Sabtu, 7 September 2013

Barisan Nasional

Barisan Nasional


Apa Yang Tersirat

Posted: 07 Sep 2013 01:03 PM PDT

Apa Yang Tersirat


Disebalik IPP di Malaysia- Siapa Untung Siapa Rugi?

Posted: 07 Sep 2013 04:39 AM PDT

Tak sukar untuk memahami sejarah IPP di Malaysia. Kami akan guna bahasa & penjelasan yang cukup mudah difahami disebalik perjanjian IPP yang telah memberikan tekanan yang cukup hebat kepada TNB, PETRONAS dan juga anda sebagai rakyat Malaysia yang merupakan pengguna tenaga elektrik di Malaysia

Semuanya bermula pada tanggal 31 Mac 1993, Tenaga Nasional Berhad (TNB), pembekal utama tenaga di Malaysia yang juga merupakan syarikat berkaitan dengan kerajaan (GLC) telah  menandatangani Perjanjian Pembelian Tenaga (Power Purchase Agreement) dengan Pengeluar Tenaga Bebas (Independent Power Producer – IPP) iaitu Yeoh Tiong Lay Corporation Bhd (YTL).

Ini merupakan perjanjian PPA yang pertama ditandatangani oleh TNB dengan IPP untuk operasi Stesen Janakuasa Bebas Paka dan Pasir Gudang. Perjanjian PPA yang pertama ini akhirnya telah membuka pintu kepada taikun-taikun tersohor Malaysia pada masa itu untuk bersama-sama menjadi kalangan pemain utama industri IPP di Malaysia. Akhirnya pada akhir tahun 1993 monopoli TNB dipecahkan dalam sektor pembekalan tenaga negara apabila tertubuhnya 5 IPP yang berperanan membekalkan 30.99 peratus bekalan elektrik kepada Grid Kebangsaan.

YTL Power Generation Sdn. Bhd. – Tan Sri Dato' Seri Dr. Yeoh Tiong Lay (Pemain pertama yang menandatangani PPA dengan TNB)
Segari Energy Ventures Sdn. Bhd – Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
Port Dickson Power Bhd – Tan Sri T. Ananda Krishnan
Powertek Bhd - Tan Sri T. Ananda Krishnan
Genting Sanyen Power Sdn. Bhd. – Tan Sri Lim Goh Tong

Setiap apa yang terjadi pasti ada puncanya. Apa puncanya sehingga munculnya IPP dalam industri tenaga negara?

Semuanya bermula apabila berlakunya blackout yang terburuk pada tahun 1992 sehingga menyebabkan sebahagian Malaysia "gelap-gelita" selama tempoh 48 jam dan mencetuskan kemarahan & bantahan orang awam
Akibatnya, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyalahkan monopoli TNB dalam penjanaan tenagaan elektrik negara di atas masalah yang berlaku pada tahun 1992 itu
Akhirnya, IPP telah diberikan peranan dalam sektor industri tenaga negara

Pada masa itu apabila peluang dibuka untuk kontrak IPP, ramai yang membida kontrak IPP sehingga sekitar 150 permohonan telah masuk dalam Unit Perancang Ekonomi (EPU) termasuklah jutawan dan taikun tersohor Malaysia pada masa itu seperti :

Jutawan seperti Yeoh Tiong Lay (YTL)
Ananda Krishnan (Maxis)
Lim Goh Tong (Genting)
Syed Mokhtar Al-Bukhary (MMC Corporation)

Mereka juga turut berminat dengan kontrak lumayan IPP ini walaupun mereka tidak mempunyai pengalaman dalam industri tenaga negara. Mana tidaknya :

Kontrak lumayan diikat untuk tempoh yang lama (21 tahun)
Keuntungan IPP akan dijamin pulangan oleh kerajaan sebanyak 20% (minimum)

Kontrak IPP mencapai ke kemuncaknya menjelang 1997, sebelum bermula krisis ekonomi Asia di mana Malaysia pada masa itu mempunyai lebihan keupayaan tenaga sehingga hampir 50%. Akhirnya yang terkesan TNB juga :

TNB wajib membeli tenaga daripada IPP walaupun TNB sebenarnya tidak memerlukan tenaga tersebut. Tetapi di atas dasar perjanjian "berat sebelah" PPA, TNB terpaksa juga membelinya Sehinggalah berlakunya krisis ekonomi 1997, TNB mengalami kerugian yang terburuk dalam sejarah Penyelesaiannya mudahnya tarif elektrik terpaksa dinaikkan kepada anda, anda dan anda semua sebagai pengguna elektrik

Gelombang kedua IPP berlaku pada tahun 2001. Walaubagaimanapun kontrak IPP pada pada masa itu "tidak semewah" dan "kurang istimewa" sebagaimana yang dinikmati oleh pemain-pemain IPP semasa gelombang pertama pemberian kontrak IPP.

Walaubagaimanapun, TNB tidak keseorangan kerana Petronas juga sebenarnya turut menerima "bala" dan menjadi "budak belasahan" akibat wujudnya gelombang pertama IPP di Malaysia. Petrolium Nasional Berhad (Petronas) yang ditubuhkan sejak tahun 1974 lagi turut "diperah" hasil yang diperolehi mereka.

Sejak tahun 1997 sehingga tahun kewangan 2010, subsidi gas Petronas yang terkumpul pada jumlah yang boleh dikatakan pada angka yang mengejutkan iaitu sebanyak RM116.4 bilion. IPP sendiri menikmati sebahagian limpahan subsidi sebanyak RM49.3 bilion (42.3%) diikuti dengan TNB (RM37.3 bilion atau 32%) dan lain-lain seperti kecil perindustrian, perdagangan, pengguna kediaman dan NGV menikmati RM29.8 bilion atau 25.6%. Secara faktanya, IPP dan TNB sahaja sudah menikmati sejumlah RM86.6 bilion atau 74.4% daripada jumlah subsidi gas sejak tahun 1997 lagi.


Setakat ini, Petronas telah membayar sejumlah RM529,000,000,000,000 (RM529 bilion) kepada Kerajaan Persekutuan & Kerajaan Negeri, menjadikan Petronas adalah penyumbang terbesar "peti simpanan negara". Sepatutnya keuntungan Petronas adalah berlipat kali ganda daripada yang diperolehi sekarang ini tetapi subsidi yang tinggi diberikan kepada kepada IPP dan TNB telah mengambil sebahagian besar daripada keuntungan bersih Petronas. Setiap tahun, Petronas membayar berbilion-bilion ringgit dalam bentuk subsidi gas terutamanya oleh IPP dan TNB.

Pada tahun 2005, 40.5% kos operasi TNB telah dibelanjakan untuk membeli elektrik daripada IPP. Bagi tahun kewangan 2010, kos tenaga TNB meningkat sebanyak 2.4% kepada daripada

RM16.974 billion (tahun 2009)
RM17.379 billion (tahun 2010)

Ini semua disebabkan pembayaran yang lebih tinggi kepada Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) berjumlah RM12.528 billion meningkat sebanyak 5.9 % berbanding tahun sebelumnya (RM11.827 billion). Disebabkan kos bahanapi yang rendah, sekurangnya TNB masih boleh untuk menyerap tekanan kos pembelian tenaga yang tinggi daripada IPP.

