Aduss! BeritaLembahPantai ada cerita panasssss tentang Nurul Izzah.
Pada 16 Januari 2013 iaitu Rabu lepas, ada kematian di Blok 18 Taman Bukit Angkasa, Lembah Pantai. Seorang wanita berumur 93 tahun meninggal dunia, dan jenazahnya diuruskan di Surau An-Nur Blok 18 iaitu bawah je dari rumah Arwah.
Maka penduduk tempatan terutama saudara-mara si mati pun ramailah yang datang, yang mengurus jenazah ada, yang menziarah pun ada.
Maka oleh sebab kita pun tahu pilihanraya dah dekat, tiba-tiba datanglah juga Nurul Izzah. Dipercayai dia dimaklumkan tentang kematian ini dan dibawa ke Surau An-Nur oleh Yati, ibu tunggal Blok 19 yang memang kuat PKR.
Kedatangannya tidak disambut, jadi orang pun tak perasan dia datang.
Yang nak jadi ceritanya, dan ini disaksikan sendiri oleh isteri salah seorang wartawan Berita Lembah Pantai, serta beberapa muslimat kariah Surau An-Nur, ialah begini:-
Ketika bersalam-salam, ada seorang saudara simati ni (dipercayai perempuan ni kerja tukang masak di UM) pun bertanya pada Nurul Izzah,
"Awak ni siapa?"
Berubah muka Nurul Izzah.
Sebelum sempat dia menjawab, akak ni bertanya lagi,
"awak ni sedare arwah ke, x pernah nampak pun?!"
Maka tersengih-sengihlah Nurul Izzah. Orang-orang perempuan yang lain pun berpandang-pandang sesama sendiri, tersenyum sinis masing-masing.
Malu besar Nurul Izzah. Berubah mukanya. Apa taknya, disebabkan memang dia ini tak pernah turun padang, tak pernah nampak muka sejak menang di kawasan ini, sampai ada orang Lembah Pantai tak kenal pun Nurul Izzah!
Alahai Nurul. Nampak gayanya betul lah anda ni Wakil Rakyat Pilihanraya. Tak turun padang! Hanya nampak muka di Lembah Pantai bila dah dekat Pilihanraya. Malu betul!
Nurul Izzah dan orang-orang kanannya. Hebat gaya, tapi tak seorang pun dari Lembah Pantai, termasuk Nurul Izzah sendiri
anda mungkin meminati juga siri #MPmalas #PenipuRakyat di bawah;
`Trial by media' adalah trend pembangkang. Sebelum apa-apa peguam `cari makan' dah buat macam-macam tuduhan. Tweet budak-budak PR yang di RT oleh peguam `cari makan' PR semalam menuduh polis dengan macam-macam dakwaan. Kita tunggu berapa banyak demonstrasi jalanan yang hendak mereka buat sebelum kes ini di bawa ke muka pengadilan ataupun Suruhanjaya di Raja.
Kematian Sugumar : 'Rahmat' Besar Buat PKR Untuk Salahkan Kerajaan @HishammuddinH2O @PDRMsia
Poster di atas adalah antara sentimen perkauman yang diarak semasa kes kematian A.Kugan suspek kes curi kenderaan yang mati semasa dalam tahanan polis sekitar tahun 2009.
Pada waktu itu pembangkang melalui PKR melalui N.Surendran dan Lathefa Koyya melemparkan pelbagai tuduhan kononnya PDRM zalimi orang India, PDRM dahaga darah orang India dan kerajaan tutup mata kezaliman ke atas Kugan.
Tujuannya untuk membangkitkan sentimen kebencian rakyat terutama kaum India kepada PDRM sekaligus pihak yang akan dipersalahkan secara total adalah kerajaan.
Akhir setelah siasatan dilakukan mendapati anggota yang terlibat mencederakan A.Kugan adalah anggota berbangsa India sendiri iaitu V.Navindran yang dijatuhkan hukuman penjara selama 3 tahun kerana didapati bersalah mencederakan Kugan.
Sama adil atau tidak hukuman yang dijatuhkan ke atas pelaku, ianya adalah ketentuan mahkamah setelah meneliti hujah dan bukti yang dikemukakan.
Semalam pembangkang menerusi peguam cabuk mereka N.Surendran dan Latheefa Kooya kembali menjalankan peranan untuk menyerang agensi penguatkuasa kerajaan seperti PDRM dalam kes kematian Sugumar.
Seperti biasa Malaysiakini lidah rasmi pembangkang yang dibiayai oleh Soros adalah media utama yang melaporkan perkara ini.
Walaupun siasatan dan kenyataan rasmi PDRM belum dikeluarkn, Lathefa Koya awal-awal lagi menjadi hakim dengan mendesak anggota yang terlibat didakwa. Pendek kata belum tahu hujung pangkal Lathefa Koyaa 100% mempersalahkan anggota-anggota yang terlibat.
YB Manikavasagam yang sebelum ini menipu kononnya 500,000 orang India tiada IC turut tidak melepaskan peluang untuk memperlihatkan kepada masyarakat bahawa PDRM yang berada di bawah kerajaan BN menzalimi si mati.
Skrip yang digunakan adalah "tangan si mati masih bergari" ketika dia mengikuti keluarga Sugumar membuat pengecaman.
Ini semua tindakan awal untuk mencipta persepsi bahawa PDRM bertindak zalim ke atas rakyat selepas itu mereka akan meminta Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail bertanggungjawab dalam kes ini.
Sebaik sahaja selesai mengheret Ketua Polis Negara di atas kematian Sugumaran, percayalah pembangkang akan mengheret DS Hishammuddin Tun Hussein selaku menteri bertanggungjawab.
Dan akhir sekali, pihak yang harus bertanggungjawab di atas segala kesalahan ini adalah kerajaan BN dan mereka akan mendesak serta merayu supaya rakyat memberi mereka mandat untuk menjadi kerajaan dalam PRU akan datang.
Skrip dan modus operandi mereka tetap sama, segala tindakan yang dilakukan semuanya berkepentingan politik. Malangnya masih ada rakyat yang percaya segala tindakan yang dilakukan pembangkang.
Jadi PDRM dan menteri terbabit bersedialah dari sekarang, kematian Sugumar merupakan satu 'rahmat' buat pembangkang memandangkan mereka sudah kehabisan isu untuk memburuk-burukkan kerajaan.
Kenyataan rasmi PDRM berhubung kematian Sugumar :
Jangan hairan jika PDRM akan dicop sebagai anjing, walaupun mereka baru sahaja memuji PDRM ketika Himpunan Pakatan Rakyat 112 tempoh hari.
Kan aku dah cakap.... Ustaz Hashim Jasin mesti jawab punya isu Porsche Cayman kaler hitam tu... Dan jawapan dia tu memang masuk akal laaa..
Memang Porsche tu bukan dia yang beli. Porsche tu anak dia punya. Anak dia beli guna AP dia sebagai ADUN dengan harga lebih kurang RM100,000 jer...
Memang Ustaz Hashim Jasin tak pernah bawak kereta tu pun. Anak dia je yang bawak kereta tu sampai kena saman banyak kali... maklum la.. anak Ustaz Hashim yang nama Faiz tu memang kaya... tauke sarang burung tak salah aku...
Tapiiii.....
Salah ke anak dia beli kereta Porsche? Orang lain beli takpa pun. Orang tak bising pun. Jadi kenapa nak bising pasal anak dia pakai kereta mewah tu?
Cuma kereta tu didaftarkan atas nama Ustaz Hashim saja sebab beli pakai AP dia. Jadi, apa-apa yang berlaku kat Porsche tu maka Ustaz Hashim la yang tanggung, kan?
Dan Ustaz Hashim tak boleh nafikan la Porsche tu dia punya sebab geran kereta tu atas nama dia. Lawan kat mahkamah mana sekali pun, dah confirm dia kalah punya...
Dalam ertiakata lain, PORSCHE CAYMAN TU TETAP USTAZ HASHIM JASIN PUNYA WALAUPUN ANAK DIA YANG BAYAR... heh!
Sama la dengan Ahmad beli motor untuk anak dia pegi sekolah. Ahmad daftar atas geran namanya sendiri. Tapi motor tu anak dia yang bawak...heh! Spin macamana pun, motor tu tetap Ahmad punya. Kalau anak Ahmad bawak kes ke mahkamah mana pun gerenti kalah!
Jadi, faham-faham je la maksud aku.. kan? Hahahahahaaaa... Tak payah spin la...Porsche tu tetap Ustaz Hashim punya. Cuma anak dia yang bayarkan dan bukannya dia beli guna duit tabung yang dia kumpul dari kecikkkk... kah! kah! kahhhh..!!!
Mungkin para penyokong PAS sebelum ini menarik nafas lega apabila Majlis Syura parti itu memutuskan bahawa penggunaan kalimah "Allah" adalah hak eksklusif umat Islam di Malaysia dan tidak boleh digunakan di dalam Bible versi bahasa Melayu.
Namun keadaan bertukar menjadi semakin "ribut" apabila Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Pakatan Haram tetap dengan keputusan sebelum ini iaitu membolehkan penggunaan kalimah "Allah" di dalam Bible versi Melayu edaran Semenanjung.
Dengan penegasan itu, maka jelaslah bahawa Pakatan Haram yang dianggotai oleh PKR, DAP dan PAS telah menetapkan pendirian mereka berhubung isu tersebut. Itu fakta.
Jadi, apa sudah jadi dengan keputusan Majlis Syura PAS itu? Nampaknya keputusan tersebut hanyalah "wayang kulit" untuk mengelirukan rakyat, khususnya para penyokong PAS dari golongan pro-ulama.
Dengan keputusan Anwar itu juga maka mahu atau tidak, PAS harus akur dan taat kepada arahan dan ketetapan yang dinyatakan ketua mereka itu. Dalam ertikata lain, "apa Anwar peduli dengan keputusan Majlis Syura PAS, ada dia kesah?".
Nampaknya Anwar menyebelahi DAP dalam isu ini dan mengenepikan fatwa Majlis Syura.
Saya tertanya-tanya, ke mana perginya Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hasan Tantawi yang kononnya sebelum ini "rela mati" mempertahankan keputusan Majlis Syura tersebut? Bersembunyi di sebalik serban sebakul, kah?
Mana pula perginya puak-puak PAS yang kononnya "pembela" kalimah "Allah" dan tidak rela kalimah suci itu dicemar oleh golongan kafir DAP yang dikatakan biadap sebelum ini?
Siapa di kalangan para pemimpin PAS yang berani membantah kata-kata Anwar itu? Kalau berani, tampillah! Kalau mahu senasib dengan Hasan Ali, sila tampil ke depan dan protes keputusan Anwar itu secara terbuka.
Saya yakin para pemimpin dan penyokong PAS semuanya tidak punya "telur". Semuanya bacul-bacul belaka dan tidak berani berhadapan dengan Pak Syiekh Anwar Ibrahim yang dikatakan penyumbang dana terbesar kepada PAS para PRU yang lalu.
Lagipun, PAS kini lebih mementingkan kuasa politik dari berjuang mempertahankan Islam dan kepentingan umatnya.
Cuba lihat apa yang berlaku pada Datuk Dr. Hasan Ali yang mempertahankan aqidah umat Islam di Selangor. Hasil dari mempertahankan aqidah ummah, dia dipecat oleh Azmin dan Anwar yang merupakan "orang luar" parti itu!
Nampaknya para penyokong PAS tertipu lagi. Keputusan Majlis Syura PAS telah dimansuhkan oleh "Pak Syiekh Mursyidul Am Pakatan Haram, Anwar Ibrahim.
Dan kali ini sekali lagi PAS dimalukan di hadapan rakyat oleh DAP dan PKR dalam isu penggunaan kalimah "Allah". Mana PAS nak letak muka mereka selepas ini setelah "ditunggang" sejak lima tahun yang lalu.
PAS sedikit pun tidak dipandang oleh DAP dan PKR meskipun parti itu menggunakan sebuah majlis tertinggi di dalam PAS. Majlis Syura hanya layak "dibakul sampahkan" saja di mata DAP dan PKR.
Pada saya, hanya orang yang tidak bermaruah dan harga diri saja yang akan terhegeh-hegeh sambil menyeringai tersengih-sengih macam kerang busuk bila dihina begitu rupa. Dan PAS akan terus dihina begitu selagi mereka bersekutu dengan "kafir harbi" dan "agen Yahudi"!
Hari ini kematian tragis seorang kanak-kanak Cina William Yau telah dipolitikkan oleh bapak rasis Dap iaitu Kit Siang di twitternya yang menyalahkan sepenuhnya kepada kerajaan.
Tetapi ia dibidas oleh Khairy Jamaluddon di facebooknya yang persoalkan sikap pemimpin ini menyalahkan pemimpin Umno/BN dan menyebarkan Malaysia sudah tidak selamat termasuk kanak2.
Bagi GPB, tindakan biadap kit siang ini menyalahkan kerajaan BN hanya jika berlaku kepada anak bangsa cina sahaja.
Kalau berlaku kepada bangsa Melayu , sorry la dia nak tweet spt ini.
Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa (gambar) menegaskan, beliau tidak akan melayan sebarang tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh sesetengah pihak khususnya dalam parti itu berikutan tindakan beliau menyertai rombongan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza, pada Selasa lalu.
Sambil menyifatkan tindakan kelompok yang berbuat demikian sebagai tidak berasas, Nasharudin berkata, lawatan itu tidak ada kena mengena dengan parti dan ia dibuat atas dasar beliau sebagai seorang Islam yang prihatin kepada nasib orang Islam lain.
"Serangan dan tohmahan yang dilakukan ke atas saya, semuanya tidak berasas serta dibuat dalam bentuk andaian.
Ia dilakukan atas sebab ketidakyakinan yang boleh mendatangkan dosa," katanya kepada wartawan Malaysia di sini, hari ini.
Nasharudin mengulas tindakan pelbagai pihak pro pembangkang khusus di dalam Pas yang mengecam Ahli Parlimen Bachok itu kerana menyertai rombongan Perdana Menteri ke Gaza.
Ini merupakan kali kedua Nasharudin menerima nasib sedemikian apabila kali pertama turut dikecam oleh penyokong Pas dan pembangkang kerana menyertai rombongan Najib ke Mekah pada bulan Ramadan tahun lalu.
Menurut Nasharudin, lawatan Perdana Menteri itu sama sekali tiada kaitan dengan politik sebaliknya berasaskan kepada semangat keprihatinan yang tinggi terhadap nasib rakyat Palestin.
"Sepanjang program lawatan ini diatur dan ketika dalam perjalanan ke Gaza, kita sama sekali tidak membincangkan soal politik Malaysia, apa yang kita bincangkan ialah apakah usaha yang boleh dilakukan untuk mengukuhkan sumbangan kita atas dasar sebagai seorang muslim bagi membantu Palestin," tegasnya.
Ditanya apakah beliau berhasrat untuk memberi penjelasan kepada kepimpinan Pas berhubung penyertaannya bersama rombongan Perdana Menteri, Nasharudin berkata, beliau tidak perlu berbuat demikian.
"Waktu saya menyertai rombongan Perdana Menteri ke Mekah dahulu, saya tidak diminta untuk memberi penjelasan oleh parti kerana ramai kepimpinan Pas yang faham.
Begitulah juga dengan lawatan ini, saya berpendapat tidak perlu saya memberikan penjelasan. Ramai pemimpin dan ahli Pas yang menyatakan sokongan, dokongan dan ucap tahniah ke atas kehadiran saya dalam rombongan ini.
"Bagi saya kalau hendak tuduh, tuduhlah, itu hak mereka, hak saya adalah untuk maju ke depan. Saya ingin memberi sumbangan semaksimum mungkin bagi membantu saudara seagama dan saya sandarkan penglibatan saya ini atas kehendak agama dan tanggungjawab saya sebagai seorang muslim," katanya.
Mengulas hasil lawatan Najib ke Gaza, Nasharudin berkata, ia telah berjaya meningkatkan imej Malaysia sebagai model kepada Islam berbentuk praktikal dalam dunia moden ini.
"Malahan media-media Arab memuji keberanian Perdana Menteri yang menjadi pemimpin Islam bukan dalam kalangan negara Arab masuk ke zon perang," katanya. -
"Kehadiran Perdana Menteri bukan sahaja untuk melihat sendiri penderitaan rakyat Palestin tetapi juga memberikan sumbangan-sumbangan bagi membantu mereka," katanya
Sebenarnya aku malas nak layan dengan kes-kes rampas bini orang ni... bukan apa, aku bosan dengan sikap jijik orang yang berpura-pura berkelakuan baik, memperlihatkan keadaan diri yang berlainan dari yang sebenarnya, munafik. Tapi apa-apa pun benda yang tak baik harus dihalang!
Bab ramPAS bini orang ni memang sinonim dengan parti PAS... Dari kes bilik 121, Din Puduraya, kes koch vip KTM komuter, kes encik Perupok yang hilang handphone dan tak terkecuali berita panas terbaru... rembat bini pekerja sendiri.
