PEJUANG BANGSA Posted: 17 Jun 2014 01:39 PM PDT Selepas gagal FELDA , Harakah serang UITM sebagai sasaran dibidas ! Posted: 17 Jun 2014 09:08 AM PDT Mengulas laporan Harakah mengenai Uitm Kayakan UMNO Pembangkang sekarang menggunakan lidah rasmi Harakah untuk menghentam UiTM selepas calon DAP Teluk Intan menyerang UiTM sebelum ini. Persamaan Harakah dan Dyana ialah keduanya Melayu dan mereka dipergunakan untuk menyerang dan mempertikaikan institusi milik Melayu ini. Ini adalah agenda tersusun Pakatan Pembangkang yang mahu rakyat melihat bukan Cina,bukan India tetapi Melayu yang pertikaikan Institusi Melayu sendiri. Apa yang diperbesarkan oleh Harakah ini adalah untuk menutup permasalahan yang dihadapi oleh Institusi Pengajian Tinggi yang diurus tadbir Kerajaan Negeri Pakatan Pembangkang. Saya adalah bekas pelajar UiTM dan cukup kesal dengan Harakah apabila berterusan menyerang UITM demi memenuhi agenda Bukan Islam. Apa yang disiarkan oleh Harakah mengenai UiTM alat Kaya UMNO adalah suatu yang tidak berasas sama sekali dan mempunyai niat yang kurang baik. Sebenarnya mereka bukan sahaja mahu serang UiTM tetapi mahu serang UMNO. Apabila mereka melihat situasi sekarang UMNO semakin kuat,sokongan kepada UMNO semakin meningkat mereka mencari jalan macam mana mahu jatuhkan UMNO. Sebelum ini mereka menyerang FELDA kerana bagi mereka FELDA sumber kekuatan UMNO. Ternyata mereka gagal bahkan mereka memohon maaf diatas segala pertuduhan yang dibuat. Sekarang mereka menjadikan UITM pula sasaran. Dan saya percaya rakyat bijak menilai niat sebenar Pakatan Pembangkang. Tidak mustahil selepas ini mereka akan menyerang banyak lagi Institusi yang bagi mereka kubu kuat UMNO. Saya mahu ingatkan semua. UiTM ini BUKAN MILIK UMNO, UITM adalah milik RAKYAT dan UMNO lah Parti yang memperjuangkannya. UiTM bukan mengkayakan UMNO tetapi UMNO lah yang berjuang "mengkayakan" UITM. Kaya disini ialah mengkayakan rakyat dengan Ilmu,mengkayakan rakyat dengan latihan keusahawanan,mengkayakan rakyat dengan latihan kemahiran. Deen Qassim Pengerusi Barisan Darul Naim Negeri Kelantan (BADAR) | RAFIZI KANTOI MENIPU , SHARIFUL BELUM JADI ADUN UMNO KETIKA DAPAT PROJEK UITM !! @dzainalabidin @NajibRazak Posted: 17 Jun 2014 12:07 AM PDT Merujuk kepada kenyataan Rafizi Jambu ( klik di sini ) yang menyerang UITM dengan mengaitkan pemimpin UMNO mendapat projek ternyata berniat jahat . Memang syarikat yang mendapat projek dengan merujuk fakta di SSM memang betul milik individu itu tetapi SPIN & PUTAR BELIT oleh Rafizi sebenarnya dalam isu projek UITM ini hanyalah semata-mata mahu mengaitkan pemimpin UMNO dengan projek UITM . Tender projek membina UITM Pasir Gudang ini keluarkan pada 2010 & ia berjaya disiapkan mengikut prosedur & tempoh ditetapkan oleh COSMIC Dimension Sdn Bhd . Jadi , apa masalahnya buat RAFIZI ?? Sebab syarikat itu milik ADUN BERTAM Shariful Azhar daripada UMNO & mahu disensasikan ?? Sebenar Rafizi berbohong kerana semasa pemberian tender itu 2010, YB Shariful hanya ahli biasa parti yang tidak mempunyai jawatan di bahagian UMNO Kepala Batas & negeri. Ini disahkan sendiri status keahlian Shariful oleh Dato Zainal Abidin Osman, Pengerusi UMNO negeri Pulau Pinang. Beliau adalah ahli perniagaan profesional yang layak untuk menjalankan perniagaan seperti ADUN-ADUN lain termasuk Pakatan di negeri ditadbir mereka . Tuduhan Rafizi menyatakan syarikat berkenaan tidak menunjukkan kewangan yang kukuh adalah DANGKAL !! Kalau syarikat berkenaan tidak stabil dari segi kewangan , bagaimana BANK boleh luluskan pinjaman untuk menyiapkan projek ini sehingga siap ??? Daripada menyibuk menjaga tepi kain pihak lawan, Rafizi dicabar untuk mempersoalkan isu pemberian tender terowong lim guan eng di pulau pinang yang tidak telus !!
Rafizi Jangan terkejut syarikat yang mendapat kontrak bagi projek mega terowong LGE berbilion ringgit ini, iaitu Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd (CZB), merupakan syarikat RM2 yang baru sahaja ditubuhkan pada 5 Julai 2012, iaitu sebulan selepas tarikh tutup penyerahan tender bagi projek tersebut pada Jun 2012.KLIK DI SINIJangan bersikap hipokrit. | PENDUDUK KG BAGAN AJAM BERANG KERAJAAN DAP GAGAL BELA TUNTUT PAMPASAN @dzainalabidin Posted: 16 Jun 2014 09:40 PM PDT Ada wakil rakyat yang menjadi Ketua Menteri pun tak boleh bela ... itu lah yang terjadi kepada penduduk Kg Bagan Ajam , Butterworth di dalam Parlimen Bagan seramai 60 orang telah mengadakan Bantahan Aman terhadap pemaju Tah Wah Group Sdn.Bhd bg menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap Kerajaan DAP . Turut sama beberapa pemimpin MCA yang kecewa nasib penduduk di situ tak dipedulikan wakil rakyat DAP . Mereka menyatakan ketidakpuasan hati terhadap pemaju Tah Wah Group Sdn.Bhd yang mendesak serta mengarahkan penduduk yang masih tinggal di atas tanah tersebut supaya segera berpindah keluar. dengan menawarkan pampasan yang tidak berpatutan Kemarahan mereka ditujukan terhadap Phee Boon-Poh - ADUN SUNGAI PUYU dan LIM Guan-Eng - Ketua Menteri PP selaku MP BAGAN serta kerajaan DAP yang gagal membela nasib mereka. Banyak kampung2 Melayu di P.Pinang turut menerima nasib seperti mana kampung Bagan Ajam . Tetapi lihatlah kaum Cina & India di kampung ini berani bersuara menuntut pampasan yang setimpal sebelum diarahkan berpindah . GPB harap penduduk Melayu Kg Pokok Asam di Jelutong yang kini berdepan tekanan oleh pemaju agar berani menuntut pampasan setimpal sebelum diarahkan keluar . Kalau pemimpin Melayu PR yang menjadi barua DAP tidak membantu & lepas tangan , gunakan hak anda sepertimana penduduk Kg Bagan Ajam . | TEROWONG KERAJAAN DAP LEBIH MEMBAZIR DARIPADA BINA LAPANGAN TERBANG - MUHKRIZ Posted: 16 Jun 2014 07:10 PM PDT
Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir memulang paku buah keras kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng apabila mendakwa cadangan pembinaan lapangan terbang antarabangsa di Kulim, Kedah adalah pembaziran.
Menurut Menteri Besar Kedah itu, cadangan beliau yang sudah dikemukakan kepada Pusat bukanlah satu pembaziran berbanding terowong di Pulau Pinang.
"Kalau ikutkan, dahulu, mereka kata pembinaan Jambatan Pulau Pinang sebagai membazir, sekarang nak cadang satu terowong pula.
Cadangan terowong dasar laut dari Gurney Drive ke Bagan Ajam oleh kerajaan DAP Pulau Pinang
"Pada pandangan saya terowong lebih membazir dari lapangan terbang, seluruh rantau utara Malaysia boleh gunakan," kata Mukhriz membidas kenyataan Lim.
Malah katanya, apa guna membina lagi lapangan terbang di negeri berkenaan kerana kawasan pulau itu mempunyai tanah terhad dan lebih sesuai pelabuhan kerana dikelilingi air.
Mukhriz berkata lapangan terbang baru itu bakal menjadi pintu masuk ke negeri di utara Malaysia dan selatan Thailand.
"Berbeza dengan pelabuhan kapal, perlu di pesisir pantai, tetapi kapal terbang akan mendarat di lapangan terbang. Apa guna kita bina lapangan terbang di pulau yang terbatas dari segi tanah," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis Pesta Kedah di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Mukhriz berkata, lapangan terbang yang dicadangkannya itu mampu menampung kapasiti lapangan terbang di Pulau Pinang yang dijangka sesak menjelang tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.
"Lapangan terbang itu boleh menjadi pintu masuk bagi zon utara, yang meliputi Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan utara Perak, untuk tujuan penumpang dan kargo.
"Malangnya lapangan terbang antarabangsa di Kedah hanya di Langkawi, ia hanya tertumpu kepada pelancong dan tidak banyak kargo dan penumpang," katanya.
"Perlu ada lapangan terbang serantau, dan saya cadangkan di Kedah dan bukannya Pulau Pinang," tambah Mukhriz.
Guan Eng sebelum ini berkata, pembinaan sebuah lagi lapangan terbang antarabangsa di Kedah merupakan satu pembaziran.
Mukhriz jamin teruskan dua projek yang dijanjikan, selain janji tidak hentikan usaha dekati semua sekolah pondok. Mukhriz…dulu mereka kata jamabatan Pulau Pinang membazir.
Beliau berkata, sekiranya Putrajaya meluluskan pembinaan lapangan terbang di Kedah, Pulau Pinang mahu sekurang-kurangnya dua lapangan terbang sama.
"Perlu diingatkan Pulau Pinang adalah penerima pelaburan langsung asing (FDI) terbesar di Malaysia, dengan jumlah RM19.7 bilion dari 2010 hingga 2013, seperti yang dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," kata Lim.
Mukhriz sebelum ini mencadangkan pembinaan lapangan terbang ketiga di Kedah selepas Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, sekiranya diluluskan.
Lapangan terbang tersebut dicadangkan pembinaan di tapak seluas 6,000 hektar dan boleh dilengkapi dua landasan.
Bagaimanapun, rancangan pembinaan lapangan terbang itu masih di peringkat awal dan kertas cadangan berkenaan perkara itu sudah diserah kepada Najib.
"Ia diletakkan di sempadan Sungai Petani dan Kulim, jika ada lebuh raya yang kini berada dalam perancangan, tapak lapangan terbang akan terletak hanya 25 minit dari Taman Teknologi Kulim," kata Mukhriz. –bnbbc.my | |
Ohpolitik!™ Posted: 17 Jun 2014 04:17 AM PDT NGO Islam UMNO Desak JAIS Tidak Pulangkan Bible Yang Dirampas Posted: 16 Jun 2014 06:53 PM PDT
Kira-kira 100 Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam hari ini mendesak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak tunduk kepada arahan kerajaan Selangor yang meminta jabatan itu memulangkan semula 300 naskhah Bible dalam bahasa Malaysia yang dirampas pada Januari lepas.
Pengerusi Pembela-pembela Islam Malaysia (Pembela) Hafiz Nordin yang mewakili gabungan kira-kira 100 NGO itu berkata ini berikutan naskhah Bible tersebut mengandungi kalimah Allah yang dilarang penggunaannya oleh kaum bukan Islam di negeri ini.
"Tidak perlu dipulangkan kitab Bible yang dirampas itu kerana kitab itu bercanggah dengan titah Sultan Selangor dan fatwa negeri ini yang melarang kaum bukan Islam menggunakan kalimah Allah dalam kegiatan agama mereka," katanya dalam sidang media di sini, Isnin.
Khamis lepas, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan mengarahkan JAIS memulangkan semua kitab tersebut kepada Persatuan Bible Malaysia (BSM).
Arahan itu dibuat berikutan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail memaklumkan tidak ada sebarang pendakwaan akan dibuat berhubung kes rampasan Bible dan kes itu ditutup.
Abdul Gani berkata naskhah Bible yang dirampas itu adalah himpunan buku Taurat, Zabur dan Injil yang merupakan buku asas penganut agama Kristian.
Selain Pembela, gabungan NGO itu turut diwakili Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).
-- BERNAMA | APA SUDAH JADI? Speaker DUN Selangor tolak semua soalan Presiden PKR aka ADUN KAJANG? Posted: 16 Jun 2014 06:23 PM PDT
Tindakan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor menolak semua soalan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menimbulkan kekecohan memandangkan beliau adalah presiden PKR.
