Pakatan Rakyat

Dicatat oleh Unknown | | Posted On Jumaat, 30 Disember 2011 at 9:28 PTG

sumber :-

Pakatan Rakyat


dollah yankee

Posted: 30 Dec 2011 09:23 PM PST

dollah yankee


Ibrahim Chik 1922 - 2011 & Mat Nor 1925 - 2011

Posted: 30 Dec 2011 04:54 AM PST

Ibrahim Chik 1922 - 2011

Mat Nor 1925 - 2011

dollah yankee -
Al'Fatehah untuk Ibrahim Chik, bekas anggota bintang 3 Partai Komunis Malaya dan Mat Nor bekas anggota British Regiment.

Kedua-duanya pernah berkata "..Kami lah pejuang, berjuang demi agama, bangsa dan negara !.."

~penarik beca

Posted: 30 Dec 2011 09:20 PM PST

~penarik beca


Sahabat Nabi didenda kerana celupar, anak manja kronisme orang nak buat kenduri pula...

Posted: 30 Dec 2011 03:07 AM PST

D'Perbatasan

Posted: 30 Dec 2011 07:59 PM PST

D'Perbatasan


Video Maharaja Lawak Perli Rosmah.Kah,kah,kah

Posted: 30 Dec 2011 07:30 PM PST

Krisis ekonomi Malaysia 1997-1998 hasil tangan Dr Mahathir

Posted: 30 Dec 2011 03:23 AM PST

Perang dingin meletus dalam UMNO

Posted: 30 Dec 2011 03:20 AM PST

Pemuda MCA Pulau Pinang dipelawa sertai PAS

Posted: 30 Dec 2011 03:17 AM PST

Setiausaha MAIWP kata tak ada niat nak seleweng wang zakat

Posted: 30 Dec 2011 03:07 AM PST

Aziz Bari tawar diri jadi calon Pakatan dalam PRU13

Posted: 30 Dec 2011 02:06 AM PST

Wang Zakat: Jingga 13 mahu Agong pecat Jamil Khir

Posted: 30 Dec 2011 01:52 AM PST

Skandal NFC: Ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ dituduh menipu pengerusi NFC

Posted: 30 Dec 2011 01:45 AM PST

Bukti rakaman Restoran MeatWorks milik anak Shahrizat.

Posted: 29 Dec 2011 08:27 PM PST

Merdeka sudah, tapi jiwa masih terjajah

Posted: 29 Dec 2011 07:39 PM PST

Wang Zakat: Jawapan buat MAIWP

Posted: 29 Dec 2011 07:16 PM PST

Tukar Tiub

Posted: 30 Dec 2011 07:55 PM PST

Tukar Tiub


JEMPUTAN UNTUK TENGAH MALAM INI

Posted: 30 Dec 2011 07:06 PM PST





MALAM INI DATARAN MERDEKA







JOM TURUN DATARAN MERDEKA DAN SARUNG TOPENG " V for Vendetta"

Selamat Sejahtera, Salam Tahun Baru buat seluruh warga Malaysia. Saya V, Maaf kerana mengganggu,Saya hanya perlukan beberapa minit sahaja dalam ruang masa anda yang agak sibuk dalam membuat perancangan untuk menyambut azam tahun baru.

Kerana anda adalah mereka yang bertuah sebaik sahaja memilih untuk membaca kenyataan penting ini sebelum kita melabuhkan tirai 2011 yang penuh dengan kesuraman. Kenapa? Biar saya terangkan.

Tahun 2011 sudah hampir melabuhkan tirainya, namun sama seperti tahun-tahun sebelumnya, awan hitam masih menyelubungi langit negara kita, Malaysia. Pencabulan hak asasi manusia dan kekangan hak demokrasi rakyat terus berleluasa. Rakyat Malaysia menanggung pencabulan ini dalam pelbagai bentuk dan peringkat.

Kita Masih ingat Sepanjang setahun yang lalu, kita telah banyak melalui onar dan ranjau dalam memartabat sistem demokrasi.Namun Sistem demokrasi dan perpaduan masyarakat telah di cemari oleh sentimen perkauman yang telah di lempar oleh pihak yang hanya mahu menjaga kepentingan kuasa politik.

Lalu setelah gagal menuntut keadilan melalui usaha diplomatik maka rakyat seluruhnya mengambil inisiatif untuk turun ke jalanraya dalam mengekspresi segala tuntutan.Malangnya seribu satu tuduhan terhadap usaha murni kita dalam menuntut semula hak demokrasi di balas dengan dengan tuduhan yang langsung tidak berasas.

Tuntutan Kebebasan Demokrasi kita di kaitkan pula dengan gerakan subversif seperti Komunis lantas beberapa objek yang dikatakan seperti bom petrol di letakkan bersama kemeja T Bersih 2.0 semata - mata untuk melemparkan fitnah.

Tidak cukup dengan itu 6 orang yang tidak bersalah telah sumbatkan ke penjara atas tuduhan yang cukup karut.Hanya kerana kemeja T yang bertulisan yang kononnya menyinggung mereka menyebabkan mereka melemparkan tuduhan yang tidak berasas kononnya 6 orang ini cuba menghidupkan fahaman Komunis.

Bagi menyempurnakan tuduhan karut yang tidak berasas maka di dakwa nya mahu melancarkan perang terhadap Yang Di- Pertuan Agong.Cukup malang bagi si pelempar tuduhan,apabila niat jahat terbongkar bilamana Yang Di-Pertuan Agong sendiri menjemput wakil BERSIH 2.0 ke istana.Maka kita rakyat seluruhnya sudah pasti tersemat perasaan benci apabila pembohongan telah terbongkar.

Dalam pada itu,berpuluh - puluh orang di tangkap hanya atas kesalahan memakai baju yang berwarna kuning dan bertulisan "Bersih" biarpun kemeja ini tidak punya bahan letupan yang sama seperti C4.Tidak cukup dengan itu nilai - nilai demokrasi terus di perkosa dengan keganasan pihak polis dalam tragedi 7 Julai yang melibatkan tahanan lebih 1000 orang.

Monopoli kuasa Autoratarian lantas merampas Kebebasan Akademik Mahasiswa dan Kebebebasan sivil rakyat merdeka.Pemerintah terus berdolak - dalik apabila berjanji mahu meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti,I.S.A, lantas golongan akademik,Mahasiswa dan anak muda di belenggu dengan penggubalan undang - undang yang telah mencantas hak asasi manusia seperti Rang Undang - undang Perhimpunan Aman.

Dalam saat - saat demokrasi di robek oleh ketamakan kuasa,kita di momokkan dengan sentimen keagamaan yang bertujuan untuk memecah - belahkan solidariti rakyat yang sepatutnya menjadi mimpi ngeri kepada mana - mana regim. Kita seharusnya bangkit dari segala ketakutan kepada regim kerana bukan kita seharus tunduk kepada regim, tetapi regimlah yang harus tunduk kepada kuasa rakyat seperti kita.

Oleh itu Bagi menandakan berakhirnya titik suram akhir 2011 dan permulaan tahun baru 2012, saya V, menjemput anda SEMUA rakyat malaysia untuk menduduki Dataran Merdeka bersama saya pada jam 11 malam 31 Disember 2011 dan minta anda SEMUA agar hadir dengan topeng "V" dan melakonkan semula babak dramatis terakhir dari filem "V for Vendetta".

Seperti yang kita Tahu di seluruh dunia, topeng "V for Vendetta" merupakan simbol penentangan terhadap kezaliman dan ketidakadilan kuasa autoritarian. "Flashmob" raksasa ini berbentuk partisipatif, secara simboliknya untuk mengekspresikan rasa tidak puas hati kita terhadap segala bentuk ketidakadilan dan sikap tidak demokratik yang berlaku di Malaysia sepanjang 2011.

Matlamatnya adalah untuk menginterpretasi segala Segala tuntutan kita sebagai masyarakat Merdeka :

1) menuntut semula ruang awam seperti Dataran Merdeka sebagai ruang demokratik buat semua warga berhimpun secara bebas dan aman tanpa tekanan legalistik;

2) membantah Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011;

3) Menuntut Kebebasan Akademik dalam sistem pendidikan di Institut pengajian tinggi tanpa tekanan Legalistik dan campur tangan politik.

4)Menuntut keadilan dan kesaksamaan dalam sistem ekonomi dengan menarik semula pindaan terhadap akta pekerjaan dan mengubal semula akta gaji minimum selaras dengan kos sara hidup.

5) Menuntut solidariti kepada semua rakyat tertindas yang mengalami ketidakadilan dan pencabulan hak asasi dan menuntut kepada penghapusan sebarang usaha ke arah menerbitkan sentimen perkauman dan keagamaan.

6) menunjukkan azam kita dalam menjadikan 2012 tahun perubahan dan kebebasan dalam sistem demokrasi di Malaysia dalam segala aspek termasuklah politik, sosial dan ekonomi.

Saya V, menyeru kepada semua untuk menyertai kami pada 31 Disember 2011 dan membuat tuntutan dengan lantang dan jelas dengan menyarung Topeng "V for Vendetta" tepat pada jam 12.00 di Dataran Merdeka ketika langit Kuala Lumpur di terangi dengan warna - warni bunga api.

segala maklumat boleh di perolehi di laman facebook kami di http://www.facebook.com/events/180134328752210/

DEMONSTRASI DAH JADI BUDAYA KITA

Posted: 30 Dec 2011 06:54 PM PST




SEMUA SUDAH PANDAI DEMO





NOTA:
Azhari Shaari (tengah) menujukkan laporan polis menentang `Kempen Bebaskan Anuar 901' sambil wakil-wakil sayap Barisan Nasional berdemostrasi membantah kempen berkenaan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, semalam.

77 LAPORAN POLIS LUAH BANTAHAN - meloya

Sebanyak 77 laporan polis dibuat di seluruh negara hari ini meminta pihak berkuasa menyiasat serta mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang cuba melancarkan perhimpunan haram menerusi 'Kempen Bebaskan Anwar 901'.

Daripada jumlah itu, sebanyak 49 laporan polis dibuat di Selangor apabila Pergerakan Pemuda UMNO bahagian mengetuai beberapa pertubuhan politik dan bukan kerajaan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Turut membuat laporan di Selangor adalah beberapa pertubuhan di daerah Kuala Langat yang mengemukakan 11 laporan polis.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Putera MIC Selangor, A. Arvind; Timbalan Setiausaha Putera MIC Shah Alam, A. Prevrnavan dan Naib Ketua Pemuda PPP Selangor, Azli Rahman.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


kah kah kah.... SYABAS... BIJAK... TEPAT.... kah kah kah..

kah kah kah..... PEMUDA GEROMBOLAN DAH PANDAI DEMO...kah kah kah..

kah kah kah...LAGI HEBAT.... DEMO DEPAN RUMAH PASONG.... kah kah kah..

kah kah kah...SIAPA PUN TAK BERANI USIK...HEBAT ..MEMANG HEBAT...kah kah jkah

kah kah kah...PADAN MUKA MADEY....kah kah kah..

kah kah kah...MADEY KATA BUKAN BUDAYA KITA.... kah kah kah..

kah kah kah...SEKARANG GEROMBOLAN PUN DAH TERIMA BUDAYA DEMO..... kah kah kah...

kah kah kah.... PUNDEK PUNDEK PUNDEK PUN IKUT SAMA....kah kah kah



BERITA TERKINI - TERNOW - DI LOKAP

Posted: 30 Dec 2011 06:19 PM PST













PESERTA KONVOI AMK DI TANGKAP



berita baru masuk
seramai 7 orang anggota angkatan muda keadilan
telah di tahan rumah pasong tanah merah dan kuala kerai

mereka di tahan di bawah akta mesin cetak
kerana menyebarkan risalah 901

tertangkap sama ialah ketua konvoi
suadara mohd roslan puteh yang juga
ketua penerangan amk negeri

percubaan untuk menyelesaikan
telah dilakukan oleh YB amran
dan peguam Zam Shahrany tetapi telah gagal.

kesemua 7 orang masih dalam lokap

nota:
berita dihantar oleh saharun ibrahim
naib pengerusi
amk kelantan




PENCERAHAN FIKRAH DALAM RUANG DEMOPKRASI

Posted: 30 Dec 2011 09:46 AM PST




SURAT DARI PEMBACA

kepala bana apa nabi isa bukan rasul..dey brader Rasul ulul azmi ada 4 orang,nabi muhammad,nabi ibrahim,nabi musa dan nabi isa,nak tau siapa nabi dan siapa rasul...nabi hanyalah menyampaikan hanya untuk kaumnya sahaja,dan kitab mereka dipanggil suhuf,yakni lembaran2 yang berisi hukum2 yang tidak lengkap..yang penting2 je..

tetapi rasul di wajib menyampaikan kepada seluruh umat,dan mereka ini diberi kitab,nabi musa diberi kitab taurat,dia adalah rasul untuk menyampaikan tauhid kepada bani israel dan bangsa qibti,seluruh umat..nabi isa datang sesudah nabi musa dia dibekalkan kitab injil baginda adalah rasul kitab injil dibawanya adalah sebagai pelengkap dari kitab taurat atau kitab sebenar ajaran taurat kerana kitab taurat nabi musa telah banyak hilang lembarannya mahupun ada isi2 dan hukum2 taurat telah diubah oleh rabai bani israel

..mereka ini digelar yahudi,nabi muhammad menjadi rasul seluruh umat dan dibekalkan kitab alquran yang lengkap yang membatalkan kitab injil dan taurat kerana kedua2 kitab itu telah dirosakkan oleh penganutnya..islam bukan agama baru islam adalah pembaharuan,pembersihan dari pada kekotoran,perubahan dari kitab2 yang sebelumnya

..perlu diingat didalam kitab taurat dan injil telah disebutkan bahawa akan lahir nabi dan rasul yang terkahir..tetapi mereka mengubah isi kitab dengan mengatakan bahawa nabi terakhir hanya dari kalangan bani israel,nabi2 selepasnya hanyalah dari kalangan bani israael..mereka angkuh mereka mengatakan bahawa mereka bangsa yang terpilih sedangkan agama taurat(agama samawi) adalah untuk semua bangsa dan keturunan tetapi rasul tu dilahirkan dari kalangan bani israel

..begitu juga nabi muhammad,dia dilahirkan dari bangsa arab mekah,tetapi ajaran dia bukan untuk arab mekah yang terkenal dengan zaman jahiliyyah dan semangat asobiyyahnya..islam yg disampaikan nabi untuk semua bangsa islam adalah taurat,islam adalah injil..kitab2 suci yang benar..dan apa yg ada pada mereka adalah kitab yang palsu sebab tu mereka dimurkai dan sesat..sebab itu permulaan alquran dalam surah alfatihah telah diterangkan tentang golongan yang dimurkai dan golongan yang sesat itulah yahudi dan nasara..ada banyak lagi nak jelaskan tapi malas nak menaip
By Hamidi Fizie Bin Ahmad on PANDANGAN DARI SEORANG PEMBACA on 12/30/11




SALUT AKHIR UNTUK IBRAHIM CHIK 1922- 2011

Posted: 30 Dec 2011 09:41 AM PST




NOTA

petang kelmarin di temerloh
perginya komander rejiment ke 10
permimpin besar parti komunis malaya

dari lubuk kawah asalnnya
ke lubuk kawah akhirya




NAIB CANSELOR SERU SISWA UITM TURUN 901

Posted: 29 Dec 2011 11:14 PM PST














SISWA UITM DIMINTA SERTAI 90
1 – utusan melayu
SHAH ALAM 29 Dis. - Mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) diingatkan sekali lagi agar turun untuk melibatkan diri dengan Kempen Bebaskan Anwar 901 yang dirancang diadakan di Kuala Lumpur bulan depan.

Ini kerana sebagai mahasiswa mereka perlu sedar tentang hak mereka. Siswa UITM seharusnya memperkukuhkan undang-undang negara dan tidak menjadi alat pihak yang sering mungubal undang-undang zalim seperti AUKU dan ISA.

Menurut Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar yang SETAKAT HARI INI masih belum pernah meghasilkan buku atau tulisan akademik berpendapat bahawa para mahasiswa UiTM sudah dididik untuk menjadi seorang yang mampu berfikir dan menilai sesuatu perkara sama ada ia mengikut laras perundangan atau sebaliknya.

''Saya menyeru keras kepada pelajar-pelajar UiTM supaya melibatkan dengan perhimpunan yang jelas mempunyai agenda murni untuk menegakkan keadilan dan menghapuskan kezaliman.

''Kita ada 200,000 pelajar di semua UiTM seluruh negara mungkin ada seorang dua yang tidak akan terlibat dan saya berharap mereka berfikir sekali lagi kerana 901 ada tarikh bersejarah. sebelum bertindak menyertai apa-apa perkara yang dilarang undang-undang," katanya.





SEMUA DI JEMPUT TURUN 901

Posted: 29 Dec 2011 07:59 PM PST













DEMONSTRASI TAK UBAH KEPUTUSAN PERUNDANGAN – meloya

KUALA LUMPUR 29 Dis. — Perjalanan atau keputusan sebarang kes berkaitan perundangan negara tidak boleh diubah dan disangkal dengan cara berdemonstrasi, kata Rais Yatim.

Beliau berkata, selain memikirkan tanggungjawab kepada masyarakat, mereka yang ingin berdemonstrasi juga perlu sedar tindakan sedemikian tidak akan mempengaruhi dan menggetarkan pihak mahkamah dalam membuat keputusan.

"Demonstrasi tidak mampu mengubah aliran atau aluran perundangan negara, jika itu yang mereka tuntut, maka kenegaraan kita akan hancur," katanya mengulas mengenai ura-ura bahawa pihak tertentu cuba mengadakan demonstrasi sempena keputusan mahkamah berhubung kes liwat melibatkan ketua pembangkang Ibrahim pada 9 Jan. tahun depan.

Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan program Istana Budaya tahun 2012 di Istana Budaya di sini hari ini, Rais berkata, seharusnya pihak yang berkenaan menerima hakikat dan menjadikan kes seorang bekas Menteri Besar yang didapati bersalah oleh mahkamah baru-baru ini sebagai rujukan bahawa keputusan perundangan tidak terbatas kepada golongan tertentu sahaja.

Beliau berharap masyarakat memberi dokongan kepada pembuat keputusan seperti Peguam Negara dan barisan hakim supaya tidak gentar membuat keputusan berdasarkan undang-undang yang telah sama-sama dihormati, didirikan dan dilaksanakan sekian lama.

"Tinggal lagi jika mereka masih hendak berdemonstrasi itu adalah tujuan politik, bukan dalam bidang perundangan tanah air," katanya. — TIEWNAMA



KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit.... PEROGOL AMAH INI NAK TUNJUK BANGANG.... kah kah kah...

woit... BUKAN UNDANG UNDANG SAJA BERUBAH..... REJIM PUN BERUBAH..... kah kah kah...

kah kah kah...REJIM SUHARTO DAN UNDANG UNDANG ZALIM HABIS BUNGKUS 1998.... kah kah jkah..

kah kah kah...REJIM MUBARAK DAN UNDANG UNDANG ZALIM HABIS BUNGKUS TAHUN 2011.... kah kah kah..

kah kah kah...REJIM SHAH REZA PAHLEVI DAN HUKUM RAJA HABIS BUNGKUS TAHUN 1979...kah kah kah...

kah kah kah...REJIM MAHATHIR HAMPIR BUNGKUS TAHUN 1998.... kah kah kah..

woit... PEROGOL..PERASUAH...PEMBUNUH... SEMUA AKAN DI DAKWA BILA REJIM RUNTUH....kah kah kah..



IBRAHIM CIK 1922 - 2011

Posted: 29 Dec 2011 07:17 PM PST




SELAMAT JALAN WAHAI KAWAN










INTERNATIONALE

salut terakhir untuk kau
setiakawan yang berkekalan
ingatan yang tidak akan putus

kau bangun melawan
kau bangun angkat senjata
kaulah pejuang bangsa

salut terakhir untuk kau
setiakawan yang berkekalan

putarkan sekali lagi internationale
putarkan sekali lagu itu
untuk anak muda semua bangsa
dunia ini akhirnya milik anak muda

putarkan lagu itu
putarkan sekali lagi
untuk ingatan kita bersama





GoMalaysian

Posted: 30 Dec 2011 07:09 PM PST

GoMalaysian


Prof Aziz Bari Tawar Diri Sebagai Calon Pakatan Rakyat (PR) ?

Posted: 30 Dec 2011 07:37 AM PST


Pakar perundangan Prof Dr Abdul Aziz Bari menawarkan diri sebagai calon berpotensi pada pilihan raya umum akan datang untuk Pakatan Rakyat, mengatakan beliau mahu mengambil bahagian dalam proses politik negara dengan berkhidmat sebagai wakil rakyat...

Aziz Bari tawar diri sebagai calon Pakatan

The Malaysian Insider

KUALA LUMPUR, 30 Dis — Pakar perundangan Prof Dr Abdul Aziz Bari menawarkan diri sebagai calon berpotensi pada pilihan raya umum akan datang untuk Pakatan Rakyat, mengatakan beliau mahu mengambil bahagian dalam proses politik negara dengan berkhidmat sebagai wakil rakyat.

Pensyarah akademik yang lantang ini berkata beliau "tidak ghairah" tentang menjadi anggota parti sambil menambah sistem dua parti yang berkesan membenarkan reformasi dan pentadbiran yang bagus.

"Maksud saya, seperti mengambil bahagian dalam pemilihan parti, saya hanya mahu menjadi wakil rakyat jika mereka (Pakatan Rakyat) merasakan saya sesuai untuk menjadi calon mereka," katanya kepada The Malaysian Insider melalui kiriman emel.

[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!

Beliau mengesahkan menerima tawaran "tidak rasmi" dari semua parti pembangkang iaitu PAS, PKR dan DAP namun berkata "masih terlalu awal untuk membuat keputusan" parti mana yang akan ditandinginya.

Abdul Aziz (gambar) menambah beliau tidak memilih tentang bertanding di bawah mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat memandangkan "semua parti komited untuk melaksanakan dasar dengan berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan dan ia pentung bagi mewujudkan sistem dua parti."

Namun bekas pensyarat Universiti Islam Antarabangsa ini berkata keputusannya adalah untuk terlibat dalam politik dan berminat menyertai pilihan raya dan bukan sebagai anggota parti yang disifatkan tidak mempunyai "stamina" melakukannya.

"Ini adalah perkara yang dihalang untuk dilaksanakannya. Menyertai politik bukan bermakna terlibat dalam politik parti.

"Apa pun dalam politik, seperti kerjaya dalam akademik atau NGO, ia hanya platfom untuk perubahan. Tidak kisah apa pun saya terlalui tua untuk menjadikan politik sebagai kerjaya. Jika saya berumur 40 tahun ia berbeza tapi saya akan mencecah 53 tahun," tambahnya.

Abdul Aziz terlebih dahulu digantung tugas dari UIA kerana mengkritik campur tangan Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam negeri itu ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Beliau dilaporkan memperhatikan kerusi Parlimen Sabak Bernam yang dipegang Abdul Rahman Bakri, yang dijangka akan dibicarakan pada Jun kerana didakwa membuat sembulan tuntutan palsu.

Pensyarah kontroversi ini berdepan dengan siasatan dalaman oleh UIA kerana mengkritik Sultan Selangor.

Selain itu Abdul Aziz juga disiasat polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Berita dipetik daripada:
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/aziz-bari-tawar-diri-sebagai-calon-pakatan/

Sindrom 9 Tahun Sabah?

Posted: 30 Dec 2011 03:07 AM PST

DUNIACACAMARBA

Posted: 30 Dec 2011 03:50 PM PST

DUNIACACAMARBA


[Kemas Kini] Prof Dr Aziz Bari: Saya Ditawarkan Bertanding BUKAN Tawar Diri Sebagai CALON Pakatan Rakyat dalam PRU 13

Posted: 30 Dec 2011 03:20 AM PST

Saya petik:

[Antarapos] SHAH ALAM, 30 DIS : Pakar Perlembagaan Profesor Dr Abdul Aziz Bari hari ini membayangkan beliau akan menerima perlawaan parti komponen Pakatan Rakyat untuk bertanding kerusi pada pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu menegaskan beliau tidak mahu berkecimpung dalam politik untuk mengejar jawatan dalam parti, sebaiknya bertekad memainkan peranan berkesan di Parlimen.

Aziz berkata beliau bersedia membantu memartabatkan sistem dua parti di negara ini, khususnya dalam proses penggubalan dan perbahasan undang-undang di Dewan Rakyat.

" Saya nak sebut, saya hendak masuk (menjadi calon) apabila sudah hampir Pilihan Raya Umum. Saya bukan masuk politik sebab nak jadi Ketua Cabang, Ketua Bahagian atau Ketua Kawasan, saya bukan hendak masuk politik dalam konteks itu.

" Saya kalau hendak masuk (politik) pun, saya hendak bertanding sahaja dan itu tidak semestinya (dengan menjadi) orang parti. Cuma kalau parti terima saya dan mereka mempromosikan saya sebagai seorang calon, saya sanggup.

" (Saya masuk) dalam konteks untuk mencari perubahan, tapi bukan dalam konteks untuk menjadi laksamana. Jadi, bahasa masuk politik itu kena faham lah. Bukan maksud saya hendak berebut macam orang parti, hendak tubuh cawangan, bawa pengundi hantu, bukan macam itu,"tegas beliau.

Aziz berkata demikian mengulas laporan sebuah portal berita yang memetik beliau sebagai menawarkan diri bertanding pada pilihan raya umum akan datang untuk Pakatan Rakyat.

" Saya tidak tawar diri, saya ditawarkan," jelas Aziz kepada antarapos.com.

" Kalau menawarkan, saya pun tidak mahu. Kalau bergaduh untuk dapatkan kerusi, buat apa. Tak ada kerja," ujarnya.

Aziz berkata beliau mendokong perjuangan Pakatan Rakyat tetapi menegaskan beliau tidak mahu terjebak dalam politik dalaman mana-mana parti.

Pemuda Pas sebelum ini mengundang Aziz secara terbuka untuk menyertai parti itu dan kenyataan beliau hari ini mengesahkan dirinya juga dipancing oleh Parti Keadilan Rakyat dan Parti Tindakan Demokratik (DAP).

" Saya komited kepada idea untuk memperkasakan sistem dua parti dan yang keduanya, saya setuju dengan komitmen Pakatan Rakyat kepada Perlembagaan, kedaulatan undang-undang dan kepada apa yang mereka tawarkan dalam Buku Jingga," kata beliau.

Laporan di blog-blog menyebut Aziz kini aktif "berkempen" di kawasan Sabak Bernam, Selangor.

Ditanya mengenai kesahihan berita itu, Aziz berkata,"saya percaya kepada politik dan di dalam politik, kita kena balik ke akar umbi, jadi lebih baik kembali ke kawasan asal kita,"katanya.  Beliau berasal daripada kawasan itu.

Parti Keadilan Rakyat dipercayai akan sekali lagi bertanding kerusi itu pada pilihanraya umum akan datang.

Pada pilihan raya umum yang lalu, Abdul Rahman Bakri dari UMNO menang dengan 12,055 undi berbanding Badrul Amin daripada PKR  yang mendapat 10,720 undi.

Aziz mencetus kontroversi apabila mengulas tindakan Sultan Selangor bersabit  pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor ke atas bangunan milik Gereja Methodist di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu.

Beliau yang sering muncul di pentas pembangkang digantung tugas sebagai pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebelum  mengambil keputusan untuk meletak jawatan yang berkuat kuasa esok.

Aziz berkata persekitaran kampus dan keadaan politik semasa mengekang beliau untuk sebagai pensyarah dalam memberikan pandangan secara bebas dan berilmiah mengenai isu-isu penting.

Pengkritik beliau, menyifatkan Aziz sebagai menaruh cita-cita politik dan lantang menggesa beliau supaya terus menjadi ahli politik sepenuh masa.


* Artikel asal saya petik daripada Mstar dengan tajuk Aziz Bari Tawar Diri Jadi Calon PR. Berdasarkan kenyataan Dr Aziz, artikel di atas lebih tepat.


P/s: Pilihan yang tepat!



WiFi PERCUMA untuk Rakyat Selangor Mulai 2012

Posted: 30 Dec 2011 12:21 AM PST


 
Saya petik:

[KD] KUALA LUMPUR 30 Dis : Bagi mendekatkan lagi agenda kerajaan negeri dalam program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), Selangor bakal memperuntukkan jalur lebar (wifi) percuma kepada rakyatnya bermula 2012.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rawang, Gan Pei Nei, langkah bijak Selangor itu bagi melahirkan rakyat celik internet di samping dapat menyalurkan maklumat dengan tepat kepada rakyat.

"Dengan adanya wifi percuma, rakyat lebih senang mendapatkan informasi tepat dan benar daripada kerajaan negeri khususnya.

"Ini adalah salah satu cara sesebuah negara demokrasi memberi kemudahan kepada rakyatnya," kata Pei Nei kepada Suara Keadilan.

Kata beliau, bagi memperluaskan kemudahan itu, beliau menyarankan Kerajaan Selangor menubuhkan pusat internet terutamanya di kawasan kampung.

"Sasaran kemudahan ini akan dinikmati masyarakat bandar dan desa seluruh Selangor. Pelaksanaan yang bakal dimulakan pada tahun depan itu akan diadakan secara berperingkat.

"Kita sedar bukan semua mempunyai komputer, dan atas sebab itu saya mencadangkan pembinaan pusat cyber rakyat bagi keluarga yang tidak mempunyai komputer," ujarnya.

Tambah Pei Nei, program itu juga mungkin diperluaskan dengan menyalurkan komputer percuma kepada setiap keluarga.

"Kerajaan Selangor harus memberikan komputer percuma kepada golongan belia dan keluarga kurang berkemampuan supaya mereka tidak akan ketinggalan maklumat terkini," katanya.

Sementara itu, Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata, pelaksanaan wifi percuma di Selangor bagi memastikan rakyatnya dapat menerima informasi dengan tepat dan bebas, sesuai dengan Enakmen Kebebasan Informasi (FOI) yang diluluskan kerajaan negeri.

Beliau berharap kemudahan itu dapat dimanfaatkan oleh orang ramai yang menggunakan komputer riba atau telefon bimbit untuk menerima dan menghantar informasi dengan lebih baik.


P/s: Mahu Wifi percuma? Pangkah PR!!









Pegawai PTD Didakwa Memukul Suami dengan Fail Pejabat

Posted: 29 Dec 2011 07:37 PM PST


Saya petik:
[BH] SEPANG: Akibat memukul suaminya dengan menggunakan fail pejabat dalam satu perselisihan faham, seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) sebuah kementerian di Putrajaya, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sepang di sini, semalam.

Tertuduh, Kamaliah Basir, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan itu selepas tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zuhrina Mohamed Nor yang bertindak sebagai Majistret. 

Kamaliah dituduh mencederakan suaminya, Zaihan Md Lani, 49, ketika menaiki sebuah kereta di Simpang 3, Persiaran Semarak Api dan Persiaran Apec, Cyberjaya pada 3 Mac lalu.

Kamaliah yang memakai baju kurung kelabu dan bertudung gelap serta tidak diwakili peguam membuat pengakuan tidak bersalah selepas jurubahasa membaca pertuduhan terhadapnya.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.

Zuhrina menetapkan tertuduh diikat jamin RM1,800 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 Februari tahun depan untuk sebutan semula kes serta membolehkan tertuduh melantik peguam.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwaraya, Aqeeb Lizalman Zamery.  


P/s: Tidak bolehkah mereka menyelesaikan hal ini di dalam kelambu?

Selepas Menangis Kerana Adam Adli, Jurublog Pro-UMCO Dedah Maklumat yang Didakwa Milik "Ameno World"

Posted: 29 Dec 2011 06:43 PM PST

Sumber gambar di sini.


Gambar dan maklumat peribadi seperti nombor telefon dan alamat yang didakwa milik jurublog dan Facebooker PR didedahkan oleh blog pro-UMCO. Gambar di atas ini saya peroleh daripada blog milik penyokong tegar UMCO yang sebelum ini merah mata menangis kerana Adam Adli. Mengapa dia menangis? Sila baca di sini.

Saya pun tidak kenal jurublog dan Facebooker yang didedahkan. Jika maklumat dan paparan gambar itu salah, orang yang berkenaan bolehlah mengambil tindakan dengan melaporkan hal itu kepada pihak polis.


P/s: Ameno World, gambar kau ka?


Bapa Rantai Anak di dalam Tandas

Posted: 29 Dec 2011 06:21 PM PST




Saya petik:
[Kosmo] BUTTERWORTH – Seorang bapa tergamak memperlakukan dua orang anaknya yang berusia dua dan enam tahun seperti anjing apabila bertindak mengikat kaki kiri mereka dengan rantai besi di dalam tandas rumahnya.

Pasangan adik-beradik itu ditinggal seharian oleh bapa mereka ketika dia keluar bekerja dengan alasan anaknya itu nakal dan tiada orang menjaga mereka ketika dia tiada di rumah.

Perbuatan lelaki berusia 40-an yang tidak berperikemanusiaan itu terbongkar apabila kedua-dua beradik tersebut menjerit dan menangis kelaparan pada pukul 6 petang kelmarin kerana mereka tidak diberikan makanan oleh bapa mereka.

Jeritan kedua-dua beradik itu membongkar perbuatan kejam bapa mereka selepas jiran-jiran yang tinggal di kawasan rumah kedai dua tingkat itu memaklumkan perkara tersebut kepada polis.

Bertindak atas maklumat, sepasukan polis menyerbu rumah tersebut di Taman Mawar, Raja Uda dekat sini dan menemui seorang budak perempuan berusia enam tahun bersama adik lelakinya berumur dua tahun dalam keadaan menyayat hati.

