PEJUANG BANGSA Posted: 11 Nov 2014 11:55 AM PST HANYA DI P.PINANG .. RUMAH MAMPU TEMBERANG DIJUAL KERAJAAN DAP Posted: 11 Nov 2014 06:00 AM PST
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Penduduk (JPP) Bandar Tasek Mutiara, Mohd Norhiesam Ismail berkata kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada tahun 2012 tentang bajet untuk membina rumah mampu milik di negeri ini telah terbukti hanya satu temberang politik bagi mengaburi mata rakyat. Jelasnya, ini terbukti apabila Exco Perumahan dan Perancangan Bandar & Desa, Jagdeep Singh Deo dalam ucapannya di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang baru-baru ini mengakui bahawa kerajaan negeri tidak pernah membina rumah Kos Rendah dan Kos Sederhana Rendah sejak 2008. "Kenyataan ini mengiyakan bahawa Kerajaan Negeri tidak pernah berminat untuk membela nasib rakyat di negeri ini. Tahun 2012, Guan Eng buat kenyataan sekurang-kurangnya 18,000 unit rumah mampu milik dijangka dibina oleh pihak kerajaan negeri di bawah Fasa 1 dan 2 Tabung Perumahan Mampu Milik RM500 juta. Perkara ini telahpun dilancarkan pada 17 Februari 2012. "Tapi apa sudah jadi dengan kenyataan ini… Terbukti kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah pimpinan Dap tiada integriti dan seharusnya berasa malu menggunakan slogan kecekapan, akauntabiliti dan ketelusan (CAT). Selama ini janji mereka di dalam manifesto pilihan raya hanya satu penipuan," ujarnya kepada UMNO-Online. Kenyataan Jagdeep itu seakan disokong Guan Eng ekoran kenyataannya yang mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri akan mengalami kerugian berjumlah RM800 juta dalam membina rumah-rumah Mampu Milik. "Kesimpulannya Kerajaan Dap ini penuh dengan penipuan, kaki temberang. Mereka ini tin kosong. Cakap melambung tinggi tetapi tiada apa yang boleh diharapkan. "Rakyat Pulau Pinang berasa kecewa dan berasa sangat tertipu. Tidakkah mereka sedar bahawa rumah adalah keperluan asas masa kini. Atau adakah mereka ingin menjadikan negeri ini negeri elit yang hanya didiami oleh mereka yang kaya. Rakyat yang miskin pula terpaksa membawa diri. "Bagi saya Kerajaan Negeri terlalu kejam dan tidak berhati perut. Mereka sanggup menggadaikan masa hadapan rakyat semata-mata demi kepentingan mereka sendiri," ujarnya lagi. | KANTOI ! BAJET PERBELANJAAN PEJABAT KM COPY PASTE SERLAH KELEMAHAN KERAJAAN DAP !! Posted: 11 Nov 2014 05:02 AM PST
Jumlah stok tanah simpanan milik negeri ini didakwa menurun dengan drastik kepada enam peratus berbanding 18 peratus sebelum DAP memerintah pada 2008. Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid berkata, perkembangan berkenaan sangat membimbangkan dan Ketua Menteri, Lim Guan Eng perlu memberikan penjelasan berhubung perkara itu yang membabitkan kepentingan rakyat.
"Masalah kekurangan stok tanah akan membuka ruang untuk kerajaan negeri melakukan tebus guna tanah," katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.
Dalam pada itu, Jahara turut mempersoalkan peningkatan 213 peratus bagi perbelanjaan mengurus untuk 2015 berbanding 2014 selepas Guan Eng membentangkan bajet negeri, Jumaat lalu.
Katanya, perkara itu menimbulkan persoalan kerana anggaran perbelanjaan Pejabat Ketua Menteri tidak berubah iaitu RM184,980 termasuk bayaran gaji dan upah.
"Difahamkan, ketika ini terdapat kira-kira 60 orang kakitangan di pejabat Ketua Menteri berbanding hanya 15 orang ketika pentadbiran sebelumnya," katanya.
Komen GPB
Jika begini hasil kerja pegawai pejabat Ketua Menteri seramai 60 orang , jelas membuktikan pentadbiran Guan Eng selaku Ketua Menteri gagal & tidak cekap !!
Bajet kerajaan negeri dibentang bukan perkara main-main letak nombor seperti main nombor ekor , ia perlu dibuat dengan teliti . Kalau setakat copy & paste bajet lepas memang amat MEMALUKAN !
Harap Jabatan Audit Negara dapat kenalpasti kelemahan ini kerana mereka telah memberi maklumat salah kepada DUN ketika bentang bajet kerajaan .
| PENJELASAN JPJ VIRAL VIDEO KETUA PENGARAH & OPERASI CERMIN GELAP/ NO PLAT Posted: 11 Nov 2014 04:15 AM PST
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,diharapkan maklum balas oleh admin FB JPJ ini tidak terlewat untuk memberi sedikit pencerahan terhadap video dan kenyataan-kenyataan yang sedang tersebar melalui media sosial terhadap JPJ.Saya akan bawa pembaca ke suatu bentuk persoalan dan jawapan pencerahan terhadap tomahan yang dilemparkan kepada JPJ.1) Apa punca kuasa yang ada pada JPJ?
JPJ merupakan sebuah AGENSI PENGUATKUASA JALAN RAYA DI MALAYSIA. Kuasa yang diberikan kepada agensi JPJ termaktub di bawah AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 yang mana secara umumnya JPJ berkuasa utk menjalankan penguatkuasaan terhadap pemandu, kenderaan dan jalan raya. Sebab itu JPJ tidak boleh mendakwa penjual aksesori cermin gelap dan nombor plat. Namun begitu, walaupun penguatkuasaan tak boleh diambil keatas kedai aksesori tetapi JPJ tidak biarkan sahaja. JPJ telah turun ke kedai2 ni untuk sebarkan garis panduan yang ditetapkan oleh undang-undang.
2) Apa matlamat JPJ sebenarnya?
Saya percaya semua sedia maklum melalui video yang disebarkan. Semua tahu JPJ bermatlamat untuk MENGURANGKAN KADAR KEMALANGAN DAN KEMATIAN DI ATAS JALAN RAYA.
Mungkin perlu saya jelaskan dengan lebih terperinci atau 'rephrase' kenyataan Ketua Pengarah JPJ bahawa, kematian di atas jalan raya merupakan pembunuh nombor 3 di Malaysia. Menurut statistik pada tahun 2013, sebanyak 6,915 kematian dicatatkan. Daripada jumlah tersebut satu kajian telah dibuat dan mendapati sekiranya tiada langkah penguatkuasaan diambil terhadap pengguna jalan raya maka unjuran kes kematian pada tahun 2020 akan mencecah kepada 10,716 kematian.
Melihat kepada jangkaan tersebut JPJ sebagai agensi yang bertanggungjawab perlu lakukan sesuatu. Oleh itu, Ketua Pengarah JPJ dengan penuh iltizam bersama2 dengan anggota JPJ telah tekad untuk memastikan jumlah kadar kematian ini perlu dikurangkan. Penunjuk Prestasi indeks (KPI) telah dijadikan kayu ukur kepada semua warga JPJ untuk mencapai matlamat murni Ketua Pengarah tersebut.
KPI yang telah ditetapkan pada tahun 2020 adalah pengurangan jumlah kadar kematian di jalan raya sebanyak 50%. Makna kata, daripada jumlah unjuran yang dijangka iaitu 10,716 kematian pada tahun 2020, JPJ perlu memastikan kadar kematian tersebut tidak melebihi 50% (atau 5,358 kes kematian).
3) Kenapa tidak KPI jumlah kematian dikurangkan sehingga 100%?
JPJ sentiasa realistik dalam isu penguatkuasaan, kerana perlu diketahui bahawa jumlah kenderaan baharu sentiasa meningkat saban tahun, malah purata hampir 600,000 pemandu baharu bakal didaftarkan setiap tahun. Justeru itu KPI tersebut adalah sesuatu yang rasional seiring dengan matlamat antarabangsa untuk menjadi negera maju pada tahun 2020 nisbah kematian dijalan raya sebanyak 2:10,000 kenderaan.