Tak sukar untuk IPP buat untung atas angin sehingga menekan TNB, Petronas dan seluruh pengguna elektrik di Malaysia :

Beli gas pada harga subsidi (sangat-sangat murah) daripada Petronas sedangkan Petronas beli pada harga pasaran dari Lapangan West Natuna, Indonesia
Ia juga bermaksud, Petronas, kerajaan dan rakyat Malaysia terpaksa menyerap harga gas yang tinggi untuk dibekalkan kepada IPP. Secara tidak langsung, hasil kepada Petronas, kerajaan (dan rakyat) juga akan menurun yang sepatutnya keuntungan mampu dicapai pada angka yang lebih tinggi TNB MESTI BELI tenaga daripada IPP pada kadar yang tinggi iaitu sebanyak sebanyak 16 sen seunit (kWh) Sedangkan TNB boleh hasilkan tenaga pada kadar yang lebih murah iaitu pada kadar 8 sen seunit (kWh) dan boleh dijual kepada pengguna pada kadar sekitar 17 sen seunit (kWh) TNB terpaksa mengenakan harga kepada pengguna sebanyak 30 sen seunit selepas dicampur dengan beberapa kos penghantaran dan kos TNB yang lain Tarif elektrik naik dan akhirnya rakyat Malaysia yang terkesan Inilah yang dinamakan "skim cepat kaya" khas tanpa sebarang risiko untuk golongan atasan supaya mereka terus menggungguli takhta senarai individu terkaya di Malaysia.

P/S : Jadi sekarang ini siapa yang menerima subsidi antara yang terbesar di Malaysia? Mana yang lebih penting, subsidi kepada rakyat kebanyakan atau taikun-taikun kaya di Malaysia? Kredit kepada 

Rogol Anak Tiri: Bekas Penyanyi R&B dipenjara 20 tahun

Posted: 07 Sep 2013 03:16 AM PDT

KAJANG - [Dikemaskini] Seorang bekas ahli kumpulan R&B terkenal tanah air dihukum penjara 20 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini,  semalam, selepas didapati bersalah merogol anak tirinya yang berusia 14 tahun, tahun lalu.

Hakim Nor Hazani Hamzah menjatuhkan hukuman tersebut ke atas lelaki yang berusia 38 tahun itu setelah mendapati pihak pendakwa berjaya membuktikan kes tanpa keraguan munasabah.

Bapa kepada dua anak itu yang kini merupakan guru vokal di beberapa kementerian dan agensi kerajaan kelihatan tenang dan hanya menundukkan wajah ketika hakim membuat keputusan tersebut.

Dalam penghakimannya, Norhazani berkata, keterangan mangsa telah disokong saksi-saksi lain yang tampil memberi keterangan termasuk guru kaunselingnya.

"Saya percaya pada keterangan saksi pendakwaan kerana semua saksi bebas, ditambah kenyataan pegawai perubatan yang mengesahkan koyakan pada alat sulit mangsa," katanya.

Bagaimanapun menurut hakim, keterangan salah seorang saksi pembelaan mengukuhkan lagi pendakwaan, tetapi tertuduh tidak membuat sebarang laporan polis.

"Keterangan yang diberikan semasa pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah, tertuduh disabitkan dengan kesalahan," katanya.

Sementara itu, tertuduh yang diwakili peguam Azmi Talib dan Mohamad Burok memohon hukuman minimum kerana dia kini menanggung dua orang anaknya yang masing-masing berusia 9 dan 7 tahun.

Timbalan Pendakwa Raya, Noor Fazlin Abd Zawawi pula memohon mahkamah memberikan hukuman maksimum sebagai pengajaran kerana tertuduh merupakan bapa tiri kepada mangsa.

Noor Fazlin menambah, tertuduh sepatutnya menjadi pelindung dan memberikan kasih sayang kepada anak tirinya yang sedang membesar.

Hakim seterusnya mengarahkan agar mangsa dipanggil ke mahkamah untuk memberikan kenyataan berkaitan kesan kejadian tersebut terhadap dirinya.

Semasa dipanggil memberi kenyataan, sambil menangis mangsa berkata, dia kini berasa tidak selamat, fobia, dan jijik pada diri sendiri selepas kejadian tersebut.

"Saya rasakan masa depan begitu gelap. Saya takut untuk ke sekolah dan merasai tekanan setiap hari.

"Malah saya jadi takut pada ayah kepada rakan-rakan saya dan guru lelaki," katanya yang kini ditempatkan di rumah perlindungan.

Mangsa turut menyatakan dia kini hilang kepercayaan pada orang lain meskipun pada ahli keluarga sendiri.

Berdasarkan kertas pertuduhan, bekas ahli kumpulan R&B itu didakwa merogol anak tirinya yang ketika itu berusia 14 tahun di sebuah rumah, di Taman Gombak Jaya, jam 9 pagi pada 9 Februari tahun lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat jika disabit kesalahan.

Peguam tertuduh, Azmi Talib memohon mahkamah menangguhkan hukuman penjara tersebut kerana tertuduh mahu memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi terhadap keputusan itu.

Mahkamah membenarkan penangguhan hukuman, bagaimanapun, jaminan ditingkatkan kepada RM80,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan.

Sepanjang perbicaraan, seramai lapan saksi pendakwaan dan enam saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan.

Kenaikan Harga Minyak- Kenapa Kita Mudah Tertipu?

Posted: 07 Sep 2013 02:58 AM PDT

Perbandingan Harga Dan Pengeluar Minyak Dunia..Kenapa Kita Mudah Ditipu?
Ramai rakyat Malaysia mengatakan buat apa bandingkan harga minyak dengan negara asia tenggara...Kenapa tak bandingkan dengan negara Venezuela? harga minyak mereka hanya 0.03 Sen perliter...Kenapa tak bandingkan dengan Arab Saudi yang harga seliternya hanya RM 0.50?

Ini semua taktik memporak perandakan pemikiran rakyat Malaysia..tahukan kita banyak lagi negara yang mengeluarkan minyak lebih besar dari Malaysia tetapi menjual harga yang lebih tinggi. Baca betul-betul gambar rajah di atas.

Negara China. Kenapa negara China? sebabnya kita sedia tahu yang China merupakan sebuah negara yang paling banyak menjalankan urusan perniagaan dan jual beli, dan kini kedua terbesar ekonomi selepas Amerika Syarikat.

Kalau anda hendak tahu, pembekal dan pemborong di negara China lebih selesa menjual barang mereka dengan berkala besar..walaupun berkala besar namun harganya masih lebih rendah.

Kita buat perbandingan dengan Malaysia...China mengeluarkan minyak 4 juta tong sehari dengan kadar harga RM 4.44...jika hendak dibandingkan dengan Malaysia hanya mengeluarkan 693 Ribu dan menjual dengan harga RM 2.10.

China mengeluarkan minyak lebih banyak dari Malaysia tetapi kenapa harga jualan mereka tinggi? Walaupun tinggi, urusan jual beli dengan negara China tetap masih rendah jika hendak dibandingkan dengan kadar harga di Malaysia.

Jawapannya ialah kerana pemborong dan pembekal di Malaysia yang majoritinya orang Cina telah bersepakat untuk mengenakan harga yang tinggi jika harga minyak naik. Perkara ini tidak berlaku di China, kerana sistem ekonomi mereka bersifat ekonomi terkawal, tidak seperti ekonomi negara ini yang bersifat terbuka.

Peniaga,pembekal dan pemborong Cina di Malaysia tidak kisah jika harga minyak naik, kenaikan harga minyak menjadi kambing hitam untuk menaikan harga barang.

Bagaimana pula jika harga minyak di Malaysia turun? seperti mana belaku selepas kenaikan mendadak tahun 2006, kemudian minyak diturunkan daripada RM2.70 kepada RM1.70 selitar, apakah harga barang juga turun? jawapannya tidak!!!! malah jika harga minyak tak naik pun mereka akan gunakan taktik sembunyikan bekalan makanan untuk beri tekanan menaikkan harga sesuka hati.

Malah mereka ini akan mencuri kesempatan menaikkan harga di musim-musim perayaan.

Tapi berapa ramai yang sedar akan hal ini? bila harga barang naik sahaja terus kita salahkan kerajaan 100%...sebenarnya tidak...yang bertanggungjawab menaikkan harga sesuka hati ialah golongan pembekal pemborong dan pengilang..kita yang golongan pengguna ni hanya diperbodohkan sahaja..bila harga naik terus percaya berpunca daripada kenaikan harga minyak. Pihak Pembangkang pula dengan kemahiran putar belit, terus menuding jari kepada kerajaan, kononnya kerajaan tidak tahu mengurus perekonomian negara.

