LAHAD DATU : Semakin ramai tokoh korporat dan pemimpin BN di Sabah mengisytihar keluar BN yang menyata sokongan terhadap perjuangan Pakatan Rakyat.
Terbaru, Tokoh koporat Sabah, Datuk Dr Richard Sakian Gunting mengisytihar keluar BN dan menyertai Angkatan Perubahan Sabah (APS).
Selain Richard, empat pemimpin BN termasuk bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) turut sama meninggalkan parti pemerintah itu dengan membawa ribuan penyokong dan ahli Umno dan PBS.
Kata Setiausaha Majlis Pimpinan KEADILAN Sabah, Dr Roland Chia Ming Shen, pengumuman dibuat depan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan disaksikan ribuan rakyat di Jalan Assam, Lahad Datu.
Richard dari keturunan Murut itu pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah di Lembaga Koko Malaysia, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Institut Pembangunan Sabah dan Ahli Majlis Perbandaran Nabawan.
Beliau kini Pengurus Besar Koperasi Pembangunan Desa, sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Bekas Adun Lahad Datu, Mohamadin Ketapi, juga bekas Ketua PBS Bahagian Silam dan pembantu Menteri Luar Bandar Sabah, Mohamadin Ketapi, juga keluar BN.
Turut sama, bekas Pengerusi Tetap Umno Bahagian Silam, Datu Halun Datu Abdul Karim; Ketua Umno Cawangan Sri Dewi Lahad Datu, Onga Langadai dan bekas Ketua PBS Tunku, Bolongan Panasi.
KENINGAU: Seramai 100 ahli Parti Bersatu Sabah (PBS) mengisytihar keluar parti dan menyertai KEADILAN, semalam.
Borang penyertaan mereka diserah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena siri jelajah ke Keningau, Sabah.
Menariknya, ia berlaku dalam Parlimen Keniangau yang diwakili Presiden PBS, Datuk Seri Pairin Kitingan.
Kira-kira 2,500 rakyat hadir pada majlis di Restoran Pelancongan Pedalaman di Batu 2, Keningau yang disertai pimpinan Pakatan Rakyat.
Bercakap kepada KeadilanDaily, Ketua KEADILAN Cabang Keningau, Stephen Sandor, berkata mereka diketuai bekas Ketua PBS Bahagian Keningau, Philip Sintan.
"Ini menunjukkan sokongan terhadap KEADILAN terus melonjak. Kita yakin mampu menawan Keningau pada pilihan raya umum kelak," katanya.
Sejak beberapa tahun lalu, beberapa pimpinan PBS keluar parti secara berperingkat di pelbagai daerah seluruh Sabah.
Antaranya, Naib Pengerusi PBS Bahagian Kiulu, John Hussein pada; bekas Ketua PBS bahagian Likas Satur Sembuling; bendaharinya, Suhailee Jamadil dan Ahli Jawatankuasanya, Lidin Buti, selain penulis buku, Dr Chong Eng Leong.
Lain-lain ialah Naib Ketua PBS Sulaman, Dominic Ombilod Onul dan Ketua Pemuda PBS Sulaman, Ahling Kabaron bersama penyokong masing-masing.
Bila klik video filem Innocence of Muslim yang menghina dan mengaibkan agama Islam ditaburkan dalam alam siber dan memasuki ke rumah kita sampai ke ruang dapur dan tandas, kita - orang Melayu Islam bangkit membantah. Kita semua mengecam pembikinan filem tersebut dan pengedarannya di ruang internet. Kononnya ia menghina dan mengaibkan kita.
Add caption
Maka berdiri tegaplah para berjois dalam politik hendak menunjuk 'bengkeng' dan 'agah', mencaci dan menentang orang membikin filem berkenaan walaupun kita tidak pernah tahu apakah hujung pangkalnya. Berbagai sepanduk, stiker ditunjukkan bagi melahirkan api amarah jiwa yang 'murih'. Kita terikut-ikut dengan suara dunia yang turut mengecam filem berkenaan di mana mereka tahu akan hujung jatuhnya. Dunia yang mengecam filem itu ada justifikasinya sendiri.
Anak-anak muda yang baru tumbuh susuh dan bulu kepak baru hendak bersinar pun, baik dari dewan anak-anak muda atau kelab anak-anak muda nasionalis, turun melalak menjerit melaungkan kecaman ke atas Yahudi dan melaknatkan Amerika. Bukan main lagi mereka bertempik sampai tercabut serban dan songkok serta hingus sampai meleleh ke pipi dibiarkan atau ditelan dengan asin peluh. Tidak mengapa kerana aksi itu mengundang syahid kononnya.
Semua aksi itu untuk menunjuk kononnya akulah pejuang Islam dan sedia syahid demi Islam.
Dua kumpulan menjadi ketua kepada dewan budak-budak dan kelab anak-anak muda ikut sama mengambil bahagian. Mereka menujukkan kekuatan masing-masing berdasarkan jumlah yang hadir. Seorang melaung di Jalan Pekeliling berdekatan Kedutaan Amerika Syarikat sementara satu lagi melalak di kawasan masjid Kampung Baru.
Saya bukan anti demostraai, saya juga pernah turun dan berpeluh pelai menyertai berdemoratsi. Bahkan lebih awal dari sesetengah mereka. Tetapi demonstrasi yang satu ini - menentang filem - saya merasakan tidak relevan kerana ia bukan ada kena mengena secara langsung dengan umat Islam negara ini. Betapa tuntutan dan desakan kerajaan UBN tidak boleh berbuat apa-apa. Bukankan itu satu perbuatan sia-sia? Jika dibandingkan dengan demonstrasi menuntut royalti minyak yang dianjurkan (R) jauh demonstrasi itu lebih 'auliya' dan perlu disokong.
Malangnya semasa demonstrasi 'R' di Shah Alam minggu lepas tidak kelihatan ketua dewan budak-budak di majlis berkenaan. Kenapa? Mungkin mereka mengira penghinaan kerajaan pusat ke atas Kelantan dengan menafikan royalti minyak sebagai tidak mengaibkan, bukan satu dosa yang perlu dibersihkan.
Kapal USS Gergoge Washington.
Di sini saya ingin bertanya kepada anak muda semua apakah kewajiban kalian hanya mempertahankan keteguhan dan kesucian akidah semata-mata tetapi tidak menjadi kewajiban mempertahankan keselamatan negara? Atau perkara-perkara lain dilihat lebih penting yang bukan atas kanta agama? Setahu saya soal keselamatan negara juga termasuk dalam kewajiban penting kalau tidak masakan ada hadith menyebut; kasih kepada negara itu sebahagian daripada iman.
Saya merujuk perkara ini kepada kedatangan kapal perang Amerika Syarikat, USS George Washingtonyang berlabuh di Pelabuhan Klang dan Teluk Sepaggar Sabah yang semacam tidak ada bantahan dari anak-anak muda Melayu Islam negara ini baik dari dewan budak-budak dan juga kelab kanak-kanak. Saya menanti-nanti mereka berarak dan menaikkan sepanduk di Pelabuhan Klang membantah pendaratan kapal yang mempunyai berbagai kapal perang itu. Apakah mereka tidak ada maklumat atau pun kesedaran bahaya dengan kedatangan kapal bernama USS George Washington itu.
Kapal perang berkenaan mempunyai 6,102 orang anak kakapal yang lengkap dengan 90 buah pesawat perang yang ada didalamnya. Kapal ini ialah kapal ke-6 dalam kelas Nimitz dan sudah beroperasi sejak tahun 1992. Setengah kapal perang ini juga dilengkapi dengan pelancar peluru berpandu.
Mungkin soal saiz dan kapastian itu tidak penting. Tetapi sejarah .. yang diciptanya cukup memilukan kita. Kapal ini dikatakan terlibat dalam membunuh lebih 50,000 semasa kapal ini digunakan menyerang Iraq dan Agfhanistan dalam pencerobohan dan perang Teluk.
Tanpa mempedulikan kecanggihan itu umat Islam negara ini sepatut sensitif dengan apa dilakukan kapal berkenaan. Namun malang, tidak ada mana-mana anak muda yang membuat apa-apa bantahan. Tidak ada perarakan di Pelabuhan Klang dan sedihnya ia seolah tidak disedari akan kehadiran kapal berkenaan. Apalkah kerana anak-anak muda kita 'keralikan' bermain dengan stiker, minum petang dengan artis, sepanduk mengutuk Israel dan Amerika dan sebagainya sehingga tidak nampak musuh menceroboh dapur rumah kita.
Saya tidak tahu apakah anak-anak muda politik tidak mengetahui akan hal ini. Apakah mereka tidak mengikuti perkembangan dan maklumat semasa. Kalaupun media penjilat buntut tidak menyiar atau pun mengulas akan bahaya pendaratan kapal itu, tetapi bukankah ahli Parlimen Tumpat Kamaruddin Jaaffar telah membawa usul persendirian di Parlimen untuk membincang perkara itu. Apa yang dibawa Kamaruddin itu sudah cukup memberi maklumat ataupun respons untuk bertindak ke atas kedatangan kapal puasaka berkenaan.
Sikap bisu atau kurang perihatin inilah menyebabkan timbul persoalan di kepala saya apakah pemuda termasuk pemuda Pas tidak melihat perkara ini satu kewajiban penting atau teralpa terhadapnya kerana obses soal akidah sehinggakan soal keselamatan dan ketahanan negara terabai.
BUKIT JAMBUL: Pejabat Pusat Khidmat Adun Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin yang terletak di tingkat tiga bangunan kedai di Jalan Rumbia disini dipecah masuk oleh penjenayah awal pagi tadi untuk kali ketiga.
Tze Tzin berkata, kejadian itu hanya disedari beliau sebaik sahaja dimaklumkan oleh pemilik sebuah pusat kecantikan yang beroperasi di tingkat bawah bangunan berkenaan yang turut menjadi mangsa penjenayah terbabit.
Bagaimanapun, Tze Tzin mengesahkan tiada barang berharga mahupun dokumen penting yang dilaporkan hilang.
"Ini adalah kejadian ketiga yang menimpa pejabat khidmat saya namun dalam kejadian awal pagi semalam tiada barangan yang hilang.
"Saya percaya penjenayah yang pecah masuk ke pejabat saya ini hanya mencari barangan berharga namun disebabkan saya adalah Adun yang miskin dan tidak mempunyai harta berharga di didalam pejabat membuat penjenayah itu kecewa,"katanya pada sidang media disini tengah hari tadi.
Ujar Tze Tzin, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup di pejabatnya kejadian itu dilakukan secara bersendirian dan penjenayah bertindak mengalihkan CCTV sebelum menyelongkar laci mejanya.
Tambah Tze Tzin, pada 2009 pejabatnya pernah dipecah masuk namun tiada barang yang dilaporkan hilang.
Bagaimanapun, pada pertengahan 2011 pejabatnya dipecah masuk buat kali kedua dan menyebabkan komputer riba yang disimpan didalam hilang.
"Polis perlu melakukan siasatan segera kerana ini adalah kejadian kali ketiga yang dilaporkan.
"Walaupun Pulau Pinang digelar bandar selamat namun ia masih belum selamat sepenuhnya,"katanya.
KUDAT: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peruntukkan RM4 juta bagi pembinaan masjid baru Kampung Ayer di sini.
Najib berkata, pembinaan itu bagi menggantikan masjid tertua di kampung tersebut yang telah dibina di daerah ini sejak 1907.
"Kita perlu bina semula masjid ini memandangkan ia sudah lama dan uzur, kerajaan negeri bagi peruntukan sebanyak RM2 juta manakala Kerajaan Pusat bagi peruntukan sebanyak RM2 juta, InsyAllah kita akan bina masjid baru di Kampung Ayer," katanya ketika berucap di Majlis Pelancaran Jelajah Janji Ditepati (JJD) peringkat negeri Sabah hari ini.
Dalam pada itu, Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) turut tertarik dengan kain rentang pantun enam kerat yang direka oleh penduduk kampung Ayer ketika mengadakan lawatan 'walkabout' ke kampung tersebut.
"Saya amat tertarik dengan pantun tersebut, bukan skrip daripada kerajaan tetapi cetusan rasa hati dan keikhlasan hendak ditunjukkan oleh orang kampung Ayer hanya BN menepati janji," jelasnya.
Perdana Menteri sempat membaca pantun enam kerat tersebut dihadapan kira-kira 50,000 rakyat seluruh negeri ini.
"Dua, tiga orang BN berjalan kaki, PM bawa ke kampung kami, Dua, tiga pembangkang berjanji, Satu pun tak menepati janji, Hanya PM menepati janji, Kami kenang sampai ke mati," ujarnya diikuti sorakan dan tepukan gemuruh para hadirin.
Selain itu, Najib turut mengumumkan Kerajaan Persekutuan bercadang untuk membina sebuah Kompleks Imigresen dan Kastam (CIQ) di sini memandangkan ia pintu masuk ke Filipina Selatan.
"Justeru satu siasatan terperinci akan dilakukan, setelah kita tahu barulah saya akan umumkan bajet pembinaan ini," jelasnya.
Barang kali Najib Razak sudah habis cara dan buntu fikiran sehingga akhirnya dia terpaksa mengakui yang dia memang ada berjumpa dengan George Soros. Bagaimana pun beliau berlapik dan sedikit ego dengan mengatakan yang hendak berjumpa dengannya Soros bukan dia.
Peristiwa penting dan eksklusif itu berlaku tahun 2010.
Saya percaya kalau boleh mengelak Najib tidak akan mengaku semudah itu. Tetapi kerana sudah tidak ada cara dan kaedah lain lagi akhirnya dia terpaksa angkat tangan. Betul bagi Najib baik dia mengakui sesuatu yang benar. Menegak benang basah tidak ada faedah dan menjadi sesuatu yang menyusahkan. Apa lagi bukti-bukti jelas menunjukkan Najib 'berlaga' gelas dengan Soros.
Walaupun Najib nampak hebat kerana diminati Soros tetapi pendedahan itu memberi sedikit kesusahan kepadanya. Apa lagi Mahathir tidak habis-habis menggeleng-geleng kepala mendengar pengakuan Najib itu. Perjuangan Mahathir untuk memastikan UBN memang bagi membolehkan anaknya jadi timbalan perdana menteri terganggu dengan pengakuan Najib yang mugkin dianggap pandir itu. Mahathir merasakan usahanya memburukkan pembangkang dengan mengaitkan Soros jadi anti klimek.
Pengakuan Najib itu menjadikan Mahathir tersandar di kerusi malas, sikap dan gelagatnya sebelum ini yang menghentam Soros dan mengaitkan Soros dalam membantu pembangkang dapat diterjemah dengan mudah oleh rakyat. Selain orang Umno totok sudah mengetahui siapa dan apa dia Mahathir ini.
Selain itu pengakuan Najib itu juga ada implikasinya. Apabila Najib membuat pengakuan itu maka timbullah berbagai persepsi terhadapnya dan intgeritinya sendiri. Orang akan mengait dengan beberapa hal misteri lagi mengenai Najib. Apa yang Najib sembunyikan selama ini dianggap benar. Cuma Najib tidak mengaku kerana tidak ada bukti nyata, tetapi hakikatnya benar.
Misalnya orang akan ingat tuduhan ke atas Najib yang beliau pernah dicekup dengan seorang artis di Port Dickson beberapa tahun lalu. Orang juga akan mengaitkan Najib dengan Altantuya Shahribbu. Selama ini Najib tidak mengaku yang dia mengenali dan berjumpa dengan Altantuya. Penafian itu dibuat dengan bersumpah "Demi Allah". Sumpah ini dilapaz dihadapan saya sendiri.
Juga akan dikaitkan dengan pembelian kapal selam Scorpone dan sebagainya. Semuanya bermula dengan pengakuan Najib berjumpa dengan Soros itu. Orang akan menganggap mungkin kisah-kisah lain Najib itu benar belaka cuma ia tidak terbongkar lagi. Bagi Najib kalau boleh selindung dia akan selindung sampai ke bila-bila.
Perjumpaan Najib dengan Soros bukan rekaan, ada bukti dan paling penting sekali apabila Najib mengakui. Sebenarnya tidak ada salah pun pertemuan itu ia perkara biasa. Namun apabila Soros itu dianggap hanyir dan jahat oleh Mahathir menyebabkan pertemuan itu juga menjadi hanyir. Mahathir cuba mendedahkan kehanyiran pembangkang bila berjumpa dengan Soros. Jadi bila Soros berjumpa dengan Najib kehanyiran itu kini terlumur di tubuh Najib.
Kesimpulan cerita Soros yang cuba dijadikan isu Mahatir ini tidak memberi bekas apa-apa lagi. Isu Soros sudah tawar 'lembar' dan menjadi senjata memakan tuan.
Bagaimana pun bagi saya Najib tidak perlu gementar dengan pertemuan itu. Sebaliknya yang perlu Najib takut dan berwaspada ialah bertemu dengan Mahathir kerana Mahathir dalam konteks politik Najib lebih bahaya dari Soros. Mahathir lebih berpotensi untuk menjatuhkan Najib berbanding dengan Soros. Soros tidak ada apa-apa yang perlu dibimbangi kalau kerajaan UBN jatuh tetapi Mahathir dapat merasai apa yang akan berlaku kepadanya. Ini menyebabkan Mahathir lebih jahat dan celaka dari Soros. Padan muka.
Soros juga tidak ada anak dan harta untuk dilindungi di Malaysia, sebaliknya keperluan melindungi anak dan harta itulah yang ada kepada Mahathir
Bekas Bendahari Umno, Tun Daim Zainuddin meramalkan Umno BN hanya menang di Johor, Melaka dan Pahang pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dengan selainnya dimenangi Pakatan Rakyat.
Daim berkata demikian dalam wawancara eksklusif bersama akhbar harian Cina, Nanyang Siang Pau yang diterbitkan awal tahun ini, seperti dilaporkan Malaysiakini.
Daim turut dipetik sebagai berkata, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak kini umpama "jeneral tanpa askar" dalam berdepan cabaran PRU.
"Perdana Menteri dan pemimpin utama lain sudah pun melakukan lebih dari cukup. Maka situasi semasa mereka umpama 'jeneral tanpa askar'.
"Di manakah askar-askar BN? Pemimpin di peringkat cawangan dan bahagian perlu lebih proaktif melibatkan diri dengan orang ramai," kata Daim.
Daim turut meramalkan agak sukar untuk Umno BN mengekalkan Sabah dan Terengganu ekoran krisis dalaman parti itu di kedua-dua negeri itu.
Mengenai Negeri Sembilan, Daim tidak menolak bahawa Pakatan Rakyat berpeluang cerah untuk menang di situ ekoran gabungan KEADILAN, PAS dan DAP hanya memerlukan sekurang-kurangnya enam kerusi untuk membentuk kerajaan.
Selain itu, kata Daim, Umno juga terpaksa mencari calon sesuai untuk menggantikan Menteri Besar Negeri Sembilan ketika ini, Datuk Seri Mohamad Hasan yang dijangka bertanding kerusi Parlimen untuk dilantik sebagai menteri persekutuan.
Mengenai Perak yang dirampas Umno BN yang diketuai Najib sejak Februari 2009, Daim melihat agak sukar untuk Umno BN kekal di negeri itu.
Sementara Kelantan dan Pulau Pinang, Daim yakin Pakatan Rakyat akan terus memerintah di kedua-dua negeri itu.
Menjelang PRU 8 MAc 2008, Daim pernah meramalkan Umno BN akan kalah di Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang, namun tiada siapa melihat dengan serius ramalan beliau.
Sehinggalah keputusan 8 Mac diumum yang yang menyaksikan Umno bukan sahaja kalah di negeri itu, kecuali Terengganu, malah buat pertamakali dalam sejarah BN hilang 2/3 kerusi Parlimen.
Ulasan GB
Ramalan Daim di atas boleh jadi kenyataan JIKA tiada unsur penipuan dari SPR.
Berdoalah kepada Allah swt agar Dia mendedahkan dan menggagalkan segala tipu daya yang dilakukan SPR di dalam PRU akan datang ini.
Pemberian dana berjumlah RM40juta kepada Umno Sabah hanya derma politik kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Menurut beliau, setiap parti politik mempunyai hak menerima derma politik selagi ia dilakukan melalui saluran yang betul.
Ditanya mengenai di mana beliau memperolehi dana tersebut, Najib bagaimanapun enggan membuat pendedahan.
Beliau berkata bahawa pembangkang didakwa turut menerima derma politik sedemikian.
"Kita tidak sewenang-wenang mendedahkan kerana pembangkang juga menerima derma politik dan mereka tidak mendedahkan daripada mana mereka memperolehinya.
"Cuba tanya pembangkang, berapa banyak yang mereka dapat untuk derma politik. Pemberian dana ini dilakukan dengan cara yang betul untuk kebaikan parti," katanya.
Ketua Menteri Sabah yang juga Ketua Umno negeri, Datuk Seri Musa Aman sebelum ini menafikan tuduhan yang mengaitkan dirinya dengan hartawan balak, Michael Chia yang pernah ditahan pada 2008 kerana cuba menyeludup wang haram berjumlah RM40 juta.
Namun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membersihkan dakwaan rasuah terhadap Musa dan Chia.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pada Khamis berkata, Jabatan Peguam Negara turut memutuskan tiada elemen rasuah dibuktikan membabitkan Ketua Umno Sabah itu. -FMT
Report lodged over Umno's RM40m
PETALING JAYA: The clearance of Sabah Chief Minister Musa Aman of any wrongdoing last week over money laundering and graft allegations involving RM40 million has continued to bewilder and anger opposition parties.
Among the latest is the youth wing of Sabah Progressive Party (SAPP), whose members claimed that the government explanation that the money did not belong to Musa, but Sabah Umno, smacks of a deliberate cover up.
Lodging a police report over the matter on Friday, they urged the police to further investigate the origin of the RM40 million.
They also questioned the need to smuggle the money out of Hong Kong and businessman Michael Chia's relationship with Umno.
"If there is no connection (between Chia and Umno), why isn't Umno managing the transaction?" asked the report.
Speaking to FMT, SAPP Youth chief Edward Dagul said that the party finds it hard to believe that the Minister in Prime Minister's Department Nazri Aziz has attempted to "swipe away such a serious case with such a simple sentence".
"We are astonished that a federal minister is actually saying that Umno has that amount of money.
And why has it got to go through Hong Kong? If it really is just a simple matter of Umno headquarters giving money to Sabah Umno, then why is it smuggled through Hong Kong, what is there to hide? "The other thing is that the story has been out for four years, and suddenly after four years they changed their minds and changed the story.
Why didn't Musa Aman say this in the first place?" "To us it is a cooked up story. It is an afterthought," said Edward, who also asked whether the contribution was recorded in the Umno financial report if it was really above board.
Umno MP lashes out
Meanwhile, Sabah's Kota Belud MP Abdul Rahman Dahlan strongly defended the government's position, calling for the opposition to stop continuing to spin the issue after the case has been considered settled.
"What is the core business of Umno? It is a contribution from people for political activities.
There is no law against anyone contributing money to political parties as long as they are accounted for.
"If I had RM1 billion and I like you and I gave you RM2 million, so what? As long as a receipt is given," he said.
"We've been very patient in allowing the law to take it's course. We were very quiet when letting the investigation and now when it is proven that he is innocent, not just by the MACC but also the ICAC, don't jump and find another angle," he said.
Abdul Rahman said that if opposition parties wanted to cry foul, they should also reveal their source of funding.
"Opposition, reveal your sources of income, how much have you collected from your donors. I have seen how Anwar (Ibrahim) in Permatang Pauh by-election threw money around. We (BN) were outnumbered, outspent, we were outmaneuvered in terms of logistics, campaign material, financially. Then, for every one flag we had, they had three," he said.
Asked about the claim by opposition parties that the RM40 million amounted to 'foreign money', Abdul Rahman said:" This is ridiculous, they are just having fun accusing Umno of everything.
" Last Thursday, Parliament was told that MACC had cleared Musa of graft and money-laundering allegations after finding that the over S$16 million (RM40 million) was not meant for the chief minister's personal use but for for Sabah Umno liaison body.
"It is not for the private use of the the chief minister," Nazri said in a reply to Batu MP Tian Chua.
The minister had also said the Attorney-General's Chambers had shelved the matter after finding "no element of corruption" in the case.
Caught in 2008
Nazri's reply also stated that the Hong Kong ICAC took no further action in the case after the MACC finding, while the request for cooperation in a criminal matter lodged over the Swiss bank account has been withdrawn for the same reason.
The matter first surfaced in 2008 and was repeatedly raised by whistleblower site Sarawak Report.
Earlier this year, Sarawak Report published documents purportedly from the ICAC that showed that a Swiss bank account in the name of a lawyer in Sabah contained some US$30 million (RM92 million) and was allegedly being held for Musa.
The report claimed that a paper trail showed that millions in euros, US dollars, Hong Kong and Singapore dollars were channelled from several firms to a number of British Virgin Island companies and subsequently to the Swiss account.
The transactions were believed to have been managed by Hong Kong-based timber trader Chia who was later arrested and charged with money laundering after attempting to smuggle S$16 million (RM40 million) back to Malaysia.
(On Aug 14, 2008, the businessman, Michael Chia, was caught red-handed at the Hong Kong International Airport with Singapore currency worth RM40 million in his luggage before be could board a flight to Kuala Lumpur) Investigations by both the ICAC and MACC was initiated after the Chia case but it was reported that AG Abdul Gani Patail had allegedly shelved files on the investigation and refused to prosecute over allegations that the Sabah chief minister had corruptly issued timber licences to his family worth tens of millions of ringgit.
Musa has denied any link to Chia who, according to media reports, had allegedly told the Hong Kong authorities that the money belonged to Musa.
Musa had previously accused Sarawak Report of defaming him, claiming the graft allegations were likely part of a conspiracy by his detractors who wanted to topple Barisan Nasional (BN) in the east Malaysian state.
Sarawak Report has linked the monies to timber kickbacks which it said were bound for Musa's pockets for approving timber licences.
Ulasan GB
Apabila sudah terkantoi, Najib menuduh dan memfitnah pula PR juga menerima derma politik.
Dasar penipu yang cuba melepaskan diri apabila tersepit.
Sebenarnya, jika SPRM bebas dan adil, UMNO sudah boleh dibatalkan penyertaannya di dalam pilihanraya umum dengan pengakuan penerimaan dana RM40 juta itu.
KUALA NERUS - Negara Malaysia dan negeri Terengganu berada diambang bahaya sekiranya kepimpinan negara ini terus diserahkan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN).
Menurut tokoh korporat muda, Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim, antara risiko membiarkan negara terus dipimpim oleh Umno-BN adalah negara akan jatuh bankrup.
Beliau berkata, ketika bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan antara tahun 1991 hingga 1998, hutang luar negara Malaysia adalah antara RM75 hingga RM80 bilion.
Namun, katanya, bermula dari mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad mengambil alih pada tahun 1998, hutang luar negara mula meningkat.
Menurutnya, kedudukan kewangan mengara menjadi lebih parah apabila hutang luar meningkat sehingga RM250 bilion pada penghujung pentadbiran negara di bawah Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Oleh itu, kata Amzad, nilai matawang Malaysia semakin menyusut dan menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan di pasaran tempatan bertambah mahal.
Beliau yang juga bekas Presiden Pergerakan Profesional Muda Terengganu kesal dengan kepimpinan Umno Terengganu yang hanya 'jaguh' di negeri sendiri tetapi 'menikus' apabila berhadapan dengan pemimpin Umno di Putrajaya.
Tabiat kerja korporatnya yang sering mengunjungi pelbagai Kementerian kerajaan Pusat menyerlahkan sifat 'penakut' kepimpinan Umno Terengganu.
"saya hairan mengapa pemimpin (Umno dan) Barisan Nasional ini berjiwa sangat rendah 'komang spanar, semasa saya melaksanakan projek besar (korporat) memang saya turun naik pelbagai kementerian,
"pada waktu itu saya selalu berjumpa dengan pemimpin Umno Terengganu yang dikatakan 'bekeng' sangat (tapi) beratur minta projek di pejabat Perdana Menteri, beratur macam budak sekolah melakukan kesalahan mahu menghadap pengetua,"jelasnnya.
Sebaliknya kata beliau, ia berbeza dengan cara pemimpim Umno negeri-negeri Pantai Barat yang berani dan tidak perlu beratur untuk berjumpa dengan perdana Menteri.
Oleh sebab itu, kata beliau, pemimpin negeri lain boleh minta macam-macam projek, namun perkara sebaliknya yang berlaku kepada pemimpin Umno Terengganu.
Amzad berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam majlis ceramah Penerangan isu semasa di Kampung Banggol Peradong dekat sini pada Jumaat 12 Oktober.
TUTUP.....Jalan Masuk Kg. Ayer Semporna ditutup, "boleh keluar tak boleh masuk!"
TIDAK cukup dengan prasarana yang mundur, Kerajaan Barisan Nasional semakin menzalimi rakyat dengan menutup jalan masuk ke kampung Ayer, kampung tradisi tertua di Semporna; kononnya atas dasar pembangunan, tetapi memangsakan rakyat jelata disebabkan kelemahan perancangan Majlis Daerah Semporna.
