Jumaat, 27 Disember 2013

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Kawasan Miri

Posted: 26 Dec 2013 07:23 PM PST

PAS Kawasan Miri


Tanpa Tandatangan Kelulusan Pegawai Atasan, Pelanggan Jadi Kesulitan

Posted: 26 Dec 2013 01:23 AM PST

Kesulitan Mendapat Tandatangan Pegawai Atasan Menyusahkan Pelanggan 
Perkhidmatan awam di jabatan agensi kerajaan masih tidak memuaskan dan cekap dalam mengendali masalah pelanggan terutama sekali dalam urusan yang melibatkan tandatangan segera pegawai atasan yang bertanggungjawab dalam urusan dengan orang ramai.

Sebagai contoh, apabila kita sebagai pelanggan datang ke kaunter di jabatan kerajaan pada waktu pejabat untuk mendapatkan tandatangan surat pengesahan, pegawai yang bertugas memberitahu kita yang pegawai atasan mereka tidak ada dalam pejabat kerana keluar kawasan atau pergi bercuti.

Banyak pihak mengadu tentang masalah yang berkaitan terutama pada musim cuti dimana ramai pegawai atasan yang bertugas di bahagian mengeluarkan pasport, dokumen perjalanan, pengeluaran visa, dan sebagainya memerlukan tandatangan pegawai bertugas tiada pengganti. Ini menyebabkan para pelanggan terpaksa menunggu hari berikutnya atau terpaksa balik semula untuk mendapatkan tandatangan pengesahan dari pegawai atasan yang bertugas.

Sebagai contoh kita dapati masalah ini berlaku di beberapa agensi kerajaan seperti Pejabat Imigresen Bahagian Miri dan juga di Pejabat Residen Bahagian Miri dimana apabila kita memerlukan tandatangan untuk memproses Borang Permohonan Lanjutan atau Surat akuan sumpah terpaksa menunggu lama sehingga pegawai yang mempunyai kuasa tandatangani surat tersebut balik dari bercuti atau mesyuarat di luar pejabat.

Sepatutnya masalah pegawai yang diberi kuasa menandatangani sesuatu surat perlu mencari penganti atau pemangku yang boleh diberi kuasa untuk menandatangani surat pengesahan tersebut dengan segera tanpa perlu menunggu proses yang terlalu lama sebelum mengambil cuti panjang.

Pihak jabatan kerajaan juga perlu memikirkan akan masalah yang dihadapi oleh pelanggan yang terpaksa mengambil cuti dan juga terpaksa berulang alik semata-mata menunggu atau mendapatkan surat pengesahan itu  tandatangani.

Ada yang datang dari jauh terpaksa datang semula semata-mata untuk mendapatkan tandatangan pegawai atasan yang bertugas. Ini sudah tentu menyusahkan pelanggan yang ingin urusan mereka diselesaikan pada hari tersebut. Masa terbuang begitu saja semata-mata untuk mendapatkan tandatangan dari pegawai atasan yang bertugas.

Kita mengesa pihak kerajaan dan mereka yang berkenaan dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan serta dapat menyelesaikan masalah pelanggan dengan segera tanpa menyusahkan pelanggan terutama yang datang jauh dari daerah Miri. Mereka mahu urusan mereka selesai pada hari yang sama dan bukan perlu diselesaikan pada hari berikutnya.  Kerjasama dengan pihak yang berkenaan untuk menyelesaikan masalah ini dengan segera amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS Miri. Sarawak

English version

Difficulties in obtaining signature of senior officers troublesome the customer

Public service in departments of government agencies are still not satisfactory and efficient in handling customer problems, especially in matters involving immediate signature of the senior officers responsible for dealing with the public.

For example, when we as a customers come to the government department counter during office hours to get a signature letter of endorsement, the officer in charge told us that their superiors are not in the office because out of region or go on vacation.

Many complain about the related problems especially during the holiday season where many senior officers who served on the issuance of passport, travel documents, visa, and so on require the signature of the officer on duty there is no substitute. This causes the customer had to wait for the next day or have to go back to get a signature from the senior officer in charge.

For example we find that this problem occurs in several government agencies such as the Immigration Office in Miri and Miri Resident's Office where when we require a signature to process Extension Application Forms or A Statutory Declaration had to wait for a long time until the officers that have the authority to sign the letter back from vacation or meeting outside the office.

