Perutusan khas Dato Najib sebenarnya telah menjawab antara 18 soalan-soalan yang ditimbulkan oleh Dato Abdul Kadir Jasin di
SINI.
Tak akan Dato Najib tak ambilkira kejatuhan harga minyak dan ringgit di pasaran dunia. Dan tak kan pasaran dunia jatuh salah kerajaan?
BUTIRAN PENTING
PERUTUSAN KHAS PERDANA MENTERIBagi minyak mentah, kita adalah pengeksport bersih dengan nilai lebihan eksport sebanyak RM7.7 bilion untuk tempoh Januari-November 2014.
Manakala bagi produk petroleum, kita adalah pengimport bersih dengan nilai lebihan import sebanyak RM8.9 biliont untuk tempoh yang sama.
Turun-naik nilai matawang asasnya berdasarkan pengaruh ekonomi global & Ringgit bukanlah satu-satunya yg menyusut berbanding dolar Amerika
Manakala bagi produk petroleum, kita adalah pengimport bersih dengan nilai lebihan import sebanyak RM8.9 biliont untuk tempoh yang sama.
Menyentuh tentang Imbangan Akaun Semasa negara pula, perlu diketahui bahawa ia berkait langsung dengan imbangan perdagangan import & eksport
Justeru dengan gabungan kedua-dua ini, kita sebenarnya adalah pengimport bersih dengan nilai lebihan import sebanyak RM1.2 bilion
Maka wujud tanggapan bila harga minyak merudum baru2 ini, pendapatan eksport keseluruhan akan merosot & mengakibatkan defisit akaun semasa
Oleh itu tanggapan/persepsi umum selama ini bahawa Malaysia adalah pengeluar minyak yang surplus atau berlebihan, adalah tidak tepat
Jika dicampur eksport serta import minyak mentah & ditolak produk petroleum, Malaysia sebenarnya ialah negara pengimport bersih petroleum.
Namun perkiraan ini tidak termasuk Gas Cecair Asli atau LNG, di mana Malaysia masih merupakan negara pengeksport bersih
Situasi kita masih utuh, berikutan kejayaan kita selama ini mempelbagaikan ekonomi negara sehingga dapat menampung kejatuhan harga minyak
Kesan kejatuhan harga minyak dijangka dapat ditampung oleh peningkatan permintaan barangan pembuatan, yang terdiri drpd 76% jumlah eksport.
Kesan kejatuhan harga minyak dijangka dapat ditampung oleh peningkatan permintaan barangan pembuatan, yang terdiri drpd 76% jumlah eksport.
Eksport minyak mentah hanyalah mewakili 4.5% daripada jumlah eksport.
Kerajaan yakin imbangan akaun semasa akan kekal mencatat lebihan pada tahun ini pada anggaran 5.1% daripada Pendapatan Negara Kasar.
Antara strategi2 bagi memastikan ekonomi negara berada pada landasan kukuh & mampu mencapai pertumbuhan KDNK antara 4.5% - 5.5% tahun ini:
(1) Memastikan pertumbuhan ekonomi yang seimbang, inklusif dan mampan;
(2) Meneruskan 'fiscal reform and consolidation'; serta
(3) Menyediakan bantuan kepada rakyat dan komuniti perniagaan bagi membina semula infrastruktur yang terjejas akibat banjir.
Rancakkan eksport
Bagi merancakkan eksport barangan dan perkhidmatan, beberapa tindakan berikut akan diambil:
(1) Mempromosi secara aktif 'import-substitution' demi kurangkan kebergantungan kepada sumber luar bagi perolehan barangan & perkhidmatan;
(2.1) Segera membantu pengeksport terutamanya PKS untuk mendapat prospek pelanggan baharu di pasaran yang baharu di bawah program jaringan antarabangsa menggunakan penghubung pasaran dan pakar industri;
(2.2) Mempergiat program promosi eksport di 46 negara meliputi Asia, Eropah, Timur Tengah dan Amerika Syarikat;
(2.3) Memperkenalkan SME-Go melalui SME Bank, sebuah program eksport untuk PKS;
dan (2.4) memanfaatkan Dana Perkhidmatan Eksport serta program promosi PKS untuk meningkatkan kemampanan eksport ke luar negara.
