Duke of UMNO Posted: 29 Aug 2014 01:06 PM PDT BUKTI MEDIA AUSTRALIA MEMANG TAK BOLEH PAKAI.. KANTOI BURUKKAN MALAYSIA..!!! Posted: 29 Aug 2014 06:17 AM PDT | Ni senator Austolia "Nik" Xenopon kawan baik Anwar.. ada "bau-bau bacang" dengan Nik Aziz tak? Silap-silap Nik Aziz pun tak mau ngaku sedara... |
Kalau diteliti sikap pembangkang, depa cukup suka dengan Australia... terutama media Asutralia... Macam baguih pulak saya tengok... padahal hampehhh...
Anwar masa lawan dengan Saiful Bukhari pun refer pakar-pakar dari Australia.. sikit-sikit depa refer media Australia... Awat? Tau la kawan baik Anwar yang lari dari Malaysia tu dok kat sana jadi orang besar bank kat sana... berapa fund dia bagi kat media sana untuk hentam Malaysia?
Ni...terbaru ni apahal ni? Malaysia baru ja lepas berkabung kes MH17.. mayat jenazah mangsa pun ada yang belum sampai ke bumi Malaysia ni... tapi depa dah mula buat gerakan burukkan MAS...
Cuba klik kat sini... itulah bukti media Australia ni memang tak boleh pakai...
Dah banyak kali dah depa dok trick kita pakai cara ni... lepas tu ada media-media yang kononnya "tak bias", "tak berat sebelah" dan kononnya "baguih yang amat" dok tiru jugak buat perangai macam ni...
Lebih teruk tu, ada pulak rakyat Malaysia yang dok percaya kat media-media macam ni... low class betoi la kalau ada mentaliti lagu ni... setaraf dengan Isham Rais jaa... mentaliti kelas ketiga... poyo lebih, tapi tong kosong...
Udah-udah laaaa... pikiaq la guna akal fikiran yang adil dan waras... jangan la mudah sangat kena tipu... orang yang selalu kena tipu ni lemah IQ...
So macamana? Nak kekal lemah skill berfikir atau nak berubah? Terserah... cari ilmu, banyak baca Al-Quran, berdamping dengan ulama dan ilmuan, lepas tu jangan banyak merapu sangat.. insyaaAllah daya pemikiran kita akan tajam... Wallahua'alam.. | PEMUDA PAS TAHU.. PEMUDA PAS SEDAR... TAPI....TAPI... Posted: 29 Aug 2014 12:17 AM PDT Pemuda PAS sedar.. Pemuda PAS tahu... tapi depa tak boleh buat apa-apa. Sekadar mampu cakap kat media saja... Depa sendiri pun tahu kuasa ada kat Mat Sabu... Nak harapkan Ayah Chik, Ayah Chik tak berapa nak sihat sekarang ni...
Jadi Pemuda PAS buat kenyataan akhbar... depa sekadar sedar saja... tapi tak boleh buat apa-apa...
Depa sedar, rakyat makin menyampah kat Pakatan Haram... depa sedar, rakyat menyampah disebabkan DAP dan PKR... depa tau DAP dan PKR melampau... Tapi... Tapi tu la Pemuda PAS... sekadar buih pepsi cola... cakap saja lebih...tindakan takdak... Betoi la Ayah Chik kata dulu...Pemuda PAS sekadar buih pepsi cola saja... bila Ayah Chik kata macam tu Pemuda PAS nak marah... apa tak betoi ka apa yang Ayah Chik kata?
Depa tau dan sedar bahawa terjun dalam kolam taik tu perkara bodo.. depa tau dalam kolam taik tu semuanya najis.. depa tau semua tu....
Peliknya, depa dok jugak berendam dalam kolam taik tu... ni buka tahap pepsi cola dah ni... ni tahap apa agaknya? Ada cadangan? | WAAAA.. BETUL PUNYA MARAH ORANG PAS KEDAH KAT KHALID SAMAD...HEH! Posted: 28 Aug 2014 07:31 PM PDT Pada saya, Khalid Samad and the geng yang ada dalam PAS tu merupakan antara spesis yang sama dengan Nazri Aziz atau Saipudin Dolah dalam UMNO.. lebih kurang sama saja...
Cuma UMNO ada kelebihan sikit sebab hanya dua tiga orang ja yang sama spesis macam tu.. yang lain-lain tu kira takdak la buat perangai macam spesis tu...
Tapi dalam PAS memang ramai.. bukan setakat Khalid Samad saja, malah lebih dari 20-30 pemimpin PAS sama spesis dengan Khalid Samad ni... bukan saya yang kata, tapi ramai kawan-kawan PAS sendiri yang mengaku...
Tengah driving semalam, ada sorang kawan PAS tu hantar link ni kat saya... saya tak sempat baca masa tu sebab tengah driving...
Tapi tengah-tengah driving tu dia call saya.. dengar bunyi memang marah betul.. macam-macam jugak la dia kutuk Khalid Samad... saya tak tau apa-apa pun sebab tak baca lagi... tapi dari gaya kawan saya dok kutuk rapat tu, saya yakin Khalid Samad buat hal lagi dalam PAS...
Oooo.. rupanya dia marah kat Khalid Samad sebab cabar depa keluar PAS... Adoiii... Khalid Samad ni pun satu... orang PAS kat bawah tu tengah bara gila kat DAP dan PKR, dia pi tambah petrol pulak.. kasi nyala lagi marak ka?
Kawan saya kata, dia takkan keluar dari PAS. Tapi pada dia, dia mahu Khalid Samad yang keluar dari PAS.. siap suruh bawak sekali "taik-taik" dalam PAS... bila ditanya pasai sapa "taik-taik" tu... selamba dia kata..."taik-taik" tu la yang sokong PAS dok berkawan dengan DAP dan PKR! Iskkkk... sabaq bro...
Dia tanya saya, apa tindakan yang wajar pada buah fikiran saya. Saya jawab, saya taktau sebab saya bukan ahli PAS. Cuma, kalau saya ahli PAS, saya akan pastikan Khalid Samad dan kawan-kawan dia tak dapat undi pada pemilihan PAS yang akan datang... tiada undi dari PAS Kedah untuk depa...
Itu saja la kot yang saya boleh buat, kata saya. Kawan saya kata, kalau ikutkan hati, dia nak terbey kepala Khalid Samad... dia kata, dah cukup baik dah Khalid Samad kena ludah.. kalau dia ada kat situ, memang kena terbey dah...
Saya tanya kawan saya... hang terer ka lastik (terbey la tu..)? Boleh kena tepat ka? Kalau terkena kepala orang lain camana? Haruuu... ! Lepas tu baru la kawan saya boleh gelak sikit... heh! | |
PEJUANG BANGSA Posted: 29 Aug 2014 11:44 AM PDT UMNO PP KUTUK TINDAKAN ANGKUH GUAN ENG CABAR KPN DEMI PERTAHAN PPS @dzainalabidin @RRafizal @reezalmerican Posted: 29 Aug 2014 06:55 AM PDT UMNO Pulau Pinang Menyokong Penuh Tindakan YBhg Tan Sri Ketua Polis Negara Menjalankan Siasatan Terhadap Pasukan Peronda Sukarela ( PPS ) Pulau Pinang 1. UMNO Pulau Pinang menyokong penuh tindakan YBhg Tan Sri Ketua Polis Negara memulakan siasatan ke atas Pasukan Peronda Sukarela ( PPS ) Pulau Pinang setelah Pejabat Pendaftar Pertubuhan mengesahkan bahawa Pasukan Peronda Sukarela ( PPS ) Pulau Pinang adalah sebuah pertubuhan yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan. 2. Kenyataan YB Timbalan Menteri Dalam Negeri semalam menyatakan bahawa Kerajaan Negeri tidak ada bidanh kuasa untuk menubuhkan apa-apa jua pasukan yang berfungsi sebagai pasukan keselamatan membuktikan penubuhan Pasukan Peronda Sukarela ( PPS ) oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah tidak wajar dan menyalahi undang-undang negara. 3. UMNO Pulau Pinang mengutuk sekeras-kerasnya ucapan YAB Ketua Menteri Pulau Pinang yang dengan angkuh mencabar Ketua Polis Negera sekiranya berani mengambil tindakan terhadap Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang. Adalah tidak wajar seorang Ketua Menteri mengucapkan perkataan-perkataan seperti seorang samseng jalanan terhadap Ketua Polis Negara.
4. UMNO Pulau Pinang berpendapat kenyataan YAB Ketua Menteri Pulau Pinang yang menyamakan penubuhan PPS dengan JKKK adalah tidak masuk akal kerana fungsi dan peranan kedua-duanya adalah amat berbeza. JKKK bukan sebuah badan beruniform, tidak terlibat dalam kawalan keselamatan atau memakai pangkat ala tentera sebagaimana PPS yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri. Apakah Ketua Menteri Pulau Pinang tidak sedar bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga menubuhkan JKKK di bawah Kerajaan Negeri? 5. Polis mengambil tindakan memulakan sisatan setelah menerima laporan daripada orang ramai bahawa terdapat ahli-ahli PPS terlibat dalam beberapa kes memukul orang awam. Tahun lalu, seorang wartawan akhbar berbahasa Cina dipukul semasa sedang membuat liputan dan terbaru seorang penulis blog yang kritis terhadap Kerajaan DAP Pulau Pinang dipukul oleh sekumpulan anggota PPS. Rungutan oleh orang ramai terhadap perlakuan dan tindakan PPS seperti sekumpulan samseng jalanan turut disuarakan oleh wakil-wakil rakyat dalam Majlis Tindakan Persekutuan Pulau Pinang pada Jun 2014 yang turut dihadiri oleh Ketua Polis Negeri. 6. Penubuhan PPS oleh kerajaan Negeri atas alasan untuk membantu pihak polis membanteras jenayah juga tidak masuk akal kerana sudah ada Skim Rondaan Sukarela Rukun Tetangga juga menjalankan kegiatan rondaan kawasan perumahan. Penubuhan PPS oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang jelas sekali bermotifkan politik kerana anggota-anggota PPS dengan memakai uniform turut terlibat dalam kegiatan-kegiatan parti DAP seperti memasang bendera parti DAP dan berkempen untuk DAP semasa pilihanraya. 7. Kerajaan Negeri sepatutnya akur dengan amaran terbaru yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara meminta Pasukan Peronda Sukarela ( PPS ) menghentikan aktiviti-aktiviti mereka. Keengganan Kerajaan Negeri dalam memberikan kerjasama kepada pihak Polis membuktikan keangkuhan melampau pimpinan kerajaan negeri mempertahankan sebuah pertubuhan yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan. Sekian. Dato ' Zainal Abidin Osman Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pulau PinangPulau Pinang29 Ogos 2014 | |
IPOHMALAY Posted: 29 Aug 2014 09:19 AM PDT MAS disusun semula dengan kos RM6 billion Posted: 29 Aug 2014 07:53 AM PDT
KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Bhd hari ini mengumumkan pakej 12 pelan pemulihan semula untuk MAS kembali untung dalam tempoh tiga tahun, menjelang hujung 2017. Pengarah Urusan, Tan Sri Azman Mokhtar, Pelan Pemulihan MAS itu yang dijangka membabitkan kos RM6 bilion, antara lain akan membabitkan penubuhan sebuah syarikat baharu (NewCo). Katanya, MAS akan dikeluarkan daripada penyenaraian menjelang hujung 2014, diikuti pemindahan aset dan liabiliti kepada NewCo menjelang 1 Julai 2015. Beliau berkata, Newco disasar kembali untung tiga tahun selepas dikeluarkan daripada senaraian awam dan kemudian disenarai semula dalam tempoh antara tiga hingga lima tahun menjelang 2017-2019. "Suntikan modal RM6 bilion merangkumi kos mengeluarkan penyenaraian OldCo sebanyak RM1.4 bilion, kos penyusunan semula dan pemberhentian kakitangan (RM1.6 bilion) dan suntikan modal RM3 bilion dalam NewCo secara berperingkat dalam tiga tahun 2014-2016," katanya di sini hari ini. Mengikut Azman, pelan pemulihan itu bukan langkah menyelamat kerana Khazanah akan memperoleh semula dana itu menerusi penyenaraian semula MAS menjelang hujung 2017-2019 menerusi NewCo. Mengenai nama NewCo, Azman berkata, Khazanah cadangkan supaya nama Malaysia Airlines (MAS) dikekalkan bagi mengekalkan jenama dan identitinya. Dalam pada itu, Azman berkata, Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya akan terus memimpin OldCo hingga 1 Julai 2015 apabila NewCo mula berkuat kuasa bagi melancarkan proses peralihan. Sejajar rancangan itu, Khazanah turut memulakan proses pencarian CEO baharu yang dijangka diumumkan sebelum akhir tahun ini. Mengikut pelan pemulihan itu, MAS akan menyusun semula model perniagaan dengan fokus yang lebih kepada rangkaian serantau, menurunkan struktur kos dan penekanan kepada pengurusan pulangan hasil. "Peralihan kepada NewCo akan menyediakan peluang kepada MAS Baharu untuk merundingkan semula kontrak pembekalan dan lain-lain berdasarkan norma dan penanda aras pasaran," katanya. Pemindahan aset dan liabiliti serta suntikan pembiayaan baharu tetapi dengan syarat yang lebih ketat kepada NewCo, disasar menurunkan struktur kos berdasarkan amalan dan penanda aras industri, dengan penjimatan sebahagian besarnya datang daripada kontrak perbekalan lebih baik dan kos tenaga kerja. Sehubungan itu, model perniagaan baharu NewCo menyebabkan entiti itu hanya memerlukan 14,000 kakitangan, sekali gus kira-kira 30 peratus atau 6,000 daripada 20,000 pekerja semasa akan dikurangkan. Bagaimanapun, Azman berkata, MAS dan Khazanah komited membantu setiap kakitangan yang diberhentikan, bagi mengurangkan kesan negatif kepada kualiti hidup mereka. Khazanah akan melabur dalam penubuhan Pusat Latihan Semula Korporat di Subang untuk menyusun aspek latihan semula kakitangan MAS yang tidak menyertai syarikat baharu (NewCo). Dalam perkembangan sama, selain pampasan kewangan, Khazanah dan MAS juga sudah memeterai persefahaman (MoU) dengan dua syarikat untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada kira-kira 3,500 kakitangan MAS yang akan diberhentikan. Selain itu, turut diberi penekanan dalam pelan pemulihan itu ialah penyatuan operasi dan ibu pejabat MAS dari Subang sekarang ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA). Langkah itu akan membolehkan MAS menggabungkan operasi, menambah baik cara kerja sekali gus menandakan permulaan baharu MAS Baharu, kata Azman. Pelan itu juga membabitkan pengukuhan aspek keselamatan, integriti dan fungsi keselamatan. Ini termasuk penubuhan Jawatankuasa Etika dan Tadbir Urus dan Audit Keselamatan Operasi IATA. Selain itu, antara komponen kritikal pelan pemulihan MAS ialah aspek hubungan perindustrian yang lebih baik. Antara langkah dan amalan baharu yang akan diperkenalkan termasuk pengenalan Panel Perundingan Kakitangan yang akan meletakkan kakitangan, kesatuan sekerja dan pengurusan dalam satu jajaran tujuan sama. Dalam aspek mendapatkan sokongan kawal selia dan persekitaran yang menyokong, Suruhanjaya Penerbangan juga akan diwujudkan bagi mengawal selia industri penerbangan. Sementara tertakluk kepada kelulusan Parlimen, Akta MAS akan diwujudkan untuk membolehkan suatu perundangan dirumus bagi menyokong pelan pemulihan MAS secara komprensif dan tepat pada masanya. Khazanah ialah syarikat induk MAS yang menguasai 69.4 peratus kepentingan. Pada 8 Ogos, Khazanah menawarkan membeli balik semua baki saham tidak dimilikinya dalam syarikat itu pada harga 27 sen seunit. Ia adalah langkah pertama Pelan Pemulihan MAS bagi membolehkan syarikat penerbangan nasional itu dikeluarkan daripada senaraian awam Bursa Malaysia. BH SEMOGA BERJAYA....... | |