4) Penguatkuasaan nombor pendaftaran kenderaan (no plat) boleh menyebabkan kemalangan dan kematian ke?
Saya cukup bersetuju bahawa plat no kenderaan tidak langsung menjadi punca kemalangan. Tapi anda semua juga perlu bersetuju bahawa plat no kenderaan merupakan medium KAWALAN KESELAMATAN kepada 7 KESALAHAN UTAMA yang menjadi punca atau penyebab kemalangan dan kematian: -tali pinggang/topi keladar -telepon bimbit -potong garisan berkembar -langgar lampu isyarat -potong garisan -lorong kecemasan -had laju
Langkah PENCEGAHAN/KAWALAN/PENGUATKUASAAN ke atas 7 Kesalahan Utama ini hanya boleh dilaksanakan sekiranya identiti kenderaan (melalui spesifikasi no plat kenderaan yang ditetapkan) dapat dikenal pasti.
Contoh kesalahan had laju tidak dapat dicegah sekiranya no plat 'fancy' digunakan. Contoh lain pula laporan polis yang dilaporkan oleh orang awam untuk kesalahan langgar lari akan menjadi sukar sekiranya pengadu tidak menyatakan no plat kenderaan. (Alasan yang selalu diterima ialah plat no kurang jelas).
5) Penguatkuasaan Lampu HID dan strobe light pula apa kaitannya?
Sebagai pengguna bagi kedua2 item ini anda mungkin anggap ianya sesuatu 'keperluan' (mudah dilihat/ nak nampak cantik) kenderaan anda tapi perlu diingatkan bahawa daripada uji kaji yang dibuat pengguna kedua2 item ini boleh menyilaukan mata pengguna jalan raya yang lain serta kebarangkalian untuk gagal mengawal kenderaan dan terbabas akan berlaku. Mengambil kira faktor untuk memastikan SEMUA PENGGUNA JALAN RAYA SELAMAT, JPJ perlu menguatkuasakan item2 ini.
6) Penguatkuasaan cermin gelap adalah undang-undang lapuk?
Kita semua perlu bersetuju bahawa mentaliti rakyat Malaysia masih di kelas ketiga (lain dengan negara maju yang membenarkan penggunaan cermin gelap). Mengambil kira perkara ini, seperti isu no plat kenderaan, penguatkuasaan cermin gelap juga merupakan medium bagi KAWALAN KESELAMATAN.
Contoh, sekiranya pemandu bagi kenderaan yang menggunakan cermin gelap ini tidak memakai tali pinggang keladar atau menggunakan telepon bimbit semasa memandu, anggota penguatkuasa sukar untuk melaksanakan tindakan pencegahan terhadap kesalahan tersebut sedangkan kesalahan yang dilakukan ini boleh menjadi punca berlakunya kemalangan.
Untuk makluman semua, peraturan penggunaan cermin gelap dibuat adalah berdasarkan kepada input dan pandangan daripada beberapa agensi yang berkepentingan seperti PDRM, MIROS, JKJR, SPAD, MOT, dan beberapa agensi penguatkuasaan yang lain. Mereka terlibat atas alasan membawa matlamat agensi masing2. Masihkah anda ingat kes Noor Suzaily Mukhtar yang dirogol di dalam bas bercermin gelap. Kesemua ini telah diambil kira dalam mencapai satu keputusan yang relevan untuk kesejahteraan bersama.
Kesimpulannya, keselamatan jalan raya sebenarnya isu sejagat yang memerlukan perhatian dan tindakan secara bersepadu oleh kita semua rakyat Malaysia. Selaku agensi yang bertanggungjawab melaksanakan penguatkuasaan di atas jalan raya, kami memohon jasa baik dan kerjasama daripada semua untuk kita bersatu padu dalam menangani isu kemalangan dan kematian di atas jalan raya.
Diharapkan penjelasan ini dapat memberi sedikit sebanyak perkongsian untuk semua. | ADUN DAP SENDIRI TAK PERCAYA GUAN ENG,MAHU TEMPOH JAWATAN CM HANYA 2 PENGGAL @dzainalabidin Posted: 10 Nov 2014 05:46 PM PST
Akhirnya orang CINA DAP Penang pun dah tak percaya kepada bos mereka Lim Guan Eng . Seorang Adun DAP mencadangkan tempoh jawatan CM dihadkan dua penggal sahaja .
Ini kerana setelah 6 tahun memerintah , mereka melihat anak Kit Siang ini gagal memerintah negeri ini dengan baik & membela rakyat seperti mana dilaungkan ketika kempen pilihanraya .
Isu penduduk kampung tradisi dirobohkan tidak mendapat pembelaan , bajet dibentang defisit 4 tahun berturut-turut , kadar sewa pasar dinaikkan , pembinaan rumah mampu milik /kos rendah tak dibina telah membuka mata akan kemampuan Guan Eng mentadbir negeri ini .
Mungkin orang Cina Penang seperti Teh Yee Cheu mahu sudah sampai masanya jawatan Ketua Menteri dikembalikan kepada anak tempatan P.Pinang seperti mana ketika ditadbir BN iaitu Koh Tsu Koon . Lim Chong Eu &, Wong Pow Nee .
Sin Chew Daily, 11.11.2014, halaman 11, TEH Yee Cheu - ADUN DAP Tanjung bungah semalam mengusulkan supaya tempoh jawatan Ketua Menteri yang ketika ini disandang oleh Lim Guan Eng dihadkan kepada dua penggal sahaja. Beliau berkata sekiranya perkara itu diterima, ia akan membuka ruang kepada pemimpin lain yang berkebolehan untuk tampil ke hadapan dan memperjuangkan konsep demokrasi yang sebenar. Cadangan itu kemudian mendapat sokongan Ketua Pembangkang , Datuk Jahara Hamid dan Yap Soo Huey (DAP- Pulau Tikus). Bagaimanapun, ADUN Air Hitam, Wong Hon Wai yang juga Setiausaha Politik Guan Eng membantah usul berkenaan sambil menyifatkan ia tidak ada kaitan. | |
Tugu Bangsa Tembok Negara Posted: 11 Nov 2014 08:15 AM PST |
Dd i n b u n g a Posted: 11 Nov 2014 07:15 AM PST PERGORBANAN SEORANG IBU Posted: 10 Nov 2014 07:42 PM PST
KENANGAN SEBEGINI MUNCUL KEMBALI DI FIKIRAN SAYA, SAYA PERNAH MENGALAMI PERISTIWA PAHIT BEGINI KETIKA SAYA BERUMUR 8 TAHUN PADA TAHUN 1978.
LEBIHKURANG JAM 6.30 PETANG IBU SAYA MEMBAWA SAYA UNTUK KERUMAH IBU SAUDARA SAYA YANG MENGADAKAN KENDURI DOA SELAMAT, KETIKA ITU IBU SAYA MEMEGANG TANGAN SAYA UNTUK MELINTAS JALAN, APABILA IBU SAYA MULA MELANGKAH SEBUAH MOTOSIKAL 50CC HONDA MELALUI JALAN TERSEBUT, IBU SAYA MENOLAK SAYA KE TEPI JALAN MANAKALA BELIAU TERLEPAS DAN BERDIRI DI GARISAN PUTIH TENGAH JALAN MANAKALA SAYA DI TEPI JALAN.
MALANG TIDAK BERBAU, BUKAN MOTOSIKAL YANG MELANGGAR IBU SAYA, KETIKA IBU SAYA BERDIRI DI GARISAN TENGAH JALANRAYA 2 BUAH KERETA DARI ARAH KIRI JENIS MORRIS SEBUAH TEKSI DAN DARI AR5AH KANAN SEBUAH ALFA ROMEO YANG MABUK PEMANDUNYA MELANGGAR IBU SAYA, KETIKA ITU SAYA HANYA MELIHAT DAN TIDAK MENANGIS, MUNGKIN KETIKA ITU SAYA TIDAK TAHU APA - APA.