PEMIMPIN PAS selalu dianggap sebagai pemimpin yang maksum dengan berimejkan jubah, serban & kopiah. Mereka dipatuh, dipuja bagaikan tidak ada pemimpin dari parti lain yang boleh dipercayai melainkan dari Parti PAS.
Tetapi malang bagi seorang penyokong tegar PAS apabila dia telah dikhianati oleh seorang YB dari parti yang dianuti sekian lama di Kuala Terengganu. Beliau mendakwa berasa teramat sedih & menderita apabila ISTERINYA DIRAMPAS OLEH SEORANG YANG BERHORMAT ADUN YANG BEGITU DISANJUNG SELAMA INI.
Kisah bermula apabila isterinya ditawarkan untuk menjaga isteri YB PAS Adun ini yang ketika itu sedang sakit kerana komplikasi penyakit darah tinggi.
Selama 6 bulan isterinya berulang alik dari rumahnya di Kg Bukit Kecil ke rumah YB PAS Adun tersebut bagi menjaga isterinya. Kadang-kadang isterinya akan ke rumah YB tersebut pada waktu malam .Dia sebagai suami tidak pernah mencurigai isterinya kerana dia percayakan isterinya. Lagipun seorang YB dari parti yang memperjuangkan Islam tidak akan mengkhianatinya.
Dia mula syak sesuatu yang tidak kena apabila isterinya masih juga ke rumah YB tersebut walaupun isteri YB berkenaan telah meninggal dunia.Apabila ragu,curiga dan syak wasangka menguasai fikiran, dia mula bertanya kenapa isterinya masih ke rumah YB. Isterinya pula memberikan berbagai alasan. Mereka bergaduh kerana hal ini. Kejadian tersebut berlarutan sehingga beberapa bulan.
Apa yang lebih menyedihkan ialah apabila dia diberitahu orang kampung, YB tersebut pernah dilihat berada di rumah mereka di Bukit Kecil bersama isterinya ketika dia tiada di rumah.
Keadaan rumahtangga mereka meruncing apabila isterinya meminta cerai tetapi dia tetap bertahan dan bersabar kerana dia masih sayangkan isterinya ketika itu.
Namun sebagai jalan terakhir, isterinya menuntut fasakh di mahkamah. Kerana tidak mahu menanggung dosa, dia telah menceraikan isterinya.
Akhirnya terbukti apabila selepas setengah tahun kemudian isterinya telah berkahwin dengan YB tersebut, sehingga kini dia merasa amat terhina dengan perbuatan itu serta merasa teramat aib dengan masyarakat.
Dia sungguh tidak sangka seorang YB yang disanjungnya selama ini telah mengkhianati kepercayaanya & seoarang penipu yang sanggup merampas isterinya secara kotor & hina.
Demikianlah secebis kisah seorang penyokong tegar Parti PAS yang akhirnya terpaksa menceraikan isterinya yang mahu berkahwin dengan seorang Yang Berhormat ADUN.
Seperti yang semua tahu semua DUN di Kuala Terengganu telah jatuh ke tangan PAS semasa PRU2008 kecuali DUN Bandar yang diwakili oleh MCA. Parlimen Kuala Terengganu pula di menangi PAS dalam pilihanraya kecil 2009. Maknanya kisah yang diceritakan diatas adalah kejadian YB PAS di Kuala Terengganu.
Jadi selagi kita dijadikan sebagai manusia, jangan kita mengganggap insan berjubah, berkopiah atau berserban itu adalah manusia maksum yang tidak melakukan kesilapan seolah tidak bernafsu.
Insyaallah, kisah ini akan dibongkar lagi dari masa ke semasa sehingga kita temui siapa YB PAS ini.....
Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya terus beri tekanan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam isu kalimah Allah.
Ketua Pembangkang itu terus ding dong bila ditanya pendiriannya sama ada beliau bersetuju dengan keputusan Majlis Syura Ulamak PAS bersabit larangan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible versi bahasa Melayu.
Selain menuduh media ada kaitan dengan UMNO memutar belit kenyataannya berhubung isu itu, Anwar berkeras memegang perakuan 8 Januari oleh Hadi bahawa kalimah itu boleh digunakan oleh bukan Muslim asalkan ia tidak menghina Islam.
Anwar seolah-olah tidak menerima keputusan PAS mengubah pendirian itu apabila Majlis Syura parti itu melarang penggunaan kalimah Allah dalam kitab bukan Islam.
"Kalau ada isu selepas (keputusan) Majlis Syura itu, (ia) perlu dibawa dalam mesyuarat Pakatan...tapi Hadi tidak timbulkan perkara itu untuk bincang semula tentang keputusan kalimah Allah.
"Saya hormati keputusan Majlis Syura tetapi tetap dengan pendirian Pakatan," katanya.
Di sinilah Hadi terbelit kerana pimpinan atau majlis Pakatan Rakyat belum bermesyuarat bagi membolehkan beliau menyatakan pendirian PAS sama ada kekal dengan perakuan 8 Januari atau dibuat Majlis Syura.
Melihat cara Anwar bersilat dalam isu ini, Hadi tentu tersepit apatah lagi kepimpinan tertinggi PAS termasuk Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga akur dengan pandangan majlis tersebut.
Hadi dilihat tidak ada ruang untuk bersilat macam Anwar kerana Ketua Dewan Ulama Datuk Harun Taib juga sudah menegaskan pendirian majlis syura lah dipegang ulama PAS.
Beliau sebaliknya menyerahkan kepada Hadi menyelesaikan isu itu dalam pakatan pembangkang.
"Saya tidak boleh komen, itu kena tanya Presiden PAS," kata Harun.
Malangnya, Hadi masih membisu barangkali terpaksa menuggu Majlis Pimpinan PR bersidang.
Cuma yang menangguk di air keruh dalam isu ini adalah DAP.
Selepas Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng cetuskan api kontroversi mencadangkan kalimah Allah boleh digunakan dalam Bibble Bahasa Melayu, beliau berdiam diri setelah perkara itu bangkitkan kemarahan umat Islam.
Inilah dilema Hadi sama ada mahu menjaga kepentingan PAS dalam pakatan rakyat atau patuh keputusan majlis syura – badan tertinggi parti yang mendakwa memperjuangkan Islam itu.
Tidak mustahil juga, Hadi akan terus membisu sama seperti dalam isu Amanat Hadi.
Maklumlah, dengan pilihanraya umum ke 13 sudah hampir, Hadi tentu tidak mahu merosakkan perancangan PAS,PKR dan DAP untuk menawan Putrajaya.
Mungkin juga akhirnya Hadi sendiri terpaksa buat pendirian 'politik suku-agama suku' demi survival perjuangan pembangkang.
Jika ini berlaku, Hadi boleh mengucapkan selamat tinggal kepada PAS manakala jika Hadi pertahanan keputusan majlis syura dan merubah perakuan 8 Januari, mungkin PAS pula kena ucapkan selamat tinggal pada PKR dan DAP.
Nampaknya puak pembangkang mengelupur habis bila mendengar kenyataan dari Datuk Fuad Hassan, yang menyatakan bahawa BN berkeupayaan peroleh kemenangan dua pertiga pada PRU-13 nanti...
Sehingga kini, Pakatan Pembangkang masih tidak mahu mengiktiraf kemenangan BN dalam PRU 2008 walaupun kerusi Pakatan Pembangkang telah bertambah dengan mendadak. Akibatnya, rakyat Malaysia sebenarnya hidup dalam huru-hara akibat perbuatan Pakatan Pembangkang yang masih belum berpjak di bumi yang nyata.
Adalah tidak mustahil perhimpunan mahupun demontrasi haram akan berterusan selepas pilihan raya lebih-lebih lagi kekalahan yang akan dihadapi PRU-13.
Terimalah hakikat yang sebenar dimana kita berpijak di bumi yang nyata!
Bernama- Barisan Nasional (BN) berkeupayaan memperoleh kemenangan dua pertiga di dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) yang bakal diadakan pada bila-bila masa, kata Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Fuad Hassan.
Beliau berkata, untuk kemenangan dua pertiga, BN perlu menarik sekurang-kurangnya 30 peratus undi daripada pengundi Cina dan masing-masing 65 peratus undi daripada pengundi Melayu dan India di seluruh negara.
"InsyaAllah, BN berkemampuan mencapai kemenangan dua pertiga pada pilihan raya umum ini jika kita terus bekerja kuat dan berusaha mencapai apa yang disasarkan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada peserta yang menghadiri majlis Perjumpaan Rakan Media Sosial Negeri Johor di Pusat Konvensyen Persada Antarabangsa Johor, di sini, hari ini.
Fuad melahirkan keyakinannya bahawa sokongan pengundi Melayu di Johor terhadap BN akan melebihi tahap 65 peratus dan mencecah sehingga 80 peratus dan lebih.
Katanya, sokongan pengundi masyarakat India terhadap BN juga sudah pulih daripada kejatuhan pada pilihan raya umum 2008, selain berkeyakinan terhadap peningkatan sokongan pengundi Cina terhadap BN kali ini.
Menurut Fuad, banyak daripada isu yang dimainkan pembangkang seperti pembelian kapal selam Scorpene, loji nadir bumi Lynas dan lain-lain "diselesaikan", menyebabkan pembangkang kini tercari-cari isu baru. Katanya, usaha pembangkang untuk mengumpul sejuta orang pada perhimpunan di Stadium Merdeka 12 Januari lalu, gagal kerana perhimpunan itu itu hanya dihadiri kira-kira 50,000 orang.
Beliau berkata, pembangkang menolak tawaran kerajaan supaya himpunan itu diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil yang lebih besar kerana menyedari ketidakmampuan mereka untuk menarik peserta yang ramai ke perhimpunan terbabit.
Sementara itu, beliau berkata, jentera media sosial BN meliputi Twitter, Facebook dan lain-lain medium kini lebih bersedia dan berkemampuan untuk menangani serangan daripada pembangkang berbanding pada pilihan raya sebelum ini.
Bagaimanapun, Fuad meminta media sosial BN meneruskan usaha mereka dengan mendekati kira-kira 2.8 juta pengundi muda yang akan mengundi buat pertama kali pada PRU-13 ini.
Pengundi muda terbabit katanya, tidak lagi bergantung kepada media lama seperti suratkhabar dan televisyen untuk mendapatkan maklumat, tetapi bergantung sepenuhnya kepada internet dan media sosial seperti Facebook dan Twitter.
"Saya tak pernah kata nak lompat parti," tegas bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim yang juga Adun Tambun Tulang.
Shahidan berkata, beliau tidak mungkin berhasrat untuk meninggalkan Umno kerana dirinya adalah seorang pejuang politik dan parti itu tidak pernah menimbulkan sebarang masalah terhadapnya.
"Orang lain mungkin. Buat apa saya nak lompat?. Parti tidak pernah buat salah pada saya, yang buat begitu orang lain. Saya tak sertai Pas seperti heboh diperkatakan, itu sekadar dua tiga orang bercakap di blog," katanya kepada Sinar Harian.
Shahidan memberi reaksi itu ketika diminta mengulas dakwaan blog mengatakan dirinya akan hadir berceramah bersama pemimpin Pas di Kompleks Pas Kedah di Kota Sarang Semut.
Isu terbabit timbul gara-gara gambar Shahidan bersama pemimpin Pas Kedah terpampang pada kain rentang membabitkan program anjuran Pas Kuala Kedah.
Shahidan dijadualkan hadir pada majlis Wacana Perdana, PRU13: Ke mana arah tuju Islam dan Melayu bergandingan dengan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusoff Rawa dan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Maszlee Malek.
Rentetan itu, beliau dikaitkan akan menyertai Pas dalam masa terdekat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Mengulas perkara itu, Shahidan berkata, perkara itu tidak perlu dijadikan isu berikutan program terbabit adalah sebuah majlis ilmu.
"Ianya bukan isu dan tidak wajar dijadikan isu. Majlis wacana ilmu itu dikenali sebagai wacana perdana, menampilkan saya selaku Ahli Majlis Tertinggi Umno. Ia bukan program politik," katanya.
Menurutnya, bagaimanapun, beliau tidak dapat hadir ke majlis berkenaan kerana masanya tidak sesuai kerana terpaksa berangkat ke Gaza pada keesokannya.
"Perkara itu dalam pengetahuan Setiausaha Agung Umno dan Menteri Besar Perlis dan menyifatkan ianya tidak sesuai ekoran pilihan raya semakin hampir," katanya.
Shahidan berkata, beliau tiada masalah untuk bersama pemimpin Pas dalam satu pentas asalkan mendapat kebenaran Majlis Tertinggi dan diadakan di tempat terbuka.
"Anjuran siapa pun boleh jika dibuat di tempat sesuai. Lebih sesuai jika wacana ilmu diadakan di tempat terbuka dan bukan markas parti. Saya tak hadir sebab ada komitmen lain dan jemputan itu dihantar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan sudah dimaklumkan ketidakhadiran saya," katanya.
Dalam perkembangan sama, Ketua Penerangan Pas Kuala Kedah, Ridzwan Abu Bakar berkata, majlis ilmu itu sememangnya bertujuan mendapatkan perbezaan pandangan antara parti politik utama di negara ini.
"Kita jemput Shahidan sertai perbincangan lintas parti, dapatkan pandangan parti lain berkaitan topik semasa. Saya ucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi kongsi pandangan selama 10 minit melalui telefon walaupun tidak dapat hadir," katanya.
Menurutnya, pihaknya memilih Shahidan kerana mahu mendapatkan pandangan seorang Ahli Majlis Tertinggi Umno dalam isu berkaitan. -SH
Dulu PAS kata: "Haram orang Islam memangkah calon yang kafir. Ini kerana Allah mengharamkan melantik orang kafir menjadi pemimpin".
Hari ini... PAS sedia meletakkan calon dari kalangan bukan Islam mewakili parti itu bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata calon bukan Islam akan dipilih dalam kalangan ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang juga merupakan sayap parti itu.
DHPP didakwa mempunyai keahlian seramai 35,000 orang di kalangan bukan Melayu dan bukan Islam.
Tuan Ibrahim berkata Majlis Syura telah membenarkan bukan Islam bertanding atas tiket parti itu.
"Ini kali pertama dalam sejarah kita calonkan DHPP. Kerusi itu (yang mereka tandingi) memang kerusi PAS maka mereka akan bertanding atas lambang parti," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Markas PAS Kuala Ibai, di sini, Jumaat.
Dalam PRU-12 pada 2008, PAS Johor meletakkan calon wanita bukan Islam, Kumutha Raman, pemegang ijazah undang-undang dari Britain, bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tiram dalam kawasan Parlimen Johor Baharu.
Bagaimanapun, calon berkenaan tewas kepada Maulizan Bujang dari Barisan Nasional (BN).
21 DaLiL wajib tinggalkan PAS!
Berikut adalah himpunan dalil yang menunjukkan PAS adalah antara perkara-perkara ajaib di dunia ini, di samping Taj Mahal dan Piramid;
PADA MULANYA...
1 Kata PAS: UMNO menjadi kafir kerana berkerjasama dengan parti-parti kafir seperti MIC dan MCA. "Sesiapa yang reda dengan kufur maka dia menjadi kufur.." (Kuliah Di Marang 1983)
KEMUDIANNYA..
PAS berkerjasama dan berpelukan dengan DAP dan calon-calon bukan Islam dalam pilihanraya ke-11 & 12.
PADA MULANYA...
2 Kata PAS: "Haram orang Islam memangkah calon yang kafir. Ini kerana Allah mengharamkan melantik orang kafir menjadi pemimpin".
KEMUDIANNYA..
Dalam pilihanraya ke-12 PAS meminta ahli-ahlinya memangkah calon bukan Islam dari parti PKR dan DAP. Bahkan PAS meredai Guan Eng sebagai pemimpin mereka di P.Pinang.
PADA MULANYA...
3 PAS kata: "Kerajaan BN adalah kerajaan mungkar kerana membiarkan kilang-kilang arak dan kelab-kelab malam beroperasi"
KEMUDIANNYA..
Selepas PAS dan rakan-rakan menang di Selangor, mereka tidak pula membantah kilang-kilang arak yang besar-besar di negeri itu seperti Carsberg di Shah Alam dan Kelab The Ship yang PAS begitu marah pada masa lalu.
PADA MULANYA...
4 PAS kata kepada Pak Lah semasa beliau TPM diarahkan mengawal virus JE: "Badawi di arab jaga unta, badawi di Malaysia jaga ?Babi"
KEMUDIANNYA..
Kerajaan Selangor yang disertai oleh PAS cuba mengendalikan urusan Babi bahkan mencanggihkan ladang ?!Babi, tak pulak PAS kata kerajaan mereka 'kerajaan Babi'.
PADA MULANYA...
5 PAS kata: Tun Dr. Mahathir firaun, thaghut, dosanya tidak terampun, perosak negara, kejam dan berbagai lagi.
KEMUDIANNYA..
