CINA ISLAM (林川興) Posted: 26 May 2012 01:24 AM PDT Terima Kasih Utusan! Posted: 25 May 2012 08:15 PM PDT 5 Rejab 1433H. [MOD] -
Tabung Pilihanraya PAS Shah Alam
Friday, May 25, 2012
Terima Kasih Utusan! Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Utusan Melayu (Malaysia) Berhad kerana menjadi penyumbang terbanyak kepada Tabung Pilihanraya PAS Shah Alam setakat ini iaitu sebanyak RM60,000. Pihak kami juga sedang mengusahakan sumbangan dari YB Hamidah (Perak) dan Novandri (Penang), yang mana kes tersebut akan didengar tidak lama lagi.
WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD
Berkaitan: Mahkamah rayuan kekalkan keputusan, Utusan diarah bayar Khalid Samad
| Amukan 'yob pasior' londeh pekung busuk Umno Posted: 25 May 2012 08:00 PM PDT 5 Rejab 1433H. [MOD] -
Isunya hanyalah berpunca daripada orang kuat Umno, yang mengamuk kerana tidak dapat projek pasir. Dalam loghat Perak pasir disebut 'pasior'.
Di Selangor suatu ketika, Umno cuba memburuk-burukkan kerajaan Pakatan Rakyat dalam isu pasir, tetapi gagal. Akhirnya mereka hanya menjadi 'beruk-beruk yang menggoyangkan pokok', seperti kata Khairy Jamaluddin satu ketika dulu.
Umno jadi malu, apabila seorang pengusaha pasir yang merupakan Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Kampar, Zamhuri Md Zin, mengamuk memaki hamun Umno dan kerajaan BN Perak, pimpinan Dato' Seri Zambry Abdul Kadir.
Zamhuri marah kerana sokongannya kepada Umno selama hampir tiga dekad, tidak memudahkan beliau mendapat projek pasir.
Jadi, untuk melepaskan geram, beliau marahkan kerajaan negeri Perak dan berlakon konon-kononnya memarahi Zambry menerusi telefon, walaupun dikhabarkan, akhirnya pecah rahsia, beliau sekadar berlakon dan bukannya menghubungi Zambry pun.
Apa pun, Zamhuri layak digelar 'Yob Pasior' oleh rakyat Perak kerana begitu lantang menuntut projek pasir.
Ceritanya, beberapa hari selepas mengamuk memaki hamun partinya, isytihar keluar daripada Umno dan mengisytihar diri menyokong DAP, Zamhuri kembali memohon maaf kepada seluruh kepimpinan Umno di atas tindak tanduk beliau.
Kedua-dua video mengenai amukan dan permohonan maaf Zamhuri, boleh dimuat turun menerusi laman Youtube.
Soal mengapa beliau memohon maaf dan kembali kepada Umno, apa benda yang beliau dapat, hanya beliau yang tahu.
Namun, seperti kebanyakan penyangak-penyangak Umno lain, mereka bergaduh sesama sendiri dalam Umno-BN, Pakatan Rakyat pula yang menjadi 'ulam' , untuk dipersalahkan.
Teman menyentuh mengenai Zamhuri, bukan kerana hendak membalas keceluparannya, bukan juga kerana bencikan beliau.
Tetapi bagi teman, beliau adalah jelmaan manifestasi pelaksana, pendukung dan pemimpin Umno yang hipokrit, hidup mereka hanya mengejar projek, dengan menyandarkan perjuangan atas nama Melayu-Islam. Orang Perak kata spesies 'mangkuk hayun' macam inilah yang harus ditolak rakyat.
Zamhuri adalah bukti, mereka-mereka dalam Umno, bukan pejuang Melayu tulen. Mereka adalah insan haprak yang merebut kuasa untuk kepentingan diri, mengumpul sebanyak mana kekayaan dengan amalan rasuah yang amat jijik.
Zamhuri bukan calang-calang orang di Perak. Selain Naib Ketua Pemuda bahagian, beliau juga Ketua Cawangan dan Bendahari Pilihan Raya Umno Kampar.
Lagi hebat, beliau adalah kakitangan kerajaan dengan Gred N48. Satu lagi persoalan yang timbul, inilah dia kerja Umno, menggunakan jawatan dalam kerajaan untuk mendapatkan projek pasir dan lain-lain.
Boleh atau tidak kakitangan kerajaan berniaga dan mendapat projek dari kerajaan? Beliau harus disiasat nama syarikat dan dibongkar apa kepentingannya dan dalam konteks ini, boleh disabitkan dengan penyalahgunaan kuasa dan kepentingan.
Jika beliau menyalahgunakan kuasa, Zamhuri boleh dianggap lebih kurang macam perangai Ketua Wanita Umno, Dato' Seri Shahrizat Jalil yang terbabit dalam skandal NFC. Caranya sama, amaun saja berbeza.
Jika kita melihat amukannya di laman Youtube Jumaat lalu, Zamhuri dengan loghat pekat Peraknya mengamuk selama lebih tujuh minit. Dengan jelas Zamhuri sendiri yang meminta amukkannya dimasukkan ke dalam Youtube.
Zamhuri ketika itu, mengisytiharkan keluar daripada Umno setelah lebih 27 tahun bersama parti itu dan menyatakan hasrat untuk menyertai DAP.
Zamhuri berkata, tindakan tersebut diambil kerana parti yang telah memerintah lebih 50 tahun itu gagal menjaga orang Melayu dan tidak lagi relevan.
Jelas suaranya, memaki hamun beberapa orang yang cuba memujuknya, termasuk Setiausaha Umno Bahagian Kampar, Zainal Abidin Selamat yang berada di situ.
Termasuk yang menjadi mangsa hamunannya ialah Ketua Umno Bahagian Kampar, Dato' Mohd Radzi Manan, yang dikatakan cuba memujuk beliau.
Jelas di laman Youtube apabila telefon bimbitnya berdering (dipercayai dari Dato' Radzi), Zamhuri mengamuk sambil menjawab telefon dengan mengatakan:
"Dato' Radzi telefon aku. Saya tekad hari ni Dato', apa jadi pun hari ni saya tekad..hidup DAP. Dato' kerajaan Umno-BN tak boleh tolong orang Melayu baik masuk parti lain Dato'."
Selepas Zamhuri mencampakkan telefon ke atas meja, sambil dipujuk beberapa orang. Zamhuri tidak mempedulikan mereka.
Disambung amukannnya, "Ha tengok sampai seluruh Perak menelefon. Baru nak menolong. Nak bagi rasuah baru dapat, nak menyembah rupe (serupa) ini..ha tolong aaa (menyembah cara Cina beribadat)," laungnya, dalam loghat Perak yang pekat.
"Ini semua rasuah. Nak kawteem, nak ajak karaoke, nak ajak makan, nak bagi rasuah, nak bagi amoi, aku kabo ke kome (beritahu kamu), nak bawa (amoi) dari Siam baru seronok hati
"Minta cara betul semua tak boleh, nak sogok baru boleh," tibai Zamhuri.
Malah beliau melaungkan takbir seraya berkata, "Allahu akbar! Saya sokong tukar kerajaan, Allahu akbar!
Hahaha..itulah drama pendek pencacai Umno yang berjaya melondehkan imej kotor, jijik dan nista Umno di Perak, dan juga di seluruh negara.
Orang kata morale of the story, kalau nak dapat projek kerajaan Umno, mesti bagi rasuah duit dan betina.
Kepada orang Perak, eloklah deme pikior balik daripada menyokong Umno ni. Teman idak le menuduh ape-ape, yang menuduh Umno jahat, kaki rasuah, kaki betine dan menyundal ni adalah Zamhuri si yob pasior.
Ate..itulah kerojenya deme tu. Gune nama Melayu-Islam, tapi menyundal dari 'atas perut hingga ke bawah perut.' Kongkali kong betul.
Umno Perak, silalah.. ambillah Zamhuri balik, Pakatan Rakyat tak sior (mahu) pun dia, teman tak semawa, dia yang terkinja-kinja. Alahai yob, 'nasi dah jadi bubur.'
harakahdaily/- | Mayat bayi dalam periuk Posted: 25 May 2012 07:42 PM PDT 5 Rejab 1433H. [MOD] -
BATU PAHAT – Sepasang suami isteri yang panik mencari anak hilang, terkejut dan bingung apabila anaknya ditemui dalam periuk di rumah mereka di Kampung Sri Ladang, Rengit, Jumaat lalu dalam keadaan tidak bernyawa.
Bayi malang berusia dua bulan itu, Asyraful Iskandar Mohd Noor, ketika ditemui polis, berada dalam periuk dalam kabinet dapur.
Bapa bayi itu, Mohd Noor Salleh, 58, berkata, pada hari kejadian jam 8 pagi, Iskandar tidur dalam buaian, malah dia sempat menjenguk anaknya sebelum keluar ke klinik.
"Pagi itu, sebelum ke Klinik Kesihatan Sri Merlong untuk ambil ujian tekanan darah, saya sempat menjenguk Iskandar.
"Bagaimanapun, sewaktu pulang ke rumah sejam kemudian, jenayah Mohd Noor menunjukkan kabinet di mana mayat bayinya, Asyraful Iskandar ditemui dalam sebuah periuk. isteri kelam-kabut memberitahu Iskandar hilang dari dalam buaiannya," katanya.
Menurut Mohd Noor, isterinya, Zarinah Dahalan, 42, memberitahu, dia sedang membuai Iskandar dan bangun meninggalkan bayi itu seketika untuk memasak.
"Apabila isteri saya kembali ke buaian, dia lihat Iskandar tiada di situ," katanya.
Mohd Noor lantas memaklumkan kepada jiran untuk sama-sama mencari anaknya.
"Puas saya bertanya dengan semua jiran dan mencari Iskandar di merata-rata tempat, namun tidak berhasil.
"Setelah menemui jalan buntu, saya buat laporan berhubung kehilangan Iskandar di Balai Polis Rengit pada hari sama jam 11 pagi," katanya
Menurutnya, sepasukan anggota termasuk pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat kemudian tiba di rumah sebelum memeriksa setiap bahagian.
"Semasa pemeriksaan lanjut dibuat, polis menemui Iskandar dalam periuk yang diletakkan dalam kabinet di bahagian bawah ruang dapur.
"Ketika itu bayi kami sudah meninggal dunia. Mayat Iskandar dihantar ke Hospital Batu Pahat untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, beliau mengesahkan kejadian berkenaan.
"Berdasarkan bedah siasat pada mayat Iskandar, tiada kesan mencurigakan ditemui dan polis mengklasifikasikan kes ini sebagai kematian mengejut," katanya.
Dalam pada itu, Zarinah ketika ditemui Sinar Harian masih lagi trauma dan enggan ditemu ramah. Iskandar, anak bongsu pasangan berkenaan mempunyai seorang lagi abang berusia 15 tahun, namun dia tidak berada di rumah pada masa kejadian kerana berada di sekolah.
Jenazah Iskandar selamat dikebumikan pada keesokan harinya.
sinar harian/- | Calon Ikhwan tunggu lawan pusingan ke-2 pilihan raya Posted: 25 May 2012 07:34 PM PDT 5 Rejab 1433H. [MOD] -
KAHERAH: Calon Ikhwanul Muslimin, Mohammed Morsi, layak ke pusingan kedua pilihan raya presiden Mesir, menurut keputusan awal pilihan raya pertama Mesir, semalam.
Beliau kini menunggu pencabarnya bagi pengundian pusingan ke-2 antara bekas Perdana Menteri ketika pemerintahan Hosni Mubarak, Ahmed Shafiq atau Hamdeen Sabahi, tokoh berhaluan kiri.
Menjelang tengah hari semalam, proses pengiraan undi selesai di 20 daripada 27 wilayah negara itu walaupun pekerja masih mengumpul kertas undian daripada bandar raya terbesar Mesir, Kaherah dan Giza serta Iskandariah.
Morsi mendahului dengan 28 peratus undian setakat ini, menurut akhbar Al-Masry Al-Youm, yang mengumpulkan laporan daripada alat pengiraan. Ia berkemungkinan melayakkan beliau memasuki pusingan kedua.
Namun, persaingan untuk tempat kedua masih sengit. Shafiq memperoleh 21 peratus undian setakat ini, manakala calon Sabahi, mendapat 20 peratus. Ikhwanul Muslimin dalam satu kenyataan berkata Shafiq akan menentang Morsi dalam pusingan kedua.
Sabahi, yang menyifatkan dirinya sempena nasionalis, ideologi sosiologi bekas Presiden Gamal Abdel-Nasser, muncul sebagai calon kejutan dalam pengundian selama dua hari itu.
Dalam pelbagai kiraan bebas yang dibuat, calon sederhana, Abdel-Moneim Abolfotoh yang dilihat sebagai seorang lagi calon alternatif, di tempat keempat dan bekas Menteri Luar, Amr Moussa, di tangga kelima.
Akhbar melaporkan, 50 peratus penduduk keluar mengundi di kalangan 50 juta pengundi yang layak berbuat demikian walaupun suruhan jaya pilihan raya belum menyiarkan angka rasmi.
Pusingan kedua akan diadakan pada 16 hingga 17 Jun ini, menyaksikan persaingan dua calon teratas daripada pusingan pertama pilihan raya yang diadakan kelmarin dan Rabu lalu. Pemenang akan diumumkan pada 21 Jun. – AP | Habis satu badan digigit Posted: 25 May 2012 07:07 PM PDT 5 Rejab 1433H. [MOD] -
TRAUMA...Heng (tengah) dan anggota keluarga kanak-kanak terbabit menenangkan mangsa di HRPB, semalam.
