Di Malaysia, jika mahu mencari rumah orang Melayu, pergilah ke kampung-kampung, flat dan taman perumahan kos rendah, serta pangsapuri murah.
Jika ke kawasan perumahan sederhana mewah agak sukarlah mencari rumah orang Melayu manakala di kawasan perumahan mewah, jangan harap lah ada rumah orang melayu. Kalau nak ada pun, mungkin ada satu dua di celah-celah rumah orang cina.
Bagaimana orang cina boleh kaya dan orang Melayu tak kaya-kaya? Barangkali rakan-rakan kita di universiti boleh tolong buat kajian khas.
Ya lah. Bab kaji mengkaji ni memang kerja profesor. Soal kemana hasil kajian dan tindakan seterusnya, tak pasti pula Demang. Yang Demang tahu, geran peruntukan untuk kajian dikeluarkan berjuta-juta saban tahun.
Tak hairanlah ada profesor yang beli mercedes secara tunai.
Demang lihat orang cina berniaga dengan cara buka kedai manakala orang melayu lebih hebat, berniaga tanpa kedai!
Seperkara lagi, orang cina kalau berniaga, mereka berniaga sahaja. Orang melayu sambil berniaga mereka makan gaji, sambil makan gaji mereka berniaga.
Barangkali orang melayu terpengaruh dengan peribahasa sambil menyelam minum air namun ada juga peribahasa melayu yang berbunyi "yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran".
Demang bukan nak suruh jadi orang cina sebab mereka ada harta tapi tiada iman sebaliknya kita ada peribadi Rasululullah dan para sahabat yang boleh dicontohi.
Apapun, ada beberapa perkara yang ada pada orang cina yang boleh kita tiru.
Selain semangat dan usaha gigih pengusaha melayu, agensi kerajaan juga perlu turun padang. Jangan hanya tunggu kaunter terima borang permohonan. Bantulah pengusaha bumiputra dengan ikhlas. Lagi pun kerja tu bukan percuma. Gaji dah dibayar setiap bulan.
Jenguklah para pengusaha melayu yang bergelut mendapatkan jualan. Mereka bukan sahaja perlukan modal malah bimbingan.
Sampai bila orang melayu dibiar merempat menjaja jualan di tepi jalan?
You are subscribed to email updates from waadat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
GPB baru mendapat berita iaitu Ketua Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia YB Datuk Azeez Abd Rahim mengalami kemalangan .
Beliau mengalami kecederaan dikepala apabila ditimpa besi khemah dan terpaksa menerima 4 jahitan.
Ini lah pengorbanan mulia seorang pemimpin Umno yang sanggup mengambil risiko turun ke tempat bencana alam yang kita tak mungkin duga sebarang kemunkinan boleh berlaku.
Semoga Datuk Azeez cepat sembuh dan meneruskan misi beliau berbakti kepada manusia sejagat.
UMUM mengetahui Nik Abduh, anak kepada Datuk Nik Aziz Nik Mat, mempunyai pandangan politik yang agak berlainan daripada bapanya. Namun kini kita juga mengetahui bahawa di lubuk hatinya, Nik Abduh adalah seorang anak yang taat dan hormat kepada bapanya.
Jumaat lalu, Mursyidul Am PAS yang berusia 82 tahun itu tidak sihat dan tidak mampu menyampaikan kuliah pagi Jumaat beliau di Ibu Pejabat PAS di Kota Baru. Beliau meminta Nik Abduh menggantikannya.
Nik Abduh mempunyai amat banyak persamaan dengan bapanya dan beliau adalah orang yang paling tepat untuk tugas itu – beliau kini merupakan ahli Parlimen Pasir Mas, timbalan ketua Dewan Pemuda PAS dan seorang ulama.
Tetapi tugas yang harus dilaksanakan Nik Abduh bukan hanya menggantikan bapanya untuk menyampaikan kuliah – Nik Aziz telah meminta anaknya itu menyampaikan satu "pesanan khusus" yang kini hangat diperkatakan oleh orang PAS di Kelantan.
Bapanya mahu beliau menyampaikan pesan bahawa sesiapa saja, tidak kira ulama atau tidak, boleh bertanding untuk menjadi pemimpin PAS dalam pemilihan parti yang akan diadakan dua minggu lagi.Banyak hadirin dalam kuliah pagi Jumaat itu yang terkejut.
Bulan lalu, Nik Aziz membuat gempar apabila beliau mengatakan bahawa dua jawatan tertinggi dalam PAS perlu dipegang oleh ulama. Beberapa hari kemudian, beliau mengubah pendirian dan mengatakan bahawa dalam diri setiap Muslim ada ulama.
Pendirian yang terkini itu pada asasnya bertujuan untuk meratakan padang permainan untuk kelompok ulama dan bukan-ulama dalam pemilihan parti.
Namun, pembawa pesan yang dipilihnya menunjukkan betapa Nik Aziz adalah seorang ahli politik yang handal. Anak beliau dikenali sebagai seorang ahli politik yang keras dan tergolong dalam kelompok yang percaya bahawa jawatan presiden dan timbalan presiden mesti dipegang oleh ulama.
Nik Abduh diberikan tugas menyampaikan pesanan yang beliau sendiri tidak persetujui. Namun beliau tidak boleh mengengkari bapanya sendiri yang kebetulan pula adalah ketua Majlis Syura, iaitu badan yang paling berkuasa dalam parti.
Pergelutan antara golongan ulama dan bukan-ulama terlihat paling jelas pada persaingan untuk jawatan timbalan presiden antara Mohamad Sabu dan Datuk Nik Amar Nik Abdullah, timbalan Menteri Besar Kelantan. Mohamad, atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu, berada dalam kelompok Erdogan, manakala Nik Amar adalah seorang ulama.
Dewan ulama PAS dianggotai oleh ilmuan Islam, terutamanya graduan Al-Azhar, dan memiliki pandangan politik yang konservatif.
Kelompok Erdogan pula adalah ahli-ahli parti yang mendapat pendidikan sekular dan pandangan politik mereka lebih keduniaan. Banyak di kalangan mereka juga adalah aktivis seperti Mat Sabu. Sebahagian besar ahli utama Erdogan menyertai PAS setelah Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dan mereka meraih pengaruh dalam parti.
Sejak beberapa bulan lalu, kelompok pro-ulama sedang berusaha secara diam di belakang tabir untuk mengukuhkan kedudukan ulama dalam pemilihan parti.
Pemimpin yang dilihat sebagai peneraju kelompok ini adalah ketua Dewan Ulama Datuk Harun Taib, seorang yang bertubuh tinggi, kacak dan berhaluan ultra-konservatif. Beberapa tahun lalu, Harun diserang angin ahmar dan semua orang menyangka kerjaya politik beliau telah tamat. Tetapi bagi para penyokongnya, Tuhan mempunyai rancangan lain untuknya. Beliau kembali kuat dan menjadi wakil utama suara konservatif dalam PAS.
Harun dan kumpulan ulama berusaha memastikan hanya seorang calon ulama akan bersaing merebut jawatan timbalan presiden. Mereka mahu menghindari kesilapan yang dilakukan dalam pemilihan parti tahun 2011 apabila dua daripada tiga calon yang bertanding adalah ulama. Ini menyebabkan undi pro-ulama terpecah dua, membolehkan Mat Sabu menang.
Mat Sabu dilihat sebagai ancaman kepada dasar "kepimpinan ulama". Ulama takut untuk membayangkan Mat Sabu di suatu masa nanti menjadi presiden PAS.
Golongan ulama mengakui Mat Sabu sebagai aset bagi parti, tetapi lebih sebagai seorang pemidato, penghibur dan penaik semangat. Mereka tidak dapat menerima jika beliau terus memegang jawatan yang akan membolehkannya naik sebagai presiden.
Ulama pada awalnya mahu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bertanding menentang Mat Sabu. Malah, Tuan Ibrahim umumnya dilihat sebagai pemimpin yang berpotensi menjadi presiden PAS.
Beliau adalah seorang ulama dari aliran pemikiran lama yang menganggap cita-cita politik yang berlebihan sebagai sebahagian daripada nafsu. Keinginan untuk merebut kuasa dan jawatan diseertikan dengan keangkuhan, suatu sifat yang ingin diatasi oleh seorang Muslim yang warak. Justeru itu, ulama dari aliran lama biasanya enggan bertanding merebut sesuatu jawatan.Tuan Ibrahim mempunyai senyuman yang manis dan berperwatakan lunak, tetapi di sebalik semua itu beliau adalah seorang yang tegas.
Beliau percaya kalimah "Allah" adalah milik Muslim semata-mata. Beliau menyelar gereja Katolik kerana mengheret isu "Allah" ke mahkamah, menyebutnya sebagai tindakan permusuhan. Beliau juga menyifatkan ketegasan penganut agama Kristian untuk terus menggunakan kalimah "Allah" sebagai tuntutan yang tidak munasabah.
Kerana itulah kelompok ulama mahu beliau memegang jawatan tertinggi. Kata-kata beliau mewakili keinginan mereka.
Tuan Ibrahim telah bertanding merebut jawatan nombor dua dalam PAS pada tahun 2011 kerana Nik Aziz sendiri telah memujuk beliau untuk berbuat demikian. Beliau telah kalah. Lalu, kali ini beliau mensasarkan kedudukan lebih rendah, iaitu kerusi naib presiden.
Natijahnya, Nik Amar kini menjadi pemegang obor-obor bagi kelompok ulama.
Mat Sabu dikatakan merasa lega apabila Tuan Ibrahim menarik diri daripada pertandingan. Beliau tahu peluang beliau malap jika berdepan dengan Tuan Ibrahim dan lebih cerah jika berdepan dengan Nik Amar.
Mat Sabu dikenali di seluruh negara dalam parti PAS, sedangkan Nik Amar lebih dikenali di Kelantan. Nik Amar berasal dari keluarga ulama yang terkemuka, tetapi beliau belum cuba mengembangkan pengaruh di luar negeri yang menjadi kubunya, tidak seperti Mat Sabu yang telah banyak berkorban untuk partinya dan masyhur dari utara sampai selatan tanah air dengan kehebatan berceramah.
Berjaya atau gagalnya Nik Amar bergantung pada sekuat mana keinginan PAS untuk meletakkan ulama di kerusi pengganti bintang besar mereka, iaitu Haji Hadi.
Menurut Mat Sabu, kempen kali ini adalah yang paling buruk sepanjang 35 tahun beliau berada dalam PAS.
Satu kumpulan yang dinamakan El-Haraki dikatakan telah dibentuk oleh ulama-ulama muda dalam PAS dan serangan mereka ditujukan kepada tokoh-tokoh Erdogan dalam PAS, iaitu Datuk Husam Muda, Dr Dzulkefly Ahmad, Khalid Samad, Dr Mujahid Yusof Rawa dan Dr Hatta Ramli.
Tokoh-tokoh Erdogan dicap sebagai parasit dalam PAS. Manakala para penyokong kelompok Erdogan pula telah menuduh dalang-dalang El-Haraki sebagai perkakas Umno, pemecah-belah parti dan penebar fitnah.
Naib presiden PAS yang popular, Salahuddin Ayub, menyebut bahawa kerusi No 2 sentiasa menjadi rebutan sejak kematian presiden yang mereka sayangi, iaitu Datuk Fadzil Mohd Noor.
Sewaktu Fadzil menjadi presiden dulu, timbalannya adalah Hadi. Kedua-dua jawatan itu tidak pernah diganggu-gugat kerana ahli-ahli parti cukup menghormati kedua-dua mereka. Tetapi apabila Hadi naik menjadi presiden, bermulalah perebutan untuk jawatan timbalan presiden.
Sumber dalaman PAS di Selangor menyatakan ulama agak dominan jika diukur pada mood dalam Dewan Pemuda. Ulama muda telah menyapu jawatan dalam dewan itu.
90% daripada pimpinan Dewan Pemuda di Selangor adalah ulama. Di Perak, calon-calon ulama muda berjaya merebut semua jawatan, tinggal jawatan ketua pemuda Perak yang tidak dipegang oleh ulama.
"Tetapi jangan pandang rendah pada Mat Sabu, beliau seorang pejuang," kata Ketua PAS Cawangan Kota Baru, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah.
Hakikat bahawa parti itu banyak kehilangan sokongan di peringkat akar umbi kepada Umno dalam pilihan raya umum lalu digunakan sebagai bukti bahawa PAS perlu menilai semula pendekatan dan pakatan politiknya. Matlamat jangka panjang parti itu ialah untuk menggantikan Umno sebagai parti induk untuk Muslim dan orang Melayu.
