Kariernya masih hijau, namun dek kerana memiliki pakej lengkap termasuk jolokan sebagai Angelina Jolie Malaysia, pelakon baru, Syakila Nisha Jangir Khan, 19, atau lebih mesra disapa Kilafairy mengaku diburu ramai lelaki hidung belang, termasuk orang kenamaan (VIP) sejak kebelakangan ini.
Gangguan itu hadir menerusi pelbagai cara, termasuk panggilan telefon, khidmat pesanan ringkas (SMS) malah ada yang berani mengajaknya keluar meskipun baru kali pertama mencuba nasib.
Apapun, Kilafairy berkata, semua itu dianggap sebagai asam garam bergelar selebriti, apatah lagi dia baru bertatih dalam bidang seni.
"Sebelum memasuki industri seni pun, Kila pernah terima SMS dan panggilan daripada VIP. Bagaimanapun, impaknya lebih besar sejak Kila menjejakkan kaki dalam dunia glamor.
"Kini, Kila menerima lebih banyak SMS dan panggilan daripada golongan itu. Rata-ratanya mahu berkenalan dan tidak kurang pula yang mengajak Kila keluar," katanya ketika dihubungi Metro Ahad.
Meskipun tidak sampai setahun bergelar pelakon, keadaan itu tidak mengejutkan kerana puteri bongsu penyanyi popular 1980-an, Rohana Jalil ini memiliki wajah jelita, unik dan susuk tubuhnya menggiurkan ramai lelaki, apatah lagi golongan berada seperti VIP.
Namun, Kilafairy sudah bersedia sebelum memasuki bidang ini, malah dia sentiasa mendapat nasihat dan tunjuk ajar ibunya supaya tidak tenggelam dalam dunia glamor.
"Sebelum menjejakkan kaki dalam industri ini, mama sering menasihati Kila mengenai cabaran dan dugaan yang harus dilalui. Jadi, Kila lihat ini antara cabaran yang datang.
"Kila tidak mahu cepat melatah. Lagipun, Kila pasti ia menjadi perkara biasa terhadap mana-mana artis baru yang semakin meningkat naik.
"Bagi Kila, itu semua permainan golongan itu. Namun, kalau ada lelaki yang benar-benar ikhlas mahu berkawan, kenapa tidak terus berjumpa?
"Lagipun, Kila belum pernah bercinta dengan sesiapa. Jadi, lebih baik berjumpa bertentang mata daripada menghantar SMS yang mengarut," katanya.
Sebelum ini, bintang filem seram berjudul Karak ini pernah dipalit kontroversi apabila dikatakan bercinta dengan Yusry KRU.
Malah, gadis tinggi lampai ini juga dihambur kerana didakwa menyuntik botoks bagi mendapatkan bibir tebal dan tubuh badan menggiurkan.
Menurut Kilafairy, dia tidak pernah melakukan sebarang suntikan, apatah lagi pembedahan plastik bagi mendapatkan rupa paras dan bentuk badan cantik.
"Kisah botoks, besarkan buah dada dan pinggul adalah tidak benar. Apa yang Kila miliki kini semuanya anugerah Tuhan. Lagipun, inilah yang Kila warisi daripada perkahwinan campur antara mama (Melayu) dan papa yang berdarah Pakistan.
"Keluarga dan rakan tahu siapa sebenarnya Kila dan mereka sentiasa menyokong dari belakang. Walaupun Kila orang baru, Kila yakin peminat di luar sana pandai menilai yang mana baik atau buruk.
"Kila mahu kekal lama dalam bidang ini. Jadi soal remeh-temeh seperti ini tidak harus dilayan, sebaliknya Kila harus pertingkatkan mutu kerja dari semasa ke semasa.
"Paling penting, Kila mahu dikenali kerana bakat dan bukan cerita panas terbabit," katanya.
"Mungkin pemimpin Pas termasuk ulamanya" telah tahu bahawa pelaku dalam video seks lucah yang didedahkan oleh Datuk T pada 21 Mac lalu, adalah Ketua Umum PKR-Anwar Ibrahim.
Oleh kerana Anwar terlibat dalam video seks tersebut, dewan ulama Pas, tiada pilihan lain, terpaksa mengutuk pendedahan tersebut, kerana kononya membabitkan jati diri seseorang.
Dewan ulama Pas juga mengutuk kerajaan, kerana tidak menyekat siaran video seks tersebut, baik di TV, media perdana mahupun blog serta media internet lainnya.
Jika benarlah, Pas berjuang berpaksikan kepada kebenaran, sepatutnya Muktamar Pas kali 57 ini, digunakan untuk mencari kebenaran di sebalik isu video seks yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim; ini tidak kata Tan Sri Muhiyiddin, sebalikanya Pas mengorbankan prinsip-prinsip islam demi kepentingan politik.
Sayang, seharusnya Pas mempergunakan muktamar yang ada untuk melakukan pendirian, tentang seseorang pemimpin yang tercemar moralnya.
Anwar bukan sahaja berhadapan dengan video seks lucah, akan tetapi berhadapan dengan kes liwat yang sepatutnya bermula esok 6 Jun, 2011 dan Anwar merupakan saksi utama.
Sepatutnya esok 6 jun, 2011, Anwar menjadi saksi pertama dalam kes liwat yang dihadapinya.
Pada 16 Mei lalu, Hakim yang mendengar kes liwat Anwar Mohd Zabidin Mohd Diah memutuskan agar Anwar membela diri, kerana pihak pendakwaan berjaya mengujudkan prime facie terhadap Anwar.
Keputusan Hakim juga menyebut bahawa Saksi utama liwat, Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah seorang saksi yang "credible".
Anwar dituduh meliwat Saiful disebuah Kondominum mewah di Jalan Setiakasih, Bukti Damansara, Kuala Lumpur pada pukul 3.01 hingga 4.30 petang 26 Jun, 2008.
Sebenarnya Peguambela Anwar-Karpal Singh mengaku bahawa kejadian liwat itu berlaku, apabila dalam hujah balasnya ada menyebut "Sebenarnya jika tanpa kerelaan, maka Saiful berpeluang untuk lari daripada bilik di mana liwat itu berlaku, namun-Saiful memilih untuk terus diliwat- ini bererti bahawa perbuatan seks luar tabii itu adalah atas kerealaan, bukan tanpa kerealaan".
Anwar menghadapi liwat tanpa kerelaan.
Anwar pada Jumaat minggu lalu, telah mefailkan pelucutan Hakim Mohd Zabidin supaya tidak mendengar pembelaannya. Ini lah kali ketiga, Anwar memohon pengguguran Hakim tersebut. Dua permohonan sebelumnya telahpun ditolak.
Apa yang akan berlaku esok, apa kah permohonan Anwar tersebut, salah satu lagi cara melambat-lambatkan sodomi II?
Anwar melakar strategi agar kes liwatnya tertangguh sehingga PRU-13, kerana Anwar amat yakin, bahawa pada PRU itu, Pakatan akan membentuk kerajaan Persekutuan.
Jika Pakatan membentuk kerajaan persekutuan, tindakan pertama Anwar adalah memecat Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail. Tindakan keduanya, agar semua pertuduhan salah laku moralnya digugurkan; dan ketiga memohon agar rekod jenayahnya-yakni sebagai banduan diampunkan oleh SPB Agong, dengan itu-Anwar akan menjadi seperti kain putih, bersih sebersihnya.
Pergerakan buah catur yang salah, memerangkap Musa Aman, dalam politik negeri Sabah.
Musa bertindak apabila Timbalan Presiden LDP Datuk Chin Su Phin mengeluarkan kenyataan di mana, LDP tidak dapat lagi berkerjasama dengan Musa Aman (bukan BN; berasaskan kepada kenyataannya itu, maka Musa bertindak apabila melantik Yee Moh Chai daripada PBS sebagai Timbalan Ketua Menteri mewakili kaum cina; meskipun PBS bukan mewakili kaum cina dalam konsep BN.
Tujuan Musa, agar supaya LDP marah dan akan keluar BN, sepertimana tindakan Presiden SAPP Yong Teck Lee.
Musa tersilap, kerana Presiden LDP Datuk VK Liew terbaca pergerakkan itu; dan seterusnya mempergunakan pergerakkan Musa yang silap itu untuk memerangkap Musa sendiri.
Parti LDP mempunnyai kerusi satu Parlimen dan tiga DUN. Kawasan Parlimen yang dimenangi LDP adalah kawasan pembangkang; maknanya bukan kawasan selamat pada PRU-12 lalu, pun demikian LDP mampu merampas kawasan itu, melalui Presiden LDP-Datuk VK Liew.
Sokongan terhadap LDP terutama daripada kaum cina terbukti melalui PRK Batu Sapi, tahun lalu, sokongan kaum cina memberikan kemenangan mutlak kepada calon PBS Linda Tsen, dengan majoriti yang meningkat.
Selepas pergerakan silap yang dilakukan oleh Musa, pertama mempertahankan Raymond Tan dalam kabinet selepas keluar daripada SAPP dan masuk gerakan dan kedua mempertahankan Peter Phang selepas keluar LDP dan masuk Gerakan.
Walaupun Parti Gerakan tidak bertanding dalam PRU-12 lalu, kini dengan mudah mendapat dua jawatan menteri dalam kabinet Musa.
Kesilapan ketiga Musa, apabila melantik Yee Moh Chai sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah, mewakili kaum cina.
Melihat kepada kesilapan-keslipan tersebut, puncuk pimpinan BN pusat, melihatnya sebagai liabilti kepada imej BN secara sekeseluruhan, atas sebab itu- DS Najib melantik Timbalan Presiden LDP Datuk Chin Su Phin sebagai seorang senator dan telahpun mengangkat sumpah hujung bulan lalu.
Selain itu, DS Najib melihat kepada tindak tanduk Musa dalam penggantian Ketua Pemuda Umno Sabah, atas sebab itu memberi lampu hijau kepada Ketua Pemuda Umno-Khairy Jamluddin untuk mendedahkan "perang dingin" antara Musa dan Naib Presiden Umno- Datuk Mohd Safie Apdal.
Perang dingin yang berlaku ini, apa lagi diperkuat dengan pendedahan Khairy, membuatkan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri, Datuk Salleh Tun Said, terpaksa membuat penafian; tujuannya untuk meredakan keadaan.
Namun, penafian Datuk Salleh itu, bukan sahaja mengiakan keadaan sebenar yang berlaku dalam Umno negeri; juga membongkar kelibat Musa dalam pengurusan parti di Sabah.
Kembali kepada perteligkahan antara LDP dan Musa, DS Najib melihat kehadiran LDP merupakan aset kepada BN, kerana imej Presidennya yang bersih. Imej itu, dapat membantu kerajaan Najib dalam penghapusan rasuah.
Sebenarnya, pemenang antara pertelingahan antara LDP dan Musa adalah LDP, kerana akibat tindakan "acah" LDP, Musa tersalah gerak buah caturnya.
Apa kah Musa akan menerajui BN Sabah pada PRU-13 akan datang? hanya DS Najib yang mengetahuinya.
Muhyiddin Yassin mencuba menggoreng roti canai sambil diperhatikan isterinya Noorainee Abdul Rahman pada Majlis Sarapan 1Malaysia bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Parlimen Batu sempena Program Turun Padang 'Rakyat Didahulukan' di Taman Bullion Mewah di Kuala Lumpur, Ahad. Turut sama Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Mohd Shafie Apdal (dua, kiri), serta Menteri Wilayah Persekutuan Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (lima, kiri). - Foto BERNAMA
TIADA yang pelik dalam pemilihan baru, pemimpin PAS. Mereka yang terpilih adalah orang-orang lama, cuma yang berbeza, mereka ini kononnya adalah kumpulan yang mewakili pembaharuan dalam Pas, aka kumpulan Erdogan.
Kumpulan ini telah mencuba mengambil alih kepimpinan Pas sejak tahun 2009, namun gagal; namun kali ini mereka berjaya.
Kumpulan Erdogan adalah kumpulan dalam Pas yang mahu mengenepikan kumpulan ulama, kerana menurut mereka, PAS tidak akan kemana-mana dalam lanskip politik negara, kerana pendekatan pemimpin ulama, senantiasa ditakuk lama.
Bagi kumpulan Erdogan, untuk memenagi hati rakyat, hendaklah pemimpin hendaklah bersadarkan kepada kecenderungan pemimpin itu bertindak ala aktivis, seperti demonstrasi jalanan, berani bertegang leher dan berani melawan undang-undang.
Berasaskan kepada faktor tersebut, maka individu seperti Mazlan Aliman-Presiden ANAK- mendapat undi tertinggi dalam AMT Pas.
Selain itu, kemenangan Mat Sabu, mengalahkan Ustaz Nasha dan Tuan Ibrahim Tuan Man, menunjukkan bahawa perwakilan Pas, berkehendakan individu yang mampu bersabung dengan para pemimpin Umno.
Mat Sabu terkenal dengan oratornya, kemampuannya memutar belit fakta; sifat-sifat Mat Sabu, tercermin apa yang ada pada Anwar Ibrahim.
Melalui perang siber dan maklumat tanpa sempadan dan isu-isu semasa, maka Pas memerlukan pemimpin seperti Mat Sabu, Hussam, Mahfuz dan Salahuddin.