Bila Tun Tun Dr. Mahathir kritik Pak Lah, PAS puji Tun Dr. Mahathir, ada pemimpin pemuda PAS yang cium tangan Tun Dr. Mahathir semasa dia ceramah di Tmn Melewar. PAS kata: "Tun Dr. Mahathir bijaksana, negarawan terbilang, sangat berjasa, kuat memikirkan kepentingan negara, Malaysia memerlukan orang seperti Tun Dr. Mahathir bukan Pak Lah".
PADA MULANYA...
6 Masa Anwar Ibrahim duduk dalam UMNO, PAS kata: "Anwar munafik, pengkhianat agama, jual agama, berpura-pura…"
KEMUDIANNYA..
Bila Anwar kena pecat, PAS kata: "UMNO buang Anwar sebab dia pejuang Islam, dia memerangi rasuah dan itu tandanya UMNO anti-Islam".
PADA MULANYA...
7 Masa Anwar dituduh dengan tuduhan seks, PAS kata: "Dalam Islam tidak boleh tuduh orang dengan tuduhan seks, melainkan kena ada empat orang saksi". Macam tu juga depa kata semasa Mat Sabu dituduh berkhalwat.
KEMUDIANNYA..
Bila PAS ceramah, ramai penceramah PAS tuduh pemimpin UMNO dengan tuduhan seks dan berbagai, PAS kata: "Ini tujuannya untuk menegakkan Islam iaitu Amar Makruf dan Nahi Mungkar.."
PADA MULANYA...
8 PAS kata: "Sesiapa yang menolak hudud kerana masyarakat majmuk maka dia menjadi kafir"
KEMUDIANNYA..
PAS Kedah yang baru memerintah kata: "Kedah tidak boleh buat macam Kelantan dalam semua benda seperti tutup pusat judi, sebab di Kedah ramai orang bukan Islam, bukan macam Kelantan.
PADA MULANYA...
9 PAS kata: "Bersekongkol dengan parti politik yang tidak bepegang dengan dasar Islam jadi sesat atau kufur".
KEMUDIANNYA..
PAS berkawan dan berjihad bersama PKR. Bahkan PKR yang memimpin PAS sekarang, sedangkan parti Anwar itu tidak pun menyebut dalam perlembagaannya Islam sebagai dasar.
PADA MULANYA...
10 PAS kata: "Kerajaan yang tidak berusaha menjalankan hukum hudud adalah kerajaan yang Quran kata: "Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka mereka adalah orang-orang kafir".
KEMUDIANNYA..
PAS Kedah kata: "Hudud tidak termasuk dalam keutamaan kerajaan PAS Kedah" (Azizan Razak)
PADA MULANYA...
11 PAS kata: "UMNO mungkar sebab benarkan pembinaan kuil-kuil yang banyak, terutama Batu Caves".
KEMUDIANNYA..
PAS Kelantan telah izinkan tokong Buddha tidur yang terbesar di Asia.
PADA MULANYA...
12 PAS kata: UMNO mungkar sebab benarkan geng-geng libaral yang menghina Islam menulis dalam surat khabar seperti Astora Jabat, SIS dan lain-lain.
KEMUDIANNYA..
Harakah benarkan Raja Petra yang selalu mempertikaikan Islam menulis dalamnya. Hanya kerana Raja Petra menghentam kerajaan.
PADA MULANYA...
13 Amanat Hadi kata: Menentang UMNO adalah jihad dan jika mati syahid sebab UMNO tak pakai undang Islam memerintah.
KEMUDIANNYA..
PAS perintah Kelantan dah 18 tahun, Trengganu 4 tahun dan sekarang Kedah, Perak dan Selangor, dan sekarang kata undang-undang hudud bukan keutamaan PAS. Apakah jika menentang PAS sekarang adalah jihad dan syahid?
PADA MULANYA...
14 PAS kata: UMNO tak amanah kerana telah hilangkan banyak duit negara
KEMUDIANNYA..
PAS telah lesapkan banyak duit koperasinya sendiri Ko-Hilal. Ahli-ahli koperasi itu semua maklum hal tersebut, wang mereka hilang entah ke mana?
PADA MULANYA...
15 PAS kata: "Tidak boleh berkerjasama dengan UMNO sebab UMNO tolak Islam"
KEMUDIANNYA..
PAS kerjasama dengan DAP yang selalu dok kata: "Kami menentang negara Islam" (Kit Siang). Bahkan PAS Perak kata: "Kerjasama dalam kerajaan bersama DAP, lebih mulia dari berkerjasama dengan UMNO".
PADA MULANYA...
16 PAS kata: "UMNO tak layak mengaku nak Islam sebab UMNO tidak mempunyai ciri-ciri Islam yang sepatutnya"
KEMUDIANNYA..
PAS sekarang berkempen mengwar-warkan bahawa pimpinan tertinggi mereka yang disanjungi di Penang iaitu Lim Guan Eng ingin meniru khalifah Umar bin Abdul Aziz. Apakah iman Guan Eng begitu suci dan sempurna bagi PAS. Mungkin lepas ini PAS akan beritahu bahawa Guan Eng kuat sembahyang tahajud macam khalifah Umar bin Abdul Aziz.
PADA MULANYA...
17 PAS kata: "UMNO tidak mahu cegah mungkar masa memerintah"
KEMUDIANNYA..
PAS hanya mendiamkan diri dengan berbagai pusat-pusat mungkar yang ada di Perak, Selangor dan Kedah.
PADA MULANYA...
18 PAS kata: "Tidak boleh wujudkan jemaah Islam yang lain selain PAS yang merupakan jemaah pertama di Malaya. Mereka yang wujud itu adalah penentang gerakan Islam" (Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib).
KEMUDIANNYA..
PAS meredai kewujudan parti-parti lain seperti PKR, Semangat 46, bahkan berkerjasama dengan begitu erat dengan mereka. Kanapa boleh? Kenapa tak suruh masuk PAS saja?
PADA MULANYA...
19 Semasa berkerjasama dengan Parti Semangat 46: PAS memuji-muji Tengku Razali, Rais Yatim dengan pujian yang sakan tentang kebijaksanaan mereka. Bahkan PAS bertakbir dalam majlis mereka.
KEMUDIANNYA..
PAS kutuk depa semua dan kata macam-macam. Sedangkan dulu puji sakan dan berlebih-lebihan. Mereka memang asal dari UMNO, adakah PAS lupa? Apakah selepas ini PAS juga akan mengutuk PKR dan DAP jika kerja sama itu gagal?.
PADA MULANYA...
20 PAS kata: Tidak boleh berpakat, atau cenderung hati dengan orang kafir yang menentang Islam. Itu boleh batal Islam
KEMUDIANNYA..
PAS menerusi PKR berbaik-baik dengan pemimpin HINDRAF yang menentang keistimewaan Islam dalam negara ini. Bahkan PAS kata: "Kita tidak berminat menentang Hndraf, itu hak mereka untuk berdemonstrasi" (Harakah)
PADA MULANYA...
21 PAS kata haram menyertai UMNO atau tolong UMNO sebab dasar mereka tak Islam.
KEMUDIANNYA..
PAS tak marah pula orang sertai PKR dan DAP, bahkan PAS tolong mereka supaya menang dalam PRU ke-12.
Majlis Peguam dalam reaksi segeranya telah meminta pihak berkuasa bertindak mendakwa Presiden Perkasa, Ibrahim Ali di bawah Akta Hasutan berikutan gesaan NGO itu supaya kitab Bible yang mengandungi kalimah Allah s.w.t dan disebarkan kepada pelajar Melayu Islam di Pulau Pinang dibakar.
Bila ada kepentingan untuk politik pembangkang tak semena-mena mereka mahu menggunakan Akta Hasutan yang sebelum ini seringkali dituduh sebagai alat Kerajaan Pusat untuk menutup mulut pemimpin pakatan pembangkang.
Dasar hipokrit betul. Itu sudah menjadi standard Majlis Peguam yang kiblatnya sejak dulu condong memihak kepada pembangkang, lagipun dalam bab putar belit sebegini sudah terlalu sinonim dengan mereka.
Dalam pada itu, ramai juga pemimpin PR dan pihak gereja Kristian tumpang sekaki mendesak Kerajaan Pusat bertindak tegas terhadap Ibrahim Ali kononnya demi memelihara hak kebebasan agama yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.
Tapi hak agama Islam yang dijamin sebagai agama Persekutuan serta penganutnya dilindungi daripada hasutan dan dakyah agama lain tidak pula para hipokrit politik dari PR dan puak Kristian ini mahu ambil kira untuk dihormati sama. PR yang secara kasarnya kelihatan dikuasai pemimpin beragama Islam rupa-rupanya lebih sensitif bila timbul isu melibatkan kitab Bible, pelik bin ajaib betul.
Kalimah Allah s.w.t sengaja mahu dinodai untuk disamakan dengan konsep ketuhanan triniti Kristian tidak pula mereka sensitif untuk pertahankan kesuciannya.
Sepatutnya sebelum mereka mencemuh Ibrahim Ali dan NGO yang diketuainya, lebih elok mereka cermin wajah sendiri dan kaji dari mula siapakah yang mula-mula mencetuskan isu kalimah Allah s.w.t untuk dimasukkan dalam kitab Bible Bahasa Melayu.
Jika tidak kerana mulut lancang dan kurang ajar dari Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menimbulkan isu ini dalam ucapannya semasa perutusan Kristmas 2012, perkara sebegini tidak akan timbul langsung.
Tapi dek kerana DAP begitu kemaruk mahukan undi penganut Kristian untuk berdepan dengan PRU 13 maka mereka dengan sengaja mencetuskan kembali tuntutan kalimah Allah s.w.t sekaligus menyebabkan suasana harmoni di antara orang Islam dengan minoriti Kristian di negara ini kembali hangat.
Tambah memanaskan keadaan bila mana para mubaligh Kristian keturunan Cina di Pulau Pinang kelihatan seperti sengaja mencurah minyak pada api yang sedang marak dengan menyebarkan kitan Bible yang mengandungi tulisan jawi dan kalimah Allah s.w.t kepada para pelajaf Melayu Islam di beberapa buah sekolah menengah di sana.
Nyata sekali pihak yang sepatutnya perlu dikecam dan dipersalahkan ialah DAP serta para aktivis Kristian dan bukannya Ibrahim Ali atau Perkasa yang hanya menyuarakan kemarahan terhadap tindakan kurang ajar DAP dan pihak pendakyah Kristian.
Jika benar ada kitab Bible yang mengandungi kalimah Allah s.w.t terutama sekali yang disebarkan kepada pelajar Melayu Islam di Pulau Pinang itu akan dibakar, maka Lim Guan Eng dan DAP lah yang patut menanggung akibatnya, bukan begitu?
SUNGAI PETANI: Anggota 10 badan bukan kerajaan (NGO) daerah Kuala Muda pada Jumaat mengadakan demontrasi aman bagi mendesak Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memohon maaf secara terbuka berhubung penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.
Demonstrasi di hadapan Masjid Sultan Muzaffar Shah di sini selepas solat Jumaat itu disertai puluhan umat Islam antaranya mewakili Persatuan Masyarakat Sejahtera Harmoni Kuala Muda (Maksum), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Kedah, Perkasa Kuala Muda dan Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) cawangan Sungai Petani.
Naib Pengerusi Maksum Rashid Hanafi berkata mereka memberi tempoh 48 jam kepada Ketua Menteri Pulau Pinang itu membuat permohonan maaf secara terbuka atau berhadapan dengan lebih banyak bantahan daripada masyarakat Islam.
"Kami juga mahu dia (Lim) menghormati masyarakat Islam negara ini sebagaimana kita menghormati bangsa lain," katanya kepada pemberita.
Ketua cawangan PBTM Sungai Petani, Mohd Sattar Mohd Saad meminta pemimpin-pemimpin Islam Malaysia bersatu hati menghadapi pakatan pembangkang khususnya DAP untuk menegakkan hak Islam.
"Kita tidak mahu nama Allah digunakan di dalam Bible," katanya.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Rafizi Ramli berhubung satu artikel di dalam laman blog.
Dr Ahmad Zahid memfailkan writ saman tersebut menerusi Tetuan Majid Krishna Menon & Lee di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.
Mengikut pernyataan tuntutan, Dr Ahmad Zahid mendakwa Mohd Rafizi (defendan) menerbitkan artikel fitnah itu di laman blog miliknya iaitu RafiziRamli dotcom.
Dr Ahmad Zahid mendakwa artikel itu adalah tidak benar, palsu dan ditulis dengan niat jahat bagi memberi gambaran negatif berkenaan diri dan pekerjaannya untuk dibaca orang awam.
Katanya Rafizi mengetahui kesan langsung penerbitan artikel tersebut yang membolehkan ia diterbit semula oleh pihak media termasuk media di laman Internet.
Dr Ahmad Zahid turut mendakwa perkataan yang terkandung dalam artikel tersebut membawa maksud bahawa beliau tidak kompeten untuk menjawat jawatan sebagai Menteri Pertahanan, menyalah guna kuasa, tidak bertanggungjawap, menyalah guna wang rakyat dan pecah amanah.
Beliau mendakwa tujuan sebenar Rafizi berbuat demikian adalah untuk melupuskan keyakinan orang awam dan gabungan Barian Nasional terhadapnya terutama dalam pilihan raya umum akan datang.
Dr Ahmad Zahid menuntut ganti rugi am dan khas, ganti rugi teladan, penarikan penuh segala kata-kata fitnah serta meminta maaf dalam format yang diberikan Ahmad Zahid dan diiklankan dalam empat surat khabar tempatan, empat bahasa selama dua hari.
Beliau juga menuntut perintah supaya defendan mengeluarkan artikel tersebut daripada blog miliknya, perintah larangan daripada mengulangi atau menerbitkan semula termasuk di ceramah, perhimpunan dan kempen pilihan raya.
Turut dituntut ialah faedah empat peratus ke atas jumlah ganti rugi, kos dan relif lain. -Bernama
Berita yang baru diterima Ahli Parlimen Baling, Datuk Taib Azamuden Mohd Taib kini terlantar di hospital akibat stroke dan pendarahan di kepala..
Khabarnya beliau dirawat disalah sebuah hospital swasta di Pulau Pinang sejak semalam akibat terkena angin akmar di kediamannya Baling Kedah. Kini beliau dimasukan ke tingkat 1, Wad CCU di Hospital Swasta Pulau Pinang. Walaupun kita orang UMNO yang ternyata berbeza fahaman politik, namun ada baiknya jika sama-sama mendoakan agar beliau cepat sembuh dan sempat bertanding semula di PRU 13...Insyallah...
UMNO mahupun Barisan Nasional (BN) tidak pernah tergamak mendoakan kecelakaan berlaku ke atas sahabatnya apatah lagi kepada umat Islam yang lain.
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999, Ust Taib Azamudden telah bertanding di parlimen Baling, Kedah mewakili parti PAS, menang dengan 21468 undi.
Namun pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 beliau tewas kepada seorang ustazah, Dato' Dr Mashitah Binti Ibrahim.
Pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau memenangi kerusi parlimen Baling mengalahkan calon Barisan Nasional - UMNO, Datuk Abd. Azeez Abdul Rahim.
Isu Kalimah Allah benar-benar meletakkan PAS di dalam keadaan tersepit di antara agama dengan politik atau antara Allah SWT dengan Tokong Lim DAP.
Media perdana beberapa hari ini giat melaporkan bantahan yang dibuat oleh ahli-ahli PAS sendiri terhadap DAP melalui perhimpunan aman, serta memijak bendera DAP. Malah, terdapat juga laungan agar PAS keluar dari Pakatan Rakyat. Antaranya di Pulau Pinang dan juga Kelantan.
Seiring dengan itu Ketua Dewan Ulama serta beberapa orang pemimpin Ulama PAS bertali arus membuat kenyataan tidak bersetuju Kalimah Allah digunakan di dalam Injil Kristian. Tetapi, seiring dengan itu juga, Ulama-ulama ini ditempelak oleh DAP dan PKR kerana mereka telah terlebih dahulu bersetuju dengannya sebelum ini dan sebarang tindakan untuk menukar fikiran adalah tidak relevan sama sekali.
Keadaan ini membawa kepada keputusan demokrasi iaitu DAP, PKR menang dan PAS kalah, walaupun PAS enggan mengakuinya.
Sehubungan dengan itu, pemimpin tertinggi PAS pula mengambil keputusan untuk menutup mulut membiarkan isu ini berlarutan dalam keadaan "DAP menang tetapi PAS enggan mengaku kalah". Pendek kata, PAS mengambil keputusan untuk tidak membuat keputusan.
Kita faham, bahawa PAS dan DAP sudah menjadi satu, yakni jika dicubit peha kanan peha kiri terasa juga.