Puak ulama percaya, parti itu perlu kembali ke jalan asal, manakala puak Erdogan pula merasa parti itu perlu berubah untuk meraih sokongan lebih meluas di kalangan pengundi. Dilema ini tidak berbeza daripada pertandingan idea dan pendapat yang berlaku dalam Umno di kalangan kelompok yang merindukan zaman lampau dan kelompok yang mahu bingkas ke depan.
"Ulama atau bukan-ulama, kita semua berada dalam PAS. Seperti suami-isteri yang berkelahi, akhirnya nanti semua tetap tinggal sebumbung," ujar Wan Rahim.
Tetapi perebutan kuasa antara puak ulama dan Erdogan telah lama berlangsung. Muktamar kali ini akan menentukan siapa bakal memegang pengaruh lebih besar.
You are subscribed to email updates from Ohpolitik!™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Tahniah kepada pihak yang berwajib kerana begitu aktif memeriksa syarikat-syarikat kawalan keselamatan yang banyak menggunakan khidmat warga asing. Serbuan demi serbuan telah dilakukan, bukan sahaja di tempat kerja, malah rumah-rumah tempat tinggal mereka juga diserbu.
Bak kata orang, sudah terhantuk baru tengadah. Ini semuanya kesan daripada kes pengawal keselamatan yang menembak mati seorang kaki tangan bank beberapa minggu lalu dan pembunuh akhirnya ditangkap di penghujung dunia Tanjung Belungkor yang terkenal sebagai tempat keluar masuk pendatang haram melalui jalan laut.
Baru-baru ini juga media arus perdana mendedahkan pegawai kerajaan di terminal tambang murah terlibat dan mengaut untung lumayan kerana penyeludupan warga asing yang masuk menggunakan dokumen palsu.
Dalam berita tv baru-baru pihak berkuasa telah menahan beberapa orang pengawal wanita dalam satu serbuan di sebuah rumah yang dihuni oleh 8 wanita warga asing yang berkerja sebagai pengawal keselamatan dan memiliki kad pengenalan palsu. Jika dilihat dari satu sudut pengawal keselamatan tersebut hanya menjadi mangsa sindiket, mereka datang dan bekerja. tempat tinggal semua disediakan dan sudah tentu dari awal kemasukan mereka dilakukan oleh sindiket. Jadi pihak berkuasa perlulah menyiasat siapa dalang sebenar dalam hal ini.
Ini baru kes pengawal keselamatan warga asing. agaknya kalau tidak berlaku pembunuhan tersebut sampai sekarang pihak berwajib akan pejam mata sahaja pada hal mereka mudah dikesan di merata-rata tempat awam seperti di pasaraya, hotel, perumahan mewah dan lain-lain
Selepas isu pengawal keselamatan haram kita sembang pula isu pendatang GRO dan Restoran Tomyam.
Hasil 6 bulan pertama tahun ini, pihak berwajib telah membuat 25 ribu serbuan dalam Ops Noda dan hasilnya statistik merekodkan wanita warganegara China paling ramai ditahan terlibat dalam kegiatan pelacuran iaitu seramai 2,032 diikuti wanita Vietnam (1,849), Thailand (1,390), Indonesia (580) dan Filipina (245) dan mereka menjalankan kegiatan mereka di restoran dan pusat-pusat hiburan malam di bandar-bandar besar seperti di Lembah Kelang.
Pihak berkuasa juga selepas ini perlu membuat pemeriksaan terhadap pekerja restoran, hotel, kilang yang banyak mengambil pekerja asing. Mereka difahamkan mendapat layanan baik daripada majikan dengan memberikan penginapan percuma dan peluang kerja lebih masa dengan gaji permulaan RM 900 sebulan, alangkah malangnya bagi rakyat Malaysia yang menerima gaji yang sama tetapi tidak mendapat peluang membuat kerja lebih masa dan tidak diberikan penginapan percuma, malah tambang bas juga tidak disediakan, tetapi pendatang Bangla, Burma dan Vietnam mendapat khidmat bas percuma.
Restoran Tomyam
Kebanyakan restoran tomyam dari Perlis sampai ke Johor kebanyakan adalah dimiliki oleh orang Siam. Dalam tempoh 5 hingga 10 tahun beroperasi di Malaysia mereka mampu membeli kereta mewah seperti Alphard, Mercedes dan lain-lain dan mampu membina banglo mewah di kampung halaman mereka di Selatan Thai. Kebanyakan isteri tauke restoran yang menjadi juru wang barang kemas intan berlian, emas perak berkilo-kila ditubuh mereka.
Kebanyakan pekerja atau pelayan restoran adalah warga Thailand yang datang secara haram atau pun menggunakan Pas Sempadan. Pernah satu ketika sewaktu TM berada di sebuah Restoran Cheery Corner di Jalan Aulong Taiping, tiba-tiba beberapa pekerja lelaki bergegas melarikan diri ke dalam kawasan gelap dan kosong restoran tersebut, rupa-rupanya mereka melihat sebuah van jabatan imegresan yang berhenti tidak jauh dari restoran tersebut.
Baru-baru ini juga kementerian kesihatan telah mendedahkan bahawa negara kini diancam dengan penyakit seperti TB, demam malaria dan sebagainya. menurut menteri tersebut penyakit-penyakit yang dahulunya sudah hampir pupus kini kembali semula akibat kemasukan pendatang asing.
Bila mendengar kenyataan tersebut, terasa takut untuk menaiki kenderaan awam kerana kebanyakan warga asing ini menggunakan kenderaan awam untuk bekerja, beriadah, melancong dan sebagainya.
Bahkan jika berada dalam sebuah hotel pun kita masih terdedah kepada bahaya-bahaya penyakit ini kerana ramai pengemas bilik, tukang sapu, pelayan adalah warga asing.
Restoran Mamak
Kebanyakan restoran mamak samada dimiliki oleh warga India atau tempatan kebanyakan mereka menggunakan tenaga kerja yang diimport dari India.
Oleh itu pihak berwajib perlulah membuat serbuan dan memeriksa dokumen mereka dan yang penting sekali adakah mereka mempunyai sijil kesihatan dan mendapat suntikan typhoid.....?? Rasanya tak ada lah sebab jika ada kad-kad tersebut perlu dipamerkan dalam premis mereka.
Jadi dalam tindakan kementerian kesihatan menyita restoran nasi ganja di Ipoh baru-baru ini, ada atau tidak pengusaha tersebut mempamerkan kad kesihatan pekerjanya?
Kenderaan terutama yang berusia melebihi 12 tahun tidak selamat berada di jalan raya kerana ia mengundang risiko kematian lebih tinggi semasa kemalangan berbanding kereta baharu.
Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Prof Dr Wong Shaw Voon berkata, kenderaan berusia terdedah dengan pelbagai kerosakan yang mungkin tidak disedari pemandu dan mengurangkan daya serapan tenaga pelanggaran ketika berlaku kemalangan.
"Kebanyakan kereta direka bentuk untuk jangka hayat antara lima hingga 12 tahun," katanya kepada pemberita selepas ujian perlanggaran kenderaan di Makmal Perlanggaran Penilaian Kereta Baharu Asean (Asean NCAP) di Tiang Dua di sini, hari ini.
Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Dr Tam Weng Wah menyaksikan ujian perlanggaran sebuah kereta berusia 23 tahun pada kelajuan 64 kilometer per jam bagi melihat kesan momentum perlanggaran terhadap pemandu dan kenderaan itu.
Bagaimanapun katanya jangka hayat kenderaan turut dipengaruhi beberapa faktor seperti reka bentuk kereta, cara pemanduan dan penyelenggaraan kenderaan.
Sebagai contoh, Dr Wong berkata, kenderaan seperti teksi mempunyai jangka hayat selamat yang lebih pendek iaitu lima tahun disebabkan penggunaannya melebihi 12 jam sehari berbanding kereta lain.
"Kereta lama mempunyai daya menyerap tenaga perlanggaran lebih rendah berbanding kereta baharu dan daya tersebut kemudian dipindahkan kepada penumpang sehingga menyebabkan kecederaan teruk yang boleh mengundang risiko kematian," katanya.
Beliau berkata, kenderaan baharu dilengkapi teknologi terkini melibatkan reka bentuk kereta terutama untuk menyerap tenaga perlanggaran bagi mengurangkan risiko kematian akibat kemalangan.
Sehubungan itu, katanya orang ramai digesa memberi perhatian terhadap jangka hayat kereta selain cara pemanduan serta penyelenggaraan yang betul bagi mengurangkan risiko kematian akibat kemalangan.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata orang ramai boleh mendapatkan maklumat berhubung ciri keselamatan kereta dan rating bintang bagi model kenderaan yang diuji di bawah Asean NCAP dalam laman sesawang www.aseancap.org bagi membantu mereka membeli kereta yang mempunyai ciri keselamatan tinggi. - Bernama
SEDIKIT KOMEN..
Sebuah kereta selamat atau tidak selamat ianya bergantung kepada cara penjagaan. TM mempunyai kereta yang sudah melebihi 12 tahun tetapi diselenggara dengan baik setiap 5000 km oleh syarikat pengeluar kereta yang bertauliah dan menggunakan alat ganti tulen dan sehingga hari ini kereta tersebut mampu memecut laju dan berhenti tepat apabila brek dihenyak ke lantai.
Faktor penyelenggaran adalah penting selain struktur binaan kereta, ada orang yang memiliki baru 5 tahun tetapi keadaan kereta amat uzur kerana tidak diselenggara mengikut jadual dan jika diselenggara pun hanya pada tahap minima oleh mekanik yang tidak bertauliah. Mereka menganggap perbelanjaan atau kos servis di pusat servis bertauliah amat mahal.
Mengenai ketahanan pelanggaran pula, kereta lama lebih baik daripada kereta keluaran terkini, cuba lihat kenderaan lama seperti Volvo 122, 144 , 244 atau model-model lain dari Eropah dan Amerika, semuanya tahan lasak, keras seperti kereta kebal, jika berlanggar dengan Vios, Wira dan lain-lain sudah tentu kereta baru akan lebih buruk menerima kesannya.
Jadi kajian Miros rasanya belum tepat. mungkin dakwaan Mairos ada kebenaran jika mereka melihat kesan kemalangan terhadap kereta lama yang renyuk teruk kerana badan kereta sudah reput. TM pernah melihat sendiri sebuah teksi Mercedes 240 D tahun 70an yang terlibat dalam kemalangan hancur bukan kerana impak dari pelanggaran tetapi badan kereta serta chasis yang reput. Jadi ketahanan sesebuah kereta bukan kerana usia tetapi kerana penyelenggaraannya.
Sidang parlimen semalam menjadi riuh rendah apabila Ahli Parlimen pembangkang 'meragam' bagai anak nakal yang tidak mendengar cakap. Semuanya bermula apabila mereka tidak puas hati dengan penggantungan Ahli Parlimen PKR Padang Serai, N Surendran.
N Surendran sebelum ini cuba membentangkan usul untuk mengutuk pecerobohan kuil Hindu Sri Muneswarar di Jalan P.Ramlee tetapi ditolak kerana tidak menepati peraturan mesyuarat. Akibatnya beliau telah bertindak mencabar Speaker sehingga diarahkan keluar dewan.
Bertitik tolak dari itu, beliau telah digantung dari parlimen yang mana menyebabkan rakan-rakannya di dalam pembangkang meroyan.
Justeru, rakyat semalam dapat menyaksikan bagaimana adegan meroyan Khalid Samad melipat kertas usul dan dijadikan kapal terbang, Azmin merenyukkan kertas usul dan juga sorakan dan tepukan meja yang kuat oleh Ahli Parlimen pembangkang bagi mengganggu perjalanan dewan.
Kita tidak tahu apakah para pemimpin pembangkang ini merasa bangga menunjukkan sikap begitu kepada rakyat. Tetapi kita pasti tiada rakyat yang sanggup membayangkan negara diperintah oleh mereka-mereka ini.
Sikap pemimpin pembangkang membuktikan tahap pemikiran mereka yang tidak matang atau lebih tepat, terencat akal. Ini tentulah malang bagi Malaysia yang sedang dalam perjalanan untuk menjadi sebuah negara maju. Seharusnya pembangkang bersikap professional dan membangkang isu yang lebih relevan bagi menepati sebuah persidangan parlimen sebuah negara yang bergerak maju. Negara memerlukan pembangkang yang mampu membangkang untuk membina bukan untuk memusnahkan.