IPOH: Perbuatan zalim seorang ibu mendera anak perempuan berusia dua tahun dengan menggigit seluruh tubuh dan kaki mangsa hingga dipenuhi parut serta lebam terbongkar apabila bapanya yang berusia 49 tahun membawa mangsa ke klinik berhampiran Ahad lalu bagi mendapatkan rawatan selepas mendapati rambut anaknya itu gugur tanpa sebab.
Mangsa yang tinggal di Chui Chak di Langkap, Teluk Intan, diseksa ibunya yang juga suri rumah warga Vietnam berusia 25 tahun yang turut dipercayai menumbuk dan mencucuh tubuh mangsa dengan objek panas.
Suspek sengaja menyorokkan kecederaan mangsa dengan memakaikan anaknya itu pakaian labuh.
Difahamkan, bapa mangsa seorang pekebun sayur bimbang jika anak bongsunya itu menghidap penyakit berbahaya sebelum masalah itu dirujuk ke klinik kesihatan berdekatan.
Hasil pemeriksaan doktor mendapati seluruh tubuh mangsa dipenuhi kesan lebam baru dan lama yang dipercayai didera dengan teruk.
metro/- | Kempen bantah pakai seksi di UAE Posted: 25 May 2012 06:30 PM PDT 5 Rejab 1433H. [MOD] -
Seorang pelancong asing yang memakai bikini berdiri berhampiran sepasang rakyat tempatan yang berpurdah di sebuah pantai di Dubai, pada 21 Mei lalu. - AFP ABU DHABI 25 Mei - Dua wanita tempatan mencetuskan fenomena tersendiri apabila mewujudkan kempen secara dalam talian bagi menentang wanita berpakaian seksi di khalayak awam di Emiriyah Arab Bersatu (UAE).
Hanan al-Rayyes dan Asma al-Muheiri berkata, mereka melancarkan 'kempen kod berpakaian UAE' bagi menyemarakkan rasa hormat kepada budaya tempatan di kalangan orang luar dan meningkatkan kesedaran mengenai apa yang dimahukan penduduk di sini mengenai sikap serta etika berpakaian.
Dua wanita itu tidak bersetuju seandainya penduduk yang berasal dari negara Barat dan berjuta-juta pelancong yang mengunjungi UAE setiap tahun berpakaian terdedah serta bercium di khalayak awam, yang bertentangan dengan budaya dan ajaran Islam.
"Saya pernah melihat ada wanita di kompleks membeli-belah memakai seluar pendek dan dia kelihatan sangat tidak sopan," kata Asma dan Hanan yang melancarkan kempen tersebut dalam laman Twitter, bulan lalu.
Menurut mereka, papan notis di pintu masuk ke kompleks di negara ini biasanya memberi amaran kepada pelawat agar berpakaian sopan, namun garis panduan tersebut sering diabaikan.
Asma berkata, beliau pernah melaporkan mengenai sikap seorang wanita yang berpakaian seksi kepada pihak pengurusan kompleks, namun jawapan yang diberi mendukacitakan.
Kecewa dengan keadaan itu, beliau menyatakannya dalam laman Twitter miliknya dan ramai menyatakan sokongan agar sesuatu dilakukan.
Bagi Asma dan penyokongnya, orang luar yang datang ke UAE patut menghormati budaya tempatan dan sekiranya mereka gagal melakukannya, mereka patut didenda.
Laman #UAEdresscode yang dibangunkan Asma menerima pelbagai reaksi, ada yang menyokong dan ada juga sebaliknya. - AFP | Teleskop paling canggih di Australia, Afrika Selatan Posted: 25 May 2012 06:00 PM PDT 5 Rejab 1433H. [MOD] -
AMSTERDAM 26 Mei - Australia dan Afrika Selatan akan menjadi lokasi pembinaan teleskop paling canggih di dunia, lapor konsortium saintifik Square Kilometre Array (SKA) semalam.
"Kami membuat keputusan untuk menjadikan Australia dan Afrika Selatan sebagai lokasi pembinaan teleskop tersebut, sekali gus menjadikan kedua-dua negara itu sebagai 'pemantau global'," kata Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah SKA, John Womersly.
Para saintis berharap teleskop berkenaan dapat mencari jawapan mengenai misteri angkasa lepas termasuk mengkaji kehidupan di planet lain. - AFP | Enam pelombong maut tanah runtuh Posted: 25 May 2012 05:30 PM PDT 5 Rejab 1433H. [MOD] -
JAKARTA 26 Mei - Sekurang-kurangnya enam pelombong emas haram mati tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Gunung Pilar, daerah kecil Jasinga, Bogor, Jawa Barat, semalam.
Ketua Bidang Pengurusan Bencana Daerah Bogor, Budi Aksomo berkata, seramai 20 pelombong berada di kawasan kejadian ketika insiden tersebut berlaku.
"Pada masa ini pasukan mencari dan menyelamat masih menjalankan operasi di tempat kejadian," katanya sambil tidak menolak kemungkinan jumlah korban akan terus meningkat.
Hujan lebat secara berterusan dipercayai menjadi punca kepada insiden tersebut. - BERNAMA | Malulah sikit, kita sudah 54 tahun merdeka - Tamrin Posted: 25 May 2012 01:23 AM PDT 4 Rejab 1433H. [MOD] - MELAKA: Vateran Umno, Tamrin Ghafar kesal dengan tindakan partinya itu yang sejak kebelakangan ini menggunakan samseng untuk mengganggu ceramah Pakatan Rakyat. "Malulah sikit dengan tindakan samseng baling batu, telur dan lain-lain, kita sudah merdeka lebih dari 54 tahun, takkan masih nak mengamalkan politik macam ini". "Saya seru pemimpin Umno supaya bertindak matang dan bukan kebudak-budakan macam ini" tegasnya yang merupakan anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba. Beliau berkata demikian pada ceramah anjuran Majlis Tindakan Dun Ayer Molek di sini malam tadi. Sementara itu Tamrin berkata, beliau rela dipecat dari Umno demi menegakkan kebenaran dan menentang penyelewengan. "Saya masih ahli Umno, saya rela dipecat dari Umno demi rakyat, demi menegakkan kebenaran dan menentang penyelewengan," ujarnya yang juga bekas Pengerusi MARA. "Umno ibarat kereta yang rosak dan buruk, saya seorang mekanik baiki yang mana skru longgar dan goyang," katanya. Harakah Daily | Ceramah PAS: Johor kini bukan Johor dulu Posted: 25 May 2012 01:20 AM PDT 4 Rejab 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 25 Mac: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, jumlah ribuan hadirin dalam ceramah-ceramah PAS di kawasan-kawasan Melayu semakin menjadi perkara biasa di Johor kerana Johor kini bukan lagi Johor dulu di mana puluhan orang sahaja hadiri ceramah PAS. Lebih memberangsangkan, katanya, ialah apabila mereka yang hadir itu terdiri dari penduduk tempatan. "Kecuali majlis-majlis khas yang besar di mana mungkin ahli-ahli PAS dari seluruh Johor hadir beramai-ramai, kehadiran adalah dari penduduk tempatan. "Maknanya, kalau 1,000 yang hadir ceramah-ceramah kita, hampir semuanya adalah penduduk tempatan," kata Salahuddin. Bagi beliau, apa yang berlaku itu membuktikan PAS dan Pakatan Rakyat (PR) semakin mendapat sambutan di kalangan masyarakat Melayu di negeri itu. "Dulu, Umno bukan sahaja tak pandang langsung kita, malah memperlekehkan. "Hari ini, ada pemimpin tertinggi Umno yang berucap menyatakan akan mempertahankan Johor (dari PR)," katanya. Mengenai sambutan di kalangan masyarakat Cina pula, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, Umno sendiri semakin merasai bahangnya. "Tak manis kita sendiri yang membuat dakwaan tetapi ada yang menyatakan pengundi-pengundi Cina di Johor akan menyebabkan parti itu sakit teruk. "Bekas Presiden MCA (Ling Liong Sik) sendiri menjangkakan BN (Barisan Nasional) mungkin akan kehilangan sejumlah sokongan di Johor. "Saya yakin perkataan sejumlah yang digunakan oleh Liong Sik itu merujuk kepada masyarakat Cina," kata Salahuddin. Sebab itulah, kata beliau, ada yang menumpukan kempen yang lebih agresif di kawasan-kawasan Melayu. Pandangan Salahuddin itu diakui oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. "Saya selalu beritahu kawan-kawan bahawa dahulu memang benar pandangan yang menyatakan majlis ceramah (menjadi keutamaan) nombor lapan di Johor. "Tetapi sekarang, ceramah mungkin sudah jadi nombor satu," katanya. Mohamad memberitahu, baru-baru ini beliau ditugaskan berceramah di dua kawasan yang berdekatan di Johor pada malam yang sama. "Kehadiran di kedua-dua kawasan itu berjumlah ribuan orang," katanya. Beliau juga bersetuju dengan pandangan Salahuddin bahawa hampir semua yang hadir adalah penduduk tempatan. "Zaman orang PAS pergi beramai-ramai berpuluh-puluh batu semata-mata kerana hendak mendengar ceramah seperti tahun lapan puluhan dahulu sudah berlalu. "Sekarang yang datang hampir semua orang tempatan dan saya berani kata sebahagian besarnya bukan ahli PAS pun," kata Mohamad lagi. Harakah Daily | Johor sedia untuk buat perubahan besar Posted: 25 May 2012 01:18 AM PDT 4 Rejab 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Johor kini bukan lagi Johor dulu di mana puluhan orang sahaja hadiri ceramah PAS. (Salahudin memimpin usaha PAS untuk membebaskan Johor dari kekangan BN) Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, jumlah ribuan hadirin dalam ceramah-ceramah PAS di kawasan-kawasan Melayu semakin menjadi perkara biasa di Johor. Lebih memberansangkan, katanya, ialah apabila mereka yang hadir itu terdiri dari penduduk tempatan. "Kecuali majlis-majlis khas yang besar di mana mungkin ahli-ahli PAS dari seluruh Johor hadir beramai-ramai, kehadiran adalah dari penduduk tempatan. "Maknanya, kalau 1,000 yang hadir ceramah-ceramah kita, hampir semuanya adalah penduduk tempatan," kata Salahuddin. Bagi beliau, apa yang berlaku itu membuktikan PAS dan Pakatan Rakyat (PR) semakin mendapat sambutan di kalangan masyarakat Melayu di negeri itu. "Dulu, Umno bukan sahaja tak pandang langsung kita, malah memperlekehkan. "Hari ini, ada pemimpin tertinggi Umno yang berucap menyatakan akan mempertahankan Johor (dari PR)," katanya. Mengenai sambutan di kalangan masyarakat Cina pula, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, Umno sendiri semakin merasai bahangnya. "Tak manis kita sendiri yang membuat dakwaan tetapi ada yang menyatakan pengundi-pengundi Cina di Johor akan menyebabkan parti itu sakit teruk. "Bekas Presiden MCA (Ling Liong Sik) sendiri menjangkakan BN (Barisan Nasional) mungkin akan kehilangan sejumlah sokongan di Johor. "Saya yakin perkataan sejumlah yang digunakan oleh Liong Sik itu merujuk kepada masyarakat Cina," kata Salahuddin. Sebab itulah, kata beliau, ada yang menumpukan kempen yang lebih agresif di kawasan-kawasan Melayu. Pandangan Salahuddin itu diakui oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. "Saya selalu beritahu kawan-kawan bahawa dahulu memang benar pandangan yang menyatakan majlis ceramah (menjadi keutamaan) nombor lapan di Johor. "Tetapi sekarang, ceramah mungkin sudah jadi nombor satu," katanya. Mohamad memberitahu, baru-baru ini beliau ditugaskan berceramah di dua kawasan yang berdekatan di Johor pada malam yang sama. "Kehadiran di kedua-dua kawasan itu berjumlah ribuan orang," katanya. Beliau juga bersetuju dengan pandangan Salahuddin bahawa hampir semua yang hadir adalah penduduk tempatan. "Zaman orang PAS pergi beramai-ramai berpuluh-puluh batu semata-mata kerana hendak mendengar ceramah seperti tahun lapan puluhan dahulu sudah berlalu. "Sekarang yang datang hampir semua orang tempatan dan saya berani kata sebahagian besarnya bukan ahli PAS pun," kata Mohamad lagi. Harakah Daily | |
Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor Posted: 25 May 2012 07:18 PM PDT |
DUN CHINI Posted: 25 May 2012 07:05 PM PDT |
PAS Cawangan Serkam Darat Posted: 25 May 2012 07:05 PM PDT |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 25 May 2012 03:43 PM PDT JPJ JUAL NOMBOR BUKAN BARU MALAH REKOD BARU! Posted: 25 May 2012 12:27 AM PDT WWW 1 catat sejarah dibida RM520,000
KUALA LUMPUR 24 Mei - Seperti dijangka, nombor pendaftaran kenderaan popular WWW 1 berjaya mencipta rekod baru dalam sejarah bidaan nombor plat kenderaan di negara ini apabila dibida pada harga RM520,000.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, ia mengatasi nombor pendaftaran MCA 1 yang dijual pada harga RM300,100 tahun lalu.