Sikap ini membuatkan rakyat tertanya-tanya, apa kesudahannya? Sampai bilakah penyokong PAS akan berdemo membantah DAP dan tidak diendahkan? Apa yang mereka harap akan perolehi dari memijak bendera DAP?
Akhirnya, Harakahdaily hari ini memberi jawapannya melalui kenyataan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman yang menafikan bahawa mereka yang berdemo itu adalah ahli-ahli atau penyokong PAS. Katanya, itu semua adalah gimik UMNO untuk melaga-lagakan PAS-DAP. Katanya, itu adalah bukti UMNO terdesak.
Menurut beliau, ahli-ahli PAS menghormati keputusan Majlis Syura dan tidak akan bertindak demikian dan menuduh Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebagai tidak mampu menangani isu Kalimah Allah ini sedangkan ia di bawah penguasaan UMNO.
Dalam ertikata lain, beliau menerima keputusan Majlis Syura bahawa Kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh kitab agama lain tetapi keputusan itu hanyalah tertakluk kepada Ahli PAS sahaja, dan di masa yang sama, tertakluk kepada keputusan Pakatan Rakyat bahawa ahli DAP, PKR dan semua masyarakat yang tidak menjadi ahli PAS boleh menggunakan Kalimah Allah di dalam kitab agama lain.
Inilah hakikat keputusan rasmi Pakatan Rakyat yang sukar untuk diterjemah secara jelas oleh para pemimpin PAS, tetapi Abdul Latif ternyata telah berjaya memberanikan diri untuk menjelaskannya kepada kita.
Abdul Latif pasti faham, bahawa selagi PAS terus bersama PR, selagi itulah PAS terpaksa akur kepada keputusan demokrasi PR dan apa saja keputusan PAS secara bersendirian adalah keputusan yang tidak relevan dan tidak ada nilai.
Oleh itu, sekiranya, PR memenangi PRU kali ini, maka kita boleh menjangkakan satu undang-undang baru yang menyatakan dengan jelas bahawa Kalimah Allah boleh digunakan oleh agama-agama lain, tanpa pemantauan dan tanpa halangan atas dasar hak kebebasan dan hak asasi masing-masing.
Jika Abdul Latif menafikan yang ini juga maka beliau wajib menjelaskan apakah kedudukan isu Kalimah Allah ini jika PR menjadi pemerintah.
Beliau perlu nyatakan apakah umat Islam perlu berputih mata membenarkan Kristian menyalahgunakan kalimah tersebut kerana suara Majlis Syura tidak ada nilai di dalam kerajaan PR dan tiada siapa boleh berdemo mengutuk keputusan itu bagi menjaga kesepakatan PAS-DAP?
ADUH PECAH RAHSIAKU, KENA MINTA AZMIN BUAT SESUATU NE
ANWAR IBRAHIM mula merosakkan politik aman negeri Sabah apabila dia menjejakkan kakinya di Kota Kinabalu pada tahun 1986. Ketika itu dia Ketua Pemuda UMNO. Anwar menyokong usaha-usaha menjatuhkan Tun Datu Mustapha melalui beberapa proksi pemimpin pemuda USNO.
Walaupun usaha tersebut gagal selepas Tun Datu Mustapha mengambil tindakan pantas memecat pembelot-pembelot USNO.
Sikap mereka ini tidak pernah berubah, selepas USNO dimatikan, UMNO masuk ke Sabah dan mereka ini sangat gembira. Apabila Anwar Ibrahim menjadi TPM dan Menteri Kewangan, Anwar menyusun semua orang-orangnya dalam kedudukan UMNO Sabah.
Semua Ketua-Ketua Bahagian UMNO yang pro Tun Datu Mustapha, yang pro Tun Ghafar Baba, yang pro Pak Lah semuanya dimatikan dengan cara memberi seberapa banyak wang kepada proksinya dan kalahkan sesiapa yang tidak menyokong Anwar. Cara-cara Anwar sunguh-sungguh seperti Komunis.
Benar kata Datuk Salleh Tun Said, kamu Anwar jangan bersandiwara. Cerita perkara sebenar pasal IC Sabah.
Pada tahun 1995, apabila ramai orang-orang Anwar yang sedang memegang jawatan Ketua Bahagian hendak dilawan, Anwar menggunakan apa saja cara untuk mengalahkan mereka. Anwar bukan sahaja memberi wang tunai, tetapi Lot-Lot Saham yang boleh ditukar di bank-bank Bumiputera. Ramai Ketua Bahagian dan Timbalan Ketua Bahagian yang pro-Anwar kaya mendadak!
Satu contoh, Anwar telah menggunakan kuasanya untuk mengarahkan pihak keselamatan supaya menangkap individu-individu yang kononnya terlibat dalam projek IC. Inilah manusia yang paling Hikpokrit! Dia menyuruh orang itu mengatur IC Projek, kemudian dia mengarahkan pihak polis menangkap orang itu semula. Tujuannya supaya orang itu tidak menang Ketua Bahagian, kerana jika dia menang dia akan mencalonkan Tun Ghafar Baba bukannya Anwar Ibrahim. Busuk kan hati Anwar Ibrahim.
Anwar menyuruh semua orang supaya Kalahkah PBS, tumbangkan Pairin dengan apa cara sekalipun! Kamu tahu apa itu 'apa cara sekalipun'?
Dia ingat dia Tuhan di dunia ini boleh membodohkan semua orang, kalau Allah SWT kata Kun Fayakun maka tidak jadilah kamu sebagai Perdana Menteri, walaupun kaki kiri kamu sudah menjadi Perdana Menteri.
Wahai Anwar Ibrahim, ketika kamu berkuasa kamu memiliki ladang kelapa sawit yang luas di Sandakan, ketika kamu melawat ladang-ladang kelapa sawit kamu di Sandakan, siapakah pekerja-pekerja ladang kelapa sawit kamu? Adakah pekerja tempatan Sabahan KadazanDusunMurut (KDM) atau PATI!
Kamu tahu bapa Yong Teck Lee bukanlah orang Sabah tetapi dari negara China. Bapa Yong Teck Lee (Yong Lok @Yong Luk) datang ke Sabah membuka Workshop di Lahad Datu. Kamu yang melantik Yong Teck Lee menjadi Ketua Menteri (itulah maksud Datuk Salleh Tun Said yang kamu sangat berkuasa ketika itu), supaya kamu boleh mengumpul harta kekayaan di Sabah bukan. Tidaklah hairan jika Yong Teck Lee membuntuti kamu sekarang!
Dan, kamu juga pernah berenjoy dengan seorang artis Wanita Sabah bukan? Berlumba-lumbaan dengannya bukan. Memanglah kamu sangat suka kepada wanita-wanita cantik, seksi dan menawan.
Bayangkan Anwar tak menyukai Najib ke Gaza. Kita tak hairan kenapa kenyataan ini keluar dalam Malaysian Insider. Sebabnya kita tahu siapa di belakang MI
Bayangkan kenyataan yang sama keluar dalam Harakah. Rujuk screen shot ini. Siapakah yang mengawal PAS sekarang? Anwar? Yahudi atau orang Islam?.??
Pakatan Rakyat yang dikatakan terlalu yakin sekarang dapat menumbangkan Kerajaan Dato Najib dalam PRU13 beberapa minggu lagi, sepatutnya Pakatan Rakyat kini sudah dapat menilai calon-calon layak untuk dilantik sebagai menteri kabinet Pakatan Rakyat sejurus selepas kemenangan.
Anwar (yang dikatakan sebagai calon tunggal dan utama sebagai PM Malaysia Pakatan Rakyat) sewajarnya telahpun mencongak dengan serius mengenai barisan anggota jemaah menterinya sekarang.
Jangan pula jadi seperti PAS Kedah sewaktu diumumkan memenangi Negeri Kedah pada PRU12 dahulu, nak letak siapa jadi exco kerajaan negeri pun kelam kabut, disebabkan PAS langsung tiada perancangan untuk menang pun. Diorang ingat hanya dapat mengurangkan jumlah penguasaan BN dalam DUN sahaja, rupa-rupanya PAS diisytiharkan menang di Kedah ! Barulah menggelabah bewak depa susun ahli exco ... Jangan ini terjadi lagi.
Oleh yang demikian, AloQStaQBlog mendesak (selepas Desakan 1 tempohari : Berapa Banyak Turun Harga Minyak?) sebagai wakil bagi pihak rakyat marhaen kepada pengurusan tertinggi Pakatan Rakyat khasnya kepada encik Anwar Ibrahim, SILA SENARAIKAN "KABINET BAYANGAN" PAKATAN RAKYAT !
Seandainya dalam seminggu dua ini, PAKATAN RAKYAT tidak mempamerkan pembahagian parti (Pakatan Rakyat) dalam mengisi kerusi jemaah menteri selepas menang PRU13, AloQStaQBlog dapat memberi kesimpulan bahawa PAKATAN RAKYAT tidak sehati sejiwa, tidak bersatu demi rakyat dan sekadar menentang BN/UMNO untuk menang PRU13, tetapi hakikatnya kerajaan Pakatan Rakyat yang menggantikan BN/UMNO nanti PASTI akan bercakaran sesama sendiri untuk berebut jawatan menteri.
RAKYAT PERLU TAHU SEMUA INI, SEBELUM MEMBERI SEBARANG UNDI ! Selama ini rakyat sudahpun tahu pembahagian (parti) mengikut acuan Barisan Nasional. Jadi, untuk pertama kalinya, rakyat ingin tahu pula struktur kabinet dari acuan Pakatan Rakyat !
Jangan takut untuk hebahkan kepada rakyat Malaysia, Inilah barisan kabinet di bawah Pakatan Rakyat sejurus selepas menang PRU13 nanti .... Adakah Jawatan-Jawatan TOP MINISTER akan disusun seperti di bawah ? (Sumber tak rasmi)
PERDANA MENTERI + Menteri Kewangan 1 + Menteri Pertahanan1= Anwar Ibrahim (PKR)
Timbalan Perdana Menteri 1 = Hadi Awang (PAS)
Timbalan Perdana Menteri 2 = Lim Guan Eng (DAP)
Timbalan Perdana Menteri (Khas Sabah/Sarawak) = Mana²MP (Pemimpin Parti) yang menang besar dari Sabah/Sarawak
Menteri Kewangan 2 = Azmin Ali (PKR)
Menteri Dalam Negeri & Hal Ehwal Rakyat(Pembaharuan) = Mahfuz Omar (PAS)
Menteri Pertahanan 2 = Saifuddin Nasution (PKR)
Menteri Kehakiman dan Undang-Undang Persekutuan(Pembaharuan) = Karpal Singh (DAP)
Menteri Hal Ehwal Integriti dan Hubungan Persekutuan(Pembaharuan) = R.Sivarasah (PKR)
Menteri Pendidikan(Pembaharuan Nama) = Kamarudin Jaffar (PAS)
Menteri Pendidikan Profesional(Pembaharuan Nama) = Rafizi Ramli (PKR)
Menteri Hal Ehwal Kebajikan Wanita , Masyarakat & Kanak-Kanak(Pembaharuan Nama) = Fong Po Kuan (DAP)
Menteri Tugas Khas 1 (Portfolio Sebangsa) = Mat Sabu (PAS)
Menteri Tugas Khas 2 (Portfolio Senegara) = Lim Kit Siang (DAP)
Menteri Tugas Khas 3 (Portfolio Sejiwa) = Wan Azizah (PKR)
-Dan Lain-Lain portfolio yang tidak dapat disenaraikan kerana masih kekurangan info-
BENARKAH SENARAI TOP MINISTER DI ATAS ??
(SIAP ADA PEMBAHARUAN NAMA PORTFOLIO LAGI TU !?) ...
Kepada Anwar & Pakatan Rakyat - SILA SENARAIKAN STRUKTUR LENGKAP BARISAN ANGGOTA KABINET ANDA untuk dinilai oleh rakyat seperti kami.
Sama ada ianya patut disokong atau dijadikan bahan lawak semata-sama !! Kalau PR berani & benar-benar telus,PAMERKANNYA SEKARANG !!!
UM Centre Of Democracy And Election (UMCEDEL) once again ran a survey regarding the election on December 26, 2012 until January 11, 2013 which involves 1409 respondents. Prior to that, they did the same survey involving 2282 respondents from March 31, 2012 - April 15, 2012 and 1536 respondents from September 1, 2012 - September 16, 2012. UMCEDEL previously discovered that 50% chooses BN and 30% remain undecided. However, BN supporters did not really take the results seriously because they take UMCEDEL as same as Merdeka Center, a research centre which is led by foreign party and it cannot be trusted. And with the background of UMCEDEL's Director, Professor Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman, the former President if ABIM who is still loyal towards Anwar Ibrahim and seems open with the idea of liberalism. Besides that, Prof. Redzuan is also questioned regarding his credibility in handling political census considering that he is from the Faculty if History and Literature. Thus, when he announced that the recent survey found that there is a decline in support towards BN, it is expected. It is just a standard strategy for Merdeka Center to show declining support as General Election comes closer to bring down BN's moral, and it is UMCEDEL's responsibility to do the same. However, to be fair, we should have an open mind and accept the findings presented by UMCEDEL, which showed that 78% from 1409 respondents have their doubts on BN on issue of integrity and power abuse and from the 78%, 95% of the respondents are Chinese, showing signs that component party, MCA, will be facing a tough challenge in getting back their seats. What is more interesting is that, NFC issue, Lynas and Deepak is also said to be a huge issue among rakyat and it could become a possible threat for BN. While for the opposition, the issue which becomes priority for rakyat would be the internal conflict. However, it is surprising that only 59% takes it as the main issue, while 21% is not sure and another 20% do not care if their government often fight among one another. Issues such as PTPTN, free tolls and reduce oil price shows that 50% respondents believe that opposition will be able to fulfil their promise. Thus, showing that Malaysians still fail to understand the logical explanation on the logic of managing the country's and global economy to believe that the could do such a thing without having to suffer financial crisis in such short notice. Whatever it is, if we are to consider that the 1409 respondents are the voice of rakyat, then one thing which we would have to look on would be the Chinese's tendency to choose PRm or accepting Anwar Ibrahim as the Prime Minister. Support from the Chinese towards PR, or Anwar Ibrahim if true, is seen through the factor of PR's characteristics which is liberal and that they are prepared to abolish the 'Islamic State' clause in the constitution as well as getting rid of Malay rights. Moreover, PR is also known to be supporting Christians activities as well as their openness towards LGBT group. Even though PAS is supposed 'balance' things out on PR's liberalism, everyone knows that PAS's voice does not matter in the coalition. PAS cannot do anything other tha objecting the matter with their mouth, or their best, step on DAP's flag. That is about it. This is because PAs is scared if they are kicked out from PR. The fact is, PAS cannot put their hope on PKR to help then defend Islam even though the party is led by Anwar Ibrahim, a Muslim Malay. Anwar is a pluralist, liberal and he is much more comfortable to be around Christian DAP than PAS. We are not surprised why the Chinese chooses PR and we are not surprised if they are willing to take Anwar as their Prime Minister. Considering that all of Anwar's secret is still in DAP's hands, UMCEDEL's survey findings may be credible after all. However, the thing which might be in question would be their motive in supporting PR because we believe that the government's integrity is not part of the issue. If that is the issue, then DAP's integrity in terms of corruption and vote rigging is a lot worse, thing goes to PKR and PAS as well. The conclusion, the Chinese choose to go with PR because PR is willing to sacrifice Islam and Malay rights. Malays chooses PR because they want to 'get rid' of corruption, even if they have to sacrifice Islam and their own race.
The issue of kalimah Allah has really put PAS in a tight conflict between religion and politics which is between Allah SWT with Tokong Lim DAP. Mainstream media these days often publish report on objections made by PAS members against DAP through peaceful demonstration, and stomping on DAP's flag. Some even demanded that PAS should get out of Pakatan Rakyat. Few of them include supporters from Penang and Kelantan. With that, Ulama Council Chief as well as a few of PAS Ulama leaders made statements to oppose on the usage of kalimah Allah in the Bible. However, these Ulama were then criticized by DAP and PKR because they have previously agreed to the matter and any change of minds after that is just irrelevant. This then brought them to a democratic decision where DAP and PKR won and PAS lost, even though PAS refuse to admit that. With that, PAS top leadership took the decision to stay quiet. In short, PAS decided to not make any decisions. This then raises question among rakyat. Until when would PAS supporters organize demonstrations to oppose DAP which does not lead to anything? What would they get from stomping on DAP's flag? Finally, Harakahdaily today gave their response through the statement of PAS Kelantan Youth Chief, Abdul Latif Abdul Rahman where he denied that those who were at the demonstration were members or supporters for PAS. He said, that is just UMNO's gimmick to cause trouble between PAS-DAP. He said, it is the proof that UMNO is desperate. According to him, PAS members respect the Syura Council's decision and they would not have organized any demo and put they are blaming the Home Ministry as they are unable to handle the kalimah Allah issue even when it is under UMNO's jurisdiction. In other words, he accepts Syura Council's decision that kalimah Allah cannot be usde by other religion but the decision only falls to PAS members, and at the same time, it is subjected to Pakatan Rakyat's decision that members of DAP, PKR and those are are not PAS members, can use kalimah Allah in their religious books. That is Pakatan Rakyat's official decision which PAS leaders do not really know how to express, but Abdul Latif managed to explain all that to us. Abdul Latif must have understand that as long as PAS is with PR, the party would have to obey to PR's decision and PAs's decision is just irrelevant. That is why, If PR wins the coming election, we can expect that kalimah Allah can be used by other religion, freely. If Abdul Latif denies this one as well, then he should explain where would this kalimah Allah issue stand if PR leads this country.