Sebenarnya dalam pemelihian Saf baru Pas, tidak yang baru, kecuali pengenepian ulama sebagai pemimpin. Bagi Pas, adalah memadai, Presiden dan Murshidul Am dari kalangan ulama, yang lainnya patut disandang oleh mereka yang profesional.
Pada Muktmar kali ini, Pas berjudi dengan perubahan prinsip, yakni parti itu sepenuhnya telah melepaskan perjuangan meneggakkan negara islam. Malah, Presidennya mengatakan bahawa konsep negara islam itu tidak tertulis dalam Al-Quraan.
Melalui pengakuan Hadi itu, telah terdedahlah bahawa selama lebih 50 tahun, PAS berbohong dan menipu ahli-ahllinya dan para penyokongnya tentang negara islam.
Dengan pengakuan Hadi itu, parti dan pemimpinan yang paling gembira adalah DAP dan Karpal Singh; kerana ternyata penolakkan DAP dan Karpal Singh terhadap negara islam, sebenarnya adalah tindakan yang betul dan benar.
Kini PAS beralih kepada NEGARA KEBAJIKAN SEPERTIMANA PERJUANGAN UMNO DAN BN; dasarnya adalah PAS MAHU GANTI UMNO; apple perlu diganti dengan apple; atas sebab itu-Pas mengikut rentak UMNO.
Kini, terpulang kepada rakyat, mana yang perlu dipilih PARTI PEJUANG ASAL NEGARA KEBAJIKAN KAH ATAU PARTI YANG MENIRU PERJUANGAN ITU.
Orang kampun, Penarik Beca, Nelayan, Petani, Penjual Kopi, Pekedai Runcit, Pemandu Teksi, Kerani, Guru, Penjawat awam yang beruniform dan tidak beruniform, warung-warung Tomyam, Penjalan Kaki dan berkenderaan semuanya tidak kisah apabila ditanya berhubung isu 'moral pemimpin' sama ada dari kalangan BN ataupun PR.
'Itu dia punya hal" kita kisah kita punya hal, mahu makan, mahu minum pun susah sekarang, barang hari-hari naik. Itulah runggutan yang didengar dari seluruh lapisan masyarakat Malaysia hari ini. Rakyat melahirkan tidak senang hati terhadap Kerajaan BN.
Rakyat tidak peduli apabila Mat Sabu dikaitkan dengan sejarah silam, tapi rakyat semakin bersemangat apabila Mat Sabu dipilih sebagai Timbalan Presiden PAS yang baru. Ramai minat cara Mat Sabu berceramah dan bertindak dan mereka percaya dengan jawatan Timbalan Presiden PAS Mat Sabu mampu mengerakkan PAS lebih hebat dari PRU 2008 bersama Husam Musa, Salehuddun Ayub dan Mahfuz Omar.
Tuan Guru Nik Ab. Aziz Nik Mat, Mursyidul Am dan Tuan Guru Haji Hadi Awang Presiden PAS tentunya akan 'berpaut sila' menanti hasil atas kerja anak-anak buahnya nanti. Mereka hanya menunggu menunjuk jalan yang benar sebagaimana yang dituntut dalam Islam bagi meneruskan wadah perjuangan Membangun Bersama Islam melalui Kerajaan Berkebajikan.
Aktivis, Ulama dan Profesional yang digabungkan dalam Pimpinan PAS kini lebih menyakinkan rakyat untuk menyokong PAS dan PK mengambil alih pentadbiran PUTRAJAYA. Walau pun rakyat tahu rahsia Kerajaan BN yang akan pertahankan PUTRAJAYA hingga ketitisan terakhir tapi PAS, PKR, DAP serta NGO dan rakyat jelata sudah pun mempertajamkan minda bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
Dengan satu tekad, dengan satu suara, seluruh rakyat mahu sebuah Kerajaan yang bersih dari korupsi, kroni dan juak-juak yang mementingkan diri, yang tidak peduli terhadap masaalah rakyat. Rakyat mahu melihat sebuah kerajaan yang berkebajikan untuk rakyat dan rakyat mahu tahu siapakah mereka yang terlibat dengan rasuah yang failnya telah disiapkan oleh pejabat peguam negara tapi tidak dibuat pendakwaan.
Kalau menteri, menteri mana, kalau bekas menteri siapakah geranganya. kalau orang kaya berniaga apa. Hanya dengan ubah Kerajaan BN kepada PR saja, nama nama tersebut baru dapat diketahui oleh rakyat jelata.
"Jangan guna nama ulama jika bukan ulama!" - Sahibul khalwat mat sabun
aku stuju usul sahibul khalwat mat sabun. jangan sekali2 ulama mempergunakan nama ulama jika dia seorang pekhalwat, peliwat, perampas bini orang. Tapi oleh kerana sahibul khalwat mat sabun dah menang dan polisi pasrael yang sering berubah mengikut musim, mungkin dosa2 besar ahli2 jemaah yang lain termasuk yang bukan islam boleh di kaji semula mengikut budi bicara
begitu jugak dosa rakan2 fuckatan yang lain. dan dalam perkara ni sudah tentu kedudukan sahibul peliwat anuvaji pandikutti juga boleh dipertimbangkan dan di beri peluang sekali lagi.
Kedudukan ulama sepatutnya tak perlu di pertikaikan sebab sahibul khalwat mat sabun pun tau dia pun tak setanding tokoh2 ulama tersohor dunia. namun atas nama parti, tokoh2 loklak seperti nizar katun, tuan man mangkok, sahibul rasuah husam kambengkutti dan beliau sendiri seolah2 masuk bakul angkat sendiri.
ternyata mereka berkiblatkan ajaran pak sheikh2 seperti sahibul peliwat anuvaji pandikutti, khalifah lim guang eonk, sahibul asma komunis kit siyal serta wally slipau alaihisalam yang semakin terpesong jauh.
pegangan agama hanya pada nama, sunnah nabi sekadar ucapan di atas pentas ceramah tapi ularmak2 ini lah yang menjadi pedoman dan ikutan setiap penganut2nya. tertanya jugak di manakah suara ulama2 muda selain sahibul militani tantaik, yang masih mempercayai teras perjuangan asal parti
apakah suara mereka bakal terkubor begitu saje. di mana hak mereka untuk mempertahankan kesucian agama dari terus dilacurkan oleh ularmak2 veteran dan ularmak2 plastik yang dah hilang akal??
You are subscribed to email updates from DIMENSI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Video bangang dan bodoh macam ini pun ada budak PAS ugut dan bagi warning kepada PB supaya delete. Apa yang hebat sangat video ini hingga perlu delete sehingga ramai report kepada You Tube ? Adakah kerana view nya semakin tinggi sehingga lebih 50,000 telah menontonnya !
Bukannya ada gambar lucah pun seperti video seks Anwar yang juga dimuatkan di you tube . PB ingat budak pencacai PAS ini marah kerana yang pelaku dalamn video itu adalah Ostat Bob Lokman . Malah ada yang tuduh video ini adalah sebagai video fitnah dan ia menjatuhkan maruah Ostat Bob Lokman mereka .
Apa ke bangangnya pula PB buat fitnah dan sudah terang-terang itu Bob Lokman tengah bercakap semasa di PRK Kerdau . Bukan salah PB kalau Bob Lokman yang hang pu minat itu cakap macam orang bodoh di ceramahnya ...
PB nak tanya la kepada budak pencacai PAS ini , bukan PB sahaja muatkan turun video ini malah di you tube Malaysiakini pun ada . Adakah dia pi komen juga ugut Malaysiakini supaya delete video ucapan Bob Lokman ini ?
Ucapan dasar Presiden PAS Hj Hadi ibarat kencing tak lawas,beliau menyalahkan apa saja yang lalu didepan matanya.Kecamannya kononnya zalim dan mendakwa Umno menjadi punca segala masaalah jelas mengambarkan beliau cuba menyakinkan tuan besarnya bahawasanya PAS wala' kepada perjuangan DAP.
Rakyat bukan tidak tahu,kenyataan zalim itu sebenarnya kerajaan menghalang mereka menghalalkan cara mereka untuk mencapai matlamat.Kita bukanya bodoh sangat untuk faham dengan ucapan sebegini.Makanya Presiden 3 kupang suku sen ini pukul rata supaya nampak bergaya dan garang didepan gerembolan perwakilan dan pemerhati dari parti seangkatan.
Ulama yang dikatanya menyebelahi Umno dipersalahkan kononnya tidak faham Islam dan cetek pengetahuan didalam politik.Ini kerana ulama yang diluar sana tidak mempolitikkan agama tidak menggangap parti politik itu satu tariq atau gerakan agama.
Jelas berlawanan dengan fahaman PAS yang sudah jauh menyimpang menggangap parti politik mereka menjadi sebahagian agama.Hinggakan ada golongan didalam PAS menggangap pertembungan 2 parti politik melayu adalah satu pertembungan akidah.
Hadi turut mendabik dada dengan angkuh kononnya PAS menjalankan tanggungjawab untuk membersihkan politik jijik,fitnah dan perkauman sempit parti lawan.Sedangkan kita semua sedia maklum sejak dari dulu lagi bagaiman disetiap ceramah PAS dipenuhi caci nista,fitnah malah golongan ini juga yang mula mula mengelar Al-juburi menyerang peribadi pemimpin.Kita juga tidak lupa bagaimana kempen mereka menyerang DS Najib dengan tuduhan tanpa bukti yang akhirnya terjawab kesemuanya adalah fitnah. Kenyataan ini jelas ibarat meludah kelangit.
Kita tidak lupa juga dengan sikap ganas dan zalim ahli ahli PAS yang kurang ajar mencederakan orang ramai pada setiap kempen pilihanraya.mereka juga yang menyerang penyokong parti lawan hingga berlaku kerosakan harta benda. Malah mereka sanggup untuk membunuh atas nama jihad fisabillilah sepertimana seruan itu berlaku ketika PRK Bagan Pinang.Kesemua ini ikrarnya diulangi sekali lagi oleh Hj Hadi apabila menyeru PAS mesti mengambil peranan dan amalan politik "Matlamat Menghalalkan Cara" .Ya mereka semahunya bebas melakukan apa saja asalkan matlamat mereka tercapai.
Pisau sifatkan ucapan Hj Hadi seperti mahu memuaskan kehendak DAP,ungkapan PAS sebagai kuda tunggangan DAP ternyata benar benar berlaku apabila beliau mempertahankan kerjasama tersebut.Hingga menyifatkan ia adalah sebahgian fekah politik Islam.
Adakah mengadai prinsip dan maruah agama menjadi sebahagian fekah Islam? Adakah tindakan PAS menghalalkan segala tindakan DAP sebahagian daripada fekah Islam.Islam yang dibawa oleh rasullullah jauh berbeza dengan Isle PAS,fekah dan akidahnya jelas berbeza.
Ikrar Hj Hadi ini sekadar mahu menyelamatkan perkahwinan PAS bersama DAP malah mahu menyelamatkan anak anak hibrid DAP didalam kandungan hasil persenyawaan antara benih PAS dan DAP.
Sebenarnya ucapan Hj Hadi lebih menonjolkan kelemahan diri sendiri.Berdegar degar diatas pentas tetapi menikus didepan Lim Kit Siang,Karpal dan Lim Guan Eng.
Isu ketiadaan rumah kos rendah di Pulau Pinang dibina sejak 3 tahun kerajaan DAP menjadi satu isu besar di negeri ini . Hal ini kerana di kawasan pulau terutamanya ,rakyat terus dihimpit dengan pembangunan rumah mewah ratusan ribu yang tidak mampu dimiliki golongan berpendapatan rendah tetapi dibenarkan dibangunkan oleh kerajaan DAP .
Kerajaan DAP akui di sidang DUN bahawa tiada langsung dibina rumah kos rendah sejak 3 tahun memerintah negeri ini . Ia berbeza sekali dengan zaman kerajaan BN dulu memerintah yang telah membina rumah kos rendah sejak tahun 1976 di Air Itam . Ini semua untuk membantu golongan berpendapata rendah dari semua kaum untuk memiliki rumah kediaman dengan harga berpatutan .
Tetapi di bawah kerajaan populis DAP yang hanya bangga dengan wang RM 100 ini jelas tidak pedulikan nasib rakyat yang mahu memiliki rumah sendiri di negeri kelahiran mereka .
Dengan kemaraan geng Erdogan ,ejen DAP dan anwarinas dalam PAS,telah membuka satu lembaran baru dalam sejarah perjuangan sebuah parti antara yang tertua selepas UMNO ditubuhkan pada tahun 1946.PAS yang dahulunya dengan terkenal dengan Negara Islam, Hudud dan pelbagai unsur keislaman yang cuba diperkenalkan oleh PAS kepada rakyat.Tapi lihat selepas muktamar PAS , apa dah jadi??? Kini PAS sedar agenda mereka tidak sampai kepada rakyat dan tidak diterima pakai khususnya oleh golongan bukan islam . Golongan bukan islam tidak faham konsep yang cuba dibawa oleh PAS satu ketika dahulu yg begitu hebat dengan pendirian mereka terhadap islam. Tapi kini, PAS sudah berubah corak dengan cuba menarik sokongan melayu dan bukan islam melalui apa yang diucapkan oleh Hj Hadi pada muktamar baru-baru ini .
