Khamis, 27 Mac 2014

Barisan Nasional

Barisan Nasional


BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 26 Mar 2014 03:01 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


#MH370: Video Raja Bomoh seru mayat timbul

Posted: 26 Mar 2014 08:11 AM PDT

Bagan Datoh – Walaupun dikecam dan dihina oleh sebilangan besar masyarakat Raja Bomoh Sedunia, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin tetap meneruskan 'ritual' dengan caranya yang tersendiri bagi membantu usaha mencari pesawat MH370 yang hilang secara misteri.

Terbaru Ibrahim bersama para pengikutnya melakukan satu upacara 'khas' bagi menyeru mayat para penumpang yang dipercayai hilang di Lautan Hindi agar timbul bagi memudahkan usaha mencari yang dijalankan oleh pihak kerajaan dengan dibantu oleh beberapa buah negara asing.

Ritual 'Seru Mayat Untuk Timbul' itu dilakukan ekoran dari pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak Isnin lalu yang mengesahkan bahawa pesawat MH370 yang tidak dapat dikesan sejak 8 Mac lalu hilang di Lautan Hindi.

Dalam sidang media tergempar yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini Perdana Menteri berkata, maklumat tersebut diperoleh dari data terbaru yang dianalisis oleh Inmarsat, syarikat United Kingdom yang menyediakan data satelit dan Air Accidents Investigation Branch (AAIB).
Ibrahim ketika ditemui berkata, menurut firasatnya pesawat tersebut telah terjatuh di Lautan Hindi.

"Menurut firasat saya, pesawat tersebut telah terjatuh di dalam Lautan Hindi.
"Lautan Hindi adalah antara yang paling dalam di dunia dan sudah pasti akan menyukarkan usaha mencari mayat para penumpang yang terlibat.

"Upacara yang dilakukan ini adalah bertujuan untuk menyeru dan berdoa kepada Allah agar mayat mereka timbul ke permukaan. Insyallah dengan izin tuhan ia akan timbul," katanya.
Sebagai simbolik, Ibrahim menggunakan teropong, kerantung kayu dan buluh runcing.

"Upacara pada kali ini, Datuk menggunakan teropong untuk menjejaki kawasan terhempas, kerantung kayu bagi menyeru mayat para penumpang dan buluh runcing bagi menarik mangsa.
"Seterusnya kita melaungkan azan dan berdoa agar usaha yang dilakukan ini diperkenankan oleh Allah," ujarnya lagi.

Rusia dakwa US 'hilangkan' pesawat #MH370

Posted: 26 Mar 2014 02:30 AM PDT

Satu laporan yang diedarkan di Kremlin yang disediakan oleh Main Intelligence Directorate of the General Staff of the Armed Forces (GRU) menyatakan bahawa ibupejabat Aerospace Defence Forces (VKO) "hairan" tentang situasi di mana Tentera Laut Amerika Syarikat (US Navy) "menangkap dan kemudian mengalihkan" sebuah kapal terbang komersial milik Malaysia Airlines (MAS) ke satu kem rahsia dipercayai terletak di Atol Diego Garcia dalam kawasan Lautan Hindi

Menurut laporan ini, pesawat MH370 (juga dikenali dengan 748 melalui perkongsian kod dengan penerbangan China Southern Airlines) merupakan penerbangan komersial dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Beijing, China, apabila pada 8 Mac pesawat Boeing 777-200ER ini secara tiba-tiba "ghaib" dalam penerbangan berserta 227 penumpang dari 15 buah negara yang kebanyakannya daripada negara China, beserta 12 anak kapal.

Sesuatu yang menarik utk diberi perhatian, laporan ini menyebut, sebenarnya Penerbangan MH370 sudah berada di bawah pengawasan GRU sebaik sahaja ia menerima maklumat terdapat kargo "sangat mencurigakan" yang dikesan mempunyai kaitan dengan Republik Seyschelles yang sebelum itu kargo berkenaan berada di dalam kapal kontena MV Maersk Alabama.

Antara perkara pertama yang membangkitkan wasangka GRU ialah apabila dalam tempoh 24 jam kerja-kerja pemunggahan kargo "sangat mencurigakan" itu dilakukan dan sebelum dimasukkan ke dalam MH370, dua orang Tentera Laut Amerika Syarikat yang terlatih iaitu Mark Daniel Kennedy, 43, dan Jeffrey Keith Reynolds, 44 dijumpai mati di dalam "keadaan yang mencurigakan"

Kennedy dan Reynolds, adalah pekerja di firma keselamatan The Trident Group yang diasaskan oleh US Navy Special Operations Personnel (SEAL's) dan Senior US Naval Surface Warfare Officers yang telah lama diketahui oleh GRU berfungsi untuk melindungi pemindahan aset-aset penting meliputi bahan-bahan atom dan biologi di seluruh dunia.

Setelah GRU mengesahkan bahawa kargo "sangat mencurigakan" berada di atas kapal Malaysia Airlines Penerbangan MH370 pada 8 Mac, Moscow segera memaklumkan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri China (MSS) kebimbangan mereka dan segera menerima "jaminan" bahawa "semua langkah" akan diambil bagi memastikan apa yang telah disimpan akan kekal tersembunyi sebaik sahaja pesawat ini memasuki ruang udara mereka.

Walau bagaimanapun, laporan ini turut menyebut atas sebab-sebab masih tidak diketahui, MSS telah bersiap sedia untuk mengalihkan Penerbangan MH370 dari destinasi yang dijadualkan di Beijing ke Haikou Meilan International Airport (HAK) yang terletak di Wilayah Hainan (aka Pulau Hainan)
Sebelum memasuki Zon The People Liberation Army (PLA) yang dilindungi di Laut China Selatan atau dikenali juga sebagai Kepulauan Spratly, Penerbangan 370 "ketara menyimpang" dari laluan penerbangannya dan telah dikesan oleh satelit dan radar VKO terbang ke rantau Lautan Hindi serta melengkapkan penerbangan hampir 3,447 kilometer (2,142 batu) ke Diego Garcia.

