Terkejut jugak aku bila ada pihak yang kata artis seksi dan cun ni ambik ganja! Cun macam ni pun ambik ganja ke? Dah takde benda lain nak ambik?
Rupanya, tu semua gossip je. Ada la tu orang nak jatuhkan dia. Jeles la kot? Heh! Dalam dunia politik, perkara tu memang biasa dan selalu terjadi. Kat dalam dunia hiburan pun ada jugak...
Harap dalam dunia blog ni takde la sampai jadi macam tu pulak kan...heh! Hidup bloggers..!!! I always trust and sincere to my fellow brothers and sisters...Salute..!!!
Gossip Ambil Ganja Jatuhkan Maruah Saya, Kata Erin Malik
Pelakon Nur Arina Abdul Malek, 18, atau lebih dikenali sebagai Erin Malik, dikatakan telah mengambil dadah jenis ganja di set penggambaran drama Mis Cinta bulan lalu di Kemaman, Terengganu.
Namun pelakon yang popular menerusi drama Tentang Bulan itu enggan mengulas lanjut tentang dakwaan yang tidak berasas ke atas dirinya.
"Saya tidak mahu komen lagi, jika saya nafikan, orang masih lagi tidak percaya dan terus-menerus menuduh saya di laman Twitter dan sebagainya.
"Sepatutnya media perlu bertanyakan kepada orang yang menyebarkan berita ini, bukan saya.
"Maaflah, saya tidak mahu layan cerita kontroversi begini kerana ianya boleh menjatuhkan maruah dan karier saya," katanya.
Erin yang telah menerima pelbagai tohmahan dari gosip yang melibatkan dirinya itu menegaskan jika perkara ini berpanjangan, dia tidak teragak agak untuk mengambil tindakan kepada pihak yang bertanggungjawab.
Tambah Erin lagi, dia sendiri tidak tahu mengapa orang sanggup menabur fitnah dan mempunyai perasaan cemburu ke atasnya.
Erin yang baru sahaja selesai dari penggambaran drama Mis Cinta kini sedang menjalani penggambaran telemovie , Nur Iman. - Mynewshub.my
Baru-baru ni MB Kedah, Azizan Razak kata Kerajaan PAS Negeri Kedah ada luluskan 4 lesen PUSAT HIBURAN BARU di negeri jajahannya. Kononnya, masa nak buka tu tiada bantahan dari sesiapa...
Aku nak tanya Azizan...dia sendiri selaku MB yang kononnya "buat kerja cara Islam", dia tak bantah ke pusat-pusat hiburan ni dibuka? Beri lesen pusat hiburan banyak-banyak tu buat kerja cara Islam ke? Atau cara "agama PAS"?
Lebih pelik, Azizan sendiri mengaku tentang pusat hiburan yang baru kat Tesco Mergong tu, dia kata dia tak tauuu...
Aku nak tahu apa yang Azizan tahu? Lagipun, Mufti Kedah pun dah tegur pasal pusat-pusat hiburan di Kedah yang makin banyak tumbuh di seluruh negeri, khususnya di kawasan bandar...
Lagi satu, aku nak tanya Exco Agama kat Kedah ni, Taulan Rasul. Dalam masa 3 tahun, dia kata dia tak pernah luluskan lesen pusat hiburan. Empat lesen yang baru keluar tu apa benda? Kenapa dia tak bantah?
Exco Agama apa lagu tu..??? Taulan redha ke kalau bukak pusat hiburan depan rumah dia?
Aku rasa, Kerajaan PAS Kedah ni nak jadi negeri ni macam negeri yang dipimpin DAP dah. Aku nak tanya, kat Kedah ni golongan mana yang majoriti? Umat Islam atau bukan Islam?
Takpa lah Azizan. Hari ni kat dunia, boleh la buat apa saja. Esok nanti menjawab la dalam kubur...
Saya terbaca di Malaysiakini yang menyiarkan tentang cabaran Anwar kepada PM "mahu berdebat atau tidak?".
Sebagai seorang yang mengaku Islam, Anwar perlu faham cara menyelesaikan masalah dalam Islam. Anwar nak ikut cara Islam atau caranya sendiri? Azizan Razak suruh "buat kerja cara Islam"...
Dulu, semasa Anwar dalam UMNO, dia selalu mengatakan bahawa cara menyelesaikan masalah BUKAN dengan cara berdebat, tetapi mensyuarat atau syura.
Ketika itu, Anwar berhujah dengan membaca petikan dari Al-Quran...tapi itu dulu...
Tapi sekarang, mengapa sekarang Anwar kerap sangat cabar pemimpin UMNO untuk berdebat. Apakah dia sudah lupa dengan ajaran Islam yang beliu perjuangkan dulu. Dia dah tinggalkan cara Islam, kah?
Kalau sudah lupa, kami nak ingatkan Anwar:
Pertama: Baca kitab Minhajul Abidin, karangan Hujjatul Islam Imam Ghazali: Sabda Rasullallah: " orang-orang yang asalnya benar, tetapi kemudian menjadi sesat, kerana mereka mulai dengan berbantah-bantah (berdebat).
Kedua: Baca kitab Syed Qutb: Inilah Dienul Islam: Syed Qutb berkata: " tidak perlu mengadakan perdebatan, kerana perdebatan itu hasilnya sia-sia. Dan umat Islam pada hakikatnya dilarang melakukan perdebatan berlarut-larut tanpa manfaat.
Ketiga: Baca kitan Al Syahid Hasan al Banna: 10 Wasiat: Al Banna berkata:
"Perdebatan adalah perbuatan bathil. Sebagai hiasan syaitan yang ditempelkan kepada orang-orang kafir. Mereka sangat mengagumi sifat berdebat ini".
"Perdebatan hanya akan mengantar kepada kemurkaan Allah. Mendatangkan akibat yang merugikan bagi pelakunya"
Mungkin Anwar sudah lupa pendapat ulama-ulama yang pernah disebutkannya dahulu. Anwar lupa pada ulama Islam. Mentang-mentanglah Anwar dah ada Kit Siang, Karpal dan Eli Wong..heh!
Mungkin pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sudah muak dan bosan diserang dengan pelbagai dakwaan palsu, tohmahan serta fitnah jahat yang dilemparkan terhadap agensi bebas itu oleh pihak Pakatan Haram selama bertahun lamanya.
Ekoran tidak tahan lagi dengan segala tuduhan yang direka-reka untuk menjatuhkan kreadibiliti mereka, SPR semalam telah bertindak balas dengan membuat satu laporan polis terhadap lidah rasmi PAS, Harakah, yang terkenal dengan pembohongan terancang.
Harakah melalui keluarannya pada Bilangan 1750, yang diterbitkan pada 21-24 Rejab 1433 bersamaan dengan 11 hingga 14 Jun 2012, telah menyiarkan dakwaan Zulkifli Ismail, kononnya satu nama boleh mengundi di semua unit pusat pusat mengundi.
Zulkifli juga mendakwa bahawa dia pernah mengundi dua kali pada pilihan raya umum tahun 80-an di dua pusat pengundian di Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang dan Kunci Air Tanjung Karang, Selangor.
Selain itu, Harakah juga dengan "bangga" menyiarkan dakwaan kononnya tiga rakan Zulkifli yang tidak dinamakan, tidak dapat mengundi disebabkan nama mereka sudah digunakan oleh orang lain pada pilihan raya umum tahun 2008.
Malah lebih buruk lagi, Harakah turut mendedahkan kenyataan Zulkifli yang menuduh dan mendakwa SPR telah mengeluarkan kad pengenalan palsu dengan menggunakan nama orang lain serta gambar orang yang mengundi.
Paling kelakar ialah kenyataannya mengenai maklumat yang mengatakan bahawa SPR menggunakan nama pengundi yang dikenal pasti tinggal di luar negara dan tidak balik mengundi.
Lebih banyak lagi tuduhan dan kenyataan karut-marut Zulkifli yang disiarkan Harakah, seolah-olah wartawan akhbar itu tidak punya akal untuk mempersoal tentang logik dakwaan yang dibuat oleh Zulkifli itu.
Sebenarnya, saya juga berstatus jounalis sambilan yang selalu menghadiri sidang media atau temuramah eksklusif dengan ratusan orang di negara ini. Namun saya masih punya akal untuk berfikir dan mengajukan pertanyaan sekiranya fakta yang diberikan agak mengelirukan saya.
Saya pernah menemui seorang wanita tua yang tidak waras dan seorang anaknya di Ampang. Hebatnya wanita ini dia mengaku bahawa dia adalah seorang permaisuri dan salah seorang kerabat DiRaja kerajaan Riau Lama.
Mengejutkan saya, dia mengaku memilik harta yang bernilai berbilion ringgit selain mengaku bahawa bangunan baru siap setinggi empat tingkat yang menjadi tempat tinggalnya itu adalah miliknya!
Kalaulah saya tidak waras, mungkin saya akan terpesona dengan cerita makcik itu memandangkan hikayatnya sungguh lengkap dengan salasilah dan susur galur keturunan yang dikatakan pemilik takhta Riau itu.
Namun saya masih waras dan sempat merasa simpati atas keadaan makcik tersebut. Saya sempat menghulurkan sedikit wang dan kuih untuk kedua beranak yang tinggal di kaki lima. Kasihan…
Tapi yang peliknya, apakah wartawan Harakah yang menulis tentang cerita Zulkifli itu tidak berfikir sebelum menulis hikayat "dongeng" tersebut? Editor Harakah pun terlepas pandang?
Sebagai wartawan yang bertanggungjawab, dia perlu menyiasat dakwaan Zulkifli itu dan memastikan sama ada dakwaannya itu benar atau tidak. "Follow up", itu penting untuk memastikan kebenarang berita yang mahu disampaikan kepada pembaca.
Apatah lagi wartawan Harakah itu mahu menulis tentang satu dakwaan berkaitan fakta yang terperinci dan meragukan. Saya faham Harakah mahu sensasikan cerita. Namun kalau nak sensasi bagaimanapun, buatlah cara Islam!
Bagaimana jika Zulkifli itu gila dan tidak waras? Bagaimana jika saya menemuramah seorang yang gila dan kemudian mendakwa perkara tidak benar tentang PAS dan saya siarkan kepada umum, apakah PAS sanggup membenarkan perbuatan itu?
Nah! Sekarang terimalah padahnya. Suka sangat dengan cerita palsu dan fitnah, bersedialah dengan soalan-soalan cepumas pihak polis. Jangan terkencing dalam seluar nanti, sudahlah…
KANGAR – Tindakan seorang wanita berusia 30-an meminta upah RM3 setiap kali suami ingin berasmara dengannya sejak dua bulan lalu, membawa padah apabila dia dicekik dan dibelasah lelaki berkenaan yang tidak tahan dengan perbuatannya, kelmarin.
Dalam kejadian jam 8 malam itu, suami mangsa berusia 30-an yang tidak bekerja, dipercayai hilang sabar dengan tuntutan isterinya yang tidak tinggal bersamanya sejak sebulan lalu, selain turut mengesyaki wanita terbabit mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.
Lelaki itu bertambah berang apabila isterinya tidak membenarkan telefon bimbitnya diperiksa, lalu mencekik dan memukul mangsa yang berada di rumah ibunya di Pauh, dekat sini.
Menurut sumber, suami mangsa yang sebelum itu masuk ke dalam rumah menerusi pintu belakang dikatakan cuba merampas telefon bimbit mangsa yang sedang dicaj di atas meja. - Mynewshub.my
Tu laaa...kalau rasa tak mampu nak kahwin dan pikul tanggungjawab sebagai suami, lebih baik jangan kahwin lagi. Bina hidup dulu...lepas tu baru kahwin...
Perkahwinan ni bukan perkara kecik...besar tanggungjawabnya. Ada yang fikir "sedap" je, tapi lupa pada nafkah zahir yang lebih utama dan penting...
Paling utama ialah asas didikan Islam yang kekal dalam diri...kuatkan diri dengan Islam dulu, baru fikir nak kahwin lepas tu...
Tapi, jangan ingat join PAS tu dah kira Islam sangat dah...PAS tu parti politik je...bukan agama pun! Berapa banyak puak PAS yang kejam terhadap isteri...heh! Sampai ada bini yang mintak cerai dari ulama PAS sebab tak tahan...apa cerita tu broooo..?
Penulis baru dimaklumkan akan perkara ini melalui seseorang yang punya hubungan dengan SUK Selangor. Sejauh mana kebenaran ini, terpulang kepada anda untuk menilai.
Kisah RM3 billion yang "dilarikan" oleh Anwar Ibrahim merupakan sesuatu yang sukar dinafikan oleh seluruh jentera PKR. Sudah menjadi kebiasaan di dalam Pakatan, jika ia melibatkan Anwar, maka akan turunlah seluruh jentera mereka untuk mempertahankan Anwar.
Modus operandi ini cukup popular sewaktu zaman Ezam Md Nor memimpin jentera suatu ketika dahulu. Namun, tidak akan selamanya mereka teguh berdiri di belakang Anwar.
Begitulah situasi yang sedang berlaku sekarang apabila jentera Pakatan semakin muak dengan satu persatu isu yang melingkari Anwar. Apatah lagi ia melibatkan wang sebanyak itu.
Yang cukup memeningkan kepala ialah akuan bersumpah dari bekas Penolong Gabenor Negara, Datuk Abdul Murad Khalid yang mengakui bahawa akuan sumpah yang dibuat olehnya 13 tahun lalu adalah benar. Akuan sumpah berkenaan telah mengaitkan nama Anwar Ibrahim sebagai salah seorang yang memberi arahan dalam beberapa pembayaran bernilai jutaan ringgit kepada beberapa penama.
Seolah, tiada lagi ruang untuk mempertahankan Anwar. Perlu diingatkan, akuan bersumpah adalah "senjata" yang sering digunakan oleh Anwar sebelum ini.
Oleh yang demikian, penulis dimaklumkan bahawa jentera Anwar telah memikirkan beberapa cara untuk memastikan isu ini dapat dialihkan segera. Antaranya ialah melalui Anwarista yang menguasai PAS, dengan membangkitkan isu penangguhan haji demi pilihanraya untuk mencipta isu terbaru.
Perlu diingatkan, isu penangguhan haji ini dibangkitkan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man, seorang lagi pemain politik yang cukup dikenali telah "tunduk" kepada Anwarista. Kenyataan itu sendiri telah menyebabkan kepimpinan PAS bergegar, dan terkedu.
Persoalannya, siapakah di belakang kenyataan jumud berkenaan?
Menyedari isu berkenaan tidak cukup kuat kerana isu RM3 billion masih lagi berlegar dan desakan dari pelbagai pihak termasuklah beberapa badan bukan kerajaan, gelombang dalaman "pecat Faekah Husin" pula diwujudkan. Tatkala isu berkenaan di peringkat awal, panasnya belum lagi mencapai maksimum, timbul pula satu lagi isu – perletakkan jawatan Rafizi Ramli.
Apa yang cuba dibangkitkan ialah persoalan hubungan desakan pemecatan Faekah dengan perletakkan jawatan Rafizi. Rakyat dihidangkan dengan pelbagai persoalan dengan dua isu ini. Tentunya banyak perkara yang akan dibangkitkan, diperbicangkan berkaitan dengan kedua-dua isu berkenaan.
Pastinya, akan ada lagi pemain-pemain politik yang tampil untuk "memanjangkan" hayat kedua-dua isu ini sehingga Ramadan bertukar Syawal, dan seterusnya.
Sedang sibuk rakyat dibuai dengan isu ini, Azmin selaku pendesak agar PRU dipercepatkan akan terus memainkan peranannya. Harapannya ialah PRU berlaku dalam masa terdekat.
Oleh yang demikian, isu RM3 billion ini tidak sempat untuk difikirkan dan dibincangkan. Tentunya ia memberi manfaat yang besar kepada Anwar Ibrahim kerana PRU akan berlangsung.
Sudah ada tanda-tanda bahawa "mood" pemain politik lebih gemar menceritakan tentang hubungan desakan pemecatan Faekah dan perletakkan jawatan Rafizi. Tanpa sedar, mereka sebenarnya telah terpedaya dengan isu asal yang bakal membungkam cita-cita Anwar iaitu;
Haaaa...ni yang aku nak hangin nihhh..! Kalau artis Indon tu lantak diorang la. Ni artis Malaysia nihhhh..!!! Dey Jue Aziz...ni apahal pakai macam Julia Perez nihhh? Apahal sampai nampak lurah nihhh...???
Sengaja cari kontroversi? Sengaja nak suruh kitorang kutuk ke? Yang si Ako ni pun apahal yang peluk-peluk Jue Aziz nih? Dia tu bini ko ke, Ako? Seronok nampakkkk...
Jue...Julia Perez pun dah berhijrah dah...dah pakai tudung sejak balik dari Mekah...Jue nak ganti Julia Perez ke? Cukup la dengan Zarina Anjoulie...tak payah la ada sorang lagi... aku takut bala wehhh..!
Cuba la contohi Abby Abadi...pakai tudung elok je...dia nak naik pentas PAS ke..apa ke..itu dia punya pasal..asalkan dia sopan pakai tudung dan berhijrah ke arah menutup aurat...ko bila lagi nak berubah, Jue?
Pelik jugak apabila melihat Pegawai Media Baru PAS Kedah dan Menteri Besar Kedah seolah-olah "bertikam lidah" dalam memberikan kenyataan mengenai pusat-pusat hiburan yang semakin banyak tumbuh di Kedah.
Pada awalnya, Zulkifli Yahya (yang poyo dan suka menipu tu..) kata..
"Dasar Kerajaan Negeri yang berkaitan dengan pusat hiburan sangat jelas tetapi tidak dihormati. Polisi itu sepatutnya diguna pakai semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tetapi malangnya, tidak. Daripada tinjauan kita, beberapa pusat hiburan baru di daerah Kota Setar diberi lesen tanpa alasan kukuh,".
Tapi kemudiaannya, Azizan Razak pula kata...
"Kita bagi lesen untuk hiburan tetapi di bawah kawalan kerajaan negeri termasuk kawalan keselamatan, tatasusila dan sensitiviti kaum..."
Aku nak tanya, mana satu yang betul ni? Yang sorang tu marah sebab pusat hiburan tu diberi kelulusan. Tapi, Azizan pulak macam tak kisah je dan membenarkan pusat-pusat hiburan tu diberi lesen..!
Aku nak tanya lagi...sapa yang jadi MB sebenarnya? Zulkifli Yahya atau Azizan Razak? Heh!
Tapi yang peliknya, tiba-tiba Zul balun dan menyalahkan KCS. Kononnya kelulusan pusat hiburan tu seolah-olah satu tindakan sabotaj dari KCS terhadap PAS Kedah...
Hallooo brooo.!!! Azizan Razak pun tak kisah dan faham tindakan KCS tu. Yang hang pi menyalak lebih-lebih tu apahal?
Aku dengar Zulkifli Yahya sengaja je balun KCS sebab dia tahu Azizan memang sayangkan KCS berbanding Exco dan pemimpin PAS Kedah yang malas dan tak buat kerja..!
Lagipun, orang PAS satu Kedah dah tahu Zulkifli Yahya ni "orang siapa"....heh! Dah tentu la dia nak jatuhkan Azizan Razak..maklum la...dia nak "boss" dia naik jadi MB lepas nihhh...heh!
Nak tahu Zulkifli Yahya ni "orang siapa"? Heh! Cuba teka...sumber aku pun orang PAS jugak yang bagitahu...heh! Hangpa boleh teka, kan?
"Bakal" Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Zuraida Kamaruddin, hari ini begitu marah pada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana tidak menyerahkan kementerian itu kepada wanita UMNO setelah dikosongkan oleh Datuk Seri Shahrizat Jalil tempohari.
Zuraida yang terkenal dengan gelaran 'mak lampir' itu menyelar Najib dan cuba mencetus ketegangan kononnya Presiden UMNO itu menganggap Wanita UMNO sebagai tidak relevan kerana tidak dilantik di kementerian itu.
Seterusnya, Zuraida turut melepaskan kemarahannya kepada Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Sadique, yang memuji langkah Perdana Menteri mengambil alih kementerian tersebut buat sementara waktu.
Saya ketawa panjang melihat telatah "mak lampir" dari Wanita PKR ini. Politiknya kebudak-budakan dan melambangkan Wanita PKR diketuai oleh seorang yang dungu, tidak relevan, tidak matang dan mentah di dalam pentadbiran negara.
Paling sadis, meskipun Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu dibawah seorang lelaki, Zuraida patut malu apabila Najib membuktikan bahawa pencapaian golongan wanita di dalam sektor awam telah meningkat begitu ketara iaitu 31.7 peratus pada tahun 2012 berbanding 18.8 peratus pada tahun 2004.
Ini membuktikan bahawa wanita semakin maju dan semakin cemerlang di bawah pentadbiran Barisan Nasional.
Di mana pula tahap pencapaian Wanita PKR di dalam pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Haram? Kalau setakat berbangga dengan gambar-gambar separa bogel Elizabeth Wong yang kemudiaannya menyaksikan "muslimut" PAS menangis di belakangnya, tak payah bersuaralah. Memalukan saja…
Apa masalahnya kalau Najib mengambil alih kementerian itu buat sementara waktu? Cuba sandarkan nas dari Al-Quran, Hadis, Qias atau Ijma' yang melarang seorang yang bergender lelaki untuk mengetuai sebuah kementerian yang membabitkan hal ehwal wanita. Ada?
Seperkara lagi, di zaman Rasulullah SAW dan para Khulafa Ar-Rasyidin dulu, adakah wujud seorang wazir khas dari golongan wanita yang dipertanggungjawab untuk menjaga hal ehwal wanita? Setahu saya tidak ada…
Maka jelaslah tindakan Najib itu tidak bertentangan sama sekali dengan hukum syarak Islam, bukan?
Jadi, apa yang "mak lampir" sebok? Atau "Mak Lampir" takut kalau-kalau tidak dilantik sebagai Menteri Wanita sekiranya Pakatan Haram berjaya menjajah Putrajaya nanti? Masalahnya, layakkah "Mak Lampir" jadi menteri? Rasanya Zuraida jadi ketua darjah 5 Anggur pun belum tentu layak!
Saya faham bahawa Zuraida cuba menjadi "batu api" di antara Wanita UMNO dan Perdana Menteri. Zuraida kononnya cuba mewujudkan perasaan marah Wanita UMNO terhadap Najib kerana tidak melantik salah seorang dari mereka sebagai Menteri di kementerian itu.
Jangan haraplah Wanita UMNO akan "termakan" dengan strategi "mak lampir" itu. Wanita UMNO terkenal dengan kesetiaan dan sepakat memberikan sokonga penuh kepada Presiden parti dalam apa jua keadaan pun.
Lagi pun, saya percaya bahawa Wanita UMNO telah berbincang dengan Najib mengenai perkara ini dan apalah yang boleh dilakukan oleh seorang Menteri sekiranya diberi tanggunjawab dalam tempoh beberapa bulan saja?
Tunggulah selepas PRU ke-13 nanti dan saya percaya Najib akan membariskan kabinet yang lebih ampuh serta mampu bekerja keras dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik buat rakyat di negara ini.
Gelihati juga melihat perangai kebudak-budakan "mak lampir". Wanita UMNO relax dan cool saja, tapi dia pula yang lebih-lebih. Kemaruk sangat nak jadi menteri? Kalau nak jadi menteri, rasanya boleh minta Anwar rekomen jadi menteri di Israel. Khabarnya ada kosong, kalau "mak lampir" apply boleh dapat kot..?
Agak seronok melihat "drama" yang "diwayang"kan oleh Pakatan Haram Selangor yang melibatkan di antara kem Menteri Besar, Khalid Ibrahim, dengan kem "kekasih gelap" Anwar, Azmin Ali, yang membabitkan dua orang balaci mereka.
Dari kem Azmin, dikisahkan dengan perletakan jawatan secara tiba-tiba oleh Rafizi Ramli sebagai CEO Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.
Manakala di kem Khalid pula, Setiausaha Politiknya, Faekah Husin pula diserang habis-habisan oleh geng-geng Azmin dan dipaksa untuk melepaskan jawatannya serta merta, mengikut jejak langkah Rafizi Ramli.
Khalid Ibrahim semalam mengeluarkan kenyataan mempertahankan Faekah dan menegaskan bahawa Faekah yang dipercayai masih lagi "anak dara" itu tidak melakukan sebarang kesalahan.
Dalam masa yang sama, Azmin pula mengeluarkan kenyataan bahawa PKR Selangor tidak bergolak dan menafikan pergaduhannya dengan Khalid Ibrahim serta konco-konconya.
Tapi, tiba-tiba muncul pula Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimie Shafie, yang sebelum ini lebih dikenali sebagai "raja pasir Selangor" membuat sidang akhbar mengecam Faekah dan menuntuk agar "anak dara" itu meletak jawatan atau digantung tugas.
Begitulah kira-kiranya "drama swasta" yang dilakonkan oleh PKR Selangor menjelang PRU ke-13 yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Hebat bukan? Harapnya Yusuf Haslam beri perhatian kepada bakat-bakat terpendam ini untuk membintangi filemnya pada masa akan datang…
Saya tidak pasti, mengapa PKR Selangor, khususnya Azmin, tetap enggan mengaku bahawa PKR Selangor sedang teruk dilanda krisis yang besar. Azmin dan PKR nak sembunyikan dari siapa?
Kalau nak sembunyikan dari ahli-ahli atau pemimpin PKR Selangor, mereka sendiri tahu dan terlibat dalam pergaduhan Azmin – Khalid ini. Malah, rakyat Selangor yang bukan PKR pun tahu tentang krisis antara Azmin dan Khalid.
Kalau nak sembunyikan dari rakyat yang berada jauh dari Selangor, rasanya perkara ini bukan lagi rahsia pada mereka. Hampir seluruh negara tahu tentang pergaduhan antara kem Azmin dan kem Khalid Ibrahim.
Bukannya rakyat tak tahu bahawa Azmin disokong kuat oleh Anwar dan kem Azmin dibarisi oleh golongan seperti Rafizi Ramli, Shuhaimie Shafie dan mereka-mereka yang mendapat "durian runtuh" dari Anwar…
Manakala Khalid Ibrahim pula adalah dari kem Kak Wan Azizah, yang turut disokong oleh Nurul Izzah dan golongan yang simpati kepada isteri Anwar itu. Itu bukan lagi rahsia. Semua orang yang mengikuti perkembangan politik tahu mengenainya.
Jadi, mengapa perlu menafikan pergolakan PKR Selangor? Mengapa perlu berbohong tentang sesuatu yang semua orang tahu?
Sebenarnya, banyak penyelewengan yang berlaku di dalam pentadbiran Khalid Ibrahim. Dikhabarkan bahawa pendedahan mengenai penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh Faekah sebenarnya didalangi oleh orang-orang Azmin.
Ini bukan pertama kali. Sebelum ini Khalid Ibrahim pernah dikaitkan dengan skandal penyelewengan kontrak mewah yang bernilai berbilion ringgit yang diberikan kepada Lim Kim Hong, yang didakwa salah seorang kroninya.
Khabarnya, pendedahan itu juga berpunca dari pembocoran maklumat dari kem Azmin.
Tapi, bagaimana pula dengan kem Azmin? Khabarnya ada penyelewengan di dalam pejabat Penasihat Ekonomi RM1, benarkah?
Jika tidak, mengapa pula Rafizi secara tiba-tiba meletakkan jawatan sebagai CEO di pejabat itu dan memberikan alasan bodoh sebagai justifikasi perletakan jawatan itu?