"Jika ingin matikan politik USNO, jangan tutup jalan masuk ke kampung kami. Ini arahan siapa? Kami tidak larang jika ingin naik taraf jalan, tetapi kenapa tutup jalan masuk ke kampung kami?," tanya Timbalan Presiden Penaja USNO, Abdullah Sani Haji Abdul Salleh.
Ketika menghubungi Sabahkini.net petang kelmarin, Abdullah Sani menegaskan kerakusan pemimpin UMNO Semporna terutama Ahli Parlimen dan ADUN untuk mematikan politik USNO melalui penyalahgunaan kuasa, adalah perbuatan yang tidak bertanggung jawab dan boleh mencetuskan sengketa.
"Penduduk kampung marah kerana hak mereka dinafikan. Tidak ada kenderaan yang mahu menghantar mereka kerana kenderaan tidak boleh masuk tetapi hanya boleh keluar. Apa punya perancangan begini?" tanya Abdullah Sani dengan nada kecewa.
Sekalipun tujuan Perancang Bandar Semporna mungkin baik iaitu untuk melancarkan sistem trafik di daerah itu, tetapi kata Abdullah Sani, mereka tidak mengambil kira kepentingan penduduk yang telah menjadi mangsa keadaan.
Abdullah Sani yang meninjau pembinaan penghadang atau pembahagi jalan masuk ke Kampung Ayer bersama dua orang Ketua Kampung iaitu Ibrahim Hj Sakilan (Kg. Ayer Masjid) serta Haji Tahuddin Haji @ Tanggiling Kambing; kesal kerana jalan masuk ke kampung mereka telah ditutup sama sekali seperti dalam gambar di atas.
"Kezaliman terhadap penduduk Kampung Tradisi Bumiputera Semporna ini tidak patut berlaku di era 1Malaysia ketika Perdana Menteri menjamin rakyat akan didahulukan dan pencapaian diutamakan dengan menepati segala janji yang dilafazkan," kata Abdullah Sani yang mendesak kezaliman berkenaan dihentikan segera kerana kampung berkenaan adalah 'The Last Frontier' kerana dihuni oleh 95 % Anak Jati Sabah.
Menurut Abdullah Sani, setelah jalan masuk ke kampung mereka ditutup, kenderaan terpaksa berpusing hampir 1.5 kilometer untuk memasuki Pekan Semporna, walhal Pekan berkenaan hanya 10 meter dari Kampung Ayer.
"Mungkin Ahli Parlimen Semporna ini terlalu tergilakan artis dan lagu 'Suk Suk', tak boleh masuk tapi boleh keluar? Jika tidak kenapa membiarkan Majlis Daerah Semporna hanya menyediakan jalan keluar tetapi tiada jalan masuk ke Kampung Ayer?" sindir Abdullah Sani yang menggesa campurtangan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan bagi mengatasi masalah sekecil ini yang tidak dapat diselesaikan oleh Ahli Parlimen Semporna.
Walaupun mempunyai seorang Ahli Parlimen dan tiga ADUN, dua daripada mereka berjawatan menteri penuh (Shafie dan Nasir), tetapi kata Abdullah Sani, tidak seorangpun menetap di Semporna dan mereka hanya balik jika ada acara.
Kata Abdullah Sani lagi, kesemua Wakil Rakyat di Semporna tidak langsung mempedulikan masalah rakyat dan hanya mengharapkan laporan daripada pegawai masing-masing; tetapi pegawai mereka hanya makan gaji buta dan langsung tidak berkerja.
"Dengan tidak menyediakan jalan masuk, apakah pemimpin UMNO Semporna mahu menghapuskan seluruh Kampung Ayer jika berlaku kebakaran?," tanya Abdullah Sani melantak mati persoalan yang bermain di kepala penduduk Kampung berkenaan yang sebelum ini telah mengalami beberapa kebakaran ngeri.
"Adakah SPRM telah membuat siasatan penuh termasuk mengambil kenyataan Datuk Seri Musa?" tanya Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Semalam, katanya kerajaan BN bangga mengumumkan pembebasan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman daripada skandal wang tunai S$16 juta (RM40 juta) ekoran tindakan SPRM untuk menggugurkannya daripada dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram.
Menurutnya, mengikut jawapan bertulis Parlimen Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz, Pejabat Ketua Peguam Negara tidak menjumpai apa-apa elemen rasuah dalam kes seorang ahli peniagaan Sabah yang ditahan di Hong Kong kerana menyeludup wang berjumlah RM40 juta dalam mata wang Singapura.
Katanya, Nazri berkata bahawa siasatan menunjukkan duit itu sebenarnya merupakan sumbangan politik kepada Umno Sabah dan bukan kepada Musa.
"Adakah BN ingat bahawa rakyat Malaysia senang tertipu dengan cerita sebegini dan menerima bahawa tidak ada masalah kerana duit yang diseludup itu adalah untuk Umno Sabah dan bukan untuk Musa?" soalnya dalam satu kenyataan.
Tanya beliau lagi, apakah syarat-syarat di sebalik sumbangan RM40 juta itu dan kenapakah ia dilakukan dengan mata wang Singapura.
Bagi Ahli Parlimen Bagan itu, sekali lagi SPRM cuba untuk menutup skandal politik wang oleh BN.
"Skandal penyeludupan RM40 juta wang tunai ini menyusul selepas dua lagi skandal yang melibatkan dua orang lagi ketua menteri BN," katanya.
Baru-baru ini, ujarnya sebuah NGO Switzerland telah mendakwa bahawa kekayaan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud dianggarkan mencecah RM46 bilion, lantas menobatkannya sebagai orang terkaya di Malaysia.
"Lepas itu, kita berhadapan dengan majlis kenduri kahwin anak Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam, di mana 130,000 orang tetamu telah dijamu dalam sambutan yang memecah rekod.
Sehingga hari ini, ujarnya Ali Rustam masih lagi gagal menjelaskan bagaimana beliau mampu menanggung kenduri yang begitu mewah yang mendakwa kosnya hanya RM600,000 dan mendapat tajaan.
Justeru, kata Lim, rakyat Malaysia sudah tidak boleh tahan dengan keangkuhan pemimpin-pemimpin BN yang bukan sahaja mengaut kekayaan yang luar biasa tetapi juga menonjolkannya di khalayak umum. -HD
Projek memburuk-burukkan pembangkang dengan jutawan George Soros -- seperti yang dilaporkan meluas oleh media sekarang -- telah dirancang oleh sebuah jabatan khas Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sejak pertengahan tahun ini.
Melalui sebuah buku tebal Panduan Penjelasan Isu Semasa terbitan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim didakwa mendapat dana spekulator mata wang dunia itu bagi menghadapi pilihan raya umum.
Dengan menonjolkan beliau sebagai ejen Yahudi Zionis, Soros melalui Institut Masyarakat Terbuka (OSI) didakwa mendanai Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG) yang disertai Anwar.
"... Anwar merupakan antara ahli majlis eksekutif ICG ... sebahagian besar (pemimpin) dalam ICG adalah berbangsa Yahudi," buku setebal 322 halaman itu dipetik.
"Soros mengkritik tindakan kerajaan Malaysia dan membela Anwar semasa beliau didakwa atas (tuduhan) salah guna kuasa."
Hubungan Soros-Anwar ini dimuatkan dalam bab "Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG) dan hubungan Zionis", satu daripada 22 bab yang disusun bagi menjawab isu dan program yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat sehingga Jun lalu.
Bagi menggambarkan perhimpunan "BERSIH 3.0 itu kotor" pula, Anwar didakwa memulakan huru-hara pada 28 April lalu dan beliau sendiri disokong oleh ahli parlimen Australia yang pro-hubungan seks sejenis.
Soros (kanan) menjadi perhatian semula sejak awal bulan lalu apabila kerajaan mempertikaikan dana NGO hak asasi Suaram yang dikaitkan dengan jutawan tersebut.
Ia disusuli laporan konsisten media-media pro-kerajaan yang mengaitkan dana Soros dengan sejumlah NGO lain termasuk pendesak pilihan raya bebas BERSIH dan portal berita Malaysiakini.
Dana berjumlah ratusan juta ringgit itu kononnya untuk "menggugat" kerajaan. Ekoran itu, kumpulan NGO berkenaan mengugut untuk menyaman New Straits Times yang memuatkan laporan tersebut di muka depannya.
Baru-baru ini pula, bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menyifatkan "undi untuk Pakatan Rakyat bermakna undi untuk Soros" dengan alasan beliau mendalangi usaha "pertukaran regim" di negara ini dalam pilihan raya umum nanti.
Isu-isu lain yang dimuatkan dalam buku panduan ini termasuklah kontroversi Pusat Fidlot Nasional, himpunan BERSIH 3.0, pemerolehan Scorpene, loji pemprosesan nadir bumi Lynas, program Buku Jingga, kematian Teoh Beng Hock, durian runtuh Felda dan penyenaraian Felda Global Venture Holdings (FGV), tuntutan pelobi pendidikan Cina Dong Zong dan kritikan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Buku yang ditulis dalam bentuk soal jawab ringkas ini turut memberikan perhatian khusus kepada Kelantan dan Sabah.
Sumpah PM tentang Altantuya
Isu-isu utama berkaitan negeri pimpinan PAS itu dimuatkan dalam tiga bab khas: tuntutan royalti petroleum, pencemaran air paip dan projek ladang rakyat.
Tiga bab lagi ditujukan bagi menjawab isu di Sabah: kebanjiran pendatang asing, tanah adat dan kempen "Sabah for Sabahans".
Bagaimanapun bab terakhir "tuduhan pembunuhan Altantuya (Shaariibuu)" tidak memakai format soal jawab atau penjelasan lengkap seperti bab-bab lain.
Ia hanya memuatkan sepenuhnya sumpah Perdana Menteri Najib Abdul Razak sewaktu menafikan pembabitannya dengan wanita Mongolia itu bersempena kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 2008.
Sementara 22 bab lagi disusun bagi menjelaskan dasar-dasar kerajaan dan senarai program yang dimajukannya.
Dibahagikan kepada tiga, bahagian pertama 'dasar-dasar negara' dimulakan dengan bab-bab berikut: Wawasan 2020, gagasan 1Malaysia, Rancangan Malaysia ke-10 dan program transformasi kerajaan (GTP).
Ia juga menjelaskan tentang Bajet 2012, skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), kempen kerajaan mengurangkan rasuah dan kadar jenayah serta langkah mengawal kenaikan harga dan program meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah.
Satu halaman diperuntukkan untuk menyenaraikan 20 tokoh paling kaya di Malaysia dengan kesimpulan: " ... orang Melayu hanya tiga orang (15 peratus) manakala Cina 16 orang (80 peratus) dan India seorang (5 peratus)."
Ia juga memuatkan statistik-statistik lain yang menunjukkan kemunduran Melayu dalam bidang ikhtisas (profesional), pemilikan ekuiti dan premis perniagaan.
Bab-bab ini diikuti dengan program memajukan bumiputera seperti Teraju sebelum melakarkan "kejayaan negara" di mata dunia.
50,000 naskhah dicetak
Malaysia digambarkan aman makmur walaupun penduduknya berbilang-bilang kaum dan agama; tidak seperti hura-hara yang dialami dalam krisis Asia Barat beberapa bulan kebelakangan.
Buku panduan berbahasa Melayu ini disediakan sebagai rujukan pegawai kempen JASA -- satu daripada beberapa badan utama gerak saraf kerajaan -- dan ia dibuka dengan petikan kata-kata Najib.
"Kebebasan bersuara yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan tidak sesekali bermaksud sebagai kewenangan hak kepada mana-mana pihak untuk membuat fitnah dan menghasut api kebencian."
Dalam kata pengantarnya, ketua pengarah JASA, yang juga pemimpin lama Umno, Fuad Hassan berkata buku ini disediakan bagi menjawab sebaran maklumat pantas melalui media Internet.
Pada Mac lalu, menteri penerangan, komunikasi dan kebudayaan Rais Yatim dilaporkan berkata sebanyak 50,000 naskhah akan dicetak, termasuk untuk rujukan orang awam di luar bandar.
Selain JASA, menurut beliau lagi, agensi-agensi yang merujuk buku panduan itu termasuklah Jabatan Penerangan, agensi berita rasmi Bernama dan Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Satu salinan buku ini diperolehi oleh Malaysiakini bulan lalu sewaktu menghadiri siri penjelasan JASA di Kuala Lumpur berhubung bantahan pindaan Seksyen 114A Akta Keterangan.
Edisi digital buku ini boleh juga diperolehi di laman web rasmi Jasa.
Walaupun bahan-bahan ini disediakan di antara selepas perhimpunan BERSIH pada hujung April lalu dan menjelang penyenaraian FGV akhir Jun, tidak dapat dipastikan bila ia mula dicetak dan diedarkan.
Tidak seperti banyak rakan-rakannya dalam BN, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah bersikap positif terhadap idea mengembalikan pilihan raya kerajaan tempatan.
Bagi Saifuddin, perkara itu penting dalam aspek demokrasi negara ini.
Bercakap dalam "Forum Anak Muda dan Demokrasi Tempatan" di Pulau Pinang malam tadi, Saiffuddin berkata, beliau menuntut pilihan raya yang diharamkan pada 1960 itu dikembalikan sejak di zaman mahasiswa lagi.
Anggota Parlimen Temerloh itu juga berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sepatutnya lebih proaktif menjawab permintaan kerajaan negeri seperti Pulau Pinang yang mahu mengembalikan pilihan raya itu.
SPR sebelum ini membangkitkan isu Akta Pilihan Raya Kerajaan Tempatan 1960 yang sudah pun dimansuhkan.
DAP menuntut sebuah suruhanjaya diraja (RCI) ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan penyeludupan dana asing oleh Umno, terutamanya berhubung "sumbangan politik" RM40 juta untuk Umno Sabah.
Pemimpin popularnya Lim Kit Siang berkata, sebagai pihak berkepentingan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga presiden Umno patut menubuhkan RCI menyiasat kemasukan wang dari Hong Kong itu, sekali gus membersihkan nama Malaysia dan BN sendiri.
"Apa yang diabaikan sepenuhnya, RM40 juta itu bukan bersih tetapi wang kotor," dakwa Lim.
Dakwa Lim lagi, wang itu dibawa masuk secara tunai oleh ahli perniagaan Michael Chia sebelum beliau ditahan atas dakwaan penyeludupan dan pengubahan wang.
Najib dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Kuala Lumpur malam tadi semalam enggan mendedahkan penyumbangnya atas alasan pembangkang juga tidak mendedahkannya.
Beliau juga mengaku sumbangan itu dibuat dengan cara yang betul.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz sebelum ini dilaporkan berkata, kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunjukkan wang yang diseludup itu sumbangan kepada Umno Sabah dan bukannya kepada Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.
Dalam jawapan bertulisnya di Parlimen, Nazri berkata elemen rasuah tidak dibuktikan dalam kes tersebut.
KELANA JAYA - Jika sebelum ini Bersih 2.0 menyuarakan tuntutan mereka menerusi perhimpunan jalanan, semalam ia menganjurkan konsert di Stadium Kelana jaya di sini, mendesak kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertindak dengan adil dan telus dalam mengadakan pilihan raya.
"Sudah enam bulan lepas PSC (Jawatankuasa Khas Pilihan Khas Parlimen) mengemukakan syor mereka, tapi SPR terlalu lambat dalam membawa perubahan," kata Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk s. Ambiga dalam ucapannya.
Konsert yang berlangsung di Stadium Kelana Jaya jelas usaha mereka menyampaikan mesej kepada pihak berkuasa agar lapan tuntutan, yang diketengahkan sejak dua tahun lalu, dilaksanakan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
"Tiada sebab kenapa lapan tuntutan Bersih tak boleh tunaikan," kata Ambiga.
Kata Ambiga, Bersih 2.0 telah menemui banyak kekurangan dan kesilapan dalam senarai pengundi.
"Kesilapan ini terus berlaku hingga senarai yang baru, kekurangan dan kesilapan ini, kita desak jangan diteruskan," kata Ambiga.
Beliau menambah, "(kali ini) kita ingatkan kerajaan dengan lagu dan muzik."
Konsert tersebut dibarisi artis tempatan antaranya Ito, Julian Mokhtar and the Gang, Soul Saviors, Republic of Brickfields dan kumpulan punk Dum Dum Tak.
Acara kemuncak konsert terbabit telah mempersembahkan Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said menyampaikan puisi yang dituju khas kepada pengunjung.
Sebaik sahaja sasterawan negara itu selesai menyampaikan puisi, ia disusuli dengan persembahan Ito yang telah menggamit perhatian pengunjung yang hadir.
Malah, Jawatankuasa Pemandu Bersih turut menyanyi beramai-ramai lagu "Bersih, kami mahu PRU Bersih."
Samad, yang juga Pengerusi Bersama Bersih 2.0, turut membacakan puisi yang dikarang khas olehnya.
Beliau berkata: "Lapan tuntutan Bersih masih lagi belum ditunaikan, dan konsert ini adalah jalan untuk kami menyuarakan pendirian kami."
Antara lapan tuntutan Bersih 2.0 ialah membersihkan senarai daftar pengundi, mereformasikan sistem undi pos, menggunakan dakwat kekal, tempoh kempen minimum 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah, dan menghentikan politik kotor.
Konsert Bersih 8T berjaya mengutip lebih RM13,000 hasil derma orang ramai yang hadir.
"Kami tidak akan dapat meneruskan perjuangan jika tiada sumbangan," kata Samad.
Bersih sebelum ini pernah menganjurkan dua demonstrasi besar-besaran di ibu negara menuntut pilihan raya yang adil dan bersih dengan yang pertama pada Julai tahun lalu, dan terbaru, Bersih 3.0 pada akhir April lalu.
"Konsert ini bukan sahaja untuk kutipan derma dan bergembira, tetapi dalam masa sama untuk menyedarkan orang ramai tentang lapan tuntutan yang harus ditunaikan, jadi kami mahu suara kami didengari agar dapat pilihan raya lebih adil dan bersih," kata beliau.
Konsert yang julung kali diadakan itu bermula jam 4.15 petang, dan dihadiri lebih 500 pengunjung yang tidak menghiraukan hujan sejak pagi semalam.
SHAH ALAM – DAP menegaskan walaupun parti tersebut mengamalkan konsep sekular, namun tidak sesekali bersikap anti-Islam.
Penasihatnya, Lim Kit Siang berkata, sepanjang 46 tahun sejarah parti tersebut, DAP secara konsisten mengatakan Malaysia adalah sebuah negara demokratik, berbilang kaum, sekular dan mempunyai pelbagai agama dengan Islam sebagai agama Persekutuan tetapi bukan sebuah negara Islam.
Menurutnya, dakwaan beberapa pemimpin yang mengaitkan DAP dengan menuduh parti ini cuba menjadikan 'Malaysia sebuah negara Kristian' adalah tidak berasas dan cubaan untuk merosakkan keharmonian negara.
"Adakah mungkin hanya selepas 46 tahun, DAP cuba menubuhkan sebuah negara Kristian apabila tiada pemimpin parti atau dokumen polisi berkata mengenainya?
"Hanya orang yang bodoh atau tidak jujur yang mempercayai dakwaan ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur turut menyeru rakyat supaya tidak termakan dengan dakwaan seperti ini dan menunjukkan bantahan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
"Atas sebab yang sama, media arus perdana dan sosial yang turut menyebarkan dakwaan ini sama-sama bodoh dan tidak jujur," katanya.
Baru-baru ini, Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Nasharudin Mat Isa mendakwa terdapat doa yang memohon agar negara ini menjadi negara Kristian selepas DAP memperoleh kemenangan di beberapa kerusi selepas Pilihan Raya Negeri Sarawak tahun lalu.
Ekoran dari dakwaan ini, pelbagai peringkat pemimpin DAP menafikan ada menganjurkan doa sedemikian.
KUALA TERENGGANU - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan parti itu memperoleh pelbagai keuntungan hasil kerjasama dengan DAP dalam pakatan pembangkang.
Beliau berkata, kerjasama dengan DAP memudahkan Pas menarik sokongan masyarakat bukan Melayu di negara ini seterusnya membolehkan parti itu kini mentadbir dua negeri di Malaysia.
"Kita juga sebenarnya dapat tadbir Perak dengan kerjasama erat DAP ... kita langsung tidak pernah rugi dalam mana-mana kerjasama kita. Malah kita juga dapat keuntungan kerjasama dengan BN (Barisan Nasional) sebelum Pas keluar pada 1978.
"Kita buat kerjasama yang dapatkan keuntungan kepada kita tetapi dalam masa sama kita tiada tolak ansur sekiranya kita kena korbankan perkara tunjang perjuangan kita," katanya kepada pemberita.
Terdahulu, beliau menyampaikan ceramah, nasihat dan beramah mesra dengan pelajar Maahad Tahfiz Tok Jiring di Kampung Tok Jiring di sini, hari ini.
Media hari ini melaporkan Musyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Pas memerlukan DAP bagi meraih sokongan bukan Melayu bagi memenangi pilihan raya umum ke-13 akan datang.
Kerjasama itu mengundang pelbagai kritikan daripada akar umbi Pas sendiri antaranya daripada Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad yang berpendapat perjuangan politik Pas tidak lagi menepati kehendak Islam apabila bekerjasama dengan DAP.
Abdul Hadi berkata kerjasama dengan DAP adalah berlandaskan 'tahaluf siyasi' (kerjasama badan Islam dengan pergerakan lain yang tidak bermatlamatkan Islam di dalam perjuangannya, bagi mencapai matlamat sama) dan dibuat berdasarkan garis panduan yang disediakan Majlis Syura Ulama Pas.
"Pas hanya kerjasama dengan DAP memerangi kezaliman dan tegakkan kebenaran untuk rakyat. Pas tidak kerjasama sampai kita sama buat perkara ditegah Islam. DAP bukan Islam itu terpulang dia, kalau orang Islam Pas ikut buat (perkara yang ditegah agama) kita buang (mereka daripada parti), jangan mari sini doh (jangan merayu untuk kembali menyertai Pas)," katanya.
Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai isu Kabinet bayangan pembangkang, beliau berkata perkara itu hanya bayangan dan Pas tidak bergantung kepada bayangan untuk memperkuatkan parti itu.
"Bila sebut bayangan tak perlu saya komen, Pas tidak mahu keliru dengan bayangan ini," katanya.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Kabinet bayangan itu helah pembangkang mengelirukan rakyat demi kepentingan politik mereka. - Bernama
Najib Tun Razak diiringi Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman (kiri) ketika merasmikan jambatan baru di Kampung Inobong, Penampang hari ini. - Foto Bernama
PENAMPANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) boleh diadakan bila-bila masa kerana rakyat sudah yakin janji yang dibuat akan dilaksanakan.
"Ini sebab bila kita umum BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) rakyat yakin kita akan bayar tahun depan. Kita boleh buat pilihan raya bila-bila masa sahaja kerana rakyat dah yakin janji kita tunai... kadang-kadang lambat sedikit tetapi lambat laun kita akan laksanakannya," jelasnya.
Najib, Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata demikian ketika berucap pada majlis pecah tanah Bangunan Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri dan perasmian jambatan Inobong di Padang Pagansakan, Inobong, dekat sini, hari ini.
Beliau yang juga Menteri Kewangan mengumumkan BR1M 2.0 ketika membentangkan Bajet 2013 pada 28 September lalu.
Presiden Umno ini berkata, kunjungannya ke Sabah adalah untuk menepati janji dan memperkukuhkan komitmen bagi membela nasib rakyat dan negeri itu.
"Seorang pemimpin tahu merasai denyutan dan nadi rakyat dan kita mesti tahu apa aspriasi rakyat. Kita tidak boleh jadi pemimpin besar kalau hanya petah bercakap seperti orang jual ubat di tepi jalan," katanya.
Beliau turut menyarankan agar satu kajian komprehensif dibuat bagi menentukan masa depan sistem kehakiman anak negeri Sabah.
"Kita mahu sistem ini dibangunkan dan diolah dengan baik supaya system mahkamah anak negeri ini tidak dilihat sebagai 'ala kampung' sebaliknya kita mahu tingkatkan asas keilmuan dan kedudukan.
"Jadi saya minta yang pakar dalam bidang ini memberi pandangan dan cadangan agar sistem anak negeri terus relevan pada masa akan datang," katanya.
Pada majlis itu, Najib turut mengumumkan kelulusan projek pembinaan Sekolah Menengah Kivoupo, pembinaan Dewan Serbaguna Kampung Pagansakan dan penubuhan Pusat Permata di Penampang. - Bernama
[MUKADIMAH- LAPORAN INI SEBAHAGIAN DARIPADA FOKUS MENGENAI PERANAN, PENGARUH DAN FAKTOR DR MAHATHIR MENJELANG PILIHAN RAYA UMUM KE-13]
PETALING JAYA – Salah seorang pemimpin PKR, R. Sivarasa berkata, sama ada masih mempunyai pengaruh atau tidak dalam arena politik negara, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat sebagai liabiliti besar kepada Umno-Barisan Nasional (BN) yang kini diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Adakalanya Mahathir mengkritik kepimpinan Umno-BN, khususnya Najib supaya keluar dari parti, saya percaya beliau (Mahathir) akan lebih suka jika tempat Najib turut diganti," ulas Sivarasa yang juga Ahli Parlimen Subang.
Katanya, rakyat Malaysia begitu dahagakan perubahan politik sebagaimana negara-negara lain, malah mereka sudah pasti menolak kepimpinan Dr Mahathir yang mengamalkan politik lama.
Katanya, biarpun ada yang mendakwa pengaruh Dr Mahathir semakin kurang, namun pemimpin itu masih mempunyai hubungan yang erat dengan tokoh-tokoh korporat besar, yang menjadi penyokong kuat dari segi dana.
Walaupun ramai pihak melihat Dr Mahathir cuba mengekalkan pengaruhnya dengan hasrat meletakkan anaknya, Mukhriz sebagai Perdana Menteri, namun jelas Sivarasa, laluannya agar sukar kerana anaknya masih muda di samping masih kurang peranan dalam arena politik negara.
Kata Sivarasa, beliau juga yakin Dr Mahathir memainkan peranan penting dalam PRU13 kerana mahu memastikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sama sekali menjawat jawatan perdana menteri.
Anwar dipecat Dr Mahathir pada September 1998.
Sementara itu, Senator Dr Syed Husin Ali pula mendakwa bekas Perdana Menteri itu kini mengharapkan supaya Najib segera berundur dari parti supaya anaknya, Datuk Mukhriz berpeluang menjawat jawatan ketua negara.
"Mahathir marah dengan keadaan politik sekarang ini dengan menyalahkan Najib kerana meletakkan Umno dalam keadaan yang tidak baik. Ini kerana kalau Umno kalah bermakna peluang anaknya untuk menjadi Perdana
Menteri akan tipis. Malah Mahathir juga merasakan kedudukannya dalam bahaya," katanya.
Menurut beliau, walaupun tidak lagi memimpin negara, Dr Mahathir masih mempunyai pengaruh dalam Umno-BN.
Justeru sebarang kenyataan yang keluar dari mulut Dr Mahathir sedikit sebanyak bakal memberi kesan terutama ketika menjelangnya Pilihan Raya Umum ke-13.-sinarharian.com
KODIANG - Barisan Nasional (BN) akan memikir dan melakukan perkara terbaik untuk kepentingan rakyat Kedah, termasuk melantik Timbalan Menteri Besar bagi melicinkan pentabiran jika merampas kembali negeri ini daripada Pakatan Rakyat.
Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, pentadbiran negeri tidak boleh terganggu kerana rakyat sentiasa memerlukan khidmat.
"Jangan bagi alasan tidak sihat. Bagi rakyat, khidmat adalah penting. Kita sihat atau tidak, khidmat dan urusan penting tetap kena dilaksanakan. Pentadbiran negeri tidak boleh tergendala.
" ....ke depan kita tak tahu apa nak berlaku. Jadi, saya fikir elok ada Timbalan Menteri Besar," katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas situasi Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang sukar ditemui akhir-akhir ini.
Azizan beberapa kali tidak mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco sebelum ini, dan Bernama difahamkan beliau jarang menghadiri majlis kerana masalah kesihatan.
Mukhriz, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, ditemui selepas merasmikan perpustakaan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Choong Hwa hari ini.
Beliau berkata bagi mengelak perkara seperti itu berlaku, maka jawatan Timbalan Menteri Besar wajar diwujudkan dengan mandat jelas dan tidak melampaui batas untuk menjalankan tugas apabila keadaan memerlukan.
Terdahulu, dalam ucapannya, Mukhriz berkata wakil rakyat BN sedaya-upaya berusaha memenuhi permintaan dan menyelesaikan masalah rakyat.
Beliau memberi contoh hubungan baik dengan Datuk Abu Hassan Sarif (Ketua Bahagian dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Siputeh) memudahkan mereka memberi khidmat terbaik kerana seiring dengan pucuk pimpinan peringkat pusat.
"Situasi ini memudahkan kami untuk merealisasikan permintaan masyarakat Tionghua di sini.
