Duke of UMNO Posted: 16 Nov 2014 01:06 PM PST DAPAT MC PUN KENA MASUK MEETING KA? AWAT PENGERUSI DAP DIBIAR KOSONG? Posted: 16 Nov 2014 06:17 AM PST Sakit ni kehendak Allah SWT. Saya rasa, boleh dikatakan semua orang mungkin pernah sakit. Kalau tak pernah sakit, maka betul la dia tak pernah dapat nikmat merasa kesakitan... apatah lagi sakit tu boleh menggugurkan dosa kecik...kan?
Tapi bila sakit pun kena paksa hadir meeting ni apahal pulak? Sakit pun nak paksa masuk meeting Pakatan Haram? Dah la bergabung pun sampai sekarang secara haram (tak disahkan RoS!), lagi nak main paksa-paksa?
Tadi Guan Eng suruh lagi Ayah Chik masuk meeting. Bagi surat MC dari doktor pun tak laku kaaaa????
Abih tu, apahal pulak Guan Eng nak paksa-paksa Presiden PAS ni?
Kalau setakat berjawatan Setiausaha Agung DAP... toksah dok gatai la nak sound Presiden PAS... dah la Pengerusi parti pun takdak.. Setiausaha Agung pulak nak tunjuk taiko?
Saya nak tanya, awat DAP sampai sekarang ni takdak Pengerusi? Sengaja biarkan jawatan Pengerusi DAP takdak supaya Dinasti Lim dapat berkuasa dalam DAP?
Saya faham, anak-anak Karpal dalam DAP tu tak strong macam Karpal dulu. Depa pun dok bawah telunjuk Dinasti Lim ka? Heh!
Nampaknya "harimau jelutong" hanya tinggal belang saja... ada sesapa takut kat "belang"? Heh! | Very-Very Busy, Super-Super Sorry: Nanti Saya Update... Posted: 16 Nov 2014 04:00 AM PST
Adoiii... agak lama tak update blog... busy memanjang... sorry la kawan-kawan...
Tapi insyaAllah dalam masa terdekat saya akan buat come back... dah nak bersawang dah blog nih... dok harap kawan-kawan ja yang tolong update sebelum ni...
Sabaq sat... macam-macam nak kena cover baru-baru ni... hmmmm...
InsyaAllah... kalau tak ada apa-apa aral yang melintang, saya akan terus update blog ni macam biasa...
Doakan supaya saya diberi kekuatan, masa dan tenaga saja untuk menulis lagi... | |
PEJUANG BANGSA Posted: 16 Nov 2014 11:10 AM PST GUAN ENG MAHU NAIK CUKAI PINTU, DI MANA SUARA BANTAHAN MP PAKATAN ? @dzainalabidin @NajibRazak @Mpkotabelud Posted: 16 Nov 2014 06:24 AM PST Dulu masa DBKL mencadangkan mahu naik cukai pintu , meroyan sakan Ahli Parlimen PKR -DAP -PAS seperti Nurul Izzah , Tian Chua hingga mengadakan demontrasi dan kempen bantahan di pasar malam .
Tetapi bila Lim Guan Eng mahu naik cukai pintu di P.Pinang , langsung tiada kedengaran bantahan oleh Adun PR di negeri ini mahupun Ahli Parlimen PR di seluruh negara. Apakah kerana negeri ini ditadbir Guan Eng dan jika dibantah akan menerima nasib yang sama seperti Iszuree Ibrahim iaitu ditarik habis elaun & jawatan ? UMNO P.Pinang hari ini yang paling awal membantah hasrat kerajaan DAP yang dianggap membebankan rakyat . GPB juga ingin mencadangkan agar kempen bantahan besar besaran ke seluruh negeri digerakkan BN negeri & NGO2 seperti mana Pakatan buat dulu bantahan kepada DBKL. Biar puluhan ribu nota bantahan dihantar ke KOMTAR seperti mana mereka buat dulu kepada DBKL . GEORGE TOWN: Umno Pulau Pinang membantah sekeras-kerasnya jika kerajaan negeri Pulau Pinang meneruskan hasrat untuk menaikkan cukai pintu di negeri ini. Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Zainal Abidin Osman berkata kenaikan itu akan membebankan rakyat secara keseluruhan kerana perlu membayar cukai yang tinggi berikutan kos sara hidup yang semakin meningkat. "Kalau kita perhatikan waktu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) nak naikkan cukai pintu Anggota-anggota Parlimen daripada DAP dan PKR ke depan sekali membantah kenaikan cukai pintu ini untuk DBKL. "Saya harap di negeri Pulau Pinang juga mereka akan bersuara dengan nada yang sama untuk membantah kenaikan ini jika diputuskan oleh kerajaan negeri dalam mesyuarat Exco akan datang. "Jadi kalau mereka boleh bersungguh-sungguh mempertahankan kenaikan cukai pintu daripada berlaku di Kuala Lumpur, dalam nada yang sama mereka perlu berani membangkang apa sahaja kenaikan di negeri ini," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno negeri, di sini, Ahad. Zainal Abidin berkata kemungkinan kenaikan cukai pintu itu dibangkitkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini, dan ia dijangka diperincikan dengan lebih jelas dalam sidang mesyuarat DUN akan datang. | |
