nota: berapa botol eau de toilette berapa tong drakkar noir berapa tan kemeyan perlu dibakar untuk mewangikan bangkai ini kah kah kah
BERITA PASLU BURUK IMEJ NAJIB – berita hairan
KUALA LUMPUR: Laporan tidak tepat media asing mengenai kepemimpinan Najib Razak dan mengaitkan ahli keluarganya berkemungkinan didalangi pihak tertentu yang cuba menjatuhkan Perdana Menteri melalui 'serangan karektor' bertujuan memberi persepsi negatif melalui penyebaran berita palsu tidak berlandaskan fakta dan sumber sahih.
Tindakan itu dilakukan pihak tertentu bagi meraih sokongan rakyat selepas usaha melemahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dari dalam negara menemui jalan buntu.
Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr P Sivamurugan, berkata kecenderungan media asing melaporkan berita tidak disahkan kesahihannya sejak kebelakangan ini tanpa membuat semakan pengesahan dengan pihak terbabit menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dengan media luar negara.
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
woit... MEMANG SUSAH KERJA MEDIA ASING INI..... kah kah kah..
70 ANGGOTA PAS DI KUALA KEMAYAN KELANTAN KELUAR PARTI SERTAI UMNO – mstar
BACHOK: Seramai 70 anggota Pas yang terdiri daripada nelayan tradisional pantai Kuala Kemayan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tawang, di sini, mengisytihar keluar parti Pas berikutan kecewa terhadap sikap kepimpinan mereka gagal membela nasib mereka yang dibelenggu kemiskinan.
Ketua kumpulan itu yang juga bekas penyokong tegar Pas, Azlan Mamat, 39, menyerahkan borang keanggotaan UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Bachok, Awang Adek Hussin.
"Kami akan berusaha menarik lebih ramai lagi anggota Pas dari kalangan nelayan yang tinggal di Kampung Kemayan, Pantai Senok dan Kuala Kemasin supaya turut berhijrah bersama kami," katanya pada majlis pemimpin bersama rakyat di Kuala Kemasin di sini, Sabtu.
Beliau berkata tiada sebarang bantuan disalurkan kepada nelayan di kawasan itu oleh kerajaan negeri Kelantan pimpinan Pas sepanjang lebih 20 tahun ia memerintah Kelantan.
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
woit..LANGKAH 70 ORANG INI CHUKUP BAIK...kah kah kah...
kah kah kah...MASA DIPILIH UNTUK KELUAR PARTY CUKUP STRATEJIK.... kah kah ka..
kah kah kah.... SAAT DAN KETIKA CUKUP CUN...... kah kah kah..
kah ka la.... ESOK NAK RAYA... PETANG NI KELUAR PARTI MASUK PARTI GEROMBOLAN.... kah kah akh
woit... KERANA KELUAR PARTI MAKA YANG 70 ORANG INI DAPAT SEORANG SAEKOR KAMBING... kah kah kajh..
kah kah kah.... MEREKA BERKORBAN UNTUK DAPAT KAMBING KORBAN...... kah kah kah
PERTAHAN KESATUAN UMMAH TUNJANG KEKUATAN ISALAM :PM - meloya
KUALA LUMPUR 5 Nov. – Najib Razak berkata, umat Islam perlu terus mempertahankan kesatuan ummah yang merupakan tunjang kepada kekuatan Islam.
Perdana Menteri berkata, banyak perkara dapat dilakukan apabila kesatuan dapat diwujudkan dalam kehidupan umat Islam selain kekuatan yang ada boleh dipertahankan jika kesatuan ummah berdiri kukuh sama ada di dalam mahupun di luar negara.
"Walaupun terdiri dari pelbagai bangsa dan bahasa, warna kulit, budaya dan negara, umat Islam adalah umat yang satu di mana sahaja mereka berada," katanya.
Menyifatkan kesatuan ummah merupakan pengajaran terpenting yang terkandung dalam sambutan Aidiladha, Najib berkata, perintah Allah S.W.T yang mewajibkan semua umat Islam yang melakukan ibadat haji agar berkumpul di satu tempat dengan niat yang satu dan mengucapkan ucapan talbiah, tahmid dan zikir yang sama, jelas menunjukkan bahawa umat Islam adalah umat yang bersatu.
"Ia adalah umat yang bersatu dengan menghadap satu kiblat dan sujud kepada Tuhan yang satu iaitu Allah S.W.T, maka sudah sewajarnya kita melahirkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana mengurniakan kepada kita perayaan Aidiladha dengan syariatnya yang jelas membawa mesej kesatuan umat adalah tunjang kepada kekuatan Islam," katanya. –
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
woit.. TAK PAYAH LAAA CAKAP HAL ISLAM.... kah kah kah..
kah kah kah..JAWAB SAJA SIAPA BERI ARAHAN BUNUH ALTANTUYA.... kah kah kah..
kah kah kah..TAK PAYAH CAKAP HAL ISLAM... kah kah kah..
kah kah kah...JAWAB - BERAPA JUTA DAPAT DUIT KOMISEN BELI KAPAL SELAM.... kah kah kah..
selamat menyambut hari raya haji ucapan selamat dari tim tukar tiub dari sidang pengarang dari juru gambar dari juru kutuk dar guru tibai dari tim teknikal
mari kita sana bertekad mari kiat sama sama berazam untuk mengkorbankan lembu lembu gerombolan
NOTA: memandu berhati hati memandu menjaga diri untuk keselamatndiri bayangkan betapa seronoknya membaca tukat tiub saban pagi kah kah kah
IKHLAS DARI TIM TUKAR TIUB nota: wahai bani manusia tidak terfikirkah oleh kamu cita cita kamu hendak ke syurga kenapa leher kami kamu putuskan
'IDUL ADHA disebut juga sebagai Hari Raya Korban ataupun Hari Raya Haji. Pada Hari Raya Haji ramai ummat Islam yang mampu menyembelih korban untuk dibagi-bagikan kepada fakir miskin. Ramai juga ummat Islam yang mencukupi syarat, menunaikan Ibadah Haji ke Baitullahilharam. Semangat pengorbanan yang telah dibuktikan oleh Nabi Ibrahim a.s. dilanjutkan pula oleh ummat Islam untuk membantu mereka yang susah.
Jika sifat suka berkorban ini meresap ke jiwa seluruh ummat Islam Isya-Allah akan ujud ketenangan dan kedamainan dalam masyarakat dan akan dekatlah jurang yang memisahkan antara yang kaya dengan yang miskin, antara yang kuat dengan yang lemah, antara penguasa dengan rakyat biasa.
Mereka yang kaya mengorbankan sebahagian daripada hartanya untuk membantu mereka yang didalam kesusahan, seperti yang biasa dialami oleh fakir miskin, yatim piatu ataupun sesiapa yang memerlukan pertulungan. Mereka yang telah menerima bantuan sepatutnya mensyukurinya dan berusaha dengan sekuat tenaga tidak hanya bergantung kepada pemberian orang, Rasullah s.a.w.telah mengingatkan bahwa:
"Tangan diatas lebih baik daripada tangan dibawah".
Oleh karena itu perlulah kita bekerja keras untuk meningkatkan taraf kehidupan kita. Jika kita rajin berusaha, seperti mengolah (mengerjakan) tanah yang terbiar, menanam berbagai tanaman, memelihara hewan ternak, memilihara ikan dan sebagainya Insya-Allah disatu masa taraf kehidupan kita akan berubah kepada yang lebih baik.
Ibadah Haji ialah ibadah yang diwajibkan kepada mereka yang mampu mengerjakan sekali seumur hidup, Allah s.w.t.berfirman yang maksudnya:
"Dan serulah manusia untuk mengerjakan Haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan mengenderai unta yang kurus (disebabkan jauhnya berjalan) yang datang dari segenap penjuru yang jauh. Supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebutkan nama Allah pada hari yang ditentukan, karena rezeki yang Allah telah anugerahkan kepada mereka berupa binatang ternak. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan berilah makan orang yang sengsara dan fakir."(Qur'an. S.al-Hajj:27-28)
Sungguh besar menafaat yang akan diperoleh mereka yang mendapat kesempatan menunaikan ibadah haji, antaranya, Insya-Allah akan terjalin perasaan ukhuwah Islamiah sedunia, menanamkan rasa persamaan, mendidik rohani dan jasmani kita supaya tabah dan sabar menghadapi cobaan. Dapat melihat sendiri tempat tempat sejarah Nabi Ibrahim dan Ismail, tempat bersejarah ketika Rasulallah s.a.w. dan sahabat berjuang menegakkan kebenaran dan keadilan dan mengajak manusia kejalan yang benar jalan yang diredhai Allah s.w.t. yang terkandung dalam Islam.
Mereka yang datang menunaikan ibadah haji terdiri daripada berbagai bangsa yang datang dari segenap penjuru dunia, dengan demikian kita saling berkenalan dan dapat mempelajari adat manusia dari berbagai bangsa dan suku puak.
Berbagai kesukaran dari mula mempersiapkan perbelanjaan untuk yang pergi dan untuk yang ditinggalkan. Kesukaran dalam perjalanan, kesukaran menghadapi berbagai ragam manusia, kesukaran cuaca yang berbeda dari tempat asal kita, dan sebagainya, semua itu akan membentuk diri dan peribadi kita menjadi manusia yang sabar dan tabah menghadapi cubaan hidup.
Kita berdo'a kepada Allah s.w.t. semoga diampuninya segala dosa-dosa kita selama masa yang lalu, baik dosa yang mungkin kita telah lakukan terhadap diri ataupun terhadap mereka yang lemah. Kita mohon kepada Allah s.w.t. semoga diterimanya segala amal ibadah kita dan akhirnya kita akan memperoleh Husnul Khatimah, akhir yang baik dan dapatlah kehidupan kita diberkati dan diberikan ketenangan dan diselamatkan dari segala malapetaka mungkin karena dosa-dosa yang pernah kita lakukan sengaja ataupun tidak sengaja.
Seorang pensyarah sebuah kolej swasta didakwa telah mengikat, memukul dan merogol pelajar sebelum memaksa dia menelan air mani. China Press melaporkan bahawa pensyarah berusia dalam 40-an telah memanggil gadis yang berusia 21 tahun untuk bertemu dengannya di pejabat beliaumi bagi membincangkan kerja kursus beliau. Semasa berada di bilik, pensyarah tersebut mengajak mangsa berhubungan badan namun ditolak. Namun pensyarah tersebut mengugut untuk mengagalkan pelajar tersebut. Kerana takut digagalkan, mangsa bersetuju untuk mengikuti pensyarah pergi untuk sarapan pagi dengan menaiki kereta pensyarahnya. Namun sebaik memasuki kereta, pensyarah tersebut telah mencekik leher pelajar tersebut dan merampas telefon bimbitnya. Pensyarah membawa mangsa ke rumahnya di Sentul di mana pelajar itu diikat, dibogelkan dan dirogol. Tak hanya dirogol, pelajar tersebut juga dipaksa untuk menelan air mani pensyarah tersebut. Beliau kemudian meninggalkan pelajar tersebut di stesen LRT. Pelajar, disertai oleh kakaknya, telah membuat laporan di balai polis Sentul, Kuala Lumpur. ~ dailychilli.com
DEY MACHA!!! APAHAL HANGPA NAK KECOH-KECOH PENGAWAL DOK KELILING PINGGANG NAJIB JANGAN LA DOK KUTUK PM KITA KAT MEKAH TU PATUTNYA KITA PAKAT DOA BAGI DIA DAPAT HIDAYAH MANA TAU DIA BALIK MALAYSIA ESOK LUSA TU DIA LAKSANAKAN HUDUD
WALAUPUN GUA JELES JUGAK TENGOK PASAI GUA PUNYA TURN KENA TUNGGU TAHUN 2037 BARU BOLEH PI HAJI
LAGIPUN GUA TAK RETI NAK POTONG QUE PASAI GUA TAKDAK KABEL ORANG UMNO KALAU LU ORANG ADA KABEL DEPA BOLEH BAGI KUOTA MENTERI KAH! KAH! KAH!
LAGI SATU PASAI GUA TAKDAK JET PERIBADI KALAU TAK KEMARIN GUA DAH BETOLAK KE SANA BEB KAH! KAH! KAH!
Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh, kepada semua umat Islam diucapkan selamat menyambut Hari Raya Idul Adha 1432H. Sebagaimana biasa (menjelang) Hari raya Idul Adha ialah berlaku sehari sebelumnya Hari Wukuf atau Hari Arafah. Hari untuk berhenti dan berdoa di Padang Arafah. Maka kita di Kelantan, sejak 18 tahun lalu turut mengadakan Majlis Menghayati Hari Wukuf. Ia sebagai tanda sama-sama menghayati cara ibadat haji para Jemaah Haji di Tanah Suci. Justeru bagi tahun ini, saya menyeru agar setiap kita dapat berdoa. Antara doa ialah pertama "mohon Allah beri ke Negeri Kelantan ini royalti minyak, dan keduanya agar perjuangan Islam ini dapat (menang) sampai ke Putrajaya. InsyaAllah, semoga kita semua dapat meningkatkan amal kebajikan, agar kita tetap dirahmati Allah di hari Idul Adha ini. Labbaika Allahuma Labbaik...Allahu Akbar.
5 NOVEMBER – Jikalau kerajaan Barisan Nasional membuat rayuan terhadap Mahkamah Rayuan berhubung keputusannya bahawa Seksyen 15 (5) (a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) bercanggahan dengan Perlembagaan Persekutuan, maka ini menunjuk bahawa kerajaan BN memandang remeh terhadap prinsip pengasingan kuasa dan prinsip kebebasan kehakiman.
Sekiranya kerajaan BN di bawah Datuk Seri Najib Razak menganggap dirinya sebagai kerajaan transformasi yang ikhlas untuk memansuhkan atau meminda sebarang akta yang mencengkam hak-hak asasi manusia, maka ianya perlu tegas dalam tindakannya dan tidak akan membuat rayuan lagi.
Malangnya, BN hanya bertolak-dalih dan menyerah kepada Jabatan Peguam Negara untuk membuat keputusan seolah-olah BN ingin menolak sebarang tanggungjawab untuk bertindak tegas dalam kes ini.
Tindakan BN ini adalah sangat tidak bertanggungjawab dan menimbulkan tanda soal: Siapakah yang menjadi kerajaan pusat? BN atau Jabatan Peguam Negara?
Jikalau BN boleh melakukan sesuatu yang bercanggahan dengan prinsip pengasingan kuasa seperti apa yang berlaku pada Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar pada tahun 2009 sehingga beliau dikasari dan diheret keluar daripada DUN, adalah amat melucukan kita semua apabila BN pula ingin membuat rayuan dalam kes UKM4 atas alasan keputusan hakim bercanggahan dengan prinsip pengasingan kuasa.
Pengasingan kuasa
Kita harus ingat bahawa semangat prinsip pengasingan kuasa dan kebebasan kehakiman yang diwarisi daripada British turut menekankan peranan hakim dalam membuat takrifan terhadap undang-undang yang sedia ada untuk memastikan keputusan yang dibuat bukan sahaja selaras dengan peredaran zaman tetapi turut mematuhi semngat asal Perlembagaan Persekutuan serta berlaku adil terhadap rakyat dan kerajaan.
Harus juga diingati bahawa keputusan salah seorang hakim dalam kes UKM4 ini, iaitu Yang Arif Mohd Hishamudin Mohd Yunus dalam keputusannya telah menetapkan bahawa Seksyen 15(5)(a) AUKU mencengkam kebebasan bersuara mahasiswa-mahasiswi dan ianya tidak membantu untuk melahirkan golongan berfikiran kritikal yang boleh membantu pembangunan negara.
Justeru itu, mesej yang ingin disampaikan oleh Hakim kepada Parlimen yang dikuasai BN ialah Seksyen 15 (5) (a) ini tidak sesuai dengan zaman moden dan sudah sampai masanya untuk memansuhkan klausa-klausa yang menekan kebebasan bersuara mahasiswa-mahasiswi.
Malangnya, pada pandangan BN, undang-undang hanya merupakan alat kegunaan BN sahaja untuk menekan perbezaan pandangan. Seruan dan mesej daripada keputusan ini langsung tidak dihirau.
Apa yang menyedihkan ialah walau pun keputusan Mahkamah Rayuan ini tidak berasaskan sebarang kepentingan politik, Kabinet memilih untuk mendiamkan diri dan menyerah kepada Jabatan Peguam Negara untuk membuat keputusan.
Ini menunjukkan bahawa BN langsung tidak ikhlas untuk melaksanakan sebarang pembaharuan.
Dolak-dalik BN
Sebelum ini terdapat ahli-ahli politik BN yang menyeru Kabinet agar tidak membuat rayuan. Mereka ini ialah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Gan Ping Sieu serta Pengerusi Pemuda BN BN Khairy Jamaluddin.
Sekarang saya ingin bertanya mereka, apakah penjelasan mereka terhadap sikap Kabinet yang bertolak-dalih ini?
Ini bukan pun kali pertama Kabinet membuat keputusan yang bertolak-dalih seperti ini. Dalam perbicaraan terhadap 21 individu yang ditahan kerana mengambil bahagian dalam satu perhimpunan tanpa permit pada tahun 2008 sempena ulangtahun pertama Bersih di Petaling Jaya, Menteri Dalam Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz juga berkata bahawa keputusan untuk melepaskan dakwaan terhadap kesemua 21 individu itu terletak di tangan Jabatan Peguam Negara.
Janganlah BN menghina kebebasan kehakiman dan prinsip pengasingan kuasa dengan tolak dalih seperti ini.
Ketepikan rayuan itu dengan tegas, jangan mempertahankan undang-undang lapuk yang mecengkam hak-hak asasi manusia dan biarkan kebebasan kehakiman dan prinsip pengasingan kuasa antara kehakiman, ekesekutif dan perundangan bertumbuh subur di bumi Malaysia ini.
Pada hari yang sangat besar ertinya kepada umat Islam ini, ketika mana Allah menjadikan manusia dari pelbagai bangsa dan keturunan berhimpun di tempat letaknya kiblat umat Islam, kita dipersatukan dengan Islam yang menjadi panduan hidup manusia sehinggalah ke hari kiamat. Iman yang dimiliki oleh umat manusia inilah yang juga mempersaudarakan kalangan manusia dari pelbagai rupa bangsa samada dekat atau jauh, semuanya adalah bersaudara di antara satu sama lain.
Kita membaca bagaimana umat Islam di zaman dahulu berpegang teguh dengan Al-Quran dan Hadis Nabi saw, termasuklah dalam perkara hubung-kait antara satu sama lain walaupun mereka berselisih pendapat dan berbeza pemimpin, mazhab dan guru tetapi mereka berkasih sayang dan bermaafan. Kalau mereka berselisih pendapat atau berkelahi dengan mudah sahaja mereka berdamai kerana mereka menyelesaikan masalah dengan kembali kepada kepada Al-Quran dan Hadith Nabi saw.
Kepada seluruh ahli Parti Islam SeMalaysia (PAS), marilah kita terus menerus memperkukuhkan parti kita dengan sama-sama kita mengikhlaskan niat perjuangan kita kerana Allah, dan seterusnya kita beramal dengan kaedah perjuangan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah saw.
Marilah kita berpegang teguh kepada firman Allah dalam Surah An-Nisa' ayat 59.
"Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya"
Juga sabda nabi s.a.w yang diucapkan ketika menunaikan haji selamat tinggal :
"Janganlah kamu menyeleweng, menjadi kafir selepas aku wafat sehingga ada di kalangan kamu memancung leher dengan pedang-pedang di antara satu sama lain (Riwayat Imam Ahmad, Bukhari & Muslim)
Syukur kepada Allah s.w.t. kerana dengan izin-Nya Perayaan 'Aidiladha 1432 Hijrah tiba lagi. Ia merupakan satu daripada dua perayaan yang disebut oleh Rasulullah s.a.w. sebagai ganti kepada perayaan yang pernah disambut sebelum kedatangan Islam. Ia juga disambut bersama musim Haji dengan amalan ibadah korban bersamanya.
Sejumlah ibadat penting ini menjelaskan perlunya kita menyambut 'Aidiladha ini dengan penuh keinsafan, kegembiraan dan ketakwaan. Perbanyakkanlah amalan membesarkan Allah s.w.t. selain bersama menunaikan solat sunat 'Aidiladha dan mendengar khutbah.
Selain itu, ambillah peluang untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan, kejiranan dan juga kemasyarakatan dengan bergotong-royong melaksanakan ibadah korban. Sambil bergembira dalam syukur, ingatlah kepada mereka yang kurang bernasib baik.
Sesungguhnya, dalam ibadah korban terkandung pelbagai mesej tersurat dan tersirat tentang kepentingan berkorban demi Allah s.w.t. dan melakukan sesuatu dengan cara terbaik. Ia juga mengingatkan kita akan kepentingan berusaha mencari rezeki yang halal melalui kerja keras dan sikap amanah.
Sempena sambutan 'Aidiladha untuk tahun ini, Kerajaan Negeri Selangor menyumbang sebanyak 516 lembu kepada masjid-masjid di seluruh Selangor melalui sumbangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Kumpulan Semesta Sdn. Bhd (KSSB), Worldwide Holdings Berhad, Menteri Besar Pemerbadanan dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Semoga dengan sumbangan ini dapat menambah kemeriahan sambutan Aidiladha.
Saya mewakili semua Exco dan wakil rakyat mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh penganut agama Islam khususnya rakyat di negeri Selangor Darul Ehsan.
Penghayatan Hari Wukuf | Terdengar esakan tangisan seorang tok guru yang juga pemimpin di sebuah negeri yang dinafikan segala macam hak, di sujud akhir solat dhuha pagi ini.. Semoga hancur musnah golongan2 yang zalim!
Beberapa lebuh raya dilaporkan mengalami kesesakan trafik pada waktu tengah hari berikutan warga kota yang bercuti sempena sambutan Aidiladha esok.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata kawasan-kawasan tersebut adalah di Lebuhraya New Klang Valley Expressway (NKVE) dari Subang ke Damansara.
Katanya, di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) pula dari Plaza Tol Gombak ke Bentong dan ke Plaza Tol Karak, serta dari Jambatan Sungai Pahang ke R&R Temerloh.
Jurucakap PLUSLine pula memberitahu Bernama enam kawasan di Lebuhraya Utara Selatan mengalami kesesakan dengan trafik bergerak perlahan waktu tengah hari di lebuh raya itu.
"Trafik bergerak perlahan dari Slim River ke Sungkai, Tapah ke Gopeng, Kuala Kangsar ke kawasan rehat Bukit Gantang hingga ke susur keluar di Juru.
Sementara ke selatan, kesesakan adalah dari Bangi ke Seremban, dari persimpangan Nilai Utara menuju ke Nilai, sementara kawasan-kawasan lain, trafik bergerak lancar seperti biasa, katanya.
Pagi tadi, Bernama melaporkan trafik bergerak lancar menghala keluar ibu negara berikutan warga kota mula meninggalkan rumah kediaman masing-masing untuk bercuti sempena Hari Raya Haji yang akan disambut esok.
Ketua Trafik Kuala Lumpur ACP Rusli Mohd Noor ketika dihubungi berkata hanya terdapat beberapa kemalangan kecil yang berlaku di sekitar ibu negara, namun ia tidak menjejaskan keadaan lalu lintas.
"Trafik bergerak lancar sahaja pagi ini, mungkin kerana warga kota sudah meninggalkan rumah masing-masing malam tadi," katanya hari ini.
Sementara itu, jurucakap PLUSLine berkata trafik bergerak lancar di kebanyakan Lebuhraya Utara Selatan (Plus) kecuali di Plaza Tol Juru pagi ini yang bergerak perlahan disebabkan peningkatan jumlah kenderaan.
"Terdapat dua kemalangan berlaku pukul 7.17 pagi ini di Lebuhraya Elite di KM14.6 dari arah Putrajaya ke Bandar Saujana Putra yang melibatkan sebuah lori yang terbabas akibat terlanggar lampu isyarat.
"Manakala pada 7.13 pagi di Lebuhraya Sungai Petani, Kedah menghala ke Gurun di Km88, terdapat sebuah kereta terbabas di bahu jalan. Bagaimanapun trafik bergerak lancar walaupun terdapat dua kemalangan itu," katanya.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) pula berkata trafik sesak di empat lebuh raya iaitu di Plus Utara di Bukit Tamban ke susur keluar Plaza Tol Juru, Lebuhraya Pantai Timur sebelum Plaza Tol Gombak ke arah timur, Genting Sempah ke Bentung dari Plaza Tol Bentung ke Bentung Barat dan di Jambatan Sungai Pahang ke RSA Temerloh.
"Trafik dijangka sesak menjelang tengah hari hingga ke petang berikutan warga kota yang akan memulakan perjalanan ke kampung masing-masing untuk menyambut perayaan itu esok," katanya.- Bernama
Operasi membawa jemaah haji Malaysia dari Mekah ke Arafah, kira-kira 21 kilometer dari Mekah, tamat pada kira-kira pukul 5 pagi ini (10 pagi waktu Malaysia), dan semua 28,000 jemaah haji sudah berada di Arafah untuk berwukuf hari ini.
Bagi ibadah wukuf, jemaah perlu berada di Arafah paling lewat tengah hari ini (Zohor, pukul 12.05 waktu tempatan, 5.05 petang waktu Malaysia) dan kemudiannya berangkat ke Muzdalifah selepas waktu Maghrib untuk mengutip batu-batu kecil bagi tujuan melontar jamrat di Mina pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah.
Pengarah Operasi Masyaer (operasi ibadah para jemaah di Arafah dan Mina) Shaharuddin Abu Bakar ketika ditemui kumpulan media Tabung Haji lewat petang semalam berkata kira-kira 500 petugas Tabung Haji, termasuk pasukan kebajikan dan perubatan, sudah berada di Arafah bagi melicinkan pergerakan jemaah haji di Arafah.
Beliau berkata operasi pergerakan dibahagikan kepada lima sektor dengan setiap sektor ditugaskan memantau bas-bas yang membawa jemaah haji dari Mekah ke Arafah.
"Pagi Sabtu, sektor Arafah mengambil alih pengurusan jemaah, dengan segala maklumat diselaraskan dengan Pusat Maklumat Operasi di Mekah," katanya.
Menurutnya pagi Sabtu, satu kumpulan awal 40 petugas Tabung Haji digerakkan ke Muzdalifah untuk meninjau dan membuat persiapan menerima ketibaan jemaah haji dari Malaysia selepas Maghrib, dan seterusnya mereka juga akan meninjau persiapan di Mina.
Shaharuddin berkata selain itu pasukan pandu arah juga sudah ditempatkan di lokasi-lokasi strategik bagi memastikan tiada jemaah haji Malaysia yang tersasar dari khemah penginapan masing-masing.
Beliau berkata apa yang penting ialah segala aspek kebajikan dan keselamatan para jemaah sentiasa terjamin.
Malam tadi turut menyaksikan ketibaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyertai kumpulaan jemaah haji dari Malaysia di Arafah.
Tahun ini dianggarkan 3 juta jemaah dari seluruh pelusuk dunia menunaikan ibadah haji, dan lautan manusia berpakaian ihram atau bertelekung putih sudah membanjiri kawasan Arafah di Mekah, menanti penuh sabar waktu berwukuf tengah hari ini. Bernama
ULASAN Jikalau kerajaan BN membuat rayuan terhadap Mahkamah Rayuan terhadap keputusannya bahawa Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) bercanggahan dengan Perlembagaan Persekutuan, maka ini menunjuk bahawa kerajaan BN memandang remeh terhadap prinsip pengasingan kuasa dan prinsip kebebasan kehakiman.
Sekiranya kerajaan BN di bawah Najib menganggap dirinya sebagai kerajaan transformasi yang ikhlas untuk memansuhkan atau meminda sebarang akta yang mencengkam hak-hak asasi manusia, maka ia perlu tegas dalam tindakannya dan tidak akan membuat rayuan lagi.
Malangnya, BN hanya bertolak-dalih dan menyerah kepada Jabatan Peguam Negara untuk membuat keputusan seolah-olah BN ingin menolak sebarang tanggungjawab untuk bertindak tegas dalam kes ini.
Tindakan BN ini adalah sangat tidak bertanggungjawab dan menimbulkan tanda soal: Siapakah yang menjadi kerajaan pusat? BN atau Jabatan Peguam Negara?
Jikalau BN boleh melakukan sesuatu yang bercanggahan dengan prinsip pengasingan kuasa seperti apa yang berlaku pada Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V Sivakumar pada tahun 2009 sehingga beliau dikasari dan diheret keluar daripada DUN, adalah amat melucukan kita semua apabila BN pula ingin membuat rayuan dalam kes UKM4 atas alasan keputusan hakim bercanggahan dengan prinsip pengasingan kuasa.