Speaker, Hannah Yeoh menolak semua 10 soalan yang dikemukakan secara bertulis oleh Wan Azizah yang juga Adun Kajang kerana tidak mengikuti prosedur ditetapkan.
Difahamkan, soalan berkenaan ditolak berikutan kesilapan teknikal iaitu soalan tidak boleh melebihi 40 perkataan sedangkan semua soalan yang dikemukakan melebihi had dibenarkan.
Petugas media yang membuat liputan persidangan DUN Selangor pada Isnin hairan kenapa Wan Azizah yang berpengalaman sebagai ahli parlimen melakukan kesilapan tersebut.
Sementara itu, speaker turut menolak lima daripada sembilan soalan yang dikemukakan oleh Adun Rawang, Gan Pei Nei.
Wan Azizah mengangkat sumpah sebagai Adun Kajang pada 7 April lalu di depan speaker selepas memenangi Pilihan Raya Kecil Kajang.
Sebelum menang di Kajang pada 23 Mac lalu, Wan Azizah pernah menjadi ahli Parlimen Permatang Pauh selama lebih daripada satu penggal sebelum diambil alih oleh suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui satu pilihan raya kecil.
DUN Selangor mulai bersidang hari ini hingga 27 Jun depan.
| |
bumiyang Posted: 17 Jun 2014 03:44 AM PDT |
The Antics of Husin Lempoyang Posted: 17 Jun 2014 03:28 AM PDT Malaysia monang World Cup? Posted: 16 Jun 2014 07:01 PM PDT Ado ompek orang pemain bolasepak yang handa poei bejumpo ngan pendito kek Tibet, nak menilik nasib team memasing monang pialo dunio. Tanyo pomain yang pertamo Ronaldo daei Portugal. 'Tuan pondito, bilo portugal nak jadi juara pialo dunio? Pendito jawab 'ompek tahun laei'. Ronaldo pun monangih Tanyo lak pomain keduo, Lionel Messi daei Argentina. 'Tuan pondito, bilo Argentina nak monang pialo dunio?' Pendito tu jawap 'lapan tahun laei' Lionel Messi pun monangih. Tanyo lak pomain kotigo, Kaka daei Brazil. 'Tuan pondito, bilo lak Brazil nak dapek pialo dunio yang kali ko onam? Pondito jawab 'duoboleh tahun laei' Kaka pun monangih. Tibo lak giliran Safee Sali menanyo. 'Tuan pondito, bilo lak Mesia nak monang pialo dunio?' Tuan pondito lak yang monangih teresak2.... Wow! Yang nak pimpin bolasepak, kocik-kocik main ko bbola sepak? | |
Panglima Perang Cyber Posted: 17 Jun 2014 12:30 AM PDT Artikel : UMNO yang lahirkan PAS ? Posted: 16 Jun 2014 06:51 PM PDT UMNO Yang Lahirkan PAS ?
Pandangan saya Umno lah yang menghasilkan ramai agamawan. Hingga memastikan agama dipertingkatkan kefahamannya berbanding masa lalu.
Lihat sekolah tahfiz atau Universiti yang ada fakulti Islam ramai telah berjaya berkhidmat kepada masyarakat namun tidak menyertai parti PAS !
Semenjak Merdeka lagi Umno teguh mempertahan Islam dan mengamalkan Islam dalam perjuangan dan majlis dianjurkan.
Lihat sambutan kemerdekaan turut diselit azan yang memberi simbolik bahawa detik bersejarah tersebut tetap diisi dengan perkara yang mengingatkan kita kepada Allah Yang Maha Esa.
Ramai kalangan ustaz yang tetap menyokong kerajaan dalam diam tanpa menzahirkan sokongan dan hanya sedikit yang menyokong pembangkang namun digemburkan seperti semua agamawan menyokong 'kesesatan' yang mereka perjuangkan.
Jika semua pelajar agama memandang Pas sahaja wadah sudah tentu tidak ada ustaz dalam Umno hari ini.
Namun kita sudah lama mempunyai ustaz yang hebat seperti Ustaz Dr Asyraf Wajdi Pengerusi YADIM, Ustaz Fathul Bari CEO ILMU, Ustaz Datuk Najmi bekas YADIM kini bertugas di ILMU ( Janda Baik ) dan ramai lagi termasuk Datuk Alwi Ketereh.
Dulu juga kita ada Datuk Nakhaie, Datuk Dusuki, Datuk Dr Yusuf Noor dan Allahyarham Datuk Abdul Hamid Othman.
Paling jelas Menteri jaga JAKIM Datuk Seri Jamil Khir adalah seorang ustaz yang popular sebelum beliau dilantik menjadi Menteri. Selain Dr Mashitah.
Tugas kita sekarang ialah untuk mengembalikan kedudukan agamawan agar diletakkan di tengah masyarakat untuk menyatukan antara dua pihak. Dengan mempromosi mereka ke tengah masyarakat.
Penganjuran Majlis Selawat di serata ceruk tanah air merupakan usaha yang boleh dipuji. Kerana ulama disatukan dengan Umara bersama rakyat.
produk yang baik sekalipun jika tidak diberi promosi yang betul juga akan gagal di pasaran.
Kerana itu ramai berbalah hanya kerana perkara yang mudah diselesaikan mengikut panduan Al Quran dan Sunnah namun begitu sukar diselesaikan kerana keegoan mereka yang mengatasi kebijaksanaan.
Jika Ulama dihormati dijadikan rujukan tentu ahli mana mana parti akan ikut cakapnya dan dapat memelihara ummah dari berpecah.
Kerosakan paling bahaya dan besar hari ini ialah bila agamawan mengejar jawatan dengan memusing fakta Tuhan turunkan. Yang turut dirakam kisah sebegini di dalam Al Quran yang menceritakan tentang segelintir ahli kitab yang sanggup mengubah ayat-ayat Allah demi dunia.
Kenapa Ulama menjadi rosak ? Kerana mereka telah disuntik dengan fahaman kononnya Daulah Islam perlu dibina. Melalui usrah Ikhwanul Muslimin.
Dari sinilah yang melahirkan kadet PAS yang ramai mendapat tajaan kerajaan belajar di luar negara. Walau ada yang kembali insaf namun ada juga yang kekal dengan pegangan bahawa hanya PAS sahaja Islam dan memperjuang Islam.
Sikap ikhwan yang radikal juga kerana elemen Salafi wahabi yang meresap menjadikan sikap keras dan biadap menjadi budaya perjuangan. Tidak ubah seperti khwarij zaman Nabi saw.
Kerana itu apabila mereka berkampung membuat rusuhan membina khemah atas jalan di bandar Rabaah, Kaherah hingga menyusahkan rakyat dan mengganggu keamanan dengan melancarkan serangan, akhirnya tentera Mesir telah membanteras hingga ramai yang telah menjadi korban akibat kesilapan pemahaman Islam. Selepas puas amaran diberikan dan perintah bersurai dikeluarkan.
Asal perjuangan Imam Hassan al Banna sangat baik namun berubah bila beberapa lapis kepimpinan selepas itu berubah arah perjuangan dan mazhab agama yang mereka amalkan.
Pendekatan Ala Salafi wahabi menjadikan IKhwanul Muslimin di Mesir mengkafirkan orang lain, melancar serangan dan mula bergiat dalam politik melalui pilihanraya.
Maka mereka inilah yang didorong untuk memikirkan kewajipan berjuang juga bergantung atas bahu ulama untuk mendapatkan kuasa. Walhal tugas Ulama bukan merampas kuasa Umara bahkan menjadi penasihat Umara seperti dilakukan ulama zaman silam. Tanpa merosakkan ajaran Allah dalam memberi nasihat kepada Umara.
Apa yang terjadi ialah kuasa dikejar dengan pelbagai cara termasuk mengadu domba, menfitnah, merasuah, menipu dan sebagainya hingga kalimah Allah juga telah menjadi mangsa kerakusan politik mereka.
Sekali lagi saya ingin tegaskan Umnolah yang menghasilkan Ulama dan ahli agama dan pada masa yang sama telah menggunakan nasihat ulama.
Perlaksanaan hukum qisas dan takzir sudah lama dilaksana oleh Malaysia hasil dari nasihat yang disampaikan oleh Ulama dan dilaksana Umara.
Akhir kata, Ustaz-ustaz yang ada di negara patut berganding bahu dengan Umara bukan berseteru dengan mereka. Ulama akan ditanya apakah dakwah mereka dan ke mana ilmu yang disampaikan.
Demi kepentingan rakyat dan demi untuk Islam, Raja dan Negara ayuh kita bersatu bukan berseteru.
Panglima Perang Cyber Penembak-Tepat.Blogspot.Com
Selasa 17.6.2014
Sent from my iPhone | Kosmo! Online - Esscom perlu pertingkat risikan dengan Filipina - Zahid Hamidi Posted: 16 Jun 2014 05:06 PM PDT
TERKINI16/06/2014 3:24pm
KUALA LUMPUR - Kawalan di Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esscom) bukan hanya bergantung kepada aset dan keanggotaannya sahaja, malah ia perlu melibatkan kerjasama dari segi risikan dengan Filipina. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kewujudan Esscom tidak patut dipertikaikan, namun ia perlu meningkatkan tahap risikan dengan negara berkenaan bagi mengelak sebarang jenayah di kawasan itu. "Kita tidak sepatutnya bergantung kepada aset dan peralatan sahaja namun kita perlu mempertingkatkan rangkaian risikan dengan kerajaan Filipina. "Usaha juga telah dilakukan bagi meningkatkan keberkesanan pasukan keselamatan memantau pergerakan penceroboh," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat di Malaysia, Joseph Y. Yun di sebuah hotel dekat sini hari ini. Ahmad Zahid berkata demikian bagi mengulas kejadian penculikan terbaru di Kunak, Semporna, Sabah tengah malam tadi membabitkan dua lelaki, seorang penjaga pusat ternakan ikan dalam sangkar dan seorang suku kaum Suluk, yang dilarikan dua lelaki bersenjata di Kampung Sapang, barat Pulau Timbun Mata. - Bernama
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0616&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_14.htm#ixzz34qm9qMY7 Hakcipta terpelihara
| |
Dialog Dewasa Kritik Berasa Posted: 17 Jun 2014 12:08 AM PDT PERLETAKAN JAWATAN SUA MB KELANTAN, PETANDA PERGADUHAN BESAR KATA SUMBER DALAMAN Posted: 16 Jun 2014 09:00 PM PDT
KUALA LUMPUR: Fadhli Shaari menjelaskan bahawa Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob bersetuju dengan permohonannya agar kontrak perkhidmatan sebagai Setiausaha Akhbar ditamatkan akhir bulan Jun 2014.
"Saya mengambil keputusan ini untuk menumpukan tugas sebagai penjawat politik terutamanya sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan ke arah memperkukuhkan organisasi DPPNK yang akan bertindak antara lainnya sebagai 'check and balance' kepada kerajaan," ujarnya dalam satu kenyataan.
Berikut penjelasan beliau.
Hari ini terlalu ramai yang menghubungi saya melalui telefon, SMS mahupun mesej peribadi di laman sosial bertanyakan status jawatan saya sebagai Setiausaha Akhbar Menteri Besar berikutan khabar angin bahawa saya telah meletakkan jawatan. Pada peringkat awal, saya tidak ingin memberikan sebarang respons memandangkan ia hanyalah urusan dalaman pejabat sahaja, namun apabila sahabat-sahabat ramai yang meminta ulasan, saya perturunkan jawapan ringkas saya.
Saya akui bahawa telah menghantar surat kepada Yang Amat Berhormat Ustaz Datuk Menteri Besar Kelantan untuk memohon agar kontrak perkhidmatan saya sebagai Setiausaha Akhbar ditamatkan akhir bulan Jun 2014. Ia berikutan perbincangan saya dengan beliau dengan melihat beberapa aspek secara menyeluruh. Pihak YAB Ustaz Datuk Menteri Besar telah menyatakan persetujuan di atas permohonan yang saya lakukan.
Saya juga telah memaklumkan keputusan ini kepada pihak Yang Berhormat Tuan Guru Datuk Bentara Setia memandangkan perlantikan saya dibuat oleh beliau semenjak 7 Februari 2010 iaitu lebih empat tahun yang lepas.
Saya mengambil keputusan ini untuk menumpukan tugas sebagai penjawat politik terutamanya sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan ke arah memperkukuhkan organisasi DPPNK yang akan bertindak antara lainnya sebagai 'check and balance' kepada kerajaan. Saya rakamkan terima kasih yang tidak terhingga di atas kepercayaan yang diberikan oleh YB Tuan Guru serta YAB Ustaz Datuk Menteri Besar Kelantan kepada saya selama ini. Kenangan manis dan pengalaman yang saya timba akan saya kenang sebagai bekal dalam perjalanan perjuangan yang masih panjang. Tidak lupa kepada semua sahabat-sahabat yang telah membantu saya selama memikul tanggungjawab ini. Juga kepada para wartawan dari semua agensi media yang saya sifatkan sebagai 'lawan tapi mesra', saya ucapkan terima kasih banyak.