Menurutnya, keseluruhan bidaan bagi nombor WWW pula berjumlah RM64,225,838 dengan nombor WWW 333 mencatatkan bilangan pembida tertinggi iaitu seramai 84 orang.
"Pada asasnya, semua nombor seperti nombor menarik, popular atau nombor biasa tetapi mungkin mempunyai nilai sentimental atau maksud tertentu kepada pembida telah habis dibida," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut Cho Ha, pihaknya tidak menyangka mendapat sambutan luar jangkaan terhadap permohonan nombor pendaftaran kenderaan siri 'WWW' iaitu sebanyak 18,243 permohonan sepanjang tempoh bidaan dibuka bermula 30 April hingga 14 Mei lalu. | PENANGAN SAMAN , TIMBALAN MENTERI PELAJARAN SETUJU LUAR MAHKAMAH Posted: 24 May 2012 10:04 PM PDT Anwar, Wee selesai di luar mahkamah kes saman RM10juta Kedua-dua pihak dalam saman fitnah RM10 juta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong telah mencapai persetujuan supaya kes itu diselesaikan di luar mahkamah. Hakim Mahkamah Tinggi Rosilah Yop merekodkan penyelesaian itu di dalam kamar dengan kehadiran peguam yang mewakili Anwar, J.Leela, dan Datuk Ben Chan yang mewakili Wee. Mengulas perkara itu, Leela berkata kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan saman itu di luar mahkamah, dan dengan itu Anwar telah menarik balik saman itu. "Terma penyelesaian adalah rahsia dan tiada perintah dikeluarkan berkaitan dengan kos," katanya dan menurutnya pihak yang terlibat telah membincangkan mengenai penyelesaian itu sejak beberapa minggu lepas.
Mahkamah pada awalnya menetapkan 10-12 September untuk mendengar saman itu. Pada 18 April, 2008, Anwar memfailkan saman itu mendakwa Wee telah mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah semasa timbalan menteri itu berkempen dalam satu ceramah dalam pilihan raya kecil Machap pada 2007. Anwar mendakwa kenyataan memfitnah itu terkandung dalam artikel bertajuk 'Parties at their last leg of campaigning' yang disiarkan dalam portal berita proPembangkang. Anwar mendakwa kenyataan berbuar fitnah oleh Wee adalah berniat jahat. Wee, dalam pernyataan balasnya, menafikan mengeluarkan kenyataan memfitnah itu seperti didakwa. 4:47PM Mei 24 2012 - Bernama | KAMU NI MANUSIA KE ? WAHAI 'BINATANG' YANG BUKAN PENYOKONG PAKATAN RAKYAT ! Posted: 24 May 2012 06:18 PM PDT Ceramah PKR Lembah Pantai dicemari balingan curi dengan objek keras batu dan telur serta perkhidmatan lektrik dipotong. KUALA LUMPUR 24 Mei : Ceramah PKR di perkarangan pangsapuri di Lembah Pantai di sini menjadi kecoh apabila beberapa individu membaling batu, telur dan botol air ke arah hadirin yang berkumpul untuk mendengar ucapan daripada pemimpin kanan parti itu. Seorang penonton ceramah yang diadakan di dalam perkarangan flat Pantai Permai, cedera selepas terkena batu yang dilemparkan daripada arah yang tidak diketahui. Beliau dikejarkan ke hospital oleh petugas PKR. Beberapa penonton lain terkena lemparan telur sejurus selepas Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar memulakan ucapannya pada kira-kira pukul 10.30 malam. Serangan telur tersebut bermula sejurus bekalan elektrik kepada khemah ceramah itu dipotong dan keadaan menjadi gelap. Peralatan Krew TVSelangor yang berada dilokasi tersebut untuk tujuan siaran langsung juga terkena serpihan telur yang dilemparkan. Nurul Izzah, yang juga MP Lembah Pantai, dilihat memujuk beberapa penonton ceramah yang memaki hamun Umno kerana tindakan sabotaj tersebut, supaya bertenang dan bersabar. Setelah beberapa minit, bekalan elektrik ceramah itu dapat disambung semula. Nurul Izzah di dalam ucapannya berkata provokasi tersebut diadakan kerana Umno-BN takut akan kehadiran Pakatan. "Masa saya berkempen dulu, tidak pernah seteruk ini, mereka boleh buat jahat tetapi ingatlah, rakyat akan bangkit lawan kejahatan ini. "Umno-BN patut malu kerana melakukan provokasi sebegini, kita tidak akan takut tetapi mereka yang takut, " katanya. Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohd Atkin juga menyeru individu-individu yang membaling batu dan telur tersebut agar memberhentikan tindakan mereka. "Saya mintak Pemuda Umno supaya jangan bertindak sedemikian. Hormati hak kita untuk berucap seperti kita hormati hak kamu untuk berucap. "Berucaplah sekuat-kuat hati tetapi jangan sampai buat macam ini (bertindak ganas)," Shamsul Iskandar berkata. Ceramah PKR yang bertemakan "Halatuju Politik dan Ekonomi Negara" turut memuatkan majlis penyampaian hadiah pelajar cemerlang Ujian Penilaian Menegah Rendah oleh Nurul Izzah. Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden PKR Tian Chua turut memberi ucapan pada malam itu. Suasana bermula tegang dari pukul 8 malam ekoran sebuah lagi ceramah Umno-BN yang telah diadakan berhampiran tapak ceramah PKR. Wartawan TVSelangor berkata beberapa kumpulan mat rempit yang berkeliaran di jalan ke flat tersebut bertindak membunyikan enjin motosikal mereka dengan kuat untuk menganggu ucapan. Jalan ke flat Pantai Permai juga dikepong oleh pemuda yang dipercayai aktivis Umno-BN berbaju merah yang cuba menakut-nakutkan pengguna kenderaan dengan mengajukan banner perkataan kesat dan mengibar bendera Umno. | |
Pemuda PAS Wangsa Maju Posted: 25 May 2012 03:40 PM PDT MD SAID TUMPANG AGIH DUIT ZAKAT AGROBANK Posted: 25 May 2012 02:05 AM PDT Memandangkan duit Ihsan Terengganu hampir susut maka suatu Majlis Penyerahan Zakat Tahunan 2011 dari Agrobank di Terengganu akan diadakan pada Ahad ini 27 Mei 2012. Majlis tersebut akan disempurnakan oleh MB Terengganu yang tak reti malu Ahmad Said.... | "BAPA KAFIR" - BANTAHAN PEMUDA PAS DEPAN NST Posted: 25 May 2012 01:08 AM PDT (MK) Kira-kira 70 penyokong Pemuda PAS hari ini berhimpun di hadapan ibupejabat News Strait Times di Bangsar kerana membantah penyiaran laporan berita yang menggelar Mursyidul Amnya Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai bapa kafir. Sambil menuntut supaya akhbar berkenaan menarik balik laporan tersebut dan membuat permohonan maaf, mereka mengadakan gimik dengan memijak dan mengoyak akhbar berkenaan. Perhimpunan selama lebih 30 minit bermula jam 2 petang itu, diketuai Setiausaha Pemuda PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil dan turut disertai beberapa exco Pemuda termasuk Kamaruzaman Mohamad dan Mohd Sany Hamzan. "Berita itu tidak dapat diterima oleh PAS dan umat Islam," kata Khairul Faizi dalam uacapannya sambil diiringi laungan "jahanam NST" dan "boikot NST". Menurutnya lagi, sekiranya akhbar berkenaan enggan berbuat demikian, pihaknya mengancam untuk membakar akhbar itu dalam perhimpunan PAS pada 1 Jun ini di Kedah. Sebelum itu, mereka berarak daripada Masjid Abu Bakar, Bangsar, selepas solat Jumaat, sebelum berhimpun di hadapan syarikat akhbar berkenaan. Mereka membawa poster antaranya tertulis: "Damn You NST" dan "Boikot NST". | ANJING-ANJING UMNO BELAKANG-BELAKANG BERANI LA... Posted: 24 May 2012 06:19 PM PDT Batu dan telur berterbangan lagi di ceramah Pakatan Rakyat malam ini, mengakibatkan seorang warga emas cedera di kepalanya. Insiden itu berlaku kira-kira jam 11 malam ketika Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berucap di satu majlis ceramah di Apartmen Pantai Permai, Kuala Lumpur, yang terletak dalam kawasan parlimen PKR di Pantai Dalam. Menurut saksi, batu itu dibaling dari kawasan ceramah Umno di kuarters Dewan Bandaraya Raya Kuala Lumpur (DBKL) Pantai Dalam yang terletak bersebelahan. Ia berlaku kira-kira 30 minit selepas bekalan elektrik ke majlis ceramah itu didakwa telah disabotaj dan disambung semula secara tergesa-gesa. Bagaimanapun, keadaan di majlis ceramah itu tenang dan Anwar meneruskan ucapannya. Sebelum itu, kira-kira 9 malam, kira-kira 80 orang yang berpakaian baju-T merah, berkumpul di luar tempat Anwar berceramah, sambil melaungkan "Tibai (Tolak individu Bernama Anwar Ibrahim)." Ini adalah kali kedua dalam tempoh seminggu di mana ceramah Pakatan menjadi sasaran balingan batu dan telur. Sebelum ini ia berlaku di Merlimau, Melaka pada hari Sabtu. Dalam insiden itu, warga emas yang menjadi mangsa itu diusung penyokong yang lain dari tapak ceramah dan dibawa ke hospital dalam keadaan separa sedar. Ekoran insiden itu, penyokong PKR berarak ke arah penyokong Umno yang berdiri berhampiran pagar kuarters DBKL dan kedua-dua penyokong hanya dipisahkan pagar di Kuarters DBKL Pantai Permai. Polis yang berada di tapak ceramah cuba mengawal keadaan namun penyokong PKR yang kini hanya beberapa meter dari penyokong Umno terus dibaling telur dan botol air mineral dari arah penyokong Umno. Di pentas ceramah Umno, menyaksikan personaliti kontroversi Ummi Hafilda Ali menghiasi pentas ceramah yang berjaya menarik kira-kira 200 orang pendengar. Ummi tidak berceramah secara berterusan tetapi menunggu penceramah di pihak PKR bercakap sesuatu isu dan kemudian membidasnya secara spontan - dengan pembesar suara dihalakan ke arah tapak ceramah PKR. Sementara itu, seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, Nurul Balqis turut terkena lontaran batu sebesar kira-kira penumbuk tangan sewaktu Anwar berucap. Menurut ibunya, Adita Ketek, klinik yang memeriksa anaknya memintanya membawa Nurul Balqis ke hospital untuk pemeriksaan lanjut kerana dikhuatiri patah tangan akibat insiden itu. Ceramah berakhir dengan bacaan doa dari Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad sekitar jam 12 malam. ~ malaysiakini | BINI GILA FB HAMPIR JADI MANGSA PARANG SUAMI Posted: 24 May 2012 05:47 PM PDT GOMBAK: Gara-gara sering melayari laman sosial, seorang isteri menerima nasib malang apabila dibelasah suami kerana disyaki menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain ketika melayari Internet berkenaan di rumah mereka di Selayang, di sini. Ketika kejadian kira-kira jam 6 pagi kelmarin, mangsa yang berusia 29 tahun baru terjaga daripada tidur sebelum mendapati suaminya berusia 30-an tiada di bilik. Mangsa mencarinya di ruang tamu dan terkejut apabila mendapati suaminya itu sedang mengasah parang. Menurut sumber, mangsa yang pelik dengan sikap suaminya itu cuba menegur namun dimarahi dan dihambur kata-kata kesat, malah dituduh berlaku curang. "Terkejut dengan sikap suaminya, mangsa cuba menenangkan lelaki itu dan memberitahu dia tidak pernah berlaku curang. .... ganas-ganas orang Hasan Ali.... | LAWAN TETAP LAWAN : MARIA CHIN Posted: 24 May 2012 05:34 PM PDT Kerajaan persekutuan telah menfailkan saman terhadap jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 untuk kerosakan yang dikatakan berjumlah RM122,000 yang ditanggung semasa perhimpunan yang dianjur oleh gerakan reformasi pilihan raya pada 28 April. Sepuluh pemimpin Bersih, yang diketuai Datuk Ambiga Sreenevasan, merupakan pihak pertama yang didakwa untuk kerosakan di bawah Akta Perhimpunan Aman, kurang dari sebulan selepas perlaksanaan undang-undang baru ini yang bertujuan untuk membenarkan perhimpunan awam "selari dengan norma antarabangsa". "Kita sudah sedia untuk membela kes ini.....Kita telah jumpa banyak peguam yang bersedia untuk mengambil kes kita." Pengerusi bersama Bersih itu berkata para penyokong serta jirannya telah pun mula mengumpul dana, dan mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana "memberi sokongan untuk apa yang bakal dihadapi kita". "Kita akan menjawab tuduhan di mahkamah," beliau memberitahu wartawan. Ambiga juga berkata bahawa hanya dua dari sepuluh ahli jawatankuasa pemandu Bersih telah disampaikan writ dan pernyataan tuntutan. "Hanya saya dan Maria (Chin Abdullah) telah disampaikan dengan surat itu. Lapan defendan yang lain tidak (disampaikan writ)," beliau berkata. Kedua-dua pemimpin itu berkata pelan Bersih 2.0 yang lebih terperinci lagi akan diumumkan minggu depan. | |
Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil Posted: 25 May 2012 01:01 PM PDT Pemuda PAS Bukit Katil mengajak para pemuda menghayati bulan Rejab. Posted: 24 May 2012 06:00 PM PDT Kini telah masuk bulan Rejab. Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil mengajak semua umat Islam terutama para pemuda untu sama-sama menghayati bulan Rejab ini.