Cengkam kebebasan
Kita harus beringat bahawa semangat prinsip pengasingan kuasa dan kebebasan kehakiman yang diwarisi daripada British turut menekankan peranan hakim dalam membuat takrifan terhadap undang-undang yang sedia ada untuk memastikan keputusan yang dibuat bukan sahaja selaras dengan peredaran zaman tetapi turut mematuhi semngat asal perlembagaan persekutuan serta berlaku adil terhadap rakyat dan kerajaan.
Harus juga diingati bahawa keputusan salah seorang hakim dalam kes UKM4 ini, iaitu Yang Arif Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus (kiri) dalam keputusannya telah menetapkan bahawa Seksyen 15(5)(a) AUKU mencengkam kebebasan bersuara mahasiswa-mahasiswi dan ia tidak membantu untuk melahirkan golongan berfikiran kritikal yang boleh membantu pembangunan negara.
Justeru, mesej yang ingin disampaikan oleh hakim kepada parlimen yang dikuasai BN ialah Seksyen 15(5)(a) ini tidak sesuai dengan zaman moden dan sudah sampai masanya untuk memansuhkan klausa-klausa yang menekan kebebasan bersuara mahasiswa-mahasiswi.
Malangnya, pada pandangan BN, undang-undang hanya merupakan alat kegunaan BN sahaja untuk menekan perbezaan pandangan. Seruan dan mesej daripada keputusan ini langsung tidak dihirau.
Apa yang menyedihkan ialah walaupun keputusan Mahkamah Rayuan ini tidak berasaskan sebarang kepentingan politik, Kabinet memilih untuk mendiamkan diri dan menyerah kepada Jabatan Peguam Negara untuk membuat keputusan. Ini menunjukkan bahawa BN langsung tidak ikhlas untuk melaksanakan sebarang pembaharuan.
Sebelum ini terdapat ahli-ahli politik BN yang menyeru kabinet agar tidak membuat rayuan. Mereka ini ialah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Gan Ping Sieu serta Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin. Sekarang saya ingin bertanya mereka, apakah penjelasan mereka terhadap sikap kabinet yang bertolak-dalih ini?
Dolak-dalih
Ini bukan pun kali pertama kabinet membuat keputusan yang berdolak-dalih seperti ini. Dalam perbicaraan terhadap 21 individu yang ditahan kerana mengambil bahagian dalam satu perhimpunan tanpa permit pada tahun 2008 sempena ulangtahun pertama BERSIH di Petaling Jaya, Menteri Dalam Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz juga berkata bahawa keputusan untuk melepaskan dakwaan terhadap semua 21 individu itu terletak di tangan Jabatan Peguam Negara.
Janganlah BN menghina kebebasan kehakiman dan prinsip pengasingan kuasa dengan tolak dalih seperti ini. Ketepikan rayuan itu dengan tegas, jangan mempertahankan undang-undang lapuk yang mecengkam hak-hak asasi manusia dan biarkan kebebasan kehakiman dan prinsip pengasingan kuasa antara kehakiman, eksekutif dan perundangan bertumbuh subur di bumi Malaysia ini. MALAYSIA KINI
ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis/penymbang dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.
Penulis adalah dari parti DAP dan ADUN Kampung Tunku.
Rang Undang-Undang Kebebasan Maklumat (FOI) diluluskan oleh ahli dewan undangan negeri Pulau Pinang dengan undian 24 yang menyokong berbanding dua yang menentangnya, semalam.
Selebih 14 ADUN lain tidak mengundi kerana tidak berada di dewan apabila rang undang-undang itu dibentangkan dan dibahaskan pada lewat petang.
Rang undang-undang itu dibentangkan oleh Timbalan Ketua Menteri, P Ramasamy (atas) untuk bacaan kali kedua, setelah disemak untuk kali ketiga selepas tiga pusingan maklum balas dari 20 organisasi, termasuk beberapa parti politik, termasuk Gerakan, MCA dan Parti Cinta Malaysia.
Ia pertama kali dibentangkan pada 14 Oktober tahun lalu tetapi pada 1 November kemudian dewan undangan negeri memutuskan supaya ia dirujuk kepada jawatankuasa terpilih khas yang dipengerusikan oleh Jagdeep Singh Deo (DAP-Datuk Keramat) (dua dari kiri) untuk semakan.
Kedua-dua undi yang menentang Rang Undang-Undang Kebebasan Maklumat itu datang adalah daripada ADUN Umno - Muhammad Farid Saad (BN-Pulau Betong) dan Jasmin Mohamed (BN-Sungai Dua).
Malaysia perlu menyediakan lebih ramai pakar dalam bidang pengkomputeran dan teknologi maklumat untuk menangkis serangan penggodam terhadap sistem pengkomputeran negara.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim berkata, apa yang berlaku lebih dua bulan lalu di mana 119 laman web terutama milik kerajaan digodam tidak harus dipandang remeh dan perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan kejadian sama berulang.
"Kita perlu mempunyai lebih ramai pihak yang mahir dan pakar dalam bidang programming, software engineering, isian komputer dan peralatan yang menjadi benteng kepada sesebuah sistem tersebut.
"Di negara-negara maju mereka sedang mewujudkan satu alat dinamakan super komputer di mana dengan alat ini mereka boleh menggodam dan menjahanamkan sistem komputer sesebuah negara," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan lembu korban bagi parlimennya, di Jelebu hari ini.
Rais berkata, jika negara tidak bersedia dengan kepakaran dalam bidang tersebut, sistem pengkomputeran negara akan terdedah dan mudah digodam sehingga boleh memusnahkan negara.
Katanya, dalam hal ini, masyarakat Malaysia tanpa mengira ideologi politik perlu bersatu dan bermuafakat bagi menghadapi serangan pihak-pihak luar menerusi alam siber ini.
"Kita tidak boleh mengambil ringan, soal sistem alam siber ini kita mesti bersatu dan ini kita dapat lihat hasilnya nanti apabila ada orang yang cuba menggodam sistem kita ini nanti," katanya.- Bernama
Monorel pelancongan Sungai Melaka diarah menggantung perkhidmatan selama 30 hari bermula hari ini kerana didapati gagal mematuhi aspek keselamatan yang mengundang bahaya kepada para pengguna.
Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Azhar Ahmad berkata jurutera dari SPAD dan prasarana KL Monorail setelah memeriksa aspek keselamatan serta sistem keselamatan kecemasan mendapati pihak operator monorel itu gagal memenuhi beberapa spefikasi utama keselamatan penumpang.
"Setelah pemeriksaan dua hari berakhir semalam, operasi monorel itu ditutup sementara sehingga pihak pengendali (Taming Sari Sdn Bhd) dapat menyediakan beberapa fasiliti yang disarankan oleh SPAD," katanya ketika dihubungi di Melaka hari ini.
Beliau berkata antara fasiliti itu ialah menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak.
Selain itu, monorel itu yang diimport dari negara China itu tidak menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang menyukarkan tugas-tugas pembaikan dan penyelenggaraan sekiranya berlaku kerosakan. "Cengkaman tayar pada monorel itu juga didapati tidak kuat sewaktu melalui jajaran laluan pada waktu hujan dan ia perlu diatasi," katanya sambil menambah SPAD akan melakukan ujian seterusnya setelah pihak pengendali memperbaiki fasiliti yang disyorkan itu.
Pada Selasa lalu, dua pelancong Britain melalui detik cemas dibawa turun melalui tangga setinggi lima meter selepas terperangkap selama 20 minit di dalam gerabak apabila perkhidmatan itu terhenti secara tiba-tiba.
Perkhidmatan monorel berkenaan berhenti hanya setelah 20 meter meninggalkan Stesen Hang Jebat pada kejadian pukul 1.09 tengah hari itu.
Berikutan itu, Azhar yang melakukan pemeriksaan telah mengarahkan operasi monorel itu bagi laluan sejauh 1.6 kilomter dihentikan selama 48 jam untuk pemeriksaan keselamatan.
Monorel pelancongan berharga RM15.5 juta dilancarkan oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam pada 20 Okt tahun lalu sempena perisytiharan Melaka sebagai negeri maju 2010 dan kira-kira 16,000 penumpang telah menaikinya.
Sementara itu, Mohd Ali ketika ditemui berkata SPAD tidak sepatutnya menggantung perkhidmatan monorel itu sebab ciri-ciri keselamatan telah dipenuhi.
"Bagaimanapun, saya akan melakukan tinjauan terhadap monorel itu pada Isnin ini bagi mengetahui perkara sebenar," katanya.- Bernama
Timbalan Perdana Menteri menafikan kerajaan membuat keputusan sambil lewa berhubung pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran berkata, pemansuhan dasar itu dilaksanakan oleh kerajaan selepas melakukan kajian terperinci mengenai keberkesanan dasar itu.
"Semua ahli parlimen termasuk daripada pembangkang menyokong apabila kita laksanakan dasar Memartabat Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) untuk mengganti PPSMI," katanya selepas menghadiri majlis korban perdana di Dewan Sri Pekembar di Muar, hari ini.
Beliau berkata, hasil daripada kajian kementerian menunjukkan hanya di antara lima hingga tujuh peratus keseluruhan sekolah di bawah kementerian yang menggunakan Bahasa Inggeris ketika melaksanakan PPSMI.
Majoriti daripada sekolah-sekolah yang lain, katanya, menggunakan dwibahasa atau Bahasa Malaysia sepenuhnya di dalam PPSMI sejak dasar itu dilaksanakan pada 2003.
Mengenai saranan pemimpin Pakatan Rakyat supaya kerajaan mengurangkan bilangan kakitangan awam, beliau meminta, banyak pihak supaya mencabar parti-parti pembangkang melaksanakannya di negeri-negeri yang diperintahnya terlebih dahulu.
"Jikalau pembangkang memerintah negara, kita tahulah bahawa mereka akan memberhentikan banyak kakitangan kerajaan," katanya dan menambah, banyak pihak juga mencabar pembangkang supaya melaksanakan saranan itu di Pulau Pinang dan Selangor terlebih dahulu.
Penjawat awam yang sehingga ini berjumlah satu juta orang diperlukan bagi memastikan sistem penyampaian kerajaan berjalan dengan licin bagi kemajuan negara, katanya.
Muhyiddin berkata, kerajaan sememangnya mahu memantapkan perkhidmatan awam negara kerana sumbangan mereka penting dalam memastikan pertumbuhan ekonomi negara berjalan lancar.
"Sumbangan kakitangan awam terhadap negara adalah amat besar dan mereka yang berkhidmat dengan cemerlang perlu diberikan ganjaran yang setimpal," katanya.- Bernama
Perkhidmatan kakitangan awam akan diselaraskan dan bukan dikurangkan jumlah mereka sekiranya Pakatan Rakyat membentuk kerajaan persekutuan selepas pilihan raya umum ke-13, kata ketua penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Katanya, penyelarasan tugas yang efisyen dengan sistem timbang-tara yang baik dapat meningkatkan sikap kebertanggungjawaban dalam jabatan-jabatan kerajaan.
"Ini bakal dapat mengurangkan jumlah insiden ketirisan, keborosan dan elemen rasuah yang dilaporkan dalam Laporan Audit setiap tahun.
"Itulah fokus utama Pakatan Rakyat untuk mengubah nasib kakitangan awam sekiranya diberi mandat berkuasa nanti dan bukannya soal mengecilkan jumlah kakitangan awam," katanya dalam satu kenyataan akhbar.
Menurut Tuan Ibrahim, yang juga adalah pesuruhjaya PAS Pahang, masalah utama yang melanda kakitangan awam hari ini adalah ketidakselarasan tenaga kerja yang menyebabkan wujudnya pertindanan tugas antara jabatan-jabatan.
"Sebagai contoh, dalam penguatkuasaan di jalanraya sahaja, terdapat pelbagai agensi yang terlibat - antaranya polis, peronda lebuhraya, Jabatan Pengangkutan Awam, Jabatan Alam Sekitar dan lain-lain.
"PAS yakin sekiranya tugasan tersebut dapat diselaraskan, ia akan dapat mewujudkan dan meningkatkan keberkesanan dalam perkhidmatan awam yang secara langsung juga akan meningkatkan daya saing kerajaan," katanya.
Tidak efisien
Kenyataan Tuan Ibrahim dipercayai merujuk laporan media-media arus perdana yang mensensasikan kenyataan setiausaha publisiti DAP, Tony Pua (bawah, kanan) baru-baru ini yang berkata Pakatan akan mengurangkan kakitangan kerajaan dan menamatkan perkhidmatan mereka yang tidak efisien seperti yang dilakukan kerajaan China bagi mengurangkan bajet kerajaan.
Katanya, PAS yakin rakyat terutamanya para kakitangan awam bakal mengecapi pulangan yang lebih baik berbanding zaman pemerintahan BN sekiranya Pakan mengambilalih tampuk pemerintahan nanti selepas PRU-13.
"Dengan pentadbiran bersih dan kebolehan Pakatan seperti yang ditunjukkan di negeri-negeri kuasaan mereka, sekiranya diberi mandat nanti, PAS yakin pendapatan dan bajet kerajaan akan bertambah sihat dengan pengurangan hutang negara secara berperingkat.
"Pada masa itu, rakyat, terutamanya para kakitangan awam bakal mengecapi pulangan yang lebih baik berbanding zaman pemerintahan BN. InsyaAllah," katanya.
Oleh itu, menurut Tuan Ibrahim, apa yang penting sekarang ialah untuk menyedarkan seluruh kakitangan awam bahawa mereka perlu bangkit membuat perubahan demi masa depan yang lebih baik.
"Soal pengecilan (downsizing) atau penambahan (upsizing) kakitangan awam bergantung kepada kepentingan dan keperluan masa depan negara.
"Soal mengecilkan jumlah kakitangan awam tidak timbul kerana prospek keperluan mana-mana negara akan diselaraskan dengan keperluan pembangunan negara yang sentiasa bertambah tahun ke tahun," katanya lagi.
Malaysia mempunyai lebih sejuta kakitangan awam atau kira-kira 4 peratus daripada jumlah penduduk negara yang dianggap antara tertinggi di dunia.
Penganjur Seksualiti Merdeka hari ini memutuskan semua acara-acara awamnya yang dijadualkan bulan ini tidak akan diteruskan.
Dalam satu kenyataan media, Seksualiti Merdeka berkata keputusan itu diambil demi menjaga keselamatan orang ramai yang bakal hadir, meskipun program bagi memperkasakan hak golongan homoseksual (golongan lesbian, gay, bisexual and transgender - LGBT) agar mereka dihormati dan diterima di masyarakat negara ini telah dianjurkan sejak tahun 2008 lagi.
"Demi menjaga keselamatan semua yang bakal hadir, kami tidak akan meneruskan acara-acara awam Seksualiti Merdeka sambil kami cuba berjumpa dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar untuk menerangkan tujuan sebenar Seksualiti Merdeka," petik kenyataan itu.
Menurut penganjur, pihak mereka sedih dan terkilan bahawa ramai orang, termasuk wakil rakyat, memilih untuk terus menganiaya, mencaci, bersangka buruk dan mendiskriminasi semua orang yang telah mewujudkan ruang yang aman untuk berkongsi maklumat dan berdialog tentang hak asasi manusia sempena acara-acara anjuran Seksualiti Merdeka.
"Kami merupakan warga Malaysia yang tidak mendapat hak kami untuk identiti dan nasib kami sendiri. Tuduhan yang palsu dan berniat jahat yang bertujuan menyemai kebencian terhadap kami adalahsama sekali tidak berasas.
"Tindakan sebegini akan meminggirkan lagi golongan warga Malaysia yang telah sedia menderita akibat peminggiran oleh masyarakat," kata Seksualiti Merdeka.
Pelbagai kumpulan, yang diketuai oleh NGO Melayu dan Islam mendesak pihak berkuasa bertindakan ke atas penganjur Fiesta Seksualiti Merdeka yang dijadual bermula 9 November ini di Kuala Lumpur. Sambil membidas pihak penganjur dan kumpulan yang menyokongnya, kumpulan berkenaan mendakwa acara tersebut bertujuan menggalakkan kegiatan homoseksual, dan amalan seks songsang.
Secara melampau
Antara yang menjadi sasaran kontroversi ini adalah bekas presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan, yang dilabel sesetengah pihak sebagai "dajal yang sedang membawa agama baru untuk bergabung sama dengan hak asasi kerana menggalakkan homoseksual. Mereka menuntut beliau ditangkap mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Mengulas perkara itu, Seksualiti Merdeka berkata: "Kami juga amat kesal bahawa Datuk Ambiga Sreenevasan, yang berperanan hanya dalam kapasiti beliau sebagai individu untuk mengisytiharkan pembukaan program kami pada tahun ini, telah difitnah dengan begitu hebat oleh mereka yang secara melampau menentang perlindungan, penghormatan, kesedaran dan pemenuhan hak asasi manusia golongan LGBTIQ di Malaysia."
Tambah mereka, sebagai anggota Majlis Hak Asasi Manusia di Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu, kerajaan Malaysia seharusnya malu kerana membenarkan dan menggalakkan taktik-taktik intimidasi sebegini yang bertujuan untuk menakutkan.
"Fasal 8 (1), 8 (2) dan 10 Perlembagaan Persekutuan secara terang menjamin kesamarataan untuk semua warga Malaysia dari segi undang-undang, dan juga perlindungan bagi semua warga Malaysia dari diskriminasi atas dasar gender, serta kebebasan bersuara dan berpersatuan."
Menurut Seksualiti Merdeka lagi, apabila berhadapan dengan aduan mengenai pencabulan hak asasi manusia golongan LGBTIQ di Malaysia, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) telah menegaskan bahawa "semua orang, tanpa mengira orientasi seksual atau identiti gender, berhak untuk menikmati hak-hak asasi mereka sebagai manusia.
"Hak asasi manusia adalah untuk semua dan golongan LGBT tidak dikecualikan. LGBT harus dihormati sebagai manusia dan perbezaan mereka tidak wajar digunakan sebagai alasan untuk melanggar hak-hak mereka. Tidak ada sebab untuk tindakan seperti mengejek, membuli atau mencederakan mereka secara fizikal.
Tubuh sendiri
"Seksualiti Merdeka mewakili setiap orang yang percaya mereka memiliki hak untuk membuat keputusan sendiri atas tubuh mereka sendiri. Kami dengan tegas menentang segala bentuk stigma, diskriminasi, dan penganiayaan yang dbertujuan mengganggu dan menidakkan hak seksualiti.
"Seksualiti tidak dapat dipisahkan daripada keperibadian setiap manusia. Perkembangannya secara penuh bergantung kepada pemenuhan keperluan dasar manusia seperti keinginan untuk berhubung, keintiman, ekspresi emosi, kenikmatan, kelembutan, dan cinta.
"Hak masyarakat amnya hanya akan dilindungi apabila hak manusia individu dihormati. Inilah erti sebenar demokrasi." kata mereka.
Menurut penganjur lagi, kerajaan Malaysia seharusnya menyelar apa jua bentuk diskriminasi, stigma dan ancaman keganasan atau bunuh atas nama agama atau sistem kepercayaan; serrta menghormati hak mereka untuk menganjurkan forum, bengkel dan pertunjukan secara aman.
"Kebencian dan kejahilan yang bertujuan untuk menakutkan kami, dan seruan supaya acara-acara kami diberhentikan, sebaliknya membuktikan betapa perlunya selamat dan aktiviti seperti Seksualiti Merdeka."
Penganjur berkenaan juga mengucapkan terima kasih yang tak berbelah bagi kepada pelbagai segmen masyarakat Malaysia yang terus menyokong kerja mereka dan hak untuk membahas isu hak asasi manusia.
"Kami tetap bertekad untuk mewujudkan lingkungan yang kondusif yang akan membantu mengurangi kebencian tak berasas seperti hasutan ketakutan dan paranoia, yang disebabkan oleh kurangnya pemahaman bahawa isu-isu seksualiti sebenarnya adalah isu hak asasi."
OLEH kerana Noh Omar kata projek Fidlot Nasional yang diberikan kepada anak beranak Shahrizat Jalil tidak gagal. Maka kami telah mengambil inisiatif untuk pergi sendiri meninjau projek tersebut di Gemas Negeri Sembilan semalam.
Rombongan Jingga 13 bersama Rafizi Ramli dan beberapa ADUN Negeri Sembilan serta wartawan menaiki lebih sepuluh biji kereta menyambut pelawaan Noh Omar yang berkata rakyat dialu-alukan untuk melihat projek yang dibangunkan oleh wang rakyat ini bila-bila masa.
Selepas melepasi gerbang masuk Pusat Fidlot Nasional, kami dapati tiada seekor lembu pun yang kelihatan sepanjang laluan kami di dalam kawasan berpagar projek yang mendapat peruntukan kerajaan sehingga RM250 juta itu.
Ini menguatkan lagi azam kami untuk meninjau kawasan dalam Pusat Fidlot Nasional itu. Kami nak kira sendiri ada berapa ekor lembu dalam tu. Menteri kata projek ini berjaya dan tidak gagal.
Cukup mengecewakan, sebaik sahaja kami sampai di pejabat pentadbiran Pusat Fidlot Nasional itu, pekerja yang ada di situ terus meluru dan menutup pintu pagar dan menghalang tinjauan kami.
Puas kami merayu untuk bertemu pegawai paling tinggi yang bertugas di situ, tapi semua pekerja yang ada di situ hanya buat bodoh. Mereka kata semua pegawai tiada, dan mereka dapat arahan jangan benarkan sesiapa pun datang melawat.
Kami minta supaya hanya wartawan dibenarkan masuk untuk mengira sendiri berapa ekor lembu di dalam Pusat Fidlot Nasional tersebut. Juga tak dibenarkan, seolah-olah ada sesuatu yang ingin disembunyikan dari pengetahuan rakyat.
Dalam musim Hari Raya Haji seperti ini, tiada lembu yang kelihatan di Pusat Fidlot Nasional. Ini Pusat Fidlot taraf nasional atau taraf JKKK kampung?
SHAH ALAM : Dua firma perakaunan yang dilantik kerajaan Selangor akan menjalankan kajian terperinci ke atas akaun dan operasi Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) minggu ini sebagai persediaan untuk mengelak berlakunya kekurangan bekalan air di negeri ini.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata hasil laporan berkenaan akan dikemukakan bagi memberi penjelasan berhubung dakwaannya bahawa loji pembersihan milik kerajaan negeri, yang diurus Syabas, tidak mengeluarkan air terawat mencukupi.
"Ini (dakwaan Syabas tidak keluar air terawat mencukupi) adalah soal teknikal.
"Kita akan terangkan selepas audit terhadap Syabas dibuat dan saya akan kemukakan apa yang audit buat nanti," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di Shah Alam, semalam.
Sebelum ini, Abdul Khalid dilaporkan berkata kerajaan negeri Selangor melantik Tetuan Atkins dan Tetuan Halcrow untuk menjalankan kajian terperinci ke atas akaun dan operasi Syabas sebagai persediaan untuk mengelak berlakunya kekurangan bekalan air di negeri ini tanpa bergantung kepada projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2).
Beliau berkata kajian itu dijalankan terutama daripada segi penggunaan aset negeri termasuk loji pembersihan yang akan dipulihkan semula supaya Selangor mempunyai air terawat yang mencukupi.
Dalam perkembangan lain, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri akan mengadakan sesi penerangan kepada orang ramai mengenai skim premium tanah yang diperkenalkan pada Jun lalu.
"Skim ini adalah pilihan kerana pemilik tanah boleh memilih cara bayaran mengikut kadar pengiraan yang lama. Kita tidak memaksa pemilik tanah memilih skim baru ini sebaliknya terletak di tangan mereka mengikut tahap kemampuan," katanya dipetik daripada BERNAMA.
Beliau berkata kerajaan negeri turut bersedia untuk berdebat mengenai isu terbabit jika masih ada pihak yang tidak memahami polisi berkenaan walaupun setelah menghadiri sesi taklimat.
SHAH ALAM : Keputusan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk mengupah 2000 pekerja tambahan bagi menguruskan permohonan bayaran wang bantuan RM500 kepada setiap keluarga berpendapatan kurang daripada RM3000 disifatkan sebagai tindakan tergesa-gesa, kata Adun Kampung Tunku Lau Weng San.
Langkah yang diumumkan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni mengejutkan rakyat Malaysia, bahkan membuktikan ketidakcekapan urus tadbir kerajaan persekutuan.
Weng San dalam kenyataan medianya menyifatkan, keputusan untuk memberi bantuan itu sebagai tindakan "mi segera" daripada kerajaan persekutuan yang perlu diselit ke dalam Bajet 2012 pada saat-saat akhir sehingga tidak menjangka bahawa seramai 2000 pekerja tambahan diperlukan untuk menjalankan proses ini.
Weng San berkata, untuk melaksanakan program ini, kerajaan persekutuan t memperuntukan sejumlah RM1.8 bilion.
Jelasnya, mengikut angka daripada LHDN, terdapat kira-kira 3.5 juta keluarga di seluruh Malaysia dengan pendapatan isi keluarga kurang daripada RM3000 sebulan.
"Justeru, daripada RM1.8 bilion yang diperuntukkan, sebanyak RM1.75 bilion adalah untuk menampung pembayaran kepada 3.5 juta keluarga ini. Peruntukan yang selebihnya, iaitu RM50 juta ialah peruntukan luar jangka kepada keluarga-keluarga dengan pendapatan kurang daripada RM3000 yang belum berdaftar dengan LHDN," katanya.
Dengan perkataan lain, daripada peruntukan RM1.8 bilion ini, kerajaan persekutuan langsung tidak memperuntukkan satu sen pun untuk menampung perbelanjaan emolumen.
Adakah kerajaan persekutuan mendapati terdapat banyak kepincangan dengan dasar ini sehingga mereka perlu mengupah 2000 pekerja tambahan dan kos ini akan dimasukkan kemudian dalam Bajet Tambahan?," soalnya.
Tambah beliau, sekiranya 2000 pekerja tambahan diperlukan dengan gaji purata mereka adalah RM1500 sebulan, maka kerajaan persekutuan perlu membelanjakan RM3 juta sebulan ataupun RM36 juta setahun.
Selain itu, Weng San turut mempertikaikan tindakan kerajaan persekutuan menggunakan tenaga kakitangan sedia ada untuk melaksanakan dasar ini dengan alasan ia adalah sebagai alat pancing undi.
"Jikalau ini yang berlaku sebenarnya, maka jelas menunjukkan kerajaan persekutuan tidak merancang program ini sebaik-baiknya daripada permulaaan.
Malahan kerajaan persekutuan di bawah UMNO pula cuba menggunakan duit kerajaan untuk memperkayakan ahli-ahli mereka sendiri," selar Weng San.
SHAH ALAM : Prihatin dengan masalah penduduk yang memerlukan dewan orang ramai sebagai tempat menjalankan aktiviti kemasyarakatan pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memperuntukkan sejumlah RM2.1 juta bagi membina dan menaiktaraf dewan orang ramai sekitar Shah Alam.
Perkara ini diumumkan oleh Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan semasa membentangkan Bajet Berimbang MBSA untuk tahun 2012 di sini.
Antaranya pembinaan Dewan Orang Ramai Kampung Padang Jawa selain menaiktaraf dewan di Seksyen 17, 24, 25 dan Pusat Komuniti Bestari di Seksyen U13.
"Kerja-kerja membaik pulih dewan berkenaan termasuklah membaiki kerosakan dari segi pendawaian elektrik serta mempertimbangkan untuk menambah kemudahan lain seperti pendingin hawa.
"Projek menaiktaraf infrastruktur ini merupakan usaha MBSA dalam memastikan keselesaan warga Shah Alam untuk melakukan aktiviti kemasyarakatan," katanya.
Sebelum ini, banyak ruang legar seperti dewan milik MBSA digunakan oleh orang ramai untuk mengadakan aktiviti sosial seperti majlis perkahwinan, mesyuarat dan sebagainya.
Tambahnya. secara keseluruhan untuk kemudahan infrastruktur awam, MBSA menyediakan peruntukkan sebanyak RM33, 900,000 juta dengan RM9.75 juta daripadanya untuk menaiktaraf fasad bangunan Wisma MBSA, Dewan Bankuet dan Auditorium serta lif kargo.
Peruntukan ini merupakan sebahagian daripada bajet berimbang MBSA untuk tahun 2012 dengan jumlah hasil yang bakal dikutip sebanyak RM265,157,860 juta.
Selain itu, sebanyak RM5 juta akan diperuntukkan untuk kerja-kerja pembaikkan bulatan, jalan dan juga lay-by.
