Pakatan Rakyat

Dicatat oleh Admin | | Posted On Isnin, 20 Ogos 2012 at 9:18 PTG

sumber :-

Pakatan Rakyat

RAKYAT MARHAEN

Posted: 20 Aug 2012 09:14 PM PDT

RAKYAT MARHAEN

Rumah terbuka Aidilfitri Pulau Pinang

Posted: 20 Aug 2012 09:02 PM PDT

PENANTI 21 OGOS: Meriah dan ceria! Begitulah keadaan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Dataran Rakyat Guar Perahu Penanti anjuran Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang I, Datuk Mansor Othman dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendapat sambutan luar biasa dari masyarakat setempat yang sama-sama hadir memeriahkan majlis tersebut.
Tetamu kehormat yang turut meraikan majlis rumah terbuka ini ialah Tuan Yang Terutama Tun Haji Abdul Rahman Abbas Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang dan isteri Toh Puan Dato' Seri Utama Hajah Majimor binti Shariff. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Timbalan Ketua Menteri II Prof. Dr. P.Ramasamy.
Majlis yang bermula pada jam 12 tengahari sehingga jam 5 petang dimeriahkan dengan kehadiran masyarakat dari pelbagai kaum dan agama. Selain menikmati pelbagai juadah tradisi dan istimewa Melayu seperti lemang, rendang, satay dan sebagainya, 'angpow' raya turut diberikan kepada stiap kanak-kanak yang hadir.
Pulau Pinang negeri prihatin, makmur dan sejahtera dibawah PR
Read More / Baca Lagi >>

Isu Hudud,Wajah Sebenar Mahathir Mohammad

Posted: 20 Aug 2012 08:51 PM PDT

 Surat Mahathir Kepada Kerajaan Kelantan
 
PERDANA MENTERI MALAYSIA

YAB Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Menteri Besar Kelantan
KELANTAN

Y.A.B. Tuan Haji,

PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993
DI NEGERI KELANTAN

Rujukan : MB(KN)(S)16/6/(26)
Bertarikh 8 Jun 1994

Pihak kerajaan pusat sentiasa berpandukan kepada kebijaksanaan (al-Hikmah) yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW. dan juga para sahabat baginda khususnya al-khulafa ar-Rasyidun dalam melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hukum-hukum jenayah.

1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kapada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu "tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum)." Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.

Read More / Baca Lagi >>

Free Syrian Army bans abuses, party politics

Posted: 20 Aug 2012 08:48 PM PDT

A member of the Free Syrian Army prepares his anti-aircraft machine gun in Aleppo's Saif al-Dawla district yesterday. — Reuters pic
AMMAN, Aug 21 — The Free Syrian Army, which groups rebels fighting to overthrow President Bashar al-Assad, issued new orders yesterday forbidding the torture and killing of prisoners following criticism by UN investigators. In what was described as a new internal charter, read out by a rebel commander in a video posted on the Internet, the organisation also forbade its members from belonging to political or religious factions and committed them to refraining from engaging in politics in a post-Assad state.
Free Syrian Army troops must, Colonel Qassem Saadeldin said, "implement principles of international law which forbid harming civilians ... and torturing or killing captured combatants".
Read More / Baca Lagi >>

Sambutan Aidilfitri suram di Syria

Posted: 20 Aug 2012 08:47 PM PDT

Sambutan Aidilfitri suram di Syria
Kanak-kanak menjadi mangsa utama dalam konflik yang semakin meruncing di Syria sejak ia tercetus lebih setahun lalu.
 
DAMSYIK - Suasana menyambut kedatangan Syawal di Syria sememangnya hambar dan tidak diraikan secara besarbesaran berikutan keadaan negara itu yang sedang bergolak.
Seorang penduduk di Homs yang hanya dikenali sebagai Abu Bilal menyatakan kebanyakan kanak-kanak di bandar itu berasa sangat sedih kerana sambutan Aidilfitri pada tahun ini seperti tidak memberi sebarang makna kepada mereka.
"Tiada makanan, hadiah atau baju baru untuk mereka pada Syawal kali ini," katanya.
Abu Bilal turut menceritakan pengalamannya yang terpaksa meletakkan beg pasir pada tingkap masjid semasa menunaikan solat sunat Aidilfitri.
Read More / Baca Lagi >>

FILEM HANTU GANGSTER YANG PENUH DENGAN SINDIRAN TERHADAP UMNO

Posted: 20 Aug 2012 08:43 PM PDT

"Hantu Gangster" arahan Namawee.  Filem ini cuba membawa penonton kepada isu perkauman yang di paparkan dalam bentuk kumpulan kongsi gelap dari 3 kaum.

Dari peristiwa 13May , Teoh Beng Hock mati di buang dari atas bangunan dan berbagai lagi isu peristiwa isu politik semasa sehinggalah bom C4 beliau cuba membawa sindiran yang tidak tercapai oleh penonton sekiranya penonton tersebut tidak mengambil kisah hal hal politik semasa.

Farid Kamil yang membawa watak Iwan sebenarnya adalah bayangan Umno dalam filem ini di mana Namawee mahu penonton tahu siapakah dalang di sebalik permusuhan kaum di negara ini.

Orang melayu yang di gambarkan kepada watak "Parut" yang sering di tipu oleh Iwan (umno) untuk berlagak sebagai seorang ketua kepada semua orang melayu. Iwan mahu Parut bukan saja menguasai gangster melayu malah beliau juga mahu Parut mengetuai gangster cina dan india melalui cara pecah dah perintah.

Iwan atau umno terus menerus menjalankan propaganda agar rasa tidak puas hati dan berperasangka sentiasa tidak hilang di antara 3 kaum utama.

Namun aku tidak pasti apakah yang cuba di bawa oleh Namwee bila askar Jepun memakai topi komunis.

Walaupun filem ini adalah separa merapu ala ala Steffen Chow namun ia cukup untuk membawa penonton ketawa dalam sinis yang cuba di bawa oleh Namewee.

Kesimpulan dari apa yang mahu di bawa oleh Namwee ialah penyatuan kaum di negara ini akan terjadi sekiranya rakyat tahu siapakah dalang yang memecah belahkan kaum kaum di negara ini.

Sama ada rakyat bersatu untuk tumbangkan umno atau umno tumbang baru rakyat bersatu adalah satu persoalan yang belum terjawab kerana rakyat akan terus berpecah sekiranya umno masih berkuasa dan umno akan terus berkuasa sekiranya rakyat tidak bersatu.

Namewee anak muda berbakat yang mencipta nama dengan penuh kontravensi telah berjaya membawa filem melayu malaysia di tonton oleh berbagai kaum di dalam satu panggung.

Beliau telah berjaya melangkah pengarah muda Syamsul Yusof dalam bikin filem apatah lagi pengarah filem yang memualkan seperti Nur Kasih yang mengajak rakyat berkhayal dengan cinta..

Facebook at half-price: which way now?

Posted: 20 Aug 2012 08:41 PM PDT

Facebook fell to a new low below US$19 a share, compared to the US$38 underwriters charged for the 421 million shares they sold.
WASHINGTON: If you bought Facebook shares in the May IPO and held onto them, by Monday morning you would have lost more than half your investment – and not see any encouraging signs of making your money back.
Three months after the largest tech share issue ever on US markets, Facebook fell to a new low below US$19 a share, compared to the US$38 underwriters charged for the 421 million shares they sold.
Although the stock bounced back to close at US$20.01, IPO investors were still holding huge losses with, analysts said, not much hope of a quick reversal.
Some key investors were still cashing out – on Thursday and Friday, billionaire Peter Thiel, who invested in Facebook first in 2004, sold off nearly 80% of his huge holding, according to a filing with the Securities and Exchange Commission yesterday.
Thiel's average price for 20.6 million shares was US$19.73 – still a handsome profit for such an early backer of the website, but not a demonstration of confidence in the company's potential to rebound.
Facebook raised US$16 billion when it went public on May 18, giving it a nominal market value of a stunning US$104 billion and raising hopes of a new dotcom boom on US markets.
Read More / Baca Lagi >>

Laksana hudud tidak perlu syarat

Posted: 20 Aug 2012 08:39 PM PDT

SHAH ALAM- Saranan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai hudud adalah pandangan tidak ikhlas dan merendah-rendahkan hukum Islam itu.
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Amidi Abdul Manan berkata, kenyataan Dr Mahathir tidak memberikan kesan merealisasikan pelaksanaan hudud kerana beliau bukan lagi Perdana  Menteri.
 Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Amidi Abdul Manan "Sekiranya hudud dilaksanakan, ia tidak perlu apa-apa alasan dan syarat kerana ia mesti dilaksanakan seutuh dan setulennya," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Sebelum ini, Dr Mahathir berkata, Umno boleh memperkenalkan hukum hudud jika Pas bergandingan dengan parti teras Barisan Nasional (BN) dengan membangunkan sebuah negara Islam.
Menurutnya, pelaksanaan hudud hanya dapat dilakukan jika Pas menyertai Umno untuk bersama-sama membina negara dan menggubal perundangan Islam.
"Pelawaan tersebut bukan dari pemimpin Umno tetapi daripada bekas pemimpin Umno. Pas tak perlu menghiraukannya," katanya.

MCA Kedah sokong hudud..pulak dah..apa komen ostad CSL...he.he...!!!

Posted: 20 Aug 2012 08:37 PM PDT

KUALA LUMPUR, 21 Ogos — MCA Kedah hari ini secara terbuka menyokong hukum hudud dilaksanakan di negeri Kedah.
Menurut pengerusi MCA negeri Kedah, Datuk Chong Itt Chew, rasionalnya kerana hudud tidak melibatkan orang bukan Islam.
"Sekiranya pelaksanaan undang-undang hudud membawa kebaikan kepada negara, ia tidak akan menjadi masalah termasuk kepada bukan beragama Islam.
"DAP juga tidak perlu membantah," katanya lagi yang dipetik dari akhbar Sinar Harian hari ini.
Beliau berkata, dalam keadaan sekarang, PAS harus menimbang semula kedudukannya dalam Pakatan Rakyat (PR) apabila DAP menolak hudud.
"PAS perlu buat keputusan dengan meninggalkan PR.
"Selagi dengan PR, PAS tidak akan berjaya melaksanakan hukum hudud.
"MCA Kedah akan setuju jika PAS ingin bekerjasama dengan Umno dalam perjuangannya.
"Saya lihat gabungan Umno dan Pas adalah tindakan terbaik demi masa depan rakyat dan negara," beliau dilapor berkata.
Di sebalik kelantangan MCA pusat menolak sebarang cadangan hukum hudud, MCA negeri menongkah arus dengan bersetuju dengan undang-undang Islam itu.
Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Umno boleh melaksanakan hukum hudud sekiranya PAS sedia bergandingan dengan Umno untuk membangunkan negara Islam.
"Pelaksanaan hudud hanya dapat dilaksanakan sekiranya PAS menyertai Umno untuk menggubal perundangan Islam," kata bekas presiden Umno itu.
Sementara itu, pengerusi Umno negeri Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, walaupun Umno tidak pernah mencadangkan hukum hudud, namun parti itu tidak pernah menolak hukum hudud.
"Kita serahkan kepada Pusat dalam membincangkan hal ini, mereka lebih arif dalam hal perundangan hudud ini," kata Ahmad Bashah lagi.
Baru-baru ini, presiden PAS, Datuk Seri Haji Hadi Awang berkata DAP menentang hudud, tetapi Umno menolak hukum Islam itu.

ABU Akan Menentang Pengganti Umno Yang Zalim

Posted: 20 Aug 2012 08:34 PM PDT

PUCHONG 21 AUG : Rakyat harus memilih pemerintah yang mempunyai integriti dan kredibiliti pentadibiran agar hak mereka terjamin tidak kira daripada mana-mana parti politik.
Aktivis gerakan Asal Bukan Umno (ABU), Haris Ibrahim menjelaskan, fokus utama kini adalah menumbangkan pentadbiran Umno-BN di Putrajaya bagi membolehkan negara menyaksikan pemerintah baru.
Akan tetapi, perkara sama juga akan dibuat jika pemerintah baru gagal memenuhi aspirasi rakyat.
"Kita sudah bertekad dalam PRU-13 (pilihanraya ke-13) Umno akan ditumbangkan. Satu kerajaan baru akan ditubuhkan di Putrajaya.
Objektif gerakan itu, iaitu untuk menumbangkan Umno dan Barisan Nasional, dikritik kerana ia seolah-olah hanya tertumpu kepada kesalahan parti itu tetapi membisu terhadap keburukkan parti lain.
"Kalau kerajaan itu tidak telus dan ikhlas, yang penting rakyat akan belajar daripada PRU-13, kuasa bersama dengan rakyat," ujar Haris.
Read More / Baca Lagi >>

Melayu Masih Lagi Berkuasa Bila Umno Tumbang

Posted: 20 Aug 2012 08:33 PM PDT

PUCHONG 21 AUG : Dominasi kerusi di dalam Parlimen dan di dalam pengurusan syarikat strategik seperti Petronas dan Sime Darby adalah antara bukti yang Melayu akan terus memegang tampuk pemerintahan negara walaupun Umno kalah.
Aktivis gerakan Asalkan Bukan Umno (ABU), Al-Jafree Md Yusop menegaskan, momokan orang Melayu akan kehilangan kuasa sering digunakan Umno untuk menakutkan rakyat.
Ini bagi membolehkan Umno terus berkuasa dan memburukkan parti lain kononnya status dan masa depan orang Melayu sedang terancam.
Mengikut statistik, hampir 80 peratus daripada kerusi 222 Parlimen dan 576 kerusi Dewan Undangan Negeri dikuasai oleh wakil rakyat Melayu.
Ini termasuk dua jawatan utama negara, Perdana menteri dan Timbalan Perdana Menteri, kata Al-Jafree.
Sebaliknya, jika Melayu sekarang lemah, bererti Umno gagal dalam membangunkan Melayu selama 55 tahun pemerintahannya.
Read More / Baca Lagi >>

IPCMC not an option but a must

Posted: 20 Aug 2012 08:31 PM PDT

How does the IGP explain the never-ending deaths in police lock-ups and the eroding of faith in the police force?

Police chief Ismail Omar is assuring the rakyat that his 'men in blue' i.e. the cops are doing a fine job while Umno goons are condemning those who keep criticising the police force.
The issue is not about the people judging the police force; rather it is the shenanigans of the police force that has forced the rakyat to question their effectiveness and why the government is so afraid of setting up the  Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC).
From rapes and nude squats in police lock- ups to abuse and death of detainees in prisons, the true calling of the polcie force is being doubted, as the rakyat continue to read of the atrocities taking place in police cells.
Last year, Ismail asked the rakyat to come up with ideas on ways to bring the crime rate down.
He then said the 26 police initiatives under the National Key Result Area had shown some positive results, with the people themselves asking the police how they could play a role in reducing crime.
"This means they are more focussed and willing to cooperate with the police for public safety," Ismail had said.
Read More / Baca Lagi >>

Oil royalty better negotiated 'in private': But WHY, TAIB?

Posted: 20 Aug 2012 05:53 PM PDT

Taib believes negotiation on oil royalty will bear better results in direct private talks with the Prime Minister
Oil royalty better negotiated 'in private': But WHY, TAIB?KUCHING: Chief Minister Pehin Sri Abdul Taib Mahmud said it is better to hold any discussion on increased oil royalty to the state in private with Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.
Taib, who was met at his Hari Raya open house at the Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) here on Sunday, told reporters that the state had always discussed directly with the federal government issues that needed to be ironed out.
He believed that it was unnecessary to make public his opinion on the oil royalty for Sabah and Sarawak if a direct talk with the prime minister could yield better results.
"That has always been the way of the state's dealings in its relationship with the federal government," said Taib who is also Finance Minister and Resource Planning and Environment Minister.
He was responding to the press when asked on reports of several Barisan Nasional (BN) elected representatives recently making public their opinion that it was high time the state and federal governments hold talks on increasing oil royalty for the two East Malaysian states.
Taib said he knew that a certain political leader had been playing up the issue publicly of late but he pointed out that this person was also one of those who did not agree with the request to raise the oil royalty in the past.
Read More / Baca Lagi >>

Hudud: Sepatutnya awal lagi mufti tegur Mahathir

Posted: 20 Aug 2012 05:46 PM PDT

Mohd Azmi Abdul Hamid,
Teras Pengupayaan Melayu (Teras) melihat isu perlaksanaan hudud dan mewujudkan negara Islam bukan soal kompromi antara parti politik atau tidak tetapi ia adalah kewajipan yang mesti dilaksanakan untuk menunaikan perintah Allah Tun Mahathir telah menunjukkan kedangkalannya bila  melihat perlaksanaan hudud hanya pada sudut menyatukan antara parti politik dengan mengajak PAS bersama Ummo.

Beliau lupa betapa ketika beliau berkuasa hudud dikecam oleh beliau sendiri dengan menuduh hudud sebagai undang-undang lapuk, tidak boleh dilaksanakan kerana akibatnya akan ramai yang kudung di negara ini bahawa undang-undang ini tidak sesuai dalam masyarakat majmuk.

Bukan sahaja beliau adalah watak utama yang menghalang perlaksanaan hudud di negara ini malah beliau sendiri adalah orang yang paling vokal menyatakan Islam tidak boleh dilaksanakan sepenuhnya dinegara ini kerana negara ini mempunyai masyarakat berulang kaum.

Read More / Baca Lagi >>

Hudud : Amaran keras MCA,di mana suara ulama Umno dan pencacai...

Posted: 20 Aug 2012 05:15 PM PDT

KUALA LUMPUR: Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri umat Islam di negara ini dicemari dengan penghinaan-penghinaan terhadap Islam.
Demikian kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor ekoran Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim yang telah mengeluarkan satu kenyataan kelmarin dengan berkata jika Selangor dan negeri-negeri lain di negara ini dikuasai atau kekal di bawah pemerintahan BN, ia tidak akan menjadi negara Islam.

"Saya menganggap kenyataan Pengerusi MCA Selangor ini amat keras dan keterlaluan serta jelas berbaur anti Islam," ujarnya kepada Harakahdaily.

Katanya, dalam keadaan negara ini yang diiktiraf sebagai sebuah negara Islam, beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.

"Beliau seolah-olah merendah-rendahkan kedudukan agama Islam di negara ini.
Read More / Baca Lagi >>

Umno yang sokong Nasha atau ahli akar umbi Pas yang sokong Nasha?

Posted: 20 Aug 2012 05:14 PM PDT

Utusan Meloya melaporkan akar umbi sokong Nasharuddin supaya Pas keluar Pakatan Rakyat dan jadi parti yang berdiri dengan sendiri.Utusan bodek Nasha yang kononya hanya Nasha yang sanggup lakukan apa saja bagi mempertahankan kesucian agama Islam.

Pas berkuasa di Kelantan sejak tahun 1990 lagi masa tu belum wujud lagi Pakatan Rakyat adakah Pas di Kelantan tidak berdiri dengan sendiri untuk lawan Umno?
Umno mahu Pas keluar dari PR biar Pas terkonteng-konteng kesorangan sementara Umno perkukuhkam kerjasama dengan MCA yang kini jadi juara dan jaguh hina Islam.
Sayang sangatkah Umno ni dengan Islam?

Ketika Hasan Ali berada dalam Pas Umno sokong Hasan Ali kini apabila Umno lihat ahli Pas mula pertikai keikhlasan Nasha yang begitu mesra dengan kepimpinan tertinggi Umno yang sesetengah pemimpin Umno sendiri termasuk ulama Umno tak dapat peluang macam Nasha dapat bersama pemimpin atasan Umno, Umno pulak dilihat sokong Nasha.

Ikhlas sangat-sangat ka Umno sokong Nasha kalau bukan untuk sesuatu peluang politik?
Cuba tengok dan pikir apabila Karpal Singh pertikai hukum Hudud Umno berada di belakang Nasha tapi apabila pemimpin MCA Chua Soi Lek dan lain-lain pemimpin MCA lantang kata orang Cina kena sokong MCA supaya tidak wujud negara Islam Umno senyap tak berani kata apa.Telor pemimpin Umno mengecut hilang tah ke mana!

Umno takut kepada Chua Soi Lek tapi berani lawan Karpal Singh yang berhujah negara ini tidak boleh wujud negara Islam kerana negara Malaysia negara sekular.Siapa yang buat draf perlembagaan negara?
Kenapa Umno di Kelantan tidak sokong hukum hudud dilaksanakan di Kelantan kalau betullah Umno nak sangat kepada Islam?Adakah benar ahli Pas bawahan Pas sokong Nasha?Apa yang Nasha buat sebagai ahli parlimen Bachok?Orang Bachok lebih kenal kelaku dan perangai Nasha daripada orang lain.

Nasha adalah calon Timbalan Presiden Pas yang tewas dalam pemilihan pucuk kepimpinan tertinggi Pas tahun lepas yang turut ditandingi ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.Tuan Ibrahim Tuan Man juga kalah di tangan Hj Muhammad Sabu tapi beliau tetap istiqamah dengan perjuangan Pas tidak buat kelaku pelik bin ajaib macam si Nasha.

Gambar atas Nasha bersama Najib dan pemimpin Palestine di KL
Nasa bersama Najib di Mekah

Zaman almarhum ustaz Fadzil Nor dulu sebagai Presiden Pas berdebat dengan Tun Madey dalam isu Palestine bukan arwah ustaz Fadzil Nor bertenggek dan ekori ke mana saja Tun Madey berada.
Perjuangan pertahankan prinsip tak boleh habuan yang lumayan tapi kalau tak ada prinsip maruah kita boleh dibeli dengan sekupang dua saja.

Apa pun samada puak mana yang bukan Islam tidak layak dan buka mulut untuk kacau hak umat Islam yang mahu kepada cara hidup Islam.Jika mereka pertikai cara hidup Islam samalah seperti mereka pertikai solat,puasa,haji yang jadi rukun Islam.

Demokrasi boleh,komunis boleh,sosialis boleh ,nasionalisme boleh takkan Islam tak boleh?

Akibat pertikai kuasa Allah S.W.T gadis ini terima balasan serta merta

Posted: 20 Aug 2012 05:08 PM PDT

Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah.

Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki…. " nasihat orang tua itu.
Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: "Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku?Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai?Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?"
 
Read More / Baca Lagi >>

Jauhi Pimpinan Yang Menyesatkan Umat Islam

Posted: 20 Aug 2012 05:05 PM PDT

MARANG - Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru umat Islam supaya menjauhkan diri dari pimpinan yang menyesatkan manusia dari ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

Menurutnya umat Islam perlu bermuhasabah diri dan melaksanakan ajaran-ajaran Islam yang  mampu dipraktikkan seperti menunaikan solat, puasa dan zakat.

Bagi ajaran Islam yang tidak dapat dilaksanakan, beliau meminta seluruh ummah untuk berjuang menegakkan syariat Islam yang dihalang perlaksanaannya.

"Hari ini sejauh mana kita laksanakan ajaran Islam? sejauh mana umat Islam menjadi contoh kepada orang yang bukan Islam? kita perlu lakukan muhasabah.....apa yang mampu kita laksanakan seperti sembahyang, puasa dan zakat kita laksanakan,

"apa yang ada halangannya, kita hendaklah berjuang menentang halangan-halangan itu,"tegasnya.

Raya berdarah di Syria

Posted: 20 Aug 2012 05:01 PM PDT

Beirut: Hari Raya pertama disambut dengan pertumpahan darah baru di Syria kelmarin dengan sekurang-kurangnya 84 orang maut di seluruh negara itu, kebanyakannya askar manakala ibu negara Damsyik digegarkan dengan pertempuran.

Keganasan baru itu meletus ketika duta baru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Syria, Lakhdar Brahimi berkata perkara utama sekarang ialah menamatkan perang saudara dan bukan sekadar menghalangnya daripada berlaku.

Pertubuhan Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia melaporkan semalam, 16 mayat ditemui di perkampungan Al-Tall, sebuah kubu kuat pemberontak di wilayah Damsyik dan 34 lagi adalah askar, 28 orang awam dan 22 pemberontak menjadi korban di tempat lain.

Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Kita : Dirempuh, diragut penyamun

Posted: 20 Aug 2012 04:58 PM PDT

Wanita dilanggar dan diragut
Dirempuh, diragit penyamun
Siku mangsa cedera selepas tercampak di atas jalan raya
ALOR GAJAH - "Kenapa ni? Kenapa ni? Itulah ayat yang pada mulanya disangka mangsa mahu membantunya selepas dirempuh kereta, sebaliknya hanya alasan si penyamun untuk bertindak
kejam dengan meragutnya.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang sehari sebelum Aidilfitri itu, mangsa, Siti Zabedah Saad, 41, yang menunggang motosikal jenis Modenas dirempuh sebuah kereta Perodua MyVi bewarna hijau dari arah belakang.
Menurutnya, ketika itu dia dalam perjalanan pulang dan tidak sedar diekori kereta terbabit.
Read More / Baca Lagi >>

Nik Abduh: 'Jika Karpal tentang, apa beza dengan Tun Mahathir'

Posted: 20 Aug 2012 04:56 PM PDT

Nik Abduh Nik Abdul AzizKOTA BAHRU- Tindakan DAP yang berterusan menolak pelaksanaan hukuman hudud bukanlah suatu yang di luar jangkaan Pas, kata Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.
Sebaliknya beliau berkata, hubungan Pas dengan DAP di dalam Pakatan Rakyat banyak membantu parti itu meyakinkan masyarakat bukan Islam dengan kebenaran dan keadilan hukum Islam.
"Jika secara rasminya mereka masih menolak, tetapi ramai di antara mereka (bukan Islam) yang mula menerima dan tidak menentang perlaksanaannya ke atas masyarakat Islam," katanya ketika menulis dalam blog http://nikabduh.com.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kecaman dari Pengerusi DAP, Karpal Singh yang berterusan mengkritik tindakan Pas yang mahu  melaksanakan hukum hudud.
Nik Abduh yang juga anak kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, penyebab utama lambatnya penerimaan masyarakat terhadap hukum hudud adalah Umno.
"Daripada kata-kata buruk terhadap hukum-hukum Islam oleh para pemimpinnya sehinggalah amaran bertulis oleh Tun Dr Mahathir kepada kerajaan negeri Kelantan suatu ketika dulu, semua itu memberi kesan negatif yang menakutkan masyarakat untuk menerima hukum dan syariat Islam secara menyeluruh.
Read More / Baca Lagi >>

Selesaikan siasatan 13 Mei

Posted: 20 Aug 2012 04:54 PM PDT

KUALA LUMPUR, 21 Ogos — Hanya pendedahan awam sepenuhnya berkenaan dengan rusuhan kaum 13 Mei 1969 yang masih diselubungi kerahsiaan akan membantu rakyat Malaysia meletakkan perkara ini sebagai perspektif masa lalu dan bergerak sebagai sebuah negara, kata veteran DAP, Lim Kit Siang (gambar).
Pemimpin pembangkang itu mahu siasatan penuh berkenaan dengan tragedi berusia 42 tahun itu, termasuk dakwaan bahawa dia telah membuang air kecil pada tiang bendera kediaman Menteri Besar (MB) Selangor pada waktu itu.
- Gambar fail
Lim telah diserang oleh penulis blog pro-Umno yang menggunakan insiden tiang bendera yang didakwa sebagai bukti bahawa beliau telah mencetuskan rusuhan kaum 13 Mei, walaupun telah berkali-kali menegaskan beliau tidak berada di ibu kota dari 10 hingga 13 Mei pada tahun 1969. Veteran Umno, Datuk Mazlan Harun yang juga anak kepada bekas MB Selangor pada ketika kejadian 13 Mei memberitahu The Malaysian Insider dalam laporan yang disiarkan semalam bahawa seorang bekas timbalan menteri telah memberitahunya mengenai laporan tentang kejadian itu.
Ketika dihubungi semalam, Lim terkejut dengan kenyataan Mazlan dan berkata,  "ia adalah khayalan imaginasi kerana saya tidak berada di mana-mana kawasan di Kuala Lumpur."
Lim mendesak agar dilakukan "siasatan menyeluruh" untuk mendapatkan "akar kepada insiden itu", dan berkata bahawa ia harus menunjukkan "sama ada ia benar, sama ada terdapat apa-apa laporan polis dan siapakah bekas timbalan menteri dalam negeri itu."
"Biarlah laporan polis dibuat kepada umum supaya kebenaran boleh keluar," katanya, walaupun dia masih ragu tentang kewujudan apa –apa laporan.
Beliau turut mengatakan bahawa siasatan penuh diperlukan supaya "kebohongan ini dipadamkan selama-lamanya", bukannya i"digunakan dan dikitar semula".
Akan tetapi Lim menekankan siasatan penuh tentang 13 Mei perlu dilakukan tanpa berniat untuk menyalahkan sesiapa akan tetapi dilakukan supaya semua orang boleh belajar dari insiden tersebut.
"Satu siasatan penuh akan membantu jika tujuannya adalah untuk bergerak ke hadapan, bukannya untuk menyalahkan sesiapa, dan insiden ini sudah 43 tahun berlalu."
"Segala-galanya adalah untuk bergerak ke hadapan. Kita tidak harus dihantui oleh masa lalu, dengan hantu 13 Mei."
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Kita : STIM SAMBIL BAWAK BAS!!!