IBU SAYA ALLAHYARHAMAH SAUDAH BINTI ISMAIL MELAMBUNG JAUH LEBIHKURANG 1 KILOMETER DAN MENINGGAL DUNIA DI HOSPITAL KEESOKKAN HARINYA.
KEPADA KELUARGA ALLAHYAHAMAH INI SAYA DOAKAN TABAH MENGHADAPI DUGAAN ALLAH SWT DAN PELIHARA LAH ANAK KECIL INI SEBAIK - BAIKNYA YANG BERKEMUNGKINAN KETIKA ITU TIDAK TAHU ERTI KEMATIAN DAN PERNGORBANAN SEORANG IBU, SEPERTI YANG SAYA ALAMI KETIKA ITU, APABILA SUDAH UMUR BALIGH BARU SAYA TAHU AKAN ERTI PENGORBANAN SEORANG IBU TERHADAP ANAK NYA.
KEPADA PENUNGGANG DAN PEMANDU MOTOSIKAL DAN KERETA BERHATI - HATI LAH JANGAN JADI PEMBUNUH KEPADA INSAN YANG TIDAK BERDOSA.
ALFATIHAH UNTUK IBU KU TERSAYANG ALLAHYARHAMAH SAUDAH BINTI ISMAIL SEMOGA ROHNYA MENDAPATI KEREDHAAN ALLAH SWT DAN DITEMPATKAN DI SYURGA FIDAUSI MU BERSAMA ORANG YANG SOLEHAH DAN BERSAMA PARA SYUHADA.
ALFATIHAH KEPADA ALLAHYARHAMAH DAYANG SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT DAN DITEMPATKAN BERSAMA ORANG YANG SALEHAH. | |
bumiyang Posted: 11 Nov 2014 03:44 AM PST |
tunku Posted: 11 Nov 2014 03:37 AM PST Dr Mahathir: Some born uncertain of gender Posted: 10 Nov 2014 11:20 PM PST Tun Dr Mahathir Mohamad has reminded that some people are born not being certain of their gender. Some looked like men but were actually women and vice-versa, he said. "Their feelings are also different from their looks," he said at a press conference during the Kuala Lumpur Summit 2014 here Tuesday. Dr Mahathir, who was asked to comment whether the Syariah and civil court judges should sit together to hear the cross dressing case, said it would be great to have such a relationship but they should also consider the situations mentioned above and it was also up to the Government to think about it. Last Friday, the Court of Appeal declared that the Negri Sembilan Islamic religious enactment barring cross-dressing contravened the Federal Constitution. Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus, who led a three-judge panel, delivered the judgement after allowing an appeal by three transgenders who worked as (beauticians), setting aside a decision by the High Court in Seremban that rejected their judicial review application to challenge the Syariah law. On Monday, the Negri Sembilan Mentri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan said the state government would file an appeal to the Federal Court in the next few days. Dr Mahathir also pointed that dressing was a contemporary issue. "We say a certain clothing is men's clothing but men and women are also wearing jeans. "Jeans is for men or women? This is a contemporary issue because in the past it was not a problem because men and women dressed differently but now things have changed," he said. | Women of Excellence Awards 2014 to aspire next generation Posted: 10 Nov 2014 07:02 PM PST The achievement of Malaysian women needs to be celebrated so that it will inspire the next generation of women to strive for greater heights of success. This is the resounding theme for the inaugural Women of Excellence Awards 2014, held to honour the nation's women who have met with great success in their respective fields. AirAsia Bhd chief executive officer Aireen Omar , one of the nominees for the Awards, told The Star that the recognition given to the nation's women through the awards helps women to become aware that their contributions to the country do not go unnoticed. "It helps in the sense that it promotes awareness to women in the society that the society do recognise their contributions and it will be an encouragement for them to ensure that they (continue to) do the best that they can," said Aireen Monday. Co-founder and group strategist of Centuries Group, Mi-Ki Choong echoed Aireen's sentiment that the Awards serve as a motivation for both recipients and other women to strive for greater success. "(It gives a message) that it is important to have goals and dreams in your life to pursue it," said Choong. Co-founder of The Actors Studio Datuk Faridah Merican, another nominee of the Awards, said that she is moved to have been nominated as achievement in performing arts is not given as much attention in the country as other fields of achievement. Faridah however said that the women are well represented in the field of performing arts in the country. "Women are doing well in the arts (in Malaysia) and we do not feel as though men are putting us under their thumbs," she explained. Federal Territories Minister Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor recognised the struggle that women worldwide are still facing in the road to success, including battling stereotypes ingrained in many cultures, his opening speech at the Awards. "Women (need to) fight every single day to break this undeserved mentality and challenge people to accept their capabilities," he said, adding that the Government must improve on women's representation in society, especially in the labour force. Other recipients of the Awards include Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali and Datuk Siti Nurhaliza Tarudin. | |
The Antics of Husin Lempoyang Posted: 11 Nov 2014 03:26 AM PST Senang lawan orang Islam di Malaysia Posted: 10 Nov 2014 05:31 PM PST Kalau di Iraq dan Afghanistan, Amerika kene pakai bom dan helikopter Apache bagi memerangi Umat Islam di sana. Di Palestin pula, Amerika hantar drone dan kereta kebal serta roket2 ke Gaza utk lawan Umat Islam di sana... Tetapi di Malaysia .... Amerika hantar anjing dan pondan saja mereka boleh rosak dan kecuhkan masyarakat. sini. Lawan anjing dan pondan pun tak tentu menang sebab umat Islam tak bersatu hati ... Wow! Padan Anwar senang jual orang Malaysia | |
Taipingmali (tm) Posted: 11 Nov 2014 01:29 AM PST KENYATAAN AKHBAR PERSATUAN PEGUAM PEGUAM MUSLIM MALAYSIA (PPMM) Posted: 10 Nov 2014 04:23 PM PST
Berkaitan Penghakiman Mahkamah Rayuan yang memutuskan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 tidak berperlembagaan)
PPMM berasa amat terkejut dengan keputusan sebulat suara Mahkamah Rayuan pada 7 November 2014 yang memutuskan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah ( Negeri Sembilan) 1992 adalah tidak berperlembagaan kerana mendiskriminasi golongan minoriti. Keputusan tersebut dibuat setelah tiga orang lelaki Islam merayu kepada Mahkamah Rayuan apabila Mahkamah Tinggi menolak permohonan mereka mengisytiharkan sekyen tersebut tidak berperlembagaan. Ketiga-tiga lelaki Islam berkenaan telah dituduh di Mahkamah Syariah Negeri Sembilan di bawah seksyen 66 tersebut kerana memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di tempat awam.
Seksyen tersebut berbunyi seperti berikut:
"Seksyen 66. Lelaki berlagak seperti perempuan.
Mana-mana orang lelaki yang memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya."
Sehingga siaran akhbar ini ditulis PPMM masih lagi belum mendapat salinan penghakiman yang diputuskan pada 7 November 2014 itu. PPMM juga tidak mendapat makluman berkaitan dengan hujahan-hujahan yang telah dikemukakan oleh kedua belah pihak semasa prosiding rayuan berjalan. Pada kebiasaan hakim-hakim akan membuat keputusan berdasarkan persoalan yang dihujahkan di hadapan mahkamah.
Oleh yang demikian siaran akhbar ini dibuat berdasarkan laporan-laporan yang dibuat di akhbar-akhbar dan media alternatif sahaja dan menyentuh aspek keabsahan dan kesan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan tersebut.