Dialog Dewasa Kritik Berasa Posted: 15 Nov 2014 11:42 PM PST DALANG JATUHKAN HADI DIDEDAHKAN Posted: 15 Nov 2014 04:00 PM PST Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa didakwa sebagai dalang yang mencatur Datuk Seri Abdul Hadi Awang berundur daripada memegang jawatan Presiden PAS. Facebooker Naim Irma II mendedahkan pelbagai strategi telah dilakukan Husam untuk memastikan Hadi berundur daripada jawatan yang disandangnya, antaranya; melagakan Mursyidul Am dengan Presiden parti, Merendahkan taraf kepimpinan ulama PAS, menyerang kepimpinan Hadi dan memujuk Hadi melepaskan jawatan tersebut. Untuk terus melemahkan kepimpinan Hadi, El Haraki mendakwa Husam telah mencatur penubuhan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa). Mengulas tentang PasMa, satu lagi facebooker pro ulama, Tok Usin Ceroii mendedahkan NGO itu sengaja ditubuhkan untuk melindungi gerak kerja dalang dan kumpulannya yang dilabel sebagai 'jebon' merencanakan agenda dalaman PAS. "Tetapi apa yang tok risaukan adalah bapak-bapak jebon yang berada di belakang PasMa, kerana bapak-bapak jebon ni wujudkan PasMa adalah sekadar untuk mengalihkan perhatian kita daripada menghidu perancangan jahat depa untuk rampas dan kuasai jawatan tertinggi dalam pas sebanyak mungkin sempena muktamar nanti..!!!! "Itu yang depa rancangkan di sebalik penubuhan PasMa, yang mana dengan harapan, kita akan sibuk pasal PasMa untuk memberi laluan mudah kepada bapak-bapa jebon buat kerja memburukkan pimpinan yang sayangkan ulama..!!! "Kesimpulannya,depa memang takkan berani daftarkan PasMa sebagai parti politik,tetapi depa akan rampas PAS dengan cara pengaruhi perwakilan untuk pilih jebon-jebon kuasai keseluruhan jawatan terpenting dalam PAS, bila depa dah kuasai sepenuhnya,tok sangat yakin, Majlis Syura Ulama pasti depa akan mansuhkan dalam usaha depa untuk meliberalkan PAS!!! "Usaha depa bukan berseorangan, depa dibantu kuat oleh PKR dan DAP…kerana bagi depa, sikap kepekaan PAS tentang halal dan haram telah menjadi penghalang untuk depa kuasai Putrajaya dengan segera!!!," dedahnya.
| HADI : BUANG MASA HADIR MESUARAT PR KERANA HANYA IKUT APA ANWAR MAHU SAHAJA Posted: 15 Nov 2014 07:00 AM PST Facebooker Roslan Abdullah penyokong Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendedahkan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat hanya mengikut kemahuan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim"Tahukah anda mesyuarat dibuat biasanya tergesa-gesa ikut kemahuan Anwar Ibrahim, sedangkan Tuan Guru Haji Hadi ada jadual asal yang disusun. "Mesyuarat pula lebih kepada mengesahkan apa yang Anwar mahu sahaja," dedahnya. Roslan Abdullah turut menolak dakwaan yang menuduh Hadi tidak hadir mesyuarat PR sejak 20 bulan lalu, kerana pada Januari Presiden PAS masih memberi komitmen beliau dalam mesyuarat tersebut. Menurutnya lagi, mesyuarat itu tidak layak dipanggil sebagai 'Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat' kerana Hadi sahaja yang mewakili Presiden PAS berbanding dengan PKR dan DAP. "Ini mesyuarat majlis Pakatan bukan mesyuarat presiden-presiden parti. "Kenapa tak pertikai Wan Azizah Presiden PKR tak hadir pun… Apa kapasiti Anwar hadir? Apa pengesahan Anwar di sudut perlembagaan PKR ? Sedangkan Anwar diangkat kononnya 'Ketua Umum PKR' beliau bukan ketua umum PR pun," katanya lagi. Berkenaan kes saman calon PKR, Mohd Shamsul Mat Amin terhadap Presiden PAS, Roslan Abdullahmendedahkan Anwar turut bermain wayang dalam isu tersebut. "Kes saman ini Tuan Guru Haji Hadi tak minta dibatalkan, tapi Anwar Ibrahim beriya iya call Tuan Guru Haji Hadi dalam satu program bersama Pemuda PAS Terengganu, kononnya dia dah arah Shamsul tarik (saman) dan Saifuddin dah bincang dengan Haji Dillah (seorang kontraktor, penyokong PAS Paka dan Dungun).."dedahnya. Memetik sumber laporan Sinar Harian, Roslan Abdullah memperli penyokong PKR adakah Ketua Umum PKR seorang yang baik. Laporan Sinar Harian yang bertarikh pada 28 Februari melaporkan kenyataan Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail yang berkata pihaknya telah pun mencapai satu keputusan yang disifatkan positif dalam mesyuarat parti itu, tetapi enggan mendedahkan perkara tersebut sebaliknya menyerahkan kepada Anwar untuk mengumumkan dalam masa terdekat. Azan menjelaskan bahawa kata sepakat itu menjamin kebaikan bersama antara Pas dan PKR selain mengambil kira pandangan Mohd Shamsul yang turut hadir dalam mesyuarat itu. "Setelah perbincangan dibuat dan melihat kepada semua aspek kepentingan kedudukan PR baik di peringkat Pusat dan negeri terutamanya yang melibatkan kerjasama dan ukhuwah antara PKR Terengganu serta PAS Terengganu dan demi mengukuhkan kedudukan PR di peringkat Pusat, kami telah mencapai kata sepakat atas kedudukan isu ini dan kita akan sampaikan kepada Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk diumumkan dalam masa terdekat sekembalinya beliau daripada tugasan di luar negeri, insya-ALLAH," katanya. Namun, sehingga ke hari ini, Anwar tidak membuat pengumuman rasmi pendirian parti itu berkaitan isu tersebut dan kes saman itu masih diteruskan di Mahkamah Tinggi, Kuala Terengganu | KHALID IBRAHIM : SAYA KINI KEMBALI SEMULA, HILANG KEPERCAYAAN KEPADA PKR Posted: 15 Nov 2014 03:39 AM PST Arfa'eza Abdul Aziz memaklumkan bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak akan meletak jawatan ADUN Pelabuhan Klang dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dan berazam untuk meneruskan karier politiknya di Selangor. Bekas Menteri Besar Selangor itu akan memulakan langkahnya dengan NGO Sajian Rakyat, lapor Arfa'eza yang juga Setiausaha Akhbar Khalid. Pada Isnin lepas, The Malaysian Insider melaporkan selepas dua bulan menghilang, Khalid dijangka bakal menubuhkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai Taski bagi melaksanakan program "Sajian Rakyat" yang dirancangnya. Perkara itu disahkan kepada The Malaysian Insider oleh individu yang terlibat secara langsung dalam mesyuarat antara ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu bersama PAS yang dijalankan minggu lalu Taman Jaya, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur berhubung penubuhan NGO tersebut. "Khalid akan bergerak menggunakan NGO dan beliau meminta bantuan PAS Bandar Tun Razak untuk melaksanakannya," kata Roslan Baharom , 59, kepada The Malaysian Insider Roslan yang ditemui ketika tinjauan di kawasan Parlimen yang dimenangi Khalid dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada Mei lalu berkata, PAS Wilayah Persekutuan turut memberikan kebenaran cawangan parti Islam dalam komponen Pakatan Rakyat (PR) itu membantu Khalid. Roslan, yang merupakan wakil masyarakat dari Zon C di Bandar Tun Razak berkata, tindakan PAS dan Khalid bergerak atas nama NGO itu bertujuan bagi mengelakkan berlakunya krisis antara PKR dan PAS, selepas Khalid dipecat sebagai anggota PKR pada 9 Ogos lalu. "Kita bergerak menggunakan nama NGO, bukan mewakili parti," kata pesara kakitangan awam itu. Beliau berkata, antara rancangan Taski adalah menganjurkan Sajian Rakyat seminggu sekali dengan peruntukan sebanyak RM5,000 yang diperuntukkan Khalid untuk setiap program. "Kita belum membuat keputusan. Kalau seminggu sekali kami tidak sanggup, kami ada program sendiri juga," kata Roslan. "Tetapi itu peruntukan daripada Khalid sendiri," katanya. Lokasi pertama Sajian Rakyat juga katanya dijangka akan dilakukan di kawasan perumahan Flat Paya Permai. "Mesyuarat sudah dijalankan beberapa kali dan saya sendiri hadir dalam mesyuarat penubuhan NGO itu," katanya. Turut difahamkan, Taski bakal digerakkan 15 individu yang pernah bekerja bersama-sama Khalid ketika beliau menjadi menteri besar Selangor sebelum ini. Mereka termasuklah bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Faekah Husin, yang kini merupakan pegawai khas Khalid di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang dan Parlimen Bandar Tun Razak. Faekah dalam satu kenyataan sebelum ini berkata Khalid masih lagi ingin memberikan khidmatnya kepada rakyat, dan akan meneruskan tugas wakil rakyat selepas berehat selama dua minggu. Khalid dipecat sebagai ahli PKR apabila enggan melepaskan jawatan menteri besar Selangor, apabila Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim ingin menggantikan beliau dengan isterinya, yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail. Krisis berkenaan turut memberi kesan kepada hubungan PAS dengan PKR dan DAP apabila parti Islam itu enggan mencalonkan Dr Wan Azizah sedangkan PKR dan DAP bersepakat menamakan beliau sebagai calon tunggal. PAS sebaliknya menurut titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang mengkehendaki PR menghantar lebih daripada dua nama untuk baginda pertimbangkan sebagai menteri besar bagi menggantikan Khalid. Krisis berkenaan tamat apabila Mohamed Azmin Ali, yang juga timbalan presiden PKR dilantik menggantikan Khalid sebagai menteri besar. "Beliau (Khalid) juga dijangka bakal membuka pusat khidmat rakyat tidak lama lagi di Bandar Tun Razak," kata Roslan. Faekah dilaporkan berkata, Sajian Rakyat akan bermula minggu hadapan sebagai usaha Khalid mendekati komuniti dan rakyat di kawasannya dan meneruskan khidmatnya sebagai wakil rakyat. Malah, Faekah juga menolak khabar angin yang mengatakan Khalid akan melepaskan jawatan sebagai wakil rakyat di DUN Pelabuhan Klang dan Parlimen Bandar Tun Razak.
