongkaran Deepak Jaikishan, penganiayaan mereka terhadap orang Melayu, dan lain-lain kelemahan kerajaan Umno-BN yang begitu menekan mereka di hujung penggal pemerintahan ini.

Alhamdulillah, saya baru sahaja selangkah ke hadapan untuk menyahut cabaran, manakala mereka pula berundur sepuluh langkah ke belakang.

Isu "takfir" (kafir mengkafir) dicetuskan oleh golongan sekular dalam Umno, di seluruh dunia Islam, termasuklah di negara Arab, bagi menyanggah kebangkitan Islam pada zaman selepas mencapai kemerdekaan seawal tahun 1960-an.

Kebanyakan kalangan umat Islam menjadi mangsa serangan pemikiran Barat sehingga berjuang menganut ideologi yang dibawa oleh penjajah ke dalam masyarakat Islam. Kalangan umat yang masih menganut Islam, tetapi kerana jahilnya telah menghina hukum-hukum Islam yang dinaskan dalam al-Quran dan hadith sahih lagi mutawatir, seperti halal dan haram, hukum-hukum yang berkait dengan negara dan masyarakat, politik, ekonomi dan sebagainya.

Ada yang menghalalkan riba, arak dan judi, menghina hukuman qisas dan hudud, mempersenda hukum menutup aurat dan sebagainya, kerana kejahilan. Pada waktu itulah kita mendengar istilah "hantu kum-kum" dilabelkan kepada kalangan muslimat yang menutup aurat dan memakai hijab. 

Ada pula yang berdiri diatas pentas komunis yang menolak adanya Tuhan dan menolak agama, dalam keadaan masih bersembahyang. Sebahagian umat Islam pula tetap berpegang teguh dengan ajaran Islam dan mempertahankannya, tetapi mempelajari kitab turath (kitab-kitab lama) yang menegaskan hukum murtad berdasarkan kepada kefahaman masyarakat pada zaman kitab itu dikarang, sebelum umat Islam dijajah sepenuhnya. Akhirnya berlakulah gejala murtad secara jahil di satu pihak dan penentangan terhadapnya disatu pihak yang lain, sehingga meledakkan isu kafir mengkafir dalam masyarakat Islam.

Isu ini berlaku di seluruh dunia Islam. Malangnya golongan yang berkuasa memerintah mengambil kesempatan perpecahan masyarakat Islam bagi mengekalkan kedudukan mereka di atas landasan yang salah dan menjadikan parti Islam dan para ulamanya sebagai kambing hitam yang dikorbankan dengan hukuman bunuh, penjara dan sebagainya. Terpenting bagi mereka yang berkuasa adalah untuk menang bagi terus memerintah selama-lamanya dengan cara yang salah, tanpa ambil peduli kerosakan akidah yang berlaku.

Ramai dalam kalangan ulama PAS dan pemimpinnya merengkuk dalam penjara sejak awal 1960-an, malangnya ramai pula kalangan agamawan yang menjadi syaitan bisu, tidak berani menegur atau menasihati pemimpin yang menghina Islam. Maka meledaklah pada waktu itu kenyataan seperti: "Kalau laksanakan hukum Islam berlakulah huru-hara, tak  cukup batu nak bina jalan dan bangunan, boleh  makan sup tangan bila banyak tangan dipotong kerana mencuri," dan sebagainya.

Di peringkat kampung ada yang menjadi imam masjid membuat ucapan yang sama kerana jahil hukum Islam sepenuhnya, hanya tahu hukum sembahyang dan ibadat yang lain sahaja. Terlalu jauh untuk mengetahui sistem politik, ekonomi Islam dan segala sistemnya sehingga ke peringkat antarabangsa dan angkasa lepas.

PAS dan parti Islam di negara lain menghadapi cabaran getir bagi membetulkan masyarakat yang songsang pemikirannya ini. Ketika itulah kita berdepan dengan umat yang jahil, para ulama yang lemah dan kerajaan yang zalim. Di negara Arab, mursyid aAm Ikhwan al-Muslimin Sheikh Hasan Hudaibi menulis buku Kita Pendakwah Bukan Hakim.

PAS berada dalam kerajaan campuran 1970 -1978 memberi kesempatan kepada bahagian agama Jabatan Perdana Menteri, menerbitkan buku Mustika Hadith Jilid 1 menampilkan perkara yang merosakkan iman (membatalkan iman), bagi menyedarkan penganut Islam adanya perkara yang membatalkan Dua Kalimah Syahadah, bukan sahaja membatalkan sembahyang. Malangnya ramai kalangan pengikut Umno tidak mempelajarinya di waktu itu.

Apabila PAS ditendang keluar daripada Barisan Nasional pada tahun 1979 isu kafir mengkafir dihidupkan semula. Pimpinan PAS di bawah pimpinan Datuk Asri Muda, telah menugaskan saya menulis buku kecil dengan tajuknya Batas-Batas Iman dan Kufur dengan huraian yang lebih terperinci daripada kitab Mustika Hadith yang terlalu ringkas penerangannya. Saya panjangkan lagi dalam buku yang saya namakan Muqaddimah Aqidah Muslimin.

Apabila kalangan Umno yang masih bebal memainkan isu tersebut, mereka sengaja mencari mana-mana ucapan saya yang difikirkan menjadi hujah bagi mereka, sehingga ke satu ucapan saya diselidik oleh pasukan yang ditugaskan secara khusus, maka terpilih sedutannya yang difikirkan munasabah.

Saya telah dicabar dalam sidang Dewan Undangan Negeri 1982. Saya terus menjawab: "Ya! Sebenarnya itu ucapan saya." Maka hamba Allah yang mencari peluang terus mengangkat martabatnya kepada nama amanat yang disebarkan kepada umum. Namun petikan secebis daripada ucapan yang panjang itu tidak merosakkan sedikit pun mesej untuk menyelamatkan umat daripada gejala murtad secara jahil dan tidak sengaja.

PAS berulang kali mengajak kalangan ilmuwan agama dalam Umno secara langsung dan melalui pihak ketiga kalangan pertubuhan bukan kerajaan Islam, dengan ruang terbuka dengan Umno boleh mendapat khidmat daripada mana-mana mufti yang sanggup menjadi khadamnya, kalau malu secara tertutup atau tidak mahu secara terbuka. Umno tidak menjawab.

Tiba-tiba presiden Umno pada masa itu memberi isyarat kepada kalangan agama dalam Umno supaya berdebat, dengan tajuk secara unilateral pihak Umno yang menentukannya tanpa berunding dengan pihak PAS, pihak Umno melantik pengerusi dan penentuan masa.

PAS menerima dengan terbuka. Akhirnya PAS dipujuk membatalkan debat dengan Umno, padahal Umnolah yang membuka pintunya. Akhirnya Umno terpaksa diselamatkan oleh perisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang mengisytiharkan pembatalannya seperti perisytiharan tarikh puasa dan hari raya.

Saya bentangkan senario tersebut semata-mata untuk pengetahuan generasi muda yang belum lahir atau belum baligh pada masa itu , kerana ada kalangan yang tidak ada pengetahuan hujung pangkalnya lalu membuat kenyataan tanpa pengetahuan yang sebenarnya.

Apa yang penting bagi kita semua ialah tidak kedengaran lagi suara daripada kalangan orang Melayu yang bercakap bahawa politik tidak ada kaitan dengan agama ataupun yang berani menghina hukum Islam seperti yang berlaku dalam tahun 1980-an dahulu.

Di sini kita mendahului Arab Spring yang masih mencetuskan kalangan nasionalis Arab yang menghina Islam. Maka saya nasihatkan kepada ahli PAS tidak melatah dengan permainan kalangan Umno yang masih jahil atau hanya mencari kesempatan tanpa batas halal dan haram atau tanpa perhitungan dosa dan pahala.

Firman Allah yang bermaksud:

"Dan hamba-hamba (Allah) ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat sejahtera dari perkara yang tidak diingini." (Surah al-Furqaan: 63)

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ialah presiden PAS.

Biaqpila

Posted: 10 Jan 2013 03:24 PM PST

Biaqpila


Kalau kita mahukan lanun, kita akan dapat lanun

Posted: 10 Jan 2013 02:48 PM PST

Kenapa kita bermasalah dalam politik negara kini? Sebabnya kerana kita membiarkan politik mengatur kita. Kita yang sepatutnya mengatur politik negara tidak berbuat perkara yang sepatutnya kita lakukan. Jika jika biarkan politik itu berdiri dengan sendirinya maka kita akan dibaham oleh kezaliman politik itu kerana politik itu adalah berkait dengan kuasa. Sesiapa yang memegang kuasa itulah penentu kepada keadaan politik sesebuah negara. Manusia yang bermain, lebih lagu yang memegang kuasa itu menentukan sama ada politik itu hendak diputihkan atau dihitamkan.


Tidak ada yang bersih sebersih kain putih dalam politik ini, tetapi kita boleh bercakap tentangnya secara 'relative' di antara dua atau lebih pihak yang berkepentingan. Tetapi bagi pihak yang dikatakan baik itu adalah pihak yang bermain politik mengikut undang-undang dan lebih-lebih lagi mengikut etika yang bersesuaian mengikut keadaan latar belakang negara itu sendiri. Apa pun kita lakukan mesti ada etikanya. Kepada mereka yang melakukan sesuatu permainan politik itu mengikut etika yang baik maka pihak itulah yang dianggap pihak yang lebih baik dari pihak yang lagi satu itu.

Bagi mereka yang beretika selalunya mereka mempunyai sikap malu dan bertanggungjawab dan mereka tidak akan melakukan sesuatu yang keterlaluan buruknya semata-mata untuk mendapatkan kuasa atau untuk mempertahankan kuasa itu. Garisan pemisahan di antara yang baik dan yang tidak baik inilah yang sangat susah untuk digariskan. Perbezaan pandangan inilah yang menjadi penyebab kenapa pihak-pihak yang bermain dengan politik seolah-olah berada di dalam keadaan berperang.

Di negara kita politik sedang dalam keadaan yang begitu menjemukan kerana permainan politik yang tidak berada di tahap yang selalu di alami oleh negara yang maju. Kita yang bercakap tentang negara maju dan rakyat berpendapatan tinggi yang sedang berusaha melakukan transformasi dalam semua bidang termasuk dalam bidang politik tidak menampakan kematangannya walaupun sedikit. Kita masih lagi bermain politik seperti kita berada di negara Congo atau Zimbabwe dan banyak negara Afrika.

Di negara kita khususnya pihak yang sedang berkuasa sebegitu lama masih bermain dengan politik yang sangat rendah semata-mata kerana hendak mengekalkan keenakan berkuasa seolah-olah kuasa itu adalah hak mereka semata-mata. Bila berbohong mereka akan melakukannya dengan terang-terangan dan mudah untuk dibaca oleh pihak yang ramai kecuali kepada mereka yang menjadi penyokong tegar mereka yang tidak kisah pimpinan mereka itu mempunyai malu atau tidak.

Dalam pada memberikan tuduhan yang begitu berat terhadap Pakatan Rakyat, UMNO sedang bergolak dengan perkara yang bersifat noda dan nesta seperti apa yang kita lihat berlaku dalam isu Deepak dan Musa Hasan. Saya bukan hendak menyebut tentang 'political mileage' yang di dapati oleh Pakatan Rakyat dalam isu yang disebutkan itu. Ia melambangkan yang perkara seperti isu tanah Kementerian Pertahanan yang menjadi isu itu adalah isu yang biasa. Sesama UMNO sendiri kita nampak betapa gilanya isu itu dan itulah sebenarnya yang menyelubungi UMNO dan BN keseluruhannya.

Itu di Kementerian Pertahanan sahaja. Belum lagi kita terdengar apa yang berlaku di dalam Kementerian dan Jabatan-Jabatan Kerajaan yang lain. Perkara seperti ini berlaku di dalam setiap Kementerian dan Jabatan dan itu sudah menjadi isu biasa. Semuanya melibatkan kroni membina 'empire' kekayaan masing-masing dengan menggunakan harta benda rakyat. Mereka bergaduh sesama sendiri kerana merebutkan harta rampasan. Apabila sudah tidak terdapat kehendak masing-masing, maka masing-masing membocorkan rahsia masing-masing sehinggakan membuatkan rakyat yang sedang hendak memilih kali ini menjadi bingung dan tersedu melihat perkara yang dilakukan oleh mereka yang berkuasa.

Kita tidak kisah sama ada Musa Hasan dan Deepak itu jujur atau tidak, tetapi yang penting bagi rakyat mengetahuinya ialah perkara yang terjadi yang dibongkarkan oleh pelaksana pimpinan yang rasuah itu benar-benar berlaku. Siapa yang bersalah dan tidak bersalah terpulang kepada penghakiman untuk menentukannya. Jika Raja Petra terpaksa keluar negara kerana menulis apa yang beliau lihat benar-benar berlaku kenapa Deepak tidak dan masih belum diketengahkan kemuka pengadilan jika Deepak melakukan fitnah? Kenapa? Jika Deepak tidak diketengahkan kemuka pengadilan maka Raja Petra sepatutnya dilepaskan dari sebarang tuduhan dan beliau sepatutnya boleh kembali ke tanah air tanpa sebarang tuduhan terhadap beliau.

Kenapa ada pihak yang dibawa kemuka pengadilan dan ada pula yang tidak dihadapkan ke mahkamah sedangkan tuduhan itu dibuat secara terbuka dan memalukan Perdana Menteri sendiri. Jika Najib ini Perdana Menteri di negara maju isu yang beliau hadapi ini memungkinkan beliau dihalau oleh rakyat atau pun Deepak dihadapkan ke mahkamah dengan cepat dan deras. Isu yang disebut oleh Deepak ini bukan isu kecil. Ia melibatkan pembunuhan dan penyelewengan wang rakyat serta salah menggunakan kuasa yang tersangat hina dan buruk.

Kita juga ingin tahu kenapa Deepak dan Musa Hasan mengeluarkan isu secara 'installment' dan beransur-ansur? Apa tujuan mereka dan kenapa pihak Najib dan Hishammuddin yang sedang berkuasa senyap sunyi tanpa tindakan untuk membersihkan nama mereka?

Saya menulis isu ini kerana saya sendiri sudah mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa kerja noda dan dosa politik dan ekonomi ini bukan sahaja dilakukan oleh Najib, Hishammuddin, Zahid Hamidi tetapi ia juga membawa kecenderungan yang pemimpin-pemimpin yang lain juga telah dan sedang melakukan dosa dan noda yang sama sahaja tarafnya.

Justeru kita bertanya, adakah rakyat hendak membiarkan sahaja perkara seperti ini terus-terusan berlaku? Jika BN masih menjadi kerajaan kita maka kerja-kerja yang ternoda ini akan tetap terus berlaku dan yang menjadi mangsanya adalah rakyat. Rakyat akan terpaksa membayar segala harta rampasan yang mereka curi dari mereka (rakyat).

Ini samalah seperti saya yang membeli beberapa papan petai dari seorang penjual petai suatu ketika dahulu. Saya tidak menyedari yang petai yang saya beli itu adalah petai saya sendiri yang telah dicuri oleh penjual petai itu.

Di mana-mana dalam UMNO kini, penuh dengan pencuri-pencuri yang cepat tangan dan mereka bergaduh serta menipu di antara satu dengan lain untuk membolot harta rakyat yang tidak tahu menahu tentang kegiatan mereka sebelum rahsia-rahsia mereka terbongkar.

Pencuri-pencuri harta rakyat ini terpaksa mencuri lagi untuk menutup mulut pencuri yang tidak berpuas hati itu pula. Begitulah perlakuan mereka terhadap rakyat jelata dan itulah sebabnya mereka begitu liat untuk menerima demokrasi dengan semudah itu kerana demokrasi memungkinkan mereka terpaksa berhenti dan akan berjauhan dari khazanah rakyat yang telah mereka selongkar selama ini. Mereka mahu selongkar lagi kerana harta rakyat negara ini masih banyak.

Kali ini pemilihan kita ialah di antara pihak yang ketagih merampas harta benda kita dengan pihak yang mahu menyelamatkan negara dari terjerumus ke lembah kehinaan politik dan ekonomi.

Rakyat boleh memilih satu di antara dua itu. Semasa pilihan raya nanti undi akan dikira dan dijumlahkan. Jika mereka yang ketagih melanun dan merompak itu mendapat mandat rakyat maka kerja yang biasa kita dengar itu akan terus berlaku. Jika pihak yang hendak menyelamatkan negara mendapat mandat maka ada sedikit harapan untuk kita menyelamatkan negara dari terjerumus ke lembah kehinaan itu.

Selama 5 tahun kita akan perhatikan peperangan dan tingkah laku mereka yang mengambil alih kuasa kerajaan itu. Rakyat akan tetap dalam pencarian selagi sebuah kerajaan yang telus dan jauh dari bermain dengan politik perkauman belum dapat dicapai. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/


DATANG BERAMAI-RAMAI!!! HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT SABTU 12.1.13 STADIUM MERDEKA KL 2:00PTG

Warga Nepal Ramas Buah Dada Kena Belasah

Posted: 09 Jan 2013 11:00 PM PST

Gambar hiasan

Kuala Lumpur: Tindakan seorang lelaki warga Nepal berusia awal 30-an mencabul seorang wanita yang berjalan di sebuah pusat membeli-belah di Jalan Putra, di sini, mengundang padah apabila dia cedera dibelasah mangsa, kelmarin.

Lebih malang apabila dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, lelaki itu yang dilaporkan cedera ringan di kepala turut diberkas pihak berkuasa sejurus kejadian berkenaan.

Menurut sumber, mangsa berusia 44 tahun yang berjalan sendirian mendakwa dihampiri lelaki terbabit sebelum tiba-tiba lelaki itu meramas buah dadanya.
"Tindakan itu mengundang kemarahan mangsa sebelum bertindak memukulnya. Malah, pada masa sama, mangsa menjerit meminta bantuan daripada pengawal keselamatan dan orang awam.

"Jeritan kuat mangsa didengari seorang pengawal keselamatan dan dua polis bantuan yang berada berhampiran kawasan berkenaan sebelum mereka bergegas memberikan bantuan kepada mangsa yang ketika itu sedang bergelut dengan lelaki terbabit," katanya.

Sumber berkata, lelaki itu yang cuba meloloskan diri dapat diberkas sebelum dibawa ke Balai Polis Dang Wangi, di sini, untuk tindakan lanjut.

Katanya, mangsa dilaporkan tampil membuat laporan di balai polis sama kira-kira sejam kemudian dengan ditemani ahli keluarganya.

guruinspirasiku

DATANG BERAMAI-RAMAI!!! HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT SABTU 12.1.13 STADIUM MERDEKA KL 2:00PTG

Tidak mustahil Sejuta Hadir Himpunan 12

Posted: 09 Jan 2013 08:00 PM PST


Oleh Abd Shukur Harun

Tidak mustahil Himpunan Kebangkitan Rakyat, Sabtu 12 Januari ini di Kuala Lumpur akan mencapai sasarannya - sejuta orang.Pendukung PAS sendiri sudah diarahkan oleh pimpinan tertinggi parti supaya datang beramai-ramai ke Ibu Kota untuk menyertai Himpunan itu yang akan berlangsung secara aman dan tertib.

PAS Selangor sendiri, menurut arahan Pesuruhjayanya, Dr Abd Rani Othman, akan menghantar 300,000 orang, suatu jumlah yang sangat memberangsangkan. Negeri lain juga akan menghantar peserta seramai mungkin.

Sebenarnya majoriti rakyat sudah tidak lagi takut menyertai himpunan seperti ini, terutamanya sejak Himpunan Bersih dulu serta Himpunan Lynas, Himpunan Pengerang dan beberapa himpunan lagi. Ternyata semua himpunan rakyat ini berjalan dengan aman dan tertib, tidak ada harta benda awam yang musnah, jualan makanan dan minuman lebih laris dari biasa dan tiada sebarang gangguan terhadap kehidupan harian.

Oleh itu Himpunan Kebangkitan Rakyat Sabtu ini dijangka berlangsung secara aman dan tertib. Tidak akan ada kekacuan, kecuali jika ada provokasi dari pihak tertentu yang berniat jahat untuk menimbulkan ketegangan. Namun pihak keselamatan yang disediakan oleh penganjur Himpunan yang akan bekerjasama dengan pihak polis akan mempastikan Himpunan itu akan berjalan secara aman dan penuh harmoni.

Sementelah lagi jaminan yang diberi oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar bahawa pihak polis akan berperanan sebagai pemudahcara pada perhimpunan 12 Januari ini. Jaminan itu diberikan oleh Ketua Polis Negara itu dalam pertemuan dengan penganjur yang diketuai oleh Haji Muhamad Sabu dengan disertai oleh 10 orang wakil termasuk Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution, Ketua Biro Pakatan Rakyat DAP, Teng Chang Kim dan Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah.

Malah, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution memberitahu bahawa pihak polis turut menyatakan kesediaan untuk menjadikan perhimpunan pada hari tersebut sebagai 'detik bersejarah' selepas 'belajar daripada kekurangan' yang berlaku semasa perhimpunan sebelum ini.

Himpunan Kebangkitan Rakyat ini adalah puncak dari segara himpunan yang terdahulu di seluruh negara menjelang PRU akan datang.

Ini adalah Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) yang telah disusun oleh badan-badan NGO dengan kerjasama rapat dengan parti-parti politik dari Pakatan Rakyat.

Pelancaran rasmi HKR ini telah diadakan pada 3 November tahun lalu di Seremban, disambut oleh 30,000 warga yang tidak berganjak walaupun hujan turun mencurah-curah. Kehadiran dalam hujan lebat itu adalah petunjuk mengenai 'mood' rakyat telah bersedia untuk berhimpun membuat tuntutan.

NGO yang mendukung Himpunan Mega ini ialah, Anak, SAMM, Himpunan Hijau, Royalti, GMI, SMM, ABU, Muafakat atau NGO anti-PPSMI.

Pada pendapat saya, kehadiran yang dijangka satu juta rakyat dalam Himpunan itu akan menenggelamkan segala tohmahan seperti - Amanat Haji Hadi, isu murtad, isu nama Allah, kes liwat, masalah air di Selangor dan semua tohmahan lagi. Ia menunjukkan rakyat tidak peduli segala fitnah itu.

Kepada saya, jumlah sejuta rakyat yang dijangka hadir itu bukan satu ancaman dan tidak ada apa yang dikhuatirkan. Kehidupan harian di Kuala Lumpur akan berjalan seperti biasa. Restoran, pusat membeli belah, bas, teksi, monorel, LRT dan segalannya berjalan seperti biasa.

Seperti juga Himpunan Bersih yang lalu, saya percaya Himpunan Kebangkitan Rakyat ini akan menyaksikan demikian ramai golongan generasi muda yang mahukan perubahan. Mereka benci menyaksikan kegiatan rasuah, penyelewengan dan pembaziran yang terus berleluasa, harga barang yang meningkat terus - yang menjadi beban berat kepdaa rakyat - hutang negara yang terus meningkat, demokrasi dan keadilan semakin jauh.

Generasi ini akan menjadi pengundi dalam PRU akan datang. Oleh itu kekecewaan mereka terhadap situasi yang ada ini dijangka akan diterjemahkan dalam peti undi pada PRU akan datang itu.

Jika kita mengamati beberapa Himpunan Bersih yang lalu, anak muda ini yang terdiri dari pelbagai kaum, agama dan latar belakang telah bersatu menentang segala kemungkaran yang berlaku dalam negara. Bagaimanapun, malangnya mereka melihat hingga kita tidak ada sebarang perubahan, bahkan perlakuan rasuah, penyelewengan dan sebagainya semakin bertambah. Ini yang sangat menekan perasaan anak muda dan rakyat prihatin.

Saya percaya, kebangkitan rakyat ini menunjukkan bahawa rakyat telah berjaya 'meruntuhkan' tembok rasa takut terhadap pihak berkuasa dalam usaha menuntut hak mereka. Oleh itu runtuhnya tembok takut ini adalah kemenangan rakyat sebenarnya.

Dengan demikian, Himpunan Kebangkitan Rakyat Sabtu ini adalah manifestasi keberanian rakyat yang bangun di atas reruntuhan batu bata tembok ketakutan mereka selama ini.

Sehubungan itu media yang dimiliki parti yang memerintah tidak mungkin lagi berupaya menjadi 'penghadang' kepada kebangkitan rakyat ini. Mereka kehilangan daya dan kekuatan untuk menyekat sebarang aliran maklumat kepada rakyat. Dalam masa yang sama media alternatif dengan dunia siber yang sangat terbuka menyebarluaskan apa saja maklumat kepada rakyat.

Oleh itu Himpunan Kebangkitan Rakyat Sabtu ini mempunyai seribu satu makna. Sama ada disukai atau tidak disukai oleh golongan tertentu, kebangkitan rakyat ini akan mengambil tempatnya yang penting di ibu negara yang bersejarah ini.

Rakyat sedang melangkah ke depan dan tidak akan berundur lagi, seperti kata Almarhum penyair Usman Awang: Kawan-kawanku yang dikasihi, di depan duri di belakan api, kita tidak boleh undur lagi

DD

DATANG BERAMAI-RAMAI!!! HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT SABTU 12.1.13 STADIUM MERDEKA KL 2:00PTG

TERDESAK BEB!!! 5000 PENGUNDI BN KE LEMBAH PANTAI

Posted: 09 Jan 2013 05:00 PM PST

Sekurang-kurangnya 5,000 ahli Umno yang merupakan pengundi Wilayah Persekutuan dipindah ke Parlimen Lembah Pantai dipercayai untuk bantu kemenangan BN pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13).Mendedahkan demikian, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, taktik kotor itu dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), bersekongkol dengan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin yang berminat untuk bertanding.

"Pertembungan kali ini paling sengit kerana semua ahli Umno Wilayah Persekutuan dipindah ke Lembah Pantai. Sengaja dilancar bagi memenangkan calon Umno BN itu.

"Kita kenal pasti lebih kurang 5,000 daripada butiran misalnya mereka ini ada yang mengundi di Seputeh. Keseluruhannya merangkumi pemindahan pengundi. Ahli-ahli Umno yang mengundi di luar akan mengundi di Lembah Pantai termasuk undi pos tambahan 2,000," jelasnya kepada Keadilan Daily.

Nurul Izzah berkata, Ketua Polis Negara dan Perdana Menteri turut diperalat Nong Chik untuk menarik sokongan penduduk setempat terhadapnya.

"Sebelum ini, Ketua Polis sendiri turun ke Lembah Pantai untuk edar bubuk lambuk. Najib (Razak) pula dua kali turun menyerahkan BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia).

"80 peratus perumahan rakyat di Lembah Pantai dicat. Di Sentosa, 100 peratus di bawah kelolaan DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur). Ini memberikan impak besar termasuk Pantai Dalam. Sebaliknya, Pemuda Umno yang dapat projek tersebut apabila ia diswastakan," sambungnya.

"Nong Chik sama macam Shahrizat kerana segala projek, mereka akan jadi juara. Projek Shahrizat (NFC) dan keluarga RM250 juta. Belum lagi Nong Chik ada projeknya sendiri," kata Naib Presiden KEADILAN itu.

Pada PRU lalu, Nurul Izzah membuat kejutan apabila menewaskan Datuk Seri Shahrizat Jalil bagi menawan kerusi Parlimen Lembah Pantai.

Kini, ada ura-ura kerusi itu bakal ditandingi Nong Chik (gambar) sekalipun terpalit dengan isu rampasan tanah Kampung Baru dan skandal anaknya yang mendapat tender kontrak berbilion ringgit.

kl-today


DATANG BERAMAI-RAMAI!!! HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT SABTU 12.1.13 STADIUM MERDEKA KL 2:00PTG

Kerabu Bersuara ®

Posted: 10 Jan 2013 03:16 PM PST

Kerabu Bersuara ®


Jom Kenali Siapa Khawarij Dan Siapa Terbaik Di Mata Fathul Bari

Posted: 10 Jan 2013 02:25 AM PST

http://sphotos-h.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/185699_124684424365388_1326615112_n.jpg

Firman Allah: (maksudnya) "Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat kami. kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar darinya, lalu syaitan mengikutnya, maka jadilah dia daripada orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia mahu kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya seperti anjing, jika engkau menghalaunya, dia menjelirkan lidahnya, dan jika engkau membiarkannya: dia juga menjelirkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir". (Surah al-A'raf: ayat 175-176).

http://media.themalaysianinsider.com/images/uploads/mugshots/rosmahmansor.jpg

Dari Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Kelak akan ada pemimpin yang kamu mengenalnya, tetapi kamumengingkari (perbuatan)nya. Barangsiapa yang menentang mereka (tidak mengikuti dan tidak mendukung perbuatannya), mereka akan selamat.Barangsiapa yang menjauhi mereka, ia akan aman sentosa, barangsiapa yang bergaul (mendukung) dengannya, maka ia akan binasa;- (Riwayat Ibnu Abi Syaibah dan Thabrani).

Kenyataan Terkini TG Haji Hadi Berkenaan Isu Amanat

Posted: 10 Jan 2013 01:08 AM PST

Fenomena Amanat dan Takfir

Abdul Hadi Awang,

Saya tidak menduga petikan ucapan saya diawal 80-an telah dimartabatkan oleh seorang peniaga agama dalam PAS yang telah melompat masuk UMNO selepasnya, telah dijadikan satu polemik. Petikan ucapan saya ini pula secara terancang telah dijadikan hujah untuk merendahkan PAS, dan saya dijadikan sasarannya. Saya percaya bahawa isu lama ini diberi nyawa semula oleh UMNO, mungkin kerana menutup isu yang dikira menghantui mereka, seperti kegusaran generasi peneroka FELDA dan penyelewengan yang berlaku kepada FELDA, riuh-rendah pembongkaran Deepak, penganiayaan mereka terhadap orang Melayu, dan lain-lain kelemahan kerajaan UMNO-BN yang begitu menekan mereka di hujung penggal pemerintahan ini. Alhamdulillah, saya baru sahaja selangkah kehadapan untuk menyahut cabaran, manakala mereka pula berundur sepuluh langkah kebelakang.

Isu "takfir" (kafir mengkafir) dicetuskan oleh golongan sekular di dalam UMNO, diseluruh dunia Islam, termasuklah di negara Arab, bagi menyanggah kebangkitan Islam di zaman selepas mencapai kemerdekaan seawal tahun 60an. Kebanyakan kalangan umat Islam menjadi mangsa serangan pemikiran barat sehingga berjuang menganut ideologi yang dibawa oleh penjajah ke dalam masyarakat Islam. Kalangan umat yang masih menganut Islam, tetapi kerana jahilnya telah menghina hukum-hukum Islam yang dinaskan dalam al-Quran dan Hadith sahih lagi mutawatir, seperti halal dan haram, hukum-hukum yang berkait dengan negara dan masyarakat, politik,ekonomi dan sebagainya.



Ada yang menghalalkan riba, arak dan judi, menghina hukuman qisas dan hudud, mempersenda hukum menutup aurat dan sebagainya, kerana kejahilan. Di waktu itulah kita mendengar istilah 'hantu kum-kum' dilabelkan kepada kalangan muslimat yang menutup aurat dan memakai hijab. Ada pula yang berdiri diatas pentas komunis yang menolak adanya Tuhan dan menolak agama, dalam keadaan masih bersembahyang. Sebahagian umat Islam pula tetap berpegang teguh dengan ajaran Islam dan mempertahankannya, tetapi mempelajari kitab turath (kitab-kitab lama) yang menegaskan hukum murtad berdasarkan kepada kefahaman masyarakat dizaman kita bitu dikarang, sebelum umat Islam dijajah sepenuhnya. Akhirnya berlakulah gejala murtad secara jahil di satu pihak dan penentangan terhadapnya disatu pihak yang lain, sehingga meledakkan isu kafir mengkafir dalam masyarakat Islam.