You are subscribed to email updates from tunku To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) menjurus kepada pola pengundian yang menunjukkan Barisan Nasional akan terus diyakini rakyat untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke 13 yang bakal diumumkan pada bila-bila masa sahaja.
Statistik kaji selidik UMCEDEL menunjukkan BN mendahului Pakatan Rakyat dengan lima mata peratusan.
BN memperolehi 42 peratus berbanding 37 peratus yang memberikan keyakinan kepada PR berdasarkan kepada soal selidik ke atas saiz sampel 1,409 pengundi.
Malah pemimpin BN berpendapat bukan sahaja parti pemerintah akan menang besar tetapi juga akan berjaya merangkul kembali majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.
Keyakinan ini bukanlah cakap-cakap kosong kedai kopi tetapi berlandaskan kepada fakta dan realiti di peringkat akar umbi pengundi.
Sikap keterbukaan dan pendekatan inovatif pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Naji Tun Razak merupakan dua faktor amat penting yang menyumbang kepada keyakinan rakyat kepada BN.
Walaupun pihak pembangkang saban hari membangkitkan pelbagai isu yang didakwa bersabit dengan rasuah dan penyelewengan tetapi rakyat terutamanya pengundi bijak memilih di antara kaca dan permata.
Apa yang mereka sekarang lihat dan nikmati adalah hasil pro-aktif kepemimpinan cemerlang yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri dalam memperjuang serta menjaga kebajikan rakyat.
Daripada perbelanjaan isu rumah, pendidikan, kebajikan pelajar, warga emas, pemandu teksi, golongan karyawan, agamawan dan nelayan hinggalah kepada golongan peniaga serta usahawan, semuanya kini sedang menikmati hasil bermacam-macam program yang dilancarkan oleh Datuk Seri Najib.
Boleh dikatakan tidak ada lapisan masyarakat atau golongan rakyat yang disisahkan daripada menerima bantuan dalam pelbagai bentuk dan rupa.
Program BR1M 1.0 dan 2.0 yang dituduh pembangkang yang kekeringan isu sebagai rasuah politik menerima respons yang sungguh menakjubkan.
Begitu juga lain-lain program KR1M, Klinik 1 Malaysia, TR1M, KD1M yang terbit daripada dua program transformasi kerajaan - Program Transformasi Pentadbiran dan Program Transformasi Ekonomi.
Mentadbir sebuah negara majmuk seperti Malaysia dengan 1001 kerenah daripada setiap kaum yang berlatar belakangkan etnik, agama, bahasa, budaya serta pandangan dunia yang berbeza bukanlah suatu yang mudah.
BN telah berjaya mengangkat serta menobatkan martabat negara dari semua susut pembangunan - ekonomi, politik dan sosial - daripada sebuah negara berasaskan pertanian kepada negara industri yang mennuju kepada status negara maju menjelang 2020.
Segala yang telah dicapai sehingga kini bakal hancur dan musnah jika negara berada di dalam tangan pembangkang.
Ini kerana asas politik pembangkang adalah kebencian dan perpecahan serta memporak perandakan negara demi untuk memperolehi kuasa politik.
Pembangkang tidak peduli tentang aspek keselamatan negara mahupun kedaulatannya kerana apa yang penting bagi mereka ialah merampas Putrajaya dengan menimbulkan kekacauan dan huru hara.
Ini terbukti dengan siri demonstrasi dan tunjuk perasaan yang sering diadakan sejak PRU 2008 kononnya untuk memperjuangkan hak rakyat.
Sebenarnya bukan rakyat yang menjadi fokus gerakan pembangkang.
Rakyat hanya dimobilisasikan sebagai satu gerakan massa bagi kepentingan politik pemimpin-pemimpin pembangkang dalam Pakatan Rakyat yang masing-masing mempunyai halatuju dan ideologi yang berbeza.
Walaupun kajian UMCEDEL menunjukkan sejumlah 78 peratus daripada saiz sampel pengundi dalam soal selidik yang dijalankan mengatakan, integriti dan salahguna kuasa pemimpin BN memberi kesan kepada sokongan pengundi dalam pilihan raya umum, namun ini ada hanyalah masalah persepsi yang telah dicorakkan dalam pemikiran rakyat oleh pembangkang.
Akhirnya rakyat akan menunjukkan kematangan di peti undi bila mana mereka mampu membandingkan dengan fikiran dan hati yang terbuka kehidupan yang telah mereka nikmati sepanjang pemerintahan BN.
Mereka juga akan membandingkan janji-janji kosong pembangkang yang tidak mampu dilaksanakan serta lebih indah khabar dari rupa.
Hasil kaji selidik Universiti Malaya itu yang menunjukkan 53 peratus masyarakat Cina masih "tidak pasti" untuk memilih parti mana pada PRU 13 juga seharusnya tidak perlu dibimbangi.
Pengundi Cina melihat politik sebagai satu bentuk perniagaan yang mengutamakan aspek keuntungan lebih daripada unsur yang lain.
Walaupun mungkin wujud beberapa isu yang menjadi kebimbangan kepada mereka, pengundi Cina perniagaan akan bertindak seperti peniaga yang akan memastikan kerajaan yang mereka pilih mampu memberi suasana perniagaan yang stabil, kompetitif dan aman daripada segala halangan yang membantutkan ekonomi mereka.
Pembangkang mungkin boleh bermulut manis menabur segala macam janji termasuk ada yang tidak masuk akal sama sekali tetapi rakyat akan tetap memilih BN yang rasional, komited, berwawasan serta sentiasa menepati janjinya.
Sekian Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Lawatan sulung Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza baru-baru ini dapat memberi sokongan pragmatik dan disifatkan sebagai 'lawatan perpaduan' oleh rakyat Palestin.
Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF), Khalek Awang berkata, selain menjanjikan keamanan masa depan, lawatan itu turut menekankan kepentingan amalan kesederhanaan dalam pemerintahan tertinggi.
Beliau berkata, frasa 'lawatan perpaduan' memang tepat kerana sejak 1948 berjuta-juta umat Islam dan Kristian Palestin terpaksa meninggalkan tanah air dan tinggal dalam buangan, namun impian rakyat Palestin terhadap pendamaian tetap kukuh.
"Dengan melawat Gaza, Perdana Menteri cuba memaparkan kepada dunia perjuangan rakyat Palestin yang telah bertahan selama beberapa dekad, sekali gus memberi sokongan pragmatik kepada mereka," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, Jumaat.
Beliau berkata, jika golongan sederhana berusaha secara kolektif dan lebih prihatin terhadap ketidakadilan yang ditanggung rakyat Palestin, inisiatif itu pasti membuahkan hasil yang dinanti-nantikan iaitu perdamaian antara Hamas dan Pihak-Pihak Berkuasa Palestin atau perdamaian antara Palestin dan Israel.
Najib melawat Gaza, lawatan pertama seorang perdana menteri Malaysia ke bumi Palestin, pada lawatan kerja tiga hari beliau di Mesir yang bermula Isnin lepas sebelum menghadiri Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland.
Riuh rendah para pemimpin pakatan pembangkang mencemuh kenyataan Presiden perkasa, Ibrahim Ali berhubung saranannya supaya dibakar kitab Bible yang mengandungi kalimah Allah s.w.t dan kini sedang giat disebarkan oleh golongan pendakyah Kristian kepada para pelajar Melayu Islam di Pulau Pinang.
Respon keras oleh Ibrahim itu ada asasnya, lebih-lebih lagi sudah lama umat Islam menahan sabar setelah bertahun-tahun isu kalimah Allah s.w.t telah dengan sengaja ditimbulkan oleh DAP dan para pendakyah Kristian dengan niat untuk merosakkan akidah umat Islam.
Hanya orang yang tidak beriman dari golongan munafikun sahaja yang tidak terasa keesaan Allah s.w.t dan tidak sensitif untuk mempertahankan kesucian kalimahNya dari dinodai oleh pendakyah agama lain.
Tapi agak menakjubkan bila mana ada juga kalangan pemimpin PAS yang tumpang sekaki mengkritik saranan Ibrahim Ali, kelihatannya seperti parti berlabel Islam itu lebih sensitif bila 'kesucian' Bible disentuh berbanding kesucian hakiki kalimah Allah s.w.t yang sedang cuba dinodai oleh DAP dan pendakyah Kristian.
Barangkali PAS sudah terlalu liberal dan kini telah bertukar kulit dari parti yang memperjuangkan hak agama Islam dan umatnya berubah menjadi parti pro Kristian pula. Besar kemungkinan itu kalau dilihat pada watak dan pembawaan ramai pemimpin PAS yang lebih sudu dari kuah berbanding sesetengah penganut Kristian.
Selain PAS, para pemimpin PR yang lain sama ada dari PKR mahupun DAP rata-ratanya bersungguh benar mengambil kesempatan dari kenyataan keras Presiden Perkasa berhubung kalimah Allah s.w.t dalam kitab Bible itu untuk menimbulkan kemarahan penganut Kristian.
Mereka cuba menimbulkan desakan dan tekanan supaya pihak berkuasa mendakwa Ibrahim di bawah Akta Hasutan sebagaimana digesa oleh Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee. Malah tidak kurang juga yang mahukan Kerajaan bertindak lebih tegas dengan memenjarakan sahaja Ibrahim kononnya atas kesalahan menimbulkan keresahan umum.
Bagi sesetengah penganut Kristian yang sememangnya totok DAP dan pro PKR tentu sahaja menyambut propaganda PR itu dengan telinga terbuka selanjutnya turut memanipulasi secukup rasa tanpa mempedulikan punca sebenar isu asalnya dari niat jahat golongan pendakyah Kristian sendiri.
Golongan sebegini hanya melihat isu dari perspektif kepentingan sendiri walhal sedari dulu lagi Perlembagaan Persekutuan yang menjadi tunggak asas berdirinya negara ini telah memperuntukkan agama Islam adalah agama Persekutuan dan penganut Islam adalah dilindungi daripada sebarang dakyah agama lain.
Persoalannya kenapa selepas PRU 12 2008, hanya dek kerana PR beroleh sedikit kekuatan politik dan kuasa tiba-tiba sahaja segalanya mahu dilanggar dan persetujuan bersama yang sekian lama dipatuhi kini mahu dicabar?
Kenapa bilamana Ibrahim Ali dan Perkasa bersuara mempertahankan Islam maka ia dianggap sebagai hasutan sedangkan kelancangan mulut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng serta pendakyah Kristian cuba menodai kesucian kalimah Allah s.w.t tidak pula dikecam sama?
Kita percaya masih ada penganut Kristian yang terbuka mindanya dan melihat isu ini dari perspektif lain dan tidak mahu turut terjebak dalam mainan politik sempit yang dimulakan oleh gereja Kristian dan DAP. Jika benar demikian bangkitlah segera menolak dakyah-dakyah politik sempit itu demi kepentingan semua pihak Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
You are subscribed to email updates from Taiping Mali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang menolak permohonan Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membatalkan tuntutan 2,020 ibu tunggal di Selangor adalah bukti jelas kegagalan kepimpinan Pakatan Rakyat (PR).
Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, rakyat Selangor kini mula sedar akan sikap kerajaan negeri yang hanya tahu menabur janji palsu tanpa menunaikannya.
"Saya ucapkan tahniah kepada golongan yang memperjuangkan hak mereka. Rakyat Selangor memberi banyak peluang kepada kerajaan negeri untuk menunaikan janji di pilihan raya umum lalu.
"Namun, apabila dapat mandat memerintah, janji tersebut dilupakan begitu saja. Sebab itulah, golongan ini bangkit menuntut hak mereka seperti dijanjikan dan ternyata kebenaran berpihak kepada mereka," katanya.
Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata demikian selepas lawatan kerja di kuarters baru Industri Pertanian Serdang, di sini, semalam.
November lalu, seramai 2,020 ibu tunggal di Selangor memfailkan saman menuntut RM10.9 juta terhadap kerajaan negeri Selangor dan Abdul Khalid kerana gagal memberi elaun ibu tunggal seperti dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.
Hakim Datuk Yaacob Md Sam membuat keputusan menolak permohonan Kerajaan Negeri Selangor dan Khalid untuk membatalkan tuntutan golongan itu atas alasan plaintif mempunyai asas untuk membuat tuntutan.
Noh berkata, ia bukanlah kes pertama tuntutan kerajaan negeri ditolak.
"Sebelum ini mahkamah pernah menolak tuntutan kerajaan negeri yang merampas tanah Yayasan Selangor di Pulau Carey.
"Bagi saya, tindakan kerajaan negeri adalah contoh pentadbiran yang mengikut nafsu. Rakyat Selangor sepatutnya jangan memberi peluang lagi kepada PR untuk menang pada PRU akan datang," katanya.
Walaupun Malaysia belum lagi menjadi negara maju, tetapi negara ini berada di kelasnya yang tersendiri sebagai negara yang berpengaruh dan dihormati. Pendirian Malaysia yang konsisten dan tegas untuk tidak mencampuri urusan negara lain, tetapi menyokong dan membantu segala usaha ke arah keamanan membuatkan kita sering dipilih sebagai rujukan atau pengantara bagi memulihkan keamanan di negara-negara yang berkonflik.
Pendirian Malaysia adalah konsisten sejak era Tun Abdul Razak. Pendirian ini mendapat kekuatan yang ampuh di era Tun Mahathir apabila beliau melonjakkan Malaysia sepuluh langkah ke hadapan sehingga dikenali sebagai Harimau Asia.
Perdana Menteri kita, Dato' Seri Najib jelas mewarisi kehebatan bapanya serta kebijaksanaan Tun Mahathir melalui pengalaman bekerja di era Negarawan tersebut, pantas memperbaharui, meneruskan dan meningkatkan kekuatan yang sedia ada. Semangat kedua-dua tokoh tersebut jelas terserlah dalam kepimpinan Dato' Seri Najib apabila beliau berjaya menggerakan perjanjian damai antara kerajaan Filipina - MILF pada Oktober 2012. Dengan termeterainya perjanjian itu, konflik selama 40 tahun pun berakhir.
Kejayaan tersebut membawa Dato' Seri Najib ke Gaza pula, di mana penindasan terhadap rakyat Palestin oleh rejim Israel berterusan. Beliau dan anggota rombongannya termasuk Datin Seri Rosmah tiba di Semenanjung Gaza, Palestin pada 22 Januari bagi memenuhi jemputan rasmi Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan undangan peribadi daripada Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh.
Jemputan dari Mahmoud Abbas itu disampaikan kepada Dato' Seri Najib pada 3 Disember 2012 melalui Timbalan Pesuruhjaya Hubungan Antarabangsa Al Fatah Palestin, Dr Abdullah M.I. Abdullah. Manakala undangan daripada Ismail Haniyeh diterima pada 11 Disember 2012.
Sebelum ini, Palestin telah beberapa kali menyuarakan harapan kepada Malaysia untuk turut membantu membawa keamanan kepada rakyatnya.
Menghentikan penindasan yang mana tercatat di dalam AlQuran dalam pesanan mengenai Yahudi, pastinya tidak mudah. Langkah awal yang perlu dilakukan ialah meningkatkan kekuatan Palestin terlebih dahulu dengan menyatukan rakyatnya yang berpecah kepada dua, iaitu parti Hamas dan Fatah.
Konflik kedua-dua parti ini bermula pada 2005 selepas kematian Yasser Arafat pada November 11, 2004. Punca konflik ini juga begitu klasik atau terlalu biasa dan dijangka iaitu tuduhan atau hasutan kononnya berlaku nepotisme dan rasuah di dalam kerajaan. Akibatnya, rakyat Palestin berpecah di mana kedua-dua parti menganggap parti mereka sebagai wakil sah rakyat Palestin dengan Fatah berkuasa di Palestinian National Authority dan Hamas di Gaza.
Pertempuran juga sering berlaku antara kedua-dua pihak ini yang mana menggandakan lagi penderitaan rakyat yang telah sedia tertindas oleh rejim Israel.
Beberapa perjanjian pernah diusahakan antara kedua-dua pihak, antaranya di Kaherah pada May 2011 tetapi tidak berjaya memastikan kedua-dua pihak menurutinya. Perjanjian Doha kemudiannya ditandatangani oleh Mahmud Abbas (Fatah) dan Haled Mashaal (Hamas) pada 2012 tetapi dianggap sebagai tergendala dan tiada usaha dibuat ke arah pilihanraya bersama. Kedua-dua parti saling tuduh menuduh dan pertelagahan pun berterusan.