Adalah kritikal untuk diberi perhatian bahawa ketika penyimpangan penerbangan MH370 berlaku, pakar-pakar GRU menyebut, dalam masa yang sama semua akses komunikasi telefon bimbit yang dikendalikan oleh China Mobile tersekat di keseluruhan Kepulauan Spratly.

Liputan telefon China Mobile dilanjutkan ke Kepulauan Spratly pada tahun 2011 supaya tentera PLA yang ditempatkan di pulau-pulau, para nelayan dan kapal-kapal saudagar dalam kawasan itu boleh menggunakan perkhidmatan mudah alih, yang boleh juga digunakan untuk memberi bantuan apabila berlaku kejadian ribut mahupun aktiviti menyelamat di lautan.

Bagaimana Tentera Laut Amerika Syarikat mampu untuk mengalihkan Penerbangan MH370 ke pangkalan Diego Garcia, laporan ini berkata, ianya berjaya dilakukan dari jauh kerana pesawat Boeing 777-200ER ini dilengkapi dengan sistem terbang-dengan-wayar (fly-by-wire - FBW) yang berupaya menggantikan manual kawalan penerbangan pesawat konvensional dengan antara muka elektronik bagi membolehkan ia dikawal secara jarak jauh seperti kendalian mana-mana pesawat dron.

Walau bagaimanapun, meskipun pesawat ini mampu dikawal dari jauh, sistem komunikasi hanya boleh dinyah-aktif secara manual; dan dalam insiden Penerbangan MH370, sistem laporan datanya telah ditutup pada jam 01:07 pagi, diikuti dengan transponder (alat yang menghantar lokasi dan altitud) yang telah ditutup pada jam 01:21

Apa yang kekal membingungkan tentang kejadian ini, dari analisis GRU media arus perdana Amerika Syarikat dilihat masih belum menuntut plot radar dan imej satelit Lautan Hindi dan Laut China Selatan daripada rejim Obama. Hal ini disebabkan kepentingan kawasan ini di mana tentera AS melindungi keseluruhan kawasan di Diego Garcia kerana kawasan ini mempunyai kepentingan dari segi lorong udara dan perkapalan.

Adalah sangat menyedihkan dan laporan ini membuat suatu kesimpulan penting, Amerika Syarikat sebenarnya menyembunyikan fakta "kehilangan" Penerbangan MH370 kerana mereka juga sebenarnya telah berbuat demikian selepas peristiwa 11 September 2011 apabila rejim Bush "menghilangkan" penerbangan American Airlines Flight 77 yang membawa 64 penumpang dan anak kapal selepas secara palsu mendakwa ia akan menghentam Pentagon, tetapi kemudiannya telah disahkan oleh CNN perkara berkenaan tidak berlaku

#MH370: Lagi macai bangsat dikesan tuduh Najib pembunuh

Posted: 26 Mar 2014 01:31 AM PDT

Bangkai pesawat MH370 yang hilang lebih 3000 kilometer ke selatan Perth, masih belum ditemui. Pengesahan yang dibuat oleh Perdana Menteri malam tadi bahawa pesawat tersebut berakhir di kawasan berkenaan, hanyalah berdasarkan kepada rumusan pakar dan imej satelit. Tiada sebarang bukti fizikal yang ditemui untuk memberikan kepastian bahawa pesawat tersebut benar-benar terhempas jauh dari luar laluan asalnya.

Pecacai Pakatan melihat tragedi ini sebagai satu konspirasi terutama sekali pengisytiharan tersebut dibuat selepas PRK DUN Kajang. Mereka percaya, tragedi tersebut adalah konspirasi. Mereka yang sudah lama diasak dengan teori pembunuhan Altantuya Shiiribu dan dikaitkan dengan kapal selam Scorpene, kini mengaitkan pula dengan penghumbanan Anwar Ibrahim ke dalam penjara dan kematian 239 anak kapal dan penumpang sebuah pesawat.

Dari satu pihak yang lain pula, kaitan antara juruterbang itu dengan Anwar Ibrahim dan PKR dijadikan sandaran, apatah lagi dengan penambahan faktor bahawa pesawat itu dilencongkan secara manual, transponder dimatikan secara sengaja dan masalah rumahtangga juruterbang tersebut selain pesawat tersebut diterbangkan rendah untuk mengelak radar penerbangan awam.

Masing-masing sibuk menuding jari antara satu sama lain.

Di luar negara, media-media antarabangsa turut memainkan peranan dengan menjadikan Kerajaan Malaysia dan MAS sebagai sasaran untuk diburuk-burukkan. Fakta bahawa hampir 30 buah negara bekerjasama mencari pesawat tersebut dengan menggunakan pelbagai teknologi tetapi masih gagal menemui pesawat itu, cuba dilupakan dan langsung tidak diambil kira. Bahkan sebahagian media asing memberikan gambaran, Malaysia cuba menyembunyikan maklumat sebenar berhubung nasib pesawat tersebut.

Dan di sebalik pelbagai tuduhan yang dilemparkan kepada Malaysia dan kerajaan negara ini, muncul pula satu kumpulan lain yang sebelum ini cukup terkenal dengan pendedahan mereka berhubung politik Amerika Syarikat yang sanggup mengorbankan ribuan rakyatnya sendiri semata-mata untuk menyerang beberapa negara yang menjadi laluan dan telaga minyak di Timur Tengah menerusi Projeksi 9-11 yang sangat terkenal itu.

Segala-galanya bercampur baur!

Dalam keadaan ini ada hikmah yang sepatutnya diteladani oleh rakyat Malaysia. Ada banyak ilmu yang sedang Allah Taala taburkan kepada kita. Ada banyak pelajaran yang seharusnya dipelajari dan diamalkan. Namun berapa ramai daripada kita yang melihat dari sudut positif berbanding menuding jari dan melihat politik adalah segala-galanya?

