Kata Pakteh...!! Posted: 16 Mar 2011 01:04 PM PDT Breaking News- Cara TERBAIK DAPATKAN DNA Anwar.. Posted: 16 Mar 2011 02:01 AM PDT Pakteh sebenarnya amat percaya Anwar akan serahkan DNAnya untuk membuktikan beliau memang tidak meliwat Saiful. Sebagai rakan senegara, pakteh ingin membantu agar Anwar lebih mudah memberikan sampel DNAnya. Langkah pertamaTunjukkan gambar ini kepada Anwar...pakteh percaya..dalam 5 minit, tabung akan penuh dengan speciment yang diperlukan. Langkah Kedua sekiranya masih gagal,Berikan gambar ni dan katakan pemuda-pemuda ini perlukan pekerjaan di pejabat Dato' Seri...!! Anda akan dapat specimentnya menjelang pagi besok... Langkah ketiga jika masih gagal (biasanya tak pernah gagal jika orang ini benar-benar ANWAR)katakan ada jurugambar KHAS nak ambik gambar dato seri dalam bilik.....tunjukkan gambar jurugambar diatas....comfirm 5 minit dapat speciment langkah terakhir: (Biasanya langkah pertama dan kedua Anwar dah HANYUT)MAHKAMAH KELUARKAN ARAHAN UNTUK ANWAR SERAHKAN DNA. NAK BAGI ANWAR SYOKKK DAN SETUJU....GUNAKAN KAEDAH DIATAS..... PAKTEH MENYOKONG SEMUA RAKYAT MALAYSIA SAMADA INDIVIDU ATAU NGO AGAR MENDESAK ANWAR MEMBERIKAN DNA NYA DEMI KEADILAN | Kedah Sejahtera - Realiti atau Fantasi Posted: 15 Mar 2011 08:50 PM PDT pakteh ni jenih mudah..lagipun keja tebang buluh mana nak tau sangat benda yang payah-payah...
Pas kata Kedah Sejahtera....pakteh dok cari jugak apa yang sejahteranya selepas lebih 3 tahun menakhoda negeri.
Rakyat semakin perit dengan masalah air. terus terang jika Pas terus memerintah Kedah, populasi penduduk kedah akan berkurangan. Berpunca dari tidak ada air, rakyat kedah sudah tidak berselera atau bermasalah untuk berjimak/bersetubuh/bersenggama. Air yang ada hanya cukup untuk keperluan dapur dan berwuduk. Air yang ada tidak cukup untuk membasahi seluruh tubuh. Air yang ada tidak cukup untuk mandi wajib. . Nafsu penduduk Kedah kini sudah tidak sejahtera. Derita batin penduduk kedah lebih serius apabila akhbar harakah hanya tahu mengiklankan ubat kuat.
penumpang bas sudah tidak sejahtera....tandas awam di Shahab Perdana macam....uwekkkkssss.....
Penduduk Kedah lebih tidak sejahtera apabila mendengar syarikat milik rakyat dipunah ranah...
Rakyat lebih tidak sejahtera apabila balak sebesar batang mancis ditebang tanpa peduli..
Rakyat lebih derita apabila MBnya hanya tahu "tidak tahu apa-apa"
Sejahterakah Kedah?..... pada pengamatan pakteh...Kedah sudah tidak sejahtera...
p/s: MB ada ayaq ka nak mandi wajib?....jenuh tadah ayaq embon... | |
waadat Posted: 16 Mar 2011 01:03 PM PDT rakan dan lawan tibai Anwar Posted: 16 Mar 2011 04:47 AM PDT Seorang lagi rakan karib Anwar turut menyuarakan kesangsian berikutan keengganan mantan TPM itu menyerahkan sampel DNAnya bagi membantu menyelesaikan kesnya.
Zaid Ibrahim dalam MalaysiaToday pada 16 Mac 2011 telah mendesak Anwar untuk memberikan DNA bagi untuk menyelesaikan kes liwat. "Datuk Seri Anwar Ibrahim should give his DNA sample, which can help him prove his innocence" kata Zaid Ibrahim.
Nampaknya senjata sudah makan tuan. Kejayaan regu Karpal-Anwar mendapatkan perintah mahkamah agar sampel DNA yang diambil tanpa rela itu dikeluarkan daripada bahan bukti akhirnya bertukar arah menjadi peluru yang membunuh diri.
Tidakkah Karpal terfikir perkara ini akan berlaku? Apakah Karpal sengaja hendak membunuh Anwar
Tidak. Karpal hanyalah peguam upahan yang perlu mengikut arahan orang yang mengupahnya. Bukan sekarang untuk Karpal membaham dan membenam Anwar. Buat masa ini Anwar masih diperlukan bagi mencapai agenda besar DAP.
Sebenarnya Anwar sudah tiada pilihan lain!
Dah baca kisah Kuda Ajaib? Foto hiasan: DNA | |
THE FLYING KICK Posted: 16 Mar 2011 01:02 PM PDT |
DIMENSI Posted: 16 Mar 2011 11:29 AM PDT Dr Hatta Monyet dalam Google Posted: 16 Mar 2011 08:00 AM PDT
Beliau juga menyelar tindakan pihak yang mengadakan demonstrasi menuntut Anwar menyerahkan DNA kepada mahkamah.
"Riuh satu negara demonstrasi sana-sini... Itu menghina mahkamah.. Dulu waktu kita demonstrasi isu rakyat, pemimpin Umno dari Rembau (Khairy Jamaluddin) kata beruk-beruk di jalanan.
"Sekarang siapa beruk dan monyet ni...oh DNA, DNA," katanya
Al Jubury boleh memilih menjalani proses memerah DNA seperti ini tanpa rasa sakit (syiookkk)
Aku nak nasihatkan dr Hatta jangan marah2..jangan naik syeh..jangan pusing2 mcm gasing. Anuwar pun tak kureng hebat 'pelancap politik' jalanan. Kes belum selesai tapi dia dah jaja seluruh dunia. bukan ke itu subjudis namanye.
Gini lah hatta..Kalau kamu tak puas hati atau anuwar malu nak onani depan orang ramai, suruh dia buat dalam tandas mahkamah. Atau kalau dia malas sangat suruh dia ludah air lior pun takpe.
Lagi satu jangan la nak berebut2 dengan KJ sama ada nak jadi berok atau nak jadi monyet. DNA masing2 tak serupa tapi wajah hampir sama. KJ dah pun dapat title beruk dalam google. Apa kata dr Hatta plak jadi monyet dalam google..fair n square gitu! >:D | |
PEJUANG BANGSA Posted: 16 Mar 2011 11:19 AM PDT Isu Loteri Kelantan : Anugerah Tuhan bantai keputusan Tok Guru Nik Aziz Posted: 16 Mar 2011 08:33 AM PDT Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung pendiriannya mengharamkan segala perjudian termasuk loteri kebajikan di negeri itu walaupun didesak sekutunya DAP supaya menarik balik pengharaman berkenaan.Anwar berkata, sepatutnya kerajaan Kelantan berbincang bersama dengan pemimpin parti lain sebelum melakukan sebarang perubahan dari segi undang-undang, peraturan atau pelaksanaan undang-undang di negeri itu.
"Saya percaya ini akan memberi gambaran tepat sekali gus mengelakkan salah faham yang boleh mengeruhkan suasana atau disalah tafsir," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pembangkang di Parlimen di sini, semalam. Isnin lalu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata, kerajaan Kelantan tetap tidak berganjak dengan keputusan mengharamkan perjudian termasuk loteri kebajikan di negeri itu walaupun didesak supaya pengharamannya ditarik semula. Berikutan pengharaman itu, Pengerusi DAP, Karpal Singh mendesak kerajaan Kelantan supaya menarik balik pengharaman itu kerana ia dibenarkan kepada kaum bukan Islam di bawah Undang-Undang Kerajaan Persekutuan dan Kelantan. Sehubungan itu, Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), berkata beliau menyambut baik kesediaan PAS untuk berbincang bersama PKR dan DAP berhubung pengharaman segala perjudian termasuk loteri kebajikan di Kelantan, selewat-lewatnya Khamis ini. "Lokasi perbincangan itu masih belum ditetapkan sama ada di Kedah atau Kelantan," katanya. Komen PBDulu masa TS Muhyiddin cakap soal isu loteri ini , bukan main lagi puak2 balaci PAS hantam Muhyiddin di blog . Kini Anwar Ibrahim yang takut beri DNA pulak bantai Tok Guru Nik Aziz yang buat keputusan haramkan loteri di negeri itu . Anwar mesti balun punya keputusan orang tua ini disebabkan takut kehilangan undi bukan Melayu serta kemarahan gila punya parti chauvinis DAP. | DNA Anwar : Anwar kena belasah teruk di TWITTER desakan rakyat minta serah DNA Posted: 16 Mar 2011 01:35 AM PDT Hanya kerana DNA Anwar sahaja , rakyat nampaknya sudah faham apa itu ujian DNA . Di kedai kopi , market , mesyuarat , pejabat ...semua orang bercerita mengapa Anwar takut hendak beri DNA ?
Orang yang tak minat politik pun sekarang ini sudah amik tau mengapa Pak Sheikh takut nak beri DNA . Kata mereka , kalau Anwar betul tak bersalah dan di pihak yang benar ...buat la ujian DNA .
Penyokong taksub Anwar dalam PKR dan PAS bila ditanya terus tak boleh nak jawab defend bos depa ...
Ye la ...mungkin depa pikiaq la ..buat apa aku nak pi teruk-teruk defend Anwar. Anwar pun bila ditanya wartawan tentang desakan rakyat minta lakukan ujian DNA .. menggigil Pak Sheikh dan jawab dan terus pusing cerita mengapa tak buat ujian DNA kat Najib .
Lihat di bawah ini suara kebangkitan rakyat desak Anwar lakukan ujian DNA bukan sahaja hanya berdemo , kini merebak ke twitter Anwar sendiri !
sumber gambar : GAP | Sim Tze Tzin & Malik Kassim digelar wakil rakyat Haprak ! Posted: 15 Mar 2011 07:34 PM PDT
"Mereka ini betul-betul haprak, tidak patut jadi wakil rakyat. Nasib rakyat yang dulu memilih mereka dipermain-mainkan sebegini." Gelaran itu ditujukan oleh Bekas Ketua Wanita PKR P.Pinang , Aminah Abdullah kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung, Abdul Malik Kassim dan ADUN Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin yang gagal memainkan peranan membantu nasib 18 peniaga Melayu di kawasan Pantai Queensbay di sini. Tegas beliau, kedua-dua pemimpin Kerajaan DAP Pulau Pinang itu tidak patut menjadi wakil rakyat dan rakyat tidak patut lagi memanggil mereka "Yang Berhormat". "Semalam, saya telefon Abdul Malik, minta bantu masalah peniaga Melayu di kawasan pantai Queensbay ini. Dia kata akan hubungi seseorang dan minta semua peniaga bagi maklumat serta hadir ke bahagian Perlesenan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) hari ini. "Tze Tzin pun beritahu perkara yang sama. Tapi sekarang sudah dua jam mereka menunggu, seorang pegawai pun tidak mahu menguruskan masalah peniaga di situ. Kalau pengarah tidak boleh jumpa, hantarlah wakil supaya masalah yang berlanjutan ini dapat diselesaikan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Hari ini, peniaga van bergerak terlibat yang diarahkan menutup peniagaan mereka oleh MMPP semalam, hampa apabila hasrat mereka untuk memohon lesen berniaga di kawasan itu tidak dilayan. Walaupun menunggu hampir dua jam, tiada seorang pun wakil MPPP menemui mereka. Semalam kira-kira 50 penguat kuasa dari MPPP dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) datang ke situ dan cuba merampas barang-barang milik 18 peniaga itu. Namun nasib mereka agak baik, apabila beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Ketua UMNO Bahagian Bayan Baru, Datuk Abdul Rahim Saibu berjaya berunding dan mereka dibenarkan terus berniaga. Dua wakil rakyat kerajaan DAP Pulau Pinang yang dihubungi kemudiannya menjanjikan peniaga boleh berniaga di situ dengan syarat mereka perlu pergi ke Bahagian Perlesenan MPPP di Padang Kota Lama, hari ini.Kesemua maklumat peniaga tersebut juga telah diambil dengan alasan untuk memudahkan urusan tersebut. Menurut Aminah, apa yang terjadi hari ini merupakan bukti kedua-dua pemimpin itu hanya pandai menaburkan janji manis untuk menyelesaikan masalah rakyat sedangkan hakikatnya rakyat dibiarkan terumbang-ambing mencari jalan penyelesaian sendiri. Komen PBSudah jelas kedua-dua orang wakil rakyat PKR yang menjadi balaci Guan Eng ini memang tak boleh pakai . Mereka melaung-laungkan kerajaan berjiwa rakyat tetapi sebenarnya adalah sekadar retorik dan pembohongan . Mereka ini semua bersekongkol dengan diktator DAP Guan Eng dan kalau boleh banyak gerai-gerai bakal dirobohkan . | Rakyat terpaksa berdemo melawan penindasan & kezaliman kerajaan DAP P.Pinang ! Posted: 15 Mar 2011 05:29 PM PDT "Dahulu, DAP yang mengajar rakyat untuk mengadakan demonstrasi melawan kerajaan. Kini, apabila DAP menjadi kerajaan negeri, dia harus terima jika rakyat membuat demonstrasi apatah lagi ia berkaitan rasa tidak puas hati mereka berhubung cara layanan dan pentadbiran kerajaan negeri yang tidak adil,"PB bersetuju dengan pandangan Datuk Seri Zainal Abidin Osman atau panggilan mesranya Tok Non dalam isu demontrasi oleh NGO-NGO Melayu pada Sabtu lepas. Memang benar sekali atas nama demokrasi lah , DAP pada masa dahulu ketika menjadi pembangkang di negeri ini sentiasa menggunakan pentas demo untuk melawan kerajaan dan kononya menjadi hero kepada rakyat . Tak pernah berlaku sebelum ini pun rakyat sampai nak bakar diri di Komtar kerana marah kerajaan .. tetapi di zaman kerajaan yang dikatakan jaguh pelaburan Malaysia iaitu kerajaan DAP P. Pinang berlaku . Mengapa benda ini terjadi ? ....
