Jumaat, 23 November 2012

Barisan Nasional

Barisan Nasional


PEJUANG BANGSA

Posted: 23 Nov 2012 11:49 AM PST

PEJUANG BANGSA


Abby tak ikut fatwa Nik Aziz pasal berniaga dengan Yahudi !!

Posted: 23 Nov 2012 09:54 AM PST



GPB kesian betul dengan Ostazah Abby ni ..tak habis-habis meroyan je dia ni .. Apa tidaknya hari ini dia memfitnah FELDA pulak kononnya jual minyak sawit kepada Yahudi Israel .

Betul ke Felda jual minyak kepada Yahudi Israel ??

Setahu GPB la . Timbalan  Menteri Datuk Muhkriz berkata ia dijual kepada syarikat milik rakyat Muslim  Palestin .KLIK DI SINI


Tapi sebelum itu , GPB nak nasihat Ostazah Abby akan kembali rujuk fatwa Tok Guru pujaannya pasal berniaga dengan Yahudi .

Siapa yang benarkan boleh berniaga dengan Yahudi ?? Nik Aziz juga kan ...  hahaha...









2 artis muda sedia berebut hati Che Ta janda !!

Posted: 23 Nov 2012 08:00 AM PST





Pelakon kelahiran Singapura, Shah Iskandar bersedia untuk bersemuka dengan aktor Zain Saidin bagi meleraikan salah faham berhubung isu "rebut" pelakon Rozita Che Wan.
Shah atau nama sebenarnya Shah Iskandar Mahfuz, 30, bagaimanapun berkata, Zain ada hak untuk merasai perasaan kurang senang terhadap dia dan Rozita kerana mereka berdua sedang bergandingan dalam beberapa drama terbitan Zeel Production sejak dua bulan lalu.
"Dia (Zain) ada hak untuk berasa kurang senang atau salah sangka dengan kemesraan saya bersama Che Ta (Rozita), walaupun saya tidak tahu status sebenar hubungan mereka, sama ada masih bersama atau sudah tiada apa-apa.
"Saya tidak salahkan Zain pun malah, saya bersedia dan terbuka untuk bersemuka jika dia mahu mendapatkan penjelasan berhubung gosip ini.
"Hakikatnya, hubungan saya dengan Che Ta pada masa ini hanya atas nama kerja dan profesional. Tiada apa-apa yang serius antara kami," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Khamis.
Shah berkata demikian sebagai respons kepada desas-desus terbaharu yang mendakwa dia mempunyai hubungan istimewa dengan Rozita sejak terlibat dalam penggambaran drama Kiah Pekasam dua bulan lalu sehingga menimbulkan perasaan cemburu kepada Zain.

Selain drama bersiri itu, ketiga-tiga mereka digandingkan bersama beberapa minggu lalu dalam telefilem Anak Ikan arahan Rashid Sibir untuk siaran Astro di sebuah hotel terkemuka di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Zain dilaporkan telah mengirimkan puluhan bunga ros dan patung beruang ke bilik penginapan Rozita di hotel berkenaan bagi memujuk hati wanita itu yang dikatakan sedang merajuk.
Dalam pada itu Shah tidak menolak jika ditakdirkan hubungannya menjadi lebih rapat dengan Rozita pada masa akan datang kerana dia menyenangi sikap wanita berusia 39 tahun itu.
"Setakat ini belum ada apa-apa yang serius antara saya dan Che Ta. Kami memang rapat dan tidak dinafikan banyak mata melihat kami bergurau serta berbual ketika di lokasi.
"Namun seperti dinyatakan tadi, ia hanya berlandaskan hubungan profesional. Saya tidak tahu pula pada masa akan datang hubungan kami menjadi lebih intim?
"Apa-apa pun selepas ini saya perlu lebih relaks dan berpada-pada dalam tindak-tanduk yang akan mengundang perasaan kurang senang kepada segelintir pihak," jelasnya yang sedang menjalani penggambaran drama bersiri Kiah Spy di Perlis.

Hot !! Musa Hassan pun tak sokong AES diswastakan !!

Posted: 23 Nov 2012 07:00 AM PST




 Penguatkuasaan undang-undang tidak seharusnya diswastakan kerana ia hanya akan menimbulkan persepsi bahawa kerajaan hanya mahu membuat keuntungan ke atas rakyat, kata bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan.

Beliau berkata demikian mengulas isu kontroversi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dibantah orang ramai dan ahli parlimen pembangkang kerana motif keuntungan dalam perjanjian konsesi kepada dua syarikat swasta yang dilantik untuk memasang dan menguruskan kamera berkelajuan tinggi itu dalam masa lima tahun selepas Parlimen meluluskan untuk mendenda pengguna jalan raya yang memandu melebihi had laju.

"Bagi saya, penguatkuasaan tidak boleh diswastakan.

"Ia hanya akan menimbulkan persepsi bahawa kerajaan hanya mahu membuat keuntungan ke atas rakyat," kata Musa lapor The Malaysian Insider.

Musa bersetuju dengan kritikan bahawa terdapat banyak kelemahan pelaksanaan AES ini, termasuk keuntungan minimum 17 peratus kepada dua pemegang konsesi — ATES Sdn Bhd dan Beta Tegap — yang memerlukan 2.72 juta saman setiap satu untuk lima tahun akan datang untuk memberi pulangan modal kepada pelaburan RM700 juta mereka.

Beliau memberitahu terdapat kesukaran dari penguatkuasaan dan denda yang dilaksanakan oleh syarikat swasta, jika orang ramai mencabar saman mereka di mahkamah.

Kata beliau lagi, terdapat dua jenis saman, pertama saman yang tidak boleh dikompaun dan yang kedua adalah saman yang boleh dikompaun.

Musa berkata saman yang kedua seharusnya diseliakan oleh badan penguatkuasaan kerajaan seperti polis atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

"Tetapi AES hanya perlu dibayar ke JPJ dan bukan polis, dari apa yang saya tahu.
"Orang ramai mempunyai dua cara, yang pertama bayar di kaunter JPJ, dan kedua, hadapi perbicaraan di mahkamah dan biar mahkamah yang putuskan," katanya lagi.

Walaupun begitu, Musa berkata AES adalah "sistem yang bagus" dan boleh digunakan untuk meningkatkan pemantauan keselamatan negara, tidak hanya sekadar untuk mengawal kesalahan trafik.

"AES adalah sistem yang bagus, tapi sepatutnya ia tidak hanya terhad pada trafik.
"Saya berharap ia dapat diperluaskan ke pelbagai sektor, seperti keselamatan," dengan menyenaraikan tempat seperti di lapangan terbang dan stesen keretapi untuk memantau keadaan di kawasan strategik.

Sistem yang dikawal secara automatik untuk mengeluarkan saman kepada pemandu yang memandu laju disamping melanggar lampu isyarat mendapat bantahan dari akar umbi Umno, dengan mewujudkan blog dan laman sosial Facebook awal bulan ini untuk menentang kamera perangkap kelajuan tersebut, yang boleh menjejaskan kedudukan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang.


Beberapa ahli politik BN juga bimbang ianya akan dijadikan isu besar dalam kempen pilihan raya akan datang serta mahu kerajaan menangguhkan AES.

Bagaimanapun, ahli parlimen BN mengundi untuk menyokong AES Rabu lalu apabila Kementerian Pengangkutan membentangkan anggaran perbelanjaan Bajet 2013 diluluskan parlimen, dimana ahli parlimen Pakatan Rakyat (PR) mengatakan ia adalah undi untuk sistem kamera yang tidak popular.

Sebanyak 831 kamera AES akan dipasang oleh dua syarikat swasta di seluruh negara dengan pengurusannya akan diserahkan kepada JPJ dalam masa lima tahun.
Awal bulan ini, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Abu Seman Yusop dilaporkan memberitahu Parlimen bahawa polis akan meneruskan kamera perangkap laju bergerak walaupun AES diperkenalkan.

Kamera AES yang dibantah orang ramai, dalam fasa percubaan, dengan 14 dipasang di Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, dan juga di Selangor walaupun kerajaan negeri PR mengatakan mereka menentang sistem denda yang diswastakan itu.


*** GPB sokong 100 % pandangan  bekas KPN ini tentang perlaksanaan  AES...kalau dia pun tak setuju swastakan AES ini , apakah pencacai2 AES nak kata dia juga trojan horse pembangkang seperti GPB ??  Cakap guna akal jangan sokong buta tuli ....

PAS parti yang tak boleh dikritik - Dr Asri

Posted: 23 Nov 2012 06:15 AM PST




SAYA pernah mengkritik Umno dalam tulisan saya sempena Perhimpunan Agung Umno yang lepas dan sebelum. Ketika itu saya tetamu parti tersebut di perhimpunan mereka. Orang Umno tidak menzahirkan kemarahan atas kritikan itu.

Perasaan mereka, saya tidak tahu.
Muktamar Pas baru sahaja berlalu. Kali ini saya ingin sedikit melontarkan persoalan untuk berkongsi dengan Pas. Maaf, bagi saya Pas merupakan parti politik yang agar sukar menerima teguran. Sekalipun tidak dinafikan ada juga pimpinan Pas yang bersikap terbuka.

Pemuda Pas merupakan sayap yang sepatutnya menggambarkan 'open-mindedness', tapi menzahirkan reaksi yang agak keras setiap kali menerima kritikan. Pembaca boleh membaca reaksi timbalan ketuanya dalam memberi pandangan balas terhadap saya ketika saya melontar pandangan agar jangan tiru pendekatan Taliban dan jangan wujudkan negara mullah.

Dalam wacana di Sinar baru-baru ini mengenai ulama dan pemerintah, banyak kritikan saya tertumpu kepada Umno, tetapi pihak Pemuda Pas yang begitu melenting hanya kerana pandangan sepintas lalu agar Pas jangan nanti membentuk negara mullah.

Umno tidak sangat melantah. Saya mula risau tentang masa depan hak bersuara rakyat terhadap kerajaan jika Pas direzekikan ALLAH menguasai Putrajaya. Apakah pendekatan Ummno sebelum PRU-12 akan dihidupkan semula? Atau lebih parah, atas nama Tuhan rakyat dilarang berbicara? Harapnya tidak begitu.

Berubah
Gerakan Islam di seluruh dunia terpaksa akur bahawa mereka perlu berubah jika ingin memastikan mereka terus relevan.  Bukan sahaja gerakan Islam, bahkan apa sahaja gerakan dalam dunia ini terpaksa akur bahawa cuaca baru yang sedang dihayati oleh umat manusia memerlukan satu kerangka baru dalam pemikiran dan perlaksanaan.
Politik adalah satu bidang yang membabitkan persoalan menguruskan manusia. Manusia itu terdedah kepada pengaruh tempat dan masa. Budaya dan cara berubah disebabkan persekitaran yang berbeza. Sudah tentu, iklim politik pada zaman Nabi s.a.w dan al-Khulafa al-Rasyidin tidak sama dengan zaman selepasnya.
Sudah pasti budaya dan cara politik pada zaman Umawiyyah dan 'Abbasiyyah tidak sama dengan yang selepas itu. Demikian politik dalam era 'nation states' tidak sama dengan era empayar sebelum itu.
Globalisasi dan era ledakan maklumat telah mencetuskan pelbagai fenomena baru dalam kehidupan manusia.
Sesiapa yang cuba melaksanakan secara literal ataupun mengadaptasikan sepenuhnya teks politik zaman lampau ke zaman kini, maka dia seorang yang naïf dan dangkal dalam memahami tabiat politik (naturalness of politics) , sekaligus rasional dan tabiat Islam (naturalness of Islam) itu sendiri.
 
Retorik
Semasa awal kebangkitan Islam, gerakan Islam khususnya yang banyak bercakap tentang politik banyak melaungkan slogan-slogan yang belum diuji keberkesanannya.
Sebahagian slogan itu didokong oleh sebahagian mereka dengan penuh 'dogmatic' dan 'rhetoric'.
Padahal, sebahagian besarnya hanyalah ijtihad ataupun tafsiran yang dibuat dengan pengaruh tertentu. Sedangkan Islam lebih luas dan terbuka dibandingkan dogma dan retorik tersebut.
Kesempitan beberapa pegangan mereka khususnya apa yang dikaitkan dengan teori 'daulah Islamiyyah' ataupun 'Islamic State' telah menghalang mereka maju ke hadapan. Slogan mereka menakutkan sebahagian rakyat. Islam yang menjadi agama rahmat, diungkap dan dilaungkan secara yang menggusarkan.
Fokus terhadap menghukum rakyat dengan 'hukuman syariah' lebih banyak dari bicara tentang memberikan 'service' dan hak-hak rakyat yang dibela oleh syariah.

Pendekatan sebahagian slogan Islam itu seakan ingin menjadikan rakyat 'robot patuh shariah' bukan sebagai manusia merdeka yang taat kepada Tuhan dengan penuh pilihan.

Nilai Semula
Setelah melalui beberapa pengalaman, akhirnya banyak gerakan Islam mula menilai semula. Dalam kalangan mereka mula memperkatakan tentang ijtihad-ijtihad baru mengenai politik. Mereka juga mula membahaskan betapa perlunya memahami teks dalam kerangka konteks.
Mula sedar betapa politik terdedah kepada perubahan. Islam hanya menetapkan dasar-dasar umum. Derita Dunia Muslim bukan kerana soal tiada hudud ataupun pemimpin tidak berserban, tetapi derita Dunia Muslim disebabkan 'bad governance', rasuah, salah guna kuasa, pecah amanah dan lain-lain penyakit yang men'jahanam'kan negara.
Memalukan Dunia Muslim dibandingkan Barat yang sering mereka kutuk. Jika dilihat di sudut Islam agama yang mempentingkan kebersihan dan peraturan pun, malang sekali negara-negara umat Islam kebanyakan kotor, pengurusan yang buruk dan segala kemunduran hidup.

Sedangkan Barat yang meninggalkan agama itu jauh lebih bersih, kemas pengurusan mereka dan maju. Islam tidak salah, tetapi umatnya bersalah kerana meninggalkan ajaran Islam dalam hal-hal berkenaan.
Datang gerakan Islam pulak memberikan fokus yang tidak menggambarkan sifat Islam yang memberikan 'service' kepada kemaslahatan manusia. Maka, perubahan ataupun tajdid dalam gerakan Islam itu amat diperlukan.

Rakyat muslim mula muak dengan pemerintah-pemerintah mereka yang ada. Rasuah, salah guna kuasa,  memerah harta negara dan kezaliman menghiasi politik Dunia Muslim. Rakyat membenci pemerintah mereka sekian lama.

Era teknologi telah membuka peluang besar untuk kebangkitan yang lebih berkesan. Kombinasi antara teknologi dan hasrat perubahan politik menampakkan hasilnya. 'Arab Spring' menjadi bukti bahawa era baru mampu melakar politik gaya baru.
Siapakah yang akan menjadi harapan rakyat?
Gerakan Islam yang terlibat dengan politik cuba tampil ke hadapan sebagai satu alternatif baru. Persoalannya, apakah yang rakyat mahukan? Apakah mereka mahu keluar dari cengkaman golongan 'secularist' kepada cengkaman golongan mullah (clerics)?
Apakah mereka mahu kerakusan kuasa atas nama dunia ditukar kerakusan kuasa atas nama Tuhan dan agama? Sudah tentu tidak! Mereka mahukan hak, keadilan dan kenikmatan hidup sebagai insan yang bermaruah dan merdeka. Mereka sudah rimas dengan cengkaman penguasa. Islam yang rahmat diharapkan dapat menawarkan khidmat yang mereka idamkan. Mereka ingin melihat orang yang miskin dan melarat diberikan makan.
Bandar yang kotor menjadi bersih. Pengurusan yang buruk menjadi terurus. Rakyat diberikan ilmu dan pendidikan. Harta negara dibahagi secara adil dan kerajaan diurus dengan penuh amanah.
Mereka bukan bermimpi untuk melihat tangan rakyat dipotong, ataupun wanita direjam dengan batu, ataupun wanita dipukul kerana tidak bertudung dan seterusnya. Itu bukan mimpi mereka. Itu juga bukan mimpi Islam yang penuh rahmat ini. Mereka mengharapkan gerakan Islam menghilangkan sengsara mereka, bukan sekadar untuk menghukum mereka.

Mendapat Tempat
Atas kesedaran tentang hakikat politik Islami dan memahami tabiat baru dunia kini, banyak gerakan Islam mula membuat pendekatan baru. Slogan-slogan yang menakutkan telah cuba ditinggalkan.
Pendekatan 'haram', haram, haram mula ditukarkan dengan mencari dan memberi alternative halal yang lebih baik kepada rakyat.
Slogan-slogan Islam yang lebih memberikan harapan mula dilaungkan. Mereka mula memberikan khidmat kepada rakyat. Menambat hati mereka dengan janji yang selaras dengan cita dan cinta rakyat. Al-Ikhwan al-Muslimin juga mencari pendekatan baru di Mesir.
Demikian al-Nahdah di Tunisia. Turki dilihat mengepalai hal ini. Walaupun kerajaan Turki berasaskan secularism, tapi tokoh-tokoh Islam Turki tidak menjerit perlembagaan kufur atau ingin menghapuskan perlembagaan, sebaliknya bekerja dalam kerangka yang ada.
Ini sama dengan apa yang dibuat oleh Ashamah, Najashi di Habshah yang mengepalai negaranya yang Kristian. Dia menganut Islam secara senyap dan berhubungan dengan Nabi s.a.w melalui utusan dan surat menyurat. Nabi s.a.w tidak pernah menyuruhnya meletakkan jawatan, sebaliknya dia bekerja dalam kerangka yang ada dan termampu.
Maka, pemikiran tajdid dalam memahami realiti baru amat diperlukan oleh Pas.
Usahanya itu adalah bagi membolehkan Pas terus relevan dan mencapai maqasid politik yang dikehendaki oleh syarak. Usaha seperti ini amatlah penting, walaupun biasanya ia akan dikritik oleh penganut dogma lama. Pas itu sendiri hari ini hakikatnya telah cuba berubah dalam menangani persekitaran yang ada. Apakah Pas akan berjaya menawar khidmat islami yang relevan dengan kemanusiaan hari ini?

* Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, pensyarah USM dan bekas Mufti Perlis

Senarai 22 pemain Harimau Malaya di Piala AFF 2012 !!

Posted: 23 Nov 2012 03:58 AM PST




Jurulatih Harimau Malaya hari ini telah menyenaraikan senarai skuad 22 pemain untuk saingan Piala Suzuki AFF yang akan bermula Ahad ini
Seperti yang dijangkakan, dua penjaga gol utama Harimau Malaya, Farizal Marlias dan Khairul Fahmi Che Mat dikekalkan dalam pasukan manakala penjaga gol Harimau Muda A, Izham Tarmizi telah digugurkan dari skuad kebangsaan Malaysia itu.
Selain Izham, pemain pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Irwan Fadzli Idrus turut tidak disenaraikan dalam pasukan.
Zaquan Adha yang mengalami kecederaan pada perlawanan persahabatan menentang Bangladesh pada Selasa lepas terpaksa digugurkan dan tempatnya telah digantikan dengan Azamuddin Akil yang dipanggil semula mengukuhkan pasukan.


Berikut adalah senarai 22 pemain skuad Harimau Malaya:

Penjaga gol: Khairul Fahmi Che Mat, Farizal Marlias
Pertahanan: Zubir Azmi, Azmi Muslim, Bunyamin Umar, Mahali Jasuli, Fadhli Shas, Faizal Muhammad, Aidil Zafuan
Pemain tengah: Baddrol Bakhtiar, Wan Zack Haikal, Azamuddin Akil, S.Kunalan, Safiq Rahim, Sahkir Shaari, Gary Robbat, Amar Rohidan
Penyerang: Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha, Khyril Muhymeen, Fakri Saarani, Ahmad Hazw

Kerap buat sidang media fitnah BN , ciri utama jadi YB DAP !!

Posted: 23 Nov 2012 03:25 AM PST




DAP arah Adun nya agar sentiasa buat sidang media 3 kali sebulan sebenarnya untuk tunjuk muka bahawa mereka juga  buat kerja . Lagi banyak sidang media fitnah BN , lagi tinggi la publisiti dah peluang untuk dikekalkan bertanding .

Hakikatnya semua  Adun DAP  ini jarang turun padang pun .  Anda boleh lihatkan sendiri Buletin Mutiara mereka , mana banyak muka Adun-Adun buat kerja ..yang banyak  muka Tokong DAP je di akhbar haprak tu .. maklum lah  dia seorang je paling busy & buat keja  di Penang ni ..hahaha



BN membidas usaha DAP untuk melatih ADUNnya supaya lebih ketara di mata umum bagi meningkatkan peluang mereka dipilih semula bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

"Rakyat juga perlu lebih berhati-hati dalam mengamanahkan masa depan mereka kepada parti yang betul," kata penyelaras BN Komtar, Loh Chye Teik.

Loh menggesa rakyat Pulau Pinang supaya melihat "warna sebenar" DAP sebagai parti yang didakwanya hanya memberi tumpuan kepada publisiti tetapi kurang pengetahuan tentang bagaimana untuk mentadbir kerajaan.

Beliau merujuk kepada kenyataan Setiausaha DAP negeri, Ng Wei Aik baru-baru ini bahawa semua ADUNnya perlu mengadakan sekurang-kurangnya tiga sidang akhbar atau mengeluarkan tiga kenyataan setiap bulan.

Ng (kiri), yang juga setiausaha politik kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng, telah dilaporkan berkata wakil rakyat parti itu perlu tahu bagaimana hendak menjalankan majlis-majlis publisiti dan menjadi lebih berprofil tinggi.

"Ini adalah untuk mengelakkan pengundi mempunyai tanggapan negatif bahawa mereka tidak melakukan kerja mereka dengan betul, yang akan menjejaskan peluang mereka dilantik semula sebagai calon," kata Ng yang dilapor memberitahu media.

Loh berkata sejak ADUN Komtar itu membuat arahan sedemikian, ia hanya menunjukkan bahawa DAP meletakkan publisiti mengatasi yang lain-lainnya.

"Jika rakyat mengundi wakil yang hanya tahu bagaimana untuk mengadakan sidang akhbar atau mengeluarkan kenyataan, maka kita tidak boleh nak bayangkan akibatnya, tetapi malangnya itulah pemahaman dalam DAP tentang bagaimana untuk memilih calon-calon mereka," kata Loh
.

Tuan Ibrahim kata UMNO takut doa PAS ...haha

Posted: 23 Nov 2012 01:07 AM PST




Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan menghangatkan isu doa 'KO Umno-BN' menandakan Umno kini berada dalam keadaan ketakutan.

 "Namun oleh kerana Umno semakin rapuh, menyebabkan doa pun ditakuti.

 "Sepatutnya kalau Umno rasa tak betul (doa itu), mereka doalah pula (yang lain)," kata beliau sambil menambah, "semua kita faham doa tersebut bukanlah untuk menghancur atau melaknat manusia."

 Katanya, "doa kepada sabuah parti yang menjadi lawan bagi Pas.

' Isu doa yang dibaca oleh oleh Nik Razi Nik Mat, adik kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pada Himpunan Kebangktan Rakyat pada Jumaat lalu, kata Tuan Ibrahim, tidak perlu dipertikai oleh mana-mana pihak.

 Ini kerana katanya, doa untuk parti lawan kalah dan dimusnahkan adalah perkara normal dalam mana-mana perlawanan. Bahkan, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang berkata, tiada pihak boleh menyekat seseorang untuk berdoa demikian.

 "Apa yang penting, kalau Umno rasa tertekan dengan doa demikian, Umno boleh berdoa agar parti lawannya musnah atau kalah.