Supposed be the problem of the officers that authorized to sign a letter need to find a replacement or acting that may be authorized to sign a letter of authentication immediately without having to wait too long to process before taking a long vacation. The government department should also think about the problems faced by the customers who have to take leave and also having to commute just waiting or get the letter signed.

Some came from far away had to come back just to get signatures of the senior officer in charge. This is certainly troublesome the customers who want their business settled for the day. Time wasted offhand just to get a signature from a senior officer in charge.

We urge the government and those concerned to give best services to our customers and to resolve customer issues quickly without troubling any of the customer especially those come a long way from Miri district. They want their business done on the same day and not to be resolved the next day.  Cooperation with relevant parties to resolve this problem immediately is greatly appreciated.

Rembau Hari Ini

Posted: 26 Dec 2013 07:19 PM PST

Rembau Hari Ini


AWAS ! Kes ragut di Rembau

Posted: 26 Dec 2013 06:56 PM PST




27 Dis 2016 Rembau: Seorang warga emas bukan saja kerugian lebih RM3,000, malah patah tulang selangka dan bengkak di bahu ketika bergelut dengan penjenayah dalam kejadian ragut di Kampung Solok Bangkong, Chengkau, Selasa lalu.

Pekerja kilang ayam yang juga ibu tunggal, Zainab Abdullah, 60, berkata, kejadian berlaku ketika dia berjalan pulang ke rumah sebelum dikejutkan dengan kehadiran dua motosikal dinaiki dua lelaki dipercayai jenis Honda EX5 berhampiran ladang sawit pada jam 4 petang.

Menurutnya, dua lelaki berusia 20-an itu menghampiri dan menyelak tudung dipakainya lalu merentap rantai emas bernilai RM3,000 di leher selain menarik beg tangan digalas di bahu kanan.

"Saya cuba menarik semula beg tangan mengandungi telefon bimbit, wang tunai RM40, kad pengenalan dan kad pengeluaran wang automatik namun gagal apabila ditolak dua penjenayah menyebabkan saya jatuh di atas jalan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Solok Bangkong, Chengkau, semalam.

Jasindaily Online

Posted: 26 Dec 2013 09:40 AM PST

Jasindaily Online


ISU PANAS MOMENTUM PRU14

Posted: 25 Dec 2013 07:45 PM PST

KUALA LUMPUR – Kenaikan harga barang, minyak dan tarif elektrik bakal menjadi penentu sama ada kerajaan BN akan terus berkuasa selepas PRU14 atau tidak, demikian rumusan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL). Pengarahnya, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, tiga perkara ini perlu diberi perhatian oleh kerajaan kerana kajian yang dijalankan itu menunjukkan kenaikan harga akan memberi impak besar kepada masyarakat di negara ini.
"Kajian yang kami lakukan ke atas 1,676 responden menunjukkan bahawa mereka memandang berat terhadap tiga perkara ini, iaitu 42 peratus pada harga minyak, 34 peratus harga barangan dan selebihnya terhadap tarif elektrik. "Jadi perkara ini perlu dikawal secepat mungkin kerana populariti kerajaan banyak bergantung kepadanya," katanya pada sidang media Kaji Selidik Politik Malaysia Enam Bulan Selepas PRU13, di sini, hari ini. Katanya, bagi memastikan sokongan terhadap kerajaan meningkat atau tidak, ia bergantung kepada perkara tersebut. "Ini isu yang kritikal kerana ia berkait rapat dengan sejumlah besar pengundi daripada pelbagai lapisan masyarakat. "Jadi apa tindakan selanjutnya, perlu diambil secepat mungkin kerana ia akan beri impak yang besar pada pilihan raya akan datang," katanya.