Isu ini berlaku diseluruh dunia Islam. Malangnya golongan yang berkuasa memerintah mengambil kesempatan perpecahan masyarakat Islam bagi mengekalkan kedudukan mereka diatas landasan yang salah dan menjadikan parti Islam dan paraulamanya sebagai kambing hitam yang dikorbankan dengan hukuman bunuh, penjara dan sebagainya.Terpenting bagi mereka yang berkuasa adalah untuk menang bagi terus memerintah selama-lamanya dengan cara yang salah, tanpa ambil peduli kerosakan akidah yang berlaku.

Ramai di kalangan ulama PAS dan pemimpinnya merengkuk dalam penjara sejak awal60an, malangnya ramai pula kalangan agamawan yang menjadi syaitan bisu, tidak berani menegur atau menasihati pemimpin yang menghina Islam. Maka meledaklah pada waktu itu kenyataan seperti : "Kalau laksanakan hukum Islam berlakulah huru-hara, tak cukup batu nak bina jalan dan bangunan, boleh makan sup tangan bila banyak tangan dipotong kerana mencuri" dan sebagainya. Di peringkat kampung ada yang menjadi imam masjid membuat ucapan yang sama kerana jahil hukum Islam sepenuhnya, hanya tahu hukum sembahyang dan ibadat yang lain sahaja. Terlalu jauh untuk mengetahui sistem politik, ekonomi Islam dan segala sistemnya sehingga keperingkat antarabangsa dan angkasa lepas.

PAS dan parti Islam di negara lain menghadapi cabaran getir bagi membetulkan masyarakat yang songsang pemikirannya ini. Ketika itulah kita berdepan dengan umat yang jahil, para ulama yang lemah dan kerajaan yang zalim. Di negara Arab,Mursyid Am Ikhwan Muslimin Sheikh Hasan Hudaibi menulis buku "Nahnu Dua'at La Qudat" (Kita Pendakwah Bukan Hakim Yang menjatuhkan hukuman). PAS berada dalam kerajaan campuran 1970 -1978 memberi kesempatan kepada bahagian agama Jabatan Perdana Menteri, menerbitkan buku Mustika Hadith Jilid 1 menampilkan perkara yang merosakkan iman (membatalkan iman), bagi menyedarkan penganut Islam adanya perkara yang membatalkan Dua Kalimah Syahadah, bukan sahaja membatalkan sembahyang. Malangnya ramai kalangan pengikut UMNO tidak mempelajarinya di waktu itu.

Apabila PAS ditendang keluardaripada BN pada tahun 1979 isu kafir mengkafir dihidupkan semula. Pimpinan PAS dibawah pimpinan Datuk Asri, telah menugaskan saya menulis buku kecil dengan tajuknya "Batas – Batas Iman dan Kufur" dengan huraian yang lebih terperinci daripada kitab Mustika Hadith yang terlalu ringkas penerangannya. Saya panjangkan lagi dalam buku yang saya namakan Muqaddimah Aqidah Muslimin.

Apabila kalangan UMNO yang masih bebal memainkan isu tersebut, mereka sengaja mencari mana-mana ucapan saya yang difikirkan menjadi hujah bagi mereka, sehingga ke satu capan saya di selidik oleh pasukan yang ditugaskan secara khusus, maka terpilih sedutannya yang difikirkan munasabah. Saya telah dicabar dalam sidang Dewan Undangan Negeri 1982. Saya terus menjawab :"Ya ! Sebenarnya itu ucapan saya ". Maka hamba Allah yang mencari peluang terus mengangkat martabatnya kepada nama amanat yang disebarkan kepada umum. Namun petikan secebis daripada ucapan yang panjang itu tidak merosakkan sedikit pun mesej untuk menyelamatkan umat daripada gejala murtad secara jahil dan tidak sengaja.

PAS berulang kali mengajak kalangan ilmuwan agama dalam UMNO secara langsung dan melalui pihak ketiga kalangan NGO Islam, dengan ruang terbuka dengan UMNO boleh mendapat khidmat daripada mana-mana mufti yang sanggup menjadi khadamnya, kalau malu secara tertutup atau tidak mahu secara terbuka. UMNO tidak menjawab.

Tiba-tiba Presiden UMNO di masa itu memberi isyarat kepada kalangan agama dalam UMNO supaya berdebat, dengan tajuk secara unilateral pihak UMNO yang menentukannya tanpa berunding dengan pihak PAS, pihak UMNO melantik pengerusi dan penentuan masa. PAS menerima dengan terbuka. Akhirnya PAS dipujuk membatalkan debat dengan UMNO, padahal UMNO lah yang membuka pintunya. Akhirnya UMNO terpaksa diselamatkan oleh perisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang mengisytiharkan pembatalannya seperti perisytiharan tarikh puasa dan hari raya.

Saya bentangkan senario tersebut semata –mata untuk pengetahuan generasi muda yang belum lahir atau belum baligh di masa itu , kerana ada kalangan yang tidak ada pengetahuan hujung pangkalnya lalu membuat kenyataan tanpa pengetahuan yang sebenarnya.

Apa yang penting bagi kita semua ialah tidak kedengaran lagi suara dari kalangan orang Melayu yang bercakap bahawa politik tidak ada kaitan dengan agama ataupun yang berani menghina hukum Islam seperti yang berlaku dalam tahun 80an dahulu. Di sini kita mendahului Arab Spring yang masih mencetuskan kalangan nasionalis Arab yang menghina Islam. Maka saya nasihatkan kepada ahli PAS tidak melatah dengan permainan kalangan UMNO yang masih jahil atau hanya mencari kesempatan tanpa batas halal dan haram atau tanpa perhitungan dosa dan pahala.

Firman Allah yang bermaksud:

"Dan hamba-hamba (Allah) ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat sejahtera dari perkara yang tidak diingini." (al-Furqaan : 63)


Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
10 Januari 2013

Gambar-Gambar Sempena Majlis Ulang Tahun TG Nik Aziz

Posted: 09 Jan 2013 08:48 PM PST

http://sphotos-f.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/553238_539219889431002_2123100791_n.jpghttp://sphotos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/46469_539219959430995_83014795_n.jpghttp://sphotos-h.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/537190_539219986097659_191283590_n.jpghttp://sphotos-b.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/393162_539219966097661_972386987_n.jpghttp://sphotos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/393047_539220092764315_36758669_n.jpghttp://sphotos-h.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/37068_539220119430979_323607645_n.jpghttp://sphotos-e.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/406094_539220182764306_1086637272_n.jpghttp://sphotos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/182159_539220432764281_1673590497_n.jpg

Majlis Sambutan Ulang Tahun Kelahiran YAB. Tuan Guru Kali ke-82.


Hari ini tepat 10hb. Januari 2013M/27 Safar 1434H adalah ulang tahun kelahiran YAB. Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat kali ke-82 merangkap Menteri Besar Kelantan.Majlis ini yang berlangsung di pejabat beliau pada pagi tadi telah di hadiri oleh EXCO Kerajaan Negeri Kelantan dan beberapa yang lain.

ALHUSSEYN

Posted: 10 Jan 2013 03:15 PM PST

ALHUSSEYN


Kalimah Allah: Dewan Ulama, Pemuda PAS patuh keputusan Had

Posted: 10 Jan 2013 08:00 AM PST

PETALING JAYA: Dewan Ulama PAS menyeru ahli dan penyokongnya  memberikan sokongan penuh keputusan parti membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah sebagaimana yang diumumkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Naib Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Mahfodz Mohamad berkata, sebagai ahli parti, keputusan Presiden perlu dipatuhi.

"Sebagai ahli parti, kita kena menyokong keputusan itu. Persetujuan itu sama seperti yang telah dibuat dan ditetapkan oleh PAS dua tahun yang lalu," katanya.

Mahfodz menegaskan ahli PAS tidak perlu gusar dengan keputusan tersebut kerana penggunaan kalimah Allah di kalangan penganut Kristian hanya terhad untuk mereka sahaja.

Katanya, orang Kristian  boleh menggunakannya di gereja dan di kalangan masyarakat mereka sahaja.

"Orang Kristian tidak boleh menggunakan kalimah itu kepada orang islam, kerana ia terhad kepada mereka sahaja," katanya ketika dihubungi semalam.

Kenyataan Presiden, kenyataan parti

Sementara itu, Pemuda PAS menyokong keputusan Pakatan Rakyat membenarkan penggunaan kalimah Allah di kalangan umat Islam.

Ketua pemuda, Nasrudin Hassan yang dihubungi ini berkata: "Kita (Pemuda) anggap apa yang dinyatakan Presiden semalam adalah kenyataan parti.

"Saya tidak perlu komen lagi," katanya. Nasrudin bagaimanapun, enggan mengulas lebih lanjut.

Abdul Hadi selepas mesyuarat Pakatan Rakyat Selasa lalu dilaporkan mempertahankan keputusan yang dibuat dua tahun lalu kerana Islam tidak melarang kalimah mereka dalam amalan mereka walapun tidak mencapai maksud asal dalam al Quran.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat turut mempertahankan keputusan tersebut.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan kalimah Allah adalah khusus untuk orang Islam dan orang bukan Islam di negeri itu dilarang sama sekali menggunakannya.

Polemik pengggunaan kalimah Allah muncul semula apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam peruntusan Krismas pada 24 Disember lalu menggesa kerajaan membenarkan kalimah itu dimuatkan dalam Bible bahasa Melayu. -FMT

Semua selamat kalau polis tak mengganas!

Posted: 10 Jan 2013 03:00 AM PST

Komander Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Datuk Abdul Hamid Mohd Ali berkata , "Seramai 50 anggota berkenaan akan membawa keluar petugas media daripada kawasan tertentu yang dikira tidak selamat," di sini  

Hehehe... tak selamat? Emm.. rasanya Datuk tak faham. Kami nak berkumpul jer. Bukan nak merusuh. 

Macam maner Datuk boleh tahu tak selamat pulak? 

Malam sambutan tahun baru di Shah Alam, lebih 120,000 ribu Rakyat berkumpul dengan kekuatan anggota Polis tak sampai 20 orang, sehingga hari nie saya masih lagi menghirup udara di Malaysia. 

Bukan saya seorang sahaja, bahkan 120,000 ribu tu tak ada pula yang MERUSUH. Mana dapat FAKTA ini Datuk? Kalau Datuk tak percaya gambar & video saya ada rekodkan. Saya boleh siapkan salinan. Dengan syarat masuk TV3... hihihi.. KAMI UNDI PAKATAN RAKYAT!!! - Diplomatik Bebas

Akhirnya, dia dedah pekongnya sendiri

Posted: 10 Jan 2013 12:58 AM PST

Ambik kau! Agaknya begitulah yang diucapkan oleh Ust Nor Azli Musa kepada bekas Ketua Cabang PKR Ipoh Barat, Fauzi Muda yang sebelum ini pernah diberi peluang supaya meminta maaf dalam tempoh seminggu, tapi mangkuk ni gi tolak mentah-mentah! 

Malah dengan sombongnya mangkuk ni suruh supaya Norazli cepat-cepat saman dia supaya dia boleh buat banyak lagi pendedahan dimahkamah.

Akibahnya, pendedahan yang dijanjikannya itu rupa-rupanya adalah pekong busuknya sendiri! 

Sebelum ini Fauzi ni pernah mengaku yang Najib Al-Tantuya nak bagi dia RM50,juta di sini

Kemudian dia buat laporan ke SPRM tuduh Ust Norazli hantar wakil nak rasuah RM50 ribu kepadanya

Fauzi Muda (gambar kiri) sudah tentu sedang menangis tidak berlagu kerana Mahkamah menjatuhi hukuman membayar ganti rugi sebanyak RM100,000 berhubung fitnah beliau terhadap Ketua Penerangan Dewan Ulama' PAS Perak, Ustaz Norazli Musa. 

Selain kena bayar RM100,00 tu, Fauzi juga diarahkan membayar kos guaman RM10,000 dan iklan memohon maaf secara terbuka di Utusan Malaysia sebanyak tiga kali dalam tempoh seminggu. Sila baca di sini 

Banyak pakai duit tu! Mana lu nak krobek duit untuk bayar saman sebanyak tu? 

Gatai mulut sangat inilah akibatnya.Sibuk tuduh orang sebagai 'Jutawan Segera' sekarang lu sendiri sudah jadi 'Papa Kedana Instant!'

Fauzi, semasa membela Harussani di Utusan Malaysia pada 7 Jun lalu mendakwa Nor Azli antara lapan pemimpin pembangkang yang menjadi 'jutawan segera' semasa tempoh 11 bulan pemerintahan pembangkang di Perak sehingga mampu membeli rumah berharga RM500,000.

Nor Azli tatkala ditanya mengenai rumahnya itu menjelaskan, rumah itu adalah diatas nama isterinya yang dibina melalui pinjaman yang dibayar melalui potongan gaji setiap bulan.


Mohd Zainuddin Mohd Yusof, Adun Lubuk Merbau yang turut ada bersama bersebelahan Nor Azli (gambar atas) , berasa bersyukur dengan keputusan mahkamah tersebut dan menyifatkan kemenangan kes tersebut, membuktikan bahawa tuduhan kononnya terdapatnya '8 jutawan segera' di Perak semasa dan selepas 11 bulan pemerintahan Pakatan Rakyat di Perak adalah fitnah jahat semata-mata.

DUNIACACAMARBA

Posted: 10 Jan 2013 03:07 PM PST

DUNIACACAMARBA


Penjelasan Lanjut Presiden PAS Berkenaan Kalimah Allah

Posted: 09 Jan 2013 11:47 PM PST


Penjelasan 'Kalimah Allah' oleh Presiden PAS

Ditulis sendiri oleh Presiden PAS, Dato' Seri Abd Hadi Awang

Penggunaan kalimah "Allah" oleh penganut agama bukan Islam telah menjadi bahan polemik hangat dalam negara kita, dan ianya menjadi semakin panas setelah pihak Mahkamah Tinggi membuat keputusan memberi keizinan kepada pihak gereja Katholik menggunapakai perkataan Allah dalam bahan penerbitan mereka. Realiti kehidupan dalam negara kita ialah, kedudukan masyarakat Kristian adalah dalam lingkungan kehidupan masyarakat umum yang hidup secara bersama, khususnya masyarakat yang hidup di dalamnya umat Islam, mahu tidak mahu ianya akan menyentuh perasaan mereka, kerana perkataan Allah adalah sangat mulia di sisi umat Islam.

Apa yang menghairankan ialah, sebelum ini pengamal ajaran Kristian itu menyebut 'tuhan' dengan bahasa mereka masing-masing. Ada pun umat Islam yang terdiri daripada berbagai bangsa dan bahasa tetap berlafaz dan menulis dengan perkataan "Allah" dari kitab suci mereka (Al-Quran). Perkataan "Allah" ini tidak diterjemahkan lagi ke dalam bahasa masing-masing, kerana perkataan Allah tidak mampu diterjemahkan ke dalam bahasa lain, dengan berpegang kepada makna asalnya dalam bahasa Al-Quran.

Persoalannya ialah, adakah ianya boleh dibenarkan begitu sahaja di atas konsep kebebasan beragama? Hakikatnya, kebebasan secara saksama seharusnya mempunyai batas sempadan yang tidak menimbulkan masalah sehingga boleh mencetuskan perkara yang boleh merosakkan hubungan sesama manusia. Jangan sampai kita 'terbabas' dalam mencari kebebasan. Perkara ini perlu dijawab secara ilmu, kerana umat Islam menyebut dan menulis kalimah Allah mengikut maknanya yang sebenar sehingga menjadi akidah yang menjadi asas kepada amalan mereka.

Apa yang perlu difahami ialah, adakah penggunaan perkataan Allah oleh penganut agama lain itu adalah mengikut makna perkataan "Allah" yang tepat, dengan maksudnya yang sebenar dari segi bahasa Arab? Atau adakah mereka yang bukan Islam itu memakai perkataan itu dengan mempunyai maksud mereka sendiri yang tidak tepat mengikut bahasa bangsa yang menggunakannya, sehingga ianya boleh menjadi ejekan atau mengurangkan maksudnya sehingga menyentuh perasaan penganut Islam yang memuja kalimah ini? Suatu hakikat yang perlu difahami dengan terang dan nyata ialah, bahawa umat Islam di serata dunia yang terdiri daripada berbagai bangsa dan bercakap berbagai bahasa pula, sedang menggunakan perkataan "Allah" mengikut maksudnya yang sebenar inilah.

Perkataan Allah disebut oleh orang Arab atau pengguna bahasa Arab yang menganut berbagai agama, sama ada penganut Yahudi, Kristian dan penyembah berhala sejak dahulu kala. Al-Quran menyebut secara jelas bahawa penganut agama-agama itu menyebut dan menulis perkataan Allah.

Firman Allah bermaksud:

Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya), sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintahNya)?. (Surah al-Ankabut: 61)

Firman Allah bermaksud:

Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya? sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak memahami (hakikat tauhid dan pengertian syirik). (Surah al-Ankabut: 63)

Firman Allah bermaksud:

Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian - tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik). (Surah Luqman: 25)

Firman Allah bermaksud:

Dan demi sesungguhnya! jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang mencipta langit dan bumi?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Katakanlah (kepada mereka): "Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayanya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu?" Katakanlah lagi: "Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri". (Surah az-Zumar: 38)

Firman Allah bermaksud:

Dan demi sesungguhnya! jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" sudah tentu mereka akan menjawab: "yang menciptakannya ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui". (Surah az-Zukhruf: 9)

Firman Allah bermaksud:

Dan demi sesungguhnya! jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakanNya)? (Surah az-Zukhruf: 87)

Ayat-ayat tersebut di atas mendedahkan bahawa orang-orang bukan Islam yang menganut berbagai agama itu mengaku wujudnya Tuhan yang bernama Allah mengikut naluri dalam Tauhid Rububiyyah (adanya Tuhan Pencipta Alam) dan ianya hanya sekadar itu. Namun kepercayaan mereka sebegini tidak menepati hakikat dari makna perkataan Allah mengikut maknanya yang sebenar, iaitu supaya mengesakan Allah dalam ibadah dan cara hidup seluruhnya.

Hari ini kita melihat mukjizat Al-Quran, apabila mereka memaksa diri untuk menggunakan perkataan Allah, pada hal selama ini mereka menggunakan perkataan yang menamakan Tuhan dengan bahasa masing-masing seperti God dan Lord; dan kalau itulah Allah mengikut kefahaman mereka maka ianya adalah tidak tepat dengan maksudnya.

Umat Islam tidak boleh memaksa kefahaman mereka yang salah ini untuk mengikut ajaran dan takrifan bahasa umat Islam, walaupun mereka percaya kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa, tetapi mereka melantik tuhan-tuhan yang lain daripadanya dengan berbagai-bagai cara. Kalangan penganut Kristian dengan kepercayaan Trinity dengan mengadakan isteri dan anak bagi Tuhan Yang Maha Esa dan Yang Maha Suci itu. Agama yang lain menambah perlantikan Tuhan mengikut kefahaman mereka masing-masing.

Mengikut ajaran Islam, perkataan Allah ialah salah satu daripada nama-nama yang banyak bagi Tuhan Yang Maha Esa (Al-Asma Al-Husna).

Imam Al-Baihaqi menulis dalam kitabnya (Al-Asma wa Sifat).

"Perkataan Allah itu ialah Tuhan Yang Maha Esa, tidak berbilang lebih dari satu dan tidak ada sekutu bagiNya (sama ada dinamakan bapa, anak dan apa sahaja). Allah mengikut bahasa Arab yang fasih dan nyata bermaksud, Dia Sahaja Tuhan, Yang Maha Esa, tidak ada lagi tuhan yang lain daripadaNya. Perkataan Allah itu daripada perkataan aL-Ilah dengan menambah al kepada perkataan asal Ilah yang bermakna Tuhan secara umum. Apabila diletakkan alif dan lam (al) menjadi yang khusus satunya yang dikenali dan diyakini benarnya, kemudian dimudahkan sebutannya dengan membuang beberapa huruf, maka disebut Allah. Penambahan al dalam bahasa Arab bertujuan makrifah (yang dikenali) secara khusus yang tidak boleh dikelirukan dengan kepercayaan salah, iaitu "berbilang tuhan".

Al-Quran mengajar cara penjelasan makna yang sebenar, begitu juga hadith-hadith Rasulullah SAW. Penjelasan inilah yang dinamakan sebagai 'menyampaikan dakwah', sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Tanpa melarang mereka dari menyebut perkataan Allah, tetapi kita memberi penjelasan berdasarkan ilmu, bahawa penggunaan perkataan Allah oleh mereka yang percaya adanya sifat ketuhanan dan nama ketuhanan yang lain daripada Allah adalah tidak tepat.

Apabila Rasulullah SAW menghantar surat kepada raja-raja yang menganut agama kitab, dan disebut dalam surat perutusan itu firman Allah yang menjelaskan kepercayaan yang sebenar kepada Allah yang bermaksud:

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain daripada Allah". Kemudian jika mereka (ahli kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam". (Surah Ali Imran: 64)

Perutusan Rasulullah SAW mendedahkah bagaimana golongan ahli kitab (Kristian dan Yahudi) memakai perkataan yang sama apabila menyebut perkataan Allah, seterusnya dijelaskan dengan makna aqidah yang tepat secara ajaran tauhid, iaitu mengesakan Allah tanpa syirik, sama ada syirik itu melakukan upacara ibadat dengan menyembah tuhan-tuhan yang lain daripada Allah, atau mematuhi hukum-hukum dan undang-undang ciptaan para ahli agama (pendita) dan pemimpin-pemimpin (arbab) yang mencipta undang-undang dan hukum yang menentang hukum Allah. Mereka telah menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dalam kitab yang diturunkan kepada rasul mereka sendiri, atau mengharamkan apa yang dihalalkan, atau memberi hak ketuhanan kepada ahli agama sehingga boleh mengampunkan dosa yang menjadi hak Allah sahaja.

Kesimpulannya, kita tidak boleh melarang mereka menggunakan perkataan Allah di kalangan mereka sendiri, dalam ibadat mereka dan amalan mereka, walau pun salah maksud dan maknanya yang asal mengikut bahasa kita.

Adapun menggunakan perkataan Allah oleh mereka terhadap masyarakat Islam untuk menyebarkan agama mereka dengan fahaman mereka, atau menjadikan perkataan Allah sekadar mengubah jenama bagi 'melariskan barangan' dalam masyarakat Islam, tidak boleh dizinkan sama sekali.

Ini adalah kerana menyalahgunakan perkataan Allah yang Maha Suci kepada umat Islam dan bercanggah dengan makna mengikut bahasa yang diamal oleh umat Islam, adalah dikira menodai kesucian dan kemurnian kalimah Allah di hadapan umat Islam.

Imam Ali K.W, menegaskan kepada mereka yang menyalahgunakan perkataan yang benar dengan tujuan yang salah, dengan apa nama sekalipun:

(Kalimahnya benar tetapi dimaksudkan dengan tujuan yang salah).

Kalimah Allah adalah paling benar, tetapi kalau menulis atau menyebut perkataan Allah laksana memakai jenama barangan untuk melariskan jualan di tengah masyarakat umat Islam, maka ianya sangat menyentuh sensitiviti umat Islam. Keadaan ini akan menyebabkan semua kalangan umat Islam yang berbeza pertubuhan (NGO), fahaman politik dan individu, bersatu untuk mengeluarkan suara hati mereka yang sangat memuliakan kalimah Allah. Suasana sebegini boleh menimbulkan ketegangan dalam masyarakat majmuk yang ada dalam negara kita.

Al-Quran juga memerintah penganutnya supaya tidak menghina dan mencaci penganut agama lain sehingga menyebabkan mereka mencaci Allah.

Firman Allah yang bermaksud:

Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan. (Surah al-An'am: 108)

Demikianlah keterbukaan Islam terhadap kebebasan beragama dengan batas sempadan yang tidak menegangkan hubungan dalam masyarakat berbagai agama.

Wallahua'alam.

7 Januari 2010

 Sumber di sini.



Isu Wang Pampasan Jepun: Wang Darah Digunakan untuk Tubuh MISC

Posted: 09 Jan 2013 08:48 PM PST



[HD] KUALA LUMPUR: Wang pampasan buruh paksa Landasan Kereta Api Maut Jepun yang digunakan untuk menubuhkan Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC) merupakan satu tindakan yang tidak wajar.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, berkata wang tersebut sepatutnya diserahkan kepada mangsa buruh paksa ataupun waris mereka.

"Sewajarnya wang itu untuk mangsa. Bayangkan ada di kalangan mereka yang hilang kerana dipaksa membina, tidak kurang juga mati ketika itu.

"Bagaimana kerajaan boleh menggunakan wang darah tersebut untuk membina MISC?" soal beliau pada satu sidang media khas, di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.

Tambah beliau, tindakan itu menunjukkan kerajaan benar-benar tidak mempunyai sikap kemanusiaan dan peka terhadap mangsa buruh paksa tersebut.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Datuk Ahmad Shabery Cheek, yang pernah dilaporkan Utusan Malaysia, bertarikh 11 Mei 2007 yang menyatakan wang tersebut digunakan untuk penubuhan MISC.

Shabery, ketika itu yang memegang jawatan sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Luar, dilaporkan berkata kes itu dianggap selesai.

Menurut beliau, ini berikutan satu perjanjian berkaitan bekas buruh paksa Jepun yang telah ditandatangani oleh kerajaan Malaysia dan kerajaan Jepun pada 21 September 1967.

Mengikut perjanjian tersebut, katanya, kerajaan Jepun bersetuju membayar wang darah kepada Malaysia dan wang tersebut telah digunakan untuk menubuhkan MISC.

Sebelum ini, isu berkaitan pampasan ini pernah dibangkitkan Nizar ketika perbahasan belanjawan 2013, hujung tahun lalu.

Beliau ketika itu meminta Menteri Kewangan menjelaskan status kedudukan wang tersebut yang dikatakan sudah dibayar kerajaan Jepun kepada Malaysia, namun mangsa ataupun waris masih tidak menerima wang tersebut.
 
 
 
P/s: Jelas dan nyata tindakan kerajaan menggunakan wang yang sepatutnya diagihkan kepada mangsa kezaliman tentera Jepun untuk menubuhkan MISC sebagai pecah amanah.
 

 
 

“Saya lihat depan mata ayah memaksa emak melakukan seks..."

Posted: 09 Jan 2013 06:24 PM PST

·       Adun Teratai, Jenice Lee Ying Ha bertanyakan sesuatu kepada mangsa.

[SH] AMPANG - "Saya lihat depan mata ayah memaksa emak melakukan seks dan emak akan dipukul kalau enggan berbuat demikian," luah kanak-kanak lelaki yang berusia 11 tahun, menceritakan penderitaan ibunya.

Dia berkata, lelaki itu akan menghentak kepala serta memukul ibunya setiap kali wanita itu enggan mengadakan hubungan seks.

Menurutnya, dia tidak mahu tinggal lagi bersama lelaki itu kerana bimbang akan menjadi mangsa rogol satu masa nanti.

"Sekarang saya, emak dan adik menumpang di rumah saudara kerana mahu mengelak penderaan dilakukan ayah," katanya ketika di Pejabat Dun Teratai bersama keluarganya bagi mendapatkan bantuan dan perlindungan, di sini, kelmarin.

Sementara itu, ibu mangsa, yang berusia 39 tahun  memohon pihak bertanggungjawab mengambil perhatian mengenai perkara ini seterusnya menyelamatkan dia daripada keganasan suaminya.

Menurutnya, dia menjadi mangsa lelaki itu sejak 2003 dan akan didera sekiranya permintaan tidak dipenuhi.

"Suami akan mengeluarkan senjata tajam mengugut akan mencederakan anak-anak jika dia tidak dilayan.

"Disebabkan tiada pilihan saya terpaksa memenuhi kehendaknya setiap hari walaupun depan anak," katanya.

Dia berkahwin dengan lelaki itu sekitar 2000 ketika  melancong ke Malaysia dan dikurniakan dua anak sepanjang perkahwinan mereka.

Sementara itu, Adun Teratai, Jenice Lee Ying Ha yang membantu mangsa membuat laporan berkata, akan mendapatkan perlindungan bagi membela nasib mereka.

"Selain bimbang dengan persekolahan anak mangsa, saya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan mereka terjamin daripada diganggu lelaki itu," katanya.

Jenice turut menasihati mangsa penderaan rumah tangga lain tampil membuat laporan.

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN

Posted: 10 Jan 2013 01:50 PM PST

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN


AMAN MALAYSIA - 10 JENAYAH TERHEBAT - AKHIR

Posted: 10 Jan 2013 06:58 AM PST

UNTUK MU KELUARGA KU DI ISTANA

Posted: 09 Jan 2013 10:53 PM PST

BN SELANGOR TERUS SERANG PR SELANGOR

Posted: 09 Jan 2013 04:00 PM PST

AKU INGIN BEBAS

Posted: 10 Jan 2013 01:42 PM PST

AKU INGIN BEBAS


APA YANG UTUSAN SYAITAN NIE MEREPEK DENGAN HKR #KL112

Posted: 09 Jan 2013 10:08 PM PST



Muslimeen United

Posted: 10 Jan 2013 01:10 PM PST

Muslimeen United


Fenomena Amanat dan Takfir

Posted: 10 Jan 2013 01:30 AM PST

Saya tidak menduga petikan ucapan saya diawal 80-an telah dimartabatkan oleh seorang peniaga agama dalam PAS yang telah melompat masuk UMNO selepasnya, telah dijadikan satu polemik. Petikan ucapan saya ini pula secara terancang telah dijadikan hujah untuk merendahkan PAS, dan saya dijadikan sasarannya. Saya percaya bahawa isu lama ini diberi nyawa semula oleh UMNO, mungkin kerana menutup isu yang dikira menghantui mereka, seperti kegusaran generasi peneroka FELDA dan penyelewengan yang berlaku kepada FELDA, riuh-rendah pembongkaran Deepak, penganiayaan mereka terhadap orang Melayu, dan lain-lain kelemahan kerajaan UMNO-BN yang begitu menekan mereka di hujung penggal pemerintahan ini. Alhamdulillah, saya baru sahaja selangkah kehadapan untuk menyahut cabaran, manakala mereka pula berundur sepuluh langkah kebelakang.

Isu "takfir" (kafir mengkafir) dicetuskan oleh golongan sekular di dalam UMNO, diseluruh dunia Islam, termasuklah di negara Arab, bagi menyanggah kebangkitan Islam di zaman selepas mencapai kemerdekaan seawal tahun 60an. Kebanyakan kalangan umat Islam menjadi mangsa serangan pemikiran barat sehingga berjuang menganut ideologi yang dibawa oleh penjajah ke dalam masyarakat Islam. Kalangan umat yang masih menganut Islam, tetapi kerana jahilnya telah menghina hukum-hukum Islam yang dinaskan dalam al-Quran dan Hadith sahih lagi mutawatir, seperti halal dan haram, hukum-hukum yang berkait dengan negara dan masyarakat, politik,ekonomi dan sebagainya.