Takkanlah Khalid Ibrahim dan kemnya hanya mahu duduk dan biar saja? Tak mahu dedahkan pada rakyat tentang Azmin dan kroni-kroninya, kah? Atau Kak Wan dan Khalid takut pada Azmin?
Api Reformasi Di Indonesia Sudah Menyala Di Malaysia?
Krisis kewangan yang melanda beberapa buah negara di benua Asia pada tahun 1997 meninggalkan banyak detik hitam yang hingga kini masih memberi kesan psikologi terhadap rakyat negara-negara tersebut.
Thailand, Filipina, Indonesia dan Malaysia adalah antara negara yang terawal dilanda krisis tersebut rentetan dari serangan spekulator kewangan antarabangsa, George Soros pada pertengahan tahun 1997.
Menjelang awal 1998, kesan kegawatan ekonomi mula terasa di kebanyakan negara yang terdedah pada serangan spekulator matawang. Suasana ekonomi makin tidak menentu berikutan kejatuhan berterusan nilai matawang masing-masing.
Di Indonesia, kehidupan rakyatnya kian terhimpit dengan kenaikan harga barangan keperluan yang juga dikenali sebagai sembako (sembilan bahan pokok – beras, minyak goreng, terigu, minyak tanah, gula, susu, ikan kering, telur dan garam).
Berikutan itu, protes-protes kecil oleh mahasiswa mula mengambil tempat di jalan-jalan raya yang kemudiannya menjadi besar menuntut perubahan dasar pemerintahan negara yang tika itu di terajui oleh Presiden Soeharto.
Pemimpin-pemimpin politik terkemuka Indonesia seperti Gus Dur, Megawati, Amien Rais dan Sri Sultan turut sama menyemarakkan kehangatan khalayak umum menuntut reformasi total dalam negara Indonesia.
Demonstrasi jalanan yang pada mulanya aman mula bertukar ganas dan tak terkawal apabila kelompok mahasiswa universiti bertembung dengan pasukan keselamatan Indonesia menyaksikan banyak korban dan kecederaan yang berlaku.
Di antara Mac hingga Mei 1998, beberapa rusuhan besar berlaku. Antaranya rusuhan di Medan dan Yogjakarta yang berlaku hampir serentak bermula 4 Mei hingga 8 Mei 1998. Beberapa korban nyawa melayang dan banyak harta benda musnah terbakar.
Hampir seminggu kemudian, Tragedi Trisakti pula berlaku hampir serentak dengan peristiwa pembunuhan besar-besaran terhadap kaum Tionghoa Indonesia pada tanggal 12 Mei hingga 15 Mei 1998.
Gedung beli belah, kedai dan kediaman kaum Tionghoa di ceroboh kemudian dibakar manakala gadis-gadis di perkosa dan dibunuh kejam. Dianggarkan lebih seribu nyawa melayang dan ribuan lagi cedera sewaktu konflik itu berlangsung.
Berpuluh ribu lagi kaum Tionghoa meninggalkan Indonesia menyelamatkan diri dari amukan dan keganasan tika itu. Pembaharuan dan perubahan politik yang dituntut secara gerakan jalanan nyata tidak seindah yang diangankan oleh ramai pihak.
Ramai yang lari ke Malaysia dan Singapura dengan membawa banyak barangan berharga di samping kisah-kisah sedih yang berlaku.
Mereka ini kemudiannya menyebarkan cerita yang berlaku secara lisan kepada orang Cina di Malaysia dan Singapura sehingga menimbulkan rasa gerun di kalangan penduduk negara jiran.
Walaupun demikian keributan yang berlaku, penggerak reformasi dari kalangan pemimpin politik dan mahasiswa Indonesia terus menerus mengadakan rapat umum besar-besaran di Surakarta, Medan, Bandung, Monas, Yogjakarta dan Jakarta mendesak Presiden Soeharto segera mengundur diri.
Pada tanggal 21 Mei 1998, Presiden Soeharto membuat pengumuman mengundurkan diri dari tampuk pemerintahan. Penggantinya, Prof. Bacharuddin Jusuf Habibie (BJ Habibie) akhirnya mengambil alih jawatan tersebut sekalipun menerima bantahan dari ramai kelompok mahasiswa.
Biarpun umumnya kejatuhan Soeharto dianggap kejayaan penting hasil gerakan reformasi jalanan yang dipelopori golongan mahasiswa, natijahnya selepas itu pucuk pimpinan bersilih ganti dan terpalit dengan pelbagai cabaran.
Pertembungan dan pergeseran antara etnik dan agama kian memuncak. Tunjuk perasaan dan gerakan jalanan masih berterusan, korban sengketa dan ledakan bom bertukar ganti saban bulan.
Kelihatannya, sinar kedamaian dan perubahan indah yang diimpikan kian jauh sayup mata memandang. Kini, 14 tahun berlalu rata-rata rakyat Indonesia seia sekata gerakan reformasi telah mengalami kegagalan total.
Dan ramai berpendapat, reformasi hanya indah dari rupa. Kerana kebodohan dan kerakusan pihak tertentu yang berkuasa, beribu nyawa melayang tanpa sebab dan ada antaranya di penggal kepala mereka hanya kerana perbazaan agama dan kaum.
Mahukah kita melihat api reformasi gila ini menyala di Malaysia? - FMK2
"Saya rasa itu mungkin 'cybertrooper' Umno yang menyamar menjadi ahli PKR menyebarkan fitnah tersebut,"
kehkehkeh rafizi punye ler fobia kat umno sampai ke tulang seyhhh!!..anuwar plak camne?..bile nak bersumpah??..tak kan nak tunggu pru plak..nampak sangat dah terdesak! >XD
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad masih dibayangi kisah silam kerana memberi kenyataan usaha menjatuhkan kerajaan ala 'Arab Spring' tidak seharusnya berlaku di negara ini.
Menurut Anwar, Dr Mahathir jelas tidak dapat menerima kejatuhan Hosni Mubarak sedangkan era bekas Presiden Mesir itu jelas menunjukkan kebangkitan rakyat.
"Bagi saya, Mahathir tidak dapat menerima hakikat kehilangan Mubarak sebagai pemimpin," ujar beliau ditemui selepas Pelancaran dan Diskusi Buku Islam dan Melayu: Martabat Umat dan Daulat Rakyat karya Datuk Dr Siddiq Fadzil malam tadi.
"Kita dapat melihat kebangkitan rakyat melalui Perhimpunan Bersih 3.0 tempoh hari, ini cara rakyat suarakan pendapat secara aman," kata beliau.
Tambah beliau, tidak perlu menyamakan cara kejatuhan bekas pemimpin Mesir itu kerana rakyat mampu bertindak relevan dan semakin bijak menilai sesuatu isu.
"Jangan khianati rakyat kerana rakyat mampu menjadi saksi dalam segala kemelut yang melanda negara ini," tegas beliau.
Dalam satu kenyataan semalam, Dr Mahathir berkata, usaha menjatuhkan kerajaan ala 'Arab Spring' tidak seharusnya berlaku di negara ini kerana Malaysia jelas mempunyai sistem demokrasi lebih baik berbanding negara Timur Tengah.
Dr Mahathir berkata, jika perbandingan demokrasi antara Malaysia dan negara Arab dibuat, jelas membuktikan negara mendahulukan kepentingan rakyat dalam setiap perkara.
"Arab Spring ini adalah pemberontakan rakyat menjatuhkan kerajaan di negara tersebut, jika kita bandingkan negara-negara Arab ini, mereka tidak pernah demokratik, dan pemimpin mereka menerajui negara untuk kepentingan diri dan tidak memberi keutamaan kepada rakyat.
"Rakyat semakin menderita, kadar peratusan kemiskinan meningkat, malahan ada lulusan universiti tidak mendapat pekerjaan yang seterusnya menjadi punca rakyat memberontak," katanya. - SH
kehkehkeh anuwar dah tenggelam punca di sebabkan perpecahan dalaman parti atau terase pedas dengan kenyataan tun? klik sini anuwar masih terpaksa bergantung harap kepade pencacai reformasi 1997 yang telah menghuruharakan negara untuk menumbangkan kerajaan demi mengelakkan diri dari di kenakan tindakan mahkamah atas kes menutuh!
bezanya hosni tak cucuk belakang tapi berperangai sebijik macam anuwar yang menyokong keselamatan israel selain bersikap angkuh. anuwar terus memainkan persepsi bahwa rakyat telah di khianati..adakah kerane tindakan kejam kerajaan terus memberikan bantuan demi bantuan melalui gagasan 1Malaysia menakutkan anuwar?
adakah tindakan tak berperi kemanusiaan kerajaan melakukan transformasi ekonomi untuk kesejahteraan rakyat membuatkan anuwar berpeluh satu badan? adakah tindakan keterlaluan kerajaan mendokong agenda islam serta terus di mertabatkan telah menjadikan anuwar kepanasan macam setan yang kena bakar?
adakah perbuatan pemuda BN saban kali mengadakan karnival mencari kerja di setiap pelusuk negara menjadikan anuwar tak senang duduk?
sebenarnya rakyat dah paham kenape anuwar masih berprasangka buruk terhadap dasar yang di buat oleh kerajaan BN!..tentunye semua yang telah, sedang dan akan di laksanakan bakal memacu negara kepada satu tahap di mana anuwar pun belum tau mampu dapat laksanakan.
walaupun sekarang ni fuckatan telah memerintah beberapa negeri namun takde satu pun projek yang boleh di banggakan dek kerane di sebabkan oleh sifat tamak nak sapu harta perbendaharaan negeri yang ada di dalam diri anuwar dan konco2 yang sama waktu dengannye.
biar macam mane pun anuwar nak bersihkan kisah hitam, anuwar tetap di hantui dosa silam. dose terhadap allah, dose terhadap rakyat yang menjadi mangsa kepade penipuannye dan dose kepade kelaurganye sendiri
jadi ape jua alasan yang anuwar nak sampaikan kepada rakyat cuma satu.."tolak kerajaan bn yang berjaya mentransformasikan agenda untuk rakyat dan pilih fuckatan yang langsung tak pernah tunaikan janji!" kehkehkehkeh >:D
You are subscribed to email updates from DIMENSI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Mengapa gambar banner kerajaan Dap ini hanya dikoyakkan muka Karpal Singh dan Rayer ? Itu yang menjadi tanda tanya dan wajah Guan Eng dan Mansor tidak pulak kena.
Adakah banner yang digantung di Parlimen Bkt Gelugor terkoyak ini kerja musuh dalaman dalam Dap yang mahu jatuhkan Karpal dan Rayer? Nampaknya krisis dalaman DAP pun bermasalah di PP sama seperti PKr di Selangor.
GPB bila perhalusi setiap kenyataan Jawatankuasa Kariah Masjid Tmn Guar Perahu dalam isu guling kerajaan ini KLIK DI SINI , ternyata mereka memang bijak susun game politik ala PAS dalam isu ini .
Daripada perkataan " Kerajaan yang zalim " di hujung doa telah bertukar menjadi " Pemimpin yang zalim " .Tak kan ratusan jemaah di situ pekak kot sampai tak boleh beza perkataan kerajaan dan Pemimpin ?
Bagi GPB , soal pemimpin yang zalim @ kerajaan yang zalim yang depa nak spin.. itu bukan isunya.
Perkara yang utama adakah sesuai dalam doa khutbah Jumaat boleh disebut sedemikian ?? Sesuaikah ungkapan itu dalam doa ditambah lagi ada pulak ayat dibelakangnya PRU 13 ? Kalau sebut pasal PRU 13 sudah tentu jawapannya berkenaan politik .
Adakah mereka nak ulangi seperti isu yang dahulu iaitu doa khutbah Jumaat yang menyebut agar Lim Guan eng diberi hidayah masuk Islam ?
Memang ada persamaan kerana kedua-dua isu ini kerana mengunakan doa khutbah jumaat sebagai sebagai pentas untuk menyelitkan unsur politik .
BUKIT MERTAJAM – Jawatankuasa Kariah Masjid Saidina Abu Bakar as-Siddiq Taman Guar Perahu kesal dengan tindakan 'individu tidak bertanggungjawab' yang didakwa sengaja memperbesarkan isu berhubung doa dibacakan pada khatib Jumaat lalu.
Pengerusi Kariah, Abu Bakar Bakilani Abu Hassan menyifatkan kenyataan individu tersebut sebagai fitnah kerana khatib itu tidak langsung menyebut mahu menjatuhkan mana-mana kerajaan, tetapi berdoa supaya pemimpin zalim dijatuhkan.
Beliau syak individu yang membuat dakwaan itu cuba mengambil kesempatan mempolitikkan isu tersebut kerana tidak puas hati dengan jawatankuasa kariah masjid.( Siapa yang selalu main politik ? Sudah banyak kali ustaz-ustaz yang datang memberi kuliah agama di masjid berkenaan banyak menyelitkan propaganda politik dalam ceramahnya )
"Tidak menjadi masalah kita mendoakan mengalahkan yang zalim, menjatuhkan musuh Islam. Perbuatan ini (iaitu membesarkan isu doa khutbah itu) adalah serangan dari sudut politik yang berkemungkinan untuk memburukkan pentadbiran masjid sedia ada. "
Kita kenal dua pengadu tersebut," katanya.
Menurutnya, mereka pernah memegang jawatan penting di masjid itu dan tidak banyak menyumbang.( Apa motifnya menyerang peribadi 2 pengadu ini ? Nak cerita pasal sumbangan ..sebenarnya mereka ini lah yang banyak berjasa sejak masjid ini dibina. Anda hanya lah orang luar dari Sik yang baru saja menetap di taman berkenaan dan terus diangkat menjadi pengerusi . Tak layak mempertikai sumbangan mereka ini )..
Abu Bakar berkata, pihaknya tidak gentar untuk menghadapi dakwaan itu kerana mempunyai bukti berupa rakaman khutbah berkenaan.
Katanya, laporan polis juga akan dibuat selepas ini, selain bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap dua individu berkenaan.( Baru sikit teguran oleh anak kariah yang minta isu ini disiasat oleh MAIPP ..dah nak saman & report polis ?? Hang berdendam ke dengan mereka ini ?
Mansyallah..Ustaz Shuib & En Abu Bakar Muktar cukup dikenali oleh penduduk taman berkenaan sejak masjid itu dibina termasuk lah Sek Agama Rakyat ... Tak sangka inilah nasib yang mereka terima oleh puak-puak PAS yang rakus dan gila kuasa ..)
"Saya sudah berjumpa dan berbincang dengan khatib, kalau benar fitnah, tindakan undang-undang akan diambil.
Apa pun, kita akan lihat dahulu laporan dikeluarkan media berhubung isu ini," katanya. Sementara itu, Setiausaha Jawatankuasa Kariah itu, Jaafar Che Mai turut kecewa dengan tindakan kedua-dua individu itu yang didakwa sengaja mahu memecahbelahkan jemaah masjid.
"Kita mahu mengimarahkan masjid, tapi perbuatan mereka seolah-olah mahu memecahbelahkan jemaah masjid. ( Macamana mereka nak tarik jemaah mengimarahkan masjid , kalau unsur politik dibawa masuk ? Perbuatan memasukan unsur politik dalam masjid inilah yang memecahbelahkan jemaah di kariah tmn guar perahu .)
"Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) meminta kita menyerahkan rakaman tersebut esok (hari ini).
Kita juga akan minta nasihat daripada mereka sebelum mengambil sebarang tindakan susulan," katanya kepada Sinar Harian dalam satu pertemuan di Taman Guar Perahu, malam kelmarin.
Sinar Harian difahamkan, ketika artikel ini ditulis, rakaman khutbah Jumaat itu sudah pun diserahkan kepada MAINPP untuk diteliti.
Tak habis-habis mulut puaka Nizar memfitnah. Nampaknya beliau tak serik lagi dan terbaru menuduh pulak semua kuarters TLDM yang tinggal Pengkalan Tentera Laut di Lumut telah menerima RM 50 setiap keluarga .
Lihat di atas tweet beliau yang jelas satu lagi pembohongan untuk mencemarkan imej TLDM Lumut . Beliau seolah-olah menggambarkan tentera negara kita ini tiada maruah dan boleh dibeli dengan wang . Ini merupakan satu penghinaan oleh pemimpin PAS yang tak rasa berdosa dengan fitnah yang dilemparkanya .
Selain itu , Nizar juga sebenarnya mahu memburukkan imej MB Perak DS Dr Zambry & kerajaan negeri yang mengadakan lawatan sehari ke Pengkalan TLDM Lumut sempena Program Bersama Pemimpin .
Untuk rekod , sebelum ini beliau telah memfitnah ATM diperalatkan PM , berbohong isu pelaburan VALE , isu ancak serta isu no play WWW1.
Orang Melayu tidak mempunyai pilihan selain memberi sokongan sepenuhnya kepada UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang bagi memastikan kelangsungan Islam, Melayu serta institusi raja-raja terus terpelihara. Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Zulkifli Noordin berkata, mereka perlu sedar bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas tidak boleh diharapkan untuk menjaga kepentingan tiga komponen penting itu kerana jelas perjuangan dua parti berkenaan semakin terpesong.
Beliau berkata, PKR yang kini diterajui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga kini didapati tidak mampu memikul tanggungjawab itu dan begitu juga dengan Pas kerana impian kedua-duanya adalah untuk ke Putrajaya sahaja.
"Adakah kita boleh bergantung harap kepada PKR yang kini diketuai oleh Anwar ini untuk membela Islam, Melayu dan raja-raja?
Begitu juga dengan Pas, adakah parti yang menyokong perkataan Allah digunakan oleh orang Kristian ini kita boleh bergantung harap untuk membela Islam, Melayu dan raja-raja?
GPB mendapat info dari dunia twitter iaitu artis yang baru sertai Umno iaitu Presiden Seniman Zed Zaidi akan menjadi panel satu forum bertajuk Artis Berpolitik: cari glamour atau prinsip? anjuran satu akademi milik PKR.
Selain Zed, panel yang lain sudah tentunya dari Pakatan iaitu Hasmi Hashim(PKR) dan artis tengah top selepas sertai Pas iaitu Hairie Othman.
GPB harap aksi bro Zed tidak menghampakan dalam forum berkenaan. Buktikan artis sertai Umno adalah kerana prinsip dan perjuangan orang Melayu.
Inilah yang dikatakan nak tunjuk garang dan hebat tidak kena tempat. Apapun tidak boleh salahkan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin.Ahli Parlimen PKR Ampang itu mungkin nak tunjuk hebat kepada penyokongnya di luar sana beliau juga mampu berentap debat dengan seorang Perdana Menteri di Parlimen. Cuma cara dan apa yang dipersoalkannya semberono. Sebagai Ahli Parlimen beliau sepatutnya tahu ia kuasa perogratif seorang Perdana Menteri melantik menteri dan menentukan bila hendak bubar parlimen untuk pilihanraya umum.
Namun Zuraida yang digelar 'Taliban' oleh orang-orang PKR main sondol saja. Ini membuatkan Najib balon beliau kerana mempersoal perkara yang tidak ada kaitan dengan sidang Dewan Rakyat. Ia berlaku pagi Isnin semasa Zuraida mengemukakan soalan tambahan pada soalan asalnya berhubung Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Najib hadir menjawab soalan itu atas kapisitinya sebagai menteri berkenaan yang beliau sandang selepas Datuk Seri Shahrizat Jalil melepaskan jawatan itu 8 April lalu.
Semua orang tahu Najib cuma memegang sementara sahaja jawatan itu kerana pilihanraya umum kena diadakan dalam tempoh sebelum April tahun depan. Zuraida yang mungkin cuba nak dapat milage politik dari kalangan wanita mempersoalkan mengapa Najib mengambil alih jawatan itu kerana mendakwa ia seharusnya diberikan kepada wanita sebagai bukti pelaksanaan dasar 30 peratus wanita sebagai pembuat keputusan.
"Tak usah gusar, saya pegang sementara sahaja sampai pilihan raya. Bila BN menang nanti insya-Allah kita beri wanita ambil alih kementerian," katanya. "Yang berhormat berkenaan tidak mencerminkan kesopanan sebagai seorang wanita...mulut dia boleh tahan."Wanita kita jauh lebih baik daripada wanita sebelah sana,"kata Najib membidas Zuraida.
Tak cukup itu, Zuraida turut mencabar Najib membubarkan Parlimen bagi membolehkan PRU-13 diadakan. Ini telah mengundang Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menegurnya.
Perbuatan itu secara jelas hendak cabar kuasa ekslusif Perdana Menteri. Dan sebagai perbandingan dalam soal lantikan itu Zuraida sepatutnya tumbuk meja Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim (yang juga ada kuasa perogratif) mempersoalkan mengapa portfolio Exco Agama tidak diserahkan kepada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor dari kalangan parti PAS. AGENDA DAILY
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pergolakan berlaku dalam kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor kerana ia dipimpin oleh seorang yang kurang berkemampuan. Katanya, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebenarnya orang UMNO tetapi memilih parti lawan kerana kecewa tidak mendapat sesuatu.
''Beliau masuk parti lawan bukan sebab percaya kepada prinsip perjuangan, tetapi lebih kepada kerana kecewa. "Beliau ada sedikit kebolehan tentang pentadbiran tetapi tidak akan berjaya kerana bukan orang politik, tetapi masuk politik kerana kecewa," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Bicara Bersama Pelajar Perubatan Kolej Tun Dr. Ismail Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dan kolej itu, di sini hari ini. Dr. Mahathir ditanya mengenai isu pergolakan yang berlaku dalam kepimpinan PKR di Selangor terutama selepas peletakan jawatan Rafizi Ramli sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor, dipercayai ekoran pertembungan politik dua kem membabitkan Menteri Besar dan Pengerusi PKR negeri, Azmin Ali.
Menurut Dr. Mahathir, pergolakan yang berlaku sedikit sebanyak akan mengganggu perjalanan PKR Selangor, namun Barisan Nasional (BN) tidak harus berasa terlalu gembira dengan situasi tersebut.
"BN perlu terus berusaha mendapatkan kembali Selangor pada pilihan raya nanti, tak usaha pun tak boleh dan jangan harap orang lemah saja untuk menang," katanya. Sementara itu, menurut Dr. Mahathir, usaha menjatuhkan kerajaan ala 'Arab Spring' tidak seharusnya berlaku di negara ini, kerana Malaysia mempunyai sistem demokrasi lebih baik berbanding Asia Barat.
Jelas beliau, jika perbandingan demokrasi antara Malaysia dan negara Arab dibuat, ia jelas membuktikan kerajaan negara ini mendahulukan kepentingan rakyat dalam setiap perkara. Katanya, 'Arab Spring' adalah pemberontakan rakyat untuk menjatuhkan kerajaan dan di Asia Barat mereka memang mengamalkan kebangkitan tersebut kerana negara itu bukan demokratik sebaliknya autokratik. Menurut beliau, 'Arab Spring' berlaku kerana pemimpin mereka menerajui negara semata-mata untuk kepentingan diri tanpa memikirkan keutamaan rakyat, lalu penduduk menderita dan kadar kemiskinan meningkat sehingga ada yang sanggup membunuh diri.
''Kita di sini ingin 'Arab Spring' tetapi soalnya adakah kerajaan terlalu zalim?
Adakah kerajaan tidak beri perhatian kepada nasib rakyat, tidak membangunkan dan memajukan negara?'' katanya menjawab soalan daripada salah seorang pelajar kolej berhubung isu 'Arab Spring' di majlis itu. Hadir sama pada majlis itu, Ketua Pengarah Jasa, Datuk Fuad Hassan; Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang; bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin; bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid.
DALAM banyak-banyak 'peluru' ditembak kepada Anwar oleh bekas-bekas orang kanan dan orang suruhannya, rasanya inilah satu-satunya peluru yang penulis rasa tepat-tetap mengenai Anwar. Penulis bercakap tentang dakwaan oleh bekas Penolong Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid yang menyebut mengenai akaun bernilai RM 3 billion yang didakwa dikawal oleh Anwar sewaktu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan satu ketika dulu.
Sudah tentu bila kita bercakap tentang jumlah wang yang 'ramai', maka orang yang terlibat pun ramailah juga. Ini bukan seperti perlakuan homoseksual dan zina yang berlaku dalam bilik hotel atau kondo yang hanya melibatkan 2 individu, ini tentang jumlah wang yang besar untuk menyelesaikan banyak masalah 'orang-orang besar' (kebetulan kroni-kroni Anwar) yang lain. Lagipun, kawalan ke atas wang haram bukan seperti kes zina yang memerlukan ditunjukkan 4 saksi (merujuk kepada alasan kegemaran Anwar – mana 4 saksi?)
Sukar untuk Anwar mengelak dari terbabit apatah lagi bila Ummi Hafilda baru-baru ini mendedahkan tentang seorang wanita bernama Zaliah Zakaria (bekas tauke kelab lumba kuda) yang dikatakan menjadi antara orang kepercayaan Anwar untuk mengawal urusan berkaitan dengan akaun tersebut. Zaliah pernah melarikan diri dari Malaysia sebaik mendapat tahu dia bakal disiasat BPR berhubung Akuan Bersumpah Datuk Murad tetapi kembali semula ke negara ini selepas kes tersebut menghadapi jalan buntu berikutan kesukaran mendapatkan kerjasama negara luar dimana wang tersebut disimpan.
Satu kes saman antara Hong Leong Bank dengan seorang ahli perniagaan Low Thiam Hoe berhubung pinjaman berjumlah RM 445 juta pada 1999 untuk pengambilalihan KBB dari Idris Hydraulic, turut menyebabkan Anwar terus tersepit kerana di dalam Akuan Bersumpah Datuk Murad, perkara tersebut turut disentuh. Logiknya, takkanlah semua hal yang berkaitan dengan Anwar ini timbul secara tiba-tiba dan di platform yang berbeza-beza..
Seperti biasa bila tersepit, Anwar akan mencari jalan bagaimana mengalihkan atau 'berkongsi' kesalahan tersebut kepada pihak lain, terutama sekali musuhnya dunia akhirat, UMNO.
Inilah yang membawa kepada maklumat terbaru yang penulis terima, mengatakan bahawa Anwar bersedia untuk tampil dengan sidang media dalam jangka masa terdekat untuk menyatakan peranannya dalam soal akaun RM 3 billion ini. Anwar juga disebut-sebut akan mendedahkan beberapa nama pemimpin dan bekas pemimpin UMNO dalam sidang media tersebut yang di dakwa turut terlibat.
Antara nama-nama yang telah disediakan Anwar untuk disebut ialah Allahyarham Tun Abdul Razak (bekas Perdana Menteri kedua), Allahyarham Tun Hussein Onn (bekas Perdana Menteri ketiga), Tengku Razaleigh Tengku Hamzah (bekas Bendahari UMNO dan Menteri Kewangan) dan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur (Setiausaha Agung UMNO sekarang).
Bagaimana dan macam mana semua pemimpin tersebut boleh terkait dikala ada di antara mereka telah pun lama meninggal dunia, masih lagi misteri.
Tapi mengenali Anwar, tidak ada apa yang mustahil dalam kamus hidupnya. Khinzir yang sah-sah haram itupun Anwar boleh putar belitkan sehingga menjadi halal dan dijadikan daging korban. Mula-mula adalah yang marah, mengaitkan dengan hukum tuhan dan sebagainya tapi bila dah selalu diulang-ulang penipuan itu, akan adalah pulak golongan yang tampil dengan pendapat-pendapat tertentu untuk mempertahankan Anwar atau paling tidak mengurangkan kecaman terhadapnya, supaya diakhirnya nanti rakyat akan nampak Anwar tidak bersalah, keluar kenyataan seumpama itu sebab UMNO dan sebagainya.