Saya doakan YAB Ustaz Datuk Menteri Besar diberikan taufik dan inayah oleh Allah SWT sepanjang memimpin parti dan kerajaan Insya-Allah. Dalam hal ini, saya sifatkan pilihan YB Tuan Guru ke atas beliau untuk menggantikan tempat sebagai Menteri Besar Kelantan sebagai satu pilihan yang tepat dan bersesuaian dengan keperluan semasa.
Ramai sahabat yang bertanya, apakah kerjaya rasmi saya selepas ini? Jawapannya, saya masih belum membuat keputusan berhubung dengannya. Di atas kertas, saya adalah kakitangan KIAS yang dipinjam ke pejabat Menteri Besar Kelantan. Namun, saya tidak fikir untuk kembali semula sebagai seorang pensyarah. Justeru, pejabat rasmi saya untuk tujuan sebarang urusan bermula 1 Julai 2014 ialah di Pejabat Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan iaitu di Bangunan Syabab Point, Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu. - | DENGAR TU, BERSATU HADAPI MUSUH SEBENAR Posted: 16 Jun 2014 07:30 PM PDT KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini bertitah masyarakat Islam perlu bersatu hati dan bersepakat dalam menghadapi musuh Islam yang sentiasa mencari jalan untuk menghancurkan agama suci itu.
Ketika merasmikan Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-56, baginda bertitah selagi kesatuan umat tidak mampu dicapai, maka selagi itulah kejayaan yang dijanjikan Allah akan tertangguh.
Baginda bertitah Al-Quran telah menyatakan bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa kecuali mereka berusaha mengubah segala kepincangan dalam diri mereka sendiri.
"Justeru itu, Beta sekali lagi menyeru ayuhlah kita bersatu padu. Umat Islam pasti kembali utuh dan mampu menghadapi segala rintangan serta ancaman musuh.
"Hindarilah permusuhan dalam masyarakat. Bangunlah mereka yang masih lena dibuai kelekaan fatamorgana dunia dan kembali berpegang teguh kepada prinsip dan nilai-nilai Islam sejati bagi mengembalikan kesatuan umat," titah baginda.
Tuanku Abdul Halim turut menyeru masyarakat Islam agar kembali kepada ajaran Islam yang termaktub dalam Al-Quran dan Sunnah kerana Islam adalah agama rahmah alamiah, yang menjadikan umatnya memiliki sifat atau watak berimbang.
"Berimbang bermaksud seluruh pertimbangan negatif dan positif diberi perhatian supaya jalan berfikir yang diambil selalu bersifat wasatiyyah," titah baginda.
Baginda juga meminta masyarakat Islam mengambil iktibar kejatuhan Kerajaan Saba' yang sombong, angkuh, kufur nikmat kemewahan pemberian Allah serta menyekutukan Allah dengan menyembah matahari dan bintang.
"Kisah Kerajaan Saba' ini benar-benar memberi pengajaran dan iktibar akibat mengkufuri nikmat kurniaan Allah dengan sikap terlalu tamak, mengejar keduniaan sehingga menjadikan mereka sombong dengan kemewahan dunia, ingkar, enggan bertaubat serta taksub dengan keduniaan," titah baginda.
Baginda bertitah sikap Kerajaan Saba' telah menghancurkan masyarakatnya sekelip mata dengan ujian Allah yang menurunkan banjir besar.
Terdahulu, keberangkatan tiba Tuanku Abdul Halim dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah disambut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Majlis yang berlangsung lima hari bermula malam ini akan mempendengar bacaan 68 peserta terdiri daripada 38 peserta kategori tilawah dan 30 bagi hafazan dari 52 negara.
Bagi kategori hafazan, Malaysia diwakili Mohd Ersyad Abdullah dan Norhaafizah Mohd Shafie, yang merupakan johan lelaki dan wanita 30 Juzuk Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-35 manakala bagi kategori tilawah, johan qari dan qariah Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-57 iaitu Ahmad Tarmizi Ali dan Hanimzah Jalaluddin.
Sementara itu, Jamil Khir berkata johan qari dan qariah kategori tilawah bakal membawa pulang jongkong emas bernilai RM70,000 tajaan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim), piala iringan dan wang tunai RM40,000 manakala bagi kategori hafazan, johan hafiz dan hafizah menerima wang tunai RM30,000 beserta cenderamata dan sijil penyertaan.
"Penganjuran tilawah antarabangsa kali ini bertemakan 'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah' sebagai menzahirkan hasrat dan aspirasi negara melahirkan masyarakat sederhana, berimbang, adil, toleransi antara satu sama lain," katanya.
-- BERNAMA
| BALING WANG CALON NAIB PRESIDEN, KENAPA SPRM MEMBISU TIDAK BUKA FAIL SIASATAN? Posted: 16 Jun 2014 05:40 PM PDT KENYATAAN MENGENAI ISU PENGGANTUNGAN DAN TINDAKAN DISIPLIN 1. Isu integriti, ketelusan demokrasi dalam pemilihan PKR telah saya perjuangkan sejak lama dahulu dan ramai tentu tidak lupa pada pemilihan 2010 bagaimana saya kelihatan sendirian bertungkus lumus mengenengahkan isu ini. Ketika Pemilihan 2010 berpuluh aduan saya ajukan dan ia tidak mendapat jawapan sehingga setahun selepas itu hanya mendapat balasan melalui email ringkas dari Ibu pejabat yang dihantar melalui email seorang teman. 2. Sejak mengenengahkan isu ketelusan dan memastikan demokrasi hidup saya tidak pernah kompromi sama ada di mana sahaja. Namun ketika 2010 saya dikatakan bising konon kerana saya kalah bertanding. Setelah selesai pemilihan ramai juga menjangkakan malah berharap saya keluar parti kerana kecewa. Malah ada yang cuba bekerjasama dengan wartawan arus perdana membuat berita kononya saya dalam proses keluar parti. Apa pun saya buktikan saya masih di sini dan bekerja tanpa henti demi kepentingan perjuangan bersama. 3. Pemilihan 2014 saya membuat keputusan untuk tidak bertanding, namun rasa sayang saya pada parti ini tidak memungkinkan saya untuk diam dengan melihat sahaja kepincangan berlaku. Ya saya akui banyak usaha penambah baikan telah dilakukan dalam pemilihan kali ini. Namun beberapa watak yang jelas terlibat dalam penipuan 2010 masih di posisi sama amat meragukan. Keraguan saya jelas terbukti apabila ada yang terbukti menipu, tertangkap malah ada yang digugurkan kemudianya. Cuma mengambil tindakan kepada pengawas JPP semata -mata tidak cukup kerana perlu juga bertindak sekurang – kurangnya membatalkan pencalonan mereka yang mengarahkan penipuan. 4. Selepas dari hari kedua proses pengundian saya mula membuat bising dengan tertangkapnya penipuan di Batang Sadong. Saya dikatakan memalukan parti kerana memberikan tekanan dengan membuat hebahan. Namun persoalanya bagaimana dengan penipu dan yang mengarahkan penipuan itu ? Mereka inilah yang memalukan parti. 5. Ramai mula membangkitkan kalau dalam PKR juga ada penipuan, cubaan rasuah dan seumpamanya maka PKR tidak ada beza dengan parti regim penguasa. Saya katakan sudah tentu banyak bezanya jika kita berani mengambil langkah memperakui kelemahan dan kepincangan yang wujud, kita perbetulkan secara terbuka dan sudah pasti kita akan lebih dihormati. 6. Dalam pemilihan kali ini saya membuat banyak aduan rasmi dengan siap membayar yuran bantahan. Malah saya juga membantu banyak pihak membuat aduan rasmi. Ramai kelompok yang tidak puas hati saya tampil membantu agar disalurkan bantahan mereka secara betul dan rasmi, ini semua mampu menyelamatkan keadaan dari diambil kesempatan. Namun tekanan selepas aduan juga perlu seiring kerana pengalaman 2010 mengajar saya tanpa tekanan pasti wujud kelompok berkepentingan yang akan cuba menyapu semua di bawah karpet semata – mata. 7. Usaha saya mendapat respon dari segelintir yang gusar dengan tindakan tekanan terbuka akan tetapi ramai termasuk penyokong di luar sana yang menyambut baik dengan mengatakan kita PKR tidak perlu jadi seperti parti – parti regim penguasa yang ada kepincangan semua kunci mulut kerana disumbat dengan habuan masing masing yang mana hujungnya rakyat yang rugi. 8. Namun ada bayaran yang perlu dibayar, 28 Mei 2014 saya dikenakan tindakan tatatertib gantung serta merta dan perlu menjawab surat tunjuk sebab. Saya hanya tahu mengenai tindakan tersebut melalui media, namun saya merendah diri menghubungi terus Pengerusi Lembaga Disiplin dan meminta beliau menulis surat supaya saya boleh mengambilnya sendiri dan membuat jawapan balas. 5 Jun 2014 saya menjawab secara bertulis surat tunjuk sebab saya. Kesalahan saya kononya kerana mengeluarkan kenyataan pada media. Namun saya tegaskan jika mengeluarkan kenyataan pada media salah maka YB Zuraidah dan YB Azmin sendiri malah ramai lagi perlu juga digantung serta merta kerana turut memberikan komen kepada media mempertikaikan Jawatankuasa Pemilihan. 9. Pada 10 Jun 2014 saya dipanggil untuk mengadap panel lembaga disiplin bagi pembelaan lisan. Saya telah hadir dan membuat pembelaan dihadapan 2 panel. 10. berkenaan dengan surat aduan berkenaan rasuah yang turut saya ajukan kepada Lembaga Disiplin pada 5 Jun 2014 ramai yang keliru. Saya tidak mendakwa atau menuduh sesiapa. Apa yang sebenarnya ialah saya menghantar surat kepada Presiden dan Pengerusi Lembaga Disiplin Parti mendesak siasatan dan kenyataan rasmi berkenaan isu cubaan sogok JPP. 11. Telah beberapa minggu sebelum itu tersebar cerita kononya Abd. Malek Husin , Pengerusi Panel Bantahan JPP KEADILAN 2014 dalam satu mesyuarat telah membaling duit ke arah seorang calon naib Presiden yang juga anggota Biro Politik (lantikan) dengan menyebut perkataan yang membawa maksud "pulangkan semula wang ini kepada ketua kamu". Cerita ini tersebar luas. Ini amat sangat tidak baik pada imej parti. Ia tersebar tanpa penjelasan dan dimanipulasi sepenuhnya oleh musuh. Maka surat yang dihantar mendesak satu penyiasatan. Jika tidak benar dan tidak berlaku harus di umumkan penafian, jika berlaku harus ada hukuman. 12. Sekali lagi dalam perihal ini kita jangan takut dan diamkan sahaja, jika benar berlaku pun kita masih jauh ada integriti dari parti regim kerana ada cubaan rasuah tetapi ditolak dan kita perlu hukum pesalahnya. Berbeza dengan Umno ada kegiatan rasuah, pemberi dan penerima kemudian disenyapkan demi kepentingan parti yang akhirnya merugikan rakyat terbanyak. 11. Rumusannya saya menerima penggantungan saya sementara proses penyiasatan selesai. Saya tidak punya banyak kepentingan dalam pemilihan 2014 ini kerana saya tidak bertanding apa jua jawatan sama ada peringkat pusat mahupun cabang. Namun semua tekanan, aduan yang saya berikan ialah kerana dasar sayangkan parti ini. Saya yakin parti ini berbeza dan saya pasti mendapat keadilan dalam parti yang dihidupkan dengan roh reformasi ini. Saya mengajak semua melihat sisi positif terhadap semua yang berlaku. Ini semua kerana keyakinan ramai terhadap masa depan parti ini yang makin hampir melangkah masuk ke 'Putrajaya'. Ia parti masa depan harapan semua. 12. Kepada semua teman – teman perjuangan ini perlu diteruskan. Penggantungan bukan halangan terus memperjuangkan apa yang kita sama mulakan seawal 1998 lagi. 13. Saya telah digantung keanggotaan maka saya mungkin hilang kelayakan membuat aduan atau bantahan pemilihan secara rasmi, namun saya masih terus sedia membantu untuk mengajukan dan menguruskan bantahan dengan memasukkan bantahan menggunakan nama teman – teman lain. Semua aduan dan bantahan sama ada yang sudah diajukan secara rasmi mahupun yang mahu dibantu untuk diajukan secara rasmi harap boleh terus dihantarkan ke email aduanpemilihan2014@gmail.com. Sekian che'GuBard | ADAKAH ANDA BERSETUJU JIKA KERAJAAN AMBIL ALIH SAHAM IPP Posted: 16 Jun 2014 01:52 AM PDT | |