Di dalam kes Sulaiman Takrib v Majlis Agama Islam Trengganu, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa Dewan Undangan Negeri mempunyai kuasa legislatif untuk membuat apa-apa kesalahan dan hukuman yang melanggar perintah agama Islam. Perintah agama Islam termasuklah juga isu-isu berkaitan akhlak atau moral bagi orang Islam seperti di dalam Seksyen 66 tersebut. Di dalam kes tersebut Mahkamah Persekutuan memutuskan makna 'precepts of Islam' bukan sekadar rukun Islam tetapi apa-apa perintah agama Islam. Menjaga akhlak adalah sebahagian dari perintah agama Islam dan lelaki berpakaian wanita adalah diharamkan di dalam Islam.
Manakala di dalam kes Titular Roman Catholic Archibishop of Kuala Lumpur v Menteri Dalam Negeri dan 8 yang lain pula, Mahkamah Persekutuan memutuskan antara lain kebenaran dari Mahkamah Persekutuan perlu diperolehi terlebih dahulu di dalam sesuatu prosiding yang mencabar keperlembagaan sesuatu undang-undang.
Berdasarkan dua penghakiman Mahkamah Persekutuan di atas, PPMM berpandangan Mahkamah Rayuan telah khilaf di dalam penghakiman semalam. Malah ia juga tidak sejajar dengan beberapa peruntukan Perlembagaan Persekutuan seperti Perkara 3 yang meletakkan Islam bukan sekadar agama rasmi tetapi agama bagi Persekutuan seperti yang diputuskan di dalam kes-kes Lina Joy melawan Majlis Agama Islam Wilayah Persecution (Mahkamah Persekutuan) dan Meor Atiqurrahman melawan Fatimah Sihi (Mahkamah Tinggi). Begitu juga obligasi berperlembagaan Yang Di Pertuan Agong di dalam Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan di mana YDPA bersumpah memelihara Islam pada setiap masa. Sebagai Ketua Eksekutif sebenar Negara (Perkara 39) sumpah YDPA tersebut menjadi suatu obligasi kepada semua cabang pentadbiran dan kehakiman negara untuk dipenuhi.
Isu diskriminasi kepada golongan minoriti tidak seharusnya timbul kerana kebebasan fundamental (fundamental liberties) seperti yang dinyatakan di dalam Perlembagaan Persekutuan bukanlah suatu yang tiada batasannya. Hak tersebut tidak bersifat mutlak dan ia perlu dibaca bersama-sama dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang lain. Perlembagaan Persekutuan mesti dibaca secara bersesama bukan diasing-asingkan antara satu sama lain (harmonious interpretation). Mentafsirkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan secara berasingan akan hanya membawa implikasi percanggahan peruntukan Perlembagaan Persekutuan sesama sendiri.
Keputusan Mahkamah Rayuan tersebut juga gagal mengambilkira norma masyarakat Melayu Islam (grundnorm of the society) yang merupakan teras kepada jatidiri kebangsaan. Islam dan Melayu merupakan sebahagian daripada struktur asas (basic structures) yang membentuk Perlembagaan Persekutuan. Memusnahkan strucktur asas ini akan mengakibatkan jatidiri dan kerangka Perlembagaan Persekutuan itu sendiri terpecah.
Walau apapun penghakiman semalam adalah penghakiman yang sah oleh sebuah mahkamah yang kompeten. Ia perlu dihormati sehingga ada keputusan sebaliknya.
PPMM menyeru Kerajaan Negeri Sembilan dan pihak-pihak yang dinamakan di dalam prosiding tersebut memohon kebenaran merayu dalam tempoh yang ditetapkan. PPMM juga mendesak sementara menunggu permohonan kebenaran merayu diputuskan Kerajaan Negeri Sembilan memohon penggantungan perintah yang dikeluarkan itu. PPMM juga menyeru Kerajaan Persekutuan yang merupakan "amicus curae" di dalam prosiding tersebut bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Sembilan di dalam rayuan tersebut.
PPMM selanjutnya menyeru semua Majlis-Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (MAINS) di seluruh Malaysia supaya memohon kebenaran mencelah di dalam prosiding rayuan kelak. Ini adalah disebabkan Majlis-Majlis Agama Islam adalah penasihat utama dalam hal ehwal agama Islam kepada Sultan/ Raja/ Yamtuan negeri masing-masing dan YDPA bagi negeri yang tidak mempunyai Raja. Keputusan ini juga memberi kesan kepada undang-undang yang sama yang ada di negeri-negeri lain. MAINS mempunyai kepentingan undang-undang yang jelas di dalam prosiding ini kerana ia juga akan memberi kesan kepada undang-undang di negeri berkenaan.
PPMM bersedia memberi taklimat, khidmat dan pandangan kepada MAINS khasnya dan semua Majlis Agama Islam amnya dalam perkara ini.
PPMM juga menyeru kepada semua umat Islam di Malaysia supaya bertenang bagi membolehkan proses undang-undang berjalan sewajarnya.
Dato' Haji Zainul Rijal Abu Bakar Presiden Persatuan Peguam Peguam[truncated by WhatsApp] | |
The Unspinners Posted: 10 Nov 2014 11:37 PM PST Guan Eng diversion in failed Wet World Wild project Posted: 10 Nov 2014 10:30 PM PST Prove media reports on project false, Lim toldAthi Shankar | November 3, 2014 Penang BN chairman says chief minister should stop twisting facts and diverting the issue on water park venture. GEORGE TOWN: The onus is on Chief Minister Lim Guan Eng to prove that state government agency Penang Global Tourism (PGT) was not involved in the botched Wet World Wild (WWW) Adventure Park project, state Barisan Nasional chairman Teng Chang Yeow said today. Teng, who is also state Gerakan chairman, said Lim should prove that all the media reports and video recordings revealing that WWW was a brainchild of Theme Park Concepts & Services Sdn Bhd (TPCS) and PGT were fake and fabricated. Lim had earlier challenged Teng to either quit as state BN chairman or prove that PGT was involved in the disastrous WWW venture. Teng told Lim to stop twisting facts and diverting issues and instead uphold his principles of competency, accountability and transparency (CAT). "The state government has failed its own CAT test over the WWW fiasco," Teng told reporters at the Penang Gerakan office here today. Teng produced media reports and video clippings today to prove that the chief minister had announced that WWW was the brainchild of PGT and TPCS. "The chief minister is now diverting the issue by challenging me to resign as state BN chief if I could not prove the involvement of the state government," he said. Teng is skeptical over the state government and PGT's repeated answers that there were no losses incurred in WWW project. "I did not ask for profit and loss account of the project. I only asked whether any allocation was spent," he added. WWW was closed early October, 10 months after its opening by Lim last Christmas, after strong waves damaged the park's equipment. FMT | Blame game to hide incompetence in handling falling FDI Posted: 10 Nov 2014 06:30 PM PST Falling FDIs: Penang CM must pull up his socksOctober 16, 2014 Instead of playing the blame game, Lim Guan Eng must take quick action and be a bold leader. COMMENT By Calvin SankaranI was both surprised and disappointed to read the very serious accusation by Chief Minister (CM) Lim Guan Eng that the Federal government is sabotaging foreign direct investment (FDI) coming into Penang. Lim alleged there was a big drop in the recommendations and introductions by the Malaysian Investment Development Authority (MIDA) from 14 in 2013 to just 2 in 2014. As such I applaud the quick response by Mustapa Mohamed in firmly refuting the charge by providing detailed statistics and explanations. I would like to provide further observations on this particular allegation as well as other misleading statements made by Lim. As the Chief Executive of one of the most developed states in Malaysia, Lim needs to be careful when issuing statements and making allegations as these can backfire. He must realise his statements are being read by many top business leaders and government officials regionally and around the world. Such outbursts might be misconstrued as proof of a poor relationship between the state and Federal governments, which could create negative perceptions about the investment climate in Penang. Under Lim's watch, Penang has been rapidly losing its lustre as a top high-tech investment destination. I have been in the high-tech industry for close to three decades and I can see it for myself.The statistics reflect Penang's downward trendIn 2012, Penang suffered a shocking 72% drop in investment – dropping to No. 6 from the No. 1 spot among other Malaysian states. Lim claimed then that this was an aberration due to a slowdown in global FDI and economic growth. Penang again performed miserably in 2013 even though Malaysia as a whole received record high investments. We see no improvement in 2014 either. Still at No 6, Penang lags far behind other key states. Investment decisions take