Kita sudah lihat muslihat ini berlaku dalam banyak isu sebelum ini yang berkaitan dengan Anwar, antaranya pembentukan kerajaan persekutuan Pakatan Rakyat pada 16 September 2008, melindungi keselamatan Israel, Perdana Menteri dan isterinya yang dikaitkan dengan pembunuhan Altantunya dan sebagainya.
Dalam masa yang sama, agak malang juga melihat semua kebodohan ini masih berlaku dalam masyarakat kita, bukti begitu ramai yang meletakkan emosi mengatasi iman/kepercayaan, matlamat menghalalkan cara dan sebagainya.
Sebab itu penipu dan penyangak macam Anwar boleh bertahan sehingga sekarang. Tanpa sedar, ada antara kita sendiri sebenarnya yang melahirkan dan memelihara dajjal durjana ini supaya diakhir nanti dia boleh menghapuskan kita semua.
Ungkapan tabik harus diberikan kepada Laman Suara PR kerana berani menegur Pakatan Rakyat. Selama ini, kita lihat laman-laman web dan blog-blog pro-PR lain tidak pernah menegur jauh sekali membongkar kesilapan pemimpin-pemimpinnya. Semuanya mengambil sikap kipas dan ampu dan membela apa saja yang dibuat oleh pemimpin PR tidak kira sama ada salah dari segi moral, undang-undang, mahupun agama. Realitinya, di dalam PR itu, sesiapa sahaja yang menegur akan dipecat. Mungkin kerana itu, tiada siapa yang berani mengambil sikap telus dan kritis sepertimana yang dilakukan oleh laman tersebut.
Antara artikel terbaru laman Suara PR yang wajar diberi perhatian serius ialah mengenai rancangan menumbangkan kerajaan melalui kekerasan yang diminitkan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat.
Sebenarnya, apa yang didedahkan ini bukanlah mengejutkan kerana dari perbuatan dan percakapan harian para pemimpin PR kita sudah boleh membaca tujuan sebenar mereka. Para pemimpin PR cukup maklum bahawa mereka sukar untuk memenangi pilihanraya kerana tidak mendapat sepenuh sokongan dan kepercayaan rakyat.
Kerana itu, mereka perlu memburuk-burukkan sistem pilihanraya, membangkitkan kebencian terhadap pihak berkuasa dan menimbulkan ketidakpercayaan terhadap mahkamah supaya apabila kalah nanti, bolehlah mereka menyalahkan SPR, kerajaan dan mahkamah. Ia kemudiannya akan dijadikan alasan kukuh untuk memberontak dan merusuh sekali gus menumbangkan kerajaan melalui kekerasan.
Menurut laman tersebut lagi, "Sebab itu kalau kita lihat mutakhir ini, pemimpin Pakatan Rakyat memberi jaminan bahawa peralihan kerajaan akan berlaku secara aman, tapi tidak menjamin apa-apa jika keputusan sebaliknya berlaku. Yang dijamin ialah keamanan kalau berlaku peralihan, itu pasti." Malah disebutkan juga dalam mesyuarat yang sama mengenai kebarangkalian pertumpahan darah - jika keadaan benar-benar mendesak.
Nampaknya, pemimpin-pemimpin PR sedang mengugut kita semua iaitu jika kita tidak memenangkan mereka melalui peti undi dalam pilihanraya nanti maka bersedialah untuk menghadapi huru-hara dan pertumpahan darah.
Sekali lagi, kita tidak terkejut jika Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Hadi Awang sanggup menggadai nyawa penyokong-penyokong mereka untuk mencetus keganasan dan memulakan pemberontakan berdarah di negara ini.
Anwar adalah manusia yang sanggup melakukan apa saja dan tiada apa lagi yang dilakukannya yang mampu mengejutkan kita. Bayangkan, jika dalam keadaan biasa juga Anwar sanggup melakukan apa saja, maka apatah lagi jika beliau berada dalam keadaan yang amat terdesak untuk berkuasa?
Kita juga tidak pernah lupa bagaimana Lim Kit Siang menjadi pencetus tragedi 13 Mei, berbekalkan kebencian mendalam terhadap kaum Melayu dan keangkuhan yang menebal, dengan sifat kejam semulajadi yang mengalir dalam darah komunisnya.
Begitu juga Hadi Awang yang membara di dalam dirinya sifat fanatik atau ekstrem. Sifat inilah yang diterapkannya ke dalam diri penyokong-penyokongnya yang membawa kepada tragedi Memali dan kemudiannya, Sauk.
Jelas, keganasan dan pertumpahan darah bukan sesuatu yang asing bagi pemimpin Pakatan Rakyat dan kita pasti, mereka tidak punya masalah untuk mengulangi semua keganasan ini untuk kesekian kalinya bagi mencapai matlamat mereka. Keinginan mereka untuk merampas Putrajaya sudah terlalu meluap-luap dan tidak dapat dibendung lagi.
Untuk itu, pemimpin PR melihat keganasan dan pemberontakan sebagai 'trend'. Dan 'trend' inilah yang akan membantu membawa mereka ke puncak kuasa. Sebagai persediaan ke arah ini, mereka kerap memberi isyarat kepada media-media asing bahawa Malaysia juga berada dalam proses ke arah mengikut 'trend' tersebut.
Apa yang penulis dapat katakan di sini ialah adalah sesuatu yang amat bodoh jika rakyat sanggup memusnahkan segala nikmat dan menggadai nyawa mengikut telunjuk pemimpin PR semata-mata kerana ingin mengikut 'trend'.
Benar, mengikut kata pemimpin PR bahawa rakyat mempunyai kuasa untuk menentukan masa depan negara.
Justeru, ingatlah kita punya kuasa untuk menolak pemimpin yang sanggup menggadaikan nyawa kita semata-mata kerana mereka tidak tahan lagi untuk berkuasa. Kita punya kuasa untuk menolak mereka melalui peti undi dan kita juga punya kuasa untuk menolak dari bersama-sama mereka menjahanamkan negara dan menggadaikan nyawa melalui jalanraya. Tanpa kita memberi sokongan kepada mereka, pemimpin-pemimpin yang tidak bertanggungjawab ini tidak akan ke mana…
Keakraban dan kemesraan dua pelakon tempatan, Maya Karin dan Bront Palarae jika bukan dilihat dari sudut profesionalisme, pasti ramai yang menyangka bahawa mereka adalah pasangan kekasih yang sedang hangat bercinta.
Heroin filem "Ombak Rindu", Maya Karin tidak menafikan bahawa perasaan cinta itu wujud kepada Bront Palarae.
"Saya cintakan Bront sebagai aktor dan juga kawan. Bagi saya, dia adalah kawan saya yang paling rapat dalam industri.
"Persamaan kami dapat dilihat daripada cara kami berfikir, tidak kira mengenai isu masyarakat, politik, muzik ataupun filem. Pendek kata pemikiran kami banyak persamaan dalam segenap aspek," jelas aktres berusia 32 tahun ini ketika diusik mengenai kemesraan antara mereka.
Ujar Maya lagi, filem terbaru arahan Osman Ali, "Jwanita" ini menyaksikan gandingan kali keenam antaranya dan Bront.
"Apa yang boleh saya katakan, Tuhan menyatukan saya dengan Bront, tetapi hanya dalam filem sahaja."
Sementara itu Maya yang sudah solo sejak perkahwinannya dengan Steven David Shorthose musnah hampir dua tahun lalu turut enggan mengulas lanjut selepas dikhabarkan hadir di sebuah majlis makan malam bersama seorang ahli perniagaan berpangkat Datuk, baru-baru ini.
Malah Maya menafikan tidak mempunyai hubungan istimewa bersama Datuk berkenaan, sebaliknya sudah berkawan baik sejak empat tahun lepas.- Cinema Online
Rupanya masih ada dalam kamus PKR kalimah 'bersumpah' untuk membuktikan diri adalah benar, ini bukannya apa, berikutan kenyataan bekas CEO Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor Rafizi Ramli yang berani bersumpah dia letak jawatan bukan sebab 'krisis' dengan mana-mana ahli PKR.
Sudah lama rasanya orang ramai tidak dengar mana-mana pemimpin PKR sebut 'berani bersumpah', terutamanya sejak video seks yang didakwa membabitkan bos mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim tersebar di internet dua tahun dulu.
Anwar sejak itu berulangkali diminta bersumpah bukan beliau di dalam video seks tersebut bagi membuktikan kebenaran, tetapi ketua pembangkang itu buat 'muka tebal' tak jawab sampai ke hari ini.
Anwar tidak bersumpah menafikan beliau tidak meliwat bekas pekerjanya sendiri, Saiful Buhkari Azlan, beliau tidak berani bersumpah hatta dalam mahkamah pun, ketika membela diri menggunakan pilihan kedua iaitu memberi keterangan tanpa sumpah.
Selain Anwar, Wan Azizah sendiri tidak pernah bersumpah untuk menafikan bukan suaminya dalam video seks, bukan sahaja tidak berani bersumpah, sebagai isteri yang kononnya simpan jam Omega yang dihebohkan dulu, Azizah tidak berani tunjuk kepada umum pun, mana jam Omega itu...
Selain Ketua Umum PKR, Presiden Wan Azizah turut tidak berani bersumpah ini Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, yang baru-baru ini heboh keluar pasal gambar-gambar 'aiskrim' di internet.
Kita bukan hendak dia atau tidak dalam gambar itu, tapi tuan empunya badan sendiri sepatutnya berani buat laporan polis atau bersumpah dengan nama Allah SWT menafikan dirinya di dalam gambar tersebut.
Sebab itu ramai pelik apabila Rafizi hari ini, dalam sidang media di pejabat PKR, kata berani bersumpah.
Beliau menafikan sekerasnya-kerasnya tindakan beliau meletakkan jawatan CEO Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor minggu lalu disebabkan krisis dengan pemimpin PKR dan sanggup untuk "bersumpah" menyangkal tanggapan sedemikian.
Menurut Pengarah Strategi PKR tersebut, beliau tidak pernah mempunyai sebarang krisis dengan Azmin Ali, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin atau pun Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri, kononnnya telah memaksa membuat keputusan meletakkan jawatan.
"Isu itu tak ada kebenaran. Cuma tindakan saya itu memberi kejutan kepada ahli PKR sahaja.
Menurutnya, beliau mempunyai hubungan yang baik dengan semua ahli pimpinan PKR termasuk Pakatan Rakyat (PR) dan bukan hanya berdasarkan hubungan parti sahaja.
"Saya kenal Azmin sebelum saya jadi ahli PKR lagi dan hubungan kami bukan berdasarkan parti semata-mata tapi seperti keluarga," katanya.
Rafizi juga berkata, isu yang dimainkan itu tidak betul dan beliau boleh bersumpah untuk menafikan fitnah tersebut.
"Demi ALLAH saya tak ada pertelingkahan dengan Faekah atau ahli-ahli PKR yang lain," katanya.-Agendadaily
Reaksi peserta bengkel sukarelawan BN Youth Volunteers.Objektif bengkel ini ialah untuk mempersediakan para sukarelawan BN untuk mengkoordinasi gerakan sukarelawan politik untuk membantu jentera pilihanraya Bsarisan Nasional (BN) di seluruh negara.Bengkel diadakan pada 24 Jun 2012 di PWTC.
Chinese is said as a race that is practical, not emotional in living their lives, For them, practicality is seen from the angle of economical gain within long period of time. They are patient, hardworking and always focused in working towards their dreams.
In Deciding on which government should rule the country is also decided by the same way by Chinese. They would move as a group so that their race would gain maximum benefit.
Barisan Nasional has been the best choice among Chinese for a very long time because they are convinced that the party could provide the best surrounding and landscape for them to develop. Even though there are a few Chinese extremists who tried to mock BN's capabilities and that they would tell other Chinese to hate BN by raising issues such as Bumiputera rights, no one in this world could deny the fact that Malaysian Chinese are among the ones who never really have as much conflicts as other Chinese in the world, under the rule of BN.
Chinese schools, which was then opened as preparation for Chinese to go back to their homeland after gaining profit in this country. But, majority of them decided to stay here, to become loyal citizens because they knew that Perikatan party back then, BN today, would always support them.
But, the support among Chinese towards BN is inclining these days where BN simply could not do anything to restore the issue.
However, this does not mean that they are supporting Pakatan Rakyat. Perhaps they made the wrong decision in 2008 because they fell for empty promises made by Anwar Ibrahim and probably other factors, but like what has been mentioned above, the Chinese do not function emotionally, but they run on practicality.
Recently, Anwar has been getting negative responses by the Chinese when he raised the idea to abolish PTPTN which would harm students, including Chinese students which majority of them chooses to go to private universities which are very expensive.
Then, Anwar once again 'screwed' the Chinese when he decided to 'take over' Bersih 3.0 Assembly and showing his true colors as a rebel who loves chaos. Obviously, Chinese do not want chaos because that would ruin their business.
So, these two incidents are the starting point for Chinese to look back in history in justifying who should they vote this time around. History never lies and it had shown who Anwar really is. After reading the history on Anwar, many Chinese youth have realized that they should live in reality and not keep on hoping that Pakatan Rakyat would provide them the equality that they want.
Anwar Ibrahim is a man with various personalities, if not, he would not be described as a 'charmeleon' by wetern medias. According to a book, The 'I' Files, at one time, Anwar was a fanatic Muslim who wanted to build 'the perfect' Islamic nation such as Iran. But for Anwarm Chinese are threat to Islam. It went up to a point where there writer of the book, Hasan Ali was unable to beat Anwar's 'dreams' back then!
The reveal can be proven with Anwar's attitude and actions when he was the Minister of Education back in 1986-1990. He began to appoint School Principles who has no Chinese education background at all in Chinese schools. Anwar also has never defended Chinese schools and he is the person who was really active in bringing the spirit of nationalism like Indonesia where racial identities are vanished to form a single race.
Only in 1996, BN amended Education Act 1961 Section 21(2) to withdraw the authority of the Minister of Education to change the status of Chinese schools to regular sekolah kebangsaan after getting objections from DAP and Dong Jiao Zong.
Other than Anwar's stand on the status of Malaysian Chinese which is unpredictable because it changes from time to time, depending on the politics and his self interest, the Chinese also thinks that Anwar might not be qualified enough to run the economy.
When Anwar became the Finance Minister, right at the time where he was a few years away from being sacked, 1997/98, the country had a terrible economic attack. Anwar's ability as Finance Minister was challenged, and he failed, terribly.
Running out of ideas, Anwar took and easy way out, following whatever IMF said. The interest on loan that is known as was drastically raised had caused trouble to businesses as they fail to pay back all the loans and banks were burdened with 'Non-Performing-Loan' (NPL). The effect of that, Malaysian economy almost came to a halt when businesses came to a close, banks suffering tons of losses and people losing their jobs that people could not afford to buy things.
Malaysia was lucky as the country was saved by Y.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad who took an unpopular measure and took every single insult to save the country which was almost bankrupt. His actions had brought BN to a huge success during the 1999GE when Chinese put their hopes to Barisan Nasional, moving away from the opposition, Barisan Alternatif which was led by Anwar Ibrahim.
Thus, we believe that the Chinese are wise enough to learn from history and that they are not easily influenced by emotions due to messages spread by extremists, chauvinist, racist and those who have their own personal interest. All these while, this country managed to stood up high because of the Constitution which also considered the balance of economic structure among races in Malaysia and not just about equality for everyone.
Such formula is the key for the harmony, strength and peace of the country. So, every race should protect the constitution so that the country would continuously develop.
At the same time, we did see how everything that Anwar said is just mere illusion, dream and fantasy of a man that is crazy for power. There is a huge probability that Anwar do not know himself.
That is why the best move for rakyat is BN where everything is moderate and consistent with their stand.
---
Kaum Cina, dikatakan kaum yang praktikal dan bukan emosional dalam menentukan matlamat hidup mereka. Praktikaliti bagi mereka, dinilai dari sudut keuntungan ekonomi dalam jangka masa panjang. Mereka sabar, tekun dan kekal fokus untuk mencapai apa yang diidamkan.
Dalam menentukan kerajaan yang memerintah juga, kaum Cina mengambil sikap yang sama dan bergerak sebagai satu kumpulan bagi memastikan keuntungan maksima kepada kaum mereka.
Barisan Nasional telah menjadi pilihan kaum Cina sejak sekian lama kerana mereka yakin bahawa parti ini mampu menyediakan persekitaran dan lanskap yang sesuai untuk mereka 'berkembang'. Walaupun terdapat puak-puak ekstremis Cina yang cuba menafikan keupayaan BN serta menghasut kaum Cina agar berprasangka, malah membenci BN dengan membangkitkan soal Hak-hak Istimewa Bumiputera tetapi tiada seorang pun manusia di dunia ini yang mampu menolak hakikat bahawa kaum Cina di Malaysia adalah antara yang paling makmur sekali di dunia di bawah pemerintahan BN.
Sekolah-sekolah Cina, dahulunya dibuka sebagai persediaan untuk kaum Cina kembali ke tanahair mereka selepas puas mencari kekayaan di negara ini. Namun, majoriti kaum Cina terus kekal di sini, menjadi warganegara yang setia kerana mereka tahu kerajaan Perikatan ketika itu, dan BN hari ini, akan tetap membela mereka.
Namun begitu, sokongan kaum Cina terhadap BN hari ini dikatakan merosot secara drastik dan apa saja yang dilakukan oleh BN tidak akan mampu lagi untuk memulihkan keadaan ini.
Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna yang mereka menyokong Pakatan Rakyat. Mungkin mereka tersasar sekejap pada tahun 2008 akibat terpedaya dengan janji-janji manis Anwar Ibrahim dan faktor-faktor lain, tetapi seperti yang dikatakan tadi, kaum Cina bukan bertindak berdasarkan emosi, tetapi praktikaliti.
Akhir-akhir ini, Anwar mula dipandang serong oleh kaum Cina apabila beliau membangkitkan idea untuk menghapuskan PTPTN yang mana akan merugikan para pelajar, termasuk anak-anak bangsa Cina yang majoritinya memilih pusat pengajian tinggi swasta yang jauh lebih mahal harganya.
Kemudian, Anwar sekali lagi menggusarkan kaum Cina apabila bertindak 'mengambil alih' perhimpunan BERSIH 3.0 dan menonjolkan warna sebenarnya sebagai seorang pemberontak yang ingin membuat huru-hara. Sudah tentu kaum Cina tidak inginkan huru-hara kerana ia akan bermakna kerugian bagi perniagaan mereka.
Maka, dua insiden ini menjadi titik penting untuk kaum Cina kembali mengimbas sejarah lama dalam menjustifikasi undi mereka dalam pilihanraya kali ini. Ternyata sejarah tidak pernah berbohong dan sejarah telah memaparkan siapa Anwar yang sebenarnya. Setelah membaca sejarah Anwar ramai anak-anak muda Cina kembali berpijak di bumi nyata dari terus bermimpi diperintah oleh Pakatan Rakyat yang kononnya bakal memberi mereka kesamarataan total bagi membolehkan mereka berkembang ke tahap maksima dan menelan kaum-kaum lain di Malaysia.
Anwar Ibrahim adalah manusia dengan begitu banyak personaliti jika tidak, takkanlah beliau digelar 'sesumpah' oleh wartawan barat. Mengikut pendedahan buku The 'I' Files, pada satu masa, Anwar adalah seorang Muslim fanatik yang mengimpikan negara Islam 'sempurna' ala Iran, berkiblatkan Saudi, berfahaman Wahhabi dan tiada tolak ansur dalam menangani kemungkaran. Bagi Anwar, kaum Cina dan barat semuanya adalah ancaman kepada Islam. Sehinggakan, kata penulis buku tersebut, Hasan Ali juga tidak dapat menyaingi 'mimpi' Anwar pada waktu itu!
Pendedahan ini boleh dibuktikan dengan sikap dan tindakan yang diambil oleh Anwar ketika menjadi Menteri Pendidikan pada tahun 1986-1990. Beliau mula melantik Guru Besar yang tiada latarbelakang pendidikan Cina di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina. Anwar juga tidak pernah membela sekolah Cina malah beliaulah yang begitu giat membawa semangat nasionalis sepertimana Indonesia di mana identiti kaum-kaum lain dihapuskan sama sekali bagi membentuk sebuah bangsa yang bersatu padu. Hanya pada tahun 1996, kerajaan BN telah meminda Akta Pendidikan 1961 seksyen 21 (2) untuk menarik balik kuasa Menteri Pendidikan menukar kedudukan sekolah Cina kepada sekolah kebangsaan selepas bantahan DAP dan Dong Jiao Zong.
Selain pendirian Anwar mengenai kedudukan kaum Cina di Malaysia yang sukar dijangka kerana asyik berubah-ubah mengikut keadaan politik semasa dan kepentingan peribadinya, Anwar juga dikhuatiri oleh kaum Cina sebagai tidak mempunyai kelayakan dan kebolehan untuk mentadbir ekonomi.
Ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan, dan kebetulannya pada tahun-tahun akhir sebelum dipecat iaitu 1997/98, negara telah mengalami serangan ekonomi yang buruk. Kebolehan Anwar sebagai Menteri Kewangan telah teruji dan ternyata Anwar gagal sama sekali.
Dalam kebuntuan, Anwar telah mengambil keputusan yang mudah tetapi salah, iaitu menurut sahaja telunjuk IMF. Kadar faedah pinjaman dinaikkan secara drastik menyebabkan perniagaan tidak mampu membayar pinjaman dan bank-bank pula terbeban dengan 'Non-Performing-Loan' (NPL). Akibatnya, ekonomi Malaysia hampir lumpuh sepenuhnya apabila perniagaan ditutup, bank-bank pula mengalami kerugian dan pengangguran meningkat sehingga menyekat kadar dayabeli rakyat.
Malaysia bertuah kerana diselamatkan oleh kebijaksanaan Perdana Menteri ketika itu, iaitu Y.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berani mengambil langkah tidak popular dan menelan segala kritikan demi menyelamatkan negara yang hampir bankrap. Tindakan ini menyebabkan BN berjaya memenangi PRU 1999 apabila kaum Cina menaruh keyakinan dan kepercayaan kepada kepimpinan Barisan Nasional sekali gus menjauhkan mereka dari pembangkang pada ketika itu, Barisan Alternatif yang diterajui oleh Anwar Ibrahim.
Justeru, kita percaya kaum Cina cukup bijak untuk belajar dari sejarah dan tidak mudah terpengaruh oleh emosi yang kurang tenteram akibat dihasut oleh puak ekstremis, chauvinis, rasis dan pentingkan diri sendiri. Selama ini, negara ini berdiri teguh atas kerjasama semua kaum. Dan kerjasama ini menjadi teguh kerana wujudnya perlembagaan yang mengambil kira keadilan mengikut struktur ekonomi dan sosial kaum-kaum di Malaysia dan bukannya kesamarataan secara buta tuli.
Formula di dalam perlembagaan inilah yang menjadi kunci keamanan, keteguhan dan kemakmuran negara ini. Maka semua kaum wajar terus menjulang perlembagaan negara bagi memastikan apa yang dikecapi hari ini akan terus bercambah dan kukuh selama-lamanya.
Di masa yanga sama, kita melihat apa yang dimomokkan oleh Anwar hanyalah ilusi, mimpi dan fantasi seorang manusia yang gila kuasa. Kemungkinan besar Anwar sendiri tidak tahu apa yang diperkatakan dan dijanjikannya kerana kemungkinan besar Anwar sendiri tidak kenal lagi siapa dirinya iaitu sama ada beliau seorang fanatik, ektremis, liberal ataupun plural.
Oleh itu, jalan terbaik bagi rakyat ialah memilih kepimpinan BN yang 'moderate' dan kekal konsisten dengan prinsip dan pendirian ini.
Sejak PAS dan DAP tidur sebantal dengan diwalikan oleh PKR, watak, sikap, prinsip dan dasar parti Islam itu semakin menyamai parti cauvinis Cina tersebut.
Sedang DAP bijak mengatur langkah dan strategi untuk menawan hati orang Melayu, PAS pula bertindak sebaliknya.
Umpamanya DAP menggula-gulakan orang Melayu kononnya parti itulah pejuang yang ikhlas terhadap agenda Melayu di Pulau Pinang.
DAP merasuah orang Melayu dengan memberi peruntukan lebih tinggi kepada majlis agama negeri dan projek-projek kecil sementara projek pembangunan yang besar dan bernilai tinggi pula isapu oleh pemimpin dan kroni DAP berbangsa Cina.
Melihat kepada betapa baiknya sikap DAP kepada orang Melayu di Pulau Pinang, PAS pun termakan dengan umpan tersebut dan terus memuji-muji dan menyanjung parti yang pernah dilabelnya sebagai kafir harbi dan pengkhianat Melayu.
Setelah menjadi tiga serangkai dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat, semua yang pernah dilabelkan haram dan jijik oleh PAS kepada parti rasis Cina itu menjadi halal, bersih dan bebas dari dosa.
Malah PAS pula kini menjadi pembela terbesar DAP dan mempertahankan tindak tanduk serta dasar parti itu.
Tidak cukup dengan itu PAS sanggup menukar dasar dan perjuangannya menuntut sebuah negara Islam kepada yang satu konsep yang lebih lunak dan tidak merbahaya kepada DAP iaitu 'negara berkebajikan'.
Semua ini dilakukan untuk menjaga hati rakankongsi baru PAS dalam politik tetapi yang menyedihkan parti itu membelakangkan agenda Melayu yang kononnya selamanya ini dipertahankan.
Kenyataan biadap Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Nizar Jamaluddin berhubung isu pembelian plat WWW 1 oleh Sultan Johor menjadi bukti jelas.
Nizar dengan celupar mempertikaikan tindakan Tuanku dalam isu itu tanpa memperdulikan samada perbuatannya itu boleh mencemar dan memalukan institusi raja yang selama ini menjadi payung pelindung kepada bangsa Melayu sejak berzaman.
Apa yang disebut oleh Nizar dalam twitternya senada dengan sikap anti-Melayu dan raja yang ditunjukkan oleh DAP.
Lupakah orang Melayu Perak khususnya akan episod 'sembah derhaka' Nizar kepada Sultan Azlan Shah apabila enggan meletak jawatan apabila dititah berbuat demikian pada awal 2009?
Menurut sumber dalaman PAS Perak sendiri, keceluparan Nizar dan sikap anti-raja yang ditunjukkan beliau dalam isu kejatuhan kerajaan negeri Pakatan Rakyat dan insiden terbaru membabitkan Sultan Johor adalah kerana beliau mempunyai pertalian darah dengan dua pemimpin DAP Perak iaitu Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham dan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming.
Ngeh dan Nga adalah sepupu sementara Nizar pula menjadi sepupu kepada kedua-duanya dari sebelah ibunya yang berbangsa Cina.
Jadi bak kata pepatah Melayu, ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi; sikap menentang institusi raja yang dizahirkan oleh Nizar telah sediada mengalir dalam tubuh badannya secara semulajadi.
Maka tidak hairanlah setiap kali Nizar mengadakan sidang akhbar semasa menjawat Menteri Besar Perak dahulu, beliau akan diapit oleh Ngeh dan Nga.