Sementara itu, RM4juta akan digunakan untuk menaiktaraf bangunan perniagaan seperti gerai dan juga pasar termasuk pembinaan empat kios perniagaan untuk peniaga kecil menambah pendapatan.
Dalam pada itu, kakitangan MBSA juga bakal menikmati penyelarasan gaji sebanyak 10 peratus bermula tahun hadapan.
Dengan kenaikan ini, peruntukan emolumen di dalam belanja mengurus akan meningkat sebanyak 20.2 peratus daripada RM32,514,780 juta kepada RM39,089,700 juta.
Selain itu, sejumlah RM1.18 juta diperuntukkan untuk menghantar kakitangan meningkatkan kemahiran sementara RM300 ribu lagi untuk kelab rekreasi dan persatuan-persatuan di MBSA melakukan aktiviti kelab masing-masing bagi merapatkan hubungan dalam kalangan warga kerja.
Untuk aspek kebajikan, pihak majlis memperuntukkan RM250 ribu ke Tabung Majikan Prihatin bagi membantu meringankan beban kesusahan khususnya bantuan wang ringgit melalui sumbangan bantuan khairat kematian, hadiah perkahwinan, bantuan hospital dan sebagainya.
KLANG : Bandar Xiamen di Selatan China dan Bandar Diraja Klang telah memeterai satu perjanjian perkongsian strategik yang boleh memesatkan pembangunan antara dua bandar tersebut.
Perjanjian ini melibatkan kerjasama dua hala sistem pengurusan pentadbiran Majlis Perbandaran Klang, program pertukaran budaya dan teknologi serta mencontohi pengurusan kecerian dan kebersihan bandar Xiamen.
Perjanjian yang dikenali sebagai 'City of Friendship' ini telahpun bermula sejak tahun 2010 dan kini diperkukuhkan lagi dengan kunjungan balas oleh lima delegasi yang diketuai Datuk bandar Xiamen, ke bandar Klang.
Exco Selangor, Ronie Liew berkata, persamaan Xiamen dan Klang sebagai bandar pelabuhan terpenting, ciri etnik dan adat serta budaya yang diamalkan, diharap dapat membuka ruang kerjasama perkongsian melalui perjanjian yang dipersetujui bersama ini.
"Saya haraplah mudah-mudahan selepas perjanjian itu ditandatangani kita dapat mempertingkatkan lagi perhubungan di antara Xiamen dan Klang.
"Sebenarnya kita dapati banyak persamaan dengan Klang. Xiamen sebuah kota yang sangat bersih, sangat teratur dari segi transport sistem, keindahan lanskap, dari segi kebersihan. Memang semua orang Cina di negeri China tahu Xiamen ni bersih dan indah dan Kelang boleh mempelajari dari Xiamen.
"Saya rasa orang Xiamen pun berminat dengan Malaysia khasnya Klang kerana kita ada sesuatu yang mereka boleh mempelajari dari kita."
Sementara itu, Naib Yang DiPertua MPK Mohd Ikhsan Mukri, pula menegaskan bahawa rentetan perjanjian ini, Klang dapat bertukar-tukar idea dan strategi perancangan bandar dengan Xiamen demi kemajuan pesat pada masa hadapan.
"Kita akan menandatangani satu perjanjian friendship City, saya rasa ini kali pertama hubungan ini, ini lebih mengeratkan, pertukaran culture budaya sports, industri seperti yang ditekankan oleh Dato Menteri Besar sendiri ada sesuatu yang MPK perlu belajar dari Xiamen iaitu lanskapnya kerana Xiamen bandar paling bersih, paling cantik di China..Xiamen penduduknya 3 juta dan kita 1 juta..kita harap kita cepat bersihkan sungai Klang dan keseluruhan Klang."
Pengarah Kumpulan Acmar International, Danny Tan memberitahu TVSelangor, rangkaian perniagaan Acmar International telah 16 tahun bertapak dalam pembangunan komersial hartanah dan hotel, serta membina banyak premis penginapan mewah, di Xiamen, China.
"Memang kita Acmar dekat negeri China Xiamen sudah 16 tahun. Mereka pun kenal kita dan daripada sokongan kita dapat kita bawa ke Malaysia, Selangor dan perkenalkan dengan MPK.
"Apa yang kita nampak Xiamen, kebersihan tidak boleh dibandingkan di daerah Klang, kita Selangor supaya kita boleh belajar khususnya bandar diraja Klang di Selangor.
Selain menandatangi perjanjian, rombongan deligasi Majlis Perbandaran Xiamen China, ini turut dibawa melawat ke Menara MPK, Pelabuhan Barat, dan sekitar Bandar diRaja, Klang.
SHAH ALAM : Speaker Dewan Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim memuji Ahli Dewan Undangan Negeri(Adun) Pakatan Rakyat kerana mempamerkan prestasi yang memberangsangkan dalam setiap sidang yang berlangsung sejak tiga tahun lalu.
Ulasnya, adun-adun ini kini lebih cenderung untuk meneliti dan membuat kajian terperinci terutama dari sudut teknikal sebelum mengetengahkan pelbagai isu berkaitan pentadbiran negeri.
Beliau yang juga Adun Sungai Pinang turut memuji muka-muka baru kerana bersemangat dan profesional dalam berhujah dan membawa masalah rakyat.
" Adun Selangor yang baru, mereka lebih tekun dan profesional dalam membawa isu," katanya.
Bagaimanapun, Teng turut menegur sikap segelintir pemimpin berpengalaman yang masih berada di takuk lama dan tidak menunjukkan sebarang kemajuan untuk meningkatkan prestasi mereka.
Ia katanya berlaku apabila pemimpin berpengalaman berasa selesa dengan kedudukan mereka.
"Ia adalah kelemahan manusia kerana apabila seseorang itu telah lama, maka dia akan berasa selesa. Apabila ia berlaku, maka usaha dan dorongan untuk belajar sesuatu yang baru itu menjadi lebih lambat," tegas Teng.
Dalam temubual khas bersama TV Selangor itu, Teng turut menasihatkan Adun Selangor yang memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen supaya bijak membahagi masa dalam melaksanakan tugas demi menjaga kepentingan rakyat di negeri ini.
Ia bertujuan supaya sebarang isu atau topik berkaitan pentadbiran negeri dan masalah rakyat dapat dibawa dan disuarakan kepada Parlimen dan sidang Dewan Negeri Selangor .
"Memandangkan kita mempunyai tiga orang Adun yang juga adalah Ahli Parlimen mewakili kawasan berlainan, memang itu satu cabaran buat mereka untuk membahagikan masa supaya peranan mereka di Parlimen dan Dewan Negeri dapat dimainkan dengan baik di mana suara rakyat Selangor berkaitan pentadbiran negeri dapat dibawa ke Dewan Negeri Selangor dan sebaliknya.
Mengikut pemerhatian saya, Adun yang memegang dua jawatan ini perlu menggunakan cara di mana pada waktu pagi mereka hadir ke sidang Dewan Negeri Selangor atau sebaliknya bergantung kepada isu atau topik yang ingin dibicarakan," katanya.
IPOH- Keluarga mangsa tembakan, Khatir Oli Fakir Mohamad, 21, menghantar satu memorandum ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak bagi menuntut siasatan lanjut selepas mangsa meninggal dunia 15 September lalu.
Dalam kejadian itu, Khatir Oli ditembak mati seorang anggota polis apabila didakwa cuba menyerang anggota terbabit dengan sebilah parang.
Dalam insiden yang sama, tiga lelaki lain juga ditahan ketika cuba menyamun sebuah kelab malam di Jalan Mustapha Al Bakri.
Anggota polis berusia 30-an yang terbabit mengalami kecederaan di muka dan badan kemuadiannya dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun.
Laporan media mengatakan anggota polis itu menolong seorang wanita di kelab malam tersebut setelah mendengar jeritan meminta tolong.
Anggota polis itu mendapati wanita tersebut disamun empat lelaki masing-masing bersenjatakan parang.
Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin yang hadir pada majlis penyerahan memorandum berkenaan mahu hasil siasatan kes didedahkan kepada umum.
Menurut beliau, siasatan ini bagi mengelakkan kes-kes seperti ini tidak berulang memandangkan sebelum ini terdapat beberapa kes yang melibatkan anggota polis melepaskan tembakan seperti yang berlaku dalam kes Aminulrasyid Amzah di Shah Alam.
"Kita simpati dengan keluarga Khatir Oli, khususnya isteri dan anak kecil supaya kita berkehendakan satu keadilan, kenapa dia ditembak. Cerita yang kita dengar dari saksi-saksi yang ada tidak seperti yang dibuat oleh ketua polis.
"Dalam akhbar ketua polis kata dia perompak dan penjenayah. Adakah ini betul? Kita mahukan satu siasatan yang betul dibuat dan didedahkan kepada rakyat, mengapa dia ditembak pada jarak dekat.
"Untuk itu baru kita dapat keadilan. Sekarang ini pertuduhan itu belum ada siasatan. Jadi kita mahukan siasatan menyeluruh dan dedahkan," katanya.
KUALA LUMPUR — Dewan Muslimat PAS mempersoalkan sama ada tindakan kerajaan yang hanya mengharamkan Seksualiti Merdeka semalam sedangkan ia sudah diadakan sejak 2008 hanya disebabkan ia membabitkan kehadiran Datuk S Ambiga, yang sepatutnya merasmikan program itu minggu depan.
Meskipun menyambut baik pengharaman tersebut, Ketua Penerangan Musliwat PAS Aiman Athirah Al Jundi berkata, polis hanya bertindak apabila rakyat bangkit membantah walaupun jelas program tersebut seolah-olah menghina kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.
Kata beliau, polis dan BN seolah-olah mengambil kesempatan untuk menunjukkan penetangan mereka kepada individu-individu tertentu.
Polis mengumumkan pihaknya mengharamkan program itu berkuat kuasa semalam.
Ini kerana kata Aiman Athirah, Ambiga merupakan salah seorang penyokong program yang berlangsung sejak Selasa lalu.
"Kesempatan ini diambil untuk melegitimasikan penentangan mereka kepada individu atau pihak-pihak berkenaan dan bukannya tindakan tegas yang bertitik tolak daripada rasa tanggungjawab, kesedaran dan amanah kepada tugas serta kehidupan beragama masing-masing," katanya dipetik Harakahdaily hari ini.
"(Tetapi) persoalannya, mengapa baru tahun ini pihak berkuasa menyedari adanya acara ini?
"Bolehkah kita simpulkan bahawa polis dan pihak-pihak berkuasa yang lain selama tiga tahun yang lepas gagal menjalankan tugas mereka?
Justeru kata beliau, "apakah sudah menjadi budaya Pentadbiran Umno-BN yang akan hanya bertindak bila rakyat kebanyakan mula menunjukkan bantahan atau lebih malang jika ia membabitkan individu atau pihak yang tidak seiringan dengan Umno BN?"
Menurut beliau, penguatkuasaan undang-undang dan hukuman bukan langkah terbaik menyelelesaikan sesuatu isu, namun harus dimulakan dengan langkah penerapan nilai-nilai murni dalam kehidupan masyarakat.
Semua pihak khususnya pihak polis tidak harus bertindak seperti melepaskan batuk di tangga namun isu ini harus dilihat secara menyeluruh, katanya lagi.
"Menyelesaikan masalah ini sewajarnya bermula daripada pendidikan, keprihatinan dan penetapan prinsip hidup serta prinsip pembinaan masyarakat yang secara jelas mesti bertunjangkan kepada keimanan yang benar serta kehidupan beragama dan kehidupan berTuhan," katanya.
Tambah beliau, semua pihak harus menitikberatkan pendidikan anak-anak dan pembangunan sesebuah institusi keluarga sehinggalah kepada pembinaan sebuah pentadbiran yang baik, dengan meletakkan prinsip-prinsip urus tadbir yang baik di pihak pemerintah dan setiap individu kepimpinan negara.
Pada satu sidang media di Shah Alam pagi tadi, Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad berkata pihaknya memang menyokong Ambiga sebagai ketua Bersih 2.0 yang memperjuangkan isu berkaitan dangan hak asasi manusia, yang bercanggah dengan undang-undang termasuk prinsip agama, misalnya pembaharuan sistem pilihan raya.
"Ada perkara yang kami setuju dengan Datuk Ambiga, dan ada perkara yang kami tidak setuju," tegas beliau.
Khalid yang juga Ahli Parlimen kawasan Shah Alam memberitahu bahawa beberapa pemimpin PAS telah menghubungi Ambiga untuk mendapatkan penjelasan dan memberikan pandangan parti itu.
"Saya difahamkan ada beberapa pemimpin PAS ada menghubungi dan tegur beliau walaupun ada perkara yang kami bersetuju dengan beliau dan mungkin beliau adalah pendiriannya dalam soal hak asasi manusia (selaku peguam dan bekas presiden Majlis Peguam).
"Jadi tidak wajar mengaitkan isu ini (program Seksualiti Merdeka) dengan Pakatan Rakyat dan juga hak asasi manusia," kata wakil rakyat penggal pertama ini.
Di Kota Baru semalam, Mrsyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sama sekali tidak menyokong malah mengecam langkah pembabitan Ambiga dalam penganjuran Seksualiti Merdeka.
"Ini tidak betul. Kita sokong Ambiga dalam soal lain tetapi dalam program ini (Seksualiti Merdeka) saya tidak sokong (Ambiga) kerana dalam soal agama, kita tidak boleh sokong perkara itu," katanya.
Nik Aziz berkata soal kebebasan sebenarnya mempunyai had tertentu dan negara ini tidak boleh sama sekali membenar dan mengiktiraf budaya songsang diamalkan.
Mengulas lanjut tegas Khalid, isu pemurtadan yang menjadi fokus Himpun juga bukan satu perkara dan telah wujud sekian lama dan tidak wajar BN dan Umno mendakwa bahawa apabila Pakatan Rakyat memerintah agama Islam akan terhakis.
"Isu murtad bukan satu perkara yang baru berlaku, bukan benda baru," katanya lagi.
GEORGE TOWN ― Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang ditangguhkan setelah meluluskan dua usul ― berkaitan dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 dan dakwaan menyentuh anak Ketua Menteri.
Usul itu ialah berkaitan cadangan yang dikemukakan Timbalan Ketua Menteri Mansor Othman bagi menyambut baik ketetapan Mahkamah Rayuan bahawa Seksyen 15(5)(a) AUKU bercanggah dengan perlembagaan negara.
Beliau juga mahu DUN mendesak kerajaan persekutuan supaya tidak membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan itu, lapor Bernama Online.
Usul kedua yang diluluskan ialah yang dikemukakan seorang anggota penyokong kerajaan Jagdeep Singh (DAP-Datok Keramat) untuk mengutuk media Umno Online dan Utusan Malaysia yang didakwa menyiarkan tohmahan terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng berhubung anak lelaki Lim yang didakwa mencabul kehormatan seorang gadis bawah umur.
Speaker Datuk Abdul Halim Hussain kemudiannya menangguhkan persidangan DUN ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.
Di kalangan Umno sendiri, mungkin ada yang terkejut dengan gaya mewah isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor. Tak kurang juga yang seronok melihat gelagat wanita nombor satu Malaysia itu bergaya. Umumnya, tidak siapa tahu daripada mana punca kewangannya untuk beliau berbelanja mewah.
Rosmah tentunya tidak sama dengan Tun Hasmah Mohd Ali atau pun Tun Jane Abdullah yang sebelum ini juga menjadi isteri kepada Perdana Menteri. Mereka tidaklah kontroversi, teruk dan buruk perangai apatah lagi boros dengan gaya hidup melampau.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Nazri Aziz hanya mengkelukan lidah daripada menjawab pertanyaan Pakatan Rakyat tentang gaya hidup mewah Rosmah di dalam Parlimen.
Soalan bertulis dari Ahli Parlimen DAP Serdang, Teo Nie Ching berkenaan pemilikan beg tangan jenama Birkin oleh Rosmah, diperap Nazri tanpa ada jawapan balas. Nazri enggan mengulas. Pada hemat saya, jika ada di lobi Parlimen, wartawan-wartawan 'nakal' bertanyakan hal itu dengan mana-mana menteri, atau ahli yang berhormat daripada BN, saya yakin ia tidak akan dijawab mereka.
Macam-macam alasan akan diberikan. Ini kerana mengulas hal-hal membabitkan Rosmah, ibarat mengisi pasir ke dalam periuk nasi mereka. Teo Nie Ching dan rakyat menyoal samada benar atau tidak Rosmah memiliki cincin berlian RM24.4 juta dan juga beberapa beg tangan yang berjenama, dengan harga terlalu mahal. Nazri dilihat mengelak untuk menjawab isu beg tangan mahal itu.
Tentunya dia bimbang, jika tersalah jawab, akan membinasakan dirinya. Maka lebih baik Nazri "buat-buat tak tahu" daripada menunjukkan hakikat sebenar yang "dia tahu". Sesiapa yang berada di tempat Nazri di dalam Umno-BN, pasti mengambil sikap yang serupa.
Namun, saya kurang pasti jika perkara ini berani diulas oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Saifuddin Abdullah yang dilihat berani, telus dan profesional dalam kerjaya politiknya. Jika ada wartawan yang berminat, boleh cuba-cuba ajukan soalan gaya hidup mewah Rosmah kepada beliau. Apa reaksi Saifuddin?
Gelagat Rosmah mengenakan beg tangan Birkin di khalayak mula diperhati. Barangan perhiasan yang dipakai akan diteliti dari jauh, dilihat dengan serius oleh rakyat. Bukan sekali dua, kini sudah menjadi trend sedondon dengan pakaiannya. Beg tangan Birkin ini berbeza-beza warna mengikut pakaian yang beliau sarung.
Berdasarkan gambar-gambar kreatif yang dibekalkan oleh 'netizens', jumlah beg tangan Birkin ini bukannya satu atau dua tetapi mencecah 11 buah yang berlainan. Ia digunakan Rosmah dalam majlis-majlis rasmi dan sewaktu bercuti.
Beg tangan edisi terhad yang dipakai Rosmah boleh mencecah harga sebuah beg RM28,000 (US$9,000) sehingga RM472,000 (US$150,000). Jenama beg tangan ini dinamakan sempena nama pelakon dan penyanyi tersohor Britain, Jane Birkin.
Ia dihasilkan oleh Hermes sejak tahun 1984 dan ia adalah lambang gaya mewah yang eksklusif dan hanya mampu dimiliki oleh golongan tertentu yang kaya raya secara luar biasa.
Jika beg tangan paling murah yang berharga RM28,000 dibeli Rosmah utnuk bergaya, ini bermakna 11 beg X RM28,000 telah mencecah angka RM308,000. Adakah watak seperti Rosmah akan memilih beg yang berharga RM28,000?
Andainya, kesemua 11 beg itu dibeli pada harga RM472,000, maka sudah tentulah nilaiannya jauh lebih besar mencecah RM5,192,000. Tidak mungkin Rosmah membeli semua beg pada kadar harga itu. Barangkali ada beberapa beg sahaja yang dibeli dengan harga RM472,000. Dan ada beg yang dibeli pada harga RM28,000.
Tetapi, berdasarkan keghairahannya untuk memiliki yang tercantik dan termahal, tidak mustahil Rosmah boleh membeli kesemua 11 beg Birkin pada harga RM472,000. Ini dibuktikan dengan "rahsia umum" dalam isu yang dikatakan Rosmah membeli seketul cincin permata yang mencecah harga sebuah sekolah RM24.458,400.
Apapun penafian Rosmah, dengan pelbagai jalan cerita diubah, namun hubungan akrab keghairahan isteri Najib Tun Razak itu dengan barangan mewah, cantik, unggul dan mahal membantu rakyat untuk menilai apakah benar atau tidak, cincin permata berkenaan bukan dibeli oleh Rosmah.
Julai lalu, jika orang Melayu masih tidak lupa, Badrul Hisham Saharin atau Cikgu Bard yang menjadi Pengerusi PKR Cabang Rembau, mendakwa cincin permata 'Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond' yang berharga RM24,458,400 telah diterbangkan ke negara ini melalui Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).
Beliau juga membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Pulau Pinang pada 13 Julai, mendakwa cincin tersebut dibeli oleh isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor. Dakwaannya jelas dan terang. Sebab itu beliau membuat laporan kepada SPRM agar menyiasat perkara tersebut.
Cikgu Bard mempunyai salinan cetakan dokumen itu dari skrin komputer bagi membuktikan pembelian cincin berharga RM24.4 juta itu bebas daripada dikenakan cukai import.
Namun begitu, setelah khabar angin bertiup kencang tentang pembelian cincin permata bernilai RM24 juta itu, Rosmah akhirnya bersuara dan menyifatkannya sebagai satu fitnah dan tidak ada masa mahu melayannya. Itulah hujah dan alasan Rosmah ketika menjawab soalan pemberita. Mudah dan selamba.
Soalnya, apakah Najib Tun Razak akan bakal menjadi Marcos tidak lama lagi? Ingatkah kita dengan sejarah Imelda Marcos, wanita nombor satu Filipina. Satu ketika dahulu, Filipina yang sama tarafnya dengan kebanyakan negara rantau ini termasuk Malaysia, khusus dalam bidang ekonomi akhirnya musnah ranap.
Filipina hancur kerana rasuah yang gagal dibendung. Keadaan makin parah, dan hancur kerana wujudnya wanita pertama dalam negara itu yang rakus seperti Imelda, dan akhirnya Filipina seperti tak upaya lagi nak bangkit sehingga kini. Rasuah bermaharajalela dalam semua sektor, telah melumpuhkan ekonomi negara berkenaan.
Ketika rakyat hidup 'melarat' Imelda berbelanja mewah. Namun apabila rakyat bangkit, marah dan berang, Imelda dan suaminya terpaksa hidup dalam buangan. Mungkinkah gaya mewah Rosmah boleh dijadikan senjata untuk menikam Umno-BN daripada dalam?
Atau rakyat terus "buat-buat tak tahu" dengan feel hodoh Rosmah dan terus mengukuhkan "kebobrokkan" beliau dengan mengundi BN dalam Pilihan Raya Umum ke-13 tidak lama lagi?
KOTA BHARU: Kerajaan negeri menerusi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheik) kini menggerakkan Fasa III E-Nikah dengan 'turun ke bawah' menganugerahkan komputer riba kepada semua masjid bandar dan masjid jajahan.
Pengarah Jaheik, Datuk Che Mohd Rahim Jusoh berkata kerajaan negeri memperuntukkan kira-kira RM20,000 bagi melaksanakan program tersebut.
"Komputer itu diberikan kepada semua ketua jajahan selaku pengerusi masjid, dan ini adalah peringkat pertama sebagai 'pilot projek' untuk masjid-masjid di negeri ini. Ini bermakna kita sekarang ini cuba onlinekan kepada awam," tambah beliau.
Beliau bercakap kepada pemberita pada Perasmian Makmal Cyber Masjid Sultan Ismail Petra Kubang Kerian dan Pengurniaan Komputer Riba Bersama Password E-Nikah kepada Pengerusi-Pengerusi Masjid, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik).
Pengurniaan itu disempurnakan Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra di Masjid Sultan Ismail Petra Kubang Kerian dekat sini petang semalam.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Negeri, Dr Mohd Fadhli Hassan.
Mengulas penggunaan Makmal Cyber Masjid membabitkan pengguna golongan belia, Mohd Rahim berkata langkah itu ke arah mepastikan bahawa pembangunan ICT dapat dimanfaatkan oleh semua belia secara berhemah.
"Mereka harus menggunakan komputer itu secara baik dan di bawah pemantauan di mana masjid mengambil peranannya bagi mempastikan remaja hari ini dibela dan diberi keperluan mereka secara adil.
"Apabila kita dapat mempastikan semua masjid mempunyai internet, kita nak mempastikan Kelantan menjadi 'Lembah Cyber Negara', insya Allah dengan kerjasama agensi tertentu di samping sokongan Maik sendiri dalam menjayakan program ini," katanya.
Menurutnya, penggunaan komputer di masjid membabitkan golongan belia adalah pendekatan terbaru dalam usaha kerajaan negeri mendekati remaja.
"Dengan mengadakan cyber di masjid itu bermakna kita berusaha mempastikan selera mereka dilayan secara yang betul dan di bawah pemantauan yang berterusan," katanya.
Beliau berkata menerusi program ini juga pihak masjid memberi kemudahan kepada masyarakat awam di sekitar kawasan Masjid Kubang Kerian khususnya untuk mendapat 'capaian' internet percuma secara 24 jam.
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan adakah polis tidak mengharamkan program Seksualiti Merdeka jika tidak dibantah dan dikecam pelbagai pihak.
"Walaupun tindakan polis disambut baik, tetapi nampak sangat polis hanya bertindak apabila program tersebut dibantah dan dikecam pelbagai pihak dalam negara ini.
"Kalau tidak ada bantahan dan kecaman, adakah kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) berdiam diri sahaja?" kata beliau sambil membangkitkan program Seksualiti Merdeka telah diadakan sejak 2008 lagi tanpa sebarang tindakan pengharaman oleh kerajaan.
Mahfuz menyifatkan apa yang berlaku itu menunjukkan kerajaan tidak ada keupayaan untuk memikirkan buruk dan baik.
"Kerajaan tidak tahu mana satu yang buruk dan mana satu yang baik.
"Sebab itulah tindakan hanya dibuat selepas ada bantahan dan kecaman sedangkan sejak 2008 lagi program tersebut diadakan tetapi kerajaan tidak bertindak kerana waktu itu ramai yang tidak sedar kewujudan program itu dan bantahan tidak lantang," katanya.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga menolak tanggapan kononnya kerajaan tidak bertindak sebelum ini kerana ia tidak sedar kewujudan program itu.
"Kalau benar kerajaan atau polis tidak sedar kewujudan program itu sejak 2008 lagi, ia membuktikan kerajaan sangat lemah sehingga tidak tahu apa yang berlaku dalam negara yang ditadbirnya ini sejak bertahun-tahun lalu.
"Mustahil kerajaan mahu mengakui kelemahannya dan oleh kerana itu, kerajaan sedar mengenai program Seksualiti Merdeka tetapi sengaja tidak mahu mengambil tindakan kerana tidak ada bantahan," kata Mahfuz.
Beliau juga mempersoalkan motif pihak-pihak yang tidak bermoral mempertikaikan program itu.
"Bantahan umumnya didorong oleh kesedaran agama dan moral. Tetapi, jika ada pihak-pihak yang tidak bermoral membantah program itu, apa tujuan mereka?
"Ramai yang menyifatkan mereka sebagai pengemis-pengemis habuan politik dan apabila mereka kononnya marah sangat kepada program itu, ramai yang menyifatkan perkara itu didorong oleh kepentingan habuan politik mereka semata-mata dan tidak ada kaitan dengan kesedaran agama dan moral," katanya.
Makhfuz mempersoalkan di mana suara pengemis-pengemis habuan politik itu apabila kerajaan Umno BN mengarahkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) membatalkan saman ke atas mereka yang ditahan di Zouk Club pada tahun 2005 dahulu.
Malah, katanya lagi, apa yang berlaku dalam peristiwa-peristiwa seperti campur tangan kabinet selepas serbuan di Zouk Club dan tindakan ke atas ulama selepas tiga gadis Melayu ditangkap kerana menyertai pertandingan ratu cantik di Hotel Holiday Villa, Subang Jaya menunjukkan sikap sebenar kerajaan Umno BN terhadap persoalan moral.
"Sebab itulah, apa yang hendak dihairankan apabila program seperti Seksualiti Merdeka dianjurkan?
"Dan, sebab itulah juga kerajaan hanya bertindak selepas program itu dibantah dan dikecam," katanya.
BUKIT MERTAJAM - Pindaan Akta Kerja 1955 yang telah diluluskan pada 6 Oktober yang lalu membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sedang memerintah negara lemah dan tidak memberi perhatian yang sewajarnya untuk membela nasib pekerja.
Demikian dinyatakan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika berucap dalam majlis ceramah perdana di Dataran Rakyat, Taman Guar Perahu, Penanti, malam tadi.
Menurut beliau lagi, akta yang diluluskan membuktikan nasib pekerja tidak dibela. Mereka akan dilabelkan sebagai pekerja kontrak yang tidak mempunyai perlindungan keselamatan serta masa depan.
"Kewujudan kontraktor akan menjadi lambakan baru kronisme yang hendak dilaksanakan oleh kerajaan pimpinan BN. Ini adalah antara unsur memperbodohkan rakyat. Ia juga merupakan suatu sistem yang menghala ke arah eksploitasi tenaga kerja.