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Baqarah Ayat 120 bermaksud:

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka."

Walaupun dari satu segi, mungkin ramai yang tidak melihat perancangan atau konspirasi pihak berkenaan tetapi kalau kita perhatikan dari susur galur punca kepada Perang Salib, perkara sebegini berlaku terus-menerus walaupun dalam bentuk yang lebih moden dan lebih berkredibiliti.

Dituduh menyembunyikan maklumat, tidak bercakap benar, berkonspirasi atau lebih jahat lagi, sudah ada yang berteori, apabila Anwar Ibrahim dimasukkan ke penjara, sebuah lagi jet penumpang akan dikorbankan… semua itu memerlukan perhatian dan pemikiran yang jauh lebih besar berbanding dengan apa yang dihidangkan atau disuapkan kepada kita.

Janji Allah Taala itu benar. Janji Rasulullah s.a.w juga benar. Penghujung dunia akan menyaksikan umat Islam ditindas dan difitnah. Penghujung zaman dikenali sebagai Zaman Fitnah akan menimbulkan pelbagai haru-biru sehinggakan yang benar dikatakan palsu, penyamar dikatakan ulama, si bodoh dikatakan cendekiawan dan si penjahat dikatakan pembela.

Sebagai umat Islam dan mengaku berkalimah Thoiyibbah, seharusnya kita sudah menerima petunjuk dan hidayah ini dengan ilmu pengetahuan. Kita kena kembali kepada-Nya. Kena berfikir secara Islam. Kena berfikir sebagai orang Islam. Bukan berfikir secara orang politik atau akidah politik. Bukan bertindak secara sembrono tanpa berfikir sepertimana yang dimahukan oleh musuh-musuh Islam dan umat Islam.

Sebabnya, melihat kepada sepanjang tragedi MH370 ini, terlalu ramai daripada kita yang tiba-tiba menjadi PAKAR sekalipun sekadar berimaginasi dan langsung tidak berpandukan kepada ilmu, sehinggakan yang tidak pernah naik kapal terbang pun, boleh pula menerangkan rupa bentuk kapal terbang dan jajaran penerbangannya.

MYKMU

#MH370: Boeing, MAS Berdepan Tindakan Mahkamah

Posted: 26 Mar 2014 01:15 AM PDT

PETALING JAYA: Syarikat Boeing dan Malaysia Airlines berdepan tuntutan mahkamah yang difailkan oleh ahli keluarga Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang dipercayai terhempas di Lautan Hindi.

Difahamkan, dokumen mahkamah telah difailkan di mahkamah di Chicago.

Wakil-wakil dari syarikat yang berpangkalan di Chicago, Ribbeck Law Chartered telah berada di sini beberapa hari lalu dan telah bertemu ahli keluarga untuk membincangkan butir-butiran tuntutan mahkamah.

Ribbeck adalah salah sebuah firma undang-undang penerbangan yang terkemuka di dunia.

Sumber berkata, tidak semua ahli keluarga 239 mangsa terlibat dalam proses litigasi.

Boeing, pengeluar pesawat 777-200, telah berdepan tindakan undang-undang pada masa lalu.

Tuntutan terbaharu telah difailkan di mahkamah Illinois pada Januari tahun ini oleh sekumpulan penumpang penerbangan Asiana Airlines yang mendarat cemas di San Francisco pada 6 Julai tahun lepas.

Tiga orang terbunuh dan lebih 180 yang lain cedera.

#MH370: Jepun hantar pasukan kedua

Posted: 26 Mar 2014 01:01 AM PDT

PETALING JAYA: Jepun hari ini menghantar kumpulan kedua daripada pasukan bantuan bencananya (JDR) menyertai operasi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines (MAS) di selatan Lautan Hindi.

Pesawat Gulfstream V milik pasukan Pengawal Pantai Jepun yang membawa 10 anggota JDR itu berlepas dari Lapangan Terbang Subang di sini pada pukul 10 pagi dan dijadual tiba di Pangkalan Udara Pearce, Perth, Australia pada 4 petang waktu Malaysia hari ini.

"Pasukan ini akan berusaha sedaya upaya untuk membantu operasi mengesan penerbangan MH370," kata Pengarah Hubungan Antarabangsa, Divisyen Pentadbiran, Jabatan Pengawal dan Penyelamat Pantai Jepun, Kapten Tojo Hideo kepada pemberita di hangar Aerohandlers Sdn Bhd di sini, hari ini.

Turut hadir menghantar pasukan itu ialah Duta Jepun ke Malaysia Dr Makio Miyagawa.

Pencarian objek yang dipercayai ada kaitan dengan pesawat MAS di selatan Lautan Hindi itu bersambung hari ini selepas ditangguhkan semalam akibat cuaca buruk.

Pencarian yang dilakukan di kawasan kira-kira 2,500 km dari Perth itu turut bermatlamat mengutip objek terapung yang sebelum ini dikesan oleh pesawat peninjau dan satelit, serta dipercayai ada kaitan dengan penerbangan MH370. - BERNAMA

#MH370: Juruterbang AirAsia X digantung tugas - Tony Fernandes

Posted: 26 Mar 2014 12:01 AM PDT

Syarikat penerbangan AirAsia bertindak menggantung tugas seorang juruterbangnya ekoran kritikannya di laman sosial berhubung operasi mencari pesawat penerbangan MH370 Malaysia Airlines.

Ketua pegawai eksekutif kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes dalam satu kenyataan menyebut, tindakan itu bagi menyiasat sama ada juruterbang yang bertugas di anak syarikatnya, AirAsia X itu melanggar polis syarikat.

"Pegawai kanan AirAsia X telah digantung tugas sementara menunggu siasatan berkenaan pelanggaran polisi syarikat dalam tulisan Facebook," katanya dalam satu tulisan di Twitter.

Sementara itu, AirAsia X pula menjelaskan, pegawai tersebut melanggar "arahan khusus" agar tidak mengulas mengenai pencarian MH370 secara terbuka.