Tugu Bangsa Tembok Negara Posted: 29 Aug 2014 07:37 AM PDT Waspada ideologi 'si kitol' moden Posted: 28 Aug 2014 10:28 AM PDT
KUALA SELANGOR, 28 Ogos - Golongan muda khususnya anak penduduk yang berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT) dinasihatkan jangan terlalu taksub dan terpedaya ideologi pluralisme yang dibawa si kitol moden demi kepentingan peribadi. Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar menjelaskan, golongan muda sering menjadi sasaran ideologi halus dimainkan si kitol moden ini yang berperanan sebagai pengkhianat sehingga mereka sanggup menggadaikan maruah tanpa memikirkan kesannya terhadap negara, bangsa dan agama. Menurutnya, jika orang tua dahulu sanggup bergadai nyawa dan harta benda demi mencapai kemerdekaan tetapi orang muda kini dilihat sanggup menggadaikan maruah demi memuaskan perjuangan peribadi. "Mereka yang sanggup gadai maruah ini punya agenda peribadi yang lebih penting daripada kepentingan negara sehingga sanggup jadi tali barut dan si kitol moden, inilah watak yang membahayakan masa depan negara. "Kita jangan ingat perjuangan kemerdekaan ini sudah selesai, sebenarnya kita masih belum merdeka sepenuhnya dan perjuangan ini tidak akan selesai sampai bila-bila selagi penghayatan merdeka itu belum cukup mendalam. "Sebab itu saya sokong sepenuhnya mata pelajaran Sejarah wajib lulus supaya anak penduduk diterapkan fakta sejarah supaya mereka tak mudah terpedaya," katanya dalam sidang media di Sekolah Kebangsaan Kuala Selangor, semalam. Beliau hadir bersama isteri, Datin Profesor Dr Aishah Salleh sempena Majlis Perasmian di Ambang Kemerdekaan 2014, Penyampaian Alat Tulis Peperiksaan 2014, Dermasiswa Bakti dan Wang Pendahuluan PTPTN Parlimen Tanjong Karang. Hadir sama, Adun Permatang, Sulaiman Abd Razak, Pengurus Besar Pejabat PTPTN Negeri Zon Tengah, Zulkifli Ansari; Wakil Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor, Mt Safien Kassim dan Guru Besar SK Kuala Selangor, Abdul Rahman Marhaban. Noh yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor berkata, pihaknya turut mengingatkan anak penduduk di Parlimen Tanjong Karang yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT supaya sentiasa ingat akan jasa ibu bapa. "Jangan sesekali jadi anak derhaka dan lupa jasa ibu bapa selepas berjaya kerana hidup kita tanpa restu orang tua memang tak berkat. Hargai jasa mereka sementara masih ada di dunia ini. "Saya bercakap berdasarkan pengalaman, berkat doa ibu bapalah saya boleh berjaya seperti sekarang. Sebab itu saya selalu ingatkan anak penduduk supaya jangan lupakan pengorbanan keluarga," katanya. - SinarHarian | |
tunku Posted: 29 Aug 2014 03:10 AM PDT Khazanah unveils 12-point plan for MAS Posted: 29 Aug 2014 01:26 AM PDT Khazanah Nasional Bhd has unveiled a 12-point plan to enable Malaysia Airlines (MAS) to achieve sustained profitability within three years of de-listing, by the end of 2017. Its managing director Tan Sri Azman Mokhtar said the plan involved a comprehensive overhaul of the airline. "At its core, the plan involves the creation of a new company, (NewCo) which will house the 'new MAS' and the migration of the right-sized workforce and work practices and contracts into NewCo," he told reporters at a special briefing at Khazanah headquarters on Friday. The plan, entitled "Rebuilding A National Icon – The MAS Recovery Plan", has four categories which are governance and financial framework, operating business model, leadership and human capital, and regulatory and enabling environment. Azman said this plan followed a review of all relevant aspects of MAS' operations and operating environment that commenced in February this year. He said current MAS chief executive officer Ahmad Jauhari Yahya would continue to lead the old company during the transition period over the next 10 months to July 1, 2015. "Khazanah has commenced the search process for the CEO of NewCo and we envisage that the conclusion of this search will be announced in due course, expected to be before the end of 2014," he said. Azman said it was estimated that NewCo would require a workforce of approximately 14,000, representing a net reduction of 6,000 or 30% from the approximately 20,000 current staff. He said Khazanah would invest in a Corporate Reskilling Centre to address the reskilling of the appropriate MAS staff who did not migrate to NewCo. "MAS and Khazanah are committed to helping each exiting employee minimise the negative impact to their livelihoods and quality of life," he said. On Aug 8, Khazanah announced it would undertake a selective capital reduction and repayment exercise at an offer price of RM0.27 per MAS ordinary share, representing a 29.2% premium to the 3-month volume weighted average market price at the time of announcement. | |
bumiyang Posted: 29 Aug 2014 03:07 AM PDT |
RAPERA .. Posted: 29 Aug 2014 01:37 AM PDT |
Taipingmali (tm) Posted: 29 Aug 2014 01:20 AM PDT |
Kembara Politik Posted: 28 Aug 2014 11:32 PM PDT KEMELUT MB SELANGOR: SPEKULASI KHABAR ANGIN Posted: 28 Aug 2014 04:20 PM PDT Kemelut MB Selangor berterusan dengan perkembangan terkini dimana PKR dan DAP menderhaka kepada sultan dengan hanya memberi satu nama iaitu Wan Azizah. Nampaknya DS Anuwar masih berkeras mahukan isterinya menjadi MB Selangor. Ini barulah dikatakan sebagai nepotisme tahap tertinggi. Apapun isu ini telah mengundang perasaan jelek rakyat Selangor kepada PKR, tetapi tidak kepada kaum cina terhadap DAP. Mengapa DS Anuwar mahukan isterinya menjadi MB? Adakah kerana rizab tunai negeri Selangor yang bernilai 3 billion itu? Jika benar kerana rizab tunai itu menjadi sasaran DS Anuwar, kemanakah arah wang itu akan dibelanjakan?
Kronologi politik semasa Malaysia, selain dari isu MB Selangor. Masyarakat juga disajikan dengan khabar angin isu usaha beberapa pihak dalaman UMNO untuk menjatuhkan Ds Najib. DS Najib telah menjadi sasaran kerana kelemahannya menjaga politik dalaman UMNO, terdapat unsur ikut cakap bini, tidak tegas dalam menjaga hak melayu, terlalu mengikut rentak pembangkang walaupun perkara itu menjejaskan hak melayu (isu penghapusan akta hasutan dan kalimah Allah) dan sebagainya. Hujah ini diperkuat dengan penarikan semula sokongan Tun Mahathir terhadap DS Najib. Terdapat juga khabar angin yang mengatakan rombakan besaran cabinet seharusnya sudah berlaku, disebabkan kelemahan DS Najib dalam percaturan politik dalaman UMNO beliau tidak melakukannya. Ini juga telah menimbulkan kemarahan beberapa MP yang mungkin dipilih menjadi menteri atau jawatan lain dalam rombakan tersebut.
Sekiranya penulis mengangkat khabar angin ini sebagai fakta, ini akan menjurus kepada spekulasi kepada kerakusan DS Anuwar untuk mendapatkan rizab tunai 3 billion itu. DS Anuwar sememangnya dikenali sebagai oportunis. Rizab itu mungkin akan diguna pakai untuk membeli MP yang kecewa dan marah dalam perkembangan politik semasa BN. DS Anuwar perlukan wang tersebut dalam kadar segera sebelum DS Najib membuat langkah untuk memujuk MP yang marah itu atau perkara lain yang berlaku. Ini bukanlah kali pertama DS Anuwar mahu berkuasa dengan menggunakan jalan belakang. Ia pernah berlaku selepas pru12. DAP juga merestui cara DS Anuwar ini, sebab itu mereka menyokong tindakan PKR dalam isu MB Selangor walaupun ia kelihatan begitu jelek sekali. PAS sememangnya tidak pernah bersetuju dalam usaha untuk berkuasa melalui pintu belakang, prinsip ini juga terlihat selepas pru12 semasa PKR dikatakan mahu membeli MP BN, DS Hadi telah mengeluarkan kenyataan tidak menyokong cara untuk berkuasa seperti itu. Apa yang penulis ceritakan diatas adalah berdasarkan cakap-cakap kosong. Tiada fakta yang menyokong cerita diatas. Bagaimanapun sekiranya ini benar-benar berlaku, penulis lihat begitu jeleknya politik Malaysia sekarang. Semuanya hanya berdasarkan kuasa semata-mata. Dimanakah perjuangan untuk menjaga islam? Perjuangan menjaga hak melayu? Perjuangan menjaga rakyat? Apakah jenis pemimpin yang kita ada ketika ini? bolehkah kita bergantung dengan mereka? Begitu banyak persoalan dan tiada jawapannya.
Semoga sempena bulan kemerdekaan ini, kita diberi kesedaran dan petunjuk. kita perlu menyokong pemimpin yang benar-benar pemimpin yang berjuang untuk agama, bangsa dan negara. bukan sekadar kuasa semata-mata. Jangan kita mengambil sambil lewa dalam pemilihan, waima dalam pemilihan ketua cawangan sekali pun. tidak kira ia untuk parti UMNO atau PAS. Dua parti inilah yang akan menjaga Melayu dan islam. Jangan biarkan pemimpin yang gila kuasa menguasainya. SELAMAT HARI MERDEKA.... DISINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA...
| |
Dialog Dewasa Kritik Berasa Posted: 28 Aug 2014 11:29 PM PDT ANWAR WARNING HAJI HADI JANGAN KURANG AJAR Posted: 28 Aug 2014 07:58 PM PDT Ketua Pengarang portal berita Malaysiakini, Fathi Aris Omar sekejap tadi menghantar twitter berbunyi,"Perang PAS-PKR terus berlangsung. Ikuti perkembangan di Malaysiakini.." Ia merujuk artikel portal itu bertajuk "Respect Aug 17 decision, Anwar tells PAS." Dalam artikel itu, Malaysiakini melaporkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim merayu kepada PAS supaya mematuhi keputusan majlis kepimpinan Pakatan Rakyat 17 Ogos di mana setiap pihak bersetuju untuk hanya menghantar satu nama bagi jawatan Menteri Besar Selangor. Anwar berkata ini akan menjadi duluan yang betul, di mana setiap parti hanya menghantar hanya satu nama ke istana Selangor. "Kami akan merayu kepada mereka, bagaimana kita bergerak di dalam Pakatan Rakyat. Kita bergerak berdasarkan keputusan kolektif majlis kepimpinan Pakatan Rakyat yang bertemu dan membuat keputusan pada 17 Ogos," katanya. Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan PAS untuk mengemukakan tiga nama calon PKR untuk jawatan Menteri Besar kepada istana Selangor. Beliau berkata tidak ada sebarang permintaan dibuat oleh PAS untuk mengadakan mesyuarat berikutnya mengenai perkara itu, oleh itu, keputusan 17 Ogos masih dipegang di mana setiap parti akan mengemukakan satu nama, sebagaimana yang dilakukan pada tahun 2008 dan 2013. Ketika ditanya apa yang akan berlaku jika PAS tetap akan mengemukakan lebih daripada satu nama, ketua pembangkang itu berkata beliau tidak mahu meramalkan senario seperti itu tetapi merayu kepada PAS untuk mematuhi keputusan 17 Ogos. Anwar menambah keputusan muktamad telah dicapai oleh Majlis kepimpinan Pakatan pada 17 Ogos dan pasukan peguam Pakatan menasihatkan mereka untuk mengikuti segala keputusan yang telah diputuskan. Tambahan pula, katanya, Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail telah menulis untuk memohon menghadap Sultan Selangor dan juga telah mengemukakan 30 akuan berkanun menyokong beliau untuk jawatan tersebut. Anwar mengulangi bahawa rakan-rakan Pakatan perlu mematuhi konvensyen yang ditetapkan iaitu menghantar satu nama. "Saya berpandukan kepada keputusan majlis kepimpinan. Mesyuarat itu dihadiri oleh ketiga-tiga pemimpin parti dan saya menganggap keputusan itu sebagai muktamad, "katanya. Pakatan, kata Anwar mesti kekal kuat dan tidak berpecah akibat daripada isu ini. "Jika ini berlaku, maka ini adalah buat kali pertama dalam sejarah Pakatan Rakyat, tidak ada konsensus dicapai untuk mengemukakan satu nama, seperti yang telah diputuskan dalam mesyuarat yang dihadiri oleh ketiga-tiga pihak sebelum ini," katanya. The Malaysian Insider melaporkan Anwar hari ini secara terbuka meminta PAS untuk menyatakan sama ada mereka menentang keputusan Pakatan Rakyat (PR) untuk menamakan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, sebagai satu-satunya calon menteri besar Selangor kerana beliau seorang wanita. "Oleh kerana ini melibatkan kedudukan seorang wanita, adakah ini bermakna mereka tidak bersedia menerima seorang wanita sebagai pemimpin? Mereka perlu mengambil kira perkara ini," katanya kepada pemberita selepas menarik balik saman fitnahnya terhadap Tan Sri Syed Hamid Albar, hari ini. Bahasa mudahnya, Anwar Warning Haji Hadi, "Jangan Kurang Ajar, Jangan Bikin Panas hati saya!!!"
| SANTAI JUMAAT: JOM MAKAN PUTU MAYAM...BEST! Posted: 28 Aug 2014 07:00 PM PDT
Bagi penggemar putu mayam, mereka tentu tahu kesukaran untuk mendapatkan makanan tradisional India ini.