Seperti mana-mana konflik yang melibatkan kepentingan Israel, kedua-dua pihak disyaki menerima bekalan senjata dari Amerika untuk memastikan mereka terus berpecah dan lemah.
Justeru, harapan yang diletakkan di bahu Dato' Seri Najib ialah untuk membantu kedua-dua pihak membantu diri mereka dengan pertama sekali, bersatu. Apa yang pasti, harapan agar beliau mengulangi kejayaan di Filipina, di Gaza bukanlah harapan yang tidak berasas.
Ini kerana, Dato' Seri Najib terkenal sebagai pemimpin yang berani di mana beliau pernah melawat ke kawasan tegang di Selatan Thailand untuk mengusahakan gencatan senjata antara puak pemisah dengan kerajaan Thai. Beliau juga merupakan antara penggerak keamanan di Bosnia pada tahun 1993 dan juga Somalia.
Di kala negara-negara lain mengalami kerosakan dan kemusnahan akibat perang saudara, perpecahan antara kaum dan pemberontakan menentang kerajaan akibat termakan hasutan, Malaysia yang mempunyai landskap yang rapuh, bermasyarakat majmuk dan telah berkali-kali menghadapi 'ugutan' pemberontakan dari pihak-pihak tertentu, kekal berdiri teguh, aman dan makmur. Segala provokasi agama, prasangka kaum dan perbalahan sesama umat Islam yang tercetus dari hasutan secara berterusan dengan matlamat untuk mencetuskan kekacauan, telah tidak menjadi.
Tidak keterlaluan jika dikatakan bahwa kebijaksanaan kepimpinan Dato' Seri Najib merupakan faktor utama kemampuan Malaysia untuk menepis `serangan' pihak yang tidak bertanggungjawab itu. Oleh itu, kita tidak ragu-ragu yang Dato' Seri Najib juga akan dapat membantu Palestin untuk turut 'menepis' hasutan ke arah perpecahan dan melakukan yang terbaik untuk mencapai perpaduan.
Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib percaya pemimpin Pas tidak akan 'terikut-ikut' dengan pendirian Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tetap membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah.
Tegas Harun, beliau sendiri tidak akan berganjak daripada pendirian menyokong keputusan Majlis Syura Ulama yang dibuat pada 13 Januari lalu bahawa kalimah Allah hanya khusus untuk umat Islam.
Menurut beliau, terpulang kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sama ada menerima atau menentang keputusan Majlis Syura Ulama berhubung perkara itu.
"Ikut suka dialah (Anwar). Kalau dia tak setuju atau sokong keputusan Majlis Syura Ulama, itu dia punya pasal. Tapi saya tetap dengan pendirian bersama-sama Majlis Syura Ulama yang memutuskan kalimah Allah hanya untuk orang Islam.
"Saya tidak akan mengambil sebarang tanggungjawab mengenai pendiriannya itu (Anwar)," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Anwar semalam bahawa pakatan pembangkang kekal dengan pendirian membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah.
Pendirian itu jelas bercanggah dengan Pas yang sebelum ini menerusi Majlis Syura Ulama pada 13 Januari lalu memutuskan kalimah Allah hanya khusus untuk umat Islam dan tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu.
Sebelum ini, Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din mengingatkan orang Islam bahawa tindakan meredakan kalimah Allah digunakan untuk agama-agama lain boleh jatuh syirik kerana perbuatan tersebut dianggap sebagai kufur.
Beliau berkata, kalimah suci tersebut tidak sesekali boleh dibenarkan untuk digunakan oleh agama lain kerana akan mencemarkan kesucian Islam dan satu undang-undang perlu diwujudkan bagi melindungi kalimah Allah.
Tegas beliau, umat Islam wajib mempertahankan kalimah Allah meskipun terpaksa membayar dengan harga yang mahal.
Ditanya adakah kenyataan Anwar itu akan memberi impak kepada pakatan pembangkang khususnya kepada Pas, Harun menjelaskan, beliau yakin Pas tidak akan berhadapan masalah.
"Tidak ada masalah, malah dia (Anwar) orang PKR, dia bukan orang Pas. Kalau dia tak sokong kalimah Allah hanya untuk orang Islam, suka hati dialah," ujarnya.
Beliau turut mengulangi kenyataannya, kerjasama Pas bersama PKR dan DAP dalam pakatan pembangkang adalah untuk kepentingan politik semata-mata, lebih-lebih lagi bagi menghadapi pilihan raya umum nanti.
Sementara itu, Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu tidak akan berganjak dengan pendirian Majlis Syura Ulama melarang penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.
Sehubungan itu, tambah beliau, isu penggunaan kalimah Allah tersebut bagi Pas telah selesai sebaik Majlis Syura Ulama membuat keputusan berkenaannya pada 13 Januari lalu.
"Pas tetap berpendirian Bible versi bahasa Melayu tidak boleh sama sekali menggunakan kalimah Allah bagi menggantikan God atau Lord. God atau Lord merujuk kepada Tuhan dan bukannya Allah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.-UMO
Meru, Klang - Jalan utama yang menghubungkan Taman Meru Empat dan pekan Kapar di sini berubah menjadi antara zon berbahaya apabila sering berlaku kemalangan terutamanya pada waktu malam.
Semuanya akibat lampu jalan yang tidak berfungsi di kawasan tersebut sejak empat bulan lalu tanpa sebarang usaha penyelenggaraan dilakukan oleh pihak berwajib.
Tinjauan wartawan mendapati terdapat lebih 20 lampu jalan di kawasan berkenaan namun kesemuanya terpacak sekadar hiasan. Keadaan lebih diburukkan lagi apabila keadaan jalan di kawasan itu tidak rata dan mendedahkan pengguna kepada risiko bahaya.
Selain itu, ketiadaan pembahagi jalan di kiri dan kanan laluan tersebut mengakibatkan ramai penunggang motosikal terbabas ke dalam longkang sedalam satu meter yang berada di situ.
Rata-rata pengguna jalan tersebut melahirkan rasa kesal terhadap pihak Majlis Perbandaran Klang (MPK) yang gagal melaksanakan kerja-kerja memperbaiki lampu-lampu jalan dan menurap semula jalan di kawasan itu.
Ketiadaan penghadang jalan di kiri dan kanan di Jalan Utama yang menghubungkan Taman Meru Empat dan pekan Kapar Klang, Selangor menambah kengerian pengguna jalan tersebut.
Seorang pekerja swasta, Mohamad Hafiz Mat Diah, 28, mengakui pernah melihat sendiri kejadian seorang penunggang motosikal jatuh kerana hilang kawalan ketika melalui laluan yang tidak rata itu.
"Nasib baik penunggang motosikal berkenaan tidak tercampak ke tengah jalan kerana dalam keadaan yang gelap, ada kemungkinan penunggang itu dirempuh oleh kenderaan lain yang datang dari belakang.
"Sudah tiba masanya MPK memandang serius masalah lampu jalan yang telah lama rosak di sini demi keselesaan dan keselamatan pengguna.
"Kerja-kerja baik pulih perlu dilakukan segera bagi mengelakkan lebih ramai pengguna menjadi mangsa," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Seorang lagi pengguna, Mohd. Fathan Farid Fauzi, 18 yang sering menggunakan jalan tersebut untuk ke tempat kerja berkata, lampu jalan di kawasan itu amat diperlukan kerana laluan berkenaan merupakan penghubung utama pekan Meru dan Kapar.
"Apa yang lebih membimbangkan adalah jumlah pengguna di jalan berkenaan semakin banyak terutamanya kenderaan berat.
"Jalan ini memang sentiasa sibuk tidak kira siang atau malam," katanya.
Tambahnya, dia sentiasa bimbang melalui jalan tersebut pada waktu malam kerana terdapat banyak kenderaan berat seperti bas dan lori turut menggunakan laluan yang sama.
Sementara itu, seorang penduduk tempatan, Norherman Baharon, 38 berkata, pihak yang bertanggungjawab diharap tidak memandang ringan terhadap keperluan pengguna untuk mendapat kemudahan lampu jalan di situ,
Katanya, ini bagi memastikan keselamatan pengguna terjamin.
"Kerajaan negeri yang kononnya terkenal sebagai kerajaan berkebajikan sepatutnya lebih prihatin terhadap masalah ini.
"Saya khuatir keadaan jalan yang gelap akan mengundang kejadian tidak diingini," katanya.
Sekumpulan ahli Pas hari ini mengadakan demonstrasi membantah tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang meminta parti itu mengkaji semula penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.
Kumpulan yang diketuai bekas Ketua Pemuda Pas negeri, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin itu berarak kira-kira 100 meter bermula di hadapan Dewan Sri Pinang menuju ke firma guaman Karpal di Jalan Green Hall dekat sini.
Mohamed Hafiz berkata, kenyataan Karpal yang mahukan Majlis Syura Ulama Pas mengkaji semula pendirian itu merupakan tindakan biadab serta cuba mencampuri urusan agama Islam.
"Tujuan kami berkumpul di hadapan pejabat beliau kerana ingin memberitahu kami menyokong penuh keputusan Majlis Syura Ulama Pas berhubung isu kalimah Allah.
"Dalam masa sama, kami ingin memberi amaran kepada Karpal supaya jangan berterusan bersikap biadab dan cuba mencampuri urusan Pas kerana partinya sendiri tidak bersih," katanya kepada pemberita di hadapan pejabat Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu di sini.
Kumpulan yang turut disertai beberapa ahli Pas kawasan Tanjong itu juga membawa pelbagai sepanduk yang tertera perkataan seperti 'Pas wajib keluar pakatan', 'Kami pertahankan Majlis Syura Pas' dan 'Meminta orang Melayu jangan undi Karpal di Bukit Gelugor' serta mengibarkan bendera Pas dan melaungkan slogan anti-Karpal.
Kemuncak demonstrasi menyaksikan bendera DAP dipijak sebagai simbolik kemarahan mereka terhadap parti berkenaan. Bagaimanapun tiada sebarang kejadian buruk berlaku kerana kakitangan pejabat guaman Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu tidak keluar.
Karpal sebelum ini meminta Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengkaji semula keputusan Majlis Syura Ulama parti itu yang berpendirian kalimah Allah hanya untuk umat Islam.
Karpal dilaporkan berkata, langkah itu bertujuan memastikan pendirian Pas selaras dengan keputusan awal yang dicapai pemimpin pembangkang pada 8 Januari lalu.
Selain Karpal, turut menjadi sasaran kemarahan ialah Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd. Salleh Man yang mana menurut Mohamed Hafiz, terlalu 'takut' menyuarakan pandangan tegas Pas negeri berhubung isu terbabit.
"Salleh boleh angkat kaki daripada terus memimpin Pas negeri jika beliau tidak mampu berbuat demikian.
"Apa yang Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Karpal Singh beri kepadanya sehingga takut bersuara mempertahan Majlis Syura Ulama yang dipandang mulia ahli Pas?" tegasnya.
Turut menjadi sasaran kecaman ialah Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali.
Sementara itu di Kelantan, Lagi demonstrasi penduduk bantah tindakan DAP!
Lebih 50 penduduk Islam termasuk penyokong Pas di negeri ini hari ini membantah tindakan DAP yang masih berkeras mahu kalimah Allah digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu meskipun keputusan telah dibuat bahawa kalimah itu adalah eksklusif untuk penganut agama Islam.
Bantahan yang disuarakan dalam satu demonstrasi aman turut berikrar akan mempertahankan agama Islam daripada terus dihina dan dipergunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Demonstrasi itu turut dijadikan platform mendesak Pas supaya keluar daripada pakatan pembangkang ekoran keengganan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mematuhi keputusan Majlis Syura Ulama baru-baru ini berhubung penggunaan kalimah itu.
Suara Politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Video Dari Forum Polemik Isu Kalimah Allah anjuran Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) di Auditorium Utama UIA Gombak pada 20hb Januari 2013...
Tolong dengar sampai habis, boleh di gunakan untuk melawan dakyah pakatan yang bersetuju supaya kalimah Allah di gunakan oleh kafir kristian...
BN telah termasuk ke dalam perangkapnya sendiri. Isu Kalimah Allah ini diheret oleh BN ke dalam Kancah isu politik tanahair untuk dipolemikkan. Namun ternyata ianya hanya menyumbang kerugian terhadap sokongan kepada BN.
Kenapa? Majoriti masyarakat Islam telah memahami kedudukan isu Kalimah Allah ini dengan pelbagai bentuk kefahaman menurut konteks yang masing-masing difahamkan.
Polemik terkini ialah samada ianya boleh atau tidak wajar digunapakai di dalam Bible terjemahan Bahasa Melayu.
Namun, yang paling malang sekali ialah "kalimah Allah" itu ramai yang faham dan memahami tentangnya. Yang tidak difahami oleh Orang Islam ialah apakah itu Bible?
Kerana Orang Islam yang menjadi orang yang berdiskusi tentang ini tidak faham apakah itu Bible menyebabkan polemik ini akhirnya menjerut BN sendiri.
Adakah benar sekiranya kita katakan bahawasanya Bible itu adalah Kitab Suci bagi suatu agama yang dinamakan sebagai Agama Kristian? Jika benar sedemikian, maka Ianya adalah suatu yang berasal daripada Kitab Taurat yang diberikan Allah kepada Nabis Musa dan juga Kitab Injil yang diberikan Allah kepada Nabi Isa. Yang kita yakini kandungannya telah diselewengkan, lebih-lebih lagi dalam Soal Aqidah dan Tauhid.
Jika niat orang yang berdiskusi itu mempunyai niat politik dengan harapan agar orang ramai menyokong partinya kerana "dia bertegas TIDAK MEMBENARKAN Kalimah Allah diterjemahkan sebagai God"; maka partinya akan sama sekali ditolak kerana pada masa yang sama kesucian Islam sebagai AdDin itu dilihat oleh orang ramai sebagai "mereka mempermainkannya".
Persoalan "Kepenggunaaan Kalimah Allah" ini juga membawa refleks menyeluruh terhadap total tindakan dia atau mereka atau sesiapa sahaja MESTILAH dilihat selari dengan KEPATUHAN yang MUTLAK kepada ajaran Al Qur'an.
Pengamal Rasuah, Kronisme dan Perompak Harta Rakyat pasti akan dilihat "bercakap dalam soal kepengunaan Nama Allah" itu sebagai usaha jahat mereka untuk dijadikan hanya sebagai senjata untuk terus melansungkan undi rakyat kepada partinya.
BN berada di dalam situasi ini sekarang. Orang ramai barangkali setuju dengan apa sahaja kandungan hujah yang baik bagai sesuatu pendekatan dan pandangan yang baik. Namun dalam masa yang sama orang ramai tetap melihat Ketua Wanita Parti yang mengamalkan Projek Kondo Lembu sebagai perilaku zalim yang menyebabkan orang ramai akan terus menolak parti yang diwakili oleh Ketua Wanita tersebut.
Setelah analisa untuk 20 kawasan dijangkakan kemenangan kerusi Dun bagi DAP, PAS, PKR dan PSM adalah 12-11-10-1. PR dilihat mendahului BN dan PSM dengan kedudukan 33-15-1 bagi kerusi di Dewan Undangan Negeri.
Bagi kedudukan kerusi Parlimen pula BN dijangka menang 6 kerusi Parlimen, manakala Pakatan Rakyat menang 14 kerusi Parlimen dengan PKR, PAS dan DAP masing-masing mendapat 6-4-4. Bagi 4 lagi kawasan yang dianalisa BN didapati menambah lagi 2 kerusi Parlimen dan 5 kerusi Dun. PKR pula dijangka mendapat 1 kerusi Parlimen dan 2 kerusi Dun.
Manakala, DAP pula dijangka mengekalkan 1 kerusi Parlimen dan 3 kerusi Dun.
Maka terjumlahlah keseluruhannya bagi kerusi Parlimen BN dijangka menang 8 kerusi Parlimen di Perak. Manakala Pakatan Rakyat dijangka menang 16 kerusi parlimen menjadikan jumlah kesemuanya 24.
Bagi kerusi Dun ternyata, setelah 20 kawasan pun sudah terlihat Pakatan Rakyat mampu menubuhkan kerajaan yang baru di Perak. Dengan tambahan 5 kerusi lagi menjadikan kesemuanya Pakatan Rakyat dan PSM menang di 39 kerusi Dun. BN hanya dijangka menang di 20 kawasan Dun.
Penyumbang kemenangan BN di Parlimen ialah UMNO 5, MCA 2 dan Gerakan 1. Manakala di Dun, UMNO 18 dan MCA 2.
Penyumbang kemenangan Pakatan Rakyat di parlimen ialah PKR 7, DAP 5 dan PAS 4. Kesemuanya 16 kerusi.