Ketua pegawai eksekutifnya Azran Rani Osman berkata, arahan tersebut dikeluarkan untuk mengelakkan kakitangannya membuat kenyataan yang mengguris perasaan.

"(Ada) arahan khusus kepada kru kami dalam membuat komen terbuka berkenaan MH370. (Ada) tanggungjawab untuk tidak menyakitkan perasaan (orang lain)," katanya, juga di Twitter.

Ketika dihubungi, AirAsia X berkata tidak akan mengeluarkan sebarang maklumat lanjut berkenaan perkara itu.

Kenyataanya itu timbul selepas beberapa blog menyebarkan gambar didakwa sebagai tulisan juruterbang tersebut di Facebook.
Dalam tulisan itu, juruterbang berkenaan didakwa mengkritik kerajaan kerana mengumumkan penerbangan MH370 berakhir di Lautan Hindi.

"Demi (carutan)... Adakah bukti kukuh MH370 terhempas?! Tak betul jika terus buat anggapan bila anda tidak ada bukti untuk pertahankan dakwaan itu!

"Serpihan (yang disyaki)... masih tidak dipastikan dari pesawat! Tunjukkan kami bukti dan kemudian beritahu MH370 telah terhempas.

"Sehingga itu, berhenti sembunyikan fakta! Jelas sekali, walau kepada orang buta bahawa ada bertan-tan maklumat yang kerajaan tahu dan tidak mahu dikongsikan!," tulisan itu dipetik.

Malaysiakini sedang mendapatkan ulasan juruterbang berkenaan, yang difahamkan telah memadakan akaun Facebook beliau.

Malaysiakini

Babak ranjang Anzalna Nasir di slot Akasia

Posted: 25 Mar 2014 11:01 PM PDT

Anzalna Nasir memengang watak Mya Arlissa dalam drama 'Aku Isterinya'.
Pengarah Fairuz Loy, mengakui kurang berpuas hati apabila terpaksa membataskan beberapa babak intim dalam drama bersiri terbaru arahannya berjudul 'Aku Isterinya'. Namun beliau akur demi menjaga sensitiviti. Sekaligus mengelak dari timbulnya sebarang isu atau kontroversi apabila siri yang bakal menghiasi slot Akasia di saluran TV3 itu ditayangkan mulai 31 Mac ini.

"Pihak kami harus menjaga sensiviti dan mematuhi prosedur yang ditetapkan oleh stesen televisyen dan kementerian Dalam Negeri (KDN). Saya kena olah semula beberapa dialog yang tidak sesuai untuk tontonan umum dan kami tak boleh buat sampai babak atas katil tetapi kami visualkan dari segi kata-kata pandangan dan senyuman.

"Lagipun slot ini disiarkan selepas waktu maghrib, jadi kita faham dengan waktu itu adalah waktu yang sangat sensitif", katanya ketika ditemui pada sidang media drama arahannya itu yang berlangsung di Sri Pentas baru-baru ini.

'Aku Isterinya' diadaptasi dari novel terlaris nukilan Acik Lana. Drama tersebut menampilkan gandingan utama, Izzue Islam dan Anzalna Nasir.

Dalam pada itu Fairuz juga berkata beliau tidak gembira kerana terpaksa menukar judul drama arahannya itu kerana tajuk asal novel, 'Aku Bukan Mistress' tidak mendapat kelulusan daripada pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Pengarah drama 'Aku Isterinya', Fairuz Loy.Pengarah drama 'Aku Isterinya', Fairuz Loy.
"Pada saya, tajuk sesebuah karya itu sangat penting. Apatahlagi jika drama itu diadaptasi daripada novel popular. Sebelum ini drama-drama di slot Akasia menggunakan judul asal novel yang diadaptasi.

"Tetapi bila giliran saya, pihak KDN tidak meluluskan atas alasan tidak boleh mencampur-adukkan bahasa. Saya agak tidak gembira dengan keputusan itu kerana tak dinafi sedikit sebanyak boleh menjejaskan drama ini. Tapi saya akur", katanya.

'Aku Isterinya' mengisahkan hidup Mya Arlissa mula malap selepas dirogol ole suami makciknya dan dituduh sebagai penggoda seterusnya menjadi bahan cemuhan orang kampung. Dia telah diselamatkan oleh Mikail semasa melarikan diri ke Kuala Lumpur. Namun dia terus terperangkap dalam 'sangkar emas' yang dibina oleh Mikail yang tidak pernah menjanjikan apa-apa.

Drama 28 episod terbitan Global Station ini turut dijayakan oleh Syazwan Zulkifly, Shakilla Khoriri, Marissa Yasmin, Niniswara, Mardiana Alwi, Syatila Melvin dan Zaidi Omar.

Malaysian Digest

Sarawak 'hambat' balik Saifuddin Nasution

Posted: 25 Mar 2014 09:31 PM PDT

KUCHING: Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dilarang daripada memasuki Sarawak sebaik tiba di Lapangan Terbang Sibu, pagi ini.

Ketika mengesahkan perkara itu, Timbalan Pengarah Imigresen negeri Hamfatullah Syawal Hamdan berkata Jabatan Imigresen mendapat arahan untuk tidak membenarkan Saifuddin memasuki Sarawak.

"Pegawai yang bertugas ketika itu telah memaklumkan kepada Saifuddin, dia tidak dibenarkan masuk ke Sarawak.

"Jabatan Imigresen tidak mengambil masa yang lama untuk menjalankan arahan tersebut dan dia (Saifuddin) telah memberi kerjasama dan patuh kepada larangan itu," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya Saifuddin juga telah pulang ke Kuala Lumpur.

Pelakon drama 'Ariana Rose' didakwa jual bayi?

Posted: 25 Mar 2014 09:01 PM PDT

Pelakon drama 'Ariana Rose', Sharisa Haris Chong meminta bekas pembantu jurusolek dan penjaga pakaian sebuah syarikat produksi yang telah menyalahgunakan gambar dan maklumat peribadinya melalui laman sosial Facebook palsu agar berhenti daripada menjalankan kegiatan bagi tujuan menipu pengikut laman sosial itu.