time – up to four years. As such, many big investment wins by the former BN government were only realised in 2010 and 2011. At that time, Lim was quick to claim credit for the achievements despite playing no part in it, boasting that these were proof of the superiority of the policies and capabilities of his administration. From denials to blame gamesHowever when the investments started to plunge, the state government resorted first to denials and then to the blame game. It is not difficult to understand why Penang has lost its mojo. First, there has been an increase in retrenchments, scaling down of operations and even plant closures. Despite the CM's statement that Penang is experiencing a shortage of workers, in reality these jobs are mostly low-paying and low-value added positions that don't interest Malaysians. Secondly, Penang is no longer the magnet that attracts top-tier high-tech companies. The fact that its top five investments in 2013 featured two juice and candy factories illustrates this point rather painfully. Thirdly, high-paying technical and management jobs have completely dried up leading to many high-calibre senior professionals and fresh graduates moving to other destinations such as Kedah, KL, Johor and even Singapore. Read on in FMT HERE
| ADUN Tg Bungah bikin Betty sedih Posted: 10 Nov 2014 04:30 PM PST Sedih jika dia bukan lagi first lady Pulau Pinang .... PULAU PINANG 10 Nov. - Wakil rakyat DAP, Teh Yee Cheu hari ini mengusulkan supaya tempoh jawatan Ketua Menteri yang ketika ini disandang oleh Lim Guan Eng dihadkan kepada dua penggal sahaja. Yee Cheu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Bunga berkata, sekiranya perkara itu diterima, ia akan membuka ruang kepada pemimpin lain yang berkebolehan untuk tampil ke hadapan dan memperjuangkan konsep demokrasi yang sebenar. Cadangan itu kemudian mendapat sokongan Ketua Pembangkang , Datuk Jahara Hamid dan Yap Soo Huey (DAP- Pulau Tikus). Bagaimanapun, ADUN Air Hitam, Wong Hon Wai yang juga Setiausaha Politik Guan Eng membantah usul berkenaan sambil menyifatkan ia tidak ada kaitan. Diterima dari Whats App | DAP bakal di KEJUTKAN dari IMPIAN? Posted: 10 Nov 2014 07:28 AM PST Ketika DAP sedang melakukan projek Impan Sarawak yang hanya experiment di beberapa kawasan untuk mendapatkan sebagai pancing untuk dapatkan undi dari kawasan pendalaman, tapi dipropagandakan satu usaha besar-besaran, timbul pula berita berikut: Kejutan Menanti Pembangkang Pada P/Raya Negeri Akan Datang – Adenan SatemKUCHING, 9 Nov — Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang menjadi tunjang Barisan Nasional (BN) di Sarawak, telah menyediakan beberapa kejutan untuk pembangkang pada pilihan raya negeri ke-11. Presiden PBB, Tan Sri Adenan Satem, yang juga Ketua Menteri, berkata pilihan raya negeri boleh diadakan pada bila-bila masa dari sekarang sehingga Jun 2016 apabila tempoh penggal Dewan Undangan Negeri berakhir. "Kami mempunyai beberapa kejutan untuk pembangyang yang kami tidak akan mendedahkannya sekarang," kata beliau pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi PBB di sini hari ini. Ketika ditanya sama ada penampilan beberapa muka baharu pada pilihan raya akan menjadi sebahagian daripada kejutan, beliau menjawab: "Kejutan ialah kejutan. Saya tidak boleh mengumumkan sekarang". Pada masa ini, PBB menguasai 35 daripada 71 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak yang dimenangi pada pilihan raya negeri lepas pada 2011. - UMNO Online --------------- P/S SUPP, PRS dan SPDP patut bersama dalam membuat kejutan terutama ketika Teras dan UPP telah mengejutkan. | DAP's arrogant claim as consistent and ready to do it alone for GE14 Posted: 10 Nov 2014 04:24 AM PST DAP tells Pakatan allies to be consistent, says willing to leave coalitionPublished: 2 November 2014 Guan Eng wants DAP's Pakatan Rakyat partners, especially PAS, to be more consistent over issues that the opposition pact has agreed on. - The Malaysian Insider pic, November 2, 2014.Guan Eng wants DAP's Pakatan Rakyat partners, especially PAS, to be more consistent over issues that the opposition pact has agreed on. - The Malaysian Insider pic, November 2, 2014.In a sign that all is still not well between DAP and its Pakatan Rakyat partner PAS, Lim Guan Eng today took a swipe at the Islamist party for failing to adhere to set decisions. "We want to see a commitment that any agreement achieved will be carried out. Don't make a decision today and the next day it is overruled by the president. "If even the president can reject the central committee, we do not know how to deal with this party," the DAP secretary-general was quoted as saying by KiniTV at the Kuala Lumpur DAP convention today, adding that DAP is "not afraid to go on our own if needed". Although he did not name any party or individual, it is understood that he was referring to PAS and its president Datuk Seri Abdul Hadi Awang. The Selangor Menteri Besar crisis which dragged on for months opened up differences between PAS and its Pakatan Rakyat partners DAP and PKR. At the height of the crisis, Hadi went against the decision of his party central committee, which had earlier endorsed PKR president Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail as the only candidate for the state MB post. He had submitted several names to the palace, which was contrary to the stand of PKR and DAP which had only put in Dr Wan Azizah's name. Eventually, the palace picked PKR deputy president Mohamed Azmin Ali as the new menteri besar. Lim said today the future of Pakatan does not hinge on the fate of opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim, who is facing jail for allegedly sodomising his former aide. "It does not make any difference whether Anwar is around or not, if there are parties in Pakatan who do not fulfil its commitments or pledges. "What's the point of Anwar being free and is with us if we have a component party that cannot walk the talk, cannot fulfil its promises and hold on to its commitments?" he asked. He said DAP is willing to go it alone if the issues facing Pakatan was not resolved. "DAP is holding on to its principles, which we have fought for since 1966 and we are not afraid to go on our own if needed," he said, adding that Anwar would agree that Pakatan's survival depends on all three allies holding on to their promises and commitment. – November 2, 2014. | |
Dialog Dewasa Kritik Berasa Posted: 10 Nov 2014 11:14 PM PST HADI ENGGAN DUDUK SEBELAH ANWAR Posted: 10 Nov 2014 06:30 PM PST Selepas sudah lama 'tidak bersemuka ', Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akhirnya duduk sekejap sebelah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada Isnin. Hadi sejak kebelakangan ini tidak hadir ke Parlimen begitu juga dengan mesyuarat majlis pimpinan Pakatan Rakyat (PR) sehingga timbul cerita ujud ketidaksefahaman antara Hadi dan Anwar. 'Pertemuan' mereka pada hari ini kerana kebetulan kedudukan kerusi ahli parlimen Marang dan ahli parlimen Permatang Pauh itu sebelah menyebelah. Hadi bagaimanapun tidak tunggu lama di dalam Dewan dan terus beredar selepas berucap kira-kira 12 minit membahaskan Bajet 2015 peringkat jawatankuasa Jabatan Perdana Menteri. Beliau terus keluar sendirian dan enggan menjawab soalan petugas media di luar Dewan. Timbul teka teki sama ada beliau cuba mengelak berada di sebelah Anwar lebih lama di dalam Dewan. Presiden PAS itu hanya memberitahu media bahawa beliau kurang sihat. Pertembungan Hadi dengan Anwar dikatakan wujud sejak krisis jawatan Menteri Besar Selangor. Beliau antara yang mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim supaya kekal sebagai Menteri Besar dan menolak pencalonan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Ketidakhadiran Hadi dalam mesyuarat pimpinan PR turut dikritik Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng. Bagaimanapun, Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali membalasnya dengan mendakwa Ketua Menteri Pulau Pinang itu pun lebih kerap tidak hadir mesyuarat berbading Hadi (Agenda daily) | GUAN ENG LUPA DIRI, ASAL-USUL HANYA DARI MANGKUK GANGSA Posted: 10 Nov 2014 04:05 PM PST
------------------* Diterima pagi ini melalui kotak emel. | USAHA DESAK HJ HADI BERUNDUR SEMAKIN MENJADI - JADI Posted: 10 Nov 2014 01:00 AM PST Facebook pro ulama, El Haraki menyelar usaha sistematik The Malaysian Insider mendesak Datuk Seri Abdul Hadi Awang berundur daripada jawatan Presiden PAS yang disandangnya.
