Ustazah Inspektor Celup Anak Abadi perli Tun Mahathir..Layak ke? Sekadar bergambar?
Setua tua Tun Mahathir berani jugak ke Lahad Datu..Walaupun tak menembak tapi kehadirannya jauh lebih mulia daripada Bang Non yang sekadar berani menembak di dalam bilik dengan jantan..Kah Kah Kah..
Replika cek berjumlah RM 50,000 diserahkan kepada Pengerusi BN Youth CyberTeam (BNYCT)sdr Tun Faisal Ismail Aziz sebagai dana permulaan insentif karya-karya politik
aktivis siber yang tersiar di dalam portal BNYCT menjelang PRU13.
KENYATAAN MEDIA
YB SDR KHAIRY JAMALUDDIN ABU BAKAR
PENGERUSI PEMUDA BN MALAYSIA
BAGI PELANCARAN "HIMPUNAN AKTIVIS SIBER PEMUDA BN"
BERTARIKH 16HB MAC 2013
BERTEMPAT DI ROYALE BINTANG DAMANSARA
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia.
Bersyukur saya ke hadrat Illahi dapat hadir dalam majlis yang dinamakan "Himpunan Aktivis Siber Pemuda Barisan Nasional (BN") atas inisiatif BN Youth CyberTeam (BNYCT) hari ini.
BNYCT telah ditubuhkan pada 8 Ogos 2012 bertujuan menyelaras dan mengkoordinasi gerakan siber Pemuda Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi PRU13 selepas kejayaan gerak kerja siber Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO yang ditubuhkan pada 3 Mei 2009.
"Himpunan Aktivis Siber Pemuda BN" ini bertujuan menyemarakkan lagi aktivisme siber oleh sukarelawan pro-Barisan Nasional (Pro-BN) menjelang PRU ke-13.
Untuk makluman, himpunan ini disertai aktivis siber, terdiri dari golongan blogger, facebooker, twitterati dan aplikasi media sosial yang lain, penggiat multimedia kreatif dan selebriti tanah air Pro-BN.
Sejak penubuhan BNYCT, ia telah berjaya menarik penglibatan langsung 3,000 orang sukarelawan siber Pro-BN, membentuk dan menggerakkan pasukan BNYCT negeri Kelantan yang membantu secara aktif kempen "TUKAR" dan "Gelombang Merah", membentuk dan menggerakkan pasukan BNYCT negeri Perak bagi meningkatkan jumlah sukarelawan siber negeri tersebut dan membantu penghasilan bahan-bahan sebaran online di dalam twitter, facebook dan you tube.
Adalah perlu dinyatakan di sini bahawa jumlah dedahan keseluruhan pelbagai profil dan page facebook ketika ini adalah sekitar 700,000 orang manakala bagi twitter adalah sekitar 250,000 orang, tidak termasuk jumlah rakan twitter saya sendiri seramai 243,000 orang.
Himpunan Aktivis Siber Pemuda BN ini dimulakan dengan "Forum Aktivisme Siber Dalam Politik" yang menampilkan ahli panel terdiri dari
1.YB P.Kamalanathan (MIC)
2.Dato' Ti Lian Ker (MCA)
3.Sdr Tang Keng Liang (Gerakan); dan
4.Sdr Harridz Mohan (PPP).
Tidak dilupakan penglibatan artis yang menggunakan medium siber bagi menyokong gerakan BN oleh yang demikian, moderator bagi forum ini adalah selebriti Fahrin Ahmad.
Dalam himpunan ini juga, Pemuda BN juga turut -
1.melancarkan aplikasi mobil BN Youth yang dihasilkan oleh sukarelawan siber BNYCT; buat masa ini, aplikasi ini boleh dimuat turun melalui Google Play Store. Dalam masa terdekat, ia juga akan boleh dimuat turun melalui i-Tunes dan Blackberry World.
2.menyampaikan plak penghargaan dan netbook kepada sejumlah selebriti tanah air yang telah menunjukkan sokongan terbuka kepada BN seperti; Zed Zaidi, Nabil Raja Lawak, Fahrin Ahmad, Maulana AF, Adira AF, Altimet, Elfira Loy, Vijay Emergency dan Jason T. Pemuda BN amat menghargai sokongan mereka dan aktivis siber pro-BN akan menyokong mereka di alam siber.
3.menyampaikan sumbangan sebanyak RM 50,000 sebagai insentif daripada Pemuda BN kepada aktivis siber yang menyumbang artikel, kartun, bahan-bahan multimedia kreatif seperti poster dan video yang menarik dan tersiar di portal BNYCT.
Akhir kata, sebagai Pengerusi Pemuda BN Malaysia, BNYCT akan menjadi salah satu daripada penggerak kepada kempen GEMPAK - Gerakan Menolak Pembohongan Pembangkang yang baru saya lancarkan semalam.
Himpunan ini adalah salah satu gerak kerja Pergerakan Pemuda BN bagi membantu BN dalam PRU13 yang akan datang dan saya ingin merakamkan ucapan sejuta penghargaan dan terima kasih kepada para aktivis yang hadir hari ini.
Malam keputusan Pilihan Raya Umum Ke-11 (PRU-11) pada Mac 2004 cukup perit untuk Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat. Beliau cemas dan mukanya pucat apabila mendapat khabar Barisan Nasional (BN) menang dua pertiga daripada 45 kerusi DUN Kelantan.
Pengikut PAS memenuhi kawasan ibu pejabat parti di Jalan Dato Pati, Kota Bharu untuk mendapat kepastian. Mereka nampak Menteri Besar Kelantan itu rimas dan nanar dalam keadaan mundar mandir. Apabila keputusan mengesahkan bahawa PAS menang dengan majoriti tiga kerusi, penyokong PAS bertakbir tetapi Nik Aziz demam.
Cerita beberapa pemimpin PAS ('Tiga Abdul') mahu menjatuhkan Nik Aziz sebagai MB sekitar 1999-2000 hampir sama dengan konspirasi politik yang sedang dihadapi Menteri Besar (MB) Kedah, Datuk Seri Azizan Razak. Nik Aziz juga pernah disiasat atas dakwaan menyalahguna kuasa. Mutakhir ini, beliau hebat dikritik dan dikecam pemimpin dan ahli PAS berhubung pendiriannya dalam soal pakatan dengan DAP, isu kalimah Allah, pengambilan tanah dan pencerobohan hak Orang Asli dan bermacam lagi.
Namun, serangan peribadi dan intrig politik bukanlah sebab Nik Aziz akan bersara atau meletakkan jawatan. Faktor umur dan kesihatan adalah punca utama. "Saya sudah tua. Bila tua, adat kata akan mati. Kalau tidak mati pun, uzur. Selalu sangat ulang alik ke hospital. Keuzuran yang saya alami ini semakin hari semakin banyak," katanya kepada penyokong di Lata Chiku, Gua Musang suatu ketika dulu.
"Saya selalu mengingatkan orang PAS agar jangan banyak sangat memuji saya atau memusatkan perhatian kepada diri saya saja. Sekiranya ditakdirkan Allah sama ada saya mati atau terbunuh, maka akan timbul kekosongan di dalam saf kepemimpinan kita."
Tiada barisan pelapis
Pada usia 83 tahun, era kepemimpinan Nik Aziz berada di penghujung. Menjadi MB Kelantan ketujuh pada 21 Oktober 1990, ini adalah tahun ke-23 beliau memegang jawatan itu, orang kedua paling lama selepas Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Nampaknya, pembabitan Nik Aziz sebagai calon di DUN Cempaka dalam PRU-13 adalah yang terakhir baginya. Hasrat untuk bersara pernah dinyatakannya namun pemerhati politik berpendapat Nik Aziz kemungkinan besar mati dalam jawatan.
"Bersara daripada jawatan Menteri Besar ada saya fikirkan, tapi bukan dari politik. Orang Islam tidak boleh bersara daripada politik. Islam datang ke dunia untuk memperbetulkan keadaan manusia, itulah kerja politik." Katanya lagi: "Ambo terima kasih kalau parti tak beri ambo (pegang) sebagai MB sebab ambo tak suka ke pejabat. Minat ambo sebenarnya mikrofon. Tu minat ambo. Kalu orang tak beri ambo ceramah, ambo kecik hati."
Mengenai pengganti beliau, pelbagai spekulasi dibuat, namun tokoh pilihan belum jelas. Ini juga membimbangkan Nik Aziz, yang sedar perlunya menyiapkan barisan pelapis yang dapat menyambung perjuangan parti. Proses ini memakan masa yang lama, sehingga puluhan tahun. Individu yang baru naik dan terus dijadikan pemimpin tidak dapat bertahan lama.
Nik Aziz berkata, bakal penggantinya adalah kalangan EXCO, yang beliau anggap sebagai murid. Walaupun latar belakang dan kemahiran mereka berbeza, Nik Aziz percaya mereka sudah bersedia menggantinya selepas sekian lama bersama dan belajar daripadanya.
"Hendak mencari orang yang benar-benar bentuknya fotostat Nik Aziz, mana boleh. Orang lain, bakatnya lain tapi berpaut pada Islam juga. Saya tidak akan kata 'Tuan-tuan mesti tiru saya', tidak boleh. Bodoh saya kalau saya berkata demikian. Mereka (EXCO) itu pelapis sayalah tu, setiap hari saya perturunkan (ilmu). Takkanlah kalau saya tidak ada, orang lain tak boleh ganti."
Tokoh berhajat hipokrit
Namun, mereka yang rapat dengan Nik Aziz tidak yakin. Sasterawan Dinsman, misalnya, berkata madrasah politik 23 tahun di bawah pemerintahan Nik Aziz tidak berjaya melahirkan pemimpin yang sepadan atau dapat menandingi kebolehan dan keperibadian Tok Guru. Penganalisis politik Mohd Sayuti Omar, dalam buku terbarunya berkata, usaha melahirkan pelapis Nik Aziz tidak pernah dilakukan secara langsung atau serius oleh PAS. Kebanyakan calon dan tokoh yang berhajat menggantikan Nik Aziz adalah hipokrit. Mereka yang cuba menampakkan peribadi dan berpakaian ala-Tok Guru sebenarnya lakonan hujung minggu saja.
"Kalau berada di Kelantan, mereka tidak akan membuang kopiah dan nampak zuhud. Tapi selepas saja melewati sempadan Kelantan di Gua Musang atau Jerteh atau Golok atau Takbai, kopiah mereka entah hilang ke mana."
Beliau pernah bertemu seorang EXCO Kelantan yang sembunyikan kopiah dalam poket seluar ketika membeli-belah di Kompleks Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Jelasnya, masalah utama pemimpin pelapis dalam kalangan ulama ialah kelemahan dalam kemahiran mentadbir dan iktisad serta jahil dalam strategi politik moden, manakala dalam kalangan EXCO berlatar belakang profesional pula, kehebatan mereka cuma dalam satu aspek saja.
"Pemimpin PAS hari ini malas untuk mendalami ilmu. Sesetengahnya lebih rajin untuk mempelajari taktik dan kaedah memanipulasi projek untuk diri dan kroni." - BH
p/s: wally slipor amik masa lama bertahun2 berguru sebelum jadi murshidol am pas yang disegani tapi anuwar tak amik masa yang lama jadikan wally slipor "murshitdol hampas"...kehkehkeh >XD
You are subscribed to email updates from DIMENSI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menziarah keluarga Koperal Mohd Azrul Tukiran, yang terkorban dalam insiden tembak-menembak di Kampung Seri Jaya, Simunul, Semporna, Sabah pada 2 Mac lepas, di Kampung Rantau Panjang di sini.
Najib, ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor, turut menyampaikan bantuan berjumlah RM20,000 sumbangan Yayasan Kelana Ehsan kepada keluarga Allahyarham. Sementara itu, bapa Mohd Azrul, Tukiran Ahamad berkata Perdana Menteri menasihatkan mereka sekeluarga supaya bersabar kerana perkara yang berlaku tidak diduga dan memberi jaminan akan memberikan segala bantuan yang dijanjikan.
Tukiran, yang melahirkan rasa terharu dan terima kasihnya atas kesudian Perdana Menteri berkunjung ke rumah mereka, turut berkata Najib juga bertanya berkaitan arwah dalam kunjungan singkat itu.
Sementara itu, ibu Mohd Azrul, Sa'diah Md Amin berkata mereka sekeluarga reda dengan apa yang berlaku dan tidak akan menghalang jika ada anak dan cucunya yang berhasrat menyertai pasukan keselamatan.
Ini adalah kali kedua ibu bapa Mohd Azrul bertemu Perdana Menteri, pertama kali semasa menyambut ketibaan jenazah Allahyarham di Pangakalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 4 Mac lepas.
Mohd Azrul dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau adalah antara enam pegawai dan anggota polis yang terkorban dalam serangan hendap sekumpulan pengganas bersenjata di perkampungan air itu pada 8 malam 2 Mac lepas.
Sementara itu, penduduk kampung menamakan jalan masuk ke rumah keluarga Allahyarham sebagai 'Jalan Wira Negara Koperal Azrul'. - BERNAMA
Ostazah Abby ternyata seorang manusia yang busuk hati dan sama sekali tidak senang pemimpin kerajaan melakukan kebaikan . Mulut lasernya yang suka mengkritik dan mengata apa kebaikan yang dilakukan kerajaaan menyerlahkan lagi kebodohannya sebagai idola pencacai2 PAS .
Terbaru kehadiran negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad ke Lahad Datu hari ini telah menjadi modal & bahan untuk dirinya mengkritik di twitter.
Beliau mempersenda kehadiran Tun M ke markas operasi pasukan keselamatan kita di Lahad Datu hanya untuk bergambar sahaja .
Mengapa sempit sangat pemikiran Ostazah Abby ini ? Tahukah Abby setiap pemimpin negara yang turun ke melawat ke Lahad Datu cukup besar ertinya kepada semua anggota keselamatan kita sana .
Mereka di sana menggadai nyawa untuk negara dan kehadiran Tun M memang amat dinantikan .
GPB dimaklumkan semasa lawatan Tun M berjumpa dengan anggota keselamatan kita, beliau memberi kata-kata semangat kepada perwira-perwira kita yang bertugas .
" Kita sendiri yang akan pertahan NEGARA kita " itulah kata-kata semangat Tun M kepada anggota keselamata di Lahad Datu .
Apakah Ostazah Janda ini ingat Tun M ke sana hanya untuk makan angin & bergambar ??
Cukup -cukup la Tian Chua celaka itu menghina pencerobohan Lahad Datu sebagai sandiwara UMNO , jangan dok gatai mulut lagi mempolitikkan pencerobohan ini lagi .
Tun M sanggup turun padang ke medan perang untuk
beri semangat kepada anggota keselamatan kita
kehadiran Tun M disambut gembira oleh pasukan keselamatan kita ..
Desas-desus tentang penggunaan ilmu hitam atau sihir oleh militan Sulu mungkin ada kebenarannya.
Perkara ini diakui Pengasas Pusat Rawatan Islam At-Tobibi, Shamsuri Shafie tidak menolak kemungkinan wujudnya amalan sihir di sebalik konflik melanda negara lebih sebulan lalu itu.
"Memang maklumat dari sumber yang boleh dipercayai mengatakan sihir dan ilmu hitam adalah amalan mereka untuk mempertahankan diri dan menjadi kebal.
"Malah saya difahamkan ada dalam amalan yang memerlukan mereka berendam semalaman dengan bacaan mantera tertentu mungkin untuk mendapatkan kekebalan dan menyebabkan tentera kita tidak nampak kewujudan mereka," katanya kepada Sinar Harian.
Tidak menafikan setiap kejadian berlaku dengan izin Allah, Shamsuri yang juga pengamal perubatan Islam berkata, amalan sihir sememangnya wujud walaupun mempercayainya adalah syirik.
Menurutnya, militan Sulu sedar mereka kekurangan dari segi kelengkapan kerana itu mencari kekuatan lain untuk mempertahankan diri, menyebabkan mereka memilih mengamalkan sihir dan ilmu hitam bagi mendapatkan kekebalan diri.
Menasihatkan agar tentera negara di perbatasan sentiasa mengingati Allah dan tidak leka, Shamsuri berkata, amalan- amalan sihir ini mampu ditundukkan dengan ayat-ayat suci al-Quran.
"Kita nak berperang kena ingat Allah, sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita.
Baca doa, atau ayat- ayat tertentu misalnya, al-Fatihah dan ayat Kursi supaya kita sentiasa berada dalam keadaan benar dan tidak lalai," katanya
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dukacita dengan sikap nazir dan imam yang masih membenarkan ceramah-ceramah berunsur politik diadakan di masjid-masjid dan surau di negeri ini.
Titah baginda, berdasarkan laporan yang diterima, terdapat 26 buah masjid dan surau di Selangor masih lagi membenarkan ceramah-ceramah berunsur politik di adakan.
Keadaan itu, titah baginda, sekali gus melanggar arahan serta larangan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sebelum ini.
"Tujuan beta melarang masjid dan surau dijadikan tempat berpolitik adalah untuk mengelakkan berlakunya perpecahan ummah dalam kalangan masyarakat.
"
Selain itu, ia juga dapat memastikan orang Melayu tidak
berpecah-belah dan berpuak-puak yang akhirnya akan memusnahkan bangsa Melayu dan Islam itu sendiri," titah Sultan Sharafuddin ketika merasmikan Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong dekat sini malam ini.
Dalam masa sama, baginda turut mengingatkan seluruh umat Islam agar tidak terpedaya dengan berita-berita fitnah dan khabar-khabar angin yang disebarkan melalui pelbagai media.
"Setiap gerak-geri, percakapan, perbuatan serta keputusan yang diambil akan menentukan masa depan diri sendiri, keluarga dan juga negara," titah baginda.
Baginda tidak mahu rakyat Selangor menyesali sesuatu kesilapan yang boleh merugikan masyarakat Melayu dan agama Islam.
Dalam pada itu, baginda menzahirkan rasa bangga di atas usaha pembinaan Masjid Tengku Ampuan Jemaah yang melambangkan satu perpaduan serta kerjasama erat pelbagai pihak.
"Beta berkenan menyatakan bahawa ini salah satu kerjasama yang istimewa, dana untuk membina masjid datangnya daripada pelbagai pihak iaitu peninggalan wasiat Almarhum ayahanda beta, Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah Al Haj, sumbangan kerajaan negeri, Sime Darby Property Bhd. dan ahli kariah masjid.
"Ini melambangkan perpaduan dan kesepakatan umat Islam di Selangor terhadap pembangunan dan kemajuan agama Islam yang maha suci," titah baginda.
Masjid menelan kos RM22.5 juta yang dikategorikan sebagai masjid diraja dan mampu memuatkan 4,000 jemaah itu mula dibina pada Mei 2010.
Baginda turut berkenan mewakafkan 500 naskhah al-Quran dan menyerahkan cokmar kepada masjid berkenaan. - UTUSAN
Kemarahan orang ramai berhubung kenyataan biadap pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua yang mempersendakan tragedi berdarah di Lahad Datu, dan memperkecilkan pengorbanan pasukan keselamatan terus memuncak.
Beratus-ratus penduduk di Kampung Jerong Surau dan beberapa kampung lain di sekitarnya keluar malam ini bagi turut menunjukkan reaksi mereka dengan membakar patungnya selain menyatakan kesal dengan sikap pemimpin pembangkang yang lain kerana cuba mempolitikkan isu itu, malah mempertahankan Tian Chua.
Sejurus sebelum himpunan aman mengecam naib presiden parti itu diadakan, Tabung Pahlawan Wira Lahad Datu dilancarkan yang memberi peluang kepada penduduk setempat menghulur derma untuk keluarga anggota keselamatan yang terbunuh. Yang turut hadir pada majlis pelancaran itu, Pengerusi Pemantau Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Muda Mamat; Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO bahagian, Rosni Ngah dan Pengerusi Peti Undi Jerong Surau, Nasir Mamat.
Menurut Nasir, Tian Chua dan mereka yang mempersendakan anggota pasukan keselamatan yang berjuang mempertahankan maruah bangsa dan negara tidak boleh dilepaskan begitu sahaja kerana sesiapa yang rasional boleh menilai betapa biadapnya kenyataan seumpama itu. Katanya, sudah wujud gejala sedemikian dalam masyarakat di negara ini yang dipengaruhi oleh pemikiran mereka yang ghairah untuk berkuasa.
"Kita tahu dalam keadaan kritikal begini ada anggota polis terkorban, tapi kita sangat dukacita masih ada yang sanggup menjadikannya modal untuk bangkitkan kebencian kepada kerajaan.
"Apabila sampai tahap anggota keselamatan kita terkorban ketika mempertahankan negara, ada pula dianggap sandiwara, kami rasa ini tuduhan yang sangat berat," katanya. - UTUSAN
Gambar perlakuan tak senonoh mirip Anwar Ibrahim yang tersebar dua tiga hari ini bukanlah semata-mata PRU13 juka dilihat dari jangka masa panjang. Blogger cai Pakatan hanya memainkan isu tersebut dalam konteks jangkapendek semata-mata mungkin kerana dibayar untuk itu.
Jika dilihat sejarahnya, perlakuan Anwar Ibrahim ke atas lelaki telah dihebohkan sejak selewat-lewatnya 20 tahun lalu iaitu dengan pemandu isterinya pada tahun 1993. Kita tahu bahawa Tun Mahathir sengaja menyebut dirinya bodoh kerana tidak percaya dengan cakap-cakap yang didengarinya sepanjang 5 tahun didampingi Anwar.