Posted: 20 Aug 2012 04:52 PM PDT

gambar hiasan
KOTA BHARU - Empat puluh enam pemandu bas ekspres yang diperiksa dalam Op Selamat, disahkan positif dadah, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Solah Mat Hassan.
Beliau berkata pengesanan itu dilakukan melalui ujian saringan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di 32 terminal bas yang diperiksa di seluruh negara dalam tempoh 12 Ogos hingga Jumaat lepas.
"Kami akan mendapat laporan daripada pihak AADK sebelum mengambil tindakan mengikut peraturan terhadap pemandu terbabit," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di Kampung Guchil Bayam di sini hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Civilians targeted over Eid holiday in Syria

Posted: 20 Aug 2012 04:42 PM PDT

Probe May 13 to move on

Posted: 20 Aug 2012 04:40 PM PDT

KUALA LUMPUR, Aug 21 — Only a full public disclosure of the May 13, 1969 racial riots, which remain shrouded in secrecy, will help Malaysians put the past in perspective and move on as a nation, the DAP's Lim Kit Siang says.
The opposition leader wants a full investigation of the events surrounding the 43-year-old tragedy, including allegations that he had urinated on the flagpole at the then Selangor mentri besar's residence.
Lim (picture) has come under attack from pro-Umno bloggers who had used the alleged flagpole incident as proof that he had instigated the May 13 ethnic riots, although he has maintained that he was not even in the capital city from May 10 to 13 in 1969.
Umno veteran Datuk Mazlan Harun told The Malaysian Insider in a report published yesterday that a former deputy home minister had told him of a report on the incident.
Read More / Baca Lagi >>

NO RAYA CHEER: Malays worried and uncertain over their future

Posted: 20 Aug 2012 04:12 PM PDT

The backlash, the intriguing ill-effects of the New Economic Policy (NEP), has begun to spew its ugly venom as the Malay community now begins to realize that they were used as cannon fodder for the plan, which has actually turned around to benefit only a motley lot of bumiputras while the larger masses of Malays continue to lag behind.
NO RAYA CHEER: Malays worried and uncertain over their futureIn this new millennium, the Malay community of Malaysia have begun to not only realize certain hard, harsh realities of BN's 55-year-rule, they also are coming to grips with the knowledge that they have been manipulated by a handful of Malay leaders who are responsible for the establishment of a Malay elite.
While it must be conceded that the majority of Malays are out of the backwaters, the way and manner in which the NEP was set up, by using the Malay population base as an excuse, that a Malay political and business elite may emerge, has left a bad taste in the mouths of the average Malay.
BN's use of NEP a bitter pill for Malays to swallow
Perhaps it is really during this festive season, the end of the holy fasting month of Ramadan, when Malays celebrate the festive cheer of Hari Raya that they feel, over the years, their lot in life has started to diminish and may be beginning to fizzle.
Read More / Baca Lagi >>

~penarik beca

Posted: 20 Aug 2012 09:06 PM PDT

~penarik beca

Kenangan 1 Syawal 1433 H

Posted: 19 Aug 2012 09:40 PM PDT

DIALOG RAKYAT

Posted: 20 Aug 2012 03:38 PM PDT

DIALOG RAKYAT

Anugerah di Aidilfitri: Program Bantuan Perumahan Pulau Pinang

Posted: 20 Aug 2012 04:32 AM PDT

Roketkini.com

GEORGE TOWN : Kualiti hidup rakyat Pulau Pinang yang mendiami rumah pangsa kos rendah (harga di bawah RM42,00) dan sederhana rendah (di bawah RM72,500) akan mengalami perubahan besar apabila Kerajaan negeri Pulau Pinang memperuntukan RM50 juta untuk untuk memperbaiki, menaiktaraf dan memulihkan rumah mereka dalam program HAPPY!

Dalam kenyataan perutusan Hari Raya Aidilfitri, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, HAPPY! merupakan sebuah program sistematik buat pertama kalinya dilaksanakan mana-mana kerajaan negeri di Malaysia.

"HAPPY! adalah Program Bantuan Perumahan Pulau Pinang sebagai "dividen anti-rasuah" yang mana ia berdasarkan keyakinan bahawa kerajaan negeri akan memperolehi lebihan wang sekurang-kurangnya RM50 juta pada 2011 hasil usaha anti-rasuah dan menjalankan pentadbiran bersih berdasarkan prinsip Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT)."

Ujarnya, kerajaan negeri mencatatkan lebihan sebanyak RM88 juta untuk 2008, RM77 juta untuk 2009 dan RM33 juta untuk 2010.

"HAPPY! juga memperlihatkan komitmen kerajaan negeri untuk membawa perubahan besar kepada lebih 600 skim perumahan kos rendah dan sederhana rendah membabitkan puluhan ribu unit di Pulau Pinang." tambah Guan Eng.

Dalam perkara berkaitan, Ahli Parlimen Bagan tersebut menjelaskan bahawa kerajaan persekutuan telah menubuhkan tabung penyelenggaraan RM500 juta untuk semua skim perumahan kos rendah dan sederhana rendah.

Katanya, skim kerajaan persekutuan tersebut menawarkan pembiayaan kos sebanyak 90 peratus oleh kerajaan persekutun dan 10 peratus pula oleh penduduk untuk semua projek pembaikan atau penaiktarafan untuk rumah pangsa kos rendah.

Manakala untuk rumah pangsa kos sederhana rendah ujar Guan Eng, 70 peratus kos dibiaya oleh kerajaan pusat dan 30 peratus oleh penduduk.

Tetapi tambah Guan Eng, usaha tersebut gagal kerana kebanyakan penduduk rumah pangsa kos rendah dan sederhana rendah tidak mampu menanggung kos 10% dan 30% masing-masing.

"Demi menjayakan program penyelenggaraan ini, kerajaan negeri akan menanggung kos 10% dan 30% ini bagi pihak penduduk rumah kos rendah dan sederhana rendah dengan RM50 juta ditanggung oleh kerajaan negeri untuk memperbaiki, menaiktaraf dan memulihkan rumah pangsa kos rendah dan sederhana rendah.

"Untuk itu semua persatuan penduduk diminta buat permohonan dengan kerajaan persekutuan dengan segera.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu berharap agar pengumuman HAPPY! ini sedikit sebanyak menceriakan sambutan Hari Raya Aidilfitri serta mampu merancakkan pembangunan ekonomi setempat pada masa yang sama mendesak agar tender terbuka hanya diadakan bagi kontraktor tempatan.

"Di hari yang mulia ini, saya ingin mengucapkan semoga Hari Raya Aidilfitri tahun ini disambut dengan meriah dan juga ingatan agar kita dapat membezakan mana yang benar dan mana yang palsu serta jauhilah fitnah. Maaf zahir dan batin."  Lim Guan Eng dalam ucapan aidilfitrinya. roketkini.com

RM1.09 juta elaun sara hidup dibayar kepada nelayan di Melaka

Posted: 20 Aug 2012 04:12 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

MELAKA — Sejumlah RM1.09 juta Elaun Sara Hidup (ESH) dibayar kepada nelayan di seluruh negeri Melaka bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Melaka/Negeri Sembilan Baharin Omar berkata kira-kira 1,000 pemilik vesel perikanan dan pekerjanya yang berdaftar dengan LKIM mendapat manfaat daripada elaun berkenaan.

Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM241,200, dibayar kepada ahli Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Melaka Selatan manakala RM856,800 kepada ahli Persatuan Nelayan Kawasan Melaka Barat.

"Jumlah nelayan di Melaka yang berdaftar dan mempunyai lesen sah daripada Jabatan Perikanan Melaka adalah seramai 1,766 orang iaitu 1,367 kategori pemilik manakala 399 kategori awak-awak namun bayaran elaun sara hidup nelayan hanya dibayar kepada mereka yang layak dan berdaftar dengan LKIM sahaja," katanya kepada Bernama di sini.

Katanya pemilik vesel yang layak memperoleh ESH perlu mempunyai lesen yang sah atau kad e-nelayan dan tidak mempunyai pekerjaan tetap lain.

Bagi pekerja vesel pula, katanya mereka harus disahkan oleh pemilik vesel,berumur 18 tahun ke atas, warganegara Malaysia dan mempunyai kad nelayan yang dikeluarkan Jabatan Perikanan yang masih sah tempoh.

Baharin berkata elaun sebanyak RM200 sebulan itu merupakan usaha kerajaan bagi meringankan beban nelayan menghadapi tekanan ekonomi disebabkan kenaikan harga bahan bakar selain merupakan insentif kepada sektor perikanan supaya kekal berdaya maju.

Sementara itu, katanya sejumlah RM2.44 juta ESH dibayar kepada nelayan di negeri ini sepanjang tahun lepas. — Bernama

Jangan ungkit lagi tragedi 13 Mei, kata veteran Umno

Posted: 20 Aug 2012 04:01 AM PDT

PETALING JAYA — Veteran Umno Datuk Mazlan Harun ingin orang ramai lupakan pertumpahan berdarah 1969, semasa kontroversi politik mengenai filem tempatan "Tanda Putera" — penceritaan tentang tempoh yang paling huru-hara di Malaysia — masih berterusan.

Kontroversi itu boleh mengancam perpaduan negara sebelum pilihan raya umum ke-13 yang perlu dipanggil pada tahun depan.

Mazlan, anak kepada menteri besar (MB) Selangor pada masa itu, telah memberi wawancara eksklusif kepada The Malaysian Insider pada minggu lalu berikutan laporan-laporan tentang satu insiden yang dikatakan telah berlaku di kediaman bapa beliau.

Mazlan Harun ketika wawancara dengan The Malaysian Insider. — Foto oleh Saw Siow Feng
Dakwaan kejadian itu telah digunakan oleh beberapa blogger pro-Umno sebagai bukti bahawa pemimpin DAP, Lim Kit Siang, merupakan dalang di sebalik provokasi perkauman yang telah menyebabkan rusuhan 13 Mei, 1969, di ibu kota negara.
 Musuh politik Lim telah menuduh beliau yang membuat hasutan yang menyebabkan berlaku rusuhan 13 Mei yang berlaku 43 tahun yang lalu, tetapi segelintir ahli penyelidik telah menyalahkan satu perarakan diketuai Umno yang bertolak dari kediaman Datuk Harun Idris, MB Selangor pada masa itu.

Mazlan berkata beliau telah mendengar tentang kejadian tiang bendera yang dikatakan berlaku itu dari seorang bekas timbalan menteri dalam negeri, tetapi berkata diri beliau tidak dapat membuktikan kesahihan kenyataan itu.

"Saya tak mahu cakap pasal benar tak benar tapi saya dimaklumkan oleh seorang bekas timbalan menteri di dalam kementerian dalam negeri (KDN) — nama dia tak perlu disebutlah — yang membaca laporan, ini sensitif laporan ni yang mengatakan Kit Siang kencing (di bawah tiang bendera), dia bacakan.

"Kalau dia bohong saya bohonglah, itu pasal banyak orang mintak, dedahkan semua laporan tentang Mei 13," kata beliau dalam wawancara.

Mazlan juga memberitahu, bekas timbalan menteri KDN itu membaca laporan dalaman polis berhubung dengan tragedi disebut.

"Kit Siang saya tengok dalam blog (beliau), dia buat penafian dia tak ada kat sinilah, dia kat Sabahlah," katanya lagi.

"Mungkin polis mistaken identity (tersilap identiti) saya tak tahulah.

"Tetapi saya dimaklumkan oleh timbalan menteri ini yang Kit Siang kencing dan saya percaya Shuhaimi punya wayang ni berdasarkan pada laporan polis, laporan KDN."

Pengarah filem "Tanda Putera", Datin Paduka Shuhaimi Baba, berkata beliau telah menjelaskan beberapa kali bahawa filem durasi 117-minit itu juga tidak memaparkan mana-mana watak pemimpin DAP sepertimana dikatakan pelbagai pihak, terutama parti politik.

"Terdapat pendakwaan bahawa terdapat watak seorang pemimpin DAP yang terkenal (prominent) dalam filem ini," kata Shuhaimi ketika sidang media pada minggu lalu. "Kami ingin menegaskan bahawa tiada watak seumpama itu dalam filem 'Tanda Putera'."

Lim sebelum ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan karut dan bohong itu yang telah dipaparkan dalam laman sosial  Facebook bagi filem "Tanda Putera" kononnya beliau telah kencing di bawah tiang bendera Selangor di rumah kediaman MB Selangor semasa rusuhan 13 Mei berlaku.

Beliau menjelaskan bahawa tuduhan tersebut tidak masuk akal sama sekali kerana beliau tidak berada di Kuala Lumpur mulai 10 Mei hingga 13 Mei 1969, malah sewaktu rusuhan berlaku kerana berada di Kota Kinabalu.

Mazlan juga meminta semua pihak agar tidak mengungkit kembali kisah silam itu kerana tidak adil bagi ayahnya sudah meninggal dunia.

"Orang macam Datuk Harun dah meninggal, dia tak ada 'chance' (peluang) untuk cerita dia punya version," katanya.

"So kalau kita ungkit benda-benda yang orang kata orang yang mati tak boleh jawab, dalam Islam pun kita rasa tak adillah.

"Macam Kit Siang dia boleh jawab, dia hidup, macam Datuk Harun dia tak boleh jawab."

Di bawah serangan blogger pro-Umno yang telah berterusan menuduh Lim menghasut pertumpahan darah pada 43 tahun yang lalu, pemimpin DAP itu kekal berkata bahawa beliau tidak mungkin boleh menghasut rusuhan di ibu kota kerana beliau "tidak berada di Kuala Lumpur pada 11, 12, dan 13 Mei pada tahun 1969".

Lim juga telah menceritakan versi beliau melalui laman web video Youtube.

Pilihanraya umum 1969 telah melihatkan perikatan yang diketuai Umno, yang pada masa itu dikenali sebagai Parti Perikatan (Alliance), hilang penguasaan majoriti dua pertiga di Parlimen dan undi majoriti buat pertama kali selepas Merdeka.

Kekalahan Parti Perikatan yang memeranjatkan itu kemudian telah diikuti dengan rusuhan etnik yang paling teruk di Malaysia, yang dikatakan telah menyebabkan lebih dari 2,000 kematian.

Lim yang pertama kali bertanding dalam pilihan raya telah menang di kerusi parlimen Kota Melaka pada tahun 1969.

Sebelum itu beliau hanyalah seorang wartawan dan bekas pembantu kepada ahli parlimen Bangsar, Devan Nair, daripada parti PAP.

Beliau, yang masih seorang ahli politik yang baru, ditahan dibawah ISA selepas berlakunya tragedi 13 Mei selama 18 bulan.

Dalam pilihanraya umum 2008, Barisan Nasional (BN) telah mengalami nasib yang serupa seperti Parti Perikatan (Alliance) dalam pilihan raya 1969, iaitu hilang majoriti dua pertiga di Parlimen.
Tetapi BN telah berjaya kekal berkuasa kerana telah mendapat undi majoriti.

Rusuhan 13 Mei telah berulang kali dibangkitkan oleh BN untuk memujuk para pengundi supaya terus menyokong barisan pemerintah itu.

Bulan lalu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dilaporkan memberitahu orang muda di Malaysia supaya bersatu padu untuk mengelakkan satu lagi pergaduhan kaum seperti rusuhan 1969 itu.

Kenyataan beliau itu datang sebelum pilihan raya umum ke-13 yang dijangkakan akan menjadi pertempuran yang paling sengit di antara BN dan pihak pembangkang Pakatan Rakyat (PR).

Tetapi satu gambar yang dipapar di laman rasmi Facebook milik Pemuda Umno Sabtu lalu kelihatan mencadangkan bahawa undian untuk pihak pembangkang Pakatan Rakyat akan menyebabkan Islam diganti oleh agama

Kristian sebagai agama persekutuan. Ini menunjukkan bahawa soal agama masih digunakan untuk menakutkan pengundi dari kalangan orang Melayu-Muslim kerana pilihanraya umum ke-13 yang bakal diadakan.

Poster yang kontroversial itu menyatakan: "Jika anda setuju untuk jadikan KRISTIAN sebagai agama rasmi persekutuan Malaysia, teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat. 'God bless you my son' (Tuhan berkatimu, anakKu)'."

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin telah menafikan pasukan beliau bertanggungjawab untuk memuat naik (upload) poster tersebut, dan juga telah menarik balik poster itu pada hari sama ia dipaparkan.

Tetapi gambar yang diposkan di Facebook itu telah pun mencetuskan perbincangan hangat di Facebook dengan segelintir pengguna Internet menyokong kenyataan itu.

Manakala pengguna Internet lain mengecam tindakan Pemuda Umno itu yang dilihatkan sebagai percubaan untuk mengapi-apikan emosi dan sentiment agama di antara penganut agama Kristian dan Islam sehari sebelum Aidilfitri, antara perayaan terbesar di kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.

PM lancar rangka tindakan kajian semula pendidikan 11 Sept

Posted: 20 Aug 2012 03:41 AM PDT

SINAR HARIAN

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
 
PAGOH - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan melancarkan rangka tindakan kajian semula Pendidikan Nasional pada 11 Sept ini di Kuala Lumpur, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata rangka tindakan itu mengandungi pelbagai cadangan penting merangkumi semua aspek ke arah penambahbaikan sistem pendidikan negara.

Katanya selepas tiga bulan dilancarkan, rangka tindakan itu akan dipamerkan kepada umum untuk mendapat maklum balas daripada pihak yang berkaitan sebelum dirumuskan dan dibawa ke Kabinet sebelum akhir tahun ini.

Pelaksanaan kajian semula itu akan dilakukan secara tiga gelombang bagi tempoh 13 tahun dengan gelombang pertama selama tiga tahun manakala kedua dan ketiga pula masing-masing lima tahun, katanya.

"Semasa gelombang pertama, keutamaan akan diberi kepada bidang pendidikan yang mudah dilaksanakan dan memberi impak tanpa perubahan struktur dan kewangan yang besar," katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri beliau di Kompleks Sri Pekembar di sini hari ini.

Turut hadir isteri beliau Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata sehingga tahun 2025, kerajaan berharap dapat menganjak kedudukan Malaysia sebagai antara negara yang terbaik dalam pendidikan di dunia.

Beliau tidak menafikan terdapat harapan tinggi orang awam dan yang berkaitan terhadap sistem pendidikan yang perlu ditambah baik dan ditingkatkan sebagaimana yang diluahkan mereka melalui siri dailog di seluruh negara sebelum ini.

Penambahbaikan itu antara lain akan menyentuh subjek Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains serta bidang kuasa pejabat pelajaran daerah.

Muhyiddin berkata subjek sastera Inggeris akan diperkenalkan semula sebagai satu daripada usaha meningkatkan sistem pendidikan negara.

Beliau berkata langkah itu dicadangkan oleh perdana menteri dan Kementerian Pelajaran menganggapnya munasabah untuk memudahkan penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar.

Pelaksanaannya di peringkat sekolah menengah dan jadual waktunya akan diteliti mengikut kesesuaian, katanya.

Beliau berkata novel berbentuk sederhana seperti puisi akan diguna pakai bagi memudahkan pelajar berkomunikasi dan bercerita dalam bahasa tersebut. - Bernama

Najib nasihat ahli Umno 'jangan putus asa' juang hak

Posted: 20 Aug 2012 03:40 AM PDT

Wartawan Sinar Harian

Najib Razak
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
 
SHAH ALAM - Sementara tumpuan banyak pihak beralih kepada tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Datuk Seri Najib Tun Razak  mahu ahli-ahli Umno tidak tawar hati  atau putus asa dalam menegakkan kebenaran dan perjuangan yang hak.

Dalam perutusan sempena Aidilfitri dipetik Umno Online, Presiden Umno ini berkata, ahli-ahli Umno perlu merapatkan saf barisan dan meneruskan perjuangan yang mulia ini untuk agama, negara dan rakyat yang tercinta.

"Jangan sekali-kali membenarkan fitnah serta tohmah melemahkan semangat kita.

"Jika kita tidak bersyukur, alpa, bersengketa dan memilih jalan yang salah, maka apa yang kita nikmati selama ini akan hilang," kata beliau yang juga Perdana Menyeri.

Aidilfitri disambut semalam. Seperti biasa, beliau juga menyampaikan perutusan Aidilfitri kelmarin.

Sambil menggesa ahli-ahli Umno agar menguatkan pegangan terhadap perjuangan, Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) menambah, "tidak ada sebarang makna buat parti kita yang telah membuktikan keupayaannya mentadbir negara selama 55 tahun, yang telah membangun dan memajukan negara ini jika kita tewas dalam medan ujian sebenar kesan dari tindak tanduk kita yang membelakangkan parti dan mengutamakan kepentingan peribadi."

Jelas beliau, selama sebulan menunaikan ibadah puasa umat Islam telah melalui proses jihad melawan hawa nafsu dan muhasabah diri.

"Diharapkan kedua-dua elemen jihad dan muhasabah ini  akan melahirkan individu yang lebih bersyukur, kental jati dirinya  dan prihatin terhadap jerih perih mereka yang kurang bernasib baik.

"Teruskanlah  amalan tradisi Syawal membuka pintu rumah dan pintu hati kita," katanya lagi.

HINA ISLAM, JANGAN DITANYA KEPADA BANGSAT-BANGSAT INI

Posted: 20 Aug 2012 03:30 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS
PENGERUSI MCA Selangor, Datuk Donald Lim secara terus terang menentang sebuah negara Islam dan memberikan amaran kepada rakyat Selangor jika mereka tidak mahu kepada Negara Islam termasuk Hukum Hudud, mereka mesti mengelak dari mengundi PR di dalam PRU akan datang. 
Kenyataan beliau ini tidak menghairankan kerana Umno tidak pernah menunjukkan minat untuk menegakkan Islam, justeru itu memang sesuai MCA duduk sekelambu dengan Umno.
Kenyataan Pengerusi MCA itu jangan ditanya kepada seekor lebai malang di Kelantan yang baru-baru ini memberi hukum 'Kafir Harbi' kepada DAP, sudah tentu lebai malang ini akan berkata MCA berhak berkata apa jua terhadap Islam kerana MCA adalah sekutu Umno.  DAP lain, kerana DAP adalah sekutu PAS dan PKR dan PAS atau PKR tidak pernah menyumbang kepada pondok lebai malang ini duit sebanyak RM 2 Juta.  Itu bezanya.
Usahkan Hukum Hudud, cita-cita Kerajaan Selangor untuk mengasingkan tempat duduk di antara lelaki dan wanita di dalam panggung wayang ditentang hebat oleh pemimpin MCA ini.  Usaha Kerajaan PR Selangor itu dianggap satu tindakan Islamisasi oleh Kerajaan Negeri dan ini amat tidak disukai oleh MCA.  
Apa komen Umno ? Apa pula fatwa oleh Harussani? Jamil Khir atau Mashitah sudah bisukah?  Lebai malang dari pondok Kelantan itu sudah kekenyangan kah sehingga menjadi ular sawa senyap bila perut telah diisi?  
Wahai Hassan Jati, mengapa diam sedangkan Selangor itu negeri yang kawasannya kamu wakili?  Apa khabar pula Us Nasha?  Perlukah PAS keluar dari PR dan duduk sekelambu dengan Umno dan MCA?  
Usahlah ditanya kepada balaci-balaci ini kerana mereka semuanya bangsat belaka. 

KSU Diarah Jumpa Pegawai Kerajaan S'gor Selesai Projek Langat 2 - Peter Chin

Posted: 20 Aug 2012 03:27 AM PDT

PUTRAJAYA: Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah mengarahkan ketua setiausaha (KSU) kementeriannya untuk berjumpa dengan kerajaan negeri Selangor bagi menyelesaikan isu pembinaan projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2).

"Ketua setiausaha saya telah diminta untuk mengadakan perjumpaan dengan ketua setiausaha kerajaan negeri Selangor," kata Datuk Seri Peter Chin pada rumah terbuka Hari Raya di kediaman rasmi Perdana Menteri di sini, Ahad.

Ketika ditanya bilakah perjumpaaan itu akan diadakan, beliau berkata "secepat mungkin."

"Ia mungkin selepas Hari Raya. Saya minta kerajaan Selangor untuk duduk bersama dengan kita bagi mendapat kata sepakat.

"Biarkan projek itu dilaksanakan. Mengenai isu pengendalian loji itu apabila ia siap kelak, kita boleh berbincang mengenainya," katanya.

Beliau berkata, kata sepakat mesti dicapai bagi memastikan loji berkenaan dapat disiapkan menjelang 2015.

"Air tidak sepatutnya dipolitikkan kerana ia tidak memberi faedah kepada semua. Akhirnya, kita tidak dapat satu persetujuan kerana politik, rakyat pula akan menderita kerana tiada air," katanya.

Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri buntu mengenai isu bekalan air di Selangor sejak beberapa tahun, di mana kedua-duanya tidak bersetuju mengenai keperluan mengadakan Loji Rawaran Air Langat 2.

Chin berulang kali menyatakan pendirian kerajaan persekutuan bahawa beberapa loji yang dijalankan oleh kerajaan negeri telah melebihi kapasiti bagi memenuhi permintaan, menjadikan satu keperluan untuk membina yang baru dengan mencadangkan projek Loji Rawatan Air Langat 2 secepat mungkin bagi mengelakkan krisis yang bakal berlaku seawal 2014.

Johor Bakal Muncul Sebagai "Ibu Kota Taman Tema Malaysia"

Posted: 20 Aug 2012 03:26 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
JOHOR BAHRU: Apabila taman tema Legoland pertama Asia di Nusajaya dibuka pada orang ramai September ini, ia menandakan kemunculan Iskandar Malaysia dan Johor sebagai destinasi pelancongan utama negara dan serantau.

Selepas pembukaan taman tema Legoland bernilai RM750 juta itu, Iskandar Malaysia akan menerima tarikan baru menerusi pembukaan taman tema keluarga Puteri Harbour pada November tahun ini pula.

Kedua-dua taman tema bertaraf antarabangsa ini sudah semestinya akan menjadi daya penarik kepada jutaan pelancong dalam dan luar negara yang merancang untuk berkunjung ke Iskandar Malaysia dan Johor.

Menurut Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Datuk Ismail Ibrahim, Iskandar Malaysia mampu merealisasi potensi besarnya dalam sektor pelancongan menerusi pelaksanaan beberapa projek infrastruktur.

"Kami percaya Iskandar Malaysia akan menyediakan destinasi pelancongan sempurna untuk bersantai dan berhibur pada harga berpatutan dan kompetitif di rantau Asia Tenggara dan Asia Pasifik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika majlis taklimat tentang taman tema keluarga Puteri Harbour oleh anak syarikat Khazanah Nasional, Themed Attractions and Resort (TAR) Sdn Bhd baru-baru ini.

Taman tema keluarga Puteri Harbour yang juga terletak di Nusajaya dibina dengan kos RM115 juta, akan menampilkan beberapa watak animasi kegemaran kanak-kanak seperti Hello Kitty, Bob The Builder, Angelina Ballerina, Pingu dan Thomas And Friends.

Ia juga akan menempatkan "Lat's Place," iaitu restoran kartunis kesayangan negara, Datuk Mohd Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai "Lat", yang pertama di Malaysia.

Selain kedua-dua taman tema yang berkonsepkan keluarga itu, TAR jugamerancang membuka dua lagi taman tema bertaraf antarabangsa di pusat peranginanDesaru, di timur Johor.

Kedua-dua taman tema di Desaru itu, Ocean Splash dan Ocean Quest itu akan dibina oleh TAR pada kos RM267 juta dan dijangka siap untuk dibuka pada orang ramai pada pertengahan 2014.

