Barisan Nasional

Dicatat oleh Admin | | Posted On Jumaat, 31 Januari 2014 at 1:31 PTG

sumber :-

Barisan Nasional


Apa Yang Tersirat

Posted: 31 Jan 2014 01:20 PM PST

Apa Yang Tersirat


PRK Kajang: Pemimpin Anugerah Tuhan Bertanding

Posted: 31 Jan 2014 04:46 AM PST

Pemimpin Anugerah Tuhan
NASIB baik peraturan pilihanraya di negara ini, hanya membolehkan seorang rakyat bertanding kerusi parlimen dan DUN dalam sesuatu masa, jika tidak PEMIMPIN ANUGERAH TUHAN akan membolot kebanyakan kawasan samada peringkat dewan undangan mahupun parlimen.

Kini, Anwar selain sebagai pemimpin anugerah tuhan, juga pemimpin bertaraf dunia, selain tambahan kepada mahkluk politik (political animal).

Kajang bakal dikenal di serata dunia, kerana diwakili pemimpin anugerah tuhan. Kajang akan hilang jenamanya sebelum ini, Sate Kajang.  Kajang bakal berubah wajah, status, dan panggilan, hanya kerana pemimpin anugerah tuhan mewakilinya.

Siapa yang boleh mengalahkan pemimpin anugerah tuhan? Demikian juga siapa yang boleh mengalahkan pemimpin bertaraf dunia? Atas sebab itu, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dengan angkuhnya mencabar Perdana Menteri bertanding!!!!.

Pengundi Kajang, bermula daripada sekarang perlu berbangga, perlu bersyukur, kerana meraka bakal diwakili pemimpin anugerah tuhan. Masalah kehidupan harian mereka, akan beres semuanya, kalau hujan datang, banjir tidak akan melanda Kajang, atas sebab pemimpin anugerah tuhan mewakili Kajang.

Sara hidup tidak akan menerpah Kajang, kenaikan harga barang tidak akan sampai ke Kajang, kerana sesiapa sahaja yang terlibat dengan rangkaian perniagaan sedar, bahawa mereka akan masuk wilayah yang diwakili pemimpin anugerah tuhan, pemimpin bertaraf dunia dan mahkluk politik.

Pada PRK yang bakal berlangsung, sesiapa sahaja calon pasti dilanyaknya, atas sebab semua penggundi akan gerun, kerana mereka berdepan pencalonan anugerah tuhan, kalau kalah nanti, Tuhan akan murka, maka bala akan menimpah pengundi Kajang.

Kajang merupakan kawasan yang hampir dengan Putrajaya, atas sebab itu, apabila pemimpin anugerah tuhan mewakilinya, maka saban hari beliau boleh meneropong Putrajaya, yang bakal didudukinya pada PRU-14, setidak-tidaknya itulah alasan atau rancangan besar menurut Azmin, atas sebab itu teman akrabnya itu patut bertanding kerusi DUN, dengan memaksa penyandang untuk meletakan jawatan.

Sejauh mana keberkesanan pemimpin anugerah tuhan pada PRK kali ini? sama-sama kita tunggu, kerana Najib dan BN juga punya kaedah atau strategi untuk melanyak pemimpin "anugerah tuhan" itu.

PRK Kajang: Nak Tengok Undi Bakal Diperolehi Pemimpin Bertaraf Dunia

Posted: 31 Jan 2014 12:30 AM PST

BUKAN calang-calang, Pakatan Rakyat menurunkan PEMIMPIN BERTARAF DUNIA bagi PRK Kajang yang bakal berlangsung.

Anwar Ibrahim yang dicalonkan oleh Pakatan Rakyat dinamakan oleh Pengerusi PKR Selangor merangkap Timbalan Presiden PKR Pusat sebagai pemimpin bertaraf dunia. Sebelum ini, Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail berkata Anwar adalah seorang pemimpin Anugerah Tuhan.

Azmin dalam satu taklmiat kepada jentera PKR Kajang selepas sahaja teman setianya itu diumumkan sebagai calon PR bagi PRK Kajang, menyatakan bahawa pengundi Kajang patut berbangga kerana pemimpin bertaraf dunia sanggup berkhidmat dengan mereka.

Azmin dengan bangganya memberitahu jentera parti itu "semua pihak sedia maklum tentang kepimpinan Anwar bukan sahaja di Malaysia tetapi juga negara-negara Islam seperti di Timur Tengah serta negara-negara membangun."Dia (Anwar) bukan hanya diperlukan di Malaysia sahaja tetapi dia pemimpin dunia.

"Negara Islam di Timur Tengah sana pun memerlukan Anwar. "Jadi orang Kajang harus bersyukur pemimpin dunia turun ke sini berjuang." 
 
Sebenarnya, disebalik pencalonan Anwar bagi PRK Kajang, dan jika menang; beliau mahu menduduki jawatan MB Selangor.; atas sebab mantan Timbalan Perdana Menteri itu tidak dapat menunjukkan testimoni pencapaiannya, sebagai Ketua Kerajaan, Pentadbir, selain semasa dalam Umno.
 
Anwar sejak tahun 1998 diangkat sebagai individu yang boleh menjadi Perdana Menteri, persepsi itu berlarutan sehingga PRU-13 lalu, namun semuanya tidak menjadi. Anwar terlalu gahirah menjadi PM, sehingga jawatan MB, sepatutnya boleh beliau pangku seawal tahun 2008, tidak menjadi keutamaan.
 
Berlainan dengan Lim Guan Eng, MP Kota Melaka itu yang bertanding di Pulau Pinang bagi kerusi DUN, tidak terlalu memikirkan kedudukan di Putrajaya, selain itu, Guan Eng merupakan pemimpin tertinggi DAP, dan juga DAP mempunyai kerusi terbanyak, maka amat mudah beliau menjadi ketua kerajaan. Demikian juga di Kelantan, pemimpin PAS mudah sungguh menjadi ketua kerajaan, kerana kedudukan kerusi yang dimilki oleh parti itu di dewan undangan negeri. Berlainan dengan Selangor, di mana kekuatan antara tiga parti yang berpakat serta BN hampir seimbang, ertinya bagi menentukan kedudukan MB, diperlukan satu konsensi. Syukur, kerana Selangor, hanya wakil rakyat yang beragama islam sahaja boleh dilantik sebagai MB, atas sebab itu, DAP tiada suara, selain secara enbloc menyokong calon MB yang disepakti oleh PKR dan PAS.
 
Pada PRU-12 dan PRU-13, Khalid merupakan calon MB kompromi, walaupun tiada pengalaman dalam politik, akan tetapi berpengalaman dalam dunia koporat.
 
Walaupun jawatan MB adalah jawatan politik, maka cara berkerjapun mesti secara politik, bukan cara korporat, namun para pemimpin PR mempotertkan Khalid berjaya dalam tugasnya. Tetapi yang berlaku sebenarnya, adalah Khalid sebenarnya gagal bertugas sebagai MB yang berorentasikan politik, walaupun berjaya mengumul simpanan wang negeri, kerana atas kapasitinya sebagai seorang korporat.
 
Melihat kepada kegagalan Khalid dalam dunia politik, maka timbul konflik, konflik yang amat ketara adalah antara beliau dengan Azmin Ali. Di Selangor seolah-olah kelihatan ada dua harimau yang mendiami sebuah bukit, bercakaran untuk merebuat kawasan. Anwar melihat ini, sebagai kelemahan yang amat ketara, dan jika berlarutan, maka akan menjadi penghalang utama merampas Putrajaya, namun yang amat malang dirasakan, bahawa Selangor akan menjadi Kedah kedua pada PRU-14.
 
Anwar mahu menjadi penyelamat, selain mahu menggunakan Selangor sebagai batu loncatan untuk beliau menduduki Putrajaya, setidak-tidaknya inilah alasan yang diberikan kepada pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang dan Hadi Awang, penyabab ADUN Kajang diminta meletakan jawatan untuk membolehkan Anwar bertanding. 
 
Sebenarnya, Anwar mahu mencontohi Perdana Menteri dan Timbalannya kerana dua-dua pemimpin BN itu pernah menjadi Menteri Besar, dan testimoni salah satu pencapaian mereka sebagai ketua kerajaan dan pentadbir. Anwar tiada rekod itu, selain hanya mantan TPM semasa dalam Umno. Anwar tidak dapat menunjukkan pencapaiannya, atas sebab itu, beliau beria-ia sangat menjadi MB, agar supaya beliau boleh memberitahu rakyat mengenai pencapaiannya.
 
Selangor adalah negeri termaju di Malaysia, agak-agaknya apa yang Anwar boleh lakukan? apa kah masalah banjir, longkang, sampah, air boleh diatasi dengan segera? atau kah beliau dengan mudah menurunkan sewa premis perniagaan? menghapuskan rumah-rumah urut yang menjamur di Selangor, selain premis siber haram? atau setidak-tidaknya menurunkan harga sate kajang? atau membuka semula pusat giat mara yang ditutup?
 
Sudah tentunya pemimpin bertaraf dunia, tidak akan sibuk dengan masalah sampah, masalah banjir, masalah air, masalah longkang, masalah siber haram, masalah rumah urut, betul kah tidak?
 
Pada PRK Kajang nanti, AYT mahu melihat berapa undi majoriti yang bakal diperoleh Pemimpin Bertaraf dunia dan Anugerah Tuhan, apa kah melebihi yang diperoleh oleh Lee Chin Cheh, 6,824?
 
BN akan menggunakan PRK Kajang untuk melihat perubahan pola pengundian selepas 9 bulan dikuasai PKR. DUN Kajang mempunyai komposisi pengundi 48 peratus kaum melayu, 40 peratus cina dan selebihnya india.
 
BN akan ada peluang bersaing sengit, jika calon Umno bertanding, walaupun secara tradisinya kawasan itu diperuntukan untuk MCA. Melihat kepada sokongan kaum cina terhadap calon-calon MCA pada PRU-13 lalu, adalah wajar, pada PRK kali ini, parti itu perlu memberi peluang kepada Umno bertanding, mana tahu, sokongan kaum melayu pada Umno pada PRU-13 lalu, masih lagi berterusan.

PRK Kajang: Anwar Menang Belum Pasti Jadi MB

Posted: 30 Jan 2014 10:40 PM PST

KITA mengetahui bahawa perlantikan jawatan Menteri Besar bagi negeri-negeri yang beraja, mempunyai mekanismenya sendiri.

Telah berlaku selepas PRU-12, untuk negeri Terengganu dan Perlis; individu yang disyorkan oleh Presiden parti atau Perdana Menteri atau DUN tidak mendapat perkenan Sultan. Keadaan ini boleh saja berlaku di Selangor.

Idaman Anwar menjadi Menteri Besar, tidak semestinya menjadi, meskipun menang pada PRK Kajang.

Anwar mempunyai cabaran yang cukup hebat pada kali ini, selain mencuba menang juga cabaran mendapat perkenaan daripada Sultan untuk menduduki kerusi Menteri Besar.

Selain itu PRK Kajang tidak menjanjikan kemenangan mutlak Anwar, walaupun kerusi itu dimenangi oleh calon PKR pada PRU-13 lalu dengan majoriti 6,824 undi, di mana BN diwakili calon daripada MCA. DUN Kajang berasaskan daftar pengundi mempunyai komposisi 48 peratus pengundi melayu, 40 peratus cina dan selebihnya india.

Jika BN meletakan calon, mungkin tidak lagi menggunapakai kaedah pemilihan yang biasa dilakukan akan tetapi berasaskan merit; maka akan berlaku saingan sengit. Melihat kepada kemampuan untuk mencapai kemenangan, calon paling berpeluang adalah calon daripada Umno, memandangkan kepada taburan dan komposisi pengundi. 
 
Telah mula kedengaran bahawa Bn akan mengabaikan cara tradisi pemilihan calon, kerana gabungan berbagai parti itu melihat faktor calon boleh menang adalah pilihan utama, apatah lagi, calon daripda PR adalah Anwar sendiri yang dikatakan mahu menjadi MB Selangor.
 
Percaturan Anwar meminta ADUN PKR Lee Chin Cheh bagi Kajang meletakan jawatan, semata-mata untuk mengatasi konflik yang berlaku antara Azmin Ali dan Khalid Ibrahim. Konflik tersebut sebenarnya adalah salah satu babak dalam skrip yang dicipta Anwar sendiri.
 
Selain itu, salah satu penyebab Anwar masuk ke Selangor, adalah mengelak supaya Selangor jangan jatuh ke tangan BN sepertimana berlaku di Perak, inilah propagnada Anwar dan orang-orangnya untuk menakut-nakutkan para pemimpin negeri. Kumpulan Anwar menabur propagnda, bahawa satu gerakan sulit sedang berlaku, bahawa lebih 20 ADUN PR akan bergabung dengan 12 ADUN BN untuk menubuhkan kerajaan baru di Selangor; faktor inilah salah satu alasan yang menyebabkan Anwar sepantas kilat mau menjadi ADUN di Selangor dan seterusnya mahu dilantik sebagai MB.
 
Sebagai catatan, komposisi ADUN Selangor daripada 56 kerusi, DAP:15, PAS:15; PKR:14 dan BN:12. Dalam gerakan sulit itu, dikatakan wakil rakyat daripada PAS akan menjadi MB, dan wakil rakyat daripada PKR/DAP yang menyertai dilantik sebagai Speaker dan kerajaan itu akan dikenali sebagai kerajaan PAS Plus.
 
Anwar memang mempunyai kepakaran menutup isu yang melanda dirinya. Umum mengetahui bahawa Ketua Pembangkang itu mengalami krisis kekepercayaan daripada rakyat yang menjunam, ekoran terbongkarnya pembohongan beliau berkaitan dengan undi bangla semasa PRU-13, isu konspirasi kerajaan Jepun menghalangnya masuk ke negara itu, isu pencerian anak kesayangannya Nurul Izzah dan masalah liwat yang sedang dihadapinya.

PRK Kajang dan isu pergantian MB Selangor, setidak-tidaknya boleh menutup isu2 yang melanda Anwar untuk sementara waktu.

THE FLYING KICK

Posted: 31 Jan 2014 01:06 PM PST

THE FLYING KICK


MUKHRIZ MAHATHIR TAK SEPATUTNYA MENGUGUT... DEDAHKAN SAHAJA!!!

Posted: 31 Jan 2014 04:43 AM PST

SELAMAT PENGANTIN BARU EXCO KELANTAN!!!... BINI NOMBOR BERAPA NI?

Posted: 31 Jan 2014 01:10 AM PST

PRK DUN KAJANG ADALAH PERLAKSANAAN TEORI KONSPIRASI?

Posted: 30 Jan 2014 11:49 PM PST

PEJUANG BANGSA

Posted: 31 Jan 2014 11:19 AM PST

PEJUANG BANGSA


HOT ! DALANG #PRKKAJANG RAFIZI CAKAP BERBELIT ,ANWAR HANYA BANTU MB SELANGOR PULAK !!

Posted: 31 Jan 2014 08:49 AM PST



Berbelit betul cakap master mind PRK Kajang , Rafizi jambu ini .. jawatan MB Selangor dia buat macam  bijik guli je . boleh tukar2 orang pulak  seperti mana depa create PRK Kajang ini.

Sat nak lantik Anwar jadi MB , kini  peranan Anwar hanya bantu bukan ganti MB pulak .....

Ini membuktikan PKR a.k.a parti kangkung rakyat hanya parti yang memperbodohkan rakyat Selangor..depa boleh sesuka hati letak siapa nak menduduk kerusi MB .


Jika beliau menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, peranan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kerajaan negeri Selangor ialah untuk membantu dan bukan menggantikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kata Rafizi Ramli.
Pengarah Strategi PKR yang merangkap arkitek utama 'langkah Kajang' penuh kontroversi itu berkata, Anwar akan memberikan Abdul Khalid perisai politik untuk mempertahankan kerajaan negeri daripada apa yang PKR percaya peningkatan serangan politik daripada ekstremis Umno.
"Anwar boleh jadi MB (menteri besar), Khalid boleh jadi penasihat, Anwar boleh jadi MB, Khalid jadi exco, Khalid boleh jadi MB, Anwar jadi exco. Pilih atur itu ada banyak.
Tetapi gabungan pakar politik dan pengurusan dalam kerajaan Pakatan pada masa ini amat diperlukan untuk berdepan dengan perkembangan politik akan datang," katanya dalam temubual bersama The Malaysian Insider.MI 

JATUH PM : FITNAH RAFIZI TAK MASUK AKAL UNTUK TUTUP MASALAH PKR !

Posted: 31 Jan 2014 04:00 AM PST





Tuduhan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bukan sahaja keterlaluan, malah cuba mencemarkan imej negawaran ulung itu.

Ketua Penerangan Pemuda Umno, Jamawi Jaafar berkata, tuduhan  bahawa Dr Mahathir sebagai dalang menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak langsung tidak boleh diterima akal.

Katanya, tuduhan itu sengaja dilemparkan Rafizi sebagai  salah satu usaha PKR menutup kepincangan yang sedang berlaku dalam parti tersebut.

"Rafizi bijak membuat pembohongan agar rakyat melihat Umno sedang goyah, sedangkan hakikatnya parti itu yang sedang bermasalah.

"Rafizi juga sanggup melemparkan fitnah semata-mata mahu merealisikan hasrat ketuanya (Datuk Seri Anwar Ibrahim) menjadi Perdana Menteri," katanya, semalam.

Sehubungan itu, katanya, BN seperlu bertindak bijak agar tidak terperangkap dengan permainan PKR yang memainkan beberapa isu untuk mengalihkan perhatian rakyat.

Pada masa sama beliau juga mengharapkan rakyat tidak terperangkap helah yang dimainkan pakatan dalam usaha meraih simpati rakyat menyokong mereka.

Sementara itu Exco Pemuda Umno, Nazir Hussin Akhtar Hussin  mengingatkan Rafizi supaya tidak meletakkan kelemahan diri sendiri di atas bahu orang lain apabila mengaitkan tindakan mengosongkan kerusi Dun Kajang oleh wakil rakyat parti itu dengan Umno.

"Bagi menutup kesilapan dan tindakan mengosongkan kerusi Dun Kajang tanpa sebarang alasan yang kukuh, Rafizi membuat tuduhan tanpa asas dengan meletakkan kesalahan tersebut kepada Umno.

 "Jangan sampai kerosakan rumah tangga sendiri, orang lain yang dituduh, kerana amalan politik kotor seperti ini tidak akan mampu mematangkan fikiran rakyat. Permohonan maaf yang keluar dari mulutnya hanyalah sebagai ulam politik semata-mata," katanya.

#N25KAJANG : TUN M DEDAH MATLAMATKAN ANWAR MASIH LAGI GILA NAK JADI PM

Posted: 31 Jan 2014 12:00 AM PST




Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan hasrat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang jika diadakan, sebagai usaha untuk mencapai matlamatnya menjadi perdana menteri.

Bekas perdana menteri itu berkata ia adalah langkah untuk naik ke atas dan Anwar tidak akan berhenti pada tahap itu sahaja.

"Saya fikir itu bukan matlamatnya tetapi itu adalah tangga yang digunakan untuk mencapai matlamatnya (menjadi perdana menteri)," katanya kepada pemberita selepas ditemu bual dalam program 'Dalam Radar Khas' terbitan Bernama Radio24 di Wisma Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Anwar mahu bertanding pada pilihan raya kecil DUN Kajang yang dilihat umum sebagai langkah untuk menjadi menteri besar Selangor.


Semalam, Anwar dinamakan sebagai calon PKR bagi pilihan raya kecil DUN Kajang, sekiranya diadakan, selepas kerusi itu dikosongkan oleh wakil rakyat PKR sendiri Lee Chin Cheh.

Kerusi DUN Kajang dikosongkan oleh Lee dengan meletakkan jawatan pada Isnin selepas memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum Mei lepas dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.

Ditanya sama ada tindakan Anwar itu dilihat sebagai seorang yang 'gila kuasa', Dr Mahathir berkata : "Memang Anwar dari dulu, saya tidak tahu gila kuasa atau tidak, tetapi beliau masuk Umno bukan kerana sayang kepada Umno kerana jika tak masuk Umno, tak boleh jadi perdana menteri.