Kini kuasa pemerintah di tangan mereka selepas 3 tahun memerintah . Apabila ketidakadilan dan penindasan oleh kerajaan negeri berlaku kepada rakyat , maka mereka telah mula marah dan tidak puas hati . Kesannya, platform demontrasi yang selalu digunakan DAP dan PAS -PKR lah kini digunakan pulak oleh rakyat yang cukup marah tindakan penindasan dan kezaliman oleh kerajaan negeri. Keranda cukup terkenal dikalangan pejuang bahasa kerana selalu usung keranda 152. Tetapi di PP lagi hebat ...macam-macam ada . Kek Hitam ,bunga ros hitam ,keranda cina ...semuanya ada sebagai tanda protes kepada penindasan kerajaan DAP Malah Datuk Zainal yang juga merupakan Ketua UMNO Nibong Tebal juga menjelaskan pihaknya UMNO tidak akan teragak-agak untuk mengetuai demonstrasi rakyat sekiranya kerajaan negeri DAP terus memekakkan telinga. TPM minta Guan Eng berlaku kepada adil kepada rakyat ..tetapi apek bangsat ini buat bodoh gila punya "Kita akan ke depan sekiranya kerajaan Negeri masih tidak berubah dan keadaan semakin parah. UMNO Pulau Pinang tidak akan membenarkan rakyat terus ditindas dengan teruk. "Dari kes Kampung Buah Pala, membawa kepada kes meroboh gerai-gerai rakyat bawahan yang menyebabkan mereka hilang punca rezeki, semuanya satu penindasan."Kerajaan DAP harus pandang ke belakang dan lihat semasa BN memerintah Pulau Pinang. Tidak ada timbul masalah sebegini. Kini, rakyat telah bersuara dan DAP harus sedar. | |
Ahmad Saabun Posted: 16 Mar 2011 11:12 AM PDT SUBSIDI HANYA PADA YANG LAYAK... Posted: 16 Mar 2011 02:07 AM PDT Subsidi air perlu disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak dan bukannya meliputi keseluruhan rakyat bagi memastikan bekalan yang berterusan untuk generasi akan datang. Itu kata Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib Tun Razak.
Perdana Menteri menambah lagi, meskipun kita mempunyai bekalan air yang melimpah ruah, ia tidak boleh dianggap boleh diperoleh secara percuma atau pada harga murah.
Bukan semua hidup kita ne perlu disubsidikan. Ada yang perlu dibayar sebagai langkah mendidik dan menghargai sesuatu perkara. Malah yang lebih penting jika hendak memberi subsidi berilah kepada yang benar-benar memerlukannya dan bukannya sama rata pada semua rakyat termasuk bukan warganegara sekalipun.
Secara langsung Perdana Menteri mahu memberitahu Kerajaan Negeri Selangor yang memberi air percuma 20m3 kepada seluruh rakyat Negeri Selangor bukanlah satu langkah yang bijak. Ini kerana pemberian percuma itu pada mereka yang mampu dan melampaui kemampuan ianya tidak membawa apa-apa makna berbanding jika hanya diberi kepada golongan sasar yang benar-benar memerlukannya.
Bila diberi sama rata atas apa yang mampu menyebabkan penekanan tidak dapat diberi kepada yang benar-benar perlu. Kesannya pemberian air percuma tersebut pada yang mampu tidak digunakan pada yang sepatutnya.
Jangan hanya kerana mahu meraih populariti politik kita mengajar rakyat untuk tidak menghargai pemberian sedangkan mengenepi keperluan golongan yang benar-benar memerlukannya. | |
Rajahmas Posted: 16 Mar 2011 11:07 AM PDT Bob Lokman suruh Najib dan Rosmah bertaubat... Posted: 16 Mar 2011 07:02 AM PDT Macamana PAS tak makin tergelincir... Sekarang Bob Lokman pun sudah boleh buat ceramah agama. Jika dulu bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin ditahan JAIS kerana dikatakan mengadakan ceramah tanpa tauliah di sebuah rumah, PAS pula tidak memerlukan sebarang tauliah untuk ceramah di atas pentas. Bagaimanapun tahniahlah kepada Bob kerana sudah menganut PAS. Kalau benar sudah bertaubat kepada Allah, tidak perlulah muncul di depan khalayak ramai sambil burukkan pihak lain pula. Kita pun tidak tahu setakat mana amal ibadah kita diterima Allah. Dikhuatiri bila jadi terkenal di kalangan umat seParti, rasa taksub akan menguasai diri... Bukankah manusia itu tidak terlepas dari ujian Allah? Inilah komen blogger mereka...
Memang kelakar brader bob ini..manakan tidak,semasa sedang berceramah.Tiba-tiba petugas menghulurkan sekeping kertas untuk di umumkan,lalu dengan spontan brader bob mengumumkan "Diminta Najib beserta Rosmah segera bertaubat" diikuti gelak tawa para hadirin...inilah kelebihan ceramah brader Bob,dengan joke selambanya yang dapat menarik para hadirin.
| Ummi VS Anwar, Azmin + Beginda 'Nasi Goreng' Posted: 15 Mar 2011 09:10 PM PDT Sasaran serangan Anwar dan Azmin kini terhadap Ummi Hafilda Ali. Kali ini mereka sudah terdesak sehingga mengupah Beginda Anak Minda dengan memfitnah Ummi kononnya mereka pernah melakukan perhubungan seks ketika berada di London. Ketika PRK Kerdau Anwar tergamam dengan serangan Ummi terhadapnya. Ucapannya menjadi tidak menentu dan berulang-ulang. Akhirnya Anwar meninggalkan pentas ceramah dengan keadaan malu dan marah. Seperti biasa pendedahan dibalas fitnah. Cara ini paling kerap digunakan PKR bagi mengimbangi keburukan setelah dibogelkan bekas-bekas ahlinya dan juga pro-BN. Ummi bersumpah atas nama Allah tidak pernah melakukan perbuatan terkutuk seperti didakwa PR kini. Berbeza dengan Anwar yang tidak pernah cuba membuktikan dirinya dianiaya dan tidak bersalah dalam apa juga keadaan. Kata Ummi, "Kalau betul dia pernah mengadakan hubungan seks dengan saya, tolong beritahu di mana terletaknya 'birth mark' yang ada di tubuh ini!" Samalah kita tunggu apa respon orang yang memfitnah Ummi. Sumpah laknat Ummi tentunya tidak mendatangkan kesan kepada Anwar yang sering berdolak-dalih dalam kes liwatnya apalagi bagi Beginda yang telah murtad dari Islam. Akhlak orang-orang sebeginikah yang kita hendak percaya sebagai saksi? Orang terdesak sanggup berbuat apa-apa sahaja demi menyelamatkan dirinya daripada terus dikecam. Ibarat kata kalau mati, biar mati sama-sama... | ADUN PKR - Dominique Ng bakal muflis? Posted: 15 Mar 2011 06:24 PM PDT Ahli DUN Padungan, Dominique Ng dilanda masalah setelah diperintahkan mahkamah untuk membayar tuntutan saman fitnah kepada rakan Pakatan dari DAP, Chong Siew Chiang. Kini Ng bakal menghadapi satu lagi notis kos perundangan daripada Chong seperti yang dilaporkan oleh akhbar tempatan di sini semalam. Rujuk Borneo Post – Satu lagi notis kos perundangan difailkan terhadap Dominique Ng.
Terdahulu Ng menghadapi risiko diisytiharkan muflis sekiranya gagal melunaskan tuntutan saman sebanyak RM100,000 beserta faedah dalam tempoh satu minggu seperti yang telah diputuskan oleh mahkamah. Kegagalan membayar saman tersebut juga akan menghalang Ng daripada bertanding kerusi DUN Padungan yang kini disandangnya pada Pilihanraya Negeri Sarawak nanti.
Atas masalah itu, Ng terpaksa melancarkan kempen untuk mengutip dana bagi membantu menyelesaikan saman yang dikenakan terhadapnya. Datuk Seri Hafsah Harun telah menumbangkan bantuan sebanyak RM5,000 kepada Ng. Bagaimanapun tidak pula disebut Anwar, Azizah dan Azmin membantu Ng menyelesaikan masalahnya.
Di mana pemimpin tertinggi PKR semua sehingga Doninique Ng terpaksa menebalkan muka melancarkan kempen memungut dana seperti ini?
| PUBLIC APPEAL: Ng (third left) together with Jemali (second right) and other PKR members holding up a PKR banner yesterday after the press conference to appeal for funds for Ng. |
Persoalannya kini, benarkah PKR ini membela rakyat? Beginikah sifat-sifat parti yang membela rakyat?
Inilah wajah PKR yang sebenar. Mereka berceramah di segenap penjuru Sarawak menipu rakyat kononnya akan membela nasib bangsa Dayak, sedangkan Ahli DUN mereka sendiri berhempas pulas meminta bantuan daripada rakyat di sini bagi mengelak risiko jatuh muflis…
Dalam PKR, siapa yang membantu siapa?
Dalam kes ini juga kita dapat melihat tiadanya kesefahaman antara DAP-PKR. Pergeseran begini pasti akan menghancurkan kepimpinan negeri seandainya PR mengambil alih pemerintahan di Sarawak. Ini adalah tanda kecil pergolakan sesama mereka, kepada siapa lagi kita hendak letakkan kepercayaan?
PR harus mencermin diri sendiri sebelum memburukkan kepimpinan BN Sarawak yang tidak pernah mengabaikan kebajikan kepada rakyatnya tanpa mengira kedudukan mereka. Fikir dahulu sebelum memilih. Jangan hanya kerana hasutan, kita hilang segala-galanya di negeri yang kita cintai ini. | |
Sungguhka Posted: 16 Mar 2011 09:25 AM PDT |
bumiyang Posted: 16 Mar 2011 03:28 AM PDT |
AL-Kesah AloQStaQ Posted: 16 Mar 2011 03:11 AM PDT Admin KedahLaNie KANTOI !!! ... BUKTI JELAS ORANG PAS TAK KESAH ANWAR SEORANG PELIWAT ! ... Sokong Terus Sokong walaupun dia PELIWAT !!! Posted: 15 Mar 2011 09:21 PM PDT Aku ada bagi komen dalam satu artikel bertajuk "Alahai UMNO.. pulon sungguh hangpa dengan bulu ANWAR!!" dalam sebuah blog UTAMA Kepimpinan PAS Negeri Kedah iaitu KedahLaNie.info (aku merasakan seolah-olah blog depa ni dah macam Lidah Rasmi Kerajaan PAS Negeri Kedah la gamaknya - sebabnya aku ada mendapat maklumat bahawa Admin-Admin blog ni sekarang dijaga dan disayangi sehingga mendapat perhatian khas dari MB di Wisma Darul Aman sana ! .... SUNGGUH HEBAT DEPA NI , KAN?!)
Tapi, sehebat-hebat KedahLaNie dalam mempertahankan Kerajaan PAS Negeri Kedah, nampaknya segala kesumat terhadap UMNO yang terbuku di hati depa selama ini telah pun diluahkan dalam blog depa sendiri hari ini ! - ianya mengenai pandangan peribadi mereka terhadap Anwar Ibrahim ! Khasnya dalam isu pemberian DNA di Mahkamah ! KANTOI !
Aku dah pun print screen (Klik gambar di atas untuk lebih jelas) apa yang depa sebut pada 'komen balas' terhadap komen pemula aku DI SINI...
Komen balas KedahLaNie berbunyi macam ni :
Komen balas di atas adalah sebagai menjawab balas apa yang aku komen sebelum tu yang berbunyi :
Kan dah KANTOI !!???
Dengan tersiarnya jawapan balas (komen) dari Admin KedahLaNie sendiri, ianya memberi gambaran jelas BAHAWA ORANG-ORANG (KHUSUSNYA ANAK MUDA) PAS SEKARANG SUDAH ROSAK PEMIKIRAN MEREKA.
MEREKA SUDAH SANGGUP MENERIMA SESIAPA SAHAJA YANG DEPA RASA SESUAI UNTUK DIJADIKAN PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT (WALAUPUN JIKA SESEORANG ITU DISAHKAN DNANYA ADALAH SAMA DENGAN LELAKI Y !!) ....
PAS sekarang sudah songsang ! ... dan PAS menyongsangkan pemikiran anak-anak muda generasi pelapis Negara ...
bagi mereka, "matlamat telahpun menghalalkan apa saja cara ! " ... Asalkan BN/UMNO dibenamkan !
Biarlah siapapun orang itu, peliwatkah dia , peminum arakkah dia, penipukah dia, gila seks kah dia, semuanya OK bagi pengikut PAS!
Asalkan saja mereka itu mampu menidakkan kuasa BN / UMNO, itu sudah cukup untuk mereka disokong dan dijulang sebagai PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT !
Inikah generasi Malaysia akan datang ???? .... YA ALLAHHHHHHHHHH !
TOLONGLAH Selamatkanlah Malaysia dari makhluk-makhluk berfikiran sebegini songsang ! Demi Agama Islam, Demi Bangsa Melayu, Demi Tanahair tercinta ini ... Aku bermohon kepadaMu Ya Allahhhh !
SEDARLAH SEGERA ! Anda bertanggungjawab dengan apa yang anda tulis !
NOTA TAMBAHAN : (Kepada Admin KedahLaNie.info yang membaca artikel aku ni, disyorkan untuk sue / dakwa AloQStaQBlog jika merasakan ini adalah fitnah kepada blog anda. Segala bukti telah siap sedia , untuk kita bertemu di Mahkamah jika anda menganggap dakwaan AloQStaQBlog hari ini adalah tidak benar / fitnah semata-mata!).