Dalam pembangkang menuduh kerajaan pimpinan UMNO sebagai kolot dan mundur, sikap pembangkang pula menunjukkan yang mereka adalah golongan jahiliah yang belum menerima tamadun.
Dalam pembangkang menuduh kerajaan sebagai 'separuh masak', mereka pula memperlihatkan sikap 'tiga suku'.
Mencabar speaker dan membuat kecoh dengan bermain kertas adalah sikap yang tidak boleh diterima sama sekali di mana-mana majlis rasmi di kalangan orang-orang dewasa, apatah lagi pemimpin di dalam sidang yang bertanggungjawab untuk menentukan hala tuju negara.
Jika ingin membantah sekali pun, apakah perlu bersikap seperti orang tidak siuman? Di manakah maruah diri? Apakah mereka menyangka rakyat suka melihat sikap yang hodoh begitu? Banggakah anak isteri dan ibu di rumah melihat sikap anak, suami atau bapanya yang bergelar pemimpin itu? Megahkah dapat mempertontonkan keburukan diri kepada dunia?
Ahli Parlimen seharusnya membawa watak terhormat dan serius, selaras dengan kedudukannya sebagai pemimpin. Sikap 'gila' seperti yang ditunjukkan sebenarnya telah menakutkan rakyat.
Rakyat semakin bimbang sekiranya mereka yang 'gila' ini berjaya menjadi Menteri suatu hari nanti. Untuk itu, PR nampaknya telah memberi bonus yang besar kepada BN kerana telah mengalih isu kuil kepada isu ahli parlimen menjadi 'gila'.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Anwar Ibrahim semakin tertekan susulan kemelut politik dalaman yang bakal membawa kehancuran kepada pakatan pembangkang yang diterajuinya.
Antara strategi untuk mengalihkan pandangan rakyat terhadap krisis kritikal yang dihadapi oleh PKR, Pas dan Dap, pembangkang menggunakan isu perkauman.
Tujuannya ialah untuk terus memburuk-burukkan kerajaan dan pemimpin negara seolah Malaysia mengamalkan dasar a ala 'apartheid' seperti mana yang pernah dilakukan oleh rejim orang kulit putih di Afrika Selatan pada suatu masa dahulu.
Terbaru isu tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merobohkan struktur di sekeliling sebuah kuil kecil berusia 100 tahun telah dijadikan satu lagi agenda rasis oleh pembangkang.
Ahli Parlimen Padang Serai, N. Surendran telah sewenang-wenangnya menuduh kerajaan bersifat kejam dan rasis kerana kononnya meroboh kuil Hindu dan merampas tanah milik tempat ibadat.
Mungkin Surendran memikirkan beliau boleh menuduh apa sahaja di dalam Dewan Rakyat di bawah hak istimewa kebebasan bersuara Ahli Parlimen tetapi apa yang beliau ucapkan adalah pembohongan semata-mata.
Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah membongkarkan kepalsuan tuduhan pembangkang dalam isu ini dengan menjelaskan tanah dituduh dirampas adalah sebenarnya milik DBKLK selama ini bukannya kuil.
Surendran telah mempertikaikan keputusan Yang Di-Pertua menolak usul Surendran untuk membahaskan isu kuil dan akhirnya bukan sahaja diarahkan keluar Dewan malah telah digantung daripada menghadiri persidangan Parlimen selama enam bulan.
Itu satu tindakan tepat yang patut mendapat pujian kerana jika isu ini terus dipaksakan oleh pembangkang ke atas sidang ahli-ahli Parlimen, rakyat mungkin akan terpengaruh dengan perancangan pembangkang yang bersifat rasis serta boleh mencetuskan rusuhan kaum.
Kedua, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor telah juga menjelaskan bahawa struktur yang dibina di sekeliling Kuil Hindu Sri Muneswarar Kaliyaman di Jalan P.Ramlee itu telah menjadi tempat simpanan arak.
Malah tidak ditolak kemungkinan kumpulan gangster India menggunakan tempat tersebut untuk menyimpan senjata api atau menjalankan aktiviti jenayah mereka.
Menteri berkenaan berkata tapak kawasan yang dirobohkan itu mahu dibangunkan oleh sebuah syarikat yang lama sebelum ini menawarkan untuk membina sebuah kuil baru di kawasan lain bagi menggantikan kuil tersebut.
Kerajaan tidak terkejut jika pembangkang memperalatkan isu tersebut kerana itulah peranan pembangkang yang sentiasa memutarkan belitkan fakta atau mereka-reka fitnah tetapi bagaimana pula suara sumbang yang pernah disuarakan oleh pemimpin muda parti komponen Barisan Nasional sendiri.'
Pernah T. Mohan, Ketua Pemuda MIC meminta Tengku Adnan meletak jawatan berhubung isu perobohan tersebut.
Sepatutnya tindakan tegas perlu diambil terhadap beliau yang membuat kenyataan menghentam seorang menteri persekutuan walhal parti yang beliau wakili adalah menjadi sebahagian daripada kerajaan.
Begitu juga dengan isu Sekolah Kebangsaan Seri Pristina di Sg Buloh yang juga telah dijadikan isu perkauman oleh pengadu berbangsa India dan kemudiannya di eksploitasi oleh pemimpin pembangkang berbangsa India.
Rakyat juga tidak lupa bagaimana pemimpin politik pembangkang daripada kaum India juga bertahun lamanya menggunakan kematian penjenayah A. Kugan yang mati semasa dalam tahanan untuk menyerang dan memfitnah kerajaan.
Sudah tiba masanya kerajaan tidak lagi menunjukkan sikap terlalu berlembut atau sikap prihatin yang keterlaluan kerana pembangkang akan terus 'pijak kepala' untuk mendapat sokongan.
Akibatnya imej kerajaan akan terjejas dan keyakinan rakyat akan terhakis.
Kerajaan seharusnya menggunakan perundangan yang adil untuk berlaku adil terhadap semua kaum tidak mengira agama atau budaya tetapi pada masa yang sama mesti juga bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang berselindung disebalik isu hak asasi manusia atau agama untuk menggugat kestabilan negara.
Inilah yang cuba dilakukan oleh Surendran dan pemimpin-pemimpin pembangkang serta badan-badan bukan kerajaan pro pembangkang yang akan terus menyalahguna kebebasan bersuara untuk mencipta fitnah berbaur perkauman.
Sebagai sebuah negara berbilang kaum, agama dan budaya, sedikit api perkauman yang dinyalakan oleh mana-mana pihak tidak bertanggungjawab boleh membakar hangus fabrik masyarakat majmuk yang selama ini hidup dalam keadaan aman dan damai di bawah kerajaan Barisan Nasional.
Pembangkang akan terus memainkan irama perkauman dalam nyanyian politiknya untuk meraih undi dan mereka tidak peduli sama ada negara akan hancur atas perbuatan mereka itu.
Perkara ini harus ditangani segera dan secara serius sebelum nasi menjadi bubur. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
You are subscribed to email updates from Taipingmali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Rakan subahat yang dikenali dengan panggilan Joemar.
Penangkapan suspek utama kes rompakan dan pembunuhan seorang pegawai operasi AmBank, di Kota Tinggi, Johor semalam membongkar penglibatan seorang lagi rakyat Indonesia yang dipercayai menjadi perancang utama kejadian pada 23 Oktober lalu itu.
Suspek pengawal keselamatan yang ditangkap di Kampung Belungkor semalam tidak bertindak seorang diri sebaliknya mempunyai seorang rakan subahat yang dikenali dengan panggilan Joemar. Sila baca di sini.
Joemar dikatakan berasal dari Indonesia yang bekerja di negara ini dan hasil siasatan mendapati, lelaki ini menjadi perancang dalam kejadian itu serta menyimpan sebahagian besar wang tunai yang dirompak suspek.
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, Joemar merupakan suspek yang sebelum ini tidak dapat dikesan penglibatannya dalam kes itu, namun hasil siasatan terhadap suspek utama, lelaki terbabit memainkan peranan besar dalam rompakan berkenaan.
Katanya, sehingga kini Joemar masih bebas dan polis sedang berusaha mengesan identiti dan lokasi sebenarnya.
"Kita belum dapat memastikan sama ada rakan subahatnya ini berada di dalam negara atau tidak tetapi polis sedang berusaha untuk mengesan lokasinya.
"Malah ketika suspek utama ditahan semalam, polis tidak menemukan sebarang wang tunai yang dirompak dalam kejadian pada 23 Oktober lalu dan kita percaya wang itu ada pada lelaki bernama Joemar ini," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Pencegahan Jenayah dari Perspektif Islam di sini hari ini.
Semalam, pengawal keselamatan yang bertanggungjawab membunuh pegawai operasi AmBank, Norazita Abu Talib, 37, ditahan polis selepas genap 19 hari bersembunyi.
Bagaimanapun ketika ditahan, polis difahamkan tidak menemui wang hasil rompakan bank itu wang rompakan RM450,000 yang dilarikan dalam kejadian itu. Polis sebelum ini merampas wang berjumlah RM20,000 selepas menahan tiga suspek termasuk isterinya.
Mengulas tentang siasatan terhadap suspek utama yang baru ditahan semalam, Khalid memberitahu, nama sebenar lelaki itu adalah Loade Ardina Loade Rasila, berusia 35 tahun dan bukannya bernama Ardi Hamza, 37, seperti yang terdapat di dalam kad pengenalannya.
Katanya suspek juga berasal dari sebuah daerah di Sulawesi, Indonesia.
"Ketika ini polis sedang menyiasat penjualan kad pengenalan palsu itu dan menerusi maklumat daripada suspek, dia telah membeli kad itu daripada seorang lelaki Indonesia yang sememangnya berniaga kad pengenalan palsu.
"Kami juga dapati dia membeli kad itu di negara ini. Malah kami akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia untuk mengetahui identiti sebenar suspek," katanya.
Tambah Khalid, setakat ini seramai 12 individu telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.
Wasabi Oyabun..
You are subscribed to email updates from Oyabun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
PELAN MENGINDAHKAN KAWASAN SHRINE UNTUK MENYEDIAKAN LALUAN PEJALAN KAKI UNTUK KESELAMATAN PENGGUNA
INDAHNYA KUALA LUMPUR
Sekarang mari kita tanya YB N. Surendran, Menteri Hindraf dan mereka yang sewaktu dengannya, kamu hendak menegakkan Undang-Undang atau Hak Peribadi Kamu? Kamu mahu gunakan Emosi atau Fakta? Kamu hendak menegakkan Penipuan atau Kebenaran?
Di negara India, di mana tempat ramainya penganut agama Hindu, mana-mana pembinaan bangunan di negara India pun perlu mendapatkan kebenaran, kerajaan India sendiri tidak membenarkan menceroboh tanah kerajaan di sana, tidak mungkin kerajaan negara India membenarkan pembinaan bangunan tanpa kebenaran, apatah lagi jika kepentingan dan keperluan awam lebih utama.
"kenapa tidak boleh beri makan usus babi pada ikan saya? bukankah kami sudah bayar cukai, sepatutnya ini hak kami dan hak rakyat untuk beri makan usus pada ikan. Yang tak boleh makan babi itu hanyalah Melayu. Jadi itu adalah masalah peribadi, mana boleh tangkap saya gunakan masalah peribadi. Lagipun tiada Melayu mati lagi makan ikan saya ini. Jika ikan saya tak boleh beri makan usus babi, inilah punca rasis."
"You kena beri kebebasan untuk kami beri makan apa sahaja, kerana kami sudah bayar cukai. lesen berniaga nanti saya apply la, ramai juga orang tak apply lesen, betul double standard la you ni! janganlah menidakkan hak orang cina. apa guna orang cina bayar cukai jika tak boleh beri ikan saya makan usus babi? Wakil Rakyat Rawang pun tidak marah, you mau kacau pula!" -kata pemilik pengusaha cina tersebut.
Perang mulut berlaku apabila seorang pemilik perusahaan pemprosesan babi milik cina tanpa lesen menjadikan organ dalaman iaitu usus babi sebagai makanan ternakan kepada ikan patin, ikan talapia dan ikan keli sebelum dijual dan dipasarkan pada peniaga peniaga cina. Sumber mengatakan ikan patin, ikan talapia dan ikan keli yang dipasarkan oleh peniaga cina ini adalah khas untuk pelaggan Melayu.