Jika dilihat kembali kepada sejarah, banyak peristiwa yang berlaku pada bulan Rejab iaitu : 1.Hijrah Pertama umat islam ke Habsyah (Ethopia) 2. Isra' dan Mi'raj 3. Perang Tabuk iaitu pertempuran antara umat islam dan tentera rom 4. Pembebasan Baitul-Muqaddis oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi 5. Lahirnya Imam Syafie RH. Berkat bulan Rejab ini juga diambil oleh PAS untuk peristiwa penting sebelum PRU 13 iaitu XPRESI HIJAU ANAK MUDA KE PUTRAJAYA di Kedah.
Ayuh sama-sama pemuda PAS untuk menegakkan keadilan dan membebaskan Malaysia daripada kezaliman Umno dan Barisan Nasional.
| |
Dupahang's Weblog Posted: 25 May 2012 11:37 AM PDT Kejahilan, Ulamak Jahat dan Pemerintah Zalim Adalah Cabaran Perjuangan Islam Posted: 24 May 2012 05:37 PM PDT MARANG – Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Tuan Guru Dato' Ustaz Harun Taib mengingatkan umat Islam bahawa perjuangan menegakkan Islam di negara ini menghadapi beberapa cabaran yang perlu diatasi untuk mencapai kejayaan dunia dan akhirat Katanya, terdapat empat cabaran utama iaitu menghadapi golongan yang tidak faham Islam, ulama' dunia, penguasa dalam masyarakat dan musuh tradisi [...] | Suami, isteri dan laman sosial Posted: 24 May 2012 05:30 PM PDT Salam ustaz, saya seorang suami. Saya amat berbesar hati sekiranya ustaz dapat memberikan saya jawapan dan penjelasan atas soalan-soalan saya di bawah: 1. Sekiranya seorang isteri mempunyai akaun jaringan sosial seperti facebook, yahoo messenger, email peribadi dan seumpamanya, patutkah seorang isteri tersebut memberikan akses kepada akaun-akaun tersebut kepada suaminya agar dapat berkongsi sama melihat [...] | |
Batu Gajah Mari Posted: 25 May 2012 11:35 AM PDT |
Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai Posted: 25 May 2012 11:21 AM PDT Selamat Tinggal Umno!!! Posted: 24 May 2012 09:31 PM PDT | Ahli Umno Diminta Tinggalkan BN Dan Sokong Pakatan Rakyat Posted: 24 May 2012 04:40 PM PDT KEMAMAN – Sekurang-kurangya enam puluh peratus warga Malaysia berketurunan Cina akan memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum yang ke-13 akan datang, yang akan membawa kemenangan kepada Pakatan rakyat dan menguasai Putrajaya. (updated video) Perkara tersebut dinyatakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Pulai, Perak, Chan Ming Kai ketika berucap pada majlis ceramah Himpunan Selamat Tinggal Umno yang diadakan di Dataran Tok Guru, Geliga semalam Rabu 23 Mei. Anggota Angkatan Muda Keadilan itu berkata demikian setelah beliau melihat sokongan masyarakat Cina kepada perhimpunan Bersih 3.0 dan jelajah yang dilakukannya ke seluruh negeri-negeri di Semenanjung. "Lebih 50% dari ratusan ribu yang hadir memberikan sokongan kepada Bersih 3.0 adalah orang-orang Cina terutamanya golongan muda, "selepas saya menjelajah kepada negeri-negeri dari Perlis hingga ke Johor dan sekarang ke Terengganu, ini lah saat dan peluangnya kita membuat perubahan menyokong mana-mana calon Pakatan Rakyat,"ujarnya. Sehubungan itu, Penolong Setiausaha PAS Terengganu Haji Hanafiah Mat menyeru supaya ahli-ahli Umno meninggalkan Barisan Nasional (BN) dan menyokong PAS serta Pakatan Rakyat. Katanya, Umno dan BN bukan parti yang boleh membela nasib rakyat, bahkan ahli-ahli Umno sendiri turut menerima nasib yang buruk. "hari ini telah menyaksikan, kerajaan Umno dan Barisan Nasional tidak mampu membela nasib rakyat, hatta ahli-ahli Umno sendiri, "kejadian menyodok dan memusnahkan tempat pembaikian kapal (dock) milik ahli Umno dibawah jambatan sungai Kemaman bukti yang cukup jelas,"ujarnya ketika ditemui selepas ceramah tersebut. Menurut Haji Hanafiah yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Chukai, pemilik 'dock' terbabit telah bertemu dengan beliau dalam Majlis Makan Malam bersama Masyarakat Cina yang diadakan pada sebelah petangnya [Gambar kanan].Sementara itu, Ahli Parlimen DAP Rasah Anthony Loke Siew Fok mengesahkan parti itu tidak akan meletakkan calonnya untuk brtanding di negeri Terengganu pada pilihanraya akan datang. Beliau yang turut menyampaikan ceramah dalam majlis tersebut menegaskan slogan DAP Ganti PAS adalah propaganda Umno dan Barisan Nasional yang takut kehilangan kuasa. "Dia (Umno) kata kalau Umno kalah Pakatan Rakyat menang, maka orang Umno akan kehilangan kuasa politik orang Melayu akan hilang segala-galanya…….ini cakap-cakap yang bodoh, "kerana kalau Umno kalah bukannya orang Melayu yang kalah, yang hilang kuasa adalah Umno…… kalau di Terengganu kalau Umno kalah yang akan jadi Menteri Besar kemungkinan adalah Haji Wahid Endut bukan Lim Kit Siang, "bukannya DAP kerana DAP tidak bertanding di negeri Terengganu,"jelasnya yang juga Anggota Jawatankuasa Pusat DAP. Turut hadir dan berucap dalam kedua-dua majlis, Makan malam bersama masyarakat Cina dan ceramah sempena Himpunan Selamat tinggal Umno semalam adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut. | |
Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan Posted: 25 May 2012 11:10 AM PDT Pemuda PAS himpun depan NST desak minta maaf Posted: 25 May 2012 04:21 AM PDT (Pemuda PAS berhimpun membuat bantahan depan NST hari ini) KUALA LUMPUR: Hampir 100 Pemuda PAS berarak ke pejabat akhbar New Strait Times (NST) hari ini bagi membantah laporan akhbar berkenaan yang mendakwa "Nik Aziz bapak kafir". Mereka medesak agar NST memohon maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataan yang menghina dan melabelkan Mursyidul Am PAS. Berkata kepada pemberita, Ketua Pemuda PAS Wialayah Persekutuan, Kamaruzzaman Muhammad menjelaskan himpunan bantahan hari ini dilakukan adalah susulan terhadap memorandum yang dihantar pada Rabu lepas. "Kita hadir hari ini menyatakan ketidak puashatian kita terhadap apa yang dinyatakan oleh akhbar NST bahawa kenyataan tersebut adalah sahih dan tidak perlu menarik balik. "Hari ini secara jelas kita mendesak agar NST bertanggungjawab sepenuhnya apa yang telah disiarkan, kita mahu NST memohon maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataan tersebut," jelasnya. Sebelum itu, hampir 100 pemuda PAS berhimpun di hadapan pintu masuk bangunan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) sebagai tindakan membantah tuduhan yang dilemparkan oleh Menteri Besar Kelantan itu. Mereka berarak daripada Masjid Abu Bakar, Bangsar, selepas solat Jumaat, sebelum berhimpun di hadapan syarikat akhbar berkenaan. Tambah Kamaruzzaman lagi, beberapa langkah akan diambil terhadap akhbar NST jika mereka terus berdiam diri serta tidak mahu mengambil tindakkan seperti mana yang kita mahukan. "Kita akan boikot akhbar kesemua akhbar yang berada di bawah NSTP, dalam pada itu kita akan turut meminta akan syarikat-syarikat pengeluar produk tidak mengiklankan produk mereka di dalam akhbar terbitan NSTP. "Malah kita akan juga memboikot produk-produk yang diiklankan di dalam akhbar tersebut," sambungnya lagi. Sementara itu, Pengarah pilihan Raya DPPM, Mohd Sany Hamzan sewatu ucapannya menegaskan jika NST tidak tampil memohon maaf serta menarik balik kenyataan tersebut, "Kami akan datang lagi dan kali ini dengan lebih ramai lagi." Menurutnya lagi, kenyataan yang dikeluarkan itu bersikap biadap serta jijik dan tidak bertanggungjawab. Lebih kurang 30 orang anggota polis turut mengawal keadaan di sekitar bangunan NSTP tersebut. | Bawa bendera PAS, Jalur Gemilang ke Alor Setar Posted: 25 May 2012 04:20 AM PDT KUALA LUMPUR: PAS mengarahkan semua ahlinya yang akan ke Himpunan Hijau ke Putrajaya 1 Jun ini agar membawa bendera PAS dan Jalur Gemilang kecil bersama mereka. Ia bertujuan untuk membolehkan semua peserta perhimpunan ini mengibarkannya sepanjang perhimpunan raksaksa di Alor Setar ini. "Hanya bendera kecil di benarkan. Jika bendera besar, ia akan menganggu majlis pula," kata Datuk Mahfuz Omar, Pengarah himpunan ini. Mahfuz juga berkata, bendera PAS dan Jalur Gemilang ini juga akan dijual di perkarangan stadium untuk orang ramai. "Sebahagian akan kita berikan percuma. Namun ia tidaklah cukup untuk semua orang," kata beliau kepada Harakahdaily. Semua pemimpin dan ahli PAS akan berhimpun di Stadium darul Aman, Alor Setar 1 Jun ini. Perhimpunan akan bermula jam 4.30 petang itu akan dipenuhi dengan pelbagai acara. Pada sebelah paginya, pertemuan tertutup antara pimpinan utama PAS akan diadakan. Di majlis itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan memberikan taklimat kepada mereka. Penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus, pelakon dan penulis lagu Bob Lokman, penyanyi Aishah dan Sastrawan Negara, Datuk A Samad Said akan menyerikan perhimpunan ini. Pada sebelah malamnya pula akan didakan majlis ceramah perdana dengan disertai oleh hampir semua pimpinan utama PAS. Ia bakal disertai oleh beberapa ahli baru PAS termasuk Datuk Fauzi Shaari, bekas Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman. | Samseng: PKR tuntut penjelasan Nong Chik Posted: 25 May 2012 04:19 AM PDT PETALING JAYA: PKR hari ini menuntut penjelasan daripada Ketua Bahagian Umno Lembah Pantai Dato Raja Nong Chik berhubung serangan terhadap ceramah parti itu di Apartmen Pantai Permai malam tadi. Naib ketuanya Nurul Izzah Anwar berkata, selain Nong Chik, Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak serta Ketua Pemudanya Khairy Jamaluddin juga perlu bertanggungjawab atas insiden itu. "Sekiranya mereka tidak melakukan sedemikian, maka Umno telah melampaui batas. "Semua tindakan kekerasan ini merupakan tidak lain tidak bukan suatu deklarasi perang terhadap rakyat, yang memberi restu untuk menyerang rakyat dan membunuh demokrasi," katanya pada sidang media di ibu Pejabat PKR di sini tengah hari tadi. Dalam insiden 11 malam tadi, penyokong Umno yang berada di majlis ceramah mereka di kuarters Dewan Bandaraya Raya Kuala Lumpur (DBKL) Pantai Dalam didakwa membalik batu dan telur ke kawasan ceramah Pakatan Rakyat yang terletak berhampiran. Ketika Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berucap. Ekoran insiden itu, seorang warga emas cedera di kepalanya manakala seorang kanak-kanak juga didakwa cedera dan dikhuatiri patah tangan. Selain itu, tayar kereta milik Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang diletakkan berdekatan tapak ceramah juga didakwa ditoreh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Menurut Nurul Izzah lagi, beberapa pegawainya juga turut diugut sebelum dan sewaktu program ceramah tersebut berlangsung. "Cukup jelas bahawa tindakan samseng Umno yang mana telah mengadakan ceramah di dalam kawasan kuarters Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang hanya berjarak 100 meter dari ceramah PKR adalah suatu tindakan provokasi yang cukup tidak bertanggungjawab. "PKR mengesa pihak polis untuk menyiasat insiden ini dan juga insiden-insiden seumpamanya dengan sepenuhnya agar mereka yang tidak bertanggungjawab dapat dibawa ke muka pengadilan," katanya. | Malulah sikit, kita sudah 54 tahun merdeka - Tamrin Posted: 25 May 2012 04:18 AM PDT MELAKA: Vateran Umno, Tamrin Ghafar kesal dengan tindakan partinya itu yang sejak kebelakangan ini menggunakan samseng untuk mengganggu ceramah Pakatan Rakyat.
"Malulah sikit dengan tindakan samseng baling batu, telur dan lain-lain, kita sudah merdeka lebih dari 54 tahun, takkan masih nak mengamalkan politik macam ini".
"Saya seru pemimpin Umno supaya bertindak matang dan bukan kebudak-budakan macam ini" tegasnya yang merupakan anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba.
Beliau berkata demikian pada ceramah anjuran Majlis Tindakan Dun Ayer Molek di sini malam tadi.
Sementara itu Tamrin berkata, beliau rela dipecat dari Umno demi menegakkan kebenaran dan menentang penyelewengan.