The Unspinners Posted: 16 Jun 2014 11:50 PM PDT DAP mahu Dayak sebagai CM untuk diperkudakan Posted: 16 Jun 2014 10:00 PM PDT DAP akan implementasikan? Betulkah DAP betul beri penghormatan kepada kaum Dayak? Berapa ramai kaum DAyank pegang jawatan dalm DAP Sarawak? Berapa ramai dalam gambar berikut ini yang mata tak sipet atau rambut saja yang straight? | Usaha parti SAPA nak bawa Sarawak keluar Malaysia ada tangan dari dalam BN? Posted: 16 Jun 2014 06:00 PM PDT Unspinners memetik laporan Malaysian Insiders berikut dari log Parit Buntar Rebels: Perjanjian Malaysia 1963 tidak SAH - NGO Sarawak Presiden Sapa Lina Soo hari ini berkata Perjanjian Malaysia 1963 melanggar United Nations Decolonisation Declaration 1960 dan tidak sah di sisi undang-undang antarabangsa. – Gambar The Malaysian Insider oleh Wan Amirul Asraf Wan Omar, 15 Jun, 2014.Perjanjian Malaysia 1963 tidak sah dan ditolak Malaya melalui tempoh 51 tahun dan kegagalan menghormati perjanjian itu, kata Pertubuhan Aspirasi Rakyat Sarawak (Sapa) dalam satu forum hari ini. Presiden Sapa Lina Soo berkata, perjanjian penyatuan Malaya, Sarawak dan Sabah sebagai satu negara melanggar tatacara undang-undang antarabangsa, yang menyatakan hanya negara merdeka boleh menyertai perjanjian antarabangsa. "Perjanjian Malaysia 1963 tidak ditandatangani antara lima negara merdeka, namun disertai antara dua negara bebas – United Kingdom dan Persekutuan Tanah Melayu – dengan negara separuh koloni Singapura dan dua koloni Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak," katanya di Kuala Lumpur hari ini. Soo berkata, lima individu yang menandatangani untuk Sarawak – P.E.H Pike, T Jugah, Abang Haji Mustapha, Ling Beng Siew dan Abang Haji Openg – tidak mempunyai mandat rakyat Sarawak, kerana masih lagi menjadi koloni tanpa wakil kerajaan. Soo berkata, ia melanggar Konvensyen Vienna berkenaan Law of Treaties Customary International Law, 1980 (VCLT 1980). "VCLT mungkin bukan tindakan retro yang boleh digunakan ke atas perjanjian tarikh itu seperti Perjanjian Malaysia 1963, namun semakan berguna untuk menghasilkan prinsip undang-undang antarabangsa," kata Soo. Tambahnya, perjanjian itu melanggar Artikel 5, United Nations Decolonisation Declaration 1960 (UNDD 1960). Soo berkata," Britain dan Malaya merancang untuk memindahkan kemerdekaan koloni Borneo kepada Malaysia melanggar Artikel 5 UNDD 1960, kerana gagal memindahkan kesemua kuasa kepada rakyat dan penafian untuk kebebasan mutlak". Katanya, Malaya sebagai kuasa bebas, tidak mempunyai hak perundangan, mandat atau kuasa mencampuri hubungan Borneo, menurut UN Charter on Self-Determination. – 15 Jun, 2014..themalaysianinsider Komen Parit Buntar Rebels di SINI. mempersoalkan niat MI. Tiada masaalah nak peringatkan perjanjian Cobbold yang sah dan pelbagai proses yang berdokumen untuk menyanggah dakwaan di atas. Tapi Unspinners terdengar cerita ada wakil rakyat BN di sebalik parti SAPA ini. Maka bertanya kenapa pula ada wakil rakyat BN perlu lakukan langkah politik sedemikian rupa? Apa yang dia tidak puashati? Adakah dia kehilangan jawatan sebbagai wakil rakyat? Tidak. Kehilangan jawatan dalam parti? Tidak, malah lagi naik. Nak kata miskin, tidak. DIa kaya raya.. Apakah langsung ada yang tidak kena mahu terus bawa Sarawak keluar Malaysia? | DAP cari pasal di Pengerang guna isu kubur Posted: 16 Jun 2014 07:36 AM PDT Cina Pengerang dah kelurkan banner di atas yang bermaksud "Petronas kacau perkuburan nenek moyang. Kau nak pakai petrol mereka lagi kah?" Oh itu maknanya. Ingatkan Cina DAP nak kata jangan beli manyak Petronas dan Petron.. Beli minyak Babi sahaja...... Sebenarnya kubur Melayu - Islam, Kristian & Hindu telah digali dan dipindahkan. Apa special sangat kubur CIna? Kata nak adil dan samarata? Ini hanya kerenah DAP yang sengaja nak cari pasal Baca Mael Pengerang SINI Kesabaran orang Pengerang ada hadnya. Baik-baik DAP | BBC buktikan RM100,000 duit rakyat dibayar untuk keluarga Anwar berbohong Posted: 16 Jun 2014 02:23 AM PDT Anwar ke England untuk memburukkan Malaysia, sebaliknya dalam temuramah BBC Anwar dibelasah bertubi-tubi oleh pengacaranya. Antaranya adalah: 1. Anwar tuduh kerajaan kejam, tetapi pengacara berkata dia yang melawan sistem sediaada. Sebagai contoh beberapa kali bukti dikemukakan mahkamah memang Anwar meliwat. 2. Orang Malaysia sudah menyampah dengan Anwar dan demo jalanan kerana seperti Anwar ingin elak dari isu peribadinya. 3. Kata Anwar dia menang undi popular. tapi tak dilayani kerana sistem di Malaysia sama seperti di England yang tidak mengira kemenangan melalui undi popular. 4. Anwar tuduh kerajaan kuku besi, tetapi tidak cukup bukti. Lalu terus menukar kepada topik mh370. Pengacara perli "interesting you brought up mh370" dan terus mengatakan Malaysia menanganinya dengan baik. Tentulah Pak Liwat membuak marah! 5. Kemudian pengacara menegur mengapa Anwar sanggup mempolitikkan isu seperti MH370 demi kepentingan politknya. Maka beberapa hari kemudian, Anwar balik ke Malaysia tanpa sambutan "Hidup Anwar!". | Pandai tuduh orang, akhirnya ngaku PKR parti kotor dan rasuah Posted: 15 Jun 2014 11:30 PM PDT Bukankah jelas PKR parti korup? Ahli pun dah tak percaya Harapkan pegar pegar makan padi Nak betulkan parti boleh kena marah dan pecat pula yob! | |
oyabun Posted: 16 Jun 2014 11:46 PM PDT Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor Boneka Kristian? Posted: 16 Jun 2014 11:09 AM PDT Jawatan yang sedang disandang datang bersama tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim yang memangku jawatan Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor perlu menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Sikap beliau yang mendiamkan diri dalam isu Bible dalam Bahasa Malaysia telah mengguris hati umat Islam di Selangor. Baru-baru ini, peguam Negara Abdul Gani Patail telah menutup kes itu. Namun sebagai umat Islam kita perlu terus berjuang. Kes ini masih boleh diteruskan. Keputusan peguam Negara itu bagi sesetengah pakar dan pengamal undang-undang bukanlah sesuatu yang mutlak. Masih ada banyak ruang dan cara yang boleh digunakan untuk mempertikai dan menukar keputusan tersebut. Kita perlu tahu bahawa pendakwaan masih boleh dijalankan mengikut Enakmen Kawalan dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Selangor 1988. Berdasarkan peruntukan berkenaan sebelum ini maka Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menyerbu premis Persatuan Bible Malaysia (BSM) pada Januari lalu. Enakmen ini juga boleh dikuatkuasa dan digunakan untuk membuat pendakwaan pendakwaan. Enakmen Kawalan dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Selangor 1988 ini telah berkuatkuasa lebih daripada 25 tahun yang lalu. Walaupun begitu setakat ini belum pernah sekalipun pesalah dibawa ke muka pengadilan. Namun pihak yang cuba mempolitikkan isu ini telah bertindak melampaui batasan maka sudah sampai masanya peruntukan dalam enakmen ini digunakan. Sebenarnya amat jelas pihak Persatuan Bible Malaysia (BSM) memiliki naskhah Bible terbabit dan berkemungkinan yang cukup tinggi untuk menyebarkan ajaran Kristian kepada orang Islam. Dengan ini mereka boleh disabitkan dengan kesalahan pengembangan agama bukan Islam terhadap orang Islam yang menggunakan bahasa Melayu. Sememangnya satu perkara yang amat malang kepada umat Islam di Selangor yang bermenteri besar seorang Muslim dengan sebahagian daripada anggota exconya yang juga muslim dan merupakan Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor namun jelas tidak dapat mempertahankan Islam dalam konteks pentadbiran negeri. Kepatuhan melampau mereka terhadap DAP dengan sendiri mencemarkan kedaulatan dan maruah Islam. Wasabi Oyabun... | |
Belantan Posted: 16 Jun 2014 11:45 PM PDT BBC News pertikai Anwar? Posted: 16 Jun 2014 09:36 PM PDT Wartawan BBC News, Stephen Sackur mempertikaikan jawapan yang diberikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sesi temu bual yang dikendalikannya di stesen penyiaran tersebut di London, United Kingdom (UK), baru-baru ini. Sebaik sahaja temu bual dimulakan, Anwar cuba meraih simpati dengan menjaja kisahnya berdepan dengan kerajaan Malaysia yang didakwa bersifat autoritarian. Walau bagaimanapun, Sackur mengingatkan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bahawa mahkamah merupakan institusi yang mengadili kes liwatnya. Sackur seterusnya mempersoalkan kenyataan Anwar yang mendakwa mahkamah dan media di Malaysia tidak bebas. "Anda telah menyampaikan mesej itu kepada rakyat Malaysia sejak bertahun-tahun lalu tetapi nampaknya mereka tidak menerimanya. Maksud saya, pihak pembangkang telah melakukan segala-galanya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) namun anda masih tidak boleh menang," katanya. Sackur kelihatan hairan apabila Anwar menyatakan pihak pembangkang mengatasi Barisan Nasional (BN) dari segi undi popular sambil mengingatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu BN memenangi lebih banyak kerusi Parlimen. Beliau turut berpandangan, tiada tanda yang menunjukkan rakyat Malaysia akan berdemonstrasi di jalanan sekiranya Anwar gagal dalam rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu yang menjatuhi hukuman penjara lima tahun ke atasnya kerana meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan. Dalam nada sinis, Sackur menyifatkan tindakan Anwar mengalihkan topik perbincangan dari isu politik Malaysia kepada insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sebagai 'menarik'. "Kerajaan Malaysia mendakwa anda mempolitikkan isu tersebut yang secara jelas mengecewakan keluarga para penumpang dan anak kapal yang masih hilang. "Juga sangat sensitif dan anda berterusan mempolemikkannya serta menimbulkan masalah dalam satu isu yang agak serius untuk dipolitikkan," ujarnya. Beliau sekali lagi terpaksa menegur Anwar apabila Ketua Pembangkang itu menuduh kerajaan tidak mendedahkan maklumat tentang kargo yang dibawa pesawat MH370. "Mereka (kerajaan Malaysia) telah mendedahkan dokumen yang mengandungi maklumat kargo," jelasnya. Sedutan rakaman rancangan temu bual tersebut dimuat naik ke YouTube minggu lalu dan boleh diakses di https://www.youtube.com/watch?v=V88dj0njYT8.Suara Politik Belantan | MH370: Adakah kita mencari di tempat yang betul? Posted: 16 Jun 2014 08:06 AM PDT
Kehilangan penerbangan MH370 Malaysia Airlines telah menjangkau lebih 100 hari sekarang ini dengan nasib yang menimpa pesawat itu yang membawa 227 penumpang dan 12 krew masih menjadi tanda tanya. Tanggal Ahad, Jun 15, menandakan genap 100 hari sejak pesawat itu hilang dengan sebahagian besar daripada operasi mencari dan menyelamat yang diketuai oleh Australia kekal bertumpu pada koridor Selatan Lautan Hindi. Bahagian lautan itu menyaksikan aktiviti rancak di laut dan udara khasnya semasa kemuncak operasi mencari, dengan berpuluh kapal dan kapalterbang mencari pesawat Boeing 777-200ER itu, selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pada 24 Mac bahawa penerbangan pesawat itu berakhir di bahagian lautan itu. Setiap serpihan terapung, yang membawa harapan awal yang pesawat itu akan ditemui, dianalisis dan ditentusahkan. Malangnya, kesemua serpihan itu dikatakan tidak mempunyai kaitan dengan pesawat itu. Kehilangan pesawat itu terus kekal misteri selepas Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) pada 29 Mei lepas menolak kesemua empat kedudukan di mana isyarat akoustik dirakamkan oleh Bluefin-21 sebagai kawasan di mana kemungkinan pesawat itu berada. Isyarat akoustik yang direkodkan pada 5 dan 8 April pada awalnya dikatakan datang daripada kotak hitam pesawat itu dan memberikan sedikit harapan untuk merungkai apa yang telah berlaku dalam pesawat malang itu. Penerbangan MH370 ke Beijing, China, pada 8 Mac lepas, putus hubungan dengan menara kawalan sejam setelah berlepas. PENEMUAN DARIPADA DATA MENTAH INMARSATMencari pesawat itu di lautan ketiga terbesar di dunia bukan satu yang mudah. Apa lagi, timbul persoalan sama ada pihak berkuasa mencari di tempat yang betul? Oleh itu, adakah wajar untuk meneruskan dengan pencarian di Selatan Lautan Hindi berdasarkan pada data yang disediakan oleh pemilik dan pengendali satelit, Inmarsat?
