Apa Yang Tersirat Posted: 22 Apr 2014 01:45 PM PDT MH370: Pasukan Pencari Perlu Melihat Kawasan Lain Posted: 22 Apr 2014 12:21 AM PDT Telah masuk hari ke-46, kehilangan Pesawat Penerbangan Malaysia B777-200ER MH370 bersama 239 penumpang termasuk kru, tiada sebarang petunjuk di mana pesawat itu.
Kini banyak yang mempersoalkan mengapa data daripada Immarsat yang menggunakan Koppler Effect yang tidak pernah digunakan untuk menentukan lokasi terakhir pesawat malang itu.
Kesangsian terhadap kaedah itu, sekurang-kurangnya telah 46 hari terbukti sebagai tidak tepat, sehingga operasi mencari nampak sia-sia.
Andaian sebelum ini, bahawa pesawat malang itu sebenarnya telah mendarat di suatu lokasi rahsia, mendekati kebenaran, apabila selama 46 hari tiada sebarang clue berkaitan pesawat itu. Petanda yang ada adalah pancaran "kotak hitam" yang dikesan pada 6,7.8 April lalu di lokasi pencarian, namun tekonologi canggih robot bluefin 21, yang melakukan pemetaan dasar laut di lokasi di mana pencaran itu dikesan, sehingga kini tidak menemukan apa-apa.
Selama 46 hari, tiada sebarang serpihan, yang biasa terdapat apabila sesebuah pesawat terhempas; namun petanda seperti itu tidak pernah muncul.
Berasaskan keadaan yang ada, besar kemungkinan pasukan pencari mencari di tempat yang salah. | Presiden PKR: Anwar Tarik Diri Posted: 21 Apr 2014 10:13 PM PDT Untuk memastikan, bahawa tiada orang lain bertanding jawatan Presiden PKR, maka Anwar awal-awal lagi menawarkan diri. Maka, selama beberapa minggu, ramailah mengulas, bahawa pertandingan jawatan Presiden PKR merupakan satu sandiwara Anwar.
Benar juga, hari ini Pengerusi Pertandingan parti itu Johari Abdul mengumumkan, bahawa Anwar menarik diri, untuk membolehkan isterinya kekal sebagai Presiden PKR tanpa tanding.
Wan Azizah adalah Presiden parti KeAdilan sejak tahun 1998, sebelum parti bertukar nama kepada Parti Keadilan Rakyat, selepas bergabung dengan Parti Sosialis Malaysia yang berhaluan kiri.
Anwar sebelum ini megertak badan kehakiman berhubung rayuan sodomi IInya di Mahkamah Rayuan, apabila bertindak meminta seorang ADUN PKR mengosongkan DUN Kajang untuk membolehkan beliau bertanding agar beliau boleh dilantik sebagai Menteri Besar Selangor. Namun, belumpun sempat bertanding, Anwar dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun. Undang Tubuh Kerajaan Selangor tidak membenarkan seseorang yang sabit kesalahan penjara menjadi wakil rakyat negeri itu.
Juga sebelum keputusan Rayuan sodomi II, Anwar awal-awal lagi mengumumkan bertanding jawatan Presiden PKR, di mana sebelum ini belum pernah beliau lakukan.
Tindakan-tindakan Anwar bagi mengintipasi keputusan Rayuan Sodomi II, seolah-olah beliau sangat terdesak, kerana beliau yakin bahawa keputusan tidak menyebelahinya, selain rayuan Peguam Negara diketahui oleh Peguam Kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, juga Anwar tahu bahawa kes liwat II, memang benar-benar berlaku.
Terlihat melalui keputusan mahkamah rayuan, bahawa sebenarnya Anwar dan pasukan pembelaanya, tidak mencabar pertuduhan, sebaliknya, hanya membuat kenyataan penafian, sama seperti kenyataan akhbar di luar mahkamh. | Budak 10 Tahun Tertusuk Besi Di Pipi- 4 Jam Menanggung Kesakitan Posted: 21 Apr 2014 03:59 PM PDT Kota Kinabalu: Pipinya tertusuk sebatang besi penutup parit sepanjang satu meter, namun Huguan Isaac, 10, tabah menahan kesakitan tanpa mengalir setitik air mata sebelum diberi bantuan empat jam kemudian, semalam.
Murid Tahun Empat Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Sacred Heart itu, hanya duduk tanpa bergerak dengan sebatang besi menembusi pipinya selepas salah seorang rakannya dikatakan terpijak hujung batang besi berkenaan menyebabkan ia melantun ke atasnya.
Huguan bersama rakannya ketika itu dikatakan bermain di luar sekolah selepas tamat persekolahan sesi pagi, kira-kira jam 12.40 tengah hari.
Mangsa dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Queen Elizabeth 1 (QEH1) selepas batang besi itu tidak dapat dikeluarkan oleh orang ramai serta anggota Bomba dan Penyelamat.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun, berkata kejadian disedari oleh orang awam di kawasan terbabit sebelum menghubungi bomba yang kemudian mengiringi mangsa ke hospital selepas besi berkenaan tidak dapat dikeluarkan.
Jalani pembedahan Katanya, mangsa yang dipindahkan ke Hospital Kanak-Kanak Kota Kinabalu di Likas, menjalani pembedahan mengeluarkan besi berkenaan jam 3.55 petang dan berakhir jam 4.30 petang.
Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Mohd Affendy K Ramin, berkata pihaknya menerima panggilan jam 12.51 tengah hari sebelum menghantar sepasukan anggota ke lokasi, namun tidak melakukan sebarang operasi dan hanya mengiringi kenderaan orang awam yang membawa mangsa ke hospital.
Seorang pengawal keselamatan sekolah berkenaan berkata, ketika kejadian beliau mengawal lalu lintas di luar kawasan sekolah sebelum ibu kepada seorang murid memaklumkan berhubung kejadian itu.
"Tanpa berlengah, saya ke tempat kejadian dan mendapati seorang murid sedang terduduk dengan sebatang besi menembusi pipinya. Mangsa kelihatan lemah dan cuba mengeluarkan batang besi berkenaan, namun saya menenangkannya supaya tidak banyak bergerak," katanya yang enggan dikenali.
Katanya, pada mulanya batang besi itu masih bersambung pada penutup parit yang sudah berkarat dan hampir reput, sebelum mematahkan dengan menggerakkan batang besi berkenaan.
| |
Cucu Tok Selampit Posted: 22 Apr 2014 01:42 PM PDT Tak Tahu Pula ADUN DAP Tronoh, @Sivatronoh Penyokong Kuat 1 Malaysia? Posted: 22 Apr 2014 06:13 AM PDT Bukan main gembira lagi ADUN DAP Tronoh memuat naikkan gambar-gambar Karnival Little India di Ipoh di dalam laman sosial Twitter beliau. Mungkin secara sedar atau tidak, beliau telah memberi sokongan kuat kepada persembahan kebudayaan berkonsepkan 1 Malaysia seperti tertera di gambar-gambar di atas. Siapa yang menganjurkan majlis berkenaan YB? YB-YB Pembangkang Perak kah yang menganjurkan atau seperti biasa YB-YB dengan muka tebal tidak malu menceroboh masuk sahaja ke dalam majlis orang? 1 Malaysia tu YB. Tak perasankah? | Palsukan Hadith Rasulullah SAW - @anwaribrahim Menempah Neraka? Posted: 21 Apr 2014 07:38 PM PDT Anwar Ibrahim mendapat kecaman hebat dari orang Islam di Malaysia kerana sekali lagi beliau dirakam melakukan ritual tunduk sembah mayat di upacara kematian mendiang Karpal Singh. Banyak alim ulama menegur perbuatan tersebut sebagai berdosa.
Namun Anwar Ibrahim tidak dapat menerima teguran bahawa perbuatannya itu sesuatu yang haram dengan berdalilkan hadith yang asalnya sahih namun telah dipalsukan oleh beliau secara terang-terangan di ceramah PR pada 20 haribulan yang lalu dan disiarkan kembali di dalam akhbar Keadilandaily. Hadith yang sahih sebelum dipalsukan oleh Anwar Ibrahim adalah seperti berikut: Dari Abdurrahmaan bin Abi Lailaa, ia berkata: Sahl bin Hunaif dan Qaid bin Sa'd pernah bertugas di Al-Qaadisiyyah. Telah lalu jenazah di hadapan mereka, lalu keduanya pun berdiri. Dikatakan kepada mereka berdua: "Sesungguhnya jenazah itu adalah orang dari kalangan Ahludz-Dzimmah". Mereka berkata: "Sesungguhnya pernah lalu satu jenazah di hadapan Nabi shallallaahu 'alaihi wa sallam, lalu beliau berdiri. Dikatakan kepada beliau: "Sesungguhnya ia adalah jenazah orang Yahudi". Beliau shallallaahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Bukankah ia juga manusia" [Diriwayatkan oleh Bukhaariy no. 1313, Muslim no. 960, An-Nasaa'iy no. 1921, dan yang lainnya]. Ada banyak hadith sebegini telah diriwayatkan samada sahih atau dhaif namun tidak ada satu pun yang meriwayatkan Nabi menundukkan kepala kepada mayat yahudi tersebut. Jelas di sini Anwar Ibrahim telah melakukan satu pendustaan ke atas Nabi dengan memalsukan hadith Baginda shallallaahu 'alaihi wa sallam. Tidak perlulah bercerita panjang dan berdalih jika ianya melibatkan pendustaan ke atas Nabi, Anwar Ibrahim bertaubat, menarik balik kata-katanya.
Janganlah ingin membenarkan perbuatannya melakukan ritual tunduk sembah mayat di upacara kematian mendiang Karpal Singh, maka beliau sanggup berdusta ke atas Nabi. Sesungguhnya Nabi shallallaahu 'alaihi wa sallam telah memberi amaran yang sangat keras berkenaan hal ini: "Barangsiapa yang menyebutkan sesuatu dariku sedangkan aku tidak pernah menyebutnya, maka dia telah menempah tempat duduknya di dalam neraka."[Diriwayatkan oleh al-Bukhari – no: 109] Sebagai umat Islam kita mesti sensitif apabila seseorang berdusta ke atas Nabi sebegini. Perkara ini tidak boleh diambil mudah. Tidak perlu berasa malu jika tidak melakukan ritual tersebut, jika kita mempraktikkan tuntutan Agama Islam.
| |
tun faisal dot com Posted: 22 Apr 2014 01:35 PM PDT #KrisisAirSelangor jejas keyakinan dan operasi pelabur, apa kata Tok Pa dan Exco PR Selangor? #OpsBaldi Posted: 22 Apr 2014 02:00 AM PDT
Krisis Air Selangor jejas keyakinan pelabur tempatan dan luar negara terhadap kerajaan Negeri Selangor
Persatuan Pekilang Pekilang Malaysia (FMM) - kos air pengilang meningkat kepada RM 150,000 sehari, jika tidak mereka akan rugi RM 15 juta sehari..
Krisis Air Selangor sebabkan Nestle rugi RM 15 juta sehari, 500 orang pekerja kontrak bakal kehilangan kerja... Apa penyelesaian terbaik yang boleh difikirkan oleh Exco Kerajaan Negeri?
"Ambil peluang masa hujan ni..." - sumber
Banyak air di Serdang, 21 April 2014 | Sembah Mayat Karpal: Keadilan Daily cuba cipta hadis palsu untuk selamatkan Anwar? Posted: 21 Apr 2014 11:30 PM PDT
Terdapat kecenderungan yang menakutkan di kalangan pembangkang yang sanggup mengada-adakan hadis palsu bagi menyokong perbuatan pemimpin mereka yang menyalahi aqidah dan hukum-hukum Islam.
Kecenderungan ini bukan sesuatu yang mengejutkan kerana mereka sanggup melakukan apa saja demi mendapatkan kuasa. Bagi Melayu sosialis, pluralis dan mungkin juga ada di kalangan mereka yang agnostic deist dan atheis di dalam PR, bukan masalah untuk mentafsirkan secara salah ayat al-Quran dan hadis, contoh untuk memberi justifikasi terhadap penggantian Biblical God kepada Allah dan menghalalkan demonstrasi jalanan. Malah mereka sanggup mengada-adakan hadis semata-mata untuk mempertahankan pemimpin mereka.
Dengar apa kata Azhar Idrus
Isu Tunduk Jenazah oleh Pemimpin PR
Keadilan Daily, Suara rasmi PKR memetik Anwar Ibrahim memberitahu bahawa Nabi Muhammad saw telah tunduk kepada jenazah bukan islam musyrik...
Perkataan tunduk rupanya tidak ada disebut di dalam kitab hadis. Hadis mana digunakan oleh Anwar kita tidak pasti.
Antara berdiri dan tunduk jauh bezanya sejauh langit dan bumi...
Di bawah ini disalin semula hadis sahih muslim yang diterjemahkan untuk panduan anda agar tidak menundukkan kepala kepada jenazah bukan Islam.
Hadis riwayat Amir bin Rabiah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Apabila kalian melihat iringan jenazah, maka berdirilah menghormatinya sampai iringan jenazah itu lewat meninggalkan kalian atau sampai diletakkan dalam kubur. (Shahih Muslim No.1590)
Hadis riwayat Abu Said ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Apabila kalian mengiringi jenazah, maka janganlah kalian duduk sebelum jenazah itu diletakkan. (Shahih Muslim No.1591)
Hadis riwayat Jabir bin Abdullah ra., ia berkata:
Ada iringan jenazah lewat, lalu Rasulullah saw. berdiri menghormatinya dan kami ikut berdiri bersama beliau. Kemudian kami berkata: Wahai Rasulullah, jenazah itu adalah jenazah Yahudi. Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya kematian itu menggetarkan, maka jika kalian melihat iringan jenazah, maka berdirilah. (Shahih Muslim No.1593)
Hadis riwayat Qais bin Saad ra. dan Sahal bin Hunaif ra.:
Dari Ibnu Abu Laila bahwa ketika Qais bin Saad ra. dan Sahal bin Hunaif ra. sedang berada di Qadisiyah, tiba-tiba ada iringan jenazah melewati mereka, maka keduanya berdiri. Lalu dikatakan kepada keduanya: Jenazah itu adalah termasuk penduduk setempat (yakni orang kafir). Mereka berdua berkata: Sesungguhnya Rasulullah saw. pernah dilewati iringan jenazah, lalu beliau berdiri. Ketika dikatakan: Jenazah itu Yahudi, Rasulullah saw. bersabda: Bukankah ia juga manusia?. (Shahih Muslim No.1596)
| #KrisisAirSelangor : Apa kata Exco Kerajaan Negeri Selangor? #OpsBaldi Posted: 21 Apr 2014 08:30 PM PDT
Selangor negeri berkebajikan dan negeri maju - setaraf Afrika.... ?
Banjir di Serdang
Banjir di Balakong
Exco Selangor kata jangan malas. Kan air banjir tu berbaldi-baldi boleh simpan.. boleh guna setahun tu... hancus..
| [Gambar] Banjir di Serdang, MP Serdang dan MB buat apa? #PRperintahRakyatSusah Posted: 21 Apr 2014 05:00 PM PDT
Banjir di Serdang - Bala akibat kegagalan dalam pengurusan sampah, longkang dan sungai? Tiada guna rizab atau peruntukan RM 2.2 bilion untuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disimpan. Akhirnya rakyat juga yang menjadi mangsa kegagalan pentadbiran Kerajaan PR Selangor
Apa yang MB dan Ahli Parlimen Serdang buat semalam? Ini yang dirakamkan melalui tweet mereka. MB di Pahang
MP serdang di Sungai Buloh, Petaling?
Tengok marathon ke?
Tak habis tengok maratahon lagi?
Masih tengok marathon di Sungai Buloh, Petaling ke? Tersangat lah menjaga kebajikan rakyat.... | |
THE FLYING KICK Posted: 22 Apr 2014 01:16 PM PDT |
Duke of UMNO Posted: 22 Apr 2014 01:08 PM PDT Dengan rasminya tutup blog? Posted: 21 Apr 2014 07:31 PM PDT Sebenarnya saya saja test market. Sengaja tak menulis dalam jangka masa yang agak lama di blog ni. Saja nak tengok respon kawan-kawan. Saja nak "mogok".... hahahahaaa...
Ada yang kata saya takdak idea. Saya jawab, tak jugak. Idea ada, tapi dicurahkan di tempat lain.
Ada yang kata, saya makin malas. Maybe. Mungkin sebab saya rasa ada segelintir pihak yang sebelum ni "take things for granted". Tak semua, tapi ada.
Ada yang tanya, apa dah jadi dengan blog ni? Saya jawab, saja. Saja-saja saya tak update blog. Ni blog saya. Saya punya suka la nak update ke tidak..kan? Heheheeee...
Ada yang mintak saya menulis semula. Saya jawab, insyaAllah...
Ada yang kata kat saya, "tutup blog je lahhhh!". Saya jawab, ikut suka saya la nak tutup ke nak bukak ke.. heheheheeee...
Ada yang kata, "ikut suka haji laaa", saya senyum ja bila kawan-kawan kata lagu ni...
Sebenarnya?
Sebenarnya saya memang busy sangat lately. Ada idea, tapi saya salurkan ditempat lain. Saya mungkin malas sikit nak update blog sejak kebelakangan ni sebab letih. Kerja dari pagi sampai tengah malam. Kadang-kadang sampai pagi...
Memang saya saja tak update blog ni. Saja tak update blog sebab tak cukup jari, tak cukup tangan nak menaip sana sini... Tak macam sesetengah blog yang ramai admin. Memang sebelum ni ada yang volunteer tolong update blog, tapi atas beberapa sebab, saya terpaksa tamatkan perkhidmatan depa...