Namun 5 tahun merupakan satu jangka yang pendek bagi penelitian yang sangat dalam. Akhirnya pada 1998 Tun Mahathir memberanikan diri menerajang Anwar Ibrahim pada saat penyokong naifnya sudah sangat ramai. Teman sendiri mencari-cari borang parti keADILan ketika Anwar dihumban.
Lalu isu liwat yang selama ini didiamkan, atau sahaja, dipandang sebelah mata kerana bimbang sifat rebel Anwar yang sejak tahun 1970an itu meletus kembali, dijadikan sebab sampingan bagi pemecatannya. Sebab utama tentulah rasuah di dalam kerajaan yang dihadapi Anwar yang menempik dalam mesyuarat terakhirnya bersama UMNO dengan perkataan " siapa tak buat?", yang mengesahkan pengakuannya. Lalu dia dihumban ke penjara selama 6 tahun.
Rasuah-rasuahnya di dalam UMNO adalah kebenaran yang didiamkan oleh blogger kanak-kanak dan adek-adeknya seperti Tulang Besi dan Milo Suam. Misi utama menyerang UMNO dengan isu UMNO, bukan isu ketua mereka.
Mungkin sahaja KES LIWAT ANWAR yang sebenarnya pada konteks suasana hari ini, tidak mahu diperbesarkan sesiapa yang berkuasa di negara ini dan badan kehakiman negara ini melihatkan aktiviti anak-anak muda sekarang yang tidak sedikit telah memilih jalan seksual sedemikian dibelakang mata ibu bapa sahabat handai , bahkan ada yang mendapat restu ibu bapa, yang jelas menunjukkan kebebasan tersebut telah lama dibiarkan kerajaan.
PERKARA YANG TERSELINDUNG DI SEBALIK SESUATU YANG TIDAK BOLEH DICEGAH MELALUI JALAN UNDANG-UNDANG MENGENAI ANWAR IALAH PEMBABITANNYA DENGAN ORGANISASI LIBERALISME YANG MENCATURI DUNIA DAN MENGENEPIKAN ELEMEN PENGUASAAN SESEBUAH AGAMA KE ATAS SESEBUAH NEGARA.
Kebodohan jelas tidak ada pada UMNO mahupun Anwar. Ia berada pada PAS yang disihir agenda liberalisme. Mereka buta mata untuk melihat bahawa perjuangan mereka menegakkan Islam dibuat dengan menyertai gerakan liberalisme sedunia yang menolak peranan agama tertentu dalam perlembagaannya.
Adalah tidak mustahil jika 100% Melayu menyokong PAS bersama Pakatan Rakyat, orang Melayu tidak boleh dihalang untuk murtad, di bawah kerajaan persekutuan yang dipimpin Pakatan Rakyat.
Persoalannya, perkara ini tidak boleh dijadikan sebab untuk mengheret Anwar Ibrahim ke mahkamah. Tetapi dia bukanlah suci. Ada perkara lain yang dijadikan alasan. Sejarah bertulis hubungannya dengan anak-anak ikannya sepanjang 20 tahun ini hakikatnya juga tidak boleh dibawa ke Mahkamah kecuali dia meliwat lelaki bawah 18 tahun.
Hanya penolakan drastik yang dilandaskan akal sahaja diperlukan. Ianya keputusan yang sangat berani. Seperti Mahathir memberanikan diri menerajangnya keluar 15 tahun lalu.
Selepas kita digemparkan dengan perbuatan seorang pemandu teksi keturunan India merogol seorang pelancong Amerika Syarikat di Sepang minggu lalu, kali ini dunia anti-rogol digemparkan pula dengan kisah rogol pelancong lagi.
Kali ini di India. Negara rogol merogol. Seorang pelancong Switzerland yang sedang berkhemah ketika berbasikal bersama suaminya dirogol oleh sekumpulan lelaki selepas mereka dirompak.
Wanita Switzerland dirogol beramai-ramai di India
BHOPAL 17 Mac - Seorang pelancong wanita warga Switzerland dirogol secara berkumpulan di tengah India semalam dalam kes terbaharu keganasan seksual terhadap wanita.
Menurut polis, ketika kejadian mangsa sedang berbasikal bersama suaminya di negeri Madhya Pradesh, sebelum didatangai tujuh atau lapan lelaki yang menyerang pasangan itu kelmarin.
Kumpulan penyerang itu dilaporkan merompak pasangan tersebut, sebelum merogol wanita terbabit di hadapan suaminya.
Kes tersebut berlaku selepas seorang pelajar perubatan mati akibat dirogol secara berkumpulan di dalam sebuah bas di New Delhi pada Disember lalu. - AFP
Police: Swiss tourist gang-raped in India
From Sumnima Udas, CNN
March 16, 2013 -- Updated 1233 GMT (2033 HKT)
(CNN) -- Police are investigating the gang-rape of a tourist in central India, the latest black eye for the country over violence against women. A Swiss couple was camping near a forest in India's Datia district when a group of men beat the husband and raped his wife, the district's deputy superintendent of police, R.S. Prajapati, told CNN. There were between five and seven attackers, he said. The couple arrived in Mumbai on February 3 and were on a cycling tour across the country, said D.K. Arya, deputy inspector general of police. The attackers stole a laptop, 10,000 rupees (US $185) and a mobile phone, he said. The victims went to police and the woman was hospitalized and later released. Twenty people have been detained for questioning, Arya said. The couple is staying at a guesthouse in the Datia district while the investigation unfolds, he said. The Swiss ambassador to India, Linus von Castelmur, has spoken with the couple and offered any support they will need. "Their health and treatment is the priority of the moment," the ambassador said in a statement. "The embassy has also been in touch with the local authorities and has requested for swift investigation and for justice to be done." The attack comes at a time in India when there are calls for stricter laws on sexual assault and changes in cultural attitudes toward women.
Sebaik sahaja keluarganya melancarkan pencerobohan bersenjata ke atas kedaulatan Malaysia di Lahad Datu, Jacel Kiram serta merta menyarung tudung (hanya 1 jenis sahaja yang dia ada - warna hitam dan bersulam atas).
Kenyataan ini terserlah apabila tercetusnya porak peranda yang dianjurkan keluarganya dan SEPERTINYA DIA BERUSAHA MEROSAKKAN IMEJ ISLAM dengan melancarkan kegananasan bagi pihak bapanya, dan segera bertudung pada masa yang sama. Mengapa perlu segera bertudung setelah menimbulkan isu? Mengharap simpati? Atau ageda tersembunyi?
Lihat foto kehidupan sebenarnya :
You are subscribed to email updates from IPOH MALAY To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Zahrati dengan beraninya bertanya, "Apa kesalahan Sirun masuk ke penjara ini?"
Dia diam malu dan tunduk memandang lantai. Beberapa saat kemudian dia menyelak baju putihnya sambil menunjukkan tatoo lambang salib di pergelangan tangan kirinya kepada kami. Kristian rupanya, hati kami mula berbisik-bisik.
"Panjang cerita tentang hidup saya," Sirun memulakan cerita.
Dia semakin mesra. Kami semua mengerumuninya dan sangat berminat untuk mendengar ceritanya lebih lanjut lagi.
"Saya berasal dari Jerman. Saya bukan bangsa Arab. Tetapi setelah lima belas tahun di dalam penjara menyebabkan saya fasih berbahasa Arab. lbu ayah saya orang besar kerajaan. Sewaktu usia saya dua tahun, saya telah meninggal dunia kerana sakit jantung yang saya hidapi sejak dari lahir. Sewaktu semua keluarga sedang meratapi kematian saya,tiba-tiba datang seorang lelaki tua memakai pakaian serba putih mendekati dan meletakkan Al Quran kecil yang diambil dari poketnya ke dada saya. Tiba-tiba saya menangis. Semua yang ada di situ terkejut dan gembira terutama ibu bapa saya. Belum sempat mereka mengucapkan terima kasih kepada lelaki tua tadi, lelaki tua itu berkata, "Jaga budak ini baik-baik, dia akan memeluk agama Islam satu hari nanti."
Dalam keadaan semua orang sedang terpinga-pinga, lelaki tua tadi terus menghilangkan diri. Di sebabkan ibu bapa saya orang besar kerajaan, dan keluarga saya termasuk dalam golongan orang yang kuat memperjuangkan agama Kristian, maka saya dihantar untuk dibesarkan di gereja. Saya dididik untuk bencikan Islam. Saya dilatih sebagai'fidai' pejuang kristian berani mati. Ketika usia saya enam belas tahun saya mula dihantar ke merata tempat, termasuk Malaysia terutama di Sabah dan Sarawak. Sebagai pendakyah Kristian ada waktu kami menyerang tempat-tempat Islam.
Satu hari kami dihantar ke India atas misi untuk menyerang Islam di India. Saya tersilap langkah, lalu ditawan oleh tentera Islam. Saya dipenjarakan oleh tentera India Muslim itu di dalam sebuah kotak kayu yang sangat sempit. Di dalamnya hanya boleh memuatkan saya berdiri tanpa boleh menoleh ke kiri dan kanan apalagi untuk duduk. Dua minggu saya melalui kehidupan seperti itu. Setiap hari datang kepada saya tentera India Muslim bernama Muhammad menceritakan kepada saya tentang Islam, tentang Tuhan, tentang Nabi Muhammad dan diselit juga tentang akhir zaman, Imam Mahdi dan Islam akan menang katanya."
Kami tercengang-cengang mendengar cerita Sirun. Sangat menarik sekali. Sirun kemudian menyambung lagi.
"Saya telah jatuh hati dengan apa yang disampaikan oleh Muhammad. Saya bertanya padanya bagaimana kalau saya masuk Islam dan di mana saya boleh mendalami Islam?"
Muhammad menjawab," Kamu pergi ke Mesir dan cari Syeikh Al Azhar."
"Dua minggu kemudian saya dibebaskan dan saya pulang ke Jerman. Saya dapati ibu dan ayah saya tiada di rumah. Mereka berdua ke Perancis atas urusan kerajaan. Sewaktu di rumah, saya mengambil peluang mendekati nenek yang sangat jarang saya temui. Dia suka menyendiri di biliknya di tingkat atas dan kurang bergaul dengan masyarakat begitu juga keluarga kami. Saya sendiri sejak dari kecil tidak pernah berpeluang bermesra dengannya. Saya membuka pintu bilik dan alangkah terkejutnya saya kerana mendapati nenek saya sedang sujud bersembahyang. Baru saya tahu yang nenek saya adalah seorang Islam yang disembunyikan kelslamannya. Dia juga tergamam bila melihat saya berada didalam biliknya.
Nenek sudah berusia hampir sembilan puluh tahun lebih. Wajahnya masih kelihatan muda dan bercahaya melambangkan kebersihan hati dan jiwanya. Saya rasakan ada satu rahsia yang disimpan selama hayatnya. Saya terus bertanya, "Nenek Islam?" Dia mengangguk perlahan. Saya terus tersenyum padanya dan saya berkata saya juga akan Islam. Saya terus memeluknya dan menceritakan peristiwa yang berlaku terhadap saya selama berada di India.
Nenek sedikit pun tidak terperanjat dengan cerita saya malah memberitahu saya dia memang menunggu saat ini. Dari neneklah saya tahu sejarah hidup saya sewaktu kecil yang pernah meninggal dunia dan datang lelaki tua kepada saya memberitahu saya akan Islam. Nenek pun menceritakan asal usul riwayat hidupnya. Rupanya nenek adalah salah seorang dari bekas isteri pejuang Libya iaitu Omar Mokhtar. Dia dilarikan oleh salah seorang General yang terlibat menentang Omar Mokhtar.
"Kamu pernah tonton filem Omar Mokhtar?" tanya Sirun sambil memandang kepada kami yang semakin berminat untuk mendengar kisah hidupnya seterusnya.
"Pernah," kami menjawab serentak.
"Di saat Omar Mokhtar di tali gantung, ada lakonan seorang general yang tabik hormat pada jenazah Omar Mokhtar setelah beliau mati di tali gantung. Dialah yang membawa lari nenek saya ke Jerman. Waktu itu nenek tidak ada siapa yang membela dan menghalang. Jadi dia terpaksa ikut walau hatinya menderita."
"Ooooooo…" jawab kami semua tercengang-cengang mendengar cerita Sirun.
"Nenek saya dulu sangat cantik.Dia dibawa ke Jerman dan dipaksa berkahwin. Nenek bagi syarat kalau hendak berkahwin dengan dia, zuriat yang lahir darinya mesti diletakkan nama Mokhtar. Oleh kerana itulah nama ibu saya Sima Mokhtar dan nama saya Sirun Mokhtar. Begitu juga nama adik-beradik ibu saya semuanya digandingkan dengan Mokhtar di belakangnya walaupun semuanya bukan Islam. Nenek sangat bersyukur dan merestui pemergiaan saya ke Mesir. Dari neneklah terbuka rahsia bahawa orang tua yang datang kepada saya dihari kematian saya itulah datuk tiri saya Omar Mokhtar.
Saya bergegas ke Mesir.Dua bulan saya di Mesir, saya mencari Syeikhul Azhar seperti yang dinasihatkan oleh Mohammad. Saya hampir putus asa kerana Syeikhul Azhar sangat sibuk orangnya. Disebabkan saya telah jatuh hati dengan Islam, saya sanggup menunggu dengan penuh kesabaran. Akhirnya Tuhan izinkan dan saya Islam di tangan Syeikhul Azhar.
Setelah memeluk Islam saya terus ke Jerman kerana takut ibu ayah mencari saya. Saya tidak memberitahu mereka ke mana saya pergi. Saya pulang ke Jerman dan menyembunyikan kelslaman saya. Rangkaian Persatuan Kristian Sedunia mempunyai hubungan yang kuat dengan keluarga saya kerana ibu ayah adalah antara orang yang paling terbanyak sponsor kewangan untuk kegiatan Kristian. Akhirnya sampailah berita kepada ibu dan ayah saya laporan yang saya telah memeluk agama Islam di Mesir hasil laporan dari perisik Kristian Mesir. Mereka tidak pernah berehat untuk mendapatkan maklumat tentang perkembagnan Islam di Mesir.
Saya dikurung, dipukul, diugut dan diseksa oleh ibu dan ayah, walaupun sebelum ini mereka sangat menyayangi saya. Setiap jam mereka menghantar ketua-ketua Paderi bergilir-gilir untuk memberi motivasi agar saya kembali ke agama asal. Namun saya bersyukur kepada Tuhan kerana Tuhan telah menetapkan iman saya kepada Tuhan dan Nabi Muhammad itu Nabi yang diutuskan-Nya. Mereka merasa sangat malu kerana kelslaman saya sedangkan mereka penganut setia Kristian. Pakcik saya pula adalah Ketua Paderi Negara. Pada mereka, lebih baik saya mati dari saya hidup sebagai Islam.
Oleh kerana tidak tahan lagi dengan penyeksaan yang mereka lakukan terhadap saya, dengan pertolongan sulit dari nenek, saya dapat berhubung dengan persatuan Agama Islam Jerman. Saya meminta bantuan mereka untuk menguruskan saya keluar dari Jerman dan lari ke Mesir. Saya di larikan oleh kawan-kawan Islam dari rumah ke airport. Tetapi ibu ayah saya dapat mengesan.
Di waktu saya masuk ke airport ada seorang lelaki datang kepada saya dan memberi bungkusan berbentuk hadiah.Tanpa saya tahu apa isinya, saya terus membawa bungkusan tersebut sampai ke Mesir. Di airport Mesir saya ditahan. Rupanya hadiah yang saya bawa tadi berisi dadah yang dikirimkan oleh ibu ayah saya. Mereka telah merancang agar saya ditangkap dan dihukum gantung kerana mereka mengharapkan saya mati dari hidup.
Saya ditahan polis Mesir dan dijatuhkan hukuman mati. Cubalah kamu bayangkan bagaimana keadaan saya di waktu itu.Tanpa kenalan, keluarga dan saya sendiri tidak faham Bahasa Arab. Saya merayu tapi tidak ada seorang pun yang boleh membantu saya sebagai saksi bahawa saya tidak bersalah. Saya pasrah kepada Tuhan dan Nabi Muhammad. Tiba-tiba saya teringat Syeikhul Azhar. Dari Syeikh Azhar inilah saya merayu untuk mendapatkan bantuan.
Dengan bantuan Syeikh Azhar, saya diringankan dari hukuman gantung kepada dua puluh lima tahun penjara. Saya sempat memakai pakaian merah seperti mereka yang dihukum gantung. Di penjara ini saya kena buat kerja keras untuk menyara keperluan saya. Saya tidak ada keluarga yang menjamin dan menanggung saya. Cuma yang pastinya saya ada seorang bapa saudara di Mesir ini.
Dia bertugas sebagai Ketua Paderi Kristian di lskandariah. Dia selalu menghantar wakil untuk mengintip saya apakah saya masih Islam atau sudah kembali ke agama mereka. Saya bahagia bila bertemu kalian semua. Sebelum ini saya telah bermimpi tentang kedatangan kalian. Ada segerombolan manusia membawa cahaya ke penjara ini dan Tuhan hantar kamu semua untuk saya."
LAHAD DATU – Seorang lagi pengganas Sulu dari selatan Filipina ditembak mati oleh pasukan keselamatan dalam Operasi Daulat di Kampung Tanjung Batu di sini hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan musuh yang terbunuh kepada 62 orang.
Panglima Medan Tentera Darat Lt Jen Datuk Seri Zulkiple Kassim berkata dua pertempuran berlaku hari ini iaitu pada 9.55 pagi dan 10.15 pagi apabila pasukan keselamatan bertembung sekumpulan musuh di kawasan itu.
"Pada 10.15 pagi kita sekali lagi bertembung dengan musuh dan salah seorang daripada mereka berjaya dibunuh manakala tiga yang lain melarikan diri," katanya dalam sidang media bersama Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib di markas operasi Felda Sahabat 16, pada kira-kira 11 pagi, di sini.
Zulkiple berkata tiga lagi musuh itu dipercayai masih berada di kawasan Tanjung Batu dan pasukan keselamatan sedang giat menjejaki mereka.
"Mayat musuh yang dibunuh itu hanya akan dikeluarkan apabila keadaan benar-benar selamat," katanya.
Beliau berkata operasi pembersihan masih giat dijalankan di Kampung Tanduo dan Tanjung Labian, sebelum penduduk dibenarkan untuk kembali ke kampung masing-masing dalam tempoh terdekat.
Pasukan keselamatan juga sedang giat memeriksa dan menggeledah rumah-rumah di kawasan operasi bagi memastikan tiada musuh berlindung di kediaman penduduk, kata Zulkiple.
Dalam pada itu Hamza berkata, musuh kini dipercayai bergerak dalam kumpulan kecil di sekitar Kampung Tanjung Batu.
Beliau berkata orang ramai diminta menyalurkan maklumat kepada pasukan keselamatan bagi memudahkan usaha menjejaki saki-baki kumpulan militan tersebut dan tidak memasuki kawasan zon merah demi keselamatan.
Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin yang ditanya mengenai pendedahan terbaru ini semasa sidang akhbar selepas majlis bersama 700 jentera siber BN di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada lewat pagi Sabtu menyerahkan kepada rakyat untuk menilai sendiri kesahihan gambar-gambar itu.
Beliau mengingatkan samada lelaki itu Anwar atau bukan, jangan main tuduh-tuduh ia merupakan konspirasi BN.
"Apabila mereka tuduh ia konspirasi BN, maka kita kena jawab,"ujarnya.
Menurut Khairy, BN tak kuasa menentukan siapa hendak masuk ke bilik tidur siapa...
"Jangan tuduh BN mengamalkan politik longkang ,"tegasnya.
Nak kata fitnah atau apa... namun kebenaran tetap kebenaran.
Apa yang semua orang tunggu sejak pendedahan video seks 99.9 peratus tulin dulu ialah kebenaran.
Alasan bodoh video itu besi tidak boleh jadi bukti...hanya masuk kategori suatu jawapan yang cuba memperbodohkan minda segenap manusia atas muka bumi ini.
Kalau berani untuk tutup segalanya... jawapannya ialah satu siasatan terbuka.
Anwar boleh tidor lena jika namanya dibersih menerusi siasatan itu.
Kalau didapati benar itu Anwar,satu Malaysia boleh menarik nafas lega 'pelakon' ini boleh dianggap satu bahan sejarah yang pernah mewarnai senario politik negara.
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan gambar seorang lelaki miripnya mengadakan seks dengan seorang lelaki lain yang dimuatkan di dalam sebuah blog sebagai fitnah Umno dan media pro parti itu. "Fitnah jijik Umno menjelang pilihan raya.
"Umno menggunakan media untuk menyebarkan fitnah, itu namanya Melayu muslim," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Dialog Anak Muda bersama Anwar di Bandar Utama, sabtu.
Beliau berkata demikian selepas pegawal peribadi beliau beberapa kali melarang wartawan menghampiri Anwar untuk bertanyakan mengenai gambar-gambar itu yang disiarkan dalam blog rajagoyang360.blogspot.com.
Malah seorang daripada mereka menuduh wartawan Antarapos sebagai munafik.
Wartawan Antarapos, Siti Sofia Md Nasir dimaki dan dikasari beberapa kali oleh pengawal peribadi Anwar apabila beliau bersama wartawan Malaysiakini dan Agenda Daily cuba mendapatkan reaksi Anwar selepas majlis dialog itu.