"Saya harap rakyat terus memberi sokongan supaya khidmat baik ini dapat dilebarkan ke seluruh negeri, terutama kawasan diwakili BN," katanya. - Bernama
Hussamuddin menyampaikan cenderahati kepada pelajar tahfiz dari Marang.
KUALA TERENGGANU - Selain menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) membantu golongan memerlukan terutama anak yatim dan ibu tunggal, Yayasan Nur-Karangkraf di bawah program Karangkraf Peduli Duafa turut menyampaikan sumbangan bagi membantu pembangunan pendidikan pelajar dua maahad tahfiz menerusi program Back to School yang berlangsung semalam.
Dua maahad tahfiz yang menerima sumbangan ialah Madrasah Al-Huda yang menempatkan 50 murid berusia tujuh hingga 12 tahun dan Madrasah Al-Ikhwan yang menempatkan 200 pelajar berusia tujuh hingga 30 tahun.
Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, sumbangan itu bertepatan prinsip Membela Nasib, Membina Harapan yang menjadi objektif utama program Karangkraf Peduli Duafa di samping program CSR Karangkraf yang lain seperti Karangkraf Peduli Jujur, Karangkraf Peduli Alam, Karangkraf Peduli Muafakat dan Karangkraf Peduli Iqra.
"Ini salah satu program CSR yang dibentuk oleh Karangkraf di mana objektif utamanya membantu mereka kurang bernasib baik. Program ini berjalan sepanjang tahun dan tidak hanya terhenti atau tertumpu untuk tempoh-tempoh tertentu sahaja," katanya.
Menurutnya, dana yang diperuntukkan untuk menjalankan CSR ini akan bertambah setiap tahun bagi memastikan bantuan dapat disalurkan dan kehidupan mereka yang kurang bernasib baik terbela.
"Setiap tahun dana kita akan ditambah. Insya-ALLAH, dana yang kita kumpulkan untuk menjalankan CSR di bawah Yayasan Nur-Karangkraf pada tahun depan dijangka akan ditingkatkan sekurang-kurangnya kepada RM1 juta berbanding dana yang diperuntukkan untuk tahun ini sebanyak RM400,000 hingga RM500,000.
"Di samping merealisasikan CSR, program begini juga memupuk semangat sukarelawan dalam kalangan kakitangan syarikat sendiri sekali gus dapat disemai menjadi budaya," katanya.
Semalam, seramai 171 orang terdiri daripada pelajar tahfiz, anak yatim, orang kurang berkemampuan dan orang kurang upaya sekitar Kuala Terengganu, Marang dan Kuala Nerus dipilih untuk menyertai program Back to School yang dianjurkan Yayasan Nur-Karangkraf.
Dalam program berkenaan, kesemua mereka dibawa untuk membeli barangan keperluan persekolahan di Kedai Kasut You, Kedai Devadas dan Kedai Mohd Salleh sebelum ke D'Muara Liveseafood untuk menjamu selera.
[MUKADIMAH: LAPORAN INI SEBAHAGIAN DARIPADA FOKUS MENGENAI PERANAN, PENGARUH DAN FAKTOR DR MAHATHIR MENJELANG PILIHAN RAYA UMUM KE-13]
SHAH ALAM - Pas melihat Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai pengaruh untuk 'menimbulkan kecelaruan' pemikiran di kalangan pengundi tetap Umno, yang akhirnya akan memanfaatkan pakatan pembangkang.
Pada masa yang sama, Pas mendakwa pengaruh bekas Perdana Menteri itu semakin rapuh dalam menarik sokongan masyarakat umum khususnya pengundi 'atas pagar' susulan tuntutan landskap politik baru yang semakin dirasai menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
"Untuk menarik pengundi Pakatan Rakyat, orang yang tidak berpihak kepada mana-mana parti ini kepada Umno itu satu perkara yang sukar untuk dilakukan kerana orang sudah mempunyai pendirian untuk membuat perubahan pada pilihan raya akan datang," kata Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Poko Sena dapat merasakan kebimbangan pemimpin-pemimpin Umno sekiranya Dr Mahathir 'celupar mulut' mengkritik parti secara terbuka sehingga boleh menjejaskan kredibiliti parti yang telah memerintah negara lebih 50 tahun.
"Mungkin selepas Bajet 2013, baru okey balik... mungkin beliau sedar bahawa beberapa perkara yang beliau kritik itu menjejaskan kekuatan BN kerana ia boleh menganjakkan pengundi tetap Umno ini kepada Pakatan Rakyat," jelasnya.
Mahfuz juga tidak menolak kemungkinan Dr Mahathir mempunyai hasrat meletakkan anaknya, Datuk Mukhriz Mahathir supaya mewarisi kepimpinannya sebagai bakal perdana menteri.
"Banyak pihak dalam Umno yang tidak senang dengan percaturan politik untuk mengatur kedudukan anaknya, hatta apabila disebut anaknya untuk balik bertanding sebagai calon Menteri Besar, ia akan berlaku pergolakan dalaman Umno," katanya sambil menyifatkan hasrat Dr Mahathir itu mungkin gagal.
Bagaimanapun beliau mengakui sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akur kepada beberapa tuntutan dan kehendak Dr Mahathir, nasibnya mungkin berakhir sepertimana yang menimpa Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah, Setiap kejadian yang berlaku dimuka bumi dan kepada diri manusia semuanya mengandungi hikmah dan Allah S.W.T. Maha Mengetahui setiap apa yang diciptakan dan ditakdirkan-Nya.
Manusia perlu bersabar dan bertenang dan mencari kebaikan dan hikmah dibalik setiap peristiwa yang berlaku. Dari sinilah akan melahirkan jiwa yang reda dengan Qadak dan Qadar dan bersyukur di atas nikmat dan rahmat daripada Allah S.W.T.
Terdapat sembilan persoalan yang sering dikemukakan oleh manusia kepada Allah S.W.T. dan Dia menjawannya di dalam al-Quran.
Soalan pertama : Kenapa aku diuji?
Quran menjawab : "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan , kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka , maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar , dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." (Surah al-Ankabut ayat 2-3).
Setiap ujian yang ditimpakan oleh Allah S.W.T. kepada para hamba-Nya sebenarnya Dia ingin mengurniakan sesuatu ganjaran yang lebih besar dan lebih baik. Allah S.W.T. akan menghapuskan dosa-dosanya dan memberi ganjaran pahala yang besar. Di hari akhirat nanti tidak ada balasan yang lebih baik melainkan mendapat balasan syurga.
Soalan kedua : Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Quran menjawab : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui". (Surah al-Baqarah ayat 216)
Sseungguhnya sesuatu perkara itu hakikat sebenarnya Allah Maha Mengetahui. Baik atau buruk sesuatu perkara itu ianya adalah di dalam ilmu Allah. Yakinilah jika sesuatu doa atau hajat tidak ditunaikan-Nya ada sesuatu yang lebih baik akan diberi Allah S.W.T. sebagai penganti apa yang kita hajatkan. Jika tidak dapat di dunia, nanti di hari akhirat Dia akan memberkannya kepada kita, oleh itu berbaik sangkalah kepada-Nya.
Soalan ketiga : Kenapa ujian seberat ini?
Quran menjawab : "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya". (Surah al-Baqarah ayat 286)
Allah S.W.T. Maha Mengetahui kemampuan kita sebagai hamba-Nya yang kerdil, oleh itu apa sahaja yang berlaku keatas diri kita sebenarnya masih dibawah kemampuan kita untuk menghadapinya. Anggaplah sesuatu ujian itu dengan fikiran yang positif dan cubalah renungkan bahawa terdapat orang lain yang lebih berat menghadapi ujian daripada kita maka dengan itu akan terasa beban yang ditanggung akan menjadi lebih ringan.
Soalan keempat : Kenapa kita rasa kecewa?
Quran menjawab : "Janganlah kamu bersikap lemah , dan janganlah pula kamu bersedih hati , padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya , jika kamu orang-orang yang beriman". (Surah Ali Imran ayat 139)
Yakinlah sifat orang mukmin tidak akan rasa kecewa atau putus asa kerana orang mukmin akan sentiasa reda dengan Qadak dan Qadar. Jika kita merasai kita mulia di sisi Allah S.W.T. kerana kita orang yang beriman dan bertakwa maka akan hilang perasaan negatif ini.
Soalan kelima : Bagaimana harus aku menghadapi kesusahan ini?
Quran menjawab : "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat , dan sesungguhnya solat itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk". (Surah al-Baqarah ayat 45)
Benarlah saranan Allah S.W.T. bahawa sifat sabar dan sentiasa mengerjakan solat wajib dan sunat akan membantu orang mukmin ketika dia menghadapi ujian dan kesukaran dalam hidup. Dia akan melapangkan fikiran kita dan melepaskan daripada segala kesusahan ini jika kita istiqamah dengan bersabar dan menjadikan solat kerana solat adalah doa dan munajat para hamba kepada Tuhannya.
Soalan keenam : Kepada siapa aku berharap?
Quran menjawab : "Cukuplah Allah bagiku , tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal". (Surah at-Taubah ayat 129)
Tidak ada tempat lain untuk kita bergantung dan memohon pengharapan hanya kepada Allah S.W.T. yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Tuhan yang mengkabulkan segala doa dan permintaan.
Soalan ketujuh : Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?
Quran menjawab : "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin , diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka". (Surah at-Taubah ayat 111)
Tidak ada balasan yang paling berharga yang di miliki oleh manusia yang bertakwa melainkan balasan syurga seluas langit dan bumi. Semua ujian yang dihadapai tidak akan sia-sia kerana Allah S.W.T. telah berjanji akan memberikan balasan syurga kepada siapa yang sanggup berjihad dijalan-Nya dengan harta, masa dan nyawa semata-mata mencari keredaan-Nya.
Soalan kelapan : Aku tak tahan dengan ujian ini!
Quran menjawab : "...dan janganlah kamu ber putus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir". (Surah Yusuf ayat 12)
Orang mukmin tidak akan putus asa dengan rahmat Allah dan sentiasa bersabar dengan ujian yang melanda dirinya kerana sifat orang yang putus asa adalah sifat orang-orang kafir.
Soalan kesembilan : Sampai bila aku akan merana begini?
Quran menjawab : "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan". (Surah al-Insyirah ayat 5-6)
Benar apa yang dijelaskan oleh al-Quran bahawa setiap kesusahan itu akan ada kebahagiaan . Allah S.W.T. Maha Adil dan tidak pernah menganiaya hamba-hamba-Nya dan akan sampai pula masanya Dia akan memberi pertolongan dan memberi kemudahan. Ingatlah bahawa pertolongan Allah S.W.T. cukup dekat bila kita baik sangka dengan-Nya.
Sahabat yang dimuliakan,
Begitulah sembilan soalan dan semuanya telah diberi jawapan oleh al-Quran kerana sesungguhnya al-Quran adalah mukjizat daripada Allah S.W.T kepada semua hamba-hamba-Nya. Apabila kita dapat memahami hikmah dibalik semua kejadian di dunia ini, maka hati kita akan menjadi tenang dan yakin dengan janji-janji Allah S.W.T. yang dinyatakan-Nya di dalam al-Quran.
Firman Allah maksudnya : "Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (loh mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah ". (Surah Al-Hadid ayat 22)
Dalam ayat yang lain Allah berfirman maksudnya : "Tidak luput darpada pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarah di bumi atau pun di langit. Tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih besar daripada itu melainkan (semuanya tercatat) dalam kitab yang nyata (loh mahfuz). " (Surah Yunus ayat 61)
KUALA LUMPUR 14 OKT: Kementerian Pengangkutan digesa menggantung pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) kerana ia hanya memberi keuntungan kepada pemegang konsesi dan bakal membebankan rakyat.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, melalui pemasangan 831 kamera di seluruh negara, syarikat konsesi berkenaan – ATES Sdn Bhd dan Betap Tega Sdn Bhd – mampu mendapat balik modal mereka melalui pengagihan keuntungan daripada saman yang dibayar sehingga RM700 juta.
"Sekiranya RM5 bilion dikutip setiap tahun kedua-dua pemegang konsesi akan beroleh keuntungan RM80 juta di bawah peringkat pertama, RM270 juta di bawah peringkat kedua dan RM350 juta di bawah peringkat ketiga – jumlah lumayan sebanyak RM700 juta untuk kerja setahun," kata Lim ketika Konvensyen DAP Wilayah Persekutuan di Ibu Pejabat DAP di sini
Memetik The Malaysian Insider, beliau berkata daripada skim pembayaran yang diberi kepada pemegang konsesi tersebut menunjukkan tiga peringkat kaedah bayaran dengan peringkat pertama untuk setiap lima juta saman pertama RM16 akan dikutip oleh konsesi dengan kadar RM80 juta.
Bagi peringkat kedua pembayaran sejumlah RM540 juta kutipan seterusnya dikongsi 50 peratus iaitu berjumlah RM270 juta dan kerajaan bakal mendapat jumlah yang sama
Peringkat ketiga pula sejumlah 7 5 peratus akan dikutip daripada keuntungan seterusnya dengan kerajaan akan mengutip jumlah yang berlebihan
Media sebelum ini melaporkan sejumlah 63,558 kesalahan trafik dicatatkan lapan hari pertama sejak pelancaran AES, 23 September lalu dengan 14 kamera dipasang di kawasan-kawasan kerap berlaku kemalangan.
Selain keuntungan RM700 juta setahun terdapat juga tanda tanya tentang kos besar yang didakwa oleh kedua-dua pemegang konsesi untuk pemasangan 831 kamera
"Adakah ia bernilai RM600 – RM800 juta seperti yang didakwa oleh kedua-dua syarikat tersebut untuk pemasangan 831 kamera yang bersamaan dengan RM722 000 – RM962 000 setiap kamera," soal Lim lagi.
Justeru beliau mengharapkan agar Kementerian Pengangkutan menunaikan tanggungjawab umum dengan menjelaskan soalan-soalan ini dan sama ada ia dilakukan melalui tender terbuka
LAHAD DATU: Kenaikan harga pelbagai barangan keperluan harian kebelakangan ini sebenarnya akibat amalan pemimpin Umno BN yang hanya memikirkan 'perut' mereka sahaja, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Harga barang naik, harga minyak naik. Salah siapa? Orang Cina? Siapa perdana menteri, siapa ketua menteri, siapa menteri kewangan?
"Ini salah pemimpin yang fikir perut, tidak fikir nasib rakyat" katanya pada ceramah di Assam, Lahad Datu, Sabah 13 Oktober lalu yang dihadiri ribuan rakyat.
Ketua Pembangkang itu mengakui marah dengan gelagat pemimpin Umno yang menjadikan harta negeri mahupun rakyat, sebagai aset 'mak bapak' mereka.
"Kamu boleh perintah tapi jangan ingat tanah ini, harta ini, harta mak bapak kamu. Harta ini harta negeri, harta rakyat dan kita bertanggungjawab.
"Sebab itu, saya lawan orang yang zalim, yang tamak habola, yang curi harta rakyat, perbodoh rakyat," katanya.
Anwar juga kesal kerana Umno BN cuba meracuni fikiran rakyat berikutan hubungannya dengan pemimpin dan rakyat keturunan Cina.
"Saya kawan dengan orang Cina yang baik. Kamu kawan sama Cina yang rasuah," katanya merujuk hubungan Umno dengan MCA.
Beliau juga mengingatkan pemimpin Pakatan Rakyat supaya tidak meniru kezaliman wakil rakyat Umno BN apabila Putrajaya ditawan kelak.
"Dulu curi balak. Bila ubah, kita curi jugak. Dulu roboh rumah, tukar. Kita roboh jugak – itu bukan islah, bukan reformasi. Jangan macam wakil rakyat Umno BN," katanya.
Nak Tunggu Pihak Berkenaan Bertindak, Memang Lambatlah Jawabnya...
Nak Kena Tunggu Beratus Laporan Baru Nak Ambil Tindakan Gamaknya...
Atas Inisiatif Penyokong Pakatan Rakyat Yang Sensitif Terhadap Isu Ini, Mereka Telah Berbincang Dan Berjaya Menurunkan Banner Yang Menyentuh Sensitiviti Umat Islam Di Negara Ini...
Baju "Anwar Ibrahim Club" & "Ku Lihat Hijau" Tue....
Terbaiklah... Tahniah Dari Kami Untuk Anda, Saudara Amirul Ashraf...
Poster besar yang diletakkan di ruang legar utama sebuah pusat membeli-belah mencetuskan rasa kurang senang pengunjung umat Islam.
KUANTAN – Poster besar di sebuah pasar raya, di sini, menimbulkan rasa kurang senang umat Islam kerana menggabungkan Aidiladha bersama perayaan agama lain.
Poster bertajuk Raya Haji and Halloween didakwa mempunyai unsur yang menyentuh sensitiviti umat Islam, bahkan gambar berlatar belakangkan Kaabah turut dicemari karikatur sambutan perayaan agama lain.
Pengunjung yang mahu dikenali sebagai Azmi berkata, dia terkejut melihat poster gergasi yang digantung dalam pusat membeli-belah itu dan mempersoal tindakan penganjur yang tidak peka sensitiviti agama.
"Saya terkejut promosi digabungkan itu kerana mempersendakan Islam," katanya.
Justeru, dia meminta pihak berkuasa agama memantau perkara itu dan meminta penganjur menurunkan poster itu.
Sementara itu, Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) menasihatkan penganjur supaya tidak menggabungkan perayaan agama Islam bersama agama lain sehingga melanggar sensitiviti masyarakat di negeri ini.
Timbalan Pengarahnya, Datuk Mohd Ghazali Abd Aziz berkata, poster seperti itu tidak boleh dipandang ringan.
"Sebelum anjur program, pihak berkaitan perlu faham sensitiviti agama dan tidak menimbulkan perkara yang boleh menyentuh perasaan orang lain," katanya.
Beliau berkata, tindakan itu boleh menimbulkan rasa tidak senang umat Islam.
Dalam pada itu, Pegawai Perhubungan Awam dan Pengarah Program, Chea Sin Cheak memohon maaf dan sedar kesilapan itu selepas dimaklum Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), kelmarin.
Beliau harap masyarakat dapat maafkan dan akan berhati-hati pada masa hadapan.
KOTA BHARU: Kelantan mengisytiharkan 21 Oktober ini cuti peristiwa sempena perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia antara pasukan negeri itu dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 20 Oktober di Shah Alam.
Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan & NGO Negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood (gambar) pada sidang media di Kediaman Rasmi Menteri Besar, JKR 10 di sini, sebentar tadi.
"Tok Guru (Nik Abdul Aziz Nik Mat) berharap orang ramai yang ingin ke Shah Alam menyaksikan perlawanan akhir ini dapat berada dalam keadaan selesa pergi dan balik dan sentiasa mematuhi aturan jalanraya agar tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini," ujar beliau.
Beliau juga berharap rakyat Kelantan menjaga disiplin ketika menyaksikan perlawanan akhir tersebut agar imej negeri Kelantan dilihat sebagai sebuah negeri yang berdisiplin.
Abdul Fattah juga berkata cuti peristiwa ini adalah kali kedua dalam tahun ini selepas Kelantan berjaya memasuki akhir Piala FA yang bertemu dengan Sime Darby pada 20 Mei lalu.
Bagi kali ini pula, Abdul Fattah berkata langkah mengumumkan cuti peristiwa lebih awal kerana ia mengambil kira juga musim peperiksaan di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan Jabatan Pelajaran Negeri.
Menyentuh ganjaran yang kerajaan sediakan untuk The Red Warriors kali ini, Fattah berkata ia sudah ada dalam perancangan kerajaan negeri namun dari segi jumlah tidak dapat diberitahu lagi.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah, Apabila kita membicarakan mengenai politik masa kita, kita akan bertemu dengan istilah arab, Tahaluf Siasi. Istilah ini akan di perbincangkan dan di perkatakan supaya umat Islam dapat memahaminya dan tdak lagi timbul kekeliruan yang sering di salah tafsirkan oleh media arus perdana.
Apakah maksud Tahaluf Siasi ?
Tahaluf siasi bermaksud 'kerjasama politik' di mana organisasi Islam memilih untuk bekerjasama dengan organisasi lain untuk membina sebuah kerajaan. Idea Tahaluf Siasi dikemukakan oleh Sayyid Muhammad Rashid Ridha yang mengeluarkan kaedah tahalluf siasi: " Kita bekerjasama dalam hal-hal yang disepakati dan berselisih dalam hal-hal yang tidak disepakati." Idea ini kemudian dijadikan suatu strategi oleh Al-Imam Hasan al-Banna dalam mengembangkan dakwah Ikhwan Muslimin di Mesir.
Tahaluf siasi yang dibenarkan syarak ialah kerjasama yang tidak menggadaikan prinsip-prinsip utama syarak, contohnya akidah dan perundangan Islam. Dalilnya: Nabi Muhammad SAW banyak membuat pakatan kerjasama dengan Bani-bani arab untuk menguatkan kerajaaan Madinah dalam menghadapi ancaman berterusan dari Musyrikin Quraisy.
Setiap para pendokong dakwah samaada yang bergerak dalam harakah Islamiah atau organisasi Islam perlulah memahami Tahaluf Siyasi supaya dengan kefahaman ini mereka akan dapat bergerak dalam organisasi Islam dengan cara yang betul dan sesuai dengan realiti terkini. Kekeliruan dalam memahami realiti semasa menyebabkan organisasi Islam akan berada di dalam keadaan kerugiaan kerana bertindak dengan uslub dan strategi yang tidak tepat dan akan merugikan Islam sendiri.
Dengan kejatuhan khilafah Uthmaniah di Turki pada tahun 1924, gerakan Islam yang pertama ditubuhkan ialah Ikhwan al-Muslimin di bawah pimpinan Hassan al-Banna pada tahun 1928. Penubuhan gerakan ini di Mesir membayangkan hasrat untuk menegakkan Haikimiyyah Allah SWT. Idealisme ini berkembang ke seluruh dunia dengan penubuhan gerakan-gerakan Islam dan parti-parti politik Islam di hampir setiap negara di dunia. Matlamat dan konsep perjuangan mereka hampir sama antara satu lain iaitu ke arah menegakkan sebuah negara Islam dan lebih jauh dari itu menghidupkan semula sistem khilafah yang telah berkubur.
Dalam keadaan hari ini, amatlah disedari oleh gerakan-gerakan Islam / organisasi Islam bahawa mereka tidak mampu untuk berdiri sendiri dalam memperjuangkan aspirasi masing-masing. Di dalam sesebuah negara bangsa yang dibina pada zaman moden ini, tidak semua rakyat memahami inti kandungan Islam dan kebaikan-kebaikannya. Lantas, berlakulah keperluan untuk bekerjsama dengan gerakan lain samada di dalam menyertai politik pilihanraya atau sebagai pendokong di dalam pembentukan kerajaan. Perosalannya, adakah ia merupakan satu keharusan?
Dalam erti kata lain, haruskah bagi sesebuah gerakan Islam / organisasi Islam untuk menjalinkan kerjasama dengan gerakan lain yang tidak mempunyai hasrat yang sama dengannya dalam membentuk kerajaan?
Tahaluf Siyasi membawa makna kerjasama harakah Islam / organisasi Islam dengan mana-mana pergerakan lain yang tidak bermatlamatkan Islam di dalam perjuangannya.
Kerjasama ini boleh terjadi di dalam apa jua bidang yang dipersetujui bersama untuk sama-sama menghadapi musuh yang sama. Tahaluf Siasi juga kemungkinan boleh berlaku dengan gerakan yang pernah atau berpotensi untuk menentang ideologi harakah Islam. Dalam suasana hari ini, Tahalluf Siasi yang dimaksudkan juga termasuk kerjasama dengan golongan bukan Islam untuk menghadapi musuh yang sama.
Sahabat yang dimuliakan, Terdapat beberapa pandangan ulama haraqi mengenai Tahalluf Siasi, ada yang bersetuju dan ada yang tidak bersetuju. Hujah-hujah daripada ulama yang bersetuju dengan Tahaluf Siasi lebih kuat dan lebih tepat berbanding golongan ulama yang menentang di gunakan kaedah Tahaluf Siasi.
Di antara ulama yang mengharuskan Tahaluf Siasi ialah Dr Yusuf al-Qaradhawi , Dr Mustoffa al-Tohhan , al-Syeikh Muhammad Ahmad al-Rasyid , Doktor Solah al-Showi dan Doktor Munir Ghahdban .
Hujah-hujah ulama haraki yang mengatakan Tahaluf Siyasi sebagai sesuatu yang diharuskan, mereka berpegang dengan hujah-hujah berikut :
1. Half al-Fudhul : Ia merupakan satu peristiwa yang berlaku pada zaman jahiliah iaitu perjanjian di antara beberapa qabilah untuk menolong golongan yang dizalimi. Perjanjian ini telah disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW. Inilah yang dimaksudkan oleh hadis baginda yang menyatakan :
Yang bermaksud : "Mana-mana perjanjian yang dilaksakanan ketika jahiliah tidak akan ditambahkan (diubah) oleh Islam melainkan semakin patut dilaksanakan - membawa makna mana-mana perjanjian di zaman jahiliah yang bermaksud kerjasama dan silaturrahim tidak akan berubah ketika Islam melainkan ia lebih patut untuk dilaksanakan. Ini kerana Islam tidak akan mengharamkan sesuatu perkara yang baik.
Sekalipun Nabi SAW menyaksikan perjanjian ini ketika jahiliah, tetapi kerana Nabi telah memujinya semasa Islam, ia dianggap sebagai perkara yang baik. Ini menunjukkan bahawa sekalipun yang berada dalam ikatan perjanjian itu adalah orang-orang bukan Islam , ia tetap dianggap perjanjian yang baik selagi mana tujuannya adalah baik.
2. Perjanjian Rasulullah SAW dengan bapa saudaranya Abu Talib untuk menjaganya serta memeliharanya dari ancaman kaum Quraisy. Tahaluf di antara mereka berdua berlaku dalam beberapa peringkat :
Peringkat pertama : Ketika Abu Talib melihat bagaimana Nabi Muhammad SAW bertegas untuk melaksanakan dakwah sekalipun terpaksa mati untuk Islam, Abu Talib lantas menyatakan : "Teruskan wahai anak saudaraku, katakanlah apa yang kamu hendaki. Demi Allah, aku tidak akan serahkan kamu kepada sesiapa selama-lamanya"
Kata-kata ini dibuktikan beberapa kali oleh Abu Talib di mana pernah beliau mengetahui tentang sekumpulan kaum Quraisy yang merancang untuk membunuh Nabi Muhammad SAW, lalu dikumpulkan bani Abdul Mutalib dan Bani Hasyim untuk melindungi baginda SAW. Mereka semua berkumpul termasuklah yang masih kafir untuk melindungi Nabi Muhammad SAW.
Peringkat kedua : Peringkat berikutnya ialah ketika kaum Quraisy melancarkan pemulauan kepada Bani Hashim dan Bani Abdul Mutalib sebagai tindak balas kerana mereka melindungi Rasulullah SAW. Lalu ditulis surat penguatkuasaan di mana tidak dibenarkan sesiapa pun menikahi atau dinikahi oleh kedua-dua kabilah ini. Juga tidak dibenarkan berlakunya urusan jual beli dengan kedua-duanya. Surat ini ditampalkan di dinding kaabah.
Di dalam peristiwa-peristiwa ini, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa menjadi satu keharusan harakah Islam / organisasi Islam untuk mendapat perlindungan daripada orang yang bukan Islam demi mencapai matlamat perjuangannya. Namun ia tidaklah sampai kepada peringkat tunduk dan patuh sehingga menggadaikan perjuangannya.
3. Perjanjian Rasulullah SAW dengan Mut'im bin 'Adi. Ia berlaku selepas kewafatan Abu Talib dan sekembalinya baginda SAW dari menyebarkan dakwah Thaif. Rasulullah SAW telah memasuki kota Mekkah dengan perlindungan seorang musyrik yang bernama Mut'im bin 'Adi. Rasulullah SAW menghargai pertolongan Mut'im sehingga baginda pernah bersabda apabila memenangi perang Badar, "Sekiranya Mut'im bin Adi masih hidup lalu memintaku membebaskan tawanan ini, aku akan lakukan untuknya.."
Mut'im di dalam peristiwa ini sekalipun tidaklah memberikan kebebasan dan pertolongan kepada dakwah Islam tetapi melakukan sesuatu yang lebih besar dari itu iaitu menjaga tubuh badan Nabi Muhammad SAW. Mut'im tidak pernah berniat untuk menjadi pengikut Rasulullah SAW dan pendirian ini jelas ketika ia menjawab soalan dari Abu Jahal .
Ini menunjukkan keharusan mendapatkan kerjasama dari orang yang tidak berniat melaksanakan Islam di dalam urusan yang memberikan kebaikan kepada Islam dan umatnya.
4. Perjanjian yang dibuat oleh Rasulullah SAW dengan kaum Yahudi ketika ditegakkan negara Islam Madinah. Perjanjian yang melahirkan Sahifah Madinah ini merupakan satu-satunya peristiwa besar dan terpenting yang menjadi hujjah keharusan kaum muslimin menjalinkan perjanjian dengan orang-orang bukan Islam di atas dasar memelihara kebajikan kedua-dua pihak.