Bagi Dun pula, kemenangan di 38 kerusi dipelopori oleh DAP 14, PKR 12, PAS 11 dan PSM menang satu kerusi menjadikan jumlah kesemuanya 39 kerusi.
Seperti terdahulu laluan diberikan oleh DAP kepada Calon Yang Bakal Menang dari kalangan PAS atau PKR yang berbangsa Melayu dan beragama Islam untuk memimpin kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.
Barangkali calonnya yang bakal dipersetujui adalah dari kalangan PKR memandangkan PKR mendahului PAS dengan 12 kerusi. DAP juga dijangka lebih selesa memberikan laluan kepada PKR untuk memimpin kerajaan Pakatan Rakyat sekiranya diberikan mandat oleh rakyat kelak.
Apapun, forecast keputusan pilihanraya ini adalah suatu garis panduan untuk menolak sebarang bentuk andaian tidak elok yang menyatakan sekiranya Pakatan Rakyat Mentadbir negeri, sesuatu kaum atau bangsa akan teraniaya. Ianya amat tidak benar sama sekali.
DAP dilihat teruji kekuatan dan penguasaannya di kawasan Beruas dan Kampar kerana hanya mampu memenangi satu sahaja kerusi Dun. BN pula melebar penguasannya di tempat tersebut dengan menang di 2 kerusi Parlimen. Bagi analisa lapan lagi kawasan ini kelihat BN menambah 3 kerusi Parlimen termasuk mengekalkan kemenangannya di Kuala Kangsar. BN tewas di Pasir Salak dan Tapah kepada PKR, manakala di Parit, BN tewas kepada PAS.
DAP terus kukuh di kawasan Batu Gajah meskipun terpaksa tewas satu lagi kerusi kepada PSM. Kemenangan tunggal PSM itu menanda asas perjuangan politik demokrat sosialnya bertapak di Daerah Kinta setelah sebelum ini wakilnya yang bertanding di atas tiket PKR terus memimpin kemenangan di Parlimen Sungai Siput.
DAP pula tumpas di parlimen Beruas menjadikan tambahan kerusi Parlimen yang dimenanginya hanya 1 sahaja di Batu Gajah. bagi kerusi Dun pula DAP hanya menambah 4 sahaja kerusi. Bagi PKR pula, petanda baik politiknya dilihat di Parlimen Tapah dan Pasir Salak. PKR menambah 3 lagi kerusi Parlimen selain kekal lagi kemenangan di Parlimen Gopeng. Kerusi Dun pula ditambah sebanyak 2 lagi iaitu di Bota dan Chenderiang selain terus menang di Teja dan Simpang Pulai.
PAS pula menambah satu lagi kerusi parlimen di Parit dan 3 kerusi Dun di Manong, Pengakalan Baharu, Sungai Rapat dn Kampong Gajah. PAS kini dilihat menang 4 kerusi Parlimen dan 11 kerusi Dun. PKR semakin kukuh dengan dilihat akan menang di 6 kerusi Parlimen dan 8 kerusi Dun. Makanala DAP pula dilihat menang di 4 kerusi Parlimen dan 12 kerusi Dun. PSM pula walapun bukan di kalangan Pakatan Rakyat akan memberikan sokongan kepada Gagasan tersebut dalam hal-hal yang tertentu kini memiliki wakil tunggalnya.
BN menambah 6 lagi kerusi Dun menjadikan jumlah keseluruhannya adalah 15 kerusi setelah 20 kawasan Parlimen dianalisa. 12-11-10-1, iaitu kemenangan kerusi Dun bagi DAP, PAS, PKR dan PSM. Kini PR mendahului BN dan PSM dengan kedudukan 33-15-1 bagi kerusi di Dewan Undangan Negeri.
Bagi kedudukan kerusi Parlimen pula BN dijangka menang 6 kerusi Parlimen, manakala Pakatan Rakyat menang 14 kerusi Parlimen dengan PKR, PAS dan DAP masing-masing mendapat 6-4-4.
Tinggal lagi 10 kerusi Dun untuk dianalisa melinatkan kerusi Parlimen Lumut, Bagan Datoh, Teluk Intan dan Tangjong Malim.
Terlihat kestabilan kemenangan Pakatan Rakyat bagi komposisi kepartaian mahupun agama dan bangsa bag calon yang bakal menang.
PKR dilihat mampu menang di 10 kerusi Dun, di mana komposisi bakal calon yang bakal menang tersebut ialah 5 orang Melayu-Islam dan 5 orang lagi adalah kaum Tionghua dan orang Asal.
PAS pula dilihat mampu menang di 11 kerusi Dun yang pastinya kesemuanya beragama Islam. Manakala DAP pula dijangka menang di 12 kerusi Dun yang mana ada komposisi calon mewakili kaum India sekurang-kurangnya 2 orang. PSM pula calonnya aadalah kalangan kaum India.
14 orang kaum Tionghua-Buddha@Kristian di kalangan Calon PKR/DAP yang bakal menang memperlihatkan keseimbangan 16-14-3-1 bagi komposisi calon Pakatan Rakyat yang bakal menang iaitu mewakili; Kaum Melayu dan yang beragama Islam, Kaum Tionghua dan yang beragama Budhha, Kaum India dan yang beragama Hindu dan Masyarakat Orang Asal serta yang beragama Kritisan.
Kita analisa lagi 7 kawasan, menjadikannya keseluruhan 12 kawasan Parlimen. Kita akhiri analisa 5 kawasan dengan Pakatan Rakyat mendahului 3 kerusi Parlimen berbanding BN hanya 2.
Bagi kerusi Parlimen PR, PAS dilihat menyumbang 2 manakala PKR hanya 1. Dan bagi kerusi Dun pula, PR mendahului BN dengan 9-3. Bagi 9 kerusi DUN PR pula dilihat PAS mendahului PKR dengan 5-4.
Kita sudahkan dahulu analisa di wilayah utara melibatkan Daerah Larut Matang dan Selama; di mana terdapat 2 lagi kawasan Parlimen yang melibatkan 6 kerusi DUN.
Ternyata di Parlimen Taiping, DAP mengungguli dengan membolot kerusi Parlimen dan 2 kerusi DUN dan ini menambahkan lagi koleksi kerusi PR dan BN hanya dapat bertahan di 1 kerusi DUN. Manakala di Bukit Gantang, kelihatan yang sama seperti PRU yang lepas di mana PAS menawan Parlimen dan PKR menawan 2 kerusi DUN dan BN hanya 1 sahaja Kerusi DUN.
Lalu kini, terjumlahlah kesemuanya PR mendahului BN bagi kerusi Parlimen dengan 5-2. Bagi 5 kerusi Parlimen kelihatan sekarang PAS 3, DAP 1 dan PKR 1.
Sedangkan bagi kerusi DUN kedudukan PR dan BN menjadi 13-5. DAP dan PKR masing-masing menambah lagi 2 kerusi Dun. Dan kini bagi PR, PKR di hadapan dengan 6 kerusi DUN diikuti oleh PAS 5 dan DAP 2.
Lihat pula di kawasan Majoriti Melayu di Padang Rengas dan Tambun serta kawasan bercampur di parlimen Sungai Siput.
Harmoninya keputusan di Padang Rengas dan Sungai Siput kepada parti-parti yang bertanding. PKR mendahului dengan menang di 2 kerusi Parlimen, manakala PAS dan DAP masing-masing berjaya menang di kerusi Dun dan BN pula memperolhi 2 lagi kerusi Dun.
Di Tambun pula, BN dilihat wibawa dengan menang 1 kerusi Parlimen dan 1 kerusi Dun dan memberi laluan kepada PAS menang di 1 kerusi Dun.
Keputusan 5-2 bertukar jadi 7-3. PKR kini menyamai PAS dengan menang 3 kerusi Parlimen dan DAP masih lagi 1.
Bagi kerusi Dun pula, BN menambah lagi 3 kerusi menjadikan kedudukan mereka masih lagi ketinggalan dengan 8-16 kerana PAS menambah 2 lagi kemenangan di kerus Dun dan DAP 1. Bagi PR pula, 16 kerusinya kini dimenangi oleh PAS mendahului dengan 7 kerusi diikuti PKR 6 dan DAP 3.
DAP terus unggul di kawasan bandaraya Ipoh dengan menambah 2 lagi kerusi Parlimen dan 5 kerusi Dun di mana kali ini laluan diberi kepada BN memenangi 1 kerusi Dun.
Setelah 12 kawasan PR dahului BN di Parlimen dengan 9-3; PR pula memperlihatkan kemenangan sama kuat oleh PAS, DAP dan PKR kerana masing-masing menyumbang 3 kerusi Parlimen. Sama juga dengan BN, yang juga menang di 3 kerusi Parlimen.
Bagi kerusi Dun kini kedudukannya ialah 21-9 didahului oleh PR. dengan kemenangan 5 kerusi Dun di Bandaraya Ipoh; DAP mengukuhkan kedudukannya dengan 8 kerusi diikuti oleh PAS 7 dan PKR 6.
Benar sekali Parlimen Gerik dilihat sebagai kubu kuat BN. Namun, pada PRU 13 kali ini , sudah tiada lagi kawasan yang boleh dikira sebagai kubu kuat.
BN akan tercicir satu kerusi DUN dan jangkaannya ialah Temenggor. BN pasti meletakkan Calon baru di kawasan tersebut. Dan pengundi orang asal di kerusi tersebut memang tidak terduga membuat suatu kejutan, dan akhirnya PKR memenanginya.
Senario yang sama juga di Parlimen Lenggong, kerana kerusi DUN di Kenering kali ini tercicir. Ada sebab yang BN mesti kaji kenapa mereka akan tercicir kerusi ini kepada PKR kelak.
Setelah analisa dua kawasan Parlimen ini, kita dapati BN berjaya memperolehi 2 kerusi Parlimen dan 2 kerusi DUN. Manakala PKR mendapat 2 kerusi DUN dan PAS, DAP dan PSM masih lagi tiada memiliki apa kerusi.
Kita teruskan analisa ke Parlimen Larut di mana PAS membuat tsunami dengan menawan kerusi Parlimen dan 2 kerusi DUN. BN pula berjaya mempertahankan hanya 1 sahaja kerusi di Batu Kurau.
Manakala di Daerah Kerian pula, BN lopong kosong. PAS menawan Parlimen Parit Buntar dan mempertahankan 3 kerusi DUN, manakala PKR membuat anajakan dengan menambah satu lagi kemenangan di DUN selain mempertahankan Parlimen Bagan Serai dan kerusi DUN Kuala Kurau.
PAS kini di hadapan dengan 2 kerusi Parlimen dan 5 kerusi DUN. BN menyusuri dengan 2 kerusi Parlimen dan 3 kerusi DUN. Manakala, PKR dengan 1 kerusi Parlimen dan 4 kerusi DUN.
Amnya, Pakatan Rakyat kini sudah ada 3 kerusi Parlimen dan 9 kerusi DUN.
Maklumt ini masih lagi bersifat teori konspirasi. Demikianlah sepertimana pembri maklumat melaporkan kepada pihak kami. Iaitu War Room BN.
Semua dan banyak pihak semakin termaklum bahawsanya YB Dato' Husni akan mengetui siri kempen BN peringkat Negeri Perak para PRU ke 13 nanti. Ini jelas kerana YAB DS Zambry bakal diletakkan sebagai Calon di Parlimen Bukit Gantang dan seterusnya akan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan BN Perak.
Dato' Husni nantinya akan mengambilalih tugas sebagai Pemangku Pengerusi di mana beliau kini adalah Timbalan Pengerusi Perhubungan. Jawatan kerajaan beliau selaku MK 2 akan memudahkan tugas plarasan kempen apatah lagi beliau juga adalah Bendahari UMNO Malaysia.
Namun ada hal yang membimbangkan pihak-pihak tertentu khususnya Sdr Hanafiah Man yang kini memimpin Unit Gempur Penerangan BN/UMNO Perak menerusi Jabatan War Room BN yang diketuainya. Husni memang sukar untuk bekerja dengan pihak "musuh lama" atau "ex-PKR".
Resah. Unit War Room ini bakal tidak akan difungsikan kerana Husni ada kaedah beliau yang tersendiri dari segi strategi Perang psywar politik.
Akhir-akhir ini kelihatan, Husni sedang bekerja rapat dengan Datuk Nasaruddin, Adun Bota yang juga kini adalah Pengerusi Technology Park Malaysia.
Hanafiah bakal berehat menjelang pilihanraya akan datang kerana tugas mereka bersama Misi Ezam hampir selesai. Mereka akan diibaratkan sepah yang akan dibuang memandang madu mereka dianggap habis.
Apakah inikah caranya? Mudahkah untuk melupakan jasa besar pengorbanan Ezam dan strukturnya iaitu Hamdan Taha dan Hanifiah Man? Apa akan jadi jika mereka beralih arah menyokong Pakatan Rakyat?
Itulah yang telah dijangkakan!
Beberapa orang-orang yang telah dipasang oleh Grup Hanafiah di dalam PKR seperti Kapt Usaili Alias - Ketua Cabang Parit, Sdr Muhamamad Arafat - Naib Ketua Cabang Tambun, Fauzi Muda - Mantan Ketua Cabang Ipoh Barat serta beberapa figura yang main kayu tiga, di mana pemain kayu tiga itu berada di dalam Jabatan Pilihanraya Keadilan Perak.
Grup Hanafiah Man ini pula diawasi rapat oleh YB Jamaluddin Osman dan juga Osman Abdul Rahman, Ketua Cabang PKR Pasir Salak.
Meskipun Grup ACTION TEAM EZAM di Perak iaitu Hanafiah Man dan Jamaludin Osman kini merasa sedikit selesa; namun demikian Grup Kawalan Kemenangan BN di Peringkat Federal amat sangsi terhadap Grup ACTION TEAM EZAM. Kerana kumpulan ini tidak kuat pgangan politik mereka dan akan mengambil KEPUTUSAN MELOMPAT jika terdesak!
Seterusnya, Grup Kawalan kemenangan BN di Peringkat Federal akan mengsingkirkan Zambry dan menggantikan beliau dengan DS Husni. Zambry juga punya sejarah lompatan.... Iaitu setelah keluar ISA, goyah dengan perjuangannya menyokong DSAI akan tunduk kepada Penguasa pada masa itu.
YB Dato Husni amat tegas. Beliau berani dan bijak sekali. BN Perak mampu menang PRU ke 13 nanti.
"Orang Melayu perlu tolak Pas kerana mereka bersekongkol dengan Lim Guan Eng dan Karpal Sing (pemimpin tertinggi DAP) yang membantah idea dan penubuhan negara Islam.
"Juga tolak (Datuk Seri) Anwar Ibrahim (Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat) dan Lim Kit Siang (Penasihat DAP) kerana menolak hudud serta dasar membangunkan ekonomi orang Melayu.
"Oleh sebab itu, dua bulan dari sekarang (ramalan Pilihan Raya Umum Ke-13) amat kritikal bagi orang Melayu Pulau Pinang. Tolak Pas. DAP, PKR," kata Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali yang juga bekas Naib Presiden Pas.
Beliau ditemui pemberita selepas menjadi panel Forum Perdana dalam program Gerak Himpun Maulidur Rasul di sini hari ini.
Hasan memberitahu, kandungan Buku Jingga juga sudah cukup untuk memperlihatkan perancangan pembangkang dalam tempoh 10 tahun akan datang yang tidak memperjuangkan konsep negara Islam dan memartabatkan bangsa Melayu.
Wasabi Oyabun..
You are subscribed to email updates from Oyabun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Tels sont les avantages invisibles. Inconcevable ! Vous pouvez trouver des forums qui se rapportent au thème de la roulette. C’est une histoire au sujet d’absorption casino en ligne. J’aime bien cette citation, Tel père, telle fille.
Lepas Damaikan Filipina-Bangsa Moro, Najib Bakal Damaikan Fatah-Hamas
Walaupun Malaysia belum lagi menjadi negara maju, tetapi negara ini berada di kelasnya yang tersendiri sebagai negara yang berpengaruh dan dihormati. Pendirian Malaysia yang konsisten dan tegas untuk tidak mencampuri urusan negara lain, tetapi menyokong dan membantu segala usaha ke arah keamanan membuatkan kita sering dipilih sebagai rujukan atau pengantara bagi memulihkan keamanan di negara-negara yang berkonflik.
Pendirian Malaysia adalah konsisten sejak era Tun Abdul Razak. Pendirian ini mendapat kekuatan yang ampuh di era Tun Mahathir apabila beliau melonjakkan Malaysia sepuluh langkah ke hadapan sehingga dikenali sebagai Harimau Asia.
Perdana Menteri kita, Dato' Seri Najib jelas mewarisi kehebatan bapanya serta kebijaksanaan Tun Mahathir melalui pengalaman bekerja di era Negarawan tersebut, pantas memperbaharui, meneruskan dan meningkatkan kekuatan yang sedia ada. Semangat kedua-dua tokoh tersebut jelas terserlah dalam kepimpinan Dato' Seri Najib apabila beliau berjaya menggerakan perjanjian damai antara kerajaan Filipina - MILF pada Oktober 2012. Dengan termeterainya perjanjian itu, konflik selama 40 tahun pun berakhir.