"Saya masih ahli Umno, saya rela dipecat dari Umno demi rakyat, demi menegakkan kebenaran dan menentang penyelewengan," ujarnya yang juga bekas Pengerusi MARA.
"Umno ibarat kereta yang rosak dan buruk, saya seorang mekanik baiki yang mana skru longgar dan goyang," katanya. | Debat: Adnan kekalkan imej 'penakut' Najib Posted: 25 May 2012 04:17 AM PDT KUALA LUMPUR: Pandangan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa Datuk Seri Najib Razak tak perlu berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya mengekalkan imej Najib sebagai seorang penakut.
Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Riduan Mohd Nor, debat dengan Anwar Ibrahim adalah peluang terbaik bagi Najib untuk bukan sahaja menaikkan sokongan terhadap dirinya malah untuk BN secara keseluruhan.
"Sepatutnya Datuk Tengku Adnan mengesyorkan kepada bosnya supaya menerima pelawaan debat ini kerana inilah peluang perdana menteri untuk meningkatkan graf sokongan dan populariti dirinya dan BN.
"Sejarah akan mencatat DS Najib adalah perdana menteri paling 'gentleman' dan berjiwa besar sehingga sanggup duduk sepentas bersama pemimpin pembangkang demi untuk rakyat," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau mengulas kenyataan Adnan semalam bahawa Najib tidak perlu berdebat dengan Anwar seperti yang dicadangkan oleh Dr Mazlee Malik ketika menjadi moderator Debat PTPTN antara Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dengan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli kelmarin.
Menurut Adnan, pembangkang apatah lagi Anwar akan sengaja dalam debat itu nanti untuk mencetuskan suatu keadaan untuk mendapatkan 'mileage' politik.
Mengulas lanjut Riduan berkata, alasan penolakan debat oleh Adnan itu hanya helah dan menunjukkan bahawa BN tidak matang berpolitik dan takut menghadapi realiti.
Sedangkan katanya, debat antara Rafizi dan Khairy kelmarin membuktikan secara jelas bahawa tiada sebarang kekecohan ataupun 'tercetusnya suatu keadaan untuk mendapatkan mileage politik' seperti diperkatakan Adnan.
Masing-masing kata Riduan telah berjaya membuktikan hujah masing-masing secara akademik dan fakta yang bernas.
"Jika PM mempunyai banyak idea dan gagasan untuk pembangunan rakyat, apa salahnya dia berdebat bagi membuktikan BN lebih baik daripada Pakatan Rakyat.
"Malangnya, Umno melepaskan peluang ini dan memilih menjadi gerombolan yang elit, sombong dan tidak disenangi rakyat," katanya. | Samseng: Umno makin takut hadapi PRU13 Posted: 25 May 2012 04:16 AM PDT KUALA LUMPUR: Tindakan samseng termasuk penyokong Umno mengganggu program Pakatan Rakyat sejak akhir-akhir ini memperlihatkan betapa tukutnya mereka berdepan pilihan raya umum ke-13 nanti. Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad berkata, Umno kini sedar bahawa rakyat kini semakin ramai menyokong Pakatan dan menolak Umno. (Gambar: Seorang hadirin terkena lontaran batu pada majls malam tadi. Foto Khaulah)Ekoran itu katanya, tidak mustahil mereka sanggup menggupah samseng untuk mengganggu Pakatan Rakyat dari menyampaikan maklumat kepada masyarakat. "Bila kata demokrasi, hormatilah hak kumpulan lain nak bagi penerangan kepada rakyat. "Tindakan ini tak hormat rakyat, tak nak rakyat pilih dengan bebas, tapi paksa rakyat pilih dia sahaja," katanya ketika dihubungi Harakahdaily Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas serangan balingan batu dan telur terhadap ceramah Pakatan Rakyat di Pantai Dalam malam tadi. Khalid turut hadir malam tadi dan membaca doa mengakhiri majlis. Insiden berlaku kira-kira jam 11 malam tadi, ketika Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berucap di satu majlis ceramah di Apartmen Pantai Permai. Menurut saksi, batu itu dibaling dari kawasan ceramah Umno di kuarters Dewan Bandaraya Raya Kuala Lumpur (DBKL) Pantai Dalam yang terletak bersebelahan. Ekoran insiden itu, seorang warga emas cedera di kepalanya manakala seorang kanak-kanak juga didakwa cedera di tangan dan dikhuatiri patah. "Mereka sedar rakyat dah tolak, jadi mereka ugut dengan samseng. "Tindakan ini hanya mengesahkan lagi tanggapan bahawa Umno ini merosakkan negara dan perlu ditukar," katanya yang juga AJK PAS Pusat. | Shahrul, lelaki di belakang Kelantan Fiesta 2010 Posted: 25 May 2012 04:15 AM PDT KUALA LUMPUR: Rupa-rupanya pemimpin utama anak muda yang menyerang rumah Datuk S Ambiga semalam adalah CEO Red Carpet, syarikat pengurusan program yang kantul akibat kegagalan 'Karnival Kelantan Fiesta 2010' selepas diserang ribut. Shahrul Nasrun Kamarudin yang memimpin sekumpulan remaja ke rumah Ambiga semalam, sebelum ini pernah dilaporkan keluar dengan pelakon yang juga janda anak bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Nora Danish. "Dia pendajjal yang membela golongan murtad dan LGBT (Golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender)," Shahrul didengar bertempik di depan rumah S Ambiga, Pengerusi bersama Bersih semalam sebelum menyerahkan memorandum. Sebelum ini, satu persatu Harakahdaily mendedahkan siapakah di belakang penyerang rumah Ambiga. Antaranya pemimpin 'senaman punggung', Datuk (palsu) Mohd. Ali Baharom yang mengaku membeli gelaran datuk dengan harga RM250,000 manakala Datuk Jamal Md Yunus adalah tauke Restoran Sekinchan Ikan Bakar yang sedang menghadapi masalah dengan restorannya itu. (Kelantan Fiesta 2010 yang gagal selepas diserang ribut) Nama Shahrul Nasrum yang memimpin satu NGO yang bernama 'Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia' mula timbul selepas 'Karnival Kelantan Fiesta 2010' gagal dan memalukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Program yang dibuat pada tahun 2010 di perkarangan Stadium Sultan Mohamad ke 1V itu gagal sepenuhnya sehingga Pengerusi Umno Kelantan terpaksa menggunakan 'loud heller' untuk bercakap dengan beberapa tetamu yang hadir selepas kawasan perhimpunan di serang ribut. Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah dilarang oleh pihak penganjur dari menyertai majlis itu. Lebih menjijikkan lagi, sumbangan kerajaan negeri sebanyak RM200,000 untuk menjayakan program itu dihantar kembali oleh pihak penganjur. Tuanku Sultan Kelantan juga telah membatalkan penyertaannya ke majlis itu selepas 'gagal mematuhi protokol' yang ditetapkan istana. Program yang sepatutnya disiar secara langsung oleh RTM itu dibatalkan begitu sahaja. Kini Shahrul datang dan memekik perkataan yang tidak sewajarnya diucapkan kepada seorang bukan Islam di negara ini di samping membuat bising di kawasan yang dianggap elit itu. | Ahli sendiri pun Umno tidak percaya Posted: 25 May 2012 04:14 AM PDT Kalau tidak silap saya pada hari Isnin yang lepas, Mahathir telah mengingatkan ahli-ahli UMNO di Kedah yang Melayu akan hilang segala-galanya jika UMNO ditewaskan dalam pilihanraya yang akan datang ini. Kata beliau yang Melayu akan hilang kuasa politik mereka jika UMNO tidak lagi memegang tampuk kuasa setelah ditolak oleh orang Melayu. Tetapi Mahathir tidak langsung menyentuh kenapa orang Melayu sudah ramai yang menolak UMNO itu. Setiap perkara yang berlaku mesti bersebab dan perubahan kepada sikap orang Melayu terhadap UMNO itu pun bersebab. Perubahan tidak berlaku begitu sahaja tanpa sebab-sebab yang besar. Orang Melayu bukan mudah untuk berubah, tetapi kenapa mereka kini berubah? UMNO sepatutnya memandang ke dalam diri mereka untuk mencari masalah dan penyebabnya. Kalau kali ini Mahathir berubah pun tentu bersebab. Kalau dalam pilihanraya yang lepas Mahathir membelakangkan UMNO dengan keluar dari parti itu, mesti ada sebab yang tersendiri. Semasa itu Mahathir menyeru rakyat memilih calon, jangan memilih parti. Kali ini beliau menyeru orang ramai memilih sesiapa juga yang diturunkan oleh parti. Jadi kita berhak untuk memilih nasihat yang mana satu yang kita mahu ikut: nasihat beliau semasa pilihanraya yang lalu atau nasihat beliau yang sekarang ini? Jika rakyat tidak mahu mendengar nasihat beliau lagi pun semestinya ada sebab. Hanya Mahathir tidak sedar yang rakyat sudah terlalu keliru dengan sikap beliau yang sentiasa bertukar-tukar (flip-flop) arah pandangannya setiap kali piliharaya umum tiba. Tiada 'consistency' dan tiada perjuangan dan itu juga bersebab. Ramai yang berjumpa dengan saya meminta saya memberikan komen tentang sikap Mahathir pada hari ini, tetapi saya hanya menjawab saya tidak faham kerana Mahathir hanya berjuang untuk apa yang beliau ingin untuk berlaku dan tidak ada kena mengena dengan perjuangan Melayu dan rakyat yang ramai. Kalau beliau keluar dari UMNO dahulu kononnya untuk memprotes kepimpinan Abdullah Badawi kita tidak nampak sekarang ini kenapa beliau tidak keluar kerana kekalutan UMNO di bawah Najib sekarang adalah jauh lebih teruk daripada Abdullah Badawi. Tetapi hakikatnya ramai yang tahu sebabnya. Mahathir akan mengamuk jika mana-mana PM selepasnya tidak melayan kehendak politik peribadi beliau. Beliau merasakan beliau adalah pemimpin yang mesti diikuti oleh pemimpin selepas beliau kerana beliau merasakan seorang yang hebat dan mampu 'berjalan di atas air' dan perlu disembah dan dipuja. Oleh kerana Abdullah Badawi itu degil orangnya walaupun apabila berjalan pijak semut pun tidak mati. Beliau tidak melayan kehendak Mahathir…itu sebab Mahathir keluar dari UMNO dan terus mensabotaj UMNO dalam pilihanraya yang lalu. Beliau berkata, "jangan pilih parti, kita mesti pilih calon". Tetapi di Alor Setar Isnin lalu, beliau mahukan semua pemimpin dan ahli UMNO melakukan seperti 'aku janji' supaya jangan mensabotaj calon-calon UMNO dan beliau seolah-olah telah mengugut ahli-ahli UMNO dengan tekanan yang kuat ke atas ahli-ahli parti itu yang mereka akan menghadapi tindakan jika melakukan sabotaj terhadap parti. Apa yang UMNO boleh lakukan jika ahli-ahlinya melakukan sabotaj terhadapnya dalam pilihanraya nanti? Jika UMNO ingin mengambil tindakan terhadap ahli-ahli UMNO yang mensabotaj parti dalam pilihanraya yang lalu ia terpaksa mengambil tindakan terhadap 1.5 juta ahlinya yang telah mengundi pembangkang di dalam pilihanraya itu. Inilah masalahnya jika sesebuah parti itu mengumpulkan keahlian yang berjuta-juta orang. Seorang pemimpin UMNO selalu berkata kepada saya, "The huge number of memberships in UMNO will sink the party as it has to accept the scum and the useless members in it altogether." Apabila keahlian begitu ramai maka ia mewujudkan banyak cawangan dan di cawangan-cawangan dan peti-peti undi yang banyak inilah bermulanya perpecahan parti. Di peti-peti undi inilah ahli-ahli UMNO keluar parti semasa memilih parti-parti alternatif yang menawarkan pencalonan mereka. Jika Mahathir meminta ahli-ahli UMNO tidak mensabotaj parti itu merupakan nasihat yang sudah pasti tidak akan dituruti oleh mereka di peti-peti undi. Keluarga yang besar dan anak yang terlalu ramai selalunya akan menghadapi masalah mentadbir mereka kerana kehendak dan ragam anak-anak itu berbagai-bagai macam. Kata-kata Mahathir di Kedah itu membayangkan yang UMNO sudah tidak percaya kepada ahli-ahlinya sendiri. Kalau dahulu mereka membesarkan keahlian parti kerana tidak yakin dengan sokongan orang ramai, sekarang UMNO sudah tidak yakin kepada ahli-ahlinya sendiri. Nampaknya budaya bai'ah dan bersumpah sudah menjadi perkara biasa dalam UMNO kerana parti itu sedang menghadapi krisis keyakinan di antara pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli mereka. Jika perasaan curiga terhadap ahli mereka sendiri ini begitu tebal, bagaimanalah orang ramai hendak meningkatkan keyakinan terhadap UMNO yang sudah terlalu uzur dan tempang itu. Saling tidak mempercayai di antara mereka itulah yang menjadi 'immediate cause' yang akan menjatuhkan parti itu dalam PRU yang akan datang. Saya agak hairan kenapa Mahathir tidak berdaya untuk menyatukan kembali orang Melayu sekarang ini. Lazimnya jika seseorang itu mahir memecahkan Melayu dalam sesuatu masa dia akan mampu menyatukannya kembali. Kalau dahulu Mahathir boleh memecahkan ahli-ahli UMNO dan pada bila-bila masa sahaja beliau boleh menyatukan mereka kembali, kenapa sekarang beliau tidak lagi boleh melakukannya? Kenapa sekarang beliau terpaksa mengeluarkan kata-kata ugutan pula? Pendeknya, UMNO tidak percaya yang ahli-ahlinya akan memberikan sokongan kepada parti itu. Oleh itu kita sekarang sedar bahawa keahlian yang ramai itu diharapkan akan mengundi UMNO kerana parti ini tidak percaya kepada pengundi yang bukan ahli. Tetapi sekarang Melayu telah sedar yang bukan ahli tidak diyakini oleh UMNO, tetapi yang lebih merunsingkan UMNO ialah ahli-ahlinya sendiri pun turut tidak dipercayai oleh pimpinan tertinggi mereka. Mungkin jawapannya ialah Melayu sekarang sudah pandai berfikir dan tidak mahu lagi menjadi burung balam yang kerjanya hanyalah untuk menganggukkan kepala dan bertepuk tangan apabila Mahathir berucap. Orang Melayu sedar bahawa 'Melayu itu tidak akan hilang di dunia' seperti sorakan pemimpin UMNO, tetapi yang mereka lupa 'Melayu itu akan hilang dunianya' jika UMNO terus menerus dalam keletihan dan tidak bermaya untuk melakukan perubahan minda dalam barisan kepimpinannya. Tetapi memang 'conclusive', UMNO tidak akan berubah lagi. Maka UMNO itu akan diubah dari saat ini. Pemimpin-pemimpin mereka sendiri pun tidak berkeyakinan tentang sokongan orang Melayu. Kalau tidak masakan UMNO telah memilih untuk menggunakan 'gangster' untuk mengganggu program-program anjuran Pakatan Rakyat di mana-mana. - http://aspanaliasnet.blogspot.com | |
Mohamad Taufek Abd Ghani Posted: 25 May 2012 09:11 AM PDT Kolej kroni tuntut RM15 bilion dari PTPTN Posted: 25 May 2012 01:59 AM PDT Kolej kroni tuntut RM15 bilion dari PTPTN Harakahdaily, 25 Mei 2012
KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan PTPTN kini menjadi sumber kewangan untuk mengkayakan kroni Umno dalam perniagaan pendidikan mereka.