Sharisa, 25, berkata, kegiatan jual beli dalam talian yang dilakukan oleh wanita itu bukan sahaja membabitkan penjualan barangan tertentu malah dia turut menawarkan perkhidmatan menjual bayi.

"Pada mulanya saya anggap ia perkara biasa apabila ada individu membuat akaun palsu menggunakan gambar-gambar dan maklumat peribadi saya, namun saya terkejut apabila dia melakukan urusan jual beli yang salah di sisi undang-undang.

"Saya sedar perkara ini apabila ramai mangsa yang terpedaya menghubungi dan menghentam saya di laman sosial peribadi milik saya yang sebenar.

"Apabila saya siasat melalui nombor akaun bank yang diberikan kepada mangsa dan mendapati wanita tersebut merupakan seorang yang penah bekerja dengan saya dua tahun lalu," katanya seperti yang dilaporkan mStar online.

Laporan juga menyebut, selepas mendapat tahu perkara tersebut, Sharisa cuba menghubungi wanita berkenaan, namun gagal.

Lebih dahsyat lagi, wanita itu telah menyamar kononnya anak Sharisa Haris meninggal dunia untuk meraih simpati orang ramai dengan niat jahat.

"Dia ambil gambar saya bersama seorang anak saudara saya dan memberitahu bahawa kanak-kanak itu adalah anak saya dan baru sahaja meninggal dunia.

"Oleh itu dia minta sesiapa yang simpati agar memberi sumbangan atau sudi untuk mengambil anak-anak saya yang lain sebagai anak angkat dengan bayaran tertentu," katanya.

Dalam pada itu, Sharisa Haris juga telah membuat satu laporan di Balai Polis Petaling pada 17 Mac lalu.

Sementara itu, Sharisa juga mengakui, perkara tersebut turut menjejaskan reputasinya sebagai pelakon baharu.

"Di sebabkan perkara ini ramai yang memboikot dan tidak mahu menonton lakonan saya dalam drama Ariana Rose baru-baru ini.

"Ada juga yang marah dan maki saya di laman sosial dengan melemparkan kata-kata kesat," ujarnya.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Datuk Freddie Fernandez berkata, pihaknya akan melaporkan perkara ini kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tindakan segera dapat diambil.

Pasukan Terengganu FA nyaris maut, pesawat Malindo Air terbakar

Posted: 25 Mar 2014 08:30 PM PDT

PETALING JAYA: Kemenangan pasukan bola sepak Terengganu bertukar tragis apabila pesawat penerbangan Malindo Air yang mereka naiki terpaksa berpatah balik kerana enjin turbin pesawat terbakar.

Pemain tengah Terengganu Faiz Subri menyiarkan gambar turbin yang terbakar dan berkata pesawat itu telah berpatah balik ke Lapangan Terbang Subang.

Kesemua mereka di dalam kapal terbang selamat.

Kapal terbang itu dijadualkan kembali ke Kuala Terengganu pada Rabu selepas pasukan Terenggau menewaskan ATM FA 3-0 di Stadium Selayang pada Selasa.

Menurut Terengganu FA, pasukan itu mengambil penerbangan pagi ini dan salah seorang daripada ahli kakitangan berkata pemain-pemain telah menyiarkan gambar-gambar di laman media sosial mereka.

Baju dikoyak, buah dada diramas depan sekolah di Ipoh

Posted: 25 Mar 2014 08:04 PM PDT

Gambar hiasan
IPOH 25 Mac - Seorang pelajar perempuan tingkatan empat di sebuah sekolah dekat Kampar, dicabul seorang lelaki ketika sedang menunggu bapanya selepas tamat aktiviti persekolahan, Sabtu lalu.

Dalam kejadian pukul 4.20 petang di pintu utama sekolah itu, mangsa didatangi oleh suspek berusia 30-an lalu duduk di sebelahnya lalu tiba-tiba memeluknya.

Mangsa melawan sehingga berlaku pergelutan dan terjatuh di atas lantai sebelum suspek bertindak mengoyakkan baju remaja tersebut.

Bagaimanapun jeritan mangsa berjaya menakutkan suspek menyebabkan lelaki itu melarikan diri dengan sebuah motosikal.

Akibat pergelutan itu, mangsa mengalami rasa sakit di bahagian dada.

Ketua Polis Daerah Kampar, Supritendan Ng Kong Soon berkata, ketika kejadian, mangsa seorang diri dan tiada saksi berada di lokasi berkenaan.

"Imej dipercayai suspek berjaya dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan tempat letak kenderaan. Siasatan percaya imej itu adalah suspek berdasarkan warna baju serta bentuk badan.

"Pihak polis telah melakukan soal siasat terhadap beberapa staf serta guru sekolah tetapi tiada yang mengenali atau pernah melihat suspek sebelum ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Kong Soon, kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.

Apakah maksud 'syahid akhirat'?

Posted: 25 Mar 2014 05:51 PM PDT

Di zaman nabi dahulu, orang yang berperang kerana Islam, dan apabila terkorban maka ia dikira syahid.

Namun tahukah kita bahawa, orang yang mati syahid sebenarnya ada 3 golongan iaitu syahid pada hukum dunia dan akhirat, syahid pada hukum dunia dan syahid pada hukum Akhirat.

Syahid dunia dan Akhirat ialah syahid dalam pertempuran menentang musuh di medan pertempuran kerana menegakkan kalimah Allah. Orang yang mati syahid sebegini tidak perlu dimandikan dan tidak perlu disolatkan menurut jumhur ulamak. Di Akhirat nanti ia akan memperolehi balasan istimewa dari Allah SWT. Ia juga selamat dari soal kubur.