Kejayaan tersebut membawa Dato' Seri Najib ke Gaza pula, di mana penindasan terhadap rakyat Palestin oleh rejim Israel berterusan. Beliau dan anggota rombongannya termasuk Datin Seri Rosmah tiba di Semenanjung Gaza, Palestin pada 22 Januari bagi memenuhi jemputan rasmi Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan undangan peribadi daripada Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh.
Jemputan dari Mahmoud Abbas itu disampaikan kepada Dato' Seri Najib pada 3 Disember 2012 melalui Timbalan Pesuruhjaya Hubungan Antarabangsa Al Fatah Palestin, Dr Abdullah M.I. Abdullah. Manakala undangan daripada Ismail Haniyeh diterima pada 11 Disember 2012.
Sebelum ini, Palestin telah beberapa kali menyuarakan harapan kepada Malaysia untuk turut membantu membawa keamanan kepada rakyatnya.
Menghentikan penindasan yang mana tercatat di dalam AlQuran dalam pesanan mengenai Yahudi, pastinya tidak mudah. Langkah awal yang perlu dilakukan ialah meningkatkan kekuatan Palestin terlebih dahulu dengan menyatukan rakyatnya yang berpecah kepada dua, iaitu parti Hamas dan Fatah.
Konflik kedua-dua parti ini bermula pada 2005 selepas kematian Yasser Arafat pada November 11, 2004. Punca konflik ini juga begitu 'klasik' atau terlalu biasa dan dijangka iaitu tuduhan atau hasutan kononnya berlaku nepotisme dan rasuah di dalam kerajaan. Akibatnya, rakyat Palestin berpecah di mana kedua-dua parti menganggap parti mereka sebagai wakil sah rakyat Palestin dengan Fatah berkuasa di Palestinian National Authority dan Hamas di Gaza.
Pertempuran juga sering berlaku antara kedua-dua pihak ini yang mana menggandakan lagi penderitaan rakyat yang telah sedia tertindas oleh rejim Israel.
Beberapa perjanjian pernah diusahakan antara kedua-dua pihak, antaranya di Kaherah pada May 2011 tetapi tidak berjaya memastikan kedua-dua pihak menurutinya. Perjanjian Doha kemudiannya ditandatangani oleh Mahmud Abbas (Fatah) dan Haled Mashaal (Hamas) pada 2012 tetapi dianggap sebagai tergendala dan tiada usaha dibuat ke arah pilihanraya bersama. Kedua-dua parti saling tuduh menuduh dan pertelagahan pun berterusan.
Seperti mana-mana konflik yang melibatkan kepentingan Israel, kedua-dua pihak disyaki menerima bekalan senjata dari Amerika untuk memastikan mereka terus berpecah dan lemah.
Justeru, harapan yang diletakkan di bahu Dato' Seri Najib ialah untuk membantu kedua-dua pihak membantu diri mereka dengan pertama sekali, bersatu. Apa yang pasti, harapan agar beliau mengulangi kejayaan di Filipina, di Gaza bukanlah harapan yang tidak berasas.
Ini kerana, Dato' Seri Najib terkenal sebagai pemimpin yang berani di mana beliau pernah melawat ke kawasan tegang di Selatan Thailand untuk mengusahakan gencatan senjata antara puak pemisah dengan kerajaan Thai. Beliau juga merupakan antara penggerak keamanan di Bosnia pada tahun 1993 dan juga Somalia.
Di kala negara-negara lain mengalami kerosakan dan kemusnahan akibat perang saudara, perpecahan antara kaum dan pemberontakan menentang kerajaan akibat termakan hasutan, Malaysia yang mempunyai landskap yang rapuh, bermasyarakat majmuk dan telah berkali-kali menghadapi 'ugutan' pemberontakan dari pihak-pihak tertentu, kekal berdiri teguh, aman dan makmur. Segala provokasi agama, prasangka kaum dan perbalahan sesama umat Islam yang tercetus dari hasutan secara berterusan dengan matlamat untuk mencetuskan kekacauan, telah tidak menjadi.
Tidak keterlaluan jika dikatakan bahwa kebijaksanaan kepimpinan Dato' Seri Najib merupakan faktor utama kemampuan Malaysia untuk menepis 'serangan' pihak yang tidak bertanggungjawab itu. Oleh itu, kita tidak ragu-ragu yang Dato' Seri Najib juga akan dapat membantu Palestin untuk turut 'menepis' hasutan ke arah perpecahan dan melakukan yang terbaik untuk mencapai perpaduan. Kiriman Email
Sekarang isu yang dieksploitasikan oleh pembangkang adalah berkenaan RCI.
Pembangkang sudah mencetak minda (mind conditioning) penyokong-penyokong mereka bahawa dalam RCI kali ini, Kerajaan Persekutuan akan kalah walaupun pada hakikatnya RCI ini baru bermula.
Masih ramai saksi yang belum ditampilkan.
Sehubungan dengan itu, MyMassa harap pemimpin DAP yang bernama ZAIRIL KHIR JOHARI @ Christopher Ross Lim ini akan juga dipanggil sebagai saksi kerana jelas dalam dokumen ini menunjukkan bahawa dia merupakan bukan warganegara semasa dia diambil menjadi anak angkat kepada pemimpin tertinggi UMNO ketika itu.
Kepada yang belum jelas, MyMassa akan terangkan kronologinya.
Christopher Ross Lim merupakan anak kepada Howard Lim (seorang warganegara Singapura) dan Rose Christine Lim (warganegara Malaysia).
Christopher Ross Lim yang kemudiannya bertukar nama kepada Zairil Khir Johari dilahirkan pada 17 Oktober 1982 di Hawaii, Amerika Syarikat. Ketika Zairil diambil menjadi anak angkat kepada Tan Sri Khir Johari, status dirinya adalah BUKAN WARGANEGARA sebagai mana yang tercatat dalam dokumen Daftar Anak Angkat. Bagaimanakah seorang yang BUKAN WARGANEGARA dan juga BUKAN ORANG MELAYU telah diangkat oleh Guan Eng dan DAP untuk menjadi ahli CEC bagi mewakili KAUM MELAYU? Zairil juga dijangka diletakkan oleh DAP menjadi calon pilihan raya bagi mewakili orang Melayu di Pulau Pinang! MyMassa pelik, walaupun Zairil merupakan anak kepada warganegara Malaysia (Rose Lim) kenapa masa dia diangkat dia bukan warganegara? Mungkin hanya Zairil yang mampu menjelaskannya. *Patutlah Lim Guan Eng sanggup angkat Zairil daripada yang kalah dalam pemilihan kepada ahli CEC. Rupa-rupanya si Zairil ni juga KETURUNAN LIM.
PAS sedia letak calon bukan Islam dalam PRU13 Bernama
PAS sedia meletakkan calon dari kalangan bukan Islam mewakili parti itu bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Beliau berkata calon bukan Islam akan dipilih dalam kalangan ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang juga merupakan sayap parti itu.
DHPP didakwa mempunyai keahlian seramai 35,000 orang di kalangan bukan Melayu dan bukan Islam.
Tuan Ibrahim berkata Majlis Syura telah membenarkan bukan Islam bertanding atas tiket parti itu. Tok dah kate dah, PAS ni memang dah nak tumpo! Ade ke nak letak calun kapior suruh orang Islam pangkah PAS? Memang tak logik langsung. Ape, dah tak de sangat ke calun nye yang beragama Islam?
Oooo, agak nye deme ni nak letak kan calun kapior nye tu di kawasan majoriti kaum cine ye? Ape deme tu ingat DAP tu bodoh? Kalau PAS nak letak kan calun kapior nye di kawasan majoriti cine, PAS kene langkah mayat DAP terlebih dahulu.
Kawasan majoriti kaum kapior semunye dah di monopoli oleh DAP atau PKR. PAS jangan haraf nak cube memasuki kawasan2 yang dah di monopoli oleh DAP dan PKR tu. Di kawasan majoriti kaum melayu/Islam pun PAS belum tentu menang.
Ketue Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ni dah bincang ke atau belum dengan Karpal Singh tentang niat murni nye tu? Kalau dah bincang, Tuan Ibrahim kene le langkah mayat si Karpal tu dulu.
Tok dah banyak kali ingatkan anak2 cucu cicit semue tentang keburukan dan niat jahat PAS bersengkokol dengan DAP dan PKR. Belum pun dapat berkuase, Pakatan Rakyat terutame nye DAP dah mule tingjukan belang nye. Ketua Menteri DAP P Pinang, Lim Guan Eng dengan lantang nye bersuare mahukan kalimah Allah di gune kan dalam bible bahasa melayu. Itu baru berkuase di P Pinang, kalau lah mereke ni dapat berkuase pade pemerintahan pusat, dah tentu mereke akan buat ikut kehendak sesuke hati mereke sahaja.
Pemimpin2 PAS tahu bahawa hampir semua pemimpin2 DAP dan PKR yang bukan melayu tu beragama kristian. Sekarang PAS mengambil kesempatan membodek pemimpin2 dan penganut2 kristian menyokong PAS. PAS sanggup menggadaikan kalimah Allah kepade kristian hanye se mate2 untuk mendapat sokongan dari kaum kafir. Kini para ulama PAS memberikan ber bagai2 hujah yang kunun nye kalimah Allah itu untuk semua agama dan bukan nye had Islam yang mutlak.
You are subscribed to email updates from tok gajah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
"Najib sememangnya kurang bijak oleh kerana beliau sepatutnya menghubungi kedua-duanya," kata Anwar merujuk kepada Abbas dan pemimpin Hamas Ismail Haniyeh.
"Mereka melakukan kekhilafan… Dengan mencuba untuk memenangi umat Islam (di Malaysia), mereka terlupa untuk mengingati kepentingan menunjukkan keseimbangan dan keadilan polisi luar negara kita terhadap Palestin.
Betul juga cakap Anwar ni. Patut hubungi kedua-duanya macam Anwar selalu buat. Dengan Israel kowtim jaminan keselamatan. Dengan Palestine pun kowtim. Yahudi Amerika kowtim, pemimpin arab pun kowtim. Pengundi kristian kowtim dengan cara gadai nama Allah. Pengundi Islam pula suruh PAS yang kowtim. Dua-dua pihak yang bermusuh mampu dijadikan kawan karib. Demi tuhan Anwar sedia bersesumpah.
Anwar makin sakit jiwa, bila "tup-tup" dan tanpa disangka-sangka PM Najib mendahului senarai PM pertama di dunia yang masuk sampai ke bahagian pendalaman Palestine. Tak sempat nak kaunter tau-tau PM dah sampai Gaza.
Kesian Anwar. Marilah kita sama-sama berdoa agar Allah buka kembali hijab yang semakin tebal meliputi hati Anwar. Hanya doa orang-orang mukmin saja yang mungkin boleh menyelamatkan kembali Anwar untuk keluar dari kegelapan yang diciptanya sendiri. Kesian sungguh melihat Anwar teraba-raba di dalam gelap gelita. Tidak tau yang mana satu ular, yang mana satu tongkat untuk dibuat pedoman.
Bakal pengundi PRU13 harus memilih samada untuk mengundi pendokong gerakan kongsi nama Allah ataupun mengundi gerakan mempertahankan nama Allah esklusif untuk penganut Islam.
Pendokong gerakan Asal Bukan UMNO(ABU) sudah pasti terbelah dua, iaitu ABU yang menyokong pendirian Majlis Syura PAS dan ABU yang kekal dengan pendirian bersama PR, bersetuju nama Allah disyirikkan atau "ditiga dalam satukan".
Jika benar keadaan ini berlaku. dan jika pendirian ABU yang menyokong pendirian Majlis Syura benar-benar ikhlas untuk mempertahankan kalimah Allah hanya esklusif untuk penganut Islam, melangkaui kepentingan politik, maka sudah pasti undi PR akan terbelah dua pada PRU13 nanti.
Maka ABU yang menyokong pendirian Majlis Syura PAS harus membubar ABU dan digantikan dengan gerakan Tuntutan Asal Bukan Allah yang Triniti (TAUBAT).
Dan, ABU yang bersetuju "beriktikad" nama Allah boleh disyirikkan bolehlah bubar gerakan ABU dan gantikan dengan gerakan Barisan Bertindak Asal bukan Allah yang Satu (BABAS).
Gerakan ABU tidak bersabit dengan iktikad atau pegangan, manakala gerakan TAUBAT atau BABAS berkait secara langsung dengan akidah. Jadi pilihlah. The choice is yours. Sekarang ahli ABU boleh pilih samada untuk ikut gerakan TAUBAT atau ikut gerakan BABAS.
Lidah seorang Ostadah yang biasa menjelir....mampu menggelikan Ostad Pas
1. Tiba-tiba Abby 'Abody' jadi Ostazah selepas memeluk 'agama' Pas. Mudahnya jadi Ostazah tanpa perlu menuntut di Universiti Al-Azahar dan tak payah belajar dimana-mana sekolah pondokpun. Masuk Pas....'kompom' masuk syurga dan sudah layak untuk mentarbiahkan orang lain dengan berceramah yang isinya mencerca kerajaan dan pemimpinnya.
2. Abby mungkin lupa tak lama sebelum Abby mengabdikan diri kepada Pas bagaimana dan siapakah dirinya? Apakah sedemikian mudah manusia berubah, daripada menjelir lidahnya kepada mendakwah kearah kebaikan yang diri sendiri sebelum ini bergelumang dengan entah apa-apa.
3. Sedar atau tidak, Abby sudah dijadikan alat oleh pembangkang untuk mencacamarbakan kesetabilan politik negara kita. Pihak pembangkang memang sedar bahawa walaupun Abby sudah kurang peminatnya seperti suatu ketika dulu, namun keadaan ini sangat berguna untuk dijadaikan alat. Berada didalam keadaan kecewa dalam kehidupan serta ada sedikit sebanyak peminat mampu dijadikan alat bagi kempen buruk pembangkang.
4. Politik murahan dari seleberiti murahan yang sudah kurang diminati lagi tidaklah mendatangkan impak besar kepada sokongan terhadap pembangkang selain dari menambah mual tekak para peminatnya sebelum ini. Justeru diharapkan Abbay 'Abody' dapat berfikir lebih waras dan janganlah melakukan sesuatu yang baik kerana alasan yang buruk iaitu tidak berpuah hati kerana keinginannya tidak dipenuhi.
Foto Abby yang menggedik
Jangan hingga Abby tergadai body
Hahahaha! Ostadah!!!!
Abby 'Abody' masuk Pas bukan masuk Islam perjuangannya
1. Benarlah dakwaan Ostad Badrol 'lendir' bahawa Anu arr Al-Juburi itu adalah 'Imam Mahadi', pemimpin pada akhir zaman. Betapa tidak kerana DAP dan Pas memang sentiasa akur dan tunduk kepada segala kata-kata dan kehendaknya apatah lagi PKR sendiri yang memang ditubuhkan untuk memperjuangkan Anu arr sendiri. Lihat saja isu Kalimah Allah, bagaimana pemimpin Pas akhirnya terpaksa juga tunduk kepada kehendak Anu arr.
2. Nampak ada percanggahan diantara para pemimpin dalam Pas sendiri berkenaan pengunaan Kalimah Allah oleh orang-orang bukan Islam. Beberapa pemimpin Pas sudah berani menunjukkan pendirian menentang keputusan pemimpin parti. Bahkan Nik Aziz sendiri akhirnya seakan sudah kembali kepada pegangan Islam yang benar apabila dalam Majlis Syura telah memutuskan tidak boleh menggunakan Kalimah Allah oleh orang bukan Islam. Bagaimanapun Hj Hadi tetap dengan pendirian asal atas desakan Anu arr Al-Juburi dan 'Ularmak' DAP Ostad Karpal Singh.
3. Masih belum jelas lagikah kepada kita bahawa Islam sedang dipermain-mainkan oleh parti-parti politik dan pemimpin-pemimpin tertentu bagi kepentingan politik mereka sendiri. Malanglah kita sebagai umat Islam sekiranya masih tidak sedarkan diri dan keadaan ini. Malanglah kalau kita (pengikut Pas) masih terus menyokong parti politik yang sudah jelas memperdagangkan dan mengadai Kalimah Allah.
4. Nik Aziz memang sudah nyanyuk. Dalam usia tuanya memang wajar otaknya sudah mengecut. Beliau sudah banyak lupa dari ingat. Beliau juga sudah lupa pada janjinya bahawa jikalau Tun Mahathir tidak lagi memimpin kerajaan maka dia juga akan segera meletakkan jawatan......tapi Nik Aziz sudah meungki janji dan ingin memeggang jawatannya sehingga ke akhir hayat. Nik Aziz memang pencinta dunia dan bukanlah seorang yang zuhud sepertiamana anggapan kita selama ini.