 "Kita yakin Umno juga melakukan demikian. Adakah sesuatu yang pelik untuk berdoa agar parti lawan musnah dan hancur? Adalah aneh untuk menyatakan ianya salah atau bercanggah dengan Islam," kata beliau.

DIMENSI

Posted: 23 Nov 2012 11:10 AM PST

DIMENSI


Omegay: Pas penternak umat jahiliyah

Posted: 23 Nov 2012 07:26 AM PST


 Umno Veteran urges KDN to monitor PAS extremists

VETERAN Umno Malaysia today called on the Home Ministry to monitor extremist elements among PAS members especially demonstrated during the PAS 58th Annual Assembly last Friday.

Umno Veteran secretary Datuk Mustapha Yaakub said the monitoring was necessary to ensure that no undesired incidents cropped up and to ensure the safety of Umno members especially as the Umno general assembly and 13th general election approached near.

"Veteran fears that what is happening in PAS now may be influenced by extremist ideologies," he told Bernama.

He said that PAS had lost confidence in facing Umno and Barisan Nasional (BN) in a gentlemanly manner due to the growing support of the Malays for Umno. -Bernama


IPOHMALAY

Posted: 23 Nov 2012 09:10 AM PST

IPOHMALAY


Deddy Mizwar Jadi Calon Timbalan Gabenor Jawa Barat

Posted: 22 Nov 2012 11:13 PM PST

"Yang mahal tak semestinya bagus, yang bagus tak semestinya mahal" . Ungkapan ini biasa didengar di TV negara ini dari iklan sabun pencuci asal Indonesia. Si penutur ungkapan itu, Deddy Mizwar kini mencalonkan diri untuk bertanding Timbalan Gabenor Jawa Barat bersama penyandang Gabenor, Ahmad Heryawan.

Berbanding calon Gabenor lagi satu, Rieke Diah Pitaloka yang beberapa kali dilihat mengancam hubungan Malaysia - Indonesia dengan kenyataan-kenyataan bodoh, Heryawan dikenali sebagai seorang yang mesra dengan Malaysia dan sentiasa mengalu-alukan kedatangan pelancong Malaysia ke Bandung, ibu kota Jawa Barat.

Semoga pasangan Heryawan dan Deddy memenangi pemilihan tersebut.



Rabu, 21/11/2012 16:24 WIB

Pilgub Jabar

Deddy Mizwar Laporkan Kekayaan ke KPK

Ganessa Alfath - detikNews






Jakarta - Cawagub Jabar Deddy Mizwar (57) melaporkan harta kekayaannya ke KPK. Dia datang dengan mengenakan kemeja putih yang digulung dan membawa tas komputer jinjing.

Deddy yang berpasangan dengan cagub incumbent Ahmad Heryawan itu datang sekitar pukul 11.45 WIB, di Gedung KPK, Jl HR Rasuna Said, Kuningan, Jakarta Selatan, Rabu (21/11/2012). Dia datang bersama 3 stafnya.

Usai melaporkan harta kekayaan, Deddy keluar dari KPK sekitar pukul 14.00 WIB. 

"Alhamdulillah diterima dengan baik. Masih banyak yang harus dilengkapi. Macam-macam dokumen pendukung," ujar aktor senior ini.

Pemeran Jenderal Naga Bonar ini belum bersedia membeberkan nilai kekayaannya. Sebab masih ada data-data tambahan yang belum dilengkapinya.

"Beberapa tanah misalnya belum ada PBB-nya dan segala macam," ujarnya. 

Namun menurut Deddy, harta kekayaannya merupakan semua penghasilannya sebagai pengusaha, artis dan bintang iklan. 

"Apa yang dilaporkan?" tanya wartawan.

"Nanti kalau saya ngomong salah. Sebentar lagi ada keterangan resmi nanti," ucap Deddy.

Deddy dan Ahmad Heryawan maju dalam Pilgub Jawa Barat 2013 dan diusung oleh Partai Keadilan Sejahtera (PKS), Partai Persatuan Pembangunan (PPP), Partai Bulan Bintang (PBB), dan Partai Hanura. 

Indonesia Dilanda Demonstrasi Buruh, Syarikatnya Mahu Lari Ke Malaysia

Posted: 22 Nov 2012 04:44 PM PST


Indonesia berbangga dengan demokrasinya apabila mengungkap negara itu bebas berdemonstrasi berbanding Malaysia. Tetapi apa untungnya?

Demo buruh yang berlanjutan seminggu di Jakarta sehingga puluhan ribu orang membanjiri jalanan dengan berbagai tuntutan, antaranya, menuntut gaji minimum RM770 sebulan, nampaknya memberi tamparan hebat kepada negara tersebut. Beberapa syarikat didapati mahu memindahkan operasi mereka ke Malaysia.

Awal tahun ini, masyarakat Indonesia mengancam untuk memboikot penggunaan Blackberry kerana RIM memilih membangunkan kilangnya di Pulau Pinang walaupun jumlah pengguna Blackberry di negara tersebut berpuluh kali ganda dari di Malaysia.

Tetapi mereka nampaknya masih gagal melihat sebab apakah pelabur luar takut untuk melabur di negara tersebut. Demo, demo, demo. Demo la ni tak supo mulo.


Sofjan Wanandi: UMP Tinggi, Perusahaan di Indonesia akan Kabur ke Malaysia

Rista Rama Dhany - detikfinance
Kamis, 22/11/2012 13:46 WIB


Jakarta - Ketua Umum Asosiasi Pengusaha Indonesia (Apindo) Sofjan Wanandi mengungkapkan beberapa perusahaan di dalam negeri bakal kabur tahun depan ke Malaysia. Hal ini akibat tingginya upah buruh dan maraknya demonstrasi buruh di Indonesia.

"Akan terjadi (kabur ke Malaysia), beberapa perusahaan sudah mengungkapkan keinginan tersebut kepada saya, tapi mereka minta ke saya agar jangan diungkapkan nama perusahaannya," kata Sofjan ketika dihubungidetikFinance, Kamis (22/11/2012).

Dikatakan Sofjan, kaburnya perusahaan dari Indonesia ke Malaysia itu akan terjadi pada 2013. "Penyebabnya salah satunya karena upah buruh yang cukup tinggi dan seringnya buruh demonstrasi, jadi mereka frustasi dan mau kabur tahun depan," ujarnya.

Selain itu, lanjut Sofjan, akibat upah dan seringnya buruh mereka demonstrasi, makin membuat produk mereka tidak bisa kompetitif untuk bersaing dengan barang-barang impor yang membanjiri Indonesia.

Hal ini diperparah tidak adanya kepastian hukum di Indonesia membuat pengusaha kebingungan. "Apalagi di Indonesia ini tidak ada kepastian hukum, pengusaha bingung," tandas Sofjan.

Tugu Bangsa Tembok Negara

Posted: 23 Nov 2012 07:20 AM PST

Tugu Bangsa Tembok Negara


Kerajaan negeri jangan halang bantuan - NOH OMAR

Posted: 23 Nov 2012 04:30 AM PST

KUALA SELANGOR, 22 Nov - Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani menggesa kerajaan negeri tidak lagi menghalang sebarang projek pengairan atau bantuan aktiviti pertanian di negeri ini kerana perkara itu melibatkan kepentingan petani dan pesawah.

Menterinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, kerajaan negeri sebelum ini banyak menghalang bantuan yang disalurkan kepada golongan petani di Selangor.

Beliau berkata, ini termasuk projek pembinaan kolam takungan air untuk pesawah di Sungai Haji Dorani dan projek mendalamkan terusan utama serta membersihkan Sungai Tengi di Kuala Selangor bagi menangani masalah kekurangan air pada masa depan.

"Projek mendalamkan terusan utama dan membersihkan Sungai Tengi yang menelan belanja sekitar RM10 juta itu mendapat tentangan apabila kementerian dikatakan tidak mempunyai kelulusan untuk menjalankan kerja-kerja berkenaan.

"Masalah tersebut lebih parah apabila jengkaut yang digunakan kontraktor disita kerajaan negeri. Kementerian juga dikompaun RM800K dan sebanyak RM150K telah dibayar bagi membolehkan projek berkenaan diteruskan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada wakil media selepas merasmikan pejabat baharu Pembangunan Kawasan Pertanian Bersepadu (IADA) Barat Laut Selangor, di sini hari ini.

Pejabat baharu IADA Barat Laut Selangor yang dibina bagi menggantikan pejabat sedia ada itumengambil masa kira-kira dua tahun untuk disiapkan dengan kos kira-kira RM8.4 juta.

Dalam pada itu, mengulas hasil padi di Selangor, Noh berkata, kementerian mensasarkan golongan penanam padi meraih pendapatan RM3K sebulan.

"Walaupun kerajaan negeri hanya memberi peruntukan RM14.4 juta untuk aktiviti pertanian, kerajaan Persekutuan tetap membantu golongan tersebut memenuhi sasaran yang ditetapkan termasuk dengan memodenkan proses penanaman dan pemberian insentif terhadap setiap pertambahan hasil," katanya.

Politik Harian

Posted: 23 Nov 2012 03:25 AM PST

Politik Harian


Khairy: Anwar Terdesak, Hargai Pendirian Australia

Posted: 22 Nov 2012 05:58 PM PST



Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memohon campur tangan negara luar dalam pilihan raya negara ini dilihat sebagai tindakan terdesak.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, tindakan yang dilakukan oleh Anwar amat memalukan dan tidak bermaruah.

"Saya lihat beliau berada dalam keadaan terdesak dan cuba mencari sokongan dari kuasa asing, ini perbuatan yang amat memalukan.

"Kenapa perlu campur tangan dari pihak luar, negara kita mengamalkan demokrasi. Anwar perlu menghentikan usaha sebegini, kita mempunyai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) satu badan yang memastikan pilihan raya di negara ini dijalankan secara adil dan saksama," katanya.

Semalam, Menteri Luar Australia, Senator Bob Carr mendedahkan tindakan Anwar menulis surat kepada beliau untuk meminta Australia membantu dalam memastikan pilihan raya umum akan datang bebas daripada penipuan dan rasuah.

Carr menjelaskan Australia tidak boleh dan tidak akan mempengaruhi cara pilihan raya umum patut dilaksanakan di Malaysia walaupun menerima rayuan berhubung perkara itu daripada Ketua Pembangkang.

Carr memberitahu bahawa pilihan raya di Malaysia merupakan urusan rakyat Malaysia sendiri.

Khairy berkata, Pemuda Umno menyambut baik keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Australia yang menolak permohonan itu dan mendedahkan tindakan yang dibuat oleh Anwar.

"Kami (Pemuda) amat berterima kasih dengan Kerajaan Australia yang mendedahkan taktik yang dilakukan oleh Ketua Pembangkang itu, dan menolak permohonan yang dibuat oleh beliau.

"Pemuda mencabar Anwar untuk mendedahkan dan menyenaraikan semua negara yang beliau meminta campur tangan dalam proses demokrasi negara ini, saya percaya banyak lagi negara diminta campur tangan," katanya.-Sinar

bumiyang

Posted: 23 Nov 2012 03:22 AM PST

bumiyang


Pas Kini Lebih Atokratik Berbanding Umno - Dr Maza

Posted: 23 Nov 2012 12:12 AM PST

Jangan Saman Mazlan Alimin Sebab Beliau Miskin???

Posted: 22 Nov 2012 08:00 PM PST

Tun Mahathir Sokong Hadi Menjadi PM ke 7???

Posted: 22 Nov 2012 05:05 PM PST

tunku

Posted: 23 Nov 2012 03:03 AM PST

tunku


ANWAR HAS NO FEELING OF SHAME AND DIGNITY, ANYTHING GOES AS LONG AS HE IS PM

Posted: 23 Nov 2012 02:00 AM PST

Suaram is very insistent in bringing in the two French lawyers - William Bourdon and Joseph Breham – to brief MPs on the investigations of the sale of two submarines by defence firms DCNS to Malaysia. On orders from Anwar Ibrahim, Suaram is determined to do whatever it takes to make their allegations stick and have Prime Minister Najib Tun Razak appear in the court in France. Regardless of selling off dignity and pride of the country as well as oneself, Suaram's mission has thus far been a failure as the case is not even taken seriously by the French court where the NGO filed the complaint. And now, since Anwar's credibility is declining by the day, the latest was the rejection by Australia to interfere in the coming general election, Suaram has to work doubly hard to bring back credibility and confidence of Malaysians to Anwar. Suaram's action, as all Malaysians know, is to dent Najib's credibility so that Anwar can have an easy path to Putrajaya and Suaram is not alone in this as it is being supported by other NGOs in other issues. Anwar, on the other hand is feeling 'hot' as he counts the days to polling, personally watching his influence, credibility and image dwindling by the day. His ceramahs no longer attract thousands, his speeches no longer explosive, his allegations are repetitive nothing new and from within the Pakatan, his image is considered as at rock bottom. Worse scenario at present is Anwar may find more rejections from other countries on his request for support to purportedly ensure free and fair election in Malaysia, claiming even 12-year olds names are found in the voting lists. If such a scenario is to follow, Anwar may find even his partners in PR may distance themselves from him come election and he can forget his dream of becoming the Prime Minister. Even now itself, he finds himself being 'challenged' by PAS president Abdul Hadi Awang, despite the claimed that it was agreed he would be appointed as PM if PR wins the general election. In fact, from within Pakatan grassroots now, members are debating who is a better PM – Anwar or Hadi – a topic that was never spoken before the PAS general assembly that was concluded last Sunday. The debate within rank and file now puts Anwar in a shameful situation and the rejection by Australia further shamed him among leaders of Pakatan, even though they smile when with him. After all, Anwar does not know what are the real feelings of those leaders around him and he does not know whether they really admire him or just making use of him. Anwar's ego and over-ambitious has made him lose sight of reality.

Harakah Claimed Hadi Only Deserve To Be A Fisherman

Posted: 23 Nov 2012 12:17 AM PST

During the recent Muktamar PAS, we have seen how motivated PAS members were in suggesting that their President, Datuk Seri Hadi Awang should be appointed as the next Prime Minister if Pakatan Rakyat rules. Hadi Awang did not fully reject their suggestion. Instead, he took a much more 'open' approach towards any decision suggestion or decisions. He even imagined that it would be exiting if it becomes reality. This shows that Hadi is also interested to become a PM. Today, Tun Mahathir made a statement that Hadi Awang truly deserve the post, more than other PR leaders based on his clean background compared to Anwar Ibrahim. However, the suggestion had caused this uneasy feeling among PAS leaders. Some of them even rejected the idea of taking Hadi Awang as PM. Datuk Mustafa Ali, PAS's Secretary General made a clear statement that PAS top leadership did not even take any of PAS member's suggestions seriously to appoint Hadi as PM. PAS's number two man, Mat Sabu also clearly rejected the suggestion as he follows the agreement with DAP to appoint the man he used to call Al-juburi, as the next Prime Minister. As we look upon the support of other PAS leaders in trying turn PAS members' dream come true in this issue, it is sad for Hadi Awang as his own 'knights' have no confidence in him. It should be embarrassing for Hadi for having his strongmen rejecting the idea to appoint him as PM. What is more shocking is when Harakahdaily, PAS's official media seemed to be 'shy' in touching on matter of Hadi as PM. Instead, the media pictured Hadi's image as a fisherman at sea and took his quote which said that it is more comfortable to be a fisherman than a Prime Minister. What does this mean? Is this some sort of a game for Harakahdaily? To show how 'zuhud' Hadi Awang is? Or to show the real status of Hadi where he should just be a fisherman instead of a party leader? Their game seem a little weird if we are to look at it in the context of PAS's internal politics. We might burst in laughter if we are to see pictures of Dato' Seri Najib or Tun Mahathir as fishermen because it does not really fit them. Just as same as looking at how Obama pounding rice where he looked funny and out of place. But, putting the picture of Hadi as a fisherman has really given us a different impact because his character and background really seem to fit the picture. How can a person who has the image of a fisherman could fit the image of a Prime Minister? So, the question here goes back to Harakahdaily where we want to know what are their real motives. We are well aware that DAP and PKR's top leadership do not take Hadi Awang as one of them. Hadi Awang himself seem to lose confidence as he faces those leaders who are more aggressive, fast, cunning and smart when it comes to the matters of the world. If it isn't for Hadi's weakness, PAS would not have sacrificed their objective of forming an Islamic country and hudud just so that they could follow Pakatan Rakyat. If Hadi is a real leader, PAS would not have stood silent when it comes to issues such as murtad, alcohol, gambling, entertainment centres etc. Instead, the party would attack DAP and PKR just like how they attacked UMNO with the same issue. The fact is, Hadi is not a leader for various races, he is just a leader for a single race which is the Malay and even that is limited to a single group, a group which only think that Ulama knows everything. Thus, perhaps Harakahdaily is trying to 'teach' this group to be more open on where Hadi Awang really belong? That is why, putting Hadi Awang as a fisherman is hoped that it could open the eyes of the group on who has been leading them all these while. Is Harakahdaily trying to force PAS members to accept the fact that they have no other choice but to obey to DAP and PKR because PAS do not have a real leader? All these while, PAS has been led by followers who do not do anything and cannot defend themselves. Leaders who are led can never be a PM, and they should be more qualified to become fishermen where they could just drift at sea while getting their catch of the day.

PR MAY LOSE DREAM IF THEY IGNORE PAS GRASSROOTS WISH

Posted: 22 Nov 2012 09:30 AM PST

Anwar Ibrahim, the opposition's icon and idol is now in trouble. Rejected by the very people he trusted that could help him 'overthrow Najib's government', Anwar faces credibility crisis from within the alliance. PR is 'battling' its own problem as PAS grassroots, in the quiet, questioned why its president Abdul Hadi Awang could not be made Prime Minister if PR wins the fereal election. Although PR leaders including PAS leaders themselves try to downplay the issue, if possible bury it, the grassroots are not one that can follow orders or directive. Being the majority and open in their views, they would not like their honest and plain opinion be suppressed by leaders, more so if those are loeaders from other partis, despite being partners pursuing the same dreams. After all, the dream they shared is only to topple the BN government but not the Prime Minister post as they feel they have the right to the post after struggling for more than 50 years while Anwar was still a baby. And suddenly Anwar's plea for Australia to help ensure free and uncorrupted general election has been rejected, PAS grassroots have the more reason to push Hadi as Prime Minister-in-waiting. Being politically minded grassroots whose minds reach far beyond normal superficial thoughts and cross global political views, they have doubts on Anwar's credibility with the rejection. To them, Australia's rejection will be followed by many more developed countries which Anwar had claim that supported him in the bid to topple Najib and BN, as Australia would have referred the matter first to United States, the mother of all democracy before making the decision. Thus, Anwar faces credibility problem from within and this is no small matter despite the strong support from DAP, a chauvinistic party as far Malays, including PAS grassroots are concerned. PAS grassroots are not liberals or seculars who will suffice with just the basic fundamentals of Islam while ignoring the deeper rituals just to fill the chair of a Prime Minister. They insist on the Prime Minister that is a practicing Muslims with untarnished image and credible, not just a theologian, and in this case Hadi is the man who fits the criteria. Anwar and DAP are in a thight spot now as PAS, which can be considered as the backbone of PR, is now loosening up on the alliance. Without PAS, PR may not even get one-third of the 200-odd parliament seats and probably PR may even lose Penang, the risk the opposition alliance have to face if they ignore PAS grassroots.

PAS Members Can Only Dream Of Having Hadi As PM - Mustafa Ali

Posted: 22 Nov 2012 03:48 AM PST

Being pulled in the issue of who would be the next Prime Minister if Pakatan Rakyat (PR) wins the 13th General Election (GE13), PAS's Secretary General, Datuk Mustafa Ali responded that the matter should be used as polemic by leaders and opposition supporters because it is simply their hope, not the proposal or PAS's final decision. In other words, it means that PAS never had the intention, suggested or even made any decision to appoint Hadi Awang as the next Prime Minister unlike what was hoped by PAS members. This means that Hadi Awang can just dream of becoming a PM. I intentionally reviewed Mustafa Ali's statement in an easier term to help PAS members to understand this matter. This is because, from experience, when it comes to PAS members, I am aware that they would not read and even if they do, it would be really hard for them to understand long and complicated texts. Even their vocab is just limited to cursing and insulting. Thus, I am worried if they are fooled by Mustafa Ali's statement and they would keep on dreaming that Hadi would be the next Prime Minister. When the fact is, it is something impossible considering that PAS has never proposed or decide on that matter. Mustafa Ali also confirmed that PAS cannot stand by itself and PR might have not won the four states alone. His statement seemed humble, probably worried that DAP might hit him. From what we can see from DAP, they really want to put in Malay candidates and to increase the number of seats for them to compete. Even PKR has been working to claim PAS's seats with the excuse that it could balance their power in the coalition. And PKR is even more cunning as they are putting their people in PAS to ensure that Anwar's agenda would run smoothly even if PKR do not manage to win enough seats. All of this shows how PKR and DAP work hard to ensure that their parties would have more power. PKR hope that they could get full power with the status of Anwar as the Prime Minister while DAP is convinced that they would gain total power by holding onto most of Anwar's secrets. Only PAS shows itself as the humble party in PR just like what was expressed by Mustafa Ali. If top leadership themselves confirmed that they do not have any intention to dominate PR, and they do not have any wish to ensure that PAS controls the coalition, or even get the PM post, then how can PAS supporters expect that the party would implement hudud? If the leaders refuse to fight, then how can followers expect victory? If PAS cannot dominate PR, then how can Islam PAS win, just like what Hadi Awang has been hoping for? PAS members would need to accept the fact that their leaders only want to lead them, they can never lead PR, or even this country. And it is not just because they are not qualified, it is because they do not have the guts to challenge Anwar nor DAP. The conclusion, it is true what people say about PAS leaders being slaves for Anwar and DAP. This is truly sad.

Taipingmali (tm)

Posted: 23 Nov 2012 01:44 AM PST

Taipingmali (tm)


Manisah! Angkat kain dijemuran, hujan dah turun

Posted: 23 Nov 2012 12:45 AM PST

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Harakah Kata Hadi Hanya Layak Jadi Nelayan

Posted: 23 Nov 2012 12:42 AM PST

Dalam Muktamar PAS baru-baru ini, kita menyaksikan bagaiamana bersemangat sekali ahli-ahli PAS mencadangkan Presiden mereka, Datuk Seri Hadi Awang sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat memerintah. Hadi Awang dilihat tidak menolak terus cadangan tersebut, sebaliknya mengambil sikap 'terbuka' terhadap apa jua cadangan dan keputusan. Malah, beliau juga membayangkan rasa 'syok' sekiranya ia benar-benar menjadi realiti. Ini menunjukkan yang Hadi 'teringin' juga merasa menjadi Perdana Menteri.

Hari ini, Tun Mahathir pula membuat kenyataan bahawa Hadi Awang paling layak di antara semua pemimpin PR untuk memegang jawatan tersebut berdasarkan latarbelakang yang bersih berbanding Anwar Ibrahim.

Walaubagaimanapun, cadangan tersebut telah menimbulkan perasaan tidak senang di kalangan pemimpin-pemimpin PAS. Malah, pendapat bahawa Hadi Awang layak sebagai PM juga telah tidak dipersetujui oleh mereka.

Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS membuat kenyataan jelas bahawa kepimpinan PAS langsung tidak mengambil serius cadangan ahli-ahli PAS untuk melantik Hadi Awang sebagai PM. Mat Sabu sebagai orang no. 2 juga secara terang-terangan menolak cadangan itu kerana akur kepada perjanjian dengan DAP untuk melantik manusia yang digelarnya sebagai Al-juburi, sebagai Perdana Menteri.