Ketika ditemui pada pukul 8.45 malam, kedua-dua beradik itu yang diikat dengan rantai dan dikunci dengan mangga besi hanya memakai baju-T serta seluar dalam di dalam tandas.

Ketika diselamatkan, bapa kanak-kanak tersebut yang bekerja sebagai buruh tiada di rumah kerana keluar bekerja sejak pukul 3 petang kelmarin, manakala ibu mereka yang merupakan warga Thailand pula dikatakan telah meninggalkan tiga beranak itu sejak sebulan lalu.

Difahamkan, kedua-dua beradik itu diperlakukan sedemikian oleh bapanya sejak sebulan lalu setiap kali dia keluar bekerja selepas ibu mereka menghilangkan diri.

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara, Asisten Komisioner Zulkifli Alias berkata, seorang penduduk yang mendengar jeritan dan tangisan kanak-kanak itu cuba membantu mangsa tetapi malangnya pintu rumah tersebut dikunci dari luar.
 
 
 

DIALOG RAKYAT

Posted: 30 Dec 2011 03:45 PM PST

DIALOG RAKYAT


Bertempur dengan Iblis dan Jin Ayah Pin

Posted: 30 Dec 2011 03:16 PM PST

SELATAN ONLINE

Pada tahun 2005, terdapat satu kumpulan ajaran sesat yang bergelar "Kerajaan Langit" atau "Sky Kingdom" yang bertapak di Besut, Terengganu. Pengasas kepada Kerajaan Langit ini iaitu Arifin Mohamad atau lebih dikenali sebagai Ayah Pin.

Kumpulan ini telah disenaraikan sebagai kumpulan ajaran agama sesat oleh Kerajaan Malaysia. Ajaran agama sesat ini berkampung di Kampung Batu 13, Hulu Besut, Terengganu.

Ayah Pin menyifatkan dirinya sebagai "Tuhan" kepada segala agama. Ayah Pin berjaya memperalatkan dan mempengaruhi pelbagai lapisan masyarakat, agama dan status penduduk di negara ini untuk menyertai ajaran agama sesat yang disebarkannya.

Dia membangunkan kawasan Kerajaan Langit dengan beberapa struktur besar untuk melambangkan kuasa tuhan yang diamanahkan kepada dirinya untuk melindungi dan mamayungi umat manusia.


Antara bangunan dan struktur yang dibina di kawasan seluas 6 ekar di Hulu Besut termasuk cerek gergasi, pasu, payung seperti Grand Stand F1, bulan sabit, telaga, rumah bulat, rumah nasyid, dewan perhimpunan, wakaf, replica kapal bahtera nabi noh, jambatan, sebuah makam Mohamad Ya dan sebagainya.

Ada yang memaklumkan kos pembinaan struktur dan bangunan ini melebehi RM5 juta. Mengikut lapuran, Kerajaan Langit telah bertapak di tempat ini sejak pertengahan tahun 1980han tetapi pada hakikatnya kumpulan ini wujud di negara ini sejak tahun 1970han lagi.

Anggaran jumlah pengikut-pengikut ajaran sesat ini ditaksirkan sebanyak 23 ribu pengikut dari dalam dan luar negara.


Selepas bertahun-tahun bergiat dengan ajarannya di Malaysia, akhirnya ajaran yang memesongkan orang ramai itu telah dihidu oleh pihak berkuasa. Akhirnya pengikut-pengikut Ayah Pin telah ditahan dan disoal siasat serta didakwa di makhamah.

Ayah Pin telah menghilangkan diri dari pihak berkuasa sehingga hari ini dan ada yang mengatakan dia bersembunyi di Selatan Thailand. Kawasan Kerajan Langit di Besut itu turut dimusnahkan pada bulan Ogos 2005. Di sini saya ingin menceritakan penglibatan saya dalam permusnahan kawasan Kerajaan Langit di Besut itu.

Terlebih dehulu saya ingin menceritakan sejarah Perubatan Syifa Al-Hidayah di negeri Terengganu. Sejak tahun 2003, saya telah mula mengunjungi ke Kuala Terengganu sekali sebulan untuk mengubat pesakit-pesakit dari Pantai Timur.

Sahabat saya Ustdz Mohd Shukri Ali yang bertugas sebagai Pegawai Ugama di Istana Terengganu adalah orang yang bertanggung-jawab membawa saya ke Terengganu.

Dahulu semasa saya mula-mula berubat di Kuala Terengganu, saya berubat di kediaman Ustadz Mohd Shukri yang pada masa itu menetap di kuarters istana berhampiran dengan pantai Batu Buruk.

Pada suatu pagi Sabtu pada penghujung bulan July 2005, Mufti Terengganu kebetulan dia sahabat kepada Ustadz Mohd Shukri, berjumpa saya di kediaman Ustadz Shukri.

Dia mohon pertolongan dari saya agar dapat membersihkan benda-benda ghaib yang menjaga tempat kawasan Kerajaan Langit di Besut. Mengikut katanya sudah banyak kali jentera-jentera dan kakitangan Jabatan Kerjaya hendak masuk ke kawasan itu untuk merobohkan struktur-stuktur dan bangunan-bangunan di tempat itu tetapi mereka menemui pelbagai halangan yang pelik-pelik.

Saya pada masa itu tidak tahu sangat perihal Kerajaan Langit ini tetapi kerana desakan Ustadz Mohd Shukri saya bersetuju dengan syarat saya diiringi oleh 7 orang tafiz.

Permohonan saya untuk mendapat tafiz tidak menjadi masalah dan dalam beberapa jam sahaja, Mufti Terengganu dapat mengumpul 7 orang tafiz diiringi dengan 3 orang Ustadz iaitu tenaga pengajar mereka.

Kami berkumpul selepas waktu asar di sebuah surau di Kuala Terengganu dan saya memberitahu mereka surah-surah yang perlu dibaca semasa di sana dan juga memberi taklimat apa yang mereka harus lakukan apabila tiba di sana nanti.

Saya juga "scan" setiap tafiz dan tenaga pengajar yang akan mengiringi saya untuk memastikan tidak ada yang lemah semangat atau bermasalah.

Selepas solat magrib dan selepas makan malam nasi bungkus, kami bertolak ke Besut menaiki bas Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). Selalunya perjalanan dari Kuala Terengganu ke Besut mengambil masa 2 jam sahaja. Rupa-rupanya Raja iblis iaitu sahabat Ayah Pin telah tahu tentang perancangan kami dan mereka pun membuat persiapan juga untuk menghalang kami tiba di tempat itu.

Kira-kira dalam 50 km dari kawasan itu, terdapat sekatan jalan atau "road block" bukan oleh pihak polis atau JPJ tapi road block oleh kuncu-kuncu jin dan iblis Ayah Pin.

Bas yang kami menaiki terpaksa berhenti dan patah balik untuk mencari jalan alternative yang lain. Sekiranya kami tidak menghiraukan sekatan jalan itu, jin-jin itu berupaya untuk menganiayakan kami dengan berlakunya kemalangan-kemalangan yang mereka boleh lakukan.

Ada suatu ketika bas yang kami naik diserang oleh jin-jin Ayah Pin dan saya bernasib baik membawa bersama adek-adek tafiz ini yang sungguh bersemangat membaca ayat-ayat Al-Quran dan bersama dengan pertolongan dari Allah swt, menolong saya melawan jin-jin tersebut. Kami terpaksa mengambil jalan yang jauh untuk sampai ke Besut.

Kami sampai di Besut dalam jam 2 pagi. Kami mengambil masa lebih dari 6 jam untuk sampai ke Besut bandingkan dengan perjalanan yang biasa nya makan masa 2 jam untuk sampai ke sana.

Bila sampai di kawasan itu, saya terperanjat melihat betapa ramainya polis-polis dari Bukit Aman dan Kuala Terengganu menjaga keselamatan dan membuat pemantauan di kawasan itu.

Bila sampai di tempat itu, saya rasa agak pelik melihat cerik besar, pasu besar, bahtera kapal nabi noh dan lain-lain struktur. Walau pun tempat itu tidak ada lampu sebab bekalan elektrik telah lama diputuskan oleh pihak berkuasa, kami disinari oleh cahaya bulan mengambang pada malam itu.

Setelah membuat tinjauan atau "quick survey" di kawasan itu, saya mendapati ada beratus ekor jin dan iblis dalam kawasan itu. Tetapi yang ketara sangat ialah 12 ekor jin yang mewaklili beberapa agama-agama di dalam dunia ini. Jin-jin ini lah yang telah membantu Ayah Pin mendirikan ajaran agama sesat Kerajaan Langit ini.


Saya memilih dewan perhimpunan yang masih tersergam disitu untuk bertempur dengan 12 ekor jin itu. Saya mengarahkan semua tafiz-tafiz yang mengiringi saya untuk masuk ke dalam dewan itu.

Untuk pengetahuan semua, ada golongan orang yang cuba membakar dewan perhimpunan itu dua atau tiga hari sebelum itu dan terdapat banyak serpihan-serpihan kaca di lantai dewan itu.

Dengan bercahayakan bulan yang mengambang pada malam itu dan lampu suloh dari pihak polis, kami membaca surah-surah Al-Quran. Satu demi satu jin saya bertempur sehingga jubah saya basah kuyup dengan peluh badan. Hampir 3 jam saya bertempur sehingga saya berguling-guling di atas lantai dewan itu.


Dengan keizinan Allah swt dan pertolongan dari Nya, dan dibantu dengan laungan dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari adik-adik tafiz yang ada dengan saya pada malam itu, saya dapat mengalahkan kesemua jin-jin Ayah Pin kecuali se-ekor jin yang dapat melarikan diri. Selepas itu saya mengarahkan beratus-ratus jin-jin yang berada di sekitar kawasan itu berpindah atau pergi dari kawasan itu.

Masa itu sudah hampir waktu subuh. Kami semua bersiap sedia untuk berjemaah subuh. Saya menyuruh seorang dari adek tafiz melaungkan azan subuh. Pada pagi itu, pertama kali dalam 25 tahun azan subuh berkumandang di tempat itu.

Syukur Alahamdulilah pada Allah swt. Menitis air mata saya bila terdengar azan subuh di kawasan itu dan berakhirlah kekuasaan jin-jin Ayah Pin di tempat itu.

Selepas mengerjakan solat, saya sujud bersyukur pada Allah swt kerana memberi saya hidayah dan kekuatan menangani jin-jin tersebut.

Selepas matahari terbit kami semua bersiap sedia untuk pulang ke Kuala Terengganu.

Perjalanan balik ke Kuala Terengganu aman tanpa sekatan road block atau apa-apa halangan. Kami diberitahu tepat jam 8 pagi, pihak JKR datang dengan jentera-jenteranya merobokan semua struktur-struktur dan bangunan-bangunan di kawasan itu.



Pada hari Isnin, 2 August 2005 tersebar meluas cerita di dalam setiap akbar di negara ini mengenai kawasan pentadbiran Kerajaan Langit telah dirobohkan dan dimusnahkan.

Tetapi apa yang berlaku pada malam sebelum kawasan itu dirobohkan tidak ramai yang tahu cerita sebenarnya sampai lah hari ini saya memilih untuk memberitahu kejadian sebenar yang berlaku.

Terima kasih Allah kerana atas pertolongan Mu kami berjaya menumpas ajaran sesat yang sudah lama berleluasa di negara ini. Amin Ya Rabbal Alamin.Hj. Lokman

Aziz Bari tawar diri sebagai calon Pakatan

Posted: 30 Dec 2011 02:47 AM PST




KUALA LUMPUR — Pakar perundangan Prof Dr Abdul Aziz Bari menawarkan diri sebagai calon berpotensi pada pilihan raya umum akan datang untuk Pakatan Rakyat, mengatakan beliau mahu mengambil bahagian dalam proses politik negara dengan berkhidmat sebagai wakil rakyat.

Pensyarah akademik yang lantang ini berkata beliau "tidak ghairah" tentang menjadi anggota parti sambil menambah sistem dua parti yang berkesan membenarkan reformasi dan pentadbiran yang bagus.

"Maksud saya, seperti mengambil bahagian dalam pemilihan parti, saya hanya mahu menjadi wakil rakyat jika mereka (Pakatan Rakyat) merasakan saya sesuai untuk menjadi calon mereka," katanya kepada The Malaysian Insider melalui kiriman emel.

Beliau mengesahkan menerima tawaran "tidak rasmi" dari semua parti pembangkang iaitu PAS, PKR dan DAP namun berkata "masih terlalu awal untuk membuat keputusan" parti mana yang akan ditandinginya.

Abdul Aziz (gambar) menambah beliau tidak memilih tentang bertanding di bawah mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat memandangkan "semua parti komited untuk melaksanakan dasar dengan berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan dan ia pentung bagi mewujudkan sistem dua parti."

Namun bekas pensyarat Universiti Islam Antarabangsa ini berkata keputusannya adalah untuk terlibat dalam politik dan berminat menyertai pilihan raya dan bukan sebagai anggota parti yang disifatkan tidak mempunyai "stamina" melakukannya.

"Ini adalah perkara yang dihalang untuk dilaksanakannya. Menyertai politik bukan bermakna terlibat dalam politik parti.

"Apa pun dalam politik, seperti kerjaya dalam akademik atau NGO, ia hanya platfom untuk perubahan. Tidak kisah apa pun saya terlalui tua untuk menjadikan politik sebagai kerjaya. Jika saya berumur 40 tahun ia berbeza tapi saya akan mencecah 53 tahun," tambahnya.

Abdul Aziz terlebih dahulu digantung tugas dari UIA kerana mengkritik campur tangan Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam negeri itu ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Beliau dilaporkan memperhatikan kerusi Parlimen Sabak Bernam yang dipegang Abdul Rahman Bakri, yang dijangka akan dibicarakan pada Jun kerana didakwa membuat sembulan tuntutan palsu.

Pensyarah kontroversi ini berdepan dengan siasatan dalaman oleh UIA kerana mengkritik Sultan Selangor.

Selain itu Abdul Aziz juga disiasat polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ didakwa menipu pengerusi NFC

Posted: 30 Dec 2011 02:44 AM PST


Datuk Shamsubahrin Ismail keluar dari mahkamah sambil melambaikan tangan kepada media. — Foto oleh Jack Ooi


KUALA LUMPUR — Seorang ahli perniagaan bergelar "Datuk" yang cuba memberi rasuah kepada pegawai kanan CCID semasa siasatan skandal Pusat Fidlot nasional (NFC) hari ini didakwa atas tuduhan menipu di Mahkamah Tinggi di sini.

Datuk Shamsubahrain Ismail dituduh menipu Pengerusi NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail sebanyak RM1.76 juta sebagai bayaran rundingan untuk mendapatkan perkhidmatan penasihat.

Shamsubahrin didakwa dengan dua tuduhan menipu di bawah seksyen 420 Kanun Jenayah.

Beliau dikatakan melakukan kedua-dua kesalahan itu pada 20 November di sebuah restoran di Bukit Tunku dan antara 25 November dan 6 Disember di Solaris Mont Kiara, juga di Kuala Lumpur.

Jika sabit kesalahan Shamsubahrain boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Beliau mengaku tidak bersalah di atas kedua-dua pertuduhan itu.

Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain menetapkan ikat jamin sebanyak RM300,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan Shamsubahrain menyerahkan passportnya.

Kes ini akan disebut semula pada 21 Januari.

Shamsubahrain sebelum ini ditahan reman oleh polis kerana dikatakan cuba memberi rasuah kepada tiga hingga empat pegawai kanan CCID yang menyiasat skandal NFCorp.

Polis menyiasat NFCorp atas kesalahan pecah amanah berikutan dakwaan PKR bahawa syarikat itu menyalahgunakan dana jutaan ringgit yang diberikan kepada NFC.

Shamsubahrain, yang memiliki syarikat khidmat perunding dan syarikat teksi premium kemudiannya diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Agensi anti-rasuah itu telah mengumumkan akan menyiasat dakwaan terhadap NFCorp walaupun sebelum ini mengatakan tidak akan berbuat demikian.

SPRM turut merampas sebuah komputer dan beberapa dokumen semasa melakukan serbuan di ibu pejabat NFCorp di Solaris Mont Kiara.

PKR membangkitkan perkara itu selepas projek ternakan lembu bernilai RM250 juta yang dibiayai kerajaan — diuruskan Mohamad Salleh, suami kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil — gagal mencapai sasaran pengeluaran dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Parti pembangkang juga turut membuat beberapa pendedahan berkaitan dengan skandal itu termasuk pembelian dua unit kondominium oleh NFC di Bangsar dan mendakwa syarikat itu menggunakan dana projek untuk perbelanjaan peribadi dan ke luar negara.

Ia juga mendakwa berlaku perpindahan wang ke syarikat yang tidak berkaitan dengan NFCorp di Singapura serta pembelian Mercedes-Benz CLS350 berharga RM534,622 dan dia lot tanah di Presint 10 Putrajaya bernilai RM3,363,507.

Pendedahan terbaru dibuat PKR Selasa lalu, menuduh sebanyak RM10 juta telah digunakan untuk pembelian seunit kondominium di Singapura untuk keluarga Shahrizat.

Shahrizat cuba mengelak daripada dituduh terlibar dengan mengatakan hanya beliau "satu-satunya isteri" pengerusi NFC dan tiada apa-apa kaitan dengan NFC.

Beliau turut berdepan dengan gesaan agar meletakkan jawatan sebagai menteri termasuk dari pemimpin Umno serta bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

‘Imej maya’ dalam MyKad baru dapat elak kad dipalsu, kata JPN

Posted: 30 Dec 2011 02:42 AM PST


PUTRAJAYA — Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan "MyKad dengan strukur baru" pada 3 Januari yang dipertingkatkan ciri keselamatan dan dapat menangani pemalsuan kad itu.

Ketua Pengarahnya Datuk Jariah Moh Said berkata agensi itu menggunakan "teknologi laser terbaru" untuk mencetak MyKad baru yang mempunyai "imej maya" pemegang kad yang tidak boleh dibuang.

"Biasanya mereka akan mengubah warna foto. Tetapi jika anda mencuba untuk ubah imej maya ia akan memusnahkan keseluruhan kad," katanya kepada pemberita sambil menambah imej itu akan dicetak di bawah lapisan permukaan kad.

Wakil rakyat pembangkang telah mendakwa Barisan Nasional (BN) telah memberi MyKad kepada sekurang-kurangnya 1,600 warga asing antara Mac hingga Jun untuk mengundi pemerintah pada pilihan raya umum akan datang.

Pakatan Rakyhat juga mendakwa pada Ogos lalu seramai 1,108 pemastautin tetap di Lembah Klang telah diberikan status kewarganegaraan dalam satu hari sahaja.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menubuhkan jawatankuasa pilihan khas Parlimen untuk mengkaji transformasi pilihan raya negara.

Jariah juga berkata kad baru itu dibuat daripada polikarbonat yang lebih kuat dan dilengkapi mikrocip berkualiti tinggi yang boleh mencapai kapasiti 80 kilobait (kb) berbanding 64 kb yang digunakan sekarang.

Beliau menambah langkah itu diambil berikutan aduan-aduan yang dikemukakan terhadap MyKad yang mula dikeluarkan pada 2000 tidak tahan lama dan mikrocip sering tidak boleh dibaca mesin pengimbas.

Walaupun enggan mendedahkan jumlah aduan yang dikemukakan kepada JPN namun beliau berkata kos untuk mengeluarkan setiap MyKad hanya RM24.50 berbanding RM27.20 sebelum ini.

Semasa dilancarkan, MyKad asal dikatakan berkebolehan mencapai fungsi tambahan seperti maklumat lesen memandu dan perdagangan elektronik.

Tetapi kebanyakan fungsi-fungsi itu tidak berjaya disebbakan kekurangan sambutan pasaran dan kad pintar tidak boleh dikesan.

MyKad baru yang akan diperkenalkan di Shah Alam dan Putrajaya pada 3 Januari ini akan dikeluarkan di seluruh negara dalam tempoh enam minggu selepas itu.

Jamil Khir Perlu Jawab, Bukan Pegawai Kerajaan

Posted: 30 Dec 2011 02:41 AM PST

Oleh TV Selangor


SHAH ALAM: Pengarah Komunikasi Parkti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad kesal dengan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Muhamad Yamin Ismail yang mendakwa pembangkang sengaja mencipta tomahan kononnya wang zakat digunakan untuk pembayaran kos guaman

Katanya, penyelewengan ini berdasarkan laporan yang didedah sendiri oleh Ketua Audit Negara pada November 2011 namun malangnya Yamin sendiri tidak menyebut tentang 'pendahuluan' RM63,650 daripada wang zakat.

Yamin juga harus sedar bahawa apabila seorang itu dizalimi, beliau mempunyai hak yang diiktiraf di dalam syarak dan sistem Perlembagaan kita untuk mempertahankan diri mereka.

"Berikutan kenyataan saya semalam, Muhamad Yamin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menyatakan bahawa pembiayaan kos guaman Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan dua lagi pegawai kanan MAIWP dalam menghadapi kes permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim diambil daripada geran kerajaan.

"Dalam kenyataannya, beliau juga menyalahkan Anwar dan pihak-pihak tertentu yang menyalahgunakan' proses mahkamah terhadap penjawat awam yang menyebabkan dana dan wang rakyat terpaksa digunakan bagi melayan proses mahkamah," katanya.

Pada Jun 2011 juga Jamil Khir menafikan penggunaan wang zakat untuk membayar kos guaman ini.

Beliau berharap Jamil Khir sebagai Menteri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal agama Islam Malaysia dapat segera tampil ke hadapan bagi menjawab isu ini dan bukan menyorok di belakang pegawai kerajaan

Pada Jun lalu juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim Yahya telah menegaskan sebarang salahguna wang zakat yang disalurkan selain daripada asnaf yang lapan adalah kesalahan dan dosa besar.

"Sekurang-kurangnya apabila isu ini mula-mula timbul peguam Zainul Rijal Talha dan Amir terbuka dalam bertanya tentang pandangan Mufti Wilayah Persekutuan.

"Persoalannya, adakah pandangan tersebut diberikan dan sekiranya ya, apakah pandangan beliau? Yang nyatanya Ketua Audit mengesahkan wang zakat dibayar kepada peguam sebelum dipulangkan hampir enam bulan kemudian pada Disember 2010," ujar beliau lagi.

Tegas Nik Nazmi, amalan dwi-standard tidak perlu wujud dalam kes ini sedangkan sebelum ini terdapat kes amil zakat di Johor, Redzuan Mohd Said yang menyalahgunakan RM19,510 dan memulangkannya tetapi dipenjarakan empat tahun dan dihukum tiga kali sebatan tahun ini.

Jalan Rosak Di Teluk Gong, Pusat Jangan Lepas Tangan

Posted: 30 Dec 2011 02:37 AM PST

Oleh Mohd Ezli Mashut


KLANG : Kerajaan Pusat melalui Kementerian Kerja Raya digesa untuk menaiktaraf jalan-jalan di sekitar Teluk Gong khususnya di kawasan perkilangan dan perindustrian yang rosak teruk dan tidak diselenggara baik sejak 15 tahun yang lalu.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata adalah dianggarkan kos sebanyak RM24 juta diperlukan bagi naiktaraf jalan tersebut ekoran ia digunakan hampir 10,000 kenderaan setiap hari termasuk kenderaan berat.

" Kita tidak minta untuk RM24 juta itu diberikan sekaligus, tetapi ia boleh dilakukan secara berfasa sedikit demi sedikit, isu ini telah dibangkitkan beberapa kali kepada pihak Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan pihak JKR, berkaitan dengan bidang tugas kawasan tersebut, seperti jalan raya ini adalah di bawah JKR," kata Charles semasa sidang media di sini.

Menurut Charles lagi, kawasan Teluk Gong adalah tapak perindustrian yang memerlukan perhatian daripada kerajaan bagi membantu menjana ekonomi dan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk di kawasan sekitar.

Beliau juga berkata, banyak aduan dan laporan sudah dikemukakan kepada pihak MPK kepada kerajaan pusat namun sehingga kini tiada perkembangan yang memberangsangkan bagi masalah tersebut dan dianggap tidak adil kepada warga industri di situ.

" Apa yang kerajaan persekutuan perlu buat ialah menentukan dan memberi jaminan tidak ada masalah untuk pengusaha-pengusaha di mana-mana tempat termasuk di Teluk Gong, isu ini saya telah beberapa kali membawa ke Parlimen,di mana saya telah mengatakan jangan menganaktirikan mana-mana kawasan perindustrian yang memerlukan pertolongan," katanya.

Tinjauan yang dilakukan oleh Selangor Kini/ TVSelangor mendapati Teluk Gong dan kawasan sebelahnya Pulau Indah merupakan tumpuan para pelabur dari dalam dan luar negara berikutan kedudukannya yang berdekatan dengan Pelabuhan Barat yang strategik.

Malahan banyak syarikat-syarikat pengangkutan dan logistik membina bengkel, depoh dan pejabat urusan mereka di sekitar Teluk Gong dan Pulau Indah.

Teluk Gong juga merupakan salah satu tumpuan peminat-peminat makanan laut dari seluruh Selangor di mana pada setiap hari minggu, restoran-restoran makanan laut di Teluk Gong pasti penuh dengan peminat-peminat makanan laut.

Ahli Majlis Perbandaran Klang Allan M.Muniandy pula berkata beliau banyak menerima aduan daripada pekilang-pekilang disebabkan kerosakan jalan yang semakin teruk saban hari.

"Saya meminta kerajaan Persekutuan sebab jalan-jalan di Teluk Gong ini bukan di bawah bidang kuasa MPK dan kerajaan negeri, dan ia terletak di bawah Kementerian Kerja Raya, jadi saya menyeru kerajaan pusat untuk menyediakan dana peruntukan untuk memperbaiki jalan di Teluk Gong," katanya.

Menurut Presiden Persatuan Pekilang-Pekilang Teluk Gong S.S Wong, jalan yang rosak itu merupakan masalah berterusan sejak 15 tahun lepas justeru beliau menggesa agar masalah ini diselesaikan segera kerana jalan yang rosak itu mengancam keselamatan nyawa kepada pengguna motorsikal apabila hujan untuk mengelak jalan yang berlubang dan digenangi air.

" Pekilang-pekilang di kawasan ini melahirkan rasa kurang senang kerana setiap tahun mereka membayar pelbagai cukai kepada pihak berkuasa, jalan yang rosak ini di bawah tanggungjawab JKR, maka kita menggesa JKR untuk melihat secara serius masalah ini," katanya.

Wong juga berkata di kawasan sekitar Teluk Gong terdapat lebih daripada 100 buah kilang yang memerlukan sistem jalanraya dan perparitan yang terbaik bagi memastikan warga industri mempunyai kemudahan bagi menjalankan aktiviti ekonomi mereka.

Mampukah Suapan RM2.71B Untuk Umno-BN Tawan Selangor

Posted: 30 Dec 2011 02:33 AM PST

Oleh Mat Zahari Ali


Pada 19 Disember lalu, Perdana Menteri merangkap Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan RM2.71 bilion diperuntukkan untuk Selangor.

Sehari selepas itu Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor pula, Datuk Seri Noh Omar mengeluarkan kenyataan bahawa peruntukan Kerajaan Pusat untuk membangunkan Selangor lebih besar dari kerajaan negeri.

Menurut Noh lagi, di bawah Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10), sebanyak RM2.62 bilion disalurkan Kerajaan Pusat untuk melaksanakan 628 projek di Selangor, dan sebanyak RM83.81 juta lagi disalurkan menerusi pelbagai agensi dan kementerian.

Manakala peruntukan RM2.71 bilion yang di terima Umno/BN kali ini adalah amat besar jika dibandingkan peruntukan untuk lima tahun bagi RMK-10 tersebut.

Kerajaan Selangor pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika membentangkan belanjawan 2012 baru-baru ini mengumumkan peruntukan RM1.9 bilion wang kerajaan negeri untuk perbelanjaan mengurus dan pembangunannya.

Susulan itu, Khalid menegaskan Najib dan Noh tidak perlu mendabik dada kononnya menyalurkan peruntukan yang besar untuk projek pembangunan di Selangor.

Katanya, kesemua wang pembayar cukai dan dana rakyat tersebut akan di salurkan kepada ketua-ketua Bahagian Umno/BN untuk tujuan pilihan raya umum akan datang dan bukan untuk rakyat negeri itu.

Sementara itu, wang tersebut juga di ambil dari belanjawan defisit negara dan bukannya dari perolehan sumber belanjawan berimbang. Ini meletakkan peruntukan tersebut terpaksa ditanggung oleh rakyat seluruh negara.

Menurut Khalid, penyaluran wang tersebut cuba 'dihalalkan' di atas nama pembangunan negeri Selangor sedangkan hakikatnya wang tersebut untuk disalur kepada pemimpin-pemimpin Umno/BN melalui ganjaran dengan membuat projek-projek 'mee segera'.

Projek-projek mee segera ini berupa projek-projek ringan seperti membina longkang, bilik gerakan pilihan raya dan sebagainya yang harganya berlipat kali ganda kerana selebihnya akan masuk ke saku pemimpin-pemimpin Umno bahagian serta kroni mereka.

Baru-baru ini ketika mengadakan kempen keindahan kediaman dan mengecat rumah pangsa di Gombak, Khalid hanya menggunakan peruntukan RM400,000 untuk menjayakan program tersebut.

Selang beberapa hari setelah pengumuman Najib, Umno Gombak pula mengumumkan peruntukan RM1.1 juta untuk tujuan yang sama. Bandingkanlah bagaimana 'pintarnya' pemimpin-pemimpin Umno mengurus tadbir wang dari dana rakyat tersebut.

Ujar Khalid lagi, wang tersebut seharusnya di salur kepada kerajaan negeri sebagai pemerintah yang sah bagi membolehkan wang tersebut diurus secara berhemah dan terancang.

"Ini adalah duit pembayar cukai dan bukan duit parti Barisan Nasional, wang RM2.71 bilion itu adalah pembangunan seluruh rakyat di Selangor dan bukan untuk kepentingan segelintir pemimpin-pemimpin Umno/BN," kata Khalid.

Pakar perampas

Najib telah melantik diri beliau sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Selangor selepas Dr Khir Toyo meletak jawatan ekoran kes rasuah berhubung memiliki banglo di atas dua tanah lot di Shah Alam.

Perlantikan beliau tersebut memperjelaskan lagi bahawa Umno Selangor benar-benar ketiadaan calon berwibawa. Mungkin Najib sendiri tidak yakin dengan kemampuan Umno Selangor untuk merampas kembali negeri Jugra tersebut dari PR.

Najib mempunyai alasan kukuh untuk mengetuai Umno Selangor. Sebagai menteri kewangan, beliau telah merasakan betapa perbendaharaan wang negara sedang berada dalam keadaan nazak. Manakala Selangor adalah negeri yang kaya.

Lantaran itulah Najib mengeluarkan kenyataan bahawa beliau dan Umno akan bertindak merampas kembali Selangor walau dengan apa cara sekali pun.

Najib mempunyai pengalaman merampas Perak pada 2009 ketika berlaku krisis perlembagaan di negeri bekas pengeluar bijih timah dunia itu. Najib juga di lantik menjadi Pengerusi Perhubungan Umno Perak ketika usaha merampas Perak dari tangan PR.

Tujuan Najib berada di posisi tersebut semata-mata bagi membolehkan wang yang diperuntukkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) di keluarkan untuk membeli mana-mana pemimpin PR yang ingin melompat parti.

Dalam kehidupan peribadi beliau pun, tidak perlulah dipanjangkan susulannya kerana Najib lebih maklum bagaimana beliau membentuk keluarga yang dimilikinya sekarang.

Dana rakyat Untuk Umno/BN

Selama ini mana-mana perdana menteri pun tidak pernah memperuntukkan dana yang sebegitu besar untuk 'membela' pemimpin-pemimpin Umno bahagian. Ini disebabkan segala kontrak secara terus dapat di berikan kepada ketua-ketua bahagian tersebut.

Dari projek klas A hingga kepada tender cuci longkang dan potong rumput, semua disapu oleh kroni-kroni ketua bahagian dan mereka yang rapat dengan pemimpin.

Maka tidak hairanlah kebanyakkan ketua-ketua bahagian Umno mempunyai rumah banglo bagaikan istana hinggap.

Apabila Selangor jatuh kepada PR, semua punca pendapatan ketua-ketua bahagian tersebut hilang. Dasar tender terbuka Khalid bagaikan menutup segala periuk nasi mereka.

Disebabkan selama ini Umno menjadikan wang sebagai kuasa untuk mendapatkan sokongan maka budaya tersebut telah memakan diri apabila sumber kewangan mereka terputus.

Kemelut ini tidak pernah di alami oleh Umno/BN kerana sebelum PRU 2008 lalu hanya Kelantan dikuasai pembangkang.

Sebagai jalan pintas, Najib teleh memberikan peruntukan yang sebegitu besar dibawah JPM yang dikepalai beliau.

Berdasarkan akta parlimen, peruntukan wang tersebut tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak termasuk pihak polis, mahkamah, Jabatan Audit Negera, SPRM atau pembangkang.

Peruntukan tersebut merupakan dana eksklusif kepada perdana menteri. Melalui peruntukan tersebut wang akan disalurkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) yang kemudiannya akan diagih kepada Pejabat-Pejabat Daerah dan Ketua-Ketua Umno Bahagian.