Ikan patin, ikan talapia dan ikan keli itu diternak dengan menggunakan kaedah sangkar di lombong dan kolam berhampiran. Penemuan itu dibuat dalam satu operasi bersepadu yang diketuai oleh Unit Tindakan Khas (UTK) Dipertua Majlis Perbandaran, C Paramasivam, di Jalan Kundang, Kampung Sungai Bakau.Cina ini akhirnya bertengkar dan menghalang penguatkuasa
Operasi turut dijalan ke atas dua premis kilang cina yang membuat tauhi kering dimana membuat tauhu bersebelahan tempat proses babi di Taman Perindustrian Puteri Permai. Paramasivam memberikan notis 30 hari sebelum premisnya dikenakan tindakan roboh, sita dan kompaun RM6000 diatas pelbagai kesalahan. Antara kesalahannya adalah:
Aku dapat maklumat seorang timbalan ketua umno bahagian di perak di tahan oleh SPRM berhubung kes rasuah sewaktu pemilihan yang lepas...
Di katakan ditahan bersama dengan beberapa orang lagi di LCCT selepas pulang dari bandung, indonesia, dia di soal siasat selama tiga jam, berhubung kes itu.
Menurut sumber juga, pada minggu lepas, dia telah memberi RM 5000 kepada ketua kampung dan penghulu yang memberi undi kepada dia dan selepas itu membawa lebih kurang duapuluh orang perwakilan ke bercuti ke bandung.
Bila dah terkantoi, dia cuba menggunakan pengaruh datuk husni hanazlah supaya masuk campur dan membantu beliau.
Soalnya kenapa minta tolong datuk husni? jangan lah libatkan orang lain bila dah katoi, sendiri buat hal sendiri tanggung la dan aku harap jangan ada la pemimpin tertinggi umno yang masuk campur dalam kes-kes rasuah seperti ini.
Ingat umno sudah lama terpalit dengan kes rasuah dan umno hampir-hampir tumbang dengan rasuah, maka takan umno masih lagi nak simpan pemimpin yang kantoi merasuah.
Pemilihan untuk jawatan timbalan presiden pas makin hangat, antara calon Ahli Sunnah nik amar lawan calon syiah mat sabu, agak-agak korang siapa yang perwakilan pas akan pilih...???
Pertandingan merebut jawatan timbalan presiden kali ini cukup menarik, ia akan menentukan nasib pas, sama ada pas kekal sebagai sebuah parti Ahli sunnah atau pas akan menjadi sebuah parti syiah yang akan bersekongkol dengan puak-puak liberal dalam pakatan...
Panglima baru menerima Info tentang penahanan seorang Timbalan Ketua Bahagian Tg Malim Datuk Kamarul Rashdan yang juga Pengarah Urusan SPNB di LCCT Ahad lepas semasa pulang bersama perwakilan dari Indonesia.
beliau disoal siasat selama tiga jam dan perwakilan yang lain selama sejam.
Beliau dipercayai ditahan kerana berkaitan rasuah pemilihan yang lalu. khabarnya kontraktor SPNB yang menyelesaikan urusan pembayaran sepanjang kempen.
Pas hari ini mendakwa mempunyai bukti Pengerusi DAP, Karpal Singh telah berbohong apabila menafikan beliau meminta supaya pendaftaran parti politik dan badan profesional berdasarkan agama dan kaum termasuk Pas, dibatalkan kerana membahayakan negara.
Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Dr. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob ketika mendedahkan perkara itu berkata, bukti tersebut terkandung dalam cakera padat (CD) rakaman penuh sidang akhbar selama 24 minit 47 saat yang dibuat Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu di Pulau Pinang, 5 November lalu.
Raja Ahmad Iskandar berkata, menerusi penelitian mereka terhadap CD tersebut jelas menunjukkan Karpal telah berbohong apabila menyatakan dia tidak langsung menyarankan supaya Pas dibatalkan pendaftarannya sedangkan yang sebenarnya adalah sebaliknya.
''Ini kerana pada minit ke 6:07 dalam rakaman itu, Karpal jelas didengari menyebut, "operasi melibatkan agama, perkauman, adalah satu perkara yang sangat berbahaya dalam masyarakat yang berbilang kaum dan agama seperti kita. Saya (Karpal) rasa sudah tiba masanya untuk semua parti politik yang berasaskan agama dan kaum untuk dibatalkan pendaftarannya, termasuk walaupun Pas.
"Jadi, apa yang dikatakan Karpal sebelum ini adalah satu pembohongan," kata Raja Ahmad Iskandar dalam sidang akhbar di Pejabat Pas negeri di sini hari ini.
Pendedahan Ketua Pemuda Pas Perak itu adalah sebagai mengulas dakwaan Karpal bahawa beliau tidak menegeluarkan kenyataan tersebut.
Karpal turut menegaskan beliau tidak akan meminta maaf terhadap Pas meskipun kenyataannya itu dikritik beberapa pemimpin tertinggi parti itu.
Menurut Raja Ahmad Iskandar lagi, Karpal dalam rakaman itu juga didengari ketika menjawab pertanyaan media mengenai status Pas turut memberitahu bahawa apa yang dicadangkannya itu juga turut termasuk parti sekutunya itu.
Menurut Raja Ahmad Iskandar, pihaknya mengambil daya usaha untuk mendapatkan sendiri rakaman penuh sidang akhbar tersebut daripada pihak yang menghadirinya atas dasar tanggungjawab apabila melihat Karpal sendiri gagal mengambil tindakan undang-undang terhadap media yang dikatakan telah mengada-adakan perkara tersebut.
Katanya, ia juga selaras dengan seruan Karpal sendiri yang mahu supaya kebenaran sesuatu fakta dipastikan terlebih dahulu sebelum sesuatu kenyataan dikeluarkan.
Sehubungan itu, Raja Ahmad Iskandar meminta kepemimpinan DAP mengambil tindakan terhadap pemimpin pembangkang itu kerana tindakannya jelas merupakan satu pencabulan ke atas semangat setiakawan pakatan berkenaan.
"Kami juga memberi tempoh selama seminggu untuk Pengerusi DAP itu memohon maaf kerana menyeru supaya Pas dibatalkan pendaftarannya selain membohongi kami apabila tidak mengakui ada menyatakan perkara berkenaan.
'"Beliau juga perlu memohon maaf kerana menyifatkan tindakan para pemimpin Pas mengkritiknya sebagai perbuatan buruk dan tidak matang," katanya.
Jika Karpal Singh berbohong, Lim Kit Siang DAP bapa Lim Guan Eng DAP pun boleh didakwa berbohong juga dan patut meminta maaf. Beranikah mereka?
Tetapi apa gunanya pendedahan di atas sedangkan PAS tidak mampu berbuat apa-apa terhadap parti DAP. Buang masa sahaja!
Agak pelik jugalah apabila Pas sudah mula mempercayai peralatan-peralatan yang ada sangkut paut dengan 'Bukti Video BESI' yang sebelum ini ditolak mentah-mentah oleh Presiden mereka?
Itu kondo, di sana kondo. Di belakang pasar raya besar itupun kondominium yang sedang naik.
Siapapun yang berada di Shah Alam, ibu negeri Selangor waktu ini akan akur, pembangunan 'tampak' merata di sana sini. Pawagam tujuh panggung di Space U8 pun semakin mencanak-canak menerima tamunya, orang muda dari belasan tahun ke hujung 40-an.
Urbanisasi benar-benar menghimpit Shah Alam.
Enam bulan berlalu sejak pilihan raya umum 5 Mei yang menyaksikan BN Selangor gagal percubaan kali kedua untuk mengembalikan negeri ke pangkuan, tidak banyak boleh diperkatakan mengenai agenda dan misi UMNO negeri.
Sejak pemilihan parti 19 Oktober lepas pun tidak banyak petanda orak langkah BN negeri. Sepi. Kalau adapun yang 'terbaharu', retreat UMNO Selangor yang berlangsung di Pulau Langkawi minggu lepas.
Siapapun ahli UMNO di Selangor, akan akur bahawa cabaran BN negeri yang diketuai Datuk Seri Noh Omar untuk merampas kembali negeri itu, perlu menempuh laluan beranjau, penuh liku.
Kalau bercakap pasal kondomium tadi, apa lagi terletak di Shah Alam yang harga seunitnya pun sudah mencecah antara RM450,000 hingga RM800,000, akan terdetik di hati. Barangkalilah pada pengamatan penulis yang tiada sifat prasangka ini, orang Melayu 'biasa-biasa' - kecualilah yang memang berduit atau lebih lagi yang kerjanya terlibat dalam industri minyak dan gas seperti kebanyakannya di Bukit Jelutong - tidak akan mampu membeli unit-unit mewah ini.
Moralnya apa? Apa yang boleh dipelajari dari sini? Kalau diteladani dari insiden yang terjadi dalam Pilihan Raya Kecil Sungai Limau 4 November lalu, catatan majoriti undi terbesar Pas di pusat daerah mengundi (PDM) Bukit Besar sahaja dengan 1,103 undi sudah cukup mematikan cabaran BN.
Satu daerah mengundi seperti Bukit Besar boleh mempunyai jumlah pengundi yang begitu ramai di satu tempat? Sedangkan orang Sungai Limau dan Kedah sendiri, tahu banyak manapun pondok agama di Bukit Besar, tapi takkanlah sampai ratusan penghuninya.
Maknanya, saingan BN tempoh hari telah menjadikan jumlah undi orang luar sebagai senjata apabila mendaftarkan mereka sebagai penghuni pondok agama yang banyak di Sungai Limau.
Kalau berbalik ke insiden di Shah Alam tadi, apa kurangnya 'peranan' yang dimainkan oleh unit-unit kondo mewah tadi. Kalau satu unit kondo boleh dipergunakan alamatnya sehingga puluhan alamat pengundi - menerusi pertukaran alamat dalam kad pengenalan yang dibenarkan SPR - oleh pengikut sesuatu parti politik untuk persediaan pilihan raya umum ke-14, bagaimanakah impaknya nanti?
Percaturan, congakan dan strategi seperti itu tidak asing buat parti tertentu Mei lalu.
Buktinya jelas dari hasil PRU-13 berkenaan. Pada pengundian 5 Mei tahun ini itu, di DUN Paya Jaras, Datuk Ir. Muhammad Bushro dari BN yang cuma menang 642 undi pada 2008, kalah dengan jumlah undi lebih besar lagi, hampir 6,000 undi. Di kawasan itu sahaja, kira-kira 6,000 hingga 7,000 pengundi muda Cina yang baru memangkah undi.
Di Sri Serdang sahaja yang dulunya Datuk Mohd. Satim Diman menang dengan majoriti 45 undi, lebih 10,000 pengundi muda Cina dialihkan ke situ. Itu antara sebab calon BN, Mohamad Yusof Mohamed tewas teruk 16,251 kepada Pas.
Taktik menyusun atur pergerakan pengundi ke satu-satu bahagian pilihan raya nampaknya cukup berkesan sehinggakan BN Selangor kalah teruk dan memberikan pula majoriti dua pertiga kepada pakatan.
Pengundi Cina tidak peduli. Mereka tidak pandang isu moral pada calon-calon tertentu, yang penting 'bulatkan hati' sama-sama pakat undi. Walau dihidangkan projek kemudahan jeti seperti di Pasir Penambang, Kuala Selangor, bantuan sara hidup atau apa sahaja, tidak termakan mereka.
Jadi, apakah fokus dan misi BN Selangor sekarang? Kaedah atau method yang bagaimana perlu digerakkan dalam tiga empat tahun ini. Dengan negeri itu tidak lagi 'bertuankan' penduduk tempatan berbanding yang biasa kedengaran 'orang Kelantan, orang Johor atau orang Kedah', maka pengundi luar dari negeri itu adalah fenomena biasa. Ia bukan luar biasa lagi sebagaimana 'senjata ampuh' dipergunakan oleh Pas di Bukit Besar dengan mendaftarkan mereka sebagai penghuni pondok agama yang banyak di Sungai Limau.
Selangor, kota metropolitan dan sumber rezeki perantau dalam Lembah Klang ini menjadi hak milik pengundi semua negeri. Malah, jangan terkejut jika jumlah pengundi di negeri ini yang sememangnya mencatat angka tertinggi 2.1 juta Mei lalu, akan bertambah 600,000 hingga 800,000 orang lagi menjelang 2017/2018.