Di antara isi kandungan perjanjian ini ialah, "Kaum muslimin mempunyai haknya dan kaum Yahudi mempunyai haknya. Dan di antara mereka hendaklah tolong menolong sekiranya diserang oleh sesiapa. Dan di antara mereka hendaklah saling menasihati dan bekerjasama. Dan janganlah sesiapa memungkiri janjinya. Dan hendaklah pertolongan diberikan kepada yang dizalimi. Dan sekiranya berlaku apa-apa kepada pihak yang menjalinkan perjanjian ini, maka tempat rujukan ialah kepada Allah dan Muhammad Rasulullah SAW…"
Inilah sebesar-sebar hujah keharusan melakukan hubungan dengan bukan Islam di dalam menegakkan negara Islam. Dan tidaklah menjadi dasar Islam mengenepikan kaum musyrikin daripada realiti kehidupan.
5. Perjanjian Rasulullah SAW dengan Bani Khaza'ah. Ia berlaku apabila baginda bersama para sahabat ingin memasuki kota Makkah untuk mengerjakan haji namun disekat oleh kaum Quraisy. Lalu Rasulullah SAW mengutuskan pengintip dari bani Khaza'ah yang merupakan seorang musyrik dan mereka melaporkan kepada Rasulullah SAW mengenai pergerakan kaum Quraisy. Bani Khaza'ah sebenarnya telah mempunyai hubungan dengan Bani Hasyim semenjak zaman jahiliah dan mereka meneruskan hubungan baik mereka dengan Bani Hasyim sekalipun berbeza akidah. Rasulullah SAW mengiktiraf hubungan ini dengan memberikan syarat iaitu pertolongan tidak akan diberikan kepada golongan yang zalim.
6. Perintah Rasulullah SAW kepada para sahabat agar berhijrah ke Habsyah semasa ditindas di Makkah untuk mendapatkan perlindungan dari Raja Najasyi yang merupakan seorang Nasrani pada masa itu turut merupakan dalil kepada keharusan untuk mendapatkan perlindungan dari orang yang bukan Islam di dalam menjaga kemaslahan umat Islam.
Sahabat yang dikasihi,
Di dalam mendepani arus politik dunia pada hari ini, gerakan Islam / organisasi Islam perlulah bijak mengambil manfaat daripada ruang dan peluang yang ada. Tahaluf Siasi perlulah dilakukan dalam keadaan gerakan Islam / organisasi Islam mendapat keuntungan yang maksimum dalam usaha untuk menegakkan agama Allah SWT. Bagaimanapun, perlulah diingatkan agar penerangan demi penerangan hendaklah dilakukan dari masa ke semasa khususnya kepada masyarakat awam agar tidak terkeliru dengan langkah yang diambil.
Kerjasama politik (Tahaluf Siyasi) di antara gerakan Islam / organisasi Islam dengan organisasi bukan Islam mutakhir ini akan berjaya memecahkan tembok yang melindungi pandangan bukan Islam terhadap Islam. Tujuan kerjasama adalah supaya mempunyai kekuatan untuk mendapatkan majoriti mudah dalam pengundian pilihanraya demokrasi.
Dengan kejayaan tersebut segala perancangan untuk memberi keadilan sepenuhnya dan mengembalikan balik hak-hak rakyat yang sekian lama terabai dapat dipulihkan. Kejayaan ini juga diharapkan dapat memaksimakan hasil negara untuk dihikmati semua rakyat tanpa mengira bangsa dan keturunan, menghapuskan ketirisan wang negara, memberi pendidikan dan perubatan percuma kepada rakyat jelata.
Perlu dijelaskan disini mana-mana pemimpin pertubuhan Islam / pertubuhan bangsa yang mengabaikan Tahaluf Siasi dan memandang negatif terhadap kaedah ini sebenarnya mereka tidak berpijak dibumi nyata dan akan mengalami kegagalan kerana mereka tidak melihat sirah dan sunah yang dijalankan oleh Rasulullah SAW.
KUALA LUMPUR, 14 Okt — DAP hari ini menyeru agar Kementerian Pengangkutan menggantung sementara pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) kerana ia hanya akan memberikan keuntungan kepada pemegang konsesi, dan bakal membebankan rakyat negara ini.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata melalui pemasangan 831 kamera di seluruh negara, syarikat konsesi berkenaan - ATES Sdn Bhd dan Betap Tega Sdn Bhd – mampu mendapatkan balik modal mereka melalui pengagihan keuntungan daripada saman yang dibayar sehingga RM700 juta.
"Sekiranya RM5 bilion dikutip setiap tahun, kedua-dua pemegang konsesi akan beroleh keuntungan RM80 juta di bawah peringkat pertama, RM270 juta di bawah peringkat kedua dan RM350 juta di bawah peringkat ketiga – jumlah lumayan sebanyak RM700 juta untuk kerja setahun," kata Lim ketika Konvensyen DAP Wilayah Persekutuan di Ibu Pejabat DAP di sini.
Jelas Ahli Parlimen Bagan ini lagi, daripada skim pembayaran yang diberikan kepada pemegang konsesi tersebut menunjukkan terdapatnya tiga peringkat kaedah bayaran dengan peringkat pertama, untuk setiap lima juta saman pertama, RM16 setiap saman akan dikutip oleh konsesi dengan kadar RM80 juta.
Bagi peringkat kedua pembayaran, sejumlah RM540 juta kutipan seterusnya dikongsi 50 peratus, iaitu berjumlah RM270 juta, dan kerajaan bakal mendapat jumlah yang sama.
Peringkat ketiga pula, sejumlah 7.5 peratus akan dikutip daripada keuntungan seterusnya, dengan kerajaan akan mengutip jumlah yang berlebihan.
Media sebelum ini melaporkan sejumlah 63,558 kesalahan trafik telah dicatatkan bagi lapan hari pertama sejak pelancaran AES pada 23 September lalu, dengan 14 kamera dipasang di kawasan-kawasan kerap berlakunya kemalangan.
"Selain daripada keuntungan RM700 setahun, terdapat juga tanda tanya tentang kos besar yang didakwa oleh kedua-dua pemegang konsesi untuk pemasangan 831 kamera.
"Adakah ia bernilai RM600 - RM800 juta seperti yang didakwa oleh kedua-dua syarikat tersebut untuk pemasangan 831 kamera yang bersamaan dengan RM722,000 - RM962,000 setiap kamera?" soal Lim lagi. Justeru, beliau mengharapkan agar Kementerian Pengangkutan harus menunaikan kebertanggungjawaban umum dengan menjelaskan soalan-soalan ini dan sama ada ia dilakukan melalui tender terbuka.
"Jika isu-isu ini tidak dijelaskan, pemandu-pemandu Malaysia berhak marah kerana sekali lagi kroni-kroni Barisan Nasional (BN) untung sementara rakyat rugi.
"DAP menyeru agar pelaksanaan AES digantung dengan serta merta sehingga isu-isu ini dapat diperjelaskan dengan penuh demi kepentingan umum," katanya lagi.
Pada mulanya, saya memang tidak bercadang mengulas mengenai Belanjawan 2013 kerana, secara ikhlas, saya kurang yakin kemampuan saya memahaminya.Ini mungkin kerana kefahaman dan pengetahuan saya mengenai belanjawan dan ekonomi tidak cukup mendalam atau kerana dokumen itu canggih dan kompleks.
Manakala saya mengalu-alukan langkah mengurangkan defisit belanjawan (daripada 4.5 peratus kepada 4 peratus) dan menjanjikan pembahagian sumber yang berkesan dan saksama seperti mengembalikan rancangan rumah murah. Namun saya kurang selesa dengan pemberian tunai yang berterusan kepada pihak itu dan ini.
Saya tergerak untuk menulis mengenai belanjawan secara umum hanyalah setelah mendengar pandangan dua orang bekas menteri kanan yang saya tahu pernah menjadi penyokong tegar dan mentor Perdana Menteri, Najib Razak yang juga Menteri Kewangan.
Seorang bercakap secara terbuka kepada khalayak. Beliau menyatakan kehairanannya mengenai dari mana Najib mendapat begitu banyak wang untuk ditaburkan. "Macam keluar dari hidung," kata beliau. Tetapi maklum sajalah kalau kenyataan itu tidak mendapat liputan media tradisional.
Seorang lagi bercakap di belakang tabir. Kedua-dua mereka keliru dan bimbang mengenai keghairahan Perdana Menteri memberikan duit kepada pihak itu dan ini, yang terakhir dalam bentuk bonus sebulan setengah kepada kakitangan awam.
Malangnya, dalam usaha mencari populariti jangka pendek menjelang pilihan raya umum itu, kedua-dua belah pihak — kerajaan dan pembangkang — nampaknya mengabaikan apa yang dalam dunia kewangan disebut sebagai "financial prudence".
Kerajaan memberikan berbagai macam pemberian tunai dan peruntukan luar belanjawan. Pembangkang pula, antara lain, memberikan air percuma dan menjanjikan kereta murah dan memiliknegarakan semula bekalan air.
Orang ramai keliru
Masalahnya, orang ramai yang kurang arif atau jahil mengenai perjalanan ekonomi dan pengurusan kewangan mungkin ternakan janji-janji itu dan membuat pilihan yang akhirnya memufliskan negara.
Saya tidak menentang usaha mana-mana pihak membahagikan kekayaan dan sumber ekonomi negara secara meluas dan saksama. Itulah pun landasan Dasar Ekonomi Baru yang menggabungkan pertumbuhan ekonomi dengan pembahagian kekayaan.
Walaupun DEB tidak berjaya seratus peratus, tetapi ia berjaya mengurangkan kemiskinan, memperbesarkan bilangan anggota kelas menengah dan sedikit sebanyak menyusun semula masyarakat.
Tetapi, yang perlu atau wajib dielakkan ialah memberi subsidi untuk kepenggunaan iaitu memberi wang kepada orang ramai untuk berbelanja.
Ada ungkapan mengatakan, lebih baik memberi alat menangkap ikan kepada seorang yang lapar daripada memberikannya ikan. Beri ikan, dia makan. Esok kena bagi sekali lagi. Tetapi kalau kita berikan alat menangkap ikan dan mengajarnya menangkap ikan, insya-Allah dia boleh mencari makan sendiri.
Utamakan subsidi pengeluaran
Kita beri bantuan dan subsidi untuk tujuan menambah dan menaikkan produktiviti dan bukan untuk kepenggunaan.
Jadi, saya sokong cadangan mengurangkan subsidi gula yang memudaratkan dan tidak adil. Mudarat di segi kesihatan kerana gula murah menyebabkan merebaknya penyakit kencing manis dan tidak adil kerana syarikat raksasa yang mengeluarkan minuman dan makanan pun dapat gula subsidi.
Harga mungkin naik, tetapi kalau Kementerian Perdagangan Dalam Negara, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna cekap, tahap kenaikan boleh dikawal dan bekalan dijamin.
Penjimatan subsidi itu boleh disalurkan kepada kegiatan yang produktif seperti menaikkan taraf sistem pengairan dan perparitan di kawasan-kawasan tanaman padi, memulihkan sawah yang keracunan dan melatih petani amalan pertanian terkini.
Tidak guna kereta murah seperti yang dijanjikan oleh pembangkang kalau jalan raya makin sesak dan tidak diselia dengan baik kerana pembangkang juga bercadang menghapuskan tol.
Saya pun tidak tahu daripada mana kerajaan dan pembangkang — kalau ia menang — hendak mendapatkan hasil bagi menampung perbelanjaan negara kerana pada masa yang sama mereka berjanji mengurangkan cukai itu dan ini.
Yang kita dengar, Petronas pun secara terbuka sudah berkata ia tidak akan membayar dividen yang tinggi lagi kepada kerajaan kerana ia perlu membuat pelaburan baru yang banyak.
Sementara itu, syarikat swasta, termasuk yang berkait dengan kerajaan (GLC) pula sedang ditekan oleh krisis ekonomi dunia. Serentak dengan itu, harga minyak kelapa sawit dan getah juga semakin menurun.
Daripada 100 buah syarikat terbesar di Bursa Malaysia mengikut nilai pasaran, 10 mengalami kerugian dan 34 menderita kemerosotan keuntungan pada tahun kewangan semasa berbanding tahun sebelumnya. Yang rugi tidak akan bayar cukai dan yang kurang keuntungan akan bayar cukai yang lebih rendah.
Jangan sedap cakap saja
Saya rasa, kerajaan dan pembangkang hendaklah realistik dan berterus terang dengan rakyat jelata, khasnya pengundi. Realitinya, dunia sedang melalui krisis ekonomi paling getir selepas Perang Dunia Kedua.
Ekonomi Amerika runtuh pada tahun 2008. Kini giliran Eropah pula. Greece sudah muflis dan Sepanyol bernyawa ikan. Pertumbuhan ekonomi China dan India mula menurun dan Jepun terumbang-ambing. Sebagai negara perdagangan, naik-turun ekonomi dunia memberi kesan langsung kepada kita.
Pakar-pakar ekonomi meramalkan yang kemelesetan tahun 2008 itu akan mengambil masa 10 tahun untuk diatasi dan pakar-pakar antarabangsa meramalkan sehingga 100 juta penduduk dunia akan mati kebuluran menjelang 2030.
Saya mula membuat laporan ekonomi pada tahun 1972 dan terbabit sedikit sebanyak dengan perniagaan. Saya melalui kemelesetan ekonomi tahun 1973/74, 1985/86 dan 1997/98.
Orang yang berniaga, bekerja dengan sektor swasta atau bekerja sendiri tahulah pahit getirnya. Banyak yang muflis atau kena buang kerja. Orang yang makan gaji dengan kerajaan mungkin tidak tahu atau tidak peduli.
Melihatkan keadaan hari ini, saya sangat bimbang. Dan dua orang bekas menteri yang memberikan pandangan mengenai Belanjawan 2013 dan cara Najib berbelanja adalah dua pakar ekonomi terulung di Malaysia dan di dunia. Kalau cakap mereka tidak boleh dipakai, saya tidak tahu cakap siapa lagi saya boleh dipercayai. Wallahualam.
Sebuah rumah sedang terbakar..... suasana cemas sekali. Di jendela tingkat 2 kelihatan seorang ibu sedang mendukung anak kecilnya yang baru berusia 3 bulan sambil menjerit minta tolong.... api makin marak, bomba masih belum kelihatan.... orang ramai hanya sekadar menjadi penonton....
Tiba-tiba seroang pemuda tampil dengan machonya lalu berteriak "Puan, campakkan anak puan itu ke bawah.... saya akan menyambutnya!!"
Ibu itu sangsi dan serba salah sekali.... campak atau tidak??
Melihat keraguan itu pemuda tersebut berkata" Puan tak kenal ke saya?? Saya adalah penjaga gol bolasepak kebangsaan... pintu gol saya belum pernah dibolosi! saya boleh menyambut apa saja objek dengan sebarang kelajuan!"
Tanpa berfikir lagi, ibu itu terus mencampakkan anaknya ke bawah... dan dengan penuh bergaya pemuda itu menyambutnya... anak itu selamat...
Orang ramai bersorak dan bertepuk tangan....
Dan dengan rasa penuh teruja, pemuda itu melambungkan anak itu 2 meter ke udara dan menyepaknya 60 meter ke depan...
P/s: Sudah banyak kali MCA menghina dan memperlekeh hudud. Kalau sebelum ini UMNO buat-buat tidak nampak, kali ini depan mata mereka bersekongkol dengan MCA menolak hudud.
Semoga Allah SWT melaknat mereka yang menentang dan menghina hukum hudud-Nya!
P/s: Kalau tengok pada gambar, majlis gila yang menggabungkan sambutan Aidiladha dan Halloween ini dianjurkan oleh sebuah pasar raya dan ditaja oleh Berjaya Megamall.
Jabatan kerajaan berkenaan, takkan tengok saja? Orang Islam yang terlibat dalam penganjuran majlis gila ini jahil sangat sehingga merestui sambutan yang dirancang oleh pihak penganjur?
Bahawa semua orang PAS tahu hadis Rasulullah SAW yang diriwayat oleh Muslim dan Abu Daud yang maksudnya :
Bukan dari kalangan kami barangsiapa yang menyeru kepada asobiyyah. Dan bukan dari kalangan kami barangsiapa yg berjuang atas dasar asobiyyah. Dan bukan dari kalangan kami barangsiapa yangmati diatas dasar asobiyyah.
Para sahabat bertanya, apa itu assobiyah ya Rasulullah? Rasulullah SAW menjawab : Asobiyyah itu ialah kamu menolong kaum kamu di atas dasar kezaliman.
Sadar ataupun tidak, kita sering berbuat zalim. Padahal kezaliman bukanlah perkara remeh. Hukumnya haram dalam syariat Allah. Bahkan Allah mengharamkannya bagi diri-Nya. Dia Yang Maha Suci berfirman dalam hadits qudsi:
"Wahai hamba-hamba-Ku sesungguhnya Aku mengharamkan kezaliman atas diri-Ku dan Aku menjadikannya haram di antara kalian maka janganlah kalian saling menzalimi…" (HR. Muslim)
Kezaliman itu apa? Ah! Masakan aku pula macam nak ngajar itik berenang... Walau apa pun ingat-ingatlah amaran Allah SW, "…Ketahuilah bahawa laknat Allah ke atas org2 zalim." Hud 18.
Sebagaimana yang kita semua maklum, menegakkan keadilan serta mengharamkan kezaliman merupakan tujuan dan matlamat Islam yang terpenting. PAS adalah parti yang mendokong prinsip tersebut.
PAS menentang Umno/BN selama ini adalah kerana mahu menentang kezaliman yang Umno/BN amali selama ini.
Adalah amat malang sekiranya PAS yang mahu menggantikan Umno seolah-olah mahu mewarisi pusaka yang menyebabkan Umno semakin terkulai layu kini...
Kenapa aku kata macam ini? Korang bacalah pendedahan di sini. Kalau pendedahan ini tidak benar, tolong segera nafikan. Jangan buat-buat macam tidak ada apa-apa pun.
Aku sekadar nak ingatkan ayat Allah yang maksudnya :
"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang zalim nanti kamu disentuh Api Neraka…" Surah Hud ayat 113.
Kezaliman mesti dibanteras, biar pun pelakunya adalah seorang Muslim, hatta bapa atau anakmu sendiri. Haram duduk bersama orang-orang zalim dan para pengampu, kecuali utk tazkirah iaitu menyampai nasihat peringatan.
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KUALA LUMPUR: PAS melihat pengaruh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak langsung menjejaskan undi kepada Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang akan datang.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menegaskan, Pakatan Rakyat tidak pernah risau apabila Dr Mahathir membuka mulut mengkritik apa sahaja yang beliau kehendaki.
"Saya melihat Dr Mahathir memang mempunyai pengaruh tetapi ia tidak langsung memberi kesan undi kepada mereka yang menyokong Pakatan Rakyat.
"Tetapi ia akan memberi kesan secara langsung kepada sokongan Umno Barisan Nasional," jelasnya kepada Harakahdaily.
Jelas Mahfuz, tindakan Dr Mahathir membuka mulut atau mengkritik sebenarnya menimbulkan kerisauan kepada pemimpin Umno.
Malah, mereka beranggapan setiap kali Dr Mahathir membuat kritikan sokongan yang mereka perolehi dari undi orang Melayu akan menurun.
"Kita lihat bagaimana Dr Mahathir mengkritik mengatakan pemberian BR1M adalah seperti membeli undi, dan ini secara langsung akan terus mengurangkan sokongan kepada Umno Barisan Nasional.
"Inilah yang dirisaukan oleh Umno apabila Dr Mahathir menyuarakan pendapat, mereka bukannya mendapat peningkatan sokongan malah semakin berkurang," kata beliau lagi.
Mahfuz yang menyatakan, pengaruh Dr Mahathir adalah penentu kedudukan pemimpin Umno di dalam parti mereka sendiri bukannya penentu kepada kedudukan Pakatan Rakyat.
"Pemimpin Umno perlu tahu, pengaruh Dr Mahathir adalah penentu kedudukan mereka pada pemilihan dalam Umno itu sendiri bukannya penentu kedudukan Pakatan Rakyat.
"Pakatan Rakyat tidak pernah risau apabila Dr Mahathir bersuara tetapi pemimpin-pemimpin Umno perlu risau kerana kedudukan mereka belum terjamin lagi," sambung beliau lagi.
Tambahnya lagi, setiap kali Dr Mahathir mengkritik sokongan kepada Pakatan Rakyat terus bertambah sama ada dari undi Melayu mahupun kaum-kaum lain.
Manakala, Umno terus tertekan untuk menepis setiap kritikan tersebut apatah lagi bila melibatkan keputusan yang dilakukan oleh kerajaan Umno Barisan Nasional. -Hrkh
Muhyiddin dakwa isu Soros bukan untuk keuntungan politik
Timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa BN tidak menggunakan isu jutawan George Soros – yang didakwa membiaya NGO tempatan untuk menjatuhkan kerajaan – demi keuntungan politik parti.
Beliau dipetik akhbar Mingguan Malaysia sebagai berkata, perkara itu hanya ditimbulkan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir sebagai peringatan bahawa bantuan Soros itu "tidak membantu negara."
"Rakyat boleh menilai, kalau kita biarkan bermakna kita mahu kuasa asing menguasai negara dan Soros mahu menggunakan kuasa wang untuk menimbulkan masalah dalam negara kita.
"Kita tidak menggunakan itu (demi keuntungan politik) tetapi kenyataan yang perlu dijelaskan," katanya dalam laporan akhbar milik Umno itu.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyatan timbalan menteri pengajian tinggi Datuk Saifuddin Abdullah pada Khamis lalu yang bimbang serangan BN ke atas Soros akan "memakan diri sendiri".
Dalam laporan edisi hujung minggu Utusan Malaysia itu lagi, Muhyiddin berkata isu sama ada perkara itu menimbukan kesan buruk kepada BN tidak timbul kerana dakwaan tersebut telahpun dipersoalkan banyak pihak.
"Umum mengetahui peranan Soros di banyak negara, ini satu kenyataan yang perlu kita sedari kerana kalau rakyat tidak menyedarinya, ia adalah sat perkara bahaya.
"Peringatan Tun Mahathir adalah satu kenyataan dan badan yang mengharap bantuan Soros perlu sedar tindakan itu tidak membantu negara," katanya.
Projek memburuk-burukkan pembangkang dengan jutawan George Soros – seperti yang dilaporkan meluas oleh media sekarang – telah dirancang oleh sebuah jabatan khas Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sejak pertengahan tahun ini.
Melalui sebuah buku tebal Panduan Penjelasan Isu Semasa terbitan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim didakwa mendapat dana spekulator mata wang dunia itu bagi menghadapi pilihan raya umum.
Dengan menonjolkan beliau sebagai ejen Yahudi Zionis, Soros melalui Institut Masyarakat Terbuka (OSI) didakwa membiaya Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG) yang disertai Anwar.
"... Anwar merupakan antara ahli majlis eksekutif ICG ... sebahagian besar (pemimpin) dalam ICG adalah berbangsa Yahudi," buku setebal 322 halaman itu dipetik.
"Soros mengkritik tindakan kerajaan Malaysia dan membela Anwar semasa beliau didakwa atas (tuduhan) salah guna kuasa."
Hubungan Soros-Anwar ini dimuatkan dalam bab "Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG) dan hubungan Zionis", satu daripada 22 bab yang disusun bagi menjawab isu dan program yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat sehingga Jun lalu.
"Adakah SPRM telah membuat siasatan penuh termasuk mengambil kenyataan Datuk Seri Musa?" tanya Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Semalam, katanya kerajaan BN bangga mengumumkan pembebasan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman daripada skandal wang tunai S$16 juta (RM40 juta) ekoran tindakan SPRM untuk menggugurkannya daripada dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram.
Menurutnya, mengikut jawapan bertulis Parlimen Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz, Pejabat Ketua Peguam Negara tidak menjumpai apa-apa elemen rasuah dalam kes seorang ahli peniagaan Sabah yang ditahan di Hong Kong kerana menyeludup wang berjumlah RM40 juta dalam mata wang Singapura.
Katanya, Nazri berkata bahawa siasatan menunjukkan duit itu sebenarnya merupakan sumbangan politik kepada Umno Sabah dan bukan kepada Musa.
"Adakah BN ingat bahawa rakyat Malaysia senang tertipu dengan cerita sebegini dan menerima bahawa tidak ada masalah kerana duit yang diseludup itu adalah untuk Umno Sabah dan bukan untuk Musa?" soalnya dalam satu kenyataan.
Tanya beliau lagi, apakah syarat-syarat di sebalik sumbangan RM40 juta itu dan kenapakah ia dilakukan dengan mata wang Singapura.
Bagi Ahli Parlimen Bagan itu, sekali lagi SPRM cuba untuk menutup skandal politik wang oleh BN.
"Skandal penyeludupan RM40 juta wang tunai ini menyusul selepas dua lagi skandal yang melibatkan dua orang lagi ketua menteri BN," katanya.
Baru-baru ini, ujarnya sebuah NGO Switzerland telah mendakwa bahawa kekayaan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud dianggarkan mencecah RM46 bilion, lantas menobatkannya sebagai orang terkaya di Malaysia.
"Lepas itu, kita berhadapan dengan majlis kenduri kahwin anak Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam, di mana 130,000 orang tetamu telah dijamu dalam sambutan yang memecah rekod.
Sehingga hari ini, ujarnya Ali Rustam masih lagi gagal menjelaskan bagaimana beliau mampu menanggung kenduri yang begitu mewah yang mendakwa kosnya hanya RM600,000 dan mendapat tajaan.
Justeru, kata Lim, rakyat Malaysia sudah tidak boleh tahan dengan keangkuhan pemimpin-pemimpin BN yang bukan sahaja mengaut kekayaan yang luar biasa tetapi juga menonjolkannya di khalayak umum. -HD
Kehadiran perdana menteri Najib Altantuya ke Daerah Kudat di utara Sabah disambut dingin penduduk walaupun penganjuran karnival jelajah janji ditepati diadakan di daerah itu.
Buktinya, jika dilihat sambutan yang diberikan ternyata yang hadir di tapak karnival di Kompleks Sukan Kudat itu hanya kanak-kanak yang kelihatan yang mengambil kesempatan cuti hujung minggu berada di kawasan tersebut.
Seperti biasa Najib Altantuya terus menghentam Pakatan Rakyat tanpa rasa malu melihatkan betapa pembangunan di negeri ini jauh ketinggalan dari negeri-negeri lain walaupun sudah mencapai kemerdekaan sejak 49 tahun lalu.
Najib Altantuya yang tiba dengan helikopter dari Penampang, 190 kilometer dari Kudat itu diiringi Ketua Menteri Musa Aman dan Bernard Dompok hanya seketika saja melawat tapak karnival berkenaan.
Jelajah tersebut yang dianjurkan Telekom Malaysia (TM) dengan kerjasama media pencacai Umno nombor satu, Media Prima Berhad seperti biasa terpaksa mengerah beberapa artis tanah air membuat persembahan untuk cuba menarik perhatian penduduk setempat.
Cuma kira-kira 25 minit berada di tapak berkenaan, Najib Altantuya kemudian terus menghala ke pekan Kudat apabila melihat rata-rata pengunjung yang hadir hanya kanak-kanak yang diupah memakai baju t karnival berkenaan yang teruja dengan kehadiran beberapa personaliti media pencacai Umno itu seperti Fara Fauzana, Sharifah Aleya dan penyampai berita.
Tiba di pekan, Najib Altantuya bertemu dengan penduduk yang rata-ratanya berusia 50 tahun ke atas termasuk pemilik kedai kopi yang sudah pasti bukannya anak muda seperti yang dilaporkan Bernama dalam beritanya sebentar tadi:
"Sebaik tiba, Perdana Menteri terus ke Pekan Kudat dan beramah mesra dengan peniaga dan orang ramai di situ.
Beliau juga bersarapan pagi bersama-sama ketua-ketua suku kaum dan kapitan China di sebuah kedai kopi paling lama beroperasi di situ.
Pemilik kedai kopi itu, Fong Hon Khiong yang kelihatan gembira dengan kunjungan Najib itu berkata beliau begitu "gementar" dan teruja Perdana Menteri memilih untuk singgah di kedainya."
Nampaknya apa yang berlaku semasa program yang sama di Teras Jernang, Bangi, Selangor, beberapa bulan lalu kini berulang kembali dan beberapa sumber memberitahu Najib Altantuya kurang senang dengan sambutan penduduk di pekan itu. ~jalanpulang
KUANTAN: Poster gergasi di sebuah pasar raya tersohor di sini mencetuskan rasa kurang senang pengunjung Islam ekoran cuba mencemarkan kesucian Islam dengan menyatukan sambutan Aidil Adha dengan Halloween.
Poster bertajuk Raya Haji and Halloween didakwa mempunyai unsur yang menyentuh sensitiviti umat Islam, bahkan gambar berlatar belakangkan Kaabah turut dicemari karikatur sambutan perayaan agama lain.