Anwar pada mulanya tidak mahu memberikan kenyataan dan akur dengan tindakan pegawai-pegawainya melarang wartawan daripada menghampirinya selepas majlis itu.
Bagaimanapun sejurus selepas beliau keluar daripada bilik jamuan untuk pulang, Anwar terus menuduh Umno sebagai pihak di sebalik gambar-gambar itu.
Gambar hitam putih yang dipaparkan dalam blog itu menunjukkan lelaki yang menyerupai Anwar memasuki sebuah bilik sehinggalah beberapa aksi mesra termasuk gambar bogelnya.
Setakat ini pimpinan PKR yang dihubungi Antarapos enggan mengulas lanjut.
Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin berkata beliau sudah menjangkakan terdapat siri baru skandal yang cuba dikaitkan dengan majikannya itu.
Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul pula enggan mengulas lanjut atas alasan belum melihat gambar-gambar itu.
Sementara Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution dan Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad gagal dihubungi.
Anwar sebelum ini didakwa dua kali di mahkamah di atas tuduhan liwat. Kali pertama ialah pada tahun 1998 apabila beliau didapati bersalah meliwat bekas pemandunya Azizan Abu Bakar ketika beliau masih dalam kerajaan.
Selepas dipenjarakan enam tahun, Anwar akhirnya dibebaskan selepas Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuannya.
Pada 2008, Anwar dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan. Bagaimanapun beliau dibebaskan selepas Mahkamah Tinggi mempertikaikan bukti DNA yang dikemukakan oleh pendakwaraya.
Selain dari lari daripada wartawan Anwar turut menghemburkan kata-kata kasar kepada wartawan.. Pengawal peribadi Anwar juga dilihat bertindak kasar kepada wartawan.
Kalau taknak jawab pun tak payah lah sampai buat macam ni...
Semalam beberapa wartawan ingin medapatkan komen Anwar Ibrahim mengenai satu blog yang menyiarkan gambar-gambar dimana seorang lelaki didalam gambar itu seakan-akan rupa beliau..... dan ini komen beliau...
"Ini fitnah jijik UMNO menjelang pilihanraya" kata Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika keluar dari program Dialog Bersama Anwar Ibrahim di One World Hotel, Bandar Utama anjuran kelab Anwar Ibrahim (AIC) pagi ini.
Nampak bersungguh-sunguh beliau mengeluarkan kata-kata itu dengan lengokan tangannya sekali.
"Fitnah jijik UMNO termasuk.." sekali lagi beliau cuba mengulangi kata-kata di atas. Kali ini beliau nampak tersentak dan menoleh ke arah wartawan Agendadaily.
"Saya nak bertanya saja," kata wartawan itu.
Anwar menjawab, "Menggunakan media..menggunakan media untuk menyebarkan fitnah..nama dia Melayu-Muslim,"katanya sambil berjalan keluar dan tidak mahu lagi melayan soalan-soalan wartawan.
UMNO Parti Keramat! Sememangnya UMNO merupakan tunjang kekuatan orang melayu! kelebihan dan kekuatan yang ada pada UMNO ini tidak dimiliki oleh puak pembangkang! Tahniah di ucapkan kepada mereka yang telah sedar dan kini bersama UMNO!
Utusan - Hampir 40 penyokong tegar Pas dari Kampung Kiat dekat sini, bertindak menyertai UMNO selepas kecewa dengan kerajaan Pas Kelantan yang disifatkan terlalu berpolitik berbanding menjaga kepentingan rakyat.
Borang permohonan keahlian mereka diserahkan kepada Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yasim dalam Majlis Selamat Tinggal Pas di kampung tersebut malam tadi.
Seorang penyokong Pas, Yazid Salleh, 41, berkata, dia berasa kecewa terhadap pemimpin parti itu sehingga mendorongnya untuk menyertai UMNO.
"Kita tidak pernah meminta lebih-lebih daripada Pas. Tapi sebagai kerajaan yang diberi amanah, mereka sepatutnya faham keadaan serta kedudukan rakyat di bawah.
"Kami amat kecewa setelah 22 tahun memerintah Pas dilihat seolah-olah mementing kepentingan politik parti berbanding rakyat," katanya ketika ditemui selepas majlis tersebut.
Yazid yang mewakili kumpulan berkenaan menyerah borang permohonan menyertai UMNO mendakwa, mereka tidak pernah mendapat apa-apa manfaat daripada kerajaan Pas negeri meskipun sebelum ini memberi sokongan penuh kepada parti itu.
Dakwanya, perjuangan Pas jauh berbeza dengan UMNO yang sentiasa mengutamakan rakyat walaupun hanya bertindak sebagai pembangkang di negeri ini.
"UMNO tidak pernah abaikan kami meskipun mereka tahu bahawa kami ini adalah penyokong tegar Pas," katanya.
Sementara itu, Abdullah menafi sekeras-kerasnya dakwaan kononnya siri penyertaan penyokong Pas ke dalam UMNO yang berlaku di bahagian Rantau Panjang hanya gimik politik membabitkan orang Thailand dan penyokong asal UMNO.
"Laporan dan dakwaan itu sebenarnya tidak benar belaka. Ia dibuat semata-mata bagi menutup keresahan mereka berikutan gelombang kebangkitan rakyat di Rantau Panjang ini semakin terserlah menyokong UMNO.
"Kita memang meneliti maklumat sebenar sebelum menerima (permohonan keahlian) mereka," katanya.
Ini sebagai pengajaran kepada manusia bangsat! Tian Chua bangsat boleh lihat sendiri bagaimana dia di bakar dengan api kemarahan rakyat terhadap dirinya...
Selaku anak kepada anggota PDRM! aku sendiri tidak dapat menahan api kemarahan terhadap Tian Chua!
Sebelum perkara yang lebih buruk berlaku, ada baiknya Tian Chua memohon maaf kepada seluruh rakyat di Malaysia terutamanya kepada Anggota PDRM serta keluraga mereka!
Utusan - Kemarahan orang ramai berhubung kenyataan biadap pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua yang mempersendakan tragedi berdarah di Lahad Datu, dan memperkecilkan pengorbanan pasukan keselamatan terus memuncak.
Beratus-ratus penduduk di Kampung Jerong Surau dan beberapa kampung lain di sekitarnya keluar malam ini bagi turut menunjukkan reaksi mereka dengan membakar patungnya selain menyatakan kesal dengan sikap pemimpin pembangkang yang lain kerana cuba mempolitikkan isu itu, malah mempertahankan Tian Chua.
Sejurus sebelum himpunan aman mengecam naib presiden parti itu diadakan, Tabung Pahlawan Wira Lahad Datu dilancarkan yang memberi peluang kepada penduduk setempat menghulur derma untuk keluarga anggota keselamatan yang terbunuh.
Yang turut hadir pada majlis pelancaran itu, Pengerusi Pemantau Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Muda Mamat; Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO bahagian, Rosni Ngah dan Pengerusi Peti Undi Jerong Surau, Nasir Mamat.
Menurut Nasir, Tian Chua dan mereka yang mempersendakan anggota pasukan keselamatan yang berjuang mempertahankan maruah bangsa dan negara tidak boleh dilepaskan begitu sahaja kerana sesiapa yang rasional boleh menilai betapa biadapnya kenyataan seumpama itu.
Katanya, sudah wujud gejala sedemikian dalam masyarakat di negara ini yang dipengaruhi oleh pemikiran mereka yang ghairah untuk berkuasa.
"Kita tahu dalam keadaan kritikal begini ada anggota polis terkorban, tapi kita sangat dukacita masih ada yang sanggup menjadikannya modal untuk bangkitkan kebencian kepada kerajaan.
"Apabila sampai tahap anggota keselamatan kita terkorban ketika mempertahankan negara, ada pula dianggap sandiwara, kami rasa ini tuduhan yang sangat berat," katanya.
KEPERCAYAAN pada amalan mistik dan karut-marut di kalangan pengganas militan Sulu bukan satu rahsia lagi.
Ini dibuktikan dengan kejayaan pihak keselamatan merampas pelbagai tangkal dan azimat daripada pengganas yang berjaya ditembak mati.
Menurut sumber, di antara 61 orang pengganas yang berjaya dibunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan negara, salah seorang daripadanya dikenal pasti individu yang cukup 'dihormati' di kalangan pengganas kerana 'kemampuannya' dalam perkara berkaitan.
Dikenali sebagai Pawang, lelaki tua itu dikatakan agak lemah dari sudut fizikal tetapi kemampuannya dalam ilmu kebal membuatkan kelibatnya cukup dihormati di kalangan pengganas yang terlibat dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu ini.
Malah disebabkan 'kelebihannya' itu jugalah, Mynewshub.my difahamkan yang Pawang dikatakan antara mereka yang terlibat dalam rundingan awal dengan pihak keselamatan ketika mereka mula-mula mendarat di Lahad Datu ini.
Namun ternyata Pawang juga manusia biasa, dia akhirnya terbunuh dalam salah satu siri pertempuran dengan pihak polis dan tentera kita.
Difahamkan, mayatnya ditemui diselimuti karpet sewaktu operasi penggeledahan dibuat.
Sementara itu menurut sumber pertahanan, tiada individu tertentu yang ditetapkan untuk menjadi 'sasaran' dalam setiap operasi yang dilancarkan.
" Dalam setiap operasi yang kita lancarkan, semuanya dianggap petualang dan musuh yang perlu ditangkap atau dihapuskan demi menjaga kedaulatan negara.
" Yang mati mungkin seorang komander, seorang bomoh, seorang pengikut atau sesiapa saja…maknanya di sini, selagi dia enggan menyerah diri dan berterusan untuk melanggar undang-undang, dia terpaksa menerima akibatnya!," katanya.
Yang sering kita dengar, apabila melibatkan pemimpin-pemimpin pembangkang, mereka akan mendakwa semua itu adalah konspirasi dan mainan politik Barisan Nasional (BN) dan UMNO.
Tiada sedikit pun rasa bersalah biar pun ada antara mereka terang-terang sudah melakukan kesalahan tetapi disebabkan mereka pembangkang maka 'pejuang-pejuang keadilan' mereka hanya mendiamkan diri.
Kita juga sudah saksikan bagaimana banyak kes melibatkan pembangkang senyap begitu sahaja. Pakatan yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas seolah-olah menganggap jika pemimpin mereka buat tak apa, kalau pemimpin BN yang dikaitkan - itu betul.
Inilah sikap double standard pembangkang yang sepatutnya difahami oleh rakyat. Kalau benarlah pemimpin-pemimpin pembangkang termasuklah biro-biro strategik mereka yang siang malam bekerja mencari bahan menyerang BN benar-benar telus dan berjuang untuk rakyat maka mereka perlu bersikap adil.
Tanya Mat Sabu.. Sapa yang gelar Anwar Al Juburi?
Di manakah suara lantang mereka mencari kebenaran apabila ada pemimpin mereka dikaitkan dengan rakaman video seks? Di manakah kelantangan mereka menegakkan keadilan apabila ada pemimpin mereka melantik menantu memegang jawatan penting dalam syarikat milik kerajaan negeri?
Kita juga ingin bertanya di manakah prinsip moral mereka apabila ada tersebarnya gambar lucah pemimpin pembangkang? Dan kita juga berhak bertanya kenapakah mereka tidak mendesak ditubuhkan suruhanjaya diraja apabila ada dakwaan-dakwaan penyelewengan dan salah urus oleh pentadbiran kerajaan negeri di bawah penguasaan mereka.
Di mana pula kecekalan perjuangan Pas apabila ada pemimpin sekutu mereka menyokong sebarang usaha melindungi keselamatan negara Israel? Kenapa diam membisu, apakah kerana ia dilakukan oleh sekutu maka semua tidak apa.
Kalau benar-benar menjadi pejuang keadilan dan kebenaran, biarlah ia dilakukan dengan bersungguh-sungguh janganlah amal sikap kalau pembangkang buat - itu halal, kalau BN atau UMNO buat - itu haram.
Oleh itu tidak payahlah mana-mana pemimpin pembangkang atau biro-biro strategik mereka ingin menonjolkan sebagai wira dalam menegakkan kebenaran dan keadilan. Jika dikaji apa yang berlaku di kalangan pemimpin pembangkang sendiri adalah jelas, segala yang dilakukan terutamanya serangan ke atas kerajaan dan pemimpin BN dan UMNO bukannya bertujuan mencari kebenaran.
Bagaimana pula dengan penipuan yang di lakukan secara terang ini?
tak jijik pula?
Pembangkang ingin mencari modal politik bagi menghadapi pilihan raya, apatah lagi mereka sudah memiliki 'ayam sabung' dan 'kilang' penyebar fitnah yang beroperasi siang dan malam. Soal sama ada tuduhan mereka ke atas kerajaan dan pemimpin BN betul atau tidak, ia adalah persoalan kedua. Apa yang lebih penting ialah mewujudkan persepsi di kalangan rakyat, BN tidak bersih dan perlu ditolak dalam pilihan raya umum akan datang.
Sebab itulah, kita saksikan dalam banyak dakwaan yang dibuat oleh pembangkang, mereka akan diam membisu apabila kerajaan BN dapat menjawab segala tuduhan dilemparkan. Dan sikap tidak bermaruah ini semakin jelas apabila, mereka juga tidak akan memberi sebarang ulasan atau komen apatah membuat desakan jika ada isu yang melibatkan pemimpin pembangkang.
Bagi kelompok yang 'diupah' untuk mencari kesalahan kerajaan dan pemimpin BN ini, perjuangan mereka hanya untuk itu bukannya demi menegakkan keadilan. Kalau mereka mahu menegakkan keadilan sudah pastilah, mereka juga akan memastikan setiap isu yang dikaitkan dengan pemimpin-pemimpin pembangkang akan disiasat dan diambil tindakan.
Mereka juga sudah pasti akan mendesak mana-mana pemimpin mereka yang terlibat berundur atau meletakkan jawatan. Tetapi ini tidak berlaku kerana perjuangan mereka tidak ikhlas. Perjuangan mereka hakikatnya bermotif politik dan bermatlamat hanya untuk mencemarkan imej BN dan UMNO sahaja.
Kesimpulannya, pembangkang ibarat ayam yang berkokok tetapi ekor berlumuran dengan najis.
Kejayaan menguasai dunia siber antara faktor yang dapat memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak lama lagi.
Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata, pandangan itu kerana lebih 80 peratus daripada kira-kira tiga juta pengundi baharu adalah generasi muda berusia bawah 40 tahun.
Khairy menyampaikan penghargaan kepada Nabil
"Golongan baharu ini gemar mendapatkan maklumat daripada media sosial dan blog juga pelbagai aplikasi siber lain selain memperolehnya melalui media arus perdana.
"Oleh itu jika PRU 2004 dan 2008 dunia siber merupakan alternatif kepada penyebaran maklumat tetapi pada PRU13, ia bakal menjadi medium utama bagi memastikan kemenangan BN," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis Pelancaran Himpunan Aktivis Siber Pemuda BN di Mutiara Damansara, Damansara yang dihadiri lebih 3,000 orang di sini hari ini.
Khairy bagaimanapun mengingatkan pemuda BN supaya menggunakan fakta yang tepat dan benar sebagai senjata dalam memerangi fitnah dan penipuan pembangkang dalam dunia siber.
Menurut beliau, pemuda BN tidak boleh terikut-ikut dengan pemikiran pembangkang yang gemar menggunakan fitnah dan penipuan dalam dunia siber untuk memerangi parti pemerintah.
"Kita kena pastikan hujah kita bernas dan kempen kita ini sampai kepada setiap lapisan masyarakat. Penipuan terancang pembangkang akan mengalahkan kebenaran sekiranya kebenaran yang ingin kita tampilkan tidak diatur dengan sempurna," jelas beliau.
Beliau seterusnya mengambarkan peperangan di alam siber umpama 'permainan di tempat lawan' dalam bola sepak yang pasti lebih manis kemenangannya berbanding bermain di tempat sendiri.
Ia kerana pembangkang dilihat mempunyai kelebihan di dunia siber apabila boleh menabur fitnah dan penipuan tanpa sebarang kekangan dan tindakan balas.
"Inilah juga sebabnya pembangkang tidak mampu menguasai media arus perdana, kerana media arus perdana tidak sama sekali berkompromi terhadap fitnah dan penipuan," ujar beliau.
Justeru beliau turut mengingatkan pemuda BN bahawa usaha memerangi pembangkang perlu dilakukan secara berterusan dan terus diperkasa terutamanya semasa menghadapi 'garisan penamat' PRU13.
"Tiada guna jika kita berperang dengan hebat tiga atau empat tahun lepas PRU 2008 kalau sampai tempoh kempen PRU13 nanti kita lemah. Pada garisan penamat itu akan terjawab kemenangan kita," tegas beliau.
Perselisihan antara Azmin Ali dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim semakin memburuk apabila Pengarah Pilihan Raya PKR negeri itu langsung tidak tahu menahu tentang tarikh bubar DUN yang dicapai PKR Selangor.
Khalid sebelum ini mengumumkan pihaknya sudah mempunyai tarikh yang sesuai untuk membubarkan DUN namun beliau enggan mengumumkan tarikh itu.
Ketua Umno Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo berkata Azmin dan Khalid kini tidak lagi mampu menutup pertelingkahan antara mereka sehingga gagal merencana kemana hala tuju politik PKR negeri itu bersama-sama.
Ismail juga mempersoalkan bagaimana Khalid boleh membuat keputusan penting seumpama itu tanpa merujuk kepada hirarki parti.
"Tapi saya tidak tahu macam mana Menteri Besar berkuasa sendiri seolah-olah dia hebat daripada yang lain.
"Jelas saya nampak antara Azmin Ali dan MB memang ada terdapat satu tidak sehaluan," katanya ketika dihubungi Antarapos.
"Kalau mereka saling mempercayai pemimpin lain sepatutnya tiindakan peringkat negeri diberitahu di peringkat jentera parti, apa pun yang nak dibuat perlu dirujuk kepada peringkat jentera parti di perngkat negeri dan federal.
Ismail berkata Azmin sebagai Pengarah Pilihan Raya PKR Selangor sepatutnya dirujuk Khalid kerana hakikatnya parti itu tidak mampu menang jika strategi pilihan raya tidak disusun dengan baik.
"Sepatutnya dia berbincang dengan Pengarah Pilihan Raya kerana itu adalah tugasnya sebagai Menteri Besar tidak sama," katanya.
Sebelum ini, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin mendakwa PKR belum dimaklumkan tentang tarikh pembubaran DUN Selangor.
Khalid sebelum ini mengumumkan akan membubarkan DUN lebih awal iaitu selepas sambutan Chap Goh Meh walaupun tanpa persetujuan daripada Putrajaya.
Lahad Datu bukan satu sandiwara. Perwira yang gugur meninggalkan balu dan anak anak yang maseh mentah. Setakat mana rakyat Malaysia empati dengan kesedehan para keluarga yang ditinggalkan suami, anak, bapa , abang dan ketua keluarga?
Seorang anak muda bernama Josephine telah mengarang lagu khas untuk menzahirkan penghargaan kepada perwira yang gugur. Syabas Josephine atas semangat patriotik yang ditunjukkan. Semoga menjadi contoh kepada anak muda yang lain.
Penganut Syiah di Malaysia atau di Indonesia selalu bersembunyi dalam segala hal, terutama mereka mendakwa bahawa Syiah merupakan bahagian mazhab dalam Islam. Padahal sebenarnya tidak. Dalam istilah Syiah, hal itu disebut "Taqiyah". Namun sebenarnya ada beberapa yang boleh kita perhatikan dari penganut Syiah dari 15 ciri-cirinya yang berikut ini:
1) Mengenakan songkok hitam dengan bentuk tertentu. Tidak seperti songkok yang dikenali umumnya songkok mereka seperti songkok orang arab hanya saja warnanya hitam.
2) Tidak solat Jumaat. Meskipun solat Jumaat bersama jamaah, tetapi dia langsung berdiri setelah imam mengucapkan salam. Orang-orang akan menyangka dia mengerjakan solat sunat, padahal dia menyempurnakan solat Zuhur empat rakaat, kerana pengikut Syiah tidak meyakini kesahihan solat Jumaat kecuali bersama Imam yang ma'sum atau wakilnya.
3) Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam yang dikenali kaum Muslimin, tetapi dengan memukul kedua pahanya beberapa kali.
4) Pengikut Syiah jarang solat jemaah kerana mereka tidak mengakui solat lima waktu, tapi yang mereka yakini hanya tiga waktu sahaja.
5) Majoriti pengikut Syiah selalu membawa At-Turbah Al-Husainiyah iaitu batu / tanah yang digunakan menempatkan kening ketika sujud apabila mereka solat tidak di dekat orang lain.
6) Jika anda perhatikan caranya berwuduk maka anda akan dapati bahawa wudhunya sangat berlainan, tidak seperti yang dilakukan oleh kaum Muslimin.
7) Anda tidak akan mendapati penganut Syiah hadir dalam kajian dan ceramah Ahlussunnah.
8) Anda juga akan melihat penganut Syiah banyak mengingat Ahlul Bait; Ali, Fathimah, Hasan dan Husein radhiyallahu anhum.
9) Mereka juga tidak akan menunjukkan penghormatan kepada Abu Bakar, Umar, Uthman, majoriti sahabat dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum.
