Rabu, 3 Ogos 2011

Barisan Nasional

Barisan Nasional


Kedah Ke KL - MctHeory

Posted: 03 Aug 2011 01:11 PM PDT

Kedah Ke KL - MctHeory


'ANAK' TERUS MENABUR FITNAH

Posted: 02 Aug 2011 09:19 PM PDT


Di khabarkan, ANAK yang di ketuai oleh Mazlan Aliman telah bergerak dengan memberi borang tanah kepada generasi muda Felda. Di dalam borang tersebut, generasi muda di janjikan tanah sekiranya pembangkang menang pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti. FITNAH-FITNAH juga di tabur semasa borang ini di sebarkan.

Inilah usaha-usaha jahat ANAK yang sangat tidak bertanggungjawab. Mereka yang di dalangi oleh pembangkang, akan cuba sedaya-upaya untuk menghancurkan Felda. Mereka tidak sedar, dengan perbuatan mereka ini akan menghancurkan Felda itu sendiri.

Tahukah bahawa Felda tidak membuat apa-apa keuntungan dari tanah-tanah peneroka? Malah Felda pula yang membantu peneroka. Sebahagian besar dari saham tanah-tanah yang diuruskan oleh Felda Holdings ini di miliki oleh peneroka melalui Koperasi Permodalan Felda (KPF).

Bayangkan sekiranya tanah-tanah ini di beri kepada orang lain? Maka pada masa itu, Felda akan mati dengan sendirinya. Fikirkanlah...

AKU ANTI FITNAH

Cucu Tok Selampit

Posted: 03 Aug 2011 01:05 PM PDT

Cucu Tok Selampit


Membongkar Wanita Murtad Di Twitter, "Makcik Hajjah Sitt" - Pengenalan

Posted: 02 Aug 2011 06:04 PM PDT

Dengan bantuan sahabat-sahabat yang terdiri daripada pengodam-pengodam (hackers) yang hebat yang tidak mahu dikenali umum, CTS akan cuba membongkarkan pemilik akaun laman sosial "Twitter" yang dikenali dengan nama "Makcik Hajjah Sitt" atau @sitt_alwuzura3 yang terkenal dengan kontroversi menghina Islam terutama junjugan besar Rasulullah, Nabi Muhammad SAW.

Buat pengenalan bagi sesiapa yang tidak mengenali "Makcik Hajjah Sitt" ini, CTS telah membuat "screen shoot" dari beberapa "tweet" beliau yang kontroversi bagi mengenali insan "istimewa" seperti beliau:






Sebagai posting pengenalan, biarlah CTS merahsiakan dahulu nama penuh, alamat, NRIC serta gambar pemilik akaun wanita anti Islam ini. Ini kerana CTS dan sahabat-sahabat sedang mengumpul maklumat terperinci dan sedang berurusan dengan Jabatan Agama Islam dan agensi-agensi terlibat untuk membawa wanita murtad ini ke muka pengadilan. Buat pembayang, beliau merupakan seorang wanita belia yang berasal dari keluarga campuran. Bapanya seorang mualaf Cina dan ibunya seorang Melayu. Pernah mendapat pendidikan di sekolah agama dan pernah juga melanjutkan pelajaran ke Universiti Utara Malaysia (UUM). Wajah graduan UUM ini boleh dikategorikan sebagai golongan cantik. Sayangnya, kecantikan anugerah Allah itu disalahgunakan untuk menghina Agamanya sendiri. Beliau juga merupakan penyokong kuat P"Gay"R dan menjadikan UMNO dan BN sebagai musuh keduanya selepas Agama Islam.

Nantikan pendedahan mengejutkan mengenai wanita murtad ini di masa hadapan, sekiranya masa dan keadaan mengizinkan pihak kami untuk mendedahkannya.

THE FLYING KICK

Posted: 03 Aug 2011 01:02 PM PDT

THE FLYING KICK


AWAS, BUAH DADANYA ADALAH SENJATA MERBAHAYANYA!!!

Posted: 03 Aug 2011 10:30 AM PDT

PR JADI RAKYAT... IKUTI PANDANGAN MEREKA YANG MENJAGA KESELAMATAN NEGARA SENDIRI!!!

Posted: 03 Aug 2011 09:30 AM PDT

BAHAYA NIH!!! 29,290 PR DAH JADI RAKYAT MALAYSIA!!! HISHAMUDDIN KENA JAWAB LAGI!!!

Posted: 03 Aug 2011 08:33 AM PDT

SIVARASA RASAIAH TAK MENGAKU PUNGGUNGNYA HITAM!!!

Posted: 03 Aug 2011 06:56 AM PDT

KDN TAKUT KA DENGAN MALAYSIAKINI?

Posted: 03 Aug 2011 05:34 AM PDT

Tu ler citernya..tetap gak mereka untung!!

Posted: 03 Aug 2011 03:45 AM PDT

TEKANAN!! Camno nak hadapinya..

Posted: 03 Aug 2011 02:55 AM PDT

oopss..Tuan guru bulan posa ni!!

Posted: 03 Aug 2011 12:34 AM PDT

AWAS!!! ADA LINTAH LAPAR SEDANG BERKELIARAN!!!

Posted: 02 Aug 2011 10:30 PM PDT

MENUNGGU PEMBOHONGAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR BERHUBUNG PERLETAKAN JAWATAN NAIB CANSELOR UNISEL!!!

Posted: 02 Aug 2011 09:00 PM PDT

KDN DAN SPR KENA JAWAB NI... APASAL NAK KENA TUNGGU JUGAK?

Posted: 02 Aug 2011 07:30 PM PDT

ADAKAH ANDA MENGUSUL MAKANAN DAN MINUMAN YANG ANDA BELI SEPANJANG RAMADHAN INI?

Posted: 02 Aug 2011 06:00 PM PDT

BULAN PUASA SAHAJA, BARU KISAH SAUDARA BARU YANG MEREMPAT DITAMPILKAN!!!

Posted: 02 Aug 2011 04:30 PM PDT

BILA AGAKNYA MALAYSIA NAK ADA DATUK BANDAR MACAM NI?

Posted: 02 Aug 2011 02:30 PM PDT

VIDEO: TAK SENONOH BETUL BILA PEREMPUAN KENTUT!!!

Posted: 02 Aug 2011 01:30 PM PDT

DIMENSI

Posted: 03 Aug 2011 12:29 PM PDT

DIMENSI


Omegay: RM1 juta - Khalid tak sabar nak beraya duluuu! huhuhu

Posted: 03 Aug 2011 06:00 AM PDT


Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada Selasa bersetuju untuk menubuhkan satu geran tidak lebih RM1 juta bagi membiayai usaha menfailkan bantahan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap senarai daftar pengundi baru yang mencurigakan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, geran itu ditubuhkan kerana kerajaan negeri memandang serius aduan mengenai kepincangan pada daftar pengundi sedia ada dan pengundi baru.

"Aduan dan tuduhan termasuk rakyat negera jiran yang mendapat taraf pemastautin tetap dan disenarai sebagai pengundi amat merungsingkan dan perlu diatasi dengan segera.

"Kami berpendapat bahawa rakyat berhak menuntut satu daftar pemilih yang bersih untuk membuka laluan kepada sistem pilihan raya yang bersih dan adil," - mstar

Wow khalid berbelanja sakan nampakkk!..1 juta di peruntukkan hanya untuk membiayai bantahan terhadap SPR mengenai senarai daftar pengundi yang di curigai?? betul ke ni khaliddd?? atau saje nak 'belanje sakan?..maklum la raye nak dekat. duit nak pakai banyak huhuhu

Kenapa geran tersebut hanya di peruntukan untuk bantahan rakyat di selangor saje? adakah di sebabkan dari dakwaan beberapa kerat 'bukti' yang di tunjukkan oleh blogger fuckatan seperti tulang besi dan malaysianwave membuatkan khalid begitu teruja nak belanje sakan?

sebelum khalid mengambil keputusan nak punahkan duit rakyat ada baiknya dia tanya dulu kat rakyat sama ada betul ke tindakan dia nak lebur 1 juta tu berbaloi? adakah benar dakwaan fuckatan terhadap SPR yang mengatakan ada sebilangan pendatang asing mendapat taraf penduduk tetap dengan sekelip mata benar2 berasas?

Bagaimanapun apabila isu ini dapat di bongkar oleh blogger pro kerajaan (klik sini & sini) mereka tetap memusingkan fakta untuk melepaskan diri. Bukan tu saja malah berani pula menyalahkan orang lain!.

Sebenarnya bukan senang orang luar nak dapat status penduduk tetap. ia memakan masa dan proses yang panjang. kecuali jika ada di antara pegawai2 JPN yang sengaje nak mensabotaj pihak kerajaan dengan memalsukan taraf kerakyataan seseorang individu!. Kes2 pegawai atau kakitangan kerajaan yang cuba melakukan sabotaj bukan sesuatu perkara yang baru malah boleh terjadi di mana2 negara sekalipun.

Khalid hanyalah seorang banker atau lubuk emas yang di tugaskan untuk mengeluarkan wang rakyat apabila ada pencacai yang tersepit atau berdepan masalah. Masalah yang mereka cipta sendiri. Fuckatan kini di lihat amat terdesak hinggakan terpaksa mencipta isu untuk di jadikan modal politik supaya pihak kerajaan terus di persalahkan...harkkk ptuihh!!

Omegay: Anuwar, Ku Li - sape kuli sape?

Posted: 02 Aug 2011 11:30 PM PDT


kehkehkehkeh alahai nuar2..tak habis2 lagi propa 16 sept?..anuwar pandikutti dah kecut ker bila tau diri dia dah tak laku lagi?? ini bukan orang lain yang cakap tapi geng dalam fuckatan yang kata beb!.

Deeayypig melalui kapal singh awal2 lagi dah menyampah tengok muke anuwar pandikutti. dia sendiri dah cakap yang anuwar harus bertaubat. Kapal tak nak ada seorang pemimpin yang tak bermaruah menerajui fuckatan. itu sudah tertulis!!

Kini Harun taib jugak dah beri bayang2 bahwa pasrael pun dah tak mampu nak melayan karenah perangai anuwar yang kuat suntut!. Kenapa tetiba jek deeayypig dan pasrael mula nak beralih angin dengan mempelawa ku li sebagai pengganti anuwar?

umum ketahui sokongan orang melayu kepada deeayypig dan pasrael semakin menjunam gara2 terlalu banyak 'dosa2' yang mereka lakukan terhadap akidah dan agama islam itu sendiri. Ini dapat di lihat ketika prk yang lalu di mana sokongan orang melayu mula beralih kepada BN jelas ketara.

Dan yang lebih menarik dengan kembalinya sokongan kaum india terhadap BN cukup membimbangkan puak fuckatan yang mula tenggelam punca!

Sudah tentu perkara lain yang menjadi kebimbangan fuckatan adalah kes liwat anuwar yang masih berjalan. Memandangkan pru13 semakin hampir, deeayypig dan pasrael merasakan mereka tak punya banyak masa lagi untuk meneruskan kempen 'menyelamatkan' anuwar sedangkan masing2 mempunyai agenda dan mimpi tersendiri yang perlu di selesaikan


Memandangkan Deeayypig dan Pasrael dah mula menjarakkan diri dari Peegayrar, dan untuk menyelamatkan karier politik serta meyakinkan rakan2 lain bahwa beliau masih 'bertaring', kini anuwar mula mensasarkan mana2 ahli UMNO yang di lihat sudah 'di pinggirkan' oleh kepimpinan UMNO untuk di tarik masuk ke dalam fuckatan.

Tidak mustahil gerakan 16 sept akan di gunakan sekali lagi untuk mencapai cita2 politiknya untuk menjatuhkan kerajaan BN melalui pintu belakang dan kemungkinan dengan bantuan beberapa ekor pengkhianat dalam UMNO itu sendiri

Apa pun strategi yang cuba di gunakan oleh Ku Li dan Anuwar adalah untuk menjatuhkan kerajaan BN dari dalam dan luar. Jika anuwar berjaya, semestinya kes liwat akan di gugur manaka 'cita2' ku li akan terlaksana

Persoalan disini apakah Ku Li akan menjadi salah seorang dari pengkhianat dalam UMNO?..Jika benar adakah Ku Li akan di angkat menjadi PM? Adakah angan2 Anuwar dan Hadi Besi tinggal angan2 Mat Jenin?..antara anuwar dan Ku Li..sape jadi kuli sape??? >:]

PEJUANG BANGSA

Posted: 03 Aug 2011 12:09 PM PDT

PEJUANG BANGSA


Harimau Malaya Junior cemerlang di Slovakia

Posted: 03 Aug 2011 10:51 AM PDT



Keputusan Perlawanan:

Julai 26, 2011 (Selasa): Harimau Muda 1-0 FK Bodva Moldava
Wan Zack Haikal (47')

Julai 30, 2011 (Sabtu): Harimau Muda 2-1 MFK Topvar Topoľčany
Ferris Daniel (64'), Fandi Othman (87' penalti); Ďurček (22')

Ogos 2, 2011 (Selasa): Harimau Muda 2-1 Tatran Liptovský Mikuláš
Ahmad Hazwan Bakri (10'), Irfan Fazail (86'); Tomko (88')


SKUAD Olimpik negara mencatat kemenangan kedua pada siri aksi persahabatan di Slovakia setelah menewaskan kelab Liga 2 Slovakia, Topvar Topolcany 2-1 di tempat lawan malam kelmarin.
Setelah menang 1-0 ke atas kelab Liga 1 Slovakia, Bodva Moldava hasil jaringan Wan Zack Haikal Wan Nor pada aksi sulung Selasa lalu, jurulatih Ong Kim Swee hanya menurunkan barisan simpanan pada aksi kedua itu.
"Saya merehatkan lima pemain yang beraksi pada Selasa lalu iaitu Izham Tarmizi Roslan, Irfan Fazail, Syazwan Tajuddin, Syahrul Azwari Ibrahim dan Wan Zack Haikal.
"Dalam kesebelasan utama kali ini, saya meletakkan K. Sasikumar, Affize Faisal Mamat, Amer Saidin, Azrul Azmi, Nazirul Naim Che Hashim, Faizal Abu Bakar, Nazmi Faiz Mansor, Azrif Nasrulhaq Badrul, Izuan Solahuddin, Ferris Danial Mat Nasir dan Ahmad Hazwan Bakri.
"Enam pertukaran dibuat sepanjang babak kedua iaitu memasukkan Gary Steven Robbat, Shukor Jusoh, Fandi Othman, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, A. Thamil Arasu dan Zubir Azmi," kata Kim Swee ketika dihubungi Kosmo! di Slovakia semalam.
Pada perlawanan tersebut, Topvar Topolcany mendahului pada minit ke-21 menerusi Durcek Michal sebelum skuad Olimpik negara membalas hasil jaringan Ferris Danial pada minit ke-64 dan sepakan penalti Fandi (87).
Jelas Kim Swee, enam pemain baru iaitu Azrul, Syazwan, Nazmi, Azrif, Hazwan dan Izuan masih memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan skuad yang dianggotai majoriti pemain Harimau Muda A itu.
"Antara mereka ini, Hazwan telah menunjukkan kematangan serta mencuba beberapa kali ke arah penjaga gol lawan tetapi yang lain memerlukan sedikit lagi masa untuk menyesuaikan corak permainan.
"Pada perlawanan kedua ini, para pemain secara keseluruhannya telah menunjukkan kebangkitan serta keinginan untuk menyamakan kedudukan serta mendapatkan gol kemenangan dan ia harus dipuji," ujar Kim Swee.
Perlawanan ketiga bakal berlangsung malam esok dengan satu lagi kelab Liga 1 Slovakia, Tatran Liptovsky Mikulas.



Tujuh perlawanan persahabatan diaturkan di Slovakia melibatkan enam pertemuan dengan pasukan Liga Divisyen Satu Slovakia dan satu bertemu pasukan olimpik Eropah.

Ogos 9, 2011 (Selasa): Harimau Muda vs Budapest Honved FC (17:00, Bozsik Stadium)
Ogos 16, 2011 (Selasa): Harimau Muda vs MFK Dolný Kubín
Ogos 23, 2011 (Selasa): Harimau Muda vs FC Nitra
Ogos 26, 2011 (Jumaat): Harimau Muda vs FC Levice
Skuad 23 pemain:
Ketua Jurulatih: Ong Kim Swee

Penjaga Gol: Zamer Selamat, Izham Tarmizi Roslan, K. Sasikumar;

Pertahanan: Zubir Azmi, Nazirul Naim Che Hashim, Amer Saidin, Fandi Othman, Affizie Faisal Mamat, Azrul Azmi, Syazwan Tajuddin, Nazmi Faiz Mansor;

Tengah: Ferris Danial Mat Nasir, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Faizal Abu Bakar, Abdul Shukur Jusoh, Gary Steven Robbat, Wan Zack Haikal Wan Nor, Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham;

Penyerang: Irfan Fazail, A. Thamil Arasu, Syahrul Azwari Ibrahim, Ahmad Hazwan Bakri, Izuan Solahuddin.

PANAS ! Pembohongan Malaysiakini terus dilondehkan , JPN sangkal tuduhan !

Posted: 03 Aug 2011 09:32 AM PDT

KENYATAAN AKHBAR OLEH JABATAN PENDAFTARAN NEGARA MALAYSIA

Pertimbangan permohonan taraf Warganegara Malaysia tertakluk di bawah Perlembagaan Persekutuan di bawah perkara-perkara berikut:
  • Perkara 15 : Isteri kepada Warganegara
  • Perkara 16:  Mereka yang lahir di Malaysia sebelum tarikh
  • Kemerdekaan (sebelum 31 Ogos 1957)
  • Perkara 19:  Warga Asing yang telah bermastautin tetap di Malaysia tidak kurang dari 12 tahun.
Sejak 9 April 2009 hingga 15 Julai 2011, YB Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein telah menimbangkan sebanyak 72,334 permohonan Taraf Kewarganegaraan Malaysia. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 29,290 permohonan telah diluluskan.

Angka ini adalah merupakan sebahagian daripada KPI Menteri Dalam Negeri di mana sebanyak 219,000 permohonan telah berjaya diselesaikan termasuk 72,334 permohonan Taraf Kewarganegaraan Malaysia,31,449 permohonan Penduduk Tetap, 108,906 permohonan Daftar Lewat Kelahiran dan 6,311 permohonan di bawah program My-Daftar

Berkaitan kes Mismah, 

1. Dakwaan bahawa beliau menjadi warganegara dalam tempoh 4 jam setelah mendapat taraf Penduduk Tetap (atau PR) adalah tidak benar. 

2. Rekod menunjukkan bahawa beliau telah mendapat taraf Penduduk Tetap pada 17 Julai 1982. 

3. Beliau telah diluluskan Taraf Kewarganegaraan Malaysia pada 31 Januari 2011 di bawah Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan selepas 29 tahun memegang taraf Penduduk Tetap Malaysia

Sekian, terima kasih.

Datin Jariah binti Mohd Said
Ketua Pengarah
Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia
Kementerian Dalam Negeri

Sebelum Pakatan desak Najib buat sidang tergempar , jawab kantoi tipu ini dulu !

Posted: 03 Aug 2011 06:48 AM PDT


Hebat serangan bertali arus juak2 Pakatan  menyerang kerajaan dan agensinya termasuk JPN dan SPR . Semua medium digerakan secara serentak bagi menunjukkn ia isu besar seperti portal penipu Malaysiakini , blog2 penjilat , haprak daily  dan akhir sekali sidang media pemimpin mereka .

 GPB ingin tanya kepada Din Puduraya dan konco2 mereka ini semua , adakah mereka ini tahu pembohongan Malaysiakini ini semua sudah kantoi penipuannya ???  Kalau setakat bersumber dari Malaysiakini untuk desak Najib adakan sidang tergempar Parlimen di bulan puasa ini , jawab dulu pendedahan penipu portal haprak ini .



                 http://mymassa.blogspot.com/2011/08/blogger-pembangkang-kantoi-dalam-isu.html



           http://yuseriyusoff.blogspot.com/2011/08/malaysiakini-pembohong-mismah-bukan.html

     http://yuseriyusoff.blogspot.com/2011/08/oh-mismah-kod-negara-mismah-tidak-wujud.html

        http://yuseriyusoff.blogspot.com/2011/08/oh-mismah-spr-sudah-jawab-jpn-mana.html

          http://yuseriyusoff.blogspot.com/2011/08/selepas-mismah-timbul-rita-saifuddin.html

           http://yuseriyusoff.blogspot.com/2011/08/update-identiti-mismah-didedahkan.html







Anggota parlimen Pakatan Rakyat hari ini menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memanggil sidang tergempar Parlimen untuk membincangkang isu pertukaran status penduduk tetap (PR) kepada warganegara dengan sekelip mata.


Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahudin Ayub berkata mereka akan menghantar surat dalam masa terdekat kerana mendakwa perkara "khianat" itu "mengancam keselamatan dan kedaulatan negara".


"Kami beri masa seminggu kepada perdana menteri untuk menjawabnya," katanya dalam sidang akhbar ahli parlimen Pakatan di di ibupejabat pakatan di Petaling Jaya hari ini.


Menurut Salahuddin, sidang itu mestilah diadakan dalam bulan Ramadan ini juga.
Semalam, Malaysiakini melaporkan, status seorang penduduk tetap yang berjaya didaftar sebagai pengundi bertukar kepada warganegara dalam tempoh empat jam sahaja selepas didedahkan.Laporan itu mengundang kritikan pelbagai pihak, terutamanya oleh Pemuda PAS yang mendakwa memiliki banyak lagi bukti kes sebegitu berlaku.