(3) Mempercepatkan pelaksanaan Logistik dan Fasilitasi Dagangan dengan menambah baik last mile connectivity ke Pelabuhan Klang, menaik taraf terminal keretapi Padang Besar, tambah baik kecekapan proses import & eksport, serta tubuh sistem jaringan perhubungan udara.
(4) Mempergiatkan keseluruhan industri pelancongan negara;
(5) Mengambil langkah2 mengkaji semula kadar levi yang dikenakan ke atas pekerja-pekerja asing; dan
(6) Visa diberi secara percuma kepada para pelancong, antaranya dari negara China
Tingkat peranan swastaBagi meningkatkan penggunaan swasta pula, Kerajaan akan melaksanakan inisiatif-inisiatif berikut:
(1) Memberi keutamaan kepada kontraktor tempatan kelas G1 (kelas F), G2 (kelas E) & G3 (kelas D) yang berdaftar dengan CIDB untuk melaksanakan kerja-kerja baik pulih di kawasan masing-masing yang terjejas akibat banjir
(2) Mempergiatkan promosi pembelian barangan buatan Malaysia;
(3) Meningkatkan kekerapan & memanjangkan tempoh operasi jualan mega di seluruh negara;
(4) Mempergiatkan promosi pelancongan domestik dengan menawarkan tambang penerbangan yang kompetitif; dan
(5) Menggalakkan sektor swasta meraih peluang daripada pewujudan Komuniti Ekonomi ASEAN
Galak pelaburan dari swasta
Seterusnya dalam usaha merancakkan pelaburan swasta di Malaysia, Kerajaan akan:
(1) Tubuh Skim Jaminan Sektor Perkhidmatan berjumlah RM5 bilion kepada PKS dalam Sektor Perkhidmatan dengan pembiayaan maksimum RM5 juta dan jaminan Kerajaan sebanyak 70 peratus;
(2) Menggalakkan GLC dan GLIC melabur dalam negara;
(3) Mengurangkan kos kendalian perniagaan melalui penangguhan cadangan kenaikan tarif elektrik pada tahun 2015 dan penangguhan cadangan kenaikan harga gas untuk sektor industri pada tahun 2015;
(4) Memperuntuk 30% perbelanjaan tahunan agensi Kerajaan & GLC untuk perolehan bekalan & perkhidmatan, kepada PKS tempatan bertaraf pembuat;
(5) Mempergiatkan penggunaan bahan, barangan dan perkhidmatan tempatan dalam perolehan Kerajaan.
Reform polisi fiskal
Dalam meneruskan 'fiscal reform & consolidation', antara langkah yang akan diambil bagi meningkatkan hasil Kerajaan adalah:
(1) Meluaskan asas percukaian dengan menggalakkan syarikat mendaftar dengan @kastamhq bagi meningkatkan hasil daripada kutipan GST. Ini akan menyumbang kepada tambahan kutipan GST sebanyak RM1 bilion. Sehingga pertengahan Januari 2015 lebih 304,000 syarikat telah daftar;
(2) Meningkatkan kutipan dividen drpd GLC & GLIC serta badan2 Kerajaan yang lain yang dapat menyumbang tambahan hasil sebanyak RM400 juta;
Kurangkan belanja kerajaan
Bagi langkah merasionalisasi perbelanjaan pula, Kerajaan akan:
(1) Optimumkan perbelanjaan ke atas bekalan, perkhidmatan, penganjuran majlis, perkhidmatan profesional yang boleh menjimatkan RM1.6 bilion;
(2) Tangguh Program Latihan Khidmat Negara tahun 2015 dengan penjimatan RM400 juta, bagi membolehkan program dikaji semula & ditambah baik;
(3) Mengkaji semula pemberian & geran kepada Badan Berkanun Persekutuan, GLC serta Tabung Amanah Kerajaan terutamanya yang mempunyai aliran pendapatan konsisten & rizab yang tinggi. Langkah ini dijangka beri penjimatan sebanyak RM3.2 bilion;
(4) Menjadual semula pembelian aset tidak kritikal seperti peralatan pejabat, perisian & kenderaan yang mampu memberi penjimatan RM300 juta
(5) Menggalakkan sektor swasta meraih peluang daripada pewujudan Komuniti Ekonomi ASEAN
Penurunan harga minyakHarga minyak mentah global 6 bulan kebelakangan ini menjunam lebih 50%. Salah satu sebab ialah lebihan bekalan & permintaan global yg lemah.