10) Pada bulan Ramadhan penganut Syiah tidak terus berbuka puasa setelah azan maghrib. Dalam hal ini Syiah berkeyakinan seperti Yahudi iaitu berbuka puasa jika bintang-bintang sudah kelihatan di langit. Dengan kata lain mereka berbuka apabila benar-benar sudah masuk waktu malam. Mereka juga tidak solat terawih bersama kaum Muslimin, kerana menganggapnya sebagai bid'ah.
11) Mereka berusaha sekuat tenaga untuk menanam dan menimbulkan fitnah antara jamaah salaf dengan jemaah lain, sementara itu mereka mendakwa tidak ada perselisihan antara mereka dengan jamaah lain selain salaf. Ini tentu tidak benar.
12) Anda tidak akan melihat seorang penganut Syiah memegang dan membaca Al-Quran kecuali jarang sekali, itu pun sebagai bentuk taqiyyah kerana Al-Qur'an yang benar menurut mereka iaitu al-Quran yang berada di tangan al-Mahdi yang ditunggu kedatangannya.
13) Orang Syiah tidak berpuasa pada hari Asyura, dia hanya menunjukkan kesedihan di hari tersebut.
14) Mereka juga berusaha keras mempengaruhi kaum wanita khususnya para mahasiswi di universiti atau di perkampungan sebagai langkah awal untuk memenuhi keinginannya melakukan mut'ah dengan para wanita tersebut apabila nantinya mereka menerima agama Syiah.
15) Orang-orang Syiah tekun mendakwah orang-orang tua yang mempunyai anak perempuan dengan harapan anak perempuannya juga turut menganut Syiah sehingga dengan selesa dia boleh melakukan zina mut'ah dengan wanita tersebut baik dengan pengetahuan ayahnya ataupun tidak. Pada hakikatnya ketika ada seorang yang ayah yang menerima agama Syiah, maka para pengikut Syiah yang lain automatik telah mendapatkan anak gadisnya untuk dimut'ah. Tentunya setelah mereka berjaya meyakinkan bolehnya mut'ah. Semua kemudahan, kelebihan, dan kesenangan terhadap syahwat ini ada dalam diri para pemuda sehingga dengan mudah para pengikut Syiah menjerat mereka bergabung dengan agama Syiah.
Kesimpulannya, ciri-ciri mereka sangat banyak. Selain yang kami sebutkan di atas masih banyak ciri-ciri yang lain sehingga tidak mungkin bagi kita untuk menjelaskan semuanya di sini. Namun cara yang paling praktikal ialah dengan memerhatikan raut wajah. Wajah mereka merah padam jika anda mencela Khomeini dan Sistani, tapi bila anda mengutuk Abu Bakar, Umar, Usman, Aisyah dan Hafshah, atau sahabat-sahabat yang lain radhiyallahu anhum tidak ada sedikit pun tanda-tanda kebimbangan di wajahnya
Akhirnya, dengan hati yang terang Ahlussunnah dapat mengenali pengikut Syiah dari wajah hitam mereka kerana tidak mempunyai keberkatan, jika anda perhatikan wajah mereka maka anda akan membuktikan kebenaran kadar ini dan inilah hukuman bagi siapa saja yang mencela dan meremehkan para sahabat Nabi sallallahu alaihi wasallam dan para ibunda kaum Muslimin radhiyallahu anhunn yang dijanjikan syurga oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala. Diterjemahkan dari sumber lppimakassar
Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Dato' Harun Taib sebentar tadi menafikan akan memimpin majlis solat hajat tolak fitnah liwat III di kediaman Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini.
Harun ketika dihubungi wartawan sebentar tadi kesal dengan tindakan PKR menggunakan namanya tanpa merujuk kepada beliau terlebih dahulu.
Ketika ditanya tentang gambar-gambar yang tersebar di blog-blog politik tempatan yang dikaitkan dengan ketua pembangkang,
Harun berkata beliau mengakui telah ditunjukkan gambar-gambar itu dan akan membincangkan perkara itu dalam mesyuarat Dewan Ulama Pas Pusat.
Ketika ditanya samada beliau yakin lelaki dalam gambar tersebut adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim,Harun terdiam seketika dan kemudiannya berkata kita dah bosan dengan cerita-cerita moral Anwar dan perkara itu membuang masa serta mengganggu kelancaran misi Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.
Harun berharap kali ini PAS dapat membuat satu keputusan yang muktamad kerana tidak banyak lagi masa yang tinggal untuk menghadapi pilihan raya umum ke 13.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Doris Jones mungkin mempunyai hubungan dengan Tian Chua, Anwar dan Sultan Kiram III.
Doris Jones difahamkan sudahpun melarikan diri keluar negara setelah selesai merakam video ini dan selepas Taipingmali minta kerajaan menangkap beliau.
Memuji pemerintahan Nik Aziz yang amanah. tak ada rasuah. Kerajaan tahgut bagi rakyat RM 500 tetapi pemimpin taghut balun RM 5 juta untuk kroni mereka.
Pemimpin hari ini ialah pemimpin taghut, pemimpin yang membawa kepada kebendaan, projek dan sebagainya. Pemimpin yang bergelar tahfiz pun hari ini sudah tidak boleh dipakai kerana merelakan dengan kezaliman.
pemimpin hari ini redha kepada kemaksiatan, merosakkan akidah.Kita kena rehatkan pemimpin yang tak amanah ini dengan pemimpin yang yang lebih islam, mereka boleh dimaki hamun sekiranya perlu. Pemimpin hari ini gila dan menggila, sahaja buat gila. Bertaubat lah kepada Allah atas kesilapan kita memilih pemimpin yang zalim. Marilah kita berjihad dan bersedaqah untuk kita berjuang menentang kezaliman. derma janganlah derma seringgit dua ringgit, kalau mampu derma sebanyak RM 500 untuk kita menjatuhkan kerajaan yang ada hari ini, kerajaan taghut. Allah akan bersama kita, Insyaallah, diakhiri dengan doa 'matikaya' bukan matiii ka' yaaa'
"Saya menafikan sama sekali tuduhan itu," kata Anwar menafikan selepas ditemui wartawan hari ini dalam satu program anjuran Anwar Ibrahim Club di Hotel One Utama.
Anwar juga menuduh ia adalah satu lagi fitnah jahat dan politik jijik yang digunakan oleh pemimpin Umno untuk memburukkan imejnya serta tidak menolak akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak terbabit menyebarkannya.
"Ia adalah gimik politik jijik oleh Umno... Ia fitnah jijik menjelang pilihan raya.
"Saya belum putuskan akan ambil tindakan undang-undang ataupun tidak, tapi saya akan beritahu peguam saya dan biar beliau putuskan," tambah Anwar yang mengecam keras tindakan tidak bertanggung jawab oleh blogger Umno tersebut.
TM Note Dalam dunia ini hanya ada dua orang manusia yang sama dengan Anwar. Sama tarikh lahir, sama tinggi, sama besar, sama berat, sama style berpakaian dan sama hobi seperti Anwar. Kemungkinan ia adalah kembar seiras Anwar Ibrahim yang tidak suka menonjolkan diri atau mengaku dia adalah kembar Anwar. Menurut orang Ceruk Tok Kun, emak Anwar seorang jururawat berbangsa cina, kemungkinan kembar beliau dipelihara oleh jururawat cina tersebut dan seorang lagi dipelihara oleh Mak Yam. Mak Yam pula ada isteri Pak Berahim yang asalkan adalah orang gaji. (amah) Anda ada info? Sila berkongsi di sini untuk mencari kebenaran.. Jika kita dapat tangkap kembar belia, bolehlah minta TV3 buat program sejak kasih.
Program Anwar berjaya dibatalkan oleh Krew Taipingmali
Mana muka Ustaz Akmal Kamaruddin?
Pada hari Khamis Krew Taipingmali telah terlihat satu iklan di facebook yang mengajak orang ramai ke surau diri Jumaat di Taman Mewah dengan membawa tikar dan sejadah.
Menyedari tentang cubaan Anwar untuk kencing penduduk Taman Mewah, Krew Taipingmali telah mengerakkan NGO yang untuk membuat satu bantahan. Hasilnya sehingga jam 12 malam, sebanyak 61 laporan polis berjaya dibuat di Balai Polis Kamunting dan IPD Taiping.
Pada hari Jumaat selepas sahaja selesai Fardu Jumaat sebahagian penduduk telah memulakan bantahan siri pertama di luar Surau Istiqlal, Taman Mewah.
Perancangan Krew Taipingmali berjaya dihidu oleh pihak Pas Taiping dan mereka bersedia untuk merakam gambar dan cuba menggagal bantahan yang dibuat dengan skala kecil sahaja. Seorang pengikut tegas Pas pangilan manjanya Tok Wan cuba menghalau dan menggagalkan demo tersebut.
YDP Pas Taiping meroyan dan naik angin, dia telah mendapat berita kononnya demo tersebut dibuat dalam kawasan masjid. Pun begitu Fakhardin kantoi selepas dia mengetahui bantahan tersebut dibuat diluar kawasan masjid.
Pas Taiping nak memburukkan peserta bantahan kononnya mencemarkan masjid, cuba kita imbas kembali kisah Pas membuat demo di Masjid Daerah Taiping tahun lalu kerana membantah pengharaman terhadap ceramah politik, Pas mengimport Unit Anal dari Kuala Lumpur untuk membuat kacau.
Apa pun Krew Taipingmali mengucapkan tahniah kepada peserta yang sudi turun untuk membuat demo pada sebelah petang tanpa perlu dibayar sepertimana yang dilakukan oleh pembangkang. Terima kasih, jasa dan kesudian tuan-tuan amat kami hargai.
Bantahan dengan 61 laporan polis menyebabkan Anwar menghantar kereta peronda untuk membuat tinjauan di laluan tersebut. Beberapa orang jurugambar juga turut ditugaskan untuk membuat liputan.
Akibatnya kerana takut, Anwar telah membatalkan tazkirahnya di taman tersebut dan berhimpun di UPU Kampung Kurnia Jaya. Ramai juga jemaah Pas yang masuk ke Taman Mewah telah bergegas ke Kampung Kurnia Jaya untuk bersama Anwar. Kira-kira 100 orang telah hadir untuk menyambut Anwar di UPU Kurnia Jaya sebelum rombongan ke Batu Kurau.
You are subscribed to email updates from Taiping Mali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa kesal dan dukacita dengan tindakan nazir dan imam yang masih membenarkan ceramah berunsur politik diadakan di masjid serta surau di negeri ini.
Baginda mendapat laporan terdapat 26 masjid serta surau tidak menghiraukan arahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang melarang perkara itu.
"Beta mendapat laporan terdapat 26 masjid dan surau yang masih membenarkan ceramah berunsur politik diadakan.
"Beta mengetahui nama masjid dan surau tersebut serta ahli jawatankuasanya, dan Beta amat kesal serta dukacita dengan nazir dan imam yang masih membenarkan perkara ini berlaku," titah baginda semasa merasmikan Masjid Tengku Ampuan Jemaah di Bukit Jelutong malam ini.
Sultan Selangor turut melarang umat Islam menjadikan masjid dan surau sebagai tempat berpolitik bagi mengelak pepecahan ummah.
"Tujuan beta melarang masjid dan surau dijadikan tempat berpolitik adalah untuk memastikan supaya masyarakat Melayu tidak berpecah belah dan berpuak-puak yang akhirnya akan memusnahkan bangsa Melayu dan agama Islam itu sendiri," titahnya.
Pada majlis itu, Sultan Sharafuddin turut berkenan Masjid Tengku Ampuan Jemaah, yang dinamakan sempena nenda baginda, dikategori sebagai Masjid Diraja.
Baginda turut mengingatkan anggota jawatankuasa masjid itu agar sentiasa bersikap amanah, profesional dan bekerjasama dalam memakmurkan masjid berkenaan.
Masjid Tengku Ampuan Rahimah, yang boleh memuatkan 4,000 jemaah, mula dibina pada Mei 2010 dengan kos RM22.5 juta melalui pembiayaan bersama iaitu wakaf khas Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al Haj, kerajaan Selangor, Sime Darby Property Bhd, anggota kariah masjid dan penduduk setempat.
Pencerobohan oleh penganas Sulu ke atas kedaulatan negara di Lahad Datu, Sabah menyerlahkan sikap khianat dan bermuka-muka pemimpin-pemimpin pembangkang.
Dalam keadaan keselamatan negara berada diancam bahaya oleh anasir luar mahu menghancurkan Malaysia, pemimpin seperti Naib Presiden PKR mengeluarkan kenyataan yang menghina anggota keselamatan yang terkorban.
Bukan sahaja ia tidak sensitif dan tidak berperikemanusiaan, malah lebih dahsyat ia membayangkan pihak pembangkang akan sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa termasuk melemahkan semangat dan imej perajurit negara.
Mereka juga rela bersekongkol dengan musuh luar dengan tujuan untuk bekerjasama menjatuhkan sebuah kerajaan yang sah dan merampas kuasa politik.
Dalam isu pencerobohan di Lahad Datu, pembangkang cuba menangguk di air keruh untuk mendapatkan sokongan undi dan sokongan dengan mempolitikkan isu keselamatan negara.
Secara sedar dan terancang mereka sengaja memburuk-buruk imej pasukan keselamatan negara yang bertungkus lumus dan bertarung nyawa untuk menyelamatkan negeri Sabah daripada terus diserang pengganas.
Pembangkang sebenarnya menggunakan psikologi untuk melemahkan semangat juang perajurit supaya kumpulan penganas mampu mengatasi mereka.
Tidak keterlaluan jika dikatakan pembangkang adalah tali barut yang menjadi musuh dalam selimut untuk menggugat kedaulatan negara.
Tindakan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim membuat pertemuan sulit dengan Nur Misuari, pemimpin kumpulan pemisah Filipina, MNLF adalah bukti bahawa pembangkang bukan sahaja tidak menunjukkan taat setia kepada raja dan negara malah melakukan pengkhianatan.
Pengkhianat seperti Anwar dan Tian Chua tidak boleh dimaafkan sama sekali dan hukuman setimpal seberat-beratnya juga tidak mampu menghapuskan dosa pengkhianatan mereka.
Tindakan pihak polis mendakwa Tian Chua di mahkamah atas tuduhan menghasut berhubung kenyataan menghina beliau adalah suatu yang tepat dan kena pada masanya.
Rakyat Malaysia yang sayangkan keamanan dan mahu melihat negara terus makmur dan maju dalam keadaan yang stabil sudah tentu tidak akan dapat menerima apa yang telah dilakukan oleh ahli parlimen Batu itu.
Sejarah perjuangan politik Tian Chua penuh dengan pengkhianatan dan onar yang mengancam negara.
Bermula dengan tindakan beliau memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui gambar bersama wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu melalui teknik photoshop, ahli politik pembangkang ini terus memporak peranda politik negara.
Beliau juga pernah dituduh mencederakan anggota polis yang sedang menjalankan tugas dan mahu menunjukkan hero dengan berbaring di hadapan trak FRU ketika rusuhan reformasi di Dataran Merdeka dahulu.
Politik Tian Chua dan pemimpin pembangkang adalah bersumber sekolah dan ideologi politik yang menjahanamkan negara.
Mereka berselindung disebalik slogan-slogan yang nampak secara luaran amat baik dan luhur.
Dengan menggunakan istilah yang berhubungkait dengan rakyat, pembangkang sebenarnya menunggang rakyat yang tidak berdosa dan jahil mengenai agenda politik mereka yang bermotifkan kejahatan.
Umpamanya, Nurul Izzah, anak Anwar yang juga kawan baik Tian Chua dan seorang lagi Naib Presiden PKR pernah mencetuskan kontroversi yang memutar belitkan ayat Al-Quran mengenai murtad.
Pembangkang bergerak untuk melemahkan kerajaan dan pentadbiran negara dalam semua bidang bukan sahaja politik.
Ini termasuk agama, sosial, pendidikan, kenegaraan dan juga isu-isu yang menyentuh kedudukan istimewa orang Melayu di sisi Perlembagaan.
Anwar kerap ke Sabah selepas menjadi Ketua Pembangkang dengan menimbulkan pelbagai isu berkaitan hak-hak negeri itu dalam gagasan Malaysia dengan tujuan untuk mewujudkan keadaan gelisah dan marah di kalangan rakyat.
Anwar menjanjikan macam-macam gula-gula politik untuk menarik rakyat Sabah menyokongnya termasuk tawaran meningkatkan royalti minyak daripada 5% kepada 20%.
Terakhir pembangkang menimbulkan isu pendatang asing dan kerajaan mengambil langkah pro-aktif dengan menubuhkan suruhanjaya siasatan untuk menangani masalah tersebut.
Namun Anwar dan pemimpin pembangkang lain menggunakan isu itu untuk menyerang kerajaan.
Akhirnya apabila berlaku pencerobohan penganas Sulu, terdedah siapa sebenar pengkhianat dan dalang merancang pencerobohan tersebut.
"Apa kita mahu buat dengan bangkai-bangkai ini? Sudah aku tatak (penggal) kepala mereka."
Itu adalah antara kata-kata penuh penghinaan dan biadab pengganas Sulu selepas membunuh anggota keselamatan negara dalam serangan hendap di Kampung Simunul, di sini 2 Mac lalu.
Percakapan pengganas Sulu itu didengari dengan jelas anggota pasukan keselamatan negara yang terlibat dalam misi membantu barisan hadapan yang terkorban.
Menceritakan lebih lanjut, anggota pasukan keselamatan yang enggan namanya disiarkan berkata, dia mendengar dengan jelas percakapan pengganas Sulu itu dari rumah persembunyian mereka kononnya untuk menggerunkan pasukan keselamatan negara dan meraikan 'kejayaan' mereka.
Walau bagaimanapun, katanya, dalam usaha menyelamatkan anggota keselamatan itu beberapa das tembakan dilepaskan pengganas Sulu menyebabkan dia dan anggota keselamatan lain mencari perlindungan.
"Mereka memang berperangai seperti binatang, tiada hati perut dan mahu mengerjakan pasukan keselamatan kita cukup-cukup.
"Tetapi kami tidak boleh terburu-buru walaupun semangat kami amat berkobar-kobar mahu menumpaskan mereka. Segala perancangan perlu dilakukan dengan berhati-hati," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut sumber itu, kira-kira pukul 4.20 petang pada hari kejadian, Supritendan Ibrahim Lebar yang terkorban dalam serang hendap tersebut mendapat maklumat beberapa buah rumah di kampung berkenaan dipercayai dijadikan markas pengganas.
Katanya, Allahyarham Ibrahim yang dibantu oleh beberapa anggota pasukan keselamatan kemudiannya ke kampung itu dan memeriksa dua buah rumah, namun mendapati kedua-duanya kosong.
Jelas sumber itu, disebabkan pemeriksaan ke atas dua buah rumah tersebut tidak menemui hasil, Ibrahim mengarahkan kesemua pasukan keselamatan beredar dan berkumpul di kawasan lapang.
"Kira-kira pukul 7.20 malam, Ibrahim mendapat maklumat suspek berada di sebuah rumah sebelum mengarahkan pasukan kami bersiap sedia untuk masuk semula dalam keadaan gelap.
"Ketika membuka pintu rumah tersebut, Allahyarham Ibrahim ditembak beberapa das sebelum ditetak dengan parang," katanya.
Tambah sumber itu, semangat cintakan negara jelas terpancar dalam diri Allahyarham Ibrahim yang tetap ingin meneruskan operasi menjejak pengganas tersebut walaupun dimaklumkan mengenai sebarang kemungkinan yang boleh berlaku.
"Kita cukup rasa kehilangan rakan pasukan dan seorang pegawai yang berdedikasi serta mempunyai semangat kental dalam menghadapi musuh," katanya sambil menahan sebak.
Wasabi Oyabun..
You are subscribed to email updates from Oyabun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Gambar NST : Gambar PM Menteri & MITI Tok Pa menyaksikan
Tun Musa Hitam bertukar MOu
Tun Musa Hitam pastinya satu-satunya personaliti dari luar Pakatan Pembangkang yang menyokong Buku Jingga. Sekurang-kurangnya itulah yang dijaja oleh PR mengenai Musa Hitam berikutan kenyataannya di dalam program 'Bicara Minda 'Survival Ekonomi Melayu' yang berlangsung di Karangkraf baru-baru ini.
Setelah diselidik teks asal, ternyata Tun Musa bukanlah 'membela kitab suci Pakatan Rakyat' itu secara langsung, tetapi Tun Musa hanya 'membela Pakatan Rakyat'. Pakatan Rakyat juga menganggap kenyataan Tun Musa mengenai politik perkauman merupakan sindiran langsung terhadap Tun Mahathir. Dan terbahak-bahaklah mereka, suka mendengarnya.
Sebenarnya, bukan baru kali ini Tun Mahathir dituduh sebagai bersifat rasis, tetapi sejak dari awal penglibatannya di dalam politik lagi Tun Mahathir telah digelar 'Ultra Melayu' oleh kaum Cina. Semuanya kerana beliau begitu prihatin dan lantang membela Melayu yang dilihatnya ketinggalan dalam semua bidang. Keprihatinan dan kasih sayangnya terhadap bangsanya telah ditafsir oleh kaum Cina sebagai ancaman terhadap kaum mereka dan kaum lain.