Islam bukan perjuangan kita lagi, Kebajikan perjuangan kita
"Apa yang penting adalah pelaksanaan. Kalau letak jenama saja tak laksana tak ada faedah. Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam Al-Quran, Dia tak sebut negara Islam, Dia sebut negara berkebajikan". Tema Negara Kebajikan pula yang dicetuskan oleh Hj Hadi, mana perginya "Daulah Islamiyyah" yang dulunya kuat dilaungkan oleh Pemimpin PAS???? Takkan sampai disini sahaja perjuangan islam PAS, negara kebajikan yang macam mana PAS cuba nak ketengahkan. Kerajaan sekarang bukan negara kebajikan ka?? Saya ingin memetik kata-kata Mufi Perlis, Datuk Juanda Jaya yang menganggap muktamar PAS kali ini secara rasminya memperlihatkan retorik negara islam yang diperjuangkan parti itu selama 30 tahun lalu ditinggalkan sahaja. PAS kini yang diterajui oleh Barisan Kepimpinan Tertinggi yg baru dijangka bakal menerima tempias menjelang PRU-13 ini . Akar umbi PAS sudah banyak bercakap dan kedengaran ketidakpuasan hati mengenai kemenangan Mat Sabu dan konco-konconya yang menewaskan golongan Ulama dalam pemilihan kali ini. Sokongan Melayu dijangka akan meleset buat PAS dan pengundi atas pagar banyak akan memilih BN sebagai platform menyuarakan suara mereka. Mereka merasa perjuangan PAS sama seperti perjuangan PKR hanya untuk menaikkan Anwar Pandikutty sebagai PM selepas melihat barisan kepimpinan PAS baru yang banyak dimenangi oleh peyokong kuat anwar dan DAP PAS ibarat sudah tersungkur dipintu syurga yang mereka janjikan buat ahli-ahli dan penyokong mereka dengan keputusan yang mengecewakan akar umbi PAS sendiri dan amnya pengundi diluar sana .
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berlepas ke Kazakhstan bagi melakukan lawatan rasmi selama dua hari ke negara bekas Soviet Union itu. Baca lagi...
PAS condemns use of sex video for slander.KUALA LUMPUR: The Ulama council condemned the use of sex video for political slander. The ulama said the tactic of using video and new media as channels to spread slander in the interest of politics signified the fall of a civilisation. "It is a sin to slander, as it involves the dignity and integrity of an individual," said Ulama representative Fadhil Mohd Noor when tabling the motion atthe 57th PAS Muktamar on Sunday. The ulama were apparently referring to a sex video implicating Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim. On March 21, trio Datuk T comprising businessman Datuk Shazryl Eskay Abdullah, former Malacca chief minister Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, and former Perkasa treasurer-general Datuk Shuib Lazim revealed the existence of a sex video showing a man resembling Anwar having sex with a woman believed to be a prostitute. Anwar lodged a police report claiming he was not the man in the video. The Ulama condemned the Barisan Nasional government for allowing the sex video to be aired on television and excerpts published in the print media. "(We) condemn the silent stance taken by the official government ulama," he said. The sex video was among six-point motion tabled and passed during the Muktamar. Other motions include the Bersih 2 gathering that would be held on July 9, about 10 days after Anwar's defence hearing over a sodomy case ends. The resolution pushed by the PAS central committee called for the mobilisation of all the party organs to make the gathering a success. Among the Bersih demands are for free and fair media coverage for all political parties in the mainstream media, the use of indelible ink during elections, abolishing of postal votes, and automatic registration for voters who turn 21. The PAS Tenggara, Johor brought up a resolution urging all Pakatan Rakyat states to set up a Malaysia Armed Forces and Veteran Welfare Secretariat (KERABAT). They called on the Mentri Besar and the Chief Minister in Pakatan Rakyat states to chair the secretariat aimed at ensuring that the welfare of the retired armed forces personnel were looked into. The PAS Pandan brought up a resolution objecting to subsidy reduction, as it posed a burden on the rakyat. The Youth wing brought up a resolution to push for the setting up of Royal Commission to investigate alleged MyKad fraud. The Muslimat wing pushed for a resolution to make Al-Quran recital examination compulsory for all Muslim students taking UPSR, PMR and SPM. They want the Islamic studies to be made compulsory for students at every level from primary to university.
tunku : pas condemns use of sex video for slander, ok.that is fine. we condemn slanders too but in this particular sex video, it is not slander. till today there is no official from the authorities that it is anwar in the video so why the fuss? if it is anwar, pas will still back him and put religion aside as they already doing that for quite sometime.pas is anwar's partner in sex and crime. a deputy president (mat sabu) , one who first exposed anwar's sodomy activities and called anwar "aljuburi", today licks anwar's shoes.Islam is dead in pas.
JERLUN, June 4 (Bernama) -- DAP and the Parti Keadilan Rakyat (PKR) have succeeded in influencing PAS to the extent that the party's objective of setting up an Islamic state, which was the party's struggles all this time, has been changed to a welfare state. Deputy chairman of the Kedah Umno Liaison Body Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir said PAS was also seen as lacking a fixed stand when it changed the principle of struggling for an Islamic state to a welfare state because it wanted to realise the aspirations of the DAP and PKR in championing the cause of the multi-racial society in Malaysia. "Congratulations to the DAP and PKR for succeeding to influence PAS to the extent that only those aligned to them (no ulama) were elected as PAS vice-presidents and even the deputy president. "The influence of the DAP and PKR in PAS is very substantial. This does not reflect that PAS is free from the influence of those who are actually against Islam," he told reporters after launching a programme, "Undergraduates With the People", here Saturday. He said the results of the PAS election which was announced today certainly did not reflect the support of the PAS members or delegates for the ulama in PAS. The results of the PAS election announced today showed that PAS grassroots leader Mohamad Sabu sprang a surprise by beating three-term deputy president Nasharuddin Mat Isa and Pahang PAS commissioner Tuan Ibrahim Tuan Mat for the number two post. The new vice-presidents Salahuddin Ayub, Datuk Husam Musa and Datuk Mahfuz Omar, are also from the non-ulama group. Mukhriz said the formation of a welfare state announced by PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang at the PAS general assembly yesterday had actually been fought for by Umno and Barisan Nasional (BN) ever since independence.
tunku : dap and pkr is the total winner in this pas party election.no more islamic state and no more hudud,what matter most now is to obey dap dan pkr.i wonder this is what the grassroots want.
You are subscribed to email updates from tunku To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KUALA LUMPUR RAJAB 2HB: Presiden UMNO, Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak menanggapkan Presiden PAS, Tuan Guru Dato Seri Haji Hadi Awang telah memberi "pengampunan beramai-beramai" kepada ratusan ribu ahli-ahli UMNO yang telah mati.
"Kita boleh anggap beliau telah membatalkan fatwa yang dikeluarkannya sejak dari tahun 1984," tambah Dato Najib.
Dato Najib merujuk kepada fatwa yang dikeluarkan oleh Haji Hadi pada tahun 1984 yang dipanggil Amanah Haji Hadi. Fatwa tersebut telah menghukum orang-orang UMNO sebagai kafir kerana tidak menyokong PAS dan agenda negara Islam mereka.
Haji Hadi dalam ucapan dasar Presiden di Muktamar PAS Muktamar Tahunan Pas ke-57 di Markas Utama Pas, Taman Melewar, Gombak, semalam berkata negara Islam tidak wujud dalam Quran.
Menurut Haji Hadi lagi, PAS perlu lebih utama tekankan elemen kebajikan dalam Quran, Katanya lagi, Quran hanya menyebut "negara kebajikan" dan negara Islam hanyalah sebagai satu jenama saja.
Ketika ditanya wartawan selepas sebuah Majlis di ibu negara semalam, Najib menganggap kenyatan Haji Hadi berupa "pengampunan beramai-ramai" kepada ratusan ribu ahli-ahli UMNO yang telah meninggal dunia dalam keadaan kafir.
"Kami amat menghargai sikap baik yang ditunjuk oleh (Haji) Hadi untuk membolehkan arwah-arwah ini kembali kepada status Islam."
Ditanya samada arwah-arwah ahli UMNO ini sudah boleh dimasukkan syurga, Dato Najib berkata, "Kami perlu merujuk pihak-pihak tertentu kerana buat setakat ini, Haji Hadi masih belum mengeluarkan fatwa khusus untuk benarkan ahli-ahli UMNO masuk syurga.
"Difahamkan Haji Hadi akan merujuk kepada Dato Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang dahulu."
Menurut maklumat yang boleh dipercayai, Anwar belum mahu menerima jemputan PAS untuk hadhir ke hari penutup Muktamar PAS dan bertemu kepimpinan baru PAS kerana masih menuntut Mat Sabu meminta maaf atas panggilan Al Juburi terhadapnya sekian tahun.
"Selagi itu, kita tidak boleh memulakan proses menukar status kubor-kubor ahli-ahli UMNO," tambah Najib.
Ketika diminta memberi komen, Dato Seri Nizar Jamaluddin berkata, "Sokonglah PAS, kalau mahu perubahan dalam pelbagai hukum-hukum tuhan untuk memudahkan kehidupan rakyat.
"Bagi yang rampas kuasa Nga dan Ngeh dari saya di negeri Perak, saya belum berikan hukumkan halal syarie." - Agensi Husin Lempoyang
4/6 10:40 AM - Mat Sabu menang Timbalan Presiden. Nik Aziz pengsan diberitahui dropout pelajar Art&Design ITM menang.
Beberapa calun lain terperanjat. Nasarudin kunci diri dalam bilik air. Tuan Ibrahim umum akan bersara. Husam gigit jari dan dihantar ke HKL. Desas desus Nizar akan umum masuk DAP.
Gomo tertarik dengan kata kata dalam Blogg Flying Kick bila menyatakan:
"layak sangatlah SPRM masuk ke dalam UDA Holdings untuk 'melihat-lihat' apa yang sedang berlaku"
Ini memang wajar dan wajib di laksanakanya memandangkan Datuk Jaafar Abu Hassan telah meletakkan jawatan serta merta sebelum mesyuarat Lembaga Pengarah bersidang. Emmm tapi betul ke Datuk Jaafar Abu Hassan meletakkan jawatan ataupun beliau sebenarnya telah di BERHENTIKAN SERTA MERTA?
Memang panas sebenarnya isu ini dan Gomo nampak akan kemelut yang berlaku di dalam isu Tanah, Bumiputera, GLC dan macam hal lagi. Ini bukan benda remeh temeh yang boleh di biarkan begitu sahaja namun kita sebenarnya perlu mencari kebenaran dalam isu.
Cuma Gomo sebenarnya agak hairan dengan penglibatan beberapa orang VVIP dalam UMNO yang dok gasak menyerang UDA Holdings dan pastinya Dato Nur Jazlan menjadi sasaran nya. Emmm ada motif apa? Demi membela Melayu atau kerana Tidak dapat Habuan?
Kebiasaanya yang menyalak nyalak ini adalah mereka yang tidak mendapat habuan dari sesuatu Projek maka strategi menarik sentimen rakyat di lakukan bagi mewujudkan seolah olah perjuangan mereka ini adalah kerana Melayu. Itu lah yang Gomo dapat lihat dari apa yang berlaku mengenai isu UDA Holdings.
Ya betul memang UDA banyak masaalah dan benda ni bukan baru malah lama dah berlaku. Sejak ada nya si Jaafar Abu Hassan ni pun dah macam macam pekara wujud malah kemasukkan Jazlan ke dalam UDA Holdings ini pun pekara sedemikian pasti akan berlaku sama ada kita sedar atau pun tidak.
Tapi dalam projek tanah Penjara PUDU ni ramai ke yang nampak kesan nya? Ramai ke nampak impak yang akan berlaku dari pembangunan dan pelaburan yang akan masuk? Cakap memang senang, UDA melayu mesti bagi melayu tapi kalau dah Syarikat Melayu modal nya hanya RM10 Juta nak bangunkan Projek RM8 Bilion nak cekau duit mana?
Oh...mungkin boleh lah kiranya Kerajaan melalui Bank Negara memberikan pinjaman kepada Syarikat Bumiputera yang nak membangunkan projek RM8 Bilion tu. Berapa banyak yang Bank Negara nak bagi pinjaman? berapa? 1 bilion? 7 Bilion?
Lepas tu bangunkan projek tak sampai setahun Dunia alami kemelesetan Ekonomi seperti yang berlaku pada tahun 1998. Macam mana pulak tu? Siapa yang tanggung? Siapa yang akan terima kesan besar dalam hal ini?
Ni semua boleh tanya sendiri dengan Dato Musa Sheikh Fadzil yang tahu sangat dengan Tender yang ada sangkut paut dengan beliau dan Dato Tajudin Pasir Salak. Bukan semua orang tak tahu mengenai pekara ini. Takkan nak keluarkan Dokumen kot?
Ni lah orang Melayu yang masih lagi di Takuk lama, Masih tidak faham faham dengan pelaburan yang perlu di bawa masuk dari luar bagi membangunkan Malaysia. Nama sahaja pemimpin Politik tapi bila tidak dapat Projek maka canang sana sini kata UDA tak bantu Melayu. nak tarik perhatian tapi diri sendiri pun nak bantu Melayu terkial kial.