Kita sebagai rakyat kena analisa, kena membuka mata besar-besar, jika ada yang mengatakan bahawa harga barangan naik, semata-mata kerana harga minyak.

Sebenarnya, kenaikan harga barang kononya disebabkan oleh harga minyak, adalah satu muslihat yang terus diputar belit, sehingga ianya menjadi phobia kepada rakyat. Kenaikan harga minyak seolah-olah satu penyakit yang melanda rakyat, sehingga berlaku sahaja pergerakan sedikit ke atas harga minyak, maka kita panik, tanpa berfikir, terus menuding jari kepada kerajaan.. 

Mantan Setiausaha Agung LDP heret Parti ke Mahkamah

Posted: 06 Sep 2013 11:44 PM PDT

SETIAUSAHA AGUNG LDP yang dipecat - Datuk Teo Chee Kang, bersama Timbalan Presiden yang digantung - Datuk Chin Su Phin memfailkan satu petisyen di Mahkamah pada Jumaat, berkaitan Ketetapan Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti ke 25 pada 9 jun 2013 apakah sah ataupun tidak. Namun, mahkamah memutuskan tidak boleh membuat apa-apa penafsiran, sebelum mendengar maklum balas daripada kepimpinan LDP. Mahkamah menangguhkan pada 30 September untuk mendengar semula pestisyen tersebut.

Kalaulah mahkamah membuat keputusan berasaskan kepada Perlembagaan parti, maka keputusannya tidak akan memihak kepada Teo dan Chin, kerana jelas dalam perlembagaan Parti, bahawa sebarang Keputusan yang dibuat Majlis Tertinggi adalah keputusan muktamad kecuali keputusan itu diubah sendiri dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi. Perlembagaan parti Seksyen 11 (c ) berbunyi "Notwithstanding anything in this By-Laws herein contained, the decision of Supreme Council of the Party shall Final and conclusive and shall not be subject to question by or in any court of law.", sementara itu menurut ROS 1966 Seksyen 18C " The decision of a political party or any person authorized by it or by its constitution or rules or regulations made thereunder on the interpretation of its constitution, rules or regulations or on any matter relating to the affairs of the party shall be final and conclusive and such decision shall not be challenged, appealed against, reviewed, quashed or called in question in any court on any ground, and no court shall have jurisdiction to entertain or determine any suit, application, question or proceeding on any ground regarding the validity of such decision.."

Satu pertanyaan? selepas kumpulan Teo dan Chin memfailkan petisyen di Mahkamah pada Jumaat berkaitan dengan kesahihan Mesyuarat ke-25 Parti yang diadakan pada 9 Jun 2013, mereka pula kononnya mengadakan Mesyuarat " Majlis Tertinggi" di sebuah Hotel di Kota kinabalu pada sebelah malamnya.

Sebenarnya menurut Perlembagaan Parti itu Article IV Section 15 (ix) dan Article VI Section 20 (C ); Teo dan Chin tidak lagi mempunyai kapasiti bercakap atau mengaku sebagai Ahli Majlis Tertinggi parti, kerana mereka kini tidak mempunyai sebarang jawatan parti.

Teo telahpun dilucutkan jawatan sebagai Setiausaha Agung Parti pada 27 Ogos, manakala Chin digantung sebagai Timbalan Presiden pada 31 Ogos lalu.

Tindakan Teo dan Chin membawa perkara parti ke mahkamah, hanyalah menyalahgunakan proses mahkamah, kerana jelas, apapun keputusan Mahkamah perlu bersandarkan kepada Perlembagaan Parti.

Perlembagaan Parti dengan jelas, menyatakan bahawa keputusan atau ketetapan Majlis tertinggi adalah conclusive dan tidak boleh dipertikai termasuk di Mahkamah.

Teo sebagai peguam, sepatutnya mengkaji isi Perlembagaan Parti, sebelum membuat tindakan mengheret Parti ke Mahkamah.

tunku

Posted: 07 Sep 2013 03:22 AM PDT

tunku


CEC DAP: The War Is Coming Soon.

Posted: 06 Sep 2013 04:56 AM PDT

The DAP CEC is going to be a hot topic among the DAP members. Up till today, everyone is waiting with prejudice. A few negative slurs have been heard among the DAP Indian delegates.

It seems that DAP is again side-lining the Indian community in the early dialogue that was held among the delegates. The special dialogue was said to made to rig the CEC election. 

With the sidelining of the Indian community from this dialogue, it shows that the DAP real intention to cheat the Indian delegates again.
 
It is not impossible what had happened in the last election will repeat itself when 753 delegates from the Indian community is not invited.

 After leaving out the Indians and manipulating the Malays in the last CEC election, the DAP leadership is facing a bigger risk that they will be rejected by both of the races.

At the same time, not all Chinese in the DAP accept the iron fist leadership of Guan Eng. Guan Eng's ego has long been a liability to the party.

This is because the DAP supposedly do not have to go through this episode that taint their so called transparent and clean image.  Guan Eng is not that smart or even talented enough to be a leader of the party.

It is not too much if we were to say that the image and credibility of DAP crumbles because of Lim Guan Eng.

Guan Eng himself know that there are no guarantee that all of the Chinese delegates will choose him. Knowing his gangster mentality, egoistic and iron fist, he will not take the risk for him and his people if he wanted to contest the election.

At the same time, the delegates who oppose him will are also setting up the election mechanism against him and his men. It is clear that, Guan Eng is tip towing to ensure that he will remain in power.

In this particular condition, everyone who looked into the CEC DAP re-election is going to be the marred the second time with corruption and deceit. This is because; Guan Eng will not allow himself to be ousted by any means. Like the old saying goes, a lie can only be covered by a bigger lie.

After lying in the early stage of the CEC, and tried to cover up the election rig, we urged DAP members to embrace the fact that as long as they are with the DAP, they have to believe all the lies that they told them

bumiyang

Posted: 07 Sep 2013 03:08 AM PDT

bumiyang


Kali Terakhir Ron 95 Dinaikkan Pada 2008???

Posted: 06 Sep 2013 04:27 PM PDT

The Antics of Husin Lempoyang

Posted: 07 Sep 2013 03:06 AM PDT

The Antics of Husin Lempoyang


Menampung kenaikan minyak

Posted: 06 Sep 2013 07:00 PM PDT


SMS ni Husin terima...

ELAUN SARA DIRI/COLA UNTUK RAKYAT MALAYSIA.

BERITA BARU DITERIMA BAIK UNTUK SEMUA. PEKELILING 001 - Kerajaan bersetuju memberikan Elaun Sara Hidup (COLA) tanpa mengira pangkat dan tempat bertugas semua pekerja awam dan swasta sebanyak RM500.00 sebulan berkuatkuasa Sep 2013 bagi menampung kenaikan harga minyak dan barang-barang.



Langkah yang serupa disarankan kepada pihak swasta bagi menjamin keharmonian rakyat.

Elaun COLA ini boleh dituntut di semua Pejabat Pos dan BSN di seluruh negara mulai jam 1 pm hingga 4 pm pada setiap hari kecuali hari Jumaat, Sabtu dan Ahad serta hari-hari kelepasan am.


Kakitangan awam dan swasta perlu menunjukkan kad pengenalan diri Jabatan untuk mendapatkan permohonan dan wang akan dibayar selepas penyerahan borang yang lengkap beserta dengan syarat2 berikut :-
1. Surat Perlantikan Kerja - Original
2. Surat Pengesahan Kerja- Original
3. Surat Akuan Majikan - (tempat terakhir masih bertugas) dan,
4. 80 penutup botol "Coca-Cola".


