apa kah si-cantik manis ini akan kena buang kerja?
Apa lah malang nya nasib pekerja-pekerja di Malaysia Airlines, dan bagaimana lah mangkuk ini telah dipilih olih pekerja-pekerja MAS untuk mengepalai kesatuan pekerja mereka, sebabnya gurkah-gurkah politik di'port' nampak yang dia ini seorang yang cukup bangang bila dia bagi statement kata "Cuti tanpa gaji selama 12 hingga 24 bulan yang ditawarkan kepada pekerja-pekerja MAS adalah satu langkah yang cukup bijak dan tepat".
Kah..Kah..Kah..
Bila gurkah-gurkah politik di'port' melihat kepada kenyataan nya itu maka gurkah-gurkah ini telah membuat kesimpulan bahawa jawapan kepada kenapa MAS sentiasa 'operate on loss account'? ianya ada lah disebabkan MAS mempunyai pegawai-pegawai yang 'ber-otak udang' macam dia ni.
Tetapi apabila tawaran untuk mengambil cuti secara sukarela itu telah tidak mendapat sambutan daripada pekerja-pekerja MAS, setelah pegawai-pegawai (yang tidur sayup dan bangun awai) itu sudah tidak ada jalan lain lagi bagi menyelamatkan kantung MAS yang sudah kekeringan itu, maka tiada jalan kecuali terpaksa di-buang saja pekerja-pekerja MAS yang didapati berlebihan ini.
"...Ketua pegawai eksekutif Malaysia Airlines (MAS) Ahmad Jauhari Yahya berkata syarikat itu tidak menolak kemungkinan untuk mengurangkan tenaga kerjanya dalam rancangan untuk meningkatkan pulangan secara agresif, selepas mencatat kerugian bersih RM2.5 bilion tahun lalu.
Katanya, tindakan tersebut merupakan antara langkah terakhir.
"Kos tenaga kerja adalah satu perkara yang kita perlu tangani pada masa ini. Untuk jangka masa panjang, kita perlu tanganinya..." anda boleh sambung baca cerita MAS nak buang pekerjanya itu
KOMENTAR TUKAR TIUB setakat ini sapian belum sampai jangan risau sapina ini akan sampai juga
kalau di sapina tidak hadir maka akan dikeluarkan waran
kerana kes ini di mahkamah peranchis maka ianya akan menjadi kes interpol interpol maknanya international police dalam bahasa melayu polis antarabangsa
bila interpol cari maka ini kes besar sama macam kes presiden chile pinochet sama macam kes ariel shahron
tak mahkamah tidak apa tetapi tidak boleh mundar mandir di eropah kerana negara ini memiliki perjanjian ekstradiksi
SIAPA UPAH PEMBUNUH INI?
ISU SCORPENE: TIADA SEPINA KE ATAS PM, KATA KHAIRY - mkini
Ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata sehingga ke hari ini, tiada sepina yang mengarahkan perdana menteri untuk tampil ke mahkamah di Perancis berhubung dakwaan rasuah dalam pembelian kapal selam Scorpene.
Oleh itu dakwaan rasuah dalam pembelian dua kapal selam berharga RM7.3 bilion itu tidak melibatkan Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan Malaysia, katanya.
"Yang kena saman bukan perdana menteri atau kerajaan Malaysia. Tapi cuma sebut (nama) sahaja.
JENG JENG JENG JENG JENG JENG JENG JENG JENG
woit...APA PUNYA NASIB.... kah kah kah...
kah kah kah...HANYA MENANTU AYAH YANG MEMBODEEEK... kah kah kah..
kah kah kah...APA JADI MUNKEE MUNKEE YANG LAIN....kah kah kah..
kah kah kah....KENAPA TAK ADA SUARA BODEKAN BERAMAI RAMAI...... kah kah kah...
kah kah kah...BIASANYA SEMUA AKAN HEBOH MEMBODEEEK... kah kah kah...
woit...TAK KAN BIARKAN MENANTU AYAH SORANG AJE YANG BODEEEEK.... kah kah kah...
kah kah kah...APA JADI DENGAN AFDAL?.... kah kah kah..
kah kah kah...APA JADI DENGAN PARA MENTERI BESAR.... kah kah kah...
kah kah kah...APA JADI DENGAN KETUA KETUA BAHAGIAN.... kah jkah kah..
kah kah kah...BIASANYA BILA PRESIDEN PARTI KENA SERANG SEMUA BANGUN MELAWAN... kah kah kah...
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
woit... MUHYIDDIN KATA : NO KOMEN... kah kah kah..
kah kah kah...APA MAKNANYA NO KOMEN?....kah kah kah....
TOLAK TIGA NILAI BURUK INI: INGATAN TPM - utusan meloya
KUALA LANGAT 23 Jun - Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yasiin mengingatkan rakyat agar menolak Najib dan Rosmah kerana cuba mengajar masyarakat di negara ini mengamalkan nilai yang tidak baik.
Tegas Timbalan Perdana Menteri, ajaran songsang Najib dan Rosmah ini itu jelas dilihat menerusi tiga sikap negatif mereka yang cuba diterapkan kepada rakyat iaitu menceraikan suami dan isteri pertama mereka, terus mengaku bujang dan dara, tidak pernah mengaku janda dan duda, tidak mengenang budi isteri dan suami pertama dan juga tidak pernah mengakui mereka memiliki anak dengan pasangan pertama.
"Ada tiga nilai yang tidak baik yang diajar Najib dan Rosmah kepada masyarakat kita. Pertama, mencerikan isteri dan suami pertama untuk mencapai cita-cita politik.
"Keduanya, budi isteri dan suami pertama tidak mereka hargai, kerana apabila kita berbudi kepada suami atau isteri pertama, mereka tidak akan sakit hati kita, tetapi Najib dan Rosmah kata tidak pernah mengakui mereka telah pernah berkahwin jauh sekali untuk berbudi kepada bekas suami dan isteri mereka...ini nilai yang buruk.
Ketiganya, hutang tak perlu dibayar, ini pun nilai yang buruk, kalau hutang kita wajib bayar balik. Kalau kita meninggal dunia pun, roh kita akan tersiksa kalau hutang tidak dilunaskan..ini ajaran Islam, tapi pada Rosmah dan Najib mereka bukan sahaja merembat harta negara malah kenduri kahwin anak pun memakai duit negara. " kata Muhyiddin.
Laporan Polis mengenai aduan seorang pemuda Muhammad Amin Chik 31, bahawa perakam video miliknya telah dirampas petugas program ceramah adalah laporan palsu.
Laporan tersebut bertujuan memfitnah dan menggambarkan seolah-olah ceramah Pakatan Rakyat mengganggu ketenteraman awam dan bertindak ganas.
Laporan polis telah dibuat oleh Ketua PAS Cawangan Sungai Rokam, Cikgu Mohamed Ali Di IPD Ipoh keatas laporan tersebut meminta pihak polis menyiasat perkara tersebut.
Beliau menggesa polis supaya melakukan siasatan lanjut ke atas pengadu, Muhammad Amin Chik kerana membuat laporan palsu tersebut.
Beliau menafikan berlakunya sebarang kejadian seumpama itu dan menyifatkan sebagai langkah terdesak Umno kerana ceramah Pakatan Rakyat semakin mendapat sambutan rakyat.
Dakwaan tersebut seolah-olah ada persamaan dengan berita palsu blog Sungai Rapat Online yang antara lain menulis :
Sekitar ceramah dilihat dikawal ketat oleh pengawal-pengawal Pas seolah-olah terlalu takut ceramah mereka dirakam. Sesiapa sahaja yang merakam tidak kira apa peralatan yang digunakan sama dengan telefon bimbit atau video cam nescata (nescaya) pengawal mereka akan merampas dan peralatan itu akan menjadi hak milik mereka dan tidak akan dikembalikan lagi.
Diakhir ceramah mereka akan melelong peralatan itu dengan harga yang cukup murah kononnya untuk dimasukkan dalam tabung pilihanraya.
Ketua PAS Taman Soong Choon, Zulkifli Tapsiron turut membuat laporan polis mengenai fitnah blog Sungai Rapat Online tersebut. Beliau telah menafikan tentang kebenaran laporan tersebut dan menyifatkannya sebagai fitnah semata-mata. Lihat di sini
Setelah gagal dalam cubaannya mengganggu ceramah-ceramah Pakatan Rakyat, Hamidah Osman @ Hamidah BP kini memperalatkan Ketua Kampung Sungai Rokam, Hj Yahya Zainuddin untuk mensabotaj majlis ceramah Pakatan Rakyat, khususnya di Kampung Sungai Rokam.
Dalam laporan akhbar Sinar Harian keluaran hari ini, 24 Jun 2012, bertajuk "PR digesa hentikan ceramah," Hj Yahya mencadangkan supaya ceramah Pakatan Rakyat diadakan di tempat lapang.
Mengulas cadangan tersebut, Cikgu Mohamed Ali, selaku Ketua Cawangan PAS di situ menasihatkan Hj Yahya supaya jangan berlagak macam anjing yang akan menyalak hanya apabila disuruh oleh tuannya, Hamidah Osman @ Hamidah BP.
Menurutnya, sebelum ini, setiap kali Pakatan Rakyat mengadakan ceramah, Hamidah BP akan turut mengadakan ceramah berhampiran tempat mereka dengan menghalakan pembesar suara ke arah majlis ceramah mereka bagi tujuan mengganggu.
"Kenapa perlu dia buat ceramah di luar dewan dan meletakan pembesar suara diluar pagar dewan menghala ke arah kami?" Tanya Cikgu Mohamed Ali.
"Hj Yahya sepatutnya membenarkan kami menggunakan Dewan Orang Ramai Kampung tersebut jika benar dia prihatin mengenai ketenteraman awam yang kononnya diganggu oleh ceramah-ceramah Pakatan Rakyat." Katanya lagi.
Menurut Cikgu Mohamed Ali, alasan tidak dapat dibuktikan dengan fakta bahawa program ceramah dari Pakatan Rakyat (PR) telah menggugat keselamatan awam.
"Apa yang tergugat dengan program ceramah PR ini adalah Umno. Adakah tergugatnya Umno bererti tergugatnya orang awam?" Tanyanya.
"Maimunah Khalid yang membuat kenyataan dalam berita tersebut adalah Ketua Wanita Umno Sungai Rokam.Memanglah dia bermusuhan dengan kita dan akan cakap ikut apa yang disuruh orang atasannya,"jelas Cikgu Mohamed Ali.
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Mereka tidak minta dilahirkan begini, namun takdir menentukan ketiga-tiga beradik lelaki dari Dominica ini dikesan mempunyai ketidakstabilan hormon dalam tubuh badan mereka atau lebih dikenali dengan Gynecomastia.
Kesannya, kesemua mereka mempunyai payudara seperti seorang wanita.
Dek kerana fizikal mereka yang dikatakan aneh dan ganjil dari lelaki-lelaki lain, mereka sering dipukul, diganggu dan diejek oleh masyarakat sekeliling.
Namun, kini semuanya berubah apabila 'payudara' mereka telah pun dibuang melalui proses pembedahan di salah sebuah hospital di sana.
Gynecomastia atau Gynaecomastia adalah perkembangan tidak normal di mana kelenjar susu di bahagian payudara kaum lelaki membesar dan menyebabkan mereka mempunyai bentuk fizikal seperti wanita.
Keganjilan mempunyai payudara atau mempunyai hormon ini adalah mungkin disebabkan oleh keturunan atau pun memiliki hormon wanita yang diwarisi dari si ibu.
Golongan lelaki yang terdedah untuk mempunyai hormon tidak stabil ini adalah remaja dan golongan tua apabila mereka mengalami gangguan metabolisma.
Bagaimanapun, nisbah untuk mengalami ketidakstabilan hormon ini bukanlah disebabkan proses kegemukan atau obesiti bagi sesetengah individu.
Tetapi, pakar-pakar kajian masih lagi melakukan kajian mengenai proses hormon yang ganjil ini.
Pakar-pakar telah pun mengeluarkan kajian mereka dan mengatakan punca gynecomastia masih lagi tidak dapat disahihkan kepada satu-satu sebab walaupun ia disebabkan oleh kadar hormon sex hormone-binding globulin (SHBG) yang tinggi dalam tubuh badan kaum lelaki.
Seorang lelaki melalui sempadan Siam menggunakan basikal. Dua beg besar tersandang di belakangnya. Pak Mat Kastam menahan beliau dan bertanya, "Apa dalam beg tu?", "Pasir," jawab lelaki tersebut.
"Turun dari basikal!, kita tengok apa betul kau bawak pasir!" Pak Mat Kastam terus mengambil beg tersebut dan dengan pantas membuka beg itu. Sementara pasir itu di ujikaji, lelaki tersebut di tahan dilokap semalaman. Setelah dibuat ujikaji dan diteliti, pasir yang dibawanya memang pasir tulin dan tiada lain selain dari pasir semata-mata. beliau dibebaskan. Pasir kepunyaannya di masukkan semula ke dalam begnya dan melepaskannya melalui sempadan ke Malaysia.
Keesokannya perkara yang sama berlaku. Pak Mat Kastam tanya, "Apa yang kau bawak?" "Pasir" katanya. Pak Mat Kastam tak puas hati, sekali lagi dia membuat pemeriksaan, tapi beg tersebut tak ada benda lain selain pasir semata-mata. beliau dibenarkan melalui sempadan dengan basikalnya.
Hal ini berlaku berulang kali setiap hari selama 20 tahun. Pak Mat Kastam telahpun pencen dan tidak lagi berkhidmat sbg pengawal sempadan. pada suatu hari secara kebetulan dia berjumpa dgn lelaki tersebut di pekan. Pak Mat mengajak lelaki tersebut minum di kedai
pak mat bertanya, ''aku heran tgk kau melintas sempadan tiap2 hari tp cuma bawa pasir.....sebenarnya apa yg kau seludup?''
Wadah ilham Menteri Besar Perak berperanan melaksanakan agenda pembasmian kemiskinan secara serius dan sistematik.
Oleh Zuhafizah Ahmad Zaki
IPOH: Keprihatinan kerajaan negeri Perak pimpinan Barisan Nasional (BN) terhadap keperluan asas dan keselesaan rakyat kian
terserlah melalui usaha murni projek Perumahan Infra Bina Upaya yang membantu membina dan membaik pulih rumah golongan kurang mampu.
Yayasan Bina Upaya (YBU) merupakan wadah yang diilhamkan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berperanan melaksanakan agenda pembasmian kemiskinan secara serius dan sistematik.
Antara bantuan yang giat dilaksanakan di seluruh pelosok negeri adalah projek perumahan itu yang telah memperbaiki kehidupan banyak penerima daripada pelbagai kaum, sekaligus membuktikan komitmen kerajaan BN yang mengotakan janji mengeluarkan masyarakat daripada kemiskinan.
Program bantuan perumahan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu pembinaan rumah baru – rumah sebilik, dua atau tiga bilik – dan baik pulih rumah pula diberikan dalam kes seperti kerosakan rumah akibat bencana alam.
Mohd Isa Mad, 47, menyifatkan bantuan baik pulih rumah yang diterimanya sebagai satu anugerah kepada keluarganya yang tidak mampu mencari wang lebih untuk membaiki rumah mereka yang terjejas akibat kebakaran baru-baru ini.
"Alhamdulillah syukur… saya buntu selepas satu-satunya rumah yang kami ada terjejas dalam kebakaran. Walaupun tidak teruk, tetapi keadaan tiang yang sudah rentung akan mengundang bahaya dan akan roboh pada bila-bila masa," katanya.
Beliau berkata dengan bantuan itu, isteri dan anak-anaknya dapat tidur lena tanpa risau sebarang kejadian tidak diingini berlaku pada rumah mereka di Parit 6, Layang-Layang Kiri di Parit dekat sini.
Penerima bantuan rumah baru, Habibah Sani, 43, berkata berita mengenai pembinaan rumah barunya di kampung yang sama ibarat 'bulan jatuh ke riba' dan melahirkan terima kasih kepada kerajaan negeri pimpinan BN.
"Saya tidak menyangka saya akan menerima bantuan rumah baru bagi menggantikan rumah saya yang telah lama terbengkalai dahulu akibat ketiadaan wang. Saya rasa macam bermimpi… saya tak sangka saya antara mereka yang bertuah untuk menerima sumbangan yang sangat besar ini," katanya dalam nada sebak dan gembira.
Tong Chan Choy, 56, yang menerima bantuan rumah baru tiga bilik di Pasir Pinji di sini turut menyifatkan bantuan itu membuka lembaran baru dalam kehidupannya bersama-sama lima anaknya yang masing-masing berusia 15 hingga 27 tahun.
Rasa bertuah
"Saya tidak sangka kerajaan negeri berusaha mendapatkan tempat berlindung yang selesa kepada kami berbanding tempat tinggal sebelum ini yang sudah uzur dan daif," katanya, sambil mengucapkan terima kasih kepada Zambry dan YBU.
"Terima kasih Dr Zambry kerana betul-betul jaga rakyat…kami betul-betul rasa selesa dan bertuah tinggal di bawah kepimpinan negeri seperti ini yang betul-betul prihatin dengan nasib rakyat," katanya.
Penderitaan dua beranak yang hidup di rumah usang dan hampir roboh di Kampung Melayu, Sungai Rapat di sini juga akhirnya mendapat pembelaan kerajaan negeri dengan inisiatif YBU.
Mohd Ramli Abdul Hamid, 89, tinggal bersama anaknya serta seorang anak angkatnya yang merupakan mualaf juga bersyukur atas bantuan itu selepas YBU mendapati beliau layak diberikan bantuan rumah dua bilik di bawah projek Perumahan Infra bernilai RM30,000.
"Mujurlah mendapat bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 dan hanya itulah wang untuk menampung perbelanjaan harian," katanya pernah bertugas sebagai penterjemah di akhbar Utusan Melayu Singapura selain tugas-tugas menterjemah dokumen di jabatan-jabatan kerajaan negara itu.
Timbalan Pengerusi YBU Khairul Azwan Harun berkata penerima bantuan projek Perumahan Infra ini hanya tertumpu kepada golongan sasar YBU seperti ibu tunggal, miskin, miskin tegar, orang kelainan upaya dan Orang Asli.
Pada tahun ini, YBU telah diperuntukkan sebanyak RM4 juta dan masih memerlukan dana tambahan sebanyak RM2 juta bagi bantuan projek berkenaan.
"Setiap rumah baru yang dibina bernilai RM30,000 dan bagi bantuan membaik pulih rumah pula adalah sebanyak RM15,000 kepada setiap penerima yang layak," katanya.
Beliau berkata sepanjang YBU diperkenalkan dan beroperasi selama tiga tahun sejak 2010, hampir 500 buah rumah baru dan rumah dibaik pulih telah dilaksanakan di seluruh negeri Perak.
Projek Perumahan Infra Bina Upaya merupakan usaha kerajaan negeri pimpinan BN mewujudkan rumah mampu milik yang lebih selesa sebagai tempat tinggal tanpa mengira batasan agama dan kaum.
Apa yang penting kepada kerajaan negeri adalah agar rakyat mendapat sebuah harapan baru dan menikmati kehidupan asas yang berkualiti dan seterusnya dapat membasmi kemiskinan secara lebih bersungguh-sungguh dan sistematik selaras dengan gagasan 1Malaysia dan Perak Amanjaya. - Bernama
KOTA BHARU- Tidak ada Menteri Besar di mana-mana negeri di negara ini yang melakukan tindakan yang dibuat oleh Menteri Besar Kelantan yang seorang ini.
Pagi tadi, Tuan Guru Datuk Nik Aziz dilihat berjalan seorang diri dan berhenti membeli air di tepi jalan berhampiran Medan Ilmu sebaik sahaja selesai memberikan Kuliah Jumaatnya.
Tindakan beliau ini kemudiannya dirakamkan oleh seorang jurugambar dan gambarnya dimasukkan ke dalam Facebook beliau oleh 'pentadbir' (admin) Facebook itu.
Sehingga kini, selepas setengah jam ia disiarkan, 10,395 orang sudah menyatakan 'like' kepada gambar ini dan 1,347 pengguna Facebook sudah berkongsi gambar ini di laman mereka. Di samping itu, sudah 828 komen dibuat ke atas gambar ini.
Antara komen-komen itu adalah:
Siti Aisyah Abd Rahman: i really syg tgna...ya Allah,tlg jaga selalu tgna,mudahkn sume urusannya ya Allah.
Hati Rock: aku yg jahil ni still support tgna,tp org johor dh mula takbir springgggg kt tgna smua org kt kg aku ni kalo gi kelantan smua nk jumpa dgn dia.....aku x tahu bila.
Wan Mohd Apex: kalau tgna brlakon,xkn mng la pas d ngri klntn ni !!!ni da berpluh2 thun,klntn still mng dgn tok guru!!!
Amer Asif Abd Rahman: Haha,terbaik..tp syg ad stgh pihak sanggup hina ulama sbb politik.--Harakahdaily
KUALA LUMPUR,-- Ringgit dijangka meneruskan prestasi lemahnya minggu depan berikutan prospek berhati-hati akan krisis hutang di zon Eropah, kata para peniaga.
Seorang peniaga berkata pelabur sedang menunggu hasil daripada mesyuarat di kalangan negara Eropah yang mencari jalan untuk mencapai kesepakatan fiskal dan perbankan di zon Eropah.
"Kaji selidik keyakinan Jerman, yang dijangka mengecewakan selepas pengumuman data aktiviti pembuatan yang lemah awal minggu ini, juga mempengaruhi sentimen," katanya.
Bagi minggu yang baru berakhir ini, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah apabila Rizab Persekutuan AS (Fed) memutuskan pada Rabu untuk tidak memilih rangsangan monetari yang lebih agresif.
Keputusan Fed itu telah menyebabkan dolar AS meningkat berbanding euro dan mata wang dikaitkan dengan pertumbuhannya, termasuk ringgit.
Bagi asas Jumaat ke Jumaat, ringgit diniagakan rendah berbanding dolar AS pada 3.1900/1930 daripada 3.1645/1675 sebelumnya.
Ia turun berbanding dolar Singapura kepada 2.4951/4002 daripada 2.4837/4865 pada minggu lepas tetapi berubah sedikit berbanding yen kepada 3.9662/9731 daripada 4.0087/0130 sebelumnya.
Unit tempatan juga lemah berbanding pound British kepada 4.9784/9856 daripada 4.9145/9207 pada minggu sebelumnya dan susut berbanding euro kepada 4.0006/0069 daripada 3.9980/9031 sebelumnya. -- BERNAMA
KUALA LUMPUR — Kementerian Luar Singapura (MFA) menegaskan negara republik itu tidak terlibat dalam penyertaan perhimpunan Bersih 3.0 hujung April lalu sebaliknya menegaskan, tiga diplomat mereka berada di lokasi perhimpunan duduk bantah itu adalah sekadar menjadi pemerhati dan tidak menyokong mana-mana pihak.
Dipetik laman Berita Harian Singapura versi online, Cyberita, ketiga-tiga diplomat yang dikatakan oleh blogger Malaysia, "mymassa" menyertai perhimpunan duduk bantah dengan memakai baju-T kuning juga adalah tidak benar.
