P/s: Pelayar internet ada yang mempercayai dakwaan video ini yang mengatakan bahawa orang yang hampir dirempuh sebuah lori diselamatkan oleh entiti yang dipercayai malaikat. Namun banyak juga pelayar internet yang mempersoal video CCTV tersebut. Kata mereka, zaman canggih ini macam-macam boleh direkayasa/diedit termasuklah imej video CCTV tersebut.
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub menyangkal tuduhan liar Ahli Parlimen Pengerang Datuk Azalina Othman bahawa perserta Himpunan Hijau membantah projek petrokimia di Pengerang pada 30 September dibayar.
Azalina di dalam perbahasan Bajet 2013 di Dewan Rakyat hari ini mendakwa mereka yang mengambil bahagian dalam himpunan hijau tempoh hari masing-masing dibayar RM30.
Salahuddin menafikan dakwaan itu dan menyatakan beliau tidak mengeluarkan satu sen pun untuk membayar setiap peserta himpunan.
Malah beliau percaya, kehadiran peserta ke himpunan hijau tempoh hari kerana kerelaan hati mereka untuk melahirkan solidariti terhadap penduduk Pengerang.
"Itu tidak betul. Saya tidak keluar satu sen pun untuk membayar mereka agar mereka datang himpunan itu," katanya ketika ditemui.
Salahuddin mengakui, Datuk Abdul Ghani Othman seolah-olah berdiam diri dalam hal ini dan beliau bersedia bersemuka dengan Menteri Besar Johor itu pada bila-bila masa.
Salahuddin akan menghantar surat rasmi kepada beliau untuk menyatakan kesediaanya duduk berbincang menyelesaikan masalah itu.
"Tak mahu debat pun tak apa, janji kita boleh duduk berbincang. Kami bersedia bila-bila masa," katanya.
Terdahulu, Azalina mendakwa tindakan membayar peserta antara sebab pihak penganjur berjaya menarik orang ramai menghadiri perhimpunan tersebut.
Malah Azalina menafikan seramai 7,000 peserta yang hadir dalam himpunan tersebut sebagaimana diuar-uarkan penganjur.
"Kawasan itu kecil sahaja, boleh tampung kira-kira 3,000 orang yang hadir. Saya tidak tahu macam mana kawasan itu boleh muatkan seramai 7,000 orang," katanya sambil mendakwa mereka yang hadir adalah orang luar.
Dalam membahaskan isu itu, Azalina kelihatan cukup beremosi turut mengundang celahan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar yang bangun bagi mendapatkan penjelasan mengenai asas tuduhan tersebut
Namun, Azalina enggan memberi laluan kepada Nurul Izzah menyebabkan berlakunya pertikaman lidah, dan kedengaran Nurul Izzah meminta beliau mengawal emosi ketika berbahas.
Azalina sebelum ini mencabar Salahuddin Ayub untuk berdebat mengenai projek tersebut, bagaimanapun Salahuddin menolaknya dengan berkata beliau sebaliknya mahu berdebat dengan Abdul Ghani Othman, kerana hanya menteri besar yang boleh bercakap mengenai perkara yang berkaitan dengan tanah.
Isu Pengerang menjadi semakin panas, apabila Himpunan Hijau yang dianjurkan PAS tempoh hari mendapat sambutan menggalakkan. -Hrkh
Aduh.. apa la bebal sangat Ali Rustam ni. Ini bukan soal dengki atau iri hati, tapi ini soal integriti. Ini soal kebertanggungjawaban. Ali, kamu adalah Ketua Menteri, kamu pemimpin masyarakat. Tindak tanduk kamu diperhatikan. Kamu sepatutnya menjadi role model. Kamu seharusnya menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat. Kamu tidak sepatutnya tunjuk angkuh dengan berbelanja besar dalam keadaan terlalu ramai rakyat Melaka yang hidup dalam kesukaran. Kamu seharusnya faham bahawa orang yang membazir itu adalah saudara syaitan.
Andai perbelanjaan kamu dipertikaikan, kamu sewajarnya jelaskan kepada rakyat. Bila kamu mengelak daripada memberi penjelasan, maknanya, ada sesuatu yang tidak kena dalam urusan kamu.
Ali Rustam, sekiranya benar, apa salahnya kamu mengaku bahawa sebahagian besar perbelanjaan perkahwinan anak kamu itu adalah hasil duit rasuah yang telah biasa kamu rembat !!!!-sumber
Sejak awal tahun ini, ramai artis yang sudah mengenakan hijab. Malah bukan golongan wanita saja yang menjurus ke arah itu, artis lelaki turut sama menuju ke jalan yang sama.
Melihat kepada perkembangan positif itu Ustaz Rusydi Ramli Al Jauhari telah mengilhamkan pergerakan yang dinamakan sebagai Usrah Fitrah buat selebriti yang ingin mendalami ilmu agama. Antara selebriti yang mengikuti program ini adah Irma Hasmie dan Yatt Hamzah.
Irma, 30, berkata, dia terharu apabila usaha mengumpulkan golongan artis dalam mendalami ilmu agama semakin mendapat sambutan.
"Pada awalnya kumpulan ini hanya terdiri daripada 4 orang pelakar dan 5 orang tenaga pengajar sahaja tetapi usaha murni ini telah berkembang dan sekarang mempunyai lebih 30 orang ahli dari berbagai bidang serta 7 orang guru.
"Ia bukan sahaja disertai oleh golongan selebriti yang ingin mendalami ilmu agama tetapi juga mendapat perhatian daripada individu daripada profesion lain," katanya yang dipetik menerusi MStarOnline, baru-baru ini.
Antara artis yang aktif lain yang bergiat dalam Usrah Fitrah antaranya Heliza Helmi, Diana Amir, Farah Asyikin, Siti Nordiana, Iqram Dinzly, Zoey Rahman dan Enot.
Sementara itu, Yatt memberitahu antara guru yang mengajar mereka adalah Ustaz Azhar Idrus. Namun dia mengaku bukan ahli PAS, tetapi hanya menyokong perjuangan Islam. Yatt turut menambah, Usrah Fitrah turut mendapat pelbagai undangan daripada pihak penganjur untuk menjayakan program yang dianjurkan mereka.
"Sebagai contoh, bulan November ini kami (Usrah Fitrah) akan terlibat dengan Festival Hijab yang akan dijayakan bersama-sama selebriti yang lain," katanya. -mynewshub
Dua hari sudah aku dah dengar ura-ura Ngeh nak adakan demo selepas membuat persidangan akhbar terhadap kes salah laku Zambry dalam isu tanah di Stiawan pada pagi Sabtu lepas.
Sayang sekali program yang dijalankan oleh Ngeh dibuat pada hari bekerja,, jadi berapa kerat yang boleh datang,,, Walau apa pun, Zambry perlu jawab isu ni, biar rakyat semua tahu.. isu ni ..pihak UMNO sendiri pun turut ikut serta buat demo..
Wakil dari UMNO... Tahniah...
Datuk Seri Dr Zambry, sila beri penjelasan,,, untuk rakyat dan penduduk Stiawan.. Kredit buat Encik Hamidun Ahmad Pegawai Khas DS Nizar yang mengambil gambar-gambar di atas. ~manjungmari
Naib Presiden Umno Hishammuddin Hussein mempertikaikan pihak yang membangkitkan isu perkahwinan mega anak lelaki Ketua Menteri Melaka Ali Rustam.
Katanya, perkara tersebut sengaja dibangkitkan memandangkan pilihan raya umum semakin hampir."Dalam masa pilihan raya (semakin tiba) apa benda boleh dijadikan isu. Isu atau sesuatu kes tahun lepas mungkin akan ditimbulkan hari ini.
"Kalau pemimpin kita buat kerja kahwin anak, kalau musim lain tak jadi isu, sekarang jadi isu.
"Esok saya akan berjumpa dengan Ali. Saya nak beritahu dia, jangan kecewa kerana musim politik sekarang ini, semua faham. Saya nak jumpa hari tu tak sempat... Faham-faham sajalah musim sekarang ini," katanya.
Sehubungan itu, menteri dalam negeri itu juga mengingatkan supaya tidak terikut-ikut dengan amalan kebencian dan serangan peribadi sehingga kerja kahwin pun hendak dipolitikkan.
"Walhal itu satu perkara, yang semua keluarga terpaksa melaluinya termasuk saya," katanya ketika diminta pemberita mengulas kontroversi itu di Kuala Lumpur hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat dakwaan rasuah terhadap Ali Rustam berikutan penganjuran majlis kenduri kahwin anak lelakinya baru-baru ini yang diisytihar bernilai RM600 ribu.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Mohd Shukri Abdul berkata, siasatan akan dilakukan secara menyeluruh.
"Kita teliti satu persatu, tengok perbelanjaan daripada mana, siapa yang keluarkan duit, kita periksalah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Bagaimanapun, beliau enggan menjelas lanjut kerana siasatan baharu sahaja bermula.
Majlis perkahwinan anak Mohd Ali pada hujung minggu lepas dihadiri lebih 130,000 orang sekali gus diiktiraf 'Malaysia Book of Records' sebagai tetamu teramai pada majlis perkahwinan. ~mp
Addin :
Kalau macam inilah punya statement menteri.. alamat terlepaslah lagi Ali Rustam. Jauhari pasti mengenal manikam..
Adakah Ali Rustam bakal di dakwa kali ini? Semasa pemilihan Umno pada tahun 2009, Ali Rustam di dapati bersalah oleh Lembaga Displin Umno apabila 3 ejennya telah melakukan rasuah dan sogokan politik bagi pihaknya (baca sini. )
Adakah kali ini pendakwaan akan di buat ataupun sekadar wayang kulit bagi mengaburi mata rakyat. Sama-sama kita tunggu dan lihat drama seterusnya.
SPRM Siasat Kenduri Anak Ali Rustam
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berikutan penganjuran majlis kenduri kahwin anak lelakinya baru-baru ini.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdul berkata, siasatan akan dilakukan secara menyeluruh."Kita teliti satu persatu, tengok perbelanjaan daripada mana, siapa yang keluarkan duit, kita periksalah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Bagaimanapun, beliau enggan menjelas lanjut kerana siasatan baharu sahaja bermula. Majlis perkahwinan anak Mohd Ali pada hujung minggu lepas dihadiri lebih 130,000 orang sekali gus diiktiraf 'Malaysia Book of Records' sebagai tetamu teramai pada majlis perkahwinan. ~bernama
Bloggers pro Umno pun hentam Ali Rustam kerana kos persandingan anaknya. Melayari laman tersebut, bloggers pro Umno bertindak turut menghentam Ketua Menteri Melaka kerana kos persandingan anaknya yang dikatakan mencecah RM 600,000.00.
Tindakan Ketua Menteri Melaka itu dikatakan memberi kesan kepada persepsi rakyat khususnya menjelang PRU 13.
Umno BN Melaka makin tertekan dengan isu ini, tambahan aduan SPRM telah dibuat oleh Pakatan Rakyat terhadap isu ini.
Ketua Menteri Melaka mengatakan isu ini sengaja di bangkitkan kerana mereka dengki melihat hampir 130,000 kehadiran yang menunjukkan sokongan terhadap beliau.
Tanpa di sedari, tindakan melampau Ali Rustam tersebut telah merugikan BN dan memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat.
Tulisan dan komen pedas itu di keluarkan oleh Blogger APA yang dikatakan masih belum pasti statusnya. Samada pro Umno, pro PR atau pun berkecuali.
Tindakan blogger APA tersebut ekoran pergeseran dengan blogger Papagomo.
KUALA LUMPUR, 5 Oktober - Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, kerajaan Putrajaya perlu ditukar sekarang bagi mengelakkan hasil minyak dibolot keluarga pemimpin Umno.
"Ini kerana syarikat yang mengurus carigali telaga minyak sekarang ada dimiliki keluarga pemimpin-pemimpin Umno sahaja. Misalnya dua telaga minyak di perairan Kelantan dimiliki syarikat anak Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Di perairan Kelantan masih ada 23 lagi telaga minyak yang belum lagi beroperasi. Setiap telaga minyak dianggarkan bernilai kira-kira RM3 bilion. Jadi bagi mengelakkan telaga minyak tersebut dibolot keluarga pemimpin Umno, kerajaan yang ada di Putrajaya sekarang perlu ditukar," katanya dipetik Harakah Daily.
Ahli Parlimen Machang itu berucap pada ceramah di Putik, Pengkalan Chepa malam tadi.
Saifuddin berkata, negeri-negeri pengeluar minyak di negara ini berpeluang mengurus sendiri operasi minyak di perairan mereka melalui syarikat milik kerajaan negeri (GLC) di bawah komitmen baru Pakatan Rakyat.
Katanya, perancangan itu boleh menjadi kenyataan apabila Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 nanti.
Saifuddin pada perbahasan Bajet BN Selasa lalu mendedahkan, SapuraKenchana Petroleum dimiliki anak ketiga Mahathir, Datuk Mokhzani mendapat kontrak minyak sebanyak RM2 bilion.
Menurutnya, Armada Sdn Bhd milik Tan Sri Halim Saad turut diberi kontrak penyimpanan minyak dan gas bernilai RM8.5 bilion pada Isnin lalu.
Halim adalah salah seorang tokoh korporat Melayu yang rapat dengan Mahathir terutama pada era 90-an. ~harakahdaily
Nampaknya semakin hari semakin bermasalah parti yang kununnya memperjuangkan nasib orang Melayu, terutamanya di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat.
Terbaru, parlimen Kepala Batas yang dipegang bekas Perdana Menteri yang diarah berundur, Abdullah Badawi kini menjadi panas sekiranya dia tidak tersenarai semula sebagai calon dalam pilihanraya umum akan datang.
Menurut Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang, Rahmad Ishak, sekiranya bapa mertua ahli parlimen Rembau dan Ketua Pemuda Umno-APCO, Khairy Jamaluddin itu berhasrat untuk bersara, bukan setakat Kepala Batas sukar untuk dipertahankan tetapi angan-angan Umno-APCO untuk merampas semula negeri itu hampir pasti pudar.
Sudahlah tiada seorang pun pemimpin muda dalam Umno-APCO negeri mampu menggantikan kredibiliti Pak Lah, pemimpin kanan parti seperti Zainal Abidin Osman dan Ketua Pembangkang di DUN, Azhar Ibrahim sudah tidak dihormati sebilangan orang Melayu sendiri.
Tambahnya lagi, jika Pak Lah memutuskan perkara tersebut di saat akhir sebelum parlimen dibubarkan, bukan setakat Kepala Batas akan terlepas malah dua DUN di dalam parlimen tersebut akan jatuh ke tangan PAS, sekutu kuat Pakatan Rakyat.
Dua DUN tersebut adalah Penaga yang dipegang sendiri Azhar dengan majoriti tipis 1,231 undi dan Bertam yang disandang Zabariah Abdul Wahab yang menang dengan majoriti 2,652 undi sahaja.
Satu lagi kerusi DUN dianggap selamat iaitu Pinang Tunggal yang diwakili Roslan Saidin yang menang dengan majoriti 3,235 undi.
Pak Lah sendiri yang memenangi kerusi tersebut sejak 1978 kehilangan majoriti undi besar lebih 7,000 undi dalam pilihanraya umum lalu jika dibandingkan dengan pilihanraya 2004.
Rahmad juga menempelak formula Naib Presiden Umno-APCO, Zahid Hamidi yang mahukan sistem 3-3-1-1 diguna pakai di saat orang Melayu negeri itu masih kekal dengan Pakatan Rakyat terutamanya PAS dan PKR.
Menurutnya lagi, MCA, MIC dan Gerakan yang menjadi ketua kerajaan sebelum ditumbangkan pada 2008 masih belum mampu bangkit dari kekalahan memalukan dan ini katanya adalah mustahil buat Barisan Nasional (BN) merampas semula negeri yang kini diterajui Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
Dengan 40 kerusi DUN keseluruhan, Umno-APCO cuma mampu memenangi 11 kerusi manakala komponen BN lain kesemuanya kalah di tangan calon Pakatan Rakyat.
Sekiranya trend ini berterusan dan Pak Lah berhasrat untuk berundur tanpa meletakkan pengganti yang layak dihormati sepertinya di Kepala Batas, impian dan angan-angan Umno-APCO dan BN kini cuma tinggal angan-angan semata-mata. ~paspb
Blogger Umno yang selalu terkantoi dalam tulisannya, Papagomo kononnya mendedahkan senarai kabinet bayangan Pakatan Rakyat sekiranya berjaya membentuk kerajaan persekutuan selepas pilihanraya umum akan datang.