Tutup blog? Mungkin nanti, tapi tidak dalam tempoh 10 tahun akan datang ni...heheheheee...
Hakikatnya? Ikut suka saya la... kan? kan? kan? Heh! Lagi pun saya tak kejar "hits", saya tak kejar ranking, saya tak kejar glamour dan saya bukan blogger upahan mana-mana pihak. Semuanya ikut suka saya la nak tulis atau tidak...
Tapi jangan risau. As promised, saya akan tetap menulis jugak. Dan yang paling penting, blog saya ni menolak sebarang bentuk fitnah, cerita tipu, bohong dan seumpamanya. Kalau ada silap, boleh tegur dengan niat membina dan secara sihat... saya sanggup mohon maaf kalau saya silap atau salah.. no problem..
Yang penting, tulis demi ibadah. Demi Islam, Melayu dan Tanah Melayu... itu tidak pernah berubah dari dalam hati saya... okay? Sampai ketemu lagi.. wassalam semua...adiossss... | |
PEJUANG BANGSA Posted: 22 Apr 2014 11:21 AM PDT DR AFIF TUDUH ADUN UMNO TASEK GELUGOR JUAL TANAH ADALAH FITNAH @dzainalabidin @reezalmerican Posted: 21 Apr 2014 11:30 PM PDT
YB Dato Shabudin Yahya Ahli Parlimen Tasek Gelugor mewakili semua Adun dalam Parlimen Tasek Gelugor dalam sidang medianya hari ini membuat penafian keras terhadap tuduhan pemimpin kerajaan DAP negeri Pulau Pinang berkaitan tanah TUDM di Butterworth.
Beliau juga menafikan bahawa Adun-adun di Tasek Gelugor terlibat dalam penyelewengan tanah berkenaan yang didakwa dijual kepada kroni.
Shabudin menyifatkan kenyataan yang disebarkan oleh Dr Afif itu adalah amat tidak wajar dan amat tidak bertanggung jawab. Ia juga mencemarkan imej serta integriti Adun Umno di Tasek Gelugor.
Adun Seberang Jaya tersebut juga terbukti membuat persepsi jahat dengan tujuan supaya rakyat membenci semua pemimpin Barisan Nasional khususnya Umno.
Ahli Parllimen Tasek Gelugor berkenaan tampil mencabar Dr Afif supaya membuktikan dakwaan beliau dan mendedahkan bukti berkenaan kepada rakyat jika ada.
Sebelum ini Ketua Pembangkang Dun P.Pinang, Dato Jahara Bt Hamid mewakili semua Adun Barisan Nasional negeri membantah cadangan pembangunan tapak TUDM Butterworth diatas alasan bahawa pemimpin Umno/BN lebih mementingkan kehendak rakyat negeri P.Pinang.
Ketua Pembangkang berkenaan menyifatkan pembangunan tapak TUDM di Butterworth akan menyebabkan kesan kependudukan yang besar dan menjejaskan kawasan persekitaran Kadun Telok Air Tawar dan kawasan Parlimen Tasek Gelugor.
Selain itu, Jahara juga mendakwa penukaran tanah TUDM di Butterworth dengan tapak di Ara Kuda milik PERDA adalah tidak wajar dilakukan oleh pihak kerajaan Pusat. Ini kerana kawasan berkenaan telah dirancang untuk pembangunan rumah kos rendah serta rumah mampu milik untuk rakyat.
Menurut Jahara, pihak pengurusan PERDA sendiri telah menolak cadangan kerajaan untuk mengambil tanah tersebut sebagai "land swap" bagi tujuan pemindahan tapak TUDM di Butterworth.- UTARANEWS- | GAME PLAN SEKAT AZMIN BERJAYA , PKR TERUS DIKUASAI ANWAR & FAMILY #KeadilanRaya Posted: 21 Apr 2014 09:47 PM PDT
Tetap sekali ramalan Datuk Zul Nordin sebelum ini iaitu Anwar akhirnya akan menarik diri saat akhir daripada bertanding Presiden PKR dan sekaligus menobatkan Wan Azizah menang tanpa bertanding .
Ia juga sekaligus menjadikan PKR terus kekal dikuasai anak beranak keluarga Anwar !!
Sebenarnya ini adalah game plan Anwar yang mahu menyekat Timbalan Presiden PKR Azmin Ali daripada mengisi borang bertanding jawatan Presiden PKR menentang isternya Wan Azizah . Ia diakui sendiri orang ramai penyokong Azmin dalam pemilihan kali ini .
Ini kerana Anwar mahu parti itu terus kekal di tangan keluarganya bukannya individu lain seperti Azmin .Hanya ahli keluarga Anwar sahaja yang boleh dipercayai & boleh mengikut telunjuknya berbanding pemimpin lain yang mungkin tidak lagi mempejuangkannya jika masuk ke penjara.
Malah Anwar juga tahu jika Azmin lawan isterinya , dia akan menang kerana pengaruh Azmin cukup kuat sekali . Jadi , sesuatu perlu dibuat untuk hijack Azmin dan hari ini mereka berjaya .
Kita nantikan apa lagi strategi & taktik kotor Wan Azizah & Anwar untuk perebutan jawatan Timb Presiden yang akan dipertahan Azmin . \
| PERARAKAN KARPAL SESAK LUAR BIASA , GUAN ENG MENGAMUK SALAHKAN POLIS TAK HADIR !! Posted: 21 Apr 2014 05:49 PM PDT Sial punya DAP ....bila Pemimpin DAP mati , Polis nak kena jaga jalan .... Apa jasa Karpal kepada negara ni selain daripada hidupnya menentang Islam , hudud & hina Raja Melayu? Kerajaan DAP sudah ada Polis Guan Eng iaitu SRS yang menjaga sepanjang perarakan ..apa lagi lu mau ?? | |
tunku Posted: 22 Apr 2014 03:47 AM PDT No Trade Pact To Be Signed During Obama Visit, Says Mustapa Posted: 22 Apr 2014 01:50 AM PDT Minister of International Trade and Industry, Datuk Seri Mustapa Mohamed, has indicated that no trade agreement will be signed during US President Barack Obama's visit but a lot of issues will be discussed to strengthen bilateral relationship. He said Obama's visit to Malaysia, the first by a US president since President Lyndon Johnson in 1966, would discuss various issues including economic, defence, education and entrepreneurship. "It's an opportunity for us to share our issues and challenges of concern," he told reporters after officiating the American Malaysian Chamber of Commerce's (AMCHAM) new office here today. Also present were US Ambassador to Malaysia, Joseph Y. Yun and AMCHAM President Sanjeev Nanavati. Yun said Obama visit showcased the strength of the bilateral relationship of Malaysia and the US. He said the visit would enhance mutual cooperation in various fields, such as educational exchanges, diplomacy, regional collaboration and partnership in trade and investment. Meanwhile, Sanjeev said, the visit was significant in many ways as the ties between both countries were improving amid the efforts from the current administration of Prime Minister Najib Tun Razak. "The foundation of the relationship is the investment and trade ties. The visit will help strengthen it and give a further impetus to the foundation," he said. Obama's visit on April 26 to April 28 was part of the US leader's tour to Asia which includes Japan, South Korea and the Philippine. | Who Will Be PKR's New Deputy President? Posted: 21 Apr 2014 05:03 AM PDT While the Parti Keadilan Rakyat (PKR) number one position is seeing an unprecedented husband-wife contest, the party's number two post too is being closely watched. All eyes are on who will be the party's number two, who will work with the president in achieving the party's mission and vision. Looking at the candidate list for the deputy president's post where a number of heavyweights have also joined in the fray, it appears that it will be an uphill battle for incumbent Mohamed Azmin Ali to maintain his position for another term. Mohamed Azmin, the three term vice president since 2001, won the deputy president post in 2010 after defeating Perak PKR Chairman Mustaffa Kamil Ayub. A FOUR-CORNERED FIGHT Other than Mohamed Azmin, the other three contenders who have offered themselves for the post are party Secretary General Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Selangor Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim and Hulu Selangor division member Datuk K. Ramachandran. In fact it would have been a more crowded field if another contender party vice president Tian Chua and former Puchong division chief S. Murali had not withdrawn from the race. Chua and Murali announced on Thursday, the last day for candidates to withdraw, that they are withdrawing from the race. At the crosshairs of politial pundits and observers are Abdul Khalid and Saifuddin who are seen as the formidable opponents for Mohamed Azmin. Local political blogs seem to be more preoccupied with the clash between Mohamed Azmin and Abdul Khalid, seen as a clash between political clout and credibility. Even before the race started talks were rife that both leaders cannot see eye to eye, and this was agreed by PKR's Director for Strategy Rafizi Ramli. "The clash between Mohamed Azmin and Abdul Khalid is an open secret...and this is something unhealthy. It does not help the people," said Rafizi in a press conference on Tuesday. WHO IS REALLY INFLUENTIAL? Looking at the line up, one will then ask who is the most influential of them all? A senior lecturer in political science from Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dungun, Terengganu Che Hamdan Che Mohd Razali views Mohamed Azmin as the one being most influential compared with the other three. Nonetheless, he said, Abdul Khalid's challenge cannot be taken lightly due to his stronghold in Selangor, and being the man largely credited for the success of the PKR-DAP-PAS pact in the state in the 13th General Election. "Azmin is seen influenial within PKR's circles, but Khalid has made a name for himself in Selangor due to his able leadership. The others are minnows who will just split the votes," he said to Bernama. Early this month Saifuddin teamed up with PKR's Vice President Nurul Izzah Anwar and Rafizi, but is reported to face a tough road in the race for the number two position. Saifuddin believes his contributions to the party, even while he was the Machang member of Parliament, will be serve as his report card to be evaluated by party members. Abdul Khalid was reported saying on Wednesday that the trio posed no serious challenge to him and he remained unperturbed. While Mohamed Azmin, who is also the Gombak Member of Parliament had left it to the PKR members to decide on his position. Mohamed Azmin and Saifuddin joined PKR in 1999 while Abdul Khalid came in 2007. CAN AZMIN STAY PUT? Looking at the fact that two deputy president contenders were party strongmen, the question remains whether Mohamed Azmin could defend his position? A lecturer with Universiti Sains Malaysia's Social Science Department Prof Dr Ahmad Atory Hussain predicts the state assemblyman for Bukit Antarabangsa will not be able to defend his seat. This is due to his poor performance and the problems that he created within PKR ranks, he says, adding that the fact that he has fallen out of favour with party president Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail further reduced Azmin's chances. "It is a known fact that, Wan Azizah favours Khalid and this means he has better chances of winning. "I also see that the party's defacto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim is set to throw his support to Saifuddin, making it more difficult for Azmin in maintaining the status quo," he said. Nonetheless, all contenders have their own strengths and strategies and thus it will be interesting to wait and see the outcome of the party's new line-up on May 13. | |
Ohpolitik!™ Posted: 22 Apr 2014 03:46 AM PDT RASULULLAH SAW TUNDUK KETIKA LALU JENAZAH YAHUDI - ANWAR IBRAHIM Posted: 21 Apr 2014 08:39 PM PDT
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas golongan yang mempersoal tindakan memberi penghormatan kepada mendiang Karpal Singh.
Benarkah Rasulullah SAW 'tunduk' ketika lalu jenazah Yahudi seperti yang didakwa Ketua Pembangkang itu atau hanya sekadar omongan Anwar sahaja?
Jawapan: بسم الله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصØبه ومن والاه أما بعد Hadis tersebut adalah sahih, muttafaq alaih. Lafaznya seperti berikut: Sahl bin Hunaif dan Qees bin Saad melaporkan: Sesungguhnya Nabi SAW dilintasi di hadapannya oleh satu jenazah, lalu baginda berdiri. Diberitakan kepada baginda bahawa ia adalah jenazah seorang Yahudi. Lalu baginda bersabda: "Tidakkah ia satu jiwa?". Direkod oleh Bukhari (no: 1250) dan Muslim (no: 961).
- Hadis ini menunjukkan digalakkan berdiri apabila ada jenazah melintasi kita, samada jenazah itu Muslim ataupun kafir. Cuma ada pendapat ulama yang mengatakan ia mansukh. Berdiri karena jenazah • Hadis riwayat Amir bin Rabiah ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: Apabila kalian melihat iringan jenazah, maka berdirilah menghormatinya sampai iringan jenazah itu lewat meninggalkan kalian atau sampai diletakkan dalam kubur. (Shahih Muslim No.1590) • Hadis riwayat Jabir bin Abdullah ra., ia berkata: Ada iringan jenazah lewat, lalu Rasulullah saw. berdiri menghormatinya dan kami ikut berdiri bersama beliau. Kemudian kami berkata: Wahai Rasulullah, jenazah itu adalah jenazah Yahudi. Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya kematian itu menggetarkan, maka jika kalian melihat iringan jenazah, maka berdirilah. (Shahih Muslim No.1593)
Apakah ada di antara rujukan-rujukan di atas, sama dengan dakwaan Anwar Ibrahim?
Dan, apakah ada dakwaan Anwar Ibrahim yang sebenarnya tidak ada dalam rujukan-rujukan di atas?
Apakah ada perkataan 'tunduk' di dalam hadis?? Wallahualam.. Sumber: Dr MiM | DUNIA POLITIK : BIASA POLIS DIMINTA SIASAT, TAPI KINI KERAJAAN DAP PULAU PINANG SIASAT POLIS!! Posted: 21 Apr 2014 06:52 PM PDT
Dunia Politik Sekarang semakin pelik. Biasa kita dengar Polis diminta siasat, tapi kini berhala DAP Pulau Pinang pula nak siasat polis. Kau siapa nak siasat orang? Atas kapasiti apa kau nak siasat orang.
Tidak cukupkah penggunaan Dewan Sri Pinang? Tidak Cukupkah Penghormatan 'State Funeral'? Tidak cukupkah kibaran bendera separuh tiang? Tidak cukupkah penonton bola di Stadium PP dipaksa bertafakur sebelum permainan bermula semasa perlawanan Pulau Pinang menentang PDRM?
Ironinya mana polis ciptaan DAP dan PAS mahupun PKR?
| Bukankah ini Polis DAP? Dimana mereka? |
| Dimana Unit Amal yang sentiasa beramal menjaga trafik dan keamaan semasa ceramah politik Pakatan? |
| #PRKBukitGelugor : SPR Tentukan Tarikh Khamis ini #MalaysiaNews Posted: 21 Apr 2014 06:09 PM PDT
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas untuk membincangkan perkara berkaitan kerusi Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang pada Khamis ini.
Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata SPR menerima makluman rasmi daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat pada 11 pagi ini berhubung kekosongan kerusi Parlimen Bukit Gelugor berikutan kematian penyandangnya, Karpal Singh.
Mesyuarat khas itu akan diadakan di ibu pejabat SPR di Putrajaya dan diikuti sidang media oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, katanya dalam kenyataan hari ini.
Karpal Singh, 74, maut dalam kemalangan pada 1.10 pagi di Km 306.1 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung di Kampar, Perak. Turut terbunuh dalam kemalangan itu ialah pembantu peribadi mendiang, Michael Cornelius.
Pada pilihan raya umum Mei 2013, Karpal Singh menang kerusi itu dengan majoriti 41,778 undi menewaskan calon BN, Teh Beng Yeam.
- Bernama | |
bumiyang Posted: 22 Apr 2014 03:06 AM PDT |
Sahabat-Gunung Posted: 22 Apr 2014 02:07 AM PDT Salam Perpisahan Dari Baihakki Khaizan Posted: 21 Apr 2014 06:34 AM PDT
Kepada sahabat-sahabat penyokong JDT.
Baihakki Khaizan akan berada di Padang Sri Gelam untuk kali terakhir.
Marilah kita bersama dengan beliau bagi memberi beliau semangat sebagai tanda sokongan yang tidak berbelah bagi kepada bekas kapten kita. Farewell.
Tarikh : 24hb April 2014 Venue : Padang Sri Gelam Jam : 8.00 pagi. | |
Aspirasi Bangsa Posted: 22 Apr 2014 01:50 AM PDT |
Taipingmali (tm) Posted: 22 Apr 2014 01:49 AM PDT PKR Kesal Dan Akui Felda Tidak Pernah Jual Minyak Mentah Kepada Israel Posted: 21 Apr 2014 11:33 PM PDT Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menyatakan rasa kesal dan mengakui serta menerima bahawa Felda tidak pernah menghantar minyak atau menjalankan sebarang perniagaan dengan negara Israel atau mana-mana syarikat milik Israel, sebaliknya urusniaga penghantaran minyak mentah tersebut .
Penasihat Undang-Undang UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Felda berkata, ini berikutan penghakiman persetujuan antara plaintif Felda dan defendan iaitu Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution, yang membawa persetujuan yang mana terma-termanya membawa kepada pengakuan kesal PKR, mengakui dan menerima bahawa Felda tidak pernah menghantar minyak mentah kepada Israel sebaliknya ia dihantar kepada Palestin.
"PKR telah menyatakan rasa kesal dengan dua artikel yang ditulis dan dicetak itu yang merujuk kepada Felda. PKR juga mengakui dan menerima bahawa Felda IFFCO Oil Product Sdn Bhd telah pada Mac 2010 mengantar minyak mentah ke Palestin dan bukan Israel serta mengakui bahawa Felda tidak pernah menjual minyak mentah kepada Israel atau mana-mana syarikat milik Israel.
"Untuk makluman, pada tahun 2012 akhbar milik PKR, Suara Keadilan telah mencetak dan menerbitkan dua artikel yang bertajuk Dua Ribu Himpun Bantah Felda Jual Minyak Ke Israel dan BN Jangan Tipu Rakyat pada edisi Suara Keadilan bertarikh 27 November yang menuduh Felda menjual minyak mentah kepada Israel.