| |
The Unspinners Posted: 15 Nov 2014 11:28 PM PST Buang trafik blog saja promosi Mahasewel tak laku Posted: 15 Nov 2014 10:59 PM PST Rasanya tak mahu lapor apa2 tentang Mahasewel yang layak dibuang UM dan ditarik biasiswa. Kritik dia pun serupa beri publisiti dan naikkan namanya. | Tian Chua lepas Court adil, Kalau KETUM kantoi? Posted: 15 Nov 2014 06:32 PM PST Ll Padahal pembelaan mereka melucukan. Latheefa Koya sebagai peguambela kata, pertuduhan berdasarkan 'spin' yang dibuat Suara Keadilan. Keadilan yg cakap, Keadilan juga kata bohong. Adakah kata2 mahkamah adil iti kekal jika lain pula jafinya pada Anwar? Cakap macho ....betul macam Fahmi Zainol tak mahu biasiswa. Tapi komdian menyesal langsung mintak bapak pertahankan. Dah kata pula biasiswa hak rakyat. Memang biasiswa hak rakyat, tapi untuk rakyat yang nak sekolah, tahu ikut peraturan dan syarat, dan tak bazirkan duit rakyat. | ECPI are fake! Usah tertipu!!!! Posted: 15 Nov 2014 04:29 AM PST Pernah kami laporkan di Unspinner berikut: ECPI ads kaitan.... | Nyamuk Aedes biak di tandas, bukan dalam bas Posted: 15 Nov 2014 12:34 AM PST Tapi di air bertakung dalam tandas. Jokowi tak beri rakyat aiskrim dalam tandas tapi visi mahu bantu kasi pekerjaan, pendidikan, perumahan, hentikan birokrasi dan pendesaan. | |
Belantan Posted: 15 Nov 2014 11:05 PM PST Pas Selangor selar pihak pertikai fatwa? Posted: 15 Nov 2014 10:42 PM PST Pas Selangor akan merujuk tiga ahli Parlimen daripada parti itu kepada Pas Pusat untuk tindakan lanjut kerana membuat kenyataan secara terbuka dengan menyifatkan fatwa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) terhadap liberalisme dan pluralisme sebagai usaha terburu-buru dan drastik. Ketiga-tiga mereka ialah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad; Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar) dan Mohamed Hanipa Maidin (Sepang). Pesuruhjaya Pas negeri, Iskandar Abdul Samad berkata, tindakan ketiga-tiga wakil rakyat berkenaan mempertikaikan keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor secara terbuka adalah satu perbuatan yang tidak wajar. Jelasnya, hal ini demikian kerana perbuatan tersebut akan membuka ruang untuk semua fatwa dipertikaikan sekali gus mewujudkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam. "Tindakan ahli-ahli Parlimen Pas tersebut telah dibuat tanpa berbincang dengan Pas Selangor walaupun kami mengadakan pertemuan mingguan wakil-wakil rakyat iaitu pada setiap pagi Rabu. "Wakil rakyat tidak sepatutnya bertindak bersendirian kerana mereka bertanding dalam pilihan raya umum atas tiket parti dan bukan tiket individu. Oleh yang demikian, tindakan mereka akan dilaporkan kepada Pas Pusat untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. Selasa lalu, Khalid, Mujahid dan Mohamed Hanipa mempertikaikan keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor pada Julai lalu terhadap Sisters in Islam (Sis) dan mana-mana individu, pertubuhan atau institusi yang berpegang kepada fahaman liberalisme dan pluralisme agama adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam. Berikutan itu, Sis memfailkan semakan kehakiman di mahkamah pada 31 Oktober lalu dan menamakan Jawatankuasa Fatwa Selangor, MAIS dan kerajaan negeri sebagai responden. Selanjutnya sila baca di sini. Suara Politik Belantan | Soksek-soksek akhbar berbahasa Cina - Pakatan Rakyat perlu sediakan payung sebelum hujan? Posted: 15 Nov 2014 08:35 AM PST Akhbar Nanyang Siang Pau bertarikh 11 November 2014 menyiarkan artikel mengenai masa depan pakatan pembangkang sekiranya Anwar Ibrahim gagal dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan? Artikel bertajuk ' Pakatan Rakyat sepatutnya sediakan payung sebelum hujan' yang merupakan pendapat pengarang akhbar berkenaan disiarkan dalam ruangan Pendapat Yanlun halaman W3. Kes liwat Anwar sudah tiba ke penghujungnya. Keputusan mahkamah ini menarik perhatian semua orang kerana ia bukan sahaja bersabit dengan kerjaya politik Ketua Pembangkang malah ia berkait rapat dengan masa depan pakatan pembangkang. Jika akhirnya Anwar didapati bersalah, adakah pakatan berkenaan akan dibubarkan? Mengikut laporan sebuah portal berita, Jawatankuasa Kerja Pas Pusat dan Majlis Syura Ulama parti itu telah mengadakan mesyuarat dan bersetuju terus kekal dalam pakatan walaupun setelah Anwar dipenjarakan. DAP juga dikatakan akan terus kekal bersama pihak pembangkang. Walaupun parti-parti terbabit sebulat suara menyatakan jika keputusan mahkamah tidak memihak kepada Anwar, ia tidak menjejaskan nyawa pakatan berkenaan, tetapi dari segi realiti adalah sebaliknya. Ini kerana pakatan berkenaan akan berada dalam kedudukan tiada peneraju dan ini adalah satu hakikat yang tidak boleh dinafikan. Gara-gara tiada kesepakatan dalam isu pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP telah berdendam dengan Pas yang bertindak melawan arus.