Utusan pula telah menyalin bulat-bulat senarai tersebut sambil mendakwa Papagomo mendapat maklumat dalaman daripada sumber ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei.
Dalam senarai yang mempunyai 31 nama itu, PKR diberi 13 jawatan menteri, Pas (10) dan DAP (8) manakala satu diperuntukkan kepada pemimpin Pakatan Rakyat dari Sabah dan Sarawak.
Menurut 'senarai' tersebut, ahli parlimen Kepong yang juga Naib Pengerusi DAP, Tan Seng Giaw akan dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) manakala Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Rafizi Ramli diletakkan menjawat jawatan Menteri Kewangan II.
Bagaimanapun nama tiga pemimpin iaitu Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu tidak disenaraikan.
Senarai itu juga mendedahkan, ahli parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff memegang jawatan Menteri Belia dan Sukan, Lee Boon Chye yang juga ahli parlimen Gopeng diamanahkan menjawat jawatan Menteri Kesihatan menggantikan Timbalan Presiden MCA, Liow Tiong Lai, Ketua Penerangan PAS pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man dilantik Menteri Kerjaraya mengisi kekosongan jawatan tersebut yang kini disandang ahli parlimen Tampin, Shaziman Abu Mansor. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pula dilantik sebagai Menteri Pertahanan menggantikan ahli parlimen Bagan Datoh, Zahid Hamidi sementara ahli parlimen Rasah, Anthony Loke Siew Fook dilantik Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menggantikan ahli parlimen Alor Setar, Chor Chee Heung.
Utusan terdesak mengambil maklumat yang dipungut dari sumber yang tidak sahih semata-mata untuk memuaskan hati bossnya. Walaupun maklumat trsebut bertaraf maklumat sampah. Inilah etika kewartawanan sampah yang di amalkan oleh media pencacai Umno BN.
Video Azalina Othman mengamuk dalam parlimen, pasal apa? Tak berapa pasti sebab apa. Yang cuba nak mencelah pulak Nurul Izzah yang lemah lembut, memang tak padan langsung la.
Nasib baik la Nurul Izzah duduk jauh disebelah sana, kalau duduk dekat mungkin dah kena libas dan kalau Azalima melibas pun aku tak heran pasai memang ada tanjak pun. Walaupun dia cuma mengamuk mulut ja tapi tak kurang hebat jugak amukannya, langsung tak bagi peluang orang nak mencelah.
Yang cuba nak mencelah pulak Nurul Izzah yang lemah lembut, memang tak padan langsung.
Aku malas nak komen lebih-lebih, nanti sampai surat saman tak berbaloi pulak kena turun naik mahkamah pasai isu yang tak berapa nak ada isu ni.
Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub menyangkal tuduhan liar Ahli Parlimen Pengerang Datuk Azalina Othman bahawa perserta Himpunan Hijau membantah projek petrokimia di Pengerang pada 30 September dibayar.
Azalina di dalam perbahasan Bajet 2013 di Dewan Rakyat hari ini mendakwa mereka yang mengambil bahagian dalam himpunan hijau tempoh hari masing-masing dibayar RM30.
Salahuddin menafikan dakwaan itu dan menyatakan beliau tidak mengeluarkan satu sen pun untuk membayar setiap peserta himpunan.
Malah beliau percaya, kehadiran peserta ke himpunan hijau tempoh hari kerana kerelaan hati mereka untuk melahirkan solidariti terhadap penduduk Pengerang.
"Itu tidak betul.
Saya tidak keluar satu sen pun untuk membayar mereka agar mereka datang himpunan itu," katanya ketika ditemui.
Salahuddin mengakui, Datuk Abdul Ghani Othman seolah-olah berdiam diri dalam hal ini dan beliau bersedia bersemuka dengan Menteri Besar Johor itu pada bila-bila masa.
Salahuddin akan menghantar surat rasmi kepada beliau untuk menyatakan kesediaanya duduk berbincang menyelesaikan masalah itu.
"Tak mahu debat pun tak apa, janji kita boleh duduk berbincang.
Kami bersedia bila-bila masa," katanya.
Terdahulu, Azalina mendakwa tindakan membayar peserta antara sebab pihak penganjur berjaya menarik orang ramai menghadiri perhimpunan tersebut.
Malah Azalina menafikan seramai 7,000 peserta yang hadir dalam himpunan tersebut sebagaimana diuar-uarkan penganjur.
"Kawasan itu kecil sahaja, boleh tampung kira-kira 3,000 orang yang hadir.
Saya tidak tahu macam mana kawasan itu boleh muatkan seramai 7,000 orang," katanya sambil mendakwa mereka yang hadir adalah orang luar.
Dalam membahaskan isu itu, Azalina kelihatan cukup beremosi turut mengundang celahan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar yang bangun bagi mendapatkan penjelasan mengenai asas tuduhan tersebut Namun, Azalina enggan memberi laluan kepada Nurul Izzah menyebabkan berlakunya pertikaman lidah, dan kedengaran Nurul Izzah meminta beliau mengawal emosi ketika berbahas.
Azalina sebelum ini mencabar Salahuddin Ayub untuk berdebat mengenai projek tersebut, bagaimanapun Salahuddin menolaknya dengan berkata beliau sebaliknya mahu berdebat dengan Abdul Ghani Othman, kerana hanya menteri besar yang boleh bercakap mengenai perkara yang berkaitan dengan tanah. ~harakahdaily
KUALA LUMPUR - Harga tangki air plastik sehingga lima kali ganda dari harga pasaran telah menimbulkan keraguan dan mengejutkan ramai pihak dengan peruntukan RM100 juta oleh Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional dalam Belanjawan 2013 mereka untuk Sabah dan Sarawak bagi menyediakan 40,000 tangki plastik untuk simpanan dan tadahan air rakyat di kawasan pedalaman negeri tersebut.
Menurut Ahli Parlimen Kota Kinabalu Dr. Hiew King Cheu, harga RM2,500 setiap sebuah tangki plastik adalah tidak masuk akal dan tidak boleh diterima.
"Dalam satu semakan yang dibuat untuk sebuah tangki yang hampir serupa dengan tangki 1Malaysia yang dibekalkan sebelum ini, kita dapati harga sebenarnya cuma sekitar RM500 sebuah. Jika ditambah dengan kos pengangkutan dan keuntungan, ia tidak akan semahal itu,"
Menurut beliau, kerajaan BN tanpa segan silu membuka pekung mereka sendiri kerana apa yang paling diperlukan penduduk di kampung dan kawasan pedalaman ialah bekalan air paip yang terawat bukannya tangki air plastik.
"Sampai sekarang, bekalan air terawat tidak boleh didapati walaupun rumah penduduk kampung mempunyai paip air. Kenapa ini boleh berlaku? Kenapa penduduk kampung terutamanya di Sabah ini dipinggirkan?" soalnya dalam kenyataan kepada media hari ini.
Katanya lagi, pemberian tangki plastik ini bukanlah satu penyelesaian masalah jangka panjang.
"Apa gunanya tangki tersebut dalam musim kemaru yang panjang atau lebih dari seminggu? Penduduk akan tetap menderita ketiadaan air," ujar Dr. Hiew.
Dalam perkara yang sama, satu-satunya Ahli Parlimen DAP di Sabah itu berkata bahawa air yang ditakung dari air hujan tersebut tidaklah bersih dan biasanya menjadi tempat nyamuk bertelur.
"Kekotoran pada bumbung rumah juga boleh menyebabkan air takungan tersebut tercemar." jelasnya lagi.
"Oleh yang demikian, perkara yang perlu diutamakan bukanlah tangki air plastik tetapi membekalkan bekalan air bersih terawatt kepada kawasan pedalaman untuk memastikan kesihatan penduduk terjamin." ~roketkini
PETALING JAYA – Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendakwa terdapat lebih 10 pegawai kerajaan terlibat dalam komplot menjadi tali barut Suara Rakyat Malaysia (Suaram) untuk mendedahkan maklumat melibatkan keselamatan negara.
Presidennya, Azwanddin Hamzah mendakwa, pegawai kerajaan itu juga terlibat menutup maklumat Suaram menerima dana asing yang dikatakan bernilai kira-kira RM100 juta sejak 1998. Azwanddin mendakwa pegawai kerajaan itu disogok Suaram melalui dua syarikat iaitu Suara Komunikasi Enterprise dan Suara Inisiatif Sdn Bhd.
"Saya dapat beberapa bukti dan ini merisaukan kerana bagaimana pegawai kerajaan ini berani menerima sogokan Suaram untuk dedah rahsia kerajaan.
"Ia melibatkan beberapa kepentingan dalam kementerian dan jabatan antaranya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Bank Negara," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam. ~sinar
Iklan
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan dakwaan bahawa projek membina 57 kedai rakyat 1Malaysia di seluruh negara sebanyak RM386 juta sebagai tidak keterlaluan.
Perghhh.. RM386 juta bukan keterlaluan.. nak bina kedai nak lawan rakyat yang meniaga runcit kecil2an. Manalah rakyat mampu nak sedia juta-juta nak bukan kedai runcit.
Kerajaan buka bisnes sekadar untuk dikuasai oleh pihak tertentu. Rakyat marhaen tentu tak mampu nak lawan kerajaan meniaga. Kerajaan bercita baik kerana membuka kedai runcit sekadar nak menyediakan barangan lebih murah.
Kalau benar-benar nak sedia barangan lebih murah dna berlaku adil pada kedai runcit yang bukan terima bantuan kerajaan... kedai 1malaysia silalah menjual barangan yang sama jenama dengan harga yang lebih murah.
Ismail Sabri berkata demikian sebagai menjawab dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bahawa projek pembinaan 57 buah Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di seluruh negara pada kos RM386 juta itu adalah keterlaluan.
Ismail berkata, ia bukan setakat membina kedai semata-mata, tetapi juga pelbagai lagi kos seperti kos barangan dan kos pengangkutan.
Apa punyai Menteri ler...
Beliau berkata: "Jika dikira betul-betul, kos untuk mewujudkan kedai sahaja akan melibatkan wang sebanyak RM1.5 juta sahaja sementara yang lainnya pergi kepada perbelanjaan lain."
Beliau menyindir Lim dengan berkata, setiausaha agung DAP itu patut belajar mengira dengan betul supaya lain kali beliau mendapat fakta yang betul. Sepatutnya beliau yang belajar matematik kerana Lim sebenarnya seorang akauntan..sedangkan Ismail hanya lulusan sastera.
Apa nak diherankan, semuanya tiris kerana kebanyakan mangkok yang ada dalam Umno-BN dah retak dan sesetengahnya pecah...
Ini satu lagi hal si Mydin Mohamed Holdings Bhd yang mendakwa sesiapa sahaja boleh buka kedai KR1M. Betullah sapa sahaja boleh buka kalau dah kerajaan sediakan duit dan peruntukan dan kelulusan. Tapi setakat la ni sapa yang dok dapat..dok puluh.. Mydin kan.. he he
Sedap je, Pengarah Urusannya, Datuk Ameer Ali Mydin menyangkal dakwaan bahawa syarikat beliau memonopolikan francais KR1M tetapi sebaliknya berkata sekurang-kurangnya empat kedai KR1M dikendalikan oleh usahawan lain dan beberapa lokasi lagi menjelang akhir tahun.
Aduhhhh empat kedai usahawan lain daripada 57 buah kedai.. bukankah itu monopoli namanya,.
"Tiada monopoli oleh Mydin seperti yang didakwa oleh ahli politik tertentu," kata Ameer.
"Jika usahawan lain mahu mengambil-alih mana-mana kedai KR1M yang dikendalikan oleh kami, mereka dialu-alukan berbuat demikian."
Beliau berkata, Mydin hanya memudahkan bantuan kepada kerajaan untuk mewujudkan KR1M, sambil menambah bahawa ia hanya memperoleh margin keuntungan 1 peratus hingga 2 peratus daripada KR1M.
Bugatti Veyron ini milik anak tun dr mahathir? Kau ada
Bugatti Veyron, memang antara kereta mewah termahal berharga jutaan ringgit, malahan cukai jalan sahaja dalam lebih RM20,000 setahun belum lagi insurans. Namun Andy House sengaja menghumbankan kereta itu ke dalam laut tiga tahun lepas.
porsche ini milik dato azalina othman ?
House berbuat demikian kerana ingin menipu dalam tuntutan insuransnya.. namun dia tidak menyangka insiden itu dirakamkan.
Semasa membuat laporan polis, House berkata, ketika memandu di laluan jalan antara negeri di Texas untuk ke lagun La Marque, telefon bimbitnya terjatuh.
Apabila dia menoleh ke jalan semula selepas mengambil telefon bimbit berkenaan, House mendakwa dia hampir melanggar seekor burung undan, menyebabkan kereta Bugati itu terbabas.
Dia memfailkan tuntutan bernilai AS$2 juta (RM6 juta) bagi kerosakan keretanya, tetapi kemudian House terkejut apabila dia disaman kerana menipu.
House dijadual disaman di mahkamah di Galvesto, minggu ini bagi menjelaskan bagaimana insiden itu.
Satu rakaman video menunjukkan tiada burung undan kelihatan di laluan House. Syarikat Insurans Philadelphia Indemnity berkata, mereka mengeluarkan polisi insuran bernilai AS$2.2 juta untuk kereta House pada 2006 - kira-kira tiga minggu sebelum insiden itu.
Rakaman video juga menunjukkan House tidak cuba menekan brek ketika kejadian, sebaliknya "sengaja" memandu kereta Bugatti itu ke arah laut..
You are subscribed to email updates from PERAKITE To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin
75% rakyat Malaysia tidak senam
KUALA LUMPUR - Sebanyak 75 peratus daripada 27 juta rakyat Malaysia didapati tidak atau kurang melakukan senaman, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.
Beliau berkata sebahagian rakyat negara ini tidak sedar mereka terdedah kepada penyakit pembunuh 'dalam diam' seperti diabetes dan hipertensi disebabkan amalan gaya hidup kurang sihat.
"Di Malaysia, kira-kira 2.6 juta penduduk dewasa menghidap penyakit diabetes, 5.8 juta menghidap hipertensi dan 6.2 juta mempunyai kolestrol tinggi.
"Apa yang lebih merungsingkan ialah ramai dalam kalangan rakyat tidak sedar bahawa mereka mempunyai penyakit pembunuh dalam diam itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Bersama Pelanggan Hospital Ampang di sini hari ini.
Jelasnya, Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2011 menunjukkan prevalen penyakit diabetes meningkat 15.2 peratus pada 2011 berbanding 11.6 peratus pada 2006 manakala hipertensi dalam kalangan dewasaberumur lebih 30 tahun juga meningkat daripada 32.2 peratus pada 2006 kepada 32.7 peratus pada 2011.
Rosnah berkata peningkatan itu jelas membimbangkan dan perlu diberi perhatian oleh semua pihak bukan sahaja di peringkat kementerian bahkan peringkat akar umbi termasuk hospital, Klinik Kesihatan dan anggota masyarakat sendiri.
"Selain mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam dan pemakanan sihat, pemeriksaan saringan kesihatan juga amat penting, dan kita amat menggalakkan rakyat menjalani pemeriksaan kesihatan bagi memastikan penyakit-penyakit berkenaan dikurangkan," katanya. - Bernama
Ali Rustam: Pakatan dengki dengan kenduri anak saya
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, Pakatan Rakyat "dengki dan iri hati" apabila sengaja memperbesar-besarkan isu majlis perkahwinan 'mega' anak lelakinya.
Beliau berkata, perkara itu hanyalah mainan politik pembangkang dan beliau tidak kisah apa yang dilakukan oleh pihak berkenaan.
"Dia orang ini memang dengki dan tak ada kerja lain, gasak dia oranglah nak buat apa.
"Orang nak datang rumah saya sampai 130,000 sehingga dicatat dalam MBR (Malaysia Book Of Records) apa saya boleh buat, nasib baik anak saya kahwin kalau saya kahwin lagi ramai orang datang.
"Mereka datang pun kerana mereka menyokong BN, tetapi yang bukan penyokong BN pun ramai yang datang," katanya ketika ditemui pemberita di Ayer Keroh hari ini.
'Dia kahwin dulu berapa belanja?'
Beliau sekali lagi berjenaka apabila ditanya mengenai adakah beliau bercadang untuk mengisytiharkan segala perbelanjaan dalam majlis perkahwinan berkenaan.
"Saya minta Lim Kit Siang isytiharlah masa dia kahwin berapa belanja dan Lim Guan Eng kahwin dulu berapa belanja, Mat Sabu kahwin dulu berapa belanja, menteri-menteri besar di kahwin dulu berapa belanja, suruh di isytihar," katanya.