Ada yang menghalalkan riba, arak dan judi, menghina hukuman qisas dan hudud, mempersenda hukum menutup aurat dan sebagainya, kerana kejahilan. Di waktu itulah kita mendengar istilah 'hantu kum-kum' dilabelkan kepada kalangan muslimat yang menutup aurat dan memakai hijab. Ada pula yang berdiri diatas pentas komunis yang menolak adanya Tuhan dan menolak agama, dalam keadaan masih bersembahyang. Sebahagian umat Islam pula tetap berpegang teguh dengan ajaran Islam dan mempertahankannya, tetapi mempelajari kitab turath (kitab-kitab lama) yang menegaskan hukum murtad berdasarkan kepada kefahaman masyarakat dizaman kita bitu dikarang, sebelum umat Islam dijajah sepenuhnya. Akhirnya berlakulah gejala murtad secara jahil di satu pihak dan penentangan terhadapnya disatu pihak yang lain, sehingga meledakkan isu kafir mengkafir dalam masyarakat Islam.

Isu ini berlaku diseluruh dunia Islam. Malangnya golongan yang berkuasa memerintah mengambil kesempatan perpecahan masyarakat Islam bagi mengekalkan kedudukan mereka diatas landasan yang salah dan menjadikan parti Islam dan paraulamanya sebagai kambing hitam yang dikorbankan dengan hukuman bunuh, penjara dan sebagainya.Terpenting bagi mereka yang berkuasa adalah untuk menang bagi terus memerintah selama-lamanya dengan cara yang salah, tanpa ambil peduli kerosakan akidah yang berlaku.

Ramai di kalangan ulama PAS dan pemimpinnya merengkuk dalam penjara sejak awal60an, malangnya ramai pula kalangan agamawan yang menjadi syaitan bisu, tidak berani menegur atau menasihati pemimpin yang menghina Islam. Maka meledaklah pada waktu itu kenyataan seperti : "Kalau laksanakan hukum Islam berlakulah huru-hara, tak  cukup batu nak bina jalan dan bangunan, boleh  makan sup tangan bila banyak tangan dipotong kerana mencuri" dan sebagainya. Di peringkat kampung ada yang menjadi imam masjid membuat ucapan yang sama kerana jahil hukum Islam sepenuhnya, hanya  tahu hukum sembahyang dan ibadat yang lain sahaja. Terlalu jauh untuk mengetahui sistem politik, ekonomi Islam dan segala sistemnya sehingga keperingkat antarabangsa dan angkasa lepas.

PAS dan parti Islam di negara lain menghadapi cabaran getir bagi membetulkan masyarakat yang songsang pemikirannya ini. Ketika itulah kita berdepan dengan umat yang jahil, para ulama yang lemah dan kerajaan yang zalim. Di negara Arab,Mursyid Am Ikhwan Muslimin Sheikh Hasan Hudaibi menulis buku "Nahnu Dua'at La Qudat" (Kita Pendakwah Bukan Hakim Yang menjatuhkan hukuman). PAS berada dalam kerajaan campuran 1970 -1978 memberi kesempatan kepada bahagian agama Jabatan Perdana Menteri, menerbitkan buku Mustika Hadith Jilid 1 menampilkan perkara yang merosakkan iman (membatalkan iman), bagi menyedarkan penganut Islam adanya perkara yang membatalkan Dua Kalimah Syahadah, bukan sahaja membatalkan sembahyang. Malangnya ramai kalangan pengikut UMNO tidak mempelajarinya di waktu itu.

Apabila PAS ditendang keluardaripada BN pada tahun 1979 isu kafir mengkafir dihidupkan semula. Pimpinan PAS dibawah pimpinan Datuk Asri, telah menugaskan saya menulis buku kecil dengan tajuknya "Batas – Batas Iman dan Kufur" dengan huraian yang lebih terperinci daripada kitab Mustika Hadith yang terlalu ringkas penerangannya. Saya panjangkan lagi dalam buku yang saya namakan Muqaddimah Aqidah Muslimin.

Apabila kalangan UMNO yang masih bebal memainkan isu tersebut, mereka sengaja mencari mana-mana ucapan saya yang difikirkan menjadi hujah bagi mereka, sehingga ke satu capan saya di selidik oleh pasukan yang ditugaskan secara khusus, maka terpilih sedutannya yang difikirkan munasabah. Saya telah dicabar dalam sidang Dewan Undangan Negeri 1982. Saya terus menjawab :"Ya ! Sebenarnya itu ucapan saya ". Maka hamba Allah yang mencari peluang terus mengangkat martabatnya kepada nama amanat yang disebarkan kepada umum. Namun petikan secebis daripada ucapan yang panjang itu tidak merosakkan sedikit pun mesej untuk menyelamatkan umat daripada gejala murtad secara jahil dan tidak sengaja.

PAS berulang kali mengajak kalangan ilmuwan agama dalam UMNO secara langsung dan melalui pihak ketiga kalangan NGO Islam, dengan ruang terbuka dengan UMNO boleh mendapat khidmat daripada mana-mana mufti yang sanggup menjadi khadamnya, kalau malu secara tertutup atau tidak mahu secara terbuka. UMNO tidak menjawab.

Tiba-tiba Presiden UMNO di masa itu memberi isyarat kepada kalangan agama dalam UMNO supaya berdebat, dengan tajuk secara unilateral pihak UMNO yang menentukannya tanpa berunding dengan pihak PAS, pihak UMNO melantik pengerusi dan penentuan masa. PAS menerima dengan terbuka. Akhirnya PAS dipujuk membatalkan debat dengan UMNO, padahal UMNO lah yang membuka pintunya. Akhirnya UMNO terpaksa diselamatkan oleh perisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang mengisytiharkan pembatalannya seperti perisytiharan tarikh puasa dan hari raya.

Saya bentangkan senario tersebut semata –mata untuk pengetahuan generasi muda yang belum lahir atau belum baligh  di masa itu , kerana ada kalangan yang tidak ada pengetahuan hujung pangkalnya lalu membuat kenyataan tanpa pengetahuan yang sebenarnya.

Apa yang penting bagi kita semua ialah tidak kedengaran lagi suara dari kalangan orang Melayu yang bercakap bahawa politik tidak ada kaitan dengan agama ataupun yang berani menghina hukum Islam seperti yang berlaku dalam tahun 80an dahulu. Di sini kita mendahului Arab Spring yang masih mencetuskan kalangan nasionalis Arab yang menghina Islam. Maka saya nasihatkan kepada ahli PAS tidak melatah dengan permainan kalangan UMNO yang masih jahil atau hanya mencari kesempatan tanpa batas halal dan haram atau tanpa perhitungan dosa dan pahala.

Firman Allah yang bermaksud:

"Dan hamba-hamba (Allah) ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat sejahtera dari perkara yang  tidak diingini." (al-Furqaan : 63)


Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
10 Januari 2013

Gambar TG Nik Aziz sambut hari lahir

Posted: 10 Jan 2013 01:29 AM PST












TGNikAziz1TGNikAziz2 

Selamat hari lahir Tok Guru!! Semoga panjang umur dan sihat selalu….Info TG Nik Aziz dari Wikipedia;
TG Nik Aziz lahir pada 10 Januari 1931 di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu beliau merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik. Hasil perkongsian hidup dengan isterinya, iaitu Tuan Sabariah Binti Tuan Ishak, beliau dikurniakan 10 orang cahaya mata (5 lelaki dan 5 perempuan).
TG Nik Aziz sentiasa dikenali sebagai seorang Menteri Besar yang paling zuhud dan warak. Pada hampir setiap masa, beliau sentiasa dilihat dalam keadaan berjubah dan berserban. Beliau mengaku bersolat dalam keadaan gelap apabila berada di dalam pejabatnya kerana tidak mahu menggunakan duit kerajaan untuk kepentingan dirinya.[3] Rumahnya pula hanyalah sebuah rumah kampung biasa seperti yang dimiliki oleh rakyat kebanyakan. Rumahnya tidak berpagar sama sekali dan tiada pengawal keselamatan yang diupah untuk menjaganya.
Sebelum menjadi Menteri Besar, beliau adalah seorang guru agama yang aktif. Beliau pernah mengajar di Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Sekolah Menengah Agama Darul Anwar dan Sekolah Menengah Maahad Muhammadi yang kesemuanya terletak di Kelantan. Maka tidak hairanlah beliau lebih mesra dengan gelaran 'Tuan Guru' di kalangan rakyat Malaysia. Malah sehingga kini, beliau masih lagi aktif menyebarkan ilmu-ilmu Islam kepada masyarakat. Pada hampir setiap pagi, beliau akan menjadi imam kepada Solat Subuh dan kemudiannya memberikan kuliah ringkas di sebuah masjid yang terletak hanya beberapa langkah sahaja dari rumahnya.
Pendidikan
TG Nik Aziz mendapat pendidikan awal dari ayahnya sendiri, Tuan Guru Haji Nik Mat Raja Banjar di kediamannya di Pulau Melaka. Beliau memiliki kelulusan dalam bidang Sarjana Perundangan Islam daripada Universiti al-Azhar di Mesir.[4] Ketika belajar, beliau pernah menjadi salah seorang saksi kepada Perang Arab-Israel.[perlu rujukan]
Beliau juga pernah belajar di:
Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat, Kelantan (3 Bulan) – 1936
Sekolah Pondok Tok Kenali Kubang Kerian, Kelantan
Sekolah Pondok Tok Guru Haji Abbas, Besut, Terengganu
Universiti Deoband, India – 1952
Universiti Lahore, Pakistan – 1957
Universiti al-Azhar, Mesir – Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab.
Universiti al-Azhar, Mesir – Sarjana Perundangan Islam.
Beliau mampu berkomunikasi dalam bahasa Arab, Urdu, Inggeris dan Tamil.[4] – Wikipedia

[HKR 112] Mat Sabu: Tiada Perarakan, Cuma Berjalan Lenggang Lenggok Ke Stadium Merdeka..

Posted: 10 Jan 2013 01:17 AM PST



Pengerusi Himpunan Kebangkitan Rakyat Mohamad Sabu memberi jaminan bahawa penganjur tidak akan mengadakan perarakan ke Stadium Merdeka bagi perhimpunan 12 Januari.

"Tidak ada perarakan, cuma berjalan lenggang lenggok secara bersantai ke sana," katanya sambil diiringi ketawa kecil wartawan.

Tambahnya, penganjur akan memaklumkan kepada ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar mengenai kesediaan Stadium Merdeka untuk membenarkan lokasi itu digunakan bagi perhimpunan tersebut.

Selain itu, penganjur juga akan menghantar wakil untuk bertemu ketua polis daerah Dang Wangi Zainuddin Ahmad esok bagi menyelaras kerjasama berhubung perhimpunan tersebut.

"Hasrat IGP mahukan perhimpunan ini himpunan yang bersejarah, aman, teratur sebelum pilihan raya umum kerana selepas ini Pakatan Rakyat akan mengambil alih melalui proses demokrasi.

"Himpunan ini akan menjadi rekod kepada negara dunia ketiga dengan memberi isyarat kepada SPR dan pengamal media kerajaan supaya menunaikan tuntutan rakyat.

"Kita tak mahu ambil alih (negara) melalui pertumpahan darah," katanya.

Selain itu, pihaknya akan menghantar delegasi itu bertemu dengan OCPD Dang Wangi Zainuddin Ahmad esok untuk menyelaraskan kerjasama bagi menjaya perhimpunan tersebut, katanya.

Seorang lagi anggota jawatankuasa penganjur, Tian Chua berkata beliau tidak melihat bahawa kekacauan akan berlaku dalam perhimpunan berkenaan.

"Pihak penganjur dan polis sentiasa mengadakan perbincangan dan dialog untuk memastikan ia berjalan dengan lancar," kata Tian.

Polis juga tidak meletakkan syarat yang melarang orang membawa kain rentang pada perhimpunan tersebut dan pihaknya memberi jaminan akan bekerjasama dengan pasukan keselamatan pada hari tersebut.

"Polis tidak akan membuat sekatan jalan raya. Polis memberi jaminan tidak akan ada halangan. Dan kita ada wakil untuk bantu orang ramai ke stadium.

Seorang lagi anggota jawatankuasanya, Hishamuddin Rais berkata, perhimpinan berkenaan antara lainnya akan diisi dengan ucapan pemimpin parti politik, NGO dan diselang seli dengan lagu dan bacaan puisi oleh Sasterawan Negara Datuk A Samad Said.

Pihak penganjut juga akan membaca deklarasi Himpunan Kebangkitan Rakyat dan diakhiri dengan bacaan doa oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat, katanya. -mk


Comandan Berjalan Lenggang Lenggok HKR #112 Stadium Merdeka

Masjid Negara -
YB Khalid Samad, YB Azmin Ali, YB Mujahid

Pasar Seni -
YB Elly Wong, YB Siti Mariah, YB Teresa Kok

Masjid Rahman(UM) -
Adam Adli, YB Nurul Izzah, Safwan Anang, Raja Iskandar, YB Ng Swee Lin

KLCC -
Mazlan Aliman, YB Husam Musa, YB Teng Chang Kim

Jalan Sultan -
Ishak Surin, YB Fuziah Salleh, Wong Tak, YB Tan Kok Wai

KL Sentral/Brickfields -
Arun (PSM), Rajaratnam, Faizal OkU, Mariah Chin

Menjelang PRU13, Putrajaya Arah Media Tempatan 'Menipu Rakyat'

Posted: 09 Jan 2013 04:59 PM PST


KUALA LUMPUR, 10 Jan — Putrajaya telah memberitahu media tempatan untuk "melembutkan hati rakyat" dan menyediakan lebih banyak berita baik sebelum pilihan raya umum (PRU) tahun ini bagi menunjukkan rekod pentadbiran Barisan Nasional (BN), kata eksekutif yang menghadiri siri mesyuarat secara senyap-senyap sejak Hari Tahun Baru.

The Malaysian Insider difahamkan bahawa pengarang berita akhbar dan televisyen juga diberitahu untuk memainkan cerita ekonomi yang positif dan bantahan komuniti perniagaan terhadap perhimpunan jalanan seperti perhimpunan Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) hujung minggu ini di Stadium Merdeka.

"Menteri mahu kami 'melembutkan hati rakyat' 'dengan berita positif dan program, "kata seorang eksekutif media yang menghadiri mesyuarat dipengerusikan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

"Tumpuan adalah lebih kepada masyarakat Cina dan India kerana BN merasakan tidak mendapat sokongan yang cukup daripada mereka," tambah eksekutif tersebut.

BN mengalami kekalahan bersejarah pada pilihan raya 2008, kehilangan empat negeri dan lebih satu pertiga daripada 222 kerusi parlimen kepada beberapa parti pembangkang - kemudiannya membentuk Pakatan Rakyat (PR) di bawah bekas timbalan perdana menteri yang dipecat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perubahan undi dikaitkan dengan rasa tidak puas hati meluas di kalangan masyarakat Cina dan India, yang membentuk minoriti signifikan dalam negara 28 juta penduduk.

Tetapi pakatan pembangkang sukar untuk mengembangkan pengaruh melalui media massa kerana kerajaan mengawal radio dan televisyen kebangsaan Radio Televisyen Malaysia (RTM), agensi berita Bernama dan cabangnya Bernamatv dan Radio24.

Kementerian Rais juga bertanggungjawab kepada perlesenan penyiar swasta seperti Syarikat Televisyen Malaysia Bhd (STMB), Astro, TV AlHijrah dan stesen radio swasta.

Difahamkan menteri telah meminta senarai program-program positif yang akan disiarkan dalam beberapa bulan akan datang menjelang pilihan raya 2013 yang kini dijangka akan diadakan sebelum minggu pertama April.

Mandat untuk kerajaan BN tamat pada 28 April ini tetapi pengerusi BN dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka mengadakan pilihan raya lebih awal.

"Menteri mahu senarai program yang akan dikemukakan kepada kepimpinan BN," kata seorang lagi eksekutif media yang menghadiri mesyuarat sama.

Tetapi eksekutif tersebut berkata terdapat kekeliruan oleh kerana kebanyakan kumpulan media sudah mengemukakan berita dan program-program mereka kepada Jabatan Perdana Menteri baru-baru ini.

"Terdapat terlalu ramai orang yang meminta senarai itu tetapi menteri menegaskan kita perlu menghantarnya semula," katanya.

The Malaysian Insider difahamkan BN sudah menubuhkan bilik perang pilihan raya di Putrajaya, memberi tumpuan kepada aktiviti-aktiviti media termasuk Jelajah Janji Ditepati - dianjurkan oleh TV3 dari STMB, yang merupakan sebahagian daripada Media Prima Bhd, kumpulan media dikaitkan dengan parti dominan BN, Umno.

Bilik perang pilihan raya juga mengendalikan aktiviti siber, termasuk membayar rombongan cybertroopers untuk memastikan BN dapat bersaing dengan PR yang telah menggunakan rangkaian sosial dan laman web untuk kesan lebih besar.

Walaupun adanya operasi itu, kementerian Rais sudah terbukti lebih berkesan dengan program-program di RTM dan mendapatkan penyiar swasta untuk menggeluarkan berita positif kerana kebanyakan pengundi di kawasan luar bandar masih bergantung kepada televisyen dan radio untuk berita dan maklumat mereka.

Malaysia mempunyai penembusan jalur lebar di bawah 70 peratus manakala tiga daripada lima isi rumah melanggan pembekal televisyen satelit Astro – turut mempunyai RTM, TV3 dan stesen tempatan lain-lain yang dikawal ketat.

"Kerajaan tahu bahawa orang masih menonton televisyen dan mendengar radio jadi ini pengaturcaraan positif boleh membuahkan hasil, "kata eksekutif televisyen tempatan yang berkata meja perniagaan beliau telah diminta untuk menyiarkan lebih banyak berita ekonomi positif.

Beliau mengatakan, rakan-rakan di media cetak juga diminta untuk melakukan tinjauan pendapat dari orang ramai, pemandu teksi, bas, dan peniaga bagi menunjukkan penghinaan mereka kepada perhimpunan jalanan yang sering dianjurkan oleh pembangkang untuk pelbagai sebab.

"Putrajaya mahu kita menunjukkan bahawa rakyat perlu menghormati Akta Perhimpunan Aman dan bukan protes semata-mata hujung minggu ini kerana ia boleh menyebabkan kesukaran ekonomi," tambah eksekutif tersebut.

Polis dan pengurusan Stadium Merdeka sudah meluluskan perhimpunan, pertama kali dalam sejarah kerana perhimpunan sebelumnya telah diharamkan dan menyebabkan kepada keganasan.

Penganjur perhimpunan bagaimanapun berhujah bahawa protes itu sebenarnya meningkatkan perniagaan untuk peniaga-peniaga kecil dan syarikat-syarikat pengangkutan awam. ~tmi

Dua Pemimpin Dunia Yang Menghafal Al-Quran

Posted: 09 Jan 2013 04:58 PM PST



HHafiz (penghafal Al-Quran) dan juga pemimpin negara. Itulah dua gelaran yang disandang oleh Mohammed Mursi dan Ismail Haniya.

Mursi tercatat sebagai Presiden Mesir pertama yang hafal Al-Quran.Beliau yang mempunyai nama lengkap Mohammed Mursi Issa Ayyat ini bersama isteri dan seluruh ahli keluarganya adalah penghafal Alquran.

Mursi menjadi Presiden ke-5 Mesir sejak 30 Jun 2012 yang lalu. Mursi menjadi Anggota Parlimen di Majlis Rakyat Mesir pada penggal tahun 2000-2005 dan seorang tokoh terkemuka di Ikhwanul Muslimin.

Sejak 30 April 2011, beliau menjabat jawatan Ketua Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP), sebuah parti politik yang didirikan oleh Ikhwanul Muslimin setelah Revolusi Mesir 2011. Beliau dipilih sebagai calon presiden dari FJP pada pilihan raya umum presiden Mei-Jun 2012 yang lalu.

Pada 24 Jun 2012, Lembaga Pemilihan Umum Mesir mengumumkan bahawa Mursi memenangi pilihan raya umum Presiden dengan mengalahkan Ahmed Shafik, Perdana Menteri terakhir di bawah kekuasaan Hosni Mubarak.

Selain Mursi, pemimpin dunia yang juga penghafal Al-Quran adalah Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniya. Bahkan anaknya yang bernama Aid berjaya menyempurnakan hafalan Al-Quran dalam 35 hari dan memperoleh gelaran mumtaz (sempurna).

Baik Mursi mahupun Haniya memiliki akar yang sama, iaitu Ikhwanul Muslimin.

Mursi mewakili sayap politik Ikhwan di Mesir melalui Parti Kebebasan dan Keadilan. Sedangkan Haniya adalah pemimpin Hamas yang didirikan oleh Syaikh Ahmad Yassin sebagai pemimpin perjuangan Ikhwanul Muslimin di Palestin. -HalimIslam

Selamat datang para pencinta perubahan

Posted: 09 Jan 2013 04:56 PM PST


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengalu-alukan kedatangan semua peserta ke himpunan bersejarah bagi rakyat Malaysia pada 12 Januari ini di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.


Ketuanya, Kamaruzaman Mohamad berkata, Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) bakal menyaksikan jutaan rakyat Malaysia berhimpun bagi menuntut sebuah kerajaan yang adil dan bersih.

Katanya, Himpunan Kebangkitan Rakyat yang menggabungkan 8 tuntutan daripada pelbagai NGO dan organisasi ini merupakan satu himpunan mega yang terakhir sebelum pilihanraya umum 13 nanti.

DPPWP juga, ujarnya mengucapkan tahniah kepada Ketua Polis Negara kerana telah menyatakan komitmen untuk mengawal keselamatan ketika himpunan itu berlangsung.

"Kerjasama yang penuh daripada pihak polis ini perlulah disambut para peserta himpunan dengan memberikan kerjasama penuh dalam menjayakan himpunan ini.

"Dengan komitmen yang telah diberikan oleh KPN ini maka seharusnya rakyat Malaysia tidak perlu gentar lagi untuk turun berhimpun di Stadium Merdeka pada Sabtu ini," ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau menambah, DPPWP ingin menyeru kepada semua rakyat Malaysia khususnya yang berada di Wilayah Persekutuan dan sekitar Lembah Klang untuk bersama-sama hadir ke himpunan aman itu.

Katanya, DPPWP mensasarkan seramai 10,000 orang anak muda WP dan Lembah Klang yang akan turut sama hadir menyertai himpunan bersejarah itu.

Beliau berkata, rakyat Malaysia yang inginkan perubahan dalam arus politik tanah air dan yang inginkan Malaysia bebas dari segala gejala yang tidak bermoral oleh pemimpin Malaysia seharusnya hadir bagi bersama-sama menuntut perubahan.

"Sudah tiba masanya untuk rakyat Malaysia bangkit menyatakan hasrat dan hak kita," ujarnya.

Justeru, kata beliau DPPWP sekali lagi menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk hadir dengan memakai pakaian sama ada berwarna hijau, merah, jingga dan kuning.

Tambahnya lagi, para peserta juga disarankan untuk hadir awal bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur ini.

"DPPWP juga inginkan mengingatkan kepada para peserta supaya menjaga akhlak semasa berhimpun nanti dan jangan mudah termakan dengan provokasi-provokasi daripada mana-mana pihak.

"Hadirlah dengan jiwa yang aman, dengan harapan yang menggunung dan penuh iltizam kepada Allah SWT agar Umno BN dapat dikuburkan dalam PRU13 akan datang," ujarnya.

Selamat Datang Para Pencinta Perubahan! -Hrkh

PENYAPU SIAL

Posted: 10 Jan 2013 01:04 PM PST

PENYAPU SIAL


timbalan menteri pelajaran kaki fitnah ...DAP buat laporan polis....!!!!

Posted: 09 Jan 2013 02:22 PM PST

geng syaitan yang di kenali  memang kaki fitnah

laporan polis yang di buat oleh DAP

DAP kelmarin  telah  membuat laporan polis berkenaan kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi (gambar) dan tiga akhbar iaitu Utusan Malaysia, Berita Harian dan New Straits Times ke atas dakwaan berunsur fitnah yang disiarkan dalam akhbar tersebut pada 8 Januari 2013.

Menurut Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Zairil Khir Johari, beliau membuat laporan polis atas kenyataan Mohd Puad dalam Utusan Malaysia yang mengatakan parti tersebut mencetak 100,000 Bible dalam Bahasa Malaysia menggunakan kalimah Allah dan kemudiannya diedarkan secara percuma di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.

“Dakwaan Dr Mohd Puad Zarkashi yang disiarkan dalam ketiga-tiga akhbar tersebut adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali. Ia merupakan fitnah jahat yang bertujuan untuk menghasut sentimen perkauman dan agama, serta untuk membangkitkan kebencian terhadap DAP di kalangan rakyat yang beragama Islam.

“Sepertimana yang sudah ditekankan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam kenyataannya semalam, DAP bukan parti yang berkait dengan mana-mana agama. Pendirian parti menganggap agama itu adalah hal peribadi dan tidak harus dipergunakan atau dipolitikkan.

“Tambahan pula, DAP tidak mempunyai sumber kewangan ataupun keupayaan untuk mencetak dan mengedar 100,000 naskhah Bible Bahasa Malaysia seperti yang didakwa,” kata Zairil dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Zairil, laporan Berita Harian yang bertajuk “DAP didakwa mahu edar 100,000 Bible Melayu” pula mengulangi dakwaan tersebut, serta melaporkan bahawa Mohd Puad “mendakwa menerima maklumat itu daripada sumber sahih tapi enggan mendedahkannya.”

Dalam laporan New Straits Times bertajuk “Bible move a ploy to win votes”, Mohd Puad telah dipetik sebagai berkata dalam sidang akhbar di Putrajaya bahawa “The opposition party is planning to print at least 100,000 copies of the Holy Book and will be distributing it for free in several states, including Kedah and Kelantan.” (Parti pembangkang (DAP) bercadang untuk mencetak sekurang-kurangnya 100,000 naskhah Bible dan mengedarkannya secara percuma di beberapa negeri, termasuk Kedah dan Kelantan.)

“Memandangkan Dr Mohd Puad serta akhbar-akhbar tersebut tidak menarik balik dakwaan liar mereka atau menyiarkan penjelasan yang dibuat oleh Setiausaha Agung DAP semalam, maka tindakan untuk membuat laporan polis telah diambil.

“Justeru, kami berharap dan memohon agar pihak polis mengambil tindakan siasatan segera ke atas mereka yang bertanggungjawab dalam penaburan fitnah yang bahaya ini,” kata Zairil lagi.

Semalam, ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menuntut Mohd Puad meminta maaf dan juga menarik balik kenyataannya bahawa DAP akan mencetak 100,000 naskhah Bible Bahasa Melayu.

Lim berkata, kenyataan Mohd Puad langsung tidak masuk akal kerana DAP tidak pernah terlibat dengan hal ehwal parti, dan sebuah parti sekular.

“Pendirian parti adalah agama merupakan hal peribadi dan tidak harus dipergunakan atau dipolitikkan,” kata Lim lagi.

apa pula trik kerajaan haramjadah najib kali ini..???...selepas berdolak dalik oleh kerajaan , akhirnya Pakatan Rakyat dapat kebenaran guna Stadium Merdeka untuk berhimpun

Posted: 09 Jan 2013 02:08 PM PST

Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) mengesahkan mereka menerima kebenaran dari pihak pengurusan Stadium Merdeka untuk menggunakan stadium tersebut bagi mengadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat Sabtu ini.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (gambar), Naib PKR Chua Tian Chang dan ahli strategi DAP Liew Chin Tong berkata demikian dalam sidang media bersama dan mereka akan menghantar delegasi untuk bertemu dengan pengurusan Stadium Merdeka pagi ini

“Tak ada syarat-syarat (yang dikenakan oleh Stadium Merdeka),” kata Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu kepada media di ibu pejabat PAS hari ini.

“Bayaran deposit RM75,000. Itu kita akan tunaikan,” katanya lagi.

Mohamad menambah sayap pemuda PAS, PKR dan DAP, dan juga badan bukan kerajaan (NGO) akan mengadakan dua perhimpunan berasingan di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur malam sebelum perhimpunan.

Apabila ditanya adakah orang ramai akan berarak ke stadium Sabtu ini, Mohamad menjawab: “Kami berjalan, bukan berarak.”

Beliau berkata polis dan perbadanan Stadium Merdeka melarang penganjur dari meletakkan kain rentang semasa perhimpunan.

Chua berkata polis tidak akan membuat sekatan jalan kali ini.

“Kita tidak mahu melihat keganasan,” katanya lagi.

Selepas penganjur perhimpunan bertemu dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar semalam, mereka berkata polis akan mengawal perhimpunan tersebut dengan aman dan menjadi “peristiwa bersejarah”.

Aktivis Hishamuddin Rais, yang turut hadir dalam sidang media berkata, pihak penganjur akan berbincang untuk ruang kapasiti Stadium Merdeka dengan pihak pengurusan stadium esok.

Perhimpunan 12 Januari akan menyaksikan pelbagai gerakan tuntutan menjelang pilihan raya umum tahun ini, termasuk menutup kilang Lynas di Kuantan, menuntut bayaran royalti lebih adil kepada negeri pengeluar minyak, pendidikan percuma dan pilihan raya yang adil.

Penganjur perhimpunan mensasarkan satu juta orang akan hadir dengan pelbagai warna melambangkan kumpulan — hijau mewakili kumpulan anti-Lynas, kuning mewakili gabungan menuntut pilihan raya adil Bersih 2.0, oren untuk anti-Felda Global Venture Holdings (FGVH) dan merah untuk menuntut royalti petroleum.

Addin

Posted: 10 Jan 2013 11:47 AM PST

Addin


Panas!! Polis Menyamar Jadi Peserta HKR #KL112?

Posted: 10 Jan 2013 08:17 AM PST


Maklumat ni Addin terima dari rakan FB, sejauh mana kebenaran dakwaan beliau Addin tak berapa pasti. Yang pasti kepada semua peserta HKR # KL112 perlu lebih berhati-hati dan sentiasa berwaspada. 

Provokasi pasti akan berlaku di mana-mana kerana ramai golongan yang tak suka dengan suara kebangkitan rakyat ni terutamanya pencacai Umno.


Apa pun kepada semua peserta HKR # KL112 jangan pergi bersendirian tetapi pergi lah dengan sahabat, lagi ramai dapat di hasut lagi bagus.

Yang paling penting jaga keselamatan.. insya Allah kita berjumpa di Stadium Merdeka bagi memerdekakan negara ni dari pemerintahan rejim Umno BN yang telah berkuasa selama 55 tahun.. dah lama dah!!



Iklan C (ii)



Taib Mahmud 'Demam' Lihat Kehadiran Ceramah Anwar Ibrahim

Posted: 10 Jan 2013 06:11 AM PST


Benarlah kata pepatah lama, sekali air bah, sekali pantai berubah. Begitulah yang boleh diumpamakan apabila melihat sambutan kebangkitan rakyat nun jauh di Sarawak sudah mula menampakkan kesan ketara hingga mengejutkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim semasa mengadakan siri lawatan ke negeri itu hujung minggu lalu.

Semuanya kerana perubahan yang diinginkan rakyat sudah tidak dapat ditahan hinggakan mencemaskan ketua menteri, Taib Mahmud kerana maklum balas positif terhadap ceramah yang diadakan di kubu kuat anaknya sendiri!