Justeru El Haraki menyifatkan artikel bertajuk "Hadi perlu berundur demi Pakatan dan masalah kesihatannya, kata sumber" yang ditulis oleh Amin Iskandar, Pengarang Berita portal itu sebagai biadap dan kehabisan modal untuk memburuk-burukkan Hadi.
Amin Iskandar dalam laporannya hari ini memetik sumber dalaman PAS yang tidak dinamakan mendedahkan Hadi sedang dipujuk rakan-rakannya agar berundur demi masa depan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR).
Turut dibangkitkan masalah kesihatan Hadi mutakhir ini yang tidak melayakkan beliau untuk terus memimpin parti Islam itu.
Sumber itu memberitahu The Malaysian Insider jika Hadi bersetuju, PAS boleh memperbaiki semula hubungan mereka bersama PKR dan DAP yang semakin keruh disebabkan sikap dingin presiden parti islam sebelum ini.
Hadi tidak menghadiri Mesyuarat Majlis Presiden PR sejak tidak bersetuju dengan tindakan PKR dan DAP untuk menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor pada Ogos lepas.
Menurut pemimpin veteran parti itu, kesihatan Hadi tidak begitu baik sejak mengalami sesak nafas dan dimasukkan ke hospital di Istanbul, Turki pada Mei.
Difahamkan selepas pulang dari Turki, Hadi sukar untuk mengawal kemarahannya dan beberapa insiden memalukan berlaku seperti memarahi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengunjunginya di Terengganu semasa kemelut menteri besar Selangor.
"Presiden banyak berubah selepas masuk hospital di Turki dan seringkali membuat keputusan secara bersendirian. Mungkin sudah sampai masa untuk beliau berundur," kata seorang pemimpin kanan PAS itu.
Selepas mengeluarkan pendirian berbeza berulang kali dengan pemimpin PR, Hadi tidak menghadiri pelancaran Belanjawan 2015 PR dan pembentangan Bajet 2015 di Dewan Rakyat pada 10 Oktober lalu.
Ketidakhadiran Hadi dan keputusan yang dikeluarkannya seringkali bercanggah dengan PR menyebabkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memberi amaran kemungkinan PAS akan meninggalkan gabungan itu sekiranya presidennya terus tidak memberikan komitmen.
Difahamkan, pujukan agar Hadi berundur dilakukan pemimpin veteran yang dihormati presiden PAS itu sendiri.
Sumber berkata, jika rakan lama dalam PAS berjaya memujuknya, Hadi boleh mengambil alih jawatan mursyidul am yang kini disandang Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Selepas meletakkan jawatan sebagai presiden PAS, Hadi tidak perlu lagi menghadiri mesyuarat bersama PR dan parti Islam itu dapat meneruskan kerjasama bersama PKR dan DAP untuk menawan Putrajaya, kata sumber itu.
Sumber berkata, ramai yang mengharapkan Hadi tidak mengumum akan mempertahankan jawatannya dalam pemilihan parti tahun depan.
"Namun halangan kita yang terbesar adalah, kepimpinan dalam PAS ni bukan kepimpinan politik saja atau pertubuhan biasa, tetapi juga kepimpinan jemaah Islam yang tidak ada umur bersara," kata sumber itu merujuk kepada keadaan Nik Aziz yang sedang uzur sekarang ini.
Walaupun terdapat cakap-cakap Hadi akan membawa PAS keluar PR, ahli Parlimen Marang itu mengumumkan pada Ogos parti itu akan tetap bersama gabungan yang ditubuhkan pada 2008 itu.
Jika Hadi bersetuju untuk berundur, masalah baru yang timbul adalah siapakah yang bakal menggantikannya, soal seorang aktivis PAS.
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu popular tetapi tidak disukai golongan konservatif yang turut membenci Anwar.
"Kalau timbalan beliau, Mohamad Sabu, ramai pihak yang tidak akan senang. Nama yang popular adalah Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tetapi beliau tidak berminat untuk memegang jawatan itu," kata aktivis yang sudah bersama parti Islam itu selama lebih 30 tahun.
Bagaimanapun seorang lagi aktivis parti Islam itu yakin Mohamad mampu menggalas jawatan presiden PAS dan memperkukuhkan PR.
"Dalam PAS siapa yang paling dihormati PKR dan DAP? Mat Sabu disenangi Guan Eng dan Anwar.
"Mat Sabu jugalah yang seringkali menggantikan Hadi dalam mesyuarat Pakatan apabila Hadi tidak hadir," katanya.
Tuan Ibrahim yang juga pesuruhjaya PAS Pahang dilihat sebagai ulama yang paling berpengaruh dalam parti Islam itu selepas Hadi dan Nik Aziz ekoran sikap terbukanya dalam menghadapi kepelbagaian.
Selain Tuan Ibrahim dan Mohamad, terdapat juga kempen kecil dimulakan agar seorang lagi naib presiden, Datuk Husam Musa mengambil alih tempat Hadi.
"Namun kalau dia (Hadi) mahu berundur secara sukarela (bukan melalui pertandingan) saya percaya dia akan memilih Tuan Ibrahim sebagai penggantinya," kata sumber itu. | |
ANGIN PERUBAHAN Posted: 10 Nov 2014 09:23 PM PST Sampah Depan Rumah, Malaysiakini Sengaja Sabotaj Azmin? Posted: 10 Nov 2014 07:53 PM PST
Melihat gambar sampah yang dipaparkan oleh Malaysiakini ini menimbulkan beberapa persoalan untuk dianalisa secara bersama.
1) Malaysiakini begitu cepat sekali sampai ke lokasi rumah ibu Azmin untuk mengambil gambar sampah tersebut.
2) Bukan media UMNO / BN yang meletupkan isu sampah depan rumah ibu Azmin ini, tetapi media yang pertama memuat naik ceritanya adalah Malaysiakini.
3) Bukankah Malaysiakini adalah "rakan seteru" Menteri Besar PKR itu di Selangor? Mengapa perlu muat naik dan burukkan cerita sampah di depan rumah ibu MB PKR itu? Tidak kah itu akan memberi kesan politik yang tidak baik pada Azmin?
4) Mengapa Malaysiakini tidak menelefon terus Azmin Ali dan memberitahu bahawa sampah ada di depan rumah ibu Azmin?
5) Wartawan Malaysiakini boleh sahaja mengalihkan timbunan sampah itu dan membuangnya ke dalam tong sampah tanpa perlu mengambil gambar untuk dihebahkan kepada umum.
| Mulut Budak Ini Memang Tiada Insurans Gamaknya Posted: 10 Nov 2014 04:00 AM PST Sepatutnya siasat juga berapa baki akaun bank milik Fahmi Zainol. Ke hulu, ke hilir berceramah pakai duit PTPTN kah atau ada sumber lain? Bila masanya Fahmi Zainol selaku Presiden MPP UM menjaga kebajikan pelajar di UM? Bila masa Fahmi Zainol ke kelas agaknya? | Sila Telefon Azmin, Sampah Depan Rumah Siapakah Ini? Posted: 10 Nov 2014 12:38 AM PST "Kalau kamu nampak ada sampah belum kutip, kamu 'text' saya… Saya mahu Selangor bersih," kata Azmin menerusi Twitter. Tweet yang dimuat naik pada 4 November itu telah menerima 859 'Retweets' dan 256 'Favourites'.