Sementara itu, beliau turut ditanya mengenai tindakan pembangkang Melaka yang membuat laporan isu berkenaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
"Terpulanglah padanya nak buat apa sebab ini negara demokrasi," katanya.
Laporan oleh Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin itu dibuat berdasarkan laporan akhbar yang menyebut kos majlis itu sebanyak RM600,000, sekali gus melebihi kemampuan ketua menteri.
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar juga semalam mendakwa terdapat penglibatan agensi kerajaan negeri dan kerajaan tempatan dalam penganjuran majlis itu dan dana kerajaan digunakan tanpa bayaran.- Malaysiakini
Ya... Kita setuju sangat dengan usul Anwar bahawa debat perdana antara Najib dengan Anwar dibuat secepat mungkin. Lebih cantek kalau buat live kat TV...
Biar rakyat tentukan sapa yang betul dan sapa yang salah. Biar rakyat tengok sendiri sapa yang lebih layak dan bertokoh sebagai pemimpin kita dimasa depan...
Satu lagi kerja cemerlang dari bekas anak didik Anwar...
Baik-baik orang dah nak terlupa kisah Najib dengan skandal Scorpene...
Mamat neh bangkit dengan bergaya... Dikala Najib pun tak mau komen soal Scorpene neh...
Dia dengan bangga mengingatkan dunia... Tentang kaitan Najib dengan Scorpene...
Bagussss dan tahniah...
Teruskan kerja cemerlang anda...
Dalam politik neh... Musuh kepada musuh pun boleh jadi kawan yang baik...
Kahkahkah...
****************************************
'Siasatan Scorpene cuba wujud tanggapan Najib salah'
PERKASA berkata, siasatan mahkamah Perancis terhadap urus niaga Scorpene secara tidak adil memberikan tanggapan bahawa Datuk Seri Najib Razak terlibat walaupun mahkamah belum membuat sebarang keputusan.
Ketua penerangan kumpulan pendesak Melayu itu Ruslan Kassim (kanan) berkata, walaupun semua pihak mahukan kebenaran, tiada pihak patut dikatakan bersalah selagi belum dibuktikan.
Bagaimanapun, katanya lagi, pengadilan seolah-olah dibuat di mahkamah awam apabila kumpulan hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mencipta tanggapan bahawa Najib terlibat.
Bercakap dalam rancangan bual bicara MobTV, Ruslan membuat spekulasi, tanggapan itu disengajakan demi mempengaruhi keputusan pilihan raya umum yang akan datang.
Mengulas perkara itu, Sivarasa bagaimanapun berkata, kerajaanlah sebenarnya mengawal media arus perdana dan menggunakannya untuk mempengaruhi tanggapan umum.- Malaysiakini
Jumlah 'dislike' #TanyaNajib bukti orang muda tolak PM, Bajet BN
KUALA LUMPUR 4 Oktober: Jumlah 'dislike' yang jauh melebihi 'like' pada rakaman Youtube sesi #TanyaNajib 2013 melalui Google Hangout malam tadi jelas menunjukkan warga maya, kebanyakannya orang muda menolak kepimpinan Perdana Menteri itu, terutama mengenai Bajet BN 2013.
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Lee Khai Loon berkata, sangat pelik apabila percubaan Najib mendekati orang muda ditolak melalui jumlah 'dislike' yang direkodkan.
Najib berinteraksi secara langsung dengan rakyat menjawab soalan berkenaan Bajet 2013 dan rakaman sesi itu dimuat naik di Youtube rasmi beliau sendiri dan saluran Astro Awani.
Pada rakaman itu sebelum ia ditarik balik, jumlah 'dislike' penonton adalah 1,409 dan 'like' pula 605, manakala di saluran Astro Awani, jumlah 'dislike' adalah 1,774 berbanding 'like' sebanyak 90.
Bagi menutup malu, video itu turut diprivatekan sebelum itu. Ini jauh berbeza dengan sambutan terhadap #BorakAnwar yang mendapat sambutan hangat dalam acara sama baru-baru ini.
"Orang muda tak mahu lihat Najib cakap banyak sangat, sebaliknya sahut cabaran debat dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Najib juga hanya beri jawapan selamat dan retorik…soalan kritikal dan penting tidak dilayan," kata Khai Loon ketika dihubungi.
Malah Najib juga tidak menjawab soalan oleh Khai Loon seperti ketidakhadiran beliau ketika Anwar membahaskan Bajet 2013 dan pertembungan peranannya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
"Walaupun Najib tidak jawab (soalan kritikal), orang muda bijak dan akan menilai kelayakan beliau sebagai Perdana Menteri, khasnya ketika pilihan raya umum akan datang," kata Khai Loon lagi.
Anwar merupakan pemimpin pertama di Malaysia dan Asia Tenggara memanfaatkan Google Hangout pada 17 Oktober lalu.
Setakat ini, jumlah 'like' pada rakaman sesi yang dimuat naik di saluran 'Anwar Ibrahim' adalah sebanyak 1,352 manakala 'dislike' hanya 163.- KD
Zunar melukiskan karikatur itu secara langsung di atas pentas sebelum lukisan itu dibeli.
Lukisan karikatur Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwar Ulhaque yang diberi nama '"Kuasa Rakyat" pula mendapat bidaan kedua tertinggi apabila dibeli dengan harga RM32,000.
KUANTAN: Seorang suri rumah yang dipercayai tauke loteri haram diberkas di rumahnya di Kampung Sungai Penjuring dekat Bentong petang Rabu.
Semasa intipan dibuat, wanita berusia 51 tahun itu dikatakan sedang sibuk menulis sesuatu dipercayai catatan loteri haram.
Menurut Pegawai Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang ASP Noor Asyikin Shamsuri, polis menyerbu dan mengepung rumah berkenaan kira-kira 5.45 petang sebelum mengarahkannya membuka pintu.
"Ketika polis memperkenalkan diri, wanita terbabit cuba melarikan diri ke belakang rumah namun dia berjaya ditahan.
"Hasil pemeriksaan, polis menemui 89 helai kertas yang tercatat nombor ekor haram selain turut merampas sebuah mesin kira dan telefon bimbit," katanya di sini, Khamis.
Noor Asyikin berkata polis juga menemui wang tunai berjumlah RM830 yang dipercayai hasil daripada aktiviti jual beli nombor ekor haram terbabit.
Katanya wanita berkenaan dan barangan yang dirampas itu kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.
"Siasatan awal mendapati, wanita berkenaan dipercayai sudah terbabit dalam kegiatan haram itu sejak beberapa bulan lalu selain menjadikan rumahnya sebagai markas untuk berurusan jual beli nombor ekor haram," katanya.
Beliau berkata polis masih meneruskan siasatan berhubung kejadian terbabit mengikut Seksyen 4A (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. - BERNAMA
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
"KUALA LUMPUR, 5 OKT : Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Ketua Pemuda MIC, T Mohan antara yang didakwa mempunyai kaitan dengan kumpulan gangster berkaitan kaum India.
Sepucuk surat yang bertarikh 20 April 2012 ditulis oleh 'Ahli Umno Selayang Baru' dihantar ke peti surat pejabat Gabungan Hak dan Kebajikan Rakyat (Power) menyatakan, ketiga-tiga pemimpin terbabit menghadiri satu majlis Deepavali di The Mines, Sri Kembangan.
Surat tersebut diajukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan, majlis Deepavali itu dihadiri oleh 7,000 orang pemuda-pemuda India yang merupakan ahli geng kongsi gelap 36.
Turut dimaklumkan dalam surat berkenaan, tetamu kehormat yang hadir diberikan cenderahati dengan logo agama Hindu geng 36.
Marah apabila menyedari dirinya menjadi mangsa pembodohan oleh pemimpin UMNO, Ketua Cawangan UMNO Permatang Tengah bertindak membakar baju UMNO/BN miliknya di tengah-tengah Pekan Permatang Pauh petang tadi.
Ketua UMNO Cawangan Batu 5, Permatang Tengah, Permatang Pauh itu yang dikenali sebagai Talib dalam masa yang sama juga mendesak Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Datuk Omar Faudzar meletakkan jawatan mereka.
Talib ketika kejadian mendakwa dirinya mewakili seluruh Ahli UMNO Cawangan Batu 5, yang takut untuk kedepan.
Ini perlu kerana menurut beliau kedua-dua pemimpin UMNO di Pulau Pinang itu telah menipu dan menjual harta dan tanah milik Melayu di Pulau Pinang.
Antara yang jelas membuktikan penipuan kedua-dua pemimpin UMNO itu dakwa Talib ialah Bazaar Perdana, Bandar Perda dan yang terbaru ialah penjualan tanah yang dimiliki oleh 31 orang Melayu di Kampung Terang Balik Pulau, Pulau Pinang.
Dalam transaksi penjualan tanah itu, dakwa Talib syarikat milik kedua-dua pemimpin UMNO Pulau Pinang itu telah memperolehi keuntungan RM5 Juta setelah menjualnya kepada pemaju. "Adakah begini caranya Pemimpin UMNO Pulau Pinang memperjuangkan nasib Melayu Pulau Pinang?" soal Talib.
"Mereka sering memekik dengan slogan HIDUP MELAYU!! HIDUP MELAYU!! Tapi dalam masa yang sama merekalah sebenarnya yang menyebabkan Melayu Pulau Pinang terpinggir dan merempat di tanah air sendiri"
Dalam masa yang sama beliau juga telah mengedarkan risalah atau dokumen yang menyokong dakwaannya itu kepada orang ramai yang melalui jalan tersebut.
Antara kandungan risalah tersebut ialah senarai nama 31 orang pemilik yang telah menjadi mangsa kerakusan pemimpin UMNO itu, dokumen yang membuktikan tanah tersebut telah dibeli dan dijual semula serta salinan dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang mana didalamnya tersenarai nama pemimpin UMNO itu sebagai pemilik syarikat terbabit.
Ketika ditanya adakah beliau masih akan kekal bersama UMNO setelah sedar dirinya menjadi mangsa pembodohan oleh pemimpin UMNO?
Jawabnya "Hang tunggu 14hb ini!!"..
Kata orang... Terbakar kampung nampak berasap. Terbakar hati siapa yang tahu..
Untuk pengetahuan semua Talib sememangnya telah lama bersama UMNO.. buat yang masih baru atau berhingus bak kata Talib.. fikir-fikirkanlah.. jangan biarkan diri anda terus menjadi mangsa pembodohan pemimpin UMNO!!
Patutlah Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub Ahli Parlimen PAS Kubang Kerian menolak untuk berdebat dengan Azalina Othman yang juga Ahli Parlimen Pengerang ini.. ganas rupanya penyampaian dia..
Apa yang disampaikan olehnya sebenarnya bukanlah sesuatu yang memedihkan telinga tetapi cara penyampaiannya kelihatan ganas sekali.. kalau tak percaya korang tengok dan 'mute' kan suaranya..
Ini sebahagian dari apa yang disampaikan olehnya seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini..
Mereka yang mengambil bahagian dalam Himpunan Hijau membantah projek petrokimia Pengerang pada 30 September lalu masing-masing dibayar RM30, dakwa ahli Parlimennya, Datuk Azalina Othman hari ini.
Membahaskan bajet di Dewan Rakyat, Azalina berkata itulah sebabnya pihak penganjur berjaya menarik orang ramai, yang didakwanya kebanyakannya orang luar, untuk menghadiri perhimpunan tersebut.
Azalina berkata pihak penganjur mendakwa perhimpunan itu dihadiri 7,000 tetapi beliau sebaliknya mendakwa telah difahamkan hanya 3,000 orang yang hadir kerana kawasan tersebut kecil.
Oleh itu, beliau tidak tahu bagaimana kawasan itu boleh memuatkan seramai 7,000 orang, sambil mendakwa ramai daripada mereka yang hadir itu adalah orang luar dan dibayar RM30 setiap orang ~ Malaysiakini
Tengoklah betapa ganasnya penyampaian dia..
Yang nak mencelah pulak ialah Nurul Izzah... maka semakin terserlahlah kejantanan Azalina Othman tu..
Berdasarkan apa yang disiarkan oleh kebanyakkan blog Pro Pakatan Rakyat semalam, Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Lee Khai Loon membuat kesimpulan bahawa kebanyakan orang muda menolak kepimpinan Perdana Menteri.
Ini berdasarkan jumlah'dislike' yang jauh melebihi 'like' pada rakaman Youtube sesi #TanyaNajib 2013 melalui Google Hangout.
Pada rakaman itu sebelum ia ditarik balik, jumlah 'dislike' penonton adalah 1,409 dan 'like' pula 605, manakala di saluran Astro Awani, jumlah 'dislike' adalah 1,774 berbanding 'like' sebanyak 90.
Najib berinteraksi secara langsung dengan rakyat menjawab soalan berkenaan Bajet 2013 dan rakaman sesi itu telah dimuat naik di Youtube rasmi beliau sendiri dan saluran Astro Awani.
Bagi menutup malu dan mengelakkan menerima jumlah 'dislike' yang lebih besar video di Youtube rasmi milik Najib itu diprivatekan - sila baca di ( SINI )
Dan sebagaimana yang telah dijangkakan video #TanyaNajib 2013 akan menerima jumlah 'dislike' yang semakin banyak jika ianya tidak diprivatekan..
Ianya terbukti benar..lihatlah printscreen di bawah..
Kalau 1,774 'dislikes' dikatakan ditolak golongan muda.. tapi 11,131 ni kita nak kata apa pulak?..
Mungkin ditendang lebih sesuai kot??
Tunjukkanlah sokongan korang kepada Najib dengan mengundi video ini di ( SINI )
Menurut Jui Meng, ketika cadangan projek RAPID di Pulau Indah, Selangor, syarikat terbabit memohon penggunaan tanah hanya seluas 2,889 ekar tetapi di Pengerang, Johor 22,500 ekar diberikan..
22,500 ekar tanah ini diambil melalui Akta Pengambilan Tanah 1960, ianya melibatkan 10 perkampungan Melayu dengan 25,000 orang penduduk terpaksa dipindahkan.
Jika perkara ini berlaku di Pulau Pinang pasti akan kelihatan pihak-pihak yang memperjuangkan nasib Melayu akan sibuk mengadakan demonstrasi..
'Tanah milik Melayu dirampas dan penduduk diusir' pasti akan menjadi tajuk utama media yang dikongkong UMNO/BN..
Tetapi oleh kerana ianya berlaku dinegeri yang didakwa sebagai kubu kuat UMNO dan dilakukan pula oleh pemimpin dari parti yang mendakwa sebagai pejuang Melayu serta melibatkan tanah milik Melayu... maka "Takpe asalkan Melayu..." digunakan mereka?
KEADILAN mendedahkan wujud konspirasi antara Menteri Besar Johor, Datuk Ghani Othman dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di sebalik projek Pembangunan Bersepadu Penapisan & Petrokimia (Rapid) di Pengerang Johor.
Menurut Naib Presidennya, Datuk Chua Jui Meng, Ghani dan Najib sengaja merampas tanah penduduk seluas 22,500 ekar menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960, bertujuan membolot sebahagian tanah tersebut untuk diagih kepada kroni mereka.
"Berdasarkan pemerolehan tanah secara besar-besaran ini, kerajaan negeri membeli tanah tersebut dengan harga murah, kemudian diagih kepada syarikat kroni.
"Selepas status tanah ditukar daripada pertanian kepada pembangunan, harga tanah tersebut akan melambung sehingga 100 peratus.
"Ini adalah taktik yang diguna Ghani dan Najib sekaligus menguntungkan mereka dan kroni Umno BN," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN. Rapid pada asalnya berminat melabur di Selangor
Pengerusi KAEDILAN Johor itu berkata, projek Rapid telah beroperasi di Taiwan selama 52 tahun dan ia dikendali oleh syarikat China Petroleum Corporation (CPC) dan Kuo Kuong Corporation.
Katanya, Presiden Baru Taiwan, Ma Ying-Jeou tidak meneruskan lesen tersebut selepas menerima tentangan daripada rakyatnya.
Jelas Jui Meng lagi, CPC dan Kuo Kuong bersama satu syarikat tempatan Everwish Sdn Bhd kemudiannya memohon untuk meneruskan projek itu di Pulau Indah, Selangor.
"Bagaimanapun, kerajaan Selangor menolak projek ini walaupun dikatakan akan meningkatkan jumlah pelaburan asing (FDI) dengan menerima RM10 bilion setahun serta 20,000 peluang pekerjaan," katanya.
Najib, Ghani sambar apa yang ditolak Taiwan dan Selangor
Jui Meng berkata, selepas Selangor menolak permohonan tersebut, CPC dan Kuo Kuong memohon kepada Petronas untuk meneruskan projek Rapid di Malaysia.