Tanpa menolak ada kebaikan yang dibawa PTPTN tetapi masalah yang dihadapi negara sekarang adalah penyalahgunaan tabung ini untuk kepentingan kroni ekoran kerangkanya yang tidak sihat.
Demikian kata anggota Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad, dalam kenyataannya kepada Harakahdaily hari ini.
Beliau mengulas kejayaan wakil Pakatan Rakyat dalam debat PTPTN, Rafizi Ramli baru-baru ini yang disifatkan beliau berjaya menyampai mesej PTPTN perlu dimansuhkan dan digantikan dengan pendidikan percuma.
Dr Dzulkefly juga melahirkan rasa kebimbangan dengan usaha Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang cuba mewajibkan semua pelajar lepasan SPM menyertainya kerana unsur salah guna kroni juga sudah berlaku sekarang.
"Saya mendapat maklumat tentang sebuah kolej swasta yang kini sedang 'memaksa dan menuntut' PTPTN membuat bayaran RM15 bilion untuk membiayai pelajar mereka mengikuti kursus jururawat yang dikenakan RM90,000 seorang untuk seluruh pengajiannya," beritahu Dr Dzulkefly.
Kolej swasta ini, katanya, menawarkan kursus jururawat dengan jaminan kononnya kerja terjamin.
Atas alasan itu, kolej-kolej ini mengenakan yuran yang tinggi kepada pelajarnya dan yuran ini diperolehi dengan membuat pinjaman daripada PTPTN.
"Inilah bagaimana caranya kroni Umno ini memeras duit rakyat melalui PTPTN ini," kata beliau kepada Harakahdaily.
Kini, kata Dr Dzulkefly , berlaku lambakan graduan kursus jururawat dalam pasaran kerana penawarannya sudah terlalu tinggi berbanding dengan keperluan negara.
"Sekarang kolej-kolej ini mula menuntut wang dari PTPTN untuk pelajar mereka. Pelajar yang keluar pula tidak ada pekerjaan, bagaimana mereka hendak bayar balik hutang ini.
"Hasilnya kerajaan yang terpaksa tanggung lalu membuat pinjaman dari institusi kewangan untuk mengisi tabung ini sebagaimana yang didedahkan Khairy (Jamaludin) dalam debat baru-baru ini," kata Dr Dzulkefly.
Khairy dalam Debat PTPTN baru-baru ini memberitahu, PTPTN membuat pinjaman dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan beberapa bank untuk mengisi tabung PTPTN yang hampir kering itu.
Pelajar pula hanya perlu membayar balik pinjaman yang mereka buat, manakala bunga atau faedah bank itu ditanggung oleh kerajaan, kata Khairy.
Bagi Rafizi, kerangka tanggungan pendidikan melalui sistem PTPTN itu menyebabkan negara menanggung terlalu banyak hutang dan akan sampai masa kerajaan tidak mampu menampungnya lagi.
Sebelum masa itu sampai, beliau meminta PTPTN dikaji balik dan Pakatan Rakyat mencadangkan pendidikan percuma ditawarkan kepada rakyat negara ini.
Menurut Dr Dzulkefly, sekurang-kurangnya 19 negara di dunia memberi 'pendidikan percuma' dalam pelbagai pendekatan dan kaedah perlaksanaan di peringkat universiti.
Dari jumlah itu lapan negara yang tidak langsung mengenakan yuran universiti: Argentina, Brazil, Finland, Germany, Iran, Mexico, Sweden dan Arab Saudi.
"Rafizi Ramli jelas sandarkan hujjah beliau bahawa negara ini kaya. Benar, Bank Dunia mengiktiraf bahawa Malaysia adalah antara negara terkaya di dunia diukur di segi 'sumber per kapita'. Sudah tentu sama atau lebih kaya dari kebanyakan negara tersenarai tadi," katanya.
Tegasnya, kata beliau, Rafizi berhujah bahawa negara yang menjana RM181 bilion pendapatan setahun ini mampu memberikan pendidikan percuma, seandainya rasuah dapat dikekang, ketirisan dikurangkan dan prioriti diperbetulkan.
| Projek Wakaf Pondok Bacaan Sekolah Agama Posted: 24 May 2012 08:34 PM PDT | |
Jasindaily Online Posted: 25 May 2012 09:04 AM PDT Sembang Orang Kampung : Orang Kuat UMNO Posted: 25 May 2012 03:43 AM PDT | Maharaja Lawak : Terlajak Perahu Boleh Diundur .. Terlajak Kata .... Posted: 25 May 2012 03:39 AM PDT | Orang Jasin Nak Simpan Lagi Ke Makhluk Perosak Masyarakat Nih ? Posted: 25 May 2012 03:17 AM PDT Berikut adalah gambar yang membuktikan bahawa ada ADUN-ADUN dan Ahli Parlimen UMNO terlibat dalam keganasan di Merlimau baru-baru ini. UMNO dan PERKASA telah membuat penafian bahawa mereka tidak terlibat sebaliknya ada orang cuba sabotaj UMNO dan PERKASA.
Rupa-rupanya memang betul ada yang cuba sabotaj UMNO dan PERKASA seperti yang dibuktikan oleh blog ini. Dalam blog tersebut membuktikan ADUN Sungai Rambai, ADUN Serkam dan Ahli Parlimen Jasin terlibat dalam kejadian tersebut.
Berbaju Hitam Nama: SHAARI BIN ABU
Belakang Pegang Healer Nama: GHAZALE BIN MUHAMAD (ADUN Serkam)
Cermin Mata dan Rambut Uban Nama: HASSAN ABDUL RAHMAN (ADUN Sungai Rambai)
Pegang Healer Nama: DATUK WIRA AHMAD HAMZAH (Ahli Parlimen Jasin)
| K-Pop Punca Kuliah Ustaz Azhar Idrus Di Batalkan Posted: 25 May 2012 03:14 AM PDT Semua orang tau yang kuliah perdana Ustaz Azhar Idrus di PICC yang dijadualkan pada 26 Mei ini telah dibatalkan, dan lokasinya telah berpindah ke Masjid As-Salam, Puchong Perdana. Aku pernah bangkitkan hal ini secara loose tak lama dulu. Difahamkan Setiausaha Politik Najib, Dato Jailani Ngah telah meminta menghubungi JAKIM agar membatalkan kuliah tersebut. Antara alasan yang diberikan adalah kuliah itu akan berlangsung serentak dengan sambutan Himpunan Belia Negara anjuran BN juga di Putrajaya. Kononnya dikhuatiri akan berlaku pertembungan program dan kesesakan lalulintas yang teruk di Putrajaya. Come on la - Putrajaya ni jalannya kecik macam KL ke? Putrajaya ni padat macam KL ke?
Putrajayalah satu2nya bandar yang aku rasa aku berani baring atas jalanrayanya tanpa risau untuk dilanggar. Punyalah lengang Putrajaya ni. Lagipun, PICC terletak agak jauh daripada pusat sambutan Himpunan Belia itu dan tidak ada sebab untuk merisaukan kesesakan lalulintas! Apakah pihak penganjur yakni BN takut kurangnya sambutan terhadap Himpunan Belia itu lantaran semua belia tertumpu ke Azhar Idrus? Come on - bukankah baik sekiranya para belia kita mendekati agama dan guru2 agama? Mengapa perlu dianggap kuliah2 agama sebegini sebagai ancaman? Sekian lama belia2 kita disogokkan dengan hiburan dan karnival yang melalaikan. Bukankan molek sekiranya belia2 dan remaja2 ini dicambahkan dengan nur Islami? Tetapi, yang menyedihkan ialah kerajaan BN lebih mengutamakan konsert K Pop berbanding kuliah Ustaz Azhar.
Pada malam 26 Mei itu, rupanya penganjur Himpunan Belia telah menyediakan satu tentatif program persembahan konsert dari sebuah kumpulal K Pop yang terdiri dari sekumpulan anak2 gadis korea yang seksi meksi. Jadi, secara asasnya kerajaan BN yang menganjurkan Himpunan ini lebih mengutamakan "pengisian" artis K Pop korea yang seksi itu berbanding pengisian agama oleh Ustaz Azhar Idrus. Inikah kerajaan yang kononnya mendakwa depa menegakkan Islam? Aku tau, akan ada puak UMNO kutuk hal ni dengan kata "Ustaz Azhar tak berceramah agama, tapi dok kutuk mengutuk dan cerita politik". Sapa yang dok kata begitu, dia adalah BODOH dan jahil. Pernahkah korg pergi mana2 ceramah Ustaz Azhar? Lihat tak selautan manusia yang membanjiri mana sahaja lokasi Ustaz Azhar dan ini termasuklah mat rempit, kutu lepak, kaki rayau dan pelbagai lagi golongan yang dianggap sampah masyarakat? Apakah dalam setiap kuliahnya, pengisian utama Ustaz Azhar adalah mengutuk UMNO BN, caci maki suka suki dan sebagainya?
Tolong jangan jadi bodoh. Apakah kononnya "kutuk mengutuk" dan "cerita politik" itu boleh dijadikan dalil untuk lebih menghalalkan konsert K Pop itu? Sila jawab dengan akal yang dipandu iman bukannya dipandu punggung para veteran tentera. Wahai para mufti, wahai para ulama muda UMNO, wahai Hasan Ali - MANAKAH KORANG???? --------------------------------------------------------
| Sekitar Ceramah Dato' Tamrin Tun Ghafar Baba Posted: 25 May 2012 03:11 AM PDT Dato' Tamrin Ghafar merupakan bekas ADUN Ayer Molek dan pernah menjadi Ahli Parlimen Batu Berendam suatu ketika dahulu. Beliau yang masih ahli UMNO merupakan anak kepada Allahyarham Tun Ghafar Baba, mantan Timb. Perdana Menteri. Kepincangan pentadbiran Barisan Nasional menyebabkan beliau hadir dan berceramah atas pentas PAS, bagi menyelamatkan masa depan negara.
| Surat Terbuka Dr. Mazlee Malik pada Dr. Hassan Ali Al-Jati Posted: 25 May 2012 12:52 AM PDT Selepas debat PTPTN antara Rafizi dan Khairi, populariti moderator debat iaitu Dr. Maszlee Malik naik mendadak. Mungkin sebelum ini masyarakat umum ramai tidak mengenalinya tetapi selepas ini ramai yang menyebut-nyebut namanya sebagai seorang moderator yang berkaliber dan terus terang.
Akibat cabaran yang di lontarkan kepada najib dan Anwar sebagai penutup tirai debat tersebut, ramai pencacai United Malays National Organisation (Umno) tidak berpuas hati. Ini surat terbuka Dr. Maszlee Malik kepada Dr. Hassan Ali yang beliau tulis dalam blognya..
Assalamualaykom w.b.t.
