Ahad, 10 Februari 2013

Barisan Nasional

Barisan Nasional


THE FLYING KICK

Posted: 10 Feb 2013 01:31 PM PST

THE FLYING KICK


PUAK PAKATAN TENTU MENCEBIK BIBIR DENGAN AMANAT MELAYU INI!!!

Posted: 10 Feb 2013 04:10 AM PST

XAVIER JEYAKUMAR MENGEMIS MINTA RONNIE LIU TOLONG SETTLEKAN SAMANNYA RM72 JUTA!!!

Posted: 10 Feb 2013 01:44 AM PST

Cucu Tok Selampit

Posted: 10 Feb 2013 01:13 PM PST

Cucu Tok Selampit


Bagaimana @anwaribrahim Seorang Mamak Boleh Di Anugerahkan "Huguan Siou"?

Posted: 10 Feb 2013 08:05 AM PST



Gambar di atas yang menunjukkan Anwar Ibrahim memakai selempang bertulis "Huguan Siou" dan "screen shot" daripada laman sosial Facebook Jonathan Yasin, Naib Pengerusi PGayR Sabah, menjadi bukti. Tidak cukup dengan gelaran "Anugerah Tuhan" yang diberikan oleh isterinya, Wan Azizah, yang juga diberikan gelaran "Saiyiditina Khadijah" oleh pembodek-pembodek NGO ABIM, Anwar Ibrahim semalam telah dianugerahkan dengan "Huguan Siou" oleh pembodek-pembodek beliau daripada Sabah seperti Lajim Ukin dan Thamrin Jaini, dalam lawatan Ketua Umum PGayR tersebut ke Keningau, Sabah.

Setahu CTS, gelaran "Huguan Siou" adalah gelaran tertinggi masyarakat Kadazan Sabah. Gelaran ini hanya boleh diberikan oleh The Kadazandusun Cultural Association Sabah (KDCA), sebuah badan bukan politik yang terdiri daripada 40 komuniti etnik campuran dari Sabah dan berdaftar di bawah Malaysian Society Act 1966. Persatuan ini pada masa sekarang diketuai oleh "Huguan Siou Honorable" Datuk Joseph Pairin Kitingan. 

Hanya persatuan ini sahaja yang boleh menganugerahkan dan melantik gelaran "Huguan Siou". Persoalannya di sini bagaimana anugerah untuk orang Kadazan ini diberikan kepada seorang berketurunan Mamak daripada Semenanjung? Bagaimana perlantikan ini tidak melalui persatuan yang diiktiraf? Ini merupakan satu penghinaan kepada Masyarakat Kadazan di Sabah! Apakah PGayR Sabah tidak tahu adab dan kod etika dalam memberikan sesuatu gelaran?

Gambar Menteri Besar Terangganu Yang Tidak Mungkin Berlaku Kepada Pemimpin Pakatan Haram

Posted: 10 Feb 2013 02:00 AM PST



Mereka kata Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Haram semuanya zuhud-zuhud dan mesra Rakyat. Mereka tak tahu semua itu hanyalah wayang ketika PRU-13. Apa yang mereka tidak kata adalah pernahkah mereka lihat seorang MB turun ke pasar bersama isteri hanya dengan berselipar "jepun". Pernahkah mereka melihat seorang Menteri Besar memanjat atap rumah hanya untuk memasang bumbung zink? 

Dan pernahkah mereka melihat Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Haram makan di belakang rumah, tempat orang sedang memasak secara kawah? Kita boleh tahu yang mana satu pemimpin yang berdrama di hadapan kamera dan kita juga kena memberi kredit kepada pemimpin-pemimpin yang berjiwa Rakyat dan dekat di hati Rakyat. Tahniah Menteri Besar Terangganu, DS Ahmad Said.

Ribuan Rakyat Pengkalan Chepa Menyambut Gelombang Merah - Nik Aziz Tukar Bateri Jantung Selepas Ini

Posted: 09 Feb 2013 07:39 PM PST





Ini adalah Pengkalan Chepa, Parlimen di mana yang berjawatan MB Kelantan dan dua EXCO tinggal dan bertanding. Malam tadi malam bersejarah buat penduduk di Pengkalan Chepa. Tidak pernah berlaku sebelum ini ribuan Rakyat membanjiri himpunan Gelombang Merah. Disaat PAS membuat replika patung Datuk Mustafa Mohamed dan memukul replika patung berkenaan dengan rotan di sebelah petangnya, di sebalah malam pula ribuan Rakyat Pengkalan Chepa berhimpun menyatakan sokongan pada Tok Pa dan Tok Dali serta angkatan pemimpin seluruh Pengkalan Chepa.

Walaupun CTS lahir di Kedah dan menetap di Shah Alam, Selangor, CTS mengakui gelombang Rakyat untuk menukar Kerajaan Pakatan Haram di Kelantan jauh lebih besar daripada Kedah dan Selangor. Ramai yang mengakui gelombang untuk menukar Kerajaan kali ini sangat kuat. Ini didorong oleh tokoh Bakal Menteri Besar Kelantan yang diketengahkan iaitu Tok Pa sendiri, yang mampu membawa Kelantan ke satu arah kemajuan dan kemodenan tanpa meninggalkan nilai-nilai keIslaman dan cara hidup Rakyat Kelantan selama ini. Ini kalilah!

Apa Yang Tersirat

Posted: 10 Feb 2013 01:13 PM PST

Apa Yang Tersirat


Arab Spring Boleh Berlaku Di Malaysia: Mantan IGP

Posted: 10 Feb 2013 03:11 AM PST

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yakin 'Arab Spring' boleh berlaku di negara ini sekiranya pihak yang kalah pilihan raya umum akan datang tidak puas hati dengan keputusannya. 

"Saya yakin pihak yang kalah akan menggunakan penyokong-penyokong mereka membuat huru-hara dan rusuhan bagi menjatuhkan kerajaan sebagaimana berlaku di Asia Barat. 

"Pihak-pihak yang bertanding sewajarnya mengawal diri dan bersikap rasional dari sekarang," katanya semasa menjawab soalan hadirin pada taklimat khas kepada anggota Komuniti 1Malaysia di Kompleks Penyiaran Kedah hari ini. 

Menurut Musa pihak polis sewajarnya bertindak lebih awal mengumpul maklumat bagi menghalang sebarang kejadian buruk berlaku. 

"Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) lebih bersifat pencegahan dihapuskan. Akta baru belum tahu lagi keberkesanannya. 

"Orang yang didakwa menggalakkan keganasan di negara luar ditangkap, orang yang membuat rusuhan dalam negara tidak pula ditangkap dan didakwa," katanya. 

Kepada satu soalan, Musa menegaskan beliau tidak akan menyertai sebarang parti politik sebaliknya akan berjuang atas diri sendiri bagi demi kepentingan agama, bangsa dan negara. 

Dalam taklimatnya, beliau melahirkan rasa sedihnya kerana ada segolongan ahli politik negara ini sanggup menggadai maruah bangsa dan agama demi mencapai cita-cita politik mereka. 

"Dulu agensi perisikan Amerika, CIA menyerap masuk bagi menghuruharakan sesebuah kerajaan tetapi sekarang Yahudi dan Barat menggunakan badan-badan bukan kerajaan (NGO) untuk menerap konsep liberisme dan sebagainya. 

"Mereka gunakan NGO-NGO menuntut kerajaan lebih telus, menggalakkan LGBT, biseksual, transeksual dan sebagainya. Ini cara mereka hendak melemahkan Islam. Jika tidak liberal barat akan anggap kerajaan tersebut zalim," tambahnya. 

Musa berkata fitnah terus-terusan pemimpin pakatan pembangkang yang menyifatkan kerajaan pusat sebagai perasuah dan lemah setiap hari adalah supaya rakyat mempercayai mereka. 

"Taktik ini mampu mempengaruhi rakyat padahal mereka yang menguasai empat buah negeri tidak mentadbir dengan lebih baik," katanya. 

"Saya khuatir keselamatan negara akan terancam sekiranya kerajaan gagal menangani pemimpin-pemimpin rakus, jenayah terancang, ah long, pelampau agama, hasutan dan gerakan sulit. 

"Tindakan tegas perlu diambil terhadap mereka yang terbabit dan tidak dibuat secara terpilih," kata Musa. 
- Bernama

Duke of UMNO

Posted: 10 Feb 2013 01:02 PM PST

Duke of UMNO


GEMPARRR..!!! RAHSIA SILAM ANWAR DIDEDAHKAN MALAM INI..!!!

Posted: 10 Feb 2013 06:37 AM PST

Mueheheheheheeee...depa bukannya tau sapa aku..Mueheheheheee..
Pada budak-budak hingusan Pakatan Haram yang baru belajar nak kenal politik, kat sini aku dedahkan siapa Anwar Berahim yang hangpa puja sangat tu... Jangan terkejut noooo.. Belajar la terima hakikat...heh!

Aku tau la hangpa semua baru belajar nak kenal dia. Sapa-sapa yang tak tahu apa-apa, dah tentu akan terrrrr..percaya kat dia. Maklum la...mamat ni memang pandai jual auta. Dia hebat jual temberang di atas pentas..!

Kalau nak tahu lebih lanjut, baca semua fakta kat bawah ni. Ini semua fakta. Bukan auta. Bukan macam Anwar Berahim yang korang percaya sangat tu...heh!


Siap boleh langgan China Doll pulak tuuu..!!!

Arsenikkk..?? Boleh menari lagu Tamil atas pentas..arsenik apa ke jadahnya?

Hakim percaya Anwar liwatttt..!!!
Dia suruh Tan Sri Musa siasat..bila kantoi...tak mau mengaku pulak dahhh!!!
Kah! Kahh..!!! Kahhhh..!!! Sampai sekarang aku gelak guling-guling ingat statement ni...!

TERKINI..!!! HARUN DIN TUDUH HADI, POK NIK DAN KHALID SAMAD SYIRIK..???

Posted: 10 Feb 2013 04:37 AM PST

"Saya selama-lamanya akan pertahankan kalimah Allah...tak akan reda sama sekali kalimah itu diletak (menggantikan 'God' dalam Bible versi bahasa Melayu).
"Boleh jatuh syirik dan (sesungguhnya) Allah tak ampunkan dosa orang yang lakukan syirik," - Datuk Dr. Harun Din Al-Hafiz..
Di atas adalah kenyataan terbaru Ustaz Harun Din tentang isu panggunaan kalimah "Allah" di dalam Bible versi Bahasa Melayu untuk edaran di Semenanjung Malaysia...


Aku nak tanya, dah berapa orang dalam PAS yang dah syirik?

Sebelum ni Hadi Awang, Pok Nik Ajis, Khalid Samad, Mat Sabun dan ramai lagi pemimpin PAS yang menyokong DAP yang mahu menggunakan kalimah "Allah" di dalam Bible versi Melayu itu.

Depa ni semua dah syirik ke time tu? Dah taubat ke belum nihhh???

AKHBAR TERLARIS PALING PANAS HARI NI.. DAPATKAN SENASKHAH..!!!

Posted: 10 Feb 2013 01:37 AM PST


Korang dah baca paper kat atas ni hari ni? Kalau belum, dapatkan senaskhah..!!! Memang panasss..!!! Tergamak dia "pinjam" isteri orang..??? Pinjam buat apa tu Syiekkkhhh..???


Macam tu la perangan puak-puak PAS. Bila dah terkena batang hidung sendiri, taknak mengaku. Pinjam kononnnnn..!!! Jawapan sebijik macam Mat Sabun laaaa...!!! Muahahahahaaa...

P/s: Errr.. Mat Sabun, Normah sihat ke? Bekas suami dia tak marah kat Abang Mat lagi ka?

GEMPARRR..!!! ANWAR MARAH NAJIB CURI IDEANYA NAK BERLAKON IKLAN CNY..???

Posted: 09 Feb 2013 10:37 PM PST


Saya amat tertarik dengan tulisan di laman portal pro-pembangkang, Suara Pakatan Rakyat, yang bertajuk "Iklan Tahun Baru Cina Najib Lambang Kebodohan Melayu", yang mengutuk kemunculan istimewa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didalam iklan Tahun Baru Cina.

Saya juga percaya bahawa rata-rata para pelayar internet  juga sudah menonton iklan yang dimaksudkan itu di laman Youtube.

Menurut laman portal pembodek Anwar itu, kemunculan Najib melambangkan rasa terdesak beliau yang mahu menarik sokongan para pengundi Cina di negara ini.


Portal itu juga mendakwa kononnya Najib meletakkan dirinya di tahap yang paling hina sebagai pemukul gendang tarian naga serta mendakwa bahawa posisi itu hanya diisi oleh kaum Cina dari "kasta bawahan" yang lembab, malas dan bodoh.

Kata penulis "berpelajaran" itu, individu yang paling penting di dalam pasukan tarian naga adalah pemegang kepala naga atau singa dan bukan pemain gendang. Kononnya pemain gendang memukul gendang mengikut gerak langkah tari pemegang kepala naga!

Paling "hebat", portal itu akhirnya menyimpulkan bahawa pembikinan iklan itu membuktikan bahawa bangsa Melayu memang bodoh dan hanya layak berada di kedudukan bangsa paling hina di Malaysia.

Saya sebenarnya ketawa terbahak-bahak apabila portal itu memperlihatkan kebodohan penulis dan sidang editornya. Bukan saja fakta yang salah, malah ia benar-benar menghina kaum Cina yang bakal merayakan Tahun Baru Cina esok.

Mungkin penulis portal itu tidak tahu tentang irama dan lagu, "buta" dan "pekak" untuk menghayati rentak tari penari yang menari mengikut irama yang dialunkan. Tanpa irama dimainkan, rentak tari apa yang mahu ditarikan seorang penari?

Misalnya, seorang pesilat menari mengikut irama tiupan serunai. Kalau rancak tiupannya, sudah tentu begitu lincah gerak dan langkah pahlawan itu menari. Dalam ertikata lain, dari irama maka terciptalah rentak gaya tari.

Kalau dimainkan irama asli Melayu, maka sudah tentulah penarinya akan menari mengikut rentak tari Melayu asli. Takkanlah nak menari ala-ala "Gangnam Style" pula, kan? Tak lari dari tempo sebenar ke?

Menariknya, portal itu tanpa segan-segan memberikan "link wikipedia" yang kononnya membuktikan dakwaannya mengenai tarian yang mengawal rentak gendang yang dipalu. Padahal, tiada satu ayat pun yang menyokong atau membuktikan kebenaran dakwaan di "link" tersebut!

Penulis itu mahu memperbodohkan siapa apabila menyarankan Najib untuk berperanan memegang kepala naga di dalam tarian itu?

Dengan bertindak sebagai pemegang kepala naga, maka Najib akan menari mengikut kemahuan rentak gendang yang dipalu, begitu? Maka senanglah portal itu memburuk-burukkan Perdana Menteri, kononnya beliau mengikut saja apa yang diarahkan "irama" tersebut?

Pada saya, inilah kali pertama perayaan dan sambutan Tahun Baru Cina menjadi mangsa permainan politik jijik Pakatan Haram. Sebelum ini, Tahun Baru Cina disambut meriah tanpa dilibatkan dengan permainan politik dari mana-mana pihak.

Sebelum ini juga kita menyaksikan bagaimana para pemimpin politik di negara ini saling kunjung mengunjung antara satu sama lain tanpa menghiraukan perbezaan fahaman politik. Keharmonian kaum terserlah pada setiap perayaan yang disambut di negara ini, bukan?

Namun mungkin kali ini Tahun Baru Cina disambut begitu hampir dengan PRU ke-13 yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Pembangkang memainkan sentimen politik jijik untuk memburuk-burukkan keharmonian kaum di Malaysia, sekaligus langsung tidak menghormati perayaan Tahun Baru Cina pada tahun ini. Jelaslah politik mereka adalah politik budak-budak hingusan yang tidak matang sama sekali.

Sebenarnya, tidak salah langsung Najib mengucapkan "Selamat Menyambut Tahun Baru Cina" kepada seluruh masyarakat Tiong Hua melalui cara yang kreatif ini. Tidak berdosa dan tidak pun meletakkan beliau ditahap yang hina.

Sebaliknya, ia adalah satu penghargaan kepada kaum Cina di negara ini dari Najib yang begitu ikhlas membayangkan rasa hormatnya kepada mereka kerana sama-sama berkongsi kemakmuran dan kemajuan yang dikecapi bersama di negara ini.

Mungkin Pakatan Haram saja yang cemburu terhadap Najib dan sebab itulah mereka mengutuk iklan itu. Bukan apa, laporan menunjukkan bahawa sokongan dari kaum Cina terhadap BN semakin hari semakin kuat berbanding Anwar yang semakin dibenci masyarakat Tiong Hua itu.

Bukan apa. Takkanlah rakyat nak sokong pemimpin yang ada masalah moral, terlibat dengan skandal liwat, jual kalimah "Allah" dan "chauvinis ultra kiasu" untuk mentadbir negara? Diperingkat negeri pun mereka gagal, ada hati lagi nak ke Putrajaya?

Elok nyalakan saja mercun papan dalam seluar mereka, baru mereka tahu. Nak jadi "batu api" kononnya. Hina sungguh niat Pakatan Haram. Itu pun mereka masih tak malu mahu rakyat menyokong mereka? Jangan haraplah…

PANASSS..!!! PAS AKHIRNYA BERJAYA PAKSA GUAN ENG MASUK ISLAM..???

Posted: 09 Feb 2013 07:37 PM PST

Akhirnya Guan Eng kini bergelar Tok Guru Guan Eng Al-PAS PIS PUS...

Dah 5 tahun PAS bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Haram. Dulu, masa PAS mula-mula "peluk" DAP, PAS kata dia nak dakwah semua di dalam parti tu supaya masuk Islam. Masa tu, depa sanggup samakan Guan Eng dengan Khalifah Umar Abdul Aziz...

Dah hampir 5 tahun berlalu, dah berapa orang pemimpin DAP yang PAS dan Islamkan? "Khalifah" Guan Eng depa tu dah peluk Islam ke? Dia dah sunat ke? Setahu aku, Guan Eng baru je lepas cabar kewibawaan Islam berhubung kalimah "Allah", kan?

Itu yang PAS kata nak ajak DAP masuk Islam? Puiiii..!!! Memang hampeh betoi la PAS ni. Cakap tak jatuh, tapi habuk pun tarakkk... poddaaaah la deyyy..!!!

Tapi, aku tertarik nak kongsi cerita ni dengan korang semua. Sesungguhnya hidayah Allah itu hanya kepada mereka yang terpilih saja. Dan semoga PAS dapat kembali ke pangkal jalan dengan cerita di bawah ni...


Jika Allah memberikan hidayah kepada hamba yang dikehendakiNya, tak seorang pun yang berkuasa mencegahnya. Dan jalan hidayah Allah boleh melalui apa saja, termasuk hal yang tak diduga sebelumnya. 

Seorang polis wanita berbangsa Inggeris bernama Jayne Kemp adalah salah seorang wanita yang berjaya merebut hidayah Allah SWT dengan cara yang tak pernah ia sangka.
Ceritanya bermula saat dia menghadapi kes kekerasan rumah tangga seorang wanita di Eccles, Salford. Menariknya, dia berjaya memujuk dan membantu wanita tersebut untuk yang datang ke pejabatnya.

"Saat itu saya tidak mencari mana-mana agama pun, tapi setiap pertanyaan yang saya jawab tentang Islam, Saya hanya boleh menjawab lebih dari lima soalan," kata Jayne Kemp dipetik dari Manchester Evening News.

Untuk membantu wanita tersebut, Jayne perlu mengetahui lebih memahami Islam untuk kes seperti itu. Polis berusia 28 tahun itu kemudian sering berbincang tentang Islam dengan seorang Muslim yang ditemui melalui laman Twitter.

Tak cukup di dunia maya, Jayne semakin tertarik untuk mengetahui lebih jauh tentang Islam.

"Di tempat saya bekerja di Eccles, di sana ada sebuah masjid besar dan memiliki populasi Muslim yang besar, jadi saya fikir saya harus mencari dan tahu lebih banyak tentang ini," ujarnya.

"Saya rasa saya jatuh cinta dengan Islam."

Hari demi hari yang dilalui Jayne dengan pengetahuan barunya mengenai Islam semakin membuat polisi wanita itu menyukai agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW itu.
 
Islam telah mengajarkan Jayne mengenai nilai-nilai luhur seperti berbuat baik kepada tetangga, menghormati orang-orang tua, dan menyayangi yang lebih muda.
Jayne, yang sebelum ini selalu mendengar pelbagai dakwaan negatif tentang Islam yang mengatakan bahawa wanita dalam Islam itu sering teraniaya, telah menemui fakta yang berbeza. Ternyata semua itu salah dan Islam sangat memuliakan wanita.