"Kalau masuk PAS, (Anwar) tak mungkin jadi perdana menteri, sampai sekarang ini pun, dia masuk (Umno) ada alasan, yang ini pun (bertanding pada pilihan raya kecil) ada alasan untuk mencapai matlamatnya," katanya.


Ditanya sama ada hasrat Anwar untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu mempunyai kaitan dengan kes liwat beliau untuk memberi tekanan kepada kerajaan, Dr Mahathir berkata beliau tidak tahu sama ada ia mempunyai kaitan secara langsung atau tidak.

"Tetapi jika beliau menjadi perdana menteri, ia satu tahap ke arah itu, jadi perdana menteri, maka banyaklah benda beliau boleh buat untuk melindungi dirinya," katanya.
Mengulas sama ada Barisan Nasional (BN) perlu meletakkan calon pada pilihan raya kecil itu, Dr Mahathir berkata terpulang kepada BN untuk menentukannya kerana BN adalah parti campuran yang terdiri daripada pelbagai kaum.

"Jadi, terpulang kepada kebijaksanaan kepimpinan BN untuk menentukan siapa yang layak untuk bertanding di kawasan itu.

"Dan apabila keputusan dibuat, jangan ada bantahan lagi, cuma berpegang kepada semangat gabungan parti campuran, kita sokong sahaja," katanya.

Mengulas kriteria yang perlu rakyat tahu sebelum memilih anggota Dewan Undangan Negeri yang baharu, bekas perdana menteri itu berkata rakyat perlu mengambil kira dan menilai banyak perkara termasuk prestasi dan karektor seseorang itu serta sumbangannya kepada negara.

"Jika seseorang itu cuma berjuang untuk hanya nak jadi perdana menteri atau menteri besar, saya fikir kita tak harus perlu memilih orang itu tetapi (sepatutnya orang) yang berjuang untuk berkhidmat kepada rakyat," katanya.

Mengulas kenyataan Anwar semalam supaya BN tidak meletakkan calon pada pilihan raya kecil itu dengan alasan elak pembaziran, Dr Mahathir berkata : 


"Saya melihat jika boleh, (beliau mahu) Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) letak jawatan dan angkat dia sebagai perdana menteri, itulah yang terbaik bagi dia."

Terdahulu, ketika menjawab soalan dalam program itu berhubung perancangan Anwar yang dikatakan untuk menjadi menteri besar Selangor, beliau berkata Anwar memang mahu menjadi ketua kerajaan.

"Kalau tak boleh yang besar, yang kecil sikit pun bolehlah cuba, dengan harapan rakyat akan menghargai dan memberi kejayaan kepada cita-citanya untuk menjadi perdana menteri.

"Cita-cita yang terbesar bagi Anwar ialah menjadi perdana menteri. Soal apa jadi selepas jadi perdana menteri itu tak penting, jadi perdana menteri (dulu)," katanya.


Mengulas kenyataan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli bahawa meletakkan Anwar sebagai calon pada pilihan raya kecil itu sebagai pergerakan untuk menggulingkan kerajaan sedia ada, Dr Mahathir berkata itu adalah tafsiran beliau.

Katanya sebenarnya usaha untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada telah bermula sejak beliau menjadi perdana menteri dan tugas parti lawan ialah menjatuhkan parti pemerintah bagi membolehkan mereka menjadi pemerintah.

Katanya soal isu tidak penting dan parti lawan akan mengecam apa juapun yang dilakukan oleh kerajaan termasuk memberi wang kepada mereka.

MB SELANGOR : FAEKAH SOUND ANWAR JANGAN BERNAFUS BESAR !!

Posted: 30 Jan 2014 11:02 PM PST




- Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin seolah-olah membidas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan kontroversi yang berlaku di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI) itu secara beralas semalam menggesa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang beliau anggap 'ahli politik di luar Selangor' untuk meneliti terlebih dahulu Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Beliau mendesak Anwar meneliti kesemua proses dan prosedur undang-undang berkenaan dan tidak sesekali terlalu yakin dalam merealisasikan matlamat peribadi semata-mata.

Selain itu, beliau meminta Anwar untuk tidak menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah.



"Ahli politik di luar Selangor, belajarlah Perlembagaan negeri, proses dan prosedurnya. Jangan menghina Sultan dan jangan terlalu yakin dengan diri sendiri," katanya dalam akaun Twitter semalam.

Tidak cukup dengan itu, Faekah turut menyifatkan tindakan mana-mana pihak yang ingin memecat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai 'bernafsu besar'.

"Yang mengejar bernafsu besar, yang menggendong patutkah berjiwa besar?" soalnya.

Anwar kelmarin dinamakan PKR sebagai calon seandainya pilihan raya kecil diadakan untuk kerusi DUN Kajang yang dikosongkan sebelum ini oleh wakil rakyat PKR sendiri, Lee Chin Cheh tanpa sebarang alasan.


The Antics of Husin Lempoyang

Posted: 31 Jan 2014 03:30 AM PST

The Antics of Husin Lempoyang


Saudagar Jamal Pak Tongkol marah khadam

Posted: 30 Jan 2014 05:27 PM PST


Hai ini kisah saudagar Jamal Pak Tongkol yang beli dua khadam ana pada harga ampat ribu pound.

Saudagar Jamal sudah marah sama dia punya khadam kerana senang sangat ditipu oleh khadam tua. Padahal semua tahu bahawa khadam tua itu penipu... muka pun penipu.


Tak percaya juga, tengok khadam comel ditipu situa ketika lumba lari


Wow! Dunia dunia ... lagi untung jual orang dari jual unta

bumiyang

Posted: 31 Jan 2014 03:29 AM PST

bumiyang


Sampai Bila Pas Nak Jadi Lebai Malang?

Posted: 30 Jan 2014 07:55 PM PST

tunku

Posted: 31 Jan 2014 03:15 AM PST

tunku


Are We Too Stupid To Think?

Posted: 31 Jan 2014 02:27 AM PST

- in our opinions, this time around, Rafizi's reasons and excuses really does not hold water at all.
- DS Anwar Ibrahim is the "Ketua Umum" of Pakatan and PKR and the MB and his team is behind him. He is also the economic adviser for the state, therefore he has more than enough clout and influence to "protect" the state from UMNO - no matter who the head of UMNO is
- YB Rafizi, I think you can do better than these reasons
---

PKR is putting Datuk Seri Anwar Ibrahim in Kajang to defend Selangor from being taken over by Umno if the ruling party unseats party president Datuk Seri Najib Razak, party strategist Rafizi Ramli (pic) said today.

He said it was an open secret that moves to remove Najib has begun and once it was done, Umno will unleash every "unscrupulous attack and schemes" to take the state back "by hook or by crook".

"As a party strategist, I cannot rule out the possibility that once Najib is removed and Umno falls to the ultras led by the Mahathir Mohamad faction," he said today in a statement while apologising to the public especially the voters of Kajang for the by-election.

PKR and allies DAP and PAS won Selangor for the second term in Election 2013 with 44 state seats, six more than in the 2008 polls, battering Selangor Umno which only picked up 12 seats despite being led by Najib.

Rafizi said the by-election would certainly consume public money and public space at a time when the people have to go through economic hardship.

He said Umno's cards were all too obvious in the latest round of racial and religious controversies stirred up in Selangor in the last few months.

Rafizi said this did not mean there might be a change of stewardship in Selangor, which was currently helmed by popular Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, but it would give them the option to "optimise" its leadership potential if Umno caused more problems.

"Option is key. Having the option means having the flexibility of manoeuvres that can easily frustrate Umno's game in Selangor, especially with regards to racial and religious controversies."

He acknowledged that under Khalid's stewardship, Selangor, Malaysia's richest and most industrialised state, had shown "sterling" performance in the last six years and set a "gold standard" in integrity and prudence in managing public funds.

But, Rafizi said, there were problems and challenges that required intervention.

These included traffic woes, affordable public housing and water resources.

"Selangor has to be doubly better than what it is today if it were to become a showcase for Pakatan in its quest for Putrajaya.

Following the resignation of Lee Chin Cheh from the seat, PKR named Anwar as the candidate, fuelling speculation that it was a move to pave the way for him to become the next menteri besar and to put a stop to the ongoing feud between his loyalist Azmin Ali and Khalid.

However, Anwar fended off suggestions that his candidacy was to pave the way for him to take over from Khalid, insisting that he was running as a state assembly member in order to help strengthen Pakatan's running of the state and to build momentum for the coalition's ambitions to take over federal power.

"This decision is for me to help improve the already stellar performance of the state administration under Khalid.

"It is to make Selangor a base from which to launch our campaign to take over Putrajaya," Anwar said yesterday.

He also fended off criticism that the party was using the by-election to resolve what was really an internal party crisis.

"We have to explain to the people the rationale of this by-election. It is to give space to a candidate that can help boost the state's administration. I will assist the state government in whatever way I can."

Khalid's feud with his party over how he runs the state became an open secret months after he was sworn in for a second term after the 13th general election.

During the state's budget session last October, Khalid clashed with Selangor PKR over a hike in the salaries of elected representatives, state executive councillors, the state assembly speaker and menteri besar.

Azmin, who is Bukit Antarabangsa assemblyman, and Anwar, opposed the salary hikes, some of which were increased by up to 300%.

Khalid was also criticised for the amount of funds set aside for development in the state budget which were said to be less than expected compared with the amount allocated for the operating expenditure.

A few weeks ago, things came to a head again between Khalid and Azmin over Azmin's termination as a director on the board of state property developer PKNS.

Azmin blamed Khalid for dropping him as a board member but Khalid claimed it was the corporation's decision.

An investigation is currently under way to get to the bottom of the issue.

It's All Khalid's Fault!

Posted: 30 Jan 2014 05:00 PM PST

Selangor govt at a standstill as construction and development projects are unable to proceed due to freeze
---
The failure of the Selangor government to appoint new councillors at all 12 districts in the state is causing hardship to developers and contractors operating in the state, bringing development in the most developed state in the country to a standstill.

The state government has delayed appointing district councillors due to the on-going spat between Bukit Antarabangsa state assemblyman Azmin Ali and Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim.

"Both PAS and DAP have given their list of preferred councillors but the problem is PKR. Azmin being the state party chief has a name list while Khalid is not agreeable to the list…so there is a delay. Both these leaders must stop thinking about themselves. Think of the people of Selangor," said a party source familiar with the issue.

While the two leaders are busy fighting each other, developers and contractors are out of jobs as district councils are unable to tender out work because there are no councillors to approve projects.

Developers and contractors want the Menteri Besar to concentrate on his job at hand rather than spend time politicking.

The source said the term of councillors ended on Dec 31, last year and after nearly a month the state government was still silent on the matter.

"It is Khalid's responsibility to appoint new councilors for 2014. However, this infighting with Azmin has caused problems in appointing councilors. The lack of councillors is making district councils a lame duck," he added.

While the delay is affecting developers and contractors, the state is also losing millions of Ringgit in revenue.

A developer from Puchong said the lack of projects in the state has caused him a RM100,000 loss.

"All projects are now pending appointment of councillors. We do not know when this deadlock would end," he added.

He also reminded political leaders in the state to ensure their spat does not in any way effect the state's economy.
The discord between Khalid and Azmin dates back to 2009.
Azmin recently criticised Khalid openly over the Menteri Besar's move to raise pay for the state assemblymen and excos.

Two weeks ago Azmin was sacked as a board member of the Selangor State Development Corporation(PKNS).

PKR de facto leader Anwar Ibrahim had publicly stated that Azmin's termination was not valid and instructed Khalid to reinstate Azmin.

Another Lie By Anwar and Another Game Plan To Succeed The Imbecility

Posted: 30 Jan 2014 06:22 AM PST



PKR leader Datuk Seri Anwar Ibrahim said that the possible move to replace Selangor MB Datuk Seri Khalid Ibrahim is merely an action to upgrade the standards of the state.

"This is not about his performance as an MB as Khalid has been doing great and had been able to resolve many of the issues faced by the state.

"We are just in need of enhancing the level of achievement of the state as it is our model state and the home of the Pakatan leadership," he said, adding that Selangor has been and will continue to be a launchpad for the party.

With regard the PKR supremo contesting in Kajang, Anwar explained the decision is in no way a bad move.

"Politicians have their ups and downs and if we expect to be on top all the time it's not going to take us anywhere.

"However, I understand that I owe an explanation to many people, including supporters of Pakatan, and I assure the people that I will soon explain my actions," he said, adding that he will do so either in Kajang or his father's home in Country Heights.

Anwar added that the by-election in Kajang this time would be carried out at minimal cost as the party has decided to recycle most of the material to be used.

"I will be reusing a lot of my posters and banners, and new ones will only be made to meet the requirements of the Election Commission," he said.

On another note, Anwar said that the National Consensus is aimed at finding a middle ground to overcome issues affecting the people.

Presently, it is the racial tension, which has been growing among the people.

"It is of our utmost priority and hope for the ruling government to feel the same way as the situation may cause the people to feel threatened," Anwar said.

"From our side, we are ready to meet to discuss the issue anytime as we are hoping to resolve it as soon as possible," he said during a press conference at the Keadilan Headquarters Wednesday.

Also present was PAS deputy president Mohamad Sabu who said that the party will stand by Anwar in the forthcoming by-election.

"I am the deputy president and I believe my words are sufficient for you to know that we (PAS) will not boycott the by-election," he said.

Sahabat-Gunung

Posted: 31 Jan 2014 01:41 AM PST

Sahabat-Gunung


Strategi PRK Kajang Membuka Tembelang Anwar - Tan Sri Shahrir Abdul Samad

Posted: 30 Jan 2014 05:36 PM PST


Heboh ketika ini soal pilihan raya kecil (PRK) DUN Kajang. Semua sudah maklum punca dan sebab ianya diadakan.

Walaupun, ada cadangan Barisan Nasional (BN) supaya tidak bertanding tetapi demokrasi memberikan rakyat khususnya pengundi-pengundi di kawasan Kajang membuat pilihan menentukan parti mana harus mewakili suara mereka.

Sebelum ini, sudah sembilan bulan DUN Kajang diwakili PKR. Kerajaan negeri juga kuat sehingga berjaya menguasa dua pertiga DUN Selangor.

Sama ada pengundi Kajang berpuashati dgn keadaan itu selepas sembilan bulan sejak PRU 13 akan dapat BN mengetahuinya dlm PRK ini.

Diharap bekas Adun Kajang tidak dapat imbuhan lebih besar.

BN tentu hendak menguji sokongan rakyat kepadanya walaupun ianya di negeri seperti Selangor yang kedudukan Pakatan Rakyat (PR) adalah kuat.

Cuma agak pelik mengapa seorang yang sudah terpilih sebagai ADUN bersedia meletakkan jawatan hanya sembilan bulan.

Apakah yang mendorong En Lee Chin Cheh melepaskan peluang yang diberikan untuk berkhidmat kepada rakyat yang sudah mengundinya sedangkan perkhidmatan kepada rakyat adalah suatu penghormatan dan diberikan kepada bilangan yang terhad dalam negara kita ini?

Adalah diharapkan En Lee tidak mendapat apa-apa imbuhan untuk menggantikan kehilangan elaun sbg seorang ADUN yang pada kadar terbaru boleh melebehi setengah juta ringgit (dan tidak bercukai) sehingga PRU14 – empat tahun dari sekarang.

Bagaimanapun, adalah baik dan ikhlas sekiranya En Lee meletakkan jawatan kerana beliau merasakan tidak layak untuk berkhidmat kpd rakyat Kajang.

Tetapi beliau yang terus berada dlm PKR, menyatakan beliau berkorban untuk parti kononnya bagi memperkuatkan kerajaan PR di Selangor.

Ini satu hujah yang tidak logik kerana kedudukan PR sebenarnya adalah lebih kuat berbanding selepas PRU 12.

Oleh itu, tentunya tidak dapat dielakkan timbul sangkaan dan andaian bahawa En Lee, yang meletakkan jawatan untuk Ketua Umum PKR, pastinya mendapat imbuhan lebih besar daripada segala pulangan yang boleh diperolehinya jika terus berkhidmat kepada penduduk Kajang.

Anwar mungkin mahu ikut jejak Najib dan Muhyiddin pernah jadi Menteri Besar

Beliau bersedia menukar alamatnya dalam Mykadnya utk membuktikan yang beliau bermaustatin di Selangor.

Pada dasarnya, ini boleh memenuhi syarat baginya bertanding di DUN Kajang.

Bagaimanapun, umum mengetahui Datuk Seri Anwar Ibrahim menetap di rumahnya di Kuala Lumpur dan mengundi di kawasan parlimennya, Permatang Pauh.

Jadi sebenarnya, dimanakah tempat pemastautin Anwar Ibrahim? Adakah alamat di Mykad cukup membuktikan beliau bermaustatin di Selangor sedangkan diketahui umum yang rumah nya di Kuala Lumpur dan beliau pengundi di Pulau Pinang.

Semua pemimpin PR tahu apa sebenarnya berlaku tetapi tidak ada sesiapa yang begitu tegar memperjuangkan kebenaran akan menegur sesama sahabat satu pakatan politik. Nampak benar, semuanya dihalalkan dalam mengejar cita-cita.

Sekarang timbul pula pengakuan YB Rafizi Ramli bahawa beliau yang mengilhamkan strategi Ketua Pembangang bertanding di DUN Kajang, iaitu mengambil inspirasi daripada Perdana Menteri Turki Erdogan yang memulakan kerjaya politiknya sebagai Datuk Bandar Istanbul atau Joko Widodo, Datuk Bandar Solo, yang bakal muncul sbg calon popular Presiden Republik Indonesia.

Pengakuan Rafizi ini jelas bermaksud bahawa Ketua Pembangkang Parlimen itu sudah pasti memgambilalih jawatan Menteri Besar Selangor selepas kemenangan PRK Kajang.

Kalau sudah begitu, apa salahnya mengaku sahaja supaya pengundi Kajang dan rakyat tahu keadaan sebenar bukannya apabila disoal mengenai jawatan Menteri Besar Selangor, Anwar hanya menepis.

Agak pelik mengapa Anwar Ibrahim perlu bermula sebagai Menteri Besar untuk membuktikan beliau layak dan mampu menjadi Perdana Menteri.

Erdogan dan Joko Widodo tidak bernasib baik seperti Anwar kerana kedua-dua mereka tidak berpeluang menjadi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan negara masing-masing.

Apapun Kajang lebih dekat dengan Putrajaya

Pendek kata, Anwar sudah cukup sedia jadi Perdana Menteri. Hanya yang diperlukan ialah kemenangan secukupnya dari segi kawasan pengundi Melayu dan Bumiputera.

Ataupun adakah sebenarnya PKR hendak Anwar mencontohi Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kedua-duanya pernah menjadi menteri besar bagi negeri masing-masing?.

Secara kebetulan, mereka berdua memegang tampuk pentadbiran politik negara hari ini dan menjadi penghalang kepada cita-cita Anwar Ibrahim ke Putrajaya. Mungkin Rafizi malu nak sebut kenyataan ini kerana agaknya contoh dari luar negara akan membuktikan beliau sebagai seorang yang kononnya berpandangan luas.

Mungkin juga Rafizi sebenarnya terlupa contohnya di depan mata tanpa perlu meneropong jauh-jauh.

Strategi PRK Kajang nampaknya membuka luas tembelang PKR di Selangor.

Tidak berapa hari sebelum bermulanya Strategi PRK Kajang, Anwar Ibrahim mengutarakan cadangan diadakan usaha "National Consensus" sesuai dengan kedudukan Ketua Pembangkang Parlimen.

Media asing sibuk melaporkan cadangan itu sebagai bukti sikap kenegarawan Anwar Ibrahim.

Sekarang ada pula Strategi PRK Kajang. Kalau lah betul-betul hendakkan "national consensus" adalah lebih baik tidak diadakan pilihan raya kecil di Kajang kerana keredaan sengketa politik diperlukan untuk mengujudkan suasana yang bolih membantu kearah konsensus itu.

Gesaan kearah "National Consensus" datangnya daripada Anwar Ibrahim dan hasrat mahu jadi Menteri Besar Selangor ala Erdogan dan Joko Widodo juga datangnya dari Anwar sendiri.