Baru sesuai dengan namanya Elaun Cola. Keh.. keh.. keh.. Kalau pasal duit, semua mata sanggup baca sampai habis.

Alamak! Husin pun turut kena jual....

Taipingmali (tm)

Posted: 07 Sep 2013 01:19 AM PDT

Taipingmali (tm)


Salute untuk DS Noh Omar

Posted: 06 Sep 2013 08:41 PM PDT

DS Not Omar sememangnya hebat, berani dan bermaruah. Ini kerana kenyataan beliau bahawa beliau tidak akan bertanding dalam pemilihan Majlis Tertinggi Umno 2013- 2016.

Ianya kerana ingin menumpukan sepenuhnya kepada usaha merampas semula Selangor daripada pembangkang.

Sebelum ini beliau rela untuk tidak dipilih sebagai menteri sekiranya gagal menawan semula Selangor.

Sikap beginilah yang perlu ada pada ahli-ahli Umno dari negeri yang masih di bawah cengkaman pembangkan.

Lupakan tentang pemilihan Umno peringkat Nasional tetapi tumpukan kepada usaha untuk menawan semula Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang.

Fikir-fikirkan lah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Check out my photos on Facebook

Posted: 06 Sep 2013 10:54 AM PDT

 
 
Mohd Adri Adha Mohamad wants to share photos and updates with you.
 
 
 
Mohd Adri Adha has invited you to Facebook. After you sign up, you'll be able to stay connected with friends by sharing photos and videos, posting status updates, sending messages and more.
 

sekupangdua

Posted: 06 Sep 2013 11:36 PM PDT

sekupangdua


TANGKAP IKAN PAKAI TANGAN TU WOOOO!!!!

Posted: 06 Sep 2013 05:30 PM PDT


Peaah!!!! beso tol ikan yang mamat  ni tangkap , tapi yang unik nyer dia guna tangan jer ,,,
tu nasib baik bukan ikan jaw , buaya ke , kalu x naye jer,, Tapi kalu korang lihat bukan mamat tu yang tangkap ikan , ikan tu yang tangkap tangan dia ,,, pastu yang camera girl tu asyik memekak jer .. oh baby oh baby ....  ok la  . sumber



 jom layan video menarik ini:


RAKAMAN SEKS ARTIS TERSEBAR DI YOUTUBE BILA RUMAH DIPECAH MASUK

Posted: 06 Sep 2013 05:00 AM PDT


Skandal seks pasangan selebriti bukan perkara baru dan berlaku di mana saja. Ada kalanya skandal itu membabitkan penyiaran rakaman video menunjukkan pasangan terbabit sedang beraksi.

Terbaru, khabar angin bertiup kencang di internet mengenai rakaman itu membabitkan penyanyi utama kumpulan Parokya Ni Edgar, Chito Miranda dan teman wanitanya yang juga aktres, Neri Naig(gambar).

Satu video didakwa menunjukkan mereka tidak berpakaian dan sedang berasmara dimuat naik ke dalam laman web YouTube sebelum ditarik balik.

Bagaimanapun, ada beberapa gambar disiarkan semula oleh media sosial, lapor akhbar The Inquirer.

Miranda, 37, yang juga penulis lirik, dalam laman web Instagram - chitomirandajr -meminta maaf atas tindakan pihak tertentu membocorkan video peribadi itu.

Kami amat kesal dengan tindakan pihak tertentu menunjukkan video peribadi saya dengan teman wanita saya, Neri Naig.

Saya memohon maaf daripada keluarga kami atas kejadian yang tidak sepatutnya berlaku ini, kata Miranda.

Tidak lama selepas itu, dia mendedahkan lagi: Cakera keras kami dicuri dari rumah termasuk beberapa barangan lain.

Bagaimanapun, dia tidak mengesahkan sama ada pasangan dalam video seks itu benar-benar dirinya dan Naig, 27.

Beberapa tahun lalu, Indonesia turut digemparkan dengan penyiaran video seks penyanyi utama Peter Pan, Ariel dengan dua pelakon wanita terkenal negara itu, Luna Maya dan Cut Tari.
SUMBER : UTARA NEWS

SEMBELIH BABI SAMBUT MERDEKA DI VIETNAM

Posted: 05 Sep 2013 11:30 PM PDT




Perayaan menyembelih khinzir secara tradisional yang diadakan di perkampungan desa thÆ°Æ¡ng nem, Khac Niem komune, Tien Du daerah di wilayah Bac Ninh, utara Vietnam
Tujuan perayaan ini diadakan untuk memperingati jeneral pada Dinasti Ly, yang memerdekakan  negara tersebut. Menurut legenda penduduk setempat, jeneral membawa askar-askarnya ke negara ini dan membunuh khinzir hutan untuk memberi makan kepada tenteranya. Perayaan menyembelih khinzir yang berasal dari kawasan ini dikatakan darah khinzir dalam festival itu dipercayai melambangkan kemakmuran, keupayaan reproduktif, kecergasan dan hasil tuaian yang baik.

Ramai orang tidak percaya bahawa pesta yang penyeksaan haiwan seperti ini masih wujud di Vietnam. Mereka tidak bersetuju dengan upacara ini, kerana tidak ada kemanusiaan dalam festival ini, walaupun ia adalah satu acara yang tradisional.

                                
 

Menurut legendanya darah babi hutan yang berasal daripada kampung ini mampu memberi keamanan, kemakmuran dan tuaian yang baik.
















Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 06 Sep 2013 11:08 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Santai: Harga minyak naik punya pasal, perokok dalam dilema

Posted: 06 Sep 2013 08:26 PM PDT


Saban tahun, harga rokok meningkat. Tapi bila mymassa terjumpa gambar kartun ni, memang ada benarnya walaupun sukar diterima oleh si perokok-perokok tegar...

PANAS! Bukti Chin Peng @ Ong Boon Hua Bukan Warganegara Malaysia

Posted: 06 Sep 2013 06:30 AM PDT


Adakah Chin Peng seorang warganegara Malaysia?
KUALA LUMPUR, 28 May 2009: Chin Peng, the former secretary-general of the outlawed Communist Party of Malaya (CPM), is not a Malaysian citizen but a British national, according to historian Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.

Khoo said Chin Peng, whose real name is Ong Boon Hua, was born in 1923 in Sitiawan which is in the Dindings District.

He said Dindings then was a part of the Straits Settlements which came under the British colonial administration.

"Dindings was a part of the Straits Settlements since 1826 and was only handed over to Perak in the 1930s. The Straits Settlements comprising Penang, Malacca and Singapore had been under British colonial administration between 1867 and 1941.

"According to these facts of history, Chin Peng is a British national and not a Malaysian citizen," he told Bernama when asked to comment on calls by several people for the former CPM leader to be allowed to live in Malaysia.

Penang Gerakan chairperson Datuk Dr Teng Hock Nan had asked the government to allow Chin Peng to return to the country on humanitarian grounds as he was no longer a threat to national security.

Teng's statement drew strong opposition from various quarters, particularly members of ex-police personnel's and ex-service personnel's associations whose relatives and colleagues had fallen victim to the communist brutality during the Emergency between 1948 and 1960.

Chin Peng's attempt to get to reside in the country through the process of law also failed when the High Court dismissed his appeal because he did not furnish his identification documents.

The Federal Court in April upheld two lower courts' decisions compelling him to produce his identification papers if he wanted to enter the country. Chin Peng is believed to live in Bangkok.

"There may be no problems if Chin Peng intends to go to Britain. But if he wants to come to Malaysia, he has to prove that he is a Malaysian citizen," said Khoo.

He said many people assumed that only Malays were killed by the communists during the Emergency but many Chinese and Indians were also murdered.

Thousands of civilians and members of the security forces were killed in the guerrilla war staged by Chin Peng and his colleagues from the jungles between 1948 and until the CPM laid down arms in 1989.