Pembukaan taman tema Legoland, Puteri Harbour, Ocean Quest dan Ocean Splash di dalam waktu terdekat di Johor dengan kos keseluruhan melebihi RM1 bilion, sememangnya akan melonjakkan sektor pelancongan Johor ke tahap yang tidak pernahdiimpikan sebelum ini.

Malah sudah ada pemerhati industri pelancongan yang melabelkan Johor sebagai"ibu kota taman tema Malaysia", berikutan pembukaan satu demi satu taman tema dinegeri selatan tanah air ini.

Iskandar Malaysia menurut Ismail sentiasa berusaha menarik lebih banyak pengendali taman tema untuk beroperasi di zon ekonomi khas itu, sebagai tambahan kepada taman-taman tema sedia ada.

"IRDA sentiasa mencari untuk mempunyai lebih banyak taman tema di Iskandar Malaysia dan sekitaranya, yang memberi tumpuan pada hiburan dan pendidikan bercorak kekeluargaan," katanya kepada pemberita.

Pembangunan taman-taman tema tidak sekadar di Iskandar Malaysia dan Desaru kerana di bawah projek "Mersing Laguna" bernilai RM22 bilion, perancangan juga telah dibuat untuk menempatkan beberapa taman tema antarabangsa. - BERNAMA

Majoriti Rakyat Negara Ini Terutama Golongan Belia Terima Kepimpinan Najib - Devamany

Posted: 20 Aug 2012 03:23 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
PUTRAJAYA: Majoriti rakyat negara ini menerima dan menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan konsep 1Malaysia secara terbuka, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S.K. Devamany.

Lebih membanggakan, katanya, golongan belia yang merupakan kumpulan demografi terbesar dalam menentukan hala tuju dan masa depan negara, begitu yakin dengan corak kepimpinan, keupayaan, prestasi dan pendekatan Najib yang lebih terbuka serta telus.

Katanya, majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang dihoskan Perdana Menteri dan menteri Kabinet semalam yang dihadiri kira-kira 100,000 pengunjung, merupakan bukti sokongan rakyat negara ini terhadap kepimpinan Najib.

Pelbagai lapisan masyarakat bukan sahaja dari sekitar Lembah Klang, bahkan dari Negeri Sembilan, Melaka, Perak, Pahang dan Johor datang bersama keluarga untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan sokongan mereka terhadap perdana menteri, katanya.

"Saya juga sempat berbual dengan golongan belia yang hadir semalam. Mereka begitu yakin dengan kepimpinan dan usaha transformasi yang sedang dilakukan Najib. Mereka puji Najib sebagai Bapa 1Malaysia, Bapa Transformasi Negara," katanya kepada Bernama di sini Isnin.

Devamany berkata, golongan belia juga memuji sikap dan pendekatan Najib yang sedia mendengar pandangan, idea serta teguran daripada semua lapisan rakyat dinegara ini dalam usaha memperbaiki kelemahan sedia ada.

"Kebanyakan belia yang saya temui berkata Najib adalah contoh ikutan mereka. Beliau (Najib) adalah Perdana Menteri yang paling mudah untuk didekati sama ada melalui facebook, twitter, blog mahupun secara peribadi serta menyalurkan isi hati mereka," katanya. - BERNAMA

DAP Sentiasa Menentang Tindakan Lompat Parti - Karpal

Posted: 20 Aug 2012 03:22 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
GEORGE TOWN: Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, parti itu sentiasa menentang tindakan melompat parti.

Beliau berkata, tindakan itu adalah satu perkara yang serius kerana melibatkan pengkhianatan anggota Parlimen atau Dewan Undangan Negeri yang dipilih rakyat.

"Anda tidak boleh mengambil tindakan sendiri yang bertentangan dengan kehendak rakyat dan DAP tidak akan bertolak ansur dengan tindakan melompat parti," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Karpal juga berkata, DAP berharap pilihan raya umum akan datang adalah bersih dan calonnya juga bersih serta tidak mengkhianati rakyat.

Beliau berkata, mahkamah telah mengisytiharkan bahawa tindakan melompat parti tidak menyalahi undang-undang namun melanggar hak perlembagaan untuk kebebasanberpersatuan. - BERNAMA

Ketuanan Melayu dan kenapa Sabah, S'wak & P Pinang mahukan 'KEMERDEKAAN'

Posted: 19 Aug 2012 04:47 PM PDT

Christopher Fernandez, Malaysia Chronicle

Semasa Perang Dingin berakhir, ia menyaksikan keretakan Kesatuan Republik Sosialis Soviet (USSR) dan bagaimana negeri-negeri di Rusia mula mendapat autonomi dan kebebasan yang mungkin boleh dicontohi di Malaysia dalam masa yang terdekat.

Perubahan merupakan sesuatu yang pasti dalam kehidupan dan di Malaysia yang sudah berusia 55 tahun, perubahan dan transformasi dijangka berlaku sejajar dengan trend global.

Manakala penghijarahan ahli-ahli Barisan Nasional (BN) kepada parti pembangkang nampaknya berlaku seperti yang diramal dan dijangka di Sabah, dan sudah semestinya, perubahan yang sama bakal berlaku di Sarawak dan Semenanjung Malaysia, ini adalah satu contoh kepada apa yang mungkin akan berlaku.

Ini adalah spekulasi yang berat, berdasarkan petunjuk semasa dan masa depan politik, bahawa ketiga-tiga negeri di Malaysia iaitu Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang akan memilih untuk mengikut haluan mereka sendiri seperti Singapura yang keluar dari Malaysia pada tahun 1965.

Perpisahan sentiasa bermain dalam fikiran

Perlu juga dinyatakan bahawa perpisahan sentiasa bermain di minda rakyat Sabah dan Sarawak sejak hari pertama mereka menyertai Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura pada 16 September, 1963 atau yang dikenali lebih sebagai Hari Malaysia.

Di bawah Perjanjian Malaysia yang ditandatangani di antara Great Britain dan Persekutuan Tanah Melayu, British menggubal Akta untuk melepaskan Singapura, Sarawak dan Borneo Utara (Sabah). Ini adalah satu perjanjian yang ditandatangani di London pada 9 Julai, 1963.

Tetapi, perselisihan yang semakin memuncak dan perbalahan di antara Putrajaya dan negeri-negeri di Malaysia Timur telah menjadi tegang sejak Mahathir Mohammad melepaskan jawatan dan berakhirnya pemerintahan autokratik di Malaysia. Antara sebab utama untuk perkembangan ini adalah selepas zaman Mahathir, rakyat Sabah telah menjadi lebih bijak dan arif dalam hal politik.

Si licik Mahathir telah memastikan bahawa negeri-negeri di Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak berada di bawah cengkamannya dan sumber yang banyak di negeri-negeri ini seperti kayu, mineral dan minyak dan gas menjadi lombong emas bagi Semenanjung Malaysia.

Namun, banyak perkara telah mula menyimpang jauh. dari penduduk Sabah dan Sarawak menunjukkan tanda-tanda yang mereka semakin tidak mahu bertolerasi lagi dan mula melepaskan kemarahan pada "orang Semenanjung" (orang-orang dari semenanjung) kerana merampas hasil ekonomi yang merupakan hak mereka.

Masalah rakyat Sabah

Selain daripada itu, rakyat Sabah terpaksa berhadapan dengan kebanjiran pendatang tanpa izin dari Filipina yang telah mendarat di pantai mereka dan merebut peluang yang amat terhad di timur Malaysia.
Rakyat Sabah marah melepaskan kemarahan mereka kerana ditekan di tanah air mereka sendiri oleh pendatang Filipina dan mereka juga menyaksikan orang semenanjung Malaysia yang tamak dan semakin rakus dalam mencapai cita-cita mereka.

Dahulu orang Sabah agak bijak juga kerana telah membuat Perjanjian yang memuatkan 20 perkara sebelum bekerjasama dengan Persekutuan Tanah Melayu, 20 perkara tersebut telah dimasukkan dalam Rang Undang-Undang Malaysia dan menjadi sebahagian daripada perlembagaan Malaysia. Malangnya, ada beberapa perkara lain di antara dua puluh itu yang tidak dimasukkan.

Harus diakui bahawa perkara lain ini telah diserap, tetapi hanya dalam beberapa peringkat dan bentuk, terdapat beberapa yang lain dipersetujui secara lisan dan ini telah menjadi tumpuan kebanyakkan hujah dan perbahasan di negeri ini.

Rakyat Sabah percaya oleh kerana tidak semua Perjanjian 20 perkara ini termaktub dalam perlembagaan, hak-hak dan keistimewaan mereka telah terhakis selepas beberapa ketika, lebih teruk lagi, ramai diantara rakyat Sabah yang percaya bahawa rakyat semenanjung Malaysia telah menganiaya mereka dengan merompak kekayaan negeri mengikut kehendak dan untuk kepentingan diri mereka sendiri.

Rungutan dan kebencian inilah yang mengukuhkan desakan kepada idea pemisahan pada negeri di bawah bayu itu yang cepat dihidu oleh si licik Mahathir Mohammad yang berusaha mematikan apa jua harapan rakyat Sabah untuk menarik diri daripadaPerjanjian Malaysia seperti Singapura.

Faktor Sarawak

Bagi negeri lain di Malaysia Timur, iaitu Sarawak, terdapat pelbagai bangkangan bagi pembentukan Malaysia dan sebelum proses menandatangani Perjanjian Malaysia.

Suruhanjaya Cobbold yang merupakan suruhanjaya siasatan yang ditubuhkan oleh kerajaan British untuk menilai dan menentukan jika rakyat Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak, berdasarkan dekolonisasi yang sedang dijalankan, bersetuju dan menyokong cadangan untuk mewujudkan Malaysia, mendapati pelbagai penemuan.

Dalam kajian berikutnya dan banci yang dijalankan, satu pertiga daripada penduduk Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak bersetuju penuh untuk menjadi sebahagian daripada Malaysia.

Satu pertiga lagi daripada penduduk mahu mempunyai terma dan syarat menjadi rujukan sebelum membuat keputusan jika mereka memilih Perjanjian Malaysia. Mereka berpendapat bahawa perlu ada satu kajian yang teliti dan perbincangan kerana ini merupaka satu langkah yang memberi kesan jangka panjang dan mereka mahu mempunyai lebih banyak maklumat dan rundingan.

Populasi satu pertiga yang terakhir penduduk Borneo Utara dan Sarawak pula mahu kekal di bawah pemerintahan British.

Dalam analisis terakhir, Sarawak menyerah dengan mudah kepada Perjanjian Malaysia tetapi akhirnya meminta 18 perkara untuk dimuatkan dalam perjanjian oleh penandatangan Perjanjian.

Sejak kemasukan mereka dalam Perjanjian Malaysia sehingga sekarang, Sarawak telah ditadbir secara kuku besi,oleh pemerintahan bersifat autoritarian oleh beberapa ketua menteri yang konservatif selaras untuk mengawal ketat dan dimanipulasi BN dari kubu kuat Putrajaya mereka.

Walau bagaimanapun, rakyat Sarawak, seperti juga rakyat Sabah sudah mula berasa muak dan ini telah menyebabkan gelombang sokongan untuk parti pembangkang yang diterajui oleh ketiga-tiga Pakatan Rakyat PKR, PAS dan DAP dan parti-parti politik pembangkang Sarawak.

Di Sarawak, keinginan untuk menarik diri tidak pernah dinyatakan secara terbuka kerana sentimen ini sentiasa dipendam, tidak seperti di Sabah. Kini terdapat perkembangan politik berdasarkan perasaan tidak puas hati yang lebih hebat di Bumi Kenyalang terhadap kerajaan persekutuan yang mungkin akan menyebabkan penduduk di sana memikirkan serta mengkaji semula kedudukan mereka dalam Perjanjian Malaysia.

Apa yang akan berlaku di Pulau Pinang jika k'jaan persekutuan kekal dikawal ekstrimis ketuanan Melayu

Rasa tidak puas hati semakin meningkat pada penduduk Pulau Pinang dan ini dianggap mereka sebagai halangan yang dikenakan ke atas perasaan inginkan kebebasan penduduk Pulau Pinang dan ditambah dengan prestasi cemerlang Ketua Menteri, Lim Guan Eng, sedikit demi sedikit mula memberi idea rakyat di pulau itu untuk "melakukan apa yang dilakukan oleh Singapura"dan berpisah dari Malaysia.

Kemerdekaan Singapura atas Perjanjian 1965 adalah satu perjanjian di antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Singapura yang memberi kemerdekaan kepada Singapura berkuatkuasa pada 7 Ogos 1965.

Perjanjian ini juga memberi persetujuan wilayah negeri dan persekutuan Malaysia bagi memberi kemerdekaan Singapura untuk membentuk sebuah negara yang baru, merdeka dan berdaulat dan ini berkuat kuasa apabila ia memperolehi kemerdekaan selepas berkuat kuasanya Akta Singapura 1966.

Sebab utama penduduk Pulau Pinang mahu menjadi sebuah negara yang berdaulat dan bebas adalah kerana Pulau Pinang telah maju dan makmur secara mendadak di bawah kepimpinan Guan Eng yang telah menarik perjanjian dan pelaburan asing secara langsung untuk meningkatkan ekonomi negeri.

Jika Pulau Pinang tidak dapat "melakukan tindakan Singapura," kerana persamaan kedua-dua negeri pulau ini, mereka mungkin ingin mempertimbangkan untuk memilih menjadi Wilayah Autonomi Khas seperti Hong Kong di mana China telah merumuskan pemerintahan "satu negara dua sistem".

Hakikat bahawa Pulau Pinang mempunyai populasi Cina tertinggi di kalangan penduduk dan hujah mereka bahawa mereka boleh pergi lebih jauh tanpa perlu terikat pada bagasi tidak perlu yang dikenakan oleh Putrajaya menjadi prospek yang sangat cerah bagi mereka untuk mempertimbangkan berpisah dari tanah besar dalam masa terdekat.

Walau bagaimanapun, banyak perkara akan bergantung kepada keputusan PRU ke-13 yang akan datang. Jika kerajaan negeri yang diterajui oleh Pakatan Rakyat Pulau Pinang mampu untuk mendapatkan lebih banyak undi dari orang Cina, tetapi kerajaan persekutuan kekal di tangan ekstrimis ketuanan Melayu seperti Umno, kemungkinan besar penduduk Pulau Pinang menuntut hak-hak mereka secara aktif dan membawa haluan mereka sendiri mungkin tidak dapat dielakkan lagi.Malaysia Chronicle

MB Selangor lancar bas khas kempen PRU13

Posted: 19 Aug 2012 04:39 PM PDT

SINAR HARIAN

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini melancarkan sebuah bas khas yang bakal digunakan untuk membantu pemimpin Pakatan Rakyat berkempen secara efektif pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Kos sewa bas berkenaan ditanggung sendiri oleh Abdul Khalid untuk tempoh enam bulan dan akan bergerak ke seluruh Semenanjung Malaysia khusus ke kawasan pedalaman bagi memperkenalkan pemimpin kepada rakyat.

"Inisiatif ini sebenarnya untuk menunjukkan bahawa pakatan pembangkang sudah bersedia menghadapi pilihan raya yang dijangka diadakan pada bila-bila masa," katanya pada sidang media selepas melancarkan bas berkenaan pada majlis rumah terbuka kerajaan negeri Selangor di sini hari ini.

Beliau berkata, bas tersebut telah digunakan untuk sambutan Aidilfitri hampir seminggu sebelum digunakan untuk kempen politik.

Bas berkenaan boleh membawa sehingga 19 penumpang pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan pentas mini untuk kegunaan ceramah serta sistem audio yang canggih dan lengkap.

Sementara itu, kira-kira 30,000 orang daripada pelbagai lapisan masyarakat mengunjungi rumah terbuka itu sempena Aidilfitri anjuran bersama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).

Antara mereka yang hadir pada majlis yang bermula 11 pagi hingga 3 petang itu ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan barisan anggota exco kerajaan negeri.  Bernama

Tragedi pagi Syawal: Pemuda lemas motosikal terbabas ke dalam tali air

Posted: 19 Aug 2012 04:35 PM PDT

SINAR HARIAN
 
ALOR SETAR - Seorang lelaki ditemui lemas selepas dipercayai motosikal yang ditunggangnya terbabas ke dalam tali air sedalam satu meter di Kampung Kuala Lanjut dekat sini, hari ini.

Kejadian tersebut berlaku pada kira-kira 10 pagi apabila motosikal yang ditunggang mangsa Mohammad Aziz Mehad, 21, bersama anak saudaranya, Mohammad Khairul Azhar Mohd Saman, 3, terbabas ke dalam tali air ketika dalam perjalanan ke sebuah kedai runcit.

Bagaimanapun Mohamad Khairul tidak mengalami kecederaan apabila diselamatkan oleh orang ramai yang melihat kejadian itu.

Abang mangsa, Mohammad Nizam, 26, berkata adiknya yang bekerja mengambil upah kerja-kerja sawah sebelum itu mahu pergi beraya bersama rakan-rakannya dan terpaksa menuruti permintaan Mohamad Khairul yang mengajak mangsa ke kedai runcit.

"Mungkin mangsa pening sebab dia tidak tidur semalam punca dia terbabas,"  katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumah mayat Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

Mohammad Nizam berkata, orang ramai yang ada di tempat kejadian hanya sempat menyelamatkan anak saudaranya dan gagal menyelamatkan mangsa.

Mohammad Nizam, yang mendapat berita mengenai kemalangan yang menimpa adik melalui orang kampung, terus ke tempat kejadian sebelum membawanya ke hospital.

Mayat mangsa akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Kuala Lanjut lewat petang ini.

Sementara itu, Ketua Polis Pendang DSP Abdul Aziz Ahmad gagal dihubungi untuk mendapatkan pengesahan mengenai kejadian itu. - Bernama

Pemuda Umno mengambil risiko menyalakan api-api agama di Facebook

Posted: 19 Aug 2012 04:28 PM PDT

KUALA LUMPUR— Satu gambar yang dipapar di laman rasmi Facebook milik Pemuda Umno kelmarin kelihatan mencadangkan bahawa undian untuk pihak pembangkang Pakatan Rakyat akan menyebabkan Islam diganti oleh agama Kristian sebagai agama persekutuan.

Ini menunjukkan bahawa soal agama masih digunakan untuk menakutkan pengundi dari kalangan orang Melayu-Muslim kerana pilihanraya umum ke-13 yang bakal diadakan.

Poster yang kontroversial itu menyatakan: "Jika anda setuju untuk jadikan KRISTIAN sebagai agama rasmi persekutuan Malaysia, teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat. 'God bless you my son' (Tuhan berkatimu, anakKu)."

Gambar yang diposkan di Facebook pada petang kelmarin, telah mencetuskan perbincangan hangat di Facebook dengan segelintir pengguna Internet menyokong kenyataan itu.

Manakala pengguna internet lain mengecam tindakan Pemuda Umno itu yang dilihatkan sebagai percubaan untuk mengapi-apikan emosi dan sentimen agama di antara penganut agama Kristian dan Islam sehari sebelum Aidilfitri, antara perayaan terbesar di kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.

"Bodo punya pemuda umno, dah terang2 dlm perlembagaan Islam agama rasmi....DAP pun sokong perlembagaan, sj je nak nak tunjuk bodo! Tp DAP sependapat dgn umno ttg hudud, tu je," [Bodoh punya Pemuda Umno, dah terang-terang dalam Perlembagaan (bahawa) Islam agama rasmi...DAP pun sokong Perlembagaan, saja nak tunjuk bodoh! Tapi DAP sependapat dengan Umno tentang hudud, itu saja] kata seorang pengguna internet yang hanya dikenali sebagai Mohd Ghazali di laman Facebook Umno Pemuda itu.

"Org islam/melayu pun x sokong dgn gambar nie...so, someone go report this admin to police station...this is serious matter [jadi sila laporkan admin ini kepada balai polis...ini hal serius] ... boleh masuk ISA nie kalo ISA masih wujud," kata seorang lagi pengguna Facebook yang mengelar dirinya sebagai Ellvin Jesele.

Seorang pengguna Facebook yang hanya dikenal pasti sebagai Firdaus Adnan telah menuliskan komen yang menghina DAP, salah satu parti dalam Pakatan Rakyat (PR).

Firdaus menuduh pengerusi DAP, Karpal Singh telah berkali-kali menghina agam Islam tetapi pengguna Facebook itu tidak memberi bukti untuk tuduhan itu.

"Babi punya DAP jgn nk kait dap k.karpal sigh hram jdah byk kali hina islm. org islm bleh wt apa? dap komunis mlaysia," [Babi punya DAP jangan nak kait DAP ok. Karpal Singh haram jadah banyak kali hina Islam. Orang Islam boleh buat apa? DAP komunis Malaysia] beliau berkata di laman Facebook Pemuda Umno.

Seorang pengguna Facebook lagi, Agazaman Awang, kelihatan turut menyokong amaran tersirat Umno supaya orang Islam di kalangan rakyat Malaysia tidak menyokong PR.

"Orang yang kata pisahkan politik dari agama aadlah tak berpijak di bumi yang nyata. sedangkan apa yang kita perjuangkan seperti agama bangsa dan negara matlamat politik kita. bagaiamana kamu hendak pisakan islam dari politik melainkan kamu ada agenda lain dalam politik unutk kepentingan peribadi," tulis Agazaman.

DAP telah berulang kali digambarkan sebagai anti-Islam oleh media arus perdana yang dikawal oleh Barisan Nasional (BN) dan Umno, hanya disebabkan DAP menentang pelaksanaan hukum hudud.
Kontroversi yang terbaru ini timbul selepas debat yang hangat akhir-akhir ini mengenai penubuhan teokrasi Islam di Malaysia, dengan panggilan untuk melaksanakan hukum hudud.

Debat itu dilihat sebagai percubaan untuk mendapatkan sokongan pengundi orang Melayu yang juga penganut agama Islam pada pilihan raya umum ke-13 yang mesti dipanggil pada April tahun depan.
Gambar yang dimuatnaik dalam laman Facebook Pemuda Umno menjadi peringatan kepada laporan akhbar Utusan Malaysia pada tahun lalu.

Tahun lepas, Utusan telah menerbitkan laporan yang tidak berasas di halaman pertama akhbar, di mana ia kelihatan mencadangkan DAP berkonspirasi dengan sesetengah pemimpin gereja untuk melantikkan seorang perdana menteri beragama Kristian dan menubuhkan negara Kristian di Malaysia.

Pemimpin Pemuda Umno Khairy Jamaluddin kelmarin menafikan bahawa gambar itu dimuatnaik oleh ahli sayap parti politik tersebut.

Beliau turut menafikan Pemuda Umno menyokong kenyataan itu.

"That was not sanctioned by Umno Youth. The FB page is not administered by Umno Youth anymore. I am trying to find out who is responsible for this," [Itu tidak dipersetujui oleh Pemuda Umno. Laman FB itu tidak lagi diurus oleh Pemuda Umno. Saya sedang cuba mencari siapa yang bertanggungjawab untuk ini] Khairy memberitahu The Malaysian Insider apabila dihubungi.

Gambar yang menyinggung perasaan itu ditarik balik dari "Wall" Facebook pada kira-kira 6.30 petang, tetapi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat memberi komen ke atas gambar itu.

"Tdk waras utk nyalakan sengketa antara agama. (Tidak waras untuk nyalakan sengketan antara agama)," kata ketua de facto PKR itu di akaun Twitter @anwaribrahim apabila disuruh untuk memberi komen ke atas isu itu oleh seorang pengguna Twitter @kayheshyutaibah.

Nasha akan lawan Karpal di mahkamah

Posted: 19 Aug 2012 04:24 PM PDT

KUALA LUMPUR —  Bekas timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa bertegas dengan kenyataannya bahawa Karpal Singh anti Islam dan bersedia untuk berhadapan dengan pengerusi DAP itu di mahkamah untuk menyelesaikan pertikaian antara  mereka berdua.

Ini bakal menjadi ujian getir kepada hubungan diantara PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR) menjelang pilihan raya umum (PRU) yang semakin hampir.

Karpal juga seorang peguam veteran berkata kepada The Malaysian Insider semalam beliau akan mengemukakan saman malu kepada Nasharuddin yang mengeluarkan kenyataan menyatakan beliau menghina Islam sedangkan beliau sentiasa menghormati Islam sebagai agama persekutuan.

"Saya kekal dengan pendirian saya bahawa Karpal Singh adalah anti Islam dan bersedia untuk bertemu beliau di Mahkamah," kata Nasharuddin (gambar) melalui kiriman SMS kepada The Malaysian Insider sebentar tadi.

Menurut bekas timbalan presiden PAS itu, menolak hukum Islam bermakna seseorang itu anti kepada Islam.

"Saya di didik di dalam PAS bahawa ajaran Islam itu adalah syumul merangkumi setiap aspek kehidupan.

"Didalam nya ada aqidah, perundangan dan dan akhlak. Menolak sebahagian dari Islam bermakna menolak Islam," katanya lagi.

Karpal telah berulang kali mengatakan hukum Hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia kerana perlembagaan negara ini mengatakan Malaysia adalah negara sekular.

Karpal juga mengatakan Nasharuddin perlu faham perbezaan diantara Islam sebagai agama dan negara Islam.

"Perlembagaan negara menjamin Malaysia sebagai negara sekular dan di Malaysia undang-undang sekular digunakan.

"Sebelum undang-undang Hudud dilaksanakan, negara Islam perlu ditubuhkan," Karpal pernah berkata.
Sebelum pilihan raya 2004, gabungan PAS dan DAP serta Parti Keadilan Nasional (kini PKR) dalam Barisan Alternatif (BA) berpecah oleh kerana presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengeluarkan dokumen negara Islam yang menyebabkan DAP keluar dari BA.

PR ditubuhkan selepas gabungan PKR, DAP dan PAS berjaya menafikan majoriti tradisi dua pertiga BN di parlimen serta merampas empat buah negeri dalam PRU 2008.

Kedutaan Malaysia di Syria ditutup sementara

Posted: 19 Aug 2012 04:12 PM PDT

SINAR HARIAN

Malaysia kesal tindakan liar, komen provokatif di Indonesia
Datuk Seri Anifah Aman
 
PUTRAJAYA - Kementerian Luar mengarahkan Kedutaan Malaysia di Syria ditutup buat sementara waktu berikutan konflik dalam negeri di negara itu yang semakin meruncing, kata Menterinya Datuk Seri Anifah Aman.

Namun, katanya, buat masa ini kedutaan Malaysia di Damsyik tidak dapat ditutup sepenuhnya kerana masih terdapat lapan pelajar negara ini di Syria yang enggan pulang.

Terdapat seramai 130 pelajar Malaysia berdaftar dengan pihak kedutaan dan 107 daripadanya dibawa pulang kerajaan melalui proses evakuasi, tujuh orang pulang dengan sendiri dan lapan lagi sedang bercuti.

"Buat masa ini tak boleh tutup sepenuhnya kerana pegawai kita di Syria perlu menguruskan rakyat Malaysia yang ada di sana," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan rumah terbuka Aidilfitri Perdana Menteri Bersama Menteri-menteri Kabinet di Seri Perdana di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Anifah berkata, tuduhan pembangkang bahawa beliau banyak menghabiskan masa di Kota Kinabalu, Sabah berbanding di Kuala Lumpur adalah tidak berasas sama sekali.

"Periksa dulu fail baru cakap," katanya mengulas kenyataan pembangkang yang mahu beliau meletak jawatan kerana dikatakan kerap berada di Sabah.

Anifah berkata, sebagai Ahli Parlimen dari Sabah sudah semestinya beliau perlu berada di kawasan untuk memastikan tanggungjawab terhadap rakyat yang diwakili tidak terabai.

Katanya, di sebalik tugas sebagai Menteri Luar, tanggungjawab selaku Ahli Parlimen tidak boleh dipandang sambil lewa kerana pembangkang sentiasa menanti untuk masuk ke kawasan milik Barisan Nasional.

"Kalau pembangkang rasa boleh masuk ke Kimanis, jangan harap... mereka tak akan berjaya," katanya. - Bernama

Mesin ATM dilarikan awal pagi Syawal

Posted: 19 Aug 2012 04:10 PM PDT

SINAR HARIAN
 
KUALA LUMPUR - Sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dilarikan sekumpulan perompak dalam kejadian di sebuah kiosk bank di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini, kira-kira 2.30 pagi ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, kejadian dipercayai dilakukan dalam tempoh sejam itu hanya disedari oleh orang awam selepas mendapati berlakunya kebakaran dari kiosk berkenaan sebelum memaklumkan kepada pihak bomba.