Spin Mykad meludah ke langit , Azmin - Saifudin - Zuraida juga pengundi hantu ?

Posted: 03 Aug 2011 06:04 AM PDT


Azmin Ali kod kelahiran 71 adakah Azmin Ali pengundi hantu?

Saifuddin Nasution juga pengundi hantu?


ZZuraida Kamaruddin A.K.A Mak Lampir... betul-betul hantu


".....Kedua-dua blogger pembangkang cuba bermain silap mata dengan menuduh bahawa semua yang mempunyai kod negeri kelahiran 71 sebagai penduduk tetap yang baru mendapatkan MyKad. Sebenarnya orang yang mempunyai kod kelahiran 71 bermaksud pemilik MyKad tersebut lahir di luar negara....."  KLIK DI SINI 



Semakin hebat blogger  Mymassa dan Double Y mendedahkan penipuan Malaysiakini dan blog2 pakatan yang cuba spin isu mykad  dan kod kelahiran 71 ini . Syabas bro !

Jom layan video PAS diludah DAP bangsat tentang negara Islam ...

Posted: 03 Aug 2011 05:15 AM PDT


DAP bila bersuara , PAS terus diam tunduk membisu .  PAS ibarat barua dan boneka kepada DAP hinggakan perjuangan menubuhkan sebuah negara Islam telah diludah oleh DAP dengan senang saja .

Karpal Singh hari ini tak perlu lagi mati dulu  seperti mana beliau pernah melaungkan langkah mayatnya dulu sebelum nak tubuh negara Islam . Tapi sebenarnya PAS yang telah mati lagi awal kerana takut kepada DAP  dengan gadaikan perjuangan negara Islam .

DAP sebagai abang besar paling ditakuti PAS semakin gah semangat anti Islam mereka dek keranan PAS sentiasa menurut perintah mereka .

Ikuti video pemimpin agung DAP yang menunjukkan  betapa besarnya kuasa yang ada pada mereka dalam Pakatan hingga tiada siapa berani melawan ..




Pengerusi DAP Kebangsaan Berikrar Tiada Negara Islam Yang Diperjuangkan PAS Ketika Grand Finale DAP Di Kuching (Sehari Sebelum Pilihanraya Negeri Sarawak 2011) Pada 5 April 2011

KANTOI ! LAGI PENIPUAN PORTAL PENIPU MALAYSIAKINI BERJAYA DIKESAN BLOGGER

Posted: 03 Aug 2011 04:23 AM PDT



Oleh : Double Y 


Kecoh pasal si Mismah yang kononnya diberikan warganegara dalam masa 4 jam. Selepas dapat status warganegara, Mismah yang pada awalnya memilik IC Merah (PR) dikatakan sudah didaftarkan sebagai pengundi. 



Malaysiakini menyebut Mismah merupakan pengundi berdaftar yang baru. Bermakna Malaysiakini menggambarkan bahawa Mismah telah pun bergelar pengundi yang sah!

Semakan saya melalui semakan secara talian melalui laman web SPR mengeluarkan hasil berikut :




Semakan saya mendapati status Mismah yang memiliki kad pengenalan bernombor 670704-71-5238 adalah 'PERMOHONAN YANG SEDANG DIPROSES".

Ini bermakna mengikut rekod SPR Mismah bukanlah pengundi berdaftar sebagaimana digambarkan oleh Malaysiakini. 

Saya tidak berpuas hati di situ, saya membuat semakan kedua melalui SISTEM SEMAKAN PEMILIH BAGI ISI RUMAH. 

Rekod Mismah yang dikatakan Malaysiakini telah berdaftar sebagai pemilih menunjukkan bahawa rekod berkenaan  'TIADA DALAM DAFTAR PEMILIH' .


Ini bermakna laporan Malaysiakini yang mengatakan bahawa individu bernama Mismah ini telah pun sah menjadi pengundi merupakan satu pembohongan jahat dan bersifat menyerang SPR bertujuan untuk menguatkan sokongan rakyat kepada kempen Bersih 2.0 yang digerakkan mereka.

Semakan pertama menunjukkan pendaftaran pemilih di bawah nama Mismah dikatakan 'DALAM PROSES' bagi saya tiada salahnya jika benar Mismah telah pun menerima  status warganegara dan itu menjadi hak dia untuk berdaftar sebagai pemilih.

Cuma persoalan yang perlu dijawab oleh JPN adalah, benarkah Mismah menerima status warganegara dalam masa 4 jam sebagaimana dilaporkan oleh Malaysiakini.

Mengikut undang-undang biasanya proses memohon status kewarganegaraan biasanya memakan masa 6 bulan atau lebih.

Malaysiakini kata Mismah pengundi berdaftar yang sah mengikut rekod SPR tidak benar!!

Malaysiakini juga tidak jujur dalam melaporkan berita mereka kerana permohonan warganegara ada beberapa jenis permohonan yang mana masa pemprosesan sesuatu kelulusan adalah berbeza :




BIL.JENIS PERMOHONANTEMPOH PERMOHONAN DIPROSES
1. Permohonan Lengkap Pengesahan Taraf Warganegara
Permohonan Pengesahan Taraf Warganegara diproses dan diselesaikan dalam tempoh berikut dari tarikh permohonan yang lengkap diterima oleh Ibu Pejabat JPN Putrajaya
6 bulan
2.





Permohonan Warganegara
Permohonan untuk menjadi Warganegara Malaysia diproses dalam tempoh berikut dari tarikh permohonan yang lengkap diterima oleh Ibu Pejabat sebelum dihantar kepada Kementerian Dalam Negeri untuk keputusan.
Nota:
Tempoh 12 bulan tidak termasuk kes-kes yang perlu dirujuk kepada agensi-agensi lain dan tempoh untuk mendapat keputusan dari Kementerian Dalam Negeri serta proses pengeluaran Sijil.
12 bulan
3.Permohonan Lengkap Pelepashakan Kewarganegaraan
a) Permohonan Pendaftaran Akuan Pelepasan Kewarganegaraan yang diterima di kaunter Ibu Pejabat JPN Putrajaya, diproses dan diselesaikan dalam tempoh berikut dari tarikh permohonan yang lengkap diterima.
14 hari bekerja
b) Permohonan Pelepasan / Penolakan Kewarganegaraan yang diterima di Konsul di luar Negeri dan JPN Ibu Negeri diproses dan diselesaikan dalam tempoh berikut dari tarikh permohonan yang lengkap diterima oleh Ibu Pejabat JPN Putrajaya
30 hari bekerja
4.Gantian Sijil Warganegara
Permohonan gantian Sijil Warganegara diproses dan diselesaikan dalam tempoh berikut dari tarikh permohonan yang lengkap diterima oleh Ibu Pejabat JPN Putrajaya.
14 hari bekerja
5.Cabutan Sijil Warganegara
Permohonan cabutan Sijil Warganegera diproses dan diselesaikan dalam tempoh berikut dari tarikh permohonan yang lengkap diterima oleh Ibu Pejabat JPN Putrajaya.
5 hari bekerja
6.Carian Sijil Warganegara
Permohonan keputusan carian Sijil Warganegara diproses dan diselesaikan dalam tempoh berikut dari tarikh permohonan yang lengkap diterima oleh Ibu Pejabat JPN Putrajaya.
7 hari bekerja
7.Salinan Sah Sijil Warganegara
Permohonan salinan sah Sijil Warganegara diproses dan diselesaikan dalam tempoh berikut dari tarikh permohonan yang lengkap diterima oleh Ibu Pejabat JPN Putrajaya.
3 hari bekerja
8.Pindaan Butiran Sijil Warganegara
Permohonan pindaan butiran Sijil Warganegara diproses dan diselesaikan dalam tempoh berikut dari tarikh permohonan yang lengkap diterima oleh Ibu Pejabat JPN Putrajaya.
14 hari bekerja
9.Cabutan Sijil W (Kelahiran Luar Negara)
Permohonan cabutan Sijil W bagi kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara diproses dan diselesaikan dari tarikh permohonan lengkap diterima oleh Ibu Pejabat JPN Putrajaya.
1 hari bekerja


Melalui carta di atas permohonan yang bagaimana agaknya dimohon oleh Mismah?

JPN tunggu apa lagi, korek la rekod kamu. Segala fail, borang dan sebagainya yang melibatkan Mismah dedahkan kepada umum.

Jangan biarkan Malaysiakini meneruskan agenda jahat mereka!


YY : Hairan Mismah ni tidak disertakan sekali status bin, binti atau a/k, a/l, a/p?

Nik Aziz anggap lawak jenaka , Zahrain cabar dedah kenyataan secara terbuka

Posted: 02 Aug 2011 07:39 PM PDT



PETALING JAYA - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dicabar supaya membuat kenyataan terbuka, menafikan pertemuannya dengan Tengku Razaleigh Hamzah berhubung isu mempelawa Ahli Parlimen Gua Musang itu, menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim berkata, tidak cukup bagi Nik Aziz menafikan pembabitannya dengan rancangan itu hanya menerusi Facebook.

"Saya cabar Nik Aziz buat kenyataan terbuka, menafikan beliau ada berjumpa Tengku Razaleigh berbincang mengenai perkara itu. Nik Aziz jangan cuba berselindung di sebalik nota ditulis oleh orang lain dalam Facebook kerana kenyataannya sentiasa berubah," katanya di Bandar Utama, semalam.

Zahrain, bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang dalam satu kenyataan sebelum ini, mendakwa Ku Li dipelawa oleh beberapa pemimpin PR untuk mengambil alih kedudukan Anwar sebagai Ketua Pembangkang jika Ahli Parlimen Permatang Pauh itu didapati bersalah dalam kes liwat.

Nik Aziz dikatakan termasuk sebagai pengatur 'pelawaan' itu dalam reaksi menerusi Facebook, menyifatkan dakwaan Zahrain hanya 'khabar angin lawak jenaka'.

"Saya tahu kenapa Nik Aziz menulis dalam Facebook, kerana penyokong PR mula tidak puas hati selepas pendedahan dibuat. Mereka bimbang jika komplot ini berjaya menyingkirkan Anwar yang selama ini berjasa menyatupadukan Pas dan DAP yang berbeza fahaman," katanya.

Zahrain berkata, pemimpin PR terlibat secara langsung dalam 'rundingan' itu juga masih 'diam seribu bahasa'.

"Bersemukalah dan saya cabar Nik Aziz supaya berani buka mulut bukan berselindung dengan Facebook," katanya.

Menurutnya, pemimpin Pas selain Nik Aziz, sebenarnya tahu mengenai komplot itu.

Zahrain berkata, tindakan itu untuk mencari pemimpin baru mengetuai PR memandangkan Anwar kini sudah menjadi liabiliti bagi Pas dan DAP terutama berkaitan kes video.

Beliau turut mengingatkan Nik Aziz dan pemimpin lain yang terlibat supaya jangan cuba menegakkan benang basah.

"Saya ada spy beritahu perkara ini dan menunggu jawapan secara terbuka pemimpin PR," katanya.

Zahrain berkata, Anwar memang tidak tahu rancangan itu kerana beliau tidak diberitahu oleh pemimpin PR lain yang sudah mula sedar akan masalah dihadapi pemimpin pembangkang itu.

Fun Fair : Malik Tak Tau tiba-tiba pusing 360 sahkan diluluskan kerajaan negeri !

Posted: 02 Aug 2011 04:07 PM PDT


Sebelum ini Malik Kassim cakap tidak tahu menahu tentang kewujudan fun fair di sekitar Queensbay. Siap nasihat lagi kepada rakyat jangan semua perkara hendak disalahkan kerajaan negeri .

Takkan semua perkara di Pulau Pinang nak salahkan kerajaan negeri. Itu kawasan private (persendirian). Mereka (penganjur pesta ria) sewa daripada Queensbay Mall.

"Kita tidak terlibat dan tidak mengetahui mengenai penganjuran pesta ria itu, KLIK DI SINI

Tu dia , dengar betul-betul amaran  Malik ini bahawa kerajaan DAP tidak terlibat penganjuran pesta ria melalaikan ini . 

Hari ini dalam Sinar Harian , tiba-tiba kerajaan Fun Fair DAP terpaksa meludah balik ke muka sendiri apabila Malik Kassim selaku Exco Agama terpaksa mengaku bahawa dia telah menipu rakyat P.Pinang tentang pengajuran fun fair di Queensbay ini .

MPPP iaitu agensi kerajaan DAP telah meluluskan LESEN untuk anjurkan fun fair  sempena  bulan Ramadhan !   Ostat mana dalam MPPP ini cakap OKAY tak pa beri lesen ..haha  

Mana dia YDP MPPP ? Pn  Patahiyah  mesti tahu   akan hal ini bila pegawai anda sendiri  telah luluskan lesen besar  fun fair ini ?

Yang Malik Itik ini pun bangang  kalau tak tahu apa benda pun jangan la  dok MENIPU !  Lebih baik hang cakap tak tahu dan akan periksa dengan agensi kerajaan negeri . 

Ini tidak bukan main lagi "confident " bahawa kerajaan DAP diketuai Guan Eng tidak pernah langsung terlibat anjur Fun Fair !  hahaha ... kan sudah KANTOI BOHONG ! 

Kalau dah bosnya Guan Eng pun kaki penipu , inikan pulak orang suruhannya yang juga kaki pembelit.Kalau bab hendak nafi tuduhan ,  perkara pertama keluar dari mulut mesti nak menipu ! 




GEORGETOWN - Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) melalui Jabatan Perlesenan telah meluluskan permohonan lesen sebuah syarikat swasta untuk menganjurkan 'fun fair' di kawasan berhampiran Queensbay Mall.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Kepenggunaan, Abdul Malik Kassim berkata, permohonan itu diluluskan oleh MPPP pada 29 Jun lalu dan fun fair yang bermula sejak 23 Julai lalu dijangkakan berakhir pada 4 September depan.

Menyedari pelbagai rungutan yang dibuat orang ramai terutamanya umat Islam yang tidak berpuas hati terhadap penganjuran fun fair itu pada Ramadan, Malik berkata, pihaknya akan memantau penganjuran fun fair berkenaan agar tidak melanggar peraturan ditetapkan selain tidak mengganggu umat Islam beribadah dan terus menjaga kesucian Ramadan.

"Fun fair dianjurkan oleh swasta bukan Kerajaan Negeri tapi kami menerima banyak rungutan daripada orang ramai berhubung penganjurannya pada bulan Ramadan. Apa pun, MPPP sudah memberikan permit. (  JANGAN PUTAR BELIT LAGI LA MALIK , SIAPA YANG LULUSKAN LESEN FUN FAIR INI ? TAK KAN KERAJAAN NEGERI TAK TERLIBAT LANGSUNG ! )

"Bagaimanapun, pada masa hadapan saya akan memberi pandangan dan nasihat kepada pihak MPPP agar lebih prihatin berhubung penganjuran fun fair pada bulan puasa," katanya.

dewakampung

Posted: 03 Aug 2011 11:29 AM PDT

dewakampung


Khalid Ibrahim Buang Pegawai Melayu

Posted: 02 Aug 2011 08:35 PM PDT

Kemelut kepimpinan Universiti Industri Selangor (UNISEL) telah mencapai kemuncak apabila Datuk Dr. Rosti Saruwono (Naib Canselor UNISEL) telah meletak jawatan dengan notis 24 jam berkuat kuasa berkuat hari ini iaitu 03hb Ogos 2011, Peletakkan jawatan ini dipercayai akibat tekanan politik oleh pentadbiran Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor. Tindakan beliau ini dilihat satu cara yang bijak melawan kezaliman serta menjadi BARUA kerajaan PKR pimpinan Khalid Ibrahim

Jelas menunjukkan pentadbiran Kerajaan PKR sanggup meletakkan pasir di perut nasi pegawai-pegawai penting dalam UNISEL seperti Rokmaa Mat (Pendaftar), Prof. Dr. Khalifah Othman (Dekan Fakulti Perniagaan) & Halid Hasbullah (Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat). Lebih yang menyedihkan kesemua pegawai yang di buang oleh Khalid Ibrahim ini adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam, ini merupakan satu penghinaan kepada profesional Melayu-Islam. baca ini

Sekali lagi menunjukkan cara pengendalian Khalid Ibrahim adalah amat zalim dan tanpa isu periksa dan apa yang jelas Kepimpinan PKR lebih teruk dari UMNO kerana sekurang-kurangnya UMNO tidak pernah membuang mana-mana Pendaftar, Dekan dan Pengarah mana-mana Universiti di Malaysia walau pun mereka ini menyokong pembangkang.

Filem Hitam

Posted: 03 Aug 2011 11:02 AM PDT

Filem Hitam


Identiti Mismah didedahkan!!!

Posted: 03 Aug 2011 04:56 AM PDT

Tahniah para blogger BN yang bersatu hati menjawab isu MyPR - MyKad yang dibongkarkan oleh pembangkang.

Blogger Double Y yang kini mengganas dengan pendedahan-pendedahan panas ada buat pendedahan mengenai perkara ini. Anda boleh membaca pendedahan yang dibuat oleh Double Y di sini.

MyMassa juga ada pendedahan yang ingin kami buat iaitu berkenaan modus operandi pembangkang mengenai isu ini. Kesilapan blogger pembangkang akan mendedahkan dan membogelkan siapa wakil rakyat mereka yang sebenar.

Semalam, isu Mismah yang dimainkan oleh Malaysiakini disambut kencang oleh blogger sebelah sana bagai mendapat peluru paling ampuh. Selain daripada isu Mismah, beberapa blogger pembangkang seperti Poji (Perisik Rakyat) dan Tulang besi (Malaysia Waves) ada jugak main isu ini tapi dari sudut berbeza. Berikut adalah isu MyPR-MyKad yang dimainkan oleh Poji dan Tulang Besi (boleh tengok kat sini):



PRU-13: Misi Pertahan Kuasa Dengan Kod "71"





Jelas dari sumber maklumat Website Suruhanjaya Pilihanraya sendiri dengan jelas, tiada menyatakan bahawa hanya "Warganegara Malaysia" sahaja yang ditakrifkan sebagai "layak" mendaftar sebagai pengundi dan layak mengundi setelah permohonan diluluskan.

Dalam Laman Rasmi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia juga tiada dinyatakan bahawa "Pemastautin Tetap" juga layak sebagai pengundi. Hanya "Warganegara Malaysia" sahaja layak sebagai pengundi.

Dibawah ialah contoh MyPR ataupun Kad Pengenalan Malaysia Pemastautin Tetap (Bukan Warganegara Malaysia).



Dibawah ialah deretan nombor Kad Pengenalan Pemastautin tetap Bukan Warganegara Malaysia yang dikesan telah didaftarkan sebagai pengundi di Malaysia:
1. 530824715008
2. 671219715084
3. 380424715016
4. 650503715054
5. 501124715020
6. 561210715515
7. 600602715505
8. 690510715008
9. 430106715072
10. 470111715030
.
.
169. 610203715099
Buktinya, print screen semakan dilaman Website Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia dibawah:



Kedua-dua blogger pembangkang cuba bermain silap mata dengan menuduh bahawa semua yang mempunyai kod negeri kelahiran 71 sebagai penduduk tetap yang baru mendapatkan MyKad. Sebenarnya orang yang mempunyai kod kelahiran 71 bermaksud pemilik MyKad tersebut lahir di luar negara.

Jika BN menggunakan kod negeri 71 sebagai pengundi hantu, bagaimana dengan  3 ekor hantu ini?




Dah sah-sah Azmin, Saifuddin dan Zuraida juga penduduk tetap (PR). Pembangkang lagi teruk, bukan pakai penduduk tetap sebagai pengundi tetapi sebagai pemimpin!

Satu lagi perkara yang mengantoikan blogger pembangkang adalah mereka menyenaraikan pengundi yang didakwa sebagai orang baru dapat MyKad tetapi mempunyai No Kad Pengenalan Lama. Pelik bin Ajaib!




Lebih bertambah pelik adalah dua mangkuk ayun (poji dan tulang besi) menyenaraikan nama HASIBUAN! Kalau sesiapa yang tak tau, Hasibuan adalah nama keluarga bagi orang Mendailing yang terkenal selain daripada NASUTION dan SIREGAR! Satu kapal dengan Saifuddin la ni. Dan orang Kajang memang tau orang Mendailing ni antara penduduk terawal di Kajang. Jadi takdelah isu orang Mendailing baru dapat PR sebab si mendailing bernama Saifuddin tu tak pulak korang panggil dia penduduk tetap walaupun ICnya 71.

Kesian dua orang blogger mangkok ni. Sebab keceluparan mereka, MyMassa terpaksa mendedahkan 3 orang penduduk tetap (ic 71) yang bercita-cita nak perintah Malaysia. Masing-masing ada jawatan tinggi dalam PKR, Timbalan Presiden, Ketua Wanita dan Setiausaha Agung.

*Apa lagi dah dapat IC Azmin, Saifuddin dengan Zuraida ni. Macam-macam korang boleh buat kalau pandai guna. Nak check saman pun boleh!