"Ini sebahagian daripada tugas profesional diplomatik biasa. Mereka secara khusus tidak mengenakan pakaian berwarna kuning bagi mengelak disalah anggap sebagai penyokong perhimpunan itu.
"Mereka pemerhati. Mereka juga menjauhi Dataran Merdeka, yang diisytihar pihak berkuasa Malaysia sebagai kawasan larangan," kata MFA dipetik laman tersebut.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan MFA itu lagi, ada keperluan untuk meletakkan diplomatnya di Kuala Lumpur ketika perhimpunan tersebut belangsung kerana ramai rakyat negara republik berkenaan di Kuala Lumpur ingin mendapatkan nasihat.
"Malah, pegawai yang berada di kawasan itu dapat membantu Pesuruhjaya Tinggi dalam menyalurkan nasihat dan bantuan konsular dengan lebih berkesan," ujar MFA.
Pesuruhjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur juga telah menulis surat kepada akhbar Utusan Malaysia semalam menolak dakwaan tersebut.
Akhbar Utusan Malaysia dalam ruangan pendapatnya telah mengatakan,"Pendedahan ini, jika benar, cukup memeranjatkan!" dalam akhbar Umno itu yang bertarikh 20 Jun lalu dan mempersoalkan tindakan kerajaan Malaysia yang berdiam diri dalam perkara tersebut.
Pesuruhjaya Tinggi negara itu turut menyelar akhbar berkenaan dan menegaskan ianya adalah tuduhan "palsu'' dan mereka "mengambil pendirian tidak memihak kepada mana-mana pembangunan politik di Malaysia."
Blogger pro Umno "mymassa" telah menuduh tiga diplomat Singapura mengadakan ceramah supaya rakyat Singapura menyertai pilihan raya umum ke-13, berdasarkan pendedahan gambar pertemuan berkenaan yang didakwa diambil di Bandar Singa tersebut baru-baru ini.
Pesuruhjaya Tinggi republik itu dalam kenyataan balas berkata," Singapura tidak membenarkan rakyat asing untuk menyertai mana-mana aktiviti politik Singapura. Pihak berkuasa kami sedang meneliti perkara itu."
Bersih 3.0 Singapura semalam menafikan tuduhan itu sebagai "mengarut", dan menegaskan perbincangan itu adalah dianjurkan rakyat Malaysia, untuk rakyat Malaysia, yang menetap di luar negara berkenaan hak untuk mengundi pada pilihan raya.
Rancangan mengadakan protes di hadapan Kedutaan Singapura di Kuala Lumpur yang didakwa cuba mencampuri urusan dalaman Malaysia gagal mendapat sokongan apabila tiada seorang pun peserta demonstrasi yang hadir.
Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman, turut memanggil Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Encik Ong Keng Yong, yang menjelaskan pendirian Singapura dan menjelaskan tuduhan yang dibuat itu juga tidak berasas.
Akhbar berbahasa Melayu di republik itu turut menjelaskan, MFA menegaskan mereka tidak membenarkan warga asing terlibat dalam aktiviti politik di negara itu, malah, Singapura turut menolak permohonan Bersih 3.0 untuk mengadakan perhimpunan serentak di sini.
"Mengapa kami melakukan begini jika kami mahu campur tangan?'' ujar MFA. — Reuters
KUALA LUMPUR— Anggota Parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) perlu terus menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN), kerana hanya BN berada di landasan yang betul dalam melaksanakan perubahan demi membawa Malaysia sebagai negara maju pada 2020.
Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar) berkata kerajaan BN di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjanjikan perubahan dan sentiasa menepati janji tersebut.
"Mandat yang kuat perlu terus diberikan kepada Perdana Menteri kerana beliau bakal membawa banyak perubahan kepada rakyat dan negara," katanya pada majlis pelancaran Jentera Pilihan Raya IPF Peringkat Pusat, di sini hari ini.
Turut hadir Presiden IPF Datuk M. Sambanthan dan Setiausaha Kerja BN Datuk Abu Khamis. IPF merupakan anggota bersekutu BN.
Mengulas lanjut, Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Umno berkata untuk memberi mandat yang kuat kepada BN, anggota IPF sendiri perlu bersatu padu.
"Hentikanlah persengketaan yang wujud dalam parti. IPF ditubuhkan oleh mendiang Tan Sri M.G. Pandithan sebagai satu wadah memperjuangkan kepentingan kaum India.
"Kepada mereka yang masih bersengketa, kembali bersatu, selesaikan masalah atas nama kepentingan kaum India... jika parti (IPF) kuat apa saja mampu dilakukan demi membantu kepentingan kaum India," katanya sambil menasihatkan agar anggota IPF terus memberi sokongan kepada presiden parti sekarang.
Sementara itu, Sambanthan berkata program hari ini adalah kali keempat dianjurkan oleh IPF sepanjang tahun ini.
"IPF mempunyai 112,000 anggota di lapan buah negeri seluruh negara. Jentera pilihan raya IPF akan digerakkan di semua 80 bahagian cawangan parti, dan secara dasarnya IPF sudah bersedia membantu BN untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti," katanya. — Bernama
GEORGE TOWN: Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang kecewa dengan kenyataan Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman, kononnya kerajaan negeri Pakatan Rakyat bersikap dingin dengan tidak mahu berjumpa dengan beliau untuk membincangkan perkara yang berkaitan dengan kakitangan awam.
Menurut Pembantu Khas kepada Ketua Menteri, Nor Diana Mohd Zabidi, pejabat rasmi Lim Guan Eng telah membuat siasatan dan mendapati bahawa Omar tidak pernah menulis surat untuk berjumpa dengan Ketua Menteri Pulau Pinang.
Malah, katanya, tidak ada mana-mana pegawai daripada Pejabat Ketua Menteri yang menerima permohonan Omar untuk berjumpa dengan Ketua Menteri.
"Kenyataan sedemikian yang tidak berasas memang diduga kalau Datuk Omar Osman memakai topi sebagai Presiden KUPEKMAKS (Kelab UMNO Pesara (Kumpulan Pelaksana) Kerajaan Malaysia) tetapi tidak boleh diterima kalau Datuk Omar Osman berucap sebagai Presiden Cuepacs," katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, Ketua Menteri Pulau Pinang Eng adalah rakan seperjuangan kepada kesatuan sekerja dan telah pun berjumpa dengan persatuan-persatuan pekerja seperti MTUC dan NUBE.
Malah, tambah beliau, kerajaan negeri pimpinan Guan Eng telah melantik bekas Presiden MTUC, Syed Syahir Syed Mohamud, sebagai Senator baru-baru ini.
"Oleh itu tidak ada masalah untuk Cuepacs atau Datuk Omar Osman untuk berjumpa dengan Ketua Menteri. Dakwaan Datuk Omar bahawa pegawai daripada pejabat Ketua Menteri enggan mengaturkan perjumpaan atas dakwaan Ketua Menteri sibuk adalah tidak berasas.
"Adalah diharapkan Datuk Omar Osman boleh mendedahkan nama pegawai daripada pejabat Ketua Menteri yang kononnya enggan mengaturkan perjumpaan tersebut," ujarnya. – Roketkini.com
KUALA LUMPUR: Gambar 2 Menteri Besar PAS menggunting rambut di kedai biasa yang dipaparkan blog http://addin77.blogspot.com merupakan artikel paling popular di Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu ke-25.
Di tangga kedua, ialah berita pengumuman perletakan jawatan Ketua Strategik PKR Rafizi Ramli sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.
Sambutan hangat ceramah Pakatan Rakyat di Johor oleh blog http://omakkau.blogspot.com/ pula menduduki tangga ketiga.
Di tangga keempat, ialah berita mengenai Selebriti terkenal Abby Abadi yang menyatakan beliau kini sedar tuduhan bahawa orang-orang PAS dibayar untuk ke Perhimpunan Hijau di Alor Setar, Kedah baru-baru ini oleh orang-orang tertentu rupa-rupanya tidak benar..
Di tangga kelima pula ialah berita mengenai Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dilihat berjalan seorang diri dan berhenti membeli air di tepi jalan berhampiran Medan Ilmu sebaik sahaja selesai memberikan Kuliah Jumaatnya minggu lalu.
Berikut ialah 10 artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu, 17 Jun hingga 23 Jun, 2012.
Roketkini.com KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hanya dapat meyakinkan rakyat Malaysia bahawa "fakta saintifik" yang membuktikan loji pemprosesan nadir bumi Lynas Corp di Gebeng, Pahang adalah selamat sekiranya sisa disimpan di belakang kediaman Perdana Menteri.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, rakyat sudah pun membuat keputusan mengenai keselamatan loji pemprosesan nadir bumi itu apabila mereka sedar kerajaan Australia enggan mengambil kembali sisa nadir bumi.
Tambah beliau, rakyat juga tahu tentang "selamatnya" loji Lynas itu yang tidak ditempatkan di Putrajaya tetapi dibina di kalangan rakyat biasa di Gebeng.
"Lihat betapa kurang sensitifnya Perdana Menteri apabila beliau mengungkapkan kebimbangan mengenai kesihatan dan keselamatan awam sebagai 'kebimbangan rekaan' apabila beliau, isteri serta anak-anaknya tidak perlu menghadapi risiko sekiranya apa-apa berlaku.
"Jika Menteri Pengajian Tinggi Mohamed Khaled Nordin tidak berani menunaikan janji untuk tinggal di sebelah loji Lynas, bagaimanakah Najib boleh menyatakan bahawa tidak ada fakta-fakta saintifik yang dapat menimbulkan keraguan mengenai keselamatan awam atau persekitaran?" soal beliau dalam satu kenyataan.
Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, Najib ingin membenarkan Lynas Advanced Material Plant (LAMP) untuk beroperasi kerana Barisan Nasional lebih mementingkan keuntungan daripada kesihatan rakyat.
"Kegagalan untuk mendengar kebimbangan rakyat ini menonjolkan perbezaan antara BN dan Pakatan Rakyat dalam pendirian persekitaran di mana PR ingin menutup LAMP,' ujarnya.
Menurutnya, Najib belum menjelaskan kenapa Lynas perlu berkunjung beribu-ribu batu untuk mengangkut bijih nadir bumi yang dilombong di Australia Barat ke Kuantan, sedangkan kos untuk membinanya di Australia adalah lagi murah.
Tambah beliau, Najib harus belajar daripada kerajaan Australia yang mementingkan kebajikan, kesihatan dan persekitaran rakyat daripada merebut keuntungan dengan menggadaikan nyawa rakyat sendiri. – Roketkini.com
NIBONG TEBAL: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sedia memaafkan saksi pertama kes isu komunis Bukit Kepong, Visvanathan a/l Muthu, 75, yang terlibat dengan perbicaraan isu berkenaan di Mahkamah Seksyen Butterworth pada 11 Jun lalu.
Mohamad sebaliknya terus bertekad menyaman akhbar Utusan Malaysia kerana mengeluarkan berita dengan niat jahat.
Jelasnya, Visva Nathan telahpun mengaku dan memohon maaf kepadanya di hadapan Hakim Ikmal Hisyam Ahmad Tajudin ketika diasak peguam Mohamed Hanipa Maidin pada perbicaraan berkenaan.
Ujar beliau, kemaafan dibuat berdasarkan kepada keinsafan Visva Nathan yang beberapa kali memandangnya dengan tangan dirapatkan seolah-olah sedar bahawa beliau bersalah kerana melemparkan fitnah dengan membuat satu laporan polis pada 27 Ogos lalu berpandukan laporan Utusan Malaysia.
"Tak apalah saya maafkan Visva Nathan kerana beliau jadi boneka dan hanya berpandukan kepada Utusan Malaysia yang melaporkan kononnya saya menghina pasukan polis dan Yang di-Pertuan Agong kerana menyanjung Mat Indera yang disifatkan oleh penjajah sebagai pengkhianat. Saya hanya maafkan dia bukan Utusan Malaysia," katanya ketika ditanya sejurus berucap di Perhimpunan Hijau Peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Acheh, Nibung Tebal petang semalam.
Bukan sahaja Visva Nathan memohon maaf bahkan turut mencadangkan kepada pihak polis agar tidak mengambil tindakan kepada Mohamad.
Mungkin kata Mohamad, setelah peguam Hanipa Maidin memberikannya keratan akhbar Utusan Malaysia dan teks ucapan pada majlis di Pusat Pendidikan Islam Padang Menora yang jelas tidak langsung menyebut perkataan 'komunis'.
"Lepas ni kayalah saya dapat duit saman Utusan Malaysia. Rugilah kalau tuan- tuan dan puan-puan tidak berkawan dengan saya," katanya secara berjenaka.
Turun berucap di majlis bertemakan 'Perhimpunan Hijau Tawan Dun Sungai Acheh' ialah Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Fauzi Yusuf dan Yang Dipertua PAS Nibong Tebal, Abdul Rahman Ramjan.
Kesian kepada penyokong tegar Umno di kampung yang sanggup buat apa sahaja sehingga menganggu ceramah Pas dan Pakatan Rakyat.
Mereka sanggup buat apa sahaja asalkan mendapat sedikit imbuhan yang tidak seberapa. Sedangkan anak pembesar Umno mendapat projek berjuta-juta tanpa bersusah payah untuk mempertahankan parti Umno.
Anak dan kroni pembesar Umno mendapat projek bukan kerana merit dan kepandaian mereka di dalam perniagaan, tetapi oleh kerana mereka dibinkan dengan bapanya sahaja.
Buktinya projek NFC diberi kepada keluarga Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil sebanyak RM250 juta.
Anaknya yang berumur 25 tahun sudah meraihkan gaji bulanan RM35,000, anak berusia 27 tahun mendapat RM35,000, anak berusia 31 tahun mendapat RM45,000 dan suamianya Dato' Seri Dr Mohamad Salleh gaji RM100,000 sebulan.
Persolannya apa yang wanita Umno di kampung dapat?. Kebanyakan mereka hidup kais pagi makan pagi, sedangkan anak pimpinan mereka senang lenang.
Begitu juga Raja Farhana Nong Chik mendapat projek daripada Kementerian Belia Dan Sukan sebanyak RM30.4 juta untuk membina Institut Kemahiran Belia Negara di Bandar Penawar Johor.
Usia yang muda sudah menjadi jutawan. Adakah kalau beliau bukan anak Raja Nong Chik dia akan dapat?
Terbaru di dedahkan Sistem kawalan trafik udara telah dipasang oleh Advanced Air Traffic System (AAT) Sdn Bhd yang bernilai RM128.4 juta, di mana Ikhwan Hafiz Jamaludin adalah pemegang saham dan pengarah.
Ikhwan adalah anak Ahli Parlimen Rompin dan bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, yang dilihat rapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Kini menjadi duta khas ke Amerika Syarikat bertaraf menteri.
Untungnya menjadi anak pemimpin Umno, sedangkan penyokong Umno di peringkat bawahan hidup merempat. Macam mana Umno BN hendak membela rakyat jika sesama sendiri masih tidak terbela, benarlah bagai dikata projek untuk kroni, ahli Umno gigi jari.
WALAUPUN bekas Bendahari Umno, Tun Daim Zainuddin meramalkan Umno-BN akan dapat me ngekalkan kemenangan di Johor, Melaka dan Pahang pada Pilihan Raya Umum (PRU) 13, tetapi PAS Johor yakin Pakatan Rakyat menang besar di negeri tersebut.
Timbalan Pesuruhjaya (II) PAS Johor, Dzulkefly Ahmad menegaskan pandangan peribadi Daim itu mungkin boleh berubah kerana rakyat Johor kini sudah semakin bijak dan berfikiran terbuka dalam menentukan hala tuju kepimpinan negeri mereka.
Katanya, pasca Perhimpunan Bersih 3.0 sudah menampakkan gelombang kebangkitan rakyat di negeri itu serta sambutan luar biasa yang diadakan dalam setiap program anjuran PAS dan Pakatan Rakyat.
"Kita punya potensi lebih besar sekiranya berlaku peningkatan sokongan dikalangan kaum Tionghua. Pada 2008, dengan 50 peratus sokongan kaum tionghua PAS memenangi dua Dun.
"Jika berlaku 20 peratus peningkatan sokongan daripada kaum ini, kita yakin akan mencapai kemenangan yang lebih besar," katanya.
Selain itu katanya, perubahan ketara akan berlaku peningkatan sokongan terhadap Pakatan Rakyat adalah di kalangan 'silent protest' di kalangan penyokong BN yang tidak berpuas hati dengan kelemahan pengurusan negeri yang dilihat merugikan rakyat.
Undi daripada 'silent protest' ini katanya sangat ditakuti BN kerana ia akan menjadikan julat sokongan lebih besar kepada Pakatan Rakyat.
Malah katanya, golongan Melayu pertengahan di Johor yang sebelum ini dikatakan setia dengan Umno-BN kini lebih bersikap terbuka apabila mereka telah mendapat akses maklumat yang sebenar melalui media baru.
Bagaimanapun katanya golongan ini tidak berani memprotes secara terangan disebabkan terikat sebagai kaki tangan kerajaan.
KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat (PR) menolak kaedah rakaman dalam menyiarkan manifesto parti-parti politik ketika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), sebagaimana diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), semalam.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tidak menepati tuntutan Bersih 3.0.
Menurutnya, sekiranya perkara tersebut dilakukan, manifesto yang diusulkan secara rakaman akan diputar belit dan dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
"Pakatan Rakyat tidak boleh terima keadaan tersebut kerana ia melibatkan sumber rakaman yang akan ditokok tambah dan sumbernya tidak tepat kerana boleh dimanipulasi sesiapa sahaja," kata beliau pada sidang media di sini, hari ini.
Abdul Aziz berkata, parti politik yang ingin membentangkan manifesto pilihan raya masing-masing menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) hanya dibenarkan berbuat demikian secara rakaman dan bukannya secara langsung.
Katanya, ketetapan itu dibuat bagi mengelakkan penyiaran bahan yang mungkin menyentuh peribadi seseorang, mengancam keselamatan dan ketenteraman awam atau menyentuh sensitiviti kaum serta agama.
"Kalau buat secara langsung, RTM mungkin tak boleh kawal apa dia nak cakap nanti," katanya.
Abdul Aziz berkata, penyiaran sesuatu bahan tertakluk kepada penyuntingan dan merupakan peraturan biasa yang bukan sahaja terpakai kepada parti politik tetapi juga orang ramai.
SUNGAI PETANI - Suri rumah, Tan Chin Fang, 48, mangsa bom buatan sendiri yang meletup sebaik memegang bungkusan 'hadiah' itu di depan rumahnya di sini semalam, meninggal dunia pagi ini.
Wanita itu disahkan meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini pada 9.15 pagi kerana komplikasi akibat kecederaan parah di tangan dan perut.
Suaminya, Ng Cheng Siang, 49, berkata Tan dimasukkan ke Hospital Pakar Metro sebelum dipindahkan ke HSAH untuk menjalani pembedahan lebih lima jam.
Beliau berkata sebelum pembedahan, isterinya masih boleh bercakap serta meraung kesakitan tetapi selepas itu, keadaan Tan semakin lemah sehingga tidak sedarkan diri sebelum meninggal dunia.
Pemilik kilang mee itu berkata beliau berada di tingkat atas rumah mereka di Taman Angsana Sari ketika bungkusan bom yang dipegang isterinya meletup.
"Saya bergegas turun ke bawah selepas mendengar letupan dan mendapati isteri dan anak seorang saudara meraung kesakitan," katanya ketika ditemui di rumah mayat HSAH hari ini.
Sementara itu, Chua Shang Hang, 11, yang terkena serpihan bom, selamat dan dalam keadaan stabil setelah menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital sama.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah ACP Mohd Zakaria Ahmad pula berkata polis menahan seorang lelaki berusia 32 tahun di bandar ini malam tadi bagi membantu siasatan.
Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kesalahan membunuh. - Bernama
JOHOR BAHRU - Seramai 4,430 pelajar Ijazah Sarjana Muda kelas pertama yang menamatkan pengajian sebelum tahun 2010 tidak perlu membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ini berikutan keputusan kerajaan yang bersetuju memperluaskan dasar pinjaman boleh ubah kepada pelajar berkenaan.
Beliau memberitahu demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Skim Simpanan Pendidikan Nasional-i (SSPN-i) dan penyerahan Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) PTPTN kepada 255 pelajar Parlimen Pasir Gudang di sini, hari ini.
Mohamed Khaled berkata, pinjaman yang ditukarkan kepada biasiswa untuk pelajar cemerlang itu diputuskan pada 15 Jun lepas selaras dengan tindakan kerajaan melaksanakan semula dasar pinjaman boleh ubah bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama atau setaraf yang tamat pengajian mulai 1 Januari 2010.
"(Seramai) 4,430 pelajar itu merupakan mereka yang diluluskan pinjaman pendidikan PTPTN selepas 1 Julai 2005 dan menamatkan pengajian sebelum 1 Januari 2010 melibatkan pembiayaan RM116.2 juta," katanya.
Mohamed Khaled yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang berkata peluasan dasar pinjaman boleh ubah itu dibuat selepas kerajaan berpendapat bahawa pelajar cemerlang wajar diberi pengiktirafan selain menggalakkan pelajar terus berusaha mendapatkan keputusan cemerlang.
Beliau berkata, kesemua pelajar berkenaan dikehendaki mengemukakan surat permohonan rasmi kepada PTPTN dengan menyertakan dokumen-dokumen termasuk salinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama yang telah disahkan.
Mereka hendaklah memberikan salinan transkrip keputusan peperiksaan, akuan pelajar dan salinan sijil perakuan akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bagi pelajar graduan institusi pengajian tinggi swasta.
Katanya, pelajar boleh merujuk prosedur melalui laman web PTPTN di www.ptptn.gov.my dan pihak PTPTN akan membayar balik pinjaman sama ada secara penuh atau sebahagian.
Sementara itu, mengenai SSPN-i, Mohamed Khaled berkata produk tersebut selaras dengan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) yang disahkan sebagai produk mematuhi prinsip syariah.
Beliau berkata, dengan pengesahan tersebut, kesemua pendeposit terdahulu, sekarang dan yang baru serta mempunyai akaun SSPN yang mematuhi Syariah perlu membuka akaun SSPN-i melalui Maybank atau Bank Islam Malaysia Berhad.
Katanya, pembukaan akaun SSPN-i melalui bank lain hanya dibenarkan untuk mereka yang berhasrat memohon pembiayaan pendidikan PTPTN selepas tahun ini. - Bernama
MELBOURNE - Seorang wanita warga Malaysia, yang sedang hamil dan dijadikan keldai dadah, menelan 34 pelet heroin di Kuala Lumpur sebelum ditahan di lapangan terbang Melbourne, memberitahu hakim mahkamah di sini pada Jumaat bahawa dia bertindak demikian untuk "memberi makan anak saya".
Mahkamah di sini mendengar bahawa Norazlinda Ramli, 35, dari Puchong, "teramat bimbangkan kesihatan bayinya" namun pada masa sama "terdesak" untuk mendapatkan wang yang ditawarkan untuk membawa masuk dadah itu, menurut laporan akhbar The Age.