Dalam kita membayangkan sokongan desakan hebat dari pemimpin-pemimpin tertinggi PAS yang lain untuk merealisasikan kehendak ahli dalam isu ini, amatlah malang bagi Hadi Awang kerana panglima-panglimanya sendiri tidak yakin dengan kepimpinannya. Tentulah sesuatu yang amat memalukan bagi Hadi Awang apabila mereka yang sepatutnya menjadi 'orang-kuatnya', yang sepatutnya menjadi pemangkin kepada kepimpinannya, bertindak mengenepikan idea untuk melantik dirinya sebagai PM.

Lebih mengejutkan lagi apabila Harakahdaily, lidah rasmi PAS bagaikan 'segan' untuk menyentuh soal Hadi sebagai PM. Sebaliknya media itu menonjolkan imej Hadi sebagai nelayan, meletakkan gambarnya di laut dengan pakaian seorang nelayan serta memetik kata-katanya yang lebih selesa menjadi nelayan dari menjadi Perdana Menteri.

Apakah ertinya ini? Apakah bentuk permainan atau motif Harakahdaily berbuat demikian? Untuk menunjukkan 'kezuhudan' Hadi Awang? Atau untuk menunjukkan hakikat kedudukan yang tepat bagi Hadi Awang iaitu hanya sebagai nelayan?

'Permainan' Harakahdaily ini agak ganjil jika dilihat dalam konteks politik dalaman PAS. Kita akan tersenyum sinis jika melihat gambar Dato' Seri Najib atau Tun Mahathir sebagai nelayan kerana imej tersebut pastinya tidak kena atau janggal kerana tidak sesuai dengan keperibadian dan karisma mereka. Sama seperti kita melihat gambar Obama sedang menumbuk padi iaitu tidak sesuai, pelik serta mustahil.

Tetapi, meletakkan gambar Hadi sebagai nelayan membawa impak yang amat bertentangan kerana watak, latarbelakang dan penceritaan begitu sebati, sesuai, tepat dan mudah dihayati. Melihat gambar yang disiarkan oleh Harakahdaily tersebut, menjadikan ianya semakin mustahil untuk kita membayangkan Hadi Awang sebagai Perdana Menteri.

Mana mungkin seseorang yang begitu menepati imej seorang nelayan juga dapat menepati imej seorang Perdana Menteri?

Maka, persoalannya kembali kepada Harakahdaily iaitu mengenai motifnya atau permainannya. Kita sedia maklum bahawa kepimpinan tertinggi DAP dan PKR sememangnya tidak pernah menghormati Hadi Awang sebagai setaraf dengan mereka. Hadi Awang sendiri nampaknya hilang keyakinan diri bila berhadapan dengan mereka yang lebih agresif, pantas, licik dan arif tentang selok belok dunia. Jika tidak kerana kelemahan Hadi Awang sudah tentu PAS tidak akan mengaku untuk sanggup menggadaikan Negara Islam dan hudud bagi menepati syarat kerjasama Pakatan Rakyat sejak dari awal lagi.

Jika Hadi Awang punya karisma dan kredibiliti sebagai pemimpin, tentu PAS tidak akan membisu dalam isu murtad, arak, judi, pusat hiburan dan sebagainya, tetapi sebaliknya akan menyinga dan menyerang DAP dan PKR habis-habisan sebagai kafir sebagaimana PAS menentang UMNO dalam isu yang sama.

Hakikatnya, Hadi Awang bukan pemimpin antara kaum, beliau hanya pemimpin bagi satu kaum, iaitu Melayu dan itu pula terhad kepada satu golongan, iaitu golongan yang jumud yang menganggap Ulama sebagai mengetahui segala-galanya.

Justeru, mungkinkah Harakahdaily cuba 'mengajar' golongan jumud ini agar lebih terbuka dan menerima kenyataan tentang di manakah kedudukan yang paling layak atau tidak layak bagi Hadi Awang. Oleh itu, Gambaran Hadi Awang sebagai nelayan diharap dapat membantu golongan jumud PAS melihat kebenaran iaitu bahawa selama ini mereka dipimpin oleh pemimpin yang juga dipimpin oleh orang lain.

Apakah Harakahdaily cuba memaksa ahli-ahli PAS agar menerima hakikat bahawa mereka tiada pilihan selain akur kepada DAP dan PKR kerana PAS sendiri tidak punya pemimpin sebenar. Selama ini PAS dipimpin oleh seorang Pak Turut, Budak Suruhan atau Boneka yang tidak tahu apa-apa, yang tidak berdaya melawan atau bersuara. Pemimpin yang dipimpin, tidak mungkin layak menjadi PM, dan tentu sekali lebih sesuai menjadi nelayan menangkap ikan sambil mengikut angin di tengah lautan…


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Padan muka Anwar bila Aus tolak rayuan

Posted: 22 Nov 2012 05:43 PM PST

MELBOURNE : Menteri Luar Australia, Senator Bob Carr berkata, Australia tidak boleh dan tidak akan mempengaruhi cara pilihan raya umum patut dilaksanakan di Malaysia walaupun menerima rayuan berhubung perkara itu daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar dilaporkan menulis kepada Carr untuk meminta Australia membantu dalam memastikan pilihan raya umum akan datang di Malaysia, yang berkemungkinan diadakan awal tahun depan, bebas daripada penipuan dan rasuah.

Anwar juga dilaporkan memberitahu Carr bahawa beliau menemui bukti tentang penipuan dalam pendaftaran pemilih dan anomali lain dalam menghadapi pilihan raya itu.

Beliau turut mempertikai kebebasan Suruhanjaya Pilihan Raya dan mendakwa pembangkang diketepikan oleh media.

Bagaimanapun, Carr berkata, pilihan raya di Malaysia merupakan urusan rakyat Malaysia sendiri.

"Amat sukar bagi Australia berbuat sesuatu tentang cara ia dilaksanakan, sama sukarnya bagi Malaysia atau kerajaan lain untuk menganjurkan bagaimana pilihan raya di Australia perlu diadakan.

"Kami bukan pihak berkuasa pilihan raya bagi Malaysia," katanya kepada ABC Radio.

Carr bagaimanapun berkata, Australia ingin melihat pilihan raya diadakan secara bebas dan adil di semua negara.

Kata Carr, Anwar secara peribadi menimbulkan kebimbangan itu dalam pertemuan mereka ketika beliau melawat Malaysia baru-baru ini.

Carr juga menolak andaian bahawa Australia akan menghantar pemantau pilihan raya ke Malaysia dan menegaskan perkara itu perlu dipohon oleh Malaysia.

Beliau turut menangkis andaian bahawa Canberra enggan bertindak kerana ingin memelihara hubungan baik dengan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang pihaknya sedang mengadakan rundingan berkaitan perjanjian pertukaran pencari suaka.

Dalam temu bual dengan ABC Radio pada Rabu, Anwar berkata, beliau bimbang pilihan raya umum, yang perlu diadakan menjelang Jun tahun depan, akan melibatkan penipuan dan ramai rakyat yang layak mengundi, tidak akan dibenar berbuat demikian.

Katanya, nama mereka yang terlalu muda untuk mengundi, berusia antara dua dan 12 tahun, terdapat dalam senarai pemilih.

Anwar juga mendakwa pembangkang dinafikan akses kepada media arus perdana.

Anwar berbincang tentang kebimbangannya itu dengan bekas Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd, dan menghantar satu nota kepada Carr untuk mendapatkan bantuan Australia dengan menyatakan bahawa Australia menyokong pilihan raya bebas dan adil di Iraq, Afghanistan dan Myanmar, tetapi membisu tentang Malaysia. - BERNAMA

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sahabat-Gunung

Posted: 23 Nov 2012 01:44 AM PST

Sahabat-Gunung


Worldwide Holdings Berhad dijual - Rompakan harta Selangor di siang hari....

Posted: 23 Nov 2012 12:19 AM PST


Selangor merupakan sebuah negeri kaya yang dibina oleh BN selama lebih 50 tahun, namun kini menjadi medan lelongan dan rompakan harta yang banyak terkumpul, ujar Hamidzun Khairuddin, Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)

Syabas kepada Menteri Besar yang rakyat kata menjadi peneraju kepada lelongan harta Selangor. Belum pun reda polemik penjualan 5 aset tetap PKNS yang akan dipindahmilikkan dan dihalalkan atas nama mengeffisienkan perniagaan, kini timbul pula satu skandal baru - penjualan Worldwide Holdings Berhad ?

"Worldwide adalah anak syarikat penuh PKNS. Ia diperbadankan pada 29 Dec 1965, kemudian diampung di bursa saham Kuala Lumpur, sebelum dikeluarkan dari pasaran saham pada tahun 2008.

Worldwide kini mempunyai modal berbayar berjumlah RM 177.12 juta. Dari 6 orang pengarah, Worldwide kini cuma ada 2 orang pengarah.

Worldwide sangat aktif dalam perniagaan pembangunan, pengurusan dan pelaburan hartanah serta pengurusan alam sekitar. Worldwide ada sebanyak 87 kakitangan. Worldwide juga mempunyai 11 anak syarikat," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, Laporan Ketua Audit Negara 2010 menegur Menteri Besar agar menambahkan bilangan pengarah Worldwide bagi meningkatkan akauntabiliti dan ketelusannya. Ketua Audit Negara juga mencadangkan agar Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan Worldwide diaktifkan dan fungsinya diselaraskan dengan peraturan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 9, 10, 11 dan 12 tahun 1993.

Setelah dibina puluhan tahun oleh kerajaan BN, Worlwide mencatatkan pendapatan tahun sebanyak RM238 juta pada tahun 2008, RM149 juta pada tahun 2009, RM169 juta pada tahun 2010. Manakala keuntungan sebelum cukai Worldwide pada tahun 2008 adalah RM 100 juta, 2009 adalah  RM 79 juta dan 2010 adalah RM 93 juta.

"Nyatalah dari pendapatan dan keuntungan besar ini Worldwide adalah anak emas negeri Selangor yang paling berjaya dalam perniagaan dan sekaligus menyumbang kepada pendapatan kerajaan negeri dan rakyat selangor.

Sidang DUN Selangor minggu ini dikejutkan dengan kenyataan ADUN Kuang yang Worldwide anak emas Selangor akan dijual atau dalam bahasa halusnya diambilalih atau dipindahmilik atau disusun semula pemegang sahamnya," tambahnya.

Apakah justikasi Menteri Besar dalam pemidahmilikan saham Worldwide ini? Kenapa mesti Worldwide, anak emas Selangor? Pelbagai soalan bermain dalam pemikiran rakyat selangor yang amat prihatin dengan pelbagai skandal yang wujud sekarang. Seperti skandal Talamgate, adakah ini rompakan harta Selangor disiang hari ?

"GAPS menuntut menjelasan Menteri Besar dan Exco regim Pakatan DAP, PKR dan PAS. Rakyat juga menuntut kebertanggungjawaban dan ketelusan Menteri Besar dalam menjaga amanah khazanah negeri Selangor yang kaya raya," ujarnya yang juga mantan Ketua AMK Negeri Selangor.

Kertas Putih Hutang TALAM, Indah Khabar Dari Rupa - Zin Mohamed

Posted: 22 Nov 2012 10:15 PM PST


Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata, akhirnya, Kerajaan Negeri mengeluarkan Kertas Putih berhubung isu Hutang TALAM pada Sidang DUN yang lalu setelah lebih dua tahun berjanji. Kertas Putih yang dinanti-nantikan oleh semua rakyat Selangor ini nampaknya indah khabar dari rupa.

Tambahnya, umum mengetahui, apa jua soalan atau penjelasan yang diajukan kepada Menteri Besar dan Kerajaan Negeri, jawapan yang diberikan adalah tunggu sehingga Kertas Putih TALAM dikeluarkan. Mereka berjanji kononnya dalam Kertas Putih tersebut, segala transaksi akan dijelaskan dengan terperinci dan telus.

"Bagaimanapun, rakyat Selangor tidak akan lupa bahawa sebelum Kertas Putih dikeluarkan, Kerajaan Negeri dengan gah telah mengupah pihak auditor bebas bagi melakukan audit terhadap isu ini. Mereka juga mengeluarkan 15 'frequently ask questions" (FAQs) dan turut mengadakan seisi jelajah ke seluruh Selangor bagi memberi penerangan mengenai isu ini.

Apa yang menghairankan, isi intipati Kertas Putih dengan apa yang diterangkan oleh barisan exco ketika sesi jelajah adalah perkara yang sama. Dalam erti kata lain, tiada maklumat yang baru dalam Kertas Putih yang dikeluarkan. Malahan, sebahagian besar persoalan yang saya tanyakan sebelum ini masih belum terjawab," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Umum mengetahui bahawa TALAM mempunyai hutang dengan beberapa anak syarikat Kerajaan Negeri seperti KHSB, PNSB dan UNISEL. Dinyatakan dalam Kertas Putih bahawa KHSB, PNSB dan UNISEL maing-masing hanya menerima RM10 dari urusniaga penyelesaian hutang TALAM ini, namun Kerajaan Negeri berjanji akan membayar pampasan kepada anak syarikat ini.

Persoalannya, bagaimanakah Kerajaan Negeri menilai pemberian pampasan kepada KHSB, PNSB dan UNISEL? Bagaimana pula penerimaan oleh pemegang saham setiap anak syarikat ini? Adakah pemberian ini merupakan satu cara untuk Kerajaan Negeri menutup kelemahan mereka?

"Kertas Putih juga menyatakan maklumat yang bercampur berhubung jumlah kutipan hutang yang berjaya dilaksanakan. Tiada maklumat terperinci berhubung tanah yang dilelong dan gantian tanah yang dijanjikan oleh pihak TALAM. Sebuah tanah di Lot 14002 dikatakan telah di lelong pada tahun 2010. Bagaimanapun, TALAM hanya bersetuju untuk menggantikan tanah tersebut pada surat bertarikh 5 June 2012. Persoalanya, kenapakah berkara ini timbul setelah dua tahun berlalu sedangkan isu ini bermula sejak 2009 lagi? Adakah Kerajaan Negeri hanya menimbulkan perkara ini setelah terdesak dengan siri pendedahan oleh Barisan Nasional?

Hakikatnya, Kertas Putih  ini bolehlah diandaikan sebagai melepaskan batuk di tangga. Ianya hanyalah bagi menutup isu ini dari terus dibincangkan. Namun begitu, pihak Barisan Nasional Selangor tetap konsisten dengan apa yang kami dedahkan sebelum ini malah masih banyak persoalan yang poerlu dijawab oleh Menteri Besar berhubung kekeliruan yang berlaku dalam penyelesaian hutang TALAM ini," ujarnya yang juga Setiausaha UMNO Negeri Selangor.

Isu Selangor - Khalid Ibrahim Rampas Asset UNISEL & Jadikan Universiti Swasta Tanpa Harta No. 1 Negara

Posted: 22 Nov 2012 05:45 PM PST



Setahun selepas memerintah Selangor, Kerajaan PR telah memindahkan aset-aset UNISEL kepada pemilikan Menteri Besar Incorporated (MBI). Perkara ini termaktub dalam 'Kertas Putih  Penyelesaian Hutang Talam'.

Kertas Putih berkenaan mendedahkan pampasan dalam bentuk pengambilalihan liabiliti UNISEL yang berjumlah RM248.7 juta telah diberikan oleh MBI kepada universiti swasta milik Kerajaan Negeri Selangor berkenaan.

Kemudian, MB Selangor TS Khalid Ibrahim mengumumkan pengambilalihan hutang UNISEL oleh MBI sebanyak RM150 juta. [Rujuk SINI]

Namun begitu, dalam Exco Pendidikan Selangor Dr Halimah Ali membuat kenyataan yang amat berbeza, apabila mendakwa pengambialihan hutang UNISEL berjumlah RM486.7 juta.


Baik apa juga amaun mahu pun alasan dan tujuan pengambilalihan hutang tersebut, perlu diingatkan bahawa perlaksanaan tersebut adalah berserta dengan pengambilan semua aset-aset UNISEL.

Oleh kerana UNISEL beroperasi sebagai universiti swasta, maka universiti tersebut telah dijadikan sebuah universiti swasta tanpa aset yang pertama di Malaysia oleh Khalid Ibrahim. 

Ini juga bermakna bahawa UNISEL tidak mempunyai nilai ekonomi kepada mana-mana pelabur.

Anwar Minta Bantuan Luar Bukan Mengejutkan, Taktik Lapuk Cari Pengaruh

Posted: 22 Nov 2012 04:15 PM PST



Pendedahan berkaitan tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan menulis kepada Menteri Luar Australia, Senator Bob Carr untuk meminta negara terbabit membantu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) di Malaysia bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu bahawa tindakan mencari pengaruh luar bukanlah kali pertama dilakukan oleh penasihat PKR dalam usaha mendapatkan kuasa politik di negara ini.

"Ini bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana Anwar telah pun acapkali bertindak sedemikian malah lebih dari itu apabila sanggup memburuk-burukkan negara sendiri lantaran mahu mengambil hati para pemimpin luar dan bersimpati kepadanya," katanya.

Dilaporkan Anwar meminta bantuan Australia dalam PRU akan datang atas dakwaan untuk memastikan ia bebas daripada penipuan dan rasuah selain kononnya menemui bukti tentang penipuan dalam pendaftaran pemilih dan anomali lain dalam menghadapi pilihan raya.

"Apa lagi yang Anwar belum lakukan kerana sebelum ini dia bukan saja merendah-rendahkan kedudukan negara sendiri tetapi turut menganggap sistem demokrasi dan perundangan di Malaysia juga adalah lapuk dan ketinggalan," katanya yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN).

Awal tahun ini, media turut melaporkan Anwar telah ke Turki dan menafikan Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi selain tidak ada satu pun media yang ada di negara ini bebas untuk beroperasi serta mendakwa bahawa dia dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dulu adalah kerana mengkritik kepimpinan Perdana Menteri ketika itu.

"Anwar lebih gemar meminta bantuan dari negara luar negara kerana rakyat di negara ini sudah tahu siapa dia yang sebenar.

"Tidak ada sesiapa yang mahu mempercayainya lagi sebagaimana pelbagai janji yang ditaburkan bukan saja sebelum dapat bentuk kerajaan bersama pakatan pembangkang dibeberapa buah negeri tetapi dah ada kuasa pun terus menipu," katanya lagi.

Ujarnya, jika sebelum mendapat kuasa mereka menjadikan manipulasi dan persepsi sebagai satu taktik bagi memperlihatkan kononnya kerajaan sering melakukan kesilapan tetapi malangnya kelakuan tersebut berterusan biarpun menjadi wakil rakyat dan pemimpin.

"Mereka tidak ada modal untuk tarik perhatian jadi mereka tuduh kerajaan BN khususnya UMNO sebagai parti yang selalu salah tanpa mereka sedar bahawa mereka perlu berdepan dengan kenyataan yang dimahukan oleh rakyat."

Dalam temu bual dengan ABC Radio semalam, Anwar turut mendakwa pembangkang dinafikan akses kepada media arus perdana.

"Mereka buat macam-macam tuduhan terhadap kerajaan termasuklah PRU kononnya tidak telus sedangkan jika ia benar-benar berlaku adakah pakatan pembangkang akan mendapat peluang untuk beroleh kemenangan di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak pada PRU 2008 lalu?" soalnya.

Tambah beliau lagi, apabila Anwar Ibrahim membuat kenyataan terbuka di luar negara yang kemudiannya disiarkan dalam media bercetak maka tuduhan juga dilemparkan kepada BN/UMNO.

"Macam mana BN/UMNO mahu memanipulasi media asing yang menyiarkan kenyataan Anwar berkaitan sokongannya terhadap Israel di dalam Wall Street Journal (WSJ) sedangkan mereka bukan dikawal oleh BN sebagaimana tuduhan kepada media arus perdana yang kononnya dikongkong dan tidak ada kebebasan bersuara," bidasnya.

"Sebelum ini pun Anwar pernah mempropagandakan Malaysia sebagai sebuah negara yang negatif dan tidak selamat, dan kemudian mengeji pakaian batik Malaysia ketika berada di Indonesia sedangkan ia tidak sewajarnya dipolitikkan," tegasnya.

Sebelum itu, anak sulung Anwar yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izza juga pernah memberikan kenyataan palsu ketika temubual dengan akhbar Kompas di Indonesia, 4 Ogos lalu kononnya kapal selam negara, KD Tunku Abdul Rahman, masih tidak boleh menyelam selain mendakwa ia sebagai aset usang dan terpakai.

"Telah terbukti bahawa pakatan pembangkang bukan saja sanggup memburukkan negara sendiri dan melemparkan fitnah semata-mata untuk kepentingan politik tetapi juga gagal menanamkan sikap patriotik dan nasionalisme dalam diri masing-masing."

Sumber: GPRS-Online

DUN Selangor Tegang- Subahan `Smash’ Khalid Ibrahim

Posted: 22 Nov 2012 05:15 AM PST

Subahan Kamal (BN- Taman Templer)


Sesi penggulungan Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini tegang seketika selepas Anggota Dewan Undangan Negeri Taman Templer Datuk Subahan Kamal membidas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semasa beliau menggulung perbahasan ucapan Bajet 2013.

Subahan berkata beliau tidak memahami dan bingung dengan penerangan Abdul Khalid mengenai belanjawan itu. 

"Saya makin lama makin bingung kerana saya tidak faham apa Menteri Besar dok cakap. Ini kursus kira-kira, accounting... ini kursus di UiTM atau nak
bentangkan bajet?.

"Tapi bila menjawab tu, biarlah menjawab terus kepada persoalan yang dibangkitkan bukan pusing satu dunia sampai ke Afrika sampai ke Amerika," katanya menyebabkan Speaker Datuk Teng Chang Khim meminta Subahan menarik balik perkataan bingung kerana ia bersangka jahat.

Subahan menjawab beliau tiada masalah untuk menarik balik perkataan itu dan menyatakan bahawa Menteri Besar faham maksud beliau.

Bagaimanapun, Teng berkata dengan menjawab boleh tarik balik tidak memberi erti jika Subahan tidak melakukannya.

"Saya tarik balik," kata Subahan dan Teng berkata: "Tarik balik apa?"

"Bingung tak salah, bingung bukan sangkaan jahat," jelas Subahan.

Keadaan itu membuatkan anggota-anggota pembangkang dari Barisan Nasional seperti Datuk Amiruddin Setro (BN-Jeram) naik marah dan bangun memprotes tindakan Teng itu.

Keadaan turut menjadi hingar bingar menyebabkan pembesar suara di tempat duduk pembangkang ditutup.

Teng turut mengarahkan Amiruddin supaya duduk tetapi beliau enggan menyebabkannya diarah keluar selama sejam dari sidang dewan mulai 5.10 petang.

Keadaan menjadi tenang selepas Teng meminta pihak pembangkang bersabar untuk membolehkan Abdul Khalid menggulung perbahasan.

Terdahulu, Abdul Khalid berkata cara perbelanjaan dibuat pada masa ini berbeza dari dulu kerana kecanggihan dan kepantasan teknologi maklumat.

"Kalau dahulu maklumat agak lambat diperoleh, tetapi kini maklumat seperti prestasi kutipan hasil dapat diperolehi dalam tempoh tiga bulan dan ini memudahkan perbelanjaan dapat diselaraskan dengan peningkatan pendapatan.

"Itu adalah antara sebab mengapa pada tahun lepas, setiap kali sidang dewan diadakan peruntukan tambahan dimohon oleh kerajaan negeri," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab perbahasan Ketua Pembangkang Selangor Datuk Muhamad Satim Diman (BN-Seri Serdang) yang sangsi Bajet 2013 kerajaan negeri berjumlah RM1.63 bilion akan kekal kerana kemungkinan ada permohonan peruntukan tambahan seperti tahun-tahun sebelumnya.  