AloQStaQ tak main la nak FITNAH-FITNAH orang untuk tulis blog!
LEKEH SANGAT BEB ! KITA HANYA MAIN DENGAN FAKTA !
Ikhlas :
AloQStaQ RABU 16 March 2011 12 :21 Tengahari
| |
سڬالاڽ موڠكين Posted: 16 Mar 2011 01:38 AM PDT Jcorp mahu jual Kulim? Posted: 15 Mar 2011 11:16 AM PDT Jika benar dakwaan Ali Hashim berkenaan pihak pengurusan JCorp sedang merancang untuk menjual anak syarikatnya, Kulim (M) Bhd. (Kulim), maka ianya merupakan satu malapetaka kepada satu lagi syarikat gergasi berkepentingan orang Melayu. Apa tah lagi ada khabar-khabar angin mengatakan bahawa ianya akan dijual kepada GENTING. Dakwaan Ali ini perlu disiasat memandangkan beliau adalah Bekas Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp). Adakah ada krisis antara beliau dengan pengurusan Jcorp yang baru atau masih ada rasa tidak puas hati Ali Hashim berkenaan dengan usul penyingkiran beliau daripada anak-anak syarikat JCorp. Sila klik di sini. Baru-baru ini, Ali yang merupakan Timbalan Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) mengeluarkan kenyataan bahawa JCorp merancang menjual Kulim. Klik di sini. Namun begitu pada tahun lepas, Johor Corporation (JCorp) telah menegaskan pihaknya tidak berhasrat untuk menjual aset-aset berharga iaitu QSR Brands Bhd. (QSR) dan KFC Holdings (M) Bhd. (KFCH), yang dipegang melalui anak syarikatnya Kulim (M) Bhd. (Kulim) Sebaliknya, Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp, Kamaruzzaman Abu Kasim menegaskan QSR dan KFCH akan kekal sebagai aset berharga dan strategik bagi JCorp. Baca selanjutnya di sini. Mana satu yang betul. Ali Hashim kah? JCorp kah? Amir Hamzah Mohamad Setiausaha, PERKASA Johor | |
Sahabat-Gunung Posted: 16 Mar 2011 01:34 AM PDT Rancangan Demostrasi ‘Bakar Negara’- Satu Tindakan Terdesak Pembangkang Posted: 16 Mar 2011 01:16 AM PDT Melihat pada situasi lanskap politik negara hari ini selepas PRU 12 nampaknya Parti Pembangkang yang hari ini sudah semakin kehilangan undi populariti cuba untuk mengalihkan perhatian rakyat untuk berada di jalanan bagi tujuan demonstrasi dan terikut-ikut dengan apa yang sedang dihadapi oleh negara Timur Tengah, ujar Pengerusi Justice 4 All, Anuar Basiran. "Saya dengan sekeras-kerasnya menyatakan bahawa pembangkang jangan sesekali cuba untuk membakar negara dengan berdemonstrasi dijalanan. Rakyat maklum dan sedar bahawa kini pembangkang cuba untuk mengalihkan perhatian dari masalah yang mereka hadapi. Sebagai contoh Ketua Pembangkang sendiri yang kini masih lagi dalam proses perbicaraan mengenai kes liwatnya cuba untuk menjadikan pentas politik dan rakyat sebagai hakim bagi kesnya. Cubaan ini adalah amat memudaratkan kerana ia bukan sahaja membawa keburukan pada institusi kehakiman, malahan juga seolah-olah Anwar sememangnya mahu Kerajaan untuk mengenakan tindakan terhadapnya agar kes yang sedang dihadapi akan ditangguhkan lagi," ujarnya. Mana perginya motto lawan tetap lawan? Kini yang tinggal bersama Anwar adalah Tangguh tetap tangguh. Rakyat semakin sedar tentang apa yang berlaku kini. Tindakan pembangkang yang seolah-olah seperti peribahasa kerana seekor nyamuk kelambu mahu dibakar ini menunjukkan mereka juga semakin ketandusan idea dan semakin terdesak untuk meraih undi populariti sokongan rakyat. "Kini tiba masanya untuk Barisan Nasional kembali di hati rakyat. Dengan kesungguhan dan kematangan politik yang diamal oleh kerajaan Barisan Nasional telah menunjukkan bahawa Rakyat semakin sedar mereka telah tertipu dengan janji manis yang telah ditabur oleh pihak pembangkan pada PRU 12 lalu. Jangan sesekali mahu mengubah sejarah atau mahu mencipta sejarah dengan cara membakar negara. Berpolitiklah secara positif dan berakal. Bukan dengan cara begini. Mengapa dulu walaupun kerajaan BN gagal mendapat majoriti 2/3 di Dewan Rakyat dan kehilangan lima buah negeri pada PRU 12, BN tetap bersabar dan tidak melakukan perkara dan tindakan sebegini? Kini bila mereka semakin terdesak mereka amal politik matlamat menghalalkan cara dengan tindakan bodoh sebegini," tambahnya lagi. Kelihatannya kini apa yang pembangkang katakan pada kerajaan semuanya sudah terpalit semula kemuka mereka sendiri. Kalau dulu mereka kata tentang nepotisme, kronisme, rasuah, kini mereka juga berhadapan dengan masalah yang sama dan lebih teruk lagi. Cukuplah, hentikan segera amalan politk sebegini. Ia tidak akan menguntungkan mana-mana pihak. Malahan amalan sebegini akan membuatkan negara berada didalam keadaan yang tidak aman. Rakyat kini bersyukur kerana di negara yang kita hidup berbilang bangsa dan kaum tetapi kita sentiasa dalam keadaan aman dan harmoni. Nikmat kemerdekaan yang telah kita kecapi hampir 54 tahun tidak perlu kita rosakkan dengan amalan songsang pembangkang ini. Pilihanraya Umum Ke 13 semakin hampir, rakyat sekali lagi akan membuat pilihan. Kita berada didalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi berpelembagaan. Hormati dan peliharalah rukun negara kita agar generasi akan datang akan sentiasa dapat hidup aman, harmoni dan sejahtera. | Gabungan NGO Desak Anwar Posted: 15 Mar 2011 11:56 PM PDT
Yea... Hari nie Gabungan NGO Malaysia terus mendesak Anwar Ibrahim untuk menyerahkan sample DNAnya.... Apa, apa citer? Jangan kau fikir kau bole terlepas kali nie bro.... Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. | Demo Dulu...dan Kini.... Lu Fikirlah Sendiri Posted: 15 Mar 2011 10:20 PM PDT Terbaca satu artikel mengaitkan demontrasi jalanan ini, menyebut kita pernah mendemontrasi sewaktu penubuhan Malayan Union yang nak digantikan Tanah Melayu kepada Pentadbiran Malayan Union. Keluar beramai-ramai membantah menyatakan ketidakpuashatian dengan penubuhan Malayan Union dengan mengekalkan kuasa dari barat (mana lagi British lah...)
Terpanggil hal itu, saya ingin berkongsi pendapat bahawa kita pada masa itu berdemonstrasi kerana ingin menegakkan Islam dan membebaskan kuasa penjajah dari Tanah Melayu yang kita cintai ini...TETAPI apa yang kita lihat pada hari ini...berdemonstrasi hanya semata berpaksikan individu kerana Malaysia sekarang ini dalam keadaan aman dan damai yang mana rakyat saling berganding bahu.
Yang terjadi demonstasi pada hari ini adalah kerana ketidakpuashatian individu itu yang menjadikan hilang kawalan diri dan berkepentingan peribadi serta merempuh laluan maut tanpa disedari. Dan ini menyusahkan rakyat lain yang ingin mencari rezeki menemui jalan sukar dan akhirnya akan menyalahkan Kerajaan yang ada sekarang tidak dapat menjalankan tugas dengan baik.
Sememangnya kita tidak pernah lupa bagaimana kita dahulu bersusah payah memerdekaan TANAH MELAYU ini dengan hasil kebangkitan rakyat...kita pula mempersiakan pada hari ini...kerana apa...hanya dengan kepentingan peribadi sendiri tanpa mengira kepentingan RAKYAT di Malaysia.
Adakah demontrasi jalan yang ada pada hari ini ada kaitan dari LUAR? Mungkin juga kerana ingin menghura-harakan negara yang aman damai ini...dengan apa yang terjadi di Mesir dan negara Timur Tengah itu sudah menjadi pengajaran kepada kita sepatutnya...cuba kita lihat...ADAKAH ITU JALAN MENYELESAIANNYA???
Hanya dengan demonstasi jalan ini akan banyak menyusahkan rakyat disekeliling...tak caya cuba kita lihat akan banyak kerugian ditanggung oleh kerajaan dengan kerosakan harta benda awam, peniaga, dan paling merugikan adalah sektor pelancongan ke negara ini.
Janganlah kita mengadaikan maruah dan masa depan negara ini hanya dengan segelintir individu itu terus merosakkan dengan sekelip mata......
| Anwar Akan Terus Didesak ..... Posted: 15 Mar 2011 09:37 PM PDT Khabarnya, jam 2.00pm nie, kira-kira 300 NGO akan bersatu mendesak Ketua PKR berikan sample DNAnya sebagai bukti beliau tidak meliwat....
Aku tak pasti anjuran apa, tapi ianya jelas menunjukkan bahawa desakan kepada Anwar berterusan ....
Berita selanjutnya, akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Jumpa di sana... sanaaaaa...... | Permaisuri Agong, PM Terima Anugerah Tertinggi Pengakap Posted: 15 Mar 2011 08:44 PM PDT Datuk Mat Razali Kassim sedang menerima bintang persekutuan Pengakap Malaysia dari Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam dianugerahkan Bintang Semangat Padi Kelas Pertama (Emas) daripada Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM).
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan anugerah itu sempena Majlis Pengurniaan Bintang dan Pingat PPM peringkat kebangsaan di Istana Melawati di di Balairong Istana Melawati, Putrajaya, semalam.
Laporan Teganukita menyebut, pada majlis berasingan, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Terengganu, Rozi Mamat adalah antara penerima bintang di Majlis Pengurniaan Bintang dan Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia itu.
Beliau menerima Bintang Semangat Perak iaitu anugerah keempat tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia yang disampaikan kepada tokoh-tokoh yang memberi perkhidmatan dan bakti yang terpuji kepada pergerakan pengakap.
Turut menerima bintang yang sama ialah Datuk Bandar Kuala Terengganu, Datuk Azlan Dagang, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri, Datuk Mat Razali Kassim dan Pengarah Pelajaran Terengganu, Razali Daud bersama-sama beberapa penerima lain dari seluruh negara, termasuk dari Sabah dan Sarawak.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan Toh Puan Seri Norliza Mahmud, Yang Di Pertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Datuk Tengku Putera Awang dan Setiausaha Kerajaan Terengganu, Datuk Mazlan Ngah adalah antara tetamu yang hadir selain beberapa Menteri Pusat.
Penerima-penerima lain dari Terengganu pada majlis hari ini ialah Yang Di Pertua Majlis Daerah Setiu, Ishamudin Hashim, Haji Ahmad Awang (Unit Perancang Ekonomi Terengganu) dan Zulkifli Ali (Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan, Pengurusan Majlis dan Protokol).
Mereka menerima Pingat Perkhidmatan Gemilang (PPG) iaitu pingat yang dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin bertauliah yang telah banyak menabur jasa dan bakti cemerlang di atas perkembangan pengakap.
Manakala Pegawai Pengurusan Majlis dan Protokol , Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu, Mohd.Zahari Jannah menerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) iaitu pingat kepada mereka yang memberi sumbangan yang sama juga dengan PPG.
Ahmad Said bersyukur dan bangga di atas anugerah yang diterima oleh pimpinan dan pegawai dari Terengganu di majlis berkenaan semalam.
Bintang Semangat Padi adalah anugerah tertinggi PPM yang disampaikan kepada tokoh-tokoh terbilang dan penerima yang layak hanya daripada kalangan pemimpin negeri dan negara.
Pada majlis itu, Raja Permaisuri Agong turut dimahsyurkan selaku Pesuruhjaya Pengakap Negara Kehormat manakala Perdana Menteri diisytihar sebagai Presiden Agung Pengakap Malaysia.
Turut hadir Ketua Pengakap Negara, Datuk Seri Dr Shafie Mohd Salleh.
Seramai 130 orang dikurniakan bintang dan pingat hari ini iaitu Bintang Pahlawan, Bintang Semangat Padi Perak, Bintang Semangat Rimba Emas, Bintang Semangat Rimba Perak, Bintang Semangat Rimba Perak (Kehormat) serta pingat perkhidmatan Gemilang dan pingat perkhidmatan Cemerlang.
Ia dikurniakan sebagai pengiktirafan kepada pemimpin-pemimpin pengakap yang telah berjasa kepada bangsa dan negara selaras dengan komitmen terhadap PPM.
Anugerah khas Bintang Pahlawan iaitu anugerah tertinggi yang diberi kepada pemimpin dan anggota-anggota pengakap yang telah memberi khidmat dalam menyelamatkan nyawa dan harta benda masyarakat sekelilingnya diterima Pengakap Remaja Sekolah Menengah Kapar Indah iaitu Muhammad Syazwan Zakaria
Sementara itu, antara penerima Bintang Semangat Padi Perak iaitu anugerah kedua tertinggi PPM adalah Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan dan Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Noriah Kasnon adalah antara penerima Bintang Semangat Rimba Perak iaitu anugerah yang disampaikan kepada tokoh-tokoh yang telah memberi perkhidmatan dan bakti terpuji kepada pergerakan Pengakap - Teganuku | Azan Ismail Secara Sinis Gelar Gobala 'Lanun' Posted: 15 Mar 2011 07:29 PM PDT Pengecut, cakap belakang ..... itulah sikap Ahli Parlimen Indera Mahkota, Pahang, Azan Ismail yang secara sinis mengelar Ahli Parlimen Padang Serai, Gobala sebagai LANUN ..... Ia disaksikan sendiri beberapa orang sahabat media yang sedang interview Gobala di lobi Ahli Parlimen semalam ...