Hakim Gabriele Cannon menyuarakan kebimbangan terhadap bayi dalam kandungan Norazlinda, yang kehamilannya disahkan selepas satu pemeriksaan di hospital susulan penahanannya pada 10 Februari lepas.
Pelet yang mengandungi sejumlah 83.1 gram heroin tulen dengan anggaran nilai pasaran A$92,200, berjaya dikeluarkan dari tubuh Norazlinda, yang ketika itu hamil 12 minggu.
Mahkamah turut diberitahu bahawa wanita terbabit sebelum itu melakukan 'latihan' ke Melbourne dari Kuala Lumpur sebelum dia bersetuju membawa masuk apa yang didakwanya sebagai bahan larangan yang tidak diketahui dengan mendapat bayaran kira-kira A$2,380.
Grant Schubert, yang menjalankan pendakwaan, berkata Norazlinda memberitahu polis dia hanya boleh menelan 34 daripada 80 pelet yang perlu dibawa masuk ke negara ini.
Peguam bela Moya O'Brien berkata, Norazlinda, ibu empat anak dan sedang hamil 38 minggu, "terdorong melakukan perbuatan itu semata-mata demi kebaikan anaknya."
"Tetapi tidak bagus untuk kebaikan anak orang lain," kata Hakim Cannon, dan menambah heroin adalah sengsara dan membawa kesengsaraan kepada masyarakat.
Hakim itu berkata "amat menyedihkan" apabila anak Norazlinda berada di Malaysia tanpa ibu mereka, namun begitu dia sanggup menelan sesuatu yang boleh membahayakan bayi yang sedang dikandungnya.
O'Brien bersetuju anak guamnya bertindak begitu kerana mahukan wang tetapi menegaskan bahawa dia terdesak untuk mendapatkan ganjaran kewangan seperti yang dijanjikan.
"Ini bukanlah untuk membiayai gaya hidup bermewah-mewah atau melunaskan hutang akibat berjudi tetapi satu pulangan sederhana 'bagi tindakan yang berisiko seperti ini", akhbar itu memetik peguambela sebagai berkata.
Ketika ditanya semasa memberi keterangan mengenai sebab dia melakukan kesalahan itu, Norazlinda berkata hidup adalah "perjuangan" dan dia mahu "beri makan anak saya".
Hukuman terhadap Norazlinda, yang mengaku salah membawa masuk heroin itu, akan dijatuhi minggu depan. - Bernama
Penat menunggu pembebasan mereka, dua daripada 45 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) memulakan pusingan kedua mogok lapar mereka pada Khamis lepas.
Jurucakap kumpulan peguam Lawyers for Liberty Fadiah Nadwa Fikri berkata, dua rakyat Malaysia itu tidak mahu lagi menunggu sehingga Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) memastikan pembebasan mereka.
"Mereka berdua tidak mahu menunggu lagi sehingga akhir bulan ini," katanya kepada Malaysiakini merujuk kepada Fadzullah Abdul Razak dan lelaki dikenali sebagai "Razali".
Fadiah berkata, tahanan lain juga bersetuju sebulat suara untuk menyertai mogok lapar itu selepas 30 Jun - tarikh akhir ditetapkan supaya Suhakam kembali dengan keputusan positif.
Pesuruhjaya Suhakam James Nagayam awal bulan ini berkata, mereka memerlukan sekurang-kurangnya sebulan untuk meyakinkan Kementerian Dalam Negeri bagi membebaskan atau mendakwa tahanan itu.
Seramai 20 rakyat Malaysia dan 25 warga asing masih ditahan di Kamunting atas dakwaan terlibat dalam gerakan Darul Islam dan penyeludupan manusia.
Sebahagiannya dijangka terus ditahan sehingga 2014, walaupun akta itu sudah dimansuhkan di Dewan Rakyat pada April lalu dan digantikan dengan undang-undang baru.
Bagaimanapun, undang-undang baru tidak menjamin pembebasan tahanan sedia ada.
Seksyen 30 dalam akta baru itu menyebut sebarang arahan dikeluarkan bawah ISA tidak terjejas dengan pemansuhannya, kecuali ditarik balik oleh menteri dalam negeri.
Bulan lalu, seramai 12 daripada 45 tahanan sudah mengadakan mogok lapar menuntut pembebasan mereka. Mogok itu berakhir selepas lawatan oleh pesuruhjaya Suhakam.
Aktivis yang tiba-tiba muncul di tengah kehangatan isu penolakan terhadap pegawai kanan menteri besar Selangor Faekah Husin, secara kebetulan dipecat NGO yang dianggotainya sehari kemudian.
Mohd Naquib Carmeil berkata, beliau diminta meletak jawatan atau akan dipecat sebagai setiausaha agung Pertubuhan Kemajuan dan Kebajikan Rakyat Selangor (Pro-Rakyat), NGO yang dekat dengan Pakatan Rakyat.
"Saya diarah meletak jawatan atau dipecat sebagai Setiausaha Pro-Rakyat berkuat kuasa hari ini (semalam).
"Pemecatan dibuat presiden atas alasan 'tidak mematuhi arahan'," kata Naquib tanpa mengulas lanjut 'arahan' yang dimaksudkan.
Naquib semalam memberitahu Malaysiakini, perkara itu dimaklumkan padanya oleh presiden Pro-Rakyat Khairul Anuar Othman.
Jumaat lalu, Naquib sebagai individu tidak dikenali menimbulkan tanda tanya apabila memanggil sidang media di Shah Alam bagi menyatakan sokongan kepada Faekah yang diasak kempen #pecatfaekah dan #kamisayangpkr di Internet.
Motif sebenar mereka tidak diketahui tetapi Malaysiakini difahamkan mereka mempunyai hubungan dekat dengan exco negeri Yaakob Sapari yang dilihat sebagai 'orang' Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang dikaitkan sama.
Sementara itu, Malaysiakini difahamkan, gesaan supaya Naquib meletakkan jawatan tiada kena mengena dengan sidang medianya bersama dua lagi peminpin NGO itu kelmarin.
Pro-Rakyat mula terlibat dalam kegiatan politik tanah air apabila menganjurkan himpunan pra-BERSIH pada 21 April lalu di Stadium Shah Alam.
Ia didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) sekitar Disember tahun lepas dengan objektif untuk menjaga kebajikan rakyat Selangor.
Kira-kira 300 orang sudah berkumpul di Kuantan hari ini untuk menyertai kempen 24 jam membantah pembinaan kilang nadir bumi Lynas "Occupy (penuhi) Balok-Gebeng" dengan mempamerkan papan tanda besar di pantai Balok.
Di petang yang tenang dan berangin itu, kira-kira 50 peserta berbaju hijau muda mempamerkan kain rentang dengan slogan anti-Lynas di pantai berdekatan kawasan industri Gebeng di mana kilang itu akan memulakan operasinya.
Diketuai pengerusi kumpulan Himpunan Hijau Wong Tack, mereka melaungkan slogan menggesa Lynas keluar daripada tempat itu.
Turut dipamerkan pelbagai kain rentang hitam yang turut mengkritik kerajaan BN yang mempertahankan projek itu.
Melancarkan acara itu, aktivis Hishamuddin Rais menyifatkan kehadiran mereka sebagai lambang kesatuan jitu rakyat Malaysia bersama dengan tegas di belakang perjuangan anti-Lynas.
Himpunan Hijau merancang menarik penyertaan ribuan orang untuk berjalan sejauh 11km, bermula dari pantai Balok pada jam 9 pagi pada Ahad, sehinggalah tiba di loji nadir bumi Lynas di Gebeng.
Kemuncak acara pada hari pertama ialah sesi pembakaran replika Loji Advanced Material Plant Lynas (Lamp) oleh para peserta.
Ketua Pemuda MCA Indera Mahkota yang digantung keahlian David Choi mendesak pemimpin kanan parti pemerintah dalam kementerian supaya menjamin sisa radioaktif Lynas dikeluarkan daripada Malaysia
Choi hari ini mengetuai sekumpulan Pemuda MCA menyertai acara 24 jam anti-Lynas "Occupy (Penuhi) Balok-Gebeng" di pantai Balok, Kuantan.
Menngetepikan pendirian partinya yang mahu menjarakkan diri dengan acara anti-Lynas, Choi turut menyelar Menteri Kesihatan Minister Liow Tiong Lai yang juga pengerusi DAP negeri.
"(Liow) terus berkata bahawa sisa Lynas tidak harus dibenarkan kekal di Malaysia, tetapi bolehkan dia jamin ini tidak akan berlaku? Adakah dia akan letak jawatakan kalau Lynas melakukannya?" katanya kepada pemberita.
Lembaga disiplin MCA pada 16 Mei lalu menggantung keahlian Choi selama tiga tahun kerana didakwa merosakkan reputasi Ketua MCA Bahagian Indera Mahkota Pang Tsu Ming kerana pendirian anti-Lynas beliau.
Walaupun mendapat bantahan daripada dalam parti, Choi menyertai perhimpunan jalanan anti-Lynas tahun lepas di Kuantan, seperti juga perhimpunan Himpunan 3.0 Hijau April lalu di Kuala Lumpur.
Pernahkah anda membayangkan Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali dan Kelab Isteri Taat (OWC) akan merangkul anugerah dalam majlis yang sama?
PERKASA adalah sebuah kumpulan pendesak Melayu sementara OWC pula mempromosikan seks 'suci' yang didakwa berasaskan Islam.
Namun petang tadi, kedua-duanya 'diraikan' pada majlis "Aiyoh...Wat Lah?! Awards 2012" kerana kenyataan-kenyataan mereka dalam media pada tahun lepas berkenaan hubungan sulit di kalangan pasangan berkahwin.
Ibrahim 'menang' anugerah "Menghina Kebijaksanaan" kerana kenyataannya yang didakwa menyebut "hubungan sulit dalam perkahwinan berlaku kerana isteri yang mengabaikan tanggungjawab kepada suami." (7 April 2011).
OWC pula 'menang' anugerah "Paling Kurang Membantu Persaudaraan Wanita" kerana pernah dilapor menyebut "wanita yang tidak memuaskan suami mereka adalah punca seks luar nikah" (28 November 2011).
Namun, kedua-duanya tidak 'hadir' kerana mereka juga tidak dijemput penganjur majlis iaitu Joint Action Group for Gender Equality (JAG), sebuah gabungan lapan pertubuhan pro-feminisme.
Majlis yang berlangsung selama hampir satu jam itu diacarakan 'Ms Ribenaberry', satu watak satira seorang penggoda yang diperan aktivis teater Jo Kukathas.
'Ms Ribena Berry' sendiri menyampaikan semua tujuh anugerah pada majlis petang tadi.
Namun, mereka yang hadir tidak kering gusi ketawa dengan jenaka yang diselang-selikan 'Ms Ribena Berry' sewaktu mengendalikan majlis, termasuk jenaka rumahtangga yang 'mengusik' Ibrahim.
Majlis yang rata-ratanya kelihatan seperti bertemakan warna ungu - warna tidak rasmi golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) - turut memberikan 'penghormatan' kepada kerajaan negeri Terengganu.
Kerajaan Terengganu mendapat anugerah 'Dasar Gagal' kerana pernah memperkenalkan satu kem khusus untuk remaja lelaki lembut.
Pengerusi GERAKAN Pulau Pinang, Teng Hock Nam pula mendapat anugerah 'Terlajak Perahu Boleh Diundur' (Foot in mouth) kerana pernah mengeluarkan kenyataan "bangunan lama yang terbengkalai ibarat perempuan tua" (22 Februari 2011).
Penganjur dalam kenyataan mereka berkata majlis anugerah itu pertama kali diadakan dan ia bertujuan "membentuk kesedaran orang ramai tentang sifat seksis, homofobia, dan juga transfobia".
Mereka turut mempertimbangkan untuk mengadakan majlis yang sama lagi tahun hadapan.
Ketika ditanya wartawan sama ada penganjur bercadang untuk menjemput mereka yang tercalon pada tahun-tahun akan datang, Pengarah Eksekutif All Women's Action Society (AWAM), Ivy Josiah berkata perkara itu bergantung kepada sejauh mana mereka yang tercalon mampu menerima jenaka satira yang cuba dibawa penganjur.
"Kita perlu membina deria lucu (mereka yang tercalon) dahulu," katanya tersenyum penuh makna.
Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed
KOTA BHARU - Pergerakan Pemuda Umno Kelantan disaran mendedahkan kegagalan kerajaan Pas menunaikan janji kepada rakyat sejak ia mengambil alih pentadbiran negeri ini pada 1990.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata banyak janji Pas yang belum ditunaikan termasuk janji memberi bantuan bulanan RM100 kepada warga emas, menyelesaikan isu air bersih, mewujudkan bandar Kawasan Dagangan Bebas Asia (AFTA) di Rantau Panjang serta jambatan kedua Sungai Kelantan di Palekbang, Tumpat.
"Kita mahu Pemuda bangkit dengan berani menyatakan perkara yang benar berhubung janji-janji Pas sejak mentadbir negeri ini pada 1990 yang gagal ditunaikannya kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas menutup "Forum 22 Tahun Kerajaan Pas Kelantan: Satu Penilaian" anjuran Orang Muda Berpadu Anti Korapsi Kelantan (OMBAK)" di sini, hari ini.
Turut hadir Pengerusi Majlis Bekas Wakil Rakyat Kelantan (Mubarak), Datuk Mohd Rozali Isohak dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kelantan, Anuar Sapian.
Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata pemimpin UMNO di setiap peringkat juga perlu mengemilangkan usaha meningkatkan program penerangan menjelang pilihan raya umum akan datang.
Sehubungan itu, beliau memuji usaha OMBAK menganjurkan forum itu yang mampu memberi kesedaran kepada rakyat mengenai janji-janji manis Pas. - Bernama
KUALA LUMPUR - Pas hari ini menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menetapkan tarikh pilihan raya lebih awal dan pada masa yang sama, meminta Barisan Nasional (BN) tidak mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada musim haji.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, sebagai seorang Islam, Najib tidak boleh menafikan hak mengundi kira-kira 30,000 jemaah haji yang bakal menunaikan haji kali ini dan pada masa yang sama menghalang mereka daripada menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.
"Saya meminta Najib tidak berteka teki untuk mengumumkan tarikh pilihan raya dan saya bersetuju dengan kenyataan Nazri semalam berkaitan penetapan tarikh PRU mestilah setiap lima tahun sekali.
"Jika Najib seorang Islam, beliau perlu memutuskan bahawa pilihan raya tidak akan dilaksanakan pada musim haji kerana memberi hak kepada orang yang pergi haji untuk mengundi pada PRU13," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat Pas hari ini.
Semalam, Najib berkata, Barisan Nasional (BN) tidak terikat kepada desakan mana-mana parti politik atau pemimpin termasuk pembangkang untuk menetapkan tarikh pilihan raya.
Beliau yang juga Pengerusi BN dan Presiden Umno berkata, mengadakan pilihan raya semasa musim haji juga bukan sesuatu yang baru kerana sejarah menunjukkan ia pernah dilakukan sebelum ini tetapi menegaskan ibadah perlu diutamakan berbanding sebarang urusan lain termasuk pilihan raya.
"Dalam sejarah kita, kita pernah buat pilihan raya masa musim haji. Pilihan raya tahun 1986 kalau tak silap saya. Ada ahli jawatankuasa bahagian saya yang kebetulan hendak dicalon menjadi calon pilihan raya tapi saya tak dapat berhubung dengan dia sebab dia berada di Makkah.
"Bila dia balik, dia terima hakikat bahawa dia tak dapat jadi wakil rakyat sebab kalau dia bertanding, dia menang pada masa itu," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno semalam.
KUALA LUMPUR - Seramai 600 penggiat seni terdiri daripada penyanyi, pengubah lagu, pelakon, penerbit filem dan drama serta aktivis seni telah mengesahkan kehadiran pada Hari Himpunan Bintang MyIPO-Kosmo! 2012 esok.
Pengarang Hiburan Kosmo!, Yusman Awang berkata, majlis yang bermula pukul 2 petang hingga 6 petang itu akan diadakan di Hotel Renaissance, Jalan Ampang di sini.
Beliau berkata, antara artis terkenal yang hadir ialah Datuk Sharifah Aini, Datuk Yusof Haslam, Datuk Sheila Majid, Fauziah Ahmad Daud, Sofea Jane, Amy Search, Jamal Abdillah, Maya Karin, Rozita Che Wan, Eja, Fizo Omar, Ifa Raziah, Roslan Shah dan ramai lagi.
"Pada majlis itu, artis dan karyawan seni lain boleh mendaftar karya kreatif mereka secara terus dan bersoal jawab mengenai hak-hak mereka seperti yang terkandung dalam Akta Hak Cipta (Pindaan) 2012," katanya di sini semalam.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual hadir pada majlis itu.
Turut hadir, Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek (MyIPO), Datuk Azizan Mohamad Sidin dan Timbalan Ketua Pengarahnya, Mohd. Shahar Osman.
Menurut Yusman, jumlah artis yang bakal menyertai majlis anjuran bersama MyIPO dan Kosmo! tersebut dijangka bertambah apabila ramai akan membuat pengesahan mengenai kehadiran mereka hari ini.
"Selain itu, para pelajar pengajian media, pelajar institusi pengajian tinggi, blogger hiburan dan pihak media turut menghadiri majlis berkenaan," ujarnya.
Hari Himpunan Bintang MyIPO-Kosmo! 2012 akan menguar-uarkan kepada penggiat seni tanah air mengenai manfaat Akta Hak Cipta (Pindaan) 2012.
Pindaan tersebut diluluskan oleh Parlimen pada 22 Disember tahun lalu dan diwartakan pada 9 Februari lepas.
Ia memperuntukkan undang-undang yang lebih menguntungkan artis merangkumi aspek kutipan royalti lebih telus, penguatkuasaan semula Tribunal Hak Cipta, larangan muat turun bahan seni secara tidak sah serta jumlah bayaran minimum yang sepatutnya diterima penggiat seni.
Yusman memberitahu, empat artis daripada era berlainan iaitu Hail Amir, Ramlah Ram, Zamani Slam dan Adira akan mengadakan persembahan khas pada himpunan artis yang terbesar di tanah air itu.
Wakil-wakil persatuan artis termasuk Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez; Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi dan Presiden Persatuan Rakaman Industri Malaysia (RIM), Norman Abdul Halim juga dijangka hadir selain wakil Persatuan Artis Cina dan Persatuan Artis India.
KUALA LUMPUR — Kisah biduanita negara Allahyarham Salmah Ismail atau lebih dikenali sebagai Saloma, dan perjuangan seninya, kini diabadikan dalam buku hasil nukilan artis Ahmad Fauzee Samad.
Ahmad Fauzee berkata penghasilan buku "Saloma" mengambil masa 17 bulan sejak Januari tahun lepas dengan galakan dan bantuan kakak Saloma, seniwati Mariani Ismail.
"Buku ini merupakan buku pertama diterbitkan khas buat selebriti wanita tanah air. Saya mengambil masa hampir 17 bulan untuk menghasilkan buku ini (yang berkisar) mengenai perjuangan Saloma ketika bergelar anak seni," katanya semasa berucap pada pelancaran buku itu di sini malam tadi.
Turut memeriahkan majlis pelancaran itu ialah seniman Datuk Mustapha Maarof, Kuswadinata dan seniwati Toh Puan Julie Faridah.
Ahmad Fauzee juga berkata beliau membuat rujukan di Arkib Negara bagi menghasilkan buku setebal 500 muka surat itu.
"Saloma, yang terkenal dengan genre muzik dan menjadi ikon fesyen, diintepretasikan melalui penulisan buku ini," katanya.
Ahmad Fauzee berkata sebahagian kutipan hasil penjualan buku itu akan disalur kepada tujuh waris yang merupakan cucu biduanita negara tersebut. — BERNAMA
TANDA...Zaili (kanan) mencatatkan nombor repot pada mesin yang dirampas.
KUALA LUMPUR: Pengusaha pusat judi siber lebih gemar menggajikan warga asing sebagai operator bagi mengaut keuntungan kerana tidak perlu membuat bayaran upah mahal kepada pekerja berkenaan.
Perkembangan itu dikesan dalam beberapa siri serbuan besar-besaran dijalankan cawangan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras selama dua hari, bermula Rabu lalu.
Ketua Polis Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh berkata, serbuan sempena Ops Dadu itu tertumpu di beberapa lokasi yang banyak aktiviti perjudian seumpamanya.
Menurutnya, operasi diketuai dua pegawai dan 14 anggota itu dijalankan di dua lokasi iaitu Taman Miharja dan Taman Pertama.
"Serbuan dilakukan selepas kami menerima maklumat mengenai kewujudan pusat perjudian di kawasan itu dan selepas disiasat, maklumat itu didapati betul.
"Hasilnya, 14 kedai judi di kawasan perumahan itu diserbu dalam dua operasi berasingan selama dua hari," katanya.
Pasukan D7 Cheras merampas 172 set mesin judi dan menahan 32 individu bersama rampasan wang tunai sebanyak RM2,120.
Dalam serbuan pertama membabitkan sepasukan anggota polis diketuai bersama Inspektor Zaili Zakaria di Taman Miharja, 18 individu berusia 20-an hingga 50-an ditahan manakala 91 set komputer dirampas.
SEMPORNA - Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menolak tohmahan sesetengah pihak kononnya kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak menunaikan kewajipannya untuk mendaulatkan syiar Islam di negara ini.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu sebaliknya menegaskan bahawa Umno yang yang kini menjadi tunjang kerajaan BN sudah mendaulatkan syiar Islam jauh lebih awal - sebelum negara ini mencapai kemerdekaan lagi dan meneruskannya hingga negara merdeka.
"Dari titik permulaan negara kita bebas daripada penjajahan, kita telah memberi penekanan betapa pentingnya agama Islam di negara ini. Bukan saja kita amalkannya dan melaungkannya tetapi dalam perlembangaan Umno, sebelum merdeka lagi, kita telah letakkan Islam sebagai agama rasmi.
"Apabila negara ini merdeka, kita terjemahkannya menjadi tunggak perlembagaan negara ini iaitu agama Islam sebagai agama rasmi negara dan agama lain boleh diamalkan tanpa ada kekangan kepada kaum lain," katanya kepada pemberita selepas menutup program Kursus Asas Haji Peringkat Daerah Semporna di sini hari ini.
Shafie menegaskan kerajaan BN tidak tergamak menggunakan agama Islam untuk kepentingan politik.
Katanya, program seperti penubuhan universiti Islam, Tabung Haji, penekanan terhadap pendidikan Islam di peringkat pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah hingga ke peringkat lebih tinggi adalah bukti kerajaan komited mendaulatkan syiar Islam.
Sedangkan parti pembangkang, kata beliau, menggunakan agama untuk kepentingan politik hingga sanggup mendakwa sesiapa yang mengundi parti mereka akan masuk syurga.
Umno sebaliknya bekerja keras bagi memastikan syiar dan kedududkan agama Islam di negara ini terus terpelihara.
"Apa yang kita lakukan sebagai contoh pada hari ini, kita melatih bakal-bakal haji untuk membolehkan mereka menunaikan ibadat dengan sempurna," katanya.