Setiap kalimat dari mulu Nizar akan dikawal ketat oleh kedua-dua pemimpin DAP itu dan tidak boleh dilafazkan tanpa persetujuan mereka.
Malah amat jelas pada mana-mana sidang media, Nizar akan menoleh kepada Ngeh dan Nga terlebih dahulu sebelum menjawab soalan yang diajukan oleh wartawan terutamanya soalan yang berkaitan dengan dasar Melayu.
Pernah Nizar dilihat bertindak secara spontan seperti robot dengan menoleh kepada Ngeh dan Nga untuk mendapat ilham apakah jawapan paling selamat dan sesuai apabila ditanya mengenai isu pemberian tanah pajakan selama 999 tahun kepada penduduk Cina.
Ini hanyalah sekelumit daripada rentetan insiden yang membabitkan pemimpin PAS dengan institusi raja.
Sejak bersekongkol dengan DAP, PAS tidak lagi menghormati raja-raja Melayu bahkan selalu menimbulkan kontroversi yang mencemar kemuliaan institusi itu.
Bagi PAS, ia lebih rela menggorbankan agenda Islam dan membelakangkan bangsa Melayu sekiranya ini dapat membantu parti itu membolot kuasa politik, daripada berpisah dengan kekasihnya DAP yang tidak seagama dan tidak juga sebangsa.
Syeikh Al Azhar iaitu Syeikh Ali Jumaah menerima tekanan yang hebat bila dia nak melawat Palestine dan Baitulmuqaddis
Tekanan tersebut datangnya dari Ikhwanul Muslimin yang majoritinya Wahhabi.
Saya ulang siar tekanan yang dikenakan ke atas Syeikh Al Azhar. Punca tekanan agar beliau melepaskan jawatan kerusi Syeikh Al Azhar sekaligus jawatan Mufti Mesir.
Isu Semasa Perkembangan terkini dari Al Fadhil Ustaz Muhammad Husni Ginting;(Musnid Hadis Asia yg berada di Kaherah Mesir) Puak wahabi dan Ikhwan Muslimin ingin menjatuhkan Dr Ali Jum`ah dari jabatannya sebagai Mufti Mesir. Mereka menjadikan kontroversi hajatnya nak melawat Baitul Muqaddis . Sebahagian orang menghina dan dan mengejeknya dan menganggapnya pengkhianat kerana ziarah ke Baitul maqdis. Mukadimah
"Fatwa" terkini dari Ikhwan Muslimin tak mengherankan kerana dalam pertubuhan Ikhwan Muslimin dah banyak wahabi. Mereka Wahhabi mengambil peluang ini utk menjatiuhkan Mufti yang Islam ASWJ. Harap doakan agar Syeikh Ali Jum'ah tidak di singkirkan.
Puak Wahhabi menjadikan masalah lawatan Syeikh Ali ke MBaitul Muqaddis sebagai isu
Berikut adalah penerangan Syeikh Husni Ginting mengenai dalil melawat ke Baitul Muqaddis
Penegahan sebilangan Ulama' ke Masjidil Aqsa bersandarkan kepada dalil-dalil yang yang dibina atas dasar kaedah maslahah ummah dan melihatkan kepada realiti ummah semasa. Kita memahami dan menerimanya.
Namun demikian, hukum boleh berubah dengan berubahnya masa dan ketika. Tambahan terdapat dalil asal yang jelas sunnah ziarah ke sana. Maka dilihat dari kaedah maslahah ammah kembali mana yang lebih .dominan ketika ini. Apatah lagi Syeikh Ali Juma'ah ke sana memberi maslahah besar untuk ummah di sana dan seluruhnya.
Syeikh Ali Juma'ah telahpun menjelaskan ziarah beliau ke sana TANPA menggunakan visa Israel dan hujah-hujah lain yang kukuh.
Sedangkan pandangan Musnid Hadis Asia iaitu Syeikh Husni Ginting adalah tidak salah Syeikh Ali Jumaah melawat Bailtul Muqaddis dan Palestine dengan alasan seperti berikut:
Pandangan serta munaqashah ringkas Al-Fadhil Ustaz Muhammad Husni Ginting:
"Tidak ada dalil yang kuat yang mengaharamkan ziarah dan shalat di Masjid Aqsha, saya sudah lihat dalil2 yang di gunakan Syeikh Ysusf Qardhawi , tetapi dalil tersebut boleh di munaqasyahkan di antara perkara2 yg perlu di perhatikan :
1-Hadis2 yang menganjurkan Syaddur rihal ke Masjid Aqsha,
2 - Hadis 2 yang menceritakan fadhilah shalat di masjid Aqsha,
3 - Tidak ada fatwa pengharaman dari dulu oleh Ulama2 walaupun Baitul Maqdis di bawah jajahan kaum salib dan lain2,
4 - Rasulullah berziarah ke Baitul Maqdis ketika masih di bawah penjajahan Romawi,
5 - Rasulullah umrah ke kota Makkah yg masih di bawah kekuasaan kafir quraisy,
6 - Tidak ziarahnya kita ke Baitul Maqdis membuat penduduk Baitul Maqdis hidup terkucil dan terputusnya silatur rahim antara umat Islam,
7 - pengharaman ziarah ke Baitul Maqdis menguntungkan Yahudi Laknatullah, sebab sudah berpuluh tahun hukum tersebut dijalankan namun tidak ada manfaatnya bahkan yahudi laknatullah semangkin merajalela,
8 - Tidak ada di dalam al-Qur`an dan hadis yg mengharamkan ziarah baitul MAqdis, bahkan sebaliknya di sunnhkan,
9 - Menziarahi umat Islam Baitul Maqdis membantu perekonomian mereka,
10 - jika salah seorang dari saudara kamu di masukkan penjara dengan secara zholim, kemudian kamu minta izin sama penjaga penjara agar menjenguknya, apakah itu di nilai menyetujui hukuman tersebut bagi saudara anda, sama sekali tidak sebab anda berziarah untuk kasih sayang adik anda yg di zolimin,
11-tanah anda di curi orang dan orang tersebut menganggap tanahnya, apakah haram anda menziarahi tanah milik anda sendiri yang anda cintai,
12 - Negeri Fathoni dan Singapura adalah negeri islam yang dijajah orang thai dan china, adakah ulama yang mengharamkan berkunjung ke Singapura dan Fathoni Thailand? , dan lain2....." -Muhammad Husni Ginting
Pada awal Subuh esok pagi (26 Jun 2012), sebelum siap-siap nak ke pejabat atau sekolah, atau hantar anak ke nursery.... jangan lupa toleh ke Timur, kerana anda akan disajikan dengan jujukan planet-planet dan bintang-bintang yang cukup gah.
Bermula dengan yang paling terang, iaitu planet Zuhrah atau Venus, gerak mata ke arah kanan bawahnya, anda akan dapat melihat bintang gergasi merah, Aldebaraan.
Dah puas tengok Aldebaraan, kembali pula ke Zuhrah, dan gerak mata ke arah kiri atas pula.
Di situ lepaknya planet gergasi Musytari.
Jangan lupa pula gugusan Seven Sisters yang cun melecun tu. Ia berada ke atas kiri dari kedudukan Musytari.
Kesemua keempat-empat objek ini sebaris! ... sebenarnya hampir, kerana Musytari ni keluar dari line sikit...
Cantik posisi geng-geng ni, cubalah ambil foto.
Sedikit nota, kesemua objek ini, guna MATA dah boleh nampak. Tak perlu teleskop atau binokular. Jom teropong-teropong di pagi Syaaban! :-)
Kaunter pengiraan kedatangan pengunjung/pelawat ke AloQStaQBlog
telah menunjukkan jumlah mencecah 100,003 Hits.
Setelah beberapa tahun (blog ini dilahirkan secara rasminya pada jam 1:14 PM bertarikh 1hb OKTOBER 2007) AloQStaQBlog bergerak secara perlahan-lahan, berdikit-dikit, bertatih-tatih, bangun jatuh, di hina di maki hamun dan macam-macam lagi oleh musuh politik, penuh duri, ranjau dan dugaan ... perit dan jerih ...
Alhamdulillah, hari ini barulah tercapai angka Seratus Ribu, (lawaknya! sungguh lambat mencapainya ...) padahal kawan2 blogger lain dah jauh meninggalkan hits AloQStaQBlog, tapi apapun , aku masih rasa bersyukur kerana sekurang-kurangnya kehadiran blog picisan ini sedikit sebanyak memberi input dan bergerak untuk menyebarkan kebenaran kepada para pembaca.
AloQStaQ beriltizam untuk terus menulis dan menyebarkan kebenaran kepada rakyat Malaysia dan sesiapa jua yang berhasrat untuk mengetahui kebenaran. InsyaAllah, sama-sama kita bantu antara satu dengan lain di antara kita.
Mohon teruskan menyokong blog ini, AloQStaQBlog. Demi Alif , Baa dan Taa ... Agama, Bangsa dan Tanahair.
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENGUNJUNG ALOQSTAQBLOG, tanpa anda semua, tiadalah tercapai angka 100,000 Hit malam ini ... Semoga Allah akan merahmati anda & kita semua, Aminnn ! ...
Sekian, JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA !! ...UNDILAH BARISAN NASIONAL. Wassalammmm ! ..........
Tulus Ikhlas daripada saya;
AloQStaQ (Pemilik Tunggal AloQStaQBlog) ISNIN 11:55 MLM 25 JUN 2012
Writer truly respect a website, Suara PR for their 'advice' to Pakatan Rakyat. All these while, we have never seen pro-PR websites and blogs ever gave any 'advise' or even revealing mistakes of their leaders. All of them would keep on complimenting and defending whatever it is that was done by PR leaders in just about any forms including moral, law or even religion. In reality, in PR, whoever say something bad about leaders will be sacked. Perhaps because of that, no one really dare to be transparent as Suara PR. Few of the latest articles in Suara PR that should be given attention would be the plan to bring down the government by violence like what included in Pakatan Rakyat's meeting minute. Actually, such information is not shocking because we can predict the things that PR leaders talk about everyday. They knew that it is hard for them to win elections because they do not have the full support and trust that they needed. That is why they need to tarnish the image of electoral system, raising hate to authorities and create disbelief on the court so that when they lose, they could put the blame on the EC, government and the court. It would then changed to a valid excuse to start riots to bring down the government through violence. Quoting the blog,"That is why recently, Pakatan Rakyat leaders often give guarantee that if the transition of the government would happen in peace, but they never guarantee anything if things do not go their way. What is certain is that things would be peaceful if the transition happens." The meeting even mentioned that there might be bloodshed - if things turn desperate. It seems like PR leaders are threatening us all that is we do not give them the win that they want in the coming GE, they would begin to cause chaos and bloodshed. Once again, we would not be surprised if Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang and Hadi Awang would sacrifice the life of their supporters to trigger chaos in this country. Anwar is a man that would do just about anything but nothing that he does would shock us. Just imagine, even in regular situations he would do just about anything, just imagine how it would be if he is in a desperate need for power? We also can never forget on how Lim Kit Siang triggered the May 13 tragedy, covered with hate on Malays, arrogance and raging evil instinct which runs in his blood. The same thing goes to Hadi Awang who is fanatic and extreme. Those were the type of attitude which he had given to his supporters which led to the Memali and Sauk tragedy. It is clear that bloodshed is not something new among PR leaders. And we are certain that they would not have any problem to repeat all that just so that they could get what they want. Their desire to take over Putrajaya is too strong that it cannot be stopped anymore. For that, PR leaders see violence as the trend. And that the trend would help them to get to the peak of power. As a preparation towards that, they often gove signals to foreign medias that Malaysia is also heading over to such trend. What writer could say here is that it would be stupid for Malaysians to destroy all of the things that we have and to sacrifice their lives just to follow PR leaders with their trend. It is true, the fact that PR leaders often mention that rakyat have the power to determine the future of this country. Thus, we need to remember that we have the power to push over leaders who would gamble our life just because they cannot wait to be in power. We have the power to not vote for them, hence, stopping them from destroying the country. Without our support, they would not be able to go anywhere...
tunku : anwar and co knew very well that it is quite impossible for them to topple the current government thru election, hence they will use all the dirty tactics to topple the government of the day. we encourage fair fight and that is thru normal process of democracy but not the anwar and co way of democracy.
You are subscribed to email updates from tunku To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Ahli Parlimen Kuala Nerus, YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri melihat pakatan pembangkang hari ini sudah tidak mempunyai isu-isu baru yang boleh diketengah atau dimanipulasikan sehingga mereka terpaksa menggunakan semula isu lama dalam memberikan gambaran dan imej tidak baik kepada kerajaan Barisan Nasional khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.
"Mereka kini terpaksa kitar semula isu lama yang tidak ada kaitannya sama sekali, contohnya memberikan imej buruk kepada Perdana Menteri dengan isu kapal selam Scorpene dan pembunuhan model, Altantuya yang tidak ada kaitan langsung.
Jadi mereka cuba mengaitkan perkara ini supaya menjadi isu baru, semata-mata mencemar nama baik pemimpin kita, yang secara sedar, pendekatannya semakin diterima oleh rakyat 1Malaysia," ujarnya mengulas serangan-serangan peribadi pakatan pembangkang terhadap Perdana Menteri sebagaimana yang didedahkan Ahli Parlimen Kulim Bandar baharu, Datuk Zulkifli Nordin di Dewan Rakyat baru-baru ini.
Tambahnya, kerajaan BN juga telah berusaha bersungguh-sungguh menangani masalah rakyat, dalam masa yang sama BN telah menunaikan banyak janji.
"Sehubungan dengan itu, rakyat harus sedar dengan permainan politik sempit pakatan pembangkang yang sengaja mahu mencipta isu yang remeh-temeh untuk mengharu-birukan Negara, dengan tujuan untuk merampas kuasa di peringkat pusat.
Berbeza dengan BN, kita berusaha memberikan keselesaan dan keamanan, melaksanakan dan melunaskan segala janji, malah benda yang kita tak janji pun, asalkan memberikan keselesaan dan kemudahan kepada rakyat kerajaan akan usahakan," tambahnya lagi.
Kaji selidik rasmi yang dilakukan oleh Indo Barometer pada 25 April sehingga 4 Mei 2011 menemukan jawapan yang tentu sahaja sukar untuk diterima oleh para reformis Indonesia yang terlibat secara langsung dalam gerakan reformasi jalanan pada tahun 1998.
Mengikut kajian tersebut yang dijalankan di sejumlah 33 wilayah merumuskan Orde baru yakni polisi pemerintahan zaman bekas Presiden Suharto yang digulingkan ternyata jauh lebih baik berbanding Pasca Reformasi 1998.
Sejumlah 28.2 peratus responden dari seramai 1,200 orang yang ditemubual menyatakan pasca reformasi menyebabkan tahap kehidupan rakyat lebih buruk dan amat tidak memuaskan.
Manakala sejumlah 27.2 peratus lagi menyifatkan pasca reformasi 1998 lebihkurang sama sahaja seperti sebelumnya. Hanya 22.8 peratus sahaja bersetuju pasca reformasi adalah lebih baik berbanding Orde baru zaman Suharto.
Kenyataan hasil kajian tersebut ada benarnya kerana tiga tahun sebelumnya yakni pada tanggal 20 Mei 2008, ribuan mahasiswa dan rakyat Indonesia telah memprotes kegagalan pemerintahan pasca reformasi yang gagal membantu kehidupan rakyat.
Jika 10 tahun sebelum itu mereka berhimpun di jalanraya menuntut pengunduran Suharto sebagai Presiden, tanggal 20 Mei 2008 mereka seperti menyesali penyertaan rakan-rakan mereka dalam demonstrasi jalanan era reformasi yang ternyata hanya indah khabar dari rupa.
Dari segi ekonomi pula nyata tiada perubahan yang berlaku walaupun tampuk pemerintahan berkali-kali bertukar tangan sejak era pasca reformasi. Indonesia terus kekal sebagai penyumbang terbesar dalam sektor pembantu rumah kepada negara-negara lain.
Satu-satunya kejayaan mereka disebalik gerakan jalanan reformasi 1998 ialah kebebasan yang lebih baik berbanding zaman Suharto namun natijahnya pula membawa keburukan dari segi hubungan sesama rakyat berbilang kaum dan agama.
Sudah 14 tahun era reformasi 1998 di Indonesia berlalu dan dalam jangka masa tersebut ratusan peristiwa berdarah terjadi yang memburukkan suasana hubungan kaum dan agama.
Reformasi 1998 terbukti gagal merubah nasib rakyat, realitinya hingga kini agak ramai rakyat Indonesia seakan merindui kembali ketegasan Suharto memimpin negara mereka.
Jika demikian hakikat selepas 14 tahun orde reformasi Indonesia gagal sama sekali dalam merubah nasib rakyatnya, mana mungkin untuk kita rakyat Malaysia menyambut baik gerakan reformasi yang sama acuannya.
Umum menyedari, sejarah reformasi di Malaysia khususnya yang dipelopori oleh Anwar Ibrahim segalanya diceduk dan diciplak dari Indonesia.
Saat Indonesia dilanda permulaan kelam zaman reformasi pada bulan Mei 1998, sebulan kemudiannya yakni pada 18 Jun 1998 Anwar mula melaungkan teori reformasi dengan harapan tempias di Indonesia akan menyemai ke sanubari rakyat seterusnya membantu dirinya ke puncak kuasa.
Selepas kehilangan jawatan Timbalan Perdana Menteri, bermula 2 September 1998 Anwar memanipulasi sepenuhnya semangat gerakan reformasi Indonesia yang akhirnya menyaksikan ibukota Kuala Lumpur hampir lumpuh dengan demonstrasi jalanan di merata tempat.
Gedung perniagaan dan premis kerajaan terpaksa di tutup, huru hara dan rusuhan bermaharalela di sekitar Kuala Lumpur. Tika itu sebahagian besar mahasiswa universiti yang terpengaruh dengan adu domba slogan anti KKN (korupsi, kronisme dan nepotisme) yang dilaungkan oleh Anwar beramai-ramai turun ke jalanan.
Manakala masyarakat Cina Malaysia telah mengambil langkah berhati-hati memandangkan sejarah hitam reformasi di Indonesia yang menyebabkan berlakunya peristiwa berdarah pembantaian kaum Cina Indonesia masih segar dalam ingatan.
Bagaimanapun setelah kalut ribut rusuhan di Kuala Lumpur seakan hampir mirip dengan apa yang berlaku di Indonesia, menyebabkan mereka secara total menolak perlakuan ganas yang diimport dari negara jiran tersebut.
Mereka sedar, jika sudah buruk permulaan sesuatu gerakan yang menyebabkan ramai nyawa tidak berdosa menjadi mangsa hingga ramai gadis dirogol dan dilapah kulitnya kerana prasangka kaum dan agama, tentu sahaja sukar sekali untuk mengambil teladannya untuk diimplementasikan dalam negara sendiri.
Malah kalut malut era reformasi Indonesia diikuti kejadian sama di Malaysia nyata hanya merosakkan suasana pemulihan ekonomi negara selain mengancam nyawa dan harta benda rakyat.
Majoriti rakyat Malaysia, baik Melayu, Cina, India dan lain-lain akhirnya sependapat perubahan ganas di negara jiran bukan jawapan terbaik apatah lagi ianya disemai oleh seorang politikus yang hanya mengutamakan kepentingan diri sehingga sanggup menggadaikan ketenteraman negara.
Justeru itu, budaya politik ciplak dan songsang yang dirintis oleh Anwar telah terbukti gagal dan tidak sesuai untuk diamalkan di negara kita yang tercinta ini. Tiada sebab untuk kita meneladaninya apatah lagi untuk dibudayakan di negara ini.
Reformasi jalanan bukan cara kita dalam membangunkan negara yang pelbagai kaum dan agama, hanya transformasi yang berhemah dan kepimpinan yang berdaya saing, jitu pemikiran dan cakna rakyat sahaja yang mampu membawa kita makmur dan maju ke depan.
Pembangkang tak habis-habis dengan demo. Dua minggu lalu demo penggusaha lori 22 tayar di Johor, Melaka dan Perak.
Cubalah buat demo depan hospital pula! Bantah bayaran RM 1 yang dikenakan kepada pesakit luar.
Atau cari lah isu yang banyak di negeri pembangkang yang banyak isu.
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi has refuted a claim that his wife had threatened a group of army veterans who want him sacked as defence minister, saying she was only advising them against carrying out their protest rally this Friday.
The Malay Army Veterans Association (PVTM) had planned to demonstrate their anger at Ahmad Zahid (picture) outside the Ministry of Defence (Mindef) on June 29 for allegedly breaking his promise to set up a special pension fund for retired soldiers, but cancelled it after their president, Datuk Mohd Ali Bahrom, said he had been threatened by the minister's wife through a text message.
"My wife and Ali are from the same village. They know each other even though they are not related.
"I asked my wife how many text messages Ali sent (to her), she told me 16, because Ali is fond of sending text messages to anyone, including my wife.
"So my wife advised him, but Ali only highlighted one sentence and after I read it, I don't think that it is a threat," Ahmad Zahid was quoted as saying by news portal Malaysiakini today.
Don't try to be funny SMS
On June 22, Mohd Ali told reporters he had received a threatening text message on his mobile phone from Datin Seri Hamidah Khamis, Ahmad Zahid's wife.
The message read: "'PERLU DIINGAT.. DATO' SERI AHMAD ZAHID HAMIDI BUKAN SENDIRI DAN BERMARUAH'.... Saya tak fikir org2 akan berdiam diri dan senang2 nak buat kacau bilau depan MINDEF (Remember.. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi is not alone and has dignity.... I don't think people will be silent and let chaos happen in front of Mindef)."
Mohd Ali had led some 10 former soldiers in a provocative butt exercise demonstration against electoral reform movement Bersih chairman Datuk Ambiga Sreenevasan outside her Damansara Heights home here last May 15, claiming the prominent lawyer-activist was an "enemy" of the state.
He had planned on holding a similar exhibition against Ahmad Zahid outside Mindef in three days until he allegedly got Hamidah's "advice" and found out the minister would not be in his office.
Special pension and 136 hours to respond
Mohd Ali had previously hit out at Putrajaya for alleged lopsided treatment in handing out its Warriors' Day funds to the armed forces' club presidents and outlined a list of 11 demands including setting up a special pension fund for those who retired from the military without being paid a pension.
He had given Ahmad Zahid 136 hours to reply to PVTM's demands, failing which he would press Prime Minister Datuk Seri Najib Razak to sack the Umno minister from government.
The rumbles of unhappiness from former soldiers ahead of national elections that must be called by next year come at a crucial time when Najib, a former defence minister, is looking to shore up greater support for the ruling Barisan Nasional (BN) coalition from within the establishment after losing four states and its traditional two-thirds control of Parliament to the opposition in Election 2008.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
KUALA LUMPUR, June 26 — Some 202,675 former soldiers nationwide do not receive pension as they left the service earlier than specified, Dewan Rakyat was told today.
Defence Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (picture) said despite this, their welfare was looked into by the Veterans Affairs Department (JHEV) and the Armed Forces Ex-Servicemen's Affairs Corporation (Perhebat).
He said the JHEV and Perhebat provide various forms of aid to soldiers who retired after serving less than 21 years.
They include aid to offset the cost of living, entry of students into institutions of higher learning, schools, disaster relief and medical expenses.
"The government has no plans to give monthly food coupons to former soldiers who don't get pension. What we are giving is better over the long run unlike food coupons which are temporary," he said when replying to a question by Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani).
Zahid said the various forms of government aid given to former soldiers in this country were far better compared to those given by some countries.
"By comparison, the United States and Australia only provide aid for former soldiers and not their wife or children," he said when replying to a supplementary question by Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin).
The government has no plans to give a lump sum payment to former soldiers for their contribution and sacrifices as it is a temporary measure.
The minister also warned groups not to incite former soldiers into pressuring the government.
"I see dirty hands in this hall. Don't take advantage of the general election to coax former soldiers to become dissatisfied with the government," he said. — Bernama Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Secara peribadi saya menganggap keputusan PRU12 ada kebaikan dan keburukkannya kepada negara Msia amnya dan org Melayu khususnya.
Sudah pasti semua menteri besar yang baru bagi negeri Kedah, Penang, Perak dan Selangor dan exconya yang dilantik akan membuat kerja yg "cemerlang" dalam jangka masa yang terdekat, ini kerana semua mata rakyat dan musuh-musuh mereka, iaitu BN, akan memerhati semua tindak tanduk yg akan mereka lakukan. Ini secara tidak langsung dapat "mendidik" BN bagaimana mereka harus mentadbir negeri2 dan K'jaan Pusat, jika tidak mereka akan menjadi tidak relevan lagi pada PRU13.
Masalah besar yang mungkin akan dihadapi oleh pakatan BA ialah hubungan antara PAS dan DAP, yang akan menjadi seperti duri dlm daging.
Dan yg paling besar ialah bantuan kewangan dari kerajaan pusat kepada negeri-negeri yang diterajui oleh BA akan "disekat" atau disalur tidak melalui kerajaan negeri.
BN akan memberi alasan mereka sendiri sementara BA pula akan meradang dan menganggap ianya tidak adil dan zalim. Maka waktu itu anda akan lihat, terutamanya orang Melayu akan leka berbalah di dalam internet, blog2, di kedai kopi, di masjid dsb mengenai isu ini, siapa yang benar, siapa yang zalim.
Dalam perbalahan ini ada dua unsur penting, satu pihak yang berkuasa di negeri yang memerlukan sumber kewangan khazanah negara, tetapi suka mengata, mencerca, memaki malah mencarut terhadap pihak satu lagi yang berkuasa ke atas khazanah negara.
Sementara pihak satu lagi yang berkuasa ke atas khazanah negara pula tidak mahu menyalurkan secara adil khazanah negara yg ia kuasai kpd pihak yg suka mencerca dia. Adalah jelas pihak yg berkuasa ke atas khazanah negara zalim dan tidak adil dalam hal ini.
Tetapi jika mengikut Al-Quran Surah al-Hujurat ayat 11, Allah melarang kita mencela satu sama lain dan memanggil dengan gelaran buruk dan jika tidak bertaubat mereka adalah orang-orang yang zalim. Ini bermakna kedua-dua pihak di atas adalah zalim atau lebih tepat saling zalim menzalimi antara satu sama lain.
Kalau kita kaji balik sejarah perkara ini berlaku sejak orang Melayu mula berpolitik atau lebih tepat antara PAS dan UMNO.
Tunku Abdul Rahman ada menulis di dalam bukunya bagaimana PAS sewaktu pilihanraya mengedar gambar yang di ubahsuai yang menunjukkan babi panggang terletak di atas meja di mana dia dan beberapa pemimpin Cina sedang menjamu selera dan juga bagaimana ia dicerca dan difitnah termasuklah sewaktu 13 Mei dikatakan dia sedang berjudi (ini adalah apa yg ditulis Tunku di dalam bukunya dan saya tidak mengatakan ianya benar atau ianya tidak benar).
Tetapi dalam buku-buku yang Tunku tulis tidak pula disebut bagaimana ia menzalimi kerajaan PAS Kelantan. Datuk Asri pada 1967, sewaktu menjadi MB Kelantan telah berjumpa dengan Tunku sendiri di KL untuk meminjam wang utk membayar gaji kaki tangan awam Kelantan kerana kerajaan PAS Kelantan waktu itu ketiadaan wang.