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said yesterday the government would not allow Chin Peng to return to Malaysia as it would lead to dissatisfaction among the people, especially those who fought the communists and families who lost their loved ones during the Emergency. — Bernama

Jika dia bukan warganegara, boleh tak kita panggil Chin Peng sebagai pendatang asing?
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Chin Peng bukan rakyat Malaysia, sebaliknya bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) itu adalah rakyat Britain, berdasarkan fakta sejarah kelahirannya.

Fakta mengejutkan itu didedahkan pakar sejarah Prof Emeritus Tan Sri Datuk Dr Khoo Kay Kim yang berkata Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua dilahirkan di Sitiawan pada 1923 yang ketika itu berada dalam Daerah Dinding.

Beliau berkata Daerah Dinding ketika itu adalah sebahagian daripada Negeri-Negeri Selat yang merupakan tanah jajahan British.

"Dinding sejak 1826 adalah sebahagian daripada Negeri-Negeri Selat dan hanya diserahkan kepada Perak pada awal 1930-an. Negeri-Negeri Selat seperti Pulau Pinang, Melaka dan Singapura sejak 1867 sehingga 1941 adalah tanah jajahan British.

"Mengikut fakta sejarah itu, maka Chin Peng adalah rakyat Britain dan bukannya rakyat Malaysia," katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas pandangan beberapa pihak yang menyokong hasrat bekas pemimpin PKM itu untuk tinggal di Malaysia.

Untuk makluman pembaca terutamanya golongan muda yang terlepas pandang fakta ini, ketahuilah bahawa Chin Peng tidak pernah memohon kewarganegaraan Malaysia.
"Although he was born in Malaya, Chin Peng was never a citizen of Malaysia. He never applied to be one after Malaya achieved independence in August 1957 but chose to continue to fight the legally elected Government of Malaya simply because he claimed that it was still a lackey of the British Government.

"But his hidden agenda was to install a Communist system of government aligned to the Communist Party of China.
Paul Kiong

"Six years after Malaysia was formed, he sent a group of about 120 communist combatants to the south and into Kedah, Perak and West Pahang. He thought that he could gain the support of the masses after the May 13, 1969, riots. This incursion is termed the Second Emergency and it lasted till Dec 2, 1989, when the Peace Accord was signed.

"He refused to give up his communist ideology and he preferred to remain in Thailand where he believed that he was getting a better 'deal' than returning to Malaysia.

"Now, years later, he has realised his mistake after seeing his ex-comrades enjoying good and properous lives here, and decides that 'home sweet home' is none other than Sitiawan. Our Government cannot and must not dance to his whim and fancies. "Those of us who are against his return to Malaysia are the ones who fought hard and were committed to getting rid of the communist menace so that we, the people of Malaysia, can live in peace and harmony under a democratic system of government." – Retired superintendent of Special Branch Paul Kiong, 65, one of only 27 recipients of the Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) the country's highest medal for gallantry

Sumber : http://www.thestar.com.my/story.aspx?file=%2f2009%2f11%2f22%2flifefocus%2f5139776&sec=lifefocus

Jika dia sendiri tak mahu jadi warganegara Malaysia, perlukan Kerajaan melayan si tua yang angkuh seperti ini?

Memang benar Chin Peng pernah memohon maaf kepada rakyat Malaysia tetapi dia tak pernah memohon kerakyatan Malaysia. Masalahnya, isu Chin sering digunakan oleh parti politik yang chauvinis untuk meraih sokongan kaumnya yang ada di antaranya masih melihat Chin Peng @ Komunis sebagai hero.

*Mohon disebar-sebarkan fakta ini.

PEMUDA PAS ADA BUKTI ANWAR NAK BELOT

Posted: 06 Sep 2013 12:50 AM PDT

BYE BYE PAS
Seorang pembaca mengirim email mempertahankan langkah Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengkritik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan dengan usaha untuk mengadakan rundingan meja bulat dengan kerajaan Barisan Nasional (BN).
 
Pembaca yang tidak mahu namanya disiarkan memberitahu perkara ini bukan baru, bukan bermula dari cetusan dari laman peribadinya, anwaribrahimblog.com dalam perutusan semepena Hari Kemerdekaan Negara ke 56, tetapi lebih awal daripada itu, iaitu sebaik sahaja Pakatan kalah dalam Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13).

"Ungkapan Anwar dalam perutusan Kemerdekaan itu hanya pengesahan dan pelengkap daripada usaha-usaha awalnya yang telah disebut oleh orang kanannya, Azmin Ali sebelum ini.

"Lihat sejarah karektor Anwar seperti didedahkan Ezam, waktu malam di pentas ceramah, dia kritik Dr Mahathir, tetapi dalam senyap-senyap dia kirim surat mohon maaf dan ingin berbaik semula kepada Dr Mahathir melalui Ezam.

"Karektor ini penting untuk mengenali sikap dan tindakan Anwar kerana dia tidak pernah berubah,"katanya.

Malah, pembaca itu turut mengungkit sejarah silam Anwar pada tahun 1982, ketika menafikan mahu menyertai UMNO ketika bersama penyokong Pas, namun pada siangnya bersama Dr Mahathir Mohamad membuat pengumuman rasmi menyertai UMNO.

Turut disebut juga tentang 'rancangan 16 September 2008′ di mana Anwar buat kepala sendiri, mencanang idea itu dengan membelakangkan Presiden Pas.

Menurutnya, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanya tahu perancangan-perancangan Anwar tentang projek 16 September itu hanya melalui media.

Tentang kenyataan anak Anwar, Nurul Izzah menafikan 'rundingan' itu, pembaca itu mahu ia turut dibandingkan dengan kenyataan Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohd Nazree Mohd Yunus di FMT.

"Hentikan kerja gila itu wahai Anwar, anda bisik-bisik cerita 'kerajaan perpaduan' kepada pengikut anda supaya pengikut anda mewar-warkannya, tetapi dalam masa sama anda dan anak anda menafikannya.

"Bukankah pihak Najib sudah nafikan tentang perkara itu. Sekarang terbukti anda gila talak. Hidung tak mancung pipi yang tersorong-sorong,"katanya.

Menurutnya Dewan Pemuda Pas melalui Naib Ketuanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss hanya memberi peringatan, tetapi kenapa Nurul Izzah perlu melatah, katanya.

The Unspinners

Posted: 06 Sep 2013 11:03 PM PDT

The Unspinners


GAP lihat ada tersentak jika Mukhriz lawan VP

Posted: 06 Sep 2013 09:30 PM PDT

Suruh Isa turun pasal saham FGV jatuh?

Posted: 06 Sep 2013 06:00 PM PDT

UMNO di hujung nyawa?

Posted: 06 Sep 2013 08:30 AM PDT

Masaalah air sebab sungai dan longakng Eli Wong tercemar

Posted: 06 Sep 2013 05:30 AM PDT

Zam saksi sendiri Mei 13, saran tonton Tanda Putera

Posted: 05 Sep 2013 11:30 PM PDT

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 06 Sep 2013 11:02 PM PDT

DARUL EHSAN TODAY


Ini Alasan Pemaju Perumahan Cina Kenapa Mereka Nak Naikan Harga Rumah...

Posted: 06 Sep 2013 12:00 AM PDT


Peningkatan harga minyak sebanyak 20 sen yang diumumkan kerajaan pada hari Isnin lalu dijangka akan turut menyumbang kepada peningkatan harga rumah sehingga 10 peratus.

The Star yang memetik kenyataan dari wakil pemaju perumahan menyebut, peningkatan harga minyak itu menyebabkan kos bahan binaan meningkat.

Selain itu, peningkatan harga rumah berkenaan juga berpunca dari kekurangan jumlah tenaga kerja asing ekoran operasi besar-besaran yang dijalankan kerajaan untuk membasmi pendatang asing tanpa izin.