Tulisan Jawi Di Semua Premis Di Jasin

Posted: 25 Dec 2013 07:37 PM PST

JASIN - Semua papan tanda di premis dan bangunan milik Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) akan ditukar kepada tulisan jawi dan Bahasa Melayu, bermula 1 Januari depan dalam usaha memperkasakan tulisan berkenaan. Yang Dipertuanya, Murad Husin berkata, sebagai permulaan, pihaknya telah memasang papan tanda tulisan jawi berserta Bahasa Melayu di pintu masuk pejabat MPJ dan ia akan diperluaskan kepada lebih 600 premis.
Menurutnya, langkah tersebut sejajar dengan usaha kerajaan memartabatkan penulisan jawi serta mengangkat bahasa kebangsaan supaya dapat digunakan secara berkesan di kalangan masyarakat. "Insya-ALLAH, papan tanda jalan juga akan ditukar kepada tulisan jawi dan Bahasa Melayu secara berperingkat berdasarkan kepada peruntukan yang disalurkan kerajaan pusat. "Kita merancang agar semua premis milik MPJ serta semua papan tanda jalan menggunakan tulisan jawi dan Bahasa Melayu, menjelang akhir tahun depan," katanya di sini, semalam. Selain itu, pihaknya juga menyahut saranan Timbalan Exco Pelancongan, Pembangunan Sungai dan Pantai negeri, Datuk Ghazale Muhamad agar MPJ memperkemaskan syarat termaktub dalam undang-undang kecil iklan supaya dimasukkan syarat baru mengenai tulisan jawi yang wajib dipatuhi peniaga. "Kita juga berharap agar papan tanda iklan serta papan nama kedai di daerah ini juga akan menggunakan tulisan jawi kerana inilah salah satu usaha kita untuk memperkasakan tulisan jawi di bawah pentadbiran MPJ," katanya./Sinar

Demo bantah kezaliman regim Bangladesh esok

Posted: 25 Dec 2013 07:36 PM PST

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyeru ahli PAS serta rakyat Malaysia menyertai himpunan aman dan serahan memorandum membantah kezaliman kerajaan Bangladesh di hadapan kedutaan tersebut, Jumaat, 27 Disember esok. Katanya, umat Islam serta seluruh rakyat Malaysia mesti keluar membantah kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan Bangladesh terhadap rakyat sendiri yang digantung dan dipenjara beramai-ramai.


 Beliau berkata, rakyat seluruh dunia dikejutkan dengan hukuman gantung sampai mati terhadap Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami Bangladesh Abdul Quader Mullah. Tindakan itu tegas beliau menunjukkan kerajaan Bangladesh tidak berperikemanusiaan terhadap rakyat khususnya pemimpin dan anggota Jamaat-e-Islami. "Kita akan menghantar memorandum membantah tindakan kejam kerajaan Bangledesh di pejabat Kedutaannya di sini," katanya. Beliau berkata, semua peserta himpunan membantah kezaliman itu berkumpul di masjid Tabung Haji dan selepas solat terus berarak ke kedutaan Bangladesh./Hrkh

KENYATAAN MEDIA PENGERUSI GERAKAN TURUN KOS SARA HIDUP

Posted: 25 Dec 2013 06:34 PM PST

KENYATAAN MEDIA PENGERUSI GERAKAN TURUN KOS SARA HIDUP 

24 Disember 2013

 Pengerusi TURUN Dibebaskan & Himpunan Amarah Rakyat di Dataran Merdeka Diteruskan Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada para peguam, rakan media dan rakan-rakan yang telah bersolidariti sejak semalam bagi menuntut pembebasan saya, dan, Alhamdulillah, saya telah dibebaskan jam 7 petang tadi di IPD Dang Wangi. Penangkapan dan pembebasan ini tidak akan menyebabkan perjuangan ini terhenti tetapi akan tetap diteruskan sehingga kos bebanan sara hidup rakyat dapat diturunkan. Saya telah diserbu oleh kira-kira 7 orang anggota polis sewaktu sedang makan bersama rakan-rakan di Kedai Makan Kak Som di Kampung Baru pada jam 11 malam dan ditahan bawah Siasatan Khas D9. Siasatan Khas D9 merupakan siasatan ke atas jenayah berat seperti penggunaan senjata api. Realitinya, siapakah penjenayah berat? Adakah dengan memperjuangkan hak dan suara rakyat supaya bebanan kos sara hidup mereka diturunkan, maka, saya digelar penjenayah berat dan perlu diserbu sebagai seorang penjenayah?