Tetapi PAS mendakwa Tunku tidak endah dgn permintaan Datuk Asri sedangkan waktu itu beberapa hari saja lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Haji. Isu ini sudah pasti dijaja oleh PAS utk menunjukkan kezaliman UMNO.
Adakah patut selepas kita cerca seseorang kemudian apabila kita ada masalah kita dengan rendah hati pergi jumpa orang tersebut untuk meminjam wang? Dan adakah patut sebagai pemimpin yang berkuasa ke atas khazanah negara tidak membantu saudaranya yang seIslam yg dalam kesempitan apatah lagi menjelang Hari Raya?
Isu antara Datuk Asri dgn Tunku ada disentuh oleh Saudara Sayuti Omar di dalam bukunya "Kelantan Selepas Pantang" (m/s 20). Dalam isu ini Sayuti menggunakan perkataan "Demikianlah sikap kejam UMNO ke atas kerajaan PAS". Sebenarnya sama-sama zalim, sama-sama kejam tetapi masing-masing hanya nampak kezaliman pihak lain, kezaliman dari diri sendiri tak nak mengaku.
Isu kata mengata dan zalim menzalimi terus berlaku, pada zaman KuLi menjadi Menteri Kewangan (KuLi lah yg memimpin UMNO merampas Kelantan pada tahun 1978), pada zaman Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan (lihat artikel di bawah mengenai apa yang PAS kata pada Anwar).
Dan kemuncaknya pada zaman Mahathir selepas Anwar dipecat. Ulama UMNO di label sebagai ular dalam semak, syaitan bisu, barua dan lain-lain , Abdullah Badawi digelar sebagai penjaga babi, Mahathir dan Siti Hasmah dikatakan akan saling melumur najis kemuka pasangan masing-masing pada tahun 2014, Mahathir dicarut dgn carutan paling berat sekali, dalam keadaan macamni ........
dengar cerita NikAziz minta geran RM600 juta dari k'jaan pusat yg dipimpin Mahathir utk selesai masalah air di Kelantan walaupun dikatakan Mahathir setuju tetapi kerajaan Kelantan tidak menerimanya, kejamnya Mahathir ......
Dalam kempen PRU12 baru-baru ini, UMNO telah dilabel sebagai Orang Utan dan sejarah akan terus berulang apabila negeri2 dibawah BA ingin mendapat hak mereka terhadap khazanah negara yg dikuasai oleh Orang U*** ini, tetapi mereka akan dipinggirkan dan mereka akan marah dan mereka juga akan menjadi Orang U***.
Isu kata mengata dan zalim menzalimi seolah-olah tidak dapat dipisahkan antara PAS dan UMNO. Inilah antara sikap burok yg ditunjukkan oleh pemimpin dan penyokong kedua-dua pihak.
Tetapi isu yang lebih besar yang ingin saya perkatakan di sini ialah mengenai Anwar Ibrahim.
Dr Chandra Muzaffar yg pernah bekerja rapat dgn Anwar dlm PKR telah berkata yg maksudnya l/kurang, jika Anwar menjadi pemimpin, negara ini akan hancur.
Ezam pula dlm Utusan Msia 12 Mac, meminta PAS berhati-hati dgn PKR kerana melalui pengalamannya, iaitu antara pengasas parti itu dan pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Ketua Umum PKR, beliau yakin PKR dipimpin oleh pemimpin yang hanya mementingkan cita-cita peribadi untuk berkuasa dan sanggup menggadaikan maruah agama dan bangsa untuk mencapainya.
Dalam tahun 2003 saya pernah menulis satu artikel yg bertajuk "Pertembungan antara ulamak, pemimpin dan cendekiawan Islam di dalam politik M'sia" untuk group ABIMLINK dan HIZBI-NET. Salah satu tajuk dibawah artikel itu ialah "Pertembungan antara PAS dan DSAI". Saya rasa ia masih relevan lagi.
Dalam isu ini bagi saya masalah paling besar Anwar bukan saham berpuluh juta yg ia beri setiap seorang pada bapa dan adik beradik dia, bukan isu RM300juta duit Petronas Dagang yang dikebasnya untuk diberi pada perwakilan Sabah sehingga Ghafar jatuh,
Bukan isu ratu cantik yang Ustaz Ismail Kamus kata ia nak menghalalkan sesuatu yang haram dan sehingga Mufti Selangor Uztaz Ishak Baharom dipecat, bukan sebab ia baik dengan Yahudi, tetapi bagi saya isu yg paling besar sekali ialah apabila ia menganggap Salman Rusdie sebagai "profound writer", (seperti yg didakwa oleh sdr Lutfi Othman, yg sekarang ini merupakan Ketua Pengarang Akhbar Harakah). Salman Rusdie telah menulis buku Satanic Verses yg menghina Allah, Nabi Muhammad dan Al-Quran.
Sila baca artikel ini dan sebarkan, kerana mengikut Tuan Guru Hj Hadi Awang mengumpat dan menceritakan keburukan pemimpin adalah wajib.
Pertembungan antara PAS dan DSAI
Kali ini saya ingin menyentuh, mempertikai dan mengkritik mengenai sikap ulamak, pemimpin dan cerdik pandai Islam kita di dalam berpolitik terutamanya di dalam isu pertembungan antara PAS dan UMNO semasa Datuk Sri Anwar Ibrahim masih di dalam kerajaan dan juga selepas ia dipecat. Saya harap dengan fakta-fakta dari sumber yang jelas yang akan saya tunjukkan, mereka yang tidak bersetuju dan mempertikai email saya sebelum ini yang saya tulis secara umum, akan lebih memahami apa yang saya maksudkan ............ ..... Kecuali mereka yang taksub dan mempunyai penyakit di dalam hati.
Berikut adalah beberapa fakta mengenai pertembungan antara PAS dan DSAI semasa ia masih di dalam kerajaan:-
i) PAS menganggap Belanjawan 1994 yang dibentangkan Anwar Ibrahim berwajah FIRAUN. Ia menjadi punca pertelingkahan antara PAS dan Anwar. Ini kerana ia memberi kelonggaran kepada golongan koporat yang menjadi gangster ekonomi dan sebab utama kemenangan orang-orang Anwar di dalam Team Wawasan. Anwar tidak dapat menerima tuduhan tersebut dan menganggap ianya sebagai kolot dan jumud. (Dunia Islam Jan 94 m/s 4&5).
ii) Anwar Lebih Ganas Daripada Mahathir? - Tajuk wawancara antara saudara Lutfi Othman dengan Mohd Sabu seperti yang tersiar di dalam Majalah Tamadun Julai 98 m/s 16. Antara isi kandungannya yang menunjukkan sikap PAS terhadap DSAI yang saya ringkaskan :-
a) Sebenarnya gejala nepotisme yang berlaku dalam pemerintahan M'sia, saya meletakkan Anwar Ibrahim lebih ganas daripada Mahathir. Kerana Anwar belum berkuasa penuh tetapi suku sakatnya telah mencipta kekayaan lebih hebat. Antaranya Kamarudin Jaafar menjadi jutawan segera, saudaranya Rani, Marzuki dan Rosli Ibrahim dan setiausaha sulitnya Nasarudin Jalil naik mendadak dalam perniagaan, kerana pandai berniaga atau kerana Anwar Ibrahim?
b) Jangan lupa semasa Anwar hendak menjatuhkan Ghafar Baba wujud peranan Quek Leng Chan dan beberapa jutawan lain yang membiayai golongan tertentu untuk menguasai saham NST dan TV3 gara-gara untuk mengukuhkan posisi Anwar. Kita juga ingin bertanya 300 juta saham Petronas Dagang dilabur ke mana sehingga perwakilan Sabah berubah dari menyokong Ghafar kepada Anwar dengan begitu mengejutkan?
c) Imej Anwar nampak bersih adalah kerana media tempatan yang dikuasainya. Pernah satu ketika bila menonton TV3, berita Anwar diutamakan diikuti berita lain dan keempat baru PM. Bila kita hentam PM barulah berita ini berada ditempat pertama.
d) Manakala media antarabangsa yang menyalahkan Mahathir dan cuba menaikkan Anwar, ini adalah kerana Barat hanya mahukan dua corak Islam yang boleh mereka kuasai, iaitu Islam yang berbentuk ilmiah tanpa pelaksanan hukum sperti yang dipelopori IIIT, ICMI dan ABIM. Dan yang kedua bercorak Afghanistan atau ala Taleban kerana peluang bagi Barat untuk mengambarkan betapa buruknya Islam. Dan Anwar adalah paling layak untuk mengekalkan pengaruh Barat dan sesuai dengan kehendak mereka untuk menghadapi 250 juta umat Islam di sebelah sini.
e) Apa yang saya perkatakan bukan kerana Anwar adalah seteru politik terbesar PAS. Kita boleh lihat rekod sejak dia menjadi Menteri Kewangan bagaimana saham diagihkan, projek diberikan, tiada beza dengan Mahathir.
f) Skandal seks Anwar ..... tidak tahu sejauh mana benarnya tuduhan itu tetapi dengar khabar ada percubaan untuk membunuh orang (Azizan) yang menulis surat sumpah yang mengaku melakukan homoseks dengannya tetapi yang menjadi mangsa ialah isterinya, ia seharusnya disiasat, tetapi di sini media akan menutupnya, berbeza dengan di luar negara di mana media mereka akan mendedahkannya. Anwar patut membersihkan skandal seksnya kerana kitapun tidak mahu dia teraniaya. Lebih 6 bulan dia tidak bercakap soal agama, baru sekarang dia hendak khutbah, baginya masyarakat mungkin sudah lupa, tetapi kita pelik mengapa dia tidak membersihkan dirinya setakat ini? Masih banyak tanda soal, orang yang menulis surat itu berada dalam ketakutan dan masih diugut, diancam oleh pihak tertentu. Saya pernah berjumpa dengan orang (Umi Hafilda) yang menulis surat terbuka itu dan dia bukanlah pada peringkat menuduh Anwar melakukan apa-apa tetapi mereka empat keluarga mengakui sungguh-sungguh melihat Anwar masuk ke dalam apartment bersama dengan pasangan tertuduh itu. Pendirian penulis itu tidak berubah dan dia takut untuk bertembung dengan orang dikhuatiri akan disiasat oleh polis Cawangan Khas.
g) Saya berdoa secara peribadi biar Mahathir mengepalai p/raya akan datang kerana kalau Anwar naik jadi PM dia cukup pandai menggunakan agama dan mengambil sentimen orang Melayu berbanding Mahathir .... kita tahu tahap pemikiran orang Melayu setakat mana.
h) Saya tidak nampak jika zaman Anwar (sebagai PM) masalah kekangan demokrasi, kebebasan, ISA dan akta-akta tertentu boleh berubah. Contohnya UIA tempat Anwar berkuasa penuh di mana dia menjadi Presiden dan tempat berkumpul orang-orangnya sehingga menjadi universiti paling corot dalam Asia. Universiti yang hanya untuk meluluskan puak-puak penyokong Anwar supaya ada ijazah, di situ berlaku kongkongan malahan lebih dahsyat berbanding universiti-universi ti lain. Anwar lebih pandai dari Mahathir dari sudut menguasai budaya Melayu.
i) Mahathir dan Anwar kedua-duanya nyata menolak hudud tetapi Mahathir tidak bijak menyusun hujah seperti Anwar yang akan memberi alasan daripada Yusof al-Qardhawi, pandangan ulamak itu ini dan soal prioriti.
j) Imej Anwar diperingkat antarabangsa diakui masih hebat sehingga apabila saya pergi ke Pakistan pemimpin-pemimpin Jamaat Islami begitu menghormati Anwar. Tetapi apabila saya menceritakan ...... daripada 4 jenis judi, Anwar telah menghalalkan menjadi 9 termasuk judi lumba kuda apabila ia menjadi Menteri Kewangan. Daripada 3 tempat judi lumba kuda iaitu Ipoh, Penang dan KL ia telah bertambah ke Sabah sehingga menimbulkan kemarahan ahli-ahli Parlimen di sana dan juga menerima bantahan di Sarawak apabila judi lumba kuda juga hendak diwujudkan di sana. Dan Genting Highlands menjadi pusat judi ketiga besar di dunia di bawah kekuasaan Anwar sebagai Menteri Kewangan. Anwar mempunyai hubungan yang baik dengan taukeh judi Lim Goh Tong di mana sewaktu menjadi Ketua Pemuda UMNO beliau mudah mendapat bantuan dari Yayasan Gerak Bakti kepunyaan taukeh judi ini. Akhirnya ketua Jamaat Islami mengaku selama ini mereka mendapat gambaran salah.
Begitu juga di Afrika Selatan apabila saya membentangkan kertas kerja menceritakan beribu-ribu orang Islam M'sia telah murtad, ada yang mencebik mulut dan tidak percaya, tetapi selepas beberapa lama saya bercakap, mereka berjumpa saya dan ucap tahniah sehingga mereka bertanya apa sebenarnya yang Anwar telah buat untuk membantu Islam? Jadi gambaran media asing terhadap Islam di M'sia berjaya digembar gemburkan, dan jika Anwar menjadi PM, media akan berjaya menyakinkan negara Islam lain bahawa Anwar adalah pemimpin Islam yang unggul.
k) Walaupun pendekatan Anwar lebih me-rakyat sifatnya berbanding dengan Mahathir yang lebih tertumpu membina jutawan segera Melayu, tetapi habuan untuk rakan-rakan dan penyokong-penyokong Anwar serupa saja! Contohnya Muhammad Taib adalah ahli Team Wawasan yang diterajui Anwar dan orang-orang ini terkenal dengan skandal penggadaian tanah. Kes Menteri Belia dan Sukan membabitkan RM 200 juta hasil jualan tanah di Johor masih belum selesai, begitu juga gosip Timbalan Menteri Besar Pahang yang memiliki wang yang banyak. Jadi dari segi kawan-kawannya dalam penimbunan kekayaan tidak nampak penegahan daripada Anwar.
l) PAS lebih selesa jika Mahathir kekal - adalah tajuk kepada sambungan wawancara saudara Lutfi Othman dengan Mohd Sabu seperti yang tersiar di dalam majalah Tamadun Ogos 98 m/s 51. Ini kerana kalau Anwar naik menjadi PM, dia cukup pandai dan licik menggunakan saluran agama dan pandai mengambil sentimen orang Melayu berbanding Mahathir.
iii) Ulasan Lutfi Othman mengenai isu pertembungan Anwar dengan Ghafar Baba di dalam Majalah Dunia Islam Nov 92 m/s 12-18. Dengan tajuknya - "Siapa pengganti Mahathir - Apa lebihnya Anwar? Apa kurangnya Ghafar?". Antara kandungannya :-
Dr.M lebih berminat dan menyenangi Anwar menyebabkan orang-orang lama seperti Abdullah Badawi diketepikan dan Sanusi tersekat disebabkan peningkatan Anwar di dalam kabinet terlalu cepat.
Krisis di dalam MARA yang dipengerusikan oleh Tamrin Ghafar yang dilihat sebagai campur tangan Anwar yang mana pelurunya ditujukan kepada Ghafar.
Kini apabila Anwar diamanahkan sebagai Menteri Kewangan apa dasarnya yang menakutkan orang-orang bukan Islam? Judipun semakin berleluasa.
Apakah Islam membenarkan amalan pilih kasih, nepotisme, menyekat peluang orang lain yang dikira tidak secucuk dengannya, mengaku diri sendiri yang hebat dan orang lain semuanya lemah, seperti yang dilakukan oleh Anwar sekarang. Anwar rapat dengan DrM, tetapi apakah Anwar menegur segala salah laku DrM ketika menguruskan kekayaan negara.
Islam bukan milik Anwar dan kawan-kawannya bekas ABIM itu sahaja. Bukan kita tidak tahu apa Anwar buat di Universiti Islam, semuanya berpunca dari amalan pilih kasih Anwar. Memang betul kata orang, Anwar suka heboh-hebohkan kerja yang dia buat walaupun kejayaannya tidak seberapa.
iv) Ulasan Lutfi Othman di dalam Majalah Tamadun Ogos 96 m/s 19.
Anwar masih budak-budak mentah cepat naik angin dan suka tunjuk perasaan. Silap sikit demonstrasi.
Perkara kecil dibesar-besarkan. Penduduk Baling yang mati kerana demam panas dikatakan kebuluran.
Bukan Anwar seorang dikurung ISA, Ibrahim Ali pun ditahan sama, bukan sekali tetapi dua.
Dr. Syed Husin Ali yang turut ditahan terpaksa merengkok 6 tahun berbanding Anwar cuma 2 tahun.
Hishamudin Rais pula terpaksa cabut lari, ia satu contoh pemimpin pelajar yang hanya berani sekerat jalan, takut menanggung risiko.
Ulasan Zin Mahmud dalam Majalah Tamadun Mei 97 m/s 14-19, mengenai cara polis menggunakan kekerasan untuk menundukkan para penunujuk perasaan dan menahan 200 orang, yang dianjurkan oleh PAS di hadapan masjid UM, kerana membantah kedatangan pasukan kriket Israel.
a) Saudara Zin mempertikai hujah PM bahawa kehadiran anak muda Israel ke Malaysia boleh menyedarkan mereka betapa perlu memberi layanan baik kepada Palestin.
b) Hujah Anwar pula bahawa kehadiran pasukan kriket Israel tak perlu digusarkan kerana ia merupakan soal kesukanan dan tidak ada kaitan politik.
c) ABIM pula berkata demonstrasi tidak perlu kerana ada saluran yang boleh menyampaikan bantahan mereka.
vi) Majalah Tamadun Ogos 97.
a) Ulasan Ustaz Ismail Kamus pada m/s 12 , di bawah tajuk "Anwar Ibrahim Silap? Antara Pendekatan Dakwah dan Menyatakan Hukum". Ustaz mengulas mengenai kenyataan Anwar bahawa pendekatan Islam perlu diambil dengan cara sederhana dan bijaksana (kes JAIS menangkap peserta ratu cantik). Ustaz Ismail Kamus memberi penerangan dan beberapa contoh dan akhirnya membuat kesimpulan "Jadi, tulislah kerajaan cuba hendak 'menghalamkan' (halal tidak, haram pun tidak) kesemua itu (ratu cantik, konsert), bukan cuba hendak mengharamkannya. Biarlah Anwar dengar sikit apa yang saya cakap ini".
b) Ulasan Lutfi Othman pada m/s 83, di bawah tajuk "Dilema Anwar" ekoran isu penangkapan peserta ratu cantik dan kesediaan Anwar bertemu anggota KRU (untuk menenangkan mereka) berhubung konsert KRUMANIA yang diharamkan oleh kerajaan Selangor.
Ini menyerlahkan dilema Anwar sebagai pengganti Mahathir dalam mengendalikan isu-isu berkaitan moral dan agama.
Apakah Anwar tidak malu untuk mengakui masih ramai anak-anak gadis Muslim yang jahil tentang kewajipan menutup aurat dan hinanya menayang tubuh tiga suku bogel dihadapan umum hanya untuk menjadi seorang ratu?
Anwar lebih memikirkan survival politiknya dan mahu dilihat sebagai pemimpin moderat, progresif dan tidak terikat dengan pegangan agama secara melampau.
Mungkin kerana itu Anwar pernah menyifatkan Salman Rusdie sebagai 'profound writer'.
c) Setiausaha PMUM, Nordi Adie menulis pada m/s 54, di bawah tajuk "Hentikan Konsert Melalaikan". Di dalam mana-mana peradapan di dunia ini budaya konsert tidak menepati ciri-ciri masyarakat madani seperti mana yang dilaung-laungkan oleh DSAI, TPM.
vii) Majalah Tamadun Disember 97, antara kandungannya :-
Ulasan Lutfi Othman pada m/s 3, di bawah tajuk "Perlukah DrM Berundur?" ekoran kejatuhan nilai Ringgit dan dalam kegawatan ini media asing galak memberi promosi percuma kepada Anwar dan menyarankan DrM berundur. Jika Anwar mengganti Mahathir, apakah ia mampu menguruskan krisis dan kemelut kewangan walhal prestasi Anwar dibidang ini sentiasa dipertikai? Seperti juga orang Mahathir, mereka yang berada di bawah dagu Anwar, juga dikatakan opurtunis. Tiada idea baru, masing-masing terlalu memikirkan kuasa dan kuasa dan kuasa!
Pada m/s 31, Ann Wan Seng mengulas mengenai kenyataan Anwar berhubung kenaikkan Tol yang tidak membebankan rakyat agak berbelit-belit dan tidak serius.
viii) Majalah Tamadun January 98, antara kandungannya :-
a) ISA mungkin diketatkan lagi? - Jika Anwar menjadi PM. m/s 6-10
Lim Guan Eng dakwa sikap Anwar berubah, dulu dia minta ISA dimansuhkan. Sekarang hanya mahu kaji dan kaji. Itu saja.
Normah Alwi (isteri Mat Sabu yang pernah ditahan ISA)"..... kalau perkara ini berlaku pada Siti Hasmah (isteri PM) dan Wan Azizah (isteri Anwar), apa perasaan mereka? Jika Anwar dilantik PM, akta ini pasti tidak dimansuhkan, malah mungkin lebih teruk lagi".
b) Pengaruh Anwar - Kes pemecatan Ketua Pengarang Berita Harian, A.Nazri Abdullah. Saudara Lutfi mengulas "Apakah pengaruh dan peranan yang dimainkan Anwar menyebabkan Zam yang rapat dengan PM begitu mudah disisihkan, hingga penggantinya, Johan Jaafar yang langsung tidak mempunyai pengalaman kewartawanan akhbar, diusulkan sendiri oleh Anwar? m/s 83.
ix) Dunia Islam Jun 92. Sedutan wawancara dengan Datuk Shahrir Abd Samad m/s 27 mengenai kepimpinan UMNO. Menjawab soalan mengenai banyak kumpulan Islam yang menyokong Anwar sekarang di mana dahulu mereka anti UMNO. Datuk Shahrir berkata " Maknanya, bukan menyokong perjuangan, mereka menyokong individu. Dahulu ABIM kata DEB bertentangan dengan Islam, cakap sahaja banyak. Sekarang diamanahkan memimpin, kita lihatlah. ...."
x) Anwar : Menteri Paling Tidak Berkuasa. Majalah Tamadun April 98 m/s 87. Saudara Lutfi mengulas mengenai ucapan Anwar di Forum Universiti Asia-Eropah yang menolak sebarang kongkongan dan peraturan ketat di universiti. Apakah Anwar faham apa yang diperkatakan, sedangkan apabila ia menjadi Menteri Pendidikkan suasana kampus langsung tiada perubahan. Apakah Anwar boleh digolongkan sebagai 'cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap'. Mendengar pidato Anwar sejak menerajui ABIM, Ketua Pemuda UMNO hinggalah setakah lagi untuk menjadi tokoh paling berkuasa di M'sia memang menyeronokkan dan suatu bentuk hiburan. Mungkin Anwar mahu terus popular dengan idealisme pegangannya walaupun terpaksa tidak bercakap benar? .... Adalah lebih baik Anwar mengawal lidahnya daripada mengomel yang bukan-bukan.
xi) Majalah Tamadun Oktober 98 m/s 28-32. Soalan yang diajukan kepada Tan Sri A.Samad Ismail, (iaitu selepas Anwar dipecat dari kerajaan)"Anwar kini sangat marah kepada media arus perdana, bahkan mengancam akan memburu pengarang-pengarang yang terlibat dalam konspirasi menjatuhkannya sehingga ke lubang cacing. Apa pendapat Pak Samad". Jawapan Pak Samad ialah "Anwar selama dia berkuasa dalam kerajaan bersama-sama bertangungjawab mewujudkan budaya yang kini menjadi watak media. Agak saya, Anwar terlanjur membuat ancaman itu". Pada m/s 30 - gambar Pak Samad memeluk Anwar semasa dia melawat Anwar di rumahnya.
Kebanyakkan fakta-fakta di atas saya petik dari Majalah Tamadun. Ini ialah kerana ia diterajui oleh saudara Ahmad Lutfi Othman, seorang yang gigih berusaha, yang mana bahan tulisan dan kritikannya (hanya terhadap pemerintah) terhadap isu-isu semasa dianggap bernas yang menjadi bualan masyarakat dan dihebahkan di dalam internet. Majalah ini juga diberitakan pernah terjual melebihi 100,000 naskah sebulan dan tidak pernah timbul fakta-fakta tersebut dipertikaikan atau dicabar di mahkamah. Sebenarnya banyak lagi isu-isu mengenai Datuk Sri Anwar yang terdapat di dalam majalah-majalah dan buku-buku yang lain terutamanya buku-buku politik, termasuk yang dikarang oleh Datuk Sri Anwar sendiri yang saya tidak petik untuk kali ini.
Sekarang cuba kita lihat dan bandingkan sikap dan pandangan PAS terhadap DSAI selepas ia tersingkir dari parti dan kerajaan :-
i) DSAI dianggap sebagai seorang pejuang Islam yang ingin mengIslamkan UMNO dan kerajaan dari dalam.
Tetapi sebelum ini ia dianggap oleh PAS :-
Cuba 'menghalamkan' ratu cantik yang bepakaian 3/4 bogel
Cuba 'menghalamkan' konsert yang melalaikan dan penuh maksiat
Mengagumi tulisan Salman Rusdie yang jelas menghina Islam dan Nabi Muhammad
Berbaik dengan taukeh judi dan mendapat pembiayaan mereka semasa menjadi Ketua Pemuda UMNO
Apabila mendapat kuasa sebagai Menteri Kewangan, telah menghalalkan lebih banyak jenis judi,
Menambahkan lagi judi lumba kuda yang sedia ada
Menjadikan Genting Highland tempat judi ke 3 terbesar di dunia
Tindak tanduknya menjadi dilema sebagai pengganti Mahathir didalam menangani isu moral dan agama
Ia pandai memainkan sentimen agama sesuai dengan tahap pemikiran orang Melayu
Maklumat salah menyebabkan masyarakat Islam antarabangsa menganggapnya pemimpin Islam yang unggul
Mat Sabu terpaksa berjumpa pemimpin Islam luar negara dan menerangkan keburukkan Anwar supaya mereka mengenali siapa sebenarnya Anwar
Anwar disokong oleh Barat kerana cara Islamnya menepati cita rasa Barat untuk menguasai umat Islam sebelah sini
(di dalam ceramah PAS dan tulisan-tulisan di dalam internet, Anwar dianggap sebagai anti ulamak, anti Islam dan murtad kerana menolak hudud)
ii) DSAI seorang yang bersih yang cuba menghalang Mahathir dan kroninya daripada mengaut kekayaan negara untuk diri mereka.