Menurut laporan Sinar Harian, pengunjung yang mahu dikenali sebagai Azmi berkata, dia terkejut melihat poster gergasi yang digantung dalam pusat membeli-belah itu dan mempersoal tindakan penganjur yang tidak peka sensitiviti agama.
"Saya terkejut promosi digabungkan itu kerana mempersendakan Islam," katanya.
Justeru, dia meminta pihak berkuasa agama memantau perkara itu dan meminta penganjur menurunkan poster itu.
Sementara itu, Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) menasihatkan penganjur supaya tidak menggabungkan perayaan agama Islam bersama agama lain sehingga melanggar sensitiviti masyarakat di negeri ini.
Timbalan Pengarahnya, Datuk Mohd Ghazali Abd Aziz berkata, poster seperti itu tidak boleh dipandang ringan.
"Sebelum anjur program, pihak berkaitan perlu faham sensitiviti agama dan tidak menimbulkan perkara yang boleh menyentuh perasaan orang lain," katanya.
Beliau berkata, tindakan itu boleh menimbulkan rasa tidak senang umat Islam.
Tinjauan Harakahdaily di laman Facebook dan blog juga mendapati umat Islam melahirkan rasa kecewa dengan kejadian itu.
Biarpun pihak penganjur didakwa telah membuat permohonan maaf, namun yang dipersoal bagaimana program itu diluluskan penganjurannya di peringkat awal.
Akhirnya poster tersebut dibuka semula setelah mendapat tentangan tapi bukan daripada PERKASA, JATI, PEKIDA atau UMNO
Menurut mereka, rekabentuk poster itu secara jelas menghina Islam apatah lagi gambar Kaabah yang merupakan kiblat solat orang Islam diletak bersebelah dengan gambar 'hantu labu' yang jadi simbol kepada Halloween.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa, yang Selasa lalu memberi peringatan agar tidak mengejar kuasa semata-mata, sebagai pemimpin ‘lidah panjang’ ekoran pendirian kebelakangan ini yang tidak selari dengan parti.
Kenyataan tegas Nik Aziz itu dikeluarkan ekoran tindakan Nasharudin, yang juga Ahli Majlis Syura Pas, mahu merencanakan perpaduan terutamanya melibatkan Umno dan Pas.
“(Rancangan perpaduan) itu mengarut, mengapa sekarang baru timbul, dia (Nasharudin) itu calon Pas di Bachok, sikap itu seperti 'lidah panjang',” kata beliau ketika ditemui selepas Majlis Hari Keluarga Mawaddah di Pengkalan Chepa di sini hari ini.
Pendirian Nasharudin yang mengkritik kerjasama Pas dan DAP tidak disenangi Nik Aziz yang pernah memberi kata dua kepadanya supaya melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok pada 2009.
Sebelum ini, Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, Nasharudin Mat Isa telah "menyentuh dan mencabar" keputusan Majlis Syura apabila mendakwa parti itu kini mengutamakan kuasa dan meletakkan prinsip Islam di tempat kedua.
Sambil menekankan kuasa dan Islam tidak boleh dipisahkan, kata Mahfuz, Pas memang memerlukan kuasa yang meluas untuk menegakkan Islam di negara ini.
Katanya, aspek itu yang diputuskan oleh Majlis Syura selaku badan tertinggi membuat keputusan dalam Pas.
"Jadi, apabila Ustaz mempertikaikan pendirian parti, bermakna beliau telah menyentuh dan mencabar Majlis Syura sendiri," katanya.
Dalam perkembangan lain, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, beliau terharu dengan sokongan masyarakat bukan Islam di Kelantan yang menyokong pembinaan Lebuh Raya Rakyat dengan menghulurkan derma.
“Wat Buddha sanggup mengadakan majlis untuk memungut derma dan mereka menyerahkan lebih RM65,000 untuk membangunkan lebuh raya ini, walaupun miskin tetapi memberi sokongan yang kuat kepada Kerajaan Negeri,” katanya.
Sehubungan dengan itu katanya, beliau akan terus bekerjasama dengan masyarakat bukan Islam dan mengunjungi wat walaupun mendapat kritikan pihak tertentu yang tidak memahami asas perjuangan Islam.
“Saya sentiasa berkunjung ke wat dengan menghadiri pelbagai acara yang dibenarkan, (Islam) saya tahu yang mana tidak boleh dan yang mana boleh.
"Saya juga ke sana menyebarkan Islam dengan menyatakan apa yang betul dan apa yang salah,” katanya.
Rakyat memberi kuasa kepada umNO(Baru)bN memerentah dah 55 tahun, negara dalam cengkaman dan genggaman urustadbir negara 1Malaysia dengan sewenang-wenangnya.
Kini diterajui oleh DS Najib RM al Haj mewarisi umNO(Barua)bN dari Pak Lah dan PAk Lah dari Dr Mahathir. umNO(Barua)bN melalui Menteri Kewangan juga Perdana Menteri 1Malaysia Najib RM al dayusi telah bentang belanjawan bajet negara 2013. Bajet negara dibuat umNO(Barua)bN sudah termaktub 14 tahun berturut-turut kebanggaan dan megahnya umNO(Barua)bN dengan Bajet Depesit berganda yang tempang.
Hinggakan dikhabarkan hutang negara dalam dan luar telah melebihi daripada separuh anggaran pendapatan negara. Kini negara berhadapan dengan jurang muflis seperti dialami oleh beberapa negara Eropah sejak dua tahun ini.
Ianya berterusan dalam merealisasi perbelanjaan pembiayaan syaitan yang nampak yang dipuja disintuk limau untuk mewujudkan spesis dikalangan umNO(Barua)bN menjadi kaya melangit macam Qarun durjana, diluar pertimbangan budibicara ehsan melihat kepada rakyat untuk dikongsi menikmati secara adil dan saksama.
Kerajaan umNOBarua)bN 1Malaysia terus berslogan hayalan penangan daun ketum kunun untuk membela rakyat jelata dalam masa serentak menindas dan menyodok sepuas-puas harta rakyat negara.
Mereka mencipta peluang projek mega yang auta kepada kroni-kroni untuk memungut untung berbilion untuk terus menekan rakyat seperti projek AES Automated Enforcement System, yang rakyat marhaen mempertikaikan pelaksanaannya. .
Peneraju kerajaan pusat umNO(Barua)bN mereka sering berpesan dan menyeru rakyat supaya hendaklah berjimat cermat dalam perbelanjaan harian. Rakyat wajarlah menabung untuk usia tua. Mereka pemimpin umNO(Barua)bN adalah jenis pemimpin telunjuk lurus kelingking berkait.
Dalam masa yang sama ketua kerajaan umNO(Barua)bN dan bini betina puakanya yang rambut kembang, bersekali dengan kroni-kroni, saudara mara, kaum kerabat terus sakan hora dan joli duit rakyat di dalam negara dan di luar negara setiap bulan semasa mereka membuat lawatan resmi dan pribadi. Mereka pelahap belanja duit rakyat negara tanpa rasa bersalah dan takut dengan Allah. Itulah budaya warisan pemimpin umNO(Barua)bN dah lama dah!!
Pelaksanaan kerajaan yang tempang, ia telah melahirkan rakyat terbelah kepada 2 puak kategori hidup. Sebiji macam dalam lagenda film yang dibuat oleh Allahyarham TS P. Ramlee iaitu "ANTARA DUA DARJAT" kira-kira 50 tahun yang lampau. Kini, rakyat sedang melihat, sedang tengok dan menyaksikan bagaimana pemimpin-pemimpin Negara dari umNO(Barua) dan komponan bN, di semenanjun, di Sabah dan di Sarawak semua mereka adalah penyamun tarbus yang rakus dan pelahap, terus mengaut, mengukur, songlap kekayaan milik negara rakyat dipenghujung usia kerajaan sebelum Parlimen dibubarkan untuk diadakan PRU13.
Dikalangan umNO(Barua)bN sendiri kini menyedari dengan sesungguhnya mereka selepas keputusan PRU13 akan berada diposisi sebagai PEMBANGKANG. Ianya akan diketuai oleh Najib RM al dayusi atau Sembab Al Malaun, sama-samalah kita tunggu saatnya.
The time is comming. Mereka pelahap sunggoh menjadi-jadi macam Qurun yang dilaknat oleh Allah itu. Mereka menghimpun harta kekayaan yang berligar dan berputar dikalangan pemimpin-pemimpin negara 1Malaysia umNO(Barua)bN mereka menyamun dan melanun.
Sekelip mata sahaja terkumpul kekayaan dikalangan anak bini, adik beradik, teman taulan dan kroni-kroni umNO(Barua) dan komponan bN 1Malaysia di Semenanjung dari Perlis sampai Johor, di Sarawak dan di Sabah yang melampau batas sempadan.
Penguasa negara dan kuncu-kuncunya yang kebal dengan undang-undang berkaitan rasuah tak lut, pelari cukai dan sebagainya. Rakyat jelata menangis keluar air mata darah prihal dapat tengok dengan mata lendir masing-masing lunggukkan kekayaan mereka diluar akal sehat memikirkan cara-cara memperolehinya. Bijak dan pandainya mereka berniaga, sekelip mata menjadi billion man n billion woman.
Sedangkan ramai dikalangan mereka mengaji tidak seberapa dan tercicir dalam belajar dan pembelajaran. Hatta mereka bukanlah mewarisi perniagaan turun temurun. Tidak memiliki skill sebagai usahawan yang berpengalaman dan berhemah. Kelebihan mereka kerana aku PM maka anak bini adik beradik diutamakan. aku KM menjejaki kerjalaku PM,
Aku MB peluang depan mata, bodoh kalau tak sebat. Aku Jusa Super A biarlah sama-sama kita meniakmati.Perniagaan mereka jenis mee segera instant. Bermodalkan air lior dengan kuasa ditangan, macam lampu Aladin. Rakyat yang papa kedana pun kadang-kadang terfikir juga, andai pun gaji sulung dan gaji penamat ketika pencen, bukan sekadar berpuasa tetapi betapa sepanjang hidup dan hayat tidak usik sekupang pun untuk belanja, pasti himpunan wang gaji tidak seberapa dengan yang dikendong untuk membeli harta yang dimiliki mereka.
Pemimpin 1Malaysia dan kroni-kroni mereka, sesungguhnya mereka cukup mendapat perlindungan, bibit rasuah dan rasuah terang terlepas pandang. Buatlah apa saja, mereka jenis tikam dengan keris telanjang warisan umNO lok 7 pun tak lut. Inikan pula teguran dari rakyat jelata apalagi dikalangan lawan politik mereka. Kekayaan yang dikaut dengan membina gedung 7 keturunan bukan sekadar belanja harian, tetapi joli sakan pun tidak luak, tak akan habis mereka kumpulkan.
Rakyat melihat mereka terlibat dan terbabit dengan salahlaku berniaga dan berurusan secara haram dan gelap. Mereka mengamalkan rasuah yang terancang berpanjang secara smart patner, disemua sudut dan tempat. Rasuah yang membina mereka menjadi Qarun secara lanun dan penyamun, semua-semua kesalahan dilalui mereka tidak sekali-kali merasa bersalah dan gerun dengan neraka Allah.
Sesungguhnya dipenghujung usia kerajaan umNO(Barua)bN, sebelum parlimen dibubar dan sebelum PRU13, dikesempatan yang berbaki ini, mereka sebok melihat saki baki yang belum mereka galas, kebas dan kukur. Sebab itulah KTMB hartanya banyak sepanjang Arau Ke Johor Baharu, sepanjang Gemas ke Tumpat nak di rembat dalam masa dekat.
Sebab itulah apabila mereka umNO(Barua)bN selama-lamanya mereka budayakan rasuah untuk menguat kedudukkan dan mendapat sokongan ahli mengangkat mereka menjadi pemimpin dalam parti, diikuti jawatan kerajaan 1Malaysia umNO(Barua)bN perengkat pusat dan disaki baki beberapa negeri. Diatas landasan rasuah mereka umNO(Barua)bN berjaya menjadi pemimpin dan kerajaan pusat.
Makanya talihayat akhir untuk PRU13 menyelamatkan umNO(Barua)bN terkubur, maka vaksin untuk menangkan umNO(Barua)bN dalam PRU13 terpaksa gunakan rasuah juga untuk membeli undi rakyat dengan tunai menerusi beberapa pendekatan diwujudkanNajib RM al dayusi seperti KRIM, BRIM, Kedai 1Mlaysia dan lain-lain. Buatlah apa sahaja untuk mendapat kembalikan minat dan kepercayaan rakyat pengundi kepada umNO(Barua)bN, terpaksa membeli undi rakyat pengundi dengan rasuah bersiri yang sedang dilancarkan Najib RM al dayusi melalui Bajet 2013 yang dibentangnya. Bajet 2013 akan menjadi saksi, ianya adalah bajet terakhir yang Menteri Kewangan dari umNO(Barua)bN buat. Hatta ramai dikalangan AP umNO(Barua)bN akan sayonara dengan Parlimen Negara, InshaAllah.
Dikalangan pemimpin umNO(Barua)bN, mereka menjadi megah dan mereka cukup juah dengan kekayaan yang dikautdisagat. Sampaikan mereka tersenarai diantara orang kaya dunia dan orang kaya Asia. Tak usah kiralah senarai orang kaya negara. Inilah padanya negara apabila dibangunkan oleh kerajaan dan parti yang menghalalkan rasuah.
Manakala rasuah itu menjadi budaya darah daging denyut nadi pemimpin umNO(Barua)bN, sekali pun mereka yang hadirnya dikalangan beragama. Bukan menjadi penghalang terhadap rakan mereka untuk larang, tetapi pemegang ugama dalam umNO(Baru)bN bedal juga, 2 X 5 sahaja. Mereka tidak amal kitab mengajar teman mereka. Tetapi pikul tajak 6" menebas di padang golf, tempat bertemu syaitan yang nampak.
Rakyat melihat KM Sarawak dan anak bininya bergelumang dengan rasuah tegar perda mega. Sampaikan PM1Malaysia Najib RM al dayusi , bersuara fitnah pembangkang keatas KM Sarawak termasuk anak bininya. Makna siasah yang tersirat PM1Malaysia melarang dan menghalang secara tidak langsung, mana-mana pihak cuba ganggu gugat KM Sarawak.
Kerana kalau ada anasir cuba mendekati KM Sarawak & family, bukan saja TSTM tumbang, ianya akan menjahanam dan lingkup bersekali dengan kerajaan 1Malaysia dan Najib RM al dayusi terpelancut dari Putrajaya, pasti TS TM akan tarik partinya PBB bila-bila keluar mendadak dari bN, inilah kebenarannya Najib RM al dayusi bacul bertindak dekat KM Sarawak TS TM.
Bukan itu sahaja penyakit kronik yang sedang menimpa umNO(Barua)bN khususnya kerajaan 1Malaysia pimpinan Najib RM al dayusi menjadi PM. Kerajaan terpaksa membasoh berak cirik KM Sabah Musang Taman, bukan rasuah tuntas untuk KM Sabah, jangan hampa tuduh. RM40,000,000.00 adalah duit lanun penyamun untuk derma politik kepada umNO(Baru) Sabah.
Husin penipu pun tobat lahum nak percaya, helah dan madah membela KM Sabah DS Musang Taman yang dibuat oleh Najib RM al dayusi. Najib ada berani bertindak dekat KM Sabah? Najib mesti lindung dan kepung jangan usik pemimpin bN dari umNO(Barua) di Sabah dan pemimpin bN dari PBB. Silap-silap bertindak, terkangkang Najib RM al dayusi.
Sekiranya tindakkan diambil keatas kedua-dua dan kuncu-kuncu KM2S, sebaik bertindak kerajaan 1MALAYSIA Najib akan terbubar, bilamana AP PBB di Sarawak bersama KMnya keluar bN. Diikuti oleh AP Sabah bersama KMnya tinggalkan bN. Ap macam? Kemungkinan berlaku atau tidak? Itulah sebab punca, sepi dan sunyi mereka terus melanun di Sabah dan di Sarawak demi untuk menyelamatkan Kerajaan 1Mayaysia dan menyelamatkan umNO(Barua)bN dan Najib al dayusi dari bersemayam di Putrajaya.
Kalaulah SPRM tidak adakuasa pendakwaan, dan kemampuan untuk melakukan siasatan bebas kepada pemimpin-pemimpin dari umNO(Barua)bN, dalam pendapat dan kacamata rakyat dan SPRM sendiri berhemat mereka terlibat dengan rasuah, tak dapat laksanakan undang-undang kerana penghalang pemimpin kerajaan sendiri. Seperti pemimpin umNO(Barua)bN, PBBbN, mcAbN, miCbN dan lain. SPRM menjalankan tugas secara saksama dan adil, ianya dihalang kerana untuk menyelamatkan kroni dan kerajaan. Makanya lebih baik, demi untuk menyelamatkan wang rakyat negara; bubar dan mansohkan saja SPRM.
Kalau sekadar SPRM bermegah dan gah dengan adanya bangunan tersergam indah dan pegawaiberunifom yang hebat segak tampan. Tetapi semua cap ayam belanda.tidak ada guna, buat rugi beras negara. Fikir-fikirlah wahai rakyat jelata ketika membuang undi di PRU13 nanti, kita gantikan umNO(Baru)bN gilir 1kali menjadi pembangkang dalam Parlimen selepas PRU13, biarkanlah PR pula mentadbir di Putrajaya, saksi dan tengok perubahan kebaikkan kebajikan sejahtera rakyat akan terbela, InshaAllah.
Dakwaan hubungan Najib dan jutawan George Soros terbukti benar, maka undi untuk beliau juga merupakan undi kepada pedagang matawang tersebut.
Kita mahu lihat bagaimana media arus perdana memainkan perkara ini. Seperti yang kita tahu ada satu pertemuan rahsia di mana Najib meminta sokongan Soros ke atas gerakan global moderat.
Maka, jika Soros dipersalahkan, maka satu undi untuk Najib juga merupakan satu undi untuk Soros..Jadi dakwaan kaitan Soros yang ditimbulkan BN itu kini nampaknya menjadi "senjata makan tuan..
Jadi, mereka perlu jelaskan kepada rakyat sekarang.Ini mengulas mengenai pertemuan peribadi antara Najib dan Soros di sebuah hotel terkemuka di New York, sejurus sebelum perdana menteri haramjaah ini menyampaikan ucapan sulungnya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dua tahun lalu.
Pertemuan Najib itu merupakan petunjuk utama kepada sikap "hipokrasi" BN.
penyapu sial
Hanya si syaitan berkawanan dengan kumpulan syaitan. Janganlah di sangka Orang Yahudi itu sahaja yang syaitan, kaum hidung kemek kembang dan muka bonyok pun ada sifat syaitan. Soros ini businessman, Najib dan MahaMaha pula makan gaji duit rakyat tipu rakyat. Buat habis beras aje mak bapak besar kan anak macam si syaitan yang di rejam.
You are subscribed to email updates from penyapu sial To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Anwar Ibrahim pergi melawat Sabah dengan jet peribadi lagi? Anwar Ibrahim ni betul-betul tak serik. Di mana pencacai Umno ketika ini? Buatlah laporan polis sebanyak mungkin.
Pemilik jet peribadi ni harus di siasat segera oleh SPRM dan Polis. Jangan lengah-lengah lagi, nanti boss kamu marah.
Lepas tu, tarik lesen dan blacklistkan nama pemiliknya kerana pandai-pandai beri jet peribadi kepada Anwar Ibrahim iaitu musuh no. 1 Najib dan gerombolan.. he..he..he..
Seperti dijangka, masyarakat di Balik Pulau terus memberi sokongan padu terhadap Jelajah Merdeka Rakyat yang berlangsung sebentar tadi hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas luar biasa di sepanjang jalan menuju ke tapak ceramah.
Kehadiran Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang menaiki bas khas Merdeka Rakyat dari Nibong Tebal tengah hari tadi dan tiba di sini jam 5 petang disambut dengan pelbagai lapisan masyarakat yang sudah tiba sejak jam 4 petang lagi.Anwar yang diiringi Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Pulau Pinang yang juga Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman serta ahli parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff tidak melepaskan peluang bersalaman dengan rakyat yang datang dari seluruh pulau mutiara itu.
Terdahulu, Anwar yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Sabah jam 840 pagi tadi dengan penerbangan Air Asia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL) kira-kira jam 11 pagi dan terus dibawa ke persinggahan pertama jelajah di Nibong Tebal jam 12 tengah hari tadi.
Ribuan hadirin menunggu Anwar di Padang Pasar Awam, Bandar Tasek Mutiara dalam cuaca baik diiringi puluhan motosikal menuju ke tapak ceramah.Kira-kira jam 245 petang pula, rombongan jelajah singgah di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) di Kepala Batas yang terletak di kawasan parlimen bekas perdana menteri, Abdullah Badawi dan disambut meriah tanpa sebarang kejadian tidak diingini.
Seperti dijangka, masyarakat di Balik Pulau terus memberi sokongan padu terhadap Jelajah Merdeka Rakyat yang berlangsung sebentar tadi hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas luar biasa di sepanjang jalan menuju ke tapak ceramah.Kehadiran Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang menaiki bas khas Merdeka Rakyat dari Nibong Tebal tengah hari tadi dan tiba di sini jam 5 petang disambut dengan pelbagai lapisan masyarakat yang sudah tiba sejak jam 4 petang lagi.
Anwar yang diiringi Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Pulau Pinang yang juga Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman serta ahli parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff tidak melepaskan peluang bersalaman dengan rakyat yang datang dari seluruh pulau mutiara itu.Terdahulu, Anwar yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Sabah jam 840 pagi tadi dengan penerbangan Air Asia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL) kira-kira jam 11 pagi dan terus dibawa ke persinggahan pertama jelajah di Nibong Tebal jam 12 tengah hari tadi.
Ribuan hadirin menunggu Anwar di Padang Pasar Awam, Bandar Tasek Mutiara dalam cuaca baik diiringi puluhan motosikal menuju ke tapak ceramah.Kira-kira jam 245 petang pula, rombongan jelajah singgah di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) di Kepala Batas yang terletak di kawasan parlimen bekas perdana menteri, Abdullah Badawi dan disambut meriah tanpa sebarang kejadian tidak diingini.
Semakin ramai tokoh korporat dan pemimpin BN di Sabah mengisytiharkan keluar dari Barisan Nasional (BN) dan menyatakan sokongan terhadap perjuangan Pakatan Rakyat.
Terbaru, seorang lagi tokoh koporat Sabah, Dr Richard Sakian Gunting mengisytihar keluar BN dan menyertai Angkatan Perubahan Sabah (APS).
Selain Richard, empat pemimpin BN termasuk bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) turut sama meninggalkan parti pemerintah itu dengan membawa ribuan penyokong dan ahli Umno dan PBS.
Kata Setiausaha Majlis Pimpinan KEADILAN Sabah, Dr Roland Chia Ming Shen, pengumuman dibuat depan Anwar Ibrahim dan disaksikan ribuan rakyat di Jalan Assam, Lahad Datu.
Richard dari keturunan Murut itu pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah di Lembaga Koko Malaysia, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Institut Pembangunan Sabah dan Ahli Majlis Perbandaran Nabawan.
Beliau kini Pengurus Besar Koperasi Pembangunan Desa, sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Bekas Adun Lahad Datu, Mohamadin Ketapi, juga bekas Ketua PBS Bahagian Silam dan pembantu Menteri Luar Bandar Sabah, Mohamadin Ketapi, juga keluar BN.
Turut sama, bekas Pengerusi Tetap Umno Bahagian Silam, Datu Halun Datu Abdul Karim; Ketua Umno Cawangan Sri Dewi Lahad Datu, Onga Langadai dan bekas Ketua PBS Tunku, Bolongan Panasi.
Sebelum ini, Ibrahim Menudin yang juga tokoh korporat turut keluar Umno dan menyertai KEADILAN di Wilayah Persekutuan Labuan. ~kd
Kehadiran perdana menteri Najib Altantuya ke Daerah Kudat di utara Sabah disambut dingin penduduk walaupun penganjuran karnival jelajah janji ditepati diadakan di daerah itu.
Buktinya, jika dilihat sambutan yang diberikan ternyata yang hadir di tapak karnival di Kompleks Sukan Kudat itu hanya kanak-kanak yang kelihatan yang mengambil kesempatan cuti hujung minggu berada di kawasan tersebut.
Seperti biasa Najib Altantuya terus menghentam Pakatan Rakyat tanpa rasa malu melihatkan betapa pembangunan di negeri ini jauh ketinggalan dari negeri-negeri lain walaupun sudah mencapai kemerdekaan sejak 49 tahun lalu.
Najib Altantuya yang tiba dengan helikopter dari Penampang, 190 kilometer dari Kudat itu diiringi Ketua Menteri Musa Aman dan Bernard Dompok hanya seketika saja melawat tapak karnival berkenaan.
Jelajah tersebut yang dianjurkan Telekom Malaysia (TM) dengan kerjasama media pencacai Umno nombor satu, Media Prima Berhad seperti biasa terpaksa mengerah beberapa artis tanah air membuat persembahan untuk cuba menarik perhatian penduduk setempat.
Cuma kira-kira 25 minit berada di tapak berkenaan, Najib Altantuya kemudian terus menghala ke pekan Kudat apabila melihat rata-rata pengunjung yang hadir hanya kanak-kanak yang diupah memakai baju t karnival berkenaan yang teruja dengan kehadiran beberapa personaliti media pencacai Umno itu seperti Fara Fauzana, Sharifah Aleya dan penyampai berita.
Tiba di pekan, Najib Altantuya bertemu dengan penduduk yang rata-ratanya berusia 50 tahun ke atas termasuk pemilik kedai kopi yang sudah pasti bukannya anak muda seperti yang dilaporkan Bernama dalam beritanya sebentar tadi:
"Sebaik tiba, Perdana Menteri terus ke Pekan Kudat dan beramah mesra dengan peniaga dan orang ramai di situ.
Beliau juga bersarapan pagi bersama-sama ketua-ketua suku kaum dan kapitan China di sebuah kedai kopi paling lama beroperasi di situ.
Pemilik kedai kopi itu, Fong Hon Khiong yang kelihatan gembira dengan kunjungan Najib itu berkata beliau begitu "gementar" dan teruja Perdana Menteri memilih untuk singgah di kedainya."
Nampaknya apa yang berlaku semasa program yang sama di Teras Jernang, Bangi, Selangor, beberapa bulan lalu kini berulang kembali dan beberapa sumber memberitahu Najib Altantuya kurang senang dengan sambutan penduduk di pekan itu. ~jalanpulang
KUANTAN – Poster besar di sebuah pasar raya, di sini, menimbulkan rasa kurang senang umat Islam kerana menggabungkan Aidiladha bersama perayaan agama lain.
Poster bertajuk Raya Haji and Halloween didakwa mempunyai unsur yang menyentuh sensitiviti umat Islam, bahkan gambar berlatar belakangkan Kaabah turut dicemari karikatur sambutan perayaan agama lain.
Pengunjung yang mahu dikenali sebagai Azmi berkata, dia terkejut melihat poster gergasi yang digantung dalam pusat membeli-belah itu dan mempersoal tindakan penganjur yang tidak peka sensitiviti agama.
"Saya terkejut promosi digabungkan itu kerana mempersendakan Islam," katanya.
Justeru, dia meminta pihak berkuasa agama memantau perkara itu dan meminta penganjur menurunkan poster itu.
Sementara itu, Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) menasihatkan penganjur supaya tidak menggabungkan perayaan agama Islam bersama agama lain sehingga melanggar sensitiviti masyarakat di negeri ini.
Timbalan Pengarahnya, Datuk Mohd Ghazali Abd Aziz berkata, poster seperti itu tidak boleh dipandang ringan.
"Sebelum anjur program, pihak berkaitan perlu faham sensitiviti agama dan tidak menimbulkan perkara yang boleh menyentuh perasaan orang lain," katanya.
Beliau berkata, tindakan itu boleh menimbulkan rasa tidak senang umat Islam.
Dalam pada itu, Pegawai Perhubungan Awam dan Pengarah Program, Chea Sin Cheak memohon maaf dan sedar kesilapan itu selepas dimaklum Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), kelmarin.
Beliau harap masyarakat dapat maafkan dan akan berhati-hati pada masa hadapan.~sinar
Nak Tunggu Pihak Berkenaan Bertindak, Memang Lambatlah Jawabnya... Nak Kena Tunggu Beratus Laporan Baru Nak Ambil Tindakan Gamaknya... Atas Inisiatif Penyokong Pakatan Rakyat Yang Sensitif Terhadap Isu Ini, Mereka Telah Berbincang Dan Berjaya Menurunkan Banner Yang Menyentuh Sensitiviti Umat Islam Di Negara Ini... Baju "Anwar Ibrahim Club" & "Ku Lihat Hijau" Tue.... Terbaiklah... Tahniah Dari Kami Untuk Anda, Saudara Amirul Ashraf... Tahniah buat SAMM Pahang
Semalam berlangsungnya Konvensyen Pas Melaka Kali Pertama 2012 di INB Resort, Ayer Keroh, Melaka. Program bermula jam 9.00 pagi dan tamat sekitar 3.00 petang. Addin berkesempatan menyertai konvensyen ini sehingga ke tamat program.