Kalau kedua-duanya bercanggah, bagaimana agaknya cita-citanya menuju ke Putrajaya? Apa yg pasti, Kajang lebih dekat dgn Putrajaya daripada Permatang Pauh. - BNBBC

Filem Terlajak Laris 2014

Posted: 30 Jan 2014 07:25 AM PST


Filem terbaru yang bakal memecahkan panggong tak lama lagi ...

filem Terlajak Laris ... lakonan hebat 'Hero Malaya' Anuaron, dibantu dua 'heroin' Azmina & Khalidah ... confirm meletoppp.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikannya.... Februari 2014 terbitan syarikat PakatanKangkungRakyat Production arahan Sam Ketot   

Comel Tak Saya?

Posted: 30 Jan 2014 06:01 AM PST


Comel Tak Saya?

Apa tujuannya?

Aku yakin, nie kerja orang-orang yg mahu mengambil kesempatan untuk memecah-belahkan perpaduan Melayu Islam.

Selain dalam masa yang sama, menanguk di air yang keroh dengan cuba menimbulkan syak-wasangka antara dua parti politik Melayu Islam terbesar di Malaysia, iaitu UMNO & PAS.

Confirm, yang UMNO akan mengutuk PAS dan yang PAS plak akan mengatakan ini kerja jahat UMNO untuk memburukkan PAS....

Yang senyum lebar adalah orang yang menimbulkan persepsi jahat nie sebenarnya....


Apa pandangan korang plak?

Taipingmali (tm)

Posted: 31 Jan 2014 01:25 AM PST

Taipingmali (tm)


Al-Fatihah kepada keluarga Bendahari Umno Taiping

Posted: 31 Jan 2014 01:07 AM PST

AL-FATIHAH...

Makluman ..Datin Hjh Norihan Isteri kepada YBhg Datuk' Hj Ariffin (Bendahari UMNO Bahagian Taiping)telah kembali ke rahmahtullah sebentar tadi di Tanah suci Mekah.

Salam hormat,
SUB Taiping

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 30 Jan 2014 11:33 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


ANWAR MANA MAHU LARI, NO MORE TANGGUH-TANGGUH

Posted: 30 Jan 2014 11:29 PM PST

Mahkamah Persekutuan perlu membuat ketetapan pada 11 Februari ini dan tidak wajar menangguhkan lagi keputusan rayuan kali kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetepikan Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan kes liwat.
Menurut Muhammad Shafee, keputusan pada hari yang sama itu perlu dibuat bagi membolehkan rayuan pendakwa raya terhadap pembebasan Ketua Pembangkang daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 26, dapat didengar pada 12 dan 13 Februari tanpa perlu sekali lagi ditunda.
"Saya mengetuai pendakwaan ini. Jika Mahkamah Persekutuan tidak buat keputusan sama ada saya layak atau tidak, kita tidak boleh teruskan rayuan ini kerana status saya. Hanya satu cara sahaja untuk pihak pendakwaan meneruskan rayuan tanpa saya iaitu jika Mahkamah Persekutuan membuat keputusan saya tidak layak.
"Namun semuanya terpulang kepada Mahkamah Persekutuan," katanya dalam sidang akhbar di rumahnya di sini, hari ini selepas Mahkamah Persekutuan menetapkan tarikh baharu iaitu pada 11 Februari ini untuk mendengar rayuan kali kedua Anwar bagi mengetepikan beliau yang sepatutnya diadakan pada Selasa lalu.
Pada Disember tahun lalu, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Aziah Ali, sebulat suara menolak permohonan Anwar dan memutuskan pelantikan Muhammad Shafee mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Tatacara Jenayah dan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan adalah sah mengikut undang-undang.
Rayuan terhadap kes liwat Anwar dibuat selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari tahun lalu membebaskan dan melepaskan Ketua Pembangkang itu daripada tuduhan meliwat Mohd. Saiful di sebuah unit di Kondominium Desa Damansara antara pukul 3.10 petang hingga 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Dalam pada itu, diminta mengulas tindakan Anwar dan pasukan peguam belanya yang berterusan bertindak membuat rayuan bagi mengetepikan beliau meski pun pelantikan tersebut sah mengikut undang-undang, Muhammad Shafee berkata, rayuan dibenarkan tetapi berharap tidak berlanjutan.
"Kita perlu melangkah ke depan dalam kes ini. Kita ada peringkat lain dan kita tidak tahu keputusannya macam mana. Kedua-dua pihak mungkin merayu lagi ke Mahkamah Persekutuan, (jika keadaan itu berlaku) lama lagi perjalanan yang perlu ditempuhi," katanya.
Kepada persoalan sama ada keputusan rayuan kes liwat itu nanti jika berpihak kepada kerajaan bakal menjejaskan Anwar untuk bertanding sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, beliau berkata, tidak terjejas kerana Ketua Pembangkang boleh membuat rayuan.
"Anwar masih boleh bertanding dan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (sekiranya menang) kalau pun dia disabitkan bersalah dalam kes liwat dengan syarat rayuannya di Mahkamah Persekutuan nanti kekal dengan keputusan itu (dilepas dan dibebaskan). Jika tidak, beliau akan berdepan dengan masalah.
"Sesiapa sahaja yang akhirnya disabitkan oleh Mahkamah Persekutuan untuk satu kesalahan yang serius dan ini (tuduhan liwat) adalah satu kesalahan yang serius, maka kerjaya anda sama ada sebagai ahli politik, ahli Parlimen atau doktor akan berakhir. Keseluruhan kerjaya anda berakhir," jelas Muhammad Shafee.
Mengenai spekulasi beliau bakal dilantik menjadi menjadi peguam negara, Muhammad Shafee menjelaskan, khabar angin sedemikian telah bertiup sejak 15 tahun dahulu tetapi pada masa yang sama menegaskan, jika kerajaan yakin atau percaya dengan kepakarannya beliau bersedia untuk memikul amanah tersebut

RAKAMAN DETIK KHALID MB SELANGOR MENANGIS KETIKA DIPAKSA ANWAR

Posted: 30 Jan 2014 05:00 PM PST

Tragis: Saat-saat MB Khalid Menitiskan Air Mata Ketika Dipaksa Mengumumkan Calon PKR Kajang

Dalam bahasa Inggeris : Khalid Ibrahim's expression says it all. Picture taken after he announced Anwar as PKR candidate for Kajang.

Faekah Sang Setia Berkata : Anwar kah Yang Mengejar Bernafsu Besar? Sebesar manakah Nafsu Anwar?

Pengundi Kajang faham MB Khalid dipaksa turun. MB Khalid dipaksa menerima pemecatannya, MB Khalid dipaksa berbohong kepada wartawan, MB Khalid dipaksa senyum dlam tangis di depan kameraman, namun sebagai manusia biasa kadang-kadang MB Khalid tidak dapat menahan air matanya menitis.

Rayuan Faekah,"simpatilah kepada MB Khalid".

ROKET DAP KRITIK: KHALID MB GAGAL, ANWAR PULA TIDAK ADA TRACK RECORD PENCAPAIAN

Posted: 30 Jan 2014 02:09 PM PST

Dua Wajah : Bakal MB Selangor
SEBENARNYA sejak dari dulu lagi Anwar Ibrahim sudah sepatutnya jadi menteri besar Selangor. Manakala Tan Sri Khalid Ibrahim digaji sebagai penasihat ekonomi.
Anwar seorang pemimpin nasional, bekas timbalan perdana menteri; pastinya lebih arif hal politik dan pentadbiran. Khalid, wira 'The Dawn Raid' sewajarnya diletakkan dalam kapasiti konsultan dan memberi nasihat-nasihat bernas. Ini yang sewajarnya.
Namun malang bagi Pakatan Rakyat, ada semacam satu keyakinan tinggi suatu ketika dahulu bahawa Anwar amat pasti menyandang kerusi Putrajaya.
Maka diletaklah Anwar sebagai figura bakal perdana menteri, dan akhirnya hari ini Anwar tidak punya laporan prestasi, tidak ada track recordpencapaian kecuali apa yang diusahakannya sewaktu menjadi menteri Umno suatu ketika dahulu.
Nota : Sambung bacaan anda di organ rasmi DAP sebelum mereka diarahkan delete frasa di atas.

PRK Kajang: Insya Allah PAS Berpeluang Jadi MB Selangor!!!

Posted: 30 Jan 2014 11:06 AM PST


Mungkin sengaja Allah s.w.t mentakdirkan supaya Anwar bertanding di PRK Kajang. Sama ada Anwar menang atau kalah ia pasti akan dan tetap memberikan banyak peluang keemasan untuk PAS membuktikan bahawa parti itu masih kuat dan berpengaruh.

Pada percaturan PAS, jika Anwar kalah kedudukan PKR di Selangor hanya tinggal 13 kerusi DUN.

Tetapi jika Anwar menang, kerusi PKR masih kekal 14 buah. Berbanding 15 PAS dan DAP 15. Manakala UMNO 12 buah kerusi DUN. 

Andaikata PAS ingin menabalkan kalangan ADUNnya untuk menjadi calon MB, ahli-ahli DUN perlu mengadakan pengundian untuk menentukan sokongan kepada Anwar atau calon MB baru dari PAS. Kapir harbi DAP tidak boleh jadi calon MB kerana mereka bukan Melayu dan bukan Islam. Ini termaktub dalam Perlembagaan Negeri Selangor.  

Bayangkan jika semua 12 ahli DUN BN tidak mengundi Anwar sebagai calon MB dan ditambah pula dengan 15 ahli DUN PAS yang juga tidak mahu mengundi Anwar menjadi calon MB, maka jumlah ahli yang menentang pencalonan Anwar sebagai MB ialah 27 ahli berbanding 29 ahli gabungan PKR dan DAP.

Hanya kurang dua kerusi untuk menidakkan peluang Anwar. Kalau Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atau sesiapa saja di kalangan ADUN PKR yang tidak mahu mengundi menyokong Anwar, maka kedudukan akan menjadi seri 28-28. Macam yang pernah dicanangkan oleh PAS dalam PRK Kuala Besut di Terengganu dulu. 




Kedudukan Anwar memang tidak selamat apatah lagi jika undi Khalid Ibrahim atau satu undi dari mana mana ahli PKR atau DAP yang belot menyokong PAS akan menjadi undi penentu (majoriti 29 kerusi). Mungkinkah Abdul Khalid yang kini merasa amat terhina dengan percubaan mengugurkan beliau dari jawatan MB turut akan mengundi calon PAS atau berkecuali?

Senario lain pula jika 29 ADUN mana-mana parti itu (gabungan 15 PAS + 12 UMNO + 2 PKR Melayu-Islam) mengusulkan undi tidak percaya pada Anwar, sudah tentu MB dari PKR itu perlu meletakkan jawatan dan digantikan dengan MB PAS yang baru.  Apatah lagi jika ia disokong oleh Tuanku Sultan dan rakyat. Sememangnya PAS perlu mengambil tanggungjawab menjadi MB baru demi membawa Selangor ke arah Baldatun Toyyibah Wa Rabbun Ghafur - Negeri yang dirahmati Allah dan bebas maksiat, Insya Allah.

Apa-apa pun kesemua keputusan itu nanti akan menjadikan calon PAS sebagai MB Selangor yang berwibawa. Inilah masa untuk umat Islam bersatu menentang bapak pluralisme dan komunis DAP. Ayuh PAS lenyapkan mimpi-mimpi Anwar untuk menjadi MB Selangor yang baru. Kamu lebih layak sebenarnya!



Haji Abdul Hadi dan ahli-ahli PAS Selangor yang bijak berstrategi tentu sudah tahu segala kelemahan Anwar. Nah inilah masa sesuai untuk menekan Anwar di DUN Selangor nanti. Ingat foto-foto dan VCD-VCD ghairah Anwar masih banyak belum keluar lagi, PAS tahu semua itu....Apa lagi peluang keemasan sudah ada. Inilah masa PAS perlu membuktikan dirinya bermaruah dan gagah!

PAS mampu membuat keputusan... ADUN Cempaka adalah pemimpin PAS Negeri yang paling layak sebagai MB baru bagi Selangor.

Fikir-fikirlah ...Apapun kita makan sate dulu!


Santai Malam Jumaat : Election & Erection

Posted: 30 Jan 2014 08:00 AM PST


*Sama tapi tak serupa...


PANAS! Gambar Rumah Mewah Bakal Calon PRK Kajang Tersebar?

Posted: 30 Jan 2014 05:00 AM PST

Betul ke ini gambar rumah yang mana seorang pemimpin veteran gunakan alamatnya untuk bertanding di Kajang?


Sumber : FB

*Kalau dulu pembangkang selalu guna isu pengundi hantu iaitu pengundi yang tak tinggal di satu kawasan pilihan raya tapi mengundi di situ, tapi sekarang ni pemimpin mereka yang jadi CALON HANTU semata-mata nak jadi MB.


Santai : Hikmat Putar Alam Ayah Spin Peringkat Tertinggi.

Posted: 30 Jan 2014 03:30 AM PST

Ayah Spin datang lagi untuk memeriahkah suasana politik negara ini.


Jom kita tengok putaran terbaru Ayah Spin.


*Hebat boh....

PRK Kajang: Wakil PAS Wajib Syari'e Menjadi Menteri Besar Selangor!

Posted: 30 Jan 2014 01:11 AM PST


Kini sudah tiba masanya PAS perlu menunjukkan kepada Anwar dan PKR serta DAP di dalam Pakatan Rakyat bahawa mereka bukanlah kuda tunggangan dan balaci untuk memenuhi majlis-majlis dan demonstrasi-demonstrasi anjuran Pakatan Rakyat.

PAS harus buktikan bahawa mereka adalah manusia yang perlu dihormati bukan dipergunakan ketika susah tetapi dilanyak dan disisih ketika sekutu-sekutu mereka berjaya.

PAS adalah sebuah parti Islam-Melayu yang bermaruah. Ditubuhkan oleh alim ulama terdahulu yang ingin melihat penubuhan sebuah daulah Islamiyah di negara Malaysia ini.

PAS berjaya membuktikan prestasinya semasa PRU 13 yang lalu. Banyak kerusi UMNO bertukar tangan sebagai manifestasi rakyat inginkan sebuah perubahan. Namun apakah erti pengorbanan PAS jika kini ia diibaratkan seperti sampah sarap dilempar begitu hina sekali oleh sekutu-sekutunya.

Adakah tidak terdetik di hati sanubari penyokong-penyokong PAS bahawa mereka telah ditipu oleh sandiwara Anwar Ibrahim yang sebenarnya amat kemarukkan jawatan Menteri Besar Selangor. Apakah gunanya PAS Selangor mendapat kerusi lebih besar berbanding PKR dan DAP hatta UMNO sekalipun jika hanya layak menjadi pak turut semata-mata.

Anwar kini menggunakan PRK Kajang sebagai batu loncatan untuk beliau menjadi Menteri Besar Selangor akan datang bagi menggantikan Khalid Ibrahim yang tidak efisyen lagi. Bukankah PAS sebenarnya ramai yang lebih layak. Misalnya Pesuruhjaya Selangor PAS YB Iskandar Abdul Samad yang disukai oleh majoriti ahli-ahli PAS malah di kalangan orang-orang UMNO sendiri.

Layakkah seorang banduan dan ahli maksiat seperti Anwar menjadi Menteri Besar Selangor yang suatu masa nanti akan ditugaskan menjaga kepentingan umat Islam dan Melayu di Selangor? Apa akan jadi pada Islam dan Melayu jika seorang asi dan bermaksiat seperti itu menjadi pemimpin?

Pilihan terletak di tangan ahli-ahli PAS Selangor. Untuk kali ini PAS perlu istiqamah menolak Anwar Ibrahim!   

Ayuh ahli-ahli PAS di Kajang, katakan tidak pada Anwar!

The Unspinners

Posted: 30 Jan 2014 11:22 PM PST

The Unspinners


Najib jangan "stop" main gendang untuk CNY ...

Posted: 30 Jan 2014 06:37 PM PST

Undi biri-biri lebih baik dari ular senduk

Posted: 30 Jan 2014 07:00 AM PST

Kecewa buat cara kecewa, abenda kau merepek Azmin?

Posted: 30 Jan 2014 03:57 AM PST

Jangan dipisangkan oleh si tauGAY, wahai pengundi Kajang

Posted: 30 Jan 2014 01:00 AM PST

Belantan

Posted: 30 Jan 2014 11:20 PM PST

Belantan


Khalid Samad akui kepimpinan PKR alami krisis?

Posted: 30 Jan 2014 07:48 PM PST


Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini mengakui kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dikosongkan bagi menyelesaikan krisis dalaman yang berlaku dalam kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau berkata, tindakan Lee Chin Cheh dari PKR meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat Kajang dilihat sebagai wajar dalam usaha mengatasi masalah PKR.

"Masalah dalaman PKR itu memerlukan penyelesaian yang cepat dan segera. Maka, perletakan jawatan Lee itu saya lihat bukan dilakukan secara saja-saja atau main-main tanpa adanya matlamat dan objektif yang lebih besar," kata Khalid yang juga anggota Jawatankuasa Kerja PAS dalam sidang berita di pejabatnya di sini.

Khalid berkata, perletakan jawatan Lee dan pemilihan Penasihat PKR, Anwar Ibrahim sebagai calon untuk bertanding kerusi DUN Kajang mampu menangani perbalahan antara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali.

Suara Politik
Belantan

Muslihat Anwar elak dihukum?

Posted: 30 Jan 2014 11:59 AM PST


Keputusan mengejut Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang bagi membolehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kawasan itu dipercayai satu sandiwara politik untuk menyelamatkan Ketua Pembangkang tersebut daripada hukuman terhadap tuduhan liwat buat kali kedua.

Ini memandangkan rayuan pihak pendakwaan yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan dijadualkan didengar di Mahkamah Rayuan pada 12 dan 13 Februari ini.

Kejadian hampir sama seperti berulang apabila pada 26 Ogos 2008, Anwar bertanding sebagai calon PKR di Permatang Pauh selepas beliau dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di atas tuduhan tersebut pada 7 Ogos tahun sama.

Pada 15 April 1999, Anwar Ibrahim dihukum penjara enam tahun oleh Mahkamah Tinggi setelah didapati bersalah atas empat kesalahan rasuah berhubung penyalahgunaan kuasa dengan campur tangan dalam penyiasatan polis terhadap dakwaan salah laku seksual.

Kemungkinan strategi itu sekali lagi digunakan oleh Anwar didedahkan oleh bekas Setiausaha Sulitnya, Muhammad Rahimi Osman yang mendakwa beliau mendapat maklumat itu daripada sumber dalaman PKR.

Menurut beliau, perbalahan antara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali cuma perkara biasa yang tidak akan menyebabkan Anwar mengambil langkah drastik itu sehingga membelakangkan pimpinan pakatan pembangkang.

"Tindakan Anwar bertanding di DUN Kajang merupakan langkah politik untuk memberi tekanan kepada pihak berkuasa dalam rayuan kes liwat beliau.

"Melalui pertandingan dalam pilihan raya kecil, populariti Anwar akan meningkat dan jika Anwar diletakkan menjadi Menteri Besar Selangor, maka akan terdapat satu tekanan kepada pihak berkuasa dalam kes liwat beliau," dakwanya dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kerusi DUN Kajang dikosongkan oleh wakil rakyat PKR, Lee Chin Cheh yang meletakkan jawatan kelmarin selepas memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Mei lalu dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan Barisan Nasional (BN), Berjasa dan tiga calon bebas.

Semalam, Abdul Khalid mengumumkan Anwar sebagai calon pilihan raya kecil DUN Kajang yang dikosongkan oleh Chin Cheh.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Noor berpandangan, jawatan Menteri Besar Selangor bukan matlamat utama yang mendorong Anwar untuk bertanding bagi mengisi kekosongan kerusi DUN Kajang.

Beliau yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) malah menyifatkan tindakan Anwar itu sebagai 'mempolitikkan kes liwat ke tahap maksimum'.

"Saya tidak hairan dengan 'drama' Anwar kali ini kerana Penasihat PKR itu cuma mengulangi episod yang sama dengan Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh pada 2008," dakwanya.

Yang berbeza cuma wakil rakyat yang menjadi 'korban' iaitu Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengundur diri untuk memberi laluan kepada suaminya di Permatang Pauh manakala Chin Cheh meletakkan jawatan agar Anwar boleh bertanding sebagai calon PKR di Kajang.