Biasanya putu mayam hanya dijual di kedai mamak tertentu dan ane yang menjaja menggunakan motosikal di petang hari.
Justeru gambar yang kami siarkan ini tentu mengecewakan peminat putu mayam. Sudahlah makanan ini susah diperoleh, kini tersebar pula proses dan lokasi pembuatan putu mayam yang kotor dan menjijikkan.
Dalam satu gambar kelihatan pekerja bertenggek depan besen berisi tepung siap sedia untuk menguli dengan hanya bercawat pelekat tanpa memakai baju.
Di atas meja sama terdapat putu mayam yang sudah siap terletak betul-betul di sebelah kakinya. Amalan tak memakai baju dan hanya memakai kain pelekat ala cawat ini nampaknya turut dilakukan pekerja lain sepanjang proses pembuatan putu mayam di sini.
Tong gas jadi bukti lokasinya di Malaysia. Manakala dalam satu gambar lain, kelihatan sampah sarap dibiarkan di atas lantai tempat putu mayam dibuat.
Sayang sekali kami belum mengetahui lokasi putu mayam yang dibuat secara jijik ini dan ke mana ia dipasarkan.
Sumber: | EDISI MALAM JUMAAT: MAK OOI...MAMPUIH, AZWAN JADI MB SELANGOR? Posted: 28 Aug 2014 06:16 AM PDT
Jawatan Menteri Selangor yang baharu mungkin di kalangan bukan ahli mana-mana parti. Berkemungkinan ia akan diambil dari kalangan orang biasa.
Kini dah timbul desas desus yang sudah menjadi viral kononnya kombinasi dua nama Azmin Ali dan Wan Azizah menjadi Azwan Ali bakal dilantik menjadi Menteri Besar yang disebut-sebut itu.
Jadi tidak timbul soal gender di sini kononnya wanita tidak layak menjadi Menteri Besar kerana Azwan Ali memiliki kedua-dua sifat tersebut.
Beliau boleh reform penampilan gendernya berubah dengan sekelip mata...
Juga tidak perlu dipersoalkan siapa Azwan Ali meskipun ia adalah adik kepada Azmin Ali.
Bahkan Azmin Ali mempunyai ikatan atau talian silang persaudaraan dengan keluarga Anwar melalui sebelah isteri Azmin; Shamsidar.
Yakinlah ini bukanlah satu bentuk korupsi, kronisme dan nepotisme (KKN) tetapi ia lebih kepada memberikan keadilan kepada yang hak.
Iaitu hak yang berada di tangan seorang pemimpin Anugerah Tuhan dan suami kepada seorang isterinya yang tak boleh dipersoalkan kerana mungkin akan masuk neraka siapa yang mempertikaikannya.
Mungkin ini langkah awal Azwan Ali bakal menjadi Perdana Menteri sepertimana yang diidam-idamkannya selama ini.
Mana tau ratu oopps jejaka selfie ini bakal jadi PM kita?
Tuah ayam nampak di kaki...tuah Azwan Ali mungkin pada cermin mata besaunya...hehehe | PANAS! @KhalidSamad DEDAH tawaran RASUAH Pakatan Rakyat kepada TS @Khalid_Ibrahim jika akur arahan KETUM! Posted: 28 Aug 2014 01:43 AM PDT
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mencabar mana-mana ahli atau pemimpin PAS untuk keluar dari parti itu sekiranya mereka berpandangan bahawa PAS lebih baik untuk berpisah dari Pakatan Rakyat. AJK PAS Pusat yang sering dikritik akar umbi parti itu berkata, setelah ahli atau pemimpin itu keluar dari parti itu, barulah PAS mampu memainkan peranan yang lebih berkesan di dalam gabungannya dengan DAP dan PKR.
"Apabila ahli ini pergi, barulah PAS akan dapat menjadi anggota yang efektif dalam PR.
"Sebab itu saya katakan, mereka yang tidak bersetuju PAS tidak harus bersama dengan PR perlu meninggalkan parti dan pergi ke tempat lain," kata Khalid yang dipetik dari Malaysian Insider, semalam.
Khalid turut mengaku bahawa terdapat di kalangan ahli atau pemimpin parti itu yang tidak setuju untuk PAS terus bersama Pakatan Rakyat dan mereka inilah yang wajar "dihalau" keluar dari parti tersebut.
Sejak PAS bergabung dengan DAP dan PKR sejak 2008, ahli dan para pemimpinnya sudah berkali-kali berdebat di antara sesama mereka ekoran peranan serta kedudukan parti itu yang dilihat seolah-olah diperkotak-katik oleh dua parti sekutu mereka.
Kemuncaknya dilihat makin meruncing berhubung isu krisis Menteri Besar Selangor menyaksikan dua ADUN PAS, Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin lebih memilih untuk "derhaka" pada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Dewan Ulama.
ADUN Hulu Klang dan Morib itu secara terbuka memberi sokongan terhadap pemilihan isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang digulingkan melalui gerakan yang dicetus PKR sendiri.
Sebelum ini, ramai ahli di peringkat akar umbi secara terbuka meminta para pemimpin PAS supaya mengkaji semula kerjasama parti tersebut dengan PKR dan DAP, selain mendakwa parti Islam terlalu banyak berkompromi seterusnya merugikan kepentingan PAS.
Selain itu, ada pula ahli yang mengkritik pemimpin PAS Selangor yang dilihat bagaikan "lembik" sedangkan pemimpin dari parti itu lebih layak untuk dipilih sebagai calon Menteri Besar di Selangor berdasarkan kelebihan majoriti yang dimiliki PAS.
Bagaimanapun, Khalid dilihat enggan bersetuju dengan kritikan itu dan dia mendakwa kononnya PAS mampu menjadi parti berkesan dalam Pakatan Rakyat, sekaligus menolak khabar angin parti itu mengintai jawatan Menteri Besar Selangor.
"Saya ingin menegaskan sekali lagi PAS tidak akan merebut jawatan menteri besar Selangor kerana calon mesti mendapat sokongan majoriti," kata Khalid lagi.
Mengejutkan, Ahli Parlimen Shah Alam itu mendakwa bahawa Khalid Ibrahim akan menerima "habuan" setimpal dari suami Wan Azizah, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekiranya bersetuju menyerahkan jawatan Menteri Besar kepada Presiden PKR itu secara "baik".
"Saya yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberikan peranan baru bagi Khalid jika isu itu diselesaikan secara baik." dakwa Khalid. -KedahNews.com
*** Belum pun sampai 24 jam diludah dan ditampar kerana mengkhianati bangsa/agamanya sendiri, Khalid Samad mulai celupar lagi. Hari ini beliau bertindak "menghalau" mana-mana ahli atau penyokong PAS yang mahukan parti tersebut meninggalkan Pakatan Rakyat.
Kononnya bertujuan agar PAS dapat menjadi anggota yang efektif dalam PR...
Adakah maksud beliau sebagai ANGGOTA yang EFEKTIF itu seperti yang berikut:
1) Menyediakan MACAI yang cukup ramai untuk menjalankan kempen akar umbi kempen pilihanraya untuk PKR dan DAP
2) Menyediakan MACAI yang mencukupi bagi meramaikan demonstrasi anjuran PKR dan DAP
3) Menyokong apa sahaja keputusan PKR dan DAP walaupun merugikan Islam dan orang Melayu
4) Memenangi kerusi yang cukup banyak daripada UMNO, memastikan orang Melayu terus berpecah belah bagi membolehkan PKR/DAP mengetuai Kerajaan
5) Menjadi benteng hadapan bagi menghadapi orang Melayu dan Raja-raja Melayu jika timbul isu berkaitan Islam dan orang Melayu.
Seperti mana yang kita semua tahu, semenjak 2008, PAS dan PKR telah menjalankan kempen genosid terhadap para pemimpin mereka yang mempunyai walau sedikit jiwa Melayu dan Islam, menaikkan para pemimpin yang mudah dikawal oleh Anwar dan DAP di samping mengekalkan secukupnya 'ulamak' lama bagi tujuan FACIAL semata-mata.
Kalau tidak percaya, tanyalah sahaja kepada para pengasas PKR, Dr. Hasan Ali serta Us Nasha sendiri. Pakatan rakyat tidak mampu berkuasa dengan penyokong atau pemimpin yang berkongsi nilai dengan UMNO.
Namun, apa yang menarik di sini adalah, Khalid Samad sendiri telah MENDEDAHKAN tanpa sengaja, bahawa Pakatan Rakyat bukan setakat mengamalkan NEPOTISME demi kuasa mutlak, bahkan KORUPSI apabila menawarkan ganjaran untuk TS Khalid meletakkan jawatannya dengan serta merta!
Sudahlah mamat ini bercakap 100% lain dari pendirian partinya sendiri, lebih pelik, tawaran dalaman KETUM (KEtua UMUM) PKR kepada TS Khalid itu beliau pula yang boleh umumkan. Inilah baru contoh MACAI KETUM yang SETIA!!!
| |
Panglima Perang Cyber Posted: 28 Aug 2014 11:21 PM PDT Video #Merdeka57 PETRONAS Merdeka and Malaysia Day 2014: #AWalkThroughTime Posted: 28 Aug 2014 10:09 PM PDT | Isu PPS : @CMLimGuanEng Cabar Ketua Polis Negara @Pdrmsia @kbab51 cc @Zahid_Hamidi - @Youtube Posted: 28 Aug 2014 10:01 PM PDT
Apa motif sebenar Lim Guan Eng bila cabar Ketua Polis Negara ?
Macam inikah gaya Ketua Menteri menyelesaikan isu yang melanggar undang-undang ?
Jika ada isu tak perlu buat gaya samseng seolah lupa beliau telah menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.
Lihat gaya Lim Guan Eng yang tidak profesional menangani isu PPS yang boleh anda lihat di bawah :
Kisah PPS yang memukul rakyat menjadikan isu ini mendapat perhatian semua pihak.