Gomo rasa setakat di sini sahaja yang Gomo nak kasi PANAS menegenai cerita UDA Holdings ini kerana esok pastinya akan lebih hangat memandangkan isu UDA Holdings,Tanah Penjara Pudu, Syarikat itu ini melibatkan juga hujah demi hujah di dalam Media Maya.
Mungkin kita betul mungkin kita silap namun dalam apa cara sekalipun biar kita berhujah dengan waras dan berlandaskan Fakta bagi mencari jalan agar UDA Holdings Syarikat Bumiputera mampu bertahan dan terus kukuh di persada Dunia.
Tak salah bertegang urat tapi salah kalau sokong membabi buta tampa melihat kesan nya kepada Negara Malaysia ini. Penat penat Najib pi buat lawatan ke China dan bersusah payah PM China datang ke Malaysia ada pulak orang yang tak dapat projek nak menyalak nyalak konon dia lah Pembela Melayu.
Gomo juga tersenyum dengan kata Blogg Duke Of UMNO bila menyatakan:
"Syabas saya ucapkan kepada Datuk Jaafar Abu Hassan yang pada saya tindakannya itu jelas menunjukkan protes beliau kepada Pengerusi UDA, Nur Jazlan,"
PROTES Terhadap UDA? terhadap Nur Jazlan? sama sama kita Bongkar selepas ini!!!
Blogger Flying Kick dan Duke Of UMNO adalah rakan Gomo dalam dunia Blogging, masing masing mempunyai pendapat dan pemikiran masing masing. Ini lah kehebatan Blogger Pro Kerajaan yang boleh berhujah antara sesama Pro kerajaan.
Psssttt..Gua sokong PM Najib Razak dalam isu UDA Holding ni.
"Baik Tidor Bila Dah jangka Siapa Menang Siapa Kalah"
Tahniah kepada 95% team Edrogan yang menang pada pemilihan PAS kali ini. Gomo sebenarnya menyambut baik kemenangan mereka ini dalam memastikan PAS akan terus mara dengan sendiri dan tidak lagi bergantung kepada Anwar Ibrahim.
Namun demikian Gomo merasakan ada sesuatu hal yang menarik apabila tewasnya ustaz Nasha pada perebutan jawatan Timbalan Presiden parti. Ini seolah olah telah di rencanakan dengan baik oleh Haji Hadi selaku Presiden Parti dan juga Mat Sabu Timbalan Presiden parti yang baru.
Umum mengetahui Anwar Ibrahim dan Mat Sabu merupakan teman yang tidak sebulu dalam Pakatan rakyat. malah Mat Sabu lah yang memberi gelaran Anwar Al Juburi kepada Anwar Ibrahim walaupun ianya sudah lebih 10 tahun yang lalu.
Pengaruh Anwar Ibrahim mesti di matikan di dalam PAS dan dengan gandingan Mat Sabu dan Haji hadi membuatkan PAS di lihat membuat satu bentuk kelainan dalam perjuangan Pakatan Rakyat.
Gomo sudah dengar bisik bisik apabila Haji Hadi menyampaikan pesan agar PAS wajib menerajui Pakatan Rakyat dan bukan PKR ataupun DAP. Begitu juga dengan Anwar Ibrahim yang sudah menjadi Alibi kepada Pakatan Rakyat dan mesti di nyahkan pengaruh nya walau apa cara sekalipun. Matlamat menawan Putrajaya sudah tidak relevan lagi untuk di bawa Anwar Ibrahim dan PAS lah yang layak membawa matlamat Pakatan Rakyat selepas ini.
Gomo sudah dapat melihat perubahan yang bakal di lakukan PAS selepas ini, team yang Agresif akan di lihat lebih berkemapuan untuk mengambil alih dominasi PKR di dalam Pakatan Rakyat. PAS sudah dapat membayangkan bahawa mereka akan menawan Putrajaya dan berhak sepenuhnya ke atas Putrajaya setelah Barisan Nasional tumbang pada PRU 13 nanti.
UMNO sudah bersedia? Ini yang sewajarnya menjadi pertimbangan Dato Seri Najib dan kepimpinan yang lain untuk bersiap sedia dengan apa yang bakal di bawa PAS selepas ini. Percayalah dengan barisan kepimpinan PAS yang baru pasti ada pekara Mengila yang akan mereka bawa dalam memastikan BN tumbang pada PRU 13 nanti.
PAS tidak taksub kepada Anwar Ibrahim tetapi PAS taksub kepada kuasa Politik dan itulah agenda mereka yang akan terus di kembangkan sehingga Kemenangan mereka.
Gomo secara dasar bersetuju dengan kemenangan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS dan Gomo juga mengucapkan Tahniah kepada Naib Presiden PAS Husam Musa yang akan di Bogelkan satu persatu selepas ini. He he he
Psssttt...PAS FOR ALL...... Bukan negara Islam tetapi Kuasa Politik menjadi Idaman
Untuk BONUS artikel ini saksikan Video 4 penjuru buat mereka yang berumur 18 tahun ke atas.
"Anwar Al Juburi kata Mat Sabu"
DAP ANTI ISLAM PAS ITU MELAYU UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT
You are subscribed to email updates from PAPA GOMO To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KUALA LUMPUR, 5 Jun – Tan Sri Muhyiddin Yassin memulakan program turun padangnya ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan bersarapan pagi 1Malaysia bersama lebih 2,000 penduduk dan anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Parlimen Batu, di sini walaupun hujan lebat awal pagi tadi.
Timbalan Perdana Menteri yang tiba di Taman Billion Mewah pada pukul 8.30 pagi bersama isterinya Puan Sri Norainee Abdul Rahman disambut oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Semasa berucap pada majlis tersebut, Muhyiddin berkata hubungan NGO dan kerajaan perlu sentiasa erat bagi memastikan masalah rakyat dapat disampaikan kepada kerajaan untuk diselesaikan.
Selain itu, NGO juga mesti memahami segala dasar kerajaan yang ada supaya apabila berdepan dengan orang ramai mereka dapat memahami masalah tersebut dan membawanya kepada kerajaan untuk diberi perhatian segera, katanya.
Muhyiddin berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa berusaha menyelesaikan masalah rakyat dan bukan hanya kerana pilihan raya.
"Kita bekerja untuk sepanjang masa kerana selagi ada rakyat yang kita perlu bela nasib mereka, maka selagi itulah kita bekerja untuk memperbaiki kehidupan mereka," katanya.
Menyentuh mengenai kawasan Batu, Muhyiddin berkata antara masalah yang dikenal pasti antaranya ialah masalah melibatkan penjaja, pemandu teksi dan mereka yang bekerja sendiri serta kemudahan yang diperlukan rakyat.
Masalah tersebut perlu diselesaikan oleh agensi kerajaan di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), katanya.
"Saya yakin banyak program telah pun dibuat untuk menyelesaikan masalah rakyat, namun masih banyak yang boleh dilakukan untuk memastikan hidup mereka lebih selesa lagi pada masa sekarang, apa lagi pada masa akan datang," katanya.
Pada majlis itu, Muhyiddin turut menyampaikan cek bernilai RM159,500 kepada empat orang yang terdiri daripada empat kaum iaitu Melayu, Cina, India dan Sikh bagi mewakili 225 NGO di kawasan itu.
Ia adalah untuk digunakan antaranya bagi mengatasi beberapa keperluan tempat ibadat penduduk kawasan tersebut termasuk masjid dan surau serta tokong dan kuil.
Muhyiddin dan isteri pada majlis perjumpaan itu turut membantu menyediakan roti canai untuk dijamu kepada para hadirin.
Antara Ucapan YB Dato Razali Ibrahim, Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO di Mesyuarat Pemuda UMNO Bhg Paya Besar, Pahang pagi tadi:-
1. Jgn ada rasa was-was dan ragu-ragu bila anak muda Melayu datang ke perhimpunan orang-orang muda di kawasan ini.
2. Adakah menyembunyikan kemungkaran yang dilakukan oleh Anwar al-jubori tidak berdosa. Kenapa Nik Aziz tidak perjelaskan tentang ayat terebut.
3. Jangan salahkan bangsa lain jika dia tidak menyokong kita, jangan salahkan mereka dan perlu cari jalan untuk menarik balik sokongan mereka.
4. Tumpuan kerja untuk PRU13 fokus kepada kepada peti-peti undi. Kenal pasti pengundi dan analisa peti undi yang kalah.
5. Jangan terperangkap dengan dakyah dan fitnah yang mengatakan dia dapat apa yang orang UMNO tak dapat
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Selangor mendesak kerajaan negeri untuk bersikap lebih telus tanpa membelakangkan kontraktor kelas F yang dianggap tidak berkemampuan dalam melaksanakan projek-projek di negeri Selangor. Pemuda UMNO juga mendesak agar kerajaan negeri mendedahkan senarai kontraktor yang terlibat sebagaimana yang didedahkan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS) semalam, kontraktor bumiputera yang diperguna dan diperkudakan oleh DAP.
Ketua Penerangan Pemuda UMNO Selangor, Safarizul Mustafa berkata, tindakan parti DAP yang didakwanya mempergunakan lesen kontraktor kelas F untuk mengaut keuntungan 90 peratus adalah dianggap satu konsep yang sama sekali tidak boleh diterima. Secara amalannya pihak lain tidak perlu gusar dengan kontraktor kelas F kerana setiap kali sesuatu projek yang hendak dilaksanakan sudah pasti mereka ini akan mendapatkan bekalan bahan binaan dari pembekal yang rata ratanya bukan dari kalangan bumiputera. Seharusnya ini juga dilihat sebagai cara pengagihan keuntungan yang adil kerana ia juga dapat dinikmati oleh semua orang tanpa mengira status taraf bumi atau tidak.
"Kerajaan negeri yang kononnya dikata kerajaan kebajikan, prihatin ini sepatutnya memberi (tender) secara telus kepada kontraktor kelas F ini. Janganlah ugut kata kalau nak sesuatu tender tu, kena terima 10 peratus sahaja, tapi yang lebih itu (90 peratus) DAP dapat," ujarnya yang jiuga Ketua Pemuda UMNO Ampang.
Jika perlu, kerajaan negeri yang selalu ghairah mengeluarkan laporan mengenai tuduhan salah laku, harus dengan berani mendedahkan hasil siasatan ini supaya rakyat dapat mengetahui bagaimana kerajaan negeri membantu dan memantau pembangunan usahawan bumiputera," ujarnya mengulas kenyataan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS) semalam yang meminta kerajaan negeri menyiasat salah guna lesen kelas F yang didedahkan dalam inkues Suruhanjaya Kematian Teoh Beng Hock.
Subang, 5 Jun- Inilah akibatnya apabila ahli-ahli PAS telah menyimpang dari kononnya perjuangan asal PAS menegakkan syiar Islam kepada perjuangan menghalalkan cara semata-mata untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional dengan menolak kepimpinan ulama dalam PAS dan memilih kumpulan 'Fullamak' Erdogan dalam pemilihan baru-baru ini, ujar Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Megat Firdaouz Tan Sri Megat Jonid.
"Kemenangan Mat Sabu dan rakan-rakan puak erdogan yang menyokong Anwar menampakkan dengan jelas PAS diperalatkan oleh Anwar, PKR dan DAP untuk memperjuangkan individu yakni Anwar Ibrahim.
Kini, kepimpinan dan suara golongan agama (ulamak) sudah tiada tempat dalam arus perjuangan dan kepimpinan PAS. Perjuangan ahli-ahli perwakilan PAS telah menyimpang dan mengejar kedudukan semata mata berbanding soal pokok perjuangan mereka yakni 'Membangun Bersama Islam', ujarnya yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Subang.
Tambahnya, dalam keghairahan ucapan Presiden PAS menekankan soal kerjasama bersama kawan-kawan pembangkang PKR dan DAP, secara tidak langsung Hj Hadi juga bagi `signal' bahawa Ulamak PAS tidak penting, landasan Islam yang kononnya di perjuangkan PAS selama ini tidak penting.
"Sebab itulah puak-puak Erdogan yang `berkiblat' Anwar menang besar termasuk kemenangan Mat Sabu sendiri yang pernah melabelkan Anwar sebagai 'Al-Juburi'.
Ucapan Haji Hadi sendiri sudah tidak menyebut tentang menubuhkan kerajaan Islam tapi hanya sekadar sebuah negara yang adil, harmoni dan berkebajikan yang mana telah lama dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional selama ini," ujarnya lagi.
Dalam masa yang sama, EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Megat Zulkarnain Omar Din berkata, keputusan kekalahan golongan ulamak memang telah dijangkakan.
"Akhirnya PAS hilang hala tuju perjuangan mereka. Yang menghairankan adalah bagaimana perwakilan boleh memberi sokongan dan kemenangan besar kepada team pro-Anwar? Tidakkah mereka sedar yang mereka sedang menjadi kuda tunggangan DAP dan PKR? Saya jangkakan PAS akan berpecah teruk selepas ini," ujarnya yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gombak
Hehehehee.... takde apa pun, sajer jer nak masukkan pic motor nie.... hajat dalam hati memang nak, tapi tak mampulah untuk ketika nie....
Takpelah, tengok tahun depan, kalau RON95 naik gak, aku belilah..... boleh ulang alik gi kerja dan gi assignment naik motor jer untuk 2012....