Azan yang keluar dari Dewan selepas menyampuk, (kerja Azan nie menyampuk jer dalam Parlimen) ...dia sampuk ketika Nurul Izzah sedang berucap.....
Dalam ucapan sampukan dia, dia bercakap tentang kebaikan layanan Malaysia terhadap lanun asing yang ditangkap, dilayan, diberikan makan dengan baik di negara kita tetapi bagaimana dengan LANUN EKONOMI?
Selepas menyampuk, dia keluar dari dewan. Ketika itu, Gobala di luar sedang diinterview oleh beberapa wartawan.....
Azan menegur Gobala, "YB, ada dengar ucapan saya kat dalam tadi" ..... (bukan ucapan pun, dia mamat penyampuk jer, aku dah kenal Azan Ismail nie dah lama sangat, sejak dia BENDAHARI GPMS Kebangsaan di zaman Dato' Suhaimi Ibrahim lagi.) .....
Gobala menjawab," mana ada, saya kan sedang melayan wartawan ini".
Azan blah menuju ke dewan makan Ahli Parlimen dengan secara sinis menunjuk kepada Gobala dengan berkata ,"Hei LANUN" ...... sambil didengari beberapa wartawan....
Gobala pun tercenggang sambil berkata, "apa dia cakap, dia kata saya lanun ker?".... Namun wartawan tidak mahu menjadi batu api pun tak berkata apa bagi tidak mengeruhkan keadaan....
SG yakin, kalau geng-geng wartawan nie nak jadi batu api ..... mahu pergaduhan besar boleh berlaku di antara Azan dan Gobala semalam .......
Hakikatnya, itulah perangai dan sikap pemimpin-pemimpin PKR yang makan kawan selepas kawan-kawan mereka sudah tidak sehaluan lagi dalam perjuangan Parti Kian Rebah nie selepas Darah Nasib Anwar terus didesak rakyat untuk diberikan secara rela bagi membuktikan Bos PKR nie tak meLIWAT ..... | BN Tak Nyanyuk, Tapi Kita ADIL Untuk Perintah Sampai Kiamat Posted: 15 Mar 2011 06:30 PM PDT EXCO Penerangan, Belia Dan Sukan Negeri Johor, YB Jais Sarday menafikan sama sekali dakwaan Presiden PAS, Datuk Seri Abd Hadi Awang yang mengatakan bahwa BN nak perintah sampai nyanyuk sebaliknya BN memang nak perintah sampai kiamat, seperti yang didakwa Haji Hadi baru-baru ini.
"Kenapa kita nak perintah sampai kiamat. Ini kerana kerajaan BN yang diterajui UMNO bersama semangat kompenan-kompenan BN yang lain merupakan satu-satunya kerajaan yang ADIL dan SAKSAMA kepada orang Melayu dan orang bukan Melayu di dalam negara kita.
Sepanjang kita mentadbir negara sejak merdeka, BN merupakan sebuah kerajaan yang mendahulukan rakyat, tidak sesekali dalam dasar pentadbiran kerajaan BN untuk menzalimi, menindas serta tidak adil kepada mana-mana kaum sekalipun di dalam negara kita," ujarnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Kluang, Johor.
Dalam masa yang sama, Jais hairan dan pelik kenapa Pas boleh mengeluarkan kenyataan tersebut, kerana dalam masa yang sama, merekalah bersama DAP yang nampaknya tidak makan usia untuk perintah parti mereka selain berangan-angan untuk perintah negara kita.
BN dan UMNO khususnya telah memulakan peremajaan parti sejak sekian lama, tetapi bagaimana dengan Pas, DAP dan PKR?
Pas jangan meludah ke langit, nanti jatuh bertepek ke muka sendiri....... Pas juga jangan menepuk air di dalam dulang, nanti terpercik ke muka sendiri..... Apa yang Pas perlu buat, beli cermin dan renung diri sendiri. | Kisah Di Sebalik Darah Nasib Anwar !!!! Posted: 15 Mar 2011 05:12 PM PDT Anwar- Jangan kaitkan orang lain berhubung gesaan masyarakat supaya serahkan DNA Anwar – Jika tidak bersalah, beliau harus serahkan sample DNA secara sukarela Anwar- Jangan kaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Penerangan, Datuk Seri Dr Rais Yatim Anwar – Tak perlu berdolak dalik dalam perkara itu dan mencari pelbagai helah Anwar – kalau rasa dirinya bukan lelaki Y dalam isu membalun bontot Saiful, serahkan sahaja sample DNA. …… Apa susah sangat….. Atau Anwar dah kecut telor … | Hantu Kak Limah Kelihatan Di Miri? Posted: 15 Mar 2011 09:30 AM PDT Terperanjat aku tadi, sahabat aku si Keris Putera kata, hantu Kak Limah kelihatan merayau-rayau dan berkeliaran di Miri, Sarawak.... Apa hantu Kak Limah buat kat sana...Dia terbang ke sana ker? Tak penat ker?
Kena dapatkan laporan sahabat-sahabat di Miri nie? Apa hantu nie buat kak sana....
Usop .... (dengan goyangan tangan lemah longlai) .... Kita Bakar Ajer | BN Tak Nyanyuk Tapi Memang BN Mampu Perintah Sampai Kiamat Posted: 15 Mar 2011 08:58 AM PDT Baru-baru nie, Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang kata BN nak perintah negara sampai nyanyuk dan sampai kiamat..... Heran aku, sape yang nak perintah sampai nyanyuk macam Nik Aziz perintah Kelantan.
Sebelum ini, aku ada tulis komen Ketua Puteri Terengganu, berkaitan isu yang sama. Tapi ada lagi best, kenyataan sahabat aku berkaitan isu yang sama .....
Dia call aku petang tadi, dia cakap BN bukannya nak perintah sampai nyanyuk, tapi BN nak mentadbir negara Malaysia yang kita sayangi nie sampai kiamat, Insya-Allah .....
Apa katanya, aku akan ulas esok, satu pandangan yang cukup berani dari seorang anak muda yang kini menjadi EXCO Kerajaan Negeri di sebuah negeri aman, selamat dan makmur ...... | Baginda Syok Kat Ummi (perempuan)- Normal.... Anwar Balun Saiful ..... ?? Posted: 15 Mar 2011 07:47 AM PDT Ceramah Ummi di Taman Desa Melor, Batang Kali baru-baru nie ... Tak tahan dek kena balun dengan Ummi tiap-tiap minggu, pagi-petang, siang dan malam, akhirnya Anwar mulakan pula serangannya dengan membawa seorang Dayak Laut untuk mengaku pernah membuat hubungan sex dengan Ummi ketika di London .....
Siapa Dayak Laut tersebut..... Namanya `Baginda Minda'
Rupanya, bengang dan tergugat juga Anwar-Azmin-Azizah-Azizah-Shamsidar dengan serangan-serangan seorang wanita yang dilabelkan sebagai NYAMUK sebelum ini oleh Anwar ....
Ada Ummi kisah ..... Ummi turut mencabar DAYAK LAUT itu untuk menunjukkan 'birthmark' yang terdapat di batang tubuh Ummi ..... (sila baca di pengundisetiasungairapat)
Aku tak heran sangat kalau Baginda nie dakwa dia ada hubungan dengan Ummi, sekurang-kurangnya dia berangan untuk mendapatkan Ummi, lumrah bagi dirinya yang bergelar lelaki yang sukakan wanita ....
Tapi bagaimana seorang lelaki normal sukakan lelaki lain yang kiut ..... Siap balun-membalun hingga DNA tertinggal kat lubang dubur si mangsa !!!!
Sape nak jawab?? Kalau Anwar nak jawab, bawa dulu DNA, baru boleh jawab bro .... | Sample DNA: Anwar Lawan Kehendak Rakyat Posted: 15 Mar 2011 02:34 AM PDT Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) terperanjat dengan politik mahkamah yang dimainkan oleh Anwar Ibrahim dalam bicara kes liwat 2 nya semalam.
Pengerusi GAPS, Hamidzun Khairuddin berkata, Anwar Ibrahim memaksa rakyat untuk menutup mulut atas jenayah liwat yang dilakukan nya kepada seorang rakyat marhaen bernama Saiful Azlan Bukhari.
"Beliau cuba menggunakan kedudukannya sebagai ketua pembangkang di parlimen untuk menghalalkan perbuatan terkutuknya itu.
Beliau mengesa mereka yang membuat demontrasi itu dikenakan tindakan undang-undang. Kan selama ini yang dilaung-laungkan oleh anwar adalah kebebasan bersuara, bergerak dan berpersatuan. Bukan kah berdemontrasi itu adalah budaya yang anwar pupuk sejak di bangku Universiti Malaya?", ujarnya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, kini bila rakyat bangun berdemonstran terhadapnya, rakyat itu dimarah pulak oleh Anwar sebagai biadap dan kurang ajar.
Salahkah rakyat bangun mendesak anwar memberikan sample darah untuk ujian DNA ?
"Atau memang sudah lazim orang politik akan bersikap double standard bila perkara itu terkena batang hidungnya sendiri ? GAPS sedia merancang demontrasi dalam skala yang lebih besar bagi memastikan anwar tunduk kepada proses perundangan dinegara.
Perbuatan liwat Anwar adalah bukti beliau bukan anugerah Tuhan yang layak disembah bagai dewa dari kayangan. Meminjam ungkapan Karpal Singh - Anwar perlu bertaubat !," tambahnya lagi.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. | Siapa Pemimpin Yang Nyanyuk ...??? Posted: 15 Mar 2011 02:04 AM PDT Kuala Lumpur, 15 Mac- Pemimpin-pemimpin pembangkang khususnya Presiden Pas, Datuk Seri Abd Hadi Awang harus melihat cermin dahulu sebelum melemparkan tuduhan atau kenyataan kononnya Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan yang didakwa terlalu lama dan pemimpin kerajaan BN mahu memerintah negara "sehingga nyanyuk dan sehingga kiamat", ujar Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Terengganu, Asfalinda Anuar. "Mereka ini macam tak menilai diri sendiri, mereka sendiri terlupa siapa pemimpin-pemimpin yang memimpin Pas, Dap dan PKR selama ini. Dalam UMNO, kita sudah berjaya melakukan peremajaan dalam UMNO dalam kepimpinan hingga kita mempunyai ramai pemimpin pelapis yang boleh diketengahkan," ujarnya. Tambahnya, usaha dalam meremajakan UMNO ini sebenarnya jauh lebih berjaya dari pakatan pembangkang. Kalau kita lihat, Presiden UMNO sendiri dalam usia dia dalam linkungan antara 58 tahun, tapi cuba tengok Nik Aziz dan Lim Kit Siang, apatah lagi dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menerima jawatan Presiden Pas pun selepas Presidennya yang terdahulu, Datuk Fadzil Noor meninggal dunia pada tahun 2002. "Nama-nama seperti Datuk Nik Aziz, Lim Kit Siang, Karpal Singh, mereka ini sudah berada dalam kepimpinan parti mereka sejak zaman Tun Abdul Razak lagi. Dalam UMNO sendiri, kita sudah beberapa kali bertukar kepimpinan. Ini membuktikan proses peremajaan dalam UMNO ini, kita lebih ke depan. Saya yakin dengan kepimpinan UMNO hari ini, peluang anak muda untuk diketengahkan sebagai pemimpin tidak perlu dipertikaikan lagi. Contoh terbaru, tiga orang anak muda UMNO diberikan amanah dan kepercayaan untuk mewakili BN dalam pilihan raya kecil Dun Tenang, Merlimau dan Kerdau dan ternyata, mereka diterima oleh rakyat," tambahnya. Dalam masa yang sama, bagaimana dengan Pas dan pakatan mereka yang lain. Apa yang berlaku di Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau baru-baru ini, membuktikan bahawa Pas sudah kurang pemimpin khususnya di DUN Kerdau, Pahang hingga terpaksa menampilkan calon kitar semula yang telah gagal dua kali sebelum ini dan sanggup menjadi 'kambing hitam' sekali lagi apabila bertanding mewakili Pas untuk PRK Dun Kerdau, 6 Mac lalu. "Oleh itu, pemimpin-pemimpin pembangkang, khususnya Pas agar tidak mempolitikkan segala isu semata-mata untuk mendapatkan populariti demi sokongan rakyat. Saya bukan nak kata Nik Aziz dah nyanyuk, tetapi tindakan-tindakannya sejak-akhir ini menampakkan seakan-akan dia dah nyanyuk. Oleh itu, dah tiba masanya Pas mencari calon lain untuk mengantikannya sebagai Menteri Besar Kelantan dan sebagai Muryidul Am Pas yang baru," tambahnya lagi. | |
Aspirasi Bangsa Posted: 16 Mar 2011 01:27 AM PDT |