Sampah Selangor- BN Pertikai Penjelasan Ronnie

Posted: 22 Nov 2012 04:01 AM PST



Datuk Johan Abdul Aziz (BN-Semenyih) hari ini mempersoalkan penjelasan Ronnie bahawa kegagalan kontraktor adalah punca sampah tidak dikutip di negeri ini.

Menurut Johan, alasan itu tidak boleh diterima sama sekali kerana beliau sendiri telah menerima aduan daripada penduduk mengenai sampah yang tidak dikutip meskipun kontraktor dilantik telah menjalankan kerja-kerja yang sama dalam tempoh lapan bulan lalu.
Tegasnya, berdasarkan jangka masa itu, ia bukan satu alasan kepada kontraktor yang dilantik untuk tidak mengutip sampah dengan sempurna mengikut jadual yang telah ditetapkan.

"Sebagai contoh, di kawasan saya sendiri di Desa Mutiara, Sungai Jeluk mengalami masalah sampah tidak dikutip berbulan-bulan.

Saya tanya penduduk, aduan sudah banyak dibuat, tetapi masih berhadapan dengan masalah ini," tegasnya ketika ditemui di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini hari ini.

Pada 20 November lalu, Ronnie ketika sesi pertanyaan lisan pada sidang DUN menyatakan orang ramai merupakan antara punca kepada masalah kutipan sampah di negeri ini.

Menurut Ronnie, punca tersebut dilihat adakah penyumbang kepada masalah berkenaan apabila ada orang ramai yang membuang sampah di kawasan yang tidak sepatutnya.

Selain itu, Exco kerajaan negeri itu turut turut memberikan alasan bahawa aduan sampah tidak dikutip juga adalah disebabkan ada pihak kontoraktor sampah yang baru dilantik kurang arif dengan kawasan kerja mereka.

Aspirasi Bangsa

Posted: 23 Nov 2012 01:13 AM PST

Aspirasi Bangsa


Panas : satu lagi Ajaran Sesat PAS

Posted: 22 Nov 2012 04:56 AM PST

SELALU ADA YANG BARU

Posted: 22 Nov 2012 11:51 PM PST

SELALU ADA YANG BARU


ANTARA CARA-CARA PAS MENEGAK ISLAM...

Posted: 22 Nov 2012 05:53 PM PST




BILA SAJA KAMU JAWAB KENAPA SELALU RESAH WAHAI NIK AZIZ?...

Posted: 22 Nov 2012 05:23 PM PST

DOA PAS BAGI MENGUATKAN ISLAM ...

Posted: 22 Nov 2012 05:09 PM PST

DOA HANCUR SESAMA ISLAM : ADIK KURANG WARAS ATAU KARPAL SUDAH BERJAYA MENG DAP FIKIRAN NIK AZIZ ?...

Posted: 22 Nov 2012 05:05 PM PST



ISLAM terus menjadi mainan Pas. Parti itu semakin lama semakin tegar mempolitikkan agama demi matlamat mereka membantu DAP dan PKR ke Putrajaya. Semakin dikecam masyarakat, semakin galak Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pengikut-pengikutnya memanipulasikan agama.
Kali inI, Pas meminta doa  agar Allah  SWT menjahanamkan UMNO dan BN  sebagaimana Allah memusnahkan Firaun, Qarun,  Namrud serta Abu Lahab selepas solat hajat,  sempena muktamar parti itu di Stadium Sultan  Muhamad IV, Kota Bharu, beberapa hari lepas.
Doa yang diketuai Nik Razi Nik Mat, iaitu  adik kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul  Aziz Nik Mat turut mendakwa UMNO dan BN telah  bertindak zalim kepada agama Islam, rakyat serta  negeri Kelantan meskipun Malaysia diiktiraf  negara Islam paling maju dan komprehensif di  bawah pentadbiran kerajaan sekarang. Berikut adalah teks doa tersebut;

 Hasbunallah wa ni'mal wakil (diulang tujuh kali). Ya  Allah...Mudahkanlah perjalanan kami ke Putrajaya  (diulang empat kali)..kuburkanlah UMNO dan  Barisan Nasional (BN) (diulang tiga kali) dalam  Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 ini. Kezaliman  UMNO dan BN 50 tahun lebih kepada agama Mu,  hamba Mu dan kepada negeri kami ini.

Ya Allah...Engkau mengetahui tentang hal kami.  Kami berkumpul di tempat yang penuh berkat di  mana engkau mengetahui tentang hal kami. Kami  hamba-hamba Mu Ya Allah...Datang dari jauh dan  dekat, berkumpul di tempat yang berkat, di malam  yang berkat.

Ya Allah...Ampunilah dosa kami, dosa kedua ibu  bapa kami (diulang empat kali) melalui  perhimpunan munajat kami Ya Allah. Kami  hamba-hamba Mu Ya Allah. Sekiranya Kamu  mengampuni dosa-dosa kami Ya Allah. Kamu  Tuhan maha pengampun lagi maha kasih  sayang.

Ya Allah...Kuatkanlah iman kami, murahkanlah  rezeki kami, amankanlah rumah tangga, negeri  dan negara kami, cemerlangkanlah anak-anak  kami. Anak-anak kami adalah amanah daripada  Mu Ya Allah. Berilah mereka berjaya di dunia dan  akirat nanti, berilah mereka berjaya untuk  menolong sunah Nabi Muhammad S.A.W.

Ya Allah...hukumlah UMNO. Ya Allah...  Hukumkanlah UMNO dan BN. Ko! BN, Ko! BN, BN  Ko!, Ko! BN, BN Ko!, BN Ko!, BN Ko! dalam  PRU-13 ini Ya Allah. Mudah-mudahan dalam  perjalanan kami ke Putrjaya Ya Allah dengan begitu  sekali mudah dengan pertolongan Mu Ya Allah.

Kalaulah Kamu pernah tenggelamkan firaun di  dalam laut. Kamu telah izinkan bumi Mu telan  Qarun. Ya Allah...Kamu telah laknat Namrud dan  begitu juga Abu Lahab. Maka sungguh mudah  untuk Kamu bagi menjahanamkan UMNO dan BN  dalam PRU-13.

Tidak larat kami nak lihat anak-anak kami dalam  suasana yang tidak selamat di dalam dan luar  rumah dengan ragut, rogol, bunuh, bakar,  cincang manusia dan begitu juga dengan  bermacam-macam jenayah dan begitu juga  dengan bermacam-macam rasuah.

Ya Allah...Habislah negara kami ini dijual oleh  UMNO. Singapura dah habis Ya Allah, Pulau Batu  Putih dan Tanjung Pagar. Ya Allah...Hancurkan  UMNO tumbangkan BN

Rasulullah wa'alaa saidina muhammad wa'alaa  alihi wasabi hi wasalam walhamdullillah hirabil  aalamin. Allahhuakbar (diulang tiga kali).

PRU13 ADALAH PROSES KARPAL MENJADI PM?...

Posted: 22 Nov 2012 04:00 PM PST

MERBOK TIMES

Posted: 22 Nov 2012 11:41 PM PST

MERBOK TIMES


APA KAH AKIBAT JIKA ALLAH SWT MAKBULKAN DOA PAS?

Posted: 22 Nov 2012 04:36 PM PST

Mazlan Mahmud,
Utusan Malaysia 23/11/2012

Doa PAS yang dipimpin oleh adik Nik Aziz di Stadium Sultan Muhammad ke-IV Jumaat lepas supaya Allah SWT mengKOkan UMNO dan BN yang sebenarnya membuktikan bahawa mereka sedang dilanda kebuntuan masa depan politik yang sungguh meruncing tak ubah seperti telur dihujung tanduk. 

Mereka menghadapi kekalutan masaalah dalaman di antara pakatan mereka sehingga akhirnya mereka terpaksa memohon kepada Allah SWT untuk membinasakan UMNO/BN memandangkan tidak ada jalan lain lagi untuk mereka berkuasa. 

Kandungan doa 'KO BN' yang dibaca oleh adik Nik Aziz, Nik Razi Nik Mat selepas solat hajat itu ternyata meluahkan isi hati betapa begitu kuat sekali bencinya mereka kepada UMNO dan BN. 

Diulang-ulangnya "KO-BN!! KO-BN!! BN-KO!! KO BN!! BN-KO!! KO-BN!! BN-KO!!" dengan nada yang sungguh marah dan meluat. Sehingga semua kejadian jenayah dalam negara ini seperti ragut, rogol, bakar dan cincang manusia disalahkan kepada UMNO dan BN termasuklah kejadian-kejadian yang berlaku di Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang negeri pemerintahan PAS dan DAP. 

Hakikatnya UMNO dan BN tidak boleh tidur nyenyak kerana jika doa ini dimakbulkan oleh Allah SWT setelah diaminkan oleh 40,000 penyokong PAS pada malam itu negara ini akan tenggelam ke dalam laut seperti Kerajaan Firaun dan diranapkan seperti Namrud dan Abu Lahab.

UMNO juga mesti bangun dan berdoa supaya menolak segala bala bencana yang bakal menimpa umat negara ini termasuklah berdoa juga supaya mereka yang memohon KO kan UMNO-BN mendapat perlindungan dan dibuka hati nurani mereka oleh Allah SWT supaya berkasih sayang sesama umat. 

PAS juga harus sedar jika negara ini tenggelam mereka juga akan tenggelam bersama termasuk Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang sekali gus cita-cita mereka untuk berkuasa juga akan hancur kerana sudah tidak ada negara lagi untuk mereka memerintah.

The Unspinners

Posted: 22 Nov 2012 11:41 PM PST

Panglima Perang Cyber

Posted: 22 Nov 2012 11:26 PM PST

Panglima Perang Cyber


DAP Tolak Hj Hadi Pilih Anwar Jadi PM - Bukti Penghinaan DAP Terhadap Suara Ahli-Ahli PAS !!!

Posted: 22 Nov 2012 06:19 PM PST

Hadi Lembap Punca PKR, DAP Tak Mahu Hadi Jadi PM

DAP sudahpun bersuara membantah ura-ura PAS untuk menobatkan Presidennya, Abdul Hadi Awang sebagai Perdana Menteri ke-7 sekiranya pakatan pembangkang berjaya menguasai PRU 13 dan berpeluang menjadi Kerajaan Pusat.

Hadi yang terkenal sebagai Presiden paling lembab dalam sejarah PAS kelihatan berseri seketika wajahnya, namun selepas itu menolaknya secara berkias setelah menyedari tarafnya dikalangan pemimpin PR yang lain hanyalah sekadar balaci suruhan sahaja.

Tanpa berlengah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tampil mengingatkan ahli dan pemimpin PAS supaya taat setia pada persetujuan bersama pimpinan tertinggi PR untuk mengangkat Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim sebagai PM.

Manakala Lim Kit Siang pula selaku Pengerusi DAP dalam ucapannya di himpunan PR yang diadakan di Kota Bharu juga tanpa segan silu membuat pengisytiharan bahawa Anwar adalah calon rasmi pakatan pembangkang bagi jawatan PM.

Jelas sekali dalam soal ini DAP tidak meletakkan sebarang keyakinan terhadap kemampuan Hadi disebabkan pada perkiraan mereka Presiden PAS itu agak lembap gaya pimpinannya dan langsung tiada kredibiliti.

Ini satu penghinaan besar dan amat pahit untuk PAS telan, lebih-lebih lagi bila ia dinyatakan secara terbuka tanpa mengambil kira maruah dan harga diri ribuan ahli dan penyokong PAS yang berhimpun di Stadium Sultan Muhammad ke-IV pada malam itu.

Kenyataan pemimpin DAP itu pula dungkapkan hanya berselang beberapa ketika sahaja selepas Dewan Ulama PAS serta perwakilan parti itu mengetengahkan nama Hadi sebagai pemimpin yang berkelayakan menggalas jawatan tertinggi itu.

Satu isyarat jelas betapa DAP tidak akan bertolak ansur dengan PAS sama seperti mereka buktikan dalam menegaskan pendiriannya menentang hasrat PAS untuk melaksanakan negara Islam dan hukum hudud ala PAS.

Polemik jawatan PM tidak hanya menonjolkan pendirian keras DAP membantah pencalonan Hadi, ia turut menyebabkan PKR melalui Timbalan Presiden, Azmin Ali bersuara dengan nada yang sama.

Lebih mendukacitakan ramai ahli PAS bila mana reaksi dari kalangan pemimpin PAS seperti Mat Sabu, Mahfuz Omar dan Sallahudin Ayub juga tidak memihak kepada Hadi Awang.

Sepertinya dikalangan pemimpin juga ramai yang meragui kelayakan Hadi sebagai pemimpin parti. Jadi benarlah pandangan ramai selama ini bahawa kepimpinan Hadi sememangnya tidak efisien disebabkan kelembapannya.

Maka satu kesimpulan mudahnya, mungkin benarlah salah satu punca sampingan DAP dan PKR menentang saranan melantik Hadi sebagai PM adalah kerana kelembapannya dalam memimpin

Hadi Lembap Punca PKR, DAP Tak Mahu Hadi Jadi PM 

 DAP sudahpun bersuara membantah ura-ura PAS untuk menobatkan Presidennya, Abdul Hadi Awang sebagai Perdana Menteri ke-7 sekiranya pakatan pembangkang berjaya menguasai PRU 13 dan berpeluang menjadi Kerajaan Pusat.    Hadi yang terkenal sebagai Presiden paling lembab dalam sejarah PAS kelihatan berseri seketika wajahnya, namun selepas itu menolaknya secara berkias setelah menyedari tarafnya dikalangan pemimpin PR yang lain hanyalah sekadar balaci suruhan sahaja. 
 Tanpa berlengah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tampil mengingatkan ahli dan pemimpin PAS supaya taat setia pada persetujuan bersama pimpinan tertinggi PR untuk mengangkat Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim sebagai PM.    Manakala Lim Kit Siang pula selaku Pengerusi DAP dalam ucapannya di himpunan PR yang diadakan di Kota Bharu juga tanpa segan silu membuat pengisytiharan bahawa Anwar adalah calon rasmi pakatan pembangkang bagi jawatan PM. 
 Jelas sekali dalam soal ini DAP tidak meletakkan sebarang keyakinan terhadap kemampuan Hadi disebabkan pada perkiraan mereka Presiden PAS itu agak lembap gaya pimpinannya dan langsung tiada kredibiliti.    Ini satu penghinaan besar dan amat pahit untuk PAS telan, lebih-lebih lagi bila ia dinyatakan secara terbuka tanpa mengambil kira maruah dan harga diri ribuan ahli dan penyokong PAS yang berhimpun di Stadium Sultan Muhammad ke-IV pada malam itu.   
Kenyataan pemimpin DAP itu pula dungkapkan hanya berselang beberapa ketika sahaja selepas Dewan Ulama PAS serta perwakilan parti itu mengetengahkan nama Hadi sebagai pemimpin yang berkelayakan menggalas jawatan tertinggi itu.     Satu isyarat jelas betapa DAP tidak akan bertolak ansur dengan PAS sama seperti mereka buktikan dalam menegaskan pendiriannya menentang hasrat PAS untuk melaksanakan negara Islam dan hukum hudud ala PAS.    Polemik jawatan PM tidak hanya menonjolkan pendirian keras DAP membantah pencalonan Hadi, ia turut menyebabkan PKR melalui Timbalan Presiden, Azmin Ali bersuara dengan nada yang sama.     
Lebih mendukacitakan ramai ahli PAS bila mana reaksi dari kalangan pemimpin PAS seperti Mat Sabu, Mahfuz Omar dan Sallahudin Ayub juga tidak memihak kepada Hadi Awang.     Sepertinya dikalangan pemimpin juga ramai yang meragui kelayakan Hadi sebagai pemimpin parti. Jadi benarlah pandangan ramai selama ini bahawa kepimpinan Hadi sememangnya tidak efisien disebabkan kelembapannya.    Maka satu kesimpulan mudahnya, mungkin benarlah salah satu punca sampingan DAP dan PKR menentang saranan melantik Hadi sebagai PM adalah kerana kelembapannya dalam memimpin

Lelaki 24 tahun maut bermain komputer tanpa henti

Posted: 22 Nov 2012 06:01 PM PST

Moralnya : Jangan mengikut nafsu. Dalam apa jua yang dilakukan.


Lelaki maut bermain komputer tanpa henti

BANGKOK 23 Nov. - Seorang lelaki Thailand dilaporkan maut di hadapan komputernya selepas bermain permainan komputer tanpa henti selama beberapa malam.

Mayat mangsa yang berusia 24 tahun itu ditemui dalam keadaan terduduk di atas kerusi di biliknya di wilayah Samut Songkhram, barat daya Bangkok, semalam.

Pegawai polis tempatan, Chaichana Boonrod berkata, mangsa dipercayai ketagihan bermain permainan video dan mengalami kesukaran untuk tidur, menyebabkan mangsa bermain dari waktu malam hingga pagi.

Mayat mangsa dihantar ke hospital untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian. - AFP

© Utusan Melayu (M) Bhd 


Sent from my iPad

Video Penjelasan Kenapa Perlu Boikot Mcdonalds oleh Dr.Hafidzi

Posted: 22 Nov 2012 09:02 AM PST



Video Kereta Langgar Kelajuan 200 km/h - Menggerikan !!!

Posted: 21 Nov 2012 11:41 PM PST


oyabun

Posted: 22 Nov 2012 11:17 PM PST

oyabun


Kondominium berhampiran Batu Caves dilulus ahli majlis pakatan pembangkang - Abdul Shukor?

Posted: 22 Nov 2012 11:55 AM PST



Barisan Nasional (BN) mendakwa projek pembinaan kondominium berhampiran kuil di Batu Caves, Gombak diluluskan ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS) yang dilantik pakatan pembangkang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang, Abdul Shukor Idrus berkata, beliau dimaklumkan bahawa kelulusan projek tersebut dibuat pada 24 Jun 2008 dan ketika itu tiada lagi ahli majlis yang dilantik semasa pentadbiran BN berada dalam MPS.

''Sehubungan itu, dakwaan pakatan pembangkang bahawa BN bertanggungjawab memberikan kelulusan projek itu adalah berniat jahat dan cuba memutarbelitkan fakta bagi mengelirukan rakyat kerana ahli MPS yang dilantik oleh BN tidak lagi hadir mesyuarat selepas 8 Mac tahun yang sama.

"Oleh itu, mereka (pembangkang) yang bertanggungjawab terhadap kelulusan projek tersebut. Walaupun sebelum itu, ahli MPS yang dilantik BN ada membincangkan tentang pembinaan kondominium tetapi selepas itu, perkara berkenaan terhenti di situ saja.

''Selepas ahli MPS yang baharu dilantik, mereka meneruskan perbincangan tentang cadangan pembinaan kondominium ini dan seterusnya meluluskan projek tersebut. Jadi, saya ingin bertanya siapa yang bertanggungjawab meluluskannya kerana mereka ada kuasa membatalkan jika tidak bersetuju?" katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri sesi perbahasan Bajet Selangor 2013 di sini hari ini.

Isu pembinaan dua blok kondominium 29 tingkat di sekitar Batu Caves terus menjadi perhatian masyarakat India tempatan apabila Jawatankuasa Kuil Sri Subramaniam, Swamy Devasthanam Batu Caves membantah pembinaan kondominium itu yang didakwa akan menjejaskan pemandangan dan struktur kuil.


Malah, dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini, ADUN Kota Alam Shah, M. Manoharan mencabar Exco kerajaan negeri, Ronnie Liu meletak jawatan sekiranya gagal membatalkan projek pembinaan kondominium tersebut.

Dalam pada itu, ditanya tentang cabaran Manoharan itu, Abdul Shukor berkata, gesaan itu datang daripada kalangan pemimpin pembangkang sendiri, sekali gus membuktikan ketidakyakinan pemimpin mereka terhadap kredibiliti Ronnie selaku Exco Hal Ehwal Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri.

Wasabi Oyabun..

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 22 Nov 2012 11:12 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Wajib Baca!: Zulkifli Noordin Mengamuk Lagi!!!

Posted: 21 Nov 2012 11:07 PM PST

Zulkifli Noordin

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru Datuk Zulkifli Bin Noordin telah mengeluarkan satu entri menghentam kejahilan Ustaz KO. Beliau panas hati sungguh dengan kejahilan juak-juak PAS ini mendoakan kehancuran sesama umat Islam.



MyMassa tak mahu berbual panjang, biarlah viewers sendiri lihat dan baca sendiri apa yang dinyatakan Datuk Zulkifli Noordin.







Belantan

Posted: 22 Nov 2012 11:05 PM PST

Belantan


Nurul Izzah: Insafi apa yang diucap, jangan ulas luar konteks?

Posted: 22 Nov 2012 06:16 PM PST



Reaksi khalayak terhadap pendapat Nurul Izzah Anwar sebagai panel forum di sebuah gereja amat luar biasa sekali.

Yang masih bercelaru dan enggan menyatakan kebenaran ialah Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib dan sekutunya lantaran politik menjaga hati Anwar Ibrahim. Yang Pas perjuangkan kini bukan sangat Islamnya tetapi kerusi dan kuasa.

Ucapan Nurul Izzah harus dilihat dalam konteksnya, bukan penjelasan di luar konteks. Rakaman ucapannya, skrip ucapannya yang disiarkan oleh Malaysiakini, I Christians blog-spot dan media utama yang lain, penjelasan ahli Majlis Peguam, Siti Zabedah Kasim amat jelas bukan dimanipulasi oleh mana-mana pihak.

Nurul Izzah seperti juga ayahnya cuba mencari madah berhelah (defence mechanism) untuk memberi justifikasi bahawa ia tidak bermaksud demikian bagi mengawal kerosakan (damage control). Isu akidah dan murtad pada hemat penulis tidak boleh dipolitikkan.

Kalau politik mengatasi isu akidah dan murtad, ia sesuatu yang amat malang. Pas umumnya menganggap kenyataan Nurul Izzah itu sesuatu yang remeh. Yang lebih utama ialah Pilihan Raya Umum Ke-13 kerana mahu segera ke Putrajaya. Apakah isu murtad dan isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) remeh?


Kalaulah isu akidah dan murtad dianggap remeh, penulis tidak tahu apa lagi yang patut diperjuangkan oleh Pas sebagai sebuah organisasi politik Islam terhadap Islam dan umat manusia khususnya yang menyangkut isu yang amat asas dalam Islam.

Nurul Izzah harus menginsafi, dia tahu apa yang diucapkannya itu. Kalau tidak masakan hadirin di forum itu bertepuk tangan seperti yang terlihat dalam rakaman video. Sudah tentu ada perkara yang menggembirakan mereka kerana kenyataan Nurul Izzah itu adalah secocok dengan kehendak mereka.

Nurul Izzah tahu dia bukan ulama. Tidak pula pernah mengikuti pusat pengajian Islam di mana-mana. Pengetahuan mengenai al-Quran dan As Sunnahnya sudah tentu terbatas. Dia patut insaf implikasi kenyataan yang kontroversial itu.

Khalayak sedang menunggu saman Nurul Izzah terhadap Utusan Malaysia supaya cerita sebenar akan terbongkar. Khalayak juga sedang menunggu penafian beliau terhadap dakwaan Siti Zabedah.

Siti Zabedah patut disaman kerana menempelak Nurul Izzah berputar 180 darjah. Ia boleh menjadi saksi utama sekiranya Utusan Malaysia disaman.