Shafie kesal kerana ada pihak yang mempolitikkan agama hingga sanggup berdemonstrasi di luar negara seperti di Arab Saudi hingga boleh menjejas kuota jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci.
Menteri itu berkata, kerajaan BN tidak akan menggunakan masjid untuk menabur fitnah, buat ceramah mencerca dan menghasut, seperti dilakukan pembangkang. - Bernama
KAHERAH - Wakil Ikhwanul Muslimin, Mohammed Mursi diisytihar memenangi pemilihan Presiden Mesir yang pertama selepas Hosni Mubarak digulingkan awal tahun lalu.
Mohammed, yang mewakili Parti Kebebasan dan Keadilan, memperoleh 51.73 peratus undi atau lebih 13 juta undi manakala pencabarnya di pusingan kedua pemilihan, Ahmed Shafiq, yang juga bekas Perdana Menteri era Hosni, mengumpulkan 48.27 peratus undi atau lebih 12 juta undi.
Menjelang pengumuman hari ini, yang mula dibuat sejak jam 9 malam tadi (waktu Malaysia), protes diadakan di Dataran Tahrir ekoran pengumuman Majlis Agung Angkatan Tentera (Scaf) bahawa pihaknya mahu mengurangkan atau mengehadkan kuasa presiden dan pada masa yang mengukuhkan kuasa tentera.
Pemilihan pusingan kedua diadakan awal minggu lepas. Sebaik sahaja pengundian berakhir, kedua-dua calon itu mengisytiharkan diri mereka sebagai pemenang.
Keputusan pemilihan sepatutnya diumumkan Khamis lalu, tetapi ditangguhkan ekoran aduan daripada calon-calon yang bertanding berhubung proses pengundian dan kiraan kertas undi.
Pusingan pertama pemilihan diadakan bulan lalu.
Seramai 50.3 juta pengundi layak mengundi pada pemilihan kali ini. Kira-kira 37,000 kertas undi telah dibatalkan, kata Ketua Suruhanjaya Pemilihan Presiden, Farouk Sultan yang membacakan mukadimah kira-kira 90 minit sebelum mengumumkan nama pemenang sekitar jam 10.30 malam (waktu Malaysia).
Katanya, suruhanjaya itu menerima sebanyak 452 rayuan daripada kedua-dua calon.
Pengumuman itu membawa kepada kegembiraan di kalangan penyokong Mohammed yang berhimpun di Dataran Tahrir sejak beberapa hari lalu.
Kelewatan pengumuman mencetuskan rasa gelisah dan ketegangan di Mesir khususnya di kalangan penyokong dan pengikut Mohammed.
Pengumuman dibuat di sebalik kawalan ketat ekoran kebimbangan bahawa keputusan pemilihan boleh membawa kepada pergaduhan, sekali gus mencetuskan keadaan tidak terkawal sebagaimana disaksikan awal tahun lalu - ketika kebangkitan rakyat yang membawa kepada kejatuhan kepimpinan Hosni.
Keputusan pemilihan pusingan kedua ini diumumkan kira-kira dua minggu selepas Hosni dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dan hampir seminggu selepas pihak pemerintah tentera mengumumkan akan menyerahkan kuasa kepada presiden baru, tetapi mengekalkan beberapa kuasa penting di pihak mereka.
Kuasa presiden dihadkan manakala perlembagaan pula belum dirangka.
SHAH ALAM – Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) meminta agar pemimpin politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tidak memandang serong terhadap kenyataan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub mengenai perarakan Thaipusam pada debat anjuran Sinar Harian, Selasa lalu.
Setiausaha Agungnya, Barathidasan Saminathan berkata, semua pihak perlu melihat secara menyeluruh dan jangan membuat keputusan sesuka hati berdasarkan satu konteks sahaja.
Menurutnya, apa yang dimaksudkan oleh Salahuddin adalah perayaan agama seperti Thaipusam dan Maulidul Rasul boleh berlangsung dengan begitu aman tanpa kehadiran pihak keselamatan yang besar.
"Mipas berpendapat jika kita tidak dapat menerima pandangan Salahuddin terhadap kenyataan yang salah maka adalah wajar untuk kita menegur beliau.
"Tetapi adalah tidak baik dan tidak adil kita menentang semata-mata kerana beliau dari Pakatan Rakyat (PR)," katanya dalam satu kenyataan.
Selain itu, Barathidasan turut meminta semua pihak tidak mempolitikkan dan meraih publisiti murahan dari kenyataan tersebut.
SHAH ALAM - Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei menegaskan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli direhatkan sementara oleh parti untuk memberi tumpuan kepada pendedahan terbaru skandal terbaru membabitkan Umno Selangor.
Katanya, faktor itu jugalah yang menyebabkan Rafizi meletak jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor dan menafikan ia berpunca akibat perpecahan dalam parti.
Menurutnya, Rafizi direhatkan sementara oleh parti untuk memberi tumpuan kepada siasatan sebelum mendedahkan skandal terbaru yang jauh lebih besar daripada isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) seperti dedahkan sebelum ini.
"Tiada perpecahan, itu spekulasi. Rafizi direhatkan untuk mencipta 'bom jangka' yang lebih besar. Sebelum ini beliau menanggung bebanan berat kerana terpaksa buat dua kerja dalam satu masa tetapi kali ini, beliau akan fokus sebagai pengarah strategi dan unitnya beroperasi secara sistematik," katanya.
Shuhaimi berkata, pendedahan terbaru itu juga pasti menjejaskan Umno dan Barisan Nasional.
"Umno Selangor tunggu sahaja kerana kita mempunyai bahan dan ramuan yang baik untuk memastikan kali ini kepimpinan Umno Selangor, bermula dengan Pengerusi hingga ahli jawatankuasanya terkena dengan 'bom jangka' itu," katanya.
Persatuan Veteran Tentera Melayu menangguhkan rancangannya untuk berdemonstrasi di hadapan Kementerian Pertahanan pada 29 Jun ini, kata presidennya Mohd Ali Baharom.
Menurut Ali, penangguhan itu dilakukan kerana Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi tidak berada di pejabat Kementerian Pertahanan (Mindef) pada tarikh tersebut.
"Kami dapat risikan Datuk Seri Zahid Hamidi tiada di Mindef pada tarikh itu. Dia ingin lari ke kem komando Mersing untuk rehat selama dua hari," katanya.
Pada masa yang sama juga, Ali mendakwa isteri Zahid Hamidi juga menghantar SMS memberikan amaran kepadanya berhubung perhimpunan tersebut.
Ali kemudian menunjukkan satu kiriman SMS di telefon bimbitnya yang berbunyi: "Perlu diingat Datuk Seri Zahid Hamidi bukan sendirian dan (dia) bermaruah. Saya tak fikir orang-orang akan berdiam diri dan senang-senang nak buat kacau bilau depan Mindef".
Sementara itu, ketika dihubungi, isteri Zahid Hamidi, Datin Seri Hamidah Khamis enggan memberikan sebarang komen berkenaan dakwaan Ali itu.
Beliau sebaliknya mencadangkan Malaysiakini menghubungi Zahid sendiri berhubung perkara tersebut. Pada masa sama, Ali berkata SMS itu tidak sedikit pun menggentarkan semangat PVTM untuk terus berdemo dan menuntut pembelaan buat veteran tentera.
"Kalau saya tiup wisel, beribu-ribu (ahli PVTM) akan turun ke Mindef. Saya tak ambil 'pot' pun dengan SMS itu," katanya dengan nada tegas dan yakin pada sidang media petang kelmarin.
Beliau bagaimana pun tetap menggesa Zahid mengambil berat akan kebajikan veteran tentera terutamanya mereka yang bersara tanpa pencen.
Beliau menggariskan 11 tuntutan veteran tentera dan di antaranya adalah pemberian saguhati tahunan kepada mereka yang tidak berpencen.
Ali menggesa Jabatan Hal Ehwal Veteran Tentera (JHEV) supaya mengagihkan dana rayuan Hari Pahlawan kepada presiden-presiden kelab tentera secara adil dalam program khas.
Selepas membacakan tuntutan-tuntutan itu, beliau memberikan Zahid tempoh 136 jam untuk berdialog dengan PVTM.
Jika gagal berbuat demikian, PVTM akan menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memecat Zahid. "Kita ramai-ramai akan turun Mindef (minta Najib) pecat Zahid Hamidi sebagai Menteri Pertahanan," katanya.
Kerana menipu kononnya Lim Guan Eng mahu menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB), Mahkamah Tinggi di sini kelmarin mendapati lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia, telah melakukan fitnah.
Justeru, mahkamah mengarahkan Utusan membayar pampasan RM200,000 kepada Ketua Menteri Pulau Pinang itu serta RM20,000 kos mahkamah.
Guan Eng menyaman Utusan terhadap satu tulisan bertajuk “DEB: Guan Eng Tetap Berdegil” bertarikh 15 Mac 2008 yang mendakwa kononnya Setiausaha Agung DAP tersebut mahu menghapuskan DEB.
Tulisan itu mengandungi perkataan berunsur fitnah dan berniat jahat kerana Guan Eng tidak pernah mengatakan beliau mahu menghapuskan DEB.
Beliau telah menjelaskan bahawa apa yang dikatakannya adalah pentadbirannya di Pulau Pinang akan bebas daripada kronisme, korupsi dan sistem yang tidak berkesan.
Ini adalah kemenangan kedua Guan Eng menyaman Utusan. Pada Disember tahun lalu, mahkamah mendapati sengaja memfitnah Guan Eng dengan niat jahat.
Artikel Utusan bertajuk “Kebiadaban Guan Eng” yang disiarkan pada 20 Disember 2010 cuba menggambarkan Guan Eng dan DAP seolah-olah anti-Melayu dan anti-Islam, dan terbukti dakwaan Utusan itu palsu.
Umno meneruskan siri-siri merosakkan bangsa sendiri setelah sekian lama menghapuskan tulisan jawi, bahasa Melayu yang dipinggirkan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan kegagalan dalam Dasar Ekonomi Baru.
Terbaru, aset Felda yang berharga milik rakyat Malaysia yang majoritinya orang Melayu menjadi mangsa penggadaian seterusnya.
Ladang, tanah dan segala perniagaan milik sepenuhnya warga Felda dan negara, difaraidkan sesama sendiri dan syarikat asing melalui usaha penyenaraian di Bursa Saham.
Apa yang memilukan, peneroka dan kakitangan Felda yang berpuluh tahun membangunkan Felda, diberikan saham terkecil iaitu 2.5 peratus dan 3 peratus sahaja. Tetapi mereka sanggup memberi ruang kepada Syarikat Asing dari luar negara memegang sekitar 20 peratus saham dalam Felda Global Ventures ini.
Tidak mustahil dimasa akan datang syarikat asing atau mereka yang tidak kena mengena dengan Felda yang akan menjadi pemilik aset berharga Felda ini setelah saham-sahamnya terjual.
Bukan sekadar masalah pengagihan saham tersebut yang utamanya, tetapi melibatkan tanah-tanah Felda dan aset berharga milik rakyat dan negara ini satu pengkhianatan. Apatah lagi menyerahkan urusan sebesar itu dikendalikan oleh individu yang terpalit dengan rasuah yang diakui partinya sendiri.
Ini adalah satu pengkhianatan kepada bangsa Melayu yang mendiami kawasan Felda dan seluruh negara. Kita menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya warga Felda supaya segera menggantikan Umno yang lama memerintah dan terus bertindak gagal dengan memberi undi kepada PAS dan rakan-rakan Pakatan Rakyat.
Kita tidak punyai masa yang lama lagi untuk menunggu berapa banyak lagi aset negara berpontensi terjual di bawah pemerintahan Umno BN hari ini.
You are subscribed to email updates from penyapu sial To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
NIBONG TEBAL: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sedia memaafkan saksi pertama kes isu komunis Bukit Kepong, Visvanathan a/l Muthu, 75, yang terlibat dengan perbicaraan isu berkenaan di Mahkamah Seksyen Butterworth pada 11 Jun lalu.
Mohamad sebaliknya terus bertekad menyaman akhbar Utusan Malaysia kerana mengeluarkan berita dengan niat jahat.
Jelasnya, Visva Nathan telahpun mengaku dan memohon maaf kepadanya di hadapan Hakim Ikmal Hisyam Ahmad Tajudin ketika diasak peguam Mohamed Hanipa Maidin pada perbicaraan berkenaan.
Ujar beliau, kemaafan dibuat berdasarkan kepada keinsafan Visva Nathan yang beberapa kali memandangnya dengan tangan dirapatkan seolah-olah sedar bahawa beliau bersalah kerana melemparkan fitnah dengan membuat satu laporan polis pada 27 Ogos lalu berpandukan laporan Utusan Malaysia.
"Tak apalah saya maafkan Visva Nathan kerana beliau jadi boneka dan hanya berpandukan kepada Utusan Malaysia yang melaporkan kononnya saya menghina pasukan polis dan Yang di-Pertuan Agong kerana menyanjung Mat Indera yang disifatkan oleh penjajah sebagai pengkhianat. Saya hanya maafkan dia bukan Utusan Malaysia," katanya ketika ditanya sejurus berucap di Perhimpunan Hijau Peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Acheh, Nibung Tebal petang semalam.
Bukan sahaja Visva Nathan memohon maaf bahkan turut mencadangkan kepada pihak polis agar tidak mengambil tindakan kepada Mohamad.
Mungkin kata Mohamad, setelah peguam Hanipa Maidin memberikannya keratan akhbar Utusan Malaysia dan teks ucapan pada majlis di Pusat Pendidikan Islam Padang Menora yang jelas tidak langsung menyebut perkataan 'komunis'.
"Lepas ni kayalah saya dapat duit saman Utusan Malaysia. Rugilah kalau tuan- tuan dan puan-puan tidak berkawan dengan saya," katanya secara berjenaka.
Turun berucap di majlis bertemakan 'Perhimpunan Hijau Tawan Dun Sungai Acheh' ialah Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Fauzi Yusuf dan Yang Dipertua PAS Nibong Tebal, Abdul Rahman Ramjan.
(Mohamad Sabu, Tuan Ibrahim dan lain-lain di atas satu pentas khas yang dibuat dari lori)
KUANTAN: Seramai 1,000 orang peserta berjaya menembusi sekatan jalan raya polis untuk berhimpun di pintu masuk Zon Industri Gebeng bagi menyatakan bantahan ke atas loji nadir bumi Lynas.
Sekurang-kurangnya tiga sekatan jalan raya diadakan sejak awal pagi ini di sekitar taman industri tersebut bagi menghadapi para peserta yang berhimpun di pantai Balok sejak semalam, lapor Malaysiakini.
Kumpulan yang diketuai timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dan ketua lajnah alam sekitar parti itu, Zulkefly Mohd Omar pada awalnya diminta untuk berpatah balik oleh anggota polis yang mengawal di sekatan tersebut.
Walaupun sebahagian daripada kumpulan berkenaan berjaya membolosi sekatan, kumpulan berkenaan akhirnya membuat keputusan untuk duduk di pintu masuk Zon Industri Gebeng bagi menyatakan bantahan mereka.
Beberapa orang turut berucap daripada satu pentas yang menggunakan bahagian belakang sebuah lori.
Antaranya adalah Pengerusi Himpunan Hijau Wong Tack, Pengerusi bersama Bersih A Samad Said, Mohamad Sabu, Pesuruhjaya PAS Pahang DatukTuan Ibrahim Tuan Man dan Adun Triang, Leong Ngah Ngah.
Ketua Polis Kuantan Mohd Jasmani Yusof bersama pasukannya kemudian menyekat mereka dan meminta bersurai kerana perhimpunan itu tidak mempunyai permit polis. -Hrkh
NIBONG TEBAL:Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sedia memaafkan saksi pertama kes isu komunis Bukit Kepong, Visvanathan a/l Muthu, 75, yang terlibat dengan perbicaraan isu berkenaan di Mahkamah Seksyen Butterworth pada 11 Jun lalu.
Mohamad sebaliknya terus bertekad menyaman akhbar Utusan Malaysia kerana mengeluarkan berita dengan niat jahat.
Jelasnya, Visva Nathan telahpun mengaku dan memohon maaf kepadanya di hadapan Hakim Ikmal Hisyam Ahmad Tajudin ketika diasak peguam Mohamed Hanipa Maidin pada perbicaraan berkenaan.
Ujar beliau, kemaafan dibuat berdasarkan kepada keinsafan Visva Nathan yang beberapa kali memandangnya dengan tangan dirapatkan seolah-olah sedar bahawa beliau bersalah kerana melemparkan fitnah dengan membuat satu laporan polis pada 27 Ogos lalu berpandukan laporan Utusan Malaysia.
"Tak apalah saya maafkan Visva Nathan kerana beliau jadi boneka dan hanya berpandukan kepada Utusan Malaysia yang melaporkan kononnya saya menghina pasukan polis dan Yang di-Pertuan Agong kerana menyanjung Mat Indera yang disifatkan oleh penjajah sebagai pengkhianat. Saya hanya maafkan dia bukan Utusan Malaysia," katanya ketika ditanya sejurus berucap di Perhimpunan Hijau Peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Acheh, Nibung Tebal petang semalam.
Bukan sahaja Visva Nathan memohon maaf bahkan turut mencadangkan kepada pihak polis agar tidak mengambil tindakan kepada Mohamad.
Mungkin kata Mohamad, setelah peguam Hanipa Maidin memberikannya keratan akhbar Utusan Malaysia dan teks ucapan pada majlis di Pusat Pendidikan Islam Padang Menora yang jelas tidak langsung menyebut perkataan 'komunis'.
"Lepas ni kayalah saya dapat duit saman Utusan Malaysia. Rugilah kalau tuan- tuan dan puan-puan tidak berkawan dengan saya," katanya secara berjenaka.
Turun berucap di majlis bertemakan 'Perhimpunan Hijau Tawan Dun Sungai Acheh' ialah Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Fauzi Yusuf dan Yang Dipertua PAS Nibong Tebal, Abdul Rahman Ramjan. -Hrkh
Sebaik saja dramatis/pelakon Haire Othman menyatakan pendirian menyertai PAS, maka ramailah yang memuji dan gembira dengan perkembangan tersebut. Tetapi tidak kurang juga yang memandang jengkel dengan kata-kata sinis terutama dari para pencacai UMNO yang "keciwa" dengan tindakan haire itu.
Apa jawapan Haire? Mari kita baca sama-sama dan semuga Allah memperkuatkan pendirian dan iman dramatis ini disamping ditambahkan rahmat dan hidayah kepada beliau.
Apa hal cina DAP nii boleh duduk depan TGNA dengar kuliah agama??Cina DAP yang gua ingat memang tak guna dan menentang Islam,begitulah yang diperkatakan oleh ahli Umno Haprak..Yang terbaiknya bagi gua ialah ahli-ahli umno yang apabila ada majlis ilmu di masjid dan surau mereka dulu yang akan angkat pungkok untuk lari..
Malah yang lebih bangsat lagi perangai baik Umno ialah menahan guru-guru daripada mengajar di masjid dan surau di mana mereka berkuasa..maka setiap surau dan masjid yang mereka kuasai hanya Indah Rupa daripada roh Islam itu sendiri..sudah tentu kejahilan masyarakat setempat akan menjadi dana berharga UMNO untuk setia menyokong mereka..kerana Rakyat Bangang,,Umno Menang,,Hancusss Umnuuooooo...!!
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dianggap pengkhianat terhadap agama Islam sekiranya beliau memutuskan untuk memanggil pilihan raya umum ketika musim haji.
Ia kerana tindakan itu dilihat sebagai menafikan hak orang Islam untuk mengundi, sedangkan begitu banyak tarikh yang lebih sesuai untuk diadakan pilihan raya umum.
Demikian dinyatakan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ketika sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.
Menurutnya, jika pilihan raya dilaksanakan pada ketika itu, ia akan menafikan hak lebih 30,000 umat Islam yang dijangka mengerjakan haji untuk mengundi.
"Sebab dengan pilihan raya ini, sesuatu Dun itu boleh kalah dengan majoriti kurang dari 50, 60 begitu. Manakala, kalau di peringkat parlimen pula mungkin dalam majoriti 100 hingga 200 undi. 300 orangs etip kawasan boleh memberikan 'warna' yang berlainan," tegas beliau.
Justeru, Mustafa berkata, sebagai seorang Perdana Menteri yang beragama Islam, Najib perlu faham dengan sensitiviti berkaitan agama Islam.
Beliau bagaimanapun, mendesak Najib memberi jaminan tidak mengadakan pilihan raya umum pada musim haji bagi menghentikan polemik berkaitan isu tersebut.
"Polemik mengenai isu pilihan raya ketika musim haji ini boleh dihentikan dengan cara mudah iaitu Najib tidak mengadakan pilihan raya pada musim haji. Kalau dia putuskan tidak buat waktu itu, selesai polemik kerana bagi kita menunaikan haji itu wajib, dalam masa sama mengundi juga wajib," tegas beliau lagi.
Dalam pada itu, Mustafa berkata polemik mengenai isu itu menunjukkan perlunya tarikh pilihan raya ditentukan lebih awal agar rakyat tidak tertanya-tanya.
Sehubungan itu, beliau meminta mufti-mufti yang ebrda di dalam Umno agar menasihati Perdana Menteri itu agar tidak membuat pilihan raya pada musim haji seperti yang pernah diadakan sebelum ini.
Semalam, Najib mengatakan pihaknya tidak menolak kemungkinan pilihan raya umum akan berlangsung pada musim haji kerana ia pernah berlaku sebelum ini. -Hrkh
Banyaknya duit Setiausaha Sulit Menteri ini ya.. aku ingatkan hanya Setiausaha Nor Mohd Yaakod saja yang kaya raya…SPRM tak nak siasat ke?
Harian Metro edisi cetak hari ini telah melaporkan Setiausaha Sulit kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan mendakwa hampir menjadi mangsa penipuan siber membabitkan kontrak pembekalan vaksin wabak infuenza A (H1N1) bernilai USD1.33 Juta (RM4.2 Juta) yang dipercayai didalangi oleh satu sindiket antarabangsa.
Difahamkan, sindeiket itu menggunakan sijil perakuan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar, dipercayai dipalsukan sebagai modus operandi untuk memperdayakan orang ramai menerusi penipuan siber tersebut.
Loh Eng Chong, 48, mendakwa dia nyaris menjadi mangsa penipuan itu selepas menerima beberapa panggilan daripada tiga individu berbeza tidak dikenalinya sejak seminggu lalu.
Katanya panggilan pertama diterima pada 14 Jun lalu daripada seorang lelaki mendakwa dirinya seorang Doktor daripada Amerika Syarikat yang meminta bantuannya membayar wang cagaran selepas vaksin H1N1 dibawa lelaki itu kenegara ini disekat Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa KL.
"Saya ada menghubungi indivdu terbabit menerusi nombor telefon digunakan, tetapi hingga kini tiada jawapan tetapi sehingga kini tiada jawapan. Justeru saya syak operasi kumpulan itu sebagai palsu sebelum memanjangkannya untuk perhatian Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Chua Tee Yong.
"Saya harap orang ramai tidak mudah terpedaya dengan sindiket dan meminta mereka melaporkan kejadian seumpama itu" katanya..