"Pindaan ini juga adalah pindaan yang tidak bertanggungjawab. Walaupun rakyat membuat bantahan, mereka masih tetap berdegil untuk mempertahankan projek terancang yang memperlekehkan pekerja dan tenaga kerja dalam negara," ujarnya yang juga Ketua Pembangkang.
Jelasnya lagi, sekiranya rakyat tidak menolak kerajaan sedia ada dalam PRU yang akan datang, tidak mustahil banyak lagi rencana bermotifkan kronisme dan penyelewengan sepertimana yang didedahkan oleh Laporan Audit Negara akan menjadi amalan.
"Jika mahu negara dan rakyat selama, perubahan perlu dibuat dengan menolak BN dalam PRU 13 yang akan datang," tegasnya lagi.
Hadir bersama dalam majlis tersebut ialah Ahli Parlimen Sungei Petani, Datuk Johari Abdul, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman dan pimpinan PR Pulau Pinang.- Harakah Daily
Minggu ini DAP mengumumkan bahawa mereka menyokong pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik di dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sebagai opsyen bagi sekolah-sekolah yang mana majoriti ibu bapa memilihnya.
Kami memahami keperluan pelajar menguasai Bahasa Inggeris dan mendapat pendidikan yang bermutu. Tetapi PPSMI bukanlah dasar untuk mencapai kedua-dua objektif ini.
Tambahan lagi, PPSMI tidak disebut di dalam Dasar Bersama mahupun Buku Jingga yang mendasari muafakat antara KEADILAN, PAS dan DAP.
PPSMI diperkenalkan pada tahun 2003, tidak sampai enam bulan selepas Kabinet Mahathir Mohammad memutuskan untuk berbuat demikian tanpa sebarang perundingan, penyelidikan mahupun kajian.
Dasar ini mendapat tentangan ibu bapa, pendidik dan sarjana daripada pelbagai latar belakang dan kaum. Sementara PPSMI diperkenalkan sepenuhnya di sekolah-sekolah kebangsaan dan Tamil, pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik di sekolah-sekolah Cina dibuat di dalam dwi-bahasa Mandarin dan Bahasa Inggeris berikutan tentangan keras Dong Jiao Zong.
Akhirnya kerajaan menerima kelemahan PPSMI pada tahun 2009 dan memutuskan untuk memansuhkan dasar ini pada 2012.
Kami menentang PPSMI kerana:
1. Cara terbaik mendidik anak-anak kita ialah menerusi bahasa kebangsaan yang difahami semua. Mendidik pelajar dengan bahasa yang asing pada mereka kecuali segelintir kecil keluarga yang beruntung datang daripada keluarga yang fasih berbahasa Inggeris (yang merupakan minoriti kecil) hanya akan memberi manfaat kepada mereka yang fasih Bahasa Inggeris dan merugikan majoriti pelajar-pelajar lain, sekaligus melebarkan jurang pendidikan. Malaysia merosot secara mendadak di dalam kajian Trends in International Mathematics and Science Study 2007, Amerika Syarikat selepas pelaksanaan PPSMI.
2. Kedudukan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan telahpun termaktub di dalam muafakat Perlembagaan kita yang dipersetujui bapa-bapa kemerdekaan kita. Pakatan Rakyat telah mengulangi komitmennya kepada muafakat ini.
3. Kami menyokong usaha menambahbaik pengajaran Bahasa Inggeris untuk semua rakyat Malaysia. Namun cara sebetulnya ialah dengan meningkatkan kualiti guru-guru dan kurikulum Bahasa Inggeris serta menambah masa pengajaran Bahasa Inggeris, bukannya menerusi PPSMI!
4. Pelaksanaan PPSMI yang dibuat serta-merta menyebabkan guru-guru sains dan matematik yang tidak menguasai Bahasa Inggeris dipaksa mengajar di dalam bahasa tersebut, sekaligus menjejaskan mutu pengajaran mereka. Mangsa paling besar dasar ini ialah pelajar-pelajar yang datang daripada keluarga yang tidak berbahasa Inggeris yang menanggung beban tambahan menyesuaikan diri dengan guru-guru yang tidak dapat mengajar kedua-dua mata pelajaran ini dengan baik.
5. Pada masa dunia berbahasa Inggeris menjadi semakin terbuka terhadap pengajaran bahasa-bahasa asing seperti Mandarin, Perancis, Sepanyol dan Arab, keghairahan kita dengan Bahasa Inggeris adalah luarbiasa. Kita sepatutnya bersyukur dengan warisan masyarakat majmuk kita yang membolehkan semua diajar Bahasa Malaysia dan Inggeris dan diberi peluang untuk mempelajari bahasa-bahasa lain seperti Arab, Mandarin, Tamil dan lain-lain lagi.
Justeru, dasar Pakatan adalah jelas dalam isu PPSMI dan tidak patut dibangkitkan lagi sehingga dan sekiranya kepimpinan Pakatan mahu mengkajinya semula.
*Kenyataan media oleh Nik Nazmi Nik Ahmad (gambar kanan) selaku Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat.
Tujuan utama "Perhimpunan dan Perarakan Demokrasi 709" tahun ini yang dilancar dan dipimpin oleh BERSIH 2.0 adalah untuk menyampaikan hasrat umum rakyat Malaysia secara tegas dalam menuntut pilihanraya yang bersih dan adil, melalui penyerahan memorandum "8 tuntutan refomasi sistem pilihanraya" kepada DYMM Yang Dipertuan Agong.
Namun, kerajaan BN telah mengabaikan hasrat dan tuntutan rakyat yang munasabah dan sah dari segi undang-undang. Kerajaan BN menggerakkan sejumlah besar pasukan polis untuk melakukan penahanan dan mengepung pusat bandaraya Kuala Lumpur. Tindakan represi yang ganas tersebut akhirnya mencetuskan satu perarakan tunjuk perasaan yang memberangsangkan di mana seramai 50 ribu rakyat semua bangsa semua lapisan turun ke jalanraya dengan satu tujuan yang sama.
Najib Menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JPKP) untuk menipu rakyat
Rancangan penyerahan memorandum "8 tuntutan refomasi sistem pilihanraya" Kepada DYMM Yang Dipertuan Agong tidak dapat dilaksanakan kerana represi ganas kerajaan BN yang diketuai oleh Najib. Walau bagaimanapun, pada petang 15 Julai (hari Jumaat), perwakilan BERSIH 2.0 telah hadir ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum tersebut kepada DYMM Yang Dipertuan Agong melalui setiausaha sulitnya. Kini lebih daripada tiga bulan sudah berlalu, tiada balasan langsung yang munasabah daripada YDA dan kerajaan BN. Pelbagai tanda menunjukkan golongan pemerintah BN yang diketuai oleh Najib sedang cuba memperdayakan rakyat, seperti mana yang selalu dilakukan, dengan menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JPKP) yang kononnya berfungsi mereformasikan sistem pilihanraya demi terus menipu rakyat untuk mengekalkan pemerintahan mereka. Faktor dalaman dan luaran menyebabkan golongan pemerintah Najib yang gelisah mahu pilihanraya diperawalkan
Golongan pemerintah yang diketuai oleh Najib mengambil alih rejim yang dikuasai sejak lebih daripada 50 tahun dahulu yang didominasi oleh UMNO daripada tangan Abdullah Ahmad Badawi selepas "ribut reformasi 308" dilancarkan oleh rakyat Malaysia dengan berani pada tahun 2008. Selepas itu, Najib melancarkan beberapa rancangan umpamanya "Transformasi Politik", "Transformasi Ekonomi" dan sebagainya yang kelihatan hebat sekali di bawah slogan "Satu Malaysia" yang secara khususnya direkacipta oleh kumpulan pemikirnya (think-tank).
Namun, dalam sekelip mata, segala rancangan tersebut tinggal janji-janji kosong kepada rakyat yang mustahil direalisasikan oleh Najib dan golongan pemerintahnya kerana dua faktor yang berikut:
Yang pertama kerana faktor luaran. Dunia kapitalis, terutamanya negara-negara Eropah Barat dan Amerika Syarikat, pada masa kini, sedang mengalami krisis ekonomi yang ulung kali terjadi. Krisis ekonomi yang mungkin menghancurkan sistem kewangan mereka ini nampaknya terlampau susah untuk dipulihkan. Gelombang krisis kewangan dan ekonomi dunia Barat tersebut pasti akan melanda sistem kewangan dan ekonomi banyak negara di dunia ini termasuk negara kita.
Sejak gerakan "Occupy Wall Street" tercetus pada 17 September, rakyat di Negara-negara Eropah Barat turut mengikuti jejak rakyat Amerika Syarikat dengan melancarkan perjuangan "99% lawan 1%", "Orang Miskin lawan Orang Kaya" yang hampir sama dari segi isi dan bentuk. Pemerintah di Negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat saban hari makin resah. Golongan pemerintah Najib juga pasti dapat memperhatikan ketidakpuasan rakyat negara kita yang semakin meningkat dan perjuangan yang semakin hebat.
Kedua adalah faktor dalaman. Ini merujuk kepada pengaruh politik BN yang seperti kain jadi basahan dan konflik dalaman UMNO yang semakin sengit. Najib mengambil alih kuasa pemerintahan pada ketika BN kehilangan lebih daripada 1/3 kerusi parlimen dan kehilangan pemerintahan di negeri Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.
Rakyat semua bangsa (terutamanya Kaum India) telah menolak Parti Malaysian Indian Congress (MIC) dan "pemimpin-pemimpinnya" kerana selama ini sudi menjadi budak suruhan UMNO bagi memerintah dan memperbudak rakyat! Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) dan Malaysian Chinese Association (MCA) dan"pemimpin-pemimpinnya" juga ditolak oleh rakyat semua bangsa (terutamanya KaumTiong Hua)! Dalam pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak baru-baru ini turut menyaksikan Sarawak United People's Party (SUPP) dan "pemimpin-pemimpinnya" mengalami nasib buruk ditolak oleh rakyat semua bangsa (terutamanya kaum TiongHua) di Negeri Sarawak!
Oleh kerana wilayah pemerintahan telah mengecut dengan mendadak, kuasa dan kedudukan yang dikuasai juga berkurangan dengan mendadak, konflik dan perbalahan antara beberapa puak utama di dalam UMNO sudah pasti menjadi semakin hebat. Silap-silap, Najib mungkin terpaksa berundur tidak lama lagi.
Walaupun tempoh rasmi pasukan pemerintahan yang diketuai oleh Najib ini masih tinggal lebih daripada setahun, dalam kesukaran luaran dan dalaman yang dihadapi sekarang, Najib ingin mengadakan pilihanraya umum seawal mungkin. Ini adalah harapan Najib. 8 Tuntutan reformasi sistem pilihanraya BERSIH 2.0 adalah munasabah, rasional dan sah
Kini, Parlimen telah memutuskan untuk menubuhkan "Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen" yang didakwa akan melakukan "reformasi sistem pilihanraya", Najib pula tidak sabar hendak mengadakan pilihan raya umum ke-13 (kecuali DUN Sarawak). Memandangkan kerajaan BN sengaja mengabaikan "8 tuntutan reformasi sistem pilihanraya", Jawatankuasa Pepandu BERSIH 2.0, setelah mengkaji dengan teliti, telah membuat keputusan untuk melancarkan satu lagi kempen di seluruh negara.
BERSIH 2.0 berharap untuk menubuhkan Jawatankuasa yang mewakili BERSIH di setiap negeri, yang bertanggungjawab menggerakan pelbagai bentuk aktiviti, supaya rakyat semua bangsa semua lapisan dalam negeri boleh memahami dengan jelas perkara-perkara penting berikut:
1. "8 Tuntutan reformasi sistem pilihanraya" yang telah dikemukakan kepada DYMM Yang Dipertuan Agong dan kerajaan BN ialah: (1) Bersihkan Senarai Undi; (2) Mereformasikan Undi Pos; (3) Gunakan Dakwat Kekal; (4) Akses Media Yang Bebas dan Adil; (5) Tempoh Kempen minima 21 hari; (6) Kukuhkan Institusi Awam; (7) Hentikan Rasuah; dan (8) Hentikan Politik Kotor.
2."8 tuntutan reformasi sistem pilihanraya" di atas dikemukakan oleh BERSIH 2.0. Ia merupakan satu gabungan yang terdiri daripada 88 buah (62 buah sebelum "709", selepas itu telah meningkat kepada 88 setakat ini) "pertubuhan bukan kerajaan" (Non-Governmental Organisations) yang sah dari segi undang-undang. Ia mewakili kepentingan dan hasrat rakyat semua bangsa dan semua lapisan, dan bertujuan untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil.
3."8 tuntutan reformasi sistem pilihanraya" yang dikemukakan selaras dengan prinsip asas "Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat" dan"Perlembagaan Persekutuan". Ia dikemukakan melalui jalan berperlembagaan yang terbuka dan aman. Ia bukan "aktiviti haram" yang dilancar dan dipimpin oleh "pertubuhan haram". Sebaliknya, ia merupakan tindakan yang munasabah, rasional dan sah dari segi undang-undang untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil.
BERSIH 2.0 berharap NGO-NGO di setiap negeri mengambil inisiatif untuk berhubung dan bekerjasama secara sukarela supaya satu jawatankuasa peringkat negeri yang mewakili BERSIH dan mengamalkan prinsip non-partisan dapat dibentuk dengan segera. Jawatankuasa ini akan bertanggungjawab untuk mempromosikan "8 tuntutan reformasi sistem pilihanraya" di bandar-bandar dan desa-desa dalam negeri masing-masing, dan menggerakkan kerja-kerja menuntut reformasi sistem pilihanraya.
Apa yang paling penting ialah mesti menggemblengkan rakyat jelata secara meluas untuk mengingatkan Najib dan kerajaan BN bahawa: Pilihanraya umum ke-13 tidak harus diadakan sebelum "8 Tuntutan reformasi sistem pilihanraya" tercapai. Dalam kata lain, "Tunaikan 8 tuntutan, barulahPRU-13" adalah pendirian tegas semasa BERSIH 2.0 dan 88 NGO terhadap pilihanraya.
Rakyat negara kita telah ditipu oleh Parti Perikatan danBarisan Nasional (BN) lebih daripada 50 tahun, kita tidak mahu diperbodohkan lagi! Rakyat negara kita tegas menuntut satu "pilihanraya yang bersih dan adil", supaya rakyat bebas memilih wakil yang benar-benar memelihara kepentingan rakyat dan membentuk kerajaan yang benar-benar mewakili kepentingan rakyat.
Pendek kata, "Tunaikan 8 tuntutan, barulah PRU-13" juga merupakan pendirian tegas semasa rakyat semua bangsa semua lapisan negara kita terhadap pilihanraya.
Ayuh, mari kita menggemblengkan tenaga! Bertindak segera! Ini satu perjuangan yang pantang patah di tengah, demi merealisasikan sasaran semasa "pilihanraya yang bersih dan adil", iaitu "Tunaikan 8 tuntutan, barulah PRU-13", habis kapak bergantilah dengan beliung.
*Kenyataan oleh Jawatankuasa Kerja Sahabat SUARAM Negeri Johor (Friend Of Suaram Johor) pada 4 November 2011. FOS Johor merupakan organisasi akar umbi Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) di Negeri Johor. SUARAM merupakan salah satu pertubuhan yang membentuk gabungan BERSIH 2.0.
Beliau sebagai pemimpin sebuah parti besar seperti MCA sepatutnya mendapatkan penjelasan lanjut dari pihak kerajaan negeri Kelantan mengenai hudud, kata Nasrudin Hassan.
PETALING JAYA: Dewan Pemuda PAS Malaysia sangat kesal dengan tindakan agresif Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menentang hudud, kata ketuanya Nasrudin Hassan.
"Beliau sebagai pemimpin sebuah parti besar seperti MCA sepatutnya mendapatkan penjelasan lanjut dari pihak kerajaan negeri Kelantan mengenai hudud.
"Bukan bertindak melulu seperti seorang anak muda yang baru menyertai parti politik. Tindakan Dr Chua langsung tidak menggambarkan peribadinya sebagai seorang pemimpin yang berpengalaman jauh sekali bersifat negarawan," katanya hari ini.
Nasrudin menambah, Dr Chua tidak perlu melatah keterlaluan di usianya yang sedemikian, kecuali beliau mengidap penyakit Islamofobia tahap kritikal dan parah.
Katanya, bukan sahaja Dr Chua , sesiapa pun yang tidak bersetuju dengan hukum hudud mestilah terlebih dahulu memahami hukum tersebut sebelum bertindak lanjut kerana kelak memalukan diri sendiri.
"Saya menggesa Dr Chua memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam sebelum ia mencetus kemarahan umat Islam," katanya.
Nasrudin bertanya, kenapa hilang rasional sehingga sengaja tidak mahu melihat kebaikan dari hukum hudud ini setelah semua mengakui kegagalan sistem yang ada pada hari ini menangani peningkatan gejala sosial dan jenayah.
Hudud sebagai alternatif
Katanya, kenapa tidak memberi peluang kepadanya (Hudud) sebagai alternatif.
"Apa yang lebih saya kesalkan apabila mereka konsisten menentang hukum Islam dengan pelbagai andaian negatif sedang mereka belum lagi melalui pengalaman berada di bawah pemerintahan yang melaksanakan hukum Syariat Islam ini.
"Sekali lagi saya menyeru agar mereka sertai terlebih dahulu wacana atau diskusi mengenai pelaksanaan hukum syariat Islam.
"Tidak memahaminya perlu kepada penelitian dan pengkajian. Bukan menolaknya mentah-mentah apatah lagi menghinanya. Langkah yang terbaik ialah menyertai wacana dan dialog mengenainya," kata Nasrudin.
Beliau berkata, kebelakangan ini kerajaan negeri Kelantan menganjurkan seminar dan forum mengenai hukum hudud.
Katanya, sedikit masa lagi, Pemuda PAS juga merancang untuk mengadakan roadshow bagi membuat penjelasan mengenai hudud ke seluruh negara.
"Dr Chua dan pimpinan MCA bolehlah menyertainya dengan dada yang lapang untuk mempelajarinya sebelum membuat apa-apa tindakan," ujar Nasrudin.
GEGAK gempita pemimpin-pemimpin Umno dan beberapa NGO pro Umno menentang program Seksualiti Merdeka malahan gempitanya mereka mengalahkan PAS, sebuah Parti Islam tunggal di negara ini. Semuanya adalah kerana S. Ambiga, bukannya kerana moral jauh sekali Umno memperjuangkan akidah umat Islam.
Buktinya apa? Buktinya program ini telah wujud lama di dalam negara di bawah Kerajaan Bn yang tunjangnya adalah Umno. Program seumpama ini telah wujud sejak tahun 2008, tetapi ketika itu rakyat tidak bantah seperti sekarang, dan waktu itu S.Ambiga bukan musuh Umno. S.Ambiga menjadi musuh utama Umno apabila wanita ini berjaya memimpin BERSIH 2.0 sehinggakan SPR terpaksa mengaku sikit demi sedikit kecurangan mereka. Maka, kali ini Umno mendapat peluang untuk menghentam S. Ambiga dengan menggunakan isu Seksualiti Merdeka yang dahulunya mereka `halalkan'.
Tujuan Umno adalah untuk memerangkap PAS terutamanya yang menyokong S. Ambiga di dalam BERSIH 2.0. Namun, Pemimpin PAS bukan bodoh dan menjadi Pak Turut seperti Umno. Yang benar tetap benar, yang salah tetap salah. Kenyataan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat tegas membantah program Seksualiti Merdeka, begitu juga dengan Dewan Pemuda PAS. Tuan Guru Nik Aziz menyebut, PAS menyokong BERSIH bukan kerana S. Ambiga atau individu tertentu, tetapi adalah kerana berjuang untuk membersihkan sistem pilihanraya di negara ini adalah menjadi satu kewajipan. Begitu juga PAS menentang program Seksualiti Merdeka ini pun bukan kerana S.Ambiga atau sesiapa sekalipun, tetapi kerana program ini bertentangan dengan hukum Islam dan normal kemasyarakatan.
Berbeza dengan Umno, sewaktu program ini wujud pada tahun 2008 mereka tidak peka sedikitpun sehinggalah pada tahun ini apabila S.Ambiga muncul. Ini bukti jelas menunjukkan Umno tidak pernah ikhlas untuk menentang kemungkaran tetapi sebaliknya akan mempergunakan sesuatu isu hanya untuk memberi nyawa kepada Umno.
Mereka mempersoalkan mengapa DS Anwar tidak komen di dalam isu Seksualiti Merdeka ini? Sebelum kita jawab persoalan itu, kita mahu tanya Umno apakah kesannya jika DS Anwar sokong atau tidak program Seksualiti Merdeka itu? Katakan lah DS Anwar sokong S.Ambiga di dalam program Seksualiti Merdeka, ini suatu kemenangan maha besar buat Umno untuk mendakwa DS Anwar anti Islam atau menyokong kemungkaran. Katakan pula DS Anwar tidak menyokong program tersebut, Umno rasa mereka mungkin berjaya memisahkan DS Anwar atau PKR dari S.Ambiga iaitu tokoh wanita yang telah memalukan Najib di dalam BERSIH 2.0 dahulu.
Ertinya, Umno mahu DS Anwar terperangkap di dalam isu ini. Namun, akhirnya mereka sendiri terperangkap apabila rakyat sedar bahawa program ini telah lama wujud di dalam pemerintahan Umno/Bn. DS Anwar sememangnya dikenali sebagai tokoh Islamik sewaktu di dalam ABIM lagi sehinggalah berjaya sedikit sebanyak menyerlahkan wajah Islam pada parti Umno sewaktu beliau berada di dalam kerajaan. Amat tidak masuk akal jika DS Anwar bersetuju dengan program Seksualiti Merdeka.
Nah, sekarang lihat sendiri tanpa komen apa-apa pun dari DS Anwar, pihak Polis sendiri telah pun mengharamkan program tersebut. Saya puji langkah pihak Polis ini walaupun terpaksa menanti lama untuk melihat respon masyarakat. Sekali lagi ingin ditegaskan, jika S.Ambiga masih berkeras mahu mengadakan program sesat berkenaan, kami yang pernah bersama BERSIH 2.0 tidak akan menyokong beliau.
Apa yang penting di dalam isu ini adalah rakyat perlu tahu siapa yang paling berkuasa untuk mencegah sesuatu kemungkaran di dalam negara ini. Umno selaku tunjang Kerajaan Bn pada masa ini sewajarnya mencegah kemungkaran yang berlaku bukan sahaja atas isu program Seksualiti Merdeka, bahkan banyak lagi kemungkaran seperti Pusat Judi terbesar yang masih tersergam di negara ini. Adakah perlu menunggu S.Ambiga menjadi tokeh judi dahulu baru Umno mahu bercakap pasal judi?
Saya menentang S.Ambiga di dalam isu program Seksualiti Merdeka, begitu juga sepatutnya kita paling kuat menentang anak Tun Mahathir yang telah pun memiliki Kilang Arak terbesar di Filipina. Apa beza S.Ambiga dengan anak Tun? Orang-orang Umno buta mata kepada anak Tun, tetapi terbeliak mata dengan S.Ambiga. Percayalah, Umno tidak pernah ikhlas untuk memperjuangkan Islam kecuali melantik tokeh judi menjadi Senator. Tentu Datuk Nalla bersetuju dengan apa yang saya perkatakan ini.
'Aidul Adha mengingatkan kita kepada kisah silam tentang Nabi Allah Ibrahim yang di uji cuba oleh Allah supaya menyembelih anak kesayangannya, Nabi Ismail .
Ianya juga memaparkan tentang kesabaran dan ketaatan seorang anak, Nabi Ismail yang taat dan rela dikorbankan demi menunaikan amanah yang diperintahkan oleh Allah SW.
Tetapi, dihari yang baik ini, saya ingin membawa para pembaca mengingati kisah silam juga, tetapi tentang kisah seorang anak yang durhaka.
Iaitu kisah Malin Kundang , satu karakter dalam dongeng yang konon ceritanya telah berubah menjadi batu bersama-sama isteri dan isi kapalnya, setelah sang ibu menyumpahnya, gara-gara sang anak tidak mahu mengakui ianya adalah ibu kandungnya sendiri.
Di tepi Pantai Air Manis di Sumatera Barat , terdapat Bongkahan batu-batu yang menyerupai bentuk kapal yang sudah tidak beraturan serta bentuk orang yang sedang sujud menghiasi pantai ini.
Malin Kundang disumpah oleh ibunya karena enggan mengakui ibunya setelah bepergian ke daerah lain dan menjadi kaya raya.
Begitulah kisah yang menimpa anak yang menderhakai ibunya.Kesannya masih ada hingga ke hari ini dan ceritanya berterusan dari generasi ke generasi supaya dijadikan teladan oleh mereka yang insaf dan menyedari adanya balasan bagi setiap kelakuan. Bahawa yang baik, pasti balasannya baik. Maka begitu pula bagi kejahatan, balasannya pasti kejahatan juga. Setimpal jadinya.
Bongkahan kapal pecahnya terlihat jelas..Ada tali tambang yang melingkailingkar seperti dikapal, tapi semua membatu...
Di saat air pasang, ombak akan menyapu bebatuan itu. Konon, ombak yang menerjang bebatuan itu menghasilkan suara seperti ratapan. Laksana sebuah pilu sedih penyesalan Malin Kundang.
Mari kita renungkan sejenak – Malin Kundang menjadi batu akibat sumpahan ibu kandungnya sendiri gara-gara derhaka kepadanya.
Maka apa akan terjadi kepada Najib yang derhaka terhadap amanat bapanya, Tun Abdul Razak untuk menyerahkan royalti minyak 5% kepada rakyat Kelantan.Bahawa Najib bukan sahaja menderhakai bapanya, malah derhaka kepada ribuan rakyat Kelantan. Ingatlah, entah berapa ribu rakyat Kelantan akan menyumpahnya seranahnya? Apakah Najib tidak akan terkena salah satu sumpahan daripada yang beribu-ibu itu?
Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petrolium yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya.
Itulah antara ucapan Tun Abdul Razak pada tahun 1975, ketika menjawab pertanyaan Lim Kit Siang dalam sidang Dewan Rakyat ketika itu
Tetapi sayangnya, anaknya sendiri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak amanah. Najib gagal menunaikan amanat tersebut. Dia layak dianggap sebagai seorang anak yang engkar dan derhaka – bukan sahaja kepada arwah bapanya, malah terhadap rakyat Kelantan seluruhnya.
Nantikanlah sahaja dan kita amat yakin dengan janji Allah sebagaimana yang dinyatakanNya dalam surah Ibrahim ayat ke 42 :
Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku) (42)
Dosa Najib adalah lebih besar dari Malin Kundang yang hanya derhaka kepasda ibu kandungnya.Sejahat-jahat Malin Kundang , dia tidak pernah ambil isteri orang. Walaupun dia juga mempunyai kapal, namun dia tidak pernah dibabitkan dengan pembelian kapal dengan cara songlap.
Najib sebenarnya tidak layak menjadi pemimpin rakyat walau pun sudah mengerjakan haji kerana dia masih belum mahu bertaubat dan kembali menjadi anak yang taat kepada amanat bapanya....
Di Malaysia, juga punyai versi yang hampir sama dan dikenali sebagai Kisah Si Tanggang.Mungkinkah Najib merupakan Si Tanggang - Nakhoda Kapal Selam zaman kini? Najib tentunya lebih hebat dari SiTanggang mahupun Malin Kundang kerana Najib bukan sahaja derhaka kepada orang tuanyanya, malah kepada rakyat jelata!
Aku tergamam kejap bila baca berita : BENTONG – Lebih 10,000 penduduk di 20 kampung dan taman perumahan di kawasan Ketari di sini mendakwa hidup mereka kini diganggu satu lembaga hitam seakan-akan orang minyak Read more: di sini
Aku tahu ada satu lembaga hitam yang juga jahat di negeri Perak ini. Tidak mungkin dia yang buat angkara di Bentong Pahang itu. Setahu aku, lembaga hitam Perak ini sedang membontuut Najib di Mekah nun!
Salah satu ibadah dalam berhaji adalah memotong rambut (tahalul). Bagaimanakah sebaiknya, gundul atau potong pendek saja? Najib dan Jamil Khir tentu sedang bertukar-tukar fikiran mengenainya.
Tapi pada saya, kalau mereka berdua ini memilih untuk gundulkan kepala, saya percaya tidak banyak perubahan dari segi penampilan mereka.
Dan kalau saya diberi kesempatan jadi Tukang Gundul Kepala , saya akan kenakan mereka berdua ini separuh bayaran sahaja sebab kerja tak banyak .... separuh kerja sahaja lagi!