Konvensyen buat julung-julung kalinya ini di rasmikan oleh Naib Presiden Pas, YB Salahuddin Ayub (MP Kubang Kerian). Konvensyen yang berlangsung secara harmoni dan suasana ukhwah ini di sertai oleh hampir semua Pas Kawasan di negeri Melaka.
Dengan tekanan politik yang kuat dari pimpinan Umno, amat sukar Pas negeri Melaka untuk mencari lokasi yang sesuai untuk diadakan konvensyen pada kali ini.
Namun seperkara yang menarik dalam konvensyen ini ialah ucapan dari Pesuruhjaya Pas Melaka, Sdr. Adly Azhari. Beliau memaklumkan seorang bekas hakim berminat untuk menyertai Pas. Sekiranya menjadi kenyataan bekas hakim tersebut akan membuat pemgumuman rasmi seawal-awalnya November ini atau pun selewat-lewatnya awal tahun hadapan.
Sama-samalah kita berdoa agar perkara ini menjadi kenyataan. Sekiranya menjadi kenyataan ia menjadi tamparan hebat buat Ali Rustam dan pencacai-pencacai Umno kerana Umno Melaka sekarang dikelilingi pemimpin yang 'expired' dan runtuh akhlak (baca sini).
Berikut berita berkaitan dari blog YDP Pas Bukit Katil, Mutaligat :-
Inilah akibatnya melawan kebangkitan rakyat, satu lagi cawangan restoran sekinchan ikan bakar gulung tikar. Kini di jln. dutamas 1, tmn dutamas, balakong, 43200, selangor.
Di melaka, masih ada satu cawangan sekinchan ikan bakar bakar terletak di hadapan mydin mitc ayer keroh. Namun cawangan tersebut bak hidup segan mati tak mahu.
Dulu addin pun pernah berniat nak cuba menjamu selera, namun tembelang pemiliknya pecah.. hasrat tersebut terus terbatal.
Iklan
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Klik gambar untuk lebih jelas. RM20 sehelai. Kain jenis T Shirt. Hubungi gua untuk maklumat lanjut. AdukaTaruna (FB), adukataruna2008@gmail.com (email).
KWSP hanya dijadikan tabung berharga murah untuk membantu Kerajaan Pusat berjoli atas wang rakyat
Ketika rakyat disekat untuk mengeluarkan wang KWSP sendiri hanya dengan syarat membeli rumah, menampung kos perubatan dan pendidikan, kerajaan sesuka hati menggunakan wang rakyat untuk tujuan pelaburan.
Buktinya pinjaman KWSP diberikan kepada Kerajaan Malaysia sebanyak RM79.4billion yang secara jelasnya menunjukkan kedudukan kewangan negara semakin lemah di bawah pentadbiran Najib dengan tidak diurus dan ditadbir dengan baik
Pinjam duit rakyat kemudian berlagak duit mak bapak depa. Duit mak bapak UMNO/BN...
Nak kenal orang 'membela' hantu Soros di Malaysia?
Inilah orang yang mula-mula memperkenalkan Soros kepada Malaysia. Kalau takdirnya apa-apa berlaku kepada Malaysia disebabkan Soros maka orang sebelah Soros itulah yang bertanggungjawab dan patut dipersalahkan.
Dia 'membela' Soros sebagai hantu untuk cuba menakut-nakut rakyat Malaysia!
Dulu rakyat Malaysia pandir sekejap kerana permainan hantu Soros oleh Mahathir! Tapi kini majoriti rakyat tidak lagi pandir atau boleh dipandirkan!
Rakyat Malaysia sudah tidak takut hantu lagi! Yang sekarang takut hantu ialah Najib. Hantu yang berlegar-legar sekitar kapalselam sentiasa mengusik-ngusik Najib... hehehehehe!!
Dan yang jugak terus pandir nampaknya, antaranya, ialah yang bernama Zul Noordin dari Kulim Bandar Bahru! Duduk dalam PERKASAM tapi menyebuk (atau membodek kot ?) dengan parti syaitan yang dikenali! Cheh...kunun, Saifuddin 'tak layak' jadi timbalan menteri!
Datuk Seri Anwar pulang dari Sabah dengan menaiki jet peribadi Lagi?
Chittt!!! Aku menyeru pada Amno untuk bertindak segera... Pemilik jet peribadi neh harus disiasat dan didedahkan... Lepas tuh, tarik balik lesen dia... Kerana pandai-pandai pinjamkan jet peribadinya pada Anwar...
Mahfuz Omar sebagai orang kuat KASE berada di lokasi AES, KM 301.9 kajang ... Berita baik untuk UMNO ialah, dalam masa 5 minit sahaja, hampir 15 gambar telah di tangkap....
Para ulama meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda :
لقد شهدت في دار عبد الله بن جدعان حلفا لو دعيت به في الاسلام لأجبت.
السيرة النبوية لابن كثير - (ج 1 / ص 258 ).
(Sesungguhnya aku pernah menyaksikan di rumah Abdullah bin Jud'aan satu persefahaman, sekiranya aku diajak bersamanya dalam Islam nescaya aku menerimanya).
Peristiwa bersejarah ini berlaku dimasa jahiliyah, ketika Rasulullah S.A.W. belum dilantik menjadi Rasul dalam usia dua puluhan. Apabila bapa-bapa saudara baginda membawanya menyertai pertemuan khusus dikalangan pemimpin utama Makkah. Rasulullah S.A.W. diizinkan menyertai perjumpaan khas itu dalam usia yang dianggap terlalu muda dan mentah, tetapi diakui kebijaksanaanya yang luar biasa dan akhlaknya yang sangat mulia.
Peristiwa ini berlaku apabila seorang pengunjung Makkah daripada Qabilah Zubaid Yaman yang berniaga, dizalimi oleh seorang bangsawan Makkah bernama Al 'Aas bin Waael. Pendatang yang dizalimi gagal mendapat pertolongan daripada rakan-rakan kenalannya, kerana kedudukan bangsawanan si zalim itu. Lalu mangsa kezaliman mendaki bukit Qubais berhampiran Kaabah melaungkan rayuan pertolongan dan mencabar bahawa kesucian Makkah dan keamanannya sudah tidak ada lagi.
Apabila seruannya didengari oleh para pemimpin Makkah yang sedang berkumpul, mereka merasa malu dan tercabar. Maka diadakan perjumpaan tergempar di rumah Abdullah bin Jud'aan dengan membuat keputusan satu muafakat yang dinamakan Half Al Fudul bagi menentang kezaliman dan membela sesiapa yang dizalimi.
Rasulullah S.A.W. bersabda tersebut diatas dengan huraiannya : ( Kalaulah persefahaman ini diajak sekarang, ketika berada dalam Islam pun nescaya aku menerima dan menyertainya).
Rasulullah S.A.W. juga bersabda secara umum:
الحكمة ضالة المؤمن فأنى وجدها وهو أحق بها .(ابن ماجه).
(Kebijaksanaan adalah barang tercicir kepunyaan seseorang yang beriman, maka di mana sahaja dia mendapatinya, dialah yang berhak memungutnya).
Di atas konsep inilah maka Rasulullah S.A.W. menerima persefahaman tersebut , walaupun mereka itu daripada kalangan pemimpin jahiliyah. Banyak perkara baik daripada amalan zaman jahiliyah dan kalangan yang berperikemanusiaan daripada berbagai bangsa bukan Islam, seperti melayan utusan daripada negara luar termasuk negara musuh, perlindungan keselamatan terhadap para diplomat, menghormati perjanjian antarabangsa dalam perkara yang adil dan sebagainya diterima oleh Islam. Rasulullah S.A.W. juga menyatakan sempadan dengan sabdanya :
المسلمون على شروطهم إلا شرطا حرم حلالا وأحل حراما (البخاري وغيره).
(Orang-orang Islam itu hendaklah bertanggungjawab diatas segala syarat yang mereka tetapkan, malainkan syarat yang mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram).
PAS adalah Parti Islam yang berpaksi dan berpandukan hukum tertinggi mengikut undang-undang tubuhnya (Perlembagaan). Pelaksanaannya dikawal oleh Majlis Syura Ulama, sehingga boleh membatalkan segala keputusan dan langkah yang bertentangan dengan ajaran Islam. Maka PAS tidak boleh disamakan dengan UMNO.
Begitu juga hubangan PAS dengan DAP dan kalangan bukan Islam, sangat berbeza dengan hubungan diantara komponen Barisan Nasional yang tidak berdasar dan berkonsepkan Islam daripada Al Quran dan Sunnah, Ijma' Ulama dan Qias.
Hubungan PAS dengan parti lain dalam Pakatan Rakyat adalah hubungan Tahaluf yang berpandukan nas tersebut diatas. Pakatan Rakyat adalah satu muafakat politik dalam konsep Tahaluf Siyasi yang diluluskan oleh Majlis Syura Ulama dalam skop hukum Feqah politik Islam.
Bekerjasama dalam titik persamaan menentang kezaliman politik dan pentadbiran negara yang dialami oleh seluruh rakyat, seperti amalan demokrasi yang tempang, pentadbiran negara yang tempang, pengurusan ekonomi yang penuh dengan penyelewengan, mesyarakat yang jahil dengan kelemahan pendidikan dan undang-undang yang tidak ada kehebatan, menyebabkan krisis moral yang parah dengan kebanjiran maksiat dan jenayah.
Umno yang mewakili Melayu Islam dalam Barisan Nasional mencalarkan Islam dan merosakkan imejnya. Sangat malang bagi sesiapa yang tidak mebezakan diantara Islam dan Melayu, seperti Arab yang tidak membezakannya dengan Islam. Islam pernah memperkasakan Arab dan Arab tumbang setelah menjadikan Islam hanya kebanggaan sejarah tanpa amalan yang sempurna, walaupun memiliki kekayaan melempah ruah.
Begitulah maknanya, tegakkan Islam bersama PAS Melayu selamat dan semua kaum selamat. Tegakkan Melayu bersama UMNO, Islam hanya menjadi jenama yang ditampal pada kotaknya sahaja, tanpa isinya yang sebenar. Samalah seperti meletakkan ubat batuk pada kotak yang berjenamakan ubat gatal.
Cukuplah menegakkan Islam ala UMNO yang bergantung dengan politik wang, pangkat dan tawaran mewah bersamanya tanpa jati diri yang sebenar. Hanya menjadi penyakit yang memakan diri laksana pemelihara hantu yang menjadikan tuannya, makan tidak kenyang walau pun makan sebanyak-sebanyaknya.
Melayu yang perkasa bersama UMNO, hanya sekadar bertempik menghunus keris taming sari sesama sendiri sehingga negeri dijajah. Merekalah baka yang menyerah diri kepada penjajah dahulu dan mewarisi kemerdekaan yang diletak diatas dulang emas dan menerimanya dengan melalui hamparan permaidani dan taburan bunga. Sejarah tetap tidak boleh dibohongi bagaimana golongan Islam bermandi darah dan air mata menentang penjajah walau pun disembunyikan dibawah tikar yang hina.
PAS ditubuhkan menjadi mata rantai kumpulan Islam terdahulu yang pernah diharamkan silih berganti. PAS tetap Istiqamah dengan Islamnya menyatakan Islam adil terhadap semua manusia. Bukan hanya Arab dan Melayu sahaja atau hanya penganut Islam sahaja. Islam adalah rahmat Allah kepada seluruh alam. PAS boleh bekerjasama dengan semua pihak dan tegas berpegang kepada dasarnya dan boleh bertasamuh mengikut batas-batas Allah.
PAS pernah bersama UMNO di tahun 70-an dan menubuhkan Barisan Nasional bersama UMNO dan rakan-rakannya. Penyertaannya dengan keputusan Muktamar Khas supaya teguh membawa mesej Islam secara tahaluf siyasi. Ketika bersama UMNO, PAS memecat sesiapa kalangan ahlinya, termasuk ahli parlimennya yang berjoget dan minum arak bersama UMNO.
Kemudian PAS dihalau keluar daripada Barisan Nasional tahun 1978 dan selepas itu kerajaan PAS Kelantan dijatuhkan dengan perisytiharan darurat yang diluluskan oleh UMNO dan rakan-rakannya melalui sidang khas parlimen dan pilihanraya khas selepas itu. Lalu PAS bersendirian mara ke hadapan dengan cita-cita Islamnya. PAS adalah tersendiri, tidak sama dengan UMNO.
Maka PAS tidak perlu berkiblat ke arah UMNO dan berimam mengikut arah kiblatnya, kerana kiblat politiknya salah. Tegasnya PAS tidak menghalang ahli DAP minum arak, makan babi, berjudi dan sebagainya. Tetapi PAS memecat kalau ahlinya melakukan perkara yang sama.
PAS pernah mengadakan tahaluf siyasi dengan Parti Melayu Semangat-46 yang berpecah daripada UMNO. Parti Semangat-46 pula mengadakan kerjasama dengan DAP.
Parti ini tidak ada lagi dan gagasan yang dinamakan Angkatan Perpaduan Ummah yang menggabungkan PAS, Parti Melayu Semangat-46, Berjasa dan Hamim sudah tamat. Akhirnya PAS mengadakan tahaluf siyasi bersama Parti Keadilan Nasional yang juga berpecah daripada UMNO. Kemudian diiikuti pula tahaluf siyasi dengan DAP.
PAS mengucapkan terima kasih kepada UMNO dan media yang menjadi khadamnya, kerana sangat bersimpati terhadap PAS, kerana kononnya bimbang PAS akan menjadi parti melukut ditepi gantang.
Percayalah orang Melayu Islam tidak akan hilang jati dirinya bersama- sama dengan PAS selagi PAS tidak meminda kedudukan Islam sebagai dasar dalam perlembagaannnya, seperti Melayu bersama UMNO sehingga tidak bermaya di Singapura, Pulau Pinang dan lain-lain.
Kaum lain dikalangan bukan Islam pula jangan takut bersama PAS, kerana kumpulan dan gerombolan yang mengapi-apikan semangat perkauman dan fanatik buta agama berada dalam UMNO atau bersekongkol bersama UMNO.
Di sepanjang kerjasama PAS dalam tahaluf siyasi tidak pernah rugi. Walau pun ditendang dan dipandang lekeh. Kerjesama PAS dalam BN di awal tahun 70-an dan sehingga akhirnya tidak rugi dengan kehilangan Kelantan setelah PAS ditendang keluar.
Pengaruh PAS dalam kerajaan berjaya masuk ke dalam jasad jentera kerajaan dan institusi pengajian dalam negara dan luar negara dan bertunjang sehingga hari ini dan mereka adalah bakal menjadi jentera pentadbiran PAS dalam Pakatan Rakyat sekiranya berjaya.
Kerjasama PAS bersama Angkatan perpaduan Ummah (Parti Melayu Semangat-46 dan DAP) tahun Sembilan puluhan berjaya menawan Kelantan sehingga hari ini. Kerjasama PAS dengan Barisan Alternatif dan kemudiannya Pakatan Rakyat berjaya menawan Terengganu pada tahun 1999 walaupun hanya satu penggal kerana ditumbangkan dengan zalim.
Tahun 2008 pula berjaya menawan lima negeri dan PAS memimpin tiga negeri iaitu Kelantan, Kedah dan Perak. Manakala Selangor dipimpin Parti Keadilan Rakyat dan DAP memimpin Pulau Pinang. Walau pun dijatuhkan begitu rupa di Perak. Inilah sinario tahaluf siyasi yang dilaksanakan selama ini.
Kerjasama tahaluf siyasi mutakhir ini berjaya memecahkan tembok yang melindungi pandangan bukan Islam terhadap Islam. Usaha media berbagai bahasa termasuk bahasa Melayu beragama Islam bagi mengelirukan menemui kegagalan.
Sehingga akhirnya mendedahkan kepura-puraan UMNO berjuang menegakkan hukum Hudud laksana ayam jantan kukuk berderai pada hal ekornya bergelimang tahi sejak lebih lima puluh tahun. Sebenarnya UMNO lah penghalang besar kepada perlaksanaan Islam kerana telah berkuasa diperingkat negeri dan pusat.
Ketahuilah bahawa pengajian politik bukan sahaja tersurat dalam tulisan buku dan pengajian akademik di bilik kuliah. Terpenting juga ialah ijtihad dengan Istiqamah ditengah medan perjuangan. PAS mempunyai semua aspek ini dengan beristiqamah kepada ajaran Islam yang menjadi akidah dan teras kepada semua amalannya.
Negeri Kelantan adalah satu-satunya negeri paling lama diperintah oleh PAS sejak tahun 1959 sehingga 1977 dan kali kedua 1990 sehingga kini adalah penyumbang besar kepada kejayaan Melayu Muslim dalam bidang pendidikan, perkhidamatan awam, keselamatan dan ekonomi.
Diikuti pula Terengganu Tahun 1959 sehingga 1961 dan kali kedua 1999 sehingga 2004 dan Kedah 2008 sehingga kini. Apabila giliran PAS dikurniakan kemenangan di negeri-negeri ini maka secara automatik menjadi sasaran UMNO bagi melemah dan menjatuhkannya diatas nama Melayu dan Islam. Paling malang menggunakan kedudukannya menguasai kerajaan pusat dan melanggar konsep demokrasi dan federalisma.
Mengepung media dan menyusahkan pentadbiran dan kewangan negeri-negeri ini, sehinggalah merampas royalti petroleum di Terengganu dan menafikan hak Kelantan. Namun perkara ini tidak pernah dilakukan kepada Singapura ketika dalam Malaysia, Pulau Pinang di bawah Parti Gerakan sebelum BN dan Sabah dibawah PBS. Inilah hakikat UMNO dengan Melayu dan Islam anutannya.
Kepada semua pihak yang bersimpati dengan PAS, saya tegaskan, percayalah kepada kami dengan semua pengalaman yang tersebut dan hilangkan khurafat beriman kepada UMNO parti Maha Esa.
Kepada ahli dan penyokong PAS saya nasihatkan supaya merujuk kepada sumber ilmu Islam yang ada dalam PAS, bukannya belajar melalui media yang bersukan dengan Islam dan berniaga dengan politik. PAS tetap berpegang bahawa politik adalah amanah terbesar daripada Allah. Bahagialah mereka yang menunaikannya dengan istiqamah dan celakalah mereka yang mengkhinatinya. Pikul amanah ini secara berjamaah jangan berseorang diri dan memencilkan diri.
Pesanan Rasulullah S.A.W. "sesiapa yang memencilkan diri daripada jamaah akan ditawan syaitan, laksana serigala yang menawan kambing yang terpencil daripada kawanannya." Maka amat bodoh kalau ditipu oleh syaitan yang dikenali.
*Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Surah Yasin yang sentiasa dibaca dan dilazimi oleh masyarakat Islam, khususnya di Malaysia. Surah ini termasuk dalam golongan surah Makiyyah, kecuali ayat: Dan (itulah tabiat mereka) tidak ada sesuatu keterangan yang sampai kepada mereka daripada keterangan Tuhan mereka melainkan mereka selalu berpaling daripadanya (enggan menerimanya). (Yasin: 46) yang termasuk dalam ayat Madaniyyah. Surah Yasin ini mengandungi 83 ayat dan ia turun selepas surah al-Jin. Hubungan surah ini dengan surah sebelumnya, Allah SWT berfirman: .......Dan kamu pula telah didatangi oleh rasul (Kami) yang memberi amaran….. (Fatir: 37), dan juga dalam ayat lain: Dan mereka bersumpah dengan nama Allah dengan bersungguh sumpahnya. Demi sesungguhnya jika datang kepada mereka seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran… (Fatir: 42) Namun, tatkala pemberi peringatan itu datang kepada mereka, mereka mendustakannya dan tidak mahu mengikutnya. Dengan demikian, Allah SWT pun memulakan surah ini dengan sumpah tentang kebenaran kerasulan Muhammad SAW dan menjelaskan bahawa Baginda berada di jalan kebenaran. Penjelasan ini adalah untuk memberi peringatan kepada suatu kaum yang sebelumnya belum pernah diberi peringatan. Dalam surah yang lepas, Allah SWT berfirman: …dan Dia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhluk-Nya)? Tiap-tiap satu daripada kedua-duanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan… (Luqman: 29), sedangkan dalam surah ini Allah S.W.T. berfirman: Dan (sebahagian daripada dalil yang tersebut ialah) matahari, ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya… (Yasin: 38), dan firman-Nya juga: Dan bulan pula Kami takdirkan ia beredar melalui beberapa peringkat… (Yasin: 39) Sebahagian ulama berkata: Antara keistimewaan surah Yasin ini, di mana tidak dibaca dalam keadaan sukar kecuali Allah mempermudahkannya. Begitu juga bacaan surah Yasin ketika berada dalam sakaratul maut, akan diturunkan rahmat dan berkat serta dipermudahkan keluarnya roh. Memudahkan Sebahagian ulama berpendapat bahawa sentiasa membaca surah Yasin pada semua waktu boleh memudahkan sebarang urusan tetapi mereka berpendapat sunat dibaca pada hari Khamis kerana keluasan rezeki, hari Selasa menolak daripada kezaliman dan selamat daripada musuh seterusnya hari Ahad untuk mencapai kedudukan yang terpuji. Walaupun begitu, ramai ulama telah mengamal bacaan Yasin dan didapati cukup mujarab berkenaan dengan permintaan dan hajat yang diajukan kepada Allah Rabb al-Alamin. Firman Allah SWT: Yaa, siin. Demi al-Quran yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh. Sesungguhnya engkau (Wahai Muhammad adalah seorang Rasul) daripada Rasul-rasul yang telah diutus, yang tetap di atas jalan yang lurus (agama Islam). (Yasin: 1-4) Firman Allah SWT: Yaa, siin. (Yasin: 1) Ibnu Kathir berkata: Huruf yang terputus telah dibicarakan pada permulaan surah al-Baqarah dengan panjang lebar. Pendapat yang paling kuat bahawa Allah sahaja yang mengetahui maksudnya. Justeru, wajib kita beriman dan ini juga sebagai bukti kalam Allah sehingga lemah manusia untuk menafsirkannya. Firman Allah SWT: Demi al-Quran yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh. Sesungguhnya engkau (Wahai Muhammad adalah seorang Rasul) dari Rasul-rasul yang telah diutus, yang tetap di atas jalan yang lurus (agama Islam). (Yasin: 2-4) Syed Qutub berkata: Al-Quran yang amat bijaksana mendidik manusia dengan penuh kebijaksanaan mengikut metodologi akal dan psikologi yang membebaskan seluruh tenaga manusia serta membimbingnya ke arah jalan yang baik dan lurus. Allah SWT bersumpah dengan Yasin dan dengan al-Quran untuk menegaskan wahyu dan kebenaran risalah yang diturunkan kepada Rasulullah SAW. Al-Maraghi berkata: Allah SWT bersumpah dengan al-Quran yang penuh hikmah dan tidak mengandungi unsur kebatilan sama ada dari depannya ataupun dari belakang. Wahai Rasul! Sebenarnya engkau benar-benar tergolong bersama orang yang diutus untuk menyampaikan agama yang lurus. Al-Quran menegakkan satu sistem hidup yang membenarkan manusia melakukan segala aktiviti yang berkait dengan matlamat kehidupan. Penutup Sebenarnya ayat-ayat yang dibincangkan jelas menunjukkan betapa mulianya surah Yasin dan hubungan antara al-Quran dengan rasul amat kukuh, begitu juga kedua-duanya memandu dan memimpin ummah ke arah jalan yang benar-benar lurus dengan manusia akan mendapat hidayat serta petunjuk selama mana berpegang kepada kedua-duanya tanpa berpaling kepada yang lain. Semoga kita sentiasa menjadi hamba Allah yang mendapat keredaan-Nya. Amin.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Sabtu menegaskan parti itu memperoleh pelbagai keuntungan hasil kerjasama dengan DAP dalam pakatan pembangkang. Beliau berkata kerjasama dengan DAP memudahkan PAS menarik sokongan masyarakat bukan Melayu di negara ini seterusnya membolehkan parti itu kini mentadbir dua negeri di Malaysia. "Kita juga sebenarnya dapat tadbir Perak dengan kerjasama erat DAP...kita langsung tidak pernah rugi dalam mana-mana kerjasama kita. Malah kita juga dapat keuntungan kerjasama dengan BN (Barisan Nasional) sebelum PAS keluar pada 1978. "Kita buat kerjasama yang dapatkan keuntungan kepada kita tetapi dalam masa sama kita tiada tolak ansur sekiranya kita kena korbankan perkara tunjang perjuangan kita," katanya kepada pemberita. Terdahulu, beliau menyampaikan ceramah, nasihat dan beramah mesra dengan pelajar Maahad Tahfiz Tok Jiring di Kampung Tok Jiring di sini. Media sebelum ini melaporkan Musyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata PAS memerlukan DAP bagi meraih sokongan bukan Melayu bagi memenangi pilihan raya umum ke-13 akan datang. Kerjasama itu mengundang pelbagai kritikan daripada akar umbi PAS sendiri antaranya daripada Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad yang berpendapat perjuangan politik PAS tidak lagi menepati kehendak Islam apabila bekerjasama dengan DAP. Abdul Hadi berkata kerjasama dengan DAP adalah berlandaskan 'tahaluf siyasi' (kerjasama badan Islam dengan pergerakan lain yang tidak bermatlamatkan Islam di dalam perjuangannya, bagi mencapai matlamat sama) dan dibuat berdasarkan garis panduan yang disediakan Majlis Syura Ulama PAS. "PAS hanya kerjasama dengan DAP memerangi kezaliman dan tegakkan kebenaran untuk rakyat. PAS tidak kerjasama sampai kita sama buat perkara ditegah Islam. DAP bukan Islam itu terpulang dia, kalau orang Islam PAS ikut buat (perkara yang ditegah agama) kita buang (mereka daripada parti), jangan mari sini doh (jangan merayu untuk kembali menyertai PAS)," katanya. Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai isu kabinet bayangan pembangkang, beliau berkata perkara itu hanya bayangan dan PAS tidak bergantung kepada bayangan untuk memperkuatkan parti itu. "Bila sebut bayangan tak perlu saya komen, PAS tidak mahu keliru dengan bayangan ini," katanya.Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kabinet bayangan itu helah pembangkang mengelirukan rakyat demi kepentingan politik mereka.
You are subscribed to email updates from pemuda cheh To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KUANTAN, 14 Okt - Orang ramai terutamanya umat Islam di bandar ini kecewa dengan kenyataan beberapa orang pemimpin politik yang mendakwa isu kekecohan kes "hina Islam" yang berlaku di pasaraya Berjaya Mengamall (foto) dekat sini semalam sengaja direka-reka oleh pihak tertentu bagi mencari publisiti murahan dan menjatuhkan imej Kerajaan Negeri Pahang. Ia berikutan terdapat kenyataan daripada pihak terbabit yang dengan jelas mengatakan isu tersebut hanyalah "fitnah semata" yang direka bagi mencari publisiti murahan oleh pihak pembangkang. Walhal segala yang berlaku adalah benar semata-mata dan tidak pernah direka oleh sesiapa pun. Tambah mengelirukan ada pula blogger-blogger UMNO yang dengan jelas mendakwa blog pembangkang termasuk Harakahdailysengaja memutar belit cerita tersebut. Misalnya, blogger Cucu Tok Selampit dengan jelas mengatakan "Blogger PAS dan Harakahdaily (sekali lagi) Menfitnah Kerajaan Pahang Isu Gambar Kaabah Di Persenda..". Menurut posting terkini daripada blogger "Blogger Pakatan Haram, Wargamarhaen, yang memuatkan artikel "Biadab! Kaabah dihina di Megamall Kuantan" dan dipetik dan disiarkan oleh Haprakdaily didapati telah melakukan fitnah dengan menyiarkan berita palsu mengenai Kerajaan Negeri Pahang. Blogger berkenaan menulis, "Mohon pihak bertanggungjawab batalkan event kurang ajar dan menghina agama Islam serta merta! Kenapa permit untuk event ini diluluskan kerajaan Pahang?", dakwanyaTidak cukup dengan itu Cucu Tok Selampit (CTS) juga mendakwa beliau telahpun mendapat kepastian daripada Setiausaha Politik Menteri Besar Pahang (Setpol), Dato Shamsuddin Nawawi, bahawa tiada promosi dan kain rentang seperti yang dilaporkan oleh Blogger Pakatan dan Harakahdaily diletakkan di Megamall Kuantan. "Hasil maklumat daripada rakan-rakan di Facebook, gambar berkenaan adalah asli dan tidak diubahsuai. Cumanya, lokasi Megamall berkenaan adalah di Kuala Lumpur dan bukannya di Kuantan!", dakwa kenyataan di blog beliau untuk mempertahankan kerajaan dalam isu ini. Kenyatan ini jelas sekali bertujuan mengampu seperti kebiasaan yang dilakukan oleh blogger pencacai. Amat malang sekali bila kisah benar seperti ini pun mereka masih mahu "tegakkan benang yang basah". Minda rakyat masih mahu dipesongkan atas isu yang jelas sekali "sudah terang lagi bersuluh" itu.