Suara Melayu Baru Posted: 16 Mar 2011 01:24 AM PDT Lim Guan Eng mempergunakan orang Melayu untuk mengusir orang Melayu... Syabas Melayu... Posted: 15 Mar 2011 09:30 PM PDT 1. Sungguh bangsat Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan DAP ni. Kepalanya siapa lagi kalau bukan 'malaun' pendatang Si Lim Guan Eng. Dan seperti biasa, mangsanya, tak lain dan tak bukan adalah kaum Melayu beragama Islam di Pulau Pinang. | Nik Ajis sekadar 'hiasan' | 2. Jika sebelum ini, ADUN DAP, Ng Wei Aik dengan angkuh, bongkak dan sombongnya cuba mengusir peniaga restoran supaya balik India, kali ini perkara hampir sama berulang. Untuk makluman, mungkin disebabkan tak tahan menerima tekanan, Ng terpaksa beralah dan memohon maaf secara terbuka dan bersemuka kepada peniaga restoran yang dihalaunya. 3. Kejadian kali ini adalah melibatkan para peniaga yang rata-ratanya dari bangsa Melayu yang mencari sesuap nasi dengan menjaja di sepanjang pantai SeaGate, Pulau Pinang. Para peniaga ini telah dihalau secara kasar tanpa diberi notis dan tidak dibenarkan berniaga di sepanjang persisiran Pantai Seagate. Malah ada beberapa peniaga di mana peralatan berniaga telah disita dan dirampas. 4. Seperti juga kejadian sebelum ini, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sekali lagi diperguna dan diperkuda oleh puak-puak penyangak Guan Eng untuk kepentingan politik mereka. Anggota penguatkuasa MPPP dipaksa dan dikerah untuk mengambil tindakan tegas ke atas peniaga ini. Dan, seperti jua kejadian sebelum ini, rata-rata anggota penguatkuasa MPPP merupakan dari bangsa Melayu juga. 5. Untuk makluman, para peniaga ini telah lama berniaga di sepanjang persisiran Pantai seagate yakni sejak pentadbiran BN lagi. Mereka ini diusir dengan alasan bahawa perniagaan mereka telah mengganggu lalu lintas dan menyebabkan sepanjang pantai menjadi kotor. Mungkin alasan yang diberikan sedikit rasional, namun tidak adakah cara lain atau alternatif lain sebagai pilihan kepada para peniaga ini selain diusir secara paksa. 6. Mungkin tindakan kerajaan negeri DAP ini seperti mahu menunjukkan bahawa mereka telus dan tegas dalam melaksanakan penguatkuasaan. Mereka juga mungkin mahu menonjolkan ketirisan yang pernah berlaku sewaktu pentadbiran BN. Namun banyak perkara sebenarnya boleh dipertikaikan atas tindakan mereka ini. | Chai Leng Park : Berniaga di atas jalan raya... | 7. Kenapa seperti wujud unsur rasisme dalam tindakan mereka ini? Kenapa rata-rata yang menjadi mangsa adalah peniaga kecil bangsa Melayu? Bagaimana kedudukan dan status para penjaja yang berniaga di sekitar bandar GeorgeTown, Jalan Raja Uda, Chai Leng Park, Bukit Mertajam dan beberapa bandar lain dalam Pulau Pinang? Adakah disebabkan para penjaja ini berbangsa Cina maka mereka bebas menjaja tanpa perlu risau akan diambil tindakan oleh para penguatkuasa? 8. SMB pernah dedahkan bagaimana para penjaja Cina yang berniaga di TENGAH jalan sekitar Chai Leng Park. Para penjaja di Jalan Raja Uda dan bandar GeorgeTown jelas membuka permis perniagaan mereka di tepi jalan utama hingga menyebabkan kesesakan melampau terutama pada waktu puncak. Kenapa mereka tidak dikenakan sebarang tindakan? Adakah disebabkan para penjaja ini merupakan penyumbang undi utama kepada DAP menjadi sebab mereka tidak boleh dikenakan tindakan? 9. Mungkin langkah pengusiran peniaga Melayu sudah termasuk dalam agenda DAP untuk melenyapkan bangsa Melayu dari muka bumi Pulau Pinang. Langkah dimulakan dengan penjaja Melayu kecil-kecilan. Para kontraktor bumiputera kini ketandusan projek dari kerajaan negeri dan ini juga antara langkah pengusiran oleh DAP. Nilai hartanah dan rumah yang kian meningkat juga termasuk dalam agenda. Pembangunan kawasan setinggan, perkampungan tradisi yang majoriti Melayu, kediaman atas tanah kerajaan negeri yang turut melibatkan Melayu sudah pun digegar DAP dalam usaha merealisasikan agenda mereka mengusir Melayu. 10. Banyak lagi agenda dan rancangan yang sedang dan sudah direncanakan oleh kerajaan negeri pimpinan DAP untuk mengusir Melayu dari Pulau Pinang. Ramai yang masih tidak sedar terutama di kalangan pemimpin Melayu PAS dan PKR gara-gara kemaruk kuasa. SMB akan dedahkan sedikit-demi sedikit agenda yang dibawa oleh DAP. Sedihnya, masih ramai kalangan Melayu yang galak mengangkat si Khalifah 'Penyangak' Guan Eng. Mungkin ini yang dimaksudkan 'Menang sorak, kampung tergadai'. Nantikanlah... | Ada Si'Mangkuk Hayun' yang sibuk menfitnah Malaysia di saat Dato' Lee sibuk menjulang nama Malaysia... Posted: 15 Mar 2011 10:00 AM PDT 1. Rasanya tak terlambat lagi untuk SMB mengucapkan syabas dan tahniah kepada Dato' Lee Chong Wei di atas kejayaan beliau menjulang kejuaraan dalam kejohanan badminton All England. Sekalung tahniah juga diucapkan kerana berjaya menewaskan musuh tradisi yang juga merupakan pemain terbaik dunia dari China, Lin Dan. 2. Seperti yang kita sedia maklum, kejohanan All England merupakan antara kejohanan badminton yang berprestij dan menampilkan pemain terbaik dari seluruh dunia. Kejayaan Dato' Lee memang sewajarnya dibanggakan oleh seluruh rakyat Malaysia dan ia sekaligus membuktikan bahawa Dato' Lee memang merupakan antara pemain badminton terbaik dunia dan menjadi igauan ngeri kepada sesiapa sahaja yang menjadi pencabarnya. 3. Pengikhtirafan yang diberikan oleh PM dan isteri memang kena pada masa dan tempatnya. Dato' Lee memang wajar diberi penghargaan eksklusif atas kesungguhan dan daya usahanya hingga berjaya menjadi juara All England. Bukan satu perkara mudah untuk menjadi juara jika tidak disusuli dengan usaha keras dan semangat tinggi dan ini ada pada Dato' Lee. 4. Dato' Lee sememangnya layak diletakkan sebagai antara ikon terbaik kepada rakyat Malaysia terutama di kalangan belia. Semangat beliau yang sentiasa mahu mengharumkan nama Malaysia dan meletakkan tanggungjawab membawa panji negara sebagai keutamaan wajar dijadikan contoh oleh semua anak muda. 5. Sebenarnya menjadi tanggungjawab seluruh rakyat Malaysia termasuk golongan belia untuk menjulang nama Malaysia di mata dunia dalam apa jua bidang. Bukan sahaja sukan malah akademik, idea, politik dan lain-lain. Namun, apa yang menyedihkan adalah wujud segelintir golongan yang sering memandang rendah dengan keupayaan negara. 6. Memandang rendah satu hal. Lebih menyedihkan lagi apabila ada pihak yang lebih melampau hingga sanggup menfitnah, memburuk-burukkan, mencaci, mengkeji dan pelbagi jenis meng lagi kepada negara Malaysia tercinta. Golongan ini bertindak demikian setelah kecewa apabila gagal mendapat apa yang dihajati untuk kepentingan diri. 7. Seperkara lagi, ingin SMB persoalkan, siapa pula selepas Dato' Lee Chong Wei. Pada pandangan SMB, hala tuju sukan badminton negara seperti tidak berada di landasan yang tepat. Hingga sekarang SMB belum melihat pencapaian cemerlang dari barisan pelapis negara. Adakah sukan badminton sedang mengahadapi ketandusan skuad pelapis. Siapa yang bakal meneruskan kecemerlangan selepas Dato' Lee dan 'team'nya berundur? 8. Sedikit kritikan dari SMB adalah apabila melihat kepincangan yang berlaku dalam BAM. Apa puncanya hingga menyebabkan Misbun berundur dan Dato' Lee sendiri membayangkan untuk keluar dari BAM? Dimanakah peranan BAM untuk memacu kecemerlangan sukan badminton negara termasuk menyediakan barisan pelapis yang kuat dan bersedia pada bila-bila masa menggantikan skuad senior? Hanya BAM sahaja yang berhak menjawab persoalan ini. | |
PAPA GOMO Posted: 16 Mar 2011 01:21 AM PDT NEW STORY 18 SX - YB PAS Semerak Pulak Kantoi Balun Bini Orang? Posted: 15 Mar 2011 11:00 PM PDT Ni apa cerita? Tak sudah sudah isu Khalwat, Zina dan semuanya banyak berkait rapat dengan Pemimpin PAS yang datangnya dari sebelah Kelantan. Apa penyebab semua ini? Ada orang kata kerana Iklan ubat Kuat Seks dalam Harakah dan Harakdaily serta Blogg Blogg Pakatan Pembangkang. Betul ke? Apakah benar itu merupakan salah satu Faktor yang mendorong pemimpin PAS ini tidak tahu mengawal Kote mereka sampaikan satu persatu isu Penzinaan berlaku? Isu YB Semerak di memang Gomo dah dengar, namun masih menunggu Maklumat lengkap mengenai hal ini. Tak silap Gomo dah kena cekup di Hotel pada waktu lalu. Apa pun kita semua pakat tunggu lah apa cerita selanjutnya. INGAT PAS INGAT ZINAPsssttt...Susah sangat ke nak Kawal Kote tu? Gomo rileks je....he he heDAP ANTI ISLAM PAS ITU MELAYU UMNO ITU ISLAM ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT | SODOMY 18 SX - Adik Karpal Dah Mati Tu Mati Jelah, Kenapa Tangguh Kes Liwat? Posted: 15 Mar 2011 07:31 PM PDT Elok Cepat Mampos
Semalam Kes liwat Anwar Ibrahim tertangguh sekali lagi akibat dari ketiadaan Ketua Peguambela Anwar Ibrahim Karpal Singh kerana mengambil cuti di atas kematian adik beliau. Kes liwat tertangguh kerana Adik Karpal Sing Mati!!! Kenapa Adik Karpal Singh yang Mati maka Kes Liwat pula yang tertangguh?Apakah Karpal Singh seorang sahaja Peguam yang ada dalam barisan Peguam Anwar Ibrahim? Bukankah Anwar Ibrahim melantik 12 orang peguam bagi mewakilinya selama ini? Takkan seorang peguam pun tidak mampu mengalas tugas bagi mengantikan Karpal Singh? Sangkara Nair yang bertindak sebagai salah seorang peguam dalam membela Anwar Ibrahim juga tidak mampu untuk mengambil tugas mengantikan Karpal Singh? Ehhh ini Mahkamah atau Sarkas? Tangguh sana sini dengan alasan yang tak munasabah? Untuk makluman kes liwat ini telah tertangguh sebanyak 51 Kali termasuk Penangguhan yang terbaru ini. Bayangkanlah 51 kali penangguhan yang mana kesemua 51 kali penangguhan ini tidak sepatutnya berlaku memandangkan Anwar Ibrahim di barisi 12 orang Peguam yang Handal dan amat hebat kesemuanya. Gomo nampak sekarang ni Anwar Ibrahim cuba menguasai Mahkamah, Mahkamah dah jadi macam Sarkas dan ikut telunjuk si Tertuduh. Apa sudah jadi dengan Mahkamah ni? Keadilan buat mangsa Liwat yang sepatutnya Mahkamah perjuangkan dan bukannya memanjakan si tertuduh yang meliwat. Alamatnya kalau begini lah cara Mahkamah yang memanjakan pihak Tertuduh tak mustahil selepas ini para Tertuduh dalam semua Kes Jenayah akan mengambil tindakan yang sama sepertimana Kes Liwat Anwar Ibrahim. Ini lah satu contoh yang tidak sihat kepada Sistem Kehakiman Negara. Mahkamah dan macam Sarkas!!! Lagi Cerita Liwat Anwar Brahim Semalam KLIK DI SINIPsssttt....Apa punya Binawe Adik Karpal Mati Kes Liwat Tangguh, Tak Logik!!!DAP ANTI ISLAM PAS ITU MELAYU UMNO ITU ISLAM ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT | Pantun Panas Gerenti Letop Buat Ahli Sorga PAS Pimpinan Ayah Pin Posted: 15 Mar 2011 12:32 PM PDT Pantun untuk rakyat Malaysia, dibaca di PUTIK , 12 Mac 2011: (SUMMBER ASAL: harakahdaily) SAMAN EKOR BERHASRAT MURNI KERAJAAN BERUSAHA MENDISIPLIN RAKYAT DAPAT MENDIDIK TINGGIKAN BUDI USAHA MURNI SEBAHAGIAN DARI IBADAT
KUPON TUISYEN DIBAHAGI-BAHAGI MEMBANTU RAKYAT TAK KIRA MASA JUDI DILESEN NAK KAWAL NEGERI HUDUD TAK JALAN, RETORIK SAHAJA
PENGKALAN TUDM SUNGAI BESI TANAH LUAS BERNILAI TINGGI TERUSKAN PEMBANGUNAN HASRAT PENUHI MANDAT RAKYAT DISANJUNG TINGGI
RAKYAT dah bosan, TAK SENANG HATI PAS BERBOHONG SETIAP HARI BAWANG MINYAK TAMBANG LORI KERAJAAN KAWAL SUDAHLAH PASTI
KAPAL SELAM MAHAL PERLU DIBELI UNTUK KESELAMATAN NEGARA INI PAS MEMFITNAH BERTURUT HARI
SEPERTI TAK ADA MARUAH DIRI
BERKAWAN DAP, MUFTI TAK BERI BERTAUKEHKAN CAUVINIST SAMPAI MATI ITULAH AJARAN, ISLAM ALA PAS SEJATI
PENJENAYAH MESTI DITEMBAK MATI MAHKAMAH TEMPAT MENYUBUR KEBENARAN HAKIM DAN PEGUAM MENYUMBANG BAKTI TRAGEDI MEMALI PAS YANG HASUTKAN
TOK GURU PATUT DIHINA DICACI MAKI SEBAB ISLAM DIPERALATKAN SETIAP INCI SURATKHABAR TV SUMBER YANG DIHORMATI TAK MACAM HARAKAH, AKHBAR MENCACI
PERDANA MENTERI DIBANTU SETIAP MENTERI ISTERI PERDANA MENTERI TURUT BERBAKTI SILAP HARIBULAN PAS MENYESAL SENDIRI
TERLALU BANYAK MEMFITNAH, MEMAKAN DIRI
PEMIMPIN MEWAH HARTA RAKYAT DIROMPAK BALAK KELANTAN DITEBANG, DUIT KE POKET KRONI MB PUN GASAK, SEMUA MEMBISU BUAT TAK RETI PERGI MEKAH PUN REMBAT, DUIT RASUAH BERPETI
SAMPAI KIAMAT, BN SUKAR DIGANTI UNDILAH BN UNDILAH DACING HIDUP DEMOKRASI RAKYAT SUKA HATI ELOKLAH HUSAM MUSA MEMELIHARA KAMBING
HIDUP DI DUNIA DITUKAR GANTI HIDUP AKHIRAT KEKAL ABADI DAH LAMA INSAF DAH LAMA TERBUKTI PERALATKAN ISLAM, PAS JAHANAMKAN NEGERI
ADIL MAJU - PALING PENTING DIRIDHAI RABBUL JALIL DI AKHIRAT NANTI
SOKONG ISLAM ANDA SELAMAT - SOKONG PAS ANDA SESAT Antara bulan dengan dacing, Pangkah bulan dah pasti ke syurga; Rakyat Kelantan macam kambing, Dipupuk dibelai senyaplah mereka. - Husam Musa Psssttt....memang terbaik lah pantun Pendita Kain Singkat ni...hua hua hua
DAP ANTI ISLAM PAS ITU MELAYU UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT | Pantun Nik Ajis Akhirnya Membawa SIAL Sampai Ke Lubang Kubur Posted: 15 Mar 2011 04:42 AM PDT Sial Membawa Ke Lubang Kubur"Tuan Tabal Tuan Guru, Telok Kemang Masjid Tanah, Jangan tabal Sultan baru, Sial majal lah ke lubang tanah." Di dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan di bulan November 2007, sewaktu menggululung perbahasan belanjawan Kerajaan Negeri 2008, Tuan Guru Nik Aziz membaca serangkap pantun untuk menyindir UMNO Barisan Nasional khasnya, Tan Sri Panglima Annuar Musa. "Tuan Tabal Tuan Guru, Telok Kemang Masjid Tanah, Jangan tabal Sultan baru, Sial majal ke lubang tanah." Pantun Tok Guru mengungkap insiden di mana Annuar Musa menabalkan Sultan baru bagi Kelantan di bawah pokok ketapang di Ketereh dua dekad yang lalu. Riuh rendahlah dewan dengan ketukan di meja oleh penyokong-penyokong kerajaan. Beberapa bulan yang lalu, Nik Aziz membaca pemashyuran Sultan Kelantan yang baru Petikan Blogg KickdeffelaApa yang Anda faham mengenai Pantun Nik Ajis di atas tu? "Tuan Tabal Tuan Guru, Telok Kemang Masjid Tanah, Jangan tabal Sultan baru, Sial majal lah ke lubang tanah."