Kaum Cina menyangka bahawa kerana sayang pada bangsanya, maka Tun Mahathir pasti membenci bangsa lain. Namun, setelah beberapa tahun memerintah negara, kaum Cina mula mengenali diri Tun Mahathir yang sebenar, iaitu sayangnya pada bangsa sendiri, tidak bermakna yang beliau bersifat rasis dan membenci kaum lain. Malah, beliau begitu adil, cuba memastikan yang bahagian kek ekonomi yang dijana oleh kaum Cina tidak dirampas tetapi sebaliknya berusaha membesarkan kek tersebut, agar turut dinikmati oleh kaum Melayu.
Harapan beliau, kaum Melayu akan berusaha untuk menjana bahagian mereka juga. Akhirnya semua kaum memahami strategi beliau dan persoalan mengenai sifat Ultra Melayu beliau tidak lagi timbul. Malaysia berkembang pesat dan semua kaum hidup dalam harmoni serta turut menyayangi Perdana Menteri yang bijaksana tersebut.
Namun, itu dulu. Hari ini, kita lihat sikap segelintir generasi baru kaum Cina tidak lagi membawa semangat perpaduan dan keharmonian yang sama seperti dahulu. Semuanya kerana wujudnya kumpulan ekstremis seperti Dong Zong yang berdegil ingin memisahkan kaum Cina dari arus pendidikan kebangsaan. Lebih buruk lagi apabila DAP turut mengambil kesempatan menghasut menuduh dasar-dasar kerajaan yang telah terbukti berkesan membawa keharmonian dan kemakmuran kepada negara ini, sebagai bersifat perkauman.
Media-media berbahasa Cina juga langsung tidak membantu menyemai semangat perpaduan, tetapi gemar sekali memburukkan keadaan dengan menuangkan minyak kepada api yang dinyalakan oleh DAP. Maka, lahirlah manusia-manusia seperti Namewee yang jiwanya penuh dengan kebencian terhadap kaum Melayu. Mereka biadap, angkuh dan langsung tidak menghormati kaum Melayu. Mereka juga memusuhi Institusi Raja-raja, kerajaan, pihak berkuasa dan apa saja yang dikaitkan dengan Melayu. Alasan mereka mudah iaitu UMNO rasis dan perlembagaan berat sebelah! Kemewahan yang mereka kecapi tidak lagi dilihat sebagai bukti keadilan kerajaan, tetapi dilihat sebagai hasil dari usaha kaum mereka semata-mata.
Sikap biadap dan angkuh ini tidak boleh diterima sebagai identiti rakyat Malaysia. Sikap menentang sistem dan perlembagaan, memburukkan segala-galanya tentang negara ini serta membanding-bandingkan pula dengan negara lain membuktikan tiadanya rasa cinta dan bangga dengan negara ini. Justeru, tidak hairanlah mereka sering 'dihalau' keluar dari negara ini dan digelar pendatang.
Tun Mahathir sebagai bekas pemimpin tentunya tidak senang dengan sikap generasi baru ini kerana ia jelas merosakkan Malaysia yang telah dipupuk, dididik dan dibinanya dengan penuh kasih sayang sehingga berjaya dan cemerlang. Oleh itu, beliau berkali-kali menegur sikap kaum Cina yang tidak memahami asas penubuhan dan kunci keamanan dan kemakmuran negara ini. Di masa yang sama juga berkali-kali menempelak sikap kaum Melayu yang masih di takuk lama.
Jika menegur kaum Cina dianggap rasis, maka bagaimana pula dengan menempelak kaum Melayu? Bukankah itu menunjukkan beliau melayan keduanya sama saja?
Sebenarnya, Tun Mahathir hanya bercakap yang benar kepada rakyat Malaysia tidak mengira bangsa apapun mereka. Jika sikap mereka tidak membantu atau memberi manfaat kepada negara, maka sikap itu harus ditegur dan dibuang. Jika perlu, teguran harus dilakukan dengan keras demi memastikan kesinambungan negara ini. Sikap terus terang Tun Mahathir ini jarang dimiliki oleh masyarakat Asia, terutamanya Melayu.
Oleh itu, beliau sering dimusuhi hanya kerana berkata benar. Sikap orang kita ialah, tidak boleh ditegur, enggan menerima kebenaran dan kebaikan yang dibawa oleh orang yang kita tidak suka, selain dengki dengan mereka yang disanjung serta berdendam hanya kerana orang yang kita benci itu tidak membalas dengan kebencian yang sama terhadap kita.
Lebih sakit hati lagi, jika orang itu terus berjaya dan dihormati manakala kita masih jauh di belakangnya. Dan inilah yang berlaku antara Tun Mahathir dan Tun Musa, malah dengan entah berapa ramai lagi 'bekas' rakan-rakannya, termasuk mereka yang pernah terhutang budi dengannya yang enggan menerima hakikat bahawa beliau bukannya berada dalam liga yang sama dengan mereka, tetapi di liga manusia hebat pemimpin dunia. Sifat dengki, iri hati dan pendendam umat Melayu ini amat sukar untuk dijelaskan mahupun dihapuskan kerana mereka yang mempunyai sifat ini tidak mampu menerima kenyataan.
Kerana itu, walaupun Tun Mahathir telah bersara, beliau terus menerus diserang di segenap arah. Namun, berkat keikhlasan dan doa berjuta-juta umat manusia yang telah menerima manfaat dari kebijaksanaan dan keprihatianannya, beliau terus gagah mengharungi cabaran mereka.
Kita pasti Tun Musa lebih tahu bahawa Buku Jingga Pakatan Rakyat adalah sampah semata-mata kerana itu beliau enggan mengulas secara terperinci mengenainya. Malah, hanya menyatakan secara umum bahawa tidak mungkin PR akan membiarkan negara bankrap tanpa mengaitkan secara spesifik kepada sebarang cadangan di dalam buku tersebut seperti penghapusan tol, PTPTN, penurunan harga barang termasuk minyak, dan lain-lain. Jika puak PR berfikir lebih sedikit mereka akan mendapati bahawa keengganan Tun Musa mengulas Buku Jingga secara spesifik dalam membincangkan subjek 'tidak akan dengan sengaja membankrapkan negara', menunjukkan yang beliau tidak yakin dengan perancangan di dalam buku tersebut.
Hakikatnya, permainan kata-kata Tun Musa untuk menunjukkan sokongan kepada PR hanyalah untuk menyatakan penentangannya terhadap Tun Mahathir dan mengharapkan cara itu akan dapat menyakitkan hati negarawan tersebut. Dendamnya pada Tun Mahathir adalah bertitik tolak dari keinginannya untuk menggantikan tempat negarawan tersebut sebagai Perdana Menteri. Ia menjadi parah apabila Allah SWT telah mentakdirkan konspirasinya terdedah dan Tun Mahathir berjaya mematahkannya. Ketika itu, Tun Musa sanggup bergabung dengan sesiapa saja, antaranya Ku Li untuk menjatuhkan Ketuanya. Malangnya Ku Li juga turut tergilakan jawatan yang sama, selain Anwar Ibrahim. Namun, kesemua perancangan mereka telah tidak disertai Allah SWT lalu kecundang di tengah jalan.
Bagaimanapun, Tun Mahathir tetap memaafkan kedua-dua Ku Li dan Tun Musa dan tidak terus membuang mereka selama-lamanya, tetapi tetap memberikan mereka jawatan yang sesuai dengan kebolehan mereka di dalam kerajaan atau parti. Dan inilah yang amat menyakitkan hati mereka.
Terdapat juga khabar angin yang Tun Musa merupakan agen barat kerana pegangannya yang liberal berdasarkan cara hidup keluarganya, tetapi itu adalah cerita lain. Perlu diulang bahawa Tun Musa sanggup bergabung dengan sesiapa sahaja asal dapat melegakan dendamnya pada Tun Mahathir. Oleh itu, jika dulu beliau sanggup bergabung dengan Kuli, dan kemudiannya menghimpit Tun Abdullah Badawi sekadar ingin menyertai koir memburukkan Tun Mahathir, maka beliau juga tentu tiada masalah untuk bergabung dengan Anwar atau PR hari ini. Mungkin bukan untuk jawatan kerana beliau sebenarnya cukup arif akan ketidakmampuan PR, tetapi seperti yang dikatakan tadi, iaitu sekadar mencari ruang biar pun kecil, untuk melampiaskan dendam. Justeru, tidak perlulah pencacai PR terkinja-kinja sangat dengan sokongan yang ditunjukkan Tun Musa terhadap PR. Ingatlah bahawa beliau tidak menyentuh langsung mengenai butir-butir perancangan di dalam Buku Jingga kerana beliau tahu ianya tidak masuk akal.
Pendek kata, Tun Musa cuba memberitahu bahawa jika PR memerintah, Buku Jingga itu juga akan masuk tong sampah kerana tidak mungkin PR akan melaksanakan perancangan yang bakal membangkrapkan negara. Namun, walaupun PR tidak mungkin akan dengan sengaja membiarkan negara bankrap, itu tidak bermakna yang negara tidak boleh bankrap di bawah pemerintahan graduan Pengajian Melayu merangkap boneka pihak Neo-con, yang hampir membangkrapkan negara pada tahun 1997/98.
Tidak mustahil sumber negara akan disedut keluar untuk kepentingan ketuanya di barat. Apatah lagi dengan sikap DAP yang rakus merampas hak-hak Melayu dan bertuhankan keuntungan, manakala PAS pula langsung tidak punya hak bersuara dan tidak punya pengetahuan langsung mengenai ekonomi negara untuk mempertahankan suara rakyat miskin dan sederhana.
Kesimpulannya, PR mungkin tidak akan membankrapkan negara dengan sengaja, tetapi mungkin melakukannya dengan tidak sengaja.
Baca kupasan hebat blog baru muncul ini... Anda mesti meletakkan link blog ini dalam senarai blog anda. Kerana bukan sebarang manusia yang menulisnya.
Banyak blog tidak berwajah sudah mula menerjah alam maya...Mereka bukan sebarang pejuang yang hanya fikrikan wang, tetapi pejuang demi kebenaran dan keadilan.
Jangan pandang rendah, pejuang sebenar agama sudah mula menghunus senjata pena mereka yang pasti bakal menjadi blogger lebih hebat dari Panglima Insya Allah...
Mereka ini lelaki dan perempuan dari seluruh negara, adalah waris pahlawan Melayu terbilang yang segar darah kepahlawanan mengalir tanpa henti dalam diri dan jiwa mereka demi mempertahankan Malaysia dan rakyatnya dari serangan petualang, yang menghambur peluru fitnah dan tipudaya, dari dijajah walau seinci di minda mereka.
Baca artikel blogger rakan panglima ini dan sebarkannya.
Senarai beberapa blog lain yang baru menzahirkan diri ada di bawah ruang Soldadu Baru Siber...
Merekalah pejuang akhir zaman yang akan menentang cucu cicit Dajjal dan tenteranya di alam maya.
Bukan demi wang, perempuan atau kuasa namun demi agama bangsa dan negara semata-mata.
Sekali lagi tolong senaraikan blog-blog ini, mereka kini sudah sedia memuntahkan peluru hujjah dan fakta, tepat ke 'kepala' musuh tanpa sebarang kompromi walau sedikitpun.
Agak mengejutkan juga semalam apabila gambar-gambar aksi yang menjijikkan telah disiarkan oleh sebuah blog baru yang tidak diketahui motifnya! Para penyokong Anwar Ibrahim cuba menyatakan bahawa penyiaran gambar-gambar berkenaan adalah bertujuan untuk terus memalukan Anwar Ibrahim.
Namun yang menariknya, portal rasmi PAS, HARAKAH Daily merupakan antara yang terawal menyiarkan gambar-gambar tersebut dari blog 'misteri' berkenaan seolah-olah ingin memberi isyarat bahawa PAS sebenarnya sudah tidak percaya dengan Anwar Ibrahim lagi. Sekaligus membenarkan apa yang pernah disuarakan oleh Mat Sabu pada tahun 1997 lalu bahawa suatu hari nanti, 'MENTERI KABINET MALAYSIA YANG PERTAMA MATI AKIBAT AIDS'.
Dan jika kita perasan sejak kebelakangan ini disetiap ceramah PAS, pada setiap banner sudah tidak ada lagi gambar Anwar bersama dengan pemimpin PAS sepertimana selalunya! Pelik tapi memang benar?
Bagaimanapun, pagi tadi, selepas beberapa jam selepas disiarkan, HARAKAH Daily telah menarik keluar artikel berkenaan. Mungkin kerana terdesak, para penyokong Anwar telah memulakan putar belit fakta dan melakukan serangan terhadap UMNO dan BN di laman-laman blog, portal dan Facebook untuk menunjukkan kononnya gambar-gambar tersebut adalah angkara UMNO! Sila baca di sini.
Seperti biasa apa-apa sahaja pendedahan tentang Anwar Ibrahim, semuanya adalah salah UMNO! Namun hari ini, penafian telah dibuat oleh Anwar Ibrahim apabila diajukan persoalan berhubung gambar-gambar terbaru itu oleh wartawan dalam satu sidang akhbar. Dan seperti biasa, Anwar membuat penafian mudah bahawa ORANG DALAM GAMBAR-GAMBAR TERSEBUT BUKANLAH DIRINYA.
Alasan yang diberi adalah didalam gambar tersebut, 'DIA TIDAK BOROI'( bermakna Anwar BOROI sekarang )! Mungkin kita masih ingat sebelum ini ketika video seseorang yang mirip macam Anwar juga melakukan 'adegan melampau' dengan seorang pelacur. Dalam satu sidang akhbar Anwar dengan cepat menafikan 'pelakon' tersebut bukanlah beliau kerana pelakonnya berperut BUNCIT (Boroi)!
Anwar turut berdiri ketika itu untuk membolehkan jurufoto mengambil gambar perutnya.
Ketika itu Anwar Ibrahim dengan keras menafikan yang beliau adalah lelaki dalam video seks yang didedahkan! Beliau menyifatkan dakwaan itu sebagai "pembohongan" yang diselaras oleh mereka di peringkat kuasa tertinggi. Sambil memberi alasan bahawa pada masa itu video dikatakan dirakamkan, Anwar berkata beliau berada di rumah bersama kakitangannya, isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, anak-anak dan cucu-cucu.
Katanya, beliau telah mengemaskini Twitternya pada masa itu, yang akan membuktikan yang beliau bukan lelaki dalam video tersebut. Sambil tersenyum Anwar berkata, lelaki dalam video itu "berperut buncit" berbanding dengan perutnya. "Cuma perut orang itu jauh lebih buncit daripada perut saya," katanya.
Kesimpulannya, jika Anwar mengatakan pelakon dalam gambar terbaru bukan dirinya kerana 'DIA TIDAK BOROI' sebagaimana dirinya sekarang yang 'BOROI', maka siapakah pelakon lelaki yang 'berperut BUNCIT/BOROI' beraksi bersama pelacur dari China sebelum ini!
Meludah kelangit, terpecik kemuka sendiri? Mengaku saja lah Anwar...sampai bila nak menafikan lagi!!!!
Terdapat segelintir warga Malaysia masih memandang rendah isu-isu berkaitan dengan aspek keselamatan negara. Insiden pencerobohan asing di Lahad Datu, Sabah misalannya dianggap oleh seorang pemimpin kanan parti pembangkang sebagai 'wayang'.
Malah, seorang ahli akademik di sebuah universiti tempatan, apabila ditanya oleh rakannya, turut beranggapan demikian. Beliau mengatakan bahawa insiden ini merupakan satu bentuk 'konspirasi' oleh parti pemerintah bertujuan melengah-lengahkan pilihan raya umum dan mengalih perhatian rakyat terhadap isu-isu penting yang sedang melingkari parti tersebut.
Impak kenyataan oleh pemimpin kanan parti pembangkang ini jelas berjaya mempengaruhi persepsi dan pemikiran rakyat. Walaupun banyak liputan berita dikeluarkan oleh media arus perdana mengenai insiden di Lahad Datu, ramai juga yang masih percaya semua ini hanyalah 'wayang' mainan parti pemerintah.
Ini bukanlah kali pertama rakyat Malaysia memberikan reaksi yang pelik sebegini. Ia pernah berlaku beberapa kali di negara ini seperti, insiden Memali di Baling pada 1984, insiden kecurian senjata di sebuah kem tentera dan insiden Sauk di Perak beberapa tahun dahulu.
Semua insiden ini pernah dianggap sebagai 'wayang' oleh segelintir rakyat Malaysia khasnya mereka yang menjadi penyokong tegar parti pembangkang. Sikap mereka ini menjelaskan lagi elemen ketaksuban yang semacam sudah sebati dalam persepsi, pemikiran dan nilai hidup mereka.
Elemen ketaksuban dalam segelintir masyarakat tidak ubah macam yang pernah dipaparkan dalam sebuah filem Melayu Pendekar Bujang Lapok arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Apabila Pendekar Mustar mengadu kepada Ramli, Ajis dan Sudin mengenai anak perempuannya yang telah diculik oleh sekumpulan penjahat, mereka bertiga hanya menjawab 'cobaan' berkali-kali. Demikianlah halnya dengan kelakuan segelintir rakyat Malaysia pada hari ini.
Insiden di Lahad Datu, termasuk pencerobohan oleh lebih 100 orang asing yang bersenjata yang mendakwa sebagai tentera Kesultanan Sulu, kematian 10 orang anggota keselamatan, dan usaha keras anggota polis dan tentera untuk mempertahankan kedaulatan Malaysia daripada diceroboh, semuanya dianggap sebagai 'wayang'. Hujah mereka ini kelihatan agak kuat memandangkan masa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) semakin hampir.
Selain hujah-hujah ini, ada juga kenyataan oleh beberapa pihak yang menyebut bahawa insiden di Lahad Datu ada kaitannya dengan 'jemputan' oleh pemimpin tertentu dalam pakatan pembangkang yang telah menjanjikan imbuhan tertentu yang sekali gus menarik minat orang-orang Sulu ini untuk menceroboh negara ini. Terdapat juga pendapat yang mengatakan bahawa kedatangan orang Sulu ini adalah atas faktor ekonomi.
Walau apa pun kenyataannya, insiden Lahad Datu ini tidak akan memberi apa-apa keuntungan kepada Malaysia. Apatah lagi negara ini sedang berada di ambang PRU-13. Yang pasti, apabila ia berlaku, aspek keselamatan negara, kedaulatan negara serta rakyat Malaysia khasnya mereka yang mendiami kawasan Lahad Datu, terjejas. Dan yang pasti juga, ada pihak, sama ada di Malaysia mahupun di luar negara, yang akan mendapat 'untung' sekiranya pencerobohan ini berjaya mencapai matlamatnya.
Satu lagi pendapat yang agak 'akademik', bersandarkan kepada 'ripe moment theory' yang dipopularkan oleh sarjana pengajian konflik antarabangsa, William Zartman, mengatakan insiden pencerobohan asing di Lahad Datu ini sebenarnya tiada kaitan langsung dengan perkembangan politik tempatan di Malaysia.
Ia berlaku kerana faktor masa, yakni, masa yang sesuai. Pihak yang menceroboh sebenarnya telah lama merancang untuk menyerang Malaysia dengan menceroboh kawasan yang paling hampir dengan kawasan mereka di perairan Sulu. Dan Lahad Datu dipilih kerana kedudukannya yang sangat hampir dengan mereka.
Masa yang dipilih oleh penceroboh ini dikatakan sesuai kerana Malaysia pada ketika ini sedang sibuk untuk menghadapi PRU-13. Justeru, ia merupakan satu masa yang sangat strategik untuk 'menceroboh'.
Pun begitu, sementara anggota pasukan keselamatan Malaysia sedang berjuang habis-habisan bagi mengekang dan memusnahkan ancaman penceroboh dari Sulu ini, apakah jaminannya bahawa insiden yang sebegini tidak akan berulang lagi pada masa hadapan? Kita harus ingat bahawa insiden ini ada kaitannya dengan isu Sabah.
Kerajaan Filipina dan Sultan Sulu pernah mengemukakan tuntutan ke atas Sabah yang disifatkan sebagai sebahagian daripada wilayah jajahan Kesultanan Sulu sebelum ia diambil alih oleh British, merdeka dan menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.
Isu tuntutan ke atas Sabah ini ialah isu yang bersifat sejarah. Ada beberapa isu yang bersifat sejarah dan kewilayahan yang boleh memberikan impak negatif kepada Malaysia sekiranya ia tidak ditangani dengan penuh berhati-hati. Antaranya seperti isu keselamatan di wilayah Selatan Thailand, isu dengan Singapura dan isu Spratly.
Mungkin sudah tiba masanya bagi kerajaan Malaysia untuk mengkaji semula aspek dasar luar Malaysia, dasar pertahanan negara, dan dasar keselamatan dalam negara. Kerajaan Malaysia mungkin boleh mula untuk berfikir untuk mengguna pakai tindakan seperti forward-defence bagi tujuan mempertahankan kedaulatan negara.
Kita tidak seharusnya menunggu musuh untuk muncul di hadapan pintu rumah sebelum bertindak. Sphere of defence operation Malaysia misalannya mungkin boleh diperluaskan meliputi sekitar rantau Asia Tenggara sekurang-kurangnya. Begitu juga dengan aktiviti agensi perisikan Malaysia mungkin boleh dilebarkan melangkaui kawasan sempadan Malaysia dengan negara-negara yang berjiran dengannya.