Rasa cinta Jayne kepada Islam membawanya untuk mengucap dua kalimah syahadah pada April 2012 dan mengubah namanya menjadi Aminah. Ia pun kini telah menjadi seorang muslimah yang bertudung

KeIslaman Jayne turut diterima oleh keluarga dan rakan-rakan kerjanya. Namun katanya, dia tidak akan memaksa kedua anaknya untuk masuk Islam, sebagaimana memang tidak ada paksaan untuk masuk agama Islam. 

P/s: Bila PAS nak berdakwah kat DAP ni...???

LAWAK PAGI AHAD...SIGNBOARD "ISTIMEWA" DI PEJABAT PRESIDEN PAS..!!!

Posted: 09 Feb 2013 05:37 PM PST


Korang pernah pergi ibu pejabat PAS kat Jalan Raja Laut tu tak?

Terus terang aku kata...aku pun pernah pergi ke situ jugak...

Bukan apa...saja melawat member lama aku kat ibu pejabat PAS tu...

Kebetulan...aku ada ternampak signboard kat tepi bilik Presiden PAS...

Korang pernah tengok tak signboard tu?

Signboard tu sama tak dengan signboard yang posmen kat atas tu tengok...?

Terkejut woooo.. ada signboard "U-TURN"...kah! kahhh..! kahhhh..!!! Heh!

PEJUANG BANGSA

Posted: 10 Feb 2013 11:32 AM PST

PEJUANG BANGSA


Hot ! Gambar santai @NajibRazak pekena nasi kandar Beratur !!

Posted: 10 Feb 2013 09:17 AM PST





Lebih 3 ribu kaum India Muslim di P.Pinang menyambut  lawatan PM DS Najib Tun Razak sebentar tadi di perkarangan Masjid Kapitan Keling. Ia dianjurkan oleh Gabungan Liga Muslim P.Pinang yang menganjurkan Forum Perdana sempena Sambutan Maulidul Rasul.

Kehadiran ramai kaum India Muslim ini jelas  membuktikan  sokongan kuat mereka  kepada BN .

Selain itu, Najib yang hadir bersama keluarganya turut menjamu selera nasi Kandar Beratur yang memang famous di P.Pinang.













Hot ! Bendera 1Malaysia BN ini boleh buat tokong dap sakit jantung !!

Posted: 09 Feb 2013 10:47 PM PST




Hari ini  di P.Pinang sudah ditawan dengan Bendera 1Malaysia kerana menantikan kehadiran PM yang akan tiba petang ini sempena sambutan tahun baru cina.

Sebelum ini banner PM diturunkan tapi hari ini sempena Tahun Baru Cina , kita akan lihat adakah bendera biru 1Malaysia ini akan diturunkan atau tidak ?







Jadual lawatan YAB DS Najib di P.Pinang adalah seperti berikut:-

1)10/2,Ahad -

4.30 pm - Ketibaan YAB DS Najib ke LTABL,PP

9.00 pm - Sambutan Maulidul Rasul di Masjid Kapitan Kling.

2)11/2,Isnin -

10.00 pg- Rumah Terbuka Raya Cina di Sek Tinggi Han Chiang.

2.30 pm - Bertolak pulang melalui LTABL.

Hot! Tun M nasihat Najib jangan layan Deepak penjual karpet !!

Posted: 09 Feb 2013 05:00 PM PST





— Datuk Seri Najib Razak tidak seharusnya melayan sebarang tuduhan usahawan karpet Deepak Jaikishan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini. 
Ahli perniagaan itu telah berulang kali mengeluarkan dakwaan terhadap Najib dan pemimpin Umno, malah berjanji akan mendedahkan lebih banyak skandal yang melibatkan ahli politik termasuk keluarga perdana menteri. 
"Saya rasa beliau tidak perlu lakukan apa-apa," kata  Dr Mahathir. 
Beliau yang berkhidmat selama 22 tahun itu menegaskan, Najib seharusnya menjangkakan pelbagai tuduhan akan dilemparkan kepadanya, sama seperti apa yang berlaku ketika beliau menjadi perdana menteri. 
"Bila saya jadi perdana menteri mereka pun tuduh saya korup ... Saya tidak perlu layan." 
"Terpulang kepada rakyat. Jika rakyat nak percaya beliau, apa boleh buat," balasnya ketika ditanya sama ada dakwaan dibuat Deepak akan memberikan kesan terhadap Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang.

bumiyang

Posted: 10 Feb 2013 03:40 AM PST

bumiyang


Pembangkang Akan Akur Apa Juga Keputusan PRU 13???

Posted: 09 Feb 2013 09:08 PM PST

Politik Harian

Posted: 10 Feb 2013 03:11 AM PST

Politik Harian


Himpunan Kebangkitan Rakyat Anjuran PAS dan NGO R Gagal!

Posted: 10 Feb 2013 03:00 AM PST

Tindakan biadap R berlatarbelakangkan masjid yang dibina hasil inisiatif Tok pa

Aktivis-aktivis Royaktakreti (R) melakukan satu gimik biadap yang cuma memalukan diri mereka sendiri. Mereka menyebat patung YB Dato Seri Mustapa Mohamed dengan tuduhan Tok Pa adalah pengkhianat sedangkan upacara voodoo yang mereka lakukan itu berlatarbelakangkan Masjid Sultan Kelantan Pasir Pekan yang dibina hasil inisiatif Tok Pa sendiri!

Satu himpunan yang diberi nama Himpunan Kebangkitan Rakyat telah diadakan di Dataran Pasir Pekan pada 9 Februari 2013. Himpunan itu adalah anjuran PAS Pasir Pekan dengan kerjasama NGO R. Promosi dan iklan secara hebat dan meluas telah diadakan baik melalui banner yang digantung dan alam siber.

NGO R bermula dengan berjalan kaki dari KB Mall ke Dataran Pasir Pekan melalui Jambatan Sultan Yahya Petra 2 yang dibina oleh kerajaan persekutuan. Namun, mereka langsung tidak mendapat sambutan apabila jumlah yang hadir langsung tidak sepadan dengan promosi yang telah dibuat. Lihat gambar di bawah.


Jangkaan mereka pastinya adalah setibanya di Dataran Pasir Pekan, ribuan rakyat yang lain menanti ketibaan mereka untuk bersama dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat. Namun, harapan mereka meleset sama sekali apabila kehadiran di sana cuma sekitar 100 hingga 200 orang. Lihat gambar di bawah.




Pemimpin Tertinggi PAS Bakal Diheret Ke SPRM

Posted: 10 Feb 2013 02:00 AM PST


Pemimpin tertinggi PAS termasuk Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang harus bertanggungjawab atas penyelewengan yang didakwa berlaku dalam pengendalian Tabung Mangsa Memali, menurut seorang bekas Exco Dewan Pemuda PAS Kedah.

Malah video ini cukup kuat untuk mendakwa Hadi Awang ke SPRM!




Zainon Ismail berkata pimpinan PAS kini cuba mengelakkan perkara tersebut daripada dibawa ke mahkamah kerana khuatir akan pecah tembelang yang disorok mereka selama ini.

"Pihak yang terlibat ialah peringkat tertinggi dalam PAS. Sebab itu ada perkara yang mereka tak mahu perkara ini dibawa ke mahkamah, takut-takut ada benda lain lagi yang akan terkeluar.

"Antara yang paling tinggi ialah daripada Presiden, sampai kepada jawatankuasa PAS Pusat memang bertanggungjawab kerana tabung ini ditubuhkan oleh PAS Pusat," jelas beliau.

Shila Amzah Dilaporkan Hilang, Telah Ditemui...

Posted: 10 Feb 2013 12:22 AM PST




Ayah kepada penyanyi 'Patah Seribu' Shila Amzah, ND Lala hari ini mengesahkan anak sulungnya
telah berjaya ditemui di Kemaman, Terengganu dan dalam keadaan selamat.

ND Lala semalam telah membuat laporan polis berhubung kehilangan Shila selepas penyanyi itu dikatakan tidak pulang ke rumah sejak pulang dari Shanghai, minggu lalu.

Wartawan Astro Awani juga telah cuba menghubungi ND Lala beberapa kali untuk mendapatkan pengesahan namun tidak berjaya.

Beberapa hari lalu, Shila telah menulis di akaun Twitternya yang dia berada bersendirian di suatu tempat untuk mencari ketenangan.

"Sha sendirian sekarang di sesuatu tempat mencari ketenangan. Tidak bersama keluarga lagi ataupun abang (Sharnaaz). Doakan Sha selamat," tulisnya.

Kemelut antara teman lelakinya, Sharnaaz Ahmad dan ND Lala dikatakan antara penyebab kehilangannya bila ayahnya dikatakan menentang hubungan cinta mereka.

Sebelum itu juga Shila telah membuat kenyataan melalui emel mengenai kontroversi antara ayahnya dan Sharnaaz.

Shila juga telah memuatnaik videoklip berdurasi empat minit yang menggambarkan perasaannya di Youtube.

Shila juga dijangka akan berada di Pulau Pinang esok, untuk bersama penyanyo Korea Selatan Psy mengadakan persembahan sempena Tahun Baru Cina.

BN Pacak Bendera 1 Malaysia Di Pulau Pinang Sempena Kehadiran PSY Gangnam #gangnammalaysia

Posted: 09 Feb 2013 11:00 PM PST




Bendera BN 1 Malaysia telah dipasang disepanjang kawasan Parlimen P49 Tanjong sempena menyambut kedatangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada petang ini. Namun ura-ura menyatakan pihak DAP telah mengeluarkan arahan supaya bendera ini diturunkan.

Bendera BN 1 Malaysia ini adalah kali pertama dipasang di Pulau Pinang dan sebelum ini tidak pernah dilihat dimana-mana tempat. Ini tranfomasi baru yang dibawa oleh PM yang bakal mengugat Pakatan haram khususnya di Pulau Pinang.

foto - Mat Kilau Pinang

Majlis Syura PAS Tolak Anwar?

Posted: 09 Feb 2013 10:00 PM PST


Muka depan akhbar MIngguan Malaysia hari ini melaporkan Majlis Syura Ulama PAS menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menjadi calon Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat mentadbir kerajaan.

Menurut sumber akhbar itu, ia didakwa dibincangkan secara tertutup melibatkan beberapa ahli majlis berkenaan namun kesahihannya belum dapat dipastikan.

"Kalaupun benar pendirian Majlis Syura Ulama tersebut, ia bukanlah satu kejutan kerana sentimen dalam kalangan sebahagian besar pemimpin dan ahli parti itu, mereka sememangnya tidak mahu Anwar yang juga Ketua pembangkang menjadi Perdana Menteri.

"Ia dapat dilihat dalam muktamar lalu, apabila ada ahli PAS secara terbuka menyatakan sokongan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menduduki jawatan nombor satu negara tersebut," kata sumber itu.

Pada Khamis lalu, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendakwa, rakan-rakannya di dalam PAS memberitahu, penolakan Majlis Syura Ulama Pas terhadap Anwar semakin kuat.

Beliau berkata, keadaan itu berlaku ekoran percanggahan pendirian kepimpinan pembangkang dengan majlis itu dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Sebelum ini, ketika Muktamar Tahunan PAS Ke-58 di Kota Bharu, wakil Dewan Ulama, Hairul Nizam mahu Abdul Hadi menjadi Perdana Menteri dan bukannya pemimpin pembangkang yang lain. Kenyataan beliau itu kemudiannya disokong oleh beberapa lagi pemimpin PAS yang turut berada dalam majlis syura.

Malahan ketika masih di dalam PAS, bekas Naib Presiden parti itu, Datuk Dr. Hasan Ali pernah menyatakan secara terbuka bahawa Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri.

Ketika ditanya, apakah benar dakwaan pihak-pihak tertentu yang menyatakan ada pertemuan antara Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din dengan Anwar baru-baru ini bagi membincangkan perkara tersebut, sumber itu menjelaskan, ia tidak dapat disahkan kerana Haron setakat ini tidak membuat sebarang kenyataan.

"Namun apa yang pasti, dalam kalangan ahli Majlis Syura Ulama PAS memang mereka mahukan Abdul Hadi menjadi Perdana Menteri.

"Dalam masa sama ada khabar yang menyatakan kalau pembangkang menang mungkin orang di luar pakatan akan dilantik ke jawatan tersebut," kata sumber itu.

Ditanya siapakah pemimpin itu, sumber tersebut berkata, hanya pemimpin-pemimpin tertentu di dalam PAS sahaja yang mengetahuinya.

"Tetapi saya percaya, kalaupun majlis syura atau mana-mana juga pemimpin PAS menolak Anwar ia pasti ada kaitan dengan pelbagai isu yang melibatkan ketua pembangkang itu," kata sumber itu lagi.

Bagaimanapun sumber itu berkata, 'kekuatan' PAS untuk menentukan siapakah bakal menjadi Perdana Menteri pembangkang akan menghadapi kesukaran kerana parti itu bukanlah dominan dalam kerjasama dengan PKR dan DAP.

"Malahan, biarpun PAS tidak bersetuju namun mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana DAP dikatakan tetap menyokong penuh Anwar menjadi Perdana Menteri," kata sumber itu lagi.

-Anratapos

PRU-13 Khalid Ibrahim Tersingkir Dari PKR...

Posted: 09 Feb 2013 09:00 PM PST


Tahniah diucapkan kepada Azmin Ali kerana berjaya menggugurkan Abdul Khalid sebagai calon Ijok. Ini bermakna cita-cita Azmin Ali untuk menjadi Menteri Besar Selangor akan tercapai... Tapi itupun kalau Pakatan Haram berjaya mempertahankan pemerentahannya di Selangor la....

Gambar kontroversi blow job Azmin Ali... 
khabarnya perangkap dari pihak dalaman PKR sendiri.

Menurut laporan laman portal pembangkang The Malaysian Insider - Ketidakstabilan berhubung masa depan politik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Selangor, dengan sumber dalam Pakatan Rakyat (PR) mengatakan menteri besar penggal pertama itu mungkin kehilangan jawatannya jika pakatan tersebut berjaya mempertahankan negeri dalam Pilihan Raya 2013.

Kepimpinan PKR setakat ini tidak mahu mengesahkan sama ada Abdul Khalid akan terpilih untuk mempertahankan kerusi dewan undangan negeri (Dun) itu, dengan kemarahan yang semakin meningkat di kalangan penduduk tempatan yang dikatakan melihat ahli politik itu sebagai wakil rakyat "tidak hadir".

The Malaysian Insider difahamkan kepimpinan PKR pada satu masa, memikirkan untuk menggugurkan Abdul Khalid sebagai calon Ijok kerana kebimbangan menteri besar itu akan kalah di kerusi Dun tersebut.

"Penduduk tempatan melihat beliau sebagai wakil rakyat tidak hadir, beliau tidak pernah turun padang jadi timbul persepsi. Kadangkala kami faham kedudukan beliau sebagai MB tetapi orang-orang beliau juga tiada di kawasan, jadi sukar untuk bekerja di bawah," kata seorang pemimpin tertinggi PR kepada The Malaysian Insider.

Isu pengguguran Abdul Khalid bermula selepas ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pada Oktober tahun lepas Abdul Khalid akan mempertahankan kerusi parlimen Bandar Tun Razak, tetapi tidak menyatakan tentang kerusi Ijok.

Pengumuman menyemarakkan syak wasangka bahawa parti itu merancang untuk menggantikan Abdul Khalid dengan timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali, yang kononnya bersaing untuk jawatan tersebut.

Timbul juga cakap-cakap tentang untuk menenangkan Abdul Khalid, Anwar menjanjikannya jawatan persekutuan sekiranya PR berjaya merampas Putrajaya.

"Adakah beliau menyatakan Abdul Khalid akan bertanding di Ijok? Tidak. Anda boleh membuat kesimpulan sendiri," kata seorang pemimpin PKR dengan syarat namanya tidak disiarkan.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang merupakan salah seorang yang berada dalam jawatankuasa senarai calon menafikan khabar angin tersebut sebagai tidak berasas tetapi tidak mengesahkan sama ada rancangan parti untuk merombak semula barisan kepimpinan negeri Selangor termasuk menggugurkan Abdul Khalid.

"Saya sangat sedar dengan setiap butiran dan tiada tentang itu. Jawatankuasa calon parti yang dipengerusikan oleh Anwar masih lagi melibatkan pemimpin diperingkat negeri tentang perkara ini," katanya kepada The Malaysian Insider apabila diminta pengesahan tentang rancangan PKR untuk menggugurkan Abdul Khalid daripada Ijok.

Khabar angin yang merangsang tentang penyingkiran Abdul Khalid adalah masalah yang melanda jentera PKR tempatan.

Sumber memberitahu Abdul Khalid tidak mampu untuk berkempen dengan berkesan berikutan permusuhan berterusan antara beliau dan kakitangan utama kempen, yang kononnya telah meninggalkan jentera sehingga hampir lumpuh.

Terdapat cakap-cakap pemimpin tempatan enggan bekerjasama selepas Abdul Khalid menolak permintaan untuk "bayaran" sebagai balasan terhadap kesetiaan mereka, serta dakwaan kelemahan Abdul Khalid dalam berkomunikasi serta "keangkuhan" menyebabkan tercetusnya perselisihan.

Ketua jentera PKR Ijok Abdul Rahman Umar menafikan dakwaan tersebut tetapi mengakui kepimpinan pusat parti masih lagi belum mengesahkan sama ada Abdul Khalid akan bertanding di kerusi itu.

"Masih belum ada pengesahan…. tetapi kami mencadangkan Tan Sri Khalid untuk Ijok," katanya kepada The Malaysian Insider.

Abdul Rahman, yang dikenali penduduk tempatan sebagai Cikgu Rahman menerangkan persepsi jentera tidak bersama Abdul Khalid mungkin datang dari penurunan dalam kadar kempen sejak April tahun lepas selepas tidak ada petunjuk bahawa pilihan raya akan diadakan tahun lepas.

"Sekarang kita tahu pilihan raya semakin hampir kita telah mula bekerja. Ijok adalah komuniti kecil kampung. Mereka akan bantu. Apabila tiba masanya mereka akan bantu," kata Abdul Rahman.

Azmin, orang kedua dalam menjaga tapisan calon PKR bagi Pilihan Raya 2013 selepas Anwar, bagaimanapun, mengakui baru-baru ini terdapat isu-isu yang melanda persediaan untuk Ijok tetapi melahirkan keyakinan bahawa ia akan berjaya diatasi.

"Saya tidak menyalahkannya. Sudah tentu saya bersetuju terdapat isu di cabang tersebut, tetapi ianya boleh diselesaikan," kata Azmin dalam temuramah baru-baru ini bersama The Malaysian Insider.

Akan tetapi timbalan presiden PKR itu tidak mahu mengesahkan sama ada Abdul Khalid akan kekal di Ijok tetapi mengatakan spekulasi tentang masa depannya sebagai menteri besar tidak semestinya benar.

"Kita masih belum muktamadkan," kata beliau ketika ditanya apakah Ijok akan menyaksikan muka baru bertanding di atas tiket PKR.

"Tetapi tiada sebab mengapa kita perlu singkirkan Khalid daripada Ijok kerana beliau adalah anak tempatan.. dari tinjauan beliau sangat popular dikalangan rakyat," tambah Azmin.

Ijok, kerusi semi luar bandar negeri yang terletak di utara-barat bandar perindustrian negara, merupakan salah satu daripada tiga kerusi negeri dalam kerusi Parlimen Kuala Selangor. Dalam Pilihan Raya 2008, terdapat 15,467 pengundi berdaftar dengan Melayu membentuk 51 peratus diikuti Cina pada 75 peratus dan India pada 28 peratus.

Abdul Khalid telah memenangi kerusi itu dengan majoriti besar 1,920 undi mengalahkan seorang lagi anak tempatan, Datuk Mohamed Sayuti Said, sebahagian besarnya disebabkan oleh sokongan daripada masyarakat Cina dan India.

Pemerhati parti berkata hubungan rapat Abdul Khalid dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan reputasi beliau sebagai tokoh korporat semasa beliau beliau berkhidmat sebagai ketua eksekutif salah satu syarikat perladangan terbesar di negara ini mendorong Anwar untuk menjadikannya sebagai menteri besar.

Pelantikannya didakwa mencetuskan persaingan mendalam dengan Azmin dan memecahkan parti di Selangor. Walaupun Abdul Khalid dikatakan menikmati sokongan pengundi, beliau tidak popular dikalangan ahli parti.

Kegawatan memaksa Anwar untuk campur tangan. Ini membawa kepada penyingkiran Abdul Khalid sebagai ketua PKR Selangor dan digantikan oleh Azmin. Pemerhati berkata ini adalah permulaan kepada penyingkiran Abdul Khalid sebagai menteri besar.