Pasal nak isi minyak kereta pun pun dah semput, dulu pakai gak RON97 untuk kereta dan motor Sym aku, tapi nampaknya kedua-dua dah bertukar ke RON95.... hehehehehe
SUASA (Beaufort): Masalah banjir yang sering melanda kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan menjadi perhatian kepada kerajaan.
Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata, usaha sedang dilakukan bagi memastikan masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung yang terbabit dengan banjir dapat ditangani dengan mudah.
"Ini termasuklah masalah perhubungan khususnya dalam menghantar bantuan seperti bekalan makanan," katanya pada majlis penyerahan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir bagi Zon Suasa dan Bengkalalak di sini kelmarin.
Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Adun lumadan kamarlin Ombi, Timbalan Pengarah Kebajikan Am Sabah Mohd Nor Wahab, Penolong Pegawai daerah Beaufort Said Othman, Pemimpin Kemajuan Rakyat Lumadan Ahmad Mumin, Penolong Pegwai Kebajikan Am Beaufort Rokoiah Salleh, Ketua Daerah Lumadan Junli Yusof , Pengerusi JKKK Kampung Suasa Ruslan Muharam dan Pengerusi JKKK Kampung Mentulud Sani Mokshin.
Sapawi berkata, masalah terputus hubungan sewaktu banjir menyulitkan usaha penghantaran bantuan makanan.
Katanya masalah itu diberi perhatian oleh kerajaan dan usaha perlu dilakukan bagi mengatasi masalah yang sering melanda sebanyak 19 kali setahun dan empat hingga lima kali pemindahan ke pusat penempatan banjir .
"Saya sendiri telah meminta dan mencadangkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk meninggikan jalan...ini adalah salah satu cara kita untuk mengatasi masalah terputus hubungan," katanya.
Beliau memberitahu kerajaan amat prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh rakyat dan berusaha mencari jalan penyelesaian yang terbaik bagi mengatasinya. Kerajaan sentiasa berusaha bagi memberikan yang terbaik untuk rakyat dan tidak bersikap membiarkannya.
"Masalah yang dihadapi oleh rakyat tidak akan dibiarkan tanpa adanya usaha yang dilakukan dan ini termasuklah masalah banjir yang melanda kawasan DUN Lumadan dan juga Dun Sindumin," katanya lagi.
Di majlis tersebut sebanyak 702 mangsa banjir menerima bantuan makanandaripada Zon Suasa dan Bengkalalak.
Bang, bangun bang, pasai duk tidoq kat sini, orng sibuk duk bermuktamar nie, orang kt dalam tu tengah duk ngundi tu... abg bukan perwakilan ker....
Abang team mana? Team ulamak ker team Anwar Ibrahim... Team ulamak semua dh kena terajang, sapu bersih geng2 Anwar nie bang...
Nampaknya Anwar berjaya menanam orang2nya dalam PAS, politik Anwar yg licik telah berjaya memecahbelahkan PAS,,, akhirnya PAS sudah beralih kuasa... kuasa kepada barisan kepimpinan Pakatan Rakyat. Suara Ulamak sudah tenggelam dan tidak didengari lagi dalam PAS... Pentadbiran berlandaskan hukum allah akan ditinggalkan dan golongan yang dikatakan intektual akan membarisi kepimpinan PAS.
Siapa yang akan rugi selepas ini, Melayu Islam ataupun bukan DAP.. Yang Pasti janji Anwar kepada DAP tertunai apabila berjaya mempengaruhi PAS agar menyokong Pakatan Rakyat. Kuasa yang ada pada PAS telah memihak kepadanya. Sebelum ini agak susah kerana adanya geng ulamak, tetapi sekarang apa yang dikatakan oleh pakatan rakyat akan disokong oleh PAS tanpa banyak cakap.. Apa tidaknya,,, semua orang2 Anwar sudah mendapat kuasa dalam PAS...
Negara islam dah terkubur, DAP dh boleh senyum panjang, Anwar dah boleh menarik lafas lega sebab perbuatan kejinya tidak akan diisukan oleh PAS lagi...Sekarang diwar2kan negara berkebajikan... Siapa yang mendapat untung daripada nega berkebajikan? Adakah melayu islam yang mendapat kebaikan?.......
Kerusi untuk PRU13 sudah ada senarai dan kemungkinan PAS akan meletakkan calon2 daripada TEAM ANWAR dan Team Ulamak hanya jadi penceramah bebas......
PAS 4 ALL... mampuslaaaa
You are subscribed to email updates from HERO KECIK To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Sekalung tahniah atas kejayaan untuk percubaan kali kedua Mat Sabu yang akhirnya menobatkan gelar pangkat Timbalan Presiden PAS Malaysia dengan mengenepikan mantan Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa dan Tuan Ibrahim Tuan Man selaku tokoh-tokoh favourite ulama, adalah kejayaan terpenting beliau selaku ahli politik PAS.
Memetik kata-kata Mat Sabu tidak akan menyerang Bro Anuwar Bin Ibrahim, "...Bila beliau tidak lagi berada dan memegang jawatan dalam parti Umno, kenapa pula hendak menyerangnya?"; timbul di pemikiran kita, betapa mudah Al-Juburi itu dimaksumkan dan betapa mudah pula agenda perjuangan menuntut kebenaran disisihkan.
Adakah benar kepimpinan ulama dalam PAS tidak agresif seperti kata Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS dan ulama Pas dikatakan hanya semata-mata menjadi 'ular dalam semak'? Adakah kata-kata itu membenarkan sebelum ini, ada ulama PAS yang cuba dan berusaha untuk menyatukan PAS dengan Umno sehingga mengakibatkan runtuhnya pengaruh ulama di hati kalangan perwakilan PAS? Adakah benar, bagi mengekalkan pengaruh dalam PAS untuk terus menyokong kes Liwat & China Doll, maka Bro Anuwar Bin Ibrahim telah awal-awal menyusun orang-orangnya di dalam PAS dan berjaya dalam pemilihan kali ini? Adakah dengan menjadi Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu telah 'menyucikan dosa' khalwat tegar negara, sepertimana dia sendiri memberi gelar Anwar Al Jubr dalam ceramah di masa lalu?
Jika inilah yang terjadi, maka percayalah bahawa rasukan Iblis Laknatullah sedang bergentayangan dalam PAS dan parti itu sedang menuju kehancuran atas ciptaan mereka sendiri.
Namun, selepas dipikir-pikirkan semula, patutlah Mat Sabu boleh terima kes-kes liwat & China Doll, kerana Bro Anuwar juga, malahan semua penyokong fanatik PAS pun boleh 'mengampunkan' dosa Mat Sabu yang berkhalwat dengan bini orang di BILIK 121 itu. Bukankah Mat Sabu pun terlepas atas 'technical fault' sama macam kes makhluk anugerah tuhan dalam kes liwat 1999 dulu?
Yang buruk boleh jadi baik & mulia andai anda adalah penyokong Bro Anuwar Bin Ibrahim. Anda meliwat? Kaki China Doll? Silakan jika anda penyokong pembangkang atau pemimpin utama pembangkang kerana pasti, anda akan dimaksumkan. Malahan Chua Soi Lek pun boleh diampunkan dosanya sebagai kaki kongkek oleh PAS dan pembangkang andai dia masuk DAP.
Betapa mudah kebenaran disisihkan dan kebatilan diangkat menjadi pegangan.
Bak kata Bro Anuwar Bin Ibrahim, "Yang belakang tu sedap sebab sempit tapi kena gak rasa kelangkang China Doll".
Selamat Menjahanamkan PAS Wahai Peliwat Tegar Negara!
Berikut merupakan Penerima Pingat Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran "Tan Sri":
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah, Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Md Raus Sharif, Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdull Hamid Embong, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Datuk Mohd Radzi Abdul Rahman, Anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, Datuk Seri Ainum Mohamed Saaid, Profesor Universiti Putra Malaysia, Fakulti Pengajian Pendidikan, Datuk Seri Dr Mohd Nasir Mohd Ashraf, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail, Naib Canselor Universiti Malaya, Prof Datuk Dr Ghauth Jasmon, Tunku Temenggong Negeri Kedah, Datuk Seri DiRaja Tunku Sallehhuddin Almarhum Sultan Badlishah, Penasihat Tijaz Corporation Sdn Bhd, Datuk Seri Tengku Azlan Almarhum Sultan Abu Bakar, Pengasas Merdeka Studios, Datuk Lakshmanan Krishnan, Pengerusi Yayasan Tun Jugah, Datuk Amar Leonard Linggi Jugah, Presiden Majlis AIDS Malaysia, Datuk Mohd Zaman Khan @ Hassan Rahim Khan, Mahaguru/Pengasas Persatuan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM), Datuk Omar Din Mawaidin, bekas Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Datuk Phaik Gan Lim, Ketua Pegawai Eksekutif NAM Institute For The Empowerment Of Women (NIEW), Datuk Rafiah Salim, Tokoh Akademik dan Intelektual Islam (Pengasas The International Institute of Islamic Thought and Civilization, ISTAC), Prof Dr Syed Muhammad Naguib Al Attas, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad, Datuk Seri Dr Anthony Francis Fernandes, Naib Presiden Persatuan Bekas-Bekas Pegawai Polis, Datuk Seri Yuen Yuet Leng, Pengerusi South East Asia Welfare and Education Foundation (SEAWEED), Left Jen (B) Wan Abu Bakar Omar, Pengarah Urusan M. Zain Group Of Companies, Datuk Goh Teck Chai, Timbalan Pengerusi Eksekutif Salcon Berhad, Datuk Tee Tiam Lee, Pengerusi Lembaga Pengarah Cybersecurity Malaysia, Datuk Seri Panglima Jeneral (B) Mohd Azumi Mohamed, Pengerusi Eksekutif, Concord Alliance Sdn Bhd, Datuk Mohd Hussin Abd Hamid, Pengerusi STS Equestrian & Sports Centre, Datuk Cham Hak Lim, Consultant Cardiologist, Pusat Perubatan Pantai Kuala Lumpur, Datuk Dr Ridzwan Abu Bakar, Pengerusi, Syarikat Jendela Hikmat Sdn Bhd, Jen (B) Datuk Seri Che Md Noor Mat Arshad, Panglima Tentera Darat Jen Datuk Seri Zulkifeli Mohd Zin, Bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Hussin Ismail, Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Brig Jen (B) Datuk Seri Abdul Hamid Ngah @ Zainal Abidin, Presiden Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP), Datuk Sri William Mawan Ikom, Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Sri Dr James Jemut Masing, Pengerusi Bank Pembangunan Malaysia Berhad, Datuk Dr Abdul Samad Haji Alias, Penasihat Malaysian Chinese Association (MCA) Pusat, Datuk Lim Yew Loong, Timbalan Pengerusi Knight Capital Sdn Bhd, Datuk Rashpal Singh Jesawant Singh dan Timbalan Pengerusi Eksekutif IJM Corporation Berhad, Datuk Tan Boon Seng @ Krishnan.
Ironi 4 insan yang dihighlightkan:
1. Mahaguru Silat Lincah, tahniah. Silat Lincah memiliki kekuatan pesilat lebih daripada 200 ribu orang seluruh Tanahair. Maka, Pak Sedaro cadangkan masa depan, UMNO cadangkan Nama Almarhum Mahaguru Meor Abdul Rahman untuk PSM. Perguruan Silat Gayung Malaysia memiliki kekuatan lebih daripada 1 juta pesilat seluruh Tanahair.
2. Pengasas ISTAC, namanya harum satu buana alam. Semalam diangkat Tokoh Melayu Terbilang, Hari ini UMNO dapat restu DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan dianugerahi PSM. Esok, UMNO kena bantu selesaikan polemik ISTAC atau langkah lebih afdhal ialah memberi mandat dan amanah kepada Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib bin Ali Al-Attas untuk mengasaskan World Institute of Islamic Thought and Civilisation dengan Dana RM 1billion. Pak Sedaro amat yakin Kerajaan Qatar, Arab Saudi, Libya, Brunei dan Jordan serta Kuwait akan memberi Dana Baitul-Mal masing-masing untuk kerja fisabilillah penubuhan WISTAC.
3. Air Asia terbina daripada tangan manusia ini. Kamaruddin Meranun seorang bekas pelajar MRSM Kuantan juga wajar dicalonkan tahun 2012 untuk PSM. Tony Fenandez lumpuh jika Kamaruddin Meranun tempang. Ini wawasan 1Malaysia nampaknya. Namun apakah pengorbanan ekonomi yang disumbang oleh Air Asia kepada pembangunan tamadun dan budaya Ilmu? Apakah Air Asia akan membina legasi sendiri dengan penubuhan sebuah Yayasan CSR Air Asia dan menjalan tugasan seperti The Apprentice karya Empayar Donald Trump? Atau apakah sumbangan Air Asia akan menyumbang kepada Sekolah Penerbangan Rantau Asia terbaik berpusat di Sendayan?