"PKR juga telah menarik balik segala imputasi yang telah dibuat dan akan dibuat oleh artikel berhubung perkara tersebut yang telah diterbitkan di dalam Suara Keadilan pada 27 November 2012 yang lalu," jelas beliau kepada UMNO-Online ketika di temui di Mahkamah Jalan Duta di sini hari ini.
Menurut beliau lagi, penghakiman persetujuan ini juga telah direkodkan tanpa apa-apa pengecualian terhadap liabiliti atau kebertanggungjawaban oleh PKR dalam mengeluarkan kenyataan sepertimana yang dikeluarkan di dalam akhbar milik PKR, Suara Keadilan.
Tambahnya, ini adalah selaras sepertimana penjelasan yang diberikan oleh Datuk Ahmad Maslan yang ketika itu merupakan Menteri yang bertanggungjawab menjaga Felda, di mana Felda menghantar minyak mentah untuk kegunaan masyarakat di Palestin dan bukannya Israel sepertimana yang dituduh oleh Suara Keadilan.
"Dengan adanya penghakiman persetujuan hari ini maka ia jelas membuktikan bahawa segala tuduhan terhadap Felda berhubung penjualan minyak kepada Israel hanyalah semata-mata fitnah yang dilakukan pembangkang dan akhbar-akhbar milik pembangkang," tegasnya.
Sementara itu menurut beliau, berhubung saman malu Felda terhadap enam defendan lagi iaitu Mazlan Aliman, Datuk Mustapha Ali, Ahmad Lutfi Osman, Taufik Yahya, Mohamad Arif Atan, Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd, yang mana keenam-enam defendan ini merupakan ahli Pas dan juga pemegang jawatan di dalam parti Pas, penerbit kepada akhbar Harakah,ketua pengarang dan juga pencetak akan tetap diteruskan oleh Felda.
"Dan hakim hari ini juga telah menetapkan tarikh 30 April ini sebagai hari keputusan berhubung saman malu Felda terhadap keenam-enam defendan tersebut.
"Bagimanapun setakat ini Pas dan Harakah masih lagi senyap membisu seribu bahasa dan kita ternyata-tanya apakah kedudukan dan keputusan yang akan mereka ambil disebabkan keputusan penghakiman hari ini, di mana rakan sekutunya PKR telah menyatakan rasa kesal serta mengakui bahawa Felda tidak pernah menjalankan sebarang urus niaga dengan negara Israel atau mana-mana syarikat milik negara tersebut," akhiri beliau. | Hadith Pun Anwar Nak Kelentong Posted: 21 Apr 2014 10:42 PM PDT | Kemenangan calon calon PKR sudah diketahui lebih awal. Posted: 21 Apr 2014 10:13 PM PDT Presiden Parti - Wan Azizah Timbalan Presiden - Saifuddin Nasution Naib Presiden - Nurul Izzah Naib Presiden - Rafizi Ramli Naib Presiden - ? Ketua Wanita PKR - Rodziah Ismail Ketua AMK - Nik Nazmi Rata rata mengetahui bahawa Anwar Ibrahim akan merengkok selama 5 tahun di dalam penjara kerana kesalahan Meliwat. Justeru itu jawatan presiden PKR sekali lagi perlu digalas oleh isterinya iaitu Wan Azizah. Namun percaturan kali ini nampaknya lebih menarik apabila Saifuddin Nasution bakal menang kerusi Timbalan Presiden PKR. Saifuddin Nasution dijangka menewaskan Azmin Ali dengan bantuan Khalid Ibrahim yang mana undi Azmin Ali akan susut dan memberikan kelebihan besar buat Saifuddin Nasution yang terang terangan berkempen dan mendapat restu dari Anwar Ibrahim. Percaturan yang dilakukan Anwar Ibrahim ini adalah kerana mahu menfaatkan kelebihan Saifuddin Nasution yang kita tahu mempunyai hubungan yang amat baik dengan sekutu berpengaruh dari dalam UMNO. Malah Johari Abdul yang merupakan pengerusi Lembaga Disiplin parti PKR juga merupakan sekutu rapat kepada Saifuddin Nasution. Jadi tidak hairanlah kita bila Johari Abdul mengeluarkan kenyataan Azmin Ali dan Saifuddin Nasution bakal berdepan dengan tindakan tatatertib yang mana kita sudah tahu bahawa hanya Azmin Ali seorang sahaja yang akan dikenakan tindakan Tatatertib manakala Saifuddin akan bebas. "Masa depan bersama" yang dibawa oleh team Anwar Ibrahim ini akan tercapai dengan sokongan dari dalam rumah UMNO. Anwar Ibrahim tidak mahu Azmin Ali untuk menerajui PKR kerana beliau tahu Azmin Ali tidak akan membiarkan Legasi keluarga Anwar Ibrahim terus berada di dalam PKR terutama Nurul Izzah. Malah Azmin Ali pasti akan membiarkan Tubuh batang Anwar Ibrahim merengkok di dalam penjara. Saiffudin Nasution harapan besar buat Anwar Ibrahim dan apa yang pasti semua ini telah pun dibincangkan dan diatur lebih awal tanpa kita sedari bahawa komplot untuk memastikan Kem Anwar Ibrahim terus subur. Sebab itu kita dapat lihat Saifuddin Nasution bergerak dalam kempennya bersama sama dengan Anwar Ibrahim, Nurul Izzah dan sokongan dari akar umbi PKR juga memperlihatkan matlamat PKR adalah untuk terus membela Anwar Ibrahim menidakkan kenyataan awal Azmin Ali sebelum ini yang menyatakan PKR bukan parti milik Anwar Ibrahim. Tidak hairanlah pada MAC lalu Saifuddin Nasuttion dan Johari Abdul berkunjung ke rumah sahabat baik mereka yang merupakan pemimpin UMNO yang cukup berpengaruh. Perancangan sudah diatur demi memastikan Anwar Ibrahim terus bebas dan mencapai cita citanya mahu UMNO digulingkan. Fahami slogan "Masa Depan Bersama" | SAHAM AIR RAKYAT SELANGOR? Posted: 21 Apr 2014 05:31 PM PDT Rancangan pemberian saham air kepada rakyat yang diumumkan dalam Manifesto Pakatan Rakyat (PR) pada Mei 2013 akan diteruskan selepas penstrukturan semula industri air selesai sepenuhnya.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata hasrat itu diyakini akan dapat dipenuhi kerajaan negeri, namun tiada sebarang jangka masa ditetapkan untuk pelaksanakannya.
"Sudah dapat baru kita umumkan kerana Kerajaan Negeri sudah berjanji pada Mei tahun lalu iaitu selepas selesai penstrukturan air, kamu akan kenalkan saham air kepada rakyat.
"Tetapi tiada tempoh masa ditetapkan kerana kerajaan negeri perlu pastikan penstrukturan air ini selesai terlebih dahulu," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Temasya Seni Silat, Senjata dan Warisan Melayu Selangor di Dataran Kemerdekaan, di sini.
Dalam pada itu, Abdul Khalid turut memaklumkan perjanjian untuk menyusun semula industri air di Selangor adalah terikat dan tidak boleh dibatalkan kerana kedua-dua kerajaan pusat dan negeri komited untuk melaksanakannya.
Katanya perjanjian itu dengan jelas menyatakan kerjasama antara kerajaan pusat dan negeri dengan Selangor mesti melaksanakan apa yang dijanjikan dalam memorandum persefahaman (MoU) untuk meluluskan projek loji rawatan air Langat 2.
Pada masa yang sama, katanya kerajaan persekutuan memberi Kerajaan Selangor kuasa untuk mengambil alih pengurusan merawat dan membekalkan air kepada lebih tujuh juta penduduk di Lembah Klang dan Putrajaya.
"Kerajaan Negeri mewakili rakyat Selangor dan keputusan ini dilakukan untuk 'value for money'.
"Kita ingn memastikan loji rawatan air itu dibina dengan sebaiknya kerana kita memerlukan itu tetapi ia perlu dilakukan dengan pemahaman bahawa kita mendapat harga, teknologi dan cara terbaik," katanya lagi. | |
Belantan Posted: 21 Apr 2014 11:56 PM PDT Adakah Anwar jadi rujukan Dinasti Lim untuk menyatakan pendirian mengenai hudud? Posted: 21 Apr 2014 07:02 PM PDT Selepas ketiadaan bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh, tumpuan kini beralih kepada siapa di dalam parti itu yang akan menentang pelaksanaan hukum hudud Pas. Umum mengetahui selama ini hanya Karpal yang begitu lantang bersuara membantah cadangan Pas itu. Sebagai seorang ahli politik yang mempunyai prinsip sendiri, Karpal tidak bermuka-muka dalam menyatakan pendiriannya meskipun mengetahui kesannya terhadap kesepakatan dalam pembangkang. Keberanian serupa tidak mungkin dapat dilihat daripada mana-mana pemimpin DAP termasuk penasihatnya, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung parti itu yang belum disahkan, Lim Guan Eng. Di sebalik pelbagai desakan banyak pihak supaya Dinasti Lim itu menyatakan pendirian, mereka sebaliknya selesa memilih untuk membisu. Pilihan itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana dalam isu besar dan kontroversi seperti hudud, berdiam diri adalah lebih baik daripada bersuara yang boleh menyebabkan mereka hilang sokongan. Adalah mustahil untuk mereka mendedahkan diri kepada sesuatu yang tidak menguntungkan meskipun tindakan itu mungkin dilihat seolah-olah mempermainkan ahli-ahli parti sendiri. Nampaknya untuk tempoh lebih lama, ahli-ahli DAP tidak mungkin akan mengetahui secara rasmi pendirian Dinasti Lim berhubung hasrat pelaksanaan hukum hudud Pas. Ahli-ahli DAP ketika ini hanya boleh bergantung kepada ketegasan Karpal dalam menolak hukum itu yang perlu terus dihidupkan di sebalik kehilangan ahli politik berkenaan.
Bagi Pas pula, ketiadaan Karpal meskipun satu kehilangan besar rakan sekutu tetapi mengurangkan tekanan terhadap hasrat melaksanakan hukum Allah SWT itu. Hilangnya suara lantang Karpal yang menentang hasrat Pas itu turut membawa maksud hilangnya imej buruk kepada kesepakatan dalam pembangkang. Pas tidak perlu gusar dengan Dinasti Lim kerana sangat menyedari baik Guan Eng mahupun Kit Siang tidak akan bersuara kerana bimbang hilang sokongan ahli-ahli parti itu. Malah, pengaruh Dinasti Lim dalam isu hukum hudud ini boleh dikatakan langsung tidak ada kerana dalam kalangan ahli Pas terutama di Pulau Pinang, rata-ratanya sangat yakin Guan Eng dan Kit Siang tidak akan menghalang. Tidak dapat dipastikan sama ada keyakinan itu datangnya daripada jaminan yang diberikan Dinasti Lim sendiri atau menerusi pemimpin-pemimpin Pas. Tetapi inilah yang dipegang mereka iaitu Dinasti Lim sebenarnya bersama-sama Pas dalam pelaksanaan hukum hudud. Namun, dalam meyakini perkara itu, mereka juga berasa hairan kerana sehingga kini Dinasti Lim tidak pernah menyatakan pendirian rasmi. Lebih menghairankan mereka apabila dalam kalangan ahli DAP pula mendakwa Dinasti Lim tidak pernah bersetuju dengan hasrat Pas itu. Apatah lagi ketika ini kesemua 38 Ahli Parlimen DAP termasuk yang beragama Islam dikatakan tidak akan menyokong sebarang usul rang undang-undang persendirian berkaitan hudud yang akan dibentangkan Pas di Dewan Rakyat kelak. Adakah Dinasti Lim tidak bersama-sama dengan Ahli-ahli Parlimen daripada partinya sendiri? Perkara ini mencetuskan tanda tanya besar mengenai kejujuran Guan Eng dan Kit Siang terhadap kesepakatan dalam pakatan pembangkang. Bagaimana mungkin dua pemimpin utama parti itu boleh didakwa bersetuju dengan hasrat Pas melaksana hukum hudud tetapi dalam masa sama tidak menghalang hasrat 38 Ahli Parlimen partinya menentang di Parlimen kelak? Siapa yang sedang dipermainkan Guan Eng dan Kit Siang ketika ini? Ahli-ahli Pas dan DAP berhak bertanya perkara ini kerana Dinasti Lim tidak boleh bersetuju dalam dua perkara yang jelas bertentangan. Persoalannya, adakah Guan Eng dan Kit Siang mempunyai keberanian untuk menyatakan pendirian mereka. Jika berani, siapa yang mereka akan pilih untuk dikhianati? Suara Politik Belantan | MH192 : Tayar pecah punca patah balik? Posted: 21 Apr 2014 12:20 PM PDT Beginilah keadaan tayar pada gear pendaratan utama sebelah kanan pesawat MH192 yang pecah, semalam yang mengakibatkan juruterbang terpaksa membuat pendaratan cemas di KLIA. Pesawat Malaysia Airlines (MAS), MH192 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Bangalore, India terpaksa membuat pendaratan cemas di sini pagi tadi selepas salah sebuah daripada tayar pada gear pendaratan utama sebelah kanannya pecah semasa berlepas. Pesawat jenis B737-800 yang dijadualkan tiba pada pukul 11.35 malam semalam di Bangalore itu terpaksa berpatah balik ke KLIA selepas dimaklumkan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (ATC) bahawa terdapat serpihan tayar ditemui di landasan. MAS dalam kenyataannya berkata, pusat kawalan trafik dengan segera menghubungi Pusat Kawalan Operasi (OCC) MAS pada 10.25 malam, kira-kira 16 minit setelah pesawat itu berlepas bagi memaklumkan kerosakan yang berlaku. "Pesawat ini yang berlepas dari KLIA ke Bangalore pada pukul 10.09 malam semalam, selamat mendarat semula di lapangan terbang yang sama pada pukul 1.56 pagi tadi, membawa 159 penumpang dan tujuh krew pesawat. "Pesawat ini terpaksa berpatah balik selepas pihak ATC memaklumkan terdapat serpihan tayar di landasan dan dengan segera OCC dimaklumkan berhubung keadaan itu. Berikutan keselamatan penumpang menjadi keutamaan pihak MAS, pesawat ini diarahkan untuk berpatah balik," kata kenyataan itu. Menurut kenyataan itu lagi, semua penumpang dan krew pesawat selamat serta tidak mengalami sebarang kecederaan. Semua penumpang kemudian telah dibawa ke hotel berdekatan sebelum menaiki pesawat berikutnya dari KLIA ke Bangalore pada pukul 3.30 petang hari ini. Dalam pada itu, jelas kenyataan tersebut, sebaik sahaja pesawat itu diarahkan berpatah balik, Unit Menyelamat Kebakaran Lapangan Terbang (AFRS) telah dikerahkan bagi langkah berjaga-jaga. "Pihak MAS memohon maaf terhadap kesulitan yang dihadapi oleh penumpang pesawat ini. "Semua penumpang telah dibawa ke tempat penginapan berdekatan sementara menunggu penerbangan MH192 yang dijadualkan semula untuk berlepas dari KLIA pada pukul 3.30 petang ini dan dijangka tiba pukul 5 petang pada hari sama," katanya. Pesawat itu diterbangkan oleh juruterbang, Kapten Nor Adam Azmi bersama pembantu juruterbang, Prakash Kumar. Sementara itu, Siasat segala kemungkinan - Hishammuddin!Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta menyiasat segera sebarang kemungkinan termasuk berlakunya unsur sabotaj dalam kejadian yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) sejak kebelakangan ini termasuk yang terbaharu melibatkan MH192 yang terpaksa berpatah balik ketika dalam perjalanan ke Bangalore, India, awal pagi ini.