Apa yang memusyilkan kita sekarang ialah kenapa mereka masih mahu mempertahankan isu yang sudah menjadi kekecohan dikalangan umat Islam di Kuantan ini?. Mana pergi pemimpin agama termasuk Mufti Pahang? Mana pergi pemimpin yang mendabik dada kononnya mereka mempertahankan kesucian agama Islam selama ini?. Tambah memalukan blogger terbabit juga mendakwa Setpol MB sudah memaklumkan kepada beliau bahawa tiada promosi dan kain rentang seperti yang dilaporkan. Kenapah beliau tergamak mengeluarkan kenyataan seperti ini agaknya?. Sedangkan satu Kuantan sudah kecoh dengan isu berkenaan, masih mahu mengelirukan rakyat dalam kes ini. Malah, blogger Cucu Tok Selampit tanpa segan silu mengatakan kejadian berlaku di Berjaya Megamall di Kuala Lumpur dan bukannya di Kuantan. Bukankah ini sesuatu yang jelas "menipu rakyat" atas kerakusan pertahankan "benang yang basah".
[Malah, pihak kami (PDO) sebelum ini sudah awal-awal lagi mendapat maklumat berkenaan daripada orang ramai yang berada di lokasi kejadian tersebut (Berjaya Megamall Kuantan). Maka kenapa blogger berkenaan mendakwa ia berlaku di Kuala Lumpur. Malah, PDO juga ada mendapat maklumat daripada beberapa orang petugas media arus perdana yang turut memantau isu ini. Menurut seorang petugas media, memang backdrop asal ada tertulis "Raya Haji & Halloween 2012" (sebelum) seperti gambar di atas. Mereka (penganjur) kemudian telah mengubah gambar lain (selepas) dan telah membuat permohonan maaf menerusi media (Sinar Harian). Apa yang menjadi persoalan backdrop yang diganti itu juga masih tidak sesuai dan tetap menghina Islam sebenarnya. Difahamkan penganjur program berkenaan ialah PREC dan sebuah akhbar berbahasa Cina dengan mendapat sokongan penuh daripada pihak pengurusan Berjaya Megamall (paper) itu sendiri. Jika wartawan media arus perdana pun melaporkan kebenaran kes ini, maka kenapa masih ada blogger pencacai dan pemimpin kerajaan yang masih mahu membela dan menuduh isu ini sengaja direka bagi mencari publisiti murahan untuk jatuhkan imej kerajaan UMNO BN?].
KOTA BHARU: Kelantan mengisytiharkan 21 Oktober ini cuti peristiwa sempena perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia antara pasukan negeri itu dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 20 Oktober di Shah Alam.
Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan & NGO Negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood (gambar) pada sidang media di Kediaman Rasmi Menteri Besar, JKR 10 di sini, sebentar tadi.
"Tok Guru (Nik Abdul Aziz Nik Mat) berharap orang ramai yang ingin ke Shah Alam menyaksikan perlawanan akhir ini dapat berada dalam keadaan selesa pergi dan balik dan sentiasa mematuhi aturan jalanraya agar tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini," ujar beliau.
Beliau juga berharap rakyat Kelantan menjaga disiplin ketika menyaksikan perlawanan akhir tersebut agar imej negeri Kelantan dilihat sebagai sebuah negeri yang berdisiplin.
Abdul Fattah juga berkata cuti peristiwa ini adalah kali kedua dalam tahun ini selepas Kelantan berjaya memasuki akhir Piala FA yang bertemu dengan Sime Darby pada 20 Mei lalu.
Bagi kali ini pula, Abdul Fattah berkata langkah mengumumkan cuti peristiwa lebih awal kerana ia mengambil kira juga musim peperiksaan di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan Jabatan Pelajaran Negeri.
Menyentuh ganjaran yang kerajaan sediakan untuk The Red Warriors kali ini, Fattah berkata ia sudah ada dalam perancangan kerajaan negeri namun dari segi jumlah tidak dapat diberitahu lagi.
You are subscribed to email updates from KRAI Utara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Nak dikatakan BODOH tapi beliau ada PHD beb... nak kata PANDAI sebab beliau ada PHD tapi macam BEBAL semacam aje... jadi ahli Parti Pas pun bukan... Ahli Parti dalam Pakatan Rakyat (PR) pun bukan... tiba-TIBA mengeluarkan kenyataan seolah-olah SAYANGKAN Parti Pas... kah kah kah... apa lu nak sibuk-sibuk beb... lu masuk aje dalam Umno yang lu nampak memperjuangkan seperti apa yang lu perjuangkan iaitu ISLAM MELAYU DAN RAJA (IMR)... kan ke kalau Pas tak disukai oleh orang-orang melayu terutamanya Ahli Pas yang untungnya lu dan Umno... apa lu tak nak lu untung ke... kah kah kah !.
Jadi lu tak usah lah nak nasihatkan TG Nik Aziz untuk MELEPASKAN jawatan MURSYIDUL AM PAS tu... sebab nanti yang untung adalah lu dan Umno... kah kah kah... bila TG Nik Aziz tak melepaskan jawatan MURSYIDUL AM PAS yang seperti kata lu bahawa Ahli-Ahli Pas akan KECEWA... dan sudah pasti mereka akan mencari lu untuk dijadikan MURSIDUL AM... mungkin selepas ada Mursidul Am TIBAI akan dijadikan MURSYIDUL AM CIBAI pulak kot... dasar PARASIT TAK TAHU MALU... sebiji Perangai Pemimpin Umno... tapi TAKUT nak masuk Umno... kah kah kah !.
Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga.
You are subscribed to email updates from Era Pasca To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Semasa dalam perjalanan untuk 'futur', makan pagi (betul ke), bersama taukeh kopi janda yang kini bertukar menjadi Kopi Bunda, Sdr Zulaimi Kazin, saya sempat membelek-belek akhbar Harakah terbaru yang tersedia dalam keretanya. Kebetulan bila belek terbuka muka surat menempatkan kolum Subky Latif.
Husam Musa: Menteri Luar Negara.
Saya jarang ketinggalan dari membaca ulasan dan kupasan baik serius atau sinikal Subky Latif. Kalau tidak sampai habis membacanya saya akan menilik apakah isu yang dimainkan. Beliau adalah penulis pujaan saya sejak dari remaja dan membawa ke muda kemudian ke zaman pra datuk. Satu masa nama Subky tidak pernah tertanggal dari dicetak di buku-buku saya.
Arwah Cikgu Wan Mahmod, guru darjah satu saya tatkala saya berjumpa dengannya setelah saya jadi penulis, Allahyarham menyebut mengenai Subky. Subky sampah pun dia tulis tetapi apa yang dia tulis akan jadi besar dan penting. Itulah kehebatan Subky. Saya juga bernasib baik kerana sempat berkawan dengan Ustaz Subky Latiff ini yang kini sudah bersara dari memegang jawatan dalam Pas, namun tidak pernah bersara dalam tugas dan tanggungjawab dakwah Islamiyahnya.
Minggu ini Subky menulis mengenai kabinet bayangan Pakatan Rakyat. Saya rasa Subky berbuat demikian sebagai membalas atau menjawab persoalan puak UBN yang gila-gila bertanya mengenai kabinet bayangan Pakatan Rakyat. Najib mencabar meminta Anwar atau Pakatan Rakyat mengemukakan kabinet bayangan untuk menunjukkan mereka mampu menyediakan barisan kepimpinan jika berkuasa kelak. Kononnya Najib merasakan Pakatan Rakyat tidak memiliki tokoh berkemampuan dan akan berlaku perebutan kelak.
Membaca tulisan Subky itu menyebabkan saya tersenyum sendiri apabila membaca satu demi satu anggota kabinet dan juga jawatan-jawatan yang dipadankan. Menurut kabinet Subky ada 23 kementerian di mana Anwar Ibrahim tetap diberikan jawatan perdana menteri, manakala Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang masing-masing menjadi timbalan perdana menteri merangkap Menteri Agama dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Penyusunan kabinet oleh Subky itu mengikut senioriti 'menteri-menteri' di dalam parti masing-masing. Timbalan Presiden Pas, Muhamad Sabu dicadangkan memegang Menteri Dalam Negeri, Naik Presiden DAP, Tan Seng Geok Menteri Kesihatan, Ahli MPT Keadilan, Khalid Ibrahim Menteri Kewangan, manakala Pengerusi DAP Karpal Singh Menteri Undang-Undang.
Menteri Pertahanan diberikan kepada Naib Presiden Keadilan, Mohammed Azmin Ali, Menteri Kerjaraya diserahkan kepada Pengerusi PPS Lajim Ukin. Menteri Penerangan dikhasnya kepada Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, manakala Naib Presiden Pas, Mahfoz Omar pula diberi kementerian Perdagangan.
Menteri Buruh dan Tenaga Manusia diserahkan kepada Tony Phua, Setiausaha Agung Pas, Mustapa Ali pula Menteri Pelajaran, Kulasingam Menteri Sains dan Teknologi.
Bekas timbalan presiden PKR Syed Husin Ali menteri Pengajian Tinggi, Anthone Loke Perdagangan,Koperasi dan Kepenggunaan Dalam negeri. Tian Chua dan Teresa Kok masing-masing diberikan menteri Pelancungan dan Menteri Alam Sekitar.
Siti Zailah bakal Exco baru Kelantan.
Fauziah Salleh pula diberi menteri Kebajikan dan Keluarga, Presiden APS Wilfred Bumburing pula diserahkan kementerian Pertanian manakala Chua Jui Meng dilantik sebagai Duta ke PBB. Menariknya seorang lagi Naib Presiden Pas, Husam Musa diperuntukan Menteri Luar.
Keseluruhan kabinet Subky itu saya melihat kena pada tempatnya dan sesuai dengan kebolehan dan profesional tokoh-tokoh yang dilantik itu. Setidak-tidak kabinet bayangan Subky itu dapat diguna pakai oleh UBN dan Najib untuk membuat penilaian. Kabinet itu memberi jawaban bahawa Pakatan Rakyat ada tokoh dan mampu untuk membentuk kabinet yuang dinamik.
Pada saya kabinet itu munasabah dan adil serta berpadan dengan tokoh dilantik. Cuma apa yang saya ingin menyentuh sedikit mengenai Husam Musa. Kenapa Subky menghantar Husam ke luar negara. Ia menjadi persoalan kepada saya apakah benar Husam akan meninggal Kelantan pada pilihan raya umum akan datang.
Ataupun Husam bakal dilantik menjadi Senator sekiranya beliau menghadapi apa-apa masalah di Kelantan kelak. Kerana setakat ini setahu saya Husam masih still bertanding di kerusinya kini di Dun Salor dan antara tokoh yang disebut bakal menggantikan Tokguru Nik Aziz Nik Mat.
Dalam pada itu kedudukan Husam di kementerian luar juga amat sesuai. Mungkin Subky sudah mengambil kira kebolehan dan juga sifat dan perangai Husam yang kuat berkerja dan kurang gemar untuk bersosial seperti ahli parlimen lain. Selain itu kebolehan dan kepakaran Husam dalam berunding dan mahir dalam bidang ekonomi dikira berjaya menarik pelaburan terutamanya dari China dan Arab Saudi.
Saya juga yakin kalau Husam menjadi menteri luar beliau akan dapat menjaga maruah negara yang selama ini telah dirosakkan oleh kerajaan UBN. Sudah pasti sebagai seorang yang kreatif dan bijak Husam akan cuba mendapatkan semula beberapa wilayah Malaysia yang telah hilang disebabkan kelemahan kita dalam menggunakan undang-undang untuk menjaga martabat kita.
Pulau Batu Putih, tanah milik Keretapi Tanah Melayu di Gelang yang diberikan kepada kerajaan Singapura saya pasti akan dikaji dan dinilai semula oleh Husam untuk dikembalikan kepada pengakuan negara. Mengenangkan kelebihan dan kebolehan Husam dalam hal inilah maka saya rasa Subky tidak suka-suka dan saja-saja mencadangkan Husam di letak di kementerian luar.
Mengamati muka-muka dalam kabinet Subky itu ada beberapa tokoh yang memegang jawatan penting dalam parti tidak dilantik memegang apa-apa kementerian. Ketua Wanita PKR Zuraidah Kamaruddin, Ketua Muslimat Pas Siti Zailah Yusuf, Ketua Pemuda Pas, Nasaruddin Hassan dan juga Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Md Akin tidak diberi apa-apa jawatan menteri.
Untuk Zailah mungkin sudah ada maklumat dari Subky yang ahli parlimen itu akan dibawa bertanding di Dun dalam pilihan raya akan datang untuk dilantik menjadi anggota Exco. Zailah dikatakan akan diturunkan ke Dun Gual Periok untuk mengganti Ahmad Awang yang diberitakan sudah tidak mahu bertanding lagi kerana mahu menumpukan kepada pendidikan pondoknya.
Kekosongan kerusi Parlimen Rantau Panjang bakal diisi semula oleh bekas MP itu, Abdul Fatah Haron yang kini Adun Bukit Tuku. Sekiranya ini berlaku Dun Bukit Tuku akan diletak muka baru. Orang sama juga akan dibawa ke parlimen Rantau Panjang kalau Fatah tetap mahu kekal di Bukit Tuku ataupun berhajat untuk bersara.
Kesimpulannya kabinet versi Subky Latiff menjelaskan Pakatan Rakyat berwibawa dan berkemampuan mengemukakan barisan kepimpinan bagi sebuah negara berkebajikan di Malaysia. [wm.kl.5:42 pm 14/10/12] tanpa edit.
Bila klik video filem Innocence of Muslim yang menghina dan mengaibkan agama Islam ditaburkan dalam alam siber dan memasuki ke rumah kita sampai ke ruang dapur dan tandas, kita - orang Melayu Islam bangkit membantah. Kita semua mengecam pembikinan filem tersebut dan pengedarannya di ruang internet. Kononnya ia menghina dan mengaibkan kita.
Add caption
Maka berdiri tegaplah para berjois dalam politik hendak menunjuk 'bengkeng' dan 'agah', mencaci dan menentang orang membikin filem berkenaan walaupun kita tidak pernah tahu apakah hujung pangkalnya. Berbagai sepanduk, stiker ditunjukkan bagi melahirkan api amarah jiwa yang 'murih'. Kita terikut-ikut dengan suara dunia yang turut mengecam filem berkenaan di mana mereka tahu akan hujung jatuhnya. Dunia yang mengecam filem itu ada justifikasinya sendiri.
Anak-anak muda yang baru tumbuh susuh dan bulu kepak baru hendak bersinar pun, baik dari dewan anak-anak muda atau kelab anak-anak muda nasionalis, turun melalak menjerit melaungkan kecaman ke atas Yahudi dan melaknatkan Amerika. Bukan main lagi mereka bertempik sampai tercabut serban dan songkok serta hingus sampai meleleh ke pipi dibiarkan atau ditelan dengan asin peluh. Tidak mengapa kerana aksi itu mengundang syahid kononnya.
Semua aksi itu untuk menunjuk kononnya akulah pejuang Islam dan sedia syahid demi Islam.
Dua kumpulan menjadi ketua kepada dewan budak-budak dan kelab anak-anak muda ikut sama mengambil bahagian. Mereka menujukkan kekuatan masing-masing berdasarkan jumlah yang hadir. Seorang melaung di Jalan Pekeliling berdekatan Kedutaan Amerika Syarikat sementara satu lagi melalak di kawasan masjid Kampung Baru.
Saya bukan anti demostraai, saya juga pernah turun dan berpeluh pelai menyertai berdemoratsi. Bahkan lebih awal dari sesetengah mereka. Tetapi demonstrasi yang satu ini - menentang filem - saya merasakan tidak relevan kerana ia bukan ada kena mengena secara langsung dengan umat Islam negara ini. Betapa tuntutan dan desakan kerajaan UBN tidak boleh berbuat apa-apa. Bukankan itu satu perbuatan sia-sia? Jika dibandingkan dengan demonstrasi menuntut royalti minyak yang dianjurkan (R) jauh demonstrasi itu lebih 'auliya' dan perlu disokong.
Malangnya semasa demonstrasi 'R' di Shah Alam minggu lepas tidak kelihatan ketua dewan budak-budak di majlis berkenaan. Kenapa? Mungkin mereka mengira penghinaan kerajaan pusat ke atas Kelantan dengan menafikan royalti minyak sebagai tidak mengaibkan, bukan satu dosa yang perlu dibersihkan.
Kapal USS Gergoge Washington.
Di sini saya ingin bertanya kepada anak muda semua apakah kewajiban kalian hanya mempertahankan keteguhan dan kesucian akidah semata-mata tetapi tidak menjadi kewajiban mempertahankan keselamatan negara? Atau perkara-perkara lain dilihat lebih penting yang bukan atas kanta agama? Setahu saya soal keselamatan negara juga termasuk dalam kewajiban penting kalau tidak masakan ada hadith menyebut; kasih kepada negara itu sebahagian daripada iman.
Saya merujuk perkara ini kepada kedatangan kapal perang Amerika Syarikat, USS George Washingtonyang berlabuh di Pelabuhan Klang dan Teluk Sepaggar Sabah yang semacam tidak ada bantahan dari anak-anak muda Melayu Islam negara ini baik dari dewan budak-budak dan juga kelab kanak-kanak. Saya menanti-nanti mereka berarak dan menaikkan sepanduk di Pelabuhan Klang membantah pendaratan kapal yang mempunyai berbagai kapal perang itu. Apakah mereka tidak ada maklumat atau pun kesedaran bahaya dengan kedatangan kapal bernama USS George Washington itu.
Kapal perang berkenaan mempunyai 6,102 orang anak kakapal yang lengkap dengan 90 buah pesawat perang yang ada didalamnya. Kapal ini ialah kapal ke-6 dalam kelas Nimitz dan sudah beroperasi sejak tahun 1992. Setengah kapal perang ini juga dilengkapi dengan pelancar peluru berpandu.
Mungkin soal saiz dan kapastian itu tidak penting. Tetapi sejarah .. yang diciptanya cukup memilukan kita. Kapal ini dikatakan terlibat dalam membunuh lebih 50,000 semasa kapal ini digunakan menyerang Iraq dan Agfhanistan dalam pencerobohan dan perang Teluk.
Tanpa mempedulikan kecanggihan itu umat Islam negara ini sepatut sensitif dengan apa dilakukan kapal berkenaan. Namun malang, tidak ada mana-mana anak muda yang membuat apa-apa bantahan. Tidak ada perarakan di Pelabuhan Klang dan sedihnya ia seolah tidak disedari akan kehadiran kapal berkenaan. Apalkah kerana anak-anak muda kita 'keralikan' bermain dengan stiker, minum petang dengan artis, sepanduk mengutuk Israel dan Amerika dan sebagainya sehingga tidak nampak musuh menceroboh dapur rumah kita.
Saya tidak tahu apakah anak-anak muda politik tidak mengetahui akan hal ini. Apakah mereka tidak mengikuti perkembangan dan maklumat semasa. Kalaupun media penjilat buntut tidak menyiar atau pun mengulas akan bahaya pendaratan kapal itu, tetapi bukankah ahli Parlimen Tumpat Kamaruddin Jaaffar telah membawa usul persendirian di Parlimen untuk membincang perkara itu. Apa yang dibawa Kamaruddin itu sudah cukup memberi maklumat ataupun respons untuk bertindak ke atas kedatangan kapal puasaka berkenaan.
Sikap bisu atau kurang perihatin inilah menyebabkan timbul persoalan di kepala saya apakah pemuda termasuk pemuda Pas tidak melihat perkara ini satu kewajiban penting atau teralpa terhadapnya kerana obses soal akidah sehinggakan soal keselamatan dan ketahanan negara terabai. [wm.kl.8:29 pm 13/10/12]
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Muhyiddin dakwa isu Soros bukan untuk keuntungan politik
Timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa BN tidak menggunakan isu jutawan George Soros – yang didakwa membiaya NGO tempatan untuk menjatuhkan kerajaan – demi keuntungan politik parti.
Beliau dipetik akhbar Mingguan Malaysia sebagai berkata, perkara itu hanya ditimbulkan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir sebagai peringatan bahawa bantuan Soros itu "tidak membantu negara."
"Rakyat boleh menilai, kalau kita biarkan bermakna kita mahu kuasa asing menguasai negara dan Soros mahu menggunakan kuasa wang untuk menimbulkan masalah dalam negara kita.
"Kita tidak menggunakan itu (demi keuntungan politik) tetapi kenyataan yang perlu dijelaskan," katanya dalam laporan akhbar milik Umno itu.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyatan timbalan menteri pengajian tinggi Datuk Saifuddin Abdullah pada Khamis lalu yang bimbang serangan BN ke atas Soros akan "memakan diri sendiri".
Dalam laporan edisi hujung minggu Utusan Malaysia itu lagi, Muhyiddin berkata isu sama ada perkara itu menimbukan kesan buruk kepada BN tidak timbul kerana dakwaan tersebut telahpun dipersoalkan banyak pihak.
"Umum mengetahui peranan Soros di banyak negara, ini satu kenyataan yang perlu kita sedari kerana kalau rakyat tidak menyedarinya, ia adalah sat perkara bahaya.
"Peringatan Tun Mahathir adalah satu kenyataan dan badan yang mengharap bantuan Soros perlu sedar tindakan itu tidak membantu negara," katanya.
Projek memburuk-burukkan pembangkang dengan jutawan George Soros – seperti yang dilaporkan meluas oleh media sekarang – telah dirancang oleh sebuah jabatan khas Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sejak pertengahan tahun ini.
Melalui sebuah buku tebal Panduan Penjelasan Isu Semasa terbitan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim didakwa mendapat dana spekulator mata wang dunia itu bagi menghadapi pilihan raya umum.
Dengan menonjolkan beliau sebagai ejen Yahudi Zionis, Soros melalui Institut Masyarakat Terbuka (OSI) didakwa membiaya Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG) yang disertai Anwar.
"... Anwar merupakan antara ahli majlis eksekutif ICG ... sebahagian besar (pemimpin) dalam ICG adalah berbangsa Yahudi," buku setebal 322 halaman itu dipetik.
"Soros mengkritik tindakan kerajaan Malaysia dan membela Anwar semasa beliau didakwa atas (tuduhan) salah guna kuasa."
Hubungan Soros-Anwar ini dimuatkan dalam bab "Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG) dan hubungan Zionis", satu daripada 22 bab yang disusun bagi menjawab isu dan program yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat sehingga Jun lalu.
Hasan Ali mahu Nik Aziz lepas jawatan mursyidul am
Presiden NGO pro-Melayu Jalur Tiga Datuk Hasan Ali menuntut supaya mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat – yang bertegas untuk meneruskan kerjasama PAS dengan DAP – supaya menyerahkan jawatan tersebut kepada Datuk Haron Din yang kini menjadi timbalan mursyidul am.
Akhbar edisi hujung minggu Utusan Malaysia melaporkan, Hasan menuntut demikian untuk mengelakkan "nasi menjadi bubur" kerana ahli akar umbi PAS dakwanya menentang kerjasama dengan DAP.
"Sebelum nasi menjadi bubur, Nik Abdul Aziz wajar memikirkan untuk menyerahkan tanggungjawab besar sebagai mursyidul am kepada timbalannya yang saya yakin mempunyai kemampuan dan kewibawaan setara dengan beliau," katanya seperti dipetik akhbar milik Umno itu.
Hasan turut mengapi-apikan perkara itu dengan membangkitkan pendirian pemimpin DAP ke atas pelaksanaan hukum hudud yang dakwanya "mengguris hati dan perasaan ahli serta penyokong PAS".
"Lupakah Nik Aziz dan orang di sekeliling beliau bahawa Nik Aziz pernah beberapa kali menyanggah pendirian pengerusi DAP Karpal Singh dan penasihat DAP Lim Kit Siang yang berterusan menghina Islam dan menentang perjuangan PAS untuk melaksanakan hukum hudud?," kata Hasan lagi dalam laporan itu.
Tambahnya, beliau bimbang sokongan yang dinyatakan Nik Abdul Aziz itu menjadikan "golongan parasit menjadi lebih ganas menghentam Islam serta perjuangan Islam".
Bekas pesuruhjaya PAS Selangor itu galak menyuarakan kritikan ke atas PAS dan Pakatan Rakyat sebaik dipecat daripada parti awal tahun ini atas tindakannya yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti.
Kenyataan semalam timbul ekoran laporan media semalam berhubung kenyataan Nik Abdul Aziz yang positif ke arah kerjasama dengan DAP bagi meraih sokongan bukan Melayu dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.
SHAH ALAM – "Saya tak layan Hasan Ali. Saya tak mahu komen pasal dia." Demikian menurut Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib ketika diminta mengulas kenyataan terbaru, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, yang meminta Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melepaskan tanggungjawabnya sebagai Mursyidul Am parti tersebut.
Menurut Harun, Hasan bukan lagi ahli Pas dan "dia tidak berhak" untuk bercakap mengenai apa jua hal kepimpinan dalam Pas, apatah lagi untuk meminta Nik Aziz digantikan oleh timbalannya, Datuk Dr Haron Din.
"Tak payah layan lah Hasan Ali. Dia bukan ahli Pas," katanya lagi sambil merujuk kepada desakan Presiden Jalur Tiga (Jati) itu yang mendakwa kenyataan Nik Aziz mempertahankan kerjasama di antara Pas dan DAP sebagai "menghiris hati" ahli dan penyokong Pas.
Ekoran kenyataannya mempertahankan DAP yang disifatkannya sebagai tidak pernah mengganggu perjuangan Pas dan menegaskan kerjasama dengan parti itu amat perlu bagi memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Nik Aziz dikecam beberapa pihak.
Hasan juga berkata, Nik Aziz "agak keterlaluan" dalam mempertahankan DAP dengan menggambarkan parti komponen Pakatan Rakyat itu tidak pernah mengganggu Pas.
Ipoh: Bidang tugas anggota pasukan bomba dan penyelamat kini bukan sekadar memadam kebakaran atau mengeluarkan mangsa kemalangan, malah turut meliputi kerja menyelamatkan lelaki gila seks gara-gara cincin, gelang besi atau nat skru tersangkut pada kemaluan mereka.
Dalam kes terbaru, minggu lalu khidmat anggota bomba dan penyelamat Ipoh ditagih pihak hospital bagi memotong nat besi yang tersekat pada kemaluan seorang lelaki berusia 30-an.
Lelaki terbabit berbuat demikian kerana terpengaruh dengan dakwaan kononnya pemasangan gegelang seperti cincin dan nat pada kemaluan mampu meningkatkan keupayaan seksual serta memanjangkan zakar.
Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Mohd Mahir Mat Saad berkata, lelaki itu dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, selepas nat besi bersaiz lebih kurang syiling 50 sen yang disarungkan pada pada kemaluannya gagal dikeluarkan.
Menurutnya, tindakan lelaki itu menyebabkan aliran darah pada kemaluannya tersumbat sehingga alat sulitnya itu membengkak dan bertukar lebam hitam. -HM
Kementerian Kewangan mahu pihak bank yang mempunyai mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di kawasan berisiko tinggi berlaku rompakan supaya segera memindahkannya ke kawasan lebih selamat.
Timbalan Menterinya, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, pihak bank juga diwajibkan mengadakan mesin ATM yang baru bertaraf piawaian antarabangsa yang sukar dipecahkan.
Pihak bank juga diwajibkan memasang sistem penggera yang dapat didengar dari jauh oleh pasukan keselamatan apabila ia dipecahkan, katanya.
"Di samping itu mereka juga perlu memasang kamera litar tertutup (CCTV) dan kerap mengadakan rondaan oleh pasukan keselamatan," katanya kepada pemberita selepas menyampai elaun sara hidup kepada 540 nelayan, yang keseluruhan berjumlah lebih RM100,000 di Perupuk di sini hari ini.
Awang Adek berkata, sehingga ini, sebanyak 17 kes rompakan mesin ATM telah dilaporkan dengan kerugian bernilai jutaan ringgit, yang sebilangan besarnya berlaku kerana pihak bank tidak melakukan ciri-ciri keselamatan yang mencukupi.
"Malah bangunan yang tempatkan mesin ATM itu juga tidak dibina dengan mempunyai unsur kekebalan menyebabkan ia mudah dipecahkan," katanya.
Beliau turut berkata, kes mesin ATM dipecahkan jarang berlaku di negara lain dan kes yang berlaku di negara ini menghairankan para pakar keselamatan dalam dan luar negara dengan kejadian seperti ini mesti dibendung segera. – Bernama
MP Pakatan Rakyat berkata sekiranya dakwaan hubungan NGO Suaram dan jutawan George Soros terbukti benar, maka undi untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga merupakan undi kepada pedagang matawang tersebut.
"Saya mahu lihat bagaimana media arus perdana memainkan perkara ini. Seperti yang kita tahu ada satu pertemuan rahsia di mana Najib meminta sokongan Soros ke atas gerakan global moderat.
"Maka, jika Soros dipersalahkan, maka satu undi untuk Najib juga merupakan satu undi untuk Soros," kata MP Kuala Krai Dr Hatta Ramli kepada Malaysiakini.
Hatta menekankan bahawa Pakatan Rakyat tidak ingin membangkitkan isu tersebut.
Namun, dakwaan kaitan Soros yang ditimbulkan BN itu kini nampaknya menjadi "senjata makan tuan", kata Hatta.