Ekonomi tenat, Pemimpin Umno kaya raya

Pada akhir 2010, jumlah hutang isi rumah yang ditanggung rakyat Malaysia telah mencecah RM577 bilion bersamaan 77 peratus dari KDNK. Manakala jumlah hutang keseluruhan dan defisit negara berjumlah RM417 bilion. Jumlah ini merangkumi hampir 14 tahun negara berada dalam keadaan defisit.

Pada 7 Oktober lalu pula Najib baru sahaja membentangkan belanjawan 2012 bernilai RM232.8 bilion dengan RM181.58 bilion (78 peratus) perbelanjaan mengurus dan RM51.25 bilion ( 22 peratus) untuk perbelanjaan pembangunan.

Perbelanjaan mengurus yang sebegitu tinggi membuktikan fokas kerajaan pimpinan Najib pada 2012 bukan lagi kepada pembangunan negara tetapi usaha untuk menyelamatkan Umno/BN dalam menghadapi PRU 13 nanti.

Manakala perbelanjaan pembangunan pula bertujuan akan di beri fokus kepada projek-projek kroni yang akan membantu BN menghadapi pilihan raya nanti. Inilah amalan yang diamalkan oleh BN selama ini.

Sementara itu, menurut Indeks Prestasi Rasuah (CPI) Malaysia meningkat dari tangga 56 kepada angka 60. Angka ini memperjelaskan bagaimana amalan rasuah semakin berkembang biak dalam kerajaan dan Umno.

Didalam Umno sendiri, Isu politik wang ketika pemilihan dalam Perhimpunan Agung Umno telah menjadi darah daging yang tidak mampu diselesai hingga saat ini.

Lantaran itulah juga Najib tidak sanggup untuk di adakan pemilihan dalam Umno hampir tiga tahun disebabkan takut berlaku perpecahan dan sogokan wang yang akan dijadikan modal PR dalam PRU-13 nanti.

Penyelewengan Wang Rakyat di Selangor

Baru-baru ini bekas Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo didapati bersalah disebabkan amalan rasuah ekoran pembelian dua lot tanah di Shah Alam. Manakala bekas menteri Besar Selangor sebelum itu, Tan Seri Muhamad Taib juga didapati bersalah kerana membawa masuk berjuta wang tunai ke Australia beberapa tahun lalu.

Begitu juga dengan kes Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Noh Omar sebagimana didedahkan oleh Laporan Ketua Audit negara berhubung kehilangan  RM110 juta dari Kementerian Pertanian dan Asas Tani yang diterajui beliau.

Ekoran itu petani dan pesawah di Selangor mengadakan tunjuk perasaan berhubung kehilangan dana yang di peruntukkan untuk subsidi peningkatan hasil petani di seluruh negara itu.

Sehubungan itu, Najib sekali lagi meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM117 juta lagi untuk Noh membayar kepada para pesawah selepas seminggu demontrasi tersebut berlangsung.

Persoalannya ke mana wang rakyat yang lesap dari kementerian Noh yang bernilai RM110 juta tersebut masih belum terjawab oleh beliau.

Ketika Sidang Dewan DUN Selangor November lalu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mendedahkan bagaimana syarikat milik Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Satim Diman menjual tanah di Cyberjaya yang berstatus milik orang Melayu kepada syarikat bukan Bumiputera.

Menurut Khalid, pendedahan terperinci berhubung kes pecah amanah melibatkan Satim akan didedahkan tidak lama lagi.

Kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada 25 Disember lalu bahawa "siapakah pemimpin Umno yang tiada masalah", membenarkan lagi bahawa rasuah dan sogokan melibatkan hampir kesemua pemimpin Umno di semua peringkat adalah suatu amalan yang telah lama berlaku.

Sokongan Rakyat

Dalam ucapan Setiausaha Agung PKR, ketika Kongres Tahunan ke-8 di Johor Bharu November lalu di Saifudin Nasution Ismail berkata berdasarkan bancian dalaman parti mendapati sokongan rakyat di Selangor amat memberangsangkan.

Katanya, dari bancian tersebut PR memerlukan lebih dari 809,000 undi untuk memperoleh dua pertiga kerusi Dun bagi menguasai kerajaan negeri. Manakala perolehan setakat November lalu mendapati sokongan rakyat terhadap PR melebihi 815,000 pengundi.

Berdasarkan pengalaman beberapa siri PRU lalu dan tindakan saat akhir yang dilakukan Umno/BN dalam pelbagai bentuk sogokan dan ugutan untuk meraih sokongan, PR memerlukan sekurang-kurang 15 peratus tambahan (lebih 100,000 undi) dari jumlah undi yang diperlukan bagi berada dalam keadaan selesa.

Pelbagai isu penyelewengan wang rakyat dan amalan rasuah dan sogokan politik seperti isu NFC dan rasuah membabitkan bekas Menteri Besar Selangor memberi impak yang besar terhadap penolakan rakyat terhadap Umno/BN.

Apatah lagi bagi pengundi di Selangor yang kebanyakkannya terdiri dari pengundi bandar dan separa bandar yang celik maklumat dan berpendidikan.

Bagi Najib dan Noh, sekiranya Selangor tidak dikembalikan pada Umno/BN semula dalam PRU akan datang bermakna Kerajaan Pusat sekarang akan kekal sebagai pembangkang.

Tanpa wang, rasuah dan sogokan telah lama Umno/BN berkubur. Ini disebabkan jentera BN hanya akan berfungsi apabila ada wang dan rasuah.

Apabila pusat jatuh ke tangan PR bererti BN akan ketiadaan sumber kewangannya. Dengan yuran tahunan keahlian Umno sebanyak RM2.00 sebulan serta keahlian Umno berjumlah lebih kurang tiga juta apakah dengan RM6 juta tersebut mampu bagi parti tersebut beroperasi sebagimana sekarang.

Semua rakyat mungkin merasa hairan bagaimana kerajaan menggunakan wang berjuta ringgit untuk kepentingan Umno/BN di seluruh negara sebagaimana peruntukan RM2.71 bilion yang diberikan kepada Umno/BN Selangor.

Segala kehairanan ini setentunya akan terjawab apabila rakyat membuat keputusan meletakkan PR menerajui Putrajaya nanti.

Pakatan sedia berdepan dengan Zahid Hamidi, tuntut penjelasan kos kapal melambung RM3 bilion

Posted: 30 Dec 2011 02:26 AM PST

Roketkini.com


KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi telah memalukan dirinya sendiri kerana tidak tahu dari mana datangnya maklumat tentang enam kapal peronda pesisir pantai atau littoral combatant ships (frigate class) (LCS) yang melonjak kos daripada RM6 bilion kepada RM9 bilion.

Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan Tony Pua berkata, percubaan Zahid untuk mengalih isu itu gagal apabila beliau cuba mempersoalkan dari mana datangnya maklumat tersebut.

Katanya, Zahid tidak sedar bahawa semua fakta datangnya daripada Boustead Heavy Industries Corporation Bhd (BHIC) dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia mengenai anak syarikatnya Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd yang mendapat kontrak membina kapal-kapal berkenaan.

"Zahid sepatutnya lebih cekap dan berhenti dari bergantung kepada (pencacai siber UMNO) Papagomo sebagai penasihat perisikan beliau yang selalu memberi fakta separuh benar dan data-data mengarut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Zahid sepatutnya menjelaskan kepada rakyat kenapa kerajaan enggan menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan Parlimen untuk mengkaji semula dan meluluskan perbelanjaan pertahanan.

"Jika Kementerian (Pertahanan) tidak sanggup untuk dipantau di Parlimen, iaitu badan perundangan tertinggi negara, maka Zahid tidak mempunyai hak untuk bercakap tentang 'ketelusan'," katanya merujuk kepada kenyataan menteri itu sebelum ini yang mendakwa kementeriannya terbuka kepada ketelusan.

Pua berkata demikian sebagai respon kepada kenyataan Zahid semalam yang menjemput para pemimpin Pakatan Rakyat untuk duduk semeja bagi membincangkan isu pembelian enam kapal peronda LCS itu.

Katanya, beliau bersama Ahli Parlimen Pakatan Rakyat termasuk Nurul Izzah Anwar dan Dr Dzulkefli Ahmad sentiasa bersedia untuk bertemu Zahid bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

"Zahid bukan sahaja patut memberikan penjelasan tentang kapal peronda melibatkan RM9 bilion itu tetapi juga mengenai 257 kenderaan berperisai (APV) bernilai RM7.55 bilion tahun ini.

"Dalam jawapan Parlimen beliau kepada saya berhubung APV itu, beliau mendakwa bahawa beliau 'tidak tahu' berkaitan butir-butir kos itu," katanya.

Sebelum ini, Zahid juga telah mencabar Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng untuk mencuba kapal selam Malaysia bagi membuktikan ia boleh menyelam. Namun Guan Eng terpaksa menunggu selama 21 bulan sebelum Zahid menunaikan janjinya sendiri.

Rakyat Selangor dapat jalur lebar percuma tahun depan

Posted: 30 Dec 2011 02:24 AM PST

Oleh : Norutul Ilham

KUALA LUMPUR : Bagi mendekatkan lagi agenda kerajaan negeri dalam program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), Selangor bakal memperuntukkan jalur lebar (wifi) percuma kepada rakyatnya bermula 2012.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rawang, Gan Pei Nei, langkah bijak Selangor itu bagi melahirkan rakyat celik internet di samping dapat menyalurkan maklumat dengan tepat kepada rakyat.

"Dengan adanya wifi percuma, rakyat lebih senang mendapatkan informasi tepat dan benar daripada kerajaan negeri khususnya.

"Ini adalah salah satu cara sesebuah negara demokrasi memberi kemudahan kepada rakyatnya," kata Pei Nei kepada Suara Keadilan.

Kata beliau, bagi memperluaskan kemudahan itu, beliau menyarankan Kerajaan Selangor menubuhkan pusat internet terutamanya di kawasan kampung.

"Sasaran kemudahan ini akan dinikmati masyarakat bandar dan desa seluruh Selangor. Pelaksanaan yang bakal dimulakan pada tahun depan itu akan diadakan secara berperingkat.

"Kita sedar bukan semua mempunyai komputer, dan atas sebab itu saya mencadangkan pembinaan pusat cyber rakyat bagi keluarga yang tidak mempunyai komputer," ujarnya.

Tambah Pei Nei, program itu juga mungkin diperluaskan dengan menyalurkan komputer percuma kepada setiap keluarga.

"Kerajaan Selangor harus memberikan komputer percuma kepada golongan belia dan keluarga kurang berkemampuan supaya mereka tidak akan ketinggalan maklumat terkini," katanya.

Sementara itu, Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata, pelaksanaan wifi percuma di Selangor bagi memastikan rakyatnya dapat menerima informasi dengan tepat dan bebas, sesuai dengan Enakmen Kebebasan Informasi (FOI) yang diluluskan kerajaan negeri.

Beliau berharap kemudahan itu dapat dimanfaatkan oleh orang ramai yang menggunakan komputer riba atau telefon bimbit untuk menerima dan menghantar informasi dengan lebih baik.

Seleweng zakat: KEADILAN lapor polis minggu depan

Posted: 30 Dec 2011 02:17 AM PST

Oleh : Masdar Wahid

KUALA LUMPUR: KEADILAN akan membuat laporan polis terhadap Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Bahrom jika beliau masih enggan menjawab skandal penyelewengan wang zakat melibatkan dirinya, kata Nik Nazmi Nik Ahmad.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Bahrom

Penjelasan itu kata Pengarah Komunikasi KEADILAN itu penting kerana kenyataan individu tertentu yang menjawab skandal tersebut bercanggah antara satu sama lain dan mengelirukan rakyat.

"KEADILAN akan membuat laporan polis pada minggu depan jika tiada penjelasan munasabah (dari Jamil Khir) tentang percanggahan ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Percanggahan itu kata beliau termasuklah dakwaan Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Datuk Che Mat Che Ali kelmarin kononnya Pakatan Rakyat mempolitikan isu itu.

Sementara Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Dr Muhammad Yamin Ismail semalam memberi alasan agensi itu mempunyai peruntukan khas daripada geran kerajaan bagi membayar yuran guaman melibatkan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain, Che Mat dan Jamil Khir bagi kes tuntutan qazaf.

"Namun jawapan Che Mat dan Muhammad Yamin bercanggah dengan beberapa pihak yang tiada kaitan dengan Pakatan Rakyat." katanya.

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad

Nik Nazmi memberi contoh bagaimana Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim (timbalan Jamil sendiri) mengakui kos guaman dibayar menggunakan peruntukan zakat ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail dalam perbahasan Perbekalan Tambahan 2011 di Dewan Rakyat pada 21 Jun lalu.

"Pada 23 Jun lalu pula, peguam Zainul Rijal Talha dan Amir meminta pandangan Mufti Wilayah Persekutuan mengenai penggunaan wang zakat bagi membiayai kos guaman.

"Manakala pada 21 November lalu, Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang mengesahkan kos guaman dibayar menggunakan peruntukan zakat pada Februari dan April 2010 meskipun akhirnya digantikan pada hujung tahun 2010 kerana geran kerajaan gagal menampung pembayaran yuran guaman itu," katanya.

Walau menerima geran kerajaan sebanyak RM700,000 pada 22 Jun 2010, katanya, pembayaran semula hanya dibuat pada Disember 2010 sebagai proses 'pelarasan semula'.

Beliau juga berharap Che Mat menjawab persoalan dibangkit Saifuddin Jun lalu mengenai kesahihan prosedur yang diguna kerana beliau yang memohon peruntukan kos guaman itu dan beliau juga selaku Setiausaha MAIWP yang meluluskannya.

"Sewajarnya Jamil tampil menamatkan sebarang keraguan dan saya difahamkan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin sudah menasihatkan Jamil untuk mengeluarkan kenyataan rasmi," katanya.

Dakwat kekal: Belum jamin PRU telus – Anwar

Posted: 30 Dec 2011 02:15 AM PST

Oleh : Nabihah Hamid)


KUALA LUMPUR : Penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya umum ke-13 nanti bukan jaminan proses pengendalian pilihan raya itu telus, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.



"Saya mengalu-alukan keputusan Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) semalam yang mengumumkan pindaan ke atas peraturan pilihan raya bagi mewajibkan penggunaan dakwat kekal dalam proses pilihan raya menjelang 1 Februari 2012.

"Perubahan kecil ini tidak seharusnya dilihat sebagai jaminan kepada proses pengendalian pilihan raya yang telus, bebas dan bersih sepenuhnya," kata Ketua Umum KEADILAN itu dalam satu kenyataan media hari ini.

Ini kerana katanya, banyak lagi perubahan yang perlu dibuat oleh PSC terutamanya melaksanakan lapan tuntutan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih).

"Agensi media awam seperti RTM dan Bernama sewajarnya bersikap lebih adil dalam memberikan liputan untuk semua parti politik dan kempen politik parti-parti pembangkang sewajarnya tidak didiskriminasi menerusi tapisan melampau yang tidak munasabah serta mencabul hak kebebasan bersuara.

"Tempoh masa kempen pilihan raya dilanjutkan dalam memastikan sebaran maklumat sepanjang tempoh berkempen dapat dicapai oleh segenap lapisan rakyat. Tempoh masa berkempen yang terlalu singkat (10 hari), sepertimana Pilihan Raya Negeri Sarawak baru-baru sewajarnya tidak berulang," tegas Anwar.

Menurut Anwar, pengawasan terhadap komitmen Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga perlu dijamin menerusi pengukuhan badan kehakiman yang lebih bebas dan adil.

"Justeru, Pakatan Rakyat komited dan menuntut supaya pihak PSC turut menumpukan penambahbaikan proses pilihan raya ini dengan mengkaji serta menimbang secara menyeluruh kesemua tuntutan yang dikemukakan oleh Bersih dalam menjamin pilihan raya yang bebas, telus dan adil," katanya.

Lapan tuntutan Bersih adalah agar SPR membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, memperkukuhkan institusi awam, menghentikan rasuah dan politik kotor.

PSC sebelum ini ditubuhkan bagi meneliti sistem pilihan raya akan membentuk rangka kerjanya berdasarkan pada lapan tuntutan Bersih 2.0.


Perkasa(m) Jangan Jadi Keldai Perut Labuh

Posted: 29 Dec 2011 04:00 PM PST

MSO


HARI ini Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia [Perkasa(m)] teah membuat laporan polis berhubung penyebaran risalah yang meminta orang ramai berhimpun di perkarangan mahkamah pada 9 Januari nanti hari di mana hukuman ke atas Anwar berhubung kes liwat dijangka akan diputuskan.

Perkasa(m) meminta polis menyiasat pihak yang mengerah orang ramai berhimpun. Dakwa NGO itu juga himpunan itu menganggu ketenteraman awam dan menganggu proses perundangan di negara ini.

Kenapa begitu busuk dan prejudis sekali hati pimpinan pertubuhan berkenaan. Kalaupun diadakan perhimpunan oleh penyokong Anwar Ibrahim ia tidak sampai akan menganggui orang lain. Himpunan itu kalau berlaku nanti adalah perkara biasa. Penyokong PKR rasanya jauh lebih berakhlak berbanding dengan ahli NGO berkenaan.

Apakah Perkasa(m) mengharap hari penentuan Anwar itu sama dengan hari penentuan Khir Toyo Edokromo yang hanya dihadiri 48 orang? Anwar dan Khir Toyo jauh bezanya. Kena faham ini. Bukan bererti Khir tidak mahu orang ramai datang ke mahkamah tetapi tidak ada siapa yang mahu memberi sokongan moral kepadanya. Jenis kebanyakan orang Umno kesetiaan mereka hanya ketika pemimpin yang mereka sanjung ada kuasa dan ringgit saja.

Perkasa(m) juga perlu tahu Anwar orang yang diidolakan untuk menjadi perdana menteri manakala Khir Toyo usahkan PM, untuk kembali MB Selangor semula pun tidak lagi. Saya fikir kalau presiden NGO itu kena tangkap dan kena dakwa di mahkamah yang akan hadir memberi semangat dan sokongan moral hanya ibu dan adik beradiknya saja.

Sebagai tokoh yang diidola sebegitu rupa tentu Anwar mempunyai ramai penyokongnya. Tidak salah kalau penyokong datang untuk memberi sokongan moral. Mungkin mereka datang untuk memberi penghormatan terakhir atau lambaian tangan terakhir kepada Anwar. Tidak mustahil selepas ini Anwar akan terjeruk di penjara menyebabkan mereka tidak akan dapat menatap wajah pemimpin yang mereka kasihi lagi.

Anggapan perhimpunan itu menganggu ketenteraman awam juga tidak masuk akal. Himpunan itu diadakan di perkarangan kompleks mahkamah yang dikawal ketat bukan oleh lapan orang polis tetapi ratusan. Sebelum ini sudah berapa kali penyokong berhimpun di situ semasa mengikuti perbicaraan Anwar. Tidak ada pun setitik darah yang tumpah disebabkan penyokong Anwar dan tiada apa-apa pun kerosakan harta awam berlaku hatta tong sampah.

Lainlah kalau pihak keselamatan sendiri mengambil bahagian untuk bertempur dengan penyokong Anwar. Atau mereka bertindak kasar menempeleng orang ramai, pukul dengan cota atau pun sembur dengan water cannon untuk menimbulkan keributan. Kalau itu berlaku mungkin himpunan itu akan jadi kelam kabut sedikit.

Himpunan itu akan jadi lebih buruk kalau Perkasa(m) menghantar para samseng tahi minyaknya ke perkarangan mahkamah untuk tujuan menganggu. Sebenarnya apabila NGO itu buat tohmahan jahat dan laporan polis, dari awal lagi pasukan keselamatan sudah dapat mengawal keadaan. Yang perlu ditangkap bukan orang yang menyebarkan risalah minta berhimpun tetapi NGO itu yang ada niat jahat untuk melihat perhimpunan itu menjadi tegang.

Apapun polis hendaklah tidak begitu mengikut kehendak NGO yang berniat jahat dan cuba mencetuskan huru-hara itu. Polis harus bijak di dalam hal ini dan hendaknya polis tidak menjadi tali barut NGO itu dalam menimbulkan kekacauan dan keributan.

Saya tidak fikir kalau pun Anwar dipenjara para penyokongnya akan mengamuk dan membakar mahkamah. Para penyokong PKR dan Pakatan Rakyat masih lagi waras dan tahu menilai mana yang baik dan buruk. Mereka juga tahu menghormati undang-undang kerana mereka bukan dari keturunan lembu gemuk.

Kalau mahkamah sudah memutuskan Anwar dipenjara, apa yang mereka boleh lakukan. Mereka tidak boleh menyekat polis dari membawa Anwar ke penjara. Mereka tidak boleh bakar land rover untuk membawa Anwar. Dan mereka tidak boleh merobohkan tembok penjara Sungai Buloh. Apa yang mereka boleh lakukan paling-paling menjerit menyumpah dan menyesalkan kepada keputusan atau bergelepar sampai pengsan di tangga mahkamah.

Dalam pada itu kalau penyokong Anwar datang pada 9 Januari ini, mereka bukan datang untuk memberontak dan melawan polis dan menentang proses undang-undang. Mereka yang akan datang bukan dengan satu kemungkinan, tetapi dengan dua harapan. Salah satu ialah mengharapkan hakim akan membuat keputusan Anwar dibebaskan. Itu yang mereka harapkan.

Jadi kalau itu berlaku mereka datang untuk merai kemenangan. Mereka datang untuk menyatakan syukur kepada Allah s.w.t. atas keputusan mahkamah yang mereka merasakan adil dan berpihak kepada mereka. Tidak ada salahnya kalau mereka datang mengendung niat itu.

Oleh kerana itu Perkasa(m) jangan prejudis dan busuk hati untuk memburukan himpunan itu nanti. Jangan buat macam-macam andaian. Sebenarnya orang yang suka menuduh orang lain jahat, khianat, babuk, gila dan sebagainya... sebenarnya merekalah yang jahat, babuk dan gila.

Kepada Perkasa(m) kalau pun anda telah bersedia untuk menjadi keldai kepada Umno jadilah, tetapi janganlah sampai anda menjadi keladi perut labuh di mana perut meleret ke bumi kerana terlalu banyak beban atas belakang. Kesetiaan sehingga memudaratkan kita sesungguh adalah satu kebodohan

Pakatan lebih pandai perintah dari BN

Posted: 29 Dec 2011 03:58 PM PST

Khairil Abdul Rahim


TEMERLOH: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, meminta pengundi-pengundi di Pahang tidak terpengaruh dengan dakyah kononnya hanya BN yang pandai memerintah sebaliknya membuka mata melihat kejayaan ditunjukkan kerajaan-kerajaan negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat.

Katanya, sebagai bukti boleh dilihat negeri Kelantan pimpinan PAS yang seolah-olah dianaktirikan, tetapi berjaya membangun setanding dengan negeri-negeri lain.

"Jika di bawah pentadbiran kerajaan Umno BN dulu Kelantan duduk di ranking nombor dua paling miskin, di bawah PAS kini telah naik ke tangga ke enam dan kadar kemiskinan hanya 4.1%.

"Bukan setakat itu, negeri pimpinan Tok Guru berjaya melunaskan hutang kerajaan Pusat setakat 2010 saja RM220 juta sedangkan hutang yang ditinggalkan Umno dulu ialah RM718 juta.

"Ini boleh dibandingkan dengan hutang kerajaan BN Pahang yang sudah menjangkau RM2.3 bilion, dan kita yakin akan terus bertambah," ujarnya.

Beliau berucap demikian ketika membentangkan kertas kerja kepada jentera penerangan parti segenap peringkat di Darul Amin Sungai Gau di sini, kelmarin.

Idris berkata, Kelantan yang ditohmahkan sebagai mundur oleh Umno, mampu memberi pinjaman kepada kakitangan kerajaan tanpa riba.

"Di Kelantan ada projek ladang rakyat dengan sahamnya diagihkan kepada penduduk miskin yang mendapat dividen bulanan tanpa mengira kaum, agama dan parti . Warga emas pula diberikan Takaful Kifalah yang apabila meninggal waris dapat wang RM2,500.

"Di Kedah, tengok hasil balaknya meningkat sehingga 205% seperti diakui Ketua Audit Negara. Kedah juga mencipta sejarah melepasi defisit RM19 juta dan cukai tanah diturunkan demi untuk rakyat.

"Cuba bandingkan dengan Pahang yang mewah dengan balak tetapi pendapatan untuk negeri begitu kecil sehingga kerajaan negeri terpaksa meminjam daripada Pusat untuk menampung perbelanjaan dan pembangunan," katanya.

Dalam pada itu, Ustaz Idris membanding dengan Selangor yang mampu memberikan bekalan air paip percuma kepada rakyatnya sedangkan Pahang yang kaya dengan sumber rair sungai ini tidak beri percuma.

Tambahnya, beliau diberitahu, di Pahang bukan saja bil air mahal malah bekalan pula kerap terganggu.

"Di bawah kerajaan Pakatan di Selangor sekarang gaji guru Kafa dinaikkan kepada RM1,300 hingga RM1,500. Di Pahang berapa? Ditubuhkan pula Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) yang menyediakan tabung permulaan RM100 bagi setiap bayi kelahiran Selangor. Sebanyak RM1,500 boleh dikeluarkan selepas umur 18 tahun.

"Tengok Pulau Pinang pula walaupun diterajui Ketua Menteri dari DAP tetapi Sekolah agama Rakyat dibantu dan peruntukan kepada Jabatan Agama Islam ditambah sehingga RM25 juta setahun.

"Wakil rakyatnya tidak dibenarkan memohon tanah. Setiap bayi lahir diberikan wang antara RM100 ke RM200 manakala warga emas yang berumur 60 tahun ke atas mendapat RM1 ribu," tambahnya.

Ustaz Idris menjelaskan, rakyat sepatutnya bijak menilai sesebuah kerajaan yang baik dan tidak seharusnya terpedaya dengan propaganda media Umno sahaja.

NFC: Muslimat PAS ulangi gesaan dakwa Muhyiddin

Posted: 29 Dec 2011 03:56 PM PST

Hazayani Zakaria


KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) mengulangi kenyataan beberapa pemimpin parti itu bahawa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga harus bertanggungjawab dalam isu skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Timbalan DMPP, Dr. Siti Mariah Mahmud (gambar) berkata, tidak adil jika hanya Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil sahaja digesa meletakkan jawatan tetapi Muhyiddin terus terlepas tanpa sebarang siasatan.

Beliau berkata, Muhyiddin yang merupakan menteri pertanian ketika projek itu diluluskan pada 2007 bertanggungjawab memberi penjelasan kenapa beliau memberikan dana RM250 juta kepada keluarga Shahrizat untuk menguruskan projek tersebut.

Pengerusi Eksekutif NFC ialah suami Shahrizat sendiri, Datuk Dr. Mohamad Salleh Ismail.

"PAS bersependapat kerana itu adalah isu penyalahguanaan dana rakyat dan merupakan isu nasional.

"Daripada proses awal memberi dana itu pun sudah tak betul dan kita patut berhentikan amalan kronisme.

"Sepatutnya media pergi juga tanya suami dia, pergi tanya Muhyidin, tanya kepada kerajaan. Kenapa projek ini diluluskan," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan raja Laut, dekat sini, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan pemberita mengenai pendirian DMPP dalam isu NFC yang mula timbul selepas dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara Oktober lalu.

Sejak kes itu timbul, hanya Shahrizat dan keluarganya yang "diserang" sedangkan Muhyiddin dan beberapa pimpinan Umno BN yang turut terlibat terlepas.

Bagaimanapun Siti Mariah yang juga Ahli Parlimen Kota Raja berkata, amat pelik jika Shahrizat sebagai seorang isteri tidak tahu menahu mengenai projek yang diuruskan suaminya sendiri.

"Saya tak bersetujulah kalau dia (Shahrizat) kata dia tak tahu. Suami mana yang tak cerita kepada isteri yang syarikat dia dapat RM250 juta," katanya berseloroh.

Beliau berkata, DMPP tetap menentang Sharizat atas dasar prinsip.

"Walaupun kita hormat dia tapi kita bangkang atas dasar prinsip.

"Kalau orang Pakatan dapat projek begitu, saya pun akan bangkang kalau saya tahu," katanya.

Turun bendera Najib: Isu remeh diangkat seolah-olah jenayah besar

Posted: 29 Dec 2011 03:55 PM PST

Anwar Ibrahim


Saya meneliti secara serius perkembangan mutakhir gerakan kebebasan akademik yang dipimpin oleh kelompok mahasiswa yang kini berdepan dengan pelbagai tekanan politik UMNO. Tatkala kesedaran menuntut kebebasan di kalangan mahasiswa mulai berkembang dan matang, pimpinan UMNO semakin gusar dan resah dalam menghadapi asakan ini serta bertindak melulu dengan menzahirkan ancaman fizikal bersifat biadab dan semberono.

Komitmen pentadbiran Najib Razak, kononnya mahu meminda Seksyen 15, Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) dan memberi lebih kebebasan kepada mahasiswa dalam politik kepartian kini dilihat tidak lebih sekadar omong kosong. Perkembangan membabitkan Adam Adli, mahasiswa dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) yang kini berdepan dengan tindakan di bawah AUKU sememangnya menzahirkan ketakutan UMNO terhadap gelombang kebangkitan mahasiswa. Tindakan sama turut dilihat dalam beberapa kes terdahulu dengan tindakan keras oleh pihak universiti termasuk risiko dibuang kampus.

Insiden remeh di depan ibu pejabat UMNO di PWTC yang dikaitkan dengan tuntutan mahasiswa tempoh hari diangkat oleh media milik UMNO seolah-olah ianya jenayah besar walhal isu-isu yang berkait dengan fitnah, ugutan bunuh, jenayah dan rasuah seringkali diketepikan.

Tindakan menghukum dengan menggunakan peruntukan AUKU terhadap mahasiswa selepas insiden tersebut jelas bertujuan untuk menakut-nakut dan sebagai langkah untuk mengendurkan semangat serta iltizam mahasiswa.

Saya menggesa agar dihentikan semua bentuk tekanan terhadap mahasiswa kerana jelas ini merupakan kehendak politik pimpinan UMNO yang terdesak. Saya juga mengulangi tekad dan komitmen Pakatan Rakyat untuk memansuhkan AUKU serta memberi penumpuan kepada usaha mengangkat mutu pendidikan yang berteraskan prinsip kebebasan akademik, pencerahan dan pemerkasaan intelektual.

*Kenyataan media oleh Anwar Ibrahim (gambar kanan) selaku Ketua Pembangkang Parlimen.

IDEAS: SBPA mesti tidak menjadi beban baru

Posted: 29 Dec 2011 03:51 PM PST

Medecci Lineil


Apa-apa perubahan dalam skim saraan penjawat awam haruslah melambangkan semangat liberalisasi ekonomi yang ada dalam Model Ekonomi Baru (NEM). Maka dengan itu Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) seharusnya bermatlamatkan mewujudkan perkhidmatan awam yang benar-benar sesuai dengan suasana ekonomi yang semakin liberal dan kompleks.

Semua pihak perlu mengakui peri pentingnya saiz kakitangan awam dirasionalisasikan atau dikecilkan. Langkah Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerjaaan dan Upah yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri membekukan pengambilan kakitangan awam di semua peringkat termasuk Kerajaan Negeri, badan berkanun, majlis tempatan dan agensi persekutuan yang berkuatkuasa bermula bulan Mei lalu adalah permulaan baik untuk mengurangkan perbelanjaan emolumen dan mencapai dasar fiskal yang berimbang.

Sejak bermulanya Dasar Ekonomi Baru, kita telah menyaksikan beberapa semakan sistem saraan penjawat awam. Hampir semuanya berakhir dengan kenaikan gaji dan elaun. Tetapi adakah produktiviti dan mutu kerja penjawat awam turut sama meningkat dengan pendapatan mereka? Kenaikan gaji dan upah mestilah berdasarkan kepada produktiviti dan merit.

Bagi saya, kos RM2 billion yang diperlukan untuk penstrukturan kali ini juga adalah terlalu tinggi. Seharusnya dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, kerajaan dan penjawat awam mencari jalan untuk mengurangkan perbelanjaan, bukannya mencipta beban baru dalam perbelanjaan negara. Ingatlah bahawa perbelanjaan negara ini sebenarnya ditanggung oleh rakyat, bukannya keluar dari poket oleh pembuat dasar di Putrajaya.

Penstrukturan semula skim saraan perkhidmatan awam akan memberi kesan kepada keseluruhan aspek ekonomi, seperti pergerakan buruh dan modal, pendidikan, kadar inflasi, kitaran perniagaan dan juga kadar gaji dan upah di sektor swasta. Maka jika kerajaan masih berpegang dengan matlamat NEM mahu menjadikan sektor swasta sebagai pemacu ekonomi negara, penstrukturan semula sistem saraan penjawat awam mestilah tidak menjejaskan pertumbuhan sektor swasta.

Hakikatnya, kekayaan negara dijana oleh sektor swasta manakala sektor awam pula membelanjakan kekayaan tersebut. Sektor awam tidak menjana hasil. Pendapatan sektor awam adalah diambil daripada kekayaan yang dijana oleh sektor swasta untuk dibelanjakan. Dalam usaha membangunkan ekonomi, kita mesti memastikan mereka yang berbelanja tidak melebihi mereka yang mencipta kekayaan. Skim baru seperti SBPA perlu mengambil kira hal ini.

Apa-apa semakan terhadap skim saraan penjawat awam mestilah memberikan lebih banyak ruang sektor swasta untuk menjana pertumbuhan ekonomi negara dan menjamin kesejahteraan rakyat.

Saya juga kecewa apabila kerajaan tidak bertegas dengan "exit policy" yang dicadangkan. Sukar dipercayai bahawa tidak ada cara mudah untuk menghentikan penjawat awam yang gagal menunjukkan prestasi memuaskan. Dalam sektor swasta, majikan boleh memberi notis beberapa bulan sahaja untuk menghentikan pekerja yang tidak bagus. Tetapi mana logiknya jika mereka yang gajinya dibayar oleh rakyat boleh kekal sehingga bertahun-tahun walaupun mereka jelas lemah? Adakah wang rakyat begitu murah dan boleh dipermainkan sebegitu sekali oleh para penjawat awam yang gagal?

*Kenyataan media oleh Medecci Lineil selaku Eksekutif Kanan Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS).

2011 tahun kejayaan sektor ICT negara

Posted: 29 Dec 2011 03:49 PM PST

Oleh Nurulhuda Che Das dan Norhayati Mohd Akhir

Kadar penembusan jalur lebar untuk isi rumah merekodkan 62 peratus atau empat juta daripada 6.5 juta isi rumah.



KUALA LUMPUR: Tahun 2011 adalah tahun kejayaan bagi sektor teknologi komunikasi dan maklumat negara apabila kadar penembusan jalur lebar untuk isi rumah merekodkan 62 peratus atau empat juta daripada 6.5 juta isi rumah.

Ini satu peningkatan berbanding 54 peratus tahun lepas, yang turut bermakna negara berada di landasan bagi mencapai sasaran 75 peratus menjelang 2015.

Kerajaan menetapkan sasaran itu sebagai sebahagian inisiatif Bidang Ekonomi Utama Negara bagi meningkatkan kadar penembusan jalur lebar serta merapatkan jurang digital seluruh negara.

Perkhidmatan jalur lebar yang bermutu akan memberi impak besar dalam merangsang ekonomi, menyerlahkan persaingan, memperkukuhkan keyakinan pelabur tempatan dan asing, meningkatkan minda kreatif dan berinovasi, serta sebagai saluran penyebaran maklumat dan pengetahuan kepada rakyat.

Pelbagai faktor menyumbang kepada pencapaian itu termasuk pengagihan netbook 1Malaysia dan pelancaran fasiliti jalur lebar di kampung-kampung di seluruh negara.

Kira-kira 472,900 unit komputer netbook 1Malaysia diagihkan kepada pelajar sekolah bagi fasa pertama dan kedua program.

Sebanyak sejuta netbook diperuntukkan di bawah program itu dengan kos RM1 bilion dan inisiatif dijangka menyumbang 15 peratus kepada kadar penembusan jalur lebar di seluruh negara.

Satu lagi usaha untuk merapatkan jurang digital antara bandar, luar bandar dan pedalaman ialah penubuhan kampung tanpa wayar (kampung WiFi), dan pada masa ini terdapat kira-kira 1,400 kampung WiFi dengan kebanyakannya di Perlis, Sabah dan Sarawak.

Kampung berkenaan dilengkapi sistem perkomputeran biasa dengan kemudahan jalur lebar yang percuma bagi tiga bulan pertama, dan bayaran minimum RM10 sebulan selepas itu.

Kerajaan juga akan meningkatkan usaha membangunkan pelbagai infrastruktur bagi membolehkan negeri seperti Pahang, Kelantan, Sabah dan Sarawak menyaingi negeri-negeri lain, sekali gus mencapai sasaran penembusan 75 peratus itu.

Pada masa ini, kadar penembusan di negeri terbabit ialah di bawah 50 peratus kerana bilangan penduduk yang memiliki komputer masih rendah berbanding jumlah rakyatnya.

Isu keselamatan siber

Di sebalik kejayaan itu, Malaysia juga berdepan isu keselamatan siber dan dijangka kerugian RM2.73 bilion bagi tempoh lima tahun akan datang jika isu tersebut tidak ditangani dengan baik.

Sebanyak 7,404 kes keselamatan siber dikendalikan pusat khidmat bantuan CyberSecurity Malaysia, Cyber999, bagi separuh pertama 2011, iaitu peningkatan 147 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

Kes meliputi emel spam dan penipuan, pencurian identiti, phishing, kandungan lucah, malware serta pelbagai lagi termasuk penghendap dan pembuli siber.

Negara juga dikejutkan dengan serangan penggodam ke atas beberapa laman sesawang rasmi kerajaan beberapa bulan lepas.

Serangan penggodam itu menunjukkan tenaga kerja bahagian Teknologi Maklumat mesti sentiasa peka dengan perkembangan teknologi serta sentiasa meningkatkan kemahiran mereka.

Berdasarkan peningkatan ancaman siber itu, lebih banyak langkah proaktif perlu diambil bagi mencegah pengguna internet menjadi mangsa jenayah siber, dan ini memerlukan lebih daripada sekadar meningkatkan undang-undang keselamatan siber sedia ada.

Penubuhan Global Cyber Security Alliance (GSCA) akan membantu menangani ancaman siber menerusi platform antarabangsa bagi meningkatkan keupayaan keselamatan siber negara.

Selain itu, GSCA juga akan membantu membangunkan langkah pencegahan bagi membantu negara bersedia menghadapi ancaman penggodam antarabangsa, serta meningkatkan kerjasama antarabangsa menerusi sektor swasta dalam menangani keselamatan siber
negara. Bernama

Umno takut berdepan gelombang kebangkitan mahasiswa

Posted: 29 Dec 2011 03:44 PM PST

Komitmen pentadbiran Najib, kononnya mahu meminda Seksyen 15, AUKU dan memberi lebih kebebasan kepada mahasiswa kini dilihat tidak lebih sekadar omong kosong.



PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Umno menzahirkan ketakutannya dalam menghadapi gelombang kebangkitan mahasiswa dengan mengenakan berbagai bentuk tekanan.

"Perkembangan membabitkan Adam Adli, mahasiswa dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) yang kini berdepan dengan tindakan di bawah AUKU (Akta Universiti Kolej Universiti) sememangnya menzahirkan ketakutan Umno terhadap gelombang kebangkitan mahasiswa.

"Tatkala kesedaran menuntut kebebasan di kalangan mahasiswa mulai berkembang dan matang, pimpinan Umno semakin gusar dan resah dalam menghadapi asakan ini serta bertindak melulu dengan menzahirkan ancaman fizikal bersifat biadab dan semberono," katanya dalam satu kenyataan media.

Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, komitmen pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak, kononnya mahu meminda Seksyen 15, AUKU dan memberi lebih kebebasan kepada mahasiswa dalam politik kepartian kini dilihat tidak lebih sekadar omong kosong.

"Selain Adam Adli, tindakan sama turut dilihat dalam beberapa kes terdahulu dengan tindakan keras oleh pihak universiti termasuk risiko dibuang kampus," katanya.

Menurutnya, insiden remeh di depan ibu pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur yang dikaitkan dengan tuntutan mahasiswa tempoh hari diangkat oleh media milik Umno seolah-olah ianya jenayah besar walhal isu-isu yang berkait dengan fitnah, ugutan bunuh, jenayah dan rasuah seringkali diketepikan.

Ujar Anwar, "tindakan menghukum dengan menggunakan peruntukan AUKU terhadap mahasiswa selepas insiden tersebut jelas bertujuan untuk menakut-nakut dan sebagai langkah untuk mengendurkan semangat serta iltizam mahasiswa.

"Saya menggesa agar dihentikan semua bentuk tekanan terhadap mahasiswa kerana jelas ini merupakan kehendak politik pimpinan Umno yang terdesak.

"Saya juga mengulangi tekad dan komitmen Pakatan Rakyat untuk memansuhkan AUKU serta memberi penumpuan kepada usaha mengangkat mutu pendidikan yang berteraskan prinsip kebebasan akademik, pencerahan dan pemerkasaan intelektual.

ALHUSSEYN

Posted: 30 Dec 2011 03:43 PM PST

ALHUSSEYN


Tolong Selamatkan TGNA dari Gerombolang Perpaduang

Posted: 29 Dec 2011 08:19 PM PST

Ramai orang yang menyambut baik dan menganggap semuanya sudah selesai apabila ada laporan menyatakan Hasan Ali memohon maaf dan menarik balik segala tohmahannya terhadap PAS.

Tiba-tiba Hasan Ali mengamuk lagi. Dia nafikan laporan Harakahdaily yang menyebut dia turun ke Kota Bharu untuk memohon maaf kepada pucuk pimpinan.

Hasan Ali kata, dia terkilan dengan laporan itu kerana "memutarbelit fakta yang boleh menimbulkan keraguan dan perpecahan."

Sehubungan itu, Harakahdaily menyiarkan trankripsi penuh sidang media Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dengan wartawan di Pantai Irama, Bachok 28 Disember .

Sekali gus pendedahan Harakahdaily itu telah meletakkan TGNA berhadapan satu lawan satu dengan dakwaan Hasan Ali tersebut.

Sidang media tersebut tidak dibuat secara formal dan tidak melibatkan Hasan Ali bersama. Ianya hanya pernyataan dari sebelah pihak sahaja.Orang ramai mulai ragu-ragu dan mulai bertanya apakah TGNA berbohong dengan media?

Di sini kita lihat, keperibadian TGNA mulai tercalar. Sosok tubuh yang merupakan penentang utama 'perpaduang' sudah terperangkap dengan mainan puak-puak perdaduang. Semuanya nampak sebagai satu perancangan - selain TGNA, orang-orang lain yang terlibat semuanya puak-puak perpaduang.

Dua orang pucuk pimpinan parti yang ada bersama mereka pun senyap sepi tanpa mengeluarkan apa-apa kenyataan.

Tolonglah selamatkan Tuan Guru Nik Aziz dan PAS dari gerombolan perpaduang tersebut.

Kerabu Bersuara ®

Posted: 30 Dec 2011 03:43 PM PST

Kerabu Bersuara ®


Najib Bawa Bini VS Hadi Bawa Bini

Posted: 30 Dec 2011 07:51 AM PST

http://3.bp.blogspot.com/-DYDJjKBdeyg/Tjo3L6vfA1I/AAAAAAAAAz0/S36H9h0hshU/s1600/Najib%2BRosmah.jpg


http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/390443_212559298829196_146911248727335_446272_1976048755_n.jpg

Naib Canselor jadi perkakas Umno halang mahasiswa sertai Bebaskan Anwar 901

Posted: 30 Dec 2011 07:48 AM PST

(Nabihah Hamid)

KUALA LUMPUR: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) membidas Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang menghalang pelajar universiti dari menyertai perhimpunan Bebaskan Anwar 901 (9 Januari).

"Datuk Sahol Hamid Abu Bakar perlu tumpu usaha ke arah memperkasakan kecemerlangan akademik UiTM dan bukannya menjadikan dirinya perkakas Umno.

"Jika Sahol mahu menasihati mahasiswa tidak jadi alat politik, beliau juga perlu berhenti dari jadi alat politik Umno. Jika beliau sendiri gagal, Sahol umpama 'ketam yang mengajar anaknya berjalan'," kata Najwan Halimi – Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN itu pada kenyataan media hari ini.

Sebelum ini, Sahol memberi amaran kepada mahasiswa UiTM supaya tidak menyertai kempen Bebaskan Anwar 901 tetapi dilihat menyokong demonstrasi mahasiswa di Putrajaya yang kononnya menyokong kepimpinan Perdana Menteri.

Najwan berkata, kenyataan Sahol yang dimuat naik di twitternya cukup mengejutkan kerana secara terbuka menzahirkan kecenderungan politiknya terhadap Umno.

"Pada 11 Disember 2011, akaun twitter Sahol memapar kenyataan bertulis: UMNO dan UiTM Sentiasa di Hati," katanya.

AMK difahamkan mahasiswa UiTM atas arahan Sahol dikerah ke Putrajaya bagi menyertai perhimpunan menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib Razak yang didalangi mahasiswa Aspirasi pro-Umno.

Sebelum ini, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerajaan menghentikan tekanan terhadap mahasiswa dan menyifatkan Umno sebagai terdesak kerana takut dengan kelompok mahasiswa.

Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan kebangkitan mahasiswa apabila mereka berdemonstrasi untuk menuntut kebebasan akademik.

Isu Masalah Scoreboard International Stadium Kelantan. JPP Haram Sekat Peruntukan Wang? Kenapa Anuar Musa Mengamuk?

Posted: 30 Dec 2011 05:01 AM PST

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/386075_207209336034188_116420218446434_423073_1138636888_n.jpg

klik gambar untuk tatapan lebih jelas.

TG Nik Aziz: Salam Mahabah Dan Realiti Membangun Negara Berkebajikan

Posted: 30 Dec 2011 01:33 AM PST

http://www.blogtokguru.com/wp-content/uploads/2011/12/picq.png

Salam Mahabah Dan Realiti Membangun Negara Berkebajikan

Firman Allah SWT,

"Dan berpegang teguhlah kamu pada tali Allah dan jangan berpecah-belah…"

(Pangkal surah Aali-Imran ayat 103)

"Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi (segala apa jua yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak)."

(An-Nisaa' ayat 174).

Bersempena dengan Salam Mahabbah dengan Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Awang (1 Safar/ 26 Disember lalu), saya rasa gembira kerana sempat bersembang dan menyatakan sesuatu demi memperkukuhkan semangat muhibah antara pimpinan parti.

Justeru saya merenung kembali perspektif Membangun Negara Berkebajikan yang menjadi ribut kecil sehari-dua ini. Seperti mana saya terangkan kepada pihak tertentu termasuk apa yang saya sebutkan sewaktu bersama program Anak Muda Kelantan di PUTIK, Pengkalan Chepa pada 28 Muharam (24 Disember) lalu.

Perspektif Membangun Negara Berkebajikan saya ulas kembali. Bagi saya, realiti Membangun Negara Berkebajikan tetap selari dengan prinsip Islam dan sesungguhnya ia tidak bercanggah dengan pendirian PAS untuk menegak Negara Islam. Cuma kalimahnya berbeza, sedangkan isi dan acuannya tetap sama, iaitu untuk mencapai keredaan Allah SWT.

Di antara fakta yang harus difahami, Islam harus dilihat dari perspektif kepelbagaian sebagaimana dinyatakan Allah di dalam Al-Quran. Antaranya dalam surah Al-Fatihah ada kalimah yang menjadi isi Negara Islam, iaitu 'ihdinassiraatal mustaqim' – tunjukilah kami jalan yang lurus – iaitu jalan agama yang diredai Allah dan Rasul-Nya.

Demikian natijahnya, Allah SWT menyebutkan Islam itu dengan pelbagai nama. Antaranya, Islam sebagai jalan yang betul (lurus), disebutkan juga (Surah Aali-Imraan : 103): 'wa'tasimun bihablil Lah ijami'a' – dan berpegang teguhlah kamu pada tali Allah – yang bermakna tali Allah itu ialah Islam. Demikian di dalam Al-Quran (An-Nisa : 174): 'wa'anzalna ilaikum, nurann mubiina' – dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi (segala apa jua yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak).

Justeru Membangun Negara Berkebajikan adalah kalimah yang diolah, sepertimana kalimah Islam itu diterangkan dalam pelbagai senario : bil-Islam (tali Allah) sebagai pengikat yang kukuh, penghubung di dalam menolong sesama insan dan Islam itu ibarat tali yang panjang dan insan beriman perlu berpegang kuat untuk sampai ke penghujungnya, iaitu syafa'at Nabi SAW dan keredaan Allah SWT.

Begitu pula, Islam sebagai cahaya iman yang membebaskan kehidupan manusia dari kegelapan (tidak beriman) kepada terang-benderang (mencapai keimanan). Oleh sebab itu, sesiapa sahaja akan menerima cahaya iman dengan izin Allah, tidak kira ia seorang Melayu atau Cina atau India. Semuanya menumpang atas cahaya iman itu, kerana akhirat kelak akan dibangkitkan bersama cahaya iman, jika sebenar-benar ia beriman.

Hakikat ini hanya ditemui dalam sebuah negara yang berkebajikan kerana kebajikan itu hendaklah difahami sebagai cahaya keimanan. Mana-mana negara yang melaksanakan program berkebajikan menurut acuan Islam, maka membolehkan rakyatnya mencapai tingkat berkebajikan berserta keimanan, iaitu mencapai tingkat keimanan disebabkan amal khairat kerajaan dan rakyat.

Demikian saya merenung sejenak perpsektif Membangun Negara Berkebajikan yang ada baiknya dapat difahami oleh semua pihak.

http://www.blogtokguru.com/salam-mahabah-dan-realiti-membangun-negara-berkebajikan/

Rakyat Selangor Dapat Wifi Percuma 2012

Posted: 30 Dec 2011 01:20 AM PST

KUALA LUMPUR 30 Disember : Bagi mendekatkan lagi agenda kerajaan negeri dalam program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), Selangor bakal memperuntukkan jalur lebar (wifi) percuma kepada rakyatnya bermula 2012.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rawang, Gan Pei Nei, langkah bijak Selangor itu bagi melahirkan rakyat celik internet di samping dapat menyalurkan maklumat dengan tepat kepada rakyat lapor Keadilan Daily.

"Dengan adanya wifi percuma, rakyat lebih senang mendapatkan informasi tepat dan benar daripada kerajaan negeri khususnya.

"Ini adalah salah satu cara sesebuah negara demokrasi memberi kemudahan kepada rakyatnya," kata Pei Nei.

Kata beliau, bagi memperluaskan kemudahan itu, beliau menyarankan Kerajaan Selangor menubuhkan pusat internet terutamanya di kawasan kampung.

"Sasaran kemudahan ini akan dinikmati masyarakat bandar dan desa seluruh Selangor. Pelaksanaan yang bakal dimulakan pada tahun depan itu akan diadakan secara berperingkat.

"Kita sedar bukan semua mempunyai komputer, dan atas sebab itu saya mencadangkan pembinaan pusat cyber rakyat bagi keluarga yang tidak mempunyai komputer," ujarnya.

Tambah Pei Nei, program itu juga mungkin diperluaskan dengan menyalurkan komputer percuma kepada setiap keluarga.

"Kerajaan Selangor harus memberikan komputer percuma kepada golongan belia dan keluarga kurang berkemampuan supaya mereka tidak akan ketinggalan maklumat terkini," katanya.

Sementara itu, Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata, pelaksanaan wifi percuma di Selangor bagi memastikan rakyatnya dapat menerima informasi dengan tepat dan bebas, sesuai dengan Enakmen Kebebasan Informasi (FOI) yang diluluskan kerajaan negeri.

Beliau berharap kemudahan itu dapat dimanfaatkan oleh orang ramai yang menggunakan komputer riba atau telefon bimbit untuk menerima dan menghantar informasi dengan lebih baik.

Jingga 13 mohon Agong pecat Jamil Khir jika tidak minta maaf

Posted: 30 Dec 2011 12:27 AM PST

KUALA LUMPUR 30 Dis : NGO Jingga 13 akan memohon kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong (YDPA) untuk memecat Datuk Seri Jamil Khir Baharom dari pentadbiran negara sekiranya menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam itu tidak meminta maaf berhubung dakwaan penyalahgunaan wang zakat.

"Jika beliau (Jamil Khir) tidak meminta maaf dalam 48 jam, kami akan menghantar memo kepada Agong," katanya Setiausaha Jingga 13, Saifuddin Shafi Muhammad.

"Jelas menghina hukum Islam. Tindakan itu bukan sahaja salahguna kuasa, dalam masa sama menzalimi dan mengkhianati golongan asnaf.

"Membiayai kos guaman untuk kepentingan peribadi, sedangkan beliau sangat mengetahui ianya satu kesalahan. Khir Baharom bukan sahaja tidak layak menjadi menteri mengurus hal ehwal agama, tetapi wajar meletakkan jawatan.

"Laporan Ketua Audit Negara membuktikan berlaku salah guna kuasa yang cukup nyata. Ia melanggar hukum Islam apabila mereka tidak tersenarai sebagai asnaf yang melayakkan mereka menggunakan wang zakat," katanya dalam kenyataan kepada Suara Keadilan.

Terdahulu, NGO itu memfailkan satu laporan terhadap Jamil Khir di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Selangor, 30 Disember lalu.

Dakwaan penyalahgunaan wang zakat didedahkan bekas Bekas pegawai siasatan jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim awal minggu ini.

Katanya, Jamil Khir dan dua pegawai Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menggunakan wang zakat untuk membiayai kos guaman tahun lalu seperti yang disahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Menurut laporan itu, Jamil Khir, Setiausaha MAIWP Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwa MAIWP Shamsudin Hussain telah menggunakan RM63,650 dari wang zakat untuk membiayai kos guaman dalam menghadapi kes permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Laporan itu juga mengesahkan wang itu telah dibayar balik selepas agensi itu memperoleh RM70,000 pada Jun tahun lalu.

Memalukan umat Islam

Jamil Khir memalukan umat Islam dengan mempamerkan akhlak buruk dengan mencuri wang zakat, kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty.

"Ada niat awal mencuri wang zakat kerana melalui perbuatan yang telah dilakukannya. Ini tidak beretika dan memalukan orang Islam," kata Dr Manuty kepada Suara Keadilan.

Beliau menegaskan, sekali pun wang zakat itu dikembalikan, tetapi perbuatan itu telah dibuat dan dianggap mengesahkan niat awal, iaitu untuk mencuri wang zakat.

"Apa kata orang bukan Islam melihat perbuatan ini dibuat di'lubuk' orang Islam? Apakah Jamil Khir ridak ada sensiviti? kata Dr manuty.

Sambil membacakan hadis, Dr Manuty menjelaskan, Rasulullah pernah mengingatkan sahabat dan pengikutnya tentang ketegasan undang-undang Islam dalam hal mencuri.

"Kalau Fatimah sekali pun mencuri, nescaya akan aku potong tangannya," kata Dr Manuty mengungkapkan semula hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim itu.

"Sekarang ini sudah macam zaman jahiliyah. Orang miskin yang mencuri kerana kemiskinannya dihukum. Orang kaya yang mencuri dibebaskan," tegasnya lagi.

MB Selangor Tidur? Tolong Ajar Sikit Puak Majlis Perbandaran Ampang Jaya Cara Buat Kerja!

Posted: 29 Dec 2011 09:47 PM PST

AMPANG JAYA - Siapa sangka sebuah kelab malam yang terletak di pinggir ibu kota menyajikan 'hidangan' yang menjolok mata apabila penari wanita tempatan dan asing yang berbikini bergabung tenaga demi menarik perhatian lelaki miang berkunjung ke situ saban malam.

Wanita-wanita tempatan dan Siam itu hanya memakai coli serta seluar dalam sebelum mempamerkan aksi-aksi yang dapat mencairkan lelaki.

Tempat beraksi pula sangat strategik kerana pemilik kelab menyediakan pentas dan tiang setinggi kira-kira tiga meter untuk membolehkan penari melakukan aksi panas yang akan mendapat sorakan pengunjung.

Lagi kuat sorakan, lagi ghairah si penari melakukan aksi-aksi menjolok mata hingga salah seorang daripada kira-kira 10 penari yang terlibat dipakaikan mahkota.

Bukan itu sahaja, penari yang mabuk dibuai alunan muzik rancak dan alkohol itu akan memanjat tiang berkenaan dengan aksi liuk-lentok untuk menggoda pengunjung memberikan mereka kalungan bunga.

Mereka yang memperoleh kalungan bunga kemudian akan melayan pelanggan yang sudi menghadiahkan mereka kalungan tersebut.

Kalungan bunga itu kemudian akan dihantar semula ke kaunter bayaran untuk dijual kembali kepada pelanggan yang berminat dengan aksi gadis-gadis berusia lingkungan 20 dan 30-an tersebut pada babak seterusnya.

Bagaimanapun, untuk mengurangkan perhatian pihak berkuasa, pemilik kelab bijak mengaturkan rancangan dengan menselang-selikan persembahan ala pat-pong di Thailand tersebut dengan persembahan live band.

Walaupun persembahan muzik itu agak membosankan buat pengunjung tetapi ia memberi ruang kepada penari melayan pelanggan dan mengumpul tenaga untuk aksi seterusnya.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini


Jangan tidur MB! Kami pantang kalau benda maksiat ni bersepah. Guna kuasa Yb ajar sikit puak yang bengong ni!

PSC Harus Menimbang Secara Menyeluruh Tuntutan BERSIH

Posted: 29 Dec 2011 09:34 PM PST

KENYATAAN MEDIA
30 DISEMBER 2011
UNTUK EDARAN SEGERA

Saya mengalu-alukan keputusan Jawatankuasa Terpilih Parlimen Untuk Menambahbaik Pilihan Raya (PSC) semalam yang mengumumkan pindaan ke atas peraturan pilihan raya bagi mewajibkan penggunaan dakwat kekal dalam proses pilihan raya menjelang 1 Februari 2012. Namun demikian, perubahan kecil ini tidak seharusnya dilihat sebagai jaminan kepada proses pengendalian pilihan raya yang telus, bebas dan bersih sepenuhnya.

Merujuk kepada senarai tuntutan yang dikemukakan oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH), saya percaya demokrasi dan proses pilihan raya bebas dan adil sewajarnya turut didukung dengan amalan serta pendekatan yang menjurus kepada kebebasan media dan kempen terbuka. Agensi media awam seperti RTM dan BERNAMA sewajarnya bersikap lebih adil dalam memberikan liputan untuk semua parti politik dan kempen politik parti-parti pembangkang sewajarnya tidak didiskriminasi menerusi tapisan melampau yang tidak munasabah serta mencabul hak kebebasan bersuara.

Saya juga ulangi desakan agar tempoh masa kempen pilihan raya dilanjutkan dalam memastikan sebaran maklumat sepanjang tempoh berkempen dapat dicapai oleh segenap lapisan rakyat. Tempoh masa berkempen yang terlalu singkat – 10 hari – sepertimana yang berlaku sewaktu Pilihan Raya Negeri Sarawak baru-baru sewajarnya tidak berulang.

Manakala pengawasan terhadap komitmen Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga perlu dijamin menerusi pengukuhan badan kehakiman yang lebih bebas dan adil. Justeru, Pakatan Rakyat komited dan menuntut supaya pihak PSC turut menumpukan penambahbaikan proses pilihan raya ini dengan mengkaji serta menimbang secara menyeluruh ke semua tuntutan yang dikemukakan oleh BERSIH dalam menjamin pilihan raya yang bebas, telus dan adil.

ANWAR IBRAHIM

Gambar Orang Bersesak Solat Hajat Bebas Anwar Di Pondok Tn Guru Haji Salih Sik Kedah

Posted: 29 Dec 2011 07:23 PM PST

Slt hajat mohon bebas @anwaribrahim 901d Ponduk Tn Guru Hj Salih Sik Kedah penuh sesak tkt n bawah yfrog.com/oduibaaj


http://desmond.yfrog.com/Himg877/scaled.php?tn=0&server=877&filename=uibaa.jpg&xsize=640&ysize=640

Jelitawan Malaysia adalah Pemilik Restoran Mewah di Singapura?

Posted: 29 Dec 2011 07:16 PM PST


Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh
Pemilik restoran MeatWorks (Real Food Company Sdn. Bhd)

habis macam tu la duit rakyat! ciss!

Kenyataan Media: Jawapan Jamil Khir masih ditunggu

Posted: 29 Dec 2011 04:46 PM PST

Saya mengucapkan terima kasih kepada Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Datuk Che Mat Che Ali di atas penjelasan beliau tentang penggunaan wang zakat untuk membayar kos guaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom, Che Mat sendiri dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain.

Che Mat menganggap isu yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat ini berbaur politik. Semalam Muhammad Yamin Ismail menyatakan pembiayaan kos guaman ini bagi menghadapi permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan geran kerajaan.

Namun jawapan Che Mat dan Muhammad Yamin bercanggah dengan beberapa pihak yang tiada kaitan dengan Pakatan Rakyat.

1. Pada 21 Jun 2011, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr. Mashitah Ibrahim (timbalan Jamil sendiri) mengakui bahawa kos guaman dibayar menggunakan peruntukan zakat ketika menjawab YB Saifuddin Nasution di dalam perbahasan Perbekalan Tambahan 2011 di Parlimen.

2. Pada 23 Jun 2011 peguam Zainul Rijal Talha dan Amir meminta pandangan Mufti Wilayah Persekutuan tentang penggunaan wang zakat bagi membiayai kos guaman.

3. Pada 21 November 2011, Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang mengesahkan bahawa kos guaman dibayar menggunakan peruntukan zakat pada Februari dan April 2010 meskipun akhirnya digantikan pada hujung tahun 2010. Ini memandangkan geran kerajaan tidak dapat menampung pembayaran yuran guaman tersebut. Namun sekalipun menerima geran kerajaan sebanyak RM700,000 pada 22 Jun 2010, pembayaran semula kepada wang zakat hanya dibuat pada Disember 2010 sebagai proses 'pelarasan semula'.

Saya juga berharap Che Mat menjawab persoalan yang dibangkitkan YB Saifuddin Jun lalu bagaimana tentang kesahihan prosedur yang digunakan memandangkan beliau yang memohon peruntukan kos guaman tersebut dan beliau juga, selaku Setiausaha MAIWP yang meluluskannya.

Namun dalam hal ini sewajarnya Jamil yang tampil menamatkan sebarang keraguan. Saya tegaskan semalam bahawa janganlah beliau berselindung di sebalik pegawai kerajaan. Saya difahamkan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainal Abidin telah menasihatkan Jamil untuk mengeluarkan kenyataan rasmi.

Mungkin ada yang menganggap RM63,650 ini kecil berbanding skandal-skandal seperti PKFZ (RM12 bilion) dan NFC (RM250 juta). Namun isu ini membabitkan wang zakat yang merupakan salah satu rukun Islam yang penting.

Ketika pihak berkuasa setiap tahun berbangga dengan kadar kutipan zakat dan menggesa umat Islam membuat bayaran zakat menerusi agensi zakat yang rasmi, Jamil ada tanggungjawab untuk menjernihkan keadaan.

Justeru KEADILAN akan membuat laporan polis pada minggu depan sekiranya tiada penjelasan yang munasabah tentang percanggahan ini.

Nik Nazmi

SIASAH

Posted: 30 Dec 2011 03:35 PM PST

SIASAH


Politik Malaysia 2011: 10 pemain dan isu utama

Posted: 29 Dec 2011 11:42 PM PST

Tahun 2011 mencatat sejarah sebagai tahun yang penuh drama, disebabkan sebahagian besarnya oleh Pilihan Raya Umum ke-13 yang dirasakan semakin hampir. Medan politik negara tidak pernah sunyi dengan peristiwa panas dan kontroversi. Berikut 10 pemain dan isu utama politik Malaysia sepanjang 2011 berdasarkan penilaian SiasahDaily.

1. Bersih 2.0
Gerakan yang paling mendapat perhatian di dalam dan luar negara selepas perhimpunan pada 9 Julai berjaya diadakan walaupun berdepan tekanan pemerintah. Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak dapat dilihat tertekan ekoran kejayaan Bersih kedua, walaupun jauh sedikit berbanding penyertaan Bersih pertama pada 2007.

2. NFC dan Shahrizat
Datuk Seri Shahrizat Jalil ditekan oleh pemimpin-pemimpin Umno sendiri ekoran terdedahnya kaitan suami beliau dengan National Feedlot Corporation. NFC mencetuskan kebimbangan Umno disebabkan tekanan kuat dicetuskan oleh skandal itu. Shahrizat berpotensi tersingkir daripada kedudukannya akibat terpalit skandal itu, ketika Najib mula bercakap dan menekankan keperluan Umno meletakkan winnable candidates dalam pilihan raya akan datang.

3. Penyebaran Kristian
Kontroversi tercetus ekoran siasatan pihak berkuasa agama Selangor ke atas sebuah gereja Metodis di Petaling Jaya, dan menemui bukti-bukti jelas penyebaran agama Kristian ke atas orang Muslim. Kejadian di negeri Selangor yang dikuasai Pakatan Rakyat memberi implikasi negatif kepada gabungan itu terutama PAS. Tindakan Datuk Dr Hasan Ali, exco kerajaan daripada PAS mempertahankan tindakan siasatan itu mencetuskan reaksi negatif terhadapnya.

4. Bob Lokman
Bob Lokman menyertai PAS di Kedah semasa perhimpunan pemuda parti itu, dan terus aktif berkempen untuk PAS. Terbaharu, beliau muncul dalam video pendek Oley! bersama beberapa pemimpin Pemuda PAS termasuk Ketua Pemuda Nasrudin Hassan. Turut mencetus kontroversi dengan pihak berkuasa agama Selangor kerana ceramah tanpa tauliah. Mengatasi Lisa Surihani yang menerima anugerah Pergerakan Puteri Umno dari segi liputan dan perhatian ramai.

5. Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak menjadi ahli politik paling berjaya memulihkan imej sepanjang 2011. Najib berusaha kelihatan cool dengan aktif dengan media sosial Facebook dan Twitter, bergambar dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama, mengumumkan pemansuhan ISA dan membentangkan belanjawan yang memberi keyakinan kepada pemerintah untuk memenangi semula hati rakyat.

6. Pena, Interlok dan bahasa Melayu
Isu novel Interlok yang ditolak oleh penentangnya kerana dianggap rasis menjadi senjata menyerang pemerintah dikuasai parti Melayu, Umno. Terbaharu, novel tersebut diganti dengan novel lain, pada masa sama Persatuan Penulis Nasional (Pena) menyambut ulang tahun ke-50 dan diberi habuan RM1 juta oleh kerajaan. PPSMI yang diperjuangkan Pena juga masih dikekalkan.

7. Himpun
Gerakan masyarakat Muslim Himpun bergerak lebih aktif ekoran aktiviti penyebaran Kristian yang dilihat berleluasa, terutama ekoran peristiwa gereja Metodis di Selangor. Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, PAS menjauhkan diri daripada gerakan itu, walaupun menerima sokongan moral beberapa pemimpin pemuda parti itu. Himpun dilihat berkemampuan untuk menjejaskan sokongan orang Melayu Muslim kepada PR yang kelihatan tidak membela kepentingan Islam.

8. Anwar

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus berjuang untuk mengetuai Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya - yang gagal dilaksanakan pada 2008 - sepanjang 2011, tahun yang menyaksikan keyakinan terhadapnya semakin terhakis sehingga ada kalangan pemimpin PR menemui Tengku Razaleigh Hamzah untuk bertindak sebagai pelan B. Anwar walau bagaimanapun tidak membenarkan perhatian beralih daripada dirinya, dan terus mendapat perhatian sepanjang 2011, tahun video seks dikaitkan dengannya disebarkan.

9. Seksualiti Merdeka
Seksualiti Merdeka, gerakan perjuangan hak gay mengejutkan negara apabila secara terbuka mempromosikan aktiviti tahunan pada November lalu. Penglibatan Datuk Ambiga Sreneevasan menarik perhatian musuh politik pembangkang yang segera mengaitkan PAS dengan gaya hidup yang dilarang agama Islam itu. Perkembangan melibatkan gerakan ini menandakan peningkatan pengaruh dan kuasa politik golongan gay di negara ini, dibantu oleh iklim politik yang semakin liberal.

10. Papa Gomo
Blog paling dikunjungi ini ialah blog pro-Umno yang mendepani usaha serangan ke atas pembangkang ekoran kekalahan teruk BN dalam Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008. Antara blog terawal menyiarkan video seks didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan dengan berani menegaskan bahawa pelakunya ialah Anwar. Papa Gomo menjadi pemblog paling dibenci oleh Pakatan Rakyat.

Biaqpila

Posted: 30 Dec 2011 03:09 PM PST

Biaqpila


Pakatan cat flat RM360 ribu, PM janji RM1.2 juta

Posted: 30 Dec 2011 02:00 PM PST


(Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim memerhatikan pelancaran kerja-kerja mengecat semula Flat Samudera di Gombak)

GOMBAK, 30 Dis: Kerajaan negeri Selangor berjaya menyelesaikan kerja mengecat semula Flat Samudera dengan kos RM360,000 berbanding janji Perdana Menteri yang memperuntukkan RM1.2 juta untuk projek yang sama.

Sehubungan itu, PAS kawasan Gombak menyelar tindakan Umno Gombak yang masih memanipulasikan isu kerja mengecat semula Flat Samudra.

Salehuddin Mohd Nasir, YDP PAS Kawasan Gombak berkata, PAS Kawasan Gombak merasa hairan terhadap tindakan Umno Gombak yang terus menerus mempolitikan isu ini.

Menurut beliau, isu ini telah pun selesai apabila kerajaan negeri Selangor telah bersetuju memperuntukan sejumlah RM360 ribu untuk tujuan tersebut dalam Majlis Pelancaraan Program Ceria (fasa kedua) baru-baru ini.

Jumlah ini jauh lebih rendah berbanding dengan jumlah anggaran peruntukan yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika lawatan beliau ke Gombak tempoh hari, iaitu sejumlah RM1.2 juta.

"Mungkin cat tersebut diimport daripada luar negara untuk membantu rakyat di situ," kata Salehudin (gambar), yang juga seorang penceramah agama terkenal.

Jelasnya lagi, kerajaan negeri Selangor bersetuju untuk membiayai 80% daripada jumlah RM360 ribu tersebut, manakala baki 20% (RM72 ribu) juga telah diselesai tanpa perlu ditanggung oleh penduduk setempat.

Hasil permufakatan bersama Baki RM72 ribu tersebut telah berjaya diperolehi daripada pelbagai pihak yang terlibat, iaitu Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) ADUN Gombak Setia, Persatuan Penduduk, Ahli Majlis Perbandaran Selayang Zon Gombak, katanya.

"Walaubagaimanapun kita tidak akan menolak sebarang bentuk sumbangan yang ingin dihulurkan oleh penduduk Flat Samudera kearah kebaikan bersama," katanya.

PAS Gombak juga mencabar Umno Gombak untuk turut menyumbang kearah kebaikan penduduk Flat Samudera.

"Sumbangan yang diminta pun jauh lebih kecil daripada wang RM1.2 juta yang Perdana Menteri janjikan," kata Salehudin.

PAS Gombak juga bersyukur kerja-kerja mengecat Flat Samudera dapat di selesaikan dibawah pengurursan kerajaan negeri Selangor setelah hampir 20 tahun tidak dicat semula.

Walaupun baru hampir empat tahun Pakatan Rakyat memerintah tetapi ia dapat diselesaikan berbanding dengan kerajaan sebelum ini, ujarnya.

HD


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

MPAJ TAK TAU ADA TARIAN TIANG YANG GHAIRAH DI PANDAN PERDANA

Posted: 30 Dec 2011 04:00 AM PST

DEY MACHA!!!
MPAJ NI DEPA TAU SAMAN PARKING JE
MANA BOLEH NAK AMBIK TAU BENDA LAIN
YANG DEPA SAMAN PUN KETA RAKYAT MARHAEN
MAMAK BERNIAGA PASEMBOQ
KAT LOT PARKING DEPAN CIMB PANDAN JAYA
PUN DEPA TAK SAMAN
DAH BERPULUH TAHUN PARKING LORI PASEMBOQ
SATU SAMAN PUN TAK DAK
YANG GUA PI PARKING SAT
MASUK CIMB 5 MINIT,KELUAQ DAH KENA SAMAN
LEPAS TU TIAP-TIAP BULAN HANTAQ SURAT MAHKAMAH
MAA'ROK SINTOK BETOI
KAH! KAH! KAH!




MPAJ tak sedar wujud tarian tiang

KUALA LUMPUR – Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mendakwa pihaknya tidak tahu-menahu atau menerima aduan berhubung mana-mana pusat hiburan di kawasan Pandan Perdana yang menyediakan penari tiang bagi menarik lebih ramai pelanggan.

Pegawai Perhubungan Awam MPAJ, Norhayati Ahmad berkata, laporan muka depan Kosmo! semalam bertajuk Tarian tiang berleluasa adalah kes pertama yang melibatkan aktiviti tidak bermoral berlaku di pusat hiburan di Pandan Perdana yang diterima oleh MPAJ pada tahun ini.

"Daripada pemeriksaan yang dijalankan oleh bahagian penguat kuasa MPAJ sebelum ini, kami tidak pernah menyerbu mana-mana premis pusat hiburan yang menjalankan kegiatan tarian tiang.

"Pihak kami juga tidak pernah menerima sebarang aduan daripada orang ramai berhubung isu terbabit," katanya.

Oleh itu, menurut Norhayati, pihaknya memberi amaran akan menarik semula lesen mana-mana pusat hiburan yang menyalahgunakan lesen premis bagi menjalankan aktiviti tidak bermoral.

"Pengusaha premis terbabit berhadapan dengan risiko penarikan lesen dan pembatalan akan dilakukan serta- merta jika ia terbukti membenarkan aktiviti tidak bermoral seperti itu," kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Malah tegas beliau, MPAJ juga akan menyita pusat hiburan itu jika premis tersebut beroperasi secara tidak sah.

Norhayati berkata demikian ketika mengulas laporan Kosmo! semalam yang mendedahkan mengenai sebuah kelab malam di Pandan Perdana yang didapati menyediakan khidmat tarian tiang berunsur seks oleh wanita tempatan dan wanita warga asing.

Mengikut laporan itu, dengan hanya mengenakan coli serta seluar dalam, penari-penari tiang itu tanpa segan silu mempamerkan aksi ghairah kepada para pengunjung yang rata-rata adalah lelaki tempatan.

kosmo

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

SHAHRIZAT UGUT DEDAH SKANDAL BN LAIN?

Posted: 29 Dec 2011 11:00 PM PST


Keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mengambil sebarang tindakan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil boleh menimbulkan pelbagai persepsi berhubung penyelewengan NFC membabitkan wang rakyat yang diamanahkan kepada kerajaan Pusat. Adun Taman Medan, Haniza Mohamed Talha berkata tidak ada sebab munasabah untuk Najib melengah-lengahkan tindakan sedangkan pelbagai pihak termasuk pemimpin Umno sendiri menggesa Shahrizat berbuat demikian.

"Apakah Najib takut bertindak disebabkan bimbang Shahrizat mendedahkan pelbagai lagi penyelewengan lain yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno lain termasuk keluarga Najib sendiri sekiranya beliau dipecat?.

"Apakah juga disebabkan ada pemimpin lain yang turut terlibat, Kalau tidak mengapa Najib masih membisu" kata beliau mencabar Najib bertindak menjawab segala persepsi yang ada bagi membersihkan imej kerajaan dimata rakyat.

"Sepatutnya sebagai Perdana Menteri, beliau seharusnya mendepani masalah ini kerana beliau adalah ketuanya," tegas Haniza yang juga Timabalan Speaker Dun Selangor.

Melihat kepada kepincangan yang dicetuskan oleh Shahrizat, Haniza menzahirkan rasa kecewa kerana tidakannya itu bukan sahaja mengkhianati wang rakyat, malah turut mengaibkan kaum wanita.

"Ia amat memalukan sebagai seorang ketua wanita dari satu organisasi yang besar pada masa yang sama mewakili kaum melayu terbabit dalam salah laku seperti ini," katanya.

"Ini adalah pertama kali pemimpin wanita negara melakukan kesalahan secara terang-terangan," jelas Hanzia ketika dihubungi TVSelangor.

Katanya di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat pemimpin yang terlibat dengan skandal akan segera meletak jawatan sebagai tanda bertanggungjawab.

Haniza berkata ini tidak mungkin akan berlaku dalam kepimpinan Umno-BN.

Mengulas lanjut, Haniza berkata penyelewengan tersebut adalah dilema hebat dalam kepimpinan Umno kerana apa jua tindakan yang bakal diambil tetap akan menerima hukuman dan kritikan daripada rakyat.

"'Luah mati emak, telan mati bapak' bagaimana cara sekalipun, Umno tidaka akan terlepas daripada diadili oleh rakyat dan tidakan mereka itu akan dilihat sebagai sebuah janji yang telah mengkhianati rakyat, " kata beliau

PKR sebelum ini mendakwa sejumlah RM250 juta dana awam diberikan kepada syarikat berkenaan yang dikaitkan dengan suami Menteri Pembangunan, Wanita dan Keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Bagaimanapun wang itu didakwa telah disalahguna sehingga projek tersebut dikatakan dalam 'kucar-kacir' seperti dirumuskan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010.

PKR kemudiannya mendedahkan wang tersebut digunakan oleh NFC bagi membeli dua buah unit kondominium mewah di Bangsar bernilai RM13.8 juta.

Selain itu, PKR turut mendakwa sejumlah RM5 juta pula dibelanja untuk membeli kereta Mercedes Benz dan tanah di Putrajaya serta RM588,585 disalurkan kepada syarikat-syarikat milik keluarga menteri itu.

Selain PKR, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) juga berpendapat siasatan awal mendapati beberapa kelemahan yang berlaku pada awal perancangan dan juga perlaksanaan.

kl-today


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

JAGA 7 SUNNAH RASUL

Posted: 29 Dec 2011 08:00 PM PST



Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.
Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

"Wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu …namun tak pula aku sanggup keNerakamu……..,kami lah hamba yang mengharap belas darimu ……..Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa……ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"

Ka'ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga). – Riwayat Tirmidzi, Nasae'i dan Hakim.

By: Mohamad Firdaus

islamituindah

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

BERITA GEMBIRA UNTUK RAKYAT: KEDAH LUPUS HUTANG PINJAMAN PELAJARAN

Posted: 29 Dec 2011 05:00 PM PST


Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Dato' Seri Diraja Ustaz Azizan Abdul Razak atas keputusan melupuskan pinjaman pelajaran bagi kes-kes terpilih.

1. DPPNK merasakan keputusan ini sangat bijak dan tepat serta kena kepada sasaran. Ia adalah satu bentuk tawaran tulen kepada golongan yang tidak sepatutnya dibebankan dengan hutang tidak wajar. Kematian, penyakit kronik, gila dan tiada daya membayar adalah golongan-golongan yang ditimpa musibah. Mereka wajib dibantu.

2. DPPNK merasakan tindakan ini selaras dan merupakan bukti perlaksanaan Negara Berkebajikan yang ditawarkan oleh PAS serta komitmen penerusan agenda Buku Jingga oleh Pakatan Rakyat.

3. Tindakan ini merupakan satu lonjakan positif bersifat jangka panjang dalam menjaga kebajikan rakyat yang sudah sedia terhimpit dengan kos tinggi sara hidup. Ia bukanlah satu bentuk tindakan 'one off' yang bertujuan untuk menggula-gulakan rakyat.

4. DPPNK merasakan dengan keupayaan kewangan terbatas serta hutang tinggalan Barisan Nasional yang bertimbun, penghapusan hutang kepada golongan terpilih adalah wajar sebagai permulaan.

5. Tindakan kerajaan negeri merupakan satu cara perkongsian hasil negeri dengan rakyat yang wajar dijadikan contoh oleh pemimpin-pemimpin lain.

6. DPPNK yakin keputusan ini adalah berita baik kepada seluruh penjamin yang terbeban sejak sekian lama. Keputusan ini sudah pasti melegakan penjamin seterusnya mereka akan memaksimumkan sumbangan untuk pembangunan negeri dalam bentuk yang lebih sesuai.

7. DPPNK juga berpendapat, Kerajaan Pusat yang mengutip hasil yang lebih banyak sepatutnya melaksanakan program ini di peringkat nasional. Adalah memalukan dengan segala hasil mahsul yang dijana daripada rakyat dengan begitu banyak, Kerajaan Pusat tidak berani bertindak seperti dilakukan oleh sebuah Kerajaan Negeri.

DPPNK yakin dengan pengumuman serta tindakan Dato' Seri Diraja Menteri Besar dalam menyelesaikan masalah ini akan mendapat sokongan daripada rakyat. Ia adalah satu lagi pencapaian hebat Kerajaan Negeri Kedah. Tahniah!

"Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua."


Mohd Nasir Zakaria
Ketua Penerangan DPPNK

penerangandppnk

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN

Posted: 30 Dec 2011 02:02 PM PST

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN


" SHIT " MEMUDAHKAN LALUAN PR

Posted: 30 Dec 2011 08:01 AM PST

JUDI - KENALI INDIVIDU TERBABIT.

Posted: 29 Dec 2011 04:49 PM PST

Muslimeen United

Posted: 30 Dec 2011 01:42 PM PST

Muslimeen United


Ekslusif!!Gambar Restoran Mewah Syahrizat Di Singapura Didedahkan!!

Posted: 29 Dec 2011 02:53 PM PST

Nih gambar suasana restoran mewah keluarga syahrizat di Singapura.Restoran meatworks diambil gambar nih oleh kumpulan jingga baru nih bagi membuktikan penyelewengan syahrizat nih.Duit Rm250 juta dia buat macam duit bapak dia ja...




Suasana restoran mewah syahrizat yang lengang tiada pelanggan...Bangkrap lah macam nih...






Nampaknya sudah terang lagi bersuluh. Wang rakyat RM257 juta yang disalurkan kepada NFC untuk melaksanakan projek impak tinggi membekalkan daging seluruh Malaysia sudah jadi projek impak tinggi bekalkan daging ke restoran mewah menteri.

Bekalan daging lembu di negara sendiri pun masih tak cukup, boleh pula bekalkan daging untuk negara jiran Singapura?

Senang betul jadi keluarga menteri. Nak meniaga boleh pakai duit rakyat RM257 juta bagi alasan nak bantu negara. Tak pernah bela lembu pun boleh dapat projek ratusan juta ringgit.

Siap boleh beli kondo mewah merata negara, beli kereta mewah ratusan rubu ringgit, beli tanah bagai. Apa ada hal? Kalau kantoi wanita Umno boleh tolong back up.

Upah RM500, bagi kain sutera 4 ela sorang dah boleh singsing lengan berdiri belakang Shahrizat masa Shahrizat nak selak kain kah kah kah... Tak percaya tanya wanita-wanita Umno yang berdiri belakang Shahrizat. jangan bohong Allah nampak...
 sumber (Klik Sini)

Tangkap Segera Taib Mahmud

Posted: 29 Dec 2011 02:49 PM PST


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) memandang serius desakan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dari enam negara supaya ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya ditangkap atas pelbagai dakwaan seperti pengagihan dana awam secara haram, salah guna jawatan awam, merampas tanah kerajaan, rasuah, eksploitasi, serta konflik kepentingan.

Bagi DPP Malaysia, dakwaan NGO tersebut amat berat memandangkan ia melibatkan pemimpin kerajaan negeri Sarawak itu. Sekaligus ia akan menjejaskan kredibiliti dan integriti kerajaan Malaysia.

Kerajaan tidak boleh berdiam diri dengan dakwaan ini kerana ia boleh menjejaskan imej negara di mata masyarakat antarabangsa. DPP Malaysia bimbang jika kerajaan tidak bersungguh-sungguh menyiasat dakwaan ini, ia akan menjejaskan pelaburan dan industri pelancongan ke negeri itu.Kerajaan pula akan dituduh bersubahat melindungi mereka yang melakukan pelbagai kesalahan.

Sebelum ini heboh masyarakat didedahkan mengenai aset kekayaan beliau yang bernilai U$1.46 bilion (RM 4.6 bilion) di 14 syarikat. Tidak hairanlah, dalam keadaan negeri Sarawak yang kaya raya dengan pelbagai kegiatan ekonomi daripada petroleum, hasil bumi, hutan, pertanian dan lain-lain, rakyat pula terhimpit dengan masalah kemiskinan.

Sebaliknya pemimpin dan keluarganya pula hidup bermewah dengan harta yang melimpah ruah.Dalam hal ini, DPP Malaysia berpendapat, jika tiada desakan oleh NGO ini terhadap Tan Sri Taib Mahmud dan keluarga beliau untuk ditangkap, kerajaan khususnya SPRM tetap perlu menjalankan siasatan bagaimana Tan Sri Taib Mahmud memperolehi kekayaan sebanyak ini.

Bagaimanakah seorang Ketua Menteri mampu memiliki aset sebanyak itu yang jauh dari kemampuan sebenar beliau.

Akhirnya, DPP Malaysia mendesak agar kerajaan Malaysia menyiasat dakwaan tersebut. Sekiranya dakwaan itu benar, DPP Malaysia meminta kerajaan mengambil tindakan tegas dengan mendakwa Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan ahli keluarganya di mahkamah. DPP Malaysia juga mendesak agar Tan Sri Abdul Taib Mahmud melepaskan jawatan beliau selaku Ketua Menteri Sarawak. DPP Malaysia yakin rakyat Sarawak tidak sesekali mahu pemimpin mereka terlibat dengan pelbagai skandal yang memalukan rakyat di negeri itu.

DR RAJA AHAMD AL HISS
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Tahniah Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor

Posted: 29 Dec 2011 02:47 PM PST

Pembeli-pembeli pangsapuri ini terpaksa menunggu selama 8 tahun akibat rumah terbengkalai di zaman pemerintahan BN di Selangor di bawah Menteri Besar Khir Toyo..tetapi apabila Negeri Selangor beralih kerajaan di bawah Pakatan Rakyat Menteri Besar Khalid Ibrahim sekejap sahaja dapat menyelesaikan masalah pangsapuri terbengkalai ini. Dan kini pembeli-pembeli bersyukur dan lega kerana pangsapuri ini telah pun siap. Tak perlu menunggu selama 8 tahun hanya 1 tahun lebih sahaja.

Terimakasih Kerajaan Selangor yang sentiasa perihatin tentang masalah rakyat.



Pangsapuri terbengkalai di zaman pemerintahan BN di Selangor


Pangsapuri terbengkalai telah pun siap di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat Selangor


Jadi fikior-fikior ler nak mengundi pilihanraya 13 nanti di selangor !!! Mana yang lebih baik....

Kata Tak Nak

Posted: 30 Dec 2011 01:34 PM PST

Kata Tak Nak


But Tuan ......

Posted: 29 Dec 2011 10:17 PM PST

Awang: Hello tuan, can you please help me?

Tuan: Sure we are always here to help. Are you poor?

Awang: Yes, tuan I am very poor tuan. I only get 700 a month and must support a wife a 5 children.

Tuan: Oh, how sad. How may I help you?

Awang: You see tuan recently because my children very hungry I stole from the supermarket and got caught. The court fined me RM3000 tuan so can I borrow to pay the fine?

Tuan: Hey! This is Pusat Urus Zakat, not Ah Long. We don't help these cases all.

Awang: But Tuan, why Menteri can borrow?

shalehudin

Posted: 30 Dec 2011 11:28 AM PST

shalehudin


Tak nampak macam kambing hitam punn... kahkahkah...

Posted: 30 Dec 2011 08:00 AM PST

Ahli perniagaan bergelar 'Datuk' didakwa menipu pengerusi NFC

Datuk Shamsubahrin Ismail keluar dari mahkamah sambil melambaikan tangan kepada media. — Foto oleh Jack Ooi

KUALA LUMPUR, 30 Dis — Seorang ahli perniagaan bergelar "Datuk" yang cuba memberi rasuah kepada pegawai kanan CCID semasa siasatan skandal Pusat Fidlot nasional (NFC) hari ini didakwa atas tuduhan menipu di Mahkamah Tinggi di sini.

Datuk Shamsubahrain Ismail dituduh menipu Pengerusi NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail sebanyak RM1.76 juta sebagai bayaran rundingan untuk mendapatkan perkhidmatan penasihat.

Shamsubahrin didakwa dengan dua tuduhan menipu di bawah seksyen 420 Kanun Jenayah.

Beliau dikatakan melakukan kedua-dua kesalahan itu pada 20 November di sebuah restoran di Bukit Tunku dan antara 25 November dan 6 Disember di Solaris Mont Kiara, juga di Kuala Lumpur.

Jika sabit kesalahan Shamsubahrain boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Beliau mengaku tidak bersalah di atas kedua-dua pertuduhan itu.

Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain menetapkan ikat jamin sebanyak RM300,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan Shamsubahrain menyerahkan passportnya.

Kes ini akan disebut semula pada 21 Januari.

Shamsubahrain sebelum ini ditahan reman oleh polis kerana dikatakan cuba memberi rasuah kepada tiga hingga empat pegawai kanan CCID yang menyiasat skandal NFCorp.

Polis menyiasat NFCorp atas kesalahan pecah amanah berikutan dakwaan PKR bahawa syarikat itu menyalahgunakan dana jutaan ringgit yang diberikan kepada NFC.

Shamsubahrain, yang memiliki syarikat khidmat perunding dan syarikat teksi premium kemudiannya diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Agensi anti-rasuah itu telah mengumumkan akan menyiasat dakwaan terhadap NFCorp walaupun sebelum ini mengatakan tidak akan berbuat demikian.

SPRM turut merampas sebuah komputer dan beberapa dokumen semasa melakukan serbuan di ibu pejabat NFCorp di Solaris Mont Kiara.

PKR membangkitkan perkara itu selepas projek ternakan lembu bernilai RM250 juta yang dibiayai kerajaan — diuruskan Mohamad Salleh, suami kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil — gagal mencapai sasaran pengeluaran dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Parti pembangkang juga turut membuat beberapa pendedahan berkaitan dengan skandal itu termasuk pembelian dua unit kondominium oleh NFC di Bangsar dan mendakwa syarikat itu menggunakan dana projek untuk perbelanjaan peribadi dan ke luar negara.

Ia juga mendakwa berlaku perpindahan wang ke syarikat yang tidak berkaitan dengan NFCorp di Singapura serta pembelian Mercedes-Benz CLS350 berharga RM534,622 dan dia lot tanah di Presint 10 Putrajaya bernilai RM3,363,507.

Pendedahan terbaru dibuat PKR Selasa lalu, menuduh sebanyak RM10 juta telah digunakan untuk pembelian seunit kondominium di Singapura untuk keluarga Shahrizat.

Shahrizat cuba mengelak daripada dituduh terlibar dengan mengatakan hanya beliau "satu-satunya isteri" pengerusi NFC dan tiada apa-apa kaitan dengan NFC.

Beliau turut berdepan dengan gesaan agar meletakkan jawatan sebagai menteri termasuk dari pemimpin Umno serta bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Se ekor mamak yang tak cerdik... kahkahkah...

Posted: 30 Dec 2011 07:43 AM PST

Mahathir Bukan Cerdik Sangat: Ku Li

Oleh: amanlegend

Tengku Razaleigh Hamzah meramalkan dalam pilihanraya umum ke 13 yang akan datang ini United Malay National Party akan menerima kekalahan lagi. Dari pemerhatian beliau pengundi bukan Melayu semakin menjauhkan dari Barisan Nasional atau lebih tepat lagi lari dari UMNO.

Beliau dakwa ada kemungkinan Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat tidak memiliki majoriti yang meyakinkan. Bila terjadi sedemikian, negara kita mungkin menghadapi krisis.

Menurut Ku Li, hampir 90% peratus pengundi China bersedia untuk mengundi Pakatan Rakyat. Ada pengundi India yang telah kembali menyokong Barisan Nasional, tetapi majoriti masih bersama Pakatan Rakyat. Pengundi Melayu pula kini terbahagi kepada dua.

Ku Li, ahli parlimen Gua Musang semenjak 1974 dan juga bekas Menteri Kewangan Malaysia, menganggap pentabiran dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak ini amat lemah dan tidak memahami krisis ekonomi global yang sedang melanda dunia sekarang.

Mengikut Ku Li pentabiran sekarang ini selalu berdulak-dalik - flip flop - apabila mengajukan sesuatu dasar. Dasar sorong tarik ini terjadi kerana banyak dasar-dasar ini tidak difikirkan secara masak terlebih dahulu.

"Mereka tidak peduli satu apa pun... tetapi mereka tidak ingin masuk penjara," Ku Li memberi kesimpulan terhadap pentabiran Najib Razak.

Ku Li, seorang bekas penuntut Malay College Kuala Kangsar (MCKK), berkata demikian dalam satu makan tengah hari bersama beberapa orang murid tua MCKK minggu lalu.

Mengenai isu hak royalti minyak, Ku Li dengan tegas menerangkan bahawa perjanjian antara Petronas dengan negeri-negeri jelas disebutkan hak royalti dan tidak ada fasal yang menyebut wang ehsan. Malah Ku Li amat berbangga kerana beliau sebagai Pengerusi Petronas 1974 telah bertanggung jawab membuat butiran perjanjian minyak ini atas arahan Tun Abdul Razak.

"Walaupun perjanjian ini dalam bahasa hukum-hakam tetapi amat jelas Petronas wajib memberi 5% kepada negeri dimana minyak ditemui."

Krisis tuntutan Kelantan terhadap royalti minyak ini hanya boleh diselesaikan jika Malaysia memiliki apa yang Ku Li namakan sebagai Mahkamah Perlembagaan atau Constitutional Court.

Beliau berpendapat telah sampai masa Malaysia mewujudkan Mahkamah Perlembagaan khusus untuk menyelesaikan isu yang berkaitan dengan perlembagaan seperti kedudukan Raja Raja Melayu, hak kebebasan rakyat , pilihanraya yang bebas atau tuntutan royalti minyak.

Kecekapan Ku Li ini sebagai pakar ekonomi dan Menteri Keewangan terbukti pada tahun 1979 apabila beliau telah berjaya mengambil alih kembali harta tanah Guthrie dalam apa yang dikenali sebagai 'the dawn raids'. Ketika itu Ku Li dilihat sebagai nasionalis ekonomi yang berjaya mengambil kembali harta negara yang telah dijarah oleh penjajah.

Mengikut lajenda politik Malaysia, Ku Li sepatut telah menang dalam pemilihan Presiden UMNO dalam tahun 1987 tetapi malangnya ketika pengiraan undi berjalan tetiba bilik menjadi gelap dan lampu leterik telah terpadam. Mahathir Muhamad telah berjaya menewaskan Ku Li dengan 43 undi apabila lampu terpasang kembali.

Ku Li tidak menimbulkan hal ini malah pertanyaan mengenai ' kes lampu padam' ini hanya akan dijawab dengan senyuman yang panjang. Ku Li enggan melintasi dilurah yang sama.

"Mahathir ini bukanlah cerdik sangat. Dia selalu menjalankan dasar 'ad hoc'. Selalu mencuri idea dan pandangan orang lain dan mengakui sebagai haknya," dakwa beliau.

"Dia curi-lah. Saya selalu melihat dia 'playing to the gallery'," kata Ku Li, menerangkan pandangan dan pengalaman beliau yang terkumpul selama 5 tahun bersama Mahathir Muhamad sebagai menteri.

Bila ditanya tentang Anwar Ibrahim Ku Li menerangkan bahawa dia hanya mengetahui Anwar sebagai aktivis belia. Walau pun mereka berdua belajar di Malay College tetapi mereka agak jauh bertelingah zaman.

Mengikut surah Ku Li, kali pertama secara rasmi dia dengar nama Anwar ialah dari Putera Muhamad anak kepada Raja Feisal dari Saudi Arabia. Ketika itu Ku Li sedang menjawat Pengerusi Bank Islam OIC. Putera Raja ini bertanya kepada Ku Li apakah patut Anwar Ibrahim dan ABIM ini dibantu oleh dana Yayasan Feisal.

"Sekarang Anwar sedang menjadi dilema kepada Najib. Ini mengikut lojik yang kita lihat. Saya yakin Anwar akan masuk penjara. Kalau Anwar bebas UMNO akan habis. Tidak dapat tidak Anwar akan dipenjara."

Ku Li merumuskan bahawa pentabiran pimpinan Najib Razak kebelakangan ini bukan sahaja lemah malah dalam huru hara. Mengikut pandangan Ku Li , Najib Razak sebagai Presiden UMNO terlepas peluang yang amat besar di Perhimpunan Agong UMNO yang baru berlangsung. Ketika mata dan telinga seluruh negara berpusat memandang ke PWTC, Najib tidak melaku-kan apa-apa terhadap Shahrizat.

"Shahrizat sepatutnya dibuang. Termasuk beberapa orang menteri yang nama mereka telah busuk ditelinga orang ramai. Tetapi Najib senyap membisu," katanya.

Apakah peranan yang masih boleh dimainkan oleh Putera raja dari Kelantan ini masih belum jelas. Ku Li dibesarkan di Istana dan dididik di Malay College — seharusnya menjadi kimia terbaik untuk memimpin negara ini. Ku Li dilihat sebagai sebagai ahli politik yang tidak membawa beban 'kerpai buruk'. Tetapi Ku Li juga adalah sosok yang berkontradiksi.

Ku Li tidak akan memboceng motosikal untuk berkempen jika jalan raya berasak asak. Ku Li juga tidak akan mengambil 'loud hailer' untuk menggumpulkan massa. Jauh sekali Ku Li untuk turun memasang poster atau memasang khemah atau turun berdemo. Tengku Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah ialah putera raja. Mungkin inilah sosok yang digambarkan oleh Sir Frank Swetthenham 100 tahun dahulu : Gentleman Melayu Terakhir — The Last Perfect Malay Gentleman.

Rosmah Mansor... kahkahkah...

Posted: 30 Dec 2011 03:00 AM PST

Siapa Perdana Menteri wanita kita


DR. MAHATHIR Mohamad ketika diraikan oleh pengikut-pengikutnya termasuk Perdana Menteri Najib dan isteri menyebutkan kemungkinan Malaysia juga akan berperdana-menterikan seorang wanita.

Suatu yang tidak mustahil. Kalau Yaman di zaman Nabi Sulaiman a.s. pernah diperintah oleh Ratu Balqis, dunia akhir zaman ini pula sudah ramai wanita jadi Presiden dan Perdana Menteri, maka juga tidak mustahil

Siapakah Perdana Menteri pertama wanita Malaysia itu?

Jika ia berlaku sebagai ganti Perdana Menteri Najib, siapakah wanita yang bertuah itu?

Tuntulah dia seorang yang kanan dalam parti yang mendapat majoriti. Jika BN berkuasa semula selepas PRU 13, Perdana Menteri Najib ditakdirkan kalah, tiada laki-laki UMNO yang diterima oleh pimpinan UMNO, maka wanita yang paling kanan ialah Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Dia adalah ketua Wanita UMNO dan bertaraf sebagai Naib Presiden parti itu. Tetapi dengan skandal lembu dan kondominium termahal dari duit lembu yang melibatkan suami anak beranak, dia tidak menjadi calon yang terbaik.

Siapa lagi wanita yang kanan di samping UMNO yang masih dipimpin Najib?

Dalam parti tiada yang tertonjol. Tetapi di luar hiraki parti ada, bahkan lebih berkuasa dan lebih berpengaruh dari Perdana Menteri Najib iaitu Wanita Pertama merangkap isteri Najib. Malah dia sudah pun dilihat Perdana Menteri sebenarnya sejak pengunduran Tun Abdullah Badawi.

Sekalian ahli Majlis Tertinggi UMNO adalah di bawah pengaruhnya. Bahkan pemimpin dunia mengenalinya dan suka mendekatinya bagi memenangi hati kerajaan Malaysia. Lee Kuan Yew yang terkenal serius dengan protokol mencari peluang bersua dengannya semasa mengadakan kunjungan ke Malaysia.

Soal dia tidak ada pimpinan parti boleh diurus. Betullah Muhyiddin Yassin orang kedua dalam UMNO tetapi Muhyiddin telah mengepalai perwakilan Perhimpunan Agung UMNO berikrar setia kepada Najib dan UMNO.

Jika Najib merasakan orang yang paling layak menggantikannya sebagai Presiden UMNO, maka tiada pilihan bagi UMNO.

Setakat ini Rosmah Mansor bukan saja wanita paling berpengaruh di Putrajaya bahkan orang yang paling berkuasa.

Jika masanya telah tiba bagi wanita menjadi Perdana Menteri sebagai ganti Najib, wanita yang paling menonjol ialah Rosmah Mansor.

Tetapi kalau BN kalah kepada Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim berada di penjara, maka siapa pula calon Perdana Menteri?

Pakatan Rakyat tentu ada calon yang diterima oleh semua tetapi pengundi yang mahukan perubahan juga mungkin ada calonnya bagi mengambil tempat yang sepatutnya disandang oleh Anwar.

Sebelum Anwar jadi ketua pembangkang, ia disandang oleh Dr. Wan Azizah. Dia masih Presiden PKR tetapi dia tidak layak bertanding kerana MP yang meletak jawatan tidak boleh bertanding dalam masa lima tahun.

Jika semua diberi sama peluang, maka yang paling kanan mewakili parti masing-masing ialah Tuan Guru Haji Hadi Awang, Lim Kit Siang dan Azmin Ali.

Tetapi mungkin masyarakat, seperti yang diwawaskan oleh Dr. Mahathir berkehendakkan seorang Perdana Menteri wanita, maka siapakah wanita yang paling terserlah di kalangan Pakatan Rakyat selepas Wan Azizah?

Yang paling menonjol dalam parti dan dalam Parlimen ialah Nurul Izzah, Naib Presiden PKR yang paling kanan.

Dr. Mahatahir adalah orang yang paling tidak suka kepada suku sakat Anwar tetapi kalau rintihan hati Dr. Mahathir hendak dikabulkan, antara Shahrizat Jalil, Rosmah Mansor, Nurul Izzahlah yang paling bersih dan paling tidak bermasalah.

Masalahnya ialah dia budak. Sebagai budak dia adalah anak Anwar Ibrahim. Kalau tiada pengalaman dan kepintarannya belum menonjol, tetapi kepintaran Anwar boleh dipinjamkan kepadanya.

Saya bukan hendak menidakkan kebijaksanaan, kepintaran dan wibawa Ustaz Hadi, Kit Siang dan Azmin tetapi bagi meraikan pandangan Dr. Mahathir yang merasakan wanita juga berpeluang menjadi Perdana Menteri di Malaysia.

Yang Mahathir tidak suka ialah ia boleh mengambilkan harapan Anwar jadi Perdana Menteri. Mahathir boleh terima siapa saja asal jangan Anwar. Kalau Izzah naik, dia adalah sementara menguruskan perbicaraan semula Anwar oleh mahkamah yang berwibawa. Jika Anwar jadi Perdana Menteri, maka Mahathir rela mati?

Anwar tunjai2 dahi Najib... kahkahkah...

Posted: 30 Dec 2011 01:30 AM PST

ANWAR IBRAHIM: UMNO semakin gusar dan resah


Saya meneliti secara serius perkembangan mutakhir gerakan kebebasan akademik yang dipimpin oleh kelompok mahasiswa yang kini berdepan dengan pelbagai tekanan politik UMNO. Tatkala kesedaran menuntut kebebasan di kalangan mahasiswa mulai berkembang dan matang, pimpinan UMNO semakin gusar dan resah dalam menghadapi asakan ini serta bertindak melulu dengan menzahirkan ancaman fizikal bersifat biadab dan semberono.

Komitmen pentadbiran Dato' Sri Najib Razak, kononnya mahu meminda Seksyen 15, Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) dan memberi lebih kebebasan kepada mahasiswa dalam politik kepartian kini dilihat tidak lebih sekadar omong kosong. Perkembangan membabitkan Adam Adli, mahasiswa dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) yang kini berdepan dengan tindakan di bawah AUKU sememangnya menzahirkan ketakutan UMNO terhadap gelombang kebangkitan mahasiswa. Tindakan sama turut dilihat dalam beberapa kes terdahulu dengan tindakan keras oleh pihak universiti termasuk risiko dibuang kampus.

Insiden remeh di depan ibu pejabat UMNO di PWTC yang dikaitkan dengan tuntutan mahasiswa tempoh hari diangkat oleh media milik UMNO seolah-olah ianya jenayah besar walhal isu-isu yang berkait dengan fitnah, ugutan bunuh, jenayah dan rasuah seringkali diketepikan.

Tindakan menghukum dengan menggunakan peruntukan AUKU terhadap mahasiswa selepas insiden tersebut jelas bertujuan untuk menakut-nakut dan sebagai langkah untuk mengendurkan semangat serta iltizam mahasiswa.

Saya menggesa agar dihentikan semua bentuk tekanan terhadap mahasiswa kerana jelas ini merupakan kehendak politik pimpinan UMNO yang terdesak. Saya juga mengulangi tekad dan komitmen Pakatan Rakyat untuk memansuhkan AUKU serta memberi penumpuan kepada usaha mengangkat mutu pendidikan yang berteraskan prinsip kebebasan akademik, pencerahan dan pemerkasaan intelektual.

ANWAR IBRAHIM
BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya

Hampa suka sangat ka Zaid Ibrahim join balik PKR...

Posted: 30 Dec 2011 12:00 AM PST

Zaid Ibrahim bantu Nurul Izzah lawan Azmin?

Oleh SiasahDaily

Persaingan kuasa dalam PKR, yang semakin jelas dilihat sejak menjelang pemilihan lalu muncul lagi, mengaitkan pemimpin-pemimpin tertinggi parti.

Pengendali laman Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin mendakwa Azmin Ali, timbalan presiden PKR di belakang penyebaran surat layang memburukkan Nurul Izzah Anwar, naib presiden PKR.

Surat itu menggesa ahli-ahli PKR menghalang Nurul Izzah yang didakwa cuba membawa semula Datuk Zaid Ibrahim - yang kini memimpin partinya Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) - menyertai semula PKR.

Dalam kolum terbaharunya, Raja Petra menerbitkan semula surat itu dengan ulasan ringkas mengatakan Azmin dipercayai di belakang penyebaran surat layang tersebut, dalam usaha menyekat anak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim itu daripada menghalang kemaraan Azmin.

Menurut surat itu, Nurul Izzah mempunyai pengaruh untuk membolehkan Zaid dibawa semula menyertai PKR disebabkan kedudukannya.

"Sebagai naib presiden paling kanan dalam PKR dan anak kepada Anwar Ibrahim, Nurul Izzah pastinya mampu memanipulasi ayahnya dan setidak-tidaknya dapat membuka ruang buat Zaid menyertai PKR dan Pakatan Rakyat semula."

Menurut surat itu lagi, "Nurul Izzah perlu sedar bahawa status beliau sebagai anak kepada Anwar Ibrahim tidak semestinya akan merestui semua tindakan politiknya."

Zaid keluar parti setelah kecewa dengan politik Anwar dan permainan Azmin menyekat kemaraannya dalam parti.

Dakwaan Raja Petra ini sekiranya benar memberi gambaran usaha Azmin mengukuhkan kedudukannya dalam parti termasuk dengan menyekat Nurul Izzah, pemimpin muda yang dilihat berpotensi dan tidak mempunyai beban sejarah seperti beberapa pemimpin lain termasuk Azmin.

Kedudukan Nurul Izzah sebagai anak Anwar, pemimpin kanan yang muda dan popular mampu menggugat Azmin dalam kepimpinan parti.

Zaid semasa masih dalam PKR juga dilihat sebagai pencabar terdekat Azmin, disebabkan kedudukan seniornya yang dilihat mengatasi kelayakan Azmin.

Bedebah punya bapak...

Posted: 29 Dec 2011 10:00 PM PST

DUA beradik diperlakukan seperti haiwan oleh bapa sendiri yang tergamak mengikat kaki mereka dengan rantai besi, mengurung mereka dalam tandas selama lebih lima jam dan membiarkan mereka kelaparan.

Anwar masih pemimpin suci... hihi...

Posted: 29 Dec 2011 08:00 PM PST

Kalau Pun Bukan Imam Mahdi, Anwar Masih Pemimpin Suci

SECARA peribadi, penulis ingin menjelaskan disini bahawa penulis tidak sama sekali bersetuju dengan pandangan yang mengatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah Imam Mahdi walaupun ada dakwaan mengatakan perkara itu disebut oleh Ketua Cabang Sabak Bernam, Ustaz Dr. Badrul Amin, merangkap penasihat agama kerajaan Negeri Selangor, dalam satu majlis ceramah.

Penulis juga telah menonton sendiri video tersebut dan memang pada pendapat penulis Dr. Badrul ada menyatakan yang Anwar adalah Imam Mahdi walaupun telah dinafikan Dr. Badrul dalam entri Facebooknya semalam. Penulis tak boleh nak masuk dalam kotak pemikiran Dr. Badrul untuk memahami apa sebenar yang cuba disampaikan tapi bila empunya diri dah menafikan, rasanya penulis dan yang lain perlu akur sajalah.

Bagaimanapun, penulis juga berpendirian bukan semua yang disebut oleh Dr Badrul dalam ceramahnya itu salah. Banyak juga yang betul, antaranya menyatakan bagaimana Anwar merapatkan timur dan barat, memimpin gerakan Islam dan banyak lagi. Semua itu (melainkan Anwar sebagai Imam Mahdi) adalah perkara yang merujuk kepada Anwar.

Kita tidak boleh menafikan hakikat itu. Dimana sahaja Anwar berucap, khalayaknya bukan setakat orang Islam atau orang Barat sahaja, malah terdiri dari pelbagai kelompok. Anwar bijak menyampaikan buah fikirannya tanpa dalam masa yang sama menyentuh sensitiviti mana-mana pihak yang mendengar.

Anwar mungkin adalah satu-satunya pemimpin yang tidak gentar bercakap mengenai kebaikan dan kemurnian Islam di hadapan pemimpin Kristian dan Yahudi. Anwar juga tidak kekok bercakap di dalam forum orang Islam, mengupas segala jenis pembaharuan dalam Islam bagi membolehkan perbezaan yang wujud dengan masyarakat barat dapat dikurangkan, kalau tidak dihapuskan terus.

Maka itu tidak hairan kenapa undangan untuk Anwar berucap dari seantero dunia seakan-akan tiada penghujung dan dalam masa yang sama, sedikit masa perlu diluangkan untuk ceramah dalam negara, ceruk kampung atau desa bagi menyampaikan amanat dan membentangkan hala tuju Pakatan Rakyat jika akhirnya nanti berjaya juga menawan Putrajaya.

Penulis tidak pasti sama ada masyarakat kampung yang bertuah mendengar Anwar sendiri menyampaikan ceramah di kawasan masing-masing itu sedar atau tidak bahawa batang tubuh yang berdiri di depan mereka itu adalah sebenarnya seorang pemidato hebat yang mana buah fikirannya berkumandang hampir disetiap ceruk dunia – bukan ceruk dimana dia menyampaikan ceramah itu sahaja.

Inilah yang penulis nak tekankan, disebalik kontroversi Dr. Badrul dan Imam Mahdi itu, masih lagi perlu diakui bahawa Anwar adalah seorang pemimpin yang hebat dan suci dalam masa yang sama.

Suci dalam erti kata merapatkan perbezaan antara dunia Islam dan dunia barat tanpa perlu menumpahkan darah sesiapa.

Mungkin cara Dr. Badrul menggambarkannya itu agak 'ke dalam' dan sukar bagi orang biasa memahaminya, tapi maksud yang nak disampaikan itu masih lagi sama – Anwar adalah pemimpin hebat dan kita sebenarnya bertuah mempunyai seorang seperti ini dikalangan kita.

Anwar sebenarnya tidak perlu disamakan atau digambarkan sebagai Imam Mahdi, pelbagai kerja-kerja baik beliau sedia ada pun sudah menunjukkan bahawa beliau memang seorang yang istimewa.- SPR

Ajal PAS Kedah dah sampai...

Posted: 29 Dec 2011 06:00 PM PST

Perobohan Madrasah Salihiah Kanchut Akan Percepat Ajal PAS Di Kedah

PENULIS tertarik dengan kenyataan bekas OCPD Pagoh dalam peristiwa Bukit Kepong tahun 1950, Inspektor JJ Raj Jr. mengenai orang Melayu. Menurutnya, orang Melayu akan berada dalam keadaan paling sensitif bila 2 perkara ini 'disentuh', isterinya dan agamanya.

Tujuan penulis membawa pandangan JJ Raj itu ialah, orang bukan Islam pun faham dengan sensitiviti orang Melayu dan Islam di negara ini.

Penulis cuba nak bawa pendekatan sama dalam isu perobohan Madrasah Salihiah Kanchut di Kedah ini, bagaimana kerajaan pimpinan orang Islam sendiri tidak sensitif dengan kehendak masyarakat setempat apabila membuat keputusan untuk merobohkan madrasah tersebut.

Umumnya, penulis faham memang ada situasi-situasi tertentu yang membenarkan perobohan rumah-rumah ibadat seperti Madrasah, surau dan sebagainya ini untuk apa tujuan yang difikirkan perlu.

Apatah lagi bila Madrasah Salihiah Kanchut ini adalah bukti sejarah Islam telah bertapak di Kedah sejak lebih 100 tahun dahulu.

Bagaimanapun, dalam isu perobohan Madrasah Salihiah Kanchut ini, tindakan itu dilihat ramai sebagai lebih bersifat komersial dengan tapak peninggalan madrasah itu nanti akan dibina sebuah pusat membeli belah.

Penulis rasa, isunya disitu sahaja – roboh madrasah untuk bina pusat membeli belah.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abd Razak (Ustaz Azizan) hendaknya perlu lebih sensitif dalam perkara seumpama ini. Ustaz Azizan bukan lagi pihak di luar kerajaan yang hanya memfokus kepada satu atau dua perkara sahaja bila bercakap tentang sebarang tindakan seumpamanya oleh kerajaan terdahulu.

Sebagai Menteri Besar yang dilantik atas sokongan orang Melayu dan Islam di Kedah, Ustaz Azizan perlu sedar bahawa sebarang tindakan dan keputusan yang dibuat beliau sebagai Menteri Besar akan menjadi buah mulut masyarakat setempat. Apatah lagi bila keputusan tersebut tidak selari dengan aspirasi rakyat Kedah yang majoritinya beragama Islam dan parti PAS yang menaungi Ustaz Azizan.

Kalau boleh penulis ulas peristiwa perobohan Surau Kampung Bujai di Terengganu beberapa tahun dulu. Pada waktu itu PAS adalah pihak yang tegas menghalang usaha merobohkan surau tersebut walaupun hakikatnya surau tersebut tidak dibina dengan kelulusan daripada pihak berwajib.

Penulis membandingkan perkara tersebut untuk menunjukkan bagaimana PAS telah menetapkan pendirian dalam hal-hal sedemikian tapi jadi benar-benar berbeza dalam hal perobohan Madrasah Salihiah Kanchut ini.

Dalam hal ini penulis tidak berminat dengan permainan politik seperti yang banyak dimainkan sekarang. Bukan resmi penulis dan laman ini menjawab soalan dengan soalan, yang penting kepada penulis ialah bagaimana tindakan ini boleh menjejaskan sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat dalam kempen pilihanraya mendatang.

Apa pun tindakan UMNO di Terengganu dalam kes surau Kg Bujal, itu adalah dalam konteksnya yang tersendiri dan salah satu sebab kenapa PAS harus menentang UMNO. Tapi bila isu perobohan Kg Bujal di Terengganu dibawa ke dalam isu perobohan Madrasah Salihiah Kanchut ini, itu hanya membuktikan satu perkara – UMNO dan PAS sama sahaja.

Sekurang-kurangnya hujah UMNO dalam isu perobohan di Kg Bujal ialah surau itu dibina tanpa mendapat kebenaran daripada pihak berwajib, justeru tahap keselamatan struktur binaannya tidak dapat dipastikan. Surau tidak sama seperti tokong Hindu yang dibina di tepi-tepi jalan. Surau ada manusia yang berlindung di bawahnya dan dengan itu menjustifikasikan tindakan UMNO di Terengganu.

Dan ketika dirobohkan, surau tersebut masih belum siap!!

Sedangkan apa isunya pula di Madrasah Salihiah Kanchut ini? Madrasah tersebut telah terbina disitu sejak 100 tahun lepas, kalau pun ada kecacatan struktur akibat dimamah peredaran masa, jawapannya ialah pembaikan, bukan perobohan!!

Penulis tak pastilah sama ada penyokong PAS di Internet yang berhujah mempertahankan perobohan Madrasah Salihiah Kanchut ini sedar atau tidak dengan perkara tersebut. Penulis bimbang jika rakyat menganggap kalau mereka menentang UMNO kerana merobohkan surau Kg Bujal di Terengganu, kenapa tidak menentang PAS dalam isu perobohan Madrasah Salihiah Kanchut ini?

Dalam erti kata lain, penulis melihat tindakan membawa isu perobohan Surau Kg Bujal ke dalam isu Madrasah Salihiah Kanchut ini tidak langsung membantu PAS dan kerajaan pimpinannya di Kedah, malah tidak keterlaluan kalau penulis katakan, akan hanya memendekkan tempoh pemerintahan PAS di Kedah.- SPR

Aku setuju ngan Ku Li...

Posted: 29 Dec 2011 04:00 PM PST

Anwar Pasti Akan Masuk Penjara...

Oleh: siasahkini

Kuli, Ahli Parlimen Gua Musang sejak 1974 yang juga Ketua UMNO Bahagian itu menjangkakan Anwar Ibrahim akan dipenjarakan, kerana menurutnya jika Anwar tidak dipenjarakan,UMNO akan habis punah ranah@mampos dalam PRU13 yang akan datang."La nih Anwar menjadi ketakutan kepada Najib. Ini mengikut logik yang aku tengok la.Kuli yakin yang anwar nih akan dipenjarakan Kalau anwar tak kena penjara alamat lingkoplah umno dalam PRU nanti...Itu komen Kuli sendiri

Kuli juga berpendapat Umno akan menerima kekalahan lagi dalam PRU13 nanti kerana orang cina dan india bukannya semakin mendekati Bn tetapi semakin jauh lagi adala...Menurut Ku Li, hampir 90% peratus pengundi China bersedia untuk mengundi Pakatan Rakyat. Ada pengundi India yang telah kembali menyokong Barisan Nasional, tetapi majoriti masih bersama Pakatan Rakyat. Pengundi Melayu pula kini terbahagi kepada dua.

Kuli menyifatkan pentadbiran najib ni sangat lemah disamping bini dia Rosmah akan menjadi liabiliti kepada kekalahan besar umno nanti.Mengikut Ku Li pentabiran sekarang nih selalu berdolak-dalik atau flip flop apabila mengemukakan sesuatu dasar. Dasar sorong tarik ini terjadi kerana ianya tidak difikirkan secara masak terlebih dahulu.

Mengenai isu hak royalti minyak, Ku Li dengan tegas menyatakan bahawa perjanjian antara Petronas dengan negeri-negeri jelas disebutkan sebagai hak royalti dan tidak ada fasal yang menyebut wang ehsan.

Malah Ku Li amat berbangga kerana beliau sebagai Pengerusi Petronas 1974 telah bertanggung jawab membuat butiran perjanjian minyak nih atas arahan Tun Abdul Razak.

"Walaupun perjanjian ini dalam bahasa hukum-hakam tetapi amat jelas Petronas wajib memberi 5% kepada negeri dimana minyak ditemui.

Mengulas mengenai Tun Dr. Mahathir beliau berkata bahawa Mahathir nih bukannya cerdik sangat. Dia selalu menjalankan dasar 'ad hoc'. Selalu mencuri@mencedok idea orang lain dan lepastu dia kata ni idea dia..

"Dia curi lah!. Aku selalu melihat dia 'playing to the gallery'," kata Ku Li, menerangkan pandangan dan pengalaman beliau selama 5 tahun bersama Mahathir Mohamad sebagai menteri.

Ku Li berpendapat bahawa pentabiran pimpinan Najib Razak kebelakangan ini bukan sahaja lemah malah dalam keadaan yang huru hara kacau bilau.Contohnya seperti isu Syarizat lebu NFC.Shahrizat sepatutnya dibuang. Termasuk beberapa orang menteri yang nama mereka telah busuk ditelinga orang ramai.

Kalau bab Royalti minyak kelantan, Aku memang sokong hang KULI!!

Betoi ka UMNO jaga Agama... kahkahkah...

Posted: 29 Dec 2011 02:30 PM PST

AdukaTaruna

Posted: 30 Dec 2011 11:25 AM PST

AdukaTaruna


UPSI beri amaran kepada pelajar yang berdemo pro Adam Adli.

Posted: 30 Dec 2011 12:48 AM PST

Oleh : SB UPSI


Panas! Debat Melayu Aneh Penang VS Anak Tantawi malam tahun baru.

Posted: 29 Dec 2011 08:37 PM PST



VS




Anjurkan sahaja debat Adam Adli (Mahasiswa) dengan Melayu Aneh itu.

Posted: 29 Dec 2011 05:09 PM PST

Oleh : AdukaTaruna
Sumber : http://youtu.be/xrheXq3sUo8



1. Kita sedia maklum UMNO berani menggunakan pendekatan fizikal yang di luar undang2 kerana polis berada di pihak mereka. Sejarah membuktikan siri pembunuhan yang membabitkan UMNO.

2. Gua puji langkah mahasiswa yang mengambil pendekatan mengelakkan risiko. Allah meminta kita membuat keputusan melalui zahir. Zahir yang boleh dilihat manusia. Zahir untuk ini adalah sejarah tidak tamadun UMNO.

3. Kenyataan Melayu Aneh itu dibuat selepas mahasiswa dan Adam Adli menarik diri dari acara pada hari tersebut. Itu adalah kenyataan air liur. Peristiwa sebaliknya mungkin berlaku jika Adam Adli dan mahasiswa meneruskan acara.

4. Berdasarkan kenyataan Melayu Aneh tersebut, yang kononnya berani berhujah, gua mencadangkan, ada pihak2 yang menganjurkan debat mahasiswa dengan Melayu Aneh itu. Tajuk yang berkaitan dengan sistem / dasar kerajaan yang zalim (AUKU / ISA / pendekatan double standrad / etc.)

Addin

Posted: 30 Dec 2011 11:10 AM PST

Addin


Shahrizat Makin Panas!! Kini Mau Selak Kain Orang Lain Pulak

Posted: 30 Dec 2011 05:00 PM PST

Keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mengambil sebarang tindakan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil boleh menimbulkan pelbagai persepsi berhubung penyelewengan NFC membabitkan wang rakyat yang diamanahkan kepada kerajaan Pusat.

Adun Taman Medan, Haniza Mohamed Talha berkata tidak ada sebab munasabah untuk Najib melengah-lengahkan tindakan sedangkan pelbagai pihak termasuk pemimpin Umno sendiri menggesa Shahrizat berbuat demikian.

"Apakah Najib takut bertindak disebabkan bimbang Shahrizat mendedahkan pelbagai lagi penyelewengan lain yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno lain termasuk keluarga Najib sendiri sekiranya beliau dipecat?.

"Apakah juga disebabkan ada pemimpin lain yang turut terlibat, Kalau tidak mengapa Najib masih membisu" kata beliau mencabar Najib bertindak menjawab segala persepsi yang ada bagi membersihkan imej kerajaan dimata rakyat. "Sepatutnya sebagai Perdana Menteri, beliau seharusnya mendepani masalah ini kerana beliau adalah ketuanya," tegas Haniza yang juga Timabalan Speaker Dun Selangor.

Melihat kepada kepincangan yang dicetuskan oleh Shahrizat, Haniza menzahirkan rasa kecewa kerana tidakannya itu bukan sahaja mengkhianati wang rakyat, malah turut mengaibkan kaum wanita. "Ia amat memalukan sebagai seorang ketua wanita dari satu organisasi yang besar pada masa yang sama mewakili kaum melayu terbabit dalam salah laku seperti ini," katanya. "Ini adalah pertama kali pemimpin wanita negara melakukan kesalahan secara terang-terangan," jelas Hanzia ketika dihubungi TVSelangor.

Katanya di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat pemimpin yang terlibat dengan skandal akan segera meletak jawatan sebagai tanda bertanggungjawab. Haniza berkata ini tidak mungkin akan berlaku dalam kepimpinan Umno-BN.

Mengulas lanjut, Haniza berkata penyelewengan tersebut adalah dilema hebat dalam kepimpinan Umno kerana apa jua tindakan yang bakal diambil tetap akan menerima hukuman dan kritikan daripada rakyat."'Luah mati emak, telan mati bapak' bagaimana cara sekalipun, Umno tidaka akan terlepas daripada diadili oleh rakyat dan tidakan mereka itu akan dilihat sebagai sebuah janji yang telah mengkhianati rakyat, " kata beliau

PKR sebelum ini mendakwa sejumlah RM250 juta dana awam diberikan kepada syarikat berkenaan yang dikaitkan dengan suami Menteri Pembangunan, Wanita dan Keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Bagaimanapun wang itu didakwa telah disalahguna sehingga projek tersebut dikatakan dalam 'kucar-kacir' seperti dirumuskan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010.

PKR kemudiannya mendedahkan wang tersebut digunakan oleh NFC bagi membeli dua buah unit kondominium mewah di Bangsar bernilai RM13.8 juta. Selain itu, PKR turut mendakwa sejumlah RM5 juta pula dibelanja untuk membeli kereta Mercedes Benz dan tanah di Putrajaya serta RM588,585 disalurkan kepada syarikat-syarikat milik keluarga menteri itu.

Selain PKR, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) juga berpendapat siasatan awal mendapati beberapa kelemahan yang berlaku pada awal perancangan dan juga perlaksanaan.

Panas!! Ahli Politik UMNO Kena Cekup Dengan Isteri Orang

Posted: 29 Dec 2011 06:00 PM PST

Gambar Hiasan
Addin beranggapan  kemungkinan besar ahli politik UMNO, kalau dari Pakatan Rakyat sudah tentu heboh 1Malaysia. Biasalah UMNO kalau ahlinya buat kemungkaran cuba di tutup serapat-rapatnya.. tetapi sampai bila? Lambat laun pecah jugak tembelangnya. Tunggulah sehari dua lagi pasti tembelang ni akan pecah.. pada masa tu baru tau UMNO langit tinggi  ataupun rendah. Kepada bloggers dan facebookers pro Pakatan Rakyat, tunggu masa yang sesuai untuk kita serang habis-habisan UMNO BN..

Ahli Politik Ditangkap Khalwat


KANGAR - Tindakan seorang ahli politik duduk bergelap dalam kereta bersama isteri orang, mengundang padah, apabila gelagat mereka disedari sekumpulan ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang kemudian memanggil imam kampung, sebelum pasangan itu ditahan kerana disyaki berkhalwat.

Kejadian berlaku pada jam 1.26 pagi berdekatan resort di Sungai Batu Pahat, di sini, 24 Disember lalu.

Menurut sumber daripada Jabatan Agama Islam Negeri Perlis (Jaips), ahli politik berusia 35 tahun dan sudah berkeluarga, ditahan bersama pasangannya berusia 30 tahun dalam kereta Proton Wira, berhampiran semak-samun.

Menurutnya, kelibat pasangan itu pada awalnya disedari sekumpulan ahli SRS Kampung Sungai Baru, Sungai Batu Pahat sebelum imam kampung dipanggil untuk menyoal siasat pasangan berkenaan.

"Mereka kemudian ditahan selepas gagal menunjuk-kan dokumen sebagai bukti hubungan mahram atau suami isteri sebelum diserahkan kepada Jaips untuk tindakan selanjutnya.

"Laporan ke atas kedua-dua pasangan itu turut dibuat di Balai Polis Kangar sebelum dijamin oleh keluarga masing-masing," katanya di pejabat Jaips di sini, semalam.

Menurut sumber itu lagi, ahli politik berkenaan dan pasangannya hadir ke pejabat Jaips semalam, untuk memberikan keterangan selama sejam.

"Keterangan tertuduh mula diambil oleh pegawai Jaips pada 9.45 pagi dan berakhir 10.45 pagi, dimulakan dengan tertuduh lelaki diikuti dengan pasangannya.

"Buat masa ini, Jaips memutuskan 18 Januari 2012 sebagai tarikh permohonan agar kes ini dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah Kangar, memandangkan kami masih menunggu keterangan saksi yang menahan pasangan itu termasuk imam masjid," katanya.

Jurucakap itu berkata, pasangan berkenaan ditahan dan didakwa bawah Seksyen 9(1)(2), Enakmen Jenayah Dalam Syarak Perlis, 1991 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. ~sinarharian


BRIGED MP SEGAMBUT

Posted: 30 Dec 2011 09:51 AM PST

BRIGED MP SEGAMBUT


Karpal nafi buat aduan kepada CJ

Posted: 30 Dec 2011 04:55 AM PST

Peguam Karpal Singh menafikan telah membuat sebarang aduan kepada Pejabat Ketua Hakim Negara supaya menyiasat isu plagiarisme terhadap seorang hakim, serta menyatakan rasa terkejutnya dengan keputusan siasatan bahawa aduan tersebut tidak mempunyai merit.

"Adalah jelas daripada surat-menyurat bahawa saya tidak membuat aduan kepada Ketua Hakim Negara (CJ) supaya dijalankan siasatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Karpal berkata, beliau terkejut bahawa Ketua Hakim Negara menyatakan berdasarkan siasatan yang dijalankan menurut Seksyen 13 (1) Kod Etika Hakim 2009, dakwaan plagiarisme seperti yang dibangkitkan oleh peguam itu tidak mempunyai merit dan aduan tersebut ditolak.

Dalam satu kenyataan petang ini, Karpal juga mempersoalkan Ketua Hakim Negara merujuk kepada Kod Etika Hakim 2009 kerana perbuatan plagiarisme itu berlaku pada tahun 2000, sebelum kod itu diwujudkan, sambil berkata "kod itu tidak retrospektif".
NONEKarpal yang juga pengerusi kebangsaan DAP dan ahli parlimen Bukit Gelugor menjelaskan bahawa komunikasi dengan Pejabat CJ hanyalah semata-mata respon kepada pertanyaan pejabat berkenaan berhubung suratnya kepada hakim berkenaan, berhubung isu tersebut.

Sebelum itu, pegawai khas 1 kepada Ketua Hakim Negara, Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim, dalam satu kenyataaan hari ini, berkata siasatan yang dijalankan oleh Ketua Hakim Negara mendapati dakwaan Karpal itu tidak mempunyai merit dan aduan tersebut ditolak.

Sebelum ini, Karpal menggesa Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Hakim Abdul Malik Ishak supaya meletakkan jawatannya berikutan dakwaan plagiarisme.

Pada 4 Oktober lalu, Karpal mengemukakan usul mengikut Perintah-Perintah Tetap 27 yang dibaca bersama dengan 36 (8) dan Perkara 127 perlembagaan persekutuan, yang mahu dibentangkannya di Dewan Rakyat.

Menurut Karpal beliau sendiri telah menulis kepada hakim kanan itu pada 22 Ogos lalu dan memberi beliau masa selama tujuh hari untuk menjawab dakwaan berkenaan.

Karpal kemudiannya menulis sepucuk lagi surat pada 29 September lalu dan memberitahu hakim itu bahawa sekiranya tiada jawapan diberikan beliau akan mengandaikan ia sebagai pengakuan salah laku

DEMO SOKONG ANWAR?

Posted: 30 Dec 2011 12:59 AM PST

Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (ASPIRASI) hari ini menggesa para pelajar supaya menumpukan perhatian kepada peperiksaan dan tidak menyertai satu perhimpunan untuk menyokong ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Januari.

Presiden persatuan pro-BN itu, Mohd Shahar Abdullah berkata pihaknya turut mengecam satu lagi perhimpunan akan akan diadakan esok untuk menyokong seorang pelajar pro-Mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim.

Adam Adli, seorang mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris, berdepan tindakan tatatertib ekoran tindakannya menurunkan satu kain bercetak wajah perdana menteri dalam satu perhimpunan pelajar pro-Mahasiswa sebelum ini.
Mengulas rancangan perhimpunan tersebut, Mohd Shahar berkata tindakan berkenaan merupakan satu "petanda amat teruk kepada demokrasi negara."
"Kita mahu kampus kita menjadi aman, menjadikan mahasiswa berfikiran rasional," katanya yang bimbang jika terdapat pelajar ditahan polis memandangkan peperiksaan di universiti semakin hampir.

Kataya, para pelajar yang kini sedang menjalani peperiksaan, juga tidak perlu menyertai perhimpunan 9 Januari – tarikh keputusan perbicaraan kes Liwat II yang dihadapi Anwar.

"Bukan isu Anwar menjadi topik dalam peperiksaan. Sekiranya (mereka) terlibat, kita rasa ia tidak perlu berlaku, dan kita mengecamnya," katanya.

Mohd Shahar yang turut mengetuai satu demonstrasi pelajar pro-Aspirasi pada 21 Disember lalu juga berkata, persatuan itu tidak menyalahkan mahasiswa tetapi pihak tertentu yang menggunakan pelajar universiti untuk berdemonstrasi.

Katanya lagi, persatuan itu juga akan menganjurkan siri 'Jelajah Aman Kampus' di 20 buah institusi pengajian tinggi awam dan lima universiti swasta apabila semester baru dibuka pada pertengahan Februari depan.

Jelajah tersebut akan disertai 15 NGO antaranya Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (GPMM), Gagasan Pelajar India 1Malaysia dan kumpulan Penggerak Mahasiswa Univerisiti Malaya (UM). 

Jelajah tersebut antara lain bertujuan untuk mempromosi keharmonian dan kedamaian bagi memastikan keamanan setiap kampus dipelihara, katanya.

Selain itu, mereka mahu memastikan pembangunan sahsiah dan akademik dititikberatkan oleh pelajar serta meningkatkan semangat patriotisme dan intelektual di kalangan mahasiswa, katanya lagi.

Mohd Shahar berkata, persatuan itu juga tidak mahu demokrasi kampus disalahertikan dan dipesongkan untuk kepentingan pihak tertentu dan tidak mahu mahasiswa terlibat dengan demonstrasi jalananan sehingga menjejaskan pencapaian akademik.

Selain itu, jelajah ini juga akan mengelakkan mahasiswa dari terlibat dengan masalah soasial dan jenayah seperti menjadi keldai dadah, isu seks seperti lesbian, gay dan perkahwinan sejenis.

Acara kemuncak jelajah tersebut merupakan perhimpunan raksasa yang dijangka akan dihadiri perdana menteri bersama kira-kira 5 ribu anak muda, bekas mahasiswa dan NGO.

PDRM sudah bersedia hadap PRU13

Posted: 30 Dec 2011 12:57 AM PST

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah bersedia daripada semua aspek bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13, kata Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Salleh Mat Rasid.

Beliau berkata pasukan itu akan digerakkan sebaik sahaja menerima maklumat daripada Suruhanjaya Pilihan Raya.
  
"Persiapan ini termasuk dari segi pegawai dan keanggotaan serta pengetahuan," katanya kepada pemberita selepas melawat Markas Pasukan Gerakan Am (PGA), di Tawau hari ini.
  
Mengenai penstrukturan semula fungsi Pasukan Gerakan Marin (PGM), Salleh berkata proses dijangka siap Januari ini.
  
Beliau bagaimanapun menegaskan PGM tidak akan berkubur, tetapi diberi tugas tambahan yang sebelum ini dilaksana pasukan lain dalam PDRM.

Pihak kami kini sedang menjelajah ke seluruh negara bagi menjelaskan fungsi PGM kepada anggota yang masih kekal dengan agensi ini selepas beberapa peranannya diambil alih Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), katanya.

Salleh berkata di bawah penstrukturan terbabit, PGM Sabah dan Sarawak akan diletakkan di bawah pesuruhjaya polis kedua-dua negeri tersebut, manakala di Semenanjung pasukan itu diletak di bawah ketua polis negeri.

"Marin tetap ada. Saya nafikan dakwaan kononnya Marin sudah terkubur. Kita hanya serah perjawatan Marin kepada APMM sebanyak 570 keanggotaan, 60 buah bot dan kapal dan tujuh pangkalan. Sedikit sahaja.              

"Saya amat berbangga dengan pegawai Marin yang masih setia dan berada dengan PDRM. Bukan senang kita cari orang-orang yang mempunyai kesetiaan (kepada pasukan mereka) walaupun menerima tawaran menyertai agensi lain,"  katanya.

- Bernama

pemuda cheh

Posted: 30 Dec 2011 09:49 AM PST

pemuda cheh


Yahudi di Asia Timur

Posted: 29 Dec 2011 09:51 PM PST


Kaifeng Jews sedang membaca Torah melalui 'Chair Of Moses'

Barangkali tidak ramai yang tahu mengenai kisah ini meskipun terdapat banyak rekod sejarah yang menunjukkan kemasukan bangsa Yahudi ke dalam kelompok masyarakat Asia melalui proses asimilasi. Tetapi ada juga yang sudah lama tahu mengenai perkara ini.

Asimilasi merujuk kepada proses perkembangan sesebuah bangsa yang berkembang melalui perkahwinan (hubungan seksual) sesuatu bangsa itu dengan bangsa asal di sesebuah wilayah yang mereka duduki atau menumpang. Hasil daripada asimilasi, budaya dan sikap bangsa yang berasimilasi dengan bangsa asal di sesebuah wilayah itu akan diwariskan kepada anak-anak mereka yang lahir daripada perkahwinan campur itu. Contohnya ialah bangsa Eropah (Portugis) yang berasimilasi dengan bangsa Melayu yang seterusnya melahirkan bangsa Serani (Eurasia) seperti yang terdapat di Melaka hari ini.

Bangsa Serani hasil dari asimilasi

Sejarah perjalanan bangsa Yahudi telah direkodkan dalam banyak jenis rekod termasuk teks. Ia termasuk rekod dalam kitab-kitab suci mereka sendiri dan juga rekod-rekod sejarah moden yang ada pada hari ini. Perjalanan bangsa Yahudi adalah satu catatan sejarah yang panjang dan kompleks, sebahagiannya pula adalah sejarah yang terahsia.

Di Ethopia sebagai contoh (sekitar sebelum tahun 500 Masihi), bangsa Yahudi telah berasimilasi dengan bangsa Ethopia dan melahirkan anak-anak kacukan yang menjadi bangsa Yahudi berkulit hitam (Black Jews). Kemudian selepas era moden, bangsa Black Jews itu pula berhijrah ke Eropah serta Amerika dan berasimilasi pula dengan orang kulit putih di sana dan melahirkan Mulatto Jewish. Malah di Jamaica, bilangan Black Jewish di sana sangat ramai dan mereka mula menyesatkan orang kulit hitamJ amaica dengan munculnya agama Rastafarian yang berkiblatkan Bukit Zion.

Marcus Garvey, pengasas Rastafarian

Bukit Zion yang menjadi kiblat kepada penganut Rastafarian

Cukup dengan memandang asimilasi Yahudi dengan bangsa-bangsa lain di dunia bahagian sebelah sana. Ia hanya sekadar untuk memperlihatkan kepada anda mengenai kewujudan bangsa-bangsa yang terlahir daripada darah Yahudi yang dikesankan daripada perkahwinan antara bangsa Yahudi dengan bangsa lain.

Orang Yahudi memberi banyak gelaran kepada 'bangsa-bangsa baru' yang lahir daripada darah mereka. Mereka juga telah lama hadir ke daerah Asia untuk melahirkan bangsa-bangsa baru ini. Bangsa-bangsa baru berdarah Yahudi itu pula mewarisi sikap mereka yang mengejar keuntungan dunia dan sebagai musuh kepada Islam. Antara bangsa baru berdarah Yahudi di Asia yang mereka beri nama ialah bangsa Yahadut Mizrah (atau dikenali sebagai Kaifang Jews). Mereka menamakan keturunan campuran mereka di salah sebuah wilayah di Asia sebagai Yahadut Mizrah.

Kaifang Jews (gambar diambil lewat abad ke-19 atau mungkin awal abad ke-20)

Malah, bangsa Yahadut Mizrah ini menggelar diri mereka sebagai Youtai yang bermaksud 'dari Judah' iaitu dari sebuah nama wilayah bersejarah bagi bangsa Yahudi di Asia Barat. Resam dan sikap Yahudi sangat menebal dalam diri bangsa Yahadut Mizrah, seluruh jiwa dan raga mereka seluruhnya tertumpu kepada bangsa teras mereka iaitu Yahudi.

Peta bandar Kaifeng pada tahun 1910 yang menunjukkan lokasi Kaifeng Synagogue (tempat beribadah orang Yahudi)

Kaifeng Synagogue terletak di hujung bangunan sebelah kanan

Model Kaifeng Synagogue yang terletak di Muzium Diaspora, Tel-Aviv, Israel

Dalam meniti pengertian Yahudi, kita harus merujuk kepada faktor. Bukan semua Yahudi itu Zionis. Wujud dua golongan Yahudi iaitu Yahudi Lama dan Yahudi Baru. Walaupun diberi nama Yahudi Baru, mereka sebenarnya adalah Yahudi yang tidak bercampur darah dengan bangsa-bangsa lain. Mereka masih berdarah teras yang tidak bercampur genetik dengan bangsa-bangsa lain.

Yahudi Lama merujuk kepada Yahudi yang berpegang kepada ajaran agama asal mereka dan menolak Zionisme, manakala Yahudi Baru pula merujuk kepada Yahudi yang sekular di bawah idea Zionis.

Meskipun berpegang kepada ajaran asal agama mereka, golongan Yahudi Lama bagaimanapun masih tebal terhadap sikap 'ethnocentrism' yang mahu bangsa mereka terpusat sekitar sesama mereka sahaja. Ia juga bermaksud mereka masih setia dalam menjunjung ketinggian bangsa mereka melebihi bangsa-bangsa lain meskipun mereka berpegang kepada ajaran lama.

Golongan Yahudi Baru yang menganut fahaman Zionism bagaimanapun menjunjung cita-cita untuk memperluaskan fahaman mereka ke serata dunia dengan apa cara sekalipun walaupun terpaksa bertegang urat dengan golongan Yahudi Lama dalam soal prinsip kebangsaan mereka.

Ia termasuk dengan berasimilasi bersama bangsa-bangsa lain di seluruh dunia supaya dapat membantu mereka menjayakan cita-cita besar gagasan Zionis di Asia Barat dan seluruh dunia. Golongan ini adalah golongan Yahudi yang sekular dan amat serius dalam memastikan cita-cita besar mereka itu tercapai.

Dalam lipatan sejarah di Asia, golongan Yahudi dikesan masuk secara besar-besaran ke wilayah timur Asia bermula pada sekitar tahun 960 Masihi iaitu beberapa ratus tahun selepas sejarah perselerakan bangsa Yahudi akibat berperang dengan Rom. Mereka kemudian hidup di wilayah-wilayah asing dan berasimilasi dengan bangsa-bangsa lain.

Bangsa baru hasil asimilasi (Yahadut Mizrahi) itu kemudian berterusan berkembang di seluruh pelosok Asia dan menyusup masuk ke dalam bangsa-bangsa Asia sehingga ke zaman gemilang mereka menguasai dunia pada sekitar tahun 1100 Masihi dan permulaan tahun 1162 hingga 1127 Masihi pula menyaksikan bangsa campuran Yahudi itu menguasai sebahagian besar dunia. Ia ada tercatat dalam sejarah.

Wisnu Sasongko atau nama penanya Muhammad Alexandar

Melalui kajian sejarah yang dilakukan secara kritikal oleh Wisnu Sasongko (pengkaji dari Indonesia), bangsa Scythia dikenalpasti sebagai bangsa Yakjuj dan Makjuj (Gog Magog) yang disebut dalam al-Quran. Bangsa Scythia yang dikenalpasti sebagai Yakjuj dan Makjuj itu juga dibuktikan oleh Wisnu melalui banyak keterangan teks sejarah serta keterangan-keterangan yang membawa bukti itu kepada jawapan bahawa Scythia itu adalah bangsa Yakjuj dan Makjuj. Malah, Wisnu juga berjaya mengaitkan perkaitan perjalanan bangsa Yahudi yang mempunyai pertalian dengan bangsa Scythia serta Yakjuj Makjuj Asiatic.

Lokasi bangsa Scythia

Keterangan-keterangan itu membawa kita kepada jawapan bahawa bangsa Scythia adalah bangsa pecahan daripada Yahudi. Ketika keterangan sejarah merekodkan kekalahan Scythia dalam satu episod serang balas, keterangan itu juga membawa kita kepada keterangan lain bahawa bangsa Scythia yang merupakan bangsa pecahan daripada Yahudi itu telah berhijrah ke Eropah dan sebahagian Asia. Ia juga ada direkodkan dalam sejarah.

Maka dengan itu, bangsa terbitan Yahudi yang disebut oleh orang Yahudi sendiri sebagai Yahadut Mizrah memang wujud di Asia sejak bangsa Yakjuj dan Makjuj melarikan diri ke Asia. Teras genetik Yahudi dari kalangan Scythia berasimilasi dengan bangsa Asia, lalu menghasilkan anak-anak bangsa baru yang disebut Yahadut Mizrah sehingga mencipta gelombang kedua keganasan Yakjuj dan Makjuj di muka bumi.

Persamaan yang terdapat di kalangan sikap Yahudi (golongan Yahudi Baru) sehingga hari ini ialah suka bergerak ke seluruh dunia, ada yang memanggil gelagat itu sebagai nomad yang merujuk kepada cara hidup berpindah-randah mengikut resam kuno.

Sama juga seperti bangsa Scythia yang hidup secara nomad, sama juga seperti Yahadut Mizrah yang suka bergerak ke serata dunia untuk mencari peluang mencipta kekayaan bagi keuntungan teras bangsa mereka. Gelagat hidup berpindah randah adalah salah satu daripada sikap bangsa Yahudi yang sentiasa wujud di setiap pelosok dunia.

Warisan bangsa teras itu bukan hanya dari segi ideologi 'ethnocentrism' yang berkiblatkan sanjungan tinggi kepada bangsa mereka, malah meliputi cara hidup berpindah-randah untuk membina komuniti mereka di serata dunia demi menjunjung cita-cita dan ideologi bahawa bangsa mereka akan menguasai dunia apabila masa sudah tiba.

Komuniti-komuniti mereka wujud di serata dunia, menjadi satu kelompok masyarakat yang mempunyai kuasa ekonomi. Apabila komuniti-komuniti itu dihitung dari seluruh pelosok dunia, maka akan terbentuk satu gambaran jelas bahawa golongan mereka sebenarnya sudah besar di dunia ini. Mereka adalah golongan bangsa yang kelihatan seperti bangsa yang tidak mempunyai rupa seorang Yahudi, tetapi sebenarnya mereka mempunyai darah Yahudi serta menjunjung tinggi cita-cita Yahudi secara bersungguh-sungguh dan mereka wujud di setiap pelosok dunia.

Ketahuilah bahawa ada usaha untuk memadam sejarah perjalanan bangsa Yahudi sehingga lahirnya Yahadut Mizrah di Timur ini. Namun, sejarah itu tetap sejarah dan jangan lagi buta terhadap sejarah. Kenali sejarah dan kajilah sejarah, kenalilah musuh kamu dan kajilah musuh kamu. Ia kerana musuh kamu sedang berselindung di sebalik tirai sejarah.

Senyum Tangis Sendu

Posted: 30 Dec 2011 09:25 AM PST

Senyum Tangis Sendu


Siri 5: Melaka Panas!! Jumlah Terkini Sudah Ditukar Alamat ke Bukit Katil

Posted: 30 Dec 2011 08:00 AM PST


Info terbaru yang pihak admin perolehi setakat semalam mendapati mahasiswa yang telah didaftarkan telah mencecah angka 746 orang mahasiswa yang mana 232 dari UTEM dan 514 orang daripada UiTM Kampus Bandaraya Melaka. untuk dijadikan pengundi di Parlimen Bukit Katil.

Selain itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berkemungkinan pendaftaran pemilih untuk pertukaran alamat akan dilanjutkan ke satu tarikh yang baru memandangkan tarikh sepatutnya berakhir adalah pada 31 Disember 2011.

Sumber ini diperolehi dari pihak dalaman UTEM. Manakala bagi Multi Media Universiti (MMU) Bukit Beruang, pihak admin cuba mendapatkan dokumen. Pihak kami sudah pun mendapatkan video rakaman selama 9 minit dan akan ditayangkan selepas 1 Januari 2012.

Pihak kami telah mendapatkan video tersebut pada Selasa 27 Disember 2011 namun pihak kami masih mengumpul bukti-bukti yang akan mengaitkan agensi-agensi kerajaan yang terlibat. Pihak kami juga telah didesak oleh blogger pencacai UMNO untuk mendedahkan maklumat ini.

Insyaallah kami akan dedahkan dan telanjangkan apa yang dikehendaki oleh blogger tersebut. Semoga video dan dokumen ini menjadi saksi kepada kita siapa sebenarnya pengkhianat negara dan merogol maruah negara dengan kerja-kerja yang tidak bertanggungjawab ini. Teruskan menjejaki siri-siri yang akan menyusul dari semasa ke semasa

Anak Sungai Derhaka

Posted: 30 Dec 2011 09:21 AM PST

Anak Sungai Derhaka


PANAS!! Reezal Merican ugut Adam Adli dan keluarganya?

Posted: 30 Dec 2011 07:43 AM PST


Anak kelahiran Pulau Pinang bernama Adam Adli Abdul Halim mengecam tindakan Ketua Penerangan Umno Malaysia Datuk Reezal Merican Naina Merican kerana mengugut ibu bapanya demi memperbaiki imej Umno BN yang kian dipersoal oleh rakyat belakangan ini.


Ugutan itu, menurut mahasiswa tahun akhir Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkenaan gara-gara beliau menurunkan bendera muka Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di perkarangan PWTC pada 17 Disember lepas.

Beliau berkata Reezal bertindak demikian selepas gagal memujuk keluarganya untuk memberi tekanan psikologi kepadanya.

"Selepas saya menerima banyak ugutan daripada samseng-samseng Umno, tidak mungkin ibu bapa saya menerima ugutan Reezal Merican (supaya) saya minta maaf secara terbuka kepada Umno.

"Saya tak buat salah, buat apa saya minta maaf. Saya bukannya buat salah. Kalau nak anggap ini (turun bendera) biadap, mereka lebih biadap (kerana) fitnah saya guna (akhbar) Utusan (kononnya) saya koyak bendera (muka Najib) dan dedah (gambar) gay mirip muka saya di internet lebih biadap," ujarnya semalam di Komtar, George Town.


Beliau berkata, polis sendiri menyaksikan aksi beliau menurunkan bendera muka Najib tetapi tidak menangkapnya kerana perbuatannya itu bukanlah suatu jenayah.

"Tanya pada polis kerana saya tidak dihalang sebab saya tidak melakukan jenayah ketika itu," tegasnya,

Beliau yang juga anak kelahiran Parlimen Kepala Batas yang kini disandang oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi kecewa kerana Reezal yang juga pemimpin Umno tempatan, di sini, sanggup mengugut beliau sekeluarga.

Pendedahan terbaru itu disuarakan selepas Solidariti Mahasiswa Untuk Kebebasan Akademik (Bebas) menyerahkan Memorandum 6 Tuntutan Mahasiswa kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.


Dalam perkembangan yang sama, beliau mengecam tindakan gerombolan samseng yang dikaitkan dengan Umno, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida Malaysia) dan Pertubuhan Islam Gabungan Amal (Pertiga) menyerbu van yang dinaiki mereka sehingga menggagalkan rapat umum mahasiswa di 'Sudut Pidato' dekat Padang Kota Lama, George Town tengah hari semalam.

"Ini (Umno) bukan parti politik, ini parti samseng. Kami mahasiswa, kami bukan samseng. Mahasiswa dan rakyat elok tolak budaya samseng parti ini," tegas beliau.

Tuntas dari itu, Adam Adli menyeru seluruh rakyat khususnya mahasiswa yang benci dengan politik samseng supaya menolak Umno BN di pilihan raya umum ke-13 yang diramalkan paling awal pada awal tahun depan.


Laporan oleh : Nota Merah

Kepala Babi dipintu Masjid.. Taktik penjajah British tu..

Posted: 30 Dec 2011 06:30 AM PST



Kepala Babi dilontarkan kedalam Masjid lagi.. Ini adalah satu taktik yang pernah digunakan oleh penjajah Tanah Melayu iaitu British untuk mencetuskan pergaduhan kaum di Batu Kikir, Negeri Sembilan sebelum negara Merdeka.


Sebenarnya pada sekitar tahun 1945 pihak British pernah melakukannya bagi mencetuskan pergaduhan antara kaum di Tanah Melayu dan hasilnya rusuhan kaum telah tercetus di Batu Kikir, Negeri Sembilan.

Pihak British secara sembunyi telah mengarahkan seorang agennya, orang Tionghua, menyembelih seekor babi dan mencampakkannya ke dalam sebuah masjid di kampung dekat Batu Kikir. Sebaik sahaja hari cerah, berita itu pun segera tersebar.

Orang Melayu merasa amat marah di atas perbuatan yang merupakan satu pencemaran ke atas agama Islam dan penghinaan kepada orang Melayu. Maka sekumpulan anggota parang panjang dari Juasih menyerbu ke sebuah kampung Tionghua di Batu Kikir.

Kerana menyangkakan orang Tionghua menghina agama Islam dan bangsa Melayu, mereka memarang semua orang yang mereka jumpai, tidak kira tua, muda, lelaki, wanita dan kanak-kanak.

Perkara ini telah diceritakan oleh Abdullah CD (Pengerusi PKM) melalui tulisannya didalam Memoir Abdullah C.D. Bahagian Pertama: Zaman Pergerakan Sehingga 1948, diterbitkan SIRD, 2005 - sepenuhnya korang bacalah di SINI

Hmmm.. Parti mana agaknya di Malaysia ini yang mewarisi taktik lapok penjajah itu?

***********************************************

Kepala babi ditemui di pintu masuk masjid di Johor

Lima kepala babi ditemui di luar pintu pagar masuk utama Masjid Al-Falahiah, Taman Desa Jaya, Johor Bahru, pagi ini.

Kepala babi itu, dalam satu bungkusan, disedari seorang penjaga masjid itu pada kira-kira jam 6.30 pagi tadi.

Tiga lagi bungkusan yang dipercayai mengandungi tulang, juga ditemui dekat situ, tetapi polis kemudiannya mengesahkan ia mengandungi batu.

Ketua Polis Johor Datuk Mokhtar Mohd Shariff berkata polis menubuhkan sebuah pasukan siasatan yang diketuai timbalannya, Datuk Ismail Yatim untuk menyiasat kejadian tersebut.

Ketua Polis Johor , Datuk Mokhtar Mohd Shariff berkata, satu pasukan khas yang diketuai timbalannya, Ismail Yatim, ditubuhkan untuk menyiasat perkara itu.

Mokhtar juga mengingatkan semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menyerahkannya kepada polis untuk siasatan lanjut.

Ini ekoran satu lagi kejadian di mana dua bungkusan yang disyaki mengandungi tulang, ditemui pada jam 5.30 petang semalam di masjid yang sama.

Sementara itu, Bernama melaporkan, pengerusi masjid berkenaan Kassim Darim, 62, berkata dalam kejadian pertama pada jam 5 petang semalam, penduduk menemui bungkusan plastik dipercayai mengandungi anggota babi berhampiran pagar belakang masjid.

Beliau berkata kejadian seumpama itu pertama kali berlaku di kawasan masjid berkenaan.

Kassim berkata satu laporan telah dibuat di Balai Polis Desa Cemerlang.

Sementara itu, kira-kira 100 orang, termasuk daripada badan bukan kerajaan, mengadakan perhimpunan aman di depan masjid berkenaan bagi membantah perbuatan tersebut.

Malaysiakini

MAIWP tidak berniat seleweng wang zakat...

Posted: 30 Dec 2011 02:30 AM PST



Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persejutuan (Maiwp) Datuk Che Mat Che Ali berkata, Maiwp tidak pernah berniat menyeleweng wang zakat kerana ia bukan hala tuju dan dasar majlis dan dakwaan penyalahgunaan wang zakat oleh majlis adalah berbaur politik.


Tambahnya lagi.. "Kita sebagai satu masyarakat akan dipandang mulia oleh orang lain kerana mengamalkan perkara berlandaskan Islam yang sebenar,"

Bukan berniat.. tapi dah buat.. dalam Islam boleh ke duit zakat disalahguna?

Perkara ini sebenarnya bermula apabila, surat yang mendedahkan penyalahgunaan wang Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan didedahkan dalam beberapa blog.

Surat telah ditulis oleh Dato Seri Azmi Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara merangkap Ahli Parlimen Kawasan Padang Besar kepada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mengesahkan berlakunya penyalahgunaan wang zakat oleh Majilis Agama Islam Wilayah Persekutuan.



Bersamanya disertakan dokumen atau surat dari Ketua Audit Negara yang secara jelas menyatakan dalam satu pemeriksaan audit yang dijalankan di MAIWP terhadap perbelanjaan bagi kos guaman RM63,500.00 ianya melibatkan Jamil Khir Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Lihat dokumen tersebut di SINI

Bagaimana Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persejutuan boleh berkata mereka menggunakan peruntukan khas geran kerajaan bagi menjelaskan kos guaman sedangkan Ketua Audit Negara mengesahkan berlakunya penyalahgunaan wang zakat oleh Majilis Agama Islam Wilayah Persekutuan?

***********************************************

MAIWP dakwa tidak niat seleweng wang zakat

PETALING JAYA: Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persejutuan (Maiwp) Datuk Che Mat Che Ali berkata, dakwaan penyalahgunaan wang zakat oleh majlis sebagai berbaur politik.

Katanya, Maiwp tidak pernah berniat menyeleweng wang zakat kerana ia bukan hala tuju dan dasar majlis.

"Sepatutnya perkara ini tidak boleh berlaku dan tidak patut berlaku kerana umat Islam di Malaysia khususnya di Wilayah Persekutuan seharusnya menumpukan kepada tugas asasi iaitu menyatu padu dan memperkasa umat Islam.

"Kita sebagai satu masyarakat akan dipandang mulia oleh orang lain kerana mengamalkan perkara berlandaskan Islam yang sebenar," katanya ketika dihubungi hari ini.

Pagi tadi, NGO Jingga 13 membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menjalankan siasatan terhadap ketiga-tiga indivu berkenaan.

Che Mat yang juga pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berkata demikian sebagai menjawab dakwaan pemimpin pembangkang bahawa Maiwp menyalahguna wang zakat sebanyak RM63,650 bagi membiayai kos guaman dalam menghadapi kes permohonan qazaf ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Laporan SPRM

Selain Che Mat, dua lagi ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain.

Che Mat menjelaskan bahawa mereka menggunakan peruntukan khas geran kerajaan bagi menjelaskan kos guaman tersebut.

Sehubungan itu, beliau meminta umat Islam agar tidak terpengaruh dengan dakwaan tersebut.

Free Malaysia Today

'Datuk' didakwa menipu pengerusi NFC?

Posted: 30 Dec 2011 12:32 AM PST



Pada 26 Disember lalu, The Malaysian Insider melaporkan menurut pihak polis, seorang 'Datuk' dipercayai mempunyai hubungan dengan skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC)ditahan atas dakwaan cubaan merasuah (baca di SINI) tiga hingga empat orang pegawai atasan polis berkaitan kes jenayah komersial sejumlah RM1.7 juta.


Tetapi hari ini lelaki tersebut yang telah didakwa dimahkamah hari ini dituduh menipu pengerusi National Feedlot Corporation..

Apakejadahnya ni??

Apa yang kelihatan disini ialah ada pihak yang cuba menunjukkan kepada masyarakat bahawa Pengerusi NFC itu seorang yang lurus.. oleh itu beliau telah menjadi mangsa penipuan.. ditipu untuk membeli Kondo di One Menerong, ditipu untuk pergi Umrah, ditipu untuk makan angin, membeli Merc dan membeli kondo di Singapura..

'Datuk' didakwa menipu pengerusi NFC

Seorang ahli peniagaan Datuk Shamsulbahrin Ismail, 45, hari ini mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan menipu pengerusi National Feedlot Corporation, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail.

Shamsulbahrin merekodkan pengakuan itu selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Beliau didakwa menipu Mohamad Salleh supaya menyerahkan cek bernilai RM1.755 juta di Solaris Mont Kiara pada 25 November hingga 6 Disember 2011.

Beliau juga didakwa atas tuduhan menjanjikan Mohamad Salleh untuk memberikan "khidmat perundingan" yang diketahuinya tidak boleh ditunaikan, untuk satu jumlah bayaran.

Beliau didakwa melakukan perbuatan di satu restoran di Bukit Tunku, Kuala Lumpur.

Lelaki yang memiliki beberapa syarikat termasuk perkhidmatan limosin itu direman polis dan diserahkan kepada SPRM pada 22 Disember.

Mohamad Salleh telah menafikan kaitan keluarga antara "Datuk" berkenaan dengan dirinya dan juga isterinya, menteri pembangunan wanita dan keluarda Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.


Malaysiakini

Jingga 13 mahu Agong pecat Jamil Khir jika tidak minta maaf

Posted: 29 Dec 2011 11:50 PM PST



SHAH ALAM, 30 Dis — Gerakan anti-rasuah Parti Keadilan Rakyat (PKR), Jingga 13 hari ini akan meminta Yang di-Pertuan Agong memecat Datuk Seri Jamil Khir Baharom dari pentadbiran negara sekiranya menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam itu tidak meminta maaf berhubung dakwaan penyalahgunaan wang zakat.


Setiausaha Jingga 13 Saifuddin Shafi Muhammad memberitahu wartawan bahawa selaku ketua agama negara, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk memecat menteri di Jabatan Perdana Menteri itu yang menggunakan RM63,650 untuk membiayai kos guaman.

"Jika beliau (Jamil Khir, gambar) tidak meminta maaf dalam 48 jam, kami akan menghantar memo kepada Agong selaku ketua agama untuk mempertahankan Islam," katanya sebelum memfailkan satu laporan terhadap Jamil Khir di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Selangor di sini.

Dakwaan penyalahgunaan wang zakat didedahkan bekas pegawai kanan polis Datuk Mat Zain Ibrahim awal minggu ini.

Bekas pegawai siasatan jenayah Kuala Lumour mendakwa Jamil Khir dan dua pegawai Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menggunakan wang zakat untuk membiayai kos guaman tahun lalu seperti yang disahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Menurut laporan itu, Jamil Khir, Setiausaha MAIWP Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwa MAIWP Shamsudin Hussain telah menggunakan RM63,650 dari wang zakat untuk membiayai kos guaman dalam menghadapi kes permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Laporan itu juga mengesahkan wang itu telah dibayar balik selepas agensi itu memperoleh RM70,000 pada Jun tahun lalu.

PKR memberikan tekanan ke atas Jamil Khir, berulang kali meminta perkara itu diperjelaskan.

Semalam MAIWP berkata peruntukan khas telah disediakan untuk membiayai kos guaman.


The Malaysian Insider

Video : Tinjauan ke Kondo dan Restoran MeatWorks milik Keluarga Shahrizat.

Posted: 29 Dec 2011 07:13 PM PST



Terbukti sudah pemilik restoran MeatWorks adalah anak perempuan Ketua Wanita Umno yang juga seorang menteri Kabinet Kerajaan Barisan Nasional iaitu Datuk Seri Sharizat Abd. Jalil,




Apa yang menghairankan adalah apabila Datuk Seri Sharizat Abd. Jalil telah menafikan dakwaan bahawa beliau terlibat dalam skandal NFC tersebut sedangkan beliau adalah isteri kepada Pengerusi NFC dan ibu kepada pemilik restoran MeatWorks di Singapura.



Menurut Ketua Jingga13, En. Fariz Musa dan Setiausahanya En. Saifuddin Shafi Muhammad, dalam bulan Oktober hingga November 2010, NFC telah memindahkan sejumlah S530,000(RM 1.3 Juta) dan sehingga tahun 2011 dianggarkan RM10 Juta ke akaun milik Meatworks (Singapore) Pte Ltd.

Yang menjadi persoalannya sekarang apakah tujuan pemindahan wang tersebut? Nak dikatakan mereka (NFC) telah mengeksport daging lembu tersebut, mereka sepatutnya telah mendapat balik modal atau keuntungan ke dalam akaun mereka di Kuala Lumpur tetapi keadaan telah berlaku sebaliknya dimana perniagaan MeatWorks di Singapura dikatakan hampir bangkrup, boleh bertahan sehingga ke hari ini jika tidak kerana bantuan dari NFC di Malaysia.



Bukti! Restoran MeatWorks di Singapura milik anak Shahrizat

Posted: 29 Dec 2011 05:15 PM PST



Seperti biasa.. bila aku menyiarkan gambar-gambar Restoran milik keluarga Shahrizat di Singapura yang telah dirakam oleh aktivis Jingga 13 (lihat di SINI) iaitu MeatWorks ION Orchrad, ada komen yang menyokong dan ada komen yang menghentam..


Ada yang meninggalkan komen "Engkau orang ni semua syok sendiri jer laa...makan laa fitnah tu banyak-banyak.. tambahkan lagi dosa tu.."

Ada pula yang komen "macam mana kau tahu yg restoren sharizat ? buktikan la....tunjukkan nama pemilik dan pendaftarannya...sekadar bergambar depan restoran yg tahu asal usul buat apa ....aku pun boleh buat bergambar depan restoren pastu amik gambar pastu post kat blog.....cetek akal korang .... suka buat fitnah...nanti bila orang saman mengelabah pulak...mcm penyebaran gambar bekas ketua polis malaysia kahwin tu...fitnah no. 1...aku tanya korang betul ke Musa Hassan yg kahwin tu ? itu je aku nak tanya...."

Dalam blog Milo Suam juga terdapat komen yang meminta bukti.." bro Rejam bleh x ko letakkan BUKTI restoran ni milik kak jat punya......sbb aku tengok hanya gambar restoran masih xleh nak bukti pa yg ko ckp tu betol* laen la kalo kat restoran tu ada gambaq besaq kak jat ngan family dia laen la cita ............klu hanya letak gambar restoran tapi bukti2 dokumen xda pa yg boleh menyebabkan ko cakap restoran ni milik kak jat* xkan hanya letak gmbar kedai mewah ko bleh ckp ni kak jat punya restoran abistu restoran2 mewah kat msia ni belambak pown kak jat ngan family dia punya gak ka....gua bkn nak ckp ko fitnah* x sama sekali* aku hanya nak bukti yg lebih kukuh....... "

Orang kata.. untuk menjadikan diri kita lebih baik dari sekarang, kita perlu belajar menerima kritikan biarpun ianya menyakitkan hati sebab tiada manusia yang sempurna…

Aku anggap komen yang meminta dibuktikan bahawa restoran itu milik keluarga Shahrizat sebagai satu cabaran..

Memandangkan aku agak sibuk dialam nyata kebelakangan ini .. aku minta salah seorang aktivis Jingga 13 yang turut serta dalam tinjauan ke Singapura itu menyediakan bukti..

Berikut ialah bukti yang telah disediakan oleh Milo Suam..

Sebenarnya soalan ini bagaikan perumpamaan "sudah terang lagi bersuluh", kerana restoran Mewah MeatWorks ini sudah diketahui umum milik anak Shahrizat. Namun jika anda perlukan bukti secara bertulis maka MiLo SuaM boleh sediakan.

Salah satu bukti adalah melalui laman web rasmi MeatWorks itu sendiri. Jika kita memeriksa data-data pendaftaran laman web meatworks.com.my ia secara terus mendedahkan siapa pemiliknya klik [Whois].



Jelas sekali penglibatan anak perempuan Shahrizat Jalil, Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh dalam laman web tersebut. Tambah menarik, email beliau menggunakan domain NFC (sebut National Family Corruption).

Selain itu, sebuah portal berita berpengaruh Singapura, Cyberita yang juga merupakan anak syarikat Asione pernah menyiarkan laporan ringkas tentang pemilik restoran MeatWorks di Ion Orchard tersebut.

Di bawah tajuk "Si jelita tauke restoran", Cyberita mendedahkan bahawa anak perempuan Shahrizat Jalil, Cik Izzana Salleh sebagai pemilik restoran tersebut [Cyberita].


Malah Cyberita turut menceritakan tentang projek lembu di Gemas Negeri Sembilan Malaysia yang diusahakan oleh keluarga, Cik Izzana Salleh yang digambarkan sebagai dari keluarga terkenal di Malaysia.

Portal itu turut menyebut bahawa keluarga pemilik restoran MeatWorks ini mengusahakan sebuah projek Nasional Malaysia yang berkaitan dengan lembu.



Dengar cerita di Australia pun ada kondo milik keluarga Shahrizat.. kalau ada sponser Insyaallah kita akan melihatnya..

Aku Budak Balun

Posted: 30 Dec 2011 09:05 AM PST

Aku Budak Balun


Misteri Jambatan Terbakar Di Malaysia?

Posted: 30 Dec 2011 12:10 AM PST

Api!! Api!! Apii!


Rais.. Rais..
Memanglah demonstrasi rakyat tak boleh ubah keputusan mahkamah!
Tambahan kalau mahkamah tu dah di'setting' untuk menjatuhkan hukuman walaupun bukti tak masuk dek akal!

Tapi demonstrasi rakyat adalah satu-satunya medium untuk rakyat bersuara!

Dah macam komunis pulak teman tengok mamat nih!
Dulu masa duk dalam Semangat 46 bukan main ajak rakyat lawan kezaliman!
La ni.. dah masyukkk.. ngalahkan Zahid Hamidi dia punya bodek!

Masa BERSIH 2.0 dulu bukan main ugut kamu pada rakyat!
Haaa.. akhirnya terima jugak salah satu tuntutan rakyat iaitu penggunaan dakwat hitam..

Kalau tak demo hari tu agak-agak ada puak-puak Rais ni kesah?
Takk kann?

Sudah-sudahlah bodohkan melayu Rais oiii!

budakbalun 30122011

Demonstrasi tak akan ubah keputusan perundangan

KUALA LUMPUR 29 Dis. - Perjalanan atau keputusan sebarang kes berkaitan perundangan negara tidak boleh diubah dan disangkal dengan cara berdemonstrasi, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Beliau berkata selain memikirkan tanggungjawab kepada masyarakat, mereka yang ingin berdemonstrasi juga perlu sedar tindakan sedemikian tidak akan mempengaruhi dan menggetarkan pihak mahkamah dalam membuat keputusan.

"Demonstrasi tidak mampu mengubah aliran atau aluran perundangan negara, jika itu yang mereka tuntut, maka kenegaraan kita akan hancur," katanya mengulas mengenai ura-ura bahawa pihak tertentu cuba mengadakan demonstrasi sempena keputusan mahkamah berhubung kes liwat melibatkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Januari depan.-Melayau

'Santa Claus' terlewat turun ke Perlis?

Posted: 29 Dec 2011 04:30 PM PST

Tidak ada kena mengena dengan tulisan dibawah!


Aduhhh!!
Apsal lewat sangat 'Santa Claus' ni turun Perlis??
Dulu masa 'Santa Claus' ni turun PRK Hulu Selangor..
Bukan main meriah..
Pling! Lulus dana untuk sekolah cina Bukit beruntung..
Plinggg! Lulus dana untuk masjid-masjid dan surau-surau seluruh Hulu Selangor!
Pling!! Pling!! lulus nak buat Persimpangan bertingkat PLUS di Sungai Buaya!!

Ni nak gi Perlis?
Sempoiii!!

Berapa banyak punya projek la nak lulus di Perlis agaknya??

Hmm.. Rakyat Perlis ingat..
Bagi beras.. masak..
Bagi kain...pakai..
Bagi basikal.. tunggang..

Pangkah Asal Bukan UMNO!

budakbalun 29122011

Muhyiddin Lawat Perlis 12 Januari Depan

KANGAR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan melakukan lawatan kerja sehari ke Perlis pada 12 Januari ini dan dijadual bertemu pemimpin serta penduduk di tiga kawasan Parlimen.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu berkata pertemuan itu dijadual berlangsung di Dewan 2020 bagi Parlimen Kangar, Dewan Komuniti Beseri (Parlimen Padang Besar) dan Dewan Simpang Empat (Parlimen Arau).

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Kelab Komuniti 1Malaysia Kampung Ujung Bukit, Bintong, Khamis, Md Isa berkata Muhyiddin juga dijadual bertemu pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) negeri pada sebelah pagi.

Md Isa, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis, berharap Timbalan Perdana Menteri akan turut mengumumkan sesuatu semasa lawatan kerja beliau ke Perlis kali ini.-mStar

Pendapat peribadi hamba.

Posted: 30 Dec 2011 07:21 AM PST

Pendapat peribadi hamba.


UG; HANGPA SEMUA TAHU KE IDOK KEBENDANYA TU?

Posted: 30 Dec 2011 04:41 AM PST

KES HASSAN ALI; ADA PARASIT NAK JADIKAN PAS ISLAM MODERATE?

Posted: 29 Dec 2011 03:24 PM PST

Pahang Daily Online

Posted: 30 Dec 2011 07:06 AM PST

Pahang Daily Online


Protes "Saman Parking MPK" Tidak Capai Sasaran Tetapi Memorandum Rakyat Berjaya Di Serahkan!

Posted: 30 Dec 2011 01:18 AM PST

KUANTAN, 30 Dis - People's Justice Voice (PJV) berjaya juga menyerahkan memorandum kepada Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) biar pun Perhimpunan Protes Rakyat "Isu Saman Parking MPK" tidak mencapai sasaranya berikutan hujan turun dengan lebat dan gangguan lalu lintas yang agak teruk sekitar bandar Kuantan petang tadi. Menurut Pengerusinya, Mohd Shukri Mohd Ramli (Blogger Cucumatkilau), beliau tidak kecewa walau pun orang ramai gagal hadir seperti jadual yang telah ditetapkan. Tambahan pula katanya, berlaku perubahan tempat di saat akhir untuk majlis dialog yang sepatutnya diadakan di Dewan Ibu Pejabat MPK ke Dewan Tabika Perpaduan, Tanah Putih Baru yang terletak kira-kira lima kilometer dari lokasi berkenaan. "Perubahan tempat disaat akhir menyebakan orang ramai keliru. Ramai yang menghubungi saya mengatakan mereka mungkin tidak sempat sampai pada masa yang ditetapkan, akibat hujan lebat dan jalan jem. Perubahan tempat hanya dimakluma sekitar jam 11.30 pagi dan ia menyebabkan saya sendiri sudah menjangkakan ia menyukarkan orang ramai untuk hadir. Malah ada yang menghubungi saya berkali-kali untuk bertanya lokasi sebenar majlis dialog yang akan diadakan itu", kata Shukri. Walau bagaimana pun beliau berbangga kerana berjaya menyerahkan memorandum terbabit di Pejabat Yang DiPertua MPK melalui Pegawai Khas beliau sekitar jam 4 petang tadi.

MPK Perlu Amalkan Budaya Mesra Dan Berhemah

Dalam memorandum tersebut beliau berharap Yang Dipertua MPK, Dato' Hj.Zulkifli Haji Yaacob (foto), dapat mengkaji dan mengambil tindakan atas perkara ini, jika tidak mahu rakyat terus bangkit memberontak. Jangan ingat rakyat berdiam diri dan terus membiarkan MPK melakukan tindakan sesuka hati. Kini, sudah tiba masanya MPK mendengar suara rakyat, kerana mereka adalah pembayar cukai yang memberi hasil kepada kewangan MPK setiap tahun. MPK boleh laksanakan undang-undang tetapi biarlah berpada-pada dan mengikut masa serta kesesuaiannya. Tidak perlu bertindak membabi buta sehingga menyusahkan dan menyakitkan hati rakyat Kuantan khasnya dan rakyat Malaysia amnya. "Amalkan budaya kerja yang lebih bertimbang rasa, berhemah dan mesra rakyat dalam menguatkuasakan undang-undang yang telah ditetapkan. Janganlah emosi dengan rakyat terutamanya dalam bab-bab menyaman. Kami memberi tempoh sebulan sehingga penghujung Januari ini untuk MPK membuat perubahan ke arah kebaikan. Jika tidak, bantahan yang lebih besar serta kempen-kempen akan diadakan bagi menyedarkan orang ramai tentang isu ini. Usah jadikan rakyat sebagai bahan untuk ujikakaji dan sebagainya. Kami menentang sebarang bentuk penindasan walau pun atas nama peraturan dan undang-undang. Kami bersedia berbincang dengan pihak MPK dalam usaha memperbaiki mutu perkhidmatan ini", kata beliau.


Blogger Cucumatkilau sempat bergambar bersama Razali Alias (MAP) dan
Ram Ponnusamy (AMANAH) dihadapan lobi Pejabat MPK petang tadi

[Difahamkan, pihak terbabit memberi tempoh dua minggu kepada MPK untuk melakukan perubahan terhadap sistem yang jelas menindas rakyat ini. Sekiranya tiada tindakan yang dibuat, maka kempen "Bandar Saman, Boikot Parking MPK" akan diadakan. Jika ini berlaku, ia akan memberikan gambaran yang lebih buruk dimata rakyat tentang majlis tempatan terbabit pada masa akan datang. Ia pasti akan mengakibatkan ekonomi penduduk terjejas apabila pelancong dari luar takut untuk datang ke Kuantan. Tambahan pula, Kuantan bakal menjadi tuan rumah Sukan Malaysia yang dijadualkan pada bulan Julai 2012 nanti. Rakyat bukan tidak mahu disaman jika mereka gagal patuhi undang-undang, tapi MPK juga harus mengajar pegawainya lebih mesra rakyat dan bertimbang rasa semasa menjalankan tugas masing-masing. Jangan jadikan rakyat sebagai "mangsa" sebaliknya didik mereka supaya faham setiap kesalahan yang dilakukan. Jika ia terus diulangi barulah tindakan saman boleh dikenakan. Tidak wajar saman dijadikan alat untuk menambah sumber hasil kewangan setiap tahun. Sedangkan rakyat yang tidak berdosa dipaksa mengikut undang-undang ciptaan mereka. Bukankah manusia yang menciptanya, kenapa tidak boleh diubah jika ia terbukti menindas rakyat!].

Protes Rakyat Isu Saman Parking, Orang Ramai Di Gesa Hadir Untuk Menyatakan Bantahan Mereka !

Posted: 29 Dec 2011 11:03 PM PST

KUANTAN, 30 Dis - Orang ramai ingin menyertai himpunan Protes Rakyat "Isu Saman Parking MPK" di Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Jalan Tanah Putih dekat sini mulai jam 3.00 petang ini digesa tidak menimbulkan provokasi melampau yang boleh menimbulkan huru-hara terhadap program itu nanti. Demikian ditegaskan oleh Penyelaras People's Justice Voice (PJV), Mohd Shukri Mohd Ramli (foto) selepas beliau mengadakan pertemuan tertutup dengan pihak polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan (IPD) semalam. "Saya menyeru agar warga Kuantan dapat bertindak secara aman tanpa ada sebaran unsur-unsur negatif seperti himpunan sebelum ini. Pihak polis telah memberikan kerjasama yang terbaik untuk melihat keselamatan rakyat terbanyak dan tidak mahu ada pihak yang membuat kacau ganggu. Kita berhimpun dengan aman untuk mempertahankan hak rakyat, memprotes beberapa tindakan MPK yang dilihat begitu melampau dan menyusahkan rakyat dalam isu ini", kata Mohd Shukri. Beliau turut menegaskan supaya semua peserta dapat bergerak secara aman dan teratur ke pejabat MPK kerana Yang DiPertuanya sendiri iaitu Dato' Hj.Zulkifli Haji Yaacob juga sudah bersetuju untuk membenarkan satu majlis dialog rakyat diadakan di dewan yang disediakan dalam pejabat majlis tempatan terbabit. "Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak polis dan YDP yang akhirnya setuju membenarkan rakyat menyuarakan ketidakpuasan hati masing-masing dalam majlis dialog yang bakal diadakan. Cuma saya harap YDP sendiri yang akan turun bertemu rakyat dan tidak mewakilkan kepada pegawai lain. Kita mahu cari kata putus dan satu persetujuan secara damai dalam isu ini. Rakyat tidak mampu lagi hidup dalam tekanan dan terus dihantui dengan isu ini. Imej kerajaan juga akan rosak jika perkara ini tidak dapat ditangani dengan betul tambahan pula menjelang Pilihanraya Umum ke-13 yang bakal tiba tidak lama lagi", tambah beliau lagi. "Memandangkan protes ini bukanlah berunsurkan politik, maka saya berharap semua pihak yang mahu terlibat tidak membawa sebarang jenama parti, poster, kain rentang dan apa jua bahan yang berunsur politik. Saya juga tidak mahu ada pihak yang cuba membuat provokasi terhadap pihak polis demi keselamatan masing-masing. Jika ada yang cuba bertindak di luar batasan, maka itu adalah tanggungjawab mereka kerana saya sendiri bersedia untuk berjumpa dan berbincang secara baik dengan pihak Yang DiPertua MPK untuk menghantar memorandum bantahan rakyat. Marilah kita bersama mencari jalan penyelesaian isu ini dengan baik dan tidak terikut-ikut budaya demontrasi jalanan seperti yang pernah disaksikan selama ini", kata Shukri.

[Apapun, kita ucapakan berbanyak terima kasih kepada Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Dato' Hj.Zulkifli Haji Yaacob kerana bersikap terbuka untuk menerima kehadiran rakyat dalam sesi dialog yang akan diadakan di Ibu Pejabat MPK petang ini. Kesediaan itu, sudah cukup untuk memberi ruang terbuka kepada rakyat yang sudah sekian lama dihantui dengan isu-isu dan masalah ini sebenarnya. Mereka mahu mekanisme terbaik dicari dalam usaha membawa perubahan besar terhadap kehidupan rakyat di bandar Kuantan. Kita tidak mahu "saman menyaman" menjadi sumber kewangan kepada majlsi tempatan terbabit. Jika ia diteruskan, makanya amalan sdan tindakan sebegini akan terus dilaksanakan tanpa kawalan. Memang benar ia bukan satu kesalahan besar kepada mereka, tetapi tidak kepada rakyat. Takkanlah berhenti kereta tidak sampai 5 minit pun mahu disaman tanpa ada budibicara dan bertimbangan. Bukankah kita orang Melayu dan rakyat Malaysia yang penuh dengan tatasusila. Kenapa perlu bertindak keras kepada rakyat, sedangkan mereka membayar berbagai cukai terhadap MPK. Bukankah mereka yang membayar gaji kakitangan MPK itu sendiri, maka itu tidak perlulah melayan mereka seperti ini. Bertindak adil, saksama dan penuh dengan pertimbangan. Justertu, orang ramai digesa hadir beramai-ramai jam 3.00 petang ini untuk menyatakan bantahan mereka. Sila bawa bersama resit-resit saman yang berkenaan dan soalan yang mahu dikemukakan kepada Yang DiPertua MPK semasa majlis dialog petang ini].

Protes: Pengerusi MAP Pahang, Desak MPK Lebih Bertimbang Rasa Kuatkuasakan Undang-Undang

Posted: 29 Dec 2011 06:33 PM PST

KUANTAN, 30 Dis - Rata-rata pemimpin NGO pro rakyat di Pahang menyokong penuh perhimpunan aman Protes Rakyat "Isu Saman Parking MPK" yang akan diadakan di Ibu Pejabat MPK, Jalan Tanah Putih dekat sini petang nanti. Program anjuran People's Justice Voice (PJV) itu dilihat sebagai pemangkin ke arah membawa suara rakyat kepada pihak yang berkenaan dalam menyelesaikan isu-isu yang sekian lama membelenggu diri mereka. Pengerusi NGO Memacu Arus Perjuangan (MAP) Negeri Pahang, Razali Alias (foto) mendesak supaya MPK lebih bertimbangrasa dan mesra pengguna dalam menguatkuasakan undang-undang mereka. "Kepada Unit Parking MPK, jangan hanya fikir untuk saman pengguna tapi perlu fikirkan kemudahan yang patut disediakan dan sebab pengguna terpaksa meletak kenderaan di tempat yang tidak dibenarkan", kata Razali Alias.

Panas: Orang Ramai Di Halang Masuk Ke Taklimat Penerangan 'Isu Lynas' Di RTM Pahang Semalam !

Posted: 29 Dec 2011 05:36 PM PST

KUANTAN, 30 Dis - Taklimat Penerangan Isu Lynas oleh Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Negeri Pahang di Komplek Penyiaran Pahang di Tanah Putih dekat sini semalam kecoh apabila beberapa orang awam termasuk wartawan media tidak dibenarkan masuk. Tindakan tersebut menyebabkan kesemua mereka terpaksa berada diluar dan tidak dapat mendengar taklimat yang dibuat. Difahamkan, SMS berkenaan program tersebut telah disebarkan kepada orang ramai dan mereka dipelawa hadir beramai-ramai ke lokasi berkenaan. Namun, kehampaan jelas terbayang apabila mereka tidak dibenarkan masuk atas alasan tidak melalui jemputan yang diedarkan kepada jabatan kerajaan dan NGO yang berkenaan. Kamarul Hatta Md Ali (foto) salah seorang orang awam yang hadir mengatakan beliau terkejut dengan tindakan ini. "Pegawai JASA mengarahkan kami makan dan dan kata keputusan muktamad kami tak boleh masuk. Saya datang nak dengar maklumat terbaru tentang Lynas .. kenapa tak bagi masuk?. Apa yang nak dirahsiakan?", kata beliau. Difahamkan juga, wartawan akhbar arus perdana dari The Star dan Sinar Harian juga telah dihalang oleh petugas JASA. Bukan setakat menghalang, mereka juga diberi kata dua oleh pihak terbabit bahawa program itu adalah tertutup "Saya kecewa, kami wartawan yang sah .. ada surat jemputan yang difaxkan ke pejabat kami.. kenapa tak boleh masuk?. Kami mahu buat laporan supaya orang ramai dapat info yang disampaikan. Tapi kami pula dihalang dengan kasar oleh mereka", kata seorang wartawan akhbar berbahasa Cina. "Sudahlah kami tak diberi masuk, cakap kasar dan sombong pula. Memang kami amat kecewa sekali semua ini. Kalau macam ni memang ada yang tak kena", tambah beliau lagi.


Pegawai JASA beri kata dua (kiri) agar mereka tidak dibenarkan masuk


[Tindakan menghalang orang ramai masuk atas satu isu yang berkaitan dengan rakyat, jelas sekali melambangkan kesilapan besar kepada Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Negeri Pahang. Bukankah isu Lynas adalah satu isu yang cukup panas, dan sudah semestinya rakyat mahu sama-sama hadir dan mendengar pandangan serta ulasan daripada mereka yang dikatakan pakar itu. Paling menyedihkan bilamana wartawan media juga dihalang menjalankan tugas mereka. Jika itu keadaannya, apa guna taklimat diadakan?. Apakah ia sekadar untuk mengampu atau mengiyakan apa yang diperkatakan selama ini. Khabarnya antara pemimpin UMNO yang turut hadir ialah Datuk Shafik Fauzan (ADUN Underapura), Suhaimi Sulong (Ketua Pemuda UMNO Indera Mahkota) serta ramai lagi. Diharap, selepas ini adengan semalam tidak berlaku lagi. Maklumat perlu sampai dan diterima oleh semua pihak barulah mereka faham isu yang sebenarnya].

Bekas 'Hakim Kes Liwat Anwar' Meninggal Dunia Beberapa Hari Sebelum Kes Liwat II Di Putuskan

Posted: 29 Dec 2011 05:04 PM PST

KUALA LUMPUR, 30 Dis - Bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Arifin Jaka (foto) yang menjatuhkan hukuman sembilan tahun kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggal dunia di Hospital Serdang pada jam 6.05 pagi semalam. Tidak diketahui bila beliau dimasukkan ke hospital tersebut tetapi Arifin memang mengidap penyakit kencing manis. Presiden Majlis Peguam Malaysia, Lim Chee Wee mengesahkan kematian Arifin. Arifin, 78, ialah hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar perbicaraan kes liwat pertama terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 2000 dan seterusnya menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun. Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan tersebut, tetapi Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 2-1 membatalkannya dan Anwar dibebaskan pada tahun 2004. Allahyarham meninggalkan balu Datin Maznah, dua anak lelaki dan seorang nak perempuan. Arifin telah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Presinct 20 Islam di Putrajaya petang semalam.

[Kematian bekas hakim kes liwat I Anwar ini sungguh mengejutkan sebenarnya. Tambahan pula ia terjadi beberapa hari sahaja lagi menjelang kes liwat II diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari 2012 ini. Ariffin semasa menjatuhkan hukuman terhadap Anwar dulu, telah menerima kenyataan Azizan (Pemandu Wan Azizah) dengan mengatakan beliau tidak mempunyai apa-apa kepentingan terhadap kes tersebut. Sedangkan pada masa itu Azizan telah memegang satu jawatan penting di sebuah kilang makanan segera (Mamee) di Ayer Keroh Melaka. Malah Azizan juga telah ditangkap khalwat di sebuah hotel bersama pasangannya, bermakna dia tidak layak menjadi saksi kes ketika itu. Namun, arwah telah menerima segala keterangan Azizan walau pun beberapa kali beliau tersilap tarikh waktu liwat dan lokasi ia berlaku. Semua ini mengundang persoalan kepada seluruh rakyat ketika itu dan ia adalah keputusan hakim sehinggalah Anwar dibebaskan pada tahun 2004. Keputusan arwah telah mengundang kontroversi besar ketika itu. Namun, kini beliau telah pergi meninggalkan kita. Semoga roh arwah dicucuri rahmat serta ditempatkan dikalangan orang beriman hendaknya. Amin].

SharpShooter

Posted: 30 Dec 2011 03:49 AM PST

SharpShooter


Laporan SPRM terhadap penyelewengan Jamil Khir akan dibawa ke Agong baru..

Posted: 29 Dec 2011 10:10 PM PST

JINGGA 13 hari ini mengambil tindakan drastik membuat laporan SPRM terhadap YB Dato Seri Jeneral (B) Senator Jamil Khir Baharom , Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang berportfolio menguruskan Hal Ehwal Agama Islam terhadap tindakan salah guna kuasa menggunakan wang zakat bagi tujuan yang bertentangan dengan hak pengeluaran wang zakat tetapi digunakan bagi tujuan untuk membayar kos guaman sejumlah RM63,650 sepertimana yang dilapurkan oleh Ketua Audit Negara dalam menghalang kes qazaf yang difailkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara , wang zakat itu dibayar kepada firma guaman Zainul Rijal Talha dan Amir bagi mewakili Dato Seri Jeneral (B) Jamil Khir Baharom, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain, sebagai responden.

JINGGA 13 meminta agar pihak SPRM menyiasat secara terperinci terhadap penyalahgunaan kuasa yang dilakukan Menteri yang menjaga hal ehwal agama Islam tersebut serta tindakan diambil tanpa prejudis berserta dua yang lain.

Walaupun penyalahgunaan wang zakat tersebut telah dibayar balik dengan menggunakan wang geran kerajaan tetapi secara nyata sepertimana laporan Ketua Audit Negara tersebut adalah membuktikan berlaku salah guna kuasa yang cukup nyata oleh Menteri Jabatan Perdana Menteri dan dua yang lain juga melanggar hukum Islam apabila tidak tersenarai sebagai asnaf yang melayakkan mereka menggunakan wang zakat.

JINGGA 13 menganggap tindakan Dato Seri Jeneral (B) Jamil Khir Baharom , Datuk Che Mat bin Che Ali dan En. Shamsuddin bin Hussain bukan sahaja melakukan salahguna kuasa tetapi dalam masa yang sama telah menzalimi dan mengkhianati golongan asnaf dengan tindakan kepentingan peribadi membiayai kos guaman sedangkan sangat mengetahui ianya adalah satu kesalahan.

JINGGA 13 juga MENDESAK agar Dato Seri Jeneral (B) Jamil Khir Baharom memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam terhadap tindakan biadap dan tidak berakhlak temasuk Datuk Che Mat Che Ali serta Encik Shamsuddin Hussain yang telah menggunakan wang zakat demi kepentingan diri mereka dalam tempoh 48 jam.

Jika tidak JINGGA 13 akan membawa isu tersebut kepada DYMM Yang DiPertuan Agong yang merupakan Ketua Agama Islam terhadap salah laku mereka yang secara jelas menghina hukum Islam.

JINGGA 13 meminta agar pihak SPRM menyiasat secara terperinci terhadap penyalahgunaan kuasa yang dilakukan Menteri yang menjaga agama Islam berserta Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan .

Dato Seri Jeneral (B) Jamil Khir Baharom bukan  sahaja tidak layak menjadi menteri dalam mengurus hal ehwal agama tetapi  wajar MELETAKKAN jawatan andai beliau seorang yang berakhlak dan bermaruah termasuk Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan .

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

SAIFUDDIN SHAFI MUHAMMAD

Setiausaha Jingga 13

30 DISEMBER 201

Politik Tanah Air Sepanjang Tahun 2011

Posted: 29 Dec 2011 04:48 PM PST

Sorotan Politik Tanah Air Sepanjang Tahun 2011

Januari

- Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansur mempunyai pejabat sendiri, Pejabat Wanita Pertama Malaysia (FLOM) di Jabatan Perdana Menteri. Gelaran First Lady of Malaysia (FLOM) yang diguna Rosmah mencetuskan kontroversi kerana ia adalah gelaran Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Agong.

- Badan pemerhati kewangan antarabangsa, Global Financial Integirty (GFI) mendedahkan pengaliran keluar wang haram sebanyak RM888 bilion di antara tahun 2000 ke 2009. Wang haram adalah daripada aktiviti tidak sah seperti rasuah, kecurian, sogokan serta pengelakan cukai.

- Pilihan raya kecil Tenang adalah pilihan raya kecil ke-14 selepas Pilihan Raya Umum 2008. Ia diadakan selepas Ahli Dewan Undangan Negeri, Datuk Sulaiman Taha meninggal pada 17 Disember 2010

Februari

- Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyeru rakyat mengambil iktibar daripada kejatuhan diktator Hosni Mubarak daripada tampuk Presiden Mesir.

Mac

- Pilihan raya kecil Merlimau dan Kerdau yang merupakan pilihan raya kecil ke-15 dan ke-16 berlangsung serentak pada 6 Mac 2011. Kedua-duanya dimenangi Barisan Nasional.

- Trio 'Datuk T' menyebarkan video fitnah yang cuba memburukkan nama Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

April

- Pilihan raya umum Sarawak berlangsung pada 16 April. Pakatan Rakyat mengorak langkah di dengan memenangi 15 kerusi .

- Seorang Orang Kelainan Upaya (OKU), Kadir Hashim ditahan secara kejam di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama 20 hari.

- Sebuah syarikat hampir muflis, Tricubes Berhad dianugerahkan projek emel 1Malaysia bernilai RM50 juta. Tricubes Berhad adalah syarikat di bawah CIMB Group yang dimiliki adik Perdana Menteri, Datuk Nazir Razak.

- Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbaini ditemui mati sewaktu disoal siasat kerana 'jatuh' dari tingkat tiga pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Mei

1. Felda didedahkan meminjam wang RM6 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Pinjaman itu mengundang kontroversi kerana ia dibuat sewaktu menteri bertanggungjawab, Datuk Ahmad Maslan membuat kenyataan bahawa kedudukan kewangan Felda kukuh.

Jun

- Kementerian Pelancongan di bawah Datuk Seri Ng Yen Yen membelanjakan RM1.8 juta untuk menyelenggara laman Facebook. Kontrak dianugerahkan kepada Impact Creations Sdn Bhd, sebuah syarikat IT dipercayai pemiliknya rakan Ng Yen Yen.

- Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Jamil Khir Baharom menyelewengkan wang zakat sebanyak RM32 ribu bagi membayar yuran guaman peribadi dalam usahanya menghalang kes Qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah syariah.

- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya merisik pertunangan anak perempuan mereka di Kazakhstan menggunakan wang rakyat. Ia dibuat 'serentak' dengan Persidangan Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) di Kazakhstan .

- Remaja mangsa kekejaman polis, Muhammad Syamil Hafiz Shapiei disahkan dibunuh dari jarak dekat dalam keadaan melutut.

Julai

- Enam orang pimpinan Parti Sosialis Malaysia termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar Devaraj ditahan di bawah Ordinan Darurat sewaktu berkempen untuk menamatkan rejim pemerintahan BN selama 54 tahun.

- Lebih 70 ribu rakyat keluar berdemonstrasi pada 9 Julai menuntut pilihan raya bersih dan adil. Himpunan Bersih 2.0 menuntut lapan perubahan dalam pilihan raya umum. Seorang peserta, Baharuddin Ahmad yang mati akibat dinafikan bantuan perubatan oleh polis.

- Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor membawa masuk secara rahsia cincin berlian berharga RM24 juta yang dibeli dari Jacob & Co, saudagar permata di Amerika Syarikat. Beliau mengelak dakwaan itu tetapi kemudiannya mendakwa cincin itu hanya transit ke Malaysia sebelum dihantar ke Kazakhstan.

- Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo'Lo Ghazali meninggal dunia akibat barah paru-paru.

Ogos

- Najib Razak membayar RM84 juta kepada sebuah firma penyiaran FBC Media untuk menerbitkan dan melobi slot penyiaran dokumentari bagi memperbaiki imej buruknya di peringkat antarabangsa.

- Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) untuk penambahbaikan pilihan raya ditubuhkan

September

- Sebuah syarikat berkaitan arak dimiliki anak Dr Mahathir Mohamad mengambil alih syarikat minyak, Exxon Mobil Corporation. San Miguel Corporation menguasai 65 peratus saham Esso Malaysia Berhad (EMB).

Oktober

- Pakatan Rakyat membentangkan Belanjawan Pakatan Rakyat yang bertujuan mengurangkan kadar defisit negara .Hutang negara mencecah RM437 bilion berdasarkan laporan Bank Negara Malaysia

- Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr Aziz Bari digantung tugas oleh UIA kerana menyuarakan pendapat dalam isu serbuan gereja di Petaling Jaya.

- KEADILAN mendedahkan keluarga Ketua Wanita Umno Shahrizat Jalil menyalahguna wang rakyat sebanyak RM250 juta yang diperuntukkan kepada syarikat milik keluarganya National Feedlot Corporation (NFC).

NFC menggunakan wang RM250 juta itu untuk membeli dua unit kondominium mewah di Bangsar, seunit kondominium mewah di Singapura, dua bidang tanah di Putrajaya, melancong ke luar negara, menunaikan umrah serta pemberian diskaun pembelian daging yang dibuat rangkaian restoran keluarga Shahrizat.

November

- Anak lelaki Perdana Menteri, Mohd Nazifuddin Najib, 28 membeli sebanyak 2.04 juta saham pada harga 84.5 sen seunit berjumlah RM1.69 juta dalam sebuah syarikat pembalakan, Harvest Court Industries Bhd, sekaligus menyaksikan harga saham syarikat berkenaan melonjak paling tinggi .

- Kedai Rakyat 1Malaysia yang dimiliki rangkaian pasaraya Mydin dan menerima subsidi berjumlah RM40 juta didedahkan menjual barangan pada harga yang lebih mahal berbanding hypermarket lain. Kualiti barangan yang dijual tidak memenuhi piawaian, sos tiram 1Malaysia diarah ditarik balik dari pasaran oleh Kementerian Kesihatan kerana melanggar Akta Peraturan Makanan 1985.

- 10 orang ditahan di Sabah di bawah ISA walau pun Perdana Menteri mengumumkan ISA dimansuhkan dalam bulan September.

- Akta Himpunan Aman 2011 diluluskan oleh Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional walaupun mendapat tentangan. Lebih 1000 peguam berarak ke Parlimen bagi membantah akta itu pada 29 November.

Disember

- Aktivis mahasiswa, Adam Adli, 22, dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) bertindak berani menurunkan bendera wajah Najib di PWTC pada 17 lalu diganti dengan bendera 'Kebebasan Akademik'.

- Kekayaan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di Malaysia dilapor sebanyak U$1.46 bilion (RM4.6 bilion), melalui pemilikan aset korporat di 14 syarikat. Ia didedahkan NGO berpengkalan di Switzerland, Dana Bruno Manser (BMF).

- Selepas berbohong dan membuat penafian, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya mengaku meminjam wang daripada Bank Dunia ketika pentadbiran beliau. KEADILAN mendedahkan tiga dokumen rasmi Bank Dunia berhubung salah satu dari empat pinjaman berjumlah US$704 juta oleh kerajaan Malaysia sejak 1997.



Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/