*****
Sumber dari: http://mymassa.blogspot.com/2011/08/blogger-pembangkang-kantoi-dalam-isu.html

1MalAySia BlogPoLitik

Posted: 03 Aug 2011 10:21 AM PDT

1MalAySia BlogPoLitik


Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Malaysia 2011

Posted: 02 Aug 2011 04:38 PM PDT


Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Malaysia dan Negeri-Negri di Malaysia mengikut Zon untuk tahun 2011M/ 1432H :
  • Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Johor JAKIM
  • Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Melaka JAKIM
  • Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Negri Sembilan JAKIM
  • Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Selangor JAKIM
  • Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Perak JAKIM
  • Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Kedah JAKIM
  • Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Pulau Pinang JAKIM
  • Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Kelantan JAKIM
  • Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Trengganu @ JAKIM
  • Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Pahang JAKIM
  • Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Sarawak JAKIM
  • Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Sabah KULANZSALLEH
  • Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Perlis JAKIM
  • Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Labuan JAKIM
SELAMAT BERPUASA SEMUGA AMALAN KITA DITERIMA DAN MENDAPAT REDHA ALLAH SWT.
Sudikan juga singgah :

Dd i n b u n g a

Posted: 03 Aug 2011 07:48 AM PDT

Dd i n b u n g a


SEMUA NAIB CHANCERLOR DAN PENSYARAH AMBIL IKHTIBAR!!!!, KALO PERINTAH MALAYSIA HANCUR UNIVERSITI

Posted: 02 Aug 2011 08:13 PM PDT



GANGSTER SELANGOR MAKIN LAMA MAKIN MENUNJUK TARING MASING MASING, MAFIA MAFIA INI SEDANG MENGEMBANGKAN PENGUASAAN KAWASAN DARI PASTI KE SURAU KE MASJID KE SEKOLAH AGAMA RAKYAT KINI SAMPAI KE KAWASAN UNIVERSITI.

DALAM PROSES PENGUASAAN KAWASAN MAFIA, JIKA ADA PENGUASA YANG CUBA HALANG, MAKA SIAP LAH MEREKA, APA CARA PUN KORANG AKAN TERIMA NASIB KERANA MENGANGGU PROSES PENGUASAAN MAFIA SELANGOR TERHADAP KAWASAN BARU MEREKA DI UNISEL, JUSTERU ITU BEBERAPA ORANG DEKAN DI ARAH UNTUK DI PECAT, SEKIRANYA KETUA JABATAN TAK IKUT ARAHAN, TEKANAN DEMI TEKANAN DIBUAT HINGGA KETUA JABATAN PUN GULUNG TIKAR, LETAK JAWATAN, LEPAS NI SUSUN KRONI DI UNISEL, SENANG SURUH PELAJAR BUAT RUSUHAN.

DATUK DR ROSTI SARUWONO, NC UNISEL

ITU DI SELANGOR, YANG DI KEDAH MAFIA NYA 2 X 5 JUGA, MELETAKKAN DUIT PERLINDUNGAN ATAU CUKAI YANG TINGGI HINGGA KAN UUM TERTEKAN, UFTI MAHU, TAPI PERKHIDMATAN TAK DISEDIAKAN DENGAN SELESA, JADI SAMA JE MAFIA DI SELANGOR DENGAN MAFIA DI KEDAH, KERJANYA SUSUN BINI.

PESANAN TEMAN PADA SEMUA PENDIDIK TAK KIRA DI SEKOLAH HINGGA LAH KE UNIVERSITI, INI LAH CONTOH YANG ALLAH S.W.T. TONJOLKAN DEPAN MATA KITA UNTUK DIJADIKAN PEDOMAN DAN INGATAN, KALAU MAFIA NI KITA BAGI MENGUASAI KAWASAN DI SELURUH MALAYSIA NI... KORANG MAKAN PASIR LA.

BETUL SEPERTI MUTIARA KATA, YANG TERBUKTI HARUMNYA HARUS DI JAGA DAN DIBELAI, JANGAN DI HARAP KEPADA YANG CANTIK DI MATA, BUSUK JUA YANG TERCIPTA.

SENANG CAKAP, BN DAN UMNO DAH TERBUKTI MEWUJUD, MEMBINA, MEMPERBANYAKKAN, MEMPERKASAKAN, MARTABATKAN, MEMBUKA PELUANG, MEMBANGUN, SEMUA UNIVERSITI DALAM MALAYSIA NI. YANG TAK TERBUKTI JUGA YANG DIPILIH, AKHIRNYA!!!!!!! MAKAN PASIR.


SHAH ALAM 2 Ogos - Datuk Dr. Rosti Saruwono meletak jawatan sebagai Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel) dengan notis 24 jam berkuat kuasa esok dipercayai akibat tekanan politik dalaman dan pentadbiran Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor. Rosti yang mengesahkan perkara itu berkata, keputusan itu dibuat berikutan beliau tidak sanggup melaksanakan tindakan terhadap tiga pegawai Unisel yang diarahkan dilucut jawatan.

"Sah saya letak jawatan berkuat kuasa 3 Ogos (esok). Ada keputusan yang tidak sanggup saya laksanakan iaitu melucutkan jawatan tiga pegawai Unisel tanpa memberi sebab dan tanpa mengikut proses. Selamat berpuasa," katanya kepada Utusan Malaysia melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini hari ini.

anakbukitgantang says

Posted: 03 Aug 2011 03:47 AM PDT

anakbukitgantang says


709 BERSIH-tarikh peperangan ke atas negara Islam

Posted: 02 Aug 2011 06:00 PM PDT

Tak ramai yang mengetahui bahawa pada 9 Julai 2011 atau lebih dikenali dengan 709 di Barat (di baca bulan dahulu sebelum tarikh), berlaku perpecahan ke atas 2 negara Islam. Ini adalah satu domino efek ke atas perpecahan dan kemusnahan negara Islam seperti yang dirancang di negara negara Arab. Setelah satu demi satu negara Arab yang dominan dalam pembankan Islam seperti Lebanon, Tunisia dan Mesir dimusnahkan kini tiba giliran Malaysia pula dimusnahkan dengan permainan jarum Yahudi dan sepupunya Wahhabi.

Pada hari tersebut, 709 Republik Sudan Selatan dengan rasminya tertubuh. Republik ini walaupon kecil, membawa banyak simpanan minyak kepada negara baru dan majority penduduknya ialah Kristian.Pada masa yang sama majoriti penduduk negara asal Sudan yang Islam dikepung dalam Sudan Utara yang tiada sumber minyak

Di Malaysia pada 709 pula terjadi gerakan memecahkan umat Islam melalui BERSIH. Tidak hairan juga BERSIH diterajui oleh ulama suk Wahhabi dan golongan syiah  yang menerajui  PAS.(Rujuk carta organisasi PAS dan lihat kedudukan murshidul am, presiden dan naib presiden PAS serta fikrah ugama yang mereka anuti)

Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Malaysia kini sedang memasuki fasa mula permainan mereka dan akan mengikuti laluan yang sama dengan apa yang berlaku di negara Timur Tengah.


Bagi rakyat yang perihatin, tanda ini menunjukkan blessing camportangan asing di bumi Malaysia

Untuk Siapa? Satu pertanyaan yang seakan melucukan. Adakah boleh dipercayai bahawa ia adalah untuk negara Israel timur iaitu Singapura? Cuba renungkan, bila Pakatan menang pilihanraya nanti, kawasan parlimen di bandar-bandar besar akan dipinda. Penambahan kerusi yang banyak ini akan memberikan peluang DAP untuk mendominasi politik malaysia sepenuhnya walaupun pada luaran diterajui oleh "reformis" Melayu. Inilah masanya Singapura menyertai semula Malaysia dan ahli parti komunis Malaya (bintang tiga) pula dibenar bebas bergiat dalam politik secara terbuka.

DAP yang sekian lama berlakun sebagai sebuah parti politik Malaysia, sebenarnya adalah proksi PAP. Ia pasti dibubar apabila tiba masanya dan bergabung semula dengan induknya PAP. Semua ahlinya (semua kaum China?) menyertai PAP yang berpusat di Singapura. Sejak dari tarikh ini, Melayu Malaya dan Bumiputra Sabah Sarawak hanya termangu dan melihat apa yang terjadi dengan mata putih, negara telah dikuasai pendatang. "Reformis" yang tadinya angkuh bertahta sebagai PM akan didesak melepaskan jawatan untuk memberi laluan kepada ketua PAP menjadi PM (berlakulah Malaysian Malaysia seperti yang mereka laungkan selama ini.. Melayu Pakatan yang menang dan bersorak gembira pada mulanya kini tersedar bahawa mereka hanya menang sorak sahaja.

Usaha terancang Rejim Pulau Pinang menghalau orang Melayu Pulau Pinang dirujuk di http://theflyingkick.blogspot.com/2011/07/guan-eng-berjaya-buktikan-melayu-pulau.html. Malah rancangan perumaha kos rendah dan sederhana yang dibina Kerajaan Pusat juga disalah agih kepada golongan yang tak selayaknaya oleh DAP Pulau Pinang.


Singapura raya meniru h=gaya Israel raya di selatan tanah air


Singapura Raya terbentuk dengan resminya meniru Israel raya. Kerusi yang banyak dalam sistem demokrasi akan memberi lesen yang sah untuk mereka meminda perlembagaan negara. Klausa Islam dan Raja-Raja akan dimansuhkan dari perlemgaan baru ini. Hilang lenyaplah riwayat Persekutuan Tanah Melayu dan diganti dengan Malaysian Union sebagaimana kehendak British pada era kemerdekaan dahulu. Tiada lagi negara Melayu dalam peta dunia.

Greater Sin


Sayugia diingat, bilamana pendatang menguasai politik, mereka tidak akan senang selagi ada ruang kebangkitan semula pribumi, mereka tidak akan mengizinkan untuk ditewaskan oleh pribumi semula. Ultrakiasu tetap bersikap sedemikian, mereka masih belum yakin selagi tidak menguasai segalanya. Mereka tahu, andainya terjadi, nasib mereka tentu sahaja menjadi tidak menentu terutama bila kaum pribumi berusaha menghalang berulangnya peristiwa yang menyakitkan tersebut.


Untuk itu akan berlakulah peristiwa penghijrahan beramai-ramai buroh murah dari negara China atas alasan membantu meningkatkan pembangunan negara. Kedatangan rakyat Indonesia, selatan Filipina atau Melayu Pattani akan dihalang seketat-ketatnya. Hanya mengizinkan sedikit pendatang India bukan Islam dan majoritinya akan dibawa terus dari negara sebangsa mereka sama ada China atau Vietnam. Tujuan utamanya tentulah untuk menguasai setiap ruang dan peluang yang ada di negara ini disamping mempunyai undi yang cukup dalam setiap pilihanraya. Inilah wajah demokrasi moden yang bakal dilalui oleh Malaysia, jika pemerintah Islam gagal mendominasi pilihanraya.

Sebahagian dari rakyat Malaysia sudah mula terhidu permainan ini. Cuba memberi kesedaran kepada sebahagian yang lain. Seperti yang diduga, ia tidaklah semudah yang difikirkan dan ternyata masih sukar diterima terutama oleh pengikut taksub beberapa buah parti politik Melayu. Taksub menyebabkan akal menjadi beku dan menghalang pengikut tersebut melihat kebenaran. Mereka sering berburuk sangka dan menganggap pemerintah seumpama syaitan yang sangat jahat. Para pemimpin mereka pula telah tenggelam dalam angan-angan untuk menjadi juara. Islam diketepikan demi mencapai hasrat untuk menjadi penguasa. Tanpa Islam, kezaliman akan tetap berlanjutan, Ini adalah fakta bukan andaian semata. Mereka akan melakukan hal yang sama dengan apa yang dilakukan oleh pemerintah sebelumnya jika mereka berkuasa atau mungkin lebih buruk.

Apa yang telah berlaku di negara Arab tersebut hampir sama dengan apa yang sedang dimulakan oleh rakyat Malaysia sekarang ini. Jarum suntikan ditusuk dengan perlahan-lahan dan ia harus memberi gambaran keburukan pemerintah dan membuahkan isu memihak penentang. Kes terbaru BERSIH 2.0 telah diatur seakan sama dengan apa yang berlaku di Libya Mesir dan kini Syria. Zionis akan menjadikan negara ini bergolak dan lemah dan ini memaksa pemerintah terus menerus mengharap sokongan dan akur segala permintaan mereka sebagaimana Iraq sekarang.

Bersih adalah alat propaganda yang boleh mencipta beberapa isu lain. Tujuannya ialah untuk memenangkan penentang baik secara formal atau sebaliknya. Proksi Zionis melalui USA sedang bersedia untuk mengambil alih pemerintahan negara bila pemerintah sedia ada tumbang melalui demonstrasi sebagaimana di beberapa negara Arab. Propaganda akan menjadi lebih mudah bila pasukan keselamatan yang selama ini dilabelkan sebagai entiti zalim melakukan kesilapan atau dipaksa melakukan kesilapan. Sokongan rakyat akan berpihak kepada mereka yang (dikatakan) telah dizalimi oleh polis yang secara zahirnya mewakili pemerintah sedia ada.




Maka puak Wahhabi di dalam PAS mulai menipu walau apa cara sekalipon untuk membuatkan rakyat berpaling sokongan ke atas mereka hatta menipu mati 2 kali seperti dalam video ini.
Kecerdikan kerajaan dan rakyat Malaysia bergantung sejauh mana mereka mengetahui hala tuju musuh dunia ini. Juga sejauh mana mereka menghalang racun yang sedang menular dalam sistem politik negara. Demokrasi adalah syaitan yang berwajah indah. Resipi Yahudi untuk kita semua.


Ramai penyokong jumud pembangkang maseh terus menidakkan poeranan danan asing dalam kegianatn menjatuhkan pemimpin ulul amri di Malaysia

Diharapkan Melayu (bagi saya Melayu itu adalah Islam) menjadi semakin cerdik menelah kerja jahat musuh Islam ini dan menghalangnya berlaku sesuatu yang amat kita kesali sepanjang hayat. Melayu harus bersatu kembali sepaya dominan dalam mengatasi masalah yang semakin kritis ini, jangan sekali-kali menjadi musuh kepada bangsa sendiri dan melantik bukan Islam sebagai pemimpin. Jauhilah pemimpin yang jelas mempunyai gerak kerja yang meragukan apatah lagi jika terbukti ia seorang munafiqin. Semoga bangsaku bangun kembali membina komoniti Islam yang paling utuh di atas muka bumi ini.

rujukan

http://akhzaman.blogspot.com/2011/07/kebetulan-demokrasi-ialah-alat-iblis_7326.html

http://theflyingkick.blogspot.com/2011/07/guan-eng-berjaya-buktikan-melayu-pulau.html

Politik Harian

Posted: 03 Aug 2011 03:47 AM PDT

Politik Harian


Spin MyKad Makan Diri Pembangkang, Azmin, Saifuddin & Zuraida Juga Pemilik IC Merah?

Posted: 03 Aug 2011 02:55 AM PDT


Azmin Ali kod kelahiran 71 adakah Azmin Ali pengundi hantu?

Saifuddin Nasution juga pengundi hantu?

Zuraida Kamaruddin A.K.A Mak Lampir... betul-betul hantu

Seterusnya baca disini.... Aku tak sempat nak mengarang, masa untuk ke ParamKL cari juadah berbuka puasa sambil cuci mata...

Selamat berbuka puasa semua.....

TQ Double Y

Kenapa Ku Li bukan Azmin Ali ganti Anwar?

Posted: 03 Aug 2011 02:00 AM PDT

Agendadaily: Ding Dong pasal ada usaha memujuk veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah menerajui pembangkang tidak tamat walaupun Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan perkara itu.

Ramai tahu pendirian politik Menteri Besar Kelantan itu yang ada masanya jadi lalang dan cakap tidak serupa bikin selain kerap keluarkan 'fatwa' sendiri yang memihak PAS dan pembangkang.

Bagi bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari , penafian Nik Aziz itu adalah penafian politik kerana beliau sendiri percaya ada pertemuan dikalangan pemimpin PAS berhubung usaha membawa Tengku Razaleigh atau Ku Li ke dalam pakatan pembangkang.

Anuar melihat usaha pemimpin-pemimpin PAS itu sebagai langkah awal parti itu menolak Anwar yang bakal menamatkan karier politiknya jika disabitkan kesalahan dalam kes liwatnya dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ketika ditanya Agendadaily, kenapa bukan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dipilih menggantikan Anwar sebagai Ketua Pembangkang, Anuar mendakwa Azmin yang juga ahli parlimen Gombak bukan 'orang besar' di mata DAP dan PAS.

Katanya, Azmin mengamalkan politik taksub dan hanya akur kepada Anwar sahaja.

"Pemimpin DAP dan PAS tidak melihat Azmin boleh menggantikan Anwar kerana tanpa Anwar kelak, Azmin bukan sesiapa dalam pakatan pembangkang, malah pemimpin PKR sendiri akan menyingkirkannya," ujar Anuar.

Menurutnya, memanglah kemenangan Azmin sebagai timbalan presiden adalah langkah dan usaha Anwar mahu memastikan Azmin menggantikannya menerajui PKR dan pakatan pembangkang.

Namun, realitinya Azmin hanya bayang-bayang di belakang Anwar dan jika benar Ku Li berjaya dipujuk menerajui pembangkang, orang yang paling panas punggung adalah Azmin.

Menjawab soalan, Anuar bersetuju bahawa pengganti Anwar mestilah daripada kalangan pemimpin pembangkang.

Kalau ambil kira matlamat ketua pembangkang mahu jadi Perdana Menteri, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah pilihan tepat walaupun DAP mungkin tidak senang hati dengan pilihan tersebut.

Mengenai Ku Li pula, Anuar percaya Ketua UMNO Bahagian Gua Musang itu tidak akan mengulangi kesalahan lalu apabila menubuhkan Semangat 46 dan menentang presiden UMNO dalam pemilihan parti.

Beliau tidak nampak bekas Menteri Kewangan itu akan melakukan kesilapan lagi yang boleh menjejaskan reputasi politiknya.

Bagaimanapun, ada pula pihak berpendapat, UMNO tidak perlu takut atau bimbang jika Ku Li menerima pelawaan menerajui pembangkang.

"Kenapa perlu takut dengan beliau sedangkan ada kalangan pemimpin UMNO anggap Ku Li sudah tidak relevan dalam parti," kata seorang pemimpin yang rapat dengan Ku Li.

Tambahnya lagi, "Jika ada orang lain pelawa, kenapa nak bising. Mungkin mereka fikir Ku Li penting, sebab itu mereka perlukan beliau,".

Namun pada pendapatnya, bukan sesutu yang mudah bagi Ku Li menerima tawaran itu kerana beliau masih pemimpin UMNO dan ahli parlimen BN.

Mengambil kira semua itu, pemimpin terbabit menyifatkan pendedahan ahli parlimen Bebas Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim sebagai cakap-cakap politik sahaja.

"Beliau wakil rakyat Bebas maka dia bebas nak cakap apa," katanya.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin percaya Ku Li tidak akan menerima pelawaan itu terburu-buru.

"Sebab itu beliau tubuhkan NGO Amanah baru-baru ini dengan bawa masuk ramai pemimpin lama BN..Ku Li nak test market," katanya kepada Agendadaily.

Menurut Zulkifli, kalau Ku Li terimapun pelawaan itu, mungkin kerana merasakan beliau lebih dihargai oleh pembangkang terutama DAP dan PAS yang mahu mengenepikan Anwar.

Pakatan Pembangkang Sokong Group Murtad Dalam Facebook

Posted: 03 Aug 2011 01:00 AM PDT


Ini group Facebook yang menyokong orang Islam yang murtad di Malaysia dan Singapura. Tertulis dalam group tersebut tujuannya iaitu "kumpulan ini terbuka kepada mereka yang murtad dari Islam di Malaysia dan pihak-pihak yang ingin menyumbangkan sokongan moral kepada mereka yang murtad. Objektif kumpulan ini adalah untuk menjadikan sistem sokongan moral kepada mereka yang telah murtad dari Islam di Malaysia".

Group ini jelas sekali mencabar Perkara 3 sebagai agama bagi persekutuan dan menghina kesucian agama Islam pada bulan Ramadhan yang mulia ini. Didapati banyak ahli parlimen pembangkang dan penyokong BERSIH telah menyertai group yang baru diwujudkan tersebut termasuklah Faekah Husin (Setiausaha Politik Khalid Ibrahim), Lee Boon Chye (ahli parlimen PKR Gopeng), Sim Tze Min (ADUN DAP Pantai Jerjak), Nasir Hashim (ADUN PSM Kota Damansara), Tan Kok Wai (ahli parlimen DAP Cheras), Lim Lip Eng (ahli parlimen DAP Segambut), Boo Cheng Hau (ADUN DAP Skudai), Lee Khai Loon (Ketua Penerangan AMK PKR) dan beberapa orang penyokong BERSIH. Apakah group ini dibuat oleh mereka-mereka ini?

Sesudah rancangan untuk menghuru harakan negara ini dengan perhimpunan BERSIH pada 9 Julai 2011 gagal, ada kumpulan tertentu yang cuba menghina kedudukan agama Islam dalam Facebook. Bila diselidiki, daripada 384 orang yang menyokong kumpulan menyokong murtad tersebut di Facebook majoritinya adalah wakil rakyat pembangkang dan penyokong BERSIH. Pihak berkuasa dan SKMM perlu mengambil tindakan segera untuk menutup group yang menyokong murtad ini. Pihak yang mewujudkan group di facebook ini juga perlu dikenakan hukuman. Penghinaan sebegini sengaja ingin mengguris perasaan umat Islam ketika bulan Ramadhan. Bukan sekadar sokong murtad, tetapi posting dalam group tersebut turut menghina Nabi Muhammad SAW dan ibadah puasa.