Persoalan yang timbul disini ialah bagaimana seorang Setiausaha Sulit kepada Menteri mempunyai sejumlah RM4.2 Juta yang membolehkan beliau berurusan dengan pihak yang didakwa cuba menipunya?
Jika tidak ada persetujuan antara beliau dan penipu-penipu itu mana mungkin penipu itu akan meminta beliau membayar wang cagaran..
Jika diperhatikan print screen Sinar Harian di atas yang di highligtkan dengan warna biru itu ialah.. "Dalam sejarah kita, kita pernah buat pilihan raya masa musim haji. Pilihan raya tahun 1986 kalau tak silap saya. Saya tahu ia pada zaman Tun Hussein Onn.
Itu adalah kata-kata Najib yang buta sejarah pada tahun tersebut Perdana Menteri adalah Tun Mahathir..
Apabila berita atau laporan dari Sinar Harian ini mula tersebar dan disiarka oleh banyak Blog dan juga menjadi bahan jenaka di laman Facebook.. tiba-tiba.. laporannya telah bertukar..
Kata-kata Najib yang membuktikan kepada kita bahawa beliau adalah seorang Perdana Menteri yang buta sejarah iaitu "Dalam sejarah kita, kita pernah buat pilihan raya masa musim haji. Pilihan raya tahun 1986 kalau tak silap saya. Saya tahu ia pada zaman Tun Hussein Onn... telah dipadamkan..
Tak percaya?? lihat di bawah.. carilah kalau ada lagi..
Dah tak ada bukan??
Demi menyelamatkan maruah Najib yang jelas buta sejah itu Sinar Harian telah memadamnya.. arahan siapa agaknya??
Bagaimanapun tindakan Sinar Harian yang mahu menyelamatkan maruah Najib itu telah digagalkan oleh UMNO Online pula.. he..he..he.. tengoklah video di bawah ini... pada minit 6:58..
Saya selalu berkata UMNO Baru sudah hilang hidayah dalam mentadbir negara. Bagi UMNO Baru modalnya hanyalah satu iaitu isu pembangunan dan gula-gula kewangan terhadap rakyat.
Bagi UMNO Baru kerajaan yang baik itu ialah kerajaan yang boleh membina lapangan terbang, membina sekolah, melebarkan jalan, menyediakan bekalan air dan api letrik dan sebagainya. UMNO Baru tidak lagi memahami bahawa pembangunan fizikal itu hanyalah sebahagian yang kecil daripada apa yang dikatakan sebagai 'nation building' itu.
Itulah sebabnya UMNO Baru dan pemimpin-pemimpinnya tidak terlepas daripada mengungkit apa yang telah dilakukan terhadap rakyat dan negara. Suatu ketika dahulu bantuan subsidi gigi palsu pun dijadikan umpan untuk orang-orang kampung mengundi parti itu di dalam pilihanraya. Di kampung saya suatu ketika dahulu bantuan lembu pawah juga menjadi isu untuk memaksa orang memilih BN.
Semuanya itu adalah pembangunan yang menggunakan wang rakyat dan pemimpin yang dipilih itu juga dibayar gaji dan elaun oleh rakyat. Tidak sedar mereka itu yang nasib mereka itu adalah di tangan rakyat tetapi mereka tetap mengatakan bahawa pembangunan itu semua adalah budi kerajaan BN. Mereka tidak pernah untuk kembali berfikir yang mereka itu duduk di atas singgahsana kuasa itu adalah pemberian rakyat.
Sesiapa juga atau parti mana pun yang diberi mandat akan melakukan pembangunan kerana harga pembangunan itu dibayar oleh rakyat, bukannya oleh UMNO Baru atau pemimpin mereka. Di Pulau Pinang dan Selangor, misalnya pembangunan rakyat dibiayai oleh rakyat negeri-negeri itu melalui segala bentuk cukai yang dikutip dari rakyat.
Kerajaan kedua-dua negeri itu telah berjaya melakukan apa yang dilakukan oleh kerajaan BN selama ini malahan ianya dilakukan dengan lebih baik dan transperan dari kerajaan BN dahulu. Rasuahnya tiada lagi seperti yang begitu lazim semasa BN memerintah negeri-negeri tersebut. Pemimpin BN persekutuan tidak pula mahu menyebut peranan besar yang diberikan oleh kedua-dua kerajaan PR ini terhadap negara.
Elok pemimpin BN membuat kenyataan yang kedua-dua kerajaan negeri PR ini menyumbang sebanyak 40% dari hasil GDP negara. Itulah salah satu sebabnya rakyat di kedua-dua buah negeri ini tidak mahu lagi dijaga dan ditadbir oleh BN kerana kerajaan BN telah menyalahgunakan sumber kewangan negara yang 40% darinya adalah sumbangan kerajaan dan rakyat kedua-dua buah negeri ini.
Belanja lawatan Najib dan Muhyiddin ke seluruh negara yang memakan belanja ratusan juta ringgit itu pada hakikatnya adalah dibiayai oleh sumber kewangan dari kerajaan yang mana 40% darinya adalah sumbangan kerajaan Selangor dan Pulau Pinang. Bayangkan satu lawatan PM akan membelanjakan jutaan ringgit. Maklum sajalah peruntukan menyewa bas yang beratus buah dan kadangkalanya ribuan buah untuk mengangkut rakyat untuk datang menyambut PM itu sahaja memakan belanja ratusan ribu jumlahnya.
Itu belum lagi belanja sewaan kerusi dan khemah yang banyak. Sewa kerusi yang lazimnya hanya 0.65 sen bagi sebuah kerusi kroni UMNO Baru yang menyediakan kerusi itu akan tekan harga dari penganjur sebanyak RM1.70 sen. Kalau jumlah kerusi yang disewa itu sebanyak 20,000 buah bayangkan berapa harganya. Karipap yang sebesar ibu jari itu ditekan harganya sehingga satu ringgit bagi satu karipap bayangkan harga yang perlu dibayar untuk menyediakan 100,000 karipap. Kalau karipap itu tebal dan tembam tak apa juga!
Apabila habis upacara baru sedar semuanya adalah pembaziran kerana jumlah orang yang datang memberikan sambutan itu jauh lebih kecil dari yang dijangkakan. Semuanya ini pembaziran besar. Lawatan PM dan DPM ini tidak memberi apa-apa kebaikan selain daripada menghabiskan karipap sahaja. Ingat, rakyat dari negeri PR juga membayar cukai dan penyumbang besar kepada kantung kewangan negara.
Mahal betul untuk mengekalkan kuasa dan kosnya itu ditanggung oleh rakyat. Budaya ini wajar dihentikan kerana ia merupakan pembaziran kepada sumber kewangan rakyat dan negara. Sesungguhnya lawatan peribadi itu yang penting, tetapi yang lebih penting ialah dasar-dasar yang baik dan implimentasinya yang cekap.
Yang patut turun kepada rakyat ialah dasar yang diimplimentasikan dengan baik dan cekap terhadap rakyat Rakyat merasakan yang dasar-dasar itu benar-benar sampai ke bawah bukannya dapat bersalam dengan PM dan isterinya.
Setakat bersalaman dengan orang ramai bukan lagi cara politik zaman moden ini. Cara itu memang telah diamalkan sejak zaman berzaman, tetapi inilah yang kita dapati sekarang ini. Politik menjadi permainan yang mengelirukan semata-mata kerana budaya bersalaman tetapi tidak membawa apa-apa faedah kepada rakyat jelata.
Sudah lima puluh lima tahun pemimpin turun bersalaman tetapi rakyat masih tidak berpuas hati kerana salam yang tidak membawa apa-apa faedah kepada mereka (rakyat).
BN dan UMNO Baru tidak sedar bahawa penilaian (judgement) terhadap pimpinan mereka ialah kepada dua perkara penting. Pertamanya ianya akan dinilai dari tahap rasuah yang diamalkan oleh UMNO Baru dan pimpinannya serta kerajaan yang melaksanakan dasar yang digubal.
Keduanya sejauh mana kejayaan perhubungan di antara kaum di negara ini. Apabila isu perkauman dimainkan oleh UMNO Baru dengan begitu nyata maka itulah yang menyebabkan pola dan 'tendency' pengundian didasarkan kepada kaum dan 'ethnic' dan apabila perkara ini berlaku maka perhubungan kaum akan menjadi begitu tegang seperti yang kita lihat dan alami sekarang ini.
Itulah sebabnya sekarang parti-parti dalam PR sedang mendapat sambutan daripada rakyat yang dahagakan 'national unity' yang sebenarnya. Rakyat tahu mereka (rakyat) tidak akan mendapat keharmonian ini selagi UMNO Baru masih berkuasa selepas pilihanraya nanti. UMNO Baru terlalu rasis untuk kepentingan Melayu kononnya, tetapi Melayu tidak ke mana juga. Takkan Melayu boleh meletakkan nasib masa depannya kepada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang sejemput itu.
Melayu yang mendapat habuan besar terus menerus hanyalah Melayu yang menjadi ahli ekskusif kepada parti itu yang jumlahnya boleh dikira dengan jari sahaja. UMNO Baru sendiri telah mengabaikan orang Melayu sendiri, tetapi masih menyanyikan lagu rasis ini kerana pilihanraya akan datang tidak lama lagi.-Aspanaliasnet
Esoknya ustaz masih belum sedarkan diri. Orang semakin ramai datang ke ICU untuk menziarahi ustaz, tetapi hampa apabila peraturan tidak membenarkan mereka masuk. Ada yang datang dari jauh – Kelantan, Kedah, Johor . Ada yang datang dengan bas rombongan.
Antara yang paling awal bunga kepada Ustaz ialah , DYMM Sultan kedah. Ketika itu saya sedang menunggu di luar wad ICU. Saya menerima bagi pihak keluarga dan parti , dari penghantar bunga. Pada jambangan bunga tersebut, terselit sekeping kad yang tertera kata – kata : BETA DAN SULTANAH MENDOAKAN, AGAR YB DATUK SEGERA SEMBUH,".
Ustaz terus tidak sedarkan diri beberapa hari selepas itu. Ada sedikit tanda – tanda positif seperti beliau mula mengerakkan jari dan membuka mata seketika apabila dipanggil. Ada tanda- tanda positif ,tetapi terlalu perlahan
Semakin hari dan setiap masa tanpa mengira masa waktu lawatan , semakin ramai yang datang untuk menziarah dan memberi sokongan moral.Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri,Menteri – Menteri dan Ahli Parlimen turut menziarah. Jambangan bunga pun semakin banyak diterima dari pelbagai pihak termasuk kedutaan asing.
Saya,Dr Hatta, Dr Wahab dan beberapa rakan menunggu dan membantu mengendalikan pelawat dan keluarga hampir setiap hari , sehingga jam 2 atau 3 pagi. Pelbagai pihak termasuk media massa cuba mendapatkan maklumat terkini.
Pelbagai rumours disebarkan tentang ustaz .kami yang sentiasa berada di HUKM enggan mengulas, kerana untuk mengetahui keadaan Ustaz selayaknya diperolehi daripada HUKM.
Kami memantau keadaan Ustaz dari semasa ke semasa,selagi beliau belum sedar,keadaannya amat membimbangkan.Tetapi tidaklah wajar kami melahirkan kebimbangan ini kepada sesiapa yang datang .
Rakyat terus datang tanpa henti. Apalah yang boleh dilakukan melainkan berdoa dan menunaikan solat hajat agar Ustaz segera sembuh. Itulah permintaan pemimpin – pemimpin PAS, supaya semua markaz PAS mengadakan majlis seumpama itu.
Menjelang 7 petang, 22hb Jun 2002, saya menerima mesej daripada Dr Hatta supaya ke HUKM segera, untuk menyambut Ustaz hadi. Setiba di HUKM, Ustaz Hadi dilaporkan baru keluar untuk menunaikan solat dan dijangka akan kembali kemudian.
Para doktor memanggil anak – anak Ustaz untuk diberi taklimat. Ustaz Nasaruddin mat Isa(Setiausaha Agung) sudah tiba di sana dan menghubungi semua AJK Harian PAS untuk berhimpun.
Ustaz dalam keadaan sangat kritikal.
Kami berhimpun . Ustaz Hadi tiba dan membaca ayat Quran dan doa di sisi ustaz. Yang luar diminta menunaikan solat hajat dan membaca surah Yassin.
Semakin ramai yang datang , kebimbangan berterusan sehingga 1.30 pagi, apabila di laporkan keadaan Ustaz ada sedikit perubahan,tetapi masih stabil.
Kami beransur pulang menjelang jam 3 pagi. Namun kebimbangan dijangkakan berterusan jua. Menjelang subuh ,saya menerima panggilan telefon mengatakan keadaan Ustaz kembali kritikal. Malah sangat kritikal.
Tiada kata boleh digambarkan apabila pemimpin dan penyokong PAS yang berada di HUKM pagi itu mula berlinang air mata. Sedih dan sayu tidak tergambar.
10.30 pagi, pemimpin PAS yang berada di sisi katil Ustaz keluar dari wad ICU berkata dengan penuh kesedihan; "Kita Kehilangannya,".
Kesedihan menyelebungi seluruh keluarga , ahli – ahli PAS dan rakyat yang menyokong perjuangan Ustaz Fadzil . Berita pemergian Ustaz ke rahmatullah begitu cepat tersebar, dan dilaporkan media sejurus selepas itu. Berduyun – duyun manusia berhimpun di perkarangan HUKM.
(Petikan di atas diambil daripada buku 'FADZIL NOOR DALAM KENANGAN:PILU MENGInGATIMU )
SHAH ALAM - Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei menegaskan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli direhatkan sementara oleh parti untuk memberi tumpuan kepada pendedahan terbaru skandal terbaru membabitkan Umno Selangor.
Katanya, faktor itu jugalah yang menyebabkan Rafizi meletak jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor dan menafikan ia berpunca akibat perpecahan dalam parti.
Menurutnya, Rafizi direhatkan sementara oleh parti untuk memberi tumpuan kepada siasatan sebelum mendedahkan skandal terbaru yang jauh lebih besar daripada isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) seperti dedahkan sebelum ini."Tiada perpecahan, itu spekulasi.
Rafizi direhatkan untuk mencipta 'bom jangka' yang lebih besar. Sebelum ini beliau menanggung bebanan berat kerana terpaksa buat dua kerja dalam satu Smasa tetapi kali ini, beliau akan fokus sebagai pengarah strategi dan unitnya beroperasi secara sistematik," katanya.
huhaimi berkata, pendedahan terbaru itu juga pasti menjejaskan Umno dan Barisan Nasional."Umno Selangor tunggu sahaja kerana kita mempunyai bahan dan ramuan yang baik untuk memastikan kali ini kepimpinan Umno Selangor, bermula dengan Pengerusi hingga ahli jawatankuasanya terkena dengan 'bom jangka' itu," katanya.
Jika diperhatikan print screen Sinar Harian di atas yang di highligtkan dengan warna biru itu ialah.. "Dalam sejarah kita, kita pernah buat pilihan raya masa musim haji.
Pilihan raya tahun 1986 kalau tak silap saya. Saya tahu ia pada zaman Tun Hussein Onn.Itu adalah kata-kata Najib yang buta sejarah pada tahun tersebut Perdana Menteri adalah Tun Mahathir..
Apabila berita atau laporan dari Sinar Harian ini mula tersebar dan disiarka oleh banyak Blog dan juga menjadi bahan jenaka di laman Facebook.. tiba-tiba.. laporannya telah bertukar..
Kata-kata Najib yang membuktikan kepada kita bahawa beliau adalah seorang Perdana Menteri yang buta sejarah iaitu "Dalam sejarah kita, kita pernah buat pilihan raya masa musim haji. Pilihan raya tahun 1986 kalau tak silap saya. Saya tahu ia pada zaman Tun Hussein Onn... telah dipadamkan..Tak percaya?? lihat di bawah.. carilah kalau ada lagi..
~asd
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
[VIDEO] Nama PM Disebut Dalam Video Beli Ahli Parlimen PKR
Nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini dikaitkan dalam pendedahan terbaru Video Beli Ahli Parlimen PKR yang didedahkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad siang tadi.
Pendedahan video selama 30 saat itu menyaksikan bekas ketua pemuda PKR Kedah, Zamil Ibrahim menyebut nama pemimpin nombor satu negara itu.
"Dalam siri pendedahan kali ini, Zamil ada menyebut tentang rundingan terus kepada PM andai tawaran yang diberikan tidak memuaskan kepada Ahli Parlimen yang ditawarkan tukar parti.
"Mereka yang ditawarkan ini bolehlah berjumpa sendiri dengan PM dan boleh juga meminta jumlah yang diinginkan," beritahu Khalid mendedahkan isi kandungan video berkenaan.
Berdasarkan video tersebut, beliau juga menjelaskan dapat mengenalpasti modus operandi yang digunakan Zamli dan ejen-ejen lain dalam usaha membeli Ahli Parlimen PKR.
"Mereka sasarkan Ahli Parlimen PKR yang mempunyai masalah, yang tidak berpuas hati atau mengetahui bahawa mereka tidak akan dicalonkan semula untuk PRU (Pilihan Raya Umum) akan datang, maka golongan inilah yang didekati atau dijadikan sasaran untuk dibeli," tambahnya.
Mengulas lanjut, Khalid mempersoalkan kewujudan PRU andai gejala politik kotor sebegini dibiarkan menjadi budaya dan amalan songsang untuk memperolehi kuasa sebagai Kerajaan Pusat.
"Apa gunanya kita bertanding dan menang namun kemudian Ahli Parlimen ini dibeli seterusnya menjadikan pihak yang kalah pula sebagai pemenang.
"Ini perkara serius dan tidak mustahil ia membabitkan kroni-kroni atau pihak berkepentingan untuk terus berada di tampuk kerajaan dan mengaut keuntungan," tegas Khalid yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor.
Sementara itu, ketika ditanya mengapa Ahli Parlimen PKR yang dijadikan sasaran dan bukan Ahli Parlimen PAS atau DAP, Khalid menjawab ia sengaja dicipta untuk menjatuhkan imej PKR sebagai parti politik yang baru seterusnya memberi kesan buruk kepada kredibiliti Pakatan Rakyat secara keseluruhannya.
"Selain usaha ini dijalankan bekas ahli PKR sendiri, saya juga percaya mereka sasarkan PKR kerana ia parti baru berlainan dengan PAS dan DAP yang kuat kerana sudah berusia 30 tahun.
"Ini memang usaha menyeluruh kerana apabila imej PKR jatuh di mata rakyat, maka kredibiliti dan imej Pakatan Rakyat juga dilihat tidak cantik pada pandangan rakyat," jelas beliau.
Khalid turut mendedahkan seorang individu yang digelarnya ketua ejen atau puak-puak yang bekerja keras untuk membeli Ahli Parlimen iaitu Pengerusi Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah. -selangorku
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini mendedahkan sambungan video perbincangan agen BN bersama wakil Ahli Parlimen Parlimen Pakatan Rakyat untuk melakukan pembelian wakil rakyat.
Video 30 saat yang ditayangkan kepada media itu menunjukkan wajah seorang lagi yang didakwanya sebagai 'agen Umno' yang dinamakannya sebagai Azwanddin Hamzah iaitu Pengerusi Jaringan Melayu Malaysia (JMM).
Sebelum ini, rakaman video pertama yang didedahkan Khalid menunjukkan wajah salah seorang lelaki yang didakwa bekas ketua pemuda PKR Kedah, Zamil Ibrahim.
Selain menayangkan video, Khalid turut mengedarkan transkrip dialog antara Zamil dengan Ahli Parlimen PKR yang ingin dibeli itu.
Bagaimanapun, transkrip itu tidak begitu lengkap.
Zamil dalam transkrip dan video tersebut ada menyebut beberapa nama anggota PKR yang dianggap 'tidak berpuas hati dengan parti.
"Saya pun dari asal PKR. Kawan-kawan saya.. Sala...I mean..sat.. Sallehuddin dengan report itu semua...lepas itu ini Shamsul Iskandar, Jonah dan sebagainya ramai kawan-kawan lagi...kadang kala kita jumpa kita cakap termasuk Dato Rashid Din Merbuk.
"Saya rasa lebih kurang sekarang 31...saya rasa sekarang lebih dari setengah..Sani..Abdullah Sani, ini apa Amran, Ajiz Ketereh, ini semua tidak akan disenarai semula.." Kata Zamil dalam transkrip video tersebut.
Khalid berkata, terdapat usaha yang gigih dan teratur untuk membeli ahli Parlimen PKR bertujuan memburukkan parti itu.
"Mereka tumpu kepada PKR sebab nak tunjuk PKR ini lemah. Nak buat pada PAS tak boleh sebab PAS dah kuat, dah 30 tahun," katanya.
Namun ujarnya, Ahli Parlimen PKR yang ingin dibeli itu sehingga sekarang masih berada di dalam PKR.
Khalid berkata, beliau akan menayangkan secara berperingkat-peringkat video selama tiga jam itu. -HD
Alhamdulillah..Dr Mohammad Morsi dari Ikhwanul Muslimin telah diumumkan sebagai pemenang Pilihanraya Presiden Mesir (Jam 10.33pm waktu Malaysia)..... Allahu Akhbar..Allahu Akhbar...Allahu Akhbar
Tiada yang dapat ku ungkapkan pada saat ini melainkan lafaz-lafaz memuji-Mu ya Allah. Semoga kemenangan ini membawa sinar baru untuk umat ini!
Guan Eng akan serahkan RM220,000 gantirugi dari Utusan kepada badan amal
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menganggap keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dalam saman fitnahnya terhadap Utusan Malaysia sebagai satu kemenangan untuk kebebasan akhbar di Malaysia.
Beliau juga akan mendermakan RM220,000 ganti rugi yang akan dibayar kepadanya oleh akhbar tersebut kepada badan amal dan kebajikan.
"Ini adalah kemenangan untuk kebebasan akhbar kerana di negara ini media dimonopoli oleh akhbar arus perdana yang pro Umno-BN.
"Mereka secara berterusan telah memfitnah saya dalam isu yang sama, tetapi tidak sekalipun diberikan hak untuk menjawab dalam isu yang mereka timbulkan.
"Kalau adapun, kenyataan saya akan diputar belit, jadi sebab itu kerajaan pusat harus membebaskan media-media kita dari cengkaman akta yang mengongkong kebebasan media.
"Ini kerana media telah dikongkong oleh Umno-BN," kata Guan Eng ketika dihubungi TVSelangor hari ini.
Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini diperintah oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membayar RM220,000 kepada Guan Eng atas kesalahan memfitnah.
Utusan Malaysia didapati memfitnah Guan Eng dalam laporannya pada 12 Mac 2008 bertajuk "Tiada lagi DEB" yang membawa maksud DAP akan menghapuskan Dasar Ekonomi Baru.
Akhbar itu diperintahkan agar membayar RM200,000 untuk kerugian atas kerosakan yang dilakukan akhbar itu dan RM20,000 untuk kos mahkamah.
Guan Eng mendakwa ucapannya jelas merujuk kepada pentadbirannya yang akan menghapuskan 'kroni, rasuah dan ketidakcekapan'.