Nurul Izzah tidak sebut pun kenyataannya itu dalam konteks Perlembagaan Malaysia. Anwar Ibrahim, ayahnya dalam kempen politiknya di Terengganu mengatakan kenyataan anaknya itu telah disalahtafsirkan kerana dimanipulasi oleh pihak lain.


Siapakah yang sebenarnya memanipulasi isu ini. Kita bercakap dalam konteks selepas melihat bukti-bukti. Nurul Izzah melakukan justifikasi di luar konteks untuk menyedapkan hati penyokongnya.

Hatta kalau ditafsirkan dalam konteks Perlembagaan Malaysia pun, tafsirnya salah apalagi kalau dirujuk maksud sebenar Surah al-Baqarah ayat 256, jumhur ulama tafsir memberikan tafsir yang serupa dan bercanggah dengan ucapan Nurul Izzah itu.

Kesilapan demi kesilapan yang telah dilakukan oleh Anwar Ibrahim dan sekarang anaknya pula. Apakah ini petanda "Anugerah Tuhan" kepada hambanya supaya semakin terserlah perbuatannya. Allah Maha Mengetahui apa yang sebenarnya berlaku. Seperti yang selalu disebut oleh Anwar, "Manusia melakukan tipu daya tetapi Allah mengatasi tipu daya mereka" (al-Quran).

Kenyataan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk menyiasat terus kenyataan Nurul Izzah itu adalah amat tepat sekali. Pada hemat penulis JAIS harus bertindak segera dengan adil, profesional dan berasaskan hukum syarak supaya isu ini dapat ditangani dengan berkesan.

Dulu dalam isu 3 Ogos 2011 di DUMC tidak ada keputusan yang konkrit dapat diambil. Kini peristiwa 3 November 2012 di Gereja Subang Jaya sesuatu patut ditentukan supaya suatu keputusan yang berwibawa diambil untuk memberi pengajaran kepada yang lain.

Hal ini sangat penting kerana isu akidah dan murtad jangan jadi wabak yang sukar diatasi nanti. Fahaman liberalisme yang berkembang di mana cara berfikir tercabut daripada akar agama dan pluralisme agama yang semakin menjadi-jadi untuk menyamakan Islam setara dengan agama yang lain dari sudut akidah dapat dibendung.

Jangan sampai kata pepatah " nasi sudah menjadi bubur," "sudah terhantuk baru hendak tengadah," "sesal dulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna" akibat kecuaian kita semua dan bersikap apologetik terhadap isu yang amat utama. Wallahuallam.

Suara Politik
Belantan

Isu Selangor : Tiga tahun hidu bau busuk?

Posted: 22 Nov 2012 08:55 AM PST



Pusat pelupusan sampah yang dibuka berhampiran Kampung Sijangkang, Kuala Langat didakwa menyebabkan kehidupan seharian penduduk terganggu sejak tiga tahun lalu.

Menghidu udara berbau busuk setiap hari bukanlah sebuah kehidupan yang diingini oleh penduduk Kampung Batu Lapan, Sijangkang di sini. Namun masalah itulah yang terpaksa dilalui oleh mereka sejak tiga tahun lalu.

Penduduk mendakwa masalah itu berpunca daripada tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab membuka pusat pelupusan sampah berdekatan kawasan perkampungan tersebut. Keadaan ini mengakibatkan mereka yang sudah 24 tahun menetap di situ terpaksa menghidu bau busuk sepanjang kerja memproses sampah dijalankan.

Bukan itu saja, penduduk juga terpaksa berhadapan masalah keselamatan di jalan raya apabila berpuluh lori keluar masuk ke pusat pelupusan melalui kawasan penempatan setiap hari.

Tinjauan ke lokasi terlibat mendapati dakwaan penduduk ada benarnya.

Selain bau busuk dan memualkan, keadaan pusat pelupusan sampah yang tidak diuruskan dengan baik itu turut mencemarkan pemandangan kepada sesiapa sahaja yang melalui perkampungan itu.

Seorang penduduk yang dikenali sebagai Lizah, 35, berkata, kehidupan mereka sekeluarga bagaikan tidak bererti sejak tiga tahun lalu kerana terpaksa menghidu bau busuk setiap hari.

Walaupun berada di dalam rumah dan menutup tingkap dan pintu rumah, bau busuk dari tempat pelupusan sampah itu tetap menusuk dalam hidung.

Bau busuk itu bertambah teruk pada sebelah petang kerana tiupan angin dari sungai atau ketika lori-lori sampah datang memunggah sisa buang dan sampah basah dari kilang," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut Lizah, baru-baru ini penduduk dikejutkan dengan kehadiran jumlah lebah dan tebuan yang banyak berhampiran pusat pelupusan sampah itu. Kami bimbangkan keselamatan lebih-lebih lagi selepas kejadian anak saudara saya berusia dua tahun disengat lebah yang datang daripada guni sampah berisi manisan.

Saya berharap pihak bertanggungjawab dapat tampil membantu penduduk yang sememangnya berasa terbeban dengan masalah ini,"katanya.

Seorang lagi penduduk yang dikenali sebagai Ajis, 40-an, berkata, penduduk pernah mengemukakan aduan kepada pihak bertanggungjawab agar membantu mereka menyelesaikan masalah tersebut.

Pihak berkenaan ada membuat lawatan ke lokasi, namun apa yang dikesalkan tiada sebarang tindakan diambil. Sedangkan para penduduk di sini terdedah kepada risiko yang boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan," katanya.

Tambahnya, waktu operasi pusat pelupusan sampah yang tidak tetap itu turut menimbulkan gangguan bunyi terutama ketika pekerja syarikat terlibat menurunkan sampah.

Penduduk tidak menghalang sebarang kegiatan sekiranya ia dijalankan secara sah dan menetapi undang-undang termasuk memikirkan soal keselesaan dan keselamatan penduduk setempat,"katanya lagi.

Suara Politik
Belantan

Kondominium berhampiran Batu Caves dilulus ahli majlis pakatan pembangkang - Abdul Shukor?

Posted: 22 Nov 2012 01:58 AM PST



Barisan Nasional (BN) mendakwa projek pembinaan kondominium berhampiran kuil di Batu Caves, Gombak diluluskan ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS) yang dilantik pakatan pembangkang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang, Abdul Shukor Idrus berkata, beliau dimaklumkan bahawa kelulusan projek tersebut dibuat pada 24 Jun 2008 dan ketika itu tiada lagi ahli majlis yang dilantik semasa pentadbiran BN berada dalam MPS.

''Sehubungan itu, dakwaan pakatan pembangkang bahawa BN bertanggungjawab memberikan kelulusan projek itu adalah berniat jahat dan cuba memutarbelitkan fakta bagi mengelirukan rakyat kerana ahli MPS yang dilantik oleh BN tidak lagi hadir mesyuarat selepas 8 Mac tahun yang sama.

"Oleh itu, mereka (pembangkang) yang bertanggungjawab terhadap kelulusan projek tersebut. Walaupun sebelum itu, ahli MPS yang dilantik BN ada membincangkan tentang pembinaan kondominium tetapi selepas itu, perkara berkenaan terhenti di situ saja.

''Selepas ahli MPS yang baharu dilantik, mereka meneruskan perbincangan tentang cadangan pembinaan kondominium ini dan seterusnya meluluskan projek tersebut. Jadi, saya ingin bertanya siapa yang bertanggungjawab meluluskannya kerana mereka ada kuasa membatalkan jika tidak bersetuju?" katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri sesi perbahasan Bajet Selangor 2013 di sini hari ini.

Isu pembinaan dua blok kondominium 29 tingkat di sekitar Batu Caves terus menjadi perhatian masyarakat India tempatan apabila Jawatankuasa Kuil Sri Subramaniam, Swamy Devasthanam Batu Caves membantah pembinaan kondominium itu yang didakwa akan menjejaskan pemandangan dan struktur kuil.


Malah, dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini, ADUN Kota Alam Shah, M. Manoharan mencabar Exco kerajaan negeri, Ronnie Liu meletak jawatan sekiranya gagal membatalkan projek pembinaan kondominium tersebut.

Dalam pada itu, ditanya tentang cabaran Manoharan itu, Abdul Shukor berkata, gesaan itu datang daripada kalangan pemimpin pembangkang sendiri, sekali gus membuktikan ketidakyakinan pemimpin mereka terhadap kredibiliti Ronnie selaku Exco Hal Ehwal Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri.

Suara Politik
Belantan

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 22 Nov 2012 09:26 PM PST

GERAKAN ANTI PKR


HADI DAN MAT SABU MAIN WAYANG ISU SYRIA !

Posted: 22 Nov 2012 09:00 PM PST

LAGI KISAH 'OSTAT NATANG' AZHAR IDRUS.

Posted: 22 Nov 2012 08:13 PM PST

KORANG SETUJU TAK KENYATAAN ISMAIL MINA ? AKU 1000 % SETUJU.

Posted: 22 Nov 2012 03:35 AM PST

ZULNORDIN BALUN LEBAI K.O !

Posted: 21 Nov 2012 10:30 PM PST

PISAU.NET

Posted: 22 Nov 2012 09:21 PM PST

PISAU.NET


Umno Takut Doa PAS? Betulkah?

Posted: 22 Nov 2012 05:00 PM PST

Doa kehancuran dan melaknat BN yang dijeritkan oleh Nik Razi adik kepada MursiDol Am PAS memang diakui ramai mengambarkan betapa teruknya khawarij PAS.


Para pemimpin PAS menyokong kuat Nik Razi,malah mereka menyambut baik doa tersebut dan berasakan cukup tepat ditujukan kepada Umno dan BN.Nik Aziz turut menyokong tindakan adiknya hingga mengelarkan ahli Umno tolak Islam dan murtad. Nik Aziz gambarkan PAS adalah Islam,Islam adalah PAS maka tolak PAS bermakna tolak Islam maka memang patut doakan kehancuran kepada BN Umno.
Jus doa maki hamun!
Tuan Ibrahim mempertahankan Nik Razi dan menganggap doa puaka itu adalah baik dan menepati kriteria Isle PAS,mereka mendoakan 3 juta umat Islam yang menjadi ahli Umno dan puluhan juta umat Islam yang mengundi BN kehancuran kerana tidak menyokong PAS.
Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan menghangatkan isu doa 'KO Umno-BN' menandakan Umno kini berada dalam keadaan ketakutan.

"Namun oleh kerana Umno semakin rapuh, menyebabkan doa pun ditakuti.
"Sepatutnya kalau Umno rasa tak betul (doa itu), mereka doalah pula (yang lain)," kata beliau sambil menambah, "semua kita faham doa tersebut bukanlah untuk menghancur atau melaknat manusia."
Katanya, "doa kepada sabuah parti yang menjadi lawan bagi Pas.'- Sinar


Tak ada seorang pun pemimpin Umno atau pun mana mana ahli Umno beragama Islam yang berasa takut,apa yang kita kesalkan umat Islam diluar PAS di doakan kehancuran sebaliknya Israel yang membunuh umat Islam Palestin tidak pula dibantah.Tak ada pula didoakan agar Karpal,Kit Siang atau Guan Eng agar menerima hudud. Tak ada pula agar didoakan agar dihapuskan perjuangan LGBT atau pun liberalisme dan pluralisme.


Kita semua tahu sejak dari dulu Allah tak pernah makbulkan doakan khawarij PAS sebaliknya Allah bayar cash kepada Nik Aziz hingga masuk hospital selepas beliau doakan keburukan kepada Datuk Seri Najib .


Kita semua tak pernah takut akan doa puak hati hitam sebaliknya kita berasa kasihan kerana mereka ini Allah telah tutup akan pintu kebenaran dan sentiasa didalam kegelapan.



Pisau kata "syukur Allah beri pengajaran kepada kita diluar PAS agar lihat bagaimana agama dilacurkan oleh ulama akhir zaman"

Golongan Assabiyah jadi teras sokongan Anwar - Tun M

Posted: 22 Nov 2012 05:00 AM PST

'Kelompok Assabiyah menjadi teras kekuatan Anwar Ibrahim...' - Tun Dr Mahathir




Pisau kata "Anwar kentut pun depa kata wangi"

Kabilah Bani Lim Terima Islam Dan Hadi Awang

Posted: 22 Nov 2012 12:00 AM PST

 Kenyataan Presiden PAS, Dato Seri Hadi Awang berkenaan kesediaannya untuk menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat memenangi PRU kali ini menjadi kontroversi terhangat kerana ia bertentangan dengan persetujuan yang dimeterai dalam Pakatan Rakyat.


Sebagai respon, PAS membayangkan bahawa media telah melaporkan kenyataan tersebut secara keterlaluan dan sengaja melaga-lagakan pemimpin PR. Bagi membela diri, kenyataan penuh Hadi Awang pun disiarkan oleh Harakahdaily dan Malaysian Insider bagi menerangkan maksud sebenar.


Apa yang difahamkan dari transkrip yang disiarkan kedua-dua media pro-PR berkenaan kenyataan Hadi Awang itu tidak bercanggah dengan fahaman orang ramai iaitu Hadi Awang bersedia menjadi Perdana Menteri dan merasa syok atau seronok juga dengan idea itu. Beliau juga menggambarkan kemenangan PR dalam pilihanraya sebagai membawa makna kemenangan Islam.


Katanya, Saya alu-alukan nak lantik saya jadi Perdana Menteri. Syok juga sepintas lalu. Tetapi saya kata di sini, saya minta Tuhan jadikan cita-cita saya ini biar menangkan Islam, kemudian kalau nak mati, matilah.


Beliau kemudian meminta PAS menghayati peristiwa hijrah di mana bila Nabi SAW berhijrah ke Madinah, baginda berjumpa dengan pemimpin-pemimpin kabilah, antaranya kabilah Bani Amir lalu menawarkan Islam sebagai jalan kemenangan untuk menegakkan sebuah negara. Walaupun mulanya mereka mempersoalkan siapakah yang akan menjadi Raja tetapi akhirnya akur dengan jawapan Nabi SAW bahawa kemenangan adalah milik Allah SWT dan jawatan tertinggi juga akan ditentukan Allah SWT. Dengan itu, kabilah-kabilah tersebut menerima Islam dan mendapat kemenangan.


Dalam sidang akhbar kemudiannya, Hadi dilaporkan menolak cadangan perlantikannya sebagai PM dan rela kembali menjadi nelayan jika Islam menang. Kita faham yang Hadi tidak mungkin berani menentang apa yang telah disepakati dengan PKR dan DAP berkenaan jawatan PM adalah milik Anwar Ibrahim. Namun, kita juga faham bahawa Hadi perlu menenangkan hati akar umbi yang tidak sanggup menerima Anwar sebagai PM.

 Justeru, kenyataan Hadi semasa ucapan dasar dan ketika sidang akhbar adalah kenyataan politik semata-mata dan tidak membawa apa-apa makna kepada PAS kerana kita sedia maklum bahawa PAS kekal berada di bawah kelengkang Anwar dan di bawah telapak kaki DAP. Namun, yang kita tidak faham ialah bagaimana Hadi mengaitkan kemenangan PR dengan kemenangan Islam, mahupun peristiwa hijrah tersebut.


Jika menurut sejarah hijrah, kabilah-kabilah yang ditemui Nabi SAW menerima Islam sebelum bersetuju bekerjasama mendirikan sebuah negara. Tetapi, dalam kisah PAS ingin memenangkan Islam hari ini, kabilah Bani Lim dan kabilah Bani Anwar belum pun menerima Islam PAS, tetapi PAS tetap bersetuju bekerjasama dengan mereka untuk memerintah negara. Apakah Hadi pekak badak tidak mendengar suara kabilah Bani Lim yang hampir serak menjerit-jerit Negara Sekular yakni menghapuskan klausa Islam sebagai agama rasmi serta menolak sekeras-kerasnya sebarang usaha untuk menegakkan undang-undang Islam di negara ini?


 Tanpa klausa Islam sebagai agama rasmi yang dipertahankan mati-matian oleh UMNO, bermakna Islam akan di sama-ratakan dengan agama lain dan tidak lagi mempunyai hak untuk menguasai medium dakwah dalam negara sekali gus memberi ruang agama lain berdakwah secara meluas serta membuka hak untuk murtad bagi Umat Islam. Tiada lagi peruntukan khas untuk program-program pembangunan Islam mahupun prasarana untuk menyampaikan syiar Islam.


 Sebaliknya, peruntukan tersebut akan di sama ratakan bagi semua agama di mana agama Kristian, yang diketahui sebagai paling berkemampuan dari segi kewangan pasti akan mendapat ruang paling luas untuk berkembang. Justeru, kerjasama PAS dengan kabilah Bani Lim ini jelas akan mengalahkan Islam dan bukan memenangkannya, sekiranya PR memenangi pilihanraya.


Kabilah Bani Anwar pula jelas berkiblatkan barat, menganggap undang-undang Islam mengenai homoseksual atau LGBT sebagai lapuk serta meletakkan semua agama sebagai sama di mana Islam bukan satu-satunya agama yang benar. Maka, bagaimana Hadi boleh menjelaskan yang kerjasama PAS dengan kabilah Bani Anwar juga akan memenangkan Islam jika memenangi pilihanraya? Mungkin kita perlu bertanya, apakah Islam bagi Hadi Awang? Apakah erti kemenangan Islam yang beliau maksudkan? Jelas, Hadi telah keliru dengan putar-belitnya sendiri iaitu bahawa Islam itu PAS dan PAS itu Islam.


Hakikatnya, kemenangan PAS tidak bermakna kemenangan Islam kerana PAS bukan Islam. PAS hanya sebuah parti politik biasa yang ditubuhkan oleh manusia biasa yang takbur mengangkat diri sendiri sebagai Ulama. Tiada pengiktirafan khas dari langit yang mengesahkan PAS sebagai parti paling mulia atau benar menurut Islam. Malah, pemimpin-pemimpin PAS juga penuh dengan skandal - zina, khalwat, rasuah seperti juga pemimpin-pemimpin parti-parti politik di seluruh dunia. Tiada kelebihan dari segi Islam bagi PAS melainkan nama partinya semata-mata.


Tidak juga pada pakaian kerana pakaian ala Arab yang dipakai oleh pemimpin mereka bukan bermakna pakaian Islam, tetapi sekadar pakaian Arab. Jubah dan serban adalah pakaian tradisi tok-tok Arab tidak kira yang alim atau yang jahil, yang Islam atau yang kafir dan ia dipakai mereka di mana saja tak kira ke masjid atau ke pusat hiburan.


Selain itu, PAS juga tidak boleh menafikan hakikat yang parti itu bukan lagi berdiri dengan sendirinya. Kaki PAS terikat sebelah dengan kabilah Bani Lim DAP dan sebelah lagi dengan kabilah Bani Anwar PKR. Sehingga kini kedua-dua kabilah tersebut masih belum menerima Islam unjuran PAS, maka ia menjadikan nisbah menolak Islam dan menegakkan Islam dalam kerjasama antara kabilah-kabilah seperti yang diumpamakan oleh Hadi Awang, adalah 2-1.


Dengan Ketua Dewan Ulama PAS sendiri mengaku untuk akur dengan sistem demokrasi, maka ini bermakna PAS atau Islam PAS, telah pun kalah sebelum bertanding lagi. Dalam ertikata lain, andainya PR menang PRU sekalipun, Islam PAS akan tetap kalah. Justeru, jika benar Hadi Awang ingin melihat Islam menang sebelum menutup mata, maka beliau sudah boleh menutup mata sekarang. Ini kerana Islam sentiasa menang di bawah pemerintahan UMNO yang tidak jemu berjuang bermati-matian memastikan Islam kekal di tempat tertinggi sebagai agama rasmi dengan dipelihara di bawah Institusi Raja-raja Melayu.

Penang Land:Warehouse Stock Clearance! Cepat Sebelum Terlambat.

Posted: 21 Nov 2012 10:00 PM PST

Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Ir Shaik Hussain Mydin mendesak Ketua Menteri negeri itu, Lim Guan Eng agar menjawab 40 soalan berkenaan penjualan tanah rakyat miskin PPR Taman Manggis fasa 2 bersama lima soalan tambahan berkenaan keistimewaan yang diberikan kepada syarikat KLIDC.
Syarikat KLIDC adalah syarikat yang telah diberi kepercayaan oleh kerajaan negeri untuk membina dan mengurus pusat perubatan di atas tanah tersebut.
Malah Shaik Hussain juga melahirkan harapan agar Guan Eng menyaman dirinya berikutan desakan terus menerus berkenaan isu ini.
"Guan Eng pernah mengeluarkan kenyataan mahu menyaman saya dan saya amat berharap agar dia saman saya. Sebab itu saya telah menyediakan 40 soalan yang akan saya tanyakan di mahkamah nanti.
"Sekiranya dia tak saman, dia tetap perlu menjawab semua persoalan ini bagi membuktikan dia tidak mempunyai sebagai kepentingan terhadap KLIDC," ujarnya dalam satu wawancara khas bersama UMNO-Online hari ini.
Di antara persoalan yang perlu di jawab oleh Guan Eng adalah bagaimana tender untuk pembinaan hospital dibenarkan pula membina hotel di atas bangunan hospital itu dan mengapa hanya tiga penender sahaja yang terlibat di dalam proses tender.
Menurut Syaik, pemilihan KLIDC bagi menjalankan pembinaan hospital ini amatlah diragui dan Guan Eng seakan mempunyai kepentingan terhadap syarikat ini.
"Ada terlalu banyak keistimewaan yang diperolehi oleh KLIDC di antaranya berkenaan tender tersebut. Bagaimana KLIDC mendapat tender ini, adakah mereka mempunyai pakar didalam pengurusan pembinaan pusat perubatan. Guan Eng tidak mampu jawab sehingga kini.
"Di antara tiga syarikat yang masuk tender, kita telah berjaya membuktikan dua daripada syarikat yang membida tender ini mempunyai kepentingan tertentu dan satu lagi syarikat telah tutup. Ini bermakna tender ini hanyalah sekadar gimik bagi mengaburi mata rakyat.
"Apa yang lebih menjadi kemusykilan adalah bagaimana KLIDC dibenarkan mencagarkan tanah tersebut kepada bank pada harga RM 11.5 juta. Banyak lagi perkara-perkara lain berkenaan KLIDC yang perlu Guan Eng jawab termasuklah 40 soalan yang masih tidak terjawab sehingga kini.
"Guan Eng perlu menjawab semua persoalan ini kerana sekiranya dia enggan menjawab maka jelaslah Guan Eng memang mempunyai kepentingan tertentu terhadap KLIDC. Kita bukan menuduh… sebab itulah kita mahu dia perjelaskan. Sekiranya dia masih tidak jawab maka kita boleh beranggapan dia setujulah dengan apa yang saya kata.
"Sudahlah tidak menjawab isu ini, Guan Eng mencabar pula kita untuk membeli tanah tersebut dan apabila kita setuju untuk membeli, Guan Eng mula panik. Dia terima duit satu persen dari kita secara tunai namun pada masa yang saya Guan Eng telah menerima duit daripada KLIDC sebanyak RM11.5 juta.
"Jelas ini menunjukkan Guan Eng tidak tahu mentadbir negeri dan banyak putar belit. Saya minta Guan Eng jelaskan secepat mungkin kerana isu Taman Manggis adalah isu kepentingan rakyat kerana tanah itu telah digezetkan sebagai rumah kos rendah fasa 2 oleh kerajaan negeri zaman Barisan Nasional (BN) dahulu. Tetapi kita tidak dapat melaksanakan fasa I kerana bajet tak cukup.
"Kita telah tunjukkan minit mesyuarat kepada Guan Eng tetapi dia cakap tak tau. Sebab itu saya berharap agar Guan Eng saman saya seperti yang didakwa olehnya sebelum ini kerana saya akan menjawab segalanya di mahkamah. Sayangnya sehingga hari ini dia masih belum saman saya," ujarnya.
Beliau turut menyeru agar rakyat membuka mata dan menilai tindakan Guan Eng ini kerana ini bersangkut paut dengan masa hadapan rakyat sendiri. Rakyat akan terus tertindas sekiranya Guan Eng terus diberi kepercayaan untuk mentadbir negeri. - MediaUMNO


Pisau kata " DAP Penang retak menanti belah...satu lagi isu hot bakal meletup"

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 22 Nov 2012 09:16 PM PST

ANGIN PERUBAHAN


Video Ustaz Syed Ahmad Faiz Kecam Demonstrasi BERSIH

Posted: 22 Nov 2012 08:00 PM PST


Ahli Parlimen Ini Gesa Anwar Ibrahim Dilucut Kewarganegaraan

Posted: 22 Nov 2012 06:30 PM PST


Video Tabung Save Gaza #SaveGava #PrayforGaza

Posted: 22 Nov 2012 04:30 PM PST


Azmin Ali Sokong Hadi Awang Jadi PM?