Tapi saya lebih suka kalau Rosmah cukur jambulnya sebelum kembali ke Malaysia.Beruntunglah mereka yang dapat bersama dalam majlis cukur jambul Rosmah itu nanti ....
You are subscribed to email updates from ALHUSSEYN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Lembaga hitam didakwa pecah rumah, merogol bimbangkan penduduk
KUANTAN: Anak gadis di 20 kampung dan tamah perumahan Ketari, Bentong dinasihat tidak berjalan bersendirian terutama pada waktu malam bagi mengelak menjadi mangsa 'lembaga hitam' yang dibimbangi penduduk sejak dua minggu lalu kerana ia adalah seorang penjenayah pecah rumah dan perogol.
Sehubungan itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor, meminta penduduk meningkatkan rondaan malam di kawasan kejiranan masing-masing dan membersihkan semak-samun yang berpotensi menjadi tempat persembunyian penjenayah. Mohamad Mansor berkata, pihaknya sedang mengenal pasti beberapa suspek selepas memperincikan siasatan sebelum mengambil tindakan lanjut.
"Jangan percaya khabar angin mengenai lembaga hitam, kita sedang menjuruskan siasatan untuk mendapatkan bukti untuk bertindak," katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, semalam.
Beliau mengulas kebimbangan penduduk dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ketari mengenai lembaga hitam seakan orang minyak bertubuh kecil dipercayai mengamalkan ilmu hitam yang mengganggu gadis bawah umur selain memecah masuk rumah.
Sementara itu, Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Othman, juga meminta penduduk di situ mendapatkan laporan lebih tepat daripada pihak berkuasa berhubung perkara itu bagi mengelak masyarakat terpengaruh dengan berita yang belum diketahui kesahihannya. Beliau menasihatkan mereka supaya meningkatkan semangat kejiranan dan mengambil langkah keselamatan termasuk memasang lampu untuk menerangkan persekitaran rumah.
"Bagi masyarakat Islam pula, lebih baik adakan solat hajat dan perbanyakkan membaca al-Quran dan berzikir bagi mengelak perkara tidak baik berlaku di rumah masing-masing," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
ADUN Ketari, Datuk Dr Ng Keong Chye pula meminta penduduk kampung lebih berwaspada serta meningkatkan rondaan di sekitar kawasan masing-masing.
"Pihak polis juga turut membuat rondaan dan kita harap penduduk dapat bekerjasama dengan polis untuk memastikan keharmonian kawasan masing-masing," katanya.- Berita Harian
Khairil Abdul Rahim TEMERLOH, 5 Nov: Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang seolah-olah meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya menghalang timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), dianggap cuba masuk campur.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar)melihat kenyataan bekas Perdana Menteri yang dianggap masih berpengaruh dalam Umno dan kerajaan itu, hanya akan mengusutkan lagi keadaan.
"Dr Mahathir sudah berkhidmat sebagai perdana menteri selama 22 tahun dan dasar perubahan dalam pendidikan PPSMI diperkenalkan oleh pentadbirannya. Maka setelah dibuat kajian, ratusan ribu pelajar Melayu didapati menjadi mangsa iaitu tercicir dalam pelajaran teras tersebut.
"Jadi apabila Menteri Pelajaran membuat keputusan untuk menghapuskan PPSMI dan kembali kepada bahasa ibunda, beliau (Dr Mahathir) tidak sepatutnya dilihat cuba mempengaruhi keputusan yang telah dibuat menteri betanggungjawab itu," ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.
Mahathir dalam kenyataan di Langkawi kelmarin bahawa Perdana Menteri masih boleh menghalang Muhyiddin memansuhkan PPSMI.
Beliau dipercayai memberi respons kepada Muhyiddin yang berkata keputusan kerajaan memansuhkan dasar PPSMI muktamad walaupun cuba didesak oleh beberapa pihak termasuk Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (Page).
Muhyiddin juga menolak sebarang perbincangan lagi memandangkan kerajaan sudah pun memutuskan bagi memansuhkan dasar itu pada tahun 2009 dan ia berbetulan dengan keputusan kerajaan untuk memperkenalkan dasar Memartabat Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).
"Pelajar Melayu luar bandar sudah lama tertinggal walaupun terpaksa menunggu sistem tersebut kembali kepada Bahasa Melayu. Mereka tidak wajar terus menjadi mangsa kepada eskperimen yang sudah jelas menjejaskan pencapaian mereka seperti yang telah terbukti diakui oleh Menteri Pelajaran.
"Setelah beberapa tahun PPSMI diperkenalkan oleh Dr Mahathir, didapati ratusan ribu generasi pelajar menanggung kerugian kerana gagal menguasai mata pelajaran yang penting untuk berjaya melanjutkan pelajaran kepada yang tahap lebih tinggi. Pada masa yang sama tahap peningkatan penguasaan bahasa Inggeris murid adalah nominal iaitu tidak lebih tiga peratus sepanjang pelaksanaan PPSMI.
"Justeru sudah jelas PPSMI hanya membawa kerugian kepada bangsa Melayu. Oleh yang demikian, PAS Pahang menentang sebarang cubaan menghidupkan semula PPSMI, termasuk cubaan Dr Mahathir untuk mempengaruhi Najib," jelas Tuan Ibrahim.
Harakahdaily KUALA LUMPUR, 5 Nov: Dewan Pemuda PAS Titiwangsa (DPPKT) menyelar sikap sombong Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dalam isu pentadbiran Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS).
Menurut ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz, Nong Chik dalam kenyataannya hari ini dengan angkuh menolak penglibatan kerajaan negeri Selangor dalam MAS dan menganggap Wilayah Persekutuan sahaja punyai autoriti terhadap MAS.
"DPPKT menganggap Datuk Raja Nong Chik cuba berlagak hero dengan menafikan peranan Kerajaan negeri Selangor dan kuasa Menteri Besar Selangor terhadap MAS dan Kampung Baru.
"Seolah-olah beliau sahaja layak untuk bercakap soal Kampung Baru dan pentadbirannya," katanya.
Hakikatnya menurut beliau, Menteri Besar Selangor masih berkuasa terhadap Kampung Baru berdasarkan Peraturan Penempatan Pertanian Melayu 1951 [The Malay Agricultural Settlement Rules 1951] Warta Negeri Selangor No.50/1951.
Tambahnya, kaedah-kaedah Peraturan Penempatan Pertanian Melayu 1951 tersebut masih tidak dibatalkan atau dipinda atau digantikan dengan undang-undang yang diluluskan Parlimen, dan oleh itu ia masih lagi berkuatkuasa sehingga hari ini.
Kawasan MAS seluas lebih kurang 221.5 ekar ini adalah kawasan penempatan bagi orang-orang Melayu dan telah diwujudkan melalui perizaban tanah di bawah Seksyen 6 Enakmen Tanah Selangor 1897, yang mana Enekmen Tanah ini tidak pernah dimansuhkan walaupun dengan wujudnya Kanun Tanah Negara pada tahun 1965.
"Bagaimana beliau boleh menafikan penglibatan Menteri Besar Selangor dalam Kg Baru sedangkan ia telah tersurat sejak sekian lama.
"Menolak penglibatan Menteri Besar Selangor terhadap MAS menunjukkan ada unsur campurtangan politik dalam MAS sendiri.
"Rakyat melihat betapa rakusnya Menteri Wilayah Persekutuan dalam menentukan isu Kampung Baru, seolah-olah nasib dan masa depan kampung tersebut ada ditangannya," katanya tegas.
Menurut Suhaimi, jika benar Nong Chik tiada niat unsur politik dalam isu Kampung Baru, sebaiknya beliau duduk berbincang bersama dengan Kerajaan Selangor memandangkan ia berkait dengan undang-undang yang melibatkan Kerajaan Selangor dengan Wilayah Persekutuan.
Nong Chik ujarnya, perlu menunjukkan keikhlasan beliau untuk membangunkan Kampung Baru dengan mengajak semua pihak termasuk pembangkang duduk semeja bagi membincangkan masa depan pentadbiran kampung tersebut.
"Seharusnya beliau insaf dan malu dengan kerajaan Selangor yang berusaha menyelamatkan tanah warisan orang Melayu itu dengan pelbagai inisiatif yang dilakukan terhadap penduduk termasuk MAS.
"Sepatutnya RUU PPKB 2011 tersebut dibincangkan dulu dengan penduduk Kampung Baru dan penduduk diberikan salinan undang-undang tersebut untuk pemahaman mereka sebelum Menteri secara gelojoh dan tergesa-gesa meluluskan RUU PPKB 2011 hanya 2 hari selepas ia dibentangkan di Dewan Rakyat," tambahnya lagi.
Panas: Rupanya "Anak Pemimpin UMNO" Sendiri Menjadi "Dalang Di Sebalik Penganjuran" Program Festival Seksualiti Merdeka Di Negara Kita Semenjak 2008!
Sungguh mengejutkan dan sesuatu yang sungguh mengharukan kita apabila dilaporkan rupanya Festival Seksuakiti Merdeka sebenarnya sudah dianjurkan di negara ini sejak tahun 2008 lagi. Anehnya, kenapa baru sekarang semua pihak berbunyi dan menyalahkan pihak tertentu?. Malah, ramai yang menuding jari menyalahkan Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S.Ambiga Sreenevasan.
Malah dalam artikel kami yang terdahulu juga ada menegur perbuatan beliau itu. Terkadang, akibat maklumat yang salah dan tidak tepat maka kita terpaksa melatah dan membuat berbagai kenyataan melulu. Begitu juga berbagai dakwaan dan tuduhan yang dibuat oleh beberapa buah NGO yang membuat laporan polis terhadap Ambiga, kononnya beliau menjadi penganjur program tersebut. Namun, akhirnya Ambiga tampil mengeluarkan kenyataan bahawa beliau bukanlah Penganjur sebaliknya hanya dijemput khas untuk merasmikan progran tersebut.
Maka, dengan kenyataan itu kita keliru apakah cerita dibelakang tabir tentang isu kontroversi ini. Akhirnya berita mengejutkan diterima hari ini bila Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) musykil mengapa pihak berkuasa, khususnya polis dan pelbagai pihak yang tiba-tiba sahaja hendak bertindak mengharamkan Festival Seksualiti Merdeka sedangkan ia sudah wujud sejak 2008. Dalam satu kenyataan media, biro kerohanian dan pembangunan insan, PMUKM berkata program yang sama juga pernah dirasmikan oleh anak seorang pemimpin utama negara dan dibiarkan sebegitu tanpa sebarang bantahan. Soalnya, siapakah anak pemimpin negara terbabit?. Apakah ia anak pemimpin pembangkang atau UMNO Barisan Nasional?
Rupa-rupanya, anak pemimpin terbabit ialah Marina Tun Mahathir (foto), iaitu anak mantan Perdana Menteri dan Presiden UMNO sendiri. Maka, kenapa pula tiba-tiba isu ini dikecohkan?. Sedangkan ia sudah diadakan sebelum ini?. Mungkin agaknya kerana Ambiga merupakan "wanted" selepas dia menjadi Pengerusi Bersih 2.0 Julai lau. Lantaran itulah, masing-masing melatah dan memainkan isu ini seolah-olah beliau adalah penganjurnya. Sedangkan dibelakang tabir program tersebut ialah anak bekas Pemimpin UMNO sendiri?.
Marina Mahathir ketika lancarkan program yang sama tahun 2008 lalu
Kenyataan Marina yang disiarkan dalam lama rasmi Seksualiti Merdeka
Inilah yang meragukan kita sebenarnya. Tambahan pula bantahan kuat diterima daripada NGO yang dilihat pro kepada kerajaan. Memang benar ada beberapa kerat pemimpin pembangkang yang turut membangkang, namun mereka mungkin keliru dengan isu yang sebenarnya. Justeru pihak penganjur program terbabit perlu bangkit dan memaklumkan perkara sebenar yang berlaku dalam kontroversi ini. Jika benar, Marina mengundang Ambiga untuk merasmikan Festival Seksualiti Merdeka 2011 maka sepatutnya Ambiga tidak wajar dipersalahkan. Malah, beliau mungkin hadir selepas melihat program yang sama sudah berjalan sebelum ini tanpa ada sebarang bantahan.
Malah, program berkenaan juga sudah melepasi proses permohonan yang sewajarnya dengan pihak berkuasa. Jika tidak, mana mungkin ia boleh diadakan. Marnia mungkin mengundang Ambiga kerana beliau turut diundang oleh bekas Presiden Majlis Peguam itu ke Perhimpunan Bersih 2.0 sebelum ini. Lantaran itulah Ambiga bersetuju untuk hadir ke program tersebut.
Seksualiti Merdeka adalah kumpulan memperjuangkan kebebasan seksualiti (homo) di Malaysia. "Seksualiti" merujuk kepada sifat atau tabii seks manusia, sementara "merdeka" adalah merujuk kepada "kebebasan" (hak asasi). Festival yang berunsurkan hak kebebasan seksualiti (Sexuality Rights Festival) rakyat Malaysia ini diadakan setiap tahun (bermula 2008), yang berpusat di Kuala Lumpur. Program ini berbentuk seperti "Gay Parade"jika ia dianjurkan di negara-negara barat sebenarnya.
Marina hadir ke Bersih 2.0 atas undangan Ambiga, maka Marina pula kini menjemput Ambiga rasmikan Festival Seksualiti Merdeka 2011
[Dari penjelasan di atas, maka ternyata program ini adalah salah satu kumpulan festival "haram" yang memperjuangkan hak asasi "kaum"homoseksual iaitu lesbian, gay, biseksual, transeksual (LGBT) atas nama kebebasan dikalangan anak-anak muda di Malaysia. Apa yang mengejutkan kini ialah, rupanya disebalik program ini, terdapat tokoh Melayu-Islam (anak pemimpin parti politik) yang tegar menyokong aktiviti ini, dan individu tersebut tidak lain dan tidak bukan ialah anak Tun Dr Mahathir Mohamad, Marina Mahathir. Maka, kenapa kerajaan dan pihak-pihak yang berkenaan tidak kecoh sebelum ini?. Jawapannya cukup muda, kerana program kali ini mahu dirasmikan oleh Datuk S.Ambiga yang dikatakan cenderung kepada pembangkang. Bayangkan jika beliau menyokong UMNO BN, maka sudah pasti program ini tidak akan diganggu agaknya. Malah, paling mengejutkan program terbabit juga melibatkan beberapa orang tokoh terkenal tanahair yang lain sebenarnya. Jika ini keadaannya, maka tidak hairanlah kerajaan membenarkan kehadiran penyanyi "Gay" Elton John ke Malaysia hujung bulan ini. Rupa-rupanya sudah ada ketetapan yang dibuat oleh kerajaan tentang aktiviti sonsang ini sejak sekian lama. Maka, usahlah melatah dengan Datuk S.Ambiga dalam isu ini kerana ia hanyalah permainan media untuk membuktikan kononnya pembangkan menyokong program tersebut. Sedangkan, sudah jelas bahawa ramai pemimpin PAS sendiri memang menolak program tersebut].- Pahang Daily
ISU AUKU UKM 4: TINDAKAN KABINET MEMBUAT RAYUAN MEMBUKTIKAN BARISAN NASIONAL MENZALIMI MAHASISWA DAN MENGHINA KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
4 NOVEMBER 2011
Tindakan Kabinet pemerintah UMNO Barisan Nasional yang membenarkan Kementerian Pengajian Tinggi membuat rayuan dalam keputusan mahkamah dalam isu UKM4 di bawah undang-undang zalim Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) membuktikan bahawa pimpinan UMNO dan Barisan Nasional takut kepada kebangkitan anak muda dan mahasiswa.
Biro Mahasiswa AMK Malaysia percaya bahawa tindakan yang menekan dan manzalimi mahasiswa ini tidak sama sekali mengentarkan perjuangan anak muda dan mahasiswa di dalam menunutut kebebasan dan keadilan.
Tindakan pimpinan UMNO-Barisan Nasional ini juga bukan sahaja zalim malah menghina mahkamah dan tidak menghormati kedaulatan undang-undang. Mahkamah yang telah membuat keputusan dan menegaskan bahawa AUKU ini adalah tidak mengikut perlembagaan. Undang-undang umpama milik peribadi parti pemerintah.
Biro Mahasiswa AMK Malaysia berpandangan bahawa Mahasiswa seharusnya diberi ruang untuk beraktiviti dan mencurah pandangan mereka selaku kelompok terdidik dalam masyarakat. Mahasiswa bukan lagi pelajar sekolah sehingga segalanya perlu dikawal oleh pemerintah. Ruang untuk aktivisma dan menggarap idealisma serta intelektualisma mahasiswa ini mampu untuk melahirkan generasi muda pelapis kepimpinan Negara yang berkarisma.
Dengan ini Biro Mahasiswa AMK Malaysia mendesak agar dihentikan penindasan terhadap mahasiswa dan menyeru kepada seluruh mahasiswa untuk bangkit menentang penguasa zalim.
MOHD SAIFULLAH MOHD ZULKIFLI Pengarah Biro Mahasiswa, Angkatan Muda Keadilan Malaysia merangkap Ketua Penerangan, AMK Selangor
Kalau orang Melayu mempunyai masalah dengan kepemimpinan parti itu yang di istilahkan benci, menyampah dan meluat sudah tentu calon yang tak bersih pasti tak menang.
Dalangnya yang jelas sebagai pengkhianat Negara pun boleh menang mudah dan 67 peratus rakyat Malaysia beri amanah memerintah.
Jadi, menyampah dan meluat orang melayu kepada kepimpinan umno hanya kata kata yang dimanipulasikan oleh sesetengah kalangan penyokong kuat umno. Tak lebih daripada itu.
Mereka bukan menyampah dan meluat sebaliknya 67 orang Melayu masih komited dan sayangkan Umno miskipun pemimpin macam "dajal" dan pengkhianat Negara.
Lebih lebih lagi yang mengatakan dia menyampah dan meluat itu semacam dajal juga, kerana memanipulasikan sedangkan hakikatnya tidak sedemikian.
Kalau benarlah orang Melayu penyampah dan meluat dengan kepimpinan yang sedia ada mana mungkin mereka masih memberi undi kepada dajal dajal yang jelas dajalnya.
Orang Melayu sudah sekian lama dibeli oleh pemimpin umno dan sebati serta tetap setia dengan umno miskipun Negara hampir hampir tergadai dek pemimpin yang penting diri sendiri.
Mereka dapat saja duit RM 50.00 hilang segala dan mudah lupa akan yang menimpa kepala dengan kenaikan harga barang, terutama sekali kenaikan harga minyak yang barangkali akan naik bila bila saja.
Seperkara lagi kebanyakan orang Melayu telah ditambat hatinya dengan habuan (rasuah) yang dianggap hadiah (tak salah)dari pemimpin yang memerintah.
Pada hal itu adalah rasuah yang akan dibalas dengan seksaan diakhirat nanti.Ingat Allah tak mungkir janji.
Dengan itulah hati mereka cinta dan sayang pada kejahatan dan benci pada kebaikan sehingga mereka menganggap yang baik itu buruk dan yang buruk itu baik.
Atas sebab itulah kepimpinan dajal pun boleh menang dengan mudah dalam setiap kali musim pilihanraya umum.
Oleh itu menyampah dan meluat itu hanya dibibir mulut saja dihati tidak.
Dapat duit hilang segala.Bagi saya umno akan memerintah selagi ada banyak duit hatta melakukan salahgunakuasa dan penyeleweangan yang bermaharajalela sepertimana laporan audit Negara itu.
Orang melayu tak marah dengan laporan Audit negara yang jelas melakukan penyeleweangan suatu pengkhianatan.
Cuba bayangkan binokular marin yang berharga RM1,940 di beli pada harga RM 56,350.
Didapati 2,805 peratus lebih mahal.
Percayalah orang Melayu tak marah pun dan tak benci pun.Jika mereka benci sudah lama umno berkubur, kerana segala yang berlaku itu adalah direstui kepimpinan umno sejak sekian lama.
DAMSYIK, 5 Nov 2011 - Aktivis pembangkang mendakwa kerajaan Syria melanggar pelan perdamaian dalam menghalang keganasan dan mendesak perlatakan jawatan Presiden Bashir Al-Assad setelah 21 lagi nyawa orang awam terkorban, semalam.
Rabu lalu, kerajaan Syria mengumumkan bersetuju dengan pelan perdamaian anjuran Liga Arab dalam mengundurkan pasukan keselamatan dari bandar-bandar utama, melepaskan tahanan politik serta membenarkan pihak luar untuk mengawasi pelan tersebut.
Namun tindakan pasukan keselamatan mengepung beberapa masjid setelah orang ramai menunaikan solat Jumaat serta menggunakan senjata api bagi menghalang tindakan demonstrasi bertukar menjadi satu lagi tragedi terbaru di Syria.
Kejadian tersebut merupakan satu lagi titik hitam setelah lapan bulan lamanya rakyat mengadakan demonstrasi aman bagi mengadakan pilihanraya baru dan menamatkan tindakan kekerasan pasukan keselamatan, bertukar menjadi demonstrasi anti-kerajaan dan desakan perletakan jawatan Presiden Bashir al-Assad.
Jawatankuasa Koordinasi Tempatan (LCC), yang menganjurkan protes diseluruh negara mengeluarkan kenyataan seramai 3,834 nyawa telah terkorban sejak tindakan protes anti-kerajaan bermula Mac lalu.
Dalam kejadian semalam, pasukan keselamatan telah mengepung masjid Abu Bakr di Baniyas dan mencederakan orang awam mengakibatkan ramai terkandas dalam masjid bagi menghalang tindakan demonstrasi diadakan. Pasukan keselamatan juga telah dikerah ke Fattahi, sebuah masjid di Latakia.
Satu letupan turut menggegarkan bandar Daraa. Pasukan keselamatan menggunakan senjata api dalam usaha menyurai demonstrasi jalanan di Deir Ezzor. Turut dikerah adalah pasukan penembak tepat yang ditempatkan di beberapa lokasi strategik berdekatan masjid dan pasar.
Laporan sebelum ini menyebut sembilan nyawa terkorban di Homs, dua di Daraa dan satu di Saqba, sebuah bandar bedekatan ibu negara Damsyik.
Agensi berita Syria SANA melaporkan seramai 13 anggota pasukan keselamatan turut terkorban dalam pertempuran dengan kumpulan pengganas di Hama, Homs dan Idlib.
Agensi berita tersebut turut melaporkan pasukan keselamatan telah membunuh salah seorang anggota kumpulan pengganas dalam pertempuran dengan pasukan tentera yang berpaling tadah menyokong aktivis pembangkang.- KLpos.com
Subky Latif KEHADIRAN Dr Hassan Ali, Exco Kerajaan Selangor dalam HIMPUNAN sejuta ummat di Stadium Shah Alam 22 Oktober lalu telah menjadi pertikaian panas dalam media.
Yang terjadi demikian ialah kerana partinya, PAS membuat keputusan tidak menyertai himpunan memprotes gejala murtad yang dianjurkan oleh beberapa NGO Islam.
Kerajaan Selangor yang dia adalah Exconya menyatakan tidak terlibat lalu menyerahkan kepada rakyat sama ada menyertainya atau berkecuali.
Lalu tiada mana-mana pemimpin PAS menjenguk ke stadium itu kecualilah Dr. Hassan. Demekian juga tidak diketahui mana-mana pimpinan kerajaan negeri hadir kecuali Dr. Hassan.
Dr. Hassan adalah pakar motivasi yang ulung. Sebelum bidang motivasi itu dikenali umum, maka Dr. Hassan sudah terjun ke situ. Ada dipercayai puluh ribu orang mendapat manfaat didikan dan latihan minda dari khidmatnya itu. Tidak terhingga bilangan orang yang telah terbuka mindanya setelah mendapat asuhan daripada kursus motivasi yang dianjurnya.
Jika sekalin yang kurang terbuka minda dari khidmatnya, maka tentulah sebagai pemecah kebekuan minda semua orang, lebih terbuka mindanya dari semua orang.
Tiada sebarang kesalahannya kepada partinya dan kerajaan yang didukungnya dengan kehadirannya itu. Partinya membuat keputusan tidak serta kerana menghormati penganjur tidak mahu ada penglibatan politik dalam himpunan itu, tetapi parti itu tidak melarang sesiapa menyertainya.
Jika pemimpinnya seperti Dato' Dr. Haron Din, atau Mohamad Sabu atau Mustafa Ali hendak pergi, maka mereka boleh pergi, bukan mewakili parti, tetapi atas nama diri sendiri. Bagaimana pun mereka menggunakan kelonggaran yang diberi oleh partinya.
Yang diketahui pergi Dr. Hassan. Tidaklah dia salah apabila dia menggunakan kelonggaran yang ada itu.
Kerajaan Negeri Selangor juga tidak melarang mana Exco dan kaki tangan kerajaan seperti Setiausaha Kerajaan Negeri atau Penasihat Undang-Undang. Mereka boleh pergi dan boleh tidak pergi. Maka tiada exco yang dilihat kecuali Dr. Hassan. Kerana tidak larangan dari kerajaan, tiadalah salah bagi Dr. Hassan.
Dr. Hassan adalah pakar motivasi, pemecah segala fikiran yang buntu, pembuka saluran kepada pemikiran yang sempit. Jika dia boleh selesaikan semua masalah orang yang tersimpul, maka tentulah dia amat tahu apa yang dibuatnya.
Justeru itu kehadiran Dr. Hassan ke himpunan tidak wajar menjadi topik polemik mana-mana pihak kerana tindakannya tidak bercanggah dengan mana undang-undang dan prinsip demokrasi.
Partinya dan kerajaannya juga tidak membuat peraturan yang melarangnya hadir di majlis itu.
Hassan memiliki kelebihan dan keistimewaan dari lain-lain orang politik termasuk Dr. Mahathir. Orang lain payah pisahkan politiknya bila menyertai mana-mana kegiatan yang bebas politik. Kalau Dr. Mahathir dan isteri singgah ke mana-mana gerai di pasar malam atau Najib jenguk pondok India miskin, tanpa sebarang motif politik, tetapi orang kata adalah politiknya.
Kalau Tok Guru Nik Aziz singgah sembahayang sunat di mana-mana surau, lalu orang surau melihatnya minta beliau bagi sedikit tazkirah. Tetapi ia katakan berpolitik juga.
Payah bagi mereka hendak menyangkutkan baju politik di luar dinding.
Tetapi Dr. Hassan boleh sangkut jeket politik di luar pagar stadium untuk menyertai protes anti murtad itu dan tidak sesiapa melihat dia membawa sebarang makna politik.
Orang yang hadir tidak terasa dia orang politik dan yang tidak pergi yang melihat gambar hadir juga tidak terasa dia orang politik. Mungkin orang lebih melihatnya sebagai pakar mativasi.
Dalam polemik kehadirannya itu dia telah menyatakan pendiriannya tentang mengapa dia hadir walau pun partinya membuat keputusan tidak hadir. Kenyataannya itu langsung tidak berbau politik dan tiada sebarang kesan politik. Dia sangat berjaya membebaskan diri dari ikatan politik. Itulah agaknya dia jadi orang politik pembangkang yang sangat disenangi oleh Prof. Zainal Kling.
Saya teringat mula-mula Dr. Hassan Ali mula-mula menyertai PAS. Tak sampai beberapa tahun dia hendak bertanding Naib Presiden. Dia tanya pandangan saya.
Kata saya, 'Masuklah! Tiada undang-undang yang melarang dan demokrasi dalam PAS tidak menyekat.'
Dia menang. Dia kata pada saya, 'Orang cepat naik, cepat juga turun...!'
Saya gelak saja. Apa yang dia kata itu, macam dia meramalkan dirinya.
HAMPIR 20 anggota polis 'menyerbu' Pejabat PAS Kalabakan sebagai usaha menghalang orang ramai daripada mendengar penjelasan mengenai penjualan pulau-pulau Sabah oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Lahirul Latigu.
Menurut Naib Ketua Pemudanya, Noryusri Ahmad, kejadian ini merupakan situasi pertama yang berlaku di Tawau sepanjang sejarah penganjuran ceramah umum, termasuk yang melibatkan tokoh politik PAS dari semenanjung yang hadir berceramah di situ.
"Ramai pimpinan PAS dari semenanjung datang ke sini, termasuk Mohamad Sabu pernah ceramah di Tawaupun tidak berlaku seperti malam ini. Dulu yang datang hanya 2-3 orang sahaja termasuk Cawangan Khas. Tapi malam ini umpama satu batalion datang menakut-nakutkan orang ramai yang mahu mendengar isu pulau," dakwanya.