Terdahulu, pada Disember tahun lalu, mahkamah yang sama turut memerintahkan Utusan membayar gantirugi RM225,000 kepada Guan Eng kerana memfitnahnya dalam laporan yang bertajuk 'Kebiadaban Guan Eng'. Laporan tentang Setiausaha Agung DAP itu diterbitkan pada 20 Disember 2010.
"Syukur atas kemenangan ini, jadi saya akan dermakan kepada badan-badan amal kebajikan yang memerlukan apabila bayaran tersebut dijelaskan oleh Utusan," katanya lagi.
RM3 bilion tu banyak oooo... dia tak boleh nampak ka apa yang Ummi nampak... Bangang pasai terlepas pandang isu RM3 bilion duit Anwar semasa jadi TPM dulu...
Kalau la Mahathir jumpa Ummi Hafilda dulu, tentu dah lunyai Anwar meringkuk dalam penjara Mahathir...
kahkahkah...
Utusan kait 'wanita misteri' dengan Anwar
Akhbar Mingguan Malaysia hari ini menyiarkan foto seorang wanita yang didakwa mempunyai kaitan dengan dakwaan bahawa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai "akaun luar biasa RM3 bilion."
Foto berkenaan, lapor akhbar itu, pada awalnya terbit di satu blog novandri.blogspot.com, selepas seorang anggota Umno, Ummi Hafilda mendakwa telah menyerahkan bukti kepada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Ummi Hafilda mendakwa, Anwar kenal sangat dengan wanita tersebut yang bukanlah seorang istimewa atau ahli korporat tetapi cukai pendapatannya mencecah RM50 juta," laporan itu dipetik.
Ummi Hafilda seterusnya dilaporkan dalam edisi hujung minggu Utusan Malaysia itu sebagai berkata, wanita yang tidak dinamakan itu turut memiliki atau dikaitkan dengan 62 kondominium dan banglo mewah, kebanyakannya terletak di Pulau Pinang.
Akhbar New Straits Times pada Jumaat lalu melaporkan bahawa Ummi telah bertemu dengan pegawai SPRM dan menyerahkan bukti berkenaan, termasuk senarai hartanah dan foto wanita tersebut.
Dakwaan berkenaan timbul ketika era reformasi memuncak pada 1998, apabila bekas penolong gabenor Bank Negara Datuk Abdul Murad Khalid mendakwa Anwar memiliki 20 akaun utama mengandungi RM3 bilion dalam bentuk aset, saham dan wang tunai ketika menjadi timbalan perdana menteri.
SAYA terbaca seruan Khalid A. Samad, anggota Parlimen PAS Shah Alam menyeru supaya UMNO kembali kepada perjuangannya yang asal.
Saya tidak ikut secara terperinci seruan itu. Tetapi apakah perjuangan asal UMNO itu yang elok yang UMNO patut kembali kepadanya?
UMNO itu ditubuhkan atas kejayaan Dato Onn Jaafar menggagalkan MalayanUnion dan berjaya mengembalikan kedaulatan raja-raja Melayu sesuai dengan perkembangan politik di Tanah Melayu.
Perjuangan utama UMNO yang asal itu ialah Hidup Melayu. Dan yang tersirat atas pembentukan UMNO itu ialah untuk mencabar perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu yang dipelopori oleh Partai Kebangsaan Melayu Malaya pimpinan Dr. Burhanuddin al-Hilmy, Ishak Haji Mohamad (Pak Sako), Ahmad Boestamam dan lain-lain.
Perjuangan yang mereka pelopori itu mendapat sambutan orang awam yang bekerja sendiri atau yang tidak makan gaji dengan penjajahan British. Jumlah orang awam yang bekerja sendiri itu jauh lebih ramai dari rakyat yang makan gaji dengan kerajaan penjajah.
Antara pegawai tinggi Melayu yang makan gaji itu ialah Dato Onn, Dato Panglima Bukit Gantang, Nik Ahmad Kamil dan lain-lain. Mereka tidak menyengutukan diri dengan pejuangan kemerdekaan itu. Lalu mereka pun menubuhkan UMNO dengan slogan Hidup Melayu.
Ketika itu tidak salah menyuarakan Hidup Melayu kerana rakyat terbanyak masa itu adalah Melayu. Tiada berbangkit Hidup Melayu itu sebagai satu semangat perkauman.
Hidup Melayu tidak membawa erti kemerdekaan. Melayu boleh hidup di zaman Peringgi. Ia hidup zaman Belanda dan ia hidup juga zaman Inggeris. Hidup Melayu boleh hidup bersama penjajah dan merdeka pun boleh. Tidak merdeka tak apa, merdeka pun tak apa.
Maka penjajah tidak curiga dengan penubuhan UMNO. Bila British bertindak mengharamkan PKMM dan lain-lain parti yang menyokong tuntutan kemerdekaan, Mat Saleh membenarkan UMNO terus dan mengangkat pemimpin-pemimpin UMNO menjadi menteri-menteri dalam kerajaan persekutuan dan Menteri-Menteri Besar.
Yang elok dalam perjuangan Hidup Melayu itu satu saja iaitu menyelamatkan takhta raja-raja Melayu. Ia tidak dibantah oleh majoriti orang Melayu. Tetapi Bahasa Melayu, kebudayaan orang Melayu, agama orang Melayu iaitu Islam tidak mereka pedulikan.
Kalau disuruh UMNO balik kepada perjuangan asalnya iaitu Hidup Melayu saja adalah sesuai dengan kemajuan masyarakat majmuk sekarang? Perjuangan itu pada masa ini sudah jadi perkauman. UMNO kini sudah sinonim dengan perkauman. Jika ia kembali kepada perjuangan asalnya, Hidup Melayu, maka menyuruh ia bertambah perkauman.
Bila Dato Onn, Dato Gantang dll keluar meninggalkan UMNO, barulah UMNO memadamkan slogan Hidup Melayunya menggantikannya dengan UMNO. Bila Tunku dan Tun Razak beralih memperjuangkan kemerdekaan, barulah orang Melayu yang menuntut kemerdekaan dulu beralih menyokong UMNO. Tetapi ia menekankan kedaulatan raja dan kemerdekaan saja. Bahasa Melayu, kebudayaan Melayu dan agama orang Melayu tidak diberatkan.
Selepas 54 tahun merdeka, Melayu pun tak berapa hidup, merdeka pun tak berapa merdeka, demokrasi pun tak demokrasi. Semuanya hanyut. Yang ada dalam UMNO ialah orang cari makan dan mencari kekayaan sesama pemimpinnya dan kroni masing-masing.
Kata Tengku Razaleigh dan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir, UMNO sekarang sudah tidak lagi macam zaman Tunku dan Tun Razak. UMNO sekarang adalah parti politik yang rosak.
Bila Khalid suruh UMNO balik seperti dulu, nak balik ke mana? Ke zaman Dato Onn, Hidup Melayunya sekadar mendaulatkan raja-raja. Merdeka tidak ada, dan jauh sekali dengan cabang perjuangan kebangsaan Melayu yang lain. Kedaulatan Raja-Raja sudah terjamin. Tidak ada rakyat Melayu, Cina, India dan lain-lain mahu derhaka macam Hang Jebat. UMNO tidak kembali ke zaman dulu pun tak mengapa.
Kalau ikut kemahuan Hidup Melayu, zaman ini ia seperti menghidupkan lagi perkauman.
Kalau ke zaman Tunku dan Tun Razak, merdekanya cacamarba. Perjuangan bahasa dan kebudayaannya seperti tidak ada.
UMNO sekarang sudah tidak dapat diikut. Kalau ia kembali ke zaman dulu termasuk zaman Tunku, tidak juga banyak yang elok yang dapat diikut. Sekarang ia tidak dapat dibanggakan. Dulu pun tidak banyak yang hendak dibanggakan.
KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipercayai berusaha mengesan wanita misteri yang dikaitkan dengan bukti baru bagi menyokong tuduhan beliau memiliki akaun luar biasa berjumlah RM3 bilion sejak mereka terputus hubungan beberapa tahun lalu.
Ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali (gambar) berkata, Anwar mempunyai hubungan rapat dengan wanita terbabit dan banyak kisah di sebalik tabir berlaku antara mereka berdua.
Menurut beliau, wanita berkenaan hidup diselubungi kemewahan semasa masih rapat dengan Anwar, namun, beliau sentiasa dalam ketakutan selepas hubungan itu berakhir.
''Saya difahamkan Anwar mahu menuntut semula semua harta yang telah diberikannya kepada wanita misteri itu.
Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei menegaskan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli direhatkan sementara oleh parti untuk memberi tumpuan kepada pendedahan terbaru skandal terbaru membabitkan Umno Selangor.
Katanya, faktor itu jugalah yang menyebabkan Rafizi meletak jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor dan menafikan ia berpunca akibat perpecahan dalam parti.
Menurutnya, Rafizi direhatkan sementara oleh parti untuk memberi tumpuan kepada siasatan sebelum mendedahkan skandal terbaru yang jauh lebih besar daripada isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) seperti dedahkan sebelum ini.
"Tiada perpecahan, itu spekulasi. Rafizi direhatkan untuk mencipta 'bom jangka' yang lebih besar. Sebelum ini beliau menanggung bebanan berat kerana terpaksa buat dua kerja dalam satu masa tetapi kali ini, beliau akan fokus sebagai pengarah strategi dan unitnya beroperasi secara sistematik," katanya.
Shuhaimi berkata, pendedahan terbaru itu juga pasti menjejaskan Umno dan Barisan Nasional.
"Umno Selangor tunggu sahaja kerana kita mempunyai bahan dan ramuan yang baik untuk memastikan kali ini kepimpinan Umno Selangor, bermula dengan Pengerusi hingga ahli jawatankuasanya terkena dengan 'bom jangka' itu," katanya.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata, Umno tidak mengeluarkan sebarang arahan tutup mulut kepada anggota parti daripada berdebat dengan ahli politik pembangkang.
"Saya fikir ita pandangan perdana menteri, tetapi tiada teguran (kepada ahli), tiada arahan tutup mulut. Jadi saya tidak fikir debat saya dengan Timbalan Presiden PAS Salahuddin Ayub akan jadi yang terakhir," katanya.
Saifuddin berkata demikian ketika menjawab soalan peserta dalam program bicara santai UndiMalaysia di Kuala Lumpur hari ini yang dihadiri kira-kira 30 anak muda. Beliau ditanya sama ada debatnya dengan Salahuddin pada 19 Mei lalu yang terakhir ekoran kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam bahawa debat bukan budaya politik secara menyeluruh dalam sistem kita.
Saiffuddin yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno pada 19 Mei lalu berdebat dengan Salahuddin sama ada demonstrasi mengukuhkan amalan demokrasi dalam wacana anjuran Sinar Harian di Shah Alam.
Pada hari yang sama dua pemimpin BN - Naib Presiden MCA Gan Ping Sieu dan wakil rakyat Umno Abdul Rahman Dahlan - turut berdebat dengan wakil PKR dan PAS dalam program anjuranMalayiakini di Kuala Lumpur berhubung kedudukan demokrasi di Malaysia.
Fenomena itu dilihat memberikan tekanan kepada Najib yang sering didesak pembangkang supaya berdebat dengan ketua mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu-isu semasa yang melibatkan kepentingan umum.
ABU: Tak kira apa fahaman politik....berani mau ada...baru JANTAN? PM ada bran?Tahniah panglima-panglima tempur UMNO,PAS,PKR dan MCA yang berani berdebat. Dapat membuka minda rakyat.Tidak dapat dimanipulasi oleh pihak ketiga (media arus perdana yang pro parti pemerintah).Lebih elok debat secara langsung di saluran perdana.
Najib: Debat bukan budaya kita
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak terus mengelak apabila ditanya mengenai cabaran yang dikemukakan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan debat.
Katanya debat tidak semestinya dilihat sebagai satu budaya tetapi mesti dilihat mengikut kepada keadaan.
"Kita tengok keadaan. Kalau perlu debat antara pemimpin, perlulah ada debat. Tapi ia bukan budaya politik secara menyeluruh dalam sistem kita.
"Yang penting sekali rakyat ada maklumat secukupnya (dalam) membuat pilihan.
"Dan kita beri peluang parti-parti politik untuk menyiarkan manisfesto masing-masing bila sampai pada masanya," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi Umno di ibu negara petang ini.
Ditanya sekiranya lanjut sekiranya beliau menolak untuk berdebat dengan Anwar, Najib sekadar berkata rakyat ada maklumat secukupnya untuk membuat keputusan.
"Saya tak kata apa. Saya kata itu bukan... Yang penting sekarang ini rakyat ada maklumat secukupnya untuk membuat keputusan sama ada agenda kita lebih baik atau pembangkang," katanya.
Najib turut berkata, bukan soal debat yang menjadi keutamaan, sebaliknya, maklumat kepada rakyat mesti dikhabarkan.
"Sama ada kemampuan kita laksanakan, tunaikan ataupun pembangkang (yang) lebih meyakinkan rakyat," kata Najib lagi.
PKR S'gor makin serius
Sementara itu, mengulas mengenai perkembangan yang berlaku dalam PKR Selangor, Najib berkata kemelut dalaman yang melanda parti pembangkang itu menunjukkan perbalahan di antara pemimpin parti itu semakin serius.
Bernama melaporkan Najib sebagai berkata rakyat sudah bijak membuat penilaian mengenai perpecahan serius yang melanda kepimpinan PKR Selangor sehingga ada pemimpinnya meletak jawatan secara tiba-tiba.
Menjawab satu soalan, Najib berkata andaian bahawa kemelut PKR itu berpunca daripada masalah individu tertentu dalam parti tersebut kini terzahir secara terbuka.
"Punca itu masing-masing kena buat kesimpulan apa punca perbalahan itu, tetapi nampaknya perbalahan semakin serius," katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut.
Inilah penampilan terbaru personaliti TV dan pembaca berita senior, Ras Adiba Radzi yang telah dirakamkan baru-baru ini.
Difahamkan, Ras Adiba Radzi telah membotakan kepalanya sebagai menyokong usaha Majlis Kanser Nasional atau lebih dikenali sebagai Makna menerusi kempen Jom Botak bagi membantu kanak-kanak yang menghidap kanser.
Haissshh..... Ada-ada saja Minah Tenggelam Timbul ni. Dia akan timbul masa nak pilihan raya dan kalau tak der pilihan raya.... dia tenggelam.
Kalau dia timbul.... pelmacam citer timbul bersamanya. Banyaknyer citer yang dah basi dan dikitar semula. Boring aaarr... Oleh sebab, mungkin dia dah sedar yang orang dah tak 'makan' citer basi dia, dia hidangkan kita pulak dengan citer yang kononnyer sensasi. Apa lagi, kalau bukan citer Anwar dan pompuan.
Hahahaha.... Citer Anwar ngan lelaki, orang dah tak caya, so bawak ler citer dengan pompuan pulak. Pulak tu... hidangan terbarunya ada beraneka macam bau. Ada bau-bau seks dan ada bau-bau penyelewengan. Kuatnya... bau duit. Aha.... semua itu sebagai tarikan kepada rakyat.
Kali ini.... dia bawak pulak citer pompuan misteri yang kononnya bercukai pendapatan-kan RM50 juta setahun. Uisshh.... kayanyer awek tu. Mana dia dapat duit?? Anwar bagi, ek?? Dari mana Anwar dapat duit?? Dari 20 akaun yang berjumlah RM3 bllion, ek??
Uisshh.... banyaknya duit Anwar. Walaupun SPRM dah kata Anwar tak der duit sebayak itu tapi... Umi kata ada. Dia kata dia ada bukti baru.
Ooo.... gamaknyer, ituler bukti baru yang dimaksudkan oleh si Umi Hafilda kot??
Halo... halooo.... SPRM!! Cepat.... cepat.... pegi soal jumpa Umi. Dia ada bukti baru. Polis... polis.... cepat pegi siasat Anwar Ibrahim. Patail.... Patail.... cepat dakwa Anwar di mahkamah. Jangan berlengah-lengah lagi. PRU 13 dah dekat ni. Anwar mesti diganyang!! Anwar mesti ditumbangkan!! Jangan tunggu lama-lama, nanti UMNO kecewa.
Thank you Umi, for the new information. Hebat PI bernama Umi Hafilda ni. Boleh bukak agency penyiasatan. Sure laku punyer.... terutama dalam kalangan bini-bini kepada jantan-jantan UMNO. Kes popular yang bakal disiasat, mungkin skandal jantan-jantan UMNO dengan pompuan, kot??
Bercakap pasal pompuan ni... aku kagum betoi ler dengan taste Anwar Ibrahim. Awek yang dipilihnya.... cun, comei, muda dan lawa. Pelik... Mengapa Anwar tak pilih Umi jer, ya??
Hahahahaha.... soalan cepu mas. Siapa boleh jawab???
Ini Lim Guan Eng aarr... tarak guna punyer. Lupa sejarah maa. Dia ingat, dia boleh duduk itu Penang sampai mati ka??
Woit...!! Lu tak mau lupa aarr... DAP pun pernah kalah dalam pilihan raya di Penang loh.
Kah kah kah....
Fuuhhh!! Marah bebenor Melayu UMNO sorang ni dengan Guan Eng. Tak sedor diri, depa pun jenis hat Melayu mudah lupa. Hahahaha.... dapat kuasa, lupa diri. Depa sapu apa yang depa boleh sapu untuk kayakan diri. Melayu marhaen yang dok di bawah.... mampuih pi. Tekapai-kapai... Pandai-pandai la hangpa bawak diri.
Setelah kalah dan apabila nasib Melayu mula mendapat pembelaan semasa PR memerintah, barulah depa menyalak macam anjing gila nak menyalahkan DAP pulak.
Weh... terimalah hakikat bahawa nasib Melayu Pulau Pinang lebih terbela masa la ni daripada zaman hangpa memerintah dulu. Btw.... jam tu dulu.... hangpa, UMNO PP... hanya barua kepada Gerakan jer. Aha, hangpa sanggup jadi barua bisu, ikut lara Gerakan... asalkan hangpa dapat habuan lumayan. Hangpa gila kekayaan dunia, nasib Melayu hangpa lupa.
Jadi, tak payah la susah-susah nak nasihatkan Guan Eng agar tak lupa sejarah. Dia bukan bodo.... Sebab dia tahu sejarah la, kini PR akan mempertahankan PP daripada jerung macam hangpa agar nasib Melayu dan yang lelainnya terbela dan sejahtera.
Hahahahaha.... Oleh itu, bersedialah untuk kalah dalam PRU13 nanti. Adios!!
****************************************
Guan Eng perlu ingat sejarah, kata Umno Pulau Pinang
24 Jun 2012
KEPALA BATAS - Umno Pulau Pinang mengingatkan Ketua Menteri Lim Guan Eng supaya jangan sombong dan angkuh kerana sejarah telah membuktikan DAP pernah mengalami kekalahan dalam beberapa pilihan raya umum sebelum ini.
Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Azhar Ibrahim berkata kekalahan parti DAP terbukti apabila mereka hanya memenangi satu kerusi pada pilihan raya umum 1990 dan 1995.
"Beliau (Lim) jangan besar kepala sangat dengan tsunami politik pada 2008 iaitu menewaskan Barisan Nasional (BN) di negeri ini kerana sejarah pernah merekodkan mereka (DAP) pernah menang satu sahaja kerusi pada 1990 selepas menang lebih 15 kerusi pada pilihan raya sebelum itu.
"Lim juga usahlah mendabik dada untuk menjadikan kerusi BN kosong kerana BN mempunyai kekuatan tersendiri dan kita akan mempertahankan kerusi yang ditandingi pada pilihan raya umum akan datang," katanya di sini hari ini.
Sementara itu Azhar yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga berkata Ketua Bahagian Kepala Batas yang juga bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi telah mengemukakan nama-nama calon kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi calon di Penaga.
"Terpulang kepada Perdana Menteri untuk memilih calon yang berwibawa bagi memenangi kawasan itu tetapi senarai nama yang dihantar itu adalah winnable candidate.
"Saya sudah lalui pilihan raya umum lima kali dan calon Pas tidak pernah menang di Penaga dan saya yakin BN mampu pertahankannya," katanya.
Azhar yang juga Ketua Pembangkang Pulau Pinang baru-baru ini mengumumkan tidak akan mempertahan kerusi Penaga yang dipegangnya sejak 22 tahun lepas.
Beliau menjelaskan tempoh untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat sudah sampai ke penghujung dan sudah tiba masa tempatnya diganti oleh pelapis muda yang layak berbakti untuk rakyat.- Bernama
Lately, apa yang dibuatnya, serba tak kena. Cakap nampak bodoh, tak cakap lagi nampak bodoh.
Pulak tu... ada ler pihak yang cuba nak selamatkan dia dari kemaluan. Aha... ini kes nak tutup kemaluan ler... Sayangnya, percubaan tak menjadi.
Kalau macam kes Lynas.... sebelum mala petaka berlaku, bolehlah kita nak selamatkan. Aha... kita nak selamatkan rakyat, jadi kita ambil langkah membantah untuk mencegah sebelum terjadi mala petaka, nauzubillah...
But, kes kebodohan Najib.... udah terdedah. Mana mungkin dapat diselamatkan lagi. Semua orang udah tau. Najib bodoh... 'PM Malaysia pada tahun 1986 ialah Tun Hussein Onn.' Pulak tu, dia buat kenyataan tu, dengan nada amat konfident.
Terkezut Tun Hussein dari dalam kubor. " Aku PM pada 1986?? Biar betoi anak Razak ni??
Kah kah kah kah....
Najib.... Najib.... Yang Sinar Harian ni pun satu hal. Udah Najib bangang, dia pulak nak jadi bangang sama. Nak jadi macam Utuseks Meloya pulak dah. Benda udah terdedah, ko nak selamatkan, apa ke jadah?? Seantero Malaysia sudah tahu....
Dengor khabor... puak-puak UMNO termasukler kaplanyer si Najib Razak bukan main ketawa besor lagi sejak dua menjak ni, gara-gara tindakan si Rafizi.
Mengekek-ngekek demer weh.... seronok ya amat, kononnya PKR/Pakatan Rakyat Selangor sedang haru-biru. Habisler PR Selangor.... Bungkuih ler PKR. Selangor kita punyer!! Ishhh... isshh.... issshhh.... seronoknyer demer.
Seronok, ya?? Selangor, komer punyer?? Hahahahaha.... ketawaler komer. Ketawaler bebanyak lagi. Ketawaler guling-guling tapi awas..... jangan lepas tu komer pening, terguling dan terkencing!!
Rafizi letak jawatan bukan apa.... Letak jawatan, sebab dia ada misi yang lebih bermakna dan lebih utama. Gempak punya misi, beb. Sasarannya.... lu orang. Jaga-jaga.....!! Hahahahaha....
Ada orang kata Rafizi sedang bersiap sedia nak pasang 'BOM JANGKA' hadiah buat UMNO Selangor. Ada juga kata dia sedang merancang nak jatuhkan 'BOM KLUSTER'. Huhuhuhu.... Bukan sorang UMNO Selangor jer yang akan kena tempias bom ini tetapi ramai. Kerajaan UMNO/BN pun tak terkecuali, ya?? Tunggu....