Perasaan dendam itu masih lagi wujud sehingga sekarang dan jika benar Anwar akan dipenjarakan, sudah pasti hubungan Pas dengan PKR dan DAP akan menjadi lebih buruk. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini tidak mahu menghadiri mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat dan ini memberikan contoh yang tidak baik. Sikap tidak patuh kepada peraturan demokrasi ini akan menyebabkan Pas dan parti lain dalam pakatan berkenaan tidak dapat duduk bersama untuk membincangkan masa depan pembangkang secara jujur. Kewujudan PKR kerana Anwar dan beliau juga ialah pemimpin yang menyatukan pakatan pembangkang. Hakikat ini tidak boleh dinafikan dan dengan ketiadaan Anwar bagaimana parti-parti dalam pakatan ingin mengatasi masalah sesama mereka. Ketiga-tiga parti dalam pakatan perlu sediakan payung sebelum hujan dan dari sekarang perlu wujudkan pelan tindakan bagaimana memastikan ia terus kekal walaupun tanpa Anwar. Jangan setelah Ketua Pembangkang itu dipenjarakan baru hendak bertindak. Antara yang perlu difikirkan ialah siapakah yang akan mengisi kekosongan jawatan sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat? Setakat ini penulis mendapati tiada seorang pun yang setanding dengan Anwar yang cukup berpengalaman sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan serta mahir dengan kerja-kerja di peringkat Kerajaan Persekutuan.- UMOSuara Politik Belantan | |
ANGIN PERUBAHAN Posted: 15 Nov 2014 09:24 PM PST |
GERAKAN ANTI PKR Posted: 15 Nov 2014 09:08 PM PST |
PenangWasabi Posted: 15 Nov 2014 09:05 PM PST Gambar & Bukti Terbaru MH17 Ditembak Jatuh? Posted: 15 Nov 2014 12:09 AM PST Televisyen Rusia awal pagi Sabtu (waktu Malaysia) menyiarkan "imej satelit" yang didakwa menunjukkan pesawat MAS MH17 yang didakwa ditembak jatuh oleh jet pejuang menjelang sidang kemuncak ekonomi G20 di Australia Sabtu. Dakwaan Rusia ini bertentangan dengan kesimpulan awal pasukan penyiasat blok Barat terhadap MH17 bahawa ianya jatuh selepas ditembak peluru berpandu darat ke udara. TV Rusia yang menyiarkan imej tersebut Channel One melaporkan ianya diambil beberapa ketika sebelum pesawat membawa 298 penumpang dan anak kapal itu terhempas di timur Ukraine, pada 17 Julai. "Sebelum sidang kemuncak di Brisbane (lewat malam Sabtu waktu Malaysia), Perdana Menteri Australia [Tony] Abbott telah mengancam untuk berdepan dengan Presiden Rusia mengenai MH17," kata penyampai, Mikhail Leontyev. "Mari kita cuba untuk membuat tugas beliau sedikit lebih mudah." Pada Jumaat, media antarabangsa Rusia, Russia Today melaporkan firma keselamatan udara Rusia mendedahkan perkara sama. Laporan agensi berita Rusia, RT yang memetik kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Keselamatan Penerbangan, Sergey Melnichenko berkata, terdapat satu atau dua pesawat dipercayai milik tentera berdekatan MH17 dikesan sebelum dan kira-kira 20 minit selepas tragedi itu. Menurut Melnichenko, maklumat radar berkenaan dikumpul pada hari kejadian oleh stesen radar yang terletak di Rostov, Rusia, dekat sempadan Ukraine. "Data terbabit jelas menunjukkan ketika pesawat MH17 terhempas dan selepas kejadian, ada pesawat lain terbang ke arah utara di laluan yang sama. "Pesawat berkenaan kelihatan seperti pesawat tentera kerana jaraknya sangat rapat antara satu sama lain, sekali gus meningkatkan kemungkinan terdapat satu atau dua jet tempur di situ," katanya. Selain itu, Melnichenko berkata, bukti lain yang menunjukkan pesawat terbabit adalah milik tentera kerana mereka tidak bertindak-balas apabila diimbas oleh radar, berbeza dengan pesawat awam yang sering membalas isyarat. Jelasnya, pesawat tentera kebiasaannya tidak dilengkapi alat elektronik pemancar isyarat atau juruterbang memadamkan sistem berkenaan semasa pertempuran di udara. "Data baharu ini juga konsisten dengan kenyataan tentera Rusia sebelum ini yang menafikan penglibatan dengan tragedi MH17 dan kemungkinan pesawat tempur itu sengaja menembak jatuh pesawat penumpang itu," katanya. Beberapa hari selepas tragedi MH17, Kementerian Pertahanan Rusia menunjukkan bukti bahawa sebuah jet tempur Ukraine jenis Sukhoi SU-25 dikesan terbang menghampiri kapal terbang penumpang itu sebelum ditembak jatuh. Kiev menafikan dakwaan itu dengan alasan tidak mengerahkan mana-mana jet tempur melakukan penerbangan, tetapi pihak tentera secara rutin melancarkan serangan untuk menggempur kedudukan puak pemberontak pro-Rusia di timur Ukraine. (sumber: Agenda Daily) Penang Wasabi.. | |
JURI RAKYAT Posted: 15 Nov 2014 07:31 PM PST Bayi Dajjal bermata satu lahir di Mesir, dunia khawatir Posted: 15 Nov 2014 05:10 AM PST Situs emirates247.com melaporkan, Kamis (11/9), bayi lahir di Mesir ini menggegerkan warga. Dia dilahirkan melalui operasi cesar di rumah sakit di Provinsi Beni Suef. Dokter mengatakan ini kasus baru sekali terjadi di Negeri Sungai Nil itu. Tidak disebutkan siapa orang tua bayi itu. Orok tersebut meninggal seperempat jam setelah dilahirkan. Menurut ibu si bayi dia tidak merasakan tanda-tanda aneh saat hamil. Bayi itu memiliki satu mata berposisi di bagian hidung, sebuah kelenjar nampak mirip hidung di dahi, serta mulut tak berbibir di bagian bawah dekat dagu. | 12 Cara Memanjangkan rambut secara alami Posted: 15 Nov 2014 04:44 AM PST 12 Cara cepat memanjangkan rambut. Memiliki rambut yang sehat serta kuat mungkin menjadi dambaan bagi setiap orang. Faktor usia, diet, serta ketidakseimbangan hormonal yang tidak tepat dapat membuat pertumbuhan rambut menjadi terhambat. Ada berbagai cara yang dapat dilakukan untuk mendapatkan hasil maksimal, salah satunya dengan mengeluarkan banyak uang untuk membeli sebuah obat penumbuh rambut serta perawatan yang mahal.