Faham atau tidak? Mari Gomo terangkan serba sedikit mengikut Fahaman Gomo. "Tuan Tabal Tuan Guru dan Telok Kemang Masjid Tanah" tu kita tolak tepi kerana tak berapa penting sangat pun. Tapi ayat " Jangan Tabal Sultan Baru, Sial Majal Lah Ke Lubang Tanah" itu lah yang penting dan kita semua kena tahu. Maksud ayat " Jangan Tabal Sultan Baru" itu bermaksud Jangan menabalkan Sultan baru manakala ayat "Sial Majal Lah Ke Lubang Tanah" bearti Membawa SIAL sampai ke Lubang Kubur. Itu bukan Gomo ataupun Kickdeffela yang kata tapi Nik Ajis yang kata sewaktu dia berucap dalam dewan Kerajaan Negeri Kelantan dan di berikan Sorakan dan Pekikkan oleh Anggota dewan Kerajaan PAS Kelantan. Itu dulu lah, tapi sekarang? Gomo taknak ulas panjang panjang tapi nampak gayanya memang dah Kena lah pada Nik Ajis bahawa SIAL tu membawa ke Lubang Kubur Nik Ajis. Satu persatu Bala menimpa Nik Ajis sampaikan terpalit pada Pemimpin pemimpin PAS yang lain. Daulat Daulat........... Apa pun pada Gomo.........
Daulat Tuanku Sultan Ismail Petra
Psssttt....Akhirnya Nik Ajis kena balik pantun SIAL nya tu....he he heDAP ANTI ISLAM PAS ITU MELAYU UMNO ITU ISLAM ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT | |
PANEH MIANG Posted: 16 Mar 2011 01:20 AM PDT Rosmah 'Out-dumbed' Zoy! Posted: 16 Mar 2011 01:14 AM PDT Tahniah Rosmah Mansor!!! Buat kesekian kalinya beliau membuat kenyataan media yang kontroversi dan membuatkan rakyat mempersoalkan kebijaksanaannya sebagai wanita yang menggelarkan diri 'the First Lady of Malaysia'. Siapa sangka, dalam kekalutan dan kesedihan yang melanda rakyat Jepun, tampil pula dua rakyat Malaysia dengan pendapat dan pemikiran yang dangkal.
Dimulakan dengan Zoy dengan paparan lukisan kartun beliau di dalam Berita Harian yang boleh disifatkan bodoh dan 'insensitive'. Kisah beliau mendapat liputan luas dunia termasuk CNN. Syabas!
Tetapi mulai semalam, Zoy boleh tidur lebih lena kerana rekod kedangkalan beliau telah berjaya dipecahkan oleh 'the ONE and ONLY Malaysian First Lady - Rosmah Mansor'....Yeay!!!
Dua ucapan tahniah wajar disampaikan kepada Rosmah Mansor. Pertama kerana buat julung kalinya beliau mendapat pengiktirafan sebagai 'First Lady' walaupun hanya diberikan oleh Menteri DiJabatan Perdana Menteri-Nazri Aziz. Kedua, pastinya kerana RM berjaya memberikan komen 'paling cerdik' setakat ini sebagai 'First Lady' terhadap tragedi yang menimpa Jepun.
"Ini pada diri saya adalah satu pengajaran kepada negara-negara lain untuk apa-apapun mereka nak buat ataupun sebarang pembangunan yang mereka ingin lakukan seharusnya mengkaji dulu keadaan sekeliling dan mengaitkan dengan 'climate change' dan 'green technology'...termasuk juga negara kita" ~temuramah Astro Awani~
Well our dear 'First Lady', while it is good to express your concern, attention and sympathy towards the people of Japan, we believe that it's better for you to reserve your comments on the cause of the tragedy and leave it to the experts to do the analysis. Only then you will gain the people's respect, that's, when you know your capacity in addressing the issue(s) and how to address it correctly.
P/S: Tahniah juga kami ucapkan kepada Rosmah Mansor kerana melancarkan Yayasan PERMATA dengan dana permulaan RM 4.4 juta. Keputusan ini memang bijak. Sebagai sebuah yayasan, maka ia tidak lagi berhak mendapat peruntukan kewangan kerajaan. Selepas ini bolehlah DS Najib mengutamakan keperluan rakyat marhain dalam menentukan belanjawan negara setelah mengorbankan RM 64 juta - RM 20juta (RMK 9) dan RM 54juta (RMK 10) untuk tujuan pembangunan program PERMATA!
| Seks Liar Jantan Y Posted: 15 Mar 2011 08:44 PM PDT Orang Utan jantan dan betina meransang dirinya dengan alat seks yang dibuat daripada daun atau ranting. Orang Utan betina juga menarik perhatian pasangannya dengan bergayut pada dahan di atas kepala si jantan untuk menayangkan alat kelaminnya kepada si jantan. Lalat mata bertangkai atau stalk eyed-fly betina, melakukan hubungan seksual dengan banyak pasangan dan paling tertarik dengan jantan yang tangkai matanya amat panjang sehingga matanya kelihatan terpisah jauh berbanding panjang badannya. Acara persetubuhan tapir dimulakan dengan pasangan terbabit saling mengelilingi dengan hidung dihala ke buntut pasangan sambil menggigit-gigit kaki dan bahagian bawah buntut pasangan. Perbuatan ini biasanya diiringi dengus dan bunyi klik, selain cicip dan siul nyaring. Persetubuhan dilakukan di atas tanah atau dalam air. Permainan seks Jantan Y pula bermula dengan mengarahkan pasangan sesama jantannya supaya datang ke kondo membawa fail untuk membincangkan jadual kerja di meja makan dan seterusnya bertanyakan soalan " Can I fuck you today?". Apabila pasangannya enggan, maka Jantan Y dengan bengisnya berkata, " What?" dan terus mengarahkan pasangannya untuk membersihkan diri di bilik air, menutup lampu dan langsir bilik tidur utama, memeluk, mencium serta meminta pasangan melakukan blowjob. Persetubuhan dilakukan dengan menggunakan KY Jelly di atas lantai beralaskan tuala. Setelah selesai, Jantan Y akan makan karipap sambil bertanya kepada pasangannya " Are you okay"? Kemudian, Jantan Y akan lari ke kedutaan Turki sambil mengatakan ada orang nak membunuhnya, sebelum menuduh itu semua konspirasi dan pengikut Jantan Y yang bingai akan meraikannya dengan melakukan demonstrasi reformasi. Kebiasaannya, Jantan Y tidak akan bermubahalah kerana didorong sifat kehaiwanannya serta enggan memberi DNA secara rela. Demikianlah sedikit info mengenai tabiat haiwan... | |
RAPERA .. Posted: 16 Mar 2011 01:20 AM PDT |
Taipingmali (tm) Posted: 16 Mar 2011 01:05 AM PDT |
Panglima Perang Cyber Posted: 15 Mar 2011 11:41 PM PDT Tsunami Jepun : Rosmah Isteri PM Sangat Sedih & Ucap Takziah ? Posted: 15 Mar 2011 08:58 PM PDT KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, semalam melahirkan rasa simpati dan menyampaikan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Jepun berikutan kejadian gempa bumi dan tsunami yang melanda negara Matahari Terbit itu Jumaat lalu.
Rosmah yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) mendoakan mereka yang terselamat dalam malapetaka itu dapat kembali meneruskan kehidupan seperti sedia kala.
"Saya sebagai ibu dan isteri berasa amat sedih apabila melihat banyak nyawa yang terkorban. Saya diberitahu ada kereta api yang berlanggar... cuba bayangkan kemusnahan yang berlaku," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang walkathon 'Walk For Children: 1Malaysia Goes Green' di Dataran Merdeka di sini.
Gempa bumi dengan kekuatan 8.9 pada skala Richter menggegarkan Jepun pada tengah hari Jumaat lalu dan mencetuskan tsunami setinggi 10 meter yang melanda wilayah timur laut negara itu serta mengorbankan sekurang-kurangnya 1,300 orang.
info : http://www.bharian.com.my/ & http://pengumpulblog.blogspot.com/
Lagi berita :
Sunday, March 13th, 2011 13:25:00 KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor has expressed sympathy and deepest condolences to the government and people of Japanese following the earthquake and tsunami on Friday. The prime minister's wife prayed for survivors of the disaster and hopes that they could resume life as usual. "As a mother and wife, I feel very sad at the loss of lives. I was told there was a train collision... imagine the destruction that occurred," she said after presenting prizes to winners of 'Walk For Children: 1Malaysia Goes Green' walkathon at Dataran Merdeka here today. An 8.9 magnitude earthquake rocked Japan on Friday, triggering a ten metre high tsunami in northeast region, killing at least 1,300 people.
Kesian cubaan Fuckatan cuba burukkan nama Rosmah di sini tidak menjadi. | 10,000 ribu rumah rakyat miskin di 100 Parlimen Dengan Kos RM50 Juta - PM Posted: 15 Mar 2011 06:21 PM PDT
NAJIB Tun Razak membantu menyiapkan kerja baik pulih rumah penerima bantuan Projek Nadi Kasih di Kampung Gulang-Gulang, Tanjung Karang, Selangor, semalam. – utusan/Mohd. Shaharani Saibi
10,000 rumah rakyat miskin tegar dibaik pulih
TANJUNG KARANG 15 Mac – Kerajaan melalui 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan membaik pulih 10,000 unit rumah rakyat miskin tegar di seluruh negara yang akan dilaksanakan menerusi dua fasa membabitkan 100 kawasan Parlimen.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, projek di bawah 1MDB itu membabitkan perbelanjaan RM50 juta dengan peruntukan RM5,000 bagi setiap rumah.
"Saya harap rumah yang dibaik pulih nanti sepadan dengan wang RM5,000 yang diperuntukkan," katanya semasa berucap merasmikan Projek Nadi Kasih di Kampung Sungai Gulang-Gulang, Tanjung Karang di sini hari ini.
Pada majlis itu, Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan wang tunai berjumlah RM500 kepada 200 pelajar miskin di kawasan Tanjung Karang bagi pihak 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Najib berkata sebagai kerajaan, BN memahami denyut nadi rakyat dan ada empat keperluan rakyat Malaysia iaitu kos sara hidup yang berpatutan, kediaman yang mampu dimiliki, pendidikan dan tahap kesihatan yang baik serta kos pengangkutan yang mampu ditanggung mereka.
"Ini keperluan asas rakyat Malaysia, bread and butter issue kata orang putih," katanya.
Beliau berkata, kerajaan juga menubuhkan 1MDB yang melalui projek khidmat sosialnya membiayai kerja-kerja pemulihan rumah uzur golongan miskin tegar.