Tetapi sebelum ini ia dianggap oleh PAS :-
Anwar lebih ganas dari Dr.M dalam gejala nepotisme dan kronisme
Keluarga Anwar, ayah dan saudaranya menjadi jutawan dengan mendapat saham dan melalui perniagaan yang diragukan keupayaan mereka
Kawan dan rakannya terkenal dengan skandal pengadaian tanah dan menimbunkan kekayaan
UIA tercorot di Asia kerana amalan pilih kasihnya dan menjadi tempat kawan-kawannya berlonggok untuk mendapat ijazah
Sebagai Presiden ia mengongkong UIA lebih dahsyat daripada yang berlaku di universiti-universi ti lain
Anwar berwajah Firaun, kerana dasar yang digunakan dalam Belanjawan 1994 yang lebih mementingkan gangster ekonomi
Anwar menguasai media arus perdana dengan pertolongan jutawan Cina untuk mengukuhkan kedudukkannya
Mengamal pilih kasih dan menyekat peluang orang lain yang dikira tidak secucuk dengannya
Silap sikit demonstrasi sehingga budak mati kerana demam panas, dikatakan kebuluran
ii) DSAI telah dianiaya dan dizalimi kerana menentang Mahathir
Tetapi sebelum ini ia dianggap oleh PAS:-
Anwar adalah anak kesayangan Mahathir sehingga Mahathir sanggup mengenepikan orang-orang lama UMNO untuk menaikkan Anwar
Mahathir menjadikan Anwar cukup berkuasa apabila melantiknya sebagai Menteri Kewangan disamping TPM
Anwar dapat pengaruhi Mahathir dalam pemecatan Ketua Pengarang BH dan Zam iaitu orang rapat Mahathir dan melantik orangnya Johan Jaafar yang langsung tiada pengalaman kewartawanan
Anwar dianggap zalim apabila menggunakan media, politik wang dan saham Petronas untuk menjatuhkan Ghafar Baba
Anwar campur tangan dalam krisis MARA yang diterajui oleh Tamrin, tetapi pelurunya dituju kepada Ghafar Baba
Skandal seks DSAI adalah antara konspirasi konco-konco Mahathir untuk menjatuhkannya
Tetapi sebelum ini PAS menganggap:-
Mahathir cuba menutup skandal timbalannya walaupun mangsa telah membuat lapuran polis
Dalam siri ceramahnya, PAS mendedahkan skandal ini dan menayangkan salinan surat sumpah orang (Azizan) yang mengaku diliwat oleh Anwar kepada hadirin
Mendedahkan ada cubaan membunuh orang yang mengaku diliwat oleh Anwar, tetapi media tidak mendedahnya
Mat Sabu yang pernah berjumpa dengan penulis surat terbuka tersebut (Umi Hafilda), mendedahkan mereka empat keluarga mengakui sungguh-sungguh melihat Anwar masuk ke dalam apartment bersama dengan pasangan tertuduh itu, walaupun tidak menuduh Anwar melakukan apa-apa
Mengikut Mat Sabu, penulis surat terbuka mengenai skandal ini berada dalam ketakutan kerana masih diugut, diancam oleh pihak tertentu dan tidak berani bertembung dengan orang kerana dikhuatiri akan disiasat oleh polis Cawangan Khas
Mempertikaikan sikap Anwar yang berdiam diri dan tidak cuba membersihkan namanya
Ada usaha dari PAS untuk mendedahkan skandal ini kepada umum dengan menerbitkan VCD yang menemubual mereka-mereka yang terlibat dalam salah laku seks Anwar)
iv) DSAI akan diangkat menjadi PM jika pakatan pembangkang yang diterajui PAS menang pilihanraya.
Tetapi sebelum ini PAS menganggap:-
Keupayaannya untuk mengantikan Mahathir dipertikaikan
Keupayaannya sebagai Menteri Kewangan dipertikaikan
Lebih ganas dari Mahathir dengan tindak tanduknya walaupun belum berkuasa penuh
Takut jika Anwar jadi PM, dan mengharap dan berdoa Mahathir menerajui p/raya bukan Anwar
PAS lebih selesa jika Mahathir kekal
ISA, kebebasan dan akta-akta lain mungkin diketatkan lagi jika ia berkuasa penuh
Cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap dalam isu Akta Universiti
Cakap berbelit-belit mengenai kanaikkan tol
Anwar budak mentah, cepat naik angin, silap sikit demonstrasi
Apabila Anwar disingkirkan dari parti dan kerajaan, ini bermakna doa PAS sebelum itu telah termakbul dan sebahagian perjuangan PAS telah tercapai, mengapa pula doa dan perjuangan PAS kemudiannya menjadi songsang. PAS bukan sahaja berdoa tetapi berjuang termasuk berdemonstrasi supaya Anwar dapat kembali berkuasa dan seterusnya menjadi Perdana Menteri M'sia.
PAS pernah menganggap, Anwar licik menggunakan agama untuk dilihat mempunyai imej yang bersih dan sebagai pemimpin Islam yang unggul, samada di dalam atau luar negara.
Apakah perubahan mendadak sokongan PAS terhadap Anwar dalam krisisnya dengan Mahathir menunjukkan PAS juga telah terpedaya dengan imej Anwar ini?
Jika PAS tidak terpedaya dan sememangnya Anwar adalah seorang perjuang Islam yang bersih dan unggul yang layak untuk menjadi Perdana Menteri M'sia, ini bermakna tuduhan PAS sebelum ini bahawa Anwar pandai menggunakan agama untuk kepentingannya dan semua tuduhan-tuduhan lain, adalah suatu pembohongan dan fitnah yang besar terhadap Anwar.
Samada PAS terpedaya atau tidak, apakah perjuangan seperti ini boleh dianggap sebagai perjuangan Islam?
Beginikah yang dikatakan 'Kepimpinan Ulamak'? Inikah sifat 'Ulamak Perwaris Nabi'? Bukankah ianya lebih bersifat kufur, fasik, munafik dan zalim?
6.3 Pertembungan antara PAS, DSAI dan DrM
Cuba pula kita lihat dan bandingkan sikap dan pandangan PAS (dan penyokong DSAI selepas ia disingkirkan) terhadap Dr Mahathir.
Dr Mahathir adalah :-
MahaFiraun (kerana tindakan Mahathir ke atas Anwar yang dianggap Firaun sebelum ini)
Mahazalim (kerana tindakan Mahathir ke atas Anwar yang dianggap zalim sebelum ini)
Shit,PM@P*** MAK (kerana tindakan Mahathir mengemut keluar Anwar dari lobang keramat yang mana Anwar pada satu masa dulu dianggap tiada keupayaan untuk menerajui lobang keramat tersebut)
Melacurkan media (kerana tindakan Mahathir menggugurkan orang Anwar, yang sebelum ini PAS kecam kerana Anwar melantik mereka termasuk yang tiada pengalaman)
Anti Islam (kerana menolak Hudud, yang mana sebelum ini Anwar juga dianggap anti Islam kerana menolak Hudud)
Di label sebagai perompak wang negara, kronisme, nepotisme (sebelum ini menganggap Anwar lebih ganas dalam hal ini)
PAS juga :
Berdemonstrasi bersama penyokong Anwar (sebelum itu menganggap Anwar budak mentah, silap sikit demonstrasi)
Bergabung dalam BA untuk jatuhkan Mahathir dan menaikkan Anwar (sebelum itu berdoa supaya Mahathir kekal jadi PM)
Sanggup keluar negara untuk memburukkan Mahathir (sebelum itu keluar negara untuk memburukkan Anwar)
Dari fakta-fakta di atas, PAS seolah-olah tiada prinsip di dalam perjuangannya. Pertembungan dan konflik yang berlaku ini sama dengan apa yang berlaku, apabila Tengku Razaleigh Hamzah tersingkir apabila kalah bertarung dengan Mahathir, dan PAS telah bergabung dengan S46 dan cukup yakin APU akan menang dengan bantuan DAP dalam p/raya 1990 dan Ku Li akan diangkat menjadi Perdana Menteri M'sia ke-5?
Dan perkara yang sama berulang apabila Anwar dicerca dan dimusuhi sebegitu rupa oleh PAS semasa ia di dalam kerajaan tetapi orang yang sama dipuji dan disanjung setelah ia tersingkir. Kali ini dalam p/raya 1999, PAS termasuk DAP cukup yakin Barisan Alternatif akan menang dan seterusnya mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri M'sia ke-5.
Apakah ini berdasarkan perjuangan yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah atau untuk mendapatkan kuasa dengan cara menggelar, mencerca dan menfitnah seteru politik?
Anwar menjadi mangsa apabila ia menjadi cukup berkuasa di dalam kerajaan dan dilihat bakal mengisi kerusi PM, apabila Anwar tersingkir, gelaran, cercaan dan fitnah dilemparkan pula kepada Mahathir, apabila Mahathir berundur mungkinkah perjuangan yang dianggap berlandaskan Al-Quran dan Sunnah ini akan diteruskan dengan segala gelaran, cercaan dan fitnah akan dilemparkan pula kepada penggantinya?
Pertembungan dan konflik yang berlaku di dalam politik orang Melayu khususnya adalah disebabkan oleh sikap dan perbuatan ulamak, pemimpin dan cendekiawan kita sendiri. Mereka yang memilih dan bertangungjawab ke atas apa yang berlaku, yang lebih banyak membawa keburukkan dan kerosakkan bukan sahaja kepada negara tetapi juga pemikiran masyarakat.
Zaliah Zakaria, 56, mengakui mengenali Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ketika memegang jawatan Presiden dan juga pemilik Syarikat Wira Tangkis Sdn. Bhd.
Syarikat Wira Tangkis banyak memberi sumbangan dalam kejohanan badminton Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri (Bakti) pada akhir 1990-an semasa Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dan pernah menaja aktiviti sukan air salah seorang anak Anwar di Pulau Pinang semasa Ketua Pembangkang itu dalam penjara selain menerima kunjungan Wan Azizah yang baru pulang dari mengerjakan umrah semasa menetap di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE).
Ummi Hafilda mendakwa, Anwar kenal sangat dengan wanita tersebut yang bukanlah seorang istimewa atau ahli korporat tetapi cukai pendapatan mencecah RM50 juta.
Selain itu, Ummi Hafilda mendakwa, wanita itu memiliki atau mempunyai kaitan dengan 62 hartanah mewah berupa kondominium dan banglo kebanyakkan di Pulau Pinang. Berikutan dakwaan itu,
Dalam pada itu, Zaliah mendakwa memiliki aset berbentuk wang tunai dan hartanah berjumlah RM100 juta hasil daripada perniagaan lumba kuda yang dijalankannya pada akhir 1990-an. Menurutnya, bagaimanapun kesemua asetnya bertukar hak milik semasa beliau ke Dubai untuk melupakan kesedihan ekoran kematian anak lelakinya pada Januari 2000.
Seminggu semasa berada di sana (Dubai), pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) membuat serbuan di rumah saya dan menyita 10 buah peti besi di Bukit Jambul, Pulau Pinang mengandungi wang tunai, barangan kemas dan dokumen penting.
Pada masa sama, saya dinasihatkan oleh peguam supaya tidak pulang sehinggalah setahun baru saya pulang ke tanah air namun mendapati semua aset termasuk wang tunai berjumlah RM26 juta di dalam bank telah dipindah milik," jelasnya.
Beliau berkata, harta-hartanya yang lain termasuk empat buah rumah di Pulau Pinang bernilai kira-kira RM3.68 juta, pada masa itu beliau turut diburu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkaitan dengan cukai pendapatan berjumlah lebih RM50 juta hingga beliau diisytiharkan muflis tidak lama selepas itu.
Sementara itu, Ummi Hafilda ketika dihubungi memberitahu, beliau tidak pernah mendakwa mengenali Zaliah secara peribadi. Katanya, pendedahan yang dibuat adalah bertujuan semata-mata mahukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kaitan antara wanita berkenaan dengan Anwar.
Pendedahan yang Ummi lakukan itu bertujuan untuk membantu siasatan SPRM berhubung kes pemilikan akaun induk bernilai RM3 bilion oleh Anwar. Saya telah serahkan bukti dan sekarang tugas SPRM menyiasat apa kaitan, hubungan atau penglibatan perempuan itu dengan Anwar," katanya.
Zaliah menyatakan ia menjalankan perniagaan pada akhir 90an , ini bermakna Anwar sudah pun menduduki kerusi TPM dan sedang membina empayar politik dan kekayaan. Jika dia menceburi bidang perniagaan pada tahun 1995 bermakna usianya baru 39 tahun.
Tahun 2000 dia ke Dubai dan hartanya semuanya sudah berpindah milik, pindah kepada siapa? Sudah tentu wujud satu MOU antara Zaliah dengan seseorang yang sangat VIP.
Anwar juga terbabit dalam sukan berkuda dan sukan air (jetski)
Bagaimanapun kisah atau pendedahan Zaliah amat menarik untuk diterokai. Dap dan Pas ketika itu telah mendakwa Anwar terlibat dengan judi lumba kuda dan Dato Nalla adalah orang penting dalam Magnum yang juga berkait rapat dengan judi lumba kuda. Pas juga mendakwa Anwar mempunyai hubungan istimewa dengan Tauke Genting iaitu Lim Goh Tong dan ramai lagi
Zaman dahulu bila sebut nama Ketua Menteri Sabah, dia adalah seorang yang amat kaya. Syed Kechik kaya raya sehingga mampu memiliki Boieng 707, Tun Mustapha dikatakan hidup seperti seorang Sultan. Pun begitu tak ada orang pertikaikannya.
Kini Bung sibuk pasai Syed Mokhtar pulak, pasai apa? Kalau cina Dap seperti Lim Guan Eng pertikai tentang Syed Mokhtar tak kisah lah sebab perangai pembangkang tak boleh tengok Melayu kaya.
Nasiblah projek landasan keretapi berkembar dikongsi bersama oleh Syed dengan Gamuda, kalau lah MMC sahaja sudah tentu ia menjadi kecaman.
Kini kekayaan Syed Mokhtar telah menjadi modal politik pembangkang dalam ceramah PKR, PAS dan DAP. Peliknya bila Melayu dikritik dan dihina adalah pulak puak yang yahudi di bawah yang bertakbir.
Bung Mokhtar ini agaknya nak keluar Umno dan masuk PKR kut?
Published on Jun 25, 2012 by klposdotcom Ahli Parlimen Bayan Baru,Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim Berkata Altantuya Tidak Pernah Berada Di Perancis.Beliau Juga Mengatakan Isu Kapal Scorpene Adalah Pembohongan Dari Pembangkang.
Published on Jun 25, 2012 by umnohq KUALA LUMPUR, 25 Jun -- Forum Siri Pemikiran Kritis yang dianjurkan oleh Majlis Peguam Malaysia baru-baru ini merupakan satu langkah yang baik bagi menyemarakkan lagi perbincangan secara ilmiah berkenaan institusi undang-undang di negara ini, kata Penasihat Undang-Undang UMNO, Datuk Hafarizam Harun.
Menurut beliau, dengan wujudnya siri-siri forum seperti ini, perbincangan demi perbincangan untuk menambahbaikan sistem undang-undang di negara ini boleh dilakukan dengan idea-idea yang diluahkan oleh panel dan juga peserta forum berkenaan.
"Tindakan Majlis Peguam menjemput saya sebagai wakil dari UMNO juga membuktikan bahawa Majlis Peguam kini sudah mampu untuk berinteraksi dengan UMNO dan ini merupakan satu langkah permulaan yang baik untuk kedua-dua belah pihak," jelas beliau.
Ada beberapa perkara yang umum patut tahu tentang pembangkang yang memutar-belit fakta yang dibuat tentang pembiayaan pengajian tinggi oleh kerajaan. Hal ini perlu diperjelaskan agar kita berlaku adil kepada generasi yang akan datang.
Fakta #1.
Tentang Finland.
Pembangkang menjadikan pendidikan percuma sebagai isu politik demi untuk meraih undi di PRU kelak. Mereka mengambil Finland sebagai contoh dan beberapa negara lain yang memberi pendidikan percuma kepada rakyatnya bagi meyakinkan tentang pendidikan percuma. Yang jelas, pembangkang menyembunyi fakta tentang negara yang memberi pendidikan percuma daripada umum.
Adalah tidak mustahil untuk memberi pendidikan percuma tetapi someone has got to pay for it!!!! Pembiayaan pendidikan percuma terpaksa ditanggung oleh rakyat Finland dengan membayar cukai yang tinggi dan negara Finland adalah negara yang ke 9 paling tinggi mengenakan cukai.
Rakyat Finland dikenakan cukai pendapatan sebanyak 49.2%, cukai VAT sehingga 23% ke atas semua barang malah cukai perbandaran sehingga 21%. Segala-galanya di Finland dikenakan cukai!! Ini tidak menghairankan kerana inilah satu-satu caranya bagi memperoleh pendapatan negara namun yang umum tidak sedari ialah yang dikenakan cukai tidak lain dan tidak bukan ialah ibu bapa penuntut-penuntut pengajian sendiri!! Malahan, Finland mencadangkan kenaikan cukai bagi menampung belanjawan negara.
Ini tak ubah seperti mengambil dari poket kiri dan memasuk ke poket kanan… yang membayar pendidikan ialah ibu bapa pelajar itu juga!!
Fakta #2
Protes terhadap pembiayaaan pinjaman pengajian tinggi oleh kerajaan kebanyakannya datang dari kaum Melayu. Mereka tidak sedar bahawa pendidikan di negara sebenar-benarnya adalah percuma. Apa yang pelajar pengajian tinggi perlu buat ialah mendapat keputusan yang cemerlang kelas pertama. Apa yang susah sangat!!!
Kalau 8,000 penuntut berbangsa Cina yang mengambil pinjaman pendidikan dari PTPTN lalu berusaha dan berjaya memperoleh kepujian Kelas Pertama Ijazah Sarjana Muda lalu pinjaman mereka itu tadi telah dikecualikan bayaran balik!!! Kerajaan telah berlaku adil dalam mengagih bantuan. Pelajar Melayu??? Hanya 2,000 lebih sahaja yang mendapat pengecualian bayar balik pinjaman.
Bukankah ibu bapa pelajar Melayu yang sepatutnya membantah sikap anak-anak mereka yang sambil lewa tidak mengambil peluang memperoleh pengajian percuma.? Tak memadai menyalah pihak yang telah pun membantu bagi meringankan beban kos melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi.
Pengecualian bayar balik pinjaman pengajian adalah motivasi kerajaan kepada penuntut bagi memperoleh kepujian Kelas Pertama.Yang jelasnya ialah jumlah pelajar Melayu yang cemerlang masih rendah berbanding anak kaum Cina.
Maka adalah menghairankan jika anak-anak serta ibu bapa Melayu yang menentang pembiayaan pinjaman pengajian tinggi.
Fakta #3.
Ramai yang tidak sedar bahawa dahulu, jumlah penuntut Melayu di pengajian tinggi begitu kurang malah boleh dibilang jari jumlah mereka. Antara sebabnya ialah faktor kewangan. Dahulu, jika anak-anak mereka mendapat tempat di pengajian tinggi belum tentu mereka mampu menyambung pengajian disebabkan ibu bapa tiada kemampuan kewangan. Ibu bapa tiada tempat untuk mendapat bantuan kewangan selain dari menjual tanah, meminjam atau menjual barang kemas yang ada… itu pun kalau ada. Ibu bapa Melayu atau India sekali pun bukanlah dikedudukan ekonomi yang selesa berbanding kaum lain. Mendapat tempat di pengajian tinggi telah pun sukar apatah lagi nak membiayainya.
PTPTN diwujud bagi merealisasi impian ibu bapa serta pelajar menyambung pengajian di peringkat tinggi. Peluang untuk membina masa depan yang cerah serta memenuhi satu-satunya impian ibu bapa untuk melihat anak-anak mereka menjejak kaki di pengajian tinggi telah dimudahkan melalui PTPTN.
Kemudahan pinjaman pengajian disediakan untuk mereka tak kira apa juga kedudukan status ekonominya. Kerana itulah kita dapati jumlah pelajar Melayu serta bangsa lain yang kurang kemampuan kewangan semakin bertambah di pengajian tinggi.
Ikuti sambungan Pinjam Tau PulangTak Nak.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
You are subscribed to email updates from Taiping Mali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
ANWAR GILA NAK BERDEBAT, MYMASSA OFFER DIRI ADA BERANI
KEGILAAN Anwar mahu berdepan dengan Perdana Menteri Malaysia sangat menjengkelkan khalayak intelektual dan anak muda berfikiran maju ke hadapan. Dari dulu hingga sekarang tidak habis-habis mahu menonjolkan dirinya sebagai yang tersebat, setelah membunuh karier kawan-kawan ABIMnya seperti Ustaz Ismail Mina dan lain-lainnya.
Bagaiamana Saudara Anwar jika kami berdebat dengan saudara, maksud saya wakil seorang arkitek Mymassa. Kita bermula tatkala anda mendapat pembiayaan dari Raja Saudi awal 1970an dahulu kepada aktiviti belia anda. Anda jangan risau saudara Anwar, saya lebih mudah 20 tahun daripada anda. Saya bukan daripada kumpulan YB Mohd. Ezam, bukan juga dari kumpulan Cikgu Dr. Sidek Baba. Saya juga bukan daripada kumpulan perniagaan besar Genting atau Halim Saad. Saya bukan juga dari kumpulan aparat media Johan Jaafar atau A.Nazri Abdullah. Saya bukan team Datuk Saifudin Abdullah, jauh sekali daripada kumpulan-kumpulan Jakarta yang anda selalu temui di sana. Bapak B.J. Habibie dan mantan Presiden Estrada bukannya saya. Saya juga bukan dari keluarga allahyarham Sulaiman Palestin.
Saya mahu berdebat dengan saudara. Adakah saudara mahu mengelak? Apa isu yang anda tidak berpuashati dengan Perdana Meneteri Malaysia.
Soal Pilihanraya, ok boleh. tetapi saudara mesti bersedia dengan isu anda membeli wakil rakyat PBS pada awal tahun 1994 dahulu. Itu cara demokrasi anda. Sama cara ketika anda membunuh karier allahyarham Sulaiman Palestrin.
Saudara juga mesti bersedia dengan kiriman-kiriman wang not RM500 dan RM1000 kepada para perwakilan UMNO di bawah pintu, ketika saudara menentang allahyarham Tun Ghafar Baba dahulu. Jauh daripada itu, saudara mesti berlawan dengana saya dan membuktikan kepada rakyat sejumlah wang yang besar anda berikan kepada proksi-proksi di luar negara yang dijaga sama ada oleh Rahim Ghouse atau A. Nazri Abdullah, dengan aset proksi saudara di London, Afrika Selatan, Singapura dan Australia itu perlu dijelaskan.
Saudara juga perlu bersedia bagaimana saudara mempergunakan UIA dan agensi-agensi kerajaan persekutuan untuk mempertahankan kuasa saudara tempoh hari. Tatkala saudara dipecat saudara sempat menghancurkan segalanya kecuali IKD atau IKDAS.
Saya tidak akan bercerita mengenai sodomi dan seksual anda. Itu hak anda dengan Allah SWT. Tetapi kita akan bercakap, antaranya mengenai Pinjaman PTPTN yang saudara sendiri cadangkan semasa menjawat jawatan Menteri Kewangan, dan disokong oleh YB Lim Kit Siang. Selain itu, saudara mesti bersedia dengan soalan saya mengenai Hong Leong Bank, juga projek-projek LRT yang diberikan kepada YB Kamarudin Jaafar, dan lain-lain kroni yang mungkin saya akan terpaksa dedahkan.
Saudara mesti bertanggungjawab kepada Jawatankuasa Pembinaan Rumah Ibadat Bukan Islam Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh YB Dr Xavier, yang saudara meletakkan diri saudara sebagai penasihat dan penentu hala tuju politik kerajaan Selangor. Projek-projek Pasir yang saudara dan anak saudara YB Nurul Izzah berikan kepada krono-kroni yang dijual juga ke Singapura melalui Pulau Carey, anda tak boleh sembunyikan semua hal. Jika saudara berjaya menyembunyikan 10 perkara, sekurang-kurangnya 2 3 perkara lain pasti diketahui oleh rakyat jelata. Itulah satu contoh saudara Penasihat Ekonomi Kerajaan Selangor, di depan bergaji RM1.00, tetapi di belakang berkomisyen berjuta-juta ringgit.
Di Amerika Syarikat, kita akan sentuh semasa saudara bermula di Jerman pada tahun 2004 terbang ke Washington DC. Siapa yang saudara jumpa di sana juga kita akan dedahkan dalam debat kita.
Kita akan berdebat isu Malaysia Baru, Presiden Malaysia, agama sama sahaja, Tuhan semua satu sama sahaja dan pelbagai isu yang saudara mahu debatkan.
Saya tidak mahu Rafizi, juga tak ingin dengan Azmin Ali...tetapi saya mahu berdebat dengan saudara! Saudara jangan ganggu Perdana Menteri Malaysia, beliau mempunyai banyak tugas yang perlu diberikan kepada rakyat jelata, sementara saudara giula mahu berdebat kerana saudara tidak ada kerja kepada rakyat jelata, melainkan menghambur air liur saudara di wajah mereka.
MyMassa masih ingat lagi modal PRU 2008 PAS adalah UMNO = maksiat.
Kalau kat Selangor, mereka tuduh UMNOlah punca kilang arak paling besar di negara ini di bina di Shah Alam. Jika rakyat lantik mereka jadi pemerintah, mereka akan tutup kilang arak di Shah Alam. Itu janji mereka.
Malangnya, PAS mungkiri janji mereka kepada umat Islam di Selangor. Bila pusat hiburan, maksiat dan rumah urut di Selangor makin bertambah selepas tahun 2008, mereka masih lagi salahkan UMNO walaupun kini merekalah parti yang mentadbir negeri Selangor.
Bukti peningkatkan rumah urut di bawah PAS Selangor
Apa yang berlaku di Selangor bukan sahaja gagal ditangani oleh PAS, malah PAS menyebarkan benih-benih maksiat di negeri lain yang mereka perintah iaitu Kedah!
4 lesen pusat hiburan diluluskan di Kedah
ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini mengesahkan kerajaan negeri baru-baru ini telah mengeluarkan empat lesen baru kepada pengusaha pusat hiburan.
Azizan berkata, kerajaan negeri tidak boleh menghalang rakyat negeri ini untuk berhibur tetapi perjalanan pusat-pusat tersebut adalah dalam kawalan pihak berkuasa tempatan.
"Kita bagi lesen untuk hiburan tetapi di bawah kawalan kerajaan negeri termasuk kawalan keselamatan, tatasusila dan sensitiviti kaum," katanya ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar yang mendakwa kemunculan pusat-pusat hiburan 'secara berleluasa' di negeri ini.
Azizan berkata, untuk rekod, di Alor Setar hanya terdapat empat pengusaha pusat hiburan yang dalam proses untuk memulakan perniagaan dan mereka diberikan lesen baru.
Selebihnya, kata Azizan, adalah pusat hiburan yang hendak aktif semula setelah lama tidak beroperasi.
Azizan bagaimanapun tidak pula menyatakan jumlah pusat hiburan yang kembali aktif itu. - BERNAMA
Lihatlah bagaimana munafiknya PAS. Mereka menggunakan maksiat sebagai modal ceramah politik dan agama tetapi apabila Allah SWT menguji pemimpin PAS dengan kuasa yang dipinjamkan kepada mereka, pemimpin PAS sendiri mengkhianati amanah yang diberi. Yang lebih munafik, EXCO yang terlibat cuba menyalahkan pihak lain walaupn MB Kedah sendiri telah mengaku.
Itu baru pusat maksiat yang berlesen, bagaimana pula yang tak berlesen? Apakah PAS tidak malu mahu menjaja modal maksiat untuk meraih sokongan politik walaupun mereka sendiri gagal untuk menangani masalah ini?
Sebagai umat Islam, anda nilai sendiri apakah PAS ikhlas untuk perjuangkan Islam atau hanya pentingkan kuasa.
*Jangan jadi macam anak Nik Aziz iaitu Nik Abduh. Nak jawab isu maksiat di Kelantan, spin sampai ke Madinah. Jauh tu.