Namun yang anehnya, di hadapan rumah tersebut di atas, jelas sekali nampak sampah. Apakah tuan rumah tersebut tidak tahu sampah berada di hadapan rumahnya?
Di rumah tersebut juga pernah diadakan satu majlis untuk menyambut perlantikan seseorang ke satu jawatan besar di Selangor (gambar bawah). Rumah siapakah itu? | |
GERAKAN ANTI PKR Posted: 10 Nov 2014 09:09 PM PST |
BERANI MEMBUAT PILIHAN... Posted: 10 Nov 2014 03:04 PM PST 'Saya memang tak pakai seluar dalam' Posted: 10 Nov 2014 06:01 AM PST Manila - Bekas ahli kumpulan Sexbomb Girls, Kristel Moreno, mengaku beliau tidak memakai seluar dalam ketika menyarungkan gaun hitam pada majlis Star Magic yang ke-8 Sabtu lalu. Ketika ditemuramah secara langsung di majlis tersebut, pelakon berusia 23 tahun itu ditanya sama ada beliau memakai seluar dalam atau tidak di sebalik gaunnya yang jarang, beliau dengan bangganya menjawab, 'Saya tidak memakai apa-apa...' Bekas bintang filem kanak-kanak itu juga menerima kritikan yang hebat gara-gara pakaian tersebut malah dilabelkan sebagai 'Worst Dressed' pada majlis tersebut yang berlangsung pada 6 September lepas di Makati Shangri-La Hotel. | Murid 12 tahun diperkosa selepas jumpa kenalan Wechat kali pertama Posted: 09 Nov 2014 09:01 PM PST | Gambar hiasan |
MANJUNG – Tindakan berani seorang kanak-kanak berusia 12 tahun berjumpa kenalan yang baharu dikenali menerusi aplikasi sosial WeChat membawa padah apabila dia dirogol lelaki berkenaan di Pantai Remis, dekat sini, Khamis lalu. Pelajar tahun enam yang baru mengenali suspek berumur 27 tahun tak sampai 24 jam telah menjemput lelaki itu bertemu dengannya di kampung mangsa di Beruas kira-kira jam 12 tengah malam. Tindakan berani itu menyebabkan mangsa dirogol kenalan baharunya dalam sebuah kereta di tepi pantai. Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Tengku Mohd Zailan Tengku Mohd Shah berkata, mangsa dikatakan telah keluar bersama rakan baharunya itu dengan menaiki kereta jenis Proton Wira milik suspek, kononnya untuk bersiar-siar. Bagaimanapun, menurutnya, suspek berusia 27 tahun itu berjaya diberkas anggota Balai Polis Pantai Remis beberapa jam kemudian. "Hasil siasatan mendapati suspek yang bekerja sebagai juru pendawaian di Selangor itu mendakwa mengenali mangsa melalui WeChat pada hari sebelumnya. "Mengikut pengaduan mangsa, lelaki itu merogolnya di dalam kereta yang diberhentikan di tepi pantai di Pantai Remis sebelum menghantar pulang mangsa ke rumah keluarganya," katanya. Tengku Mohd Zailan berkata, suspek yang juga berasal dari Pantai Remis direman selama tujuh hari untuk meneruskan siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan merogol. "Mengikut seksyen berkenaan, suspek boleh dikenakan penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika didapati bersalah," katanya. | 'Tak bogel maka tak cinta' Posted: 09 Nov 2014 08:01 PM PST KUALA LUMPUR: 'Tak bogel maka tak cinta.' Itulah kata-kata perangkap yang akhirnya membuatkan seorang lelaki kini menyesal selepas menjadi mangsa ugutan seorang wanita yang merakamkan gambar bogelnya. Mangsa yang mahu dikenali sebagai John Tan, 30, berkata, dia mengenali suspek menerusi laman sosial Facebooknya sebelum mangsa mengajaknya membuat panggilan video menggunakan laman Skype. Menurutnya, wanita yang menggunakan nama Sabrina Leung itu meminta bayaran RM10,000 dan mengugut akan memuat naik video mangsa ke laman sosial untuk tontonan umum sekiranya gagal membayar wang berkenaan. Tan berkata, pada mulanya tidak menghiraukan ugutan itu namun terkejut apabila mendapati video aksi bogelnya sudah dimuat naik ke Youtube. Tan mengaku dia terpedaya disebabkan riak wajah wanita itu yang cantik selain mempunyai tubuh badan menarik. - Harian Metro | Ustaz noda 27 pelajar Posted: 09 Nov 2014 07:01 PM PST Tasikmalaya: Kepercayaan diberi orang ramai kepada seorang guru agama ternyata dikhianati apabila dia disyaki mencabul 27 pelajarnya di sekolah rendah dan menengah agama di Kampung Nagrog, Jawa Barat. Menurut jurucakap polis, ketika disoal siasat, Asep Kamaludin mengaku melakukan aktiviti seks terlarang itu sejak 2008. Katanya, hasil laporan ibu bapa mangsa, Asep, 25, kini ditahan di Balai Polis Tasikmalaya. "Asep mendakwa dia pernah menjadi mangsa liwat seorang pemuda ketika zaman kanak-kanak. "Dia kini meliwat pelajarnya pula sebagai cara membalas dendam," katanya. Siasatan polis mendapati, selain menjadi guru Asep diberi kepercayaan penduduk setempat untuk mengajar kanak-kanak di kampung itu mengaji al-Quran. Jurucakap polis berkata, aksi jijik dan luar tabii Asep dilakukan selepas tamat sesi pembelajaran di rumahnya. "Untuk melaksanakan perbuatan kejam itu, Asep mewajibkan mangsa datang dan bermalam di rumahnya setiap malam minggu dengan alasan dia mahu memberi kelas tambahan. "Ketika mencabul mangsa, Asep mengugut mereka tidak membocorkan rahsia, selain menjanjikan keputusan yang baik apabila peperiksaan nanti," katanya. - Agensi | 'Inspektor' ugut sebar foto seks Posted: 09 Nov 2014 06:01 PM PST Georgetown: Taraf pendidikannya hanya setakat darjah empat, namun seorang lelaki dikesan bijak menyamar pegawai polis berpangkat inspektor dan memperdayakan beberapa wanita dengan mengikis wang mereka. Bagaimanapun, perbuatannya itu terbongkar apabila dia ditahan polis dalam serbuan di Jalan Tengah, Bayan Baru, dekat sini, jam 6 petang kelmarin selepas teman wanitanya membuat laporan kerana suspek mengugut mahu menyebar foto seks mereka. Suspek yang berusia 25 tahun itu dikatakan menggunakan modal wajah dan perwatakannya yang agak menarik selain bijak mengatur ayat memperdayakan wanita dan setakat ini, kira-kira lima wanita dikesan berjaya ditipunya. Difahamkan, suspek kerap menyamar sebagai Inspektor Vijay dan kononnya bertugas di Cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Pulau Pinang, di sini, namun segalanya hanyalah penipuan semata-mata. Susulan daripada wanita terbabit, polis mengesan suspek yang tinggal di sebuah flat di kawasan Bayan Baru sebelum menahannya "Suspek turut mengaku sudah mengikis wang lima wanita sebanyak RM20,000," katanya. Menurutnya, dalam serbuan itu polis turut merampas pakaian seragam polis, tali pinggang mempunyai logo polis, dua pistol palsu serta empat surat pajak gadai dan walkie-talkie. "Siasatan lanjut mendapati suspek pernah dimasukkan ke Sekolah Henry Gurney di Melaka. "Suspek sudah berkahwin dan polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi mengesahkan mengenai penahanan lelaki terbabit untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan. | Pelakon drama jual tubuh RM 150 setengah jam Posted: 09 Nov 2014 05:01 PM PST Prague: Seorang bintang siri televisyen dipecat selepas didapati menawarkan perkhidmatan seks apabila pelanggannya menghebahkan aktiviti itu di media sosial. Diana Korbelova, 18, mencipta nama