"Memang benar pilihan raya kecil DUN Kajang bukan berkisar tentang soal Anwar mahu menjadi Menteri Besar Selangor, sebaliknya tentang kes liwat beliau," dakwanya.

Sementara itu, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari percaya Anwar tahu laluannya untuk menjadi Menteri Besar Selangor adalah proses yang rumit.

"Terdapat banyak faktor yang boleh menghalang Anwar daripada dilantik ke jawatan itu terutama kemungkinan tidak mendapat perkenan Sultan Selangor," jelasnya.

Walau bagaimanapun, beliau memberitahu, Anwar berkemungkinan akan memainkan persepsi jika gagal menjadi Menteri Besar Selangor bahawa semua itu adalah berpunca daripada rayuan kes liwat yang kononnya didalangi oleh UMNO dan BN.

Suara Politik
Belantan

Khalid jadi 'korban' wayang politik PKR?

Posted: 30 Jan 2014 02:26 AM PST


Semakin jelas kini, apa yang dimaksudkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Lim Chin Cheh yang menyatakan keputusannya meletakkan jawatan itu ''untuk kepentingan bersama dan mengukuhkan kebolehan pakatan pembangkang berkhidmat untuk rakyat Selangor."

Ia berikutan langkah itu bertujuan memberi laluan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan calon bertanding di kawasan tersebut sekali gus jika mereka berjaya dalam pilihan raya kecil yang diadakan, calon itu bakal menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Ketika ini Penasihat PKR, Anwar Ibrahim yang dilihat begitu bercita-cita menjadi Perdana Menteri bersedia 'menurunkan darjat impian itu' dengan menggantikan Abdul Khalid.

Perkara itu disahkan oleh Abdul Khalid, semalam dan sekali gus mengesahkan desakan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd. Akin dalam satu kenyataan akhbar bahawa "berdasarkan pengalaman dan kewibawaan memimpin negara, AMK percaya Anwar ialah calon terbaik untuk bertanding kerusi DUN Selangor dan seterusnya diangkat sebagai Menteri Besar".

'' AMK percaya dengan kepimpinan beliau akan dapat menggerakkan dengan lebih pantas agenda reformasi di Selangor dan menterjemahkan konsensus nasional.

''Oleh yang demikian AMK mengambil pendirian hanya Anwar sesuai menjadi calon mewakili Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Kecil DUN Kajang,'' katanya.

Kenyataan itu sekali gus bermakna rakyat sekali lagi terpaksa menyaksikan satu lagi episod memualkan daripada PKR dalam usaha memenuhi agenda politik mereka. Ia memandangkan sebelum ini sudah berlaku dua pilihan raya kecil yang dicipta dengan sengaja oleh PKR bagi tujuan itu.

Kali pertama apabila Presiden PKR, Datin Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh bagi memberi laluan kepada Anwar menguasai semula kerusi itu.


Begitu juga di DUN Penanti yang menyaksikan Mohammad Fairus Khairuddin meletak jawatan sehingga menyebabkan satu pilihan raya kecil terpaksa diadakan pada 2009.

Jika benar Anwar hendak bertanding, ia bermakna inilah kali kedua pilihan raya kecil diadakan semata-mata untuk memberi kedudukan kepada beliau.

Namun apa yang menarik untuk diperkatakan berhubung kedudukan Abdul Khalid yang akan meneruskan badi kerusi panas Menteri Besar Selangor, apabila terpaksa meninggalkan jawatan itu dalam keadaan kontroversi.

Sebelum ini nasib yang sama sudah berlaku kepada Datuk Harun Idris, Tan Sri Muhammad Muhd.Taib, Tan Sri Abu Hassan Omar dan Datuk Seri Dr.Mohamad Khir Toyo. Kesemua mereka kehilangan jawatan itu dalam keadaan yang boleh dianggap tidak rela atau terpaksa. Kecuali Dr.Mohamad Khir yang tumpas dalam pilihan raya umum, Harun, Muhammad dan Abu Hassan pula terpaksa berundur kerana isu yang dikaitkan dengan mereka.

Bagaimanapun kes melibatkan Abdul Khalid lebih unik memandangkan ia berlaku berikutan perbalahan politiknya dengan Azmin Ali apabila ADUN Bukit Antarabangsa itu digugurkan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Isu itu ditafsirkan kemuncak perbalahan politik antara Azmin dan Abdul Khalid yang berlanjutan sejak 2010. Biarpun Abdul Khalid sudah menegaskan, keputusan pengguguran itu bukan dilakukan oleh beliau, namun politik adalah berkaitan dengan persepsi.

Begitulah juga dalam isu ini, biarpun dokumen sulit mengenai kronologi pengguguran Azmin membuktikan ia bukan arahan kerajaan negeri pimpinan Abdul Khalid tetapi itu tidak bermaksud beliau 'terlepas' daripada persepsi politik.

Apatah lagi sejak beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar, hubungan Abdul Khalid dan Azmin sentiasa tegang.

Azmin merupakan pengkritik tegar kepada kepimpinan Abdul Khalid sejak tahun 2010. Isu pengguguran Azmin sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS dianggap bagaikan 'gunung berapi yang memuntahkan laharnya.'

Sejak awal lagi, ramai yang sudah meramalkan Abdul Khalid akan 'terkorban' dalam pertembungan dengan Azmin yang dianggap orang kesayangan Anwar.

Biarpun Abdul Khalid cuba 'bermain wayang politik' dengan menggambarkan seolah-olah beliau sedang berusaha mempertahankan kedudukannya namun sandiwara itu tidak kekal lama. Sebaliknya, beliau akhirnya bersetuju untuk berundur asalkan bukan Azmin menjadi Menteri Besar.


Keadaan itu membuktikan, kepimpinan PKR tidak mahu melihat perbalahan antara Abdul Khalid dan Azmin berlarutan, justeru salah seorang mesti 'berkorban' atau 'terkorban' dan dalam soal ini, Abdul Khalid dilihat berada di kedua-dua posisi itu.

Ia memandangkan cengkaman politik, bekas tokoh korporat itu yang baru menceburi bidang politik kira-kira enam tahun lalu selepas dipilih menjadi calon PKR di DUN Ijok dalam pilihan raya kecil kawasan tersebut pada 2007 semakin longgar.

Abdul Khalid semakin terhimpit, terdesak dan tertekan dengan pelbagai serangan politik yang dilancarkan dengan tujuan menyingkirkan beliau daripada kerusi Menteri Besar Selangor. Walaupun pada awalnya ADUN Pelabuhan Klang itu dilihat mahu melawan gelombang yang semakin kuat menghempas perjalanan politiknya, namun akhirnya beliau mengalah.

Sudah menjadi lumrah dalam politik, seseorang pemimpin itu mungkin mampu bertahan dengan tekanan luar tetapi beliau tidak akan mampu bertahan jika tekanan berlaku dari dalam.

Begitu juga Abdul Khalid, perbalahan beliau dengan Azmin yang tercetus sejak sekian lama mampu menamatkan karier politiknya. Kalau pun tidak sekarang, mungkin akan datang.

Justeru Abdul Khalid berada dalam dilema memandang kelompok yang dianggap oleh beliau sebagai tidak bermoral kerana mendesak beliau mengundurkan diri, bukanlah calang-calang kelompok.

Mereka terdiri daripada penyokong-penyokong kuat Azmin yang merupakan antara pemimpin paling berpengaruh dalam PKR dan mempunyai hubungan yang cukup akrab dengan Anwar.

Abdul Khalid boleh sahaja bertahan bagi mengelakkan diri beliau daripada 'terkorban' dalam konflik yang berlaku tetapi persoalannya sampai bila?

Mahu tidak mahu, Abdul Khalid terpaksa menerima hakikat bahawa beliau mempunyai pilihan iaitu berkorban demi mengelakkan daripada dijatuhkan secara tidak terhormat termasuklah kemungkinan menghadapi undi tidak percaya di DUN yang bukannya akan dilakukan oleh pihak lain tetapi oleh PKR sendiri.

Bagaimanapun seperti diramalkan oleh banyak pihak, kedudukan Abdul Khalid tidak akan sampai ke peringkat tersebut kerana PKR tidak akan mengizinkannya. Itulah yang berlaku sekarang. Malangnya, dalam menyelesaikan konflik politik dalaman PKR, rakyat diseret sama apabila satu lagi pilihan raya kecil yang akan menelan kos lebih RM1 juta terpaksa diadakan.

PKR begitu lantang mengkritik kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam menguruskan ekonomi dan kewangan negara tetapi hakikatnya mereka lebih buruk lagi kerana sanggup membenarkan satu pilihan raya kecil diadakan demi memenuhi agenda politik parti tersebut.

Mungkin ramai yang bertanya di manakah moral politik PKR kerana sanggup berbuat demikian tetapi persoalannya sejak bila pula PKR mengambil berat soal moral? Tepuk dada tanyalah hati! -UMO

Suara Politik
Belantan

oyabun

Posted: 30 Jan 2014 11:12 PM PST

oyabun


Faekah bidas Anwar, teliti perlembagaan negeri?

Posted: 30 Jan 2014 08:37 PM PST


Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin seolah-olah membidas Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berikutan kontroversi yang berlaku di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI) itu secara beralas semalam menggesa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang beliau anggap 'ahli politik di luar Selangor' untuk meneliti terlebih dahulu Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Beliau mendesak Anwar meneliti kesemua proses dan prosedur undang-undang berkenaan dan tidak sesekali terlalu yakin dalam merealisasikan matlamat peribadi semata-mata.

Selain itu, beliau meminta Anwar untuk tidak menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah.


"Ahli politik di luar Selangor, belajarlah Perlembagaan negeri, proses dan prosedurnya. Jangan menghina Sultan dan jangan terlalu yakin dengan diri sendiri," katanya dalam akaun Twitter semalam.

Tidak cukup dengan itu, Faekah turut menyifatkan tindakan mana-mana pihak yang ingin memecat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai 'bernafsu besar'.

"Yang mengejar bernafsu besar, yang menggendong patutkah berjiwa besar?" soalnya.

Anwar kelmarin dinamakan PKR sebagai calon seandainya pilihan raya kecil diadakan untuk kerusi DUN Kajang yang dikosongkan sebelum ini oleh wakil rakyat PKR sendiri, Lee Chin Cheh tanpa sebarang alasan.

* Saat-saat MB Khalid menitiskan air mata ketika dipaksa mengumumkan calon PKR Kajang. Sila lihat di sini.

Wasabi Oyabun..

Panglima Perang Cyber

Posted: 30 Jan 2014 11:06 PM PST

Panglima Perang Cyber


Sahhhh PAS mahu jadi MB Selangor - Jika Khalid_Ibrahim Turun / Diturunkan !!!

Posted: 30 Jan 2014 09:15 AM PST






link berita :

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2014/01/28/pas-mahu-tuntut-kerusi-mb-jika-khalid-turun/

http://www.malaysia-today.net/pas-mahu-tuntut-kerusi-mb-jika-khalid-turun/



Analisa : adakah PAS akan jadi MB untuk elak cantum dengan UMNO ??? Wow jika benar maka bahayanya bila keuntungan kecil diperolehi dan manfaat untuk ummah gagal diberi.


23 Gambar Pelancaran STING 'Special Tactical Intelligence Narcotics Group (STING) oleh Menteri KDN @Zahid_Hamidi

Posted: 30 Jan 2014 08:53 AM PST


Berita dari PDRM di FB :

Kuala Lumpur, 30 Jan – Jenayah dadah akan diperangi habis-habisan apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan sebuah pasukan elite yang dipanggil 'Special Tactical Intelligence Narcotics Group (STING)' secara rasminya dilancarkan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur, pagi tadi.

Seramai 61 pegawai dan 138 anggota yang diketuai oleh dua orang Timbalan Komander berpangkat Senior Assistant Commisionner (SAC) di mana mereka telah melalui sesi pemilihan yang ketat bagi menjaga kualiti tugas yang dilihat akan memberi impak jauh lebih positif daripada sebelum ini.

'STING' di bawah kendalian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) ini ditubuhkan untuk menangani kes-kes jenayah yang membabitkan sindiket pengedaran dadah yang sering melibatkan kumpulan kongsi gelap.

Selain itu, pasukan elite STING juga akan mengenal pasti,mengesan,menyekat dan membongkar segala aktiviti dadah termasuk makmal haram memproses dadah.

Kemodenan jenayah narkotik masa kini yang semakin canggih bukan lagi masalah kepada pasukan ini di mana turut dilengkapi senjata serta gajet dalam memberi amaran kepada penjenayah-penjenayah dadah tegar yang merasakan diri mereka kebal dari tindakan undang-undang.

"Justeru itu diharapkan penubuhan skuad ini mampu menangkis tanggapan negatif masyarakat bahawa PDRM hanya mengambil tindakan kepada ahli-ahli sindiket sedangkan dalang kepada masalah ini masih bebas," ucap Menteri Dalam Negeri.

Sepanjang tahun 2013 JSJN telah berjaya mengesan dan menangkap 33 ketua sindiket pengedaran dadah serta membongkar 34 lokasi makmal haram memproses dadah serta merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM402.73 juta.

JSJN juga menyita pelbagai jenis harta yang disyaki hasil daripada aktiviti pengedaran dadah berjumlah RM94.96 Juta dan menangkap seramai 175,198 orang atas pelbagai kesalahan jenayah narkotik.

Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara, Dato' Mohamad Khalid bin Hj. Shariff, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, barisan pengarah PDRM dan tetamu jemputan.







Gambar sekitar program :

Ucapan Perasmian Menteri yang sebut penurun kadar kemalangan selepas Ops Selamat - 


Helikopter membawa skuad sebagai gimik pelancaran 


Menteri dan VVIP melihat gimik dibuat 


Menandatangani plak perasmian 


Sidang Akhbar bersama Ketua Polis Negara dan Ketua JSJN 


Demo pasukan STING menyerbu lokasi dadah


Pasukan peninjau mula terlebih dahulu


Pasukan kedua mula masuk


Pasukan ketiga iaitu penembak tepat (kanan sekali) turut menyertai demi memelihara nyawa anggota yang lain


Menteri melawat lokasi rumah 'penagih dadah'


Pasukan STING berpeluang bergambar bersama Menteri KDN dan VVIP


Pameran yang disediakan menarik minat Menteri dan rombongan


Pengurusan Tertinggi PDRM bersama Menteri


Gabungan tiga pihak


Sambil meneruskan langkah, perbincangan sering dilakukan antara mereka


Bersalam dengan pasukan PDRM yang hadir



Banner program 


Lokasi VVIP dan media berdiri melihat demosntrasi


Penembak-tepat yang sebenar !!!


Bahan pameran Skuad STING



Demonstrasi serbuan


Plak perasmian dibawa masuk selepas tiba dengan helikopter sebagai gimik


bacaan doa

Edisi 004 - Poster #PRKKajang : 2 PRK Demi Anugerah @AzminAli iaitu @Anwaribrahim

Posted: 30 Jan 2014 07:36 AM PST



Ucapan YAB PM @NajibRazak Sempena Tahun Baru Cina ( Tahun Kuda )

Posted: 30 Jan 2014 06:37 AM PST


Tahun Kuda 2014: Menyalakan Obor Harapan
Januari 29th, 2014 by Najib Razak


Hari paling bermakna dalam kalendar lunar Cina, bakal tiba membawa harapan untuk tahun baru yang lebih cemerlang. Di kesempatan ini, saya mengucapkan Gong Xi Fa Chai kepada semua rakyat Malaysia yang berketurunan Cina.

Menelusuri waktu-waktu sebegini, adalah imperatif untuk kita mengimbau kembali satu tahun yang baru saja berlalu dan mensyukuri nikmat yang telah kita kecapi selama ini. Walaupun kita telah banyak mencapai progres dalam program transformasi, perjalanan kita masih jauh dan banyak lagi yang perlu dicapai. Program transformasi sesungguhnya memerlukan sokongan dari segenap lapisan masyarakat – terutamanya dari komuniti kaum Cina yang terkenal mahir dalam bidang keusahawanan.

Selagi kita masih membincangkan perkara yang sama, wujud pelbagai inisiatif yang sedang diusahakan demi meningkatkan taraf kehidupan kita. Antaranya, sebagai contoh, program berterusan seperti BR1M, KR1M, Ops Harga dan banyak lagi untuk membantu mengurangkan kesan tekanan inflasi global. Terdapat juga mesyuarat perundingan dan perbincangan yang memberi fokus untuk menangani isu mengurangkan beban yang ditanggung rakyat. Segala usaha kita akan berkecai sekiranya tidak ditunjangi dengan sokongan dari anda semua. Kita mesti kekal berdaya tahan dalam menempuhi cabaran ekonomi untuk mengekalkan kestabilan dan kemajuan demi generasi masa akan datang.

Ketika kita bergembira menyambut kedatangan tahun kuda, kita juga perlu sentiasa mendukung perpaduan dan keharmonian antara kaum yang telah kita nikmati selama ini. Kita mempunyai tanggungjawab terhadap negara untuk menolak sebarang bentuk ugutan, keganasan atau tindakan ekstrim yang bisa menggugat keharmonian yang selama ini telah kita kongsi dan nikmati di Malaysia.

Saya pasti kita sepatutnya percaya kepada suara kebenaran. Tergalas di bahu kita untuk bertindak dengan wajar dan sentiasa mendengar pandangan antara satu sama lain. Dalam rumpun kebudayaan Malaysia, kita mestilah menjunjung kedaulatan undang-undang dan sentiasa menghormati sensitiviti anutan lain.

Sehingga hari ini, saya amat menghargai peranan yang telah dimainkan oleh masyarakat Cina Malaysia dalam membina negara sejak zaman merdeka lagi.

Dari Putrajaya ke seluruh Malaysia, saya mengucapkan selamat Tahun Baru Cina kepada semua.





Edisi 003 - #PRKKajang : Blog Pakatan Fitnah Presiden Umno @NajibRazak Tweet Enggan Bertanding

Posted: 30 Jan 2014 06:34 AM PST





baca kalau tak percaya di sini : 

http://wargamarhaen.blogspot.com/2014/01/prk-dun-kajang-najib-angkat-bendera.html


tajuk : PRK Dun Kajang :  Najib angkat bendera putih ...

Edisi 002 - #PRKKajang 'Demi Kepentingan Seorang Lelaki' Kata @NajibRazak dan Lelaki Ini (Anuar Zain) ialah @anwaribrahim ?

Posted: 30 Jan 2014 06:28 AM PST


KUALA LUMPUR: Pilihan raya kecil Kajang diadakan demi kepentingan seorang lelaki, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tweet terbaharu beliau.
Dengan tidak menamakan lelaki itu, beliau menyatakan: "Tanpa memikirkan soal persaingan, pilihan raya kecil di Kajang bukannya mengenai rakyat tetapi lebih kepada kepentingan seorang lelaki #BETTERNATION."
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Selasa mengumumkan bahawa penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Kajang selepas penyandangnya Lee Chin Cheh meletakkan jawatan pada Isnin lepas.
Pengumuman itu menghangatkan lagi spekulasi bahawa Anwar akan menggantikan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar. - BERNAMA

lagu 'Lelaki Ini' ANuar Zain 

Edisi 001 - #PRKKajang Betul Ke Rumah Besar Ini Milik Penasihat MB Selangor Gaji RM1 @anwaribrahim ???

Posted: 30 Jan 2014 06:17 AM PST



Biasa PKR akan dedah itu ini milik pemimpin BN. Sekarang kita tanya dari mana datang rumah besar sebegini ?

Kalau jadi menteri atau pemilik syarikat besar sudah tentu tidak pelik tetapi sejak dipecat tahun 98-2014 iaitu 15 tahun lamanya adakah belum habis wang milik beliau ??? dengan berbagai penerbangan jarak jauh selain menaiki jet, termasuk menyertai PRU adakah masih ada wang sebegini banyak ?

Kita tinggalkan persoalan untuk dijawab oleh Anwar Ibrahim.