 Penahanan saya dibuat bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang dibaca bersama Seksyen 124 Kanun Keseksaan. Penahanan ini dibuat berikutan ucapan saya dalam Program Sekretariat Pakatan Rakyat iaitu 'Faham GST, Lawan GST' pada Jumaat yang lepas yang dikatakan berbaur hasutan, menggugat keharmonian sekali gus menggugat sistem demokrasi berparlimen negara. Hakikatnya, saya menyeru masyarakat turun dan menyatakan sokongan mereka supaya kerajaan tidak mengambil ringan dan memandang enteng masalah bebanan kos sara hidup rakyat menjelang 2014. Di manakah salahnya? Selain itu, saya disyaki terlibat dalam cubaan untuk menggulingkan Kerajaan yang dipilih secara demokrasi menjelang 2014. Andaian serkap jarang dan tuduhan yang tidak berasas ini telah menampakkan ketempangan pihak berkuasa dalam proses pembuktian. Bagaimana siasatan ingin dibuat hanya bersandarkan kepada andaian semata-mata? 

 Saya juga telah dibawa ke Mahkamah Jalan Duta tengahari ini apabila didakwa pihak polis ingin membuat rayuan bagi mendapatkan tahanan reman setelah ditolak majistret disebelah pagi tadi. Ini menampakkan sikap keterdesakan untuk pastikan saya direman. Namun apa yang terjadi ia hanyalah salah faham diantara sesama pihak polis dalam menguruskan kes saya. Di mana integriti dan professional pihak polis dalam isu ini? Akhir sekali saya ingin tegaskan bahawa segala apa yang terjadi ini tidak akan memberhentikan saya dan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) untuk terus memperjuangan nasib rakyat yang terbeban dengan kos sara hidup kini. Kempen '2014 Tahun Sengsara Rakyat' akan terus berjalan dan Himpunan amarah Rakyat di Dataran Merdeka pada 31 Disember 2014 ini akan diteruskan. Saya menegaskan bahawa TURUN sama sekali tidak terlibat di dalam agenda Himpunan Guling Kerajaan dan TURUN sentiasa menghormati sistem demokrasi berparlimen di negara kita. Ayuh seluruh rakyat Malaysia kita bersolidariti di Dataran Merdeka 31 Disember 2013 nanti. Sekian terima kasih.

 2014 Tahun Sengsara Rakyat 
 Muhamad Azan Safar 
Pengerusi TURUN

CERAMAH MALAM INI

Posted: 25 Dec 2013 06:32 PM PST


Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 26 Dec 2013 09:02 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


Motivasi Anak Kembali ke Sekolah

Posted: 25 Dec 2013 11:28 PM PST


HIMPUNAN BANTAH KEZALIMAN REJIM BANGLADESH

Posted: 25 Dec 2013 06:21 PM PST


Program Motivasi Persediaan ke Sekolah

Posted: 25 Dec 2013 06:20 PM PST



Program Motivasi Persediaan ke Sekolah
Tarikh : 28/12/2013 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Penyertaan pelajar 10-16 tahun
Anjuran Surau Taman Desa Anggerik Bandar Baru Nilai dengan kerjasama Pusat Pendidikan Islam At-Tibyan.

Pendaftaran hubungi 017-9295329/019-2570813

Kem Bestari Solat Kini Kembali

Posted: 25 Dec 2013 06:20 PM PST


KHIDMAT MERU

Posted: 26 Dec 2013 09:01 AM PST

KHIDMAT MERU


Ketua Wanita DHPP Caw Kota Raja meninggal dunia. Mayatnya di balut dgn Bendera Pas.

Posted: 25 Dec 2013 07:44 PM PST




Yb Meru merasmikan Mesy Agung Khairat Kematian Taman Meru Indah yg di Pengerusikan oleh Encik Mustafa Al Bakri.

Posted: 25 Dec 2013 07:43 PM PST




Yb Meru merasmikan Mesy Agung Khairat Kematian Taman Meru Indah yg di Pengerusikan oleh Encik Mustafa Al Bakri. Yb Dr Rani mengingatkan ahli jemaah seramai 190 orang itu supaya bukan shj memikirkan tentang kematian yg pasti di tempuhi oleh setiap dari kita tetapi juga kehidupan selepas dari kematian yg jauh lebih bermakna bagi mereka yg benar2 beriman kpd Allah dan hari akhirat. Life is short.