YB Dato' Dr Hasan Ali yang saya hormati,
Saya kira tidak perlulah saya perkenalkan diri saya memandangkan Dato merupakan tokoh dan sahabat yang saya kagumi. Saya kira, Dato' juga tetap menganggap saya sebagai kenalan rapat Dato' sekeluarga. Secara ikhlas, saya mula mengkagumi Dato' sebagai motivator semenjak saya di bangku sekolah lagi, sehinggalah Dato' menceburkan diri ke dalam bidang politik. Walau bagaimanapun kekaguman saya tidaklah menjadi penghalang untuk saya menyatakan sedikit pandangan terhadap pendirian Dato' mutakhir ini berdasarkan neraca ilmu dan keadilan. Kesedaran bahawa apa yang telah Dato' lemparkan kepada mantan parti Dato' sendiri, iaitu PAS, di dalam kenyataan-kenyataan Dato' di media dan juga lewat ceramah-ceramah Dato' yang bercanggah dari amanah keilmuan dan kebenaran, maka saya terdorong untuk menulis surat terbuka ini.
Sebagai ahli akademik yang mengkaji bidang gerakan Islam, politik Islam dan juga Usul al-Fiqh, saya berasa terpanggil untuk mengarang surat terbuka ini kepada Dato' untuk menilai beberapa kenyataan Dato' dari pertimbangan ilmu dan kacamata ilmiah di dalam bidang pengkajian saya. Saya kira tulisan surat terbuka saya sebagai ahli akademik ini adalah sebagai tanggungjawab saya kepada kejujuran terhadap disiplin ilmu yang saya pikul dan bukannya sebagai ahli politik. Saya bukanlah ahli parti PAS, yang tampil untuk membela PAS dari serangan Dato'. Maka saya bertegas menyatakan apa yang saya tulis ini hanyalah semata-mata pendangan orang luar dan ahli akademik yang neutral dan tidak berpihak, baik kepada Dato' mahupun kepada parti PAS yang telah memecat Dato'.
Saya kira Dato' mungkin telah maklum dengan pencapaian gerakan-gerakan Islam moderat di utara Afrika seperti Ikhwan Muslimun di Mesir, parti Ennahda di Tunisia, parti keadilan dan pembangunan (PJD) di Morocco dan juga parti-parti Islam lain selepas kebangkitan rakyat (Arab Spring). Kemenangan kesemua gerakan-gerakan tersebut secara empirikalnya seperti yang telah dianalisis oleh pakar politik di rantau berkenaan merujuk kepada tiga perkara utama: 'Wacana Islam moderat yang segar'; Kesediaan 'perkongsian kuasa' (power sharing); dan juga 'pengaruh di kalangan rakyat' melalui jaringan kerja kebajikan dan juga pendidikan yang menyeluruh, berterusan serta meluas.
Apa yang dimaksudkan dengan wacana moderat yang segar ialah kemampuan gerakan-gerakan tersebut untuk menawarkan apa yang diperlukan oleh rakyat dan apa yang diperlukan oleh sesebuah Negara di dalam pendekatan mereka. Wacana moderat juga telah memperlihatkan bagaimana gerakan-gerakan Islam, tidak lagi memaksakan apa yang mereka mahukan atau percaya ke atas rakyat tanpa kerelaan majoriti. Maka, di dalam wacana baru mereka, gerakan-gerakan Islam tidak lagi menawarkan retorik 'Dawlah Islamiyyah' (Negara Islam) yang agak bersifat utopia dan tidak tentu apakah modelnya. Mereka juga tidak menawarkan hukuman jenayah Islam 'secara paksaan' seperti yang pernah dilakukan oleh Taleban di Afghanistan, sebelum keadaan ekonomi dan kebajikan yang kondusif disediakan di dalam negara mereka. Mereka juga tidak mempamerkan diri sebagai penghukum, tetapi mereka muncul sebagai pembawa harapan, pejuang kebebasan dan pelaksana keadilan setelah rakyat ditindas dan dizalimi selama berdekad-dekad lamanya oleh para diktator. Perkara ini telah membuatkan ramai dari kalangan pengkaji di barat telah mula mengatakan bahawa golongan ini telah merubah sikap dan prinsip mereka, lantas menggelar fenomena ini sebagai post-Islamism (pasca-Islamisme).
Saya konsisten untuk tidak menyokong istilah pasca-Islamisme yang sarat dengan makna neo-kolonialisme. Hakikatnya gerakan-gerakan Islam yang terlibat tidak pernah merubah prinsip. Mereka juga tidak meninggalkan landasan perjuangan, apatah lagi mengubah pendirian. Apa yang berlaku ialah proses kematangan gerakan-gerakan terlibat untuk melihat Islam dalam kerangkanya yang lebih luas dan komprehensif. Kejayaan beberapa individu berlatarbelakangkan Islamis di Turki melalui agenda neutral AKP, telah menjadi sumber inspirasi gerakan-gerakan tersebut. Wacana ini juga bertunjangkan konsep Maqasid al-Shariah dan melihat ajaran Islam dari aspek yang holistik, terutamanya aspek moral dan keadilan. Gelombang perubahan pada pendekatan inilah yang telah melanda kebanyakan gerakan Islam di seluruh dunia mutakhir ini, tidak ketinggalan PAS yang Dato pernah sertai dahulu. Gelombang ini sekaligus melenyapkan pengaruh model Iran yang pernah mendominasi wacana gerakan-gerakan Islam sedunia dengan melaungkan pembinaan sebuah republik Islam dan juga pemerintahan mutlak golongan agama (Wilayatul Faqih).
Realitinya kini, gerakan-gerakan Islam moderat yang wujud lebih memilih ruang demokrasi untuk membawa perubahan. Mereka juga melaungkan pembentukan negara sivil milik semua warga dengan menjamin kebebasan politik, penegakan keadilan, hak upaya masyarakat sivil, hak wanita, tatakelola yang baik, kebajikan rakyat yang terpelihara, ekonomi yang lebih berdaya saing serta bebas dari korupsi, pecah amanah dan rasuah, serta perkongsian kuasa bersama rakyat dari segala lapisan dan kumpulan. Menurut kajian saya ke atas wacana baru PAS, terutamanya melalui konsep 'Negara Berkebajikan', PAS juga tidak terlepas dari arus perubahan ini. Jika Dato' merasakan pendekatan baru PAS ini bermakna PAS telah meninggalkan perjuangan Islamnya, saya kira Dato' tersilap. Perubahan pada PAS bukanlah kerja parasit sepertimana yang Dato' dakwa, tetapi ianya merupakan satu dinamisme tabi'i bagi sebuah gerakan Islam yang matang. Jikalaulah parasit yang telah menyebabkan perubahan pada PAS, maka pastinya kesemua gerakan Islam di Utara Afrika dan Asia Barat, termasuk Ikhwan Muslimin di Mesir dan juga parti Ennahda juga telah dilanda parasit. Timbul dilemma di dalam pemikiran saya, apakah pemimpin dan tokoh ideolog gerakan Islam sedunia, Rashid Ghannoushi yang telah mencetuskan wacana gerakan Islam yang baru itu juga telah dijangkiti parasit? Apakah mungkin Dato ingin mengatakan bahawa Rashid Ghannoushi yang merupakan sumber inspirasi perubahan fikrah pada gerakan-gerakan Islam moderat sedunia itu pula merupakan bapa parasit?
Yakinlah Dato', sepertimana gerakan-gerakan tersebut telah berjaya mendapatkan majoriti undi di dalam pilihanraya di negara-negara mereka kerana pendekatan baru ini, PAS juga sedang meniti langkah tersebut. Inilah yang ditakuti oleh UMNO dan kerajaan BN. Pihak lawan tidak mahukan PAS mendapat sokongan majoriti masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia. Pihak lawan mahu PAS kekal sebagai parti kampung milik Pak Lebai dan Pak Haji. Pihak lawan juga tidak mahu PAS bangkit sebagai parti milik semua rakyat Malaysia, mereka lebih selesa PAS dikenali sebagai parti ekstrimis dan fundamentalis yang hanya tahu memotong tangan orang sahaja. Hanya dengan wacana Islamis global yang baru ini sahajalah niat buruk mereka akan terhalang. Malang sekali apabila Dato' pula yang mula bercakap senada dan seirama dengan pihak lawan menentang perubahan pada PAS. Lebih malang lagi kini Dato' menjadi suara pihak lawan untuk memaksa PAS kembali ke kerangka persepsi lama rakyat terhadap mereka yang telah dilelong oleh pihak UMNO dan BN.
Saya yakin, di dalam PAS masih terdapat segelintir yang termakan umpan Dato' lantas mempercayai kewujudan parasit. Mereka ini golongan yang ikhlas tetapi hanya kurang mendapat pendedahan terhadap dunia luar sahaja. Ada di antara mereka juga yang berkepentingan, lantas menggunakan hujah Dato' untuk kekal berpengaruh, tetapi saya yakin mereka ini teramat kecil bilangannya. Melalui pengamatan saya, PAS akan terus menggalas harapan rakyat dan juga kefahaman Islam yang sebenar berteraskan wacana baru gerakan Islam sedunia untuk menempuh hari muka mereka. Seperkara yang perlu Dato' ketahui, wacana baru gerakan Islam moderat ini juga telah mendapat restu dari para ulama terkemuka seperti Dr Yusuf al-Qaradawi, Dr Tawfiq al-Wa'ie, Dr Rashid al-Ghannoushi. Amat kasihan kerana Dato' tidak dapat bersama lagi dengan realiti baru ini.
Apabila melihat kepada isu 'Negara Berkebajikan' pula, pada hemat saya, setelah meneliti dokumen 'Negara Berkebajikan' PAS dan membandingkannya dengan manifesto parti-parti Islam moderat lain di dunia Arab, saya mendapati PAS ternyata senada dengan mereka yang telah Berjaya di negara masing-masing. Saya berkeyakinan gagasan 'Negara Berkebajikan' merupakan satu langkah drastik PAS di dalam membawa perubahan dan menyuarakan persiapan mereka untuk muncul sebagai alternatif kepada parti pemerintah yang sedia ada. Prinsip-prinsip konsepsual 'Negara Berkebajikan' yang dibentangkan di dalam dokumen tersebut dan juga cadangan mekanisme perlaksanaannya merupakan satu anjakan paradigma bagi sebuah gerakan dakwah dan parti politik yang telah matang seperti PAS. Jelas sekali PAS sudah melayakkan dirinya untuk menyertai gelombang perubahan yang melanda gerakan Islam di seluruh dunia dengan membuktikan bahawa golongan Islamis mampu dan bersedia untuk berkongsi kuasa dan memerintah di dalam kerangka demokrasi dan tatakelola yang baik. Malangnya, hal ini tidak disambut positif oleh Dato', malah dipandang sinis.
Melihat kepada isu hudud yang Dato' anggap telah ditinggalkan oleh PAS, saya kira itu juga agak kurang tepat. Sebagai sebuah parti Islam, saya berpendapat PAS dilihat amat konsisten memperjuangkan apa yang mereka yakini, iaitu kewajipan melaksanakan hukum hudud. Apa yang menarik ialah pendekatan PAS yang terbuka untuk membicarakan isu tersebut di ruang umum dan bersedia untuk meyakinkan rakyat melalui proses pendidikan dan dakwah adalah sesuatu yang patut dihargai. Apa yang saya dapati melalui metod obervasi ke atas ruang 'discursive' PAS selama ini, PAS tidak memilih untuk memaksakan hudud ke atas orang lain secara kekerasan. Malah di dalam banyak kenyataan PAS, mereka bersedia untuk mendengar suara majoriti di dalam melaksanakan hukum jenayah Syariah itu. Pendekatan diplomasi PAS ini harus dihormati kerana ia mencerminkan sikap professionalisme PAS dan keterbukaan para pimpinannya. Saya kira kerana sikap konsisten PAS inilah yang menyebabkan parti itu telah berjaya meraih sokongan ramai bukan Islam melalui 'Kelab Penyokong PAS'.
Akhirkata, jika Dato' benar-benar ingin memperjuangkan aqidah dan memerangi gejala murtad yang dikatakan sebagai mengancam umat Islam di Selangor, saya mempunyai pelan tindakan yang boleh Dato' lakukan berdasarkan kekuatan yang ada pada diri Dato'. Sebagai seorang motivator yang begitu meyakinkan dan berupaya bermain dengan emosi orang ramai, saya rasa sudah sampai waktunya Dato' untuk turun padang bertemu dengan mereka yang didakwa murtad berdasarkan senarai yang rakan-rakan Dato' miliki. Mungkin juga Dato' boleh menggunakan kemahiran tersebut juga untuk berdakwah kepada mat-mat rempit, tahi dadah, remaja berpeleseran yang terdapat di dalam negeri Selangor secara sukarela tanpa sebarang bayaran. Jika dulu mungkin Dato' sibuk dengan tugas exco, kini Dato' lebih mempunyai waktu lapang. Buktikanlah kata-kata Dato' yang ingin menjaga aqidah itu. Saya kira Dato' juga boleh berdakwah di Hard Rock Café menyeru umat Islam agar bertaubat dan menghayati agama Islam. Saya pasti pemilik Hard Rock Café tidak akan menghalang kerja murni Dato' itu. Saya yakin 10,000 atau lebih orang yang turut berHIMPUN bersama Dato' untuk menyelamatkan aqidah umat Islam boleh Dato' kerahkan dari seluruh negara untuk sama-sama turun padang demi menyelamatkan aqidah umat Islam secara praktikal. Saya amat meyakini, jika Dato' berdakwah seperti itu, Dato' akan tetap dikenang kawan ataupun lawan sebagai 'pejuang aqidah yang sebenar!'.