Presiden Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Datuk Seri Michael Yam Kong Choy dalam laporan itu berkata, kontraktor akan memindahkan kos yang ditanggung akibat kelewatan projek berkenaan kepada pembeli.

"Operasi ke atas tapak pembinaan juga menakutkan pekerja asing yang sah,"

Soalan aku pada cina rehda nie, kalau harga minyak turun, adakah rehda sanggup menurunkan harga rumah? kalau kerajaan tak halau pendatang asing, adakah harga rumah akan turun? 

Alasan cina tu kononnya operasi di tapak binaan menakutkan pekerja yang sah, langsung tak masuk akal dan mengarut, fikir logik, kalau pekerja tu ada permit, buat apa nak takut, hanya yang masuk secara haram sahaja akan di tangkap, alasan langsung tak masuk akal seolah-olah dia ada sembunyikan sesuatu...

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 06 Sep 2013 09:18 PM PDT

GERAKAN ANTI PKR


PASCA PRU13 CINABENG MAKIN SERANG MELAYU..JADI KITA PERLU

Posted: 06 Sep 2013 09:06 PM PDT

BUBARKAN PEMANDU, SATU BADAN YANG LANGSUNG TAK BAWAK MANAFAAT PADA MELAYU !

Posted: 06 Sep 2013 01:46 PM PDT

tok gajah

Posted: 06 Sep 2013 09:12 PM PDT

tok gajah


Jangan terlalu menunduk kepade kehendak melampau sesuatu kaum.............................

Posted: 06 Sep 2013 06:00 PM PDT

Kalau ianye di bine tampa kelulusan pehak yang berkuase make tiade sebab ianye menti di robohkan demi pembangunan. Jike pehak terus mengalah, ianye pasti akan mengundang padah  buruk. Mereke pasti akan terus berlagak kunun nye mereke tu lebih berkuase dari kerajaan yang memerintah.

Sebenar nye perkare mendirikan kuil2 secare haram ni tumbuh merate ibrat 'cendawan tumbuh selepas hujan'. Jike kerajaan gagal menangani nye dengan berkesan, ianye pasti akan menimbul kan berbagai masalah yang berlarutan Ketegasan dari pehak yang berkuase mestilah dibuktikan - jangan hanye macam "hangat2 tahi ayam".


Bina kuil Hindu sebelah surau dan masjid untuk elak kena roboh

Kepada mana-mana pengurusan masjid dan surau yang akan diroboh oleh pihak kerajaan atas alasan pembangunan, mungkin perlu dicadangkan pengurusan surau atau masjid tadi mempelawa penganut Hindu membina kuil di sebelah surau atau masjid tersebut. 

Bukti dah banyak ada di Negeri Sembilan dimana pihak berkuasa tidak berani hendak merobohkan kuil malahan kuil kecil bawah pokok untuk pelebaran jalan. (Gambar - Hissan)

Tak PERCAYA ? Mari semua datang Seremban dan Rembau. Satu di jalan Seremban – Tampin. Dari tol Senawang ambil jalan ke Tampin. Pada selekoh selepas jejambat perhatikan sebelah kiri jalan , ada satu pokok besar, ada kuil kecil, rapat dengan jalan. Perhatikan pula sebelah kanan, ada kuil Hindu, juga tepi jalan, sedikit pun tidak dirobohkan. 

Kemudian pergi pula ke bandar Seremban dari Ampangan, selepas Centre Point, ambil kiri ke jalan baru dekat Taman Dusun Nyiur, perhatikan kuil Hindu , sebelah jalan besar, sedikit pun tak terusik.

Kemudian JOM kita ke Rembau. Masuk saja kawasan perindustrian Chembong, perhatikan sebelah kanan jalan, pagar kuil pun mereka tak berani sentuh yang terletak di sebelah jalan besar.

Dalam semua kes diatas, jalan tadi dilencongkan sikit, supaya kuil Hindu tadi tidak diusik, apatah lagi dirobohkan.

Jadi kalau banyak masjid dan surau di Malaysia ini dirobohkan atas nama pembangunan , adakah ini bermakna umat Islam di Malaysia sudah PEKAK, BUTA, BISU ?

Mari kita tunggu adakah Surau di Bukit Katil Melaka di bumi Hang Tuah akan dirobohkan.

Ikuti perkembangan dari masa ke semasa PEROBOHAN SURAU BUKIT KATIL DI BLOGhttp://mutaligat.blogspot.com

Gambar kuil Hindu di Seremban sebelah jalan besar dihttp://pasns.blogspot.com/2009/09/masjid-kg-bongek-nsembilan-akan.html

PASTI Bukit Katil dan Surau Bukit Katil akan dirobohkan oleh pihak berkuasa atas alasan untuk dibuat jalan sedangkan tidak jauh dari kawasan itu terdapat tanah kosong yang boleh digunakan untuk pembinaan jalan tersebut. Penduduk kampung bangkit menentang tindakan zalim ini. Solat Hajat terus diadakan. Bagi anda yang cinta kepada pendidikan Islam dan Rumah Allah ayuh dirikan solat hajat mohon ianya diselamatkan. Infak dan derma boleh dihulurkan untuk mempertahankan surau ini. Sila hubungi 013-2186 886 untuk maklumat sepenuhnya.

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 06 Sep 2013 09:03 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


Selamat Hari #Malaysia50

Posted: 06 Sep 2013 09:19 AM PDT


BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 06 Sep 2013 03:18 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


'Pak Guard' gesel janggut celah peha murid

Posted: 06 Sep 2013 10:07 AM PDT

Johor Bahru: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun mendakwa pengawal keselamatan sekolah meletakkan kepala serta menggeselkan janggut di paha selain memeluknya dalam dua kejadian berasingan pada Ogos lalu.

Ibu kanak-kanak berkenaan yang mahu dikenali sebagai Zainab, 35, berkata, anaknya yang dikenali sebagai Amira memaklumkan kejadian itu kepadanya selain tidak mahu ke sekolah sejak kejadian terbabit.

"Saya bekerja di sekolah tempat anak saya belajar dan Amira akan menunggu saya habis bekerja di pondok pengawal keselamatan berkenaan setiap hari.

"Pada mulanya saya tidak mengesyaki apa-apa kerana turut mengenali pengawal keselamatan itu. Bagaimanapun, ada guru dan rakan sekerja menasihati berhati-hati selain tidak membenarkan anak saya menunggu di situ," katanya, semalam.

Menurut Zainab, dia bagaimanapun tidak mengendahkan nasihat itu sebelum terkejut apabila Amira memaklumkan kejadian terbabit kepadanya pada 28 Ogos lalu.

Zainab berkata, sebelum itu, Amira secara tiba-tiba tidak mahu ke sekolah selain menangis.

"Amira memaklumkan seorang pengawal keselamatan lingkungan 50-an meletakkan kepala selain menggesel janggutnya di atas pahanya.

"Bimbang perkara sama berulang, saya melaporkan kejadian di Balai Polis Larkin pada 29 Ogos lalu," katanya.

Menurut Zainab, selepas dipujuk, Amira akhirnya ke sekolah, tetapi pergerakannya sentiasa dipantau ahli keluarga bagi memastikan tiada perkara buruk berlaku.

Zainab turut berharap pengawal keselamatan terbabit dikenakan tindakan di atas perbuatan tidak bermoral itu demi keselamatan murid di sekolah berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

"Kami sudah merekodkan keterangan individu berkaitan dan setakat ini, siasatan masih dijalankan," katanya.

12 tahun layan nafsu bapa kandung...

Posted: 06 Sep 2013 08:04 AM PDT

KUALA TERENGGANU - Seorang bapa bernafsu binatang apabila tergamak melepaskan nafsu serakah ke atas anak kandungnya sejak mangsa berusia 6 tahun dan berterusan sehingga mangsa kini berusia 18 tahun, dalam kejadian di Kampung Padang Tapong, Jerteh, Besut.