Panglima : 1Malaysia bukan angan-angan Mat Jenin tetapi perancangan yang dilaksanakan. Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.
| Naib Presiden UMNO Belasah Anwar Sampai 'KO' !!! Posted: 15 Mar 2011 08:03 AM PDT KUALA LUMPUR 15 Mac – Menuduh sesuatu perkara itu sebagai satu pembohongan adalah perkara biasa kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Anwar akan mencuba apa sahaja untuk memanupulasikan apa jua fakta membabitkan dirinya untuk mendapatkan perhatian. "Biasalah dia buat begitu, beliau akan buat apa sahaja untuk kepentingan dirinya, Tun Mahathir telah beri peluang kepadanya untuk bercakap pada malam itu, sama juga ahli-ahli Majlis Tetinggi yang lain. "Anwar diberi peluang oleh Tun Mahathir untuk berucap dan saya saksi dan Anwar telah menjelaskan perkara itu kepada semua Ahli Majlis Tertinggi, beliau antara yang paling panjang berucap atau bercakap pada malam itu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Anwar bahawa apa yang ditulis dalam buku berjudul A Doctor In The House suatu pembohongan adalah tidak benar dan berniat jahat. Dalam dakwaannya, Anwar mengatakan beliau tidak diberi peluang secukupnya untuk menjelaskan perkara itu dalam mesyuarat majlis tertinggi berkenaan yang membincangkan mengenai salah lakunya sehingga menyebabkan dipecat daripada jawatan Timbalan Presiden UMNO ketika itu. Ketika mesyuarat berkenaan pada 1998 bagi membincangkan kes salah laku Anwar, Ahmad Zahid adalah Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Ahmad Zahid berkata, apa yang ditulis oleh Mahathir dalam buku berkenaan adalah benar dan menceritakan apa yang sebenarnya berlaku dan tidak berlaku tokok tambah berhubung perkara itu. Ahmad Zahid berkata, apa yang ditulis oleh Mahathir dalam buku berkenaan adalah benar dan menceritakan apa yang sebenarnya berlaku dan tidak berlaku tokok tambah berhubung perkara itu.
Menurutnya, mesyuarat itu bukan hanya dihadiri antara Anwar dengan Mahathir sahaja tetapi turut dihadiri oleh semua ahli majlis tertingggi termasuk naib-naib presiden dan ketua-ketua sayap. Tegasnya, jika ada salah laporan dalam tulisan dalam buku berkenaan, sudah pasti ada di kalangan ahli majlis tertinggi yang hadir pada malam itu akan menyuarakan ketidak benaran mengenai apa yang dilaporkan. "Saya pasti semua yang hadir dalam mesyuarat itu diberi peluang untuk bercakap termasuk saya sendiri, Anwar juga bercakap dengan panjang lebar dan didengari oleh semua yang hadir," katanya. Ahmad Zahid berkata, tidak mungkin Mahathir berbohong tetapi kalau Anwar membuat pembohongan adalah perkara biasa kerana dia sering melakukan perbuatan sebegitu. -MediaUMNO
Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah | Pengguna Facebook Wajib Tengok Video Ini - Memang Hebattt !!! Posted: 15 Mar 2011 07:30 AM PDT | Statistik Utusan Malaysia Menaik dan Harakahdaily Menurun : BN 1 - PAS 0 !!! Posted: 15 Mar 2011 07:16 AM PDT | Blogger Gerakan Timur : Sahabatku - Kita Tidak Mampu Lagi... !!! Posted: 15 Mar 2011 06:40 AM PDT
Tsunami yang melanda Jepun rupanya sehebat tsunami yang berlaku ketika ini diantara blogger pro kerajaan dan UMB. Spt yang GT pernah tulis sebelum ini, GT tidak pernah berhubung dengan UMB. Sekadar dgr cerita-cerita dari blogger2 yg lebih berpengalaman. Biarlah cerita-cerita ini menjadi pengalaman GT dalam berjuang untuk agama, bangsa dan negara.
GT yakin UMB sudah menerima isyarat jelas dari otai2 blogger. Diharap sedikit teguran ini akan ada penambahbaikan dari segi pengurusan dan kecekapan UMB beroperasi.
GT melihat kemelut ini sebenarnya memberi ruang dan peluang untuk blogger pembangkang menangguh di air yang keroh. Kalau dilihat dari segi penguasaan, blogger pembangkang sudah bersepai angkara fitnah mereka telah dipatahkan ntah berapa kali hitungannya. Dan kekuatan yang terbina hasil dari usaha semua, jgnlah smpai menerbitkan permusuhan.
Itu antara rumusan yang GT dapat dari membaca blog-blog otai seperti Panglima Perang Cyber, GAP, Braveheart dan beberapa lagi. Komen-komen pembaca juga mahukan sengketa ini ditamatkan dengan segera demi PRU yang akan datang.
Paling hampir, Sarawak akan menjadi medan peperangan yang maha hebat. Fokus serangan harus dihalakan pada isu-isu yang berkenaan. Tujuan kita semua satu: Pastikan BN menang dgn selesa!!!
Kita seharusnya pada saat ini meraikan kemenangan di Kerdau dan Merlimau!!! Momentum ini harus digenggam rapi, untuk kita bawa ke medan perang seterusnya. Ayuh, kita redakan tsunami ini, kerana mata-mata fuckatan sedang meraikan kemelut ini dgn berpesta ria.
Dari tidak mengenali kita bersahabat, sudah bersahabat mengapa perlu kita bersengketa?
Gerakan Timur menyahut seruan sahabat blogger GAP, agar fokus kembali ke landasan perjuangan sebenar. Misi Tawan Semula Selangor dan menang PRU ke 13 menjadi matlamat GT.
SELANGOR BANGKIT!!!
nukilan : Gerakan Timur
Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah | Penjelasan Isu Kitab Bible Versi Melayu - Apa Pandangan Anda Sebagai Umat Islam ? Posted: 15 Mar 2011 05:11 AM PDT Mohon pandangan anda sebagai orang Islam tentang hal ini. Untuk rujukan Kerajaan telah menahan Al-Kitab iaitu Bible Versi Melayu dari dibawa masuk ke Malaysia. Ini kerana Al Kitab tersebut tidak mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Perlembagaan. Pihak Kristian di Malaysia sedang berusaha meminta Kerajaan melepaskan Al Kitab untuk digunakan oleh penganut Kristian. Sedangkan ia tidak mengikut Perlembagaan Malaysia selain masih dalam perbicaraan di Mahkamah. Paling 'celaka' ialah DAP kini bersetuju saranan tersebut walhal Kerajaan sedang berusaha meminta Hakim memutuskan tindakan menahan 35,000 naskhah tersebut di Mahkamah sebelum mengambil keputusan selanjutnya. Lihat kenyataan Lim Kit Siang di sini.
Sila baca keterangan lengkap dari peguam dan YB Kulim Zulkifli Nordin di bawah dan berikan pula pandangan anda tentangnya dalam ruang komen....
Salam 2 all.
Teman melihat kekeliruan dan kecelaruan berkenaan isu bible versi bahasa Indonesia makin kalut dikalangan orang Melayu sendiri. Diwaktu Kerajaan Persekutuan sedang mencari jalan penyelesaian terbaik, kepimpinan Pakatan pembangkang membuat kenyataan mendesak supaya Kerajaan membenarkan masuk 35,000 naskah bible versi bahasa Indonesia yang ditahan di Pelabuhan Klang & Pelabuhan Kucing. Teman fikir inilah masa terbaik untuk kepimpinan Melayu-Islam saperti PAS-UMNO bersatu suara menghadapi isu ini. Biarkan kafir MCA, Gerakan, DAP dan lain-lain dengan pendirian kufur mereka itu. Tetapi malang, kerana politik agama menjadi bahan sepak terajang. Na'uzubillah!
Teman tidak hairan kalau MCA, Gerakan atau DAP membuat tuntutan tersebut, tetapi bila mengenangkan pemimpin Melayu didalam Pakatan pembangkang turut beriya menuntut bible itu dibenarkan masuk, sebagai seorang Muslim teman agak kecewa. Ini ditambah dengan hakikat bahawa pendirian mereka diambil semata-mata kerana kepentingan politik tanpa mengambil kira kesan yang akan berlaku kepada Islam dan umat Islam pada masa kini dan akan datang. Apakah benar sabda Rasulullah saw bahawa diakhir zaman nanti akan muncul agamawan yang tersangatlah jahat dan punca fitnah kepada ummah. Apakah kita sedang melaluinya? Dan apakah kita akan menjadi saperti Yahudi & Kristian, yang telah diberitahu oleh ALLAH & Rasul-Rasul akan perkara yang akan berlaku termasuk kedatangan Rasulullah saw, tetapi bila ianya datang mereka menjadi penentang paling kuat!
Sebenarnya isu bible versi bahasa Indonesia ini telah diputarbelitkan sehingga meresahkan umat Islam dan juga golongan Kristian. Sedangkan isunya mudah sahaja. Bagi orang segelintir penganut Kristian di Sabah/ Sarawak, mereka tidak berbahasa Inggeris. Samada mereka bercakap Melayu, Kadazan, Murut, Melanau, Dusun, Iban, Dayak dan lain-lain. Dan bila dikira yang benar-benar menggunakan bahasa Melayu, jumlahnya terlalu sedikit. Mungkin pihak berkuasa perlu membuat bancian jumlah sebenar penganut Kristian di Sabah/ Sarawak yang benar-benar menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantara.
Kita tidak menentang pribumi penganut Kristian di Sabah/ Sarawak menggunakan apa juga bahasa yang selesa bagi mereka; samada untuk perbualan harian ataupun tujuan agama. Apatah lagi Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan.
Isu yang menjadi bantahan umat Islam ialah penggunaan istilah-istilah tertentu didalam bible versi bahasa Indonesia itu. Contohnya mengapa perlu diberi nama bible itu "Al-Kitab"? Jangankan orang awam, ustad pun boleh terkeliru. Kenapa tidak dipanggil "Bibel Kristian"? Kedua, perkataan dan istilah saperti ALLAH, Malaikat, wahyu, Rasul, penggunaan nama Nabi-Nabi saperti didalam Islam sedangkan mereka ada nama tersendiri didalam Bible saperti Nabi Yusuf (Josef), Musa (Moses), Daud (David), Yunus (Johannes), Nuh (Noah) Yaakob (Jacob) dan banyak lagi.
Penggunaan istilah-istilah saperti ini adalah bercanggah dengan:
1. Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan; 2. Keputusan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan; 3. Enakmen-Enakmen Negeri-Negeri yang digubal berdasarkan peruntukkan Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.
Bermakna sesiapa juga yang didapati mencetak, menerbit, menyebarkan, memiliki dan lain-lain buku atau kitab yang bukan dimaksudkan untuk orang Islam dan menggunakan istilah-istilah ini dan lain-lain istilah yang dinyatakan didalam Enakmen-Enakmen tersebut adalah melakukan kesalahan jenayah yang boleh dikenakan tindakan pendakwaan jenayah di Mahkamah Sivil dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara. Oleh itu, membawa masuk buku yang dipanggil "Al Kitab" versi bahasa Indonesia yang mengandungi perkataan dan istilah tersebut adalah suatu kesalahan jenayah!
Ada juga segelintir Melayu pro-murtad dan liberalis yang berhujah takkan orang kafir langsung tidak boleh menggunakan perkataan-perkataan saperti ALLAH, Ka'bah, Haji, Qiblat dan lain-lain. Ada yang sampai begitu dangkal membuat kenyataan "adakah orang kafir yang memanggil seorang Muslim saperti Tuan Haji Yeop baru balik dari Mekah ke?", maka ia melakukan kesalahan jenayah. Tu lah, nak kata bodoh dia sekolah, nak kata sekolah cakap macam orang takde akal.
Yang dilarang ialah mereka menggunakan perkataan dan istilah tersebut untuk tujuan selain Islam. Contohnya kalau mereka kata "Tuan Haji Karpal Singh baru sahaja balik dari mengerjakan haji di India". Ataupun mereka sebut "penganut Kristian bersolat dengan menjadikan patung salib sebagai qiblat mereka". Penggunaan istilah dan perkataan saperti ini adalah dilarang dan bercanggah dengan Artikel 11 (4) Perlembagaan dan Enakmen-Enakmen Negeri yang telah digubal.
Yang teman hairan, mengapa isu pelarangan kemasukan bible bahasa Indonesia ini diperbesarkan. Pertama, ianya adalah buku terbitan dan keluaran daripada Indonesia menggunakan bahasa Indonesia.
Kedua, bukan sahaja buku saperti bible versi bahasa Indonesia ini yang dilarang masuk. Sedangkan disana terdapat banyak buku, termasuk Al Quran yang dilarang dibawa masuk kedalam negara ini. Banyak naskah Al Quran yang pernah dirampas oleh pihak berkuasa. Ini adalah naskah-naskah Al Quran yang didapati bercanggah dengan fahaman Ahlus Sunnah Wal Jama'ah atraupun melanggar peruntukkan undang-undang negara. Kalau buku, berlambak dah buku mengenai Islam juga diharamkan masuk. Malah ada buku mengenai Islam yang diharamkan walaupun dicetak didalam negara saperti Kitab Aurad Muhamaddiyah dan banyak lagi.
Oleh itu, isu kononnya penganut Kristian dianiaya dan dianaktirikan adalah satu dakwaan yang meleset dan pembohongan semata-mata. Sebenarnya isunya ialah bible versi bahasa Indonesia ini melanggar undang-undang negara dan tindakan menghalang pengimpotannya adalah menurut undang-undang.
Satu perkara yang ingin diperkatakan disini ialah teman tidak membantah segelintir penganut Kristian untuk menggunakan bahasa Melayu untuk tujuan keagamaan mereka. Jumlah mereka bukan ramai pun. Kalau tak percaya cuba tengok kehadiran digereja pada hari Ahad, lebih ramai orang luar (saperti Filipino) yang hadir pun. Itu adalah hak mereka. Malahan bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan. Yang kita pertikaikan ialah penggunaan beberapa perkataan dan istilah yang sememangnya dilarang oleh Artikel 11 (4) Perlembagaan dan Enakmen-Enakmen Negeri. Selagi mereka mematuhi undang-undang tersebut, pakailah bahasa Melayu untuk apa tujuan sekalipun.
Adios amigos, grasias senor.