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perkara itu perlu dilihat dari pelbagai sudut termasuk segala kemungkinan yang timbul berhubung kejadian yang menimpa MAS termasuklah kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac lalu ketika dalam perjalanan ke Beijing, China. "Biarpun MAS di bawah Khazanah Nasional, namun pihak kami mahukan satu laporan lengkap disediakan secepat mungkin. Ini kerana sudah banyak insiden menimpa MAS termasuk kes kehilangan MH370 dan laporan itu perlu diserahkan kepada kementerian ini dan Kabinet pada Rabu ini," katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini awal pagi ini selepas menemui krew dan penumpang pesawat MH192. Yang turut hadir, Pengarah Urusan Malaysia Airports, Tan Sri Bashir Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya. Hishammuddin memuji kecekapan juruterbang MH192, Nor Adam Azmi Abdul Razak, melaksanakan tugasnya dengan profesional dalam memastikan kesemua 166 penumpang dan anak kapal selamat, semasa mendarat cemas. "Walaupun keletihan, para penumpang sempat meluahkan rasa kagum mereka terhadap kecekapan juruterbang sehingga berjaya mendaratkan pesawat dan kesemua penumpang terselamat. Perkara ini diluahkan semasa saya berjumpa dengan mereka dan mereka amat berterima kasih kepada juruterbang pesawat itu,'' katanya. Nor Adam Azmi dan pembantu juruterbang, Prakash Kumar bagaimanapun enggan ditemu bual pemberita dan meninggalkan tempat itu bersama Hishammuddin. Nor Adam dilihat tersenyum ketika Hishammuddin memakaikan topi juruterbang ke kepalanya sebagai tanda penghargaan. Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan menyiasat segala kemungkinan termasuk unsur sabotaj seperti yang dimahukan oleh Hishammuddin. "Kita akan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk menyiasat perkara ini," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis perasmian Persidangan Tahunan Interpa di Kuala Lumpur, hari ini.- UMOSuara Politik Belantan | Raja Bomoh buat hal lagi! Posted: 21 Apr 2014 12:06 AM PDT Biarpun sudah ditegur pihak berkuasa, Raja Bomoh, Ibrahim Mat Zin, masih lagi menjadi tumpuan berita. Baru-baru ini beliau dilihat membuat upacara "pembersihan" di sekitar lebuh raya KM306.1 di Lebuh raya Utara-Selatan. Lebuh raya tersebut mendapat perhatian kerana MP Bukit Gelugor, mendiang Karpal Singh telah meninggal dunia dalam sebuah kemalangan di jalan raya tersebut. Malaysian Insider laporkan bahawa Ibrahim membuat upacara pembersihan untuk membuang roh-roh dari kawasan tersebut. Menurut laporan tersebut, Ibrahim menyatakan bahawa kawasan Gua Tempurung tersebut terkenal dengan kawasan gangguan roh. Pengguna media sosial telah mengutuk tindakan Ibrahim dan ramai yang menyuruh pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap beliau. Suara Politik Belantan | |
oyabun Posted: 21 Apr 2014 11:47 PM PDT AMARAN DARI TIAN CHUA : Dr. Mahathir Dah Tumbang, Kini Giliran Najib...!!! KDN Nak Berpeluk Tubuh Lagi Ke? Posted: 21 Apr 2014 12:20 AM PDT Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang mengulangi pendiriannya untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan sekali lagi. Beliau yakin majoriti rakyat Malaysia akan turut sama memberikan tentangan serupa seperti reformasi pada 1998. "Pada 14 April lalu, saya ditahan polis dan telefon bimbit saya dirampas kerana kononnya saya terlibat dalam aktiviti menghasut rakyat untuk menjatuhkan Najib sebagai perdana menteri. "Saya ingin ulangi pendirian saya sekali lagi. Saya yakin majoriti rakyat akan bersama saya. Kalau berani perdana menteri Najib penjarakan Anwar, kita akan bangkit, jatuhkan Najib," katanya di hadapan kira-kira 1,500 hadirin dalam himpunan Reformasi 2.0 di Kuala Lumpur, malam tadi. Chua yang juga lebih dikenali sebagai Tian Chua menulis di Twitter @tianchua pada bulan lalu Najib akan digulingkan dalam tempoh lima bulan. Susulan daripada tulisan itu, polis merampas tablet dan telefon bimbit milik Chua ketika beliau sedang menyertai satu mesyuarat di Hotel Armada, Petaling Jaya. Katanya, operasi pada jam 7.30 petang itu dijalankan di hadapan umum oleh sepasukan polis berpakaian preman yang membawa waran geledah. Chua berkata, pada zaman pemerintahan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, rakyat membuktikannya sendiri dan sejarah itu perlu diingati. "Kita pernah menunjukkan rekod kita. Saya disumbat di dalam (Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), di Kamunting selama dua tahun tetapi Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), gas pemedih mata, kekerasan dan penindasan tidak akan dapat menahan kebangkitan rakyat. "Dengan kebangkitan rakyat ini, Dr Mahathir juga tumbang dan inilah hakikat yang kita ingin ingati. Kita akan pertahan dan bangkitkan untuk jatuhkan Najib kalau berani penjarakan Anwar," katanya. Sementara itu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli memberi gesaan sama anak muda akan bangkit menentang kezaliman. Katanya, himpunan menentang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 Mei ini bakal menjadi saksi gelombang kebangkitan anak muda. "Amaran saya kepada Najib dan Mahathir. Kalau kamu berani penjarakan Anwar sekali lagi, percayalah cakap saya bukan seratus, bukan seribu, berpuluh-puluh ribu anak muda akan lawan sampai Umno tumbang. "Bersiap sedia tunggu arahan. 1 Mei kita jumpa di jalan raya. Bila-bila masa, mereka berani penjarakan Anwar, kita turun ramai-ramai tumbangkan Umno dan Barisan Nasional (BN). Insya Allah," katanya. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengumumkan awal bulan ini, Pakatan Rakyat (PR) akan turut serta dalam himpunan membantah GST 1 Mei ini dan memberi sokongan kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang menganjurkannya. Katanya, ratusan ribu orang akan menyertai himpunan kemuncak ini setelah rakyat saban hari terus dibebani dengan kenaikan harga barang berterusan dengan GST yang akan diperkenalkan pada tahun depan. "Himpunan ini akan berlangsung di sekitar Kuala Lumpur antara jam 2 hingga 5 petang dan kemudian bergerak ke Dataran Merdeka," katanya. Wasabi Oyabun.. | |
The Unspinners Posted: 21 Apr 2014 11:33 PM PDT Rumah Anwar buat tahlil malam Jumaat untuk si kafir harbi Karpal? Posted: 21 Apr 2014 10:53 PM PDT Depa punya sembah macam Karpal Singh tu pejuang Islam... | Ali Tinju nak lompat ke Pakatan? Perjuangan mak dia!!! Kaki duit ... Posted: 21 Apr 2014 02:00 AM PDT Orang macam Ali Tinju begini yang kuat mengampu dan menjilat hanya membuat orang menyampah. Asal ada orang memberi teguran baik untuk kerajaan dia nak pertahankan dan hentam sembrono..Atas ni cium sampai berbongkok mencium Datin Seri Rosmah. INi bukan membantu tapi menjahanamkan UMNO. Ketika UMNO leih terbukka pada pandangan dan teguran, ada pulak nak tahan orang dari bersuara. Bersalam cara begini hanya mengekalkan budaya feudel dalam UMNO yang orang muda dah meluat. Rosmah cukup pandai dan bbijak untuk tahu dia pengampu tapi lain kali harap tarik tangan cepat-cepat. Harap Rosmah korek cerita ALi Tinju dalam blog askar setia ... tahulah betapa ngarut mamat bekas askar ini sebenarnya. Dengarnya Ali Tinju ini pembodek belaan seorang ahli dalam PMO yang kalah PRU tai kononnya pakar strategi. Betul ke? Sangat tak bijak kerana khabar terkini ALi Tinju dan persatuannya mahu mengugut duit untuk ke Pakatan Rakyat pula. Khabarnya Selangor banyak duit... | |
Dialog Dewasa Kritik Berasa Posted: 21 Apr 2014 11:31 PM PDT DONG ZONG BERPECAH DUA Posted: 21 Apr 2014 09:06 PM PDT
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Dong Zong (Gabungan Jawatankuasa Persatuan Sekolah Cina ) iaitu Bock Tai Hee berkata , kepimpinan organisasi telah berpecah kepada Pasukan A dan Pasukan B , dengan setiap perancangan untuk berpindah kepada undi tidak percaya di pihak yang lain dalam persidangan 11 Mei.
Menurut Bock, berita dalaman mengenai Dong Zong berpecah adalah mendukacitakan dan mahu Presiden Yap Sin Tian membuktikan ia salah seperti ' Saya mahu perpaduan di dalam pergerakan pendidikan Cina dikekalkan '
Bercakap pada forum " Cabaran yang dihadapi Pendidikan Cina ", di segamat, Johor, pada sabtu malam, Bock menegaskan bahawa apa yang masyarakat Cina mahu adalah penyatuan Dong Zong dan tidak salah satu yang berlaku pertikaian seperti sebuah parti politik.
Pendidik Cina yang telah berkhidmat dengan Dong Zong untuk tiga dekad sejak 1981, yang namanya enggan didedahkan mengetuai pasukan B tetapi beliau bercakap dia masih mengambil berat mengenai organisasi.
Beliau menegaskan bahawa dalam tempoh sepuluh tahun sejak Yap mengambil alih tampuk pentadbiran, Dong Zong didapati dijauhkan oleh pertubuhan – pertubuhan Cina lain seperti Jiao Zong, (Jiao Zong (Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina) dan Gabungan Persatuan Alumni Sekolah Cina Malaysia, dan Kuala Lumpur dan Dewan Perhimpunan Cina Selangor.
Beliau berkata selain membawa perjuangan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh pendidikan Cina, Dong Zong perlu bekerja keras untuk mendapat penerimaan dan sokongan lebih ramai orang Melayu dan India " Seperti sekolah –sekolah Cina bukan untuk cina sahaja tetapi untuk Negara dan semua rakyat."
Sementara itu, Yap berkata beliau tidak mengetahui tentang sebarang perpecahan dalam organisasi tetapi akan melihat kepada dakwaan tersebut.
Setiausaha Agong Dong Zong, Poh Chin Chuan menolak bercakap mengenai perpecahan, mengatakan wujudnya perbezaan dalam kepimpinan adalah normal.
Menurut Nanyang Siang Pau , saingan Yap merancang untuk berpindah undi tidak percaya terhadap beliau dan Timbalannya Chow Siew Hon pada mesyuarat akan datang, manakala pemimpin sejajar dengan Yap dan Chow akan cuba untuk membuang Poh dan beberapa orang lain yang memegang jawatan penting. | #tolakgst: BILA TAK TAHU GST, SALAHKAN KERAJAAN ! Posted: 21 Apr 2014 08:43 PM PDT Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan mula diperkenalkan mulai 1 April 2015 berdasarkan pembentangan bajet 2014 oleh YAB Perdana Menteri. Rang Undang-Undang Cukai Barang dan Perkhidmatan telah diluluskan Dewan Rakyat pada 7 April lalu. Sebelum itu Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010 pun telah diluluskan Dewan Rakyat.
Ramai yang dikelirukan dengan fitnah dan tohmahan pihak yang tidak faham lagi tidak bertanggungjawab mengenai GST kononnya GST adalah cukai baru yang akan menyebabkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan secara mendadak sekaligus mengakibatkan peningkatan kos sara hidup rakyat.
Tuduhan liar mengenai GST disebabkan apabila orang yang tak faham dan orang yang selalu buat perkara tak betul dalam perniagaan bersama-sama menentang perlaksanaan GST. Mereka dibantu pula oleh para politikus yang berkepentingan dan rasa terancam dengan pelbagai program ekonomi kerajaan.
Puak-puak ini lebih suka jika negara mundur dan rakyat hidup susah. Kerana disebalik kesusahan rakyat itulah mereka dapat cari pengaruh dan populariti. Kerana dengan cara menghasut dan membohongi rakyat mereka dapat sumber rezeki menjadi YB atau memegang apa-apa jawatan dalam NGO's.
Jadi apa yang baiknya GST ini? - Pengenalan GST sebagai instrumen cukai baru akan menyebabkan Akta-Akta seperti Cukai Jualan 1972 (Akta 64) dan Cukai Perkhidmatan 1975 ( Akta 151) yang dikuatkuasakan oleh pihak Kastam Diraja Malaysia (KDRM) selama ini dimansuhkan sama sekali mulai 1 April 2015.
- Cukai Jualan 10% dan Cukai Perkhidmatan 6% dimansuhkan dan digantikan dengan GST 6% sahaja berkuatkuasa 1 April 2015.
- Untuk mengelak penipuan dan manipulasi harga oleh golongan pengilang, pemborong, peruncit dan peniaga maka Akta Kawalan Harga dan Pencatutan 2010 akan dikuatkuasakan secara tegas.
Cukai Jualan 10% wajib dibayar pada kerajaan. Untuk menampung kos hasil bayaran cukai tersebut maka pihak pengimport atau pengilang menerapkan kos tersebut ke dalam harga barangan yang dikeluarkan. Barang yang dijual sudah tentu mahal sedikit bagi pihak pengilang menampung kembali kos cukai jualan yang mereka telah bayar pada kerajaan sebelumnya. Cukai jualan ini sebenarnya dibayar oleh para pengguna tanpa mereka sedari.
Begitu juga dengan Cukai Perkhidmatan 6% dikenakan ke atas pengguna di atas perkhidmatan dan layanan diberikan oleh premis-premis seperti hotel (yang lebih 25 bilik), outlet restoran, insuran, telekomunikasi, khidmat profesional akauntan, peguam, jurutera, arkitek, konsultan dan sebagainya. Cukai perkhidmatan ini jelas tertera dalam setiap resit atau bil yang boleh dilihat dan disedari pengguna atau pelanggan.
Hakikatnya, setiap rakyat Malaysia membayar cukai yang lebih tinggi (16%) dalam sistem sedia ada (Sales and Services Tax-SST). Kerajaan melihat sistem percukaian ini tidak adil, menekan rakyat dan terdedah kepada ketirisan, penyelewengan dan pelarian cukai-cukai yang sering dilakukan oleh golongan peniaga yang tidak jujur. Yang inilah amat ditakuti oleh peniaga-peniaga lintah darat, sering menipu akaun, pengamal money laundering yang selalu menekan rakyat menaikkan harga barang sesuka hati lepas tu salahkan kerajaan pulak.
Apa kebaikan GST ? - GST berupaya mengelakkan masalah dua cukai bertindih iaitu Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan. Dengan GST hanya satu cukai sahaja dikenakan. Ini akan menjadikan harga barang lebih murah. Pengguna boleh buat perbandingan harga sebelum dan selepas GST. Jika ada peniaga yang tipu kita boleh dilaporkan pada pihak berkuasa untuk tindakan, komplen dalam media sosial dan boikot premis tersebut.
- Beberapa barangan asas pengguna langsung tak kena GST (0%). Ini termasuklah beras, gula, garam, tepung, minyak masak selain dari pembelian dan penyewaan rumah kediaman, jual beli tanah pertanian, pendidikan, pengangkutan awam, perkhidmatan kesihatan, kewangan, caj lebuh raya serta perkhidmatan awam.
Mana ada kerajaan tergesa-gesa laksanakan GST! Bahkan sejak tahun 1985 - 1997 lagi kerajaan telah mengkaji GST ini. Menteri Kewangan ketika itu; Tun Daim Zainuddin diikuti Datuk Seri Anwar Ibrahim turut bersetuju untuk melaksanakan GST.
Dalam Bajet 2005, kerajaan telah mengumumkan cadangan perlaksannan GST namun ia ditangguhkan dan sebuah Panel Penilai Cukai (Tax Review Panel) ditubuhkan untuk mengkaji contoh perlaksanaan GST di luar negara, antaranya; - Goods and Services Tax 1985 (New Zealand)
- Value Added Tax 1994 (United Kingdom)
- Goods and Services Tax 1991 (Canada)
- Value Added Tax Act 1992 (Thailand)
Hasil kajian ini mendapati GST akan menjana ekonomi negara dengan meningkatkan nilai eksport sebanyak 0.5% disebabkan harga barangan eksport akan jadi kompetitif dan murah. Kadar keluaran negara kasar (KDNK) dijangka meningkat sekitar 0.3%.
Dengan GST juga pendapatan negara akan meningkat RM27 bilion setahun berbanding sekitar RM16-18 bilion sahaja ketika ini. Hasil percukaian ini boleh disalurkan kembali oleh kerajaan melalui pelbagai projek pembangunan yang menyediakan pelbagai peluang pekerjaan, subsidi pendidikan, pertanian dan bahan makanan juga boleh ditambah.
Malah kerajaan juga berjanji akan meningkatkan lagi pemberian BR1M kepada golongan sasar setiap tahun. Bahkan seiring dengan pengenalan GST, kerajaan juga akan memperuntukkan setiap golongan sasar bantuan BR1M tambahan RM300.00 yang akan diberikan secara one-off kepada penerima BR1M.
Lebih menarik lagi, kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan di antara 1-3% lagi. Hasilnya pendapatan boleh guna individu akan meningkat dan dijangka seramai 300,000 orang tidak perlu lagi membayar cukai. Pendapatan dari pungutan cukai GST akan dikembalikan semula kepada rakyat melalui pelbagai bantuan sosial antaranya BR1M, biasiswa dan subsidi pendidikan, bantuan baja, subsidi makanan dan sebagainya.
Kemiskinan akan dikurangkan dan kebajikan rakyat terus terjaga. Bukankah ini rahmat yang Allah Taala akan kurniakan jika kita cekap urus ekonomi? Jadi tang mana yang dikatakan GST itu akan membebankan rakyat dan mengkayakan kroni?
Apa lagi kebaikan GST?; - GST mampu mendidik rakyat merancang dan mengawal perbelanjaan harian mereka. Dengan adanya insentif pengurangan cukai individu dan penambahan pendapatan, mereka boleh lebih banyak menabung. Yang jadi masalahnya apabila kita kurang menabung, membazir dan berbelanja tidak mengikut keperluan.
- Peniaga industri kecil dan sederhana (IKS) yang mempunyai pendapatan atau hasil jualan tahunan kurang RM500,000 setahun dikecualikan daripada mendaftar sebagai syarikat berdaftar GST. Mereka tidak perlu mengutip dan membayar GST. Ini membolehkan mereka berdaya saing dengan syarikat-syarikat multinasional.
Negara kita dah nak capai status negara maju, jadi perlulah kita berubah dan mengikuti trend ekonomi semasa. Amat mustahil untuk sesebuah kerajaan yang bertanggungjawab menganiaya rakyatnya dengan memperkenalkan GST. Sudah 29 tahun kita mengkaji GST dari pelbagai negara, maka kini kita telah bersedia melaksanakannya pada 1 April 2015 akan datang.
Kepada pihak pembangkang, jika kerajaan dituduh kononnya ada agenda tersembunyi memperkenalkan GST, maka apakah kalian tiada agenda tersembunyi menentang GST?
Yang nak himpun ramai-ramai 1 Mei nanti menentang GST buat apa? Lebih baik pergi bercuti bersama keluarga mengeratkan silaturahim dari berhimpun terpekik terlolong dosa dapat, panas pun dapat. Ingatlah yang menghasut supaya berhimpun ramai-ramai tu pun golongan sosialis-komunis yang anti agama, anti ekonomi dan anti keamanan, maka wajarlah kita tolak golongan perosak ini.