Yb Kumpulan 52 merasmikan Sukaneka Taman Desa Permai 3 seawal jam 8 pagi sebagai muqaddimah kpd 5 program beliau yg lain.

Posted: 25 Dec 2013 07:39 PM PST





Yb Kumpulan 52 merasmikan Sukaneka Taman Desa Permai 3 seawal jam 8 pagi sebagai muqaddimah kpd 5 program beliau yg lain. Pengerusi KRT taman tersebut Encik Fauzi mewakili penduduk mengucapkan ribuan terima kasih kpd Yb yg banyak membantu KRT. Antaranya menyumbang 2 buah khemah dan sumbangan dana kpd pelbagai aktiviti yg mereka jalankan. YB Meru berharap ikatan ukhuwwah dpt dipupuk dikalangan penduduk dan mencadangkan kalau dapat setiap 3 bulan diadakan ceramah agama dgn menjemput imam muda utk pengisian.

Yb Dr Rani memberi ucapan di dalam majlis bersama Pastor Moses Savari dan 100 orang penganut agama Kristian di Pekan Meru.

Posted: 25 Dec 2013 06:48 PM PST






Yb Dr Rani memberi ucapan di dalam majlis bersama Pastor Moses Savari dan 100 orang penganut agama Kristian di Pekan Meru. 

Pastor Moses Savari berkata semenjak persatuannya ditubuhkan pada tahun 1993 inilah pertama kali dalam hidupnya seorang Muslim malah wakil rakyat yang sanggup memijak kaki ke majlis begini dan memahamkan kepadanya tentang "the real picture of Islam" .

Beliau cukup terasa teruja dengan kehadiran YB 52 dan mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi hadir dan memberikan sumbangan kepada masyarakat Kristian yang memerlukan bantuan di Meru.

Yb Kumpulan 52 bersama isteri dan dato Ketua Kampung bersama beberapa keluarga miskin dlm program back to school.

Posted: 25 Dec 2013 06:46 PM PST





Yb Kumpulan 52 bersama isteri dan dato Ketua Kampung bersama beberapa keluarga miskin dlm program back to school. Program dibawah PEKAWANIS ini membawa keluarga2 berkenaan membeli pakaian sekolah untuk anak2 mereka.

MEMBARA

Posted: 26 Dec 2013 07:36 AM PST

MEMBARA


Sekali Air Bah, Sekali Pantai Berubah

Posted: 25 Dec 2013 04:02 PM PST

Lebih setahun blog ni tak di update. Dengan kemunculan medan sosial maya yang sentiasa baru dan berkembang pesat...  facebook dan terkini whatsapp telah menenggelamkan populariti blog.

Tetapi setiap media ini ada keistimewaan tersendiri. Blog meskipun agak ketinggalan sekarang tapi masih merupakan antara media yang penting untuk berinteraksi terutama dalam mengemukakan pandangan dan idea dalam pelbagai perkara.

Sekali air bah, sekali pantai berubah. Dunia sentiasa berubah dengan perubahan masa. Dunia yang semakin tua ini akan sampai ke penghujungnya kerana setiap yang mula akan ada akhirnya. Itulah adat makhluk. Berbeza dengan khalik yang tiada mula kepada adanya dan tiada pula akhir kepada adanya.

Zaman kepemudaan telah beberapa tahun berlalu. Zaman penuh semangat, penuh keazaman dan pergerakan yang pantas dan sebolehnya semua benda nak di lakukan dalam satu masa. Itulah cita zaman pemuda.

Kini memasuki usia dewasa, beralih kepada fasa yang lebih berhati-hati dalam tindakan dan membuat apa-apa keputusan.

Namun medannya masih sama. Memastikan sisa kehidupan yang masih berbaki ini tidak di sia-siakan untuk mendapat bekalan semaksima mungkin menuju kehidupan kekal abadi selepas mati.

Hidup ini adalah perjuangan. Dan perjuangan yang paling mulia adalah berjuang memastikan Islam dapat di amalkan dalam kehidupan. Samada untuk diri sendiri, keluarga dan seterusnya dalam masyarakat dan negara, jika tidak ada perjuangan mana mungkin kita dapat merasai manisnya Islam yang di ajar oleh Rasulullah. Lantaran kehidupan Rasulullah itu sendiri di penuhi perjuangan.