Laporan Mymassa ini http://mymassa.blogspot.com/2012/06/dap-pap-warning-mb-kedah-jangan-tutup_22.html telah dijawab oleh Menteri Besar Kedah dengan jawapan di ini " Diminta mengulas mengenai dakwaan wujudnya sebuah pusat hiburan baru terbesar di Mergong, Azizan berkata beliau tidak tahu tentang kewujudan pusat itu"...di http://www.malaysiakini.com/news/201763 dengan tajuk sindiran MB: Kedah lulus empat lesen hiburan baru ...atau bahasa mudah faham Islam iaitu MB: Kedah lulus empat lesen Disko!
Amat pelik, MB Kedah tidak tahu kewujudan Kelab Malam aka Disko baru ini?
Adakah kerana desakan DAP dan wakil PAP yang bertemu MB Kedah awal Mei baru-baru ini sebagai give and take dalam bisnes di Bukit Kayu Hitam?
Sebelum memerintah semua kata salah, disko haram, memanglah budak sekoilah pun tahu haram, apa pasal sekarang luluskan? Bahasa kasar dia macam ne, " You kan Menteri Besar! You ada Kuasa Penuh untuk tutup Disko tu! Janganlah tambah lagi! "
Bahasa mudahnya macam ini, " Walau pun i MB, tapi i ada bisnes dengan Singapore nak buat sesuatu kat Bukit Kayu Hitam, so i tak boleh haramkan benda yang haram tu "
Bahasa undinya, " PRU13 Tolak PAS, jika anda tidak mahu Bukit Kayu Hitam jadi Sub Singapore !!!".
Gol-gol Malaysia dijaringkan oleh MD ROZAIMI BIN ABD RAHMAN pada minit ke 2,35,74,69(PK).
3 lagi gol dijaringkan oleh MOHAMAD FANDI BIN OTHMAN minit ke-32, WAN ZAHARULNIZAM BIN ZAKARIA minit ke-40 dan SAARVINDRAN DEVANDRN pada minit tambahan (90+1).
Tahniah dari MyMassa kepada team Harimau Muda dan jurulatihnya.
Satu lagi bukti DAP dan penyokong mereka berkiblatkan Singapura. Sekarang semakin masuk akal bukan?!! DAP lahir dari benih haram PAP yang memerintah Singapura secara autoritarian.
Kami ada maklumat mengatakan CM Penang ke Singapura sekurang-kurangnya sebulan sekali bagi melapor perkembangan projek menjajah Malaysia kepada LKY.
Ada juga maklumat bahawa setiap cawangan DAP mendapat USD/SGD 5000 sebulan bagi menjalankan gerak kerja daftar dan pindah pengundi peringkat akar umbi. Kami pernah mendengar satu cawangan DAP di Perak yang menawarkan sebuah kereta sekiranya berjaya mendaftarkan 2000 orang sebagai pengundi DAP.
BERSIH mendapat dokongan dan sokongan republik tersebut. Sebabnya mudah. Lebih baik menguruskan jiran yang duduk di bawah kelangkang daripada jiran yang setaraf dan memberikan persaingan. Tipikal Ultra Kiasu.
Sekarang apabila kita dedah niat dan perancangan tersembunyi republik tersebut membantu fuckatan untuk menumbangkan BN, ada pula penyokong DAP yang merayu bantuan PM Singapura.
Puak-puak ultra kiasu ingat apabila kegemparan Jumaat lepas hanya tinggal spekulasi, mereka ingat rakyat Malaysia tidak berani bangkit dan hanya pandai buat bunyi bising daripada jauh sahaja.
Namun, tanpa mereka menyangka, kira-kira jam 12 tengahari tadi, kira-kira 500 orang rakyat yang patriotik telah berarak ke pejabat mereka bagi mendesak TIGA orang diplomat yang kurang ajar itu diBERSIHkan terus daripada bumi Malaysia ini!
Orang ramai mulai berkumpul bermula kira-kira jam 12 tengahari
Rakyat patriotik mula berarak ke Kedutaan Singapura sambil bertakbir. Beza jauh dengan Takebeer ala PAS
Zul Kulim turut serta bagi menyokong perjuangan mempertahankan kedaulatan negara
Nyanyian Lagu "Inilah Barisan Kita" di hadapan Kedutaan Singapura
Polis terpaksa mengawal daripada berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini
Jumlah rakyat yang semakin ramai
Memorandum yang diserahkan kepada Kedutaan Singapura
Namun, inilah bezanya perhimpunan yang berteraskan perjuangan yang hak dengan yang batil. Tiada siapa yang cedera dan tiada harta benda yang rosak. Semuanya berjalan dengan aman sekali tanpa sebarang cemuhan dan provokasi terhadap anggota keselamatan walaupun mereka mengawal keselamatan pihak musuh.
Tiada juga kelihatan satu tin pun gas pemedih mata yang dilepaskan dan mana-mana anggota Polis yang membelasah peserta demo. Tidak kelihatan juga kereta polis yang diterbalikkan. Mungkin demo ini tidak mendapat latihan yang mencukupi daripada CIA dan bantuan kewangan daripada Singapura.
Yang peliknya, mana pergi perusuh-perusuh berani mati PAS?!! Kata hendak ke Putrajaya? Ini orang sudah cuba cabul kehormatan negara. Kenapa tidak turun demo sekali?!! Sebab Singapura sokong fuckatan atas arahan UMNO?!!
Untuk negara Ultra Kiasu seberang tambak, ini amaran kami:
Jika dalam tempoh seminggu tiada permohonan maaf ataupun tindakan diambil terhadap TIGA ekor cina laknat itu, kami akan dedahkan lagi tindak-tanduk subversif anda terhadap rakyat Malaysia, dan kami jamin akan lebih ramai dan kerap lagi rakyat yang akan gegarkan pintu kedutaan anda!
Jangan sampai cina singapork pikir dua kali hendak masuk Malaysia sudahlah!
*Pernah termimpi saat orang Melayu kembali berkuasa di Temasik
Tentu ramai yang bertanya-tanya mengapa pejuang kebenaran pakatan pembangkang tidak berminat untuk mengorek kebenaran dalam isu Universiti Selangor (Unisel). Ini sebenarnya adalah kisah orang politik VS orang akademik.
Kalau mengikut gambaran yang diperolehi sebelum ini mereka sepatutnya tidak wajar berdiam diri melihat Bekas Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel), Datuk Dr. Rosti Saruwono terpaksa mempertahankan prinsipnya sehingga melepaskan jawatan yang penting itu.
Isunya di sini dikatakan ada mendapat tekanan politik dari pihak yang berkuasa pada Unisel sendiri iaitu kerajaan negeri Selangor. Kebiasaannya apabila mereka ini mendengar hal-hal yang sebegini merekalah yang cepat berlari untuk tegakkan kebenaran. Namun kali ini agak pelik kerana mereka hanya diam membisu. Adakah berkemunginan mereka takut dan segan pada Tan Sri Khalid Ibrahim?
Kalau betullah sebagaimana yang dikatakan, nampaknya soal prinsip terpaksa di tolak sebelah jika mahu 'mencari makan' di Selangor.
Siapa boleh salahkan Dr Rosti kalau melihat di depan matanya benda tidak betul.
"Saya menerima arahan untuk menurunkan jawatan ketiga-tiga individu tersebut tetapi saya tidak bersetuju kerana pada saya, ia perlu dibuat mengikut peraturan yang ditetapkan dan bukannya boleh dibuat sesuka hati.
"Untuk menyelamatkan keadaan, saya berundur diri supaya pihak yang mempunyai kuasa itu dapat meneruskan hasrat mereka. Mudah-mudahan ia memudahkan kerja mereka dan sebab itulah saya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan," itu katanya pada wartawan yang menemuinya di kediamannya di Shah Alam.
Tiga pegawai Unisel yang terlibat dalam kemelut itu Pendaftar, Rokmaa Mat; Dekan Fakulti Perniagaan, Prof. Dr. Khalifah Othman dan Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat, Halid Hasbullah.
Rosti dilantik sebagai Naib Canselor Unisel pada 2 Mac 2009 bagi menggantikan Prof. Datuk Dr. Mohd. Razali Agus pernah menyatakan azamnya semasa baru dilantik beliau tidak akan menjadi 'pak turut' kepada mana-mana pihak bagi memastikan institusi pengajian tinggi swasta itu tidak dijadikan medan berpolitik.
Menteri Besar Selangor sendiri nampaknya buat macam tak kisah sahaja terhadap kemelut isu Unisel ini, padahal beliaulah yang melantik Dr.Rosti sebagai Naib Canselor Unisel!
Selain mengumumkan kerajaan negeri terima perletakan jawatan Dr Rosti Rabu, Khalid juga memberitahu sebuah pasukan petugas khas dianggotai oleh tiga ahli akademik, bekas Naib Canselor Universiti Putra Malaysia, Prof Zulhadi Bardai; bekas Naib Canselor Unisel, Datuk Adnan Alias dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM), Datuk Dr Mohamad Ariffin Aton.
"Dalam mana-mana institusi pun ada politik dalaman", mudah saja katanya dipercayai merujuk kepada dakwaan tekanan politik yang dihadapi oleh Dr. Rosti.
Wasabi Oyabun..
You are subscribed to email updates from Oyabun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan nyiru. Mungkin itulah pepatah yang sesuai dengan keadaan pergolakan yang berlaku dalam Parti Keadilan Rakyat Selangor sejak seminggu lalu. Khabarnya, sebahagian pimpinan PKR Selangor tidak berpuas hati dengan kaedah dan cara pengendalian "Geran Selangorku". (Baca di sini).
Ini adalah kajian dan pemerhatian hamba sejak beberapa ketika ini.
Why PR want to abolish PTPTN?
1. PTPTN sangat terkenal dan jumlah peminjam sangat menggalakkan. 2. Bukan PTPTN yang hendak diserang oleh PR, tapi SSPN iaitu Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dimana rakyat membuat Investment dalam sistem pendidikan
3. Idea itu jugalah digunakan oleh Segi College dimana mereka membuat Conventional Scheme of Fund utk membantu para pelajar.
4. Sekiranya SSPN ini berjaya, Bank Conventional semakin lama semakin ditinggalkan dan sistem ekonomi negara menjadi hak milik Malaysia secara Total.
5. Malaysia tidak akan terikat lagi dengan Sistem Bank Dunia dimana invenstor datang dari kalangan rakyat dan negara luar yang ingin menghantar pelajar ke Malaysia.
6. Ini sekaligus menyambung kejayaan Malaysia supaya merdeka secara Total selepas peristiwa Serangan Fajar pada zaman Tun Mahathir yang menjadikan Sime Derby dan Guthrie hak milik kerajaan Malaysia
7. Kerajaan berhak menghapuskan sistem Interest menggantikan sistem Upah Simpan.
8. Perkara itulah yang ditakuti oleh kebanyakan negara luar dan menjadikan PR sebagai askar2nya.
9. Bersyukurlah kerana pemimpin negara ini (Barisan Nasional) sedar akan kemelut ini dan mengambil langkah yang paling sesuai untuk menjamin keselamatan Ekonomi Malaysia.
Buku Tentang 11 Agenda Islam Koleksi Ucapan Najib Dilancar KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan buku yang mengandungi 11 agenda Islam yang dirangka kerajaan sepanjang tiga tahun mentadbir negara. Buku bertajuk 'Agenda Islam Dalam Transformasi Negara', setebal 232 muka surat itu mengandungi koleksi ucapan dan perutusan Perdana Menteri mengenai isu berkaitan agama Islam.
Dalam pendahuluan buku itu, Najib berkata buku itu mengandungi agenda dan mesej yang berguna untuk ditatapi dan difahami oleh segenap lapisan rakyat di negara ini.
"Sememangnya tempoh tiga tahun begitu pantas melakarkan ceritanya. Bermula kerajaan yang dipimpin oleh saya ini, yang merintis perjalanannya berteraskan transformasi dalam sistem pentadbiran negara.
"Dari saat itu juga, saya meneruskan pemerkasaan agenda Islam di dalam pentadbiran kerajaan. Sejak itu, pelbagai pihak sentiasa cuba menunggu, memerhati dan memantau setiap inci tutur kata, ucapan dan tindakan saya," katanya.
Beliau juga berkata semenjak menerajui pentadbiran negara, beliau amat komited dan bertanggungjawab untuk memartabatkan warga agama ini dan sentiasa memastikan mereka bersama-sama kerajaan dalam arus pembangunan negara.
"Sedutan ucapan saya ini adalah nyata. Kisah benar perjalanan saya sepanjang menerajui pentadbiran negara ini.
"Apa yang terdenyut di hati dan terdetik di dalam minda saya, itulah yang saya ungkapkan lewat ucapan dan perutusan saya dengan dibantu isi kandungannya oleh saudara Jailani Ngah, Setiausaha Politik saya," katanya.
Buku tersebut yang diterbitkan oleh Sekretariat Ulama-Umara (UMUM) dan Yayasan 1Ummah turut dilengkapi dengan gambar-gambar menarik dan keratan-keratan akhbar.
Perdana Menteri juga berharap buku itu akan memberi maklumat yang jelas, panduan dan sumber rujukan kepada masyarakat tentang hala tuju dan inisiatif kerajaan dalam mendukung agenda agama Islam di bawah transformasi negara.
Najib dalam majlis yang sama turut melancarkan dua buku hasil tulisan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim iaitu 'Moderat' dan 'Langit Terbuka'.
Dalam ucapan pelancaran buku tersebut, Najib berkata beliau tertarik dengan buku 'Moderat' yang mengetengahkan konsep kesederhanaan atau 'Wasatiyyah', yang telah menjadi intipati kepada Gagasan 1Malaysia dan matlamat perpaduan nasional.
"Pendekatan moderat ini telah mendapat pengiktirafan di pentas antarabangsa.
"Dalam pertemuan saya dengan pemimpin-pemimpin dunia yang lain, mereka sering melahirkan rasa kagum dan memuji keunikan Malaysia. "Hari ini, Malaysia telah tersenarai antara 20 negara paling aman di dunia dan ini dimungkinkan oleh sikap rakyat kita yang moderat atau sederhana," katanya.
"I AM BN YV".Kalau melihat anak-anak muda memakai t-shirt biru bertulis perkataan ini jangan silap anggap mereka adalah dari sebuah sayap baru dalam Barisan Nasional.
Kalau nak tahu...mereka adalah dari Sukarelawan Pemuda BN,satu jenama baru yang sedang dipopularkan oleh Pemuda BN.
Ahad, kumpulan pertama seramai lebih 300 sukarelawan itu yang dikenali dengan nama ringkasnya BNYV saja menghadiri bengkel sehari di Pusat Dagangan Dunia Putra,di Kuala Lumpur.
Melihat dari suasana dan semangat pada bengkel itu,jangan terkejut satu masa nanti BNYV akan muncul sebagai satu faktor baru dalam arina politik tanahair yang boleh memeningkan kepala pembangkang.
Menariknya peserta pasukan ini terdiri dari golongan belia berbagai kaum dari seluruh negara yang bukan dari mana-mana ahli parti komponen BN.
Status mereka yang bebas itu tentunya akan memberi banyak kelebihan dalam menjadi jentera tambahan kepada Pemuda BN untuk berdepan dengan berbagai tindak tanduk pembangkang.
Ketua Pemuda UMNO yang juga Pengerusi Pemuda BN,Khairy Jamaluddin sendiri yakin BNYV dapat memainkan peranan yang cukup strategik dan penting.
Beliau hadir memberi ucapan kepada BNYV di program itu.Turut sama menyampaikan amanat ialah Setiausaha Agung UMNO/BN Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.
Khairy menjelaskan BNYV diwujudkan untuk memberi ruang kepada mereka yang minat politik tetapi tidak mahu menyertai mana-mana parti politik atau mereka yang berdepan masalah untuk masuk mana-mana cawangan parti kerana sebab-sebab tertentu tetapi menyokong perjuangan BN.
Katanya sebenarnya terdapat ramai di seluruh negara yang terdiri dari golongan seperti ini.
Mereka ini sayangkan negara dan ingin memberi sumbangan cuma tidak mahu terikat dengan mana-mana parti politik.
Beliau gembira kerana kempen menyertai BNYV telah mendapat respon yang baik.
Namun katanya untuk kumpulan pertama ini mereka cuma memilih seramai 500 orang sahaja.
Pemilihan dibuat dengan teliti selari dengan konsep sukarelawan dan mereka yang benar-benar ikhlas.
Katanya tiada ganjaran kewangan ditawarkan bagi mereka yang menyertainya.
Hanya lebih 300 sahaja dapat menyertai bengkel pertama ini kerana sebilangan lain menghadapi masalah tertentu untuk datang.
Katanya Pemuda BN merancang untuk menambah penyertaan BNYV dari masa ke semasa.
Mereka bukan sahaja akan berperanan setakat pilihanraya umum ke 13 tetapi akan memainkan berbagai peranan selepas itu.
Bercakap dalam sidang akhbar selepas bengkel itu,Khairy memberitahu BNYV tidak akan mengantikan peranan jentera Pemuda BN yang sedia ada di bahagian-bahagian.
Sebaliknya mereka akan menjadi jentera tambahan yang akan turut sama membantu menerusi berbagai cara.
Bagi Khairy sebagai orang yang bebas dari ikatan parti politik,BNYV dapat membuat 'engagement' atas dasar peribadi rakan dengan rakan yang lebih berkesan dalam menyampaikan mesej dan menyanggah putar belit pembangkang.
Penyertaan dalam BNYV sentiasa terbuka.
Untuk pertanyaan lanjut boleh juga menghubungi Unit Komunikasi Sukarelawan Pemuda BN, Loganesh Sivabalan, Tel : 010-210 8897 atau Ainul Aizat Ishak, Tel : 012 393 8884
Mereka yang berminat boleh mengikutinya menerusi http:www.facebook.combnyv2012 atau twitter @BNYV2012 atau emel pertanyaan anda di bnyv.workshop@gmail.com.
Sementara itu Tengku Adnan dalam ucapannya mengakui masalah besar yang dihadapi oleh BN ketika ini ialah ' problem of perception' akibat dakyah pembangkang.
Katanya hakikat sebenar sekalipun bukan 100 peratus sempurna,BN tidak ada masalah.
Namun akibat dakyah dan fitnah pembangkang timbul masalah persepsi ini.
Apapun beliau menerimanya sebagai satu hakikat politik yang perlu dihadapi.
Beliau meminta BNYV turun padang menjelaskan isu berbangkit dalam menangkis gejala ini.
Tengku Adnan menilai peranan golongan belia ini sangat penting dalam menentukan hala tuju negara.
"Kalau sayangkan negara kita marilah kita sama-sama bersatu dengan satu semangat dan tekad untuk mempertahkan negara kita,"katanya.
Beliau memberitahu atas semangat ini juga beliau meninggalkan bidang perniagaan yang memberi pendapatan cukup lumayan di masa lampau untuk cebur diri sepenuh masa dalam politik.
Katanya beliau tidak pernah menyesal dengan keputusan itu kerana dapat turut sama memberi sumbangan kepada negara.- Agendadaily
Najib Tun Razak menyampaikan Anugerah Kartunis Sepanjang Hayat kepada kartunis, Mohammad Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat pada majlis ramah mesra bersama kartunis di Pasar Budaya, Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Sohaimi Shahadan (kiri) dan Abdul Azeez Abdul Rahim (dua, kanan).
YAYASAN KARTUNIS 1MALAYSIA DITUBUHKAN.
Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan Yayasan Kartunis 1Malaysia bagi memajukan industri kartun dan animasi tempatan selain kebajikan para penggiat bidang berkenaan.
Perdana Menteri berkata, yayasan itu juga bertujuan menghargai peranan, sumbangan serta jasa para kartunis dalam membantu membangunkan perpaduan masyarakat melalui karya masing-masing.
Beliau turut mengumumkan peruntukan dana permulaan RM300,000 kepada yayasan itu yang disampaikan melalui Kelab Putera 1Malaysia (KP1M).
Katanya, para kartunis yang kebanyakannya kini telah mengubah wacana mereka kepada bidang animasi, berperanan penting dalam pembinaan negara bangsa dengan menerapkan mesej perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama.
"Tentu sekali bila saya ungkapkan Gagasan 1Malaysia, saya mahu para kartunis dapat menerapkan mesej 1Malaysia dan agenda transformasi negara di dalam karya mereka," katanya.
Beliau berucap pada Pameran Kartun dan Animasi 1Malaysia 2012 yang julung kali diadakan di pekarangan Pasar Seni, di sini hari ini.
Turut hadir Exco Pemuda UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan dan Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.
Acara anjuran bersama Konsortium Cartoonist At Work (CAW) dan KP1M itu direkodkan dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai Perhimpunan Terbesar Kartunis di negara ini, dengan mengumpulkan 356 orang penggiat bidang berkenaan.
Sementara itu, Perdana Menteri turut menyampaikan pelbagai hadiah sempena pameran dua hari berkenaan, termasuk 11 anugerah dalam bidang tersebut. Kartunis Datuk Mohammad Nor Khalid atau Lat, yang dikenali melalui karya The Kampung Boy dianugerahkan Kartunis Sepanjang Zaman.
Turut menerima anugerah ialah 10 lagi kartunis dan animator termasuk Mior Sariman Mior Hassan bagi kategori Pencetus Revolusi Kartun; Jaafar Taib (Kartunis Dedikasi); Hassan Abd. Muthalib (Bapa Animasi Malaysia); Tan Sri Lim Kok Wing (Karyawan Inovatif) dan Reggie Lee (Kartunis Masyarakat Malaysia).-UMO
Foto : Kredit kepada Darul Ehsan Today (DET) dan Sahabat Gunung.
Bagi mereka yang mengikuti perkembangan Anwar sejak dari awal lagi penglibatannya bermula dari dalam ABIM sebagai Presiden sehinggalah menjadi orang nombor dua dalam negara dan UMNO yang penuh dengan kecurigaan, pendedahan bekas penolong gabenor Bank Negara mengenai gelagatnya bukanlah sesuatu yang mengejutkan.
Memang tidak nafikan terdapat penyokong taksub Anwar menganggap kenyataan ini sebagai pembohongan tetapi bagi perkara tersebut tidak mustahil berlaku dan lebih buruk padahnya jika Murad Khalid berbohong.
Anwar adalah ahli politik dan pejuang ideologi yang licik dan gemar kepada perbuatan-perbuatan bersifat konspirasi. Semasa dalam ABIM dia begitu mudah mengadakan hubungan dengan negara Libya, Iran dan Arab Saudi. Begitu juga hubungannya dengan Institut Pemikiran Islam Antarabangsa.
Dalam UMNO, hubungan sulitnya dengan agensi-agensi asing berjalan dengan lebih mudah dan luas. Malah kadangkala terkagum dengan beliau yang mampu merancang pelbagai jenis konspirasi demi mencapai matlamat politiknya.
Lihat sajalah bagaimana Anwar menjatuhkan Datuk Suhaimi Kamaruddin dari jawatan Ketua Pemuda UMNO dahulu. Tindakan yang serupa diambil untuk memenangi jawatan Naib Presiden.
Namun konspirasi terhebatnya adalah menjatuhkan Tun Ghafar Baba sebagai Timbalan Presiden melalui Team Wawasannya. Sebab sebelum itu beliau menafikan dengan bersumpah sesungguhnya bahawa beliau tidak akan mencabar Tun Ghafar. Tetapi akhirnya beliau mewujudkan Team Wawasan untuk menentang Tun Ghafar.
Itulah ANWAR KONSPIRATOR TERHANDAL DI MALAYSIA. Oleh kerana dia berkonspirasi untuk menjatuhkan musuhnya, maka musuh-musuh politiknya terpaksa berkonspirasi kembali untuk menjatuhkannya. Kalau dia tidak dijatuhkan maka dia akan menjatuhkan musuh politiknya. Ini sudah terbukti. Berapa ramai mangsanya, Suhaimi kamarudin, Abdullah Haji Ahmad Badawi, Sanusi Joned, Rahim Thamby Chik dan Ghafar Baba.
Semua ini permainan politik dan sandiwara Anwar seperti yang dilakukan oleh Murad Khalid adalah atas arahan dan permainan politik juga namun ianya itu adalah keterlaluan dan di luar batas peraturan dan etika berpolitik.
Dengan melibatkan wang yang banyak siapa boleh menyembunyikannya. Lambat laun akan diketahui juga. Apa yang sedih ialah ia berlaku di kalangan MELAYU. Mungkin bagi Anwar MATLAMAT MENGHALALKAN CARA demi mendapat kuasa. Melayu bergaduh orang lain ambil kesempatan.
Satu lagi yang paling pelik ialah layanan yang terlalu baik diberikan kepada PUAN SAMSIDAR TAHARIN? Apakah kelebihannya? Adakah kerana suaminya Setiausaha Anwar maka layanan sebegitu diberikan? Jika ya, KRONISME namanya!!!.
Pasti perkara ini menimbulkan fitnah dan kecurigaan. Bertambah-tambah pelik pula suaminya AZMIN ALI tidak mencurigai apa-apa? ADAKAH INI KERANA WANG? MATLAMAT MENGHALALKAN CARA!!!
Namun apa yang hendak dipelikkan. Diri Anwar itu sendiri pun amat pelik orangnya!!!! Dan itulah sebenarnya diri ANWAR BIN IBRAHIM, TOK DALANG KONSPIRATOR TERNAMA MALAYSIA.
Baru-baru ini, tokoh-tokoh agama luar negara yang menghadiri Seminar Antarabangsa Fiqh Mentaati Pemimpin di Kuala Lumpur menegur pemimpin sebuah parti kerana sering mempolitikkan isu agama.
Teguran itu memang kena pada masanya kerana jika diimbau sejarah, para pemimpin parti yang ditubuhkan pada 1951 memang paling hebat mempolitikkan isu agama sekali gus meletakkan Malaysia sebagai 'juara' dalam soal itu.
Kita juga masih ingat, seorang pemimpin Pas ketika berceramah di Kampung Banggul Peradung, Terengganu pada 1982 telah mengeluarkan amanat mengkafirkan orang UMNO semata-mata kerana didakwa bekerjasama dengan bukan Islam dan disebabkan tidak melaksanakan hukum hudud.
Akibat amanat itu, maka timbulnya perpecahan di kalangan umat Islam seperti sembahyang dua imam, enggan bersembahyang di masjid UMNO dan menghukumkan haram makan sembelihan ahli parti itu.
Nikah yang dilakukan oleh jurunikah UMNO juga dianggap tidak sah, ibu bapa mengkafirkan anak serta berlaku perceraian antara suami isteri kerana berlainan parti dan banyak lagi peristiwa sedih yang benar-benar terjadi.
Walaupun berkemampuan melaksanakan hukum hudud setelah memerintah Kelantan dua dekad, Pas tetap tidak mahu melaksanakannya kerana berpendapat ia boleh dijadikan isu kitar semula yang 'amat berbisa' bagi meraih undi setiap kali pilihan raya.
Isu hudud yang dimainkan Pas ketika berkempen boleh membuatkan seorang Melayu Islam menjadi serba salah untuk menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN).
Ini berikutan parti itu akan menggambarkan BN bersikap anti-Islam dan telah mengambil pelbagai langkah menyekat hukum itu daripada dilaksanakan.
Mengulas isu itu, ahli akademik dari Arab Saudi, Ahmad Hamad al-Jilani yang menjawab soalan pada sesi soal jawab seminar berkenaan berkata, mana-mana pihak yang menggunakan isu pelaksanaan hukum hudud sebagai modal politik untuk menang dalam pilihan raya sebenar bertujuan mencari keredaan pengundi dan bukannya keredaan Allah.