Sementara itu, Lahirul yang dalam ucapan ceramahnya kepada orang ramai yang hadir menegaskan, kehadiran anggota polis yang begitu ramai bukanlah penyebab utama halangan untuk beliau dari terus mengadakan 'road show' ke seluruh pelusuk negeri Sabah bagi memberi kefahaman dan maklumat berhubung isu tersebut; termasuklah mengenai isu tanah rakyat Sabah yang gagal ditangani oleh kerajaan Sabah sehingga ke hari ini.
"Datanglah berapa puluh ribu sekalipun, saya sama sekali tidak berganjak untuk menoleh ke belakang membelakangi hak rakyat Sabah," tegasnya.
Beliau juga mendakwa, Ketua Menteri Sabah sebagai Menteri yang 'pengecut' kerana tidak berani menyahut cabaran Pemuda PAS berhubung isu tersebut yang sudah melepasi tempohnya.
"Musa Aman terpaksa menggunakan polis sebagai usaha terdesak beliau mengekang dari maklumat ini sampai kepada rakyat."
Beliau sebelum ini mengasak Musa Aman untuk turut berada di lapangan politik Sabah sebagai 'anak tempatan' yang bertindak sebagai penjaga amanah dan menghalang dari khazanah negeri tergadai bukan mendiamkan dirinya.
Ketua Penerangannya, Mohd Zulfikar Abd. Mijan turut bertindak menghalau keluar tiga anggota polis yang menyamar sebagai orang awam daripada menyertai majlis penerangan tersebut.
"Malam ini, kebanyakan Mat Rempit serta penjenayah bersenang-lenang merempit dan merompak apabila polis yang diamanahkan untuk menjaga keselamatan awam bertindak mengawasi perjalanan ceramah PAS," sinisnya semasa berucap menyampaikan ceramahnya.
Walaupun kehadiran polis seramai itu, namun ianya tidak menggentarkan hampir 100 orang yang datang dari Semporna, Tawau serta Kalabakan. Jumlah tersebut bagaimanapun dijangka meningkat setelah kebanyakan darinya terpaksa berpatah balik apabila mengetahui kehadiran polis yang begitu ramai.
Isu penjualan pulau Sabah kini tersebar luas setelah kenyataan oleh Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah, Datuk Osman Jamal yang mengakui terdapatnya pulau-pulau yang ingin dijual.
Penjualan pulau-pulau ini, bagaimanapun mendapat bantahan serius oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah yang menjalankan pelbagai usaha menghalang penjualan pulau tersebut termasuklah menghantar memorandum bantahan serta yang terbaru melancarkan kempen 'Selamatkan Pulau Sabah'; dengan mengutip tandatangan rakyat sebagai tanda sokongan bantahan yang mensasarkan 100,000 tandatangan untuk diserahkan kepada Musa Aman; serta Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dibahaskan di Parlimen.
Lahirul bersama Ketua Penerangan dan rombongan kini dalam rangka lawatan kerja pilihanraya dan Penerangan Pemuda PAS ke kawasan Kudat, Lahad Datu, Kota Kinabatangan, Sandakan, Semporna dan Kalabakan termasuk melawat beberapa buah pulau yang diiklankan untuk dijual.
Setelah memeluk agama Islam, namanya menjadi Asiya Abdul Zahir. Kedua orang tuanya adalah pemeluk agama Budha, tapi ia lebih merasa sebagai seorang Kristian kerana ia bersekolah di sekolah Kristian dan berada di persekitran umat Kristian. "Saya selalu meyakini kewujudan satu-satunya Pencipta, dimana semua yang ada sangat bergantung pada Penciptanya. Sejak usia 13 tahun, pada Pencipta tunggal inilah, setiap hari saya berdoa dan memohon petunjuk," kata Asiya menceritakan kehidupannya sebelum masuk Islam.
"Sayang, semasa itu pengetahuan saya tentang Islam masih sedikit. Saya memandang Islam sebagai agama yang aneh, hanya untuk segelintir bangsa-bangsa yang masih terbelakang, yang kebanyakan berada di Timur Tengah, agama yang membatasi gaya hidup, khususnya bagi kaum perempuan," sambungnya. Asiya yang ketika itu belum mengenal Islam lebih dalam, menganggap Islam merendahkan kaum perempuan, perempuan dalam Islam diperlakukan sebagai budak, mengalami kekerasan fizikal dan dipaksa untuk bersaing diantara empat perempuan untuk merebut kasih sayang suami (poligami) dan suami boleh melakukan apa sahaja terhadap isteri-isterinya.
Asiya mengakui bahwa penilaiannya itu berdasarkan apa yang sering ia dengar saja dan beberapa program dokumentari yang pernah ia saksikan di televisyen. Pandangannya mulai berubah ketika ia mengikuti kuliah di Institut perguruan tinggi dan berinteraksi dengan beberapa mahasiswa muslim dari berbagai latar belakang. "Aneh, malah saya merasakan diri saya aneh, saya tertarik dengan mereka dan berkeinginan ingin mempelajari dan memahami agama mereka lebih jauh."
"Saya perhatikan mereka sangat bahagia, saya terkesan dengan keterbukaan dan kemesraan mereka pada saya dan pada orang lain. Tapi yang lebih penting, saya terkesan dengan kebanggaan dan rasa memiliki terhadap agama yang selama ini selalu dianggap dengan hal-hal negatif," kata Aisya.
Sedikit demi sedikit, ia merasa kagum pada Islam, dan melalui proses edukasi, penghormatanya terhadap agama Islam bertambah tinggi, bahkan jika dibandingkan dengan penghormatan terhadap agama Kristian yang selama ini ia kenali.
Asiya tercengang ketika menyedari kesalahan tentang pandangannya selama ini terhadap Islam, terutama panilaiannya yang salah tentang kedudukan perempuan dalam Islam. "Saya menyedari realiti tentang gaya hidup Islam dan kebenaran dikaitkan dengan istilah yang diciptakan orang-orang Amerika tentang 'fundamentalisme Islam'," kata Asiya.
"Makin banyak literatur, tanda-tanda dan bukti yang diungkapkan pada saya, daya intelektual saya makin terstimulasi dan jiwa saya, merasakan suka. Saya ingin tahu semuanya tentang Islam dan saya sudah merasakan persaudaraan dan rasa memiliki diantara orang-orang Islam," jelasnya. Asiya memberitahu, yang paling membuatnya terkesan pada Islam adalah, Islam adalah agama yang praktik dan bagaimana Islam memberikan mengatur kehidupan semua makhluk hidup.
"Dan atas kurnia Allah, saya akhirnya memahami kesalahan konsep teologi agama Kristian dan konsep yang sebelumnya saya terima tanpa pertanyaan," tambah Asiya. Klimaks dari itu semua terjadi pada 4 Ogos 1994. Di hadapan 20 saksi, Asiya mengucapkan dua kalimat syahadat dan secara rasmi menjadi seorang muslim.
"Saya tidak akan pernah melupakan hari penuh rahmat itu, dan bagaimana hidup saya berubah drastik hanya dalam waktu satu tahun. Saya sering ditanya, bagaimana rasanya menjadi mualaf dan kesukaran apa yang saya hadapi. Walaupun saya tidak mahu membicarakan masalah ini, saya tetap memberikan contoh apa saja kesukaran yang saya alami," ujar Asiya.
Ia mengakui beratnya tantangan semasa ia menjalani puasa pada bulan Ramadan pertamanya. Belum lagi sikap keluarganya yang belum boleh menerima keislaman Asiya. Asiya sering menerima umpatan kasar bahkan ancaman dari keluarganya. Dalam berbagai kesempatan, Asiya juga mengalami serangan keganasan, biliknya dirosak-rosak, buku-bukunya banyak yang hilang secara misteri dan pesanan sms berisi fitnah terhadapnya, yang dikirim ke teman-teman dan orangtua teman-teman Asiya.
"Jika saya ingin membaca, atau bercakap di telefon, semuanya dilakukan dengan cara diam-diam. Begitu pula jika saya ingin pergi ke masjid atau tempat-tempat yang menggadakan acara keislaman. Jika Saya mahu solat, saya memastikan tidak ada orang di sekitar saya, dan saya juga tidak boleh menunjukkan kegembiraan saya semasa Ramadan tiba, dan tidak bersama mengecap kebahagiaan melihat teman-teman muslim yang sudah mengenakan tudung," kata Asiya.
Tapi Asiya tidak menganggap semua itu sebagai penderitaan hidupnya, kerana setelah memeluk Islam, Asiya merasakan kepuasan dan kedamaian yang belum pernah ia rasakan sebelumnya./tulahan
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Operasi membawa jemaah haji Malaysia dari Mekah ke Arafah, kira-kira 21 kilometer dari sini, tamat pada kira-kira pukul 5 pagi ini (10 pagi waktu Malaysia), dan semua 28,000 jemaah haji sudah berada di Arafah untuk berwukuf pada Sabtu.
Bagi ibadah wukuf, jemaah perlu berada di Arafah paling lewat tengah hari ini (Zohor, pukul 12.05 waktu tempatan, 5.05 petang waktu Malaysia) dan kemudiannya berangkat ke Muzdalifah selepas waktu Maghrib untuk mengutip batu-batu kecil bagi tujuan melontar jamrat di Mina pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah.
Pengarah Operasi Masyaer (operasi ibadah para jemaah di Arafah dan Mina)Shaharuddin Abu Bakar ketika ditemui kumpulan media Tabung Haji lewat petang semalam berkata kira-kira 500 petugas Tabung Haji, termasuk pasukan kebajikan dan perubatan, sudah berada di Arafah bagi melicinkan pergerakan jemaah haji di Arafah.
Beliau berkata operasi pergerakan dibahagikan kepada lima sektor dengan setiap sektor ditugaskan memantau bas-bas yang membawa jemaah haji dari Mekah ke Arafah.
"Pagi Sabtu, sektor Arafah mengambil alih pengurusan jemaah, dengan segala maklumat diselaraskan dengan Pusat Maklumat Operasi di Mekah," katanya di sini.
Menurutnya pagi Sabtu, satu kumpulan awal 40 petugas Tabung Haji digerakkan ke Muzdalifah untuk meninjau dan membuat persiapan menerima ketibaan jemaah haji dari Malaysia selepas Maghrib, dan seterusnya mereka juga akan meninjau persiapan di Mina.
Shaharuddin berkata selain itu pasukan pandu arah juga sudah ditempatkan di lokasi-lokasi strategik bagi memastikan tiada jemaah haji Malaysia yang tersasar dari khemah penginapan masing-masing.
Beliau berkata apa yang penting ialah segala aspek kebajikan dan keselamatan para jemaah sentiasa terjamin.
Malam tadi turut menyaksikan ketibaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyertai kumpulaan jemaah haji dari Malaysia di Arafah.
Tahun ini dianggarkan 3 juta jemaah dari seluruh pelusuk dunia menunaikan ibadah haji, dan lautan manusia berpakaian ihram atau bertelekung putih sudah membanjiri kawasan Arafah di sini, menanti penuh sabar waktu berwukuf tengah hari ini. - BERNAMA
You are subscribed to email updates from PERAKITE To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Pakatan Rakyat sebagai sebuah organisasi yang bakal menjadi pemerintah di negara ini menggantikan Barisan Nasional (BN) memang memerlukan sokongan yang banyak dari pelbagai pihak di negara ini. Termasuk di dalam senarai itu ialah sokongan dari NGO-NGO dan badan-badan professional seperti Majlis Peguam Malaysia.
Perlu diakui, peranan penting Majlis Peguam dalam memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada Pakatan Rakyat memang penting, dalam masa yang sama menjadi perisai kepada tindakan undang-undang dari pihak pemerintah yang ada kala dilihat mahu menekan Pakatan Rakyat.
Sebagai contoh dalam pilihanraya kecil Permatang Pasir 2009, peranan Majlis Peguam dalam mendedahkan salah laku calon BN yang merupakan bekas peguam, Rohaizat Othman adalah antara faktor yang menyumbang kepada kemenangan calon Pakatan Rakyat, Mohd Salleh Man dari PAS.
Memang Majlis Peguam banyak berjasa bagaimanapun dalam masa yang sama Majlis Peguam juga perlu mengelakkan diri daripada mendedahkan Pakatan Rakyat dan kepimpinannya kepada satu keadaan yang boleh menjauhkan sokongan rakyat akibat dari salah faham melalui aktivit-aktiviti anjurannya.
Dalam contoh penganjuran Seksualiti Merdeka ini, walaupun niat dan hasrat penganjuran itu memang berniat baik tapi hasrat itu perlulah diterjermahkan dalam bentuk yang lebih baik supaya rakyat boleh menerima program tersebut dengan baik dan berlapang dada.
Yang penulis ingin tekankan ialah aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang penganjuran program. Dengan penganjuran program itu sendiri bersifat kontroversi, pengisiannya perlulah dijalankan dengan lebih berhati-hati dan mengelak dari mencetus salah faham yang lebih teruk.
Antara yang pada pandangan penulis tidak sesuai ialah persembahan Shelah The Drag Queen, poster-poster yang kelihatan menggalakkan percintaan sesama jenis dan sebagainya. Perbincangan dan bengkel-bengkel yang diadakan itu adalah patut diteruskan kerana ia bersifat akedemik lebih dari polemik apatah lagi politik.
Walaupun maksud persembahan dan penayangan poster bermaksud untuk membuka minda masyarakat tapi ia terbukti tidak sesuai dengan keadaan minda masyarakat di Malaysia. Dalam cubaan mengubah pandangan rakyat Malaysia kepada golongan LGBT, persembahan yang bersifat erotik seperti itu bukanlah satu permulaan yang baik.
Begitu juga apabila menjawab salah faham yang dicetus beberapa pihak, kenapa daripada berbelas penganjur yang bersama-sama menjayakan program tersebut, hanya Majlis Peguam yang kelihatan lebih vokal? Sehinggakan ada beberapa pihak melihat Majlis Peguam lebih membela nasib golongan LGBT daripada pengamal profession guaman itu sendiri.
Sudah ada cakap-cakap nakal yang menyifatkan Majlis Peguam sebagai Majlis Homoseksual!!! Dengan politik Malaysia didominasi oleh politik persepsi dibanding dengan fakta, Majlis Peguam perlu lebih bijak dalam menganjurkan program yang kontroversi seperti ini.
Sebagai rakan Pakatan Rakyat, sebarang tindakan kurang bijak Majlis Peguam boleh menjejaskan imej Pakatan Rakyat dimata rakyat dan ini sudah tentu tidak baik untuk persediaan kita dalam menghadapi pilihanraya yang akan datang.
Paparan muka depan Utusan Malaysia hari ini memaparkan Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri, mengerjakan tawaf di Baitullah dengan memakai sesuatu yang berupa kalung dilehernya.
Adakah ianya tangkal? Mudah-mudahan tidak lah.. Dalam kepercayaan tahyul masyarakat Melayu, tangkal selalunya dikaitkan dengan usaha untuk menghalau hantu iaitu sebagai 'pendinding' atau untuk mengelak/menyembuhkan penyakit atau untuk memberi kekuatan atau kelebihan kepada sipemakai, misalnya, kekebalan.
Pejabat Perdana Menteri Menafikan
Sementara itu, Pejabat Perdana Menteri ketika dihubungi Mynewshub.my menjelaskan Najib tidak ada memakai kalung mahupun tangkal sepanjang mengerjakan ibadat haji. Sebaliknya, tali yang tergantung di leher Perdana Menteri itu merupakan tali yang diikat pada buku panduan haji yang biasa dipakai oleh jemaah haji dari Malaysia dan seluruh dunia.
"Buku panduan haji yang siap ada dengan tali ini banyak dijual di Malaysia. "Mereka yang pernah menunaikan haji atau umrah biasa menggantung buku ini di leher terutama ketika mengerjakan tawaf dan saei," kata seorang pegawai di pejabat tersebut.
Justeru pegawai berkenaan berharap, orang ramai tidak terpengaruh dengan tuduhan liar bahawa tali yang tergantung di leher Najib adalah tangkal seperti yang didakwa oleh sebuah portal milik pembangkang.
Beliau juga meminta orang ramai mendoakan Najib dan rombongan yang sedang mengerjakan salah satu Rukun Islam di Mekah dan jangan mudah terpengaruh dengan sebarang dakyah atau fitnah yang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab./mynewshub.my
Merujuk perkara di atas, saya Richard Bin Simon, nombor kad pengenalan 781015-12-5143 merupakan salah seorang penerima bantuan rumah PPRT kawasan Kemabong, Tenom bagi Tahun 2011. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur dan berbanyak terima kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional, khususnya BN Kemabong, Tenom kerana telah meluluskan permohonan bantuan rumah PPRT saya.
Terasa sangat gembira kerana saya dan keluarga saya bakal mempunyai rumah sendiri. Namun tujuan saya menulis surat aduan ini adalah untuk menyatakan rasa tidak puas hati saya dan keluarga tentang keadaan rumah bantuan PPRT yang telah siap dibina, tetapi tidak mematuhi kualiti dan spesifikasi yang ditetapkan.
Rasa tidak puas hati juga dilemparkan terhadap kontraktor yang telah diluluskan kerana membuat kerja sambil lewa. Disebabkan tarikh siap yang ditetapkan telah tamat, pihak kontraktor telah mengarahkan pekerja-pekerjanya bekerja lebih masa hingga lewat malam sehingga rumah PPRT yang dibina sangat tidak teratur atau 'Cincai'. Kekukuhan rumah yang dibina juga sangat diragui dan kualitinya amat rendah.
Saya difahamkan pihak kontraktor mendapat kontrak tiga buah rumah PPRT untuk disiapkan iaitu dua buah rumah di Kampung Masanoi dan sebuah lagi saya sendiri (Kampung Mailo). Pada mulanya, barang-barang bagi menyiapkan rumah saya telah dihantar ke tempat saya tetapi pihak kontraktor mengambil balik barang-barang yang ada untuk dibawa ke tempat lain pula.
Apabila dikembalikan semula, barang-barang tersebut telah bertukar. Contohnya seperti mangkuk tandas yang mulanya mangkuk tandas duduk telah ditukarkan kepada mangkuk tandas mencangkung. Saya juga ada beberapa kali melaporkan kepada juruteknik daerah yang bertanggungjawab memeriksa spesifikasi dan kualiti rumah PPRT yang dibina. Mereka (Juruteknik) ada datang memantau rumah saya dan mengesahkan ukuran rumah yang sepatutnya untuk PPRT adalah tidak tepat.
Mereka (Juruteknik) telah membuat pemantauan sebanyak 5 kali. Pihak kontraktor telah dimaklumkan oleh juruteknik berkenaan spesifikasi yang tidak tepat tetapi pihak kontraktor 'Seperti mencurah air di daun keladi'. Tidak mendengar nasihat yang diberikan oleh pihak juruteknik. Bersama ini saya lampirkan gambar-gambar sebelum dan selepas rumah bantuan PPRT saya siap dibina.
Saya juga memohon agar pihak bertanggungjawab seperti Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah, Pegawai Kemajuan Negeri Sabah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pegawai Daerah Tenom turun padang bagi melihat sendiri keadaan rumah bantuan PPRT saya yang dibina dan menyiasat lesen kontraktor serta kontraktor yang terlibat kerana saya khuatiri berlakunya penyelewengan untuk mengaut keuntungan yang banyak sehinggakan golongan malang seperti saya mendapat padahnya.
Bagi mengelakkan perkara sama berlaku kepada penerima bantuan rumah PPRT yang lain, saya mohon agar penyiasatan segera dilakukan dalam masa terdekat ini. Rumah bantuan PPRT yang saya terima bukanlah untuk tempat tinggal sementara tetapi untuk selama-lamanya bersama keluarga. Namun sekiranya kualiti dan kekukuhan rumah tidak terjamin, saya bimbang akan keselamatan ahli keluarga saya sekiranya berlaku bencana alam seperti angin kencang dan hujan lebat.
Pihak SPRM juga perlu terlibat sama dalam membanteras kontraktor yang hanya mahu mengaut keuntungan lebih berbanding membina rumah mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Rasuah mungkin ada kaitannya dengan kontraktor yang terlibat. Harap disiasat oleh pihak SPRM. Segala kerjasama daripada semua pihak yang terlibat amatlah diharapkan./sabahkini
Hampir 20 anggota polis 'menyerbu' Pejabat PAS Kalabakan sebagai usaha menghalang orang ramai daripada mendengar penjelasan mengenai penjualan pulau-pulau Sabah oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Lahirul Latigu. Menurut Naib Ketua Pemudanya, Noryusri Ahmad, kejadian ini merupakan situasi pertama yang berlaku di Tawau sepanjang sejarah penganjuran ceramah umum, termasuk yang melibatkan tokoh politik PAS dari semenanjung yang hadir berceramah di situ.
"Ramai pimpinan PAS dari semenanjung datang ke sini, termasuk Mohamad Sabu pernah ceramah di Tawaupun tidak berlaku seperti malam ini. Dulu yang datang hanya 2-3 orang sahaja termasuk Cawangan Khas. Tapi malam ini umpama satu batalion datang menakut-nakutkan orang ramai yang mahu mendengar isu pulau," dakwanya.
Sementara itu, Lahirul yang dalam ucapan ceramahnya kepada orang ramai yang hadir menegaskan, kehadiran anggota polis yang begitu ramai bukanlah penyebab utama halangan untuk beliau dari terus mengadakan 'road show' ke seluruh pelusuk negeri Sabah bagi memberi kefahaman dan maklumat berhubung isu tersebut; termasuklah mengenai isu tanah rakyat Sabah yang gagal ditangani oleh kerajaan Sabah sehingga ke hari ini.
"Datanglah berapa puluh ribu sekalipun, saya sama sekali tidak berganjak untuk menoleh ke belakang membelakangi hak rakyat Sabah," tegasnya. Beliau juga mendakwa, Ketua Menteri Sabah sebagai Menteri yang 'pengecut' kerana tidak berani menyahut cabaran Pemuda PAS berhubung isu tersebut yang sudah melepasi tempohnya.
"Musa Aman terpaksa menggunakan polis sebagai usaha terdesak beliau mengekang dari maklumat ini sampai kepada rakyat." Beliau sebelum ini mengasak Musa Aman untuk turut berada di lapangan politik Sabah sebagai 'anak tempatan' yang bertindak sebagai penjaga amanah dan menghalang dari khazanah negeri tergadai bukan mendiamkan dirinya.
Ketua Penerangannya, Mohd Zulfikar Abd. Mijan turut bertindak menghalau keluar tiga anggota polis yang menyamar sebagai orang awam daripada menyertai majlis penerangan tersebut. "Malam ini, kebanyakan Mat Rempit serta penjenayah bersenang-lenang merempit dan merompak apabila polis yang diamanahkan untuk menjaga keselamatan awam bertindak mengawasi perjalanan ceramah PAS," sinisnya semasa berucap menyampaikan ceramahnya.
Walaupun kehadiran polis seramai itu, namun ianya tidak menggentarkan hampir 100 orang yang datang dari Semporna, Tawau serta Kalabakan. Jumlah tersebut bagaimanapun dijangka meningkat setelah kebanyakan darinya terpaksa berpatah balik apabila mengetahui kehadiran polis yang begitu ramai.
Isu penjualan pulau Sabah kini tersebar luas setelah kenyataan oleh Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah, Datuk Osman Jamal yang mengakui terdapatnya pulau-pulau yang ingin dijual.
Penjualan pulau-pulau ini, bagaimanapun mendapat bantahan serius oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah yang menjalankan pelbagai usaha menghalang penjualan pulau tersebut termasuklah menghantar memorandum bantahan serta yang terbaru melancarkan kempen 'Selamatkan Pulau Sabah'; dengan mengutip tandatangan rakyat sebagai tanda sokongan bantahan yang mensasarkan 100,000 tandatangan untuk diserahkan kepada Musa Aman; serta Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dibahaskan di Parlimen.
Lahirul bersama Ketua Penerangan dan rombongan kini dalam rangka lawatan kerja pilihanraya dan Penerangan Pemuda PAS ke kawasan Kudat, Lahad Datu, Kota Kinabatangan, Sandakan, Semporna dan Kalabakan termasuk melawat beberapa buah pulau yang diiklankan untuk dijual./sabahkini
Tidak siapa menyangka Ahli Parlimen Silam yang menggelarkan dirinya sebagai 'Duta Keamanan PBB' yang kini berstatus 'DR' Haji Salleh Kalbi didakwa telah menerima rasuah RM500,000, tidak termasuk sebuah kereta Honda Accord daripada kontraktor IGM Enterprise sebagai imbalan kerana berjanji untuk melobi tiga projek jalan raya di parlimen Silam.
"Fang Choi Ming ada menghubungi saya mengadu bahawa Salleh enggan mengembalikan kereta Honda Accord yang digunakan isterinya dan wang RM500,000 yang telah diambilnya kerana bimbang Salleh akan mengganggu perniagaan beliau dan meminta saya melaporkan isu ini kepada SPRM," kata Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat, Citra Masadi yang juga seorang kontraktor dan pernah diganggu Salleh kerana enggan memberikan rasuah.
Menurut Citra, Fang memberitahu beliau, Salleh tidak bersungguh-sungguh membantunya dan sering mengelak setiap kali cuba ditemui. Sehubungan itu, Citra telah membuat laporan polis di Balai Polis Tawau melalui laporan yang bernombor KNK/RPT/2447/2011 yang isi kandungannya seperti berikut;
"PADA lebih kurang jam 7.45 malam, saya datang ke balai polis untuk membuat laporan ke atas Ahli Parlimen Silam, YB Haji Salleh Kalbi kerana telah menggunakan lambang jata persekutuan yang dikhaskan untuk Ahli Parlimen sahaja; malangnya lambang tersebut juga boleh digunapakai oleh kenderaan milik IGM Enterprise Sdn.Bhd seperti yang disiarkan dalam portal sabahkini.net dan saya juga difahamkan IGM Enterprise Sdn.Bhd telah merasuah YB Salleh Kalbi sebanyak RM500,000 beserta sebuah Honda Accord untuk mendapatkan projek membina Jalan Ulu Teburi, Jalan Putatan Baru dan Jalan Opak-Mensuli.
Bagaimanapun IGM Enterprise Sdn.Bhd telah gagal mendapatkan projek tersebut dan pihak IGM Enterprise Sdn.Bhd telah memaklumkan kepada saya bahawa mereka takut membuat laporan polis kerana YB Salleh Kalbi mempunyai kuasa di Lahad Datu. Tujuan laporan ini dibuat agar pihak SPRM menjalankan siasatan serta mengambil tindakan ke atas YB Salleh Kalbi. Sekian laporan saya." Dalam pada itu, Salleh Kalbi yang dihubungi enggan menjawab panggilan telefon sekalipun telah dihubungi beberapa kali./sabahkini
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Gua sokong kalau jabatan2 / institusi tak munasabah untuk rakyat, sebaliknya untuk parti politik, dimansuhkan bagi maksud kenyataan mengurangkan kakitangan awam. Ianya menjimatkan wang rakyat. Itu dari segi falsafah la.
Cuma dari segi teknik, gua fikir, tak perlu ada kenyataan la. Benda2 macam ni, boleh buat lepas ambil pemerintahan. Idea2 seperti ini tak perlu dibentangkan sekarang. Ianya dibentangkan setelah pemerintahan diambil dan keadaan menjadi stabil.
Ketika itu bentangkanlah idea2 prioriti no 100 ni setiap hari. Dan bahaskanlah secara terbuka setiap jam. Tak mengapa. Skang ni, fokus kepada Buku Jingga, dan janji 100 hari. Itu dasar yang disepakati bersama untuk setakat ini.
Ada suara menyamakan poligami dengan tuntutan Seksualiti Merdeka. Poligami ada dalam agama Islam dan Kristian dan Yahudi. Nabi Musa as berpoligami. Kebebasan mengamalkan agama masing2 dijamin dalam perlembagaan.
Jika gay dan lesbian mahu taraf yang sama dengan poligami, sila tunjukkan pengiktirafan agama2 yang telah ada terhadap gay dan lebian. Gua akan sokong golongan itu mengamalkan hak beragama mereka. Kalau memberikan pengiktirafan agama2 baru yang diada2kan, semata2 untuk mengiktiraf kebebasan seks, gua tolak lah. Jap lagi, ada plak cipta ada baru Abang Hensemis misalnya. Dan tuntut diiktiraf perlembagaan Malaysia.
Gua akan sokong kalau pihak PR umumnya, PAS khususnya berdemo menentang Ambiga dalam isu ini. Sebagainya kita berdemo menyokong Ambiga dalam isu BERSIH. Professional atas pengasingan tajuk. Tapi adalah lebih baik, Dewan Pemuda PAS menziarahi seketeriat Seksualiti Merdeka, dan menyampaikan hujah mengapa PAS membantah.