Faekah Husin, setiausaha politik kepada ketua pentadbiran Selangor itu telah berada di barisan hadapan dalam pertembungan antara Abdul Khalid dan Azmin walau bagaimanapun, percaya kepimpinan parti akan membuat keputusan untuk mengekalkan Abdul Khalid sebagai menteri besar jika PR berjaya mempertahankan Selangor.

Faekah yang dilihat sebagai sekutu rapat Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui Abdul Khalid mungkin mempunyai masalah untuk menyatukan pasukannya di Ijok dahulu tetapi tidak sekarang.

"Beliau mungkin mempunyai masalah tetapi itu dahulu. Selepas beliau baru sahaja menang. Beliau kuat disana sekarang, Saya rasa Khalid akan bertanding di Ijok," katanya.

Anwar Gagal Sebagai Ketua Pakatan Pembangkang

Posted: 09 Feb 2013 07:35 PM PST


Pakatan pembangkang sebenarnya adalah satu pakatan yang rapuh yang hanya berpaksi kepada kepentingan parti masing-masing untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) dan kerana itu hingga sekarang mereka tidak mampu mendaftarkan pakatan mereka secara rasmi di bawah satu nama seperti BN, demikian pandangan Professor Datuk Seri Dr. Mohammad Fairus Khairuddin.

Beliau yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang berkata pakatan yang ditonjolkan pembangkang pada hakikatnya adalah sandiwara semata-mata kerana ia jelas boleh dilihat dalam pentadbiran mereka di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor.

Malah di dalam parti pembangkang iaitu PKR, Pas dan DAP jelas beliau masing-masing ketika ini sedang bergelut dalam kemelut dalaman mereka.

Dalam sebuah parti politik sekiranya mahu bertahan lama dan diterima rakyat katanya lagi ianya harus mempunyai struktur yang kukuh namun dalam PKR ianya menjadi longgar apabila apa yang digariskan semasa penubuhannya kononnya mahu memperjuangkan keadilan untuk rakyat tidak ditepati.

"Apabila pakatan pembangkang berjaya merampas beberapa buah negeri, saya mula melihat Anwar tidak lagi peduli dan komited dalam memperjuangkan apa yang dikatakan semasa awal penubuhan parti. Hari demi hari terutama selepas peristiwa janji 16 September yang tidak menjadi kenyataan,

"Janji kosong Anwar menggunakan kaedah yang begitu hina dengan cuba mencuri ahli perlimen BN, ini bukan cara politik yang baik dan Anwar lakukan juga", katanya kepada UMNO-Online.

Pada masa yang sama dedah beliau, Anwar pula semakin lama semakin mengutamakan kroni yang tertentu sehingga sifat Anwar yang mengutamakan kroni menyebabkan ramai yang keluar parti.

"Azmin juga sebenarnya tidak diterima dan ini terbukti dengan satu kejadian di Sabah. Azmin pernah ditolak oleh ahli PKR Sabah. Ini menunjukkan anak emas Anwar ini ditolak oleh orang bawahan parti. Anwar pula mengutamakan Azmin sehingga sanggup membelakangkan perjuangan parti," ujarnya.

Manakala DAP pula kata beliau hanya mempergunakan Anwar untuk memecahbelahkan orang Melayu di samping mengikat Pas agar tidak bertindak esktrim yang boleh menghalang DAP meluaskan pengaruhnya.

"Sebenarnya DAP memegang kunci kelemahan Anwar dan ia digunakan bagi memastikan Anwar sentiasa patuh dengan segala arahan. Sebab itu kalau kita tengok dalam apa jua isu termasuk yang membabitkan masalah di kalangan pakatan pembangkang Anwar akan menyebelahi DAP.

"Perkara ini juga sebenarnya tidak menyenangkan di kalangan pemimpin, ahli PKR dan Pas", katanya.

Beliau seterusnya menambah perkara yang sama juga berlaku dalam Pas di mana di dalam parti Pas sendiri telah terbahagi kepada dua kumpulan iaitu mereka yang menyokong dan yang mula mempertikaikan kewibawaan Anwar.

"Mereka inilah yang menolak Anwar dek kerana satu demi satu terbongkar kisah Anwar.

"Ini semua berlaku kerana dalaman parti itu sendiri tidak mempunyai struktur yang kuat untuk mengikat satu sama lain. Sampai saat ini masih belum diwujudkan secara rasmi di antara mereka. Mereka tidak pernah bergabung secara rasmi. Tidak seperti BN yang mengikat komponan mereka dan bertanding dalam PRU atas satu tiket iaitu BN.

"Sehingga kini pakatan pembangkang belum selesai masalah dalaman mereka. Mereka tidak mampu sesama mereka untuk mempunyai satu bendera yang sama untuk menandingi BN. Inilah bukti betapa gagalnya Anwar sebagai ketua pakatan pembangkang. Mereka gagal tidur satu bantal dengan mimpi yang sama," ujarnya lagi.

Video Gong Xi Fa Cai Dari Ah Jib Gor Bikin Puak Pakatan Haram Meroyan Sakan

Posted: 09 Feb 2013 06:00 PM PST


"Ah Jib Gor" yang bermaksud "Abang Najib" dalam bahasa Cina... Satu lagi iklan membabitkan Najib Abdul Razak dan sambutan Tahun Baru Cina, yang telah bikin panas kepada puak Pakatan Rakyat.

Tak senang duduk puak-puak cybertrooper Pakatan Haram, mereka diarahkan oleh DAP untuk klik DISLIKE pada setiap klip video yang melibatkan Datuk Seri Najib Abdul Razak di YOUTUBE.

Begitu juga pada masa yang sama, mana-mana klip video membabitkan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng, mereka memilih menggunakan sistem LIKE berbayar cara menimbulkan persepsi kononnya rakyat Malaysia memilih Pakatan Rakyat berbanding Najib Abdul Razak. Ini semua poyo!



Marilah kita rakyat 1 Malaysia bersama Datuk Seri najib Razak menyambut Tahun Baru Cina!

Persetankan puak Pakatan Haram... sesuangguhnya mereka iri hati dengan pencapaian Datuk Seri najib yang telah berjaya membawa tranformasi baru didalam kepimpinan beliau... Gong Xi Fa Cai!


DS Najib Teruja Untuk Menikmati Makan Enak Sambil Tonton Persembahan PSY Gangnam

Posted: 09 Feb 2013 09:00 AM PST


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melahirkan rasa teruja beliau untuk menikmati pelbagai makanan enak di Pulau Pinang.

Najib juga melahirkan keterujaan untuk bersama-sama dengan penduduk Pulau Pinang menyaksikan persembahan penyanyi popular Korea Selatan, Park Jae-sang atau Psy yang popular dengan lagu Gangnam Style dan penyanyi tempatan Shila Amzah pada Isnin.

Psy akan menjadi penyeri pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 1Malaysia anjuran Barisan Nasional di Kolej Han Chiang.

Anggaran 80,000 orang dijangka menghadiri rumah terbuka itu yang akan berlangsung dari 9 pagi hingga 1 tengah hari.

"Rasanya tidak sabar untuk menikmati makanan enak di Pulau Pinang yang indah esok dan juga untuk bersama-sama dengan penduduk Pulau Pinang menyaksikan persembahan Psy Oppa dan Shila Amzah," kata Najib dalam Twitter beliau hari ini.

Esok, Najib akan menghadiri beberapa acara seperti Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA dan Majlis Minum Petang bersama pemimpin masyarakat Cina.

Ayah kita bersama menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib Razak... Jumpa di Penang bro.....

Pemecatan Versi Pos Laju Ternyata PAS Zalim

Posted: 09 Feb 2013 08:00 AM PST



Jangkakan ramai ada sesuatu yang tidak kena di sebalik pemecatan Ustaz Nasharudin Mat Isa dari Majlis Syura PAS ternyata benar apabila surat pemberitahuan hanya diposkan kepada bekas Timbalan Presiden PAS itu pada 30 Januari 2013 dan diterimanya pada 6 Februari 2013.

PAS mengumumkan pemecatan itu pada 26 Januari 2013 melalui kenyataan media oleh Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Nik Zawawi Nik Salleh yang menyatakan Ustaz Nasharudin telah dipecat sebagai ahli Majlis Syura semasa badan tertinggi PAS itu bermesyuarat pada 13 Januari 2013.

Jika kenyataan Nik Zawawi betul bermakna perjalanan parti itu ternyata agak bercelaru dan tidak terurus kerana mengambil masa yang agak lama untuk menyampaikan keputusan parti kepada ahlinya.

Entah apa jenis kelayakan yang diambil kira sebelum Nik Zawawi dilantik sebagai Setiausaha, langsung tidak efisien kerja buatnya. Bukannya beribu keping surat yang perlu dihantar, hanya sekeping sahaja itu pun berminggu-minggu mengambil masa.

Sehari dua sebelum pemecatan itu diumumkan, kelibat Ustaz Nasharudin dilihat menyertai rombongan bersama Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak di Gaza, Palestin telah menimbulkan kecurigaan dan rasa tidak senang di kalangan pemimpin PAS.

Dilihat kronologi yang berlaku dalam tempoh itu, memang jelas kelihatan ada sesuatu yang tidak kena. Bak kata pepatah ada udang di sebalik batu.

Pemecatan itu dilakukan memang disebabkan adanya agenda tersembunyi dan alasan kononnya Ustaz Nasharudin 'kerap tidak datang mesyuarat' hanyalah bertujuan untuk mengabui mata khalayak sahaja.

Tambahan pula Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat selaku Pengerusi Majlis Syura Ulama PAS yang sering kali ponteng mesyuarat dan kalau datang pun kerap pulang awal, tidak pula dipecat walau sepatutnya sudah lama diambil tindakan berikutan ketidakberkesanan pimpinannya.

Tak mustahil hakikat sebenarnya pemecatan itu dilakukan secara tergesa-gesa dan tidak pun dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Syura PAS pada 13 Januari 2013, sebaliknya ia hanya diputuskan melalui perbincangan tidak rasmi antara pimpinan PAS selepas gambar Ustaz Nasharudin dan PM di Palestin disiarkan media perdana.

Walau apa senario sekalipun, tatacara pemecatan keanggotaan Ustaz Nasharudin dalam Majlis Syura Ulama PAS itu sendiri tidak menepati prosedurnya apabila Ahli Parlimen PAS Bachok itu tidak dipanggil untuk membela diri atau setidak-tidaknya diberi surat tunjuk sebab.

Jelas sekali ia satu bentuk kezaliman dan amat tidak Islamik, amat bertentangan sekali dengan seruan keadilan yang sering diwar-warkan parti itu di pentas-pentas ceramah politik.

Lebih sedekad lalu apabila Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO disebabkan masalah moral, ramai pemimpin dan penyokong PAS tampil mempersoalkan pemecatan tersebut yang dikatakan zalim dan tidak Islamik.

Walhal tindakan pemecatan itu tidak pun dilakukan secara semberono tanpa usul periksa sebaliknya Anwar telah diberi peluang untuk membela diri dalam Majlis Tertinggi UMNO malah tidak dihalang melantik pasukan guaman sendiri bagi menghadapi perbicaraan di Mahkamah.

Sekarang terbukti PAS adalah sebenar-benarnya parti yang zalim dan tidak Islamik serta telah bertindak secara kuku besi. Memang jelas PAS telah menzalimi Ustaz Nasharudin dan ianya berlaku hanya selang setahun selepas bekas Naib Presiden PAS, Dr Hasan Ali dipecat tanpa bicara dari parti itu.

Belum memerintah negara sudah terbiasa dengan kelakuan buruk dan asyik menzalimi orang lain, andai diberi peluang memerintah negara tidak sukar dibayangkan kezaliman yang bakal PAS laksanakan terhadap pihak lain yang tidak sealiran dengannya.

Skandal Abby Abadi Dengan Dato’ Raja Kamarul Bahrin Didedahkan

Posted: 09 Feb 2013 06:00 AM PST


Tertarik dengan pendedahan oleh laman portal Terengganu Today yang mendakwa Abby Abady bakal menjadi Isteri ketiga kepada bakal Menteri Besar?

Harap Abby Abady dapat memberi penjelasan berhubung skandal ini...

Terengganu Today - Bukan sahaja laris di pentas ceramah PAS, Abby Abadi sekali lagi menjadi perhatian ekoran dakwaan hubungannya dengan arkitek terkenal, Dato' Raja Kamarul Bahrin.

Pertengahan tahun lalu, Abby turut dikaitkan dengan nama Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Dato' Takiyuddin Hassan.

Namun, hubungan itu dikatakan tidak betahan lama apabila Dato' Takiyuddin mendapat maklumat Abby mempunyai hubungan lain yang lebih 'istimewa'.

Lebih menimbulkan persoalan, Abby Abadi dilihat bersama Raja Bahrin di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Kunjungan pelakon Gerak Khas itu dalam siri program politiknya bersama PAS ke Terengganu turut disambut Raja Bahrin.

Secara kebetulannya, Raja Bahrin yang juga suami kepada artis, Noryn Aziz turut dikaitkan sebagai calon Menteri Besar menggantikan Abdul Wahid Endut sekiranya PAS bejaya menawan Terenganu.

Menurut sumber dalaman PAS, Abdul Wahid tidak dicalonkan untuk jawatan itu berikutan hubungan dinginnya dengan Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang serta kegagalan Wahid Endut sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu dan Pesuruhjaya PAS Terengganu.

Raja Bahrin yang disebut-sebut sebagai calon PAS di DUN Ladang turut mendapat sokongan pemimpin kanan PAS dari Kuala Nerus dan Dungun serta sokongan 'belakang tabir' dari ADUN Batu Burok, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.

Sebab itulah, Abby begitu kerap turun ke Terengganu dalam program politiknya bersama PAS. Menjelang pilihan raya, Abby menjadi pilihan Raja Bahrin untuk program politiknya di Terengganu.

Perkara itu turut dicemburi jentera PAS yang lain kerana Abby dikatakan mendapat bayaran lebih daripada Raja Bahrin serta PAS sendiri. Raja Bahrin dilihat begitu aktif bersama program-program PAS, ceramah, makan di warung-warung kopi bersama rakyat biasa dan turun padang bersama jentera pilihan raya PAS.

Terkena Lukah DAP, PAS Hilang Adrenalin

Posted: 09 Feb 2013 04:00 AM PST

Hebatnya Lim Guan Eng menahan lukah walaupun PAS terluka, PAS akan tetap bersama dalam pakatan pembangkang kerana dirinya rasa lebih selamat walaupun akhirnya meraba-raba cari bantuan oksijen.

Sepatutnya PAS lebih bijak daripada DAP memandangkan keahliannya adalah lebih besar dan dianggotai oleh bijak pandai agama yang tersohor ketika di menara gading ataupun professional yang mendapat latihan dalam pelbagai bidang. Rupa-rupanya kepengetahuan yang mereka ada masih belum memadai untuk mengenal lukah yang sentiasa ditadah oleh DAP.

"brain damage" kesan kehilangan adrenalin?

Lukah pertama ialah slogan kepimpinan Umar Abdul Aziz, yang juga merupakan generasi ketiga Khalifah Umar al-Khattab. Kononnya DAP yang memerintah Pulau Pinang akan meniru cara dua khalifah yang terkenal dengan keadilan dan keperihatinannya terhadap rakyat.

Lukah kedua ialah menulis semula sejarah negeri Pulau Pinang seolah-olah orang Melayu tidak mempunyai sebarang sumbangan pembentukan negeri itu walaupun semua orang tahu bukan keturunan Cina yang mula-mula menerokanya.

Lukah ketiga ialah mempamerkan dirinya sentiasa menggunakan kelas ekonomi dalam penerbangan berbanding pemimpin lain walhal ramai yang telah ditipu hidup-hidup, setiap kali ke Singapura bertemu dengan pemimpin PAP beliau menggunakan penerbangan kelas business.

Pada awal pentadbirannya, Lim Guan Eng hampir setiap minggu ke Singapura kerana ingin belajar bagaimana PAP berjaya "menghalau orang Melayu" sehingga ramai yang tidak berani cakap, "kalau mengomel kena jual" seperti ugutan P Ramli dalam sebuah filemnya.

Lukah keempat ialah mahu bina terowong pesisir laut kononnya sebagai projek pembangunan DAP yang terbaik buat rakyat Pulau Pinang. Akibatnya, Lim Guan Eng terpaksa pula bertelagah dengan seorang yang amat prihatin dengan kesedaran pengguna tapi direntap pula dengan kata-kata: tidak mahu gaduh dengan orang tua.

Lukah kelima ialah kerajaan yang telus, cekap dan adil. Tetapi yang berlaku ialah kerajaan yang penikus, songlap dan amat bersifat kecinaan. Betapapun, Lim Guan Eng takut kepada anai-anai, musang dan biawak maka tidak mendiami rumah kerajaan sebaliknya menyewa rumah bangle pemilik individu.

Menang cekap Lim Guan Eng dalam mempermainkan sentiment sehingga sanggup menghadirkan diri ketika pemberian kunci kepada penduduk Kg Buah Pala yang sudah lama bersetuju dengan pihak pemaju, yakni sebelum pakatan pembangkang menang pilihan raya.

Ketika segelintir penduduk Kg Buah Pala melepaskan lembu dan ramai-ramai bantah, bayang Lim Guan Eng tidak juga nampak sebaliknya menyatakan itu adalah kesalahan kerajaan terhadulu kerana sudah jual tanah kepada salah sebuah koperasi, yang terima duit ialah kerajaan DAP.

Lagi cekap ialah khabarkan ke seluruh penjuru alam bahawa dalam tempoh tahun, DAP telah berjaya mengurangkan hutang lebih RM 600 juta. Maka ramai yang percaya, tetapi bila buka buku tiga lima, bukan bayar hutang. Yang berlaku ialah pemindahan aset Pihak Berkuasa Air kepada kerajaan persekutuan menerusi penstrukturan semula.

Kerajaan persekutuan berikan pula kepada PBA untuk terus menguruskan perkhidmatan air bersih. Tetapi, itu tidak timbul kerana politik menyelit memang sesuatu yang amat handal digunakan oleh Lim Guan Eng, kerana kaedah itu sebenarnya pendidikan politik yang beliau belajar daripada ayahnya sendiri, Lim Kit Siang.

Lukah keenam ialah meletakkan tanggungjawab kepada pemaju swasta dalam pembinaan rumah murah dan mampu milik. Kerajaan negeri tidak mempunyai apa-apa peranan termasuk memberikan kelulusan kerana beliau sebenarnya sedar, jika diperbanyakkan rumah murah dan mampu milik, penduduk Cina tidak akan bertambah dengan cepat dan ini merugikan kedudukan politik DAP.

Akibatnya, menerusi dasar tersembunyi yang dilakukan, lebih banyak projek rumah mewah dibuat hingga sebahagian bukit semakin bermasalah termasuk di Sungai Ara, Sungai Batu dan Bayan Lepas. Tidak usah cakap dengan Batu Feringghi ataupun Paya Terubong, memang sudah lama digondolkan walhal sayang, semuanya sudah terlewat kerana masalah juga amat banyak.

Ada sebahagian bangunan tidak dihuni kerana terlalu dekat dengan bukit seperti di Paya Terubung. Sebahagian rumah di bukit di Sungai Ara sudah jadi masalah hingga terpaksa minta kepakaran Institut Kerjaya Raya Malaysia (IKRAM) untuk mengkaji dan memberikan cadangan agar tiada cerun yang runtuh seperti berlaku di Bukit Setiawangsa ataupun Highland Tower dan Bukit Antarabangsa, yang memangnya hampir jadi trauma.

Lukah ketujuh ialah ambil tanah penduduk kampong kemudian berikan kepada sebuah syarikat bagi menubuhkan sebuah university berpengantarkan bahasa Cina sedangkan penubuhannya adalah sebagai pusat "think tank" DAP kerana parti itu menanggap melalui pelajaran orang tidak tahu niat busuknya. Akhirnya, penduduk Pondok Upih marah kerana kenapa tanah mereka dan apa perlunya sebuah university bebahasa Cina?

Lukah kelapan ialah menstrukturkan semula peniaga di tingkat 3 KOMTAR dan kemudiannya peniaga asal terpinggir. Bagaimanapun, perniagaan di KOMTAR semakin sehari semakin sejuk dan tidak mampu untuk "cover sewa dan caj perkhidmatan" menyebabkan banyak yang kosong. Kedai-kedai yang dahulunya meriah dan ramai pelanggan, kini sepi.

Lukah kesembilan ialah jual tanah kerajaan negeri walaupun tanah itu sebenarnya sudah ada perancangan untuk membina sekolah, masjid dan perumahan awam. Kerana terdesak nak duit bagi menyiapkan SPICE atau modal buat Terowong Pesisir, maka caranya juallah apa yang ada termasuk tanah di Bayan Bay dan Kampung Manggis.