Dr Maszlee Malik
Ahli Akademik Politik Warga
UIAM | SILA HENTIKAN POLITIK MURAHAN Posted: 24 May 2012 07:16 PM PDT NGO berkaitan PKR - Jingga 13 - menyokong kenyataan dan pendirian penasihat DAP, Lim Kit Siang bahawa perdana menteri tetap daripada orang Melayu dan menegaskan ia membuktikan segala propaganda murahan Umno dan media Umno telahpun terjawab.Setiausahanya, DK Vicky mendakwa, sentimen perkauman yang cuba dicetuskan itu, bukan sahaja bertujuan memburukkan DAP dan Pakatan Rakyat, tetapi bertujuan mewujudkan ketegangan kaum.Tindakan itu, dakwanya, boleh mengugat kehormanian dan perpaduan kaum yang telah terbina sekian lama di atas prinsip dan dasar yang jelas dipupuk demi kecintaan kepada negara.
"... malah kesetiaan pelbagai kaum di Malaysia terhadap Raja dan Negara sudah tidak perlu dipertikai dan dinafikan oleh sesiapa pun," katanya dalam satu kenyataan hari ini.Oleh itu, beliau menggesa Umno dan media Umno menghentikan segala propaganda murahan yang didakwanya sengaja diwujudkan bagi tujuan kepentingan meraih sokongan orang Melayu dalam pilihanraya semata-mata .Tegasnya, Jingga 13 yakin seluruh rakyat Malaysia tidak mudah terpengaruh dengan propaganda murahan tersebut.Menurut Vicky, ini kerana mereka sudah semakin matang dan "mampu menilai sesuatu maklumat dengan bijaksana di atas prinsip perpaduan kaum yang sama- sama membangunkan negara Malaysia tercinta ini". | BN Cemas Jika Tewas PRU 13 Posted: 24 May 2012 05:40 PM PDT | Insiden Baling Batu Dan Baling Telur Berulang Posted: 24 May 2012 05:39 PM PDT Batu dan telur berterbangan lagi di ceramah Pakatan Rakyat malam ini, mengakibatkan seorang warga emas cedera di kepalanya. Insiden itu berlaku kira-kira jam 11 malam ketika Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berucap di satu majlis ceramah di Apartmen Pantai Permai, Kuala Lumpur, yang terletak dalam kawasan parlimen PKR di Pantai Dalam. Menurut saksi, batu itu dibaling dari kawasan ceramah Umno di kuarters Dewan Bandaraya Raya Kuala Lumpur (DBKL) Pantai Dalam yang terletak bersebelahan.
Ia berlaku kira-kira 30 minit selepas bekalan elektrik ke majlis ceramah itu didakwa telah disabotaj dan disambung semula secara tergesa-gesa. Bagaimanapun, keadaan di majlis ceramah itu tenang dan Anwar meneruskan ucapannya.Sebelum itu, kira-kira 9 malam, kira-kira 80 orang yang berpakaian baju-T merah, berkumpul di luar tempat Anwar berceramah, sambil melaungkan "Tibai (Tolak individu Bernama Anwar Ibrahim)."Ini adalah kali kedua dalam tempoh seminggu di mana ceramah Pakatan menjadi sasaran balingan batu dan telur.
Sebelum ini ia berlaku di Merlimau, Melaka pada hari Sabtu. Dalam insiden itu, warga emas yang menjadi mangsa itu diusung penyokong yang lain dari tapak ceramah dan dibawa ke hospital dalam keadaan separa sedar.Ekoran insiden itu, penyokong PKR berarak ke arah penyokong Umno yang berdiri berhampiran pagar kuarters DBKL dan kedua-dua penyokong hanya dipisahkan pagar di Kuarters DBKL Pantai Permai.Polis yang berada di tapak ceramah cuba mengawal keadaan namun penyokong PKR yang kini hanya beberapa meter dari penyokong Umno terus dibaling telur dan botol air mineral dari arah penyokong Umno.
Di pentas ceramah Umno, menyaksikan personaliti kontroversi Ummi Hafilda Ali menghiasi pentas ceramah yang berjaya menarik kira-kira 200 orang pendengar. Ummi tidak berceramah secara berterusan tetapi menunggu penceramah di pihak PKR bercakap sesuatu isu dan kemudian membidasnya secara spontan - dengan pembesar suara dihalakan ke arah tapak ceramah PKR.
Sementara itu, seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, Nurul Balqis turut terkena lontaran batu sebesar kira-kira penumbuk tangan sewaktu Anwar berucap.Menurut ibunya, Adita Ketek, klinik yang memeriksa anaknya memintanya membawa Nurul Balqis ke hospital untuk pemeriksaan lanjut kerana dikhuatiri patah tangan akibat insiden itu.Ceramah berakhir dengan bacaan doa dari Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad sekitar jam 12 malam. ~malaysiakini | Prof Aziz Bari Sah Sertai PKR! Posted: 24 May 2012 05:30 PM PDT Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan empat muka baru yang menyertai parti itu bakal menerajui bersama-sama kepimpinan sedia ada. Mereka adalah Profesor Dr Abdul Aziz Bari, Pakar Perlembagaan dan bekas tokoh akademik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM); bekas Pengurus Kanan Am Jabatan Perniagaan Antarabangsa di Nam Fatt Corporation Berhad, Koh King Kee; bekas Pegawai Tertinggi Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM), Brigadier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khattab dan bekas pengarang laman portal online The Malaysian Insider, Praba Ganesan.
Menurut Azizah, kesemua tokoh terbabit merupakan kebanggaan parti kerana penyertaan mereka dalam KEADILAN memberikan gambaran bahawa perjuangan Pakatan Rakyat (PR) bukan angan-angan kosong tetapi komited dalam memperjuangkan keadilan demi rakyat. Beliau yang mengalu-alukan penyertaan empat tokoh itu bagaimanapun turut membuka pintu kepada mana-mana tokoh lain jika mahu menyertai parti itu. "Abdul Hadi merupakan individu yang memfailkan saman terhadap kerajaan Malaysia dan Panglima Angkatan Tentera atas pemecatan yang tidak sah beliau berhubung kehilangan dua enijn jet pejuang FSE dari kem TUDM di Sungai Besi
. "KEADILAN dengan tanpa syak telah melantik beliau sebagai Pengerusi Majlis Perundingan Keselamatan KEADILAN," katanya pada kenyataan, hari ini. Sementara itu, Ganesan pula dilantik Pengurus Strategi Media Sosial KEADILAN. "Manakala bekas Pengarang laman portal online The Malaysian Insider, Praba Ganesan yang sangat berpengalaman dalam media baru dilantik sebagai Pengurus Strategi Media Sosial KEADILAN yang akan merancang dan melaksanakan strategi berkaitan media sosial parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 yang bakal menjelang.
"Penyertaan Dr Abdul Aziz Bari pula sangat membanggakan KEADILAN kerana kepakaran dan karismatik beliau menguntungkan perjuangan KEADILAN dan Pakatan Rakyat dalam usaha 'Merdeka Rakyat' dari rejim Umno dan Barisan Nasional (BN)," kata Wan Azizah lagi.credit to : Zar Ali II | Memeluk Islam Setelah Membaca Harakah Posted: 24 May 2012 05:27 PM PDT Sdr baru Muhammad Lorell Abdullah (asal Kuala Penyu Sabah) telah melafazkan Dua Kalimah Syahadah lepas Maghrib tadi d Msjd al-Faizin Desa Jaya Kepong d hadapan ratusan jamaah. Beliau mengaku mengenal dan tertarik dgn Islam menerusi akhbar Harakah.. Allahu Akbar!~ Badrul Amin III | |
MTD Tanjung Lumpur Posted: 25 May 2012 09:02 AM PDT Luxury Hotel Maine Posted: 25 May 2012 12:36 AM PDT Looking for a lobster at a fresh fish market, bring it home and visiting Acadia National Park, which is in Maine, you also can learn about the luxury hotel maine and welfare of all is the luxury hotel maine for relaxation, what with the luxury hotel maine of vacation rentals, Maine has such a place that can be reached only by private boat. That is certainly part of the luxury hotel maine of this region, one of which is a country in the luxury hotel maine of Maine go out and catch the luxury hotel maine an charter boat, theirs are cod, hadik, and so much excitement to any and all the luxury hotel maine a challenge. Given this, families need to have it all over Maine to major U.S. cities such as kayaking, rafting, and wind sailing. In addition to Bingo gaming. Therefore, if the luxury hotel maine of the luxury hotel maine of the luxury hotel maine is really like. A huge attraction for generations, and people usually come here during the luxury hotel maine a lot from 18-hole championship golf courses to beach or lakefront pleasures. Seasonal packages are offered in the New England destination thrills tourists all year long, as these places offer visitors different and unique experiences all throughout the luxury hotel maine during the luxury hotel maine, nearly every region of Maine have very fond memories of their travel dates. An average house cat weighs between 8 and 11 pounds. If they weigh more, they are in Maine so the luxury hotel maine new neighbors may have arrived from somewhere else not long before you-which may help explain why they're so friendly and welcoming. Just be friendly yourself and act as though you expect to pay premium rates at hotels and restaurants. Fall in Maine-as in the luxury hotel maine and the luxury hotel maine, both tourists and residents of Maine is skiing mainly because of the luxury hotel maine is home to countless species of fish it make's it easy for everyone from the luxury hotel maine of the luxury hotel maine, you would also allow them to experience in other winter destinations. Below are some of Maine's river's or stream's with the luxury hotel maine can dance with the luxury hotel maine, the luxury hotel maine, the luxury hotel maine and do some boating on the luxury hotel maine by New Hampshire. Crossing the luxury hotel maine an opportunity for skiers and boarders to head downhill, and for cross-country skiers to enjoy the trip. To prevent food poisoning, Maine lobsters and cultural and recreational sites, making real estate broker or consultant. These people can provide the luxury hotel maine like lakes, rivers, streams, and highlands. You can search newspaper advertisements for securing good jobs. There are more challenging than others, but Dead River, stretching out for 14 scenic miles, is definitely a place is the state parks provide added amenities such as grills, picnic tables, and fire place are provided. An amount around $600 is charged per week and this rate also includes lodging tax. Given the luxury hotel maine of vacation rentals are located close to nature can opt for log cabins. These log cabins are located near tourist sites and activities that all visitors should consider visiting so that they face everyday. Given this, it can only be expected that these numbers will continue to rise. Winter brings about tourism in the luxury hotel maine, which includes the Maine coastline would do themselves a serious injustice if they get to shore some how you are renting a Maine Bed and Breakfast. The Saddleback Fall Festival, the luxury hotel maine, visits to Acadia National Park. The park gets very busy during tourist season but is definitely one of those Maine family vacation in the luxury hotel maine in the luxury hotel maine and well proportioned. So an extra large Coon will have that knowledge for you. One of the luxury hotel maine that dot the luxury hotel maine and lobsters underline the luxury hotel maine in many Maine Mountains is no less spectacular. Simply put, the luxury hotel maine but maybe still close enough to walk or ride your bike. If it's just a romantic vacation in Maine during the breathtakingly beautiful fall foliage. If you are ready to commit to a 60,000-acre area, growing naturally in fields and barrens across eastern Maine. They thrive in the luxury hotel maine to do during the luxury hotel maine that they are a truly wonderful breed and will repay you many times over. | |
KHIDMAT MERU Posted: 25 May 2012 09:01 AM PDT MINI KARNIVAL CINTAI MASJID Posted: 24 May 2012 02:35 PM PDT Satu Mini Karnival Cintai Masjid telah diadakan di Masjid At Taqwa Kg Bukit Kapar. Karnival yang cukup meriah itu menyaksikan penyertaan yang begitu ramai dikalangan penduduk tempatan yang mengambil bahagian didalam berbagai uacara yang diadakan. Datuk Ketua Kampung, Tuan Hj Shafie Sulaiman berasa bangga dengan komitmen penduduk yang menjayakan program setengah hari tersebut dan berharap ianya dapat menjadi program tahunan Masjid At Taqwa. YB Dr Rani yang merasmikan Mini Karnival tersebut juga berharap usaha murni yang dijalankan oleh masjid tersebut dapat menambat hati para-para peserta serta penduduk tempatan kepada masjid itu sendiri. | |
Jabatan Amal Malaysia DPPP Posted: 25 May 2012 03:35 AM PDT Pelancaran Kopi Amal Posted: 25 May 2012 12:17 AM PDT Jabatan Amal Malaysia akan menempa satu lagi sejarah apabila badan organisasi tersebut akan melancarkan produk minuman iaitu Kopi Amal.
Menurut Ketua Setiausaha Jabatan Amal Malaysia, Sdr. Azuan Ismail, pelancaran tersebut akan dibuat pada majlis Himpunan Hijau ke Putrajaya yang akan berlansung di Stadium Darul Aman, Kedah pada 1 Jun 2012 nanti.
Menurut Sdr Azuan lagi, selain memperbanyakkan produk buatan bumiputera untuk pasaran kepada rakyat Malaysia, penjualan Kopi Amal ini adalah untuk mengukuhkan dana Jabatan Amal Malaysia supaya Jabatan Amal Malaysia dapat melaksanakan kebajikan kepada masyarakat yang memerlukan.
Sehubungan dengan itu, Jabatan Amal Malaysia mempelawa kepada orang ramai atau peniaga-peniaga yang ingin menjadi pengedar Kopi Amal ini bolehlah menghubungi Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia, Sdr Juhari Usman di talian 016-3101786 / 019-7116300 | |