Najib yang juga Pengerusi Petronas, tanpa berfikir panjang menerima projek itu dan mengisytihar ia akan dibangunkan di Pengerang dengan kos RM60 bilion, pada 13 Mei 2011.
"Untuk menunjukkan rasa bersyukur atas projek yang akan dilaksanakan itu nanti, Najib mengumumkan pengecualian cukai selama 10 tahun terhadap projek ini," katanya.
Menurut Jui Meng, ketika cadangan projek itu di Pulau Indah, CPC dan Kuo Kuong memohon penggunaan tanah hanya seluas 2,889 ekar.
"Ia tidak memerlukan kerajaan negeri mengambil tanah penduduk menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960, ia mengikut persetujuan pembeli dan penjual berdasarkan pasaran semasa," katanya.
Beliau berkata, berbeza di Johor, kerajaan negeri sewenang-wenang merampas tanah seluas 22,500 ekar dengan niat membolot sebahagian tanah dengan harga yang murah.
"Ghani memperdaya penduduk Pengerang, kerana yakin tiada bantahan daripada mereka, seperti yang berlaku di Kuantan apabila penduduk membantah projek Lynas.
"Mungkin mereka merasakan Johor adalah kubu kuat Umno, dan rakyat akan menerima apa sahaja yang dilakukan oleh Umno BN," ujarnya ~ KeadilanDaily
Peguam Perancis William Bourdon yang mewakili Suaram dalam kes urus niaga Scorpene menyatakan kesediaannya untuk hadir memberi taklimat berhubung perkara itu kepada anggota Parlimen Malaysia.
Bagaimanapun, katanya, ia dengan syarat pihak berkuasa daripada Umno dan kerajaan BN menjamin keselamatannya di negara ini.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bertemu Bourdon di Paris. Perkara itu dilaporkan di laman Facebooknya.
Anwar baru-baru ini dilaporkan ke Perancis untuk mengundang peguam itu dan DCNS untuk memberi taklimat kepada Parlimen Malaysia.
Bourdon tahun lalu hadir ke Malaysia untuk menghadiri jamuan makan malam untuk mengumpul dana tetapi kemudiannya dihantar pulang ke negara asal.
Seorang bekas pegawai akaun, Noraniza Idris dihukum penjara 80 hari dan diperintah membayar pampasan RM40,000 kepada bekas majikannya oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah mengaku bersalah melakukan pecah amanah antara Julai dan September tahun lalu.Noraniza, 25, yang hamil tiga bulan mengaku menyalahgunakan wang RM60,651 milik syarikat perkhidmatan penghantaran logistik, syarikat East West Freight Services Sdn. Bhd. antara 29 Julai dan 7 September tahun lalu di syarikat berkenaan di Pelabuhan Klang. Tertuduh dilihat menangis teresak-esak apabila Hakim Mat Ghani Abdullah menjelaskan berulang kali tentang hukuman penjara lapan bulan jika dia gagal membayar pampasan tersebut dalam tempoh empat bulan iaitu sehingga 4 Februari tahun depan.
You are subscribed to email updates from pemuda cheh To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Pahang Daily Online (PDO) ingin memaklumkan bahawa Blogger Cucumatkilau(foto) tidak lagi berkhidmat dengan portal panas ini mulai 1 Oktober 2012 yang lalu. Ini kerana beliau terpaksa menumpukan sepenuh perhatiannya kepada "Radio Internet Paling Pedas Dalam Dunia"Cili.FM yang kini semakin mendapat perhatian rakyat Malaysia sekarang ini. Maka itu PDO merakamkan ucapan penghargaan di atas segala sumbangan beliau sejak penubuhan blog ini sejak empat tahun yang lalu. Semasa berkhidmat dengan PDO beliau telah banyak menyumbangkan artikel panas berkaitan politik tanahair termasuk isu-isu rakyat di Kuantan khasnya dan negeri Pahang amnya. Semasa bersama PDO, beliau juga telah bertanggungjawab dalam urusan pengiklanan dan berjaya menaikkan nama blog ini setanding dengan blog-blog yang lain di negara kita. Malah, hits pelawat ke blog ini hampir mencecah empat juta sejak ditubuhkan pada 31 Ogos 2008 yang lalu. Malah, rating PDO terus meningkat dari masa ke semasa sehingga berjaya menarik ribuan pembaca setiap hari ke blog ini. PDO merakamkan ucapan tahniah kepada beliau atas penubuhan radio internet Cili.FM yang dilihat berjaya memberi harapan baru buat rakyat untuk mendapatkan hiburan dalam konteks yang cukup berbesa daripada semua radio yang ada di negara kita selama ini. Semoga, masa depan dan karier beliau akan bertambah cemerlang dengan Cili.FM hendaknya selepas ini. Dalam pertemuan terakhir dengan beliau di Putrajaya baru-baru ini, dia beberapa kali melahirkan hasrat untuk meningalkan PDO kerana tidak dapat menumpukan dua kerja dalam satu-satu masa. Kami menghormati keputusan tersebut dan menganggap ia satu cabaran kepada PDO untuk mendapatkan blogger serta wartawan baru bagi meneruskan cabaran blog ini di masa-masa yang akan datang. Walau bagaimana pun PDO masih mempunyai beberapa orang lagi penulis dan wartawan yang dilihat mempunyai potensi untuk diketengahkan selepas ini. Akhirkata, semua krew PDO mengucapkan jutaan terima kasih kepada beliau atas segala jasa dan sumbangannya kepada PDO selama ini. Syabas buat djcmk@shukrie!.
[Difahamkan sejak bersama Cili.FM, radio internet tersebut telah mendapat sambutan yang cukup menggalakkkan daripada rakyat Malaysia seantero dunia. Ini kerana, cara pendekatan yang diperkenalkan di mana siaranya lebih telus dan adil untuk rakyat telah berjaya menarik perhatian pendengar. Malah, pemilihan lagu dan isu-isu semasa serta isu rakyat yang dibawa juga merupakan satu kelainan yang tidak ada pada radio lain di negara kita. Tidak cukup dengan itu Cili.FM juga diselitkan dengan tazkirah dan kuliah oleh Ustaz Azhar Idrus setiap kali masuk waktu Zohor. Disamping itu juga penyiaran lagi perjuangan dan ketuhanan ketika beliau ke udara juga menambat hati pendengar. Blogger Cucumatkilau kini mengendalikan rancangan Pedas di Cili.FM setiap hari mulai jam 11.00 pagi hingga 5.00 petang. PDO juga turut mempromosikan radio ini di mana pembaca hanya perlu klik pada butang "play" yang disediakan untuk mendengar siaran tersebut secara langsung. Semoga radio internet Cili.FM akan terus gah di persada maya selepas ini hendaknya. Salam Perjuangan].
KUANTAN,5 Okt - Seorang pelanggan Astro hari ini meluahkan perasaan kecewa terhadap syarikat pembekal TV berbayar itu apabila tergamak memotong perkhidmatan beliau hanya kerana gagal menjelaskan tunggakan sebanyak RM22.15 sahaja. Akibat pemotongan tersebut beliau terpaksa menjelaskan bayaran penyambungan sebanyak RM20.00 dalam bil Astro bulan ini (Oktober). Beliau yang tidak mahu namanya dikenali berkata pihak Astro tidak wajar bertindak melampau seperti itu kerana bil berkenaan bukanlah tunggakan kerana bil bulan September yang sepatutnya dibayar ialah pada 26 haribulan. Ini bermakna bil berkenaan bukanlan tunggakan cuma beliau terkurang semasa membuat bayaran. "Saya hairan Astro tergamak memotong perkhidmatan saya hanya kerana RM22.15, sedangkan ia bukanlah bil tertunggak seperti yang dimaklumkan. Tindakan ini jelas sekali satu penganiayaan dan saya mendesak agar Astro tidak mengenakan caj RM20.00 terhadap bil saya yang berikutnya. Jika hanya kerana jumlah itu (RM22.15) pun mereka sanggup potong perkhidmatan maka sudah pastu Astro mengaut untung lumayan setiap bulan. Bayangkan berapa ramai pengguna yang mempunyai tunggakan seperti itu. Jika saya gagal bayar atau tertunggak sebulan dua mungkin ia boleh dikira sebagai melanggar peraturan yang ditetapkan dan saya tidak kisah untuk menyambung semula siaran itu Astro kenakan caj berkenaan. Ini tidak, caj RM20 dikenakan untuk jumlah RM22.15 yang bukanlah tunggakan itu sebenarnya", kata mangsa yang berkenaan.
Akibat tidak mahu memanjangkan isu berkenaan beliau akhirnya membuat bayaran berkenaan pada jam 4.26 petang 24 September lalu (rujuk resit yang dilampirkan). Malah tertera pada bil berkenaan bayaran caj baru untuk bulan berikutnya ialah sebanyak RM122.15 pada 26 September 2012. Ini bermakna bayaran yang dibuat RM22.15 bukanlah tunggakan kerana bil belum masuk ke tarikh yang berikutnya. Soalnya kenapa Astro tergamak memotong perkhidmatan berkenaan?. Adalah lebih baik baki RM22.15 itu dibawa ke bulan berikutnya dan perkhidmatan tidak dipotong. Di sini jelas menggambarkan Astro begitu kemaruk untuk "membaham" duit penggunannya. Mungkin dek kerana tiada persaingan dengan mana-mana stesyen TV berbayar yang lain maka Astro boleh berbuat apa sahaja demi mencari keuntungan mudah. Bayangkan berapa ramai lagi rakyat Malaysia yang menjadi mangsa seperti ini?. Maknanya Astro mendapat untung mudah dengan memotong perkhidmatan walaupun dalam jumlah yang tidak relevan seperti yang berlaku ini. Kerajaan digesa memantau perkara ini agar Astro tidak sewenangnya menjadikan pelanggan mereka sebagai mangsa bagi mengutip dana mudah seperti ini di masa-masa akan datang.
[Kerajaan wajar memantau beberapa tindakan Astro yang jelas sekali menganiaya pelanggan mereka. Aamatlah tidak wajar caj RM20.00 dikenakan untuk pemotongan siaran sedangkan pelanggan secara automatik telah didera akibat pemotongan itu. Maka, apakah hak Astro untuk kenakan caj lagi sedangkan pelanggan berkenaan terpaksa membayar bayaran tunggakan berkenaan untuk menyambungnya kembali. Maknanya pelanggan tidak dapat menonton siaran kemudian terpaksa pula membayar RM20.00 untuk penyambungan semula. Bukankah ini satu tindakan yang jelas melanggar etika sebenarnya. Malah, kerajaan perlu mengarahkan Astro hanya memotong siaran berbayar mereka jika pun berlaku tunggakan. Siaran seperti TV1, TV2, TV3, TV9, NT7, TV8 dan TV Al-Hijrah tidak wajar dipotong kerana ia adalah saluran kerajaan yang ada pada TV biasa. Kenapa perlu potong kesemuannya hingga menyebabkan pelanggan tidak dapat menonton TV gara-gara pemotongan tersebut. Makanya, kita tidak hairan Astro masuk Bursa Malaysia jika inilah cara mereka mencari untung mudah daripada pelanggannya. Apakah kerajaan sedar semua ini?].
Aku ke sini naik kereta paling laju dalam dunia dengan penuh ego, yang benarnya kalau korang naik motor Yamaha Ego pun boleh potong kereta aku. Selepas subuh tak sempat bersetubuh, aku ambil Atan yang biru matanya terpancar ego contact lensnya meneruskan perjalanan dari Manjung. Warga MediaPerak yang lain, Hadie egonya tak mahu naik dengan aku, dia, Ummu Aiman, Ummi Anni dan KakYah semua sama egonya tumpang kereta Fawi Amin yang besor egonya...huhuhuuuu.
Kak Leha seorang diri dari Selatan naik Landrover menjadi keegoannya membuat banyak mata terbeliak, bertemulah semua blogger dari semua ceruk negara ini di Genting Sepah sebelum ke Janda Baik. Semua kereta-kereta hebat ini akhirnya terpaksa ikut belakang kereta kecil ku ke rumah Abah sebab tak tahu arah, fuh egonya aku bila kereta besor makan asap kereta kecilku.
Berdamailah aku di sana 2 hari bertemu rakan-rakan bloggers & aktivis dari seluruh Malaysia di alam nyata yang selama ini aku hanya berkomunikasi secara alam maya bukan di alam ghaib. Korang nak tgk gambar, video dan penulisan-penulisan blogger atas pengalaman mereka di perjumpaan ini korang rajin-rajinlah scroll page Kita Semua Uncleseekers, Piala Dunia Bola Api 2012 pun ada!
Bila Uncleseekers mengaturkan penginapan untuk perempuan termasuklah Jasmine & Deqman di tempat yang paling atas dan view yang paling menarik di Wadi Hussien, ego keseronokanlah mereka menceritakannya.
Perjumpaan ini adalah susulan pertemuan pertama kami dari team MediaPerak di bulan puasa selepas Uncleseekers dilepaskan dari tahanan lokap. Bermula disitulah aku disambut sebagai keluarga Abah dan terpikat dengan suasana 'wadi' yang diusaha sendiri oleh Abah. Kata Abah, Uncleseeekers sepokok haram pun tak tanam (aku rasa dia mungkin malas atau tak reti, bestnya aku dapat kutuk dia!) dan Pyanhabib yang turut hadir di perjumpaan ini kata dgn egonya pernah menanam 10 pokok durian di taman ini, kisahnya korang baca di S.H.Al Attas,Pyanhabib & Orang Dari Istana (3) atau korang dengar sendiri cerita Pyanhabib dibawah ni.
Rakaman oleh Amrayy, bunyi agak 'mesra alam' dari sungai yang mengalir sebelah lapangan. Kata Pyanhabib, Orang buka blog dia pun ego nak berblog... Masa dia bujang, tak ada kerja, miskin, Abah yang jaga dia. Kata dia dengan ego pasal Uncleseekers,"Masa kecik aku gendong dia..dukung dia..sudah besar jadi banduan!". (satu lagi ruang utk aku kutuk keegoan uncleseekers....huhuhuuu)
Untuk menjayakan program ini, maka berlakulah satu perjanjian ego Uncleseekers dengan aku, kata dia kalau makan tak sedap dia rela di'sepak terajang' sebab segala persediaan makan minum dia yang bertanggungjawab. Amboi! Ego betul bro aku ni, jadi aku mula sampaikan pesanan ini kepada admin page KSU utk diwar-warkan kpd blogger jemputan untuk menunjukkan ego aku pulak. Aku minta admin tulis pesan kat blogger supaya makan sedap-sedap, lepas tu komplen cakap tak sedap dan ramai-ramailah blogger berpeluang sepak terajangnya..... huhuhuuu, peluang ego aku nak musnahkan ego dia!
Tapi misi aku tak kesampaian dek kerana makanan yang sedap tak hingat dunia dari Wadi Hadramawt Restaurant & Saufiville Boutique Resort. Terima kasih beb! Inilah penyelamat Uncleseekers dari terkena hinggap kaki ego ku....wakakaaaaaa! Nasib baik lu bro! Tapi ego dia masih membuak, aku ingat dah abis, rupanya ada cerita ego dia di Oppa Blogger Style (Part 1) , di akhir-akhir kata ego nya,"dan yang paling penting sekali aku dah kotakan janji dan Man kena jelaskan hutang kena penyepak dengan aku satu dusyum..Yahuuu...". (siut je.....ini perjanjian putar alam beb, ibu ayam tak bersalah, ibu manusia yg kejam - bidalan ego aku selepas mengingatkan kata-kata Abah yang banyak belajar dari segenap kejadian alam)
Dalam pertemuan tu jugak, masing-masing menunjukkan egonya sampai ada blogger yang ego tak mahu bagitahu blog dia, tak habis-habis dengan twitter dia! Cipan betul! Bila Abah bercakap didepan, ada yang ego nak bercakap, Abah selamba sound penuh ego! Bila Aduka Taruna diberi peluang bercakap "Bicara Aktivis" (klik utk tonton) dia plak naik ego suruh Abah jangan bercakap...wakakakaaa! Penglipur lara Jeming Hassan sikitnya tinggi ego nya bila bercakap sampai yang lain tak bercakap melainkan ketawa...malah ada yang tak pehe apa yg dia kecek. Bila menang "Piala Dunia Bola Api 2012" (klik untuk tonton), fuh skitnya ego dia, bila kalah dengan "Jagung Manis" (klik utk tonton) buatan Zelmey yang ego juga dia bantah dengan egonya, Abu Nawas dengan ego nya seronok perli bila ego Jeming yang kalah.