Jangan kerana PPS buat salah maka Lim Guan Eng memejamkan mata sahaja membiarkan tindakan luar perikemanusiaan terhadap rakyat yang menjadi mangsa anggota PPS
Baca artikel Dr MiM yang mendedahkan kekejaman PPS di sini
Sent from my iPhone
| Tarikh #PRKPengkalanKubor 13,21,25 September - SPR Posted: 28 Aug 2014 09:04 PM PDT
Kita harapkan BN akan kekalkan kemenangan dan semua pihak turun merayu undi memastikan pengundi tidak terpengaruh dengan tipuan pembangkang yang sentiasa licik memesongkan fakta dan menipu rakyat orang marhaen.... | Kenyataan Media GAPS Isu MB Selangor Posted: 28 Aug 2014 08:49 PM PDT Kenyataan Media GAPS MENTERI BESAR DATANG DAN PERGI ; INSTITUSI KESULTANAN SELANGOR KEKAL ABADI 1. GAPS menjunjung penuh titah Tuanku Sultan Selangor yang sangat prihatin dengan pergolakan konflik jawatan Menteri Besar yang sekali lagi melanda negeri Selangor. Untuk kesekian kalinya rakyat Selangor diuji dengan mehnah, karenah dan perangai pemimpin politik yang semakin memualkan. 2. GAPS suka mengingatkan parti-parti politik di Selangor bahawa ini bukan lah kali pertama Selangor dilanda arus gelora jawatan Menteri Besar. Konflik jawatan kerusi panas ini pernah berlaku di zaman Dato Harun Idris, Tan Sri Muhammad Taib, Tan Sri Abu Hassan, Dr Khir Toyo dan kini Tan Sri Khalid Ibrahim. 3. Namun ramai berpendapat, konflik yang melanda sekarang telah memberikan komplikasi buruk dan ketara lagi menyusahkan rakyat Selangor. Pendek kata kini - kalau tak berebut jawatan mb bukan Selangor namanya, kalau air tak dicatu bukan Selangor namanya, kalau bukan wabak denggi bukan Selangor namanya, kalau jalan tak berlubang bukan Selangor namanya, kalau sampah tak dipunggut bukan Selangor namanya, kalau tiada konflik antara agama bukan Selangor namanya. Jadi apakah peranan kerajaan negeri dan parti- parti politik sebenarnya dalam menyelesaikan masalah-masalah besar di Selangor kini. 4. Masih relevankah parti-parti politik bila mereka terus bercakaran sesama mereka, mengamalkan rasuah, berskandal seks, menghasut rakyat, penyebar ajaran liberalisme dan pluralisme, mengamalkan nepotisme dan kronisme untuk kepentingan diri serta keluarga sendiri. Imej negeri Selangor kian jelas menjadi negeri nombor wahid dalam menjadi juara kepada pelbagai masalah sosial, konflik agama, krisis mb dan polemik politik yang merosakkan masyarakat civil dinegeri ini. 5. Rakyat sudah semakin muak dengan gelagat pemimpin politik dalam isu ini. Pemimpin politik sudah jadi pembuat dan penambah masalah, bukan penyelesai masalah. Mereka sudah jadi manusia yang degil dan besar kepala serta biadap. Mereka menggunakan demokrasi untuk mencapai nafsu serakah mereka tanpa mengenal erti halal dan haram. Malah sudah ramai diantara mereka yang melanggar batas undang-undang negeri dan negara. Mereka menggunakan topeng demokrasi untuk mencapai cita-cita peribadi dan matlamat sendiri. 6. Yang lebih buruk bila ada parti politik yang cuba menjajah negeri Selangor tanpa kita sedari. Mereka berhajat sangat merompak disiang hari rizab kewangan negeri yang besar yang jumlah nya lebih dari RM 3 billion. Mereka menggunakan topeng demokrasi dengan cuba menolak naik orang luar sebagai Menteri Besar. Mereka lupa Menteri Besar dinegeri-negeri Tanah Melayu secara konvensinya adalah orang Melayu, beragama Islam dan anak asal di negeri itu. 7. Yang Selangor perlukan adalah pemimpin rakyat yang berjiwa besar dan bersifat negarawan yang dapat membantu Tuanku Sultan Selangor mengharungi kepimpinan masa depan negeri Selangor yang lebih gemilang. Kepada Tuanku Sultan Selangor lah kami rakyat Selangor berharap mengadu masalah, menumpang kasih dan memohon teduh. Sultan Selangor merupakan payung kepada seluruh rakyat jelata. Institusi ini akan terus utuh dan kekal sebagai sebahagian dari instrument demokrasi yang amat penting dinegeri kami Selangor dan negara kami Malaysia. Hamidzun Khairuddin Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) Shah Alam, 28 Ogos 2014 Sent from my iPhone | Fuad orang di sebalik tabir misi siasatan MH17 @pdrmsia @zahid_hamidi @kbab51 @kdnputrajaya Posted: 28 Aug 2014 07:24 PM PDT
Oleh AZRAI MOHAMMAD Gambar AZLINA JAAFAR MUHAMMAD Fuad Abu Zarim (kanan) bergambar bersama Pegawai Angkatan Tentera Malaysia dan Ukraine ketika menyertai misi siasatan pesawat MH17 di Ukraine, baru-baru ini. MENGGADAI nyawa demi maruah negara, itulah ungkapan tepat ditujukan kepada sepasukan 68 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diketuai Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar apabila mereka berlepas ke Ukraine bagi melaksanakan misi siasatan lanjut nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, 30 Julai lalu. Selain Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Khalid yang menjadi tulang belakang misi tersebut, 'orang di sebalik tabir' yang banyak mengatur strategi misi berkenaan ialah Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Keselamatan Awam (Pasukan Gerakan Khas/Pengurusan Sempadan/Kawalan Keselamatan Lapangan Terbang Antarabangsa) Bukit Aman, Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim, 58. Ketika pertemuan wartawan bersama pegawai kanan komando polis berkenaan di rumahnya di Cheras baru-baru ini, dengan merendah diri beliau berkongsi pengalamannya yang dianggap lain daripada misi-misi yang pernah dilaksanakan sebelum ini. Menurut Muhammad Fuad, beliau mendapat arahan untuk menjayakan misi ini dua hari sebelum seluruh umat Islam di negara ini menyambut Hari Raya Aidilfitri. "Cabaran pertama saya ketika itu ialah untuk mengumpulkan pegawai dan anggota pasukan dalam masa yang agak suntuk. Namun Alhamdulillah saya berjaya kumpulkan mereka dari Unit Tindakan Khas (UTK), Pasukan Gerakan Am (PGA) dan lain-lain cawangan. "Tetapi timbul pula masalah apabila ada dalam kalangan mereka yang tidak mempunyai pasport. Bagaimanapun masalah dapat diatasi segera dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk anggota yang komited serta teruja mengikuti misi," katanya yang telah 38 tahun berkhidmat bersama PDRM. Bercerita lanjut, Muhammad Fuad berkata, setibanya di Kiev, Ukraine, pasukan yang membawa misi 'search and recovery' itu menghadiri beberapa mesyuarat peringkat tertinggi bagi tujuan persefahaman dan koordinasi operasi. "Seterusnya pada 2 Ogos, Tan Sri Khalid, saya dan Komander Operasi Pengecaman Mangsa Nahas (DVI), Asisten Komisioner Hussein Omar Khan bersama 41 petugas bergerak dari Kiev ke Kharkiv menaiki kereta api ekspres yang memakan masa kira-kira lima jam. Perjalanan itu memang dirancang menaiki kereta api bagi tujuan keselamatan. "Setelah itu, hasil beberapa siri mesyuarat operasi, pasukan DVI Malaysia dibenarkan memasuki ke kawasan nahas bersama pasukan Belanda dan Australia," ujar bapa kepada lima anak ini. Muhammad Fuad memberitahu, keesokan harinya, seramai 21 petugas yang diketuai Khalid telah bergerak ke Foward Operating Base (FOB) di Soledar dengan kawalan ketat oleh tentera Ukraine. "Perjalanan sejauh 200 kilometer ini mengambil masa lebih kurang empat jam dan kami terpaksa melalui kira-kira 15 sekatan jalan yang dikendalikan tentera Ukraine dan tentera pemisah. "Di setiap sekatan tersebut, kami diperiksa di antara 15 ke 45 minit oleh mereka," ujarnya yang banyak mengatur strategi serta membuat keputusan berdasarkan pengalaman beliau sebagai ketua dua pasukan elit PDRM iaitu UTK dan Komando 69. Ujar Muhammad Fuad, petugas kemudian dibenarkan memasuki lokasi nahas bagi memulakan siasatan iaitu melibatkan pencarian mayat, barangan atau harta milik mangsa dan bahan bukti seperti komponen pesawat itu. "Operasi pencarian hanya berjalan kira-kira satu jam sahaja kerana ancaman dan desakan oleh pihak tentera pemisah untuk pasukan ini keluar secepat mungkin. "Malah kami hanya dibenarkan memasuki lokasi tertentu sahaja serta diancam dengan bunyi tembakan kereta kebal di sekeliling, namun pada hari itu kami berjaya menemui beberapa barangan milik mangsa seperti kamera," katanya yang berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Kata Muhammad Fuad, pencarian di lokasi nahas seluas kira-kira 24 kilometer persegi itu berjalan selama tiga hari termasuk mengedar risalah serta bertemu penduduk pada hari ketiga bagi mengambil kembali barangan atau harta milik mangsa. Namun misi terpaksa dihentikan ekoran ancaman keselamatan pada hari keempat. "Pada 6 Ogos, pasukan Belanda dan Australia membuat keputusan memberhentikan operasi pencarian dan keluar dari kawasan di Soledar dan Kharkiv secepat mungkin sebelum kami terperangkap di sana," katanya yang pernah terlibat dengan misi menawan Al-Maunah di Sauk, Perak serta Op Daulat, Lahad Datu, Sabah. Ditanya antara syarat yang dikenakan ketika menjalankan operasi, Muhammad Fuad menjelaskan, mereka tidak dibenarkan membawa senjata api dan perkara ini merupakan antara cabaran mereka. Apatah lagi turut sama dalam pasukan terbabit ialah Ketua Polis Negara yang merupakan 'aset' dan orang penting negara. Tambahnya, beliau secara senyap-senyap telah mengarahkan beberapa anggota UTK yang bersama dalam pasukan itu agar melakukan 'body protection' sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini terhadap Khalid. Beliau juga akan sentiasa merapati Khalid ketika Ketua Polis Negara itu dihampiri oleh anggota puak pemisah atau mana-mana individu bagi tujuan keselamatan. "Dalam suasana perang dan keadaan yang luas di sana itu, sekiranya dibekalkan senjata api sekali pun, belum tentu mereka mampu bertindak balas sekiranya diserang dengan senjata yang lebih canggih. "Jadi saya hanya mengarahkan anggota-anggota pasukan agar bersedia untuk menyelamatkan diri dan juga kawan-kawan mereka serta mencari tempat perlindungan sekiranya berlaku tembak-menembak," ujarnya. Bercerita lanjut, Muhammad Fuad berkata, setelah kembali ke Amsterdam, beliau agak terkejut apabila pihak polis negara lain amat memuji sikap dan disiplin pasukan PDRM sepanjang misi itu. "Mereka sebenarnya telah memerhati kita daripada awal misi dan mendapati semua pergerakan kita teratur dan anggota pasukan pula amat berdisiplin dari segi masa dan penyediaan kelengkapan," ujarnya yang mengakui terpaksa berdepan dengan masalah bahasa ketika berkomunikasi bersama tentera Ukraine atau puak pemisah. Dalam pada itu, kata Muhammad Fuad, beliau melihat penduduk di sekitar lokasi nahas itu turut bersimpati dengan insiden pesawat yang ditembak jatuh pada 17 lalu itu malah turut bersama membantu menyediakan makanan pada pasukan berkenaan. "Mereka juga berasa teruja untuk melihat orang Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa dalam pasukan itu," katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Polis_&_Tentera/20140826/te_01/Fuad-orang-di-sebalik-tabir-misi-siasatan-MH17#ixzz3BkBMrRAf © Utusan Melayu (M) Bhd
Sent from my iPhone
| @KDNPutrajaya Sanggah @CMLimGuanEng Pertahan PPS Tuduh IGP @KBAB51 Tak Waras, Cabar Kuasa @PDRMsia @Huan2U @Zahid_Hamidi @DrWan_Junaidi Posted: 28 Aug 2014 06:33 PM PDT Sila baca tulisan Pisau.net ini : Kelmarin ketua menteri ultrakiasu chauvanis regim Dap mendakwa IGP tidak menggunakan akal yang waras apabila beliau akan menyiasat PPS . Guan Eng dakwa atas kuasa regim Dap Pulau Pinang mereka bebas menubuhkan apa apa pertubuhan dan turut menyamakan pertubuhan seperti JKKK. Perlu diingatkan ..JKKK mereka tidak pukul orang awam dan wartawan.JKKK juga tak bawa senjata rotan dan cota.JKKK juga tidak gantung bendera,tutup jalan halang lalu lintas. JKKK juga tidak berkempen sehingga kedalam pusat membuang undi. Lim Guan Eng terbukti mempertahankan sebuah pertubuhan haram yang berlagak seperti Polis.Malah regim Dap terbukti menyalurkan wang berjuta juta ringgit wang rakyat kepada kumpulan gengster ini. Video dibawah menjadi bukti..bukan sekali tetapi berkali kali PPS mencederakan orang ramai termasuk wartawan. GEORGE TOWN, 28 Ogos: Kerajaan tidak membenarkan mana-mana negeri menubuhkan pasukan keselamatan mereka sendiri kerana soal keselamatan adalah tanggungjawab kerajaan persekutuan, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Beliau berkata pasukan keselamatan seperti polis dan tentera yang ada di negara ini adalah mencukupi untuk menjalankan penguatkuasaan dan menjaga keselamatan semua negeri. "Bayangkan jika kita benarkan Pulau Pinang buat (pasukan keselamatan) sendiri, semua negeri juga nak tubuhkan siap dengan pemakaian pangkat dan sebagainya, negara akan penuh dengan pasukan keselamatan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Terdahulu Wan Junaidi merasmikan Seminar Gejala dan Bahaya Penggunaan Daun Ketum Peringkat Zon Utara Agensi Anti Dadah Kebangsaan di Universiti Sains Malaysia. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang yang dikatakan sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 41 Akta Pertubuhan kerana tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS). Wan Junaidi berkata setiap pasukan untuk menjaga keselamatan yang ingin ditubuhkan mesti mendapat pengiktirafan kerajaan persekutuan dan setiap persatuan mesti berdaftar sebelum bergerak. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh pula meminta semua pihak bersabar dan menyerahkan kepada polis untuk melengkapkan siasatan berhubung PPS Pulau Pinang itu. "PPS sebuah pertubuhan yang haram dan kami sedang siasat mengikut Seksyen 41 Akta Pertubuhan kerana tidak berdaftar dengan ROS. Kalau ada kesalahan polis akan buka kertas siasatan dan bincang dengan Peguam Negara untuk tindakan "Biar polis jalankan kerja kami dulu iaitu buat siasatan dahulu, pihak lain bertenang dan tunggu laporan siasatan polis," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Jawatankuasa Penguatkuasa Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) 2014, di sini hari ini. Selasa lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengeluarkan kenyataan bahawa PPS dianggap sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 41 Akta Pertubuhan kerana tidak berdaftar dengan ROS. Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri Air Itam Wong Hon Wai pada sidang akhbar di sini, berkata PPS di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Itam akan bertugas seperti biasa. Beliau berkata seramai 100 anggota PPS melibatkan kawasan DUN itu iaitu di Desa Mawar, Kek Lok Si, Jalan Thean Teik dan Kampung Melayu komited meneruskan rutin harian mereka bagi membantu pihak berkuasa menjaga kebajikan komuniti setempat. "PPS memainkan peranan penting di sini. Lagipun trafik kawasan Air Itam agak sesak dan mereka banyak membantu mengawal keadaan," katanya. Beliau berkata tugas rondaan trafik PPS di kawasan berkenaan mempunyai koordinasi dengan polis di Balai Air Itam dan buku log bertugas mereka dicop dan ditandatangani oleh Ketua Balai Polis Air Itam sendiri. "Mereka hanya penduduk setempat yang hanya mahu berbakti. Apa-apa kejadian seperti kebakaran, kenderaan hilang, orang kemalangan mereka lebih cepat sampai bagi bantuan kerana mereka lebih dekat," katanya. – BERNAMA Sumber : http://www.pisau.net/kdn-sanggah-apabila-guan-eng-pertahankan-gengster-pps-tuduh-igp-kbab51-tak-waras-ultrakiasu-lawan-kuasa-pdrm-huan2u-zahid_hamidi/? Sent from my iPhone | |
Belantan Posted: 28 Aug 2014 11:13 PM PDT Azmin cadang siar secara langsung kes liwat Anwar? Posted: 28 Aug 2014 09:37 AM PDT
Cadangan menyiarkan secara langsung rayuan terakhir kes liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan yang akan didengar pada Oktober ini bukan suatu tuntutan relevan untuk dilaksanakan. Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, tindakan itu dalam konteks lainnya dianggap mencabar kedudukan tinggi mahkamah sebagai badan kehakiman yang mengamalkan prinsip undang-undang. Katanya, perkara itu bukan sahaja sukar dilakukan malah tiada satu negara pun di dunia ini yang mengesyorkan atau membenarkan liputan secara langsung dibuat di dalam mahkamah kerana selain menunjukkan ketidakpercayaan terhadap institusi kehakiman, langkah itu dilihat bakal mengundang lebih banyak kemudaratan.