Negara2 OPEC pula enggan mengurangkan pengeluaran mereka bagi mengekalkan penguasaan pasaran.
Keadaan lebih buruk dengan pertambahan bekalan daripada kalangan negara2 bukan OPEC (Organisation of the Petroleum Exporting Countries).
Trend ini juga disebabkan pengeluaran gas & minyak shale yang meningkat ketara di Amerika, berikutan kemajuan teknologi pengeluaran minyak.
Namun pada harga US$55 setong yang diunjurkan sekarang, Kerajaan akan mengalami pengurangan hasil sebanyak RM13.8 bilion.
Persekitaran/percaturan ekonomi dunia telah berubah. Ini memberi impak kepada Malaysia, antara negara mempunyai dagangan terbesar di dunia.
Kerajaan yakin imbangan akaun semasa akan kekal mencatat lebihan pada tahun ini pada anggaran 5.1% daripada Pendapatan Negara Kasar.
Banjir
Banjir baru2 ini telah melibatkan sekitar 400,000 mangsa seluruh negara. Anggaran terkini kemusnahan infrastruktur hampir RM2.9 bilion.
Antara tindakan yang telah & akan dilaksanakan oleh Kerajaan kepada mangsa-mangsa banjir, adalah seperti berikut:
(1) Kerajaan salur peruntukan tambahan RM500 juta sebagai bantuan permulaan untuk kerja-kerja baik pulih & program kebajikan mangsa banjir. Ini sebagai tambahan kepada tabung Majlis Keselamatan Negara, menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak RM787 juta,
(2) Kerajaan sediakan RM800 juta untuk baiki & bina semula infrastruktur asas seperti sekolah, hospital, jalan raya dan jambatan;
(3) Menyediakan RM893 juta bagi Bajet 2015 untuk rancangan tebatan banjir;
(4) Membina rumah kampung bertiang (stilt houses) setinggi 8 kaki yang telah
musnah akibat banjir kepada mereka yang mempunyai tanah sendiri
(5) Menyerahkan 1,000 unit rumah kos rendah yang sudah siap di Gua Musang;
(6) Memberi bantuan RM500 bagi setiap keluarga yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir dan menghulurkan sumbangan RM5,000 kepada mereka yang kehilangan ahli keluarga;
(7) Bagi perniagaan yang terjejas pula, tambahan RM100 juta disediakan kepada TEKUN & RM100 juta kepada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)
(8) BSN, Agrobank, SME Bank, TEKUN dan AIM akan menangguhkan tempoh bayaran balik pinjaman yang telah diambil, sehingga enam bulan
(9) @BNM_official akan tubuh Special Relief Facility berjumlah RM500 juta demi sediakan pembiayaan pinjaman SME pada kadar lebih rendah iaitu 2.25%, dengan penangguhan tempoh bayaran balik pinjaman sehingga enam bulan melalui institusi pembangunan kewangan dan perbankan
(10) Bank Rakyat akan tawar Skim Pinjaman Peribadi sehingga RM50 ribu pada kadar keuntungan serendah 3.9% untuk mereka yang terjejas dan bayaran balik pinjaman bermula selepas enam bulan dari tarikh pengeluaran
(11) RM500 juta akan disediakan oleh institusi kewangan dengan jaminan pembiayaan sebanyak 70% di bawah Skim Jaminan Pinjaman Bantuan Banjir dan skim ini akan diuruskan oleh ProKhas;
(12) Pengecualian pembayaran levi oleh majikan kepada Tabung Pembangunan Sumber Manusia untuk tempoh enam bulan...