Sumber gambar FB Friends of BN

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151957664174998&set=a.10150838414749998.412748.129843674997&type=1&theater

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 30 Jan 2014 09:22 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 30 Jan 2014 03:30 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Budak perempuan 7 tahun mati dikelar bapa di Bangi

Posted: 30 Jan 2014 03:01 PM PST

Seorang lelaki mengelar hingga mati anak perempuannya yang berusia tujuh tahun dan mencederakan dua lagi anak perempuannya di rumah mereka di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi di Kuala Lumpur, petang tadi. Kelihatan anggota polis menahan suspek yang juga bapa kepada mangsa terbabit untuk siasatan lanjut. - Foto Bernama
BANGI - Seorang lelaki mengelar hingga mati anak perempuannya yang berusia tujuh tahun dan mencederakan dua lagi anak perempuannya di rumah mereka di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi di sini, petang tadi.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abd Rahim Jaafar berkata dalam kejadian 4.15 petang itu, lelaki berkenaan mencederakan anak-anak perempuannya yang berusia 10 dan 12 tahun di tengkuk dan tangan hingga menyebabkan seorang daripadanya putus jari.

"Polis masih lagi mencari jari itu di dalam rumah suspek," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata seorang lagi anak perempuannya yang berumur 15 tahun dan anak lelakinya yang berusia 17 tahun dapat menyelamatkan diri daripada bapa mereka, yang bersenjatakan sebilah parang dalam kejadian itu.

Menurutnya anak perempuannya berusia 15 tahun itu, yang baru pulang dari sekolah menengah agama, terkejut apabila melihat bapanya sedang berdiri dengan memegang sebilah parang di dalam rumah teres dua tingkat itu.

"Budak perempuan itu melihat ada kesan darah di ruang tamu dan mendapati adik-adiknya cedera. Dia terus menjerit dan memanggil abangnya yang berada di tingkat atas.

"Abangnya meluru keluar dari bilik dan melihat keadaan di tingkat bawah lalu meminta adiknya itu segera berlari ke tingkat atas dan bersembunyi di dalam bilik sebelum dia menghubungi polis," katanya.

Abd Rahim berkata ketika tiba, polis mendapati dua anaknya yang cedera berada di ruang tamu dan segera membawa mereka ke Hospital Kajang dekat sini untuk rawatan.

Polis menjumpai mayat anak perempuannya yang dikelar di leher, di bilik tingkat bawah rumah itu

"Mayatnya dihantar ke Hospital Kajang untuk dibedah siasat," katanya.

Menurutnya semasa kejadian itu, ibu mangsa berada di tempat kerjanya di Cyberjaya.

Susulan kejadian itu, polis mencari lelaki berusia 44 tahun itu dan menemuinya di tebing sungai di belakang kawasan perumahan itu kira-kira 6 petang.

"Suspek dijumpai dalam keadaan murung, basah dan cedera di kepalanya. Polis percaya suspek telah terjun ke dalam sungai tetapi naik ke tebing kemudian," katanya.

Abd Rahim berkata polis turut merampas sebilah parang daripada lelaki itu.

Lelaki itu yang menganggur sejak dua tahun lepas, tidak mempunyai rekod jenayah dan mungkin mengalami masalah mental, katanya.

Sementara itu, seorang jiran keluarga itu, yang enggan dikenali, berkata ibu mangsa kini berada di Hospital Kajang bagi menemani anak-anaknya yang cedera.

Wanita itu berkata keluarga mangsa sangat dihormati oleh jiran-jirannya kerana mereka sekeluarga rajin solat berjemaah di surau kawasan perumahan itu. - Bernama

Hidangan 'telanjang' dalam penerbangan MAS

Posted: 30 Jan 2014 02:32 PM PST

SIAPA yang tak kenal chef selebriti terkemuka Malaysia, Chef Wan?

Bukan sahaja 'otai' dalam bidang masakan, malah namanya sudah berdiri setanding dengan chef-chef terkemuka antarabangsa.

Baru-baru ini, Chef Wan yang menaiki penerbangan kelas ekonomi ke Bangkok, Thailand meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap nasi lemak yang dihidangkan dalam pesawat milik Malaysia Airlines (MAS).

Menggelarnya sebagai 'telanjang', dia kesal kerana menu tersebut kelihatan tidak sempurna tanpa timun, kacang dan ikan bilis.

Menerusi gambar yang dimuatnaik di akaun Instagramnya, nasi lemak tersebut hanya dihidangkan bersama sambal dan telur rebus sahaja.

Baginya, ia secara tidak langsung memberi gambaran negatif pada orang luar yang tidak pernah melihat nasi lemak yang sebenar sebelum ini.
Berikut merupakan 'caption' penuh yang ditulisnya:
"I flew on economy to Bangkok thinking its such a short trip and so early pulak tu pasti i will close my eye and have a short nap tak payah lah membazir duit naik business class. This Sad looking Nasi Lemak from Mas for sarapan sungguh memeranjat kan..The fact that its our national career and we dont take pride in providing our so call most famous Malaysian breakfast that kita Agong2 kan bangga serata dunia and to show case this on international flight without the proper timun and kacang serta ikan bilis nampak macam miskin sangat sarapan Malaysia ini. Kita orang Malaysia sudah pasti la tahu akan quality Nasi lemak serta pilihan lauk2 that goes along with it but hey….what about all that international travellers. Seriously i feel sad that our Msian Breakfast can suffer its own image so misleading to the point where i felt the need for them to realised how serious this can be. Why la so much in consistency when it come to serving This dish at various destinations? Why my flight ticket cost me rm850 tu maka its not business class enough ke that i am serve Nasi and Sambal with telor that make my breakfast so mcm " Telanjang la" Come on la Mas tak kan kita nak selalu membebel pasal simple basic thing of serving the country national heritage food and dah macam pahat serta pemukul? Why sent letters to act on my complain and appology and then repeat back the same mistake? Hello am i being to difficult here or being sensible to request for a normal Nasi Lemak?"
Sejujurnya, penulis bersetuju dengan kata-kata Chef Wan itu. Setakat timun dan ikan bilis, berapa sangatlah jika dibandingkan dengan harga tiket yang sudah dibayar?

Lebih penting lagi, nasi lemak ni dah umpama makanan rasmi kita … janganlah hidang dalam keadaan yang menghilangkan seri dan imej masakan itu.

Sebelum ini, Chef Wan pernah menegur sebuah restoran di hotel lima bintang kerana menggunakan resepi yang kurang tepat untuk Laksa Nyonya.

Dia yang juga Duta Pelancongan Makanan Malaysia berkata, kesilapan resepi akan memberi imej buruk pada industri pelancongan di negara ini.

Ada baiknya pihak-pihak tersebut mengambil positif teguran Chef Wan itu. Tambah-tambah pula, tahun 2014 ialah Tahun Melawat Malaysia.

Jangan kerana nila setitik, rosak pula susu sebelanga…

Warga Libya perkosa remaja 15 tahun di Balik Pulau

Posted: 30 Jan 2014 12:02 AM PST

BALIK PULAU: Seorang lelaki warga Libya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap tuduhan merogol seorang remaja berusia 15 tahun di Bayan Lepas di sini, pada 21 Disember tahun lalu.

Mahmoud M Mukhtar Bagaeigaa, 20, mengangguk tanda faham apabila pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa dalam bahasa Inggeris.

Dia dituduh merogol gadis bawah umur itu di padang permainan Taman Sri Nibong, Jalan Bukit Kecil 1, Bayan Lepas di sini pada 12.30 tengah malam.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Majistret Muhammad Najib Ismail tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 19 Mac untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Charanjit Singh manakala Mahmoud tidak diwakili peguam.

- BERNAMA

Datuk Lee Chong Wei calon PRK #Kajang?

Posted: 29 Jan 2014 11:01 PM PST

KUALA LUMPUR: Ketua Umno Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin berpendapat MCA perlu meletakkan calon yang popular untuk mengatasi calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, jika MCA meletakkan calon tempatan yang dikenali ramai tetapi ia tidak dapat mengatasi populariti Anwar Ibrahim yang terkenal di seluruh dunia.

"Justru itu saya mencadangkan supaya MCA meletakkan pemain badminton, Datuk Lee Chong Wei sebagai calon BN di Kajang," katanya kepada FMT malam tadi.

Beliau yang juga ahli parlimen Padang Besar berkata jika Lee Chong Wei menjadi calon BN, ia dapat "divert" pelbagai isu yang melanda negara sekarang.

Katanya, jika MCA pernah meletakkan pemain bola sepak, Soh Chin Aun bertanding di parlimen Kota Melaka pada tahun 1986, apa salahnya MCA meletakkan Lee Chong Wei yang terkenal di seluruh dunia juga.

Zahidi menambah jika MCA meletakkan calon baru, BN akan kalah teruk kerana para pengundi belum mengenali calon tersebut.

"Sebaliknya jika Lim Chong Wei bertanding, para pengundi sudah mengenali beliau dan tidak mustahil beliau dapat membuat kejutan mengalahkan Anwar Ibrahim.

Tiga hari lepas, Lee Chin Cheh telak meletakkan jawatan sebagai ADUN Kajang. Keesokannya walaupun SPR belum bermesyuarat menetapkan tarikh hari penamaan calon, PKR sudah mengumumkan ahli parlimen Permatang Pauh, Anwar Ibrahim sebagai calon dalam RK tersebut.

SPR akan bermesyuarat pada 5 Februari ini untuk menentukan hari penamaan calon dan hari pembuangan undi.

(Gambar) Tubuh Syarifah Sakinah semakin 'mengiurkan'

Posted: 29 Jan 2014 10:16 PM PST

Syarifah Sakinah kini bukan lagi gadis gila-gila yang pernah peminatnya kutuk dan hentam. Semuanya gara-gara video tak senonoh yang pernah dimuat naik di Keek dan Youtube.

Syarifah Sakinah kini tampil dengan lebih seksi dan lebih 'menyihatkan' apabila beliau memuatnaik tubuhnya yang semakin fit dan mantap ke akaun Instagramnya.

Setiap aktiviti kesihatan dan senaman yang dilakukan termasuklah aktiviti pemakanan dimuatnaik ke laman sosial. Semakin kurang peminat yang menghentam, tetapi lebih ramai yang memuji tubuh yang sedang beliau 'bina' sekarang.

Jom tengok aktiviti beliau di bawah

Murid ditoreh selepas dirogol dan diliwat di Muar

Posted: 29 Jan 2014 08:01 PM PST

Gambar hiasan
Muar: Tidak cukup dengan merogol dan meliwat seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang dalam perjalanan ke sekolah agama, seorang lelaki dipercayai baru pulang dari rumah ibadat berhampiran, menoreh perut dan kemaluan mangsa menggunakan pisau apabila arahannya melakukan seks oral tidak dipenuhi dalam kejadian di satu tempat pembuangan sampah di sini, kelmarin.

Dalam kejadian pada jam 4.30 petang itu, mangsa dalam perjalanan ke sekolah agama di Bakri dengan menunggang basikal seorang diri melalui jalan pintasan lorong di kampung itu, sebelum seorang lelaki datang dan melarikannya menggunakan kereta.

Menurut sumber polis, seorang pekebun yang kebetulan berada di tempat kejadian melihat kejadian itu, namun dia tidak sempat menyelamatkan mangsa kerana kejadian berlaku pantas.

Katanya, basikal mangsa ditinggalkan di tempat kejadian dan anak pekebun berkenaan memberitahu dia mengenali pemilik basikal itu kerana belajar di sekolah yang sama dengannya.

Lelaki itu, katanya bergegas ke rumah mangsa memberitahu mengenai kejadian itu sebelum keluarga mangsa melaporkannya kepada polis.

"Suspek dipercayai berusia 28 tahun, membawa mangsa ke sebuah tempat pembuangan sampah sebelum merogol dan meliwatnya dalam kereta dipercayai Proton Saga.

"Tidak cukup dengan itu, suspek memaksa mangsa melakukan seks oral dan apabila mangsa enggan, dia dipukul di kepala sebelum kemaluan dan bahagian kanan perutnya ditoreh menggunakan senjata tajam dipercayai pisau," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, ketika dalam perjalanan pulang suspek berhenti di stesen minyak apabila dia ditahan polis yang mengesan kereta itu berdasarkan pendaftaran yang diberikan pekebun terbabit serta menemui kanak-kanak perempuan berkenaan di dalam kereta.

"Ketika diselamatkan, mangsa berada dalam keadaan trauma, ketakutan dan tidak bermaya dengan baju sekolahnya berlumuran darah.

"Mangsa dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk rawatan kecemasan dan menerima sembilan jahitan di perutnya," katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Hasnan Hassan berkata, keluarga mangsa membuat laporan polis sejurus selepas kejadian dan pihaknya menubuhkan pasukan khas bagi mengesan mangsa.

"Kami menahan suspek beberapa jam kemudian di stesen minyak di Batu 6½ Bakri melalui nombor pendaftaran kereta yang diberikan saksi.

"Lelaki yang ditahan itu bekerja sebagai buruh di sini dan ujian air kencing mendapati dia positif dadah. Dia kini ditahan reman untuk siasatan," katanya.

Sementara itu, tinjauan di tempat kejadian mendapati jarak antara rumah mangsa dengan sekolah agamanya dua kilometer dan perlu melalui kawasan belukar, kebun sawit dan kebun getah.

Tempat mangsa diculik ialah lorong dalam kebun getah tidak jauh dari rumah penduduk kampung iaitu 150 meter dan 15 rumah yang rapat antara satu sama lain.

Sementara itu, seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, mangsa menggunakan jalan itu setiap hari kerana ia jalan pintas dengan hanya mengambil masa 10 minit ke sekolah agama.

"Jalan itu memang sunyi tetapi kanak-kanak di kampung ini menggunakannya ke sekolah agama kerana ia paling dekat dengan rumah mereka," katanya.

Rogol penyanyi wanita, setahun tanggung aib

Posted: 29 Jan 2014 07:01 PM PST

Kuala Lumpur: "Malu memang malu, tapi yang penting sekarang saya bebas daripada pertuduhan itu," jelas penyanyi, Mohd Mentor mengenai pertuduhan kes merogol seorang penyanyi wanita pada awal tahun lalu.

Mohd atau nama sebenarnya Mohamad Izwan Mohamad Nor, 26, berkata, selepas hampir setahun berdepan aib dan kemelut menjejaskan periuk nasinya, dia menerima berita gembira itu apabila dibebaskan sekitar September tahun lalu apabila kes itu ditutup kerana tidak ada bukti.

Susulan itu, juara Mentor musim keempat ini berkata, dia turut berhasrat mengadakan sidang media dalam masa terdekat bagi menjelaskan secara terperinci kes terbabit.

"Kalau ikut marah, memang ada marah lagi. Bayangkan aib hampir setahun, tapi paling penting saya sudah bebas daripada pertuduhan memalukan itu," katanya ketika ditemui di Balai Berita di sini, semalam.

Mohd berdepan pertuduhan itu selepas dia didakwa merogol peserta Mentor 5 iaitu Noor Nazatul Farahin atau Zatul, 25, 31 Januari tahun lalu di rumahnya di Ukay Perdana, Ampang dekat sini.

Berikutan itu, Mohd direman lima hari bermula 5 Februari 2013 mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.

Bagaimanapun, selepas beberapa bulan siasatan berjalan, Mohd akhirnya dibebaskan daripada kes itu apabila polis mendapati pertuduhan dikemukakan tidak mempunyai bukti.

Mohd berkata, keputusan mengumumkan status kes itu kepada khalayak menerusi sidang media wajar dilakukan agar kekeliruan dan persepsi buruk yang timbul dapat dipulihkan semula.

PRK #Kajang: Rafizi mengaku beliau rancang kekalutan sekarang

Posted: 29 Jan 2014 06:30 PM PST

KUALA LUMPUR – Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat Rafizi Ramli memohon maaf kepada rakyat Malaysia terutamanya pengundi di Kajang yang terpaksa melalui satu pilihan raya kecil yang tentunya akan memakan masa dan wang rakyat ketika mana rakyat sedang mengharungi kesukaran ekonomi.

"Tidak ada alasan untuk membazirkan wang rakyat dan untuk itu saya memohon maaf dan parti bersedia untuk dihukum oleh pengundi di Kajang," katanya yang mengaku bertanggungjawab menyusun langkah politik itu.

ADUN Kajang, Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi yang dimenanginya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 melalui sepucuk surat kepada Speaker DUN Selangor pada Isnin atas alasan "demi kepentingan politik".

Tindakannya itu mengejutkan beberapa pemimpin dalam Pakatan Rakyat dan mendapat kecaman banyak pihak termasuk badan pemantau pilihan raya, Bersih 2.0.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Rafizi mengakui tidak ada penjelasan yang dapat meredakan kemarahan rakyat terhadap langkah politik itu tetapi meminta masa dan ruang untuk mewajarkannya.

Beliau juga memohon maaf atas perbezaan pendapat dalam PKR yang dilihat sebagai berpuak-puak dan mengecewakan rakyat dan menjelaskan ia sedang ditangani bagi mengelak pengalaman sama seperti dalam Pakatan Rakyat di Kedah sebelum ini.

Jelas Rafizi, langkah Parti Keadilan Rakyat mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri Kajang dan meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon bagi pilihan raya kecil kawasan itu adalah satu strategi radikal untuk menawan Putrajaya.

Beliau mengaku langkah itu tidak popular tetapi ia sesuatu yang diperlukan oleh Pakatan Rakyat untuk menjadikan Selangor sebagai kubu kuatnya.

"Selangor harus lebih baik daripada hari ini sekiranya ia mahu jadi wadah Pakatan dalam usahanya menawan Putrajaya," katanya.

Rafizi menyamakan strategi Pakatan Rakyat itu dengan strategi politik Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan semasa menjadi Datuk Bandar Istanbul dan bekas Datuk Bandar Solo, Joko Widodo yang disebut-sebut bakal calon Presiden Indonesia yang berpindah untuk jadi Gabenor Jakarta.

Beliau mengakui pentadbiran Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah menunjukkan prestasi yang baik sejak enam tahun lalu namun ia berdepan cabaran baru daripada UMNO.

Jelas beliau, keputusan meletakkan Anwar bertanding di DUN Kajang adalah untuk menyediakan pilihan kepimpinan sekiranya ada keperluan nanti.

"Adakah ini bermakna akan ada perubahan kepimpinan dalam kerajaan Selangor? Mungkin ya, mungkin tidak. Tetapi kita ada pilihan untuk mengoptimumkan potensi kepimpinan sekiranya UMNO membuat onar," katanya.

Dalam pada itu, bekas Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusoff berpendapat bahawa rakyat Malaysia harus mengeluarkan mesej yang jelas bahawa hak untuk pembangunan rakyat bukan lagi monopoli parti politik.

Beliau berkata demikian ketika ditemubual dalam Analisis AWANI.

Yusmadi berkata pencalonan Anwar oleh PKR menampakkan bahawa Malaysia berada di dalam tahap politik yang tidak memberi satu harapan langkah jauh.

"Harapan rakyat yang diangkat amat tinggi, tetapi apabila kita keputusan-keputusan begini dibuat, ini bukan politik baru tetapi permainan politik baru. Sebuah parti (PKR) yang mempunyai pengalaman memerintah, saya mohon, bukan ini caranya.

"Hak memilik calon adalah hak parti politik, hak memilih adalah hak rakyat." tambahnya. – Astroawani.com

PRK #Kajang: Nik Aziz masih 'blur' dengan tindakan Anwar

Posted: 29 Jan 2014 06:00 PM PST

KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat mengaku tidak tahu-menahu tentang strategi atau isu yang menyebabkan ADUN Kajang, Lee Chin Cheh mengosongkan kerusinya sehingga membuka jalan kepada satu pilihan raya kecil.

Katanya, beliau menunggu penjelasan daripada pihak Parti Keadilan Rakyat yang beliau percaya ada sebab-sebab tertentu sehingga tindakan itu diambil.

"Dalam hal ini, sikap PAS tentunya lebih wajar diputuskan oleh Tuan Guru Presiden PAS (Datuk Seri Abdul HadiAwang) selaku kuasa eksekutif di dalam parti berdasarkan pertimbangan-pertimbangan semasa," katanya dalam satu kenyataan melalui Facebook.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini menjelaskan langkah itu adalah satu strategi radikal untuk menawan Putrajaya dan menjadikan Selangor sebagai kubu kuat Pakatan Rakyat.

Beliau juga dalam kenyataannya meminta maaf kepada rakyat Malaysia khususnya pengundi di Kajang kerana memaksa mereka melalui satu lagi pilihan raya kecil yang akan memakan masa dan wang rakyat.

