KUALA LUMPUR 13 Mei - Seramai 22 daripada 33 rakyat Malaysia yang nama mereka kini disenarai sebagai buruan polis antarabangsa (Interpol), dikehendaki kerana disyaki terlibat dalam pelbagai kesalahan berkaitan jenayah komersial.
Antara kesalahan tersebut adalah penipuan dokumen seperti memalsukan kematian dan kad kredit, penipuan dalam urusan pinjaman wang, kecurian maklumat serta penipuan dalam teknologi maklumat.
Sumber memberitahu, kebanyakan suspek dikehendaki oleh pihak berkuasa Malaysia kerana melarikan diri ke luar negara bagi mengelak ditangkap selepas dikesan melakukan kesalahan tersebut.
Beliau berkata, selain jenayah komersial, terdapat lima rakyat Malaysia dikehendaki oleh Interpol kerana terlibat dalam jenayah pelarian, tiga orang berkaitan penyeludupan dadah dan masing-masing seorang berkaitan jenayah alam sekitar serta terorisme.
RADIO BANGSAR UTAMA radio ini akan melaporkan kes najib razak di paris
apabila kes ini dibuka di paris radio bangsar utama akan memberi liputan untuk para pendengar
bila disenaraikan harta tanah ini menjadi saham saham ini naik turun dipasaran bila turun saham akan disimpan
bila saham ini naik pasti akan di jualkan
yang dijualkan ini ialah harta tanah felda itu maka ada orang akan membeli saham ini yang menualkan saham dapat duit yang menualkan saham tanpa disedari telah hilang tanah
ini tidak diberi tahu kepada peneroka felda
inilah namanya gerombolan tipu melayu
PENYENARAIAN FGVH BERI KEUNTUNGAN JANGA PANJANG KEPADA PENEROKA - meloya
TEMERLOH: Penyenaraian Felda Global Holdings Ventures Bhd (FGVH) di Bursa Saham Malaysia pada Jun depan dilihat akan memberi manfaat dan keuntungan jangka panjang kepada 112,635 peneroka FELDA di seluruh negara.
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi Pahang, Mohd Sharkar Shamsuddin, berkata penyenaraian tersebut amat dinanti-nantikan semua pihak kerana bakal memberi keuntungan yang berganda.
"Pihak yang menyebar pelbagai fitnah kononnya FGHV akan mengalami kerugian serta aset termasuk tanah hilang dan bankrap adalah tidak benar sama sekali.
"Pada awal penyenaraian tersebut nanti harga saham FGHV dijangka terus meningkat berganda dan mereka yang membeli saham itu sudah boleh berkira-kira akan mendapat keuntungannya pada tahun berikutnya," katanya ketika menyampaikan wang 'durian runtuh' kepada peneroka sempena penyenaraian FGHV kepada 900 peneroka FELDA Bukit Damar dan Lakum di sini, hari ini.
KOMENTAR TUKAR TIUB untuk para tokan jual agama untuk tokan jual candu lihat dan baca berita ini
ini berita orang jordan pandai bahasa arab demo di amman ibu kota jordan
demo di amman ini menuntut gaji naik demo di jordan ini menuntut kebebasan demo di jordan mahu demokrasi demo di jordan menuntut roti dan kebebasan
dan menuntut kerajaan letak jawatan
ini demo orang arab jordan orang jordan pandai berbahasa arab orang jordan pandai terutur arab
jadi mereka tak kena tipu oleh tokan jual agama oleh tokan jual candu tokan candu yang gunakan bahasa arab untuk menipu orang melayu
mustahil warga jordan tak tahu apa itu kezaliman mustahil warga jordan tak tahu apa salah apa benar mustahil tak jumpa ayat ini bahasa arab mereka faseh bahasa arab
NOTA di malaysia tokan jual candu agama kata demo tak boleh tokan jual candu agama kata demo lawan kerajaan tak boleh
dengan menggunakan bahasa arab para tokan menipu orang melayu
tapi orang jordan yang tahu bahasa arab tak kena tipu kah kah kah
KAIN RENTANG PUN DALAM BAHASA ARAB
Thousands rally in Jordan anti-government demo
By RFI More than 5,000 people rallied in Amman and other cities after weekly prayers on Friday against Jordan's economic policies, demanding "bread and freedom" and that the government resign.
RIBUAN RAKYAT JORDAN ADAKAN PERHIMPUAN JALANAN - ajensi
AMMAN 12 Mei - Beribu rakyat Jordan semalam mengadakan perhimpunan jalanan sebagai pembantah penubuhan kerajaan yang baru ditubuhkan kira-kira dua minggu lalu.
Perhimpunan yang disertai oleh penyokong sayap kiri dan aktivis bebas itu memohon Fayez Tarawneh, yang merupakan bekas ketua mahkamah yang dilantik oleh Raja Abdullah II sebagai Perdana Menteri diusir daripada kerajaan baru.
Malah, mereka juga memohon untuk pembentukan 'Perpaduan Kerajaan Kebangsaan' bagi menggantikan Tarawneh. - dpa
PEKAN 13 Mei - Tindakan mempertikaikan fatwa mengharamkan rusuhan jalanan seperti Bersih 3.0 dilihat seperti menidakkan sumber hukum termasuk ayat al-Quran yang menjadi rujukan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia.
Mufti Pahang, Abdul Rahman Osman berkata, keputusan berkenaan dibuat setelah perbincangan menyeluruh para ulama dalam jawatankuasa tersebut berdasarkan sumber hukum yang mengharamkan perbuatan menghuru-harakan negara.
"Fatwa yang diberikan dibuat kajian terlebih dahulu kemudian dibincangkan di kalangan ulama yang dilantik termasuk pakar universiti dengan merujuk ayat-ayat al-Quran dan hadis. Kalau kita menidakkan keputusan ini bererti kita menidakkan al-Quran, hadis dan syariat itu sendiri.
"Seolah-olah kita cuba untuk meragukan umat tentang pandangan ulama iaitu mufti dalam kes ini. Makna sekarang orang tak percaya kepada mufti dan mereka yang sebarkan keraguan kepada mufti itu akhirnya akan menyebabkan orang tak akan hormat pada agama,'' katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di sini hari ini.
Justeru tegas Abdul Rahman, kecenderungan pihak tertentu untuk menggerakkan perhimpunan jalanan ala `Arab Spring' di negara ini bagi menggulingkan kerajaan adalah haram kerana Islam agama yang menyeru umatnya mentaati pemerintah dan mementingkan jamaah. - MELOYA
SEKARANG JAM 3.00 PETANG AHAD 13 MEI 2012
radio bangsar utama sedang mwembuat laporan terus menerus dari demo anti tol
laporan dari baru tiga lebih persekutuan kuala lumpur klang
media barat sedang menunggu najib razak media dari peranchis telah mula berkampong di london aktivis malaysia di kota london telah mula mendapat panggilan talipon dari media peranchis media peranchis ini menemubual najib razak media peranchis mahu beri eklusif
tim bersih kota london sedang bersiap sedia untuk melancarkan demo untuk menyambut najib razak
london akan sekali lagi jadi kuning
NOTA:
media peranchis ingin bertanya
" monsieur prime minister... will you be a witness?' ( dengan lorat peranchis)
DEMO BERSIH 2.0 DI TRAFALGAR SQUARE
DEMO BATU TIGA - DEMO ANTI TOL
radio bangsar utama akan membuat laporan langsung dari batu tiga layari sekarang
sila cam dan kenali muka dalm gambar ini muka ini dikatakan telibat dalam keganasan mereka ini adalah mata mata
pada 28 april lalu ketikas mereka mengganas mereka tidak memakai lencana nama mereka tidak memakai angka mata mata
siapakah pengganas ini?
orang ramai yang kenal muka mereka sila hantar maklumat kepada: Nombor talian SMS : 018-923-5-083 Email SAMM : adu@anakmudamalaysia.com
CARI CAM DAN DAKWA MEREKA
BIAR MANGSA KEGANASAN CARI DARI BALI KE BALAI - mkini
Jika mahu berlaku adil, polis dicabar membenarkan mangsa dakwaan keganasan polis semasa perhimpunan BERSIH lalu menjalankan pencarian dan pengecaman terhadap penyerang mereka dari balai ke balai.
Anggota Parlimen Segambut daripada DAP Lim Lip Eng berkata demikian ketika mengulas tindakan polis memberi kata dua keapda 141 individu yang dikehendaki supaya tampil dalam masa seminggu atau dicari di rumah masing-masing.
"Dalam kes ini, polis patut membenarkan mangsa polis menjalankan carian dari balai ke balai, terutamanya seorang wanita daripada Serdang yang berkata mengecami pegawai polis yang menumbuknya," katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
LAYARI RABU UNTUK DEMO ANTI TOL
radio bangsar utama akan membuat laporan langsung dari batu tiga
wartawan rabu akan berada di batu tiga untuk memberi laporan terus menerus
Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga, yang baik itu budi, yang indah itu bahasa.
Pepatah atau pantun pendek orang tua-tua dulu begitu tinggi kiasannya ... Ia menggambarkan tentang akhlak seseorang yang budiman itu dapat dilihat melalui perihal pertuturan bahasanya yang indah dan sedap pada pendengaran.
Seperti yang pernah diungkapkan oleh Hamka, "Kata-kata yang lemah lembut dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras "
Jom kita sama-sama nikmati pula antara bait sajak Usman Awang yang bertajuk Melayu:
Melayu itu orangnya bijaksana Nakalnya bersulam jenaka Budi bahasanya tidak terkira Kurang ajarnya tetap santun Jika menipu pun masih bersopan Bila mengampu bijak beralas tangan
Rais Yatim gemar bermadah indah , lagak seperti seorang pujanga. Pernah mengucapkan pantun berikut sebagai tonggak kesopanan bangsa:
Tegak rumah kerana sendi Runtuh sendi rumah binasa Sendi bangsa ialah budi Runtuh budi runtuhlah bangsa.
Dan bandingkanlah ungkapan Perdana Menteri Malaysia kita, Najib Tun Razak :
HARAMA JADAH! SAYA TAK REDA MEREKA INI MENERIMA!
Kalau dirujuk dalam Kamus Dewan, istilah Haram Jadah ini adalah kata makian yang membawa maksud : Anak yang lahir daripada ibu dan bapa yang tidak berkahwin, anak haram, anak luar nikah
Dan bahasa kesat itulah yang Najib gunakan kepada para peneroka Felda yang tidak sehaluan dengannya. Sampai hati, rakyat sendiri dicaci sebegitu rupa.
Azmin (empat, kanan) melepaskan konvoi selepas menyerahkan peralatan persiapan PRU13 hari ini.
GEORGETOWN - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dicabar segerakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sekiranya beliau merasakan sokongan rakyat kepada Umno semakin kukuh dan kuat.
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, tindakan Najib menangguhkan pilihanraya dengan menggunakan pelbagai taktik menunjukkan Umno belum lagi bersedia untuk berhadapan dengan rakyat selain hilang keyakinan dan kepercayaan di kalangan ahli Umno sendiri.
Azmin berkata, tindakan Najib itu disebabkan beliau perlu menyelesaikan pelbagai masalah dalaman Umno selain kontroversi yang dihadapi kerajaan.
"Kalau dia katakan sokongan rakyat kepada Umno semakin kuat dan kukuh, saya cabar dia umumkan tarikh pilihan raya esok.
"Pakatan Rakyat (PR) sudah bersedia dari tahun lalu lagi untuk PRU13," katanya kepada media selepas menyerahkan peralatan persiapan PRU13 PKR Negeri Pulau Pinang di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Azmin berkata, PKR telah selesai pengagihan kerusi dengan rakan PR untuk PRU13 di Pulau Pinang.
"Kita juga telah kenal pasti calon-calon yang akan bertanding di peringkat Parlimen dan Dun.
"Nama-nama calon wakil PKR Pulau Pinang akan diumumkan oleh Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam masa terdekat," katanya.
Ucapan Ha Najib Razak baru sekejap tadi sempena sambutan hari ulang tahun ke 66 Umno sungguh emosi dan bersemangat. Satu ucapan penggerak semangat terakhir sebelum parlimen dibubarkan. Saya mengira cara Najib ini tepat. Ini kerana seperti saya ramalkan sebelum ini majlis ulang tahun Umno ke 66 pasti akan menjadi salah satu indikator untuk Najib mencari ilham bagi membubarkan parlimen bagi mendapat mandat rakyat. Kalau sambutan majlis ini hangat pasti ia menggocak jiwa Najib untuk bubar parlimen.
Najib berucap penuh semangat.
Bersih 3.0 adalah indikator pertama bagi Najib membuat penilaian dan keputusan apakah parlimen boleh dibuabrkan atau pun tidak dalam bulan Mei dan Jun ini. Dengan kehadiran lebih 60,000 ribu di stadium Bukit Jalil malam ini dianggap satu kehadiran yang terbesar dalam siri-siri majlis himpunan Umno yang diadakan selepas 28 April dapat menyangi kehebatan Bersih yang dihadiri lebih 250,000.
Tidak ada lagi majlis Umno selepas ini melainkan majlis ini dibuat sempena hari ulang tahun Umno. Majlis-majlis di negeri-negeri kurang mendapat sambutan walaupun Umno menyediakan prasarana dan ubah wang poket. Di negeri kelahiran Najib sendiri satu majlis hanya dihadiri tidak sampai 200 dan ia menimbulkan kemarahan Najib.
Malam ini waalaupun ahli Umno diangkut dan diupah, tetapi jumlah itu kurang dari 80,000 tetapi sudah cukup memuaskan Najib yang belaum ini belum pernah mendapat sokongan (paksa) seperti itu. Sebenarnya jumlah kehadiran di stadium Bukit Jalil ini belum dapat mengatasi ledakan penonton perlawanan akhir boleh sepak khasnya membabitkan Kelantan. Tetapi tidak mengapalah kerana inilah majlis melibatkan Najib teramai Najib perlu berpuas hati dan seronok.
Mungkin bagi mereka yang tidak mahu menerima kelemahan dan berilusi Umno masih hebat, walaupun sudah lemah, menganggap himpunan malam ini sempurna dan terhebat. Kenapa mereka merasakan begitu kerana tidak ada himpunan sebesar malam ini walaupun kurang separuh dari jumlah himpunan Bersih 3.0.
Najib dan Udin anak Yassin cuba sedaya upaya untuk menunjukkan majlis malam ini Umno kuat dan berpadu. Mereka berdua ingin menggambarkan kepada dunia bahawa Umno masih relevan dan utuh. Sebab itu Udin anak Yassin mengulangi jumlah hampir 100,000 dan katanya masih banyak lagi yang berada diluar dan dalam perjalanan. Sebenarnya yang dalam perjalanan sudah pun melencong ke tempat lain.
Najib pula malam ini telah mengeluarkan seluruh kekuatan dalaman dan luarannya. Suaranya sudah dilepaskan kesemua sekali. Jeritannya seakan sama kuat dan sama ngeri dengan jeritan harimau yang cedera ditembak.
Kenapa saya kata majlis itu tidak sumpurna? Situasi itu cukup apabila bekas presiden Umno dan perdana menteri, Abdullah Ahmad Badawi tidak ada dalam majlis itu. Apakah beliau sakit. Begitu juga bekas pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah dan lain-lain termasuk anak-anak bekas timbalan perdana menteri, Ghafar Baba, Tamrin Ghabar, bekas anak Ketua Pemuda Umno, Harun Idris, Mazlan Harun, anak-anak bekas pahlawan Umno dan lain-lain tidak bersama. Itu memberi gambaran bahawa Umno semakain renggas dan bercelaru, indah di luar buruk di dalam. Masak di hujung putik dipangkal.
Orang-orang seperti Abdullah Badawi, Tengku Razaleigh tidak patut tidak hadir. Kalau mereka uzur dengan kerusi roda pun patut diheret. Tidak cukup dengan kedatangan Mahathir bersama isteri untuk menunjukkan Umno masih kuat dan padu seperti dulu. Penglibatan Mahathir dalam apa-apa majlis Umno hari ini dilihat bukan menyempurnakan lagi tetapi mencacatkan?
Dalam perhatian saya sambutan di kalangan pemuda Umno (anak-anak muda) kurang sekali. Kalau tanpa puteri dan wanita Umno yang dilihat sebagai peminat Umno kerana ingin glamour, mungkin majlis itu semakin rengas seperti daun kepala dimakan kekabur. Dari jumlah 60,000 itu mungkin 40,000 darinya adalah dari kalangan wanita.
Najib atau admit media sosialnya (Fb, blog, twitter dan lain) pernah menguar-uarkan bahawa pengikut Fb atau blog Najib sudah mencecah 1.5 juta. Apakah mereka tidak mengetahui majlis itu dan hanya menyapa Najib menerusi Fb dan blog atau twitter dengan tiap seorang membuka 10 hingga 30 akaun? Kalau benar pengikut media sosial Najib mencapai jumlah jutaan pengikut pasti di belapan stadium Bukit Jalil penuh sesak dan tidak ada kerusi kosong di tempat duduk berbumbung. Tetapi nampaknya dari suluhan kemera tv yang begitu hati-hati ternampaknya tempat duduk kosong tergohong.
Begitu juga kaum India yang hadir sama-sama meraikan ulang tahun Umno tidak ramai. Jumlahnya jauh lebih ramai yang pergi berarak dekat Bersih di mana saya anggarkan kira-kira 20,000. Ke manakah kaum India kali ini. Atau mereka menyimpang wang, tenaga dan semangat untuk menyertai himpunan Hendraf hujung bulan ini? Tidak ada corong kemereka tv yang diselar ke muka India.
Tidak mengapalah terpulang serah kepada Najib untuk menilai dan beliau merasa berhak untuk berseronok dengan gelombang merah malam ini. Sebagai orang yang pertama kali mendapat crowd seramai itu mungkin menyebabkan Najib tidak dapat tidur kerana mikirkan beliau mendapat sambutan. Walhal sorakan untuk Mahathir lebih hebat darinya.
Dari segi ucapan Najib tidak berapa elok kerana ada kalanya terlalu emosional dan ego. Ada beberapa perkara beliau sepatutnya tidak menyebut dan mengulang-ulanginya lagi kerana sudah pun menyebut sebelum ini. Ruang dan kesempatan yang baik itu sepatutnya Najib gunakan untuk membangkit semangat orang Melayu dan rakyat Malaysia, tetapi sayang digunakan untuk menghetam Bersih, memperkecilkan Bersih dan cuba mencerminkan pembangkang sebagai jahat dan tidak bertanggungjawab. Najib tidak habis-habis memuji polis dan membenci kejahatan para peserta Bersih sedangkan hakikatnya sudah diketahui jutaan orang.
Pada majlis begitu yang penuh emosi dan sentimental itu sepatutnya Najib berucap secara matang mengemukakan hujan fikir secara lebih mampan untuk menjelaskan transformasi dilakukannya. Mengajak rakyat untuk bersatu dengan Umno dan tidak perlu memperlekeh dan menjahat-jahatkan pembangkang secara melulu dan berlebihan. Pengundi hari ini sudah dewasa dan matang berfikir. Betapa pembangkang di kosmetikkan dengan kejahatan, mereka akan nilai sendiri nanti. Di hadapan Najib mereka bertepuk tangan tetapi bila kembali ke rumah mereka membandingkan dengan fikiran tenang. Sebab itu ada orang yang mengucup tangan Rosmah bila balik mereka basuh dan samak dengan tujuh jenis air. Kecuali seorang manusia saja yang tidak mandi tujuh hari kerana menghidup bau tangan Rosmah untuk dijadikan saksi dan bukti kesetiaan dia kepada Umno.
Najib tidak seharusnya mendabik dada Umno hebat, baik dan berjasa kepada rakyat. Sebaiknya dan paling berkesan biarlah orang lain yang memuji Umno. Najib sebagai orang Umno sudah tentu akan memuji Umno baik, seperti mana Najib melihat ke dalam cermin dia pasti merasakan dia paling kacak daripada segala orang lain termasuk bintang filem.
Iya, melihat kepada semangat Najib malam ini dan keyakinan bahawa Umno sudah mentap, kuat, sihat nampaknya dia sudah bersedia untuk membubarkan Parlimen. Najib tampaknya sudah berpuas hati dengan tahap orang-orangnya dalam mempersiapkan diri untuk berpilihan raya. Apapun hendak dikatakan Najib tetap mengambil himpunan malam ini sebagai indaktor untuk bubar parlimen.
Malam ini Najib juga terlalu yakin rakyat terjerat dengan perangkapnya menerusi pemberian wang rakyat kepada rakyat sebanyak RM500, baucher RM100 kepada pelajar, kewujudan kedai, klinik, pasar ikan 1 Malaysia dan sebagainya. Tujuh prinsip atau pun persoalan untuk dijawab pembangkang juga menunjukkan dia konfiden. Tujuh perkara itu pasti akan dijadikan tunggak dalam manifestonya untuk berigumentasi dengan pembangkang.
Melihat kepada senario dan raut muka Najib yang lebih merah pada malam ini saya percaya Najib akan mengumumkan pembubaran parlimen dalam masa terdekat. Bila? Kerana suka tidak suka Najib sudah tidak ada masa dan ketika yang baik lagi untuk berbuat demikian.
Waktu ini juga rakyat termasuk ahli Umno sedang membuak rasa, tergila-gila hendak berpilihan raya, dan semasa sekeling masih ada... bubarlah walaupun khabarnya bomoh Siam, Tok Sami dan Kiyai di Indonesia membuat telahan mengikut firasat dan ilmu batin mereka masing-masing bahawa pilihan raya ke-13 ini pilihan raya yang tidak membawa banyak tuah kepada UBN dan memberi dugaan kurba buat Najib.
NAMPAKNYA semakin berserabut kepala otak raja katak Berahim Ali dari Pasir Mas. Mungkin kerana terasa hati tidak dijemput walaupun sebagai pemerhati di dalam persidangan atau perhimpunan lembu-lembu kondo di kandang Bukit Jalil baru-baru ini.
Ataupun, beliau merasa Perkosa pimpinannya jauh ketinggalan dan semakin dipinggirkan, maka raja katak yang menenggek atas kerusi pemberian ihsan dari PAS itu mula cuba untuk mencari publisiti baru dengan mengesyorkan cadangan paling bodoh kepada Majlis Fatwa. Cadangannya adalah agar Majlis Fatwa mengharamkan PAS menggunakan nama Islam di dalam parti tersebut. Ertinya, nama Islam hendaklah diharamkan di dalam PAS, tetapi nama Melayu dihalalkan jika boleh diwajibkan digunapakai di dalam Parti Kebangsaan Melayu Bersatu iaitu Umno.
Bekas penyanyi terkenal Cat Steven, kini dengan nama Yusof Islam
Bila kita katakan Berahim raja katak ini bengap, mungkin ada yang berkata gelaran itu terlalu huduh buat beliau. Tetapi, kita tidak boleh kata Berahim raja katak ini bijak pandai kerana semua orang tahu bahawa isu yang ditimbulkan oleh raja katak ini adalah isu lapok yang telah pun difatwakan oleh Majlis Fatwa berpuluh tahun dahulu. Majlis Fatwa telah mengharuskan nama Islam digunakan di dalam pertubuhan parti politik selagi ianya tidak menjejaskan ugama itu sendiri.
Mengapa Berahim raja katak tidak juga mencadangkan agar Bank Islam atau Universiti Islam turut diharamkan? Aku rasa jika penyanyi terkenal `Cat Steven' atau nama Islamnya Yusof Islam adalah warganegara Malaysia, mungkin Berahim raja katak ini akan mengadakan demontrasi Perkosa agar Yusof Islam menukar namanya kepada Yusof Melayu.
cium keris...mmmuuahh..muahhh..mmuahhss...
Aku cukup bimbang jika Berahim raja katak ini mampus nanti, beliau akan memarahi Malaikat Mungkar Nankir kerana menyoal perkara-perkara berkaitan agama. Bagi beliau, agama tiada kena mengena dengan politik di dalam ertikatanya ugama juga tiada kena mengena dengan mati. Jika beliau yakin agama ada kena mengena dengan politik disebabkan orang-orang politik kesemuanya akan mati dan akan disoal di alam akhirat nanti tentang kehidupannya di dunia, raja katak ini tidak akan tergamak untuk mencadangkan perkara sebodoh itu.
Aku cukup tidak sabar untuk melihat raja katak ini dikuburkan politiknya di Pasir Mas agar menjadi pengajaran kepada beliau bahawa orang yang khianat dan busuk hati akan dihina sehina-hinanya di dunia lagi./wfauzdin.blogspot.com
Lebih seminggu sudah, keluhan dan rintihan rakyat Malaysia di ibu kota Kuala Lumpur berlalu. Namum kehangatan isu dan akronim BERSIH masih kedengaran di setiap lokasi awam serta persendirian di negara ini. BERSIH menjadi juadah serta tatapan utama di semua muka surat pertama media massa, arus perdana mahupun alternatif. Dari isu asal yang diketengahkan oleh BERSIH hingga ke isu penculikan "BERSIH" oleh pihak pembangkang, kerakusan polis, tangkapan terhadap peserta BERSIH hinggalah ke isu penggulingan kerajaan diutarakan. Dinamika yang unik sedang mengambil tempat dalam masa yang begitu cepat dan pantas dalam sejarah sosio-politik negara ketika ini.
Lebih menarik dan heboh lagi ialah fenomena pasca BERSIH kini disusuli dengan pelbagai lagi siri demonstrasi oleh beberapa golongan berkepentingan tertentu serta pandangan mereka yang unik. Harus dinyatakan di sini bahawa setiap demonstrasi ini ada sahaja warna merah dipaparkan. Apakah itu? Maafkan saya, tahap pemikiran kritis dan koheran saya amat cetek, anda sendiri yang interpretasikannya mengikut pemafaman anda.
Menjadi hakiki sosial yang nyata bahawa mereka yang mempunyai kuasa dan akses sering mempunyai kecenderungan untuk memperkotak-katikkan pihak yang lemah, tidak sehaluan dan mengingari kehendak mereka. Tetapi yang menarik perhatian saya ialah pemaparan BERSIH dan warga Malaysia yang hadir pada hari itu dicatagorikan sebagai golongan masyarakat yang suka membuat kacau, jahat, derhaka dan lebih teruk lagi dengan mengatakan bahawa ingin membuat konpirasi untuk menggulingkan kerajaan. Masuk akal dan rasional kah pendakwaan dan penuduhan liar seperti ini?
Lebih daripada 100,000 entiti bergelar manusia dan berstatus rakyat Malaysia hadir and berkumpul di ibu kota negara Malaysia, Kuala Lumpur. Entiti ini terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, keturunan, umur, agama, bangsa dan latarbelakang. Hasrat mereka hanya satu, mewartakan pendapat dan pendirian mereka mengenai proses pengundian yang kurang adil di Malaysia secara aman.