4. Dato' Seri Yuen Yuet Leng, ialah seorang Pegawai Cawangan Khas yang membawa kepada pengkisahan pembunuhan Komunis dan maklumat perisikan Komunis. Yuen merupakan seorang anak Kaum Cina dari suku Hakka yang paling lama bertugas sebagai undercover, sehingga nyawanya hampir terurai dari jasad. Yuen jugalah manusia yang masa mudanya merancang bagaimana menyelesaikan Perletakan Senjata Komunis di Thailand dengan Tun Haniff Omar bersama Almarhum Tan Sri Azizan Zainal Abidin yang ketika itu Ketua Setiausaha Sulit kepada YAB Perdana Menteri. Yuen banyak berbakti kepada Bumi Melayu ini. Inilah insan berjasa yang taat setia kepada Tanahair, Bangsa dan Agama. Amatlah afdhal, anak-anak Cina khususnya Chua Soi Lek dan Wee Ka Siong berguru daripada Dato' Seri Yuen Yuet Leng.
Daulat Tuanku, Sesungguhnya Perkara 32 dan 38 amat penting kesan dan akibatnya kepada tanahair ini. Ambillah pengajaran bermakna dan berikanlah sumpah taat setia ANDA kepada Bumi Melayu ini.
PAS sekali lagi berbohong kepada rakyat melalui ucapan dasar Presidennya, Abdul Hadi Awang yang mendakwa bahawa al-Quran tidak pernah menyebut negara Islam, sebaliknya yang ditekankan adalah negara berkebajikan. Perlu diingatkan - menubuhkan sebuah negara Islam, bermaksud akan tertegaklah secara tidak langsung sebuah negara berkebajikan, manakala menegakkan sebuah negara berkebajikan, belum tentu tertegaknya sebuah negara Islam! Dalam hal ini, nampaknya Haji Hadi terkeliru.
Perlu juga ditekankan bahawa Islam bukan sebahagian daripada kebajikan, sebaliknya kebajikan itu merupakan sebahagian daripada Islam, atau dengan kata mudahnya, kebajikan itu berada dalam Islam dan bukan Islam berada dalam kebajikan! Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya.
Sekiranya benar Haji Hadi mengetahui bahawa tidak terdapat satu perkataan pun yang merujuk kepada "Negara Islam" di dalam al-Quran, maka mengapa PAS melancarkan buku berjudul "Negara Islam" pada tahun 2003? Bahkan, Haji Hadi juga terlupa bahawa beliau sendiri pernah menulis sebuah buku berjudul, "Sistem Pemerintah Negara Islam" pada tahun 1995, terbitan Dewan Muslimat PAS, bagi menjelaskan konsep sebenar negara Islam.
Selain itu, menurut Haji Hadi, buku "Negara Islam" yang dilancarkan oleh PAS pada tahun 2003 itu adalah bertujuan untuk memberi kefahaman yang jelas kepada orang bukan Islam tentang negara Islam yang adil lagi berkebajikan, tetapi apa yang berlaku pada hari ini adalah sebaliknya - PAS seolah-olah semakin takut untuk menyebut "negara Islam" - bimbang, kalau-kalau hilang undi daripada kaum Cina. Soalnya siapakah yang patut ditakuti? Allah atau pengundi-pengundi DAP?
Hari ini, tatkala PAS mendabik dada kononnya mereka semakin kuat dan gagah perkasa, maka selayaknya PAS semakin berani untuk mempromosikan keindahan Islam melalui hukum Hudud dan negara Islam kepada orang kafir! Tetapi, yang berlaku adalah sebaliknya - PAS semakin berjiwa kecil dan takut untuk menyatakan pendirian mereka yang sebenar. Jika sebelum ini, para pemimpin PAS sangat galak mengutuk UMNO kononnya tidak berjiwa Islam, kini ternyata parti tersebut pula yang terpaksa mengorbankan prinsip perjuangan Islam yang mereka laungkan di pentas-pentas ceramah, demi menjaga hati PKR dan DAP!
Perlu diingatkan, kehadiran PAS di pentas politik tanah air adalah bertujuan untuk berdakwah tentang Islam dan bukan untuk mengejar kuasa semata-mata. Sekiranya promosi negara Islam sudah ditukar kepada negara berkebajikan, maka bila lagi masa yang sesuai untuk PAS berdakwah kepada DAP berkenaan keindahan negara Islam? Malah, kita juga ingin tahu secara terperinci, apakah yang dimaksudkan oleh Haji Hadi dengan negara berkebajikan itu? Jika al-Quran dan as-Sunnah tidak dimasukkan sebagai perlembagaan tertinggi dalam negara berkebajikan - maka ia tiada bezanya dengan negara komunis atau sosialis.
Sebaliknya, jika negara berkebajikan yang dimaksudkan oleh Haji Hadi dalam ucapan dasarnya itu sebagai sebuah negara yang meletakkan al-Quran dan as-Sunnah sebagai sumber tertingginya, maka itu disebut sebagai negara Islam dan bukan negara berkebajikan, kerana negara Islam sudah tentu secara automatiknya akan menjadi sebuah negara berkebajikan! Baca di sini dan di sini...
Tidak sampai 24 jam selepas barisan baru kepemimpin PAS yang memenangi jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden dibentuk - sudah mula kedengan suara-suara sumbang yang gelisah dan sukar menerima keputusan daripada para perwakilan tersebut. Kegelisahan ini ada rasionalnya - hakikat yang sebenarnya ialah Mat Sabu memenangi jawatan Timbalan Presiden PAS adalah berpunca daripada perpecahan golongan ulama dalam parti tersebut. Sekiranya salah seorang daripada calon ulama untuk jawatan Timbalan Presiden PAS, sama ada Nasharudin mahu pun Tuan Ibrahim menarik diri, InsyaAllah kepimpinan ulama masih boleh dipertahankan.
Realitinya, perwakilan masih menginginkan kepimpinan ulama. Seandainya jumlah undi yang diterima oleh Nasharudin dan Tuan Ibrahim dicampur, maka aspirasi perwakilan PAS masih mahu mengekalkan ulama bagi mengisi jawatan nombor dua parti tersebut. Tetapi - malangnya, keinginan untuk mengejar kuasa dan pengaruh mula menyelubungi kepimpinan ulama sejak beberapa tahun yang lalu, sehingga jawatan tidak lagi dilihat sebagai beban yang akan digalas di akhirat kelak, sebaliknya jawatan dalam parti sudah mula digambarkan sebagai satu bentuk keistimewaan dan jalan pintas untuk menjadi calon dalam pilihan raya umum yang akan datang!
Rata-rata ahli PAS akhir umbi sudah mula menunjukkan rasa tidak puas hati atas kemenangan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS - menurut mereka, jumlah undi yang diterima oleh Mat Sabu membuktikan bahawa majoriti perwakilan masih menolak beliau. Dengan kata mudah - Mat Sabu sebenarnya tidak mendapat sokongan penuh daripada perwakilan PAS, sekali gus menyukarkan beliau untuk melakukan gerak kerja parti.
Beberapa ahli PAS yang jujur dan ikhlas, sudah mula menghidu gerakan sulit bagi menukar wajah PAS kepada bentuk yang lebih "nasional" - Daripada Hukum Hudud menjadi "Keadilan Sejagat", daripada negara Islam menjadi "Negara Berkebajikan" Semua ini merupakan gambaran yang sangat jelas, bahawa terdapat gerakan "bawah tanah" yang cuba memesong dan menukar perjuangan tulen PAS. Tanpa disedari, selangkah demi selangkah, PAS dijauhkan daripada al-Quran dan as-Sunnah, dan perlahan-lahan perkataan Islam diganti dengan perkataan-perkataan lain yang erti dan maksudnya sangat jauh berbeza daripada perjuangan asal PAS.
Sama ada kita sedar atau pun tidak - PAS benar-benar telah dirosakkan oleh Anwar Ibrahim. Sedikit demi sedikit, wajah PAS sudah berubah, yang mana akhirnya umat Melayu-Islam juga yang menanggung kerugian. Inilah natijah daripada membelangkangi perintah Allah, yang melarang umat Islam menjadikan kaum kafir sebagai teman rapat. Firman Allah di dalam surah An-Nisa' ayat 144 yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman; adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menghukum) kamu?" Lantaran itu, fikir-fikirankah, wallahualam.
Bukan sahaja digelar sampah, malah tak bermoral. Akibat kemarahan N.Ajis kepada Ustaz Nasha, dendam geng Kelantan daripada PRK Manek Urai baru terbalas. Di Manek Urai, susuk tubuh Ustaz Nasha diharamkan memasuki kawasan tersebut.
Mungkin bagi N.Ajis, orang yang mengajak kepada perpaduan adalah tidak bermoral, tapi orang yang bersetubuhan pula diangkat dan dipuja.
*Kalau aku jadi Ustaz Nasha, dah lama aku blah dari PAS. Dah kena halau macam tu pun tetap Ustaz Nasha bersabar. Adakah kerana istiqamah dalam perjuangan atau sebab yang ini....?
Cakap-cakap yang mengatakan hanya UMNO yang kecewa sebab ulama menang hanya propaganda puak pro-AnuWar. Dalam beberapa blog pro-PAS sendiri wujudnya kekecewaan tersebut. Antara blog yang membangkitkan perkara tersebut adalah blogger tin buruk.
Ulama dan Profesional
Lagi cerita pasal kawan saya di Kawasan Batu. Dia masih tak puas hati dan menghitung takdir mengatakan jika Ustaz Nasha tarik diri, sudah tentu Tuan Ibrahim Tuan Man boleh memang selesa.
Ada beberapa orang yang ada di kiri kanan tempat kami berbincang menyampuk dengan mengatakan, Tuan Ibrahim Tuan lebih baik bertanding sebagai Naib Presiden sahaja. Pasti beliau mendapat undi terbanyak (undi popular) dan rekod Tuan Ibrahim memang menerajui undi paling popular dalam pemilihan Naib dan AJK PAS Pusat.
Mereka menyebut juga. Mohamad Sabu dan Ustaz Nasharuddin pasti sengit dalam pemilihan satu lawan satu. Tapi katanya sekurang-kurang sudah ada satu golongan ulama dalam Naib.
Saya juga menambah secara seleroh, Kalau Timbalan Muryidur Am dan Ketua Dewan Ulama tidak melobi mengekalkan Ustaz Nasha. Sudah pasti Tuan Ibrahim Tuan Man boleh menang. Banyak Kawasan terpaksa ber'syura' untuk memilih antara Ustaz Nasha dan Tuan Ibrahim.
Mereka terdiam.
Saya juga menambah lagi. Bilangan undi masih menunjukkan undian untuk golongan yang disebut-sebut sebagai ulama adalah 60% dan Mohamad Sabu hanya memperolehi sokongan hanya sekitar 40% sahaja daripada perwakilan.
Untuk menuntup percakapan hilang rasa frust mereka ini, saya menyimpulkan itulah gerak kerja yang disebut sebagai golongan profesional. Orang profesional boleh menunjukkan golongan sedikit boleh mengalahkan golongan yang banyak dengan strategi dan perancangan yang tepat.
Mereka tak ramai tapi mereka bersedia mengambil apa sahaja peluang dalam PAS untuk kepentingan tujuan mereka. Mereka bukan sahaja berkerja pada saat-saat pemilihan malah mereka telah bersedia setelah kalah dan tidak mendapt hajat dalam pemilihan 2 tahun yang lalu.
Semoga kekecewaan dalaman PAS berpanjangan. Kecewa kerana ulama ditolak oleh orang PAS sendiri. Jika dahulu orang UMNO yang memperlekehkan Ulama yang dikatakan tidak boleh mentadbir, kini ahli PAS sendiri yang mengiyakan. Orang UMNO yang banyak memperlekehkan Ulama tidak lain tidak bukan geng AnuWar sendiri. Lihatlah betapa celuparnya Nuar mengutuk PAS satu ketika dahulu.
Selepas Muktamar PAS 2011, PAS telah menggugurkan perjuangan Negara Islam yang selama ini mereka laung-laungkan.
Kini mereka hanya berpaut pada slogan Negara Berkebajikan.
Jika Islam telah dihilangkan daripada perjuangan mereka, apakah erti ISLAM bagi PAS?
Cuba baca keratan di bawah....
Akhir-akhir ini kita telah lihat PAS lesu bukan sahaja dalam negara, malah di luar negara sekali pun.
Jika dulu, merekalah PEMBELA ISLAM. Setiap kali berlaku ketidak adilan bagi rakyat Palestin, merekalah juaranya.
Kini jika isu-isu umat Islam dalam negara, pembelanya adalah PRIBUMI PERKASA.
Bagi isu luar negara, yayasan di bawah Tun Mahathir yang sentiasa di hadapan.
Apa pula yang tinggal pada PAS? PAS hanya tinggal sejarah dan kenangan. Mereka lebih gemar menentang UMNO daripada menentang kumpulan hak asasi beragama di Malaysia. Mereka lebih gemar memaki UMNO daripada mengherdik ISRAEL.
Tahniah PAS, semakin hampir anda dengan pluralisme dan jaringan Islam liberal. Semakin AnuWar sayang pada PAS sekarang ni...
Soalan ini bermain-main difikiran aku bila baca artikel daripada seorang penyokong (atau ahli?) PAS di Tranungkite. Penulis tak pakai gelaran ERDOGAN, tapi pakai Progresif-Liberal - PROLIB (nama dah macam salib). Selamat membaca artikel yang mengupas dari perspektif yang berbeza iaitu pandangan dalaman PAS.