Bro Azmi APA juga diberi peluang bercakap, dengan penuh egonya mengistiharkan keluar dari kepompong kotak pemikiran pemerintah, kini menulis & menyokong mengikut isu / tajuk. Zairi & rakan-rakannya dari Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) yang ego 'menghuru-harakan' negara dengan kibaran Bendera Sang Saka Malaya di Janji Demokrasi Dataran Merdeka sempat dia menceritakan kepada aku tujuan sebenar tindakan ego mereka.
Malam dingin selepas segala acara & melantak, KuShah anak Almarhum Sultan Idris Shah yang ada bersama dlm perjumpaan ini menunjukan skill ego nya bermain gitar beriringan bunyi alam cengkerik, Madie pun tumpang ego nyanyi layan kepala! ManjungMari tidurnya cukup ego tak peduli orang dah, ajak makan maggie pun tak mahu, tak class kut, ego sungguh! Tahu-tahu dia buat posting "Gambar Blogger Kena Rasuk", ganas manipulasi egonya! Patutlah anaknya Blogger Ganas Tak Bertempat ikut jejak egonya!
Tapi disebalik kesyahduan petikan gitar KuShah, Abu Nawas yang alim lagi warak memecah kesunyian di Janda Baik dengan nyanyian egonya menghayun kepala berkain pelikat berbaju melayu...wakakaaaa!
Sebelum berpisah, Abah menyampaikan pesanan ego nya terakhir di dalam rumahnya. Sebelum itu, dalam ruang yang sama KuShah dan KuAnn sedang bicara keris yang dipercayai Taming Sari yang dibawa oleh Ku Ann tapi disapa ego Mat Saman Kati, tanpa ego MSK tak mungkin menegur anak-anak Raja ini bagi memberi laluan Abah menghabiskan amanatnya. Abah kata kerja blogger salah satunya adalah menegur, tegurlah sepertimana dia menegur kepincangan blogger tanpa segan silu.
Belum tamat amanat, Jean Francoise dgn egonya masuk lewat duk selindung blakang kerusi, lalu abah menegurnya kalau tak mahu tengok boleh balik sekarang. Dengan egonya Jean kata memang nak kena balik dah, Fuh, egonya! aik kena tegur terus nak balik!.....wakakaaaa. Abah terus dakapnya & amanat terpaksa dihentikan sekejap untuk bergambar semua sebelum ada yang terpaksa pulang awal atas urusan masing-masing yang tak dapat dielakkan.
EGO.....itulah ungkapan yang aku cuba sampaikan di sini, EGO itu ada setiap dari blogger yang hadir termasuklah nama-nama EGO mereka aku tak ceritakan di sini. Renung kembali kata-kata awal pertemuan Abah yang diiringi dengan bunyi alam alunan sungai ditepian santai kita.
Ni aku petik kata-kata Abah untuk sama-sama kita fahami EGOnya seorang blogger:-
- Korang ni terpilih menjadi manusia luar biasa, syarat blogger ni pertama dia degil, EGO dia sangat besar, kalau EGO dia tak cukup besar dia tak boleh mengkritik....bayangkan dia nak mengkritik perdana menteri, dia nak kata raja, dia nak kata orang tu kalau dia fikir orang tu besar, dia nak menyembah tuanku raja...sorry..lah!
- Blogger ni macam raja, raja ni pandang rakyat macam kucing kurap je, itu anak raja yang cakap sendiri. Patik tu maknanya 'anak anjing', kita depan raja 'pacal yang hina'... tapi ini hari blogger-blogger EGO dah berani santak raja macam tu aje, kalau dulu menteri masuk kampung orang sambut dgn kompang, skang nak dilempangkannya! Orang dah tak heran dah dgn menteri, nak salam pun tak mahu. Perdana Menteri datang orang bagi upah pun tak nak pergi.
- Blogger ni EGOnya sangat besar, bukan senang nak letak duduk setempat. Bukan sananglah!...blogger ni macam budak-budak tadika degil! Dia tak dengar cakap orang punyalah! Dia dengar kepalanya sendiri! EGO!
- Saya kumpulkan blogger disini bukan nak satukan pemikiran. Tidak!
- Saya nak melahirkan pemikir! itu saja tujuannya.
Dan macam-macam lagilah, korang layan rakaman rakan videographer baru aku, Blogger Amrayy sesi permulaan bicara Abah di bawah ni.
Namun setiap waktu keegoan itu ditunduki pada yang satu Tuhan Yang Maha Esa! Fikirkan sebelum menulis, gunakan keegoan itu untuk mencari kebenaran!
Terkejut saya menatap berita utama sebuah akhbar tabloid yg tertera 'Najib Pengecut'. Rupa-rupanya al kisah PM yg dikasihi tidak hadir dlm pergulungan hujah yg dibuat oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim...
Bila saya baca hujah tersebut tidak mampulah utk saya mempertahankan PM yg saya kasihi. Mana boleh bila kita bentangkan belanjawan tetapi kita tidak mahu berhujah utk dlm pergulungan kepentingan rakyat. Maaf PM 'tak dapet nak menolong...' u kena dtg sebagai tanggungjawab u sebagai ketua negara demi utk rakyat.
Saya tertarik dgn apa yg berlaku di Amerika di mana telah berlaku debat antara dua pencabar utk menduduki kerusi Presiden. Ketika ini sedang rancak berlaku pemilihan Presiden Amerika. Terbaru pertandingan di antara Mitt Romney dari parti republikan dan penyandang iaitu Presiden Oboma dari Parti Demokratik.
Kedua mereka diberi peluang yg sama utk berhujah di atas pentas yg sama. Berpelukan dan terpancar profesionalnya mereka. Yg penting Presiden berani utk berlawan hujah dgn pencabarnya yg ditonton oleh 60 juta rakyat Amerika di kaca TV.
Calon Presiden Amerika Syarikat (AS) bagi Parti Republikan, Mitt Romney semalam membuat 'serangan' terbaru ke atas polisi luar Presiden Barack Obama yg disifatkannya berbentuk 'pasif dan penafian' sehingga mencetuskan huru-hara di Asia Barat.
Seperti kebiasaan mereka akn bergaduh perihal inflasi, economic,infrastructural, jobs supply, instructed, bell-out dan lain. Tapi di negara kita ceritanya kisah, liwat kali kedua, ada skandal anak haram, Ketua Menteri ada skandal wanita, bas dibeli atau sewa, bas kena simbah cat merah 3 kali tapi tak boleh tangkap sb hantu yg simbah, lempar kasut dlm masjid hantu yg baling....langsung tak membawa kesan positif dari sudut ekonomi rakyat.
Akhir kata dgr apa kata M.Nasir dlm lagu ini.
Selamatkan anak kita Dari padang jerangkap samar Selamatkan anak kita Orde baru politikus usang....
Fikir Selamatkah kita di tangan tukang karut itu Fikir Selamatkah kita di tangan dalang wayang itu Fikir Selamatkah kita di tangan ahli koporat itu Fikir Selamatkah kita di tangan doktor jiwa itu Fikir Selamatkah kita di tangan pakar kitab itu Fikir Selamatkah kita di tangan tuhan-tuhan itu
You are subscribed to email updates from Otai Manjung To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
PETALING JAYA: Sebuah NGO, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) sedang melancarkan skim menjual negara dengan memberi kad pengenalan (MyKad) kepada warga asing secara berleluasa dan tidak terkawal.
"Isu pemberian Mykad kepada warga asing merupakan satu isu yang sangat serius ketika ada warga sendiri yang masih tidak diberi kad pengenalan kerana birokrasi melampau.
"Percayalah lambat laun warga negara sendiri terpaksa merempat di bumi bertuah ini," kata Propaganda SAMM Edy Noor Redzuan dalam satu kenyataan media hari ini.
Menurutnya, keadaan menjadi lebih parah apabila warga asing diberikan pula hak untuk mengundi oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).
Apakah demokrasi negara ini dibiarkan terjual kepada warga asing demi menyelamatkan BN daripada kehilangan kuasa?," soal beliau.
Beliau berkata demikian ketika mendedahkan kes terbaru yang menunjukkan warga asing diberi kelayakan mengundi – satu pengkhianatan besar terhadap kedaulatan negara.
Edy Noor merujuk kepada laporan Akhbar Daily Express bertarikh 29 September 2012 di mana seorang warga asing bernama Hassannuddin Bin Manna memberitahu mahkamah bahawa dia telah membeli Mykad palsu dengan harga RM1000.
Katanya, mahkamah juga telah memutuskan Hassannuddin didenda dan dipenjara kerana memiliki dokumen palsu, sekaligus mengesahkan Kad Pengenalan yang diperolehi Hassannuddin adalah palsu.
"Namun setelah disemak nombor kad pengenalan milik Hassannuddin (741029125463), SAMM mendapati nombor Kad Pengenalan palsu tersebut wujud dalam pangkalan data SPR dan juga merupakan pengundi yang sah.
"Persoalannya, bagaimana seorang warga asing yang telah didapati bersalah oleh mahkamah kerana memiliki kad pengenalan palsu didapati layak untuk mengundi?
"Kad Pengenalan yang dikenalpasti tidak sah, tetapi sah untuk mengundi mengikut bancian senarai pengundi SPR? Bagaimana ini berlaku?," soalnya.
Beliau menambah, "lihatlah bagaimana kedudukan warga asing di serata pelusuk negara walaupun tanpa memiliki dokumen yang sah.
"Mereka mampu berniaga di pasar pagi, pasar petang siang dan malam, membuka gerai, bengkel malah ada yang mempunyai syarikat pembinaan sendiri," terangnya.
Ujar beliau lagi, "bayangkan jika warga asing diberikan kad pengenalan secara sewenang-wenangnya demi mempertahan regim pemerintah sedangkan ia sebenarnya satu skim menjual negara.
"BN sudah semakin lemah dan tidak mampu untuk menang dalam pilihan raya yang juga beberapa kali ditangguh.
"Apakah ini satu lagi kerjasama utuh di antara SPR, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan juga melibatkan bantuan dari Jabatan Imigresen?," soal beliau.
You are subscribed to email updates from edyesdotcom To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Betul punya cilaka! Babi! Hari ini mahfuz mendedahkan peranan jabatan kerajaan negeri dalam membiayai kenduri kahwin anak Ali ketam yang dihadiri lebih 200 ribu orang. Belanjanya rm600 ribu. Mungkin ini sekadar mengikut teladan ketua agama yang beli plat kereta rm500juta. Semua makan free! Ada sponsor! Pergi unrah tiap-tiap tahun sponsored! Naik jet, lim0, beca, basikal semuanya sponsored. Hotel penginapan sponsored tak kiralah ahli politik parti apa sekali pun. Kawan-kawan aku yang punya anak Oku terlantar muntah hijau bekerja cari duit rawatan anak tapi tetap tak mampu. Ini Malaysia punya ahli politik, depa kelahi pun depa kaya! Blahlah lu orang! Jika tiada keseriusan untuk membela anak Oku aku akan tidak mengundi! Sama sahaja!
You are subscribed to email updates from ronasina To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Hari ini Umno Johor baru berjumpa buku dengan ruas. Kalau sebelum ini pemimpin Umno Johor boleh beriba tangan dan tidak perlu gundah gulanda setiap kali tiba pilihan raya umum, kerana parti itu sudah pasti akan menang besar, tetapi kali ini sudah tidak lagi. Perasaan itu bukan menjadi milik mutlak mereka lagi. Tuhan ini maha adil dan maha mentadbir, rasa 'agah' dan megah yang kesekian lama bertakhta di dalam minda pemimpin Umno Johor sudah ditarik perlahan-lahan.
Azlina, Sallahudin bertemu buku dengan ruas.
Kenapa Allah menarik rasa nikmat dan anugerah itu? Jawabnya tidak lain dan tidak bukan kerana mereka mungkin tidak bersyukur atas nikmat dan rahmat diberikan-Nya. Ada firman-Nya bermaksud; kalau kamu mensyukuri nikmatKu, Aku akan tambah, tapi kalau kamu kufur terhadap nikmat Ku, aku akan tarik dan perhinakan kamu.
Apa yang terjadi kini kerana kealpaan dan sikap ego pemimpin Umno itu sendiri. Tegasnya mereka tidak melaksanakan apa yang mereka janjikan kepada rakyat. Mereka mendabit dada kononnya sebagai pembela Melayu, hakikatnya Melayu di Johor semakin terkempit dan terhimpit. Mereka mendabik dada hendak mendaulatkan Islam, hakikatnya Islam terancam dan diserang dari depan dan belakang. Johor gagal menjadi serambi Makkah atau 'jokel' Madinah, walhal kalau hendak dikira negeri itulah mempunyai paling banyak sekolah agama dan pendidikan agama dikatakan wajib diperingkat pra sekolah.
Jadi dimana janji dan ikrar Umno? Itulah menyebabkan nikmat sementara itu ditarik balik. Keadaan Umno hari ini dalam situasi gelisah dan gelabah macam kucing kejatuhan anak. Perasaan dan keadaan ini tidak dapat disembunyikan lagi. Cara sesetengah pemimpin menangkis serangan lawan secara gasan dan samseng menunjukkan betapa mereka diasak kegelisahan. Beberapa pemimpin melenting dan jadi naik angin tidak semena-mena menujukkan hakikat itu. Bahawa mereka tidak lagi merasa selesa dan tidak akan mendapat kemenangan mudah dalam pilihan raya akan datang.
Salah seorang yang tidak dapat menyembuyikan keresahan dan 'mengepikkan' ketakutan dan melenting macam buah guli jatuh ke simen, ting ting ting, ialah ahli Parlimen Pengerang, Azlina Othman Said. Hari ini tidak semena-mena bekas menteri kabinet itu menjadi naik angin tidak tentu fasal, menyerang orang itu dan orang ini sampai mengajak berdebat dengannya.
Khabarnya dalam parlimen semalam beliau menjadi seperti badak sumbu dalam waktu haid, tanduk situ sigung sini. Badak sumbu kalau dia hendak datang bulan dia akan panas baran dan akan mengamuk 'ikut dan' bagi melepaskan perasaanya. Katanya semalam di parlimen Azalina jadi emosi kerana serangan pembangkang ke sarangnya di Pengerang. Beliau marah dengan pembanakng yang mendedahkan isu pojek loji penapis petrokimia (Rapid) yang dicadang dibangunkan di kawasannya.
Pembongkaran projek bernilai RM600 billion berkenaan adalah gangguan ke atas sarangnya di Pengerang itu. Selama ini tidak ada siapa menganggu atau pun mengusik sarangnya. Dua kali beliau menang tidak bertanding di kerusi itu. Jadi apabila sarangnya telah diusik baru Azalina merasa betapa hangat dan panasnya bila kloni diusik dan diganggu.
Katanya orang yang menjadi tandukan dan tendangan ala-ala takewando bekas puteri Umno itu ialah Naib Presiden Pas Sallahuddin Ayub. Azalina marah dan berbuku betul dengan Sallahuddin sampai meminta untuk berdebat dengan ahli parlimen Kubang Kerian itu. Tampaknya pemulangan Sallahuddin ke Johor benar-benar pemulangan seorang pendekar yang baru disintuk limau ia telah memberi impak besar kepada Umno Johor. Baguslah.
Saking marahnya Azalina semalam sampai Nurul Izzah Anwar meminta beliau agar tidak emosi. Izzah minta laluan semasa beliau berucap tetapi tidak diberi laluan. Malangnya semasa Azlina membelasah Sallahuddin, ahli parlimen itu tidak berada dalam dewan.
Ada beberapa perkara yang menimbulkan kemarahan Azalina. Antaranya ialah tunjuk perasaan membantah projek itu yang diadakan 30 September lepas di Pengerang. Azalina marah apabila angka tunjuk perasaan itu dikatakan mencecah 7,000. Sebalik, beliau dakwa hanya 3,000 sahaja. Sebenarnya Azalina tidak perlu emosi dan marah kalau angka yang diperolehi itu lebih tepat. Apabila beliau cuba mempertikaikan soal angka ini menunjukkan perasaan itu menganggu musim-musim tidur dan damainya selama ini.
Perkara lain yang dimarah ialah kononnya pengambilan tanah rakyat itu dibuat tidak adil dan menganiaya rakyat. Beliau melenting apabila tanah rakyat didakwa pemimpin pembangkang dibayar dengan kadar RM2.80 sekaki. Sebelum ini Azalina menjelaskan harga bayaran mencecah RM8 sekaki. Beliau juga sebelum ini marah sampai hendak saman Mazlan Aliman apabila Mazlan menuduh beliau terbabit membawa projek itu ke Pengerang. Saya sedikit hairan dalam hal ini, satu masa Azalina ghairah mempertahankan projek berkenaan dan dimasa lain ketakutan pula bila dikatakan beliau terlibat membawa balik projek itu.