"Saya fikir kita tidak perlu memberi cadangan yang bukan-bukan atau di luar kebiasaan kerana orang ramai yang menonton tidak semua dapat memahami apakah sebenarnya berlaku, mungkin hanya dilihat secara umum sahaja. Tidak mustahil ada pihak tertentu menggunakan siaran langsung tersebut untuk menzahirkan sesuatu yang di luar konteks mahkamah dan mengambil kesempatan. "Banyak perkara di dalam mahkamah dianggap sulit sehingga ada ketika hakim boleh mengarahkan dewan mahkamah dikosongkan termasuk para wartawan disebabkan menjaga perkara yang mengaibkan atau terdapat perincian perlakuan serta aksi sesuatu perbuatan yang tidak sesuai untuk tontonan umum tetapi itu semua hanya hujahan, bukan suatu yang sudah terbukti benar," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali ketika berucap dalam Kongres PKR ke-10 yang menuntut prosiding kes liwat Anwar dijalankan secara langsung supaya rakyat dapat menjadi hakim. Suara Politik Belantan | |
The Unspinners Posted: 28 Aug 2014 11:08 PM PDT Selain MB Inc, Anwar kejarkan duit air RM2.25 billion Posted: 28 Aug 2014 10:30 PM PDT | Tak gerun ugutan LGE, NEGERI TIADA KUASA hal keselamatan... TANGKAP PPS!!! Posted: 28 Aug 2014 07:30 PM PDT Lim Guan Eng mengugut polis dari mengambil sebarang tindakan. Konon PPS yg ditubuh sebagai badan sukarela bawah kerajaan negeri ada kuasa seperti JKKK di kampung. Langsung tidak benar. Guan Eng bercakap ikut lojik bodoh tanps asas undang-undang. Dato Wan Junaidi menjelasksn.... Negeri Tidak Dibenar Tubuh Pasukan Keselamatan Sendiri - Wan Junaidi GEORGE TOWN, 28 Ogos (Bernama) -- Kerajaan tidak membenarkan mana-mana negeri menubuhkan pasukan keselamatan mereka sendiri kerana soal keselamatan adalah tanggungjawab kerajaan persekutuan, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Beliau berkata pasukan keselamatan seperti polis dan tentera yang ada di negara ini adalah mencukupi untuk menjalankan penguatkuasaan dan menjaga keselamatan semua negeri. "Bayangkan jika kita benarkan Pulau Pinang buat (pasukan keselamatan) sendiri, semua negeri juga nak tubuhkan siap dengan pemakaian pangkat dan sebagainya, negara akan penuh dengan pasukan keselamatan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Terdahulu Wan Junaidi merasmikan Seminar Gejala dan Bahaya Penggunaan Daun Ketum Peringkat Zon Utara Agensi Anti Dadah Kebangsaan di Universiti Sains Malaysia. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang yang dikatakan sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 41 Akta Pertubuhan kerana tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS). Wan Junaidi berkata setiap pasukan untuk menjaga keselamatan yang ingin ditubuhkan mesti mendapat pengiktirafan kerajaan persekutuan dan setiap persatuan mesti berdaftar sebelum bergerak.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh pula meminta semua pihak bersabar dan menyerahkan kepada polis untuk melengkapkan siasatan berhubung PPS Pulau Pinang itu. "PPS sebuah pertubuhan yang haram dan kami sedang siasat mengikut Seksyen 41 Akta Pertubuhan kerana tidak berdaftar dengan ROS. Kalau ada kesalahan polis akan buka kertas siasatan dan bincang dengan Peguam Negara untuk tindakan susulan. "Biar polis jalankan kerja kami dulu iaitu buat siasatan dahulu, pihak lain bertenang dan tunggu laporan siasatan polis," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Jawatankuasa Penguatkuasa Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) 2014, di sini hari ini. Selasa lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengeluarkan kenyataan bahawa PPS dianggap sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 41 Akta Pertubuhan kerana tidak berdaftar dengan ROS. Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri Air Itam Wong Hon Wai pada sidang akhbar di sini, berkata PPS di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Itam akan bertugas seperti biasa. Beliau berkata seramai 100 anggota PPS melibatkan kawasan DUN itu iaitu di Desa Mawar, Kek Lok Si, Jalan Thean Teik dan Kampung Melayu komited meneruskan rutin harian mereka bagi membantu pihak berkuasa menjaga kebajikan komuniti setempat. "PPS memainkan peranan penting di sini. Lagipun trafik kawasan Air Itam agak sesak dan mereka banyak membantu mengawal keadaan," katanya. Beliau berkata tugas rondaan trafik PPS di kawasan berkenaan mempunyai koordinasi dengan polis di Balai Air Itam dan buku log bertugas mereka dicop dan ditandatangani oleh Ketua Balai Polis Air Itam sendiri. "Mereka hanya penduduk setempat yang hanya mahu berbakti. Apa-apa kejadian seperti kebakaran, kenderaan hilang, orang kemalangan mereka lebih cepat sampai bagi bantuan kerana mereka lebih dekat," katanya.--- Bernama --------------------Sebenarnya PPS adalah kumpulan militan DAP dan disyaki ada menyimpan senjata secara haram ...
| Pengkalan Kubor: Mat Yaacob ikut bohong stail Husam Posted: 28 Aug 2014 05:30 PM PDT Baca MyMassa http://mymassa.blogspot.com/2014/08/adakah-pas-boleh-dipercayai-sedangkan.html?m=1 | Tak bermaruah denda ringan, KIKI pertahan maruah dianiaya Pendakwa Posted: 28 Aug 2014 08:09 AM PDT Kiki dikenakan RM5,000 dan sebulan kerja sosial. Yg paling menyedihkan, Kiki dihukum kerana menjaga maruahnya. Sebaik saja berlaku kemalangan, Kiki keluar untuk berhadapan apek yg melanggarnya. Apek itu enggan keluar dari kereta malah menurunkan tingkap keretanya hanya untuk mengeluarkan kata nesta. Kiki pergi ke keretanya untuk mendapatkan lock. Ketika iyi juga seorang puda cina menyedari dan srgera merekodkan video Kiki menluahkan kemarahan. Pada mulanya orang Melayu terikut viral RBA utuntuk mempersendakan Kiki. Kemudian baru ada uang usaha untuk tahu perkata sebenar. Ketika itu Kiki yang dipercaysi ahli Puteri UMNO bagsi ditinggalkan. Perkasa dan sekumpulan pimpin UMNO kumpul wang bantunya. DAP yg sedar akan hal sebenar baru nak beri bantuan guaman.jika Kiki buat rayuan. Mereka tahu Kiki dianiayai. Sudahlah dianiayai tapi rupanya ada baruah Melayu dari pejabat pendakwaraya yang takut-takutkan Kiki dan suruh ngaku salah untuk hukuman yang ringan. Demi.mudah untuk tutup fail dan tedakan tekanan dari kaum cina, Kiki yang pertahan maruah dan haknya tidak dipertahankan. Apa punya undang hanya beri hukumsn ringan kepada mereka yg tak bemaruah tapi menghukum orang yg pertahan maruah. | Jagalah maruah jawatan Menteri tu ..., KJ Posted: 28 Aug 2014 05:30 AM PDT Orang yang dipercayai Menteri Belia dan Sukan diacah dengan senjata api oleh seorang kacukan Inggeris-Cina. Apakah maknanya? Tidak wajar seorang Menteri Kabinet dan pemimpin UMNO taraf Naib Presiden menyanyah sampai cak gini.Jagalah maruah kedudukan awak. Akhir2 ini KJ kelihatan suka menyanyah..... Hinggakan ada sanggup jadi pencacai cuci najis. Agak-agak kalau ada penuntut elok tapi sokong BN, sediakah DAP, PKR dan PAS benarkan mereka dalam program intern atau jadi pekerja? Terus terang, adakah KJ boleh tukar intern atau pekerja tersebut untuk jadi penyokong BN?Semua pasal regina Lee, parti kemana, perjuangan untuk alif ba ta ke mana? | PPS ditubuh untuk hadapi polis bila Mei 13 berulang Posted: 28 Aug 2014 02:30 AM PDT Lim Guan Eng mempersoalkan kenyataan IGP yang mengatakan PPS telah menyalahkan undang-undang negara kerana tidak didaftarkan mengikut Seksyen 41 Akta Pertubuhan 1966. Lim Guan Eng dan DAP dianggap cuba untuk menubuhkan pasukan keselamatan persendirian yang mampu menggugat keselamatan awam. DAP juga seolah-olah mahu mencabar pihak berkuasa negara apabila menubuhkan pasukan keselamatan tanpa berdaftar ini. Dari kejadian-kejadian kasar dan ganas yang ditunjukkan oleh PPS, tujuannya jelas bukan untuk menjaga keamanan mahu pun bekerjasama dengan polis. Banyak insiden di mana PPS mengejek dan cabar pihak polis. Baru-baru ini PPS dilihat mengawal penunjuk perasaan yang berkumpul tanpa permit polis dan bersama kumpulan motor untuk berarak tidak memakai topi keleder. Mereka bukan nak jaga keamanan tapi ada tujuan lain. Pihak polis perlu lebih terperinci mengkaji dan siasat untuk mengambil tindakna yang wajar. PPS ada kumpulan vigilante yang dibiayai kerajaan DAP untuk tujuan jahat. Ketika rusuhan kaum Mei 13 1969, kerajaan dapat mengawal keadaan kerana adanya polis dan askar. PPS ini dirasai mempunyai tujuan jahat untuk meneurtralisasi pihak polis bagi membolehkan mereka lebih bermaharajalela dan juga menentang polis jika Mei 13 berulang lagi. Kalau tidak, kasi saja sama Kiki. | NOH OMAR tak dengar teguran dan tak peka perasaan Melayu Posted: 28 Aug 2014 12:34 AM PDT Alasan yang diberi Dato Noh Omar untuk adakan majlis raya di sekolah cina menggunakan ayat kemudahan. Kononnya untuk menjimatkan belanja dan sebagainya. Adakah beliau tidak boleh fikir dan rasai perasaan dan juga tanggapan khususnya pengundi2 Melayu yang atas pagar diseluruh Sselangor dan diseluruh malaysia. Disatu pihak orang Melayu dipaksa toleran tapi mereka tidak terima kewujudan SRJKC di bumi Melayu tapi Nog Omar boleh berdegil dan juga terhegeh hegeh ke SRJKC kerana nak guna kemudahan yg konon nya disediakan olh kerajaan BN/UMNO di sekolah tersebut. Ketika rakyat Selangor mula hilang keyakinan terhadap Pakatan, Noh Omar guna peluang ini untuk tunjukkkan sikap ketidak perihatinan dan kedegilan yang membuat pengundi Melayu muak dengan kepimpinan UMNO Selangor yang ada. Belum lagi cerita kebuasan kuasa tapi malas bekerja sesetengah kepimpian UMNO Selanggor. Baca juga Selangor Chronicles SINI | |
DARUL EHSAN TODAY Posted: 28 Aug 2014 11:01 PM PDT |
GERAKAN ANTI PKR Posted: 28 Aug 2014 09:26 PM PDT |
ANGIN PERUBAHAN Posted: 28 Aug 2014 09:26 PM PDT Video Lim Guan Eng Cabar Ketua Polis Negara Posted: 28 Aug 2014 09:08 PM PDT
Lihat dan dengar pada minit ke 3.20, Guan Eng secara terang terangan mencabar Ketua Polis Negara tentang isu PPS. "Saya boleh tunggu... mana mana saya tunggu" kata Guan Eng.
Nampak sangatlah kebiadapan DAP sekarang semakin ketara. Ini baru perintah di Pulau Pinang satu negeri sahaja. Belum lagi mereka mendapat Putrajaya, jika sudah dapat Putrajaya entah bagaimana lagi ayat yang akan keluar dari mulut DAP ini.
Moga Allah SWT terus pelihara Putrajaya.
| Ini Buktinya Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Jelas Langgar Kuasa Peraturan & Undang Undang Negara Posted: 28 Aug 2014 03:30 AM PDT | Sebelum Wan Azizah Jadi MB, Boleh Kami Tahu Apa Kandungan 18 Muka Surat Dulu? #MBCrisis Posted: 28 Aug 2014 01:51 AM PDT
Dikatakan sejumlah 18 muka surat panjang lebar diserahkan kepada Tun Mahathir untuk pengetahuan dan tindakanya.
Tetapi akibat menganggap surat itu serta isi kandunganya terlalu peribadi dan pasti mengaibkan seseorang, maka mantan perdana menteri Tun Mahathir hanya membaca dan menyimpan nya sahaja.
Dari petikan sebuah akhbar ketika di tanya berkenaan surat itu Tun Mahathir hanya berkata sebegini - "Saya setakat boleh kata memang ada terima sahajalah. Surat yang diberi kepada saya secara sulit, jadi saya tidak boleh dedahkan kepada orang tetapi kita boleh lihat, tanpa surat itu pun bersih atau tidak bersih individu berkenaan. Jadi apa perlunya kita rujuk kepada surat yang sulit" (baca lanjut) | Krisis MB : Pakatan Rakyat Cuba Perangkap Sultan Selangor? #MBCrisis Posted: 27 Aug 2014 10:00 PM PDT
Sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya dapat menilai tentang kebaikan dan keburukkan sesuatu perkara yang sedang berlaku di dalam negara kita. Adakah kerana sebab politik, kita sanggup menghancurkan tunjang kedaulatan negara. Perlukah kita mengheret institusi keSultanan yang sedia ada kedalam kancah politik?
Apa yang berlaku di dalam negeri Selangor merupakan satu contoh dimana sebuah gabungan parti politik sedang menguji kesabaran Sultan Selangor. Manakan tidak, tiada angin tiada ribut tiba-tiba mahu ditukarkan terus Menteri Besar yang ada sekarang kepada isteri Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Pakatan Rakyat telah mewujudkan masalah demi masalah kepada rakyat Negeri Selangor walaupun telah berjaya menguasai negeri tersebut sebanyak dua kali. Manifesto yang dulu pun belum lagi ditunaikan sudah mereka berebut kerusi siapa yang selayaknya menjadi Menteri Besar Selangor.
Perbincangan antara Tan Sri Khalid Ibrahim dan Duli Yang Amat Mulia Sultan Selangor telah diakhiri dengan titah Sultan bahawa setiap parti politik dibawah gabungan Pakatan Rakyat (DAP-PAS-PKR) perlu mengemukakan 2 nama bagi setiap parti. Sudah terang lagi bersuluh bahawa Sultan tidak bersetuju dengan untuk melantik Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, walaupun nama itu telah dikemukakan beberapa kali kepada Sultan. (baca lanjut) | |
tok gajah Posted: 28 Aug 2014 09:16 PM PDT PAS yang sememang nye 'hampehhh' Posted: 28 Aug 2014 05:00 PM PDT PAS akan kemuka calon PKR jadi MB Selangor...Pelik Lah Dengan PAS Ni
"SHAH ALAM: PAS Selangor membuat keputusan untuk tidak mencalonkan wakil rakyat parti itu bagi dipertimbangkan sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, berkata parti itu sebaliknya akan mencalonkan sekurang-kurangnya tiga nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR untuk jawatan berkenaan.
"Keputusan untuk tidak letakkan calon PAS adalah muktamad. Ini kerana Menteri Besar Selangor adalah jawatan milik PKR. Kita hormati perkara ini.
"Kita berpendapat adalah tidak wajar untuk kita calonkan wakil daripada PAS untuk jawatan ini," katanya selepas mesyuarat tertutup bersama PAS Selangor di pejabat perhubungan negeri, di sini malam tadi......."
Pade mulenye mati2 Tok menjangke kan PAS akan mencadang kan calon dari parti nye seperti yang di titahkan oleh Baginda Sultan. Kan ke Baginda Sultan dah bertitah supaye tiap2 parti dalam Pakatan Rakyat tu supaye mempersembahkan name calon dari parti masing2 iaitu PAS, PKR dan DAP.