Ini sangat perlu kerana dalam dunia era global pada hari ini, ancaman terhadap kedaulatan dan keselamatan negara boleh datang bukan sahaja daripada aktor negara (state actor), malah aktor bukan negara (non-state actor). Kecenderungan aktor bukan negara sebagai ancaman utama Malaysia bukan lagi satu 'wayang' ataupun ilusi.
Hari ini, kita dapat lihat banyak peristiwa dalam politik antarabangsa yang melibatkan peranan aktor bukan negara yang memainkan peranan penting dalam memporak-perandakan keadaan politik dan ekonomi sesebuah negara. Lihatlah peristiwa-peristiwa yang telah melanda beberapa negara seperti 'Arab Spring' yang mana 'dalangnya' ialah aktor bukan negara yang berselindung di sebalik bayangan negara-negara kuasa besar dunia.
Demikian betapa pentingnya aspek keselamatan negara. Ia tidak boleh dan tidak wajar dijadikan sebagai bahan mainan ataupun diperkotak-katikkan oleh mana-mana pihak. Apa yang jelas ialah insiden pencerobohan asing di Lahad Datu sebagaimana yang sedang berlaku pada hari ini telah dimanipulasi oleh parti pembangkang bertujuan untuk mencapai political mileage dan memburukkan imej negara di mata dunia.
Golongan yang sebegini tidak sedikit pun ada rasa prihatin terhadap aspek keselamatan negara dan kedaulatan negara. Apa sahaja yang boleh dipolitikkan akan dipolitikkan sehinggakan tindakan menghantar anggota tentera Malaysia bagi menjalankan operasi di Lahad Datu menggunakan pesawat Air Asia pun boleh dipolitikkan. Di sini kita dapat lihat betapa dangkalnya pemikiran pemimpin, penyokong dan mereka yang bersimpati dengan parti pembangkang.
Kita harus ingat bahawa dalam dunia politik, tidak ada 'wayang' atau 'ilusi'. Yang ada ialah 'realiti' dan 'kebenaran', dan insiden yang sedang berlaku di Lahad Datu ialah satu 'realiti', bukannya 'wayang' sebagaimana yang sedang difikirkan oleh segelintir orang di Malaysia.-UMO
Kementerian Pelajaran telah mengeluarkan kenyataan akhbar berhubung isu seorang guru yang didakwa telah mengeluarkan pernyataan menghina anggota polis yang bertugas di Lahad Datu, Sabah melalui laman sosial, Facebook.
Kenyataan tersebut dibuat oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd. Ghafar Mahmud di sini hari ini.
Berikut adalah kenyataan akhbar terbabit yang turut boleh dibaca di laman web kementerian tersebut iaitu http://www.moe.gov.my/v/kenyataan-media-view?page=1&id=316
KENYATAAN AKHBAR BERKAITAN SEORANG GURU DI KELANTAN MENGHINA ANGGOTA POLIS MELALUI LAMAN FACEBOOK
1. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada kenyataan yang disiarkan menerusi laman Facebook seorang guru di negeri Kelantan yang membuat posting dengan kata-kata yang boleh dianggap menghina pasukan keselamatan kita yang sedang bertugas dalam `Ops Daulat' di Lahad Datu, Sabah bagi mempertahankan kedaulatan negara yang tercinta. Penulisan di laman Facebook tersebut dengan jelas melakukan penghinaan terhadap pasukan keselamatan kita khususnya Polis DiRaja Malaysia.
2. Adalah dimaklumkan bahawa KPM tidak akan berkompromi dengan kenyataan biadap yang dilakukan oleh guru berkenaan dan akan memastikan tindakan tegas diambil atas perbuatan tersebut. Seorang guru sepatutnya menjalankan amanah yang dipikul dengan penuh tanggungjawab malah sepatutnya menjadi model semangat patriotisme kepada masyarakat khususnya anak didik mereka. Pasukan keselamatan yang sedang bertugas menyambung nyawa di perbatasan demi maruah dan kedaulatan negara sedang melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang sangat mulia. Kenyataan menghina tersebut telah mengguris hati banyak pihak khususnya keluarga mereka serta menjejaskan reputasi dan imej warga pendidikan dalam negara ini yang sentiasa memberi sokongan padu kepada PDRM dan ATM.
3. KPM serta seluruh warga pendidikan juga sentiasa mendoakan agar pasukan keselamatan kuat yang sedang bertugas di perbatasan sentiasa selamat dan dikurniakan kekuatan serta semangat kental dalam mempertahankan maruah dan kedaulatan negara kita yang tercinta ini.
Terima kasih.
TAN SRI ABD GHAFAR BIN MAHMUD Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Suara Politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Mudah jer... Gagal dapatkan undi Sabah, gagal lembukan orang Sabah, jalan terbaik daruratkan Sabah? Sekadar pandangan dan apa yang teman baca keluhan pelbagai pihak terhadap kejadian kematian dua pejuang negara di lahat datu Sabah, bagi teman penghina serta kononnya lakunan BN atau UMNO yanh telah diputar belitkan oleh haram jadah Tian dan sora kedajalan memang tak boleh diampun, dema bileh ler berlakun mati macam di Bersih tempohari, begitu juga semasa ceramah pas di sini pun bila salah seorang hadiran yang juga merupakan ahli PAS sendiri pun yang meninggal tidak diendah (KLIK)... Memang spesis Pakatan Roket nie HARAM JADAH!
Janda HARAM JADAH!!!
Dalam negara mengalami kesedihan terhadap dua anggota VAT69 yg terkorban nampaknya bukan main lagi haram jadah yg tampil tunjuk betapa busuknya hati dema? Sudahlah sebelum ini undi POS @ undi polis dan tentera mahu dinafikan semasa bersih, kali ini untuk apa pula penghinaan terhadap dua wira negara yang terkorban demi memastikan negara tetap terus aman, termasuk juga untuk semua haram jadah yg duduk di malaysia macam dema
Mungkin ada logik nya bila sabah sukar ditawan untuk megundi, tentu tidak menguntungkan mereka, jadi ada lagi baik praktikan teori yahudi dengan adakan huru hara supaya dapat didaruratkan, bukan kah ini cara mudah untuk menghalang dari kebangkitan suara rakyat yang cintakan keamanan? Untuk menang bukan mustahil dan bukan heran kepada mereka-mereka yang berhati dajal akan buat apa saja termasuk kalau terkorban nyawa sekali pun janji dapat menakluk negara...
Kesilapan yang paling besar mereka lakukan bila menilai darurat bakal berlaku jika ada kejadian begini sebaliknya dema lupa POLIS juga sebenarnya terlibat dalam operasi begini, kantoi dengan teknikal yang tak dujangka maka timbul lah pulak persoalan yang mahu dikelirukan kononnya pemimpin negara diheret mahu dipersalahkan, oersoalan yang ditimbulkan bukan pengorbanan dua pejuang negara sebaliknya kenapa POLIS bukan TENTERA seperti mana yang dema hendakan sangat tu...
Teman tertarik dengan kupasan salah seorang rakan didalam FB beliau... Kenapa POLIS tetapi bukan TENTERA...
Persoalan Kenapa polis tak tentera?
1) jika kita guna tentera dahulu bermakna kita dalam perang dengan Sultan SULU.
2) Juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara lansung sebagai kerajaan yang sah yang mengistiharkan perang kepada kita.
3)Dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa protocol antarabangsa.
Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna
1) kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh bukan combatant perang.
2) Polis kita akan menangkap dan menahan (perkatannya untuk polis ialah menahan bukan menawan - Menawan ialah perkataan Tentera ada beza di antara keduanya)
3) Untuk mengelakkan mereka menjadi Tawanan Perang. Cukup sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduahn di Mahkamah Awam boleh di lakukan. Seperti tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang kita tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak di anggap tawanan perang.
4) Boleh di ektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap perang susah nak bicara dan mana nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini? Maka jadilah macam kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka. Kita kena la buat macam Guantonamo BAy juga. Susah macam tu.
Itu sebab kita mengambil langkah Polis dahulu. Jika tentera ambil alih sudah jadi kes lain.
Jika keadaan tidak boleh di kawal lagi maka LOCAR AREA EMERGENCY (darurat setempat) boleh di isytiharkan
Ianya seperti darurat waktu ribut banjir New Orleans dahulu- tentera USA ambil alih bukan lagi polis tempatan)
Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia darurat dan bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat hanya untuk keselamatan sahaja dan LOCAL AREA SAHAJA. Rasanya bukan seluruh Lahad Datu pun.Hanya kawsan pencerobohannya sahaja. Nampak hati-hatinya dan telitinya Kerajaan dalam hal ini? Menurut langkah satu persatu?
Nota Tambahan. Ingat kes Maunah dahulu? Mula-mula polis. Kemudian Tentera ambil alih. Dan setelah tentera ambil alih tuduhan kepada Mohd Amin (ketua Almaunah)yang membawa hukuman mati ialah tuduhan mengistiharkan perang kepada YAng Di Pertuan Agung. Beliau tidak di tuduh sebagai orang awam iaitu tuduhan Membunuh (i.e; Bunuh polis SB tu). Beliau di tuduh sebagai combatant Perang.
Persoalan sempadan bolos. Mereka masuk sikit demi sedikit dengan bot pancung dalam kawasan yang mana sempadan adalah kabur dan menjadi tradisi penduduk tempatan berulang alik. Lagi pun kawasannya luas.
Tiada ada negara dalam dunia yang tidak di tembusi sempadannya. Yang sukar sedikit ialah Israel dan Vatican. Israel sebab temboknya dan Vatican City sebab di dindingnya dan juga di kepung oleh bandar Rom. Hatta USA pun sering di cerobohi sempadannya oleh orang Mexico. Negara China yang terkenal dengan Gerat wallnya sering di cerobohi orang bangsa Mongolia Nomad atau bangsa padang steppe yang berulang-alik (serupa dengan kes Lahad datu - golongan yang tidak mempunyai sempadan).
Hatta Mekah pun pernah di cerobohi oleh bukan Islam. (tidak ada kaitan dengan kes ini sekadar contoh perbandingan bahawa secanggih mana pertahanan pun dengan izinNya bocor juga)
Komen : Pasukan yang terlibat bukan unit biasa. Unit komando PDRM ialah attachment a-unit tindakan khas(UTK), attachment b-very able trooper 69(VAT69) dibawah pasukan gerakan khas(PGK). UTK lebih menyerupai police SWAT,manakala VAT69 lebih kepada peperangan hutan dan gerila. Komando PGA dikenali sbgai tiger platoon dari 2 Bn PGA...komando di bawah ATM adalah gerup gerak khas(GGK) iaitu 21 RGK,22 RGK,11 RGK dari Tentera darat..PASKAL pula dari TLDM..PASKAU dari TUDM..Ia tertakluk dlm majlis keselamatan negara(MKN) arahan NO. 18.. Pihak keselamatan lebih mengetahui apa yang terbaik dan modus operandi. Sesetengah orang, baru menang game Counter-Strike ada hati nak mengajar pasukan keselamatan pula.
Bagaimanapun kita tunggu pembongkaran bila khabarnya sudah ada tawanan... Dan tentunya bakal ada pembongkaran dalang disebaliknya... jangan lupa apa sekalipun kita rancang Allah sentiasa tahu dan sesukanyalah juga untuk membenar atau sebaliknya... Alfatihah untuk kedua pejuang yang syahid... Inalilahhiwainalilahirojiun....
You are subscribed to email updates from SEKUPANGDUA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Malaysia Invaded - 100's of Terrorists Land on Beaches, Western Media Mute
March 7, 2013 (LD) - Hundreds of heavily armed terrorists have crossed from the Philippines and landed in the eastern Malaysian state of Sabah. Dozens are already dead, and the Malaysian military has brought in aircraft and armor to confront the audacious, bizarre invasion, scattering militants into the jungles of Borneo island. A seemingly headline news event, the invasion has been downplayed and spun by the Western media, many calling militant Al Qaeda-linked terrorists, an "armed Filipino clan."
The West's woeful, irresponsible coverage of a burgeoning region-wide destabilization, fits in nicely with its coverage of US-Saudi funded/armed terrorism around the world, including in Syria where US-funded terrorists of the so-called "Free Syrian Army" have just taken dozens of UN peacekeepers hostage in the Golan Heights - just days after the US announced it would fund the terrorists further, to the tune of $60 million and the West's Arab partners have just granted the terrorist faction Syria's seat at the "Arab League." Terrorists are US-Saudi Funded Extremists - Part of Engineered Destabilization.
While the West pleads ignorance over the identity of the militants held up in the jungles of Malaysia's Sabah state, the militant organizations themselves have declared thousands more in reinforcements are being arranged in the Philippines to join and exasperate the conflict. The Free Malaysia Today newspaper reported in its article, "10,000 Tausugs to sail to Sabah," that :
Thousands of Tausug from Basilan, Sulu and Tawi-Tawi have sailed to Sabah to reinforce members of the so-called royal army of the sultanate of Sulu who are fighting it out with Malaysian security forces, a Moro National Liberation Front official said Tuesday.
The Moro National Liberation Front (MNLF) of course, is one of several of Al Qaeda's franchises in Southeast Asia, and spun off the notorious terrorist organization, Abu Sayyaf, a US State Department-listed foreign terrorist organization with direct ties to Al Qaeda.
The United States suspected a Saudi Arabian ambassador to the Philippines of potential involvement in funding terrorists, according to US diplomatic cables released by WikiLeaks this week.
The report would also state:
Francis Townsend cited Waly's intervention to secure the release of two members of an Islamic charity detained in the Philippines, the cable showed.
The group was suspected of funnelling funds to Al-Qaeda-linked groups based in the southern Philippines.
It continued stating:
The February 24, 2007, US embassy cable named the charity suspected of terror financing in the Philippines as IIRO, which stands for the International Islamic Relief Organisation. Intelligence agencies have said IIRO was set up by Muhammad Jamal Khalifa, a brother-in-law of Al-Qaeda chief Osama bin Laden.
The report concluded by stating:
Overall, the WikiLeaks cables singled out Saudi Arabia as the key source of funding for radical Islamist groups including Al-Qaeda, the Taliban, Lashkar-e-Taiba and Hamas.
Saudi Arabia is of course is the chief financier of Al Qaeda, and is currently leading efforts to fund, arm, and fill the ranks of Al Qaeda's franchises from Mali and Libya, to Syria and Iraq. A multitude of reports from across the West have identified Saudi Arabia as the lynch pin in Al Qaeda's global terror campaign, including the US Army West Point Combating Terrorism Center.
And while it is acknowledged across even the Western mainstream media that Saudi Arabia is a notorious state-sponsor of terrorism, including the terrorists allegedly behind the September 11, 2001 attacks that left 3,000 Americans dead, the US has had a decades-long, deep economic and military relationship with the despotic Arabian autocracy.
The Saudi royal family and the elite amongst the US corporate-financier Fortune 500, have maintained deep financial and political ties as well. Saudi Arabian corporate-financier interests (run by the royal family) are tied directly to Wall Street and London via conglomerations like the US-Saudi Arabian Business Council and representation upon the JP Morgan International Council (Khalid Al-Falih of Saudi Aramco, amongst the highest valued companies on Earth).
This also includes the Bin Laden family, whose multi-billion dollar Saudi Binladin Group is an active member of the US-Saudi Arabian Business Council and plays a central role in deciding bilateral policy for the benefit of collective US-Saudi corporate-financier and corresponding geopolitical interests. At one point, the Bin Ladens and the Bush family sat around the same table, as both families were involved in the equity firm, Carlyle. In fact, Bush and Bin Laden family members were clicking champagne glasses together in Washington on 9/11, an event that would make both families immensely rich in the coming decade.
It is clear, most acutely in Libya and Syria, that the use of Saudi Arabia's global Al Qaeda mercenary army serves both Saudi Arabia's interests as well as Western geopolitical ambitions, including to exact regime change around the world. And it just so happens that the West and Saudi Arabia both seek regime change in currently Russo-Iranian-Chinese friendly Malaysia. West Attempts to Install Client Regime in Malaysia
The West has been propping up Malaysian opposition candidate Anwar Ibrahim for years.
Anwar Ibrahim, head of Malaysia's opposition coalition, which includes the Malaysian Islamic Party (PAS), has spent a lifetime in the service of Western interests. Anwar Ibrahim was Chairman of the Development Committee of the World Bank and International Monetary Fund (IMF) in 1998, held lecturing positions at the School of Advanced International Studies at Johns Hopkins University, was a consultant to the World Bank, and a panelist at the Neo-Con lined National Endowment for Democracy's "Democracy Award" and a panelist at a NED donation ceremony - the very same US organization whose subsidiaries are funding and supporting Bersih, a faux-pro-democracy Western-funded street movement that in fact was created by, and in the service of Anwar Ibrahim's political ambitions.
Bersih's street activism fits into a global pattern of Western-backed "color revolutions," where meddling in sovereign nation's political processes to install Western-client regimes is disguised as "democracy promotion."
Anwar Ibrahim's affiliations with Malaysian "Islamists," the already active political subversion his US State Department-funded Bersih movement is sowing in Malaysia's streets, and his Western backers' habitual support for terrorism internationally as a geopolitical tool, raises the possibility that his opposition movement is complicit in the conveniently timed militant destabilization Malaysia now faces, only months before 2013's general elections.
This may be why the Western media refuses to properly cover an otherwise very noteworthy conflict. The fact that these militants are emanating from long-time US ally, the Philippines, and the Philippines' current role in assisting the US "pivot" towards Asia, and more specifically facilitating a proxy confrontation with China, illustrates the greater regional implications at play. The US intends to install client regimes in Myanmar led by Aung San Suu Kyi, Thailand led by Thaksin Shinawatra's despotic political dynasty, and in Malaysia led by Anwar Ibrahim. Together, this front will then be turned against Chinese interests as part of a long-planned desire to encircle and contain China.
It will be done so under ASEAN and at the cost of Asia's stability and prosperity.
The future of Asia hangs in the balance, and therefore conflicts like Malaysia's battle against armed extremists in Sabah may not be covered by the Western press, but it must be covered by the alternative press. The unhinged insanity that is now spilling blood on Malaysia's shores, also represented by the West's proxy Anwar Ibrahim and his attempts to provoke street protests against the ruling government, illustrates just how dangerous the current Anglo-American international order is, and how far its reach extends.
Walaupun banyak media luar negara yang mengaitkan tokoh tertentu dengan pengganas Kiram, namun tokoh tersebut belum lagi mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka. Apa yang berlaku adalah tokoh tersebut mula menyaman media dalam negara bagi menakut-nakutkan pihak media untuk mendedahkan perkara sebenar. Inikah kebebasan suara yang kononnya diperjuangkan oleh tokoh tersebut?
Akhir kata dari MyMassa...
KAMI RAKYAT MALAYSIA MAHU SURUHANJAYA DIRAJA UNTUK MENYIASAT INSIDEN PENCEROBOHAN BERDARAH DI LAHAD DATU.
Tidak hairanlah jika ada maklumat perisikan yang mendedahkan rancangan sebenar pengganas Kiram ini adalah untuk menyerang seluruh Sabah secara serentak ketika Pilihan Raya Umum berlangsung. Ianya berlaku sebagaimana di Syria yang mana pemberontak dibekalkan senjata oleh pihak ketiga untuk menggulingkan Kerajaan sedia ada. Dan masa pilihan raya adalah masa terbaik untuk pengganas ini untuk mengatur gerak kerana jika mereka berjaya menyerang ketika itu, sokongan dan kepercayaan rakyat terhadap Kerajaan sementara dan pasukan keselamatan akan hilang.
Alhamdulillah, pasukan perisikan Tentera dan Polis kita yang bertaraf dunia berjaya mengesan pencerobohan ini lebih awal. Namun begitu, terdapat suara sumbang dari bekas-bekas jeneral yang sudah menyokong pembangkang yang menuduh unit perisikan Tentera dan Polis kita gagal. Hakikatnya, bekas-bekas jeneral ini tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku dan tindakan mereka menyelar unit perisikan pasukan keselamatan hanya untuk mengalihkan isu dan fakta sebenar mengenai apa yang berlaku di Sabah dan demi membodek dan 'cover' bos mereka dalam parti politik yang dipilih. Dalam masa yang sama, Setiausaha Pertahanan Setiausaha Pertahanan Filipina, Voltaire T. Gazmin mengesahkan mereka menemui beberapa bukti yang mengaitkan pemimpin utama pembangkang dengan serangan ini.
Akhir kata dari MyMassa...
KAMI RAKYAT MALAYSIA MAHU SURUHANJAYA DIRAJA UNTUK MENYIASAT INSIDEN PENCEROBOHAN BERDARAH DI LAHAD DATU.