selepas membawa watak pelajar bernama Maria dalam drama popular di Czech, The Street. Media melaporkan, ketika tidak melakukan penggambaran, Diana 'menjual' dirinya sebagai Ester untuk dilanggan lelaki bernafsu besar di kawasan Vinohrady. Aktiviti pelacuran itu diadakan di sebuah rumah sewa dan Diana mengenakan harga £28 (RM150) untuk perkhidmatan selama setengah jam dan £56 (RM300) untuk sejam. Namun 'kerja tambahan' itu akhirnya dihidu penerbit rancangannya selepas seorang lelaki menguar-uarkan pengalamannya di media sosial. Petr Cisek, 54 memberitahu, Diana mendakwa dia bekerja di pusat pelacuran itu sejak dua bulan lalu dan amat menggemari seks. "Kata Diana, dia mendapat tempahan lebih banyak berbanding pelacur yang lebih lama di situ. "Nampaknya Diana memberitahu dia memang dicemburui pelacur lain," katanya. Jurucakap TV Nova, Anna Sucha berkata, Diana tidak menimbulkan sebarang masalah sehinggalah aktivitinya terdedah. "Kami tidak akan meminta dia kembali dan kami tidak merancang untuk bekerjasama dengannya lagi. Karier dia telah berakhir," katanya. - Agensi | Lakukan seks dengan teman lelaki sambil dera anak Posted: 09 Nov 2014 04:01 PM PST Manusiakah Jillian Tait dan teman lelakinya, Gary Fellenbaum? Dalam satu perbicaraan yang sedang berlangsung di mahkamah dan meraih perhatian ramai di Amerika Syarikat, pasangan ini didedahkan tergamak mengadakan hubungan seks dan makan piza sambil mendera kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun sampai mati. Tait dan Fellenbaum didakwa atas tuduhan mendera anak lelaki Tait sampai mati termasuk dengan cara menggantung kaki ke atas kepala ke bawah, mengikat di kerusi dan memukul dengan bermacam-macam objek termasuk kuali dan batang besi. Antara kisah paling mengejutkan yang terbongkar ketika prosiding mahkamah adalah bagaimana pasangan yang tinggal di rumah mobil terletak di Chester County, Pennsylvania ini melakukan hubungan seks, makan piza dan ketawa terbahak-bahak sambil mendera mangsa. Peguamcara Thomas Hogan malah memulakan sesinya dengan ayat, "Mari saya ceritakan sebuah kisah ngeri yang berlaku di Amerika.." "Si kecil Scotty McMillan dah mati. Dia mati selepas ditumbuk di muka dan perut, dibedal dengan cambuk dan batang besi, diikat pada kerusi sebelum dipukul, digantung kaki ke atas, kepalanya dihempuk ke dinding dan penghujungnya, si kecil mempunyai tanda lebam di seluruh badan." Pasangan itu dikatakan hanya mula berasa cemas dan menelefon paramedik selepas melihat mangsa tidak lagi bergerak. Mahkamah diberitahu, keadaan mangsa ketika tiba di hospital terlalu menyedihkan hingga para jururawat di unit kecemasan menitiskan air mata. Selain mangsa, pasangan tersebut dikatakan menjaga seorang lagi budak lelaki berusia 6 tahun yang turut didera dan kini berada di bawah jagaan saudara mara. Susulan kejadian ini pihak polis turut menahan wanita bernama Amber, bekas isteri Fellenbaum yang turut tinggal bersama pasangan ini di rumah terbabit atas dakwaan sama. - MYNEWSHUB.CC | |
Cucu Tok Selampit Posted: 10 Nov 2014 01:25 PM PST Hebat!!! Video-Video Ahi Parlimen Kota Tinggi Membelasah DAP Kulai Dan PKR Kapar Di Parlimen Posted: 09 Nov 2014 07:41 PM PST CTS mula tertarik dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dari Kota Tinggi ini apabila beliau telah menemplak dan membelasah Ketua Pembangkang, Ketua Umum (KETUM) Anwar Ibrahim di dalam isu "Raja Gula" di Parlimen. Anwar Ibrahim menuduh Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary menguasai industri gula dan mampu mengawal harga gula sedangkan Malaysian Sugar Manufacturing (MSM), anak syarikat milik penuh Felda Global Ventures (FGV) adalah pengeluar utama gula negara.
Hujah Datuk Ehsanuddin yang baru menjadi Ahli Dewan Rakyat penggal pertama ketika mempertikaikan setiap kenyataan yang dibentang Anwar Ibrahim di dalam sesi bahas di Parlimen pada bulan Jun lepas, membuatkan betapa Anwar Ibrahim seolah-olah hilang taringnya sebagai ketua pembangkang. Video BNBBC boleh ditonton di Youtube, di sini.
Terbaru, Ahli Parlimen Kota Tinggi itu, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narashid, telah membuatkan MP Kulai tidak lebih seperti Cina Bukit menjual sayur di Parlimen dan beliau juga telah menegur MP Kapar kerana mempertikaikan pemberian BR1M oleh Kerajaan. Karekter sebeginilah yang diperlukan oleh Ahli Parlimen BN. Kita memerlukan lebih ramai Ahli Parlimen yang boleh berdebat di Parlimen dengan fakta dan emosi yang terkawal.
Datuk Ehsanuddin bakal menjadi nama besar yang bakal mempertahankan dasar-dasar Kerajaan di Parlimen. Gandingan beliau dengan Ahli-Ahli Parlimen lain yang vokal seperti MP Kota Belud, Datuk Rahman Dahalan, MP Baling Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan beberapa nama lain bakal mengerunkan pihak pembangkang. Mereka antara barisan generasi Ahli Parlimen masa hadapan. Tahniah Datuk Ehsanuddin di atas keberanian anda. Tidak keterlaluan CTS mengatakan beliau mempunyai "Minister Material". | Ketua Pegarah JPJ Jadi Malaikat Maut? Beliau Mahu Orang Malaysia Mati 5,358 Orang Menjelang Tahun 2020? Posted: 09 Nov 2014 06:38 PM PST Sungguh amat tidak bertanggungjawab kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ketika ditemubual oleh Astro Awani. "Kita nak orang Malaysia mati 5,358 orang menjelang tahun 2020", kata Ketua Pengarah JPJ Malaysia. Ramai yang cakap kenyataan dia diputar belit, tapi kenyataan inilah yang keluar di Astro Awani. Selamat menonton video di bawah:
Kenyataan media yang dibuat oleh beliau langsung tidak professional. Angka kematian boleh dibuat main-main. Lebih sadis lagi angka kematian menjadi Key Performance Indicator (KPI) buat jabatan berkenaan.
Sebelum daripada itu, Ketua Pengarah JPJ sekali lagi telah mengeluarkan kenyataan kontroversi apabila beliau menyatakan di dalam sidang akhbar bahawa sebanyak 6,915 kematian pada tahun lalu sahaja disebabkan kesalahan gagal mematuhi spesifikasi ukuran dan paparan plat nombor pendaftaran kenderaan. Nombor plat pendaftaran kenderaan punca kemalangan maut? Macam mana tu?
Banyak faktor utama yang menyumbang kepada kemalangan jalan raya terutama kemalangan maut yang perlu dititik beratkan. Antaranya keadaan kenderaan yang tidak seslamat dan pemanduan laju. Bukan kesalahan nombor plat pendaftaran. Kenyataan Ketua Pengarah JPJ merupakan satu alasan yang kurang cerdik bagi individu yang berpelajaran tinggi dan berjawatan besar.
Cuba lihat kereta milik Ketua Pengarah JPJ seperti di atas. Cermin kereta beliau diletakkan cermin hitam (tinted) seperti disembur cat hitam. Sah-sah tidak menepati peraturan JPJ itu sendiri. Cuba lihat pula nombor plat pendaftaran kenderaan. Kita tidak perlu mengukur untuk mempastikan plat pendaftaran kenderaan itu tidak mengikut piawaian dan spesifikasi ukuran JPJ. Inikah contoh kepimpinan melalui teladan? | |