Dalam meneruskan 'fiscal reform & consolidation', antara langkah yang akan diambil bagi meningkatkan hasil Kerajaan adalah:
(1) Meluaskan asas percukaian dengan menggalakkan syarikat mendaftar dengan @kastamhq bagi meningkatkan hasil daripada kutipan GST.
(2) Meningkatkan kutipan dividen drpd GLC & GLIC serta badan2 Kerajaan yang lain yang dapat menyumbang tambahan hasil sebanyak RM400 juta;
Bagi langkah merasionalisasi perbelanjaan pula, Kerajaan akan:
(1) Optimumkan perbelanjaan ke atas bekalan, perkhidmatan, penganjuran majlis, perkhidmatan profesional yang boleh menjimatkan RM1.6 bilion;
(2) Tangguh Program Latihan Khidmat Negara tahun 2015 dengan penjimatan RM400 juta, bagi membolehkan program dikaji semula & ditambah baik;
Saya dapat rumuskan 6 perkara sebagai 'key take-away points' daripada perutusan khas sebentar tadi:
Pertama, kita bukan di dalam keadaan gawat atau krisis, seperti mana pada tahun-tahun 1997 dan 1998 bahkan tidak juga seperti tahun 2009 yang lalu, sehingga pakej-pakej stimulus perlu dilaksanakan
Kedua, strategi2 Kerajaan yang diumumkan tadi adalah langkah proaktif untuk melakukan penyesuaian berikutan faktor luaran di luar kawalan
Ketiga, Akaun Semasa dalam Imbangan Pembayaran kita, Insya-Allah, dijangka kekal positif dan tidak berada dalam defisit
Keempat, pasaran kewangan tetap teratur & kukuh. Malah, matawang ringgit walaupun mengalami penyesuaian ketika ini akan kembali ke paras yang menggambarkan asas ekonomi yang kukuh. Insya-Allah
Kelima, Perbelanjaan Pembangunan yang diperuntukkan sebanyak RM48.5 bilion tidak berubah dan akan tetap dibelanjakan. Ini termasuklah projek2 bersifat people economy yakni perumahan rakyat, tebatan banjir, bekalan air, elektrik & infrastruktur pengangkutan.
Di samping itu, projek-projek MRT jajaran kedua, LRT3 dan High Speed Rail Kuala Lumpur-Singapura akan tetap diteruskan. Pada bulan Mei nanti, saya akan bentang RMK11 bagi merencanakan pula perbelanjaan pembangunan negara sehingga tahun 2020
Keenam, Perbelanjaan Mengurus dijangka dikurangkan sebanyak RM5.5 bilion dengan mengutamakan perbelanjaan yang benar2 diperlukan sahaja.
1) NajibRazak.com (Malay): http://www.najibrazak.com/bm/blog/perutusan-khas-perdana-menteri-tentang-perkembangan-ekonomi-semasa-dan-kedudukan-kewangan-negara/
2) NajibRazak.com (English): http://www.najibrazak.com/en/blog/perutusan-khas-perdana-menteri-tentang-perkembangan-ekonomi-semasa-dan-kedudukan-kewangan-negara/
---------------
Bab 1MDB yang Pak Kadiq timbulkan, Unspinners ada maklumat panas kenapa ia jadi isu.
Sebenarnya bukan isu besar tapi ada tangan-tangan yang tidak "ikhlas" menjalankan tanggungjawab dan tamak hanya fikir kepentingan diri.
Tunggu .... :)