Info - Angin Perubahan

6 Ahli PSM Dituduh Miliki Dokumen Subversif Tetap Didakwa

Posted: 03 Aug 2011 12:11 AM PDT


AGENDADAILY: Jangan fikir, bila dah bebas dari Ordinan Darurat, sudah tidak kena dakwaan lain, itu nasib enam aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) pada Rabu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth bagi menghadapi pertuduhan berhubung pembabitan mereka dalam satu perhimpunan haram dan memiliki dokumen-dokumen subversif tanpa alasan yang sah.

Sebelum ini dibebaskan dari Ordinan Darurat selepas 28 hari ditahan.

Mereka ialah Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar Devaraj, Sukumaran a/l Munisamy, 50, Letchumanan a/l Aseer Patham, 49, Choo Chon Kai, 33, Sarasvathy a/p Muthu, 58, dan Saratbabu a/l Raman, 25.

Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa secara niat bersama memberi bantuan kepada satu pertubuhan haram, iaitu "Bersih 2.0" dengan membawa 600 helai salinan fotokopi risalah haram berkenaan.

Bagi pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 48 (1) Akta Pertubuhan 1966, yang dibaca bersama Seksyen 34, Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda tidak lebih RM15,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mereka juga menghadapi pertuduhan alternatif iaitu secara niat bersama telah memberi bantuan dengan membawa 600 helai salinan risalah yang mempunyai tulisan "Perhimpunan Bersih 2.0", bagi tujuan satu pertubuhan haram iaitu "Bersih 2.0" untuk kegunaan perhimpunan "Bersih 2.0" yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 9 Julai pada pukul 2 petang.

Pertuduhan itu mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak lebih RM3,000 atau kedua-duanya.

Selain itu, mereka turut hadapi pertuduhan dengan niat bersama membawa dokumen-dokumen subversif tanpa alasan yang sah mengikut Seksyen 29 (1) Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di dalam sebuah bas bernombor pendaftaran NAW 6617 di Tol Sungai Dua, Lebuhraya Utara-Selatan, di dalam Daerah Seberang Perai Utara, pada kira-kira 3.30 petang, 25 Jun lepas.

Hakim Ikmal Hishan (Hishan) Mohd Tajuddin menetapkan jaminan sebanyak RM8,000 bagi setiap tertuduh dan menetapkan 10 hingga 14 Okt ini untuk perbicaraan kes iaitu bersamaan dengan tarikh perbicaraan 23 lagi aktivis PSM yang didakwa sebelum ini atas pertuduhan yang sama.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim dan kesemua tertuduh diwakili peguam Datuk C.V. Prabakaran

SPR Dah Jawab Tuduhan Malaysiakini, JPN Jangan Diam sahaja

Posted: 02 Aug 2011 11:00 PM PDT


Kesilapan yang dinyatakan oleh pembangkang adalah kesilapan JPN, kata pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof kesilapan itu mungkin berpunca akibat kecuaian teknikal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Saya fikir senarai nama PR di laman web JPN adalah senarai lama yang belum dikemaskini," kata Abdul Aziz dalam SMS bagi menjawab tuduhan portal pembangkang Malaysiakini.

Katanya, hanya rakyat Malaysia yang boleh memohon untuk mendaftar sebagai pengundi.

"PR tidak dibenarkan kecuali Kementerian Dalam Negeri meluluskan permohonan mereka sebagai rakyat Malaysia. Jika tidak permohonan mereka sebagai pengundi secara automatik akan ditolak oleh sistem saringan SPR selepas menyemak status mereka dengan sistem JPN - Agency Link Up System (Alis)," katanya.

Namun, kata Abdul Aziz SPR akan mempamerkan daftar pemilih tambahan yang dikeluarkan setiap empat bulan untuk tatapan umum selama seminggu.

"Pengundi di kawasan itu boleh membantah (jika mendapati ada penyelewengan)," katanya.

Abdul Aziz mengulas kontroversi di mana dakwaan pembangkang sebagai pengundi dan nama mereka tersenarai pada daftar pemilih tambahan yang baru. Status penduduk tetap itu kemudiannya 'dinaik-taraf' sebagai warganegara dalam beberapa jam, mengikut sistem pengesahan online JPN

Mykad Mismah Dedah Pembohongan Malaysiakini

Posted: 02 Aug 2011 10:00 PM PDT


Laporan Malaysiakini yang ditulis oleh seorang penulisnya bernama Kuek Ser Kuang Keng pada 4.05 petang, 2 Ogos 2011 berkaitan seorang penduduk tetap (PR) bernama Mismah telah mendapat kad pengenalan dalam masa 4 jam adalah tidak benar (baca sini). Laporan Kuek tersebut ternyata menyalahi etika kewartawanan dan tidak bertanggungjawab.


Semakan yang telah dibuat oleh blogger Double Y mendapati artikel yang dibuat oleh Malaysiakini adalah tidak benar. Double Y telah membuat semakan terhadap status Mismah yang memiliki kad pengenalan bernombor 640704-71-5238 adalah 'PERMOHONAN YANG SEDANG DIPROSES".


Double Y telah membuat semakan kali kedua dengan Semakan Daftar Pemilih dan mendapati status yang keluar adalah "Tiada Dalam Daftar Pemilih". Ini bukan kali pertama Malaysiakini mengeluarkan artikel yang melanggar etika kewartawanan dan sengaja ingin mencetuskan propaganda murahan agar rakyat marah dengan SPR. Sewajarnya wartawan yang bernama Kuek Ser Kuang Keng dikenakan tindakan terhadap tulisan yang salah tersebut. Artikel tersebut harus ditarik balik. TIndakan mahkamah adalah jalan terbaik untuk mengajar Malaysiakini.

Kesian blogger Pakatan Pembangkang melompat macam beruk kena belacan... mudah sangat diperbodohkan oleh Malaysiakini... hahaha

Ustazah Nurul Izzah Keluarkan 'Fatwa' Baru - Haram PRU-13 Tanpa Reformasi

Posted: 02 Aug 2011 09:00 PM PDT


Kalau Pas ada Tuan Guru Nik Aziz yang terkenal dengan bermacam-macam jenis fatwa terbarunya bagi menutup kesalahan dari puak pembangkang untuk meraih simpati rakyat, kini muncul pula Ustazah baru dari PKR Ustazah Nurul Izzah yang sudah pandai mengeluarkan fatwanya yang tersendiri... Ini semua ajaran dari Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat...

"Adalah tidak bermoral dan haram untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-13 sebelum melaksanakan reformasi pilihan raya yang bebas dan adil". Kata Nurul Izzah, Naib Presiden PKR.

"Pilihan raya yang bersih dan adil merupakan prasyarat di dalam sistem demokrasi yang moden ke arah mereleasasikan mandat sebenar daripada para pengundi untuk memilih kerajaan yang memerintah hari ini.

"Oleh itu, saya ingin menyatakan bahawa jika YAB dan BN dipilih secara bebas dan adil sebagai kerajaan, maka menjadi tanggungjawab saya untuk berkhidmat sebagai pembangkang yang setia kepada negara," katanya.

Nurul Izzah hendak mencari reformasi dan keadilan yang macammana lagi? Kerajaan Barisan Nasional/ BN bawa Traformasi baru memperkenalkan sistem baru lagi canggih seperti Biometrik Pakatan Pembangkang tolak.

Ternyata sikap menolak pembaharuan oleh pemimpin Pembangkang juga menunjukkan mereka sebenarnya tidak ikhlas didalam mencari jalan penyelesaian ke arah penambaikan sistem pilihanraya negara. Mereka sebenarnya hanya mahu mencari isu untuk memburukkan kerajaan sahaja.

Jika benar kerajaan boleh memanipulasi undi, macammana kerajaan Pas berjaya mengekalkan pemerintahan di Kelantan pada pilihan raya 2004 dengan kelebihan satu kerusi yang beza majoritinya hanya dua undi.

Agak mustahil untuk BN melepaskan Kelantan dengan kemenangan dua undi iaitu di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemumin, Machang?

Mungkin ini yang Nurul Izzah maksudkan... Kerajaan Pas Kelantan tidak bermoral dan haram mengadakan pilihan raya umum ke-13 sebelum melaksanakan reformasi tersebut... al-maklumlah Kerajaan Pas Kelantan agak ketinggalan dan kuno sikit dari segi pemikiran dan pembangunannya.

Sebuah pilihan raya yang adil dan telus di negara ini tidak wajar dipertikaikan kerana sekiranya sistem demokrasi itu boleh dimanipulasi, maka adalah mustahil untuk pembangkang memenangi pilihan raya tertentu.

Yang HARAM DAN TIDAK BERMORAL sebenarnya ialah Pakatan Haram (PR)... Sehingga kini Pakatan Rakyat gagal menjadi sebagai satu parti politik gabungan yang RASMI.

Ku Li Ganti Anwar, Nik Aziz Dicabar Buat Kenyataan Terbuka

Posted: 02 Aug 2011 08:00 PM PDT


Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mencabar Nik Abdul Aziz membuat satu kenyataan rasmi bagi mencabar fakta tersebut dan bukannya berselindung di sebalik nota di laman sosial Facebook.

Beliau berkata, sebagai individu yang tahu hukum-hakam agama dan ditambah lagi dengan kedatangan Ramadan yang suci ini, Nik Abdul Aziz sepatutnya bercakap benar berhubung isu yang didedahkannya sebelum ini.

Pendedahkan gambar Nik Aziz didalam perbincangan bersama anak-anak pemimpin UMNO berhubung perancangan melantik Ku Li ganti Anwar

Pertemuan antara Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Tengku Razaleigh Hamzah berhubung pelawaan pembangkang agar Ahli Parlimen Gua Musang itu menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang memang benar-benar berlaku.

Kebarangkalian Anwar disabitkan bersalah dalam kes liwatnya melibatkan bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan serta isu rakaman video seks membabitkan seorang pelacur, para pemimpin pembangkang terpaksa mencari pengganti Anwar.kebarangkalian Anwar disabitkan bersalah dalam kes liwatnya melibatkan bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan serta isu rakaman video seks membabitkan seorang pelacur, para pemimpin pembangkang terpaksa mencari pengganti Anwar.

Kita tunggu sahaja Pok Nik sahut cabaran Zahrain!

Macam Ada Yang Tak Kena - Dr. Rosti Letak Jawatan NC Unisel Dengan Notis 24 jam!

Posted: 02 Aug 2011 07:00 PM PDT


Datuk Dr. Rosti Saruwono mengambil keputusan meletakkan jawatan selaku Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel) dengan notis 24 jam berkuat kuasa esok. Beliau mengesahkan peletakan jawatannya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

"Ada keputusan yang saya tak sanggup laksanakan iaitu untuk melucutkan jawatan tiga pegawai Unisel tanpa proses sewajarnya," katanya ketika menjelaskan antara punca beliau meletakkan jawatan.

Menurut sumber, Rosti telah diarahkan oleh kepimpinan Unisel untuk melucutkan jawatan tiga pegawai – Pendaftar Rokmaa Mat, Dekan Fakulti Perniagaan Prof Dr Khalifah Othman dan Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat Halid Hasbullah.

Berasal dari Klang, Selangor Rosti pernah berkhidmat sebagai Timbalan Presiden Bahagian Pendidikan Petronas dan rektor pertama Universiti Teknologi Petronas (UTP) sebelum dilantik sebagai Naib Canselor Unisel pada 2 Mac, 2009.

Beliau menggantikan Prof Datuk Dr Mohd Razali Agus yang mengosongkan jawatan itu pada Julai 2008.


Macam ada sesuatu yang tak kena berlaku! Kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang. Adakah ini kerja-kerja kroni MB Khalid dan Anwar yang hendak menyingkirkan Dr. Rosti bersama-sama 3 orang pegawai yang lain. Adakah Dr Rosti dipaksa meletakkan jawatan Naib Canselor Unisel akibat tekanan politik!

Semasa baru dilantik, Rosti berkata beliau tidak akan menjadi "Pak Turut" kepada mana-mana pihak dan ingin memastikan institusi pengajian tinggi swasta milik kerajaan negeri itu tidak dijadikan medan berpolitik. Sama-samalah kita tunggu dan lihat nanti apa yang sebenarnya berlaku.

Wasabi Oyabun..

Pemuda Gua Musang Yakin Pada Ku Li

Posted: 02 Aug 2011 06:00 PM PDT

Pemuda UMNO Gua Musang yakin Tengku Razaleigh Hamzah akan terus kekal bersama UMNO biarpun khabar angin mengatakan beberapa pemimpin pembangkang memujuk dan menawarkannya menjadi ketua pembangkang.

Ini kerana mereka menyifatkan Ahli Parlimen Gua Musang itu sebagai pejuang Melayu dan UMNO yang tulen dan tidak akan terpengaruh dengan tawaran pembangkang.

Ketua Pemuda UMNO Gua Musang, Bazlan Baharuddin berkata, Tengku Razaleigh yang juga Ketua UMNO Bahagian Gua Musang selama ini dikenali hanya mempunyai satu hasrat dalam perjuangannya iaitu untuk melihat Melayu dan UMNO selamat serta dihormati.

Beliau mengulas dakwaan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim bahawa Ketua UMNO Bahagian Gua Musang itu dipelawa memegang jawatan ketua pembangkang sebagai persediaan jika Datuk Seri Anwar Ibrahim disabitkan bersalah dalam kes liwat yang dihadapinya ketika ini.

Sebelum ini, akhbar melaporkan pakatan pembangkang dilihat membelakangkan Anwar apabila didakwa mempelawa Tengku Razaleigh sebagai ketua pembangkang secara rahsia.

Bazlan berkata, kesetiaan Tengku Razaleigh kepada UMNO tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana pihak.

"Semasa UMNO diharamkan, beliau menubuhkan parti Semangat 46 kerana ingin selamatkan orang-orang UMNO daripada menyertai Pas. Percayalah Ku Li tidak akan sertai pembangkang atau tubuhkan parti pembangkang.

"Hasratnya adalah satu iaitu hanya ingin melihat Melayu dan UMNO selamat serta dihormati seperti dahulu," katanya.


Mahkamah Terima Bungkusan Mengandungi Bom

Posted: 02 Aug 2011 12:40 PM PDT


SARAJEVO 2 Ogos – Mahkamah Presiden Bosnia hari ini menerima sebuah bungkusan yang dipercayai mengandungi bom dan ia melambangkan tekanan berterusan terhadap majlis kehakiman di Balkan.

Pegawai keselamatan mahkamah menemui bom tangan di dalam sebuah bungkusan ketika melakukan imbasan surat-surat harian.

Bungkusan yang dikirim dari bandar Zepce tersebut dialamatkan ke Mahkamah Presiden Medzida Kreso dan penyiasat sudah mengenal pasti identiti pengirim," kata jurucakap mahkamah, Manuela Hodzic. – Reuters

Berita politik dalam negara... Mahfuz Omar Intai Kerusi MB Kedah

Keadaan MB Kedah Azizan Semakin Uzur

Posted: 02 Aug 2011 07:00 AM PDT


Sebelum dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak sejak sebulan lepas kelihatan sangat letih sehingga menyebabkannya menukar rutin tidur.

Setiausaha politiknya Muhammad Sanusi Md Nor berkata, Azizan yang sebelum ini berjaga sehingga jam 1 hingga 2 pagi, kini terpaksa tidur sejam atau sejam setengah selepas Maghrib.

"Kebelakangan ini dia tidur selepas Maghrib, hingga jam 9.30 atau 10.00 (malam), selepas itu baru dia memanggil saya ke rumah.

"Kalau tak panggil saya, dia akan maklumkan dia nak jumpa si polan si polan di rumah, semuanya berkaitan kerja.

"Keletihannya nampak sangat-sangat. Jam 12 baru selesai," kata Sanusi.

Sehubungan itu, Sanusi yang juga ketua penerangan PAS Kedah berkata setelah bekerja "dari pagi hingga pagi", beliau patut berehat sekejap.

Semalam, kesihatan Azizan yang dimasukkan di IJN di Kuala Lumpur untuk menjalani rawatan serta pemeriksaan jantung, dilaporkan tidak membimbangkan dan berada dalam keadaan stabil.

Azizan yang menghidap penyakit darah tinggi dimasukkan ke IJN Jumaat lalu selepas mengadu sakit jantung.

Memandangkan keadaan kesihatan Azizan tidak mengizikan, sudah tiba masanya beliau berundur dari menjadi Menteri Besar Kedah dan menyerahkan tampuk kepimpinannya kepada pemimpin yang lain.

Dengar cerita Ahli Parlimen PAS Pokok Sena Mahfuz Omar sedang mengintai peluang yang sedia ada? betul ke?

PAS Kedah "Flip Flop" Buka Ruang Mahfuz Omar Jadi MB Kedah

AL-Kesah AloQStaQ

Posted: 03 Aug 2011 03:44 AM PDT

AL-Kesah AloQStaQ


GENG PAS TAK BERANI SEBUT PASAL SKANDAL EXCO KANAN PAS KEDAH ??... Apahal ??

Posted: 02 Aug 2011 07:10 PM PDT


HAIRAN ... HAIRAN .... HAIRAN ...


Bloggers Pro-Kerajaan Pusat Yang Memerintah telah menunggu sejak beberapa hari yang lepas, namun masih tiada serang balas , tindakan lanjut , penafian mahupun jawapan dari pihak Pakatan Rakyat Kedah .

Waima secara rasmi mahupun secara tak rasmi - isu yang langsung tidak dijawab oleh bloggers PR mengenai salahlaku yang TELAH dilakukan oleh seorang Exco kanan PAS Kedah (dikatakan Exco tersebut telah melakukan perbuatan terkutuk dengan merayu-rayu  isteri orang sehingga bercerai berai dan setelah itu, diambil sebagai isteri keduanya sekarang!)

BOLEH BACA DI SINI (Pelantaq Hujah Det Guaq)
JUGA BOLEH BACA DI SINI (ScrewKuat)
JUGAK BOLEH BACA DI SINI
(Duke Of UMNO)
ATAU BOLEH BACA DI SINI
(ParpuKari)

& pernah juga disiarkan oleh blog ini (AloQStaQBlog).

Agak menjadi satu tanda tanya kepada sekalian pembaca blog yang telah membaca mengenai skandal buruk Exco Kedah ini yang tidak dijawab oleh mana-mana pihak Pakatan Rakyat untuk mengesahkan sama ada ianya benar ataupun FITNAH.

Sehinggakan sewaktu makan moreh selepas bertarawih, sudah ada suara-suara jemaah masjid dan surau bertanyakan (secara senyap-senyap) mengenai jawapan PR kepada perkara ini.


SAPA-SAPA ADA MAKLUMAT UNTUK DIKONGSIKAN PASAL EXCO KANAN PAS NI ??



AloQStaQ
Rabu
03 Ramadhan 1432H
10:10 AM

bumiyang

Posted: 03 Aug 2011 03:36 AM PDT

bumiyang


Talibarut Pakatan Rakyaat "Bermahara-lela" Mendaftarkan Pengundi2 Hantu???

Posted: 03 Aug 2011 01:31 AM PDT

Mana Lebih Baik, Suhardi Bersih atau Pakcik Ni???

Posted: 02 Aug 2011 09:33 PM PDT

SENJALIZA

Posted: 03 Aug 2011 03:33 AM PDT

SENJALIZA


BUJET ANGAN-ANGAN 2012 PAKATAN PEMBANGKANG AKAN MUNCUL

Posted: 02 Aug 2011 10:22 AM PDT

Saban tahun Pakatan Pembangkang akan sibuk menyediakan bujet mereka apabila pembentangan bujet oleh kerajaan bakal dibincangan di Parliment Malaysia. Murid-murid sekolah rendahpun tahu bahawa setiap tahun Negara perlu membentangkan bujet dan bujet itu akan dibentangkan oleh Kerajaan BUKAN oleh Pembangkang!.

Ajaibnya, Pakatan Pembangkang mengeluarkan bujetnya untuk dibentang kepada siapa, di mana dan untuk siapa kita semua tidak tahu. Bujet Pakatan Pembangkang ini TIDAK LEBIH dari BUJET ANGAN-ANGAN. 

Ajaib bin aneh kerana Bujet pakatan Pembangkang ini konon dapat menyelamatkan 200 billion ringgit wang rakyat. Agaknya  Mat Sabu, pengasas al juburi, memiliki keajiban yang sangat ajaib. Berangan-angan sahaja sudah dapat menyelamatkan wang rakyat sebanyak 200 Billion ringgit...!!!. Boleh tahan ilmu dan kepakaran Mat Sabu ini...tetapi nak demo masih belajar dari ambiga!. Britain atau USA barangkali kena belajar dari Mat Sabu untuk mengangkat martabat ekonomi kedua negara ini sehingga memberikan kesan dan limpahan kepada ekonomi global!

Sayangnya bila tiba masanya Bujet Kerajaan juga yang akan dibentangkan di Parliment. Dibahas dan diperhalusi. Manakala bujet Pakatan Pembangkang tetap diketepikan dan menjadi angan-angan. Teringat SL, bila kerajaan sedang dalam rangka melantik Menteri Menteri Kabinet Malaysia, Pakatan Pembangkang juga sebuk menyediakan Barisan Kabinet Bayangan Mereka. OMG.. Bayang-bayanglah Kabinet Pembangkang itu sehingga kini!

Suatu ketika, apabila kerajaan menggerakkan tranformasi ekonomi negara dan NKRA diperkenal, Pakatan Pembangkang pula mengeluarkan "Buku Jingga". Mana Buku Jingga? Hangat-hangat tahi ayam?. Yang jelas ialah mereka yang cuba berusaha mengetengahkan idea Pakatan Pembangkang itu hanyalah sekadar coba menonjolkan diri agar dipilih "jadi calon" PRU 13 nanti.....