Dan sesekali penulis sendiri selaku anak jati Selangor merenung-renung di Selangor terlalu sukar untuk dicari lagi kawasan yang benar-benar bercirikan kampung seperti mana era 70-an dan 80-an. Carilah!.
Kalau bersandarkan pada statistik PRU-13 enam bulan lepas, kawasan urban (bandar) hampir disapu bersih oleh pakatan rakyat (PR) dalam posisi BN-PR (5 kerusi-34 kerusi) dan semi urban atau antara bandar dan luar bandar (20-35). Memang diakui BN kuat di luar bandar (rural) dengan kedudukan BN (108 kerusi) dan 20 kerusi diraih PR.
Tetapi barang diingat, katakanlah PR berupaya sapu bersih kerusi-kerusi di semi urban dan kemudian mengambil berbelas lagi di luar bandar, apa akibatnya?
Dan khususnya di Selangor, faktor-faktor dan analisis ini perlu diteliti dan dicatur sebaik mungkin oleh Noh.
Semarakkanlah kembali usaha keras ketua-ketua bahagian UMNO negeri turun padang mengambil tahu perihal masyarakat seperti mana wakil rakyat parti pernah singgah bertanyakan isu banjir di rumah penulis di satu penempatan di Kampung Lindungan, Sungei Way dekat Petaling Jaya sekitar awal 80-an.
Dengan suasana semakin berubah, masa silih berganti dan Kampung Lindungan sendiri kini digantikan dengan flat-flat Mentari yang agak sukar dijangka sokongan penghuninya, formula perlu dicari oleh UMNO Selangor untuk menempatkan diri dalam hati mereka.
Tidak seperti negeri-negeri lain yang kelihatan ada beberapa wakil mereka dalam Majlis Tertinggi (MT) parti, Selangor hanya memiliki seorang sahaja. Mungkin ada dua kalau dicampur Noh dalam mesyuarat platform pembuat dasar dan penentu strategi UMNO itu. Gunakanlah sepenuhnya wakil yang seorang tadi untuk membangkitkan sesuatu yang benar tanpa berselindung - usaha-usaha untuk mengembalikan Selangor ke pangkuan BN.
Di peringkat bahagian pula, dengan separuh daripada 22 ketua bahagian merupakan muka baharu, rancangkanlah dan kalau boleh 'perah kepala' setiap hari, tambah baik dan buat kerja temui rakyat.
Jangan sekadar muncul sekejap-sekejap sewaktu pemilihan parti. Itu tiga tahun lagi.
Hadir dan bersolat jemaahlah bersama penduduk setempat, paling afdal di awal Subuh dan solat kelima, Isyak. Beramah mesralah dengan jemaah dan kariah surau- surau dan masjid. Tanya mereka apa yang boleh UMNO negeri bantu. Dan 22 November ini, kalau ada kelapangan, 'jenguk-jenguklah' Muktamar Pas yang berlangsung di Stadium Malawati, cari-cari idea.
Noh, penulis percaya sudah ada perancangan dan strategi untuk mengembalikan Selangor ke pangkuan BN dalam PRU-14 nanti. Kalau tidak, masakan beliau berjanji tempoh hari seperti mana yang masih tergiang-giang di telinga penulis:
"Saya akan letak jawatan kalau gagal ambil semula Selangor dalam pilihan raya umum akan datang." Mampukah Noh?
Oleh : Zulkifly Jalil
Suara Politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Lihatlah sendiri ahli ahli parlimen yang sudah dipilih oleh pengundi PKR, PAS dan DAP ini. Koyak kertas usul dan kemudian ada yang melipat usul menjadi kapal terbang kertas. Sungguh teruk.
Mereka berlaku biadap dan bertindak mempersendakan sidang dewan rakyat dengan kelakuan kelakuan yang tidak melambangkang kedudukan mereka sebagai seorang wakil rakyat.
Satu usul khas patut dibentangkan untuk menghalang mana mana ahli parlimen mengulangi perbuatan perbuatan seperti dalam video di atas dalam parlimen sekali lagi. Memalukan rakyat.
Agak lame juge Tok masuk ke laaman blog kerane kesebukan di ladang, terutame nye menguruskan jualan ternakan ketike perayaan Deepavali yang baru lepas tadi. Menghabis kan stok lame dan menguruskan kemasukan anak2 ayam yang baru.
Sekarang barulah ade sedikit mase kelapangan untuk berbelok semule. Tok rase kerugian juge kerane tidak ikut serte membantu ketike PRK DUN Sg Limau baru2 ni. InshaAllah Tok akan terus membantu UMNO dalam semue usahe untuk menyedarkan kaum melayu yang dah terpesong dan tersesat arah tuju mereke.
Tok peratikan, dizaman serbe morden dan berkemajuan ni masih ade lagi melayu yang tidak mau belajar, tidak suke belajar dan paling malang tidak boleh di ajar. Melayu jenis ni boleh dikatekan sudah berkumpul dalam PAS dan menjauhkan diri mereke dari dunie luar.
Tok kecewe juge tentang kaum melayu yang masih lagi berdegil mahu membantu PAS yang bersengkokol dengan DAP. Kite harus sedar bahawe DAP yang diterajui oleh kaum2 cine yang berhaluan kiri tu tidak paernah sedikit pun berjase kepade orang2 melayu, bahkan kaum ni lah yang telah menekan dan membantutkan ekonomi kaum melayu di Malaysia ni.
Sokongan DAP terhadap PAS tidak berasakan keharmonian dan kejujuran secare mutlak. Sokongan DAP terhadap PAS hanye palsu belake. Malang nye penyokong2 PAS telah berjaye di butekan mate dan di tulikan telinge mereke oleh pemimpin PAS yang hidup berselindung di bawah jubah dan ketayap putih nye.
You are subscribed to email updates from tok gajah46 To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mahu tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pemimpin politik yang sengaja membocorkan rahsia atau maklumat sulit strategi keselamatan demi menjaga kepentingan negara.
Katanya, tindakan undang-undang tidak dikecualikan sama ada pemimpin itu mewakili parti pemerintah mahupun pembangkang termasuk badan bukan kerajaan (NGO)
Langkah itu katanya, bagi menjamin rahsia strategi keselamatan negara tidak terdedah kepada pihak luar.
Bagaimanapun beliau mendakwa, pembocoran rahsia keselamatan negara ini lazimnya dilakukan oleh pemimpin pembangkang bertujuan memburukkan imej negara.
"Pembangkang di negara ini sanggup lakukan apa sahaja untuk meraih kuasa termasuk menjual maklumat atau membocorkan rahsia keselamatan negara kepada pihak yang berkepentingan," katanya yang dipetik dari blog Umno Cheras, semalam.
Syed Ali memberikan reaksi demikian berhubung pembocoran rahsia keselamatan negara yang didakwa berkaitan dengan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.
"Pihak berkuasa harus siasat bagaimana Nurul Izzah mendapat tahu maklumat tersebut dan apa motifnya mendedahkan kepada umum sedangkan perkara itu merupakan rahsia strategi keselamatan negara.
"Dalam isu keselamatan sepatutnya tidak dipersoalkan secara terbuka apatah lagi di depan khalayak umum dan Nurul Izzah selaku wakil rakyat sewajarnya menggunakan saluran yang betul," katanya.
Sebelum ini, laporan dari portal berita melaporkan, Izzah pada forum mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Bangsar, Kuala Lumpur mempersoalkan tindakan kerajaan menempatkan 30 anggota polis cawangan khas di London, England.
Izzah berkata, kos menempatkan kontinjen tersebut di London dibiayai oleh dana awam sedangkan setahu beliau, tiada ancaman keselamatan dalaman pada Malaysia yang berasal dari negara Eropah itu.
Kenyataan Izaah itu turut mendapat kecaman daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang mahu kerajaan menyiasat Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.
Menurut Syed Ali lagi, isu tersebut sengaja dipolitikkan oleh pemimpin PKR bertujuan meraih sokongan rakyat.
"Perbuatan itu sebenarnya bertentangan dengan aspek keselamatan negara.
"Jangan kerana hendak jadi popular dan juara, mereka boleh cakap sesuka hati termasuk membocorkan rahsia keselamatan negara," katanya.
Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed disarankan agar bersara daripada politik dan terlibat di dalam dunia korporat secara sepenuh masa.
Pengerusi Badan Bertindak Anti Penyelewengan Kedah, Khairul Anuar Ramli yang juga ahli UMNO berkata, gesaan itu dibuat berikutan tulisan Nur Jazlan melalui ruangan Pendapat dalam portal Malaysian Insider pada 30 Oktober lalu mengenai pemilihan UMNO yang menyaksikan kekalahannya bertanding kerusi Ahli Majlis Tertinggi (MT).
Berikut adalah kenyataan penuh Khairul Anuar berhubung perkara itu:
> Kita difahamkan emosi Datuk Nur Jazlan terganggu apabila cita-cita untuk menjadi Menteri Besar Johor, menteri Kabinet dan Ahli Majlis Tertinggi tak tercapai baru-baru ini. Nur Jazlan dikatakan gagal mengawal perasaan kecewa setelah menganggap beliau sahajalah orang yang paling layak pegang jawatan dan kedudukan yang tinggi-tinggi.
> Justeru itu, untuk memulihkan tekanan emosi, kita menyarankan supaya Nur Jazlan diberi kaunseling oleh pihak Lembaga Disiplin UMNO sebelum keadaan beliau jadi lebih teruk.
> Kita juga ingin buat cadangan supaya orang yang tidak rela kalah bertanding jangan bertanding apa-apa jawatan dalam UMNO. Penyakit emosi ini tidak sihat bagi perjuangan parti. Kita cadangkan supaya Nur Jazlan bersara terus daripada politik dan masuk ke dunia korporat sepenuh masa.
Setiap negara atau suku pasti memiliki sebuah tradisi atau ritual khusus yang di lakukan secara turun-temurun hingga saat ini. Misalnya saja sebuah ritual yang harus di jalankan oleh seorang pria di Brasil untuk membuktikan dirinya telah dewasa dan menjadi pria sejati, tentunya ritual tersebut sangat menyakitkan.
Dan inilah ulasan lebih lengkapnya beserta ritual lainnya di berbagai negara di dunia ini yang tentu saja sangat ekstreme dan menyakitkan.
1. BULLET ANT GLOVE -BRASIL Di Brasil ada sebuah suku pedalaman yang bernama Satere-Mawe, suku ini hidup di pedalaman Amazon. Mereka di kenal dengan ritualnya yang cukup membuat laki-laki perkasa sekalipun bergidik takut. Sebuah ritual yang harus di jalankan oleh pria suku tersebut agar di akui dan di anggap telah dewasa.
Ritual ini bernama Bullet Ant Glove. Semut di sini bukan semut biasa, melainkan Bullet Ants, atau Semut Peluru. Kenapa peluru? Karna gigitannya serasa terkena hantaman peluru, wow menakutkan bukan?
Ada sekitar 30an semut yang terlebih dahulu di buat tidak sadar kemudian di masukan dalam sebuah sarung tangan. Dan peserta harus memasukan tangannya ke situ dan harus menahan sakitnya gigitan Bullet Ants yang mulai sadar dan menjadi lebih ganas. Peserta harus kuat menahan sakit selama 10 menit dalam sarung tangan tersebut. Berani?
2. LAND DIVING – VUNUATU Pernah bermain Bungee Jumping? Di banding Land Diving tidak ada apa-apanya. Bungee Jumping kaki kita di ikat tali khusus dan di bawahnya selalu air, entah itu kolam, sungai atau laut. Tetapi Land Diving, di bawahnya adalah TANAH KERAS BIASA, tidak ada air, tidak ada pengaman, hanya seutas tali dari akar pohon yang diikatkan pada kaki. WOW…
Nama asli ritual ini adalah Naghol, peserta berdiri di atas menara yang dibuat dari kayu-kayu yang di susun setinggi 20-30 meter dan di haruskan melompat bebas hanya dengan pengamanan seutah tali dari akar tersebut yang telah di ukur agar peserta tak menyentuh tanah. Namun tetap saja cendera melanda seperti patah kaki dan tangan, leher, mata kaki, pergelangan dan luka-luka lainnya, bahkan ada yang meninggal dunia. Hal ini semata hanya untuk sebuah pengakuan saja di suku Pulau Pantecost, Vanuatu ini.