Syahid pada hukum dunia ialah orang yang mati kerana berperang menentang orang-orang kafir tetapi telahpun mendapat gaji dari peperangan yang dilakukannya atau mendapat bahagian harta rampasan dari peperangan tersebut atau orang yang mati kerana memerangi golongan kafir dalam keadaan riya' dan lain-lain.

Syahid pada hukum Akhirat ialah seperti orang yang dibunuh secara zalim, orang yang mati kerana mengalami penyakit dalam perut, orang yang mati kerana penyakit taun, orang yang mati tenggelam, orang yang mati dalam keadaan dagang / musafir, orang yang mati dalam keadaan menuntut ilmu, orang yang mati kerana menahan rindu, mati kerana melahirkan anak dan sebagainya. Di dunia orang ini dikafan dan disolatkan. Di Akhirat ia akan mendapat pahala khusus dari Allah.

Daripada Abi Akwar Said bin Zaid Amru bin Nufel RA (beliau adalah salah seorang antara sepuluh orang yang disaksikan akan memasuki syurga) katanya,: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Sesiapa yang terbunuh kerana membela harta yang dimilikinya maka matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana membela dirinya dari dibunuh oleh orang lain, maka matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan agamanya (agama Islam) matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan keluarganya daripada diceroboh, matinya juga adalah mati syahid."

Sumber

#MH370: Penumpang, anak kapal 'syahid akhirat' - Majlis Fatwa

Posted: 25 Mar 2014 05:41 PM PDT

PUTRAJAYA 25 Mac - Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan berpendirian penumpang dan anak kapal pesawat MH370 beragama Islam bergelar syahid akhirat.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abd. Shukor Husin berkata keputusan itu dibuat selepas Muzakarah Khas yang diadakan di sini hari ini.

Tragedi #MH370: Belum perlu solat jenazah ghaib

Posted: 25 Mar 2014 05:31 PM PDT

PUTRAJAYA 25 Mac - Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan memutuskan tidak memerlukan solat jenazah ghaib ke atas penumpang pesawat MH370 yang beragama Islam buat masa sekarang.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abd. Shukor Husin berkata, ini kerana pihak berkuasa yang mencari dan menyelamat masih belum menjumpai mayat atau cebisan mangsa pesawat MH370.

Keduataan Malaysia 'diserang' keluarga penumpang #MH370 China

Posted: 25 Mar 2014 05:21 PM PDT

BEIJING: Kira-Kira 200 anggota keluarga 154 penumpang warga China dalam pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 hari ini berarak dengan membawa sepanduk di depan Kedutaan Besar Malaysia di sini bagi melahirkan kekecewaan mereka berkaitan berita tentang nasib pesawat itu yang diterima semalam.

Mereka memakai kemeja T putih yang tertera ayat 'Pray for MH370',melaungkan "pulangkan semula keluarga saya" ketika berarak ke arah kedutaan itu.

Pada mulanya, tunjuk perasaan itu berlangsung secara aman namun bertukar menjadi tidak terkawal apabila mereka dihalang memasuki premis berkenaan oleh anggota keselamatan yang berkawal di depan kedutaan berkenaan.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa data yang dikeluarkan satelit milik British iaitu Inmarsat merumuskan bahawa penerbangan pesawat Boeing 777-200ER milik MAS itu berakhir di selatan Lautan Hindi.

"Justeru itu dengan perasaan sedih dan kesal yang amat sangat, saya perlu memaklumkan anda bahawa menurut data baharu ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi," katanya.

Di KUALA LUMPUR, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata syarikat itu akan menguruskan untuk membawa anggota keluarga penumpang ke kawasan penemuan pesawat berkenaan, jika mereka ingin berbuat demikian, selepas menerima kebenaran daripada pihak berkuasa yang melakukan siasatan.

Beliau berkata MAS akan terus membantu keluarga terbabit dengan program khidmat sokongan komprehensif menerusi sekumpulan 700 petugas yang dedikasi dengan dua orang bagi setiap keluarga penumpang dan anak kapal MH370.

"Ketika ini kami menyediakan khidmat sokongan kepada lebih 900 orang di bawah program ini dan sejak 72 jam lepas, kami telahpun melatih 40 petugas tambahan bagi memastikan keluarga terbabit mempunyai akses kepada khidmat sokongan 24 jam sehari," katanya.

MAS telahpun menyediakan bantuan kewangan permulaan sebanyak US$5,000 bagi setiap penumpang kepada waris terdekat dan sedia menawarkan bantuan tambahan jika pencarian diteruskan. -- Bernama


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/mh370-keluarga-penumpang-berhimpun-di-hadapan-kedutaan-malaysia-di-beijing-32540?cp

Apa Yang Tersirat

Posted: 26 Mar 2014 01:37 PM PDT

Apa Yang Tersirat


MH370: Pengakuan Teman Kapten Zaharie

Posted: 26 Mar 2014 06:50 AM PDT

Menurut pengakuan teman juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53 yang hilang bersama pesawat itu, bahawa pilot itu mungkin berkeadaan sangat kecewa, selepas isterinya meninggalkan rumah keluarga mereka sehari sebelum menerbangkan MH370 laluan Kuala Lumpur Beijing.

Pesawat malang itu berlepas daripada KLIA jam 12.41 pagi Sabtu 8 Mac dan hilang daripada radar jam 1.30 pagi, hingga kini belum ditemui, meskipun penerbangan pesawat itu dikatakan berakhir di Lautan Hindi, 1,500 batu barat laut Perth, Australia.

Pesawat malang itu membawa 239 penumpang termasuk krew.

Ikuti pengakuan teman kepada juruterbang itu disini

MH370: Senario Kehilangan Misteri Pesawat Malang itu

Posted: 26 Mar 2014 06:13 AM PDT


MH370: Semakin Banyak Objek Dikesan Satellite

Posted: 26 Mar 2014 05:38 AM PDT

122 objek penemuan satellite France
Penemuan pesawat malang B777-200ER MH370 yang hilang pada 8 Mac bersama 239 penumpang serta krew, kemudian dinyatakan berakhir di Lautan Hindi, 1500 batu barat laut Perth, Australia, walaupun belum menemui sebarang serpihan, akan tetapi berasaskan perkiraan matematik yang menggunapakai Doppler Effect yang berasaskan gelombang, temuan abad ke 19.