KEHILANGAN Azamudie adik kepada Jamalul Kiram III yang dipertangjungjawabkan mengetuai serangan semasa pencerobohan di Lahad Datu kini berjaya dikesan. Sebelum ini, kami telah memberikan beberapa tanda dan ianya diharap memberi bantuan. Di sini http://mymassa.blogspot.com/2013/03/rahsia-di-mana-raja-muda-azzimudie.html Di sekitar Kg. Tandou dan Kg. Tg. Batu di mana di sekitarnya terbentang jalan-jalan hutan sawit menuju ke arah ke pulau Sibutu, Bongao,Tawi-Tawi, Jolo, Manuk dan pulau Simunul. Semua pulau-pulau ini tidaklah jauh menuju ke pulau-pulau Cagayan, Lugus dan Lapac. Azamudie boleh menggunakan bot kecil berenjin dua. Jika tidak pun, bot-bot kecil itu boleh mengubah hala menuju ke persisiran pantai Kunak dan Semporna di perkampungan air yang terbentang luas di sana. Sebelum Sabah merdeka pada tahun 1963, malah pada awal tahun 1950, ayah saya pernah bekerja dengan kumpulan masyarakat Sulu ini sebagai nelayan dan penjual ikan di Semporna. Kehidupan mereka ialah laut, ikan, bawah laut, rumah air, perjuangan menentang tentera Filipina dan tentera Amerika. Mereka hidup bahagia di Sabah sebagai pelarian perang yang diburu oleh tentera-tentera Filipina dan tentera Amerika sepanjang tahun 1970an dan 1980an. Mereka mempunyai waris-waris Raja yang banyak, al-maklum sultan Kiram 1 dan Kiram 2 dahulu berkahwin dengan ramai orang. Lumrah sistem Beraja dahulu, mereka berkahwin ramai. Waris-waris inilah yang ada sekarang, menuntut negeri Sabah yang mereka yakin tanah milik mereka sehingga kiamat. Mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa sejarah moden negeri Sabah tidak begitu. Mereka patut bersyukur dengan layanan yang sungguh baik kerajaan Malaysia kepada mereka. Akhirnya, keturunan mereka berkembang dan kini menjawat beberapa jawatan tinggi di negeri Sabah antaranya sebagai Wakil Rakyat, Pembantu Menteri, pegawai tinggi kerajaan malah, TYT negeri Sabah sendiri dari keturunan Sulu Idaan. Namun, mereka semua adalah rakyat Malaysia yang taat dan gembira dengan Malaysia. LOKASI Raja Azumudie dikhabarkan telah lolos dari kepungan. Bagaimana caranya? Adakah melalui terowong bawah tanah yang dibuat khas terus menuju ke Pulau Sibutu yang terdekat atau naik ke utara di Pulau Cagayan. PDRM dan ATM dalam Ops Daulat telah menggunakan Konsep "Jika Boleh Tidak Hendak Membunuh" sesiapa, melainkan diancam atau ditembak terlebih dahulu. Ramai yang tidak faham bahawa berpuluh-puluh hari Berunding dengan pengganas ini tidak membawa hasil. Hati dan fikiran mereka keras bagaikan api dan bata yang sudah terbakar hangus. Nurul Izzah adalah MP dan anak Anwar Ibrahim yang sangat Dangkal dan Bodoh dalam operasi ini. Beliau menunjukkan kepandaiannya tetapi hakikatnya pandangan tidak masuk akal. Dia bukan tentera dan polis, dia patut menjawab isun terkini bapanya kini, hal video terbaru itu. Raja Azumudie masih bersembunyi di sana, bukan lagi di kampung-kampung tetapi jauh nun di kaki bukit dan nun jauh di hujung paya. Pengganas-pengganas yang mengawalnya berlapis-lapis, tetapi kini dia sangat terseksa dan menderita. Pengawal-pengawalnya lebih kurang 50 hingga 70 orang itu tidak membenarkan sesiapa mendekatinya. Dia membiarkan orang lain mati untuk dirinya. Saya percaya, pasukan kita akan menemui lokasinya tidak berapa lama lagi. Sama ada hidup atau mati. Itu janji kita kepada Perajurit Negara kita yang terkorban. Percayalah, di sebalik semua ini Pengkhianat Negara bernama Anwar Ibrahim berada di sebalik insiden ini. Malangnya, projek mereka tidak berpihak kepada Anwar. Mereka tersilap langkah dan tersalah rancang. Anwar selalu berfikiran dia sangat bijak, tetapi dia lupa dia tidak boleh menipu semua orang dalam semua masa. Raja Azumudie masih berharap bala tentera dari langit. Sebenarnya mereka juga mengamal kurafat. bersambung...
SEORANG PENGGANAS DITAHAN DI FELDA SAHABAT HARI INI
Lahad Datu, 16 Mac - Pihak keselamatan negara berjaya menahan seorang individu dipercayai pengganas dari Sulu di kawasan Felda Sahabat di sini hari ini.
Tanpa menyatakan lokasi militan itu ditahan, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata pengganas tersebut ditangkap pukul 6.30 pagi tadi mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
"Ketika ditahan tiada senjata ditemui pada pengganas yang tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri itu sebelum dibawa ke balai polis untuk soal siasat," katanya pada sidang media bersama Panglima I Divisyen Infantri Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Moktar, di sini hari ini.
Hamza berkata sehingga kini jumlah individu yang ditahan mengikut SOSMA ialah 104 orang, lain-lain akta sebanyak 232 orang dan jumlah pengganas yang ditembak mati 61 orang. Menurutnya operasi penggeledahan, menjejaki musuh dan pembersihan kini ditumpukan di kawasan Kampung Tanjung Batu dan dijangka selesai selewat- lewatnya esok.
Penduduk kampung dan media juga diingatkan supaya tidak memasuki kampung itu kerana dipercayai musuh kini bergerak dalam kumpulan kecil dengan jumlah keseluruhan pengganas yang tinggal dianggar kurang daripada 50 orang.
"Dalam konteks ini kerjasama masyarakat dan orang ramai diperlukan terutama menyalurkan maklumat supaya saki-baki pengganas dapat ditangkap atau dihapuskan," katanya.
Hamza berkata pasukan keselamatan juga sedang berusaha mengeluarkan 10 mayat pengganas yang masih berada di Kampung Tanduo.
Beliau turut menjelaskan hanya 15 pengganas ditembak mati pihak keselamatan dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac lepas, bukan 27 seperti yang dilapor akhbar hari ini.
"Pada 1 Mac, seramai 12 musuh mati ditembak dan setelah selesai proses pembersihan kita menemui tiga lagi mayat semalam dan ia membawa kepada 15 musuh yang disahkan terbunuh pada hari pertama itu," katanya. - BERNAMA
MSG INI DIKESAN DISEBARKAN KPD AHLI2 PAS KL/SELANGOR.
ANWAR CUBA BERSIHKAN IMEJ GUNA NAMA ULAMA PAS. 1 LAGI BUKTI PAS JADI TUKANG CUCI NAJIS ANWAR...
Fitnah liwat III-satu majlis tahlil &solat hajat yg akan dipimpin oleh Ketua Dewan Ulama Pas,Datuk Harun Taib akan diadakan di kediaman Datuk Seri Anwar Ibrahim,Bukit Segambut bermula jam 7 malam ini (ahad).
Majlis dimulakan dgn solat maghrib, solat hajat, bacaan yasin & solat isyak. Sebarkan kepada ahli2 PAS WPKL & Selangor agar dapat hadir beramai.Marilah kita sama2 menolak fitnah jahat umno/bn... Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
GEORGE TOWN, 16 Mac (Bernama) -- Kehadiran Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua pada majlis makan malam parti itu di sini malam tadi telah mencetuskan kekecohan.
Kira-kira 100 anggota badan bukan kerajaan (NGO) berhimpun di luar Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang di Jalan Masjid Kapitan Keling seawal pukul 8 malam untuk membantah kenyataannya sebelum ini bahawa pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah adalah sebagai sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat.
Keadaan mula menjadi kecoh semasa Anggota Parlimen Batu itu beredar dari majlis tersebut selepas memberi ceramah kira-kira 30 minit, apabila keretanya dihalang dan ditumbuk oleh anggota-anggota NGO terbabit.
Bagaimanapun pihak polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan yang berada di situ berjaya mengawal keadaan sementara seorang lelaki turut ditahan berhubung kejadian itu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng yang turut berada di tempat kejadian mengesahkan penahanan Pengerusi Suara Anak-Anak Malaysia, Mohamed Ghani Abdul Jiman kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
Antara NGO yang membuat bantahan ialah Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah Malaysia (Al-Ehsan), Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), Persatuan Muka Buku dan Persatuan Kebajikan Insan Mulia.
Timbalan Setiausaha Agung Al-Ehsan, Arshad Kassim berkata tujuan perhimpunan itu ialah untuk menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kebiadapan Tian Chua.
"Kami tak puas hati kerana kebiadapan Tian Chua yang sanggup kata pencerobohan di Lahad Datu itu adalah satu sandiwara hasil permainan politik," katanya yang juga bekas anggota tentera.
Beliau berkata kenyataan itu jelas menunjukkan Tian Chua tidak menghargai pengorbanan pasukan keselamatan dan dia tidak layak menjadi seorang pemimpin politik.
PKR Pahang tidak akan melepaskan kerusi Parlimen Bentong jika DAP enggan bertolak-ansur untuk menyerahkan dua kerusi DUN sebagai pertukaran, kata Pengerusinya, Datuk Fauzi Abdul Rahman.
Terdahulu Antarapos menghubungi Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook dan beliau menegaskan DAP tidak akan melayan permintaan PKR Pahang untuk menukar kerusi Parlimen Bentong (milik PKR) dengan DUN Ketari dan Tanah Rata (milik DAP).
DAP sebelum ini mengumumkan akan meletakkan calonnya di Parlimen Bentong pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang akan diadakan beberapa minggu dari sekarang.
Keputusan itu kata Anthony, telah mendapat persetujuan dari Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Tanya YB (Anthony Loke), comel tak dia datang ke Bentong rumah saya, dia cakap awak tolong keluar, dan saya hendak rumah awak? Jadi patut tak dia buat macam itu?," katanya kepada Antarapos.
DAP pada 12 Mac lalu mengumumkan akan meletakkan Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack sebagai calon Parlimen Bentong bagi menentang penyandangnya, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Sehari selepas pengumuman itu, PKR Pahang mengadakan mesyuarat khas dan memutuskan kerusi Parlimen Bentong hanya akan diberikan kepada DAP jika parti dominasi Cina itu menyerahkan DUN Ketari dan Tanah Rata.
"Saya tidak mahu cakap banyak, nanti saya keluarkan perkataan tidak elok. PKR akan terus pertahankan kerusi Bentong".
"Dari segi kita (PKR Pahang), kita pertahankan keputusan kita, kalau dia hendak kerusi Parlimen Bentong itu, jadi maknanya kita akan ambil dua kerusi DUN (Ketari dan Tanah Rata) itulah," katanya.
Tahun 2008 puas memujuk untuk jadi calon sampaikan tiada orang untuk dipertaruhkan sebagai calon sehingga orang yang merakam video pun diletak sebagai calon di Kelana Jaya.
Tahun 2013 semua berebut nak jadi calon....
Lagi nak temberang kami tak kejar jawatan, kami berjuang ikhlas, kami berjuang untuk rakyat ? Podah chit.....ptuih....ptuih....ptuih....
Untuk pengetahuan rakan-rakan pembaca, saya difahamkan soal calon mereka bukan sahaja bergaduh antara PKR, DAP dan PAS. Malah laki bini yang menerajui PKR pun bergaduh juga....
Si isteri presiden parti....dialah yang akan tandatangan watikah calon. Mengikut maklumat bukan semua nama yang dipersembahkan suaminya si isteri setuju. Tambahan pula nama orang-orang Asmin. Kita faham-faham sendirilah kenapa dia marah dengan Asmin.
Jadi kita tunggu dan lihat....
Tahun 2008 orang BN yang kerat orang BN hingga BN hilang 2/3. Tahun ini giliran merekalah pula kerat sesama sendiri. Sebabnya apa ? Sebab semua nak jadi YB dan semua nak berkuasa. Orang tamak selalu rugi.
Halle Berry muncul dalam rancangan bual bicara The Tonight Show bersama Jay Leno.
Kemunculan wanita seksi ini sebenarnya agak kontroversi!
Bekas gadis Bond ini tampil dengan gaun yang seksi memperlihatkan belahan payudaranya. Ini menyebabkan Jay Leno, 62 tak berkelip mata ketika memandang dada pelakon berusia 45 tahun itu.
IPOH, 16 Mac - Malaysia layak buat kali keempat pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2013 selepas seri 2-2 dengan India pada perlawanan akhir pusingan awal di sini, Sabtu malam.
Malaysia akan berdepan dengan juara dunia Australia pada final Ahad.
Australia menamatkan saingan pusingan awal dengan rekod tanpa kalah apabila menungguli kedudukan dengan 11 mata manakala Malaysia turut mengekalkan rekod tanpa kalah dengan mengutip sembilan mata di tangga kedua.
Malaysia, yang tidak pernah menjuarai kejohanan ini sejak 1983, kali terakhir kalah kepada Australia 3-1 pada final edisi 2007.
Kali terakhir Malaysia ke final ialah pada 2009 apabila kalah 3-1 kepada India dan tahun lepas menduduki tangga keenam daripada tujuh pasukan.
Selepas Australia mengesahkan tempat ke final dengan mengalahkan juara bertahan New Zealand 3-2, kedudukan Malaysia sudah terjamin namun anak buah Paul Revington tetap mempamerkan aksi cemerlang menentang India.
Pasukan yang diketuai Mohd Shahrun Nabil mendahului perlawanan seawal minit keenam menerusi Faisal Saari yang menyempurnakan pukulan sudut penalti.
India bagaimanapun seolah-olah tidak membenarkan Malaysia melalui jalan yang mudah apabila menyamakan kedudukan menerusi jaringan Mandeep Singh pada minit ke-20.
Persembahan pada separuh masa kedua, pasukan negara dilihat dapat menyerap paluan gendang, sorakan serta nyanyian semangat sebagai tanda sokongan tidak berbelah bahagi lebih 12,000 penonton yang memenuhi setiap ruang Stadium Azlan Shah di sini.
Malaysia kemudian dilihat mengendurkan serangan ke atas pintu gawang pasukan India yang dketuai Danish Mujtaba apabila tidak banyak melakukan percubaan berbahaya berbanding pada separuh masa pertama.
Gol daripada Rupinder Pal Singh yang menyempurnakan pukul sudut penalti pada minit ke-48 menggegarkan gawang Malaysia yang dikawal S.Kumar, sekali gus meletakkan anak buah Nobbs Michael Jack di hadapan.
Dua minit sebelum perlawanan tamat, pasukan negara diberikan pukulan sudut penalti, bagaimanapun ia disia-siakan. Sejurus selepas itu Malaysia diberikan pukulan penalti dan berlaku pertikaian daripada pemain India.
Faisal Shaari akhirnya memuktamadkan rekod tanpa kalah pasukan negara menerusi pukulan penalti selepas pengadil Lim Jung Woo dari Korea ZSelatan tetap dengan keputusan berkenaan dan ia membuatkan penjaga gol India, Sushat Singh tersungkur.
Pada sidang media selepas perlawanan tamat, Revington berkata anak buahnya memperlihatkan peningkatan dalam permainan dan India juga mempamerkan saingan yang baik.
Bagi perlawananAhad, katanya sudah tentu ia satu perlawanan yang sukar memandangkan Australia berada di ranking kedua dunia manakala Malaysia di tangga ke-13, bagaimanapun pasukannya akan mempamerkan usaha dan kesungguhan yang tidak berbelah bahagi.
Pada perlawanan sebelah petang, Korea Selatan dan Pakistan sekadar seri 2-2.
KUALA LUMPUR – Dia amat dihormati sebagai guru agama, penceramah bebas dan pemilik pusat tahfiz, namun di sebalik semua itu dia menjadi igauan ngeri buat tiga isterinya berikutan kerakusan amalan seksnya yang melampau iaitu melakukannya serentak dengan ketiga-tiga isteri.
Lebih mengaibkan, guru tahfiz berusia lewat 50-an terbabit tergamak mengeluarkan dakyah palsu kononnya amalan itu sunnah nabi dan mendakwa kononnya Rasulullah turut melakukan perkara sama dalam berpoligami.
Perlakuan aib dan menjijikkan guru tahfiz itu didedahkan dua bekas isterinya selepas kedua-duanya sebelum ini minta diceraikan selepas tidak sanggup diperlakukan demikian, selain tidak mahu terus menerus melakukan dosa.
Seorang daripada wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Suzila, 37, berkata amalan luar biasa bekas suaminya itu bukan saja menyebabkan dia sangat malu terhadap diri dan Tuhan, malah kepada pelajar tahfiz kendalian suaminya.
Suzila, seorang ustazah dan bekas isteri kedua lelaki itu berkata, tempoh perkahwinannya tiga tahun episod hitam dalam hidupnya yang dijanji akan diajar pengetahuan agama lebih mendalam oleh bekas suaminya.
"Selepas berkahwin saya dibawa ke Mesir untuk menjaga pusat tahfiz milik suami. Rupa-rupanya di sana dia mempunyai isteri lain. Saya terpaksa melayan kehendak suami dan merelakan diri diperlaku tidak ubah seperti aksi filem lucah.
"Tidak tahan menanggung derita mental dan fizikal, saya nekad lari membawa tiga anak dengan bekas suami pertama kembali ke tanah air tahun lalu," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.
Menurutnya, tindakan itu juga diambil selepas beberapa pelajar tahfiz di sana menasihatkannya supaya pulang ke tanah air kerana perbuatan keji itu menjadi buah mulut di kalangan mereka.
Suzila berkata, selepas kembali ke Malaysia, dia dimaklumkan beberapa pusat tahfiz milik bekas suaminya di negara ini ditutup apabila dikesan melakukan penipuan, manakala pusat di Mesir pula beroperasi secara haram kerana tidak berdaftar.
Katanya, satu lagi salah laku bekas suaminya ialah mengarahkan semua isteri barunya selain isteri pertama mengambil suntikan pencegah kehamilan kerana dia tidak mahukan anak.
Bekas isteri ketiga ustaz terlampau yang hanya mahu dikenali sebagai Ariana pula berkata, dia mengahwini bekas suaminya itu dengan niat mendapat bimbingan agama dan menjadikan lima anaknya dengan suami pertama seorang tahfiz.
"Saya tidak mengenalinya, tapi apabila dipinang isteri pertamanya dan dimaklumkan latar belakang suami yang mempunyai ilmu agama tinggi, saya sanggup jadi isteri ketiga demi menjamin masa depan lima anak saya," katanya.
Ariana berkata, dia sanggup meninggalkan perniagaannya demi mengikut guru tahfiz itu ke utara tanah air dan menjaga pusat tahfiz di sana.
Bagaimanapun, katanya, pada malam pertama perkahwinan dia terkejut apabila isteri pertama berada dalam bilik tidur sebelum mereka bersama-sama melayan suami. Lebih menghairankan dia mendakwa madunya itu turut seronok dan begitu ghairah melakukannya.
"Saya hairan dan jijik dengan sikap mereka berdua, tapi apabila saya mempersoalkannya, bekas suami memberitahu 'nabi pun lakukan perkara sama'. Saya mengatakan tidak pernah dengar atau terbaca dalil mengenai perkara itu.
"Namun, bekas suami mengatakan hanya orang terpilih seperti dirinya mendapat dalil itu dan saya jahil sebab itu tidak pernah mengetahui dalil itu. Saya terpaksa merelakan diri diperlakukan seperti itu. Bila menentang, saya dituduh tidak taatkan suami," katanya.
Selain itu, Ariana mendakwa sepanjang berkahwin lebih setahun, bekas suaminya itu hanya memberi wang nafkah RM200 sebulan menyebabkan dia bersama anak ada kalanya terpaksa menahan lapar.
Berikutan sudah tidak sanggup bersubahat dengan perbuatan suaminya yang dianggap menghina Rasulullah, Ariana menuntut cerai pada bulan lalu . "Namun, sebelum bercerai saya terpaksa mencari seorang lagi wanita untuk dijadikan isterinya dan kini saya tidak mengetahui berapa ramai isterinya," katanya. – Maklumat.My
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan beliau lelaki di dalam gambar yang disiarkan beberapa blog awal minggu ini, kononnya diambil dari sebuah video seks.
"Saya sudah katakannya (saya menafikannya).
"Ini adalah gimik politik jijik yang dilakukan oleh Umno," katanya kepada pemberita selepas sesi dialog anjuran Kelab Anwar Ibrahim di Hotel One World pada Sabtu.
Anwar menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah dan cubaan untuk memburuk-burukkan beliau bagi tujuan politik.
Ketika ditanya jika beliau akan mengambil tindakan undang-undang, Anwar berkata beliau akan membiarkan peguamnya untuk memutuskan mengenai perkara itu.
"Saya tidak tahu lagi. Saya akan biar peguam saya menguruskannya," kata Anwar.
SHAH ALAM - Pendedahan terbaru 13 keping gambar memaparkan 'aksi mesra' seorang lelaki mirip Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan seorang lelaki tidak mendatangkan kebimbangan kepada PKR.
Naib Presidennya, N. Surendran berkata, ia hanya satu lagi siri fitnah dengan niat jahat yang cuba dipalitkan ke atas ketua pembangkang itu dan akan menjadi "bahan ketawa" umum.
"Saya sendiri tidak berminat untuk melihat gambar dan video lucah ini, saya kira rakyat pun tidak berminat," katanya ketika dihubungi Sinar harian Online, hari ini.
Beliau diminta mengulas penyebaran 13 keping gambar lelaki mirip Anwar dengan seorang lelaki lain sedang melakukan adegan mesra, di blog-blog pro-Umno.
"Ini memang sekali lagi angkara jahat yang ditaja oleh Umno sendiri dan kita tak perlu melihat pun gambar-gambar lucah dan fitnah ini," katanya lagi.