"Penguasaan kelompok progresif liberal(prolib) dalam muktamar PAS 2011 memberi isyarat perwakilan mahu perubahan besar dalam hala tuju PAS. Perwakilan mahukan gerak kerja, pendekatan dan pemikiran kelompok progresif liberal dijadikan landasan baru dalam menghadapi cabaran UMNO-BN mengantikan pendekatan dan pemikiran tradisi kelompok pengasas kepimpinan ulama PAS.
Kejayaan kelompok liberal menggugat tradisi-tradisi garapan kelompok pengasas menandakan perwakilan dan ahli mahu perubahan dalam 'tabu' kepimpinan PAS. Kelompok progresif liberal dilihat bukan bertujuan meruntuh kepimpinan ulama tetapi meregenerasikan kepimpinan ulama dengan gagasan/cara yang baru. Majlis Syura Ulama, Dewan Pemuda, Dewan Ulama dan Presiden PAS perlu memberi ruang dan peluang kepada kelompok ini merealisasikan eksperimen mereka. Jawatan penting dalam parti seperti SUA(YB Nizar-cadangan), Pengarah piliharaya(Dr Dzukifli-cdag), Ketua Penerangan(YB Ir Saari Sungip atau Hanipa Maidin-cdg) dan Jabatan Penyelidikan (Dr Mujahid cdg) perlu diberi kepada kelompok ini. Sesi ini, tugasan Presiden memantau perjalanan organisasi dan penyatu kelompok-kelompok dalam PAS.
Dewan Ulama dan Dewan Pemuda yang dikuasai oleh kelompok pengasas dan Neo Tradisional akan memberi keseimbangan kepada pendekatan kelompok progresif liberal. Keseimbangan ini akan dapat menambah nilai 'produk' PAS kepada masyarakat. Selain mengkritik, DU dan DPPP perlu sedia 'bersahabat' dengan idea dan pendekatan kelompok progresif liberal.
Kelompok progresif liberal memberi sokongan kepada calon alternatif iaitu Muhammad Sabu. Muhammad Sabu dari segi pemikiran bukanlah tergolong dalam kelompok ini tetapi pendekatan yang digunakan oleh Muhammad Sabu dianggap mendekati pendekatan kelompok progresif liberal. Sokongan populis peminat tegar dan kelompok prolib memberi kelebihan undi kepada Muhammad Sabu.
Muhammad Sabu dilihat Timbalan Presiden Khas yang bertujuan menjayakan misi PRU 13. Muhammad Sabu seorang pro ulama, pro pakatan dan non Anwaris, beliau mempunyai kelebihan dalam mendekati massa terutamanya non muslim, anak muda, NGO, aliran pemikiran kiri dan rakan Pakatan Rakyat dalam memperjuangkan sesuatu isu. Pengalaman dan gerak kerja beliau dijadikan azimat berguna kepada PAS dalam menghadapi PRU 13 bahkan menghadapi Anwar sendiri jika Anwar bermasalah.
Adakah Muhammad Sabu menjadi Presiden PAS pada masa depan?. Jawapannya kemungkinan tidak, kecuali presiden PAS meninggal dunia. Muhammad Sabu dilihat Timbalan Presiden Sepenggal yang istimewa dalam menangani PRU 13. Dari segi politik dalaman, Muhammad Sabu akan terus dicabar oleh kelompok pengasas kepimpinan ulama bahkan kemenangan Muhammad Sabu membuka ruang agar kelompok progresif liberal menggugat jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada masa depan. Tiada lagi tradisi bahawa timbalan presiden adalah ulama. Cerita untuk ulama ditulis sebagai Presiden dan Timbalan dalam perlembagaan sudah basi.
Kemenangan Muhammad Sabu juga merencatkan kekukuhan pelapis baru[sebagai Presiden] pasca TGHH. Dari segi keupayaan politik TGHH masih boleh bertahan(dengan izin Allah) dalam dua penggal lagi. Dalam dua penggal akan datang, PAS perlu melatih seorang calon Presiden PAS. Antara pemimpin tersebut ialah Tuan Guru Tuan Ibrahim dan ustaz nasha bagi kelompok pengasas dan Dato Husam dan YB Solahuddin bagi kelompok progresif liberal. Ustaz Tuan Ibrahim dilihat kurang berpengalaman dalam organisasi dan kurang pengaruh diperingkat antarabangsa. Oleh itu saya sarankan, Ustaz Tuan Ibrahim dilantik Setiausaha Agung PAS[jika Presiden menolak kelompok PROLIB bagi jawatan ini} yang baru manakala Ustaz Nasha dilantik Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan. Kelemahan ustaz nasha ialah tiada bukti prestasinya dan tiada tapak politik akar umbi.
Ustaz Nasha dan Ustaz Tuan Ibrahim tiada isu menarik tentang mereka kecuali mitos rapat dengan UMNO. Perjuangan Muhammad Sabu selama ini membuka ruang media massa arus perdana mengungkit kembali isu lama terutamanya isu syiah. Seperti Anwar, Muhammad Sabu bakal menghadapi cabaran dalam usaha membunuh karekternya. Oleh itu, Muhammad Sabu perlu bersedia dan menjaga diri agar tidak terpalit dengan isu-isu peribadi yang boleh menjatuhkan imej PAS.
Saya mengharapkan Muhammad Sabu dan kelompok PROLIB menggunakan peluang ini membuktikan laungan pemikiran dan hujjah mereka bukan tin kosong atau retorik ala Anwar. Saya juga mengharapkan kelompok pengasas dan neo tradisionalis tidak menganggu jalan kelompok PROLIB dalam merealisasikan cara mereka. Ini masa mereka, kalian bantu mereka sebagaimana selama ini mereka membantu kalian. Takziah dan taniah kepada Muhammad Sabu dan kelompok PROLIB dan selamat berjuang. Kepada generasi pengasas, terus istiqamah dan muhasabah diri agar kalian dapat mengubah cara berfikir dan bertindak. Kalian juga perlu membuktikan hasil kerja kalian dalam Dewan Ulama dan Dewan Pemuda."
Apa komen pembaca MyMassa? Bagi aku, penulis mungkin tak dapat terima kenyataan. Sebab tu boleh tulis Mat Sabu hanya Timbalan Presiden untuk sepenggal sahaja. Ertinya, dalaman PAS sendiri mungkin terkejut dan sukar menerima hakikat bahawa PAS kini sudah liberal. Itu komen aku. Kalau pembaca MyMassa punyai firasat sendiri pun boleh tambah diruangan komen.
Sebelum ini MyMassa pernah dedahkan bagaimana Presiden PAS berpusing 360 darjah dengan menyokong Perlembagaan Persekutuan yang satu masa dahalu dia panggil sebagai Perlembagaan Kafir dan itulah sebab utama PAS menentang UMNO.
Kini MyMassa mendedahkan bagaimana seorang ostad yang kini Ketua Pemuda PAS terperangkap dengan duniawi demi mengejar kuasa dan pangkat. Dalam mengejar gelaran duniawi inilah juga ostad ini terlupa apa yang sepatutnya dia lakukan sebagai seorang yang mempunyai ilmu agama yang tinggi dan wajib menjadi contoh kepada muslim yang lain.
Dalam Siri Wacana Sinar yang bertajuk Fitnah, ostad tersebut telah berhujah dengan cukup baik, mengajar orang ramai mengenai fitnah.
NASRUDIN: Berkait dengan fitnah yang berlaku, saya setuju bahawa fitnah itu bersifat umum yang boleh berlaku dalam dan luar parti politik, masyarakat dan boleh juga berlaku kepada seseorang individu.
Tetapi paling penting, setiap manusia mesti memahami bahawa fitnah menyebabkan dia dimurkai Allah SWT. Jadi, apa yang saya lihat hari ini, politik kita terlalu ganas, melepasi batas pertimbangan syurga dan neraka, pahala dan dosa. Akhirnya untuk mencapai cita-cita politik, mereka menggunakan fitnah.
Kita mahu politik telus dan tulus yang mempunyai kredibiliti dan berasaskan hujah serta pandangan bernas. Bukan kepada hasrat untuk menjatuhkan lawan.
Merujuk kepada perkembangan dalam Pas sebagai sebuah gerakan Islam, yang dasarnya adalah Islam, pertama adalah untuk memastikan setiap anggotanya selamat daripada segala kemungkaran serta dan kemaksiatan.
Kedua, untuk memastikan setiap anggotanya meletak landasan bahawa berjuang adalah untuk mencari keredhaan Allah SWT dan menegakkan syariat di atas muka bumi.
Kelemahan manusia yang melibatkan pergolakan dan persengketaan adalah perkara biasa. Tetapi dengan sebab agama Islam, setakat ini dalam pemilihan parti di peringkat Pas di setiap kawasan adalah terkawal. Setakat berbeza pendapat dan pandangan, saya kira itu biasa.
Saya mempunyai satu tekad, apabila diberi amanah sebagai Ketua Pemuda Pas, saya ingin memastikan setiap anggota khasnya Pemuda mengamalkan dasar dan sistem politik berakhlak, bermaruah, berhemah dan bukan bertunjangkan fitnah.
Kita tidak mahu politik berlandaskan kepada menjatuhkan maruah orang lain, politik keji dan jijik.
Tetapi mungkin ostad muda ini terlupa bahawa dia sendiri pernah menjadi penfitnah dengan tujuan menjatuhkan musuh politiknya. Lebih menyedihkan fitnah tersebut dilakukan DALAM BULAN RAMADHAN!
Subhanallah. Bagaimana sebagai seorang yang digelar ulamak muda oleh ahli PAS boleh bersikap seperti seorang MUNAFIK! Jika benar fitnah ini sesuatu yang dimurkai Allah S.W.T, kenapa PAS sanggup mengamalkannya setiap masa terutamanya ketika pilihan raya? Mungkin dialog ini mampu memberikan jawapan yang dicari...
DR MASZLEE: Ada juga orang agama yang melakukan fitnah secara tidak sedar kerana mereka menganggapnya sebagai memperjuangkan Islam. Apakah kita boleh percayakan golongan ini jika mereka masuk ke arena politik?
DR ASRI : Dalam sejarah, golongan politik sering kali menggunakan orang agama untuk mendapatkan pengaruh. Kerana mereka tahu elemen yang mempengaruhi masyarakat itu adalah agama. Apabila disebut sesuatu perkara dan disertai dengan nas agama, maka ramai orang akan terpengaruh. Agama boleh menjadi madu atau penawar yang menyembuhkan penyakit politik tetapi dalam masa sama, jika tidak dikendalikan dengan betul, agama menjadi racun kepada politik. Agama akan menjadi penyebab kepada kacau bilau politik jika tidak diadun dengan cara yang betul. Sebab itu agama perlu berada di atas parti politik, bukan parti politik yang mengendalikan kehendak agama. Agama yang menentukan keputusan terhadap parti politik, bukan parti politik yang mengarahkan para ulama mengeluarkan fatwa sesuai dengan kehendak parti politik. Di situ perlunya kebebasan golongan agama supaya mempunyai sikap yang bebas dan tidak mempertahankan partinya tetapi mempertahankan prinsip. Mengadunkan agama dan politik memerlukan adunan yang benar-benar jujur. Jika tidak, kita akan melihat agama tidak lebih melainkan senjata orang politik dan orang agama juga akan gunakan orang politik yang ada kuasa untuk kedudukan agama dia.
Fikir-fikirkan dan selamat beramal...
*Nak tunggu HARAKAH EDISI BEBAS FITNAH. Bilalah edisi macam ni boleh terbit?
Kerajaan pakatan haram jadah selangor mengganas lagi kali ini penduduk pjs1 menjadi mangsa, rumah panjang yang diduduki oleh 3 keluarga telah di robohkan oleh sebuah syarikat kroni menteri besar selangor.
Atas nama pembangunan, mereka tampa hati perut merobohkan rumah yang menjadi tempat berlindung 3 keluarga yang telah bertahun-tahun mereka tinggal di situ, ada yang menyalahkan umno dalam isu ini, tapi alhamdulilah, semasa pemerintahan umno, penduduk rumah panjang itu selamat, rumah mereka tak diroboh pun, rumah mereka di roboh apabila kerajaan pakatan haram berkuasa.
Latifah koya main wayang, kononnya dengan campur tangan dia, rumah itu yang sepatutnya di robohkan tahun lepas berjaya di tangguhkan, boleh percaya ke cakap latefah koyak tu? dia pun orang pkr, kerajaan selangor pun kerajaan pkr, mana mungkin dia tentang dan halang pembangunan yang parti dia nak buat... nak menipu pun beragak la...
Dengan robohnya rumah panjang di pjs1 tu, telah membuktikan kerajaan selangor pimpinan pkr, menganaktirikan kaum india, selama ini kaum india bergitu setia menyokong pkr, tapi kesetiaan mereka telah diliwat oleh pkr, kali pertama kaum india telah di liwat kesetiannya dalam kes kampung buah pala dan kini kaum india sekali lagi di liwat oleh pkr di pjs1.
Akibat terlalu taksub dengan anwar, maka dia dia juga sanggup membiarkan anwar meliwat mental dan pemikirannya. itulah saifuddin nasution ismail, kebodohan saifuddin yang tak berkesudahan.
