Rabu, 8 Januari 2014

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Negeri Sembilan

Posted: 07 Jan 2014 09:11 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Tando-tando kocik kiamat dah dokek

Posted: 07 Jan 2014 03:36 PM PST


Tahniah ! Oghang Nismilan pula terajui Harakah. Hobin Jang Hobin !

Posted: 07 Jan 2014 06:45 AM PST


Rembau Hari Ini

Posted: 07 Jan 2014 07:44 PM PST

Rembau Hari Ini


Lagi tando-tando kiamat makin dokek

Posted: 07 Jan 2014 07:02 PM PST



Lagi tando-tando kiamat makin dokek. Dah banyak dah kes camni. Ghugilah siapo yang ado omak abah eh yang masih idup lai tapi tak ghobut peluang buek pahalo, sobalik e dapek doso. Ghonungan untuk dighi kito sendighi !

Ibu merajuk keluar dari rumah anak
8 Januari 2014

REMBAU – "Buat masa ini biarlah saya tinggal dan menumpang kasih di rumah rakan daripada sengsara tinggal di rumah anak sendiri," luah seorang warga emas yang hanya ingin dikenali sebagai Ida, 60-an, ketika ditemui di rumah kenalannya di Kampung Rendah, dekat sini, semalam.

Ida berkata, dia nekad keluar dari rumah anaknya Isnin lalu  kerana tidak mahu  'makan hati' dengan sikap dan tingkah laku biadap anaknya yang kadang kala melukakan hati.

Menurutnya, dia menetap dengan anak perempuan sulungnya itu sejak sembilan bulan lalu selepas kematian anak lelaki bongsu yang terbabit dalam kemalangan Lebuhraya Utara-Selatan pada Mac tahun lalu.

"Suami saya juga sudah meninggal kira-kira lapan tahun lalu kerana penyakit asma. Saya hanya ada sepasang anak, jadi bila anak bongsu saya meninggal dunia, saya memang mengharap agar anak sulung akan membantu saya.

"Bagaimanapun, sejak dari dahulu lagi, anak sulung saya sering meluahkan rasa tidak puas hati kerana beranggapan  saya lebih menyayangi adiknya sahaja," katanya.

Tambah Ida, anak sulungnya membawa dia tinggal bersama dan dia diminta menjaga cucu yang masih kecil.

Malah, sepanjang tempoh sembilan bulan tinggal bersama, Ida sering disindir.

"Dia tidak pernah menghalau saya secara terang-terangan, namun kerap menyindir tidak kira waktu baik ketika saya menyediakan makanan mahupun bergurau dengan cucu.

"Anak saya tidak pernah mengajak saya keluar makan sedangkan dia bersama anaknya sering makan di luar," katanya.

Tambahnya, Ida juga turut dimarahi kerana anaknya tidak menyukai cara Ida lalu dia  menghalaunya keluar rumah.

"Daripada terus rasa terluka, saya segera menghubungi teksi untuk pergi dari situ. Saya keluar sehelai sepinggang dan hanya membawa dokumen penting serta gambar kenangan kami sekeluarga," katanya.

Ida yang juga penerima bantuan bulanan orang tua dari Jabatan Kebajikan Masyarakat  (JKM) menetap di rumah rakannya buat sementara  dan akan mencari tempat tinggal lain.

Jadual Pengajian untuk tahun 2014 Madrasah Al-Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim

Posted: 07 Jan 2014 01:55 AM PST



Jadual Pengajian untuk tahun 2014 di Madrasah Al-Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim , Rembau




 

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 07 Jan 2014 01:52 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Kepimpinan baru Pemuda Wilayah kunjungi Harakahdaily

Posted: 07 Jan 2014 08:00 PM PST


Saf kepimpinan baru Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) hari ini mengadakan kunjungan ke pejabat operasi Harakahdaily di Jalan Pahang di sini.

Deligasi mereka diketuai ketuanya Ir Khairil Nizam Khirudin, tiba di sini tengah hari tadi bersama tujuh yang lain termasuk timbalannya Nurul Islam Mohamed Yusoff.

Kehadiran mereka disambut Ketua Pengarang Harakahdaily Taufek Yahya serta kakitangan yang lain.

Dalam pertemuan hampir sejam itu, beberapa perkara turut dibincangkan termasuk memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua pihak.

"Harakahdaily mempunyai pembacanya yang tersendiri khususnya golongan muda dan warga kota.

"Jadi kita mengharapkan bantuan dari Harakahdaily untuk menyampaikan suara kita dari pemuda wilayah ini dalam isu-isu yang kita perjuangkan khususnya berkait dengan masyarakat di KL ini," katanya.

Dalam pada itu, mereka juga turut mengemukakan beberapa cadangan kepada pihak editorial termasuk bersedia menyalurkan bahan berita kepada Harakahdaily.

Sementara itu, dalam responnya, Taufek berkata, pihak Harakahdaily sangat mengalu-alukan cadangan serta kesediaan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan membantu menyalurkan maklumat.

Menurutnya, Harakahdaily biarpun media organ parti, namun sentiasa mengambil pendekatan inklusif dengan memaparkan laporan berkaitan isu rakyat disamping kenyataan-kenyataan rasmi parti. ~harakahdaily