Keadaan ini menunjukkan beliau sendiri tidak yakin dengan projek berkenaan akan memberi keuntungan dan dapat membantu rakyat.
Penganiayaan di zaman Udin.
Bercakap soal Johor ini.. mengenai penganiayaan terhadap rakyat ia sudah lama berlaku. Apa yang bakal berlaku di Pengerang menerusi pengambilan tanah rakyat itu adalah kesenimbungan kemungkaran yang telah lama dilakukan Umno, bukan di zaman sebelum Abdul Ghani Othman menjadi MB tetapi ia berlaku di zaman Udin anak Yassin menjadi MB lagi.
Kerajaan UBN Johor licit dalam mengambil tanah rakyat. Kerakusan itu menyebabkan hampir semua tanah rakyat di sekitar Johor Baharu kini sudah bertukar milik. Dahulu yang membuka tanah menebang hutan dan menarah bukit untuk dijadikan kawasan kediaman ialah orang Melayu. Hari ini apa yang ada lagi di Johor Baharu melainkan kenangan dan nostalgia. Jadi apa yang Umno Johor boleh anugerahkan kepada rakyat Melayu ialah kenangan dan nostalgia.
Mereka tidak terus menghalau rakyat Melayu dari kawasan itu, tetapi ia dibuat dengan penuh tektikal. Kononnya kawasan lokasi Melayu itu dibangunkan untuk membantu orang Melayu Johor. Maka dijanjikan bulan dan bintang kepada rakyat Melayu dan akan diberi bantuan untuk membolehkan mereka memiliki hartanah yang dibangunkan.
Tetapi apabila pembangunan sudah siap, orang Melayu tidak mampu untuk memilikinya kerana harga jauh dari kemampuan mereka. Walhasil atas nama untuk mengelakkan kerajaan menanggung kerugian kerana hartanah tidak dapat dijual, hartanah itu ditawarkan kepada orang asing (Singapura). Yang belinya ada Melayu dan ada Cina. Hendak tidak hendak Melayu yang dijanjikan oleh Umno, dimana janjinya tidak ditepati terpaksa melarikan diri masuk hutan atau terjun laut.
Hari ini penghalauan secara diplomasi dan penuh tektikal terhadap orang Melayu masih berlaku. Beberapa kelompok setinggan di Pasir Gudang, Larkin atau Kempas sedang atau dalam proses penghalauan. Kerajaan UBN tidak mengeluarkan apa-apa surat hak milik kepada mereka kandati mereka sudah tinggal disitu sampai beranak dan bercucu. Sekali lagi nama pembangunan dijual kepada rakyat. Proposal untuk membangun kawasan itu dibuat dengan memberi keutamaan kepada setinggan. Tetapi akhirnya apa jadi, semua hartanah dibangunkan itu jatuh ke tangan pihak lain. Sekali lagi setinggan terpaksa mencari lokasi baru untuk dijadikan tempat kediaman.
Gejela ataupun tindak tanduk itu apakah boleh dikatakan Umno membela rakyat? Orang Johor boleh tanya kepada raja atau sultan mereka hal ini?
Sejujurnya orang Melayu Johor tidak perlu berserah harap kepada Umno lagi. Lupalah sejarah yang menjadi kebanggaan orang Johor kerana semata-mata Umno ditubuh di istana Abu Bakar. Sejarah atau kebanggaan itu tidak memberi apa-apa makna lagi melainkan ia sekadar sejarah. Kebanggaan yang satu ini tidak boleh bawa makan kepada orang Melayu Johor untuk sepuluh atau dua puluh tahun lagi. Ternyata hari ini Umno hanya memberi makan kepada golongan ningrat dan bukan marhean.
Hari ini rakyat Johor sudah ada hero baru yang lahir dari semangat dan kebijaksanaan Hang Nadim. Terimalah Hang Nadim yang kecil dan baru itu kerana dia hadir dan muncul untuk membawa perubahan dan membela Johor dari diserang todak kejahatan dan kerakusan Umno selamanya. Hang Nadim ini lebih rela berkorban dan keikhlasannya.
Nah.. sokonglah Hang Nadim dan berikan peluang kepadanya. Hang Nadim yang dimaksudkan itu ialah orang-orang seperti Sallahudin Ayub, Mazlan Aliman, Khaizan Karat dan lain-lain. Saya nampak mereka ini lebih ikhas dan jujur untuk membela rakyat Johor daripada balkis-balkis dan sang rajwali Umno yang kepatahan kepak di siang hari. Maafkan saya Mat, Mat mana lagi kalau bukan Ahmad Maslan. Mat katanya saham FVGH merudum lagi ...[5:14 pm 05/10/12]
Cabuk sama cabuk, atau kata P Ramlee, dah elok dah penyamun berjumpa dengan penyangak. Begitulah yang dapat disimpulkan di antara Utusan Malaysia yang mendedahkan kabinet bayangan Pakatan Rakyat yang dipetik dari satu blog kemudian diulas oleh seorang ahli parlimen yang mempunyai sifat persis Salentia. Bagaiaman tidak berasas dan penuh kebusukan blog berkenaan mendedah kabinet bayangan itu kononnya dari sumber Pakatan Rakyatan begitu pula cabuk dan busuknya akhbar berkenaan, apabila ia meminta ahli parlimen itu membuat ulasan maka ia menjadi sama-sama cabuk, semakin kohong.
Sebuah media yang ada kredibiliti tidak akan memetik sumber sembarangan. Akhbar yang ada kelas akan mensensor sumber maklumatnya atau tidak pakai tangkap muat saja pengulasnya. Ia juga bukan mengambil maklumat samar yang direka ikut sedap hati kerana cara itu boleh menjatukah martabat dan mutu sesebuah akhabr berkenaan. Penipuan mudah terhadap pembaca dengan menyebut sumber dalaman atau terdekat bukan lagi tektik yang popular dan konkrit. Tetapi itu berlaku dan dilakukan kepada akhbar berkenaan yang statusnya sama dengan sampah sarap sahaja.
Sebagai media yang mengakui menjadi pembawa suara hati nurani rakyat sepatutnya ia semakin lama semaki matang dan bertanggungjawab, 'jiho'nya juga semakin melangit. Tetap sedih dan dukacita dengan media ini semakin lama ia menjadi semakin kucar kacir, standardnya semakin merudum dan tahap kebolehpercayaanya kian menipis. Apakah media ini boleh dijadikan bayangan kepada sikap dan perangai bangsa Melayu yang diperjuangkannya?
Menjadi lebih buruk lagi apabila orang yang diminta membuat ulasan atas sumber diambil adalah sumber 'direkayasa' itu diulas oleh orang yang buruk telinga dan 'birah' dalam politik. Semua dunia kenala siapa dia Saletia ini, memilik moral politik yang cabuk dan kohong. Tidak ada mana-mana ahli politik di Malayisa mengatasi kebusukknya di dalam politik. Hanyirnya hingga ke neraka! Dia boleh melaku apa sahaja yang orang lain tidak tergamak dan tidak terfikir untuk melakukan. Salah satu kesanggupan ahli parlimen ini ialah dia sedia mencium punggung seseorang. Pengakuan dan kesanggupan ini telah menunjukkan betapa rendah moral dirinya.
Dalam komponen anggota manusia punggung adalah tempat yang paling jijik sekali. Kerana di situ dikhasnya untuk menjadi saluran membuang segala najis atau bahan kumohan. Kalau di tempat ini dia sanggup menciumnya apa lagi hendak dibilang terhadap orang ini. Sebenar tidak menghairankan kerana kloni asal mula haiwan ini ialah di tepi lokang dan payah berair.
Mengenai akhbar tadi, pembaca yang waras akan dapat menilai terhadap apa yang diulas oleh ahli parlimen berkenaan, mengenai kabinet bayangan PR itu. Seribu kabinet seprti itu boleh direkayasa dalam sehari. Tidak payah mengambil mana-mana teori tetapi cukup menulis ikut suka hati sahaja kerana tujuan untuk memfintahkan orang lain. Melakukan fitnah amat mudah mudah sekali. Apa lagi bagi mereka yang jahil adat, miskin agama dan hidup penuh 'kelancauan' sanggup melakukan apa saja termasuk menunjukkan 'palak' kepada orang lain.
Sebab itu kalau orang waras dan tahu menilai sejauh mana benar dan palsu sesuatu maklumat itu tidak akan sedia untuk menjadi pengulas atau memberi pandangan. Tetapi seperti dikatakan tadi kerana di antara akhbar berkenaan dengan manusia pemberi sumbernya sama-sama cabuk dan mabuk maka ia berlaku apa yang tidak sepatutnya itu.
Kononnya kabinet itu kronisme dan ia masih mengangkat dan menjujung Mahathir Mohamad sebagai suci dan bersih. Ahli parlimen itu mendakwa selama 21 tahun Mahathir memerintah beliau tidak mengambil anaknya duduk dalam jawatan penting. Dalam kata lain mengamalkan kronisme. Di sinilah kurang cerdik dan tohornya fikiran ahli parlimen ini. Dek kerana begitu taksub maka tidak nampak lagi kejahatan dan kemungkaran Mahathir. Bak kata orang kalau sudah pakai cermin mata biru, semuanya nampak biru sehingga baju sendiri berwarna merah pun menjadi biru. Seseorang yang boleh dibeli... martabatnya samalah dengan lembu kerbau saja.
Mahathir tidak mengambil anaknya memegang apa-apa jawatan di dalam parti, tetapi yang jelas beliau memberi ruang dan kesempatan berniaga yang begitu luas kepada anak-ananya. Mengapa Mahathir bergaduh dengan Anwar, sebabnya Mahathir mahu Petronas billout syarikat anaknya yang muflis tetapi dibantah Anwar kerana tindakan itu satu penyalahgunaan wang rakyat.
Kalau si Salentia ini tidak buta matanya dan ada sedikit fikiran jilah dia tahu macam mana anak Mahathir boleh jadi orang terkaya di Malaysia sedangkan orang tahu keupayaan anak Mahathir itu di dalam perniagaanya sebelum ini. Bukankah anak Mahathir sudah muflis? Dia bukan seorang magic man, tetapi orang biasa sahaja. Apabila ia dimasukkan dalam senarai terkaya dari mana kekayaan itu kalau bukan dari bapaknya?
Dan kekayaan bapaknya itu datang dari mana kalau bukan dari atau atas berkat kedudukannya sebagai perdana menteri selama 22 tahun.
Ulasan bodoh Salentia ini juga mengambarkan kekecewaanya kerana tidak dapat apa yang diingininya. Dia bersikap laksana musang yang tidak mendapat anggur, maka dikatakan anggur masam. Sikap ini munafik namanya dan menipu diri sendiri.
Dia kecewa kerana dan dendam dengan Anwar kerena sebelum ini dia berhajat untuk jadi Ketua Perhubungan Keadilan di Kelantan tetapi ditolak oleh Anwar. Mungkin Anwar sudah arif mengenai dolak dalih dan 'pembelawakan' Salentia ini. Anwar mengenali sikap munafiknya bukan baru tetapi sejak lama dulu. Kejadian inilah menyebabkan dia kecewa dan menyimpan dendam dengan Anwar.
Semasa dalam satu pertemuan di Ipoh tahun 2005 Salentina pernah mencadangkan kepada Anwar akan cita-citanya di Kelantan. Saya berada sama dalam perbincangan itu. Dia optimis Anwar akan memberi laluan untuk dia memimpin Keadilan Kelantan. Malang apabila Anwar tidak merestui permintaannya itu di sinilah dia mulai menyerang dan mengkhianati Anwar.
Itu sahaja sebabnya. Hari ini dia bekerja sekeras mungkin membodek Najib Razak kerana mengharap sesuatu dari Najib dalam pilihan raya ini. Dia mahu agar Najib memberi laluan kepadanya bertanding atas tikit BN. Dia sudah dapat mersakan jangka hayat politinya sudah nazak. Dia sudah nampak malaikat maut sudah menghampirinya untuk mencabut kekuasaan politiknya. Dia sudah nampak kubur dia digali dan liang lahad dipersiapkan. Dia juga sudah nampak pengusung keranda dan pemandi jenayah sedang menghampir rumahnya. Bayangan dan objek-objek inilah menjadikan ia gelisah, menggeletar dan sasau.
Itulah maka dia menggeketar dan mencari seribu helah dan daya. Salah satu ialah mengeji dan memburukkan orang yang memberi ruang dan peluang kepadanya. Dia tidak peduli apakah yang dia lakukan bermoral atau tidak. Baginya yang penting dia selamat dengan cita-citanya. Orang seperti ini tidak ada air muka kalaupun ada bentuk muka yang tidak sekata. Orang seprti ini tidak pernah menyuluh najisnya di sepanjang hidup. Kalau dia pernah melihat bagaiaman bentuk najis dan aroma baunya, pasti dia akan insaf dan bertaubat.
Makanya untuk menginsafkannya sembamkan mukanya ke atas najisnya sendiri. Saat paling tepat ialah pada pilihan raya nanti. Hanya dengan menguburkannya saja memungkinkan dia insaf. Apabila dia kalah baru dia sedar bahawa dia sebenarnya lemah dan mempunyai kuasa yang terbatas, saat itu akan menyedaran dia bahawa apa yang dilakukan sebelum ini kosong kosong dan kosong belaka. Mat Said cuba titikkan embun pagi Jumaat ke dalam telinga. [wm.kl.8:04 am 05/10/12]
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Harga tangki air plastik sehingga lima kali ganda dari harga pasaran telah menimbulkan keraguan dan mengejutkan ramai pihak dengan peruntukan RM100 juta oleh Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional dalam Belanjawan 2013 mereka untuk Sabah dan Sarawak bagi menyediakan 40,000 tangki plastik untuk simpanan dan tadahan air rakyat di kawasan pedalaman negeri tersebut.
Menurut Ahli Parlimen Kota Kinabalu Dr. Hiew King Cheu, harga RM2,500 setiap sebuah tangki plastik adalah tidak masuk akal dan tidak boleh diterima.
"Dalam satu semakan yang dibuat untuk sebuah tangki yang hampir serupa dengan tangki 1Malaysia yang dibekalkan sebelum ini, kita dapati harga sebenarnya cuma sekitar RM500 sebuah. Jika ditambah dengan kos pengangkutan dan keuntungan, ia tidak akan semahal itu," Menurut beliau, kerajaan BN tanpa segan silu membuka pekung mereka sendiri kerana apa yang paling diperlukan penduduk di kampung dan kawasan pedalaman ialah bekalan air paip yang terawat bukannya tangki air plastik.
"Sampai sekarang, bekalan air terawat tidak boleh didapati walaupun rumah penduduk kampung mempunyai paip air. Kenapa ini boleh berlaku? Kenapa penduduk kampung terutamanya di Sabah ini dipinggirkan?" soalnya dalam kenyataan kepada media hari ini.
Katanya lagi, pemberian tangki plastik ini bukanlah satu penyelesaian masalah jangka panjang.
"Apa gunanya tangki tersebut dalam musim kemaru yang panjang atau lebih dari seminggu? Penduduk akan tetap menderita ketiadaan air," ujar Dr.Hiew.
Dalam perkara yang sama, satu-satunya Ahli Parlimen DAP di Sabah itu berkata bahawa air yang ditakung dari air hujan tersebut tidaklah bersih dan biasanya menjadi tempat nyamuk bertelur.
"Kekotoran pada bumbung rumah juga boleh menyebabkan air takungan tersebut tercemar." jelasnya lagi.
"Oleh yang demikian, perkara yang perlu diutamakan bukanlah tangki air plastik tetapi membekalkan bekalan air bersih terawatt kepada kawasan pedalaman untuk memastikan kesihatan penduduk terjamin." – Roketkini
Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub menyangkal tuduhan liar Ahli Parlimen Pengerang Datuk Azalina Othman bahawa perserta Himpunan Hijau membantah projek petrokimia di Pengerang pada 30 September dibayar.
Azalina di dalam perbahasan Bajet 2013 di Dewan Rakyat hari ini mendakwa mereka yang mengambil bahagian dalam himpunan hijau tempoh hari masing-masing dibayar RM30.
Salahuddin menafikan dakwaan itu dan menyatakan beliau tidak mengeluarkan satu sen pun untuk membayar setiap peserta himpunan.
Malah beliau percaya, kehadiran peserta ke himpunan hijau tempoh hari kerana kerelaan hati mereka untuk melahirkan solidariti terhadap penduduk Pengerang.