Kota Samarahan, begitulah nama kawasan parlimennya yang tidaklah jauh dari ibu negeri Kuching namun sebelum pilihanraya negeri April tahun lalu, parlimen ini dijaga begitu ketat oleh Taib setelah ahli parlimen yang merupakan anak kandungnya, Sulaiman Abdu Rahman menghilangkan diri sejak 2010 lagi berkelana ke kota London.

Kini kawasan parlimen tersebut dijaga orang kuatnya, Abdul Karim Hamzah yang juga merupakan ADUN Asajaya sejak kehilangan Sulaiman menimbulkan spekulasi bahawa dia disingkirkan dari keluarganya.

Satu lagi DUN dalam parlimen ini ialah Muara Tuang yang mana calon PAS hampir saja menang tanpa bertanding jika tidak kerana tindakan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menyelamatkan adik Taib, Ali Mahmud dari menanggung malu.

Kehadiran lebih 3,000 penduduk Kota Samarahan semasa ceramah Anwar Sabtu lalu rupanya mengejutkan Taib selaku presiden Parti Pesaka Bumiputera (PBB) yang menguasai kerajaan negeri sejak 1981.

Belum pernah ceramah sebesar ini diadakan oleh mana-mana pihak termasuk PBB sendiri yang mampu mengumpul sejumlah besar masyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnik di kawasan parlimen yang mempunyai lebih 29 ribu pengundi berdaftar ini.

Malah, Abdul Karim sendiri tidak menyangka sambutan hangat diberikan terhadap ceramah Anwar kerana merasakan rakyat pedalaman tidak mengikuti perkembangan semasa tanah air selain cukup dengan keperluan asas yang sedia ada.

Walaupun Sulaiman menang dengan majoriti besar 11,418 undi namun penganalisis berpendapat ia banyak bergantung kepada Taib dan bukannya kepada kekuatan Sulaiman sendiri sebagai ahli politik.

Lebih membimbangkan, sejak kehilangan Sulaiman, pengaruh Taib dilihat merosot dan buktinya apabila kedua-dua kerusi DUN dalam parlimen itu menunjukkan penurunan undi ketara buat PBB lebih setengah dari pilihanraya negeri sebelumnya.

ADUN Batu Lintang, See Chee How menganggap gelombang perubahan sudah mula menakutkan BN kerana masakan tidak, mereka sendiri mengakui bakal kehilangan kerusi dalam pilihanraya umum akan datang sekiranya masalah seperti ini tidak diselesaikan segera.

Terdahulu, Anwar dalam mesyuarat pimpinan KEADILAN negeri optimis mampu meraih 10 kerusi parlimen daripada 31 keseluruhan dan Kota Samarahan merupakan salah satu daripada sasarannya.

Gembira dengan sambutan mengejutkan tersebut membuatkan Anwar mengambil keputusan untuk datang lagi ke negeri ini dalam masa terdekat bagi menggempur lagi beberapa kerusi parlimen yang berpotensi seperti Mas Gading dan Julau.

Kini Taib harus ada perasaan bimbang dan gusar dengan perkembangan ini hingga terpaksa mengutus empat wakil parti untuk berjumpa dengan Anwar kunun mahu berbincang dan bertukar pendapat tentang politik semasa namun Anwar berhati-hati dengan sebarang kenyataan yang dikeluarkan dari mereka.

Najib Altantuya yang membuat keputusan mahu menggugurkan sembilan ahli parlimen PBB termasuk Sulaiman menaikkan darah Taib hingga sanggup mengutus wakil bertemu Anwar tanpa memberitahu 'bosnya' itu di Kuala Lumpur. ~jalanpulang






Iklan C (ii)


3 DUN Bubar Sebelum Parlimen

Posted: 10 Jan 2013 03:43 AM PST

KUALA LUMPUR 9 Jan. - Tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) akan terbubar dengan sendirinya sebelum 28 April ini iaitu tarikh Parlimen bubar secara automatik jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menetapkan sebarang tarikh pembubaran Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 diadakan. Tiga DUN yang terbabit itu ialah DUN Melaka, DUN Negeri Sembilan dan DUN Perak.DUN Melaka terbubar dengan sendirinya pada 21 April ini, diikuti DUN Negeri Sembilan dan DUN Perak pada 25 April.

Pembubaran DUN di negeri-negeri lain pula kebanyakannya berlaku selepas tarikh Parlimen dibubarkan.Penentuan tarikh pembubaran sesebuah DUN mahupun Parlimen adalah berdasarkan kepada tarikh persidangan pertama selepas pilihan raya umum.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof yang mengulas perkara itu berkata, sebaik sahaja terbubarnya Parlimen atau DUN secara sendiri, SPR diberi kuasa menjalankan pilihan raya dalam tempoh 60 hari bermula dari tarikh pembubaran tersebut.

Tambah beliau, sehubungan itu, pilihan raya umum perlu diadakan selewat-lewatnya antara akhir Jun sehingga awal Julai ini.

"Walau apa pun, berdasarkan peruntukan undang-undang PRU-13 mesti diadakan tahun ini juga," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar pula ketika mengulas perkara sama berkata, SPR mempunyai tempoh masa panjang untuk mengadakan pilihan raya sebaik Parlimen dan DUN dibubarkan sama ada dengan sendiri atau berdasarkan kepada ketetapan tarikh oleh Perdana Menteri.

"Oleh itu, SPR akan menggunakan tempoh 60 hari itu sebaik-baiknya dalam usaha memastikan pilihan raya di peringkat Parlimen dan DUN diadakan serentak.

"Saya akui terdapat beberapa DUN yang telah memulakan persidangan sebelum sidang Parlimen pada 28 April ini tetapi itu tidak menjadi masalah kerana tempoh sidang DUN-DUN terbabit tidak jauh dari tarikh pembubaran Parlimen," jelasnya.

Sementara itu, Abdul Aziz ketika ditanya mengenai persiapan pilihan raya umum berkata, sebanyak 200,000 petugas pilihan raya telah bersiap sedia menjalankan tugas masing-masing sebaik tarikhnya diumumkan Perdana Menteri.

"Begitu juga dengan persiapan dan persediaan kita dari segi logistik dan kemudahan pengangkutan. Kita mahu memastikan PRU-13 kali ini berjalan lancar," katanya.

Dalam pada itu ketika ditanya kemungkinan pilihan raya umum akan datang diadakan pada cuti persekolahan hujung Mac ini, beliau berkata, hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui. ~mp



Iklan C (ii)


Wajib Baca!! Lokasi Berkumpul Untuk Menuju Ke Stadium Merdeka

Posted: 10 Jan 2013 02:25 AM PST


KUALA LUMPUR 10 Jan: Peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) Sabtu ini diberi pilihan untuk berkumpul bersama pimpinan Pakatan Rakyat, NGO dan lain-lain kumpulan sebelum meneruskan perjalanan ke Stadium Merdeka.

Berikut beberapa lokasi bersama senarai kumpulan mengikut laluan masing-masing yang ditetapkan.

Masjid Universiti Malaya Jalan Pantai
Adam Adli – mahasiswa
Safuan Anang – mahasiswa
Raja Iskandar – PAS
YB Nurul Izzah
YB Ng Swee Lim

Brickfields
Aruchelvam – PSM
Maria Chin Abdullah – Empower
Raja Ratnam – Warga Aman
Faizal – OKU
Zunar – seniman dan kartunis

KLCC (Anak & Royalti)
Mazlan Aliman – Anak
YB Hussam Musa
YB Teng Chang Kim

Jalan Sultan (Selamatkan Kampung Warisan)
Cikgu Ishak Surin – Muafakat
YB Tan Kok Way

Pasar Seni (Wanita)
YB Dr Siti Mariah
YB Teresa Kok
YB Elizabeth Wong

Dataran Merdeka (Kumpulan Hijau)
YB Ronnie Liu
Wong Tuck

Kelab Sultan Sulaiman
SAMM
Anak-anak muda
Chegu Bard

Masjid Negara
YB Azmin Ali
YB Mujahid Rawa
YB Khalid Samad
termasuk warga kota yang singgah beribadat.


~keadilandaily



Iklan C (ii)


Panas!! Kem Mahathir Bakal Singkirkan Najib?

Posted: 10 Jan 2013 02:03 AM PST

Nampaknya Malaysia akan mendapat Perdana Menteri sebelum pilihan raya umum, yang dijangka akan diadakan pada bulan Jun. Perdana Menteri Najib Razak yang sedang menghadapi pelbagai tekanan dijangka meletak jawatan tidak lama lagi untuk memberi laluan kepada Muhyiddin Yassin, atas sebab-sebab kesihatan, tetapi akhirnya, Najib yang berusia 59 tahun akan menjadi mangsa terbaru persengketaan parti Umno dan perasaan khuatir akan kehilangan kuasa terhadap kerajaan persekutuan kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.

Pada hujung minggu, khabar angin bertiup kencang menyatakan bahawa Najib akan membubarkan Parlimen pada 26 Januari dan ini antara usaha untuk mencari jalan agar Muhyddin dan bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad boleh menggulingkan Najib sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri negara sebelum PRU ke- 13 diadakan.

Cakap-cakap itu telah diganti pula oleh spekulasi panas bahawa Najib telah jatuh sakit. Menurut Sarawak Report, para doktornya telah diletakkan dalam keadaaan berjaga-jaga pada hujung minggu lalu.

Tidak dinafikan terdapat banyak tekanan pada Najib dan isterinya Rosmah Mansor terutama sekali sejak beberapa minggu yang lalu apabila mereka menjadi sasaran rentetan pendedahan rasuah oleh ahli perniagaan kontroversi Deepak Jaikishan.
Apabila pasangan pertama ini tidak menjawab apa-apa dakwaan serius dan juga 'ketiadaan' Najib di mata awam sejak dua minggu lalu telah menimbulkan syak wasangka bahawa ada sesuatu telah berlaku. Ada juga berspekulasi bahawa Najib mungkin telah ke luar negara untuk menerima rawatan.

"Apa yang kita minta ialah supaya pentadbiran BN menjelaskan dengan segera keadaan sebenar. Kita semua tahu bahawa ada sesuatu yang tidak kena apabila PM tiada kelihatan.

Tiada kenyataan telah dikeluarkan berkenaan ketiadaannya dan tiada juga kenyataan dari mereka bagi menangkis dakwaan serius yang telah dibuat oleh Deepak," Ahli Parlimen PKR kawasan Batu, Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.

Meraih undi simpati dari pengundi Melayu yang keliru

Najib mengambil alih sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri negara yang ke- 6 pada April 2009 selepas membantu Mahathir dan Muhyiddin menggulingkan Abdullah Badawi yang dipersalahkan atas prestasi lemah Umno-BN dalam pilihan raya 2008. Sekarang, ironinya, Najib pula mendapati dirinya diketepikandengan cara yang sama sepertimana dia telah menjadikan Badawi terasing dari dunia politik.
Ia merupakan rahsia yang diketahui umum bahawa 'panglima' Umno sedang merebut kerusi untuk bertanding pada PRU ke-13 dan Najib telah mengikut kata hatinyadenganmembuat keputusan bahawa dia akan kekal dalam kuasa.

Walaupun bermacam-macam cerita telah diputar oleh media dari kedua-dua belah pihak, semua tahu bahawa Najib dan Rosmah hanya mahu mengadakan pilihanraya selepas tempoh 5 tahun Umno berakhir, manakala Muhyiddin dan Mahathir mahukan pilihanraya diadakan seawal tahun lepas.

Apabila Muhyddin memberitahu akhbar pada awal tahun baru bahawa adalah lebih baik jika tarikh PRU ke-13 kekal 'misteri', ia terus merangsang 'teori konspirasi' yang sedang hangat diperkatakan bahawa Najib akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Muhyiddin kemudian akan mengambil alih dan membenarkan Parlimen tamat tempoh tanpa dibubarkan, dengan Suruhanjaya Pilihan Raya yang pro-BN mengadakanpilihanraya di seluruh negara hanya pada bulan Jun supaya membolehkan 'luka' dalaman Umno untuk sembuh dan negara, terutamanya pengundi Melayu yang berpengaruh membiasakan diri dengan PM baru yang menerajui negara.

"Mereka berharap pada imej pro-MelayuMuhyiddinuntuk membolehkan Umno-BN mengekalkan kuasa serta ketakutan orang Melayu kepada sesuatu yang tidak mereka ketahui dan simpati kepada Najib yang sedang sakit - jika benar dia sedang sakit - untuk membantu mereka," kata Tian.

"Kami kini dalam zon yang samar-samar kerana tidak tahu apakah helah Umno-BN seterusnya untuk berpaut kepada kuasa. Semuanya akan bergantung kepada pengumuman yang akan dibuat dalam beberapa hari akan datang. Kemudian barulah kami akan mendapatkan gambaran yang lebih jelas."
Muhyiddin yang bercita-cita tinggi & 'kamikaze' Dr M

Pada pertengahan bulan Disember, sumber-sumber politik telah memberitahu Malaysia Chronicle bahawa bahagian Umno di tiga negeri - Johor, Terengganu dan Perak - telah memulakan usaha memaksa Najib untuk berundur, dengan memberi alasan meningkatnya kes-kes skandal terutama sekali rasuah berkaitan pembelian kapal selam Scorpene dan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Antara petanda awal perbalahan dalaman UMNO sedang memuncak adalah khabar angin mengenai rusuhan kaum yang telah disebarkan oleh beberapa blogger pro-UMNO. Perbuatan pemimpin UMNO dan sekutunya seperti Ibrahim Ali dan Shahrizat Jalil menakut-nakutkan orang ramai dengan berulangnya rusuhan kaum 13 Mei 1969 yang telah meninggalkan beribu-ribu cedera dan ratusan kehilangan nyawa telah mengeruhkan lagi keadaan.

Mewujudkan ketakutan dengan menggunakan ancaman rusuhan kaum untuk mematahkan kebangkitan rakyat adalah 'lambang' taktik yang digunakan oleh Umno untuk menyembunyikan pertelingkahan dalaman. Rusuhan 13 Mei telah didedahkan sebagai konspirasi Umno untuk menggulingkan presiden ketika itu, Tunku Abdul Rahman.

Ia adalah perebutan kuasa yang telah membolehkan ayah Najib, Abdul Razak Hussein dan Mahathir Mohamad memegang kuasa. Oleh itu, apabila timbul cakap-cakap menyemarakkan insiden Mei 13 baru-baru ini, pemerhati politik mula berjaga-jaga.

Membenarkan Najib untuk keluar dengan cara terhormat

Pemerhati Umno percaya bahawa Mahathir Mohamad, 'pemain boneka' utama dalam Umno, telah memutuskan untuk menjadikan Muhyiddin bonekanya dan kesan saat-saat akhir dalam kepimpinan walaupun ramai telah memberi amaran bahawa ia bakal menambahkan kesan yang lebih teruk bagi perbalahan dalam Umno .

Kerana itulah mereka mewujudkan khabar angin 'strok kecil' untuk membenarkan Najib berundur dengan cara yang terhormat atas sebab-sebab kesihatan. Sama ada benar atau tidak Najib sakit bukanlah perkara utama. Bagi pesaingnya dalam Umno, kesihatan yang kurang memuaskan adalah semata-mata memberi Najib sebab untuk 'menyerahkan' kuasanya.

"Mahathir adalah seorang pejuang kamikaze (berani mati). Dia tidak perlukan undang-undang darurat atau mana-mana undang-undang jika dia mahu melakukan sesuatu. Lihatlah bagaimana dia membubarkan UMNO lama dan mencipta UMNO Baru, lihatlah bagaimana dia melemparkan Anwar Ibrahim ke dalam penjara, diisytiharkan perang habis-habisan ke atas Abdullah Badawi, " kata seorang pemerhati politik veteran kepada Malaysia Chronicle.

"Tetapi pilihan melambatkan PRU ke-13 dan mengenakan undang-undang ketenteraan bukanlah pilihan bagi mereka. Panglima UMNO tahu jika mereka berbuat demikian, mereka berkemungkinan besar dimasukkan ke dalam penjara dan dihina. Ia adalah lebih baik untuk bertarung di peti undi. Lagipun, mereka telah melakukan banyak penyelewengan pada daftar undi yang begitu banyak kekayaan di luar negara, mereka mungkin akan mencuba nasib mereka di mahkamah jika rejim baru memerintah bakal mendakwa mereka kerana merompak. "

"Sudah tidak syak lagi Mahathir telah cuba untuk menukar PM untuk meningkatkan semangat dalam UMNO sebelum bertarung dalam PRU ke-13 Dia selalu menjadi orang yang paling berani bertaruh berbanding yang lain.

Dia bersedia untuk memperjudikan segalanya untuk menang besar dengan menggunakan imej pro-Melayu Muhyiddin. Untuk berbuat demikian, mereka akan membangkitkan sentimen Melayu. Setakat ini, yang ada hanyalah retorik.

Sekarang kita sudah mendengar cerita tentang rusuhan kaum. Oleh itu, ada kemungkinan besar apa yang berlaku seterusnya adalah kejadian yang sebenar. Khabar angin bahawa mereka boleh membangkitkan insiden kecil di sana sini untuk mengumpul kemarahan orang Melayu dan mereka boleh melakukan ini dengan bantuan samseng UMNO dan kongsi gelap Cina dan India." ~malaysiachronicle



Iklan C (ii)


Gelagat Memalukan Seorang Isteri PM..

Posted: 09 Jan 2013 10:54 PM PST

KUALA LUMPUR 10 Jan: Menjelekkan apabila Datin Seri Rosmah Mansor berbelanja mewah tetapi rakyat miskin yang sedang bergelut dalam kehidupan seharian hanya diberi makan sisa roti menerusi Program Roti 1Malaysia.

Naib Ketua Wanita KEADILAN, Norsham Abu Samah berkata, isteri Perdana Menteri tidak ikhlas dan berpura-pura baik membuat amal kebajikan dengan meminta lebihan roti daripada hotel mewah dikutip untuk diberi kepada golongan daif.

"Untuk bantu golongan miskin tapi beri roti lebihan amat menjengkelkan. Agaknya Rosmah tiada naluri keibuan. Memberi makan kepada orang yang memerlukan mestilah makanan berkualiti, bukannya sisa.

"Mungkin orang Umno BN rasa bangga dengan sikap Rosmah, tetapi sebenarnya tindakan beliau itu tidak patut," katanya ketika dihubungi.

Beliau mempersoal Rosmah kerana memperlekeh golongan kurang kemampuan.

"Kebajikan apa namanya jika bantuan yang disampaikan umpama tidak ada perasaan. Kalau nak tolong, biar makanannya elok. Ini buktinya Umno BN tiada belas kasihan kepada orang miskin.

"Mereka hanya tahu bolot harta negara. Lebihannya baru difikirkan untuk diberikan kepada rakyat," ujar Haniza.

Program Roti 1Malaysia merupakan usaha untuk mengumpul roti lebihan daripada hotel mewah untuk diagihkan ke rumah kebajikan, dan golongan memerlukan.

Rosmah semasa pelancaran program tersebut 7 Januari lalu malah merayu agar Program Roti 1Malaysia diperluas untuk meliputi Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak (Permata) di bawah naungannya. ~kd




Iklan C (ii)


Pencacai Umno Anjur Himpunan Shamsidar Di Stadium Bukit Jalil Sabtu Ni

Posted: 09 Jan 2013 06:27 PM PST


Himpunan Shamsidar yang dianjurkan oleh pakatan pembangkang Selangor iaitu Umno dijadual berlangsung pada 12 Januari 2013, Sabtu ini. Mereka memilih lokasi Stadium Bukit Jalil sebagai tempat berhimpun untuk memperjuangkan Shamsidar kot..

Tapi yang lebih penting kepada semua rakyat Malaysia kita pakat-pakat turun ke Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka. Kita tumpaskan himpunan keji tajaan Umni ni..


Himpunan dibenar di Stadium Nasional Bukit Jalil

KUALA LUMPUR 9 Jan. - Pengurusan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) tiada halangan untuk meluluskan permohonan pakatan pembangkang menggunakan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai lokasi Himpunan Shamsidar yang dijadualkan pada Sabtu ini.
Ketua Pegawai Eksekutif PSM, Ahmad Halmi Harun dalam kenyataannya di sini hari ini berkata, penganjur bagaimanapun perlu mematuhi prosedur tempahan dan penggunaan selaras dengan kelulusan yang diberi PSM.

"Penganjur perlu mematuhi prosedur tempahan dan penggunaan seperti menjelaskan deposit dan sewa selain memastikan tidak berlaku kerosakan ke atas harta hak milik awam.

"Mereka juga dinasihatkan supaya tidak mengganggu gugat pihak lain yang berada di sekitar Kompleks Sukan Negara dan syarat lain yang ditetapkan di dalam borang tempahan acara," katanya.

Beliau berkata, PSM memberi kelulusan berdasarkan permohonan menyewa stadium tersebut yang dikemukakan secara rasmi oleh pengerusi penganjur, Mohamad Sabu. ~utusan


Iklan C (ii)


Babi Masuk Mahkamah Majistret

Posted: 09 Jan 2013 05:38 PM PST

Babi 'masuk' Mahkamah Majistret, kejar anggota JPAM dan orang awam 
ALOR GAJAH - Suasana pekarangan tempat letak kenderaan Mahkamah Majistret di sini, kecoh seketika apabila muncul seekor babi jantan yang sesat dipercayai dari hutan berhampiran.

Kejadian itu disedari beberapa pekerja mahkamah kira-kira jam 8.30 pagi semalam, apabila melihat seekor haiwan berwarna kelabu gelap berlari sambil menyondol pagar kawat.

Saksi yang juga pelawat mahkamah, Ahmad Harun, 52, berkata, sebaik tiba di bangunan mahkamah, dia ternampak babi itu sedang tidur dalam longkang di hadapan bangunan mahkamah sebelum bangkit dan keluar.

"Ketika naik ke tingkat satu, saya terkejut melihat babi itu sedang tidur dalam longkang berdekatan bangunan dan keluar beberapa minit kemudian sebelum memanjat tebing pagar kawat.

"Kemudian saya lihat babi itu berlari di sepanjang tepi pagar sambil menyondol untuk mencari laluan keluar, namun gagal sebelum berpatah semula sehingga disedari pekerja kantin mahkamah," katanya.

Menurutnya, keadaan agak kecoh kerana pekerja kantin dan orang awam bimbang akan disondol babi itu yang mengganas sebelum seorang kakitangan mahkamah menghubungi Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan Perhilitan.

Sementara itu, Ketua Skuad JPAM Alor Gajah, Ismail Zulkefeli Ahmad berkata, ketika tiba di lokasi kejadian, babi itu masih berlari di tepi pagar.

Menurutnya, babi itu mula mengejar anggota JPAM dan orang awam, namun tergelincir tetapi berjaya bangun sebelum naik ke atas tebing pagar berkenaan.

"Pergerakan babi itu mula perlahan mungkin disebabkan kepenatan selepas berlari untuk mencari jalan keluar dan anggota mengambil meletakkan sangkar di atas tebing yang menjadi laluannya.

"Namun selepas melihat pergerakan babi itu kembali berlari laju, anggota JPAM meletakkan sangkar di hadapannya dan berjaya memerangkapnya, namun babi itu meronta sehingga sangkar terbalik sebelum jatuh ke bawah," katanya.

Katanya, disebabkan rontaan kuat, besi penutup sangkar tercabut sehingga memberi ruang kepada babi itu keluar dan mengejar anggota sebelum naik ke tebing di tepi pagar.

Sementara itu, anggota Perhilitan, Mohd Razak Sadikon berkata, ketika tiba di lokasi kejadian, beliau melihat babi itu semakin agresif sehingga memaksa pihaknya menembak kaki haiwan berkenaan.

"Tembakan pertama mengena di bahagian badan dan kaki babi itu mengakibatkannya terjatuh ke bawah sebelum tembakan kedua dilepaskan ke bahagian kepalanya," katanya. Katanya, akibat tembakan itu, babi berkenaan mati. ~sinar




Iklan C (ii)


MB Kelantan Tegur Pemimpin PAS Merokok

Posted: 09 Jan 2013 05:29 PM PST

MB Kelantan tegur pemimpin Pas merokokKOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegur sesetengah penyokong dan pemimpin parti di negeri ini yang merokok dalam khalayak ramai memandangkan sebelum ini beliau pernah melarang tabiat itu.

Teguran dalam nada sinis itu dibuat Nik Aziz ketika berlangsungnya program kerajaan negeri di sebuah hotel di sini, semalam kerana melihat tabiat individu yang merokok pada masa sama memakai kopiah.

Nik Aziz berkata, bukan sahaja beliau tidak suka kepada tabiat merokok bahkan individu itu sendiri perlu sedar bahawa ia tidak baik untuk kesihatan sama sekali.

"Kopiah cotek atas kepala, mereka ini seolah-olah berlagak seperti seseorang yang mempunyai pistol menunjuk-nunjuk kepada khalayak umum walaupun mempunyai lesen. Lepas tu puntung rokok dilemparkan merata-rata tempat," katanya dalam ucapan perasmian Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan di sini, semalam.

Berikutan keseriusan beliau dalam mencegah tabiat buruk itu, Nik Aziz juga bertegas tidak akan melantik ahli majlis daerah dan anggota berkuasa tempatan di negeri ini dalam kalangan perokok sebagaimana syarat ditetapkan terhadap calon pilihan raya sebelum ini.

Nik Aziz berkata, perkara itu ditekankan untuk mendisiplinkan individu yang dipilih sebagai pemimpin di setiap pihak berkuasa tempatan lagipun baginya tabiat merokok itu boleh memudaratkan kesihatan.

Menurutnya, sebelum ini Pas tidak memilih calon-calon yang merokok dan kini kerajaan negeri tidak akan membenarkan individu merokok menjadi pemimpin di bawah pentadbirannya.

"Saya pantang kalau merokok. Bagi saya, saya tidak akan pilih mereka yang merokok jadi ahli majlis seperti juga calon wakil rakyat. Lain lah kalau saya tidak tahu," katanya.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan. ~sinar


Iklan C (ii)


Menjelang PRU13, Putrajaya Arah Media Tempatan 'Menipu Rakyat'

Posted: 09 Jan 2013 04:58 PM PST


KUALA LUMPUR, 10 Jan — Putrajaya telah memberitahu media tempatan untuk "melembutkan hati rakyat" dan menyediakan lebih banyak berita baik sebelum pilihan raya umum (PRU) tahun ini bagi menunjukkan rekod pentadbiran Barisan Nasional (BN), kata eksekutif yang menghadiri siri mesyuarat secara senyap-senyap sejak Hari Tahun Baru.

The Malaysian Insider difahamkan bahawa pengarang berita akhbar dan televisyen juga diberitahu untuk memainkan cerita ekonomi yang positif dan bantahan komuniti perniagaan terhadap perhimpunan jalanan seperti perhimpunan Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) hujung minggu ini di Stadium Merdeka.

"Menteri mahu kami 'melembutkan hati rakyat' 'dengan berita positif dan program, "kata seorang eksekutif media yang menghadiri mesyuarat dipengerusikan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

"Tumpuan adalah lebih kepada masyarakat Cina dan India kerana BN merasakan tidak mendapat sokongan yang cukup daripada mereka," tambah eksekutif tersebut.

BN mengalami kekalahan bersejarah pada pilihan raya 2008, kehilangan empat negeri dan lebih satu pertiga daripada 222 kerusi parlimen kepada beberapa parti pembangkang - kemudiannya membentuk Pakatan Rakyat (PR) di bawah bekas timbalan perdana menteri yang dipecat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perubahan undi dikaitkan dengan rasa tidak puas hati meluas di kalangan masyarakat Cina dan India, yang membentuk minoriti signifikan dalam negara 28 juta penduduk.

Tetapi pakatan pembangkang sukar untuk mengembangkan pengaruh melalui media massa kerana kerajaan mengawal radio dan televisyen kebangsaan Radio Televisyen Malaysia (RTM), agensi berita Bernama dan cabangnya Bernamatv dan Radio24.

Kementerian Rais juga bertanggungjawab kepada perlesenan penyiar swasta seperti Syarikat Televisyen Malaysia Bhd (STMB), Astro, TV AlHijrah dan stesen radio swasta.

Difahamkan menteri telah meminta senarai program-program positif yang akan disiarkan dalam beberapa bulan akan datang menjelang pilihan raya 2013 yang kini dijangka akan diadakan sebelum minggu pertama April.

Mandat untuk kerajaan BN tamat pada 28 April ini tetapi pengerusi BN dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka mengadakan pilihan raya lebih awal.

"Menteri mahu senarai program yang akan dikemukakan kepada kepimpinan BN," kata seorang lagi eksekutif media yang menghadiri mesyuarat sama.

Tetapi eksekutif tersebut berkata terdapat kekeliruan oleh kerana kebanyakan kumpulan media sudah mengemukakan berita dan program-program mereka kepada Jabatan Perdana Menteri baru-baru ini.

"Terdapat terlalu ramai orang yang meminta senarai itu tetapi menteri menegaskan kita perlu menghantarnya semula," katanya.

The Malaysian Insider difahamkan BN sudah menubuhkan bilik perang pilihan raya di Putrajaya, memberi tumpuan kepada aktiviti-aktiviti media termasuk Jelajah Janji Ditepati - dianjurkan oleh TV3 dari STMB, yang merupakan sebahagian daripada Media Prima Bhd, kumpulan media dikaitkan dengan parti dominan BN, Umno.

Bilik perang pilihan raya juga mengendalikan aktiviti siber, termasuk membayar rombongan cybertroopers untuk memastikan BN dapat bersaing dengan PR yang telah menggunakan rangkaian sosial dan laman web untuk kesan lebih besar.

Walaupun adanya operasi itu, kementerian Rais sudah terbukti lebih berkesan dengan program-program di RTM dan mendapatkan penyiar swasta untuk menggeluarkan berita positif kerana kebanyakan pengundi di kawasan luar bandar masih bergantung kepada televisyen dan radio untuk berita dan maklumat mereka.

Malaysia mempunyai penembusan jalur lebar di bawah 70 peratus manakala tiga daripada lima isi rumah melanggan pembekal televisyen satelit Astro – turut mempunyai RTM, TV3 dan stesen tempatan lain-lain yang dikawal ketat.

"Kerajaan tahu bahawa orang masih menonton televisyen dan mendengar radio jadi ini pengaturcaraan positif boleh membuahkan hasil, "kata eksekutif televisyen tempatan yang berkata meja perniagaan beliau telah diminta untuk menyiarkan lebih banyak berita ekonomi positif.

Beliau mengatakan, rakan-rakan di media cetak juga diminta untuk melakukan tinjauan pendapat dari orang ramai, pemandu teksi, bas, dan peniaga bagi menunjukkan penghinaan mereka kepada perhimpunan jalanan yang sering dianjurkan oleh pembangkang untuk pelbagai sebab.

"Putrajaya mahu kita menunjukkan bahawa rakyat perlu menghormati Akta Perhimpunan Aman dan bukan protes semata-mata hujung minggu ini kerana ia boleh menyebabkan kesukaran ekonomi," tambah eksekutif tersebut.

Polis dan pengurusan Stadium Merdeka sudah meluluskan perhimpunan, pertama kali dalam sejarah kerana perhimpunan sebelumnya telah diharamkan dan menyebabkan kepada keganasan.