Pade pandangan Tok, nampak sesangat dungu nye pemimpin2 PAS ni, ade ke menyebuk dengan mencadangkan calon dari parti orang lain. Ade lebih nampak bijak jike berdiam diri sahaje jike tak mau mencalon kan calon dari PAS.
Nampak nye DAP tu lebih bijak dari PAS sebab nye tidak mencalon kan sesiape pun kecewali hanye menyokong cadang yang di usulkan oleh PKR iaitu Datuk Wan Azizah sahaje. Kedunguan PAS yang melampau ni sungguh memalukan ahli2 dan penyokong2.
| |
Alfaizhamid Posted: 28 Aug 2014 09:13 PM PDT BERTUGAS Posted: 28 Aug 2014 02:58 AM PDT
Putra World Trade Centre | 20 Ogos 2014
| |
JURI RAKYAT Posted: 28 Aug 2014 07:38 PM PDT Telur Dinosaurus Utuh Berumur 120 Juta Tahun Ditemukan di Cina Posted: 28 Aug 2014 02:18 AM PDT Setidaknya, ahli paleontologi telah berhasil menemukan fosil 40 jantan dan betina spesies Pterosaurus disertai dengan lima telur dinosaurus utuh terawetkan dari periode Cretaceous Awal. Temuan fosil Pterosaur beserta telur dinosaurus ditemukan dalam penggalian ilmuwan di barat laut Cina, mengungkapkan bahwa Pterosaurus hidup dan berkembang bersama kelompoknya. Temuan fosil Pterosaur dan telur dinosaurus mewakili genus dan spesies baru yang disebut Hamipterus Tianshanensis, mirip dinosaurus Anzu Wyliei. Studi ini ditulis Dr Wang Xiaolin dari Institute of Vertebrate Paleontology dan Paleoantropologi di Beijing, makalah diterbitkan dalam jurnal Current Biology. Umumnya catatan fosil Pterosaurus sangat sedikit menjelaskan informasi populasi. Situs ini ditemukan pada tahun 2005, berada di Cekungan Turpan-Hami barat laut China. Ahli paleontologi meyakini situs fosil Pterosaurus menyimpan ribuan tulang termasuk diantaranya tengkorak jantan dan betina serta telur dinosaurus utuh. Sedimen yang ada di situs menunjukkan bahwa koloni Pterosaur punah disebabkan badai besar yang terjadi pada periode Cretaceous Awal, sekitar 120 juta tahun yang lalu. Dr Wang dan timnya menyatakan bahwa fosil genus yang sebelumnya tidak diketahui termasuk spesies Pterosaurus, Hamipterus Tianshanensis. Nama generik Hamipterus merupakan kombinasi dari referensi daerah penemuan spesimen, kata Pteros dalam bahasa Yunani diartikan sebagai 'sayap', nama spesifik Tianshanensis mengacu pada pegunaungan Tian Shan di Xinjiang, Cina. Pterosaur termasuk reptil terbang dengan rentang sayap berkisar 25 cm hingga 12 meter dan hidup berkelompok. Para ahli paleontologi telah memeriksa telur Pterosaurus terawetkan cukup baik dan lentur, tipis, cangkang berkapur di bagian luar dan lembut, membran tebal di bagian dalamnya, sangat mirip dengan telur ular modern. Analisis 40 Pterosaurus menunjukkan perbedaan antara jantan dan betina berupa ukuran, bentuk, dan bagian puncak kepala. Kombinasi temuan fosil Pterosaurus dan telur dinosaurus menunjukkan sarang di sekitarnya, dan perilaku spesies Pterosaurus lebih suka berkelompok. Hamipterus Tianshanensis kemungkinan besar mengubur telurnya di pasir sepanjang pantai danau kuno untuk mencegahnya dari kekeringan. Fosil Pterosaurus baru juga menjelaskan sistem reproduksi, pengembangan, dan perilaku Pterosaurus, dan masih banyak temuan yang belum terungkap.
Sumber : | Aneh Para Pria di Desa Ini Berprofesi Sebagai Tukang Pukul Posted: 28 Aug 2014 02:06 AM PDT Desa Asola-Fatehpur Beri memiliki keunikan tersendiri yang selalu menarik perhatian berbagai media. Pasalnya, desa kembar di wilayah utara India itu memiliki warga dengan tubuh berotot. Rupanya itu dikarenakan ada alih profesi. Apa maksudnya? Selama ratusan tahun desa Asola dikenal mengh idupi warganya dari hasil pertanian. Namun kini mereka sudah berubah dari petani miskin menjadi pria-pria kekar berotot. Kini 90 persen pria warga Asola yang berjumlah 50 ribu jiwa bekerja sebagai bodyguard di klub malam di kota-kota seperti New Delhi. "Di desa ini sekarang tidak ada satupun laki-laki yang tidak nge-gym," ucap Vijay Pahelwan, seorang akhada alias kepala pelatih gym. "Semua pria berolahraga. Mereka sangat memperhatikan tubuhnya. Tidak ada yang minum alkohol dan merokok." Kebanyakan pria di Asola sudah melakoni gulat sejak masih kecil dengan harapan bisa ikut Olimpiade. Namun jika gagal maka mereka masih bisa menjadi bodyguard atau tukang pukul. Pegulat muda bernama Keshav Tewar misalnya yang menghabiskan waktu di gym. "Apapun pekerjaan yang akan kudapatkan ketika dewasa, aku akan menjadi tukang pukul," tutur Keshav. "Tukang pukul di klub malam harus punya tubuh kekar dan aku harus membuatnya tetap fit." Menjadi tukang pukul tentunya juga tidaklah mudah. Anak muda harus menjalani latihan fisik keras selama 2-3 jam dalam sehari dengan mengangkat traktor atau motor serta melakukan yoga. Kebanyakan para pria bodyguard ini vegetarian dan menjalani diet agar ototnya bisa besar. Meski vegetarian namun menu diet mereka sama seperti makan satu ayam utuh, 10 telur, selusin pisang dan 10 liter susu. Asola sendiri sudah menerima tukang pukul sebagai pekerjaan yang lazim. Trend pekerjaan ini diawali 15 tahun lalu ketika ada pemilik klub menawarkan uang sangat besar jika 6 pemuda desa itu mau jadi bodyguard di sebuah pestanya. Sekarang mereka dapat penghasilan USD 25 setiap hari dan bisa terus bekerja asalkan punya tubuh kuat dan tanpa catatan kriminal.
"Orang-orang kerap memandang kami secara salah," ungkap Vijay. "Mereka pikir kami ini kriminil. Tapi siapa pemuda yang olahraga setiap pagi dan malam yang akan melakukan kejahatan. Malah ini dapat melatih bersikap baik pada orang lain.
| |
BERANI MEMBUAT PILIHAN... Posted: 28 Aug 2014 03:20 PM PDT PAS tolak rayuan Anwar, tetap mahu kemuka 2 nama Posted: 28 Aug 2014 03:20 PM PDT PAS tidak mengendahkan rayuan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tetap bertegas bahawa parti itu akan mengemukakan dua nama kepada Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah untuk diperkenankan sebagai menteri besar. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi berkata parti Islam itu tidak boleh dilihat sebagai memaksa istana yang meminta sekurang-kurangnya dua nama dikemukakan untuk pertimbangan baginda. | Jihad seksual: NGO Islam minta Majlis Fatwa jelaskan jihad sebenar Posted: 28 Aug 2014 04:04 AM PDT | Pengertian jihad berlandaskan Islam perlu dijelaskan supaya rakyat Malaysia tidak terjerumus dalam kegiatan ektremis, kata Exco Pemuda Umno Dr Fathul Bari Mat Jahya. Gambar fail The Malaysian Insider. |
Majlis Fatwa Kebangsaan digesa menjelaskan pengertian jihad sebenar berlandaskan Islam memandangkan semakin ramai umat Islam di negara ini terkeliru dengan konsep tersebut bahkan turut menyertai gerakan pelampau yang hanya menghalalkan keganasan, kata Exco Pemuda Umno Dr Fathul Bari Mat Jahya. Beliau berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan sewajarnya memberi penekanan dengan menjadikan isu tersebut sebagai perbincangan utama agar dapat memudahkan masyarakat Islam di negara ini membuat rujukan mengenai konsep jihad. "Hal ini yang sewajarnya dibincangkan dalam Majlis Fatwa Kebangsaan dan saya tidak kata mereka (ulama) tidak bincang namun mungkin mereka ada banyak kertas kerja perlu diselesaikan. "Ia amat mustahak supaya orang kita yang ada keinginan untuk berjihad namun kerana ada panduan dan penjelasan jadi mereka tidak akan mudah terikut dengan gerakan ekstremis," katanya kepada The Malaysian Insider. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan The Malaysian Insider semalam yang mendedahkan ada golongan wanita Islam di negara ini dan beberapa negara lain menyertai pasukan kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) untuk menawarkan 'Jihad Al-Nikah' atau jihad seksual. Memetik daripada sumber pegawai kanan risikan, pihak berkuasa mengesahkan terdapat sekurang-kurangnya tiga wanita Malaysia pergi ke Timur Tengah untuk menyertai pasukan Isis. Fathul Bari berkata, beliau kesal dengan penglibatan wanita Islam di negara ini yang menyertai kumpulan pelampau itu dengan menggunakan alasan jihad seksual. Beliau berkata, perbuatan itu jelas bercanggah dengan prinsip dan ajaran Islam, malah gerakan Isis itu tidak pernah mendapat pengiktirafan mana-mana ulama terkenal dunia terutama negara Timur Tengah. Katanya, gerakan itu kemungkinan memanipulasikan konsep 'mutaah' yang diperkenalkan pada satu masa dulu ketika zaman Rasullah sebelum ia diharamkan. "Menurut sejarah, ketika zaman Rasullah sebelum ia diharamkan, tentera Islam yang terlibat dalam peperangan kemudiannya keluar musafir mereka akan bermutaah iaitu maksudnya mereka berkahwin dengan wanita tempatan sehingga selesai perang lalu mereka balik ke tempat asal dan menceraikan isteri sementaranya itu. "Bagaimanapun ia kemudiannya dimansuh dan dibatalkan hukumnya, jadi mutaah ini sudah tidak wujud lagi. Yang mengamalkan mutaah hanya golongan Syiah," katanya. Beliau berkata, masyarakat Islam di negara ini perlu mempunyai pemahaman mendalam mengenai erti konsep jihad sebenar mengikut sudut pandang Islam. "Contoh apabila kita terima pensyariatan solat maksudnya kita juga wajib terima cara dan kaedah untuk bersolat, dan bukan melakukannya sesuka hati. "Begitu juga dengan jihad ia ada cara dan kaedah bukan kata angkat senjata dan jom kita pergi perang. Kita tidak boleh mengambil nas Al-Quran dan hadis kelebihan jihad tanpa mengkaji (bagaimana untuk laksanakannya) terlebih dahulu," katanya. Sementara itu Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Amidi Abd Manan berkata susulan pendedahan itu pertubuhannya menggesa pengertian jihad dimasukkan dalam sukatan agama di sekolah bagi membetulkan tanggapan yang salah. Katanya, ia perlu dilakukan ulama dan mereka yang mempunyai latar belakang agama untuk membetulkan pandangan tersebut. "Kita seru umat Islam untuk lebih mendalami ajaran agama dengan sebaiknya. Pendedahan itu merupakan perkara ekstrem dalam agama. "Kita tidak pernah jumpa istilah jihad seksual sebelum ini dalam agama tambahan pula Islam itu sendiri sentiasa memartabatkan wanita dan menolak golongan itu dijadikan pemuas nafsu," katanya. Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Abdul Rahman Mat Dali menggesa rakyat Malaysia di negara ini tidak terlibat dengan gerakan ekstremis terbabit. "Wanita atau siapa saja rakyat Malaysia kita tidak galakkan mereka menyertai Isis atas nama jihad, ia merupakan satu gerakan ekstremis dikaitkan dengan doktrin Syiah. "Banyak lagi cara umat Islam di negara ini boleh melibatkan diri dalam isu dunia seperti memberi sumbangan, tidak perlu pergi berjihad masuk kumpulan yang diragui dan menawarkan seksual itu juga sangat tidak masuk akal," katanya. Katanya, dalam Islam hanya pernikahan saja yang dapat menghalalkan hubungan seksual. "Saya tidak dengar jihad seksual ini wujud dalam Islam. Tidak ada perkara sedemikian sekiranya tidak bernikah namun kalau betul ada ikatan sah pun ia tidak berapa praktikal untuk diguna pakai," katanya. Beliau berkata, wanita yang terpengaruh dengan jihad tersebut kemungkinan mempunyai pegangan lemah terhadap hadis dan Al-Quran sehingga menimbulkan kekeliruan. "Saya fikir ia terjadi kerana pegangan hadis dan Al-Quran itu terlalu lemah, sekiranya pegangan mereka kuat sudah tentu dengan jelas mereka boleh nampak hadis pun tidak pernah menyebut atau menyokong perkara itu," katanya. Jihad Al Nikah merujuk kepada konsep kontroversi iaitu wanita Islam dikatakan menawarkan diri mereka dalam bentuk peranan memenuhi keperluan seksual pejuang yang memperjuangkan undang-undang Islam. "Konsep ini mungkin kelihatan kontroversi tetapi ia semakin berkembang apabila sesetengah wanita Islam disini bersimpati dengan kepayahan Isis," kata sumber pegawai kanan risikan itu. Enggan didedahkan identitinya, pegawai risikan itu berkata seorang wanita Malaysia berlepas ke Timur Tengah pada Disember lalu. "Wanita itu berusia 30-an pergi ke Turki sebelum bertemu dengan orang tengah yang membantunya melengkapkan perjalanan ke Syria melalui jalan darat. "Seorang lagi wanita Malaysia berusia 40-an dipercayai berkerjasama dengan pasukan Isis pada April tahun ini," kata sumber. – 28 Ogos, 2014. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jihad-seksual-ngo-islam-minta-majlis-fatwa-jelaskan-jihad-sebenar#sthash.eQKwzlbJ.dpuf | Rumah Ramli MS, Alyah diserbu pegawai pencegah maksiat Posted: 28 Aug 2014 12:02 AM PDT Selepas sekian lama berteka teki tentang status hubungan Datuk Ramli MS dan Alyah nampaknya itu semua sudah terjawab apabila pasangan ini disahkan sudah bernikah. Perkara ini menjadi pengetahuan ramai selepas Pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengunjungi kediaman mewah komposer ternama itu di Bandar Kinrara awal pagi ini, dipercayai untuk menyiasat status hubungan beliau dengan penyanyi Alyah. Dalam tinjauan pada jam 7.30 pagi oleh sembilan pegawai JAIS yang lengkap beruniform itu dikatakan mendapati mereka sudah berkahwin. Alyah dikatakan berada di banglo berkenaan ketika pegawai JAIS datang menyiasat. Wartawan Berita Harian yang berada di tempat kejadian mendapati kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi milik Alyah berada di kediaman itu. Pekerja kontraktor yang mengubahsuai banglo juga memaklumkan pasangan itu kerap dilihat bersama. Menurut sumber JAIS, pasangan itu sudah berkahwin sejak setahun lebih lalu. Katanya, Ramli dan penyanyi lagu Tak Mungkin Kerna Sayang itu akan ke JAIS dalam masa terdekat untuk berikan kenyataan serta bukti perkahwinan bagi tujuan pendaftaran. Difahamkan pasangan itu bernikah di Batam, Indonesia tetapi belum mendaftar perkahwinan mereka di negara ini. Ramli yang berpakaian kemeja T berwarna ungu dan seluar melepasi paras lutut kelihatan tenang. Malah, beliau dilihat mengiringi pegawai JAIS keluar dari kediaman itu sejurus siasatan selesai sambil ketawa sesama mereka. | Felixia Yeap naik angin dengan Harian Metro Posted: 27 Aug 2014 10:01 PM PDT Bukan mahu mengungkit kisah lalu. Namun, penghijrahan gadis ini dilihat telah menjadi membuka mata ramai orang tentang keindahan agama Islam. Walaupun pada mulanya dia mendapat kecaman hebat daripada para netizens yang menganggap bahawa dia sekadar mahu menunjuk-nunjuk, gadis ini dilihat cekal mengharungi dugaan bergelar seorang mualaf. Great job girl! Bagaimanapun, semalam kami agak terkejut apabila Felixia Yeap ataupun nama Islamnya Raisyyah Raniah dilihat berang dengan akhbar sensasi Malaysia, Harian Metro. Erm.. kenapa pula ya? Marah betul Felixia dengan Harian Metro nampaknya ya! Screenshot artikel akhbar Harian Metro dengan headline 'Tolonglah Jaga Maruah' itu menarik perhatian followers Instagram dan Facebook Felixia yang sekaligus menyatakan sokongan mereka terhadap gadis itu. Di samping menasihati Felixia agar terus bersabar, ada juga yang mencadangkan agar Felixia menyaman akhbar itu yang dianggap tidak beretika dalam membuat laporan mengenai dirinya. Kami pun tak pasti apakah isi kandungan yang ditulis oleh akhbar itu. Hurm.. Ada tak para followers OHBULAN! yang sudah membaca artikel tersebut? Kalau ada jom cerita sikit pada kami! | 'Romen' dalam bilik air Posted: 27 Aug 2014 08:15 PM PDT Satu Operasi Bersepadu Membanteras Aktiviti Haram telah diadakan di Kuala Lumpur tengah malam tadi di sekitar kawasan ibu negara bagi membanteras kegiatan tidak bermoral. Operasi hari ini melibatkan enam agensi dengan diketuai oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan dibantu oleh Majli Keselamatan Negara (MKN), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). Baki agensi ialah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI), RELA, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS). Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan; Datuk Seri Adnan Md Ikhsan jumlah kekuatan anggota yang terlibat dalam operasi berkenaan berjumlah hampir 1,000 orang dengan serbuan disasarkan kepada enam kawasan Parlimen di ibu negara. Beliau berkata kawasan yang menjadi tumpuan ialah Wangsa Maju, Setiawangsa, Titiwangsa, Bandar Tun Razak, Seputeh dan Lembah Pantai. "Tumpuan diberikan pertamanya kepada masalah kafe siber yang masih berlarutan, ia belum lagi reda. Operasi melibatkan 177 kafe siber yang telah dikenalpasti sebelum ini. "Jumlah keseluruhan kafe siber hampir 300 dan 127 buah untuk premis urut yang dijalankan serentak," katanya. Beliau ditemui pemberita ketika meninjau operasi di sekitar kawasan Taman Danau Desa. Operasi bermula pada kira-kira pukul 9 malam dan dijadualkan berakhir pada pukul 7 pagi tadi. Dalam operasi berkenaan di kawasan sama, satu premis urut yang diserbu dilihat turut digunakan sebagai tempat pelacuran kerana pihak berkuasa menemui sebuah bilik air dilengkapi tilam dan televisyen LCD. Pihak berkuasa terpaksa menggunakan alat pemotong kunci untuk membuka pintu premis urut yang dikunci bagi mengelakkan kehadiran pihak berkuasa. Bilik air berkenaan yang bersaiz kecil turut dilengkapi dengan cermin di kedua-dua sisinya dipercayai digunakan untuk perkhidmatan mandi buih diberikan kepada pelanggan. Sebuah premis urut kaki lagi turut diberikan peringatan oleh JAWI apabila premis itu yang dilihat mirip premis milik bangsa Cina tetapi menggunakan jam dinding dengan tulisan kalimah Allah dan Nabi Muhammad SAW. Apabila diperiksa, di belakang premis berkenaan turut diletakkan Tokong cina yang besar. Ketika pihak berkuasa berada di dalam premis, seorang wanita bertudung tiba dan mendakwa dirinya pemilik bersama premis berkenaan dengan seorang lelaki berbangsa Cina. Wanita itu mendakwa tokong berkenaan diletakkan untuk memudahkan pekerjanya yang kebanyakannya berbangsa Cina. – MYNEWSHUB.MY | Tiada maknanya PAS Calon ADUN PKR untuk kerusi MB Posted: 27 Aug 2014 08:01 PM PDT PAS akan mempersembahkan tiga nama ADUN PKR kepada Sultan untuk kerusi Menteri Besar Selangor. PAS Selangor tidak akan mencalonkan ADUN-ADUNnya untuk kerusi Menteri Besar Selangor sebaliknya akan mencalonkan tiga nama daripda PKR kata Datuk Mustafa Ali kerana menghormati perjanjian yang kerusi MB Selangor adalah untuk PKR.
Walaubagaimana pun jika dilihat dari satu sudut pencalonan ini tidak akan pergi ke mana kerana KETUM (KETua UMum) mahukan kerusi MB buat isterinya. Sultan telah derhaka kepada KETUM sama seperti Khalid Ibrahim. PKR dan DAP telah mempersembahkan 1 nama kepada Sultan untuk memilih, 1 nama untuk Sultan memilih, iaitu isteri KETUM DSWA sahaja.
Di sini dapat kita lihat sistem PKR tidak jauh beza daripada DAP. Dalam DAP, kononnya 1800 delegasi mengundi untuk memilih 20 AJK pusat CEC yang akan memilih penasihat, pengerusi, setiausaha, bendahari DAP walhal yang sebenanrnya hanya 2 orang yang memilih untuk jawatan tertinggi DAP iaitu Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng, pengundian pemilihan CEC 2012 sebagai bukti.
Begitu jugalah PKR, yang menentukan siapa naik siapa turun hanya seorang iaitu KETUM. En Rafie Malek orang no 2 PKR Negeri 9? pernah meluahkan kekecewaannya selepas kekalahan PR di Seremban PRU13 tempoh hari,
Ketiga, kaedah "musyawarah" wajib diadakan. Sebarang keputusan mesti dibuat secara bersama dan bukan kaedah "top to bottom". Keempat, kaedah pengurusan khususnya perancangan strategi perlu dilaksanakan. Kelima, jika amalan kroni kita tentang, jangan pula kita sekali-kali mengamalkan dasar yang sama dengan mengamalkan kronisma ini. Kronisma membawa pengertian memberi keutamaan kepada rakan atau kroni dan mengabaikan ciri-ciri meritokrasi dalam meletakkan seseorang didalam sesuatu tugasan. Kesalahan-kesalahan yang dinyatakan ini hanya sebahagian dari pelbagai kesalahan yang berlaku didalam PRU 13 ini yang perlu kita muhasabah untuk kita perbetulkan semula. Keghairahan untuk merebut "ghanimah" sememangnya wujud dengan merasakan ada yang hendak jadi Perdana Menteri dan ada juga awal-awal lagi ingin melonjakkan dirinya konon beliau adalah orang yang paling layak untuk menjadi Menteri Besar. Wajar diingat, perjuangan kita bukan untuk kedudukan dan pangkat tetapi untuk mencapai keredhaan Allah dengan berkhidmat untuk membawa kebenaran dan keadilan kepada rakyat negara Malaysia yang tercinta ini. Kesombongan dan keangkuhan wujud dengan memaksa untuk menerima calon kroni dan mengabaikan akar umbi yang akhirnya memporak-perandakan semua keadaan.
Sebelum PRU13 pula beliau pernah menulis mengenai sikap pilih bulu jubur oleh 'pemimpin atasan',
Saya terpanggil untuk membuat penjelasan ini kerana saya menerima bertalu-talu sms, email, telefon dan pelbagai cara lagi menanyakan kedudukan saya sebagai calon Keadilan di DUN Ampangan. Pelbagai soalan ditanya berkisarkan bagaimana perkara ini boleh berlaku kerana semua kenalan dan masyarakat setempat mengetahui selama lebih dari 3 tahun saya mendampingi masyarakat setempat di Ampangan setelah menerima amanah dari rakan pimpinan dan akar umbi Cabang Keadilan Seremban.
Harapan saya, penjelasan terbuka ini akan meredakan keadaan dan saya tidak dipersalahkan kerana tidak mengambil amanah untuk memikul tanggungjawab untuk memimpin di Ampangan. Apa yang berlaku, dua hari sebelum penamaan calon 20 April 2013 iaitu pada 18 April 2013, saya telah dihubungi oleh pemimpin teratas parti menyatakan bahawa parti telah membuat keputusan untuk menjadikan Kamarul Baharin Bin Abbas sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan dan saya mesti memberi laluan kepada beliau kerana Ampangan dianggap sebagai "kerusi selamat" untuk Parti Keadilan Rakyat. Saya kemudian ditawarkan untuk bertanding di kerusi P131 Parlimen Rembau. Saya menolak untuk bertanding di Rembau kerana walaupun saya dilahirkan di Rembau tetapi lebih dari 25 tahun iaitu lebih separuh dari usia saya, saya berada di Seremban dan saya tidak pernah mengambil inisiatif serius untuk berkhidmat di Rembau secara khusus. Saya melihat memimpin sebagai tanggungjawab bukan untuk setakat berseronok bergelar pemimpin dan ia memerlukan pendampingan akrab bersama masyarakat setempat. Kira-kira 20 jam sebelum penamaan calon iaitu sekitar jam 11.00 pagi 19 April 2013, saya dihubungi sekali lagi pimpinan teratas parti untuk menawarkan saya untuk bertanding di DUN N13 Sikamat. Saya lantas bertanya bagaimana kedudukan Sdr. Aminuddin Haron, penyandang sedia ada. Saya dimaklumkan bahawa untuk memberi laluan kepada saya, Sdr. Aminuddin Haron terpaksa digugurkan. Saya menjelaskan kepada mereka bahawa saya masuk bertanding bukan dengan cara menghampakan rakan seperjuangan saya dan saya redha untuk tidak bertanding jika itu keadaannya. Maka akhirnya, saya tidak dicalonkan di mana-mana kerusi di dalam PRU13 ini.
Kini beliau sudah tidak menulis hampir setahun. Kenapa ya?
PKR ialah sebuah parti yang bermasalah. Parti bermasalah akan membawa masalah. DAP boleh memerintah ala komunis di Penang kerana kena gayanya maka Penang tidak kucar kacir. PAS dapat memerintah Kelantan selama 20 tahun lebih dengan aman tanpa kucar kacir walaupun terpaksa menempuh zaman Dr Mahathir yang kononnya didakwa mereka begitu zalim. Malangnya PKR tidak mampu berbuat begitu kerana diktator tidak boleh diterima kebanyakan macai. Kalau semua macai PKR seperti mantan ADUN Kajang yang tidak ada pendirian boleh diarah-arah tidak apa, tetapi ramai seperti Khalid, Zaharin dan Zulkifli Nordin yang berpendirian. Justeru memeningkan kepala KETUM.