Dialog - tak bleh jalan -> debat - tak bleh jalan -> demo. Ini adalah step SOP pada gua.
5 November 2011 - Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini membuat pengumuman mengejut mengenai pengganti Menteri Besar Kelantan ketika sidang media program Hari Wukuf Putik.
"Orang itu ialah Khai Muhammad Taruna. Ini bukan keputusan saya. Ini keputusan syura."
Sekian berita palsu dari gua. Kah3...
Alhamdulillah. Subuh tadi, ngam2 hari wukuf, anak gua ditahnikkan oleh Tuan Guru Nik Aziz. Pulau Melaka. Settle satu adab kelahiran dalam Islam. Alhamdulillah. Terima kasih Allah kerana memudahkan gua sekeluarga. Terima kasih semua rakan2 dan Jeming Hasan atas pelbagai bantuan sejak gua menjejakkan kaki di Kelantan ni.
Anak gua bleh membuta time ditahnik. Ketap rapat mulut dengan gusi sampai kena paksa sikit. Mata tak mau buka, mulut pun tak mau buka. Seb baiklah orang tua tu penyabar orangnya. Hua3.. Pastu kena suap air zam2. Pastu kena gunting rambut sket.
Lepas cukur plak. Insyaallah. Kena timbang dan kol C++ untuk dinilaikan dengan emas. Kalau tak mampu, perak la.
You are subscribed to email updates from AdukaTaruna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
GEORGETOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyatakan pemimpin Umno adalah dalang di sebalik perobohan rumah penduduk kampung di Pantai Jerjak, Bayan Lepas.
Guan Eng pada sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang menegaskan, kerajaan negeri setakat ini tidak pernah merobohkan sebarang rumah tanpa memberikan pampasan yang sewajarnya.
Kenyataan ini sekaligus menafikan fitnah pihak pembangkang Pulau Pinang dan tindakan mereka yang sering memfitnah kerajaan Pulau Pinang sebagai anti-Melayu.
"Saya selalu difitnah anti-Islam oleh Umno dan anti-bukan Islam oleh Gerakan kerana menambah peruntukkan kepada majlis agama. Dengan ini, yang anti sebenarnya di sini tidak lain tidak bukan Umno sendiri.
"Tindakan ini tidak memberikan apa-apa kepada rakyat termasuk orang Melayu sendiri malah menunjukkan keangkuhan umno sendiri dalam usaha menangani isu kemiskinan.
"Kerajaan Pakatan Rakyat berpendapat, tindakan tersebut tidak wajar dilakukan oleh sesebuah parti yang dipimpin oleh pemimpin Umno terutamanya rumah yang diroboh dihuni oleh mereka yang berumur 70 tahun.
"Kerajaan negeri akan cuba membantu mangsa dan tidak membenarkan sebarang permohonan syarikat pembangunan pemaju sehingga mangsa tidak diberikan sebarang pampasan yang sewajarnya dan ini prinsip perjuangan Pakatan Rakyat," katanya.
Ujar beliau, selama ini pihak kerajaan negeri akan berunding dengan semua pihak terutamanya pemaju sebelum membuat apa-apa keputusan terutamanya membabitkan perobohan mana-mana kawasan.
"Kita selalu berusaha untuk berunding. Biasanya pemaju sedia berunding seperti yang disebutkan tadi. Hanya mereka yang mempunyai kuasa sahaja tidak ingin berunding iaitu khususnya yang ada kuasa tidak lain tidak bukan yang menjadi pemimpin Umno. Itulah yang mereka rakus, angkuh dan tidak mahu berunding.
"Selalu kerajaan negeri dipersalahkan. Selalu saya sendiri yang kena. Semuanya tiada kaitan dengan kerajaan negeri dan kita lihat yang akhirnya buat perobohan adalah seorang pemimpin. Kita lihat di sini, yang roboh rumah kampung melayu adalah umno dan bukanlah kerajaan negeri," katanya.
Beliau percaya, rakyat Pulau Pinang akan tahu siapa yang sebenarnya merobohkan kampung Melayu adalah pemaju Umno sendiri.
Sebuah NGO, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan membubarkan Parlimen pada bulan ini (November 2011), bagi membolehkan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 diadakan dalam masa terdekat.
Pengerusi Kebangsaan SAMM, Badrul Hisham Shaharin berkata, berdasarkan maklumat terkini yang diterima oleh pihaknya, pembubaran Parlimen dijangka akan dilakukan oleh Perdana Menteri sekitar 11 November ini.
Menurut beliau, tindakan tersebut sememangnya di luar jangkaan orang ramai, tetapi maklumat terkini mengenai perkembangan itu diperolehi oleh pihaknya daripada sumber-sumber dalaman yang boleh dipercayai.
Katanya, pembubaran Parlimen dalam masa terdekat pasti akan menambahkan lagi kepincangan proses pilihanraya di tanah air kerana ia diadakan ketika tuntutan rakyat bagi proses pilihanraya yang bersih dan adil belum dilaksanakan oleh kerajaan.
"Jika pilihanraya dipanggil dalam masa terdekat (paling tidak) sebelum menunggu jawatankuasa khas membuat keputusan, maka sudah tentu satu pilihanraya paling kotor dalam sejarah sedang dijanjikan oleh Kerajaan BN.
"Sekiranya ini tetap dilakukan, maka tidak dapat dielakkan persepsi pilihanraya kali ini hanyalah proses 'palsu' bagi menghalalkan regim Umno BN terus berkuasa," katanya pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, di sini, hari ini.
Sehubungan itu, menurut beliau, SAMM bersama dengan teman-teman organisasi massa lain yang mewakili rakyat Malaysia keseluruhannya memberi amaran kepada Perdana Menteri bahawa pilihanraya umum hanya boleh dipanggil setelah proses penambahbaikan proses pilihanraya dilakukan.
Katanya, proses penambahbaikan yang dituntut itu juga seharusnya satu proses 'reformasi' serius yang memberi jawapan kepada kelemahan-kelemahan yang sering dipergunakan oleh pihak tertentu dan bukan hanya perubahan kosmetik semata-mata.
Beliau yang turut dikenali sebagai Cikgu Bard menambah, yakinlah, rakyat sudah mula hilang kesabaran kerana negara sedang berdepan dengan krisis kepercayaan proses demokrasi pilihanraya paling teruk sekarang.
"Jika pilihanraya umum masih berlaku sebelum proses penambahbaikan pilihanraya yang menyakinkan, kami berjanji akan menggerakkan mobilisasi rakyat terbesar," tegasnya.
Beliau tidak menolak kemungkinan kali ini rakyat akan turun bukan sahaja untuk melakukan protes, tetapi benar-benar untuk menukar regim yang sekian lama gagal menjamin hak rakyat untuk mendapatkan proses demokrasi pilihanraya yang bersih dan adil.
"Kita tidak boleh menolak kemungkinan rakyat akan bangkit untuk memastikan regim turun agar proses pilihanraya yang adil dan bersih boleh mengambil tempat dan negara ini boleh diselamatkan," ujarnya.
Di serata dunia kebelakangan ini, katanya, pelbagai pihak dapat melihat kebangkitan kuasa rakyat menundukkan pemerintahan diktator di beberapa buah negara.
Menurutnya, di Malaysia pada 9 Julai lalu, ribuan rakyat telah memilih jalan raya untuk mendesak penambahbaikan proses pilihanraya negara yang terbukti dicemari pelbagai kecacatan yang sering dinafikan pihak pemerintah.
"Kepincangan proses pilihanraya telah diakui oleh Datuk Seri Najib dengan mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Proses Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen)," katanya.
Bercanggah dengan pengakuan betapa perlunya proses penambahbaikan proses pilihanraya, tegasnya, kenyataan umum terus dikeluarkan oleh pimpinan BN dan Perdana Menteri sendiri yang mencadangkan bahawa PRU Ke-13 diadakan tidak lama lagi dan tidak perlu menunggu proses reformasi proses pilihanraya selesai.
"Malah lebih menggusarkan dan lebih bercanggah dengan jaminan untuk menambahbaik proses pilihanraya, timbul pula pelbagai perkembangan negatif seperti pemberian taraf warganegara kepada rakyat asing secara 'istimewa' untuk tujuan mengundi (khususnya bagi pihak BN)" ujar beliau.
Turut hadir pada sidang media itu, Pengerusi Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM), Haris Ibrahim; Pengerusi League Unemployed Graduates, Devadas Silvaraju; Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), Dr Rohana Ariffin dan Pengerusi India Justice Party (IJP), PS Jenapala.
KAJANG: Hanya dengan memberi alasan tayar motosikalnya goyang, seorang remaja perempuan nyaris menjadi mangsa lelaki 'gila seks' apabila diraba dan cuba dicabul di pondok bas di Jalan Semenyih, Selasa lalu.
Dalam kejadian jam 8.15 malam itu, mangsa yang berusia 19 tahun baru pulang dari kolejnya di ibu kota dengan menunggang motosikal berseorangan ke rumahnya yang terletak di Taman Tasik Kesuma, di sini.
Disebabkan hujan dan jalan licin, mangsa menunggang motosikal perlahan sebelum dihampiri seorang lelaki menaiki motosikal dan meminta dia memberhentikan motosikalnya kerana mendakwa tayarnya bergoyang.
Menurut sumber, mangsa yang terpedaya memberhentikan motosikalnya di pondok menunggu bas dan memeriksa tayar motosikalnya sebelum lelaki itu pura-pura mahu membantu.
"Mangsa yang tidak mengesyaki niat buruk lelaki terbabit hanya mengikut arahan dan memerhatikan tingkah laku lelaki itu yang kelihatan bersungguh-sungguh mahu menolongnya," katanya.
Bagaimanapun, lelaki terbabit tiba-tiba mendekati mangsa sebelum menarik tangan mangsa dan mengajaknya berbual sebelum bertindak lebih drastik apabila cuba memasukkan tangannya ke dalam seluar mangsa.
Mangsa yang terkejut diperlakukan sedemikian menepis tangan lelaki itu sebelum mendapatkan motosikalnya dan beredar dari tempat kejadian.
Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang seolah-olah meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya menghalang timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), dianggap cuba masuk campur. Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) melihat kenyataan bekas Perdana Menteri yang dianggap masih berpengaruh dalam Umno dan kerajaan itu, hanya akan mengusutkan lagi keadaan. "Dr Mahathir sudah berkhidmat sebagai perdana menteri selama 22 tahun dan dasar perubahan dalam pendidikan PPSMI diperkenalkan oleh pentadbirannya. Maka setelah dibuat kajian, ratusan ribu pelajar Melayu didapati menjadi mangsa iaitu tercicir dalam pelajaran teras tersebut. "Jadi apabila Menteri Pelajaran membuat keputusan untuk menghapuskan PPSMI dan kembali kepada bahasa ibunda, beliau (Dr Mahathir) tidak sepatutnya dilihat cuba mempengaruhi keputusan yang telah dibuat menteri betanggungjawab itu," ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang. Mahathir dalam kenyataan di Langkawi kelmarin bahawa Perdana Menteri masih boleh menghalang Muhyiddin memansuhkan PPSMI. Beliau dipercayai memberi respons kepada Muhyiddin yang berkata keputusan kerajaan memansuhkan dasar PPSMI muktamad walaupun cuba didesak oleh beberapa pihak termasuk Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (Page). Muhyiddin juga menolak sebarang perbincangan lagi memandangkan kerajaan sudah pun memutuskan bagi memansuhkan dasar itu pada tahun 2009 dan ia berbetulan dengan keputusan kerajaan untuk memperkenalkan dasar Memartabat Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). "Pelajar Melayu luar bandar sudah lama tertinggal walaupun terpaksa menunggu sistem tersebut kembali kepada Bahasa Melayu. Mereka tidak wajar terus menjadi mangsa kepada eskperimen yang sudah jelas menjejaskan pencapaian mereka seperti yang telah terbukti diakui oleh Menteri Pelajaran. "Setelah beberapa tahun PPSMI diperkenalkan oleh Dr Mahathir, didapati ratusan ribu generasi pelajar menanggung kerugian kerana gagal menguasai mata pelajaran yang penting untuk berjaya melanjutkan pelajaran kepada yang tahap lebih tinggi. Pada masa yang sama tahap peningkatan penguasaan bahasa Inggeris murid adalah nominal iaitu tidak lebih tiga peratus sepanjang pelaksanaan PPSMI. "Justeru sudah jelas PPSMI hanya membawa kerugian kepada bangsa Melayu. Oleh yang demikian, PAS Pahang menentang sebarang cubaan menghidupkan semula PPSMI, termasuk cubaan Dr Mahathir untuk mempengaruhi Najib," jelas Tuan Ibrahim.
Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Malaysia menempelak sekeras-kerasnya kempen Seksualiti Merdeka yang dilihat mencabuli Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948. Pengarahnya, Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi (gambar) berkata, ironinya, NGO-NGO Malaysia yang menyokong kempen Seksualiti Merdeka pada dasarnya merupakan penyokong tegar kepada Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 (Universal Declaration of Human Rights 1948). Contohnya, kata beliau mereka tanpa jemu memperjuangkan hak seseorang itu untuk menukar agama termasuk untuk murtad dari agama Islam kononnya ia selaras dengan Perkara 18 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948. "Namun sekarang beralih arah pula kepada isu homoseks, lesbian, biseksual dan transeksual," ujarnya dalam satu kenyataan. Jelasnya, Juham berpandangan bahawa hidup sebagai homoseks, lesbian, biseksual atau transeksual adalah bercanggah dengan prinsip hak asasi manusia itu sendiri. Secara asasnya, ujar beliau prinsip hak asasi manusia ini sebenarnya bersumber daripada prinsip dan nilai agama itu sendiri. Hal itu, katanya ditegaskan oleh pengkaji hak asasi seperti Michael J. Perry (The Idea of Human Rights: Four Enquiries, Oxford University Press, New York, 1998) bahawa idea berkaitan hak asasi ini sebenarnya jauh tertanam di dalamnya prinsip keagamaan. "Hal ini kerana penghormatan hak manusia ini telah lama ditegaskan di dalam mana-mana agama," katanya. Menurutnya, idea yang sama juga dikongsi oleh Jerome J. Shestack, (The Philosophic Foundations of Human Rights – Human Rights Quarterly 20 (1998) 201-234). Oleh itu, sebenarnya idea yang disebarkan oleh Seksualiti Merdeka adalah idea sekular yang tidak mempunyai asas hak asasi yang sebenar. Jelas beliau lagi, Perkara 16 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 pula dengan jelas menyebut bahawa hak asasi seseorang individu itu untuk berkahwin adalah melibatkan antara lelaki dan wanita, bukannya yang antara sesama jantina. "Oleh itu, atas dasar apakah NGO-NGO ini turut bersama kumpulan Seksualiti Merdeka ini memperjuangkan agenda songsang ini?" soalnya. Justeru, ujarnya Juham berpendirian tegas bahawa kempen itu sebenarnya tidak berpaksikan kepada prinsip hak asasi manusia yang berasaskan kepada Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 sebaliknya hanya muncul sejak beberapa tahun kebelakangan ini sahaja. Kata beliau, walaupun terdapat suatu Prinsip Yogyakarta yang diluluskan pada tahun 2006 untuk membuat suatu kajian yang berlegar di bahawa tajuk diskriminasi dan orientasi seks yang antara lainnya menyentuh mengenai hak seseorang individu untuk berpegang dan mengamalkan seks sesama jantina, namun resolusi tersebut hanyalah bersifat kajian semata-mata dan bukannya mengikat Negara-negara yang menjadi ahli Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Malah, katanya terdapat 57 Negara yang menentang Resolusi tersebut termasuk Malaysia. Kesimpulannya, jelas beliau kempen Seksualiti Merdeka itu sebenarnya telah mencemarkan kempen hak asasi manusia secara keseluruhannya termasuk mencemarkan prinsip Rukunegara yang pertama iaitu 'Kepercayaan Kepada Tuhan'. Tambahnya, tiada mana-mana agama di dunia ini yang menyuruh penganutnya mengamalkan hidup sebagai seorang homoseks atau lesbian. Malah, katanya kempen sebegini sebenarnya memberikan kesan moral dan kesihatan kepada rakyat Malaysia. "Selain itu, kempen sebegini langsung tidak didukung oleh mana-mana undang-undang di Malaysia samada oleh Bahagian II, Perlembagaan Persekutuan iaitu Kebebasan Hak Asasi mahupun undang-undang domestik yang lain," katanya. Oleh itu, beliau berkata Juham berpendirian NGO-NGO yang menyokong kempen ini sebenarnya telah mengamalkan sikap double standard dalam memperjuangkan hak asasi manusia yang sifatnya bukan sahaja menyalahi mana-mana agama yang dianuti oleh semua rakyat Malaysia, malah ia bercanggah dengan Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 yang diagung-agungkan oleh mereka selama ini. "Juham juga menggesa supaya pihak berkuasa dan berwajib menangani isu dengan sewajarnya selain mengambil pendekatan untuk bersemuka dan berbincang untuk membetulkan kembali persepsi sebenar berkaitan hak asasi ini," ujarnya lagi.
Maka menerusi belas kasihan Tuhanlah kamu [Wahai Rasul] berlemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri darimu. Maka maafkanlah mereka dan mohonkanlah ampunan bagi mereka; dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan awam….." [3:159]
Perbahasan mengenai homoseksualiti dan Islam bukanlah perkara asing dan taboo bagi para pengkaji dan pemikir. Daripada aspek hukum sehingga bagaimana masyarakat sewajarnya menyantuni isu ini telah dibahaskan dengan begitu panjang lebar oleh para sarjana. Sayangnya, sikap masyarakat Islam yang tidak berupaya mencedok dan menghadam perbahasan tersebut dengan berhati-hati telah menjejaskan imej yang ingin kita potretkan kepada Islam.
Islam bukanlah agama hukuman sebagaimana yang difahami oleh kebanyakkan Muslim. Bahkan ia adalah agama yang penuh dengan kasih sayang dan mempromosikan keamanan sesuai dengan maknanya – sejahtera. Trend beragama di Malaysia sangat membimbangkan, kita terlalu rigid dan menyempitkan agama di dalam perkarangan masjid dan surau sahaja. Kita mudah untuk mengharamkan dan menghalalkan sesuatu tanpa berfikir panjang dan mengambilkira situasi dan keadaan semasa. Jika ia tidak halal pasti ianya haram dan begitulah sebaliknya. Ketahuilah Islam lebih luas dari masjid dan surau kita.
Apabila timbul isu Elton John dan Seksualiti Merdeka, ramai Muslim termasuk badan-badan NGO yang membawa jenama Islam melenting dan menunjukan reaksi yang tidak wajar. Alasan mereka mudah, perkara seperti ini mempromosikan cara hidup yang tidak Islamik. Kononnya ramai anak muda Islam yang akan terpengaruh dengan cara hidup yang berkiblatkan barat. Seperti biasa, PERKASA adalah antara yang terawal membuat laporan polis diikuti dengan badan-badan lain dan individu yang kononya risau dan khuatir dengan perkembangan ini. Rasuah juga satu dosa Saya tidak bercadang untuk memanjangkan perbahasan tentang hukum homoseksualiti dari sudut agama, kerana ianya jelas. Mahu atau tidak kita mengakui homoseksualiti merupakan suatu dosa dan bertentangan dengan norma – norma agama. Namun sekiranya inilah yang menjadi kegusaran PERKASA serta badan – badan NGO dan individu Muslim yang lain, kegusaran ini tidak berasas. Ketirisan dalam pentadbiran kerajaan merupakan satu dosa, rasuah juga merupakan satu dosa, penganiayaan terhadap buruh juga merupakan satu dosa, membolot kekayaan negara untuk kroni dan keluarga juga merupakan satu dosa. Bahkan ianya lebih besar dan wajar untuk kita ambil peduli kerana ia melibatkan harta rakyat dan negara. Ia bukan maksiat peribadi.
Islam tidak pernah bersetuju dengan homoseksualiti tetapi Islam adalah agama yang sangat menghormati hak peribadi individu sehingga Allah menegaskan di dalam Surah Al – Hujarat ayat 12: "Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang.."
Tidak menjadi tugas dan kewajipan pemerintah Islam untuk mengintip dan mencari-cari kesalahan dan maksiat individu yang dilakukan secara tertutup dan tersembunyi. Di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Dawud bahawa Muawwiyah mendengar Rasulullah (S.A.W) bersabda: "Sesungguhnya engkau, jika mencari-cari keaiban orang ramai, nescaya engkau merosakkan mereka atau hampir merosakkan mereka"
Samada kita suka atau tidak, homoseksualiti merupakan satu realiti yang mesti kita terima. Pergilah ke ceruk mana sekalipun kita tidak dapat lari dari realiti ini.
Hukum berimankan 'Ma'boon'
Bahkan sekiranya kita membuka teks–teks klasik fiqh, kita pasti akan bertemu dengan perbahasan mengenai 'Ma'boon', iaitu lelaki yang mempunyai perasaan terhadap lelaki lain. Para sarjana Mazhab Maliki menyatakan sah hukumnya berimamkan seorang 'Ma'boon'.
Saya merasakan kita sewajarnya mengambil langkah yang lebih realistik dalam menyantuni isu ini. Banyak persoalan yang lebih utama untuk kita bangkitkan. Penindasan dan sikap double-standard masyarakat terhadap golongan LGBT ini merupakan sesuatu yang amat membimbangkan. Baca sahaja laporan media dan internet, berapa ramai remaja yang kehilangan nyawanya setiap hari hanya kerana dia seorang homoseksual? Apakah jiwa mereka tidak bernilai pada mata kalian? Adakah ini yang Allah perintahkan?
Adakah kerana mereka homoseksual maka darah mereka halal untuk dikorbankan ? Maruah mereka boleh dipermainkan? Mereka boleh didiskriminasikan dan diperlakukan sesuka hati? Jika jawapannya 'Ya', maka kita bukan sahaja tidak layak menjadi seorang Muslim bahkan tidak layak langsung menjadi manusia. Allah berfirman:
"...Barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia keseluruhannya" [5:32]
Kita bebas untuk tidak bersetuju dengan perbuatan mereka. Tetapi sebagai manusia, mereka wajar dihormati dan diperlakukan selayaknya. Tindakan singkat akal yang dilakukan atas nama Islam dalam isu ini telah mencacatkan wajah Islam sebagai agama yang toleran dan penuh dengan kasih sayang. Kenapa Muslim senang sekali menjauhkan manusia lain dari Tuhannya?
Tuhan tidak pernah berjenaka apabila Dia mengatakan:
"Belas kasihku meliputi segala benda...." [7:156] Ya Allah sesungguhnya hamba-Mu telah menyampaikan! Penulis mewakili NGO, Lawyers For Liberty. ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis/penyumbang dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi sidang pengarang Malaysiakini.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menafikan kerajaan negeri pernah merobohkan rumah tanpa memberikan pampasan yang sewajarnya.
Sebaliknya, dakwa beliau pemimpin Umno adalah dalang di sebalik perobohan rumah penduduk kampung di sekitar Pantai Jerjak, Bayan Lepas.
Lim pada sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, semalam berkata fitnah itu sengaja ditaburkan oleh pihak pembangkang Pulau Pinang bagi menggambarkan seolah-olah kerahaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat yang diterajuinya adalah 'anti-Melayu'.
"Saya selalu difitnah anti-Islam oleh Umno dan anti-bukan Islam oleh Gerakan kerana menambah peruntukkan kepada majlis agama. Dengan ini, yang anti sebenarnya di sini tidak lain tidak bukan Umno sendiri.
"Tindakan ini tidak memberikan apa-apa kepada rakyat termasuk orang Melayu sendiri malah menunjukkan keangkuhan umno sendiri dalam usaha menangani isu kemiskinan," katanya dipetik siaran TV Selangor.
Menurut Lim, kerajaan negeri pimpinan Pakatan berpendapat, tindakan merobohkan rumah tanpa pampasan tidak wajar dilakukan oleh sesebuah pemaju yang diterajui oleh pemimpin Umno terutamanya rumah berkenaan dihuni oleh mereka yang berumur 70 tahun.
"Kerajaan negeri akan cuba membantu mangsa dan tidak membenarkan sebarang permohonan syarikat pembangunan pemaju sehingga mangsa diberikan pampasan yang sewajarnya dan ini prinsip perjuangan Pakatan Rakyat," katanya.
Menurut Lim, selama ini pihak kerajaan negeri akan berunding dengan semua pihak terutamanya pemaju sebelum membuat apa-apa keputusan khususnya membabitkan perobohan mana-mana kawasan.
"Kita selalu berusaha untuk berunding. Biasanya pemaju sedia berunding seperti yang disebutkan tadi. Hanya mereka yang mempunyai kuasa sahaja tidak ingin berunding iaitu khususnya yang ada kuasa, tidak lain tidak bukan yang menjadi pemimpin Umno. Itulah yang mereka rakus, angkuh dan tidak mahu berunding.
"Selalu kerajaan negeri dipersalahkan. Selalu saya sendiri yang kena. Semuanya tiada kaitan dengan kerajaan negeri dan kita lihat yang akhirnya buat perobohan adalah seorang pemimpin. Kita lihat di sini, yang roboh rumah kampung Melayu adalah Umno dan bukanlah kerajaan negeri," katanya.
Pensyarah kontroversi Prof Dr Abdul Aziz Bari berpandangan bahawa sokongan DAP supaya pilihan diberi untuk belajar Sains dan Metematik dalam bahasa Inggeris salah daripada aspek perlembagaan.
Pakar perlembagaan itu berkata, perkara 152 perlembagaan persekutuan menyatakan urusan rasmi mesti dijalan dalam bahawa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan negara ini.
"Tambahan pula ia berjalan sehingga (mantan perdana menteri) Mahathir (Mohamad) secara bersendirian menukarnya (kabinet tidak terliabt membuat keputusan itu)," katanya pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu.
Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua (bawah) pada 30 Oktober dilaporkan berkata, kementerian pelajaran perlu lebih anjal dan wajar memberi pilihan supaya kedua-dua matapelajaran itu dalam bahasa Inggeris demi mengekalkan bakat terbaik dalam negara.
Katanya, prinsip paling penting harus terima pakai ialah pelajar yang cerdik tidak harus ketinggalan di belakang hanya kerana ada pelajar yang lemah dalam akademik.
Sehari sebelum itu, timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sistem pendidikan akan kucar-kacir jika kerajaan membenarkan pemilihan bahasa pengantar sama ada bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris.
Dalam kenyataan hari ini, Aziz berkata, tindakan Muhyiddin yang juga menteri pelajaran memansuhkan PPSMI dan meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris sebelum ini adalah betul.
"Bawah perlembagaan dibenarkan belajar bahasa lain; hatta dana awam boleh digunakan untuk tujuan itu. Kenapa pengajaran Matematik dan Sains dijadikan bahan ujikaji?" soalnya.
Beliau berpendapat, walaupun PPSMI tidak disebut antara dasar bersama Pakatan Rakyat, iltizam untuk melindungi dan menegakkan sistem beraja, agama Islam, hak istimewa dan bahasa Melayu, cukup jelas.
"DAP - seperti juga MCA - perlu konsisten berhubung perkara yang melibatkan perlembagaan," katanya.
Pertubuhan NGO Sister In Islam atau SIS telah mengorak langkah mempertahankan perhimpunan Seksualiti Merdeka 2011 dan mempertikaikan arahan pihak Polis yg melarang program itu. SIS berkata tindakan itu sebagai menghalang kebebasan hak bersuara. 'Pertubuhan Islam' itu antara 20 pertubuhan NGO lain termasuk SUARAM @ Suara Rakyat Malaysia yg menyokong program Seksualiti Merdeka 2011 yg bakal di rasmikan oleh Datuk Ambiga.
Sister In Islam ini sering mencetuskan kontraversi dalam tindaktanduk nya berkaitan dengan mertabat Islam sejagat. - mjr/sh
Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan PAS menolak perpaduan dengan Umno kerana perjuangan parti Melayu itu sebenarnya amat sesat (dhalalah) disebabkan menolak Islam dan mengasingkan politik dengan agama yang menyebabkan banyak pihak tidak faham Islam termasuk bukan Islam.Mursyidul Am PAS itu berkata, sebenarnya, perpaduan melalui Pakatan Rakyat telah membuka ruang bagi PAS menyampaikan kebaikan Islam kepada pemimpin dan ahli parti Pakatan Rakyat yang bukan Islam.
Dalam perutusan sempena dua tahun Pakatan Rakyat hari ini, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menambah, meskipun PAS menolak pendekatan perpaduan dengan Umno, bukan bermakna PAS mengenepikan tanggungjawab menyebar Islam.