Penganjur perhimpunan bagaimanapun berhujah bahawa protes itu sebenarnya meningkatkan perniagaan untuk peniaga-peniaga kecil dan syarikat-syarikat pengangkutan awam. ~tmi



Iklan C (ii)


Telok Bakong Online

Posted: 10 Jan 2013 11:03 AM PST

Telok Bakong Online


Anak Muda Bangkit Merubah Menentang Penindasan dan

Posted: 10 Jan 2013 07:40 AM PST

                  Semalam telah berlangsung satu mesyuarat dikalangan anak muda Telok Bakong Hilir dan Kampong Paloh  berkesudahan dengan penubuhan Angkatan Muda Keadilan Ranting Telok Bakong Hilir,Kg Paloh.Mesyuarat yang diadakan di rumah Encik Nazri Hassan itu turut di hadirin oleh Tuan Haji Usalli Alias selaku Ketua Cabang PKR Parit.Turut serta ialah Ustaz Zulkifly Ibrahim Ketua Penerangan PKR Perak.

Tuan Haji Usailli Alias sebagai Ketua Cabang sedang memberi perangsang kepada anak muda.

Bergambar beramai ramai sebagai kenangan yang mengambarkan kehendak orang muda kepada perubahan.
Siapa pula akan mengisi tempat Ketua AMK Telok Bakong dan Padang Marhum?
                   Penubuhan AMK ini lahir dari keperluan untuk melakukan perubahan demi membela nasib rakyat yang telah lama ditipu dan ditindas oleh Parti UMNO.Anak ank muda yang berani serta bersemangat kental ini beranggapan inilah masanya mereka mengikuti arus untuk membuat perubahan kepada politik negara.Mereka sudah tidak rela lagi diperkotak-katikan oleh UMNO.Mereka mahu suara mereka diambil kira dan diperdulikan dalam pentadbiran kampung.Dalam ucapannya,Ustaz Zulkifly berjanji akan mengoptimumkan segala kelebihan kelebihan yang dimiliki oleh generasi muda ini untuk kemajuan masyarakat.Beliau juga akan sedaya upaya akan membela nasib anak muda sekiranya Pakatan Rakyat memerintah negeri Perak kembali.
                 Saudara Zaharin telah terpilih sebagai ketua AMK Ranting Telok Bakong Hilir Dan Kg Paloh.Manakala saudara Ariffin dan Norhisyam telah dilantik sebagai Bendahari dan Ketua Penerangan.Manakala 15 orang AMK telah dilantik sebagai AJK dan Jentera Pilihanraya DUN Bota.


Anak Sungai Derhaka

Posted: 10 Jan 2013 09:33 AM PST

Anak Sungai Derhaka


Pegawai Khas TKM1 Pulau Pinang, Dato Mansor Othman ditahan kerana rasuah.. Benar atau Fitnah?.. ini jawapannya..

Posted: 10 Jan 2013 06:47 AM PST


Ahad lalu The Sunday Star telah melaporkan seorang pembantu yang berusia 56 tahun kepada Datuk Dr Mansor Othman, Timbalan Ketua Pulau Pinang Menteri I (TKM I), adalah antara tiga lelaki yang ditahan oleh pegawai anti-rasuah dalam cubaan rasuah RM30,000.

Lelaki tidak dinamakan disyaki telah menawarkan wang sebagai dorongan kepada seorang wanita untuk menggugurkan aduan gangguan seksual yang dibuat terhadap pegawai atas.

Menurut laporan akhbar itu, wanita tersebut melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menunggu transaksi itu berlaku di sebuah restoran di Seberang Jaya pada 3 Januari sebelum menangkap tiga lelaki tersebut dengan memetik sumber yang tidak dinamakan tetapi dekat dengan penyiasatan kes tersebut.

The Sunday Star turut melaporkan pembantu tersebut memegang jawatan di pejabat PKR Permatang Pauh yang diketuai oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berikutan dengan laporan tersebut beberapa orang Blogger Pro UMNO mengolahnya semula dengan jalan cerita yang lebih menarik agar ianya lebih sensasi.

Antara yang mula menyiarkan laporan tentang kejadian tersebut ialah seorang Blogger dari UMB yang pernah dianugerahkan dengan 'Best Political Blog Report' dalam perhimpunan Agung UMNO pada tahun 2011.

Blog tersebut ialah Pisau.Net, selain blog tersebut Blog Minda Intelek Melayu (MiM) serta Forum Kelab Menyokong UMNO (Mykmu.Net) juga turut menerima anugerah tersebut.

Berikut adalah apa yang dilaporkan oleh Pisau.Net yang Adminnya juga merupakan seorang Exco PERKASA dan kini diburu oleh DAP untuk diserahkan writ saman kerana fitnah.


Tulis Pisau..Ahli PKR memang tak dapat lari daripada perangai tibai bini orang dan rasuah tak ubah dengan Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Melaun 3 ekor ni dihantar oleh Anwar untuk rasuah RM30ribu selesaikan kes Roslan Yahya Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah dan juga orang kuat PKR yang buat ganguan seksual terhadap bini orang

Apakah benar dakwaan Pisau.Net yang juga merupakan pengundi bagi DUN Seberang Jaya dan Parlimen Permatang Pauh itu?

Aku tak mahu komen panjang-panjang.. korang bacalah kenyataan Media yang di e-mailkan kepada aku di bawah ini oleh yang dituduh memberi rasuah itu.. faham betul-betul siapakah sebenarnya yang ditahan kerana memberi rasuah itu..

Kenyataan Akhbar 
10 Januari 2013

Perkara: Membalas Laporan Penangkapan Pembantu Khas Timbalan Ketua Menteri (I) Pulau Pinang oleh Pegawai SPRM

Saya adalah pembantu khas Timbalan Ketua Menteri (I) Pulau Pinang. Saya merujuk kepada laporan-laporan media baru ini yang merujuk kepada penahanan saya oleh SPRM atas satu dakwaan korupsi bagi kononnya menutup aduan gangguan seksual terhadap seorang pegawai tinggi.

Saya amat terkejut kesemua laporan media tersebut adalah lebih memfokus terhadap saya sebagai pembantu khas Timbalan Ketua Menteri (I) Pulau Pinang.

Saya dengan ini ingin menegaskan seperti berikut:-

1) Saya tidak terlibat dalam apa-apa transaksi untuk menutup mana-mana aduan gangguan seksual dan tidak memberi mahupun menerima apa-apa wang atau ganjaran bagi tujuan menutup aduan gangguan seksual tersebut;

2) Pihak SPRM telah menangkap saya dan telah ditahan semalaman dalam lokap SPRM sebelum disoal siasat. Pada setiap masa siasatan, saya dirujuk dan disoal sebagai seorang saksi sahaja dan bukannya sebagai suspek atau pesalah;

3) Siasatan berkenaan dakwaan korupsi untuk menutup aduan gangguan seksual tersebut adalah melibatkan Bekas Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah dan tidak melibatkan mana-mana pimpinan parti dari Pakatan Rakyat mahupun melibatkan Timbalan Ketua Menteri (I).

4)Memandangkan terdapat niat jahat serta kecenderungan berbaur politik dalam laporan-laporan akibat penangkapan saya yang telah menjatuhkan imej saya serta imej pimpinan parti saya, maka saya telah mendapatkan nasihat guaman dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang meneruskan fitnah terhadap saya tanpa sebarang justifikasi.

Sekian penjelasan saya.

Zainal Abidin bin Saad
Pembantu Khas Timbalan Ketua Menteri (I) Pulau Pinang 

Jadi.. jelas Pisau.Net telah menyebarkan fitnah sekali lagi...

Bagi yang tertanya-tanya kenapa aku tidak menjawab atau memberikan penjelasan tentang kejadian sebenar ini.. Aku diam kerana aku mahu tahu apa yang sebenarnya berlaku dari kedua-dua individu yang ditahan itu

Dan atas permintaan pihak terbabit juga aku buat tak tahu saja akan kes ini walaupun aku dah tahu dari awal lagi... biarpun ada beberapa pencacai UMNO cabar aku supaya dedahkan apa sebenarnya berlaku kalau berani...

Adakah selepas ini Encik Pisau Suka Hiris akan diburu PKR pula??.. entahlah.. hanya Allah yang maha mengetahuinya...

Perkasa, Pekida, Pemuda UMNO ugut akan halang HKR #KL112 .. SMS sebagai bukti..

Posted: 10 Jan 2013 02:41 AM PST


Samseng Umno menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) ugutan kepada semua ahli Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), ekoran takut dengan gelombang Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR), Sabtu ini.

Perkara itu didedahkan Penyelaras SAMM Wilayah Persekutuan, Shariful Azmir Mustafa. Menurutnya, SMS itu diterima tiga hari lalu oleh pimpinan tertinggi SAMM seluruh negara.

"Beberapa hari lalu, aktivis dan ahli SAMM diganggu dengan SMS berbaur ancaman dan ugutan daripada pihak yang menamakan diri mereka Perkasa, Pekida dan Pemuda Umno untuk halang dan timbulkan provokasi agar perhimpunan bertukar menjadi pertumpahan darah," jelasnya kepada pemberita.

SMS yang diterima itu, antaranya berbunyi "Kami akan halang himpunan haram dari malam lagi. Kami Perkasa, Pekida, Pemuda Umno dan 80 NGO lagi akan tunggu di d/merdeka dari malam lagi. Jangan jadi pengkhianat negara".


"Ternyata regim usang ini sedang menghayati zaman akhir pemerintahan mereka dengan melakukan provokasi, sabotaj dan menggunakan samseng upahan untuk menakut-nakutkan rakyat," katanya selepas menyerahkan sejambak bunga kepada Timbalan Ketua Balai IPD Dang Wangi, M Nazir, di Ibu Pejabat Balai Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, semalam.

Menurut Shariful Azmir, SAMM tidak melaporkan perkara tersebut kepada polis kerana menyifatkan tindakan bacul samseng Umno itu sebagai isu remeh.

"Kita tidak akan lapor polis kerana mahu fokus kepada HKR di Stadium Merdeka 12 Januari ini.

"Tidak perlu kami layan provokasi kerana kami sudah terbiasa dengan sikap samseng Umno," katanya.

Penyerahan bunga tersebut sebagai tanda mengalu-alukan kedatangan polis ke HKR secara aman menjaga keselamatan rakyat.

Bagaimanapun, M Nazir yang berlagak sombong menolak untuk menerima risalah dan brosur mengenai pesanan kepada pihaknya supaya tidak menzalimi rakyat, sebaliknya menyatakan tugas mereka menjaga 'keselamatan' rakyat.


http://www.keadilandaily.com/?p=42750

Banner provokasi HKR oleh UMNO yang menyamar PKR pula dikesan..

Posted: 09 Jan 2013 11:13 PM PST

Jika semalam satu kain rentang misteri telah dikesan dipasang di satu jejantas berhampiran stesen LRT Abdullah Hukum, Kuala Lumpur.

Hari ini pula satu lagi kain rentang juga dikesan, tetapi ianya lebih kepada satu provokasi untuk mengelirukan peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan hadir.

Jika Lidah Rasmi UMNO ayau Utusan Malaysia cuba mengelirukan peserta himpunan dengan melaporkan tempat perhimpunan sebagai Stadium Nasional Bukit Jalil bukannya Stadium Merdeka.

Baca laporan berkaitan tentang laporan Utusan itu di ( SINI )

Kain rentang ini pula yang juga menamakan himpunan kebangkitan rakyat sebagai Himpunan Shamsidar seperti Utusan Malaysia meletakkan tarikh 15 Januari sebagai tarikh perhimpunan akan diadakan.

Dan untuk lebih menyakinkan lagibendera atau lambang PKR telah diletakkan pada kain rentang tersebut.. sila lihat di bawah..


Berikut adalah laporan dari Batu vs Kayu yang menyiarkan gambar di atas dalam Blognya..

Tujuan banner itu dipasang dilihat cukup berniat jahat dengan tujuan mahu memburuk burukan imej penganjur perhimpunan dengan provokasi yang cukup meloyakan.

Perangai hasad dengki serta tengin grombolan ini tehadap kempen #HKR menampakan kurang akai sertai bingai tahap 4... .. logik la sikit kalau nak buat provok !! apa kene mengena himpunan ini dengan Shamsidar dan tukar bendera? betui tak ....

Kesian dengan puak puak yang kekeringan isu serta bankrap idea untuk berlawan dengan kebangkitan rakyat....

Untuk makluman Himpunan Kebangkitan Rakyat ini adalah jalinan kerjasama antara NGO dengan Pakatan Rakyat. Tujuan kerjasama ini cukup jelas.

Yang terlibat dalam #HKR adalah NGO-NGO yang partisan – yang berpihak.

NGO yang berpihak kepada rakyat dan kebenaran. NGO yang berpihak ini mengajukan 'regime change – ubah kerajaan' sebagai induk dasar perjuangan mereka. Bukan nya nak CHANGE bendera atau nak berhimpun kerana Shamsidar.

Pakai akai la wahai puak puak tenginnnn aka binggaiii... Antara Ngo yang terlibat nanti ialah sperti ANAK, SAMM, UBU, Himpunanan Hijau, Royalti, GMI, SMM, ABU, Mufakat atau NGO anti-PPSMI – semua ngo ini adalah pendukung tegar HKR ~ Batu vs Kayu

Lagi gambar berkaitan sila lihat di sini ( Batu vs Kayu )

Tengok ni! Utusan nak memperbodohkan siapa agaknya pasal HKR nih?

Posted: 09 Jan 2013 06:51 PM PST

Semalam Tuan Haji Mat Sabu telah mengumumkan Himpunanan Kebangkitan Rakyat telah dibenarkan diadakan di Stadium Merdeka oleh pihak pengurusan Stadium tersebut iaitu Merdeka Heritage Trust.

Antara syarat yang telah disahkan ialah pihak penganjur perlu membayar sewa sebanyak RM75,000 bagi menggunakan Stadium Merdeka.

Dan syarat yang belum disahkan oleh penganjur himpunan itu ialah hanya 30,000 peserta yang dibenarkan hadir atau masuk ke dalam Stadium, ini bersamaan dengan kapasiti Stadium.

Laporan berkaitan sila baca di ( SINI )

Bagaimanapun kerana kecewa dengan keputusan yang dibuat oleh badan pengurusan Stadium tersebut, Lidah Rasmi UMNO atau Utusan Malaysia berusaha pula untuk mengelirukan peserta himpunan setelah berusah memburuk-burukkan perhimpunan.

Seperti apa yang terpapar di bawah Utusan Malaysia melaporkan Himpunan dibenar di Stadium Nasional Bukit Jalil bukannya Stadium Merdeka.


Bagaimanapun ada sumber mendakwa himpunan yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan nama Himpunan Shamsidar itu diadakan khusus buat penyokong-penyokong UMNO.

Dan PERKASA dilaporkan tidak terlibat kerana mereka akan mengadakan satu perhimpunan di Tasik Pedu bagi membantah kerja-kerja pembalakkan yang dilakukan oleh kerajaan Negeri Kedah.

Penyokong Pakatan Rakyat, dan rakyat Malaysia semua sila ke Stadium Merdeka Kuala Lumpur pada 12 Januari 2013, Sabtu ini. Kita sertai Himpunan Kebangkitan Rakyat. Bapak segala Himpunan, Bapak segala Bantahan.

Kalau nak tahu sebab mengapa UMNO menggunakan nama Himpunan Shamsidar itu sila baca di ( SINI )

Fakulti Siyasah Syar'iyah

Posted: 10 Jan 2013 09:29 AM PST

Fakulti Siyasah Syar'iyah


Sah Mat Sabu jadi Menteri Dalam Negeri PR ...?

Posted: 10 Jan 2013 01:55 AM PST

Sah Mat Sabu jadi Menteri Dalam Negeri PR ...?
Dot dot com ...?

BRIGED MP SEGAMBUT

Posted: 10 Jan 2013 09:24 AM PST

BRIGED MP SEGAMBUT


FITNAH TERHADAP PERDANA MENTERI?

Posted: 09 Jan 2013 08:58 PM PST

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata badan itu sedang menyiasat dakwaan penyebaran berita palsu mengenai kesihatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Kami mengambil serius perkara ini. Siasatan sedang dijalankan dan seperti biasa kami bekerjasama dengan polis dan jika didapati melanggar undang-undang, mereka yang terlibat akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang yang sedia ada," katanya.

Dalam kenyataan yang dihantar melalui Bernama itu, Mohamed Sharil berkata penyebaran berita palsu melalui Internet atau telefon itu merupakan kesalahan mengikut Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Jika didapati bersalah mereka boleh didenda RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

"Orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan berita tersebut melalui SMS atau media sosial kerana berita palsu seperti yang ditulis dalam blog tersebut boleh mengganggu-gugat keselamatan negara, kesejahteraan masyarakat dan merupakan pengaruh buruk terhadap kedudukan ekonomi masa kini," katanya.
SKMM mengeluarkan kenyataan itu kenyataan Najib pada hari Selasa lalu yang meminta semua pihak supaya "tidak mendengar" dakwaan blog tertentu berhubung keadaan kesihatannya yang didakwa terjejas.

"Jadi Bursa Malaysia sihat, sewaktu pasaran dalam keadaan cukup sihat, sukuk sihat. Saya juga sihat. Jangan dengar (dakwaan) blog, tolonglah," kata Najib.
Beliau mengulas tulisan yang disiarkan laman portal politik Sarawak Report beberapa hari sebelum itu yang mendakwa Najib yang juga presiden Umno diserang "minor stroke".

Tulisan bertarikh 5 Januari itu menimbulkan spekulasi bahawa ia adalah kesan daripada tekanan yang dialami Najib ekoran siri pendedahan oleh ahli perniagaan Deepak Jaikishan melibatkan perdana menteri dan keluarga.

Satu NGO pro-Umno, Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) pula semalam membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung penyiaran tulisan berkenaan.
NGO itu mendakwa penulis blog Sarawak Report dibayar untuk menulis perkara itu.
"Blog ini kami percaya telah dibayar oleh beberapa kalangan individu yang mempunyai kepentingan politik, yang berniat jahat untuk membuat fitnah terhadap Perdana Menteri dengan cuba merosakkan nama beliau, dan mencetuskan satu gerakan menghancurkan ekonomi negara," kata pemimpin NGO tersebut Azwanddin Hamzah

Al Ikram

Posted: 10 Jan 2013 09:11 AM PST

Al Ikram


BAKAL MENTERI DALAM NEGERI BUAT LAWATAN

Posted: 09 Jan 2013 07:32 PM PST

Pahang Daily Online

Posted: 10 Jan 2013 07:53 AM PST

Pahang Daily Online


Panas: "Penduduk Keliru", Kenyataan Polis Berbeza Dengan Apa Yang Mereka Saksikan Di Depan Mata !!

Posted: 10 Jan 2013 02:42 AM PST

BUTTERWORTH, 10 Jan - Orang ramai terutamanya pada penduduk kampung Padang Ibu, Guar Perahu, Kubang Semang dan sekitarnya dekat sini keliru dengan kenyataan yang dibuat oleh  Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar (foto) yang mendakwa berlakunya tembak-menembak sehingga menyebabkan polis terpaksa membunuh salah seorang penjenayah terbabit hari ini. Ia berikutan ada beberapa orang saksi yang melihat kejadian itu mendakwa salah seorang penjenayah yang ditembak di tali air Kg.Padang Ibu dekat sini sebenarnya telah ditembak oleh anggota Unit Tindakan Khas (UTK) ketika dia keluar dari kereta Proton Perdana yang terbalik untuk menyerah diri. Dalam kejadian itu, UTK dikatakan melepaskan beberapa das tembakan mengenai tubuhnya. Namun, dalam kenyataa media yang dikeluarkan oleh polis hari ini mendakwa polis melepaskan tembakan pada tayar kenderaan terbabit hingga ia terbabas dan terhumban ke dalam sungai (walhal tali air) kemudian berlakunya tembak menembak. Kenyataan itu jelas sekali sesuatu yang tidak masuk dek akal kerana dipercayai penjenayah berkenaan tidak bersenjata. Malah ketika mereka melarikan diri dari tahan polis ketika dibawa ke mahkamah baru-baru ini pun mereka hanya menggunakan "serbuk lada (kari)" terhadap anggota polis terbabit. Maka, mana mungkin mereka boleh melepaskan tembakan sedangkan ketika itu tercedera akibat kereta terbabas. Menurut saksi kejadian, memang ada bukti salah seorang penjenayah berkenaan cuba menyerah diri dan seorang lagi melarikan diri ke kawasan sawah padi yang berdekatan. Beliau juga kemudian telah ditembak oleh pihak polis selepas itu. Ramai yang mempertikaikan tindakan polis terbabit, namun ia sudah berlaku dan kini hanya tingga lima penjenayah saja lagi yang sedang diburu. Sementara itu, ada pihak yang mendawwa tindakan membunuh penjenayah berkenaan ada kaitannya untuk menghapuskan bukti, siapa yang berikan serbuk lada (kari) kepada mereka. 



Sementara itu seorang lagi penduduk kampung yang hanya mahu dikenali sebagai Pak Chot berkata "Tak ada senjata pun... depa nak ambik senjata kat mana?.. depa lari lepas tu kereta terbabas dalam talia air jer... driver (penjenayah) dah surender (menyerah diri).. tapi kami nampak polis (UTK) tetap tembak.. sorang lagi sempat lompat keluar dari kereta dan lompat naik seberang tali air.. itu pun depa tembak.. punyaah ramai polis mai (datang)... depa duk buat macam kes Mat Komando la pulak... budak (penjenayah) ni bukanah gengster yang glamer mana pun...". Dengan kenyataan para penduduk ini, jelas membuktikan tidak berlaku tembak menembak dalam insiden terbabit sebenarnya. Justeru, siasatan yang rapi perlu dijalankan dan pihak atas (polis) jangan hanya mendengar penjelasan orang bawahan. Sebaliknya mereka juga perlu dengar kenyataan daripada beberapa orang saksi (penduduk kampung) yang berada di lokasi itu.

[Kenyataan yang bercanggah oleh pihak polis memang biasa rakyat dengar. Malah ketika himpunan Bersih 2.0 sebelum ini pun banyak kenyataan pihak polis yang dilihat tidak berpijak di bumi yang nyata. Kini, apakah rakyat boleh menerima bulat-bulat kenyataan tersebut. Malah dakwaan Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang kepada Bernama bahawa polis menembak tayar kereta penjenayah terbabit dan kemudiannya terhumban ke dalam sungai, juga dilihat bercanggah. Dari gambar yang kami siarkan ini jelas sekali ia bukan sungai tetapi hanyalah taliair. Soalnya sekarang, kenapa perlu ada kenyataan bercanggah yang boleh mengelirukan orang-orang kampung? Ramai juga yang marah dan kecewa apabila penjenayah terbabit ditembak, sedangkan mereka tidak membawa apa-apa senjata sekali pun. Sepatutnya mereka itu ditahan dan didakwa atas tuduhan melarikan diri dari tahanan dan mencederakan anggota polis dan bukannya terus ditembak].

Seorang Lagi Penjenayah Di Tembak Petang Tadi !!

Posted: 10 Jan 2013 12:27 AM PST


Terkini, krew Pahang Daily Onlie (PDO) dari Pulau Pinang melaporkan, seorang lagi penjenayah telah ditembak mati oleh pihak polis Unit Tindakan Khas (UTK) ketika cuba melarikan diri di kawasan sawah padi berhampiran Kubang Semang, Permatang Pauh petang tadi. Ini bermakna kedua-dua penjenayah yang berjaya diberkas polis telah dibunuh walau pun mereka tidak membawa apa-apa senjata sebenarnya. Sebelum ini, kami menyiarkan berita panas berkenaan salah seorang penjenayah yang cuba menyerah diri kepada pihak polis telah ditembak berdas-das oleh Unit Tindakan Khas (UTK) tengahari tadi di kawasan tali air, Padang Ibu Guar Perahu juga di Permatang Pauh. Dengan tertembaknya seorang lagi penjenayah itu maka kini hanya tingga lima orang penjenayah yang masih bebas. 

Panas: Penjenayah Di Berkas, Penduduk Hairan UTK Tembak Salah Seorang Dari Mereka Yang Serah Diri!

Posted: 09 Jan 2013 10:01 PM PST

Krew Pahang Daily Online (PDO) di Pulau Pinang melaporkan, sepasukan anggota polis dari Unit Tindakan Khas (UTK) telah berjaya menjejaki dua daripada tujuh penjenayah tahanan penjara yang melarikan dari daripada kawalan polis ketika mereka dibawa ke Mahkamah Butterworth baru-baru ini.  Difahamkan kereta Proton Perdana yang dipandu penjenayah terbabit telah terbabas ke dalam sebuah tali air di Padang Ibu, Guar Perahu (Kubang Semang, Permatang Pauh) dan polis telah berjaya menembak salah seorang penjenayah terbabit sekitar jam 12.30 tengahari tadi . Seorang lagi penjenayah dipercaya berjaya melarikan diri dan pihak polis sedang menjejaki beliau sekarang. Namun, apa yang mengelirukan orang ramai ialah tindakan UTK menembak penjenayah terbabit sedangkan ketika itu beliau sudah mengangkat tangganya tanda menyerah diri  kepada pihak polis. Apakah modus operandi dan SOP yang diikuti untuk membolehkan penjenayah terbabit ditembak sedangkan dia jelas telah menyerah diri berdasarkan laporan krew kami di lokasi kejadian. Menurut seorang penduduk yang menyaksikan kejadian itu, beliau hairan kenapa UTK menembak penjenayah terbabit sedangkan dia telah menyerah diri?. "Kami ingatkan bunyi mercun yang dibakar oleh keluarga Cina berdekatan.. rupanya penjenayah ditembak berdas-das oleh UTK.. ramai yang tengok kejadian tu... kenapa perlu tembak.. tangkap jer lar sebab dia tak ada senjata", kata seorang saksi di tempat kejadian. Di percayai penjenayah yang ditembak itu adalah pemandu kenderaan terbabit. Persoalannya apakah wajar dia ditembak ketika beliau cuba menyerah diri?. Jika ini keadaannya, lebih baik mereka yang menjadi penjenayah terus ditembak dan tidak perlu lagi dibawa ke mahkamah untuk perbicaraan. Tambahan pula sudah disahkan mereka hanya menggunakan senjata "serbuk lada" ketika melepaskan diri dari kawalan polis baru-baru ini.

[Apa yang berlaku ini mengingatkan kembali kepada kes adik Aminulrasyid yang juga mati akibat ditembak oleh polis di Seksyen 11 Shah Alam pada tahun 2012 dulu. Kenderaannya juga telah dikejar oleh polis dan arwah yang tidak bersenjata ditembak di bahagian kepala. Soalnya sekarang, dimanakah Prosedur Operasi Standard (SOP) yang diamalkan oleh polis di negara kita. Wajarkah penjenayah yang telah menyerah diri ditembak?. Bukankah di mana-mana negara bagi mereka yang menyerah diri tidak akan diapa-apakan dan dibawa ke muka pengadilan. Apakah ada usaha untuk menutup isu "siapakah yang membekalkan serbuk lada" yang dibaling oleh penjenayah terbabit dalam van polis yang membawa mereka ke mahkamah baru-baru ini. Mereka hanya bersenjatakan serbuk lada, maka kenapa mereka harus ditembak sedemikian rupa (bagaikan mercun api) oleh pihak polis].

KRAI Utara

Posted: 10 Jan 2013 07:06 AM PST

KRAI Utara


Lelaki di ugut sebar gambar bogel! Terjah!

Posted: 09 Jan 2013 08:08 AM PST

Kampar: Seorang pemuda diburu kebimbangan dengan tindakan bodohnya yang menyerahkan gambar bogel kepada wanita yang baru dikenali tidak sampai 12 jam, menyebabkannya menjadi mangsa peras ugut selain dipaksa melakukan hubungan seks dengan suspek.Mangsa yang hanya dikenali sebagai Wong, 20, mendakwa menjadi mangsa wanita itu selepas berkenalan melalui laman sosial.Dia yang berasal dari Kranji, di sini, mengenali wanita itu melalui laman sosial VChat awal minggu lalu sebelum saling bertukar maklumat dan berbual di Internet.“Ketika itu kami membuat perjanjian untuk saling bertukar gambar bogel masing-masing hanya sekadar untuk berseronok.“Bagaimanapun, selepas saya menyerahkan gambar bogel saya kepadanya, wanita terbabit enggan menunaikan janji menghantar gambar bogelnya sebagai pertukaran,” katanya.Menurutnya, dia bimbang gambar bogel berkenaan disalahgunakan wanita terbabit jika ia disiarkan di Internet, malah dia lebih khuatir jika perkara itu diketahui ahli keluarganya.“Walaupun saya merayu kepada wanita berkenaan supaya menyerahkan kembali gambar itu, wanita terbabit memberi pelbagai alasan tidak munasabah,” katanya.Menurutnya, wanita terbabit menghubunginya dan mengarahkan datang ke bandaraya Ipoh untuk berbincang selain memaksa memuaskan nafsu.Dia mendakwa wanita terbabit turut memaksanya membayar wang RM500 jika tidak mahu gambar bogel itu disebarkan melalui Internet.“Saya tambah tertekan apabila seorang lelaki yang mendakwa bapa kepada wanita terbabit tiba-tiba menghubungi saya sebelum memarahi kerana mendakwa saya sengaja menghantar gambar lucah kepada anaknya.“Dia mengugut akan membuat laporan polis selain turut mengeluarkan pelbagai kata-kata kecaman. Saya tambah tertekan dan hampir membunuh diri kerana terlalu takut,” katanya selepas membuat aduan kepada Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kranji, Chen Fook Chye di sini, semalam.Menurutnya, dia kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Kampar, di sini, selain membuat pemeriksaan jika ada individu tertentu yang membuat laporan berhubung gambar bogelnya

.

Posted: 10 Jan 2013 03:33 AM PST

.


Orang Melayu Suka Menunjuk 'Qubul'.

Posted: 09 Jan 2013 11:11 PM PST

RENUNGAN KHAS                                                                                                          

Orang Melayu selalu mendabik dada mengakui merekalah tuan tanah air ini, yang mempunyai beberapa keistimewaan yang tidak boleh dipertikaikan. Kerana itu mereka berpeluang menjayakan diri. Tetapi sayang peluang itu tidak diguna seoptimanya. Orang Melayu tidak pula begitu pandai menggunakan ruang dan peluang ini untuk memajukan diri sampai ke tahap setinggi-tingginya.

Kerana itu orang Melayu selalu bertelingkah, 'berkekah' dan bergaduh sesama sendiri. Jauh sekali untuk membawa persefahaman bersama dalam menuntut hak. Seolah-olah Tuhan memberikan peluang menduduki di bumi ini untuk saling menunjuk ego dan menunjukkan 'qubul" masing-masing. Mahu berlumba dan menunjukkan 'qubul' siapa paling panjang bukan 'berbadi' untuk menunjukkan akal siapa paling panjang dan mempamirkan kebijaksanaan membina diri.

Sepatutnya Tuhan memberi ruang bumi ini bagi orang Melayu berlumba (berbadi) secara baik dan mengambil sikap positif bukan negatif. Menghayati falsafah pertelingkahan, berbahas dan bergaduh akal itu untuk kebaikan bukan sebaliknya. Ada kalanya dalam perjuangan orang Melayu baik menuntut hak tanah air, hak bangsa dan hak agama, tetapi orang lain yang dinafikan ketuanan itu yang lebih mndapat keuntungannya.

Apakah orang Melayu selesa berbuat demikian kerana mereka yakin kepada mitos kata-kata berbunyi; tak akan hilang Melayu di dunia ini?