Walau bagaimanapun mereka ini dilabel dan dikategorikan sebagai golongan yang suka membuat kacau, jahat, derhaka dan ingin membuat konsirasi menggulingkan kerajaan? Benarkah begitu?
Perlu dinyatakan di sini bahawa yang hadir pada hari itu juga terdiri daripada golongan profesional, eksekutif, guru, penyarah, peguam, doktor, jurutera, ahli peniaga, artisan, bijak pandai dan cendikawan. Malah ramai buruh kasar turut hadir terdiri daripada pemandu bas, lori, petani, pekerja am rendah dan lain-lain lagi hadir untuk meluahkan perasaan serta pendirian mereka terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). Jadi kesemua entiti ini bersifat subversif? Bagaimana pula dengan entiti-entiti berstatus rakyat Malaysia di luar negara? Mereka menyuarakan pendirian mereka dari lebih 70 bandar daripada seluruh pelusuk muka bumi ini! Mereka juga puak pengacau? Anarkis?
Malah, kehadiran lebih daripada 100,000 orang di ibu kota, Kuala Lumpur diperlekehkan oleh sebahagian kecil kumpulan yang suka akan makhluk ghaib bernama "kuasa".
Ingin juga saya bertanya di sini bahawa tidakkah 100,000 entiti yang hadir pada hari itu tidak ada kerja lain? Tidak mampu berfikir sendiri? Ataupun mereka sengaja membawa anak bini dengan berhasrat untuk beriadah sambil dipukul oleh pihak Polis? Atau mereka telah membuat perbincangan awal di rukuntetangga mereka untuk menggulingkan sebuah kereta?
Senyum dan jenaka dalam diri kita, ketika membaca wacana ini tetapi inilah hakiki realiti yang cuba digambarkan oleh sesetengah pihak terhadap 100,000 entiti yang hadir pada hari itu. Tidak menjadi keberatan untuk saya menyatakan di sini bahawa peristiwa Duduk dan Bantah ini merupakan satu peristiwa bersejarah dalam sejarah moden tanah air, Malaysia.
Pihak berkuasa (hegemoni) dan yang mempunyai kepentingan kini sibuk menabur pelbagai andaian dan gambaran konotasi negatif terhadap tangisan serta keluhan rakyat ini. Apa sahaja cara, dihalalkan untuk berbuat demikian demi menyelar solidariti BERSIH ini dan menjatuhkannya kredibiltinya sama sekali. Malah tidak mustahil bagi kumpulan ini pada keesokan hari membuat satu pendedahan saintifik yang menyatakan bahawa menghadiri demonstrasi beramai-ramai tidak bagus untuk kesihatan mental dan fizikal serta penyelidikan ini akan diiktiraf oleh sebuah institusi politik atau pusat penyelidikan tempatan. Tidak mustahil sama sekali di bumi "boleh-land" ini.
Sedih, kelaru, kebingungan keadaan emosi dan fikiran apabila membaca mengenai pandangan sempit seperti ini. Lebih parah lagi, apabila pandangan sedemikian diwar-warkan oleh golongan pemimpin politik tanahair sendiri. Ini hanya menunjukkan sikap dan betapa rendahnya tahap pemahaman mengenai konsep demokrasi serta hak asasi manusia dalam minda mereka, biar dari segi teori mahupun praktis.
Bagi golongan pemimpin dan berkuasa dengarlah pada seruan, keluhan serta rintihan rakyat anda sendiri. Tanpa rakyat tidak ada konsep nyata bagi negara bangsa, ataupun pemimpin. Anda perlu mengikut dan adakalanya akur kepada kehendak serta keperluan rakyat anda. Pendapat dan pandangan mereka jangan kamu perlekehkan.
Kini rakyat Malaysia tercinta sudah bersedia untuk ke arah budaya politik yang lebih matang tetapi adakah anda, golongan pemimpin bersedia dan akur kepada hakiki sosial ini? Tepuk dada dan tanya selera anda wahai pemimpin sekalian, fikir-fikirkanlah. *Pradeeb Kumar ialah Acedemic felo, Universiti Sains Malaysia yang kini berada di Humboldt-Universität zu Berlin, Germany.
Gerakan BERSIH 3.0 bertemakan "428 Duduk Bantah" telah menggegarkan bumi Malaysia selepas mahasiswa mahasiswi "occupy Dataran" selama dua minggu. Semangat dan kekuatan yang ditonjolkan oleh gerakan "Occupy Dataran" begitu kuat meskipun mereka berdepan dengan segala keganasan kumpulan tertentu dan kelampauan tindakan pihak tertentu secara berterusan. Tuntutan mereka supaya Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan wajar dilihat sebagai sesuatu yang mustahak, justeru Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) cuba menganalisi tuntutan tersebut dan berharap isu dasar ini tidak ditenggelamkan dalam kota yang dikuning-hijaukan.
Pemansuhan pinjaman PTPTN menjadi isu hangat, dibincang oleh rakyat, tidak kira bangsa, agama dan status. Situasi ini bermula selepas Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim pada 23 March 2012 menyatakan bahawa PTPTN akan dimansuhkan di samping pemberian pendidikan percuma kepada pelajar di peringkat pengajian peringkat tinggi jika diberi mandat sebagai kerajaan baru Persekutuan apabila Pakatan Rakyat memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
Sekumpulan mahasiswa kemudiannya telah mengadakan demonstrasi menuntut kerajaan memberi pendidikan percuma dan memansuhkan PTPTN pada 14 April 2012. KPRU melihat secara positif tuntutan pemansuhan PTPTN dan pemberian pendidikan percuma di peringkat pengajian tinggi. Selama PTPTN dilaksanakan, Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) telah mendapat manfaat pada masa yang sama menyebabkan kewujudan ratusan IPTS tanpa kualiti dan daya persaingan. Sementara itu, generasi miskin baru terlahir ekoran pelaksanaan PTPTN dan dasar lain yang "memiskinkan" rakyat terbanyak.
Kegagalan PTPTN Membentuk Generasi Miskin Baru
PTPTN beroperasi sejak penubuhannya pada tahun 1997 dengan tujuan memberi tumpuan kepada pelajar yang telah mendapat kemasukan ke universiti tempatan tetapi tidak dapat melanjutkan pelajaran kerana masalah kewangan. Sehingga 30 September 2011, sebanyak 1.87 juta pembiayaan pendidikan telah diluluskan melibatkan peruntukan sebanyak RM 41.6 bilion.
Kerajaan melaksanakan kaedah baru pembiayaan pendidikan PTPTN dengan mengenakan Ujrah sebanyak 1 peratus bagi menggantikan kaedah pinjaman sedia ada yang mengenakan kos pentadbiran 3 peratus dan 5 peratus yang dikuatkuasa pada 1 Jun 2008. Walaupun kaedah ini dilihat sebagai memberi manfaat kepada peminjam, namun syarat kelayakan dan langkah yang rumit menyebabkan kaedah baru ini tidak dapat dinikamati oleh keseluruhan peminjam PTPTN.
Jumlah pembayaran tidak kira caj 3 peratus mahupun 1 peratus amat membebankan peminjam. Berdasarkan pengiraan jadual bayaran balik pinjaman pelajar (rujuk: PTPTN) daripada laman web PTPTN, seorang graduan yang membiayai PTPTN RM50,000, tempoh bayaran balik 60 bulan, jumlah kos pentadbiran di bawah caj 3 peratus adalah RM4,739.40. Jumlah bayaran bulan pertama adalah RM504.43. Jika pelajar tersebut mendapat tawaran kaedah pinjaman ujrah 1 peratus, jumlah kos pentadbiran 60 bulan akan berkurang kepada RM1,542.98, tetapi jumlah bayaran bulan pertama adalah RM474.98. Jumlah ini membebankan seorang graduan yang baru mula bekerja atau golongan yang rata-rata gaji mereka sekadar RM2000 atau lebih rendah daripada RM2000 sebulan.
Jumlah pembayaran yang membebankan mengakibatkan prestasi bayaran balik pinjaman tidak memuaskan, jumlah penangguhan bayaran balik mencapai jumlah sebanyak RM460 juta sehingga 31 Disember 2010. Dan tunggakan bayar balik daripada peminjam atau penerima biaya yang tidak memberi maklum balas mencapai jumlah sebanyak RM1,091 juta.
Di samping itu, ribuan lagi peminjam yang disenaraihitamkan oleh PTPTN lantas menghalang mereka daripada ke luar negara di bawah Seksyen 22A, Akta PTPTN 1997 dan akhirnya membawa implikasi negatif kepada anak-anak muda sehingga mereka dikenakan sekatan perjalanan ke luar negara. Berdasarkan Laporan Tahunan PTPTN 2010, pada tahun 2010 seramai 76,980 peminjam telah dilarang untuk meninggalkan Malaysia, berbanding 28,347 tahun 2009 iaitu peningkatan sebanyak 48,633 peminjam atau 171.56 peratus dalam tempoh satu tahun!
76 peratus daripada 935,566 peminjam telah membayar semula pinjaman PTPTN mereka. 76 peratus ini pula hanya membayar semula sebanyak 48.8 peratus daripada jumlah sebenar pinjaman PTPTN yang patut dibayar semula. Ini menunjukkan kelemahan pengurusan PTPTN dalam menguruskan pengutipan pembayaran semula pinjaman PTPTN.
Oleh sebab kelemahan pengurusan PTPTN, pembayaran balik kurang memuaskan. PTPTN terpaksa meminjam dana daripada agensi lain seperti KWSP, CIMB Bank, RHB Bank, AM Bank. Berdasarkan Laporan PTPTN tahun 2010, jumlah pinjaman daripada KWSP sehingga 31 Disember 2010 adalah sebanyak RM9.5 bilion. KWSP merupakan pemiutang terbesar bagi PTPTN.
Seperti yang ditunjukkan, dalam tahun 2010, PTPTN telah melakukan pinjaman jangka panjang daripada CIMB Islamic Bank Berhad sebanyak RM4.5 bilion, AmIslamic Bank Berhad sebanyak RM3 bilion dan RHB Islamic Bank Berhad sebanyak RM1.5 bilion. Ini menjadikan jumlah keseluruhan pinjaman yang dibuat daripada agensi luar sehingga akhir tahun 2010 berjumlah RM18.5 bilion.
Pinjaman tersebut juga menunjukkan isu PTPTN bukanlah isu mahasiswa sahaja tetapi isu dasar yang melibatkan KWSP, iaitu caruman saraan pekerja di negara ini. Sekiranya isu PTPTN tidak diselesaikan secara menyeluruh, ia akan menjejaskan struktur ekonomi negara dan kebajikan pekerja bersara pada masa depan.
Walaupun PTPTN telah mencapai tujuannya yakni memberi kemudahan kepada pelajar miskin melanjutkan pendidikan pengajianya dalam peringkat tinggi. Namun begitu, purata gaji yang rendah membebankan graduan apabila mereka menamatkan pengajian. Berdasarkan kajian UNICEF, purata kadar inflasi negara dari 1990 hingga 2010 adalah pada tahap 4 peratus berbanding kadar kenaikan gaji sebanyak 2.6 peratus sahaja. Sementara itu, menurut rangkaian berita BBC, purata gaji Malaysia hanya USD961, iaitu RM2,075 , berbanding dengan Hong Kong, di mana purata gajinya adalah USD1,545, gaji purata di Malaysia gagal mencapai tahap purata antarabangsa, iaitu USD1,480. Ini merupakan punca utama kewujudan generasi miskin baru di negara ini.
Dalam situasi ekonomi dan peluang pekerjaan yang tidak menentu, peminjam dibeban dengan syarat dan bunga pinjaman yang akhirnya menjadikan mereka penghutang tegar untuk jangka waktu yang panjang.
Adakah Daya Persaingan IPTS Meningkat Kerana PTPTN?
Menurut kenyataan Pengerusi PTPTN Ismail Mohamed Said baru-baru ini, pemansuhan PTPTN akan menyebabkan sebanyak 434 IPTS di bawah tajaan PTPTN gulung tikar. Akibat pemansuhan PTPTN, kerajaan akan terpaksa untuk membina lebih banyak Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), lantas, memaksa semua pelajar menyambung pelajaran di IPTA dan bukannya IPTS. Oleh yang demikian, langkah memansuhkan PTPTN akan merugikan IPTS.
Kenyataan Pengerusi PTPTN menonjolkan hakikat, iaitu sebanyak 434 IPTS daripada 600 IPTS atau 72.3 peratus IPTS di bawah Kementerian Pengajian Tinggi bergantung kepada PTPTN. Contohnya Ketua Pegawai Eksekutif Masterskill merupakan antara penerima pendapatan tertinggi di negara ini dalam tangga ke-10, iaitu sebanyak RM8.5 juta setahun pada tahun 2010 (http://biz.sinchew-i.com/node/50679). Semua program yang ditawarkan Masterskill mendapat akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia di bawah Kementerian Pengajian Tinggi, membolehkan pelajarnya memohon pembiayaan pendidikan menerusi PTPTN. Perkara itu telah menggalakkan peningkatan pendaftaran pelajar di Masterskill dan hampir 95 peratus daripada pendapatannya diperoleh secara langsung daripada PTPTN di mana risiko kegagalan pengutipan bayaran adalah rendah.
Oleh yang demikian, pemansuhan PTPTN bakal membawa impak besar kepada IPTS di mana sebahagian kos besar bergantung kepada PTPTN, mengakibatkan kebanyakan IPTS yang tidak mempunyai daya saingan akan mengalami kebankrapan. Apakah fakta ini bermakna, kebanyakan IPTS yang kononnya bersaing secara sihat menurut logik kapitalisme sebenarnya mirip dengan produk-produk "buatan Dasar Ekonomi Baru" yang banyak bergantung kepada logik rent-seeking dan bukannya logik pasaran?
KPRU berpendapat, pemansuhan PTPTN mungkin akan menyebabkan penurunan di IPTS akan tetapi jumlah itu tidak akan mencapai tahap kritikal kerana pemansuhan PTPTNlah yang bakal melahirkan persaingan sihat dalam kalangan IPTS untuk mencapai kualiti pelajaran yang diingini bagi menarik enrolmen pelajar ke institusi pengajian mereka. Persaingan dan bukannya pergantungan kepada PTPTN wajar dijadikan tunggak kelangsungan hayat IPTS. Bilangan IPTS tertentu yang berdepan dengan apa yang digelar sebagai creative destruction merupakan IPTS yang selama ini bergantung kepada PTPTN tetapi berbicara tentang persaingan dan pasaran!
Menurut Laporan Kementerian Pengajian Tinggi, enrolmen untuk kursus ijazah di IPTS bagi tahun 2010 adalah seramai 62,705 orang dan 24,214 orang di IPTA. Jumlah keseluruhan enrolmen pelajar asing pada tahun 2010 di negera ini adalah seramai 86,919 orang. Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian telah memperkasa pelbagai usaha untuk menguatkan lagi promosi Malaysia sebagai tempat pilihan pelajar antarabangsa meneruskan pelajaran dengan mensasarkan 150,000 pelajar antarabangsa menyambung pelajaran mereka di Malaysia pada tahun 2015.
Jumlah pelajar antarabangsa yang memasuki negara untuk menyambung pelajaran adalah seramai 62,705 orang di mana pelajar negara China mencatatkan bilangan pelajar yang paling ramai iaitu 8,046 orang. Ini diikuti dengan pelajar Iran seramai 7,009 orang dan pelajar dari negara jiran, Indonesia seramai 6,119 orang. Angka kemasukan pelajar antarabangsa di IPTS meningkat pada tahun 2010 daripada 58,294 kepada 62,705.
Justeru, bagi memanjangkan kelangsungan hayat IPTS tanpa PTPTN, pihak IPTS haruslah membuktikan kekuatan, kualiti dan daya saingan masing-masing khususnya dalam menarik pelajar sama ada pelajar tempatan atau pelajar antarabangsa.
Di Mana Kualiti Pengajian Tinggi?
Selain daya saingan, masalah yang harus diberi perhatian adalah kualiti pendidikan tinggi yang ditawarkan, khususnya di kalangan IPTS. Kualiti yang dinyatakan di sini merangkumi kelayakan pengajar atau pensyarah, kelengkapan kemudahan dan sebagainya. Seperti yang sedia dimaklumkan, kewujudan PTPTN telah mondorong pertumbuhan IPTS bagi memberi peluang kepada pelajar lepasan SPM terus melanjutkan pelajaran mereka di institusi pengajian tinggi. Memandangkan IPTA hanya mampu memuatkan kemasukan pelajar yang terhad, IPTS yang ditubuhkan bagai cendawan selepas hujan, terutamanya selepas PTPTN terbuka untuk permohonan daripada penuntut di institusi pengajian tinggi swasta, menjadi pilihan alternatif bagi para pelajar.
Sekali pandang, perkembangan institusi pengajian tinggi yang ibarat bunga yang kian memekar dalam negara kita, khususnya dari segi kuantitatif, merupakan suatu senario yang menggalakkan. Namun, dari sisi pandangan yang bertentangan, wujudnya pula institusi swasta yang ditubuhkan semata-mata untuk mengaut keuntungan dengan hanya menyediakan kursus-kursus am tanpa memenuhi piawaian profesional dan akademik. Keadaan sebegini bukan sahaja tidak dapat memanfaatkan para pelajar, malahan membazirkan lagi pembiayaan PTPTN.
Sememangnya, tidak dapat dinafikan bahawa institusi pengajian tinggi swasta adalah berorientasikan keuntungan. Kalau begitu, biar bersaing secara sihat mengikut logik pasaran dan bukannya "logik PTPTN"!
Sesungguhnya, prestasi institusi pengajian tinggi tidak dapat dikait secara langsung dengan pelaksanaan mahupun pemansuhan PTPTN; PTPTN bukan segalanya yang mendominasi mutu pendidikan dalam negara kita. Dalam perbincangan isu tersebut, keseluruhan sistem pendidikan Malaysia harus diberi penekanan dalam aspek ini. Sistem pendidikan di negara kita adalah masih agak ketinggalan, sama ada dari segi peruntukan perbelanjaan mahupun indeks peratusan pendidikan yang diterima oleh rakyat Malaysia.
Berdasarkan Laporan UNDP, purata tahunan pendidikan yang diterima oleh rakyat Malaysia yang berumur 25 tahun dan ke atas hanya 9.5 peratus berbanding dengan negara yang lain seperti Korea Selatan (11.6 peratus), New Zealand (12.5 peratus) dan Australia (12 peratus). Ini telah menonjolkan kenyataan bahawa Malaysia masih jauh ketinggalan daripada wawasan 2020 yang diimpikan bagi mencapai tahap negara maju menjelang tahun 2020.
Peruntukan perbelanjaan bagi Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi masing-masing mencatat RM37,280 juta dan RM12,897 juta pada tahun 2012. Berdasarkan jadual, jumlah ini telah meningkat jika dibandingkan dengan jumlah peruntukan pada tahun 2011, iaitu sebanyak RM32,764 kepada Kementerian Pelajaran dan RM12,607 juta kepada Kementerian Pengajian Tinggi.
Namun, menurut laporan Human Development Report 2010 yang diterbitkan oleh UNDP, jumlah perbelanjaan awam Malaysia untuk pendidikan hanya mancapai 4.1 peratus daripada KDNK pada tahun 2008. Peratusan ini merupakan kadar yang rendah sekali secara perbandingan dengan tahun 2000 (6 peratus) dan 2005 (7.5 peratus). Fakta ini menunjukkan bahawa penambahan dalam peruntukan perbelanjaan untuk bidang pendidikan adalah tidak serentak dengan peningkatan KDNK. Meskipun jumlah peruntukan tidak menjamin peningkatan mutu pendidikan yang ditawarkan, namun peruntukan yang terhad sememangnya menyekat ruang bagi segala usaha dalam penambahbaikan. Sesungguhnya, negara kita memerlukan pertambahan bilangan IPTA yang memerlukan peruntukan kerajaan dan bukannnya pertambahan IPTS yang bergantung kepada PTPTN.
Isu Sampingan
Terdapat juga perdebatan bahawa penghapusan PTPTN akan menghentikan pembiayaan sara hidup. Pada pendapat KPRU, penyataan sebegini tidak harus dijadikan faktor bagi menolak cadangan meniadakan skim PTPTN. Sesungguhnya, PTPTN adalah bertujuan membiayai yuran pengajian tinggi dan bukannya bagi menanggung kos kehidupan mahasiswa mahasiswi.
Bekerja sama ada secara sepenuh masa atau hanya sebahagian masa ketika belajar merupakan amalan yang biasa di negara-negara seperti Australia, UK dan sebahagian daripada pelajar di Malaysia juga menonjolkan sifat berdikari dalam aspek ini. Kajian telah menunjukkan bahawa hampir semua pelajar di Australia bekerja selama 30 jam seminggu bagi menanggung kos pembelajaran mereka. Tambahan pula, 9 orang pelajar universiti daripada sejumlah 10 digaji separuh masa ataupun giat mendapatkan pekerjaan. Di UK, penuntut yang terlibat dalam pekerjaan secara separuh masa hampir mencecah 70 peratus manakala peratusan pelajar yang bekerja separuh masa di Poland pula sebanyak 90 peratus.
Penglibatan diri dalam pekerjaan sewaktu menuntut pelajaran di kolej atau universiti membolehkan para pelajar mendedahkan diri kepada alam pekerjaan sebelum mereka menjejaki ke tempat kerja secara rasmi. Dengan ini, para pelajar bukan sahaja berpeluang mendapatkan pendapatan tambahan bagi menampung kos hidup, malah mereka dapat mengumpul pengalaman hidup yang amat berfaedah bagi melengkapi diri mereka untuk masa depan.
Namun demikian, konsep bekerja sewaktu belajar adalah tidak lazim di Malaysia. Sehubungan dengan hal ini, banyak faktor yang boleh disentuhi, dan antara sebab yang paling ketara ialah upah yang terlalu rendah dan "budaya pergantungan". Masalah sedemikian adalah saling mempengaruhi dan tidak dapat dinafikan bahawa ia bukanlah sesuatu yang boleh ditangani dalam masa singkat.
*Teks penuh dengan carta dan jadual boleh dibaca di KPRU.
**Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU – Political Studies for Change) merupakan sebuah pusat kajian yang baru dan kritikal. KPRU ditubuhkan pada era pasca 8 Mac dengan tujuan membawa idea perubahan kepada rakyat Malaysia melalui kajian dan sesi dialog.
KPRU memberikan fokus kepada kajian terhadap bidang ekonomi politik dan sektor strategik yang dapat membawa impak jangka masa panjang kepada masyarakat. Dengan penerapan idea baru dan interaksi dengan pelbagai pihak berkepentingan, kajian KPRU diyakini akan membawa pemikiran dan wacana segar untuk menghadapi cabaran negara dalam dekad yang akan datang.
Perkara itu dimaklumkan kepada Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang mempengerusikan sesi awal perbahasan usul.
KUALA LUMPUR: Dewan Negara hari ini dimaklumkan mengenai penarikan balik pindaan terhadap Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang sebelum ini diluluskan Dewan Rakyat pada 19 April lepas.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong memaklumkan perkara itu ketika Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang mempengerusikan sesi awal perbahasan usul.
"Tan Sri Yang Dipertua, menurut peraturan mesyuarat 61, saya mohon memaklumkan untuk menarik balik Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 sebagaimana yang dijadualkan di nombor tujuh dalam aturan urusan mesyuarat hari ini," katanya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz ketika mengumumkan perkara itu semalam, berkata penarikan balik itu dibuat kerana mendapat tentangan daripada Anggota Parlimen pihak kerajaan dan pembangkang.
Beliau berkata persetujuan menarik balik Rang Undang-Undang (Pindaan) Akta Kesalahan Pilihan Raya itu dicapai secara bersama antara kerajaan, pihak pembangkang dan Suruhanjaya Pilihan Raya dalam satu mesyuarat semalam.
Dibentangkan pada 9 April lepas, pindaan berkenaan bertujuan menambah baik proses pengundian termasuk menjauhkan lagi tempat bagi orang ramai menunggu atau berada dekat pusat mengundi pada hari mengundi dari 50 meter kepada 100 meter kecuali bagi mereka yang masuk untuk mengundi.
Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-Undang tersebut pada 19 April setelah dibahaskan oleh Anggota Parlimen selama tujuh jam. Sikap terbuka kerajaan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen pula berkata keputusan itu mencerminkan keterbukaan dan kejujuran kerajaan untuk mendengar dan menerima pandangan semua pihak termasuk anggota Dewan Rakyat daripada Barisan Nasional yang turut membangkitkan isu tersebut secara dalaman.
Presiden Gerakan itu juga berharap agar penarikan semula rang undang-undang itu tidak dipolitikkan sebaliknya dilihat sebagai sesuatu yang positif bahawa kerajaan dan pembangkang boleh mencapai persefahaman dalam isu yang melibatkan kepentingan umum.
"Ini mencerminkan bahawa institusi-institusi dalam sistem demokrasi berparlimen telah memainkan peranan untuk menseimbangkan pandangan dan kepentingan semua pihak," katanya.
Mengenai kebimbangan pembangkang berhubung pelantikan bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar sebagai Pengerusi Panel Penasihat Bebas bagi mendapatkan gambaran sebenar kejadian rusuhan di ibu negara berikutan penganjuran perhimpunan pada 28 April lepas, Koh berkata panel itu seharusnya dilihat daripada komposisi keanggotaannya dan bukannya individu.
Katanya dengan pelantikan beberapa pihak yang boleh dianggap sebagai berkecuali, beliau percaya panel itu akan menjalankan tugas yang diamanahkan secara profesional.
"Ini memang satu panel yang boleh dikatakan seimbang, yang penting bukan sahaja pengerusi tetapi komposisi dan keanggotaan panel tersebut yang boleh dikatakan mewakili semua pihak," katanya.
Selain Hanif, penubuhan panel itu yang diumumkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam, turut dianggotai bekas Ketua Hakim Borneo Tan Sri Steve Sim, Pengarah Urusan Kumpulan Akhbar Sinar Harian Datuk Husammuddin Yaacub, Penasihat Undang-undang Kumpulan Akhbar Sin Chiew Liew Peng Chuan, Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat Petronas Datuk Medan Abdullah, dan Pakar Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dr Ruszmi Ismail.- Bernama
KUALA LUMPUR – Pas bersedia membuka pintu dan bermuzakarah dengan semua badan bukan kerajaan (NGO) Islam termasuklah Umno bagi menyelesaikan isu dakwaan yang mengatakan perjuangan parti tersebut sudah jauh terpesong dari perjuangan asal.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, dakwaan seperti ini adalah serius dan menegaskan Pas sentiasa konsisten berpegang dengan perjuangan asal iaitu memartabatkan agama Islam di negara ini.