Siapa pakar Ekonomi yang dikatakan Mat Sabu? Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor ker?. Songlap Wang Rakyat bolehlah!

Secara professional jika diteliti dengan mendalam, bertolak dari Barisan Kebinet Bayangan, Pakatan Pembangkang, Bujet tahunan Pembangkang dan hinggalah ke Buku Jingga, Pakatan Pembangkang, semuanya adalah ANGAN-ANGAN BELAKA. Nawaitunya hanyalah sekadar cuba mempengaruhi rakyat dan memaklumkan  kepada rakyat bahawa Pakatan Pembangkang juga mampu seperti kerajaan. Pada hakikatnya semua gagasan Pakatan Pembangkang itu HANYALAH GIMIK politik yang tidak realistik dan dianggap sebagai percubaan dan usaha membohongi dan mengelirukan rakyat.

BILA KAPAL DAH NAK KARAM...

Posted: 02 Aug 2011 09:23 AM PDT

Yang ini pula mabuk kuasa

AHLI PARLIMEN DAN BAU ARAKNYA…

Ketagihan arak Ahli Parlimen itu dikatakan telah menjadi masalah yang serius. Mulutnya dikatakan berbau alkohol semasa dikunjungi ketua partinya, malah pernah juga dia berucap di satu majlis dalam keadaan mabuk..... "Dia hanya muncul kalau ada jurugambar media di majlis itu. Tujuannya untuk muncul di akhbar dan dengan itu bolehlah menipu kepimpinan parti bahawa dia seorang yang bekerja kuat," kata seorang pemimpin negeri.....Baca di sini.
 Tanda-tanda nak karam sudah semakin hampir.

tunku

Posted: 03 Aug 2011 03:05 AM PDT

tunku


Najib Leaves KL Hospital

Posted: 02 Aug 2011 11:31 PM PDT

KUALA LUMPUR, Aug 3 (Bernama) -- Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak was Wednesday allowed to leave Kuala Lumpur Hospital where he had undergone surgery of the left knee which he had injured in a sports event.
Najib, who was accompanied by his wife Datin Seri Rosmah Mansor, left the hospital at about 12.30 pm.
On Monday, the prime minister had undergone successful arthroscopic surgery of the knee.

tunku : all the best PM.have good rest and come back to office with dashing and energetic mood.hope with the knee "upgrade", you can do things faster.

Some health guidelines for fasting

Posted: 02 Aug 2011 08:00 PM PDT

This article provides useful advice on how to avoid some common problems encountered in Ramadan. If followed, it would enable one to fast comfortably and enjoy fully the spiritual benefits of Ramadan.
During the holy month of Ramadan, our diet should not differ very much from our normal diet and should be as simple as possible. The diet should be such that we maintain our normal weight, neither losing nor gaining. However, if one is over-weight, Ramadan is an ideal time to normalize one's weight.
In view of the long hours of fasting, we should consume slow digesting foods including fibre containing-foods rather than fast-digesting foods. Slow digesting foods last up to 8 hours, while fast-digesting foods last for only 3 to 4 hours.
* Slow-digesting foods are foods that contain grains and seeds like barley, wheat, oats, millet, semolina, beans, lentils, whole meal flour, unpolished rice, etc. (called complex carbohydrates).
* Fast-burning foods are foods that contain sugar, white flour, etc. (called refined carbohydrates).
* Fiber-containing foods are bran-containing foods, whole wheat, grains and seeds, vegetables like green beans, peas, sem (papry), marrow, mealies, spinach, and other herbs like methie, the leaves of beetroot (iron-rich), fruit with skin, dried fruit especially dried apricots, figs and prunes, almonds, etc.
The foods eaten should be well-balanced, containing foods from each food group, i.e. fruits, vegetables, meat/chicken/fish, bread/cereals and dairy products. Fried foods are unhealthy and should be limited. They cause indigestion, heart-burn, and weight problems.
AVOID
* Fried and fatty foods.
* Foods containing too much sugar.
* Over-eating especially during the meal before Dawn (sehri. or suhur)
* Too much tea during the meal before Dawn (sehri. or suhur). Tea makes you pass more urine taking with it valuable mineral salts that your body would need during the day.
* Smoking cigarettes. If you cannot give up smoking, cut down gradually starting a few weeks before Ramadan. Smoking is unhealthy and one should stop completely.
EAT
* Complex carbohydrates during the meal before Dawn (sehri. or suhur) so that the food lasts longer making you less hungry.
* Haleem is an excellent source of protein and is a slow-burning food.
* Dates are excellent source of sugar, fibre, carbohydrates, potassium and magnesium.
* Almonds are rich in protein and fibre with less fat.
* Bananas are a good source of potassium, magnesium and carbohydrates.
DRINK
* As much water or fruit juices as possible between iftar (Breaking fasting) and bedtime so that your body may adjust fluid levels in time.
Common Medical Problems
CONSTIPATION
Constipation can cause piles (haemorroids), fissures (painful cracks in anal canal) and indigestion with a bloated feeling.
Causes: Too much refined foods, too little water and not enough fibre in the diet.
Remedy: Avoid excessive refined foods, increase water intake, use bran in baking, brown flour when making roti.
INDIGESTION AND WIND
Causes: Over-eating. Too much fried and fatty foods, spicy foods, and foods that produce wind e.g. eggs, cabbage, lentils, carbonated drinks like Cola also produce gas.
Remedy: Do not over-eat, drink fruit juices or better still drink water. Avoid fried foods, add ajmor to wind-producing foods.
LETHARGY ('low blood pressure')
Excessive sweating, weakness, tiredness, lack of energy, dizziness, especially on getting up from sitting position, pale appearance and feeling faint are symptoms associated with "low blood pressure". This tends to occur towards the afternoon.
Causes: Too little fluid intake, decreased salt intake.
Remedy: Keep cool, increase fluid and salt intake.
Caution: Low blood pressure should be confirmed by taking a blood
pressure reading when symptoms are present. Persons with high blood pressure may need their medication adjusted during Ramadan. They should consult their
doctor.
HEADACHE
Causes: Caffeine and tobacco-withdrawal, doing too much in one day,
lack of sleep, hunger usually occur as the day goes by and worsens at the end
of the day. When associated with "low blood pressure", the headache can be
quite severe and can also cause nausea before Iftar (Breaking Fasting).
Remedy: Cut down caffeine and tobacco slowly starting a week or two
before Ramadan. Herbal and caffeine-free teas may be substituted. Reorganize
your schedule during the Ramadan so as to have adequate sleep.
LOW BLOOD SUGAR
Weakness, dizziness, tiredness, poor concentration, perspiring easily,
feeling shaky (tremor), unable to perform physical activities, headache,
palpitations are symptoms of low blood sugar.
Causes in non-diabetics: Having too much sugar i.e. refined carbohydrates
especially during the meal before Dawn (sehri or suhur) . The body produces too much insulin causing the blood glucose to drop.
Remedy: Eat something at suhur (sehri) and limit sugar-containing foods and
drinks.
Caution: Diabetics may need to adjust their medication in Ramadan,
consult your doctor.
MUSCLE CRAMPS
Causes: Inadequate intake of calcium, magnesium and potassium foods.
Remedy: Eat foods rich in the above minerals e.g. vegetables, fruit,
dairy products, meat and dates.
Caution: Those on high blood pressure medication and with kidney stone
problems should consult their doctor.
PEPTIC ULCERS, HEART BURN, GASTRITIS AND HIATUS HERNIA
Increased acid levels in the empty stomach in Ramadan aggravate the
above conditions. It presents as a burning feeling in the stomach area under
the ribs and can extend upto the throat. Spicy foods, coffee, and Cola
drinks worsen these conditions.
Medications are available to control acid levels in the stomach. People
with proven peptic ulcers and hiatus hernia should consult their doctor well
before Ramadan.
KIDNEY STONES
Kidney stones may occur in people who have less liquids to drink.
Therefore, it is essential to drink extra liquids so as to prevent stone formation.
JOINT PAINS
Causes: The increased pressure on the knee joints during Salat. In the elderly and those with arthritis this may result in pain, stiffness, swelling and discomfort.
Remedy: Lose weight so that the knees do not have to carry any extra
load. Exercise the lower limbs . Being physically fit allows greater fulfillment,
thus enabling one to be able to perform solat with ease.
by Dr. Farouk Haffejee

Dirty politics in Unisel

Posted: 02 Aug 2011 07:30 AM PDT

Dr Rosti Resigns As Unisel Vice-chancellor

SHAH ALAM, Aug 2 (Bernama) -- Datuk Dr Rosti Saruwono has resigned as Universiti Selangor (Unisel) vice-chancellor, effective tomorrow, after giving 24-hour notice.
He confirmed his resignation from the post via SMS to Bernama after being asked about the news.
"There was a decision that I was not willing to make, that was, to terminate the services of three Unisel officials without the due process," he said as among the reasons for him to quit the post.
Hailing from Klang, Rosti had once been deputy president of Petronas' Education Division and was the first rector of Universiti Teknologi Petronas before being appointed Unisel vice-chancellor on March 2, 2009.
He replaced Prof Datuk Dr Mohd Razali Agus who vacated the post in July 2008.
When newly appointed to the post, Rosti had said that he would not be a "Pak Turut" (lackey) to any quarters and would ensure that the state government-owned university would not be used to serve anyone's political interest.
According to sources, Rosti was ordered by the Unisel leadership to terminate the services of its registrar Rokmaa Mat, dean of the Business Faculty Prof Dr Khalifah Othman and director of marketing and corporate communication, Halid Hasbullah.

tunku : the selangor state government says that there are fair to all but its just a sentence without any meaning to them. they will terminate anyone who is not supporting them politically. rosti did a right thing, it is a matter of principle and dignity.

PANEH MIANG

Posted: 03 Aug 2011 01:48 AM PDT

PANEH MIANG


Pokok Dek Kau @ Pokok Dek Den

Posted: 02 Aug 2011 08:44 PM PDT

"Tidakkah engkau
melihat (wahai Muhammad)
bagaimana Allah mengemukakan
satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik
adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya
(akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit.
Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan
Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia,
supaya mereka beringat (mendapat pelajaran). Dan
bandingan Kalimah yang jahat dan buruk
samalah seperti sebatang
pohon yang tidak
berguna yang
mudah tercabut
akar-akarnya
dari muka
bumi; tidak
ada tapak
baginya untuk
tetap hidup."
(Surah Ibrahim, Ayat 24-26)

Aspirasi Bangsa

Posted: 03 Aug 2011 01:20 AM PDT

Aspirasi Bangsa


Edisi buku jinggay : Intitusi pendidikan semakin hancur di bawah PKR Selangor

Posted: 02 Aug 2011 05:33 PM PDT

Sahabat-Gunung

Posted: 03 Aug 2011 01:15 AM PDT

Sahabat-Gunung


Negara Kebajikan Pas - Rumah Urut Bercambah di Kedah

Posted: 02 Aug 2011 11:08 PM PDT

Alor Setar, 3 Ogos- Tahniah dan syabas di atas pengakuan Exco Kerajaan Kedah PAS yang mengakui bahawa pusat-pusat hiburan termasuk rumah urut memang bercambah di Alor Setar, Sungai Petani dan beberapa bandar di Kedah.

Timbalan pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Kedah, Dato' Mukhriz Mahathir merakamkan ucapan tahniah kepada slogan Negara Berkebajikan dan Kedah Sejahtera. Mungkin di atas berkat ke dua-dua slogan ini telah melahirkan lebih banyak pusat hiburan dan rumah urut semenjak tiga tahun yang lalu.

Apa pun, pertambahan mendadak pusat-pusat hiburan di sekitar Alor Setar, Sg Petani dan beberapa bandar di Kedah ketika ini boleh dianggap sebagai sesuatu yang mengejutkan bagi sesebuah kerajaan yang melaungkan slogan suci seperti ini.

"Persoalannya, kenapa pentadbiran PAS hanya mengakui wujudnya pusat-pusat hiburan yang disyaki menawarkan khidmat tidak bermoral, setelah ianya didedahkan kepada pengetahuan umum? Apakah PAS akan mendiamkan saja isu ini dari pengetahuan rakyat Kedah yang majoritinya Melayu-Islam, jika tiada pihak yang mendedahkannya?

Walaupun wakil Kerajaan PAS memberi alasan pusat hiburan ini tidak berlesen, ianya tidak sekali-kali melepaskan mereka dari tanggungjawab bagi membanteras kegiatan kotor ini. Kenapa tindakan tidak diambil terhadap pusat-pusat hiburan yang tidak berlesen? Ke mana hilangnya sistem penguatkuasaan Majlis Kerajaan Tempatan di bawah pentadbir PAS hingga sesiapa juga bebas untuk menjalankan aktiviti tidak bermoral secara haram?," ujarnya.

Persoalan yang lebih menimbulkan kemusykilan kita ialah, apakah faktor yang menyumbang di sebalik kegagalan pemimpin PAS membendung pertumbuhan pusat-pusat hiburan ini, sehingga mereka dilihat seolah-olah tidak berbuat apa-apa untuk mengekang gejala ini dari berleluasa?

Lebih menarik lagi ialah, apabila rakyat melihat bagaimana gelagat tokoh PAS Kedah tarik brek kecemasan dan "go-stan" keputusan awal mereka yang tidak membenarkan pusat hiburan beroperasi sepanjang bulan Ramadhan, setelah menerima tekanan DAP yang turut disokong oleh PKR. Pernahkah para pemimpin atasan PAS merujuk kepada ahli akar umbinya dalam perkara ini?

"Saya tidak percaya penyokong PAS yang alim akan menerima penjelasan dan justifikasi pemimpin atasan mereka dalam isu ini. Adakah kebenaran "flip-flop" ini dikhususkan hanya untuk pelanggan bukan Islam? Melihat kepada percambahan ketara pusat hiburan yang paling dibenci oleh PAS sewaktu partinya memperjuangkan hukum Islam, ia seolah-olah menggambarkan penduduk bukan Islam telah bertambah berkali ganda sejak Kedah ditadbir di bawah PAS, walaupun ini sebenarnya tidak berlaku.

Adakah pakatan "Three Stooges" DAP-PKR-PAS berpendirian begini kerana mereka memikirkan bahawa budaya melanggan rumah-rumah urut, beli arak, berjudi dan lain-lain kerja tidak bermoral ini memang menjadi budaya penganut bukan Islam? Dan, adakah kegiatan ini dianggap suatu hak keistimewaan yang tidak boleh ditarik balik?," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Jerlun.

Mungkin juga pemimpin PAS Kedah beranggapan tindakannya menarik balik keputusan menutup pusat hiburan pada bulan Ramadhan ini dianggap konsisten dengan konsep Negara Kebajikan mengikut definisi mereka. Walhal konsep negara berkebajikan ala BN selama ini telah memberi fokus kepada usaha membaiki atau membina rumah baru untuk rakyat miskin, meringankan kos sara hidup nelayan, memberi elaun bulanan kepada penjaga OKU atau pesakit terlantar, membina dan membaikpulih masjid dan surau, membantu mangsa banjir dengan memindahkan mereka ke pusat pindahan dan memastikan keperluan mereka cukup, dan banyak lagi. Itupun belum diambilkira, antara lain subsidi berjumlah berbilion ringgit yang telah diberikan untuk faedah rakyat sejak berpuluh tahun lamanya.

Pemimpin PAS tidak sedar konsep negara berkebajikan yang dijanjikannya sudah lebih 50 tahun ketinggalan dibelakang BN. Apabila semua keperluan dan kebajikan untuk faedah rakyat sudah berjaya diangkat dan dimartabat oleh BN, PAS baru terkial-kial mahu mengorak langkah. PAS baru tersedar dari lamunan perjuangan Islam retoriknya dan mengakui realiti bahawa berkhidmat dan melakukan kebajikan secara konsisten dalam memastikan kehidupan rakyat terbela adalah perkara paling pokok dan pra-syarat untuk rakyat menerima perjuangan sesebuah parti. BN telah melakukannya dengan berkesan tanpa perlu pun menjenamakan perjuangan sucinya dengan retorik Negara Kebajikan!

"Tindakan flip flop PAS membatalkan keputusan asal ini pada hakikatnya telah mewujudkan persepsi umum, seolah-olah rakyat bukan Islam memang cenderung melakukan aktiviti tidak bermoral.

Saya tertarik dengan aduan yang telah dibuat oleh Profesor Dr Clara Chee. Wakil pertubuhan bukan kerajaan wanita ini bimbang dan telah membuat aduan mengenai kehadiran rumah-rumah urut yang disyaki menawarkan khidmat seks yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan di sekitar negeri Selangor. Aduan beliau ini jelas membuktikan apa yang kami di BN perakui bahawa masyarakat bukan Islam juga sebenarnya menolak keras kegiatan tidak bermoral ini. Mereka juga tidak rela melihat pusat-pusat hiburan ini turut dilanggani oleh suami-suami atau anak-anak mereka, termasuk pelajar-pelajar IPT dan remaja belasan tahun," ujarnya lagi.

Berdasarkan aduan ini, jelas kepada kita bahawa, rakyat dari pelbagai agama menolak alasan kerajaan negeri PAS, yang memberi jaminan bahawa kewujudan pusat-pusat hiburan ini adalah semata-mata untuk memenuhi permintaan masyarakat bukan Islam.

Pendirian mereka itu sebenarnya telah menghina kebijaksanaan (insulting the intelligence) rakyat. Kita juga ingin bertanya kepada pemimpin PAS yang telah acap kali tunduk dengan kemahuan DAP, bagaimana mereka mahu memastikan pusat-pusat hiburan itu tidak turut dilanggani oleh umat Islam, termasuk di bulan puasa al-Mubarak?

Rakyat Kedah juga mahu bertanya kepada pemimpin PAS, apakah kerajaan PAS hari ini sebenarnya takutkan tekanan DAP atau lebih takut dengan ugutan pengusaha-pengusaha pusat hiburan yang berselindung di belakang DAP? Atau apakah pemimpin PAS lebih bimbang dengan risiko kehilangan sokongan undi masyarakat cina sehingga terpaksa mengkompromi hukum Allah SWT dengan menutup sebelah mata terhadap segala kegiatan tidak bermoral yang sememangnya ditolak oleh semua agama ini?

"Apapun, pengakuan berani ini memang kita dialu-alukan. Tahniah kerana hasil transformasi negeri berkebajikan di Kedah (Selangor dan Pulau Pinang), kini telah menyaksikan peningkatan pusat-pusat hiburan dan rumah urut. Ibarat kata pepatah, "lain yang ditanam, lain pula yang tumbuh". Mungkin PAS juga prihatin dalam menjaga kebajikan mereka-mereka yang dahagakan aktiviti tidak bermoral ini.

Mampukah pemimpin PAS memberi alasan atau jawaban dalam perbicaraan di akhirat kelak dengan menggunapakai alasan dan jawaban yang diberi sebagai halwa telinga semasa di dunia ini?," tambahnya.

25 CCTV Baru Kesan Jenayah, Lalu Lintas di Bandaraya KT - Ahmad Said

Posted: 02 Aug 2011 09:53 PM PDT

Ahmad Said melawat mangsa ragut di ICU HSNZ Kuala Terengganu semalam. - Gambar Zulkipli Putra.

Kerajaan Negeri meluluskan permohonan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) untuk memasang 25 CCTV baru di sekitar bandar raya ini b
agi pelbagai tujuan, termasuk pemantauan lalu lintas dan mengesan kegiatan jenayah.Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata pihaknya berharap tambahan CCTV tersebut dapat membantu mengurangkan masalah jenayah di sekitar kawasan bandar Kuala Terengganu.Pada masa ini MBKT sudah memasang 25 CCTV di sekitar bandar ini bagi tujuan yang sama.Beliau turut meminta masyarakat tempatan tidak perlu takut memberi maklumat kepada polis jika mereka menjadi saksi kejadian jenayah, agar penjenayah dan mereka yang tidak bertanggungjawab itu didakwa mengikut saluran undang-undang yang ditetapkan.Beliau menyatakan perkara itu selepas melawat dua mangsa ragut di Hospital Sultanah Nur Zahirah, petang semalam.Sambil itu masyarakat tempatan perlu sentiasa bersedia membantu pihak berkuasa mencegah jenayah dengan cara menyalur pelbagai maklumat yang diperlukan.Ahmad Said berkata tujuannya ialah membolehkan mereka yang terlibat dengan jenayah dibawa ke muka pengadilan.

"Jika orang ramai tengok kes ragut misalnya, mereka perlu lapor kepada polis jika mereka cam nombor pendaftaran kenderaan yang digunakan peragut," katanya. Maleha Abdul Malek dan adiknya, Mazida menjadi mangsa ragut dua hari lalu di mana kedua-duanya terlibat dalam kemalangan selepas mereka diragut.Keadaan Maleha dilaporkan stabil, tetapi adiknya Mazida yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan masih belum sedarkan diri.


Ku Li Ketua Pembangkang ..... Apa Permainan Seterusnya?

Posted: 02 Aug 2011 04:49 PM PDT

Beberapa hari aku membiarkan blog aku sepi tanpa berita....Aghhh, biarkan sahaja. Bukan penting pun Sahabat-Gunung ..... Bukan penting pun blog-blog pro UMNO dan BN, takde mendatangkan kesan kepada pengaruh politik tanahair..... Biarlah blog-blog Pro UMNO dan BN ini berjuang sendirian, tiba masa kita akan tentukan haluan kita kelak...

Tapi aku tertarik dengan sandiwara terbaru politik di sebelah sana, mereka sudah kehilangan atau kekurangan pemimpin ker sampaikan terpaksa membawa pemain import dari pihak musuh mereka sendiri untuk mereka letakkan sebagai 'Ketua" mereka?