Penganalisis CNN bagi Bidang Penerbangan Jeff Wise, yang juga seorang wartawan sains, dalam satu temubual dengan Bernama melalui e-mel memberikan sedikit sebanyak penjelasan akan data yang disediakan oleh Inmarsat berdasarkan pada 'ping' yang dirakam oleh satelit. Wartawan dari New York, AS, itu membuka bicara dengan berkata, ping elektronik yang diterima satelit, tidak seperti yang sepatutnya, tetapi Inmarsat mengetahui segala-gala mengenai sistem itu. "Mereka dapat menghuraikan percanggahan yang berlaku kerana orbit satelit itu berubah. Orbit satelit yang berubah ini turut mengubah frekuensi penghantaran isyarat yang menunjukkan pesawat itu berada di hemisfera selatan, dan bukan di hemisfera utara," katanya. Beliau merujuk kepada artikel beliau, "Where the Missing Plane Went" (Ke Mana Perginya Pesawat Yang Hilang Itu), yang disiarkan pada 'Slate', sebuah majalah online hal-ehwal semasa dan budaya, di mana beliau berkata, dalam kes MH370 peralatan komunikasi satelit diaturcara untuk menganggap satelit Inmarsat mengelilingi bumi pada satu kedudukan kekal di Khatulistiwa. Bagaimanapun, sebenarnya, berlaku perubahan dalam kedudukan orbit itu. Dalam tempoh pesawat itu hilang, satelit itu berada di Khatulistiwa, pada awalnya bergerak ke utara, dan kemudian ke selatan dengan kelajuannya terus meningkat. Ralat dalam menghitung kedudukan satelit itu menunjukkan sistem elektronik pada kapalterbang itu gagal memperbetulkan kedudukan berdasarkan kepada kelajuannya sendiri," katanya. MEMAHAMI DATA INMARSATWise berkata, cara mudah untuk memahami ciri data Inmarsat adalah menggunakan analogi seorang lelaki mabuk memandu motobot mengelilingi sebuah kolam and dalam keadaan diselubungi kabus tebal. Anda berdiri di tepi kolam dan ingin tahu di mana beliau berada. Anda mempunyai sebuah hon kabus, dan setiap kali anda membunyikannya, beliau membalas balik dengan segera menggunakan hon kabus beliau.
Bunyi hon kabus itu menunjukkan dua perkara. Pertamanya, dengan mengetahui kelajuan bunyi dan tempoh masa reaksi lelaki itu, kedudukan beliau boleh ditentukan berdasarkan kepada tempoh yang diambil untuk anda mendengar bunyi hon kabus. "Anda tidak akan tahu lokasi tepat beliau, tetapi akan tahu dalam lingkungan mana beliau berada. Dalam kes data satelit Inmarsat, ini serupa dengan isyarat ping yang diterima, dengan ping terakir iaitu lingkungan utara dan selatan," jelas beliau. Menurut Wise lagi, petunjuk kedua daripada hon kabus lelaki itu adalah frekuensi bunyi, yang akan menunjukkan sama ada beliau bergerak menjauhi tebing atau mendekati tebing. Ini, katanya, adalah apa yang dikenali sebagai Kesan Doppler, fenomena sama yang menyebabkan bunyi semboyan keretapi kedengaran kuat semasa keretapi menghampiri pemerhati tetapi berkurang setelah melepasi pemerhati. "Jika anda tahu frekuensi asal hon kabus lelaki itu, perbezaan antara frekuensi hon kabus itu dan frekuensi bunyi yang anda dengar akan membolehkan anda menentukan kelajuan bot beliau, dan sama ada beliau bergerak menghampiri atau menjauhi anda, tetapi bukan kelajuan totalnya. Dalam kes MH370, data yang sama dikenali sebagai 'burst frequency offset' (BFO)," jelas beliau. MENGAPA AKHIRNYA DI SELATAN LAUTAN HINDI?"Dengan memahami kesemua ini, kita sekarang ini boleh memahami carta BFO, yang pihak berkuasa tidak menyatakan BFO atau pemasaan ping apabila mereka pertama kali mengemukakan laporan data satelit itu pada 25 Mac. "Pada dasarnya, jika kita menghitung jarak daripada 'timing offset', dan kelajuan segera daripada 'frequency offset', kita mempunyai dua petunjuk yang boleh dipercayai bagaimana pesawat itu bergerak," jelas beliau.
Menurut Wise, selepas sahaja pesawat hilang daripada radar, ralat mengenai kedudukan pesawat akan menyebabkan frekuensi penghantaran isyarat sebuah pesawat yang menghala ke utara menjadi terlalu tinggi, dan selepas itu ralat kelajuan satelit akan menjadikannya terlalu rendah. Di sebaliknya, kata beliau, dalam tempoh selepas sahaja kapal terbang itu hilang daripada radar, ralat kedudukan (position error) ini akan menyebabkan frekuensi pesawat yang menghala ke selatan menurun terlalu rendah, tetapi ralat kelajuan satelit akan meningkat secara berperingkat. "Oleh kerana ralat kelajuan satelit terlalu dominan di akhir penerbangan itu, dan oleh kerana ralat itu berubah dengan ketara mengikut ketinggian pesawat itu berada, nilai BFO pada dasarnya menunjukkan di mana pesawat itu berada di sepanjang "lingkungan ping" terakhir apabila penerbangan itu berakhir. "Dan atas sebab inilah pihak berkuasa menjalankan kerja-kerja mencari di bahagian lautan itu," tambah beliau. Oleh itu, dengan data yang sedia ada, dan untuk sementara waktu, koridor Selatan Luatan Hindi merupakan tempat pencarian yang wajar. - BERNAMASuara Politik Belantan | |
DARUL EHSAN TODAY Posted: 16 Jun 2014 11:08 PM PDT Hasil Tarbiyah Nik Ajis Mengkafirkan UMNO & Sokongan Anwar Pada LGBT Posted: 16 Jun 2014 10:00 PM PDT
Inilah hasil tarbiyah nik ajis selama ini mengkafirkan umno dan hasil sokongan anwar pada pelakuan Lesbian, Gay, Bisexsual dan Transexual (LBGT)
Anak melayu sudah tidak malu-malu lagi mengxpresikan diri mereka sebagai seorang homoseksual atau GAY.
Bila dulu umno menangkap dan menghukum seorang homoseksual bernama anwar ibrahim, orang pertama yang menyerang umno ketika itu adalah nik ajis, dia cuba mempertikaikan hukuman keatas anwar atas kesalahan meliwat, itu berlaku 16 tahun dulu. umno dituduh sebagai parti kafir kerana menghukum anwar.
Generasi kini sudah tidak segan mengakui diri mereka homoseksual kerana ada macam nik ajis dan anwar ibrahim yang menyokong pelakuan mereka. | Apa SPECIAL Sangat KUBUR CINA Tu??? Posted: 16 Jun 2014 07:00 PM PDT Cina DAP sekali cuba meniup isu perkauman, poster di bawah banyak tersebar dalam facebook cina menghasut cina supaya memboikot dua syarikat minyak ini, (ingat dua syarikat minyak ini milik orang melayu Islam).
Kata poster ini "Petronas kacau perkuburan nenek moyang. Kau nak pakai petrol mereka lagi kah?" mereka mengarahkan orang cina supaya memboikot dua syarikat minyak atas alasan syarikat-syarikat itu mengabil tanah perkuburan tok nenek moyang mereka...
Betul ke cerita tu...?
Sebenarnya bukan tanah perkuburan cina sahaja yang di ambil, untuk pembagunan Kompleks Bersepadu Penapisan dan Petrokimia (Rapid) dan Terminal Petroleum Air Dalam Bebas Pengerang, tetapi tanah perkuburan melayu, india dan lain-lain bangsa juga telah di ambil tampa sebarang bantahan...
Jadi apa special sangat dengan tanah perkuburan cina tu...? sumber klik sini | JIHAD EKONOMI: Jom Sokong Produk Makanan Milik Orang Islam... Posted: 16 Jun 2014 06:15 AM PDT Sempena bulan ramadhan yang bakal menjelma ini, mari kita sokong produk makanan milik 100% orang Islam yang terbukti HALAL, BERSIH dan SUCI. | |
GERAKAN ANTI PKR Posted: 16 Jun 2014 09:27 PM PDT |
ANGIN PERUBAHAN Posted: 16 Jun 2014 09:07 PM PDT |
BERANI MEMBUAT PILIHAN... Posted: 16 Jun 2014 03:04 PM PDT (Foto) Sambutan 'anniversary' paling gampang dalam Malaysia... Posted: 16 Jun 2014 04:01 PM PDT Semenjak kes liwat membabitkan Anwar Ibrahim didedahkan, budaya gay di negara ini juga semakin terdedah. Kalau dahulu, mereka yang bernafsu songsang ini, bersembunyi-sembunyi dan ada sesetengahnya yang enggan mengaku bahawa mereka adalah gay atau dalam bahasa senangnya, PENCINTA LUBANG BONTOT, tetapi sekarang, mereka sudah tidak takut-takut lagi untuk mendedahkan siapa mereka sebenarnya. Sokongan daripada kumpulan COMANGO yang mendesak dunia agar mengajar Malaysia tentang HAK ASASI MANUSIA, terutama sekali yang melibatkan kumpulan LGBT, membuatkan mereka semakin kuat. Apatah lagi, Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR sendiri telah memberikan lampu hijau untuk golongan tersebut asalkan mereka terus menyokong partinya, juga atas alasan hak asasi manusia, membuatkan golongan berkenaan semakin melampau. LGBT merupakan antara penyebab beberapa buah negara dunia dihempap pelbagai masalah. Malah ada kawasan yang sudah pun dihancurkan dan kisah-kisah masyarakat songsang tersebut banyak diperkatakan di dalam kitab-kitab Samawi, sama ada tulen mahupun yang telah diubahsuai. Hanya golongan yang enggan menerima kenyataan bahawa MEREKA SEBENARNYA ADALAH GOLONGAN TERLAKNAT sahaja yang akan terus beralasan bahawa perbuatan mereka adalah suatu bentuk hak asasi manusia, walaupun sebenarnya mereka telah merampas hak asasi golongan majoriti yang bersifat normal. Gambar yang anda lihat di atas, bukanlah gambar luar negara. Ia adalah perlakuan rakyat Malaysia, orang Melayu dan mengaku beragama Islam tetapi bernafsu songsang. CADBURY bukan main lagi dihina kerana DNA babi yang diumumkan oleh pegawai 'misteri' KKM. JAKIM dipersoalkan kerana mengeluarkan logo dan status HALAL yang boleh dipersoalkan. Jabatan-Jabatan dan Majlis-Majlis Agama Islam juga dipersoalkan kerana merampas Bible berbahasa Melayu. Bagaimana dengan amalan songsang ini? Adakah ianya sudah ada cop, logo dan telah distatuskan sebagai HALAL memandangkan sehingga sekarang, tidak ada satu pun operasi dilakukan untuk menghancurkan dan menghapuskan golongan HARAMJADAH ini? Adakah kerana Anwar Ibrahim mengamalkan perbuatan songsang tersebut, maka semua yang terlibat dibenarkan wujud dan hidup di negara ini? Sumber | Trauma pakai kain batik selepas cuba dirogol Posted: 16 Jun 2014 08:11 AM PDT | Sekadar gambar hiasan |