Jadi, mereka perlu jelaskan kepada rakyat sekarang," katanya.
Hatta berkata demikian ketika mengulas mengenai pertemuan peribadi antara Najib dan Soros di sebuah hotel terkemuka di New York, sejurus sebelum perdana menteri menyampaikan ucapan sulungnya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dua tahun lalu.
Sementara itu MP Batu Tian Chua pula memberitahu Malaysiakini bahawa pertemuan Najib itu merupakan petunjuk utama kepada "hipokrasi" BN.
Bekas Bendahari Umno, Tun Daim Zainuddin meramalkan Umno BN hanya menang di Johor, Melaka dan Pahang pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dengan selainnya dimenangi Pakatan Rakyat.
Daim berkata demikian dalam wawancara eksklusif bersama akhbar harian Cina, Nanyang Siang Pau yang diterbitkan awal tahun ini, seperti dilaporkan Malaysiakini.
Daim turut dipetik sebagai berkata, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak kini umpama "jeneral tanpa askar" dalam berdepan cabaran PRU.
"Perdana Menteri dan pemimpin utama lain sudah pun melakukan lebih dari cukup. Maka situasi semasa mereka umpama 'jeneral tanpa askar'.
"Di manakah askar-askar BN? Pemimpin di peringkat cawangan dan bahagian perlu lebih proaktif melibatkan diri dengan orang ramai," kata Daim.
Daim turut meramalkan agak sukar untuk Umno BN mengekalkan Sabah dan Terengganu ekoran krisis dalaman parti itu di kedua-dua negeri itu.
Mengenai Negeri Sembilan, Daim tidak menolak bahawa Pakatan Rakyat berpeluang cerah untuk menang di situ ekoran gabungan KEADILAN, PAS dan DAP hanya memerlukan sekurang-kurangnya enam kerusi untuk membentuk kerajaan.
Selain itu, kata Daim, Umno juga terpaksa mencari calon sesuai untuk menggantikan Menteri Besar Negeri Sembilan ketika ini, Datuk Seri Mohamad Hasan yang dijangka bertanding kerusi Parlimen untuk dilantik sebagai menteri persekutuan.
Mengenai Perak yang dirampas Umno BN yang diketuai Najib sejak Februari 2009, Daim melihat agak sukar untuk Umno BN kekal di negeri itu.
Sementara Kelantan dan Pulau Pinang, Daim yakin Pakatan Rakyat akan terus memerintah di kedua-dua negeri itu.
Menjelang PRU 8 MAc 2008, Daim pernah meramalkan Umno BN akan kalah di Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang, namun tiada siapa melihat dengan serius ramalan beliau.
Sehinggalah keputusan 8 Mac diumum yang yang menyaksikan Umno bukan sahaja kalah di negeri itu, kecuali Terengganu, malah buat pertamakali dalam sejarah BN hilang 2/3 kerusi Parlimen.
Ulasan GB
Ramalan Daim di atas boleh jadi kenyataan JIKA tiada unsur penipuan dari SPR.
Berdoalah kepada Allah swt agar Dia mendedahkan dan menggagalkan segala tipu daya yang dilakukan SPR di dalam PRU akan datang ini.
Sehingga hari ini Najib masih takut untuk berdebat. Bukan budaya kita katanya.
Yang aneh walaupun dikatanya bukan budaya kita tetapi beliau hadir menyampaikan piala dan hadia untuk Pertandingan Debat Piala Perdana Menteri dua hari lepas.
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa, yang Selasa lalu memberi peringatan agar tidak mengejar kuasa semata-mata, sebagai pemimpin 'lidah panjang' ekoran pendirian kebelakangan ini yang tidak selari dengan parti.
Kenyataan tegas Nik Aziz itu dikeluarkan ekoran tindakan Nasharudin yang juga Ahli Majlis Syura Pas mahu merencanakan perpaduan terutamanya melibatkan Umno dan Pas.
"(Rancangan perpaduan) itu mengarut, mengapa sekarang baru timbul, dia (Nasharudin) itu calon Pas di Bachok, sikap itu seperti 'lidah panjang'," kata beliau ketika ditemui selepas Majlis Hari Keluarga Mawaddah di Pengkalan Chepa di sini hari ini. -SH
Nasha mahu dipecat PAS kerana tidak berani langgar 'Bai'ah'
KUALA LUMPUR, 13 Okt — Tindakan Nasharuddin Mat Isa memprovokasi hubungan diantara PAS dan DAP sejak akhir-akhir ini dalam isu Hudud dan negara Islam dipercayai mahu dipecat daripada parti tersebut kerana tidak berani melanggar "Bai'ah" dengan meninggalkan PAS secara sukarela.
"Jika kita lihat, semenjak dua menjak ni, Nasha agresif melaga-lagakan PAS dan DAP supaya Pakatan Rakyat (PR) berpecah," kata seorang pemimpin tertinggi PAS kepada The Malaysian Insider.
"Beliau lakukan semua ini dengan tujuan agar PAS memecat beliau dan bukannya beliau meninggalkan PAS.
"Meninggalkan PAS bererti melanggar sumpah 'Bai'ah' dan ini mungkin menjadi sebab besar mengapa beliau tidak tinggalkan PAS secara sukarela.
" "Bai'ah" bermaksud sumpah untuk taat kepada perjuangan Islam yang kebiasaan diamalkan oleh gerakan Islam.
Jika melanggar Bai'ah, dipercayai balasan daripada Allah akan menimpa seseorang itu.
Nasharuddin merupakan bekas timbalan presiden PAS yang gagal mempertahankan jawatannya selepas tewas ditangan Mohamad Sabu dalam Muktamar Agung PAS pada tahun 2011 dalam pertarungan tiga penjuru diantara dirinya, Mohamad dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Menurut Prof Datuk Mohamad Abu Bakar, apa sahaja yang berlaku kepada Nasharuddin tidak akan memberikan impak yang besar kepada PAS dari sokongan.
"Pada saya, apa yang dilakukan oleh Nasha ini lebih kepada mengukuhkan orang Umno yang sudah Umno," kata penganalisis politik daripada Universiti Malaya (UM) itu apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider.
Prof Mohamad juga menambah, jika Nasha meninggalkan PAS dan menyertai Umno sekalipun, beliau hanya akan mengulangi nasib pemimpin PAS terdahulu yang menyertai Umno seperti Datuk Mohd Asri Muda (bekas presiden) dan Nakhaie Ahmad (timbalan presiden).
"Jika Nasha menyertai Umno, beliau tidak akan mendapat kepercayaan sepenuhnya daripada parti tersebut kerana semua sudah tahu hati dan sanubarinya bersama PAS," katanya sambil menjadikan Datuk Dr Hasan Ali sebagai contoh terkini.
Dr Hasan walaupun telah meninggalkan PAS tidak disambut menyertai Umno sebaliknya terpaksa menubuhkan badan bukan kerajaan (NGO) Jalur Tiga (Jati) yang memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja.
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mempersoalkan tentang keikhlasan Nasharuddin dalam memperjuangkan agenda Hudud seperti yang dilakukan kebelakangan ini.
"Dulu masa nak yakinkan PAS menyertai Umno tubuhkan kerajaan perpaduan, Ustaz Nasa (Nasharuddin) beritahu PAS, Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) nak beri tiga kerusi menteri jika PAS bersetuju bersama Umno.
"Saya nak tanya dia, masa Pak Lah tawar tiga kerusi menteri tu, ada tak beliau dibincangkan sekali tentang pelaksanaan hukum Hudud?" kata beliau melalui perbualan telefon bersama The Malaysian Insider beberapa hari lalu.
Tambah Husam lagi dengan sinis, jika Umno benar-benar ikhlas mahu bermuzakarah dengan PAS, Nasharuddin harus diberikan laluan untuk menang tanpa bertanding di kerusi parlimen Bachok pada pilihan raya ke 13 nanti.
"Kita nak tengok Umno letak atau tidak calon di Bachok nanti," katanya.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad di parlimen beberapa hari lalu menegaskan kenyataan-kenyataan Nasha seolah-olah mempunyai agenda politik tertentu yang menguntungkan Barisan Nasional (BN) dan cuba mewujudkan ketegangan dalam PR.
"Kebelakangan ini hubungan beliau (Nasha) dengan PAS tidak serapat berbanding hubungannya dengan kerajaan (Barisan Nasional) BN.
"Kenyataan dikeluarkan jelas bertujuan untuk menguntungkan BN dan wujudkan ketegangan antara parti PR walaupun dikeluarkan tanpa bukti," kata Khalid kepada pemberita di lobi Parlimen.
Kenyataan terbaru dikeluarkan Nasha adalah DAP cuba menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Kristian dengan mendakwa parti komponen PR itu pernah menganjurkan majlis dan berdoa memohon negara dijadikan sebagai negara Kristian selepas DAP memenangi 12 kerusi di Sarawak tahun lalu.
Khalid turut menegaskan, perkara itu tidak pernah dibangkitkan Nasha dalam pertemuan dengan Majlis Syura Ulama sebelum ini.
Prof Mohamad bersetuju dengan kenyataan Khalid itu dengan mengatakan menjelang pilihan raya ke 13 yang semakin hampir ini, strategi Umno adalah untuk mewujudkan konflik dalam PR.
"Apabila parti dalam PR berlaga sepertimana perselisihan PAS dan DAP dalam isu Hudud, Umno dan BN yang untung.
"PR akan dilihat tidak bersatu jika terus bergaduh sesama sendiri dan inilah yang dimahukan Umno," katanya lagi.
Najib buat lawak yang boleh gelak besor.... ha..ha...ha... Dalam lawatan ke Kundasang najib kata kerajaan Persekutuan ada rancangan besor untuk Sabah. Dia tak sebut rancangan besor itu... apa standart punya Perdana Menteri. Ini menunjukkan kerajaan belum ada rancangan apa apa cuma untuk memujuk orang Sabah... Najib terpaksa sebut apa yang dia nak sebut.
Seorang Perdana Menteri bukan boleh cakap macam orang mabuk. Semua pengumuman PM tentulah hasil keputusan dari kajian serta perancangan yang telah diteliti... Kalau aku wartawan kat situ, tentunya soalan pertama aku tanya.. apa perancangan besor tu... Tapi nampak sangat wartawan dah di larang bertanyakan soalan itu... Takkan tak de yang tertanya tanya rancangan imiginasi Najib tu...??
Bile benda itu besor... ianya tentu melibatkan perancangan panjang... Takkan kerana terpeluk Rosmah yang Besor, maka Najib langsung buat pengumuman ada rancangan besor untuk rakyat sabah,.... Oleh kerana Najib tak sebut apa rancangan itu... tak salah aku cadangkan kemungkinan rancangan besor Najib jika Bn dapat mandat memerintah Malaysia selepas PRU 13...
01.. Buat pusat rompak hasil rakyat paling besar. 02. Buat ladang besor dah bagi pada adik beradik. 03. Buat tugu satu Malaysia paling besor.. 04.. Buat rumah warga asing paling besor. 05.. Buat TV besor untuk rakyat tengok keanggunan isteri PM.
banyak lagi yang aku tak gamak nak senaraikan...apa pun... lu pikir le sendiri rancangan besor Najib setelah berbagai rancangan besor merompak hasil rakyat dibuat BN sejak lebih 50 tahun dulu....
You are subscribed to email updates from ANAK SENGAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
HEBOH sejak semalam berhubung isu poster besar menggabungkan Hari Raya Aidiladha dengan perayaan agama lain (Hallowen) yang dilihat tidak peka dengan sensitiviti masyarakat Islam.
Poster besar itu dikatakan dipasang di salah sebuah pasaraya besar di Negeri Pahang, iaitu di Megamall Kuantan. Isu ini tersebar di halaman facebook dan beberapa forum terkenal Malaysia.
Poster bertajuk Raya Haji and Halloween 2012 itu didakwa mempunyai unsur yang menyentuh sensitiviti umat Islam, bahkan gambar berlatar belakangkan Kaabah turut dicemari karikatur sambutan perayaan agama lain.
Kita sedia maklum, poster besar seperti ini lazimnya perlu mendapatkan kelulusan pihak berkuasa tempatan, PBT sebelum ia boleh dipasang. Persoalannya di sini bagaimanakah poster seperti ini boleh diluluskan pemasangannya?
PARA ulama meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda :
لقد شهدت في دار عبد الله بن جدعان حلفا لو دعيت به في الاسلام لأجبت. السيرة النبوية لابن كثير - (ج 1 / ص 258 ).
(Sesungguhnya aku pernah menyaksikan di rumah Abdullah bin Jud'aan satu persefahaman, sekiranya aku diajak bersamanya dalam Islam nescaya aku menerimanya).
Peristiwa bersejarah ini berlaku dimasa jahiliyah, ketika Rasulullah S.A.W. belum dilantik menjadi Rasul dalam usia dua puluhan. Apabila bapa-bapa saudara baginda membawanya menyertai pertemuan khusus dikalangan pemimpin utama Makkah. Rasulullah S.A.W. diizinkan menyertai perjumpaan khas itu dalam usia yang dianggap terlalu muda dan mentah, tetapi diakui kebijaksanaanya yang luar biasa dan akhlaknya yang sangat mulia.
Peristiwa ini berlaku apabila seorang pengunjung Makkah daripada Qabilah Zubaid Yaman yang berniaga, dizalimi oleh seorang bangsawan Makkah bernama Al 'Aas bin Waael. Pendatang yang dizalimi gagal mendapat pertolongan daripada rakan-rakan kenalannya, kerana kedudukan bangsawanan si zalim itu. Lalu mangsa kezaliman mendaki bukit Qubais berhampiran Kaabah melaungkan rayuan pertolongan dan mencabar bahawa kesucian Makkah dan keamanannya sudah tidak ada lagi.
Apabila seruannya didengari oleh para pemimpin Makkah yang sedang berkumpul, mereka merasa malu dan tercabar. Maka diadakan perjumpaan tergempar di rumah Abdullah bin Jud'aan dengan membuat keputusan satu muafakat yang dinamakan Half Al Fudul bagi menentang kezaliman dan membela sesiapa yang dizalimi.
Rasulullah S.A.W. bersabda tersebut diatas dengan huraiannya : ( Kalaulah persefahaman ini diajak sekarang, ketika berada dalam Islam pun nescaya aku menerima dan menyertainya).
Rasulullah S.A.W. juga bersabda secara umum:
الحكمة ضالة المؤمن فأنى وجدها وهو أحق بها .(ابن ماجه).
(Kebijaksanaan adalah barang tercicir kepunyaan seseorang yang beriman, maka di mana sahaja dia mendapatinya, dialah yang berhak memungutnya).
Di atas konsep inilah maka Rasulullah S.A.W. menerima persefahaman tersebut , walaupun mereka itu daripada kalangan pemimpin jahiliyah. Banyak perkara baik daripada amalan zaman jahiliyah dan kalangan yang berperikemanusiaan daripada berbagai bangsa bukan Islam, seperti melayan utusan daripada negara luar termasuk negara musuh, perlindungan keselamatan terhadap para diplomat, menghormati perjanjian antarabangsa dalam perkara yang adil dan sebagainya diterima oleh Islam. Rasulullah S.A.W. juga menyatakan sempadan dengan sabdanya :
المسلمون على شروطهم إلا شرطا حرم حلالا وأحل حراما (البخاري وغيره).
(Orang-orang Islam itu hendaklah bertanggungjawab diatas segala syarat yang mereka tetapkan, malainkan syarat yang mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram).
PAS adalah Parti Islam yang berpaksi dan berpandukan hukum tertinggi mengikut undang-undang tubuhnya (Perlembagaan). Pelaksanaannya dikawal oleh Majlis Syura Ulama, sehingga boleh membatalkan segala keputusan dan langkah yang bertentangan dengan ajaran Islam. Maka PAS tidak boleh disamakan dengan UMNO.
Begitu juga hubangan PAS dengan DAP dan kalangan bukan Islam, sangat berbeza dengan hubungan diantara komponen Barisan Nasional yang tidak berdasar dan berkonsepkan Islam daripada Al Quran dan Sunnah, Ijma' Ulama dan Qias.
Hubungan PAS dengan parti lain dalam Pakatan Rakyat adalah hubungan Tahaluf yang berpandukan nas tersebut diatas. Pakatan Rakyat adalah satu muafakat politik dalam konsep Tahaluf Siyasi yang diluluskan oleh Majlis Syura Ulama dalam skop hukum Feqah politik Islam.
Bekerjasama dalam titik persamaan menentang kezaliman politik dan pentadbiran negara yang dialami oleh seluruh rakyat, seperti amalan demokrasi yang tempang, pentadbiran negara yang tempang, pengurusan ekonomi yang penuh dengan penyelewengan, mesyarakat yang jahil dengan kelemahan pendidikan dan undang-undang yang tidak ada kehebatan, menyebabkan krisis moral yang parah dengan kebanjiran maksiat dan jenayah.
Umno yang mewakili Melayu Islam dalam Barisan Nasional mencalarkan Islam dan merosakkan imejnya. Sangat malang bagi sesiapa yang tidak mebezakan diantara Islam dan Melayu, seperti Arab yang tidak membezakannya dengan Islam. Islam pernah memperkasakan Arab dan Arab tumbang setelah menjadikan Islam hanya kebanggaan sejarah tanpa amalan yang sempurna, walaupun memiliki kekayaan melempah ruah.
Begitulah maknanya, tegakkan Islam bersama PAS Melayu selamat dan semua kaum selamat. Tegakkan Melayu bersama UMNO, Islam hanya menjadi jenama yang ditampal pada kotaknya sahaja, tanpa isinya yang sebenar. Samalah seperti meletakkan ubat batuk pada kotak yang berjenamakan ubat gatal.
Cukuplah menegakkan Islam ala UMNO yang bergantung dengan politik wang, pangkat dan tawaran mewah bersamanya tanpa jati diri yang sebenar. Hanya menjadi penyakit yang memakan diri laksana pemelihara hantu yang menjadikan tuannya, makan tidak kenyang walau pun makan sebanyak-sebanyaknya.
Melayu yang perkasa bersama UMNO, hanya sekadar bertempik menghunus keris taming sari sesama sendiri sehingga negeri dijajah. Merekalah baka yang menyerah diri kepada penjajah dahulu dan mewarisi kemerdekaan yang diletak diatas dulang emas dan menerimanya dengan melalui hamparan permaidani dan taburan bunga. Sejarah tetap tidak boleh dibohongi bagaimana golongan Islam bermandi darah dan air mata menentang penjajah walau pun disembunyikan dibawah tikar yang hina.
PAS ditubuhkan menjadi mata rantai kumpulan Islam terdahulu yang pernah diharamkan silih berganti. PAS tetap Istiqamah dengan Islamnya menyatakan Islam adil terhadap semua manusia. Bukan hanya Arab dan Melayu sahaja atau hanya penganut Islam sahaja. Islam adalah rahmat Allah kepada seluruh alam. PAS boleh bekerjasama dengan semua pihak dan tegas berpegang kepada dasarnya dan boleh bertasamuh mengikut batas-batas Allah.
PAS pernah bersama UMNO di tahun 70-an dan menubuhkan Barisan Nasional bersama UMNO dan rakan-rakannya. Penyertaannya dengan keputusan Muktamar Khas supaya teguh membawa mesej Islam secara tahaluf siyasi. Ketika bersama UMNO, PAS memecat sesiapa kalangan ahlinya, termasuk ahli parlimennya yang berjoget dan minum arak bersama UMNO.
Kemudian PAS dihalau keluar daripada Barisan Nasional tahun 1978 dan selepas itu kerajaan PAS Kelantan dijatuhkan dengan perisytiharan darurat yang diluluskan oleh UMNO dan rakan-rakannya melalui sidang khas parlimen dan pilihanraya khas selepas itu. Lalu PAS bersendirian mara ke hadapan dengan cita-cita Islamnya. PAS adalah tersendiri, tidak sama dengan UMNO.
Maka PAS tidak perlu berkiblat ke arah UMNO dan berimam mengikut arah kiblatnya, kerana kiblat politiknya salah. Tegasnya PAS tidak menghalang ahli DAP minum arak, makan babi, berjudi dan sebagainya. Tetapi PAS memecat kalau ahlinya melakukan perkara yang sama.
PAS pernah mengadakan tahaluf siyasi dengan Parti Melayu Semangat-46 yang berpecah daripada UMNO. Parti Semangat-46 pula mengadakan kerjasama dengan DAP.
Parti ini tidak ada lagi dan gagasan yang dinamakan Angkatan Perpaduan Ummah yang menggabungkan PAS, Parti Melayu Semangat-46, Berjasa dan Hamim sudah tamat. Akhirnya PAS mengadakan tahaluf siyasi bersama Parti Keadilan Nasional yang juga berpecah daripada UMNO. Kemudian diiikuti pula tahaluf siyasi dengan DAP.
PAS mengucapkan terima kasih kepada UMNO dan media yang menjadi khadamnya, kerana sangat bersimpati terhadap PAS, kerana kononnya bimbang PAS akan menjadi parti melukut ditepi gantang.
Percayalah orang Melayu Islam tidak akan hilang jati dirinya bersama- sama dengan PAS selagi PAS tidak meminda kedudukan Islam sebagai dasar dalam perlembagaannnya, seperti Melayu bersama UMNO sehingga tidak bermaya di Singapura, Pulau Pinang dan lain-lain.
Kaum lain dikalangan bukan Islam pula jangan takut bersama PAS, kerana kumpulan dan gerombolan yang mengapi-apikan semangat perkauman dan fanatik buta agama berada dalam UMNO atau bersekongkol bersama UMNO.
Di sepanjang kerjasama PAS dalam tahaluf siyasi tidak pernah rugi. Walau pun ditendang dan dipandang lekeh. Kerjesama PAS dalam BN di awal tahun 70-an dan sehingga akhirnya tidak rugi dengan kehilangan Kelantan setelah PAS ditendang keluar.
Pengaruh PAS dalam kerajaan berjaya masuk ke dalam jasad jentera kerajaan dan institusi pengajian dalam negara dan luar negara dan bertunjang sehingga hari ini dan mereka adalah bakal menjadi jentera pentadbiran PAS dalam Pakatan Rakyat sekiranya berjaya.
Kerjasama PAS bersama Angkatan perpaduan Ummah (Parti Melayu Semangat-46 dan DAP) tahun Sembilan puluhan berjaya menawan Kelantan sehingga hari ini. Kerjasama PAS dengan Barisan Alternatif dan kemudiannya Pakatan Rakyat berjaya menawan Terengganu pada tahun 1999 walaupun hanya satu penggal kerana ditumbangkan dengan zalim.
Tahun 2008 pula berjaya menawan lima negeri dan PAS memimpin tiga negeri iaitu Kelantan, Kedah dan Perak. Manakala Selangor dipimpin Parti Keadilan Rakyat dan DAP memimpin Pulau Pinang. Walau pun dijatuhkan begitu rupa di Perak. Inilah sinario tahaluf siyasi yang dilaksanakan selama ini.
Kerjasama tahaluf siyasi mutakhir ini berjaya memecahkan tembok yang melindungi pandangan bukan Islam terhadap Islam. Usaha media berbagai bahasa termasuk bahasa Melayu beragama Islam bagi mengelirukan menemui kegagalan.
Sehingga akhirnya mendedahkan kepura-puraan UMNO berjuang menegakkan hukum Hudud laksana ayam jantan kukuk berderai pada hal ekornya bergelimang tahi sejak lebih lima puluh tahun. Sebenarnya UMNO lah penghalang besar kepada perlaksanaan Islam kerana telah berkuasa diperingkat negeri dan pusat.
Ketahuilah bahawa pengajian politik bukan sahaja tersurat dalam tulisan buku dan pengajian akademik di bilik kuliah. Terpenting juga ialah ijtihad dengan Istiqamah ditengah medan perjuangan. PAS mempunyai semua aspek ini dengan beristiqamah kepada ajaran Islam yang menjadi akidah dan teras kepada semua amalannya.
Negeri Kelantan adalah satu-satunya negeri paling lama diperintah oleh PAS sejak tahun 1959 sehingga 1977 dan kali kedua 1990 sehingga kini adalah penyumbang besar kepada kejayaan Melayu Muslim dalam bidang pendidikan, perkhidamatan awam, keselamatan dan ekonomi.
Diikuti pula Terengganu Tahun 1959 sehingga 1961 dan kali kedua 1999 sehingga 2004 dan Kedah 2008 sehingga kini. Apabila giliran PAS dikurniakan kemenangan di negeri-negeri ini maka secara automatik menjadi sasaran UMNO bagi melemah dan menjatuhkannya diatas nama Melayu dan Islam. Paling malang menggunakan kedudukannya menguasai kerajaan pusat dan melanggar konsep demokrasi dan federalisma.
Mengepung media dan menyusahkan pentadbiran dan kewangan negeri-negeri ini, sehinggalah merampas royalti petroleum di Terengganu dan menafikan hak Kelantan. Namun perkara ini tidak pernah dilakukan kepada Singapura ketika dalam Malaysia, Pulau Pinang di bawah Parti Gerakan sebelum BN dan Sabah dibawah PBS. Inilah hakikat UMNO dengan Melayu dan Islam anutannya.
Kepada semua pihak yang bersimpati dengan PAS, saya tegaskan, percayalah kepada kami dengan semua pengalaman yang tersebut dan hilangkan khurafat beriman kepada UMNO parti Maha Esa.
Kepada ahli dan penyokong PAS saya nasihatkan supaya merujuk kepada sumber ilmu Islam yang ada dalam PAS, bukannya belajar melalui media yang bersukan dengan Islam dan berniaga dengan politik. PAS tetap berpegang bahawa politik adalah amanah terbesar daripada Allah. Bahagialah mereka yang menunaikannya dengan istiqamah dan celakalah mereka yang mengkhinatinya. Pikul amanah ini secara berjamaah jangan berseorang diri dan memencilkan diri.
Pesanan Rasulullah S.A.W. "sesiapa yang memencilkan diri daripada jamaah akan ditawan syaitan, laksana serigala yang menawan kambing yang terpencil daripada kawanannya." Maka amat bodoh kalau ditipu oleh syaitan yang dikenali.
Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam SeMalaysia, PAS Sent from my BlackBerry®
Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) ingin memberi respon balas ke atas jawapan bertulis Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz kepada Ahli Parlimen Batu, YB Tian Chua berhubung penyeludupan wang sejumlah Rm40 juta melibatkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.
Kenyataan Nazri bahawa wang berjumlah RM40 juta yang cuba diseludup ke Malaysia melalui Hong Kong merupakan sumbangan kepada Umno negeri dan bukannya kepada Musa adalah satu kenyataan yang sangat mengejutkan dan membuka ruang spekulasi yang lebih besar.
Dua persoalan besar timbul hasil kenyataan Nazri ini:
(i) atas kapasiti apakah Umno menerima sumbangan yang sangat besar jumlahnya dan juga diragui status serta sumbernya?
(ii) apakah wujud kemungkinan bahawa ia juga merupakan dana asing untuk membantu Umno mempertahankan Sabah yang kian 'tidak selamat' selaku status 'fixed deposit' Umno?
AMK turut mempersoalkan atas kapasiti perundangan manakah yang membenarkan mana-mana parti menerima sumbangan, khususnya dalam jumlah yang sangat besar mencecah puluhan juta ringgit tanpa melalui transaksi yang sah? Sekiranya ia bukan berbentuk sumbangan, timbul pula persoalan baharu bagaimana Umno Sabah boleh mempunyai wang sedemikian besar jumlahnya.
Terdahulu AMK telah melakukan pelbagai inisiatif untuk memastikan kes ini disiasat sewajarnya, termasuklah ke Hong Kong pada tahun 2009 untuk bertemu dengan Independent Commission Against Corruption (ICAC) Hong Kong.
Dengan penutupan kes ini oleh SPRM, nyata sekali ianya mencetuskan kekecewaan yang besar di sebalik omongan kosong kerajaan untuk membanteras rasuah.
Memperlihatkan kepada merit kes ini melibatkan keselamatan negara, sehubungan itu AMK mencabar Peguam Negara serta Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk mendedahkan kertas siasatan SPRM dan juga komunikasi di antara SPRM serta ICAC berhubung kes ini.
Buat Musa Aman khasnya, sila dedahkan di manakah punca dan sumber wang sejumlah RM40 juta tersebut sekiranya ia benar-benar 'sumbangan tulus ikhlas' buat Umno Sabah. Dan beban pembuktian juga harus dipikul Musa untuk menyatakan apakah ini berkaitan atau tidak dengan pendirian kerajaan Switzerland yang menyatakan kesediaan untuk membekukan aset beliau di Switzerland berikutan dakwaan penyeludupan wang sejumlah US$90 juta yang melibatkan beliau.
AMK tidak melihat ada keperluan untuk kerajaan berlengah berhubung isu ini. Di sebalik manipulasi media kononnya KEADILAN menerima dana asing yang jelas sekali satu fitnah, Umno disaran jangan ibarat meludah ke langit yang kelak terkena muka mereka sendiri.
Shamsul Iskandar Mohd Akin Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia Sent from my BlackBerry®
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.