Mari kita melihat dan menyedari apa-apa yang berlaku di sekeliling kita untuk membuktikan apa yang dikatakan itu. Banyak contoh agenda yang diperjuangan tetapi kerana keadahnya lari dari adat dan hukum agama menyebabkan apa yang diperjuangkan Melayu itu sia-sia saja. Ia menjadi asap yang dibawa hayut oleh angin menuruni lembah gunung kemudian ghaib di permkaan lautan.

Contoh terbaru ialah mengenai kalimah Allah. Sekali pandangan semua orang Melayu sedang memperjuangkan untuk menjaga kesucian nama zat Allah itu demi mendaulatkan Islam. Itulah yang hendak ditonjolkan. Kemabukan Melayu memperjuangkannya seolah-olah orang Melayu rela bermandi darah mengenainya. Itu yang kita tampak. Tetapi natijah perjuangannya ia sia-sia dan membuang masa saja.

Orang Melayu dengan rupa diri masing-masing bangun mempertahankan kalimah Allah. Di satu pihak tidak mahu kalimah Allah itu digunakan oleh orang Kristian kononnya ia boleh mengelirukan umat Islam kemudian boleh menyebabkan Melayu akan menjadi Kristian. Melayu jenis ini nampak akan gejala dan bahaya serta strategi di sebalik perubahan penggunaan God kepada Allah itu. Tetapi di masa lain pula mereka yang membuka masuk segala gejala itu. Yang melonggarkan ikatan agama. Inilah menjadikan orang skeptikal kepadanya.

Melayu jenis ini hanya nampak bahagian ranting tetapi tidak nampak bahagian dahan dan batang. Bahkan akar tunjang Islam itu sendiri dibongkahnya. Melayu seperti inilah yang tidak sedar kakinya tersadung najis tetapi ia cuba memakai sepatu kulit berjenama.

Satu pihak lagi bersikap terbuka membenarkan Kristian menggunakan kalimah berkenaan. Pihak ini tidak sedikitpun bimbang dengan kemungkinan dinyata oleh pihak satu lagi. Alasan golongan ini perkataan Allah tidak mutlak untuk Islam. Prinsip kemanusiaan dan kesegatan agama diguna pakai. Kononnya kebenaran penggunaan kalimah itu membuka ruang dakwah kepada Kristian. Aduhlah sayang...

Kalau merka dapat menyelami kenapa Kristian beriya-iya mahu menggunakan perkataan itu, nescaya tidak akan tergamak untuk puak ini berpandangan postif begitu. Sesuatu yang perlu disedari bahaya tektik dan uslub dakwah Kristian ternyata lebih canggih dan halus dari pendakwah Islam sendiri.

Buktinya bilangan orang Islam (Melayu) yang memeluk Kristian lebih banyak berbanding dengan orang penganut Kristian yang memeluk Islam. Kalau figure yang dikeluarkan oleh seorang mufti boleh dipakai, menyebabkan kita akan menangsi dan silap-silap akan membunuh diri. Katanya 250,000 berlaku kes murtad di negara ini dimana jumlah besarnya tentulah Melayu.

Justeru kepada saya kedua perjuangan kedua-dua pihak berhubung kalimah Allah itu sebagai menegak benang basah saja. Ia hanya perjuangan bermusim yang berbentuk sandiwara. Mereka berjuang bukan atas kebenaran membela dan mendaulatkan Islam tetapi membela kerana ada kepentingan politik masing-masing. Dalam kata lain mereka menjadikan isu kalimah Allah sebagai modal politik.

Pihak sebelah sini mengambil isu kalimah Allah itu bagi mempengaruhi orang Melayu agar menyokong mereka. Mereka mahu menunjukkan kepada dunia merekalah mujahid Islam sengoti. Merekalah yang menjadi hero membela Islam walaupun mereka juga merupakan orang yang kufur kepada hukum dan perintah asas Allah. Merekalah pewaris ulama sebenarnya.

Manakala pihak di sebelah sini pula merelakan kalimah itu digunakan dengan memberi berbagai pengertian dan dalih di sebalik kebenaran itu, juga mahukan sokongan politik. Mereka berharap orang bukan Islam terutamanya Islam akan melihat perjuangan mereka lebih liberal, toleran berasaskan hakikat kewujudan manusia atas fitrah masing-masing tidak menganggu agenda dan machinery agama mereka. Apabila mereka selesa dengan kebenaran itu, undi bukan Islam akan berpihak kepada mereka. Kristianj akan memberi sokongan moral kepada mereka.

Seharusnya, kalimah Allah tidak patut digunakan sebagai isu dan modal politik mentah seperti isu-isu lain seperti ekonomi, pendidikan dan budaya. Isu yang berkaitan agama harus diselesaikan penuh beradab, berilmu dan bijaksana bak kata orang umpama menarik rambut di dalam tepung.

Saya melihat dalam isu kalimah Allah menyerlahkan kebodohan besar orang Melayu dan juga kehuruharaan siasah orang Melayu. Perkara itu menatijahkan kerugian besar kepada orang Melayu semuanya. Kenapa saya kata bodoh, kerana isu ini yang mendapat untung dan labanya orang Kristian. Mereka bergembira dengan polemik isu ini kerana tanpa perlu membuang masa dan tenaga ada pihak yang membela mereka.

Hari ini orang Kristian walaupun tidak bertepuk tangan tetapi mereka sangat suka ia didebatkan dan dipolemikkan. Isu ini berjaya menjadikan pemuka Islam bertegang leher sesama sendiri. Suasana inilah yang mereka ingin diketahui oleh umum terutamanya pengikut dan pendokong mereka, bahawa tidak sistemetiknya umat Islam dalam menyelesaikan sesuatu isu yang berlaku di sekeliling mereka.

Lantaran itu mereka (Kristian) hanya berdoa semoga pihak yang membela mereka akan menang. Dalam pada itu pihak yang menentang mereka akan kalah, kemudian menjadikan pertetangan kedua pihak itu berterusan dan mudahlah mereka mengambil kesempatan. Strategi inilah saya rasa tidak diperhati dan disedari oleh orang Melayu. Mereka tidak sedar mereka bergaduh dan bercekah di mana kesempatannya diambil oleh orang lain.

Melihat kepada Melayu mendebat isu kalimah Allah ini dan melihat di mana kedudukan Kristian saya ibaratkan bagaimana harimau dan singa yang bertarung mengejar mangsa di hutan belantara menunjukkan kegagahan dan kehebatan masing-masing, menunjukkan ketajaman kuku dan keruncingan taring masing-masing tetapi akhirnya semua itu sia-sia saja.

Dengan kehebatan itu mereka akhirnya berjaya menangkap mangsa. Malangnya baru mereka hendak menikmati mangsa itu, mereka tidak sedar bahawa di atas kepala mereka, nun di langit sudah lama berterbangan si burung hering, (burung botak) pemakan daging yang mengikut pertarungan kedua haiwan hebat itu. Mereka memerhati dari jauh dengan penuh prihatian.

Manakala sebaik saja harimau dan singa sudah berjaya menerkam mangsa dan baru hendak memakannya tiba-tiba burung hering akan menyewah turun. Mereka ramai-ramai mengelilingi singa dan harimau yang sudah penat bertarung itu. Si hering ini akan membuat tektik dengan mengacau dan mengacah-acah terhadap harimau dan singa itu. Akhirnya kerana tidak tahan, apa lagi kepenatan kerana bertarung mengejar mangsa keduanya beredar meninggalkan mangsa tanpa sempat menyentuhnya.

Nah, saat ini burung hering yang cerdik, yang tidak menggunakan sedikit tenaga untuk mengejar mangsa itu akan melahap sampai habis mangsa ditangkap singa dan harimau itu tanpa meninggalkan sisa belulang atau tulang. Yang kenyang ialah hering yang terus kelaparan walaupun menang bertarung ialah sang singa dan harimau yang 'budak' itu.  [wm.kl.2:43 pm 10/01/13]

edyesdotcom

Posted: 10 Jan 2013 03:26 AM PST

edyesdotcom


[GEMPAR] Menteri Benar Mahasiswa Hadir #KL112

Posted: 10 Jan 2013 01:30 AM PST


Menteri sendiri telah memberi pelepasan kepada mahasiswa untuk turun ke #KL112

Blog-list Malaysia

Posted: 10 Jan 2013 01:41 AM PST

Blog-list Malaysia


PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH DALAM LAGU NEGERI TIDAK PERLU DIJADIKAN ISU

Posted: 09 Jan 2013 11:43 PM PST

KENYATAAN AKHBAR
9 JAN 2013

PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH DALAM LAGU NEGERI TIDAK PERLU DIJADIKAN ISU

Penggunaan kalimah Allah dalam lagu rasmi Negeri Selangor tidak perlu dijadikan isu kerana tiada unsur-unsur penghinaan dan penyalahgunaan terhadap kalimah itu.

Penggunaan kalimah Allah hanya menjadi kesalahan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan dan penyalahgunaan seperti menghasut umat Islam untuk bertukar agama yang boleh dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.


Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata ini sejajar dengan fatwa di bawah Seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003(Pindaan 2010).

"wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan"

"Enakmen ini perlu dibaca dan difahami secara menyeluruh untuk mengelak sebarang kekeliruan," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, hari ini.

Beliau berkata, DYMM Sultan Selangor adalah Ketua Agama Islam bagi Negeri Selangor dan kerajaan negeri sentiasa menghormati kuasa tersebut.

Dikeluarkan oleh

SEKRETARIAT AKHBAR
DATO' MENTERI BESAR SELANGOR


Populariti Najib Turun 2 Peratus.

Posted: 09 Jan 2013 10:22 PM PST

Satu tinjauan yang dijalankan menjelang pilihan raya umum ke-13 mendapati populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menurun dua peratus ke takah 63 peratus, berbanding 65 peratus pada November lalu.

Kajian Merdeka Center itu menyebut, sentimen pengundi Cina menurun ke tahap 34 peratus walaupun penerimaan pengundi Cina dan India kekal utuh di tahap 77 peratus dan 76 peratus.

Kenyataan pusat kajian itu menyatakan, tinjauan itu dijalankan secara panggilan telefon pada Disember tahun lalu ke atas sampel melibatkan 1,018 pengundi berdaftar.


Menurut Merdeka Center, responden dalam sampel itu terdiri daripada 59 peratus Melayu, 32 peratus Cina dan 9 peratus India, yang dipilih berdasarkan etnik, jantian dan negeri.

Tinjauan Merdeka Center selepas pengumuman Belanjawan 2013 menunjukkan populariti Najib hanya meningkat sedikit ke takah 65 peratus pada November lalu berbanding 64 peratus pada Jun 2012.


Babi Serang Mahkamah.. Nak Protes Sistem Kehakiman Negara?

Posted: 09 Jan 2013 07:19 PM PST

ALOR GAJAH - Suasana pekarangan tempat letak kenderaan Mahkamah Majistret di sini, kecoh seketika apabila muncul seekor babi jantan yang sesat dipercayai dari hutan berhampiran.

Kejadian itu disedari beberapa pekerja mahkamah kira-kira jam 8.30 pagi semalam, apabila melihat seekor haiwan berwarna kelabu gelap berlari sambil menyondol pagar kawat.


Saksi yang juga pelawat mahkamah, Ahmad Harun, 52, berkata, sebaik tiba di bangunan mahkamah, dia ternampak babi itu sedang tidur dalam longkang di hadapan bangunan mahkamah sebelum bangkit dan keluar.

"Ketika naik ke tingkat satu, saya terkejut melihat babi itu sedang tidur dalam longkang berdekatan bangunan dan keluar beberapa minit kemudian sebelum memanjat tebing pagar kawat.

"Kemudian saya lihat babi itu berlari di sepanjang tepi pagar sambil menyondol untuk mencari laluan keluar, namun gagal sebelum berpatah semula sehingga disedari pekerja kantin mahkamah," katanya.

Menurutnya, keadaan agak kecoh kerana pekerja kantin dan orang awam bimbang akan disondol babi itu yang mengganas sebelum seorang kakitangan mahkamah menghubungi Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan Perhilitan.

Sementara itu, Ketua Skuad JPAM Alor Gajah, Ismail Zulkefeli Ahmad berkata, ketika tiba di lokasi kejadian, babi itu masih berlari di tepi pagar.

Menurutnya, babi itu mula mengejar anggota JPAM dan orang awam, namun tergelincir tetapi berjaya bangun sebelum naik ke atas tebing pagar berkenaan.

"Pergerakan babi itu mula perlahan mungkin disebabkan kepenatan selepas berlari untuk mencari jalan keluar dan anggota mengambil meletakkan sangkar di atas tebing yang menjadi laluannya.

"Namun selepas melihat pergerakan babi itu kembali berlari laju, anggota JPAM meletakkan sangkar di hadapannya dan berjaya memerangkapnya, namun babi itu meronta sehingga sangkar terbalik sebelum jatuh ke bawah," katanya.

Katanya, disebabkan rontaan kuat, besi penutup sangkar tercabut sehingga memberi ruang kepada babi itu keluar dan mengejar anggota sebelum naik ke tebing di tepi pagar.

Sementara itu, anggota Perhilitan, Mohd Razak Sadikon berkata, ketika tiba di lokasi kejadian, beliau melihat babi itu semakin agresif sehingga memaksa pihaknya menembak kaki haiwan berkenaan.

"Tembakan pertama mengena di bahagian badan dan kaki babi itu mengakibatkannya terjatuh ke bawah sebelum tembakan kedua dilepaskan ke bahagian kepalanya," katanya.

Katanya, akibat tembakan itu, babi berkenaan mati.

http://www.sinarharian



Anuar Musa 'Anjing'..

Posted: 09 Jan 2013 02:44 PM PST




Kes Mat Yo: Kafa tuntut RM1 juta

RM1juta! Itu nilai sebenar tuntutan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) jika mahu menyelesaikan konflik perpindahan Norshahrul Idlan Talaha ke Johor Darul Takzim FC.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, jumlah tersebut dianggap munasabah berdasarkan status Norshahrul Idlan atau dikenali Mat Yo sebagai penyerang utama kebangsaan dan penerima anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) tiga musim berturut-turut.

"Bila saya bercakap, orang beri gambaran saya mempolitikkan isu ini.
"Saya bukan jaga bola sehari dua. Sebenarnya, isu perpindahan Mat Yo jarang berlaku dan kita sendiri tertunggu nak tengok perkara ini diputuskan mengikut peraturan-peraturan yang betul," kata beliau.

Annuar menambah: "Ada dua isu melibatkan Mat Yo iaitu perpindahan dan penamatan kontrak."

Katanya, Jawatankuasa Status Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang pertama kali bermesyuarat baru-baru ini memutuskan dia boleh pindah.

"Kita pun tak bantah, asalkan mengikut syarat-syarat ditetapkan dan segala hak Kafa dipertahankan.

"Dia sendiri hantar surat bertarikh 30 Oktober 2012 untuk menamatkan kontrak berkuat kuasa pada 1 November," katanya.

Justeru kata beliau, ia bermakna penamatan kontrak dia berlaku 13 bulan lebih awal melibatkan nilai lebih RM300,000, yuran perpindahan minimum ditetapkan oleh FAM adalah RM250,000, pinjaman perumahan lebih RM100,000, selain insentif dan kerugian yang terpaksa ditanggung kerana penaja menarik diri. – SinarHarian



Ustaz Azhar Idrus Sahkan Kehadiran Pada Himpunan Kebangkitan Rakyat

Posted: 09 Jan 2013 06:26 AM PST

Aku dapat maklumat dari member aku kt Facebook menyatakan Al- Fadhil Ustaz Azhar Idrus akan hadir pada Perhimpunan Kebangkitan Rakyat pada sabtu ini. Maka apabila maklumat ini sampai ke blogger-blogger pro kerajaan mereka telah menyatakan bahawa Ustaz Azhar menyokong kalimah Allah digunakan agama Kristian dan bermacam tomahan yang jahat.

Nampak gayanya perhimpunan kali ini akan mencipta sejarah kehadiran Alim Ulama dan kehadiran rakyat dari seluruh pelusuk negara. Dan aku harap setiap yang hadir menjaga kelakuan semasa berhimpun dan memberi kerjasama kepada pihak Polis.


Memandangkan pihak stadium hanya membenarkan 30k saja yang diberi masuk ke stadium pihak penganjur hendaklah menyediakan kelengkapan dan sistem audio diluar stadium dan semua dapat impak dari perhimpunan ini..wallahualam

..Takbirrr

http://www.kakisembang.com/2013/01/ustaz-azhar-hadir-pada-perhimpunan.html


Himpunan Kebangkitan Rakyat: Polis & SB digesa pamer nombor dan tanda nama

Posted: 09 Jan 2013 05:27 AM PST

KUALA LUMPUR 9 Jan: Angkatan WargaAMAN Malaysia (WargaAMAN) mendesak semua anggota polis termasuk Special Branch (SB) yang bertugas dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat perlu memaparkan pas, ID, tanda nama dan nombor pengenalan mereka pada uniform masing-masing.

Ini, kata Setiausaha Agungnya, S Barathidasan supaya sebarang salah laku oleh pihak polis juga boleh direkodkan serta dilaporkan oleh rakyat yang terlibat.


Sehubungan itu, katanya WargaAMAN berasa agak kesal dengan keputusan pihak polis untuk mengeluarkan pas khas media serta membezakan kehadiran rakyat jelata pada 12 Januari ini yang akan turut serta dalam HKR.

"Pokok persoalannya ialah kenapa perlu membeza-bezakan antara wartawan dan peserta?" soal beliau dalam satu kenyataan, seperti dilapor Harakah Daily.

Padahal, kata beliau para wartawan sudah pun memiliki pas media syarikat mereka dan akreditasi rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi yang sudah memadai untuk mengenal pasti wartawannya.

Justeru, beliau berharap pihak polis dapat mengambil iktibar daripada peristiwa 'Duduk Bantah Bersih 3.0' pada 28 April 2012 yang mana ramai wartawan telah diserang oleh pihak polis ketika membuat liputan sehingga ada yang terpaksa dimasukkan ke hospital serta kad memori kamera telah dirampas dan ada yang rosak.

"Tapi sehingga hari ini, tiada apa-apa tindakan diambil berhubung aduan insiden tersebut. Ini tidak harus berlaku di mana wartawan juga merupakan rakyat Malaysia yang sepatutnya diberikan perlindungan keselamatan oleh pihak polis," ujarnya.

Beliau berkata, pihak polis sepatutnya menawarkan perlindungan kepada semua orang dan menghormati hak asasi setiap rakyat Malaysia untuk berhimpun secara aman.

Tambahnya, pada masa yang sama, mereka perlu menunjukkan profesionalisme supaya hak asasi rakyat jelata tidak dicabuli dengan sewenang-wenangnya.

"Pihak polis harus berperanan sebagai rakan kita dan tidak memihak kepada sesiapa," ujarnya lagi.

Katanya, untuk mencapai sasaran 1 juta rakyat untuk menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat, WargaAMAN, Tamilar Action Force (TAF), Persatuan Progresif India Malaysia (MIPAS) akan berusaha untuk menggerakkan 10,000 hingga 15,000 masyarakat India di Lembah Kelang dan dianggarkan hampir 100,000 masyarakat India dari seluruh negara akan membanjiri Stadium Merdeka yang ingin keadilan ditegakkan di tanah air kita.

- http://www.keadilandaily.com/


Nizar dedah dokumen RM207 bilion

Posted: 09 Jan 2013 04:27 AM PST

Nizar menunjukkan dokumen yang diedarkan kepada wartawan pada sidang media.

KUALA LUMPUR: AJK PAS Pusat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin hari ini mendedahkan beberapa dokumen penting yang menunjukkan kerajaan Malaysia memang telah menerima wang sebanyak RM207 bilion dari kerajaan Jepun sebagai pampasan kepada rakyat Malaysia yang terlibat dalam pembinaan landasan keretapi maut Jepun.


Dokumen itu berupa surat permohonan dari Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buroh Binaan Landasan Keretapi Siam ke Burma 1942-1946 (Persatuan) yang jelas menyatakan jumlah RM207 bilion yang dituntut itu.

Surat permohonan ini dibuat oleh Persatuan kepada Perdana Menteri pada 27 Julai 2011.

Nizar juga menunjukkan kepada media dokumen pengesahan dari pelbagai kementerian dan jabatan serta pejabat Peguam Negara mengenai tuntutan itu.

(Surat dari Jabatan Peguam Negara kepada Persatuan)

Antaranya, Bahagian Pengeluaran, Kementerian Kewangan Malaysia dalam suratnya kepada Persatuan berkata, "Sukacita dimaklumkan bahawa tuntutan pengeluaran berjumlah RM207 bilion telah diangkat untuk tindakan dan kelulusan Kerajaan di mana prosesnya telah dimaklumkan ke Peguam Negara dan peringkat Kementerian Sumber Manusia."

Surat bertarikh 29 Mac 2011 ini telah ditandatangani oleh Datuk Hajah Zalekha bt Hassan, Bahagian Pengeluaran Bayaran.

Jabatan Peguam Negara pula dalam suratnya kepada Persatuan berkata, "Untuk maklumat, perkara tersebut perlu dirujuk kepada Kabinet untuk kelulusan. Kertas Kabinet sedang disediakan untuk tindakan seterusnya."

Surat ini ditandatangani oleh Hasin bin Razak, Deputy Director of Management Division, Attorney General Chambers.

Nizar sebelum ini ketika berucap dalam Dewan Rakyat meminta Perdana Menteri menjelaskan tuntutan Persatuan ini namun tidak ada sebarang penjelasan dibuat mengenainya.

Baru-baru ini, beliau ke Kedutaan Jepun untuk berbincang mengenainya. Wakil kedutaan mengesahkan beliau pernah mendengar mengenainya tetapi hanya mengesahkan pembayaran pernah dibuat tetapi tidak menyebutkan angkanya. Beliau akan merujuk balik kepada Tokyo mengenainya.

Dipetik dari - http://kerajaanrakyat-news.blogspot.com/2013/01/nizar-dedah-dokumen-rm207-bilion.html


Mahkamah arah keahlian Isa Samad dibuang dari KPF

Posted: 09 Jan 2013 03:41 AM PST

KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Zaleha Yusuf hari ini memutuskan bahawa Panel Pertikaian Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) tersilap apabila mengekalkan keahlian Tan Sri Isa Samad di dalam Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF).

Justeru itu, beliau telah membenarkan permohonan semakan kehakiman yang dibuat oleh lima orang peneroka Felda Jengka, Pahang bagi mencabar keputusan SKM tersebut.



Pada pendengaran pagi tadi, Zaleha bersetuju dengan hujah peguam para peneroka dan memerintahkan perintah deklarasi bahawa keputusan SKM adalah tidak sah dan terbatal.

Beliau juga memerintahkan perintah Mandamus iaitu perintah yang mengarahkan KPF mengambil tindakan memadamkan dan membuang nama Isa dari rekod keahlian KPF dengan kadar serta merta.

Hakim juga memerintahkan kos RM3,000 dibayar oleh SKM kepada peneroka yang manjadi pemohon dalam kes semakan kehakiman tersebut.

Dengan keputusan mahkamah hari ini selesailah kemelut dan kontroversi status keahlian Isa Samad di dalam KPF.

Sebelum ini status keahlian Isa Samad menjadi isu hangat kerana berdasarkan undang-undang kecil KPF beliau tidak layak menjadi ahli KPF.

Keahlian KPF hanya dibenarkan kepada peneroka, isteri dan anak peneroka dan kakitangan tetap Felda. Isa tidak termasuk dalam mana-mana kategori tersebut.

Dipercayai keahlian Isa Samad tersebut diluluskan sebelum ini sebagai usaha untuk melantik beliau menjadi Pengerusi KPF. KPF adalah satu-satunya anak syarikat Felda yang belum dapat dikuasai oleh Isa Samad.

Ramai percaya bahawa KPF adalah lubuk emas kepada Felda yang telah lama diintai oleh Isa. Usaha untuk mengheret KPF ke dalam penyenaraian Felda Global Ventures Holding Berhad (FGVH) juga gagal sebelum ini.

Keahlian Isa Samad telah dicabar oleh beberapa orang peneroka yang menjadi ahli KPF dan isu keahliannya telah dibawa ke Panel Pertikaian SKM pada Mei 2012.

SKM telah membuat keputusan yang dikira aneh kerana meskipun ia bersetuju keahlian Isa Samad adalah bercanggah dengan undang-undang kecil KPF namun dalam masa yang sama ia juga memutuskan keahliannya tidak boleh dibuang atau dipadam dari rekod keahlian KPF.

Dengan keputusan SKM tersebut lima orang peneroka telah mencabar keputusan tersebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh peguam para peneroka iaitu Tetuan Mohamed Hanipa & Associates.

Pada bulan Oktober iaitu sehari sebelum Mesyuarat Agung KPF, Hakim Tuan Abang Iskandar memberi kebenaran untuk para peneroka meneruskan semakan kehakiman ke atas SKM dan hakim juga memerintahkan perintah interim menggantung keahlian Isa Samad dan melarang apa-apa pelantikan beliau sebagai Pengerusi KPF di dalam mesyuarat agung tersebut.

Pada hari ini Hakim Datuk Zaleha secara muktamad mengarahkan keahlian Isa Samad dibuang dari rekod KPF.

Dalam perbicaraan hari ini para peneroka diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin dan Azhana Mohd Khairudin manakala SKM diwakili oleh Mohd Zainudin dan KPF pula diwakili L.Doshi.


PANAS - Pengawal Bersenjata Kawal Rumah Pam Syabas

Posted: 09 Jan 2013 01:14 AM PST



Situasi yang berlaku semasa rombongan mangsa-mangsa gangguan air ke rumah Pam Wangsa Maju. Lihat bagaimana ramainya polis berkawal seolah ada sesuatu yang mereka cuba sembunyikan.

Semasa orang ramai berkeras menyerbu nak masuk melihat apa yang terjadi. Salah seorang anggota pengawal mereka (gambar ke-2) mengangkat senjata Pump Gun dan menggugut untuk menembak.

Apa yang cuba disembunyikan oleh Syabas kepada orang ramai. Dan kenapa beria-ia benar anggota polis ditempatkan di rumah pam tersebut sedangkan sebelum ini kita sendiri lihat rumah pam ibarat seperti rumah hantu yang yang berkawal pun tidak seramai ini.

Adakah gangguan air ini adalah salah satu usaha-sama Kerajaan BN dengan kerjasama polis dan tukang buat kerja sabotaj Syabas berpakat untuk menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, semata-mata kerana mereka mahukan Projek Langat 2 dilakukan untuk menampung poket kroni2 mereka,dan seboleh-bolehnya sebelum PRU supaya mereka boleh menberikan dana Pilihanraya kepada UMNO/BN yang sedang ketandusan duit.

Natijahnya rakyat yang tidak tahu apa-apa akan dipaksa membayar bil air yang mahal setelah Projek langat 2 berjaya mereka usahakan kelak. Inilah apabila sesebuah kerajaan terlalu menyanyangi Syarikat swasta milik Kroni dari mementingkan hak rakyat.

Sebab itu sejak dulu lagi kita patut bangun menentang penswastaan dalam negara kerana ini yang akan berlaku apabila Syarikat2 Swasta besar kepala dan buat sesukahati mereka kerana ada sokongan Kerajaan BN dibelakangnya..

KO UMNO.. KO BN.. Hampir 2 Minggu tempat aku takde air.. Orang ramai majoriti semuanya menyampah dan meluat serta tak sabar nak tumbangkan BN.

Sumber — http://www.facebook.com/photo.php?fbid=538192912867066&set=a.101419959877699.3061.100000290870221&type=1&theater


MiLo SuaM

Posted: 10 Jan 2013 01:07 AM PST

MiLo SuaM


Umno anjur Himpunan Shamsidar di Stadium Bukit Jalil Sabtu ini

Posted: 09 Jan 2013 06:00 PM PST

HIMPUNAN Shamsidar yang dianjurkan oleh pakatan pembangkang Selangor iaitu Umno dijadual berlangsung pada 12 Januari 2013, Sabtu ini. Mereka memilih lokasi Stadium Bukit Jalil sebagai tempat berhimpun untuk memperjuangkan Shamsidar barangkali.

Rujuk laporan berita dari Utusan Malaysia (Sebut Utusan Syaitan) di bawah ini ~ Utusan Syaitan.



Lihat dengan mata kepala anda, besarkan mata anda seluas-luasnya. Inilah kerja jahat Utusan Malaysia untuk menggagalkan Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari ini. Kepada penyokong Umno silalah ke Stadium Bukit Jalil untuk menyertai Himpunan Shamsidar.

Penyokong Pakatan Rakyat, dan rakyat Malaysia semua sila ke Stadium Merdeka Kuala Lumpur pada 12 Januari 2013, Sabtu ini. Kita sertai Himpunan Kebangkitan Rakyat. Bapak segala Himpunan, Bapak segala Bantahan.

Maklumat lanjut tentang himpunan Shamsidar yang dianjurkan oleh Umno, sila klik sini ~ Himpunan Shamsidar.

ReJaM© "Himpunan Shamsidar? Bodoh betul Utusan Syaitan Kah kah kah... "

Kelab Greenboc

Posted: 10 Jan 2013 01:03 AM PST

Kelab Greenboc


Pelajar Dicekup Sembunyi Bawah Katil Hotel Bajet

Posted: 10 Jan 2013 12:28 AM PST

Kluang - Bahana tidak berfikir panjang dan terlalu mengikut nafsu, seorang pelajar perempuan tingkatan lima sanggup ponteng sekolah kerana ingin berjumpa teman lelakinya di sebuah hotel bajet di bandar ini, pagi semalam.

Malangnya, mereka dicekup berkhalwat dalam serbuan dilakukan Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) kira-kira jam 9 pagi.

Pegawai Tadbir Jaij daerah Kluang, Mohd Khalil Md Noor berkata, serbuan dilakukan hasil aduan dan maklumat awam.

"Sewaktu operasi dijalankan, lelaki berusia 18 tahun berkenaan yang bekerja di pasar malam membuka pintu bilik hotel, manakala pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu menyorok di bawah katil lengkap berpakaian sekolah dan bertudung.

"Hasil soal siasat dijalankan, pelajar tersebut pada mulanya pergi ke sekolah tetapi tidak masuk ke kelas sebaliknya menunggu teman lelaki mengambilnya di sekolah," katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Khalil berkata, pasangan berkenaan akan di dakwa di bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Difahamkan, ibu bapa pasangan tersebut akan dipanggil untuk ke pejabat agama malah, pengetua serta guru kaunseling turut dimaklumkan mengenainya.

[HKR 112] Mat Sabu: Tiada Perarakan, Cuma Berjalan Lenggang Lenggok Ke Stadium Merdeka..

Posted: 09 Jan 2013 10:36 PM PST


Pengerusi Himpunan Kebangkitan Rakyat Mohamad Sabu memberi jaminan bahawa penganjur tidak akan mengadakan perarakan ke Stadium Merdeka bagi perhimpunan 12 Januari.

"Tidak ada perarakan, cuma berjalan lenggang lenggok secara bersantai ke sana," katanya sambil diiringi ketawa kecil wartawan.

Tambahnya, penganjur akan memaklumkan kepada ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar mengenai kesediaan Stadium Merdeka untuk membenarkan lokasi itu digunakan bagi perhimpunan tersebut.

Selain itu, penganjur juga akan menghantar wakil untuk bertemu ketua polis daerah Dang Wangi Zainuddin Ahmad esok bagi menyelaras kerjasama berhubung perhimpunan tersebut.