Seorang nenek, yang hampir dirogol oleh seorang penceroboh masih trauma dengan seorang lelaki yang mengancam akan kembali untuk mengapa-apakannya. "Saya trauma," kata Halimah Ismail, 59. Mengimbas kembali pengalaman negeri yang berlaku pada kira-kira pukul 4 pago 6 Jun lalu, Halimah berkata, dia sedang nyenyak tidur ketika menyedari seseorang sedang berada di atas badannya. "Saya menjerit meminta tolong," katanya. "Dia mengambil sebuah bantal dan menutup mulut saya sambil memegang kedua-dua tangan saya dengan kuat" kata Halimah, yang merupakan ibu tunggal kepada empat anak. Dia mempunyai enam cucu yang berumur antara dua dan tujuh tahun. Lelaki berkenaan kemudiannya menanggalkan kain sarungnya tetapi dia cuba untuk menghalangnya dengan mengikat kakinya dengan kuat. Penceroboh itu kemudiannya melarikan diri selepas tidak berjaya merogolnya. Haliman berkata, keadaan ketika itu agak gelap tetapi dia dapat menggambarkan bahawa lelaki itu berbadan kurus, botak dan mempunyai bau badan yang busuk. Bagaimanapun, Halimah berkata, lelaki yang mempunyai badan busuk itu yang mengatakan badannya berbau. Dalam satu temuramah, wanita itu berkata, penceroboh itu pasti memasuki rumah kampungnya dengan memanjat tingkap di biliknya. Dia bagaimanapun bersyukur kerana lelaki itu melarikan diri. "Saya kemudiannya menyedari lelaki itu botak." Halimah berkata, kesemua anaknya, termasuk dua anak lelaki kembarnya berada di luar bandar pada hari berkenaan. "Saya tidak tidur di bilik itu lagi. Saya sekarang tidur di ruang tamu," katanya, sambil menambah bahawa dia kini tidur dengan memakai seluar berbanding sebelum ini dengan hanya berkain sarung. "Saya juga meminta anak perempuan bongsu saya yang berusia 28 tahun dan tinggal di Jasin supaya kerap pulang ke rumah," kata Halimah. Dia turut meminta supaya jiran-jiranya untuk sentiasa berjaga-jaga terutama pada waktu malam. "Penceroboh itu tahu saya tinggal seorang dan boleh menjadikan saya sebagai mangsa buat kali kedua," katanya sambil menambah telah membuat satu laporan polis berhubung kejadian. Pegawai Kanan Siasatan Polis Melaka Tengah, ACP R. Kumares berkata, polis sedang memburu penjenayah itu. "Kita percaya lelaki berkenaan dari kampung yang sama," katanya. Sumber : Mstar | Peminat pujuk Nabila Huda tukar agama kepada Kristian Posted: 16 Jun 2014 07:01 AM PDT Sebut saja nama Nabila Huda, mesti teringat Amy Search. Siapa tidak kenal lagi pelakon wanita hitam manis ini? Hampir setiap petang, ada saja kelibat lakonannya di drama petang hari di TV3. Umum tahu Nabila sangat aktif memuat naik gambar-gambar di Instagram. Tak kisahlah gambar dirinya, gambar anaknya atau gambar-gambar dia bersama dengan rakan-rakannya. Apa yang menarik perhatian ialah ada sebuah komen yang dianggap amat berani dan tidak masuk akal. Penulis tak salahkan si pengomen, tetapi mungkin gambar-gambar yang dimuat naik oleh Nabila Huda yang membuatkan lelaki itu berprasangka buruk terhadap agama Islam. Lelaki yang menggunakan ID Instagram, @darianchrist itu dengan selambanya mengajak Nabila keluar dari Islam dan memeluk agama Kristian. Menurut lelaki itu, agama islam tidak baik untuk Nabila Huda. (astaghfirullahalazim..) Lelaki itu turut menyarankan Nabila membawa anaknya sekali convert ke agama kristian. Sumber - My Media Hub | Hanya berseluar dalam buat 'akrobatik' di stesen LRT Posted: 16 Jun 2014 06:36 AM PDT | Seorang pengawal keselamatan sedang memeriksa keadaan lelaki yang hanya berseluar dalam di stesen LRT Bandaraya. |
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dalam lingkungan 30an mencetuskan kekecohan di Stesen LRT Bandaraya di sini pada pagi Isnin, apabila cuba untuk membuat aksi 'akrobatik' dengan hanya berseluar dalam di jambatan pejalan kaki. Lelaki itu dilihat menanggalkan pakaiannya sehingga hanya menampakkan seluar dalamnya dan melakukan aksi 'akrobatik' di jambatan penjalan kaki di stesen LRT itu pada pukul 9.57 pagi. "Saya rasa dia mahu melompat terjun ke jalan raya, tetapi dia tidak berjaya dan dia terlanggar penghadang," kata Ibrahim Sani yang menyaksikan kejadian itu ketika sedang bersarapan pagi berhampiran. Ibrahim berkata, lelaki itu masih sedarkan diri selepas terjatuh tetapi mengalami kecederaan. "Dia mengalami kecederaan di bahagian belakang seperti patah tulang. "Saya segera menghubungi polis dan ambulans, dan datang untuk membantunya. "Ramai yang mengerumuni lelaki itu, tetapi tiada sesiapa pun yang cuba berbuat apa-apa untuk membantu," tambahnya. Lelaki yang hanya berseluar dalam itu mula berdoa selepas dia jatuh dan cuba untuk merangkap dalam jarak 100 meter menghala ibu pejabat CIMB. "Dia kemudiannya mula bercakap mengenai nenek dan datuknya," kata Ibrahim. "Dia mungkin menghidap penyakit skizofrenia atau khayal akibat pengambilan dadah kerana dia memberitahu dia mendengar suara dalam fikirannya. "Saya memberitahu dia supaya tidak bergerak kerana dia tengah kesakitan, tetapi dia tidak mendengar kata-kata saya," katanya. Ambulans dan polis tiba di tempat kejadian 10 minit dan mendapatkan lelaki yang cedera itu. | Bangunan MAIS terbakar ketika isu bible dibincangkan Posted: 16 Jun 2014 03:11 AM PDT | Wakil media menuruni anak tangga selepas dimaklumkan insiden kebakaran. - Foto Sinar Harian |
SHAH ALAM - Sidang media 100 NGO yang menyokong Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) bersabit isu Bible terpaksa dihentikan separuh jalan apabila berlaku kebakaran di tingkat bawahnya tengah hari tadi. Kejadian kira-kira jam 12:30 tengah hari itu menyebabkan 50 NGO, wartawan dan wakil Mais bilik mesyuarat di Tingkat 10 Bangunan Mais Shah Alam bergegas keluar menyelamatkan diri. Pada awalnya walaupun loceng kebakaran berbunyi, tetapi ia tidak dihiraukan sehinggalah seorang kakitangan masuk ke dalam bilik menghentikan sidang media dan meminta semua mengosongkan bangunan tersebut. Ketika melalui tingkat 9, ternampak kepulan asap yang tebal dan semua orang turun menggunakan tangga dan berkumpul di dataran luar bangunan. Hal ini menyebabkan sidang media yang bermula kira-kira jam 12:15 itu dibatalkan. Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul mengesahkan kejadian itu tersebut dan berdasarkan laporan awal kejadian kebakaran melibatkan tranformer penyaman udara di Tingkat 9. "Punca kejadian masih disiasat," katanya. | Awek seksi doa anak Scha dan Awal jadi sundal Posted: 16 Jun 2014 01:38 AM PDT Semalam Murai Batu dapat tahu pelakon jelita yang sedang hamil, Scha Al- Yahya telah dikejutkan dengan sebuah party Baby Shower oleh kenalannya ketika dia keluar bersama suaminya Awal Ashaari. Walapun ianya tidak seperti party baby shower besar-besaran yang kebanyakan artis popular selalu lakukan, tapi Murai Batu lihat meriah juga apabila mereka adakan jamuan makan-makan bersama rakan-rakan mereka yang lain. Banyak juga foto-foto yang dikongsi oleh pasangan ini di laman sosial Instagram masing-masing, Murai Batu dapat tahu pun sebenarnya menerusi Instgram mereka jugalah. Namun, dalam keseronokan mereka itu, Awal tiba-tiba naik berang kepada salah seorang pengikut Scha di Instagram yang memberikan komen seolah-olah mengutuk anak yang dikandung Scha. Pengikut atau follower itu yang merupakan seorang wanita dengan beraninya melemparkan kutukan menerusi satu komen ringkas di laman Instagram Scha-Alyahya dengan mengatakan bahawa dia bosan dengan sikap mengada-ngada Scha selain mendoakan anak mereka jadi sundal. Awal yang kelihatan seperti tidak menahan kemarahannya, membalas komen si wanita dengan kata-kata yang pedas serta menyebarkan gambarnya di Instagram untuk tatapan peminat. Berikut ialah dua jawapan marah Awal buat si wanita tersebut: "Doakan semoga si polan atau anaknya nanti jadi orang yang baik baik, amin." "You can change your IG name all you want but you cant change that ugly attitude of yours. I kasi u free publicity malam ni. I'm sure this is what u want, B." | Guru wanita jadi mangsa serangan seksual anak di Kelantan Posted: 16 Jun 2014 12:01 AM PDT KOTA BHARU – Seorang guru wanita mengalami igauan ngeri sepanjang hidupnya apabila menjadi mangsa pukul dan gangguan seksual anak sendiri yang berusia 19 tahun. Mangsa berusia 54 tahun yang menetap di Lorong LPP Lundang itu menjadi mangsa anak lelakinya hampir setiap hari sehinggalah kejadian terakhir pada jam 6.30 petang, 21 Disember lalu. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, mangsa yang berada di rumah ketika itu diserang suspek dengan kayu penyapu. Tanpa mengetahui puncanya, suspek tiba-tiba sahaja mengamuk dan memukul wanita tersebut di punggung, belakang dan bahu kiri. "Akibat daripada itu, ibu suspek cedera dan luka dengan kesan lebam, sakit serta pedih di bahagian yang dipukul suspek," katanya kepada pemberita, semalam. Suspek sebelum ini sering kali berkelakuan dan bercakap perkara-perkara lucah terhadap ibunya. "Setiap hari, remaja lelaki tersebut akan menunjukkan aksi perhubungan seks serta pernah meletakkan tangan di atas dada dan punggung ibunya. "Dia juga kerap kali datang ke sekolah untuk meminta wang dan mengugut pengadu menyebabkan pengadu ketakutan dan tidak dapat menumpukan perhatian terhadap tugasan seharian," katanya. Sudah tidak betah untuk bertahan, wanita terbabit kemudian membuat laporan polis menyebabkan pekerja kilang yang masih bujang tersebut ditahan bagi membantu siasatan. "Suspek dipercayai penagih tegar dan ditahan reman mengikut Seksyen 324 dan 509 Kanun Keseksaan," katanya. Sinar Harian | Isu makan Cadbury, JAKIM dakwa Astro Awani tabur fitnah Posted: 15 Jun 2014 11:30 PM PDT Astro Awani membuat tajuk berita songsang bahawa Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Hub Halal, Jakim, Muhammad Naim Mohd. Aziz yang hadir memberi penerangan mengenai isu berkaitan kontroversi coklat Cadbury (kanan) enggan turut serta dalam sesi "Makan Cadbury Bersama Aktivis Media Sosial dan Pengguna Islam." Sebenarnya, pihak Jakim hanya dijemput memberi penerangan dalam majlis awalnya iaitu "Sijil Halal Malaysia dan Kontroversi Cadbury: Satu Perspektif." Tiada dalam agenda program pembabitan Jakim dalam sidang media mahu pun majlis makan Cadbury secara terbuka. JAKIM hanya dijemput beri penerangan kepada aktivis media siber dan ini telah dipersetujui bersama antara pengajur dan dan Jakim sejak awal lagi. Dari awal mengatur program ini pihak Jakim sudah maklum mereka hanya datang beri penerangan saja. Mereka tidak boleh tampil dalam media tanpa kebenaran Ketua Pengarah. Apa yang dikesalkan, sungguhpun pihak penganjur telah memaklumkan kepada Astro Awani mengenai perkara ini, mereka hanya membetulkan kandungan berita tersebut, tetapi enggan menukar tajuk berita yang memberi impak negatif kepada Jakim dan penganjur. Pegawai kerajaan mempunyai peraturan tertentu sebelum muncul dalam media. Justeru tidak wajar media mahu memaksa seorang pegawai kerajaan membuat kenyataan tanpa sebarang kebenaran atau memenuhi protokol sedia ada, ini boleh menyebabkan mereka melanggar peraturan kerajaan dan berhadapan tindakan disiplin. Faktanya, saya tiada keraguan mengenai keikhlasan pegawai terbabit mahu pun Jakim kerana beliau telah makan Cadbury tersebut dihadapan saya sebelumnya. Justeru tidak timbul isu pegawai Jakim enggan makan Cadbury seolah-olah memberi gambaran mereka sendiri tidak yakin dengan pengesahan halal mereka. Pihak Jakim dijemput untuk meyakinkan aktivis media siber bukannya membuat pertunjukan media. Ternyata kesemua yang hadir bukan sahaja percaya malah yakin dengan sijil Halal Malaysia yang dikeluarkan oleh Jakim. | Baru 14 tahun sudah setubuhi isteri orang! Posted: 15 Jun 2014 10:05 PM PDT Matshobana, Zimbabwe: Penduduk setempat kini gempar selepas kisah seorang remaja lelaki dimasuki cacing luar biasa gara-gara meniduri isteri orang semakin tersebar. Menurut sumber, remaja berusia 14 tahun itu kini semakin tenat apabila ada cacing 'anaconda' mengganas di dalam badannya. "Budak itu mula sakit dua hari selepas meniduri seorang wanita berusia dan sudah bersuami," katanya. Ibu saudara remaja terbabit, Nobuhle Moyo berkata, cacing berkenaan semakin membesar, manakala kesihatan remaja itu semakin merosot. "Dia mula mengalami masalah kencing berdarah," katanya. Menurut Nobuhle, dia semakin risau kerana anak saudaranya itu kini tidak berselera makan atau minum, Katanya, remaja terbabit hanya bergantung kepada air teh untuk mengisi perut. "Pada awalnya kami tertanya-tanya mengapa dia mengalami masalah itu. "Selepas didesak berkali-kali, akhirnya dia mengaku mengadakan hubungan sulit dengan isteri orang," katanya. Sementara itu sumber berkata, remaja terbabit dibawa berubat dengan seorang bomoh. "Keadaannya masih belum banyak berubah. "Kami yakin suami wanita berkenaan menggunakan sihir sebagai membalas dendam," katanya, semalam. - Agensi | Awie Kesal Jalinkan Kerjasama Dengan KRU Posted: 15 Jun 2014 09:48 PM PDT PETALING JAYA: Penyanyi rock Awie (Wings) mengakui berasa menyesal kerana menjalinkan kerjasama dengan pihak KRU Music Group lebih-lebih apabila isu beberapa lagu dalam album terbaharu mereka terbitan syarikat itu, Menakluk Kosmos yang dicetak rompak seperti tidak diambil peduli. Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, berkata, keadaan itu juga membuatkan kumpulan itu enggan manyambung kontrak dengan KRU Studios sekiranya ditawarkan lagi kerana menganggap pihak syarikat itu seperti tidak serius dalam pembikinan album tersebut. "Dulu, saya ditawarkan untuk bekerjasama dengan KRU Studios secara solo, tetapi saya tak nak. Kemudian mereka mengajak Wings pula, dan pemain gitar utama kami, Joe bersetuju, dan saya pun ikut sahaja. "Selepas album siap, kami bersemangat mahu lancarkan album tersebut sebaik-baiknya, tetapi malang sekali, majlis dibuat seperti 'melepaskan batuk di tangga'. Malah tiada sebarang poster menunjukkan ia adalah majlis pelancaran kami. "Sudahlah beberapa lagu dalam Menakluk Kosmos dicetak rompak. Dan apabila meminta penjelasan Norman (Presiden Eksekutif KRU Music) dia hanya memberikan komen menerusi Youtube. Kenapa mesti Youtube? Cukuplah satu album kerjasama kami dengan mereka," katanya. Pada 20 Mei lalu, Wings telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Taman Malawati, Hulu Kelang, dekat sini berhubung empat lagu dalam album terbaru mereka iaitu Peti Pandora Mu, Ingatkan Dia, Bisa Yang Tertunda dan Hei Lihat Sini telah dicetak rompak. Wings pada pelancaran album Menakluk Kosmos baru-baru ini. Lagu kumpulan itu bukan sahaja boleh dimuat naik secara percuma malah album itu juga boleh didengari menerusi aplikasi Spotify dan Deezer bagi pengguna telefon pintar sebelum sempat ia dilancarkan. Perkara itu dikatakan berpunca daripada kelemahan pihak KRU sendiri. Sementara itu, Awie berkata, pihak kerajaan juga sepatutnya perlu sama-sama membanteras isu cetak rompak, namun apa yang dilihatnya, perjuangannya itu hanya dilakukan oleh golongan penggiat industri muzik sahaja. "Isu cetak rompak ini sudah lama dah sampaikan artis-artis sendiri terpaksa terima perkara tersebut dengan rasa sakit hati. "Saya harap sangat agar pihak kerajaan peka dengan situasi ini dan cuba membanterasnya. Saya percaya setiap masalah ada jalan penyelesaiannya, terpulang pada individu itu sama ada mereka mahu membantu ataupun tidak," ujarnya. MSTAR | Piala Dunia: Foto bogel pemain Croatia tersebar Posted: 15 Jun 2014 09:16 PM PDT | Gambar hiasan |
KUALA LUMPUR: Pemain pasukan Croatia enggan melayani pihak media di Piala Dunia Brazil selepas gambar mereka berenang bogel diambil secara curi-curi.
Dua orang jurugambar telah bersembunyi di belakang semak berdekatan dan mengambil gambar tersebut yang kini tersebar luas di laman web.
Bercakap lewat pada hari Ahad dengan pihak media, jurulatih pasukan Niko Kovac berkata beliau tidak akan memaksa pemainnya bercakap semula dengan pihak media, dan tidak tahu bila mereka akan kembali selesa.
Bercakap dari kem latihan mereka di Praia do Forte, Kovac berkata: "Saya tidak boleh memaksa mereka ditemubual selepas mereka dan keluarga mereka dimalukan begitu.
"Kalau berlaku pada anda, adakah anda suka? Gambar bogel anda disebarkan tanpa sebab? Mereka berkeras tidak mahu ditemubual dan saya tidak tahu sehingga bila mereka akan terus senyapkan diri, mungkin esok, mungkin selepas kempen kami di Piala Dunia kali ini berakhir," Kovac bertegas.
"Saya hormati pendapat pemain saya dan walaupun anda semua telah bersikap profesional setakat ini, anda memang bersalah mengambil dan menerbitkan gambar itu."
Croatia tewas pada perlawanan pembukaan Piala Dunia kali ini pada Brazil dan akan beraksi seterusnya bertemu Camerron di Manaus pada hari Rabu. | (Foto) Wow! Maria Farida Tayang Bikini, Seluar Dalam... Posted: 15 Jun 2014 08:01 PM PDT Beliau merupakan salah pelakon popular yang sudah mencecah 40an umurnya. Namun ternyata dia seorang yang awet muda dan masih terserlah kejelitaan dan kecantikkannya. Di laman sosial milik Maria Faria, dia telah menjadi tumpuan followernya apabila memuatnaik gambar BlKlNl dan pening tak tahu mana satu nak dipakai. Ini tulis Maria Farida: " Can't decide on which one... hmm " Gambar itu mendapat reaksi komen yang pelbagai dari orang ramai. Ada yang suggest mana satu nak pakai dan ada yang memberi nasihat. Pelakon dan pelawak Saiful Apek turut memberi komen dengan emoji menunjukkan dia pening dan terkejut dengan gambar Maria Farida. Lagi 3 keping gambar dibawah : | (Foto) Cantik janda Nedim ni, Nora Danish pun boleh tergugat... Posted: 15 Jun 2014 06:31 PM PDT Kredit penuh kepada blog hotlipsyuya yang telah berkongsi beberapa keping gambar terkini wajah sebenar Nabilah Khan, bekas isteri Nedim Nazri yang kelihatan semakin cantik dan jelita. Untuk pengetahuan peminat, Nedim Nazri ialah kekasih kepada pelakon comel Nora Danish di mana mereka dikatakan merancang untuk berkahwin apabila tiba waktunya. Buat korang tidak tahun mengenai latarbelakang pendidikan Nabilah Khan, dia ialah pemegang kelulusan ijazah dalam bidang undang-undang dan merupakan kawan baik kepada pelakon sensasi Lisa Surihani. Hasil perkahwinan bekas pasangan Nabilah Khan dan Nedim Nazri, mereka dikaruniakan seorang anak lelaki yang amat comel | (Foto) Wajah sebenar Adeena Richardson, kekasih baru Engku Emran Posted: 15 Jun 2014 06:01 PM PDT Sejak beberapa hari lepas, ramai yang mengikuti perkembangan Erra Fazira dan Engku Emran, gara-gara Emran memberi 'pembayang' bahawa dia kini sudah bertemu pengganti Erra yang lebih manis dan pandai dalam ilmu agama. Bak kata 'orang lama', hidup harus diteruskan (move on). Kenangan silam hanya tinggal satu sejarah suka duka yang tidak mungkin kembali lagi. Apa guna 'menunggu' jika orang sudah tak sudi? Heh.
Namun persoalannya sekarang, siapakah wanita yang berjaya merebut cinta Emran itu? Ramai yang sudah membuat siasatan sendiri (maklumlah di Malaysia banyak mat Bond) berdasarkan 'signature' yang dicatat di lukisan Emran iaitu 'Adeena'.
Menurut beberapa laman sembang, catatan nama tersebut membawa kepada penemuan empunya diri iaitu 'Adeena Richardson', wanita yang minat melukis. Malah terdapat juga sebuah laman sosial yang menggabungkan gambar Emran dan Adeena... namun tidak pasti ianya milik mereka atau sengaja diwujudkan. Sementara itu, Erra dalam laman Instagramnya dilihat amat berhati-hati dan menjaga nama baik bekas suaminya. Dia dilapor akan memadam komen-komen yang memburukkan Emran sambil memberi nasihat secara berhemah. "MAAF SANGAT2 YA.. SAYA TERPAKSA DELETE ISU YG KALIAN BINCANGKAN. SUDAH LAH YA... KITA MELANGKAH KE DEPAN DGN MINDA YG POSITIF YA. SAYA DOAKAN AYAH ALEESYA BERBAHAGIA DAN SEMOGA MENDAPAT JODOH YG BAIK DAN BOLEH TERIMA ALEESYA DAN SAYA SBG IBU KEPADA ALEESYA DENGAN BAIK. INSYAALLAH.. KITA SPREAD LOVE PLEASE. TAKMO KITA SESAMA KITA PULAK BERTELAGAH. SAYA HARGAI DAN FAHAM MAKSUD KALIAN.. TERIMA KASIH KERANA MEMBERI SAYA SEMANGAT. INSYAALLAH.. KITA SAMA2 DOAKAN KESEJAHTERAAN DAN KEBAHAGIAAN KITA.. AMIN," demikian petikan komen Erra di Instagramnya mengikut laporan portal myartis. Sumber: Myartis.com | Ajak Shiro dikecam tak hormat bahasa kebangsaan Posted: 15 Jun 2014 05:31 PM PDT CAKAP bahasa Melayu sahaja! Itu kritikan segelintir penonton yang 'berbulu' menyaksikan gelagat anggota kumpulan Shiro, Ajak yang dikatakan beria-ia meniru loghat Indonesia ketika mengacara Carta Muzik Indonesia yang bersiaran di saluran 141 Astro. Menganggap tindakannya itu seolah-olah tidak menghormati bahasa kebangsaan, ramai berharap agar Ajak lebih berhati-hati ketika mengendalikan program berkenaan meskipun menyasarkan rakyat Indonesia sebagai penonton utamanya. Tidak menyifatkan tindakannya itu sebagai 'menjahanamkan' bahasa Melayu, Ajak tahu bahawa sebagai pengacara dia tidak boleh keterlaluan ketika berada di depan kamera semata-mata untuk menarik perhatian penonton. "Saya akui memang ada bercakap loghat Indonesia semasa mengacara program berkenaan tetapi harus difahami bahawa itu adalah sebuah program yang memang kelompok penontonnya untuk orang Indonesia selain rakyat Malaysia sendiri. "Tetapi tidak bermaksud dari awal sehingga akhir rancangan saya bercakap dalam loghat Indonesia. Saya masih menggunakan bahasa kebangsaan. "Cuma sesekali saya selitkan dengan bahasa Indonesia. Semua itu sekadar suka-suka dan sebagai tarikan saja," katanya. Menerima pandangan dan kritikan secara terbuka, Ajak juga positif dan sedia memperbaiki diri dari semasa ke semasa. "Kalau komen yang membina, saya ambil untuk jadikan sandaran. Saya akan buat yang terbaik. Tetapi kalau masih ada yang kata saya beria-ia nak jadi orang Indonesia, itu melampaulah. "Lagipun setakat ini pihak penerbit dan stsesen televisyen tidak memberi apa-apa respons negatif, jadi saya rasa mereka berpuas hati dengan cara saya mengendalikan program itu," katanya lagi. Tak tinggal Shiro