Chin Cheh mengosongkan kerusi yang dimenanginya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 melalui sepucuk surat kepada Speaker DUN Selangor pada Isnin atas alasan "demi kepentingan politik".

Tindakannya itu mengejutkan beberapa pemimpin dalam Pakatan Rakyat dan mendapat kecaman banyak pihak termasuk badan pemantau pilihan raya, Bersih 2.0.

Sementara itu, Nik Abdul Aziz tidak bersetuju dengan pandangan bahawa langkah mengosongkan kerusi itu sebagai satu manipulasi demokrasi.

Beliau merujuk kepada krisis perlembagaan di Perak pada 2009 dan menyifatkannya sebagai tindakan yang "membelakangkan terus demokrasi dan merampas kerajaan melalui pintu belakang."

"UMNO jangan berlagak baik sedangkan dosa-dosa mereka di Perak masih segar dalam ingatan," katanya.

Beliau seterusnya mencabar UMNO dan Barisan Nasional supaya tidak bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Kajang sekiranya parti itu menganggap proses pilihan raya itu sebagai satu pembaziran dan penghinaan terhadap proses demokrasi.

Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa menegaskan BN akan meletakkan calonnya dalam pilihan raya kecil Kajang kerana dalam sebuah negara demokrasi, BN berhak meletakkan calonnya.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/nik-aziz-tidak-tahu-menahu-strategi-dun-kajang-29129?cp

PRK #Kajang: Mat Sabu gesa ahli PAS akur dengan Anwar

Posted: 29 Jan 2014 05:30 PM PST

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menggesa ahli parti Islam itu supaya merapatkan barisan dan memberikan sokongan penuh kepada calon Pakatan Rakyat yang akan bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Kajang nanti.

Mohamad yang juga mesra dengan nama Mat Sabu membuat gesaan itu ketika ada suara-suara dalam PAS yang mempertikaikan kewajaran ADUN Kajang daripada Parti Keadilan Rakyat, Lee Chin Cheh letak jawatan dengan alasan "demi kepentingan politik".

Beliau menegaskan Pemuda PAS tidak akan memulaukan kempen pilihan raya kecil Kajang biarpun Pemuda PAS Selangor mengancam akan berbuat demikian.

"Itu pandangan peribadi mereka," katanya kepada wartawan dalam satu sidang media bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu pejabat PKR pada Rabu.

Mat Sabu menambah pandangan peribadi ahli PAS tidak mencerminkan pendirian rasmi parti.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nasruddin Hassan Tantawi adalah antara pemimpin kanan PAS yang lantang membidas PKR dan menyifatkan tindakan mengkhianati pengundi sebagai satu perbuatan haram.

"Saja-saja letak jawatan untuk membolehkan pilihanraya kecil diadakan bagi memberi laluan pada seseorang yang lain. Macam main-main saja!" tulis Nasruddin di laman Facebooknya pada Selasa.

Kata beliau, pilihan raya kecil bukan medan untuk menguji kekuatan atau populariti, jauh sekali medan untuk menyingkirkan rakan seperjuangan — merujuk kepada krisis dalaman PKR Selangor.

Chin Cheh mengosongkan kerusinya melalui sepucuk surat yang diserahkan kepada Speaker DUN Selangor pada Isnin dengan alasan bagi membolehkan parti memilih orang lain untuk berkhidmat dengan lebih baik.

Tindakannya mengejutkan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat dan mendapat kecaman banyak pihak termasuk badan pemantau pilihan raya, Bersih 2.0.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menyeru pemimpin dan anggota PAS supaya tidak membuat sebarang kenyataan spekulasi berhubung kekosongan kerusi DUN Kajang dan kedudukan Menteri Besar Selangor.

Beliau memberitahu Harakah Daily bahawa PAS dan Pakatan Rakyat sehingga kini tidak pernah membincangkan isu berhubung kedudukan jawatan itu sebaliknya hanya isu kekosongan DUN Kajang.

"Secara amalan yang berlaku dalam Pakatan Rakyat, mana-mana kerusi yang dikosongkan atas apa juga sebab sekalipun, calon yang akan mengisi kekosongan itu adalah daripada parti yang bertanding di kawasan itu sebelumnya.

"Oleh kerana DUN Kajang pada pilihan raya umum lalu ditandingi oleh calon PKR, maka calon yang dipilih untuk mengisi kekosongan itu mestilah daripada PKR," katanya.

Tambah beliau, siapa pun yang dinamakan oleh PKR, calon itu akan disokong oleh Pakatan Rakyat.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga pengerusi Pakatan Rakyat Selangor pada Selasa mengumumkan Anwar sebagai calon bagi kerusi DUN Kajang.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat pada 5 Februari ini bagi menentukan kedudukan kerusi itu dan seterusnya menetapkan tarikh penamaan calon dan pilihan raya.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/ahli-pas-diminta-akur-sokong-anwar-di-dun-kajang-29147?cp

'Pengkhianat' DUN #Kajang akhirnya bersuara

Posted: 29 Jan 2014 05:00 PM PST

BEKAS ADUN Kajang Lee Chin Cheh (Gambar) hari ini memohon maaf kepada pengundi Kajang kerana tidak dapat menunaikan janji untuk terus mentadbir kawasan tersebut.

Lee berkata keputusan tersebut diambil bagi memberi laluan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihan raya kecil di situ.

Menurutnya, langkah itu dilakukan untuk membuka laluan kepada Pakatan Rakyat mentadbir Putrajaya.

"Saya minta maaf kepada rakyat tidak dapat menunaikan janji terus mentadbir di Kajang.

"Saya membuat keputusan untuk kepentingan bersama bukan hanya kepada PRK tetapi untuk Pakatan Rakyat umumnya.

"Langkah ini akan melangkah dengan lebih dekat kepada misi mendapatkan Putrajaya," katanya ketika taklimat pilihan raya kecil Kajang di Dewan Orang Ramai Sungai Sekamat, Kajang, memetik laporan Malaysiakini.com.

Lee turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk Kajang kerana memilih beliau sebagai ADUN dalam pilihan raya umum lalu.

Pelajar Malaysia cedera ditikam 14 kali di Nottingham

Posted: 29 Jan 2014 04:16 PM PST

KUALA LUMPUR 29 Jan. - Seorang pelajar Malaysia terpaksa menerima 11 jahitan selepas cedera ditikam 14 kali oleh tiga remaja dalam satu kejadian di Nottingham, United Kingdom semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, mangsa, Ahmad Izat Ahmad Mazni dikatakan baru pulang daripada menonton perlawanan bola sepak.

Ahmad Izat dalam Twitternya memaklumkan, dia telah dirompak dalam kejadian itu dan penjenayah telah mengambil telefon bimbit, jam tangan serta dompetnya.

"Saya juga terkena tikaman di kepala, di dada, belakang badan, kaki kiri, celah paha, kaki kanan, lengan dan dikelar di beberapa tempat di badan.

Saya telah keluar hospital semalam dan kini sedang berehat kerana pergerakan terhad," ujarnya. - UTUSAN ONLINE

Apa Yang Tersirat

Posted: 30 Jan 2014 01:38 PM PST

Apa Yang Tersirat


Lepas PRK Kajang- Khalid Melopong

Posted: 30 Jan 2014 02:53 AM PST

AKHIRNYA skrip Anwar berjaya. Azmin sebagai pelakon utama skrip Anwar itu, mampu memaksa Khalid Ibrahim turun sebagai MB.

PRK Kajang bakal diadakan dalam masa 60 hari, Anwar sudahpun dinamakan sebagai calon PR, ekoran perletakan jawatan ADUN N25 Kajang daripada PKR Lee Chin Cheh.

Anwar memang pakar dalam soal-soal mengharu birukan keadaan. Tiada yang sangka, bahawa tidak disambungnya jawatan Azmin sebagai anggota Lembaga Pengarah PKNS, adalah satu babak dalam skrip Anwar, untuk menduduki kerusi MB Selangor.

Rupanya, tindakan Azmin selepas sahaja PRU-12 dan PRU-13, yang mengambarkan tidak sebulu dengan Khalid Ibrahim rupanya, salah satu jalan cerita skrip yang disediakan Anwar. Khalid yang hanya pakar menjaga korporat, tidak dapat membaca lakonan itu, sehingga beliau terheret sama berlakon.

Kini, Khalid hanya menunggu untuk dilucutkan jawatan MB, selepas beliau berjaya mengumpul banyak wang simpanan, untuk Anwar gunakan menjayakan cita-citanya menjadi PM Malaysia.

Perayaan Tahun Baru Cina- Faktor Pupuk Perpaduan

Posted: 30 Jan 2014 01:20 AM PST

Pada hari Jumaat ini bersamaan 31 Januari 2014 kaum Cina di negara kita akan merayakan Tahun Baru Cina. Menurut kalendar Cina, tahun ini adalah tahun Kuda. Menurut kepercayaan mereka bagi tahun ini elemen api memainkan peranan yang penting, mengatasi air. Api juga melambangkan kemarahan, rasa tidak sabar dan keresahan.

Mereka yang percaya zodiak cina, ertinya tahun ini emosi dan ketakutan akan lebih banyak menguasai ketenangan dan kewarasan. Akan banyak keputusan akan dibuat tanpa pertimbangan akal, kajian mendalam, kebijaksanaan dan kecerdikan. Maka itu ada tanda-tanda bahawa akan lebih banyak berlaku pergolakan dan krisis di dunia tahun ini.

Walaupun demikian, tahun kuda bukan merupakan tahun yang malap atau menggerunkan. Tahun ini juga menjanjikan banyak harapan. Kuda merupakan haiwan liar sekiranya tidak dikendalikan dengan betul. Kuda membantu manusia memenangi perang. Kuda juga menjanjikan banyak peluang yang baik dalam bidang perniagaan dan dalam pembinaan kerjaya. Demikianlah ramalan tahun Kuda bagi kaum Cina.

Di negara kita masa ini, nampak sangat soal perpaduan antara kaum dilihat sangat krtikal. Sejak PRU-12 sehingga PRU-13 dan hingga kini, nampaknya perpaduan yang berlaku selama 30 tahun selepas 13 Mei 1969, merekah semula. Penyebabnya, mungkin sudah terlalu lama kita mengabaikan soal perpaduan. Atau mengambil mudah hal itu. Selain itu fahaman politik partisan merupakan penyumbang kepada merekahnya perpaduan antarakaum, sehingga keharmonian, bukan lagi agenda, melainkan kebencian antara kaum menjadi agenda utama, semata-mata untuk mendapatkan sokongan politik.

Apakah perayaan Tahun Baru Cina yang jatuh pada Jumaat ini, akan menjadi faktor untuk bermulanya perpaduan antara kaum? kerana seperti biasa sempena perayaan itu, berbagai rumah terbuka diadakan, dan sudah tentunya rumah terbuka itu dihadiri berbagai kaum di negara ini.

Perayaan Tahun Baru Cina, bukan sahaja dilihat sebagai perayaan keagamaan, namun ianya lebih kepada perayaan untuk menjalin semula silatur rahim antara suku bangsa yang renggang kerana faktor politik.

Anwar Jadi MB Selangor: Apakah Sultan Akan Perkenan?

Posted: 29 Jan 2014 10:29 PM PST

UMUM mengetahui, Sultan Selangor juga maklum, bahawa Anwar adalah bekas banduan. Selain itu, Ketua Pembangkang itu masih berdepan Liwat 2 yang masih belum selesai.

Apa kah kriteria itu bolah menghalang Anwar jadi MB? Jika Sultan Selangor menggunapakai alasan itu, maka Anwar tidak akan dapat jadi MB Selangor, walaupun menang PRK Dun Kajang.

Kedudukan ADUN Selangor selepas PRU-13, PAS:15; DAP:15; PKR:14 dan BN:12 daripada 56 kerusi. Keputusan PRK Kajang tidak mengubah status quo, kerana yang meletak jawatan adalah ADUN PKR.

Berbagai senario boleh berlaku, jika Anwar memaksa dilantik sebagai MB. Berlatar belakang masalah peribadinya, besar kemungkin semua ADUN PAS menolaknya, dan mungkin disertai 2-3 ADUN PKR yang beragama islam. Jika ini berlaku, maka sokongan ADUN kepada Anwar tidak mencukupi untuk membuat tekanan atau desakan kepada Sultan untuk melantiknya. Besar kemungkinan Sultan akan meminta nama lain untuk disyorkan sebagai MB atau MB sekarang akan meneruskan tugas.
 
Tujuan Anwar meminta Lee Chin Cheh meletakan jawatan sebagai ADUN Kajang adalah untuk membolehkan beliau dilantik sebagai MB Selangor, selain itu untuk mengatasi konflik yang direka khas oleh Azmin bagi membolehkan teman setianya itu menjadi MB.
 
Kini, kita ketahui, bahawa konflik yang seolah-olah wujud antara Azmin dan Khalid sebenarnya adalah satu skrip yang dibuat Anwar bagi menyingkirkan MB pilihan Presiden PKR itu. Adalah menjadi pengetahuan Umum, bahawa Khalid Ibrahim adalah pilihan Wan Azizah dan Nurul Izzah untuk menjadi MB Selangor.
 
Skrip Anwar itu, setakat ini telah berjaya, namun hajatnya untuk menjadi MB akan terletak di tangan Sultan Selangor. Latar belakang Anwar sudah tentu akan menjadi pertimbangan Sultan sebelum memberi perkenan perlantikan. Sama-sama kita tunggu senario berikutnya.

yang ku dengar dan ku lihat

Posted: 30 Jan 2014 01:38 PM PST

yang ku dengar dan ku lihat


Tengku Razaleigh ganti Dato' Pa.?

Posted: 29 Jan 2014 07:13 PM PST

Dibawah kepimpinan YBM Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Kerajaan PAS ditumbang oleh UMNO. Selepas daripada itu apabila PAS ambil pemerintahan tidak ada siapa dikalangan pemimpin UMNO dapat tumbangkan PAS.

Semasa Tun Mahathir Mohamed jadi Pengerusi UMNO Kelantan pun PAS tak boleh ditumbangkan, apatah lagi semasa Anuar Musa jadi Pengerusi kekalahan UMNO semakin teruk. PAS hampir hampir tumbang semasa Dato' Pa jadi Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kelantan.

Permaianan dan penyakit biasa dalam UMNO Kelantan ialah tak boleh lihat seseorang pemimpin itu baik dan terserlah prestasinya, perasaan dengki pun mula membara didada, itulah yang selalu terjadi dalam UMNO Kelantan sejak dulu dan terbaru kini. Kebolehan Dato' Pa mula dipertikaikan, hasutan mula dijaja diperingkat ahli-ahli terutamanya dikawasan Parlimen Ketereh, isunya Dato' Pa bukan jadi Pengerusi UMNO Negeri tapi menjadi Pengerusi UMNO Jeli.

Story lama dicanang, kerana tak ada isu lain yang boleh memadamkan pengaruh Dato' Pa di dalam UMNO Kelantan, kekuatan Dato' Pa bekerja dan melayan ahli UMNO tak boleh dibanding dengan Ketua UMNO Negeri yang terdahulu darinya. Maka Dato' Pa perlu disingkirkan dengan alasan Dato' Pa sibuk untuk mengurus negara dan sibut di Kementerian Perdagangan Antarabangsa.

Antara nama yang disebut-sebut yang boleh ambil alih tempat Dato' Pa adalah YBM Tengku Razaleigh Hamzah, kerana Tengku Li telah terbukti boleh mengalahkan PAS di Kelantan lagi pun pengaruh Tengku Razaleigh bukan saja kuat di Kelantan bahkan masih kuat di seluruh negeri disemenanjung dan  termasuk Sabah serta Serawak. Usaha pun baru bermula.

Yang paling suka sekarang ini adalah PAS kerana kemelut dalam PAS tak ada tempat dihati pemimpin UMNO. Iulah yang menjadi senjata dan kekuatan kepada PAS kerana UMNO mempunyai penyakit yang tak boleh disembuhkan.

Tengku Razaleigh dikatakan akan dapat menyatukan ahli-ahli UMNO dan rakyat yang dulunya menyokong PR kembali menyokong UMNO dalam PRU14 nanti, tapi desas desus sekarang bukan PRU 14, ianya akan berkisar sebelum PRU apabila ahli UMNO sudah siapsiaga untuk menukar Perdana Menteri Najib.

PM Najib sekarang ini dilihat lemah, seperti komen Tun Mahathir cara Najib lebih lemah daripada Pak Lah, ertinya Najib pun harus berhenti sebagai Perdana Menteri seperti juga Pak Lah atas kehendak Tun Mahathir. Ini dapat dikaitkan dengan beberapa peristiwa yang berlaku dimutakhir kini.

Komen Tun Mahathir terhadap Najib adalah salah satu dan lagi apabila YBM Tengku Razaleigh disediakan pentas oleh PERKASA Malaysia yang mana Tengku Razaleigh dijemput merasmikan mesyuarat agung PERKASA berikutnya pula kenyataan panas yang terbuka oleh Ketua Wira PERKASA Irwan Fahmi supaya Perdana Menteri Najib letak jawatan

Apakah nanti Pilihanraya Kecil DUN Kajang petanda akan berlaku transformasi dalam UMNO dari atas kebawah?. Sejak awal-awal lagi PAS telah diberi kemenangan dan akan disusuli oleh PR. Kalaulah ini terjadi.






Cucu Tok Selampit

Posted: 30 Jan 2014 01:25 PM PST

Cucu Tok Selampit


Chinese New Year Pun @TeresaKok Buat Video Hina Pemimpin - Cock Betul!!!

Posted: 30 Jan 2014 04:50 AM PST


Walaupun kaum Cina akan menyambut perayaan Chinese New Year esok, Teresa Kok sempat membuat satu video politik untuk menghina Kerajaan dan pemimpin. Video berdurasi 11:39 minit itu bertajuk "Teresa Kok "Onederful" Malaysia CNY 2014 Video Clip". Video berkenaan tersebar luar di Youtube, di sini. Kenapa Teresa Kok perlu Hina Perdana Menteri dan isteri sewaktu malam Tahun Baru Cina? Perlukah senario Tahun Baru Cina digunakan untuk memalukan orang lain? Apakah mesej mendalam yang hendak beliau dan DAP sampaikan sehingga sanggup buat video untuk menghina.

Datuk Abdul Rahman Dahlan, Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Ahli Parlimen Kota Belud, di laman sosial Twitter beliau turut mengutuk tindakan keterlaluan Teresa Kok itu. Tindakan Teresa Kok sebagai Wakil Rakyat amat melampau, berpolitik 24 jam sehingga ke hari perayaan sekalipun. Kalau Teresa Kok sudi menjual, kami sudi pula membelinya. Jangan salahkan kami sekiranya kami akan kembali dengan video satira yang sama berkaitan kamu. Sekarang baru saya tahu kenapa tidak ada seorang pemimpin atau ahli DAP mengambil kamu sebagai isteri atau perempuan simpanan. Jangan marah. Saya hanya bersatira.

Kenapa @HishammuddinH2O Tuduh SPAD Punca Kemalangan Di Genting Highland? cc. @SPADchannel

Posted: 29 Jan 2014 07:44 PM PST


Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dua hari lepas menuding jari kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berhubung tragedi kemalangan bas di Genting Highland tahun lalu. Hishamuddin dilaporkan berkata jawatankuasa berkenaan menemui kelemahan SPAD meluluskan lesen pengendali sebagai salah satu punca kemalangan itu.

Biasanya apabila berlaku kemalangan yang membabitkan bas, lori atau teksi, jika sesebuah jawatankuasa siasatan ditubuhkan, ia patut memfokuskan punca bagaimana kemalangan berlaku. Antara soalan utama yang perlu disiasat ialah apakah ianya disebabkan kecuaian pemandu atau kerosakan pada kenderaan atau sebagainya. 

Kedua, Lesen Pengendali Kenderaan Awam (PSV) dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) (dan bukannya SPAD!) dan sekiranya seseorang pemandu mempunyai rekod jenayah, sudah tentu JPJ yang mempunyai kerjasama pintar dengan Polis mempunyai akses kepada rekod itu. Sekiranya didapati pemandu itu ada rekod jenayah, sudah pasti dia tidak akan mendapat lesen PSV.