Menurut sumber, perbuatan jijik bapa berusia 42 tahun ke atas anak sulung daripada lapan beradik itu terbongkar apabila mangsa menceritakan kejadian menimpa dirinya kepada guru kaunseling di sekolah, selepas dirogol lagi pada 21 Ogos lalu.

"Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa yang berada di rumah telah diajak bapanya ke ladang kelapa sawit berhampiran dan tanpa menyimpan syak, mangsa hanya mengikut arahan.

"Setibanya di situ, mangsa dipaksa memuaskan nafsu bapanya, bagaimanapun, pada mulanya mangsa cuba melawan tetapi tidak berdaya sebelum dirogol oleh bapa sendiri buat ke sekian kalinya," katanya, semalam.

Sumber berkata, mangsa yang juga calon STPM mengambil keputusan membongkar segala perbuatan keji bapanya selama ini kerana dipercayai sudah tidak tahan lagi menjadi 'hamba seks' kepada lelaki itu.

Bapa berusia 42 tahun ini dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam, untuk mendapat perintah tahanan reman.
"Mangsa mendakwa menjadi hamba seks bapanya sejak tadika lagi dan disebabkan takut diapa-apakan oleh bapanya kerana sering diugut, mangsa mengambil keputusan berdiam diri dan tidak menceritakan kepada ibunya selama ini," katanya.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret, di sini, semalam, Majistret Noradila Ab Latiff membenarkan lelaki yang bekerja sendiri itu direman selama tujuh hari untuk disiasat di bawah Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram.

Senarai Nama Ketua Kumpulan Kongsi Gelap Tempatan Didedahkan

Posted: 06 Sep 2013 06:54 AM PDT

KUALA LUMPUR: Nama ketua dan ahli kumpulan kongsi gelap tempatan Geng 04, 08 dan 36 yang masih aktif dibeberapa kawasan didedahkan.

Bernama memetik sumber Kementerian Dalam Negeri, berkata mereka terdiri daripada,

Geng 04:
  • Tiram Sasi (Johor), 
  • Sungai Way Sugu (K.L), 
  • Green Line Samy (Penang), 
  • Prai Bala (Penang)  
  • Langkap Sasi (yang dipercayai terlibat dengan kes tembak di Kampar, Perak melibatkan seorang bapa dan anak lelaki, Selvam terbunuh dalam kejadian tembak di Taman Perdana, Batu Gajah. 
  • Ragu (Ayer Tawar) 
  • Sudha (Sitiawan).

Ketua Geng 08:
  • Indren (P. Pinang), 
  • Jiva (P. Pinang), 
  • Dark (KL), 
  • Siva Guru (KL), 
  • Muthu (Ipoh), 
  • Skey (Johor), 
  • Shoby (KL)  
  • Gobi (KL)

Geng 36:
  • Cendol Kanna (KL), 
  • Ratenan (KL), 
  • Devan (jutawan yang terlibat dengan perdagangan dadah), 
  • Kajang Balan (orang kanan kepada Devan), 
  • Seremban Denial (Seremban), 
  • Pelai (Taiping), 
  • M.G Buntong (Perak), 
  • Satia (Perak), 
  • Kajang Kalai (Kajang), 
  • Santhanem (KL), 
  • Ulu Tiram Api (Johor Baharu), 
  • Rama (Johor Baharu), 
  • Sadam (Butterworth), 
  • Satish (Butterworth), 
  • Arvin (Kulim)
  • Avi.

Bekas ahli kumpulan hip hop disebat 10 kali rogol anak tiri

Posted: 06 Sep 2013 05:01 AM PDT

Gambar hiasan
KAJANG - Seorang bekas ahli kumpulan nyanyian popular pertengahan 2000 dihukum penjara 20 tahun dan 10 kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas disabitkan bersalah merogol anak tiri berusia 14 tahun di rumah mereka, di Gombak Februari tahun lalu.

Hakim Nor Hazani Hamzah mengarahkan hukuman terhadap tertuduh yang berusia 38 tahun itu berjalan mulai hari ini.

Bagaimanapun mahkamah membenarkan tertuduh untuk menangguhkan hukuman penjara sehingga rayuan selesai di Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan berkenaan di sebuah rumah di Taman Gombak Jaya di sini, pada pukul 9 pagi, 9 Februari 2012.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (2) (d) yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan, jika disabit kesalahan. - KOSMO!

Kosmo!

Adegan panas Intan Ladyana dan Farid Kamil dalam filem Dampak

Posted: 06 Sep 2013 01:01 AM PDT

PETALING JAYA: Pelakon Intan Ladyana bersedia untuk berhadapan dengan kritikan daripada penonton selepas tampil berani dalam sebuah babak berahi bersama aktor Farid Kamil dalam filem terbaharu lakonannya berjudul Dampak.

Intan, 32, berkata, sebagai pelakon dia menganggap babak tersebut sebagai satu cabaran namun mengakui bukan mudah untuk melakukan aksi tersebut semasa penggambaran berlangsung.

"Saya tiada masalah jika babak tersebut menjadi bualan dan mendapat kritikan daripada peminat kerana itu sebahagian daripada jalan cerita filem dan ia hanya lakonan.

"Walaupun tidak mudah untuk saya lakukan aksi tersebut tetapi sebagai pelakon itu adalah cabaran untuk saya," katanya kepada mStar Online.

Filem arahan Lai Yuk Long itu turut menampilkan barisan pelakon seperti Aaron Aziz, Juliana Evans, Michael Chin dan Cat Farish.

Ia bakal ditayangkan di pawagam pada 19 September ini.

Aksi panas itu dapat dilihat apabila Intan yang memegang watak Qyra telah digoda dan dirogol oleh Giran lakonan Farid yang tercedera akibat bergaduh dengan samseng.

Dalam perkembangan sama, Intan berkata, ketika babak itu dirakam hanya dia dan Farid berada di dalam bilik bersama empat buah kamera yang dipasang dalam bilik berkenaan.

"Kami mengambil masa selama 20 minit untuk menyiapkan babak berkenaan dan ketika ia dirakamkan hanya kami berada dalam bilik bersama empat buah kamera yang dipasang di empat sudut bilik.

"Bagaimanapun hasil terakhir babak tersebut adalah daripada suntingan dan teknik kamera yang dilakukan oleh pihak produksi," tuturnya.

Tambah Intan, selain melakukan babak intim dalam filem tersebut, dia juga terpaksa merokok bagi menggambarkan watak jahat Qyra yang dipegangnya.

"Terpaksa merokok dalam filem itu lebih sukar kerana saya tidak suka kepada bau dan asap rokok dan ia cukup mencabar," jelasnya.

Penggunaan RON92 undang kesan negatif - PDAM

Posted: 06 Sep 2013 12:31 AM PDT

KUALA LUMPUR: Malaysia akan dianggap sebagai mengambil langkah terkebelakang sekiranya petrol RON92 yang pernah ditarik dari pasaran sebelum ini diperkenalkan semula memandangkan ia mempunyai kesan negatif terhadap alam sekitar.

Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Hashim Othman berkata tindakan itu juga dianggap tidak berbaloi berikutan kerajaan akan berdepan peningkatan kos yang tinggi.

Selain bakal menghadapi masalah dari segi logistik, katanya kerajaan juga perlu memikirkan kesannya dalam tempoh jangka masa panjang berikutan minyak RON92 mempunyai kesan negatif terhadap alam sekitar.

"Banyak perkara yang perlu diteliti sekiranya kita mahu menggunakan semula petrol RON92. Persoalannya adakah ia berbaloi? Pelaksanaan ini juga akan melibatkan penambahan pam dan tangki di setiap stesen minyak dan siapa pula yang akan membiayai semua kos ini?" katanya ketika ditemu bual menerusi program "Dalam Radar" terbitan Bernama Radio24, malam Khamis.