Berikut ialah perutusan penuh beliau
Selama ini kita tidak berfikir untuk menyebar Islam kepada bukan Islam. Selama ini tok-tok guru pondok kita hanya menyebar Islam sesama orang Islam. Meskipun PAS menolak pendekatan perpaduan dengan Umno, bukan bermakna PAS mengenepikan tanggungjawab menyebar Islam. Sebenarnya, perpaduan melalui Pakatan Rakyat telah membuka ruang bagi PAS menyampaikan kebaikan Islam kepada pemimpin dan ahli parti Pakatan Rakyat yang bukan Islam.
Sebaliknya, PAS ada alasan dan sebab-musababnya kenapa menolak perpaduan dengan Umno. Antaranya:
1. Perjuangan Umno sebenarnya amat dhalalah (sesat sesesatnya), kerana menolak Islam dan mengasingkan politik dengan agama. Kesan menolak Islam itulah, banyak pihak tidak faham Islam, termasuk rakan kita yang bukan Islam. 2. Tindak tanduk Umno jelas mengkhianati perjuangan Islam, khususnya terhadap PAS. Berpandukan pengalaman lepas, PAS pernah membuat persetujuan masuk BN, maka ada yang menyokong dan menentang, sehingga ada kecelaruan dan munculnya golongan yang menentang kemasukan PAS dalam BN, seperti mana munculnya Bebas Bersatu sebagai serpihan PAS. Akibatnya lagi muncul pula Berjasa ketika PAS diambang kekalahan selepas diganyang Umno melalui peristiwa darurat 1977. Semuanya adalah nilai dan kesan pengorbanan besar PAS atas semata-mata ingin bersama Umno. Namun, pengorbanan itu tidak dihargai oleh Umno. Malah, PAS telah ditendang keluar. Ia sungguh perit bagi PAS untuk berbaik semula dengan Umno atau masuk balik BN.
3. Oleh sebab itu, PAS rela dan menyatakan komitmen tinggi bersama mengukuhkan perpaduan Pakatan Rakyat.
4. Begitu pula, semenjak pilihan raya umum 2008 lalu sampai ke hari ini, Umno menuduh PAS sebagai boneka DAP. Sedangkan apa yang berlaku di Pulau Pinang sebelum ini, Umno yang mendapat kuasa majoriti. Pun begitu, pemimpin parti Gerakan yang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Jelas, dalam keadaan itu, meletakkan kedudukan Umno sebagai parti yang menjadi kuda tunggangan (boneka) parti Gerakan. Di samping tidak kurang pula, ada sejumlah kerusi yang sepatutnya Umno bertanding (di kawasan majoriti Melayu), tetapi secara tidak beradab telah menyerahkan kepada pemimpin Gerakan, MCA dan MIC bertanding dengan alasan, kononnya ia simbol permuafakatan kuasa dalam BN.
5. Sekarang PAS dilihat berjaya bersama Pakatan Rakyat. Ia suatu perkembangan baik, memandangkan dulu PAS sendiri rela tidak berkawan dengan DAP, kerana ada pemimpinnya yang menyerang Islam. Sebaliknya sekarang, para pemimpin DAP termasuk Karpal Singh tidak lagi menyerang Islam. Malah berlaku perkembangan yang agak baik apabila sudah ada kalangan pemimpin Pakatan Rakyat (termasuk DAP) sudah mula pandai baca Al-Quran dan kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan DAP di Pulau Pinang sudah berani berikrar mengambil contoh gaya pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. Sedangkan Gerakan, MCA dan MIC begitu lama (sejak merdeka) bersama Umno dalam BN, mereka itu tetap tidak faham-faham agama Islam.
Jadi, bersempena dengan dua tahun usia Pakatan Rakyat ini, sukacita kiranya para pemimpin dan pendukung perjuangan Pakatan Rakyat dapat menguatkan lagi tekad ke arah membina perpaduan dan persefahaman serta keyakinan agar terus utuh di atas prinsip keadilan untuk semua rakyat. Ini kerana prinsip tersebut adalah sejajar dengan ajaran Islam yang mengutamakan keadilan untuk semua kaum di negara.
Sehubungan dengan itu, demi mengukuhkan lagi Pakatan Rakyat dan bagi mempersiapkan diri mendepani banyak lagi cabaran mendatang, maka pihak PAS sewajarnya mengadakan satu seminar atas isu "hak-hak bukan Islam di dalam pemerintahan berteraskan Islam" bersempena Muktamar PAS akan datang.
Ada baiknya seminar itu dapat menjadikan tulisan As-Syeikh Dr. Yusoff al-Qaradhawi, bertajuk Ghairul muslimin fil mujtama'ul-Islami sebagai bahan rujukan penting untuk perbincangan. Mungkin dengan penganugerahan tokoh Maal Hijrah 1431 oleh kerajaan Malaysia kepada as-Syeikh Dr. Yusoff adalah suatu titik persetujuan awal kita bagi menerima idea-idea baik daripada beliau untuk difahami dan diamalkan dalam kerajaan. Sekaligus ia boleh diajak bersama para pemimpin politik bukan Islam menyertai seminar tersebut.
Sebenarnya, melalui seminar sedemikian, PAS boleh melakukan pendekatan yang baik dalam menghubungkan kefahaman antara pemimpin Islam dengan bukan Islam. Di samping PAS tidak seharusnya lupa terhadap jasa dan pengorbanan para ulama' dan pemimpin Islam terdahulu. Dan sesungguhnya, pemimpin PAS sekarang begitu terhutang budi kepada para ulama' terdahulu, kerana berkat hasil usaha mereka jugalah, sekarang 'orang Kelantan' sudah berada di mana-mana sahaja dalam pelbagai sektor pembangunan Negeri dan Negara.
Dan, apa yang telah dilaksanakan di Kelantan hari ini adalah suatu simbol kejayaan politik Pakatan Rakyat. Maka, PAS dan kerajaan Kelantan hari ini sudah membuat banyak penambahbaikan kepada kedudukan dan kefahaman Islam itu sendiri. Ia turut merangkumi kehendak politik rakyat pelbagai kaum. Semuga akan datang, akan lahir kalangan pemimpin Islam yang mewakili pelbagai kaum – kalangan orang Cina atau India – layak menyambung sejarah Islam. Ini kerana sejarah awal Islam membuktikan orang Cina dan India terlebih dahulu menerima Islam daripada orang Melayu. Ia bermakna, orang Cina dan India layak dan mustahak turut sama menyebarkan Islam di negara ini.
Apa yang utama, penglibatan semua kaum dalam politik dan dakwah akan menyuburkan lagi nikmat persaudaraan di sebalik Allah Subhanahu wa taala jadikan manusia itu pelbagai kaum. Firman-Nya, maksudnya, "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).[al-Hujuraat, 49: 13]
Semoga amalan dan kebajikan yang kita lakukan mendapat keredhaan Allah Subhanahu wa taala. Panjang usia Pakatan Rakyat, panjanglah keadilan untuk semua rakyat.
Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,
Mursyidul Am PAS,
merangkap Menteri Besar Kelantan.
You are subscribed to email updates from pemuda cheh To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kerajaan Negeri Pahang digesa menyiasat satu laporan yang dipercayai telah disembunyikan maklumatnya daripada pengetahuan orang ramai berkaitan dengan berikutan kejadian sebuah lombong bijih besi milik Pheonix Lake Sdn. Bhd. di Sri Jaya, Maran baru-baru ini. Ia berkaitan dengan timbulnya cerita panas sejak akhir-akhir ini bahawa dalam kejadiann tersebut terdapat tujuh mangsa yang merupakan pekerja lombong berkenaan telah terimbus dan ditemui mati ketika kejadian. Persoalannya, kenapa ia perlu disembunyikan daripada pengetahuan orang ramai jika kerajaan benar-benar ikhlas dan jujur dalam hal ini. Tidak diketahui kenapa maklumat itu disembunyikan, namun rakyat sewajarnya dimaklumkan tentang kebenaran hakiki dan tidak perlu ada perasaan takut oleh pihak terbabit untuk merahsiakannya. Dakwaan bahawa "ada kematian" dalam kejadian terbabit mula tersebar apabila ada beberapa pekerja yang takut dan mula menyampaikan maklumat tersebut. Anehnya, pihak media dihalang mendapatkan gambaran sebenar kejadian yang melibatkan Lombong Bijih Besi terbesar di Asia Tenggara itu. Jika benar dakwaan ada kematian, maka kenapa ia harus disembunyikan?. Apakah kerana mahu menjaga kepentingan pihak-pihak tertentu dalam syarikat terbabit?. Dalam satu laporan yang dibuat oleh TV3 sebelum ini, wartawan mereka telah dihalang oleh pihak berkenaan untuk mendapatkan maklumat sebenar tentang kejadian. Malah, Menteri Besar Pahang ketika ditanya oleh media hanya mengucapkan tahniah kepada syarikat berkenaan kerana telah memberikan pampasan kepada penduduk (haram) yang dikatakan mendiami kawasan berkenaan. Namun, terdapat laporan daripada penduduk bahawa sebahagian daripada lombong berkenaan juga dipercayai "haram" kerana tidak mempunya "Mining Certificate"(MC) yang sah. Malah, mereka juga ragu-ragu dengan laporan yang dibuat oleh enam jabatan yang meluluskan kawasan terbabit sebenarnya. Maknanya terdapat rahsia besar yang cuba disembunyikan daripada rakyat dalam kejadian itu.
Kenyataan MB Pahang yang dilihat lebih kepada pertahankan Syarikat itu pasti ada sesuatu yang tidak sepatut berlaku dibelakang tabir agaknya
Apakah telah dilakukkan kajian Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) kepada lombong seperti di bawah ini (foto)? Penarahan bukit secara terbuka seperti didalam gambar ini dengan untuk melombong bijih seperti ini kemungkinan boleh menyebabkan berlakunya banjir lumpur yang merosakkan harta benda dan memusnahkan hasil pertanian jika berlaku kejadian hujan lebat. Fail foto di SINI. Ramai yang keliru dengan laporan pihak berkenaan sebenarnya. Jika lombong yang terbesar di Asia Tenggara itu pun boleh pecah selepas mendapat khidmat nasihat enam jabatan termasuk JAS, maka itulah rakyat Kuantan sebenarnya terlalu takut dengan laporan yang sama dikatakan dibuat oleh JAS terhadap projek kilang memproses rare earth milik Lynas Corporation dekat Gebeng itu sebenarnya.
Cuba lihat, inilah salah satu kawasan lombong bijih di Pahang sebenarnya
[Susulan dengan itu Kerajaan Negeri Pahang digesa menubuhkan jawatankuasa khas untuk menyiasat laporan berkenaan kematian yang berlaku di lombong berkenaan. Biar pun ia tidak didedahkan kepada pihak media namun daripada maklumat yang diberikan oleh pekerja dan orang awam yang tahu kisah ini, ianya sepatutnya didedahkan agar menjadi tauladan kepada pengusaha lombong yang lain supaya lebih berhati-hati dengan isu seperti ini. Kita tidak mahu lebih ramai penduduk yang terlibat menjadi mangsa jika ia tidak ditangani dengan betu. Memang benar MB menyalahkan takdir atas apa yang berlaku, dan itu jugalah alasan yanga kan diberikan jika perkara yang sama berlaku kepada kilang Lynas kelak. Maka itu, rakyat sepatutnya mempunyai hak untuk mengetahui kisah sebenar di sebaalik tragedi yang telah didedahkan oleh TV3 ini. Jika dirahsiakan, lama-kelamaan rakyat akhirnya akan tahu juga dan mereka akan mengatakan kerajaan menipu dan cuba menyembunyikan fakta untuk mengelirukan rakyat. Maka, bagaimana rakyat mahu menyokong mereka lagi pada Pilihanraya Umum ke-13 akan datang?. Sudah pasti mereka akan buat undi protes. Apakah ini yang kerajaan negeri BN inginkan agaknya?].
Sungguh mengejutkan dan sesuatu yang sungguh mengharukan kita apabila dilaporkan rupanya Festival Seksualiti Merdeka sebenarnya sudah dianjurkan di negara ini sejak tahun 2008 lagi. Anehnya, kenapa baru sekarang semua pihak berbunyi dan menyalahkan pihak tertentu?. Malah, ramai yang menuding jari menyalahkan Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S.Ambiga Sreenevasan. Malah dalam artikel kami yang terdahulu juga ada menegur perbuatan beliau itu. Terkadang, akibat maklumat yang salah dan tidak tepat maka kita terpaksa melatah dan membuat berbagai kenyataan melulu. Begitu juga berbagai dakwaan dan tuduhan yang dibuat oleh beberapa buah NGO yang membuat laporan polis terhadap Ambiga, kononnya beliau menjadi penganjur program tersebut. Namun, akhirnya Ambiga tampil mengeluarkan kenyataan bahawa beliau bukanlah Penganjur sebaliknya hanya dijemput khas untuk merasmikan progran tersebut. Maka, denga kenyataan itu kita keliru apakah cerita dibelakang tabir tentang isu kontroversi ini. Akhirnya berita mengejutkan diterima hari ini bilaPersatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) musykil mengapa pihak berkuasa, khususnya polis dan pelbagai pihak yang tiba-tiba sahaja hendak bertindak mengharamkan Festival Seksualiti Merdeka sedangkan ia sudah wujud sejak 2008. Dalam satu kenyataan media, biro kerohanian dan pembangunan insan, PMUKM berkata program yang sama juga pernah dirasmikan oleh anak seorang pemimpin utama negara dan dibiarkan sebegitu tanpa sebarang bantahan. Soalnya, siapakah anak pemimpin negara terbabit?. Apakah ia anak pemimpin pembangkang atau UMNO Barisan Nasional?. Rupa-rupanya, anak pemimpin terbabit ialah Marina Tun Mahathir (foto), iaitu anak mantan Perdana Menteri dan Presiden UMNO sendiri. Maka, kenapa pula tiba-tiba isu ini dikecohkan?. Sedangkan ia sudah diadakan sebelum ini?. Mungkin agaknya kerana Ambiga merupakan "wanted" selepas dia menjadi Pengerusi Bersih 2.0 Julai lau. Lantaran itulah, masing-masing melatah dan memainkan isu ini seolah-olah beliau adalah penganjurnya. Sedangkan dibelakang tabir program tersebut ialah anak bekas Pemimpin UMNO sendiri sebenarnya?.
Marina Mahathir ketika lancarkan program yang sama tahun 2008 lalu
Kenyataan Marina yang disiarkan dalam lama rasmi Seksualiti Merdeka
Inilah yang meragukan kita sebenarnya. Tambahan pula bantahan kuat diterima daripada NGO yang dilihat pro kepada kerajaan. Memang benar ada beberapa kerat pemimpin pembangkang yang turut membangkang, namun mereka mungkin keliru dengan isu yang sebenarnya. Justeru pihak penganjur program terbabit perlu bangkit dan memaklumkan perkara sebenar yang berlaku dalam kontroversi ini. Jika benar, Marina mengundang Ambiga untuk merasmikan Festival Seksualiti Merdeka 2011 maka sepatutnya Ambiga tidak wajar dipersalahkan. Malah, beliau mungkin hadir selepas melihat program yang sama sudah berjalan sebelum ini tanpa ada sebarang bantahan. Malah, program berkenaan juga sudah melepasi proses permohonan yang sewajarnya dengan pihak berkuasa. Jika tidak, mana mungkin ia boleh diadakan. Marnia mungkin mengundang Ambiga kerana beliau turut diundang oleh bekas Presiden Majlis Peguam itu ke Perhimpunan Bersih 2.0 sebelum ini. Lantaran itulah Ambiga bersetuju untuk hadir ke program tersebut. Seksualiti Merdeka adalah kumpulan memperjuangkan kebebasan seksualiti (homo) di Malaysia. "Seksualiti" merujuk kepada sifat atau tabii seks manusia, sementara "merdeka" adalah merujuk kepada "kebebasan" (hak asasi). Festival yang berunsurkan hak kebebasan seksualiti (Sexuality Rights Festival) rakyat Malaysia ini diadakan setiap tahun (bermula 2008), yang berpusat di Kuala Lumpur. Program ini berbentuk seperti "Gay Parade" jika ia dianjurkan di negara-negara barat.
Marina hadir ke Bersih 2.0 atas undangan Ambiga, maka kini Marina pula telah menjemput Ambiga merasmikan Festival Seksualiti Merdeka 2011 Patutlah kerajaan benarkan konsert Elton John (Gay) di Malaysia rupanya
[Dari penjelasan di atas, maka ternyata program ini adalah salah satu kumpulan festival "haram" yang memperjuangkan hak asasi "kaum" homoseksual iaitu lesbian, gay, biseksual, transeksual (LGBT) atas nama kebebasan dikalangan anak-anak muda di Malaysia. Apa yang mengejutkan kini ialah, rupanya disebalik program ini, terdapat tokoh Melayu-Islam (anak pemimpin parti politik) yang tegar menyokong aktiviti ini, dan individu tersebut tidak lain dan tidak bukan ialah anak Tun Dr Mahathir Mohamad, Marina Mahathir. Maka, kenapa kerajaan dan pihak-pihak yang berkenaan tidak kecoh sebelum ini?. Jawapannya cukup muda, kerana program kali ini mahu dirasmikan oleh Datuk S.Ambiga yang dikatakan cenderung kepada pembangkang. Bayangkan jika beliau menyokong UMNO BN, maka sudah pasti program ini tidak akan diganggu agaknya. Malah, paling mengejutkan program terbabit juga melibatkan beberapa orang tokoh terkenal tanahair yang lain sebenarnya. Jika ini keadaannya, maka tidak hairanlah kerajaan membenarkan kehadiran penyanyi "Gay" Elton John ke Malaysia hujung bulan ini. Rupa-rupanya sudah ada ketetapan yang dibuat oleh kerajaan tentang aktiviti sonsang ini sejak sekian lama. Maka, usahlah melatah dengan Datuk S.Ambiga dalam isu ini kerana ia hanyalah permainan media untuk membuktikan kononnya pembangkan menyokong program tersebut. Sedangkan, sudah jelas bahawa ramai pemimpin PAS sendiri memang menolak program tersebut].
KUANTAN 5 Nov - Badan Perhubungan UMNO negeri menyerahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menentukan parti komponen yang akan mewakili Barisan Nasional (BN) di Parlimen Kuantan dalam usaha merampas kembali kerusi itu daripada pembangkang. Pengerusinya, Dato' Seri Adnan Yaakob (foto)berkata, beliau sebenarnya tidak gemar untuk mengganggu formula yang telah ditetapkan pada pilihan raya umum lalu tetapi jika dengan mengubahnya boleh membawa kemenangan, maka ia perlu dilakukan. "Kuantan pada asalnya ditandingi UMNO, kemudian baru MCA. Kita ikut Perdana Menteri. Saya sendiri tak suka nak ganggu kuota. "Pada saya kalau berpandu pada kuota, kita boleh menang, jangan usik. Tetapi kalau dengan mengubah kuota itu kita boleh menang, maka kita kena ubah. Itu sahaja pendirian saya,'' katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan berjumlah RM100,000 kepada Aman Palestin oleh Yayasan Pahang di sini semalam. Sebelum ini Pengerusi MCA Kuantan, Datuk Ti Lian Ker bersedia untuk menukar kerusi Parlimen Kuantan dengan UMNO tetapi mereka mendapat kerusi Indera Mahkota sebagai ganti. Sementara itu, Adnan berkata, apa yang pasti kerusi Parlimen Indera Mahkota akan terus ditandingi UMNO dan peluang untuk merampasnya dilihat cerah. Katanya, bagaimanapun untuk kerusi Parlimen Kuantan, ia akan menyaksikan satu tentangan sengit berikutan senario politik semasa termasuk isu kontoversi Lynas sekarang.
"Daripada dua kerusi Parlimen yang dimenangi pembangkang di Pahang, Indera Mahkota cerah tetapi Kuantan akan menyaksikan persaingan sengit."Kuantan kita kena lawan lebih sikit sebab isu pembinaan kilang memproses nadir bumi Lynas yang mendapat bantahan penduduk Cina yang mendakwa ia bahaya sedangkan tidak,'' jelasnya. Menurut Adnan, kerusi Parlimen Indera Mahkota dan Kuantan perlu dimenangi semula BN kerana secara umumnya peluang untuk berbuat demikian lebih cerah kerana ia ditandingi Parti Keadilan Rakyat (PKR)."Daripada dua parti pembangkang lain iaitu DAP dan Pas, peluang dengan PKR lebih cerah. Jadi daripada 31 kerusi PKR yang menang masa pilihan raya lalu, dua adalah di negeri ini iaitu Kuantan dan Indera Mahkota, maka kita pastikan ia kembali kepada kita dan ia bukan mustahil. "Apa pun kita sedang bersiap menuju pilihan raya. Bila pilihan raya kita tak tahu, macam mati juga, yang pasti ia berlaku, maka kita kena bersiap. Ini termasuk nak menang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang kita kalah seperti Semantan dan Beserah,'' jelas MB Pahang itu lagi.
[Apa yang jelas dapat disaksikan ialah pembangkang (Pakatan Rakyat) terutamanya Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini berpotensi besar untuk terus mengekalkan kuasa mereka di Parlimen Kuantan untuk penggal yang kedua selepas Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Ia berdasarkan kepada beberapa kajian yang telah dilakukan terhadap suara rakyat terutamanya masyarakat kaum Cina yang 80% menolak kerajaan BN kerana tidak mendengar rintihan rakyat dalam isu Lynas. Soal pembangunan dan ekonomi yang lebih diutamakan, sedangkan majoriti rakyat tidak bersetuju kilang itu didirikan sebenarnya. Atas faktor itu juga, mungkin UMNO punya alasan kukuh untuk mengambil semula kuota kerusi Parlimen Kuantan daripada MCA. Namun jika isu ini gagal diselesaikan secara profesional, besar kemungkinan bukan saja parlimen dikekalkan malahan kesemua kerusi DUN dalam parlimen Kuantan juga boleh jatuh ke tangan pembangkang pada kali ini. Oleh itu, mereka perlu berhati-hati sekarang jika tidak mahu sesuatu yang lebih buruk terjadi kepada BN PRU-13 nanti].
aku tidak sepandai kamu, sayang. aku tidak sempat memakai jubah hitam dan mengutip sehelai kertas dari gedung ilmu sebagai lesen untuk aku berkokok megah menunjuk cerdik aku 'drop school' ijazah, lari dari medan perang merebut sarjanamuda kerana anakku sakit waktu itu. aku tidak pandai, hanya mahir menolak kereta sorong anak aku dan mengelak lekuk-lekuk aspal.
aku hanya mahasiswa universiti kaki lima yang masih mengulang 'paper'. aku tak baca buku banyak~ tebal-tebal ditulis penuh akademik dan falsafah oleh tokoh-tokoh pengubah dunia. aku tak pernah menjadi panelis mana-mana forum untuk menggoncang dunia dengan teori-teoriku. aku hanya menyanyi lagu-lagu damai untuk merangsang dua anak cerebral palsy benihku. aku tak pegang jawatan penting mana-mana pertubuhan atau organisasi walau pernah juga tapi aku lari. aku hanya pegang jawatan ketua keluarga untuk isi perut isteri, annisa dan an-nur.
tapi aku nampak perangkap yang dipasang musuh untuk kamu, sayang. Supaya kamu melatah. dan mereka akan tembak lalu bom kamu sehingga kamu tewas dan tak dipuja.
aku ada juga baca berpuluh atau ratus buku tapi aku masih gagal habiskan buku karangan tuhan. Al Quran disimpulkan di dalam 7 ayat Al Fatihah tapi aku gagal menguasai arti setiap ayatnya. tunjukkan jalan yang lurus, jalan yang engkau redhai bukan yang sesat (ihdinassirotalmustaqim......) aku tak tahu jalan lurus yang macamana yang engkau suruh aku faham setiap kali aku berdiri di atas sejadah memeluk tubuh, memujimu dalam keadaan tegak, bongkok tunduk dan duduk. aku tak tahu Al fatihah disimpulkan di dalam kalimah Bismillahirrahmanirrahim yang mengandungi 19 huruf. mengapa digunakan 'bismi' (dengan nama). kenapa hanya dengan nama saja? mana perginya 'diri' yang bernama? hilang. yang tinggal 19 huruf mewakili 19 sifat dari 20. satu lagi hilang untuk dikenali. Awaluddin makrifatullah. Awal agama mengenalnya. Tapi berapa ramai yang belum kenal? Ah! Aku tak mahu tanya berapa ramai tak kenal. Aku hanya mahu cerita yang aku sendiri saja. Aku tak tahu Bismillahirrahmanirrahim itu disimpan rahsianya di dalam titik huruf Ba di awal ejaan itu. Titik itulah benih yang telah mengembara dari alam loh mahfuz sebelum berkata jadi maka jadilah (kun fayakun), sebelum ditajalli menjadi nur lagi. aku tak tahu.
aku tak tahu. aku tak pandai. tapi aku nampak musuh mengintai kamu, sayang. dengarlah walaupun aku tiada ijazah dan tak baca banyak buku. aku hanya ketam durjana yang reti menyanyi.
aku si penolak kereta sorong anakku.
You are subscribed to email updates from KulupSakah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
in my opinion, italy should not have one. they're such cheaters. it should've been france or brasil, mebbe even america could've won if they didnt get 3 red cards in one game cuz of the damn italian cheaters. i was rooting for france all the way, idc what they say, to me, france one. Zidane headbutted that douche, and that totally pwns xD
Answer on Who do u think should've won the world cup?
I was initially rooting for the Italy then I saw what happened and with Zidane and why he head butted that Italian jerk. He must have said something really degrading to Zidane to do that to him. I'm a man and I can totally understand why in the heat of competition you can only take so much of abuse from anyone, especially if they're making fun of your manhood. So yes, I think France should've won. I will not support Italy ever again!
You are subscribed to email updates from al-brangi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Islam mengakui kebebasan manusia. Ia suatu hal yang kudus. Kebebasan dalam erti kata menghormati sifat manusia, bukannya kebebasan yang menjerumuskan manusia kepada sifat binatang dan antimanusiawi.
Hal ini berlaku kerana Islam meletakkan manusia sebagai makhluk paling mulia, jauh berbeza dengan binatang. Hatta bukan Islam juga diberikan hak untuk dihormati dan diberikan kebebasan yang sama.
Nabi SAW bangun menghormati jenazah orang Yahudi yang menurut baginda manusia yang layak dihormati. Nabi SAW menyambut rombongan Kristian Najran di dalam masjid kedua paling mulia iaitu Masjid Nabawi.
Baginda menulis surat yang dimulakan dengan salam untuk menghormati penerima suratnya, yang terdiri daripada Kisra Parsi yang beragama Majusi, Kaisar Rom yang beragama Kristian dan Muqauqis.
Ya, Islam hormati kebebasan, tetapi dalam batasan manusiawi yang sudah pasti diakui manusia seluruhnya secara universal sebagai prinsip yang wajar diterima dan diperakui.
Namun apabila ada yang cuba merendahkan taraf manusiawi insan lebih rendah berbanding haiwan, golongan syuzuz, aneh, pelik dan antimanusiawi ini wajar ditentang.
Binatang pun tahu pasangannya. Ayam jantan pasti akan mengendeng kepada ayam betina. Ayam jantan payah nak duduk sekali dengan ayam jantan lain. Ayam ayam jantan ini pasti bergaduh sakan merebut ayam betina.
Mereka mustahil bergaduh untuk berebut sesama jantan. Wow! Apa sudah jadi kalau manusia sudah jauh lebih hina daripada binatang?
KAMI TOLAK SIS dan MERDEKA SEXUALITY!! (BACA SINI) WAJIB!!
Tiada info lanjut berkenaan gambar ini, tapi setelah EP menghantar ke United State dan Monggolia, sah gambar ini adalah sekeping gambar, cuma tak dapat di pastikan ada manusia atau tidak ketika kereta kabel ini terhempas, dan tiada laporan berita yang meluas berkenaan isu ini, mungkin kerana mengelakkan sebarang syak wang sangka terhadap genting highland kowt... kehkehkeh
Sudah dua hari saya di Aceh. Alhamdulilah urusan korban sudah selesai dilaksakan. Esok saya akan solat raya di masjid Baiturrahman. Seusai solat akan ke Ujung Batil untuk menyaksikan upacara korban di sana. Catatan di sekitar korban dan suasana aidi adha di sini akan dimuatkan dalam blog.
Dikesempatan ini saya mengambil kesempatan mengucapkan salam aidi adha kepada penjenguk blog teristimewa mereka yang ikut memberi sumbangan untuk korban.
InsyaAllah semoga korban ikhlas kita akan diterima Allah. Selamat hari raya korban. [banda aceh.5:00 ptg 05/11/11]
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.