"Itu tidak betul.
Saya tidak keluar satu sen pun untuk membayar mereka agar mereka datang himpunan itu," katanya ketika ditemui.
Salahuddin mengakui, Datuk Abdul Ghani Othman seolah-olah berdiam diri dalam hal ini dan beliau bersedia bersemuka dengan Menteri Besar Johor itu pada bila-bila masa.
Salahuddin akan menghantar surat rasmi kepada beliau untuk menyatakan kesediaanya duduk berbincang menyelesaikan masalah itu.
"Tak mahu debat pun tak apa, janji kita boleh duduk berbincang.
Kami bersedia bila-bila masa," katanya.
Terdahulu, Azalina mendakwa tindakan membayar peserta antara sebab pihak penganjur berjaya menarik orang ramai menghadiri perhimpunan tersebut.
Malah Azalina menafikan seramai 7,000 peserta yang hadir dalam himpunan tersebut sebagaimana diuar-uarkan penganjur.
"Kawasan itu kecil sahaja, boleh tampung kira-kira 3,000 orang yang hadir.
Saya tidak tahu macam mana kawasan itu boleh muatkan seramai 7,000 orang," katanya sambil mendakwa mereka yang hadir adalah orang luar.
Dalam membahaskan isu itu, Azalina kelihatan cukup beremosi turut mengundang celahan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar yang bangun bagi mendapatkan penjelasan mengenai asas tuduhan tersebut Namun, Azalina enggan memberi laluan kepada Nurul Izzah menyebabkan berlakunya pertikaman lidah, dan kedengaran Nurul Izzah meminta beliau mengawal emosi ketika berbahas.
Azalina sebelum ini mencabar Salahuddin Ayub untuk berdebat mengenai projek tersebut, bagaimanapun Salahuddin menolaknya dengan berkata beliau sebaliknya mahu berdebat dengan Abdul Ghani Othman, kerana hanya menteri besar yang boleh bercakap mengenai perkara yang berkaitan dengan tanah. -HD
MP Pengerang dakwa setiap peserta perhimpunan dibayar
Mereka yang mengambil bahagian dalam Himpunan Hijau membantah projek petrokimia Pengerang pada 30 September lalu masing-masing dibayar RM30, dakwa ahli Parlimennya, Datuk Azalina Othman hari ini.
Membahaskan bajet di Dewan Rakyat, Azalina berkata itulah sebabnya pihak penganjur berjaya menarik orang ramai, yang didakwanya kebanyakannya orang luar, untuk menghadiri perhimpunan tersebut.
Azalina berkata pihak penganjur mendakwa perhimpunan itu dihadiri 7,000 tetapi beliau sebaliknya mendakwa telah difahamkan hanya 3,000 orang yang hadir kerana kawasan tersebut kecil.
Oleh itu, beliau tidak tahu bagaimana kawasan itu boleh memuatkan seramai 7,000 orang, sambil mendakwa ramai daripada mereka yang hadir itu adalah orang luar dan dibayar RM30 setiap orang.
Kenyataan itu mendorong Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) bangkit untuk mencelah bagi mendapatkan penjelasan mengenai asas tuduhan tersebut, tetapi Azalina enggan memberi laluan kepadanya untuk bercakap.
Azalina sebelum ini mencabar ahli Parlimen PAS Kubang Kerian, Salahuddin Ayub untuk berdebat mengenai projek tersebut, kerana naib presiden PAS itu mendakwa penduduk Pengerang telah menjadi mangsanya.
Salahuddin bagaimanapun, menolaknya dengan berkata beliau sebaliknya mahu berdebat dengan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, kerana hanya MB yang boleh bercakap mengenai perkara yang berkaitan dengan tanah.
Isu Pengerang menjadi semakin panas, apabila Himpunan Hijau yang dianjurkan PAS tempoh hari mendapat sambutan menggalakkan.
Sejak awal tahun ini, ramai artis yang sudah mengenakan hijab.
Malah bukan golongan wanita saja yang menjurus ke arah itu, artis lelaki turut sama menuju ke jalan yang sama.
Melihat kepada perkembangan positif itu Ustaz Rusydi Ramli Al Jauhari telah mengilhamkan pergerakan yang dinamakan sebagai Usrah Fitrah buat selebriti yang ingin mendalami ilmu agama.
Antara selebriti yang mengikuti program ini adah Irma Hasmie dan Yatt Hamzah. Irma, 30, berkata, dia terharu apabila usaha mengumpulkan golongan artis dalam mendalami ilmu agama semakin mendapat sambutan.
"Pada awalnya kumpulan ini hanya terdiri daripada 4 orang pelakar dan 5 orang tenaga pengajar sahaja tetapi usaha murni ini telah berkembang dan sekarang mempunyai lebih 30 orang ahli dari berbagai bidang serta 7 orang guru.
"Ia bukan sahaja disertai oleh golongan selebriti yang ingin mendalami ilmu agama tetapi juga mendapat perhatian daripada individu daripada profesion lain," katanya yang dipetik menerusi MStarOnline, baru-baru ini.
Antara artis yang aktif lain yang bergiat dalam Usrah Fitrah antaranya Heliza Helmi, Diana Amir, Farah Asyikin, Siti Nordiana, Iqram Dinzly, Zoey Rahman dan Enot.
Sementara itu, Yatt memberitahu antara guru yang mengajar mereka adalah Ustaz Azhar Idrus.
Namun dia mengaku bukan ahli PAS, tetapi hanya menyokong perjuangan Islam.
Yatt turut menambah, Usrah Fitrah turut mendapat pelbagai undangan daripada pihak penganjur untuk menjayakan program yang dianjurkan mereka.
"Sebagai contoh, bulan November ini kami (Usrah Fitrah) akan terlibat dengan Festival Hijab yang akan dijayakan bersama-sama selebriti yang lain," katanya.
Muhyiddin: 'Di Selangor, lebih banyak politik dari bekerja'
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru rakyat negeri Selangor agar mempunyai kesedaran baru bahawa pentadbiran negeri itu akan lebih baik di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN).
Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata tempoh pentadbiran selama empat tahun oleh pembangkang di Selangor membuktikan banyak kelemahan ketara yang tidak dapat diselesaikan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
"Sebelum ini Perdana Menteri dan kepimpinan kerajaan BN yang lain pun dah beberapa kali turun ke Selangor.
Jelas terbukti rakyat kecewa dengan apa yang berlaku.
Selangor tak pernah tidak gawat dengan cerita-cerita yang tidak elok.
"Lebih banyak politik dari bekerja, isu air pun dipolitikkan. Rakyat dah muak dan mereka rasa sudah sampai waktunya mungkin bagi peluang balik kepada BN," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Mesra Rakyat di PPR Lembah Subang di sini, hari ini.
Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Koordinator BN Selangor Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed.
Muhyiddin berkata, sepanjang lawatannya ke Selangor hari ini, rakyat menunjukkan sambutan yang baik terutamanya daripada golongan belia yang nyata semakin memahami segala dasar dan program yang dijalankan oleh kerajaan BN.
Justeru, beliau melahirkan kepercayaan bahawa rakyat Selangor telah bersedia untuk mengembalikan sokongan kepada BN.
Terdahulu, Muhyiddin meluangkan masa melawat penduduk kurang upaya di PPR Lembah Pantai selain meninjau projek jambatan yang menghubungkan kawasan perumahan itu dengan sekolah berhampiran.
Beliau turut mengumumkan peruntukan RM200,000 bagi memperbaiki surau PPR Lembah Subang sebelum menunaikan solat Asar berjemaah dan menikmati jamuan bersama penduduk.- Bernama.
Ulasan GB
Muhyiddin terlupa pada suatu masa yang belum berapa lama, PM sendiri, Najib Tun Razak telah memohon maaf kerpada rakyat Selangor kerana kerajaan BN yang lalu telah banyak melakukan kesilapan.
Kesilapan-kesilapan UMNO BN di Selangor tidak mudah untuk dilupakan malah sehingga sekarang pun UMNO BN terus mahu menipu dan mengkhianati rakyat Selangor dengan melakukan hal-hal yang tidak demokratik serta membelakangkan semangat federalisma.
Politiking berlebihan di Selangor adalah kerana UMNO BNlah yang mencetuskannya apabila beberapa isu yang besar dipolitikkan sedemikian rupa untuk cuba menggugat kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor seperti isu-isu air, Langat 2, Talam dan sebagainya.
Rakyat Selangor tidak semudah itu untuk diperbodohkan dan tidak akan masuk ke lubang biawak dua kali.
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang dikenal pasti terbabit dalam demostrasi di hadapan Ibu Pejabatnya baru-baru ini.
Ketua Pegawai Integriti PKNS, Norita Mohd Sidek berkata, NGO terbabit dilihat memperdayakan penduduk dengan menghasut supaya penduduk membuat tuntutan yang tidak berasas.
Pihaknya percaya penduduk terbabit dipergunakan untuk mencapai agenda tertentu dan menyakinkan mereka kononnya PKNS perlu mengambil alih hutang rumah mereka.
"Sebagai sebuah agensi Kerajaan Negeri yang berpengalaman 48 tahun dalam pembangunan hartanah, PKNS tidak akan sewenang-wenangnya membuat keputusan yang boleh membawa kerugian atau tanggapan negatif terhadap syarikat itu.
"Kami tidak menyalahkan penduduk berkenaan. Mereka sebenarnya diperdayakan NGO-NGO tertentu yang menyakinkan mereka kononnya PKNS perlu mengambil alih hutang rumah mereka.
"Namun, kami ingin menasihatkan semua penduduk perumahan PKNS supaya jangan terperdaya dengan hasutan ini kerana ia adalah tidak benar," katanya dalam kenyataan media.
Norita menegaskan bahawa PKNS tidak pernah mengeluarkan walau sesen untuk menyelamatkan Talam Corporation seperti mana yang didakwa oleh sesetengah pihak.
Selain itu, PKNS turut mengingatkan semua penduduk perumahan PKNS agar tidak memberikan maklumat peribadi mereka seperti nama penuh, alamat rumah, nombor kad pengenalan dan nombor telefon kepada NGO terbabit.
"Kami melihat adanya borang yang diedarkan oleh NGO tertentu yang meminta penduduk mengisi maklumat peribadi mereka sebagai desakan kepada PKNS untuk melangsaikan hutang rumah mereka. NGO itu juga dipercayai mengutip RM10 bagi setiap borang.
"Kami tidak mahu maklumat itu akan disalahguna. Jika ada mana-mana penduduk yang keliru mengenai isu ini, sepatutnya mereka datang terus ke PKNS dan kami bersedia untuk menjawab sebarang pertanyaan. Tidak perlu melalui orang tengah atau berdemonstrasi kerana ia hanya akan mengeruhkan keadaan," katanya.
Baru-baru ini, seramai 350 pembeli rumah PKNS menuntut perbadanan itu mengambil alih hutang rumah mereka yang keseluruhannya berjumlah RM50 juta.
Satu taktik kotor penjenayah yang mengambil kesempatan memperdaya gadis-gadis terutama pelajar sekolah.
Jangan mudah mengambil minuman atau makanan daripada sesiapa samada yang dikenali, lebih-lebih lagi yang tidak dikenali.
Gambar tersebut menunjukkan cara air kotak disuntik dengan bahan penghayal dan digam(seal) semula supaya kelihatan seperti asal sebelum diberi kepada pemangsa.
Ulasan GB
Begitulah Bajet 2013.
Disuntikkan ke dalamnya beberap hal yang mengkhayalkan rakyat dengan pelbagai "pemberian" seperti rebat untuk smartphone, bayaran one-off dan lain-lain.
KUALA LUMPUR, 5 Okt — Dua syarikat pertahanan Malaysia, Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd dan Kumpulan Sapura, menerima markah rendah dalam Indeks Pencegahan Rasuah Syarikat Pertahanan 2012 oleh Transparency International UK. Mereka masing-masing mendapat 2.94 dan 13.24 markah, daripada 100.
Indeks mengukur sejumlah 129 syarikat pertahanan kelemahan kepada rasuah, dalam 34 kategori. Bagi setiap kategori, dua markah diberikan, satu berdasarkan maklumat awam yang tersedia dan satu lagi pada butiran yang dilaporkan sendiri.
Boustead Naval Shipyard memenangi perjanjian RM9 bilion pada akhir tahun 2011 daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk membina dan menyampaikan enam kapal rondaan / kapal tempur pesisir (LCS) generasi kedua tamat pada tahun 2017. Pembinaan kapal adalah sebahagian daripada empayar perniagaan yang dimiliki oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
Pembelian ini telah dikritik oleh pembangkang, khususnya ahli parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua (foto fail), yang mempersoalkan mengapa harga telah melonjak naik daripada RM6 bilion. DCNS SA, syarikat pertahanan tentera laut Perancis yang dikaitkan dengan kontrak RM9 bilion TLDM, menjaringkan 30.88 pada indeks.
Kementerian Pertahanan (Mindef) menganugerahkan satu unit kepada Kumpulan Sapura dengan kontrak berjumlah RM2 bilion tahun lepas untuk Operasi Rangkaian Centric (NCO). Naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Chua Tian Chang telah mempersoalkan kekurangan hala tuju projek.
Kumpulan Sapura telah terbabit dalam persengketaan keluarga pada awal tahun ini selepas satu cabaran undang-undang telah difailkan di Mahkamah Tinggi. Pengasas syarikat tersebut Tan Sri Shamsuddin Kadir menuntut dua orang anaknya untuk mengembalikan saham dan hartanah bernilai sehingga RM450 juta.
Markah diberikan dalam indeks Transparency International UK meliputi lima bahagian, dengan markah diberikan untuk bukti anti-rasuah dalam kepimpinan, kakitangan, dasar, latihan dan pengurusan risiko.
Fluorin Corporation dari Texas mendapat markah tertinggi, menjaringkan 85.29 untuk maklumat umum, dan 92.65 untuk butiran dilaporkan sendiri.
Daripada 129,55 syarikat menerima kurang separuh daripada jumlah markah, manakala 29 menjaringkan sifar. Rusia mendahului senarai syarikat dengan markah sifar, iaitu enam syarikat. Pakistan dan China mempunyai tiga syarikat sifar dalam setiap pemarkahan.
Dua hari lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Putrajaya mengiktiraf keperluan untuk kerjasama dengan komuniti antarabangsa dalam meneruskan usaha-usaha anti-rasuah dalam negara.
Pentadbirannya telah menjadikan membanteras rasuah salah satu keutamaan dengan memasukkan ia sebagai Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP), mengaktifkan agensi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menubuhkan mahkamah anti-rasuah.
Tahun lalu, Malaysia mendapat tempat ke-60 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI), penurunan sebanyak empat tempat dari tahun sebelumnya.
Ia menjaringkan 4.3 pada kajian tentang tahap persepsi rasuah sektor awam di kalangan 183 negara. Negara juga menduduki tempat ketiga di kalangan negara-negara Asean di belakang Singapura (9.3) dan Brunei (6.3).
Aduh.. apa la bebal sangat Ali Rustam ni. Ini bukan soal dengki atau iri hati, tapi ini soal integriti. Ini soal kebertanggungjawaban.
Ali, kamu adalah Ketua Menteri, kamu pemimpin masyarakat. Tindak tanduk kamu diperhatikan. Kamu sepatutnya menjadi role model. Kamu seharusnya menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat. Kamu tidak sepatutnya tunjuk angkuh dengan berbelanja besar dalam keadaan terlalu ramai rakyat Melaka yang hidup dalam kesukaran. Kamu seharusnya faham bahawa orang yang membazir itu adalah saudara syaitan.
Andai perbelanjaan kamu dipertikaikan, kamu sewajarnya jelaskan kepada rakyat. Bila kamu mengelak daripada memberi penjelasan, maknanya, ada sesuatu yang tidak kena dalam urusan kamu.
Ali Rustam, sekiranya benar, apa salahnya kamu mengaku bahawa sebahagian besar perbelanjaan perkahwinan anak kamu itu adalah hasil duit rasuah yang telah biasa kamu rembat !!!!
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali tidak perlu memohon maaf berikutan kenyataannya yang dianggap sebagai satu salah faham.
Malah, Abdul Khalid yang juga Menteri Besar Selangor dan Anggota Parlimen Bandar Tun Razak menganggap kenyataan Azmin adalah bersifat peribadi dan tidak mewakili pendirian pakatan pembangkang.
"Bagi saya, Azmin tidak perlu minta maaf. Kita tidak boleh salahkan Azmin kerana ada baiknya kenyataan beliau itu, maknanya orang boleh terima saya kerja di peringkat negeri dan Pusat.