Melihat kepada kecenderungan barunya dalam bidang pengacaraan Ajak bagaimanapun tidak mahu orang ramai berfikir bahawa itu adalah isyarat bagi menyatakan yang dia dan Shahrol tidak lagi bersatu sebagai duo Shiro. Bertegas menjelaskan bahawa dia dan Shahrol masih bersama, kata Ajak: "Kami tak pernah berpecah dan hubungan kami masih baik. Cuma saya tak nafi, kadang-kadang orang tengok saya jarang bersama dia untuk majlis-majlis tertentu. Kadangkala, itu bukan kehendak saya. "Kena faham kadang-kadang ada penganjur majlis yang cuma mahu Shahrol sahaja beraksi, kadangkala ada yang cuma mahu saya seorang. "Itu tidak menjadi masalah buat kami kerana awal-awal lagi kami sudah bersedia dengan perkara begini. Masing-masing punya rezeki, kita tak boleh sekat malah kami saling menyokong kalau ada antara kami yang dapat peluang lebih." Menjadikan AC Mizal sebagai mentornya dalam bidang pengacaraan, Ajak mengakui bahawa jiwanya masih kepada bidang lawak jenaka. Sedar bahawa dia perlu menyeimbangi dua bidang kerjaya itu dengan baik kata Ajak, dia banyak meminta nasihat dan tunjuk ajar daripada AC yang cukup dihormatinya. "Banyak perkara yang saya pelajari daripada AC. Mungkin ada orang fikir menjadi pengacara ini mudah tetapi sebenarnya bidang ini tak semudah itu. "Saya ingat pesanan dia, pengacara itu tugasnya adalah mengendalikan program dan memastikan perjalanan majlis berlangsung dengan baik dan lancar seperti yang dirancang penganjur. "Juga jangan sesekali nak beraksi keterlaluan kerana penonton bukan nak tengok pengacara tetapi penonton hadir kerana sesebuah majlis," ujarnya. Utusan | Piala Dunia: (Kumpulan F) Argentina bangkit tundukkan Bosnia Posted: 15 Jun 2014 05:25 PM PDT RIO DE JANEIRO: Jaringan terpantas hasil gol sendiri di Piala Dunia dan jaringan menakjubkan daripada Lionel Messi membantu Argentina mengatasi Bosnia Herzegovina 2-1 dalam saingan Kumpulan F di Stadium Maracana di sini, awal pagi ini. Kemunculan pertama Bosnia dalam kejohanan utama bermula hambar apabila pemain pertahanan, Sead Kolasinac bersalah menyepak bola masuk ke dalam gawang sendiri pada minit ketiga tetapi Argentina - pasukan pilihan untuk menjuarai kumpulan yang turut membabitkan Nigeria dan Iran jelas bergelut mencari rentak pada satu tempoh yang panjang. Messi tampak 'hilang dalam permainan' sehingga pada minit ke-65 apabila bintang Barcelona itu yang menerima umpanan Gonzalo Higuain membuat larian solo yang cantik menewaskan sekurang-kurangnya tiga pemain lawan sebelum melepaskan ledakan padu untuk gol kedua. Bosnia tampak seperti sudah mahu menyerah mudah tapi berjaya merapatkan jurang dengan gol pada minit ke-84 menerusi Vedad Ibisevic yang mencetus rasa gelisah Argentina pada beberapa minit terakhir permainan. | Lelaki Saman Hospital Sebabkan Kemaluan Pendek 3 cm Posted: 15 Jun 2014 05:01 PM PDT SEORANG lelaki mendakwa pembedahan ke atas kemaluannya menyebabkan ukuran alat kelaminnya itu menjadi pendek sekurang-kurangnya tiga sentimeter. Berikutan itu, lelaki itu sedang mempertimbangkan untuk menyaman pihak hospital sebanyak £90,000 kerana cuai apabila tersalah diagnos penyakitnya hingga menyebabkan beliau menanggung kesakitan. Beliau dikatakan mengalami kecederaan pada kemaluannya ketika mengadakan hubungan seks dengan isterinya pada Julai 2011 dan dikejarkan ke hospital. Ketika insiden itu, seorang jururawat dikatakan menjalankan pemeriksaan dengan hanya melihat kemaluannya tanpa menyentuhnya. Seterusnya, menerusi panggilan telefon, pakar urologi memberitahu petugas di hospital berkenaan bahawa beliau mengalami sedikit trauma dan kemudian membenarkannya pulang. Bagaimanapun, lelaki itu yang juga penghidap paraplegik iaitu bermasalah rangsangan deria mendakwa insiden itu menyebabkan beliau gagal untuk mengadakan hubungan seks. Lebih memburukkan keadaan, hanya selepas tiga bulan baharu pihak hospital memaklumkan kemaluannya retak dan perlu dibedah. Pembedahan itu menyebabkan beliau 'kehilangan' kira-kira tiga sentimeter panjang kemaluannya, selain kesan parut kekal. Lelaki berasal dari Quebec, Kanada itu juga mendakwa pembedahan di Hospital Le Gardeur di Montreal itu menjadi punca keruntuhan rumahtangganya kerana beliau tidak mampu mengadakan hubungan seks selama dua tahun. | Piala Dunia: (Kumpulan E) Perancis mudah tundukkan Honduras Posted: 15 Jun 2014 04:50 PM PDT | REAKSI Benzema selepas membantu Perancis menewaskan Honduras 3-0 dalam aksi Kumpulan E sebentar tadi. - Foto AP |
PORTO ALEGRE: Bintang Real Madrid, Karim Benzema menyumbang dua gol membantu juara 1998, Perancis menewaskan Honduras 3-0 dalam perlawanan Kumpulan E Piala Dunia sebentar tadi. Perlawanan itu turut menyaksikan buat pertama kali teknologi garisan gol yang digunakan dalam edisi kali ini mengesahkan gol kedua untuk Perancis pada babak kedua selepas rembatan Benzema yang terdahulu terkena tiang kiri melantun depan gawang sebelum bola terkena badan penjaga gol Honduras, Noel Valladares dan bergolek masuk. Penjaga gol itu juga menyelamatkan bola tetapi pengadil dari Brazil, Sandro Ricci menganugerahkan gol yang diklasifikasi sebagai gol sendiri pada minit ke-48 selepas melihat rakaman alat teknologi buat dari Jerman itu. Bagi Honduras, cabaran mereka bertambah perit apabila terpaksa bermain dengan bekalan 10 pemain selepas Wilson Palacios dilayangkan kad merah oleh pengadil gara-gara mengasari Paul Pogba dari belakang di dalam kotak penalti pada minit ke-45. Situasi itu menyaksikan Perancis diberikan sepakan penalti yang disempurnakan oleh Benzema dan penyerang berkenaan menambah gol kedua baginya dan ketiga untuk pasukan negara dengan rembatan daripada sudut yang sukar pada minit ke-72. PERANCIS ...3 (Karim Benzema (45' pen, 72'), Valladares (48' gol sendiri) HONDURAS...0 | Piala Dunia: (Kumpulan E) Switzerland kecewakan Ecuador Posted: 15 Jun 2014 04:45 PM PDT | REAKSI pemain Switzerland, Haris Seferovic (nombor 9) selepas menjaringkan gol kemenangan mengatasi Ecuador 2-1 sebentar tadi. - Foto REUTERS |
BRASILIA: Haris Seferovic dijulang wira Switzerland apabila jaringan olehnya pada minit-minit terakhir perlawanan membantu pasukan menewaskan Ecuador 2-1 dalam saingan Kumpulan E Piala Dunia di Stadium Nasional sebentar tadi. Satu ketika perlawanan ini seakan-akan berakhir dengan keputusan seri yang pertama dalam kejohanan kali ini sehingga jaringan dramatik Seferovic pada minit ke-90. Terdahulu, Enner Valencia tampil menanduk masuk gol pertama membantu Ecuador 1-0 pada minit ke-22 ketika skuad dari Amerika Latin itu menunjukkan kualiti serangan yang baik. Namun, Admir Mehmedi pula berjaya membuat tandukan tiga minit selepas hadir selaku pemain gantian pada babak pertama. Switzerland, pilihan pertama dalam kumpulan yang turut membabitkan pasukan Perancis dan Honduras satu ketika beranggapan mereka sudah menang pada minit ke-70 apabila Josip Drmic menjaringkan gol tapi penjaga garisan angkat bendera tanda ofsaid. Namun, Seferovic berjaya mendapat gol kemenangan untuk menceriakan pasukan mengutip mata penuh.- Agensi Switzerland 2 (Admir Mehmedi m-48, Haris Seferovic, m-90) Ecuador 1(Enner Valencia, m-22) | |
waadat Posted: 16 Jun 2014 02:20 PM PDT Jual tanah Posted: 15 Jun 2014 04:41 PM PDT Siapa nak beli tanah? Siapa nak jual tanah? Tanah mana nak dijual? Berapa hektar atau berapa lori? Berikut adalah catatan Tun Mahathir dalam isu JUAL TANAH. Selamat membaca. Tidak seperti kebanyakan negara lain pemilik tanah di Malaysia bebas menjual tanah mereka kepada sesiapa sahaja, termasuk kepada orang asing. Di zaman British orang Melayu yang rata-rata miskin kerap menjual tanah milik mereka. Harga yang ditawarkan oleh pembeli begitu tinggi sehingga tidak mampu mereka menolak. Setelah dijual, mereka akan pindah ke kawasan tanah murah, biasanya di luar bandar. Kemudian bandar berkembang sehingga sampai ke kawasan di mana penjual tanah mendirikan rumah. Dengan ini harga tanah pun naik lagi. Sekali lagi pemilik tanah ditawar harga yang tinggi untuk tanahnya. Sekali lagi pemilik tidak dapat tahan hati dan lalu menjual tanahnya serta berpindah ke kawasan lebih jauh dari bandar untuk mendiri rumah. Akhirnya pemilik tinggal di pinggir hutan. Oleh sebab ini maka diperkenalkan undang-undang Tanah Simpanan Melayu. Kawasan yang diisytihar Simpanan Melayu tidak boleh dijual kepada bukan Melayu. Maka terselamatlah orang Melayu daripada menjadi penumpang di negaranya sendiri. Tetapi jual tanah ini tidak terhad kepada orang rakyat sahaja. Raja pun sering menjual tanah takluknya. Demikian Pulau Pinang dijual kepada British. Kemudian Seberang Prai. Dinding di Perak juga dijual. Dan Singapura. Dinding tidak berguna kepada British dan dikembalikan kepada Perak. Apabila cadangan Malaya Union dibuat oleh British Pulau Pinang, Seberang Prai dan Melaka dirancang sebagai sebahagian dari Union tersebut. Singapura dikecualikan kerana ianya strategik bagi British. Apabila Malayan Union diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu, Raja-Raja Melayu dan pejuang-pejuang anti Malayan Union dikalangan orang Melayu tidak menuntut Singapura sebagai Wilayah Persekutuan. Apa yang berlaku kemudian adalah sejarah. Tetapi tabiat menjual tanah masih kekal. Ia tidak semestinya melibat kepingan tanah. Mengorek tanah untuk dijual kepada negara lain juga tidak banyak berbeza dari penjualan tanah. Kerajaan melarang penjualan tanah seperti ini. Tetapi penjualan ini masih berlaku. Dengan digunanya tanah Negara ini untuk memperbesarkan wilayah negara lain,hasilnya tidak banyak berbeza dari penjualan wilayah kepada negara asing, seperti yang dilakukan dahulu. Kita sudah merdeka lebih setengah abad. Tetapi kita sudah lupa akan kesalahan kita dahulu. Memang menjual tanah seperti dapat duit percuma. Tetapi duit yang didapati akan hangus dibelanja. Akhirnya duit pun hilang tanah pun hilang. Penjual akan jadi papa kedana. Sebenarnya ada cara untuk mengekalkan pemilikan sementara mendapat nikmat berpanjangan dari nilai tanah yang meningkat sepanjang masa. Tetapi itu cerita lain. Di zaman ini dengan teknologi dan modal yang banyak terusan seperti Selat Tebrau pun boleh ditebusguna sepenuhnya. Nilai tanah ini tentulah amat tinggi, lebih tinggi dari belanja menebusguna. Sedikit sebanyak usaha ini sudah dilakukan. Setelah pihak kita menebusguna selat di sebelah kita, pihak lain pula akan menebusguna sebelah mereka. Terusan akan jadi parit. Jambatan tidak perlu lagi. Siapakah yang akan bangun tanah tebusan yang mahal ini. Siapakah yang akan tinggal di bandar-bandar baru. Tentulah mereka yang berada sahaja yang akan memiliki kondo-kondo mewah yang akan didirikan. Tak mengapalah kita dapat duit banyak. Pinggir hutan amat selesa. Kalau kita ternampak sebagai penumpang di negara sediri, itu pun tak mengapa. Selagi boleh jual negara sendiri apa salahnya menjadi penumpang. Tun Dr Mahathir May 30th, 2014 @ 08:21 pm › chedet
| |