Selepas PRU ke 13 pada bulan mei yang lepas, melalui fasa Mesyuarat Agung dan Muktamar peringkat Cawangan, Kawasan, Negeri dan Pusat, maka berlaku perubahan kedudukan jawatan dan posisi dalam parti.

Kini medan perjuangan yang ada di hadapan memerlukan skill yang lebih taktikal dan teknikal. Mana mungkin medan ini dapat di harungi sendirian. Jika tidak ada kerjasama dan bantuan daripada seluruh jentera parti di semua peringkat yang ada.

Sebagai memulakan gerakan yang besar pada sessi ini, satu kursus pendedahan berkenaan pengurusan jentera telah di laksanakan baru-baru ini...
 Peserta yang tekun mengikuti pembentangan
 Sdr Hasan Jusuh. Setiausaha PAS Kawasan Marang menyampaikan kertas bertajuk "Penyediaan Lapuran Mesyuarat dan Pengurusan Rekod"
 Cikgu Daud dengan pembentangan bertajuk "Kepentingan dan perlaksanaan mesyuarat yang berkesan"
Ucapan perasmian program oleh Ust Shaharizukirnain, YDP PAS Setiu sessi ini.

Landskap Siasah

Posted: 26 Dec 2013 07:29 AM PST

Landskap Siasah


YB Radzi bersama gotong royong bina gelanggang takraw

Posted: 25 Dec 2013 09:31 AM PST

21 Disember 2013  - Batu Gajah 

Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah

Sekitar jam 9.30 pagi  YB RadziZainon bersama-sama Penduduk Ara Payung mejayakan pembinaan gelangang Sepak Takraw untuk perlawanan yang akan diadakan pada 28 Disember akan datang  di Kampung Ara Payung Batu Gajah.    Bersama-sama YB Radzi Zainon adalah  Pegawai Khas Mejar(B)Yaakob serta Ketua penerangan PASKawasan Gopeng Cikgu Shaharul Timb serta diiringi Ketua Pemuda PAS Gopeng Ustaz Rusdi dan YDP PAS Batu Gajah.

Program yang diusahakan oleh Dewan pemuda PAS Batu Gajah ini merupakan satu langkah melaksanakan janji PAS untuk membantu rakyat memiliki gelanggan sendiri. Walaupun serba kekurangan dana tidak sepertimana ADUN BN yang dihadiahkan ratusan ribu ringgit, ADUN Sungai Rapat PAS ini kelihatan berjaya bersaing dan memenuhi jani kepada rakyat dengan kerjasama erat daripada kesemua UPU dan kawasan yang berhampuran dengan Gopeng seperti PAS Batu Gajah dan PAS Ipoh Timur.

Melalui dana para penyumbang serta gerakan mencari dana di kalangan ahli PAS, gelanggang takraw ini berjaya direalisasikan.








Piala Bola Sepak YB Radzi Zainon- team DHPP turut sertai

Posted: 25 Dec 2013 09:10 AM PST


25 Disember 2013- Ipoh

Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah

Di saat penganut Kristian menyambut perayaan Krismas mereka, Dewan Pemuda PAS dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Sungai Rapat telah menganjurkan Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala YB Radzi Zainon untuk peringkat DUN Sungai Rapat dan sekitarnya.

"Kejohanan ini merupakan rutin tahunan dan tahun ini menyaksikan penyertaan yang lebih meluas merangkumi pihak PKR, belia setempat, kelab persendirian, serta lebih menarik penyertaan DHPP kawasan Gopeng yang terdiri di kalangan kaum bukan Islam", jelas Saudara Hazimin selaku pengarah Program meranhkap Pengerusi lajnah Sukan DPPK Gopeng.

Pengerusi Penduduk Taman Lapangan Jaya juga kelihatan bertungkus lumus mengangkat keperluan perlawanan sepanjang persediaan perlawanan ini.

Turut hadir pada pagi ini adalah Ustaz Khalil Abd Hadi Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat serta Ustaz hafez Sabri Ketua Pemuda PAS Tambun.





PKR VS Lapangan Jaya B






Lapangan Jaya FC VS Pekan Razaki






Palma FC VS Sungai Rokam


Kampung Sengat FC



Pengkalan Gate VS PKR


DHPP Gopeng VS Lapangan Jaya A