Susulan kemalangan di Genting yang berlaku di Kilometer 3.5, Jalan Genting-Highlands-Kuala Lumpur pada 21 Ogos lalu,  Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)  telahpun membuat siasatan dan mendapati kombinasi pelbagai faktor yang menyumbang kepada kemalangan terbabit.

Selepas tragedi tersebut (21 Ogos 2013), Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin telah menggesa SPAD menubuhkan jawatankuasa siasatan. Mengikut Akta, SPAD sememangnya punyai kuasa dalam pembentukan jawatankuasa bagi menyiasat punca kemalangan dan menganalisis kelemahan aspek keselamatan yang wujud.

Entah macam mana ketika itu, Pemangku Menteri Pengangkutan tiba-tiba umum tubuh jawatankuasa siasatannya sendiri. Bagi mengelak pertindihan dan kekeliruan di kalangan rakyat, pihak SPAD mengambil keputusan untuk tidak menubuhkan jawatankuasa seperti yang disarankan oleh TPM. 

Hishamuddin sendiri Selasa lepas, yang mengumumkan bahawa antara punca kemalangan adalah bas tersebut didapati dipandu laju melebihi had laju iaitu 50km/jam selain kekurangan kecekapan fungsi brek pada bas berkenaan.

Hasil laporan yang diumumkan oleh Pemangku Menteri terbabit telah mengutarakan 20 syor dan 51 pelan tindakan penambahbaikan. Apa yang menghairankan, SPAD telah digambarkan menjadi punca kepada kemalangan kerana meluluskan lesen operasi bas terbabit tanpa mengambil kira faktor keselamatan dan kemampuan bas henti-henti beroperasi di laluan berbukit.

Agak malang jika Hishamuddin dinasihat oleh jawatankuasa untuk mengeluarkan kenyataan begini? Samada ada dinasihat atau memandai-mandai tidak dapat dipastikan. Untuk makluman, SPAD merupakan agensi yang bertanggungjawab dalam soal perlesenan. Manakala dalam hal ehwal keselamatan pula ia dipertanggungjawabkan oleh agensi-agensi lain. 

Jika disebut mengenai tahap keselamatan bas, agensi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang mengeluarkan lesen PSV serta meluluskan struktur bas yang dibina. Penjagaan atau penyelenggaraan kenderaan seharusnya dipertanggungjawabkan dalam bidang kuasa PUSPAKOM. Jika sentuh soal keadaan jalan, Jabatan Kerja Raya (JKR) adalah agensi yang paling tepat dalam menentukan tahap keselamatan jalan, selekoh, kecerunan dan sebagainya.

Syed Hamid ketika ditemui media selepas majlis pelancaran bas baru Syarikat Kenderaan S&S Sdn Bhd di Kluang, Johor, telah diminta komen mengenai kenyataan Hishamuddin mengumumkan laporan jawatankuasa terbabit: 
"Saya tak mahu komen sangat kerana benda itu (laporan) belum lagi dibentangkan di kabinet. Kita pun tak ada salinan. Kita tak tahu apa syor dan apa rasional. Saya pun tak mahu komen lebih kerana kalau kita komen berkenaan liabiliti atau apa-apa ia mungkin mempunyai implikasi undang-undang."
"Saya hairan apa pasal nama SPAD sahaja disebut. Jadi saya nak tahulah. Kita nak dapatkan kenyataan dia (Hishamuddin). Untuk bagi komen sekarang tak adil sebab saya tak baca lagi laporan itu. Saya tengok di suratkhabar dan internet. Ia mungkin tak betul."
Persoalannya, apakah motif Hishammuddin menyalahkan SPAD di dalam isu kemalangan di Genting Highlands?

Comel Tak Saya? Program Apa PAS Anjur Ni Atas Tutup Bawah Buka?

Posted: 29 Jan 2014 06:49 PM PST


Comel tak saya? Untuk apa program ini diadakan? Apakah ini penganjuran muslimah islam untuk bertudung? Tidak ada gunanya kalau bertudung kalau nampak jelas daging montok paha. Mungkin ini fesyen tudung terbaru, saya tak tahu. Siapa lah yang ajar mereka ni pasal bertudung agaknya. Seharusnya sekretariat PAS yang menganjurkan program ini memberikan nasihat dan bukannya menggalakkan kedua-dua mereka ini menghina Islam. Agak-agaklah kalau bergambar hendak mempersendakan Agama. Takkanlah sebegini jahil mukarrab kedua-dua mereka ini?

Kalau ianya PAS hendak berpegang kepada prinsip PAS For All, jangalah sampai Islam dipijak-pijak. Di Eropah juga ada pergerakan Islam yang mempromosikan pemakaian hijab untuk mendidik masyarakat merasa selamat dan dihormati. Kalau betul nak buat sebegitu, buat betul-betul. Berikan sekali hijab dan jubah supaya mereka menutup aurat, seperti untuk masuk ke dalam Masjid. Bukankah lebih elok?

Duke of UMNO

Posted: 30 Jan 2014 01:02 PM PST

Duke of UMNO


TAK DAPAT JADI MB PUN NAK SALAHKAN NAJIB KE..???

Posted: 30 Jan 2014 06:31 AM PST

Saya tak rasa Khalid Ibrahim akan dipecat dari jawatan MB Selangor. Saya juga yakin, Anwar Berahim takkan jadi MB Selangor walaupun dari nafsu gelojohnya tu, dia memang nak sangat jadi MB Selangor dan singkirkan Khalid...

Mungkin Anwar sedar, gaji MB Selangor lebih tinggi dari gaji PM. Sebelum ni sebagai Penasihat Ekonomi Selangor, Khalid hanya bayar dia gaji RM1 je... mana cukup bebbbb..! Nak belanja "anak ikan" minum sirap pun tak lepas tu...

Tapi....kenapa saya berpendapat Anwar takkan dapat jadi MB Selangor..?



Sebab saya yakin, berkemungkinan besar DYMM Sultan Selangor tak mahu Anwar jadi MB kat negeri baginda. Kalau Sultan Selangor tak restu, maka tak boleh la Anwar jadi MB, kan? Semuanya terletak di tangan Sultan Selangor sebenarnya...

Khabarnya, lepas Pakatan Haram berjaya kekalkan jajahan depa di Selangor, depa kemukakan nama Azmin sebagai MB di situ. Depa nak gulingkan Khalid. Tapi khabarnya Sultan Selangor pulak tak restu... tak setuju Azmin jadi MB... tu yang meroyan sakan tuuuu...!

Jadi, korang rasa Sultan Selangor akan perkenan Anwar jadi MB? Heh! Sultan Selangor restu BAPAK PLURALISME jadi MB kat Selangor? Rasanya TIDAK.... Maka selamat la Khalid Ibrahim... siap jadi boss Anwar kat Selangor pulak tu! Heh! Malu betul la Anwar...heh!


GAGAL GULINGKAN TUN M, ANWAR NAK GULINGKAN KHALID PULAK?

Posted: 30 Jan 2014 04:31 AM PST

Setahu saya, antara sebab Anwar tak jadi PM dulu adalah disebabkan dia dikhabarkan cuba memulakan komplot menjatuhkan Tun M sebagai Perdana Menteri. 

Memang masa tu dia dah "sebelah kaki" di kerusi PM...Tapi pasal kemaruk gelojoh nak sangat kuasa... dia kena terajang maut dari Tun M... segala rahsia dia yang selama ini tidak diendahkan PM terus terbongkar satu persatu, termasuk hobinya yang "luar tabii" tuuu...

Memang dulu ramai tak caya pasal hobi "luar tabii" dia tu... tapi lepas kawan-kawan baik "sebantal"nya macam Nallakaruppan dan Eskay yang jadi "tokan" supply "bahan-bahan luar tabii" tu... makin ramai pulak yang tinggalkan Anwar... nasib la kan... Allah bayar "cash"..!


Mungkin sebab dia gagal nak gulingkan Tun M dan jadi PM, maka Anwar cuba gulingkan Khalid Ibrahim pulak. Tak dapat jadi PM, jadi MB pun boleh laaaaa....

Itulah Anwar Ibrahim. Gelojoh tetap gelojoh. Jumpa "luar tabii" dia gelojoh, nak jadi MB pun dia gelojoh jugak...

Anwar...Anwar... bila nak berubah perangai ni? Buat malu anak menantu betul la hang ni... ishhh! Tu... Khabarnya rumahtangga Nurul Izzah pun porak peranda dek kerana perangai Anwar yang "gelojoh" tu... udah-udah la Anwar weiii... bawak-bawak la bertaubat... dah tua dah tuuuu...

Berjayakah Anwar kali ni nak gulingkan Khalid? Sama-sama la kita nantikan...

CINA KAJANG MEMANG SUKA "KENA MAIN" ANWAR...

Posted: 29 Jan 2014 10:32 PM PST

Tengah kecoh-kecoh marahkan Rafizi sebagai "dalang" PRK DUN Kajang yang membazir duit rakyat, masa rakyat dan emosi rakyat, saya terfikir, untuk siapa sebenarnya PRK Kajang kali ni...

Terfikir tak? Untuk siapa sebenarnya bekas ADUN Kajang, Lee Chin Cheh, letak jawatan? Katanya, dia letak jawatan "demi kepentingan politik"...

Lepas tu, Rafizi pulak kononnya "mintak maaf" kat rakyat di Kajang kerana dialah punca sebenar sehingga terjadinya PRK Kajang tu. Paling "poyo", dia suruh pulak rakyat Kajang "hukum" PKR masa PRK nanti... iyo la tuhhhhh..! 


Untuk siapa Rafizi rancang Chin Cheh letak jawatan dan Anwar pulak dijadikan calon? Kenapa Anwar? PKR takde calon yang sesuai dari Kajang? Untuk siapa Rafizi rancang semua ni?

Saya tak boleh belah tengah muka Anwar tersengih-sengih mengaku akan jadi calon PKR pada PRK DUN Kajang kali ni... Sekali lagi saya tanya... Anwar bertanding kat DUN Kajang tu untuk siapa sebenarnya?

Pada saya, apa yang berlaku di DUN Kajang kali ni semuanya adalah sesuatu yang terancang dan ia dilakukan PKR bukannya demi rakyat. Semuanya demi Anwar Berahim sendiri!

Chin Cheh letak jawatan "demi kepentingan politik". Rafizi pula rancang semua tu "demi Anwar". Anwar pulak bertanding demi apa? Demi rakyat Kajang? Kah! Kah! Kahhhh..!!! Rakyat kat Permatang Pauh pun dia tak terjaga.. ni nak jaga orang Kajang pulak? Kah! Kah! Kahhh..!!!

Demi menyelamatkan rakyat Kajang dari terus diperbodoh Anwar, Rafizi, Chin Cheh dan PKR, maka terpaksalah BN letak calon jugak. BN mungkin sedar memang susah nak menang di Kajang... tapi BN ni mana ret menyerah kalah...kan?

BN memang dijangka kalah di Kajang. Maklum la... Cina-cina "poyo" kat Kajang tu memang suka Anwar pun. Cuma Cina yang tak poyo saja yang meluat kat Anwar dan tahu undi depa sebelum ni dipermain-mainkan Anwar sesuka hati...

Jadi, suka saya ucapkan pada orang Kajang..."Selamat kena main dengan Anwar" lagi lepas ni...! Heh!

CINA KAJANG AKAN PILIH ANWAR?

Posted: 29 Jan 2014 06:32 PM PST

Saya bukan orang Kajang. Cuma saya pernah tinggal di Kajang selama hampir setahun lepas study dulu... Setahu saya, kat Kajang tu memang ramai orang Cina. Kalau ikut statistik, hampir 50% pengundi DUN Kajang tu adalah pengundi Cina...

Pada PRU ke-13 yang lalu, bekas ADUN PKR yang letak jawatan tu menang majoriti lebih 6,000 undi. Rasanya, dah tentulah undi tu kebanyakkannya datang dari pengundi Cina...

Tapi kali ni PKR letak calon Melayu bertanding kat situ. Anwar Berahim namanya. Agak-agak, kalau BN letak calon Cina kat situ boleh menang tak? Orang Cina akan pilih orang Cina jugak? 

Pada pandangan saya, orang Cina di Kajang akan tetap undi Anwar jugak walaupun dia Melayu. Walaupun BN letak calon Cina, berkemungkinan besar pengundi Cina di Kajang akan beri undi pada Anwar...

Sebab? Sebab Anwar pernah kata dulu bahawa dia tu "bapak" kepada orang Cina. Orang Cina dah tentu suka bila "bapak" depa bertanding kat tempat depa. Saya taktau la bila Anwar nikah dengan mak-mak orang Cina ni...tapi Anwar mengaku dia "bapak" orang Cina...

Undi orang Melayu di Kajang dah tentu la pecah sana sini. Ada yang sokong PKR, ada yang sokong UMNO/BN dan ada yang sokong PAS. Masyarakat India di Kajang pula rasanya tak mampu jadi undi penentu di DUN tersebut...

Saya melihat undi masyarakat Cina bakal jadi penentu pada PRK DUN Kajang kali ni. Kalau Melayu dan India kasi kat BN sekali pun, undi Cina mampu atasi undi depa... jadi, kemenangan BN di PRK Kajang kali ni memang nipis.. BN jadi "underdog" kat situ...


Tapi betul ke Anwar akan menang? Ramai yang jangka dia akan menang. Tapi kalau pengundi Cina "swing" protes dan undi BN, Melayu Kajang menyampah kat Anwar dan orang India malas nak undi Anwar, maka Anwar akan malu besar...

Saya tak tahu la sapa yang nak beri undi pada Anwar lagi. Khabarnya kali ni Anwar "goyah". Sebabnya, rakyat Kajang marah cara bekas ADUN Kajang tu letak jawatan tak sampai 8 bulan dan beri laluan kat Anwar... yang dulu sokong Anwar pun dah mula menyampah kat PKR...

Saya harap BN letak anak tempatan bertanding kat situ. Kalau Kajang tu kawasan kuota orang Cina, maka BN wajar la letak orang Cina sebagai calon. Buat macam biasa saja. Kalah pun tak pa..

Bukan apa... kalau Anwar menang kurang dari 6,000 majoriti, faham-faham sendiri la... Memang malu besar kalau Anwar hanya mampu menang kurang dari majoriti yang pernah dimenangi oleh "macai" dia yang letak jawatan tu...

Cuma...Anwar ni malu la macamana pun sekali, dia dah tak peduli dah... Takdak rasa malu dah kat Anwar ni... Orang tak tahu malu macam tu la yang orang Kajang "suka" tu...kan? kan? kan? Heh!

THE FLYING KICK

Posted: 30 Jan 2014 01:02 PM PST

THE FLYING KICK


KEMPEN TURUNKAN HARGA BARANG SELAMA ENAM BULAN, PASTI GAGAL KERANA PAKATAN RAKYAT DAN PEMBORONG!!!

Posted: 30 Jan 2014 06:13 AM PST

PENYAMAR 'PAKAR PERUNDANGAN' AZIZ BARI, KATA, SULTAN TIDAK ADA KUASA MEMILIH ATAU MENOLAK CALON MB!!!

Posted: 30 Jan 2014 01:48 AM PST

KAJANG, MU TUNGGU PEMIMPIN DUNIA BUNTUT DATANG UNTUK TURUNKAN HARGA SATAY!!!

Posted: 29 Jan 2014 11:44 PM PST

AWAS!!! LELAKI INI TELAH MENIPU RAMAI PELAJAR UNIVERSITI DI SELURUH MALAYSIA!!!

Posted: 29 Jan 2014 10:00 PM PST

BENARKAH PRK DUN KAJANG SEBENARNYA UNTUK HAPUSKAN DYMM SULTAN SELANGOR?

Posted: 29 Jan 2014 08:30 PM PST

E-MEL RAHIM GHOUSE DENGAN RAFIZI RAMLI TERDEDAH LAGI... KALI INI MELIBATKAN DANA YANG DICURI OLEH ANWAR IBRAHIM PULAK!!!

Posted: 29 Jan 2014 07:00 PM PST

MARI KITA TENGOK MACAM MANA TERESA KOK BAGI PERUTUSAN TAHUN BARU CINA!!!

Posted: 29 Jan 2014 05:38 PM PST

BERAPA LAMA KEMARAHAN AT-TAKIRI DAN AZLI TALIBAN KEPADA ANWAR IBRAHIM BOLEH BERTAHAN?

Posted: 29 Jan 2014 03:41 PM PST

PEJUANG BANGSA

Posted: 30 Jan 2014 11:26 AM PST

PEJUANG BANGSA


TERKINI ! UMNO PERMATANG PAUH BONGKAR SIAPA ANWAR DI PRK KAJANG !! @BenBakarKP @dzainalabidin

Posted: 30 Jan 2014 05:26 AM PST





Kenyataan Media

UMNO Bahagian Permatang Pauh

"Pengumuman Anwar Sebagai Calon N25 Kajang"

Keputusan ahli Parlimen Permatang Pauh , Dato Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding PRK DUN Kajang merupakan satu lagi 'perlekehan demokrasi' secara terang-terangan yang di tunjukkan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat ini.Selepas Permatang Pauh , Penanti kini menjalar pula ke Kajang.Segala yang berlaku ini adalah semata-mata memenuhi nafsu serakah insan bernama Anwar Ibrahim yang tidak ada batas kepuasannya.

Seluruh negara juga mengetahui saat ini bahawa PKR terpalit dalam pergolakan dalaman yang amat serius.Perbalahan isu PKNS-AZMIN-KHALID , Larangan kemasukan Anwar ke negara matahari terbit dan di tambah pula isu tuntutan fasakh Naib Presiden PKR yang juga anak kesayangan Anwar telah memaksa Ketua Umum ini mengalihkan percaturan politik beliau.Sehari dua ini Anwar berjaya memadamkan semua kisah berikut di dada akhbar harian mahupun media alternatif.Inilah Anwar Ibrahim.

Ahli-ahli UMNO Bahagian Permatang Pauh seramai 17 ribu orang dan 70,760 ribu pengundi , sudah semestinya merasa terkilan dengan keputusan Dato Seri Anwar ini.Seluruh masyarakat Permatanag Pauh menyedari bahawa selama beliau menjadi MP Permatang Pauh beliau GAGAL melaksanakan amanah yang diberi.

Pencapaian beliau amat teruk sekali.Beliau tidak pernah mengambil tahu masalah rakyat malahan tidak berminat langsung untuk membantu rakyat.Orang Permatang Pauh di buat seperti anak terbuang , sakit demam , mati , kahwin , susah perit , banjir dan sebarang kecelakaan menimpa beliau tidak kisah langsung,Anwar benar-benar memperlihatkan sikap angkuhnya , bangga diri , sombong dan hipokrit terlampau terhadap orang Permatang Pauh.

Malahan ketika masyarakat Tionghua sibuk dengan persiapan menyambut Tahun Baru Cina , Anwar tidak peduli langsung dengan pengundi cina yang miskin dan tidak mampu membuat apa-apa persiapan , ketika BN Permatang Pauh turun ke padang menyampaikan bantuan pada 300 masyarakat Tionghua baru-baru ini , Anwar dengan bangganya mengumumkan bahawa beliau terpaksa menawar diri bertanding di Kajang kerana itu adalah kehendak Parti kononnya.Masyarakat Tionghua Permatang Pauh pasti tidak akan merasai manisnya limau mandarin Anwar Ibrahim Ahli Parlimen mereka yang mungkin mereka rindui.

Sekian lama orang Permatang Pauh hanya mampu bertanya 'dimana Anwar?' ketika mereka memerlukan khidmat Ahli Parlimen yang selama ini menanam tebu di bibir , contohnya ketika musibah kebakaran dan banjir baru-baru ini , Anwar lesap entah ke mana.Percayalah wahai orang Kajang bahawa anda juga akan menjadi seperti kami di Permatang Pauh andai termakan janji manis beliau.Anwar tidak boleh berubah lagi , dia meletakkan dirinya atas kasta yang amat tinggi berbanding pengundi-pengundi yang mengangkat darjatnya itu.

Menyedari hakikat itu , kami di Permatang Pauh berharap pengundi-pengundi Kajang tidak akan tertipu dengan agenda peribadi Anwar dan kuncu-kuncunya.Ingin saya tegaskan disini bahawa sekiranya BN membuat keputusan untuk bertanding maka UMNO Bahagian Permatang Pauh secara sukarela akan menghantar seramai 30 orang petugas sepenuh masa yang akan terlibat sepanjang kempen berlangsung.Kami akan hadir di sana dengan segala maaklumat , bahan dan fakta mengapa Anwar tidak boleh di menangkan di Kajang.