Beliau berkata, Islam menuntut umatnya mengutamakan pelbagai perkara asas yang lebih utama seperti isu pendidikan, ekonomi dan sosial sesebuah negara itu.
"Sebelum mewujudkan hukum hudud, pelbagai aspek lain perlu diambil kira termasuklah semua masyarakat perlu menerima pelaksanaan itu. Sesiapa yang menggunakan hukum hudud untuk menang pilihan raya maka tujuannya bukan kerana Allah tetapi mencari keredaan pengundi," katanya.
Dalam pada itu, bekas Timbalan Syeikhul Universiti Al-Azhar, Mesir, Syeikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour pada sesi berasingan pada seminar itu turut mengulas permintaan parti itu supaya ahli-ahli yang terlibat secara langsung dengan pilihan raya agar menangguhkan ibadah haji bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang dijangka antara September hingga Oktober ini.
Beliau berkata, umat Islam wajib menunaikan ibadat haji dan perlu mengutamakan Rukun Islam kelima itu jika berkemampuan. Justeru, katanya, umat Islam tidak perlu menangguhkan pelaksanaan ibadat haji semata-mata untuk menyertai pilihan raya umum sekiranya ia dijalankan serentak pada musim itu.
Mengulas satu lagi 'fatwa' para pemimpin Pas yang membolehkan demonstrasi jalanan bagi menumbang kerajaan, Syeikh Mahmoud berkata, Islam tidak membenarkan sebarang bentuk demonstrasi sedemikian sehingga mencetuskan keadaan huru-hara dalam negara sebaliknya ia perlu dilakukan secara aman.
"Islam tidak halang untuk berhimpun menyatakan pendapat atau hasrat terhadap pemerintah, tetapi jangan menyebabkan huru-hara dalam masyarakat sehingga ada orang rasa kesan buruk daripada perhimpunan itu.
"Masyarakat Islam juga tidak wajar menumbangkan kerajaan dengan cara tidak demokratik ketika pemerintah mereka telah melakukan banyak kebaikan dan kerajaan sedemikian patut beri peluang untuk meneruskan agenda membangunkan Islam," katanya.
Mengulas komen-komen yang dibuat oleh tokoh Islam antarabangsa berkenaan, bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaie Ahmad berkata, berdasarkan pelbagai isu yang dibangkitkan, jelas sekali parti tersebut selama ini menggunakan hukum agama untuk kepentingan politik.
"Pas selama ini telah memperalatkan banyak hukum agama kerana politik dan bagi mendapatkan kuasa," katanya.
Mengulas isu terbaru supaya ahli parti menangguhkan daripada mengerjakan haji, Nakhaie berkata, sepanjang pengetahuannya, permintaan seperti itu tidak pernah dibuat Pas sebelum ini.
"Saya tidak merasakan permintaan tersebut sebagai luar biasa kerana Pas sering menggunakan agama untuk kepentingan parti. Walaupun ibadah haji bukan kewajipan segera, saranan yang dibuat Pas itu adalah tidak wajar," katanya.
Sementara itu, bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas, Prof. Madya Mohd. Noor Deris berkata, Pas memang suka memperalatkan agama dan ini termasuk dalam isu supaya ditangguhkan ibadat haji.
"Kita minta Pas semak balik semua ajaran al-Quran dan hadis yang selama ini dia bawa, apakah ada satu ayat al-Quran dan hadis yang menyatakan PRU13 setaraf dengan fardu haji?
"Jika tiada ayat sedemikian, ia menunjukkan parti itu seolah-olah meletakkan kewajipan pilihan raya demi parti lebih besar dari Rukun Islam kelima ini," katanya.
Pelbagai nasihat telah dikeluarkan bekas pemimpin Pas ini supaya rakan-rakan mereka yang masih menerajui parti itu tidak mempolitikkan isu agama. Malangnya, pemimpin berkenaan terus berdegil sehingga menjadikan nasihat itu ibarat mencurah air ke daun keladi.
Kedegilan itu, bukanlah sesuatu yang aneh kerana mereka juga tidak pernah melayan nasihat pengasas parti itu, Ahmad Fuad Hassan sehingga beliau terpaksa keluar parti setelah tiga tahun menerajui Pas.
Kini ulama antarabangsa pula yang memberikan nasihat. Jika ia masih tidak dihirau oleh pemimpin Pas, maka kita semua umat Islam perlu menadah tangan memohon pertolongan Allah supaya perbuatan mempolitikkan agama dihentikan segera.-UMO
Suara Politik Taminsari
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Dengar dan pahamkan apa yang ustaz kazim cakap pasal mati syahid, mati syahid ada dua, satu syahid dunai akhirat dan satu lagi satu syahid dunia, apa maksud syahid dunia??? aku rasa korang boleh agak apa maksud dia tu....
Misteri tentang seorang perempuan yang dikaitkan dengan duit milikan Datuk Seri Anwar Ibrahim makin terbongkar kini.
Pada artikel yang lepas, Sangkakala ada mengeluarkan sedikit tentang perempuan yang digelar sebagai Shadana.
Mengikut sumber yang Sangkakala perolehi dari pada individu yang sama memberikan maklumat yang lepas, Shadana atau nama sebenarnya Zaliah Zakaria pernah memberitahu kepada kenalan Sangkakala ini bahawa bapa beliau berasal dari Dubai dan ibunya berasal dari Filipina.
Shadana juga pernah mengatakan bahawa bapa beliau adalah seorang hartawan di Dubai dan beliau mempunyai wang yang begitu banyak, pengakuan ini dibuat setelah kenalan Sangkakala bertanya dari mana beliau dapatkan duit untuk berbelanja besar setiap kali membeli belah.
Mungkin juga duit yang dibelanjakan adalah hasil dari pemberian Anwar Ibrahim kepada beliau.
Zaliah dikatakan pernah berkahwin sebanyak dua kali dan kali yang ketiga tidak dapat dikesan status perkahwinan beliau, sama ada sah atau pun tidak.
Apa yang pasti ialah, Zaliah pernah berkahwin dengan seorang anggota polis dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Shasha, kemudian berpisah dan berkahwin pula dengan sorang pegawai polis yang bertugas di Butterworth dan dikurniakan seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan, anak lelaki beliau meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Pulau Pinang.
Kemudian mereka berpisah dan pegawai polis berkenaan telah bertukar ke tempat lain.
Shadana kemudiannya dikatakan mempunyai hubungan dengan seorang pemain badminton dari Indonesia yang dibawa ke Malaysia untuk bermain dalam pasukan Wira Tangkis. Disinilah yang dikatakan status perkahwinan beliau tidak diketahui sama ada sah atau tidak, tapi Shadana mempunyai seorang anak perempuan dengan pemain badminton ini.
Shadana pernah membawa rombongan pemain-pemain badminton ini kerumah Anwar Ibrahim di Permatang Pauh.
Berbalik kepada akaun dan wang yang dikatakan dibawa lari oleh Anwar ibrahim sebanyak 3 billion semasa beliau memegang jawatan menteri didalam kerajaan.
Shadana dikatakan mempunyai hubungan kuat dengan Anwar pada ketika itu kerana Shadana juga terkenal dengan lenggok penipunya hingga Anwar (Ketua Pembangkang sekarang) juga terpedaya dengan beliau.
Duit yang dikatakan disalur oleh Anwar mungkin juga telah dimasukkan ke dalam akaun anak-anak perempuan Shadana.
Besar kemungkinan juga duit tersebut telah di masukkan kedalam akaun pemain-pemain badminton yang Sangkakala katakan tadi, siapa tahu kan?
Apa-apa pun Sangkakala harap, kerajaan jangan memandang remeh tentang isu ini, kerana ianya melibatkan jumlah wang yang amat besar, dimana wang ini boleh digunakan untuk pembangunan negara kita.
Kerana mulut badan binasa. Ungkapan ini amat sesuai kepada Nizar yang kini banyak membuat kenyataan yang akhirnya merugikan partinya sendiri dan rakan rakan pakatan pembangkang yang lain.
Paling terbaru adalah kenyataan Nizar menghina pemandu teksi menerima rasuah daripada Perdana Menteri. Nizar ini sudah melampau, mulutnya tidak mampu dikawal lagi. Hanya boleh diajar di atas kertas undi sahaja.
Nampaknya bukan sahaja isu Faekah yang menjadi kem Azmin Ali berselisih teruk dengan kem Khalid Ibrahim di Selangor, malah di Kelantan pun memang ada "api dalam sekam" yang sedang membakar antara kem ulama dan kem Erdogan.
Buktinya kenapa Salahuddin Ayub mahu dicalonkan di Johor adalah bukan kerana ingin menjadi Salahuddin Ayub MB tetapi sebenarnya ingin menyingkirkan Salahuddin dari Parlimen Kubang Kerian.
Apabila tahu peluang PAS untuk memenangi sebarang kerusi terkubur terus dengan keceluparan mulut Nizar Jamaluddin, Salahuddin Ayub mula meminta agar SPRM juga menyiasat Nik Aziz. Nampaknya, Salahuddin mahu lagi di Kubang Kerian. Apakah Husam Musa akan biarkan Salahuddin berpatah balik ke Kubang Kerian?
Sebelum ini Pisau ada mendedahkan salah satu penyelewangan kontrak direct nego yang separuh dari harga RM62juta nilainya disapu oleh regim DAP:klik sini
Atas kecekapan regim Lim Guan Eng rasis ultrakiasu chauvanis DAP,RM30juta berjaya dirompak dengan hanya mengunakan kaedah CAT.
Tahukah anda,DAP dan Lim Guan Eng melahap dan merompak setiap hari sebanyak mungkin kekayaan negeri Pulau Pinang 'sepeninggalan' kerajaan BN sebelum PRU13.Apa saja yang mereka curi maka akan dilakukan dengan cara paling gampang penuh dengan taktik penipuan yang cukup licik.
Kepakaran merompak cara CAT dipraktikkan terutamanya di bawah PDC GLC negeri,sebenarnya PDC mampu memperolehi keuntungan berpuluh billion jika tidak menjual tanah Bayan Mutiara,sebaliknya Lim Guan Eng bersama Iskandar Basha anjing suruhannya didalam PDC bertindak menjual tanah tersebut.
Agak menghairankan melihat bagaimana kroni Lim Guan Eng seperti Iskandar Basha terlalu berkuasa didalam PDC hinggakan peranan Pengurus Besar PDC iaitu Dato' Rosli Jaafar diketepikan.
Bertambah muskil lagi kenapa anjing DAP seperti Iskandar Basha boleh dijadikan sebagai seorang pengarah sedangkan beliau sendiri pernah diistiharkan bangkrap.Adakah dengan alasan sebagai anjing DAP memungkinkan beliau menjadi pengarah didalam PDC yang paling berkuasa walaupun tahap kredibiliti,kecekapan amat meragukan.
Iskandar Basha Abdul Kadir,ahli DAP seumur hidup.
Menurut sumber rapat Lee Kah Chon,dikhabarkan Iskandar Basha juga terlibat secara langsung merompak puluhan juta bagi pihak DAP sebagai persediaan pilihanraya nanti.
Isu yang paling besar harus diambil perhatian oleh seluruh rakyat Pulau Pinang dan parti politik ialah PDC didalam proses untuk diswastakan. Perancangan sulit ini digerakkan oleh Iskandar Basha sendiri diatas arahan Lim Guan Eng.
Kenapa mahu diswastakan? Ini adalah sebahagian daripada perancangan agar Iskandar mendapat penguasaan penuh untuk mentadbir tanpa perlu mengikut pekeliling kerajaan jika PDC di sendirian berhadkan.Lim Guan Eng juga sebagai pengerusi secara otomatik menguasai kepentingan didalam PDC yang bakal diswastakan.
Kenapa? Jika tidak mempunyai pekeliling kerajaan,PDC tidak lagi terikat kepada memberi tender kepada kontraktor,sebaliknya mereka sendiri akan memilih siapa yang dirasakan kroni mereka.
Harus diingat,PDC juga mempunyai sejumlah tanah yang cukup banyak diseluruh pelusok negeri Pulau Pinang, maka amat langkah menswastakan PDC adalah salah satu SKANDAL ROMPAKAN PALING BESAR DINEGARA MALAYSIA YANG MELIBATKAN ASET DAN WANG BERNILAI PULUHAN BILLION.
Bayangkan setiap projek atau pun tanah yang ada didalam negeri Pulau Pinang akan diuruskan oleh seorang yang bangkrap seperti Iskandar Basha dan juga penyamun dan tuhan ulrakiasu DAP yang mulia Lim Guan Eng tanpa perlu melakukan proses tender.
Lim Guan Eng memegang portfilio exco tanah kerajaan negeri Pulau Pinang dan beliaulah yang berkuasa sepenuhnya membuat setiap keputusan meluluskan kepada siapa dan untuk apa kegunaan tanah di negeri ini.Hasilnya bukti didepan mata dengan banyak kes merobohkan kampung dan juga pemberian tanah TOL ditukar status menjadi hak milik kekal kepada kroni DAP.
Bayangkan jika bank tanah yang dibiliki oleh PDC dikuasai sepenuhnya oleh DAP Lim Guan Eng. Apa kesan yang bakal terjadi selepas ini?
Pisau mengingkatkan kepada kesemua parti politik tanpa mengira apa ideologi anda,DAP sedang melakukan rompakan besar besaran.Proses menswastakan PDC sedang berjalan.Talibarut DAP Zainun Abdul Rahman ketua unit undang undang PDC begitu kerap naik turun ke Putrajaya berurusan dengan Kementerian Kewangan(MOF) atas arahan Iskandar Basha ,sekarang ini Zainun sedang melakukan proses mengeluarkan PDC daripada GLC negeri.
Jika proses ini berjalan lancar tanpa sebarang halangan,maka selepas ini kita bolehlah mengelar Lim Guan Eng multi billionaire of the year dan DAP pula adalah parti paling kaya dinegara ini atas hasil sokongan anda sebagai pengundi.
PAS sibuk dengan pelbagai himpunan taat setia kepada DAP,manakala DAP pula sibuk merompak disiang hari tanpa perlu mengutip derma.Siapa pandai siapa yang bodoh?
Pisau kata " Baskaran a/l Kunjomboo (KETUA MANAGEMENT SERVICE PDC) you are next! "
Setelah puas menghina bangsa melayu,sekarang terhegeh dengan janji baru..bukankah PAS kata perjuangkan hak melayu adalah rasis dan asoibiah.
Sejak PAS dan DAP tidur sebantal dengan diwalikan oleh PKR, watak, sikap, prinsip dan dasar parti Islam itu semakin menyamai parti cauvinis Cina tersebut.
Sedang DAP bijak mengatur langkah dan strategi untuk menawan hati orang Melayu, PAS pula bertindak sebaliknya.
Umpamanya DAP menggula-gulakan orang Melayu kononnya parti itulah pejuang yang ikhlas terhadap agenda Melayu di Pulau Pinang.
DAP merasuah orang Melayu dengan memberi peruntukan lebih tinggi kepada majlis agama negeri dan projek-projek kecil sementara projek pembangunan yang besar dan bernilai tinggi pula isapu oleh pemimpin dan kroni DAP berbangsa Cina.
Melihat kepada betapa baiknya sikap DAP kepada orang Melayu di Pulau Pinang, PAS pun termakan dengan umpan tersebut dan terus memuji-muji dan menyanjung parti yang pernah dilabelnya sebagai kafir harbi dan pengkhianat Melayu.
Setelah menjadi tiga serangkai dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat, semua yang pernah dilabelkan haram dan jijik oleh PAS kepada parti rasis Cina itu menjadi halal, bersih dan bebas dari dosa.
Malah PAS pula kini menjadi pembela terbesar DAP dan mempertahankan tindak tanduk serta dasar parti itu.
Tidak cukup dengan itu PAS sanggup menukar dasar dan perjuangannya menuntut sebuah negara Islam kepada yang satu konsep yang lebih lunak dan tidak merbahaya kepada DAP iaitu 'negara berkebajikan'.
Semua ini dilakukan untuk menjaga hati rakankongsi baru PAS dalam politik tetapi yang menyedihkan parti itu membelakangkan agenda Melayu yang kononnya selamanya ini dipertahankan.
Kenyataan biadap Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Nizar Jamaluddin berhubung isu pembelian plat WWW 1 oleh Sultan Johor menjadi bukti jelas.
Nizar dengan celupar mempertikaikan tindakan Tuanku dalam isu itu tanpa memperdulikan samada perbuatannya itu boleh mencemar dan memalukan institusi raja yang selama ini menjadi payung pelindung kepada bangsa Melayu sejak berzaman.
Apa yang disebut oleh Nizar dalam twitternya senada dengan sikap anti-Melayu dan raja yang ditunjukkan oleh DAP.
Lupakah orang Melayu Perak khususnya akan episod 'sembah derhaka' Nizar kepada Sultan Azlan Shah apabila enggan meletak jawatan apabila dititah berbuat demikian pada awal 2009?
Menurut sumber dalaman PAS Perak sendiri, keceluparan Nizar dan sikap anti-raja yang ditunjukkan beliau dalam isu kejatuhan kerajaan negeri Pakatan Rakyat dan insiden terbaru membabitkan Sultan Johor adalah kerana beliau mempunyai pertalian darah dengan dua pemimpin DAP Perak iaitu Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham dan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming.
Ngeh dan Nga adalah sepupu sementara Nizar pula menjadi sepupu kepada kedua-duanya dari sebelah ibunya yang berbangsa Cina.
Jadi bak kata pepatah Melayu, ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi; sikap menentang institusi raja yang dizahirkan oleh Nizar telah sediada mengalir dalam tubuh badannya secara semulajadi.
Maka tidak hairanlah setiap kali Nizar mengadakan sidang akhbar semasa menjawat Menteri Besar Perak dahulu, beliau akan diapit oleh Ngeh dan Nga.
Setiap kalimat dari mulu Nizar akan dikawal ketat oleh kedua-dua pemimpin DAP itu dan tidak boleh dilafazkan tanpa persetujuan mereka.
Malah amat jelas pada mana-mana sidang media, Nizar akan menoleh kepada Ngeh dan Nga terlebih dahulu sebelum menjawab soalan yang diajukan oleh wartawan terutamanya soalan yang berkaitan dengan dasar Melayu.
Pernah Nizar dilihat bertindak secara spontan seperti robot dengan menoleh kepada Ngeh dan Nga untuk mendapat ilham apakah jawapan paling selamat dan sesuai apabila ditanya mengenai isu pemberian tanah pajakan selama 999 tahun kepada penduduk Cina.
Ini hanyalah sekelumit daripada rentetan insiden yang membabitkan pemimpin PAS dengan institusi raja.
Sejak bersekongkol dengan DAP, PAS tidak lagi menghormati raja-raja Melayu bahkan selalu menimbulkan kontroversi yang mencemar kemuliaan institusi itu.
Bagi PAS, ia lebih rela menggorbankan agenda Islam dan membelakangkan bangsa Melayu sekiranya ini dapat membantu parti itu membolot kuasa politik, daripada berpisah dengan kekasihnya DAP yang tidak seagama dan tidak juga sebangsa.
Pisau kata " PAS kata perjuangkan hak melayu adalah asoibiah...Nik Aziz pun hina bangsa melayu..sekarang terhegeh mahukan undi dan sokongan melayu..."
Kaum Cina, dikatakan kaum yang praktikal dan bukan emosional dalam menentukan matlamat hidup mereka. Praktikaliti bagi mereka, dinilai dari sudut keuntungan ekonomi dalam jangka masa panjang. Mereka sabar, tekun dan kekal fokus untuk mencapai apa yang diidamkan.
Dalam menentukan kerajaan yang memerintah juga, kaum Cina mengambil sikap yang sama dan bergerak sebagai satu kumpulan bagi memastikan keuntungan maksima kepada kaum mereka.
Barisan Nasional telah menjadi pilihan kaum Cina sejak sekian lama kerana mereka yakin bahawa parti ini mampu menyediakan persekitaran dan lanskap yang sesuai untuk mereka 'berkembang'. Walaupun terdapat puak-puak ekstremis Cina yang cuba menafikan keupayaan BN serta menghasut kaum Cina agar berprasangka, malah membenci BN dengan membangkitkan soal Hak-hak Istimewa Bumiputera tetapi tiada seorang pun manusia di dunia ini yang mampu menolak hakikat bahawa kaum Cina di Malaysia adalah antara yang paling makmur sekali di dunia di bawah pemerintahan BN.
Sekolah-sekolah Cina, dahulunya dibuka sebagai persediaan untuk kaum Cina kembali ke tanahair mereka selepas puas mencari kekayaan di negara ini. Namun, majoriti kaum Cina terus kekal di sini, menjadi warganegara yang setia kerana mereka tahu kerajaan Perikatan ketika itu, dan BN hari ini, akan tetap membela mereka.
Namun begitu, sokongan kaum Cina terhadap BN hari ini dikatakan merosot secara drastik dan apa saja yang dilakukan oleh BN tidak akan mampu lagi untuk memulihkan keadaan ini.
Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna yang mereka menyokong Pakatan Rakyat. Mungkin mereka tersasar sekejap pada tahun 2008 akibat terpedaya dengan janji-janji manis Anwar Ibrahim dan faktor-faktor lain, tetapi seperti yang dikatakan tadi, kaum Cina bukan bertindak berdasarkan emosi, tetapi praktikaliti.
Akhir-akhir ini, Anwar mula dipandang serong oleh kaum Cina apabila beliau membangkitkan idea untuk menghapuskan PTPTN yang mana akan merugikan para pelajar, termasuk anak-anak bangsa Cina yang majoritinya memilih pusat pengajian tinggi swasta yang jauh lebih mahal harganya.
Kemudian, Anwar sekali lagi menggusarkan kaum Cina apabila bertindak 'mengambil alih' perhimpunan BERSIH 3.0 dan menonjolkan warna sebenarnya sebagai seorang pemberontak yang ingin membuat huru-hara. Sudah tentu kaum Cina tidak inginkan huru-hara kerana ia akan bermakna kerugian bagi perniagaan mereka.
Maka, dua insiden ini menjadi titik penting untuk kaum Cina kembali mengimbas sejarah lama dalam menjustifikasi undi mereka dalam pilihanraya kali ini. Ternyata sejarah tidak pernah berbohong dan sejarah telah memaparkan siapa Anwar yang sebenarnya. Setelah membaca sejarah Anwar ramai anak-anak muda Cina kembali berpijak di bumi nyata dari terus bermimpi diperintah oleh Pakatan Rakyat yang kononnya bakal memberi mereka kesamarataan total bagi membolehkan mereka berkembang ke tahap maksima dan menelan kaum-kaum lain di Malaysia.
Anwar Ibrahim adalah manusia dengan begitu banyak personaliti jika tidak, takkanlah beliau digelar 'sesumpah' oleh wartawan barat. Mengikut pendedahan buku The 'I' Files, pada satu masa, Anwar adalah seorang Muslim fanatik yang mengimpikan negara Islam 'sempurna' ala Iran, berkiblatkan Saudi, berfahaman Wahhabi dan tiada tolak ansur dalam menangani kemungkaran. Bagi Anwar, kaum Cina dan barat semuanya adalah ancaman kepada Islam. Sehinggakan, kata penulis buku tersebut, Hasan Ali juga tidak dapat menyaingi 'mimpi' Anwar pada waktu itu!
Pendedahan ini boleh dibuktikan dengan sikap dan tindakan yang diambil oleh Anwar ketika menjadi Menteri Pendidikan pada tahun 1986-1990. Beliau mula melantik Guru Besar yang tiada latarbelakang pendidikan Cina di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina. Anwar juga tidak pernah membela sekolah Cina malah beliaulah yang begitu giat membawa semangat nasionalis sepertimana Indonesia di mana identiti kaum-kaum lain dihapuskan sama sekali bagi membentuk sebuah bangsa yang bersatu padu. Hanya pada tahun 1996, kerajaan BN telah meminda Akta Pendidikan 1961 seksyen 21 (2) untuk menarik balik kuasa Menteri Pendidikan menukar kedudukan sekolah Cina kepada sekolah kebangsaan selepas bantahan DAP dan Dong Jiao Zong.
Selain pendirian Anwar mengenai kedudukan kaum Cina di Malaysia yang sukar dijangka kerana asyik berubah-ubah mengikut keadaan politik semasa dan kepentingan peribadinya, Anwar juga dikhuatiri oleh kaum Cina sebagai tidak mempunyai kelayakan dan kebolehan untuk mentadbir ekonomi.
Ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan, dan kebetulannya pada tahun-tahun akhir sebelum dipecat iaitu 1997/98, negara telah mengalami serangan ekonomi yang buruk. Kebolehan Anwar sebagai Menteri Kewangan telah teruji dan ternyata Anwar gagal sama sekali.
Dalam kebuntuan, Anwar telah mengambil keputusan yang mudah tetapi salah, iaitu menurut sahaja telunjuk IMF. Kadar faedah pinjaman dinaikkan secara drastik menyebabkan perniagaan tidak mampu membayar pinjaman dan bank-bank pula terbeban dengan 'Non-Performing-Loan' (NPL). Akibatnya, ekonomi Malaysia hampir lumpuh sepenuhnya apabila perniagaan ditutup, bank-bank pula mengalami kerugian dan pengangguran meningkat sehingga menyekat kadar dayabeli rakyat.
Malaysia bertuah kerana diselamatkan oleh kebijaksanaan Perdana Menteri ketika itu, iaitu Y.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berani mengambil langkah tidak popular dan menelan segala kritikan demi menyelamatkan negara yang hampir bankrap. Tindakan ini menyebabkan BN berjaya memenangi PRU 1999 apabila kaum Cina menaruh keyakinan dan kepercayaan kepada kepimpinan Barisan Nasional sekali gus menjauhkan mereka dari pembangkang pada ketika itu, Barisan Alternatif yang diterajui oleh Anwar Ibrahim.
Justeru, kita percaya kaum Cina cukup bijak untuk belajar dari sejarah dan tidak mudah terpengaruh oleh emosi yang kurang tenteram akibat dihasut oleh puak ekstremis, chauvinis, rasis dan pentingkan diri sendiri. Selama ini, negara ini berdiri teguh atas kerjasama semua kaum. Dan kerjasama ini menjadi teguh kerana wujudnya perlembagaan yang mengambil kira keadilan mengikut struktur ekonomi dan sosial kaum-kaum di Malaysia dan bukannya kesamarataan secara buta tuli.
Formula di dalam perlembagaan inilah yang menjadi kunci keamanan, keteguhan dan kemakmuran negara ini. Maka semua kaum wajar terus menjulang perlembagaan negara bagi memastikan apa yang dikecapi hari ini akan terus bercambah dan kukuh selama-lamanya.
Di masa yanga sama, kita melihat apa yang dimomokkan oleh Anwar hanyalah ilusi, mimpi dan fantasi seorang manusia yang gila kuasa. Kemungkinan besar Anwar sendiri tidak tahu apa yang diperkatakan dan dijanjikannya kerana kemungkinan besar Anwar sendiri tidak kenal lagi siapa dirinya iaitu sama ada beliau seorang fanatik, ektremis, liberal ataupun plural.
Oleh itu, jalan terbaik bagi rakyat ialah memilih kepimpinan BN yang 'moderate' dan kekal konsisten dengan prinsip dan pendirian ini.
You are subscribed to email updates from PISAU.NET To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.