Nah ambik kau, saifuddin kantoi gila-gila dengan blogger, saifuddin kata dia ada bukti e-tiket dari pihak perancis kononnya individu ke tiga yang pergi ke macau tu adalah datuk najib, woii bahalul kelabu asap, tahun 2002 sistem e-tiket tak wujud lagi daa... orang dok beratur lagi beli tiket kat kauter, macam mana kau boleh jumpe bukti pembelian melalui e-tiket. nak menipu pun beragak la pudin oii...
Dibawah kenyataan pudin gile dan di bawah lagi ialah sejarah e-tiket, tak tau la pulak kalau ada puak bahalol dalam pkr tu kata umno dah kaw-tim dengan iata untuk ubah sejarah e-tiket tu. haahaahaa.... cerita selanjutnya klik sini dan sini
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir menyatakan berdasarkan maklumat Kementerian Pelancongan didapati terdapat penurunan kedatangan pelancong ke negeri Kedah sebanyak 700,000 daripada 1.7 juta pada tahun 2009 manakala hanya 1juta pada tahun lalu.
Pelancong yang melawat Pulau Langkawi tidak langsung datang ke tanah besar Negeri Kedah Darul Aman kerana Kerajaan Negeri tidak mengambil inisiatif untuk mempromosikan tanah besar.
Pelancong luar yang datang ke Langkawi tidak tahu pun wujudnya Alor Setar dan mereka lebih banyak berbelanja di Langkawi daripada tanah besar.
Inilah kelemahan Kerajaan Kedah yang tidak bijak mengambil kesempatan untuk mempromosikan Negeri Kedah.
Tidak hairanlah jika Alor Setar digelar sebagai "dead city".
You are subscribed to email updates from MERBOK TIMES To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Haji Hadi dilahirkan pada tahun 1947. Mula bergiat dalam politik pada tahun 1964. Tahun 80 an mula dikenali di seluruh negara kerana amanatnya yang menggegarkan negara hingga kepada tercetusnya peristiwa Memali.
Dia adalah antara pemimpin-pemimpin Pas yang lantang mencerca Umno termasuklah menuduh Umno kafir kerana enggan menubuh negara Islam serta berkerjasama dengan parti bukan Islam.
Allah Maha Kaya , Allah Maha Besar. Allah panjangkan usia Haji Hadi sehingga ke hari ini bagi membolehkan kita melihat Haji Hadi menjilat kembali segala kahak hijau, koko dan coklat yang diludahkan kepada Umno sebelum ini.
Dalam sidang media selepas merasmikan muktamar Pas semalam Hj Hadi telah berkata Pas hanya akan menumpukan kepada negara kebajikan, bukannya negara islam.
Hj Hadi kata lagi dalam Quran tiada disebut negara islam , sebaliknya hanya disebut negara kebajikan. Nah ! Tu Dia ! Ambil kau !
Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam Al-Quran, Dia tak sebut negara Islam, Dia sebut negara berkebajikan.
Berpuluh tahun Pas menuduh Umno kafir dan sebagainya kerana tak tubuh negara Islam, hari ini Hj Hadi kata dalam Quran tidak disebut negara islam. Tak ke sial namanya itu ?
Di usia Hj Hadi 64 tahun dan di saat Pas bermuktamar kali ke 57 , Hj Hadi baru khatam Quran dan baru sedar dalam Quran tiada disebut negara Islam.
Selama ini berlagak alim , berlagak waruk dan dia berlagak dia sahaja yang Islam dalam negara ini, tapi tidak tahu pun apa yang tercatat dalam Quran.
Dulu masa mereka berjuang sendirian mereka kata dalam Quran sebut negara islam.
Hari ini apabila mereka berjuang bersama DAP mereka kata dalam Quran sebut negara kebajikan.
Jangan terkejut esok lusa mereka akan kata pula dalam Quran ada disebut perbuatan liwat dibenarkan.
Mereka buat Quran itu seperti sebuah buku yang diturunkan oleh ibu bapa mereka dan apa yang terkandung di dalamnya boleh ditukar sesuka hati mengikut kepentingan politik mereka.
You are subscribed to email updates from rbf online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kelakar betul gambar ini.......Beruk pun pakai sun-glass, kenapa tak bagi dia pegang bendera PAS juga? Lagi molek...ha ha ha...
PAS dan dapat Mat Sabu, Mat Sabu, Mat Sabu........
Semalam dah dengar FITNAH PERDANA di Muktamar Agung....Bayangkan dalam Muktamar yang mulia pun UMNO dan BN jadi agenda utama dan kononnya Ulama UMNO tak sebaik Ulama PAS...
Semuanya mesti ikut corak PAS dari bendera hinggalah ke cara ikat Serban.. Hai Haji Hadi, tak hairankan kamu, kalau kerajaan ni kejam sangat mengapa rakyat semua sihat walAfiat? Sekarang lebih banyak yang berpenyakit sebab terlebih makan dan minum bukan sebaliknya.
Bebas pula ke sana sini buat APA yang suka, nak mengumpat, nak mengata, nak meliwat, nak melanggang pelacur..semua bebas belaka..nak pergi umrah tiap tahun, haji....Pilihlah. Sibuk tak adil tak adil, kenapa kamu sendiri tak adil? Nampak silap UMNO dan BN sahaja, lihatlah pada diri dan Parti sendiri dan mengapa pula tak sentuh isu hangat yang melibatkan Anwar Ibrahim?
Bukan semua orang Hj Hadi boleh kelentong, mungkin setakat dalam dewan tu dan dalam Harakah je...Ruginya gunakan ucapan Perdana Muktamar untuk keji dan cerca orang Lain, peluang yang sepatutnya digunakan untuk isu penting yang melibatkan parti itu sendiri terutama hala tuju perjuangan parti.
You are subscribed to email updates from melayuangkat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Orang kata dalam PAS ada ulamak, kita pun ikut cakap orang dan percaya dalam PAS memang ada ulamak.. Tapi apakah kita tau apa sebenarnya ulamak tu? Dalam PAS artis boleh jadi ulamak.., pemain bola boleh jadi ulamak.., penyanyi boleh jadi ulamak.., dan kafir pun dah setaraf dengan ulamak… Boleh ke macam tu?
Sepatutnya, nak jadi ulamak mestilah terdiri dari orang-orang yang layak. Tambahan pulak kalau ulamak tu berfungsi mendidik masyarakat. Mana boleh main tangkap muat saja untuk ditabalkan jadi ulamak?
Ulamak bukan boleh main pilih ikut suka.. Ulamak pun tak boleh dinilai dengan jubah, serban, janggut serta tanda hitam kat dahi. Jadi bukannya senang seseorang manusia tu kalau nak dianggap sebagai ulamak.. Tahu tak.., orang yang kita nak panggil ulamak tu mestilah yang bukan dari ahli dunia. Dia pula mestilah ahli ugama yang tidak berpihak ke mana-mana kecuali Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias. Kalau hanya menyebelahi satu-satu pihak demi parti, itu tak layak digelar ulamak..
Bila ulamak tak memihak dan juga tak terpengaruh dengan urusan duniawi, barulah segala kenyataan dan nasihat serta tunjuk ajarnya tegas. Ini selari dengan syariat dan amalan yang dituntut oleh agama..
Kalau dah kriteria nya macam ni, barulah dia boleh menjadi contoh. Ulamak macam ni lah yang menjadi pelita kepada masyarakat. Orang pun dah tentu akan dengar apa yang dia cakap sebab kesederhanaan dan juga keikhlasan yang terpancar dari percakapannya.
Ahli dunia yang menyamar jadi ulamak tak layak untuk mendidik masyarakat. Mereka-mereka tu sendiri dah rosak dirinya dan perlu dididik kembali ke jalan yang betul. Orang yang selalu menyamar ulamak ni banyak kita boleh jumpa dalam politik..
Kita sebenarnya kena berjaga-jaga dengan orang yang tak malu menyamar ulamak ni… Perkara dunia akan sentiasa diduniakan…, perkara Akhirat pun akan diduniakannya juga. Senang cakap.., segala-galanya akan ditransfer jadi keduniaan.
Bila ada orang buat yang baik dan yang makruf, ada sahaja komennya dan ada sahaja yang tak kena. Tapi.., yang maksiat dan mungkar berlaku di tepi hidungnya, dia buat-buat tak nampak pasal kepentingan peribadi dan juga pasal mileage politik.
Orang macam ini tak lagi menyuruh kepada yang baik dan mencegah kepada yang jahat. Siapa yang memihak dan setuju dengan dia, orang itu dia akan pertahankan walaupun berbuat dosa.. Tapi kalau ada yang membantah dan tak memihak pada dia, alamatnya difatwakan masuk neraka…
Kesimpulannya.., dengan ulama dunia macam ini, masyarakat akan jadi huru hara dan lintang-pukang. Jika ulamak dipilih dikalangan ahli-ahli politik, rosaklah kesyumulan Islam sebab ukhwah islamiyah tak lagi diutamakan sebab sudah dikaburi dengan perjuangan politik semata-mata..
Saya rasa terpanggil untuk mengulas ucap dasar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang berkata mengenai penubuhan "negara kebajikan". Dia kemudiannya menegaskan di dalam kenyataan akhbarnya bahawa PAS kini menumpukan fokusnya terhadap negara kebajikan berbanding penubuhan "daulah Islamiyah" yang selama ini dilaung-laungkan oleh PAS sejak zaman penubuhan parti itu.
Kebetulan, saya melalui rakan PAS yang bertugas di Muktamar PAS kali ke-57, berjaya lolos masuk ke sidang media tersebut. Terkejut sungguh saya apabila Hadi menyatakan bahawa penubuhan "negara kebajikan" adalah lebih penting dari penubuhan "negara Islam"! Sebab itulah maka mungkin PAS kini melupakan agenda utamanya untuk menubuhkan negara Islam. Saya yakin, sekiranya Harun Din ada bersama ketika PC tersebut, tentunya kepala Hadi sudah kena "luku" dengannya!
Menurut Hadi, PAS kini tidak mengutamakan negara Islam kerana agenda itu berada di dalam agenda negara kebajikan. Hadi kata, Islam wujud di dalam lingkungan dan merupakan sebahagian dari kebajikan! Pelik betul kenyataannya kali ini.
Pada saya, kebajikanlah yang berada di dalam Islam. Sekiranya menubuhkan negara Islam, sudah tentu negara kebajikan akan terlaksana secara tak langsung kerana kebajikan itu sebahagian dari Islam! Bukannya Islam itu sebahagian dari kebajikan! Kenyataannya itu terbalik dan songsang sama sekali.Tak masuk dek akal pemikiran seorang muslim!!!
Cetek benar kefahaman Hadi tentang Islam. Apakah dia fikir hanya kerana memberikan alasan "tahalluf siyasi" maka PAS dibolehkan mengenepikan Islam dan meng"aula"kan kebajikan? Saya fikir, Hadi mungkin terdesak untuk menjawab begitu ekoran di asak wartawan berbangsa Cina yang bertanyakan tentang negara Islam tadi. Mungkin dia tertekan dan tak perasan bahawa dia telah tersalah beri kenyataan!
Mungkin juga Hadi berkata demikian untuk siaran akhbar Cina dan PAS ingin menarik undi bangsa Cina pada PRU13 kelak. Dengan mengutamakan agenda penubuhan negara kebajikan dan melupakan agenda negara Islam, maka mungkin Hadi fikir dia sudah bijak untuk membeli jiwa pemimpin DAP dan bangsa Cina yang turut hadir ketika dia menyampaikan ucapan dasarnya pagi tadi.
Pada hemat saya, mungkin Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh, Anwar, Azmin dan Eli Wong sedang berdekah-dekah ketawa mendengar kenyataan Hadi ini. Mungkin mereka sedang mentertawakan PAS yang berpresidenkan seorang yang "bodoh" dan tentunya orang-orang PAS akan mudah dipermainkan lagi selepas ini.
Memang benar pun PAS bodoh, sekiranya tidak, masakan mereka yang selalu jadi balaci pencacai keldaian PKR dan DAP selama ini! Siapa yang sanggup tidur atas jalan sambil pegang bendera? Pencacai PAS, bukan? Untuk pengetahuan pembaca semua, rakan-rakan PAS saya sangat malu dengan perbuatan bodoh itu dan mereka sendiri turut menggelar penyokong parti yang bersifat begitu sebagai "bodoh", "tolol" dan "pencacai pengangkat najis DAP dan PKR"!
Justeru itu, secara tidak langsung, maka kini sudah sah bahawa PAS sudah melupakan agenda penubuhan negara Islam dan mendaulatkan Islam di negara ini. DAP dan PKR pastinya bersorak sakan. Rakan-rakan PAS saya menggetap bibir marah! Baguslah begitu.
Nampaknya UMNO lebih pantas dan lebih cerdik untuk mengisytiharkan negara ini sebagai negara Islam. Meskipun tidak mengamalkan perundangan Islam sepenuhnya, sesungguhkan Kerajaan kita sedang menuju ke arah itu dan cuma mengambil masa yang lebih sedikit ekoran tidak ada kerjasama dari PAS sendiri. Namun, dari segi dasarnya, UMNO bertahun-tahun membuktikan bahawa dasarnya terhadap Islam lebih sederhana, fundamental dan realistik berbanding PAS yang hanya cakap saja lebih!