3. MENAHAN PUKULAN KAYU – FULANI, BENIN Suku Fulani dari Benin di Afrika Barat melakukan adu sabetan kayu untuk remaja yang beranjak dewasa. Kekuatan, pengendalian diri dan keberanian adalah tolak ukur menjadi pria dewasa di suku tersebut. Dua pemuda saling berhadapan dengan tongkat panjang yang diserut.
Masing-masing harus bisa menahan 3 sabetan dari lawannya, makin keras makin baik. 2 Klan yang diwakili 2 pemuda ini nanti akan menentukan siapa yang layak disebut sebagai pemenang. Wah, Terbayang sakit dan perihnya sabetan kayu tersebut.
4. KULIT DI LUKAI PAKSA – PAPUA NUGINI Suku yang tinggal di sepanjang pedalaman Sungai Sepik di Papua Nugini punya tradisi, lagi-lagi untuk remaja pria yang beranjak dewasa. Tradisi itu adalah proses scarifikasi, dimana tubuh dilukai secara paksa sampai muncul keloid di kulit. Keloid ini yang akan dibentuk menyerupai motif kulit buaya. Gila bukan?!
Remaja pria akan dilukai kulitnya dengan senjata tajam, hingga ratusan kali pada tempat-tempat tertentu pada kulitnya. Bekas luka ini nantinya akan membentuk pola kulit buaya dan dibiarkan sampai muncul keloid di kulit. Prosesnya memakan waktu lama dan menyakitkan. Ketika motif kulit buaya muncul sempurna, maka sempurnalah kehormatan seorang pria Sepik tersebut. Hal yang konyol untuk sebuah pengakuan.
5. TATTOO WAJAH PADA WANITA – FULANI
Sekarang kembali ke Suku Fulani di Benin. Jika para remaja lelaki beradu sabetan untuk menunjukan kedewasaan, para perempuannya harus ditato pada bagian wajahnya. Tato dengan warga hitam ini dilakukan dengan beberapa jarum sekaligus di wajah remaja putri Fulani. Tiap tato memiliki arti tertentu. Prosesnya bisa makan waktu selama 3 jam bahkan lebih dan yang ekstreme adalah mereka tidak boleh menangis selama protes pentatoan berlangsung.
Jika mendengar kata Gua, pasti yang ada dalam benak kita adalah Gelap, Pengap dan Menyeramkan. Tetapi berbeda dengan ke 3 gua ini, cantik dan membuat kita serasa di negeri dongeng. Gua-gua ini dapat bercahaya dengan sangat cantiknya, bukan karna lampu atau mahluk gaib, melainkan karna bioluminescence yang dipancarkan mahluk hidup di sana.
Inilah ke 3 gua bercahaya nan cantik tersebut, yang menjadi incaran banyak wisatawan untuk mengunjunginya.
1. Waitomo Glow Worms Caves, Selandia Baru Gua cantik ini di temukan pada tahun 1887, sejak itulah gua ini langsung melejit populer karna keunikan yang di milikinya. Di dalam gua ini hidup sejenis cacing yang dapat mengeluarkan cahay berwarna biru yang cantik.
Cacing-cacing ini menggantung di dinding gua, ketika masuk ke sana kita bagaikan di kelilingi oleh ribuan bintang. Serasa terbang di angkasa bagai Peter Pan. Jika tertarik berkunjung ke gua ini, ada beragam tawaran jenis tur yang di sediakan, tinggal pilih saja.
2. Dismals Canyon, USA Sama halnya seperti Witomo, Dismals Canyon pun memiliki hewan unik yang juga dapat mengeluarkan cahaya yang cantik, penduduk lokal biada menyebut hewan tersebut 'dismalites'.
Dismal Canyon berada di Phil Campbell, Negara Bagian Alabama. Jika kamu berminat ingin mengunjunginya. Selain itu Dismal Canyon juga memiliki air terjun yang tak kalah indahnya.
3. Newnes Glow Worm Tunnel, Australia Berbeda dengan 2 gua sebelumnya, Newnes Glow Worm Tunnel adalah sebuah terowongan kereta api. Terowongan yang terletak di Wollemi National Park ini ditutup pada 1932, dan sekarang dihuni oleh cacing berdaya bioluminescence.
Terowongan ini sepanjang 600 meter, dan sangat gelap. Namun cacing-cacing ini menerangi wisatawan yang datang sepanjang terowongan.
You are subscribed to email updates from Juri Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Berikut adalah kenyataan yang ahli parlimen DAP Kluang yang disiarkan Malaysiakini,
DAP: Hukuman mati S'pura diringankan, M'sia bila lagi?
Malaysia perlu menyaingi Singapura dan mengakui bahawa hukuman mati mandatori untuk penyeludupan dadah amat kejam, menjatuhkan maruah dan tidak berperikemanusiaan, kata Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong.
Beliau memuji keputusan Mahkamah Tinggi Singapura semalam yang jarang berlaku kerana menggantikan kehidupan anak jati Sabah Yong Vui Kong selepas pindaan diluluskan November lalu, turut berharap Malaysia melakukan perkara yang sama kepada 964 pesalah yang berdepan hukuman mati.
"Saya menyeru kerajaan Malaysia untuk mencontohi Singapura dan meminda undang-undang membolehkan hukuman mengikut budi bicara dalam kes-kes hukuman mati mandatori dengan tujuan jangka panjang untuk menghapuskan hukuman mati, " kata Liew DAP dalam satu kenyataan.
Yong Vui Kong yang berusia 25 tahun, sebelum ini bertindak sebagai keldai dadah dari Malaysia ke Singapura, hanya menerima hukuman penjara seumur hidup dan 15 kali sebatan. Kini layak memohon parol pada tahun 2027, setelah berkhidmat 20 tahun di dalam penjara.
Apa punya bangang ni ? Barua DAP ni baru duduk Malaysia hari ini ke ? Orang yang bodoh macam ni pun boleh jadi ahli parlimen. Yang bercakap bodoh....media yang menyiarkan lagi bodoh. Babi pun tidak sebodoh mereka.
Di Malaysia dan berpuluh orang yang mahkamah lepaskan dari hukuman mati kerana kes dadah. Lain kali periksa fakta dulu sebelum bercakap wahai si bodoh....
Berita 1
Menangis terlepas tali gantung
ALOR SETAR - Seorang penternak lembu bersyukur tidak terkira apabila berpeluang menyambut Aidiladha bersama keluarganya pada kali ini selepas dua tahun terpaksa beraya di penjara apabila dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini daripada tuduhan memiliki dadah semalam.
Ahmad Fadzil Hamzah, 34, hanya mampu menekup muka dan menangis kegembiraan sebaik Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd. Zaki Abdul Wahab membebaskannya daripada tuduhan mengedar ganja, heroin dan morfin pada 5 Ogos 2011.
Bapa kepada dua anak itu kemudian memeluk ibunya, Siti Doyah Ahmad, 65, yang turut mengalirkan air mata sebaik prosiding mahkamah selesai.
PUTRAJAYA 1 Mac - Seorang pemilik restoran terlepas daripada hukuman mati di tali gantung hari ini setelah Mahkamah Rayuan di sini membenarkan rayuannya dengan menggantikan hukuman penjara 15 tahun atas kesalahan memiliki dadah.
Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Richard Malanjum yang mengetuai panel tiga hakim bersama Datuk Hashim Mohamed Yusof dan Datuk S. Augustine Paul memutuskan Cheah Yoon Lim bersalah memiliki dadah dan dihukum penjara 15 tahun serta sebatan 10 kali.
Dengan keputusan itu, bermakna Yoon Lim terpaksa menjalani hukuman penjara untuk tempoh empat tahun lagi kerana dia telah ditahan enam tahun lalu, iaitu dari tarikh dia ditangkap pada 30 Oktober 1998.
KUANTAN: Kehadiran Aidilfitri kali ini mungkin adalah yang paling bererti buat seorang kerani firma guaman dan dua wanita apabila terlepas daripada hukuman gantung setelah Mahkamah Tinggi di sini melepaskan dan membebaskan mereka daripada tuduhan mengedar kanabis, dua tahun lalu.
Keputusan penghakiman yang dibacakan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mariana Yahya itu disambut dengan linangan air mata oleh Syed Abdul Halim Syed Samaldin, 42, Rozana Ayob, 37, dan Noor Farahana Md Radzi, 20.
Keputusan itu turut disambut dengan linangan air mata dan katakata kesyukuran oleh beberapa anggota keluarga tertuduh yang turut berada di galeri awam mahkamah.
Warga Nigeria terlepas tali gantung, dipenjara sembilan tahun dan 10 sebatan
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun dan 10 sebatan ke atas seorang penjual alat ganti kenderaan warga Nigeria atas kesalahan memiliki 2.5 kg syabu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang tahun lalu.
Hakim Datuk Abdul Rahim Uda menjatuhkan hukuman itu di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan menetapkan hukuman penjara bermula dari tarikh tertuduh ditangkap selepas Blessings Akanor, 48, mengaku salah di atas pertuduhan pilihan yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan pada hari ini.
Lelaki itu dituduh memiliki dadah itu di kawasan tuntutan bagasi di KLIA pada jam 4 petang, 6 Julai 2011.
Cuba anda semak kat google, berpuluh lagi kes lain yang akan keluar yang mahkamah di negara kita meringankan hukuman dari hukuman gantung ke hukuman penjara berhubung kes dadah.
Apa punya bodoh...dia boleh tanya bila Malaysia nak ikut Singapura ? Itulah kelas pemimpin-pemimpin pembangkang. Ulang sekali lagi...babi pun tak sebodoh itu...
You are subscribed to email updates from RBF Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
PUTRAJAYA — "Kamu telah mengambil kesempatan terhadap pelajar kamu," kata seorang anggota panel Mahkamah Rayuan kepada seorang bekas guru yang diperintah menjalani hukuman penjara 12 tahun dan tujuh sebatan kerana merogol serta menggunakan kekerasan jenayah untuk mencabul kehormatan seorang murid berusia 12 tahun pada 2009.
Datuk Azahar Mohamed, yang mengetuai panel tiga hakim, berkata hukuman yang dijatuhi Mahkamah Sesyen Kota Baharu ke atas Yek Hock Soon adalah setimpal dengan kesalahan yang dilakukan tertuduh.
Menyifatkan kesalahan itu sebagai serius, Azahar yang bersidang bersama-sama Datuk Mohtaruddin Baki dan Datuk Rohana Yusuf, membuat keputusan sebulat suara untuk menolak rayuan terakhir Yek berhubung sabitan, hukuman penjara dan sebatan yang dijatuhkan ke atasnya.
"Kami telahpun mempertimbang hukuman yang dijatuhkan terhadap kamu dan sependapat dengan Mahkamah Sesyen bahawa kesalahan yang kamu lakukan adalah serius lebih-lebih lagi ketika kamu merogol mangsa, kamu adalah seorang guru. Kamu telah mengambil kesempatan terhadap pelajar kamu," katanya.
Yek, 30, dari Setiawan, Perak dihantar ke penjara hari ini untuk memulakan hukuman kerana sebelum ini, dia dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu rayuan.
Pada 26 Jan tahun lepas, Mahkamah Sesyen memutuskan tertuduh bersalah merogol seorang pelajar yang ketika itu berusia 12 tahun 3 bulan di makmal sains sebuah sekolah di Pasir Putih, Kelantan antara 8 pagi dan 3 petang bulan Ogos 2009.
Yek turut didapati bersalah menggunakan kekerasan jenayah bagi mencabul kehormatan pelajar itu di tempat dan pada masa sama.
Dia dihukum penjara sembilan tahun dengan lima sebatan bagi kesalahan merogol serta penjara tiga tahun dengan dua sebatan bagi kesalahan mencabul kehormatan dan diarah menjalani hukuman secara serentak.
Yek kemudian mengemukakan rayuan namun ditolak Mahkamah Tinggi pada 19 Feb lepas.
Dalam penghakimannya, Azahar berkata Mahkamah Sesyen membuat keputusan yang tepat apabila menerima penjelasan mangsa mengapa beliau tidak menyebut tentang insiden rogol dalam laporan polisnya.
"Penting untuk kita ambil perhatian bahawa mangsa ketika itu berusia 12 tahun serta dalam keadaan trauma, dan penjelasan bahawa beliau malu untuk memaklumkannya kepada polis (kejadian rogol) adalah munasabah," katanya.
Azahar berkata Mahkamah Sesyen berpeluang mendengar keterangan mangsa dan menilai sama ada beliau saksi yang boleh dipercayai.