Beliau berkata, bomba yang tiba di tempat kejadian pada 4 pagi berjaya memadam kebakaran, yang dipercayai disengajakan hasil penggunaan alat memotong mesin menggunakan 'portable oxcytelene'.

"Di dalam kiosk itu terdapat sebuah mesin deposit tunai yang tidak diusik dan dua buah mesin ATM yang sebuah daripadanya berjaya dipecah dan dilarikan manakala sebuah mesin lagi juga dipercayai cuba dilarikan berdasarkan kesan diumpil, namun gagal," katanya.

Beliau ditemui pemberita pada majlis rumah terbuka Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, hari ini.

Katanya, siasatan awal mendapati lima buah kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang termasuk pada mesin di dalam kiosk itu disembur dengan cat berwarna hitam bagi mengelakkan identiti mereka dikenal pasti.

"Jumlah kerugian masih disiasat dan gerakan menjejaki kumpulan berkenaan giat dilakukan," katanya.

Tinjauan Bernama di tempat kejadian mendapati bahagian depan mesin ATM yang dilarikan terbakar sepenuhnya, manakala mesin kedua diumpil di bahagian penyimpanan wang dan CCTV pada mesin deposit tunai disembur dengan cat hitam. - Bernama

Hospital Serdang sedia Unit Pakar Jantung Pediatrik

Posted: 19 Aug 2012 04:06 PM PDT

SINAR HARIAN

Datuk Seri Liow Tiong Lai
Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai 
 
SERDANG - Hospital Serdang akan memulakan Unit Pakar Jantung Pediatrik sebelum akhir tahun ini dengan kos peralatan dan kelengkapan terkini bernilai RM20 juta, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, keperluan unit itu begitu terdesak buat masa ini dengan jumlah bayi yang memerlukan rawatan dan pembedahan jantung terus meningkat.

"Memandangkan pesakit jantung bayi ini amat mendesak, kita perlu menambah pusat ini di mana kebanyakan kes penyakit jantung bayi memerlukan rawatan pembedahan segera.

"Hospital Serdang telah dikenal pasti sebagai hospital yang mempunyai kepakaran jantung, banyak pembedahan jantung telah dapat dilaksanakan di hospital ini.

"Kita sudah kenal pasti pakar itu, tetapi kita kena siapkan dulu dengan kelengkapan," katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Serdang bersama isteri, Datin Seri Lee Sun Loo, sempena Aidilfitri hari ini.

Tiong Lai berkata, sebagai permulaan, seorang pakar jantung akan ditempatkan di hospital itu dan bilangannya akan ditambah secara berperingkat, mengikut keperluan.

Beliau berkata, ketika ini, hampir 1,000 hingga 1,500 pesakit pediatrik yang menghadapi masalah jantung menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) setiap tahun.

Bagi kes yang memerlukan rawatan pembedahan segera pula, mereka terpaksa dihantar ke hospital pakar swasta atau luar negara.

"Dengan bermulanya operasi hospital ini, maka masa menunggu untuk pembedahan jantung bayi boleh dikurangkan," katanya sambil menjelaskan dengan usaha penaiktarafan itu, Hospital Serdang bakal menjadi hospital pakar jantung bayi kerajaan kedua yang menawarkan khidmat pembedahan jantung selepas IJN.

Sementara itu, Tiong Lai berkata, pelbagai pendekatan terus diambil bagi menyelesaikan masalah parkir yang menjadi rungutan utama pesakit dan pelawat di semua hospital kerajaan di negara ini.  - Bernama

:: @ AL-BAKISTANI @ ::

Posted: 20 Aug 2012 03:37 PM PDT

:: @ AL-BAKISTANI @ ::

HUKUM MUTLAQ DAN MUQAYYAD – ISBAL

Posted: 19 Aug 2012 09:36 PM PDT

Hukum nas muqayyad adalah diamalkan hukum muqayyad itu selama tiada nas yang menafikan qayidnya.

Contohnya adalah
firman Allah bermaksud;
Dan tidak layak bagi seorang mukmin membunuh seorang mukmin (yang lain), kecuali karena tersalah (tidak sengaja), dan barangsiapa membunuh seorang mukmin karena tersalah (hendaklah) ia memerdekakan seorang hamba sahaya yang beriman (surah al-Nisa', ayat 92)

Dalam ayat ini, Allah nyatakan hukum kifarat bunuh dengan tersalah adalah merdekakan hamba yang beriman. Dalam ayat ini, Allah kaitankan 'hamba' dengan 'beriman'. Dengan maksud, jika hamba itu tidak beriman, maka kifarat tersebut tidak sah.

Ataupun contoh lain, iaitu firman Allah;
barangsiapa yang tidak mendapati (hamba untuk dimerdekakan), maka hendaklah dia berpuasa dua bulan berturut-turut'. (surah al-mujadalah, ayat 4).

Dalam ayat ini, Allah nyatakan kifarat orang yang zihar isterinya adalah wajib dia merdekakan hamba. Jika tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa dua bulan berturut-turut.

Dalam ayat ini, Allah SWT kaitkan dengan puasa dua bulan dan berturut-turut Dengan maksud, jika dia tidak berpuasa dua bulan berturut-turut, maka puasanya itu tidak dapat membayar kifaratnya.

Ulama usul fiqh dari semua mazhab empat berpendapat bahawa hukum beramal dengan nas yang muqayyad itu adalah wajib selama tiada dalil yang mengilgha', atau menghilangkan kaitannya itu. (lihat taudih, jilid 1, hlmn 275, dan kitab Irsyad al-fuhul, hlmn 144).

Namun begitu, dalam beberapa keadaan, ada situasi yang mana qayid boleh hilang. Antara contohnya adalah contoh firman Allah;

'sekiranya kamu sakit atau dalam musafir atau salah seorang kamu kedatangan qadha hajat atau kamu sentuh perempuan, lalu kamu tidak dapati air, maka hendaklah kamu tayammum dengan debu yang bersih' (surah al-maidah, ayat 6).

Dalam firman Allah SWT ini, dinyatakan bahawa dengan ketiadaan air, maka dibenarkan tayammum. Bermakna, keizinan bertayamum itu dimuqayyadkan dengan ketiadaan air. Lalu, jika wujud air, bagaimana pula status hukum tersebut, apakah wudu'nya dikira sebagai sah, ataupun dikira sebagai batal?

Dalam hal ini, ulama berbeda pendapat kepada dua pendapat;
1- hanafiyyah - mereka menyatakan bahawa hukum multak itu kekal, juga hukum muqayyad turut kekal.
2- jumhur (malikiyyah, hanabilah dan syafieiyyah) - hukum muqayyad diilgha'kan atau diabaikan, lalu kembali kepada hukum mutlak. [al taqrir wa al tahbir, jld 1, hlmn 296 - 297, al-tawdih ma'a al-talwih, jld 1, hlmn 275)

Jadi, dalam kes tayammum tadi, mengikut manhaj hanafiyyah, di kala wujud air, maka wudu' kekal sah dan tidak batal. Sedangkan mengikut manhaj selain hanafiyyah, tayammum boleh jadi batal dengan sebab kewujudan air. (mabahis usuliyyah fi taqsimat al alfaz, hlmn 27).

ISU ISBAL.

Seperti kita maklum bahawa nas-nas yang menceritakan tentang isbal terlalu banyak. Ada sebilangan ulama melihat larangan nas tentang isbal bersifat mutlak, sedangkan setengah pendapat yang lain menyatakan larangan itu mempunyai muqayyadnya, iaitu apabila ada khuyala'. Dengan maksud, apabila digabungkan semua nas-nas yang melibatkan isbal, hukum isbal itu terlarang jika wujud khuyala. Adapun jika tidak wujud khuyala, maka hukumnya adalah harus.

Secara dasarnya, berdasarkan kepada manhaj usul fiqh yang dikemukakan, bahawa menurut hanafiyyah, hukum bagi isbal tetap terlarang, sama ada berfaktorkan khuyala atau tidak, sedangkan mengikut manhaj selain hanafiyyah, larangan itu dikaitkan dengan khuyala. Adapun jika tiada khuyala, maka kembali kepada hukum asalnya, iaitu harus.

FATWA ULAMA

Ulama berfatwa, terpengaruh dengan beberapa factor. Menurut al-Izz bin Abd al-salam dalam kitab Qawaid al-Ahkam fi masalih al-Anam, dan muridnya iaitu al-Imam al-Qarafi dalam kitab al-Furuq, sesuatu fatwa itu tertakluk kepada tiga perkara, masa, tempat dan ahwal (kondusif).

Sepertimana dalam tarikh tasyrik ada menyatakan bahawa fatwa dalam mazhab syafie tidak sama dengan fatwa dalam mazhab hanafi dalam isu teroka tanah. Dalam mazhab hanafi, mensyaratkan dapat keizinan kerajaan kerana untuk menjadi orang yang layak, sedangkan dalam mazhab syafie, tanpa mendapat keizinan dari kerajaan pun sudah melayakkan pemilikan tanah. Ini berfaktorkan tempat yang syafie memberikan fatwa, iaitu di mesir yang ketika itu adalah padang pasir, sedangkan mazhab hanafi berfaktorkan Baghdad yang merupakan Bandar maju.

Dengan maksud, fatwa itu hendaklah dilihat dari sudut dimanakah ulama itu berada, di masa bila mereka berada, juga dalam kondusif yang bagaimana mereka berada.

Ekoran itu, bila dibaca dalam kitab-kitab fiqh, kita akan dapat banyak fatwa-fatwa ulama dalam sesuatu mazhab menyanggahi fatwa imam mazhab mereka sendiri, ekoran tiga perkara tersebut. Antara contohnya seperti fatwa imam Abu Yusuf dan Imam Muhammad (sahibain) yang menyalahi fatwa imam Abi hanifah dalam isu qadha  dengan mengambil saksi orang yang tidak diketahui keadaannya. Menurut Imam Abi Hanifah, harus qadha' dengan merujuk kepada saksi yang tidak diketahui keadannnya, sedangkan menurut Sahibain, iaitu Abu Yusuf dan Muhammad al-Syaibani, mereka tidak membenarkannya ekoran tersebarkan pembohongan pada zamannya (Usul al-Tasyrik al-Islami, hlmn 84).

Keadaan yang sama juga dalam isu isbal. Jika dilihat pada manhaj mazhab selain hanafi, hokum mutlaq dan muqayyad itu hendaklah dilihat terlebih dahulu. Jika wujud hokum muqayyad, maka hokum itu tertakluk kepada muqayyad, iaitu haram kerana berkaitan dengan sombong. Namun, apabila hilang muqayyad, iaitu sombong, maka kembali kepada kepada hokum asal, iaitu harus melabuhkan pakaian.

Pun begitu, ada ulama yang menekankan kepentingan, malahan mewajibkan pula tidak melabuhkan pakaian. Ia tidak hairan, kerana melihat kepada uruf dalam masyarakat tersebut yang terbiasa dengan suasana orang-orang sombong melabuhkan pakaian. Ekoran itu, Qardawi ada menyatakan, "urusan pakaian itu tunduk kepada uruf dari sudut cara dan bentuknya. Ia berbeda kadangkala di satu ketika dengan ketika lain; sejuk, panas, kaya, miskin, mampu, tak mampu, dll" (Kaifa Nata'amal Ma'a al-Sunnah, hlmn 127)

Dengan maksud, dalam masyarakat yang terbiasa dengan budaya orang sombong itu dengan pakaian labuh, maka mereka menfatwakan keharaman berdasrkan kebiasaan dalam masyarakat tersebut. Sepertimana fatwa Imam Abu Yusuf dan Muhammad al-Syaibani menfatwakan wajib diketahui keadaan saksi dalam Qadha' ekoran uruf masyarakat pada ketika itu sudah terbiasa dengan bohong.

 Wallahu 'Alam.

locengwangsa

Posted: 20 Aug 2012 03:25 PM PDT

locengwangsa

SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN

Posted: 20 Aug 2012 01:31 PM PDT

ALHUSSEYN

Posted: 20 Aug 2012 03:23 PM PDT

ALHUSSEYN

Hapuskan Segera Anai-Anai Dalam PAS

Posted: 20 Aug 2012 12:15 AM PDT

Ingat tak di satu ketika dimana Nasharudin Mat Isa yang baru pulang dari luar negara dan sepatutnya menghadiri mesyuarat Majlis Syura Ulamak di pejabat agung PAS ketika itu, tetapi beliau sanggup ponteng dan terhegeh-hegeh pergi hadir dalam majlis P/C Hasan Beras Hancor dan memberi ucapan ringkas?

Antara ucapan beliau ialah, "Hanya kerana kita bercakap dengan Umno, kita nak jadi Umno...Hanya kerana kita keluar suratkhabar Umno, kita nak jadi Umno...Kita harap politik kita lebih matang daripada itu .....(minit 2:24) di sini

Maka sukalah aku nak menambah ikut keadaan terkini : Hanya kerana kita bergambar dgn Umno, kita nak jadi Umno ... Hanya kerana kita pergi Mekah dgn Umno, kita nak jadi umno ...Kita harap politik kita lebih matang daripada itu....Ha! ha! ha! Apa dia ingat kita orang ni jumud sangatkah pasal politik nih?

Hoi Mangkuk Ayun! Siapa-siapalah tu! Bukan gambar itu yang buatkan orang PAS marah. Tetapi kenyataan Nasha itulah yang buat orang nak ludah muka dia , aaarghtui!

Ketika bersama PM Najib di Mekah, dia menggesa PAS supaya menyatakan pendirian sebenar kerana DAP menolak penubuhan negara Islam atau PAS keluar daripada Pakatan Rakyat, seperti yang disiarkan oleh TV3 kepunyaan Umno itu amat jelas bertentangan dengan pendirian PAS.

Macamana tidak marah? Mesyuarat dia asyik ponteng dan ponteng. Sekali pun dia tidak pernah menghadirkan diri. Itu Setiausaha sendiri kasi tau.

Sebab itu Nasharudin didesak oleh ramai penyokong PAS supaya meninggalkan parti itu. Tapi bekas Timbalan Presiden PAS itu tetap berdegil untuk berada terus dalam PAS!

Anai-anai dalam PAS ...disamping Ibrahim Ali

Apa salahnya Nasharudin bersama Perdana Menteri Najib Razak ketika di Makkah? Nasharudin turut membantu menterjemah perbincangan antara Najib dan ulama berkenaan.

Bukankah Jamil Khir pun ada ikut sama? Apakah jamil Khir tak gherti cakap Arab? Mengapa mesti Nasha?

Nasharudin ini setelah kalah mempertahankan Timbalan Presiden itu telah dilantik sebagai Pengerusi Lajnah Antarabangsa. Sekali pun belum buat mesyuarat.Entah apa dia buat dah sekian lama tiba-tiba dia boleh pergi Mekah ikut Najib – Apakah ini tugas dia sebagai Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS?

Jawatankuasa PAS pun satu hal. Mereka baru tergaru-garu kepala nak bincang apa tindakan yang akan diambil keatas Nasha setelah ponteng mesyuarat banyak kali macam ini! Jangan biarkan anai-anai sepertinya merosakan jemaah. Hapuskan segera anai-anai yang ada nih!

Biaqpila

Posted: 20 Aug 2012 03:15 PM PDT

Biaqpila

PETUA PANJANGKAN "BARANG" DAN TAHAN LAMA

Posted: 20 Aug 2012 09:04 AM PDT

Petua Zakar Besar dan Panjang
Semasa zakar masih lembik, pegang dan tarik kepala zakar ke bawah antara kedua belah kaki -tarik ke sebelah kiri dan tahan selama lebih kurang 5 minit iaitu sebanyak 3 kali sehari ( apabila mandi pagi, tengahari dan petang ) nescaya dapat membantu membesar saiz, memanjang dan menguatkan serta mengeraskan zakar anda. Cubalah.

Petua Lelaki Lambat Keluar Air Mani/Lambat Klimaks
Kalau anda seorang yang selalu cepat keluar air mani ketika bersetubuh cubalah petua ini, anda akan nikmati sendiri.Petuanya bila saja rasa air mani itu keluar tariklah nafas anda sepanjang yang anda mampu dan bila ada rasa nak keluar lagi tarik lagi nafas semampu yang anda boleh dan lakukan hingga seterusnya.. Insyallah anda akan dapat menikmati persetubuhan yang lebih panjang.

Petua Zakar Tahan Lama

Untuk menambahkan power semasa bersetubuh di mana sila amalkan petua berikut;-

1. Kalau nak buang air besar jangan seiring dgn air kecil.Oleh itu kalau nak buang air besar maka air kecil

harus ditahan dan tarik nafas,sebegitu juga sebaliknya. Yang penting jangan buang kedua2 air sekali.

2. Amalkan dikepalkan besar ibu jari nasi dan telan semasa hendak mula makan.

magribmenjelma

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Detik cemas bagi ibu dan bayi apabila kereta dilarikan

Posted: 20 Aug 2012 12:00 AM PDT

Gambar Hiasan
KEPALA BATAS – Seorang ibu dan bayi lelaki berusia lima bulan ketakutan di malam raya apabila keretanya dilarikan oleh seorang pemuda berdekatan Kompleks Dato Kailan di sini, kelmarin.

Dalam kejadian pukul 4.30 petang itu, mangsa Nurul Izzah Khalid, 26, berkata, suaminya Musyrif Abu Bakar, 29, menghentikan kereta di simpang jalan berdekatan kompleks berkenaan untuk membeli ubat untuk anaknya di farmasi.

"Kejadian itu berlaku dengan pantas. Suami saya keluar dari kereta dan belum sempat saya nak menekan punat kunci pintu itu, seorang lelaki naik dan tekan minyak," katanya ketika menceritakan saat-saat cemas ketika kejadian itu.

Nurul Izzah berkata, pemuda berusia dalam lingkungan 20-an itu naik marah apabila beliau mengeluarkan telefon bimbit untuk menghubungi suaminya, serta mengugut untuk membunuh beliau dan bayinya jika tidak memberi telefon itu kepadanya.

"Selama 10 minit berada dalam kereta itu, saya kata ambil sahaja kereta ini dan merayu supaya tidak mencederakan saya dan bayi. Dia terus berhenti dan menolak saya keluar, kira-kira 500m dari tempat kejadian" katanya di sini semalam.

Beliau, yang bekerja sebagai pembantu pegawai teknik di Telekom Malaysia (TM) Seberang Perai, berkata, anaknya Muhammad Qayyum selamat kerana berada dalam dakapannya ketika ditolak keluar dan pemuda itu melarikan keretanya jenis Proton Persona dengan nombor pendaftaran PKB 8386.

Katanya, wang tunai sebanyak RM200 dan semua barang keperluan untuk menyambut Aidilfitri yang disimpan dalam kereta itu turut dilarikan. – BERNAMA

Kosmo

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Sejak saya bersama pembangkang, sudah tiga kali saya ‘dikahwinkan’

Posted: 19 Aug 2012 07:00 PM PDT

Abby: Mahu kembali berlakon
PENGLIBATAN selebriti ini dalam program politik mendapat perhatian ramai sejak menyerahkan borang keahlian menyertai Pas bulan lalu.

Abby Abadi atau nama sebenarnya, Arbaieyah Abdul Manan mendapat pelbagai reaksi berikutan penghijrahannya ke dalam arena politik sebagai ahli Pas. Abby yang kini tampil dengan imej bertudung mengakui dia tidak ambil peduli kritikan mana-mana pihak kerana ia tidak mendatangkan apa-apa kesan terhadapnya.

"Saya memang tidak ada masalah kerana apa yang dikhabarkan itu tidak betul. Fitnah," tegasnya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada program Ziarah Ramadan dan Majlis Berbuka Puasa di Shah Alam, semalam.

Menyentuh mengenai dakwaan dia kini semakin fanatik dengan politik, Abby, bagaimanapun menafikan perkara itu.

"Saya tidak minat langsung nak jadi ahli politik. Politik bukan bidang saya. Apa yang saya lakukan sekarang ini bukan sebab saya mementingkan politik sangat.

"Saya lebih terlibat dari segi kemanusiaan. Apa yang tidak adil. Rakyat tidak dapat hak dari segi keadilan. Perkara-perkara ini semua memang berkait dengan politik kerana kuasa pemimpin itu hanya dari jalan politik.

"Saya memang tahu tahap kemampuan saya. Saya masih sayangkan karier saya. Saya suka apa yang saya lalui sekarang. Jika ada rezeki, saya memang mahu kembali berlakon dengan mengikut undang-undang ALLAH," katanya.

Susah dapat tawaran kerajaan

Dalam pada itu, Abby turut diminta mengulas mengenai kenyataannya berhubung artis bertudung sukar mendapat tawaran dalam bidang seni yang pernah disensasikan beberapa media sebelum ini.

"Ya, saya akui sebelum ini saya memang pernah mengeluarkan kenyataan itu, tetapi saya kata untuk artis yang sudah berhijrah, yang memakai tudung, yang bersama pembangkang, memang susah untuk mendapat tawaran daripada kerajaan.

"Rezeki daripada ALLAH, bukan saya kata yang bertudung tak boleh kerja dengan kerajaan. Perkara ini sudah dipusingkan hingga jadi lain," katanya mengulas lanjut.

Rujuk bersama Norman?

Hubungan baiknya bersama Norman dan Memey mendapat reaksi positif dari semua pihak. Malah ada yang mendoakan agar mereka bersatu kembali sebagai keluarga.

Mengulas perkara itu, Abby ketawa kecil. Jelas Abby, perkara itu (rujuk bersama Norman), tidak pernah terlintas di fikirannya. Malah buat masa ini, dia masih belum memikirkan soal perkahwinan meskipun pernah digosipkan dengan beberapa ahli politik.

"Sejak saya bersama pembangkang, sudah tiga kali saya 'dikahwinkan' dan ada juga yang percaya.

"Perkahwinan itu tidak pernah berlaku dan saya tidak kenal langsung dengan siapa saya 'dikahwinkan'.

"Soal jodoh, itu kuasa Tuhan. Saya hanya mampu serah kepada-Nya," jelas Abby yang mengaku hatinya masih belum berpunya.

Berkongsi mengenai Aidilfitri yang bakal menjelang, Abby berkata, sambutan tahun ini dilakukan secara sederhana memandangkan ketiga-tiga anaknya akan beraya bersama Norman dan Memey.

Malah menerusi Twitternya minggu ini, Abby ada mengakui Norman ada mengajaknya bersama ke kampungnya di Kuantan Pahang.

SH

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Pasai apa Mahathir gundah gulana?

Posted: 19 Aug 2012 04:58 PM PDT

shalehudin
...pentingkan yang lebih penting kerana yang lebih penting itu lebih penting dari yang penting
thumbnail Pasai apa Mahathir gundah gulana? [BACA]
Aug 19th 2012, 21:00

Mahathir gundah gulana pasai hajat besarnya untuk mengislamkan undang-undang negara diludah MCA kelmarin...
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Umno amat mengalukan-alukan penyertaan Pas dalam parti itu jika ia berpisah dari Pakatan Rakyat (PR). 
Beliau berkata, pelaksanaan hudud hanya dapat dilakukan jika Pas menyertai Umno untuk bersama-sama membina negara dan menggubal perundangan Islam. Selanjutnya disini...
TIBA-TIBA...
MCA, rakan sebantal Umno secara terang terangan... bagai menyuluh ditengahari menolak hudud dilaksanakan dinegara Islam ala Umno neh...
MCA Selangor, Datuk Donald Lim berkata jika Selangor dan negeri-negeri lain di negara ini dikuasai atau kekal di bawah pemerintahan BN, ia tidak akan menjadi negara Islam. Selanjutnya disini...

Kahkahkah...

Tahniah MCA kerana berjaya membuatkan Mahathir gundah gulana... Cita-cita murni Mahathir untuk melaksanakan hudud di Malaysia hancur berkecai dipijak-pijak oleh ulamak-ulamak MCA....

Kahkahkah...

Delicious Digg Evernote Facebook Google Bookmarks LinkedIn StumbleUpon Tumblr Twitter

shalehudin

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN

Posted: 20 Aug 2012 01:12 PM PDT

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN

MEMALI MASIH DALAM INGATAN

Posted: 19 Aug 2012 09:04 PM PDT

HUDUD - SYAITAN BISU BERMAHARAJA LELA

Posted: 19 Aug 2012 02:55 PM PDT

Muslimeen United

Posted: 20 Aug 2012 01:10 PM PDT

Muslimeen United

Sejak saya bersama pembangkang, sudah tiga kali saya ‘dikahwinkan’

Posted: 19 Aug 2012 09:22 PM PDT

Abby: Mahu kembali berlakon
PENGLIBATAN selebriti ini dalam program politik mendapat perhatian ramai sejak menyerahkan borang keahlian menyertai Pas bulan lalu.

Abby Abadi atau nama sebenarnya, Arbaieyah Abdul Manan mendapat pelbagai reaksi berikutan penghijrahannya ke dalam arena politik sebagai ahli Pas. Abby yang kini tampil dengan imej bertudung mengakui dia tidak ambil peduli kritikan mana-mana pihak kerana ia tidak mendatangkan apa-apa kesan terhadapnya.

"Saya memang tidak ada masalah kerana apa yang dikhabarkan itu tidak betul. Fitnah," tegasnya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada program Ziarah Ramadan dan Majlis Berbuka Puasa di Shah Alam, semalam.

Menyentuh mengenai dakwaan dia kini semakin fanatik dengan politik, Abby, bagaimanapun menafikan perkara itu.

"Saya tidak minat langsung nak jadi ahli politik. Politik bukan bidang saya. Apa yang saya lakukan sekarang ini bukan sebab saya mementingkan politik sangat.

"Saya lebih terlibat dari segi kemanusiaan. Apa yang tidak adil. Rakyat tidak dapat hak dari segi keadilan. Perkara-perkara ini semua memang berkait dengan politik kerana kuasa pemimpin itu hanya dari jalan politik.

"Saya memang tahu tahap kemampuan saya. Saya masih sayangkan karier saya. Saya suka apa yang saya lalui sekarang. Jika ada rezeki, saya memang mahu kembali berlakon dengan mengikut undang-undang ALLAH," katanya.

Susah dapat tawaran kerajaan

Dalam pada itu, Abby turut diminta mengulas mengenai kenyataannya berhubung artis bertudung sukar mendapat tawaran dalam bidang seni yang pernah disensasikan beberapa media sebelum ini.

"Ya, saya akui sebelum ini saya memang pernah mengeluarkan kenyataan itu, tetapi saya kata untuk artis yang sudah berhijrah, yang memakai tudung, yang bersama pembangkang, memang susah untuk mendapat tawaran daripada kerajaan.

"Rezeki daripada ALLAH, bukan saya kata yang bertudung tak boleh kerja dengan kerajaan. Perkara ini sudah dipusingkan hingga jadi lain," katanya mengulas lanjut.

Rujuk bersama Norman?

Hubungan baiknya bersama Norman dan Memey mendapat reaksi positif dari semua pihak. Malah ada yang mendoakan agar mereka bersatu kembali sebagai keluarga.

Mengulas perkara itu, Abby ketawa kecil. Jelas Abby, perkara itu (rujuk bersama Norman), tidak pernah terlintas di fikirannya. Malah buat masa ini, dia masih belum memikirkan soal perkahwinan meskipun pernah digosipkan dengan beberapa ahli politik.

"Sejak saya bersama pembangkang, sudah tiga kali saya 'dikahwinkan' dan ada juga yang percaya.

"Perkahwinan itu tidak pernah berlaku dan saya tidak kenal langsung dengan siapa saya 'dikahwinkan'.

"Soal jodoh, itu kuasa Tuhan. Saya hanya mampu serah kepada-Nya," jelas Abby yang mengaku hatinya masih belum berpunya.

Berkongsi mengenai Aidilfitri yang bakal menjelang, Abby berkata, sambutan tahun ini dilakukan secara sederhana memandangkan ketiga-tiga anaknya akan beraya bersama Norman dan Memey.

Malah menerusi Twitternya minggu ini, Abby ada mengakui Norman ada mengajaknya bersama ke kampungnya di Kuantan Pahang.

SH

Sambutan Aidilfitri Tok Guru Nik Aziz Di Pulau Melaka

Posted: 19 Aug 2012 06:47 PM PDT

Sumber gambar : FB Tok Guru Nik Aziz

KOTA BHARU
: Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata terdapat anggota masyarakat terpesona dengan 'permainan' Barat menyebabkan terpengaruh dengan dakwaan 'agama lain, politik lain'.