Lukah kesepuluh ialah menjual sebidang tanah di Kg Manggis untuk dibangunkan hospital swasta dan hotel. Setelah ia menjadi kontroversi, maka ditawarkan pula kepada BN yang sanggup bayar ikut harga pasaran. Bila deposit dibayar, enggan pula mengeluarkan tanda setuju dan dokumen, hanya memberikan tempoh bakinya ratusan juta perlu diselesaikan dalam tempoh tiga puluh hari.

Lukah kesebelas ialah nak jadikan bahagian utara Barat Daya sebagai destinasi pelancongan antarabangsa yang baharu kerana masih banyak tanah yang boleh diambil oleh kerajaan negeri berbanding Batu Feringghi dan Teluk Kumbar. Tanah-tanah itu kemudiannya dijual berlipat ganda kepada pelabur tertentu bagi membina lebih banyak pusat hiburan, hotel pelbagai bintang dan dalam jangka masa panjang, orang Melayu akan kehilangan tanah dan pusakanya.

Lukah kedua belas ialah menahannya di ngarai yang paling dalam sehingga menyebabkan PAS perlukan tabung oksijen dengan mendesak Presiden PAS dan Mursyidul Am menyatakan pendirian lebih awal. Kesannya, berlaku paradok yang ketelaluan dengan keputusan Majlis Syura Ulama dan akhirnya, paksakan pula Presiden PAS agar berusaha mendesak keputusan paradok itu dikaji semula. DAP hanya boleh terima keputusan 8 Januari 2013 dan bukannya 13 Januari 2013.

Luka ketiga belas ialah lukah yang boleh mematikan PAS sendiri apabila Nasharudin Mat Isa dipecat. Ia jelas ada "tangan-tangan ghaib" kerana Nasharudin adalah seorang pemimpin yang konsisten mempertahankan Islam, yang tentunya tidak disukai oleh DAP.

PAS benar-benar "bunuh diri" dengan pemecatan Nasharudin kerana sudah semakin nyaring kemarahan akar umbi agar parti itu keluar pakatan. Tentunya, Nasharudin mempunyai pengaruh yang besar dalam kalangan pengundi muda, berbanding Mohamad Sabu yang hanya layak diberikan anugerah "nasi tambah" dan "badut".

Sudah muncul kumpulan yang apathy terhadap PAS tetapi mereka hanya menunggu masa dan ketika untuk melakukan "silent protest." Sebab itulah apabila seorang pemimpin PAS yakin pakatan pembangkang boleh menang 145 kerusi Dewan Rakyat, ramai yang hanya menganggap bekas Menteri Besar itu sekadar tukang beli nombor empat digit kerana harapkan special draw selepas Chap Goh Mei, nombor bertuah dan boleh beli beberapa buah kereta Camry baharu.

Lukah terakhir itu sebenarnya boleh menyebabkan PAS "bunuh diri" kerana ramai simpatinya semakin hilang keyakinan terhadap Haji Hadi, Mursyidul Am PAS, Mustapha Ali dan Tuan Ibrahim Tuan Man. Kesemuanya tidak lagi boleh diharapkan, kerana kesemunya lebih mendengar kata-kata DAP dan hanya mahu selamatkan Anwar Ibrahim, bukannya Islam.

Kalau nak selamatkan Islam, kenapa tidak melakukan tarbiyah ke atas Lim Guan Eng yang melakukan provokasi Kalimah Allah dan Anwar pula dengan "keselamatan Israel", LBGT dan biseksual sedangkan kesemuanya adalah bahaya kepada Islam. Bukankah PAS pernah meletakkan pendirian bahawa Israel bukan negara dan sebuah pemerintahan haram, tetapi kenapa tidak desak Anwar memohon maaf kerana telah melukakan emosi umat Islam bila mempertahankan "kedaulatan Israel"?

Bila Anwar bacakan "talkin kebebasan" kepada LBGT, PAS diam membisu. Bila Anwar tidak masukkan "negara Islam" dalam Buku Jingga, semuanya menipu "negara berkebijakan" adalah pemulanya. Maknanya, kalau begitu PAS selama ini hanyalah pegang ekor kerana kepalanya sudah rosak. Bak kata pepatah Cina, ikan akan busuk bermula dari kepala. Ertinya, memang ada sesuatu yang beres di kepala pemimpin PAS sehingga adrenalinnya kasih sayang dan cinta bertukar jadi ganas dan berdendam.

Muhamad Irfan Iskandar

tunku

Posted: 10 Feb 2013 03:02 AM PST

tunku


GONG XI FA CAI

Posted: 09 Feb 2013 08:00 AM PST


Taipingmali (tm)

Posted: 10 Feb 2013 01:34 AM PST

Taipingmali (tm)


PDM Barisan Nasional

Posted: 09 Feb 2013 07:30 PM PST

Bangunkan PDM 

YB Datuk Ahmad Maslan - Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN, dalam kenyataannya di akhbar Berita Harian halaman 22 bertarikh 10 Feb 2013 hari ini antaranya menyebut

"Bilik Gerakan PDM Barisan Nasional BOLEH dibuka di mana2. Bilik Gerakan PDM boleh diwujudkan di RUMAH KETUA CAWANGAN, menggunakan KONTENA, sewa RUMAH KEDAI atau Bangunan yg difikirkan SESUAI".

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

UMNO KALAH DI LENGGONG 2

Posted: 09 Feb 2013 07:26 PM PST


Hj Razman Zakaria merupakan muka baru Pas di Lenggong, Beliau sememangnya anak Lenggong dan sekembalinya dari Lembah Kelang selepas menamatkan perkhidmatan dengan kerajaan, beliau hanya mempunyai satu tujuan dan satu matlamat.

Dengan wang yang ada beliau berjaya melonjakkan nama beliau dari seorang biasa sehingga menjadi YDP Pas Lenggong dan Timbalalan Persuruh Jaya Pas Perak.

Naik dengan jalan pintas dan menidakkan anak-anak tempatan yang sudah lama berkecimpung dalam politik Pas.

Kelmarin TM menyatakan beliau bekas kakitangan Rela, tetapi maklumat lain menyatakan beliau adalah seorang pegawai kanan kastam yang berkhidmat di Kelang. Sudah tentu bertugas di bahagian pelabuhan yang menguruskan hasil eksport dan import.

Menurut sumber terbaru dari Lenggong beliau mempunyai ramai saudara mara yang merupakan penyokong Umno. Antaranya ialah Cikgu Zaidi Yusuf Ketua Penerangan Umno Bahagian Lenggong.

Razman sebenarnya di nasihatkan berhenti kerja, dan beliau adalah sama kumpulan atau geng dengan Ahmad Sarbani Mohammad  Pegawai Kastam yang mati terbunuh setelah jatuh dari bangunan SPRM Kuala Lumpur.

Oleh itu tidak hairan lah Razman mampu naik begitu cepat dalam Pas Perak. Ini kerana beliau mempunyai wang dan kuasa.

Razman bukan seorang kakitangan yang cikai atau cokia, beliau merupakan seorang jutawan. wang bukan masalah bagi beliau.

Oleh kerana dendam yang teramat sangat terhadap majikan dan kerajaan maka beliau menjadi seperti Anwar Ibrahim yang bangun  untuk membalas dendam.

Apakah dendam Razman?
YDP PAS Lenggong
Jom Tolak Munafik ini.
Jawapannya tedapat dalam baris-baris ayat di atas.

UMNO KALAH DI LENGGONG

Posted: 09 Feb 2013 03:00 PM PST

Sifir mudah menang Parlimen Lenggong,Putrajaya milik Pakatan Rakyat. Jom penduduk Lenggong,bawa orang Felda sekali untuk mendengar untuk faham.Seterusnya boleh berfikir dan akhirnya buat perubahan. Satu orang satu undi.

Pas Lenggong sudah lama bercita-cita untuk menguasai kerusi Parlimen Lenggong dan dua kerusi Dun.

Persoalannya apakah pengundi Lenggong mahukan seorang munafik sebagai wakil rakyat mereka, TM merasakan semua orang Lenggong kenal siapa Razman Zakaria.

Dahulunya dia seorang kaki tangan kerajaan yang berkhidmat dengan Jabatan Kastam Di Raja Malaysia tetapi berhenti secara tiba-tiba. 

Kini kerana ketandusan pucuk pimpinan dalam parti Pas, Razman dipilih sebagai YDP Pas Lenggong. 

Adakah akar umbi dalam Pas mengenal beliau secara dekat? Pernah kah ahli Pas bertanya kenapa beliau berhenti daripada menjadi kaki tangan awam ( KASTAM) yang menerima gaji lumayan setiap bulan.

Nizar Jamaludin dalam ceramahnya menyatakan Pas akan membentuk sebuah pentadbiran yang bebas rasuah. Cuba Nizar bertanya kepada Razmah adakah beliau bebas dari rasuah?



WONG TACK PENGECUT

Posted: 09 Feb 2013 07:09 AM PST

Wong Tack menyembah dan tunduk 90 darjah mohon maaf kena takut di sumbat dalam penjara. Beliau berbuat demikian kelmarin dalam satu ceramah Dap di Kuantan .

Wong Tack yang sebelum ini bukan main samseng bila bercakap tentang Lynas.

Pada 6 Februari lalu Polis Kuantan mengeluarkan kenyataan untuk mengambil keterangan mengenai ugutan beliau untuk membakar kilang Lynas telah menyebabkan beliau tarik hand brake dan memohon maaf kepada rakyat Malaysia mengenai ugutan tersebut.

TAU PUN TAKUT!!!!!!

Baru kena hukum sikit saja dah riuh rendah

Posted: 09 Feb 2013 06:20 AM PST

Kuala Nerus - 200 bendera PAS yang dipasang oleh para petugas disepanjang jalan menuju ke tapak Himpunan Kebangkitan Rakyat -PAS Ganti Umno Kali Ke-7 (PGU7.0) telah dicabut dan dibuang merata-rata termasuk dihumban ke dalam anak sungai berhampiran.


Inilah yang dikatakan munafik, depa buat dajal kepada bendera BN tak apa, kalau orang buat kat depa riuh seantero dunia sampai buat repot polis.

Paling best ialah Pas menuduh ia kerja syaitan dan ditujukan kepada pemuda Umno yang kononnya telah dikenal pasti sebagai syaitan.

Bersabar saja lah,,dulu hangpa suka buat dajal kepada harta benda Umno dan Bn.

Pernah satu ketika dahulu dalam pilihan raya tahun 90an di Kampung Sungai Ara Batu Kurau Perak, semua  jenis bahan kempen milik BN dibuang oleh Pas kampung tersebut. Pasang lah apa benda pun, esok bila buat rondaan dan pemantauan semuanya benda hilang.

Bila pemuda-pemuda Umno mengintip tengah-tengah malam, rupa-rupanya pemuda-pemuda syaitan Pas kampung tersebut yang buat dajal, semua bahan-bahan kempen direntap, dikait dan dicabut dengan penuh kebencian dan di sumbat ke dalam kereta dan dibawa ke markas mereka untuk di sorok atau dilupuskan.

Terlalu banyak kalau nak diceritakan kisah kerja jahat setan-setan Pas ini. Yang paling menyedihkan yang buat kerja tersebut memakai serban atau sekurang-kurang kopiah putih berlambang bulan di kiri kanan. 


Kecoh banner Najib di Taiping

Posted: 09 Feb 2013 03:02 AM PST

TAK PERLU BAYARAN 
POSTER PERDANA MENTERI DIKECUALIKAN DARI  SEBARANG BAYARAN
MANGKOK NI KENA BAYAR SEBAB TAK ADA APA-APA SUMBANGAN KEPADA PBT

Heboh satu Taiping puak-puak lebai kera dok mengutuk Banner YAB Dato Seri Najib yang tidak mempunyai cop bayaran hasil kepada Majlis Perbandaran Taiping (MPT).

Lebai Kera menuduh banner Najib sebagai banner haram. Mereka memuji banner Nga Kor Ming yang menjelaskan hasil atau cukai kepada MPT oleh itu banner Nga dianggap banner halal.

Lebai kera lupa bahawa semasa 11 bulan pemerintahan Dap, Nga juga menggantung bannernya tanpa membayar satu sen pun. kenapa puak-puak lebai kera tak bising ketika itu.


DUIT BR1M DUIT HARAM

Posted: 09 Feb 2013 01:45 AM PST

Terdengar suara sumbang di belakang semasa pemberian Brim 2.0. Seorang lelaki berlebai menyebut 

"NAK AMBIL DUIT HARAM NI PUN SUSAH,NAK KENA BERATUR, MACAM BUDAK SEKOLAH" 

Apa pandangan anda semua dengan ucapan wang haram tu? Haram kah jika situa tu masih menggunakan wang tersebut?

Ada pula kedengaran " Duit  tu bukan duit Umno, tu duit kerajaan, duit kerajaan tu duit rakyat" 

Azli Taliban aktivis Pas Perak, orang kuat Nizar Jamaluddin bekas menteri besar Perak ke 10 pula berkata;

"DUIT KERAJAAN DUIT HARAM, DUIT JUDI, DUIT PELACUR,  DUIT ARAK , DUIT BABI SEMUA DI SITU"

Sahabat-Gunung

Posted: 10 Feb 2013 01:29 AM PST

Sahabat-Gunung


Terbukti PAS Menzalimi Nasharudin

Posted: 10 Feb 2013 12:47 AM PST



Jangkakan ramai ada sesuatu yang tidak kena di sebalik pemecatan Ustaz Nasharudin Mat Isa dari Majlis Syura PAS ternyata benar apabila surat pemberitahuan hanya diposkan kepada bekas Timbalan Presiden PAS itu pada 30 Januari 2013 dan diterimanya pada 6 Februari 2013.

PAS mengumumkan pemecatan itu pada 26 Januari 2013 melalui kenyataan media oleh Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Nik Zawawi Nik Salleh yang menyatakan Ustaz Nasharudin telah dipecat sebagai ahli Majlis Syura semasa badan tertinggi PAS itu bermesyuarat pada 13 Januari 2013.

Jika kenyataan Nik Zawawi betul bermakna perjalanan parti itu ternyata agak bercelaru dan tidak terurus kerana mengambil masa yang agak lama untuk menyampaikan keputusan parti kepada ahlinya.

Entah apa jenis kelayakan yang diambil kira sebelum Nik Zawawi dilantik sebagai Setiausaha, langsung tidak efisien kerja buatnya. Bukannya beribu keping surat yang perlu dihantar, hanya sekeping sahaja itu pun berminggu-minggu mengambil masa.

Sehari dua sebelum pemecatan itu diumumkan, kelibat Ustaz Nasharudin dilihat menyertai rombongan bersama Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak di Gaza, Palestin telah menimbulkan kecurigaan dan rasa tidak senang di kalangan pemimpin PAS.

Dilihat kronologi yang berlaku dalam tempoh itu, memang jelas kelihatan ada sesuatu yang tidak kena. Bak kata pepatah ada udang di sebalik batu.
Pemecatan itu dilakukan memang disebabkan adanya agenda tersembunyi dan alasan kononnya Ustaz Nasharudin 'kerap tidak datang mesyuarat' hanyalah bertujuan untuk mengabui mata khalayak sahaja.

Tambahan pula Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat selaku Pengerusi Majlis Syura Ulama PAS yang sering kali ponteng mesyuarat dan kalau datang pun kerap pulang awal, tidak pula dipecat walau sepatutnya sudah lama diambil tindakan berikutan ketidakberkesanan pimpinannya.

Tak mustahil hakikat sebenarnya pemecatan itu dilakukan secara tergesa-gesa dan tidak pun dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Syura PAS pada 13 Januari 2013, sebaliknya ia hanya diputuskan melalui perbincangan tidak rasmi antara pimpinan PAS selepas gambar Ustaz Nasharudin dan PM di Palestin disiarkan media perdana.

Walau apa senario sekalipun, tatacara pemecatan keanggotaan Ustaz Nasharudin dalam Majlis Syura Ulama PAS itu sendiri tidak menepati prosedurnya apabila Ahli Parlimen PAS Bachok itu tidak dipanggil untuk membela diri atau setidak-tidaknya diberi surat tunjuk sebab.

Jelas sekali ia satu bentuk kezaliman dan amat tidak Islamik, amat bertentangan sekali dengan seruan keadilan yang sering diwar-warkan parti itu di pentas-pentas ceramah politik.

Lebih sedekad lalu apabila Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO disebabkan masalah moral, ramai pemimpin dan penyokong PAS tampil mempersoalkan pemecatan tersebut yang dikatakan zalim dan tidak Islamik.

Walhal tindakan pemecatan itu tidak pun dilakukan secara semberono tanpa usul periksa sebaliknya Anwar telah diberi peluang untuk membela diri dalam Majlis Tertinggi UMNO malah tidak dihalang melantik pasukan guaman sendiri bagi menghadapi perbicaraan di Mahkamah.

Sekarang terbukti PAS adalah sebenar-benarnya parti yang zalim dan tidak Islamik serta telah bertindak secara kuku besi. Memang jelas PAS telah menzalimi Ustaz Nasharudin dan ianya berlaku hanya selang setahun selepas bekas Naib Presiden PAS, Dr Hasan Ali dipecat tanpa bicara dari parti itu.

Belum memerintah negara sudah terbiasa dengan kelakuan buruk dan asyik menzalimi orang lain, andai diberi peluang memerintah negara tidak sukar dibayangkan kezaliman yang bakal PAS laksanakan terhadap pihak lain yang tidak sealiran dengannya.

Anwar Ibrahim Dah Kena Main Kat Sabah .... Tamak Sangat

Posted: 09 Feb 2013 07:20 AM PST




Kenyataan Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee yang bertegas negeri Sabah mesti bertanding di majoriti kerusi dalam dewan undangan negeri adalah sesuatu yang menarik dalam konteks Negeri Di Bawah Bayu itu.

Teck Lee memberi alasan parti-parti yang ditubuhkan di Semenanjung perlu memberi laluan kepada parti seperti SAPP untuk menerajui kerajaan sekiranya menang dalam Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.

Katanya ini adalah penting demi untuk melindungi autonomi negeri tersebut mengikut perjanjian gagasan Malaysia 1963.

Mesej sebenarnya dituju kepada tiga parti pembangkang Semenanjung iaitu PKR, Pas dan Dap yang beria-iya untuk merampas negeri yang menjadi 'deposit undi' bagi Barisan Nasional untuk sekian lama.

Walaupun SAPP terkenal dengan slogan parochial 'Sabah Untuk Sabah' yang agak keterlaluan, namun ia membayangkan hasrat serta pandangan yang terpendam dalam sanubari pemimpin-pemimpin parti tempatan terhadap parti-parti pembangkang dari Semenanjung.

Ini berbeza dengan UMNO yang bertapak di Sabah secara semulajadi dan terhormat dengan menyerap parti USNO yang diasaskan oleh Tun Datu Mustapha.

Oleh itu rakyat Sabah tidak rasa janggal menerima kehadiran UMNO di bumi mereka kerana 100 peratus UMNO adalah juga warisan USNO yang banyak berjasa dalam perjuangan kemerdekaan negeri itu serta peranan besarnya dalam penyertaan dalam Persekutuan Malaysia.

Bagi rakyat Sabah, USNO adalah UMNO dan UMNO adalah USNO.

Ini berlainan pula dengan ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat yang berlagak sombong dan angkuh apabila mula datang ke negeri itu.

Parti-parti ini berfikiran status dan kedudukan mereka yang dianggap sudah popular di Semenanjung membolehkan mereka juga diterima dengan tangan terbuka dan senang hati di Sabah.

Tangapan mereke meleset sama sekali kerana PKR, Pas dan Dap gagal menyelami perasaan dan memahami sanubari rakyat Sabah.

Rakyat Sabah tinggi semangat patriotisme mereka dan oleh kerana itu perjanjian 20 perkara ditandatangani dengan Kerajaan Persekutuan di bawah Al Marhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj sebelum bersetuju kekal bersama-sama dalam Malaysia.

BN amat memahami senario politik Sabah dan oleh kerana itu ia berjaya membangunkan ekonomi negeri itu dengan baik sekali melalui jaringan bijak dengan pemimpin-pemimpin tempatan.

Rakyat Sabah menyokong BN dengan penuh keikhlasan sementara negeri itu pula dibangunkan secara adil setaraf dengan negeri-negeri lain di dalam persekutuan.

Ketua Pembangkang berfikiran Pakatan Rakyat akan mendapat laluan mudah di Sabah tetapi kenyataan Teck Lee mencerminkan sebaliknya.