Namun, berbagai perawatan rambut yang mahal tersebut dilakukan mungkin dapat merusak dan mengganggu kesehatan rambut Anda. Hal ini karena dalam produk perawatan rambut tersebut pada umumnya terkandung berbagai bahan kimia dan kandungan bahan kimia tersebut dapat merusak rambut jika digunakan terus-menerus. Sehingga rambut panjang berkilau akan lebih sulit untuk didapatkan. Berikut bagaimana cara cepat memanjangkan rambut secara alami. Cara Cepat Memanjangkan Rambut- Minyak zaitun
Minyak zaitun dapat bermanfaat untuk membantu melembutkan rambut kusam untuk menjadi lebih berkilau sekaligus dapat membantu untuk menyehatkan rambut dan kulit kepala. Menggunakan minyak zaitun dapat digunakan sebagai minyak rambut, tetapi apabila menyukai aroma minyak zaitun tersebut Anda dapat memakai selama setengah sampai 1 jam, lalu setelah itu bilas sampai bersih.
- Putih telur
Telur yang digunakan pada bagian putih telur yang memiliki kandungan protein yang tinggi serta dapat bermanfaat untuk membantu pembentukan rambut baru dan pertumbuhan rambut akan menjadi lebih cepat. Cara penggunaanya Anda dapat menggunakan pada rambut selama 15 menit secara menyeluruh dan merata, kemudian dibilas sampai bersih supaya tidak menimbulkan bau. Bisa juga putih telur tersebut dicampur dengan minyak zaitun agar hasil menjadi lebih maksimal.
- Santan
Menggunakan santan merupakan salah satu cara cepat memanjangkan rambut yang sering digunakan. Dengan menggunakan santan, rambut menjadi lebih lembut serta lebih mengkilap. Apabila santan ini digunakan secara teratur, maka dapat terlihat hasil yang lumayan signifikan dalam pertumbuhan rambut tersebut. Lakukan cara ini 3-4 kali dalam seminggu. Gunakan santan sekitar 300 hingga 500 ml ke kulit kepala dan rambut secara merata. Tutup rambut yang sudah ada santannya dengan handuk hangat, kemudian diamkan selama 15 sampai 20 menit, lalu bilas dengan menggunakan air dingin.
- Air kelapa
Air kelapa kaya akan kandungan protein, kalium, serta zat besi sehingga dapat digunakan oleh orang lanjut usia sebagai bahan untuk perawatan rambut secara alami. Gunakan air kelapa pada rambut secara merata dan biarkan hingga semalaman, untuk dapat membantu pertumbuhan rambut dan memperkuat rambut. Kemudian setelah itu bilas dengan shampoo agar rambut tidak menjadi lengket.
- Memperbanyak mengkonsumsi air putih
Mengkonsumsi air putih sebanyak 8 gelas setiap hari dapat menghindarkan tubuh dari dehidrasi. Selain itu dengan mengkonsumsi air putih sebanyak 8 gelas setiap hari dapat mengaktifkan sel-sel dalam rambut sehingga dapat mempercepat pertumbuhan rambut tersebut. Semakin kuat jaringan pada rambut, kesuburannya akan semakin terjaga.
- Teh hijau
Teh hijau merupakan salah satu cara cepat memanjangkan rambut, hal ini karena teh hijau memiliki kandungan antioksidan yang tinggi pada teh hijau tersebut yang bermanfaat untuk membuat sirkulasi darah menuju rambut menjadi lebih baik. Teh hijau juga bermanfaat untuk membantu pertumbuhan rambut menjadi lebih cepat dan sehat. Dengan menyeduh teh hijau, kemudian balurkan pada kulit kepala dan seluruh rambut secara merata. Lalu bungkus rambut menggunakan handuk, setelah sekitar 20 menit bilas hingga bersih.
- Mengkonsumsi protein
Protein sangat bermanfaat untuk memenuhi kebutuhan nutrisi untuk tubuh serta bagi pertumbuhan rambut. Penuhi kebutuhan protein setiap hari agar rambut dapat tumbuh dengan cepat. Sumber protein antara lain : telur, ikan, ayam, kacang-kacangan, daging merah, produk-produk yang terbuat dari olahan susu.
- Kulit apel
Tak hanya manfaat buah apel yang baik untuk kesehatan tubuh, kulit apel juga dapat digunakan untuk memanjangkan rambut dengan cepat sebagai perangsang pertumbuhan rambut tersebut. Hal ini karena kulit buah apel mengandung sebuah vitamin yang dapat memperlancar sirkulasi darah menuju otak. Pertama, blender kulit buah apel sampai halus, kemudian oleskan pada kulit kepala secara merata dan pijat dengan lembut. Lakukan secara rutin untuk hasil maksimal.
- Lidah buaya
Manfaat tanaman lidah buaya dapat untuk mengatasi berbagai masalah pada rambut. Lidah buaya memiliki kandungan nutrisi yang dapat untuk membantu memanjangkan dan membuat rambut menjadi lebih lebat. Kelupas lidah buaya tersebut lalu ambil gel lidah buaya yang terdapat di dalam. Kemudian oleskan gel tersebut ke kulit rambut secara merata. Setelah keramas, gunakan gel lidah buaya dengan madu, lalu diamkan selama sekitar 20 menit dan bilas sampai bersih.
- Kurangi blow-dry
Blow-dry memang dapat membantu untuk mengeringkan rambut dengan cepat, terutama sedang terburu-buru. Tapi apabila rambut terlalu banyak terkena udara panas dari hair-dryer, hal ini dapat menyebabkan rambut menjadi kering dan patah-patah. Agar rambut terjaga kesehatannya, keringkan rambut tersebut dengan cara alami, diangin-anginkan pada udara bebas atau Anda dapat menggunakan hair-dryer dalam jarak tidak terlalu dekat serta suhu yang dihasilkan tidak terlalu panas.
- Hindari sering berenang
Hindari berenang yang mengandung klorin, hal ini karena air klorin dapat menjadi salah satu penyebab kerusakan rambut. Klorin dapat membuat pertumbuhan rambut semakin lambat. Selain air klorin, air asin dari laut juga dapat mengakibatkan rambut menjadi kering dan rusak sehingga dapat memperlambat pertumbuhan rambut.
- Tidur yang cukup
Pada saat tidur sel-sel tubuh memulihkan diri kembali dan pada saat itulah tidur sangat penting bagi kesehatan seluruh bagian tubuh. Susah tidur, kurang tidur atau sering begadang dapat mempengaruhi penampilan kulit, kuku, serta rambut dan pada umumnya rambut akan menjadi terlihat kusam serta kering sehingga dapat membuat pertumbuhan rambut menjadi tidak maksimal.
Itulah 12 cara cepat memanjangkan rambut secara alami. Lakukan cara cepat memanjangkan rambut dengan menggunakan lidah buaya, minyak zaitun, kulit apel, dan sebagainya, namun imbangi juga dengan tidur yang cukup. Namun, semua cara-cara diatas tidak dapat menjamin Anda cepat memiliki rambut panjang, tergantung rambut Anda dan bagaimana cara Anda menggunakan cara-cara tersebut. | Aplikasi Cek Jadwal Penerbangan Pesawat Garuda dan Citilink Posted: 15 Nov 2014 04:31 AM PST Jika anda sering berpergian dengan pesawat terbang? bingung cari cara untuk cek jadwal penerbangan pesawat atau mencari promo tiket murah? ada baiknya Anda mencoba aplikasi Android dibawah ini, akan sangat bermanfaat untuk membantu Anda mencari informasi penerbangan yang terupdate dan langsung dari maskapai yang bersangkutan. Aplikasi ini untuk dua maskapai milik negara yaitu Garuda Indonesia dan Citilink Garuda Indonesia yang sudah tersedia aplikasinya untuk pengguna hp Android, jadi dengan aplikasi ini Anda cukup cek segala informasi penerbangan pesawat langsung dari hp Anda tidak perlu harus membuka komputer, laptop, dsb. Sangat praktis untuk digunakan. Pada intinya aplikasi Android ini adalah untuk cek jadwal penerbangan pesawat Garuda Indonesia dan Citilink secara online yang meliputi jadwal penerbangan, pemesanan tiket online (booking tiket), status booking, status penerbangan, tiket promo murah, checkin dan informasi yang lainnya.Dengan aplikasi ini Anda dapat dengan mudah untuk melihat jadwal penerbangan pesawat dari ponsel kemudian juga bisa melakukan reservasi pemesanan tiket pesawat online dengan lima cara pembayaran yaitu melalui Kartu Kredit, KlikBCA, Mandiri Clickpay, EPAY BRI & ATM. Dan untuk sementara ini fasilitas pemesanan tiket ini hanya tersedia untuk penerbangan Indonesia rute domestik dan rute keluar dari Indonesia. Bagaimana? Anda tertarik menggunakan aplikasi ini? silahkan intall aplikasi berikut ini di ponsel Android Anda, download Aplikasi Garuda Indonesia, download aplikasi Citilink. Selamat mencoba.
| 8 Cara Membedakan Toko Online Asli Atau Penipu Posted: 15 Nov 2014 04:21 AM PST
8 Cara Membedakan Toko Online Asli Atau Penipu -Semakin berkembangnya situs e-commerce di Indonesia, toko online yang menjual beraneka ragam produk dan kebutuhan sehari-hari maka tak luput juga dari aksi para penipu di dunia maya. Banyak pelanggan yang sudah menjadi korban dari aksi kejahatan ini. Mulai dari phising (website kembar), melalui telpon mengatasnamakan perusahaan tertentu, dsb. Belanja online memang lebih mudah, praktis dan tidak butuh banyak biaya, namun jika kita teledor tidak hati-hati malah tidak menutup kemungkinan kita akan menjadi korban penipuan di internet. Toko online di Indonesia dalam beberapa tahun terakhir mengalami pertumbuhan sangat pesat sekali, banyak situs retail bertebaran dimana-mana, dan untuk menjaga keamanan berbelanja Pusat Teknologi memberikan tips mudah untuk menghindari hal-hal yang tidak diinginkan. Saat ini banyak perorangan/personal/pribadi/non perusahaan yang sekedar bisa membuat blog dan situs toko online dengan nama apa saja yang berbayar bukan gratisan, namun toko tersebut dikelola secara personal atau perorangan, jadi soal tanggung jawab tergantung masing-masing pribadi orang tersebut.
Berikut ciri-ciri situs penipu (scam) pada umumnya: - Menggunakan nama domain (url/alamat website) gratisan (misalnya: namatoko.wordpress*com, namatoko.blogspot*com, namatoko.webs*com, dll).
- Tampilan website terkesan ala kadarnya (tidak sesuai untuk sebuah perusahaan besar dengan ribuan produk serta modal ratusan hingga miliaran)
- Tidak mencantumkan alamat yang jelas
- Hanya memberikan nomor telepon HP bukan telepon rumah atau kantor
- Produk dijual dengan harga murah, dibawah standar
- Customer service yang sulit dihubungi
- Admin (customer service) lebih agresif dari biasanya, atau sebaliknya terkesan enggan untuk memberikan jawaban pada pertanyaan kita
- Terkesan tertutup dan menyembunyikan diri identitas
Jika pembaca memiliki pengalaman dengan situs tertentu, alangkah baiknya juga kalo dishare pengalaman tersebut, atau mungkin juga jika hendak membeli sesuatu namun masih ragu dengan toko online tersebut, dengan senang hati kami akan membantu mencarikan informasi lebih lanjut.
| |
bERANIKAN hATI Posted: 15 Nov 2014 03:48 PM PST #supportmbpahang - HEBAT SANGATKAH ADNAN ? Posted: 14 Nov 2014 06:27 PM PST
1. Tulisan saya terdahulu menyanggah tulisan di blog Zamkata. Terima kasih kerana TS memberi perrhatian kepada tulisan dan pandangan saya diblognya.