Hakikatnya, ssaha pembangkang 'memikat' Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah untuk memegang jawatan Ketua Pembangkang jelas menunjukkan satu penghinaan kepada kepimpinan utama mereka sendiri khususnya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Adakah ini wayang seterusnya yang dimainkan pembangkang? Aku harap pemimpin-pemimpin UMNO jangan terjebak dengan permainan baru yang dimainkan mereka....

Dalam UMNO-Online, EXCO Pemuda UMNO, Ustaz Hj Mohd Afandi Yusof berkata bukankah Hadi merupakan seorang pemimpin yang diwar-warkan sebagai salah seorang pemimpin Islam hebat dan berkarisma oleh penyokonng beliau di seluruh ceruk di rantau ini hinggakan beliau seolah-olah seorang pemimpin yang sukar dicari ganti.

Menurut beliau dengan timbulnya desas-desus berkenaan, pelbagai persoalan timbul di fikiran rakyat apakah mereka ketandusan pemimpin yang benar-benar mampu menggalas tanggungjawab sebagai "leader" di kalangan mereka hingga terpaksa memancing daripada luar pembangkang sendiri.

"Apakah Hadi tidak ada kredibiliti….Jawatan beliau adalah Presiden dan pemimpin yang mempunyai ramai jentera dan penyokong di seluruh negara berbanding dengan rakan sekutu mereka yang lain. Sepatutnya dalam soal ini, mereka perlu mengangkat Hadi sebagai penganti kepada Anwar dan bukannya memancing mana-mana individu lain.

"Ini bagi saya adalah satu penghinaan dan Pas perlu keluar daripada pembangkang seandainya mereka sebuah parti yang bermaruah dan ada harga diri. Maruah Presiden perlu dijaga. ….mana nak letak muka Hadi Awang..Seolah-olah beliau tidak layak untuk memimpin. Apakah ini yang dikatakan setia dalam persahabatan?," katanya.

Persoalannya? Kenapa nama Ku Li plak yang timbul?

Taipingmali (tm)

Posted: 03 Aug 2011 01:09 AM PDT

Taipingmali (tm)


PERALATAN BUAT KEK LAPIS GUNA BAHAN TIDAK HALAL PERLU DISAMAK

Posted: 03 Aug 2011 12:24 AM PDT

KUCHING, 3 Ogos - Pengusaha kek lapis yang pernah menggunakan mentega "Golden Churn Creamy Butter" yang kini didapati mengandungi DNA babi perlu membersihkan peralatan membuat kek tersebut mengikut kaedah Islam.
Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Daud Abdul
Rahman berkata pembersihan tersebut atau "menyamak" perlu dilakukan bagi
memastikan produk tersebut selepas ini halal dari peringkat pembuatan sehingga
dijual ke pasaran terbuka.
"Sekarang sudah sah mentega itu haram. Sesiapa yang pernah menggunakannya
perlu samak segala peralatan yang pernah digunakan," katanya kepada pemberita
selepas menyampaikan sumbangan Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) berjumlah RM51,286 kepada 35 penerima di sini hari ini.
Beliau berkata bagi kek lapis yang diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), pengusahanya tidak perlu menggunakan kaedah pembersihan tersebut.
Daud berkata pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan di Sarawak telah diminta supaya menarik balik iklan yang diletakkan
oleh premis perniagaan yang memberi jaminan bahawa produk mentega tersebut
adalah halal.
Sementara itu Persatuan Pengusaha Kek Lapis Sarawak (PPKLS) mahu mendapat
penjelasan lebih terperinci daripada JAIS mengenai kaedah samak tersebut.
Presidennya Rabiah Amit berkata penjelasan tersebut adalah perlu
memandangkan penggunaan produk itu bukan sahaja digunakan untuk tujuan komersial tetapi juga untuk persendirian sejak dari dahulu lagi.
"Kita (PPKLS) telah lama tidak menggunakan produk tersebut dan telah guna produk lain, namun macam mana dengan pengguna persendirian yang lain. Adakah mereka perlu samak peralatan mereka memandangkan produk tersebut digunakan majoriti umat Islam di negeri ini," katanya
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Isu Mismah lagi

Posted: 02 Aug 2011 08:25 PM PDT

Pas Selangor dan Wilayah Persekutuan memang hebat.

Hebat apa? Hebat menipu. Macam mana Unit IT nak menjadi berwibawa dan dipercayai jika terus berbohong.

Siapa nak check silakan. Nombor IC orang dituduh oleh Unit IT pas ialah. 670704-71-5238. Sila semak di www.jpn.gov.my
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Anwar hares bertaubat.

Posted: 02 Aug 2011 08:07 PM PDT

Published with Blogger-droid v1.7.1

Isu PR dapat IC pulak

Posted: 02 Aug 2011 04:47 PM PDT

Dalam Harakah sibuk pula kisah Mismah dan 52 yang lain dapat taraf warganegara dan berdaftar sebagai pemilih.

Kalau betul , baguslah. Tahniah kepada mereka yang berjaya mendapat taraf warganegara.

Bukan mudah untuk memperolehi taraf warganegara, banyak prosedur yang wajib mereka patuhi. Kalau diikutkan ramai yang memohon untuk menjadi warganegara tetapi perlu menunggu lama untuk kering cop paspot, (kata orang.)

Sudah tentu mereka juga tidak sabar untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan 'haram' Rakyat yang membawa banyak masalah kepada negara.

Rasuah yang berleluasa sehingga membawa kepada kematian TBH dan perletakan jawatan Vice chancellor Unisel menggambarkan masalah dan kepincangan yang kronik dalam kerajaan Kudeta di Selangor.

Dahulu sewaktu Azmin bertanding di Gombak, PKR telah membawa ramai pengundi hantu untuk kemenangan mereka.
Sebuah rumah terdapat berpuluh-puluh nama, semuanya untuk memenangkan PKR. Begitu juga halnya di Permatang Pauh.

Pas kini sudah gabra takut kalah dalam PRU 13 kerana semua projek mereka telah gagal malah ramai ahli sudah keluar parti.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Lagi Kegagalan Rafizi Ramli dan Khalid Ibrahim di Selangor

Posted: 02 Aug 2011 10:11 AM PDT


Dr Rosti Letak Jawatan Naib Canselor Unisel


Gagal di bawah Pembangkang
SHAH ALAM, 2 Ogos (Bernama) — Datuk Dr Rosti Saruwono mengambil keputusan meletakkan jawatan selaku Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel) dengan notis 24 jam berkuatkuasa esok.

Beliau mengesahkan peletakan jawatannya menerusi khidmat pesanan ringkas sebagai membalas SMS yang dihantar oleh Bernama bagi mendapatkan pengesahan berita tindakannya itu.

"Ada keputusan yang saya tak sanggup laksanakan iaitu untuk melucutkan jawatan tiga pegawai Unisel tanpa proses sewajarnya," katanya ketika menjelaskan antara punca beliau meletakkan jawatan.

Berasal dari Klang, Selangor, Rosti pernah berkhidmat sebagai Timbalan Presiden Bahagian Pendidikan Petronas dan rektor pertama Universiti Teknologi Petronas (UTP) sebelum dilantik sebagai Naib Canselor Unisel pada 2 Mac, 2009.

Beliau menggantikan Prof Datuk Dr Mohd Razali Agus yang mengosongkan jawatan itu pada Julai 2008.

Semasa baru dilantik, Rosti berkata beliau tidak akan menjadi "Pak Turut" kepada mana-mana pihak dan ingin memastikan institusi pengajian tinggi swasta milik kerajaan negeri itu tidak dijadikan medan berpolitik.

Menurut sumber, Rosti telah diarahkan oleh kepimpinan Unisel untuk melucutkan jawatan tiga pegawai — Pendaftar Rokmaa Mat, Dekan Fakulti Perniagaan Prof Dr Khalifah Othman dan Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat Halid Hasbullah.

NOTA KAKI:

Selepas ini akan ada berita besar pula dari kampus induk UiTM

Khalid Samad ke Kaherah tabur fitnah dan racun kepada pelajar Al Azhar

Posted: 02 Aug 2011 05:09 AM PDT

Korek idung lagi best

Pas sibuk nak tutup kilang arak, dia offer tanah di Kelang kepada kilang arak
Pada jam 10.30 malam ini waktu Malaysia ( 4.30pm waktu Mesir) , YB Khalid Samad akan menyampaikan ceramah kepada pelajar-pelajar Universiti Al Azhar. Ini tugas  dan rutin Pas sejak azali lagi. ( Zaman Fadzil Noor) Tujuaan ialah meracun pemikiran pelajar agar membenci kerajaan Barisan Nasional.

Ceramah kali  ini berasaskan "MUSLIM CARE MALAYSIA" tetapi mereka lupa muslim yang mereka bawa adalah muslim khawarij, wahabi dan syiah.

Sakit apa? Tak tau..

Posted: 02 Aug 2011 04:28 AM PDT


Semoga Allah panjangkan umur beliau dan kembali sihat untuk bertugas.. Terima kasih jugak kepada Tun Dr M dgn idea beliau untuk penubuhkan IJN dulu.. Rakyat dan pemimpin dari pelbagai parti pun mendapat manafaat hingga ke hari ini.

Timbalan Muhyiddin hairan Dawama ‘tak buat duit’ sedangkan jualan terjamin

Posted: 02 Aug 2011 02:59 AM PDT

Sumber: Perak Today
Dato Wee Ka Siong
Putrajaya menegaskan Dawama, syarikat konsesi mencetak dan mengedar buku dan majalah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) harus bertanggungjawab ke atas segala masalah dihadapi syarikat itu termasuk isu kewangan sehingga terpaksa mengarahkan pekerjanya bercuti tanpa gaji.

Malah Putrajaya terkejut syarikat itu tidak "membuat duit" sedangkan jualan buku teks sekolah di seluruh negara menerusi Kementerian Pelajaran terjamin.

Ekoran masalah kewangan dialaminya syarikat itu gagal mencetak buku dan mengarahkan kesemua pekerja bercuti tanpa gaji mulai semalam.

Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran juga menegaskan kerajaan ada membayar sejumlah wang kepada Dawama, dipercayai berjuta-juta ringgit dan tiada sebarang bayaran tertunggak buat masa sekarang.

"Dawama harus bertanggungjawab (atas apa yang berlaku sekarang)," kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong (gambar) menerusi akaun Twitter beliau hari ini, mengulas isu krisis DBP-Dawama sekarang.

Pengurusan terus dihubungi oleh The Malaysian Insider sehingga pagi tadi tetapi tidak memperoleh respons mengenai perkembangan mutakir.

Wee berkata meskipun kerajaan berbuat demikian tetapi Dawama berhadapan dengan masalah kewangan.

"Dawama mencetak buku teks dan Kementerian Pelajaran bayar, jualan terjamin tetapi masih tidak dapat membuat duit (untung). Siapa yang harus dipersalahkan?" kata beliau menjawab soalan beberapa pemegang akaun Twitter pagi ini.

Pagi ini, The Malaysian Insider membawa laporan memetik Gerakan Darurat Bahasa (GDB) yang menggesa agar kerajaan membatalkan penswastaan kerja-kerja mencetak dan memasarkan bahan terbitan DBP dan mengembalikan fungsi asal agensi Kementerian Pelajaran itu.

GDB berkata langkah kerajaan menswastakan urusan mencetak, mengedar dan memasarkan terbukti gagal, dan sudah tiba masanya aktiviti itu terletak di bahawa DBP sendiri selaku sebuah badan berkanun kerajaan.

Ia mahu fungsi asal DBP dikembalikan kepada kedudukan sebelum September 2002.

"Sebagaimana menjadi kebimbangan kami selama ini, dasar menswastakan tiga fungsi ini (mencetak, mengedar dan memasrkan buku) nampaknya gagal. Dan, sebagaimana kami telah minta sebelum ini, kami berharap kerajaan akan kembali menyerahkan kerja-kerja mencetak dan memasarkan buku dan majalah kepada DBP sendiri.

"Kami mencadangkan agar sebagai sebuah badan berkanun, DBP diberikan peranan itu… sebagaimana kita dapat lihat di badan-badan berkanun yang lain seperti Felda," kata Setiausaha Penyelaras GDB Hasni Abas kepada The Malaysian Insider.

Bagaimanapun Wee menambah Kementerian Pelajaran akan mengadakan pertemuan dengan pekerja-pekerja Dawama jika perlu.

Dalam satu kenyataan kepada media semalam, pekerja-pekerja Dawama mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran campur tangan menyelesaikan kemelut yang menyebabkan hampir 400 orang telah diarah mengambil cuti tanpa gaji.

Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja Dawama Sdn Bhd Zainal Awit berkata, tindakan pengurusan syarikat itu amat keterlaluan kerana menyebabkan kesemua kakitangan kehilangan mata pencarian.

Dawama dilaporkan berhadapan dengan masalah kewangan rumit.

Tegas Zainal, pihaknya juga mahu agar DBP menamatkan konsesi dengan Dawama dalam kadar segera.

Jelas beliau, tindakan itu akan membolehkan kesemua kakitangan kembali bekerjasa seperti biasa.

"Kalau kita lihat di dalam surat cuti tanpa gaji, alasan yang diberi bahawa Dawama sudah tidak mampu untuk membiayai operasi harian termasuk bayaran gaji kepada kakitangan dan kita terkejut dengan alasan yang tidak munasabah ini.

"Ini kerana sejak mendapat konsesi, Dawama memperoleh tender kerajaan yang pendapatannya dianggarkan puluhan juta ringgit, jadi kami berharap pihak berwajib menyiasat perkara ini dan kami juga mahu supaya konsesi ini ditamatkan dengan segera supaya DBP boleh mengambil alih operasi," katanya.

Dawama diberi tanggungjawab mencetak dan memasarkan bahan bacaan terbitan DBP menerusi kontrak yang ditandatangani pada 1 September 2002 dan sejak itu berlaku kemerosotan yang agak ketara daripada segi cetakan dan jualan.

Tempoh kontrak dengan syarikat konsesi itu adalah selama 12 tahun dan akan tamat pada 2014.

Wee juga berkata tindakan undang-undang akan diambil ke atas Dawama jika syarikat itu gagal membekalkan buku teks kepada sekolah sebelum sesi persekolahan 2012/13 bermula.

"Saya tidak kisah. Tindakan undang-undang akan diambil jika syarikat atau pemiliknya gagal membekalkan buku! Itu sebab kami enggan membayar sebarang wang pendahuluan kepada Dawama sebagaimana diminta," kata Wee lagi.

NOTA KAKI;


JAWAPANNYA MUDAH SAJA, TERLALU BANYAK UNSUR RASUAH ........SATU KEMUNGKINAN , NAK SAHKAN......SPRM PERLU MASUK DAN SIASAT DAHULU...

Perpaduan Islam KIMMA memalukan Pas

Posted: 02 Aug 2011 02:41 AM PDT


SETELAH terlibat berkempen dalam beberapa siri pilihan raya kecil, Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) semakin aktif membantu dan menyeru kepada perpaduan Islam di seluruh negara.

Segala apa yang dilakukan oleh Kimma yang menjadi ahli gabungan UMNO pada 27 Ogos tahun lalu, bukanlah kerana ingin mendapat tempat di dalam Kabinet. Sebaliknya, ia bermatlamat supaya semangat perpaduan diterima oleh semua umat Islam di Malaysia.

Kehadiran Kimma, yang dulunya hanya bergerak secara kecil-kecilan dan memberi fokus kepada pembangunan ekonomi golongan India Muslim, di pentas politik negara, berpunca kerana tidak tertahan dengan perpecahan yang berlaku di kalangan umat Islam.

Seruan perpaduan Islam yang dibawa Kimma ini nampaknya telah diterima pelbagai ras kecuali Pas yang semakin egois untuk menolaknya.

Ini berlaku kerana Pas menari mengikut rentak pakatan pembangkang yang matlamat perjuangan mereka adalah untuk menghancurkan negara ini.


Kepimpinan Pas yang kononnya didokong ribuan ulama menolak gagasan perpaduan berlandaskan Islam dan pembangunan negara secara konstruktif.

Sehubungan itu, Pas wajar belajar daripada Kimma yang telah membuktikan bahawa langkah menyemai semangat perpaduan di kalangan India Muslim telah membuatkan golongan itu terus membangun.

Peluang perniagaan serta pelbagai insentif yang terus diberikan secara berterusan kepada India Muslim membuktikan bahawa segala yang telah dilakukan oleh Kimma amat relevan dan perlu dicontohi.

Dalam pada itu, apa yang dilakukan oleh Pas adalah sebaliknya. Perpaduan di kalangan umat Melayu semakin payah dipulihkan kerana dijumudkan oleh perjuangan Pas yang hanya pandai bertakbir dalam misi menumbangkan kerajaan sedia ada.


Ini berbeza dengan keluhuran perjuangan Kimma yang menjadikan perpaduan sebagai tiang seri dan Islam sebagai tunjang untuk penyatuan.

Gejala perpecahan yang dibawa oleh Pas adalah amat besar kesannya kepada negara sehingga ada ahli parti itu yang sanggup menyertai 'pemberontakan' di atas nama demokrasi baru-baru ini serta menghalalkan revolusi bagi mendapatkan kuasa.

Amat malang sekali kerana terdapat umat Melayu yang jumud pemikiran mereka serta memiliki jiwa yang tidak tenang telah menyertai Pas semata-mata kerana ia memberikan mereka tiket mudah untuk menemui jalan 'kebenaran' menuju kemakmuran akhirat.


Prinsip ketaatan kepada pemimpin dan keharmonian hidup bernegara yang dianjur oleh Kimma telah ditukar Pas dengan dendam untuk mendapatkan kuasa.

Kita juga ingin tahu di manakah pemimpin Pas ketika pencerobohan zalim dilakukan ke atas penduduk Kampung Buah Pala di Pulau Pinang. Kenapakah laungan takbir tidak kedengaran semasa jentolak Lim Guan Eng rakus menerobos kampung ini?

Kita juga ingin tahu di manakah pemimpin Pas ketika premis perniagaan milik ahli-ahli Kimma diganggu oleh kerajaan negeri yang dipimpin pembangkang.


Sehubungan itu, Pas perlu lebih bersikap zuhud dan harus menyelusuri perjuangan Kimma yang lebih mulia daripada sudut pengamalan ajaran Islam dan membela masyarakat India Muslim.

Perjuangan Kimma mampu menggugat ketelusan Islam yang dilaungkan oleh Pas. Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor misalnya semakin tertekan dengan kehadiran Kimma dalam membela nasib umat India Muslim.

Ini terbukti apabila wujud tawaran rasuah yang tinggi dan janji untuk memberikan kerusi pilihan raya kepada Kimma yang dibuat oleh pimpinan Pas Selangor.

Bagaimanapun, tawaran itu langsung tidak menarik perhatian Kimma kerana ia hanyalah kekayaan dunia yang bersifat sementara. Angan-angan oleh kepimpinan Pas bagi melamar kongres ini hanya tinggal kenangan.


Wang ringgit dan kerusi sebenarnya bukan keutamaan sebaliknya yang penting adalah penentangan habis-habisan terhadap perjuangan palsu Pas.

Ahli-ahli kongres ini juga melihat Pas bukanlah wadah sebenar dalam memperjuangkan Islam dan jauh sekali membela rakyat marhaen kerana matlamat parti itu hanyalah untuk mendapat kuasa dan melunaskan dendam terhadap pemimpin UMNO.

Dengan ini, apa yang dapat disimpulkan bahawa pemimpin Pas sepatutnya merasa malu dengan perpaduan erat berlandaskan Islam yang ditunjukkan oleh Kimma.

Pas perlu berundur daripada pentas politik kerana parti itu hanya memalsukan nama Islam bagi mendapatkan sokongan penganut agama itu.

Kepimpinan Kimma yang sepatutnya dicontohi kerana mereka lebih patuh kepada ajaran Islam sebenar berbanding pemimpin Pas yang sentiasa bertakbir dengan matlamat untuk memecah-belahkan umat Islam.

Oleh: MUHAMAD RIDZUAN HASHIM


di petik dari Mulut Melayu

oyabun

Posted: 03 Aug 2011 12:01 AM PDT

oyabun


Macam ada yang tak kena - Dr. Rosti letak jawatan NC Unisel dengan notis 24 jam!

Posted: 02 Aug 2011 09:50 AM PDT

Datuk Dr. Rosti Saruwono mengambil keputusan meletakkan jawatan selaku Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel) dengan notis 24 jam berkuat kuasa esok. Beliau mengesahkan peletakan jawatannya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

"Ada keputusan yang saya tak sanggup laksanakan iaitu untuk melucutkan jawatan tiga pegawai Unisel tanpa proses sewajarnya," katanya ketika menjelaskan antara punca beliau meletakkan jawatan.

Menurut sumber, Rosti telah diarahkan oleh kepimpinan Unisel untuk melucutkan jawatan tiga pegawai – Pendaftar Rokmaa Mat, Dekan Fakulti Perniagaan Prof Dr Khalifah Othman dan Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat Halid Hasbullah.

Berasal dari Klang, Selangor Rosti pernah berkhidmat sebagai Timbalan Presiden Bahagian Pendidikan Petronas dan rektor pertama Universiti Teknologi Petronas (UTP) sebelum dilantik sebagai Naib Canselor Unisel pada 2 Mac, 2009.

Beliau menggantikan Prof Datuk Dr Mohd Razali Agus yang mengosongkan jawatan itu pada Julai 2008.