"Saya tidak ada masalah kalau kedua-dua (peringkat), saya tidak dapat pun tiada masalah," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Azmin yang juga Anggota Parlimen Gombak, dilaporkan berkata Selangor akan mendapat Menteri Besar baru bagi menggantikan Abdul Khalid sekiranya pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Azmin berkata Abdul Khalid lebih diperlukan di peringkat Pusat sekiranya pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan selepas memenangi pilihan raya umum itu.
Ditanya mengenai kabinet bayangan pakatan pembangkang, Abdul Khalid berkata kabinet bayangan itu tidak perlu ditetapkan sehingga selepas PRU ke-13 bagi membolehkan ketiga-tiga parti dalam pakatan pembangkang dapat menumpukan usaha menawan Putrajaya.
Terdahulu, ketika perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2013, Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin menempelak 'kabinet bayangan' pakatan pembangkang yang disifatkan mengamalkan kronisme.
Malah, beliau berkata ada dalam kalangan anggota parlimen khususnya dari Sabah tercicir daripada tersenarai dalam kabinet bayangan itu.
"Mereka bercakap soal kronisme tapi apa yang saya lihat ini adalah kabinet kroni. Bapa, emak dan anak semua diangkat dalam kabinet bayangan. Tapi malangnya wakil Sabah seorang pun tidak diiktiraf.
"Sebab itu orang Sabah jangan tertipu, mereka boleh menjanjikan impian melangit tapi akhirnya ia hanya tinggal sekadar janji. Berbeza dengan BN yang beri empat wakil Sabah sebagai menteri dalam kabinet hari ini," katanya.
MEMETIK satu laporan portal berbahasa Inggeris The Star, akhbar online milik MCA itu mendakwa, Najib Razak yang bersiaran secara langsung dalam #TanyaNajib di YouTube merupakan pemimpin asia tenggara pertama menggunakan Google Hangouts.
Namun kalau kita lihat, pada 17 Ogos 2012 yang lalu, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim terlebih dahulu telah menggunakan Google Hangouts di dalam program #BorakAnwar yang bersiaran secara langsung di YouTube.
Beliau sekaligus menjadi rakyat Malaysia serta pemimpin pertama di Asia Tenggara yang menggunakan Google Hangouts untuk bersiaran secara langsung menerusi program #BorakAnwar [YouTube].
Apa yang lebih penting, video #BorakAnwar masih boleh diakses sehingga kini serta menerima lebih banyak undian likes berbanding dislikes, tidak seperti yang berlaku kepada video #TanyaNajib yang menerima puluhan ribu dislikes rujuk sini [Tanya Najib].
SEJAK semalam kecoh cerita tentang video siaran langsung Najib Razak dalam program #TanyaNajib di google Hang Out yang dikatakan menerima lebih 1,400 undian dislikes (tidak suka) daripada pengguna internet.
Video tersebut akhirnya terpaksa ditetapkan kepada "private" bagi mengelakkan undian dislikes terus meningkat kepada puluhan ribu. Jelas dan nyata perbincangan belanjawan 2013 itu tidak disukai oleh majoriti penontonnya dan sekadar menjadi bahan lawak rujuk sini [#TanyaNajib]
Namun hari ini, nampaknya berita tersebut terbukti adalah fitnah yang dilontarkan oleh blog-blog pembangkang. Dakwaan mengatakan video #TanyaNajib menerima 1,400 dislikes adalah tidak benar lihat printscreen di bawah.
Oleh kerana video siaran langsung #TanyaNajib di YouTube sudah tidak dapat diakses, maka video versi kedua pula dimuat naik oleh Astro Awani di [YouTube]. Setakat artikel ini ditulis, video ini telah menerima 9,789 dislikes.
Apa kata berikan undian ada pula kepada video ini, klik [YouTube].
PIHAK pembangkang di Pulau Pinang, dilihat memasang bendera parti lebih tinggi daripada bendera kebanggaan negara, jalur gemilang dan bendera Pulau Pinang. Kejadian ini berlaku di depan salah sebuah pasar raya di Island Plaza, Pulau Pinang.
Perkara ini didedahkan oleh seorang Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), beliau menunjukkan gambar yang dirakamkan melalui telefon bimbitnya.
Rujuk gambar di bawah, bendera parti pembangkang Pulau Pinang, Barisan Nasional digantung jauh lebih tinggi daripada jalur gemilang dan bendera Pulau Pinang.
Ahli majlis itu turut membuat laporan polis berhubung kejadian ini selepas didapati ada bendera-bendera dikatakan digantung di atas lampu-lampu jalan menggunakan kren jentera secara haram tanpa permit majlis (MPPP) dan permit polis, namun pihak Barisan Nasional tidak mahu mengaku bertanggungjawab.
Cuba anda bayangkan jika bendera yang dipasang itu adalah bendera Parti Islam, PAS, KEADILAN, ataupun DAP. Sudah tentu isu ini akan diputarkan siang malam pagi dan petang di media-media arus perdana.
Lihat di sini jelas sekali menunjukkan bahawa Barisan Nasional lebih mengutamakan parti berbanding negara dan negeri. Parti lebih diutamakan berbanding rakyat. Biarlah rakyat mati asalkan parti selamat.
KUALA LUMPUR 5 Oktober: Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, kerajaan Putrajaya perlu ditukar sekarang bagi mengelakkan hasil minyak dibolot keluarga pemimpin Umno.
"Ini kerana syarikat yang mengurus carigali telaga minyak sekarang ada dimiliki keluarga pemimpin-pemimpin Umno sahaja. Misalnya dua telaga minyak di perairan Kelantan dimiliki syarikat anak Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Di perairan Kelantan masih ada 23 lagi telaga minyak yang belum lagi beroperasi. Setiap telaga minyak dianggarkan bernilai kira-kira RM3 bilion. Jadi bagi mengelakkan telaga minyak tersebut dibolot keluarga pemimpin Umno, kerajaan yang ada di Putrajaya sekarang perlu ditukar," katanya dipetik Harakah Daily.
Ahli Parlimen Machang itu berucap pada ceramah di Putik, Pengkalan Chepa malam tadi.
Saifuddin berkata, negeri-negeri pengeluar minyak di negara ini berpeluang mengurus sendiri operasi minyak di perairan mereka melalui syarikat milik kerajaan negeri (GLC) di bawah komitmen baru Pakatan Rakyat.
Katanya, perancangan itu boleh menjadi kenyataan apabila Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 nanti.
Saifuddin pada perbahasan Bajet BN Selasa lalu mendedahkan, SapuraKenchana Petroleum dimiliki anak ketiga Mahathir, Datuk Mokhzani mendapat kontrak minyak sebanyak RM2 bilion.
Menurutnya, Armada Sdn Bhd milik Tan Sri Halim Saad turut diberi kontrak penyimpanan minyak dan gas bernilai RM8.5 bilion pada Isnin lalu.
Halim adalah salah seorang tokoh korporat Melayu yang rapat dengan Mahathir terutama pada era 90-an.
KUALA LUMPUR- Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam mungkin akan digelar Jayalalithaa Malaysia kerana kenduri kahwin anaknya yang serba hebat dan mewah, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
"Di negeri Tamil Nadu di India, ada bekas bintang filem, iaitu Jayalalithaa, pernah jadi Ketua Menteri negeri itu.
"Dia paling terkenal dengan cerita majlis perkahwinan anak angkatnya yang dilapor telah dihadiri oleh 150,000 orang," katanya.
Mohd Ali pula kini menjadi tumpuan kritikan umum apabila kenduri kahwin anaknya, Mohd Ridhwan dengan Nur Azieha Mohd Ali dilapor melibatkan 130,000 jemputan.
Jumlah kehadiran dalam kenduri tersebut direkodkan oleh Malaysia Book of Records sebagai jumlah tetamu paling ramai untuk majlis perkahwinan.
"Samalah seperti majlis kahwin anak angkat Jayalalithaa yang diiktiraf oleh Guinness World Records ketika itu sebagai jumlah jemputan paling ramai untuk majlis perkahwinan dan juga jamuan terbesar sempena majlis perkahwinan," kata Mohamad.
Jayalalithaa Jayaram mula menjadi Ketua Menteri Tamil Nadu pada tahun 1991. Pada tahun 1996 beliau tersingkir dari jawatannya apabila parti pimpinannya memenangi hanya empat dari 168 yang ditandingi.
Kekalahan itu dikaitkan dengan tuduhan rasuah ke atasnya dan juga kritikan meluas terhadap majlis perkahwinan serba mewah anak angkatnya, V Sudhakaran.
Jayalalithaa bagaimanapun terus Ketua Menteri Tamil Nadu pada tahun 1992 dan 2011.
Dengan sinis, Mohamad bertanya adakah setiausaha Mohd Ali, Datuk M S Mahadevan tidak mengingatkan Ketua Menteri Melaka itu tentang kisah Jayalalithaa.
Dalam kenyataannya kepada The Star Onlin, Mahadevan menyatakan, 500 orang "sukarelawan" yang bertugas di majlis tersebut "tidak dibayar satu sen sekalipun".
Kenyataan Mahadevan itu selaras dengan pendedahan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar di Dewan Rakyat tentang penglibatan jabatan dan agensi kerajaan dalam mengendalikan majlis perkahwinan anak sulung Mohd Ali pada 30 September itu.
KUALA LUMPUR 4 Oktober: Jumlah 'dislike' yang jauh melebihi 'like' pada rakaman Youtube sesi #TanyaNajib 2013 melalui Google Hangout malam tadi jelas menunjukkan warga maya, kebanyakannya orang muda menolak kepimpinan Perdana Menteri itu, terutama mengenai Bajet BN 2013.
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Lee Khai Loon berkata, sangat pelik apabila percubaan Najib mendekati orang muda ditolak melalui jumlah 'dislike' yang direkodkan.
Najib berinteraksi secara langsung dengan rakyat menjawab soalan berkenaan Bajet 2013 dan rakaman sesi itu dimuat naik di Youtube rasmi beliau sendiri dan saluran Astro Awani.
Pada rakaman itu sebelum ia ditarik balik, jumlah 'dislike' penonton adalah 1,409 dan 'like' pula 605, manakala di saluran Astro Awani, jumlah 'dislike' adalah 1,774 berbanding 'like' sebanyak 90.
Bagi menutup malu, video itu turut diprivatekan sebelum itu. Ini jauh berbeza dengan sambutan terhadap #BorakAnwar yang mendapat sambutan hangat dalam acara sama baru-baru ini.
"Orang muda tak mahu lihat Najib cakap banyak sangat, sebaliknya sahut cabaran debat dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Najib juga hanya beri jawapan selamat dan retorik…soalan kritikal dan penting tidak dilayan," kata Khai Loon ketika dihubungi.
Malah Najib juga tidak menjawab soalan oleh Khai Loon seperti ketidakhadiran beliau ketika Anwar membahaskan Bajet 2013 dan pertembungan peranannya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
"Walaupun Najib tidak jawab (soalan kritikal), orang muda bijak dan akan menilai kelayakan beliau sebagai Perdana Menteri, khasnya ketika pilihan raya umum akan datang," kata Khai Loon lagi.
Anwar merupakan pemimpin pertama di Malaysia dan Asia Tenggara memanfaatkan Google Hangout pada 17 Oktober lalu.
Setakat ini, jumlah 'like' pada rakaman sesi yang dimuat naik di saluran 'Anwar Ibrahim' adalah sebanyak 1,352 manakala 'dislike' hanya 163.
KUALA LUMPUR: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali tidak perlu memohon maaf berikutan kenyataannya yang dianggap sebagai satu salah faham.
Malah, Abdul Khalid yang juga Menteri Besar Selangor dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak menganggap kenyataan Azmin bersifat peribadi dan tidak mewakili pendirian pakatan pembangkang.
"Bagi sayaAzmin tidak perlu minta maaf. Kita tidak boleh salahkan Azmin kerana ada baiknya kenyataan beliau itu, maknanya orang boleh terima saya kerja di peringkat negeri dan Pusat.
"Saya tidak ada masalah kalau kedua-dua (peringkat), saya tidak dapat pun tiada masalah," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.
Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak, dilaporkan berkata Selangor akan mendapat Menteri Besar baru bagi menggantikan Abdul Khalid sekiranya pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Azmin berkata Abdul Khalid lebih diperlukan di peringkat Pusat sekiranya pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan selepas memenangi pilihan raya umum itu.
Ditanya mengenai kabinet bayangan pakatan pembangkang, Abdul Khalid berkata kabinet bayangan itu tidak perlu ditetapkan sehingga selepas PRU ke-13 bagi membolehkan ketiga-tiga parti dalam pakatan pembangkang dapat menumpukan usaha menawan Putrajaya.
Terdahulu, ketika perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2013, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin menempelak 'kabinet bayangan' pakatan pembangkang yang disifatkan mengamalkan kronisme.
Malah, beliau berkata ada dalam kalangan Ahli Parlimen khususnya dari Sabah tercicir daripada tersenarai dalam kabinet bayangan itu.
"Mereka bercakap soal kronisme tapi apa yang saya lihat ini adalah kabinet kroni. Bapa, emak dan anak semua diangkat dalam kabinet bayangan. Tapi malangnya wakil Sabah seorang pun tidak diiktiraf.
"Sebab itu orang Sabah jangan tertipu, mereka boleh menjanjikan impian melangit tapi akhirnya ia hanya tinggal sekadar janji. Berbeza dengan BN yang beri empat wakil Sabah sebagai menteri dalam kabinet hari ini," katanya. - BERNAMA
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
MAKA, Ibrahim Alkataki pun teramat marah dengan DS Anwar Ibrahim kerana Ketua Pembangkang itu sudah berlepas ke Paris. Raja katak ini mendakwa DS Anwar takut untuk berhadapan dengannya sebab itu beliau ke Paris (Berita dari Utusan Meloya). Orang gila mana mahu percaya akan kata-kata Ibrahim Alkataki itu kecuali yang bengap seperti beliau juga.
Mengapa Raja katak ini tidak marah dengan Najib apabila Najib tidak menggunakan peluang terbuka untuk berhadapan dengan DS Anwar sewaktu beliau membahaskan Bajet "Santa Clause" Najib baru-baru ini? Bukankah DS Anwar berjanji untuk memberikan sepenuh ruang bahkan masa 10 minit untuk Najib bercakap sekiranya Najib hadir pada hari DS Anwar bahaskan bajet? Pertarungan Perdana yang sepatutnya menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia adalah pada dua sesi, iaitu sesi Najib membentangkan Bajet dan sesi Ketua Pembangkang membahaskan Bajet tersebut. Malangnya, Najib tidak langsung ada keberanian seperti DS Anwar yang setia menanti Najib merepek menaburkan 'gula-gula' beracun Jumaat lalu. Najib menghilangkan diri sewaktu sesi yang amat ditunggu-tunggu oleh rakyat.
Lihat ni....PAS tolong kawe...kalau tak mapuh kawe demoo.....
Ibrahim alkataki pula yang perasan kononnya DS Anwar takut dengan beliau. Mengapa sewaktu Najib tidak hadir, Ibrahim Raja katak ini tidak bangun membantu Najib mencelah sewaktu DS Anwar bahaskan belanjawan? Beberapa orang Ahli Parlimen dari Bn telah diberi laluan yang selesa oleh DS Anwar untuk mencelah, tapi ketika itu Ibrahim Raja katak masih berada di bawah tempurung.
Siapa Ibrahim alkataki yang merasa hebat sangat ini? Orang yang menumpang atas ihsan PAS sebagai Ahli Parlimen ini tidak sedar diri dan masih merasa beliau hebat. Setakat hero kepada geng-geng baling kasut ke dalam masjid, tidak layak untuk Ibrahim alkataki menyamai tarafnya dengan DS Anwar. Umno sendiri pun telah campakkan Raja katak ini ke dalam longkang sebelum dikutip oleh PAS.
Hakikatnya, seluruh rakyat Malaysia sudah kenal siapa Najib. Hebatnya Najib hanya di hadapan TV semata-mata kerana di situ beliau tidak boleh disoal. Hebatnya Ibrahim alkataki adalah beliau pengukir sejarah tokoh politik yang paling kerap cium tangan bos-bosnya terdahulu dan kita tidak lupa kaki ampu ini adalah tokoh politik yang pertama mengunjungi DS Anwar di German sewaktu DS Anwar keluar dari penjara dan mendapatkan rawatan di German. Tidak pula dipastikan sewaktu di German, Ibrahim Raja katak ini melutut atau mencium tangan DS Anwar./wfauzdin.blogspot.com