Hujan lebat ngat semalam, koi tak dapat nak gi kampong-kampong, so koi minumlah di kedai kopi. Elok ngat minum di situ kerana rupa-rupanya ada pulok dua tiga orang kenalan lama, orang UMNO yang dulunya kawan-kawan koi belaka, seorang bekas Ketua Kampong. Mereka tu dulu sokong koi masa koi bertanding sebagai Naib Ketua UMNO Bahagian Temerloh. Kami masih mesra hanya taklah semesra dulu kerana kini dah lain-lain boat.
Mat (bukan nama sebenar) tanya koi, "Haji bertanding tak dalam pilihanraya ni?" Koi jawab mudah, kalau ikutkan hati, tak ndak tanding, tapi manakan tau kalau parti suruh koi tanding lagi.
"Tanding kat mana?" Abu (bukan nama sebenar) bertanya, "kalau-kalau bertanding kat Temerloh bolehlah kami tolong! Ramai ahli-ahli UMNO yang masih menyokong Haji."
Koi jawab bahawa koi tak ndak bertanding dah, tapi kalau parti suruh juga, koi akan bertanding di tempat koi buat kerja iaitu di DUN Jenderak, dan koi bayangkan bahawa parti sudah pun menetapkan calon selain dari aku disana.
Kemudian semakin rancaklah cerita jadi calon di Parlimen Temerloh dikalangan pimpinan mereka dan koi rakamkan perbualan kami seperti yang terpapar disini.
Dengar-dengar ceritanya, Mohd Sarkar pun berminat bertanding Parlimen kerana dia nampaknya tak dapat menggantikan Tok Nan menjadi Menteri Besar; dah berbalah pandangan antara Sarkar dengan Sarifuddin. Dan mereka menyatakan bahawa Sharifuddin dah tak se jalan dengan Dato Najib, selalu sangat mengambil pendirian yang berbeza dengan parti. Isu AUKU, isu demo, isu Anwar, semuanya Sharifudin ni mencanggahi parti. Nampaknya dia akan digugurkan oleh UMNO, dan rasanya Sharifudin ni lebih sesuai dengan PKR.
Sarkar pun tak disenangi oleh orang Lanchang kerana dia ni kuat sangat gunakan kroni-kroni, dan kalau dia tak bertanding Parlimen, orang UMNO Lanchang dah tak berminat kepadanya untuk DUN Lanchang; tapi kalau Sarkar bertanding di Parlimen Temerloh, rasanya dia kalah.
Sharifudin tu disukai oleh pengundi-pengundi tapi dia dah tak disenangi oleh pemimpin-pemimpin UMNO. DUN Kuala Semantan menjadi rebutan sangat. Kawasan ni milik pembangkang PAS. Anuar Yunus adalah calon popular, tapi dia ni menghadapi kes di Mahkamah, dan lagipun, dia tidak ada ijazah, ada SPM jer, tak sesuai nak jadi wakil rakyat zaman ni.
Ketua Pemuda sekarang ni memang target kawasan tu. Tapi ada seorang lagi pemimpin Dr Siti Hawa yang minat giler bertanding.
Hanya mereka berdua ni kurang pendedahan. Kalau Siti Hawa tu, usahkan di seluruh kawasan Kuala Semantan, kawasan kampongnya di Batu 4 pun tak kenal orang dan orang tak kenal dia. Begkitu juga dengan Ketua Pemuda tu. Mana pernah melawat kampong. Yang selalu melawat kampong ialah Anuar, tapi dengan dia berhadapan dengan kes Mahkamah, tak mungkin dia jadi calon!
Tapi apa lebihnya pemimpin-pemimpin Pembangkang di Temerloh ni? Dua kali lima jer dengan pemimpin-pemimpin UMNO. Jadi sapa-sapa pun jadi calon, tak ada yang popular pun, ah, ini baru sedap berlawan, sama-sama tak dikenali rakyat.
Saya sempat bertanya kepada Mat, Abu dan Din (bukan nama sebenar), kamu nak undi sapa? "Saya akan undi calon yang aku nampak boleh beri khidmat kepada masyarakat," kata Abu, "Aku tak kira parti, walaupun aku UMNO, tak semestinya calon UMNO boleh berkhidmat kepada rakyat."
"Aku pun serupa," kata Din yang juga seorang Ketua Kampong, "Syed Hamid tu selalu datang kampong aku, dan sentiasa tegur aku, tak semacam wakil rakyat UMNO tu, tak kenal orang tapi kalau orang lain jadi calon pembangkang, aku belum tau lagi nak undi sapa, sebab belum tau lagi kemampuan mana-mana calon. Parlimen, kalau Sharifudin bertanding lagi, aku akan undi dia, tapi kalau Sarkar, susah sikitlah. Calon Parlimen Pembangkang aku tak kenal, tapi kalau Dato Tuan Ibrahim mungkin aku undi dia!"
"Sayanglah Abang Mi lari ke Kuala Krau, ni kawasan ni, Parlimen Temerloh atau DUN Kuala Semantan, memang kawasan Abang Mi dari dulu lagi, Abang Mi dah bergerak lama di kawasan ni, tapi kalau di DUN Jenderak tu tak dapatlah saya menolong, saya pengundi kawasan ni." kata Mat.
Kembali kepada DUN Lanchang, ramai anak Lanchang nak jadi calon. "Elok juga Lanchang ni ditandingi oleh anak Lanchang. Dari zaman Dato Malik, VV Aboo, Dato Bahari sampai ke Sarkar, semuanya orang luar, eloklah Lanchang diberikan kali ini kepada anak Lanchang, tapi biarlah yang senonoh," kata Mat.
"Calon Pembangkang, entahlah kalau bukan anak Lanchang, susahlah nak menang. Ada cerita kononnya Cikgu Jalaludin akan diletakkan oleh PKR, tapi dia juga menghadapi kes Mahkamah, tapi kalu dia ni bertanding, ada harapan PKR boleh rampas DUN Lanchang ni. Pilihan kedua ialah Man Kadir, dia ni memang popular di Lanchang, kena pulak dia ni, menjadi buah mulut setiap isi keluarga dengan drama-drama yang dia berlakon dan dia terkenal dengan nama Pak Jabit. Kalau calon lain, rasanya Pembangkang tak ada peluang di Lanchang, sangat sukar." tegas Mat.
Kami habiskan minuman kami dan roti canai dan kemudian koi beredar, balik kerumah kejap dan lepas itu meneruskan perjalanan ke Kuala Krau. Tapi hujan lebat turun di Kuala Krau. Koi habiskan masa dengan Khalid, Penolong Setiausaha PKR Cbg Kuala Krau dan selepas itu Azmi, Naib Ketua datang. Selepas Maghrib kami pergi makan kat Restoran dekat ngan stesyen keretapi Kuala Krau. Jam lebih kurang 9.00 malam, saya dan Kak Hendon bertolak ke Temerloh.