Wallahua'lam & Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin Isnin 09 Rabi'ul Akhir 1432 14 Mac 2011
Panglima bersetuju selagi Al Kitab bercanggah dengan Perlembagaan maka ia tidak boleh dibenarkan diedar kepada penganut Kristian. Undang-undang perlu dipatuhi. Dalam hal ini PAS nampaknya sudah semakin FOR ALL dan LIBERAL sehingga menyokong AlKitab kepada Kristian demi undi !
| |
DARUL EHSAN TODAY Posted: 15 Mar 2011 11:37 PM PDT Khalid Samad Antara Manusia Yang Gembira Penahanan Alkitab Ditarik Balik Posted: 15 Mar 2011 09:51 PM PDT Setelah berhempas pulas memperjuangkan kalimah ALLAH untuk diletakan di dalam gereja dan injil dan selepas berpeluh ketiaknya dan basah lidahnya memaki hamun pemimpin umno yang kononnya tidak berlaku adil kepada agama kristian, akhirnya khalid samad boleh tersenyum gembira apabila perjuangannya untuk alkitab berjaya. Kelmarin kerajaan dan menteri dalam negeri terpaksa tunduk akur kepada berberapa puak pelampau kristian yang mendesak kerajaan menarik semula penahanan kitab injil berbahasa melayu, amat malang sekali bila pas yang dikatakan memperjuangkan islam turut sama bersorak gembira dengan keputusan terbaru kementerian dalam negeri itu.
Sudah tentu dengan penarikan balik kitab injil berbahasa melayu ini menjadi kemenangan moral kepada puak pelampau kristian ini untuk terus berjuang untuk mendapatkan pula hak penggunaan kalimah ALLAH di dalam gereja dan kitab injil.
| Anwar melawan kehendak rakyat Posted: 15 Mar 2011 07:12 PM PDT Kenyataan Media
Anwar melawan kehendak rakyat GAPS terperanjat dengan politik mahkamah yang dimainkan oleh Anwar Ibrahim dalam bicara kes liwat 2 nya semalam. Anwar Ibrahim memaksa rakyat untuk menutup mulut atas jenayah liwat yang dilakukan nya kepada seorang rakyat marhaen bernama Saiful Azlan Bukhari. Beliau cuba menggunakan kedudukannya sebagai ketua pembangkang di parlimen untuk menghalalkan perbuatan terkutuknya itu. Beliau mengesa mereka yang membuat demontrasi itu dikenakan tindakan undang-undang. Kan selama ini yang dilaung-laungkan oleh anwar adalah kebebasan bersuara, bergerak dan berpersatuan. Bukan kah berdemontrasi itu adalah budaya yang anwar pupuk sejak di bangku universiti malaya ? Kini bila rakyat bangun berdemonstran terhadapnya, rakyat itu dimarah pulak oleh anwar sebagai biadap dan kurang ajar. Salahkah rakyat bangun mendesak anwar memberikan sample darah untuk ujian DNA ? Atau memang sudah lazim orang politik akan bersikap double standard bila perkara itu terkena batang hidungnya sendiri ? GAPS sedia merancang demontrasi dalam skala yang lebih besar bagi memastikan anwar tunduk kepada proses perundangan dinegara. Perbuatan liwat Anwar adalah bukti beliau bukan anugerah Tuhan yang layak disembah bagai dewa dari kayangan. Meminjam ungkapan Karpal Singh - Anwar perlu bertaubat ! Hamidzun Khairuddin Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor ( GAPS) Ceramah Selamatkan Selangor DUN Seri Serdang, Puchong.
16 Mac, Rabu, 830 malam, Perkarangan Balai Kemas, Jalan 4/3 Taman Seri Andalas, Serdang Jaya, Seri Kembangan, Selangor. Penceramah - YB Datuk Dr. Mohd Satim Diman (Ketua Pembangkang Dun Sgor), Sdri Ummi Hafilda Ali ( Aktivist Masyarakat). | Anwar, Wan Azizah Bukan Suami Isteri Lagi ??? Posted: 15 Mar 2011 02:09 AM PDT Korang tengok betul-betul gambar ni, kenapa wan azizah pegang tangan anwar dalam dia pakai glove, adakah dia jijik nak pegang tangan seorang peliwat atau mereka bukan suami isteri yang sah lagi.
Masa prk tenang dulu, calon pas normala pakai glove juga, tujuan dia pakai glove untuk dia salam dengan bukan muhrim, tapi kat sini kenapa wan azizah pakai glove pegang tangan anwar? adakah mereka bukan suami isteri lagi?
| |
Belantan Posted: 15 Mar 2011 11:33 PM PDT Pertikai dana YKE: Faekah lebih kuah dari sudu! Posted: 15 Mar 2011 06:20 PM PDT Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dibidas kerana mempertikaikan sumbangan berjumlah kira-kira RM500,000 oleh Yayasan Kelana Ehsan (YKE) dengan kerjasama UMNO kepada pelajar Selangor yang menuntut di Mesir. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO negeri, Ungku Salleh Ungku Jamal berkata, beliau kesal dengan kenyataan Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Hussin yang memperlekehkan kemampuan UMNO negeri dan YKE dalam menyediakan dana sebanyak itu demi kebajikan para pelajar yang memerlukan. Malah beliau turut kesal dengan sikap Faekah yang seolah-seolah mempertikaikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) apabila meminta suruhanjaya itu 'tidak bersikap berat sebelah hingga akhirnya meletakkan institusi tersebut begitu rendah kredibilitinya'. ''Sebaliknya, kami mencabar Faekah terlebih dahulu membuat laporan kepada SPRM dan mengemukakan bukti-bukti yang menyebabkan beliau ragu dengan dana yang diberikan khas kepada pelajar Selangor itu. ''Bagaimana dia terus membuat tuduhan SPRM double standard dan meragui dana YKE dan UMNO Selangor tanpa bukti. Saya nasihatkan beliau supaya membuat rujukan sebelum bercakap agar dia nampak lebih matang," katanya disini semalam. Beliau mengulas kenyataan Faekah semalam yang meminta SPRM menyiasat aset dan perniagaan yang dijalankan oleh YKE sehingga mampu bekerjasama dengan UMNO Selangor menghulurkan sumbangan kepada pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir pada Rabu lalu. Dalam kenyataan itu, Faekah dilihat cuba memperlekehkan sumbangan yang dilakukan oleh UMNO dan YKE kepada para pelajar tersebut apabila membangkitkan dakwaan bahawa UMNO tidak melunaskan hutang Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Beliau juga mengeluarkan nada berbau 'ugutan' bahawa kerajaan negeri akan menyenaraikan semua hutang UMNO dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini. Ungku Salleh menjelaskan, UMNO Selangor tidak pernah lari daripada menjelaskan bil tuntutan daripada mana-mana PBT sejak 2008. ''Jika ada bil kita akan bayar. Kita bukan seperti kerajaan PKR yang sering membuat bayaran 'pendahuluan'," katanya sinis. Malang sungguh MB Khalid mempunyai seorang Setpol yang rendah daya pemikirannya walaupun beliau dikatakan seorang peguam. Inilah dia perangai buruk kerajaan Pakatan Haram Selangor. Sudahlah nak menolong dikatakan tidak mampu, tetapi apabila orang lain nak menolong mereka merasa irihati pula. Banyak cakap pulak tu mengalahkan seorang "menteri". Jika Faekah menpertikaikan sumber kewangan dana YKE, kemana hilangnya wang yang ditinggalkan oleh BN sebanyak RM84 juta didalam Yayasan Selangor semasa BN memerintah? Mengapa sehingga sekarang Yayasan Selangor mengalami defisit sebanyak RM14 juta? Kemana wang Yayasan Selangor telah dibelanjakan? Nasihat buat Faekah Husin, jangan jadi macam ayam bertelur sebiji tetapi riuh sekampung. Cakap berdegar-degar, tetapi bontot penuh dengan najis! Suara Politik Taminsari | |
The Unspinners Posted: 15 Mar 2011 11:33 PM PDT |
oyabun Posted: 15 Mar 2011 11:26 PM PDT Anwar 'menggigil' sahut cabaran rakyat serah sampel DNA! Posted: 15 Mar 2011 07:49 PM PDT Anwar Ibrahim dilihat berterusan mengelak daripada menyahut cabaran pelbagai pihak supaya beliau menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) bagi merungkai siapa identiti lelaki 'Y' yang meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan. Sebaliknya, Ketua Pembangkang itu cuba mengalihkan tuntutan yang disuarakan rakyat Malaysia melalui demonstrasi secara aman di seluruh negara semalam, kepada isu yang tiada kaitan dengan kes liwatnya, iaitu kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shariibu. Malah, Anwar yang kelihatan sedikit menggigil ketika melayan asakan pemberita, cuba menjawab di luar konteks dengan mempersoal kenapa tidak didesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan menteri Kabinetnya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menyerahkan DNA terlebih dahulu. "Hendak mempermainkan isu ini, seolah-olah ada DNA dan saya takut hendak bagi DNA...Itu hanya helah politik jahat mereka, ini fitnah, khianat dan inilah mainan mereka yang akhirnya terpaksa bergantung di dubur orang lain untuk mengekalkan kuasa. "Tapi kalau soal tuntutan (supaya diserahkan DNA), kenapa tidak buat tuntutan supaya Perdana Menteri bagi DNA, pasal apa tidak desak Rais serah DNA atas tuduhan yang dikaitkan dengan kes rogol pembantu rumahnya," katanya di Parlimen, hari ini. Anwar berkata demikian ketika diminta menyatakan pendirian berhubung desakan pelbagai pihak di Kelantan, Melaka, Pahang, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor supaya menyerahkan sampel DNA bagi membolehkan mahkamah menentukan siapakah lelaki 'Y'. Terdahulu, ketika di pekarangan Mahkamah Tinggi, bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga enggan memberi sebarang ulasan mengenai cabaran rakyat meskipun dikejar oleh wartawan, sebaliknya beliau menyerah 'tanggungjawab' tersebut kepada peguamnya, Karpal Singh. Untuk rekod, Perdana Menteri pernah bersumpah laknat bahawa beliau tidak pernah mengenali Altantuya (sesuatu yang tidak berani dilakukan oleh Anwar sampai sekarang) dan bekas pembantu rumah Rais sendiri, yang dikaitkan dengan tuduhan rogol, juga menafikan dia dirogol. Sementara itu, Anwar juga mengelak daripada menyahut cabaran pelbagai pihak supaya beliau menyaman bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana menulis mengenai kegiatan seksnya dalam memoir A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad. Ketua pembangkang itu memberi alasan, sudah terlalu banyak isu yang ditanya oleh pemberita pada hari ini tetapi mengakui beliau sudah berbincang dengan pasukan peguamnya berhubung kandungan buku tersebut yang mengaitkannya dengan seks terlarang bersama empat wanita. "Itu saya jawab kemudian...Saya akan jawab kemudian. Saya sudah bincang tadi dengan pasukan peguam saya. Hari ini sudah terlalu banyak isu dan kita simpan perkara ini kemudian," katanya. BERANI kerana BENAR. TAKUT kerana SALAH...! Nasihat buat Anwar..jangan ubah topik? Tak perlu nak kaitkan orang lain dengan kes liwat kamu. Ada faham ka!!! Wasabi Oyabun | |
My Longest Yard Posted: 15 Mar 2011 11:16 PM PDT 'Kami 100,000 Rakyat Desak Rais Yatim/RTM Siarkan Live Liga Malaysia' Posted: 15 Mar 2011 05:23 PM PDT PARA peminat sukan tempatan nampaknya seperti sudah hilang sabar apabila Radio dan Televi- syen Malaysia (RTM) masih terus gagal menyiarkan siaran langsung perlawanan Liga Malaysia (Liga M) 2011 sehingga malam tadi. Selepas berlalu tujuh perlawanan Liga Super yang bermula pada 29 Januari lalu tanpa sebarang perlawanan pun disiarkan secara langsung oleh RTM, aksi suku akhir pertama Piala FA malam tadi turut gagal disiarkan. Malah aksi final Kejohanan Badminton Seluruh England yang menemukan Datuk Lee Chong Wei dengan Lin Dan pada awal pagi kelmarin, turut tidak disiarkan secara langsung oleh RTM yang sering melaungkan slogan 'Sukan Terbaik Hanya di RTM'. Kecewa dengan sikap acuh tak acuh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim tentang soal siaran langsung sukan tempatan itu, satu laman Facebook yang dinamakan 'Kami 100,000 Rakyat Desak Rais Yatim/RTM Siarkan Live Liga Malaysia' telah dibuka. Sehingga semalam, seramai 2,485 sudah menyertai laman Facebook berkenaan sebagai tanda desakan supaya Rais sebagai orang yang paling berkuasa di RTM mendengar rintihan rakyat Malaysia yang mahu- kan aksi Liga M disiarkan secara langsung. RTM sebelum ini merupakan pemegang hak penyiaran Liga M dengan nilai tajaan RM6 juta setahun tetapi pada 2 Januari lalu, Astro diumumkan sebagai pemegang baru hak tersebut dari 2011 hingga 2014 dengan nilai tajaan RM30 juta setahun. Namun, Astro bukanlah pemegang hak eksklusif siaran langsung Liga M kerana mana-mana stesen televisyen tempatan lain tetap dibenarkan untuk membeli hak penyiaran tersebut daripada stesen televisyen satelit itu. Masalah timbul apabila RTM dikatakan mahukan 'diskaun berlebi- han' sedangkan bayaran yang dikenakan Astro ialah RM6 juta setahun, sama seperti jumlah dibayar RTM kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini. Bukan semua rakyat Malaysia melanggan saluran berbayar Astro terutama mereka yang tinggal di kawasan pedalaman. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut melaungkan slogan 'Sukan menyatukan kita semua' tetapi bagaimana untuk menyatukan rakyat jika RTM tidak menyokong sukan tempatan. - Kosmo
| |
Dialog Dewasa Kritik Berasa Posted: 15 Mar 2011 11:03 PM PDT |