Booommm... booomm.. booommm..... Tergolek dog, lu orang, wa cakap lu.
Kah kah kah kah kah.... Banyak UMNO yang akan terguling kesakitan. Entah-entah, ada yang terputus nyawa. Innlillahiwainnailaihirojiun.... in advance. Sesiapa yang terkena tu, padan mula lu orang!!
TV3 suku, RTM dan semua media pencacai UMNO, baik elektronik, mau pun tak elektronik tu, memeng suka mengumpat dan buat spekulasi. Usah risor ler... Rafizi tetap komited dan fokus dengan perjuangan menuntut hak dan keadilan bersama-sama rakyat. Nak menang dalam perjuangan tu.... kena jatuhkan UMNO/BN terlebih dahulu, Aha... dia set itu sebagai prioriti utama dalam schedule dia.
Risalah propaganda memburukkan Pakatan Rakyat ini telah diedarkan di Masjid Jamek Besar Mersing pada 22 June 2012 iaitu Jumaat yang lalu..
Menurut seorang sahabat yang mengirim melalui e-mail gambar-gambar risalah propaganda UMNO/BN ini ianya telah diedarkan oleh seorang kanak-kanak yang masih bersekolah kepada orang ramai yang menunaikan Solat Jumaat di Masjid tersebut.
Menurut beliau, ayahnya yang menunaikan solat jumaat di Masjid tersebut tidak mempunyai niat untuk mengambil risalah propaganda ini tetapi Ayahnya mahu mendapatkan poster zikir yang diedarkan oleh kanak-kanak sekolah tersebut.
Malangnya di dalam gulungan poster zikir tersebut disembunyikan tiga risalah politik yang jelas adalah risalah propaganda UMNO/BN Johor.
Jika dikatakan Johor adalah kubu kuat buat UMNO, kenapa mereka malu untuk mengedarkan secara terus tanpa berselindung dibalik gulungan poster zikir tersebut?
Kenapa ahli UMNO Johor mempergunakan kanak-kanak sekolah untuk mengedarkan propaganda murahan mereka itu? Sedangkan mereka mendakwa Johor adalah kubu kuat buat UMNO… jadi berbanggalah…
Tindakan mereka ini jelas menggambarkan betapa terdesaknya UMNO dalam cuba untuk mengekalkan Johor sebagai kubu kuat mereka..
Demi mengekalkan Johor sebagai kubu kuat UMNO mereka tanpa segan dan silu mempergunakan Masjid untuk mengedar risalah politik.. menggunakan kanak-kanak Sekolah untuk mengedarkan risalah politik mereka..
Semoga selepas PRU13 ini.. Johor akan menjadi KUBU+R buat UMNO hendaknya….
Nampak tak apa Presiden Ceupacs kata kat laporan mStar di atas.. dia kata Wakil Cuepacs negeri sudah cuba menghubungi pembantu Ketua Menteri untuk mengatur pertemuan, namun usaha itu gagal kerana tiada langkah susulan dibuat daripada kerajaan negeri termasuk alasan Ketua Menteri sibuk
Padahal menurut Pembantu Khas Ketua Menteri Pulau Pinang, Nor Diana Mohd Zabidi, tidak ada seorang pun pegawai di Pejabat Ketua Menteri ada menerima permohonan daripada Omar untuk berjumpa dengan Guan Eng.
Apa tujuan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Omar Osman mengeluarkan kenyataan begitu rupa?
Satu kenyataan yang memberikan persepsi kurang baik buat Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang..
Atau mungkinkah dia juga sudah menjadi agen UMNO/BN yang baru pula untuk memburukkan pentadbiran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang?
Baca kenyataan media dari Pejabat Ketua Menteri ni..
Kenyataan sepenuhnya..
Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang berasa kecewa dengan kenyataan Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman bahawa Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang di bawah kepimpinan Ketua Menteri, YAB Lim Guan Eng bersikap dingin dengan tidak mahu berjumpa dengan Datuk Omar Osman untuk membincangkan perkara yang berkaitan dengan penjawat awam.
Pejabat Ketua Menteri telah membuat siasatan dan mendapati bahawa Datuk Omar Osman tidak pernah menulis surat untuk berjumpa dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng dan tidak ada mana-mana pegawai daripada Pejabat Ketua Menteri yang menerima permohonan Datuk Omar Osman untuk berjumpa dengan Ketua Menteri.
Selama ini, Ketua Menteri adalah rakan seperjuangan kepada Kesatuan Pekerja dan telahpun berjumpa dengan Persatuan-Persatuan Sekerja seperti MTUC dan NUBE.
Malah Kerajaan Negeri pun telah melantik bekas Presiden MTUC, Syed Syahir Syed Mohamud sebagai senator baru- baru ini. Oleh itu tidak ada masalah untuk Cuepacs atau Datuk Omar Osman untuk berjumpa dengan Ketua Menteri.
Dakwaan Datuk Omar bahawa pegawai daripada pejabat Ketua Menteri enggan mengaturkan perjumpaan atas dakwaan Ketua Menteri sibuk adalah tidak berasas.
Adalah diharapkan Datuk Omar Osman boleh mendedahkan nama pegawai daripada pejabat Ketua Menteri yang kononnya enggan mengaturkan perjumpaan tersebut.
Kenyataan sedemikian yang tidak berasas memang diduga kalau Datuk Omar Osman memakai topi sebagai Presiden KUPEKMAKS (Kelab UMNO Pesara (Kumpulan Pelaksana) Kerajaan Malaysia) tetapi tidak boleh diterima kalau Datuk Omar Osman berucap sebagai Presiden Cuepacs.
Nor Diana binti Mohd Zabidi Pembantu Khas kepada Ketua Menteri
Berikut adalah dua sebab utama Rafizi Ramli dibenarkan meletakkan jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor seperti yang dinyatakan oleh MB Selangor dan Ketua Penerangan PKR Selangor..
Sebab yang pertama menurut MB Selangor.. Rafizi mahu menyusahkan UMNO/BN dengan memberi tumpuan penuh terhadap perancangan untuk bertanding sebagai Ahli Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Sebab yang kedua pula menurut Ketua Penerangan Selangor.. Rafizi juga mahu menyusahkan UMNO/BN lagi... Rafizi memberi tumpuan kepada siasatan skandal terbaru yang jauh lebih besar daripada isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) seperti dedahkan sebelum mendedahkannya kepada umum...
Laporan berkaitan..
Rafizi mahu tanding PRU13
SHAH ALAM - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan, punca Rafizi Ramli meletak jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor kerana mahu memberi tumpuan penuh terhadap perancangan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
"Beliau berusaha menjadi Ahli Parlimen, oleh itu, beliau tidak mahu banyak persoalan yang timbul, dan mahu bertindak secara individu," katanya kepada media, semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas peletakan jawatan Rafizi yang dikatakan ada kaitan dengan dakwaan wujud krisis dalam pentadbiran Kerajaan Negeri.
Beliau berkata, Kerajaan Negeri dan Rafizi tidak mempunyai sebarang krisis kerana kedua-duanya bertindak secara profesional.
Abdul Khalid berkata, Rafizi mahu menjadi seseorang yang bebas menyuarakan pendapat dan tidak lagi terikat sebagai kakitangan Kerajaan Negeri.
Ketika ditanya sama ada beliau telah membuat keputusan siapa pengganti Rafizi untuk jawatan tersebut, Abdul Khalid berkata, Kerajaan Negeri tidak perlu berbuat demikian kerana mahu menumpukan kerja-kerja menghadapi PRU13.
PKR Selangor: Tunggu 'bom jangka' terbaru
SHAH ALAM - Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei menegaskan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli direhatkan sementara oleh parti untuk memberi tumpuan kepada pendedahan terbaru skandal terbaru membabitkan Umno Selangor.
Katanya, faktor itu jugalah yang menyebabkan Rafizi meletak jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor dan menafikan ia berpunca akibat perpecahan dalam parti.
Menurutnya, Rafizi direhatkan sementara oleh parti untuk memberi tumpuan kepada siasatan sebelum mendedahkan skandal terbaru yang jauh lebih besar daripada isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) seperti dedahkan sebelum ini.
"Tiada perpecahan, itu spekulasi. Rafizi direhatkan untuk mencipta 'bom jangka' yang lebih besar. Sebelum ini beliau menanggung bebanan berat kerana terpaksa buat dua kerja dalam satu masa tetapi kali ini, beliau akan fokus sebagai pengarah strategi dan unitnya beroperasi secara sistematik," katanya.
Shuhaimi berkata, pendedahan terbaru itu juga pasti menjejaskan Umno dan Barisan Nasional.
"Umno Selangor tunggu sahaja kerana kita mempunyai bahan dan ramuan yang baik untuk memastikan kali ini kepimpinan Umno Selangor, bermula dengan Pengerusi hingga ahli jawatankuasanya terkena dengan 'bom jangka' itu," katanya.
Dalam satu sidang media Najib tertawa apabila ditanya mengenai pergolakan yang kononnya ujud dalam PKR Selangor.
Jawabnya " Ha..ha..ha.. Nampak yang.. mutakhir ni nampak ada perpecahan yang agak seriuslah pimpinan PKR diperimgkat Selangor..aaa.. kalau tidak takkan tiba-tiba ada orang yang letak jawatan.. gara-gara.. kita dengar..
"Saya percaya orang ramai dan rakyat boleh membuat pertimbangan sebab yang penting dalam kita menentukan siapa yang jadi pilihan kita ialah mana satu parti.. aaaa.. yang boleh menentukan bukan saja kelangsungan pentadbirannya tetapi pentadbiran yang stabil.. aaa. Pentadbiran yang kukuh… aaaa.. banyak sangat aaaaa lah Najib ni.. korang tengoklah video sidang media tu di ( SINI )
Najib ketawa pasal PKR Selangor dikatakan bergolak... tak apa.....
Bergolak itu cuma dikatakan.. tapi yang aku tahu cuma berbeza pendapat. ada sikit macam UMNO.. satu pihak mahukan peruntukan dari Kerajaan Negeri digunakan manakala satu pihak lagi tak mahu bagi..
Berbeza pendapat itu sihat buat sebuah demokrasi yang menjadikannya tidak sihat ialah bila terlalu banyak pemimpin yang 'Gila nak bercakap' pantang ada reporter hulur mike.. terus dia bercakap..
Woit!! Ketua Penerangan dah pi mana?
Bila semua gila nak keluarkan kenyataan maka sudah pasti ada percanggahan... maka kelihatanlah ia seperti pergolakan..
Kalau Najib mentertawakan pergolakan itu.. mari kita pakat gelak pulak kat Najib.. nih laporan ini mengatakan perpecahan bukan pergolakan tapi perpecahan masih wujud dalam UMNO Perlis...
Laporan sepenuhnya..
Perlis diambang kejatuhan
KANGAR: Seorang pemimpin veteran Umno Perlis meramalkan BN akan tumbang dalam pilihan umum ke 13.
Bekas Ketua Penerangan negeri, Datuk Hashim Suboh berkata, pertelagahan sesama pemimpin dan wakil rakyat Umno yang tercetus sejak 2008 belum berakhir.
"Menteri Besar Datuk Seri Mohd Isa Sabu belum mengambil sebarang langkah untuk merapatkan semula hubungannya dengan pemimpin lain.
"Beliau harus ingat musuh beliau bukan Shahidan seorang. Mana-mana ADUN yang tidak dilantik semula itu adalah musuh-musuhnya.
"Lagi pun, Mohd Isa seorang pemimpin yang lemah dan tiada kebolehan," kata penyokong kuat bekas Menteri Besar Datuk Seri Shahidan Kassim. Kumpulan Shahidan
Perpecahan Umno Perlis bermula selepas pilihan raya umum 2008, apabila Shahidan tidak dilantik semula sebagai Menteri Besar.
Selepas menjadi Menteri Besar, Mohd Isa membuat rombakan kabinet negeri dengan mengetepikan penyokong kuat Shahidan.
"Bohong jika mengatakan Umno Perlis kuat," kata Hashim.
"Jika ada kenyataan seperti itu, sama ada kepimpinan negeri menipu atau pemimpin Pusat tidak mengambil peduli Umno Perlis."
Hashim menambah, mesyuarat Umno berkelompok Umno Kangar baru-baru ini boleh dijadikan ukuran. "Ketua-ketua cawangan yang datang tidak sampai 50 peratus, Wanita (60 peratus) manakala Pemuda dan Puteri sekitar 20 hingga 30 peratus.
Pinjam kata-kata Najib dalam sidang Media tu... "Saya percaya orang ramai dan rakyat boleh membuat pertimbangan sebab yang penting dalam kita menentukan siapa yang jadi pilihan kita ialah mana satu parti.. aaaa.. yang boleh menentukan bukan saja kelangsungan pentadbirannya tetapi pentadbiran yang stabil..
Jadi...pilihlah ya.. dalam PKR dikatakan ada pergolakkan tapi dalam UMNO ada perpecahan.. yang mana lebih stabil??
Jika diperhatikan print screen Sinar Harian di atas yang di highligtkan dengan warna biru itu ialah.. "Dalam sejarah kita, kita pernah buat pilihan raya masa musim haji. Pilihan raya tahun 1986 kalau tak silap saya. Saya tahu ia pada zaman Tun Hussein Onn.
Itu adalah kata-kata Najib yang buta sejarah pada tahun tersebut Perdana Menteri adalah Tun Mahathir..
Apabila berita atau laporan dari Sinar Harian ini mula tersebar dan disiarkan oleh banyak Blog dan juga menjadi bahan jenaka di laman Facebook.. tiba-tiba.. laporannya telah bertukar..
Kata-kata Najib yang membuktikan kepada kita bahawa beliau adalah seorang Perdana Menteri yang buta sejarah iaitu "Dalam sejarah kita, kita pernah buat pilihan raya masa musim haji. Pilihan raya tahun 1986 kalau tak silap saya. Saya tahu ia pada zaman Tun Hussein Onn... telah dipadamkan..
Tak percaya?? lihat di bawah.. carilah kalau ada lagi..
Dah tak ada bukan??
Demi menyelamatkan maruah Najib yang jelas buta sejarah itu Sinar Harian telah memadamnya.. arahan siapa agaknya??
Bagaimanapun tindakan Sinar Harian yang mahu menyelamatkan maruah Najib itu telah digagalkan oleh UMNO Online pula.. he..he..he.. tengoklah video di bawah ini... pada minit 6:58..
Perkara ini telah disedari oleh Yong Suka Kuning.. lihatlah di ( SINI )
KUANTAN, 24 Jun - Program Occupy Balok-Gebeng anjuran NGO anti Lynas dekat sini berjaya diadakan walau pun terhalang untuk mengadakan perhimpunan aman dihadapan pintu masuk ke kilang Lynas Corporation dekat sini. Acara bermula di Pelangi Beach Resort Balok sekitar jam 10.00 pagi itu diketuai oleh Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack. Turut bersama ialah Timbalan Presiden PAS, Tn.Hj Muhammad Sabu (Mat Sabu) dan Zulkefly Mohamad Omar, AJK PAS Pusat merangkap Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat. Para peserta bertolak dari Balok secara konvoi dan mereka telah memasuki kawasan perindustrian Gebeng melalui jalan yang tiada sekatan polis. Difahamkan ketika itu pihak polis mengadakan sekatan jalan raya di pintu masuk ke kawasan perindustrian terbabit dari arah jalan Kuantan-Kemaman. Malah, polis juga dipercayai mengadakan sekatan yang sama di jalan masuk dari lebuhraya Jabor-Sg.Ular, untuk menghalang laluan. Terdapat beberapa buah bas yang ditahan dan penumpang yang berbaju T-Shirt "Perhimpunan Hijau" telah diarahkan turun. Walau bagaimana sebahagian peserta berjaya sampai ke pintu masuk kilang Lynas dan sebahagian lagi tersekat di jalan masuk ke Gebeng berhampiran Institut Latihan Perindustrian (ILP).
Sementara itu, dijalan masuk ke kilang Lynas kelihatan pihak polis termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU) telah dikerahkan berkawal sejak dari awal pagi lagi. Mereka membuat tiga pagar manusia bagi menghalang para peserta menerjah ke kawasan jalan masuk ke kilang terbabit. Tidak cukup dengan itu, sebuah helikopter polis juga dilihat berlegar-legar di udara ketika para peserta mula sampai ke lokasi terbabit. Peserta sempat berhimpun seketika di disitu secara aman sebelum di arahkan berpindah oleh pemimpin. Mereka diarahkan berkumpul di kawasan berhampiran pintu masuk ke kawasan Gebeng (dekat papan tanda besar), kerana taklimat ketika itu sedang dibuat oleh pemimpin yang hadir.
Di jalan masuk ke Kawasan Perindustrian Gebeng, para peserta sudah mula berkumpul di situ. Mereka membawa sepanduk dan kain rentang anti Lynas. Sementara itu para pemimpin pula menyampaikan ucapan di atas lori yang disediakan untuk beri semangat kepada peserta. Antara mereka yang berucap ialah Pengerusi Bersih 2.0, Datuk A.Samad Said, Mat Sabu (Timbalan Presiden PAS), Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (Ketua Penerangan PAS), Leong Ngah Ngah (ADUN Triang) serta lain-lain lagi.
[Secara keseluruhannya, program Occupy Balok-Gebeng yang bermula semalam (23 Jun) dan hari ini telah berjaya menyedarkan rakyat Malaysia seantero dunia bahawa keputusan Kerajaan Malaysia membawa masuk kilang Lynas ke negara ini adalah tidak betul sama sekali. Demi kesejahteraan rakyat terbanyak, Lynas perlu di nyah keluar dari negara ini dalam apa jua cara sekali pun. Paling membanggakan ialah sikap anggota polis yang diketuai oleh OCPD Kuantan, ACP Tuan Jasmani Mohd Yusof dalam melayan para peserta amatlah membanggakan. Tiada unsur kekerasan dan nampak beliau lebih diplomasi ketika berbincang dengan pimpinan Himpunan Hijau. Biar pun peserta tidak dibenarkan berarak hingga ke pintu masuk ke kilang Lynas, namun kebenaran berhimpun dan berucap di jalan utama Kemaman-Kuantan di pintu masuk ke Kawasan Perindustrian Gebeng itu dilihat satu penghargaan yang tidak dinilai. Akhirnya para peserta bersurai seperti di arahkan tanpa sebarang provokasi oleh mana-mana pihak. Syabas serta tahniah kepada peserta !].
Sila bersedia. Sesiapa belum dengar Radio Bangsar Utama (RABU) dengarkan hari-hari. Jadikannya radio rasmi anda. Sila ke radiobangsarutama.blogspot.com
Tak lama lagi dapat didengari teater radio 'Bik Mama Bomoh Puaka'. Tunggu pengumuman siarannya.
You are subscribed to email updates from ronasina To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Menjawab persoalan UMNO BN! Hampa tunggu, orang letak jawatan pun nak buat cerita,
Utusan seboleh-boleh nak bagi sedap ada kepincangan.. Korang tunggu lah kami akan pincangkan UMNO BN!
Jangan lupa share beb
Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga.
You are subscribed to email updates from Era Pasca To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Conteng billboard Yang DiPertuan Agong dengan simbol undilah PAS untuk gambarkan seolah-olah PAS yang buat, kemudian buat report polis. Itulah permainan jahat puak2 UMNO Padang Terap yang sudah kehabisan modal berpolitik.
Taktik yang sama digunakan sewaktu PAS menganjurkan konsert Islamic utk anak-anak muda haritu, puak2 UMNO yang diketuai oleh seorang cybertrooper UMNO Padang Terap telah meletakkan botol arak di sekitar tandas awam bagi menggambarkan Pemuda PAS kaki botol. Taktik tersebut bagaimanapun berjaya didedahkan oleh seorang bekas blogger UMNO (yang kini berpaling tadah).
Baru2 ini budak muda UMNO Padang Terap telah berjaya ditangkap dan diserahkan ke balai polis kerana menurunkan bendera PAS secara besar-besaran. Semua tindakan tersebut dilakukan akibat panik dengan kekuatan PAS yang bertambah berlipatganda di Padang Terap.
Apa hal cina DAP nii boleh duduk depan TGNA dengar kuliah agama??Cina DAP yang gua ingat memang tak guna dan menentang Islam,begitulah yang diperkatakan oleh ahli Umno Haprak..Yang terbaiknya bagi gua ialah ahli-ahli umno yang apabila ada majlis ilmu di masjid dan surau mereka dulu yang akan angkat pungkok untuk lari..
Malah yang lebih bangsat lagi perangai baik Umno ialah menahan guru-guru daripada mengajar di masjid dan surau di mana mereka berkuasa..maka setiap surau dan masjid yang mereka kuasai hanya Indah Rupa daripada roh Islam itu sendiri..sudah tentu kejahilan masyarakat setempat akan menjadi dana berharga UMNO untuk setia menyokong mereka..kerana Rakyat Bangang,,Umno Menang,,Hancusss Umnuuooooo...!!
Banyaknya duit Setiausaha Sulit Menteri ini ya.. aku ingatkan hanya Setiausaha Nor Mohd Yaakod saja yang kaya raya…SPRM tak nak siasat ke?
Harian Metro edisi cetak hari ini telah melaporkan Setiausaha Sulit kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan mendakwa hampir menjadi mangsa penipuan siber membabitkan kontrak pembekalan vaksin wabak infuenza A (H1N1) bernilai USD1.33 Juta (RM4.2 Juta) yang dipercayai didalangi oleh satu sindiket antarabangsa.
Difahamkan, sindeiket itu menggunakan sijil perakuan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar, dipercayai dipalsukan sebagai modus operandi untuk memperdayakan orang ramai menerusi penipuan siber tersebut.
Loh Eng Chong, 48, mendakwa dia nyaris menjadi mangsa penipuan itu selepas menerima beberapa panggilan daripada tiga individu berbeza tidak dikenalinya sejak seminggu lalu.
Katanya panggilan pertama diterima pada 14 Jun lalu daripada seorang lelaki mendakwa dirinya seorang Doktor daripada Amerika Syarikat yang meminta bantuannya membayar wang cagaran selepas vaksin H1N1 dibawa lelaki itu kenegara ini disekat Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa KL.
"Saya ada menghubungi indivdu terbabit menerusi nombor telefon digunakan, tetapi hingga kini tiada jawapan tetapi sehingga kini tiada jawapan. Justeru saya syak operasi kumpulan itu sebagai palsu sebelum memanjangkannya untuk perhatian Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Chua Tee Yong.
"Saya harap orang ramai tidak mudah terpedaya dengan sindiket dan meminta mereka melaporkan kejadian seumpama itu" katanya..
Persoalan yang timbul disini ialah bagaimana seorang Setiausaha Sulit kepada Menteri mempunyai sejumlah RM4.2 Juta yang membolehkan beliau berurusan dengan pihak yang didakwa cuba menipunya?
Jika tidak ada persetujuan antara beliau dan penipu-penipu itu mana mungkin penipu itu akan meminta beliau membayar wang cagaran..
Disesuaikan dari - http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2012/06/setiausaha-sulit-menteri-nyaris-ditipu.html
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menolak perdebatan atas alasan bukan budaya politik di negara ini.