Fahami GST, Cintai GST...Nikmat GST Dikongsi Bersama...Syukur pada Tuhan, Terima Kasih Pada Kerajaan.
| ANWAR MOHON MAAF KEPADA NAJIB, APA SUDAH JADI? Posted: 21 Apr 2014 06:22 AM PDT Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini yang Ketua Umumnya Anwar Ibrahim, menyatakan rasa kesal dan menarik balik tuduhan parti itu sebelum ini yang mendakwa FELDA yang berada di bawah pentadbiran DS Najib pernah menghantar minyak atau menjalankan sebarang perniagaan dengan negara Israel atau mana-mana syarikat milik Israel. "PKR telah menyatakan rasa kesal dengan dua artikel yang ditulis dan dicetak itu yang merujuk kepada Felda. PKR juga mengakui dan menerima bahawa Felda IFFCO Oil Product Sdn Bhd telah pada Mac 2010 mengantar minyak mentah ke Palestin dan bukan Israel serta mengakui bahawa Felda tidak pernah menjual minyak mentah kepada Israel atau mana-mana syarikat milik Israel. "Untuk makluman, pada tahun 2012 akhbar milik PKR, Suara Keadilan telah mencetak dan menerbitkan dua artikel yang bertajuk 'Dua Ribu Himpun Bantah Felda Jual Minyak Ke Israel dan BN Jangan Tipu Rakyat' pada edisi Suara Keadilan bertarikh 27 November yang menuduh Felda menjual minyak mentah kepada Israel. "PKR juga telah menarik balik segala imputasi yang telah dibuat dan akan dibuat oleh artikel berhubung perkara tersebut yang telah diterbitkan di dalam Suara Keadilan pada 27 November 2012 yang lalu," kata Penasihat Undang-Undang UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun kepada UMNO-Online hari ini. Mohd Hafarizam, peguam yang mewakili FELDA berkata penghakiman persetujuan telah dicapai di antara FELDA dan pihak PKR yang diwakili Setiausaha Agung parti itu, Datuk Saifuddin Nasution, yang bersetuju dengan terma-termanya, membawa kepada pengakuan kesal PKR, mengakui dan menerima bahawa Felda tidak pernah menghantar minyak mentah kepada Israel sebaliknya ia dihantar kepada Palestin. "Dengan adanya penghakiman persetujuan hari ini maka ia jelas membuktikan bahawa segala tuduhan terhadap Felda berhubung penjualan minyak kepada Israel hanyalah semata-mata fitnah yang dilakukan pembangkang dan akhbar-akhbar milik pembangkang," tegasnya. Namun begitu, Mohd Hafarizam menambah saman malu FELDA terhadap enam lagi defendan iaitu Mazlan Aliman, Datuk Mustapha Ali, Ahmad Lutfi Osman, Taufik Yahya, Mohamad Arif Atan, Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd, yang mana keenam-enam defendan ini merupakan ahli Pas dan juga pemegang jawatan di dalam parti Pas, penerbit kepada akhbar Harakah,ketua pengarang dan juga pencetak akan tetap diteruskan. "Dan hakim hari ini juga telah menetapkan tarikh 30 April ini sebagai hari keputusan berhubung saman malu FELDA terhadap keenam-enam defendan tersebut. "Bagimanapun setakat ini PAS dan Harakah masih lagi senyap membisu seribu bahasa dan kita ternyata-tanya apakah kedudukan dan keputusan yang akan mereka ambil disebabkan keputusan penghakiman hari ini, di mana rakan sekutunya PKR telah menyatakan rasa kesal serta mengakui bahawa FELDA tidak pernah menjalankan sebarang urus niaga dengan negara Israel atau mana-mana syarikat milik negara tersebut," katanya. Pada Disember 2012, Berita Harian melaporkan Presiden Persatuan Anak Peneroka FELDA (ANAK), Mazlan Aliman, akhbar Harakah dan Suara Keadilan diberi tempoh 14 hari untuk menarik balik kenyataan fitnah terhadap FELDA, yang dituduh menjual minyak sawit kepada Israel. Pengerusi FELDA Tan Sri Mohd Isa Samad, berkata notis tuntutan berkenaan sudah dihantar kepada pihak terbabit menerusi peguam Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak. Beliau berkata, tindakan sama juga diambil terhadap PKR yang bertanggungjawab menerbitkan Suara Keadilan. "Tuduhan fitnah ini menjatuhkan imej FELDA sebagai konglomerat antarabangsa. Jika mereka gagal berbuat demikian, FELDA akan mengarahkan peguam meneruskan tindakan undang-undang terhadap mereka selepas tamat tempoh 14 hari yang diberikan ini," katanya. Isa merujuk kepada laporan muka depan akhbar Suara Keadilan pada 27 November 2012 yang bertajuk 'Najib Mesra Israel' dan muka depan akhbar Harakah milik PAS, bertajuk 'Minyak Sawit Jual Ke Israel' diterbitkan pada 26 hingga 29 November 2012. Selain ganti rugi, Mohamad dan Mustafa juga diarahkan membayar kos sebanyak RM50,000 kepada Wan Ahmad. Wan Ahmad sebelum ini memfailkan saman fitnah terhadap Mohamad dan Mustafa kerana merujuk beliau sebagai dalang konspirasi memberikan kad pengenalan untuk membolehkan Barisan Nasional (BN) menang pilihan raya di Sabah. Dalam pernyataan tuntutan yang difailkan pada 5 Mac, Wan Ahmad telah menamakan Mat Sabu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, pencetak Harakah Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd, ketua editornya Ahmad Lutfi Othman dan penulis yang Aziz Muda sebagai defendan. Tajuk : (Anwar( merujuk kepada (PKR) diketuainya. (Najib) merujuk kepada (FELDA) yang dibawah pentadbirannya. | |
Ustaz Moden's Weblog Posted: 21 Apr 2014 11:16 PM PDT |
Panglima Perang Cyber Posted: 21 Apr 2014 11:11 PM PDT Artikel Menarik : Masih kebalkah UMNO? Di Utusan Malaysia @UMonline @Umnoonline Posted: 21 Apr 2014 06:07 PM PDT Jarang ada yang berani memberi pandangan jujur kecuali orang yang jujur. Kadangkala ada mahu menegur namun tanpa adab menegur yang betul jadilah teguran mengundang kebencian bukan kasih sayang.
Bacalah kupasan ini yang mungkin tidak manis namun perlu ditelan demi masa depan perjuangan.
Masih kebalkah UMNO?Oleh AHMAD FARIS ABDUL HALIM
SENARIO politik negara kini berbeza berbanding dengan 20 dan 30 tahun lepas. Hal ini lebih jelas terutama pasca krisis 1998. UMNO mesti berubah. Orang UMNO, khususnya pemimpin mereka di semua peringkat mesti berubah.Tidak boleh lagi ambil mudah dengan apa yang telah, sedang dan yang akan berlaku. Dalam erti kata lain, "Can't take for granted".Sekarang, rakyat semakin celik politik dan tidak menerima bulat-bulat apa yang pemimpin kerajaan atau menteri perkatakan. Mereka semakin pandai menilai mana yang betul dan sebaliknya. Kalau dahulu, orang Melayu khususnya, dengan mudah menerima apa sahaja yang diperkatakan pemimpin UMNO, kini kelihatannya tidak lagi.Kawasan pengundi yang majoritinya didiami orang Melayu bukan lagi boleh dianggap sebagai fixed deposit untuk kerusi-kerusi UMNO.Realitinya, UMNO suka atau tidak, harus menempuh cabaran yang mendatang.Dari satu sisi, pengundi muda Melayu semakin ramai yang cerdik pandai. Mereka lebih kritikal dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan dan membuat perbandingan dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan di negara lain.Pengundi muda masa kini lebih terbuka. Ini kerana mereka telah menerima pendidikan di luar negara yang secara umum suasananya lebih terbuka dan telah terdedah dengan cara pentadbiran kerajaan di luar negara yang begitu tinggi integriti mereka.Jika itu pilihan mereka setakat hari ini, maka menjelang pilihan raya umum ke-14 nanti adalah tidak adil untuk menyalahkan mereka ini bulat-bulat. Sebaliknya, kita - dalam konteks ini kerajaan Barisan Nasional (BN) ditunjangi UMNO yang perlu menyedarkan mereka dengan menggerakkan program-program kenegaraan untuk mereka memahami struktur negara ini. Iaitu, dengan memfokuskan sejarah pembentukan negara Malaysia itu sendiri.Program perkaderan pelajar-pelajar di institusi pengajian dalam dan luar negara mesti diperkemas. Buat masa ini, kelihatan program perkaderan untuk pelajar-pelajar ini lebih didominasi oleh parti-parti pembangkang khususnya Pas. Hal ini perlu menjadi agenda utama dalam menarik sokongan akar umbi dalam kalangan para pelajar di institusi pengajian tinggi.Cabaran UMNO selanjutnya adalah berhadapan dengan golongan pendidik agama yang lebih cenderung pula kepada pergerakan sebuah parti politik yang menggunakan agama sebagai nama partinya. Dianggarkan lebih 80 peratus golongan lulusan agama, sama ada dari dalam mahupun luar negara, lebih cenderung ke arah parti pembangkang iaitu Pas.Pengundi-pengundi telah mula lebih kritikal dalam menilai tindak-tanduk pemimpin-pemimpin mereka. Adakah cakap serupa bikin kerana kita lihat apa yang berlaku ketika ini ramai yang cakapnya tak serupa bikin pula. Sebagai contoh, hidup bermewah-mewah dan kelihatan di luar kemampuan sebenar dengan dibiarkan rakyat sekeliling hidup dalam kepayahan dan kesusahan.'Kumpulan' ini kelihatannya masih tidak membantu peniaga-peniaga Melayu dalam erti kata sebenar. Mereka hanya membantu kroni sahaja dan sebahagian besarnya hanya menjadi nominee atau ali baba. Sedangkan peniaga-peniaga sebenar Melayu tidak dibantu atau dibantu hanya sekadar melepaskan batok di tangga. Kumpulan yang diamanahkan untuk membantu peniaga Melayu, masih lagi kelihatan rapat dengan peniaga-peniaga kaum asing dan membiarkan peniaga-peniaga Melayu sebenar terkontang-kanting tidak dibantu.Dari sudut pandang lain pula, mahu tidak mahu ahli UMNO terpaksa akui survival parti-parti komponennya kian lemah dari sehari ke sehari. Parti-parti ini tidak dapat berdiri sendiri tanpa sokongan dan dokongan UMNO.Terbaharu, kekalahan MCA tempoh hari di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang walaupun calonnya yang diakui cukup berkredibiliti di atas kertas, telah memberi saingan yang cukup sengit. Cuma, hakikatnya peti-peti undi atau pusat daerah mengundi kaum Tionghua masih liat untuk kembali kepada MCA.Sedangkan, UMNO sendiri sedang bergelut mempertahan kerusi-kerusinya. Dalam masa sama pula, perlu berjuang untuk membantu parti-parti komponen lain mendapatkan kerusi-kerusi yang diperuntukkan kepada mereka. Jika ini berterusan, nescaya sesuatu yang tidak sihat akan memberi tempias kepada BN dalam tempoh jangka masa panjang ini.Merenung ke dalam parti, kelihatannya masih berlaku 'cah keting'. Ia terjadi bukan setakat di peringkat cawangan atau bahagian, malahan di peringkat tertinggi. Kalau sesiapa perasan, kekadang berlaku black out berita terhadap pemimpin tertentu dalam media-media arus utama kerajaan. Terdapat beberapa faction dalam UMNO yang akan melemahkan UMNO dalam jangka masa pendek dan panjang.Kita juga cukup bimbang andai kata sokongan kakitangan kerajaan kepada kerajaan BN/UMNO semakin merosot. Andai ketidakpuasan hati kakitangan kerajaan terhadap beberapa dasar dan keputusan kerajaan benar, apakah impaknya? Apakah kaedahnya untuk mengembalikan semula sokongan ini? Yakni, menjelaskan secara fakta, keputusan kerajaan itu memang tepat dan menepati kehendak ramai dan semasa.Apakah benar dalam kalangan golongan pendidik, dianggarkan sekitar 70 peratus terdiri daripada penyokong dan aktivis parti pembangkang? Kita perlu menyemaknya dan membuktikan fakta ini sebelum segalanya sudah terlewat. Ini juga untuk mengelakkan tanggapan seolah-olah tidak ada sebarang usaha untuk menangani permasalahan ini. Cuma, yang sering hinggap di telinga adalah permasalahan ini begitu ketara sejak 2004. Bahkan, begitu jelas dalam dua pilihan raya umum yang baru lepas.Terdapat segelintir pemimpin UMNO di pelbagai peringkat sibuk mengejar projek sehingga terlupa tugas hakiki mereka sebagai pemimpin untuk menjaga UMNO. Mereka ini perlu dikembalikan ke destinasi sebenar. Destinasi dan titik asal tujuan penubuhan UMNO.Pastikan UMNO dapat merampas kembali kesemua kerusi yang majoriti pengundinya orang Melayu yang kini dipegang oleh Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Buktikan bahawa orang Melayu masih memerlukan UMNO dan hanya menjadikan UMNO sebagai wadah pelindung dan penyelamat bangsa Melayu di Malaysia ini.UMNO mesti berubah. Tidak berubah nasib sesuatu kaum itu melainkan ianya merubah diri sendiri. Demi masa depan anak cucu kita, marilah kita bermuhasabah diri. Berlapang dada menerima teguran. UMNO wajib di transformasikan.Hidup UMNO!DATUK AHMAD FARIS ABDUL HALIM ialah penganalisis isu-isu semasa. Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Rencana/20140422/re_02/Masih-kebalkah-UMNO#ixzz2zZYfGJas © Utusan Melayu (M) Bhd Sent from my iPhone
| #dunselangor YB DENGKIL MENYOKONG USUL COMANGGO DALAM DEWAN Posted: 21 Apr 2014 05:44 PM PDT | Banjir di KTM Serdang - Elakkan Lebuh Raya Besraya Posted: 21 Apr 2014 04:15 AM PDT
Banjir di KTM Serdang - Elakkan jalan lebuh raya Besraya. | Tyre Burst : 6 Incidents in 7 Days - @Youtube Posted: 21 Apr 2014 04:10 AM PDT | Hadits Shahih Muslim - Kitab JENAZAH Nafi Nabi saw Tunduk Kepada Jenazah Bukan Islam Seperti Dakwaan @Anwaribrahim Posted: 21 Apr 2014 03:08 AM PDT Keadilan Daily, Suara rasmi PKR memetik Anwar Ibrahim memberitahu bahawa Nabi saw telah tunduk kepada jenazah bukan islam musyrik... Perkataan tunduk rupanya tidak ada disebut di dalam kitab hadis. Hadis mana digunakan oleh Anwar kita tidak pasti. Antara berdiri dan tunduk jauh bezanya sejauh langit dan bumi...
Di bawah ini disalin semula hadis sahih muslim yang diterjemahkan untuk panduan anda agar tidak menundukkan kepala kepada jenazah bukan Islam. • Hadis riwayat Amir bin Rabiah ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: Apabila kalian melihat iringan jenazah, maka berdirilah menghormatinya sampai iringan jenazah itu lewat meninggalkan kalian atau sampai diletakkan dalam kubur. (Shahih Muslim No.1590) • Hadis riwayat Abu Said ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: Apabila kalian mengiringi jenazah, maka janganlah kalian duduk sebelum jenazah itu diletakkan. (Shahih Muslim No.1591) • Hadis riwayat Jabir bin Abdullah ra., ia berkata: Ada iringan jenazah lewat, lalu Rasulullah saw. berdiri menghormatinya dan kami ikut berdiri bersama beliau. Kemudian kami berkata: Wahai Rasulullah, jenazah itu adalah jenazah Yahudi. Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya kematian itu menggetarkan, maka jika kalian melihat iringan jenazah, maka berdirilah. (Shahih Muslim No.1593) • Hadis riwayat Qais bin Saad ra. dan Sahal bin Hunaif ra.: Dari Ibnu Abu Laila bahwa ketika Qais bin Saad ra. dan Sahal bin Hunaif ra. sedang berada di Qadisiyah, tiba-tiba ada iringan jenazah melewati mereka, maka keduanya berdiri. Lalu dikatakan kepada keduanya: Jenazah itu adalah termasuk penduduk setempat (yakni orang kafir). Mereka berdua berkata: Sesungguhnya Rasulullah saw. pernah dilewati iringan jenazah, lalu beliau berdiri. Ketika dikatakan: Jenazah itu Yahudi, Rasulullah saw. bersabda: Bukankah ia juga manusia?. (Shahih Muslim No.1596)
Sumber : http://www.islam2u.net/index.php?option=com_content&view=article&id=119:11-terjemahan-hadits-dari-shahih-muslim-kitab-jenazah&catid=8:hadis-shahih-muslim&Itemid=58
Gambar Anwar dan pemimpin PKR tunduk :
Adakah ada lagi yang mahu mengikut Anwar dan meninggalkan pedoman hadis Nabi saw...????
Sila baca bagaimana Islam Liberal beliau di blog AnwarAidc.com untuk mencari kebenaran dan maklumat berkenaan pegangan agama beliau dan bagaimana jalinan hubungannya dengan musuh Islam.