Dalam masa yang sama sebuah lagi pasukan akan berkempen di Permatang Pauh dengan berkunjung ke segenap kampung dan taman perumahan dalam Parlimen Permatang Pauh bagi mendapat dan mendedahkan segala masalah rakyat di Permatang Pauh yang Anwar tidak selesaikan sekian lama.

Moga segala pendedahan , kejutan dan kempen yang akan kami lakukan sepanjang PRK Kajang akan membuka mata para pengundi DUN Kajang untuk menolak insan bernama Anwar Ibrahim ini.

Sekian

Mohd Zaidi Hj Mohd Said
Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh
30 Januari 2014



tunku

Posted: 30 Jan 2014 03:42 AM PST

tunku


Najib shrugs off calls to face Anwar in Kajang

Posted: 30 Jan 2014 01:16 AM PST

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak on Thursday dismissed calls urging him to face Datuk Seri Anwar Ibrahim in the impending Kajang by-election, saying he is uninterested in being dragged into PKR's internal problems.

"This is not my problem, this is their problem, why deflect this to me when they were the ones who precipitated this by-election," he said at the Prime Minister's Office here.

On Wednesday, PKR deputy president and Selangor state chief Azmin Ali had reportedly challenged Najib to fight against Anwar instead of fielding MCA or any other Barisan Nasional's component party candidates.
Najib also said that the people's response to the by-election was more negative than positive.
"This will be a burden to the people. Many are unhappy with this as they have to go through another by-election," he said.

The Kajang state seat fell vacant following the resignation of its PKR assemblyman Lee Chin Cheh to pave the way for Anwar to contest the seat.

The move is being seen as a way to install the opposition leader as the mentri besar, replacing Tan Sri Khalid Ibrahim, to resolve the internal crisis in Selangor PKR.

When asked if there was a possibility that Barisan would stay out of the forced by-election, Najib said it was a matter for Barisan's Supreme Council to discuss and decide.
"And any decision on the candidate, will only be discussed in the Supreme Council meeting after the Chinese New Year," he said.

Earlier, Najib met with a number of Malay Muslim NGO's to discuss matters related to current national issues such as the 'Allah' controversy and price hikes.

ANWAR IS THE INNER IN KHALID-AZMIN FEUD

Posted: 29 Jan 2014 09:45 PM PST

PartiKeadilan Rakyat (PKR) internal problem that threatened to split the party is now over – both MentriBesar Tan Sri Khalid Ibrahim and party deputy president Azmin Ali – are losers.

Both bit the dusts in the do-or-die political feud as party de facto chief Datuk Seri Anwar Ibrahim 'walks on stage in style and take the celebrated trophy' which is the MentriBesar post.

Whether Anwar's move is right or wrong for the future of PKR and Selangor under Pakatan Rakyat (PR) rule is not important at present because the priority is to stop the Khalid-Azmin feud from damaging the party.

Anwar has shown his political shrewdness in solving the internal feud without affecting unity nor trust within PKR and partners in PR – DAP and PAS – by 'dumping both leaders' and putting himself as the 'winner.'

Anwar's method, consider crude and smack of cruelty, is effective in eliminating once and for all any future internal feud and power struggle within the party while at the same time open the opportunity for him to jump one step nearer to his long-time ambition to the Prime Ministership.

If Anwar can show his leadership capability in developing Selangor as MentriBesar, then his attempt to helm Putrajaya in the next general election will be an easy path.

Talking about Anwar's way in solving the internal friction, an Umno member said it was a matter of how one solved a problem and Anwar or probably his smart advisors had shown the way that did not slight anybody in the party as well as did not rock the relationship within PR.

"Given that choosing Azmin over Khalid would slight and anger certain factions in the party and standing by Khalid's side would affect future unity in the party, Anwar dumbed both and take it upon himself to the front.

"In this way, nobody is hurt and party unity maintained," said former Kuang assemblyman who was a former Umno youth exco member DatukSuhaimi Abdul Rahman.

Anwar's candidacy in Kajang state seat is also not a problem as BarisanNasional (BN) has no candidate of Anwar's caliber in the upcoming by-election.

Traditionally an MCA seat although 48 percent of the voters are Malays with Chinese making up 41 percent and the remaining are Indians, MCA has failed in the last several general elections and in 2004, DAP which had held the seat gave it to PKR.

Known as an opposition seat, BN is going in as the underdog and is expected to remain as that since MCA has no candidate to match Anwar.


bumiyang

Posted: 30 Jan 2014 03:27 AM PST

bumiyang


Perlekeh Rampasan DUN Perak Nik Aziz Terlupa Dia Pernah Sokong Rampasan 19 September

Posted: 29 Jan 2014 09:21 PM PST

DUN dan Jawatan MB Selangor Ni "Bapak" PKR Yang Punya Ke?

Posted: 28 Jan 2014 05:42 AM PST

Ohpolitik!™

Posted: 30 Jan 2014 03:19 AM PST

Ohpolitik!™


Krisis Dalaman PKR Mengheret Rakyat Kepada #PRKKajang

Posted: 29 Jan 2014 11:43 PM PST


Disebabkan kemelut masalah dalaman yang serius dalam PKR telah memaksa pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri kawasan Kajang untuk diadakan.
Disebabkan parti itu hendak menyelesaikan kemelut dalaman yang melanda, mereka mengambil tindakan yang membebankan pengundi di Kajang yang rata-rata tidak senang hati dengan perkembangan itu.
Selasa lepas, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding kerusi DUN Kajang ekoran peletakan jawatan penyandangnya Lee Chin Cheh yang menghangatkan lagi spekulasi bahawa Anwar akan menggantikan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar.
Pilihan raya umum 2013 menyaksikan Lee memenangi kerusi DUN Kajang dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru membabitkan calon MCA dari BN, Berjasa dan tiga calon bebas.

Analisis #PRKKAJANG Strategi Anwar Bergelar MB dan Meraih Sokongan Untuk GELARAN PERDANA MENTERI #PRU14

Posted: 29 Jan 2014 11:29 PM PST

Kenapa Kajang menjadi pilihan Anwar? Bersandarkan kepada 'kerusi selamat' mungkin salah satu sebab Anwar memilih untuk berada di Kajang bagi memberi satu laluan mudah dalam percaturan politik yang sedang diusahakannya. Anwar dan PKR tentunya mempunyai agenda parti dalam kerangka yang lebih besar bagi meneruskan 'survival' politiknya.

Persoalan ini turut dikongsi bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan tindakan Anwar bertanding di Kajang antara langkah Ketua Pembangkang itu dalam usaha untuk mencapai cita-citanya menjadi perdana menteri.

Namun orang kanan Anwar, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali bertegas bahawa calon mereka itu tidak kemaruk untuk menjadi wakil rakyat. Kalau Anwar mahu menjadi perdana menteri, beliau sudah menjadi orang nombor satu negara pada 1998 tetapi sebagai seorang reformis, bukan itu yang dikejarkan, kata Azmin.

Percaturan tetap berlaku - itu jangkaan besar ramai pihak apabila peletakan jawatan Lee Chin Cheh dikatakan mahu memberi laluan kepada Anwar bertanding untuk satu lagi misi utama PKR. Bagaimanapun, Chin Cheh menafikannya. Lebih mengejutkan rakan Pakatan iaitu Pas mula bersuara dan meletakkan situasi yang berlaku ini sebagai satu pengkhianatan kepada rakyat Kajang.

Desas-desus sebelum ini ada mengaitkan beberapa wakil rakyat di Selangor pernah menawarkan kerusi yang disandang bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding antaranya Bukit Antarabangsa milik Azmin  dan  Sri Andalas, kerusi Dr Xavier Jeyakumar. Bagaimanapun Anwar menolak dan memilih Dun Kajang.

Adakah komposisi penduduk di kawasan itu yang terdiri daripada 50 peratus kaum Melayu, 41 peratus Cina dan selebihnya India dilihat cukup baik bagi Anwar dalam mencerminkan dirinya sebagai pemimpin pelbagai kaum?

Atau mungkin ini matlamat akhir Anwar dalam mendekati pentadbiran penting negara di Putrajaya yang terletak bersebelahan dengan Kajang. Percaturan politik berada dalam tangan Anwar, namun jari pengundi bakal menentukan kesudahannya.

Sahabat-Gunung

Posted: 30 Jan 2014 01:54 AM PST

Sahabat-Gunung


Rafizi Sengaja Heret & Kaitkan Tun Mahathir – Strategi Haprak PR Tutup Kepincangan Parti Sendiri

Posted: 30 Jan 2014 12:36 AM PST


Bagi menutup kesilapan dan tindakan mengosongkan kerusi DUN N25 Kajang tanpa sebarang alasan yang kukuh, Rafizi Ramli selaku Pakar Strategik PKR membuat tuduhan tanpa asas dengan meletakkan kesalahan tersebut kepada UMNO. Tindakan memainkan politik melalui persepsi ini sememangnya menjadi strategi utama PKR sejak dahulu lagi bagi melahirkan perasaan benci rakyat kepada kerajaan dan UMNO.

EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, tidak cukup sekadar itu sahaja, Rafizi turut mengheret Tun Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri dalam menutup krisis kepimpinan PKR terutamanya di negeri Selangor. Sekiranya benar telahan Rafizi yang mana Tun Mahathir merancang percaturan untuk menjatuhkan Najib sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO, pastinya waktu yang paling tepat adalah dalam Pemilihan UMNO baru-baru ini.

"Agenda meracuni fikiran rakyat yang dilakukan oleh PKR selama ini sememangnya telah menampakkan hasil khususnya kepada pengundi-pengundi berbangsa Cina dalam PRU 13 baru-baru ini. Rafizi terlalu yakin bahawa apa sahaja fitnah dan tohmahan yang dilemparkan kepada kerajaan dan UMNO akan diterima oleh rakyat tanpa ada persoalan.

Rafizi perlu sedar bahawa agenda peribadi Anwar Ibrahim dan PKR yang cuba menutup kelemahan dan kecelaruan kepimpinan di negeri Selangor sehingga perlu mengorbankan DUN Kajang adalah kerana kesilapan sendiri. Dalam mereka sentiasa menghiburkan telinga rakyat terhadap pembaziran duit rakyat yang akhirnya mereka sendiri lakukan seperti 'meludah ke langit'," ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, Rafizi seharusnya perlu mengakui kelemahan parti sendiri dalam soal kepimpinan dan ketidakmampuan pentadbiran di negeri Selangor tanpa memperjudikan harapan pengundi di DUN Kajang serta jauh sekali menuding jari kepada pihak lain. Pendirian dan tindakan PKR Selangor ini juga turut dipertikai oleh PAS sendiri.

Kenapa perlu Anwar Ibrahim sanggup menjadi kuda tunggangan Azmin Ali bagi menangani Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar. Adakah ketandusan atau ketidaklayakan barisan kepimpinan PKR yang ada pada hari ini sebagai penyebab utama, melihat kepada kebijaksanaan Rafizi dalam memutarbelitkan isu dan mencelarukan fikiran rakyat adalah lebih baik dia sendiri bertanding di DUN Kajang tersebut untuk mengambilalih jawatan Menteri Besar.


"Rafizi diingatkan jangan meletakkan kelemahan sendiri di atas bahu orang lain seperti kenyataan yang dibuat. Jangan sampai kerosakan rumahtangga sendiri, orang lain yang dituduh. Kerana amalan politik kotor seperti ini tidak akan mampu mematangkan fikiran rakyat," ujarnya lagi. 

Desperado Sampai Twitter PM Pun Dipalsukan

Posted: 29 Jan 2014 11:20 PM PST


Takkan sampai begini terdesak ...

Kalau nak menang free pun, takkan sampai palsukan Twitter PM nak mengatakan BN tak masuk bertanding dalam PRK DUN Kajang nanti.


Sedih, terdesak sangat dah PKR dan Anwar Ibrahim nie .....

Baca seterusnya di sini

UMNO Johor Yakin Usaha DAP Pikat Orang Melayu Berdepan Kegagalan

Posted: 29 Jan 2014 07:59 PM PST


UMNO Johor yakin usaha DAP untuk menarik sokongan orang Melayu Johor terhadap perjuangan politiknya akan berdepan kesukaran dan kegagalan.

Setiausahanya Mohd Jais Sarday berkata bukan sesuatu yang mudah untuk DAP mempengaruhi masyarakat Melayu Johor kerana perjuangan politiknya bertentangan dengan perjuangan orang Melayu dan Islam.

"Saya percaya orang Melayu di Johor tidak semudah itu (dipengaruhi DAP)…parti yang bertentangan dengan perjuangan kita sebagai orang Melayu dan Islam," kata Mohd Jais yang juga Exco kanan kerajaan negeri Johor ketika ditemu ramah Bernama baru-baru ini.

Menurutnya, UMNO Johor sedar tentang usaha bersungguh-sungguh yang dilaksanakan oleh DAP untuk memikat hati orang Melayu di Johor, bagi merealisasikan hasrat untuk menawan negeri ini dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Mohd Jais berkata demikian bagi mengulas kenyataan pemimpin DAP pusat dan negeri yang mahu menggandakan usaha untuk menarik sokongan masyarakat Melayu di Johor sebagai sebahagian daripada strategi untuk menawan negeri ini pada PRU14.

Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong di dalam kenyataannya baru baru ini, juga berkata pakatan pembangkang menyasarkan lapan lagi kerusi Parlimen dan lapan lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan yakin mempunyai peluang baik untuk menang.

Pada PRU13, pakatan pembangkang memenangi lima kerusi Parlimen dan 18 kerusi DUN di Johor daripada keseluruhan 26 kerusi Parlimen dan 56 kerusi DUN.

Mohd Jais yang juga Adun Mahkota mendakwa DAP juga berusaha memecah-belah perpaduan mereka dengan harapan sokongan terhadap UMNO akan terhakis.

Mengenai pemilihan Liew sebagai Pengerusi DAP Johor yang baharu, beliau berpendapat ia merupakan langkah untuk mengukuhkan pengaruh Penasihat DAP Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng, setiausaha agung parti itu di Johor.

Menurut Mohd Jais, pelantikan Liew merupakan strategi DAP untuk menarik lebih banyak sokongan daripada pengundi muda memandangkan Pengerusi DAP Johor itu baru berusia 36 tahun.


DUN Mahkota, merupakan satu daripada dua kerusi DUN dalam kawasan Parlimen Kluang yang diwakili Liew. Satu lagi kerusi iaitu DUN Mengkibol turut diwakili DAP, Tan Hong Pin.

PKR Semakin Desperado- Kaitkan Tun Mahathir Di Sebalik Kehancuran Kepimpinan Mereka

Posted: 29 Jan 2014 07:00 PM PST

Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah menyifatkan kenyataan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang mengheret nama Tun Dr Mahathir Mohamad berkonspirasi untuk menjatuhkan kepimpinan negara adalah berniat jahat, kebudak-budakan dan melulu.

Ketuanya, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, Pemuda UMNO Kedah percaya kenyataan ini dibuat atas situasi terdesak ataupun "desperado" dan bertujuan meredakan kemarahan penyokong parti dan ahli-ahli pakatan pembangkang di atas perletakan jawatan ADUN Kajang akibat krisis dalaman politik negeri Selangor yang semakin meruncing.

"Melihatkan reputasi saudara Rafizi yang sering menipu dan mengadu domba, Pemuda Kedah menasihatkan agar pimpinan PKR pusat mengkaji semula kedudukan Rafizi kedudukan Rafizi sebagai Pengarah Strategi PKR yang sepatutnya membuat kenyataan yang lebih bertanggungjawab berlandaskan fakta dan bukti-bukti yang kukuh.

Pemuda Kedah juga menyifatkan perumpamaan Erdogan dan Jokowi adalah fantasi politik yang ingin disajikan kepada penyokong parti mereka dan ahli-ahli pakatan pembangkang yang semakin hari semakin hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan PKR," ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Merbok.

Jesteru itu, Pemuda UMNO Kedah mencabar dan mendesak Rafizi untuk mendedahkan siapa dalang dan individu yang merancang konspirasi menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.

"Kedua, apakah butir-butir dan perancangan pihak-pihak yang terlibat bagi mengerakkan gerakan konspirasi menggulingkan Perdana Menteri.

Pemuda UMNO Kedah percaya kegagalan Rafizi mendedahkan dua persoalan di atas akan membuktikan lagi asas bahawa PKR kini berada di dalam krisis kepimpinan dan keyakinan yang amat teruk sehingga cuba mengheret UMNO utk menjadi "kambing hitam" bagi mengaburi kelemahan mereka.


Kegagalan Rafizi menjawab persoalan di atas juga akan menguatkan lagi imej beliau sebagai penipu, penfitnah, pengadu domba dan jesteru itu tidak selayak beliau memegang jawatan sebagai Pengarah Strategi parti PKR," tambahnya. 

Double Stemcell Belum DiSAHkan Halal ..... ????

Posted: 29 Jan 2014 04:00 PM PST




Double Stemcell Belum DiSAHkan Halal

Baru semalam ada kawan promote produk Double Stemcell...

Tup-tup, pagi nie terbaca satu artikel dari bro Mazidul bahawa produk ini telah manyalahgunakan Logo Halal JAKIM sebelum ini. 

Menurut Mazidul ....

Pengasas produk terbabit, BUKAN beragama ISLAM, namanya Lim Teck Peng, kini bergelar Datuk Seri. Masyarakat Malaysia khususnya penganut  agama Islam harus mengajukan soalan penting kepada diri sendiri.


Tidak hairan, sehingga ke detik entri ini ditulis, Phytoscience GAGAL menunjukkan bukti bergambar, kononnya syarikat itu memiliki Sijil Pengesahan Halal JAKIM yang didakwa telah tamat tempoh.

GAGAL kerana, Sijil Pengesahan Halal itu TIDAK pernah wujud.


Korang Baca sendirilah kat MAZIDUL

Penyokong JDT Jangan Lekas Putus Asa - TMJ

Posted: 29 Jan 2014 07:23 AM PST


"Saya menyeru kepada semua penyokong Johor agar jangan lekas putus asa. Berikanlah masa kepada pasukan kita kerana banyak lagi yang perlu diperbetulkan. Teruskan sokongan tidak berbelah bahagi kita kepada pasukan kerana mereka juga amat memerlukannya.

Seandainya matlamat kita masih tidak tercapai, itu adalah salah saya dan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor, saya akan mengambil tanggungjawab tersebut demi pasukan kita.

Saya akan cuba perbetulkan apa jua kelemahan dan ingatlah bahwa pasukan Manchester City contohnya, mereka mengambil mas empat (4) tahun untuk mengecapi kemuncak kejayaan dan begitu juga Paris Saint Germain yang mengambil masa lebih tiga (3) tahun, itupun setelah membuat pelaburan yang besar terhadap pasukan.

Kesabaran membentuk sebahagian jatidiri keimanan kita, Perkara yang baik pasti akan menjelma untuk mereka yang sabar".

- DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Anwar Nak Jadi ADUN Kajang Pun SALAH UMNO Gak .....

Posted: 29 Jan 2014 06:15 AM PST

`Kepala Butt' Lah Wahai Rafizi ....

Kosongkan kerusi DUN Kajang semata-mata nak `selamatkan' Najib dari plot penyingkiran dari kem Tun Mahathir konon ....?

Sejak bila plak PKR nak sibuk-sibuk urusan dalam UMNO.

Parti ko yang bermasalah, nak kaitkan UMNO atau Tun Mahathir plak....

Apa kena menggena kerusi DUN Kajang dengan plot singkirkan Najib....

Jadi, aku cabar si Rafizi Jambu nie buktikan Tun M mengetuai kumpulan untuk menyingkirkan Najib...

Aku pun heran, apa kena menggena plak Anwar nak SELAMATkan Selangor plak.... Selangor kini di bawah pentadbiran BN ker?

Terus-terang ajerlah, Anwar terpaksa terhegeh-hegeh nak jadi ADUN Kajang untuk SELAMATkan SELANGOR dari konflik Khalid Ibrahim-Azmin Ali....


Atau Rafizi dalam diam turut mengidamkan KERUSI MB Selangor kot .....