Oleh itu, katanya, sabitan terhadap Yek adalah selamat dan Mahkamah Rayuan tidak mempunyai sebab untuk mengganggu keputusan Mahkamah Sesyen.
Terdahulu, Yek, yang diwakili peguam Hisyam Teh Poh Teik dan Datuk Sukri Mohamad, mendakwa mangsa bukanlah seorang saksi yang boleh dipercayai kerana tidak menyatakan kejadian rogol itu dalam laporan polisnya.
Timbalan Pendakwa Raya Azlina Rasdi pula berhujah mangsa memang tidak menyebut tentang kejadian rogol dalam laporan polisnya namun memberi keterangan berhubung perkara itu di mahkamah.
Beliau berkata mangsa juga memaklumkan kejadian itu kepada seorang guru lain dan ibunya sebelum membuat laporan polis. – BERNAMA
SHAH ALAM: Enam buah lagu mempunyai peluang melayakkan diri ke Anugerah Juara Lagu 28 selepas mendapat markah tertinggi pada peringkat separuh akhir kedua Muzik Muzik 28 yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini, Jumaat.
Lagu-lagu terdiri daripada Kau Yang Terindah (Alyah), Hanya Aku (Hyper Act), Sahabat (Najwa Latiff, Sleeq & Shamkamarul), Tanda Tanya (Azlan & The Typewriter), Kalau Aku Kaya (Awi Rafael & Altimate) dan Aku Pelat (Salam Musik).
Pada pertandingan peringkat separuh akhir kedua Muzik Muzik 28 turut menyaksikan persembahan daripada Kita (Forteen), Adamu (Najwa Latiff), 5 Minit (Ramlah Ram ft Caprice), Dewi cinta (Adira) dan Penghibur Jalanan ( Amir Jahari).
Sementara itu, separuh akhir pertama yang berlangsung minggu lalu menyaksikan enam buah lagu terdiri daripada In Love With You, Penglipurlara, Jangan Pergi, Agenda Jahiliah, Takkan Terpisah dan Permata.
Bagaimanapun, 12 buah lagu yang dipilih ini belum menjamin tempat ke AJL28 kali ini.
Keputusan akhir 12 buah lagu yang layak akan diumumkan pada separuh akhir ketiga yang akan berlangsung pada 22 November depan.
Perlawanan ulangan pusingan kedua untuk kelayakan Piala Asia di Australia peringkat kumpulan D menyaksikan Harimau Malaya kecundang 0-1 ditangan Bahrain pada malam ini di Stadium Nasional Manama
Setahu Murai Batu, pelakon, Nabila Huda dilihat sebagai ikon fesyen tempatan apabila selalu tampil dengan gaya urban dan kena dengan peredaran zaman sekarang, namun tak semua yang gemar cara dia berpakaian kerana ada yang menganggap ianya terlalu seksi dan tidak sopan.
Malah, baru-baru ini sekeping foto seksi yang mendedahkan sebahagian payudaranya di dalam laman Instgram telah dikritik oleh ramai pengikutnya di laman sosial tersebut.
Tidak silap Murai Batu, foto itu merupakan gambar ketika dia menjalani penggambaran filem Saloma yang mana dia turut memegang watak sebagai biduanita itu. Jadi baju yang dipakai adalah baju ketika era itu yang warna temanya juga nampak klasik.
Ramai pengikut di laman Instagram itu tidak setuju dan menegur cara berpakain Nabila dan dianggap seperti pakaian akhir zaman dan tak kurang juga yang menyebut hukumnya dalam Islam dan sebagainya.
Namun, Murai Batu lihat, tidak semua yang mengkritiknya itu,malah ramai juga yang memuji kecantikan Nabila dalam foto tersebut apabila nampak klasik dan cantik. Malah ada juga beritahu gayanya tak ubah seperti Saloma sebenar.
Entahlah Murai Batu pun tak tahu nak kata apa kerana isu imej seksi Nabila ni rasanya dari dulu lagi sudah berbangkit. Malah ramai sudah tidak hairan dengan penampilannya.
ALOR SETAR: Tempoh 30 minit menjadi pengalaman sengsara dalam hidup seorang wanita apabila bukan saja menjadi mangsa samun, malah turut dirogol seorang lelaki di tempat duduk belakang sebuah kereta Proton Persona di satu lokasi, di sini.
Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira jam 10 malam 5 November lalu berkenaan turut disaksikan anak lelaki mangsa berusia empat tahun selepas wanita itu ke sebuah bank untuk mengeluarkan wang.
Sebelum itu, seorang lelaki lingkungan 20-an dipercayai masuk di tempat duduk hadapan lalu mengacukan sebilah pisau kepada mangsa.
Wanita berkenaan kemudian diarahkan memandu kereta terbabit ke kawasan lain sebelum merogol dan menyamun sejumlah wang tunai termasuk telefon bimbit sebelum melarikan diri.
Susulan kejadian itu, gerakan menjejaki suspek dijalankan sehingga sepasukan anggota Bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah berjaya menahan dua lelaki lingkungan 20-an, malam kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, tangkapan dibuat selepas pihaknya mendapat maklumat berhubung lokasi suspek dan kedua-dua lelaki itu ditahan secara berasingan.
"Tangkapan pertama dibuat kira-kira jam 11 malam (kelmarin) di Kampung Kesop, Jitra, dan kami berjaya memberkas seorang lelaki yang dipercayai membeli telefon bimbit mangsa sebelum tangkapan kedua dilakukan tidak lama selepas itu.
"Kami dapati kedua-duanya penagih dadah hasil daripada ujian saringan awal air kencing yang dilakukan terhadap mereka," katanya ketika ditemui, di sini, semalam.
Mohd Nashir berkata, siasatan lanjut yang dilakukan terhadap suspek berjaya menemui semula barang-barang milik mangsa termasuk telefon bimbit.
Katanya, kes berkenaan dianggap selesai dan kedua-dua suspek ditahan reman sehingga 20 November depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 392/397, Kanun Keseksaan serta Seksyen 376, kanun sama.
Malaysia perlu menyaingi Singapura dan mengakui bahawa hukuman mati mandatori untuk penyeludupan dadah amat kejam, menjatuhkan maruah dan tidak berperikemanusiaan, kata Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong.
Beliau memuji keputusan Mahkamah Tinggi Singapura semalam yang jarang berlaku kerana menggantikan kehidupan anak jati Sabah Yong Vui Kong selepas pindaan diluluskan November lalu, turut berharap Malaysia melakukan perkara yang sama kepada 964 pesalah yang berdepan hukuman mati.
"Saya menyeru kerajaan Malaysia untuk mencontohi Singapura dan meminda undang-undang membolehkan hukuman mengikut budi bicara dalam kes-kes hukuman mati mandatori dengan tujuan jangka panjang untuk menghapuskan hukuman mati, " kata Liew DAP dalam satu kenyataan.
Yong Vui Kong yang berusia 25 tahun, sebelum ini bertindak sebagai keldai dadah dari Malaysia ke Singapura, hanya menerima hukuman penjara seumur hidup dan 15 kali sebatan. Kini layak memohon parol pada tahun 2027, setelah berkhidmat 20 tahun di dalam penjara.
Pada sebelah pagi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri membentangkan usul untuk menggantung ahli Parlimen Padang Serai N Surendran selama enam bulan kerana menghina speaker Pandikar Amin Mulia.
Surendran diusir dari Dewan pada hari sebelumnya kerana enggan berhenti membentangkan usul perobohan kuil Sri Muneswarar Kaliyaman yang berusia 101 tahun.
Ahli Parlimen Pakatan Rakyat membalas dengan berdiri dan mengoyakkan notis usul serta cuba untuk menghalang pembentangan usul tersebut. Mereka memanggilnya "usul haram".
Pada sebelah petang pula, Fuziah Salleh, ahli Parlimen Kuantan, membentangkan usul untuk "mengagihkan semula" gaji lima orang penasihat bertaraf menteri, iaitu Rais Yatim, Noh Omar, Shahrizat Abdul Jalil, Johari Baharom dan Hasbi Habibollah.
Ahli Parlimen BN juga berdiri dan mengoyakkan notis usul serta cuba untuk menghalang pembentangan usul tersebut. Mereka juga memanggilnya usul haram.
Kelakuan "membalas balik" antara dua pihak yang menyebabkan perbuatan keduanya dikutuk sesetengah pemerhati kerana tidak matang dan berkelakuan seakan beruk di dalam Parlimen.
Tetapi adakah kedua-kedua aksi tersebut sama?
Anda pernah dengar cerita seseorang yang memesan kopi tanpa susu di sebuah kedai kopi? Pelayan memberitahu bahawa kedai tersebut kehabisan susu, namun memandangkan mereka mempunyai gula, maka bolehlah memesan kopi tanpa gula.
Kopi tanpa susu dan kopi tanpa gula kedua-duanya kopi hitam. Akan tetapi, penyangkalan itu cukup penting. Kes sebegini disebut orang sebagai "serupa tapi tak sama".
Satu lagi contoh yang mungkin lebih baik: Orang kaya yang berdiet dan orang miskin yang kebuluran. Kedua-duanya kelaparan, tapi sebabnya amat berbeza.
Apakah sebab-sebab di sebalik tingkah laku blok kerajaan BN dan Pakatan? Sebab Pakatan tolak usul kerajaan
Pada mulanya beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat telah bangun untuk mengemukakan hujah, antaranya Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Gelang Patah, mengutarakan tiga sebab mengapa usul Nancy harus ditolak:
(1) Tidak mematuhi peraturan mesyuarat nombor 27, iaitu notis satu hari.
(2) Speaker mesti berpuas hati bahawa sesuatu notis satu hari mempunyai kepentingan awam - yang jelas tidak wujud dalam kes Surendran - sebelum boleh membenarkan notis tersebut, yang sepatutnya memakan masa seminggu untuk dibenarkan untuk didebat. Kalaupun kepentingan awam terlibat, hal ini harus dirujuk kepada jawatankuasa hak dan keistimewaan.
(3) Memandangkan speaker yang 'dihina' merupakan speaker yang pada masa yang sama membenarkan usul 'menghina speaker', maka terdapat konflik kepentingan yang jelas.
Sebab BN menolak usul Pakatan
Apa pula sebab BN menolak usul Fuziah?
Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Mokhtar Radin, mendakwa, usul Fuziah mempunyai kesilapan dalam menamakan jawatan Hasbi Habibollah sebagai penasihat pembangunan Sarawak, yang sepatutnya disebut sebagai pengerusi Perlembagaan Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sarawak.
Penjelasan kemudian dibuat kepada Dewan Rakyat bahawa kesilapan penamaan tersebut berada dalam dokumen sampingan, bukan notis usul, dan ini sepatutnya tidak menjejaskan kesahihan usul tersebut. Sandiwara kedua-dua pihak?
Usul BN bertujuan menggantung seseorang ahli Parlimen kerana membawa usul mengenai perobohan kuil Hindu berusia 101 tahun.
Usul Pakatan bertujuan mengagih semula gaji yang dibayar kepada pelantikan politik khas dalam Jabatan Perdana Menteri oleh BN yang berjumlah RM1.6 juta setahun.
Penolakan Pakatan terhadap usul BN adalah kerana percanggahan penting dan ketidakadilan dalam usul tersebut.
Penolakan BN terhadap usul Pakatan kerana terdapat kesilapan penamaan.
Terpulanglah kepada rakyat untuk menilai 'sandiwara' BN dan Pakatan dalam Parlimen semalam:
Pihak manakah yang cuba untuk membantah atas sebab yang benar dan kukuh, dan pihak manakah yang berkelakuan seperti monyet yang meniru aksi yang dilihatnya?
Nukilan STEVEN SIM ahli Parlimen Bukit Mertajam. Beliau turut berdiri dan mengoyakkan usul Nancy Shukri semalam.
Ramai ibu bapa yang gembira apabila mendapat tahu keputusan anak mereka yang mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini. Setiap ibu-bapa yang berkemampuan sudah pasti menjanjikan anak mereka hadiah sekiranya berjaya mendapat kesemua A.
Namun apa yang berlaku pada seorang pelajar tahun 6 di sebuah sekolah di Kelantan telah mengejutkan ramai orang apabila dia dihadiahkan sebuah Mini Cooper oleh ayahnya. Menurut sumber, pelajar tersebut bersekolah di SK Zainab 1, Kota Bharu dan keluarganya memang daripada golongan berada. Ayahnya dikatakan seorang pengusaha ayam proses terkenal di Kelantan.