Blog http://rajagoyang360.blogspot.com ini memuat naik gambar-gambar berkenaan kelmarin menerusi entri pertamanya.
Pemblog Papa Gomo turut memuatkan link blog berkenaan di lamannya.
Sehubungan itu, Surendran menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan dan mengenakan tindakan tegas kepada pihak yang bertanggungjawab menyebar gambar tidak bermoral kerana ia salah di bawah undang-undang negara ini.
"Saya minta polis segera jalankan tugas," ujar beliau sambil berkata, fitnah terbaru ini tidak akan menggugat peluang Pakatan Rakyat dalam pilihan raya yang akan datang.
"Dia mengajak saya berjumpa di hotel untuk berbincang hal pembelian kereta selepas saya tidak puas hati dan berasa ditipu tapi apabila berjumpa dia langsung tidak bercakap mengenai kereta.
"Sebaliknya, dia berkata mahu membela saya selama tiga tahun dan memberikan apa saja, selain melakukan gangguan seksual ke atas saya," kata pelakon remaja, Eina Azman, 18 mengenai tindakan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk ke atasnya.
Eina atau nama sebenarnya, Ainur Syakina Azman berkata, kejadian di hotel itu berlaku kira-kira jam 11 malam 8 Februari lalu, dua hari selepas dia membuat laporan polis ke atas ahli perniagaan terbabit kerana didakwa menipu.
Pelakon itu yang memegang watak utama dalam drama bersiri Mimpi Cinderella dan filem Ratu, berkata sebelum itu dia hanya berurusan dengan isteri ahli perniagaan terbabit untuk membeli sebuah kereta Mercedes berharga lebih RM220,00.
"Apabila dia berkata mahu membela saya selama tiga tahun dan memberikan apa saja, saya sangat sedih kerana saya ada maruah dan masih ada ibu bapa. Apa yang dilakukannya saya tidak boleh terima," katanya kepada Harian Metro.
Menurutnya, untuk membeli kereta idamannya itu dia sudah membayar RM175,500 menerusi empat transaksi dan menjelaskan duti cukai, tetapi kereta yang dijanjikan masih belum diterima.
Seperti yang kita semua tahu apa yang tersebar malam tadi....
Sehingga ke saat ini belum ada lagi mana-mana media pro pembangkang seperti Malaysiakini, Malaysia insider atau Free Malaysia Today yang menyiarkan berita berkenaan. Tiba-tiba media rasmi Pas, harakah daily menjadi media pro pembangkang yang pertama menyiarkan berita berkenaan pagi ini.
Maknanya apa ?
Maknanya mereka memang nak bunuh karier politik Anwar....mereka nak supaya orang-orang mereka supaya terus menolak Anwar daripada diangkat sebagai PM, dan dalam masa yang sama nak beritahu orang-orang PKR bahawa ketua kamu tak layak jadi PM.
Anwar sendiri pun belum ulas apa-apa lagi tetapi media Pas cepat-cepat dah sebar berita berkenaan....
Walaupun tulisan mereka menghentam Umno , tetapi biasalah kita boleh faham apa maksud mereka. Ibarat kata pepatah, pukul anak sindir menantu....
p/s: Setelah pendedahan di atas dibuat oleh blogger RBF, Harakah mengambil langkah untuk membuang artikel berkenaan serta merta...
KOTA KINABALU: Operasi Daulat bagi mengesan dan memburu kumpulan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah akan diteruskan walaupun ketua kumpulan penceroboh itu, Azzumudie Kiram atau Agbimuddin Kiram telah meloloskan diri ke selatan Filipina.
Berdasarkan maklumat dan risikan daripada sumber tertentu, pihak berkuasa keselamatan berpendapat dan yakin Azzumudie telah meninggalkan pengikutnya di kawasan operasi dan melarikan diri ke tempat asalnya di selatan Filipina.
Perkara itu diumumkan oleh Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Jeneral Zulifeli Mohd Zain dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pada sidang media bersama di sini, malam Jumaat.
Mereka berkata maklum balas daripada pasukan keselamatan negara di kawasan operasi di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan kawasan sekitarnya menunjukkan Azzumudie tidak lagi bersama dengan pengikutnya di Sabah.
Bagaimanapun, mereka tidak memberi butiran lanjut ketika ditanya bagaimana ketua pengganas itu berjaya meloloskan diri daripada kepungan pasukan keselamatan yang melancarkan gerakan besar-besaran sejak 11 hari lepas.
Zulkifeli berkata walaupun Azzumudie telah melarikan diri, Operasi Daulat akan diteruskan bagi memburu dan menangkap saki-baki kumpulan itu yang masih berada di Tanjung Batu, Lahad Datu.
Beliau berkata pasukan keselamatan telahpun memasuki Kampung Tanjung Batu untuk membuat pembersihan dengan lebih terperinci dan yakin dalam beberapa hari lagi kawasan itu dapat dibersihkan.
Dalam operasi pagi tadi pasukan keselamatan mengesan beberapa aktiviti yang dipercayai dilakukan oleh musuh dalam kumpulan yang kecil, katanya.
Ismail pula berkata pihaknya yakin dengan jumlah besar anggota pasukan keselamatan pada masa ini, usaha membersihkan kawasan-kawasan yang terbabit dapat dijalankan dengan lebih cepat dan berkesan.
Sebelum itu, kedua-dua mereka mengadakan pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa.
Mengenai penubuhan kawasan keselamatan khas Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Ismail berkata pihaknya telah mengenalpasti beberapa kawasan dan berharap ianya dapat direalisasikan.
Sementara itu Zulkifeli pula berkata pihaknya telahpun menyediakan kerangka penubuhan ESSCOM dan yakin ianya dapat diwujudkan dengan secepat mungkin.
Selepas sidang media itu, kedua-dua mereka telah menghadiri mesyuarat mengenai penubuhan ESSCOM, yang dipengerusikan oleh Ali di sini. - BERNAMA
PETALING JAYA - Dunia siber yang menjadi 'rumah' bagi pelbagai aplikasi media sosial dan blog merupakan gelanggang utama bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), kata Ketua Pemudanya Khairy Jamaluddin.
Justeru, beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno berkata pemuda BN perlu menyediakan diri mereka bagi memerangi segala fitnah dan penipuan ditabur pembangkang dalam dunia siber yang menjadi sumber maklumat utama generasi muda pada masa kini.
"Lebih 80 peratus daripada kira-kira tiga juta pengundi baharu adalah generasi muda di bawah umur 40 tahun, mereka ini selain media arus perdana mendapatkan maklumat daripada media sosial dan blog juga pelbagai aplikasi siber lain.
"Dulu PRU 2004 dan 2008 dunia siber ini merupakan alternatif kepada penyebaran maklumat, namun pada PRU ke-13, ia bakal menjadi medium utama bagi memastikan kemenangan BN," katanya ketika berucap melancarkan Himpunan Aktivis Siber Pemuda BN di Mutiara Damansara, Damansara di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong yang juga Ketua Pemuda MCA dan Ketua Pemuda Parti Progresif Penduduk Harridz Mohan pada majlis yang dihadiri lebih 3,000 orang itu.
Khairy berkata pemuda BN perlu menggunakan fakta yang tepat dan benar sebagai senjata dalam memerangi fitnah dan penipuan pembangkang dalam dunia siber.
"Kita jangan sekali-kali tenggelam dengan tahap pemikiran pihak pembangkang dengan menggunakan fitnah dan penipuan bagi memerangi mereka. Kita kena pastikan hujah kita bernas dan kempen kita ini sampai kepada setiap lapisan masyarakat.
"Penipuan terancang pembangkang akan mengalahkan kebenaran sekiranya kebenaran yang ingin kita tampilkan tidak diatur dengan sempurna. Peperangan di siber ini seperti 'permainan di tempat lawan' dalam bola sepak yang kita rasa lebih manis kemenangannya berbanding 'permainan di tempat sendiri'," katanya.
Beliau berkata pembangkang mempunyai kelebihan di dunia siber apabila boleh sewenang-wenangnya menabur fitnah dan penipuan kerana tiada kekangan dan tindakan balas terhadap apa yang dilontarkan seperti yang ada pada media arus perdana.
"Inilah sebabnya pembangkang tidak mampu menguasai media arus perdana, kerana media arus perdana tidak sama sekali berkompromi terhadap fitnah dan penipuan. Berbeza dengan dunia siber, sesiapa sahaja boleh menabur fitnah dan penipuan tanpa menyatakan siapa diri mereka," katanya.
Khairy berkata usaha memerangi pembangkang perlu dilakuakn secara berterusan dan terus diperkasa terutamanya semasa menghadapi 'garisan penamat' pada PRU Ke-13.
"Dalam tempoh kempen pada PRU Ke-13 pembangkang perlu terus diperangi, tidak guna kita berperang dengan hebat tiga atau empat tahun lepas PRU 2008 kalau sampai tempoh kempen PRU Ke-13 nanti kita lemah. Pada garisan penamat itu akan terjawab kemenangan kita," katanya. - Bernama
PUTRAJAYA 15 Mac - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, maklumat berhubung rancangan pembangkang untuk menggagalkan pilihan raya dengan mencetuskan keadaan porak-peranda akan didedahkannya apabila tiba masanya.
Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan dengan jelas bila dan kepada pihak mana maklumat itu akan disalurkan.
''Nantilah sampai masa yang sesuai," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan penerima Anugerah Sastera Negara ke-12, Datuk Baharuddin Zainal atau Baha Zain, di sini hari ini.
Kelmarin ketika berucap di Majlis Sepetang Bersama Rakyat di Bukit Sentosa, Hulu Selangor, Muhyiddin mendedahkan bahawa pembangkang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim merancang untuk menimbulkan huru-hara pada hari pengundian dan kemudian menjadikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai kambing hitam.
Beliau berkata, huru-hara merupakan sebahagian daripada perancangan jahat pembangkang untuk menawan Putrajaya selepas tidak lagi yakin rakyat akan memilih mereka kerana gelombang sokongan kini jelas berpihak kepada Barisan Nasional (BN).
''Pendedahan itu bukan dakwaan semata-mata. Saya sendiri telah melihat beberapa dokumen daripada sumber yang boleh dipercayai bahawa Anwar dan parti pembangkang mempunyai niat tidak baik untuk mencetuskan kekacauan pada hari pengundian kelak," katanya.
Sementara itu ditanya mengenai tindakan segelintir pihak menayang filem Tanda Putera kepada kumpulan tertentu, Muhyiddin berkata, perkara itu mungkin diputuskan oleh pihak yang bertanggungjawab.
''Filem itu tidak dibenarkan (tayangan) secara terbuka atau kepada umum kerana saya pun menyaksikan bagaimana hasilnya dan apakah kesannya.
''Tetapi kita memutuskan buat masa ini tidak sesuai untuk ditayangkan di pawagam," katanya.
Bulan lepas Felda dilaporkan menayangkan filem berkenaan kepada kira-kira 3,000 peneroka tanah rancangan itu selepas satu majlis khas bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Difahamkan pada 9 Mac lalu, filem berkenaan ditayangkan pula di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) anjuran Kelab Wawasan UIA dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar kampus tersebut.
SHAH ALAM - Pas Kawasan Putrajaya berharap pucuk pimpinan Pusat merestui hasrat mereka mahu Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa, bertanding di kerusi Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
Menurut Yang Dipertuanya, Mohamad Nazir Zakaria, peluang untuk Pas menang di Putrajaya agak besar sekiranya Husam diletakkan sebagai calon kerana pada PRU12 lalu calon Barisan Nasional, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hanya menang dengan majoriti tipis sahaja.
"Tidak mustahil beliau boleh menang di Putrajaya kerana pada PRU12 lalu Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan, Mohamad Nor tewas tipis kepada Tengku Adnan.
"Namun terpulang kepada Pusat untuk putuskan," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, semalam.
"Sebenarnya sudah tiga kali kita menghantar surat berkaitan calon di Putrajaya kepada pihak Pas Pusat untuk dipertimbangkan, malah kita telah bertemu dengan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkenaan dengan hasrat ini.
"Pas kawasan telah bersetuju untuk menerima kehadiran Naib Presiden itu dan cadangan itu telah dibincangkan dalam mesyuarat Pas Putrajaya," katanya.
Mohamad Nazir berkata, sebelum ini kedengaran bahawa Parlimen Putrajaya akan ditandingi oleh seorang pimpinan tertinggi Pas, "Memang kita sudah bincang calon-calon layak bertanding dalam PRU13, termasuk calon import, tetapi kita bertegas mahukan Naib Presiden Pas itu," katanya.
SENAI – Kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) Johor menyambut baik kemungkinan Lim Kit Siang, bertanding di negeri ini dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kerana penyertaan Penasihat DAP itu dapat mengukuhkan lagi kedudukan mereka di Johor.
Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau berkata, pihaknya telah beberapa kali mengundang orang kuat DAP itu bertanding di negeri itu.
"Ini merupakan satu kelebihan kepada PR, khususnya DAP di Johor. Kita akan berusaha habis-habisan untuk merampas pentadbiran negeri ini daripada Barisan Nasional (BN)," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Katanya, PR juga sedang menunggu penyertaan pemimpin tinggi daripada PKR bagi mengukuhkan lagi kedudukan PR di Johor. Sebelum ini, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub, disebut-sebut sebagai bakal calon di Johor.
"Sekarang kita menunggu pengumuman daripada Kit Siang pula.
"Jika PKR pun ada wakil calon di Johor, kita akan ada penyertaan ketiga-tiga parti daripada PR. Dengan itu PR akan jadi lebih kuat," katanya. Terdapat spekulasi Kit Siang, yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur sejak PRU 2004, akan bertanding di Parlimen Gelang Patah.
Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, penyertaan Kit Siang ke negeri ini diyakini dapat meluaskan lagi pengaruh PR untuk bersaing dengan BN.
"Pas menyambut baik penyertaan Kit Siang kerana ini akan memberi nilai tambah kepada PR untuk berdepan dengan BN.
"Apatah lagi, Kit Siang berasal dari negeri ini, jadi penyertaannya memang amat sesuai dan dialu-alukan," katanya.
Katanya, beliau tidak nampak penyertaan Kit Siang di negeri ini boleh mencetuskan konflik perebutan kerusi kerana pembahagian menyeluruh telah dilakukan dan hanya berlaku pertindihan membabitkan satu atau dua kawasan.
SEKUMPULAN penunjuk perasaan menyerbu kereta yang disyaki dinaiki oleh Tian Chua di hadapan bangunan Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang, Jalan Kapitan, George Town, Pulau Pinang malam tadi. Kekecohan tersebut berlaku ekoran kehadiran Tian Chua ke Majlis Makan Malam PKR. - BERNAMA
GEORGE TOWN 16 Mac - Kekecohan berlaku di luar Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang iaitu lokasi majlis Makan Malam Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Jalan Masjid Kapitan Keling dekat sini apabila lebih 100 ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membantah kehadiran Naib Presiden PKR, Tian Chua.
SEKUMPULAN anggota polis mengawal di hadapan bangunan Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang, Jalan Kapitan di George Town malam tadi. Kekecohan tersebut berlaku ekoran Tian Chua ke Majlis Makan Malam PKR di dewan tersebut. - BERNAMA
Mereka berkumpul sejak pukul 8 malam dan melaungkan slogan anti Tian Chua ketika ketibaan beliau.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng yang turut berada di lokasi mengesahkan seorang lelaki turut ditahan. - UTUSAN
SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas dalam masa seminggu selepas pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
"SPR akan adakan mesyuarat dalam masa seminggu selepas pembubaran (Parlimen dan Dun)," kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar pada Majlis Taklimat Pemerhati Tempatan PRU13 di sini pagi ini.
Mesyuarat itu juga akan menetapkan tarikh writ dan notis pilihan raya dikeluarkan.
Spekulasi menjangkakan Pilihan Raya Umum ke-13 akan diadakan dalam waktu terdekat.
Ada yang meramalkan Parlimen dan Dun akan dibubarkan minggu depan.
Mandat Dun dan Parlimen akan berakhir secara automatik secara berperingkat-peringkat mulai akhir bulan ini dan awal Mei jika tidak dibubarkan lebih awal.
Mengikut Seksyen 3(1) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya), SPR hendaklah menyiarkan suatu notis mengenainya dalam warta dan notis itu hendaklah menyatakan tarikh atau tarikh-tarikh yang calon untuk pilihan raya hendaklah dinamakan, yang dalam peraturan-peraturan ini disebut "hari penamaan", yang tidak kurang daripada empat hari selepas tarikh disiarkan notis itu, dan tarikh atau tarikh-tarikh yang pengundian akan dijalankan sekiranya pilihan raua itu dipertandingkan.
Di bawah undang-undang pilihan raya, SPR diperuntukkan 60 hari untuk mengadakan pilihan raya.
Tempoh minimum berkempen kali ini 11 hari berbanding sebelum ini tidak kurang tujuh hari.
"Berapa lama tempoh kempen, SPR akan tetapkan kemudian... tunggu, nanti SPR akan tetapkan.
"Berapa lama tempoh, SPR akan ambil kira pelbagai faktor, termasuk yang utama kertas undi luar negara, berapa lama diperlukan untuk dihantar balik," kata Wan Ahmad.
KUALA LUMPUR 16 Mac - Ruang siber Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan penyebaran gambar-gambar intim dipercayai seorang pemimpin parti politik dalam sebuah blog. Maklumat yang diperoleh dari blog rajagoyang360.blogspot.com melalui artikel pertama yang dikeluarkan pada 14 March 2013 menunjukkan gambar-gambar intim dua orang lelaki yang mana salah seorang daripada mereka agak mirip dengan wajah seorang pemimpin parti politik Malaysia.
Walau bagaimanapun , artikel ini dipercayai menggunakan zon masa yang berbeza daripada zon masa negara ini memandangkan blog ini hanya menjadi 'viral' sekitar pukul 12.00 tengah malam hingga 1.00 pagi waktu Malaysia .
Beberapa blog pro-kerajaan juga dilihat mengambil gambar-gambar dari blog ini dan membuat sebaran .
Ruang-ruang cyber lain seperti Facebook dan Twitter juga semakin panas dengan kemunculan gambar-gambar ini .
Pelbagai spekulasi dibuat dikalangan pengamal-pengamal media sosial . Ramai berpendapat salah seorang individu dalam video berkenaan amat mirip dengan ketua sebuah parti politik di Malaysia yang sebelum ini juga dihujani pelbagai skandal-skandal yang serupa .
Gambar-gambar yang dipaparkan menunjukkan ia diambil menggunakan video kamera. Dipercayai individu yang memuat naikkan gambar-gambar ini dalam blog rajagoyang360.blogspot.com juga mempunyai video penuh dan bukan setakat gambar-gambar pegun. Adalah dijangkakan beberapa gambar lain atau video akan di upload ke ruang siber oleh individu berkenaan dalam tempoh yang terdekat.
-KL Pos
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Dalam keghairahan seantero dunia memperkatakan mengenai video "Aksi Si Raja Goyang" yang menyerupai tubuh badan dan wajah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, Ketua Umum PGayR pula hari ini telah mengadakan pertemuan dengan Anak-Anak Muda yang dinamakan Dialog Anak Muda Bersama Anwar Ibrahim - Meet Anwar". Pertemuan ini diadakan di One World Hotel, Bandar Utama bermula jam 2.30 petang.
Beberapa ahli politik PGayR kelihatan di dalam majlis itu seperti anaknya sendiri, Nurul Izzah, Elizaberth Wong dan Rafizi Ramli. Suka benar Anwar Ibrahim bertemu dengan Anak-Anak Muda kan? Mungkin pertemuan ini merintis jalan untuk temuduga Pembancuh-Pembancuh Kopi yang baru kot? Namun CTS terkesima dengan Makcik berbaju biru di dalam gambar di atas. Mungkin anak muda mengikut perkiraan PGayR termasuk sekali Makcik itu sekali ye tak? Lagi satu, kalau apa-apa berlaku kepada anak-anak muda tersebut, janganlah pula UMNO dipersalahkan. Sediri mahu ingat la.
Gambar di atas CTS perolehi daripada Fanpage DS Shahidan Kassim, Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Gambar di atas menceritakan tentang perasmian Belon PAS untuk PRU-13. Perasmian dilakukan oleh Datuk Dr Harun Din, Timbalan Mursyidul Am PAS. Perasmian dilakukan di Guar Sanji. PAS yang mewar-warkan akan merampas Perlis di dalam PRU-13, harus meneliti kembali wadah perjuangan mereka apabila kehadiran juak-juak PAS yang hadir hanyalah sekitar 38 orang! Nampak gayanya belon Bulan tidak mendapat sambutan. Mungkin mereka lebih percayakan Roket yang lebih laju dan cepat!
CTS telah mendapat info selepas sembahyang subuh tadi sebuah blog baru yang diberi nama Aksi Si Raja Goyang, telah diwujudkan. Artikel pertamanya semalam, 14/3/2013 yang mendapat hits sebanyak 19,339 pengunjung bertajuk "3...2...1... Action!!! (Part I)" telah memaparkan gambar-gambar "night vision" yang berbentuk hitam putih.
Gambar-gambar berkenaan mengambarkan seorang lelaki mirip Ketua Pembangkang PGayR, Anwar Ibrahim melakukan perbuatan tidak senonoh dengan seorang lelaki lain. di bawah adalah gambar-gambar berkenaan: