Barisan Nasional

Dicatat oleh Admin | | Posted On Rabu, 27 Jun 2012 at 1:38 PTG

sumber :-

Barisan Nasional


Kedah Ke KL - MctHeory

Posted: 27 Jun 2012 01:31 PM PDT

Kedah Ke KL - MctHeory


PANASS!! Ayahanda Tun Dr Mahathir LONDEH Khalid Gagap!!

Posted: 27 Jun 2012 08:12 AM PDT



Ha ha ha.. kesian pulak dengar cerita si Khalid gagap ni.. jaga syarikat pun teruk, patut la sekarang ni Selangor kacau bilau.. ha ha ha..

TUDIAA!! Azizan dan Taulan ada Syer dengan Taukeh Kelab Hiburan ka?? #TukarKedah

Posted: 27 Jun 2012 05:36 AM PDT


Tak habis-habis kisah Pusat Hiburan Baru di Kedah. Lepas satu kes, ada pulak kes yang timbul. Kata nak buat negeri Kedah ni negeri ISLAM. Tapi makin lama dok tengok makin kelam la pulak!!

Baca kisah menarik yang di bawa oleh DUKE mengenai pentadbiran Pas Kedah yang cuba 'menghalalkan' pusat hiburan!

Baru-baru ni MB Kedah, Azizan Razak kata Kerajaan PAS Negeri Kedah ada luluskan 4 lesen PUSAT HIBURAN BARU di negeri jajahannya. Kononnya, masa nak buka tu tiada bantahan dari sesiapa...

Aku nak tanya Azizan...dia sendiri selaku MB yang kononnya "buat kerja cara Islam", dia tak bantah ke pusat-pusat hiburan ni dibuka? Beri lesen pusat hiburan banyak-banyak tu buat kerja cara Islam ke? Atau cara "agama PAS"?

Lebih pelik, Azizan sendiri mengaku tentang pusat hiburan yang baru kat Tesco Mergong tu, dia kata dia tak tauuu...

Aku nak tahu apa yang Azizan tahu? Lagipun, Mufti Kedah pun dah tegur pasal pusat-pusat hiburan di Kedah yang makin banyak tumbuh di seluruh negeri, khususnya di kawasan bandar...


Lagi satu, aku nak tanya Exco Agama kat Kedah ni, Taulan Rasul. Dalam masa 3 tahun, dia kata dia tak pernah luluskan lesen pusat hiburan. Empat lesen yang baru keluar tu apa benda? Kenapa dia tak bantah? 

Exco Agama apa lagu tu..??? Taulan redha ke kalau bukak pusat hiburan depan rumah dia?

Aku rasa, Kerajaan PAS Kedah ni nak jadi negeri ni macam negeri yang dipimpin DAP dah. Aku nak tanya, kat Kedah ni golongan mana yang majoriti? Umat Islam atau bukan Islam?

Takpa lah Azizan. Hari ni kat dunia, boleh la buat apa saja. Esok nanti menjawab la dalam kubur...


McTheory:
Depa ada syer kot.. sebab tu dok biaq saja..

PANASS!! Selamatkan Abby Abadi Dari Pembohongan Pas!! #Pasrabut

Posted: 27 Jun 2012 02:12 AM PDT



Pelakon terkenal, Abbay Abadi baru-baru ini melahirkan rasa kecewa atas tindakan beberapa pihak yang melemparkan kata-kata kurang manis kepadanya ekoran penglibatannya di dalam beberapa program anjuran PAS.

Kekecewaan Abby itu diluahkan melalui laman sosial Twitter miliknya baru-baru ini. Kata Abby…
"Kenapa bila saya ikut BN tak ada siapapun mengata saya, tapi bila saya berhijrah, PAS raikan saya, macam-macam cerita timbul. Sampai kata saya dapat 'hidayah sesat'? Apa tu?,".

Apa yang mengharu-birukan, PAS melalui lidah rasminya, Harakahdaily, cuba menjadi "batu api" apabila cuba memutar belitkan kenyataan Abby dan seolah-olah cuba menjauhkan pelakon itu dari Barisan Nasional atau UMNO.

Sebenarnya, saya menyokong penuh langkah Abby Abadi yang berhijrah mengenakan tudung di kepala, yang menandakan perubahan positif dari selebriti itu ke arah yang lebih Islamik berbanding sebelumnya.

Sama ada Abby masih lagi mengenakan pakaian yang ketat, menampakkan susuk tubuh atau tidak menutup aurat sepenuhnya tidak timbul buat masa sekarang.

Pada masa ini, saya bersyukur kerana dia mula diberikan hidayah untuk menutup bahagian kepala dan lehernya yang sebelum ini terdedah. Itu adalah lebih baik dari imejnya sebelum ini yang langsung tidak bertudung kepala.

Namun pada saya, kenyataan Harakahdaily yang mengatakan bahawa Abby naik ke pentas ceramah PAS adalah tidak benar sama sekali.

Abby Abadi sebenarnya hanya memenuhi jemputan anjuran PAS yang rasanya kurang berbaur politik seperti "talk show" Malam Keinsafan Bersama Selebriti yang berlangsung di Dataran Kerdau baru-baru ini.

Program "talk show" setahu saya bukanlah ceramah politik yang menghentam UMNO mahupun BN sepertimana kebiasaan amalan PAS.

Sepatutnya, Abby tidak wajar dipersalahkan dalam hal ini kerana muncul pula beberapa pihak yang menghentam Abby yang baru saja mahu mengenal Islam dengan lebih dekat lagi.

Cuma pada pandangan saya, cara Abby mendekatkan diri kepada Islam melalui pendekatan politik adalah kurang tepat sama sekali. Apatah lagi jika Abby menganggap individu-individu seperti Nik Aziz Nik Mat dan Ustaz Azhar Idrus itu layak bergelar ulama.

Jika Abby nak tahu, Nik Aziz hanyalah boleh dianggap sebagai ustaz biasa yang mendapat pendidikan agama di India dan negara timur tengah, termasuk di universiti Al-Azhar. Namun ia belum boleh membuat Nik Aziz bergelar ulama.

Begitu juga dengan Ustaz Azhar Idrus. Dia hanyalah seorang ustaz yang mengajar dari masjid ke masjid. Saya kurang pasti sama ada dia ditauliahkan oleh Majlis Agama Islam untuk berceramah di beberapa buah negeri.

Namun, untuk menetapkan gelaran ulama kepada dua individu itu adalah tidak tepat sama sekali kerana tidak semua lulusan Al-Azhar itu layak digelar ulama meskipun mereka aktif mengajar atau mendapat tauliah mengajar di masjid dari Majlis Agama Islam.

Sebagai contoh, Kamariah Ali juga lulusan dari Al-Azhar. Tapi Kamariah merupakan pengikut setia Ayah Pin. Jadi, apakah Abby rasa Kamariah wajar digelar sebagai ulama dan apa saja yang dilakukannya tidak boleh dikecam atau dikutuk?

Untuk pengetahuan Abby, Nik Aziz menolak perpaduan umat Islam di negara ini meskipun pada awalnya dipersetujui oleh Presiden PAS dan majoriti Majlis Syura Ulama PAS. Nik Aziz menggunakan kuasa "veto"nya sebagai Mursyidul Am untuk menafikan perpaduan umat Islam di Malaysia.

Nik Aziz juga menghalalkan budaya memaki hamun dan mencarut dengan memberi alasan bahawa Allah juga "mencarut" di dalam Al-Quran.

Persoalannya yang perlu Abby fikirkan, apakah seorang hamba wajar mencarut? Allah mungkin boleh mengutuk Abu Lahab di dalam firmanNya, tapi apakah Rasulullah SAW memaki hamun musyrikin dan kuffar yang melontar najis kepadanya?

Justeru, saya memohon agar Abby memperbaiki pendekatannya kepada Islam melalui cara atau uslub yang lebih diiktiraf. Pergilah berjumpa dan rapatkan diri dengan program-program JAKIM, Majlis-Majlis Agama Islam atau ulama-ulama muktabar.

Nak kenal ulama-ulama muktabar, sila hubungi urusetia Mykmu.net kerana laman portal ini sering menganjurkan konvensyen bersama ulama tersohor bertaraf antarabangsa. Kalau setakat ulama politik, rasanya tak payah berguru pun tak rugi…

Sumber: Mykmu.net

PANASS!! Barang Baik Khas Untuk Penganut Agama Pas!! #Pasrabut

Posted: 26 Jun 2012 11:12 PM PDT


Kita sedia maklum bahawa penganut Pas ni sememangnya fanatik dengan lambang bulan dan warna hijau putih. Ada diantara fanatik Pas ini, mereka sanggup mengecat rumah, kereta, pondok, kucing, biri-biri, keldai dan siput sedut mereka dengan hijau dan putih. Malah yang lebih menyedihkan lagi apabila surau dan masjid juga di cat hijau dan putih kononnya melambangkan semangat PAS yang berkobar-kobar.

Untuk melengkapkan lagi semangat penganut agama Pas ni. Mc ada terjumpa satu barang yang amat sesuai untuk penganut Pas ni pakai. Kalau depa pakai ni, confirm orang tau depa ni mesti TOTOK atau TEGAR Pas. Nak tau benda apa tu? lihat gambar dibawah!


Selipar PAS telah berada dipasaran!!
Haaa... apa macam? patutnya penganut Pas kena beli selipar ni.. wajib beli! Cuba bayangkan, TOTOK Pas ni pi rumah kenduri pakai selipar ni. Dia bukak saja nak masuk rumah, orang dah tahu bahawa dia ni memang TOTOK gila dengan Pas, hinggakan selipar pun ada lambang bendera Pas. ha ha ha..

Mc pun rasa nak beli satu.. bila lagi nak pakai selipar Pas ni.. kot-kot la ada peluang boleh jadi wali selipar!! he he..



McTheory:
Sumber Team Media Kedah

GEMPAR!! Demo aman di Kelate Bertukar GANAS!! #TukarKelate

Posted: 26 Jun 2012 08:12 PM PDT


Dalam keghairahan kita berbicara mengenai demontrasi adakalanya kita terlupa untuk menghayati demontrasi yang diadakan itu secara ilmiah dalam konteks realiti dari apa yang telah berlaku. Maksudnya dari apa yang didapati dalam tujuan demontrasi yang diadakan itu, apakah ia menepati dari kehendak keatas perkara yang dituntut?

Setiap mereka yang menganjurkan demontrasi itu punyai niat dan kepentingannya yang tersendiri, samada niatnya itu baik untuk seluruh rakyat ataupun hanyalah untuk mencapai sesuatu keuntungan didalam politik, itu terletak kepada apa yang berlaku didalam penganjuran demontrasi tersebut.

Politik pula adalah satu hal dimana keberlakuannya sentiasa berada diluar jangka kotak pemikiran rakyat biasa, bagi Pakatan Rakyat mereka lebih arif dalam memanipulasi setiap demontrasi yang mereka lakukan dengan menimbulkan satu situasi yang menampakkan seolah-olah kerajaan Barisan Nasional dan pihak berkuasa bertindak zalim keatas mereka.

Pertembungan demontrasi yang berlaku di Kota Bharu pagi tadi diantara kumpulan SEDAR dan TEAM "R" adalah satu perancangan licik pemimpin Pas Kelantan, kegagalan membaca perancangan tersebut sekaligus memberi kesan besar terhadap politik Kelantan, dan sudah pasti pemimpin Pas akan menjaja cerita rakyat "pecah kepala" dipukul oleh samseng Umno disetiap ceramah mereka bagi meraih simpati dari rakyat.

Jika diamati setiap demontrasi yang disertai oleh Pas ataupun Pakatan Rakyat pastinya mendatangkan masalah, selalunya mereka akan menyalahkan pihak polis kerana adanya gas pemedih mata yang menjadi punca kepada huru-hara, dan jelas walaupun tidak ada gas pemedih mata kekacauan tetap berlaku dan orang lain jua yang disalahkannya, namun cubaan menfitnah untuk mengatakan adanya gas jelas disebut pada klipvideo dibawah sebelum cubaan itu dipatahkan oleh seseorang.

Sambung baca SINI

Nak tau apa jadi? tengok video kat bawah ni.. lepas tu sambung baca kat LINK yang Mc sediakan tu..

TUDIAA!! Video ni boleh menyebabkan MB Kedah Azizan Letak Jawatan!! #TukarKedah

Posted: 26 Jun 2012 05:12 PM PDT


Semasa isu balak Gunung Inas didedahkan oleh blogger dan pihak media, Mc diberitahu, Azizan mengalami tekanan dan terpaksa dirawat di KMC (Kedah Medical Center).

Mungkin beliau tidak dapat menerima tekanan yang dibuat oleh pihak blogger dan media. Namun, andaikata Azizan melihat video diatas.. Mc percaya, Kedah akan perolehi MB yang baru sebelum PRU ke 13...


McTheory:
Apa nak buat, nasib badannn..

Apa Yang Tersirat

Posted: 27 Jun 2012 01:25 PM PDT

Apa Yang Tersirat


Benarkah Dato Murad Khalid minta maaf pada Anwar?

Posted: 27 Jun 2012 12:56 AM PDT

Saifuddin Nasution buat-buat cerita, kononnya bekas penolong gabenor bank negara Dato Abdul Murad Khalid minta maaf pada Anwar tahun 2004.

Selain itu, Setiausaha Agong PKR itu mendakwa, bahawa Murad diugut oleh pihak-pihakk tertentu untuk membuat akuan bersumpah.

Namun, dua minggu lalu, bekas penolong gabenor bank negara itu tampil  bahawa beliau sanggup berkerjasama dengan SPRM, jika kes itu disiasat semula.

Bagi AYT, Kalaulah benar semua cerita Saifuddin itu, dah lama riuh sekampung. Mana ada tumbukan maut dilakukan perlahan-lahan.

Disebabkan cerita iitu hanya rekaan, ekonan terdedahnya kembali 20 akaun Anwar yang membabitkan RM3 bilion, maka puak-puak PKR terpaksa mereka-reka jawapan.

Hanya pemimpin PKR sahaja yang berusaha agar kes RM3 bilion Anwar tidak disiasat, sementara pemimpin pembangkang daripada Pas dan DAP, mahukan perkara itu disiasat oleh SPRM.

Isu Scorpene: Nurul Izzah@spinner-Knock out di Parlimen

Posted: 26 Jun 2012 10:05 PM PDT

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan tiada maklumat mengenai dakwaan berhubung penjualan dokumen pertahanan negara kepada negara asing.

"Sepanjang pengetahuan kementerian, sehingga kini tidak ada maklumat keluar dari Malaysia," katanya lagi dalam ucapan penangguhannya di Dewan Rakyat lewat malam tadi.

Tambahnya, kementerian itu juga tidak pernah membayar komisyen secara langsung, mahupun tidak langsung kepada mana-mana syarikat dalam perolehan kapal selam Scorpene

"Perolehan kapal selam dibuat secara runding terus selaras dengan tatacara perolehan kerajaan dengan syarikat pembuat iaitu syarikat Perancis dan Sepanyol yang telah mendapat persetujuan kerajaan masing-masing," katanya lagi.

Tambahnya, kementerian itu juga tiada sebarang maklumat mengenai dakwaan penjualan dokumen oleh syarikat Terasasi (Hong Kong) kepada syarikat Thint Asia (Thales International), didakwa bernilai 36 juta Euro.

"Kementerian juga tidak mempunyai maklumat dakwaan bayaran secara berkala daripada Thint Asia kepada syarikat Terasasi (Hong Kong)," katanya.

Tiada perbicaraan berlangsung di Perancis

Perkara tersebut ditimbulkan sebelumnya oleh Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) ketika mengemukakan usul penangguhan mesyuarat di akhir persidangan.

Dalam ucapan tersebut, Nurul Izzah antara lainnya bertanya menteri sekiranya Malaysia akan memohon untuk menjadi pemerhati di Mahkamah Tribunal Perancis untuk mendapat akses kepada siasatan kes tersebut.

Ahmad Zahid bagaimanapun berkata keperluan itu tidak timbul.

"Kerajaan Malaysia difahamkan tidak ada perbicaraan berlangsung di Perancis berhubung isu kapal selam Scorpene, justeru tidak timbul soal kerajaan akan mohon jadi pemerhati," katanya.

Mengulas satu lagi soalan Nurul Izzah berhubung cadangan penubuhan suruhanjaya diraja untuk menyiasat pembelian kapal selam tersebut, Ahmad Zahid juga berkata langkah itu tidak perlu.

"Pembelian kelengkapan angkatan tentera dibuat ikut tatacara pelaksanaan kontrak perolehan peralatan pertahan negara.

"Ia melibatkan pelbagai tingkat kelulusan termasuk jawatankuasa teknikal dan jawatankuasa rundingan harga setelah penilaian teliti dibuat demi memastikan perolehan tersebut menepati keperluan ATM (Angkatan Tentera Malaysia).


"Selain itu rujukan juga dibuat kepada Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan kelulusan ke atas klausa kontrak tersebut," katanya.

Kelulusan kemudiannya dibuat di peringkat Kementerian Kewangan setelah kesemua terma dan kelulusan untuk rundingan terus itu dikemukakan, tambahnya.

Kelulusan kemudiannya dibuat di peringkat Kementerian Kewangan setelah kesemua terma dan kelulusan untuk rundingan terus itu dikemukakan, tambahnya.

Menjawab satu lagi soalan Nurul Izzah, menteri berkata kerajaan juga berpandangan bahawa sistem jawatankuasa tetap parlimen untuk pertahanan tidak perlu diwujudkan.

Jelasnya, rancangan untuk membeli kelengkapan ketenteraan telahpun dinyataka dalam anggaran belanjawan yang akan dibahaskan dan diluluskan di parlimen.

"Proses perolehan aset juga adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan kerajaan seperti arahan perbendaharaan dan tatacara prosedur kewangan.

"Manakala itu, setiap perbelanjaan tertakluk kepada pemeriksaan atau teguran Jabatan Audit Negara. Kerajaan juga berpandangan proses perolehan yang melibatkan kelengkapan pertahanan yang strategik tidak wajar dibincangkan secara terbuka," katanya.

Jawapannya di parlimen itu merupakan kenyataan rasmi pertama oleh kerajaan kepada parlimen setelah dakwaan penjualan rahsia pertahanan negara itu berlarutan hampir sebulan apabila didedahkan oleh NGO hak asasi Suaram di Bangkok.

MUSLI OLI

Posted: 27 Jun 2012 01:21 PM PDT

MUSLI OLI


BILA KATAK MULA BICARA KENAPA DIA MENJADI KATAK

Posted: 27 Jun 2012 09:51 AM PDT



Headlines Daily Express 27 June 2012

Hari ini Rabu tanggal 27 June 2012 saya menatap akhbar harian Daily Express dengan penuh minat kerana headlines berbunyi "All Sabah politicians are frogs". Kenyataan Datuk Dr Jeffrey Kitingan, Pengerusi  State Reform Party (STAR) di Sabah.

Menurutnya, jika melompat parti dianggap sebagai "katak" semua orang politik di Sabah layak dipanggil katak. termasuklah Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman dan abangnya Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Musa Aman pernah menjadi ahli parti USNO dan menyertai abangnya Datuk Ayub Aman dalam parti BERJAYA  setelah USNO kalah kepada BERJAYA tahun 1976. Dia kembali kepada USNO setelah parti BERJAYA kalah pada pilihan raya negeri 1985.  Musa kemudiannya menjadi ahli UMNO setelah USNO dibubarkan untuk memberi laluan kepada UMNO di Sabah tahun 1991.

Pairin pula  meninggalkan BERJAYA dan menjadi ahli parti PASOK dan seterusnya mengetuai parti PBS sebelum pilihan raya negeri 1985. Mereka ini kata Dr J, hanya berhenti lompat parti setelah mereka mendapat kedudukan atau mereka terlalu kenyang untuk melompat lagi!

Dr J tergolong dikalangan politikus yang genius.  Dia lulusan dua PhD dari dua university di USA termasuk Harvard University dalam sabjek yang sama. 

Seorang Profesor pernah berkata, orang yang lulus dua PhD dalam sabjek yang sama, biasanya mempunyai  krisis dalam diri. Pendek kata ia merupakan cabang penyakit  mental.

Saya tidak kata Dr J mempunyai  masalah mental kerana saya tidak bersetuju dengan pendapat profesor itu. Ada kalanya orang telah lulus PhD masih tidak berpuashati dan cuba sekali lagi dapatkan PhD kali kedua.

Barangkali analogi politik Dr Jeffrey juga begitu. Dia tidak berpuas hati dengan kejayaannya dalam PBS, maka dia melompat ke beberapa buah parti lagi seperti AKAR, PKR dan sekarang STAR dengan rasional bahawa parti-parti sebelum itu tidak memperjuangkan hak dan kepentingan negeri Sabah.

Ada yang tanya saya, benarkah Dr J hero kaum Kadazandusun dan hak negeri Sabah kerana tuntutan-tuntutan politiknya berhubung dengan Perkara 20,  Malaysia Agreement 1963 dan lain-lain itu? Apakah alasan itu yang cukup kukuh untuk beliau kerap melompat parti?

Saya jawap, di Semenanjung ada juga specis seperti Dr J. Namanya Dato Ibrahim Ali. Dia mendakwa tindakannya melompat-lompat parti kerana kesetiannya kepada perjuangaan Melayu, Islam dan mempertahan kedudukan raja-raja Melayu mengatasi kesetiaannya kepada parti. 

Nama Dr Jeffrey mula muncul dalam politik selepas PBS berkuasa di Sabah tahun 1985.  Sebagai adik kepada Ketua Menteri, tentu sekali dia amat berpengaruh. Tambahan pula Dr J dianggap seorang cendikiawan kaum Kadazandusun, kaum  yang majority mendokong perjuangan parti PBS.

Dr J adalah pemikir dalam parti dan mengetuai Think Tank parti PBS. Slogan "Sabah For Sabahans" adalah ilham daripada Dr J sendiri.

Persoalannya, kenapa  sekian lama berpolitik, setelah melompat banyak parti,  perjuangan politik Dr J masih ditakuk lama?

Inilah soalan yang ditanya seorang pemimpin muda dari kaum Kadazandusun, Darrel Leiking semasa kami berbual-bual di Tanjung Aru tengah hari tadi.

"Semasa Dr Jeffrey menjadi Naib Presiden PKR, dia adalah pemimpin kepada orang Melayu, Cina, India, Bumiputera Sabah, Bumiputera Sarawak termasuk Orang Asli. Tetapi kenapa dia memilih untuk memperkecilkan  skop perjuangannya  kepada negeri Sabah dan kaum tertentu?"  

Darrel Leiking adalah anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Malaysia. Dia seorang anak muda yang berpandangan jauh dan mempunyai masa depan politik yang cerah. Saya suka  caranya berkomunikasi dan memilih ayat-ayat yang sesuai semasa menghujah.

"Darrel,….Dr Jeffrey orang lama dalam politik. Dia tahu melalui perjuangannya sekarang iaitu parti  STAR, mereka  hanya boleh menuntut tetapi dalam PKR, kita boleh melaksanakannya. Mana yang lebih baik, menuntut atau melaksana?" Saya berhujah.

Hakikatnya, saya amat bersetuju bila Dr Jeffrey memimpin PKR Sabah. Saya tahu Dr Jeffrey amat tegas dalam soal-soal kepentingan negeri dan rakyat Sabah.  Wadah inilah yang sesuai dengan perjuangan beliau, kerana PKR adalah alternative kepada UMNO dan PR adalah alternative kepada Barisan Nasional yang memerintah  hari ini.

Tambahan pula PR dalam manifesto Buku Jingga menjanjikan apa yang Dr Jeffrey perjuangkan untuk negeri Sabah.

Antara yang termaktub dalam Buku Jingga ialah:
1.       Mengembalikan kedudukan Sabah sebagai rakan kongsi dalam pembentukan Malaysia.
2.       Pakatan Rakyat mengkaji semula Dasar Perjanjian Malaysia 1963
3.       Mengukuhkan autonomi Sabah dengan menyemak kembali perkara-perkara yang termaktub dalam Perkara 20.
4.       Menyempurnakan tuntutan kenaikan royalty hasil minyak petroleum kepada 20% dengan  menanda tangani  perjanjian baru dengan kerajaan Persekutuan dan Petronas.
5.       Mengkaji semula polisi kabotaj yang menyebabkan punca harga barang keperluan lebih mahal di Sabah.
6.       Mempastikan program Borneonisasi dilaksana sepenuhnya untuk mempastikan jawatan-jawatan utama dipegang rakyat Sabah.
7.       Menyempurnakan RCI.


Tetapi Dr J tidak betah dalam PKR dan menubuhkan UBF (United Borneo Front). Selepas itu menjadi Pengerusi STAR di Sabah.

Bersambung…….

Cucu Tok Selampit

Posted: 27 Jun 2012 01:19 PM PDT

Cucu Tok Selampit


Golongan Artis Menyertai PAS - Ideologi Politik Baru Islam?

Posted: 27 Jun 2012 07:57 AM PDT

Semenjak dua menjak ini, seakan menjadi satu tradisi pemimpin-pemimpin PAS mengutip artis-artis yang dah "season" dan sudah tidak mendapat tempat di bibir peminat-peminat seni tanahair untuk diusung ke sana sini di dalam pentas-pentas ceramah mereka, kononnya untuk menarik pengundi atas pagar. Kebanyakan artis yang dikutip kebanyakannya mempunyai sejarah lampau yang negatif dan memalukan yang tidak perlu kita huraikan dengan lanjut. 

CTS tidak menyalahkan artis-artis berkenaan. Mungkin bagi mereka, inilah salah satu caranya mereka dapat menghapuskan dosa lama dengan mendapat syurga Nik Aziz Nik Mat. Semoga artis-artis berkenaan betul-betul medapat hidayah keIslaman dan bukan sekadar Islam politik PAS. Berikut tersenarai beberapa artis bakal penghuni syurga yang dijanjikan Nik Aziz Nik Mat:

1. Bob Lokman.


2. Wan Aisyah and The Fan Club


3. Inspektor Aliza atau Abby Abadi.


4. Yang terbaru, hero filem 80an yang beberapa kali ditangkap basah, Hairie Othman.



Nota Kaki - Tahniah Hairie Othman kerana dapat makan di hotel dengan Nik Aziz Nik Mat hari ini. Jangan jadi juak-juak PAS yang berpanas berhujan tetapi jangan kata makan di hotel, makan dekat kedai mamak belum tentu. Begitulah pandangan tinggi Nik Aziz dengan tukang khalwat.

Altantuya & SUARAM - Selangkah Ke Alam Misteri

Posted: 27 Jun 2012 12:00 AM PDT


Sekali menipu, selamanya penipu. Itulah SUARAM. SUARAM nekad untuk terus menipu walaupun penipuan mereka mengenai kapal selam scorpene dan pembunuhan Altantuya telah terdedah. Nampaknya penipuan SUARAM terlalu mendalam di mana mereka tidak dapat lagi keluar darinya dan satu-satunya jalan yang tinggal ialah untuk terus menuju ke dasar.  

Kita faham bahawa SUARAM perlu terus menipu kerana Pilihanraya Umum semakin hampir tetapi sekurang-kurangnya, SUARAM perlu memikirkan penipuan yang lebih baik, ataupun mengetahui bila untuk berhenti menipu, iaitu sebelum penipuan itu menjadi terlalu besar sehingga tidak terkawal lagi. Terdapat dua pembohongan yang perlu dijawab oleh SUARAM. 

Pertama, SUARAM menyatakan bahawa mereka mempunyai bukti dalam bentuk gambar bahawa Altantuya berada di Perancis pada tahun 2007 yang mana portal Malaysiakini begitu teruja untuk membantu menyebarkannya di internet. Tetapi, bahagian yang menyeramkan mengenai penipuan ini ialah Altantuya telah dibunuh pada tahun 2006. Bagaimana SUARAM boleh terlepas pandang fakta penting ini, iaitu kunci segala penipuan mereka sendiri?

Kedua, penyiasatan polis Perancis telah mendedahkan bahawa orang yang bernama Altantuya Shaariibuu tidak pernah memasuki Perancis di antara tahun 1999 hingga 2006 yang mana mengesahkan bahawa mendiang tidak pernah terlibat dalam urusniaga kapal selam sama ada sekadar menemani mana-mana VIP ataupun sebagai penterjemah sepertimana yang didakwa oleh SUARAM. Dan seperti yang disahkan oleh bekas Pengurus Jualan DCNS, Mr. Fredric Faura, semua urusan pembelian dilakukan dalam bahasa Inggeris dan tiada penterjemah yang diperlukan.  

Pihak Perancis tentu telah mengesan ketibaan Altantuya jika benar mendiang memasuki negara tersebut sebelum kematiannya. Kecualilah jika mendiang memasuki negara itu selepas kematiannya sepertimana yang diwar-warkan oleh SUARAM/Malaysiakini. Mungkinkah mendiang telah 'terbang secara ghaib' dan 'menjelma' di dataran di tengah-tengah kota Paris lalu menyuruh seseorang mengambil gambarnya sebelum menyerahkannya kepada SUARAM dan Malaysiakini. Ini tentulah tidak masuk akal sama sekali.  

Justeru, SUARAM perlulah menyusun kembali cerita ini sebelum menceritakan semula kepada kita agar penipuan ini nampak masuk akal sedikit.

Chinese Reporters Step Up Fight Against Guan Eng in Facebook War

Posted: 26 Jun 2012 07:30 PM PDT



This latest article, purportedly written by Chinese press reporters, is making its rounds in Facebook. Headlined: Lim Guan Eng – Has he become God until he can no longer be criticised? Or has he become a monster. The article has become the latest salvo fired against the CM.

The Chinese media reporters in Penang are said to be angry at the arrogance of DAP cyber troopers who have started vicious attacks against their fellow colleagues. It looks like the infatuation between the Chinese media and Guan Eng has come to an end as they begin to see his arrogance and selfishness.

The article, written in Chinese, lambasted the CM, saying since he became the CM, Guan Eng has displayed zero tolerance for criticism and regularly showed his anger against reporters who wrote articles pointing out his mistakes. It is understood that Penang editors have also grumbled of the CM sending nasty SMS to them complaining of news seen to be unfavourable to him.

His DAP cyber troopers have also adopted the same arrogance against the media, according to the FB article, pointing out that these DAP cyber troopers would gang up to attack reporters, who criticised their beloved Dear Leader. The Penang media has complained that these cyber troopers including aides of Guan Eng had even used derogatory remarks to run down these reporters.

The sentiment among the media is that these actions were sanctioned by the Penang DAP leaders as these cocky party leaders have confidently feel that the Chinese community was on their side and they don't need to "entertain" the Chinese press reporters. The unhappiness among the Chinese press media is that aides of CM had even openly posted nasty comments against certain Chinese reporters.

Well, the Chinese media is learning the hard way that Guan Eng isn't God!

THE FLYING KICK

Posted: 27 Jun 2012 01:17 PM PDT

THE FLYING KICK


SETELAH SEMUA ADIK BERADIK SIDEK DIMUFLISKAN, AKHIRNYA RAJA AZMI DICERAIKAN!!!

Posted: 27 Jun 2012 12:12 PM PDT

WAN AZIZAH PENGARUH ANWAR IBRAHIM BAGI LESEN JUDI LUMBA KUDA KEPADA ZALIAH!!!

Posted: 27 Jun 2012 08:30 AM PDT

PEMBANTU ADUN PAS KUBANG ROTAN, DITAHAN KERANA MENIPU DUIT ORANG SUSAH!!!

Posted: 27 Jun 2012 07:40 AM PDT

SALAHUDDIN AYUB SUDAH MULA SEDIAKAN CANGKUL DAN PENYODOK UNTUK LIANG LAHADNYA SENDIRI!!!

Posted: 27 Jun 2012 06:32 AM PDT

KENAPA PAS TAK LARANG PELABUR CINA YANG BEREBUT-REBUT BELI SAHAM TANAH FELDA?

Posted: 27 Jun 2012 05:34 AM PDT

PERSATUAN VETERAN TENTERA MELAYU SEKADAR TEMPAT PREBET DIPECAT NAK TUNJUK KUASA!!!

Posted: 27 Jun 2012 03:00 AM PDT

PAKSA TANDATANGAN SURAT PERJANJIAN, AHLI MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG TERAJANG PELANGGAN!!!

Posted: 27 Jun 2012 01:53 AM PDT

BAB BERLAKON, PEMIMPIN PAS LAGI HEBAT BERBANDING ARTIS!!!

Posted: 26 Jun 2012 05:30 PM PDT

KISAH DAN BAJU PENINGGALAN RASULULLAH S.A.W DAN SYAIDATINA FATIMAH AZ-ZAHRA R.A UNTUK RENUNGAN UMAT!!!

Posted: 26 Jun 2012 03:00 PM PDT

tun faisal dot com

Posted: 27 Jun 2012 01:12 PM PDT

tun faisal dot com


3 tahun @NajibRazak, 22 tahun Nik Aziz: Balak habis, pembangunan tak nampak #JanjiTakDiTepati #saveKelantan

Posted: 27 Jun 2012 01:59 AM PDT



#SaveKelantan : Janji-Janji Tertunggak PAS Kepada Rakyat Kelantan!

http://yuseriyusoff.blogspot.com/2012/06/savekelantan-janji-janji-tertunggak-pas.html 
Sejak 22 tahun Pas memerintah Kelantan pelbagai aduan daripada mulut terkeluar terhadap kepincangan pentadbiran parti yang memperjuangkan negara berkebajikan itu. 
Antara isu yang menjadi kemarahan rakyat ialah isu bekalan air bersih di seluruh negeri Kelantan, projek mega yang gagal dilaksanakan seperti projek pembangunan Lembah Sireh, Pasar baru Pasir Puteh, Stadium baru di Pasir Puteh, Jambatan Palekbang-Kampung Cina dan pembinaan masjid di Kelantan. 
Selain itu, terdapat projek-projek yang dilaksana Pas Kelantan menjadi keraguan rakyat terhadap kejayaannya seperti projek Jihad ternak, projek Koridor Depu, projek Ladang Rakyat dan projek lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai. 
Justeru Pergerakan Pemuda Umno Kelantan disaran mendedahkan kegagalan kerajaan Pas menunaikan janji kepada rakyat sejak ia mengambil alih pentadbiran negeri ini pada 1990. 
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata banyak janji Pas yang belum ditunaikan termasuk janji memberi bantuan bulanan RM100 kepada warga emas, menyelesaikan isu air bersih, mewujudkan bandar Kawasan Dagangan Bebas Asia (AFTA) di Rantau Panjang serta jambatan kedua Sungai Kelantan di Palekbang, Tumpat. 
"Kita mahu Pemuda bangkit dengan berani menyatakan perkara yang benar berhubung janji-janji PAS sejak mentadbir negeri ini pada 1990 yang gagal ditunaikannya kepada rakyat," katanya. 
Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata pemimpin UMNO di setiap peringkat juga perlu mengemilangkan usaha meningkatkan program penerangan menjelang pilihan raya umum akan datang. 
Sehubungan itu, beliau memuji usaha OMBAK menganjurkan forum itu yang mampu memberi kesedaran kepada rakyat mengenai janji-janji manis PAS. - Khabar Kota Bharu




waadat

Posted: 27 Jun 2012 01:02 PM PDT

waadat


Khalid sindir anwar

Posted: 27 Jun 2012 07:57 AM PDT

Maklumat diterima bahawa ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri selangor (exco) dalam mesyuarat mereka hari telah memutuskan sebulat suara agar setiausaha politik kepada Menteri Besar Selangor, Cik Faekah Husin meletak jawatan.

Kesalahannya adalah kerana menyalahguna letter head pejabat MB untuk kepentingan ahli keluarganya. 

Demang tersenyum membaca berita di atas. Demang teringat cerita Tun Mahathir mengenai Kalid yang bukanlah 'bersih' sangat masa dalam perkhidmatan dulu.

Demang juga teringat Anwar yang mengarahkan polis menyiasat Ummi Hafilda ketika jadi TPM dan kemudian apabila hasil siasatan merugikannya maka Anwar cuba menyuruh polis menghentikan siasatan.

Adakah apabila Faekah meletak jawatan maka itu adalah isyarat untuk Anwar juga?

Sebenarnya Anwar sudah semakin merugikan pakatan pembangkang apatah lagi dengan pendedahan terbaru yang mengaitkan anwar dengan gerakan reformasi indoneaia.

Ramai orang cina yang terpaksa fikir semula sokongan terhadap anwar yang bakal merosakkan mereka.

Najib kalahkan anwar tko

Posted: 26 Jun 2012 05:41 PM PDT



Ketika bersarapan tadi pengendali warung tersebut menunjukkan saya keratan akhbar beliau bersarapan dengan DS Najib di pasar besar Melaka.

Betapa bangganya beliau. Begitu juga para pelanggan lain yang ikut teruja.

Demang katakan pada mereka, Demang tak pelik sangat dengan cara Najib sebab memang begitulah caranya sejak muda.

Pernah suatu hari penduduk kampung Demang di Jengka 8 gempar kerana beliau tiba-tiba muncul di masjid kami. Padahal ketika itu beliau sudah menjadi ahli parlimen.

Najib adalah wakil rakyat termuda dan juga memegang rekod menteri besar termuda.

Kalau ada yang mengatakan tindakan Najib mendekati rakyat sekarang kerana motif pilihanraya semata-mata maka ada dua kemungkinan samada si penuduh itu tidak mengenali Najib atau sengaja mahu memfitnah.

Duke of UMNO

Posted: 27 Jun 2012 01:01 PM PDT

Duke of UMNO


PANASSS..!!! BILA AWEK AKU BELASAH RAFIZI KAW-KAW PUNYAAA..!!!

Posted: 27 Jun 2012 07:31 AM PDT

Perghhh..!!! Lawa tak awek aku? Awek aku ni kalau marah..lagi cun! Kali ni dia memang marah! Dia sound "tepek" je kena betul tepat kat dahi Rafizi..! Heh! Cuba korang baca apa yang dia tulis kat bawah...wakakakaaaa..!!!


The Thing About PTPTN is…

Masih teringat lagi betapa beria daku masa nak dapat pinjaman PTPTN. Bersungguh print semua dokumen yang diperlukan, pergi pesuruhjaya sumpah untuk sahkan semua dokumen, semangat call kawan berpuluh kali nak make sure semua dah set dan ready, dan beratur sepanjang-panjang line hanya tunggu untuk dipanggil. Tiba-tiba terlupa nak beli setem hasil LOL.

Beberapa minggu kemudian, bila permohonan diterima, BESAR RAHMAT.

Maybe I should educate some of you how PTPTN really works. Especially the ones yang baru nak melangkah ke alam pengajian tinggi. Macam ini cerita PTPTN sebenarnya.

Pada suatu ketika dulu, tak ramai yang dapat melanjutkan pelajaran ke univerisiti. Sebab tuh kalau kita baca novel Melayu, mesti sikit-sikit ada "impiannya melanjutkan pelajaran ke menara gading" "cita-cita sedari kecil untuk menjejaki menara gading" suka betul novelis dengan perkataan menara gading kenzzz. Macam sangat jauh impian itu, dan memang pun jauh kerana tak semua ibu bapa mampu biaya pengajian anak dan waktu itu kerajaan hanya mampu sediakan biasiswa untuk budak pandai.

Tapi sekarang, wah hampir semua orang yang kau kenal berada di menara gading atau telah grad bukan? It's no longer a distant dream / the impossible. Because PTPTN made it happen.
PTPTN=Enabler.

Walaupun belum sampai tahap di mana kerajaan mampu sediakan free (higher) education, tapi kerajaan still wanna see anak–anak muda dapat akses kepada pengajian tinggi. Langkah yang mereka ambil? Mereka pinjam dari institusi kewangan tempatan, mereka tanggung kos interest sebanyak 4-5%, dan beri pinjaman PTPTN kepada u all. Mereka subsidikan interest itu dan peminjam (kita-kita nih) cuma tanggung kadar upah 1%. Dari tahun 2004-2011 alone, kerajaan dah tanggung sebanyak RM3.62 billion untuk faedah tu. Wow 'pendidikan anak bangsa'. Kelas kau!

Siapa nak, silalah silaaa. Oh tapi siapa taknak, tak paksa punggg.

Susulan itu, dah pinjam kenalah bayar ye dok? Masa mohon beria beli setem hasil, beratur bagai, siap sign kontrak janji sepenuh hati nak bayar. Kan kos interest dah subsidikan maka peminjam bayarlah kos yang dipinjam and kadar upah 1% sahaja.

Apa? Taknak bayar?! Boleh, boleh. Malaysia boleh! Silalah belajar pandai-pandai, siapkan semua assignment, buat presentation gempak sebab kalau Ijazah Sarjana Muda dapat Kepujian Kelas Pertama kau memang dah tak payah bayar langsung. Pinjaman PTPTN anda terus lupus! Pilihan di tangan anda. Reti ke idok?

Sebab ramai yang tak reti dan mengamuk-ngamuk bila kena bayar balik L Tapi dalam pada mengamuk, ramai juga yang bayar balik (sejumlah 55%, sehingga Disember 2011) sebab diorang ini ada tanggungjawab dalam diri, diorang sedar ramai lagi orang mengharapkan pinjaman PTPTN, diorang faham konsep lembu pegang pada tali manusia pegang pada janji, mereka tak suka berhutang (sedangkan berapa posen je pun kita pinjam kita dah tak senang duduk nak ganti balik)… oh dan mereka taknak kena tahan kat airport. Eh? LOL.

Kepada yang bising kata mana duit kerajaan pergi, kenapa tak boleh bagi free education hoi?
Do you guys really think (those yang study local unis) that your yuran is as cheap as what you've been paying all this while? Really guys? Come on… takkan business study yuran RM500 satu semester. Sah, sah kerajaan dah subsidikan, yuran yang kita patut bayar. Untuk genggam segulung ijazah yurannya cecah puluhan ribu. Contoh lain, pelajar kejuruteraan UKM cuma bayar RM5600 untuk complete 4 tahun walaupun yuran sebenar adalah RM61,200. Nampak ke tak kerajaan subsidikan sampai 90.8%?

Jangan ingat gaji lecturer, gaji tukang sapu, gaji technician yang keluar masuk betulkan projector tuh semua tak payah bayar ya. Semua ini dalam kitaran wang, jangan pentingkan diri sendiri bila berhujah.

"Eleh baru subsidi 90.8% dah poyo, kerajaan poyo! Finland bagi free education kat rakyat dia!" Hewhewhew awak comellah! Awak tahu ke cukai diorang 53%? Cukai maksimum kita rakyat Malaysia hanyalah 26%? Kalau tahu baguslah, bagitau pokcik mokcik sekalian.

Akhir kata, siapa berjaya dapat pinjaman PTPTN, jangan boros k! Portion untuk bayar yuran pengajian awak tu sangat kecil daripada apa yang awak bakal dapat. Ini semua based on additional calculation sara hidup seorang pelajar maka, saralah hidup anda baik-baik. ITU DUIT PINJAM! DUIT PINJAM! TAKNAK BAYAR BALIK SILA BELAJAR RAJIN-RAJIN!
  • Untuk yang tak kenal dengan Hanis Zalika, beliau adalah seorang model, pelakon, blogger dan juga graduan kelas pertama.
Penulis blog jelita terima Anugerah Naib Canselor UiTM

SHAH ALAM – Kesibukan menulis blog peribadi dan terlibat dalam dunia seni peragaan bukan penghalang bagi Hanis Zalikha Zainal Rashid, 22, untuk menggenggam segulung diploma pada majlis Konvokesyen ke-76 Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini semalam.

Malahan gadis jelita yang mempunyai ketinggian 168 sentimeter itu berjaya merangkul Anugerah Naib Canselor dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.9.

Hanis yang memperoleh Diploma Pengurusan Perniagaan berkata, anugerah tersebut merupakan pencapaian terbaiknya di institusi pengajian tinggi kerana ia tidak pernah diimpikan sebelum menjejak kaki ke UiTM Segamat, Johor.

Menurutnya, resipi kejayaannya cukup mudah dengan memberi tumpuan sepenuhnya di dalam dewan kuliah selain berbincang bersama pensyarah dan rakan-rakan bagi menyelesaikan sesuatu masalah dan bijak membahagi masa.

"Semasa di sekolah, saya tidak pernah mendapat gelaran pelajar cemerlang namun apabila masuk ke UiTM, keputusan peperiksaan saya pada setiap semester adalah cemerlang," katanya di sini semalam.

Hanis yang terkenal dengan laman blog http://inibelogsaya.blogspot.com juga bercadang mengikuti pengajian peringkat ijazah sarjana muda pada tahun hadapan selain membuka perniagaan produk kecantikan selepas tamat pengajian. - Mynewshub.my

GEMPARRR..!!! PENDEDAHAN PAS PENDANG PART I : PAS PENDANG KRITIKAL..!!!

Posted: 27 Jun 2012 05:33 AM PDT

Dah uzur sangat dah si Taulan ni...
"Mat Sabu bertanding di Parlimen Pendang, Dr. Hayati ambik tempat Taulan dan bertanding di DUN Tokai. Depa letak "kambing hitam" di DUN Sg. Tiang..."
Tu diaaa..!!! PAS import "komunis" masuk Pendang..?!!! Perghhhhh..!!!

Begitulah cerita yang disampaikan pada aku oleh seorang "lebai PAS" yang marah pada PAS Pendang. Yang pastinya, aku terpaksa rahsiakan identiti "lebai" tu. Tapi, dia memang pro-ulama di Pendang...

Mula-mula, dia cerita kat aku macamana geng pro-ulama di Pendang sakit hati, bengang dan merajuk pada PAS Pendang. 14 orang AJK PAS Kawasan Pendang letak jawatan serta merta dan malas dah nak ambik tau pasal parti...semuanya orang Tok Guru Hj. Rahim...orang Pendang kenal laaa...

Lepas tu, dia cerita pasal Dr. Hayati yang dok makan elaun buta sebagai Ahli Parlimen Pendang. Katanya Dr. Hayati tak buat apa-apa kat Pendang. "Dok goyang teloq!", katanya...

Dia kata, UMNO Pendang pulak yang lebih-lebih baik hati. Habih semua orang UMNO Pendang bantu. Tak kira parti, UMNO atau PAS, semuanya UMNO Bahagian Pendang tolong. Mana yang ada depa tambah baik, mana yang kurang depa repair...

Aku tak kata, "lebai PAS" tu yang cerita kat aku. Aku ajak masuk UMNO, dia sengih. Dia kata, dia tak mau orang PAS kat kampung dia pulau dia dan keluarganya...

Tu dia...sapa yang masuk UMNO di Pendang kena pulau? Ish..ish...ishhhh..!!!

Dia kata, ramai dah ramai dah puak-puak PAS di Tokai dah angin satu badan kat Taulan. Depa kata, Taulan dah tua, tak pick-up, slow dan tak tunai janji. Bila depa mengadu masalah, Taulan kata nak bantu, tapi habuk pun tarakkkk...

"Dulu kami paham la sebab PAS bukan kerajaan negeri, tapi sekarang ni dah jadi kerajaan dah...tu pun tak buleh bantu lagi ka? Mintak jalan tar sikit..50 meter jaaa..tu pun Taulan tak boleh usaha?" katanya bengang kat Taulan.

"Lebai" tu kata, Taulan takkan bertanding PRU ni. Dia nak letak jawatan. Sekarang ni semuanya bagi kat Dr. Hayati handle. Tapi Dr. Hayati lembab dan slow tak reti buat kerja. 

Pak Lebai tu kata lagi, Pemuda PAS Pendang pun dah pecah 3-4 team. Ada satu geng tu marah sangat kat PAS Pendang sebab benarkan sebijik karaoke dibuka secara rahsia di pekan Tanah Merah. Alaaa..yang dekat Masjid tuuuu..! Heh!

Dia kata, PAS Pendang memang "caca-merba" sekarang ni. Lemah sangat! Dah sakit teruk. Tak macam di zaman Arwah Ustaz Fadhil Noor dulu. Sebut pasal "Fadhil Noor", aku ada cerita baik pasal dia...heh! Nanti la aku cerita...

Actually, aku ada banyak lagi cerita pasal PAS Pendang. Nanti la aku kupas satu persatu...

Kali ni, aku cuma nak tanya PAS Pendang, depa dah sediakah nak hadapi PRU ke-13?

Bukan apa, mampukah PAS Pendang bertahan dengan gelombang biru UMNO kali ni? Apa yang aku dengar, UMNO Pendang makin bertenaga dan dah bersedia bila-bila masa untuk bertempur! Aku yakin dengan UMNO di Pendang sekarang ni...

PAS tak risau ke tengok kebangkitan UMNO di Pendang. Dibarisi oleh tokoh-tokoh yang lebih muda dan lebih bertenaga berbanding Taulan yang "dhaif", Dr. Hayati yang "goyang teloq" dan pepecahan dalaman PAS Pendang, rasanya PAS huru-hara..!

Aku, insyaAllah, akan gempur Pendang tak lama lagi dengan pendedahan demi pendedahan sampai PRU 13 nanti. Hangpa ingat PAS Pendang kuat? Silap hari bulan, DUN Tokai pun "kalih"..!!! UMNO 3 - PAS 0..!!!

GEMPARRR..!!! SPRM PERLU SERBU PMBKed "TAIKO" BALAK DI GUNUNG INAS..!!!

Posted: 27 Jun 2012 03:27 AM PDT


Semalam, aku dapat maklumat mengenai 4 pegawai SPRM serbu Pejabat Daerah Kota Setar. Katanya, depa investigate pusat-pusat hiburan kat Alor Setar yang dok kecoh-kecoh tu...heh!

Baguih jugak la...depa pi check sama ada pusat-pusat hiburan tu menepati spesifikasi yang ditetapkan atau tidak...

Tapi...rasanya pusat-pusat hiburan tu daftar ikut law kot...maklum la...depa baru bukak, dah tentu dapat kelulusan bomba dan sebagainya...

Rasanya, SPRM lebih sesuai kalau depa pi siasat tentang pembalakan di Gunung Inas, di Baling nunnn..!


Kawasan balak tu dah confirm takdak EIA. PMBKed hanya ada proposed EIA saja, tapi APPROVAL EIA tu depa takdakkk..!!!

Lagipun, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Kedah dah sahkan bahawa projek tarah balak sampai licin kat Gunung Inas tu takdak kelulusan EIA dari jabatannya...

Sebut pasai EIA, aku yakin PMBKed akan "spin" mengatakan compartment balak yang diberikan pada kontraktor-kontraktor tu hanya 400 hektar dan tak payah dapat kelulusan EIA (EIA hanya perlu dipohon bagi kawasan yang lebih dari 500 hektar).

Tapi, PMBKed kena ingat bahawa depa adalah MAIN KONTRAKTOR sebelum agih-agihkan kawasan balak kat Gunung Inas tu. Semuanya melibatkan 5,000 hektar dan pegawai hutan yang kami interview tu kata semua compartment tu akan bercantum..!!!

Jadi, PMBKed sebagai MAIN KONTRAKTOR BALAK memang memerlukan kelulusan EIA dari Jabatan Alam Sekitar sebelum start membahagi-bahagikan compartment dan blok-blok balak tu kepada syarikat-syarikat sub-kontraktornya..kan? Heh!


Tak payah nak putar alam lagi laaa...PMBKed dah terang-terang langgar undang-undang. Sebagai anak SYARIKAT di bawah Kerajaan PAS Negeri Kedah, PMBKed perlu bertanggungjawab..!

Errr..aku nak tanya CEO PMBKed Datuk Shabudin tu...SIAPA PENGERUSI PMBKed? Azizan Razak, Phahrolrazi, Mahfuz, Amiruddin, Mat Sabu atau Zulkifli Yahaya? Heh! 

Harap Zulkifli Yahaya jawab. Maklum laaa..dia kan boss besar penerangan Kerajaan PAS Kedah...heh! Amacam bro..? Ada jawapan?

PANASSS DARI KEDAH..!!! WAKIL PERIBADI ADUN PAS DITAHAN POLIS..!!!

Posted: 27 Jun 2012 12:09 AM PDT

Aku dapat maklumat dari puak-puak PAS Kedah yang dah tak tahan dengan ADUN Kubang Rotan, Nasir Mustafa, mengenai salah seorang wakil peribadinya yang telah ditahan polis kerana menipu wang rakyat..!!!

Lelaki itu berbangsa Cina. Namanya Lim Cheng K**g (LCK), I/C no. 4602*302*089, telah ditahan dibawah seksyen 420 yang membabitkan kesalahan menipu.

Sumber memberitahu bahawa 5 laporan polis telah dibuat terhadapnya sebelum ini atas dakwaan MENGUTIP WANG sebanyak RM2,000 DARI ORANG RAMAI dan berbohong mengenai sebuah projek perumahan kos rendah di kawasan Mergong.

Gila! Cina ni tipu duit orang-orang susah kat Kedah..?!!!

Orang macam tu pun Nasir Mustaffa boleh lantik jadi wakil peribadi ke? Atau memang LCK tu diarahkan oleh Nasir untuk tipu dan rompak duit rakyat?

Aku hairan. Punya banyak duit depa sapu balak dan duit peruntukan jalan dari kerajaan pusat, itu pun tak cukup lagi? Depa balun pulak duit rakyat..?!!!

Mentang-mentang la kuasa ada pada tangan depa, depa "pediah" cukup-cukup! Depa kumpul kekayaan hasil airmata rakyat! Tergamak depa buat lagu ni...ni ke cara Islam? Atau ini hanya cara PAS dan tiada kena mengena dengan Islam..?

LAWAK PAGI INI..AZMIN NAK KENAKAN KHALID, KHALID NAK KENAKAN AZMIN..! HEH..!!!

Posted: 26 Jun 2012 06:08 PM PDT


Tu diaaaa..!!! Azmin dan Khalid Ibrahim punya politik..!!! Heh!

Mula-mula Azmin pasang CCTV besar "gedabak" kat opis Khalid...ingat nak kantoikan Khalid dengan Faekah!

Lepas tu Khalid pulak letak CCTV kat tandas rumah skandal Azmin..heh!

Errrr...aku nak tanya...sapa yang paling teruk kantoi..? Heh!


Keris Pusaka Melayu

Posted: 27 Jun 2012 11:41 AM PDT

Keris Pusaka Melayu


Presiden PVTM Ali Tinju Cuba Mengurat Isteri Menteri Pertahanan Zahid Hamidi ???

Posted: 27 Jun 2012 01:25 AM PDT

Sekali tengok Ali Tinju memang gemar bertinju. Cuma aku kesian tengok Si Ali ini tidak pula bermaya bila kena penangan sms pun dah meraung seluruh dunia dengan memanggil media.

Hebat isteri MenHan bila sms beliau sahaja sudah menggegarkan otak Ali Tinju. Kalau jumpa depan satu lawan satu rasanya Ali TInjur akan tercirit melarikan diri.

Malu kalau ahli PVTM masih mempercayai presiden seperti Ali TInju. Dahlah tidak hebat jaga rumahtangga hingga bercerai berai, sekarang beliau masih mahu  menyerang orang lain termasuk isteri Menteri Pertahanan kerana tidak puast hati.

Baca lagi bro kisah si Ali di blog aku selalu baca kat sini

http://askarsetia.blogspot.com/2012/06/perjuangan-pvtm-untuk-bekas-tentera.html 


PEJUANG BANGSA

Posted: 27 Jun 2012 11:23 AM PDT

PEJUANG BANGSA


Ahli Parlimen DAP songlap duit kerajaan negeri melalui firma guamannya ?

Posted: 27 Jun 2012 05:30 AM PDT




- Ketika dakwaan salah guna kuasa melanda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor masih hangat diperkatakan, sebuah firma guaman milik seorang Ahli Parlimen DAP turut dikatakan menerima habuan daripada kerajaan negeri. Timbalan Ketua Pemuda MCA negeri, Dr. Ching Eu Boon ketika mendedahkan perkara itu berkata, pemberian kontrak itu juga dibuat selepas keputusan mesyuarat berhubung pemberian kontrak kepada sebuah firma guaman diubah secara tidak sah oleh ahli Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ).

 Katanya, laporan pemeriksaan khas pelantikan guaman oleh MBPJ mencatatkan Jawatankuasa Kecil Perundangan yang dipengerusi oleh seorang ahli majlis daripada DAP pada 16 Jun 2010 telah mengubah keputusan melantik sebuah firma guaman bagi mengendalikan kes tuntutan hutang sebanyak RM128,000 terhadap sebuah syarikat yang menyewa kompleks renang.

 Beliau mendakwa, mesyuarat yang hanya dihadiri oleh dua ahli majlis daripada keseluruhan 17 anggota penuh jawatankuasa itu telah memberikan kontrak tersebut kepada sebuah firma guaman milik Ahli Parlimen berkenaan.

 "Apa yang saya bangkitkan adalah mengenai campur tangan ahli majlis MBPJ yang menyalahgunakan kuasa beliau untuk memberikan kontrak tersebut kepada firma peguam berkenaan dengan kos sebanyak RM55,000 sedangkan kontrak awal telah diberi kepada pihak guaman lain yang kosnya hanya sebanyak RM15,000. 


 "Laporan audit dalaman MBPJ mendedahkan salah laku yang timbul itu. Saya percaya kalau sumber dalaman tidak mendedahkan isu ini, maka kes itu akan dibiarkan berlaku tanpa ada pihak yang akan bertanggungjawab," katanya pada sidang akhbar bersama Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed di bangunan UMNO Selangor di sini hari ini. ---

 Eu Boon yang juga Penyelaras BN DUN Pandamaran berkata, berdasarkan pemerhatian audit, tiga mesyuarat jawatankuasa kecil perundangan melibatkan ahli-ahli majlis tersebut tidak disahkan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kesihatan, Perundangan dan Penguatkuasaan MBPJ.

 Selain itu katanya, terdapat juga percanggahan maklumat mengenai kehadiran pada mesyuarat jawatankuasa kecil berkenaan apabila salah seorang ahli majlis yang dicatatkan nama dalam rekod kedatangan mengakui tidak hadir pada mesyuarat tersebut dan seorang lagi ahli majlis yang hadir menyatakan tidak ada sebarang pertukaran panel firma guaman bagi kes berkenaan.

Guan Eng kantoi menipu lagi tentang pelabuhan bebas cukai PP

Posted: 27 Jun 2012 04:36 AM PDT







Lim Guan Eng sekali lagi telah menipu bulat-bulat kepada rakyat.

Awal bulan ini, dia dilaporkan telah menyatakan bahawa BN Pulau Pinang telah menipu terhadap janji yang dibuat terhadap isu pelabuhan bebas cukai.

Di telah menuntut agar BN Pulau Pinang memohon maaf terhadap janji yang telah mereka mungkir dan berkata bahawa PM telah menolak cadangan tersebut.

Apabila ditanyakan tentang status pelabuhan bebas cukai bagi negeri tersebut, Lim berkata bahawa PM menyatakan bahawa sudah terdapat 5 zon bebas cukai di Pulau Pinang, isu untuk menjadikan BN Pulau Pinang sebagai pelabuhan bebas cukai tidak menjadi isu.

Dengan itu, blog-blog dan portal pro-pembangkang mula membantu Lim dengan menyebarkan mesej berkenaan.

Nampaknya, Lim terlupa tentang rekod dan dokumentasi. Orang politik sepatutnya tahu bahawa mereka tidak boleh menipu kerana kini kebenaran boleh dicari di hujung jari.


Jawapan PM terhadap perkara tersebut yang telah direkod adalalh seperti berikut: 



"Walaupunn status pelabuhan bebas cukai tidak lagi wujud, Kerajaan Persekutuan tahu bahawa BN Pulau Pinang telah memberikan cadangan terhadap konsep baru untuk menjana ekonomi di Pulau Pinang, terutamanya dalam bidang perlancongan dan perkhidmatan. 


Kerajaan Persekutuan akan mempertimbangkan perkara tersebut berdasarkan respon dan juga sokongan dari rakyat, dan juga cadangan-cadangan inovatif."
Di bahagian mana yang menunjukkan bahawa PM tidak bersetuju untuk memberikan status pelabuhan bebas cukai?


Perkara yang sama telah didedahkan oleh laman web Cina, Souminews.com yang melaporkan oleh NST hari ini.

Laporan tersebut menyatakan bahawa pemimpin-pemimpin DAP tidak menyatakan sepenuhnya teks jawapan yang diberikan oleh PM di Parlimen. Sebaliknya, mereka mengubah segala kebenaran terhadap perkara tersebut.

Jadi, tidak banyak yang kita boleh katakan terhadap Lim Guan Eng kerana ini bukanlah kali pertama dia menipu rakyat.

Adakah kita mahukan Menteri Besar yang selalu menipu untuk menjaga masa depan negara ini? 



sumber : taiping mali

Siasatan Rafizi jumpa Murad yang sapu RM3 billion !!

Posted: 27 Jun 2012 01:50 AM PDT




Cukup kelakar sekali hujah Rafizi yang cuba menyelamatkan bosnya Anwar Ibrahim dengan menuduh bahawa Datuk Murad Khalid adalah orang sebenar  yang memiliki RM 3 Bilion !

Tanpa memberikan bukti yang kukuh , Rafizi tampil bercakap  seperti  memperbodohkan dirinya untuk pertahankan Anwar di depan media dan rakyat  . Korang lihat la sendir


Kontroversi pemilikan aset sejumlah RM3 bilion yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin rumit apabila Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula mendakwa nilai aset itu sebenarnya milik bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid.
Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli mendakwa Abdul Malik membuat akuan bersumpah (SD) palsu kira-kira 13 tahun lalu bagi mengaitkan Anwar yang juga Ketua Pembangkang dalam isu berkenaan.
Dakwa Mohd Rafizi lagi, berdasarkan semakan peribadinya mendapati Abdul Khalid menggunakan kedudukan beliau sebagai Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia untuk mengumpul kekayaan.
"Siasatan saya menunjukkan beliau mempunyai hubungan dengan banyak syarikat yang mempunyai kepentingan dengan Bank Negara dan industri perbankan di Malaysia.
"Ini menimbulkan tanda tanya sama ada Abdul Murad terlibat dalam pelbagai salah laku dan penyelewengan serta menggunakan kedudukan beliau untuk mengumpul harta. Saya mengajukan pendapat bahawa dakwaan Abdul Khalid mengenai kewujudan akaun induk yang memegang hartanah dan saham sebenarnya merujuk kepada pegangan beliau sendiri," katanya menerusi kenyataan media di sini, Rabu.
Sebelum ini Abdul Murad mengesahkan membuat akuan bersumpah mengenai akaun RM3 bilion yang didakwanya membabitkan Anwar pada 1999.
Abdul Murad dilaporkan mendakwa Anwar mengawal 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang yang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilion.
Bagaimanapun Mohd Rafizi menimbulkan keraguan berhubung akuan bersumpah itu kerana tidak dilampirkan bukti kukuh untuk mengaitkan Ketua Pembangkang itu.
"Perakuan bersumpah beliau tidak memberikan fakta dan senarai semua harta yang didakwanya dimiliki oleh Datuk Seri Anwar. Sebaliknya, ia hanyalah dakwaan dengan menyebut beberapa nama yang kemudiannya dikaitkan dengan Anwar.
"Jika rekod beliau sendiri pun tercalar dengan dakwaan rasuah dan salahguna kuasa, ini menimbulkan keraguan bahawa perakuan bersumpah yang dibuat beliau adalah tidak benar, terutamanya apabila beliau tidak menyenaraikan harta atau saham yang kononnya dimiliki oleh Datuk Seri Anwar," katanya.

Hot ! Video khatib PAS berdoa khutbah Jumaat berbaur politik !

Posted: 27 Jun 2012 12:54 AM PDT



Nah didedahkan video doa khutbah Jumaat di Masjid Tmn Guar Perahu yang menjadi kontroversi hingga diheret isu kariah ke balai polis kelmarin .

 Secara logik la ..sesuai kah doa sedemikian di khutbah Jumaat hingga disebut PRU 13 ?? Ini bukti jelas PAS menyalahgunakan rumah Allah & mimbar Jumaat untuk diselitkan unsur politik .Itu yang menjadi isu pokoknya yang ditegur oleh 2 orang pengadu yang dilabel jawatankuasa kariah PAS sebagai fitnah .


 Di mana nama YDP Agong & TYT Pulau Pinang seperti kebiasaanya disebut dalam doa khutbah
Jumaat di masjid PP ?





Inilah padahnya bila juak-juak PAS berkuasa di masjid yan sekaligus memecahbelahkan jemaah kariah di kawasan itu .

Jawatankuasa Kariah masjid pecahbelahkan umat Islam !

Posted: 26 Jun 2012 11:17 PM PDT



Apa kejadahnya  ni  masalah di dalam kariah masjid diheret ke balai polis ?? Teguran anak kariah yang tak mahu doa berbaur  politik di dalam khutbah Jumaat pun nak report ?

Masa dulu seorang ostat  PAS   berkhutbah & berdoa nama  lim guan eng , mengapa tak report polis ?

GPB nak tanya Ostat Abu Bakar Bakilani ni la ... tahukah perbuatan hang ni boleh memecahbelahkan lagi umat Islam ??  Sewajarnya masalah ini diselesaikan secara baik tapi beliau nak politikkan isu ini .


 Institusi  Masjid & anak kariah Tmn Guar Perahu nampaknya  telah menjadi mangsa politik gila kuasa juak-juak PAS .  Jangan marah kalau orang tak pergi masjid dek kerana meluat dengan politik hang pa bawa masuk tu ...

Video khutbah ..KLIK DI SINI

BUKIT MERTAJAM – Kariah Masjid Saidina Abu Bakar as-Siddiq Taman Guar Perahu, semalam, membuat laporan polis berhubung laporan sebuah stesen televisyen swasta mengenai dakwaan seorang khatib mendoakan supaya kerajaan digulingkan dalam pilihan raya akan datang.

 Laporan dibuat Pengerusinya, Abu Bakar Bakilani Abu Hassan di Balai Polis Kubang Semang, pada jam 4.20 petang.

 Sebelum itu, lebih 100 penyokong PKR dan Pas turut berarak mengiringi beliau dari Taman Guar Perahu menuju ke balai, dan mengadakan demonstrasi aman di hadapan balai sejurus tiba bagi menyatakan bantahan terhadap kenyataan yang dibuat terhadap khatib tersebut.

 Abu Bakar ketika ditemui berkata, pihaknya menuntut permohonan maaf secara terbuka oleh dua individu yang membuat kenyataan, selain sebuah stesen televisyen swasta yang bertindak sebagai penyiar kepada dakwaan itu.

 "Tujuan laporan polis ini dibuat adalah bagi menyatakan rasa marah di samping membersihkan nama baik masjid yang sudah tercemar. "Kita menuntut pihak berkenaan (individu dan stesen televisyen) supaya memohon maaf secara terbuka kepada kariah masjid," katanya.

 Tegas Abu Bakar, khatib di dalam doa khutbah tersebut tidak langsung menyebut mahu menggulingkan kerajaan, mahu pun menujukan ia kepada mana-mana parti. Katanya, pihaknya juga sudah meneliti rakaman khutbah, dan ia jelas bercanggah dengan apa yang didakwa.

 Terdahulu, sebuah stesen televisyen malam Sabtu menyiarkan kekecewaan beberapa kariah masjid terhadap seorang khatib yang mendoakan 'kerajaan perlu digulingkan' dalam khutbah Jumaat di masjid berkenaan minggu lepas. Dan, kelmarin, Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir meminta MAINPP menyiasat khatib ekoran doanya itu didakwa boleh memecah-belahkan umat Islam, selain perbuatannya yang dianggap menghasut.

Blogger Pro pembangkang dibelasah di Kelantan ?

Posted: 26 Jun 2012 08:20 PM PDT




Perhimpunan dua kumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di hadapan Kompleks Kota Darul Naim, semalam dicemar kekecohan sebelum sempat ia dimulakan. Kumpulan menyokong Kerajaan Negeri, Royalti mengadakan pra perhimpunan royalti menjunjung Titah Tuanku Sultan Muhammad V menyerahkan memorandum tuntutan royalti Kelantan.

 Sementara Himpunan Sedar diketuai Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK), mendesak Kerajaan Negeri bentang maklumat peruntukan Kerajaan Pusat yang dibelanjakan dalam menyediakan air bersih. Kekecohan perhimpunanmelibatkan 5,000 peserta itu berpunca daripada perebutan kawasan untuk berhimpun. Perselisihan faham bermula dengan lontaran botol minuman yang membawa pergaduhan menyebabkan lima peserta Royalti cedera.

 Perhimpunan berakhir jam 11 pagi itu, dipenuhi 'perang mulut' kedua-dua pihak yang berhujah bagi menyokong tuntutan menggunakan pembesar suara. Mangsa, Abu Samah Hassan berkata, kejadian itu berlaku ketika pihaknya sedang berunding dengan anggota polis bertugas berhubung urusan pembahagian kawasan himpunan.

 Beliau yang juga Naib Presiden Royalti berkata, sewaktu berunding, keadaan tegang dengan provokasi daripada Sedar dan menyebabkan dia berbincang dengan ketua kumpulan tersebut. "Oleh kerana perundingan tidak berjaya, saya ambil keputusan beredar.

 Namun, ketika beredar, saya dipukul dengan kuat dari arah belakang dan terkena bahu, leher dan kepala," katanya selepas membuat laporan polis di Balai Polis Pengkalan Chepa, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Kota Bharu. Sementara itu, seorang lagi mangsa, Khairul Nizam Abd Ghani, 31, yang merupakan pengendali blog adukataruna.blogspot.com berkata, dia menerima tiga jahitan di kepala setelah dipukul 15 individu dari pihak yang sama.

Pandangan ustazSAID

Posted: 27 Jun 2012 09:07 AM PDT

Pandangan ustazSAID


Bacaan Menjelang PRU13....

Posted: 26 Jun 2012 04:29 PM PDT

Kaum Cina, dikatakan kaum yang praktikal dan bukan emosional dalam menentukan matlamat hidup mereka.  Praktikaliti bagi mereka, dinilai dari sudut keuntungan ekonomi dalam jangka masa panjang.  Mereka sabar, tekun dan kekal fokus untuk mencapai apa yang diidamkan.

Dalam menentukan kerajaan yang memerintah juga, kaum Cina mengambil sikap yang sama dan bergerak sebagai satu kumpulan bagi memastikan keuntungan maksima kepada kaum mereka.

Barisan Nasional telah menjadi pilihan kaum Cina sejak sekian lama kerana mereka yakin bahawa parti ini mampu menyediakan persekitaran dan lanskap yang sesuai untuk mereka 'berkembang'.

Walaupun terdapat puak-puak ekstremis Cina yang cuba menafikan keupayaan BN serta menghasut kaum Cina agar berprasangka, malah membenci BN dengan membangkitkan soal Hak-hak Istimewa Bumiputera tetapi tiada seorang pun manusia di dunia ini yang mampu menolak hakikat bahawa kaum Cina di Malaysia adalah antara yang paling makmur sekali di dunia di bawah pemerintahan BN.

Sekolah-sekolah Cina, dahulunya dibuka sebagai persediaan untuk kaum Cina kembali ke tanahair mereka selepas puas mencari kekayaan di negara ini.  Namun, majoriti  kaum Cina terus kekal di sini, menjadi warganegara yang setia kerana mereka tahu kerajaan Perikatan ketika itu, dan BN hari ini, akan tetap membela mereka.

Namun begitu, sokongan kaum Cina terhadap BN hari ini dikatakan merosot secara drastik dan apa saja yang dilakukan oleh BN tidak akan mampu lagi untuk memulihkan keadaan ini.

Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna yang mereka menyokong Pakatan Rakyat.  Mungkin mereka tersasar sekejap pada tahun 2008 akibat terpedaya dengan janji-janji manis Anwar Ibrahim dan faktor-faktor lain, tetapi seperti yang dikatakan tadi, kaum Cina bukan bertindak berdasarkan emosi, tetapi praktikaliti.

Akhir-akhir ini, Anwar mula dipandang serong oleh kaum Cina apabila beliau membangkitkan idea untuk menghapuskan PTPTN yang mana akan merugikan para pelajar, termasuk anak-anak bangsa Cina yang majoritinya memilih pusat pengajian tinggi swasta yang jauh lebih mahal harganya.

Kemudian, Anwar sekali lagi menggusarkan kaum Cina apabila bertindak 'mengambil alih' perhimpunan BERSIH 3.0 dan menonjolkan warna sebenarnya sebagai seorang pemberontak yang ingin membuat huru-hara.   Sudah tentu kaum Cina tidak inginkan huru-hara kerana ia akan bermakna kerugian bagi perniagaan mereka.

Maka, dua insiden ini menjadi titik penting untuk kaum Cina kembali mengimbas sejarah lama dalam menjustifikasi undi mereka dalam pilihanraya kali ini.

Ternyata sejarah tidak pernah berbohong dan sejarah telah memaparkan siapa Anwar yang sebenarnya.

Setelah membaca sejarah Anwar ramai anak-anak muda Cina kembali berpijak di bumi nyata dari terus bermimpi diperintah oleh Pakatan Rakyat yang kononnya bakal memberi mereka kesamarataan total bagi membolehkan mereka berkembang ke tahap maksima dan menelan kaum-kaum lain di Malaysia.

Anwar Ibrahim adalah manusia dengan begitu banyak personaliti jika tidak, takkanlah beliau digelar 'sesumpah' oleh wartawan barat.

Anwar Ibrahim adalah manusia dengan begitu banyak personaliti jika tidak, takkanlah beliau digelar 'sesumpah' oleh wartawan barat.

Mengikut pendedahan buku The 'I' Files, pada satu masa, Anwar adalah seorang Muslim fanatik yang mengimpikan negara Islam 'sempurna' ala Iran, berkiblatkan Saudi, berfahaman Wahhabi dan tiada tolak ansur dalam menangani kemungkaran.

Bagi Anwar, kaum Cina dan barat semuanya adalah ancaman kepada Islam.  Sehinggakan, kata penulis buku tersebut, Hasan Ali juga tidak dapat menyaingi 'mimpi' Anwar pada waktu itu!

Pendedahan ini boleh dibuktikan dengan sikap dan tindakan yang diambil oleh Anwar ketika menjadi Menteri Pendidikan pada tahun 1986-1990.  Beliau mula melantik Guru Besar yang tiada latarbelakang pendidikan Cina di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina.

Anwar juga tidak pernah membela sekolah Cina malah beliaulah yang begitu giat membawa semangat nasionalis sepertimana Indonesia di mana identiti kaum-kaum lain dihapuskan sama sekali bagi membentuk sebuah bangsa yang bersatu padu.

Hanya pada tahun 1996, kerajaan BN telah meminda Akta Pendidikan 1961 seksyen 21 (2) untuk menarik balik kuasa Menteri Pendidikan menukar kedudukan sekolah Cina kepada sekolah kebangsaan selepas bantahan DAP dan Dong Jiao Zong.

Selain pendirian Anwar mengenai kedudukan kaum Cina di Malaysia yang sukar dijangka kerana asyik berubah-ubah mengikut keadaan politik semasa dan kepentingan peribadinya, Anwar juga dikhuatiri oleh kaum Cina sebagai tidak mempunyai kelayakan dan kebolehan untuk mentadbir ekonomi.

Ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan, dan kebetulannya pada tahun-tahun akhir sebelum dipecat iaitu 1997/98, negara telah mengalami serangan ekonomi yang buruk.   Kebolehan Anwar sebagai Menteri Kewangan telah teruji dan ternyata Anwar gagal sama sekali.

Dalam kebuntuan, Anwar telah mengambil keputusan yang mudah tetapi salah, iaitu menurut sahaja telunjuk IMF.   Kadar faedah pinjaman dinaikkan secara drastik menyebabkan perniagaan tidak mampu membayar pinjaman dan bank-bank pula terbeban dengan 'Non-Performing-Loan' (NPL).

Akibatnya, ekonomi Malaysia hampir lumpuh sepenuhnya apabila perniagaan ditutup, bank-bank pula mengalami kerugian dan pengangguran meningkat sehingga menyekat kadar dayabeli rakyat.

Malaysia bertuah kerana diselamatkan oleh kebijaksanaan Perdana Menteri ketika itu, iaitu Y.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berani mengambil langkah tidak popular dan menelan segala kritikan demi menyelamatkan negara yang hampir bankrap.

Tindakan ini menyebabkan BN berjaya memenangi PRU 1999 apabila kaum Cina menaruh keyakinan dan kepercayaan kepada kepimpinan Barisan Nasional sekali gus menjauhkan mereka dari pembangkang pada ketika itu, Barisan Alternatif yang diterajui oleh Anwar Ibrahim.

Justeru, kita percaya kaum Cina cukup bijak untuk belajar dari sejarah dan tidak mudah terpengaruh oleh emosi yang kurang tenteram akibat dihasut oleh puak ekstremis, chauvinis, rasis dan pentingkan diri sendiri.

Selama ini, negara ini berdiri teguh atas kerjasama semua kaum.  Dan kerjasama ini menjadi teguh kerana wujudnya perlembagaan yang mengambil kira keadilan mengikut struktur ekonomi dan sosial kaum-kaum di Malaysia dan bukannya kesamarataan secara buta tuli.

Formula di dalam perlembagaan inilah yang menjadi kunci keamanan, keteguhan dan kemakmuran negara ini.  Maka semua kaum wajar terus menjulang perlembagaan negara bagi memastikan apa yang dikecapi hari ini akan terus bercambah dan kukuh selama-lamanya.

Di masa yanga sama, kita melihat apa yang dimomokkan oleh Anwar hanyalah ilusi, mimpi dan fantasi seorang manusia yang gila kuasa.

Kemungkinan besar Anwar sendiri tidak tahu apa yang diperkatakan dan dijanjikannya kerana kemungkinan besar Anwar sendiri tidak kenal lagi siapa dirinya iaitu sama ada beliau seorang fanatik, ektremis, liberal ataupun plural.

Oleh itu, jalan terbaik bagi rakyat ialah memilih kepimpinan BN yang 'moderate' dan kekal konsisten dengan prinsip dan pendirian ini.

Imran Heng Abdullah http://feedproxy.google.com/~r/umnoonline/~3/EvXoEAJvbxU/?utm_source=feedburner&utm_medium=email

Awekz Bukit Gantang

Posted: 27 Jun 2012 08:01 AM PDT

Awekz Bukit Gantang


PAS dan PKR dimadukan DAP???

Posted: 26 Jun 2012 09:25 PM PDT




Sejak PAS berkahwin dengan DAP bermadu pula dengan PKR semakin hari dapat dilihat mereka sudah seperti parti Chauvinis Cina tersebut. Baik dari segi perwatakan, sikap, prinsip juga dasar parti Islam yang dibawa mereka sendiri.

Dapat dilihat PAS sudah hilang arah, apatah lagi dalam mempertahankan hak orang Melayu dan lebih buruk lagi apabila mereka tersasar dari perjuangan sebenar mereka, manakala DAP bijak mengatur langkah dan strategi untuk menawan hati orang Melayu. Sebagai contoh, kini DAP menggula-gulakan orang Melayu kononnya parti itulah pejuang yang ikhlas terhadap agenda Melayu di Pulau Pinang.

Selain itu, DAP turut merasuah orang Melayu dengan memberi peruntukan lebih tinggi kepada majlis agama negeri dan projek-projek kecil namun hakikatnya projek pembangunan yang besar dan bernilai tinggi pula disapu oleh pemimpin dan kroni DAP berbangsa Cina.

Oleh kerana gula-gula yang diberikan ini, PAS dilihat menyanjung tinggi DAP dimana pada suatu ketika dulu pernah dilabel sebagai dilabelnya sebagai kafir harbi dan pengkhianat Melayu. Setelah disatukan, apa saja yang dilakukan DAP bertukar menjadi halal, bersih dan bebas dari dosa. Tidak cukup dengan itu PAS sanggup menukar dasar dan perjuangannya menuntut sebuah negara Islam kepada yang satu konsep yang lebih lunak dan tidak merbahaya kepada DAP iaitu 'negara berkebajikan'.

Lupakah kita dengan kebidapan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Nizar Jamaluddin berhubung isu pembelian plat WWW 1 oleh Sultan Johor? Lupakah orang Melayu Perak khususnya akan episod 'sembah derhaka' Nizar kepada Sultan Azlan Shah apabila enggan meletak jawatan apabila dititah berbuat demikian pada awal 2009?

Harus diingat ia hanyalah sebahagian dari bukti yang menunjukkan bahawa PAS sudah tersasar jauh dari landasan. PAS sudah menolak hak ekslusif Melayu di Tanah Melayu itu sendiri, PAS tidak menghormati Institusi Diraja malahan PAS kini memperjuangkan 'negara berkebajikan'!!!

Awekz: Apabila matlamat asal telah dikorbankan, apabila bangsa sendiri dipinggirkan apakah perlu PAS diperjuangkan...Hanya kerana matlamat DAP, PAS akhirnya terkorban... Fikir-fikirkan...



Dd i n b u n g a

Posted: 27 Jun 2012 08:00 AM PDT

Dd i n b u n g a


KAMI BANGGA MENJADI ANAK MANJOI!!!

Posted: 25 Jun 2012 08:33 PM PDT


PERASMIAN MYDIN OLEH YB DS AHMAD HUSNI HANADZLAH

UCAPAN PERASMIAN YB DS AHMAD HUSNI HANADZLAH

KEDAI RAKYAT 1 MALAYSIA (KR1M) DI KG TENGKU HUSIN YANG AKAN DIRASMI KELAK PEMBUKAANNYA

GERBANG MANJOI

KAMI BANGGA MENJADI ANAK MANJOI!!!!!

SEBAIK SAJA YB DS AHMAD HUSNI HANADZLAH MENJADI AHLI PARLIMEN TAMBUN, TEKAD DAN CITA - CITA BAGI MELIHAT GUGUSAN MANJOI SEBUAH PERKAMPUNGAN MELAYU TERBESAR DI SEMENANJUNG YANG PADAT DENGAN PENDUDUK SERAMAI LEBIH KURANG 30,000 MENJADI SEBUAH KAMPUNG YANG MODEN.

YB DS AHMAD HUSNI HANADZLAH

LANGKAH PERTAMA YANG DILAKUKAN OLEH YB DS AHMAD HUSNI DENGAN
MEMASUKKAN GUGUSAN MANJOI DIDALAM PENTADBIRAN MAJLIS BANDARAYA IPOH, ANAK - ANAK HARUS DIBUKA MINDA DIDALAM SUASANA PERMODENAN DAN INFRA YANG LENGKAP SERTA CERIA, WALAUPUN KETIKA ITU PEMBANGKANG MEMPROTES USAHA TERSEBUT AKHIRNYA DENGAN BEBERAPA SIRI ROADSHOW PENERANGAN DIATUR DENGAN JKKK, UMNO, NGO SERTA PENDUDUK AKHIRNYA USAHA PEMBANGKANG GAGAL, PENDUDUK MENYOKONG USAHA YB DS AHMAD HUSNI UNTUK MELETAKKAN GUGUSAN MANJOI DIDALAM PENTADBIRAN MBI BERJAYA.

LAWATAN PROJEK PEMBINAAN MYDIN SATU KETIKA DULU OLEH YB DS AHMAD HUSNI HANADZLAH

SELEPAS PERISTIWA ITU LAH GUGUSAN MANJOI YANG MEMPUNYAI 5 PERKAMPUNGAN BESAR YANG TERDIRI DARI KG MANJOI, KG TENGKU HUSIN, KG SUNGAI TAPAH, KG DATO AHMAD SAID DAN KG RPT JELAPANG JAYA & JELAPANG BARU, HARI DEMI HARI MULA PESAT MEMBANGUN DENGAN TIDAK PUTUS PUTUS PEMBANGUNAN DILAKUKAN OLEH YB DS AHMAD HUSNI DIBANTU OLEH YB DATO NADZRI ISMAIL ADUN MANJOI DENGAN KERJASAMA AKRAB OLEH AGENSI KERAJAAN SEPERTI MBI, PEJABAT DAERAH, JKR, JPS DAN AGENSI AGENSI KERAJAAN LAIN.

MASJID 2 TINGKAT AR RAHMAN KG TERSUSUN SG TAPAH

KINI BERBAGAI PEMBANGUNAN TELAH LENGKAP DIMANJOI SEPERTI :-

1. 7 BUAH SEKOLAH KEBANGSAAN, SEKOLAH MENENGGAH & SEKOLAH ASRAMA
2. 1 KLINIK KESIHATAN
3. 1 PASAR
4. 6 BUAH PERPUSTAKAAN 1 MALAYSIA
5. 5 BUAH MASJID
6. 12 BUAH SURAU
7. 2 BUAH PINTU GERBANG
8. KEDAI RAKYAT 1 MALAYSIA (KR1M)
9. 4 TADIKA KEMAS
10. 7 SEKOLAH AGAMA RAKYAT
11. 1 SEKOLAH MENENGAH AGAMA RAKYAT
12. PEJABAT TANAH DAN DAERAH IPOH
13. 1 MINI STADIUM
14. 6 BUAH GELANGGANG RAKYAT
15. 11 BUAH DEWAN ORANG RAMAI
16. 2 BUAH DEWAN SERBAGUNA
17. 1 PUSAT KOMPUTER
18. 4 BENGKEL PERKUMPULAN WANITA
19. 9 BUAH JAMBATAN KONKRIT
20. 3 BUAH DERETAN GERAI RAKYAT
21. PUSAT PENDIDIKAN ISLAM AL BARAKAH
22. 1 STESEN PETRONAS
23. 1 BALAI POLIS
24. WAKAF USAHAWAN
25. 1 PASARAYA MYDIN

RUMAH KEDAI JALAN RAJA KG MANJOI

WAKAF USAHAWAN DI KG TENGKU HUSIN

PEMBANGUNAN YANG BAKAL WUJUD SEDIKIT MASA LAGI SEPERTI

1. JAMBATAN BARU JALAN MENTERI MANJOI
2. DERETAN GERAI RAKYAT DI JALAN BAHARU MANJOI
3. DERETAN GERAI RAKYAT DI MASJID ASSAADAH KG DATO AHMAD SAID TAMB 2
4. TAMAN REKREASI DAN RIADAH SG TAPAH
5. 2 GELANGGANG RAKYAT TERMASUK DATARAN DAN KIOST PENIAGA
6. PUSAT REKREASI DAN RIADAH PINGGIRAN SUNGAI PARI MANJOI
7. 1 BUAH CAWANGAN BANK SIMPANAN NASIONAL
8. 1 AR RAHNU
9. PEMBUKAAN PEJABAT TEKUN NASIONAL

ITU LAH KERJA BN UNTUK KESEJAHTERAAN RAKYAT, KURANG BERCAKAP TAPI BUKTIKAN DENGAN KERJA, TIDAK MENYALAHKAN ORANG LAIN TETAPI TUNJUKKAN KEMAMPUAN UNTUK MEMBANGUNKAN UMMAH MENGGUNAKAN SISTEM ISLAM SYARIAH, MUAMALAT, MUNAKAHAT DAN JINAYAT.

SEMUA PIHAK MENGECAPI NIKMAT DAN KESEJAHTERAAN HIDUP DIDUNIA DAN AKHIRAT TAK KIRA DIA ORANG UMNO, DIA ORANG PAS KER, PKR KER MALAH RAKYAT KESELURUHAN TAK TERKECUALI.

JANGAN SIBUK MERACUN FIKIRAN RAKYAT, JANGAN HANYA TAHU MEMAKI HAMUN USAHA UNTUK MEMBANGUNKAN MANJOI, JANGAN NAK MEMFITNAH SETIAP APA YANG MEMBANGUN DI MANJOI, JANGAN TAHU MENCARI KELEMAHAN ORANG LAIN SEDANG KAN KITA HANYA MENUMPANG ATAS SEGALA USAHA YG DILAKUKAN OLEH ORANG LAIN.

KITA DOAKAN PARLIMEN TAMBUN AKAN TERUS MAJU DAN SEJAHTERA DI BAWAH KEPIMPINAN YB DS AHMAD HUSNI HANADZLAH, MENTERI KEWANGAN KEDUA DAN AHLI PARLIMEN TAMBUN DAN BARISAN NASIONAL.

SOKONG LAH BARISAN NASIONAL!!

"KATAKAN TAK NAK ORANG LUAR"


bumiyang

Posted: 27 Jun 2012 03:46 AM PDT

tunku

Posted: 27 Jun 2012 03:43 AM PDT

tunku


Malaysiakini (DAP) Promotes Racism

Posted: 26 Jun 2012 09:00 AM PDT

It is amazing how Malaysia has come so far as a multiracial country. As an Islamic religious scholar from Turkey once said, "Malaysia is a country destined to be hell but somehow the leaders managed to make it a heaven."
Human nature makes it hard for us to handle each other's differences. Even as civilized, well-educated people, we do not accept differences naturally. Accepting differences is hard work and often, humans failed. The wars may be caused by something deeper like the oil resources but they were all triggered by differences.
But Malaysia managed to get over all differences with one little formula – the Article 153 in our constitution that states the rights of the Bumiputeras. Sure enough, the Article may not make some of us happy but being a little unhappy in a heavenly place, with the economy in your hands, is definitely better than being in a total hell.
The 'Article' is what saved Malaysia from going down the same road with Indonesia during the Reformasi movement. Because in Malaysia, although the Malays are unhappy with the Chinese's control over the economy but they know that the Chinese too, are unhappy knowing that they can't take it all.
Taking this 'Article' away would mean disaster. It is unfortunate for Malaysia that we must have irresponsible people who love to play with racial fire. One party calls the other racist and the other would retaliate calling the party 'pendatang'.
Since there is no ending to this, the Prime Minister has tried with all his might to clear the air and firmly stated that the Chinese too, are loyal citizens and calling them 'pendatang' is not only inappropriate or downright wrong, but lunatics. With that, he referred to the Chinese who truly behave like loyal citizens who put their nationalism first, rather than race - the Chinese who do not question the constitution and the Royal Institutions of Malaysia.
But somehow, Malaysiakini is just too keen to pour petrol to the dying fire. Their readers too took the PM's call sarcastically by questioning the PM's effort in curbing racism. 'Perkasa' is again brought up as a symbol of Malays' or UMNO's racism saying that these are the lunatics that the PM referred to and that until Perkasa is abolished, they will not take the PM's effort as genuine.
The question is what about Dong Zong or Dong Jiao Zong or Hindraf? Why are Chinese and Indians NGOs who strive for the rights of their races are okay, but Perkasa is not? Isn't it almost like a crow calling a dove black? Now, who is the real racist here?
The true lunatics are the people who would rather live in hell rather than heaven by putting as much effort as they can to create a racial uproar. They do this by condemning, belittling, ridiculing and ignore every effort made by the government to promote unity.
They insist in being separated forever from other races and refuse to accept Perkasa's fight for unity through One School for All system. They keep hammering the Article 153 as the ultimate barrier between them and what they thought would be a better heaven.
Everything is all about what they want, what would benefit them and others can go to hell. What they didn't know is that we all live on the same ground, and one can't go to hell without dragging the others along.
So, Malaysiakini should stop dragging people to hell and start learning to appreciate and value this heavenly place.

tunku : malaysiakini is the voice of dap in disguise. we know that dap is a racist party though the pretend not to be one. these are the people that will destroy the unity of malaysian . we must not allowed them to do.

anakbukitgantang says

Posted: 27 Jun 2012 03:35 AM PDT

anakbukitgantang says


Pengaruh Wahhabi dalam PAS -tulisan Manjung Mari yang mengecam Ustaz Zamihan

Posted: 26 Jun 2012 10:43 PM PDT

 
Susulan pendedahan saya berkenaan pengaruh Syeikh Qubt yang radikal dalam Ikhwan Muslimin dan PAS- Keterlibatan pemimpin PAS  yang menyebarkan fikrah sesat Syeikh Qubt adalah dari peringkat pemimpin seperti berikut:
1- "Fadzil Noor  yang pernah mengajar kitab Arab 'Fi Dzilallil Quran' [Karya Syed Qutb] di Markas PAS Kedah,
2-Abdul Hadi mengajar buku 'Ma'allim Fit Thariq' [Karya Syed Qutb] di Terengganu
3- Nik Aziz Abdul Aziz dengan buku-buku [Fiqh Sunnah karya Syed Sabiq] di Kelantan,
4- Yusuf Rawa tidak ketinggalan menyebarkan Ajaran Quthubiyah kepada masyarakat awam di Malaysia"
-sumber  Blog PAS vs PAS
Hari ini PAS semakin berkuasa di Malaysia setelah menang 22  kerusi Parlimen, membentuk Kerajaan Negeri di  Kelantan dan Kedah sementara di  Selangor dan Pulau Pinang PAS maseh berupaya menyebarkan dakyah Wahhabi dan Syiah kerana menjadi rakan kongsi Pakatan  selepas PRU12. Di Perak pengaruh PAS dan penyebaran ajaran Wahhabi maseh banyak almaklum Perak pernah dijajah rejim Wahhabi ini selama 11 bulan selepas PRU12.


Apakah impak pemikiran Syeikh Qubt dan kesesatan Wahhabi terhadap umat Islam di Malaysia? PAS telah berjaya mendokrinasi  pemikiran rakyat Malaysia yang jahil ugama bahawa bahawa "PAS adalah ugama dan ugama adalah PAS" sejak dari TASKI. Bahaya akidah umat Islam diselewengkan semakin besar-oleh itu saya menyeru semua umat Islam yang sayangkan ugama Islam supaya bersatu di bawah 2 kalimah syahadah ( dan  tanpa mengira batas politik).
Ikuti tulisan Ustaz Mohd Hanif di blog Aqidatul Tanzih iaitu blog kepunyaan Ustaz Zamihan Al-  Ghairi seorang pejuang Islam ASWJ dan mantan pegawai JAKIM yang kini berkhidmat di KDN.


Pada 14 April 2012, Sabtu telah berlangsungnya siri ceramah Al-Fadhil Ustaz Hj Zamihan al-Ghari di Masjid Daerah Manjung yang dihadiri oleh ribuan jemaah. Kupasan demi kupasan tentang penyelewengan ajaran Wahhabiy, Syiah dan Hizbut Tahrir dibentangkan agar umat Islam tidak mendekati ajaran-ajaran yang menyeleweng ini. Alhamdulillah, dengan kekuatan yang dianugerahkan oleh Allah swt, maka segala penyampaian untuk menegakkan yang haq dan membenteras ajaran-ajaran yang bathil dapat disempurnakan dengan baik sekali.

Sebagaimana lazimnya, sebelum bertolak ke Manjung untuk sesi ceramah, Al-Fadhil Ustaz Zamihan al-Ghari akan ada blog-blog penyokong Wahhabiy tegar dan mereka yang jahil dalam memahami isu Aqidah akan menyerang Al-Fadhil Ustaz Zamihan di blog-blog mereka.
Salah satunya penulis blog yang pengecut, bersembunyi di sebalik nama manjungmari.blogspot. yang nama sebenarnya ialah Mohd Desa Bin Ahmad akan menulis dengan kata-kata tohmahan dan fitnah terhadap sesiapa sahaja yang menyatakan kebenaran tentang Aqidah dan menyanggah kata-kata bathil dari pemimpin kesayangannya di blognya yang penuh dengan fitnah jahat.
Mohd Desa Bin Ahmad @ Manjung Mari.

Inilah dia wajah yang konon-kononnya berjuang untuk Islam tetapi tidak kenal Aqidah Islam yang sebenarnya. Maka tidak hairanlah, sebelum ini Mohd Desa menyerang Ustaz Kazim Elias, Ustaz Abu Syafiq dan Ustaz Zamihan al-Ghari sendiri di dalam blognya tetapi menjadi kecut apabila hadir dalam ceramah yang diadakan.

Sumber dari sebuah blog Taiping Mali mendedahkan kebiadapan penulis blog Manjung Mari ini yang turut menyerang peribadi pemimpin-pemimpin Negara kerana beliau gagal dalam mendapatkan habuan kontrak untuk menjadi kontraktor di Pengkalan Tentera Laut, Lumut Perak.

Inilah dia sikap orang yang kecewa kerana nak mendapatkan habuan duniawi sehingga sanggup menjadi alat memecahkan kesatuan umat Islam yang ada.Kepada Mohd Desa Bin Ahmad @ Manjung Mari, nasihat saya, janganlah jadi manusia yang pengecut, menulis di blog kamu setelah semuanya berakhir tetapi tidak berani tampil dan bangkit untuk berhujah secara berilmiah dan beradab dalam majlis ceramah yang diadakan.


-Sumber   Ustaz Mohd Hanif

kesesatan Syeikh Qubt, pengaruhnya dalam Ikhwan Muslimin dan PAS

Posted: 26 Jun 2012 06:12 PM PDT

Peringatan ini diberikan setelah meneliti hujah para alim dan rujukan dari kitab ugama yang diberikan. Artikel ini pernah disiarkan dalam blog Pas vs Pas rujuk Syeikh Qubt dan PAS.

Syeikh Qubt adalah seorang pemimpin yang berpengaruh dalam Ikhwan Muslimin. Kemenangan wakil Ikwan Muslimin bakal mencorakkan negara Mesir yang selama ini dikuasai oleh Islam ASWJ dan Fatwa dunia Islam oleh Syeikh Al Azhar. Walaupon Syeikh Al Azhar ramai dan berjumlah ribuan orang pada waktu ini tapi perlu diingatkan  tentang erti  Hadis ini:

Dan Abdullah bin 'Amr bin al 'Ash, ia berkata: Aku telah mendengar Rasulullah -Sholallahu Alaihi Wassalam- bersabda:

"
Sesungguhnya Allah tidaklah mengangkat ilmu dari para hamba-hamba-Nya, akan tetapi Dia akan mengangkat ilmu dengan memat...ikan para ulama, sehingga bila tidak tersisa (dalam salah satu riwayat: Tidak meninggalkan) seorangpun ulama, maka manusia menjadikan pemimpin-pemimpin yang bodoh, maka mereka pun ditanya (dimintai fatwa), sehingga mereka berfatwa dengan tanpa ilmu, maka mereka pun sesat dan menyesatkan. [Muttafaq 'alaihi: Bukhari no: 100, Muslim no: 2673.]
 
Kenapa perlu digali semula pemikiran Syeikh Qubt dan impaknya ke atas Hizbul Muslimin? Jawapannya mudah -Bukankah sudah dinyatakan di akhir zaman melalui One World Order nanti Yahudi akan memerangi negara Islam dan meletakkan proksi mereka yang lebih akur kepada perintah mereka?  Syiah yang dimulai oleh Abdullah bin Saba' pada zaman Saidina Ali adalah Liberalisasi Ugama pertama dalam dunia Islam rujuk  Syiah dan tokoh Yahudi . Selepas itu muncul pula liberalisasi kedua ugama Islam oleh Ibn Tamiyyah yang memperkenalkan Wahhabi rujuk Confession Of A British Spy. Bukan mudah untuk meneka kenapa Britain meletakkan dinasti Saud di Arab Saudi yang berfikrah Wahhabi dan meletakkan bapa Hafiz Al Assad yang berfikrah Syiah di Syiria. Bukan mudah pula untuk kita meneka kenapa selepas Revolusi Mesir dan Arab Spring, pemimpin yang diletakkan oleh kuasa besar dunia kala ini iaitu Amerika Syarikat di Mesir  ialah wakil Hizbul Muslimin yang berfikrah Wahhabi. Peri kaitan antara Hizbul Muslimin dan CIA di CIA dan Hizbul Muslimin
 
Baca pendedahan PAS vs PAS

MANHAJ PENULIS DALAM PENULISAN
Fitnah dan tohmahan adalah sesuatu yang ditegah oleh syara'. Kesedaran akan perkara penting ini wajib ada pada mana-mana individu yang bergelar "orang yang menjaga amanah ilmiyah". Oleh itu, penulis dengan sedaya-upaya berpegang teguh dengan manhaj yang telah digariskan di dalam Al-Quran dan Al-Hadis sebagai panduan dan ikutan dalam membongkar jenayah-jenayah ilmiyah yang berlaku di dunia Islam, jauh daripada fitnah-memfitnah dan mengadakan kata-kata dusta.

Allah berfirman :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَأٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْماً بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِين

Yang bermaksud :

" Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu".
[1]

Allah juga Berfirman :

وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولـئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْؤُولاً

Yang bermaksud :

" Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta mempertanggungjawabkannya."
[2]

Sabda Nabi :

لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ نَمَّامٌ

Yang bermaksud ;

"Tidak masuk Syurga orang yang menabur fitnah."[3]


SYED QUTHB DAN KEROSAKAN DUNIA ISLAM



Tidaklah menjadi keterlaluan sekiranya penulis mengatakan bahawa Syed Quthb yang merupakan ketua kepada Hizb (parti atau kelompok) yang dinamakan "Ikhwan al-Muslimin" adalah seorang yang mempunyai ciri-ciri pelampau agama yang paling jelas dan terang sekali. Dia dilahirkan pada kurun yang ke-20 H. Kematiannya meninggalkan pengikut-pengikut yang taa'sub dan fanatik sehinggakan pengaruh pemikiran-pemikirannya yang berbahaya sudah meresap di dalam pelbagai organisasi di pelusuk dunia, khususnya di Negara Arab. Buku-buku karya peninggalan Syed Quthb adalah penulisan yang sangat bahaya, beracun, boleh merosakkan minda pemuda dan pemudi pada akhir zaman ini tambahan pula mereka yang masih lagi berjinak-jinak dalam mengenali Islam.


Di antara buku-bukunya yang memuatkan pemikiran-pemikiran yang melampau ini ialah buku yang berjudul "Fi Dzilal Al-Quran". Perkara yang amat mengecewakan Ahlus Sunnah Wal Jema'ah dan penulis sendiri apa yang berlaku di dunia Islam dan Nusantara kita ini, buku " Fi Dzilal Al-Quran" telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa dan disebarkan di kebanyakan negara terutamanya Mesir. Pengikut Syed Quthb atau Golongan Quthubiyah ini menjadikan buku " Fi Dzilal Al-Quran" sebagai perlembagaan agama mereka dan menjadikannya sebagai "brainwash' terhadap pengikut-pengikut baru supaya memberi sokongan kepada mereka dalam melakukan pemberontakan kepada mana-mana kerajaan yang tidak menyerahkan tampuk pemerintahan kepada mereka.

Perkara yang amat perlu diberi peringatan di sini dan wajib dititik-beratkan malah tidak boleh sekali-kali mengabaikannya oleh mana-mana individu Muslim yang menyayangi agamanya adalah nama kepada gerakan Golongan Quthubiyah [pengikut Syed Quthb] ini boleh bertukar-tukar mengikut tujuan dan kepentingan, nama kumpulan ini dibentuk dengan pelbagai jenama dan label bersesuaian dengan keadaan setempat, bahasa dan tabiat penduduk.

Kalau diperhatikan konsep wala' yang pernah dilaungkan-laungkan selama ini oleh golongan ini sebenarnya bukanlah sebagaimana konsep wala' yang kita fahami sebelum ini tetapi ia sebenarnya merupakan suatu usaha menanam ta'asub yang membabi buta ke dalam jiwa-jiwa pengikutnya dengan menyerahkan segala harta dan nyawa semata-mata demi memartabatkan pemikiran-pemikiran dan akidah-akidah sesat Syed Quthb. Dewasa ini, bukanlah menjadi suatu perkara yang aneh lagi apabila tersebarnya pemikiran pelampau agama ini yang bertitik-tolak daripada tersebarnya risalah-risalah, buku-buku, vcd di negara-negara seperti Mesir, Jaza-ir, Tunisia, sehingga tersebar di negara lain seperti lubnan, dan juga tanahair kita yang tercinta. Percetusan dan kacau bilau yang kian hari berlaku yang mana selain melibatkan pemikiran Wahhabiyah ianya juga adalah kesan daripada bukti dan hakikat sebenar ideologi Syed Quthb. Walaupun terdapat usaha-usaha licik sesetengah pihak yang ingin menutup hakikat sebenar gerakan ini tetapi apa yang berlaku dan menjadi realiti adalah angkara dari sikap ekstrem golongan Quthbiyah ini.

Perbincangan mengenai Syed Quthb yang merangkumi aqidahnya, pemikiran sesatnya, pendapat-pendapatnya yang pelik-pelik merupakan perbahasan yang panjang dan memerlukan kepada penyelesaian yang mendalam dan terperinci. Perbincangan ini juga akan membawa kita kepada perbahasan bagaimana kefasadan yang telah dilakukan oleh kuncu-kuncunya (pengikut-pengikutnya) ini dan bagaimana mereka mendokong segala pemikiran Syed Quthb yang kemudiannya membawa kepada pertumpahan darah yang berpanjangan dan tidak berkesudahan sehingga hari ini. Golongan Quthubiyah turun dalam masyarakat dengan membawa slogan "Perjuangan Islam", "Khilafah Islamiyah", "Negara Islam". Dari sini mereka menggambarkan Syed Quthb sebagai hero atau perwira di dalam misi-misi setiap gerakan dalam perjuangan. Mereka menjadikan Syed Quthb sebagai contoh ikutan dalam jihad dan perjuangan mereka dalam menentang mana-mana Kerajaan Islam, manakala sirahnya pula dijadikan pedoman dan sukatan sillibus usrah bagi kader-kader baru yang menceburi kumpulan mereka.

Walaubagaimanapun, melalui penulisan kali ini penulis ingin membawa anda kepada suatu pembongkaran dan pendedahan sebenar golongan ini secara eksklusif semata-mata bertujuan baik mencari keredhaan Allah dan rasul-Nya. Penulis bukanlah antara yang orang yang terbaik untuk mendedahkan kesesatan golongan Quthubiyah ini, dan tidak pula boleh berdiam diri membiarkan sahaja kefasadan dan kemungkaran terus bermaharajalela di sana sini tanpa melakukan Amar Maaruf dan Nahi Mungkar. Oleh kerana tiada penulisan yang banyak dalam mendedahkan golongan ini khususnya penulisan berbahasa Malaysia, penulis mengambil peluang ini sebagai jihad di dalam Islam dan juga sebagai menyahut perintah Allah Ta'ala supaya dengan ini dapat membasmi pemikiran-pemikiran berbahaya yang menjadi kanser di dalam masyarakat Islam dewasa ini.

Mudahanah atau mendiamkan diri daripada menjelaskan kebenaran adalah suatu perkara yang amat keji dalam syara'.
[4] Oleh itu, penulis menyeru kepada masyarakat Islam yang merasakan dirinya bertanggungjawab menjaga kesucian agama Islam ini supaya bersusaha keras menyampaikan mesej ini kepada keluarga sendiri, sahabat handai, jiran tetangga, orang kampung, masyarakat setempat di desa mahupun di kota dan seterusnya kepada pihak berkuasa. Ini adalah kerana diam daripada Al-AMR BIL MAARUF wa AN-NAHYU 'ANIL MUNGKAR adalah mainan dan bisikan Iblis di samping ianya menunjukkan kecintaan dan pergantungan kepada dunia lebih daripada Agamanya sendiri.

Berkata Al Imam al 'Alim ash-Shufi Abu 'Ali ad-Daqqaq (Semoga Allah meredhainya) :

Yang bermaksud :
الساكت عن الحق شيطان أخرس

"Orang yang diam dan tidak menjelaskan kebenaran adalah syaitan yang bisu"[5]


WAJAH SEBENAR SYED QUTB
Kepada semua yang masih lagi taasub kepada Syed Quthb dan pemikiran-pemikirannya, kepada semua yang tersilap atau sengaja melibatkan diri dalam kumpulan atau parti yang berteraskan pemikiran Syed Qutb dan manhajnya yang punah-ranah, penulis mengajak anda semua supaya membuat kajian yang teliti bersama-bersama tanpa menaruh sebarang sikap keta'asuban supaya dapat kita mencari kebenaran dan menuju keredhaan Ilahi.


SEJARAH HITAM SYED QUTHB DAN KECENDERUNGANNYA PADA UNSUR-UNSUR KELUCAHAN
Bagi mereka yang benar-benar mengkaji sejarah Syed Quthb, mereka dengan izin Allah Ta'ala, insyaAllah akan menjumpai sejarah hitam sebenar Syed Quthb terutamanya di dalam bukunya yang diberi judul ( الإسلام مشكلة الحضارة )
[6] Syed Quthb mengakui ;

Berkata Syed Quthb :

" Pada suatu malam aku berada di dalam sebuah gereja di negara (جريلي) di wilayah Colorado, aku sememangnya pernah menjadi anggota persatuannya [gereja], sebagaimana sebelum ini aku juga pernah menjadi anggota di dalam pelbagai persatuan gereja yang lain pada setiap tempat yang pernah aku lalui iaitu di antara Washington di sebelah timur dan California di sebelah barat yang mana kawasan ini dikira sebagai tempat penting masyarakat [setempat]. [lokasinya] amat sesuai untuk belajar atau membuat kajian dengan secara bersungguh-sungguh. [Ianya] bukanlah secara terang-terangan tetapi aku melakukan kajian [mempelajarinya] secara senyap-senyap mengenai [kehidupan] rakyat Amerika….dan selepas aku menyelesaikan TUGASKU SEBAGAI SEORANG YANG MEMBERI PERKHIDMATAN AGAMA kepada gereja tersebut, aku terlibat sama dengan beberapa remaja perempuan dan wanita dewasa di dalam upacara keagamaan yang merupakan ahli anggota [di gereja tersebut]. [Kemudian apabila selesai majlis], kami berjalan melalui pintu sebelah yang terus kepada tempat berjoget [pusat hiburan] yang bangunannya bersambung dengan dewan sembahyang. Pusat hiburan itu terang benderang dengan cahaya yang berwarna warni, merah dan biru dan kadang-kala disinari lampu berwarna putih. Tarian ini didendangi dengan alunan " الجرامنون" diikuti dengan rentakan kaki-kaki dan betis-betis di dalam pusat hiburan tersebut. Manakala aku menghulurkan tangan [ untuk memegang pinggang wanita] yang hadir [dalam pusat hiburan tersebut] dan memberikan ciuman pada bibir-bibir dan pada dada-dada [mereka], suasana ketika [katanya] itu sungguh mengasyikkan". Intaha.

Berkata Sayyid Basher Ahmad Kasymiri di dalam kitabnya yang berjudul (عبقري الإسلام سيد قطب), Cetakan Darul Al-Fadhilah sebagaimana teksnya yang bermaksud ;

Yang bermaksud ;
" Apa yang kami perhatikan apabila Syed Qutb mencecah umur 30-an, dia telah sampai kepada suatu peringkat yang melampau batasan dalam sesetengah penulisannya, sekira-kira dia telah memperlekeh-lekehkan akhlak [akhlak yang mulia], peri kemasyarakatan dan mempertahankan [ideologi barat] keharusan bersekedudukan [lelaki dan perempuan], dia juga pernah memberi keterangan yang jelas bahawa sekiranya diwakilkan kepadanya kejadian semula makhluk ini dia tidak akan menjadikannya perkara lain melainkan [katanya dia akan menjadikan] taman-taman [yang indah] dan tempat-tempat rehlah yang boleh menghimpunkan kawan-kawan, teman-teman yang mesra, lelaki dan perempuan yang berkasih-sayang memudahkan mereka berbisik-bisikan [berfoya-foya], tidak tidur pada waktu malam dengan tiada sebarang suasana riuh-rendah dan kacau-bilau [tiada ganguan]. Perkara [terkutuk ini] merupakan perkara yang disembunyikan daripada kenalan [kawan-kawan] Syed Quthb sendiri [mereka tidak tahu hal sebenar Syed Quthb] dan begitu juga mereka yang mencintainya terutamanya [pun tidak tahu] terutamanya golongan yang dinamakan sebagai Jemaah Islamiyah itu sendiri ataupun sesetengah ada mengetahuinya [hal sebenar Syed Quthb] tetapi mereka sengaja menutup mata". intaha.

Kenyataan ini juga adalah nukilan daripada kitab "Syed Qutb" dengan teks yang sama di samping nukilan daripada Majalah Mingguan [مجلة الأسبوع] diterbitkan pada 18 ogos 1934 M, Bilangan yang ke 37 – Adnan Muslim- Dzuhur Da'iyah, m/s 104-106.

Berkata Muhammad Hafiz Diyab di dalam kitabnya yang berjudul "سيد قطب- الخطاب والأيدولوجيا", Cetakan Dar Attoli'ah Lil Thiba'ah Wa An-Nasyr, Beirut, m/s 66 sebagaimana teksnya ;


Yang bermaksud ;

" Syed Quthb bukan sahaja semata-mata anak murid kepada Al-'Aqad, bahkan dia adalah di antara pelajar-pelajarnya yang paling akrab dengannya, paling rapat [mesra] dengannya, sangat cenderung akan kesusasteraannya, pemikiran-pemikirannya, dan halatujunya sehinggakan majalah (الرسالة ) selepas kematian Ar-Rafi'e membuka lipatan sejarah baru ketika melakukan penulisan tentangnya. [Syed] Qutb adalah di antara orang yang memberi penentangan yang paling keras terhadapnya [Ar-Rafi'e] di samping mempertahankan ustaznya Al-'Aqad. Di dalam tempoh ini Syed Quthb telah mengalami [masalah] keraguan di dalam akidah dan agamanya dan ini berlarutan sehinggalah bertahun-tahun lamanya. Apa yang disebut kepada An-Nadwi apabila dia menceritakan [peristiwa yang telah berlaku] kepadanya bahawa segala hubungan dengan dirinya dan [sejarah] permulaan kehidupannya yang pertama [kehidupan Islam] sudah terputus selepas perpindahannya ke Kaherah [Mesir] dan apabila dia menetap di sana, pengetahuan agamanya dan Akidah Islamnya semakin terhakis. Apabila berlalu tempoh keraguan terhadap kebenaran agama di dalam dirinya, dia sendiri mengakui perkara ini selepas dia kembali pulih [separuh pulih], dia berkata ; " Sesungguhnya keraguan [yang aku alami] ini pernah memperdayakan fikiranku merosakkannya...dan ianya menghalang diriku daripada melihat pandangan yang asal lagi jelas [menghalang dirinya daripada melihat kebenaran]". Intaha.
"

Di antara rencana-rencana hasil tulisan Syed Quthb dimuatkan di dalam majalah (الأهرام) yang bertarikh 17 march 1934, m/s 7, dia membuat seruan secara terang-terangan kepada orang ramai supaya kembali kepada fesyen [العاري التام] "berbogel atau bertelanjang bulat ". Menurut Syed Quthb, masyarakat hari ini mestilah menjalani kehidupan dengan bertelanjang bulat sebagaimana yang telah terjadi semasa manusia mula-mula dilahirkan oleh ibunya dahulu. Ini adalah suatu bid'ah yang yang sememangnya telah tersebar pada masa Syed Qutb berada di Negara-Negara Eropah lagi. Manakala mengenai keraguan dalam persoalan dalam akidah dan agama adalah suatu perkara yang amat jelas sekali apabila ia terdapat di dalam syair-syair qasidah yang dikarang olehnya pada waktu itu.
Ini adalah pendapat Syed Quthb yang dimuatkan di dalam majalah tersebut.
Pada tahun 1948 dia telah bermusafir ke [الولاية المتحدة] iaitu Negara-Negara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Di sana dia mendapat cetusan baru, menerima tarbiyah [latihan rohani] dan menjalani proses asas-asas manhaj pemikiran. Perkara yang perlu diambil perhatian dalam peristiwa ini ialah persoalan kenapa Syed Quthb datang ke sana secara mengejut dan berseorangan. Kedatangannya juga tidak pernah diiklankan oleh mana-mana media massa. Dengan ini jelas kepada kita bahawa kedatangan Syed Quthb ke [الولاية المتحدة] iaitu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu merupakan di antara cetusan perancangan sulit Amerika walaupun ianya tidak dapat diketahui oleh Syed Quthb sendiri. sumber ini adalah daripada At-Thohir Ahmad Makki. Menurutnya, 3 buah risalah Syed Quthb yang tidak disebarkan oleh majalah (الهلال) yang bertarikh Oktober 1986, m/s 123-126.

Di dalam majalah (روز اليوسف), m/s 34, Tahun 1996 pada 29 (تموز), bilangan/3555, di bawah tajuk (سيد قطب من الإلحاد إلي القدسية والعكس) telah menerbitkan beberapa perkara penting berkaitan dengan Syed Quthb antaranya ;


  • Dia mencintai salah seorang daripada 7 orang wanita yang pernah mengetuk pintu rumahnya dan dia menangis apabila wanita itu telah berkahwin.
  • Syed Quthb banyak menulis [unsur-unsur lucah] tentang wanita antaranya menyifatkan bibir wanita (والشفة الظامئة) sebagai bibir yang mendahagakan, mata wanita (العين الهاتفة) sebagai mata yang menggoda, paha wanita (والفخذ اللفاء) sebagai paha yang sempit [padat dengan daging dan kenyal], dan dada wanita (والصدر الناهد) sebagai sebagai dada yang tinggi dan menonjol.
  • Menyeru kepada orang ramai supaya kembali kepada fesyen [العاري التام] "berbogel atau bertelanjang bulat ". [Menurut Syed Quthb,] masyarakat hari ini mestilah menjalani kehidupan dengan bertelanjang bulat sebagaimana yang telah terjadi kepada manusia semasa mula-mula dilahirkan oleh ibunya dahulu.
  • [Syed Quthb] menyifatkan Imam Hasan Al-Banna sebagai seorang yang inginkan kemasyhuran, mencari perhatian ramai [mencari populariti]…tidak patut ambil mudah dengannya". Intaha.

Di dalam buku yang sama, m/s 36, Syed Quthb sendiri yang mengatakan kenyataan ini. Menurutnya (السهرة) [berjaga malam untuk tujuan berbisik-bisik antara lelaki dan perempuan atau berfoya-foya yang disebut sebelum ini] adalah (اللذيذة البريئة) iaitu kelazatan tanpa batasan. Kenyataan ini ditulis olehnya sendiri pada tahun 1951. Selain itu, di dalam buku yang sama juga, dia sempat mengarang tentang (بداية الأمريكي في حياته الجنسية), lalu dia berkata ;


Yang bermakna ;

" Wanita-wanita di Amerika sangat mengetahui tempat yang boleh mendatangkan ghairah pada jasadnya, (في العين الهاتفة) pada matanya mengasyikkan, (والشفة الظامئة) pada bibirnya mendahagakan, (الصدر الناهد) dadanya yang tinggi atau menonjol, (الردف المليء) cara duduknya yang penuh seperti menunggang, (الساق الملساء) betisnya yang lembut dan licin, dia [wanita Amerika] menonjolkan semua benda ini dan tidak menyembunyikannya. Wanita Amerika [menurut Syed Quthb] sangat-sangat mengetahui bahawa dada yang montok, rupa bentuk badannya yang menghairahkan, kedua-duanya adalah (الشفاعة)
[7] yang tidak pernah ditolak oleh semua wanita". Intaha.
  • DARI SEORANG MARXISME & ETHIES

Setelah dilakukan kajian tentang sejarah kehidupan lelaki yang bernama Syed Quthb
[8] ini maka apa yang dapat disimpulkan bahawa Syed Quthb bukanlah seorang ulama' Islam, bukan faqih dalam ilmu agama, bukan juga ahli hadis, bahkan apa yang nyata sekali dia adalah seorang bekas [الصحفي] sasterawan. Minatnya dengan bidang kesusasteraan[9], menyebabkan dia banyak menulis dalam beberapa majalah-majalah[10] di Mesir.

Sejarah memperakui bahawa Syed Quthb tidak pernah belajar berguru ataupun di dalam pengistilahan ulama dia tidak pernah bertalaqqi dengan mana-mana alim ulama' pada zamannya bahkan tidak keterlampauan jika dikatakann dia tidak pernah mencium haruman pengajian ilmu agama menggunakan kaedah bertalaqqi secara bersanad sebagaimana yang diamalkan oleh ulama'-ulama' Ahlus-Sunnah Wal-Jama'ah sejak dari zaman salaf lagi. Syed Quthb di dalam $At-Tashwir Al-Fanni Fi Al-Quran
[11] (Gambaran Keindahan Dalam Al Quran) ; memberi pengakuan secara terang-terangan kerjayanya sebagai sasterawan dan dia sendiri mengakui pernah beraliran marxisme [Mulhid ][12] .

Syed Quthb pernah mengalami penyakit berbahaya dalam hidupnya iaitu keraguan dalam aqidah dan agamanya dan ianya berterusan sehingga beberapa tahun lamanya. Antara pengakuan yang pernah dibuat seperti dia sendiri mengakui tentang dirinya ;
وكنت قبل ذلك إحدى عشرة سنة ملحدا

Yang bermaksud :
" Dan aku sebelum itu [berhubung dengan cerita sebelumnya] pernah menjadi seorang Mulhid selama11 tahun". Intaha.

Perkara ini terbukti apabila ianya memang terdapat di dalam bukunya sendiri. Ianya ditulis sebelum menerima hukuman gantung daripada Kerajaan Mesir. Buku ini berjudul; (لماذا أعدموني) [ Kenapa Aku Dibunuh]. Selain itu juga kenyataan yang membuktikan dirinya pernah beraqidah (الإلحاد) disebut di dalam bukunya yang berjudul (معالم في الطريق). Oleh kerana perkara yang sama juga banyak diulang-ulang dalam penulisannya, Seorang tokoh semasa yang bernama An-Nadwi bangkit menghentam dan mengaibkannya disebabkan perkara terkutuk itu. Dalam masa yang sama, kenyataan ini juga di sebut di dalam majalah yang diberi nama (مجلة التقوى), majalah (مجلة روز اليوسف) dan selainnya.

Maka jelaslah di sini bahawa Syed Quthb sememangnya tidak tersenarai langsung daripada senarai alim ulama', bukan juga faqih atau ahli tafsir, bukan ahli hadis bukan juga alim dalam bidang Nahu, hatta bukan daripada ulama-ulama' Akidah Islam. Tetapi berdasarkan kajian ulama', Syed Quthb adalah penulis riwayat-riwayat cerita dan kisah-kisah lucah yang mengghairahkan. Sekiranya ada yang tidak berpuas hati dengan kenyataan ulama' ini silalah kaji bukunya (أشواك قطب). Tapi yang anehnya kenapa ada mereka yang masih lagi ta'asub dengan Syed Quthb ini dan ragu-ragu malah mendewa-dewakannya sedangkan dia mempunyai seorang yang berkeperibadian terkutuk dan mengaibkan?

  • SYED QUTB SEBENARNYA ADALAH MASUNI [PENENTANG AGAMA ISLAM]

Syeikh Muhamad Al-Ghazali merupakan di antara anggota tertinggi dalam Hizbul Ikhwan yang asal, beliau pernah menjadi teman rapat Imam Syeikh Hasan Al-Banna ketika hayat beliau, selain itu beliau juga sangat mengenali Hasan Al-Hudhaibi dan Syed Quthb dengan baik sekali. Di dalam kitab karya penulisannya seperti (من ملائح الحق), m/s 223, menjelaskan fenomena sebenar yang berlaku selepas kewafatan Imam Asy-Syahid Syeikh Hasan Al-Banna –semoga Allah merahmatinya. Selain itu, beliau membongkar jenayah golongan Al-Masuniyahlah
[13] [golongan yang memerangi agama Islam] sebenarnya yang telah melantik Syed Quthb ketua bagi kumpulan atau Hizb Al-Ihwan ini. Mereka mengatakan golongan mereka ;
ادخلوا فيهم لتفسدوهم

Yang bermaksud ;
" Pergilah kalian masuk ke dalam jema'ah mereka agar dapat memusnahkan mereka semua".

Di dalam kitab yang sama, menurut beliau Imam Syeikh Hasan Al-Banna - semoga Allah merahmatinya – sudah terlebih dahulu memberitahu jema'ahnya [Ikhwan Al-Muslimin] telah berpecah kepada beberapa kumpulan, ada yang benar-benar sudah menyeleweng, mereka telah menumpahkan darah, membunuh, mengkafirkan masyarakat Islam yang tidak bersalah, lalu Imam Syeikh Hasan Al-Banna mengatakan Syed Quthb dan kelompok-kelompaknya sebagaimana tertera di dalam kitab Syeikh Muhamad Al-Ghazali berikut ;



وقد قال حسن البنا فيهم – قبل أن يموت- إنهم ليسوا إخوانا وليسوا مسلمين

Yang bermaksud ;
" Telah berkata Imam Hasan Al-Banna mengenai mereka [Syed Quthb dan pendokong-pendokongnya]- sebelum kewafatan beliau- bahawa mereka bukanlah tergolong daripada Ikhwan [al-muslimun] dan bukan juga beragama Islam.Intaha.

  • SYED QUTHB BUKAN LELAKI YANG MAKSUM[14]

Kepada kumpulan Syed Quthb – yang bersembunyi di sebalik nama Hizb Al-Ikhwan atau kadangkala dinamakan sebagai "Jama'ah Al-Islamiyah", Kepada semua kelompok dan kumpulan, kepada setiap individu lahir yang dari institut pendidikan Syed Quthb, Kami Ahlus Sunah Wal Jama'ah mengatakan :

" Sekiranya kamu mengiktiraf Syed Quthb adalah bukan [seperti] Nabi Muhammad Shollallahu 'Alaihi Wasallam, dan juga kamu mengiktiraf dia bukan dari para malaikat Allah, maka natijahnya dia bukanlah seorang yang maksum iaitu terpelihara daripada melakukan dosa dan noda. Tetapi yang anehnya kenapa kenapa kamu masih lagi ta'asub dengan pemikiran-pemikirannya, pendapat-pendapatnya, manhaj hitamnya yang punah-ranah, pentakfir, selain itu juga dia juga pernah berulang-ulang kali menghalalkan darah orang Muslim?

Buku-bukunya yang tersebar hari ini menjadi saksi bahawa Syed Quthb merupakan seorang yang jahil dalam semua bidang dan ilmu keagamaan. Dia adalah seorang Musyabbih (menyerupakan Allah dengan makhluk), Mujassim (mengatakan Allah berjisim), mendustakan ayat-ayat Al-Quran, dan beberapa kali dalam hidupnya mencela dan menghina para anbiya'. Dia mempunyai penyelewengan dan kesalahan yang tidak terhingga untuk dihitung dengan jari-jemari, hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.

Adakah tidak ada perasan belas kasihan di dalam hati kalian apabila melaksanakan pemikiran Syed Quthb dan meniru fikrah takfirnya, menghalalkan darah semua manusia di kalangan para penguasa Islam, rakyatnya, tuan-tuan guru yang mengajar agama [المشايخ], lelaki dan wanita, para tukang azan di seluruh pelusuk bumi, para petani, para penoreh getah, mereka yang bersolat di masjid-masjid, kanak-kanak yang tidak bersalah, remaja-remaja lelaki dan perempuan, para doktor, arkitek, dan semua pekerja buruh dan kakitangan kerajaan??!!

Hari ini, sejarah telah memperlihatkan kepada kami bagaimana golongan kalian menumpahkan darah Umat Islam di Syiria, Lubnan, Palestin, Iraq, Afghanistan, dan banyak lagi. Negara yang aman dan berdaulat kalian porak-perandakan, kalian bunuh hamba-hamba Allah yang tidak bersalah, manhaj pemikiran kalian sekira-kira menghalalkan segala-galanya ini membawa kepada huru-hara, kacau-bilau, fitnah pada agama, bala', kerosakan, kemusnahan, dan membawa kepada kehancuran yang besar. Wahai pengikut Syed Quthb! Keluarlah daripada manhaj Al-Khawarij ini, kembalilah kepada kepada manhaj Ahlus-sunah wal-jamaah yang suci, murni dan dijamin kesahihan dan kebenarannya.
  • IMAM AS-SYEIKH HASAN AL-BANNA –SEMOGA ALLAH MERAHMATINYA- MENTAHZIR UMAT ISLAM DARIPADA SYED QUTHB.

Antara perkara yang paling menonjol untuk diutarakan di sini sebagai membuktikan Syed Quthb tidak berada dalam landasan Ahlus Sunah Wal-Jama'ah, bukan juga pengikut Imam Hasan Al-Banna iaitu pengakuan Imam Hasan Al-Banna sendiri yang mengatakan dirinya sendiri berlepas daripada Syed Quthb, kumpulannya dan pendapat-pendapat mereka sebagaimana yang telah diterbitkan oleh majalah (مجلة روز اليوسف), bertarikh 29/7/1996, bilangan 3555, m/s 36.
" Pada peringkat ini, Syed Quthb menyeru umat Islam kembali kepada fikrah " berbogel dan bertelanjang bulat". Berdasarkan periwayatan Mahmud Abdul Halim yang telah menulis sebuah kitab yang berjudul (تاريخ الإخوان المسلمين ), beliau mengatakan Syed Quthb merupakan "Imam Takfir" [إمام التكفير], dia merupakan semangat dan bapak kepada kumpulan pemberontak atau kerosakan [الأب الروحي لجماعات العنف] yang menyeru supaya kembali kepada fikrah " berbogel dan bertelanjang bulat". [Menurut Syed Quthb] masyarakat hari ini mestilah menjalani kehidupan dengan bertelanjang bulat sebagaimana yang telah terjadi kepada manusia semasa mula-mula dilahirkan oleh ibunya dahulu. Apabila dia Mahmud Abdul Halim ingin menulis kitab membangkangnya, Syed Quthb sendiri menegahnya dan memberi amaran keras.

Mahmud Abdul Halim berkata kepada Syed Quthb ; "Sesungguhnya Syed Quthb adalah pemuda yang terpengaruh dengan suasana barat, inilah antara faktor besar kenapa dia boleh berfikiran [lucah] sebegini, sebenarnya tujuan dia menulis rencana-rencana bukan sekadar penulisan karangan biasa bahkan ia melambangkan keimanannya yang di yakini selama ini di samping ia merupakan suatu percubaan untuk mendapat kemasyhuran".Intaha
  • ABU AL-FATTAH ABU GHUDDAH, PENGERUSI HIZBUL IKHWAN DI SYIRIA MENGKAFIRKAN SYED QUTHB


Di antara bukti kukuh memperkuatkan hujah penulis mengatakan bahawa jema'ah Hizb Al-Ikhwan mengkafirkan di antara satu sama lain sebagaimana yang telah tercatat di dalam (مجلة الأمة), diterbitkan pada Jamadil Awwal 1405 H, yang merupakan tulisan Abu al-Fattah Abu Ghuddah sendiri. Tulisan ini bertajuk (تعبيرات خاطئة)m/s 14-16 ;

أن سيد قطب سمى الله بالعقل المدبر، ولا يجور إطلاق العقل على الله، فالله جل شأنه منزه عن الوصف بمثل هذا، وهذه العبارات وأمثالها تكررت في كتاب في ظلال القرءان كثيرا كثيرا، ويقول أبو الفتاح أبو غدة : إن هذا لا يفيد التبجيل ولا التعظيم في حق الله بل يوهم النقص والشبه بالمخلوقات، ويقول : وهذا خطأ فاحش شديد وأن معتقده يخرج من الإسلام.أهـ

Yang bermaksud ;
" Sesungguhnya Syed Quthb telah menamakan Allah sebagai (العقل المدبر) [katanya Allah adalah akal yang mentadbir], padahal tidak harus mengatakan atau mensifatkan Allah sebagai akal. Allah Ta'ala Yang Maha Agung, Maha Suci daripada perkara yang demikian itu. Ibarat sebegini dan seumpamanya sering kali berulang-ulang di dalam bukunya (في ظلال القرءان) dengan [ibarat] yang teramat banyak. Abu al-Fattah Abu Ghuddah telah berkata : " [ibarat] ini tidak akan membawa kepada kebesaran dan keagungan pada Allah Ta'ala bahkan memberi keraguan [Allah TA'ala] mempunyai kekurangan dan sama dengan makhluk. Dan lagi dia berkata ; " [ ibarat] yang salah ini adalah suatu kesalahan yang teramat buruk dan orang yang beri'tiqod sedemikian rupa keluar daripada Islam." Intaha.

GURU-GURU AGAMA DI MESIR MEMINTA UMAT ISLAM BERWASPADA DENGAN SYED QUTHB
As-syeikh Abu al-Khair al-Mishri merupakan salah seorang pensyarah di Universiti Al-Azhar menyedari bahawa pemikiran Syed Quthb adalah berbahaya kepada masyaraka Islam secara keseluruhannya. Beliau pernah mengatakan ;
إن سيد قطب لازمته يوما كاملا وكنت أقوم إلى الصلاة وهو لا يصلي فأقول له الصلاة يا سيد، فيقول أنا مشغول بالكتابة.

" Sesungguhnya aku pernah bersama-sama dengan Syed Quthb sehari penuh, aku telah bangun berdiri untuk melakukan sembahyang manakala dia pula tidak bersembahyang, lalu aku berkata kepadanya ; " Mari sembahyang wahai Syed! Jawabnya ; aku [sekarang] sibuk dengan penulisan[ku]." Intaha.

Selain beliau, ramai lagi alim ulama' yang mentahzir umat Islam daripada Syed Quthb. Pernah ada satu rombongan daripada Al-Azhar ke Lubnan, antara yang ikut serta dalam rombongan itu ialah Syeikh 'Ayyih. Beliau berkata ;
وقال عنه : إنه جاهل ، وقد شهد عليه عدد كبير من مشايخ مصر الذين يعرفونه بالجهل وأنه كان ملحدا

Maknanya ;
" dia (Syed Quthb) adalah seorang yang jahil, perkara ini sememangnya disaksikan oleh ramai tuan-tuan guru agama [المشايخ] di Mesir yang betul-betul mengenali kejahilannya, dan juga dia merupakan seorang ethies [ملحد]". Intaha.

  • IMAM HASAN AL-BANNA BER'AQIDAH ASYA'IROH

Imam Hasan Al-Banna adalah tokoh yang agung dalam perjuangan Islam. Demi menjaga masyarakat Islam daripada teraniaya oleh penjajah Inggeris beliau telah membina suatu pasukan rahsia yang kuat bagi melahirkan kader-kader jemaah yang berkualiti bagi membenteras penganiayaan Inggeris pada Umat Islam.

Manhaj beliau cukup jelas, masyhur dengan bermethodologikan manhaj Abu Hasan Al-Asy'ary. Oleh kerana itulah kita dapati hari ini ada di kalangan wahhabiyah mengarang kitab menghentam manhaj Imam Abu Hasan Al-Banna.

Berkata Imam Abu Hasan Al-Banna Di Dalam Kitabnya Al-'Aqoid Al-Islamiyah ;
يقول حسن البنّا في كتاب العقائد الإسلامية:
"السلفُ والخلفُ ليس بينهم خلافٌ على أنه لا يجوز حملُ ءاية الاستواء على المعنى المتبادر.اهـ


Yang bermaksud ;
"Golongan salaf dan khalaf tiada khilaf [bersepakat] di antara mereka bahawa tidak harus menjadikan Ayat Istawa dengan makna secara zhahir [الجلوس]".Intaha

TERLIBAT DENGAN GERAKAN IKHWAN MUSLIMIN (GOLONGAN QUTHUBIYAH)

Kemudian keterlibatan Syed Quthb di dalam kelompok Al-Ikhwan Al-Muslimin menjadikannya terkenal terutamanya apabila dia telah mengukir nama di dalam gerakan itu dan pernah menjadi salah seorang tokoh yang terkemuka dalam menggerakkan Ikhwan al-Muslimin. Di sini bermula kesesatannya apabila dia menulis makalah, kitab dan sebagainya yang mana penulisannya itu telah menjadikan dirinya tergelincir daripada kebenaran dan menyesatkan Umat Islam.

Sekiranya karya-karya Syed Quthb ini dikaji selidik dan dibaca oleh mereka yang alim daripada Ahlul Fahm Wat At-Tamyiz
[15] ternyata akan terbongkar dari buku-buku tersebut fatwa-fatwa yang sesat yang bertentangan dengan syari'at Allah yang akhirnya melambangkan kedangkalan dan kebodohan penulisannya.
Syed Quthb juga amat kagum dan tertarik dengan dengan pemikiran Abul A'la Maududi pengasas Jama'ah Islamiyah di Pakistan terutamanya pemikiran Abul A'la Maududi yang radikal dan keras dalam mengkafirkan orang yang tidak melaksanakan hukum wadh'i walaupun mereka tidak membantah atau tidak menginkari hukum syari'ah Allah.
  • KEGANASAN GOLONGAN IKHWAN

Hizb Al-Ikhwan hari ini adalah di antara golongan yang paling bahaya selain wahhabiyah. Kewujudan golongan ini dalam masyarakat boleh membawa huru-hara yang tidak berkesudahan dan boleh meresahkan Umat Islam. Mereka tanpa ada perasaan malu dan segan silu menamakan jema'ah mereka sebagai jema'ah yang inginkan pembaharuan dan islah dimsamping melaung-laungkan nama Islam ke sana ke mari. Hizb Ikhwan hasil gubahan Syed Quthb ini membawakan manhaj atau metodologi yang baru sekira-kira mereka mengira diri mereka sahaja beragama Islam dan selain daripada manhaj mereka adalah KUFFAR. Selain itu juga, Hizb Ikhwan menganggap masyarakat Islam hari ini merupakan masyarakat jahiliyah yang kafir [keluar daripada Islam] kerana mereka memakai hukum kanun biasa dan tidak mempraktikkan hukum syar'iah.
Pengkafiran Hizb Ikhwan ini merangkumi semua penguasa- penguasa di seluruh alam sehingga mengkafirkan penguasa-penguasa di tanah Arab itu sendiri kerana realiti yang berlaku hari ini penguasa-penguasa menggunakan hukum selain daripada hukum Allah, begitulah juga rakyatnya, guru-guru yang mursyid, tukang azan, peniaga-peniaga, pekerja-pekerja kerajaan, pekerja di sektor swasta, baik kanak-kanak yang tidak bersalah dan juga yang sudah dewasa semuanya dikira sebagai kafir kerana mereka tidak melakukan pemberontakan kepada kerajaan mereka.
Kalau diikuti perkembangan golongan ini secara serius di tanahair kita ataupun di luar negara mereka tiada kepentingan lain, tiada kerja lain melainkan melemparkan pengtakfiran terhadap masyarakat Islam, menyeru kepada keganasan, fitnah-memfitnah, mengerahkan supaya pengikut-pengikutnya keluar di jalanan supaya melakukan penentangan secara membuta-tuli di samping membawa kepada pertumpahan darah.
  • TIDAK HARUS MEMANGGIL MEREKA SEBAGAI "JEMAAH ISLAMIYAH"

Ulama'-Ulama' Muktabar mengatakan bahawa ; Tidak boleh mengelarkan kumpulan ini dengan nama "Islamiyah", sebaliknya menamakan mereka sebagai "kumpulan yang mendakwa sebagai Islam". Ini adalah kerana mereka amat bercanggah dengan Akidah Islam itu sendiri yang menjadi tiang atau asas kepada Agama Islam rentetan daripada kepercayaan mereka bahawa Allah itu adalah ar-Risyah al-Mu'jizah (bulu yang melakukan hal yang luar biasa), menamakan Allah dengan al 'Aql al-Mudabbir (Akal yang mengatur), mereka mempercayai Allah Ta'ala sentiasa bersama-sama manusia dengan zat-Nya pada setiap masa, menghalalkan darah orang Islam, berkompromi dengan golongan zionis antarabangsa dalam memerangi Umat Islam. Oleh kerana itulah menurut para ulama' tidak boleh menamakan mereka sebagai orang muslimin dan tidak harus juga menamakannya sebagai "Jema'ah Islamiyah" sebagaimana tersebar hari, selain itu tidak boleh mengatakan mereka sebagai "Al-Ikhwan Al-Muslimun" tetapi kita dibenarkan menyebut golongan ini sebagai " kumpulan atau golongan yang mendakwa mereka sebagai Ikhwan Al-Muslimin". ini adalah supaya umat Islam tidak tertipu lalu menyangka mereka pada landasan yang benar padahal mereka jauh daripada itu.
  • ANTARA NAMA-NAMA GOLONGAN QUTHBIYAH DI TANAH ARAB ;

Golongan Quthubiyah sememangnya tersebar di banyak buah negara, mereka berselindung dengan pelbagai nama dan organisasi. Penjenamaan yang pelbagai dengan beridentitikan nama yang cukup 'islamik' adalah di antara taktik untuk memancing masyarakat supaya menyertai mereka, selain meracuni pemikiran pemuda-pemudi yang baru mengenal erti Islam dan perjuangan.
Manakala di Nusantara golongan ini dikenali sebagai ;
  • PAS di Malaysia
  • PKS (PARTAI KEADILAN SOSIAL ) di Indonesia

  • FATWA DALAM ISU AKIDAH YANG MENYELEWENG

Di sini disebut beberapa kesesatan Syed Quthb secara ringkas tanpa ada perbahasan yang terperinci tentang penyelewengannya di dalam Agama Islam. Berikut adalah senarai ringkasan kesesatan-kesesatannya ;
  1. Menamakan Allah dengan nama (الريشة المعجزة) ar-Risyah al-Mu'jizah (bulu yang melakukan hal yang luar biasa),
  2. mendakwa Allah sebagai (الريشة المبدعة) ar-Risyah al-Mubdi'ah [bulu yang menciptakan alam dari sesuatu yang tiada menjadi ada, tanpa ada contoh sebelumnya].
  3. menamakan Allah sebagai (الريشة الخالقة) ar-Risyah al-Khaliqah [bulu yang menciptakan].
  4. menamakan Allah dengan (العقل المدبر) al 'Aql al-Mudabbir [Akal yang mengatur].
  5. mengkafirkan masyarakat Islam di pelusuk alam secara keseluruhan.
  6. pemikiran Syed Quthb berasal daripada pemikiran Baihasiyyah iaitu satu kelompok di dalam Khawarij yang mengkafirkan pemerintah Islam dan rakyatnya.
  7. mencela golongan As-Salaf As-Soleh.
  8. mencela dan menghina pengajian ilmu fiqh.
  9. beri'tikod Allah berada di mana-mana dengan zatnya [ seperti i'tikod Jahmiyah).
  10. menggelarkan masyarakat Islam sebagai Masyarakat Jahilyah.
  11. menghina dan mencela Nabi Musa 'Alayhissalam.
  12. menuduh Nabi Yusof merasa lemah diri [ghairah] apabila digoda oleh isteri pembesar Al-'Aziz.
  13. Mengkafirkan Nabi Ibrahim 'Alayhissalam.
  14. menghalalkan darah Umat Islam dan beberapa kes pembunuhan Oleh Golongan Quthubitah.

Ke semua kesesatan-kesesatan Syed Qutb ini sememangnya berbukti bukannya omongan kosong. InsyaAllah akan diterangkan secara jujur dan berhati-hati oleh penulis terutamanya ianya berkaitan dengan amanah syar'iyyah.
  • PENGARUH PEMIKIRAN SYED QUTHB TERHADAP PAS

Walaupun Syed Quthb telah dihukum mati, namun buku-buku, majalah, risalah serta pemikiran-pemikiranyanya terus tersebar, diterjemah dalam pelbagai bahasa, dan kini didokong pula oleh beberapa organisasai di seluruh dunia termasuk Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di Malaysia. PAS, melalui usrah-usrah, kuliah-kuliah, ceramah, akhbar harakah, dan menerusi pelbagai saluran memberi penekanan utama supaya pemikiran Syed Quthb agar ianya tersebar di dalam masyarakat Islam di Malaysia. Pemikiran mengtakfirkan mereka yang berhukum dengan hukum kanun dunia tanpa menolak sedikitpun syar'ait Allah seringkali kedengaran di ceramah-ceramah yang diadakan oleh PAS. Fikrah takfir tajaan Syed Quthb inilah yang cuba diterapkan oleh PAS kepada ahlinya untuk merampas tampuk pemerintahan dan melakukan keganasan di dalam negara yang seterusnya membawa kepada huru-hara dalam masyarakat Islam.
Antara yang banyak menitik-beratkan pemikiran Syed Quthb ini ialah Profesor Zulkifli Mohamad. Dia adalah di antara pelajar Melayu lepasan University Al-Azhar, Mesir yang sentiasa mengikuti kuliah-kuliah Syed Qutb di Maktab Syubban al-Muslimin pada tahun-tahun 1950-an. Kepulangannya ke Tanah Melayu dan keterlibatannya dalam PAS memberi ruangan yang selesa baginya untuk menerapkan FIKRAH PENGTAKFIRAN Syed Quthb ini sebagai fikrah perjuangan PAS.
Selain itu juga menurut beberapa maklumat yang boleh dipercayai, Fadzil Noor adalah di antara orang yang pernah mengajar kitab Arab 'Fi Dzilallil Quran' [Karya Syed Qutb] di Markas PAS Kedah, Abdul Hadi mengajar buku 'Ma'allim Fit Thariq' [Karya Syed Qutb] di Terengganu manakala Nik Aziz Abdul Aziz dengan buku-buku [Fiqh Sunnah karya Syed Sabiq] di Kelantan, dan begitu juga Yusuf Rawa tidak ketinggalan menyebarkan Ajaran Quthubiyah kepada masyarakat awam di Malaysia.
  • TANGGUNGJAWAB AGAMA ADALAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA ;

Oleh kerana menerangkan perkara yang haq dan menjaga amanah ilmiyah menjadi tanggungjawab yang besar dalam agama, penulis menggunakan ruangan yang terbatas ini sebagai tempatnya. Semoga Allah meredhai segala usaha ini dan menerimanya sebagai amalan soleh di dalam bulan yang mulia. Ianya juga termasuk dalam bab nasihat-menasihati yang diperintahkan oleh Rasulullah Shollallahu' Alaihi Wasallam :
الدين النصيحة

" Agama itu adalah nasihat menasihati".

Selain itu juga, timbul rasa bimbang di dalam diri penulis Negara Malaysia yang yang tercinta akan mengundang huru-hara dengan tersebarnya pemikiran-pemikiran Syed Quthb yang berhaluan kiri ini, sekali gus menerajangkan dan memperkosa keamanan dan ketenteraman di dalam Negara. Begitu juga penulisan ini adalah bertujuan untuk menyelamatkan pemuda-pemudi yang diperdaya oleh golongan ini dengan kata-kata manis dengan berlabelkan "Perjuangan Islam". Wallahu A'lam.
Disusun oleh ;
pasvspas@yahoo.com
www.pasvspas.blogspot.com

[1] Surah Al-Hujurat, ayat 6
[2] Surah al-Israk, ayat ; 36
[3] Sohih Muslim.
[4] Hari ini bukan sahaja ramai yang mendiamkan diri dalam membongkar ajaran wahhabiyah, quthubiyah, sufi yang sesat, tetapi juga ramai mereka yang bergelar ustaz, tok-tok guru yang sudah memandang dunia lebih daripada akhirat. Oleh itu, kemungkaran yang berlaku di hadapan mata hanya dipandang sebelah mata tanpa ada inisiatif tertentu untuk mencegah ataupun membasmi virus pemikiran yang berbahaya.
[5] Diriwayatkan oleh Abu al-Qasim al-Qusyayri dalam Ar-Risalah al Qusyairiyyah.
[6] Syed Quthb, "Al-Islam Musykilatul Hadharah" , Cetakan Dar Asy-Syaruq, Percetakan ke-7, Tahun 1982, m/s 86. TAJUK YANG DIBERI PADA KITAB INI [ISLAM ADALAH MASALAH KEPADA KETAMADUNAN] JUGA MERUPAKAN PENGHINAAN KEPADA AGAMA ISLAM.
[7] Pemberian.
[8] Syed Qutb dilahirkan pada 9 Oktober 1906 di sebuah kampung di wilayah Assyut.
[9] Walaupun Syed Quthb mempunyai kebolehan di dalam sastera Arab, ini tidak bermakna dia boleh sesuka hati mentafsirkan Al-Quran mengikut kepala otak sendiri tanpa menoleh tafsiran yang digunakan oleh ulama' mufassirin. Kalau dikaji dengan teliti, pentafsirannya di dalam buku 'Fi Dzilallil Quran' amat bercanggah dengan tafsiran para sahabat dan semua ulama' mufassirin yang muktabar.
[10] Syed Quthb pernah dilantik menjadi Ketua Pengarang Majalah Ikhwan al-Muslimin. Tetapi majalah ini hanya dapat dikendalikan selama 2 bulan sahaja kerana pada bulan September 1954, kemudiannya majalah itu diharamkan penerbitannya oleh Jamal Nasir. Kerajaan Mesir ketika itu mengambil langkah yang keras terhadap gerakan Ikhwan supaya pemikiran golongan ini tidak meracuni masyarakat Islam Mesir. Usaha kerajaan Mesir berjaya apabila tertangkapnya pendukung-pendukung Ikhwan termasuk Syed Quthb sendiri.[11] Kitab ini ditulis pada pada tahun 1939.
[12] Seperti golongan athies yang menafikan kewujudan Pencipta.
[13] الماسونية : محاربة الدين[
14] Syed Quthb bukanlah nabi, atau wali. Dia tidak terpelihara daripada dosa.
[15] Mampu membezakan yang hak dan yang batil.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Rujukan http://pasvspas.blogspot.com/2009/09/syed-quthb-jemaah-islamiyah-dan-pas.html-

-Syed Quthb, "Al-Islam Musykilatul Hadharah" , Cetakan Dar Asy-Syaruq, Percetakan ke-7, Tahun 1982, m/s 86. TAJUK YANG DIBERI PADA KITAB INI [ISLAM ADALAH MASALAH KEPADA KETAMADUNAN] JUGA MERUPAKAN PENGHINAAN KEPADA AGAMA ISLAM.

Ohpolitik!™

Posted: 27 Jun 2012 03:30 AM PDT

Ohpolitik!™


TEKNIK Kencing!! DARAH BANYAK WOOO..CILAKA Punya Set UMNO TUKAR!!

Posted: 26 Jun 2012 08:43 AM PDT








Adush..korang dah tengok wayang gambar ini di FB Kami Peminat Ustaz Azhar Idrus? darah bagai nak mati..tapi dimana laporan penuh berita tersebut? kenapa tak buat report polis? Samanla kalu betul set TUKAR salah...CILAKA PUNYA UMNO!!!


Buat demo mesti kena ada wayang. Baru ble sebar fitnah, Baru ble dapat simpati rakyat..kasian... Tapi takpe...takyah risau...syurga menanti, KONFREM BY NIKKIE AJIS

100 Ribu Penyokong PAS Buat Demo Depan Opis Nikkie Aziz?

Posted: 26 Jun 2012 07:13 AM PDT

Peristiwa pelik berlaku hari ini apabila segerombolan pakLebai berkopiah dan lebai telah mensesakkan jalan dihadapan Pejabat SUK Kelantan dengan Demo yang dianjurkan oleh Puak PAS. Demo yang dipercayai bertujuan bagi mendapatkan Royalti minyak daripada Nikkie Ajis ini dibuat dijalanan, bukan dalm pejabat SUK.

Menariknya, Rakyat yang menyokong PAS pun tak dibenarkan memasuki kawasan Pejabat Nikkie Ajis. Sepatutnya ajakla PenyokongMu Nikkie Ajis masuk. Ajak munim, makan serkup tawar ke..hahaha... Asal dibiarkan dijalanan jer? Menyalak kat sapa? Nik Ajis Ke?



Untuk rekod, Demo seumpama ini atas tujuan menuntut Royalti Minyak anjuran PAS sendiri biasanya dibuat di Hadapan Pejabat UMNO...

PANEH MIANG

Posted: 27 Jun 2012 01:21 AM PDT

PANEH MIANG


Zuhudnya dia...

Posted: 26 Jun 2012 08:22 PM PDT

Dalam posting bertajuk Hati kecil ini terdetik..., terdapat beberapa komen menarik yang ingin kami kongsikan. Antara komennya;

Anonymous said...

Hanya Allah yang maha mengetahui. Tetapi selalunya, kalau kita tahu seorang itu memang alim seperti tok iman, secara automtik kita tak mudah untuk mencebik mahupun menghina. Apatah lagi kalau kita tahu dia memang warak dan hidup bersederhana, tanpa perlu ada rumah dan kenderaan mewah. Masalahnya kalau orang itu banyak skandal dan terlibat dengan rasuah, maka jika kita lihat photo berkenaan, hati kita akan berkata hanya lakonan bagi meraih undi. 

June 25, 2012 2:12 PM 

Anonymous said...  

Org yg warak dan sederhana dlm hidup lbh diyakini...lbh dipercayai  

manakala bapak segala perasuah, bapak segala penyelewengan hanya sbg sandiwara....apa yg dia buat hanya melaun saja percaya...MELAUN dlm parti dia...  

June 25, 2012 3:12 PM  

Cucu Tok Perba said...  

Secara peribadi, saya lebih mengkagumi pemimpin yang hidupnya benar-benar menjadikan prinsip kehidupan Nabi Muhammad sebagai model ikutan.  

Manusia dilahirkan kedunia dengan dua fungsi: 1) Sebagai hamba Allah dan 2) Sebagai khalifah di muka bumi. Pemimpin terbaik adalah yang mampu memimpin rakyatnya untuk memenuhi kedua-dua fungsi ini.  

Model kehidupan pemimpin terbaik adalah cara hidup Nabi Muhammad. Hidupnya amat sederhana, tidak jauh berbeza dengan kehidupan rakyatnya. Hadis Nabi: Pemimpin itu adalah khadam kepada rakyatnya.  

Semasa wafat,Baginda meninggalkan dua perkara: Al Quran dan Sunnah; sebagai warisan dan ikutan umat hingga ke akhir zaman. Baginda tidak meninggal kebendaan lahiriah atau binaan hebat dsb spt mana ditinggalkan oleh firaun dan sewaktu dengannya.  

Mana yang terbaik? Detik hati boleh menelahnya. Apapun, tidak boleh juga terlalu mengikut kata hati. Hati kita inipun boleh dipengaruhi oleh dua perkara: Iman atau syaitan.  


June 26, 2012 10:21 AM 

*********
Ramai yang bercakap berkenaan pemimpin zuhud, sederhana, bla..bla. Tapi mana yang lebih baik? Pura-pura zuhud tapi pada masa yang sama hidup dalam kemunafikan dengan bermewah? Atau hidup dalam keadaan mewah saja tanpa perlu berpura-pura kerana ajal dan rezeki seseorang itu adalah ketentuan Allah SWT.

Adakah Islam mengharamkan kekayaan dan kemewahan? Bukankah semakin kaya seseorang umat Islam itu, maka semakin banyak zakat yang mampu dia keluarkan? Golongan mana yang akan peroleh manfaat daripada zakat kumpulan kaya?

Usaha macamana susah sekalipun, jika Allah takdirkan itu bukan rezeki kita, maka ia tetap bukan rezeki kita. Tapi jika usaha mudah sekalipun, jika Allah takdirkan itu hak kita, maka ia tetap akan jadi hak kita. Adakah kita ingin menjadi manusia yang menafikan Qada' dan Qadar Allah?

Kita saksikan bagaimana 'zuhud'nya manusia di bawah ini di mata penyokongnya. Sisi lain yang berbeza...dan jangan pula ada yang kata ini superimpose. Credit to Minaq Jinggo and Haji Arshad.










Sahabat-Gunung

Posted: 27 Jun 2012 01:19 AM PDT

Sahabat-Gunung


Pembangkang Kering Modal Politik Hinggakan Bantu Pemandu Teksi Pun Dikatakan Rasuah- Nizar Zakaria

Posted: 27 Jun 2012 01:03 AM PDT


Pakatan pembangkang khususnya mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin nampaknya sudah kering modal politik untuk memberikan imej buruk kepada BN sehinggakan terpaksa menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dan Barisan Nasional terpaksa  merasuah dan melutut kepada pemandu dan pengusaha teksi dalam meraih sokongan dari golongan ini.

Ahli Parlmen Parit, Nizar Zakaria berkata, lidah Nizar Jamaluddin ini sangat jahat kerana sering membuat kenyataan dan hujah jahat, sehinggakan mempertikai kelebihan dan keupayaan kewangan dalam negara kita untuk membantu rakyat terutamanya golongan yang memerlukan.

"Sepatutnya beliau secara positif menyokong kerana kerajaan membantu rakyat khususnya pemandu-pemandu teksi ini dengan insentif sebanyak RM520 bagi penggantian empat tayar untuk tempoh dua tahun. Ini perkara yang baik dan kalau dia rasa hebat, jika kerajaan BN memberikan BR1M RM500, pembangkang khususnya kerajaan negeri pembangkang, tambahlah RM100 atau RM200 kepada rakyat.

Tetapi itu tidak berlaku, namun mereka (pembangkang) sering mempertikai apa sahaja usaha kerajaan untuk membantu rakyat. Saya yakin dan percaya, rakyat memahami bahawa kerajaan kita di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib Razak telah pun berusaha gigih sehingga kita mempunyai lebihan pendapatan, yang akhirnya lebihan ini kita bantu rakyat yang memerlukan," ujarnya mengulas tuduhan jahat Nizar Jamaluddin terhadap BN dan PM, ketika ditemui di Dewan Rakyat pagi tadi.

Tambahnya, ini merupakan usaha pembangkang khususnya Nizar Jamaluddin dalam membuat provokasi dan sangkaan jahat terhadap BN dalam usaha mereka meraih sokongan rakyat, sedangkan kerajaan BN berusaha sedaya upaya dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

"Modal politik mereka sudah tiada dan terpaksa mencari-cari isu yang perlu dibawa untuk memberikan gambaran negatif kepada BN. Hari ini pakatan pembangkang amat mencemburui usaha yang dibuat PM, walaupun baru tiga tahun lebih mentadbir, namun beliau mampu memberikan perhimatan terbaik kepada negara dan masyarakat, selain membawa membawa nama baik Malaysia ke serata dunia," tambahnya lagi.

Nota: Sila ikuti wawancara UMNO-Online bersama YB Nizar Zakaria, Ahli Parlimen Parit dalam youtube MediaUMNO.

Perletakan Jawatan Rafizi Lambang Keretakan PKR Di Selangor

Posted: 26 Jun 2012 11:02 PM PDT

Ahli Parlimen Hulu Selangor, P.Kamalanathan melihat perpecahan di kalangan pemimpin pakatan pembangkang khususnya PKR di Selangor semakin meruncing. Namun segala kemelut dan permasalahan mereka sudah lama dijangka, dan ianya sedang berlaku hari ini tanpa dapat disembumyikan lagi.

"Contohnya baru-baru ini, Rafizi Ramli meletakkan jawatan sebagai CEO daripada kerajaan negeri Selangor. Beliau yang menjaga hal ehwal kewangan memberikan notis 24 jam dan sebagai seorang yang menjaga hal yan sebegitu penting, dalam usaha untuk memperkasa kerajaan negeri, tindakan Rafizi ini menunjukkan ada perkara yang menyebabkan beliau tidak dapat bersabar lagi. 

Jika tiada masalah dalam pergerakan mereka ini, beliau seharusnya sebagaimana mana-mana organisasi lain, perlu ada tempoh masa 30 hari dan sebagainya. Ini tidak berlaku dan menunjukkan beliau tidak berpuas hati dengan keputusan dan tindakan kerajaan negeri termasuk tindakan kerajaan negeri memohon balik agar PTPTN meneruskan bantuan pinjamannya kepada para pelajar di Unisel," ujarnya mengulas kemelut kepimpinan PKR dan kerajaan negeri Selangor ketika ditemui di Parlimen pagi tadi.

Tambahnya, tindakan kerajaan negeri ini mungkin antara penyebab Rafizi kecewa dan tidak bersetuju dengan kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

"Bukan itu sahaja, kemelut ini akan berleluasa lagi, malah kita nampak Setiausaha Politik MB Selangor juga dalam keadaan tertekan. Kita nampak juga ini juga merupakan satu konspirasi di antara mereka. Biasanya mereka mengatakan bahawalah BN yang mencipta berbagai konspirasi, tetapi hakikatnya mereka yang mewujudkan konsprasi demi konspirasi ini dalam bidang politik di Negara kita ini.

Tidak apalah, itu cara mereka. Kita sedar mereka tidak ada keupayaan untuk mentadbir kerajaan negeri Selangor dengan Rafizi meletakkan jawatan tersebut kerana beliau tidak percaya kerajaan negeri Selangor ini dapat menunaikan janji-janji mereka semasa PRU12 yang lalu, sekarang sebelum membentangkan manifesto PRU13, dia dah letak jawatan dan ini menunjukkan beliau tidak mempercayai kebolehan Menteri Besar mereka sendiri.

PAS Rela Khianati Melayu Daripada Ditinggalkan DAP

Posted: 26 Jun 2012 04:34 PM PDT


Sejak PAS dan DAP tidur sebantal dengan diwalikan oleh PKR, watak, sikap, prinsip dan dasar parti Islam itu semakin menyamai parti cauvinis Cina tersebut.

Sedang DAP bijak mengatur langkah dan strategi untuk menawan hati orang Melayu, PAS pula bertindak sebaliknya.

Umpamanya DAP menggula-gulakan orang Melayu kononnya parti itulah pejuang yang ikhlas terhadap agenda Melayu di Pulau Pinang.

DAP merasuah orang Melayu dengan memberi peruntukan lebih tinggi kepada majlis agama negeri dan projek-projek kecil sementara projek pembangunan yang besar dan bernilai tinggi pula isapu oleh pemimpin dan kroni DAP berbangsa Cina.

Melihat kepada betapa baiknya sikap DAP kepada orang Melayu di Pulau Pinang, PAS pun termakan dengan umpan tersebut dan terus memuji-muji dan menyanjung parti yang pernah dilabelnya sebagai kafir harbi dan pengkhianat Melayu.

Setelah menjadi tiga serangkai dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat, semua yang pernah dilabelkan haram dan jijik oleh PAS kepada parti rasis Cina itu menjadi halal, bersih dan bebas dari dosa.

Malah PAS pula kini menjadi pembela terbesar DAP dan mempertahankan tindak tanduk serta dasar parti itu.

Tidak cukup dengan itu PAS sanggup menukar dasar dan perjuangannya menuntut sebuah negara Islam kepada yang satu konsep yang lebih lunak dan tidak merbahaya kepada DAP iaitu 'negara berkebajikan'.

Semua ini dilakukan untuk menjaga hati rakankongsi baru PAS dalam politik tetapi yang menyedihkan parti itu membelakangkan agenda Melayu yang kononnya selamanya ini dipertahankan.

Kenyataan biadap Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Nizar Jamaluddin berhubung isu pembelian plat WWW 1 oleh Sultan Johor menjadi bukti jelas.

Nizar dengan celupar mempertikaikan tindakan Tuanku dalam isu itu tanpa memperdulikan samada perbuatannya itu boleh mencemar dan memalukan institusi raja yang selama ini menjadi payung pelindung kepada bangsa Melayu sejak berzaman.

Apa yang disebut oleh Nizar dalam twitternya senada dengan sikap anti-Melayu dan raja yang ditunjukkan oleh DAP.

Lupakah orang Melayu Perak khususnya akan episod 'sembah derhaka' Nizar kepada Sultan Azlan Shah apabila enggan meletak jawatan apabila dititah berbuat demikian pada awal 2009?

Menurut sumber dalaman PAS Perak sendiri, keceluparan Nizar dan sikap anti-raja yang ditunjukkan beliau dalam isu kejatuhan kerajaan negeri Pakatan Rakyat dan insiden terbaru membabitkan Sultan Johor adalah kerana beliau mempunyai pertalian darah dengan dua pemimpin DAP Perak iaitu Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham dan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming.

Ngeh dan Nga adalah sepupu sementara Nizar pula menjadi sepupu kepada kedua-duanya dari sebelah ibunya yang berbangsa Cina.

Jadi bak kata pepatah Melayu, ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi; sikap menentang institusi raja yang dizahirkan oleh Nizar telah sediada mengalir dalam tubuh badannya secara semulajadi.

Maka tidak hairanlah setiap kali Nizar mengadakan sidang akhbar semasa menjawat Menteri Besar Perak dahulu, beliau akan diapit oleh Ngeh dan Nga.

Setiap kalimat dari mulu Nizar akan dikawal ketat oleh kedua-dua pemimpin DAP itu dan tidak boleh dilafazkan tanpa persetujuan mereka.

Malah amat jelas pada mana-mana sidang media, Nizar akan menoleh kepada Ngeh dan Nga terlebih dahulu sebelum menjawab soalan yang diajukan oleh wartawan terutamanya soalan yang berkaitan dengan dasar Melayu.

Pernah Nizar dilihat bertindak secara spontan seperti robot dengan menoleh kepada Ngeh dan Nga untuk mendapat ilham apakah jawapan paling selamat dan sesuai apabila ditanya mengenai isu pemberian tanah pajakan selama 999 tahun kepada penduduk Cina.

Ini hanyalah sekelumit daripada rentetan insiden yang membabitkan pemimpin PAS dengan institusi raja.

Sejak bersekongkol dengan DAP, PAS tidak lagi menghormati raja-raja Melayu bahkan selalu menimbulkan kontroversi yang mencemar kemuliaan institusi itu.

Bagi PAS, ia lebih rela menggorbankan agenda Islam dan membelakangkan bangsa Melayu sekiranya ini dapat membantu parti itu membolot kuasa politik, daripada berpisah dengan kekasihnya DAP yang tidak seagama dan tidak juga sebangsa.

Malaysiakini Promotes Racism

Posted: 26 Jun 2012 09:52 AM PDT


It is amazing how Malaysia has come so far as a multiracial country.  As an Islamic religious scholar from Turkey once said, "Malaysia is a country destined to be hell but somehow the leaders managed to make it a heaven." 

Human nature makes it hard for us to handle each other's differences.  Even as civilized, well-educated people, we do not accept differences naturally.   Accepting differences is hard work and often, humans failed.  The wars may be caused by something deeper like the oil resources but they were all triggered by differences.  

But Malaysia managed to get over all differences with one little formula – the Article 153 in our constitution that states the rights of the Bumiputeras.   Sure enough, the Article may not make some of us happy but being a little unhappy in a heavenly place, with the economy in your hands, is definitely better than being in a total hell. 

The 'Article' is what saved Malaysia from going down the same road with Indonesia during the Reformasi movement.   Because in Malaysia, although the Malays are unhappy with the Chinese's control over the economy but they know that the Chinese too, are unhappy knowing that they can't take it all.   

Taking this 'Article' away would mean disaster.   It is unfortunate for Malaysia that we must have irresponsible people who love to play with racial fire.  One party calls the other racist and the other would retaliate calling the party 'pendatang'.

Since there is no ending to this, the Prime Minister has tried with all his might to clear the air and firmly stated that the Chinese too, are loyal citizens and calling them 'pendatang' is not only inappropriate or downright wrong, but lunatics.  With that, he referred to the Chinese who truly behave like loyal citizens who put their nationalism first, rather than race - the Chinese who do not question the constitution and the Royal Institutions of Malaysia.  

But somehow, Malaysiakini is just too keen to pour petrol to the dying fire.  Their readers too took the PM's call sarcastically by questioning the PM's effort in curbing racism.  'Perkasa' is again brought up as a symbol of Malays' or UMNO's racism saying that these are the lunatics that the PM referred to and that until Perkasa is abolished, they will not take the PM's effort as genuine. 

The question is what about Dong Zong or Dong Jiao Zong or Hindraf? Why are Chinese and Indians NGOs who strive for the rights of their races are okay, but Perkasa is not?  Isn't it almost like a crow calling a dove black?     Now, who is the real racist here? 

The true lunatics are the people who would rather live in hell rather than heaven by putting as much effort as they can to create a racial uproar.   They do this by condemning, belittling, ridiculing and ignore every effort made by the government to promote unity. 

They insist in being separated forever from other races and refuse to accept Perkasa's fight for unity through One School for All system.  They keep hammering the Article 153 as the ultimate barrier between them and what they thought would be a better heaven.  

Everything is all about what they want, what would benefit them and others can go to hell.  What they didn't know is that we all live on the same ground, and one can't go to hell without dragging the others along.    

So, Malaysiakini should stop dragging people to hell and start learning to appreciate and value this heavenly place.

VIDEO: DAP Kotor & Menjijikkan ......

Posted: 26 Jun 2012 08:55 AM PDT

Timbalan Ketua Pemuda MCA Selangor, Ching Eu Boon hari ini mendedahkan  campur tangan ahli majlis Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dari DAP iaitu saudari Tiew Way Keng yang menyalahgunakan kuasa beliau untuk memberikan kontrak kepada firma peguam untuk menguruskan kes melibatkan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Tiew Way Keng telah menyalahgunakan kuasa beliau untuk memberikan kontrak ini kepada firma peguam yang dimiliki oleh Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng dengan kos sebanyak RM 55,000 sedangkan kontrak awal telah pun diberikan kepada pihak guaman yang lain dengan kos hanya sebanyak RM15,000 sahaja.

"Selama ini, DAP cuba menonjolkan imej parti yang lebih bersih dan telus berbanding PKR dan PAS. Pemimpin-peimpin DAP sedaya upaya mengekang berita-berita buruk dan salah laku pemimpin mereka dari tersebar kepada rakyat.

Namun begitu, ini tidak bermakna DAP merupakan sebuah parti yang bersih. Hakikatnya, campur tangan DAP dalam pentadbiran kerajaan negeri terutamanya diperingkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah begitu teruk dan memalukan sekali," ujarnya kepada media dalam sidang media di Ibu Pejabat BN Selangor, petang tadi.


Lynas: Dr Rosli Takut Di Makan Sumpah 'Baiah'?

Posted: 26 Jun 2012 08:05 AM PDT



Ogos tahun lalu, Ahli Parlimen PAS Hulu Langat Dr Rosli Che Mat pernah mengakui projek pembangunan kilang Lynas langsung tidak membahayakan kesihatan kerana ianya bukan seperti mana loji nuklear sebagaimana cuba digambarkan oleh propaganda pembangkang.

Malah beliau secara terbuka mengecam pendekatan propaganda pembangkang khususnya PKR yang memanipulasi isu Lynas sehingga memesongkan fakta sebenar kepada khalayak umum sekaligus mencetuskan kegusaran segelintir anggota masyarakat.

Namun, kini setelah hampir setahun berlalu tiba-tiba beliau dilaporkan berkata tidak menyokong Lynas dan projek tersebut belum tentu selamat sebagaimana disiarkan oleh lidah rasmi PAS dan beberapa portal lain. Bukankah begitu kontradiks dengan kenyataan beliau pada 24 Ogos lalu?

Antara kata-kata beliau yang masih tergiang-giang ditelinga kita termasuklah kenyataan berikut;-

"Mereka menakutkan orang ramai mengatakan bahawa Lynas ni loji nuklear sedangkan dia hanya memproses bahan tabii iaitu nadir bumi daripada Mount Weld yang lebih rendah daripada kalau kita main lombong bijih, lebih rendah dari segi radiasinya".

"Yang membawa isu ni PKR. Jadi saya bersabar lama dan saya pernah dapat warning daripada Penerangan PAS mengatakan YB jangan buat komen apa-apa. Saya terima. Saya tidak bercakap. Tapi tidak adil. Mereka buat komen setiap keluaran Harakah dengan bahasa yang kita kurang senang lah".

"Adakah Lynas itu sebagai loji nuklear? Pernah Dr Mitzi nampak sebagai loji radiation lah apa semua macam-macam. Dia spin. Saya pun malu. Saya orang PAS juga. Jadi akhirnya saya buat keputusan saya sebagai saintis nuklear, saya datang hari ini. Apa dia orang nak kata, kata lah."

Kenyataan tersebut yang diucapkan beliau pada 24 Ogos 2011 yang lalu telah disiarkan oleh TV3 dalam laporan ringkasnya berkaitan isu Lynas. Turut sama mengulas isu tersebut ialah seorang lagi saintis nuklear, Profesor Dr. Ahmad Termizi Ramli.

Selanjutnya menurut Dr Rosli lagi, "Setelah saya melihat dari segi infrastrukturnya, dari segi bahan yg dibawa, saya sendiri pantau, monitor, Lynas selamat. Dengan kaedah-kaedah yang akan digunakan dan dengan bantuan daripada agensi nuklear kita akan pantau, AELB akan pantau dan sebagainya dan juga environment".

Berikutan kenyataan beliau yang disiarkan oleh TV3 itu akhirnya menyebabkan Dr Rosli dipanggil beberapa kali oleh pucuk pimpinan PAS kerana kenyataan tersebut diklasifikasikan sebagai bertentangan dengan dasar PAS yang anti Lynas.

Pun demikian, bila kita baca bait demi bait kenyataan Dr Rosli itu jelas sekali beliau tidak bersetuju dengan manipulasi dan penyelewengan fakta oleh pembangkang dalam isu Lynas.

Dan beliau sendiri mengakui projek Lynas selamat dan tidak membahayakan kesihatan. Dalam erti kata lain, sebagai seorang saintis nuklear, beliau berkata benar demi mengelakkan orang ramai terus tertipu dengan pemesongan fakta yang di adu domba oleh pembangkang khasnya PKR.

Manakala pada Februari 2012 yang lepas pula ketika diminta mengulas mengenai Himpunan Hijau 2.0, sekali lagi beliau menegaskan Lynas adalah loji yang mengeluarkan nadir bumi dan bukannya loji nuklear malah ia selamat dan tidak membahayakan selagi adanya pemantauan.

Persoalan sekarang, apakah kerana tekanan dari pimpinan PAS menyebabkan beliau kini terpaksa membuat kenyataan yang akhirnya membelit dirinya sendiri? Atau adakah kerana takut dimakan sumpah 'baiah' taat setia, maka kebenaran terpaksa dilacurkan demi mempertahankan dasar haru biru parti sendiri?

SUARAM: Alat Pembangkang Promosi Dusta Dan Pembohongan Pembangkang

Posted: 26 Jun 2012 07:15 AM PDT


SUARAM kini dilihat sebagai senjata utama pakatan pembangkang yang sedang giat mengeksploitasi isu pembelian kapal selam Scorpene, bukan sahaja di dalam negara malah menjajanya di luar negara.

Pembangkang tidak langsung berasa bersalah untuk memburuk-burukkan nama baik Malaysia dan imej kerajaan yang kononnya terbabit dalam amalan rasuah dalam urusan pembelian kapal selam itu dari sebuah syarikat milik kerajaan Perancis.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hasshim berkata sasaran pembangkang hanya satu iaitu menconteng imej buruk kepada pimpinan dan diri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan harapan rakyat akan marah dan undi akan beralih kepada mereka pada pilihan raya umum ke 13 nanti.

"Segala tuduhan dan dakwaan SUARAM terhadap Perdana Menteri terdapat banyak keraguan dan tanda tanya. Ini boleh dilihat menerusi fakta-fakta yang menunjukkan jelas SUARAM telah mengaitkan Perdana Menteri dengan Altantunya dan Scorpene adalah satu pendustaan dan pembohongan.

"Pertama sekali, di mana mereka mengatakan Altantuya ini dikatakan sebagai kononnya penterjemah tapi kita tahu, mendiang ini cakap Perancis pun tak boleh. Dia bukan seorang yang memahami dan boleh bertutur dalam bahasa Perancis," ujarnya ketika ditemui di Dewan Rakyat petang tadi.

Dalam masa yang sama, jelas beliau Altantunya sendiri tidak pernah pun ke negera Perancis kerana iIni terbukti melalui kenyataan Imegresen Perancis bahawa tiada rekod langsung bahawa dia masuk ke Perancis dari tahun 1999 ke tahun 2006.

"Ini menunjukkan satu permainan reka cipta yang SUARAM ketengahkan", ujarnya.

Sehubungan dengan itu, Zahrain melihat wujud satu desakan dan pakatan yang kotor yang dilakukan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kita boleh nampak satu rekaan untuk memburukkan dan mencari jalan untuk menjatuhkan Perdana Menteri. Sekarang, Ketua Pembangkang menggunakan badan-badan lain untuk mempromosikan pendustaan dan pembohonangan terhadap Perdana Menteri dan salah satu badan yang telah digunakan ialah SUARAM.

"Sebab itu saya katakana SUARAM ini bukan sekadar NGO, tetapi AGO (Anti Government Organisation) sebab mereka menggunakan asas-asas pendustaan dan fitnah untuk memburukkan pimpinan kerajaan. Saya desak SUARAM minta maaf kepada rakyat, kerajaan dan yang lebih penting ialah kepada Perdana Menteri," tambahnya lagi.

Penglima Gagap VS Panglima Jamban - Akhirnya Rakyat Selangor Menderita

Posted: 26 Jun 2012 06:09 AM PDT


Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Dr Satim Diman berkata 'perang besar' yang kini sedang berlaku di negeri itu tidak akan terjadi sekiranya pemimpin-pemimpin parti pakatan pembangkang khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengutamakan kepentingan rakyat berbanding kepentingan kuasa dan kroni masing-masing .

Menurut beliau apa yang berlaku di Selangor sekarang tidak ubah hanya kerana masing-masing tamakkan kuasa dan mahu menunjukkan siapa yang lebih hebat  antara Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Pengerusi PKR negeri, Azmin Ali.

"Mereka dan kumpulan mereka (kumpulan Khalid dan Azmin) hanya membuang masa dan kepercayaan yang diberikan rakyat sedangkan rakyat sentiasa menantikan banyak janji yang ditaburkan semasa pilihan raya umum yang lalu untuk ditunaikan.  Sepatutnya janji kepada rakyat diutamakan bukan janji untuk habuan kroni-kroni mereka.

"Inilah padahnya bila kuasa diberikan kepada pihak yang tidak sepatutnya umpama kera mendapat bunga….  akhirnya rakyat yang merana" katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas 'perang besar' di  Selangor antara kepimpinan PKR negeri  apabila masing-masing terus melemparkan bom perang antara satu sama lain.

Mengulas lebih lanjut Satim yang juga ADUN Serdang seterusnya menambah Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar tetapi tidak mempunyai 'cengkaman' di dalam PKR negeri tentunya ditekan habis-habisan oleh Azmin yang memegang jawatan Pengerusi PKR negeri.

Tegasnya perkara ini sebenarnya sudah lama berlaku cuma sejak akhir-akhir ini masing-masing sudah tidak dapat mengawal diri terpaksa melakukan perang untuk mengorbankan musuh mereka sebelum pilihanraya umum akan datang.

"Mereka cuba bunuh antara satu sama lain kerana mereka mempunyai agenda tertentu…. Selangor adalah negeri yang terkaya sudah pasti nafsu di kalangan mereka juga cukup besar…. dan kerana nafsu ini jugalah mereka lupa tentang banyak janji-janji mereka kepada rakyat negeri ini", ujarnya.

PKR Bergolak: Geran RM300J Bukti PKR Amal Politik Kotor – Zin Mohamed

Posted: 26 Jun 2012 04:47 AM PDT


Parti PKR Selangor sekarang berada diambang perpecahan yang paling kronik sekali sekarang ini. Seperti kata pepatah, 'bangkai gajah tidak boleh ditutup', satu demi satu kepincangan pentadbiran kerajaan negeri yang dipimpin oleh PKR semakin terdedah.

Koordinator BN Selangor, Dato' Sri Ir Mohd Zin Mohamed berkata, mereka (PKR) sendiri dalam diam saling bercakaran,bukan lagi rahsia apabila kita semua sedia maklum Azmin Ali tidak mempunyai hubungan baik dengan Khalid Ibrahim. Malahan kesan dari hubungan yang goyah ini, pentadbiran kerajaan Negeri Selangor berada dalam keadaan terumbang-ambing. Kesannya, rakyat Selangor terpaksa menanggung akibat pergeseran politik mereka ini.

"Dalam diam, Setiausaha Politik MB Selangor, Faekah Husin yang merupakan antara punca pergeseran politik ini dilihat terus mengukuhkan kuasa beliau. Malah ada desas-desus mengatakan, banyak keputusan Faekah dibuat tanpa langsung merujuk kepada MB sendiri. Isu Geran Selangorku bernilai RM 300 juta merupakan contoh paling sesuai untuk menggambarkan betapa kerajaan Negeri Selangor pimpinan PKR ini mengamalkan politik kotor.

Sehingga kini, Menteri Besar masih lagi berdolak dalih dalam menyatakan sumber sebenar wang RM 300 juta itu. Mereka mengaku ianya adalah dari hutang yang dikutip namun dalam kenyataan lain, MB sendiri mengaku bahawa RM 300 juta ini tidak termasuk hutang Talam yang dikutip oleh kerajaan negeri. Persoalannya kenapa berdolak dalih?," ujarnya kepada media dalam sidang media isu-isu semasa Selangor di Ibu Pejabat BN Selangor sebentar tadi.

Tambahnya, tiada sebarang data terperinci yang menjelaskan mengenai sumber kewangan RM 300 juta ini. Tambah menghairankan, kelulusan sejumlah besar wang ini langsung tidak melibatkan pegawai Kewangan Negeri tetapi hanya melalui beberapa individu dalam Menteri Besar Incoperated (MBI), termasuk Faekah sendiri.

Perbelanjaan wang yang kononnya dikatakan akan dibuat secara tender terbuka tidak berlaku seperti yang dinyatakan. Berdasarkan maklumat dalaman yang kami terima, pengagihan RM 300 juta ini adalah untuk tujuan infrastruktur yang akan dibuat dalam empat fasa.

"Kami percaya, ini sebenarnya merupakan dana khas Pilihanraya ke-13 yang cuba disembunyikan oleh Kerajaan Negeri dan MB sendiri. Tambah menghairankan, kenapa perlunya kuasa mutlak MB untuk menentukan kepada siapa peruntukan ini disalurkan jika kaedah tender terbuka digunapakai? Berdasarkan makluman dalaman, Faekah Husin sebenarnya yang mengawal pengagihan wang ini. Perkara ini berlaku diluar pengetahuan MB sendiri.

Persoalan yang ditimbulkan dalam Dewan Undangan Negeri mengenai ke mana wang itu sebenarnya dibelanjakan tidak dijawab dengan baik oleh MB Selangor. Sehingga kini, masih belum ada sebarang maklumat rasmi mengenai angka-angka ini selain hanya pengumuman demi pengumuman yang dibuat sekadar untuk mengaburi mata rakyat.

Strategi Kerajaan Negeri membentangkan budget kononnya secara seimbang kerana mengamalkan perbelanjaan berhemah hanyalah wayang semata-mata kerana setiap kali Sidang DUN diadakan, kerajaan negeri akan memohon budget tambahan. Adakah ini sikap berhemah kerajaan negeri?," tambahnya yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor.

Dalam masa yang sama, tindakan MB mendedahkan butiran sumber wang ini kepada Exco sahaja menunjukkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan geran Selangorku ini. Apa yang cuba disembunyikan? Adakah geran ini sebenarnya untuk menampung perbelanjaan pilihanraya Pakatan Rakyat dalam kempen PRU akan datang?

Contoh lain yang menunjukkan bahawa Faekah sebenarnya merupakan duri dalam daging yang mengucarkacirkan pentadbiran Kerajaan Negeri ialah tindakan beliau menggunakan kepala surat pejabat MB untuk memberikan surat sokongan untuk syarikat guaman keluarga beliau kepada Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) sebuah GLC milik kerajaan Negeri.

Tindakan Faekah ini diakui sendiri oleh MB, malah MB dengan bersahaja mengatakan ianya tidak menjadi satu kesalahan. Ini merupakan satu percanggahan amalan paling terang dilakukan oleh MB.

"Kita jangan lupa pada tahun 2008, Khalid Ibrahim menggantung tugas Pegawai Khas beliau, Mohd Yahya Sahri kerana menyalahguna kepala surat Pejabat MB Selangor untuk tujuan mengutip derma dari syarikat swasta bagi sambutan 100 hari pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor.  Saya mencabar Khalid Ibrahim supaya mengambil tindakan ke atas Faekah seperti yang pernah dilakukan ke atas Yahya Sahri sebelum ini. Kita sama-sama nantikan apakah yang akan dilakukan oleh MB Selangor kepada Setiausaha Politik kesayangan beliau itu.

Sikap 'double standard' Menteri Besar Selangor dalam mempertahankan Faekah sehingga sanggup melepaskan jawatan Ketua PKR Selangor kepada Azmin Ali begitu mencurigakan. Rakyat Selangor memandang sinis slogan good governance yang dilaungkan oleh pemimpin Pakatan di Selangor. Hakikatnya, satu demi satu kepincangan pentadbiran dan salah laku pemimpin mereka terserlah," ujarnya lagi.

Kenapa Kaum Cina Tak Percaya Anwar?

Posted: 26 Jun 2012 03:55 AM PDT


Kaum Cina, dikatakan kaum yang praktikal dan bukan emosional dalam menentukan matlamat hidup mereka.  Praktikaliti bagi mereka, dinilai dari sudut keuntungan ekonomi dalam jangka masa panjang.  Mereka sabar, tekun dan kekal fokus untuk mencapai apa yang diidamkan.    


Dalam menentukan kerajaan yang memerintah juga, kaum Cina mengambil sikap yang sama dan bergerak sebagai satu kumpulan bagi memastikan keuntungan maksima kepada kaum mereka.

Barisan Nasional telah menjadi pilihan kaum Cina sejak sekian lama kerana mereka yakin bahawa parti ini mampu menyediakan persekitaran dan lanskap yang sesuai untuk mereka 'berkembang'.   Walaupun terdapat puak-puak ekstremis Cina yang cuba menafikan keupayaan BN serta menghasut kaum Cina agar berprasangka, malah membenci BN dengan membangkitkan soal Hak-hak Istimewa Bumiputera tetapi tiada seorang pun manusia di dunia ini yang mampu menolak hakikat bahawa kaum Cina di Malaysia adalah antara yang paling makmur sekali di dunia di bawah pemerintahan BN.  

Sekolah-sekolah Cina, dahulunya dibuka sebagai persediaan untuk kaum Cina kembali ke tanahair mereka selepas puas mencari kekayaan di negara ini.  Namun, majoriti  kaum Cina terus kekal di sini, menjadi warganegara yang setia kerana mereka tahu kerajaan Perikatan ketika itu, dan BN hari ini, akan tetap membela mereka. 

Namun begitu, sokongan kaum Cina terhadap BN hari ini dikatakan merosot secara drastik dan apa saja yang dilakukan oleh BN tidak akan mampu lagi untuk memulihkan keadaan ini. 

Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna yang mereka menyokong Pakatan Rakyat.  Mungkin mereka tersasar sekejap pada tahun 2008 akibat terpedaya dengan janji-janji manis Anwar Ibrahim dan faktor-faktor lain, tetapi seperti yang dikatakan tadi, kaum Cina bukan bertindak berdasarkan emosi, tetapi praktikaliti. 

Akhir-akhir ini, Anwar mula dipandang serong oleh kaum Cina apabila beliau membangkitkan idea untuk menghapuskan PTPTN yang mana akan merugikan para pelajar, termasuk anak-anak bangsa Cina yang majoritinya memilih pusat pengajian tinggi swasta yang jauh lebih mahal harganya. 

Kemudian, Anwar sekali lagi menggusarkan kaum Cina apabila bertindak 'mengambil alih' perhimpunan BERSIH 3.0 dan menonjolkan warna sebenarnya sebagai seorang pemberontak yang ingin membuat huru-hara.   Sudah tentu kaum Cina tidak inginkan huru-hara kerana ia akan bermakna kerugian bagi perniagaan mereka. 

Maka, dua insiden ini menjadi titik penting untuk kaum Cina kembali mengimbas sejarah lama dalam menjustifikasi undi mereka dalam pilihanraya kali ini.   Ternyata sejarah tidak pernah berbohong dan sejarah telah memaparkan siapa Anwar yang sebenarnya.  Setelah membaca sejarah Anwar ramai anak-anak muda Cina kembali berpijak di bumi nyata dari terus bermimpi diperintah oleh Pakatan Rakyat yang kononnya bakal memberi mereka kesamarataan total bagi membolehkan mereka berkembang ke tahap maksima dan menelan kaum-kaum lain di Malaysia. 

Anwar Ibrahim adalah manusia dengan begitu banyak personaliti jika tidak, takkanlah beliau digelar 'sesumpah' oleh wartawan barat.  Mengikut pendedahan buku The 'I' Files, pada satu masa, Anwar adalah seorang Muslim fanatik yang mengimpikan negara Islam 'sempurna' ala Iran, berkiblatkan Saudi, berfahaman Wahhabi dan tiada tolak ansur dalam menangani kemungkaran.  Bagi Anwar, kaum Cina dan barat semuanya adalah ancaman kepada Islam.  Sehinggakan, kata penulis buku tersebut, Hasan Ali juga tidak dapat menyaingi 'mimpi' Anwar pada waktu itu!

Pendedahan ini boleh dibuktikan dengan sikap dan tindakan yang diambil oleh Anwar ketika menjadi Menteri Pendidikan pada tahun 1986-1990.  Beliau mula melantik Guru Besar yang tiada latarbelakang pendidikan Cina di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina.  Anwar juga tidak pernah membela sekolah Cina malah beliaulah yang begitu giat membawa semangat nasionalis sepertimana Indonesia di mana identiti kaum-kaum lain dihapuskan sama sekali bagi membentuk sebuah bangsa yang bersatu padu.   Hanya pada tahun 1996, kerajaan BN telah meminda Akta Pendidikan 1961 seksyen 21 (2) untuk menarik balik kuasa Menteri Pendidikan menukar kedudukan sekolah Cina kepada sekolah kebangsaan selepas bantahan DAP dan Dong Jiao Zong. 

Selain pendirian Anwar mengenai kedudukan kaum Cina di Malaysia yang sukar dijangka kerana asyik berubah-ubah mengikut keadaan politik semasa dan kepentingan peribadinya, Anwar juga dikhuatiri oleh kaum Cina sebagai tidak mempunyai kelayakan dan kebolehan untuk mentadbir ekonomi. 

Ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan, dan kebetulannya pada tahun-tahun akhir sebelum dipecat iaitu 1997/98, negara telah mengalami serangan ekonomi yang buruk.   Kebolehan Anwar sebagai Menteri Kewangan telah teruji dan ternyata Anwar gagal sama sekali. 

Dalam kebuntuan, Anwar telah mengambil keputusan yang mudah tetapi salah, iaitu menurut sahaja telunjuk IMF.   Kadar faedah pinjaman dinaikkan secara drastik menyebabkan perniagaan tidak mampu membayar pinjaman dan bank-bank pula terbeban dengan 'Non-Performing-Loan' (NPL).  Akibatnya, ekonomi Malaysia hampir lumpuh sepenuhnya apabila perniagaan ditutup, bank-bank pula mengalami kerugian dan pengangguran meningkat sehingga menyekat kadar dayabeli rakyat. 

Malaysia bertuah kerana diselamatkan oleh kebijaksanaan Perdana Menteri ketika itu, iaitu Y.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berani mengambil langkah tidak popular dan menelan segala kritikan demi menyelamatkan negara yang hampir bankrap.  Tindakan ini menyebabkan BN berjaya memenangi PRU 1999 apabila kaum Cina menaruh keyakinan dan kepercayaan kepada kepimpinan Barisan Nasional sekali gus menjauhkan mereka dari pembangkang pada ketika itu, Barisan Alternatif yang diterajui oleh Anwar Ibrahim.  

Justeru, kita percaya kaum Cina cukup bijak untuk belajar dari sejarah dan tidak mudah terpengaruh oleh emosi yang kurang tenteram akibat dihasut oleh puak ekstremis, chauvinis, rasis dan pentingkan diri sendiri.  Selama ini, negara ini berdiri teguh atas kerjasama semua kaum.  Dan kerjasama ini menjadi teguh kerana wujudnya perlembagaan yang mengambil kira keadilan mengikut struktur ekonomi dan sosial kaum-kaum di Malaysia dan bukannya kesamarataan secara buta tuli. 

Formula di dalam perlembagaan inilah yang menjadi kunci keamanan, keteguhan dan kemakmuran negara ini.  Maka semua kaum wajar terus menjulang perlembagaan negara bagi memastikan apa yang dikecapi hari ini akan terus bercambah dan kukuh selama-lamanya. 

Di masa yanga sama, kita melihat apa yang dimomokkan oleh Anwar hanyalah ilusi, mimpi dan fantasi seorang manusia yang gila kuasa.  Kemungkinan besar Anwar sendiri tidak tahu apa yang diperkatakan dan dijanjikannya kerana kemungkinan besar Anwar sendiri tidak kenal lagi siapa dirinya iaitu sama ada beliau seorang fanatik, ektremis, liberal ataupun plural. 

Oleh itu, jalan terbaik bagi rakyat ialah memilih kepimpinan BN yang 'moderate' dan kekal konsisten dengan prinsip dan pendirian ini.  

DAP Haprak - Campur Tangan Urusan PBT Bagi Projek Pada Kroni

Posted: 26 Jun 2012 02:06 AM PDT


Timbalan Ketua Pemuda MCA Selangor, Ching Eu Boon hari ini mendedahkan  campur tangan ahli majlis Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dari DAP iaitu saudari Tiew Way Keng yang menyalahgunakan kuasa beliau untuk memberikan kontrak kepada firma peguam untuk menguruskan kes melibatkan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Tiew Way Keng telah menyalahgunakan kuasa beliau untuk memberikan kontrak ini kepada firma peguam yang dimiliki oleh Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng dengan kos sebanyak RM 55,000 sedangkan kontrak awal telah pun diberikan kepada pihak guaman yang lain dengan kos hanya sebanyak RM15,000 sahaja.

"Selama ini, DAP cuba menonjolkan imej parti yang lebih bersih dan telus berbanding PKR dan PAS. Pemimpin-peimpin DAP sedaya upaya mengekang berita-berita buruk dan salah laku pemimpin mereka dari tersebar kepada rakyat.

Namun begitu, ini tidak bermakna DAP merupakan sebuah parti yang bersih. Hakikatnya, campur tangan DAP dalam pentadbiran kerajaan negeri terutamanya diperingkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah begitu teruk dan memalukan sekali," ujarnya kepada media dalam sidang media di Ibu Pejabat BN Selangor, sebentar tadi.

Tambahnya, menurut Penolong Pengarah Undang-Undang (Kanan) MBPJ, Ahli Majlis, Tiew Way Kheng telah mempengerusikan mesyuarat pada 16 Jun 2010 dan mencadangkan supaya Stella, Lim & Co diberikan kes membabitkan kutipan hutang MBPJ. Stella, Lim & Co menawarkan harga sebanyak RM 55,000 untuk tujuan tersebut.

Sebenarnya, kes kutipan hutang itu mulanya diserahkan kepada Firma Daim & Gamany dengan kos sebanyak RM 15,000. Tetapi keputusan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Tiew Way Kheng telah memutuskan untuk memberikan kepada Firma Stella, Lim & Co yang juga dimiliki oleh Ahli Parlimen DAP Lim Lip Eng.

"Walaupun jawatankuasa mesyuarat itu mempunyai 17 ahli, namun hanya tiga ahli majlis yang hadir iaitu Tiew Way Kheng, Chan Chee Kong dan Derek Fernandez. Derek mengakui bahawa beliau terpaksa meninggalkan mesyuarat kerana urusan lain dan Chan Chee Kong pula mengakui bahawa beliau tidak tahu Stella, Lim & Co mempunyai hubungan dengan DAP.

Bersama-sama ini juga saya akan mengedarkan laporan audit yang dibuat oleh pihak Audit Dalaman MBPJ. Ini merupakan contoh salah laku yang timbul setelah didedahkan oleh sumber dalaman sendiri. Saya percaya jika sumber dalaman tidak mendedahkan mengenai isu ini, maka kes ini akan dibiarkan berlaku tanpa ada pihak yang akan bertangungjawab.

Saya juga yakin bahawa DAP sebenarnya tidaklah bersih seperti yang disangka. Penglibatan DAP dalam beberapa salahlaku oleh pemimpin DAP sendiri menyebabkan ahli DAP mula hilang kepercayaan kepada parti itu," ujarnya yang juga Penyelaras DUN Pandamaran.

Dalam masa yang sama, sikap Pengerusi DAP Selangor Teresa Kok yang tidak boleh bekerja dalam satu pasukan bersama-sama pemimpin DAP lain telah menjadi buah mulut ahli DAP khasnya dan rakyat Selangor amnya.

"Bersama ini juga saya akan edarkan surat dari ahli DAP yang kecewa dengan kepimpinan DAP sendiri terutamanya di Selangor. Fakta-fakta yang dikemukakan dalam surat ini masih belum dijawab sehingga kini oleh kepimpinan DAP. Mereka malah cuba menutup salah laku ini dan lebih suka menonjolkan kelemahan PKR dan PAS.

Saya suka ingin mengingatkan kepada Rakyat Selangor bahawa jangan sekali lagi kita tertipu dengan lakonan pemimpin-pemimpin Pakatan ini terutamanya dari parti DAP. Lakonan-lakonan dari pemimpin DAP sudah tidak dapat ditutup lagi. Kami akan mendedahkan sedikit demi sedikit kepincangan dan sikap berpura-pura pemimpin DAP yang berselindung disebalik slogan accountability itu," ujarnya lagi.

Taipingmali (tm)

Posted: 27 Jun 2012 01:16 AM PDT

Taipingmali (tm)


TAIPING : MPT bertindak terhadap premis perniagaan yang melanggar syarat

Posted: 26 Jun 2012 11:01 PM PDT

Tahniah kepada Majlis Perbandaran Taiping (MPT) kerana bertindak terhadap premis menjual makan yang meletakkan berbelas-belas atau berpuluh-puluh meja kerusi di atas jalan.

Ini mesej yang diterima dari seorang rakan jam 9.20 malam tadi


First time d tpg lihat mpt buat operasi angkut meja kedai mamak.

Tahniah MPT. Sebelum ini kerajaan negeri Perak telah melarang lori 22 tayar daripada mengangkut keluar pasir dari Perak.

Tindakan kerajaan negeri adalah berpunca aduan orang awam yang kurang selesa mihat 800 lori keluar masuk kampung setiap hari.

Dalam kes meja kerusi kedai kopi yang bersepah diatas jalan boleh dikatakan perkara biasa. Harap penguat kuasa dapat membuat rondaan keseluruh kawasan kawasan perumahan yang terdapat banyak premis menjual makanan.

Seperkara lagi ialah masalah gerai-gerai haram yang membuka perniagaan mereka di atas parking lot. Harap MPT bertindak juga terhadap mereka.

Kepada peniaga pula janganlah menyalahkan pihak berkuasa kerana bertindak terhadap mereka. Sepatutnya tahun 2012 orang kita perlu berfikiran positif. Kalau nak berniaga hendaklah mempunyai daya kreatif dan inovatif.

Hari ramai orang kita berniaga di bawah-bawah khemah di tepi longkang. Tak percaya pergilah lihat sendiri di taman-taman perumahan.

TM tak mahu sebut lokasi-lokasi yang banyak gerai gerai tepi longkang ini, nanti kena marah pulak.

Apa pun tahniah kepada YDP MPT.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ikhwan Muslimin dibawah pengaruh Barat

Posted: 26 Jun 2012 05:28 PM PDT

Hassan al Bana merupakan pengasas gerakan Muslim brothers atau Ikhwan Muslimin satu gerakan politik di Mesir dan mempunyai hubungan rapat dengan Pas Malaysia. Kini orang penting dalam gerakan ini ialah satu nama yang selalu disebut oleh Anwar Ibrahim iaitu Yusof Qardawi.

Ikhwan Muslimin merupakan militan Islam yang banyak terlibat dalam perperangan saudara terutama dalam menentang pengaruh penjajah barat di bumi arab. Ikhwan juga mempunyai kaitan dengan penubuhan militan Hamas dan Al-Qaeda.

Kini Yusof Qardawi adalah orang kanan pergerakan militan Ikhwan Muslimin dan beliau seperti juga Hadi Awang telah mengeluarkan fatwa bahawa para pemberontak yang mati ketika demontrasi menumbangkan Hosni Mubarak adalah mati syahid. 

Qardawi juga disebut-sebut oleh Ikhwan Muslimin sebagai tokoh utama menggantikan Mubarak tetapi Barat lebih bijak dari Ikhwan. Percaturan politik secara halus dan terancang oleh Barat telah berjaya mempergunakan gerakan Ikhwan ini untuk jangka masa yang pendek.

Hari ini Muhammad Mursi diangkat oleh barat menjadi presiden baru dan kita akan lihat bagaimana Mesir sekali lagi akan menjadi faktor penting kuasa barat untuk 100 tahun lagi.

Perdana Menteri Israel Netanyahu juga mengucapkan tahniah atas kejayaan Mursi dan berharap untuk bekerjasama dengannya. 

Seorang pegawai kanan di pejabat Hamas, Mahmud Zahar, mengatakan ketika warga bersorak dan melepaskan tembakan untuk merayakan kemenangan itu di jalan-jalan kota Gaza, kemenangan tersebut merupakan "moment bersejarah dan era baru dalam sejarah Mesir." Zahar menyebutkan kemenangan Mursi itu sebagai "sebuah kekalahan bagi program normalisasi dan kerja sama keamanan dengan musuh." Musuh yang dirujuk Zahar adalah Israel.
1928-1949  mati dibunuh



The Ten Principles of Hassan al-Banna


  1. The Unity of the Ummah. He considered it in itself a primary and important goal that we must strive for. "Do no disagree, then you fail and lose the wind (in your tail."
  2. The Agreement on Principal Matters. Such that we start by considering everyone who declares shahadah - La ilah illaAllah, Muhammad arrusulAllah - as our companion and part of the Muslim group.
  3. Assume First that You, Not Your Muslim Brother, May be Wrong. And see how you find the truth impartially.
  4. The Manners for Disagreement. That you should be as keen about listening to your brother's evidence and argument as you are about giving your evidence and argument, and be pleasant and smiling whether the result is for you or against you.
  5. Avoiding Arguing, Self-Righteousness, and Belittling of Others. Al Banna said: "No nation went astray after being guided, except after it fell to cursing and arguing." And: "He will have a place in Heaven that leaves arguing when he is wrong, and a higher place in Heaven if he leaves arguing when he is right."
  6. The Possibility of Mulitiple Correct Answers. He referred to the Prophet telling the sahabah to pray Asr in Bani Quraiza, how some of them prayed Asr when it's time came, while others prayed it when they reached Bani Quraiza after sundown, and how the Prophet praised both parties.
  7. The Group Participation in Agreed Upon Matters and to Excuse One Another in What is Disagreed Upon. He emphasized, "We all agree on prohibiting alcohol, adultery, and gambling, and we agree on the duty to govern according to Quran so let us invite governments to implement it; we agree that honor and respect are due to Muslims, so let us impart these ideals to Muslims, we agree that jihad is the means to accomplish honor so let us train the individual, and to raise children with the necessary spiritual and physical training."
  8. Thinking of the Danger of the Common Adversary. He reminded Muslims of the present external enemies who do not differentiate between Muslims or different views or different national origin. The enemy considers Muslims enemies of his religion, and their homelands a prize to be dominated for its resources. He emphasized the need for unity to deter aggression.
  9. Opening the Avenues for Work and Productivity. He recognized the duel purpose of working hard, to produce more and to stay free from the evil of idleness. He encouraged members to excel in schools and jobs, and to seek earning from lawful sources and to shun laziness and dependence on others. He encouraged them to fill in duties that others have not even identified, such as visiting brothers far and near, volunteerism, and to allow time each day for examining how they have done for the sake of Allah.
  10. Sympathy for Those Who Do Not See the Light. Rather than being angry with them or exposing their shortcomings. He never attacked his accusers or distractors on personal matter, but rather sought Allah's help in making His message clearer to those who were listening.

Nizar menghina warga TLDM dan menfitnah Dr Zambry

Posted: 26 Jun 2012 06:33 AM PDT


Anggota TLDM luah rasa marah terhadap Nizar

Posted: 26 Jun 2012 06:22 AM PDT

Kerajaan Akan Beri Bantuan Seumur Hidup - Zahid Hamidi 26/6/2012

Posted: 26 Jun 2012 06:13 AM PDT

Zahid Nafi Sms Isteri Berunsur Ugutan 26/6/2012

Posted: 26 Jun 2012 06:12 AM PDT

Sekretariat Ulama-Umara dilancarkan

Posted: 26 Jun 2012 04:47 AM PDT

Belantan

Posted: 26 Jun 2012 11:37 PM PDT

Belantan


Isu Sekolah Tamil Ladang Midlands - Kenapa MB Khalid pertahan I-city?

Posted: 26 Jun 2012 07:13 PM PDT




Kaum India perlu bertanya mengapa Tan Sri Khalid Ibrahim membatalkan keputusan kerajaan pimpinan DS Khir Toyo sebelum ini yang bersetuju agar I-City Berhad membina sebuah sekolah rendah kebangsaan jenis Tamil ( Sekolah Tamil Ladang Midlands yang uzur sekarang ) di I-City, Shah Alam?

Sekolah Tamil Ladang Midlands akan kekal di lokasi sekarang di Seksyen 7 di sini dan tidak akan dipindahkan ke I-City sebagaimana dicadangkan oleh kerajaan negeri lepas, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Katanya, memindahkan sekolah itu ke I-City, kawasan pembangunan komersial perdana berasaskan ICT dan bernilai RM2 bilion di Seksyen 7 itu akan menjejaskan usaha pemaju untuk menarik pelabur tempatan dan asing bagi projek itu.

"Jumlah kawasan tanah di I-City kurang dari 100 ekar (40 hektar) dan pemaju tidak semestinya membina sekolah di kawasan itu. Kerajaan negeri Selangor tidak mengamalkan diskriminasi terhadap sesiapa yang ingin melabur dalam pembangunan harta di negeri ini," kata Tan Sri Khalid Ibrahim.


Wah pelik bukan? Mengapa Tan Sri Khalid begitu mempertahankan I-City sedangkan pemaju telah bersetuju sebelum ini?



Apa hubungan Khalid Ibrahim dengan I-City Berhad sehinggakan beliau sanggup mengenepikan kaum lndia yang selama ini telah menyokong beliau?

Menteri Besar sebelum ini, DS Khir Toyo pun membenarkan pembangunan I-City dengan syarat pemaju memperuntukkan tanah seluas empat ekar dengan status pegangan bebas untuk pemindahan SRJKT Ladang Midlands.

Alasan kedudukan di tengah kawasan kilang juga sukar diterima akal kerana Menteri Besar dengan mudah mengarahkan I-City Berhad memberi kawasan lain yang lebih baik. Cuma lihatlah gambaran artis I-City di atas untuk menentukan Khalid ini sebenarnya pembohong atau jujur.

Dan pada 14hb April 2011 yang lalu telah berlangsung majlis pecah tanah dan perletakan batu asas bagi sekolah tersebut di tapak yang baru! Difahamkan terdapat unsur-unsur penyelewengan dan salahguna kuasa di dalam urusan jual beli tanah bagi membangunkan sekolah ditapak baru tersebut?











Persoalannya disini adalah mengapa Tan Sri Khalid yang mempertahankan I-City Berhad sedangkan mereka telah bersetuju sebelum ini sebagai syarat pembangunan kawasan tersebut?

Apa hubungan Tan Sri Khalid dengan pemilik I-City Berhad Dato Lim Kim Hong? Adakah mereka mempunyai hubungan istimewa? Sila baca di sini.

Sementara itu semalam Pemuda MIC minta SPRM siasat!

Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor diminta menjelaskan tiga isu penjualan tanah yang didakwa wujud unsur penyelewengan dengan melibatkan nilai puluhan juta ringgit.

Tiga tanah itu adalah bekas tapak Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) Midlands, Ladang Bukit Raja di Klang dan Ladang Coalfield di Batang Berjuntai.

Setiausaha Pergerakan Pemuda MIC Kebangsaan, C. Sivarraajh mendakwa kerajaan PKR Selangor telah melakukan salah guna kuasa dan rasuah dalam penjualan ketiga-tiga tanah tersebut.

"Sekolah Tamil itu terletak di kawasan yang kini dikenali sebagai I-City mempunyai nilai harga tanah kira-kira RM25 juta namun hanya lebih kurang RM3 juta diberikan oleh syarikat I-City untuk membina sekolah baru di tapak lain.

"Bagaimanapun, baki untuk bina sekolah sebanyak hampir RM1.9 juta disumbangkan orang ramai, badan lain dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Apa yang meragukan di manakah baki RM22 juta hasil penjualan tanah itu," katanya.



Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membuat siasatan berhubung penjualan tanah-tanah itu di sini hari ini.

Menurut Sivarraajh, lebih meragukan apabila sebuah dewan konvensyen dibina menggunakan sumbangan orang ramai tetapi diswastakan kepada pihak ketiga yang mengenakan caj yang mahal kepada pengguna.

Dalam pada itu, beliau berkata, isu berkaitan Ladang Bukit Raja dan Ladang Coalfield mempunyai persamaan apabila kedua-dua tanah itu yang diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 2006 kepada penduduk di kawasan tersebut diambil lebih separuh keluasannya oleh kerajaan negeri sekarang.

"Kerajaan BN dulu telah meluluskan tanah seluas lebih enam hektar untuk penduduk ladang itu namun yang menjadi persoalannya kerajaan negeri sekarang telah mengurangkan lebih kurang sebanyak dua hektar.

"Di Ladang Coalfield pula kerajaan BN telah memperuntukkan sebanyak tujuh hektar tanah melalui syarikat KL Kepong, namun kerajaan negeri sekarang telah mengurangkannya kepada lebih kurang dua hektar," katanya.

Dakwanya lagi, hasil siasatan mendapati tanah di Ladang Bukit Raja akan didirikan projek perumahan mewah manakala di Ladang Coalfield bakal dibangunkan projek komersial.

Sehubungan itu, beliau menggesa SPRM menyiasat perkara tersebut kerana jelas terdapat isu penyelewengan yang akan memberi kesan negatif kepada penduduk.

Suara Politik
Taminsari





PAS Pesongkan Akidah Ummah?

Posted: 26 Jun 2012 08:16 AM PDT



Sesuai dengan nama Islam yang ada pada PAS maka pemimpin-pemimpin dan ahli-ahlinya telah menggunakan nama itu untuk menunjukkan bahawa PAS itu selaras dengan Islam, meskipun pada amalan dan tindakannya jauh berbeza bahkan kadangkala bertentangan dengan Islam itu sendiri.

Tindakan itu dilakukan bertujuan supaya umat Islam tertarik dengan perjuangan PAS, kerana pemimpin-pemimpin PAS menyedari bahawa orang-orang Islam di negara ini tidak mudah menolak atau membantah sesuatu yang dikatakan Islam.

Akibatnya ramai dikalangan mereka yang kurang memahami Islam tertipu dan mensifatkan PAS itu Islam, Islam itu PAS sehingga menjadikan mereka golongan fanatik PAS serta sanggup bertindak apa sahaja terhadap orang-orang yang tidak menyokong PAS. Malah ada setengah tempat menganggapkan PAS ITU PARTI ALLAH. CONTOHNYA PAPAN TANDA YANG TERLETAK DI KAMPUNG KERINCHI, TEPI LEBUHRAYA PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR SEMASA KEMPEN PILIHANRAYA UMUM 1986.

Untuk menyelamatkan umat Islam daripada kekeliruan ini, ramai dikalangan tokoh-tokoh agama telah memberi penerangan dan menerbitkan buku-buku serta risalah mengenai Islam dan Parti politik. Termasuk juga bekas seorang tokoh PAS iaitu Dato' Hj Mohamad Nasir. Beliau menerbitkan sebuah risalah yang bertajuk "JANGAN KELIRU – AGAMA (ADDIN) TIDAK BOLEH DIANGGAP BADAN POLITIK".

Dalam risalah tersebut diterangkan tentang perbezaan antara agama dan parti politik dan disertakan pula ayat-ayat suci Al-Quran dan hadis-hadis Nabi sebagai panduan, antaranya hadis yang diriwayatkan oleh Ad-Dailamy dari Ali R.A yang bermaksud :-
"Jangan kamu sekali kali mengqiaskan agama kerana sesungguhnya agama itu tidak boleh diqias dan permulaan orang yang mengqiaskan itu Iblis".

Walaupun banyak usaha-usaha yang telah dilakukan oleh tokoh-tokoh yang berkenaan bagi mengelak kekeliruan ini, namun ianya tidak menampakkan banyak perubahan, malah ramai dikalangan umat Islam, terutama di Kelantan dan Terengganu yang masih lagi menganggapkan PAS itu Islam, Islam itu PAS. Ini mungkin disebabkan kempen-kempen yang boleh mengelirukan mereka masih berterusan dilakukan oleh orang-orang PAS.

Sebagai contoh, apabila saja penceramah-penceramah PAS bercakap mereka selalu menegaskan bahawa "Sesiapa yang tidak menyokong PAS bererti mereka tidak menyokong Islam, dan sesiapa yang menolak PAS bererti mereka menolak Islam".

Dan pada ketika itu Ketua Dewan Ulamak PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri semasa bercakap di Gua Musang telah mengeluarkan fatwa haram jika ada mana-mana parti politik yang menentang pimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam. Rujuk Ucapan majlis perasmian penubuhan cawangan baru PAS di Renok B, Gua Musang Kelantan pada 23hb April 1994.

Wallahaullam.

Suara Politik
Taminsari

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 26 Jun 2012 11:34 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


KASSIM AHMAD TUDUH ANWAR IBRAHIM PEMBUNUH INTELEKTUALISM & DEMOKRASI DI MALAYSIA

Posted: 26 Jun 2012 11:30 PM PDT

JIKA ANDA LEBIH BIJAK DARI ANWAR, DIA AKAN MENEKAN ANDA SAMPAI LUMAT
 Bercakap tentang Datuk Seri Anwar Ibrahim, nada Kassim bertukar keras atas kepercayaannya bahawa ketua pembangkang itu berpakat dengan "ulama" bagi menekannya walaupun bersetuju "secara prinsip" di peringkat awal.

Sejak 1986, Dr Kassim bergerak melalui Jemaah al-Quran Malaysia bagi mempromosikan idea-ideanya. Tetapi apabila gagal didaftarkan, beliau menubuhkan kumpulan baru dinamakan Forum Iqra pada 2004.

Beliau kini mendapat tajaan seorang ahli perniagaan untuk menjelajah ke pelbagai tempat, termasuk Singapura dan Indonesia bagi berceramah dan bersoal jawab berhubung aliran rasionalis Islamnya itu.

Dalam masa terdekat beliau dijadual berdebat dengan ulama pondok beraliran Shah Waliullah yang terkenal dengan evolusi falsafah dalam Islam berhubung kiamat ekoran pandanganya bahawa peristiwa itu sekadar keadaan fikiran.

Bacaan lanjut di sini  http://www.malaysiakini.com/news/201986 

Anwar Ibrahim sejak dulu kerjanya membunuh demokrasi. Ketika di dalam ABIM, walaupun dibantu menubuhkan Yayasan Anda, tetapi Anwar Ibrahim membunuh semua kawan-kawannya, dengan menonjolkan dirinya dan mengaut keuntungan daripada wang luar.

Di dalam UMNO, seawal 1980an, ANwar Ibrahim membunuh karier allahyarham Sulaiman Palestin walaupun berjanji tidak akan menghancurkannya. Begitu juga, walaupun berjanji tidak akan menentang allahyarham Tun Ghafar Baba, akhirnya dengan nafsu yang melangit menjatuhkan juga allahyarham Tun Ghafar Baba dengan menggunakan segala macam duit kerajaan dan pareti dan proksi-proksinya di luar UMNO.

Namun saudara-saudara sekalian, sehebat mana Anwar Ibrahim merancang, akhirnya Allah SWT Maha Perancang...Akhirnya Allah SWT menjatuhkan Anwar dari paras setinggi gunung jatuh membungkam.

Hari ini Anwar Ibrahim sudah pandai berkawan dengan syaitan, dukun, bomoh Siam (tak percaya? Dato' Eskay kawan baik Anwar di Bangkok boleh mengesahkannya) dan Dapsy yang menentang Negara Islam. 

Bukan itu sahaja, gara-gara gila hendak menjadi Perdana Menteri, hari ini Anwar Ibrahim mencalar-birukan Pas, sebuah parti yang hebat semasa di bawah Allahyarham Ustaz Fadhil.

Rakyat Kelantan mula bertempur sesama sendiri. @NikAbdulAziz perlu bertanggungjawab!

Posted: 26 Jun 2012 09:37 PM PDT



Rakyat Kelantan nampaknya semakin berpecah belah. Kalau kita kenal sifat-sifat orang Kelantan ini, mereka ini nampak lembut tetapi keras di dalam. Mereka tidak banyak beza dengan saudara mara mereka di belah Selatan Thai.

Dan perhatikan pula selatan Thai ketika ini. Bom di sana sini. Bakar sana sini. Pembunuhan dan pertempuran sering berlaku. Itu semua terjadi kerana hati kering orang Melayu pattani atau Kelantan dalam mempertahankan dan memperjuangkan hak mereka.

Mereka boleh hidup tanpa bantuan sesiapa. Merekalah YAHUDI Melayu. Mereka boleh membina empayar perniagaan dan bersaing dengan CINA sehingga kaum tersebut sesak nafas. Tidak percaya boleh tanya kepada orang Cina sendiri.

Namun jangan sesekali mereka ditipu dan ditindas. Selama lebih 20 tahun PAS memerintah Kelantan, mereka nampaknya semakin bongkak. Mereka semakin berani menabur janji-janji yang mereka sendiri sedar mereka tidak mampu penuhi. Sangka mereka, BN boleh dijadikan punching bag sekiranya ada yang menyoal bila hendak tunaikan.



Namun, mereka semakin lalai. Orang Kelantan tidak mudah lupa. Mereka juga gagal menjadikan apa yang sedang berlaku di wilayah Pattani, Narathiwat dan Yala sebagai pengajaran. Mereka lupa Kelantan pernah ditadbir di bawah undang-undang Darurat pada tahun 70-an dek kerana tangan-tangan mereka sendiri.

Mereka lupa dan mereka akan terima padahnya tidak lama lagi!

*Yang kena belasah itulah blogger Aduka Taruna (budak Seremban) yang menghina Almarhum Sultan Johor satu ketika dahulu. Nampaknya orang luar pula yang menyucuk jarum melaga-lagakan sesama rakyat Kelantan! 

HOT! Gambar Awek Mat Sabu Masa Muda-muda.

Posted: 26 Jun 2012 07:30 PM PDT

Siapakah wanita ini?

Inilah awek yang jadi igauan Mat Sabu satu masa dulu.

Nak tau cerita panas ni, sila ke blog berikut (http://gelombang-rakyat.blogspot.com/2011/04/mat-sabu-masih-simpan-gambar-skandal_04.html).


*Pagi-pagi ni layan nostalgia lama pun ok jugak.

GEMPAR! @MBNizar tidak tersasul ketika doakan kehancuran PAS?!!

Posted: 26 Jun 2012 05:33 PM PDT



Apabila bekas MB gila meroyan ini mendoakan kejatuhan PAS dalam himpunan raksasa mereka sendiri, ramai yang kata Nizar tergelincir lidah. Uniknya, Nizar tidak membetulkan langsung doa tersebut sebaik selepas itu.

Nizar kata no plet special mesti letak pada kenderaan mewah

 
Dan lebih menarik, Nizar tidak pernah mengulas langsung isu doanya kepada PAS ini walaupun disebarkan dengan hebat oleh sibertruper BN.

Hari ini Allah SWT telah tunjukkan kebenaran kepada kami. Nizar sebenarnya tidak tersasul langsung. Kenapa kami kata begitu?!! Lihat no plet motornya di bawah ini:



Patutlah semacam sahaja serangan Nizar terhadap BN, rupa-rupanya beliau memendam sayang dalam diam! Bagai sikap sesetengah gadis yang tidak mendapat perhatian, patutlah selalu meroyan seperti orang kehilangan akal. Rupa-rupanya tidak dipedulikan oleh BN selama ini!

MB Zambry perlu mengambil perhatian akan perkara ini. Sebenarnya sudah banyak kali Nizar cuba mendekati BN. Pertamanya ketika kereta beliau terbalik di hadapan bangunan UMNO Perak. Dan kali keduanya, ketika datang menyertai ceramah UMNO yang sedang mendedahkan penipuannya sendiri. Mungkin niat asal beliau ingin menyerahkan borang UMNO ketika itu.

Dan hari ini, Allah SWT tunjukkan pula betapa dalamnya minat beliau untuk menjadi pemimpin BN apabila motor cabuknya sendiri menggunakan no plet special yang kami pasti DS Najib pun tidak dapat!

*Itulah TULAH menderhaka kepada Sultan Johor. Akhirnya terdedah sendiri yang Nizar pakai no plet RARE pada motor cabuk sahaja!

MyMassa Beralih Arah.

Posted: 26 Jun 2012 10:00 AM PDT

Asyik buat poster hitam yang kenakan pembangkang, kini MyMassa try buat poster khas untuk penyokong Kerajaan.


Amacam. Ok tak?


*Kalau ramai suka poster macam ni, MyMassa akan selang-selikan dengan yang biasa MyMassa buat. Kalau suka, sudi-sudikan kongsi poster MyMassa ni di FB atau twitter ye.

GEMPAR! Harakah Promosi Keadilan Kerajaan Barisan Nasional

Posted: 26 Jun 2012 07:30 AM PDT

Berita terbaru dari Harakah mengenai bekas Timbalan Ketua Pengarah JAKIM masuk PAS.

Bekas timbalan pengarah Jakim masuk PAS

KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengalu-alukan sesiapa sahaja atau di kalangan mereka yang mempunyai peranan untuk menyertai Parti PAS.

Katanya, PAS bersikap terbuka dan menerima siapa sahaja bukan hanya di kalangan ahli politik bahkan mereka di kalangan teknokrat.

Mengulas fenomena bekas kakitangan kerajaan, artis dan selebriti secara terbuka menyertai PAS pada hari ini,  Abdul Hadi berkata, itulah satu kekuatan dan nilai tambah kepada PAS.

Beliau berkata demikian selepas menerima penyerahan borang keahlian daripada bekas Timbalan Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Yusof Hassan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut tengah hari tadi.

Yusof Hassan yang juga bekas Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang berasal dari Parit Buntar Perak dan berhijrah ke Selangor kira-kira 30 tahun yang lalu.

Selepas dua tahun berkhidmat dalam Kerajaan Pulau Pinang di bawah pentadbiran Koh Tsu Koon, Yusuf berpindah ke Jakim kerana beliau merasakan tidak serasi dengan Ketua Menteri terbabit yang dilihat terlalu BN.

Ekoran itu, beliau hanya bertahan selama dua tahun sahaja dengan kerajaan Pulau Pinang sehingga akhir 2004.

"Saya berasal daripada keluarga yang kuat PAS, dan saya sememangnya adalah PAS, di kalangan kawan-kawasan saya dikenali ahli PAS. Cuma pada hari ini adalah secara rasmi saya masuk PAS," katanya.

Penyerahan borang keahlian PAS hari ini, Yusof menyifatkan apa yang disyaki oleh rakan-rakan sekerjanya sebelum ini adalah tepat.

"Rakan-rakan di dalam Jakim selalu menuduh saya orang PAS apabila mereka meneliti riak-riak dan hujah-hujah saya, cuma mereka tidak ada bukti. Jadi hari inilah buktinya. Tuduhan rakan-rakan saya adalah benar," katanya.

Beliau yang baru enam bulan bersara daripada Jakim, mengakui ramai di kalangan rakan-rakan di dalam jabatan itu mahu menyertai PAS cuma masanya belum tiba lagi.

Bagaimanapun beliau menafikan penyertaannya dalam PAS hari ini ekoran fenomena ramai individu termasuk artis dan selebriti secara terbuka menyertai  parti Islam itu.

"Tidak, bukan kerana ramai yang mula menyertai PAS, saya pun masuk PAS. Sebenarnya hasrat itu sudah lama lahir dari lubuk hati saya," katanya.

Turut bersama ketika penyerahan borang keahlian itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, dan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor, Sallehen Mukhyi serta beberapa wakil PAS Selangor.
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/11271-bekas-timbalan-pengarah-jakim-masuk-pas

Cuba baca petikan yang MyMassa warnakan merah.

Walaupun dikatakan sebagai orang PAS semasa dalam perkhidmatan lagi, namun Yusof Hasan diberi peluang kenaikkan pangkat sehingga menjadi Timbalan Ketua Pengarah bergred JUSA!

Ertinya KERAJAAN BARISAN NASIONAL BEGITU ADIL sehingga pegawai yang pro pembangkang turut dinaikkan pangkat sehingga ke gred JUSA.

MyMassa nampak tindakan Harakah menyiarkan berita ini hanya akan memperlihatkan kebodohan PAS. Jika Kerajaan BN begitu adil sehingga tidak menafikan kenaikkan pangkat Yusof Hasan, kenapa PAS tetap menjadi pilihan Yusuf?

Sila baca perenggan ke-8. Yusuf sendiri mengakui keluarganya memang orang PAS. Maka Yusof juga secara tak langsung mengaku didoktrinkan dengan dakyah PAS sejak kecil supaya memandang UMNO sebagai zalim. Sebab itu walau adil macam mana Kerajaan Barisan Nasional sehingga dia menjadi pegawai tinggi Kerajaan bergred JUSA, dia tetap memilih PAS.

Tidakkah Yusuf tahu bahawa PAS kini tidak memperjuangkan negara Islam?


Tidakkah Yusuf sedar bahawa orang yang bersalam dengannya sendiri telah mempertikaikan Negara Islam ada adalam Al-Quran.


Kepada Yusof Hasan, anda perlu tengok video ni sebelum masuk PAS. PAS kini perjuangkan Perlembagaan Persekutuan yang dahulunya Haji Hadi sendiri kata Perlembagaan Kafir sehingga keluar amanat Haji Hadi.



*Info MyMassa kata lebih daripada 50% pegawai di JAKIM sokong pembangkang. Bagi MyMassa, itulah tandanya keadilan dalam Kerajaan Barisan Nasional. Cuba tengok Kerajaan PKR Selangor, kalau tak baik dengan Anwar Ibrahim, takkan jadi CEO Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor macam Rafizi. Kerajaan PAS Kelantan pulak, kalau bukan Menantu Menteri Besar, takkan jadi CEO di PMBK macam Ariffahmi. Jadi siapa lebih adil, BN atau PAS & PKR?

Portal Media Pro Pembangkang Mula Bongkar Penipuan Anwar Ibrahim dan SUARAM.

Posted: 26 Jun 2012 05:20 AM PDT

Pendedahan Free Malaysia Today (http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/06/25/french-probe-altantuya-never-entered-france/).

Baca seterusnya di sini (http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/06/25/french-probe-altantuya-never-entered-france/).

Fitnah Anwar Ibrahim pada tahun 2008 dan sebelum itu menjurus kepada Timbalan Perdana Menteri ketika itu iaitu DS Najib Razak.

Strategi Anwar Ibrahim adalah membunuh karektor DS Najib supaya rakyat boleh memilihnya menjadi PM selepas Pak Lah.

Dan ketika itu pembangkang berjaya memperkenalkan tagline Najibtuya di kalangan penyokong mereka. Fitnah tersebut menjadi zikir penyokong pembangkang selepas zikir Mahafiraun semasa Anwar Ibrahim dipecat tahun 1998.

Namun, penipuan dan fitnah tidak kekal lama.

Perancangan Anwar Ibrahim menjatuhkan DS Najib sebelum letak jawatan tidak menjadi. Dengan izin Allah SWT, DS Najib dilantik menjadi PM selepas Pak Lah.

Penipuan dah fitnah Anwar Ibrahim mengenai skandal kapal selam juga mula terbongkar selepas pengakuan Raja Petra (RPK). RPK yang menjadi penglipur lara fitnah ini telah mengaku bahawa pembabitan DS Najib dengan kes ini tidak releven.


Namun Anwar Ibrahim dan think tanknya belum mengalah dalam hal ini. Selepas gagal menggunakan RPK dan Malaysia Today, kini SUARAM pula diperkudakan selain daripada wartawan-wartawan Barat yang sememangnya telah dibuktikan ada kaitan dengan Anwar Ibrahim seperti pendedahan MyMassa di sini (http://mymassa.blogspot.com/2012/06/hubungan-sulit-anwar-ibrahim-dengan.html).

Nampaknya hayat Anwar Ibrahim semakin pendek sebagaimana fitnahnya kepada DS Najib. Selepas Malaysia Today, Free Malaysia Today pula membongkar penipuan Anwar Ibrahim dalam artikel di atas.

Dan MyMassa yakin, lepas ni ada penyokong Anwar Ibrahim yang meroyan dan menuduh FMT juga dibeli oleh UMNO sebagaimana RPK juga pernah dituduh dengan fitnah yang sama selepas pendedahannya dalam Buletin Utama.

MyMassa berdoa agar rakyat Malaysia dapat membezakan yang hak dan yang batil dalam kes ini. Walaupun kapal selam tersebut telah dibuktikan dapat menyelam, kini mereka sekali lagi cuba menegakkan benang yang basah dalam game terbaru yang dimainkan oleh SUARAM.


*Sebar-sebarkan pendedahan FMT dengan menekan butang share di bawah.

The Unspinners

Posted: 26 Jun 2012 11:33 PM PDT

oyabun

Posted: 26 Jun 2012 11:27 PM PDT

oyabun


Nampak sangatlah Teresa Kok, Exco negeri Selangor ini tak buat kerja?

Posted: 26 Jun 2012 08:26 PM PDT




RM527.8 juta tangani banjir di Selangor

Kerajaan hari ini menafikan dakwaan pembangkang yang Kerajaan Pusat tidak menyalurkan peruntukan sepatutnya dalam menangani isu banjir di Selangor.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup berkata, walaupun Selangor di bawah pentadbiran Parti Keadilan Rakyat (PKR), kerajaan Barisan Nasional (BN) tetap prihatin dan mempunyai komitmen dalam mengatasi masalah itu berpandukan keupayaan kewangan negara.

"Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), kerajaan membelanjakan RM527.8 juta bagi melaksanakan projek tebatan banjir di Selangor dan bukan RM60 juta seperti didakwa.

"Daripada jumlah itu, sebanyak RM359.8 juta dibelanjakan untuk projek fasa satu rancangan tebatan banjir (RTB) lembangan Sungai Damansara yang memberikan impak besar untuk tangani banjir di sekitar Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), TTDI Jaya dan sekitar Stadium Shah Alam," katanya di sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ucapan penangguhan bagi menjawab soalan dikemukakan Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh) yang mendakwa peruntukan mitigasi banjir di Selangor dikurangkan secara sengaja hingga mengakibatkan kejadian banjir di banyak tempat.

Nampak sangatlah Teresa Kok ini tak buat kerja. Exco Selangor yang makan gaji buta. Sama juga dengan FDI yang masuk ke Selangor? Siapa yang usahakan kalau bukan MIDA dan kerajaan Pusat! Yang peliknya Teresa mendabik dada didalam sidang DUN yang lalu dengan mengatakan aliran pelaburan terus yang masuk ke Selangor adalah hasil usaha dari kerajaan negeri.

Lembu punya susu, sapi dapat nama ke! Tak malu ke Teresa Kok, makan gaji buta..!!!

Wasabi Oyabun..

UNDI ANWAR TEMPAH BILIK NERAKA kini makan diri PAS?

Posted: 26 Jun 2012 04:16 AM PDT




Ini bukan fitnah. Ini adalah kenyataan PAS yang terpampang jelas di lidah rasmi mereka iatu HARAKAH satu ketika dahulu. Kenyataan ini dibuat sebagai amaran kepada PAS suatu ketika dahulu. Tetapi PAS tetap langgar amaran yang telah ditetapkan.

Cuba kita lihat apa yang berlaku ? Nik Aziz semakin nyanyuk membela Anwar Ibrahim. Kekuatan PAS yang pernah menjadi tonggak utama pakatan pembangkang kini sekadar melukut ditepi gantang. Sedangkan semua orang tahu kekuatan jentera PAS yang paling hebat dari segi komitmen ahli parti mereka.

Dr. Hasan Ali cuba peringatkan kepada PAS dan pimpinannya tentang Anwar Ibrahim. tetapi apa yang berlaku? Beliau dipecat serta merta tanpa wujudnya ruang keadilan. Satu tindakan autokratik ala komunis oleh pimpinan PAS. Sebab apa? Sebab Anwar Ibrahim itu maksum taraf Imam Mahdi ?. Sebab Nik Aziz itu maksum taraf Nabi ?

Sesiapa sahaja yang kritik Anwar Ibrahim akan dianggap musuh Islam. Sesiapa yang menegur Anwar Ibrahim dianggap menghina pemimpin suci PAS iaitu Nik Aziz. Ini lah perkara sebenar yang berlaku. Ini lah kisah benar yang RAKYAT perlu tahu.

Anwar Ibrahim bukan maksum. Dia adalah PENIPU. Bukan saya cakap atau FITNAH. Tanya sama rakan-rakan rapatnya. Berapa ramai yang sudah ditipu Anwar Ibrahim tentang janji 16 September ke Putrajaya sehinggakan peguambelanya sendiri yang juga Pengerusi DAP menuntut Anwar Ibrahim BERTAUBAT !!!

Raja Petra Kamarudin (RPK) pemilik portal Malaysia-Today yang menjadi sarang maklumat pembangkang juga mengesahkan bahawa Anwar Ibrahim adalah PENIPU. Menipu RAKYAT bahawa dia tidak kenal Datuk Eskay yang keluarkan video seksnya tetapi RPK sendiri sahkan Anwar Ibrahim telah memperkenalkan Datuk Eskay kepada beliau. Nah! RPK sendiri menjadi saksi kepada PENIPUAN DAN PEMBOHONGAN ANWAR IBRAHIM.

Sekarang sudah lihat PAS menjilat ludah mereka sendiri. Peringatan 'UNDI ANWAR TEMPAH BILIK NEREKA' yang tidak diendahkan sudah MAKAN DIRI kepada PAS.

Sampai bila ahli dan pimpinan PAS mahu terus percayakan Anwar Ibrahim yang disokong kuat oleh Nik Aziz?

Wasabi Oyabun..


DARUL EHSAN TODAY

Posted: 26 Jun 2012 11:24 PM PDT

DARUL EHSAN TODAY


Kenapa Orang Cina Tak Percaya Anwar...

Posted: 26 Jun 2012 10:00 PM PDT

Kaum Cina, dikatakan kaum yang praktikal dan bukan emosional dalam menentukan matlamat hidup mereka. Praktikaliti bagi mereka, dinilai dari sudut keuntungan ekonomi dalam jangka masa panjang. Mereka sabar, tekun dan kekal fokus untuk mencapai apa yang diidamkan.

Dalam menentukan kerajaan yang memerintah juga, kaum Cina mengambil sikap yang sama dan bergerak sebagai satu kumpulan bagi memastikan keuntungan maksima kepada kaum mereka.

Barisan Nasional telah menjadi pilihan kaum Cina sejak sekian lama kerana mereka yakin bahawa parti ini mampu menyediakan persekitaran dan lanskap yang sesuai untuk mereka 'berkembang'. Walaupun terdapat puak-puak ekstremis Cina yang cuba menafikan keupayaan BN serta menghasut kaum Cina agar berprasangka, malah membenci BN dengan membangkitkan soal Hak-hak Istimewa Bumiputera tetapi tiada seorang pun manusia di dunia ini yang mampu menolak hakikat bahawa kaum Cina di Malaysia adalah antara yang paling makmur sekali di dunia di bawah pemerintahan BN.

Sekolah-sekolah Cina, dahulunya dibuka sebagai persediaan untuk kaum Cina kembali ke tanahair mereka selepas puas mencari kekayaan di negara ini. Namun, majoriti kaum Cina terus kekal di sini, menjadi warganegara yang setia kerana mereka tahu kerajaan Perikatan ketika itu, dan BN hari ini, akan tetap membela mereka.

Namun begitu, sokongan kaum Cina terhadap BN hari ini dikatakan merosot secara drastik dan apa saja yang dilakukan oleh BN tidak akan mampu lagi untuk memulihkan keadaan ini.

Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna yang mereka menyokong Pakatan Rakyat. Mungkin mereka tersasar sekejap pada tahun 2008 akibat terpedaya dengan janji-janji manis Anwar Ibrahim dan faktor-faktor lain, tetapi seperti yang dikatakan tadi, kaum Cina bukan bertindak berdasarkan emosi, tetapi praktikaliti.

Akhir-akhir ini, Anwar mula dipandang serong oleh kaum Cina apabila beliau membangkitkan idea untuk menghapuskan PTPTN yang mana akan merugikan para pelajar, termasuk anak-anak bangsa Cina yang majoritinya memilih pusat pengajian tinggi swasta yang jauh lebih mahal harganya.

Kemudian, Anwar sekali lagi menggusarkan kaum Cina apabila bertindak 'mengambil alih' perhimpunan BERSIH 3.0 dan menonjolkan warna sebenarnya sebagai seorang pemberontak yang ingin membuat huru-hara. Sudah tentu kaum Cina tidak inginkan huru-hara kerana ia akan bermakna kerugian bagi perniagaan mereka.

Maka, dua insiden ini menjadi titik penting untuk kaum Cina kembali mengimbas sejarah lama dalam menjustifikasi undi mereka dalam pilihanraya kali ini. Ternyata sejarah tidak pernah berbohong dan sejarah telah memaparkan siapa Anwar yang sebenarnya. Setelah membaca sejarah Anwar ramai anak-anak muda Cina kembali berpijak di bumi nyata dari terus bermimpi diperintah oleh Pakatan Rakyat yang kononnya bakal memberi mereka kesamarataan total bagi membolehkan mereka berkembang ke tahap maksima dan menelan kaum-kaum lain di Malaysia.

Anwar Ibrahim adalah manusia dengan begitu banyak personaliti jika tidak, takkanlah beliau digelar 'sesumpah' oleh wartawan barat. Mengikut pendedahan buku The 'I' Files, pada satu masa, Anwar adalah seorang Muslim fanatik yang mengimpikan negara Islam 'sempurna' ala Iran, berkiblatkan Saudi, berfahaman Wahhabi dan tiada tolak ansur dalam menangani kemungkaran. Bagi Anwar, kaum Cina dan barat semuanya adalah ancaman kepada Islam. Sehinggakan, kata penulis buku tersebut, Hasan Ali juga tidak dapat menyaingi 'mimpi' Anwar pada waktu itu!

Pendedahan ini boleh dibuktikan dengan sikap dan tindakan yang diambil oleh Anwar ketika menjadi Menteri Pendidikan pada tahun 1986-1990. Beliau mula melantik Guru Besar yang tiada latarbelakang pendidikan Cina di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina. Anwar juga tidak pernah membela sekolah Cina malah beliaulah yang begitu giat membawa semangat nasionalis sepertimana Indonesia di mana identiti kaum-kaum lain dihapuskan sama sekali bagi membentuk sebuah bangsa yang bersatu padu. Hanya pada tahun 1996, kerajaan BN telah meminda Akta Pendidikan 1961 seksyen 21 (2) untuk menarik balik kuasa Menteri Pendidikan menukar kedudukan sekolah Cina kepada sekolah kebangsaan selepas bantahan DAP dan Dong Jiao Zong.

Selain pendirian Anwar mengenai kedudukan kaum Cina di Malaysia yang sukar dijangka kerana asyik berubah-ubah mengikut keadaan politik semasa dan kepentingan peribadinya, Anwar juga dikhuatiri oleh kaum Cina sebagai tidak mempunyai kelayakan dan kebolehan untuk mentadbir ekonomi.

Ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan, dan kebetulannya pada tahun-tahun akhir sebelum dipecat iaitu 1997/98, negara telah mengalami serangan ekonomi yang buruk. Kebolehan Anwar sebagai Menteri Kewangan telah teruji dan ternyata Anwar gagal sama sekali.

Dalam kebuntuan, Anwar telah mengambil keputusan yang mudah tetapi salah, iaitu menurut sahaja telunjuk IMF. Kadar faedah pinjaman dinaikkan secara drastik menyebabkan perniagaan tidak mampu membayar pinjaman dan bank-bank pula terbeban dengan 'Non-Performing-Loan' (NPL). Akibatnya, ekonomi Malaysia hampir lumpuh sepenuhnya apabila perniagaan ditutup, bank-bank pula mengalami kerugian dan pengangguran meningkat sehingga menyekat kadar dayabeli rakyat.

Malaysia bertuah kerana diselamatkan oleh kebijaksanaan Perdana Menteri ketika itu, iaitu Y.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berani mengambil langkah tidak popular dan menelan segala kritikan demi menyelamatkan negara yang hampir bankrap. Tindakan ini menyebabkan BN berjaya memenangi PRU 1999 apabila kaum Cina menaruh keyakinan dan kepercayaan kepada kepimpinan Barisan Nasional sekali gus menjauhkan mereka dari pembangkang pada ketika itu, Barisan Alternatif yang diterajui oleh Anwar Ibrahim.

Justeru, kita percaya kaum Cina cukup bijak untuk belajar dari sejarah dan tidak mudah terpengaruh oleh emosi yang kurang tenteram akibat dihasut oleh puak ekstremis, chauvinis, rasis dan pentingkan diri sendiri. Selama ini, negara ini berdiri teguh atas kerjasama semua kaum. Dan kerjasama ini menjadi teguh kerana wujudnya perlembagaan yang mengambil kira keadilan mengikut struktur ekonomi dan sosial kaum-kaum di Malaysia dan bukannya kesamarataan secara buta tuli.

Formula di dalam perlembagaan inilah yang menjadi kunci keamanan, keteguhan dan kemakmuran negara ini. Maka semua kaum wajar terus menjulang perlembagaan negara bagi memastikan apa yang dikecapi hari ini akan terus bercambah dan kukuh selama-lamanya.

Di masa yanga sama, kita melihat apa yang dimomokkan oleh Anwar hanyalah ilusi, mimpi dan fantasi seorang manusia yang gila kuasa. Kemungkinan besar Anwar sendiri tidak tahu apa yang diperkatakan dan dijanjikannya kerana kemungkinan besar Anwar sendiri tidak kenal lagi siapa dirinya iaitu sama ada beliau seorang fanatik, ektremis, liberal ataupun plural.

Oleh itu, jalan terbaik bagi rakyat ialah memilih kepimpinan BN yang 'moderate' dan kekal konsisten dengan prinsip dan pendirian ini.