Junah | Pasangan mengaku cuba bersetubuh luar nikah Posted: 27 Aug 2014 07:01 PM PDT Kuala Terengganu: Seorang duda dan pasangannya masing-masing didenda RM2,900 dan RM2,800 oleh Mahkamah Rendah Syariah, semalam, selepas mengaku salah terhadap pertuduhan cuba melakukan persetubuhan luar nikah di sebuah rumah rehat di Tok Jembal, di sini, Mei lalu. Ahmad Ramdhan Mohamad@Mustaffa, 28, dari Batu Buruk di sini, dan pasangannya, Yusalammiah Farhana Yusof, 20, dari Beladau Selat, di sini, yang baru enam hari bertunang, turut berdepan hukuman lima bulan penjara jika gagal menjelaskan denda berkenaan. Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail membuat keputusan itu selepas mereka mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 iaitu perbuatan sebagai persediaan melakukan persetubuhan luar nikah. Mengikut pertuduhan, mereka didakwa melakukan perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah dalam bilik sebuah rumah rehat di Tok Jembal, jam 2.15 pagi pada 16 Mei lalu. Mengikut fakta kes, sepasukan anggota penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu yang menerima maklumat melakukan serbuan terhadap sebuah bilik di sebuah rumah rehat di Tok Jembal, kira-kira jam 2.15 pagi pada 16 Mei lalu. Sebaik tiba di premis berkenaan, anggota penguatkuasa mendapati bilik gelap sebelum mengetuk pintu dan memberi salam. Bagaimanapun selepas tiga minit, pintu bilik berkenaan masih belum dibuka menyebabkan anggota penguatkuasa masuk melalui tingkap sebelum membuka pintu utama. Pemeriksaan menemui seorang lelaki sedang berdiri di depan pintu bilik air yang berkunci dari dalam sebelum keluar seorang wanita yang memakai baju dan tuala manakala seluarnya ada di penyidai bilik air itu. Soal siasat mendapati mereka tiada hubungan suami isteri atau mahram. | Beranikah Pas ketengahkan calon sendiri? Posted: 27 Aug 2014 06:40 PM PDT KUALA LUMPUR - Titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya Pas, PKR dan DAP mencadangkan lebih daripada dua nama daripada sebagai calon menteri besar dilihat oleh penganalisis politik membuka peluang untuk Pas membuktikan kemampuan mereka mentadbir. Bagaimanapun, persoalan yang berbangkit: Beranikah Pas untuk mengemukakan calon daripada parti itu untuk memegang jawatan nombor satu negeri terkaya di negara ini? Penganalisis politik berpendapat Pas Selangor pimpinan Pesuruhjaya Iskandar Abdul Samad perlu keluar daripada 'bayang-bayang' rakan sekutunya - PKR dan DAP - selepas berdolak-dalik dalam penerimaan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar. Dekan Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan Fakulti Ekologi Universiti Putra Malaysia Prof Madya Dr Ahmad Tarmizi Talib berkata Pas kurang cerdik jika terus bersikap 'mengikut' hanya disebabkan 'gentleman agreement' antara parti yang menyerahkan kerusi menteri besar kepada PKR. "Jumlah kerusi Pas dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor juga lebih banyak daripada PKR, jadi mengapa masih tetap enggan menggalas tanggungjawab yang diberikan rakyat dalam pilihan raya umum lalu? "Jika (keenganan menjadi menteri besar) disebabkan oleh gentleman agreement, Pas perlu berfikir sama ada mahu meneruskan perjanjian itu kerana Langkah Kajang untuk menyingkirkan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak dipersetujui Pas" katanya kepada Bernama di sini hari ini. Dun Selangor kini terdiri daripada 15 wakil Pas, 15 DAP, 13 PKR, 12 Barisan Nasional (BN) dan 1 Bebas. Ahmad Tarmizi menambah kata beliau tidak melihat Pas sebagai mungkir janji -jika mencalonkan wakil rakyatnya kerana Pas hanya melaksanakan titah Sultan yang mahu beberapa calon dikemukakan untuk baginda memilih calon berkelayakan bagi menerajui pentadbiran negeri. Ditanya bagaimana Pas dapat memastikan calon yang dikemukakannya mendapat sokongan majoriti sidang tanpa sokongan PKR dan DAP?, Ahmad Tarmizi berkata: "Politik kini turut melihat golongan minoriti menentukan masa depan majoriti. Itu yang berlaku. Dalam politik apa sahaja boleh berlaku. Kawan boleh menjadi lawan dan sebaliknya," katanya. Pendapat sama disuarakan Pensyarah Geo-Politik Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Dr Mohd Fuad Mat Jali dengan berkata Pas perlu berani ke hadapan supaya dapat membuktikan mereka adalah parti yang dinamik dan berkebolehan, bukan sekadar arif dalam urusan agama. "Setakat ini rekod panjang Pas hanya sebagai menteri besar di Kelantan, negeri yang 90 peratus adalah orang Melayu. Mengapa tidak ambil peluang untuk tunjukkan mereka juga boleh tadbir negeri pelbagai bangsa, negeri yang menjadi pusat tumpuan negara?," soalnya. Mohd Fuad menambah kata beliau tidak hairan jika 'kedegilan' PKR dan DAP yang bertegas dengan Dr Wan Azizah akan menyebabkan Sultan Selangor memilih menteri besar daripada Pas, jika parti itu berani 'menentang arus yang ditetapkan rakan sekutu'. "Pas tidak perlu bimbang jika tindakan itu menyebabkan PKR dan DAP marah, kerana menjadi adat politik ada yang akan membenci. Namun apa yang penting adalah mereka (Pas) berlaku adil kepada rakyat yang mengundi mereka," katanya. Mohd Fuad juga mempersoalkan tindakan PKR yang kekal mahu menamakan isteri kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sebagai calon menteri besar, yang seolah-olah menunjukkan tidak ada calon lain yang berwibawa untuk memegang jawatan itu. Ini bertentangan dengan dakwaan parti itu yang sering kali melaung-laungkan bahawa keanggotaan parti mereka adalah terdiri daripada golongan profesional, berkebolehan dan bijak pandai, tambahnya. "Mereka kata berlambak (golongan profesional) jadi inilah medan untuk PKR membuktikan apa yang dikatakan sebelum ini," tegas Mohd Fuad. Beliau juga berpendapat PKR sebagai parti yang demokratik dan berpegang kepada integriti, seharusnya akur kepada titah Sultan Sharafuddin Idris Shah, jika mereka mahu krisis yang bermula dengan Langkah Kajang sejak awal tahun lalu tamat. Berhubung kenyataan bersama PKR dan DAP bahawa pencalonan tunggal Dr Wan Azizah adalah sama seperti konvensyen yang diamalkan pada tahun 2013 dengan menamakan Abdul Khalid sebagai calon tunggal menteri besar kepada Sultan, Mohd Fuad berkata perkara itu tidak boleh dijadikan sebagai penanda aras. "Pencalonan tunggal Abdul Khalid berlaku semasa tiada krisis menteri besar. Malah semasa itu, Sultan boleh melihat rekod prestasi Abdul Khalid kerana beliau telah memegang jawatan itu lebih sepenggal bermula 2008. "Mereka kena ingat kepimpinan Abdul Khalid menyumbang kepada kemenangan pakatan rakyat pada pilihan raya umum lalu dan apa pula rekod Dr Wan Azizah yang dapat menunjukkan beliau lebih baik dari Abdul Khalid?," soalnya. Abdul Khalid berhasrat meletak jawatan tetapi Sultan Selangor menangguhkan penerimaan peletakan jawatan itu sehingga pengganti menteri besar ditentukan. Abdul Khalid berbuat demikian setelah dilaporkan tidak lagi mendapat sokongan majoriti anggota Dun Selangor selepas beliau dipecat daripada PKR. - Bernama | Kami hanya bagi pinjam Pengkalan Kubor kepada PKR - PAS Posted: 27 Aug 2014 06:20 PM PDT GUA MUSANG - Walaupun kerusi Dun Pengkalan Kubor ditandingi Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini, rakan pakatannya Pas berhasrat untuk bertanding kerusi Dun itu pada PRK kerana yakin mampu mencapai kemenangan. Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, kerusi itu yang diberi kepada PKR pada PRU13, hanyalah sebagai pinjaman sahaja dan Pas boleh kembali mempertahan kerusi itu berikutan ada sokongan kuat dari akar umbi. "Kerusi itu memang milik Pas sebelum ini, tetapi atas dasar pakatan kita beri pinjam kepada PKR untuk bertanding menentang BN dalam PRU-13 lalu," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Kota Sejahtera Chiku di sini, hari ini. Turut hadir Adun Paloh, Datuk Nozula Mat Diah dan Ketua Jajahan Gua Musang, Nazran Mohamad. Mohd Amar berkata hasrat Pas itu akan dibincangkan dengan PKR. "Kita lihat ada peluang untuk kita menang...soal calon belum dibincangkan lagi setakat ini," katanya. Kerusi Dun Pengkalan Kubor kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar, 57, di Guangzhou, China pada 20 Ogos lalu kerana kanser hati. Allahyarham Noor Zahidi merupakan Adun Pengkalan Kubor selama tiga penggal dan Ketua Umno Bahagian Tumpat selama empat penggal. Pada pilihan raya umum lepas, Allahyarham yang mewakili BN mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi. - Bernama | Pemuda PAS kipas punggung PKR, calon Nik Nazmi sbg MB Posted: 27 Aug 2014 06:01 PM PDT SHAH ALAM – Ketika Pas dilihat masih berteka-teki sama ada akan meletakkan calonnya untuk jawatan Menteri Besar Selangor, Pemuda Pas mencadangkan nama Timbalan Speaker Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad dipersembahkan kepada istana. Ketua Pemudanya, Suhaizan Kaiat berpendapat, Nik Nazmi yang juga Ketua AMK adalah calon yang sesuai bagi jawatan tersebut kerana beliau merupakan seorang calon yang muda dan mampu memimpin dengan baik. "Beliau adalah tokoh muda yang mempunyai daya kepimpinan yang menarik dan mampu menarik sokongan anak muda Malaysia. "Beliau pernah menjadi Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor dan mempunyai pendedahan pentadbiran negeri yang baik," katanya. Semalam, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menangguhkan permohonan peletakan jawatan Abdul Khalid sehingga penggantinya ditentukan. Sultan Selangor turut menitahkan PR untuk menamakan lebih daripada dua nama sebagai calon jawatan berkenaan. PKR dan DAP dalam satu kenyataan malam tadi kekal dengan keputusan untuk menamakan hanya satu nama iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Pas pula setakat ini belum menyatakan pendirian rasmi berhubung nama calon yang difikirkan layak untuk parti itu. | Media barat fitnah MAS, sebar foto ruang penumpang kosong Posted: 27 Aug 2014 05:31 PM PDT Setelah dua tragedi besar melanda syarikat penerbangan Malaysia MAS baru-baru ini, pelbagai andaian dibuat terhadap reputasi syarikat penerbangan itu. Memang tidak dinafikan, reputasi MAS sedikit tergugat, tetapi tidaklah seteruk yang diwar-warkan oleh media, terutamanya media barat.Dua gambar yang menunjukkan gambar penerbangan MAS yang menunjukkan kabin kosong dijadikan sumber bagi media terutamanya dari barat untuk membuat cerita bahawa reputasi MAS telah tergugat..Berita dari mashable.com "MAS bakar $2Juta Sehari, sedangkan pesawat semakin kosong", menjadi popular dan viral di internet.Tetapi, pemilik asal gambar telah menceritakan keadaan sebenar setelah terkejut gambarnya telah masuk di dalam media.Petikan dari deskripsi gambar beliau berbunyi " Terkejut kerana gambar ini berada di dalam media!. Sesiapa yang pernah naik kapal terbang tahu, keluarga yang ada anak kecil dibenarkan naik dahulu. Kapal terbang itu tidak kosong, sebaliknya ia penuh. Ianya sedih apabila pujian atas layanan(gambar) yang saya berikan digunakan untuk menyerang syarikat penerbangan yang sedang menghadapi saat getir. Kita sepatutnya memberikan semangat."Mengenai gambar kedua pula, seorang pengguna yang berada di dalam pesawat yang sama turut menceritakan keadaan sebenar.Keadaan pesawat tidaklah sekosong yang disangkakan. Leanne Marotta, yang menggunakan nama twitter @lee0173 yang turut menceritakan keadaan sebenar. Beliau mengambil gambar lelaki diatas iaitu sepupunya yang menaiki pesawat yang sama.Menurut Leanne, memang kurang penumpang pada waktu itu. Tetapi setelah dia menanyakan seorang lelaki kenapa tempat 'check-in' kosong. Lelaki itu menjawab, "kerana sekarang masih di awal pagi(5:30 pagi)", dan dia menganggarkan lebih kurang 60 orang menaiki kapal terbang yang sama.Nampaknya, jelas dan nyata usaha pihak tidak bertanggung jawab yang membuat spekulasi hanya kerana dua gambar ini. Spekulasi tentang reputasi buruk MAS ini telah dilaporkan di beberapa laman berita barat seperti mashable.com, Yahoo Singapore News, New York Daily News, Metro UK dan juga beberapa laman berita tempatan.Jelas sekali usaha mereka untuk menjatuhkan imej MAS dan Malaysia | Tak perlu kebenaran isteri nak lakon dengan pelakon wanita Posted: 27 Aug 2014 05:01 PM PDT KUALA LUMPUR: Aktor dan pengarah filem Farid Kamil tidak akan meminta kebenaran daripada isterinya, Diana Danielle sebelum bersetuju untuk terlibat dalam mana-mana projek lakonan melibatkan pelakon wanita. Farid, 31, berkata, sebagai seorang lelaki dewasa yang sudah berkahwin dia tahu untuk menjaga batasan supaya kejadian isterinya meluahkan perasaan cemburu terhadap aktres Nora Danish di laman sosial Instagram sebelum ini tidak berulang. "Tidak timbul soal minta kebenaran Diana kerana saya tahu batasan sebagai seorang pelakon. Kejadian yang berlaku sebelum ini juga adalah satu salah faham yang tidak sepatutnya timbul," katanya. Farid ditemui pada majlis tayangan perdana filem terbaharunya berjudul Lagenda Budak Setan 3: Kasyah (LBS3) di Golden Screen Cinema (GSC) Mid Valley di sini pada Rabu. Filem yang bakal ditayangkan pada 11 September ini turut dijayakan oleh Maya Karin, Bront Palarae, Iqram Dinzly dan Lisa Surihani. Dalam pada itu, Farid berkata, dia melihat kejadian yang berlaku sebelum ini sebagai satu pengajaran buat mereka berdua dalam melayari alam perkahwinan yang masih baharu. Tambah Farid, dia yakin Diana tidak akan melakukan perkara sama pada masa hadapan dan semakin memahami dirinya sebagai seorang suami dan pelakon. "Tempoh lima tahun pertama sesuatu perkahwinan itu pasti akan ada cabarannya dan paling penting sebagai suami isteri kita perlu tenang dalam menghadapi sesuatu dugaan itu. "Dia mengenali saya sebagai pelakon tetapi sebagai suami yang kerjayanya adalah pelakon, itu adalah pengalaman baharu kepadanya namun Alhamdulillah kejadian sebelum ini banyak memberi pengajaran kepada kami. Sementara itu, Farid berkata, dia juga tidak keberatan untuk membawa Diana menonton LBS3 di pawagam kerana isterinya itu sendiri adalah peminat setia karya tersebut. "Dia sendiri tidak sabar hendak menonton LBS3 kerana dia merupakan pemiant LBS1 dan LBS2 dan dia sangat menyanjungi watak yang saya pegang sebagai Kasyah. Dalam perkembangan lain, Farid berkata, dia berasa sedih terpaksa berpisah dengan watak sebagai Kasyah yang disifatkan sudah sebati dengan dirinya sejak empat tahun lalu. Pun begitu Farid berasa lega apabila pengakhiran filem berkenaan bakal menemui penonton dan berharap mereka akan berpuas hati dengan sekual ketiga karya asal Ahadiat Akashah itu. "Sedih untuk berpisah dengan Kasyah tetapi syukur kerana saya diberi peluang untuk melunaskan peranan tersebut dalam ketiga-tiga filem LBS yang pada saya suatu penghormatan membawa watak ikonik ini," katanya. | |
Apa Yang Tersirat Posted: 28 Aug 2014 01:32 PM PDT Kemelut MB Selangor: Anwar Tidak Akan Patuh Titah Sultan Selangor Posted: 28 Aug 2014 05:34 AM PDT ANWAR hari ini menegaskan sekali lagi, bahawa PKR hanya akan menghantar nama Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim. Malah Anwar bercakap dengan nada memaksa kepada Pas, agar menerima hanya satu nama, seperti mana keputusan Majlis Presiden Pakatan pada 17 Ogos (Dalam mesyuarat itu Pas diwakili Mat Sabu). Sebelum mesyuarat itu, JKP Pas telah memutuskan bahawa Pas mengemuka Azmin Ali sebagai alternatif kepada Wan Azizah. | |