Sent from my iPhone | |
DARUL EHSAN TODAY Posted: 21 Apr 2014 11:05 PM PDT Saifuddin Nasution Dan PKR Menyesal Kerana Tuduh FELDA Jual Minyak Sawit Pada Israel... Posted: 21 Apr 2014 07:00 PM PDT
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution, mengakui bahawa Felda tidak pernah menghantar minyak mentah kepada Israel sebaliknya ia dihantar kepada Palestin.
"PKR telah menyatakan rasa kesal dengan dua artikel yang ditulis dan dicetak itu yang merujuk kepada Felda.
PKR juga mengakui dan menerima bahawa Felda IFFCO Oil Product Sdn Bhd telah pada Mac 2010 mengantar minyak mentah ke Palestin dan bukan Israel serta mengakui bahawa Felda tidak pernah menjual minyak mentah kepada Israel atau mana-mana syarikat milik Israel.
"Untuk makluman, pada tahun 2012 akhbar milik PKR, Suara Keadilan telah mencetak dan menerbitkan dua artikel yang bertajuk Dua Ribu Himpun Bantah Felda Jual Minyak Ke Israel dan BN Jangan Tipu Rakyat pada edisi Suara Keadilan bertarikh 27 November yang menuduh Felda menjual minyak mentah kepada Israel.
"PKR juga telah menarik balik segala imputasi yang telah dibuat dan akan dibuat oleh artikel berhubung perkara tersebut yang telah diterbitkan di dalam Suara Keadilan pada 27 November 2012 yang lalu.
"Bagimanapun setakat ini Pas dan Harakah masih lagi senyap membisu seribu bahasa dan kita ternyata-tanya apakah kedudukan dan keputusan yang akan mereka ambil disebabkan keputusan penghakiman hari ini, di mana rakan sekutunya PKR telah menyatakan rasa kesal serta mengakui bahawa Felda tidak pernah menjalankan sebarang urus niaga dengan negara Israel atau mana-mana syarikat milik negara tersebut," SUMBER
Lepas 2 tahun korang fitnah FELDA, dah busuk nama FELDA korang jaja satu malaysia, baru nak menyesal... | Aku Setuju Dengan Tweet Mamat Nie... Posted: 21 Apr 2014 06:00 AM PDT Aku setuju dengan tweet mamat nie, maklumlah sekarang nie macam-macam perkara boleh berlaku... Macam mana dengan korang pulak...??? | |
GERAKAN ANTI PKR Posted: 21 Apr 2014 09:40 PM PDT |
ANGIN PERUBAHAN Posted: 21 Apr 2014 09:35 PM PDT |
JURI RAKYAT Posted: 21 Apr 2014 07:28 PM PDT 5 Atlet Renang Wanita Ini Punya Wajah Yang Cantik Posted: 21 Apr 2014 04:12 AM PDT Renang adalah olahraga yang melombakan kecepatan atlet renang dalam berenang. Perenang yang memenangkan lomba renang adalah perenang yang menyelesaikan jarak lintasan tercepat. Biasanya olahraga renang ini banyak sekali diminati oleh wanita. Karena olahraga renang ini dapat membuat tubuh semakin tinggi serta seksi. Selain itu, olahraga renang ini juga tidak memperlihatkan wanita tomboy, atau tidak feminim. Dalam olahraga renang ini wanita tetap terlihat anggun dalam gayanya saat berenang. Tapi tidak hanya anggun wajah beberapa atlet renang wanita pun ada yang cantik dan rupawan. Nah, ini lah dia ke lima atlet renang wanita yang memiliki wajah cantik. 1. Natalie Coughlin Natalie Coughlin adalah seorang atlet renang paling cantik dan bahkan dinobatkan sebagai wanita paling cantik di dunia oleh majalah FHM Eropa. Wanita ini berasal dari kota Vellejo, California, Amerika Serikat. Ia merupakan atlet renang kebanggaan Amerika Serikat yang telah berhasil memenangkan enam medali emas. 2. Federica Pellegrini Federica Pellegrini merupakan atlet renang asal Italia yang dinobatkan sebagai atlet renang termuda di dunia. Hal ini disebabkan oleh prestasinya yang ia raih pada saat berusia masih muda. Pada usia 16 tahun ia berhasil merebut medali perak, kemudian pada usia 24 tahun ia berhasil menciptakan rekor dunia baru di nomor gaya bebas 400m. Dan berhasil memegang rekor catatan waktu di ajang renang Olimpiade di nomor 200m dan 400m. 3. Haley Cope Atlet asal California, Amerika Serikat ini juga dicatat sebagai atlet renang paling cantik di dunia oleh majalah FHM Eropa. Selain cantik, Haley Cope juga memiliki banyak prestasi yang membanggakan. Dia juga merupakan atlet renang pertama yyang berani berpose telanjang di majalah Playboy. 4. Stephanie Louise Rice Sama dengan Haley Cope, atlet renang asal Australia ini juga dinobatkan sebagai wanita paling cantik sejagat oleh majalah FHM Eropa. Selain it ia juga merupakan atlet renang kebanggan Australia yang telah banyak memenangkan prestasi gemilang di beberapa ajang. 5. Laure Manaudou Atlet yang satu ini merupakan atlet renang yang dianggap sebagai bidadari di dunia renang. Selain itu, ia juga pernag di nobatkan sebagai wanita paling cantik oleh majalah FHM Eropa. Tak hanya cantik, Laure Manaudou merupakan wanita yang memiliki tubuh yang sangat seksi, ia juga sangat terkenal dengan prestasinya yang sangat membanggakan Prancis.
| 15 PETINJU TERBAIK DI DUNIA Posted: 21 Apr 2014 02:37 AM PDT Tinju merupakan salah satu cabang olahraga paling bergengsi yang telah melahirkan banyak atlet kelas dunia. Mereka tak hanya menyajikan pertarungan yang menarik semata, namun juga sikap pantang menyerah dan tak kenal takut di atas ring. Petinju-petinju ini sering dianggap sebagai ikon petarung modern yang dielu-elukan bak pahlawan. Siapa sajakah 15 petinju terbaik di dunia? Inilah topik yang akan dibahas secara mendalam dan mendetail. Mereka tak hanya memiliki rekor bertarung yang luar biasa, namun juga menampilkan mental juara dan kemampuan teknik kelas atas.
1. Muhammad Ali
56 kali menang (37 KO), 5 kalah (1960-1981) Tentu tak ada lagi yang meragukan kehebatan Muhammad Ali. Tak hanya sekedar pertarungan di atas ring, karir Muhammad Ali terbilang sangat dramatis dan dipenuhi dengan berbagai kontroversi. Ia menaklukkan nama-nama besar dunia seperti George Foreman, Leon Spinks, dan Joe Frazier dalam pertarungan-pertarungan tinju spektakuler yang akan selalu diingat sepanjang sejarah. Kemampuannya dalam mengalahkan lawan membuat Ali beberapa kali dinobatkan sebagai olahragawan terbaik di abad ke-20.
2. Joe Louis
66 kali menang (52 KO), 3 kalah (1934-1951) Tak hanya sekedar petinju, Joe Louis adalah sosok yang dianggap "pahlawan" bagi masyarakat Amerika setelah secara heroik berhasil mengalahkan petinju Jerman, Max Schmeling di ronde pertama. Ia berhasil menghancurkan image tak terkalahkan dari Nazi yang dipimpin oleh Hitler, dan sejak saat itulah namanya dikenal sebagai "The Brown Bomber". Ia menjadi juara dunia kelas berat sejak tahun 1937 hingga 1949, dan hampir semua pertarungannya selalu erat dengan unsur kepentingan politik Amerika Serikat.
3. Roy Jones Jr.
56 kali menang (40 KO), 8 kalah (1989-sekarang) Walaupun meredup di akhir karirnya, Roy Jones Jr. tak bisa dibantah adalah seorang petinju yang nyaris sempurna. Ia memiliki kecepatan, kelincahan, dan pukulan yang keras. Kemampuannya ini membawanya menjadi juara dunia dalam empat kelas yang berbeda. Roy Jones juga menjadi satu-satunya petinju dunia yang mengawali karir dari kelas menengah untuk mencoba bertarung di level kelas berat, dan ketika berhasil memenangkannya, ia tercatat sebagai petinju pertama yang berhasil meraih prestasi ini sejak 106 tahun terakhir.
4. Sugar Ray Robinson
173 kali menang (109 KO), 19 kalah, 6 seri, 2 no contest (1940-1965) Banyak yang menganggap Robinson adalah petinju terbaik sepanjang masa. Hal ini karena kekuatannya yang mengagumkan dan pukulannya yang cepat seperti kilat, ditunjang dengan gerakan kaki yang bagus dan ketangkasan yang luar biasa. Catatan rekornya juga luar biasa, di mana ia mampu mencatatkan 173 kemenangan (109 kali di antaranya dengan KO). Secara teknik, Sugar Ray Robinson bisa dianggap di atara nama-nama seperti Muhammad Ali atau Joe Louis.
5. Jack Dempsey
66 kali menang (51 KO), 6 kalah, 1 seri (1914-1927) Jack Dempsey salah satu petinju Amerika yang paling populer dalam sejarah. Dia dikenal karena tingkat penjualan tiketnya yang luar biasa laris dan mampu meraih bayaran sebesar satu juta dolar dalam satu pertandingan. Tak hanya itu, Dempsey dikenal sebagai petinju paling kejam, brutal, dan menghibur sepanjang masa. Gigi yang copot, rahang patah dan mata bengkak adalah hal yang pasti bisa ditemui dari pertarungan Dempsey. Dempsey sering disebut sebagai "Superhuman Wild Man" yang sangat ditakuti musuhnya.
6. Mike Tyson
50 kali menang (443 KO), 6 kalah, 2 No Contest (1985-2005) Mike Tyson mungkin bisa dibilang sebagai petinju paling populer di era tahun 90-an. Memiliki tubuh yang tidak terlalu tinggi untuk ukuran kelas berat, Tyson dikenal karena pukulan kerasnya yang bisa membuat lawannya langsung terkapar. Tak hanya heboh di atas ring, petinju ini juga kerap menimbulkan kontroversi, mulai dari beberapa kali masuk penjara hingga kasusnya menggigit telinga Evander Holyfield yang membuatnya didiskualifikasi dari pertarungan.
7. Rocky Marciano
49 kali menang (43 KO), 0 kalah (1948-1955) Petinju yang namanya diambil sebagai inspirasi film Rocky yang terkenal di seluruh dunia. Ia memenangkan semua 49 pertarungannya, 43 di antaranya diraih dengan KO. Namanya dikenal karena tidak pernah terkalahkan sepanjang karirnya, dan hingga saat ini ia memegang rekor sebagai satu-satunya juara tinju kelas berat yang memenangkan semua pertarungannya. Salah satu pertarungan terbaik Rocky adalah ketika ia berhasil menaklukkan Joe Louis, salah satu petinju terkuat pada era tersebut.
8. Jack Johnson
77 kali menang (48 KO), 13 kalah, 14 seri, 19 no decisions (1897-1928) Jack Johnson adalah petinju kulit hitam pertama yang berhasil meraih gelar juara dunia. Memulai karirnya sejak akhir abad ke-19, petinju yang satu ini dianggap sebagai salah satu inspirasi terbesar bagi Muhammad Ali. Gaya bertarungnya yang tanpa ampun didukung dengan sifatnya yang sombong dan arogan, membuatnya menjadi salah satu petarung yang paling dibenci, namun juga ditakuti oleh lawan-lawan seprofesinya.
9. Julio Cesar Chavez
107 kali menang (80 KO), 6 kalah, 2 seri (1980-2005) Chavez adalah 6 kali juara di 3 divisi yang berbeda. Dia juga mengumpulkan catatan karir dari 88 kali menang dan 0 kalah sebelum takluk dari Frankie Randall. Selama sepuluh tahun karirnya, Chavez tak terkalahkan. Chavez telah beradu tinju dengan Roger Mayweather, Hector Camacho, Sammy Fuentes dan banyak petarung besar lainnya selama bertahun-tahun. Bahkan sebelum pensiun, ia sudah dianggap sebagai legenda bahkan pahlawan nasional Meksiko. Saat ini, nama besarnya diharapkan bisa diteruskan oleh putranya, Julio Cesar Chavez Jr. yang juga berprofesi sebagai seorang petinju.
10. Oscar De La Hoya
39 kali menang (30 KO), 6 kalah (1992-2012) Oscar De La Hoya alias "The Golden Boy" adalah seorang petinju yang mampu menggabungkan prestasi dengan gemerlap dunia hiburan. Oscar yang dikenal memiliki wajah tampan ini tidak hanya populer di ring tinju, namun juga pernah beberapa kali membintangi film dan menjadi model untuk berbagai produk komersial. Selain memenangkan sepuluh divisi gelar juara dalam enam kelas yang berbeda, De La Hoya juga mengawali karirnya dengan keberhasilan meraih medali emas di Olimpiade Barcelona tahun 1992.
11. Lennox Lewis
41 kali menang (32 KO), 2 kalah, 1 seri (1989-2004) Petinju keturunan Kanada yang memiliki kewarganegaraan Inggris ini memiliki catatan rekor yang luar biasa dengan mampu mengalahkan petinju-petinju legendaris seperti Evander Holyfield dan Mike Tyson. Dengan tinggi 196 sentimeter dan berat lebih dari 110 kilogram, Lewis benar-benar tampak seperti seorang raksasa yang ditakuti oleh lawan-lawannya. Catatan karirnya pun cukup impresif, hanya pernah dua kali kalah dalam 44 pertandingan yang pernah dilakoninya.
12. Willie Pep
229 kali menang (65 KO), 11 kalah, 11 seri (1940-1966) Willie Pep adalah petinju Italia-Amerika yang bertarung selama 26 tahun dengan total 229 kemenangan dari 241 pertandingan, mungkin catatan yang paling mengesankan di dunia tinju. Pep adalah juara kelas bulu dengan catatan luar biasa dari 61 kali menang dan 0 kalah sebelum akhirnya takluk (kalah angka) dari Sammy Angott tahun 1943. Pep bangkit kembali dan memenangkan 5 pertarungan untuk sisa tahun itu. Dia melakukan prestasi luar biasa di tahun 1944 dengan memenangkan seluruh 16 pertarungan yang dilakoninya. Ia juga sempat memegang rekor dunia ketika berhasil memenangkan pertandingan 73 kali berturut-turut.
13. Sam Langford
167 kali menang (117 KO), 38 kalah, 37 seri, 48 no decisions (1902-1926) Salah satu petarung yang memiliki jam terbang sangat tinggi. Sam Langford sudah bertarung lebih dari 200 pertandingan di atas ring, 167 kali di antaranya berhasil ia menangkan. Perjuangan dan dedikasinya di ring tinju banyak menginspirasi para pemula di bidang ini. Pertarungannya melawan Jack Johnson adalah salah satu pertarungan terbaik sepanjang masa yang layak diingat. Sam baru mengundurkan dirinya dari dunia tinju setelah didiagnosa menderita kebutaan.
14. Naseem Hamed
36 kali menang (31 KO), 1 kalah, (1992-2002) Naseem Hamed masuk ke dalam daftar ini bukan karena prestasinya, namun karena gayanya yang mampu membawa nuansa baru dalam dunia tinju. Petarung yang satu ini memiliki gaya yang sangat jenaka di atas ring, tak jarang memprovokasi dan mengejek lawannya sebelum memukulnya dengan pukulan yang sangat keras. Setelah mengalami kekalahan pertamanya dalam dunia profesional, Naseem Hamed yang dijuluki sebagai "Prince ini pun secara kontroversial memutuskan untuk pensiun.