Macam ada sesuatu yang tak kena berlaku! Kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang. Adakah ini kerja-kerja kroni MB Khalid dan Anwar yang hendak menyingkirkan Dr. Rosti bersama-sama 3 orang pegawai yang lain. Adakah Dr Rosti dipaksa meletakkan jawatan Naib Canselor Unisel akibat tekanan politik!

Semasa baru dilantik, Rosti berkata beliau tidak akan menjadi "Pak Turut" kepada mana-mana pihak dan ingin memastikan institusi pengajian tinggi swasta milik kerajaan negeri itu tidak dijadikan medan berpolitik. Sama-samalah kita tunggu dan lihat nanti apa yang sebenarnya berlaku.

Wasabi Oyabun..

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 02 Aug 2011 11:33 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


GEMPAR!!! Identiti sebenar Suhardi Mat Isa akan dibongkar petang ini!!!

Posted: 02 Aug 2011 09:05 PM PDT



Suhardi tampil beri alasan berbelit

Suhardi Mat Isa menafikan berlakon, bersembunyi, melarikan diri dan enggan bekerjasama dengan polis di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 30 Julai - Lelaki yang dikatakan berlakon sebagai Allahyarham Baharudin Ahmad, yang meninggal dunia semasa perhimpunan haram 9 Julai lalu, Suhardi Mat Isa, hari ini tampil dan menafikan dia berlakon, bersembunyi, melarikan diri dan enggan bekerjasama dengan polis.

Bagaimanapun, ketika tampil pada sidang media yang dianjurkan Persatuan Usahawan, Konsultan dan Pengarah Islam Malaysia (UrusKop) hari ini, Suhardi sebagai Setiausaha Agungnya memberi pelbagai kenyataan berbelit setiap kali diasak dengan soalan-soalan 'panas' oleh pemberita.

Malah, pada satu ketika, dia mengakui hilang akal selama tujuh hari yang dakwanya, akibat kesan sampingan daripada gas pemedih mata digunakan pihak berkuasa, tetapi apabila diminta pengesahan doktor mengenai perkara itu, Suhardi gagal memberi sebarang bukti.

Selain itu, dia yang mendakwa tiada kepentingan politik berkata, terpaksa mengepalai perhimpunan di Jalan Pudu kerana semua pemimpin pembangkang sudah ditahan, tetapi sebaik sahaja pemberita berjaya menyangkal perkara itu, dia sekali lagi mengubah kenyataan.

Kali ini, Suhardi berkata, dia berbuat demikian demi memastikan keselamatan Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa dan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham tidak diancam pihak berkuasa.

Pada masa sama, dia turut mendakwa polis memperlakukan kepadanya dengan zalim, tetapi bila ditanya mengapa tidak bersurai ketika pihak berkuasa mengeluarkan arahan, dia berkata, tidak mendengar sebarang arahan kerana terlalu khusyuk menunai solat hajat dan berdoa.

"Saya tidak menyokong demonstrasi. Saya hadir sebagai seorang aktivis untuk menyampaikan pendirian yang dibenarkan oleh Islam tetapi ini bukan bermakna saya mempunyai kepentingan politik, saya cuma masyarakat biasa yang mahu membetulkan perkara salah," katanya.

Dalam pada itu, Suhardi yang turut menafikan dia bersembunyi dan melarikan dari polis sebelum ini memberitahu, dia bebas ke mana sahaja malah jirannya yang juga seorang anggota polis tidak menyatakan bahawa polis sedang mencarinya.

"Saya tidak bersembunyi, datanglah ke rumah saya dengan tertib. Saya akan bekerjasama dengan mereka (polis).

"Saya juga tidak mati dan masih hidup, yang meninggal dunia Allahyarham Baharudin. Saya ingat perkara ini dah selesai selepas dihebahkan di blog-blog, tetapi tidak, apabila Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar bercakap mengenainya," ujar bapa kepada 10 anak dan dua isteri itu.-Utusan


Suhardi Mat Isa, seorang soldadu Pas yang namanya mendadak naik kerana "syahid" ketika berjihad di perhimpunan haram Bersih tempohari. Ini adalah contoh manusia bodoh dan keji yang sanggup memfitnah sesama saudara muslim demi kepentingan sempit politik (yang akhirnya memberikan kelebihan kepada golongan kuffar!). 

Hari ini MyMassa tidak dapat menahan lagi benak amarah di hati ini. Demi kepentingan ummah, di hari dan bulan yang mulia ini,  MYMASSA AKAN DEDAHKAN siapa sebenarnya pengkhianat agama bernama Suhardi ini sebentar lagi!!! 

Ulamak ke Ular dalam Semak?

Posted: 02 Aug 2011 07:10 PM PDT

Apa kejadah Ulamak sibuk pasal iklan TV.



Dah la iklan tu kat 8TV. Ulamak ni kaki layan drama hong kong kat 8TV ke sampai iklan kat situ pun diorang tau? Setahu aku, ulamak ni ada adabnya. Menonton TV bukan adab sebagai seorang ulamak. Kalau ulamak kaki TV rosaklah umat.

 Sesiapa yang belum tengok iklan tu, sila tengok betul-betul. Apa yang sensitifnya pasal iklan ni?



Bagi aku, memang betul la orang pegi pasar ramadhan tak boleh pakai baju tanpa lengan. Kalau ketiak tu licin tu takpe jugak. Kalau yang berbulu dan berbau, habis tak lalu pelanggan kat pasar ramadhan.

Cuma yang aku terkilan sangat, kenapa video iklan tu jadi isu yang dibawa oleh Persatuan Ulama sedangkan video ni lagi membahayakan!



Macam mana satu NGO (Seksualiti Merdeka) menyokong tukar jantina promote budaya kuning dengan menggunakan nama arwah yang seorang muslim dan orang Melayu.

Mungkin persatuan Ulama ni geng BERSIH kot sebab tak berani nak tegur event yang dibuat depan bangunan Majlis Peguam.

*Mana mudharat lagi besar, budaya homoseksual, transeksual atau iklan baju tanpa lengan?

Universiti Awam Bakal Huru Hara Jika Pembangkang Memerintah.

Posted: 02 Aug 2011 05:59 PM PDT

Semalam ada berita mengejut mengenai Unisel di mana Naib Canselor yang juga CEO kepada universiti tersebut meletak jawatan akibat campurtangan politik.

Dr Rosti letak jawatan NC Unisel

Datuk Dr Rosti Saruwono mengambil keputusan meletakkan jawatan selaku Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel) dengan notis 24 jam berkuatkuasa esok.

Beliau mengesahkan peletakan jawatannya menerusi khidmat pesanan ringkas sebagai membalas SMS yang dihantar oleh Bernama bagi mendapatkan pengesahan berita tindakannya itu.

"Ada keputusan yang saya tak sanggup laksanakan iaitu untuk melucutkan jawatan tiga pegawai Unisel tanpa proses sewajarnya," katanya ketika menjelaskan antara punca beliau meletakkan jawatan.

Berasal dari Klang, Selangor Rosti pernah berkhidmat sebagai Timbalan Presiden Bahagian Pendidikan Petronas dan rektor pertama Universiti Teknologi Petronas (UTP) sebelum dilantik sebagai Naib Canselor Unisel pada 2 Mac, 2009.

Beliau menggantikan Prof Datuk Dr Mohd Razali Agus yang mengosongkan jawatan itu pada Julai 2008.

Semasa baru dilantik, Rosti berkata beliau tidak akan menjadi "Pak Turut" kepada mana-mana pihak dan ingin memastikan institusi pengajian tinggi swasta milik kerajaan negeri itu tidak dijadikan medan berpolitik.

Menurut sumber, Rosti telah diarahkan oleh kepimpinan Unisel untuk melucutkan jawatan tiga pegawai -- Pendaftar Rokmaa Mat, Dekan Fakulti Perniagaan Prof Dr Khalifah Othman dan Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat Halid Hasbullah.

- Bernama

Baru jaga satu universiti dah haru biru jadinya. Bayangkan kalau semua IPTA ditadbir oleh pembangkang jika mereka memerintah, semua NC letak jawatan sebab tak puas hati dengan stakeholder (ahli politik). Semua urusan universiti akan tergendala. Sebelum tu, mari kita tengok siapa orang politik yang tiada kaitan dengan Unisel tetapi dilantik untuk memastikan Unisel dikawal pembangkang. Apa kaitan  Faekah dengan pentadbiran universiti. Apa kepakarannya yang boleh ditawarkan oleh Unisel?


Board Of Directors

http://www.unisel.edu.my/images/stories/board-of-directors/khalid.jpg
Y.A.B. TAN SRI DATO SERI ABDUL KHALID BIN IBRAHIMChairman
http://www.unisel.edu.my/images/stories/board-of-directors/rosti.jpg
DATUK DR. ROSTI SARUWONOCEO
http://www.unisel.edu.my/images/stories/board-of-directors/zauyah.jpg
Y.B. DATIN PADUKA ZAUYAH BE BT. T. LOTH KHAN (PENASIHAT UNDANG-UNDANG SELANGOR)
http://www.unisel.edu.my/images/stories/board-of-directors/arif.jpg
Y.B. DATO MOHD ARIF BIN AB RAHMAN (PEGAWAI KEWANGAN NEGERI SELANGOR)
http://www.unisel.edu.my/images/stories/board-of-directors/zohadie.jpg
YBHG. DATO DR. IR. MUHAMAD ZOHADIE BIN BARDAIE (BEKAS NC UPM)
http://www.unisel.edu.my/images/stories/board-of-directors/halimah.jpg
Y.B. PUAN DR. HALIMAH BT. ALI (EXCO PENDIDIKAN SELANGOR)
http://www.unisel.edu.my/images/stories/board-of-directors/adnan.jpg
YBHG. DATO DR. ADNAN BIN ALIAS (BEKAS PENSYARAH UKM)
http://www.unisel.edu.my/images/stories/board-of-directors/ariffin.jpg
YBHG. DATO DR. MOHAMED ARIFFIN BIN ATON (BEKAS CEO SIRIM - PENYELIDIK)
http://www.unisel.edu.my/images/stories/board-of-directors/rosli.jpg
Y.B. DR. CHE ROSLI BIN CHE MAT (MP HULU LANGAT - BEKAS PENSYARAH)
http://www.unisel.edu.my/images/stories/board-of-directors/rashid.jpg
Y.B. DATO RASHID BIN DIN (MP MERBOK KEDAH - BEKAS CEO MODENAS)
http://www.unisel.edu.my/images/stories/board-of-directors/faekah.jpg
YBHG. CIK FAEKAH BT. HAJI HUSIN (SET POL MB - TIADA KAITAN DENGAN AKADEMIK / INDUSTRI)


Ini bukan kali pertama pembangkang gagal mengawal IPT milik mereka. Sebelum ini, masalah yang sama juga berlaku di KUIN, Kedah sehingga perkara pentadbiran Kerajaan Negeri di bawa ke parti politik (PAS).

PAS perlu tegas dalam isu Insaniah:
KUIN perlu minta maaf, kata SMM

Setelah hampir dua minggu rayuan dikemukakan, lima orang mahasiswa KUIN yang dikenakan tatatertib belum mendapat apa-apa maklum balas daripada pihak pentadbiran KUIN. Hal ini adalah amat tidak beretika kerana pihak Pentadbiran hanya mengambil masa satu hari untuk menjatuhkan hukuman tetapi telah mengambil masa yang lama untuk meneliti rayuan. Perkara ini seolah-olah memperlihatkan sifat acuh tak acuh pentadbiran KUIN terhadap tuntutan mahasiswa yang mahu hukuman digugurkan.

Mahasiswa sudah cukup bertoleransi dengan prosedur yang ditetapkan oleh pihak KUIN. Malah setelah memorandum dihantar ke Pejabat Agung PAS pada 13 Mei lalu, Pemuda PAS sendiri memohon masa agar mahasiswa memberi peluang untuk pihak PAS menyelesaikan konflik yang berlaku di KUIN. Namun setelah dua minggu, isu penindasan terhadap lima aktivis mahasiswa KUIN masih belum selesai. Suka untuk saya tegaskan kembali premis mahasiswa dalam isu KUIN ini. Hukuman yang dikenakan ke atas lima orang mahasiswa KUIN adalah amat tidak rasional dan bertentangan dengan konsep kebebasan bersuara yang dimiliki setiap rakyat Malaysia.

Jika kita bongkar isu ini lebih dalam, pembangkang pernah gagal di Terengganu. Semasa mereka memerintah Terengganu, Kusza dan Tati malap terus sedangkan sebelum ini ianya merupakan antara IPT yang semakin meningkat. Malah Pengarah Tati juga pernah dipecat kerana tidak mahu menjadi pak turut.



Kepada pembaca MyMassa, sudah terang lagi bersuluh. Mansuhkan AUKU atau apa-apa dasar yang mesra mahasiswa hanya omongan kosong. Sebelum dapat kuasa, mereka janji macam-macam. Tetapi bila dah dapat, apa yang dijanji hanya menjadi mimpi di siang hari.

*Pertahankan universiti awam daripada pihak mabuk kuasa kerana bila mereka dapat, bagi beruk mendapat bunga.

AL-QASAS

Posted: 02 Aug 2011 05:55 PM PDT

MUQADDIMAH SURAH AL-QASAS
Surah ini diturunkan di Mekah, mengandungi 88 ayat. Dinamakan surah "Al-Qasas" (Pelbagai Kisah) kerana kisah-kisah yang telah dialami Nabi Musa (a.s.) ada disebutkan pada ayat 25.
Intisari kandungannya: Menerangkan kebenaran Al-Qur'an dan kandungannya yang jelas nyata. Setelah Allah Ta'ala menceritakan perihal Nabi Musa (a.s.) yang telah lalu zamannya, lalu menerangkan nikmatNya kepada Nabi Muhammad (s.a.w.) bahawa Baginda dengan nikmat yang tersebut dapat menceritakan perkara-perkara yang ghaib itu sedang ia tidak ada di tempat berlakunya peristiwa Nabi Musa (a.s.) menerima wahi di Gunung Tursina, juga tidak menyaksikan kejadian itu dengan mata kepala sendiri, dan tidak pula mempelajarinya dari sesiapapun.
Kemudian diterangkan: Meskipun kandungan Kitab Suci Al-Qur'an tidak diturunkan dengan sekaligus bahkan ia diturunkan sedikit demi sedikit dan berhubung antara satu dengan yang lain, dengan berisi hukum-hukum dan keterangan, nasihat-nasihat dan pengajaran kisah-kisah dan misal perbandingan, selain daripada dalil-dalil dan bukti yang menegaskan dasar tauhid dan kebenaran Rasul-rasul yang diutus oleh Allah 'Azza wa Jalla. Tiap-tiap bahagian Al-Qur'an yang diturunkan itu adalah berhubung dengan sesuatu peristiwa atau menurut keadaan yang diperlukan pada masa turunnya.
Oleh kerana golongan hartawan dari kaum kafir musyrik yang menentang Nabi Muhammad (s.a.w.) terdorong melakukan tentangan itu kerana terpedaya kepada kekayaan mereka, maka Allah Ta'ala menceritakan kisah Qaarun yang kaya-raya dan lebih besar kekayaannya daripada kekayaan mereka, tetapi Qaarun yang kaya itu akhirnya dibinasakan oleh Allah Ta'ala bersama-sama dengan segala harta kekayaannya.
Ditegaskan pula, hendaklah seseorang itu berusaha mencari dengan harta kekayaan yang telah dilimpakan Allah Ta'ala kepadanya dengan mengerjakan amal kebajikanya yang mendatangkan pahala dan membawa kepada keselamatan di dunia dan di akhirat. Dalam pada itu, janganlah ia melupakan bahagiannya dalam dunia untuk merasai kesenangannya sebelum dapat merasai kesenangan yang kekal di akhirat.
Surah ini diakhiri dengan kisah Nabi Muhammad (s.a.w.) yang terpaksa keluar berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dalam keadaan bimbang, lalu turun Firman Allah Ta'ala memberi semangat kepadanya enggan menegaskan bahawa Allah yang menurunkan Al-Qur'an kepada Baginda, dan memerintahkan Baginda dan umatnya membaca, dan mengamalkan kandungan Al-Qur'an yang mulia itu, sudah tentu akhirnya akan menjayakan Baginda mengalahkan pihak lawannya, dan mengembalikannya ke negerinya sendiri, Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah, dengan mendapat kemenangan yang besar.

Hadis Hari Ini (16) - Memberi Makan Kepada Yang Berpuasa

Posted: 02 Aug 2011 05:30 PM PDT


Daripada Zaid bin Khalid al-Juhani RA, Nabi SAW telah bersabda:

Maksudnya: "Barangsiapa yang memberi makanan kepada seseorang untuk berbuka puasa, nescaya ia mendapat ganjaran yang sama dengan orang yang berpuasa itu."

Hadis Riwayat al-Tirmizi

Penyokong Pembangkang Sempat Kutuk SPB YDP Agong dalam Bulan Ramadhan

Posted: 02 Aug 2011 06:57 AM PDT



Apa nak jadi dengan penyokong pembangkang.

Dalam bulan ramadhan, bukan UMNO je diserang, YDP Agong pun kena kutuk.

Bila nafsu menguasai diri, puasa pun macam tak puasa.

*Bila la SKMM nak cekap dalam bab macam ni?

Bila Masa Husam Musa Masuk PKR?

Posted: 02 Aug 2011 02:14 AM PDT

Baca berita daripada Malaysiakini.


http://www.malaysiakini.com/news/171771

Husam Musa dilaporkan sebagai Naib Presiden PKR oleh Malaysiakini. Suratan atau kebetulan kerana suara Husam Musa lebih kedengaran sebagai suara PKR yang sering mempertahankan Anwar Ibrahim daripada Presiden PAS sendiri.

Sebenarnya MyMassa nak komen kepada isu yang cuba dibawa oleh Husam Musa iaitu Kelantan nak import sendiri beras untuk memberi harga yang lebih murah kepada rakyat. Kepada sesiapa yang kenal rakyat Kelantan, tak payah nak bohonglah Husam yang bahawa rakyat negeri kamu beli beras dengan harga yang mahal kerana di Kelantan sentiasa ada bekalan beras yang diseludup dan harganya jauh lebih murah jika dibandingkan dengan kualiti yang sama di negeri lain.

Kalau dah beli harga murah, bolehkah dimurahkan lagi? Atau PAS cuba mengulangi taktik keji mereka di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kerdau di mana mereka merasuah pengundi Kerdau dengan menjual gula pada harga yang murah(barang keperluan sentiasa jadi modal politik pembangkang)?

Ismail Sabri Cabar PAS Jual Gula Murah Di Negeri Pakatan

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

TEMERLOH: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Kepenggunaan dan Koperasi, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencabar PAS supaya menjual gula pada harga yang lebih rendah di negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Katanya, jika PAS benar-benar mahu membuktikan bahawa mereka mampu menurunkan harga gula ke paras yang lebih rendah, ia perlu diperluaskan ke negeri-negeri lain sehingga hujung tahun ini.

"Saya cabar PAS jual (gula) di seluruh negeri yang mereka perintah dengan harga murah daripada harga yang ditetapkan oleh kerajaan. Saya cabar PAS buat di Kelantan dan Kedah serta negeri-negeri lain yang diperintah oleh Pakatan Rakyat," katanya kepada media selepas merasmikan bangunan koperasi peserta-peserta Felcra Rumpun Makmur Temerloh Berhad dan Program Pemodenan Kedai Runcit (TUKAR) di sini, Isnin.

Beliau sebelum itu mendedahkan bahawa pihaknya mengesan aktiviti penjualan gula pada harga RM1.80 oleh penyokong PAS di sebuah kedai di Lipat Kajang dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau.

Harga penjualan gula pasaran yang ditetapkan oleh kerajaan ialah RM2.10.

Bagaimanapun menurut Ismail Sabri, berdasarkan pemantauan oleh pihaknya, aktiviti penjualan gula pada harga rendah berkenaan hanya bertahan selama sehari.

"PAS konon nak tunjukkan mereka boleh jual barang murah, mereka tawar jual gula lebih murah dari yang ditetapkan oleh kerajaan di Lipat Kajang.

"Tapi saya difahamkan oleh pegawai yang buat pemantauan sudah tak ada, kalau ada memang kita pergi ramai-ramai beli," katanya.

Justeru Ismail Sabri berkata, tindakan berkenaan adalah gimik politik yang dilakukan PAS sempena pilihan raya kecil DUN Kerdau bagi meraih undi.

"Soalnya kenapa waktu pilihan raya sahaja yang dijual harga murah, kalau betul mereka mampu tak perlu tunggu sehingga pilihan raya.

"Kenapa di Kerdau sahaja yang dijual murah, PAS dah perintah di Kelantan dan Kedah, kenapa di Lipat Kajang sahaja? PAS hanya menjadikan ini sebagai gimik pilihan raya...untuk mengaburi mata pengundi yang nak menunjukkan PAS mampu untuk menurunkan harga barang," katanya.

Ditanya kemungkinan PAS mendapat bekalan gula pada harga yang lebih rendah sehingga mampu menjual dengan harga murah, Ismail Sabri berkata: "Mereka tak dapat bekalan murah, tapi sengaja tanggung kerugian...jual (walaupun) rugi dalam musim ini.

Berhubung kemungkinan PAS Pusat memberi subsidi gula bagi menampung kerugian berkenaan, Ismail Sabri berharap agar pemberi subsidi berkenaan akan diperluaskan untuk dinikmati oleh rakyat di tempat lain.