Bahkan Islam dianggap mampu mengawal manusia dalam aspek ibadat dan urusan keluarga saja sedangkan Kerajaan Islam lebih mustahak ditegakkan di muka dunia."Dunia ini bukan Arab yang buat, bukan Melayu yang buat, tetapi diciptakan Allah swt.

"Namun oleh kerana kita lena dengan 'permainan' Inggeris, Peranchis, Itali dan sebagainya, maka ada rakyat biasa atau golongan terpelajar, bahkan di kalangan tuk guru sendiri terasa bahawa dakwaan 'agama suku, politik suku' itu betul," katanya.

Malahan menganggap agama hanya untuk menjaga manusia dalam aspek ibadat dan urusan kekeluargaan saja.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata demikian semasa menyampaikan khutbah Hari Raya Aidilfitri di Masjid Pulau Melaka dekat sini, semalam."Sesungguhnya dalam perkara 'urusan agama' dan 'politik' mestilah selari.

'"Itulah perbezaan di antara hidup 'beragama' dengan hidup 'berdemokrasi' yang tidak disebut Eropah," katanya.

Beliau berkata, kalau komunis ada kerajaan, demokrasi ada kerajaan, maka kenapa 'Islam' tidak boleh ada kerajaan, selaras dengan bumi dan manusia serta segala benda di dunia ini dijadikan Allah.
Justeru, kata Nik Aziz, Kerajaan Islam lebih mustahak didirikan di muka dunia ini.

Bahkan dalam perkara agama, sangat penting bagi manusia mengikuti jalan Nabi-Nabi termasuk dalam urusan rumah tangga, peperangan dan lain-lain.

Beliau menambah terdapat manusia yang sibuk dengan 'kebangsaan' dan 'Melayu'.Justeru secara sinis beliau meminta golongan itu supaya mencari 'Nabi Melayu'.

"Ini kerana Nabi Muhammad bukan orang Melayu tetapi orang Arab."(Oleh itu) carilah Nabi Melayu, jangan cari Nabi Arab.

Mengulas sambutan hari raya Aidilfitri 1433 Hijriah, beliau mencadangkan untuk tahun hadapan, kad ucapan Selamat Hari Raya ditambah 'dunia akhirat' pada rangkaian ucapan 'Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin'.Ini penting bagi membolehkan semua kaum mengingati apa itu 'akhirat'.

"Melayu baca teringatkan akhirat, Cina baca teringatkan akhirat. Orang putih baca, teringatkan akhirat."Ini membolehkan kita berdakwah apabila mereka bertanya apa itu 'akhirat'," ujarnya.

Tuan Guru menambah, selepas manusia mati dihidupkan semula, mereka akan ditanya diberi Al-Quran sama ada membacanya atau tidak, diberi telinga sama ada mendengar nasihat Al-Quran atau tidak.

Demikian juga diberi kaki sama ada digunakan pergi ke masjid, diberikan tangan sama ada menggunakan untuk mengundi ke arah mendaulatkan Islam atau menjahanamkan manusia.Hrkh

Institusi Penguatkuasa, Kehakiman Bebas Jika Pakatan Menang

Posted: 19 Aug 2012 06:46 PM PDT

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata institusi demokrasi yang kuat seperti badan kehakiman dan agensi penguatkuasa yang bebas akan memastikan Pakatan Rakyat tidak bertukar menjadi 'satu lagi Umno'.

Ini kerana Pakatan telah berjanji di dalam Buku Jingga bahawa institusi-institusi tersebut akan dibebaskan daripada campurtangan politik apabila perikatan itu berjaya memerintah negara.

Dipetik Selangorku, Anwar memberi jaminan tersebut ketika menjawab satu soalan yang dikemukan di dalam program 'Borak Bersama Anwar' yang disiarkan secara langsung melalui portal video web 'You Tube'.

Soalan yang dikemukakan oleh seorang yang dikenali sebagai "Gunanaiker" melahirkan kebimbangan sekiranya KEADILAN menjadi 'satu lagi Umno' selepas menakluki Putrajaya.

"Gunanaiker" berkata kerisauan itu berdasarkan kehadiran ramai bekas pemimpin Umno-BN di dalam KEADILAN.

"Tanpa mengira sama ada mereka pernah menyertai mana-mana NGO, Umno, MCA atau atau MIC, mereka yang sertai KEADILAN perlu terima budaya politi baru bagi menjayakan agenda reformasi dan menyokong polisi Pakatan Rakyat," kata Anwar.

KEADILAN merupakan sebuah parti berbilang kaum dan mempunyai ahli dari pelbagai latar belakang termasuk bekas anggota Umno, MCA, MIC dan lain-lain pertubuhan bukan kerajaan.

Anwar berkata peranan institusi tersebut dipesongkan pada masa kini di bawah Umno-BN sehingga tindakan undang-undang tidak dapat diambil terhadap sesetengah pihak.

"Sekiranya badan-badan ini dibebaskan dari cengkaman politik kita tak perlu bimbang, kerana sesiapa sahaja boleh dikenakan tindakan.

"Kita tidak boleh mengambil sikap selektif dalam mengambil tindakan seperti yang berlaku terhadap Rafizi Ramli yang mendedahkan penyelewengan, tetapi membiarkan 'perompak' begitu sahaja," kata Anwar lagi.

Sebelum ini Rafizi, yang merupakan Pengarah Strategik KEADILAN, didakwa di bawah satu akta kewangan setelah beliau mendedahkan dokumen-dokumen bank berhubung dengan projek kontroversi Pusat Fidlot Kebangsaan.

Pada masa yang sama, Anwar melahirkan keyakinan yang intergriti institusi polis di negara ini dapat diperbaiki.

Seperti institusi yang lain, kepercayaan rakyat terhadap polis hanya dapat dikembalikan sekiranya ia bebas dari pengaruh politik.

Anwar merujuk kepada kes bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor yang melakukan keganasan terhadap beliau di dalam tahanan polis pada tahun 1998, sebagai contoh bagaimana polis digunakan oleh pentadbiran sekarang.

"Menteri patut fokus untuk baiki imej polis dan bagaimana hendak mengurangkan jenayah, bukanya campuri tugas polis," kata Anwar.

Program Interaktif yang dikendalikan oleh Sharifah Shahidah Syed Kamarulzaman dan disiarkan selama sejam itu merupakan satu-satunya program 'Google Hangout' yang melibatkan ahli politik Asia Tenggara.

Antara pemimpin dunia lain yang pernah ditampilkan dalam program sama adalah Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

Dalam program tersebut, selain menjawab soalan dari laman sosial, beliau turut menjawab soalan-soalan dari enam panelis terpilih dari pelbagai latar belakang. -KD

Bas Khas Kerajaan Selangor Untuk PRU13

Posted: 19 Aug 2012 06:43 PM PDT

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini melancarkan sebuah bas khas yang bakal digunakan untuk membantu pemimpin Pakatan Rakyat berkempen secara efektif pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Kos sewa bas berkenaan ditanggung sendiri oleh Abdul Khalid untuk tempoh enam bulan dan akan bergerak ke seluruh Semenanjung Malaysia khusus ke kawasan pedalaman bagi memperkenalkan pemimpin kepada rakyat.

"Inisiatif ini sebenarnya untuk menunjukkan bahawa pakatan pembangkang sudah bersedia menghadapi pilihan raya yang dijangka diadakan pada bila-bila
masa," katanya pada sidang media selepas melancarkan bas berkenaan pada majlis rumah terbuka kerajaan negeri Selangor di sini hari ini.

Beliau berkata, bas tersebut telah digunakan untuk sambutan Aidilfitri hampir seminggu sebelum digunakan untuk kempen politik.

Bas berkenaan boleh membawa sehingga 19 penumpang pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan pentas mini untuk kegunaan ceramah serta sistem audio yang canggih dan lengkap.

Sementara itu, kira-kira 30,000 orang daripada pelbagai lapisan masyarakat mengunjungi rumah terbuka itu sempena Aidilfitri anjuran bersama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).

Antara mereka yang hadir pada majlis yang bermula 11 pagi hingga 3 petang itu ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan barisan anggota exco kerajaan negeri.

-Bernama

Pengacara Imam Muda 2 Kemalangan, Nyaris Maut

Posted: 19 Aug 2012 06:42 PM PDT

Petaling Jaya: Pengacara Imam Muda musim kedua (IM2), Dzulkarnain Hamzah atau ustaz Dzul terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Sepang, Selangor ketika dalam perjalanan untuk mengadakan ceramah di Port Dickson, Negeri Sembilan, Sabtu lalu.Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2.30 petang itu, ustaz Dzul mengalami kecederaan pada bahagian muka dan lutut kiri apabila kereta BMW 5 Siri yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori membawa muatan kelapa sawit.
Dzul yang dihubungi mStar Online di sini, Selasa berkata, semasa kejadian dia baru selesai mengadakan ceramah pertamanya di Subang Bistari dekat sini dan ingin ke Port Dickson melalui laluan di Sepang."Semasa saya tiba di satu laluan di Sepang itu, saya ingin memotong sebuah lori muatan kepala sawit.
Malangnya pada waktu itu juga lori berkenaan membelok ke kanan tanpa memberikan lampu isyarat menyebabkan kenderaan saya merempuhnya," katanya.Disebabkan kejadian itu, ustaz Dzull tidak sedarkan diri sehinggalah ketika dirawat di Hospital Putrajaya.Katanya, kemalangan itu menyebabkan dia mengalami kecederaan pada bahagian muka dan lutut kirinya.
"Saya terpaksa menerima 12 jahitan pada bahagian lutut serta lapan jahitan pada bahagian dalam mulut termasuk bibir. Alhamdulillah, tiada kecederaan dalaman semasa imbasan x-ray dibuat oleh doktor," jelasnya.Dia yang trauma dengan kejadian itu memberitahu, kemalangan tersebut menyebabkan bahagian depan sebelah penumpang keretanya remuk selepas terperosok dalam perut lori berkenaan.
"Saya juga bersyukur kerana hanya saya sahaja di dalam kereta berkenaan," katanya.Berikutan itu dia terpaksa berehat untuk mengacarakan rancangan Iman Muda 2 sehinggalah benar-benar pulih sepenuhnya.Sementara itu Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar berkata, tempat ustaz Dzull akan digantikan sementara oleh pelakon Fahrin Ahmad.
Pada Jumaat ini, rakaman peringkat separuh akhir rancangan tersebut akan disiarkan bermula pukul 9 malam menerusi saluran Astro Oasis (saluran 106) yang dilakukan di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. ~mstar

Pemuda Pas cabar Umno sediakan draf Hudud.

Posted: 19 Aug 2012 06:41 PM PDT

Sambil menegaskan Umno yang patut menyertai Pas, Pemuda Pas mencabar Umno membentangkan rang undang-undang hukum hudud di Parlimen terlebih dahulu daripada mempelawa parti Islam itu menyertainya ataupun Barisan Nasional (BN).

Ketuanya, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, beliau yakin wakil rakyat Pas akan menyokong langkah itu jika Umno sanggup berbuat demikian.

"Saya cabar Umno siapkan dulu draf kemudian bentang dalam parlimen. Jika ia menepati kehendak Islam sebagaimana yang diperintah oleh ALLAH SWT, saya yakin ahli Parlimen Pas akan menyokongnya.

"Jika Umno tidak sanggup melakukannya, ketahuilah, Umno hanya menjadikan isu hudud sebagai modal politik untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti," katanya lagi.

Mengulas kenyataan Dr Mahathir Khamis lalu, Nasrudin berkata, bekas Perdana Menteri itu sekali lagi cuba mencuri tumpuan umum dengan kenyataan terbarunya bahawa Umno boleh melaksanakan hudud tetapi bukan hudud Pas sebaliknya hudud Islam.

"Suatu kenyataan paling lucu menutup tirai Ramadan al Mubarak tahun ini," katanya lagi.
Sambil berkata beliau sangat simpati dengan Dr Mahathir, Nasrudin berkata, "beliau seperti merasakan diri masih di tahkta Perdana Menteri."

"Bercakap mahu melaksanakan itu dan ini sedang kuasa tidak lagi ditangannya. Lebih malang, apa yang disebut mahu dilaksanakan hari ini [seperti hudud] adalah suatu yang ditentangnya habis-habisan sewaktu beliau gah di puncak kuasa sejak sekian lama," katanya.
Sehubungan itu Nasrudin menegaskan bahawa Umno tidak mahu melaksanakan hudud.

"Ini satu realiti. Lihat sahaja cadangan Adun Kemelah Johor untuk melaksanakan hudud di Johor, bukan sahaja diketepikan malah dikecam.

"Lebih parah apabila (Datuk Seri Dr) Chua Soi Lek selaku Presiden MCA menuduh pemimpin Umno itu hilang akal, seluruh pemimpin Umno termasuk Dr Mahathir, bungkam sejuta bahasa," katanya.

Malah menurut Nasrudin, kuasa kerajaan federal berada di tangan Umno.

"Jadi, retorik apa lagi yang mahu Umno paparkan kepada rakyat. Kalau tidak mahu hudud "Pas" kononnya, mana hudud Umno? sila kemukakan! Sekurang-kurangnya negeri yang ditadbir oleh Pas sebagai teras kerajaan telah meluluskan Rang Undang-Undang Syariah atau Kanun Jenayah Syariah iaitu di Kelantan dan kemudiannya di Terengganu. Negeri Umno mana? Mana hudud Umno atau mana hudud "Islam" yang didakwa itu?

"Pas sejak sekian lama, dimaklumi oleh semua rakyat bahawa memperjuangkan perlaksanaan syariat Islam di negara ini termasuk hukum hudud.

Sementara Umno pula diketahui umum menentang perlaksanaan hudud sejak sekian lama. Maka logiknya, Pas sertai Umnokah atau Umno yang wajib sertai Pas untuk memastikan hudud benar-benar terlaksanakan di atas tanah air tercinta ini.

"Sekurang-kurang Pas telah siapkan draf Kanun Jenayah Syariah yang mahu dilaksanakan. Umno sehingga kini draf pun tidak ada, macam mana Dr Mahathir mahu Pas menyertai Umno, sepatutnya Umno dibubarkan untuk kesemua ummat Islam menyertai Pas bagi mendukung cita-cita pelaksanaan Islam di Malaysia," kata beliau lagi.

Komunis ada kerajaan, mengapa Islam tidak boleh?

Posted: 19 Aug 2012 06:35 PM PDT

KOTA  BHARU: Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata terdapat anggota masyarakat terpesona dengan 'permainan' Barat menyebabkan terpengaruh dengan dakwaan 'agama lain, politik lain'.
Bahkan Islam dianggap mampu mengawal manusia dalam aspek ibadat dan urusan keluarga saja sedangkan Kerajaan Islam lebih mustahak ditegakkan di muka dunia.

"Dunia ini bukan Arab yang buat, bukan Melayu yang buat, tetapi diciptakan Allah swt.

"Namun oleh kerana kita lena dengan 'permainan' Inggeris, Peranchis, Itali dan sebagainya, maka ada rakyat biasa atau golongan terpelajar, bahkan di kalangan tuk guru sendiri terasa bahawa dakwaan 'agama suku, politik suku' itu betul," katanya.

Malahan menganggap agama hanya untuk  menjaga manusia dalam aspek ibadat dan urusan kekeluargaan saja.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata demikian semasa menyampaikan khutbah Hari Raya Aidilfitri di Masjid Pulau Melaka dekat sini, semalam.

"Sesungguhnya dalam perkara 'urusan agama' dan 'politik' mestilah selari.

'"Itulah perbezaan di antara hidup 'beragama' dengan hidup 'berdemokrasi' yang tidak disebut Eropah," katanya.

Beliau berkata, kalau komunis ada kerajaan, demokrasi ada kerajaan, maka kenapa 'Islam' tidak boleh ada kerajaan, selaras dengan bumi dan manusia serta segala benda di dunia ini dijadikan Allah.

Justeru, kata Nik Aziz, Kerajaan Islam lebih mustahak didirikan di muka dunia ini.

Bahkan dalam perkara agama, sangat penting bagi manusia mengikuti jalan Nabi-Nabi termasuk dalam urusan rumah tangga, peperangan dan lain-lain.

Beliau menambah terdapat manusia yang sibuk dengan 'kebangsaan' dan 'Melayu'.

Justeru secara sinis beliau meminta golongan itu supaya mencari 'Nabi Melayu'.

"Ini kerana Nabi Muhammad bukan orang Melayu tetapi orang Arab.

"(Oleh itu) carilah Nabi Melayu, jangan cari Nabi Arab.

Mengulas sambutan hari raya Aidilfitri 1433 Hijriah, beliau mencadangkan untuk tahun hadapan, kad ucapan Selamat Hari Raya ditambah 'dunia akhirat' pada rangkaian ucapan  'Selamat  Hari Raya, Maaf Zahir Batin'.

Ini penting bagi membolehkan semua kaum mengingati apa itu 'akhirat'.

"Melayu baca teringatkan akhirat, Cina baca teringatkan akhirat.  Orang putih baca, teringatkan akhirat.

"Ini membolehkan kita berdakwah apabila mereka bertanya apa itu 'akhirat'," ujarnya.

Tuan Guru menambah, selepas manusia mati dihidupkan semula, mereka akan ditanya diberi Al-Quran sama ada membacanya atau tidak, diberi telinga sama ada mendengar nasihat Al-Quran atau tidak.

Demikian juga diberi kaki sama ada digunakan pergi ke masjid, diberikan tangan sama ada menggunakan untuk mengundi ke arah mendaulatkan Islam atau menjahanamkan manusia. -Hrkh

'Saya tetap beraya di sisi imam Hoslan'

Posted: 19 Aug 2012 06:34 PM PDT

NONEDalam kemeriahan Hari Raya, tiada kegembiraan lain buat seorang isteri selain berada di samping suaminya yang tercinta.

Tetapi itu tidak berlaku kepada Noorliza Mat Isa, isteri kepada Hoslan Hussin – imam kontroversi yang dipenjara setahun kerana menghina mahkamah dengan melempar kasut ke arah panel hakim.

Tidak seperti selalu, Noorliza, 43, kali ini akan beraya di Kuala Lumpur terlebih dahulu untuk melawat suami tercintanya pada raya ketiga esok – tarikh yang ditetapkan penjara Kajang.

Pada hari raya keempat Noorliza berkata, beliau bersama tujuh anak-anaknya yang berusia 6 hingga 16 tahun – akan pulang ke kampung dengan menaiki keretapi ke Sungkai, Perak.

"Ini kali pertama kami beraya tanpa imam (Hoslan). Selalu apa-apa kerja, persiapan memang imam yang buat. Tapi kali ni persiapan saya perlu buat sendiri.

NONE"Hari raya keempat baru pulang ke kampung, itu pun sekejap sahaja memandangkan anak-anak hendak sekolah pada hari Isnin," katanya ketika ditemui Malaysiakini di pusat asuhan kanak-kanak tempat beliau bekerja di ibu negara baru-baru ini.
Harapan 'mustahil' sang isteri

Menceritakan persiapan hari raya, Noorliza turut berharap agar suaminya dibebaskan sebelum hari raya walaupun beliau tahu perkara itu mustahil.
"Kita dah buat parol (parole) agar imam boleh dikeluarkan awal daripada tempoh (tahanan) sebenar. Tapi orang dari pihak penjara kata benda ini mungkin makan masa," katanya.

Hoslan sebelum ini mengejutkan pelbagai pihak apabila melempas selipar ke arah panel hakim - tindakan yang menyebabkan Mahkamah Persekutuan pada Mac lalu menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atasnya.

Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin ketika menjatuhkan hukuman dilaporkan berkata, tempoh itu adalah hukuman setimpal bagi kes berkenaan.

NONESementara itu, bercerita mengenai persiapan menyambut Aidilfitri, Noorliza berkata, pakaian raya untuk anak-anaknya dibeli secara berperingkat memandangkan empat anaknya tinggal di asrama.

Sehari sebelum raya, kata Noorliza, apabila kesemua anaknya berada di rumah, barulah mereka akan keluar membeli-belah bersama-sama.

'Syukur sumbangan berterusan'

Bagaimanapun, Norliza lega kerana menurutnya anak-anak faham dan rakan-rakannya pula selalu memberi sokongan dan dorongan.

Hasil perkahwinan Hoslan dan Noorliza, mereka dikurniakan tujuh orang cahaya mata, masing-masing berumur 16, 15, 14, 12, 11, 8 dan 6 tahun.

Hoslan berasal daripada Slim River dan dibesarkan di Kampung Pandan manakala Noorliza dari Sungkai, Perak. Mereka berdua ahli PAS seumur hidup sejak tahun 1998 sehingga kini.

NONEBercerita mengenai sumbangan yang diterimanya, Noorliza bersyukur kerana masih ada pihak yang menghulurkan bantuan kepadanya sama ada berbentuk kewangan dan barangan dapur bagi meringankan bebannya.

"Alhamdulillah sebab ada juga sumbangan saya dapat dari Muslimat PAS, dari Baitulmal. Ada juga yang beri beras dan barang-barang dapur. Jiran-jiran pun faham apa yang berlaku.

"Mereka kenal sangat imam sebab imam peramah dengan semua orang. Jadi mereka pun ada bantu juga," katanya lagi. -M'kini

shalehudin

Posted: 20 Aug 2012 11:43 AM PDT

shalehudin

Tolong la percaya woiii... kahkahkah...

Posted: 20 Aug 2012 10:50 AM PDT

Dah berapa kali gua kabarkan beb...
Umno itu pejuang Islam tulen...
Ianya sungguh suci bak kata Abdullah Samaah... eh eh... sekali sebut dah macam Samiri pula gua rasa dia tu beb....

Kahkahkah...

Lu orang tak percaya apa gua kata selama ni beb... kahkahkah
Percayalah gua kata beb... Percayalah, tolong lah percaya beb!!!
Tolong la... Tolong la...

Kahkahkah...

otaiblues

Posted: 20 Aug 2012 11:35 AM PDT

otaiblues

oaustad.yg mana haram di sokong ni?

Posted: 20 Aug 2012 08:35 AM PDT

ustad.berita tergantung ni.belum terjawab lagi.jawalan dari ustad amat penting.
yang mana haram.patut tidak disokong juga yg mana sunat yg di tuntut.patut di berikan sokongan padu.
masa terus berlalu.pilihanraya umum yg ke 13 semakin dekat ni.

AdukaTaruna

Posted: 20 Aug 2012 11:18 AM PDT

AdukaTaruna

Bergambar : Kisah lelaki warak dapat Lailatul Qadar.

Posted: 20 Aug 2012 12:51 AM PDT

Kah3.. laju jer masuk tajuk N3 ni yer. Apa pun...

Doakan kami selamat pulang ke Kota Bahru. Amin. Insyaallah.

Takbir rumah ke rumah di negeri UMNO gua. Best woo.. meriah dan mengeratkan silaturrahim.

Addin

Posted: 20 Aug 2012 11:08 AM PDT

Addin

Pemuda Umno Nafi Tadbir Laman FB Kontroversi

Posted: 20 Aug 2012 03:30 AM PDT

SHAH ALAM - Pemuda Umno menafikan laman rasmi Facebook kontroversi, yang mendakwa undi kepada Pakatan Rakyat (PR) bermakna sokongan kepada usaha menjadikan Kristian sebagai agama persekutuan, dikendalikan oleh sayap itu.Sehubungan itu, pergerakan tersebut mahu membuat laporan polis esok."Ya, bukan laman FB kami," kata Ketuanya, Khairy Jamaluddin menerusi mesej Twitter lewat malam tadi menjawab pertanyaan susulan pengikutnya.

Menerusi mesej seterusnya, Khairy berkata, pihaknya sudah ada maklumat susulan berkenaan dengan pengurusan dan pentadbiran laman yang membawa mesej yang "memudaratkan.""Kami akan membuat laporan polis esok (hari ini)," kata beliau.Bagaimanapun dalam mesej yang dikemaskinikan hari ini, Khairy berkata, laporan polis akan dibuat esok.

Laman sosial itu mengakui ia sebagai milik Pemuda Umno memuatkan mesej itu awal pagi kelmarin tetapi telah dikeluarkan selepas ditegur oleh kepimpinan PR termasuk Ketua Pembangkangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.Kandungan awal mendapat reaksi daripada kedua-dua PR dan penyokong Barisan Nasional (BN).

Malah perkara itu turut dinafikan oleh Khairy, yang juga Ketua Pemuda BN kelmarin dan berjanji akan menyiasat siapa pengendali dan pentadbirnya.Laman itu memaparkan wajah Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak di bahagian utama dan disusuli dengan siri laporan berkaitan dengan aktiviti pemimpin-pemimpin Umno khususnya dari Selangor.

Poster yang kontroversial itu menyatakan: "Jika anda setuju untuk jadikan KRISTIAN sebagai agama rasmi persekutuan Malaysia, teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat. 'God bless you my son' (Tuhan berkatimu, anakKu)."Pemaparan bahan berkenaan menjadi perhatian ketika spekulasi mengenai tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semakin meningkat. ~sinarharian

Pengacara Imam Muda 2 Kemalangan, Nyaris Maut

Posted: 20 Aug 2012 12:48 AM PDT

Petaling Jaya: Pengacara Imam Muda musim kedua (IM2), Dzulkarnain Hamzah atau ustaz Dzul terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Sepang, Selangor ketika dalam perjalanan untuk mengadakan ceramah di Port Dickson, Negeri Sembilan, Sabtu lalu.Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2.30 petang itu, ustaz Dzul mengalami kecederaan pada bahagian muka dan lutut kiri apabila kereta BMW 5 Siri yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori membawa muatan kelapa sawit.

Dzul yang dihubungi mStar Online di sini, Selasa berkata, semasa kejadian dia baru selesai mengadakan ceramah pertamanya di Subang Bistari dekat sini dan ingin ke Port Dickson melalui laluan di Sepang."Semasa saya tiba di satu laluan di Sepang itu, saya ingin memotong sebuah lori muatan kepala sawit.

Malangnya pada waktu itu juga lori berkenaan membelok ke kanan tanpa memberikan lampu isyarat menyebabkan kenderaan saya merempuhnya," katanya.Disebabkan kejadian itu, ustaz Dzull tidak sedarkan diri sehinggalah ketika dirawat di Hospital Putrajaya.Katanya, kemalangan itu menyebabkan dia mengalami kecederaan pada bahagian muka dan lutut kirinya.

"Saya terpaksa menerima 12 jahitan pada bahagian lutut serta lapan jahitan pada bahagian dalam mulut termasuk bibir. Alhamdulillah, tiada kecederaan dalaman semasa imbasan x-ray dibuat oleh doktor," jelasnya.Dia yang trauma dengan kejadian itu memberitahu, kemalangan tersebut menyebabkan bahagian depan sebelah penumpang keretanya remuk selepas terperosok dalam perut lori berkenaan.

"Saya juga bersyukur kerana hanya saya sahaja di dalam kereta berkenaan," katanya.Berikutan itu dia terpaksa berehat untuk mengacarakan rancangan Iman Muda 2 sehinggalah benar-benar pulih sepenuhnya.Sementara itu Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar berkata, tempat ustaz Dzull akan digantikan sementara oleh pelakon Fahrin Ahmad.

Pada Jumaat ini, rakaman peringkat separuh akhir rancangan tersebut akan disiarkan bermula pukul 9 malam menerusi saluran Astro Oasis (saluran 106) yang dilakukan di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. ~mstar

MB Selangor Lancar Bas Khas Kempen PRU13 Yang Di Biayai Oleh Beliau Sendiri

Posted: 19 Aug 2012 05:39 PM PDT

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini melancarkan sebuah bas khas yang bakal digunakan untuk membantupemimpin Pakatan Rakyat berkempen secara efektif pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).Kos sewa bas berkenaan ditanggung sendiri oleh Abdul Khalid untuk tempoh enam bulan dan akan bergerak ke seluruh Semenanjung Malaysia khusus ke kawasan pedalaman bagi memperkenalkan pemimpin kepada rakyat.

"Inisiatif ini sebenarnya untuk menunjukkan bahawa pakatan pembangkang sudah bersedia menghadapi pilihan raya yang dijangka diadakan pada bila-bilamasa," katanya pada sidang media selepas melancarkan bas berkenaan pada majlis rumah terbuka kerajaan negeri Selangor di sini hari ini.

Beliau berkata, bas tersebut telah digunakan untuk sambutan Aidilfitri hampir seminggu sebelum digunakan untuk kempen politik.Bas berkenaan boleh membawa sehingga 19 penumpang pada sau-satu masa dan dilengkapi dengan pentas mini untuk kegunaan ceramah serta sistem audio yang canggih dan lengkap.