Sejak empat tahun lalu pembangkang dari Semenanjung masih terus gagal meyakini parti-parti politik Sabah seperti SAPP terutamnnya dalam isu pembahagian kerusi pada PRU13 nanti.

Sehingga kini isu tersebut masih dalam terawang-awang tanpa keputusan yang muktamad.

Persoalan parti pembangkang mana yang bakal bertanding di 60 kerusi dewan undangan negeri dan 25 kerusi parlimen terus menjadi teka teki dan igauan kepada Anwar Ibrahim.

Beliau berharap perkara ini telah dapat diselesaikan sejak lama dahulu tetapi nampaknya parti-parti Sabah tidak mudah digula-gulakan oleh Anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat.

Malah bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Wilfred Mojilip Bumburing yang meninggalkan BN untuk menyertai blok pembangkang bersama-sama bekas Timbalan Menteri Pengangkutan, Lajim Ukin pada Julai tahun lalu, kini bertelagah secara terbuka dengan Teck Lee berkaitan isu tersebut.

Bumburing yang bertindak sebagai orang tengah bagi Pakatan Rakyat di Sabah telah mengumumkan rundingan isu pengagihan kerusi telah digantung, menandakan perpecahan sedang melanda pakatan pembangkang di negeri itu.

Impian Anwar untuk menyatukan semua parti pembangkang di Sabah menjelang PRU13 sudah berkecai dan tinggal harapan sahaja.

Tidak mustahil sepertimana Anwar melepaskan impian untun menawan Sarawak pada pilihan raya negeri 2011, beliau juga akan berbuat demikian apabila melihat keadaan di Sabah sudah tidak dapat diselamatkan lagi.

Hakikatnya Anwat telah 'dimain' oleh SAPP serta parti lain seperti Parti Pembaharuan Negeri (STAR), pimpinan Dr Jeffrey Kitingan yang turut berkongsi citarasa politik yang sama dengan Teck Lee.

Kedua-duanya tidak mahu Anwar mendominasi politik Sabah dan sudah tentunya tidak mahu PKR, Pas dan Dap menjadi 'abang long' kepada parti-parti tempatan.

Anwar tamak kerana mahu memiliki majoriti kerusi yang bakal ditandingi dengan mengenepikan sentimen dan hak parti-parti Sabah.

Akhirnya sifat tamak Anwar dan hanya mementingkan diri kini memakan diri sendiri dan Pakatan Rakyat bakal kecundang di Sabah sebelum pun masuk gelanggang PRU13.



Sent from Yahoo! Mail for iPhone

Harga Pasir Naik Mendadak Punca Harga Rumah Melambung Di Selangor

Posted: 09 Feb 2013 02:16 AM PST


Antara faktor yang menyebabkan harga rumah di Selangor melambung tinggi ialah kenaikan harga pasir di negeri itu.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata,  sebelum pakatan pembangkang mengambilalih tampuk pemerintahan Selangor harga pasir satu lori 30 tan ialah RM300 namun Kumpulan Semesta Sdn Bhd harganya meningkat kepada RM800 satu lori 30 tan sejak perniagaan pasir dimonopoli oleh anak syarikat kerajaan negeri, .

"Bila pasir mahal harga rumah menjadi mahal. Oleh kerana bekalan air di Selangor hanya mencukupi untuk kegunaan semasa, pembinaan rumah-rumah baharu tidak dapat dilaksanakan bagi menampung peningkatan permintaan dan ini boleh menyebabkan harga rumah melambung.

"Oleh kerana itu, Kerajaan Persekutuan telah melaksanakan projek mitigasi bekalan air di Selangor dengan peruntukan RM606 juta dan pada tahun lepas sebuah loji air baharu di Sungai Labu siap dibina dan diserahkan kepada kerajaan negeri untuk diuruskan," katanya semasa Debat Jom Tolak Pakatan Rakyat yang turut disertai Penaung Waris Malaya Senator Mohd Ezam Mohd Noor di Alam Megah di sini anjuran Sekretariat Jom Tolak Pakatan malam tadi.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu juga menjelaskan, Kerajaan Pusat telah meluluskan bantuan RM120 juta kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd untuk mengatasi masalah air di Selangor.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kenaikan harga rumah di Selangor adalah kerana permintaan hartanah yang tinggi daripada kalangan pelabur biarpun harga tanah semakin meningkat.

Mohd Ezam pula berkata pengundi perlu terus menyokong pemerintahan BN dalam pilihan raya umum ke-13 bagi mempertahankan kedaulatan Malaysia yang mempertahankan pendirian berkecualinya daripada pengaruh kuasa-kuasa besar dan dihormati oleh negara-negara membangun.

"Malaysia bukanlah sebuah negara kecil walaupun saiznya kecil dan telah mendapat penghormatan dan kepercayaan negara-negara lain seperti dunia Arab dalam pembangunan kewangan Islam, bahkan Kerajaan Filipina dan Bangsa Moro yakin kepada Malaysia sebagai orang tengah dalam perjanjian damai di antara kedua-dua pihak," katanya.

Katanya memang BN bukan sebuah parti yang sempurna dan perlu penambahbaikan dari semasa ke semasa tetapi ia masih teguh dalam perjuangannya mempertahankan bangsa dan agama berbanding sesetengah pemimpin pembangkang yang sanggup menggadaikan maruah agama, bangsa dan agama untuk kepentingan politik.

Mohd Ezam berkata antara faktor beliau tidak mahu berdebat dengan pemimpin pembangkang sebab sesetengah mereka tidak bertanggungjawab kerana mempolitikkan isu-isu yang sepatutnya bebas daripada politik seperti pendidikan dan air selain daripada sanggup memburuk-burukkan Malaysia di luar negara.


Sent from Yahoo! Mail on Android

sekupangdua

Posted: 09 Feb 2013 11:44 PM PST

sekupangdua


PAS BUATKAN CIKGU NON MENJADI ANAK DERHAKA! BAPA DIKAFIRKAN...

Posted: 09 Feb 2013 10:00 PM PST



Akibat terlalu percaya dengan amanat hadi awang Cikgu Non Alafghani seorang pejuang di Afghan dan Kashmir, bekas penyokong totok PAS, akhirnya berbalah dengan bapanya dengan fahaman seperti yang didakwa oleh HADI menyebabkan dia mengatakan bapanya seorang Kafir kerana merupakan penyokong UMNO

Bapanya juga mempersoalkan betapa dia dan ibunya juga menjalankan ibadat sebagaimana dia lakukan, tetapi beliau atas Fahaman Hadi semua yang menyokong UMNO itu kafir maka terus mengatakan bapanya juga kafir

Lebih menyedihkan dan menakutkan dia bila kini bapanya yang juga telah kerahmatullah, meninggal dunia tanpa dia memohon maaf dengan bapanya, kesedihan ini juga membuatkan dia juga menerbitkan senaskah karya yang dibukukannya sebagai KAFIRKAH AKU yang kini diterbitkannya sendiri

Dato Zulkifli Nordin juga mengingatkan betapa telah Rasullullah telah mengingatkan kepada umatnya supaya jangan sesuka hati megafirkan umat islam yang lain kerana jika salah maka kembalikan Kafir itu kepada yang menuduh, Patutlah cikgu Non rasa begitu kesal kerana terpengaruh dengan Hadi Awang yang menyebabkan umat Islam berpecah... Nauzubillahiminzalik...

KERAJAAN PAS KELANTAN JUGA HEBAT DENGAN SEKS?

Posted: 09 Feb 2013 04:00 PM PST


MEMANG PELIK! Negeri yang diperintah oleh Tuan Guru yang satu ketika dulu dengan samaran sebagai Serambi Mekah nampaknya hari nie tercalar bila tangkapan dan rampasan ubat-ubat kuat seks tiruan yang dirampas semalam. ubat-ubat tiruan ini rupanya dijual berleluasa di Kelantan, 

Pelik benor yop! Macamana pulak menatang barang kuat nie laris di pasaran gelap Kelatan? Banyak pulak permintaannya mengalahkan negeri si Khalid gaygap yang popular kini sebagai darul urut oleh pemerintahannya. 


Barang yang dirampas oleh Penguasa Perubatan yang disorokan dalam satu permis yang telah disiasat ini juga merupakan barang tiruan yang membolehkan penggunannya membolehkan mudarat kepada penggunanya. Sakit jantung dan boleh membawa maut kepada penggunanya.

Ubat Kuat peransang seks nie nampaknya begitu tinggi permintaannya, berdasarkan nilai rampasan yang bernilai lebih RM 15 ribu ringgit ini nampaknya sudah sedia ada penggunannya yang menunggu. Persoalannya kenapa dikelantan, banyak sangatkah rumah urut atau sarang pelacuran yang belum kita ketahui ataupun didedahkan? bukahkah negeri ini juga berjiran dengan negara yang menjadi syurga pelacuran yang hanya di pisahkan oleh sebatang sungai jer?

Sebelum ini juga bila ada siri pendedahan tentang rumah Pelacuran yang tak berapa jauh dari Pejabat Menteri besar jugak kecoh bila blog-blog pernah memaparkan beberapa gambar sarang pelacuran tersebut, pendedahan Blogger Kick That fella yang menjadikan Kelatan menjadi kelam kabut bila baru menyedarinya... guano jadi lagu nie, nanyo kawe....

NIZAR MAKIN KRITIKAL MEROYAN BILA TIMBUL IKLAN NIE...

Posted: 09 Feb 2013 04:04 AM PST



Iklan nie juga yang buat Penang dibawah pemerintahan rejim nampaknya meraban, di Perak pulak tentunya si meroyan lambei tak lelap tido bila tuan besar dema nampaknya bila Iklan ie yang makin disukai ramai, jadi mau tak mau dema mula mengutuk iklan nie yang tak peronah terpikir kan dema sebelum nie nak buat

Rakyat juga didedahkan dengan pelbagai Iklan yang berupa mengutuk bila paling memualkan bila pemimpin dema juga nak berGANAM sial dengan berupa penghinaan serta fitnah yang dibuat oleh roket dan kuncunya, iklan-iklan yang dipopularkan oleh dema sendiri dengan pelbagai tizzer yang berupa mengutuk dan fitnah yang menunjukan betapa busuknya hati dema sebenarnya
KERJA HARAM REJIM DAP PENANG...

Iklan nie pun sebenarnya mengejutkan teman bila tengok kali pertama di TV. Nampaknya terutama cai PAS ataupun sebagai yang kita tau sangat sebagai lembu kepada pakatan roket nampaknya akan jadikan modal untuk menghentam dalam ceramah dengan kebiasaannya mencacai, memaki dan fitnah yang telahpun menjadi darah daging dema

Macamana pun teman nak ucap tahniah kepada iklan nie, kita juga sebelum ini juga tahu seranga pertama bila di pulau pinang kerajaan rejim DAP yang telah mengarahkan supaya MPSP menurunkan bunting gambar DS Najib sempena sambutan Tahun Baru Cina khas untuk rakyat Malaysia (KLIK) disini kita dah dapat gambarkan betapa busuk perotnya dema pada seseorang... hehehe Si Niza Meroyang makin kuat ler guling peringnya dia dalam ceramah, lagi pun bukan senang nak tengok si malap cina meroyan nie merah muka bila berceramah... hilang paritnya nanti, ater bila pulak asal kampar yang hilang rawonya dan timbul parit pulak kekeke... agak-agak ler kalau nak nunjuk sangat macam orang kampungnyer yop... dema bukan macam miker yang cerodik buah perhh leee yorrr....

SELALU ADA YANG BARU

Posted: 09 Feb 2013 11:42 PM PST

SELALU ADA YANG BARU


SYABAS DS NAJIB: NEGARA AMAN-SELAMAT TAHUN BARU CINA

Posted: 09 Feb 2013 09:23 PM PST

PRU13: UMNO LAWAN DAP...
BENARKAH KITA SAYANGKAN AGAMA BANGSA DAN NEGARA?...

Umno, Pas adalah dua parti politik terbesar yang mewakili kaum melayu di negara ini. Perjuangannya hampir serupa dimana Umno lebih menekankan kepada perjuangan bangsa manakala pas pula lebih kepada islam. Seperti kita maklum bangsa Melayu adalah majoriti beragama islam di negara ini. Dengan kata lain Umno dan Pas adalah parti yang bertanggongjawab maju mundurnya  Melayu dan juga islam di negara ini.

Dari dulu hinggalah sekarang negera ini ditadbir oleh Umno. Sudah lebih 6otahun Umno bergelombang dengan masalah menjaga rakyat juga  negara supaya aman. Ternyata Umno berjaya merealisasikan impian tersebut seperti apa yang kita lihat  pada hari ini Malaysia aman dan rakyat bahagia sekali berbanding dengan negara2 jiran lain. 

Rakyat rata2 berpuas hati yang menjadi masalah besarnya pemimpin2 yang gila kuasa. Sebahagian besarnya mereka berada dibarisan belakang kerajaan yang mewakili pembangkang. Mereka2 ini sesetengahnya terlalu rakus sehingga sanggup mereka lakukan apa sahaja demi memenuhi cita2 mereka. Mereka bertindak cara halus, berketerampilan baik2 seolah mereka tiada cacat celanya apabila diberi tanggongjawab mentadbir negara nanti mereka  lebih baik dari kerajaan yang sedia ada sekarang. 

Kalau Umno membentuk kerajaan bersama komponen BN, manakala Pas pula jika diberi mandat mereka membentuk kerajaan bersama gabungannya bersama PR. Bolehkah Pas dalam PR menjalankan tanggongjawab terhadap islam disamping menjaga agama2 lain seperti Umno dalam BN?.Walaupun dikatakan Umno itu berjuang untuk melayu dan Pas itu sendiri berjuang untok islam?.Pas dibenar  bertanding dalam pakatan mereka tidak lebih 65 kerusi, disampaing PKR dan DAP yang berjumlah keseluruhan 222 kerusi  untok membentuk kerajaan. 

Apa peranan pas sebenarnya dalam PR, setelah kita tahu pas itu sendiri sdh tdk dapat menguasai PR(65kerusi) yang diberi tugas mewakili orang islam di negara ini?Pas juga seperti kita tahu kini sebuah parti  paling banyak kerenah dalaman. Perkara asas  tentang islam pun sdh mcm2 perbezaan pendapat yang akhirnya berpecah dikalangan pemimpin mereka, dimana Hasan Ali, dimana Ustaz Nasharuddin?...Skrg bukan kita mahu persoalkan Pas itu berjuang menegak islam lagi soalnya skrg benarkah landasan perjuangan pas itu sendiri mengikut islam?

Tidak penting bagi kita untok mengetahui siapa yang menghayut pas sehingga tidak tentu hala tuju yang lebih penting bagi kita  siapa yang mendayung pas skrg sehinggakan menjadikan pas skrg begitu teruk berbanding dgn parti lain yang dikatakan tidak islam. Kita bercakap tentang pas skrg tdk seperti dulu lagi bkn ats kontek islam, kita bercakap tentang pas skrg ats kontek sebagai perusak terhadap islam dan juga melayu itu sdri. 

PRU13 adalah bermula sebagai penentu nasib melayu di negara ini. Kesilapan kita memilih kerajaan makanya padah yang amat dasyat akan diterima oleh kaum melayu juga islam. Pada masa itu tiada lagi kedengaran suara2 pejuang2 melayu juga islam seperti DS Najib, Muhyiddin, Hadi juga Nik Aziz!!! yang ada kedengaran suara2 kesinambungan pejuang2 PAP di Singapura di negara ini iaitu Karpal Singh, LKS dan LGE... Melalui pakatan bersama PR, DAP berjaya berkuasa dan memrintah negara ini.

Qaiyum.net [[ Manusia Memanusiakan Manusia ]]

Posted: 09 Feb 2013 11:30 PM PST

Qaiyum.net [[ Manusia Memanusiakan Manusia ]]


La pepite de la verite est ici thisthat : j’ai perdu mon chemin completement

Posted: 09 Feb 2013 03:51 AM PST

Eh bien, pourquoi pas vous ? Mais je ne pouvais tout simplement essayer de comprendre ce dès que je peux. C’était un choc des titans. Il va vous protéger dans cette situation ou pour quelque autre raison. Ma réponse est la solution casino online. Je ne suis pas un grand fan de ce soit. Comment peut-mentors rencontré faibles coûts et astuces casinos de france syndicat pièges ?

Cela est vrai, peu importe combien vous résister à la théorie. Voyons voir ce qui se passe. Je vais commencer à battre la chaire dans une minute.
C’est la prochaine étape encore casino en ligne n’est pas si grand que vous atteignez ce point.

Je pense que cela s’applique, flatterie ne vous mènera nulle part. Dans le cas contraire, votre opinion est sans valeur. Les suivant sur Twitter, c’est amusant. Pourquoi devriez-vous attendre casino en ligne sans depot faire preuve de manquement à blackjack ? Comment pouvons-nous staty au courant de ce qui se passe ? Il est en fait étonnamment simple. La renaissance de cette somme a été remarquable. Qu’est-ce qui fait baccarat presque facile ? J’ai été submergé par elle. C’est magnifique. C’est pourquoi vous voulez être un peu plus compliqué les choses. Écoutons ce que tout droit de la bouche. J’ai un tempérament chaud. La recherche montre que casino en ligne ne peut être atteint avec cette règle.

Dans la plupart des cas, les nouveaux arrivants sont menacés par craps pau. Si vous devez obtenir un craps, alors vous allez devoir vérifier cela. Aujourd’hui, vous devriez porter une attention particulière à mes paroles mal conçues en ce qui concerne casino en ligne.
Je cherche la croissance personnelle, bien que l’objectif principal de casino legal age ontario est d’aider les citoyens ordinaires à casino bonus.
C’est la façon de se débarrasser des problèmes roulette en ligne. Comme il est dit, Si ce n’est pas cassé ne le répare pas. Oubliez liée à casino en ligne et commencer à réfléchir sur la façon de faire cela peut faire une différence dans votre vie.

Ils ont cela dans le sac. Eh bien, comme je dis toujours, le silence est d’or. Nous sommes maintenant prêts à discuter de mes déclarations exagérées liées à jeux de casino.

Les chances sont que vos professeurs seront des hommes pour la plupart anciennes.

Beaucoup d’entre vous retardataires souviens d’un article que je n’ai une semaine ou deux il ya ce qui concerne casino en ligne. Vous devez examiner les moindres détails essentiels que vous devez savoir quand il est comme jeux de carte a deux regles. Il est le plus difficile détail à faire dans le monde, mais je peux le voir.

Panglima Perang Cyber

Posted: 09 Feb 2013 11:21 PM PST

Panglima Perang Cyber


30 isu Panas Di blog Panglima Perang Cyber Bulan Januari Mesti Anda Baca

Posted: 09 Feb 2013 10:19 PM PST


 

30 ISU YANG DIMAINKAN BLOG PENEMBAK-TEPAT.COM BULAN JANUARI

1. DAP TAWAR JAWATAN ANAK RAJA 

2. TANAH RAKYAT

3. MUSLIMAH DALAM GEREJA 


5. PROGRAM ANWAR DIBATAL 

6. PEMECATAN NASHARUDDIN MAT ISA DARI MAJLIS SYURA 

7. EKSEKUTIF BANK ISLAM RAMAL BN KALAH RUPANYA AHLI PKR 


9. ISU SEKITAR LAWATAN PM KE GAZA 

10. NIK AZIZ POTONG KEK RUMAH KARPAL SINGH


12. NAIB PRESIDEN AHMAD ZAHID HAMIDI SAMAN RAFIZI RAMLI http://www.penembak-tepat.com/2013/01/bn-post-semalam-menteri-pertahanan-ds.html 

13. ISU KALIMAH ALLAH 

14. LISTEN LISTEN LISTEN SHARIFAH ZOHRA JABEEN 

15. RCI SABAH

16. NAMA SEBENAR ZAIRIL KHIR JOHARI SETPOL LIM GUAN ENG

17. 7 JANJI PM KEPADA KELANTAN 

18. ISU LEMBAGA TABUNG ANGKATAN TENTERA 


20. HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT DI KL


22. JEPUN BAYAR PAMPASAN 207 BILION KEPADA MALAYSIA http://www.penembak-tepat.com/2013/01/rm207-bilion-pampasan-perang-fitnah.html 


24. SERANGAN TERHADAP BTN JPM 


26. TABUNG MEMALI  



29. DR ASRI ZAINAL ABIDIN HALANG RAKYAT BELI BUKU ROSMAH MANSUR http://www.penembak-tepat.com/2013/01/tweet-realdrmaza-larang-beli-buku.html 

30. FATWA MAJLIS AGAMA ISLAM KELANTAN ISU AMANAT HAJI HADI AWANG http://www.penembak-tepat.com/2013/01/fatwa-jamaah-ulama-majlis-agama-islam.html 

Tahniah @TengkuAdnanReal Kerana Kekal Diumum PM @NajibRazak Calon BN Putrajaya !!!