2. Tentu masih ramai yang belum lupa cerita si buta dengan gajah. Ringkasan kisahnya begini; Sekumpulan orang buta dibawa untuk mengenali gajah. Kerana kecacatan penglihatan maka mereka ingin mengenalinya dengan cara 'meraba'.
Yang memegang badan kata gajah itu seperti dinding tembok, yang memegang kaki kata gajah itu seperti batang pokok, yang pegang belalai pula kata gajah seperti ular, yang pegang telinga kata gajah itu seperti kipas.... akhirnya mereka bertengkar mengenai bagaimana rupa gajah itu sebenarnya.
3. Kita akan nampak seseorang atau sesuatu objek berdasarkan dari tempat dimana kita berdiri. Pembangkang yang sebeum PRU13 dengan yakin menjangka akan dapat menawan Pahang, namun gagal dan melihat DS Adnan Yaakob sebagai kubu yang teguh. Keberanian dan kelantangannya mengagalkan usaha mereka. Jika bukan DS Adnan Yaakob Menteri Besar Pahang ketika itu tidak mustahil Pahang jadi seperti Selangor atau setidak-tidaknya menerima nasib sebagaimana Perak.
Rakyat sibuk mencerca pemimpin-pemimpin yang kononnya lemah. Beberapa menteri juga turut dilabelkan sebagai 'tidak bertelor'. Namun kepada Menteri Besar Pahang yang mereka labelkan sebagai samseng ini mereka benci juga? Apakah orang UMNO membenci beliau lebih dari pembangkang membencinya?
Utusan dalam tulisannya menyindir Menteri Besar Pahang ... 'Hebat Sangatkah Adnan'. Jawapannya adalah bergantung kepada dengan siapakah DS Adnan Yaakob dibandingkan? Jika Utusan dan Awang Selamat bandingkannya dengan mantan Menteri Besar Selangor, mantan Menteri Besar Perak serta mantan Ketua Menteri Pulau Pinang, maka jawapannya adalah: Ya, memang hebat!
Menteri Besar Pahang juga memang hebat jika dibandingkan dengan TS Zainuddin Maidin yang hanya jadi Menteri Penerangan selama 2 tahun sahaja dan tentulah tersangat hebat jika dibandingkan dengan Awang Selamat sendiri.
Sudah pasti ada pandangan berbeza dari penglihatan dari sisi yang berbeza-besa, namun usaha memburuk-burukkan seseorang untuk menjatuhkannya adalah tidak wajar sama sekali. Kenapa perlu kita melihat Menteri Besar Pahang dalam gambaran yang buruk tanpa melihat jasa yang telah beliau berikan selama ini? Melakukan perkara yang benar dengan alasan yang salah juga adalah salah. Apa sebenarnya orang Melayu dan orang UMNO nak? (Sila Baca)
Adapun sahaya terpaksalah meninggalkan tinta dan kalam ini kerana sahaya teringatkan akan ikan-ikan di kolam yang masih sahaya belum beri makan. Adapun segala macam ternakan dan tanaman yang sahaya perbuat itu bukanlah untuk diri sahaya sebaliknya adalah untuk anak cucu jua adanya.
Akhirulkalam, jagalah tanah air ini agar jangan hanya tinggal nama, bukan lagi untuk kita tetapi untuk warisan anak dan cuculah jua.
| |
BERANI MEMBUAT PILIHAN... Posted: 15 Nov 2014 03:03 PM PST (Video) Wanita cantik ini tidak berseluar dikhalayak umum, tetapi... Posted: 15 Nov 2014 05:06 AM PST Barat memang kaya dengan pelbagai kaedah kajian. Daripada kajian berbentuk akademik dan ilmiah hinggalah kepada kajian berbentuk merepek-repek. Contohnya seperti video di bawah, wanita ini dilukis di bahagian tubuhnya dari pinggang hinggalah ke kaki. Lukisan tersebut menyerupai seluar jeans. Menurut pengarahnya, mereka ingin menguji sejauh mana warga New York memerhatikan orang lain... | Babi makan kepala bayi Posted: 15 Nov 2014 12:15 AM PST Jiangsu: Seorang kanak-kanak di sini mati dan sebahagian kepalanya dimakan oleh seekor babi selepas dia merangkak masuk ke kandang haiwan itu.
Wei Tsao yang berusia dua tahun bermain di kebun ibu bapanya di Jiangsu, wilayah di timur China.
Dia merangkak masuk ke kandang babi berkenaan ketika ibu bapanya masuk ke rumah seketika.
Sebaik berada di kandang berkenaan, seekor babi betina membahamnya hingga mati, dipercayai kerana cuba melindungi anak yang baru dilahirkannya.
Babi berkenaan kemudian mula memakan kepala Wei Tsao.
Mendengar jeritan anak mereka, pasangan suami isteri itu meluru ke luar, tetapi keadaan sudah terlambat.
Si bapa, Sun Tsai, 25, berkata: "Kami hanya masuk ke rumah beberapa minit saja apabila mendengar jeritannya.
"Apabila kami keluar, kami melihat babi itu yang berada kira-kira 80 meter, mengunyah kepala Wei Tsao.
Penduduk kampung yang mengetahui kejadian itu bergegas ke tempat kejadian. Mereka menangkap babi berkenaan dan mengikatnya pada pokok sebelum membunuh dan membelah perutnya.
Di dalamnya mereka menemui sebahagian kepala Wei Tsao dan rambut yang mereka tunjuk kepada pihak berkuasa sebagai bukti babi itu membunuh kanak-kanak itu.
Ketua kampung Cheng Yuan, 62, menyifatkan kejadian itu sebagai tragedi paling buruk pernah menimpa penduduk kampung. | |