Sementara itu, kira-kira 30,000 orang daripada pelbagai lapisan masyarakat mengunjungi rumah terbuka itu sempena Aidilfitri anjuran bersama PerbadananKemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).Antara mereka yang hadir pada majlis yang bermula 11 pagi hingga 3 petang itu ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan barisan anggota exco kerajaan negeri.  ~bernama

Tempayan Retak

Posted: 20 Aug 2012 09:43 AM PDT

Tempayan Retak

Khairy nafi Pemuda Umno tadbir laman FB kontroversi

Posted: 19 Aug 2012 06:02 PM PDT

SHAH ALAM - Pemuda Umno menafikan laman rasmi Facebook kontroversi, yang mendakwa undi kepada Pakatan Rakyat (PR) bermakna sokongan kepada usaha menjadikan Kristian sebagai agama persekutuan, dikendalikan oleh sayap itu.

Sehubungan itu, pergerakan tersebut mahu membuat laporan polis hari ini.

"Ya, bukan laman FB kami," kata Ketuanya, Khairy Jamaluddin menerusi mesej Twitter lewat malam tadi menjawab pertanyaan susulan pengikutnya.

Menerusi mesej seterusnya, Khairy berkata, pihaknya sudah ada maklumat susulan berkenaan dengan pengurusan dan pentadbiran laman yang membawa mesej yang "memudaratkan."

"Kami akan membuat laporan polis esok (hari ini)," kata beliau.

Laman sosial itu mengakui ia sebagai milik Pemuda Umno memuatkan mesej itu awal pagi kelmarin tetapi telah dikeluarkan selepas ditegur oleh kepimpinan PR termasuk Ketua Pembangkangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kandungan awal mendapat reaksi daripada kedua-dua PR dan penyokong Barisan Nasional (BN).

Malah perkara itu turut dinafikan oleh Khairy, yang juga Ketua Pemuda BN kelmarin dan berjanji akan menyiasat siapa pengendali dan pentadbirnya.

Laman itu memaparkan wajah Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak di bahagian utama dan disusuli dengan siri laporan berkaitan dengan aktiviti pemimpin-pemimpin Umno khususnya dari Selangor.

Poster yang kontroversial itu menyatakan: "Jika anda setuju untuk jadikan KRISTIAN sebagai agama rasmi persekutuan Malaysia, teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat. 'God bless you my son' (Tuhan berkatimu, anakKu)."

Pemaparan bahan berkenaan menjadi perhatian ketika spekulasi mengenai tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semakin meningkat.

Anak Sungai Derhaka

Posted: 20 Aug 2012 09:30 AM PDT

Anak Sungai Derhaka

Anwar akan pertahan Kerusi Parlimen Permatang Pauh dan akan ditentang oleh..

Posted: 20 Aug 2012 08:50 AM PDT

Sebelum itu... antara individu yang telah dinamakan sebagai calon UMNO/BN untuk bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh ialah ADUN Seberang Jaya iaitu Arif Shah Omar Shah.

Sumber dari UMNO Permatang Pauh mengatakan perkara ini masih menjadi pertikaian dalam UMNO.

Menurutnya Ariff Shah akan dicalonkan bagi membolehkan karrier politiknya dikuburkan kerana mereka yakin Ariff Shah yang pernah bertanding menentang Anwar sebelum ini tidak mampu menandingi pengaruh Anwar di Permatang Pauh.

Kekalahan Ariff Shah kali ini akan menyebabkan karrier politiknya berkubur kerana semasa menentang DS Anwar Ibrahim dulu beliau merupakan ADUN Seberang Jaya..

Jadi kalahpun bukan satu isu besar buat beliau pada masa itu kerana masih merupakan seorang ADUN 

Tetapi kali ini namanya telah digugurkan dari dicalonkan sebagai ADUN Seberang Jaya, Kerusi ADUN Seberang Jaya bakal ditandingi oleh Shamsut Tabrej yang juga seorang Pesuruhjaya Sumpah yang berpejabat di Seberang Jaya.

Selain Ariff Shah, Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Jalil juga turut disenaraikan sebagai calon..

Bagaimanapun Datuk Jalil juga yakin kalah..

Tetapi kalah atau menang itu bukan persoalan kerana yang penting bagi mereka ialah wang saku berjumlah RM3 Juta yang akan disalurkan kepada sesiapa yang menjadi calon Ahli Parlimen.

Menurut sumber itu juga.. boleh dikatakan kebanyakkan pemimpin-pemimpin UMNO di Pulau Pinang lebih berbahagia jika mereka kekal sebagai pembangkang di Pulau Pinang kerana peruntukkan dari UMNO Pusat melimpah ruah..

BUTTERWORTH, 20 Ogos — Datuk Seri Anwar Ibrahim sah akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu membuat pengesahan tersebut ketika ditanya mengenai calon PKR yang akan dikemukakan oleh parti itu pada pilihan raya umum nanti.

"Tiada sebarang pengesahan siapa akan bertanding di kerusi Parlimen atau Dewan Undang Negeri (DUN) UN mana, kecuali saya yang sah akan bertanding di Permatang Pauh," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman, di Pusat Khidmat PKR Guar Perahu di sini hari ini.

Pada 2008, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada suaminya (Anwar) bertanding pada pilihan raya kecil untuk kerusi tersebut.

Pada pilihan raya kecil itu, Anwar mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Arif Shah Omar Shah daripada Umno dan Hanafi Mamat daripada Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) dengan majoriti 15,671 undi.

Dalam pada itu, Mansor berkata PKR Pulau Pinang akan mengemukakan 30 peratus muka baharu sebagai calon pada PRU ke-13.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan bilangan dan identiti calon terbabit, sambil menyifatkan mereka dipilih berdasarkan sifat tanggungjawab untuk berjuang dan berkhidmat demi masyarakat.

Mansor juga enggan mengulas sama ada beliau akan mempertahankan kerusi DUN Penanti dan bertanding kerusi Parlimen Nibong Tebal. Bagaimanapun, katanya, perkara itu akan diserahkan kepada pucuk pimpinan parti. — Bernama

Khairy kata ini bukan kerja pencacai UMNO..

Posted: 20 Aug 2012 01:44 AM PDT

SHAH ALAM - Pemuda Umno menafikan laman rasmi Facebook kontroversi, yang mendakwa undi kepada Pakatan Rakyat (PR) bermakna sokongan kepada usaha menjadikan Kristian sebagai agama persekutuan, dikendalikan oleh sayap itu.

Sehubungan itu, pergerakan tersebut mahu membuat laporan polis esok.

"Ya, bukan laman FB kami," kata Ketuanya, Khairy Jamaluddin menerusi mesej Twitter lewat malam tadi menjawab pertanyaan susulan pengikutnya.

Menerusi mesej seterusnya, Khairy berkata, pihaknya sudah ada maklumat susulan berkenaan dengan pengurusan dan pentadbiran laman yang membawa mesej yang "memudaratkan."

"Kami akan membuat laporan polis esok (hari ini)," kata beliau.
Bagaimanapun dalam mesej yang dikemaskinikan hari ini, Khairy berkata, laporan polis akan dibuat esok.
Laman sosial itu mengakui ia sebagai milik Pemuda Umno memuatkan mesej itu awal pagi kelmarin tetapi telah dikeluarkan selepas ditegur oleh kepimpinan PR termasuk Ketua Pembangkangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kandungan awal mendapat reaksi daripada kedua-dua PR dan penyokong Barisan Nasional (BN).

Malah perkara itu turut dinafikan oleh Khairy, yang juga Ketua Pemuda BN kelmarin dan berjanji akan menyiasat siapa pengendali dan pentadbirnya.

Laman itu memaparkan wajah Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak di bahagian utama dan disusuli dengan siri laporan berkaitan dengan aktiviti pemimpin-pemimpin Umno khususnya dari Selangor.

Poster yang kontroversial itu menyatakan: "Jika anda setuju untuk jadikan KRISTIAN sebagai agama rasmi persekutuan Malaysia, teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat. 'God bless you my son' (Tuhan berkatimu, anakKu)."

Pemaparan bahan berkenaan menjadi perhatian ketika spekulasi mengenai tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semakin meningkat.

Sinar Harian

Kalaulah Facebooker pro PR yang siar kenyataan ini.. sudah tentu kena tangkap..

Posted: 19 Aug 2012 09:26 AM PDT

Baru-baru ini seorang pengasas Sekolah Pondok telah menerima imbuhan berjumlah RM2 Juta kerana seminggu sebelumnya beliau telah mengeluarkan fatwa 'Haram mengundi DAP'.

Haram kerana menurut pengasas Sekolah Pondok itu DAP menentang penubuhan negara Islam dan juga menolak hudud - laporan penuh sila baca di ( SINI )

Tanpa memperdulikan sensitiviti penganut agama bukan Islam, sekali lagi UMNO mengunakan isu agama demi meraih sokongan orang-orang Melayu yang beragama Islam.

Petang kelmarin satu poster yang menyatakan: "Jika anda setuju untuk jadikan KRISTIAN sebagai agama rasmi persekutuan Malaysia, teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat. 'God bless you my son'. telah disiarkan di Facebook yang dipercayai milik Pemuda UMNO.

KUALA LUMPUR, Ogos 19 - Satu gambar yang dipapar di laman rasmi Facebook milik Pemuda Umno kelmarin kelihatan mencadangkan bahawa undian untuk pihak pembangkang Pakatan Rakyat akan menyebabkan Islam diganti oleh agama Kristian sebagai agama persekutuan.

Ini menunjukkan bahawa soal agama masih digunakan untuk menakutkan pengundi dari kalangan orang Melayu-Muslim kerana pilihanraya umum ke-13 yang bakal diadakan.

Poster yang kontroversial itu menyatakan: "Jika anda setuju untuk jadikan KRISTIAN sebagai agama rasmi persekutuan Malaysia, teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat. 'God bless you my son' (Tuhan berkatimu, anakKu)."

Gambar yang diposkan di Facebook pada petang kelmarin, telah mencetuskan perbincangan hangat di Facebook dengan segelintir pengguna Internet menyokong kenyataan itu.

Manakala pengguna internet lain mengecam tindakan Pemuda Umno itu yang dilihatkan sebagai percubaan untuk mengapi-apikan emosi dan sentimen agama di antara penganut agama Kristian dan Islam sehari sebelum Aidilfitri, antara perayaan terbesar di kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.

"Bodo punya pemuda umno, dah terang2 dlm perlembagaan Islam agama rasmi....DAP pun sokong perlembagaan, sj je nak nak tunjuk bodo! Tp DAP sependapat dgn umno ttg hudud, tu je," [Bodoh punya Pemuda Umno, dah terang-terang dalam Perlembagaan (bahawa) Islam agama rasmi...DAP pun sokong Perlembagaan, saja nak tunjuk bodoh! Tapi DAP sependapat dengan Umno tentang hudud, itu saja] kata seorang pengguna internet yang hanya dikenali sebagai Mohd Ghazali di laman Facebook Umno Pemuda itu.

"Org islam/melayu pun x sokong dgn gambar nie...so, someone go report this admin to police station...this is serious matter [jadi sila laporkan admin ini kepada balai polis...ini hal serius] ... boleh masuk ISA nie kalo ISA masih wujud," kata seorang lagi pengguna Facebook yang mengelar dirinya sebagai Ellvin Jesele.

Seorang pengguna Facebook yang hanya dikenal pasti sebagai Firdaus Adnan telah menuliskan komen yang menghina DAP, salah satu parti dalam Pakatan Rakyat (PR).

Firdaus menuduh pengerusi DAP, Karpal Singh telah berkali-kali menghina agam Islam tetapi pengguna Facebook itu tidak memberi bukti untuk tuduhan itu.

"Babi punya DAP jgn nk kait dap k.karpal sigh hram jdah byk kali hina islm. org islm bleh wt apa? dap komunis mlaysia," [Babi punya DAP jangan nak kait DAP ok. Karpal Singh haram jadah banyak kali hina Islam. Orang Islam boleh buat apa? DAP komunis Malaysia] beliau berkata di laman Facebook Pemuda Umno.

Seorang pengguna Facebook lagi, Agazaman Awang, kelihatan turut menyokong amaran tersirat Umno supaya orang Islam di kalangan rakyat Malaysia tidak menyokong PR.

"Orang yang kata pisahkan politik dari agama aadlah tak berpijak di bumi yang nyata. sedangkan apa yang kita perjuangkan seperti agama bangsa dan negara matlamat politik kita. bagaiamana kamu hendak pisakan islam dari politik melainkan kamu ada agenda lain dalam politik unutk kepentingan peribadi," tulis Agazaman.

DAP telah berulang kali digambarkan sebagai anti-Islam oleh media arus perdana yang dikawal oleh Barisan Nasional (BN) dan Umno, hanya disebabkan DAP menentang pelaksanaan hukum hudud.

Kontroversi yang terbaru ini timbul selepas debat yang hangat akhir-akhir ini mengenai penubuhan teokrasi Islam di Malaysia, dengan panggilan untuk melaksanakan hukum hudud.

Debat itu dilihat sebagai percubaan untuk mendapatkan sokongan pengundi orang Melayu yang juga penganut agama Islam pada pilihan raya umum ke-13 yang mesti dipanggil pada April tahun depan.

Gambar yang dimuatnaik dalam laman Facebook Pemuda Umno menjadi peringatan kepada laporan akhbar Utusan Malaysia pada tahun lalu. Tahun lepas, Utusan telah menerbitkan laporan yang tidak berasas di halaman pertama akhbar, di mana ia kelihatan mencadangkan DAP berkonspirasi dengan sesetengah pemimpin gereja untuk melantikkan seorang perdana menteri beragama Kristian dan menubuhkan negara Kristian di Malaysia.

Pemimpin Pemuda Umno Khairy Jamaluddin kelmarin menafikan bahawa gambar itu dimuatnaik oleh ahli sayap parti politik tersebut. Beliau turut menafikan Pemuda Umno menyokong kenyataan itu.

"That was not sanctioned by Umno Youth. The FB page is not administered by Umno Youth anymore. I am trying to find out who is responsible for this," [Itu tidak dipersetujui oleh Pemuda Umno. Laman FB itu tidak lagi diurus oleh Pemuda Umno. Saya sedang cuba mencari siapa yang bertanggungjawab untuk ini] Khairy memberitahu The Malaysian Insider apabila dihubungi.

Gambar yang menyinggung perasaan itu ditarik balik dari "Wall" Facebook pada kira-kira 6.30 petang, tetapi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat memberi komen ke atas gambar itu.

"Tdk waras utk nyalakan sengketa antara agama. (Tidak waras untuk nyalakan sengketan antara agama)," kata ketua de facto PKR itu di akaun Twitter @anwaribrahim apabila disuruh untuk memberi komen ke atas isu itu oleh seorang pengguna Twitter @kayheshyutaibah - The Malaysian Insider

Sudah tentu, UMNO/BN tidak akan mengaku dan bersikap "Baling batu, Sembunyi tangan"

Taktik ini mereka gunakan di Sarawak dalam pilihan raya negeri yang lepas di mana poster YB Baru Bian (Pengerusi PKR Sarawak) mengaitkan bahawa Sarawak akan menjadi sebuah negeri Kristian jika PKR menang di Sarawak dan telah menakutkan pengundi Melayu/Islam.

Kalaulah poster di atas itu disiarkan oleh facebokers yang menyokong Pakatan Rakyat.. rasanya jika tiada laporan Polis dibuatpun, pegendali atau admin Facebook tersebut akan disiasat Polis..

Tapi oleh kerana ianya menggunakan platform UMNO maka tidak menjadi kesalahan...

Al Ikram

Posted: 20 Aug 2012 09:28 AM PDT

Al Ikram

MAMAK MADEY GUNDAH GULANA

Posted: 19 Aug 2012 09:19 AM PDT

Fakulti Siyasah Syar'iyah

Posted: 20 Aug 2012 09:16 AM PDT

Fakulti Siyasah Syar'iyah

Macam kenaaalll jer ...?

Posted: 20 Aug 2012 03:47 AM PDT

Macam kenaaalll jer ...?
Akan ke Tali Gantung jua akhirnya ...?

KRAI Utara

Posted: 20 Aug 2012 07:40 AM PDT

KRAI Utara

Abby abadi pernah kahwini tiga lelaki

Posted: 19 Aug 2012 09:40 PM PDT

Abby: Mahu kembali berlakon

PENGLIBATAN selebriti ini dalam program politik mendapat perhatian ramai sejak menyerahkan borang keahlian menyertai Pas bulan lalu.Abby Abadi atau nama sebenarnya, Arbaieyah Abdul Manan mendapat pelbagai reaksi berikutan penghijrahannya ke dalam arena politik sebagai ahli Pas. Abby yang kini tampil dengan imej bertudung mengakui dia tidak ambil peduli kritikan mana-mana pihak kerana ia tidak mendatangkan apa-apa kesan terhadapnya.“Saya memang tidak ada masalah kerana apa yang dikhabarkan itu tidak betul. Fitnah,” tegasnya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada program Ziarah Ramadan dan Majlis Berbuka Puasa di Shah Alam, semalam.Menyentuh mengenai dakwaan dia kini semakin fanatik dengan politik, Abby, bagaimanapun menafikan perkara itu.“Saya tidak minat langsung nak jadi ahli politik. Politik bukan bidang saya. Apa yang saya lakukan sekarang ini bukan sebab saya mementingkan politik sangat.“Saya lebih terlibat dari segi kemanusiaan. Apa yang tidak adil. Rakyat tidak dapat hak dari segi keadilan. Perkara-perkara ini semua memang berkait dengan politik kerana kuasa pemimpin itu hanya dari jalan politik.“Saya memang tahu tahap kemampuan saya. Saya masih sayangkan karier saya. Saya suka apa yang saya lalui sekarang. Jika ada rezeki, saya memang mahu kembali berlakon dengan mengikut undang-undang ALLAH,” katanya.Susah dapat tawaran kerajaanDalam pada itu, Abby turut diminta mengulas mengenai kenyataannya berhubung artis bertudung sukar mendapat tawaran dalam bidang seni yang pernah disensasikan beberapa media sebelum ini.“Ya, saya akui sebelum ini saya memang pernah mengeluarkan kenyataan itu, tetapi saya kata untuk artis yang sudah berhijrah, yang memakai tudung, yang bersama pembangkang, memang susah untuk mendapat tawaran daripada kerajaan.“Rezeki daripada ALLAH, bukan saya kata yang bertudung tak boleh kerja dengan kerajaan. Perkara ini sudah dipusingkan hingga jadi lain,” katanya mengulas lanjut.Rujuk bersama Norman?Hubungan baiknya bersama Norman dan Memey mendapat reaksi positif dari semua pihak. Malah ada yang mendoakan agar mereka bersatu kembali sebagai keluarga.Mengulas perkara itu, Abby ketawa kecil. Jelas Abby, perkara itu (rujuk bersama Norman), tidak pernah terlintas di fikirannya. Malah buat masa ini, dia masih belum memikirkan soal perkahwinan meskipun pernah digosipkan dengan beberapa ahli politik.“Sejak saya bersama pembangkang, sudah tiga kali saya ‘dikahwinkan’ dan ada juga yang percaya.“Perkahwinan itu tidak pernah berlaku dan saya tidak kenal langsung dengan siapa saya ‘dikahwinkan’."Soal jodoh, itu kuasa Tuhan. Saya hanya mampu serah kepada-Nya,” jelas Abby yang mengaku hatinya masih belum berpunya.Berkongsi mengenai Aidilfitri yang bakal menjelang, Abby berkata, sambutan tahun ini dilakukan secara sederhana memandangkan ketiga-tiga anaknya akan beraya bersama Norman dan Memey.Malah menerusi Twitternya minggu ini, Abby ada mengakui Norman ada mengajaknya bersama ke kampungnya di Kuantan Pahang.SH

Ustad Nasha : "Pemimpin yang kuciwa di pagi syawal....."

Posted: 19 Aug 2012 08:19 AM PDT

Kecewa Tidak Bergabung Dengan Umno Punca Nasharuddin Minta PAS Keluar PR, Kata Khalid Samad

SHAH ALAM 16 OGOS : Khalid Samad menyifatkan cadangan Nasharuddin Mat Isa agar PAS Keluar daripada Pakata Rakyat jika DAP menentang hudud disebabkan rasa kecewa beliau yang gagal melihat PAS bergabung dengan Umno-BN.Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor, Khalid berkata berkemungkinan Nasha mengharapkan impak besar daripada cadangan penggabungan PAS-Umno kerana beliau mungkin akan beroleh jawatan yang tinggi sekiranya penggabungan itu berjaya.“Beliau mungkin kecewa kerana PAS tidak mahu bergabung dengan Umno. Kalau penggabungan itu berjaya mungkin dia mengharapkan akan dapat jawatan tinggi seperti jawatan di kabinet,” katanya dalam sidang media di pejabat.Khalid menambah, kenyataan yang dikeluarkan itu adalah berkisarkan hudud bagaimanapun Khalid mempersoalkan Umno yang menolak hudud.Beliau turut menggesa Nasha agar melihat kembali kepada kkhianatenyataan Umno yang turut menolak hudud sebelum ini.“Beliau kata PAS perlu keluar Pakatan kerana DAP tidak terima hudud tetapi adakah Umno menerima hudud?“Beliau sengaja menimbulkan isu, mungkin itulah dia lihat ‘peluang’ terlepas dan pada masa yang sama dia pun kecewa kerana dia kalah dalam pertandingan merebut jatan timbalan presiden.“Ini menyebabkan dia tidak seperti dulu dan dia memang nampak semakin rapat dengan pimpinan Umno walaupun di Parlimen,” katanya.Nasharuddin sebelum ini, pernah mencetuskan kontroversi ekoran menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan Umno-PAS sehingga menimbulkan rasa kurang senang kepada Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Aziz Nik Mat.Ketika muktamar Agung PAS tahun lalu, Nasha gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden dan jawatan itu dimenangi Mohamad Sabu.Jelas Khalid lagi, keputusan sama ada nasib Nasha bakal menjadi seperti Adun Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Ali juga tidak berasas kerana dalam PAS keputusan itu adalah hak individu.“PAS bukan parti yang menentukan nasib sama ada nak pecat atau tidak, lucut jawatan ahlinya terpulang kepada mereka sendiri,” katanya.Sumber: http://www.selangorku.com/?p=13245

Ustad Nasha : "Pemimpin yang kuciwa di pagi syawal....."

Posted: 19 Aug 2012 08:18 AM PDT

Merah Hitam

Posted: 20 Aug 2012 03:41 AM PDT

Merah Hitam

Tahanan ISA ada nilai komoditi?

Posted: 19 Aug 2012 06:26 PM PDT

Seperti yang telah diduga, setiap kali ada perayaan utama, mesti ada tahanan ISA yang dibebaskan.....Begitu juga dengan nasib 40 tahanan ISA , baki berpuluh ribu tahanan ISA sejak tahun 60 hingga 2011.

Nampaknya, walaupun ISA telah "confirm" di mansuhkan di Parlimen, namin baki 40 orang ini terus di kekalkan di kurung tanpa bicara di kem Kamunting. Alasannya ialah, Menteri Dalam Negeri dah terlanjur tandatangani kontrak penahanan tu selama dua tahun......walaupun akta tu dah tak de...orang yang di tahan di bawah akta tersebut...terpaksa terus di tahan sampai cukup 2 tahun yang tertulis di surat penahanan masing-masing...

Hmmmm.....begitu rendah nilai kebebasan dan harga diri semua 40 tahanan tersebut.... ikut suka tokey KDN jer nak bebaskan atau nak penjarakan mereka-mereka tu......para hakim dan mahkamah pun tak boleh nak kata apa....begitulah "power" nya kuasa eksekutif di M'sia ni...

Dan bila Hari Raya menjelang.....tetiba jer nilai harga tahanan ISA naik mendadak.....mereka dibebaskan 2 hari sebelum perayan terbesar di M'sia!!! Mesti ramai raaakyat M'sia kata...."baik dan bertimbang rasa sungguh lah Menteri Dalam Negeri ya........"

Hanya 12 dari 40 yang dibebaskan....yang lain macam mana ek?

labun KulupSakah...

Posted: 20 Aug 2012 03:10 AM PDT

labun KulupSakah...

Rayalah!

Posted: 20 Aug 2012 01:56 AM PDT

Rayalah walaupun di wad. Foto tetamu hari raya di rumah terbuka kami di wad 5B Serdang. Antara yang hadir awalkak Nashita serta Asiah dan Asma', Umi Zumrah isteri ustaz Badrulamin, Aznan dan Sazana bersama anaknya Alfi, Wan Ruzaini yang bawak lauk-pauk, adik angkat si Kapt Dr Siti Khadijah, bersama suaminya Ruzaine, sepupu Arif dan Naliza bersama anak-anak naufal dan Nazif, kak Noni dan Alif, bang Ngah Sham Raja Rahim dan Kak Ti. Turut menyumbang kuih raya ialah Kak Hasnah Al Amin Food corner.
Juga foto jururawat dan doktor yang malu-malu. Mereka turut memeriahkan hari raya kami.
Petang itu juga An-Nur boleh keluar dan aku berasa sakit badan, tak lalu makan sebab tekak mual. Terus tidur... Abang Pyanhabib gagal datang kerana supir nggak ada...
Mulanya enggan terima tetamu sebab sakit sangat tetapi sunyi pula....
Ping! Ping!
BBM dari Puspa kata nak datang dengan aktivis Faisal Mustaffa. Mungkin peguam LFL Afiq pun ada.
Gua tunggu...

Kelab Greenboc

Posted: 20 Aug 2012 01:26 AM PDT

Kelab Greenboc

Bersemangat Naikkan Bendera PAS

Posted: 20 Aug 2012 12:18 AM PDT

Beting Maro, Sarawak;
Gambar yang tak terdapat di Semenanjung,
Bangga aku melihat gambar ini.

Rakyat Sarawak kini sudah mula dapat menerima PAS
Insyallah PR akan memperoleh kejayaan -fB Busman

8 Cedera Masjid Utara Rusia Diserang 2 Lelaki Bertopeng

Posted: 19 Aug 2012 10:26 PM PDT

Moscow - Dua lelaki bertopeng melepaskan tembakan di sebuah masjid di Dagestan, wilayah utara Rusia yang bermasalah, menyebabkan lapan orang cedera.

Kejadian letupan juga disaksikan beberapa jam selepas serangan itu.

"Bilangan mereka yang cedera akibat tembakan di masjid di bandar Khasavyurt telah meningkat kepada lapan," kata Kementerian Dalam Negeri.

Tembakan ke atas masjid itu, yang jemaahnya terdiri daripada puak Syiah berlaku lewat semalam ketika umat Islam bersiap sedia untuk menyambut kedatangan Aidilfitri.

Umat Islam Rusia menyambut Aidilfitri hari ini, yang turut dikenali sebagai "Uraz-Bairam" di negara itu.

Dagestan menyaksikan kejadian tembakan dan letupan bom hampir setiap hari. Pihak berkuasa mengaitkannya dengan jenayah tempatan dan kumpulan yang ada hubungan dengan Chechnya.

Kebanyakan mangsa mengalami kecederaan di bahagian dada dan perut.

Laporan juga menyebut satu letupan kedengaran di masjid yang sama beberapa jam selepas serangan, menyebabkan ramai lagi cedera.

Kira-kira 70 orang berada di dalam masjid ketika penyerang melepaskan tembakan.

"Satu letupan berlaku. Terdapat dua alat letupan. Satu meletup, satu lagi dapat digagalkan," kata polis kepada agensi berita RIA Novosti.

AFP memetik agensi berita Interfax melaporkan bahawa pihak berkuasa menafikan ada mangsa yang cedera ekoran letupan.

"Kami tidak ada maklumat mengenai letupan atau mereka yang cedera ketika kerja-kerja menggagalkan bahan letupan dilakukan," kata jurucakap polis kepada agensi itu.

[BERGAMBAR] Sambutan Aidilfitri Tuan Guru Nik Aziz Di Pulau Melaka

Posted: 19 Aug 2012 08:39 PM PDT

KOTA BHARU: Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata terdapat anggota masyarakat terpesona dengan 'permainan' Barat menyebabkan terpengaruh dengan dakwaan 'agama lain, politik lain'.