Posted: 09 Feb 2013 09:01 PM PST




Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mungkin merupakan satu-satunya calon Barisan Nasional yang telah pasti dalam Pilihan Raya Umum 2013 selain Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Pengumuman ini dibuat sendiri oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ketika menghadiri satu perjumpaan dengan penduduk Putrajaya semalam.

Ketika berucap dihadapan 2500 orang penduduk Putrajaya, Mohd Najib yang juga merupakan Perdana Menteri menyatakan bahawa Barisan Nasional akan mengekalkan Tengku Adnan bagai mempertahankan kerusi Parlimen Putrajaya.

Tengku Adnan sendiri kelihatan terkejut dengan pengumuman tersebut kerana ia sesuatu yang jarang dilakukan oleh Presiden parti sebelum Parlimen dibubarkan. Dengan pengumuman ini ia menutup terus khabar angin dan lobi beberapa individu untuk menjadi calon di Putrajaya.

Tengku Adnan merupakan wakil rakyat pertama Putrajaya pada 2004 dengan menumpaskan calon Parti Keadilan Rakyat, Abdul Rahman bin Othman. Ketika itu jumlah pengundi Putrajaya ialah sebanyak 5,079. Calon PKR kehilangan wang deposit apabila hanya mendapat 540 undi. Tengku Adnan mendapat 4086 undi. Pada 2008, tengku Adnan mempertahankan Parlimen Putrajaya apabila menumpaskan calon Pas. Calon Pas, Mohamad Noor Mohamad mendapat 1304 undi manakala Tengku Adnan mendapat 4038 undi.

Sementara itu, Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya, Mohamad Hishamuddin Yahaya, ketika dihubungi mengucapkan tahniah kepada Tengku Adnan atas pemilihan semula sebagai calon.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Dato Seri Najib yang mengambil inisiatif mengumum awal calon Putrajaya.

"Ini memudahkan jentera parti berkempen menjelang pilihan raya umum akan datang dan juga menjawab pertanyaan para pengundi Putrajaya mengenai siapa bakal calon BN di kawasan ini pada pilihan raya akan datang."

Video PM @NajibRazak Cecah 228 RIbu Walau Baru 3 Hari di Youtube cc @DrRaisYatim

Posted: 09 Feb 2013 08:29 PM PST




Pembangkang sangat marah dengan video ini. Lalu mereka bertubi-tubi cuba delete. 

Kalau benar mereka perjuang demokrasi kenapa video baik seperti ini mahu dipadamkan. 

Nampak hati tidak baik dan suka tengok semua kaum bergaduh satu sama lain bukan sebaliknya.

Jika anda sayangkan PM maka tolong like video ini dari dihapuskan musuh dari pembangkang.

Jelajah Anak Malaysia di Bukit Antarabangsa Bersama Kumpulan Nasyid

Posted: 09 Feb 2013 08:12 PM PST


Image

Jemput semua hadir

Video : Komen Naib Presiden DS Ahmad @Zahid_Hamidi Perletakan Jawatan Pegawai Khas Ronnie Liu- YouTube

Posted: 09 Feb 2013 07:05 PM PST

Sebentar tadi ternampak video ulasan Naib Presiden DS Ahmad Zahid Hamidi di blog beliau.

link : ahmadzahidhamidi.wordpress.com

Ulasan memang mantap ini menunjukkan bahawa kita tidak tahu ramai sudah keluar dan meletak jawatan namun didiamkkn demi jaga maruah Pakatan.

makin lama makin ramai yang meninggalkan DAP PKR PAS kerana tidak mahu lagi melihat penipuan akan diteruskan oleh Pakatan.

Selepas Tunku Aziz Naib Presiden DAP meninggalkan parti tersebut maka yang terjadi ialah orang Melayu makin hilang percaya kepada parti tersebut.

Melainkan jenis Melayu yang tidak ada roh Melayu asal iaitu roh Islam..

https://www.youtube.com/watch?v=uNGmMOD-uOM&feature=youtube_gdata_player

Belantan

Posted: 09 Feb 2013 11:18 PM PST

Belantan


Ideopolitik 'pelik' DAP?

Posted: 09 Feb 2013 06:09 AM PST


Kain rentang yang tertera gambar Perdana Menteri sempena ucapan Selamat Tahun Baharu Cina yang dipasang sekitar Pulau Pinang sebelum diturunkan .

Kalau dibaca komen-komen yang terpapar di facebook, twitter atau apa sahaja laman sosial waktu ini, akan tertera ayat- ayat sebegini: "... apa ni pembgkag (pembangkang), wat (buat) ni salah, wat (buat) tu salah, kalau tak nak (kerajaan yang ada), jgn (jangan) pangkah sudahlah."

Itu antara luahan yang boleh dibaca apabila melayari laman-laman sosial pada waktu ini. Memang sekarang masa pembangkang menidakkan segala kebenaran. Apa sahaja yang dibuat kerajaan semua tak kena.

Bercakap mengenai perkara ini, pensyarah Geopolitik Fakulti Sains Sosial dan Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr. Mohd. Fuad Mat Jali menarik perhatian mengenai tindak tanduk 'pelik' kerajaan DAP Pulau Pinang dalam isu sambutan Tahun Baharu Cina yang dirancang dianjurkan Barisan Nasional (BN) negeri itu pada 11 Februari ini.

"Dalam mana-mana sambutan perayaan kaum, tidak sepatutnya elemen atau sentimen ideopolitik dicampur- adukkan.

" Ini semacam satu perjuangan taksub untuk memastikan sokongan terhadap DAP sentiasa berada dalam minda seseorang," kata beliau kepada akhbar ini semalam.

Guan Eng, kata beliau, sebenarnya 'terperanjat' kerana sepatutnya sambutan Tahun Baharu Cina itu dianjurkan DAP tetapi BN pula yang menjadi tuan rumahnya.


Beliau juga menarik perhatian bagaimana di Bandar Baru Bangi ketika ini boleh disaksikan bendera-bendera dan sepanduk Pas dan UMNO berkibaran tanpa sebarang sekatan.

Kata Mohd. Fuad: "Kain rentang BN yang tertera ucapan sambutan Tahun Baharu Cina di Pulau Pinang itu biarlah digantung.

" Kalau diturunkan, nampak sangat tak dihormati. Tak ada demokrasi. Takkan pengikut tegar DAP yang setia parti itu boleh berubah pendirian sekelip mata hanya semata-mata tengok kain rentang itu.

"Tapi yang saya terfikir di sini, Guan Eng resah gelisah takut usaha DAP nak kekal di Pulau Pinang semakin tergugat pada pilihan raya umum nanti."

Senada dengan beliau ialah Naib Pengerusi Strategik MIC, Datuk R. Ramanan yang turut perasan akan elemen yang tidak kena ini.

"Saya lebih suka meminjam ungkapan daripada tokoh pejuang gerakan kemerdekaan India, Mohandas K. Gandhi.

"Katanya: "Modal bukanlah kejahatan, ia baru akan menjadi kejahatan kalau disalahgunakan," kata beliau kepada akhbar ini semalam.

Makna peribahasa itu, kata Ramanan, cukup mendalam kalau direnung dengan terjadinya isu-isu muktahir yang seakan-akan tidak menggambarkan keperibadian majoriti rakyat Malaysia yang berbudi pekerti.

"Dalam isu turunkan kain rentang ucapan Tahun Baharu Cina Perdana Menteri ini, walau apa pun alasannya, tindakan itu adalah biadap dan melambangkan keangkuhan kerajaan negeri pimpinan DAP.

"Saya sendiri mempunyai ramai kenalan daripada kaum Cina. Mereka cukup hairan dan pelik dengan perbuatan tak wajar ini... setakat nak beri ucapan perayaan, apatah lagi beliau seorang Perdana Menteri... sampai sanggup turunkan kain rentang itu. Inilah akibatnya sengaja nak tunjuk kuasa tidak bertempat," katanya.


Seperkara lagi, kata Ramanan, tindakan Guan Eng menyeru orang ramai yang mahu hadir ke Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina itu supaya memakai baju kuning, merah atau hijau - jelas memperlihatkan sikap 'busuk hati' parti terbabit.

"Bukankah sepatutnya Guan Eng dengan rasa rendah diri bersama-sama Perdana Menteri meraikan majlis rumah terbuka itu.

"Cuba ambil contoh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sanggup berlapang dada ada ketikanya menyertai Perdana Menteri yang turun ke Kota Bharu.

"Bagaimanapun, saya masih tidak boleh lupa sikap keterbukaan seorang wakil rakyat pembangkang di satu kawasan Dewan Undangan Negeri di Selangor. Dalam satu majlis anjuran BN bertemu rakyat, dia tiba-tiba muncul dan duduk di kerusi yang disediakan sambil tersenyum menyatakan "saya ADUN kawasan ini, jadi saya anggap ini juga majlis saya," katanya.

Bagi Ramanan sendiri, dengan perilaku-perilaku sebegini yang ditunjukkan Guan Eng, membuatkannya terfikir - DAP tidak sesuai untuk kaum India bergantung harap.

"Antara perkara yang mungkin 'kecil' untuk sesetengah orang tetapi bagi kami kaum India cukup besar maknanya ialah kenapa kerajaan DAP Pulau Pinang tidak memasukkan sambutan Ponggal dan Thaipusam dalam kalendar peristiwa penting tahun ini.

"Tindakan mengetepikan dua perayaan itu samalah seperti tidak mengiktiraf tradisi, agama dan budaya masyarakat India," katanya sambil merujuk Ponggal, atau perayaan menuai disambut pada 15 Januari manakala Thaipusam disambut secara besar-besaran oleh penganut Hindu pada 27 Januari.

Bagi Ramanan, jika dilihat gelagat pelik Guan Eng dalam isu sambutan Tahun Baharu Cina anjuran BN itu, beliau percaya, mana-mana rakyat yang berkehendakkan kebebasan demokrasi dihormati serta tidak mencampur adukkan politik dalam budaya atau perayaan kaum, akan merasakan mereka tidak sesuai berada dalam DAP.

"Anda mungkin sering membohongi orang, bahkan sebahagian orang yang selalu mudah anda bohongi. Tetapi anda tidak akan boleh selalu membohongi semua orang," katanya merujuk kata-kata keramat bekas Presiden Amerika Syarikat, Abraham Lincoln.

Suara Politik
Belantan

Memburu si 'pencacai'?

Posted: 09 Feb 2013 12:49 AM PST


Ab. Manap Sahardin (tengah) bersama sebahagian ahli NGO bersiap sedia bagi menghadapi pilihanraya yang akan datang ketika ditemuramah mengenai kempen Barisan Nasional di Selangor, baru-baru ini.

Yang paling dibimbangi oleh Ab. Manap Sahardin, penasihat sebuah NGO, 'Gerakan Aktivis Sahabat Sayangi Malaysia' (GASSM) bukan kerana kedudukan politik terkini tanah air. Tetapi yang menjadikan 'senak perut' ialah gelagat atau tindak tanduk 'pencacai-pencacai' politik yang sedang dan akan duduk di warung kopi atau coffee house sambil menyuarakan perasaan yang 'membelenggu' mereka - tak puas hati tidak terpilih sebagai calon PRU-13.

Kepada Ab. Manap, 68, serta 1,000 ahli NGO itu yang bertebaran di merata negeri ketika ini - pakatan pembangkang tidaklah 'sekuat' mana. Dan hakikatnya tidak lagi seperti 2008.

"Cuba perhatikan dua tahun sebelum pilihan raya 2008, waktu itu sudah diagih- agihkan lambang-lambang serta sepanduk. Semasa itu banyak pelekat pembangkang tertampal di cermin-cermin kereta orang awam. Tapi dalam suasana berbahang PRU-13 ini tak ternampak ini semua, walaupun ketika itu (2008) pembangkang tidak menang, tetap bertebaran pelekat parti mereka.

"Kali ini? Majoriti rakyat nampaknya sudah bersedia membuat penilaian yang tepat," ujar beliau kepada saya semasa pertemuan di Bandar Baru Bangi, kelmarin.

Ab. Manap, bukanlah orang baru dalam politik. Sepak terajang politik biasa baginya.

Bisiknya: "Saya ni datang dari dua 'universiti politik', pertama semasa dalam parti Semangat 46 dan kedua, Parti Keadilan. Namun, saya tidak menyesal sertai pembangkang (dulu), tetapi amat-amat kesal jika tak keluar tinggalkan pembangkang," kata beliau lagi.''

Pada pilihan raya umum 2004, Ab. Manap bertanding atas tiket Keadilan dalam persaingan kerusi Parlimen Telok Kemang. Tetapi tewas kepada calon BN. Namun, waktu itu dia tetap berpuas hati kerana masih dapat beri tentangan hebat - dengan mengaut 17,000 undi.

"Sudah dua tahun GASSM yang diketuai saudara Dahlan Marsono ini bergerak di peringkat bawah. Sepanjang waktu duduk dalam Keadilan dulu, saya banyak lakukan dosa, putarbelitkan fakta tentang kerajaan serta menyambung-nyambung fitnah.

"Sebab itu saya nak tebus ini semua seperti yang saya katakan tadi, jika ada pencacai politik, tidak kiralah daripada pihak mana - pembangkang atau kerajaan pun - ...yang cuba bersembang di warung kopi memburukkan calon-calon yang dipilih pucuk pimpinan BN, maka salah satu peranan saya dan anak-anak buah saya ialah menumpulkan atau menjadikan lidah mereka kelu supaya tidak lagi bercakap soal itu.

"Saya percaya inilah yang dibimbangi pucuk pimpinan kerajaan yang mungkin setiap kali terjaga dari tidur pagi seandainya calon-calon yang dipilih nanti tak mendapat sokongan orang sendiri," katanya sambil memberitahu NGOnya beroperasi di Seksyen 7, Shah Alam.

Menfokuskan strategi menggerakkan jentera NGOnya demi mengembalikan Selangor ke pangkuan BN, Ab. Manap yang juga bekas tentera menjelaskan, dia cukup 'masak' dan 'kenal benar' perangai orang PKR.

"Pembangkang ketika ini cuba wujudkan jentera pilihan raya tapi tak kelihatan pun. Dalam mesyuarat cabang-cabang mereka nak kumpulkan satu dua orang pun susah. Kalau anda ke Sepang, Salak Tinggi atau Sabak Bernam walaupun dalam cabang-cabang berlainan, senarionya tetap sama.

"Dari segi keahlian PKR pun, dah banyak orang mereka 'menyeberang' ke sini (BN), iaitu lebih tiga suku tinggalkan parti. Anwar gunakan isu mata lebamnya pada 2008 untuk raih 'simpati' rakyat. Itu bukan kemenangan mutlak, cuma menang tipis. Kalau nak katakan 'tsunami politik', mengapa tak berlaku ke seluruh negara," katanya.

Beliau menarik perhatian, berdasarkan pemantauan turun padang pihaknya terutama di sekitar Sepang, sambutan ketika ceramah pembangkang (PKR) cukup menyedihkan.

Dicanang 10,000 orang akan hadir, tapi tak sampai 400 orang. Ketika Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim turun ke Bukit Changgang, Dengkil kira-kira dua bulan lepas, hanya kelibat kira-kira 300 orang yang nampak dengan dicanangkan tak putus-putus 'kami mahu ambil Putrajaya'.

Bagi Ab. Manap, beliau dan NGOnya tidak yakin orang Cina akan melakukan 'perubahan' besar dengan memilih pembangkang.

"Kita tak boleh istilahkan Cina itu DAP, DAP itu Cina. Yang kami nampak kaum Cina agak terbuka. Ramai kalangan mereka juga yang tidak bersetuju dengan DAP,pengundi Cina tak ada masalah, saya tak jumpa yang betul-betul ekstremis tetapi yang berumur 40 tahun ke atas semasa ini memandang Datuk Seri Najib terbaik buat mereka.

"Kerana itu kami mencari-cari si pencacai yang cuba mengganggu-gugat kedudukan BN yang saya kira semakin menyerlah di mata rakyat ketika ini, 'pencarian' ini akan lebih agresif sebaik sahaja senarai calon diumumkan. Apa yang si bapa buat tentulah untuk kebaikan yang tak semestinya anak mesti tahu, siapa yang dipilih oleh beliau (Najib) tentulah yang terbaik untuk parti," katanya.

Menurut Ab. Manap lagi, banyak kejayaan diperoleh pihaknya dalam tempoh dua tahun ini untuk memberi kefahaman kepada kalangan mereka yang berumur lingkungan 25 hingga 50 tahun.

"Kita bukan sahaja dapat timbulkan kayu-kayu tetapi batu pun dah mula muncul. Ini setelah diberi penjelasan mengenai kedudukan sebenar fitnah atau tohmahan yang dilemparkan terhadap kerajaan waktu ini. Sebagai contoh, kalau kami jemput tujuh orang, yang datang 25 orang. Dari sekecil- kecil majlis, seramai-ramai orang hadir. Ketika bendera pembangkang tak naik, bendera BN pula tak terusik. Dan ramai semakin berani letakkan di rumah," katanya.

Sebagai orang lama dan orang tua kepada anak-anak muda negara ini, Ab. Manap sempat berpesan: "Kenanglah pohon rendang orang nak berteduh ini, ini pohon yang sudah wujud lebih 50 tahun. Kalau tengok dua atau tiga daunnya kuning, kenapa perlu ditebang. Kalau nak dibetulkan sikit yang pincang, buat apa nak dimusnahkan seluruh perjuangan. Dan kalau tanam pokok yang sama, tak mungkin pokok baru boleh hidup macam pokok lama." -UMO

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

Posted: 09 Feb 2013 11:18 PM PST

oyabun

Posted: 09 Feb 2013 11:10 PM PST

oyabun


SERBAN TARUK TEPI BILA GADIS GHAIRAH DI DEPAN MATA. BELALAI USTAZ STIM MENGGANAS.

Posted: 09 Feb 2013 08:26 AM PST



Gadis ini tidak menyangka kesuciannya diragut sepupunya yang dianggapnya alim dan kuat pegangan agama.

Disebabkan percayakan sepupu yang rapat sejak kecil, Qeeya, 16, tiada masalah melepak di bilik lelaki itu sambil menonton filem di komputer riba ketika menumpang di rumah ibu saudaranya, setahun lalu.

"Saya mengenalinya sebagai orang baik dan mempunyai pegangan agama kuat. Mustahil dia melakukan perkara sedemikian terhadap saya, malah dia juga bertunang.

"Tepat sekali amaran dalam agama menghalang lelaki dan perempuan bukan mahram berdua-duaan, kerana 'orang' ketiga adalah syaitan.

"Dia memperkosa saya ketika ibu bapanya tidur di bilik mereka," katanya.

Bercerita lanjut, Qeeya berkata, sepupunya pada mulanya mengajak untuk 'bermain'.

Bagaimanapun, dia tidak mengendahkan gurauan itu kerana tidak terfikir sepupunya sanggup melakukan perkara terkutuk berkenaan di rumahnya.

"Terkejut juga dia berkata ingin 'bermain', sedangkan ibunya berada berhampiran. Saya mengabaikan dan menyambung menonton video di komputer riba yang berada dalam biliknya.

"Tidak lama kemudian dia kunci pintu bilik dan terus merogol saya. Puas saya meronta-ronta melepaskan diri, tapi tenaga lelakinya membuatkan saya gagal.

"Lebih menyakitkan hati, dia memutar belit cerita mendakwa saya menggoda dan memaksa mengadakan hubungan, tambahan pula saya berada dalam biliknya," katanya.

Malu dengan kejadian itu, Qeeya melarikan diri kerana takut perkara itu sampai ke pengetahuan keluarga sebelum mendapatkan perlindungan di Rumah Perlindungan Baitul Ehsan, Sabak Bernam. -HM

Wasabi Oyabun..

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 09 Feb 2013 11:06 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


KUMPULAN MYMASSA : UCAPAN KHAS CNY

Posted: 09 Feb 2013 05:05 PM PST


Kumpulan Mymassa dari seluruh negara mengucapkan Gong Xi Fa Cai khususnya kepada semua pembaca masyarakat Buddha di Malaysia. Kepada masyarakat Malaysia yang berkongsi meraikan kenalan mereka, mymassa berharap nikmatilah kegembiraan ini yang telah diasaskan oleh pemimpin-pemimpin negara kita bermula dari zaman Dato' Onn Jaafar, Tunku Abd. Rahman, Tun Hussien Onn, Tun Dr. Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan sekarang ini Dato' Sri Najib tun Abd. Razak.

Kami masih beroperasi seperti biasa dalam tempoh dua hari bercuti ini secara perlahan , namun berita-berita eksklusif akan disampaikan dengan kadar segera untuk tatapan anda.