Posted: 22 Nov 2012 03:00 PM PST



Video Hadi Awang Berlakon Sebelah Mat Sabu

Posted: 22 Nov 2012 09:11 AM PST


Annapolis Summit : Bukti Anwar Sokong Israel #SaveGaza

Posted: 22 Nov 2012 05:25 AM PST

   


Pada 1 Disember 2006, Condoleeza Rice, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) menyeru kepada semua reformis di dalam dan luar negara bersama-samanya membina satu institusi yang berkesan untuk negara demokratik.

Rice menyatakan perbincangan tentang reformasi di konteks serantau (Timur Tengah dan Afrika Utara) dan penyelesaian konflik Israel-Palestin merupakan agenda terpenting kepada dirinya dan Presiden Bush.

Di samping itu, Rice turut menyebut nama bekas Hakim Mahkamah Agung, Sandra Day O'Conor dan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim sebagai tokoh penting dalam FFF yang akan bekerjasama dengan reformasi-reformasi di kawasan rantau untuk menjayakan agenda pembaharuan.

Catatan matlamat dan hala tuju FFF seperti di atas merupakan salah satu daripada 267 dokumen-dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Negara AS kepada Government Accountability Project (GAP), yang bertanggungjawab menjaga akauntabiliti pentadbiran kerajaan di AS.

Shelley Walden, pegawai antarabangsa GAP menggunakan saluran Akta Kebebasan Maklumat AS (U.S. Freedom of Information Act – FOIA) dan dia mengambil masa hampir tiga bulan untuk mendapatkan dokumen-dokumen serta menulis laporan tentang badan FFF yang ditaja oleh Jabatan Negara AS itu.

Anwar Tandatangan Lobi 'Two State Solution'
Selain terlibat dalam FFF, Anwar juga turut terlibat dalam badan antarabangsa tajaan George Soros, ICG (International Crisis Group).


Dalam mesyuarat ICG di Vancouver, Kanada, pada Mac 2007 yang turut dihadiri Anwar, organisasi itu meluluskan resolusi 'two state solution' dan menggesa negara-negara Islam khususnya dunia Arab membuka hubungan diplomatik dengan Israel sebagai jalan penyelesaian terbaik menamatkan konflik Israel-Palestin.

Menurut ICG, inilah cara penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan krisis Israel/Palestin sepertimana yang diperakui oleh UN Security Council Resolutions 242 (1967) & 338 (1973), the Camp David Peace Accords (1978), the Clinton Parameters (2000), the Arab League Initiative (2002), dan the Roadmap (2003), the Quartet (UN, US, EU and Russia) iaitu mengiktiraf Negara Palestin yang merdeka dan dalam masa sama dunia Islam mengiktiraf Negara Sah Israel.

Resolusi ICG ini dipersetujui oleh kesemua anggota ahli mesyuarat yang hadir, antaranya; Lord Patten (Pengerusi bersama), Thomas R. Pickering (Pengerusi bersama), Gareth Evans (Presiden), Morton Abramowitz, Kenneth Adelman, Anwar Ibrahim, Shlomo Ben-Ami, Kim Campbell, Maria Livanos Cattaui, Wesley Clark, Carla Hills, Stephen Solarz, George Soros dan lain-lain.

Rentetan daripada mesyuarat itu, pada 10 Oktober 2007, ICG sekali lagi meneruskan usaha apabila bergabung dengan dua lagi badan pemikir AS iaitu United States Middle East Project (USMEP) dan New America Foundation/American Strategy Program, menghantar surat lobi menyokong usaha Presiden Bush dan Condoleeza Rice supaya diadakan satu rundingan di antara Israel dan Palestin, yang kemudiannya dikenali sebagai Annapolis Summit.

Menurut sourcewatch, USMEP adalah organisasi yang dibentuk oleh Council on Foreign Relations (CFR) pada tahun 1994 untuk membuat kajian khusus tentang Timur Tengah.

Manakala New America Foundation pula merupakan badan pemikir yang berpengkalan di Washington DC yang mendapat tajaan yayasan-yayasan dana Yahudi termasuk Open Society Institute (OSI), Ford Foundation, Rockefeller Foundation dan lain-lain.

Steve Clemons, dari New America Foundation yang turut sama terlibat menandatangani surat sokongan kepada Presiden Bush turut mendedahkan satu-satunya tokoh Islam dari Asia Tenggara yang menyokong Annapolis Summit itu adalah Anwar Ibrahim dari Malaysia.

Bukti pembabitan nama Anwar yang didedahkan oleh Steve Clemons itu, klik di sini dan di sini dan di sini

Nama Anwar Ibrahim diletakkan sebaris dengan JOHN McLAUGHLIN, bekas Timbalan Pengarah CIA. (baca lanjut pendedahan tersebut di sini).

Pelancaran Tabung Kecemasan Gaza #SaveGaza

Posted: 22 Nov 2012 01:30 AM PST


Khalid Ibrahim Pinggirkan Masyarakat India di Selangor

Posted: 22 Nov 2012 12:30 AM PST


Tabung PAS Kedah Sudah Bernilai RM124.2 juta?

Posted: 21 Nov 2012 11:29 PM PST


JAKIM : Doa Hancur UMNO Langgar Adab Dan Tatacara Doa

Posted: 21 Nov 2012 10:30 PM PST

 Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Tindakan PAS mengadakan solat hajat serta doa menjatuhkan Barisan Nasional (BN) dan Umno pada pilihan raya umum akan datang disifatkan sebagai melanggar adab dan tatacara berdoa.
 
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Haji Othman Mustapha berkata sesuatu doa itu hendaklah dilakukan bersesuaian dengan kehendak syarak iaitu bagi tujuan kebaikan dan bukannya dilakukan dengan niat atau tujuan lain.
 
"Jika kita meneliti sejarah baginda Rasulullah S.A.W. sendiri, beliau tidak pernah berdoa untuk kecelakaan umatnya walaupun Rasulullah pernah dicaci, dimaki oleh orang yang membenci perjuangannya.
 
"Kita perlu ingat bahawa doa itu merupakan satu ibadat dan cara hidup yang diajar oleh Rasulullah," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
 
Othman menasihatkan umat Islam supaya tidak mendoakan kecelakaan mana-mana pihak atas sebab kejahilan atau kekurangan seseorang itu kerana doa sebagai senjata umat Islam bertujuan menyeru ke arah kebaikan serta demi kemaslahatan (kepentingan) umum.
 
"Hayatilah etika bersangka baik kerana besar kemungkinan orang yang kita benci dan caci itu mungkin lebih baik di sisi Allah dan umatnya," katanya.
 
Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Masitah Ibrahim berkata setiap umat Islam perlu mengikut adab dan tatacara berdoa kerana doa ini adalah otak kepada ibadah.
 
"Sebagai salah satu ibadah, maka kita hendaklah mendoakan yang terbaik sesama manusia bukannya perkara yang sia-sia atau keburukan.
 
"Tindakan ini juga boleh dikatakan sebagai terdesak untuk mendapatkan kuasa dan bermotifkan politik semata-mata," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Persidangan Antarabangsa Islam dan HIV/Aids di sini.
 
Masitah berkata kandungan doa itu jelas menunjukkan PAS terlalu mempolitikkan agama serta menjadikan agama sebagai senjata politik mereka untuk menarik undi.
 
Katanya, tindakan sebegini jelas tidak melambangkan keperibadian seorang Islam dan beliau berharap agar masyarakat boleh menilai sendiri tindakan PAS itu.
 
Beliau juga menolak persepsi negatif PAS kepada kerajaan sedia ada yang dikatakan bersikap 'zalim' kepada rakyatnya dengan menyifatkan kenyataan tersebut berbaur politik.
 
"Kalau kata BN ini zalim, PAS tidak mungkin boleh mengadakan sebarang aktiviti politik di negara ini," katanya.
 
PAS mengadakan solat hajat di Stadium Muhammad IV di Kota Baharu 16 November lepas yang dipimpin adik Nik Aziz, Nik Razi Nik Mat sempena Muktamar ke 58 parti itu.  

Video Nik Abduh Kata Kerajaan Sekarang Adalah Musuh Allah SWT

Posted: 21 Nov 2012 09:31 PM PST


r b f

Posted: 22 Nov 2012 07:40 PM PST

r b f


Video: Utaz Mc D Menyumpah NATANG Dalam Masjid

Posted: 22 Nov 2012 06:20 PM PST


 Lihat video di bawah ini pada minit 2.17



Perkataan natang (binatang) sudah jadi macam zikir di mulut dia....

Dalam masjid pun dia boleh lagi menyumpah....

Dah lah dalam masjid, dia boleh pula beri gambaran imam yang sedang solat menyumpah natang kepada makmum.

Begitulah peribadi seorang ustaz yang cari makan untuk menghiburkan orang bagi mengejar kemewahan.....


Artis cari makan dengan cara buat konsert dan jual album. Lagu sedap, pandai menghiburkan orang maka larislah artis itu.Lebih-lebih lagi kalau pandai berlakon alim seperti Mawi dulu. Lagilah laris.....

Jadi tak jauh bezanya antara Azhar Idrus dengan artis.....artis jual album lagu, Azhar jual cd ceramah. Artis dipanggil menyanyi, Azhar dipanggil ceramah.

Sebab itu sampai hari ini Azhar tak masuk Pas....kalau masuk Pas pendapatannya akan kena cukai dengan tabung jihad Pas. Kalau masuk Pas bayaran ceramah ciput ja, perjuangannnnn.....

Dia dok hentam Umno/BN kerana dia nak tunggang orang-orang Pas supaya panggil dia ceramah dan beli cd ceramahnya. Sebab dia tahu orang-orang Pas bodohhhhhh.........orang Pas mati-mati dok ingat Azhar sokong mereka. Padahal Azhar hanya nak pitih mereka.......





 

Undian Sinar Online Tolak Anwar dan Nik Aziz Sebagai PM

Posted: 22 Nov 2012 01:19 AM PST


Apa yang dipaparkan diatas itulah keputusan undian yang dilakukan oleh Sinar Harian Online. 

Keputusan diatas melibatkan undian yang dilakukan hingga jam 9 pagi tadi. Saya cuba untuk melihat keputusan terkini sekarang, tetapi didapati undian tersebut tidak lagi dipaparkan di portal berkenaan. 

Kemungkinan besar ianya telah dibuang oleh pihak admin portal berkenaan. 

Kenapa ia dibuang kita pun tak tahu ?

Mungkin pihak Sinar Online telah menerima panggilan daripada mana-mana pihak PKR ?

Mungkin juga undian telah tamat ? 

Apa-apa pun inilah bakal PM kita nanti......
Tahniah bos....
Bakal PM kita nampaknya peminat setia Utusan Malaysia

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 22 Nov 2012 03:19 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Gencatan senjata konflik Israel-Hamas bermula

Posted: 22 Nov 2012 12:15 PM PST

GAZA CITY, Wilayah Palestin 22 Nov. - Satu gencatan senjata di antara Israel dan Hamas tercapai secara rasmi bermula pukul 9 malam (waktu tempatan) di atas persetujuan ketetapan perjanjian yang diumumkan di Mesir.

Koresponden AFP berkata, jalan raya di Gaza City masih bergelap dan tidak dipenuhi oleh orang ramai, sama seperti sejak lapan hari lalu ketika konflik antara kedua-dua pihak itu bermula.

Malah katanya, beberapa minit selepas persetujuan gencatan senjata itu bermula, bunyi pesawat pejuang Israel masih lagi kedengaran berlegar-legar di ruang udara Gaza.

Dalam pada itu, laporan terbaharu turut mengatakan, penduduk di sekitar Gaza City mula keluar ke jalanan untuk meraikan gencatan senjata tersebut.

Satu laporan yang diperoleh AFP turut menyatakan Israel perlu menghentikan semua serangan sama ada di darat, laut dan udara termasuk yang mensasarkan individu.

Manakala pihak di Palestin pula diarahkan untuk menghentikan serangan roket dan semua serangan di kawasan sempadan.

Jika gencatan senjata berjaya dilakukan sehingga 24 jam, Israel akan diarahkan untuk melakukan prosedur pembukaan pintu sempadan Gaza dan membenarkan pergerakan keluar masuk penduduk dan makanan menurut laporan itu lagi. - AFP

(Gambar) Jurulatih bola sepak paling seksi dalam dunia, Tihana Nemcic

Posted: 22 Nov 2012 11:30 AM PST

Tihana Nemcic hanya mahukan layanan yang sama seperti mana jurulatih-jurulatih lelaki yang lain. Nemcic yang baru berusia 24 tahun, bekas pemain bola sepak kebangsaan wanita Croatia dan model sambilan tiba-tiba sahaja mencetus satu fenomena baru dalam dunia bola sepak.

Ini adalah kerana beliau telah dilantik menjadi jurulatih bagi sebuah kelab bola sepak lelaki, NK Viktorija Vojakovac di divisyen kelima.

Nemcic, bekas pemain Croatia, telah tamat pengajiannya dari sebuah universiti tempatan, Universiti Sukan Julai lepas. Semenjak mengambil alih kelab tersebut, beliau berharap dapat menjadi jurulatih yang baik dan bukan sasaran media semata-mata.

Pemain-pemain turut menyenangi kejurulatihan beliau malah berasa selesa dengan ketegasan Nemcic.

Adakah anda suka menonton Maharaja Lawak Mega? Inilah peluang anda utk turut serta melawak dgn #MegaTweetRace!

* Kalau Malaysia tersingkir awal dari kejohanan AFF Suzuki Cup tahun ni dan berura-ura mahu menukar Jurulatih...boleh ambil contoh cenggini jugak kot, mana la tahu, ubah angin! Heh!

(Video) Aksi pasangan bercumbuan atas motor dirakam

Posted: 22 Nov 2012 07:45 AM PST

Kita dikejutkan dengan kemalangan yang dasyat oleh beberapa orang penunggang motorsikal berkuasa tinggi baru-baru ini di Selangor. Puncanya dikatakan adalah kerana sebuah kereta lain yang menghimpit kumpulan tersebut.

Memang bahaya menjadi penunggang motorsikal ini kalau tidak berhati-hati...

Lain pula ceritanya di Brazil. Pasangan ini dirakamkan aksi mereka sedang bercumbuang di atas motorsikal dan dianggarkan kelajuannya pada ketika itu adalah 80km/j. Bukan guna motor besar pun, kapcai aja!

Aksi mereka dirakamkan oleh penumpang sebuah kereta yang bergerak memotong mereka. Kelihatan wanita berkenaan duduk bertentang dengan si lelaki a.k.a si penunggang sambil berkucupan dalam keadaan motrsikal itu bergerak.

Memang gila pasangan ini...kalau ye pun, berenti la motor tu dulu, entahlah, mungkin mencari kelainan agaknya!

AFF Suzuki Cup: (Gambar) Bintang porno Vicky Vette sokong Indonesia dengan 'pose' separuh bogel!

Posted: 22 Nov 2012 06:31 AM PST

Bintang porno Vicky Vette telah menyatakan sokongannya kepada pasukan kebangsaan Indonesia untuk kejohanan Piala AFF Suzuki 2012 yang bakal diadakan di Malaysia dan Thailand pada tahun ini.

Melaluio akaun twitternya, Vicky Vette menulis "#AFF #SuzukiCup ~ Good luck #Indonesia... hope you kick #Laos" ass.... rt,"

Sebelum ini, pelakon filem lucah kelahiran Norway ini pernah menyatakan sokongan perjuangan pasukan Indonesia pada temasya Sukan Sea 2011.

Nicky juga memuatnaik gambarnya yang menyarung jersi kebangsaan pasukan Indonesia di twitternya ketika temasya AFF Suzuki yang berlangsung di Indonesia pada 2010.

"Retweet if you nominate me for #PSSI #GarudaDidaDaku," tulis Vette.
  • Tell us what's the coolest thing you and your Buddyz™ have done together? #BuddyzNever
  • Adakah anda suka menonton Maharaja Lawak Mega? Inilah peluang anda utk turut serta melawak dgn #MegaTweetRace! 

* Malaysia pun nak kena ada sokongan macam ini kut baru nak menang?

-Infospesial

Hadi lebih layak jadi PM, ini alasan Tun Mahathir

Posted: 22 Nov 2012 04:01 AM PST

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang lebih layak menjadi perdana menteri berbanding Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Jika mereka (pembangkang) menang, sudah tentulah beliau (Abdul Hadi) boleh menjadi perdana menteri. Beliau sangat layak, lebih layak daripada Anwar, sebab beliau tidak ada sebarang bebanan sejarah," katanya.

Dr Mahathir, yang sebelum itu berucap pada Persidangan Antarabangsa mengenai Kanak-kanak Menjadi Mangsa Peperangan di sini, mengulas mengenai pendirikan perwakilan pada Muktamar Pas ke-58 baru-baru ini yang mahu Abdul Hadi menjadi perdana menteri jika pakatan pembangkang menang dalam pilihan raya umum akan datang.

Mengulas mengenai ungkapan 'parti syaitan' yang dibangkitkan oleh Abdul Hadi, Dr Mahathir berkata: "Beliau sendiri bekerjasama dengan syaitan, itu syaitan yang saya tahu, beliau bekerjasama dengan syaitan itulah."

Dalam ucapannya pada muktamar Pas minggu lepas, Anggota Parlimen Marang itu mengkritik sebuah 'parti syaitan.'

"Parti syaitan yang dikuasai syaitan di dalamnya - syaitan yang orang tahu - tidak mampu menegakkan kebajikan yang bernama adil terhadap semua", kata Abdul Hadi dalam ucapan perasmiannya Jumaat lepas.

Pada sidang akhbar kemudian, Abdul Hadi diminta memperjelaskan mengenai parti yang dimaksudkan sebagai 'parti syaitan' itu namun beliau enggan menamakannya. - Bernama

Golongan pondok kecam Nik Aziz

Posted: 22 Nov 2012 03:01 AM PST

KOTA BHARU – Para pemimpin agama tempatan terdiri daripada guru pondok, golongan tahfiz, tabligh dan ustaz di negeri ini hari ini bangkit menyatakan bantahan terhadap Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berikutan kenyataan beliau yang memurtadkan sesama Islam serta doa Pas yang memohon kehancuran UMNO.

Mereka yang bernaung di bawah pertubuhan bukan kerajaan, Minda Pondok turut membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Kelantan itu kerana mendakwa kenyataannya bukan sahaja bercanggah dengan Islam malah merosakkan akidah ummah.

Ahli Jawatankuasa pertubuhan itu, Mohamad Zainal Abidin Awang yang juga Ketua Pondok Pulau Ular, Pengkalan Kubor berkata, beliau mencabar Nik Abdul Aziz untuk tampil bersama saf kepimpinannya berdebat dengan Minda Politik mengenai Islam.

"Ini satu perkara yang tidak boleh dibiarkan dan kami di Minda Pondok dipertanggungjawabkan untuk memberi penerangan supaya rakyat tidak tertipu dan dupaya perkara songsang ini dapat disucikan dengan izin Allah SWT.

"Kami amat berdukacita di atas apa yang berlaku sewaktu perhimpunan Pas di stadium di mana Pas telah mendoakan supaya Barisan Nasional (BN) hancur," katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Kubang Kerian di sini hari ini.

Selain itu, Minda Pondok yang memiliki kira-kira 300 ahli turut membuat dua lagi laporan polis iaitu terhadap adik Nik Abdul Aziz iaitu Nik Razi Nik mat dan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar atas tindakan mereka yang menghina Islam.

Nurul Izzah dalam kenyataannya baru-baru ini seperti dilaporkan media menyatakan bahawa semua rakyat Malaysia termasuk orang Melayu perlu diberi hak dan kebebasan beragama.

Sementara itu, Jumaat lalu, Nik Razi dalam satu perhimpunan Pas di Stadium Sultan Muhamaad IV di sini ketika memimpin doa memohon agar UMNO dan BN ditimpa bala serta menyamakan parti itu dengan Firaun.

Nik Abdul Aziz dalam satu sidang akhbar ketika Muktamar Pas ke-58 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) mendakwa UMNO sebagai murtad kerana menolak dan memperlekehkan Islam.

Nik Abdul Aziz dilaporkan berkata, doa tersebut tidak salah memandangkan UMNO adalah sebuah parti murtad yang memperlekehkan Islam dan menyamakan situasi itu dengan kisah Nabi Noh.

Sementara itu, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff, 34, yang juga guru agama di Kubang Kerian meminta Pas dan Nik Abdul Aziz menarik balik kenyataan itu serta meminta maaf kepada tiga juta ahli UMNO.

"Minta maaf secara terbuka sebab mereka sepatutnya tahu mana-mana umat di dunia ini yang mengucap dua kalimah syahadah adalah orang Islam, jangan memurtadkan sesama Islam," katanya. – Utusan Malaysia.

Tndakan mohon bantuan Australia adalah tidak bermaruahi

Posted: 22 Nov 2012 02:18 AM PST

KUALA LUMPUR -Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memohon campur tangan negara luar dalam pilihan raya negara ini dilihat sebagai tindakan terdesak.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, tindakan yang dilakukan oleh Anwar amat memalukan dan tidak bermaruah.

"Saya lihat beliau berada dalam keadaan terdesak dan cuba mencari sokongan dari kuasa asing, ini perbuatan yang amat memalukan.

"Kenapa perlu campur tangan dari pihak luar, negara kita mengamalkan demokrasi. Anwar perlu menghentikan usaha sebegini, kita mempunyai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) satu badan yang memastikan pilihan raya di negara ini dijalankan secara adil dan saksama," katanya.

Semalam, Menteri Luar Australia, Senator Bob Carr mendedahkan tindakan Anwar menulis surat kepada beliau untuk meminta Australia membantu dalam memastikan pilihan raya umum akan datang bebas daripada penipuan dan rasuah.

Carr menjelaskan Australia tidak boleh dan tidak akan mempengaruhi cara pilihan raya umum patut dilaksanakan di Malaysia walaupun menerima rayuan berhubung perkara itu daripada Ketua Pembangkang.

Carr memberitahu bahawa pilihan raya di Malaysia merupakan urusan rakyat Malaysia sendiri.

Khairy berkata, Pemuda Umno menyambut baik keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Australia yang menolak permohonan itu dan mendedahkan tindakan yang dibuat oleh Anwar.

"Kami (Pemuda) amat berterima kasih dengan Kerajaan Australia yang mendedahkan taktik yang dilakukan oleh Ketua Pembangkang itu, dan menolak permohonan yang dibuat oleh beliau.

"Pemuda mencabar Anwar untuk mendedahkan dan menyenaraikan semua negara yang beliau meminta campur tangan dalam proses demokrasi negara ini, saya percaya banyak lagi negara diminta campur tangan," katanya.

YB Zuraidah rasuah blogger setelah kekayaannya didedahkan?

Posted: 22 Nov 2012 02:06 AM PST

Kecoh sungguh di Ampang. Ingatkan blog-blog dan portal-portal yang anti-Pakatan ni, kuranglah dapat perhatian daripada puak-puak baju biru muda mata lebam atau pun baju hijau berserban hijau dan berdarah hijau macam sesumpah. Rupa-rupanya, bila tercetus berita Mak Lampir yang resumenya sangat hebat, tetapi sebenarnya hanyalah penjual buah dan minyak angin, menyebabkan ramai pula yang memperkatakan tentang portal SEL13.COM.

SEL13.COM telah menyiarkan berita perihal kekayaan mendadak Mak Lampir Ampang yang memiliki kenderaan-kenderaan mewah sekalipun baru sahaja menjadi Ahli Parlimen.

Sebahagian daripada para penyokong Mak Lampir di Pandan Indah yang seringkali penulis temui melepak di sebuah restoran mamak, kecoh tentang pendedahan itu. Ingatkan mereka marah kepada Mak Lampir kerana Mak Lampir seringkali jaki dan dengki dengan kekayaan orang lain, sedangkan Mak Lampir sendiri mendadak sahaja kaya-rayanya apabila jadi Ahli Parlimen Ampang.

Rupa-rupanya penyokong-penyokong Mak Lampir yang penulis kenal sebahagian besar daripada mereka, malah berjiran dan seringkali turun dengar ceramah sama-sama, marahkan kepada ORANG YANG MENDEDAHKAN perkara tersebut kepada pentadbir SEL13.COM.

Dan seperti yang penulis duga, para penyokong Mak Lampir itu segera menuduh Faekah Hussin yang empunya angkara. Kata mereka lagi, Azmin Ali tidak mungkin membuat pendedahan dan memalukan Mak Lampir Ampang memandangkan Mak Lampir tersangat bergantung kepada Azmin Ali. Jadi, Azmin Ali buat macam mana pun, Mak Lampir tetap akan bergayut di bulu ketiaknya.

Saingan paling utama Mak Lampir adalah Faekah Hussin, SETPOL Khalid Ibrahim yang sebelum ini berkonfrontasi dengan Mak Lampir dalam beberapa isu. Malahan serangan Azmin Ali yang merupakan sekutu kuat Azmin Ali terhadap Khalid Ibrahim, menyebabkan Faekah Hussin mengambil tindakan balas yang dilihat akan memalukan Mak Lampir, sekaligus menutup mulut lebar Mak Lampir buat sementara.

Dalam hal ini, kata mereka, bukan UMNO yang empunya angkara. Sebabnya, UMNO tidak peduli sangat dengan pemilikan harta mahupun kenderaan bagi mana-mana individu memandangkan orang UMNO selain daripada menjadi pemimpin politik, ada juga bisnes dan urusniaganya yang lain. Sedangkan orang PKR, yang baru keluar dari jerumun babi, tiba-tiba mencanak naik, tentu sekali mempunyai urusniaga luar biasa di belakang kebiasaan mereka.

Dan contoh tersebut terdapat pada Mak Lampir.

Penulis sebenarnya tidak begitu faham apa yang dimaksudkan oleh para penyokong PKR itu. Pada suatu segi, mereka kelihatan sangat taksub dengan Anwar Ibrahim, tetapi dari segi yang lain, mereka bukan main membenci lagi sebahagian pemimpin atau pendokong PKR termasuklah Khalid Ibrahim dan Faekah Hussin.

Namun, timbul juga tandatanya, benarkah Faekah Hussin yang membocorkan rahsia Mak Lampir kepada pengendali atau orang hubungan SEL13.COM? Atau sebenarnya mereka sekadar meneka dalam kesamaran dalam usaha untuk menutup KEMALUAN yang sudah terdedah?

Yang sangat pasti, puak-puak PKR di Ampang dan Pandan Indah, memang terbelah-belah dan terbahagi-bahagi. Masing-masing ada taiko yang dituruti dan mereka saling bersaing untuk mengutip laba di seluruh Ampang dan Pandan Indah dalam sebarang bentuk!!!

The Flying Kick

Abby Abadi dan fitnah terbarunya terhadap DS Najib...Freemason?

Posted: 22 Nov 2012 01:01 AM PST

MPP Online sudah membebel banyak mengenai Abby Abadi ni. Jadi kami malas nak ulas panjang-panjang. Kalau tak keberatan, boleh le pegi ke blog MPP Online.

Disebalik gesaan beliau terhadap Menteri yang bertanggungjawab, ada jugak rasionalnya, kerana tindakan Abby ini bukan sahaja teguran tak bertauliah, tetapi sumbernya juga tidak kualiti.

Abby ni dulu seorang pelakon, yang kehidupannya hanya berhibur tanpa pedulikan isu-isu semasa apatah lagi agama. Setelah cuba kembali ke fitrah manusia sebenar, dia terlebih laju, hingga sumber-sumber yang diguna pakai untuk beramal hanyalaha dari internet semata-mata. Itu la jadinya perkara sedemikian.

Daripada bebelannya yang berkisar mengenai hukum hakam, kini timbul pula mengenai Freemason...lapok punya isu! Cuba tanya PKR mengenai bendera mata satunya itu...

Penjelasan Ustaz Azhar Idrus penuh dengan percanggahan fakta...

Posted: 22 Nov 2012 12:01 AM PST

Berikutan dari kecaman peminat-peminat beliau di internet, makan Ustaz Azhar Idurs cuba mengambil langkah membuat pecerahan. Namun begitu, ianya masih bercanggah dengan pengakuan yang dibuat pada awalnya.

Adakah UAI terlalu tergesa-gesa cuba menutup kesalahannya atau cuba berlakon 'cool' dengan peminat-peminatnya? Entahlah, kami pun kurang pasti.

Boleh cuba baca di bawah ini..

MiM telah menulis entri tentang isu Ustaz Azhar Idrus dan foto beliau yang didakwa sedang menjamu selera di Mc Donald. KLIK SINI

Sebelum ini Azhar Idrus telah menjawab beliau tidak makan di Mc Donalds tetapi bersebelahan dengan kedai makanan segera itu. Beliau juga berkata foto tersebut di ambil di Johor dan bukannya di Kota Baru.

Selain daripada itu, Azhar Idrus juga mengatakan gelas beliau diisi dengan air nescafe yang dibeli oleh rakan beliau dari kedai sebelah. Itu jawapan Ustaz Azhar Idrus.

Isu ini sangat panas, bukan sahaja dalam blog ini tetapi blog-blog lain, twitter dan juga Facebook. Malah, MiM menerima banyak komentar tentang entri Azhar Idrus ini.

Ada yang menanyakan rasional isu Azhar Idrus diketengahkan kerana beliau dan keluarga hanya makan sahaja. Tak salah, kata mereka.

Ada juga di antara pembaca MiM yang mempersoalkan kesahihan lokasi yang dijelaskan oleh Azhar Idrus iaitu di Johor.

Mereka mengatakan bahawa lokasi foto tersebut adalah di Mahkota Parade, Melaka! 

Malah, satu perkara yang peculiar dalam foto tersebut ialah nama kedai (rujuk bulatan dalam foto di atas). Ianya seperti singkatan 'Famosa Time', kedai jam tangan yang terdapat di Melaka.

Yang menarik juga adalah foto di bawah yang dihantar oleh pembaca MiM yang menunjukkan interior design Mc Donalds di Mahkota Parade, Melaka. Ada persamaan?



Dan yang paling menarik sekali ialah pelan tingkat bawah Mahkota Parade, Melaka yang menunjukkan lokasi Mc Donalds, 'kedai sebelah' KFC, Poh Kong dan Famosa Time! 

Anda lihat lokasi Mc Donalds di hadapan Poh Kong dan Famosa Time. Ada persamaan? 

Sebagai seorang public figure, MiM menghormati Ustaz Azhar Idrus. Tetapi dalam masa yang sama, kita semua hanyalah manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan.

Dan jika merujuk kepada foto dan pelan-pelan yang ditunjukkan di atas, MiM sarankan Ustaz Azhar Idrus supaya mengeluarkan satu lagi kenyataan tentang perkara ini. Johor atau Melaka? Dan kedai tersebut?

Itu yang penting.
Dr MiM

(Gambar) Foto pra-perkahwinan Apex dan Leuniey

Posted: 21 Nov 2012 11:01 PM PST

Susulan daripada pengumuman tarikh perkahwinan Khairul Fahmi (Apex) & Leuniey semalam, pihak jurufoto rasmi, The Photolicious telah berkongsikan beberapa foto teaser pra perkahwinan kedua-dua bakal mempelai ini.

Kedua-dua pasangan ini yang berasal dari Kelantan bakal melangsungkan pernikahan di kediaman Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan, jam 9 pagi pada 28 Disember 2012.

Manakala, majlis persandingan akan diadakan untuk sebelah perempuan bertempat di Hotel Renaissance, Kota Bharu Kelantan, dan sebelah lelaki pula, majlis persandingan akan diadakan di rumah Apex iaitu di Kampung Chenang, pada jam 1 tengahari bertemakan ala-kampung.
Share ur photos from FB or instagram with the #UMoments tag and see you and ur buddies in the Connecting Lives music vid!



(Gambar) Tidak memakai bra, selebriti remaja jelita dikejar paparazzi

Posted: 21 Nov 2012 09:31 PM PST


Bintang filem Hannah Montana ini sudah semakin meningkat dewasa, imej kebudak-budakkannya kian hari kian terhakis tambah pula beliau bijak memilih pakaian.

Melangkah dengan penuh keyakinan ketika keluar dari sebuah pusat rawatan kecantikan, Miley Cyrus kelihatan sedikit seksi apabila diserbu paparazzi.

Seperti yang dilaporkan The Sun, pada ketika kekasih Liam Hemsworth itu keluar, beliau hanya mengenakan seluar ketat dan sweater kelabu pendek. Namun begitu, ketebalan sweater tersebut masih belum mampu melindungi puting payudaranya yang kelihatan akibat tidak memakai bra. AKibatnya, beliau dikejar paparazzi!
Disebalik kekalutan paparazzi mengambil gambar beliau, Miley tetap tenang sambil melenggang santai menuju ke kenderaanya. Sesekali beliau dilihat tersenyum lembut, menunjukkan keramahanannya.

Mengapa saya jadi pelacur....

Posted: 21 Nov 2012 06:30 PM PST

SAYA bertemu Asmah (bukan nama sebenar), 44, ketika dia sedang menunggu untuk mendapatkan makanan dalam satu program anjuran Barisan Aksi Interaksi Kreativiti Mahasiswa/i Fakulti Perubatan di Pusat Perlindungan Sinar Alam, Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menyarung skirt pendek paras lutut dan baju T ketat dengan raut wajah yang cengkung serta tubuh sedikit kurus, pandangan kosong wanita itu bagai menggamit hati saya untuk mendekatinya.

Ternyata sapaan saya dibalas mesra tanpa menunjukkan riak terkejut walaupun ketika itu ada beberapa orang gelandangan lain yang turut menunggu makanan diedarkan berserta sedikit sumbangan wang.

Berbual dengan wanita ini tentang kisah hidupnya, timbul rasa belas di hati kerana dalam usia sebegitu dia sepatutnya bukan menghabiskan masa di jalanan dan lorong-lorong gelap sebagai pelacur murahan dan bergelumang dengan najis dadah.

"Saya tahu ini salah, tapi inilah saja pekerjaan yang saya tahu buat dari dulu sampai sekarang. Kalau tak bekerja mana nak dapat duit.

"Biarlah apa orang lain nak kata, yang penting saya tak minta duit mereka," katanya yang juga hidup bergelandangan kerana tidak mempunyai tempat tinggal.

Pendapatan hasil melacur dihabiskan dengan membeli dadah. Jika ada lebih dia akan menyewa sebuah bilik murah berharga RM15 untuk satu malam.

Asmah mengakui pendapatannya sekarang tidak mewah seperti dulu ketika masih muda, malah ada harinya sekadar cukup untuk mendapatkan bekalan najis dadah bagi melepaskan gian.

"Kalau tengah gian, makan minum tolak tepi yang penting mesti ada barang (dadah) tu. Lagipun sekarang makanan senang dapat sebab banyak pihak yang tampil memberi makanan percuma kepada golongan gelandangan di sekitar kawasan ini. Dapat juga mengurangkan bebanan kami di sini," katanya.

Seiring umurnya yang semakin meningkat, Asmah mengakui semakin memilih pelanggan yang ingin mendapatkan khidmatnya.

"Dalam seminggu hanya tiga atau empat kali saja saya keluar berkerja dan dalam semalam saya hanya hadkan 10 hingga 15 orang sahaja.

"Pelanggan yang datang akan dipilih dahulu sebelum mereka dilayan sekurangnya lima hingga 10 minit setiap seorang.

"Umur seperti saya dah tak bergetah lagi seperti muda-muda dahulu. Namun bayaran yang dikenakan tetap bergantung kepada kepuasan yang dinikmati oleh pelanggan. Selalunya bagi setiap layanan akan dikenakan sekitar RM50," katanya tanpa selindung.

Asmah mengakui terpaksa melakukan pekerjaan itu kerana tidak ada cara lain untuk mendapatkan wang bagi menyara hidup dan membeli bekalan dadah.

Dengan pendidikan setakat tingkatan tiga, tidak banyak peluang pekerjaan yang menanti untuknya.

Apatah lagi apabila dia terjerumus dalam kancah najis dadah sebagai penagih seawal usia 17 tahun.

"Kalau diikutkan logik akal mana ada wanita yang waras nak kerja jadi pelacur. Semua yang berlaku ke atas saya sekarang adalah angkara dadah.

"Memang saya akui zaman remaja saya agak liar. Ketika usia 15 tahun saya lari dari rumah kerana tidak tahan dikongkong oleh keluarga.

"Waktu itu saya berkawan dengan remaja-remaja yang nakal dan merekalah yang memperkenalkan saya dengan dadah.

"Mulanya sekadar untuk khayal dan berseronok tetapi lama-kelamaan semakin ketagih dan tak boleh hidup tanpanya," katanya.

Tambah Asmah, dia bukan sahaja mengambil dadah jenis heroin sebagai alat untuk melepaskan tekanan, malah kadang-kadang dia juga menjual bekalan dadah tersebut kepada kawan-kawannya.

Hasil jualan dadah tidak cukup untuknya untuk mendapatkan bekalan bagi diri sendiri.

Disebabkan ketiadaan wang dan rasa ketagihan yang tidak mampu dikawal, Asmah akhirnya 'menjual' tubuh bagi mendapatkan wang.

"Waktu itu memang tak pernah terfikir dosa atau pahala. Apa yang penting saya dapat bekalan dadah dan melepaskan rasa gian.

"Daripada sekadar untuk mendapatkan duit ketika terdesak, akhirnya ia menjadi pekerjaan tetap hingga ke hari ini," katanya.

Dalam pada itu Asmah sempat bertemu jodoh pada usia 21 tahun dan suaminya juga seorang penagih dadah yang dikenali ketika sama-sama asyik dalam dunia khayalan mereka.

"Jodoh kami tidak panjang. Hanya bertahan 10 tahun sahaja dan hasil perkahwinan tersebut kami dikurniakan empat orang anak.

"Saya mengambil keputusan untuk bercerai kerana tidak tahan dengan sikap panas barannya. Jika berlaku sebarang kesilapan pasti suami akan memukul dan menyeksa tubuh.

"Selepas berpisah kesemua anak saya hantar ke kampung untuk di jaga oleh kedua orang tua. Saya tidak mahu anak-anak mengetahui tentang pekerjaan saya. Sehingga kini pekerjaan saya sebagi pelacur dan penagih masih menjadi rahsia," katanya.

Ujarnya, bukan dia tidak tahu kesan dadah kepada diri, tetapi untuk berhenti dari ketagihan tersebut terlalu susah baginya.

"Saya hanya berharap suatu hari nanti jika anak-anak mengetahui tentang kisah hidup ini, mereka sudi memaafkan saya.

"Bagi remaja diluar sana, janganlah cuba mendekati najis dadah, kerana sekali mereka mencuba tidak mungkin dapat patah balik," katanya.

Utusan

Pasca Muktamar-58: PAS semakin sekular?

Posted: 21 Nov 2012 06:01 PM PST

Siapakah PAS jika ia tidak memperjuang dan mempertahankan soal akidah Islamiah? Ini soal pokok. Namun mengapa isu ini tidak dibincangkan dalam Muktamar ke-58nya yang baru selesai hujung minggu lalu?

Apakah maknanya PAS sebagai sebuah parti politik jika ia tidak mahu lagi meneruskan perjuangan menegakkan sebuah Negara Islam? Lantas mengapakah pemimpin PAS meminggirkan isu hudud, lambang kuasa kerajaan Islam?

Apakah lagi yang menjadi ciri dan jatidiri PAS jika ia tidak lagi dipimpin oleh ulama? Sudah pasti ia tiada beza dengan parti sekular lain. Lantas mengapakah perkara ini juga tidak menjadi inti perbahasan muktamar?

Sebaliknya, Dewan Ulama pula yang nampaknya terpaksa memikirkan betapa perlu mengeluarkan kenyataan media bahawa PAS tidak pernah lekang dari kepimpinan ulama dari dulu hingga kini dan selamanya?

Mengapa kepimpinan PAS longlai?

Mengapakah kepimpinan PAS kini begitu longlai sehingga usaha strategiknya untuk memusatkan pemerhatian perwakilan muktamar kepada isu dan usaha memperkukuh jentera pilihanraya menjelang Pilihan Raya Umum(PRU) ke-13 seolah tidak begitu menyemarakkan semangat?

Seharusnya menjelang pilihanraya PAS berdiri megah menghadapi pengundi, terutama orang Islam, untuk menegaskan pendirian Islamnya. Dan, oleh kerana PAS yakin Islam itu tinggi, maka PAS tidak perlu rasa rendah diri dan bersikap apologetik kepada pengundi bukan Islam dalam menyatakan pendirian politiknya!

Bukankah sebagai sebuah parti Islam, Allah S.W.T pasti memberkati perjuangannya? Ini bermakna PAS tidak perlu berasa kurang yakin menghadapi para pemilih muslim atau bukan muslim dengan slogan dan manifesto Islam yang jelas!

Kebebasan bersuara dan beragama

Perhatikan bagaimana isu menghormati hak kebebasan bersuara dan beragama. Pendirian kebanyakan pemimpin PAS jelas bahawa kebebasan ada hadnya. Orang bukan Islam bebas memilih Islam sebagai agamanya. Namun adalah haram bagi umat Islam memilih selain agama Allah S.W.T!

Oleh kerana strategi (tahluf siyasi) pemimpin PAS nampaknya telah melepaskan peluang untuk memberi penerangan (atau lebih tepat lagi dakwah) berhubung perkara ini. Sedihnya, dengan mengambil sikap membisu hingga ke puncak platform politik tertinggi PAS iaitu muktamar, ia telah mengkaburi perjuangan PAS sendiri.

Ke mana pergi intelek, pakar kaji selidik dan perancang media PAS apabila mengambil sikap kelu terhadap komen, kritikan dan penghinaan oleh penulis, pakar blog bukan beragama Islam yang menghina Islam?

Mereka ini berselindung di sebalik kebebasan yang diberikan oleh beberapa portal tertentu kononnya demi memberi sokongan pada pandangan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bahawa orang Islam patut diberi kebebasan memilih mazhab dan juga agama selain Islam.

Demi PR, PAS sanggup tutup mata

Penghinaan di depan mata ini ditatap oleh penyokong dan strategik PAS dalam blog dan portal yang dikatakan "berbaik" dan "penyokong" Pakatan Rakyat. Demi Pakatan Rakyat, nampaknya pemimpin dan cerdik pandai PAS hanya berdiam diri.

Adakah mereka kurang memahami penghinaan ini kerana kebanyakan penyerang Islam ini menulis bukan dalam bahasa Al-Quran, iaitu bahasa Arab?

Adakah kerana mahu memelihara hubungan dalam Pakatan Rakyat, PAS sanggup menutup sebelah mata akan serangan terhadap Islam dan meminggirkan peluang untuk berdakwah dan meluruskan pemikiran dan akidah umat?

Mampukah PAS tadbir Negara?

Jika dalam muktamarnya sendiri PAS keberatan dan cuba mengelak menangani isu ini, bagaimanakah pendirian PAS apabila ditakdir memerintah kelak?

Begitu juga dengan isu hudud. Ia adalah lambang kerajaan Islam. Mungkin dari segi strategi adalah kurang bijaksana menggunakan slogan Negara Islam.

Namun satu ciri sebuah kerajaan ialah dasar atau semangat perundangannya. Hudud adalah sisi terbaik untuk menonjolkan kewajaran pemerintahan Islam. Namun ini pun dipinggirkan dari perbahasan.

Agak sukar bagi mana-mana ahli PAS yang mahu berfikiran secara Islami untuk berdakwah bahawa cara hidup Islam ialah yang terbaik, jika PAS sendiri tidak berani membincang dan mengambil pendirian yang jelas dalam perkara ini secara terbuka seperti yang sepatutnya dilakukan dalam muktamarnya.

Umno murtad, kewibawaan PAS tergugat

Memang disedari PAS sering disakat oleh banyak pihak berhubung kewibawaan politiknya hingga dituduh kini mulai tunduk pada gerakan yang dianggap parasit seperti Anwarinas.

Namun sekali lagi atas pertimbangan politik, Dewan Ulama pula yang terpaksa mengumumkan tiada perubahan dalam teras kepemimpinan PAS dan bukan muktamar yang mendesak dipertahankan konsep kepemimpinan ulama!

Paling menyedihkan ialah di akhir muktamar mungkin bagi merai dan mempamerkan betapa konsep kepimpinan ulama masih segar dalam PAS, Mursyidul Am PAS, Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengisytiharkan bahawa Umno adalah sebuah parti murtad.

Betapa anehnya keadaan ini. Apabila PKR menyatakan kesediaannya untuk membuka pintu bagi orang Islam mengamalkan kebebasan beragama yang pasti meliputi hak dan kebebasan memilih agamanya sendiri tidak dihadapi secara terbuka, PAS sanggup memurtadkan sebuah lagi parti orang Islam.

Apakah benar PAS kini terjerat dan terpenjara oleh istilah tahluf siyasi dan terus tunduk secara semberono pada erti setiakawan parti-parti politik sekular seperti DAP dan PKR? Dan, demi menolak kemungkinan ini PAS cuba menggilap keislamannya dengan menggunakan kuasa dan pengaruh ulamak untuk menghukum Umno murtad?

Tidakkah perilaku politik sebegini menunjukkan bahawa PAS juga terjebak atau kini sudah menjenamakan jatidirinya sebagai sebuah parti politik yang sekular?

Nampaknya PAS juga menggunakan pertimbangan dan pendekatan yang sekular untuk menawan Putrajaya!

Apakah dan siapakah PAS jika dalam usaha membezakan dan menjarakkan diri daripada saingannya sanggup melemparkan tuduhan pihak lain sudah murtad? Tidakkah ini cuba memperalatkan agama demi kepentingan politik – matlamat menghalalkan cara!

Tidakkah Rasulullah S.A.W pernah berpesan bahawa apabila seeorang berkata "hai kafir" kepada saudara seagamanya sudah pasti kafir salah seorang daripadanya?

Ulasan@AntaraPos

Padahnya bila PR bergerak secara haram tanpa arah tujuan yang dipersetujui bersama

Posted: 21 Nov 2012 05:31 PM PST

Sana sini kalut ribut para pemimpin pembangkang bercerita yang si polan ini lebih layak menjadi Perdana Menteri manakala si polan itu pula mendakwa dirinya paling sesuai dilantik ke jawatan tersebut.

Selama ini penyokong pembangkang sebulat hati mempertaruhkan batang tubuh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim selaku calon PM sekiranya PRU 13 memihak pada PR sebagaimana telah dipersetujui bersama oleh pemimpin tertinggi pembangkang.

Nah sekarang ambik engkau, tiba-tiba sahaja timbul cadangan yang datangnya dari Dewan Ulama PAS dan disokong pula oleh para perwakilan serta Ketua Dewan Pemuda PAS sendiri untuk melantik Presiden PAS, Hadi Awang sebagai PM.

Kata mereka, Hadi mempunyai cukup pengalaman, pengetahuan dan sudah terbukti kredibilitinya. Tersiratnya, mereka nak penyokong PKR faham yang Anwar tidak memiliki semua yang disebutkan itu.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali pula tangkas tampil menyalahkan pihak media sebagai punca timbulnya polemik ini. Katanya, "isu ini ditimbulkan TV3 dan Utusan Malaysia yang mahu melagakan Pakatan Rakyat. Kita tidak terperangkap dengan perangkap yang dipasang."

Nampak sangat pemimpin kanan PKR yang pernah dikaitkan dengan 'urusan jual beli aiskrim berperisa jamban' ini cukup pantang kalau ada orang mempertikaikan kelayakan dan kredibiliti bosnya. Asyik terperuk dalam 'jamban' agaknya, itu yang hujung pangkal punca isu gagal dicerna dengan baik.

Balik-balik media yang dipersalahkan. Kalau bukan media, dia akan pi balun menyalahkan UMNO. Sama saja perangai macam Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat yang memberi bayangan bahawa UMNO telah murtad, bila isu menjadi hangat terus menyalahkan media. Spastik sungguh.

Sebetulnya, semua haru biru yang terjadi ini disebabkan pakatan pembangkang walaupun tidur sebantal tapi mimpinya lain-lain.

Boleh juga diumpamakan macam pasangan gay boy yang bertahun-tahun mengamalkan seks luar tabie bermain pedang sama sendiri sambil mengharapkan bila termengandung akan lahirlah seorang anak lelaki.

Nak tunggu besar memboyot dek kerana mengandung sama macam tunggu kambing jamnapri peliharaan Husam yang mati kehausan hidup kembali, benda yang takkan berlaku tapi sudah sibuk duk berkekah nak letak nama Hadi atau Anwar.

Pokok pangkal permasalahan utama ialah PR itu sendiri hanyalah gabungan longgar yang melibatkan kerjasama 3 parti pembangkang utama, iaitu DAP, PKR dan PAS yang sehingga kini masih bergerak secara haram tanpa sebarang pendaftaran rasmi.

Dulu, sewaktu Zaid Ibrahim bersama PKR, usaha mendaftarkannya pernah diusahakan dan segala urusan dokumentasi serta merangka perlembagaan diserahkan kepada bekas calon PKR di PRK Hulu Selangor itu.

Tapi bila Zaid keluar PKR semua urusannya terbengkalai tanpa sebarang usaha meneruskan kesinambungan, hasilnya sekarang bila timbul polemik siapa calon sebenar PR bagi jawatan PM, alih-alih UMNO dan pihak media pula dipersalahkan.

Kerjasama yang hanya berpaksikan titik temu berkongsi musuh yang sama, sedangkan setiap parti memasang angan-angan yang berlainan. Ini padahnya bila bergerak secara haram dan tujuan perjuangan tidak genuine untuk kepentingan rakyat.

HackerXP@mykmu

Islam: Apa Yang UMNO Tolak, Apa Yang DAP Terima?

Posted: 21 Nov 2012 05:01 PM PST

UMNO yang penulis tahu tidak pernah menolak Islam, kalau UMNO menolak Islam, penulis dan ramai lagi tidak akan memilih untuk masuk dan menyokong UMNO. Tengok sajalah dalam negara kita ini, apa bukti yang UMNO sepenuhnya menolak Islam dan al-Quran?

Kalaupun ada beberapa 'perkara' dalam Islam yang tidak dilaksanakan UMNO, itu bukan bermaksud UMNO menolak tapi memilih untuk tidak melaksanakan atas sebab tertentu berasaskan hukum Islam dan pandangan majoriti ulama. Anyway, banyak mana 'perkara' tu? Tak silap penulis, satu sahaja.

Maka itu, tuduhan UMNO menolak Islam ini awal-awal lagi tidak logik tapi bila Nik Aziz tidak segan-segan untuk sebut perkara tersebut, mesti ada sesuatu yang menggerakkan mulut busuk dia tu untuk bercakap demikian.

Soalnya apa dia?

DAP on the hand, kita tahu anti banyak benda berkaitan Islam di Malaysia ini, tinggal lagi kuasa penuh ke atas agama tersebut tidak ada di tangannya, waima di negeri yang dia perintah – Pulau Pinang. Dalam pada itu pun, sempat juga DAP haramkan bacaan al-Quran waktu subuh dan bertakbir pada malam raya di negeri tersebut.

Tapi bila Hadi Awang bertegas mengatakan DAP menerima Islam, soalan yang sama kita nak tanyakan bahagian apa dalam Islam yang DAP terima sehingga PAS pandang DAP lebih mulia dari UMNO dalam soal menegakkan Islam?

Sudah tentu bila ada 'masalah' macam ini, lain orang yang akan keluar kenyataan berbeza untuk segmen yang berbeza juga. Nik Aziz bila tuduh UMNO tolak Islam, dia tidak akan sentuh DAP. Hadi Awang bila sentuh DAP terima Islam, dia tidak akan sentuh UMNO.

Penyudahnya, macai yang dibawah ini jadi konfius, Islam apa Nik Aziz cakap, Islam apa Hadi cakap?

Sebetulnya, ini bukan soal Islam tapi ini soal hudud. PAS nak cakap UMNO tolak hudud tidak boleh sebab dia sendiri pun tak laksanakan hudud di beberapa negeri yang dia pernah dan sedang perintah. Selain itu, nanti nampak sangat tak kena dengan kerjasama politik antara PAS dan DAP.

Jadi untuk kelirukan orang, Nik Aziz guna alasan UMNO tolak Islam, walhal dia merujuk kepada hudud. Sementara Hadi bila dia sebut DAP menerima Islam, dia merujuk kepada Islam dalam perlembagaan yang DAP tak cukup berani untuk isytiharkan penentangan.

Inilah sebenarnya yang berlaku sekarang. Hadi dan Nik Aziz cuba mengelirukan orang Islam di negara ini demi menghalalkan sumbang mahramnya dengan DAP.

Taktik keliru dan mengelirukan seumpama ini memang pendekatan PAS untuk bertahan lama dalam politik negara.

Sebetulnya, PAS sedang menghasut rakyat Malaysia untuk menerima DAP yang kita tahu memusuhi Islam dan menolak UMNO yang jauh lebih kehadapan dalam soal Islam di negara ini, lebih depan dari PAS pun.

Jadi janganlah diundi PAS ini lagi, dia sedang mengarah kita ke jalan yang sesat, bukan jalan yang betul. Dah elok-elok Malaysia macam sekarang, PAS sanggup ubah kerana kuasa!

Adamyan@mykmu

Chelsea lantik Rafael Benitez gantikan De Matteo

Posted: 21 Nov 2012 04:32 PM PST

CHELSEA mengumumkan pihaknya melantik bekas pengendali Liverpool, Rafael Benitez sebagai pengurus sementara sehingga akhir musim Liga Perdana Inggeris (EPL) bagi menggantikan Roberto di Matteo yang dipecat serta-merta semalam.

Pengurusan kelab itu memecat di Matteo sehari selepas Chelsea tewas 0-3 kepada Juventus dalam saingan Liga Juara-juara. Sebelum itu Chelsea berhadapan dengan siri kekalahan dalam pertemuan EPL.

Ia kini berada di tangga ketiga selepas menguasai tempat teratas sepanjang lapan perlawanan pertama EPL.

Benitez yang mengendalikan Liverpool sehingga akhir musim lalu, satu lagi kelab dalam saingan EPL, menjadi pengurus kesembilan sejak Roman Abramovich mengambil alih Chelsea pada 2003.

Di sebalik pelantikan Benitez sebagai pengurus sementara, Abramovich dikatakan akan mengadakan perundingan dengan bekas jurulatih Barcelona, Pep Guardioa.

Aliff Aziz 'frust menonggeng' apabila mengetahui Anne bertunang!

Posted: 21 Nov 2012 03:58 PM PST

Mengetahui berita pertunangan bekas kekasihnya, Anne Ngasri melalui laporan akhbar seminggu yang lalu benar-benar menyentak hati penyanyi bersuara husky ini, Aliff Aziz. Apatah lagi, laporan akhbar itu turut menyebut bahawa wanita yang pernah bertakhta dalam hatinya itu berhasrat untuk melaksanakan perkahwinan bersama Setiausaha Kerja, Pergerakan Pemuda Umno, Mohd Sumali Reduan pada 22 Disember 2012.

Riak wajah Aliff Aziz yang hadir di majlis pengumuman Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) di Hotel Holiday Villa, lewat petang semalam berubah sedih apabila mengimbas kembali janji mereka berdua untuk mendirikan rumah tangga. Bagaimanapun, hasrat tersebut tak tercapai disebabkan hubungan cinta mereka retak pada bulan September lalu.

"Kami memang ada buat perancangan untuk berkahwin pada bulan Disember, tapi jodoh tak kesampaian. Dalam proses pemulihan, tiba-tiba saya dapat tahu yang dia sudah bertunang dan akan berkahwin. Jujur kata, ia benar-benar membuatkan hati saya terluka.

"Sepanjang perkenalan kami, dia tak pernah melakukan kesalahan. Dia memang jaga segalanya termasuk pemakaian. Pada saya, dia adalah wanita yang sempurna dan saya tak pernah menyesal berjumpa dengannya.

"Sejak berpisah, pertama kali dalam hidup, saya memang rasa kehilangan yang teramat besar. Tapi, saya sedar bahawa saya masih mempunyai keluarga dan peminat yang memberikan sokongan. Saya tetap teruskan kehidupan seperti biasa, nothing can stop me. Namun, saya tetap rasa kosong, rasa 'lost' tanpa dia.

Pada masa yang sama, Aliff turut memberitahu bahawa Anne Ngasri ada menghubungi bapanya untuk bertanya khabar. Namun, ketika itu Anne tidak memaklumkan sebarang berita pertunangan kepada orang tuanya.

"Dia ada kontek bapa saya, tanya sihat atau tak. Bapa saya ada tanya, 'tak nak contact Aliff ke?'. Tapi, Anne kata yang dia memang tak nak hubungi Aliff kerana enggan merobekkan lagi hati Aliff.

Walaupun jelas kesedihan, penyanyi ini menerima bahawa kegagalan hubungan mereka mungkin berpunca daripada sikap endah tak endah yang dipraktiskan tanpa sedar terhadap Anne Ngasri.

"Ini adalah pengajaran yang besar buat saya kerana selama ini bersikap endah tak endah terhadap wanita yang pernah bertakhta dalam hati saya. Sakitnya hanya tuhan sahaja yang tahu. Saya berharap dengan mendoakan kebahagiaan Anne, dengan izin-Nya kesakitan ini dapat dikurangkan.

"Saya turut mendoakan agar perkahwinan Anne bersama bakal suaminya kekal sehingga akhir hayat," luahnya yang turut tercalon dalam kategori Penyanyi Lelaki Popular.

Hubungan Anne Ngasri & Aliff Aziz menemui jalan buntu apabila kedua-duanya mengambil keputusan berpisah pada 23 September yang lalu.

KEPAL NASI KEPAL BERAS

Posted: 22 Nov 2012 03:13 PM PST

KEPAL NASI KEPAL BERAS


NEW YORK POST : ANWAR HAIWAN AMFIBIA PALING BAHAYA!!

Posted: 21 Nov 2012 04:43 PM PST

"Persetujuan secara konsensus mesti diperolehi" dalam merangka setiap dasar dan prinsip pentadbiran. Sebarang perkara tidak boleh dilaksanakan jika salah sebuah parti dalam pakatan tidak bersetuju.

Itu prinsip persefahaman yang telah dicapai di antara parti-parti dalam pakatan pembangkang.

Untuk ingatan rakyat semua, prinsip inilah yang bakal menggagalkan dan seterusnya menjahanamkan pentadbiran pakatan pembangkang jika mereka mendapat mandat majoriti dalam PRU13 akan datang!!

Ideologi dan perlembagaan parti di antara DAP, PAS dan PKR sangat berlawanan di antara satu sama lain.

Ikan dilaut, asam di darat. Ia tidak mungkin boleh bertemu kecuali di dalam periuk belanga, iaitu setelah "dicincang-cincang" untuk dijadikan lauk untuk disantap.

Tidak ada apa yang boleh dilakukan secara konsensus di antara ikan di laut dan asam asam di darat, kecuali ia bersedia untuk dijadikan lauk buat santapan!!

Itulah prinsip konsensus di antara DAP-PAS-PKR.

Persoalan paling asas yang wajib difikirkan jika kita tidak mahu diperbodohkan atau diperangkap oleh mainan konsensus pembangkang ini ialah bagaimana prinsip dan perlembagaan PAS boleh mencapai konsensus dengan prinsip dan ideologi yang digariskan oleh DAP? Ideologi DAP hanya sesuai hidup di laut, manakala ideologi PAS hanya boleh hidup di darat. 

Adalah mustahil mereka boleh mencapai konsensus kecuali mereka bersedia dicincang-cincang oleh haiwan amfibia yang hidup dua alam yang bernama Anwar Ibrahim untuk dijadikan santapan di dalam "menu nepotisma" Anwar anak-beranak dan "menu kronisma" PKR.

Prinsip konsensus pakatan pembangkang hanya berfungsi di atas sifat guna-mengguna dan kuda-mengkuda di antara satu sama lain di atas maksud mencapai hasrat dan kepentingan masing-masing.

Malah, dengan prinsip konsensus ini, tidak mungkin pakatan pembangkang boleh melantik seorang PM, apatah lagi untuk membentuk kabinet. Jika PAS tidak bersetuju, tiada siapa di kalangan PKR yang boleh dilantik menjadi PM. Jika DAP tidak bersetuju, tidak mungkin ada mana-mana pemimpin PAS yang boleh menjadi PM, apatah lagi PM DAP.

Jadi, dalam usaha pakatan pembangkang untuk ke Putrajaya, tidak timbul sama sekali soal untuk membina dan mempertahankan negara bangsa, kepentingan agama dan keharmonian bersama. Mereka hanya mahu merebut Putrajaya tidak kira berapa harga yang harus dibayar.

Tidak mungkin mereka berupaya menyaingi persefahaman yang selama ini terbina di antara komponen Barisan Nasional.

bERANIKAN hATI

Posted: 22 Nov 2012 03:13 PM PST

bERANIKAN hATI


HARAPAN PAS JERANTUT YANG SEMAKIN GELAP

Posted: 21 Nov 2012 04:51 PM PST

Banner yang tiba-tiba ada dan tiba-tiba saja hilang...ekekekeke!


1. Seorang pembaca memberi komen pada posting saya yang lalu begini;   Anonymous Anonymous said...

Pemimpin PAS bongok. Nak jatuhkan UMNO, tp takde plan nak buat apa lepas tu. Apa plan kalau BN tumbang? Depa kata, 'lepas tumbang baru kita bincang nak buat apa'.. ???!! Start nilah aku terus tak sokong PAS. Soooo stupid... Aku undi BN.

November 22, 2012 2:03 AM
 Delete  
2. Memang itulah antara penyebab mengapa sebilangan besar anak-anak muda tidak dapat menerima perjuangan Pas. Selain itu, sejak akhir-akhir ini Pas memang nampak bersungguh-sungguh mempergunakan Islam untuk kepentingan politik namun dalam masa sama dilihat gagal memperjuangkan hukum Islam itu sendiri. Yang jelas, hudud dan segala yang berkaitan dengan Islam hanyalah slogan semata-mata dan ini diperakui sendiri oleh Nik Aziz.

3. Apabila Pas menolak hudud dan membangunkan Islam sebagai asas perjuangannya, dan memperjuangkan slogan negara berkebajikan yang sudah diusahakan oleh UMNO sekian lama maka kita sudah nampak bahawa Pas yang dulunya kuat perjuangkan Islam kini sudah jadi sekular.

4.  Pas yang dulunya menentang keras kerjasama UMNO dengan MCA dan MIC dan melebelkan UMNO kafir kini sudah lebih teruk bila berada bersama DAP yang sah dan nyata kafir yang menentang Islam. Dalam kedudukan UMNO dengan parti-parti komponen lainnya, UMNO adalah ketua dan pemerintah tetapi Pas adalah satu parti kecil yang diperintah oleh parti lain termasuklah DAP.

5. Jika perjuangan Pas sama dengan apa yang sedang diperjuangkan oleh UMNO selama ini, untuk apa kita perlua berubah kepada sesuatu yang masih belum pasti? Apakah pentadbiran Pas dan Pakatan akan lebih baik dari UMNO dan BN?

6.  Jikalau Pas boleh berkerjasama dengan DAP dan PKR, kenapa tidak bersatu dengan UMNO dan membina satu parti Melayu dan Islam yang dominan yang mampu melaksanakan apa saja perjuangan Islam yang diinginkan selama ini.

7. Hakikatnya adalah pemimpin Pas hanya ingin pastikan mereka mendapat kuasa politik dan jawatan dalam kerajaan, perjuangan atas nama Islam sebenarnya tidak penting bagi mereka kerana itulah ketika ini mereka sudah berebut-rebut dan mebahagi-bahagikan kerusi untuk dipertandingkan dalam PRU13 nanti. Masing-masing ingin bergelar YB, itu saja. Perjuangan Islam dan perjuangan untuk rakuay hanyalah slogan semata-mata sepertimana yang diperakui oleh Nik Aziz.

8. Jadi untuk apa lagi kita menyokong Pas? Adakah dengan hanya memberikan sokongan kepada Pas maka jalanraya Jerantut - Benta akan mereka bina dengan serta merta? Mungkin kerana sedar penipuan mereka itu tidak disenangi rakyat dan pengundi Jerantut kerana itu banner diatas diperturunkan sertamerta dan tidak lagi kelihatan.

9. Perjuangan Pas adalah satu penipuan yang nyata. Ramai rakyat terutama anak-anak mudah sudah sedar dan menolaknya. Tidak perlu kita beri peluang dan harapan kepada Tuan Ibrahim dan Dr. Hamzah kerana ianya tidak akan dapat mengubah apa-apa nanti.

10. Khabarnya baru-baru ini ada lebih kurang 50 orang ahli muda Pas bertindak keluar parti secara senyap kerana sudah hilang percaya terhadap perjuangan Pas yang semakin keliru dan mengelirukan, anda bila lagi?

Cucu Tok Selampit

Posted: 22 Nov 2012 01:32 PM PST

Cucu Tok Selampit


Terkini!!! 1 Juta Hadir Jelajah Merdeka Rakyat Di Shah Alam - Habislah BN!

Posted: 22 Nov 2012 05:26 AM PST








Sekarang 9.15 malam, CTS berada di Seksyen 24, Shah Alam mendengar Jelajah Merdeka Rakyat. Kehadiran lebih kurang 1 juta, termasuk orang bunian dan makhluk halus. Pada ketika ini, pakar pembohong negara, Chegubard sedang berucap. Cerita AES, Tun Dr Mahathir tunduk kepada George Soros, UMNO menindas Palestin, Altantunya dan Scorpene dan beberapa pembohongan lain sedang menjadi skrip pembohongannya. 

Kebanyakan ADUN-ADUN Selangor hadir untuk memberi ceramah. Tidak ramai pemberita dan bloggers yang datang membuat liputan. Mungkin sudah jemu kot dengan banyak sangat ceramah politik. Kalau dengan jumlah kehadiran jutaan orang masyarakat Shah Alam seperti gambar di atas datang mendengar ceramah kosong Menteri Besar, EXCO, ADUN dan Ketua Umum PGayR, hehehe ini kalilah! CTS yakin!

Published with Blogger-droid v2.0.9

MB Selangor Gila Beri Sokongan Kempen Jalan Kaki 300km Himpunan Hijau dari Kuantan ke Parlimen

Posted: 22 Nov 2012 01:30 AM PST


Kumpulan Hijau buat kerja gila lagi. Kali ini dengan sokongan Menteri Besar Selangor, TS Khalid Ibrahim. Kempen perarakan berjalan kaki yang disertai beberapa puluh orang peserta itu kini dalam perjalanan dari Kuantan ke Dataran Merdeka dengan anggaran jarak perjalanan sejauh 300 km sempena bantahan terhadap kilang pemprosesan bahan nadir bumi (rare earth) Lynas Advanced Material Plant (LAMP). 

Jangkaan awalnya mereka akan sampai di Dataran Merdeka pada 25 November 2012. Sesudah itu keesokan harinya mereka mahu berkonvoi untuk berhimpun pula di Bangunan Parlimen bagi menyampaikan bantahan terhadap Lynas. Mengikut laporan terkini pula, perancangan berarak ke Bangunan Parlimen telah dibatalkan sebaliknya diganti pula dengan rancangan ala anti PTPTN yakni dengan berkhemah di Dataran Merdeka.

Bagi CTS tindakan NGO Hijau Anti Lynas yang pro Pakatan Haram ini dikira satu penghinaan terhadap Mahkamah (contempt of court), apabila melancarkan kempen berjalan kaki sejauh 300 km sebagai bantahan terhadap keputusan Mahkamah, yang memberi kebenaran ke atas Lynas untuk beroperasi. Sayangnya, Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh, pejuang utama anti-Lynas, tidak turut sama berjalan kaki sejauh 300 km dari Kuantan ke Kuala Lumpur. Kalau tidak pastinya kita akan melihat YB Fuziah Salleh "slim" seperti Anzalna ataupun Neelofa!

Sekali Ustaz Azhar Idrus Menipu Susah Dah Nak Percaya Selepas Ini

Posted: 21 Nov 2012 09:57 PM PST


CTS mengikuti dengan penuh minat komentar yang dibuat oleh rakan-rakan blogger mengenai satu gambar Ustaz Azhar Idrus makan di KFC yang rata-rata blogger mengatakannya sebagai makan di McD. Antaranya, rakan blogger Keris Putera di sini. Bagi menjernihkan keadaan CTS sertakan plan bangunan di sebelah gambar Ustaz Azhar bagi membuktikan di mana Ustaz Azhar berada di dalam gambar berkenaan. 

Ustaz Azhar Idrus tidak makan di McD sebaliknya di sebelah kedai McD iaitu di KFC. Tempatnya bukan di Johor, seperti yang didakwa oleh Ustaz Azhar Idrus sebaliknya di Mahkota Parade di Melaka. Kedudukannya tidak dapat dipertikaikan lagi iaitu berhadapan kedai 'Poh Kong' dan 'Famosa Time'. Betul ke Ustaz? Johor atau Melaka? hehehe. Ustaz Azhar mungkin bercakap benar mengenai perkara lain, tapi lokasi tempat berkenaan susah untuk kelentong orang yang mahir dengan Bandar Melaka ini Ustaz. Kesimpulannya, bohong tetap bohong Ustaz dan berbohong berdosa kan?