"Kalau beri subsidi gula di Kerdau, tolong beri subsidi di tempat lain juga," katanya.
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/2/28/mstar_berita/20110228135146&sec=mstar_berita

Satu lagi persoalan yang perlu dijawab oleh PAS, mampukah PAS mengawal penyuludupan beras di Kelantan jika mereka diberikan permit mengimport beras?



*Hati-hati dengan pembangkang, telunjuk lurus kelingking berkait.

PAS Dimurtadkan Oleh Majlis Peguam. Siapa Dakwah Siapa?

Posted: 02 Aug 2011 01:29 AM PDT

Umum mengetahui bahawa PAS beria-ria menyokong Majlis Peguam ketika ini.

Jika dahulu Majlis Peguam adalah musuh di mana setiap tindak tanduk Majlis Peguam yang bertentangan dengan nilai agama dan budaya akan ditentang habis-habisan oleh PAS. Ketika itu PAS adalah parti yang meletakkan agama no.1. Contohnya ketika Majlis Peguam ingin menganjurkan Forum Memeluk Islam, Presiden PAS berani tampil untuk mengutuk secara terbuka Datuk Ambiga sebagai Presiden Majlis Peguam waktu itu.


Kini, PAS semakin lemah dalam memperjuangkan Islam. Jika dulu Islam diutamakan, kini kuasa yang menjadi perkara no. wahid dalam perjuangan mereka. Mereka juga sanggup berkawan dengan Majlis Peguam walaupun Majlis Peguam tidak pernah membuang prinsip hak asasi manusia yang berkiblatkan barat sedangkan PAS sendiri telah menggugurkan perjuangan menegakkan negara Islam.



Apa yang MyMassa nak kongsikan di sini adalah bagaimana Majlis Peguam memanipulasikan kematian seorang transeksual (al-fatihah untuk arwah) yang berketurunan Melayu dan beragama Islam. Lebih menyedihkan adalah Majlis Peguam sanggup mengadakan upacara vigil untuk arwah Mohd Asyraf Hafiz menjelang ramadhan! Sungguh hina dan keji tindakan Majlis Peguam!



Namun, PAS langsung tunduk membisu dalam hal ini demi menjaga periuk nasi dan takut kuasa hilang dari tangan. Beginikan parti yang mengaku memperjuangkan Islam tetapi terkulai ditangan Majlis Peguam yang ternyata mahu menyesatkan dan memesongkan budaya umat Islam?

Yang peliknya, PAS kini lemah untuk memperjuangkan hal berkenaan Islam tetapi amat sensitif dengan sejarah Tanah Melayu dimana Orang Melayu telah sudi berkongsi kewarganegaraan dengan bangsa bukan Melayu. Sila lihat video di bawah di mana seorang Melayu diherdik oleh bangsanya sendiri apabila hendak mengingatkan tentang sejarah.



Persoalannya, siapa dakwah siapa? Dakwah PAS gagal atau dakyah musuh Islam berjaya. Kami tinggalkan persoalan tersebut kepada para pembaca yang bijaksana.

GEMPAR!!! Restu Ketua Umum kepada LESBIAN pertama di Malaysia!!!

Posted: 02 Aug 2011 12:35 AM PDT

Bulan-bulan puasa ini, malah MyMassa hendak ulas panjang-panjang isu di bawah ini. Kami percaya para pembaca yang budiman telah dikurniakan akal dan hati yang bijaksana untuk membuat penilaian yang adil berhubung perkara ini. Apa yang menyedihkan, pasangan Lesbian tersebut seolah-olah mencabar kesucian Ramadhan al-Mubarak ini dengan mengadakan upacara songsang mereka pada hari pertama umat Islam berpuasa. Semoga Allah SWT melindungi kita dan zuriat kita daripada golongan yang sesat ini. Insya-Allah...




Restu daripada Ketua Umum Pakatan Rakyat?!!





Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Kepada orang-orang lelaki, tidak kepada perempuan-perempuan. Memang kamu semua kaum yang melampaui batas." (Surah al-Aaraf ayat 81)

"Dan kami turunkan hujan (hujan batu) kepada mereka. maka perhatikanlah akibatnya orang-orang melampaui batas." (Surah al-Aaraf ayat 84)

"Lalu suara guruh (bunyi bumi yang gempa) menimpa mereka ketika matahari terbit." (Surah al-Hijr ayat 73)

 "Sebab itu, setelah datang keputusan Kami lalu Kami jadikan yang di atasnya jatuh ke bawah dan kami turunkan ke atas mereka hujan batu dari tanah yang terbakar dengan berturut-turut." (Surah Hud ayat 82).

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 02 Aug 2011 11:32 PM PDT

DARUL EHSAN TODAY


GEMPAR: Khalid Samad Ke Mesir Merayu Tarik Balik Pengharaman PMRAM

Posted: 02 Aug 2011 10:09 PM PDT

Aku dapat tahu semalam khalid samad bergegas terbang ke mesir universiti al-azhar untuk berjumpa dan membuat rayuan kepada syeikh al-azhar supaya menarik balik pengharaman PMRAM oleh universiti itu.

Untuk pengetahuan semua, PMRAM adalah sebuah pertubuhan untuk menjaga hal kebajikan orang melayu di negara mesir, ia ditubuhkan sebelum kita merdeka lagi, pada asalnya betul PMRAM menjaga kebajikan rakyat tanah melayu di mesir, tapi hala tuju PMRAM semakin jauh terpesong pada tahun-tahun 1980an bila mana ramai orang kelantan berhijrah ke mesir dan menyertai PMRAM, sejak itu PMRAM dilihat menjadi sayap politik pas di mesir.

Lebih buruk lagi bila PMRAM sudah diresapi fahaman syiah, aku pernah berjumpa dengan seorang pelajar mesir yang juga ahli jawatan kuasa PMRAM dalam tahun 1997 dulu, katanya, PMRAM yang ada sekarang ini bukan PMRAM yang tubuhakan oleh datuk kita dulu, PMRAM yang ada sekarang ini membawa pahaman syiah, menjadi kilang untuk melahirkan pemimpin-pemimpin pas yang bermazhab syiah, malah ada di kalangan jawatan kuasa PMRAM melakukan nikah mutaah yang diharamkan oleh mazhab ahli sunnah wal jamaah, mereka memberikan alasan kononnya untuk menjaga pelajar perempuan yang baru sampai di mesir.

Korang boleh baca sendiri sebap musabab kenapa PMRAM di haramkan oleh syeikh al-azhar di blog perjalananku di bumi anbiya

PANAS: Sistem IT Bukit Aman Dalam Bahaya... Bhg 6

Posted: 02 Aug 2011 05:06 PM PDT


Terbaru ! panas ! cukup hot ! pendedahan skandal unit IT di bukit aman ?

3 syarikat melayu sudah kami dedahkan.
4 syarikat cinaputra sudah kami bogelkan.
siapa lim see hui telah kami bongkarkan.
siapa cina singapura yang menjadi dalang telah kami beritahu.

awal pendedahan eksklusif ini, kami telah memberitahu dalang utama dalam segala mala kepincangan projek unit IT di bukit aman.

DSP,ACP dan SUPT di unit IT bukit aman yang membenarkan siri penerobosan oleh pihak cinaputra ke dalam unit IT bukit aman.

hari itu kami telah dedahkan kegiatan 3 anai-anai unit IT bukit aman. antaranya..


1) ACP unit IT bukit aman bermain golf dengan wakil syarikat adik beradik.

2) pada 25 jan 2011 jam 2 petang dan 18 may 2011 jam 2.30 petang ACP unit IT bukit aman main golf di nilai spring.

3)DSP dilihat bermain golf di awana genting, pada waktu kerja.kabarnya dia bermain golf dengan vendor syarikat yg dilantik bernama taufik.

4) kegiatan SUPT unit IT bukit aman menghabiskan masa menyelam di pulau redang,perhentian dan sipadan ? siapa sponsor wahai SUPT , pakai duit gaji sendiri ke ?

5) kerap bermesyurat di luar bukit aman.adakah bilik mesyuarat unit IT bukit aman berhantu hingga memaksa ACP bermesyurat dengan kontraktor di luar kuala lumpur seperti di awana kijal,kota kinabalu,tawau dll.

6) manakala Timbalan nya pula iaitu Tuan SUPT Nik Murtxxx sejak sekian lama akan meminta pihak pembekal bermesyuarat di luar KL untuk beliau pergi scuba diving dimana tempat kegemarannya ialah ke Pulau Perhentian, Tawau (Sipadan) dll.

MAKLUMAT TERBARU .

kabarnya 3 anai-anai unit IT bukit aman ini bakal di transferkan/dipindahkan ke tempat ekoran pendedahan eksklusif kami.

transfer ?
kenapa transfer ?

proses pemberian projek ini cukup meragukan.

3 projek ini diberikan kepada syarikat yang punyai kaitan kekeluargaan.

kemudiannya ia di alibabakan kepada syarikat cinaputra yang punya bos yang sama.

mengapa 3 anai-anai ini sekadar ditransfer kan tugasnya.

sepatutnya mereka ini digantung tugas.
sepatutnya mereka ini dikenakan tindakan tegas.

dato zul, takkan ini je hukuman ke atas 3 anai-anai ni ?

bagaimana pulak kesnya dengan pengetahuan luar biasa syarikat cinaputra yang mengetahui selok belok keselamatan unit IT di bukit aman ?

mereka ini didalangi oleh proksi besar seorang warganegara singapura.

takkan lepas mudah macamtu saja dato zul ?

situasi sebegini memungkinkan kami untuk menelanjangkan terus skandal panas ini. tunggu ! siapa pegawai menteri yang terlibat dalam urusan ini ? nantikan pendedahan seterusnya.

AZLI SHUKRI

Posted: 02 Aug 2011 11:25 PM PDT

AZLI SHUKRI


Nak Tahu Apa Itu Kebajikan? Inilah Kebajikan Barisan Nasional

Posted: 02 Aug 2011 09:47 PM PDT

KUALA LUMPUR 2 Ogos - Seramai 3,793 orang Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) daripada baki 7,258 orang yang belum dilantik telah dilantik semula ke jawatan itu berkuat kuasa 1 Julai lalu.Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan pelantikan itu dibuat menerusi perjumpaan khas antara kementeriannya dengan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah dan Kementerian Kewangan pada 30 Jun lalu.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, arahan itu dikeluarkan oleh Ketua Setiausahanya, Datuk Dr. Rosli Mohamed pada 1 Julai lalu."Seramai 972 orang daripada kumpulan yang dilantik ini akan mengikuti latihan perguruan selama 18 bulan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mulai Disember ini."Seramai 2,821 yang lain akan mengikuti latihan perguruan di institut pendidikan guru (IPG) untuk sesi pengambilan Januari 2012,'' katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Pada bulan Mac lalu, kerajaan telah mengumumkan seramai 13,184 GSTT tahun 2010 akan dilantik semula bagi tahun 2011 dan berikutan itu pada Mei lalu seramai 5,926 orang telah dilantik sebagai GSTT semula dan tinggal baki seramai 7,258.Menurut Muhyiddin, guru yang memiliki ijazah dan berkursus di IPG, mereka dijadual mengikuti latihan selama 18 bulan dan bagi yang tidak mempunyai ijazah akan mengikuti latihan untuk tempoh 66 bulan iaitu di bawah program ijazah Sarjana Muda Pendidikan.

Beliau menjelaskan, bagi baki GSTT berjumlah 3,465 orang itu, kedudukan mereka akan ditentukan kelak selepas disahkan pematuhan terhadap syarat-syarat yang ditetapkan."Daripada jumlah ini mungkin ada di antara mereka yang masih berpeluang untuk dilantik semula atau dipilih mengikuti latihan perguruan selepas selesai semakan semula ke atas maklumat mereka."Bagi yang dikenal pasti tidak layak untuk dilantik semula, semakan ke atas rekod mereka dan pengesahan akan dibuat sebelum akhir Ogos ini,'' kata beliau.

Timbalan Perdana Menteri seterusnya berkata, penempatan bagi mereka yang dilantik semula itu tidak akan terhad kepada lokasi, sekolah atau pilihan asal.Katanya, penempatan akan dibuat bagi memenuhi dan menyokong pelaksanaan dasar khususnya dasar baru kementerian seperti Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS)."Kerajaan amat prihatin dengan segala keluh-kesah dan permasalahan GSTT, baik yang sering dibangkitkan di dada-dada akhbar dan media elektronik mahupun di setiap pertemuan bersama-sama guru-guru tersebut,'' kata Muhyiddin.

Nak Tahu Makna Zalim? Inilah Kezaliman!

Posted: 02 Aug 2011 06:25 PM PDT

Kalau nak tahu apakah makna zalim, Nah! inilah perbuatan zalim yang nyata lagi terang! Menutup periuk nasi orang lain dengan jalan haram. SPRM perlu segera menyiasat tindakan Menteri Besar Selangor ini. Terdapat banyak penyelewengan yang berlaku di Unisel sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri. Ini baru sikit kezaliman mereka, bagaimana kalau puak-puak ini memerintah negara pula? Hancur pentadbiran dan organisasi kerajaan akibat campur tangan politik keji mereka.

Seteruk-teruk kerajaan BN dalam berpolitik, paling kuat pun, seorang guru yang menyokong parti pembangkang hanya akan ditukar tempat kerjanya sahaja - sebagai contoh suami Cikgu Mala yang cuba menipu dengan sijil sakitnya. Beliau ditukar tempat kerja, tetapi tidaklah sampai tahap hendak dibuang kerja seperti mana yang berlaku di Unisel. Saya rasa sudah sampai masanya, Pakatan Rakyat dinyahkan dari Selangor. Kononnya memperjuangkan keadilan atas nama rakyat, tetapi terbukti merekalah yang menutup periuk nasi orang lain. Baca laporan di bawah :

SHAH ALAM 2 Ogos - Datuk Dr. Rosti Saruwono meletak jawatan sebagai Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel) dengan notis 24 jam berkuat kuasa esok dipercayai akibat tekanan politik dalaman dan pentadbiran Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor. Rosti yang mengesahkan perkara itu berkata, keputusan itu dibuat berikutan beliau tidak sanggup melaksanakan tindakan terhadap tiga pegawai Unisel yang diarahkan dilucut jawatan.

"Sah saya letak jawatan berkuat kuasa 3 Ogos (esok). Ada keputusan yang tidak sanggup saya laksanakan iaitu melucutkan jawatan tiga pegawai Unisel tanpa memberi sebab dan tanpa mengikut proses. Selamat berpuasa," katanya kepada Utusan Malaysia melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini hari ini.

Rosti yang berasal dari Klang pernah berkhidmat sebagai Timbalan Presiden Bahagian Pendidikan Petronas dan Rektor pertama Universiti Teknologi Petronas (UTP). Beliau dilantik sebagai Naib Canselor Unisel pada 2 Mac 2009 bagi menggantikan Prof. Datuk Dr. Mohd. Razali Agus yang mengosongkan jawatan itu pada Julai 2008.

Semasa baru dilantik, Rosti berkata, beliau tidak akan menjadi "pak turut" kepada mana-mana pihak dan ingin memastikan institusi pengajian tinggi swasta milik kerajaan negeri itu tidak dijadikan medan berpolitik. Unisel ditubuhkan pada 23 Ogos 1999 dan kini mempunyai lapan fakulti yang menawarkan pelbagai bidang pengkhususan antaranya kejuruteraan, teknologi maklumat, industri, bioteknologi, komunikasi dan media serta pengurusan perniagaan yang dikendalikan lebih 1,000 tenaga pengajar.

Difahamkan tindakan Rosti itu sebagai 'membantah' keputusan pelucutan jawatan tiga orang pegawai iaitu Pendaftar, Rokmaa Mat, Dekan Fakulti Perniagaan, Prof. Dr. Khalifah Othman dan Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat, Halid Hasbullah yang dicadangkan dalam satu rumusan memorandum yang dikemukakan kepada Jawatankuasa Siasatan Exco Kerajaan Negeri.

Memorandum itu disediakan dan ditandatangani oleh empat pegawai tertinggi lain di Unisel pada 16 Mei lalu terhadap tiga pegawai Unisel berkenaan atas tuduhan tertentu yang dipercayai membabitkan salah tadbir urus universiti itu. Tuduhan yang disertakan dalam memorandum berkenaan turut melibatkan Rosti yang dicadangkan meletak jawatan dan digantikan dengan serta-merta.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikatakan telah mengeluarkan arahan kepada Naib Canselor itu untuk memecat tiga pegawai berkenaan. Namun, keputusan Abdul Khalid itu difahamkan tidak diterima oleh Rosti atas alasan tidak mengikut tatacara perundangan dan tatatertib Unisel. Menurut sumber Utusan Malaysia, ketiga-tiga pegawai berkenaan tidak pernah diberikan surat tunjuk sebab dan tidak diberi peluang untuk membela diri. Bagaimanapun, sehingga petang ini tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Unisel dan pejabat Menteri Besar berhubung peletakan jawatan Rosti.

The Unspinners

Posted: 02 Aug 2011 11:19 PM PDT

x-pkr [ dibaca : EKSTRIM TOLAK PKR]

Posted: 02 Aug 2011 11:14 PM PDT

x-pkr [ dibaca : EKSTRIM TOLAK PKR]


TIAN CHUA BERPUASA HASIL DIDIKAN PLURALISME AnWAR.

Posted: 02 Aug 2011 05:49 PM PDT

1. Amalan pluralisme berkembang subur di kalangan PKR bagi membuktikan konon mereka parti pelbagai kaum yang cukup bertoleransi antara satu sama lain. Amalan bercampur aduk antara islam dan bukan islam dipraktikkan sesuka hati. Penyalaan lilin, tunduk kepada jenazah bukan islam dan kini puasa menjadi amalan mereka.

2. Saya pasti, golongan 'kelabu asap' dalam pakatan mereka pasti menjerit menyatakan golongan bukan islam kini semakin menerima islam hingga turut mengamalkan puasa. Namun perlu kita sedar, pelbagai cara golongan ini mahu mengelirukan umat islam. Biar mereka tidak menguasai tampuk pemerintahan, tapi mereka yang mengawalnya.

3. Awas! Sebelum ini ramai orang Islam di kalangan penyokong mereka turut sama menyalakan lilin dan berjalan bagi mengingati kematian seseorang atau menunjukkan tanda simpati. Pernah juga AnWAR dan Azmin 'kow-tow' terhadap mayat Teoh Beng Hock tanpa rasa bersalah w/pun pernah ditegur oleh mufti dan mereka yg pakar dalam bidang syari'ah.

4. Kini giliran mereka pula yang mahu menunjukkan bahawa mereka juga prihatin dengan praktis agama islam. Jika orang islam boleh bertoleransi mempraktikkan apa yang mereka buat dalam agama mereka, maka mereka juga harus membalasnya. Secara halus mereka menerapkan bahawa semua agama membawa kebaikan!

5. Jadi mengapa tidak mereka mengamalkan amalan agama masing-masing secara bersama kerana semua agama itu sama serta membawa kebaikan. Maknanya secara tidak langsung mereka (yg cuba menyesatkan) berkata islam itu juga sama kedudukannya dengan agama lain yang tidak membawa sebarang perbedaan melainkan amalan sahaja!

6. MasyaAllah! Mohon dijauhkan dari mana-mana umat islam pemahaman spt ini. Saya bukan bersangka buruk, sekadar berhati-hati dengan mainan halus musuh-musuh islam ini. Tiada siapa yg dapat membuktikan Tian Chua benar-benar berpuasa melainkan di twitter saja. Jika beliau tidak berpuasa tapi 'tweet' yg beliau berpuasa, ini sudah menipu!

7. Adalah lebih baik Tian Chua atau mana-mana pemimpin bukan islam yang mahu berpuasa meneruskan niat mereka itu tanpa mewar-warkan satu dunia mereka berpuasa. Lebih banyak keburukan dari kebaikan terhadap agama islam itu sendiri. Amalan islam sebenar juiga tidak menunjuk-nunjuk ibadah yang telah mereka lakukan!

8. Contoh yang paling ketara, pernah berlaku di rumah AnWAR di Bukit Damansara (rumah lama), seorang bukan islam turut sama berjamaah menunaikan solat asar yang diimamkan oleh AnWAR. Usai solat jamaah, ada sahabat yang keliru telah bertanya samada teman itu telah memeluk islam? Teman itu menjawab TIDAK!

9. Tambah teman itu lagi, aku bersembahyang bersama kamu, namun menyembah tuhan aku (biarpun berada dalam saf yang sama dengan muslimin lain). Teman itu juga memakai dialog yang sama, iaitu, bukan kah semua agama itu sama dan membawa kebaikan? Jadi mengapa harus ada pengasingan dalam melaksanakan ibadah?

10. AnWAR yang menjadi imam ketika itu turut menyokong pendapat temannya yang bukan muslim itu! Satu dua orang makmum yang keliru dan tidak berpuashati segera meninggalkan rumah AnWAR. Kejadian sama juga dilaporkan di Afrika Selatan ketika AnWAR bersolat di sana, teman yang sama ini turut mengulangi perkara yang sama.

Jadinya, saya lebih cenderung melihat dari sudut negatif apabila seseorang bukan islam ini mahu melaksanakan sesuatu yang menjadi ibadah kpd org Islam. Jika benar-benar beliau ikhlas, Tian Chua wajar meninggalkan kepercayaaan beliau sekarang dan segera memeluk islam kerana beliau telah lama belajar mengenai islam dan tahu mengenainya. Saya juga teruja menantikan hari tersebut agar segala kekeliruan dapat dielakkan.......

Sekian