Bahkan Islam dianggap mampu mengawal manusia dalam aspek ibadat dan urusan keluarga saja sedangkan Kerajaan Islam lebih mustahak ditegakkan di muka dunia."Dunia ini bukan Arab yang buat, bukan Melayu yang buat, tetapi diciptakan Allah swt.

"Namun oleh kerana kita lena dengan 'permainan' Inggeris, Peranchis, Itali dan sebagainya, maka ada rakyat biasa atau golongan terpelajar, bahkan di kalangan tuk guru sendiri terasa bahawa dakwaan 'agama suku, politik suku' itu betul," katanya.

Malahan menganggap agama hanya untuk menjaga manusia dalam aspek ibadat dan urusan kekeluargaan saja.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata demikian semasa menyampaikan khutbah Hari Raya Aidilfitri di Masjid Pulau Melaka dekat sini, semalam."Sesungguhnya dalam perkara 'urusan agama' dan 'politik' mestilah selari.

'"Itulah perbezaan di antara hidup 'beragama' dengan hidup 'berdemokrasi' yang tidak disebut Eropah," katanya.

Beliau berkata, kalau komunis ada kerajaan, demokrasi ada kerajaan, maka kenapa 'Islam' tidak boleh ada kerajaan, selaras dengan bumi dan manusia serta segala benda di dunia ini dijadikan Allah.

Justeru, kata Nik Aziz, Kerajaan Islam lebih mustahak didirikan di muka dunia ini.

Bahkan dalam perkara agama, sangat penting bagi manusia mengikuti jalan Nabi-Nabi termasuk dalam urusan rumah tangga, peperangan dan lain-lain.

Beliau menambah terdapat manusia yang sibuk dengan 'kebangsaan' dan 'Melayu'.Justeru secara sinis beliau meminta golongan itu supaya mencari 'Nabi Melayu'.

"Ini kerana Nabi Muhammad bukan orang Melayu tetapi orang Arab."(Oleh itu) carilah Nabi Melayu, jangan cari Nabi Arab.

Mengulas sambutan hari raya Aidilfitri 1433 Hijriah, beliau mencadangkan untuk tahun hadapan, kad ucapan Selamat Hari Raya ditambah 'dunia akhirat' pada rangkaian ucapan 'Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin'.Ini penting bagi membolehkan semua kaum mengingati apa itu 'akhirat'.

"Melayu baca teringatkan akhirat, Cina baca teringatkan akhirat. Orang putih baca, teringatkan akhirat."Ini membolehkan kita berdakwah apabila mereka bertanya apa itu 'akhirat'," ujarnya.

Tuan Guru menambah, selepas manusia mati dihidupkan semula, mereka akan ditanya diberi Al-Quran sama ada membacanya atau tidak, diberi telinga sama ada mendengar nasihat Al-Quran atau tidak.

Demikian juga diberi kaki sama ada digunakan pergi ke masjid, diberikan tangan sama ada menggunakan untuk mengundi ke arah mendaulatkan Islam atau menjahanamkan manusia. -Hrkh

<

Sumber gambar : FB Tok Guru Nik Aziz

Institusi Penguatkuasa, Kehakiman Bebas Jika Pakatan Menang

Posted: 19 Aug 2012 07:04 PM PDT

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata institusi demokrasi yang kuat seperti badan kehakiman dan agensi penguatkuasa yang bebas akan memastikan Pakatan Rakyat tidak bertukar menjadi 'satu lagi Umno'.

Ini kerana Pakatan telah berjanji di dalam Buku Jingga bahawa institusi-institusi tersebut akan dibebaskan daripada campurtangan politik apabila perikatan itu berjaya memerintah negara.

Dipetik Selangorku, Anwar memberi jaminan tersebut ketika menjawab satu soalan yang dikemukan di dalam program 'Borak Bersama Anwar' yang disiarkan secara langsung melalui portal video web 'You Tube'.

Soalan yang dikemukakan oleh seorang yang dikenali sebagai "Gunanaiker" melahirkan kebimbangan sekiranya KEADILAN menjadi 'satu lagi Umno' selepas menakluki Putrajaya.

"Gunanaiker" berkata kerisauan itu berdasarkan kehadiran ramai bekas pemimpin Umno-BN di dalam KEADILAN.

"Tanpa mengira sama ada mereka pernah menyertai mana-mana NGO, Umno, MCA atau atau MIC, mereka yang sertai KEADILAN perlu terima budaya politi baru bagi menjayakan agenda reformasi dan menyokong polisi Pakatan Rakyat," kata Anwar.

KEADILAN merupakan sebuah parti berbilang kaum dan mempunyai ahli dari pelbagai latar belakang termasuk bekas anggota Umno, MCA, MIC dan lain-lain pertubuhan bukan kerajaan.

Anwar berkata peranan institusi tersebut dipesongkan pada masa kini di bawah Umno-BN sehingga tindakan undang-undang tidak dapat diambil terhadap sesetengah pihak.

"Sekiranya badan-badan ini dibebaskan dari cengkaman politik kita tak perlu bimbang, kerana sesiapa sahaja boleh dikenakan tindakan.

"Kita tidak boleh mengambil sikap selektif dalam mengambil tindakan seperti yang berlaku terhadap Rafizi Ramli yang mendedahkan penyelewengan, tetapi membiarkan 'perompak' begitu sahaja," kata Anwar lagi.

Sebelum ini Rafizi, yang merupakan Pengarah Strategik KEADILAN, didakwa di bawah satu akta kewangan setelah beliau mendedahkan dokumen-dokumen bank berhubung dengan projek kontroversi Pusat Fidlot Kebangsaan.

Pada masa yang sama, Anwar melahirkan keyakinan yang intergriti institusi polis di negara ini dapat diperbaiki.

Seperti institusi yang lain, kepercayaan rakyat terhadap polis hanya dapat dikembalikan sekiranya ia bebas dari pengaruh politik.

Anwar merujuk kepada kes bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor yang melakukan keganasan terhadap beliau di dalam tahanan polis pada tahun 1998, sebagai contoh bagaimana polis digunakan oleh pentadbiran sekarang.

"Menteri patut fokus untuk baiki imej polis dan bagaimana hendak mengurangkan jenayah, bukanya campuri tugas polis," kata Anwar.

Program Interaktif yang dikendalikan oleh Sharifah Shahidah Syed Kamarulzaman dan disiarkan selama sejam itu merupakan satu-satunya program 'Google Hangout' yang melibatkan ahli politik Asia Tenggara.

Antara pemimpin dunia lain yang pernah ditampilkan dalam program sama adalah Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

Dalam program tersebut, selain menjawab soalan dari laman sosial, beliau turut menjawab soalan-soalan dari enam panelis terpilih dari pelbagai latar belakang. -KD

Pemuda UMNO Tuduh Sokong Pakatan Rakyat Jika Mahu Kristian Dijadikan Agama Rasmi

Posted: 19 Aug 2012 08:33 AM PDT

SSatu gambar yang diletak di laman rasmi Facebook milik Pemuda Umno kelmarin kelihatan mencadangkan bahawa undian untuk pihak pembangkang Pakatan Rakyat akan menyebabkan Islam diganti oleh agama Kristian sebagai agama persekutuan.

Ini menunjukkan bahawa soal agama masih digunakan untuk menakutkan pengundi dari kalangan orang Melayu-Muslim kerana pilihanraya umum ke-13 yang bakal diadakan.

Poster yang kontroversial itu menyatakan: "Jika anda setuju untuk jadikan KRISTIAN sebagai agama rasmi persekutuan Malaysia, teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat. 'God bless you my son' (Tuhan berkatimu, anakKu). "

Gambar yang diposkan di Facebook pada petang kelmarin, telah mencetuskan perbincangan hangat di Facebook dengan sebahagian pengguna Internet menyokong kenyataan itu.

Manakala pengguna internet lain mengecam tindakan Pemuda Umno itu yang dilihatkan sebagai percubaan untuk mengapi-apikan emosi dan sentiment agama di antara penganut agama Kristian dan Islam sehari sebelum Aidilfitri, antara perayaan terbesar di masyarakat majmuk di Malaysia.

"Bodo punya pemuda umno, dah terang2 dlm perlembagaan Islam agama rasmi....DAP pun sokong perlembagaan, sj je nak nak tunjuk bodo! Tp DAP sependapat dgn umno ttg hudud, tu je...(Bodoh punya Pemuda Umno, dah terang-terang dalam Perlembagaan (bahawa) Islam agama rasmi...DAP pun sokong perlembagaan, saja nak tunjuk bodoh! Tapi DAP sependapat dengan Umno tentang hudud, itu saja)" kata seorang pengguna internet yang hanya dikenali sebagai Mohd Ghazali di laman Facebook Umno Pemuda itu.

"Org islam/melayu pun x sokong dgn gambar nie...so, someone go report this admin to police station...this is serious matter(jadi sila laporkan admin ini kepada balai polis...ini hal serius) ...boleh masuk ISA nie kalo ISA masih wujud," kata seorang lagi pengguna Facebook yang mengelar dirinya sebagai Ellvin Jesele.

Seorang pengguna Facebook yang hanya dikenal pasti sebagai Firdaus Adnan telah menuliskan komen yang menghina DAP, salah satu parti dalam Pakatan Rakyat (PR).

Firdaus menuduh pengerusi DAP, Karpal Singh telah berkali-kali menghina agam Islam tetapi pengguna Facebook itu tidak memberi bukti untuk tuduhan itu.

"Babi punya DAP jgn nk kait dap k.karpal sigh hram jdah byk kali hina islm. org islm bleh wt apa? dap komunis mlaysia (Babi punya DAP jangan nak kait DAP ok. Karpal Singh haram jadah banyak kali hina Islam. Orang Islam boleh buat apa? DAP komunis Malaysia," beliau berkata di laman Facebook Pemuda Umno.

Seorang pengguna Facebook lagi, Agazaman Awang, kelihatan turut menyokong amaran tersirat Umno supaya orang Islam di kalangan rakyat Malaysia tidak menyokong PR.

"Orang yang kata pisahkan politik dari agama aadlah tak berpijak di bumi yang nyata. sedangkan apa yang kita perjuangkan seperti agama bangsa dan negara matlamat politik kita. bagaiamana kamu hendak pisakan islam dari politik melainkan kamu ada agenda lain dalam politik unutk kepentingan peribadi," tulis Agazaman.

DAP telah berulang kali digambarkan sebagai anti-Islam oleh media arus perdana yang dikawal oleh Barisan Nasional (BN) dan Umno, hanya disebabkan DAP menentang pelaksanaan hukum hudud.

Kontroversi yang terbaru ini timbul selepas debat yang hangat akhir-akhir ini mengenai penubuhan teokrasi Islam di Malaysia, dengan panggilan untuk melaksanakan hokum hudud.

Debat itu dilihat sebagai percubaan untuk mendapatkan sokongan pengundi orang Melayu yang juga penganut agama Islam pada pilihan raya umum ke-13 yang mesti dipanggil pada April tahun depan.

Gambar yang dimuatnaik dalam laman Facebook Pemuda Umno teringat tentang laporan akhbar Utusan Malaysia pada tahun lalu.

Tahun lalu, Utusan telah menerbitkan laporan yang tidak berasas di halaman pertama akhbar, di mana ia kelihatan mencadangkan DAP berkonspirasi dengan sesetengah pemimpin gereja untuk melantikkan seorang perdana menteri beragama Kristian dan menubuhkan negara Kristian di Malaysia.

Pemimpin Pemuda Umno Khairy Jamaluddin kelmarin menafikan bahawa gambar itu dimuatnaik oleh ahli sayap politik tersebut.

Beliau turut menafikan Pemuda Umno menyokong kenyataan itu.

"That was not sanctioned by Umno Youth. The FB page is not administered by Umno Youth anymore. I am trying to find out who is responsible for this (Itu tidak dipersetujui oleh Pemuda Umno. Laman FB itu tidak lagi diurus oleh Pemuda Umno. Saya sedang cuba mencari siapa yang bertanggungjawab untuk ini," Khairy memberitahu The Malaysian Insider apabila dihubungi.

Gambar yang menyinggung perasaan itu ditarik balik dari "wall" Facebook pada kira-kira 6.30 petang, tetapi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat memberi komen ke atas gambar itu.

"Tdk waras utk nyalakan sengketa antara agama. (Tidak waras untuk nyalakan sengketan antara agama)," kata ketua de facto PKR itu di akaun Twitter @anwaribrahim apabila disuruh untuk memberi komen ke atas isu itu oleh seorang pengguna Twitter @kayheshyutaibah. -TMI

[VIDEO] Anwar Jamin PKR Bukan ‘Satu Lagi Umno’ Jika Menang PRU-13

Posted: 19 Aug 2012 05:31 AM PDT

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata institusi demokrasi yang kuat seperti badan kehakiman dan agensi penguatkuasa yang bebas akan memastikan Pakatan Rakyat tidak bertukar menjadi 'satu lagi Umno'.

Ini kerana Pakatan telah berjanji di dalam Buku Jingga bahawa institusi-institusi tersebut akan dibebaskan daripada campurtangan politik apabila perikatan itu berjaya memerintah negara.

Anwar memberi jaminan tersebut ketika menjawab satu soalan yang dikemukan di dalam program 'Borak Bersama Anwar' yang disiarkan secara langsung melalui portal video web 'You Tube' sebentar tadi.

Soalan yang dikemukakan oleh seorang yang dikenali sebagai "Gunanaiker" melahirkan kebimbangan sekiranya PKR menjadi 'satu lagi Umno' selepas menakluki Putrajaya.

"Gunanaiker" berkata kerisauan itu berdasarkan kehadiran ramai bekas pemimpin Umno-BN di dalam PKR.

"Tanpa mengira samada mereka pernah menyertai mana-mana NGO, Umno, MCA atau atau MIC, mereka yang sertai PKR perlu terima budaya politi baru bagi menjayakan agenda reformasi dan menyokong polisi Pakatan Rakyat," kata Anwar.

PKR merupakan sebuah parti berbilang kaum dan mempunyai ahli dari pelbagai latar belakang termasuk bekas anggota Umno, MCA, MIC dan lain-lain pertubuhan bukan kerajaan.

Anwar berkata peranan institusi tersebut dipesongkan pada masa kini di bawah Umno-BN sehingga tindakan undang-undang tidak dapat diambil terhadap sesetengah pihak.

"Sekiranya badan-badan ini dibebaskan dari cengkaman politik kita tak perlu bimbang, kerana sesiapa sahaja boleh dikenakan tindakan.

"Kita tidak boleh mengambil sikap selektif dalam mengambil tindakan seperti yang berlaku terhadap Rafizi Ramli yang mendedahkan penyelewengan, tetapi membiarkan 'perompak' begitu sahaja," kata Anwar lagi.

Sebelum ini Rafizi, yang merupakan pengarah strategik PKR, di dakwa di bawah satu akta kewangan setelah beliau mendedahkan dokumen-dokumen bank berhubung dengan projek kontroversi Pusat Fidlot Kebangsaan.

Pada masa yang sama, Anwar melahirkan keyakinan yang intergriti institusi polis di negara ini dapat diperbaiki.

Seperti institusi yang lain, kepercayaan rakyat terhadap polis hanya dapat dikembalikan sekiranya ia bebas dari pengaruh politik.

Anwar merujuk kepada kes bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor yang melakukan keganasan terhadap beliau di dalam tahanan polis pada tahun 1998, sebagai contoh bagaimana polis digunakan oleh pentadbiran sekarang.

"Menteri patut fokus untuk baiki imej polis dan bagaimana hendak mengurangkan jenayah, bukanya campuri tugas polis," kata Anwar.

Program Interaktif yang dikendalikan oleh Sharifah Shahidah Syed Kamarulzaman dan disiarkan selama sejam itu merupakan satu-satunya program 'Google Hangout' yang melibatkan ahli politik Asia Tenggara.

Antara pemimpin dunia lain yang pernah ditampilkan dalam program sama adalah Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

Dalam program tersebut, selain menjawab soalan dari laman sosial, beliau turut menjawab soalan-soalan dari enam panelis terpilih dari pelbagai latar belakang. -selangorku

ANAK SENGAT

Posted: 20 Aug 2012 01:13 AM PDT

ANAK SENGAT

TAKKAN LE RAKYAT TERLALU BODOH...

Posted: 19 Aug 2012 06:22 PM PDT

Sah umnO terperangkap sekali lagi dalam isu hudud. Sibuk sibuk kononnya DAP tentang hudud, seluruh "agamawan upahan " berkokok bahawa PAS mesti keluar dari pakatan kerana DAP tentang hudud, tapi semuanya bisu dan tuli bila MCA berulang kali menentang hudud.

Secara konsistennya, MCA melalui ketuanya di Selangor mengistiharkan akan menghalang hudud dan negara Islam dilaksanakan di Malaysia, malah menyeru pengundi Selangor menolak Pakatan Rakyat bagi menghalang terlaksananya hudud dan negara Islam. Tak tahulah,  apakah kacamata yang digunakan oleh umnO dan MCA memang berbeza?. umnO melihat jika Pakatan Rakyat menang, maka Malaysia akan jadi negara kristian, MCA pula tengok, kalau Pakatan Rakyat menang, maka Malaysia akan jadi negara Islam...???? Sapa bodoh??? sapa buta??? sapa hilang akal???

Saya tak fikir ada rakyat Malaysia  keterlaluan bodohnya sampai tak boleh menilai situasi yang bercanggah. Untuk pengetahuan, bagi yang terlupa.... umnO dan MCA datang dari kelambu yang sama,... tentunya masa nak tidur mereka berpeluk dan berbincang panjang tentang kerja esok... Macammana bila keluar kelambu nada mereka berbeza???  mungkinkah keduanya sedang mengingau???

Saya tak berminat untuk bertanya ke mana perginya Abdullah Saamah, Harusani dan Fathul Bari kerana saya mengenali secara konsisten, mereka hanya " cari makan".... jangan disalahkan mereka... Namun rakyat yang celik sewajarnya tahu dan dapat menilai perkara ini secara waras...

Tun Mahathir...???? beliau boleh berkata apa sahaja kononnya ingin hudud sedangkan semua tahu Mahathir adalah penghalang nombor wahid Hudud di Kelantan dulu...Kini beliau tiada kuasa... bercakap macam orang Gila talak yang merasakan masih berkuasa... pendek kata... semua ucapan Mahathir adalah hampas yang tak boleh mengubah apa apa...

Terima kasih kepada MCA kerana secara jelas mempertahankan prinsip yang dikongsi bersama umNO secara terbuka... Biar rakyat menilai betapa tiadanya pemimpin umNO yang bersemangat menentang DAP dan menyeru PAS agar meninggalkan Pakatan Rakyat telah bisu dan hilang kejantanan mereka....

Blog-list Malaysia

Posted: 20 Aug 2012 01:09 AM PDT

Blog-list Malaysia

Jangan ungkit lagi tragedi 13 Mei, kata veteran Umno

Posted: 19 Aug 2012 07:58 PM PDT

PETALING JAYA, 20 Ogos — Veteran Umno Datuk Mazlan Harun ingin orang ramai lupakan pertumpahan berdarah 1969, semasa kontroversi politik mengenai filem tempatan "Tanda Putera" — penceritaan tentang tempoh yang paling huru-hara di Malaysia — masih berterusan.

Kontroversi itu boleh mengancam perpaduan negara sebelum pilihan raya umum ke-13 yang perlu dipanggil pada tahun depan.

Mazlan, anak kepada menteri besar (MB) Selangor pada masa itu, telah memberi wawancara eksklusif kepada The Malaysian Insider pada minggu lalu berikutan laporan-laporan tentang satu insiden yang dikatakan telah berlaku di kediaman bapa beliau.

Dakwaan kejadian itu telah digunakan oleh beberapa blogger pro-Umno sebagai bukti bahawa pemimpin DAP, Lim Kit Siang, merupakan dalang di sebalik provokasi perkauman yang telah menyebabkan rusuhan 13 Mei, 1969, di ibu kota negara. Musuh politik Lim telah menuduh beliau yang membuat hasutan yang menyebabkan berlaku rusuhan 13 Mei yang berlaku 43 tahun yang lalu, tetapi segelintir ahli penyelidik telah menyalahkan satu perarakan diketuai Umno yang bertolak dari kediaman Datuk Harun Idris, MB Selangor pada masa itu.

Mazlan berkata beliau telah mendengar tentang kejadian tiang bendera yang dikatakan berlaku itu dari seorang bekas timbalan menteri dalam negeri, tetapi berkata diri beliau tidak dapat membuktikan kesahihan kenyataan itu.

"Saya tak mahu cakap pasal benar tak benar tapi saya dimaklumkan oleh seorang bekas timbalan menteri di dalam kementerian dalam negeri (KDN) — nama dia tak perlu disebutlah — yang membaca laporan, ini sensitif laporan ni yang mengatakan Kit Siang kencing (di bawah tiang bendera), dia bacakan.

"Kalau dia bohong saya bohonglah, itu pasal banyak orang mintak, dedahkan semua laporan tentang Mei 13," kata beliau dalam wawancara.

Mazlan juga memberitahu, bekas timbalan menteri KDN itu membaca laporan dalaman polis berhubung dengan tragedi disebut.

"Kit Siang saya tengok dalam blog (beliau), dia buat penafian dia tak ada kat sinilah, dia kat Sabahlah," katanya lagi.

"Mungkin polis mistaken identity (tersilap identiti) saya tak tahulah.

"Tetapi saya dimaklumkan oleh timbalan menteri ini yang Kit Siang kencing dan saya percaya Shuhaimi punya wayang ni berdasarkan pada laporan polis, laporan KDN."
Pengarah filem "Tanda Putera", Datin Paduka Shuhaimi Baba, berkata beliau telah menjelaskan beberapa kali bahawa filem durasi 117-minit itu juga tidak memaparkan mana-mana watak pemimpin DAP sepertimana dikatakan pelbagai pihak, terutama parti politik.

"Terdapat pendakwaan bahawa terdapat watak seorang pemimpin DAP yang terkenal (prominent) dalam filem ini," kata Shuhaimi ketika sidang media pada minggu lalu.

"Kami ingin menegaskan bahawa tiada watak seumpama itu dalam filem 'Tanda Putera'."
Lim sebelum ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan karut dan bohong itu yang telah dipaparkan dalam laman sosial Facebook bagi filem "Tanda Putera" kononnya beliau telah kencing di bawah tiang bendera Selangor di rumah kediaman MB Selangor semasa rusuhan 13 Mei berlaku.

Beliau menjelaskan bahawa tuduhan tersebut tidak masuk akal sama sekali kerana beliau tidak berada di Kuala Lumpur mulai 10 Mei hingga 13 Mei 1969, malah sewaktu rusuhan berlaku kerana berada di Kota Kinabalu.

Mazlan juga meminta semua pihak agar tidak mengungkit kembali kisah silam itu kerana tidak adil bagi ayahnya sudah meninggal dunia.

"Orang macam Datuk Harun dah meninggal, dia tak ada 'chance' (peluang) untuk cerita dia punya version," katanya.

"So kalau kita ungkit benda-benda yang orang kata orang yang mati tak boleh jawab, dalam Islam pun kita rasa tak adillah.

"Macam Kit Siang dia boleh jawab, dia hidup, macam Datuk Harun dia tak boleh jawab."
Di bawah serangan blogger pro-Umno yang telah berterusan menuduh Lim menghasut pertumpahan darah pada 43 tahun yang lalu, pemimpin DAP itu kekal berkata bahawa beliau tidak mungkin boleh menghasut rusuhan di ibu kota kerana beliau "tidak berada di Kuala Lumpur pada 11, 12, dan 13 Mei pada tahun 1969".

Lim juga telah menceritakan versi beliau melalui laman web video Youtube.
Pilihanraya umum 1969 telah melihatkan perikatan yang diketuai Umno, yang pada masa itu dikenali sebagai Parti Perikatan (Alliance), hilang penguasaan majoriti dua pertiga di Parlimen dan undi majoriti buat pertama kali selepas Merdeka.
Kekalahan Parti Perikatan yang memeranjatkan itu kemudian telah diikuti dengan rusuhan etnik yang paling teruk di Malaysia, yang dikatakan telah menyebabkan lebih dari 2,000 kematian.

Lim yang pertama kali bertanding dalam pilihan raya telah menang di kerusi parlimen Kota Melaka pada tahun 1969.

Sebelum itu beliau hanyalah seorang wartawan dan bekas pembantu kepada ahli parlimen Bangsar, Devan Nair, daripada parti PAP.

Beliau, yang masih seorang ahli politik yang baru, ditahan dibawah ISA selepas berlakunya tragedi 13 Mei selama 18 bulan.

Dalam pilihanraya umum 2008, Barisan Nasional (BN) telah mengalami nasib yang serupa seperti Parti Perikatan (Alliance) dalam pilihan raya 1969, iaitu hilang majoriti dua pertiga di Parlimen.

Tetapi BN telah berjaya kekal berkuasa kerana telah mendapat undi majoriti.
Rusuhan 13 Mei telah berulang kali dibangkitkan oleh BN untuk memujuk para pengundi supaya terus menyokong barisan pemerintah itu.

Bulan lalu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dilaporkan memberitahu orang muda di Malaysia supaya bersatu padu untuk mengelakkan satu lagi pergaduhan kaum seperti rusuhan 1969 itu.

Kenyataan beliau itu datang sebelum pilihan raya umum ke-13 yang dijangkakan akan menjadi pertempuran yang paling sengit di antara BN dan pihak pembangkang Pakatan Rakyat (PR).

Tetapi satu gambar yang dipapar di laman rasmi Facebook milik Pemuda Umno Sabtu lalu kelihatan mencadangkan bahawa undian untuk pihak pembangkang Pakatan Rakyat akan menyebabkan Islam diganti oleh agama

Kristian sebagai agama persekutuan. Ini menunjukkan bahawa soal agama masih digunakan untuk menakutkan pengundi dari kalangan orang Melayu-Muslim kerana pilihanraya umum ke-13 yang bakal diadakan.

Poster yang kontroversial itu menyatakan: "Jika anda setuju untuk jadikan KRISTIAN sebagai agama rasmi persekutuan Malaysia, teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat. 'God bless you my son' (Tuhan berkatimu, anakKu)'."

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin telah menafikan pasukan beliau bertanggungjawab untuk memuat naik (upload) poster tersebut, dan juga telah menarik balik poster itu pada hari sama ia dipaparkan.

Tetapi gambar yang diposkan di Facebook itu telah pun mencetuskan perbincangan hangat di Facebook dengan segelintir pengguna Internet menyokong kenyataan itu.
Manakala pengguna Internet lain mengecam tindakan Pemuda Umno itu yang dilihatkan sebagai percubaan untuk mengapi-apikan emosi dan sentiment agama di antara penganut agama Kristian dan Islam sehari sebelum Aidilfitri, antara perayaan terbesar di kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.

http://razali01.blogspot.com/2012/08/jangan-ungkit-lagi-tragedi-13-mei-kata.html

Bas Khas Kerajaan Selangor Untuk PRU13

Posted: 19 Aug 2012 05:19 PM PDT

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini melancarkan sebuah bas khas yang bakal digunakan untuk membantu pemimpin Pakatan Rakyat berkempen secara efektif pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Kos sewa bas berkenaan ditanggung sendiri oleh Abdul Khalid untuk tempoh enam bulan dan akan bergerak ke seluruh Semenanjung Malaysia khusus ke kawasan pedalaman bagi memperkenalkan pemimpin kepada rakyat.

"Inisiatif ini sebenarnya untuk menunjukkan bahawa pakatan pembangkang sudah bersedia menghadapi pilihan raya yang dijangka diadakan pada bila-bila
masa," katanya pada sidang media selepas melancarkan bas berkenaan pada majlis rumah terbuka kerajaan negeri Selangor di sini hari ini.

Beliau berkata, bas tersebut telah digunakan untuk sambutan Aidilfitri hampir seminggu sebelum digunakan untuk kempen politik.

Bas berkenaan boleh membawa sehingga 19 penumpang pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan pentas mini untuk kegunaan ceramah serta sistem audio yang canggih dan lengkap.

Sementara itu, kira-kira 30,000 orang daripada pelbagai lapisan masyarakat mengunjungi rumah terbuka itu sempena Aidilfitri anjuran bersama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).

Antara mereka yang hadir pada majlis yang bermula 11 pagi hingga 3 petang itu ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan barisan anggota exco kerajaan negeri.

-Bernama

Hanya Umno Bebal Saja Yang Percaya Anwar Cakap Macam Nie..

Posted: 19 Aug 2012 09:10 AM PDT

PERUTUSAN KHAS

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Kesejahteraan.