"Pas bersedia bermuzakarah dengan semua pihak, pejabat Pas sentiasa terbuka termasuklah kepada Umno sendiri.
"Pas ada majlis Syura Ulama, oleh itu Pas sentiasa memelihara Islam dan bersedia berbincang isu-isu melibatkan umat Islam," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Namun, sejurus selepas Hadi berkata demikian, Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar mencelah dengan mengatakan "tidak muzakarah dengan Umno".
Kelmarin, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali mencadangkan Majlis Fatwa Kebangsaan membincangkan kewajaran Pas menggugurkan perkataan Islam pada parti itu bagi mengelakkan kekeliruan.
Mengulas mengenai kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menggesa Hadi berhenti mengeluarkan kenyataan mengenai hudud, beliau menegaskan, Karpal seharusnya meraikan perbezaan pendapat ini.
Katanya, apa yang paling penting sekarang adalah semua parti komponen Pakatan Rakyat (PR) perlu fokus kepada persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
"Isu ini jelas, boleh rujuk kenyataan saya sebelum ini. Kita perlu tumpu apa yang berlaku sekarang, perkara itu apabila kita sudah perintah nanti, sekarang belum lagi," katanya.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin
BACHOK - Kerajaan Barisan Nasional (BN) Kelantan akan memansuhkan yuran pengajian sebanyak RM190 setahun yang dikenakan kepada murid sekolah agama di Kelantan sekiranya diberi peluang memerintah negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, yuran yang dikenakan oleh Yayasan Islam Kelantan (YIK) ketika ini sangat membebankan golongan ibu bapa.
"Kita berjanji akan memansuhkan yuran berkenaan, jika diberi kepercayaan (memerintah)," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Bachok di Pangkalan Petah di sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas rungutan ibu bapa yang terpaksa menanggung bayaran yang tinggi untuk anak mereka yang sedang belajar di sekolah agama.
Awang Adek, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, berkata selain memansuhkan yuran itu, kerajaan BN juga berjanji untuk menaikkan taraf sekolah agama rakyat di negeri itu yang dalam keadaan kekurangan.
Beliau berkata ini termasuk gaji guru dan kakitangan yang kini agak rendah dan tidak diberi taraf pencen walaupun telah berkhidmat lebih 20 tahun.
Ramai di kalangan mereka telah mengadu kepadanya mengenainya dan saya sangat bersimpati dengan nasib mereka, katanya. - Bernama
Beliau berkata, isu pokok adalah pembinaan loji Langat 2 yang enggan dilaksanakan kerajaan negeri.
SHAH ALAM: Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar menyifatkan tindakan kerajaan negeri Selangor yang menyalahkan kerajaan persekutuan berhubung isu penstrukturan semula industri air sebagai tidak menghormati titah Tuanku Sultan.
Noh menasihati Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar tidak bermain politik dalam isu tersebut.
Beliau berkata, isu pokok adalah pembinaan loji Langat 2 yang enggan dilaksanakan kerajaan negeri.
Ini kerana dua isu membabitkan pembinaan loji dan penstrukturan semula adalah dua perkara berbeza, malah tidak dinafikan Selangor bakal menghadapi krisis air seperti yang dilaporkan sebelum ini.
"Isu penstrukturan air dengan penyediaan loji Langat 2 adalah dua benda berbeza. Malah tidak dinafikan Selangor akan menghadapi krisis air.
"Menteri Besar sengaja tidak mahu bekerjasama untuk pembinaan loji, sedangkan jika tidak bina bagaimana air hendak ada?
"Sedangkan isu penstrukturan air itu hal lain. Itu soal perniagaan, tidak kena mengena dengan penyediaan air. Ini Menteri Besar salahkan orang lain. Beliau patut akur dengan perjanjian yang dibuat untuk pastikan air cukup," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas perasmian program Himpunan Usahawan Mikro, Kecil dan Sederhana – Jom Niaga dan Skim Pengkomersialan Inovatif Patuh Shari'ah di Kompleks Karangkraf petang semalam. Impak pelaburan dan peluang pekerjaan
Ujar beliau, kegagalan penyelesaian isu air menyebabkan 129 kilang di negeri ini tidak dapat beroperasi. Ia sekaligus menyebabkan Selangor hilang nilai pelaburan sehingga RM3.8 bilion serta peluang pekerjaan kepada 12,000 penduduk.
"Patut 129 kilang yang telah diluluskan itu dah boleh mula beroperasi. Tapi tak dapat beroperasi kerana perlu ada jaminan air. Syarikat bekalan air tidak dapat beri jaminan.
"Selangor perlu ada sekurang-kurangnya 20 peratus simpanan air. Tapi kalau simpanan itu hanya 2.4 peratus bagaimana nak bekal air?
"Selangor akan hilang pelaburan RM3.8 bilion serta 12,000 peluang pekerjaan. Rakyat rugi kerana pelaburan tiada," dakwa beliau.
Tegas Noh, penting untuk loji Langat 2 dibina sebelum perbincangan penstrukturan semula air dibincangkan.
Roha Dol, 79, anggota wanita Umno Batu Pahat, meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar di sini akibat kecederaan di kepala dan badannya.
SEREMBAN: Seorang anggota Umno maut, manakala 77 lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah bas dan sebuah lori treler di Kilometer 258.8 Lebuh Raya Utara Selatan arah Selatan berhampiran susur keluar ke Port Dickson, di sini awal hari ini.
Roha Dol, 79, anggota wanita Umno Batu Pahat, meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar di sini akibat kecederaan di kepala dan badannya.
Pengarah hospital berkenaan Dr Jaafar Che Mat berkata mangsa disahkan meninggal dunia 5.40 pagi. Kesemua yang cedera pula dirawat sebagai pesakit luar di hospital itu.
Dalam kejadian pukul 2.58 pagi itu, dua bas berkenaan yang membawa anggota Umno, dalam perjalanan ke Melaka dan Batu Pahat, Johor setelah menghadiri sambutan ulang tahun Umno ke-66 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam tadi.
Jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila bas yang membawa 40 anggota Puteri Umno dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Berang, Terengganu yang hendak ke Melaka, terlebih dahulu melanggar belakang sebuah treler ketika tiba di tempat kejadian.
Langgar belakang bas
Katanya, sebuah lagi bas yang membawa 44 anggota Umno, sedang dalam perjalanan pulang ke Batu Pahat pula mengekori dari belakang, tetapi gagal mengelak bas di hadapan itu lalu melanggar bahagian belakang bas berkenaan.
Pegawai Turus Trafik Negeri ASP Abd Halil Hamzah ketika dihubungi berkata semua mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar, di sini untuk menerima rawatan.
Seorang mangsa, Mohd Hafizan M. Senin, 30, ketika ditemui berkata sewaktu kejadian dia sedang tidur dan terjaga apabila terdengar bunyi dentuman kuat akibat pelanggaran itu.
Dia yang menaiki bas belakang kemudiannya tercampak ke tengah-tengah bas menyebabkannya mengalami kecederaan ringan.
"Saya berada dalam bas di belakang apabila tersedar saya nampak dua buah bas dengan sebuah lori sudah berlanggar dan saya nampak ada cedera, ada yang teruk juga," katanya.
Seorang lagi mangsa, Raja Sulaiman Busu, 59, berkata, ketika kejadian kebanyakan penumpang sedang tidur sebelum dikejutkan dengan kejadian itu.
"Bagaimanapun saya bersyukur kerana saya tidak mengalami kecederaan," katanya.
MB rakam takziah
Turut hadir melawat mangsa di hospital adalah Anggota Parlimen Parit Sulong Datuk Noraini Ahmad. Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang maut dan 77 yang cedera dalam kemalangan itu.
"Saya berasa dukacita atas kejadian ini dan mengucapkan takziah kepada mereka dan kita berasa yakin ini tidak akan mematahkan semangat mereka untuk terus berjuang dan bekerja kuat demi mempertahankan martabat maruah bangsa kita," katanya kepada pemberita semasa melawat mereka yang menerima rawatan di hospital itu.
Sementara itu, Noraini berkata, setakat ini semua yang menerima rawatan sebagai pesakit luar sudah dibawa pulang dan hanya tiga lagi masih menerima rawatan.
Katanya, jenazah Allahyarham Roha sedang diuruskan pihak hospital sebelum boleh dibawa pulang dan dikebumikan di kampungnya di Kampung Lubok Tengah, Batu Pahat, Johor.
"Saya juga merakamkan takziah dan kita harap kejadian ini tidak mematahkan semangat mereka untuk terus berjuang demi agama, bangsa dan negara," katanya.-Bernama
Bolehkah himpunan dBolehki Bukit Jalil dijadikan kayu pengukur bahawa Umno mantap serba serbi menuju PRU 13?
PETALING JAYA: Umno bukan seperti parti-parti lain. Tidak ada parti lain yang boleh menandingi Umno – parti terbesar berusia 66 tahun itu. Sama ada dari jumlah ahli atau kemewahan, Umno adalah nombor satu.
Kehadiran puluhan ribu ahli Umno ke Stadium Nasional di Bukit Jalil malam tadi kerana menyambut kelahiran parti itu bukan sesuatu yang di luar jangkaan. Nyata sambutan itu mewah dan meriah.
Sambutan yang meriah itu memang sudah sinonim dengan Umno. Sebelum ke Bukit Jalil, ahli-ahlinya bermalam terlebih dahulu di hotel yang di tempah khas di sekitar Kuala Lumpur dan lokasi berdekatan.
Mereka menaiki bas yang disewa khas dan dijanjikan wang saku. Ini tradisi Umno bagi ahlinya yang tinggal di luar ibu kota bagi menghadiri program parti termasuk perhimpunan agung Umno di PWTC. Sesetengah mereka menaiki khas jabatan kerajaan kerana wakil rakyat mereka menjadi Exco kepada jabatan berkenaan.
Beberapa ahli Umno berkata, mereka sangat beruntung menjadi ahli parti itu terutama ketika menghadiri program parti di Kuala Lumpur.
Rosli Awang dari Kuala Terengganu berkata, "Saya datang ke Kuala Lumpur semuanya percuma."
"Saya tidur di Hotel Grand Seasons dan dijanjikan wang poket tetapi belum dapat lagi. Masa perhimpunan agung Umno pun begini juga."
Jadi anggaran kasar 100, 000 orang mendengar ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak di Stadium Bukit Jalil bukan luar biasa dan mengejutkan.
Dengan kekayaan yang ada, Umno boleh membawa seberapa ramai yang mereka mahu. Jangan lupa ahli parti itu berjuta orang.
Namun menjelang pilihan raya umum 13 yang kini di depan mata, kemeriahan sambutan 66 tahun itu mungkin untuk seketika sahaja.
Percakapan di cawangan dan bahagian ialah Umno masih tidak dapat bersatu padu sepenuhnya.
Tolak calon parti
"Isu yang paling besar ialah masih tidak semua ahli akan setuju dengan calon yang dipilih parti. Ini yang berlaku dalam setiap kali pilihan raya.
"Umno kalah kerana sikap pemimpin di cawangan dan bahagian berlaku tikam belakang menjelang pilihan raya. Kerana mereka tidak bersatu, kerana ada kepentingan sendiri, ahli akar umbi berpecah belah.
"Umno kalah kerana tidak bersatu. Mereka bermusuhan sesama sendiri," kata Rosli lagi.
Apa yang berlaku itu mungkin satu contoh sahaja. Barangkali perkara serupa timbul juga ditempat lain. Najib mungkin menyedarinya tetapi apa yang boleh dilakukannya?
Beliau cuma boleh merayu tetapi apa yang berlaku sebelum ini tidak semua suara preiden didengari. Ini yang berlaku kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika menghadapi pilihan raya umum 2008 yang menyebabkan BN kalah empat negeri – Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak.
Perbalahan sesama sendiri adalah musuh dalam parti. Adakah ahli Umno memberi sokongan sepenuh hati kepada Najib?
Adakah rakyat boleh menerima sepenuhnya pemerintahan Najib? Untuk menukurnya dari segi program turun padang atau bantuan kepada rakyat ia bukan jaminan BN secara automatik mendapat undi.
Pengundi sudah bijak. Mereka kini menilai antara kebaikan yang dibuat BN sejak 1957 dengan harapan baru yang diberikan Pakatan Rakyat.
KOTA BHARU - Seorang murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan Kampung Chengal, Ketereh, di sini melalui pengalaman yang mengerikan apabila seekor lintah sebesar ibu jari orang dewasa, masuk ke dalam duburnya ketika menangkap ikan di sebuah paya berdekatan rumahnya.
Mohd Farhan Adli Mohd Alpatah, 7, yang berasal daripada Kampung Paya Rambai itu, berkata dia hanya menyedari kehadiran lintah tersebut selepas mengalami pendarahan di duburnya.
"Saya masuk hospital semalam selepas tengok dubur berdarah ketika nak buang air besar dan beritahu keluarga mengenai perkara itu sebelum mendapatkan rawatan di hospital (Raja Perempuan Zainab II).
"Sebelum ini, saya dan tiga orang rakan pergi ke sebuah paya berdekatan rumah untuk mencari ikan, namun tak sangka pula ada lintah masuk dalam dubur," katanya.
Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas menerima kunjungan isteri kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datin Seri Khamarzan Ahmed Meah di sini, hari ini.
Kanak-kanak itu dijangka keluar daripada hospital dalam tempoh sehari dua lagi setelah lintah itu berjaya dikeluarkan. - Bernama
KUALA LUMPUR – Pas mengumumkan muktamar tahunannya yang dijadualkan pada bulan depan ditunda sehingga November ekoran desas-desus mengatakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) jatuh pada bulan yang sama.
Perkara itu diumumkan oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini.
Sebagai pengganti katanya, Pas akan mengadakan satu perhimpunan raksasa di Alor Setar pada 1 Jun, dijangka akan disertai oleh 100,000 anggota parti.
"Oleh kerana tarikh PRU13 pada bila-bila masa sahaja, maka untuk persiapan kita menunda tarikh muktamar pada November.
"Pengarah perhimpunan raksasa ini nanti adalah Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat ahli jawatankuasa kerja Pas Pusat hari ini.
Pengguna Internet mengenalpasti terdapat wajah berganda individu dikehendaki polis bagi membantu siasatan berhubung insiden dalam perhimpunan BERSIH 28 April lalu.
Mereka mengesan wajah seorang individu muncul empat kali dalam senarai 141 orang yang dikehendaki.
'Pendedahan' itu dikeluarkan selepas pihak berkuasa dikritik hebat ekoran penggunaan kekerasan ketika menyuraikan perhimpunan itu.
Peserta perhimpunan, dipercayai anggota Unit Amal PAS yang kelihatan gempal muncul empat kali dalam wajah yang dikeluarkan polis pada 9 Mei.
Gambarnya dilabel dengan nombor 7, 15, 18 dan 21.
Pengguna Facebook yang mengecam kesamaan itu dipercayai bernama Mohd Nor Amin Zainuddin.
Beliau mengeposkan komen itu di Facebook polis pada t 2.59 petang pada hari yang sama gambar itu dimuatnaik.
Utusan Malaysia hari ini memohon maaf kepada senator bebas daripada Selatan Australia Nick Xenophon yang digambarkan dalam artikel sebagai anti-Islam sebelum ini.
Permohonan maaf dan penarikan balik berita itu disiarkan di akhbar milik Umno itu dan laman web berhubung artikel yang disiarkan pada 1 Mei di akhbar dan web bertajuk 'Senator anti-Islam pantau BERSIH 3.0'.
"Utusan Malaysia mengesahkan terdapat kesilapan dalam menerbitkan pernyataan-pernyataan di dalam artikel tersebut," permohonan maaf di laman web Utusan dipetik.
Utusan juga menjelaskan, dalam ucapan di Parlimen Australia yang dirujuk dalam artikel tersebut, Xenophon tidak menggunakan perkataan 'Islam'.
Tambahnya, beliau tidak juga menegaskan bahawa Islam bukanlah sebuah organisasi agama tetapi sebuah organisasi jenayah yang berselindung di sebalik kepercayaan agama.
"Berdasarkan sebab-sebab di atas, Utusan Malaysia dengan ini menarik balik dengan sepenuhnya kesemua pernyataan-pernyataan terkandung di dalam artikel tersebut dan secara tulus ikhlas memohon maaf kepada Senator Xenophon di atas kedukaan atau pengaiban yang diakibatkan kepada Senator Xenophon ekoran daripada penyiaran artikel tersebut," menurut notis itu.
Penguasaan media baru adalah cabaran baru kepada semua pihak yang bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.
Mantan ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press, Datuk Abdul Kadir Jasin berkata keadaan sewaktu pilihan raya umum tahun 2008 berbeza sama sekali kerana hanya satu pihak memberikan perhatian kepada penggunaan media baru pada masa itu.
"Akses media baru satu cabaran. Tahun 2008 penggunaan media baru dimonopoli Pakatan Rakyat.
"Umno-BN hampir tidak peduli kepada media dalam talian ini. Mereka bergantung kepada Utusan, Berita Harian dan sebagainya," katanya pada Konvensyen Akses Media Adil dan Bebas Dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 di Seri Kembangan pagi tadi.
Namun, sekarang BN mula sedar sehingga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilihat 'terlebih' dalam penekanannya terhadap penggunaan media baru oleh bakal calon BN dalam PRU akan datang, katanya.
"Akhir-akhir ini PM go overboard (berlebih-lebihan) sehingga mengatakan calon-calon boleh menang BN perlulah ada Twitter," katanya.
Keghairahan Najib dalam mendekati warga Internet terus tergambar apabila pagi tadi beliau bersarapan bersama pengikut laman blog mikro Twitter beliau yang ke-500,000 di Bangsar.
Beliau sebelum ini turut menyampaikan rasa terharunya apabila bilangan 'like' di laman Facebook beliau melepasi 1 juta orang.
Kadir juga menyifatkan penggunaan media baru sebagai 'membawa tuah dan sial kepada kedua-dua pihak'.
Beliau berpendapat ahli politik perlu berhati-hati dengan isu-isu sensasi yang akan mewarnai wadah komunikasi baru itu.
"Isu-isu sensasi akan membebani kedua-dua pihak. Isu-isu sensasi akan dimainkan habis-habisan, ada orang berkata kempen PRU akan datang antara yang paling kotor.
"Saya rasa mereka buat ramalan yang tepat.
"Melalui media baru, kemungkinan disaman lebih kecil (berbanding) kalau menggunakan media arus perdana," katanya.
SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub mendakwa Perkasa tidak menghormati Majlis Raja-Raja yang telah membenarkan parti itu menggunakan perkataan Islam dan oleh itu, tidak wajar dipertikaikan oleh mana-mana pihak.
"Majlis Raja-Raja telah bersetuju dan tidak menghalang penggunaan perkataan Islam dalam parti Pas semenjak pemerintahan (bekas Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.
"Pas juga tidak takut untuk terus gunakan perkataan Islam dalam parti kami kerana Majlis Raja-Raja telah menyatakan tiada masalah bagi parti menggunakan perkataan Islam itu," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian ketika dihubungi Sinar Harian Online.
Laporan media semalam memetik Presiden Perkasa, Ibrahim Ali berkata, sudah sampai masa Majlis Fatwa Kebangsaan mengkaji kewajaran Pas menggunakan perkataan Islam pada nama partinya.
Perkasa mendakwa tindakan itu perlu memandangkan ia boleh mengelirukan umat Islam, terutama di kalangan penyokong anatik parti itu.
Ibrahim berkata, tindakan menggugurkan perkataan tersebut penting bagi mengelakkan berlakunya kekeliruan di kalangan masyarakat Islam.
"Perkataan Islam dalam parti Pas perlu dicabut untuk menjaga kesuciannya kerana Pas tidak layak menggunakan perkataan itu kerana moral mereka tercalar, terutama setelah banyak kali dicabar pihak DAP," katanya.
"Kami tak perlu bimbang dengan permintaan Perkasa untuk meminta Majlis Fatwa Kebangsaan mengadakan muzakarah bagi membincangkan kewajaran Pas menggunakan perkataan Islam pada parti kami," kata Salahuddin lagi.
Seorang lagi Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, beliau tidak mahu melayan pendirian Perkasa itu kerana mereka mewakili kumpulan terbesar rakyat negara ini.
"Biarkan mereka (Perkasa) nak buat apa pun, saya tak mahu layan mereka kerana ahli mereka pun bukannya ramai," Mahfuz.
Dalam pada itu, Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib pula berkata, fatwa bukanlah satu perkara yang boleh dibincangkan dalam masa yang singkat.
"Fatwa adalah perkara serius dan memerlukan masa yang panjang untuk mengeluarkannya," katanya.
DAP hari ini mengisytiharkan pemulauan penuh terhadap panel bebas bagi menyiasat dakwaan kekerasan dalam perhimpunan BERSIH 28 April lalu selagi ia diterajui oleh bekas ketua polis negara Tun Hanif Omar.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, walaupun Hanif mempertahankan diri dengan rekod prestasinya dalam suruhanjaya lain sebelum ini, tuduhannya terhadap perhimpunan BERSIH adalah kesilapan besarnya.
Hanif sebelum ini dilaporkan mendakwa BERSIH diresapi golongan komunis dan menyokong pandangan bahawa perhimpunan itu cubaan menggulingkan kerajaan.
"Sebaliknya, dengan membuat tuduhan liar seperti itu, beliau berpotensi untuk menjadi saksi dan bukan ahli panel," katanya sambil menyifatkan ia konflik kepentingan yang jelas.
Semalam, Majlis Peguam juga membuat pendirian tidak akan mengambil bahagian dalam panel bebas itu dengan alasan yang sama.
Dalam kenyataannya hari ini, Lim juga menyokong cadangan BERSIH supaya panel itu diketuai pelapor Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Frank La Rue, rakan sekerjanya Maina Kiai, serta penglibatan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).
Hanif dilantik mengetuai enam anggota panel itu yang melibatkan bekas hakim, pengamal media dan ahli akademik di universiti.
Seorang ahli Majlis Peguam akan memfailkan saman ke atas badan itu ekoran resolusi mesyuarat agungnya Jumaat lalu yang mengecam tindakan polis dalam perhimpunan BERSIH 3.0.
Peguam tersebut, Khairul Azam Abdul Aziz berkata beliau akan memfailkan saman itu atas dakwaan bahawa keputusan mesyuarat berkenaan dibuat tanpa kuorum penuh, lapor Mingguan Malaysia hari ini.
"Saya meragui perjalanan mesyuarat itu mengikut peruntukan Seksyen 65 (4A) Akta Profesion Undang-undang 1976 iaitu berkaitan korum.
"Apatah lagi apabila proses pengundian meluluskan resolusi, mereka yang bukan peguam turut mengangkat tangan menyokong," katanya yang mendakwa terdapat "pengundi hantu" ketika pengundian tersebut.
Dalam perkembangan berkaitan, akhbar berkenaan turut melaporkan bahawa kerajaan bersetuju dengan cadangan untuk membentuk satu badan alternatif untuk mewakil golongan peguam.
Laporan berkenaan memetik kenyataan menteri hal ehwal undang-undang Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz sebagai berkata, badan baru itu boleh dibentuk dengan nama persatuan atau akademi undang-undang.
Badan baru itu boleh dianggotai oleh lulusan undang-undang yang bukan merupakan pengamal undang-undang, katanya.
"Kalau (mahu) ada satu persatuan dan agensi lain yang (boleh) dibentuk untuk mewakili mereka yang berkelulusan undang-undang mesti tahu, Majlis Peguam hanya mewakili mereka yang praktis undang-undang dan berdaftar dengan majlis itu sahaja.
"Tapi ada juga yang lulusan undang-undang jadi pensyarah namun tidak menjadi anggota majlis yang berkenaan. Ada lulusan undang-undang yang bekerja di bank dan sektor korporat.
Beliau mengulas kenyataan seorang ahli Majlis Peguam, Abu Backer Sidek yang mendakwa badan berkenaan gagal dipertahan sebagai badan profesional dan berintegriti.
AMPANG - Seorang janda dicekup khalwat dengan kekasihnya di sebuah hotel bajet di Taman Muda, di sini, awal pagi semalam.
Janda anak satu yang bercerai dengan suaminya sejak sembilan bulan lalu memberi alasan dia tidak ada tempat tinggal apabila datang dari Nilai, Negeri Sembilan ke Kuala Lumpur untuk mendaftarkan diri di salah sebuah universiti di ibu kota hari ini.
Pasangan itu dicekup kerana disyaki berkhalwat di sebuah bilik hotel pada jam 4 pagi oleh sepasukan anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah.
Pegawai Masjid Al-Azim Ahmad Nawi Othman berkata, selepas pihaknya mengetuk pintu beberapa kali, seorang lelaki berpakaian lengkap terkejut melihat kehadiran penguatkuasa sebelum membenarkan mereka masuk untuk membuat pemeriksaan.
"Kami menemui seorang wanita yang hanya berseluar pendek keluar dari tandas, mereka mengaku pasangan kekasih selepas gagal menunjukkan bukti mempunyai hubungan mahram," katanya.
Ahmad Nawi berkata, lelaki berusia 27 tahun itu bekerja di sebuah syarikat telekomunikasi itu sanggup mengambil pasangannya yang berusia 27 tahun itu dari Nilai kemudian bawa ke hotel berkenaan.
Dalam serbuan sama di bilik berasingan, seorang penuntut universiti dicekup khalwat bersama pasangannya.
Beliau berkata, perempuan berusia 23 tahun itu memberi alasan mahu berkahwin dengan teman lelakinya.
"Perempuan itu memberitahu keluarganya tidak merestui perhubungan mereka kerana pasangannya yang berusia 24 tahun itu bekerja sebagai kontraktor," katanya.
Kesemua yang ditahan dibawa ke Balai Pandan Indah.
TAWAU - Perkasa mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan sebuah unit pemantau khas bagi memantau perkembangan, kemajuan dan pencapaian kepentingan ekonomi kaum Bumiptera dalam semua sektor di negara ini.
Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, unit itu yang dinamakan Unit Pemantau Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Agenda Bumiputera, bertanggungjawab melaporkan perkembangan dan kemajuan kepentingan ekonomi kaum Bumiputera kepada kerajaan agar matlamat pemilikan 30 peratus ekuiti ekonomi dikalangan Bumiputera menjelang 2020 dapat dicapai.
"Unit ini akan melaporkan secara berkala, paling kurang dua bulan sekali, dalam semua sektor bagaimana pencapaian agenda ekonomi bumiputera dalam semua bidang," katanya.
Ibrahim berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Perkasa Pribumi Sabah di sini hari ini.
Katanya, cadangan itu merupakan sebahagian daripada desakan Perkasa kepada kerajaan supaya mengadakan lebih banyak tindakan berbentuk 'affirmative' untuk mengangkat ekonomi kaum bumiputera, termasuk di Sabah. - Bernama
PAS merancang untuk menarik 100,000 anggota dalam perhimpunan parti itu di Kedah pada 1 Jun untuk menyaingi perhimpunan sambutan ulangtahun Umno yang berakhir hari ini.