Malah, kereta tersebut dihantar terus ke sekolah pada hari pengumuman keputusan UPSR. Memang cukup menakjubkan apabila seorang pelajar tahun 6 mendapat kereta. Timbul persoalan, jika UPSR dihadiahkan kereta bernilai RM210 Ribu, apa pula yang akan dihadiahkan untuk peperiksaan PMR dan SPM nanti?
Memandangkan umurnya yang masih muda, sudah tentu dia tidak boleh membawa kereta tersebut. Moga ibu bapanya tidak pula membenarkan anaknya membawa kereta secara haram. Takut kejadian yang sama berlaku seperti anak Ahmad Dhani kelak.
Semporna: Seorang pelancong warga asing ditemui mati ditembak, manakala isterinya dipercayai dilarikan sekumpulan lelaki tidak dikenali dalam kejadian di Pulau Pom-Pom, dekat perairan ini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika dihubungi sebentar tadi mengesahkan kejadian itu.
KEMAMAN - Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said meminta Kementerian Belia dan Sukan mempertimbang negeri itu sebagai tuan rumah untuk beberapa acara Sukan SEA yang akan dianjur oleh negara pada 2017.
Katanya langkah itu wajar kerana Terengganu kini merupakan kuasa sukan baharu di negara ini terutama dalam acara lumba basikal, memanah dan berkuda.
Saya telah minta Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri Rozi Mamat untuk berbincang dengan menteri berkenaan tentang hal ini, katanya kepada pemberita, di sini.
Menurut Ahmad, kerajaan negeri sedia mengeluarkan peruntukan sewajarnya bagi penganjuran acara sukan terbabit.
"Negeri ini juga mempunyai peminat sukan yang ramai," katanya.
Mengulas perkembangan lain, Ahmad melahirkan rasa gembira apabila beberapa pemain bola sepak anak negeri menyatakan hasrat mahu kembali menyarung jersi Terengganu dalam saingan musim depan.
"Saya mengucapkan terima kasih atas semangat yang ditunjukkan itu. Begitu juga dengan jurulatih anak negeri yang berkelana ke negeri lain nampaknya mereka akan kembali untuk berbakti di negeri kelahirannya," katanya.
Antara pemain yang akan kembali ke Terengganu ialah bekas penggempur skuad Kelantan, Norfarhan Muhamad yang sebelum ini menjadi rebutan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor dan pasukan Kelantan. - Bernama
SABAK BERNAM 14 Nov. - Polis menahan reman seorang remaja lelaki berusia 18 tahun bagi membantu siasatan kes rogol seorang gadis di bawah umur di Kampung Tali Air 9, Sekinchan di sini pada 3 November lalu.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Supritendan Noor Mushar Muhammad berkata, suspek ditahan di rumahnya di Kampung Parit 7, di sini kira-kira pukul 12.10 tengah hari ini.
Katanya, penahanan itu dibuat selepas pihaknya menerima laporan daripada bapa mangsa pukul 11 malam semalam yang mendakwa anak gadisnya berusia 15 tahun telah dirogol suspek.
"Mangsa dipercayai mengenali suspek sejak sebulan lalu melalui laman sosial. Mereka dikatakan sering berhubung antara satu sama lain sebelum kedua-dua mereka berjumpa.
"Dalam pertemuan kedua, kedua-kedua mereka keluar makan tetapi mengambil keputusan singgah di rumah rakan suspek kerana hari hujan," katanya di sini hari ini.
Tambah Noor Mushar, ketika di rumah berkenaan, suspek dipercayai telah memaksa mangsa untuk melakukan hubungan seks.
"Suspek ditahan reman tujuh hari manakala kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol," ujar beliau. - UTUSAN ONLINE
KUALA TERENGGANU 14 Nov. - Kerajaan Pas Kelantan sewajarnya segera menguatkuasakan hukum hudud di negeri itu seiring dengan kesediaan Jabatan Kehakiman Syariah Kelantan.
Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berpendapat, kerajaan negeri berkenaan sepatutnya sudah lama menggerakkan usaha ke arah itu jika prasarana sudah disediakan.
"Kalau mereka (Jabatan Kehakiman Syariah Kelantan) kata sudah sedia, baguslah dan boleh laksanakan sekarang.
"Saya alu-alukan dan sokong sekiranya kerajaan Pas Kelantan segera laksana dan kuatkuasa hukum hudud yang telah kita (Pas) perjuangkan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Harun diminta mengulas kesediaan Jabatan Kehakiman Syariah Kelantan melaksanakan hukum hudud atau Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 sekiranya kerajaan Pas Kelantan mahu menguatkuasakan undang-undang tersebut dalam masa terdekat.
Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad dilaporkan berkata, pihaknya mempunyai kemudahan mencukupi untuk melaksanakan hukum Islam itu.
Bagaimanapun, menurut Daud, kerajaan Pas Kelantan perlu menambah jumlah hakim sekiranya hukum itu mahu dilaksanakan dalam masa terdekat.
"Terserahlah kepada kerajaan Pas Kelantan, kalau dah sedia nak jalankan, saya setuju lah. Sebagai orang Pas, saya berpendapat sepatutnya hukum hudud ini sudah lama dilaksanakan," katanya.
KOTA BHARU 14 Nov. - Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah (gambar) enggan mengulas lanjut kenyataan Jabatan Kehakiman Syariah negeri yang mendakwa jabatan itu sudah bersedia melaksanakan hukum hudud.
Mohd. Amar berkata, hanya pihak jabatan kehakiman mengetahui apa yang diperlukan termasuk bilangan hakim dan sebagainya.
Beliau diminta mengulas kenyataan Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad semalam yang menyatakan pihaknya sudah mempunyai kemudahan mencukupi untuk melaksana hukum itu.
"Saya tak tahu nak komen apa dah kalau dia cakap macam itu, tetapi dia perlu jelaskan apa maksud dengan sudah bersedia.
"Hanya jabatan mahkamah tahu apa yang mereka perlukan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Akhbar hari ini melaporkan kenyataan Daud yang menyatakan Mahkamah Syariah sudah bersedia pada bila-bila masa melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 sekiranya kerajaan Pas Kelantan mahu menguatkuasakan undang-undang tersebut.
Namun, Daud berkata, kerajaan Pas Kelantan perlu menambah bilangan hakim sekiranya mahu hukum itu dilaksanakan dalam masa terdekat.
Sementara itu, Mohd. Amar ketika ditanya perkembangan kertas kerja yang dirangka pakar undang-undang Perlembagaan, Dr. Abdul Aziz Bari mengenai bagaimana Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dapat dilaksanakan dalam kerangka bidang kuasa negeri, beliau berkata, pihaknya masih menunggu hasil kerja yang dimaksudkan.
Baru-baru ini beliau memberitahu, kerajaan negeri meminta Abdul Aziz membuat cadangan bertulis bagaimana hudud boleh dilaksanakan tanpa sekatan undang-undang.
JOHOR BAHRU - Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Johor diminta menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab menyebarkan Kertas Tindakan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri berhubung cadangan mengubah cuti mingguan daripada Ahad kepada Jumaat.
Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abd Rahim Ramli berkata tindakan pihak berkenaan yang menyebarkan maklumat itu menerusi laman sosial Facebook merupakan kesalahan serius kerana membocorkan rahsia sulit kerajaan negeri.
"Dokumen berkenaan adalah rasmi dan ia merupakan satu kesalahan serius, bagaimana ia boleh bocor dan siapa yang memboloskannya.
"Saya difahamkan SUK telah memulakan siasatan tentang perkara ini sejak semalam dan kita nak tahu bagaimana dan siapa yang membocorkan dokumen rasmi ini kerana ia di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA)," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di pejabat Jumaah Majlis Diraja Johor di Istana Besar, di sini hari ini.
Sejak awal minggu ini, berita tentang pertukaran hujung minggu negeri Johor daripada hari Ahad kepada hari Jumaat berkuatkuasa pada Januari tahun depan mula tersebar di laman sosial tanpa ada sebarang pengumuman rasmi berhubung perkara itu oleh kerajaan negeri.
Lebih memeranjatkan apabila gambar dokumen sulit mengenai perkara itu yang dialamatkan kepada SUK dan Penasihat Undang-Undang Negeri bertarikh 9 Oktober 2013 turut dimuat naik dalam laman sosial itu bagi menyokong berita berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff ketika dihubungi mengesahkan pihaknya telah menerima tiga laporan polis berkaitan perkara itu termasuk daripada SUK negeri Datuk Obet Tawil.
Katanya, kes akan disiasat mengikut Akta OSA. - Bernama
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KALAU bukan tragedi kematian Pegawai AmBank itu pada 23 Oktober lalu di premis di mana dia berkerja, perhatian terhadap Kad Pengenalan palsu, tidak akan mendapat perhatian khusus.
Sabah telah bergelumang dengan masalah IC palsu sejak berdekad, namun selepas tahun 2009, barulah diambil perhatian dengan pengwujudan RCI Pati (Keputusan belum diketahui selepas pendengaran di mahkamah Kota Kinabalu).
Masalah yang berupa beban kepada rakyat Sabah itu, tidaklah seserius bagi anggapan para agensi kerajaan yang terlibat, sehinggalah kematian Norazita Abu Talib, 37 seorang ibu kepada anak-anak yang masih belajar.
Nampak sangat tindakan pantas agensi kerajaan yang terlibat, samada daripada KDN atau JPN. Berikutan kejadian itu, KDN membatalkan dengan serta merta, syarikat pengawal keselamatan yang memperkerjakan penama Ardi Hamza (Loade Ardina Loade Rasila atau nama dalan facebook Ardi Ode Putra Katela). Juga pihak JPN (Jabatan Pendaftaran Negara yang bertanggungjawab berkaitan pengeluaran kad pengenalan) bertindak, dan tidak segan silu menyatakan bahawa ramai pengawal keselamatan di negara ini dibekalkan dengan kad pengenalan yang dipalsukan.
Kerajaan melalui JPN, sebenarnya telah mengakui, bahawa penggantian Kad Pengenalan bermutu tinggi dengan menggunakan Chip, tidak mudah dipalsukan, namun, kenyataannya, ianya berlaku.
Kalaulah kad pengenalan yang dikatakan palsu itu, benar-benar palsu, bagaimana ianya digunakan sebagai dokumen untuk membuka akaun bank? bukankah bank menggunakan sistem biometrik, di mana maklumat individu tersimpan dalam microchip dalam kad pengenalan itu?
Apa yang telah berlaku terhadap Norazaita Abu Talib, telah mendedahkan kepincangan yang telah berlaku dalam agensi yang berkaitan dengan kewarganegaraan; dan dengan itu, kematian pegawai bank itu sebagai "hadiah" kepada rakyat berakitan dengan IC palsu di negara ini. Kematian Norazita bukan sahaja membuka mata penguatkuasa, akan tetapi arwah menjadi hero kepada pembongkaran IC palsu dalam negara.
Kini, diberitakan bahawa satu peraturan baru, bahawa setiap pegawai keselamatan yang diambil berkerja diwajibkan mendapat pengesahan terlebih dahulu daripada JPN. Persoalannya kenapa daripada sekarang? bukankah daripada dahulu lagi? sedangkan semasa mendaftar anak di sekolah rendahpun, setahu penulis, di Sabah contohnya, Kad Pengenalan Ibu dan Bapa, dimestikan mendapat pengesahan daripada JPN, sebelum anak itu dapat didaftarkan.
Di Sabah, isu pemengang ic palsu, bukan suatu rahsia lagi, ianya merupakan keadaan yang sungguh membimbangkan rakyat pribumi. Mereka ini, selain yang memegang dokumen IMM13, merupakan ancaman kepada rakyat Sabah. Ancaman, bukan sahaja bagi lapangan perniagaan, malah di rumah-rumah murah yang dibangunkan oleh kerajaan.
Bagi rakyat pribumi, yang tidak berkemampuan, walaupun mereka ini layak memohon rumah-rumah murah yang dibangunkan kerajaan, namun mereka tidak sanggup menghuni di kawasan-kawasan itu, kerana keadaan yang tidak kondusif, selain mereka terpaksa bercampur dengan "penduduk" tetapi sebenarnya budaya penduduk itu sungguh asing bagi mereka.
AYT berharap, tragedi kematian Norazita merupakan kejadian tragedi oktober terakhir yang melibatkan warga asing yang mempergunakan IC palsu di negara ini.