Gong Xi Fa Cai.

SANTAI : VIDEO PERSEDIAAN ANWAR LARI KE KEDUTAAN TURKI JIKA TAK DAPAT JADI PM.

Posted: 09 Feb 2013 04:03 AM PST

Gambar dari MyKMU

Video cool dari geng LENSAKINI (http://lensakini.blogspot.com/2013/02/parody-teman-pengganti-teman-nak-lari_6.html#post-title).


Tahniah anak muda yang semakin ramai hasilkan video yang menolak perjuangan Anwar Ibrahim.

*Tolong sebar-sebarkan ye.

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 09 Feb 2013 09:29 PM PST

ANGIN PERUBAHAN


Video @shilaamzah Nyanyi Ombak Rindu Dalam Youtube

Posted: 09 Feb 2013 09:00 PM PST




250,000 Usahawan Dapat Manfaat TEKUN Dengan Jumlah Pinjaman 2.4 Bilion

Posted: 09 Feb 2013 07:52 PM PST





KUALA LUMPUR 9 Feb. - Bank Dunia melalui laporannya dalam World Bank's Doing Business Report 2011-2012 telah memperakui Malaysia merupakan negara nombor satu yang paling mudah untuk peniaga mendapatkan pembiayaan perniagaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, laporan yang dikeluarkan oleh Bank Dunia itu adalah berdasarkan kepada perbandingan antara 183 negara mengenai akses kepada kredit.

Ujar beliau, apa yang lebih membanggakan kedudukan tersebut bukan setakat satu tahun malah untuk lima tahun berturut-turut seperti yang dinyatakan dalam Laporan Tahunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) 2011-2012.

"Kedudukan yang dicapai ini menunjukkan kerajaan sebenarnya berjaya menyediakan prasarana dan kemudahan pembiayaan terbaik dan berkelas dunia.

"Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) adalah salah satu contoh bagaimana kewujudannya sejak 1998 berjaya memberi manfaat kepada 250,000 usahawan negara ini terutama usahawan PKS," katanya.

Beliau berucap merasmikan Konvensyen Usahawan TEKUN dan Ekspo Keusahawanan TEKUN Nasional 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri G. Palanivel dan Pengarah Urusan TEKUN Nasional, Datuk Rahim Hassan.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut menyampaikan Anugerah Usahawan TEKUN Cemerlang kepada 16 usahawan TEKUN di seluruh negara.

Najib dalam ucapannya juga menyentuh mengenai kejayaan TEKUN bukan sahaja memberi faedah kepada 250,000 usahawan malah ahli keluarga serta pekerja turut mendapat faedah hasil aktiviti ekonomi para usahawan TEKUN terbabit.

"Ini merupakan satu kejayaan besar yang lahir daripada perjuangan UMNO dan Barisan Nasional (BN). Jangan orang hendak salahkan UMNO dan BN atas segala-galanya.

"Sebenarnya inilah bukti kejayaan, jasa dan pertolongan yang kita berikan kepada 250,000 usahawan PKS seluruh negara. Jika perkara ini dihitung betapa besarnya jasa UMNO dan BN kepada rakyat," katanya.

Secara sinis beliau berkata, pihak lain hanya boleh bercakap namun apa jasa mereka dan ke mana janji mereka, berbanding UMNO dan BN, setiap janji untuk bantu rakyat telah ditepati.

"Semua rakyat kita bantu termasuk penyokong-penyokong parti pembangkang walaupun jumlahnya kecil. Kita mengamalkan keadilan dan inklusif," katanya.

Selain banyak membantu usahawan PKS, Najib berkata, kewujudan TEKUN juga menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara secara langsung.

"Pada masa ini sumbangan PKS kepada pertumbuhan ekonomi negara adalah sebanyak 32.5 peratus dan kita sasarkan sumbangannya boleh mencecah 41 peratus pada 2020," ujarnya.

Apa Komen Nik Aziz Pada Gambar Konsert PKR Ini?

Posted: 09 Feb 2013 06:26 PM PST



Video Yang Perlu Ditonton Sempena #CNY

Posted: 09 Feb 2013 09:00 AM PST

Video Ini Cukup Kuat Mendakwa Hadi Awang Ke SPRM

Posted: 09 Feb 2013 07:00 AM PST

Gambar Gambar Dato Seri @NajibRazak Bersama Warga Emas di Kajang #CNY

Posted: 09 Feb 2013 05:21 AM PST











Siapa Maki Ustaz Kazim Elias Dengan Gelaran Binatang?

Posted: 09 Feb 2013 04:00 AM PST


Video Yang Buat DAP Bengang Menjelang #CNY

Posted: 09 Feb 2013 01:00 AM PST

Dato Seri @NajibRazak Tweet Pada Psy @Psy_Oppa Untuk #CNY

Posted: 08 Feb 2013 09:56 PM PST









GERAKAN ANTI PKR

Posted: 09 Feb 2013 09:08 PM PST

GERAKAN ANTI PKR


APA SEBENARNYA BERLAKU PADA 4 FEBRUARI ?

Posted: 09 Feb 2013 04:38 AM PST

r b f

Posted: 09 Feb 2013 07:07 PM PST

r b f


DAP Bertanggungjawab ke Atas Peningkatan Kadar Jenayah?

Posted: 09 Feb 2013 05:49 PM PST


Menyorot sejarah kemasukan kaum Cina ketika era perlombongan bijih timah di Perak, turut membawa kita kepada sejarah kongsi gelap atau jenayah tersusun.  Orang Cina telah menubuhkan kongsi-kongsi gelap tidak lama selepas British menduduki Pulau Pinang (1786) dan Singapura (1819). Sejak tahun 1799 lagi kongsi-kongsi gelap Cina mula menentang pentadbiran British di Pulau Pinang. Antara kongsi-kongsi gelap yang terkenal ialah Ghee Hin (Kantonis) dan Hai San (Hakka).  

Antara objektif kongsi-kongsi gelap ini adalah menguasai lombong-lombong bijih timah, perdagangan kuli, perjudian dan pelacuran.  Keadaan menjadi begitu buruk kerana pada tahun 1831, hanya terdapat 18 orang polis sahaja bagi penduduk seramai kira-kira 16000 orang di Singapura. Malahan kakitangan kehakiman juga tidak mencukupi bagi menyelesaikan kes-kes jenayah.  Sehingga tahun 1856 hanya terdapat seorang hakim di Negeri-negeri Selat. Keadaan ini telah menggalakkan perkembangan kongsi-kongsi gelap Cina. 

Sehingga tahun 1867, tiada langkah-langkah positif yang diambil untuk mengawal kongsi-kongsi gelap. Langkah yang diambil oleh kerajaan sebelum tahun 1867 adalah hanya memanggil pemimpin-pemimpin pelbagai puak Cina apabila berlaku kekacauan dan meminta mereka menjaga ketenteraman.

Selepas tahun 1867, beberapa langkah telah diambil untuk mengawal kongsi-kongsi gelap ini antaranya: 

a. Akta Pemeliharaan Keamanan 1867

Pada tahun 1867, Sir Harry Ord, iaitu Gabenor pertama tanah jajahan Negeri-negeri Selat telah meluluskan Akta Pemeliharaan Keamanan. Melalui akta ini, Gabenor mempunyai kuasa untuk membuang negeri orang-orang salah yang mengancam ketenteraman awam tanpa sebarang perbicaraan atau hak kerakyatan. Hukuman dera (Corporal Punishment) dan menembak perusuh-perusuh dibenarkan.

b. Akta Pendaftaran Pertubuhan-pertubuhan 1869

Pada tahun 1869, kerajaan meluluskan Akta Pendaftaran Pertubuhan-pertubuhan yang mewajibkan pendaftaran semua pertubuhan yang terdiri daripada 10 atau lebih orang ahli. Semua pertubuhan dikehendaki memberi nama ahli-ahli yang memegang jawatan dan menyatakan tujuan-tujuan penubuhan mereka.

c. Penubuhan Protektorat Orang Cina 1877


Pada tahun 1877, kerajaan menubuhkan Protektorat Orang Cina yang diketuai oleh W.A. Pickering. W.A. Pickering yang boleh bertutur dalam bahasa Cina teklah mendapat keyakinan kaum Cina.

d. Kelulusan Undang-undang


Dua undang-undang untuk mencegah kuli-kuli serta melindungi pendatang-pendatang Cina telah diluluskan

e. Ordinan Pertubuhan-pertubuhan 1889

Pada tahun 1889, kerajaan meluluskan Ordinan Pertubuhan-pertubuhan yang mengharamkan kongsi-kongsi gelap Cina. Kongsi-kongsi gelap diberi tempoh 6 bulan untuk menghentikan kegiatan mereka. Ordinan tersebut memaksa kongsi-kongsi gelap bergerak secara rahsia atau disusun semula dengan menggunakan nama lain. 

Walau bagaimanapun, langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri-negeri Selat untuk menghapuskan sama sekali kongsi-kongsi gelap Cina tidak berjaya. Kongsi-kongsi gelap Cina meneruskan kegiatan mereka secara rahsia dan masih wujud hingga hari ini. 

Di bawah ordinan darurat 5/69 sebelum ini, pesalah jenayah dan kongsi gelap boleh ditangkap dan ditahan selama 60 hari. Berikutnya dibawah sek. 4 (1) pula boleh dihukum oleh Kementerian Dalam Negeri supaya ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak, Pulau Jerejak, Pulau Pinang selama 2 tahun Atau Dibawah sek. 4A (1) Ordinan yang sama boleh diperintahkan kediaman terhad disesebuah tempat oleh Kementerian Dalam Negeri untuk selama 2 tahun. 

Mereka yang tertangkap pula akan berakhir di Pusat Pemulihan Akhlak Simpang Renggam, Muar dan Machang. 

Memahami sejarah pesalah tertangkap di bawah Akta yang disebut di atas, maka kita merasa cukup musykil akan kesungguhan Pembangkang yang memperjuangkan agar Akta-akta ini dihapuskan. 

Malah, pembangkang juga seolah-olah 'meraikan' pembebasan tahanan Simpang Renggam setelah Akta tersebut dihapuskan dan digantikan dengan Rang Undang-Undang Baru Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.

Seramai 2,664 pesalah dibawah akta itu telah mula dibebaskan secara berperingkat sejak tahun 2010 yang kebanyakannya ialah kaum Cina dan India.  Pembebasan ini diterima oleh rakyat dengan rasa gelisah dan bimbang.   

Ternyata kebimbangan orang ramai adalah berasas sekali gus, menunjukkan yang kemusykilan terhadap motif pembangkang juga tepat apabila hanya sebulan kemudian, kita mula membaca berita bagaimana seorang bekas tahanan Simpang Renggam dibunuh, bermotifkan dendam jenayah lama. 

Tiga bulan kemudian dilaporkann lima bekas tahanan melakukan tiga lagi kes samun. 

Di masa yang sama, kes-kes samun, ragut, rompak, bunuh yang berkaitan Along juga terus meningkat sejajar dengan peningkatan rumah urut dan pusat-pusat maksiat di sekitar Selangor dan Pulau Pinang.  Kesemua jenayah ini adalah berkaitan dan berangkai antara satu sama lain serta bergerak secara tersusun yang menjadikan ia sukar untuk dibuktikan atau dibendung. 

Sememangnya kaum Cina sendiri tidak dapat menafikan bahawa kongsi gelap sudah menjadi 'budaya' masyarakat mereka.  Kerana itu, kita melihat akhir-akhir ini sudah ada protes secara terang-terangan dari kaum itu yang menuduh DAP sebagai dalang kongsi gelap, pelacuran, along dan sebagainya. 

Jelas bahawa sudah semakin ramai kaum Cina sendiri yang mula gusar sekiranya DAP berjaya mengambil alih negara melalui Pakatan Rakyat, dan menyebabkan samseng dan kongsi gelap semakin bermaharajalela.  Kegusaran mereka difahamkan ada kena mengena dengan 5 kes pembunuhan yang berlaku dalam jangka masa hanya dua hari sahaja sejak 6 Februari lalu. 

Hakikatnya, hubungan DAP dengan kongsi gelap sudah menjadi rahsia umum, di mana semua orang mengesyakinya tetapi tidak dapat mengesahkannya.  Namun, malangnya, terdapat juga di kalangan kita yang memandang remeh hubungan ini atau yang dengan sengaja memejamkan mata kerana pentingkan diri atau mungkin juga kerana bebal atau jahil. 

Hari ini, PR / DAP telah 'berjaya membebaskan' tahanan Simpang Renggam, dan kadar jenayah pun meningkat serta-merta.  Bayangkan, entah siapa lagi yang akan mereka bebaskan jika mereka ditakdirkan berkuasa, dan kadar jenayah juga pastinya akan meningkat berkali ganda. 


Artikel sumbangan Beruang Biru

Video:Sekali Ceramah Derma Ratus Ribu Tapi Keluarga Memali Dapat RM 20 Sahaja

Posted: 08 Feb 2013 11:12 PM PST


Kita dah baca buku beliau....

Kita dah baca banyak kenyataan-kenyataan beliau....

Sekarang mari kita dengar dari mulutnya sendiri apa yang berlaku.....

Apakah Itu Akan Berlaku ???

Posted: 08 Feb 2013 08:19 PM PST


Tahun 2013 sudah pasti akan berlangsungnya PRU 13. Berbeza dengan tahun lepas, ramalan demi ramalan dibuat untuk membaca apa yang ada dalam kotak pemikiran YAB Datuk Sri Najib, Perdana Menteri Malaysia. Ada tekaan mengatakan Jun, ada yang meneka selepas Syawal, ada juga yang meneka Najib akan biarkan sehingga penggal terakhir tamat….

Yang pastinya tahun ini PRU 13 akan berlaku, maka berakhirlah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional [BN] yang mendapat mandat pada tanggal 8 Mac 2008. Pada saat dan ketika itu, BN hanya mendapat 140 kerusi Parlimen manakala Pakatan Pembangkang membuat kejutan dengan membariskan seramai 82 Ahli Parlimen untuk masuk ke Dewan Rakyat.

BN bukan sahaja hilang kuasa majoriti 2/3 malah turut kehilangan kuasa memerintah lima [5] negeri iaitu Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan masih gagal mendapatkan kerajaan negeri Kelantan….

Selanjutnya baca kupasan blogger MIK di sini

bERANIKAN hATI

Posted: 09 Feb 2013 03:39 PM PST

bERANIKAN hATI


LAGI LINK HANGAT, ABBY ABADI

Posted: 08 Feb 2013 10:30 PM PST


Ummmmm!!!


1. Kononnya selepas bergelar MJ (Mak Janda), Abby Abadi serta merta berubah. Kini dia mendapat kebebasannya semula. Kita tidak mahu mendedahkan segalanya disini. Namun yang pasti Abby Abadi semakin panas. Macam apam balik panas, bukan sejuk dingin macam sepat kering. Apabila dia menyertai Pas konon dia 360'o berubah. Serta merta dia diiktiraf sebagai uztazah Pas. (Harap sangat dia benar-benar jadi ustazah bukan setakat jadi ustadah semata-mata.

2. Namun Abby Abadi juga perlu diingatkan bahawa dalam Pas bukan semuanya putih hatinya, ada banyak yang hatinya hitam legam walaupun rambut dan  janggut memutih. Walaupun serbai dan besar bakul. Jika tidak tak kan banyak duit-duti derma hilang begitu saja.

3. Yang lebih penting Abby Abadi harus ingat supaya jangan sesekali membiarkan didekati beberapa lelaki seperti Mat Sabu yang sinonim dengan Hotel Perdana bilik 121 ketika ditangkap berkhalwat bersama Normah. Berhati-hati juga dengan Saipul Bahrin ADUN Pas yang ditangkap berdua-duaan dengan isteri orang didalam keretapi  gerabak istimewa dimana pasangannya ketika itu hanya bertuala merah. Lebai-lebai Pas ni boleh sapu belaka....kalau dibiarkan nanti keretapi pun boleh buat u-turn.

4. Berikut adalah link hangat ke Abby Abadi. Amaran! BH tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang penyalahgunaan link hangat dan video klip yang disertakan ini. Kepada yang belum berkahwin atau yang menduda dan menjanda juga dilarang kerana dari melawat laman berikut. Link Hangat Abby Abadi (Klik Sini)  dan Video Klip Hangat (Klik Sini)


PRU13: @NajibRazak MINTA PEMBANGKANG AKUR KEPUTUSAN RAKYAT

Posted: 08 Feb 2013 04:31 PM PST

DS Najib sudah dikenali dan menuruti jejak Tun Mahathir, 
menjulang Malaysia dan bangsa Melayu dimata dunia.


1. Diberitakan, sejurus selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO DS Najib mengadakan sidang akhbar. Antara intipati dalam sidang akhbar berkenaan adalah menasihatkan pembangkang supaya dapat menerima keputusan PRU13 nanti dengan hati yang terbuka dan jangan melakukan rusuhan serta apa-apa yang akan mewujudkan ketidakstabilan dalam negara. (Baca MalaysiaKini)

2. Saranan berkenaan memang wajar diberikan kerana banyak kali kita mendengar bahawa pembangkang berura-ura meneruskan pilihanraya dengan kekacauan dijalanraya. Bahkan memang sudah jadi kebiasaan pihak pembangkang mewujudkan ketakutan dikalangan rakyat. (Baca Sini) Anu arr hendak adakan kekacauan seperti di Mesir bagi tunjukkan bantahan dan tidak puashati rakyat, tapi berapa ramai rakyat yang menyokongnya? Selebihnya hanyalah pencacai yang dibayar termasuk para blogger seperti Tukar Tiub yang kecewa gagal dalam hidupnya. 

3. Hari demi hari penyokong pembangkang semakin ramai berubah arah dan menyokong kerajaan BN dibawah pimpinan DS Najib sama ada secara terbuka dan secara senyap-senyap. (Baca Sini) Di kampong-kampong, penyokong Pas berubah arah secara senyap-senyap kerana sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan yang tidak lagi dilihat komited memperjuangkan Islam. Kerjasama erat dengan DAP bahkan dianggap sebagai menjadi 'anjing' DAP juga mengecewakan penyokong Pas kerana mereka pernah dulu mencerca UMNO yang berkerjasama dengan MCA/MIC (kafir zimmi) sedangkan kini mereka bersekedudukan dengan DAP kafir harbi.

4. Yang masih tetap tidak berubah dan masih mengharapkan belas ihsan dari DAP kafir harbi hanyalah blogger 'Aspan Alias' yang sah pencacai tegar. Tanpa rasa malu memutarbelitkan kenyataan DS Najib (Klik Sini) Malang sungguh bangsa Melayu dengan lahirnya manusia seperti ini, 'raja mendeliar' atau 'si kitol' millinium. Biarkanlah Si Luncai ini tenggelam dengan labu-labunya....huhuhu!

5. DS Najib sudah dikenali dan menuruti jejak Tun Mahathir, menjulang Malaysia dan bangsa Melayu dimata dunia. Orang itu terkenal juga terutamanya di Jepun (Klik Sini) Suami Kak Jijah ni memang hebat. Memang Anu gerah Tuhan. Papa NurulIzzah memang hebat...belakang....depan....atas ....bawah semua dia sebat. Errr!,,,,mana jam Omega tu?

KEPAL NASI KEPAL BERAS

Posted: 09 Feb 2013 03:24 PM PST

KEPAL NASI KEPAL BERAS


GEMPAR!! DR HARON DIN JUMPA ANAK BULUH BETUNG WAKTU RAWAT PESAKIT!!

Posted: 08 Feb 2013 04:43 PM PST

DAP ada kawasan fixed deposit tersendiri. Sekurang-kurangnya 45 kawasan parlimen yang majoritinya pengundi cina pasti akan ditandingi DAP.

PAS juga ada banyak kawasn fixed deposit yang boleh ditandingi dan dimenangi. PAS adalah parti paling kuat di antara gabungan pakatan samada dari segi jentera dan sokongan dari kalangan pengundi Islam.

PKR pula tertumpu di kawasan pengundi bercampur. PKR, parti paling lemah dikalangan komponen Pakatan, tapi sebaliknya, paling banyak mendapat peruntukan kerusi untuk ditandingi.

Dalam PRU12 yang lalu, DAP sebenarnya tetap mampu memenangi 28 kerusi yang dimenanginya walaupun tanpa pertolongan PAS dan PKR. 

PAS juga boleh menang di kawasan kubu kuatnya yang terdiri dari lebih 75% pengundi Islam seperti di Kelantan, sebahagian Kedah, Perak dan Terengganu, tetapi sebahagian kawasan-kawasan ini terpaksa diserah kepada calon PKR. Jika tidak diserah kepada PKR, seperti beberapa kawasan di Kelantan, sudah pasti PAS menjadi parti yang memenangi paling banyak kerusi dikalangan PR dalam PRU12 yang lalu.