Perhimpunan tersebut bagi menggantikan mutamar tahunan PAS yang ditangguhkan sehingga November.
Presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, langkah berkenaan bertujuan untuk memperkuat jentera pilihan rayanya.
Kira-kira lebih 30 kenderaan berjaya melalui tol Batu Tiga, Shah Alam secara percuma hari ini dalam perhimpunan oleh 300 orang penyokong Pakatan Rakyat di plaza tol berkenaan.
Kenderaan berkenaan dapat melalui tol tanpa bayaran apabila salah seorang peserta perhimpunan tersebut bertindak mengangkat palang di satu lorong di plaza berkenaan selama kira-kira lima minit.
[Berita penuh menyusul]
Bagaimanapun, kutipan bayaran berkenaan kembali kepada keadaan sedia kala apabila ADUN Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar mengarahkan agar palang itu diturunkan.
Jayakumar memberitahu Malaysiakini bahawa beliau akan menemui pemegang konsesi lebuhraya berkenaan, Projek Lebuhraya Utara Selatan, bagi membayar ganti rugi yang ditanggung akibat tindakan tersebut.
"Saya telah bertemu dengan orang PLUS di sini dan mereka kata akan lihat di kamera CCTV berapa kereta yang lalu. Ada dalam 30 buah juga yang lalu.
"Dan saya kata pada mereka, beritahu berapa dan saya akan bayarkan jumlahnya," katanya.
Demonstrasi yang bermula pada pukul 2 dan berakhir pada pukul 4 petang anjuran Pakatan Rakyat Selangor itu turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan DUN Pandamaran, Ronnie Liu.
Selain membawa kain rentang bertulis 'Hapuskan tol baru betul' dan 'Hapuskan tol demi rakyat', mereka melaungkan "Hidup Rakyat", "Undi Pakatan Rakyat tak bayar tol, undi BN bayar tol", dan "Hapuskan tol".
Kumpulan itu turun mengedarkan pelekat kereta dengan slogan 'Hapuskan tol demi rakyat' kepada orang ramai yang melalui tol tersebut.
Hadir sama di perhimpunan tersebut ialah ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad yang turut menyifkatkan tol bagi Lebuhraya Persekutuan itu sebagai "paling mengarut dalam negara."
Katanya, jalan yang menghubungkan Klang dengan Shah alam itu telahpun wujud sejak 1950 dan pemegang konsesi itu hanya melebarkan jalan tersebut kepada enam lorong.
Kutipan tol pula bermula sejak tahun 1992, katanya.
"Selepas 20 tahun digunakan dan meraih puluhan ribu ringgi setiap hari, tidakkah patut mereka mansuhkan tol ini sekarang?," soalnya.
SHAH ALAM - Selepas spekulasi lebih setahun, mengambil kira ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak pada sambutan ulang tahun Umno ke-66 kelmarin, teka-teki terbaru menyebut Perdana Menteri akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, esok, untuk mendapatkan perkenan membubarkan Parlimen.
Malah, laporan-laporan blog dan SMS disebar luas mengatakan Parlimen akan dibubarkan Selasa ini manakala penamaan calon akan berlangsung pada 26 Mei dan diikuti dengan tarikh pengundian pada 9 Jun - dengan tempoh berkempen selama 14 hari.
Ramalan itu turut mengambil kira cuti sekolah dua minggu bermula 28 Mei.
"Berdasarkan maklumat yang saya terima, Perdana Menteri akan bubar Parlimen Isnin," kata seorang pemimpin kanan parti komponen kepada Sinar Harian, semalam.
"Nampak gaya Perdana Menteri lebih yakin ekoran sambutan diberikan oleh ahli-ahli Umno," katanya lagi.
Ketika ditanya Najib akan berada di United Kingdom dan Amerika Syarikat untuk menghadiri majlis konvokesyen dan kemudian bercuti, pemimpin itu menambah, "itu satu rutin, ini perkara lebih penting."
Apabila diajukan soalan yang sama, Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan Barisan Nasional di Parlimen, Datuk Bung Moktar Radin berkata, pihaknya kini berada di paras "cukup bersedia" untuk menghadapi PRU13.
"Saya tidak terkejut jika Parlimen dibubarkan minggu depan, apa pun keputusan akhir di tangan PM," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan.
Beliau yang turut menghadiri sambutan ulang tahun ke-66 di Stadium Nasional Bukit Jalil berkata, mesej perhimpunan kali ini menunjukkan "pilihan raya sudah semakin dekat."
"Memang pilihan raya sudah dekat. Hanya tunggu untuk mendengar semboyan PRU," katanya lagi.
Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian berkata, "berdasarkan apa yang saya dapat lihat semalam, nampaknya Umno kini sudah bersedia."
Ibrahim juga berkata beliau tidak hairan jika Najib, selaku Pengerusi BN memutuskan untuk membubarkan Parlimen minggu ini.
Penganalisis politik Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian yang seiring dengan pandangan beliau pula berkata: "PRU13 akan diadakan sebelum Ramadan... awal bulan Jun."
Bagaimanapun Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar melihat mesej bahawa Najib akan menghadap Agong "hanya satu gurauan".
"Apapun gurauan ini juga boleh menjadi realiti (diadakan PRU13 lebih awal), apapun boleh terjadi," kata pemimpin dari Sarawak itu.
Menurut Wan Junaidi, selepas menyelesaikan siri isu dan masalah, Najib mempunyai satu lagi perkara penting untuk ditangani iaitu projek nadir bumi Lynas di Pahang.
"Saya fikir Najib mahu menyelesaikan kesemua masalah yang ada dengan baik. Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen hanya akan membentangkan laporan pada awal Julai ini... jadi, saya fikir paling cepat pun awal pada Julai sebelum Ramadan atau selepas Aidilfitri, sekitar September," kata beliau.
KUALA LUMPUR : Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mendesak kerajaan Umno BN memansuh dan menutup operasi Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau yang tidak relevan dan membebankan rakyat .
Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa, berkata operasi kedua-dua plaza tol itu membebankan rakyat berikutan pemilik konsesi mengaut keuntungan berlipat kali ganda.
Katanya, perjanjian kutipan tol perlu dibatal segera kerana Lebuhraya Utara Selatan Bhd (Plus) sudah memperoleh pulangan modal, malah mengaut keuntungan hampir 20 tahun.
"Menjadi tanggungjawab kerajaan memberi kemudahan terbaik kepada rakyat termasuk lebuh raya dan bukannya bersikap membebankan rakyat yang harus membiayai setiap kos.
"Malah, rakyat turut berdepan kenaikan harga tol, harga barang keperluan dan makanan, selain harga petrol," katanya pada kenyataan media hari ini.
Kutipan di kedua-dua plaza tol mula berkuat kuasa sejak 15 November 1993 sehingga sekarang dengan kos pembinaan Lebuh raya Persekutuan berjumlah RM357 juta.
Sehingga kini, Plus yang memiliki konsesi sehingga 2018, sudah mencatat keuntungan hampir 20 tahun. Fariz Musa kesal kerana kerajaan Umno BN memindah beban kos pembinaan kepada rakyat, kemudian membiar Plus mengaut keuntungan berlipat kali ganda tanpa rasa bersalah.
Sebaliknya, beliau yakin dengan komitmen Pakatan Rakyat untuk memansuhkan tol kerana ia bersifat realistik, bukan retorik.
Sehubungan itu, katanya, rakyat diseru turun beramai-ramai ke perhimpunan aman memansuh tol anjuran Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor jam 2 petang pada 13 Mei ini
"Rakyat harus bangkit menolak Umno BN bagi memastikan sebuah kerajaan mengurus tadbir negara dengan lebih cemerlang," katanya.
Polis buru suami, isteri kurung mangsa 10 jam di kondo mewah
[BH] KUALA LUMPUR: Bukan hanya dibogel dan dicabul, malah seorang broker hartanah turut dikurung lebih 10 jam di sebuah unit kondominium mewah di Mont Kiara, di sini, petang Khamis lalu ketika mengendalikan urusan jual beli hartanah berkenaan.
Difahamkan, wanita berusia 34 tahun itu dihubungi sepasang suami isteri dipercayai warga tempatan melalui laman web hartanah menyatakan minat untuk melihat dan membeli unit kondominium berkenaan sebelum mengadakan janji temu pada petang hari kejadian.
Bagaimanapun, sebaik tiba di unit kondominium itu, mangsa dipercayai dipukul kedua-dua suspek sebelum dibogel dan dicabul, seterusnya diikat dan dikurung dalam bilik di unit kondominium itu.
Mangsa hanya berjaya diselamatkan kira-kira jam 3 pagi Jumaat lalu oleh Polis Bantuan yang menjalankan rondaan rutin di kawasan kondominium selepas dimaklumkan penduduk yang terdengar tangisan dan jeritan wanita berkenaan meminta pertolongan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika mengesahkan kejadian, berkata polis terpaksa memecahkan pintu unit kondominium itu sebelum menemui mangsa dalam keadaan tidak berpakaian dengan kedua-dua tangannya diikat, selain mengalami beberapa kecederaan dipercayai dipukul.
"Mangsa juga broker hartanah dari Kepong, dihubungi suspek atas alasan mahu melihat rekaan dalaman unit kondominium itu. Bagaimanapun, suspek bertindak agresif sebaik memasuki kondominium dengan memukul mangsa, seterusnya mencabul sebelum mengikat dan mengurung wanita itu.
"Hasil siasatan mendapati suspek turut menyamun barangan berharga milik mangsa, termasuk telefon bimbit dan beg duit, selain melarikan sebuah kereta jenis Toyota Vios milik wanita itu," katanya.
Ku berkata, polis sedang menjalankan gerakan memburu kedua-dua suspek berdasarkan kesan cap jari, selain mengenal pasti identiti mereka melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kondominium itu.
[SH] AMPANG - Seorang janda dicekup khalwat dengan kekasihnya di sebuah hotel bajet di Taman Muda, di sini, awal pagi semalam.
Janda anak satu yang bercerai dengan suaminya sejak sembilan bulan lalu memberi alasan dia tidak ada tempat tinggal apabila datang dari Nilai, Negeri Sembilan ke Kuala Lumpur untuk mendaftarkan diri di salah sebuah universiti di ibu kota hari ini.
Pasangan itu dicekup kerana disyaki berkhalwat di sebuah bilik hotel pada jam 4 pagi oleh sepasukan anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah.
Pegawai Masjid Al-Azim Ahmad Nawi Othman berkata, selepas pihaknya mengetuk pintu beberapa kali, seorang lelaki berpakaian lengkap terkejut melihat kehadiran penguatkuasa sebelum membenarkan mereka masuk untuk membuat pemeriksaan.
"Kami menemui seorang wanita yang hanya berseluar pendek keluar dari tandas, mereka mengaku pasangan kekasih selepas gagal menunjukkan bukti mempunyai hubungan mahram," katanya.
Ahmad Nawi berkata, lelaki berusia 27 tahun itu bekerja di sebuah syarikat telekomunikasi itu sanggup mengambil pasangannya yang berusia 27 tahun itu dari Nilai kemudian bawa ke hotel berkenaan.
Dalam serbuan sama di bilik berasingan, seorang penuntut universiti dicekup khalwat bersama pasangannya.
Beliau berkata, perempuan berusia 23 tahun itu memberi alasan mahu berkahwin dengan teman lelakinya.
"Perempuan itu memberitahu keluarganya tidak merestui perhubungan mereka kerana pasangannya yang berusia 24 tahun itu bekerja sebagai kontraktor," katanya.
Kesemua yang ditahan dibawa ke Balai Pandan Indah.
Kenyataan media oleh Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia Sesi 2010/2011
Isu keterlibatan mahasiswa dalam politik kepartian khususnya di arena politik tanah air mendapat liputan yang sangat meluas, khususnya selepas isu penahanan empat orang pelajar UKM ketika kempen Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangar sebelum ini. Perbicaraan terhadap keempat-empat pelajar tersebut menyaksikan mereka memenangi kes di mahkamah, kerana berjaya mewujudkan keraguan terhadap Perkara 15 AUKU, dengan Perlembagaan Malaysia.
Kesinambungan daripada isu tersebut, mahasiswa mula menunjukkan kebangkitan untuk menuntut hak mereka, apabila mereka secara langsung dapat menyaksikan bahawa selama ini hak mereka dinafikan oleh suatu klausa di dalam AUKU, yang menyaksikan percanggahan antara AUKU dengan Perlembagaan Malaysia.
Sehubungan dengan itu, pada bulan Mac sehingga April yang lalu, perbahasan panjang mengenai perkara ini diparlimen telah berlangsung, yang menyaksikan akhirnya AUKU telah dipinda, dan halangan kepada mahasiswa untuk berpartisipasi dalam politik kepartian, akhirnya berjaya dipinda.
Perenggan 15 (2)(c) telah digugurkan yang mana sebelum ini melarang untuk mana-mana pelajar daripada bertanding bagi atau memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana persatuan, pertubuhan, badan, atau kumpulan pelajar di dalam kampus, sekiranya memegang sesuatu jawatan dalam sesebuah parti politik.
Perkara ini kemudiannya telah diluluskan dan dinyatakan dalam ucapan penggulungan perbahasan rang undang-undang tersebut oleh Menteri Pengajian Tinggi di Parlimen baru-baru ini.
Namun, demi untuk mengekalkan kesuburan akademik dan memastikan Universiti kekal sebagai pusat perkembangan ilmu, maka tegahan dan larangan untuk mana-mana parti politik luar untuk masuk ke dalam kampus tetap dikekalkan. Hanya pelajar yang dibenarkan melibatkan diri dengan politik kepartian di luar kampus, bukannya parti politik luar yang masuk ke dalam kawasan kampus universiti.
Namun, pihak PMUKM agak terkejut, kerana setelah undang-undang ini digazetkan, ia seolah-olah dipandang enteng dan diambil mudah oleh sesetengah pihak berkaitan isu ini. Hal ini kerana, bertarikh 8 Mei 2012, PMUKM telah menerima jemputan rasmi daripada UMNO Malaysia, yang dinamakan kepada EXCO MPP PMUKM untuk menghadiri Majlis Sambutan Hari UMNO ke-66 pada 11 Mei 2012 (Jumaat), pada jam 7:00 petang bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sri Petaling, Kuala Lumpur.
Perkara ini dipandang dengan serius, kerana tindakan terbuka UMNO Malaysia ini dilihat dengan angkuhnya menghina Perlembagaan Malaysia, kerana melakukan tindakan yang membelakangi perlembagaan yang telah disahkan di Parlimen. Seperti yang dinyatakan di atas, tegahan dan larangan untuk mana-mana parti politik untuk masuk ke dalam mana-mana kampus, masih dikekalkan.
Timbul sedikit persoalan dari pihak kami berkenaan surat jemputan ini, adakah pindaan undang-undang AUKU ini hanya sekadar kosmetik untuk menarik sokongan anak muda, atau ada agenda tertentu, khususnya menjelang pilihanraya umum yang akan berlansung hanya beberapa ketika daripada sekarang. Maka untuk mengukuhkan dakwaan ini, kami lampirkan bersama bukti surat jemputan tersebut di sini.
Justeru, kami memohon agar pihak Universiti Kebangsaan Malaysia khususnya, dan seluruh universiti di Malaysia amnya untuk tidak bersikap sambil lewa dan hanya memandang sebelah mata, apabila sesuatu isu itu berkaitan dengan pihak tertentu, akan tetapi cepat melatah apabila isu atau perkara yang datang daripada pihak yang lain. Maka dalam kondisi meraikan tuntutan mahasiswa untuk menyuarakan hak, janganlah ianya dicemari dengan tindakan kotor pihak tertentu, yang menghalalkan segala apa yang mereka inginkan tanpa mengikut garis panduan dan ketetapan yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan Malaysia.
Selaku wakil kepada mahasiswa Univeristi Kebangsaan Malaysia, PMUKM menyatakan pendirian untuk tidak terlibat samada menghadiri atau menyatakan sokongan kepada Sambutan Hari UMNO ke-66 ini, kerana jemputan yang diberikan ini jelas menunjukkan wujudnya tindakan langsung daripada pihak UMNO, iaitu parti politik luar untuk masuk ke dalam kampus dengan sesuka hati, tanpa mempedulikan kedaulatan Perlembagaan Malaysia yang menegah tindakan tidak beretika ini.
Andai ada pihak yang ingin menghadiri program ini atas kapasiti peribadi, itu adalah keputusan individu dan masih selari dengan apa yang diperuntukkan di bawah perkara 15 AUKU, namun apabila adanya jemputan secara rasmi daripada pihak UMNO kepada EXCO MPP PMUKM, ini jelas bercanggah dengan AUKU, dan mencemarkan reputasi UKM sebagai sebuah lubuk ilmu yang bebas daripada pengaruh mana-mana parti politik luar.
Sebagai kesimpulan, kami mendesak respon segera daripada Pihak Pentadbiran UKM, khususnya Naib Canselor UKM dan Menteri Pengajian Tinggi, berkaitan isu ini, demi membersihkan imej UKM daripada sebarang pengaruh anasir kotor daripada parti politik luar. Andai perkara ini terus didiamkan dan tindakan membisu daripada pihak yang bertanggungjawab, maka jelas, pindaan AUKU dan segala bentuk perkara yang berlaku sebelum ini adalah sekadar retorik politik, yang penuh dengan kepalsuan dan tipu daya.
Mohon reaksi segera daripada pihak yang berkaitan.
Ahmad Muzzammil Bin Muhd Hairi Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia Sesi 2010/2011.
Inilah budaya UMNO.. Harta Kerajaan dianggap sebagai harta mak bapak mereka, baik pemimpin mahupun ahli-ahlinya.. Bagi mereka harta kerajaan itu harta UMNO oleh itu mereka boleh memperkudakannya sesuka hati mereka.
Bagi meramaikan hadirin diprogram sambutan ulangtahun UMNO di Kuala Lumpur, pihak UMNO negeri Terengganu dilaporkan telah mengguna kenderaan milik Kerajaan Negeri bagi mengangkut ahli UMNO keprogram itu..
Tanpa memperdulikan bahawa sebuah kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi dimana dalam kerajaan itu perlu ada Pemerintah dan juga Pembangkang.. mereka menganggap apa saja harta milik kerajaan itu boleh digunakan mereka sesuka hati.
Apabila mereka menggunakan harta kerajaan iaitu kenderaan yang digunakan untuk mengangkut Ahli mereka ke perhimpunan itu sudah tentu segala kos pengangkutan termasuk minyak, tol, gaji pemandu dan juga penyelenggaraan kenderaan itu ditanggung oleh kerajaan yang dibentuk oleh pemerintah dan pembangkang.
Adakah mereka pernah mempertimbangkan samada perbuatan mereka itu diredhai oleh rakyat yang menyokong pembangkang?
*****************************************
KUALA TERENGGANU - Umno negeri Terengganu telah menyalahgunakan berpuluh-puluh kenderaan kerajaan negeri Terengganu bagi mengangkut para peserta ke program sambutan ulangtahun 66 tahun penubuhan parti itu semalam di ibu negara Kuala Lumpur.
Ahli Jawatankauasa Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Dr AzmanIbrahim kesal dengan tindakan parti itu yang sewenang-wenangnya menggunakan harta rakyat seolah-olah harta tersebut milik Umno.
Menurutnya, antara kenderaan tersebut adalah bas Jabatan hal Ehwal Agama Terengganu digunakan untuk mengangkut peserta yang terdiri daripada kalangan Pemuda Umno Batu Rakit.
Katanya, tindakan tersebut menunjukkan Exco Agama dan Penerangan Negeri, Khazan Che Mat menyalahgunakan kedudukannya untuk kepentingan parti.
“Exco agama salah guna harta kerajaan, demi mencapai hasrat kononnya menghimpunkan 100,000 manusia di Stadium Bukit Jalil sempena sambutan 66 tahun Umno semalam,
“Adun Batu Rakit (itu) menyalahgunakan bas Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu untuk mengangkut pemuda-pemuda dari kawasan yang diwakilinya”ujarnya ketika menghubungi Buletinonline.
Beliau yang juga Naib Yang DiPertua PAS Setiu berkata, Khazan yang juga pimpinan Umno Setiu sebagaimana biasa menyalah gunakan harta kerajaan.
Beliau berkata, bas tersebut telah dikesan di sekitar Pusat Dagagan Dunia Putra (Putra World Trade Centre – PWTC) pada Jumaat 11 Mei.
Menurutnya, perkara yang sama turut dikesan di beberapa buah hotel disekitar ibu Negara dimana beliau mendapati banyak kenderaan-kenderaan milik beberapa Jabatan Kerajaan Negeri Terengganu yang disalahgunakan.
Justeru beliau menggesa kerajaan mendedahkan kepada rakyat kaedah dan peruntukan mana yang membolehkan kenderaan kerajaan boleh dimanipulasi untuk meramaikan manusia ke program Umno.
Katanya, Umno juga perlu memperincikan sumber pendapatan mana yang digunakan menyewa beratus-ratus bas swasta bagi tujuan yang sama.
Percayakah anda berbaris panjang semata-mata nak bayar tol adalah kerja tolol jadi berikanlah sokongan supaya tol dihapuskan maka kita tak akan ditololkan lagi.
Pelbagai pihak terus mendesak kerajaan memansuhkan tol Batu Tiga dan Sungai Rasau di Lebuh Raya Persekutuan dengan alasan ia membebankan rakyat dan tidak lagi relevan.
Ketua Koordinator JINGGA 13 Fariz Musa berkata, tindakan kerajaan Pusat pimpinan BN terus mempertahankan operasi kedua-dua plaza tol itu bertujuan memindahkan beban kos pembinaan pembesaran RM357 juta kepada rakyat.
Bagaimanapun, NGO yang dekat dengan Pakatan Rakyat itu mendakwa, keuntungan berlipat kali ganda terus dikaut daripada pungutan tol tanpa rasa bersalah.
"Menjadi tanggungjawab kepada kerajaan memberikan kemudahan yang terbaik kepada rakyat termasuk lebuh raya dan bukannya bersikap membebankan rakyat yang harus membiayai setiap kos malah turut berdepan dengan kenaikan harga tol, kenaikan harga barang keperluan dan makanan termasuk kenaikan harga petrol," katanya.
Justeru, kata Fariz, JINGGA 13 menyokong penuh penganjuran perhimpunan membantah tol itu di plaza tol Batu Tiga dekat Shah Alam anjuran Pakatan Rakyat Selangor esok.
Desakan itu juga bagaimanapun menariknya dikongsi bersama lebih 200 penyokong BN yang sudah berhimpun di plaza tol Sungai Rasau bagi menuntut perkara sama semalam.
Perhimpunan Pakatan Selangor esok dijadual berlangsung di plaza tol Sungai Rasau pada awal petang.
Sementara itu, Kelab Anwar Ibrahim (AIC) pula menyokong perhimpunan esok kerana mereka tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk "penindasan dan perniagaan" atas titik peluh rakyat.
Presidennya Saifuddin Shafi Muhammad berkata, selepas hampir 20 tahun beroperasi, kadar kutipan tol di kedua-dua plaza tol itu mencecah hampir dua kali ganda dan kebenaran mengutip tol kepada konsesi diberikan sehingga 2018.
"Ini bermakna ratusan ribu rakyat terpaksa menanggung beban berterusan selama lebih kurang enam tahun lagi dan ini berlawanan dengan tanggungjawab sebenar kerajaan untuk menyediakan prasarana percuma dan berkualiti kepada rakyat," katanya.
Tahukah anda?? Dengan menghantar surat jemputan kepada Mahasiswa untuk ke Majlis Sambutan Hari UMNO yang berada di dalam Kampus, UMNO telah menghina Perlembagaan Malaysia.
Ini kerana demi untuk mengekalkan kesuburan akademik dan memastikan Universiti kekal sebagai pusat perkembangan ilmu, maka tegahan dan larangan untuk mana-mana parti politik luar untuk masuk ke dalam kampus tetap dikekalkan dalam AUKU yang telah di bahaskan dan dipinda dalam Parlimen.
Hanya pelajar yang dibenarkan melibatkan diri dengan politik kepartian di luar kampus, bukannya parti politik luar yang masuk ke dalam kawasan kampus universiti.
Itulah sikap sebenar pemimpin-pemimpin UMNO Baru yang mahu membuktikan kepada Najib bahawa beliau mendapat sambutan rakyat walau kemana beliau pergi..
Segalanya mereka langgar, hatta undang-undang yang telah dibahaskan dan diluluskan di Parlimen sendiri.
Jika hanya kerana mahu menunjukkan kepada Najib dan juga rakyat Malaysia bahawa UMNO masih disokong kebanyakkan rakyat Malaysia mereka melanggar Perlembagaan Negara.. apa agaknya yang mereka sanggup lakukan untuk mengekalkan kuasa??
****************************************
Kenyataan media oleh Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia Sesi 2010/2011
Isu keterlibatan mahasiswa dalam politik kepartian khususnya di arena politik tanah air mendapat liputan yang sangat meluas, khususnya selepas isu penahanan empat orang pelajar UKM ketika kempen Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangar sebelum ini. Perbicaraan terhadap keempat-empat pelajar tersebut menyaksikan mereka memenangi kes di mahkamah, kerana berjaya mewujudkan keraguan terhadap Perkara 15 AUKU, dengan Perlembagaan Malaysia.
Kesinambungan daripada isu tersebut, mahasiswa mula menunjukkan kebangkitan untuk menuntut hak mereka, apabila mereka secara langsung dapat menyaksikan bahawa selama ini hak mereka dinafikan oleh suatu klausa di dalam AUKU, yang menyaksikan percanggahan antara AUKU dengan Perlembagaan Malaysia.
Sehubungan dengan itu, pada bulan Mac sehingga April yang lalu, perbahasan panjang mengenai perkara ini diparlimen telah berlangsung, yang menyaksikan akhirnya AUKU telah dipinda, dan halangan kepada mahasiswa untuk berpartisipasi dalam politik kepartian, akhirnya berjaya dipinda.
Perenggan 15 (2)(c) telah digugurkan yang mana sebelum ini melarang untuk mana-mana pelajar daripada bertanding bagi atau memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana persatuan, pertubuhan, badan, atau kumpulan pelajar di dalam kampus, sekiranya memegang sesuatu jawatan dalam sesebuah parti politik.
Perkara ini kemudiannya telah diluluskan dan dinyatakan dalam ucapan penggulungan perbahasan rang undang-undang tersebut oleh Menteri Pengajian Tinggi di Parlimen baru-baru ini.
Namun, demi untuk mengekalkan kesuburan akademik dan memastikan Universiti kekal sebagai pusat perkembangan ilmu, maka tegahan dan larangan untuk mana-mana parti politik luar untuk masuk ke dalam kampus tetap dikekalkan. Hanya pelajar yang dibenarkan melibatkan diri dengan politik kepartian di luar kampus, bukannya parti politik luar yang masuk ke dalam kawasan kampus universiti.
Namun, pihak PMUKM agak terkejut, kerana setelah undang-undang ini digazetkan, ia seolah-olah dipandang enteng dan diambil mudah oleh sesetengah pihak berkaitan isu ini. Hal ini kerana, bertarikh 8 Mei 2012, PMUKM telah menerima jemputan rasmi daripada UMNO Malaysia, yang dinamakan kepada EXCO MPP PMUKM untuk menghadiri Majlis Sambutan Hari UMNO ke-66 pada 11 Mei 2012 (Jumaat), pada jam 7:00 petang bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sri Petaling, Kuala Lumpur.
Perkara ini dipandang dengan serius, kerana tindakan terbuka UMNO Malaysia ini dilihat dengan angkuhnya menghina Perlembagaan Malaysia, kerana melakukan tindakan yang membelakangi perlembagaan yang telah disahkan di parlimen. Seperti yang dinyatakan di atas, tegahan dan larangan untuk mana-mana parti politik untuk masuk ke dalam mana-mana kampus, masih dikekalkan.
Timbul sedikit persoalan dari pihak kami berkenaan surat jemputan ini, adakah pindaan undang-undang AUKU ini hanya sekadar kosmetik untuk menarik sokongan anak muda, atau ada agenda tertentu, khususnya menjelang pilihanraya umum yang akan berlansung hanya beberapa ketika daripada sekarang. Maka untuk mengukuhkan dakwaan ini, kami lampirkan bersama bukti surat jemputan tersebut di sini.
Justeru, kami memohon agar pihak Universiti Kebangsaan Malaysia khususnya, dan seluruh universiti di Malaysia amnya untuk tidak bersikap sambil lewa dan hanya memandang sebelah mata, apabila sesuatu isu itu berkaitan dengan pihak tertentu, akan tetapi cepat melatah apabila isu atau perkara yang datang daripada pihak yang lain. Maka dalam kondisi meraikan tuntutan mahasiswa untuk menyuarakan hak, janganlah ianya dicemari dengan tindakan kotor pihak tertentu, yang menghalalkan segala apa yang mereka inginkan tanpa mengikut garis panduan dan ketetapan yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan Malaysia.
Selaku wakil kepada mahasiswa Univeristi Kebangsaan Malaysia, PMUKM menyatakan pendirian untuk tidak terlibat samada menghadiri atau menyatakan sokongan kepada Sambutan Hari UMNO ke-66 ini, kerana jemputan yang diberikan ini jelas menunjukkan wujudnya tindakan langsung daripada pihak UMNO, iaitu parti politik luar untuk masuk ke dalam kampus dengan sesuka hati, tanpa mempedulikan kedaulatan Perlembagaan Malaysia yang menegah tindakan tidak beretika ini.
Andai ada pihak yang ingin menghadiri program ini atas kapasiti peribadi, itu adalah keputusan individu dan masih selari dengan apa yang diperuntukkan di bawah perkara 15 AUKU, namun apabila adanya jemputan secara rasmi daripada pihak UMNO kepada EXCO MPP PMUKM, ini jelas bercanggah dengan AUKU, dan mencemarkan reputasi UKM sebagai sebuah lubuk ilmu yang bebas dariapda pengaruh mana-mana parti politik luar.
Sebagai kesimpulan, kami mendesak respon segera daripada Pihak Pentadbiran UKM, khususnya Naib Canselor UKM dan Menteri Pengajian Tinggi, berkaitan isu ini, demi membersihkan imej UKM daripada sebarang pengaruh anasir kotor daripada parti politik luar. Andai perkara ini terus didiamkan dan tindakan membisu daripada pihak yang bertanggungjawab, maka jelas, pindaan AUKU dan segala bentuk perkara yang berlaku sebelum ini adalah sekadar retorik politik, yang penuh dengan kepalsuan dan tipu daya.
Mohon reaksi segera daripada pihak yang berkaitan.
Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.
Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-
1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.
Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah.
Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.
Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.
Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.
Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat 'membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang 'perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.
Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.
2) Terlebih gambar
Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.
Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat 'lamaran' nafsu.
Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.
Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah 'janganlah kamu menghampiri zina'.
Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .
3) Penyamaran
Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi 'friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.
Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.
4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.
Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu 'bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai 'rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.
Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.
Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.
5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.
Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.
Ini adalah kerana, terdapat 'trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.
Ini boleh menjadi dosa, kerana :-
a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.
b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan 'candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh 'untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.
c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan 'seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.
6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan
Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.
Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, 'zaman aku ekstrem', 'zaman solehah', 'waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.
Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.
KESIMPULAN
Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.
Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa.
Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.
Amanat Dato' Seri Anwar Ibrahim - Menjelang PRU 13
Assalamualaikum...
BACA, TELITI dan FAHAMI dengan mata HATI dan mata AKAL. Saya sudah dan saya bertanggungjawab menyebarkannya. Semoga amanat ini benar dan apa jua diluar kemampuan dan pengetahuan saya, saya serahkan kepada Allah SWT. Hidup Islam dan rakyat!
Amanat Dato' Seri Anwar Ibrahim - Menjelang PRU 13 "Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!
Saya mohon agar rakyat Malaysia bertenang dan dapat meluangkan 10 minit dari masa berharga anda untuk membaca luahan hati saya agar rakyat faham mengapa saya bersungguh-sungguh dan beria sangat ingin merebut Putrajaya.
Jika saya katakan ia bukanlah perjuangan peribadi bagi membela ketidakadilan yang telah berlaku ke atas saya, pastilah ramai yang tidak akan percaya dengannya. Oleh itu, saya mengambil keputusan menulis beberapa fakta agar ia dapat meyakinkan rakyat bahwa saya ikhlas dan jujur memperjuangkan nasib kita semua.
Saya pernah dituduh liwat beberapa tahun lalu dan mahkamah mendapati saya tidak bersalah atau lebih tepat saya tidak melakukan perbuatan terkutuk itu sebagaimana yang didakwa oleh musuh-musuh politik saya. Tidak cukup dengan itu, saya kemudiannya diheret semula ke mahkamah dengan tuduhan lain pula. Kali ini mereka mendakwa saya telah melakukan kesalahan 'menyalahgunakan kuasa'. Saya akui saya tersilap mempercayai anggota polis yang sering mengiringi saya ketika itu.
Saya telah meminta beliau menyiasat siapakah penulis buku '50 dalil mengapa Anwar tidak boleh jadi PM'. Hanya itulah kesalahan yang mereka takrifkan sebagai 'menyalahgunakan kuasa' yang akhirnya menyebabkan saya terpaksa meringkuk selama 6 tahun dalam penjara. Bolehkah anda bayangkan perasaan saya dan keluarga ketika itu?
Sebaik keluar dari penjara, setelah 6 tahun menghabiskan sisa-sisa hidup dengan pelbagai amalan keagamaan di dalam sana, saya amat bersyukur akhirnya Tun Mahathir mengaku dalam satu sidang video bahwa beliau memang sengaja mengada-adakan kesalahan saya bagi memastikan kerjaya politik saya berkubur dalam penjara Sg.Buloh. Ramai rakyat yang telah tahu dan pernah menonton video pengakuan Tun Mahathir ini. Anda juga boleh melihat pengakuan Tun Mahathir di link youtube ini: http://www.youtube.com/watch?v=aPKrsCqznS0
Apabila satu persatu tembelang BN terbongkar, mereka mulai berasa kurang selesa serta risau dan mereka mula mengatur sebuah lagi fitnah bagi 'menyibukkan' saya dengan sesuatu yang tidak pernah saya lakukan. Tiba-tiba seorang pemuda mengaku diliwat oleh saya sehari selepas beliau bertemu Dato Seri Mohd Najib di pejabatnya. Saya yang berada 6 tahun dalam penjara seolah tidak pernah belajar bahwa 'kebebasan' itu adalah nikmat yang harus saya syukuri. Saya sekali lagi terpaksa berhadapan dengan kemelut yang amat memalukan saya dan keluarga.
Saya ingin bertanya, selama 6 tahun dalam penjara, berapa ramaikah banduan yang telah saya liwat? Mengapa perlu tunggu keluar penjara untuk melakukan perbuatan terkutuk itu? Saya sebenarnya tiada ruang untuk menjelaskan kebenaran ini. Saya dinafikan keadilan. Saya juga turut dinafikan hak bersuara di semua akhbar, stesen TV dan Radio milik BN. Saya tiada tempat yang dapat menjelaskannya secara meluas kepada rakyat jelata. Dimanakah dapat saya kemukakan bukti bahwa saya sungguh tidak pernah melakukan perbuatan terkutuk itu? Mereka suruh saya buktikan di mahkamah, sedang merekalah yang sebenarnya menguasai mahkamah. Ya benar! Mahkamah kita masih belum bebas. Ia masih terus dikuasai sepenuhnya oleh 'orang' yang berkuasa.
Saya menolak untuk bersumpah kerana bukan saya yang sepatutnya bersumpah, tetapi orang yang mendakwa diliwatlah yang sepatutnya bersumpah laknat. Dia telah pun bersumpah dan biarlah Tuhan sahaja yang melaksanakan laknat-Nya ke atas mereka yang bersumpah bohong. Itu bukan lagi dalam kekuasaan saya. LA HAWLA WALA QUWATAILLAH BILLAH. Jangan lupa, beberapa individu yang terbabit memfitnah saya dahulu ada yang telah mati dengan tragis dan ada pula yang masih hidup tetapi mengalami sakit yang aneh. Dan berhubung DNA pula, saya enggan diambil sekali lagi sample DNA kerana mereka telah punyai DNA saya dalam pertuduhan kes liwat yang pertama dahulu. Saya bimbang seandainya mereka mempunyai muslihat jahat terhadap sample DNA terbaru itu nanti. Saya harus lebih berhati-hati.
Andaikata benarlah saya ini 'kaki liwat' sebagaimana fitnah mereka, bukankah molek jika ianya saya lakukan di luar Negara. Saya mengajar di sebuah Universiti di Amerika Syarikat, it's a free country, jika benarlah saya ini kebulur sangat meliwat seseorang, saya boleh melakukannya dengan sesiapa sahaja yang saya ingini di sana. Mengapa harus saya lakukan perbuatan jahat itu di Negara sendiri, di Negara yang mana saya berpolitik, berkeluarga dan mempunyai ribuan kenalan dan sahabat handai. Ia tidak masuk akal dan tidak munasabah. Ia satu fitnah jahat yang amat berat buat saya dan keluarga.
Justeru itu saya berazam untuk menyelamatkan Malaysia dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tidak berperikemanusian itu. Saya rela mati kerana rakyat Malaysia. Hanya dengan menguasai Putrajaya sahajalah segala tipu muslihat mereka dapat kita bongkar kepada umum. Masa itu, anda nilailah sendiri dan saya akan memaafkan anda yang turut menuduh dan memfitnah saya ketika ini kerana saya mengandaikan bahwa anda 'jahil' atau 'tidak tahu' ketika itu. Saya akan biarkan anda semua berkesempatan bertaubat kepada Allah atas dosa dari kesalahan memfitnah saya, yang disifatkan Allah dan Rasul-Nya sebagai lebih buruk daripada membunuh satu jiwa mukmin.
Berhubung pemilikan harta, setakat ini belum ada bukti bahwa saya memiliki harta atau wang yang luar biasa banyaknya samada dalam mahupun di luar negara. 9 tahun lamanya sebagai Menteri Kewangan Malaysia serta Timbalan Perdana Menteri Malaysia, ramai dari kalangan pemimpin BN yang berpendapat adalah amat bodoh saya tidak menggunakan kesempatan untuk 'membaham' khazanah negara ketika itu. Memang benar ketika itu saya boleh sahaja melakukannya jika mahu, ia adalah dalam bidang kuasa saya sebagai Menteri Kewangan Malaysia, namun hukum Allah dan syariat Islamlah yang telah membendung saya dari melakukan perbuatan khianat seperti itu kepada rakyat Malaysia.
Kami, pemimpin Pakatan Rakyat berjuang dengan menggunakan hasil pendapatan masing-masing dan dari kemelut 'kekurangan dana' ini, akhirnya membawa kepada keluarnya beberapa pemimpin yang 'kononnya' ingin berjuang bersama tetapi rupanya mempunyai hasrat 'berbeza'. Pemimpin Pakatan Rakyat yang bercita-cita jahat untuk meratah khazanah kekayaan negara awal-awal lagi telah 'disingkir' oleh Allah Swt melalui ujian-ujian-Nya. Antara mereka adalah Ezam Nor dan Zulkifli Nordin, sekadar menyebut beberapa nama dari mereka. Syukur Alhamdulillah!
Baiklah, setakat itu sahaja yang dapat saya perjelaskan tentang apa yang telah berlaku kepada saya selama ini. Saya ingin bertanya, apakah anda sebagai rakyat Malaysia sanggup membiarkan orang yang paling bermotif membunuh, menjadi PM? Jika anda sangsi dengan dakwaan saya bahwa mereka, pemimpin-pemimpin BN terpaksa bersekongkol dengan perancang utama satu plot pembunuhan hanya kerana 'survival' politik mereka, cuba anda perhatikan fakta-fakta dan bukti-bukti di bawah ini:-
PEMBUNUHAN ALTANTUYA - WAJARKAH RAKYAT MENUTUP KES INI?
Firman Allah surah An Nisaa' (105): Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu, dan janganlah kamu menjadi penentang (orang-orang yang tidak bersalah), kerana membela orang-orang yang khianat (lagi berdusta),
Fakta Individu-individu yang terbabit secara langsung @ tidak dalam kes Pembunuhan Altantuya:
Altantuya Sharibuu @ Aminah bt. Abdullah adalah penterjemah Bahasa Perancis bagi urusan pembelian kapal selam oleh Kementerian Pertahanan Malaysia melalui 'Perimekar' milik Penganalisis Strategi Ketenteraan Malaysia yang juga merupakan teman baik Dato Seri Mohd Najib.
Dato Seri Mohd Najib - Menteri Pertahanan Malaysia / Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Abdul Razak Baginda - Penganalisis Pertahanan kepada Kementerian Pertahanan Malaysia / pemilik 'Perimekar'.
Ketua Inspektor Hazilah Hadri - (UTK) yang berkhidmat sebagai 'body guard' di pejabat Dato Seri Mohd Najib.
Koperal Sirul Azhar Umar - (UTK) juga berkhidmat sebagai 'body guard' di pejabat Dato Seri Mohd Najib.
Aziz Buyong - Kolonel Tentera / Pakar bom C4.
Abdullah Ahmad Badawi - Perdana Menteri Malaysia / Menerima Kertas Siasatan dari Penyiasat Polis Tentera Malaysia (MP).
Khairy Jamaludin - Menantu Perdana Menteri Malaysia / Menyimpan Kertas Siasatan berkenaan bagi tujuan survival politiknya setelah ketiadaan Pak Lah nanti.
Rosmah Mansor - Isteri Dato Seri Mohd Najib / Berada di tempat mayat diletupkan dengan C4.
Norhayati - Isteri Kolonel Aziz Buyong / Pembantu Khas Rosmah yang turut berada di tempat kejadian letupan bom C4.
Fakta-Fakta lain dalam kes Pembunuhan Kejam Altantuya:
Bom C4 milik Angkatan Tentera Malaysia.
Dua anggota UTK - Suspek utama pembunuhan adalah body guard di pejabat Dato Seri Mohd Najib.
Rekod Imigresen kemasukan Altantuya dan sepupunya ke Malaysia di'lenyap'kan oleh seseorang dari Jabatan Imigresen Malaysia dengan arahan orang-orang tertentu bagi menutup konspirasi ini.
Zahid Hamidi ketika mengambilalih tugas Menteri Pertahanan Malaysia akhirnya terpaksa membuat kenyataan 'konon'nya Angkatan Tentera Malaysia tidak memiliki Bom jenis C4 dan itu adalah amat bercanggah dengan kenyataan sepanjang kes perbicaraan Pembunuhan Altantuya di mahkamah. Atas arahan siapakah beliau 'berbohong' dan untuk survival siapa?
Keterangan-keterangan ringkas dan jelas:
Ketua Inspektor Hazilah dan Koperal Sirul Azhar dari Unit Tindakan Khas, yang juga merupakan 'body guard' Dato Seri Mohd Najib tidak pernah mengenali Altantuya sebelum kejadian 'bunuh' itu dan tidak langsung mempunyai 'motif' untuk membunuh model berkenaan tetapi mereka berdua mungkin telah diarah oleh sesorang 'yang berkuasa' untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan dalam konspirasi pembunuhan ini. Mereka berdua akhirnya didapati bersalah oleh mahkamah kerana membunuh dengan niat dan dijatuhi hukuman mati oleh hakim mahkamah. Mereka ini jelas telah 'dikambing hitamkan' oleh pihak tertentu dalam usaha menutupi pekung 'pengarah sebenar konspirasi' pembunuhan Altantuya.
Abdul Razak Baginda memang mempunyai motif untuk membunuh Altantuya kerana beliau dilaporkan 'kononnya' adalah pasangan kekasih kepada model ini dan kedatangan Altantuya dengan sepupunya Burmaa Oyunchimeg adalah 'kononnya' untuk mengambil komisyen berjumlah US500 ribu yang dijanjikan kepadanya seandainya pembelian kapal selam itu terlaksana. Adalah difahamkan bahwa Syarikat milik Abdul Razak Baginda 'Perimekar' menerima komisyen jualan sebanyak RM4.7 billion dari kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pertahanan Malaysia, hasil dari kejayaan dalam urusan pembelian 3 buah kapal selam dari Perancis untuk kegunaan Tentera Laut Malaysia.
Anehnya Abdul Razak Baginda kemudiannya didapati tidak bersalah dan dia dibebaskan sepenuhnya dari pertuduhan membunuh kerana dilihat tiada mempunyai kuasa untuk 'mengarah' suspek utama kes, yakni Ketua Inspektor Hazilah dan Koperal Sirul Azhar dari UTK untuk melakukan pembunuhan mangsa (Altantuya). Jadi siapakah yang mempunyai kuasa ketika itu? Jika diamati serta diperhalusi, 'orang yang tak berapa nak cerdik' pun boleh menilai fakta ini dengan baik. Cuba lihat rantaian fakta ini bagi mengaitkan siapa jua yang bermain di minda anda sebagai 'suspek sebenar' yang bertindak sebagai 'pengarah operasi' permbersihan nama baik seorang PEMBESAR dalam kes pembunuhan ini.
Siapakah PALING BERMOTIF untuk membunuh Altantuya selain Abdul Razak Baginda? Dan fakta yang paling penting untuk kita perhalusi adalah siapakah yang berkuasa atau mempunyai kuasa untuk mengarah dua orang UTK (Pengawal peribadi Dato Seri Mohd Najib - Hazilah dan Sirul) serta Pakar Bom C4 tentera (Kolonel Aziz Buyong)? Siapakah pula yang berkemungkinan mempunyai pengaruh dalam 'melenyapkan' rekod kemasukan Altantuya ke Malaysia? Sudah tentulah ia melibatkan sesuatu yang AMAT BESAR sehingga perlu dihapuskan wanita 'berbahaya' ini. Siapakah pengarah sebenar dalam konspirasi pembunuhan ini? Apakah motif sebenar nya? Apa jua jawapan yang bermain di'minda fikiran' anda, simpan dahulu untuk telahan fakta berikutnya.
Dato Seri Mohd Najib kemudiannya bersumpah bahwa beliau tidak pernah mengenali dan tiada kaitan samada secara langsung atau tidak dengan Altantuya. Sedangkan umum akhirnya mengetahui bahwa Altantuya rupanya adalah 'Perterjemah Bahasa Perancis' yang diguna pakai ketika berlangsungnya urusan pembelian kapal selam berkenaan. Ini menyebabkan Dato Seri Mohd Najib 'terpaksa' juga mengenalinya walaupun dia ingin sangat agar rakyat tahu 'konon'nya dia tidak pernah mengenali Altantuya. Fakta ini bukan omong kosong. Ia turut dinyatakan di mahkamah dalam sebutan kes yang berlangsung di Paris, Perancis berhubung penipuan yang berlaku dalam skandal penjualan dan pembelian kapal selam itu.
Menambah buruk persepsi itu adalah apabila sepupu Altantuya, Burmaa Oyunchimeg mengemukakan bukti bergambar di mahkamah ketika diminta memberi keterangan. Bukti itu adalah gambar Abdul Razak Baginda, Dato Seri Najib dan Altantuya sedang menjamu selera di sebuah restoran eksklusif. Ya lah! Takan hanya kerana keluar makan bersama sahaja terus hendak dikaitkan beliau sebagai pembunuh, itu tidak adil dan zalim namanya. Cuma yang jelas di sini adalah Dato Seri Mohd Najib telah bersumpah 'bohong'. Dia sebenarnya memang mengenali Altantuya. Kenapa ia seakan hendak di'sembunyi'kan dari rakyat Malaysia? Pasti ada sebab BESAR disebalik semua itu.
Baiklah, sekarang amati pula dari sudut berbeza, Abdul Razak Baginda hanya perlu melunaskan US500 ribu atau hanya kira-kira RM1.6 Juta sahaja berupa komisyen kepada Altantuya. Dan jika mengambil kira jumlah komisyen yang dimilikinya iaitu RM4.7 billion (Ringgit Malaysia Empat Ribu Tujuh Ratus Juta), jumlah RM1.5 juta itu amatlah kecil dan boleh dilunaskannya pada bila-bila masa sahaja. Sekali lagi, Abdul Razak Baginda dilihat tiada sebab atau motif kukuh untuk membunuh 'kekasih gelap'nya itu (Altantuya), dan lebih meyakinkan adalah beliau juga dilaporkan tidak berupaya atau tidak mempunyai kuasa bagi mengarah suspek-suspek yang terdiri dari Ketua Inspektor Hazilah, Koperal Sirul dan Kolonel Aziz untuk melaksanakan tugas-tugas 'pembersihan' itu.
C4 adalah bom milik Angkatan Tentera Malaysia, dan harus diingat Dato Seri Mohd Najib Razak adalah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Malaysia yang berkuasa penuh terhadap apa jua aktiviti Angkatan Tentera Malaysia. Dari semua fakta ringkas di atas, anda pasti sudah boleh mengagak serta mengetahui siapakah KETUA sebenar dalam 'KONSPIRASI PEMBUNUHAN KEJAM' ini. Demi survival politik dan survival parti, 'orang yang zalim' ini terpaksa dilindungi oleh orang-orang besar parti yang lainnya.
Apakah anda mengandaikan semua barisan kepimpinan BN itu 'bodoh', 'buta' dan tidak mengetahui tentang hal sebenar ini? Tidak, mereka semua bukanlah orang-orang yang bodoh, malah mereka bijak berpolitik dan tahu apa sebenarnya yang sedang berlaku. Jika begitu, jika benar mereka semua tahu, mengapa pula mereka beria-ia menyembunyikan fakta sebenar dan sekaligus mempertahankan 'orang yang zalim' ini?
Nyatanya, semua ketumbukan kepimpinan BN sebenarnya amat sedar dan tahu akan kebenaran ini, namun mereka jauh menyedari serta tahu bahwa menyelamatkan 'orang zalim ini' adalah sama seperti menyelamatkan kedudukan mereka sendiri. Mereka sedar seandainya jatuh 'orang yang zalim' ini, maka hancur berkecailah keseluruhan empayar yang telah mereka bina selama ini. Justeru itu, mereka tiada pilihan lain kecuali berusaha mempertahankan juga 'orang yang zalim' ini sekalipun terpaksa 'membohongi' rakyat jelata. Tidak mungkin mereka mahu melihat Pakatan Rakyat menguasai PUTRAJAYA hanya kerana kesilapan yang dilakukan oleh 'orang yang zalim' ini.
Mereka 'terpaksa' jua mengangkat 'orang yang zalim' ini sebagai pemimpin mereka, walaupun hati mereka jelas menolaknya. Sayang sekali mereka semua terlupa pada Tuhan. Mereka terlupa bahwa Tuhan Maha Mengetahui apa sahaja yang mereka nyatakan atau sembunyikan dalam hati mereka. Mereka lupa bahwa mereka kelak akan tetap didatangi oleh Malaikat Maut. Mereka berusaha dan cuba untuk melupakan semua kemelut itu demi kehidupan dunia yang fana ini. Ada di antara mereka yang telah menerima 'hukum' Allah yakni mati, namun yang masih hidup terus leka dan lalai dengan segala macam imbuhan duniawi yang diterima mereka dari 'orang yang zalim' itu.
Kehidupan dunia ini adalah segalanya bagi mereka-mereka ini. Mereka tahu ada akhirat menanti tetapi mereka berasa 'yakin' kononnya mereka berada di pihak yang benar dan akan 'terselamat' dari api neraka. Mereka bersangka baik terhadap harapan palsu yang dijanjikan syaitan buat mereka dan penyokong-penyokong mereka. Sedang mereka dan penyokong mereka bersekongkol dengan 'orang yang zalim' itu, Allah juga mempunyai rancangan-Nya. Dan sudah tentulah perancangan Allah jauh lebih baik dari ciptaan-Nya.
Apa boleh buat saudara, kita terpaksa menunggu sehingga ke hari pembalasan, yakni akhirat, bagi melunaskan semua yang kita persangkakan. Takan kita semua mahu turut serta bersama mereka dalam menyokong 'orang yang zalim' itu. Mereka sendiri pun sebenarnya 'terpaksa' menyokongnya demi survival politik sempit mereka. Ayuh rakyat Malaysia, berfikir dan bertindaklah dalam Pilihanraya Umum nanti. Mari kita tegakkan kebenaran dan keadilan buat semua. Kita tunjukkan bahwa rakyatlah yang paling berkuasa, dan bukan mereka para pemimpin yang jahat itu.Important link to the case: http://en.wikipedia.org/wiki/Murder_of_Shaariibuugiin_Altantuyaa
Harus diberi perhatian serius bahwa Allah dan Rasul-Nya telah acap kali mengingatkan dan memberi amaran kepada kita agar berwaspada terhadap suatu zaman di mana pemimpin yang dusta itulah yang akan 'dipercayai' dan diberi kuasa. Ia sedang berlaku sekarang dan kita 'yang diberi hidayah Allah' mudah membezakan antara penyokong yang melakukan kebaikan (amal makruf) dengan mereka yang melakukan kebathilan (Mungkar)
Firman Allah surah Al Maa-idah (51): Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani (yakni orang yang suka berdusta) sebagai pemimpin-pemimpin (mu), sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka sebagai pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.
Hadis Rasulullah Saw pula menegaskan bahwa: Ka'ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung/menyokong) tindakan mereka yang berbuat aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga)".- Hadis Riwayat Tirmizi, Nasae'i dan Hakim.
Sudah jelas bahwa Allah dan Rasul-Nya melaknati orang-orang yang berdusta dan berbuat aniaya. Malah penyokong-penyokong yang mendukung aspirasi pemimpin-pemimpin jahat itu juga nantinya akan turut sama terpelosok di kancah neraka jahannam. Pasti akan ada kelompok ini yang bertanya: "Bagaimana pula dengan ustaz-ustaz dan ulama UMNO?. Apakah mereka ini turut bernasib malang dan terpaksa menghuni neraka jahannam?".
Jawapan saya 'itu semua, keputusan ke mana mereka akan dikembalikan kelak, kita serah bulat-bulat kepada Allah Azzawajalla sahaja'. Bukan kita yang berhak menentukan ke mana kembalinya mereka nanti. Namun, di sebalik penyerahan tawakal kepada Allah, kita harus faham bahwa Rasulullah Saw diutus bagi menyempurnakan akhlak kita semua. Dalam sirah nabi banyak sekali dipaparkan kisah-kisah bagaimana Rasulullah Saw bukan sahaja bijak dalam ilmu agama, malah Baginda amat arif menilai akhlak orang-orang di sekelilingnya. Baginda mengajar semua khalifah dan umat ketika itu bagaimana dapat mereka mengenali samada orang itu berakhlak terpuji atau sebaliknya. Ini bermakna, mereka para ustaz dan ulama bukan sahaja perlu menilai pemimpin dari sudut agamanya sahaja, akhlak pemimpin itu turut menjadi faktor utama dalam penilaian mereka sebelum seseorang pemimpin itu wajar disokong.
Seharusnya itulah yang menjadi panduan ustaz-ustaz dan Ulama UMNO di dalam menentukan sokongan mereka. Menyokong membabi buta akan menyebabkan mereka terdedah untuk menerima nasib yang sama dengan kelompok ini kelak. Rasulullah Saw telah bersabda dalam banyak hadis yang saya rangkumkan peringatannya, antara lainnya untuk mengenali akhlak seseorang yang baik itu ada beberapa ciri utama:-
1. Pertama lihat suaminya samada dia bersolat fardhu di masjid atau tidak? 2. Kemudian lihat isterinya, apakah dia menutup aurat atau tidak? 3. Kemudian lihat pula anak-anak gadisnya, apakah mereka menutup aurat atau tidak? 4. Lihat bagaimana mereka sekeluarga berbelanja, apakah mereka boros atau tidak?
Walaupun banyak lagi ciri-ciri lain, solat fardhu umpamanya, boleh dilakonkan watak itu dikhalayak ramai oleh seorang munafik kerana kekerapan bersama dilihat menjadi faktor ia mudah dilakonkan. Jadi, memadai melihat 4 ciri di atas yang ditekankan Rasulullah saw, yang saya rasa amat sukar untuk dilakonkan kerana ia memerlukan seseorang itu istiqamah dalam perilakunya itu. Itulah yang harus dinilai terlebih dahulu agar kita dapat menetapkan kaedah menilai individu pemimpin berkenaan seterusnya.
Akhirkata, saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia, marilah kita 'share' amanat ini di kalangan fb'ians' dan teman kita semua di luar sana, samada dengan mencetak dan mengedarkan amanat ini kepada keluarga serta semua sahabat handai atau mencetak dan mengedarkan ia di kampung-kampung, di mana maklumat ter'sekat' oleh pembangunan yang sengaja di'tahan' ke sana oleh pemimpin-pemimpin tertentu.
Jika bukan saya serta pemimpin-pemimpin lain dalam Pakatan Rakyat yang bangkit memperjuangkan nasib kita semua, andalah yang terpaksa bangkit dan berjuang bersama demi kesejahteraan generasi anak-anak kita yang akan datang. Ayuh! Marilah kita semua 'Gegakkan Gempita' kerana semboyan telahpun berbunyi. Setiap dari kita rakyat Malaysia berkewajipan mencanang semboyan ini kepada sekurang-kurangnya ahli keluarga terdekat. Andaikata anda berkuasa melakukan lebih dari itu, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga.
Berilah peluang kepada Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya pada PRU ke 13 nanti. Saya akan pastikan semua mereka yang boros membelanjakan wang rakyat termasuk Rosmah Mansor yang sanggup membeli sebutir cincin berlian berharga RM24juta di kala rakyatnya ada yang masih hidup dalam kemiskinan dan ahli keluarga kepada Ketua Wanita UMNO Shahrizat Jalil yang tergamak membelanja sampai RM250 juta wang dana Tabung Makanan kita dalam skandal NFC di bawa ke muka pengadilan.
Janganlah 'terpedaya' atau 'diperbodohkan' lagi hanya kerana 'sogokan' wang RM100, RM500 dan beberapa ratus lagi menjelang pilihanraya yang akan di'saji'kan oleh pemimpin-pemimpin BN. Lihat angka yang mereka 'baham'. angka yang diberikan kepada anda amatlah kecil berbanding jumlah yang mereka ambil tanpa restu anda semua. Nasihat saya, anda ambillah wang itu kerana wang itu memang milik rakyat dan bukan milik mereka, kemudian undilah Pakatan Rakyat dalam PRU-13 nanti. Pakatan Rakyat akan pastikan mereka-mereka yang bertanggungjawab atas setiap kesalahan mereka itu menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang telah mereka lakukan kepada negara dan rakyat Malaysia.
KUALA LUMPUR, 13 Mei: PAS akan menangguhkan muktamar yang sepatutnya diadakan pada Jun ke November depan.
Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, ia akan digantikan dengan perhimpunan raksasa pada 1 Jun di Alor Setar, Kedah yang akan memberi fokus sepenuhnya kepada pilihan raya umum ke-13.
"PAS lebih menumpukan kepada persediaan menghadapi pilihan raya umum yang masih menjadi teka-teki, itulah demokrasi di negara itu.
"Jadi PAS tangguh muktamar ke satu tarikh lain dan akan adakan ijtima' dan munajat perdana untuk perkasakan jentera dan ahli di seluruh negara bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13," kata beliau pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat di ibu pejabat parti, Jalan Raja Laut, dekat sini, hari ini.
Beliau berkata, Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar akan menjadi pengarah bagi ijtima' yang dijangka dihadiri lebih 100,000 ahli parti itu.
"Maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
"PAS tak akan sediakan bas untuk ke sana tapi semua atas usaha ahli sendiri tapi kita yakin kehadiran lebih 100,000," katanya.
Sementara itu, Ustaz Hadi juga memaklumkan seratus peratus nama calon dari setiap negeri sudah dihantar ke Jawatankuasa Pusat dan diluluskan Majlis Syura.
"Jawatankuasa Pusat memberi kepercayaan kepada Dewan Harian PAS Pusat untuk meneliti semua calon yang dikemukakan kepada pusat dan diluluskan Majlis Syura," katanya.
Tambah beliau juga, isu pertindihan kerusi dengan PKR dan DAP akan diselesaikan oleh Jawatankuasa Bersama dalam Pakatan Rakyat.
"Itu akan diselesaikan oleh jawatankuasa bersama dalam Pakatan Rakyat," katanya.
Turut bersama pada sidang media ialah Timbalan Presiden, Mohamad Sabu, Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub, serta Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali. -Hrkh
(Orang ramai berdemo bantah tol Batu Tiga dan Sungai Rasau) SUBANG JAYA: Ahli Parlimen Shah Alam, Abdul Khalid Samad hari ini memberitahu apabila Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya, antara perkara yang utama akan dipertimbangkan adalah menghapuskan tol bagi mengurangkan beban rakyat.
Beliau yang ditemui ketika himpunan hapuskan tol di Tol Batu Tiga memberitahu apa yang dilakukan ini adalah tindakan rakyat untuk mendesak kerajaan agar menghapuskan tol di Lebuhraya Persekutuan iaitu Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau.
Lebih kurang seribu orang hadir bagi mendesak tol dihapuskan di kedua-dua tempat iaitu Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau.
Bayaran yang dikenakan sebanyak RM1 bagi Tol Sungai Rasau dan RM1.10 untuk kepada sebuah kereta telah mengakibatkan kesesakan yang teruk setiap awal pagi dan juga petang.
Turut hadir pada himpunan tersebut adalah exco kerajaan negeri, Ronnie Liu, Adun Seri Muda, Suhaimei Shafiei dan juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin.
(Khalid Samad berucap kepada yang hadir)
"Ini merupakan satu program yang ditunjukkan oleh rakyat agar kedua-dua tol di Lebuhraya Persekutuan dihapuskan dengan segera supaya ia tidak terus membebani rakyat.
"Kita menjangkakan sepanjang tiga puluh tahun operasi tol ini, syarikat tersebut sudah mendapat kembali modal yang mereka keluarkan malah telah mendapat keuntungan yang berlebihan," kata Khalid.
Tambahnya Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau merupakan tol yang terawal beroperasi di bawah kendalian Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) hampir tiga puluh tahun operasi.
"Tol ini merupakan yang paling laris dan mustahil jika pihak Plus belum mendapat apa-apa keuntungan dari pengoperasian mereka.
"Malah sebelum tol ini beroperasi, lebuhraya persekutuan telah wujud lebih awal iaitu sekitar tahun 60an bagi menghubungkan Kuala Lumpur dan Pelabuhan Klang," sambung beliau yang turut serta dalam himpunan tersebut.
Maka atas dasar tersebut, Khalid berpendapat tol ini sudah sepatutnya dihapuskan.
Menurutnya lagi, kewujudan kedua-dua tol tersebut telah menyebabkan berlakunya kesesakan lalulintas yang teruk pada awal pagi dan waktu petang.
"Matlamat mewujudkan lebuhraya adalah untuk mengurangkan kesesakan lalulintas tetapi kalau tol menyebabkan kesesakan melampu saya pasti matlamat mewujudkan lebuhraya ini tidak akan tercapai.
"Bagi saya penghapusan tol ini selain dapat membebankan kos sara hidup rakyat ia juga dapat mengurangkan kesesakan lalulintas," tambah beliau lagi. -Hrkh
Gombak - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata akan ada perhimpunan Bersih 4.0 jika isu-isu berkaitan dengan tuntutan pilihan raya bersih dan adil tidak diselesaikan dengan segera.
"Bila timbul masalah Bersih (perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu), Syeikhul Azhar, Mufti Mesir masa itu mengatakan perhimpunan yang berlaku di Mesir haram.
"Tetapi rakyat Mesir membandingkan dengan fatwa Dr Yusuf Al-Qardawi melalui buku ditulis beliau dan hasilnya tujuh juta rakyat Mesir turun ke jalan kerana fatwa Qardawi betul," katanya.
Nik Abdul Aziz sebelum ini menggalakkan orang ramai khususnya ahli-ahli Pas agar menyertai Bersih 3.0 yang diadakan pada 28 April lalu. Malah beliau sendiri mengakui ada membiayai beberapa peserta perhimpunan itu.
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Langkah Rakyat ke Putrajaya di Markas Tarbiah Pas Pusat Taman Melewar dekat sini, malam tadi.
Pada majlis itu, penyanyi popular bersuara lunak dan Juara Lagu 1990, Wan Aishah Wan Arifin menyerahkan borang keahlian menyertai Pas.
Ceramah itu turut dihadiri bekas Menteri Kesihatan, Datuk Dr Chua Jui Meng dan anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tamrin Tun Ghafar Baba.
Aishah ketika berucap pada majlis itu berkata, beliau mengambi keputusan menyertai Pas kerana merasakan ia fasa kedua dalam hidupnya selepas mendapat hidayah Allah.
"Saya merasa terharu kerana diberi peluang memberi borang keahliannya kepada Tuan Guru Nik Aziz dan inilah perkara yang ingin saya buat setelah mendapat hidayah Allah," katanya.
Dalam ucapannya, Nik Abdul Aziz berkata, rakyat negara ini perlu menukar parti yang memerintah Malaysia menerusi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dengan parti yang mendukung Islam.
"Tidak kisahlah kaum mana pun yang akan berada di Putrajaya itu, Melayu ke, Cina Muslim ke, India Muslim ke asal dia berasas Islam seperti yang di bawa Nabi Muhammad, Insya-Allah kita boleh selamat," katanya. "Saya menyokong Bersih, itu baru 3.0, akan ada yang keempat lagi," kata beliau.
Sebelum ini, pemimpin-pemimpin PKR memberitahu Sinar Harian Online bahawa pihaknya tetap dengan pendirian untuk terus menyokong jika akan ada perhimpunan Bersih 4.0.
"Pihak kami belum berbincang apa-apa lagi mengenai perkara ini kerana belum ada sebarang pengumuman rasmi yang dibuat mengenai Bersih 4.0," kata Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli.
Ahli Parlimen Subang, Sivarsa Rasiah pula berkata, pihaknya juga akan terus menyokong tindakan Bersih kerana setakat ini, kerajaan belum memberi sebarang jaminan mengenai tuntutan-tuntutan Bersih.
"Saya juga akan terus menyokong kerana rakyat sendiri inginkan pilihan raya dibuat secara bersih, adil dan saksama," katanya lagi.
Sebelum ini Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga pernah memberi amaran perhimpunan yang lebih besar akan diadakan jika kerajaan enggan memenuhi tuntutan agar disediakan persekitaran bagi pilihan raya yang bebas dan adil. -SH
Amanah merupakan sifat wajib para Nabi dan Rasul. Amanah merupakan taklif kepada setiap manusia. Imam Al-Qurtubi telah menyatakan bahawa amanah merangkumi seluruh tugas agama. Allah telah menyenaraikan salah satu sifat mukmin yang berjaya dan menghuni syurga Firdaus ialah "orang yang memelihara amanah-amanah dan janji-janji mereka." Amanah dan janji merangkumi segala perkara yang dipikul oleh manusia dalam urusan agama dan dunia samada perkataan atau perbuatan. Rasulullah mengingatkan kita agama beramanah kerana tidak sempurna agama bagi mereka yang tiada amanah.
Allah menasihati manusia agar jangan menyerahkan harta anak-anak yatim kepada mereka yang tidak amanah. Amaran Allah yang keras ini bertujuan untuk mengelakkan penjaga yang mengkhianati harta anak yatim dengan menganggap harta anak yatim adalah harta mereka sehingga mengurusnya untuk kepentingan mereka dan menadah terima kasih daripada anak yatim supaya mengenangi jasa mereka.
Allah menceritakan kisah Nabi Syuaib yang menasihati anak-anaknya agar memilih orang yang amanah untuk mengurus kambing-kambing mereka. Tapi dunia seringkali terbalik dengan melupai amanah dan pengertiannya. Bahaya akhir zaman ialah kekeliruan timbangan dan kerosakan nilai sehingga sampai ke tahap yang disifatkan oleh Rasulullah dengan sabdanya : "Tahun-tahun yang menipu akan datang kepada manusia. Pembohong akan dianggap benar, Orang yang benar akan dianggap bohong, orang yang amanah akan dianggap pengkhianat dan pengkhianat akan dianggap pembela amanah."
Amanah akan disia-siakan pada akhir zaman sebagaimana Abu Hurairah bertanya kepada Rasulullah : Bagaimana mensia-siakan amanah, wahai rasulullah ? Rasulullah menjawab : Apabila urusan kehidupan di serahkan kepada orang yang tidak layak maka tunggulah masanya." Ibnu Hajjar Al-Assaqalani menyebut dalam kitab Fathu Bari : Ibnu Battal berkata, maknanya ialah "pemimpin-pemimpin yang diamanahkan oleh Allah ke atas hamba dan wajib mereka memberi nasihat kepada rakyatnya. Sewajarnya dilantik orang yang memahami dan menghayati agama tetapi apabila dilantik yang bukan berkelayakan dalam menghayati agama maka mereka telah mensia-siakan amanah yang Allah pilih mereka dengan amanah."
Agama merupakan amanah Allah. Dunia dan kekayaan merupakan amanah Allah. Rakyat merupakan amanah kepada pemerintah. Harta rakyat merupakan amanah Allah kepada kerajaan. Memilih pemimpin merupakan amanah Allah kepada rakyat dan masyarakat Islam. Setiap orang akan ditanya dengan amanah masing-masing. Wallahua'lam
*** Artike adalah merupakan tazkiran dari Ustaz Mohd Nor Hamzah Ketua Pemuda PAS Terengganu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Payong.
Perkara ni admin nak tujukan buat orang-orang umno Desa Rejang Setapak Jaya Kuala Lumpur...Kisahnya macam gini dahlah kau rayu2 makcik2 dan orang2 tua suruh pergi ke himpunan raksasa koranggg .... masa nak balik ko tinggal makcik2 dan orang tua tu kat bukit jalil ...ko ingat nak balik Setapak dari Bukit Jalil tu dekat ka.......takat ko bagi diaorang sorang rm20 duit teksi pun tak cukup....HaramJ betullah UMNO ni....Ini bukan tuduhan tetapi benar2 berlaku..
Berkokok semua pimpinan UMNO seluruh pelusuk negara bahawa demonstrasi adalah bertentangan dengan kepentingan awam dan merugikan negara. Tapi tahukan mereka sekiranya tiada demonstrasi, Malaysia mungkin tidak merdeka dan UMNO mungkin tidak lahir?
Nampaknya, UMNO masih tidak habis-habis dengan sikap "Mengata Dulang Paku Serpih" mereka.
UMNO Sendiri Lahir Dari Perhimpunan Haram
Perhimpunan2 menentang Malayan Union adalah menjadi penyebab kepada lahirnya UMNO. Sejarah telah merakamkan bahawa setelah orang Melayu keluar beramai-ramai dan berdemonstrasi menentang Malayan Union, mereka telah berkumpul dan menubuhkan UMNO.Sekiranya orang Melayu pada masa itu menunggu permit polis dari Kerajaan British nescaya Malayan Union tidak dapat dihalang dan UMNO tidak akan wujud.Malaya akan tetap dibawah British.
Jadi demo dan himpunan rakyat untuk menyatakan ketidak puasan hati adalah budaya kita sejak dulu, budaya UMNO,budaya PAS, budaya NGO dan sebahagiaan mereka yang berprinsip dan bangun mewakili rakyaat majoriti.
Mengapa UMNO dengan tiada segan dan silu kerap kali mengungkapkan perkataan Perhimpunan Haram bagi melabel tindakan rakyat Malaysia berhimpun dan menyatakan sikap mereka? Adakah UMNO “mengata dulang paku serpih”? Sedangkan sudah berapa kali UMNO,MCA dll NGO berdemo atas isu antarabangsa serta tempatan Malah dalam filem Hati Malaya yang saya tonton video klip promosinya, dipaparkan sejarah rakyat yang celik dan berani bangun menentang kezaliman penjajah. Yang tidak mahu berdemo selain kerana keuzuran adalah mereka dari golongan pengampu,penakut dan dayus.
Malah di Kelantan himpunan anjuran UMNO didalangi Annuar Musa dalam percubaan UMNO untuk menabal sultan lain selain dari Sultan Kelantan yang ada sekarang. Mengapa UMNO boleh melakukannya sedang orang lain tidak? Jangan buat2 lupa. Himpunan rakyat mencerminkn masyarakat madani. Kini dua hero rakyat lahir dari kegelapan UMNO/BN . Hero dari Parlimen Cameron Highland YB S.K.Devamany dan YB dari Penang. Mereka sekurang2nya meminta pimpinan UMNO/BN melihat dan mengkaji mesej yang dihantar oleh para pen ‘demo’ dan rakyat yang berhimpun, bukat mengugut.
Peristiwa 1946 dibahas di DUN Kelantan
Hujjah tentang demo dan himpunan menentang British di atas ini juga digunapakai oleh YB Nasaruddin Daud dalam Perbahasan Titah Sultan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kelatan sebelum ini. Ia telah menyebabkan wakil-wakil rakyat UMNO seperti terkejut (sebab menafikan sejarah). Itulah sikap hipokrit dan tidak cerdiknya mereka. Berbagai-bagai alasan tidak cerdik telah cuba digunakan oleh wakil-wakil rakyat UMNO bagi membenarkan sikap “double standard” mereka..
Tidak hairanlah juga antara mereka ada seorang YB yang masih tidak cukup umur dan cukup akal. Masih duduk dalaam khayalan zaman kanak2 dimana kaki dan tangan jadi senjata bila kalah berhujah. Kesian, YB itu patut masuk PASTI untuk mula balik belajar akhlak dan kemahiran bertolak ansur.
Hujjah yang mengatakan Perhimpunan 1946 bukan perhimpunan haram kerana waktu itu tiada undang undang adalah dangkal dan buta sejarah. Mana ada negara yang tiada undang2 meskipun dijajah. Jika British menjajah, undang2 yang digunapakai adalah undang-undang British,jika pada zaman Jepun, undang2nya undang2 Jepun. Jepun lagi keras,kejam dan tidak bertolak ansur, tapi datok nenek kita dulu bangun berdemo dan berhimpun ramai2 untuk nyatakan perasaan. Kerana apa? Kerana penjajah atau pemerintah yang ada tidak mendengar dan menafikan keluhan daan ketidak puasan hati rakyat.
Hujjah yang menyatakan Demonstrasi sekarang ini tidak dibenarkan kerana ianya membawa kepada keganasan juga tidak berpijak dibumi nyata. Kalau sejarah 13 Mei yang dijadikan sandaran, ramai orang sudah tahu fakta sejarah bahawa yang menyebabkan peristiwa 13 Mei adalah kerana provokasi melampau dari penyokong2 UMNO dan faktor ketidak adilan sosial daan ekonomi padaa masa tersebut. Selepas itu ’Bloody Sunday” yang terkenal, mereka yang cedera parah adalah para demonstran kerana campur tangan dan provokasi polis.
Kita rasa sangat kelakar bila ada demonstran yaang dikasari kerana demonstrasi membantah kenaikan harga barang. Tak logik betul polis Malaysia ni. Peristiwa Batu Burok pula bukan program demo tetapi ceramah di laman rumah individu yg tak perlu permit. Berpuluh kali dah ceramah diadakan disitu tanpa sebarang insiden. Jelas kepada kita baahwah demo dan perhimpunan menjadi ganas hanya apabila berlaku campur tangan serta tindakan biadap pihak polis terhadap ahli perkumpulan. Apabila tiada campur tangang pihak polis, semua perhimpunan tersebut menjadi aman.
Hujjah seterusnya,Perhimpunan tersebut menjadi haram kerana tiada permit ( yakni bertentangan dengan undang-undang negara). Ia tiada permit kerana UMNO/BN tidak mahu memberi permit tanpa alasan yang kukuh. Hanya kerana perhimpunan-perhimpunan ini merugikan UMNO dari segi politik sahaja dan ia juga mendedahkan kebobrokan, kepincangan dan kemungkaran UMNO dan BN kepada rakyat. PM Malaysia pun sama, dia hanya mahu dengar yang muluk2 sahaja. Tutup mata, tutup telinga. Yang dia dengar cakap menantu, anak dan menteri penyangak macam Nazri tu. Cuba sekali bagi permit, misalnya untuk himpunan bersih di negeri2, kami akan buktikan kemahiran kami mengawal ahli dan penyokong2 kami dengan syarat tiada provokasi SB yaang terancang.
Salah seorang pimpinan UMNO mengatakan bahawa perhimpunan Bersih itu adalah anjuran parti politik dan bukannya anjuran rakyat Malaysia. Adakah ahli dan penyokong parti pembangkang ini bukan rakyat Malaysia? Ada pula yang cabul mulut menyatakan tiada siapa yang akan keluar ramai2, ada yang kata 2,3 puluh ribu pendemonstran tidak mewakili rakyat. Cuba baca tulisan Zainul Arifin (NST 28 Nov muka 13). Jika berpuluh ribu boleh digerakkan untuk turun kejalan raya, apalagi beratus ribu, boleh dikatakan dengan yakin bahawa jumlah ini sebenarnya mewakili beberapa kali lipat. ”The silent majority” yang sering disebut2 sebenarnya duduk kem mana? Keputusan pilihanraya membuktikan sokongan kepada BN? Itulah yang Bersih pertikaikan.
Harus diingat bahawa permit diberikan oleh Polis manakala Polis diletakkan di bawah Kementerian Dalam Negeri yang dikawal oleh UMNO/BN. Sekiranya pihak polis menolak permit mana-mana pihak bererti ianya adalah penolakan dari UMNO/BN.
Polis Adalah Alat Barisan Nasional Untuk Terus Berkuasa
Pihak Polis di Malaysia tidak lebih dari biro di dalam UMNO bertanggung-jawab mengekalkan kuasa Barisan Nasional di Malaysia. Mereka hanya mengikut arahan UMNO dan bertindak dengan begitu rakus menggagalkan sesiapa sahaja yang dikhuatiri merugikan Barisan Nasional. Ini dibuktikan dalam soal siasat terhadap tahanan2 ISA. Yang ditanyakan soalan2 politik dan pimpinan politik parti2 selain BN, soalan2 tentang keselamatan negara langsung tidak popular.
Pihak Polis lebih sanggup menjalankan sekatan-sekatan jalanraya di dalam usaha menggagalkan perhimpunan rakyat berhari2 dari berusaha mencegah jenayah. Tidak pernah lagi kita dengar polis menyuraikan himpunan Mat Rempit yang di kala rakyat Malaysia hidup dalam ketakutan angkara penjenayah serta perogol. Sampai sekarang pembunuh kejam Nurin belum ditangkap. Devamany budak India 9 tahun pula jadi mangsa. Mengapa tak kerah seluruh kekuatan polis untuk menangani jenayah yang makin menggerunkan?? Polis sanggup menumpukan tenaga dan usaha mereka ke arah menjayakan agenda politik Barisan Nasional, tapi tidak bersungguh untuk jaga keselamatan rakyat..
Jelas kepada kita bahawa Polis Diraja Malaysia sudah hilang komitment mereka kepada rakyat Malaysia. Biarlah perogol adik Nurin terus menerus memangsa kanak-kanak, tidak apa asalkan tugas mereka menjaga kepentingan Barisan Nasional dan UMNO tidak terhalang.
Kasihan rakyat Malaysia seolah-olah tiada tempat lagi untuk berteduh dan berlindung. Kerajaan dan pihak berkuasa hanya mahu melindungi kepentingan dan kekayaan beberapa kerat kroni dan UMNO Putra dan rakyat terpaksa bersusah payah dan menderita. Apabila rakyat bersuara tidak puas hati, Polis digunakan untuk bertindak kasar dan zalim kepada rakyat. Media pun sama, sanggup jadi pelacur murah yang melacurkan habis etika kewartawanan mereka.
40% pegawai atasan boleh didakwa keranaa hidup mewah melebihi pendapatan, perlantikan hakim yang diatur melalui panggilan talipon, pesalah rasuah yang masih bergelar YB dalaam DUN dan Parlimen, Jenaayah yang masuh dalam rumaah dan kejiraanan kita, harga baraang dan sara hidup yang berlipat kali ganda naik, bangunan yang bocor dan runtuh. Rumah, masjid, surau, kuil rakyat yang diroboh pihak penguasa atas nama pembangunan.
Kita tidak tahu bagaimanakah nasib anak-cucu serta keturunan saya selepas ini jika UMNO/BN terus menipu, memerintah dan menghancurkan Msia. Sekarang rakyat kena cepat bertindak dan lakukan apa yang betul bukan ikut nafsu yang hanya pentingkan keselesaan diri dan keluarga masing2 sahaja. Ramai yang perlukan pembelaan anda.
Hairan betol lah dengan betina tua tak sedar siri nih.Sanggup mempergunakan ibu sendiri demi mencapai cita-cita politik.Sanggup menggunakan politik kotor mengheret ibu yang uzur tua bagi memburukkan anak sendiri dalam media sex.Kita yakin kenyataan yang dibuat oleh ibu tua ni berunsur politik dan ada orang politik Umno yang mendalangi segmen nih..Tambahan pula gambar lucah individu mirip azmin Ali kini tersebar luas di media-media Umno terutamanya Surat khabar Lucah Umno UTusex Meloya.
Dengan kebiadapan pemegang 6 oskar terkutuk betina tua yang bernama Ummi hafilda nie telah membangkitkan kemarahan dan kebencian yang amat sangat kepada saudaranya Azwan Ali.Baru-baru nih kita tengok dah berbaik 2 orang nih.Tapi kita yakin azwan ali berbuat demikian disebabkan terpaksa untuk menjaga hati ibunya dan mungkin juga diugut oleh individu..Perbuatan terkutuk betina jalang nih yang dahulunya digelar oleh Azwan Ali dengan"BN"Betina Neraka telah menaikkan marah azwan dalam twitternya.
Woit hafilda!!!Sudah-sudahla dengan politik kotor hang tuu...Sampai nak gunakan Mak kandung sendiri apa kejadahnya???Berapa habuan dunia yang hang dapat??
penyapu sial
Kalau abg long dia dh lama x balik..sound la dia elok2 suruh blik..x pun ko bwk mak tu g mah dia, tuk jernihkn keadaan..ni ko bwk g press, mmg saja la ko nk tmbh keruhnya...ye la, menangguk di air keruh kan best...
najib haramjadah di sambut juga dengan kandang kandang kosong berwarna merah dan kuning di bahagian atasnya
kerusi warna merah warna kandang yang cover kemaluan kandang lembu najib haramjadah
penyokong dan pengundi tegar di luar stadium bersama sama beberapa spesis haramjadah dari vietnam,indon dan nepal yang bakal menjadi ahli UMNO...untuk memenuhi stadium akan datang....!!!!
Suasana di dalam kandang' di Bukit Jalil, menyebabkan penyokong-penyokong 'lembu kondo' merasa syok sendiri apabila TV3 suku dan Utusan Meloya menyebut ratusan ribu hadir memenuhi kandang. Al-maklumlah, pengangkutan diberi dan dikhabarkan lebih dua ribu bas pengangkutan disediakan termasuk dua buah bas yang diberitakan terlibat di dalam kemalangan....ada lembu yang kojol rupanya...padan muka.....kenapa tak declare mati syahid kerana menegakkan islam UMNOPORNO...
Berbeza dengan Himpunan BERSIH 3.0 pada 28 April yang lalu. Beberapa negeri yang telah menyewa bas hasil duit poket peserta-peserta BERSIH sendiri disaat-saat akhir permit bas ditarik balik. Namun, peserta-peserta BERSIH menggunakan inisiatif sendiri untuk sampai ke KL walaupun dikatakan puak `haramjadah' ini menyebut Dataran Merdeka tidak boleh digunakan. Semangat BERSIH patut dipuji, yang mempunyai kelapangan dan belanja, mereka hadir dengan sukarela.
Manakala, yang tidak mampu untuk pergi atas sebab-sebab tertentu, mereka menyumbang sedikit wang perbelanjaan kepada yang bersemangat untuk pergi tetapi kewangan tidak mencukupi. Inilah semangat yang tiada kepada puak puak lembu mereka, sebab itulah mereka amat meroyan apabila yang hadir berbaju kuning BERSIH berhampiran Dataran Merdeka dan sekeliling bandar KL mencecah dua ratus ribu.
Berapa jumlah yang hadir di Stadium Bukit Jalil bersama Najib 'Haramjadah' (gelaran 'haramjadah' dipopularkan oleh Najib baru-baru ini di Jengka, Pahang)..Melihat kepada gambar yang disiarkan di dalam Utusan meloya, tentunya kita merasa puak-puak sekutu Apco ini tidak kurang hebatnya walaupun didatangkan dengan bas dan peruntukan. Tetapi, zaman sekarang bukan zaman di era Almarhum Tun Razak.
Lihatlah beberapa gambar yang malu buat TV3 suku atau Utusan meloya mahu tunjukkan betapa hebatnya parti sekular Umno ini. Kapasiti Stadium Bukit Jalil adalah lebih kurang 85, 000 orang sahaja, lihat kepada tempat duduk di bahagian atas sekali sekelilingnya hampir kosong. Dikira pula yang duduk bersila atas rumput kita letaklah paling ramai 10 ribu, ertinya kita boleh beri kredit kepada perhimpunan merah hari itu sekitar 50 ribu sahaja.
Jika sekadar itu yang hadir, perhimpunan mereka yang diketuai oleh Najib `haramjadah' menyamai program ceramah PR yang hanya dihadiri oleh MB Selangor sahaja.Apa pun, itu tidak penting. Kita harus melihat orang yang akan membantu parti pukimak haramjadah ini adalah orang yang tidak berada di dalam stadium. Siapa mereka jika tidak Bangla, Nepal, Kemboja, Indon dan beberapa spesis yang mereka ternak dari awal lagi.
penyapu sial
betul la kata tun mahathir, hanya yg bodoh2 saja tinggal dlm umno.
You are subscribed to email updates from penyapu sial To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
SHAH ALAM 13 MEI :Kira-kira 500 orang mengadakan demonstrasi secara aman di plaza Tol Batu 3 Shah Alam hari ini bagi mendesak supaya Tol batu Tiga dan Sungai Rasau di Lebuh Raya Persekutuan ditutup,
Demonstrasi ni bermula pada jam 2:00 petang tadi bertujuan mendesak kerajaan memansuhkan dua tol yang telah mencecah kutipan dua kali ganda sejak mula beroperasi. Demonstrasi aman ni mendapat sokongan daripada pengguna-pengguna lebuh raya yang melalui Plaza tol sambil membunyikan hon sebangai tanda sokongan ,
ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin turut mengedarkan dan memasang pelekat kereta "mansuhkan Tol Demi rakyat" kepada kenderaan-kenderaan yang melalui plaza tol, Beliau berkata kita mempunyai satu tujuan menggerakkan kempen mansuhkan tol ini sebagai satu kempen memberitahu rakyat bahawa kerajaan Pakatan Rakyat begitu komited dengan usaha memansuhkan tol Perhimpunan aman ini berakhir tepat jam 4 petang tadi dan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
Hanya segelintir dari jumlah yang dikatakan 70,000 yang memenuhi Stadium Bukit Jalil pada malam sebelumnya hadir pada tengahari semalam. Terdapat beberapa buah khemah pameran dan gerai yang telah dipasang di luar stadium, tetapi tidak ramai orang menjengahnya. Tiada seorang ahli politik pun yang datang berhimpun pada malam sebelumnya kelihatan hadir di karnival pada hari semalam, yang hanya dihadiri tidak lebih dari 300 orang sahaja pada awal tengahari.
Mengikut aturcara program, karnival yang "masuk-percuma" itu sepatutnya bermula jam 10 pagi. Kebanyakan tumpuan hanya di khemah expo kerjaya oleh Pemuda BN, arena paintball dan beberapa gelanggang futsal.
"Hari ini pagi Sabtu. Keadaan begitu sunyi. Saya harap lebih ramai akan datang pada sebelah tengahari," kata seorang yang enggan dikenali selepas membahagikan risalah-rasalah pada jam 11 pagi.
Hal ini sepatutnya tidak berlaku, sedangkan taman "inflatable castles" dan "skateboard" juga telah diwujudkan.
Malah, kerana terlalu kurang orang yang menghadiri karnival tersebut, beberapa kakitangan yang bosan mwnunggu pengunjung mengambil kesempatan menghiburkan diri mereka dengan bermain sendiri di khemah-khemah berkenaan. Karnival akan berakhir jam 6 petang hari ini.
Video nih Addin lihat sebuah blog pro Pakatan Rakyat. Addin tak pasti kesahihan video nih.. Entry blog merujuk video nih dirakam di sebuah tempat di negeri Melaka. Kepada sesiapa yang tengok video nih boleh tolong pastikan kesahihannya. Addin nak pastikan video nih sebelum di sebarkan. Sebentar tadi Addin lihat FB pun sudah keluarkan videoi nih. Kat mana video nih merujuk kepada negeri Melaka pun tak pasti.. Kepada yang tengok boleh pastikan. Video nih sebenarnya agak kurang sesuai untuk tontonan umum..
Jikalau betul kita harus laporkan kepada pihak berkuasa.. harap-harap pihak berkuasa jangan lepas tangan pulak..
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Ini adalah perjuangan anak bangsa. Ini adalah maruah sejenis baka. Sertai perjuangan dalam program KKE'MOH pada malam Final Piala FA di Stadium Bukit Jalil. Dan sertai perjuangan dalam demo jalanan 'Peace Walk' pertama di Kelantan pada 26 Mei ini.
Bolehkah himpunan di Bukit Jalil dijadikan kayu pengukur bahawa Umno mantap serba serbi menuju PRU 13?
PETALING JAYA: Umno bukan seperti parti-parti lain. Tidak ada parti lain yang boleh menandingi Umno – parti terbesar berusia 66 tahun itu. Sama ada dari jumlah ahli atau kemewahan, Umno adalah nombor satu.
Kehadiran puluhan ribu ahli Umno ke Stadium Nasional di Bukit Jalil malam tadi kerana menyambut kelahiran parti itu bukan sesuatu yang di luar jangkaan. Nyata sambutan itu mewah dan meriah.
Sambutan yang meriah itu memang sudah sinonim dengan Umno. Sebelum ke Bukit Jalil, ahli-ahlinya bermalam terlebih dahulu di hotel yang di tempah khas di sekitar Kuala Lumpur dan lokasi berdekatan.
Mereka menaiki bas yang disewa khas dan dijanjikan wang saku. Ini tradisi Umno bagi ahlinya yang tinggal di luar ibu kota bagi menghadiri program parti termasuk perhimpunan agung Umno di PWTC. Sesetengah mereka menaiki khas jabatan kerajaan kerana wakil rakyat mereka menjadi Exco kepada jabatan berkenaan.
Beberapa ahli Umno berkata, mereka sangat beruntung menjadi ahli parti itu terutama ketika menghadiri program parti di Kuala Lumpur.
Rosli Awang dari Kuala Terengganu berkata, "Saya datang ke Kuala Lumpur semuanya percuma."
"Saya tidur di Hotel Grand Seasons dan dijanjikan wang poket tetapi belum dapat lagi. Masa perhimpunan agung Umno pun begini juga."
Jadi anggaran kasar 100, 000 orang mendengar ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak di Stadium Bukit Jalil bukan luar biasa dan mengejutkan.
Dengan kekayaan yang ada, Umno boleh membawa seberapa ramai yang mereka mahu. Jangan lupa ahli parti itu berjuta orang.
Namun menjelang pilihan raya umum 13 yang kini di depan mata, kemeriahan sambutan 66 tahun itu mungkin untuk seketika sahaja.
Percakapan di cawangan dan bahagian ialah Umno masih tidak dapat bersatu padu sepenuhnya.
Tolak calon parti
"Isu yang paling besar ialah masih tidak semua ahli akan setuju dengan calon yang dipilih parti. Ini yang berlaku dalam setiap kali pilihan raya.
"Umno kalah kerana sikap pemimpin di cawangan dan bahagian berlaku tikam belakang menjelang pilihan raya. Kerana mereka tidak bersatu, kerana ada kepentingan sendiri, ahli akar umbi berpecah belah.
"Umno kalah kerana tidak bersatu. Mereka bermusuhan sesama sendiri," kata Rosli lagi.
Apa yang berlaku itu mungkin satu contoh sahaja. Barangkali perkara serupa timbul juga ditempat lain. Najib mungkin menyedarinya tetapi apa yang boleh dilakukannya?
Beliau cuma boleh merayu tetapi apa yang berlaku sebelum ini tidak semua suara presiden didengari.
Ini yang berlaku kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika menghadapi pilihan raya umum 2008 yang menyebabkan BN kalah empat negeri – Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak.
Perbalahan sesama sendiri adalah musuh dalam parti. Adakah ahli Umno memberi sokongan sepenuh hati kepada Najib?
Adakah rakyat boleh menerima sepenuhnya pemerintahan Najib? Untuk menukurnya dari segi program turun padang atau bantuan kepada rakyat ia bukan jaminan BN secara automatik mendapat undi.
Pengundi sudah bijak. Mereka kini menilai antara kebaikan yang dibuat BN sejak 1957 dengan harapan baru yang diberikan Pakatan Rakyat.- FMT
(Aishah menyerahkan borang sertai PAS kepada Tuan Guru Nik Aziz malam tadi - gambar Telok Bakong Blog)
KUALA LUMPUR: Penyanyi popular bersuara lunak dan Juara Lagu 1990, Wan Aishah Wan Arifin secara rasmi menyertai PAS apabila menyerahkan borang keahlian PAS kepada Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat malam tadi.
Ia berjalan di dewan besar, Kolej Universiti Zulkifli Mohamad (KUIZM) Taman Melewar dalam majlis ceramah perdana "Rakyat Melangkah Ke Putrajaya".
Turut serta di majlis anjuran PAS Kawasan Batu itu adalah Tamrin Ghafar dan Datuk Seri Chua Jui Meng.
Penyajak tersohor, Pyan Habib turut mendeklimasikan beberapa sajaknya.
Dengan penyertaan Aishah, sudah ramai artis dan para sastrawan yang menyertai PAS.- Harakahdaily
WOoo.... patut macam besa tengok, ni lah rupanya wajah yang jadi ayam tambatan geng ketuanan Melayu nih.... kahkahkah...
Ni la jugak samseng yang tunjuk hero ngan budak-budak yang berkhemah kat Dataran ari tu yerk... GANGSTER JALAN KEBUN ni rupanya jadi belaan gerombolan ketuanan Melayu rupanya.... kat mana nak sorok lagi... kahkahkah... kan dah kantoi, Nah.. Baik punya melalak kat belakang.... kahkahkah...
Rosmah, rakyat yang memberi kamu makan: Bukan sebaliknya
Ia telah dilaporkan oleh media di seluruh Negara yang isteri kepada yang berhormat Perdana Menteri telah memberitahu pelajar di seluruh Negara bahawa mereka patut menggigit tangan orang yang telah memberi mereka makan.
Apakah ertinya ini? Datuk Seri Najib, bolehkah anda menerangkan kepada kami apa maknanya semua ini. Sepatutnya anda memberitahu pasangan anda yang dia mesti menjaga tepi kain sendiri sahaja.
Dan apabila anda mendapat jawapan anda, anda akan tahu kenapa para pembaca sangat sesitif akan apa yang telah dikatakan oleh Datin Seri Rosmah. Anda juga patut tahu bahawa di kalangan rakyat-rakyat biasa sedang bergosip tentangnya di kedai-kedai kopi.
Apabila anda sedang bekerja keras memberitahu rakyat akan usaha yang sedang dijalankan oleh BN untuk rakyat, pasangan anda telah memburukkan lagi keadaan dengan menyatakan sesuatu yang telah menjadikan rakyat nampak seperti pengemis.
Adakah ini betul Perdana Menteri?
Siapa yang memberi makan siapa?
Bukan BN yang memberi makan rakyat. Ia sememangnya tidak boleh. Ia bukan seperti ini. 'Wanita pertama Malaysia' mesti tahu akan kebenaran ini.
Kerajaan mempunyai duti moral dan tanggungjawab untuk telus dan membina dan menguruskan peluang kepada rakyat untuk bekerja dan menyara kehidupan mereka sendiri. Rakyat tidak perlu meminta dan mengemis untuk mencari sesuap nasi; sebaliknya, melalui peti undi, rakyat telah memilih anda untuk menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya anda laksanakan.
Jadi, apakah semua "jangan menggigit tangan yang memberi makan anda?" ia langsung tidak menyokong apa yang telah BN war-warkan pada rakyat selama 5 dekad yang lalu.
Datin Seri Rosmah juga nampaknya telah memberi amaran kepada rakyat. Jadi, rakyat bertanya semula kepadanya, "jika ya pun kami sedang menggigit tangan itu, apakah yang anda akan lakukan?"
Harap-harap isteri PM tidak akan menjawab, "tunggu sahajalah nanti saya tunjukkan".
Dalam sejarah Malaysia, tidak pernah ada isteri perdana menteri yang berani menuang minyak kebara api. Datuk Seri Najib mesti menangani ini kecuali anda langsung tidak sedar bahawa Tun Dr Mahathir dulu pernah menegur pasangan anda dihadapan semua.
Ucapan Ha Najib Razak sempena sambutan hari ulang tahun ke 66 Umno sungguh emosi dan bersemangat. Satu ucapan penggerak semangat terakhir sebelum parlimen dibubarkan. Saya mengira cara Najib ini tepat.
Ini kerana seperti saya ramalkan sebelum ini majlis ulang tahun Umno ke 66 pasti akan menjadi salah satu indikator untuk Najib mencari ilham bagi membubarkan parlimen bagi mendapat mandat rakyat. Kalau sambutan majlis ini hangat pasti ia menggocak jiwa Najib untuk bubar parlimen.
Najib berucap penuh semangat.
Bersih 3.0 adalah indikator pertama bagi Najib membuat penilaian dan keputusan apakah parlimen boleh dibuabrkan atau pun tidak dalam bulan Mei dan Jun ini. Dengan kehadiran lebih 60,000 ribu di stadium Bukit Jalil malam ini dianggap satu kehadiran yang terbesar dalam siri-siri majlis himpunan Umno yang diadakan selepas 28 April dapat menyangi kehebatan Bersih yang dihadiri lebih 250,000.
Tidak ada lagi majlis Umno selepas ini melainkan majlis ini dibuat sempena hari ulang tahun Umno. Majlis-majlis di negeri-negeri kurang mendapat sambutan walaupun Umno menyediakan prasarana dan ubah wang poket. Di negeri kelahiran Najib sendiri satu majlis hanya dihadiri tidak sampai 200 dan ia menimbulkan kemarahan Najib.
Malam ini waalaupun ahli Umno diangkut dan diupah, tetapi jumlah itu kurang dari 80,000 tetapi sudah cukup memuaskan Najib yang belaum ini belum pernah mendapat sokongan (paksa) seperti itu. Sebenarnya jumlah kehadiran di stadium Bukit Jalil ini belum dapat mengatasi ledakan penonton perlawanan akhir boleh sepak khasnya membabitkan Kelantan. Tetapi tidak mengapalah kerana inilah majlis melibatkan Najib teramai Najib perlu berpuas hati dan seronok.
Mungkin bagi mereka yang tidak mahu menerima kelemahan dan berilusi Umno masih hebat, walaupun sudah lemah, menganggap himpunan malam ini sempurna dan terhebat. Kenapa mereka merasakan begitu kerana tidak ada himpunan sebesar malam ini walaupun kurang separuh dari jumlah himpunan Bersih 3.0.
Najib dan Udin anak Yassin cuba sedaya upaya untuk menunjukkan majlis malam ini Umno kuat dan berpadu. Mereka berdua ingin menggambarkan kepada dunia bahawa Umno masih relevan dan utuh. Sebab itu Udin anak Yassin mengulangi jumlah hampir 100,000 dan katanya masih banyak lagi yang berada diluar dan dalam perjalanan. Sebenarnya yang dalam perjalanan sudah pun melencong ke tempat lain.
Najib pula malam ini telah mengeluarkan seluruh kekuatan dalaman dan luarannya. Suaranya sudah dilepaskan kesemua sekali. Jeritannya seakan sama kuat dan sama ngeri dengan jeritan harimau yang cedera ditembak.
Kenapa saya kata majlis itu tidak sumpurna? Situasi itu cukup apabila bekas presiden Umno dan perdana menteri, Abdullah Ahmad Badawi tidak ada dalam majlis itu. Apakah beliau sakit. Begitu juga bekas pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah dan lain-lain termasuk anak-anak bekas timbalan perdana menteri, Ghafar Baba, Tamrin Ghabar, bekas anak Ketua Pemuda Umno, Harun Idris, Mazlan Harun, anak-anak bekas pahlawan Umno dan lain-lain tidak bersama. Itu memberi gambaran bahawa Umno semakain renggas dan bercelaru, indah di luar buruk di dalam. Masak di hujung putik dipangkal.
Orang-orang seperti Abdullah Badawi, Tengku Razaleigh tidak patut tidak hadir. Kalau mereka uzur dengan kerusi roda pun patut diheret. Tidak cukup dengan kedatangan Mahathir bersama isteri untuk menunjukkan Umno masih kuat dan padu seperti dulu. Penglibatan Mahathir dalam apa-apa majlis Umno hari ini dilihat bukan menyempurnakan lagi tetapi mencacatkan?
Dalam perhatian saya sambutan di kalangan pemuda Umno (anak-anak muda) kurang sekali. Kalau tanpa puteri dan wanita Umno yang dilihat sebagai peminat Umno kerana ingin glamour, mungkin majlis itu semakin rengas seperti daun kepala dimakan kekabur. Dari jumlah 60,000 itu mungkin 40,000 darinya adalah dari kalangan wanita.
Najib atau admit media sosialnya (Fb, blog, twitter dan lain) pernah menguar-uarkan bahawa pengikut Fb atau blog Najib sudah mencecah 1.5 juta. Apakah mereka tidak mengetahui majlis itu dan hanya menyapa Najib menerusi Fb dan blog atau twitter dengan tiap seorang membuka 10 hingga 30 akaun? Kalau benar pengikut media sosial Najib mencapai jumlah jutaan pengikut pasti di belapan stadium Bukit Jalil penuh sesak dan tidak ada kerusi kosong di tempat duduk berbumbung. Tetapi nampaknya dari suluhan kemera tv yang begitu hati-hati ternampaknya tempat duduk kosong tergohong.
Begitu juga kaum India yang hadir sama-sama meraikan ulang tahun Umno tidak ramai. Jumlahnya jauh lebih ramai yang pergi berarak dekat Bersih di mana saya anggarkan kira-kira 20,000. Ke manakah kaum India kali ini. Atau mereka menyimpang wang, tenaga dan semangat untuk menyertai himpunan Hendraf hujung bulan ini? Tidak ada corong kemereka tv yang diselar ke muka India.
Tidak mengapalah terpulang serah kepada Najib untuk menilai dan beliau merasa berhak untuk berseronok dengan gelombang merah malam ini. Sebagai orang yang pertama kali mendapat crowd seramai itu mungkin menyebabkan Najib tidak dapat tidur kerana mikirkan beliau mendapat sambutan. Walhal sorakan untuk Mahathir lebih hebat darinya.
Dari segi ucapan Najib tidak berapa elok kerana ada kalanya terlalu emosional dan ego. Ada beberapa perkara beliau sepatutnya tidak menyebut dan mengulang-ulanginya lagi kerana sudah pun menyebut sebelum ini. Ruang dan kesempatan yang baik itu sepatutnya Najib gunakan untuk membangkit semangat orang Melayu dan rakyat Malaysia, tetapi sayang digunakan untuk menghetam Bersih, memperkecilkan Bersih dan cuba mencerminkan pembangkang sebagai jahat dan tidak bertanggungjawab. Najib tidak habis-habis memuji polis dan membenci kejahatan para peserta Bersih sedangkan hakikatnya sudah diketahui jutaan orang.
Pada majlis begitu yang penuh emosi dan sentimental itu sepatutnya Najib berucap secara matang mengemukakan hujan fikir secara lebih mampan untuk menjelaskan transformasi dilakukannya. Mengajak rakyat untuk bersatu dengan Umno dan tidak perlu memperlekeh dan menjahat-jahatkan pembangkang secara melulu dan berlebihan. Pengundi hari ini sudah dewasa dan matang berfikir. Betapa pembangkang di kosmetikkan dengan kejahatan, mereka akan nilai sendiri nanti. Di hadapan Najib mereka bertepuk tangan tetapi bila kembali ke rumah mereka membandingkan dengan fikiran tenang. Sebab itu ada orang yang mengucup tangan Rosmah bila balik mereka basuh dan samak dengan tujuh jenis air. Kecuali seorang manusia saja yang tidak mandi tujuh hari kerana menghidup bau tangan Rosmah untuk dijadikan saksi dan bukti kesetiaan dia kepada Umno.
Najib tidak seharusnya mendabik dada Umno hebat, baik dan berjasa kepada rakyat. Sebaiknya dan paling berkesan biarlah orang lain yang memuji Umno. Najib sebagai orang Umno sudah tentu akan memuji Umno baik, seperti mana Najib melihat ke dalam cermin dia pasti merasakan dia paling kacak daripada segala orang lain termasuk bintang filem.
Iya, melihat kepada semangat Najib malam ini dan keyakinan bahawa Umno sudah mentap, kuat, sihat nampaknya dia sudah bersedia untuk membubarkan Parlimen. Najib tampaknya sudah berpuas hati dengan tahap orang-orangnya dalam mempersiapkan diri untuk berpilihan raya. Apapun hendak dikatakan Najib tetap mengambil himpunan malam ini sebagai indaktor untuk bubar parlimen.
Malam ini Najib juga terlalu yakin rakyat terjerat dengan perangkapnya menerusi pemberian wang rakyat kepada rakyat sebanyak RM500, baucher RM100 kepada pelajar, kewujudan kedai, klinik, pasar ikan 1 Malaysia dan sebagainya. Tujuh prinsip atau pun persoalan untuk dijawab pembangkang juga menunjukkan dia konfiden. Tujuh perkara itu pasti akan dijadikan tunggak dalam manifestonya untuk berigumentasi dengan pembangkang.
Melihat kepada senario dan raut muka Najib yang lebih merah pada malam ini saya percaya Najib akan mengumumkan pembubaran parlimen dalam masa terdekat. Bila? Kerana suka tidak suka Najib sudah tidak ada masa dan ketika yang baik lagi untuk berbuat demikian.
Waktu ini juga rakyat termasuk ahli Umno sedang membuak rasa, tergila-gila hendak berpilihan raya, dan semasa sekeling masih ada... bubarlah walaupun khabarnya bomoh Siam, Tok Sami dan Kiyai di Indonesia membuat telahan mengikut firasat dan ilmu batin mereka masing-masing bahawa pilihan raya ke-13 ini pilihan raya yang tidak membawa banyak tuah kepada UBN dan memberi dugaan kurba buat Najib.
3 wartawan Indonesia ditangkap siasat kes polis Malaysia tembak warga senegara
KUALA LUMPUR 10 Mei: Kompas.com melaporkan tiga wartawan Indonesia ditangkap polis Malaysia dari Port Dickson (PD), Negeri Sembilan dan disiasat selama enam jam sebelum pulang ke tanah air hari ini.
Mereka adalah Zen Teguh dari Sindo, Ilham Khoiri (Kompas) dan M Fauzi (Media Indonesia). Turut ditahan dua mahasiswa dari negara itu.
Mereka ditahan semalam semasa berada di lokasi dipercayai berlaku pembunuhan tiga warga Indonesia yang ditembak mati polis Malaysia pada 24 April lalu.
Mangsa tembakan polis itu adalah Herman, Abdul Kadir Jaelani dan Mat Noor.
Ketiga-tiga wartawan terbabit diminta memberi keterangan di Balai Polis Linggi dan kemudian dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah PD.
Mereka yang dibebaskan awal pagi tadi kemudian dibawa petugas Kedutaan Besar Rebublik Indonesia (KBRI) ke kedutaan itu di Kuala Lumpur.
Difahamkan, kesemua mereka dibebaskan setelah pegawai polis dari KBRI, Kombes Benny Iskandar datang ke IPD PD.
Mereka kemudian meninggalkan Malaysia tengah hari tadi.
Kabus yang menutup wajah kelas tertindas semakin menghilang apabila cahaya mentari BERSIH berwarna kekuning-kuningan menjelma. Jurang yang merenggangkan hubungan antara kaum yang dibina oleh British dan UMNO lebih 70 tahun lalu tebingnya kini kian rebak. Prasangka buruk antara kaum yang ditanam penjajah dan kelas feudal UMNO supaya mereka dapat terus berkuasa telah berubah menjadi jambatan. Anak semua bangsa - Melayu, Tionghua dan India telah bersatu dengan semangat yang satu di dalam BERSIH siri ke 3 - menuntut pilihan raya yang adil dan bersih.
Mereka adalah Angkatan Pemuda Insaf yang sedar tentang tanggungjawab untuk membina masa depan bersama yang lebih bermakna. Mereka telah sama-sama menyaksikan pesta keganasan zionis sebenar pada petang Sabtu 28 April yang lalu. Regim ini sudah terlanjur jauh dan tidak mungkin lagi untuk balik ke pangkal jalan. Berhentilah mengutuk keganasan Zionis di Gaza kerana pesta keganasan yang sama telah bergentayangan di depan mata semua malah Zionis di Gaza lebih berhemah terhadap wartawan dan media. Yang penting kita harus bertanya ke mana UMNO sedang membawa kita semua? Ke syurga atau neraka?
Petang itu sama-sama telah bermandi gas dari senjata kimia. Sama-sama rebah dan bangun mencari tempat berlindung. Membantu dan memapah antara satu sama lain tanpa mengira kaum. Senjata kimia ini adalah percikan dialektika hukum sejarah. Pertentangan yang baik dengan yang jahat acapkali akan melahirkan sinar cahaya kehidupan yang lebih baik.
POLIS MEMPERTAHAN DATARAN - BUKAN RAKYAT
Apabila rakyat telah memandang jijik kepada anggota polis yang sebelumnya disandarkan harapan sebagai tempat mereka mendapat perlindungan keselamatan bermakna pemerintah juga telah tercabut akarnya dari ikatan massa rakyatnya. Polis telah berjuang mempertahankan dataran dan bukan lagi rakyat. Keganasan polis dalam BERSIH 3.0 sebenarnya suatu yang akan mempercepatkan kejatuhan kuasa Kelas Bangsawan. Orang hanya akan menjadi ganas apabila otaknya sudah tidak boleh berfikir.
Menjadi ganas kerana terlalu takut atau "fear aggression" biasa terjadi kepada kumpulan haiwan. Daripada tingkah laku yang terjadi di depan mata terlintas soalan di kepala apakah anggota polis kita adalah terdiri daripada anak-anak muda kita yang tercicir di bangku sekolah. Adakah mereka ini bekas kumpulan pelajar bermasalah disiplin di sekolah yang pernah jadi samseng, kaki pukul dan peras ugut sebelum mereka diambil berkhidmat sebagai anggota polis. Apakah mereka tidak dilatih dengan baik dan profesional supaya mereka menjadi orang yang boleh dihormati oleh masyarakat. Gelagat mereka pada petang BERSIH 3.0 sangat jelek dan buruk - seakan berdendam dan menunggu masa untuk membalasnya. Bagaimana institusi ini boleh dihormati sekiranya rakyat terus melemparkan pandangan yang jijik terhadapnya.
MENUTUP BANGKAI GAJAH
Kejadian yang terjadi petang sabtu itu sangat jelek dan keji. Ia seperti bangkai gajah yang berbau pekung - tidak dapat ditutup dengan sehelai dua kertas surat khabar dan berita TV arus terdesak. Bau pekung bangkai gajah ini akan terus merebak melalui media baru tweeter dan facebook di mana wartawannya adalah anak-anak muda itu sendiri. Di dalam media baru ini telah terakam kedurjanaan petang itu. Pemuda-pemuda yang lemah dan tidak melawan disepak seperti bola oleh 10 hingga 15 orang anggota polis. Terakam juga wanita yang disepak dan terajang. Bagaimana pula orang tua yang lemah tidak berdaya turut dibelasah di warong mamak ketika mereka sedang santai kerana sudah lama bersurai.
YANG BAIK AKAN MEWARISI BUMI
Tuhan bukan saja telah memberi kita mata malah kamera yang boleh merakamkan peristiwa yang boleh menjadi sejarah. Inilah percikan dialektika yang telah menjadi hukum perkembangan sejarah yang berfungsi menghidupkan atau memusnahkan. Pertembungan yang baik dengan yang jahat adalah hukum perkembangan sejarah masyarakat manusia. Lazimnya kebaikan (cahaya) akan mengatasi kejahatan (kegelapan) dan kebenaran mengatasi kepalsuan.
Dari pertembungan yang bersifat dialektis ini akan lahir sinar baru serta pemimpin yang lebih baik untuk membela yang lemah dan menegakkan keadilan.
al-Quran menggambarkan hasilnya menerusi surah al-Qasas ayat: 5 "Dan Kami hendak memberikan kurnia kepada orang-orang yang tertindas di bumi dan hendak menjadikan mereka pemimpin, serta jadikan mereka orang-orang yang mewarisi (bumi)".
Kepada pemimpin itu pula Allah berpesan: "Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar menegakkan keadilan". Surah An-Nisa : 135.
PILIHANRAYA ADIL TUNJANG DEMOKRASI
Tuntutan lapan perkara dalam ketiga-tiga perhimpunan BERSIH semata-mata menuntut suatu pilihanraya yang adil dan bersih. Kini BERSIH seakan telah menjadi hantu jembalang. Rakyat di kampung kampung atau di Felda tidak perlu tahu tentang jembalang ini. Kerana terlalu takut akan hantu jembalang ini maka ulama' carma (rujuk surah yasin ayat 21) majlis fatwa juga telah dikerah agar rakyat menjauhi jembalang ini.
BERSIH 3.0 telah berjaya menghimpunkan lebih 300,000 peserta yang datang dengan susah payah sendiri dari seluruh pelusuk negara. Ramai juga yang terkandas kerana bas yang mereka tempah telah diugut oleh pihak berkuasa untuk membatalkan permitnya. Ada yang berjalan kaki sejauh 20 kilometer kerana sekatan jalan raya yang menghalang. Pun begitu semua wajah tetap ceria sambil mereka bercerita tentang susah payah untuk sampai ke situ. Ramai juga cerdik pandai dan professional telah turut serta. Adakah mereka ini semuanya buta dan telah menjadi kerbau-kerbau tenggala yang boleh dicucuk hidungnya? Mereka tidak datang kerana Anwar atau Nik Aziz tetapi kerana ingin menyampaikan tuntutan pilihan raya yang bersih dan adil kerana Pilihan raya yang adil dan bersih adalah tunjang negara demokrasi.
BERSIH 3.0 telah menghimpun anak-anak muda Melayu, Tiong Hua dan India yang selama ini dididik supaya berpersangka antara satu dengan lain oleh UMNO dan sekutunya kerana inilah modal untuk terus berkuasa. Namun pada petang itu mereka bersama-sama duduk bersila berkongsi pengalaman dan cerita. Masing-masing ceria dan bersemangat. Dalam keadaan bersesak-sesak inilah tiba-tiba mereka dihujani peluru senjata kimia. Ramai yang rebah kerana sesak nafas. Ibu-ibu tua yang lemah dan dipapah telah meraung-raung meratap sambil menyebut nama Allah. Di saat ini secara sepontan mereka saling membantu tanpa mengira bangsa. Ada yang menghulur tuala, air dan garam untuk membantu mangsa yang parah sambil memapah mencari tempat perlindungan di celah-celah bangunan. Keganasan yang berlaku sebenarnya adalah suatu yang sudah dirancang secara sistematik agar rakyat terus menjadi takut.
Hanya yang mengalami peristiwa ini dapat merasa peritnya gas kimia ini. Penderitaan yang mereka lalui bersama sebenarnya suatu rahmat. Di sini telah terjalin rasa kepercayaan yang luhur hubungan antara kaum yang tidak pernah terasa sebelum ini. Mereka juga semakin sedar siapakah musuh mereka yang sebenarnya dan apa yang patut dilakukan - menangani cabaran beralih dari politik ugutan kepada politik harapan.
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Ketua Menteri Lim Guan Eng menghadiahkan 200 kuntuman bunga carnation kepada ibu-ibu di kawasan DUN Air Putih sempena Hari Ibu hari ini. Biar sebahagian foto ini menceritakannya.
You are subscribed to email updates from PERAKITE To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
setakat kehadiran yang ada kata 120,000, ada yang kata 100,000 dan paling sikit ada yang kata 50,000 perkara biasa bagi PAS . Buktinya lihatlah sendiri gambar-gambar dibawah. Tak perlu disediakan sebanyak 2800 buah bas untuk mengangkut mereka untuk datang. Tak perlu duit poket atau T-Shirt percuma. malah mereka akan menghulurkan derma kepada parti.
Kalau anda menonton ucapan yang dikatakan amanat presiden parti yang mendakwa membela umat melayu, anda seperti melihat bekas YB PKR yang belot membuat kenyataan diTV3. Tak henti-henti bercakap membandingkan perhimpunan pada malam itu dengan DEMONSTRASI BERSIH pada 28 mac yang lalu. Selepas mengharamjadahkan peneroka yang menentang penyenaraian FELDA, PM satu malaysia ini menghina peserta DEMONSTRASI yang merupakan pembayar cukai bagi menampung gaji PM satu malaysia itu.
beliau sepatutnya fokus kan ucapannya kepada partinya sendiri memandangkan perhimpunan itu adalah bagi meraikan hari ulang tahun parti beliau. bukannya memburukkan lawan.kalau beliau yakin bahawa parti UMNO amat kuat pada ketika ini maka bubarlah parlimen. bersihkan SPR dan bersihkan daftar pengundi. TAk perlu takut jika yakin parti anda benar-benar kuat seperti didakwa.
dan banyaaaaaaak lagi....
You are subscribed to email updates from pemuda cheh To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. {baca selanjutnya di sini}
Artikel No.2:
Oleh sebab itu di dalam konteks Hari Ibu ini, kita juga harus menilainya sama seperti kita menilai Valentine Day yang ada kaitan dengan urusan agama. Tahukah kita semua baik anak-anak yang terlalu ghairah utk mengucapkan ucapan ini dan si ibu yang terlalu bersedih jika si anak tidak menungkapkan ucapan ini? Dari manakah asal usulnya ucapan ini? Adakah ia ada kaitan dengan agama? Satu aliran pemikiran mengakui bahawa perayaan ini lahir dari satu adat pemujaan ibu di Yunani Purba, yang menyambut satu perayaan untuk Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang agung. Perayaan ini diadakan sekitar equinoks musim bunga di Asia Kecil dan tidak lama kemudian di Rom dari 15 hingga 18 Mac.Orang Rom Purba juga menyambut sebuah perayaan bernama Matronalia yang memperingati dewi Juno, dan ibu lazimnya diberi hadiah pada hari ini. {bacaan selanjutnya di sini}
Bagi aku, jika kalian melaksanakan tanggungjawab sebagai anak setiap hari dan setiap masa, maka tiada sedikitpun kekesalan jika tidak menyambut Hari Ibu ciptaan kafir ini.
Cuma anak yang berdosa dan lupa tanggungjawab sahaja yang akan "mengqada" tanggungjawab tersebut pada hari perayaan kafir ini.
Cukup sayang tatkala ILMUAN UMNO bersusah-payah menyampaikan risalah Islam, Sang Perdana Menteri yang kita sayangi pula mengucapkan Selamat Hari Ibu satu muka surat penuh di Mingguan Malaysia pada hari ini.
Sayang...cukup sayang.
nota kaki: blog ini pernah menyambutnya pada 2009 dan 2010...Nauzubillah..Astaghfirullah.
Najib pasti pening bila melihat apa yang dilakukan oleh ahli-ahli UMNO Bahagian Shah Alam ini.. tapi Najib tak akan pening pasal dia tak melihat perbuatan mereka ini..
Kerana malam ini beliau telah berada di Sunderland, menyaksikan perlawanan bolasepak antara Manchester United dan Sunderland di Stadium of Light, Sunderland, England.
Menurut seorang sahabat yang berada disana untuk menyaksikan perlawanan itu beliau telah terserempak dengan Najib bersama dengan Tony Fernandez di pintu masuk Stadium tersebut..
Tak apalah... dah dia peminat MU biarkanlah dia..
Berbalik kepada isu perbuatan ahli-ahli UMNO Bahagian Shah Alam diatas itu..
Tindakan mereka ini mungkin untuk menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa mereka juga prihatin akan nasib rakyat seperti yang dilakukan oleh AMK dan juga Pakatan Rakyat di ( SINI ) dan juga di ( SINI ).
Ini laporan tentang perbuatan ahli-ahli UMNO Bahagian Shah Alam yang tak masuk akal tu..
Lagi desakan mansuh tol
KLANG – Seramai hampir 200 ahli Umno Bahagian Shah Alam mengadakan demonstrasi aman selama sejam bermula jam 11 pagi semalam di Plaza Tol Sungai Rasau bagi menuntut Kerajaan Pusat memansuhkan tol itu dan tol Batu Tiga, Shah Alam.
Timbalan Ketuanya, Zulkurnain Md Ruslan berkata, mereka mewakili penduduk sekitar Shah Alam, Kota Raja dan Klang berharap agar kedua-dua tol yang dilihat membebankan rakyat itu dapat dimansuhkan.
Katanya, syarikat konsesi tol tersebut yang didakwa berusia lebih 20 tahun itu dipercayai telah mencapai pulangan modal serta meraih untung.
"Kita berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dapat mendengar rintihan kami kerana sekiranya penduduk dari Klang pergi dan balik ke Kuala Lumpur sudah dikenakan tol sebanyak RM4.20 setiap hari.
"Harap kedua-dua tol ini dapat dimansuhkan segera," katanya ketika ditemui semasa demonstrasi aman berkenaan di sini semalam.
Menurutnya, demonstrasi tersebut adalah kali kedua diadakan kerana pada awal tahun ini ia diadakan di tol Batu Tiga.
Katanya, malah pihaknya telah menyerahkan memorandum kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor pada Jun tahun lalu.
"Minggu lalu Shaziman ada buat kenyataan memaklumkan sedang mengkaji pemansuhan atau struktur semula tol dan kami berharap kedua-dua tol ini termasuk dalam kategori dimansuhkan," katanya - Sinar Harian
Yang kata buat kerja tak masuk akal itu bukannya aku.. tapi mamat kat bawah ni... ha..ha..ha..
LENGGONG: Sepasang suami isteri terbunuh manakala 17 lagi cedera, termasuk tiga parah, apabila bas rombongan membawa 38 ahli Wanita Umno Bahagian Gerik bertembung dengan lori dinaiki pasangan itu di kilometer 45.2 Jalan Kuala Kangsar-Gerik, di sini, jam 6 pagi semalam.
Bas itu dipercayai dari Bukit Jalil, Kuala Lumpur, bertembung dengan lori dari arah bertentangan.
Pasangan menaiki lori membawa barangan dari arah Gerik dan dalam perjalanan berniaga di Pekan Sehari Lenggong, di sini, dikenali sebagai Ong Khian Hock, 51, dan isteri, Loh Weng Chan, 46, beralamat di Taman Pengkalan Makmur, Taiping.
Mereka yang parah ialah Norliza Che Moh, 40, yang patah kaki kiri dan luka di badan, Fadilah Mahmud, 43, patah tulang selangka dan cedera di badan, dan pemandu bas, Azmi Abdul Rahman, 48, patah tulang selangka, lengan serta cedera di badan dan dikejarkan ke Hospital Kuala Kangsar.
Ketua Polis Gerik, Superintendan Abdul Manab Bahrum, berkata siasatan awal kemalangan membabitkan bas persiaran dan lori satu tan itu mendapati kedua-dua kenderaan bertembung di satu kawasan selekoh.
Inilah budaya UMNO.. Harta Kerajaan dianggap sebagai harta mak bapak mereka, baik pemimpin mahupun ahli-ahlinya.. Bagi mereka harta kerajaan itu harta UMNO oleh itu mereka boleh memperkudakannya sesuka hati mereka.
Bagi meramaikan hadirin diprogram sambutan ulangtahun UMNO di Kuala Lumpur, pihak UMNO negeri Terengganu dilaporkan telah mengguna kenderaan milik Kerajaan Negeri bagi mengangkut ahli UMNO keprogram itu..
Tanpa memperdulikan bahawa sebuah kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi dimana dalam kerajaan itu perlu ada Pemerintah dan juga Pembangkang.. mereka menganggap apa saja harta milik kerajaan itu boleh digunakan mereka sesuka hati.
Apabila mereka menggunakan harta kerajaan iaitu kenderaan yang digunakan untuk mengangkut Ahli mereka ke perhimpunan itu sudah tentu segala kos pengangkutan termasuk minyak, tol, gaji pemandu dan juga penyelenggaraan kenderaan itu ditanggung oleh kerajaan yang dibentuk oleh pemerintah dan pembangkang.
Adakah mereka pernah mempertimbangkan samada perbuatan mereka itu diredhai oleh rakyat yang menyokong pembangkang?
*****************************************
KUALA TERENGGANU - Umno negeri Terengganu telah menyalahgunakan berpuluh-puluh kenderaan kerajaan negeri Terengganu bagi mengangkut para peserta ke program sambutan ulangtahun 66 tahun penubuhan parti itu semalam di ibu negara Kuala Lumpur.
Ahli Jawatankauasa Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Dr AzmanIbrahim kesal dengan tindakan parti itu yang sewenang-wenangnya menggunakan harta rakyat seolah-olah harta tersebut milik Umno.
Menurutnya, antara kenderaan tersebut adalah bas Jabatan hal Ehwal Agama Terengganu digunakan untuk mengangkut peserta yang terdiri daripada kalangan Pemuda Umno Batu Rakit.
Katanya, tindakan tersebut menunjukkan Exco Agama dan Penerangan Negeri, Khazan Che Mat menyalahgunakan kedudukannya untuk kepentingan parti.
"Exco agama salah guna harta kerajaan, demi mencapai hasrat kononnya menghimpunkan 100,000 manusia di Stadium Bukit Jalil sempena sambutan 66 tahun Umno semalam,
"Adun Batu Rakit (itu) menyalahgunakan bas Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu untuk mengangkut pemuda-pemuda dari kawasan yang diwakilinya"ujarnya ketika menghubungi Buletinonline.
Beliau yang juga Naib Yang DiPertua PAS Setiu berkata, Khazan yang juga pimpinan Umno Setiu sebagaimana biasa menyalah gunakan harta kerajaan.
Beliau berkata, bas tersebut telah dikesan di sekitar Pusat Dagagan Dunia Putra (Putra World Trade Centre – PWTC) pada Jumaat 11 Mei.
Menurutnya, perkara yang sama turut dikesan di beberapa buah hotel disekitar ibu Negara dimana beliau mendapati banyak kenderaan-kenderaan milik beberapa Jabatan Kerajaan Negeri Terengganu yang disalahgunakan.
Justeru beliau menggesa kerajaan mendedahkan kepada rakyat kaedah dan peruntukan mana yang membolehkan kenderaan kerajaan boleh dimanipulasi untuk meramaikan manusia ke program Umno.
Katanya, Umno juga perlu memperincikan sumber pendapatan mana yang digunakan menyewa beratus-ratus bas swasta bagi tujuan yang sama.
SHAH ALAM - Selepas spekulasi lebih setahun, mengambil kira ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak pada sambutan ulang tahun Umno ke-66 kelmarin, teka-teki terbaru menyebut Perdana Menteri akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, esok, untuk mendapatkan perkenan membubarkan Parlimen.
Malah, laporan-laporan blog dan SMS disebar luas mengatakan Parlimen akan dibubarkan Selasa ini manakala penamaan calon akan berlangsung pada 26 Mei dan diikuti dengan tarikh pengundian pada 9 Jun - dengan tempoh berkempen selama 14 hari.
Ramalan itu turut mengambil kira cuti sekolah dua minggu bermula 28 Mei.
"Berdasarkan maklumat yang saya terima, Perdana Menteri akan bubar Parlimen Isnin," kata seorang pemimpin kanan parti komponen kepada Sinar Harian, semalam.
"Nampak gaya Perdana Menteri lebih yakin ekoran sambutan diberikan oleh ahli-ahli Umno," katanya lagi. Ketika ditanya Najib akan berada di United Kingdom dan Amerika Syarikat untuk menghadiri majlis konvokesyen dan kemudian bercuti, pemimpin itu menambah, "itu satu rutin, ini perkara lebih penting."
Apabila diajukan soalan yang sama, Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan Barisan Nasional di Parlimen, Datuk Bung Moktar Radin berkata, pihaknya kini berada di paras "cukup bersedia" untuk menghadapi PRU13.
"Saya tidak terkejut jika Parlimen dibubarkan minggu depan, apa pun keputusan akhir di tangan PM," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan.
Beliau yang turut menghadiri sambutan ulang tahun ke-66 di Stadium Nasional Bukit Jalil berkata, mesej perhimpunan kali ini menunjukkan "pilihan raya sudah semakin dekat."
"Memang pilihan raya sudah dekat. Hanya tunggu untuk mendengar semboyan PRU," katanya lagi. Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian berkata, "berdasarkan apa yang saya dapat lihat semalam, nampaknya Umno kini sudah bersedia."
Ibrahim juga berkata beliau tidak hairan jika Najib, selaku Pengerusi BN memutuskan untuk membubarkan Parlimen minggu ini.
Penganalisis politik Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian yang seiring dengan pandangan beliau pula berkata: "PRU13 akan diadakan sebelum Ramadan... awal bulan Jun."
Bagaimanapun Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar melihat mesej bahawa Najib akan menghadap Agong "hanya satu gurauan".
"Apapun gurauan ini juga boleh menjadi realiti (diadakan PRU13 lebih awal), apapun boleh terjadi," kata pemimpin dari Sarawak itu.
Menurut Wan Junaidi, selepas menyelesaikan siri isu dan masalah, Najib mempunyai satu lagi perkara penting untuk ditangani iaitu projek nadir bumi Lynas di Pahang.
"Saya fikir Najib mahu menyelesaikan kesemua masalah yang ada dengan baik. Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen hanya akan membentangkan laporan pada awal Julai ini... jadi, saya fikir paling cepat pun awal pada Julai sebelum Ramadan atau selepas Aidilfitri, sekitar September," kata beliau.
Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan Pilihan Raya Umum ke-13 adalah penentu kepada kelansungan Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk mentadbir negara.
Timbalan Perdana Menteri itu menegaskan, pilihan raya yang bakal dilaksanakan dalam masa terdekat itu adalah "ibu" kepada segala pilihan raya dan Umno bakal berhadapan dugaan yang paling getir.
"Inilah saat yang ketikanya Umno akan berhadapan dengan dugaan yang paling getir. PRU13 adalah ibu kepada segala pilihan raya.
"Ingatlah, apa yang kita pertaruhkan bukan sekadar kuasa politik, tetapi seluruh isi perjuangan dan nasib kepada sebuah bangsa," katanya dalam ucapan sewaktu Majlis Sambutan Ulangtahun ke-66 parti terbesar Melayu itu di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam tadi.
Jelas Timbalan Presiden Umno ini lagi, rakyat seharusnya tidak menyerahkan kuasa kepada musuh mereka dan merosakkan akidah dengan ideologi songsang pembangkang.
"Jangan kita biarkan musuh-musuh merosakkan perpaduan dan keharmonian yang telah kita bina.
"Jangan benarkan mereka menyebarkan dakyah dan ideologi songsang yang mempengaruhi akidah kita," katanya di hadapan sekitar 60,000 peserta di dalam stadium dan ribuan lagi di luar stadium.
Tambah Ahli Parlimen Pagoh ini lagi, rakyat juga seharusnya tidak membiarkan "dakyah fahaman yang menyesatkan mereka mengharu birukan rakyat".
Justeru, beliau mengharapkan rakyat akan terus memberikan sokongan penuh kepada Umno hanya kerana parti itu sahaja yang menjadi benteng rakyat.
"Umno perlu kekal sebagai benteng kepada rakyat. Umno sebenar-benarnya pembela rakyat.
"Andaikata benteng ini rosak dan terhakis, akan rosaklah segala kota perpaduan dan keharmonian yang terbina selama ini," katanya diikuti sorakan dan tepukan gemuruh peserta "Gelombang Merah".
Tambah Muhyiddi, Umno juga sedia berubah seiring dengan perubahan yang dialami landskap politik tanah air.
"Landskap politik sudah berubah. Pendekatan kita juga sudah berubah, namun matlamat dan hasrat perjuangan Umno akan kekal utuh.
"Umno sudah membuktikan kemampuan untuk berubah mengikut kesesuaian masa dan tidak akan berkompromi dengan apa yang kita perjuangkan," katanya lagi.
Perhimpuanan rasaksa Umno ini disertai oleh ahli diperingkat akar umbi dari seluruh negara dan mereka akan berkampung di Bukit Jalil bermula hari ini hingga Ahad ini.