"Hasrat IGP mahukan perhimpunan ini himpunan yang bersejarah, aman, teratur sebelum pilihan raya umum kerana selepas ini Pakatan Rakyat akan mengambil alih melalui proses demokrasi.

"Himpunan ini akan menjadi rekod kepada negara dunia ketiga dengan memberi isyarat kepada SPR dan pengamal media kerajaan supaya menunaikan tuntutan rakyat.

"Kita tak mahu ambil alih (negara) melalui pertumpahan darah," katanya.

Selain itu, pihaknya akan menghantar delegasi itu bertemu dengan OCPD Dang Wangi Zainuddin Ahmad esok untuk menyelaraskan kerjasama bagi menjaya perhimpunan tersebut, katanya.

Seorang lagi anggota jawatankuasa penganjur, Tian Chua berkata beliau tidak melihat bahawa kekacauan akan berlaku dalam perhimpunan berkenaan.

"Pihak penganjur dan polis sentiasa mengadakan perbincangan dan dialog untuk memastikan ia berjalan dengan lancar," kata Tian.

Polis juga tidak meletakkan syarat yang melarang orang membawa kain rentang pada perhimpunan tersebut dan pihaknya memberi jaminan akan bekerjasama dengan pasukan keselamatan pada hari tersebut.

"Polis tidak akan membuat sekatan jalan raya. Polis memberi jaminan tidak akan ada halangan. Dan kita ada wakil untuk bantu orang ramai ke stadium.

Seorang lagi anggota jawatankuasanya, Hishamuddin Rais berkata, perhimpinan berkenaan antara lainnya akan diisi dengan ucapan pemimpin parti politik, NGO dan diselang seli dengan lagu dan bacaan puisi oleh Sasterawan Negara Datuk A Samad Said.

Pihak penganjut juga akan membaca deklarasi Himpunan Kebangkitan Rakyat dan diakhiri dengan bacaan doa oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat, katanya. -mk

Comandan Berjalan Lenggang Lenggok HKR #112 Stadium Merdeka

Masjid Negara -
YB Khalid Samad, YB Azmin Ali, YB Mujahid

Pasar Seni -
YB Elly Wong, YB Siti Mariah, YB Teresa Kok

Masjid Rahman(UM) -
Adam Adli, YB Nurul Izzah, Safwan Anang, Raja Iskandar, YB Ng Swee Lin

KLCC -
Mazlan Aliman, YB Husam Musa, YB Teng Chang Kim

Jalan Sultan -
Ishak Surin, YB Fuziah Salleh, Wong Tak, YB Tan Kok Wai

KL Sentral/Brickfields -
Arun (PSM), Rajaratnam, Faizal OkU, Mariah Chin

[PANAS] Kes Puspahanas - RM100 Juta Dibayar Tapi Hanya Buat Signboard & Pagar Zink!

Posted: 09 Jan 2013 07:30 PM PST


Awan Megah Gagal Siap Projek, Rafizi Hairan Kementah Tidak Tuntut RM72.5 Juta?

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mempersoalkan tindakan Kementerian Pertahanan(Kementah) yang tidak mendapatkan RM72.5 juta dari Awan Megah Sdn Bhd akibat kegagalan menyiapkan projek Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas).

Beliau mendakwa dalam perjanjian, Kementah mensyaratkan penyediaan bon tanah dengan nilai itu sebagai jaminan projek terbabit akan siap dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Lebih membimbangkan, katanya apabila bon tanah itu luput secara automatik pada 3 Februari 2011.

"Jadi, Kementerian Pertahanan perlu menjawab perkara itu sedangkan dengan wang RM72.5 juta itu ia boleh digunakan untuk menampung kos pembinaan Puspahanas," katanya dalam sidang media, di Ibu Pejabat PKR, di sini.

Projek pembinaan Puspahanas itu lewat dimulakan oleh Awan Megah Sdn Bhd walaupun perjanjian dimeterai tahun 2005 dan sepatutnya siap Januari 2011 mengikut jadual yang didaftarkan dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).

"Kementerian Pertahanan perlu menjawab persoalan yang dibangkitkan ini antaranya mengapa Kementerian tidak menggugurkan Awan Megah Sdn Bhd dari projek ini apabila sudah terbukti ia tidak mempunyai kemampuan dan kepakaran.

"Adakah Awan Megah Sdn Bhd menyediakan bon tanah baru bagi menggantikan bon tanah asal yang luput," katanya.

Tinjauan Rafizi ke tapak pembinaan Puspahanas di Presint 1, Putrajaya menunjukkan bahawa hanya dua daripada 12 bangunan utama sedang dibina.

Menurut maklumat yang diperolehi dari kakitangan sub kontraktor di tapak pembinaan, kerja pembinaan hanya bermula dalam bulan Ogos lalu.

Sehubungan itu, satu jelajah nasional ke kawasan kem tentera akan diadakan mulai esok bagi menerangkan isu salah guna wang Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Jelajah itu akan dimulakan di Setiawangsa, Lumut, Bandar Tun Razak, Kuantan dan Butterworth.

RM160 Juta LTAT : Kerabat Akan Lapor Polis

Kenyataan Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Tan Sri Dato' Sri Mohd Anwar Mohd Nor bahawa urusan pembelian Astacanggih dan Awan Megah oleh Boustead Holdings Berhad ("Boustead") merupakan satu pelaburan yang baik adalah tidak masuk akal.

Sekiranya LTAT benar-benar berminat untuk mengambilalih syarikat ini, ada dua perkara penting yang perlu dipertimbangkan dalam menentukan nilaian syarikat-syarikat ini, iaitu:

1. Tanah yang dimiliki oleh Awan Megah yang menentukan bayaran kepada Awan Megah. Nilaian yang dibuat oleh Boustead adalah RM130 juta kononnya untuk membeli tanah 223 ekar yang didakwa milik Awan Megah

2. Nilai projek penswastaan dan keuntungan yang bakal diperolehi dari projek penswastaan Puspahanas. Nilaian yang dibuat oleh Boustead adalah RM30 juta untuk membeli saham Astacanggih dan RM130 juta kepada Awan Megah

Saya telah meneliti dokumen-dokumen yang diserahkan kepada saya untuk menentukan nilaian yang adil bagi urusan ini, jika LTAT dan Boustead benar-benar berminat mengambilalih syarikat ini berdasarkan pertimbangan komersil.

Nilaian tanah 223 ekar

Saya merujuk kepada surat bertarikh 17 Julai 2009 dari Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (Persekutuan) kepada Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor yang dilampirkan bersama.

Kandungan surat tersebut menyatakan rayuan Kerajaan Persekutuan di bawah pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak kepada keputusan Kerajaan Selangor yang menolak permohonan Kerajaan Persekutuan untuk memindahmilik tanah seluas 223 ekar kepada Awan Megah.

Ini bermakna, tanah seluas 223 ekar yang kononnya dibeli oleh Boustead itu masih lagi hakmilik Kerajaan Persekutuan dan tertakluk kepada kebenaran Kerajaan Selangor bagi kelulusan pindahmilik dan kelulusan pelan pembangunan.

Status terkini tanah 223 ekar itu adalah jelas: ia bukan hakmilik Awan Megah dan Kerajaan Selangor telah menetapkan bahawa ia tidak boleh dibangunkan kecuali bagi tujuan pembinaan markas, seperti mana tujuan asal tanah itu dipohon oleh Kerajaan Persekutuan dahulu.

Oleh yang demikian, pembayaran RM130 juta oleh anak syarikat Boustead kepada Awan Megah yang dimiliki Raja Ropiah Raja Abdullah, Ketua Wanita Umno Selangor samalah dengan memberi wang RM130 juta kepadanya tanpa ada apa-apa hasil kepada Boustead.

Jika urusniaga ini tetap berlaku, Boustead akan menyalahgunakan RM130 juta dana pencen anggota tentera untuk membayar 223 ekar tanah kepada Awan Megah yang tidak mempunyai hakmilik tanah itu.

Projek penswastaan Puspahanas

Boustead terpaksa menyiapkan Puspahanas yang kini tergendala mengikut perjanjian dengan Astacanggih dan Awan Megah. Salah satu pertimbangan nilaian berjumlah RM160 juta (iaitu RM30 juta kepada Astacanggih dan RM130 juta kepada Awan Megah) adalah kos projek yang telah dilaksanakan oleh Awan Megah.

Tanggungan Awan Megah kepada Kerajaan Persekutuan untuk menyiapkan projek ini boleh dirujuk kepada Perjanjian Penswastaan muka surat 13, Perkara 3.3 mengenai Bon Tanah ("Land Bond") yang perlu dibayar oleh Awan Megah.

Bon Tanah ini adalah satu bentuk jaminan kewangan yang bersamaan dengan jumlah keseluruhan projek penswastaan, iaitu pembinaan Puspahanas yang perlu dilaksanakan oleh Awan Megah.

Sekiranya Awan Megah gagal menyiapkan projek, Kerajaan Persekutuan berhak menuntukan Bon Tanah ini untuk digunakan bagi menyiapkan projek tersebut.

Perjanjian Penswastaan secara jelas menyatakan bahawa Bon Tanah sebagai jaminan Awan Megah untuk menyiapkan Puspahanas hanyalah RM72.5 juta sahaja.

Ini bermakna, kos keseluruhan Puspahanas hanyalah RM72.5 juta sahaja.

Dalam keadaan Puspahanas masih belum disiapkan dan nilainya RM72.5 juta sahaja, pembayaran RM160 juta oleh Boustead sudah tentu satu harga yang tidak masuk akal.

Oleh yang demikian, jelas bahawa urusniaga membabitkan RM160 juta ini hanyalah bayaran rasuah oleh Dato' Seri Najib Tun Razak untuk menutup mulut Deepak dan memadamkan skandal ini.

Pembayaran sedemikian rupa bagi membeli tanah yang hakmiliknya tidak wujud dan projek yang jumlahnya jauh lebih rendah adalah satu pengkhianatan kepada anggota tentera dan penyelewengan yang melibatkan kepimpinan tertinggi negara.


Dua Pemimpin Dunia Yang Menghafal Al-Quran

Posted: 09 Jan 2013 04:01 PM PST


HHafiz (penghafal Al-Quran) dan juga pemimpin negara. Itulah dua gelaran yang disandang oleh Mohammed Mursi dan Ismail Haniya.

Mursi tercatat sebagai Presiden Mesir pertama yang hafal Al-Quran.Beliau yang mempunyai nama lengkap Mohammed Mursi Issa Ayyat ini bersama isteri dan seluruh ahli keluarganya adalah penghafal Alquran.

Mursi menjadi Presiden ke-5 Mesir sejak 30 Jun 2012 yang lalu. Mursi menjadi Anggota Parlimen di Majlis Rakyat Mesir pada penggal tahun 2000-2005 dan seorang tokoh terkemuka di Ikhwanul Muslimin.

Sejak 30 April 2011, beliau menjabat jawatan Ketua Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP), sebuah parti politik yang didirikan oleh Ikhwanul Muslimin setelah Revolusi Mesir 2011. Beliau dipilih sebagai calon presiden dari FJP pada pilihan raya umum presiden Mei-Jun 2012 yang lalu.

Pada 24 Jun 2012, Lembaga Pemilihan Umum Mesir mengumumkan bahawa Mursi memenangi pilihan raya umum Presiden dengan mengalahkan Ahmed Shafik, Perdana Menteri terakhir di bawah kekuasaan Hosni Mubarak.

Selain Mursi, pemimpin dunia yang juga penghafal Al-Quran adalah Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniya. Bahkan anaknya yang bernama Aid berjaya menyempurnakan hafalan Al-Quran dalam 35 hari dan memperoleh gelaran mumtaz (sempurna).

Baik Mursi mahupun Haniya memiliki akar yang sama, iaitu Ikhwanul Muslimin.

Mursi mewakili sayap politik Ikhwan di Mesir melalui Parti Kebebasan dan Keadilan. Sedangkan Haniya adalah pemimpin Hamas yang didirikan oleh Syaikh Ahmad Yassin sebagai pemimpin perjuangan Ikhwanul Muslimin di Palestin. -HalimIslam

JAIM Cekup Bapa, Anak Khalwat

Posted: 09 Jan 2013 07:30 AM PST

Bapa, anak kantoi khalwat

Melaka: Bapa borek anak rintik. Itu yang digambarkan terhadap dua beranak apabila si ayah ditahan kerana disyaki berkhalwat dengan seorang ibu tunggal dan pada masa sama anak gadisnya ditemui berkurung bersama teman lelakinya di bilik di rumah sama di Bukit Katil, di sini.

Dalam operasi jam 12.30 tengah malam, Sabtu lalu, sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menyerbu rumah didiami seorang ibu tunggal berusia 46 tahun dan anak lelakinya berusia 15 tahun.

Dalam pemeriksaan dilakukan, anggota penguat kuasa menemui seorang lelaki berusia 48 tahun berstatus duda di ruang tamu rumah berkenaan dan siasatan mendapati dia kenalan rapat kepada wanita terbabit.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama JAIM, Rahimin Bani berkata, selepas menemui lelaki berstatus bukan muhrim itu anggotanya terus membuat pemeriksaan lanjut. Selepas soal tanya mendapati ada dua lagi individu iaitu anak kepada wanita terbabit dan anak perempuan lelaki itu yang berusia 14 tahun.

Katanya, ketika pintu sebuah bilik diketuk ia dibuka remaja perempuan berkenaan dan apabila diperiksa menemui seorang lelaki berusia 18 tahun menyorok di dalam almari. -HM

[BONGKAR] 5 Ribu Pengundi UMNO Dipindah Ke Lembah Pantai

Posted: 09 Jan 2013 04:31 AM PST

Sekurang-kurangnya 5,000 ahli Umno yang merupakan pengundi Wilayah Persekutuan dipindah ke Parlimen Lembah Pantai dipercayai untuk bantu kemenangan BN pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13).

Mendedahkan demikian, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, taktik kotor itu dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), bersekongkol dengan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin yang berminat untuk bertanding.

"Pertembungan kali ini paling sengit kerana semua ahli Umno Wilayah Persekutuan dipindah ke Lembah Pantai. Sengaja dilancar bagi memenangkan calon Umno BN itu.

"Kita kenal pasti lebih kurang 5,000 daripada butiran misalnya mereka ini ada yang mengundi di Seputeh. Keseluruhannya merangkumi pemindahan pengundi. Ahli-ahli Umno yang mengundi di luar akan mengundi di Lembah Pantai termasuk undi pos tambahan 2,000," jelasnya kepada Keadilan Daily.

Nurul Izzah berkata, Ketua Polis Negara dan Perdana Menteri turut diperalat Nong Chik untuk menarik sokongan penduduk setempat terhadapnya.

"Sebelum ini, Ketua Polis sendiri turun ke Lembah Pantai untuk edar bubuk lambuk.

Najib (Razak) pula dua kali turun menyerahkan BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia).

"80 peratus perumahan rakyat di Lembah Pantai dicat. Di Sentosa, 100 peratus di bawah kelolaan DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur). Ini memberikan impak besar termasuk Pantai Dalam. Sebaliknya, Pemuda Umno yang dapat projek tersebut apabila ia diswastakan," sambungnya.

"Nong Chik sama macam Shahrizat kerana segala projek, mereka akan jadi juara.

Projek Shahrizat (NFC) dan keluarga RM250 juta. Belum lagi Nong Chik ada projeknya sendiri," kata Naib Presiden KEADILAN itu.

Pada PRU lalu, Nurul Izzah membuat kejutan apabila menewaskan Datuk Seri Shahrizat Jalil bagi menawan kerusi Parlimen Lembah Pantai.

Kini, ada ura-ura kerusi itu bakal ditandingi Nong Chik sekalipun terpalit dengan isu rampasan tanah Kampung Baru dan skandal anaknya yang mendapat tender kontrak berbilion ringgit.

[HKR 112] Penggunaan Stadium Merdeka Diluluskan! -updated

Posted: 09 Jan 2013 03:20 AM PST


Himpunan 12 Jan: Penganjur dibenar guna Stadium Merdeka

Naib presiden PKR Tian Chua berkata bahawa pengurusan Stadium Merdeka membenarkan panganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat menggunakan tempat bersejarah berkenaan bagi perhimpunan 12 Januari.

"Pihak pengurusan balas kepada panitia Perhimpunan Kebangkitan Rakyat bahawa pemohonan mengguna Stadium Merdeka dibenarkan. Hidup rakyat," katanya dalam satu tulisan di Twitter hari ini.

Tambahnya, jawatankuasa berkenaan kini sedang mengadakan mesyuarat bagi persiapan terakhir, susulan perkembangan itu.-mk

Sidang Media selepas Mesyuarat HKR


Lampu hijau untuk himpunan rakyat di Stadium Merdeka




KUALA LUMPUR: Pihak pengurusan Stadium Merdeka telah memberi 'lampu hijau' kepada penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) 2013 yang akan diadakan Sabtu ini.

Pengerusi HKR Mohammad Sabu yang juga Timbalan Presiden PAS berkata, hasil perbincangan antara penganjur dan pengurusan stadium telah memutuskan bahawa perhimpunan itu dibenarkan, namun perlu memenuhi syarat tertentu.

Syarat itu termasuk bayaran deposit RM75,000 dan masa himpunan dalam stadium dihadkan daripada pukul 2 sehingga 5 petang sahaja.

"Kelulusan dibuat pada pukul 2.30 petang tadi dan kita akan hantar jawatankuasa untuk berunding lebih lanjut dengan pihak pentadbir stadium tentang peraturan yang ditetapkan pukul 10 pagi esok.

"Kita juga akan maklumkan segera kepda Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar mengenai persetujuan ini dan penyelarasan akan dibuat dengan KPN untuk memastikan himpunan berjalan dengan aman, tenteram, dan teratur," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS di sini hari ini.

Katanya, proses rundingan itu juga bakal menyentuh cara untuk menempatkan sejuta penyokong HKR dalam Stadium Merdeka yang hanya mampu menampung kapasiti 40,000 sehingga 50,000 orang sahaja.

Sementara itu Naib Presiden PKR Tian Chua turut mengulangi jaminan HKR akan dijalankan secara aman tanpa sebarang provokasi.

"Takkan ada huru-hara. Kita akan pastikan semuanya berjalan dengan lancar. Kita meletakkan sepenuh kepercayaan kepada penganjur dan polis untuk mengawal keadaan," katanya.

Tiada halangan kibar bendera

Mat Sabu turut berkata hasil perbincangan dengan polis semalam, pihaknya diberikan kebebasan untuk mengibarkan sebarang bendera atau kain rentang pada Sabtu nanti.

Malah, tiada sebarang halangan untuk penyokong berjalan secara aman daripada lokasi permulaan yang ditetapkan di Masjid Negara, Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH), dan Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru ke Stadium Merdeka.

"Seramai 10,000 anggota keselamatan penganjur yang terdiri daripada unit amal dan lain-lain unit akan mengawasi penyokong berjalan secara aman ke stadium (Merdeka).

"Polis dah bagi jaminan takkan ada sekatan atau sekatan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur," katanya.

Sementara itu, bagi pra himpunan Dataran Anak Muda pada Jumaat ini, perancangan asal untuk berkumpul di Kelab Sultan Sulaiman (NGO) dan Taman Medan (Pemuda Pakatan) akan diteruskan bermula 8 malam sehingga 12 tengah malam.

"Kita akan minta kerjasama daripada Ketua Polis Daerah Dang Wangi OCPD Zainuddin Ahmad supaya memastikan pra himpunan diselaraskan dengan baik," katanya.

Manakala pada Ahad akan diadakan protes anjuran Tuntutan Royalti Minyak 'R' berarak daripada KLSCAH ke Menara Petronas KLCC bagi mengemukakan tuntutan mereka.
-TMI


SAMM beri amaran jangan timbulkan provokasi

KUALA LUMPUR, 9 Jan ― Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memberi amaran kepada pihak yang menentang perhimpunan agar jangan menimbulkan provokasi pada Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) yang akan berlangsung Sabtu ini.

Menurut penyelaras SAMM Wilayah Persekutuan Azmir Mustapha, beberapa hari ini aktivis-aktivis SAMM seluruh negara diganggu dengan SMS berbaur ancaman dan ugutan dari pihak yang mendakwa diri mereka dari Perkasa, Pekida, Pemuda Umno dan 80 NGO untuk menghalang perhimpunan in.i

"Regim usang ini sedang menghayati zaman-zaman akhir pemerintahan mereka dengan melakukan provokasi, sabotaj dan menggunakan samseng upahan untuk menakutkan aktivis pro perubahan.

"Saya memberi amaran kepada pihak ini untuk tidak sama sekali menyerang kumpulan rakyat yang hadir ke KL112, sekiranya anda menjual, kami sedia membelinya," kata Azmir selepas menyerahkan bunga kepada pihak polis di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di sini hari ini.

Penyerahan bunga itu diserahkan kepada Sarjan Mejar M Nazir iaitu pemangku timbalan ketua balai polis Dang Wangi, sebagai tanda penghargaan SAMM kepada pihak polis yang menjaga keamanan di negara ini.

SAMM juga mengajak pihak polis untuk bersama-sama datang ke perhimpunan pada Sabtu ini di Stadium Merdeka.

Walau bagaimanapun, pihak polis diwakili Nazir enggan menerima risalah yang cuba diserahkan SAMM kepada pegawai polis.

Semalam, pihak polis menurut penganjur perhimpunan akan mengawal perhimpunan yang dianjurkan Pakatan Rakyat (PR) pada 12 Januari ini dan akan memastikan ianya aman dan menjadi "peristiwa bersejarah."

Menurut Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar berkata perhimpunan ini akan menjadi "peristiwa bersejarah" di mana mereka belajar dari peristiwa lepas.

Gabungan menuntut perubahan pilihan raya Bersih 2.0 cuba mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka pada 9 Julai 2011 tetapi dibatalkan oleh pihak berkuasa pada saat akhir.

Pada perhimpunan ketiga Bersih pada 28 April lalu, kerajaan menawarkan stadium bersejarah tersebut selepas gabungan tersebut memilih Dataran Merdeka tetapi tawaran Putrajaya ditolak kerana dikatakan terlalu lambat.

Perhimpunan 12 Januari ini menyaksikan beberapa kumpulan membuat tuntutan mereka menjelang pilihan raya 2013, termasuk menutup kilang nadir bumi Lynas di Kuantan, membayar royalti lebih adil kepada negeri pengeluar minyak, pendidikan percuma dan pilihan raya bersih dan adil.
-TMI

MIMPI SENJA

Posted: 09 Jan 2013 11:06 PM PST

MIMPI SENJA


HKR #KL112 - PESANAN DARI PENGANJUR

Posted: 09 Jan 2013 10:30 PM PST


PENGUMUMAN PENGANJUR HKR 112

- perundingan berjalan lancar antara penganjur
dengan pemilik stadium merdeka

- petang ini jawantakuasa akan bertemu dengan
tuan ocpd  dang wangi

sila tunggu maklumat terkini

SISTEM PENGANGKUTAN AWAM
pihak penganjur meminta 
warga yang akan datang sabtu ini
ke stadium merdeka
sila datang dengan mengunakan
sistem pengangkutan awam

sila beri kerja sama ini

gunakan keretapi
gunakan bas
gunakan lrt
gunakan monorail
gunakan komuter

ini untuk mengelakakan dari kesesakan


DI TAHAP INI TELAH DI PERSETUJUI PEKARA INI:

pihak penganjur telah berbincang dengan KETUA POLIS NEGARA
yang mahukan ada pemimpin yang dapat dikenali memimpin
orang ramai berjalan perlahan-lahan
beratur dan bersopan
masuk menuju ke stadium merdeka

MULA BERJALAN DARI BEBERAPA TEMPAT:
warga selangor
warga klang
warga pj
anak mahasiwa

MULA DARI MASJID UNIVERSITI JALAN PANTAI
adam adli - mahasiswa
safuan anang - mahasiswa
raja iskandar - pas
YB nurul izzah
YB eng  swee lin - china jawa

MULA DARI BRICKFEILD
aru - psm
maria chin abdullah - empower
raja ratnam - warga aman
faizal - OKU
zunar - seniman dan kartunis

MULA DARI KLCC
anak royalti
mazlan aliman - anak
YB hussam musa
Yb teng chang kim

MULA DARI JALAN SULTAN
selamatkan jalan sultan
kampong warisan
cik gu isham surin - muafakat
YB tan kok way

MULA DARI PASAR SENI
wanita
YB dr.siti maria
YB teresa kok
YB elizebeth wong

MULA DARI DATARAN MERDEKA
kumpulan hijau
YB ronnie liu
wong tuck

MULA DARI KELAB SULTAN SULAIMAN
smm
anak anak muda
cik gu bard

BERMULA DARI  MASJID NEGARA
warga kota yang singgah beribadat di masjid  negara
YB azmin ali
YB mijahid rawa
YB khalid samad

INGATAN
semua warga diminta
berjalan dengan sopan
berjalan dengan teratur
menuju ke stadium merdeka

warga dari utara
diminta berhenti di rawang
berhenti di tanjung malim
berhenti dikawasan yang ada komuter
naik komuter dan turun ke KL SENTRAL

warga yang turun ke kl sentral
sila mula berjalan dari brickfeild

sila bawa air minuman
sila bawa biskut dan gula gula
sila bawa panadol

jangan bawa duit yang banyak
jangan bawa barang kemas

pakai ringan dan santai
pakai  kasut getah bukan kasut tinggi tumit



WARUNG DAN GERAI
semua warung dan gerai
hanya boleh dibuka 
disekitar kawasan bawak monorail maharaja lela
disekitar kawasan dewan perhimpuanan china
disekitar kawasan lrt hang tuah

KERETA DAN MOTOSIKAL
semua jenis kereta
dilarang masuk ke dalam persekitaran stadium
dilarang masuk ke jalan hadaopan stadium

ini bertujuan untuk mengelakkan sesak



NOTA:
ini adalah perhimpunan  aman
sila elakkan dari pembuat provokasi
sila jangan buat huru
sila jagan buat hara



NOTA:
inilah sejarah kali kedua
stadium merdeka dipulangkan
kepada rakyat untuk kegunaan rakyat

PERATURAN STADIUM MERDEKA
jika telah penuh warga dinasehtakan dudk diluar
alat pembesar suara ada dipasang

stadium yang cuba dimusnahkan oleh madey
telah diselamatkan oleh dolah badawi
justeru stadium ini adalah warisan kita semua
maka sila pastikan tidak ada keroskana berlaku
yang merosakan stadium ini pastikan
memiliki sifat madey
juahkan diri dari sifat madey

TERKINI : Polis menembak mati/cedera tahanan lari dari polis

Posted: 09 Jan 2013 09:57 PM PST

PENANTI: Beberapa lelaki dipercayai suspek yang melarikan diri ketika dalam perjalanan ke Mahkamah Sesyen Butterworth dari Penjara Pulau Pinang ditembak polis dalam satu kejadian tembak-menembak di Kampung Pelet,di sini,sebentar tadi. 

Perkara itu disahkan Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar. 

Beliau berkata, jumlah suspek belum diketahui tetapi memberitahu ada suspek yang mati dan ada yang cedera. 


Beliau ketika ini dalam perjalanan ke tempat kejadian.

KEMENTAH, awat hampa dok diam saja bila Ropiaah tak bayar RM72.5 juta????? Mana PUSPAHANAS????

Posted: 09 Jan 2013 09:21 PM PST



PUSPAHANAS: AWAN MEGAH SDN BHD PERLU BAYAR KEMENTAH RM72.50 JUTA


PETALING JAYA 9 JAN : Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mempersoalkan tindakan Kementerian Pertahanan (Kementah) yang tidak mendapatkan RM72.5 juta dari Awan Megah Sdn Bhd akibat kegagalan menyiapkan projek Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas).

Beliau mendakwa dalam perjanjian, Kementah mensyaratkan penyediaan bon tanah dengan nilai itu sebagai jaminan projek terbabit akan siap dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Lebih membimbangkan, katanya apabila bon tanah itu luput secara automatik pada 3 Februari 2011. "Jadi, Kementerian Pertahanan perlu menjawab perkara itu sedangkan dengan wang RM72.5 juta itu ia boleh digunakan untuk menampung kos pembinaan Puspahanas," katanya dalam sidang media, di Ibu Pejabat PKR, di sini.

Projek pembinaan Puspahanas itu lewat dimulakan oleh Awan Megah Sdn Bhd walaupun perjanjian dimeterai tahun 2005 dan sepatutnya siap Januari 2011 mengikut jadual yang didaftarkan dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).

"Kementerian Pertahanan perlu menjawab persoalan yang dibangkitkan ini antaranya mengapa Kementerian tidak menggugurkan Awan Megah Sdn Bhd dari projek ini apabila sudah terbukti ia tidak mempunyai kemampuan dan kepakaran.

"Adakah Awan Megah Sdn Bhd menyediakan bon tanah baru bagi menggantikan bon tanah asal yang luput," katanya.

Tinjauan Rafizi ke tapak pembinaan Puspahanas di Presint 1, Putrajaya menunjukkan bahawa hanya dua daripada 12 bangunan utama sedang dibina.

Menurut maklumat yang diperolehi dari kakitangan sub kontraktor di tapak pembinaan, kerja pembinaan hanya bermula dalam bulan Ogos lalu.

Sehubungan itu, satu jelajah nasional ke kawasan kem tentera akan diadakan mulai esok bagi menerangkan isu salah guna wang Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Jelajah itu akan dimulakan di Setiawangsa, Lumut, Bandar Tun Razak, Kuantan dan Butterworth.

HKR KUALA LUMPUR #112 : Tiada Perarakan, hanya Lenggang Lenggok ke stadium - Mat Sabu

Posted: 09 Jan 2013 08:07 PM PST


Pengerusi Himpunan Kebangkitan Rakyat Mohamad Sabu memberi jaminan bahawa penganjur tidak akan mengadakan perarakan ke Stadium Merdeka bagi perhimpunan 12 Januari."Tidak ada perarakan, cuma berjalan lenggang lenggok secara bersantai ke sana," katanya sambil diiringi ketawa kecil wartawan.

Tambahnya, penganjur akan memaklumkan kepada ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar mengenai kesediaan Stadium Merdeka untuk membenarkan lokasi itu digunakan bagi perhimpunan tersebut.

Selain itu, penganjur juga akan menghantar wakil untuk bertemu ketua polis daerah Dang Wangi Zainuddin Ahmad esok bagi menyelaras kerjasama berhubung perhimpunan tersebut.

"Hasrat IGP mahukan perhimpunan ini himpunan yang bersejarah, aman, teratur sebelum pilihan raya umum kerana selepas ini Pakatan Rakyat akan mengambil alih melalui proses demokrasi.

"Himpunan ini akan menjadi rekod kepada negara dunia ketiga dengan memberi isyarat kepada SPR dan pengamal media kerajaan supaya menunaikan tuntutan rakyat.

"Kita tak mahu ambil alih (negara) melalui pertumpahan darah," katanya.

Selain itu, pihaknya akan menghantar delegasi itu bertemu dengan OCPD Dang Wangi Zainuddin Ahmad esok untuk menyelaraskan kerjasama bagi menjaya perhimpunan tersebut, katanya.

Seorang lagi anggota jawatankuasa penganjur, Tian Chua berkata beliau tidak melihat bahawa kekacauan akan berlaku dalam perhimpunan berkenaan.

"Pihak penganjur dan polis sentiasa mengadakan perbincangan dan dialog untuk memastikan ia berjalan dengan lancar," kata Tian.

Polis juga tidak meletakkan syarat yang melarang orang membawa kain rentang pada perhimpunan tersebut dan pihaknya memberi jaminan akan bekerjasama dengan pasukan keselamatan pada hari tersebut.

"Polis tidak akan membuat sekatan jalan raya. Polis memberi jaminan tidak akan ada halangan. Dan kita ada wakil untuk bantu orang ramai ke stadium.

Seorang lagi anggota jawatankuasanya, Hishamuddin Rais berkata, perhimpinan berkenaan antara lainnya akan diisi dengan ucapan pemimpin parti politik, NGO dan diselang seli dengan lagu dan bacaan puisi oleh Sasterawan Negara Datuk A Samad Said.

Pihak penganjut juga akan membaca deklarasi Himpunan Kebangkitan Rakyat dan diakhiri dengan bacaan doa oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat, katanya. -mk

Comandan Berjalan Lenggang Lenggok HKR #112 Stadium Merdeka

Masjid Negara -
YB Khalid Samad, YB Azmin Ali, YB Mujahid

Pasar Seni -
YB Elly Wong, YB Siti Mariah, YB Teresa Kok

Masjid Rahman(UM) -
Adam Adli, YB Nurul Izzah, Safwan Anang, Raja Iskandar, YB Ng Swee Lin

KLCC -
Mazlan Aliman, YB Husam Musa, YB Teng Chang Kim

Jalan Sultan -
Ishak Surin, YB Fuziah Salleh, Wong Tak, YB Tan Kok Wai

KL Sentral/Brickfields -
Arun (PSM), Rajaratnam, Faizal OkU, Mariah Chin

Malaysia dapat PM baru sebelum PRU 13

Posted: 09 Jan 2013 05:43 PM PST


PM BARU BAGI MALAYSIA? Najib akan dipaksa meletak jawatan atas 'sebab kesihatan'?
Nampaknya Malaysia akan mendapat Perdana Menteri sebelum pilihan raya umum, yang dijangka akan diadakan pada bulan Jun. Perdana Menteri Najib Razak yang sedang menghadapi pelbagai tekanan dijangka meletak jawatan tidak lama lagi untuk memberi laluan kepada Muhyiddin Yassin,atas sebab-sebab kesihatan, tetapi akhirnya, Najib yang berusia 59 tahun akan menjadi mangsa terbaru persengketaan parti Umno dan perasaan khuatir akan kehilangan kuasa terhadap kerajaan persekutuan kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.
Pada hujung minggu, khabar angin bertiup kencang menyatakan bahawa Najib akan membubarkan Parlimen pada 26 Januari dan ini antara usaha untuk mencari jalan agar Muhyddin dan bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad boleh menggulingkan Najib sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri negara sebelum PRU ke- 13 diadakan.
Cakap-cakap itu telah diganti pula oleh spekulasi panas bahawa Najib telah jatuh sakit. Menurut Sarawak Report, para doktornya telah diletakkan dalam keadaaan berjaga-jaga pada hujung minggu lalu. Tidak dinafikan terdapat banyak tekanan pada Najib dan isterinya Rosmah Mansor terutama sekali sejak beberapa minggu yang lalu apabila mereka menjadi sasaran rentetan pendedahan rasuah oleh ahli perniagaan kontroversi Deepak Jaikishan.
Apabila pasangan pertama ini tidak menjawab apa-apa dakwaan serius dan juga 'ketiadaan' Najib di mata awam sejak dua minggu lalu telah menimbulkan syak wasangka bahawa ada sesuatu telah berlaku. Ada juga berspekulasi bahawa Najib mungkin telah ke luar negara untuk menerima rawatan.
"Apa yang kita minta ialah supaya pentadbiran BN menjelaskan dengan segera keadaan sebenar. Kita semua tahu bahawa ada sesuatu yang tidak kena apabila PM tiada kelihatan. Tiada kenyataan telah dikeluarkan berkenaan ketiadaannya dan tiada juga kenyataan dari mereka bagi menangkis dakwaan serius yang telah dibuat oleh Deepak," Ahli Parlimen PKR kawasan Batu, Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.
Meraih undi simpati dari pengundi Melayu yang keliru

Najib mengambil alih sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri negara yang ke- 6 pada April 2009 selepas membantu Mahathir dan Muhyiddin menggulingkan Abdullah Badawi yang dipersalahkan atas prestasi lemah Umno-BN dalam pilihan raya 2008. Sekarang, ironinya, Najib pula mendapati dirinya diketepikandengan cara yang sama sepertimana dia telah menjadikan Badawi terasing dari dunia politik.
Ia merupakan rahsia yang diketahui umum bahawa 'panglima' Umno sedang merebut kerusi untuk bertanding pada PRU ke-13 dan Najib telah mengikut kata hatinyadenganmembuat keputusan bahawa dia akan kekal dalam kuasa. Walaupun bermacam-macam cerita telah diputar oleh media dari kedua-dua belah pihak, semua tahu bahawa Najib dan Rosmah hanya mahu mengadakan pilihanraya selepas tempoh 5 tahun Umno berakhir, manakala Muhyiddin dan Mahathir mahukan pilihanraya diadakan seawal tahun lepas.
Apabila Muhyddin memberitahu akhbar pada awal tahun baru bahawa adalah lebih baik jika tarikh PRU ke-13 kekal 'misteri', ia terus merangsang 'teori konspirasi' yang sedang hangat diperkatakan bahawa Najib akan dikeluarkan tidak lama lagi. Muhyiddin kemudian akan mengambil alih dan membenarkan Parlimen tamat tempoh tanpa dibubarkan, dengan Suruhanjaya Pilihan Raya yang pro-BN mengadakanpilihanraya di seluruh negara hanya pada bulan Jun supaya membolehkan 'luka' dalaman Umno untuk sembuh dan negara, terutamanya pengundi Melayu yang berpengaruh membiasakan diri dengan PM baru yang menerajui negara.
"Mereka berharap pada imej pro-MelayuMuhyiddinuntuk membolehkan Umno-BN mengekalkan kuasa serta ketakutan orang Melayu kepada sesuatu yang tidak mereka ketahui dan simpati kepada Najib yang sedang sakit - jika benar dia sedang sakit - untuk membantu mereka," kata Tian.
"Kami kini dalam zon yang samar-samar kerana tidak tahu apakah helah Umno-BN seterusnya untuk berpaut kepada kuasa. Semuanya akan bergantung kepada pengumuman yang akan dibuat dalam beberapa hari akan datang. Kemudian barulah kami akan mendapatkan gambaran yang lebih jelas."
Muhyiddin yang bercita-cita tinggi & 'kamikaze' Dr M
Pada pertengahan bulan Disember, sumber-sumber politik telah memberitahu Malaysia Chronicle bahawa bahagian Umno di tiga negeri - Johor, Terengganu dan Perak - telah memulakan usaha memaksa Najib untuk berundur, dengan memberi alasan meningkatnya kes-kes skandal terutama sekali rasuah berkaitan pembelian kapal selam Scorpene dan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
Antara petanda awal perbalahan dalaman UMNO sedang memuncak adalah khabar angin mengenai rusuhan kaum yang telah disebarkan oleh beberapa blogger pro-UMNO. Perbuatan pemimpin UMNO dan sekutunya seperti Ibrahim Ali dan Shahrizat Jalil menakut-nakutkan orang ramai dengan berulangnya rusuhan kaum 13 Mei 1969 yang telah meninggalkan beribu-ribu cedera dan ratusan kehilangan nyawa telah mengeruhkan lagi keadaan.
Mewujudkan ketakutan dengan menggunakan ancaman rusuhan kaum untuk mematahkan kebangkitan rakyat adalah 'lambang' taktik yang digunakan oleh Umno untuk menyembunyikan pertelingkahan dalaman. Rusuhan 13 Mei telah didedahkan sebagai konspirasi Umno untuk menggulingkan presiden ketika itu, Tunku Abdul Rahman. Ia adalah perebutan kuasa yang telah membolehkan ayah Najib, Abdul Razak Hussein dan Mahathir Mohamad memegang kuasa.
Oleh itu, apabila timbul cakap-cakap menyemarakkan insiden Mei 13 baru-baru ini, pemerhati politik mula berjaga-jaga.
Membenarkan Najib untuk keluar dengan cara terhormat
Pemerhati Umno percaya bahawa Mahathir Mohamad, 'pemain boneka' utama dalam Umno, telah memutuskan untuk menjadikan Muhyiddin bonekanya dan kesan saat-saat akhir dalam kepimpinan walaupun ramai telah memberi amaran bahawa ia bakal menambahkan kesan yang lebih teruk bagi perbalahan dalam Umno .
Kerana itulah mereka mewujudkan khabar angin 'strok kecil' untuk membenarkan Najib berundur dengan cara yang terhormat atas sebab-sebab kesihatan. Sama ada benar atau tidak Najib sakit bukanlah perkara utama. Bagi pesaingnya dalam Umno, kesihatan yang kurang memuaskan adalah semata-mata memberi Najib sebab untuk 'menyerahkan' kuasanya.
"Mahathir adalah seorang pejuang kamikaze (berani mati). Dia tidak perlukan undang-undang darurat atau mana-mana undang-undang jika dia mahu melakukan sesuatu. Lihatlah bagaimana dia membubarkan UMNO lama dan mencipta UMNO Baru, lihatlah bagaimana dia melemparkan Anwar Ibrahim ke dalam penjara, diisytiharkan perang habis-habisan ke atas Abdullah Badawi, " kata seorang pemerhati politik veteran kepada Malaysia Chronicle.
"Tetapi pilihan melambatkan PRU ke-13 dan mengenakan undang-undang ketenteraan bukanlah pilihan bagi mereka. Panglima UMNO tahu jika mereka berbuat demikian, mereka berkemungkinan besar dimasukkan ke dalam penjara dan dihina. Ia adalah lebih baik untuk bertarung di peti undi. Lagipun, mereka telah melakukan banyak penyelewengan pada daftar undi yang begitu banyak kekayaan di luar negara, mereka mungkin akan mencuba nasib mereka di mahkamah jika rejim baru memerintah bakal mendakwa mereka kerana merompak. "
"Sudah tidak syak lagi Mahathir telah cuba untuk menukar PM untuk meningkatkan semangat dalam UMNO sebelum bertarung dalam PRU ke-13 Dia selalu menjadi orang yang paling berani bertaruh berbanding yang lain. Dia bersedia untuk memperjudikan segalanya untuk menang besar dengan menggunakan imej pro-Melayu Muhyiddin. Untuk berbuat demikian, mereka akan membangkitkan sentimen Melayu. Setakat ini, yang ada hanyalah retorik. Sekarang kita sudah mendengar cerita tentang rusuhan kaum. Oleh itu, ada kemungkinan besar apa yang berlaku seterusnya adalah kejadian yang sebenar. Khabar angin bahawa mereka boleh membangkitkan insiden kecil di sana sini untuk mengumpul kemarahan orang Melayu dan mereka boleh melakukan ini dengan bantuan samseng UMNO dan kongsi gelap Cina dan India. "

HKR KUALA LUMPUR #112 : Apa muslihat Hishammudin?

Posted: 09 Jan 2013 06:58 AM PST


Mengejutkan!

Malah sungguh tak disangka-sangka!

Melalui dua mesej berturut-turut di laman sosial Twitter milik menteri dalam negeri, Hishammuddin Hussein, dia menyarankan supaya Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur diubah ke Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Alasannya, atas sebab keselamatan selain dia sendiri menganggarkan lebih daripada 35 ribu yang akan hadir pada himpunan tersebut sedangkan itulah angka maksimum yang boleh diisi di dalam stadium yang sudah berusia 55 tahun itu.

Kedua-dua mesej selang tiga minit Hishammuddin terpapar di bawah:


@HishammuddinH2O Oleh krn kedua2 Stadium telah setuju permintaan Mat Sabu, kalau sasar bgtu ramai lebih baik pilih Bukit Jalil. Itupun klu mrk benar2 ikhlas.

Manakala tweet seterusnya dengan jelas menyatakan bahawa Stadium Nasional lebih sesuai sambil merujuk insiden semasa Bersih 3.0 yang memalukan Umno dan Barisan Nasional (Bn) sendiri.

@HishammuddinH2O: Std Bkt Jalil-sesuai & selamat. X susahkan rakyat. Jadikan Bersih 3 sebagai iktibar....

Bagaimanapun, kedua-dua kenyataan peribadi Hishamuddin pantas dipersoalkan ahli parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong dengan mendakwa ia sengaja dibuat bagi cubaan mengelirukan peserta himpunan yang akan hadir Sabtu ini.

@LiewChinTong: Adakah @HishammuddinH2O cuba hentikan Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka?

Setakat maklumat ini ditulis, jawatankuasa himpunan kekal dengan keputusannya memilih Stadium Merdeka sebagai tapak himpunan malah pengerusinya yang juga timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu dijangka akan menemui pengurusan stadium itu esok bagi membincangkan langkah-langkah seterusnya termasuk soal logistik dan pergerakan peserta.

Dipercayai Umno lebih rela Stadium Nasional digunakan berbanding Stadium Merdeka kerana kawasan tersebut terlalu hampir dengan ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Kuala Lumpur yang terletak hanya kira-kira 300 meter dari stadium tersebut.

Jika Hishamuddin benar-benar ikhlas mahu membantu mengapa baru sekarang dan bukannya tiga minggu lalu apabila jawatankuasa sudah memaklumkan bahawa stadium tersebut digunakan sebagai tempat perhimpunan yang mesti dituju semua peserta dari semua arah.

Rasanya, 'lampu hijau' yang diberikan Hishammuddin sudah terlalu lewat untuk diterima jawatankuasa dan peserta memandangkan ia sepatutnya dimaklumkan sekurang-kurangnya seminggu dan kebetulan pengurusan Stadium Merdeka baru saja memberi kebenaran jam 2.30 petang tadi.

Nampaknya muslihat Hishammuddin kali ini lebih lick tetapi mudah dibaca kerana pemikirannya saling tak tumpah dengan pemimpin Umno lain yang sibuk mencerca pemimpin Pakatan Rakyat kunun tidak mampu melakukan yang terbaik buat rakyat padahal BN sudah 55 tahun diberi peluang namun mereka sendiri mensia-siakannya.

Saya harap jawatankuasa kekal dengan keputusan ini dan tidak termakan dengan 'provokasi' Hishammuddin yang pastinya telah berbincang dengan sepupunya, Najib Altantuya!

POLIS DOK CARI ...Kalau ternampak report polis jer

Posted: 09 Jan 2013 04:29 AM PST


EKSKLUSIF GAMBAR 9 TAHANAN YANG LARIKAN VAN PDRM, PUKUL DAN LARIKAN ANGGOTA POLIS Di Pulau Pinang Gambar OKT yang diburu pihak Polis setelah melarikan diri ketika dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke Mahkamah Butterworth pada 07/01/2013.
Suspek yang terlibat.
Dalam kejadian pukul 9 pagi di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth itu KELMARIN, empat anggota polis terbabit turut ditolak keluar daripada van di tepi lebuh raya berkenaan.
Van itu dijumpai ditinggalkan di Kampung Padang Chempedak, Tasek Gelugor dekat sini, kira-kira 20 kilometer dari tempat kejadian iaitu di Tol Bagan Ajam berhampiran Pantai Bersih.

SAH : HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT 12 JAN DI STADIUM MERDEKA ... Pakat2 mai ramai-ramai

Posted: 09 Jan 2013 01:26 AM PST


KUALA LUMPUR 9 Jan: Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) sah diadakan di Stadium Merdeka, Sabtu ini, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.
Ia ekoran pihak pengurusan stadium membenarkan himpunan tersebut berlangsung di situ.
"Pihak pengurusan balas kepada panitia Perhimpunan Kebangkitan Rakyat bahawa pemohonan mengguna Stadium Merdeka dibenarkan. Hidup rakyat," tulis Tian pada twitternya sebentar tadi.
Menurut Tian, Jawatankuasa Panitia HKR kini sedang mengadakan mesyuarat bagi persiapan terakhir susulan perkembangan itu.
"Ini peristiwa bersejarah, Stadium Merdeka kembali milik rakyat!" kata Ahli Parlimen Batu itu.
Dengan perkembangan tersebut, bermakna inilah kali pertama himpunan mega rakyat diadakan dalam stadium.

TERKINI 3.30 PTG : KUALA LUMPUR #112 :PENGURUSAN STADIUM MERDEKA DAH KATA OK

Posted: 08 Jan 2013 11:58 PM PST

- Pengurusan Stadium Merdeka telah memberi surat kebenaran untuk rakyat menggunakan Stadium Merdeka pada Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari 2013 nanti



              Approved - use of Stadium Merdeka for Jan 12 rally


 
Pakatan Rakyat's application to hold its mega-rally at Stadium Merdeka on Saturday has been approved by the management of the venue.


Berita Lanjut menyusul

Siulan Apadianie

Posted: 09 Jan 2013 11:02 PM PST

Siulan Apadianie


Lenggang Kangkung a.k.a Lenggang Lenggok Mak Limah

Posted: 09 Jan 2013 06:51 AM PST


TTkata; "Tarikh 12 Januari 2013 bukan meniru Arab Spring. Himpunan Kebangkitan Rakyat pada Sabtu ini ialah Malaysian Durian. Durian – susah untuk diambil isinya. Tetapi apabila terbuka maka akan terbukalah ruang demokrasi yang isinya akan sama-sama kita nikmati. Kita berjumpa di Kuala Lumpur Sabtu ini. "

Abg Mat Sabu kata ; - "Tidak ada perarakan, cuma berjalan lenggang lenggok secara bersantai ke sana,"

usinkata;.." Tidak ada perarakan,cuma berjalan lenggang kangkung secara bersantai ke sana."
 

SP111 to KL112

Posted: 09 Jan 2013 06:49 AM PST


KL112...aku gerak dr SP 111 kul 11mlm ke Shah Alam..dari Shah Alam ke Stadium Merdeka....so aku akan ikut nasehat TT..

kata nasihat TT ;- 

semua yang akan turun sila ambil perhatian
untuk mengelakan kesesakan
sila jangan bawa kereta ke dalam kota kuala lumpur
sila jangan buat ganguan jalan
sila jangan jamkan jalan raya

perhimpunan ini dijalankan dengan aman
perhimpunan ini dijalankan dengan santai
suasana pesta
suasana bersama kaum keluarga

dari SELANGOR - PJ KLANG SHAH ALAM
sila ambil komuter
sila ambil lrt berhenti di universiti
berhimpun di masjid universiti malaya
bergerak ke brickfeilds
warga aman sedang menungggu

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

Posted: 09 Jan 2013 09:38 PM PST

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Menuju PRU-13: Mengukuhkan demokrasi di Malaysia ― Amin Ahmad

Posted: 09 Jan 2013 09:35 PM PST

Menuju PRU-13: Mengukuhkan demokrasi di Malaysia ― Amin Ahmad

January 09, 2013
 
9 JAN ― Tirai 2013 bermula. Ini bermaksud tempoh lima tahun sejak pilihan raya umum ke-12 diadakan pada tahun 2008 telah hampir berakhir. Sebenarnya perbualan tentang pilihan raya semakin kedengaran sejak tahun lalu kerana jarang pihak kerajaan menunggu sehingga ke saat akhir untuk membubarkan Dewan Rakyat.

Latar belakang falsafah dan sejarah

Minat orang ramai terhadap pilihan raya umum ke-13 ini tentulah positif. Kita perlu sedar demokrasi bermaksud "pemerintahan daripada rakyat", bermaksud sumber keabsahan pemerintahan sesuatu kerajaan mesti didapatkan daripada mereka yang diperintah. Sejak dahulu slogan "pemerintahan daripada rakyat" ini telah diterjemahkan kepada banyak kaedah menaik dan menurunkan pemimpin atau sesebuah kerajaan.
Meskipun idea demokrasi dikaitkan dengan banyak pandangan tokoh sejak zaman Yunani dan Rom, amalan mengundi seperti zaman moden (undi rahsia yang dimasukkan ke dalam peti undi) hanyalah bermula pada lewat abad ke-18 di Perancis. Sejak itu ia berkembang dan kemudiannya diterima luas sebagai cara praktikal untuk menentukan siapa yang akan melaksanakan kuasa politik dalam negara dan tentunya kepada seluruh penduduk bagi kawasan yang ditadbir.

Kini pilihan raya dianggap sebagai satu ciri khusus untuk menentukan sama ada sesebuah negara itu mengamalkan demokrasi atau tidak dan pilihan raya dibuat secara berkala untuk membolehkan ada kawalan rakyat terhadap pemerintah.

Semangat di sebalik proses pilihan raya

Adalah penting untuk kita sedar bahawa proses pilihan raya bukan sahaja soal teknikal dan praktikal. Di sebalik pilihan raya ada beberapa tema utama yang penting untuk difahami.
Pertama, semua warga yang layak berhak menawarkan khidmat untuk merangka dan menggubal dasar. Justeru, tidak wajar ada kempen yang membayangkan peralihan kuasa itu bahaya. Sekiranya ada bahaya tertentu yang mungkin ditawarkan oleh calon atau parti, ia bukanlah prinsip teras tetapi aturan kedua masalah (second order problem).


Kedua, semua warga yang layak, terlepas apa pun kelayakan akademik atau pencapaian kerjayanya, mempunyai kuasa undi yang sama untuk memilih wakil rakyat atau parti bagi mentadbir negara. Ini adalah pengakuan penting bahawa isu keperihatinan setiap individu adalah berbeza, meskipun pasti ada isu-isu yang menjadi keperihatinan bersama.

Berdasarkan ciri yang sama dan berbeza ini, setiap wakil rakyat yang dipilih diharap dapat mewakili kepelbagaian pendapat untuk kepentingan bersama. Ia juga menjelaskan bahawa cukup sukar untuk semua tuntutan yang berbeza ini dapat dipenuhi oleh wakil rakyat. Meskipun sebuah kerajaan akan lazimnya dibentuk oleh majoriti, seharusnya ciri ini membolehkan kepentingan kumpulan minoriti dapat disuarakan, bukan ditekan.


Sikap demokratik

Sistem demokrasi tidak dapat subur tanpa sikap demokratik pemimpin dan rakyat sesebuah negara. Seorang demokrat mesti berani mengiktiraf bahawa majoriti tidak selalunya benar dan minoriti tidak semestinya sentiasa salah. Pengiktirafan ini mesti ditunjukkan dengan sikap lapang dada terhadap pandangan berbeza.
Pandangan berbeza ini seharusnya boleh dikesan dalam media massa dan banyak wacana awam. Kebebasan maklumat adalah cara terbaik untuk memberi peluang kepada orang ramai menimbang hujah secara saksama dan membuat pilihan. Ini juga secara tidak langsung "memaksa" pihak yang mahu menawarkan khidmat bersedia dengan pemikiran dan hujah yang bernas. Bukankah mereka akan berbahas di Dewan mewakili rakyat jika dipilih?


Proses pilihan raya

Jelas, demokrasi dan pilihan raya tidak terhad kepada soal mengundi dan hari pengundian sahaja. Maka tidak hairanlah sejumlah persoalan ditimbulkan oleh beberapa pihak berkaitan proses pilihan raya. Ini mesti diraikan. Ia adalah petunjuk bahawa ramai yang menghargai kepentingan pilihan raya. Cuma sayangnya persoalan yang timbul kadangkala bertukar menjadi konflik dan merumitkan proses rundingan.

Untuk menghuraikan kekusutan ini, banyak hal-hal berkaitan pilihan raya perlu dibincangkan secara terbuka. Saya percaya berbanding menyalahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semata-mata dalam semua hal, eloklah dilihat dengan teliti apakah peranan yang boleh dimainkan oleh semua pihak. Ini tidak bermaksud SPR tidak boleh disoal, tetapi seharusnya bukan SPR sahaja.


Kita mesti mengangkat persoalan pilihan raya sebagai kesedaran kolektif semua pihak. Jika persoalan yang ingin diubah melibatkan undang-undang, maka pihak yang perlu didesak mengubahnya ialah para wakil rakyat. Jika yang mahu diubah ialah berkaitan maklumat media, maka pihak media yang perlu didesak. Jika ada kelemahan tertentu berpunca daripada parti politik, maka parti politik mesti melatih petugasnya melakukan apa yang sepatutnya. Sekiranya ada jentera kerajaan digunakan secara salah, maka bahagian perkhidmatan awam mesti didesak untuk tidak membenarkan jentera kerajaan disalahgunakan. Tentunya, sekiranya ada kelemahan di pihak SPR, pihak SPR perlu didesak untuk memperbaikinya. Banyak lagi perkara boleh ditambah baik dan ini perlu dibincangkan secara terbuka.

Ia tidak mudah. Memang ada sebahagian perkara berada di jalur kelabu – sukar ditentukan secara pasti benar dan salahnya. Namun masalah tetap perlu diuruskan. Bagi pihak IDEAS, organisasi yang diumum akan dilantik sebagai badan pemerhati dalam PRU-13, saya akan cuba menulis beberapa artikel berkaitan pilihan raya untuk berkongsi dan berbincang dengan khalayak ramai.


Semoga kita dapat menjayakan proses pilihan raya akan datang dengan penuh semangat demokrasi.


* Amin Ahmad ialah pengurus projek dan operasi di IDEAS



TUNGGU APA LAGI.....

Posted: 09 Jan 2013 06:06 AM PST

 JOM TURUN...JANGAN JAGA PERUT DAN DIBAWAH PERUT....KALAU NENEK 61 TAHUN BOLEH TURUN..YANG MUDA-MUDA JANGAN JADI PENAKUT. DULU MUNGKIN ADA ALASAN TAK DAPAT KEBENARAN..TAKUT KENA TANGKAP..ANAK BINI TAK MAKAN...KALI INI TELAH DIBERI KEBENARAN....MAKA TURUN LAH....






ANWAR DI SARAWAK,MARUDI DAN BARAM

Posted: 09 Jan 2013 06:05 AM PST


DEEPAKGATE

Posted: 09 Jan 2013 12:04 AM PST

SALMOMGKOL AK47

Isu yang besar sekarang ialah Deepakgate- yakni pendedahan Deepak mengenai penglibatan keluarga Tun Razak( Najib, Johari, Nazim) dalam menyelesaikan masaalah lapuran berkanun Balasubramaniam. Peguam Tan Sri yang mempunyai the highest of professional integrity- kalau dia honourable, mesti tampil kehadapan dan mengaku dia buat SD2 yang tidak bertika. Dia tidak berdepan bersemuka dengan Bala dan Bala bukan anakguam dia. Dia hanya berkomunikasi dengan seorang adik Dato Najib yang peguam. Setahu saya adik Najib yang peguam hanya Johari dan dia dulu pernah kerja se firma dengan lawyer Tan Sri berkenaan. 
 
Dan pendedahan Deepak mengenai bagaimana 223 tanah milik rakyat yang telah amanahkan kepada MINDEF telah di jual kepada Raja Ropiaah seorang pemimpin wanita UMNO. Juga dalam pamphlet Black Rose 01, kita membaca pendedahan mengenai kemungkinan penglibatan Rosmah Mansor dalam pembunuhan Altantuya.
Isiu inilah yang memakutkan semua orang di NST- lubuk dan sarang pengampu Najib nombor satu. Macam mana mau selesai ini isiu? Maka berhimpunlah segala bloggers pro UMNO yang digaji oleh UMNO( 28-30 semua nya) memecahkan kepala bagaimana mahu selesai ini isiu. 
 
kita tahu mutu kumpulan hanyalah perjumlahan mutu blogger2 individu. Kita tak perlu takut dengan mereka. Kalau pemain tennis, tak layak main di Wimbledon, kalau peninju tomoi atau muay thai, tak layak bertinju di Lumpini Stadium. Kalau peninju belum boleh masuk Madison Square Garden. 
 
Mereka akan lakukan apa yang biasa dilakukan. (1) akan menghina dan mencerca deepak dengan memusnahkan kredibiliti deepak. Orang yang tidak boleh dipercayai, tak kenang budi, keciwa tak dapat kontrak besar dan sebagainya. 
 
(2) akhirnya, mereka akan guna senjata sulit mereka- melakarkan apa yang Deepak lakukan sebagai sebahagian dari rencana besar bangsa bukan Melayu untuk menaklok bangsa Melayu. Kalau orang seperti Deepak, dan PR memerintah, maka musnahlah semua Melayu, Negara ini jadi Repablik Raja Melayu hancur lebur, Agama Islam akan musnah dan kepentingan ekonomi orang Melayu tidak akan dapat dilansungkan.
 
Apa ekonomi Melayu? Beri tanah 223 ekar milik kerajaan dan bayaran pendahuluan RM27 juta? Kemudian membrokerkan supaya Deepak Jaikishan dapat berpakat dengan Raja Ropiah? Melayu apa ini? 
 
Memanglah Pak Lah yang pecah tanah untuk memulakan projek rahsia ini. Maklumlah Puspahanas pusat kajian yang rahsia rahsia. Sehinga dimana letak nya pun rahsia. Inilah pertama kali dalam dunia, kita lihat kerajaan sebuah Negara meluluskan sebuah projek halimunan- kita tak tahu mana benda Allah tu. Dimana woi, wok? 
 
Yang kerajaan dah serah body dan budi ialah 223 ekar tanah di Bukit Raja Kelang dan RM27juta. Ini drawdown apa atau pendahuluan apa? Kita akan tahu nanti. Dengan tanah itulah orang melayu Raja Ropiaah dapat berjuta juta dari Deepak dan Guppyunit Sdn Bhd. 
Mak ai- rayo koling kito kata orang Negeri Sembilan.

Tanah itu sepatutnya diletakkan dalam sebuah syarikat bersifat escrow- pegang sementara sehingga syarat terpenting dilakukan. Iaitu bila puspahanas disiapkan barulah tanah itu jadi milik raja ropiaah.
 
Soalan--- kalau raja ropiaah dapat jual tanah tersebut, bererti hakmilik kepada 223 ekar itu sudah Raja Ropiaah punya. Macam mana ini boleh berlaku tanpa kerjasama dan pakatan jahat orang dalam mindef?
 
Apa yang menyebabkan Deepak berani membayar kepada RR sedangkan tentu sekali di buat due dilliegence dan tengok dokumen yang RR ada untuk menyatakan bahawa 223 itu aku ahmad albab yang punya, bukan kamu punya
 
Deepak lakukan 2 perkara. Besar kemungkinan RR telah menunjukkan award letter yang dia dapat projek untuk buat RM100 juta Puspahanas. Dan sebagai imbuhan dia akan dapat 223 ekar tanah yang dia janji akan jual kepada Deepak. Atau dia mungkin ada sebenar benar nya, surat hakmilik keatas 223 ekar tersebut( yang dipecahkan kepada 3 lot). Jika demikian kita kembali kepada soalan- bagaimana surat hakmilik ada pada RR kecuai dengan komplot dengan orang dalam MINDEF? 
 
 
Atau Deepak kerana dia penjual karpet dan orang kesayangan kak mah, dia pergi tanya Najib. Dato seeri- bos, betulkah you kasi 223 ekar tanah kepada RR. You see, this Popiah has asked me to help. I yem not interested to do Puspahanas, but I yem interested to buy land. Secure or not? 
 
 
Dato seeri jawab- ayoyo Deepak. You don't trust me? I am DPM , Minister of Defence,Pak lah the sleepy one- we just ask him to pecah tanah. Maybe allow him to speak and you will see, he will lose himself halfway down his speech.