Alhamdulillah kita sedang memasuki fasa terakhir bulan puasa di mana kita akan bergembira kerana beroleh kemenangan pada Hari Raya Aidil Fitri.

Pada tahun ini, saya dan keluarga ingin mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf, dari hujung kaki ke hujung rambut, khususnya kepada YAB Dato' Sri Mohd. Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansur yang saya sebenarnya sangat kenal rapat baik orangnya.

Saya sebenarnya merasa sugul dan berdosa dengan keterlampauan beberapa pihak dalam pasukan kita, di mana dalam usaha kita mengejar kedudukan dan jawatan Perdana Menteri, kita telah jauh pergi hingga memfitnah Datuk Seri Najib dan keluarganya.

Saya ingin mengajak rakan-rakan saya dan jentera pakatan supaya membuat perubahan dengan menghormati institusi kePerdana Menterian yang sekian lama kita warisi.

Jawatan Perdana Menteri adalah khas untuk orang Melayu dan Islam sahaja, bukannya untuk bangsa lain.

Kepada umat Islam di Malaysia, saya turut ingin memohon maaf atas keterlanjuran saya menyokong Israel tempoh hari. Sesungguhnya saya tidak mampu untuk menghalang kehadiran mereka dalam hidup saya, maka dalam keterpaksaan saya perlu mengikuti kemahuan, desakan dan asakan bertubi-tubi mereka.

Sebenarnya saya turut mendapat maklumat yang salah berkenaan kes Altantunya. Saya akui maklumat itu belum boleh disahkan.

Dalam hal Bersih 3.0, saya sangat-sangat menyesal kerana melibatkan kerosakan keharmonian negara.

Sebenarnya, saya tidak pernah bersetuju secara peribadi hal-hal yang sedemikian, melainkan desakan rakan-rakan bukan Islam dalam pakatan.

Sebagai Ketua, saya perlu adil kepada semua dan memenuhi segala keinginan mereka walaupun ianya sebenarnya bertentangan dengan kehendak saya.

PRU13 akan menjelang tidak berapa lama lagi, sekiranya saya tewas kali ini, saya akan kembali ke Amerika Syarikat dan kembali mengajar di universiti di sana.

Kepada rakyat Malaysia, saya akui Datuk Seri Najib adalah seorang pemimpin dan pentadbir yang paling sesuai untuk rakyat Malaysia. "SEBANGSA SEJIWA SENEGARA"

Selamat Hari Raya Aidil Fitri & Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-55 Tahun

Anwar Ibrahim,

Ketua Umum,
Parti Keadilan Rakyat (PKR)

17 Ogos 2012.

Berkaitan : Percubaan Menggodam Blog Dato' Seri Anwar Ibrahim

Habislah Anwar Kali Ini.. !

Posted: 19 Aug 2012 08:18 AM PDT

Sempena Syawal tentu Anwar 'meroyan gila' kerana melihat ramainya manusia ke kediaman PM untuk melihat Rosmah secara lebih dekat. Apatah lagi jamuan raya rumah PM bukan calang-calang.

Sebelum PRU12 dulupun Anwar dah meroyan dah… Semasa itu ramai gila yang mengunjungi Pak Lah. Selepas PRU Pak Lah kantoi la!!

"Beribu-ribu membanjiri kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya pada Ahad bagi meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarga beliau.

Ribuan orang mula beratur di luar Seri Perdana seawal pukul 9 pagi, yang tiba dari seluruh negara malah dari luar negara bagi menghadiri rumah terbuka tahunan Perdana Menteri di sini.

Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor mula menyambut kunjungan orang ramai pada pukul 11 pagi, dan ditemani oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein." -mstarOnline

http://www.ekeleh.com/meroyan-gila-anwar-kali-ini

‘Saya nak isteri saya balik’

Posted: 19 Aug 2012 05:33 AM PDT

REMUK... bahagian depan kereta mangsa hancur selepas bertembung dengan lori ais. Gambar kecil Maisarah.

KOTA BHARU: "Saya nak isteri saya balik," kata Uda Sarimin, 31, suami Maisarah Mohd Ali, 34, yang maut bersama dua anaknya berusia empat dan tujuh tahun dalam nahas ngeri di depan Sekolah Menengah Kebangsaan Pak Badol, Melor, di sini, semalam.

Kesedihan Uda tidak boleh dibendung lagi kerana beberapa jam sebelum kejadian, ketiga-tiga insan tersayang menghantarnya ke lapangan terbang, malah nahas berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi, Maisarah yang memandu Perodua Viva dikatakan gagal memotong kenderaan di depannya sebelum bertembung dengan sebuah lori ais yang datang dari arah bertentangan.

Kemalangan itu mengakibatkan mangsa bersama anaknya, Zakiah Hanim Uda, 4, mati di tempat kejadian manakala anak bongsunya, Rasyidah, 2, meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian akibat cedera parah di kepala.

Anak saudaranya, Aisyah Shakilah Mohd Zukri, 7, cedera parah di kepala serta patah kedua-dua kaki dan menerima rawatan Unit Rawatan Rapi (ICU) HUSM. Pemandu lori, Adnan Jusoh, 38, tidak cedera.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Ab Rahim Che Ghani berkata, kejadian dikatakan berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke kampungnya di Selinsing, Pasir Puteh selepas menghantar suaminya di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa.

"Setiba di tempat kejadian, mangsa dikatakan cuba memotong kenderaan di depannya tanpa menyedari sebuah lori datang dari arah bertentangan.

"Mangsa tidak sempat mengelak lalu merempuh lori," katanya.

Katanya, mangsa dan anaknya berusia tujuh tahun maut di tempat kejadian selepas tersepit di kerusi depan, manakala anaknya berusia dua tahun meninggal dunia di hospital dan anak saudaranya cedera parah.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Sementara itu, seorang saudara mangsa yang enggan dikenali berkata, suami mangsa pulang dari Putrajaya ke Kelantan bersama isteri dan dua anaknya untuk menghantar keluarganya berhari raya dengan kereta sebelum terpaksa pergi ke Johor atas urusan kerja pada hari sama dengan kapal terbang.

"Mereka tiba di kampung jam 2.30 pagi dan tidak tidur sementara menunggu sahur.

"Mangsa bersama dua anak dan seorang anak saudaranya menghantar suami ke lapangan terbang sebelum kemalangan berlaku dalam perjalanan pulang," katanya.

Dalam pada itu, suasana sedih menyelubungi perkarangan bilik mayat HUSM apabila ahli keluarga terdekat, termasuk Uda, datang menuntut mayat isteri dan dua anaknya pada jam 1 tengah hari.

Uda yang kelihatan lemah dan menangis teresak-esak terpaksa diusung dengan kerusi roda sebelum dipapah dan ditenangkan oleh ahli keluarga.

Usaha media mendapatkan komen Uda gagal selepas dia kelihatan masih terkejut dengan kejadian yang menimpa keluarganya.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Azmi Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan jam 9.02 pagi dan tiba di tempat kejadian 10 minit kemudian dengan sebuah jentera dan lima anggota dengan bantuan Bomba Ketereh dan Pasir Puteh.

Harian Metro

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

Posted: 19 Aug 2012 11:21 PM PDT

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

HINA ISLAM, JANGAN DITANYA KEPADA BANGSAT-BANGSAT INI

Posted: 19 Aug 2012 08:15 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

PENGERUSI MCA Selangor, Datuk Donald Lim secara terus terang menentang sebuah negara Islam dan memberikan amaran kepada rakyat Selangor jika mereka tidak mahu kepada Negara Islam termasuk Hukum Hudud, mereka mesti mengelak dari mengundi PR di dalam PRU akan datang.  Kenyataan beliau ini tidak menghairankan kerana Umno tidak pernah menunjukkan minat untuk menegakkan Islam, justeru itu memang sesuai MCA duduk sekelambu dengan Umno.

Kenyataan Pengerusi MCA itu jangan ditanya kepada seekor lebai malang di Kelantan yang baru-baru ini memberi hukum 'Kafir Harbi' kepada DAP, sudah tentu lebai malang ini akan berkata MCA berhak berkata apa jua terhadap Islam kerana MCA adalah sekutu Umno.  DAP lain, kerana DAP adalah sekutu PAS dan PKR dan PAS atau PKR tidak pernah menyumbang kepada pondok lebai malang ini duit sebanyak RM 2 Juta.  Itu bezanya.

Usahkan Hukum Hudud, cita-cita Kerajaan Selangor untuk mengasingkan tempat duduk di antara lelaki dan wanita di dalam panggung wayang ditentang hebat oleh pemimpin MCA ini.  Usaha Kerajaan PR Selangor itu dianggap satu tindakan Islamisasi oleh Kerajaan Negeri dan ini amat tidak disukai oleh MCA.  

Apa komen Umno ? Apa pula fatwa oleh Harussani? Jamil Khir atau Mashitah sudah bisukah?  Lebai malang dari pondok Kelantan itu sudah kekenyangan kah sehingga menjadi ular sawa senyap bila perut telah diisi?  

Wahai Hassan Jati, mengapa diam sedangkan Selangor itu negeri yang kawasannya kamu wakili?  Apa khabar pula Us Nasha?  Perlukah PAS keluar dari PR dan duduk sekelambu dengan Umno dan MCA?  

Usahlah ditanya kepada balaci-balaci ini kerana mereka semuanya bangsat belaka.  

PR HANCUR JIKA ANWAR BERSARA?

Posted: 18 Aug 2012 11:38 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

DI DALAM lepak Google semalam, DS Anwar sekali lagi tegaskan untuk bersara dari politik sekiranya PR gagal di dalam cita-citanya untuk merampas Putrajaya dari Umno/Bn.  Aku yakin kenyataan DS Anwar itu ikhlas dari lubuk hatinya walaupun beliau amat yakin di dalam PRU kali ke 13 nanti rakyat akan menolak Umno/Bn secara total.

Apa pun kenyataan yang dibuat oleh DS Anwar samada ianya dianggap sebagai perang psikologi sekalipun, rakyat tetap istiqomah untuk menukar kerajaan kali ini.  Samada DS Anwar bersama kita atau tidak, musuh kita tetap sama iaitu rejim Umno/Bn.

Di dalam sembang-sembang bersama rakan-rakan dan saudara mara ketika bertemu selepas Solat Eidil Fitri pagi tadi, rata-rata mereka tidak lagi sabar menanti PRU agar riwayat Umno cepat dikuburkan.  Di dalam ertikata lain, tanpa DS Anwar pun Umno tidak akan boleh bernafas lega lagi.

MIMPI SENJA

Posted: 19 Aug 2012 11:03 PM PDT

MIMPI SENJA

Aku Mahu Tinggalkan Dunia Dalam Sujudku

Posted: 19 Aug 2012 08:38 PM PDT

SUATU malam ketika aku sedang nyenyak tidur tiba-tiba aku melihat seolah-olah ayahanda menjelma di hadapanku. Perasaan kasih pada ayahanda tidak dapat ditahan-tahankan lagi, lalu aku berteriak: "Ayah... sudah lama tiada berita dari langit sejak ayahanda tiada!"Waktu itu aku terlalu rindu setelah beberapa hari ayahanda wafat. Ketika aku sedang memanggil-manggil ayahanda, muncul pula para malaikat bersaf-saf lantas menarik tanganku, membawa aku naik ke langit.Apabila aku mendongak temampaklah istana-istana indah yang dikelilingi taman-taman pawana serta anak-anak sungai mengalir saujana mata memandang.Keindahan istana demi istana dan taman demi taman berjajaran di hadapan mata begitu mengasyikkan. Dari celahan pintu-pintu istana tersebut menjelmalah para bidadari seolah-olah patung bernyawa yang sangat jelita, sentiasa tersenyum dan bergelak ketawa. Bidadari itu berkata kepadaku: "Selamat datang wahai makhluk yang diciptakan syurga untuknya, dan kerana ayahanda kamu, kami diciptakan..."Malaikat itu terus membawa aku naik ke langit seterusnya sehingga memasuki sebuah tempat yang dipenuhi istana-istana yang lebih indah daripada sebelumnya. Cahayanya bergemerlapan.Dalam setiap istana itu terdapat rumah-rumah berisi pelbagai perhiasan indah yang belum pernah dilihat mata, tidak terdengar di telinga dan tidak pernah tersirat di hati. Penghuni istana-istana ini sentiasa bergembira, bergelak ketawa dan ceria. Di istana itu terdapat pelbagai kain sutera nipis dan tebal. Juga terdapat selimut-selimut daripada sutera dengan pelbagai warna dan corak.Di atas rak-rak kelihatan pelbagai jenis gelas diperbuat daripada emas dan perak yang sungguh menawan. Pelbagai jenis hidangan makanan, buah-buahan serta air minuman yang lazat dan enak tersedia untuk dimakan. Pemandangan di taman-taman pula sungguh memukau dengan aliran sungai yang warnanya lebih putih daripada susu, rasanya lebih manis daripada madu dan baunya lebih semerbak daripada kesturi.Aku yang kehairanan dan takjub lantas bertanya: "Untuk siapakah tempat-tempat indah sebegini dicipta? Apa nama sungai-sungai yang harum mewangi ini?"Malaikat-malaikat itu menjawab:"Tempat ini adalah Firdaus, tempat paling tinggi dan tiada lagi syurga di atasnya. Syurga Firdaus ini khas untuk singgahsana ayahandamu, semua rasul, nabi, para syuhada dan syiddiqun yang dicintai Allah. Sungai ini bernama al-Kautsar yang telah Allah janjikan kepada ayahandamu."Aku bertanya lagi: "Di mana ayahandaku?"Malaikat-malaikat menjawab: "Sebentar lagi ayahandamu akan datang menjemputmu!"Tidak lama kemudian aku ternampak istana-istana yang sangat putih dan permaidani yang tersangat indah. Tiba-tiba aku sudah berada di atas permaidani yang terbentang di atas singgahsana. Aku ternampak ayahandaku sedang berehat di atas singgahsana tersebut dikelilingi sekelompok orang yang tidak dikenali. Ayahanda menarik tanganku dan mencium dahiku berkali-kali.Ayahanda berkata: "Selamat datang wahai puteriku!"Lalu ayahanda meletakkan aku di atas pangkuannya dan berkata lagi:"Wahai puteriku, tidakkah engkau lihat apa yang telah dijanjikan Allah kepadamu dan yang akan engkau perolehi?"Ayahanda menunjukkan istana-istana yang disaluti bermacam-macam hiasan yang indah menawan serta berkilau-kilauan, saujana mata memandang. Ayahanda berkata: "Inilah tempat tinggalmu, kediaman suamimu, kedua-dua anakmu serta orang-orang yang mencintaimu dan mencintai mereka. Bergembiralah... engkau akan mengikut ayahanda datang ke sini beberapa hari lagi..."Aku berkata: "Kalau begitu senanglah hatiku dan bertambah rindu pada ayahanda."Selepas berjumpa beberapa ketika dengan ayahanda, aku terjaga. Tubuhku menggigil dan terasa takut yang amat sangat. Aku masih teringat-ingat bisikan ayahanda. Aku akan mengikut langkah ayahanda beberapa hari lagi. Aku masih ingat ayahanda berkata perkara yang sama sebelum wafat. Ayahanda pernah membisikkan bahawa akulah orang pertama yang menyahut panggilan Ilahi selepasnya.Sejak hari ayahanda wafat lagi aku selalu menangis dan bersedih. Perasaan sedih makin terasa selepas bermimpi bertemu ayahanda. Aku tahu tidak lamalagi aku akan meninggalkan dunia fana ini untuk bersama ayahanda tercinta di akhirat yang kekal, aman dan sentosa.Aku menceritakan mimpi tersebut pada suamiku dan juga pembantuku Asma binti Umays. Aku beritahu saat ajal hampir tiba. Asma menunjukkan pelepah kurma basah untuk membuat usungan seperti yang dilihat dibuat di Habshah.Aku tersenyum apabila melihat keranda itu. Aku berwasiat supaya jenazahku nanti dikebumikan pada malam hari agar tiada seorang pun yang marah apabila melihat jenazahku. Aku juga meminta suamiku supaya menikahi Umamah, saudara perempuanku. Umamah menyayangi anakku seperti aku menyayangi mereka.Setelah merasa saat ajal hampir tiba aku membawa dua orang anakku menziarah makam ayahanda. Tubuhku terasa sangat lemah untuk memijak. Tapi aku gagahi juga untuk bersembahyang dua rakaat antara mimbar dan makam ayahanda.Tidak lama lagi jasadku akan berpisah dengan roh. Aku akan meninggalkan dua puteraku. Lalu aku peluk dan cium kedua-duanya bertubi-tubi. Sayang, ibumu terpaksa pergi dulu...Selamat tinggal sayangku, puteraku dan suami tercinta. Biarlah aku menghadap Ilahi tanpa tangisan sesiapa. Aku tidak sanggup melihat tangisan puteraku dan suamiku. Biarlah mereka berada di sisi makam ayahanda dan suamiku bersembahyang. Kalau boleh aku mahu tinggalkan dunia ini dalam bersujud pada Ilahi.Aku terus meninggalkan dua puteraku dan membiarkan suamiku bersembahyang di masjid. Aku mengambil ramuan hanuth, sejenis pengawet mayat yang ayahandaku biasa gunakan. Aku siramkan air ramuan itu ke seluruh tubuhku. Kemudian aku memakai kain sisa kapan ayahandaku. Selepas itu sekali lagi aku memanggil Asma binti Umays yang sentiasa mengurus dan merawatku.Pada Asma aku berpesan, "Wahai Asma, perhatikanlah aku. Sekarang aku hendak masuk ke rumah membaringkan tubuhku sekejap. Jika aku tidak keluar, panggillah aku tiga kali dan aku akan menjawab panggilanmu. Tetapi jika aku tidak menjawab, ketahuilah aku telah mengikut jejak langkah ayahandaku!"Setelah sejam berlalu, Asma memanggil-manggil nama wanita itu tetapi tiada sebarang jawapan. Ketika penjaga itu masuk, dia terkejut apabila melihat wanita kurus cengkung itu meninggal dunia dalam sujudnya. Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun...
***********
Aku dalam cerita di atas ialah Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah dengan isteri pertamanya Siti Khadijah. Fatimah meninggal dunia dalam usia 28 tahun setelah 40 hari Rasulullah s,a.w. wafat dan jenazahnya dimakamkan di perkuburan Baqi' di Madinah. Masih adakah wanita solehah seperti Fatimah di zaman moden ini?Sumber: Mastika, Mei 2006

MB Selangor lancar bas khas untuk kempen PRU13

Posted: 19 Aug 2012 09:31 AM PDT

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini melancarkan sebuah bas khas yang bakal digunakan untuk membantu pemimpin Pakatan Rakyat berkempen secara efektif pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Kos sewa bas berkenaan ditanggung sendiri oleh Abdul Khalid untuk tempoh enam bulan dan akan bergerak ke seluruh Semenanjung Malaysia khusus ke kawasan pedalaman bagi memperkenalkan pemimpin kepada rakyat.

"Inisiatif ini sebenarnya untuk menunjukkan bahawa pakatan pembangkang sudah bersedia menghadapi pilihan raya yang dijangka diadakan pada bila-bila
masa," katanya pada sidang media selepas melancarkan bas berkenaan pada majlis rumah terbuka kerajaan negeri Selangor di sini hari ini.

Beliau berkata, bas tersebut telah digunakan untuk sambutan Aidilfitri hampir seminggu sebelum digunakan untuk kempen politik.

Bas berkenaan boleh membawa sehingga 19 penumpang pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan pentas mini untuk kegunaan ceramah serta sistem audio yang canggih dan lengkap.

Sementara itu, kira-kira 30,000 orang daripada pelbagai lapisan masyarakat mengunjungi rumah terbuka itu sempena Aidilfitri anjuran bersama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).

Antara mereka yang hadir pada majlis yang bermula 11 pagi hingga 3 petang itu ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan barisan anggota exco kerajaan negeri. Bernama

".... dan perginya Sabri ketika itu adalah sebagai anak derhaka"

Posted: 19 Aug 2012 01:45 AM PDT

Dari catatan seorang teman... Beberapa bulan yang lalu hati saya tiba-tiba rasa berdebar, cemas, bimbang dan runsing. Perasaan itu datang bukan sekali dua malah terlalu kerap. Ketika memandu pun saya turut diserang rasa yang demikian. Saya cuba dapatkan nasihat doktor. Doktor kata takde apa-apa. Hairan juga..! Sewaktu balik ke kampung, saya bertemu dengan guru mengaji Quran. Saya ceritakan perkara yang saya alami. "Mungkin ada buat silap dengan mak kot. Cuba check,"katanya. saya tersandar seketika. 

Insiden apakah yang boleh membuatkan saya diuji sebegini rupa? Puas saya memikirkannya. Seingat saya, walau ke mana saya hendak pergi dan apa yang saya nak buat, tak pernah saya lupa memberitahu mak. Meminta maaf memang saya jadikan kebiasaan dalam diri. Saya balik ke rumah mak, lalu saya ceritakan peristiwa yang saya alami itu.
Saya pohon padanya, "Mama, Sabri nak tanya dari hati ke hati, adakah Sabri pernah buat dosa dengan mama yang mama tak ampunkan?" "Tak ada apa-apa. Mama restu dengan apa yang Sabri buat sekarang ini." Emak menjawab. Saya masih tak puas hati. Esoknya saya tanya lagi. Mama masih menjawab,"Tak ada apa-apa". 

Saya masih tidak puas hati lagi. Malam itu saya munajat dengan Tuhan minta Allah tunjukkan jalan kebenaran. Hari ketiganya dalam keadaan berteleku, saya mengadap mama sekali lagi. Mama ketika itu sedang berehat di sofa. Saya pandang wajah mama, saya genggam erat tangannya erat-erat, "Mama, Sabri pohon sekali lagi, tolonglah mama luahkan apa yang terbuku di hati mama. Sabri tahu sabri ada buat salah, tapi mama tak nak bagitau." Airmata sudah membasahi pipi. "Tak ada apa-apa" Tingkah mama semula. 

Dalam keluhan yang dalam, ibu tua seakan mahu bersuara tapi terdiam kembali.Akhirnya dia bersuara. "Sabri ada satu kisah yang mama susah nak lupakan dan sesekali ingatan itu datang akan membuatkan hati mama terluka. Kadang-kadang ketika membasuh pinggan, mama boleh menangis tersedu-sedu mengenangkan peristiwa itu. Lukanya amat dalam, masih berbekas hingga sekarang." Saya terkedu. Mama menyambung, "Sabri tentu inagt arwah ayah meninggal ketika adik masih kecil. Tanggungan kita ketika itu sangat berat. Duit pencen ayah memang sedikit dan tak cukup nak tampung hidup kita, Sabri ingat tak?" Mama mula menangis. Saya tunduk. Selepas SPM Sabri ditawarkan menjadi guru sandaran, wang hasil titik peluh Sabri tu mama gunakan untuk perbelanjaan adik-adik. Satu hari Sabri bagitau mama Sabri nak melanjutkan pelajaran. Mama merayu supaya hajat itu ditangguhkan dulu sebab kita kesempitan wang dan minta Sabri terus bekerja.. Berkali-kali Sabri minta dan merayu pada mama nak sambung belajar juga. Akhirnya mama terpaksa melepaskan Sabri belajar dalam hati yang penuh terpaksa.

"Saya benar-benar terkejut. Mama menyambung lagi, "Cuba bayangkan ketika itu kalau mama tak izinkan Sabri pergi, mama rasa Sabri tetap berkeras pergi juga. Dan perginya Sabri ketika itu adalah sebagai anak derhaka!" Saya meraung sepuas-puasnya, terjelepuk lembik di pangkuan mama. Mulai hari ini mama ampunkan semua dosa Sabri. Adik-adik pun dah berjaya. Segala yang terbuku di hati dah habis mama luahkan. Mama harap mama dapat mengadap tuhan dengan hati yang tenang." Ungkapan terakhir mama terasa bagaikan air sungai jernih yang mengalir sejuk ke seluruh urat saraf saya seakan membasuh dosa yang lalu. Badan saya terasa ringan yang amat sangat. Syukur kepada Allah hati saya kembali tenang. Terasa kerja-kerja yang dibuat semakin dibantu Allah. 

Sejak peristiwa itu saya selalu berpesan kepada anak-anak, ahli keluarga dan kawan-kawan agar bersihkan hubungan hati kita dengan ibu kerana ia sebagai jambatan menuju ke syurga. Saya yeng terlibat dalam program motivasi turut menceritakan pengalaman saya ini kepada peserta kursus. Bukan niat di hati untuk berbangga tapi apa yang saya harapkan semua orang dapat berbuat baik dengan ibu, demi kebaikan didunia dan di akhirat.

Suatu hari selepas selesai menyampaikan ceramah di sebuah kem motivasi, saya dicuit oleh seorang pegawai lelaki yang sudah melewati usia 40-an. Ën Sabri, bulan depan telefon saya." Saya kehairanan. Dari sumber yang diketahui, penganjur program memaklumkan lelaki tersebut mengambil cuti seminggu untuk pulang kek kampung. Sebulan kemudian saya menghubunginya dengan telefon."Ën Sabri terima kasih banyak-banyak kerana mengingatkan saya tempoh hari. Kalau tidak saya tak tahulah nasib saya." Suara lelaki itu seakan sebak. Saya bagaikan berteka-teki dengannya. Menurut ceritanya, selepas program tersebut dia terus pulang ke kampung menziarahi ibunya yang sudah terlalu uzur dan sudah sekian lama tidak juga dijengah bertanyakan khabar berita. Sampai di kampung ibu yang uzur itu dipeluk dan dicium. Ibu tua itu kehairanan kerana selama ini si anak tidak pernah berbuat demikian. Dalam tangisan yang penuh syahdu si anak memhon ampun dan maaf di atas segala silapnya selama ini. "Syukur kamu dah insaf. Selama hari ini kamu tidak pernah meminta maaf bersunguh-sungguh. Kamu mungkin jadi nak derhaka kalau mak tak ampunkan dosa kamu yang satu ini. 

Umur mak dah 80 tahun. Selama 50 tahun mak memendam rasa. Dosa yang lain mak boleh ampunkan, tapi dosa yang satu ini mak rasa sungguh berat dan amat tersinggung. Mak terlalu sedih anak yang mak kandung sembilan bulan, anak yang mak kenyangkan perutnya dengan air susu mak ini sanggup mengherdik mak dengan kata-kata 'órang tua *****. Tak ada otak'" Cerita lelaki itu, satu hari dia meminta ibunya membasuh sehelai seluar yang berjenama, dibeli hasil duit gaji pertamanya. Seluar itu terlalu kotor lalu si ibu merendamnya dengan peluntur. Mak gosok dan lipat. 

Beberapa hari kemudian dia mencari seluar itu untuk dipakai bekerja, malangnya seluar mahal itu didapati telah bersopak-sopak warnanya. Lalu dia yang berdarah muda menjadi berang, mengherdik si ibu, "Hei, orang tua *****! Tak ada otak keer? Buta ker? Seluar nih! mahal tau!!" Akhirnya dosa si anak diampunkan.Daripada kedua-dua cerita ini dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa di sebalik ungkapan 'tak ada apa-apa' dari mulut seorang ibu mungkin ada tersimpan 'apa-apa' yang sangat memilukan hati ibu, akibat tingkah laku atau tutur kata kita yang menyinggung hatinya. Jagalah hati ibu, dan sentiasa minta mereka doakan kesejahteraan hidup kita. Sesungguhnya doa dari seorang ibu sangat makbul."?.. dan hendaklah kamu berbuat baik dengan sesungguhnya kepada ibu bapa?.. "Sesungguhnya Allah itu tidak suka kepada orang yang sombong dengan perbuatannya, sombong dengan perkataannya." An-Nisa':36

Akibat pertikai kuasa Allah SWT

Posted: 19 Aug 2012 12:44 AM PDT

Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah.

Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki…. " nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: "Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku?Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai?Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?"

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. " Jika ISLAM itu BENAR, tempatkan bilikku di Neraka, Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali, wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. 

Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.

Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na'uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.

Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul 'alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.

Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu sehingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang tersebut . Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang pemilik yang menjadikan bumi ini.

Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah s.w.t. taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan agar Dia memberikan kekuatan agar kita sentiasa dapat menjaga lidah kita, amin.Kisah ini dikongsikan dan diceritakan bersama oleh sahabat saya sendiri yang berasal di Malaysia dan kini berada di perantauan sana - [sumber]