"Kalau takut berdebat dengan pemimpin pembangkang, janganlah kata ini bukan budaya (kita) sebab ada di kalangan pemimpin Umno yang sedia berdebat.
"Jadi yang budaya kita itu apa?" kata Mustafa (kanan) dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.
Perdana menteri semalam terus mengelak apabila ditanya mengenai cabaran debat ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana ia bergantung kepada keadaan dan bukan "budaya politik secara menyeluruh dalam sistem kita."
Ditanya sama ada beliau menolak berdebat dengan Anwar, Najib tidak menjawab secara langsung tetapi berkata, yang penting rakyat ada maklumat cukup membuat keputusan sama ada BN lebih baik atau pembangkang.
Menurutnya tindakan Najib itu juga mungkin berlaku kerana beliau takut "gilirannya akan tiba" memandangkan pemimpin Umno lain seperti Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah sudah pun berdebat dengan pemimpin Pakatan Rakyat.
"Barang kali yang ada dalam kepala Najib, lain kali kalau ada debat lagi mestilah tak boleh 'turun ke bawah' dan akan 'naik ke atas'.
"'Naik ke atas (giliran) dialah. Kalau ketakutan, jawab sahajalah 'saya takut'," kata Mustafa sambil ketawa kecil secara sinis.
Menurutnya lagi, dakwaan Najib (atas, berbaju merah jambu) itu juga tidak tepat kerana agama Islam sendiri menganjurkan perdebatan sebagai perkara yang boleh dilakukan
"Ada ayat menyatakan kalau kamu berdebat, berdebatlah dengan cara yang paling baik," katanya
Umno Cheras mahu Perdana Menteri mempertimbangkan semula pelantikan bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan sebagai Pengerusi Petronas.
"Jawatan pengerusi baru Petronas sepatutnya dipegang oleh golongan profesional dan tidak semestinya daripada bekas pegawai tinggi kerajaan yang sudah bersara.
"Saya bimbang perlantikan tersebut akan menimbulkan rasa kecewa sesetengah pihak termasuk bekas pemimpin-pemimpin politik," kata Ketua bahagian, Datuk Syed Ali Alhabshee.
Katanya, ia bagi mengelak anggapan umum bahawa mana-mana pegawai tinggi kerajaan yang sudah bersara telah disediakan jawatan baru dengan pendapatan yang lebih lumayan.
"Semasa berkhidmat dengan kerajaan, mereka menerima gaji yang tinggi dan pencen yang sudah mencukupi, sepatutnya jawatan tersebut diagihkan pula kepada golongan profesional atau pun bekas-bekas pemimpin politik," tegasnya.
`Marah dalam diam'
Datuk Seri Najib Tun Razak pada satu majlis makan malam penghargaan sempena persaraan Mohd. Sidek di Kuala Lumpur malam tadi mengumumkan bekas KSN itu sebagai pengerusi baru Petronas.
Sedangkan kata Syed Ali, banyak golongan profesional dan bekas-bekas pemimpin politik apabila bersara tidak mendapat kedudukan istmewa atau ditawarkan jawatan penting dalam mana-mana syraikat milik kerajaan.
Katanya, rakyat tidak akan melakukan protes secara terbuka tetapi apabila mereka 'marah dalam diam' sedikit-sebanyak akan memberi kesan kepada kredibiliti kerajaan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
"Sudah tentu rakyat akan bertanya, mengapa pegawai tinggi kerajaan yang sudah bersara diberikan jawatan penting itu, ini memungkinkan timbuil pelbagai andaian," ujarnya.
PENDAKWAH bebas yang juga merupakan penceramah terkenal Ustaz Azhar Idrus akan bersiaran di Astro OASIS mulai 3 Julai 2012 ini.
Ustaz Azhar Idrus yang kini menjadi fenomena anak-anak muda itu akan bersiaran sebanyak tiga hari seminggu iaitu pada hari selasa, rabu dan khamis secara langsung pada pukul 7:30 petang diikuti siaran ulangannya jam 11:00 malam.
Tentu sekali ini merupakan berita baik kepada peminat-peminat ceramah agama ataupun kuliyah santai yang disampaikan oleh penceramah yang kerap berjenaka ini.
Oleh itu jangan lupa, mulai 3 Julai ini, jam 7:30 petang tekan channel 106, Astro OASIS untuk mengikuti program bersama beliau.
Sampaikan juga kepada ahli keluarga, rakan-rakan, jiran tetangga dan sahabat handai, semoga perkongsian ini memberi manfaat yang besar ganjarannya di sisi Allah SWT.
SERAMAI 44 ahli parlimen Zimbabwe berkhatan pada hari jumaat lalu sebagai sebahagian langkah di dalam kempen kesedaran tentang HIV/AIDS di negara itu.
Penyatuan politik yang jarang berlaku itu menyaksikan ahli parlimen kerajaan, daripada parti Presiden Robert Mugabe, ZANU-PF dan parti pembangkang Perdana Menteri Morgan Tsvangirai, MDC berbual-bual dengan tenang sambil berbaris di sebuah klinik kecil yang didirikan di dalam komplek parlimen.
"Semasa mula-mula masuk saya rasa sedikit takut, tapi selepas mereka menjelaskan prosesnya saya rasa tenang" kata seorang ahli parlimen berusia 53 tahun daripada Parti Gerakan Perubahan Demokrasi (MDC) ketika sedang dikhatankan.
"Sekarang saya tidak rasa sebarang kesakitan. Malah saya boleh pergi menyertai sebuah perlawanan bola sepak" tambahnya lagi.
Kajian Pertubuhan Kesihatan Dunia, WHO menunjukkan bahawa berkhatan oleh lelaki, iaitu membuang sebahagian kulit luaran hujung zakar boleh mengurangkan risiko lelaki menghidapi HIV sehingga 60%.
Prosedur itu telah menjadi fokus utama negara-negara Afrika Selatan di dalam inisiatif mereka untuk menentang HIV.
Malah salah seorang ahli parlimen turut membenarkan jurugambar mengambil gambarnya ketika berbaring sambil mempamerkan kemaluannya yang dibaluti kain pembalut.
Zimbabwe merupakan salah sebuah negara yang memiliki kadar jangkitan HIV paling tinggi di dunia pada tahun 1990.
Lebih sejuta penduduk Zimbabwe dikatakan HIV positif dengan sekitar 500,000 orang menerima rawatan anti-retroviral.
PERDANA MENTERI, Najib Razak begitu bangga dengan program "Jelajah janji ditepati" ke seluruh negara yang saling tak tumpah seperti program "Jom Heboh".
Program "Jelajah Janji Ditepati" ini kononnya untuk menunjukkan bagaimana Barisan Nasional telah menepati segala janji yang dibuat kepada rakyat Malaysia.
Baiklah, mulai hari ini MiLo SuaM akan dedahkan satu persatu janji kosong Barisan Nasional yang ditabur sekadar untuk meraih undi rakyat.
Lihat gambar di bawah ini baik-baik. Ini salah satu bukti janji kosong Barisan Nasional kepada penduduk Dungun Terengganu. Janji kosong ini ditabur pada tahun 2006, kononnya Barisan Nasional berjanji untuk membina hospital baru di sini.
Namun selepas enam tahun, hospital yang dijanjikan tak muncul-muncul, semak samun sahaja yang diterima oleh rakyat. Papan tanda tapak hospital pun dah berkarat tunggu masa nak tumbang.
SEKALI lagi akhbar propaganda Umno dan Barisan Nasional, Utusan Malaysia diperintahkan oleh mahkamah untuk membayar ganti rugi kepada Lim Guan Eng kerana memfitnah beliau pada 11 Mac 2008 yang lalu.
Artikel fitnah Utusan itu melaporkan perkataan yang tidak pernah diucapkan oleh Lim Guan Eng yang dituduh kononnya mahu menghapuskan Dasar Ekonomi Baru, DEB [The Star].
Di bawah ini prinscreen artikel yang dimaksudkan .
Kalau kita lihat, artikel ini begitu jelas berniat jahat memainkan sentimen perkauman. Gambar Guan Eng dan ayahnya di tepi tingkap dipaparkan untuk menggambarkan seolah-olah anak beranak cina ini sudah berjaya merampas hak Melayu.
Tujuannya begitu jelas mahu menimbulkan kemarahan dan sikap prejudis orang Melayu terhadap bangsa China. Memang patutlah kena bayar RM200,000.
Apa yang menghairankan, nampaknya Utusan Malaysia cuba mencabar arahan mahkamah apabila akhbar kaki fitnah itu masih terus menyiarkan artikel ini meskipun sudah dijatuhkan bersalah memfitnah Guan Eng.
NAMPAKNYA taktik sabotaj dengan cara menyimbah cat sudah menjadi trend sejak kebelakangan ini. Mungkin si pelaku bangga jika diketahui umum bahawa merekalah yang berani membuat sabotaj.
Terbaru banner Program Himpunan Hijau dan Xpresi Anak Muda P.Pinang di Padang Hj Ahmad Badawi, Bagan, Butterworth yang akan berlangsung esok disabotaj oleh individu yang tidak bertanggung jawab.
Jelas kelihatan di dalam gambar, kesan simbahan cat biru pada banner yang dimaksudkan. Kenapalah jahat sangat, perangai macam syaitan!
DI tengah-tengah kehangatan serangan United Malays National Organization, Umno menyerang KEADILAN Selangor yang disifatkan mereka sebagai retak menanti belah, veteran Umno Perlis pula tampil membuka pekung.
Bekas Ketua Penerangan Umno negeri, Datuk Hashim Suboh berkata, pertelagahan sesama pemimpin dan wakil rakyat Umno yang tercetus sejak 2008 belum berakhir.
"Menteri Besar Datuk Seri Mohd Isa Sabu belum mengambil sebarang langkah untuk merapatkan semula hubungannya dengan pemimpin lain.
"Beliau harus ingat musuh beliau bukan Shahidan seorang. Mana-mana ADUN yang tidak dilantik semula itu adalah musuh-musuhnya.
"Lagi pun, Mohd Isa seorang pemimpin yang lemah dan tiada kebolehan," kata penyokong kuat bekas Menteri Besar Datuk Seri Shahidan Kassim.
Pemimpin Veteran Umno itu turut meramalkan Barisan Nasional akan tumbang dalam pilihanraya Umum ke 13 nanti [FMT].
Isu perletakan jawatan oleh Rafizi Ramli semalam dianggap begitu hangat oleh Umno, sehinggakan Najib Razak pun turut memberi ulasan berkenaan hal itu.
Utusan Malaysia melaporkan Najib menggambarkan KEADILAN Selangor sebagai sudah retak menanti belah, maka rakyat harus menyokong Barisan Nasional [Utusan].
Pelik bin hairan, Rafizi letak jawatan maka rakyat kena sokong Barisan Nasional? Apa punya teori ni encik Najib? kah kah kah...
Sibuk bantai KEADILAN, Najib lupa partinya sendiri di Perlis retak dan sudah pun terbelah.
Shah Alam - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan, punca Rafizi Ramli meletak jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor kerana mahu memberi tumpuan penuh terhadap perancangan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
"Beliau berusaha menjadi Ahli Parlimen, oleh itu, beliau tidak mahu banyak persoalan yang timbul, dan mahu bertindak secara individu," katanya kepada media, semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas peletakan jawatan Rafizi yang dikatakan ada kaitan dengan dakwaan wujud krisis dalam pentadbiran Kerajaan Negeri.
Beliau berkata, Kerajaan Negeri dan Rafizi tidak mempunyai sebarang krisis kerana kedua-duanya bertindak secara profesional.
Abdul Khalid berkata, Rafizi mahu menjadi seseorang yang bebas menyuarakan pendapat dan tidak lagi terikat sebagai kakitangan Kerajaan Negeri.
Ketika ditanya sama ada beliau telah membuat keputusan siapa pengganti Rafizi untuk jawatan tersebut, Abdul Khalid berkata, Kerajaan Negeri tidak perlu berbuat demikian kerana mahu menumpukan kerja-kerja menghadapi PRU13.
Hormat Keputusan Rafizi Untuk Fokus Calon PRU-13
SHAH ALAM 23 JUN : Perletakan jawatan Rafizi Ramli sebagai Ketua Esekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor bukan di sebabkan oleh masalah peribadi antara mereka berdua, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Menghormati keputusan itu, Abdul Khalid menyifatkan perletakkan jawatan Pengarah Strategik PKR itu untuk memberi fokus dalam usaha menjadi ahli parlimen dalam pilihan raya umum yang akan datang.
Jelasnya, tindakan Rafizi meletakkan jawatan dalam Kerajaan Negeri juga untuk lebih bebas dalam mengutarakan sebarang pandangan.
"Beliau (Rafizi) memang nak fokus untuk jadi ahli parlimen maka perlu bertindak secara berkecuali. Namun kita sangat profesional, kita bekerja sebagai satu pasukan dan saya tidak pernah ada masalah dengannya," katanya selepas mengiringi DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah merasmikan pembukaan Pusat Membeli Belah Setia City Mall, di sini.
Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Lend Lease, Rod Leaver serta Pengerusi dan Ketua Pegawai Operasi S P Setia, Tan Sri Liew Kee Sin.
Pusat beli-belah seluas 65,000 meter persegi itu siap dibina awal tahun ini di tengah-tengah Bandar Setia Alam. Perbandaran baharu di bandar itu berkeluasan 1,620 hektar.
Setia City Mall dimajukan oleh Greenhill Resources Sdn Bhd di bawah usaha sama antara S P Setia dan Asian Retail Investment Fund, dana yang diuruskan oleh cabang pelaburan pemaju hartanah antarabangsa, Lend Lease.
Nilai Pembagunan Kasar (GDV) meliputi pusat membeli belah, pejabat, hotel dan apartment itu menelan kos sebanyak RM5 bilion.
Mengulas tentang penganti Rafizi, Abdul Khalid menambah jawatan itu juga tidak akan diganti dengan mana-mana individu kerana perkara yang lebih penting adalah terus menumpukan kerja dalam Kerajaan Negeri.
Rafizi sebelum ini menulis di laman sosial twitternya semalam berhubung perletakan jawatannya itu.
Tindakannya itu secara tidak langsung mewujudkan pelbagai andaian bahawa beliau memprotes pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seperti dilaporkan akhbar mesra Umno-BN.
Manakala Rafizi menerusi tulisannya berkata bahawa beliau ingin berehat dan menumpukan ibadat terutama bulan Ramadan akan menjelang tidak lama lagi. -selangorku
Sebaik saja dramatis/pelakon Haire Othman menyatakan pendirian menyertai PAS, maka ramailah yang memuji dan gembira dengan perkembangan tersebut. Tetapi tidak kurang juga yang memandang jengkel dengan kata-kata sinis terutama dari para pencacai UMNO yang "keciwa" dengan tindakan haire itu.
Apa jawapan Haire? Mari kita baca sama-sama dan semuga Allah memperkuatkan pendirian dan iman dramatis ini disamping ditambahkan rahmat dan hidayah kepada beliau.
Bila tengok pasangan ini mengawan rasa gelinya... takut pun ada. Punyalah asyik mengawan sampai tidak menghiraukan orang ramai merakam aksi mereka. Kejadian ini berlaku entah kat mana tau. Tapi kat Malaysia juga. Punyalah besar saiznya. Dari perbualan mereka dalam video ini, penulis rasenya di J.B.
Gambar diatas tidak ada kena mengena dengan N3 ini. Cik abang ini adalah anggota yang sedang membuat pemantauan persempadanan kawasan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor. Terima Kasih Capt Bukhari.. -kachipemas
Mari sama-sama kita tatap dan renungkan gambar-gambar ini sebagai bahan muhasabah diri sepanjang masa:
Petikan kisah dari salah satu entri di Blog GB :
Ketika Peperangan Uhud, Mus'ab bin Umair adalah salah seorang jeneral. Dia pembawa panji.
Peperangan itu, menyaksikan Mus'ab bin Umair bertempur ibarat singa. Namun, kerana dia memegang panji, tentera musyrikin berusaha untuk menjatuhkannya. Tangan kirinya yang memegang panji diserang hingga terpotong. Pantas dia memegang panji dengan tangan kanan. Dia terus bertempur. Akhirnya tangan kanan turut terpotong.
Mus'ab bin Umair, untuk mempertahankan panji yang mewakili maruah Islam, terus memegang panji dengan kedua puntung tangannya. Akhirnya tubuhnya itu dihujani anak panah, menyebabkan dia tumbang syahid.
Kedua-dua tangannya dah hilang, pun masih terus memeluk erat bendera Islam dengan memegang bendera itu menggunakan kedua-dua tangan yang telah kudung!
Justeru itu insaf dan bersyukurlah, bangun dan bekerjalah, bangkit dan berjuanglah dengan bersungguh-sungguh kerana pada dirimu itu sudah lengkap dikurniakan melebihi dari insan-insan di atas. Jangan sampai tunggu Allah mencabut nikmat kurniaannya itu daripada kita yang menyebabkan kita sesal sepanjang hayat!
p/s I always cry & complain because I have no shoes until I meet a man who has no feet. -Anonymous
BBog Pro PR Tipu: PM Tak Sebut Pun Nama Huseein Onn. Jom Tengok Video Ori PM Sebelum Ia Ghaib (VIDEO)
Yong baca keratan berikut dari blog Anak Sungai derhaka dan beberapa blog pro-PR. Siap dengan komen sekali tentang seorang PM yang buta sejarah (Tahun 1986 PM Malaysia ialah Madey). Ini keratan beritanya:
Yong ni bukan jenis yang mudah percaya cerita dari bloggers, walaupun pro-PR. Jadi Yong cari sumber berita tu kot-kot ada dalam Sinar Harian. Yong jumpa ini. Takde pun nama Hussein Onn. Udah jadi biskut chipmore ke Weh?!
Jangan bimbang! Bukti kebodohan sejarah tetap ada. Hahhaha.... Cepat komer tengok video ni. Sebelum video ni jadi biskut chipmore jugak!
Dalam video ni memang PM 1Malaysia sebut tahun 1986, Tapi ada tak dia sebut PM Hussein Onn? Hahaha! Siapa kantoi??? -yongsukakuning
Ulasan GB
Begini Yong, orang yang kuat menipu & berdusta akhirnya akan "disilapkan" oleh tabie dengan dia dilupakan fakta sebenar tentang sesuatu perkara. Itu hukum kebenaran dan keadilan.
Mana mungkin seorang yang memmegang jawatan tertinggi di dalam kabinet tiba-tiba terlupa siapa PM pada tahun 1986 semata-mata untuk menipu umat Islam bagi mengadakan pilihanraya pada musim haji!
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menolak perdebatan atas alasan bukan budaya politik di negara ini.
"Kalau takut berdebat dengan pemimpin pembangkang, janganlah kata ini bukan budaya (kita) sebab ada di kalangan pemimpin Umno yang sedia berdebat.
"Jadi yang budaya kita itu apa?" kata Mustafa (kanan) dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.
Perdana menteri semalam terus mengelak apabila ditanya mengenai cabaran debat ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana ia bergantung kepada keadaan dan bukan "budaya politik secara menyeluruh dalam sistem kita."
Ditanya sama ada beliau menolak berdebat dengan Anwar, Najib tidak menjawab secara langsung tetapi berkata, yang penting rakyat ada maklumat cukup membuat keputusan sama ada BN lebih baik atau pembangkang.
Menurutnya tindakan Najib itu juga mungkin berlaku kerana beliau takut "gilirannya akan tiba" memandangkan pemimpin Umno lain seperti Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah sudah pun berdebat dengan pemimpin Pakatan Rakyat.
"Barang kali yang ada dalam kepala Najib, lain kali kalau ada debat lagi mestilah tak boleh 'turun ke bawah' dan akan 'naik ke atas'.
"Naik ke atas (giliran) dialah. Kalau ketakutan, jawab sahajalah 'saya takut'," kata Mustafa sambil ketawa kecil secara sinis.
Menurutnya lagi, dakwaan Najib itu juga tidak tepat kerana agama Islam sendiri menganjurkan perdebatan sebagai perkara yang boleh dilakukan
"Ada ayat menyatakan kalau kamu berdebat, berdebatlah dengan cara yang paling baik," katanya. -mk
Budaya kita baling batu , telor dan kata haramjadah bukan debat
Kata PM Najib dalam laporan Malaysiakini Najib: Debat bukan budaya kita antara lain Najib kata ,"Kita tengok keadaan. Kalau perlu debat antara pemimpin, perlulah ada debat. Tapi ia bukan budaya politik secara menyeluruh dalam sistem kita.
"Yang penting sekali rakyat ada maklumat secukupnya (dalam) membuat pilihan.
"Dan kita beri peluang parti-parti politik untuk menyiarkan manisfesto masing-masing bila sampai pada masanya," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi Umno di ibu negara petang ini.
Ditanya sekiranya lanjut sekiranya beliau menolak untuk berdebat dengan Anwar, Najib sekadar berkata rakyat ada maklumat secukupnya untuk membuat keputusan.
"Saya tak kata apa. Saya kata itu bukan... Yang penting sekarang ini rakyat ada maklumat secukupnya untuk membuat keputusan sama ada agenda kita lebih baik atau pembangkang," katanya.
Najib turut berkata, bukan soal debat yang menjadi keutamaan, sebaliknya, maklumat kepada rakyat mesti dikhabarkan.
"Sama ada kemampuan kita laksanakan, tunaikan ataupun pembangkang (yang) lebih meyakinkan rakyat," kata Najib lagi.-m'kini
Kalau nak debat pun takut,nak sangat buat pru 13 musim Haji kerana takut kalah apa lagi yang ada pada Najib.Malu la dapat PM macam Najib cakap tak ketawan hala flip-flop.
Kalau debat bukan budaya apa budaya yang baik untuk selesaikan isu berbangkit? Takkan budaya kita ialah baling batu dan telor dalam ceramah parti lawan? Takkan budaya Umno ialah buat kacau,pukul dan tumbuk penyokong parti lawan?
Takkan budaya kita macam Najib yang kata Haramjadah kepada peneroka yang enggan terima penyenaraian Felda Global Ventures Holding Bhd. Budaya kita terajang rakyat yang berdemontrasi yang hanya bawa garam dan botol air mineral.
Budaya kita versi Najib sebar video lucah sampai tak kira waktu. Budaya haram jadah yang sesuai dengan Umno itu budaya kita.B udaya kita yang tak sesuai dengan Umno itu bukan budaya.
Satu cara supaya gerombolan terus berkuasa ialah gerombolan tidak mahu rakyat jadi celik dan peka dengan isu semasa. Jika rakyat terus diasah pemikiran mereka jadi tajam dalam berpolitik maka riwayat Umno akan tamat serta merta.
Ini gambar johan debat Bahasa Malaysia Piala Perdana Menteri 2011. Kalau debat bukan budaya kita buat apa ajar budak -budak sekolah berdebat. -misaimerah
Semenjak saham Exxon/Mobil dibeli oleh syarikat pembuat arak terbesar di Asia Tenggara, San Miguel Corporation, semua stesen minyak Esso dan Mobil diseluruh negara akan berubah wajah..pakai jenama Petron..San Miguel Corporation bukankah anak Tun Mahathir Mohamad, Mirzan Mahathir ada kepentingan?.. -FB