Kini, satellite Perancis menemukan 122 objek terbaru, yang boleh dihubungkan dengan pesawat malang itu. Sebelum ini, bermula pada 16 Mac lalu, Satellite daripada Australia, China dan Perancis, mengesan beberapa objek berukuran besar, yang dipercayai merupakan serpihan pesawat.

Hari ini, pasukan pencari yang diketuai Australia, meminta MAS memberikan manifest berkaitan muatan kargo pesawat malang itu, berhubung berjaya pasukan pencari menjumpai pallet kayu yang biasa digunakan pesawat penerbangan komersil.

Dengan beberapa petunjuk yang baru, keputusan Kerajaan Malaysia mengumumkan pada 24 Mac, bahawa pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi, adalah tepat.

Sebelum ini, terlalu banyak memberi komen negatif terhadap pengumuman Perdana Menteri bahawa pesawat MH370 berakhir di selatan, memandangkan tidak ditemui sebarang serpihan yang boleh dikaitkan dengan pesawat malang itu; malah salah seorang juruterbang Asia X, menganggap keputusan itu sebagai keputusan yang tidak masuk akal.

MH370: Lautan Hindi-Apa Kah Hanya Spekulasi?

Posted: 25 Mar 2014 08:04 PM PDT

Doppler Effect yang digunakan Inmarsat yang mengunapakai gelombang radio bagi menentukan posisi pesawat, untuk pertama kali digunakan bagi operasi mencari dan menyelamat kemalangan pesawat. Walaupun kaedah ini belum teruji sebelum ini, namun hanya cara ini sahaja yang tersedia pada masa teknologi canggih ini bagi memberi jawapan, kehilangan pesawat MH370.

MH370 hilang secara misteri sejak 8 Mac lalu, kurang sejam selepas berlepas daripada KLIA tujuan Beijing. Sepatutnya pesawat itu mendarat pukul 6.30 pagi di destinasi terakhirnya itu.

Keadah Doppler, hanya berasaskan pengiraan secara matematik, berasaskan pings/blips yang diterima pesawat selama 7 jam sebelum benar-benar tidak lagi menghantar sebarang signal selepas 8.11 pagi 8 Mac 2014. Cara kerja kaedah ini memang kompleks, namun berbagai kemungkinan disimulasi berasaskan pendekatan matematik, boleh menentukan lokasi terakhir pesawat serta laluan, dengan variasi ketepatan antara 10-100 batu.

Berasaskan variasi matematik itu melalui kaedah Doppler Effect, maka dinyatakan pesawat malang MH370 berkahir 1,500 batu barat laut Perth, Australia kawasan laut Lautan Hindi. Kawasan yang dipercayai kemungkin besar pesawat itu terhempas, lebih dekat di Antartika berbanding Australia. Clue, yang menyokong Doppler Effect itu, apabila beberapa imej yang dikesan satellite Australia, China dan France berukuran besar selain objek yang dikesan pesawat tentera Australia di kawasan liputan itu. Terlihat pallet kayu yang biasa digunakan pesawat juga dikesan di kawasan pencarian itu.

Walau bagaimanapun, sehingga kini belum ada sebarang objek yang berjaya dikutip. Hari ini, operasi mencari yang dikoordinasi Australia yang melibatkan negara itu, New Zealand, China, Jepun, Korea Selatan dan Amerika akan meneruskan pencarian, menggunakan berbagai asset canggih. Amerika akan menggunakan under water locator untuk mengesan kotak hitam pesawat malang itu, atas sebab kemampuan alat itu memberi signal hanya berbaki 12 hari.
 
Walaupun ramai menganggap bahawa kenyataan MH370 berakhir di Lautan Hindi hanya spekulasi, atas sebab tiada sebarang seripahan yang berasal daripada pesawat itu dikesan/dikutip, kerana tiada sebarang clue yang boleh digunapakai, maka untuk sementara, keputusan itu adalah keputusan tepat, bagi meredakan tekanan bukan sahaja kepada keluarga mangsa, juga kepada pasukan mencari. Selain itu, melalui keputusan itu, bertujuan  mengurangkan berbagai teori yang dikaitkan dengan pesawat malang itu.

MH370: Masih Lagi Misteri

Posted: 25 Mar 2014 05:13 PM PDT


Doppler Effect: Julung kali digunakan menentukan keputusan SAR


waadat

Posted: 26 Mar 2014 01:35 PM PDT

waadat


Tong kosong #mh370

Posted: 26 Mar 2014 05:57 AM PDT

Tong kosong atau tin kosong berkongsi satu ciri iaitu apabila diketuk berbunyi kuat. Sekurang-kurangnya lebih kuat daripada tong atau tin yang penuh berisi.

Anda boleh lakukan eksperimen mudah. Belilah air minuman dalam tin dan cuba ketuk. Kemudian minum airnya hingga habis dan cuba ketuk semula. Berbezakah?

Sekarang buka media sosial dan cuba kesan berapa bayakkah tong dan tin kosong di dalamnya? Cuba kenalpasti dengan melihat 'bunyi-bunyi' yang mereka keluarkan. Yang paling bising itu biasanya sama lah macam tong atau tin kosong.

Tong kosong boleh diisi dengan apa sahaja termasuk air, beras, ikan pekasam, mahupun sampah sarap. Begitu juga dengan 'Facebooker kosong'.

Facebooker kosong sarat dengan pelbagai perkara yang dicopy paste daripada pihak lain secara membabi buta. Mereka juga gemar mengeluarkan kata-kata kesat, mengutuk dan mencarut.

Bagi mereka, yang salah ialah orang lain sedangkan diri sendiri sentiasa betul.

Hal ini berbeza dengan Facebooker yang menyiasat terlebih dahulu berita yang diterima sebelum disebarkan.