15. Henry Armstrong Jr.
150 kali menang (100 KO), 21 kalah, 9 Seri (1931-1945) Henry Armstrong adalah petinju pertama dan satu-satunya yang pernah memegang 3 gelar divisi kejuaraan dunia tinju pada waktu yang sama. Dia sudah akan memenangkan gelar keempatnya, namun tertahan imbang dalam sebuah pertandingan kontroversial melawan Ceferino Garcia. Pada tahun 2007, namanya dinobatkan oleh Ring Magazine sebagai peringkat ketujuh dari 80 petarung terbaik sepanjang masa dari berbagai cabang olahraga.
sumber | 4 Fakta Terselubung Dibalik Hari Kartini Posted: 20 Apr 2014 08:58 PM PDT Di Indonesia, tanggal 21 April merupakan hari yang sangat penting bagi wanita dan perempuan Indonesia. Sebab di hari itu wanita Indonesia memperingati Hari Kartini. Hari Kartini dianggap sebagai simbol perjuangan kaum wanita atas hak-haknya di bumi Indonesia. Perjuangan hak-hak wanita ini kemudian dikenal dengan istilah emansipasi wanita. Penetapan Hari Kartini sendiri dilakukan langsung oleh Presiden RI pertama Ir. Soekarno pada tanggal 2 Mei 1964 melalui Keputusan Presiden No.108. Tanggal 21 April dipilih karena pada hari itulah sosok pejuang hak kaum wanita, R.A Kartini lahir ke bumi Indonesia. Namun, banyak orang yang menyangsikan peran sesungguhnya R.A Kartini bagi kaum wanita Indonesia pada masa itu. Bahkan banyak orang meragukan proses pemilihan R.A Kartini sebagai Pahlawan Nasional. Nah ada beberapa fakta terselubung dibalik Hari Kartini. 1. Nama Panggilan R.A Kartini Nama asli Kartini adalah Raden Adjeng Kartini. Namun ia tidak suka dengan nama bangsawan yang disandangnya. Oleh sebab itu ia lebih suka dipanggil "Kartini" saja dibanding harus dipanggil Raden Ayu. Awalnya Raden Ayu adalah panggilan dari ayahnya kepada Kartini. Sejak pertama dipanggil dengan Raden Ayu, Kartini sudah merasa tidak nyaman dengan panggilan tersebut. Akhirnya ia mencari tahu apa itu arti Raden Ayu dan ia menganggap nama Raden Ayu bukanlah sesuatu yang pantas dibanggakan. 2. Nama Jalan di Belanda Entah apa hubungannya Kartini dengan Belanda. Namun yang pasti keduanya sepertinya memiliki hubungan yang cukup erat. Hal itu dibuktikan dengan adanya nama Kartini di beberapa jalan protokol di Negeri Belanda. Ada jalan dengan nama Kartini di Kota Armsterdam, Utrecth, Veerlo, dan Harleem. 3. Habis Gelap Terbitlah Terang Buku "Habis Gelap Terbitlah Terang" dianggap merupakan karya fenomenal dari R.A Kartini. Namun, tahukah anda kalau sebenarnya R.A Kartini tidak pernah menulis buku tersebut? Adalah J.H. Abendannmenamai yang menyusun buku itu. Buku itu sebenarnya merupakan kumpulan surat R.A Kartini kepada temannya yang kemudian dikumpulkan oleh J.H.Abendanonmenamai. Buku itu diberi judul "Door Duisternis tot Licth" yang secara harfiah berarti Habis Gelap Terbitlah Terang. 4. Kontroversi R.A Kartini Sekalipun ia adalah tokoh Pahlawan Nasional, hal itu tidak membuat R.A Kartini sepi dari kontroversi. Banyak kalangan sejarawan yang meragukan keabsahan buku "Habis Gelap Terbitlah Terang". Mereka juga meragukan tentang jasa-jasa Kartini sehingga layak menjadi Pahlawan Nasional. Ada pula yang meragukan originalitas buku tersebut, karena tidak pernah ada orang lain yang melihat naskah asli surat-surat R.A Kartini selain J.H Abendonamenamai. | |
r b f Posted: 21 Apr 2014 07:18 PM PDT Kah…Kah…Kah…Kah…Sekali Lagi Pas Ditipu Posted: 21 Apr 2014 06:25 AM PDT
Apabila Kerajaan Pulau Pinang naikkan elaun guru-guru Sekolah Agama Rakyat di negeri itu maka bertakbirlah puak-puak Pas menyambut pengumuman tersebut. Dipuja-pujanya Guan Eng dan dimaki hamunnya Umno. Kononnya Guan Eng lebih islamik daripada Umno dan prihatin terhadap guru-guru islam.
Tak cukup dengan memuja-muja Guan Eng dibawa pula ke Mimbar Jumaat oleh khatib Pas. Doa pula untuk Guan Eng diatas mimbar.
Khalifah Umar Abdul Aziz….
Kah…kah…kah…kah…kah….kah…
Nah ! Ambil kau….
| Berita hari ini 21.4.2014 |
Kami akan tentang hudud kerana tidak pernah dipersetujui Pakatan, kata Guan Eng DAP tidak bersetuju dengan rancangan PAS untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan kerana ia tidak pernah dipersetujui ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat (PR), kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. Menurut Lim, ketiga-tiga parti komponen dalam PR jelas tidak pernah membincangkan soal hudud mahupun negara Islam, sebaliknya semua parti bersetuju dalam soal dasar bersama seperti membanteras rasuah, memastikan urus tadbir yang baik, mewujudkan kedaulatan undang-undang dan keadilan, memastikan kemakmuran ekonomi dikongsi secara saksama dengan rakyat dan tidak hanya dinikmati oleh kroni. "Pendirian PR tidak berubah kerana pendirian DAP yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan hudud tidak berubah. Di bawah PR, mesti ada konsensus ketiga-tiga parti dalam hal dasar. "Memandangkan DAP tidak menyokong pelaksanaan hudud, isu sokongan PR terhadap hudud tidak berbangkit," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur Menurut ketua menteri Pulau Pinang itu, manifesto pilihan raya 2008 dan 2013 PR juga tidak memuatkan pelaksanaan hudud ataupun penubuhan negara Islam, malah ia turut dipersetujui semua parti komponen PAS, PKR dan DAP. "Semua parti komponen boleh mematuhi objektif masing-masing dalam rangka demokrasi, namun keutamaan dan fokus harus diberikan kepada dasar bersama PR," katanya. Lim berkata, pendirian PR turut dipertegaskan semula oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila berkata, "model dan pelaksanaan hudud yang bakal diguna pakai oleh kerajaan negeri Kelantan perlu difahami terlebih dahulu sebelum PR mengambil keputusan bersama untuk mempersetujuinya."
Kerajaan negeri Kelantan yang dipimpin Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob menyatakan kesediaannya melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 yang merangkumi hukuman hudud selewat-lewatnya pada 2015 dan akan membentangkan undang-undang berkenaan di Parlimen. Meskipun menerima bantahan keras daripada pemimpin bukan beragama Islam dari DAP dan Barisan Nasional (BN), Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kerajaan negeri Kelantan sudah melalui proses demokratik sepenuhnya sebelum memutuskan untuk membawa rang undang-undang persendirian ke Dewan Rakyat mengenai undang-undang jenayah Syariah termasuk hudud. Beliau berkata, sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan undang-undang berkenaan, ia melalui proses yang betul dan mengikut amalan demokrasi. Tan Sri Annuar Musa turut menyatakan kesediaan membantu mendapatkan sokongan terhadap pelaksanaan hukum hudud di Kelantan dan akan melobi ahli Parlimen Umno untuk menyokong pembentangan rang udang-undang persendirian kerajaan Kelantan di Parlimen. Annuar yang juga ahli Parlimen Ketereh berkata, sebahagian besar daripada 88 pemimpin Umno di Parlimen akan menyokong pembentangan tersebut di Parlimen. Isu hudud berlarutan sejak sekian lama, sebelum penubuhan PR apabila PAS Kelantan pada 1993 meluluskan enakmen berkenaan undang-undang Syariah. Sejak itu, isu berkenaan turut menjadi perdebatan hangat dalam kalangan ahli Parlimen dari BN dan PR, serta dijadikan senjata politik dalam Pilihan Raya Umum 2013 lalu. – 21 April, 2014. The Malaysia Insider
Kita tunggu dan lihat pemimpin Pas mana yang berani puji Guan Eng kali ni…
Khatib Pas mana yang berani bawa ke Mimbar Jumaat minggu ini ?
Yang hampir pasti esok lusa keluarlah kenyataan daripada pemimpin Pas yang mereka tak mungkin akan laksanakan hudud dalam masa terdekat. Mereka akan kata untuk beri tumpuan dulu kepada kebajikan rakyat, masalah rasuah dan bla…bla…bla…dan endingnya menyalahkan Umno dan BN. Maka disambutlah dengan takbir oleh penyokong-penyokong Pas yang berotak udang.
Seperti yang saya katakan sebelum ini, Pas bukan sahaja tipu manusia, tuhan pun mereka tipu. Waktu belum dapat kuasa atau waktu belum ada kekuatan baik diperingkat negeri atau negara, siang malam mereka berdoa minta dengan tuhan supaya mereka diberi kuasa dan kekuatan untuk menegakkan syiar islam. Tetapi bila tuhan bagi mereka sedikit kuasa dan sedikit kekuatan politik, mereka lupa segala doa mereka dengan tuhan. Itu namanya menipu tuhan.
Hanya orang-orang yang berotak udang sahaja yang masih percaya Pas memperjuangkan islam… | |
BERANI MEMBUAT PILIHAN... Posted: 21 Apr 2014 03:11 PM PDT Fesyen hijab Rebecca Nur Islam hancur, memalukan wanita! Posted: 21 Apr 2014 09:01 AM PDT Kami menyambut baik sebarang perubahan positif dalam diri mana mana selebriti tempatan lebih lebih jika ianya melibatkan tuntutan agama. Keputusan Rabecca Nur Al Islam untuk bertudung tidak berapa lama dahulu salah satu contoh. Tetapi, pada hemat kami yang tidaklah pandai mana ini, ianya haruslah selari dengan pemakaian lainnya dan bukan bertudung semata mata untuk menutup rambut dan kulit kepala daripada penglihatan mereka yang bukan mahram. Baru baru ini, Rabecca Nur Al Islam telah menghadiri sebuah majlis sambutan hari lahir seorang rakan di sebuah hotel terkemuka ibu negara dan busana yang dikenakan pelakon ini seakan tidak sesuai dengan imej bertudung beliau. Peminat yang perasan akan penampilan selebriti ini ada yang meninggalkan komen mengatakan ianya terlalu ketat dan tidak kurang juga ada yang menyamakan penampilan beliau itu tidak ubah seperti watak kartun Teletubbies. | Anak teruna Che Ta minat kaum sejenis? Posted: 21 Apr 2014 05:01 AM PDT Alamak, tiba-tiba pula timbul isu sebegini. Belum selesai isu hadiah kereta mewah kepada anaknya, nampaknya Che Ta dipalit dengan gosip anak sulungnya menyukai kaum sejenis kerana sering dilihat meluangkan masa bersama seorang lelaki. Isu berkenaan bertambah panas apabila anak Che Ta, Ammar Effendy dilihat mesra bersama lelaki itu yang kelihatan sebaya dengannya pada satu acara hiburan di sebuah hotel, pada Khamis lalu. Bagaimanapun Che Ta tidak mudah melenting dengan gosip berkenaan dan berkata: "Anak saya? Eh, tak! Dia memang ada seorang rakan baik yang kebetulan tinggal berhampiran rumah kami. Kebetulan anak saya suka pada Fazura, sebab itu dia ikut. Selalunya kalau Zain tidak dapat ikut ke acara hiburan, saya akan bawa anak untuk menemani saya," katanya selain mendakwa ada pihak sengaja mereka-reka cerita. p/s: Siapalah yang pandai-pandai buat gosip seperti ini. Apapun, sama-sama kita doakan yang sebaiknya untuk Ammar. Minta dijauhkan dari hubungan terlarang dan sebagainya. Begitu juga dengan ahli keluarga kita. Insya ALLAH…Sumber | Guru cabul pelajar di Pahang ditukar sekolah Posted: 21 Apr 2014 01:31 AM PDT | Gambar hiasan |
BANDAR BERA - Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) memandang serius kes cabul membabitkan seorang guru lelaki berusia 49 tahun dengan tiga pelajar yang berusia 12 tahun di sebuah sekolah di tanah rancangan Felda, dekat sini. Pegawai PPD, Baharum Samat berkata, guru terbabit dikenakan tindakan pentadbiran dan mulai Selasa depan, dia akan bertugas di tempat lain bagi memastikan emosi pelajar tersebut terjamin. Menurutnya, sejak kejadian itu, pihaknya mengarahkan guru itu bertugas di PPD sebagai langkah keselamatan selain menjaga emosi pelajar agar tidak takut ke sekolah dan kita serius dalam menangani perkara seperti ini," katanya kepada Sinar Harian. Sementara itu, bagi kes penjaga yang mendakwa cucunya dipaksa menggigit kasut oleh guru semasa sesi pembelajaran pula, beliau memberitahu perkara itu diselesaikan melalui permuafakatan semua pihak iaitu pihak sekolah, Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) dan ibu bapa serta penjaga. Bagaimanapun, katanya, hanya seorang penjaga yang tidak berpuas hati sehingga membuat laporan polis meminta perkara ini diselesaikan dengan cara lain. "Sebenarnya kita sudah siasat perkara ini. Memang benar ada pelajar yang gigit kasut ada ketika itu tetapi bukan atas arahan guru. "Namun, dalam rundingan permuafakatan itu, guru berkenaan sudah melakukan permohonan secara terbuka walaupun tidak pernah mengeluarkan arahan tersebut," kata beliau. Baharum berkata, selepas ini, perkara itu akan terus diperbincangkan dan diselesaikan PIBG dan sekolah terbabit. | Batalkan ‘Taman Persahabatan China-Malaysia’ - Ibrahim Ali Posted: 21 Apr 2014 01:11 AM PDT KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) hari ini membantah pembinaan 'Taman Persahabatan China-Malaysia' di Putrajaya yang bertujuan sebagai simbol hubungan erat antara Malaysia dan China. Presidennya, Datuk Ibrahim Ali meminta pengerusi perbadanan itu Tan Sri Aseh Che Mat mengekalkan identiti Putrajaya seperti sedia termasuk corak bangunannya yang melambangkan patriotisme negara yang asli. "Cadangan jambatan reka bentuk gaya Lingnan boleh dibuat di Pulau Pinang, bukan Putrajaya. Janganlah atas nama pelancongan atau duit semata-mata, kita lupa bumi dipijak," kata beliau dalam satu kenyataan menerusi sistem pesanan ringkas (SMS), pada Isnin. Ibrahim turut menggesa agar Perbadanan Putrajaya membatalkan hasrat pembinaan taman tersebut dan memindahkannya ke Jalan Petaling atau Pulau Pinang. "Adakah negara China akan bina tapak warisan Melayu di tengah-tengah kota Beijing? DBKL juga diminta memajukan warisan budaya bangsa di Jalan Melayu, Kuala Lumpur. "Tidakkah ada sedikit semangat patriotisme d kalangan pentabir & teknokrat Melayu seperti bangsa lain?" soalnya sambil menyatakan kekecewaan di atas tindakan pembinaan taman tersebut. Bagaimanapun Ibrahim menafikan yang beliau adalah 'anti budaya' dan sebaliknya menganggap diri beliau sebagai seorang yang tegas pendirian kerana baginya setiap negara dan bangsa perlu ada nilai patriotisme yang wajib dipelihara. Terdahulu, sebuah 'Taman Persahabatan China-Malaysia' dilaporkan akan dibangunkan di pusat pentadbiran di Putrajaya, projek mercu tanda hubungan yang semakin kukuh antara Malaysia-China. Taman yang bercirikan elemen gaya Lingnan itu akan dibangunkan di tapak kekal Festival Bunga dan Taman Putrajaya atau dikenali Floria Putrajaya di Presint 4. Menurut Aseh, projek yang menelan kos sebanyak RM1.5 juta itu dibiayai kerajaan China melalui Persatuan Rakyat Dongguan dijangka siap pada awal bulan Jun ini. Majlis pecah tanah dan penanaman pokok bagi projek tersebut telah disempurnakan anggota Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (CPC) Hu Chunhua dan Presiden Perbadanan Putrajaya Tan Sri Aseh Che Mat. | Tian Chua, Rafizi ULANG akan gulingkan kerajaan Posted: 21 Apr 2014 12:47 AM PDT Ahli Parlimen PKR Batu, Chua Tian Chang atau Tian Chua mengulangi ugutannya untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak jika bos beliau, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan sekali lagi. "Pada 14 April lalu, saya ditahan polis dan telefon bimbit saya dirampas kerana kononnya saya terlibat dalam aktiviti menghasut rakyat untuk menjatuhkan Najib sebagai perdana menteri. "Saya ingin ulangi pendirian saya sekali lagi…saya yakin majoriti rakyat akan bersama saya. "Kalau berani perdana menteri Najib penjarakan Anwar, kita akan bangkit, jatuhkan Najib," katanya di hadapan kira-kira 1,500 hadirin dalam himpunan Reformasi 2.0 di Kuala Lumpur, pada Ahad malam, seperti dilaporkan portal berita pro-pembangkang The Malaysian Insider. Pada Mac lalu, Tian Chua membuat ugutan yang sama apabila menulis di akaun Twitter beliau @tianchua menyatakan Najib akan digulingkan dalam tempoh lima bulan. Sebelum itu, pada 7 Mac, Tian Chua juga melaungkan kenyataan yang sama untuk menggulingkan Najib dalam masa lima bulan di hadapan lobi Kompleks Istana Keadilan, Putrajaya, ketika Mahkamah Persekutuan menjatuhkkan hukuman lima tahun penjara terhadap Anwar apabila didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful ukhari Azlan. (Rujuk video) Susulan daripada tulisan di akaun Twitter beliau itu, polis yang memperolehi waran geledah telah merampas kamputer tablet dan telefon bimbit miliknya ketika beliau berada di Hotel Armada, Petaling Jaya. Dalam ucapannya semalam juga, Tian Chua cuba membangkitkan semangat hadirin untuk melakukan demonstrasi ala reformasi 1998 pada era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad selaku perdana menteri. "Kita pernah menunjukkan rekod kita…saya disumbat di dalam di Kamunting (di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)) selama dua tahun, tetapi Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), gas pemedih mata, kekerasan dan penindasan tidak akan dapat menahan kebangkitan rakyat. "Dengan kebangkitan rakyat ini, Dr Mahathir juga tumbang dan inilah hakikat yang kita ingin ingati…kita akan pertahan dan bangkitkan untuk jatuhkan Najib kalau berani penjarakan Anwar," Tian Chua mengulangi hasutannya. Sementara itu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli pula menggesa agar himpunan menentang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 Mei ini dijadikan medan gelombang kebangkitan penentangan anak muda. "Amaran saya kepada Najib dan Mahathir kalau kamu berani penjarakan Anwar sekali lagi, percayalah cakap saya bukan seratus, bukan seribu, berpuluh-puluh ribu anak muda akan lawan sampai UMNO tumbang. "Bersiap sedia tunggu arahan, 1 Mei kita jumpa di jalan raya. "Bila-bila masa, mereka berani penjarakan Anwar, kita turun ramai-ramai tumbangkan UMNO dan Barisan Nasional (BN), Insya Allah," kata Rafizi. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengumumkan awal bulan ini, Pakatan Rakyat (PR) akan turut serta dalam himpunan membantah GST 1 Mei ini dan memberi sokongan kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang menganjurkannya. "Himpunan ini akan berlangsung di sekitar Kuala Lumpur antara jam 2 hingga 5 petang dan kemudian bergerak ke Dataran Merdeka," kata Mohamad Sabu.-bnbbc.m | Kekerapan hubungan seks juga menjadi menjadi faktor? Posted: 20 Apr 2014 11:35 PM PDT SoalanSaya sudah berumah tangga selama 1 tahun dan selama setahun ini kami hanya berjumpa dua minggu sekali kerana bertugas di negeri yang berlainan. Saya memohon kepada pihak doktor untuk memberi nasihat dan pandangan untuk membolehkan kami mendapat zuriat memandangkan usia saya menjangkau 38 tahun. Adakah kekerapan hubungan seks dan kedudukan selepas hubungan seks juga mempengaruhi masalah ini? Risya, KedahJawapan Banyak proses yang perlu dilalui sebelum doktor dapat memastikan rawatan yang terbaik. Pada peringkat awal, kesihatan anda berdua akan diperiksa untuk memastikan adalah baik. Hubungan seks yang normal ialah dua hingga tiga kali seminggu. Pun begitu, kejayaan untuk hamil bergantung kepada proses pengovulan (proses bertelur), hubungan seks sewaktu subur, bilangan dan pergerakan sperma (benih suami) yang normal, tiada penyumbatan pada salur Fallopio dan juga persekitaran rahim yang normal. Sewaktu wanita berada di peringkat subur dan melakukan hubungan seks, maka sperma akan memasuki faraj atau vagina pada masa yang tepat, sperma ini akan dilindungi daripada persekitaran faraj yang berasid. Hal ini dapat memelihara sperma daripada lendiran mukus semula jadi. Antara faktor yang mempengaruhi sama ada sperma itu berjaya sampai kepada ovum termasuklah kebolehannya untuk berenang dan pergerakan rerambut halus (silia) yang terdapat pada salur Fallopio. Pergerakan silia ini akan membantu sperma untuk sampai kepada ovum. Secara purata, sebanyak tiga milimeter (ml) air mani atau semen yang akan diejakulasi ke dalam faraj. Terdapat 60 juta sperma dalam satu ml air mani. Ini bermakna hampir 200 juta sperma akan memasuki faraj semasa proses ejakulasi berlaku tetapi hanya satu sperma yang diperlukan untuk proses persenyawaan. Sekiranya bilangan sperma di bawah aras 20 juta per ml, maka peluang untuk hamil ialah rendah. Sperma dapat hidup dalam mukus (lendir) pangkal rahim antara 48 hingga 72 jam. Justeru, hubungan seks hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya pada selang sehari semasa waktu subur. Hal ini kerana ovum hanya boleh disenyawakan di dalam masa 12 hingga 24 jam setelah dikeluarkan, maka penting untuk sperma berada di luar ampula untuk menunggu masa bersenyawa dengan ovum. Ini bermakna waktu yang amat sesuai untuk melakukan hubungan seks ialah sebelum proses pengeluaran ovum atau pengovulan. Bagi wanita yang mempunyai kitar haid selama 28 hari, masa yang sesuai bermula pada hari ke-11 hingga ke-16. Jika hubungan seks berlaku setelah proses pengovulan, peluang untuk hamil rendah. Hubungan seks yang kerap bukan pada waktu yang tepat tidak mencukupi. Hubungan seks amatlah penting dilakukan pada waktu subur. Waktu subur dapat dikira dari jarak masa kitar haid yang sebelumnya, melalui carta suhu, atau melihat perubahan kelikatan mukus (lendir) pangkal rahim. Sperma perlu berada di dalam salur Fallopio pada waktu subur. Dengan mengadakan hubungan seks sekurang-kurangnya pada hari ke-11 daripada kitaran haid bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang normal, maka peluang persenyawaan berlaku adalah tinggi. Pada hari-hari berikutnya, kekerapan hubungan seks boleh dilakukan mengikut kehendak pasangan masing-masing. Menahan diri daripada melakukan hubungan seks sebelum waktu subur bagi tujuan menambahkan bilangan sperma dan meningkatkan kesuburan hanyalah suatu mitos. Bilangan sperma akan meningkat tanpa melakukan hubungan seks selama dua hingga tiga hari, tetapi ramai lelaki yang subur boleh menghasilkan jumlah sperma yang mencukupi melalui hubungan seks dengan lebih kerap. Terdapat dua sebab pasangan suami isteri tidak melakukan hubungan seks dalam jangka masa yang lama. Pertama, risiko terlepas waktu pengovulan dan kedua, sperma akan menjadi kurang aktif. Oleh itu, penting untuk mengagak masa pengovulan berlaku supaya hubungan seks dapat dilakukan dua hingga tiga hari sebelumnya. Turut diberikan perhatian ialah kehadiran sperma yang subur dan bersedia untuk bersenyawa sebaik-baik sahaja ovum dikeluarkan. Wanita tidak perlu baring selepas hubungan seks dilakukan. Persenyawaan terjadi apabila sperma sampai ke salur Fallopio dan bersenyawa dengan ovum. Kehamilan berlaku daripada hubungan seks dalam pelbagai posisi. Pergerakan sperma tidak bergantung pada posisi tertentu yang harus dikekalkan oleh wanita. Oleh itu, wanita tidak perlu untuk berbaring di atas katil atau berehat seketika setelah melakukan hubungan seks. Menurut petua orang tua, dengan meletakan bantal di bawah punggung atau menaikkan kaki selepas selesai melakukan hubungan boleh membantu dalam proses persenyawaan sebenarnya kurang tepat. Anda berdua perlu bersegera berjumpa doktor bagi menjalani pemeriksaan dan ujian bagi mendapatkan zuriat. Kesihatan © Utusan Melayu (M) Bhd | Semalam kata gaduh manja, hari ini fail penceraian pula? Posted: 20 Apr 2014 09:01 PM PDT Sebulan selepas pasangan ini berkahwin, sudah timbul khabar angin mengatakan mereka bergaduh besar sehingga mendapat liputan media dalam industri hiburan dan akhir akhir ini timbul satu lagi dakwaan yang mengatakan hubungan mereka semakin tidak dapat dipulihkan. Laporan Utusan Malaysia hujung minggu lalu menimbulkan lagi satu persoalan sama ada rumahtangga Adam AF & Fiza Elite ini mampu bertahan atau pun tidak selepas si isteri khabarnya sudah berkunjung mahkamah untuk selesaikan masalah yang melanda. Wartawan tersebut ada menulis yang khabarnya Fiza Elite ada ke mahkamah pertengahan minggu lalu untuk merujuk masalah rumah tangga ke pejabat agama. Walaupun pemergian beliau ke mahkamah tidak diketahui ramai tapi ada sumber yang dedahkan Fiza Elite dikhabarkan memfailkan penceraian pada hari Rabu lalu di Shah Alam, Selangor. Adam AF pula dalam beberapa kenyataan media terbaru berkata yang mereka tidak mempunyai masalah besar seperti didakwa dan hanya bergaduh manja seperti pasangan suami isteri lain — kami doakan yang terbaik sahaja buat kalian berdua. (rtky/m) | Bekas isteri Sham Kamikaze dedah sikap hipokrit di laman FB Posted: 20 Apr 2014 08:01 PM PDT Terkejut beruk Abang Nara membaca pendedahan bekas isteri Sham Kamikaze, Farazila AJ di BiPop semalam. Mana tidaknya, segala macam perbuatan yang tak disangka rupa-rupanya dilakukan oleh Sham Kamikaze. Betul atau tidak, hanya mereka berdua yang tahu. Namun pendedahan ini sedikit sebanyak memberi pengajaran kepada Abang Nara. Don't judge a book by it's cover. Amboi speaking. Pendedahan yang paling menarik bagi Abang Nara ialah sikap hipokrit Sham Kamikaze yang rasa dirinya mulia apabila sudah berhijrah. Kata Farazila:- Kami bergaduh lagi gara-gara perempuan. Hancur hati saya dan saya balik ke kampun. Saya pulang semula ke Kuala Lumpur selepas 2 minggu dan terkejut melihat dirinya berjubah serta berkopiah. Tetapi saya tidak rasa apa-apa.
Apabila orang memuji konon dia dia sudah berhijrah, dia rasa dirinya mulia. Sham jadi lupa diri apabila orang sekeliling mengagungkan dirinya. Dia bangga apabila disanjung, tetapi sebenarnya dia belum berubah sepenuhnya. Saya menegur sikap hipokritnya itu dan kami bergaduh lagi. Selepas pulang umrah, saya sudah berubah dan berhijrah lebih awal daripadanya.
Bayangkan sebelum subuh, jam sudah berbunyi dan dia bangun tidur lalu terus menghadap komputer. Ayatnya di komputer "jom solat" tetapi sebenarnya dia tidak bersolat dan tidur semula. Ia berlaku banyak kali dan saya muka dengan perkataan "jom solatnya" itu. Wow. Tak sangka bukan? Kalau anda sering mengikuti akaun sosial Sham Kamikaze, memang Sham sering mengajak pengikutnya ke arah kebaikan. Selalu orang solat berjemaah dan sebagainya. Namun kalau mengikutkan apa yang dikatakan oleh bekas isterinya, itu hanyalah omong kosong. Malah Farazila telah membuat laporan polis untuk langkah keselamatan terhadap gambar dan rakan video yang dilakukan oleh bekas suaminya itu. Tambah Farazila lagi:- Siang malam dia kerap menghadap komputer. Itu saya boleh tahan lagi, tetapi apabila dia memuat naik gambar berlaga pipi dengan wanita lain dalam FB, apa perasaan saya? Apabila orang bertanya, saya tiada jawapan. Malu pun ada! Apabila bergaduh, dia mula tidak balik rumah berhari-hari. Kadang-kadang balik rumah hanya salin baju sahaja.
Dalam satu insiden saya tidak akan lupa sampai mati, dia pernah tinggalkan saya di tepi lebih raya ketika pulang ke kampung di Batu Pahat kerana bergaduh pasal FB. Dia libas tangan dan cincin dipakainya terkena mata saya. Sampai kini dalam mata saya kelihatan berdarah. Mujur saya ada telefon bibit. Dengan mata berair kena libas dan hujan pula, saya terpaksa berteduh bawah terowong.
Saya hubungi ibu untuk beritahu apa yang berlaku. Ibu pulang menghubungi Sham, suruh dia ambil saya di tepi lebuh raya. Bayangkan dari waktu Asar saya ditinggalkan, dia hanya datang ambil saya dalam jam 10 malam. Saya sembunyi dalam terowong yang sekelilingnya penuh dengan jarum penagih dadah. Saya memang takut kerana tempat itu sunyi tetapi saya tiada pilihan dan berserah kepada Allah.
Saya pujuk hati mungkin saya bersalah dan mencari Sham di Studio, tetapi tidak nampak keretanya. Esoknya saya cari lagi di studio dan berjumpa seorang kakitangannya. Selepas mengetahui Sham ada di ruang atas studio, saya sediakan minuman untuknya dan ketika mahu menghantarnyaa, kakitangan berkenaan seakan menghalang saya. Kebetulan Sham mahu turun ke bawah dan dia yang terkejut melihat saya, lari lintang pukang naik atas semula.
Seminggu selepas itu, kakitangan itu berterus terang kepada saya memakluman ada seorang wanita ketika itu bersama Sham. Wanita itu didakwa masih bersuami dan mempunyai dua anak. Kami bergaduh besar dan saya terus balik ke kampung. Dia cerita kepada orang saya ingkar dan keluar rumah tanpa izizn. Seingat saya, jika keluar rumahpun hanya ke rumah mentua ata balik kampung saja. Ini adalah satu pendedahan yang amat mengejutkan. Tak sangka sungguh. Terkejut sangat-sangat dibuatnya. Kesian pun ada jugak dekat bekas isteri Sham Kamikaze. Sama-samalah kita nantikan penerangan selanjutnya daripada Sham. Beautiful Nara | Pertunjukan coli, seluar dalam di Mid Valley undang rasa kurang senang Posted: 20 Apr 2014 07:01 PM PDT Xixili meraikan ulangtahunnya yang ke 10 bersama-sama minggu fesyen Mid Valley 2014 pada Jumaat lepas dengan memperagakan koleksi pakaian dalam musim bunga dan panas. Model-model pada malam tersebut keluar di laluan peragaan dengan memakai pakaian dalam ekslusif rekaan syarikat tersebut. Acara ini mengundang ribuan pengunjung Mid Valley bersidai di untuk menonton 'tayangan percuma' yang julung-julung kali diadakan di tempat awam. Keadaan ini juga menyebabkan suasana kurang selesa sesetengah pihak. Ada yang mendakwa pihak penganjur tidak sensitif dengan kesopanan dan kesusilaan negera ini. Mana tidaknya, model separuh bogel berlenggang dengan hanya menutup alat sulit dan buah dada mereka di khalayak umum! Adakah faktor pelancongan menjadi alasan ianya diadakan? Kalau ianya masih perlu diadakan, kenapa tidak ditempat yang agak tertutup sedangkan Mid Valley merupakan tempat awam serta kanak-kanak turut berada di situ. Itulah antara isu-isu yang ditimbulkan oleh sesetengah pihak. Semoga pihak berwajib dapat memikirkan langkah yang lebih sesuai dalam mempromosikan sesuatu perkara tanpa mengabaikan kesusilaan yang ada dalam negara ini. Foto-foto ehsan Jenngorgeous.com | |
Cucu Tok Selampit Posted: 21 Apr 2014 01:46 PM PDT Depan KTM Serdang Banjir Kilat - Banjir Tapi Selangor Catu Air Posted: 21 Apr 2014 05:35 AM PDT Ini masalahnya Neeri Selangor di bawah pentadbiran PR. Sistem saliran hancur dan tidak terjaga. Berlaku hujan lebat sedikit akan banjir kilat. Bila banjir, Menteri Besar Selangor dan EXCO akan umum seribu macam janji. Buat tebatan banjirlah, bersihkan sistem saliranlah. Pi mai pi mai dok tang tu jugak.
Hari ni berlaku lagi banjir kilat di depan KTM Serdang. Apa pula mereka nak kata. Sudahlah Rakyat Selangor dibelenggu dengan sistem catuan air akibat ketidakcekapan pengurusan air dan sombong bongkak Kerajaan PR Selangor. Sekarang dengan banjir pulak dah. Lantak hangpalah penduduk Serdang. Hangpa yang pilih mereka dalam PRU13 dulu. Apa macam?
| Kenapa Hanya Penghormatan Negeri? Negara Juga Harus Iktiraf Karpal Singh! Posted: 20 Apr 2014 07:00 PM PDT
Jenazah beliau diletakkan di Dewan Seri Pinang untuk majlis penghormatan terakhir. Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, kerajaan negeri, agensi kerajaan turut hadir memberi penghormatan. Bendera negeri Pulau Pinang diturunkan separuh tiang selama seminggu. Perarakan turut dilakukan melalui sekolah lamanya, St Xavier's Institution, pejabat guamannya di Jalan Green Hall dan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di Jalan Farquhar sebelum mayat beliau dibakar di Batu Gantung. Namanya terus diabadikan dengan IJM Promenade telah ditukar kepada Karpal Singh Drive atau Persiaran Karpal Singh. Begitu hebat sekali penangan mendiang Karpal Singh. Tiba-tiba teringatkan satu perkara. Apa jasa-jasa Karpal Singh kepada Negara amnya dan Pulau Pinang khasnya sehingga diangkat seperti pahlawan negara?
Mungkin jasa terbesar Karpal Singh kepada Rakyat Malaysia adalah menjadi penghalang kepada seorang pengamal homoseksual untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1997. Karpal Singh membangkitkan isu moral Anwar Ibrahim di dalam Dewan Rakyat sebanyak dua kali secara serius, iaitu pada bulan Oktober dan Disember 1997. Segala apa yang berlaku dalam Parlimen dicatatkan dan ianya dinamakan Penyata Rasmi Parlimen (hansard). Dalam hansard semua benda akan tercatat hatta ketawa atau pun kecoh. Hansard Parlimen tidak menipu dan tidak boleh ditipu. Rakan blogger RBF Online, membuat penyelidikan yang terperinci berkenaan hansard yang berkaitan bertarikh 22 Oktober 1997 dan 18 Disember 1997 (Baca di sini).
Sebagai bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh adalah seorang pemimpin dan peguam yang berwibawa dan mempunyai suara yang lantang terutama ketika membawa isu-isu kontroversi. Namun, kelantangan beliau beberapa kali mengundang padah. Kita juga tidak lupa bilamana Karpal Singh telah dikatakan menderhaka dengan titah perintah Sultan Perak. Karpal Singh telah didakwa kerana mengeluarkan perkataan berbaur hasutan di firma guamannya di Jalan Pudu Lama pada 6 Feb, 2009, bahawa pengguguran DS Mohammad Nizar dan pelantikan DS Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar yang baru oleh Sultan Perak boleh dipersoalkan di mahkamah. Pada 21 Februari 2013 Karpal didapati dan pada 11 Mac 2014, beliau telah dijatuhkan hukuman denda RM4,000 atas tuduhan menghasut.
Negara juga harus mengiktiraf Karpal Singh kerana atas usaha keras beliau membangkitkan isu di Parlimen suatu ketika dahulu, Negara diselamatkan dari mempunyai seorang Perdana Menteri yang mengamalkan hubungan sejenis. Namun, kita masih berharap agar amanat beliau yang diucapkan secara langsung di media massa pada 08 Februari 2009 seperti di bawah menjadi kenyataan. Kita juga merasa amat sedih dengan pemergian mendiang Karpal Singh ini, kerana berkemungkinan segala rahsia anakguamnya yang bernama Anwar Ibrahim akan turut terkubur.
| |