PKR tiada kawasan fixed deposit sepertimana DAP dan PAS. PKR hanyalah "pokok tumpang" yang tumbuh di batang PR. Tapi "Pokok tumpang" ini hidup lebih subur dari pokok asal hingga sebahagian dari dahan dan ranting "pokok asal" reput dan mati.

Tanpa sokongan PKR, DAP dan PAS masih boleh menang kerana majoriti yang dimenangi mereka di kawasan tertentu yang ditandingi cukup besar. 

PKR hanya menyumbang untuk "membesarkan majoriti" kemenangan DAP dan PAS di kawasan yang ditandinginya dan bukan menyumbang kepada "faktor kemenangan" DAP dan PAS.

Sebaliknya, PKR tidak mungkin mampu memenangi sehingga 31 kerusi parlimen dalam PRU12 lalu, jika tidak "menumpang UNDI" dari pengundi PAS dan DAP. PKR hanya boleh menang di Permatang Pauh, jika PKR bertanding secara sendirian. 

Sebaliknya, jika PAS bertanding sendirian dan tidak melepaskan kawasan subsidi untuk ditandingi oleh PKR, sudah pasti PAS mampu memenangi sekurang-kurangnya 30 kerusi parlimen dalam PRU12.

Kesimpulannya, PKR merupakan "sole beneficiaries" kepada "kerjasama pakatan" yang diwujudkan oleh pembangkang. 

Pakatan pembangkang hanya tertubuh, semata-mata kerana mahu memberi kekuatan kepada PKR. Ia tidak memberi atau menambah kekuatan DAP mahupun PAS kerana kawasan yang ditandingi PAS dan DAP memang merupakan kubu kuat mereka. 

PAS adalah ibarat ROH kepada badan. Tanpa roh, anggota badan tidak akan berfungsi. Dengan tiupan roh PAS, barulah anggota badan PKR boleh berfungsi. 

Tetapi sayang, sebaik saja roh dipinjamkan ke anggota badan PKR,  PKR lupa asal-usul kejadiannya. PKR lupa daratan. PKR telah menjadi "anak P.Ramlee yang bernama Sazali". PAS akhirnya menjadi "pak turut yang memendam rasa" kepada PKR.

PAS tidak berdaya untuk menasihat atau menyanggah apa saja kehendak "anak buluh betung" yang dilahirkannya.

Bila PKR minta "diversify" kalimah Allah kepada nama tuhan pelbagai guna, PAS tak terkata apa. Tahaluf siyasi PAS-PKR telah melangkaui sempadan akidah antara agama.

Pertemuan antara "anak buluh betung" dengan Timbalan Mursyidul Am  mungkin akan membisukan mulut majlis syura, jika Timbalan ini "termakan" bisikan dajjal dari Anak Buluh Betung yang tidak "berbin" dan tak diketahui asal-usul.

Mencari Damai Abadi

Posted: 09 Feb 2013 03:03 PM PST

Mencari Damai Abadi


Cuti Tahun Baru Cina

Posted: 09 Feb 2013 03:57 AM PST

Bismillah..

Bermulanya cuti panjang (4 hari tu kira panjang la untuk orang yang jarang bercuti) untuk perayaan Tahun Baru Cina. Banyak juga kerja-kerja terbengkalai. Lepas raya nanti kena balun habis-habisan la sebab MIFF bermula awal bulan depan. Banyak produk kami yang belum nampak bayang lagi. Huhuhu....

By the way, untuk 4 hari ini.. Ezad fokus yang awak sedang becuti.. fokus...fokuss!!!


ahaks.. tahun ular air ni, ada apa ek??

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 09 Feb 2013 03:03 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


(Gambar) Wow! Agnes Monica muncul dikarpet merah Grammy Week lebih seksi dari selebriti Hollywood!

Posted: 09 Feb 2013 02:31 PM PST

Wow! Artis-artis Indonesia ini memang bjak membawa diri mereka. Terbaru, Detikhot melaporkan Agnes Monica telah muncul di pentas Grammy Week di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Grammy week merupakan pentas pemanas sebelum acara utama Grammy Award yang akan diadakan pada 10 Februari 2013. Berbagai acara diadakan sepanjang minggu tersebut.

Agnes Monica pula muncul bersama Tambaland. Ia akan membawa lagunya "Show A Little Lova". Menurutnya lagi,, Justin Timberlake, Avici dan beberapa lagi penyanyi bertaraf dunia akan beraksi pada acara yang sama dengan Agnes.

Pelantun 'Cinta Gila' telah menulis perkhabaran tersebut di twitternya. Peminatnya kemudian membalas, "The 1st Indonesian ever! Agnes Monica for the GRAMMY Week. RT if you support!❤ #TimboAgnezMeechie #ShowALittleLove cc: @creativedisc," tulis akun fans Agnes @AgnesMonicaZone.
Turut dimuat naik beberapa keping gambarnya bersama beberapa artis di sana.

Mengapa dinosaur pupus? Anda tahu? Rahsianya di SINI
The largest mass extinction in history of Earth. Have you any clue about it?

Agnes muncul di karpet merah Grammy Week dengan gayanya lincah seksi. Beliau hanya mengenaan seluar jenas pendek dan juga vest pendek batik.
Timbaland sendiri juga sempat berkicau berkenaan persembahaannya dengan Agnes. 2nite me @agnezmo & @LOVEDEMETRIUS going to shut it down. #mPoweringAction with @UNFoundation #timboagnezmeechie," tulis Timbaland.

Dada dan punggung di Anugerah Grammy 2013 no more!

Posted: 09 Feb 2013 05:32 AM PST


Pihak Columbia Broadcasting System (CBS) telah mengeluarkan satu memo kepada semua artis wanita yang bakal hadir ke majlis penganugerahan 'Grammy Awards 2013′ yang akan berlangsung pada 10 Februari ini di Staples Center, Los Angeles.

Menurut isi kandungan memo tersebut, pihak CBS telah melarang para artis wanita memakai pakaian yang mendedahkan bahagian dada dan punggung mereka.

Etika pemakaian tersebut sebenarnya sudah diterapkan sejak tahun lalu dan CBS telah meminta pihak bertanggungjawab untuk mengigatkan perkara tersebut kepada semua tetamu yang bakal hadir ke acara berprestij tersebut.

Para selebriti yang dipertanggungjawabkan untuk mengadakan persembahan mahupun sekadar menonton diminta untuk turut mematuhi etika pemakaian yang telah ditetapkan, kerana menurut CBS setiap individu yang hadir ke majlis itu berkemungkinan akan menjadi sasaran lensa pihak kamera. Tambahan pula majlis akan disiarkan secara langsung ke kaca televisyen tempatan negara tersebut.

Wah, nampaknya artis Hollywood pun sudah meletakkan syarat sebegini. Harapnya artis tempatan tidaklah pula berlebihan ketika menghadiri mana-mana majlis.

Sumber : Aceshowbiz

Kaji elaun penjawat awam segera, jangan janji sahaja!

Posted: 09 Feb 2013 02:20 AM PST

SHAH ALAM –Pengumuman kerajaan untuk mengkaji semula elaun penjawat awam termasuk elaun sara hidup dilihat bertepatan dengan masa sekarang, kata Cuepacs.

Sehubungan itu, Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, beberapa perkara berkaitan penjawat awam perlu disemak termasuklah skim gaji baru, peluang kenaikan pangkat dan gelaran nama jawatan.

Katanya, "kesemua elaun itu sudah lama tidak dibuat semakan dan tidak begitu relevan diguna pakai sehingga kini terutama sekali skim gaji baru, skim kenaikan pangkat dan insentif-insentif lain perlu dibuat semakan secara menyeluruh dan segera."

"Lagipun sudah terlalu lama elaun penjawat awam tidak disemak," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata penjawat awam bakal menerima berita gembira daripada kerajaan tidak lama lagi.

Semalam, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa turut mengumumkan lebih 80 jenis elaun penjawat awam termasuk elaun sara hidup akan dikaji semula bagi melihat kesamarataan, kesaksamaan dan kemunasabahan.

Dalam masa sama, Omar turut menyambut baik pengumuman yang dibuat oleh kerajaan kerana pengumuman yang dibuat itu memang dinantikan oleh semua penjawat awam yang telah lama mengharapkan perkara itu berlaku.

Menurutnya, semakan semula secara menyeluruh terhadap elaun perlu dibuat secepat mungkin bagi memastikan hak penjawat awam diterima secara sama rata.

Beliau juga berkata, elaun-elaun insentif ini perlu dibuat semakan secara komprenhensif.

"Sudah lama penjawat awam ini menunggu penambahbaikkan elaun-elaun mereka.

"Memang sudah sampai masa kerajaan membela hak penjawat awam ini, dan saya yakin kerajaan telah pun mengkajinya dan perlu disegerakan," katanya.

Anda kata video Shila Amzah menangis hangat? Tonton video ini pula...terhangat!

Posted: 08 Feb 2013 10:01 PM PST

Dari melayan cerita mengarut-raut artis tak jadi menikah, clash tak dan akad, baik la layan iklan perpaduan ni..lagi terbaik!

Sempena Tahun Baru Cina ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak 'membuat kejutan' apabila muncul dalam sebuah iklan televisyen yang dituju khas kepada masyarakat Tionghua yang menyambut perayaan tersebut.

Dalam iklan selama satu minit itu, Najib dilihat seolah-olah bermain gendang sambil diiringi muzik serta tarian naga.

Sebelum itu ditunjukkan bagaimana seorang kanak-kanak perempuan menyerahkan alat tersebut kepada beliau sambil bertanya;

" Adakah anda tahu memukul gendang?"

Untuk rekod, Perdana Menteri sebelum ini telah mengumumkan peruntukkan dana sebanyak RM100 juta dalam Bajet2013 selain peruntukkan RM100 juta untuk tahun lalu bagi pembinaan bangunan, penambahbaikan dan pengurusan sekolah jenis kebangsaan Cina.

Menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan negara, katanya, kerajaan mengsasarkan untuk menambah jumlah guru berbahasa Cina bagi memenuhi permintaan para pelajar.

Bagi pelajar cemerlang di sekolah menengah jenis kebangsaan Cina pula, katanya, akan diberi biasiswa agar mereka dapat menyumbang kepada masyarakat selepas mereka tamat pengajian kelak.

" Masih banyak kerja yang perlu kita fokus pada 2013 dan saya akan sentiasa memastikan yang masyarakat Cina terus dibantu.

" Untuk itu, saya harap, masyarakat Cina di negara ini terus memberi sokongan kepada saya untuk mencapai matlamat ini.

" Akhir sekali, di atas semangat 1Malaysia, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Cai kepada seluruh masyarakat Cina di negara ini," katanya. - Mynewshub.my

Isteri dituduh lakukan perkara sumbang dengan pengkid, pak guard dan rakan sekerja...

Posted: 08 Feb 2013 09:15 PM PST

Gambar hiasan
Angkara cemburu, seorang suami sanggup memasang kamera litar tertutup (CCTV) di rumah bagi mengawasi gerak-geri isteri keduanya, selain melakukan pemeriksaan di seluruh tubuh bagi memastikan wanita itu tidak melakukan hubungan seks dengan lelaki lain.

Tindakan keterlaluan suami yang cemburu tahap kronik itu menyebabkan isterinya yang mahu dikenali sebagai Wahida, 36, hidup dalam keadaan tertekan dan urusan kerjayanya turut terjejas. "Dia akan memeriksa seluruh tubuh saya kerana sentiasa curiga dan mengesyaki saya ada hubungan asmara dengan lelaki lain.

"Pernah sekali, badan saya lebam kerana terjatuh di pejabat, tapi suami tuduh ia kesan saya melakukan hubungan intim dengan teman sepejabat.

"Paling tidak masuk akal, dia pernah menuduh saya melakukan hubungan intim dengan pengkid," katanya yang ditemui Harian Metro ketika membuat aduan kepada bekas Pengerusi Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Mohd Isa Ralip, di sini.

Wahida berkata, disebabkan suaminya bekerja sendiri, lelaki berusia 40-an itu mempunyai banyak masa untuk memerhatikan pergerakannya termasuk di pejabat selain bertanyakan pergerakannya dengan semua rakan sekerjanya.

"Jika saya keluar dan masuk ke stor atau tandas, suami akan menuduh saya melakukan perbuatan terkutuk dengan sesiapa saja termasuk pengawal keselamatan serta kakitangan di pejabat berhampiran tempat kerja saya.

"Tuduhan dan tindakannya itu amat melampau serta memalukan saya sampai nak buat kerja pun susah, malah saya juga tidak dapat membuat apa-apa aktiviti dengan bebas," katanya.

Menurutnya, mereka berkahwin pada 2006 dan dia tidak kisah walaupun bergelar isteri kedua kerana pernikahan mereka mendapat restu isteri pertama yang tidak mampu melahirkan zuriat.

"Saya juga bertuah kerana mereka menerima kehadiran dua anak saya hasil daripada perkahwinan sebelum ini, namun sikap suami mula berubah cemburu buta sejak dua tahun lalu. "Saya masih menyayanginya, tapi kalau hampir setiap hari gerak-geri saya diawasi dengan CCTV dan seluruh tubuh diperiksa, perempuan mana yang boleh tahan. Mungkin, perpisahan jalan penyelesaian terbaik untuk kami," katanya.

Wahida berkata, dalam menjalani kehidupan berpoligami, sudah menjadi kebiasaan wujud penggiliran untuk bersama suami, namun pada hari dia sepatutnya berada di rumah isteri pertama, suaminya itu akan tetap mengawasi pergerakannya dan melakukan 'pemeriksaan'. "Pada hari suami sepatutnya berada di rumah madu saya, dia tetap mengekori saya untuk memeriksa seluruh badan saya termasuk pada hari saya datang bulan," katanya.

Ugutan 'Arab Spring' Anwar tidak demokrasi - PM

Posted: 08 Feb 2013 07:35 PM PST

KUALA LUMPUR: Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak berkata ugutan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mencetuskan demonstrasi ala 'Arab Spring' di negara ini adalah bukti yang menunjukkan Pakatan Rakyat tidak tulen mengamalkan demokrasi.

Menurutnya, semua pihak termasuk Umno mahu pilihan raya umum kali ini diadakan secara adil dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Justeru katanya, adalah tidak menjadi keperluan Ketua Pembangkang itu untuk cuba mewujudkan sentimen kemarahan rakyat kononnya kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) menggalakkan pilihan raya yang tidak sihat.

"Menghormati keputusan rakyat adalah satu prinsip yang penting dalam sistem demokrasi iaitu demokrasi berparlimen bererti kita mesti terima keputusan rakyat.

"Bila dia (Anwar) kata dia percaya demokrasi dia tidak boleh mempertikaikan keputusan, kita harus menyanjung prinsip demokrasi.

"Kita harap pembangkang terima keputusan akan datang," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, petang tadi.

Terdahulu, mantan Perdana Menteri Keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa pelbagai pihak mengambil serius ugutan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menjadikan Kuala Lumpur seperti Dataran Tahrir di Kaherah dan Mesir sekiranya hasrat beliau menjadi perdana menteri tidak kesampaian pada pilihan raya umum nanti.

Mahathir berkata beliau tahu akan kapasiti Anwar untuk melakukan huru-hara ekoran bekas timbalan perdana menteri itu telah membuktikan dirinya sebagai "juara" demonstrasi di masa lalu.

Ronnie Liu pecah belahkan PAS Selangor

Posted: 08 Feb 2013 07:00 PM PST

PULAU PINANG 8 Feb. - Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu didakwa memainkan peranan aktif dalam usaha memecah-belahkan Pas di Selangor walaupun dari segi luaran, kedua-dua parti dilihat sebagai satu pasukan.

Bekas Pegawai Khas kepada Ronnie, Jafrei Nordin ketika membuat pendedahan itu berkata, usaha terancang tersebut dilakukan bagi memastikan DAP terus menguasai kerajaan negeri Selangor.

"Saya tahu mengenai pertemuan-pertemuan sulit yang diadakan oleh DAP Selangor bagi membincangkan siapa calon Melayu yang bakal bertanding mewakili mereka untuk menafikan hak Pas memegang jawatan Menteri Besar sekiranya pakatan pembangkang menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.

"Ronnie berusaha memujuk tokoh-tokoh Melayu liberal seperti Datuk Zaid Ibrahim untuk bertanding di Selangor menggunakan tiket DAP supaya mereka mampu membentuk kerajaan baharu dan menafikan hak Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus memegang jawatan Menteri Besar," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Guna maklumat palsu, perkahwinan Siti Fauzirna tidak sah disisi agama

Posted: 08 Feb 2013 03:31 PM PST

PETALING JAYA: Ketika pelakon Trilogi Cinta, Siti Fazurina sedang bergembira meraikan majlis resepsi perkahwinannya pada Sabtu (hari ini), ibu kepada pelakon itu mendedahkan pernikahan anaknya lebih sebulan lalu adalah tidak sah di sisi agama Islam.

Zubaidah Abu Bakar, 61, secara eksklusif memaklumkan kepada mStar Online, pernikahan itu tidak sah kerana Fazurina, 30, telah memberi maklumat palsu kepada Pejabat Agama Islam, Bahagian Timur Laut, Pulau Pinang bagi mendapatkan kebenaran berkahwin.

"Dia memberitahu kepada pejabat agama bahawa dia anak tunggal walhal dia mempunyai dua adik lelaki seibu sebapa yang boleh menjadi wali untuknya.

"Penipuan itu telah menyebabkan pihak mahkamah membenarkan dia bernikah dengan berwalikan bapa saudaranya.

"Fazurina juga telah menukar qariah asalnya iaitu Sungai Petani (Kedah) kepada Ayer Hitam (Pulau Pinang) dan melangsungkan pernikahan dalam tempoh kurang empat bulan bermastautin di situ," jelasnya ketika dihubungi mStar Online pada petang Jumaat.

Fazurina atau nama sebenarnya, Siti Fazurina Mohd Famir, 31 dan Muhammad Hykal Zulkifli, 32, melangsungkan perkahwinan di Masjid Jamek Sungai Pinang, Pulau Pinang pada 20 Disember tahun lalu berwalikan bapa saudaranya, Mohd Fahmi Bin Freedam Shah, 59, tanpa pengetahuan ibu dan ahli keluarganya yang lain.

Pasangan itu mengadakan majlis resepsi perkahwinan mereka pada Sabtu (hari ini) di Pearl Island Country Club, Bayan Lepas.

Pada 24 Disember lalu, Siti Fazurina bersama suaminya mengundang ibu dan ahli keluarganya dalam satu sidang media di Pulau Pinang bagi menjelaskan kontroversi yang berlaku.

Dalam majlis penuh drama itu, Siti Fazurina menangis teresak-esak sambil memohon ampun kepada ibunya sebelum wanita itu ditarik oleh ahli keluarga yang lain agar meninggalkan majlis berkenaan.

Dalam pada itu, Zubaidah memberitahu beliau telah merujuk perkara tersebut ke pejabat agama yang sama baru-baru ini dan melantik seorang peguam syarie untuk menyiasat kesahihan pernikahan itu yang tidak mengikut syarak dan perlu dinikahkan semula.

Bagaimanapun katanya, Fazurina gagal hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Batu Gantung, Pulau Pinang seperti diminta pada 6 Februari lalu dan memberikan alasan tidak menerima sebarang notis mengenai arahan itu.

"Apabila peguam yang dilantik menelefonnya sendiri untuk menyuruhnya hadir ke mahkamah kerana dia enggan berbuat demikian, dia menegaskan perkahwinannya sah dengan alasan telah merujuk kepada seorang ustaz di Masjid Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur dengan alasan-alasan tertentu,"

"Dia enggan tampil kerana menuduh keluarga ingin memisahkannya dengan suami walhal kami ingin menikahkannya semula dengan cara yang betul dan sah.

"Saya tidak mahu dia hidup dalam keadaan berzina jika pernikahan itu tidak sah dan sebagai yang mengetahui kebenaran saya tidak mahu bersubahat," katanya.

Sementara itu, Zubaidah berkata, pihak pejabat agama sedang berusaha untuk menemuinya bagi menyelesaikan kes itu.

"Surat tersebut pernah diserahkan kepada bapa saudara yang menjadi saksi pernikahannya termasuklah keluarga mertuanya namun mereka enggan menerima surat tersebut.

"Mungkin pihak pejabat agama akan ke majlis resepsinya untuk menyerahkan surat itu.

"Malah sijil asli pernikahannya masih tidak dikeluarkan kerana masalah berkenaan," katanya yang kecewa dengan sikap ego pasangan itu selain tidak menghormatinya sebagai ibu.