Bagi Demang, facebooker yang rajin memuatnaik foto makanan itu jauh lebih baik sebab mereka tahu bahawa FB adalah media sosial ringan untuk bersantai dan bersosial dengan rakan taulan.

Facebooker tong kosong menyangka dengan membaca teks yang dimuatnaik oleh pengguna FB lain itu sudah menjadikan mereka orang yang berilmu pengetahuan. Padahal mereka hanya disogokkan dengan propaganda murahan semata-mata.

Sebagai contoh, dalam peristiwa MH370, ketika pakar seluruh dunia amat berhati-hati dalam membuat penyiasatan, mengumpul maklumat dan membuat keputusan paling sesuai, facebooker tong kosong dengan mudah membuat kesimpulan dan spekukasi sendiri tanpa sandaran yang kukuh.

Itu masih tidak mengapa berbanding si tukang 'copy & paste' dan 'tukang share' tanpa usul periksa.

Lebih malang lagi apabila andaian serkap jarang menjadi spekulasi dan akhirnya diterima sebagai fakta!

Nota:
sentiasa amalkan 3S: Siasat Sebelum Sebar!

THE FLYING KICK

Posted: 26 Mar 2014 01:33 PM PDT

Cucu Tok Selampit

Posted: 26 Mar 2014 01:26 PM PDT

Cucu Tok Selampit


Pilot Air Asia Pertikai Isu #MH370 Digantung Tugas Sementara Tunggu Siasatan - Tahniah DS @tonyfernandes @azranosmanrani

Posted: 26 Mar 2014 06:01 AM PDT


Semalam CTS ada memuatkan isu seorang juruterbang kanan Air Asia X yang mempertikaikan pengumuman Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak berkenaan kehilangan pesawat MH 370 di Lautan Hindi. Baca di sini. Hari ini pemilik Air Asia, DS Tony Fernandes telah mengantung tugas juruterbang berkenaan sementara menunggu siasatan dalaman dijalankan. Pegawai kanan AirAsia X telah digantung tugas sementara menunggu siasatan berkenaan pelanggaran polisi syarikat dalam tulisan Facebook," katanya dalam satu tulisan di laman sosial Twitter. 

Ketua pegawai eksekutifnya Azran Rani Osman berkata, arahan tersebut dikeluarkan untuk mengelakkan kakitangannya membuat kenyataan yang mengguris perasaan. "Arahan khusus kepada kru kami dalam membuat komen terbuka berkenaan MH370. Tanggungjawab untuk tidak menyakitkan perasaan," katanya, juga di Twitter. 

Tahniah DS Tony Fernandes dan Azran Rani Osman yang peka dengan sensitiviti Rakyat Malaysia mengenai isu ini.

tun faisal dot com

Posted: 26 Mar 2014 01:26 PM PDT

tun faisal dot com


#KajangMove: Statistik yang mungkin ingin anda ketahui dalam #PRKKajang

Posted: 25 Mar 2014 11:30 PM PDT



Overview aktiviti melibatkan hashtag #KajangMove



Jumlah penyertaan, engagement dan masa ia berlaku


Platform dan hasthtag lain


Pautan dan bahan multimedia yang dipautkan




Overview Penyumbang kepada perbualan dan interaksi dalam #KajangMove




Paling popular


Siapa paling banyak twit


Bahan Multimedia yang paling tinggi capaiannya


Bahan Multimedia yang paling banyak di Retweet




Klout Score Pemimpin Kerajaan dan Pembangkang @NajibRazak @Shaberyc @KhairyKJ

Posted: 25 Mar 2014 09:00 PM PDT



Klout Score Perdana Menteri - 79



Klout Score beberapa orang pemimpin kerajaan









Klout Score pemimpin pembangkang













Klout Score saya sendiri selepas PRK Kajang


Klout Score @TunFaisal - 78


Klout Score Tun_Faisal - 76



#MH370 Agenda @FoxNews menyalahkan Muslim dan Malaysia menjengkelkan @BoycottFoxNews #BoycottCNN

Posted: 25 Mar 2014 05:00 PM PDT



Ada rakyat Malaysia yang mengagung-agungkan kononnya KREDIBILITI MEDIA BARAT dan AGENSI BERITA seperti CNN dan FoxNews. Masalah dengan rakyat Malaysia seperti ini, KETAKSUBAN kepada BARAT dan produk mereka, menyebabkan mereka gagal melihat agenda-agenda jahat, kebebalan, bigotry dan prejudis pengendali media Barat dan agensi mereka.


Agenda CNN - Tiada penghargaan, tiada ucapan terima kasih, sebaliknya hanya dakwaan dan tindakan menyalahkan Malaysia. 


Terbaru, cubaan Fox News untuk menyalahkan Orang Islam dan kerajaan Malaysia kerana juruterbang MH370 merupakan penganut agama Islam menjengkelkan.. Tonton video di bawah dan fahami apa yang dikatakan oleh Bob Beckel dan hujah balas daripada Cenk Uygur, hos The Young Turks ..


Bob Beckel, who has never been shy when it comes to his feeling about Islam, introduced the final segment of The Five Friday by asking, "Is political correctness getting in the way of the missing plane investigation?" Noting that the two pilots on board were both Muslim (like 65% of Malaysians), Beckel said their potential "radicalization" would have been the first thing he looked into if he were investigating the incident.

"There's a good chance a substantial population of the cabin, the passengers, are Muslim as well," Eric Bolling added. "So you have to go through, you have to find out who has political ties, extremist ties."

Baca lagi di sini dan tonton kebebalan sejumlah orang Amerika dan prejudis mereka terhadap Muslim dan Malaysia di dalam Fox News -

The Five: Political Correctness Causing Authorities to Ignore Pilots' Muslim Faith




Common sense point? Being a muslim makes you a potential terrorist?



Penumpang dengan pasport palsu bukan rakyat Malaysia dan bukan Muslim berdasarkan pemakaian salib.