Selain mendatangkan masalah kepada pengusaha, katanya penggunaan semula petrol RON92 juga bukan jalan penyelesaian terbaik untuk mengurangkan beban pengguna kerana tidak banyak kenderaan yang menggunakan minyak gred itu pada masa kini.

Beliau mengulas tindakan kerajaan untuk mempertimbangkan cadangan penggunaan semula petrol RON92 yang ditarik dari pasaran pada 1 September 2009 bagi memberi pilihan kepada pengguna membeli petrol pada harga lebih murah.

Cadangan itu timbul selepas pengumuman kerajaan menaikkan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen berkuat kuasa 3 September lepas.

Menurut Hashim susulan reaksi sesetengah masyarakat yang kurang senang terhadap pengurangan subsidi yang dibuat itu, kerajaan wajar memberi keyakinan dan penerangan lebih jelas bahawa tindakan itu bukan bertujuan membebankan mereka.

Sementara itu, PDAM yang menyambut baik keputusan kerajaan berharap pengurangan subsidi itu mampu mengekang isu penyeludupan minyak ke negara jiran, walaupun jurang harga jualannya masih terlalu tinggi.

Katanya PDAM akan terus memberi kerjasama dalam usaha mengatasi masalah ketirisan berikutan terdapat pihak yang melakukan 'perniagaan haram' dengan mengambil kesempatan terhadap pemberian subsidi ke atas bahan api.

Katanya PDAM bersama-sama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), akan mengadakan makmal perbincangan bagi mencari jalan penyelesaian terhadap isu penyeludupan bahan api, selain cara terbaik bagi membantu pengguna susulan kenaikan harga minyak dan diesel baru-baru ini. - BERNAMA

(Gambar) Pasangan lakukan seks dalam teksi ketika jalan sesak

Posted: 05 Sep 2013 11:32 PM PDT

Beberapa foto aksi seks di dalam sebuah teksi yang sedang bergerak di Shanghai, China tersebar di internet.

Menurut saksi, insiden tersebut berlaku pada waktu pagi 1 September yang lepas.

Foto berkenaan menyaksikan sepasang pasangan muda dalam keadaan separuh bogel sedang melakukan hubungan seks ditempat duduk belakang teksi berkenaan. Ianya amat jelas dan boleh dilihat oleh pemandu-pemandu kenderaan yang lain.

Wanita berkenaan dilihat duduk di atas riba lelaki berkenaan dan mencium pasangannya dengan agresif. Saksi juga mendakwa tubuh wanita berkenaan dalam keadaan naik dan turun.
"Pada awalnya saya fikir mereka sedang bergurau, jadi saya fikirkan tak perlu untuk saya mengambil gambar. Tetapi, selang beberapa saat, keadaan menjadi semakin 'panas'.

"Wajah pemandu teksi itu pucat seperti nampak hantu. Saya dapat bayangkan jika saya berada di lori sebelah teksi tersebut, pastinya dapat merakam aksi mereka dengan lebih jelas," jelas saksi berkenaan.

Noh Omar umum lepas jawatan parti

Posted: 05 Sep 2013 08:01 PM PDT

SHAH ALAM - Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar hari ini mengumumkan untuk tidak mempertahankan jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno pada pemilihan parti itu Oktober depan.

Noh yang juga ahli Parlimen Tanjong Karang turut mengumumkan untuk melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno di negeri ini.

Perkara itu katanya dilakukan demi kelangsungan BN di Selangor serta ingin memberi laluan kepada "orang baru".

"PRU akan datang kalau keputusan kita hanya menang 12 atau kurang daripada PRU ini atau makin teruk saya akan lepaskan jawatan ini.

"Saya berjanji kepada semua," katanya dihadapan 1, 500 wakil wanita Umno setiap negeri, di Hotel De Palma, Shah Alam.

Kepulangan Chin Peng 'Lukakan Hati' Rakyat - Perkasa

Posted: 05 Sep 2013 07:31 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) menyifatkan cadangan untuk membenarkan kepulangan bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng ke negara ini hanya akan 'melukakan hati' rakyat.

Naib Presiden Perkasa Datuk Zulkifli Noordin berkata pengkhianatan Chin Peng dan kekejaman komunis sehingga menyebabkan rakyat hidup menderita serta ribuan menjadi korban semasa zaman darurat tidak boleh dilupakan.

"Kita berpendapat bahawa tangan Chin Peng ini berlumuran dengan darah rakyat Malaysia, bukan sahaja Melayu, tetapi Cina, India dan lain-lain.

"Banyak hati yang akan terluka sekiranya kita membawa balik atau membenarkan Chin Peng pulang," katanya pada sidang media di sini.

Pengerusi DAP Karpal Singh pada Khamis meminta kerajaan supaya membenarkan Chin Peng dan anggota PKM yang dilarang memasuki negara ini untuk pulang ke tanah air dan berkata waris keluarga yang dizalimi pengganas komunis akan memaafkan mereka.

Gesaan Karpal itu dibuat selepas bekas Timbalan Ketua Pengarah Cawangan Khas Yuen Yuet Leng, membuat kenyataan sama seperti dilaporkan media sebelum ini.

Zulkifli berkata sekiranya Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia, bekas pemimpin PKM itu masih perlu dibicarakan atas kesalahan dan pengkhianatannya sebelum ini.

Turut hadir pada sidang media itu Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali.

Menyentuh mengenai isu kenaikan harga petrol dan diesel, Ibrahim berkata kerajaan perlu menimbang untuk membuat potongan gaji pegawai tertinggi kerajaan dari lima sehingga 10 peratus sekiranya ingin mengurangkan perbelanjaan negara.

"Sepatutnya potongan gaji ini dilakukan serentak dengan pengurangan subsidi minyak RON95 sebanyak 20 sen, maka tentu rakyat boleh rasakan inilah tindakan yang betul dan rakyat boleh terima beban yang sedikit ini," katanya.

Beliau juga berkata kerajaan perlu mengemaskini dan mengurangkan perbelanjaan terhadap aktiviti atau perkara yang tidak penting yang melibatkan peruntukan yang tinggi.

Ibrahim bagaimanapun berkata rakyat perlu memberi peluang dan percaya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjalankan tugas membangunkan negara.

"Pilihan raya baru sahaja selesai, jadi kita perlu beri kerjasama. Dalam pada yang sama kita (Perkasa) memberi kerjasama, kita tetap kekal dengan pendirian akan menjadi kritikal dalam menegur kerajaan," katanya.

Mengulas mengenai kenyataan kontroversi Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi yang menggesa Najib supaya meletak jawatan, Ibrahim berkata Perkasa telah memberi amaran keras kepada beliau.

Ibrahim menegaskan kenyataan Irwan adalah bersifat peribadi dan bukan pendirian yang diambil oleh Perkasa. - BERNAMA

Penyanyi dangdut bersyukur belum ditiduri tunang curang

Posted: 05 Sep 2013 05:31 PM PDT

Zaskia "Gotik" akhirnya memutuskan tali pertunangnya dengan Hendriyanto alias Vicky Prsetyo.

Penyanyi dangdut yang popular dengan Goyang Itik itu mengambil keputusan sedemikian setelah meneliti segala bukti-bukti pembohongan yang pernah dilakukan Vicky.

Walaupun sedih, beliau masih bersyukur kerana keburukan calon suaminya itu terbongkar sebelum pernikahan berlaku.

Apa yang paling disyukurinya adalah, beliau belum sempat 'ditiduri' oleh Vikcy, seperti mana yang berlaku kepada penyanyi-penyanyi dangdut yang lain.

Baca juga: Penyanyi dangdut mengaku ada video seks dengan tunangan orang

"Neng (panggilan sayang Zaskia) dekat sama dia relatif singkat. Alhamdulillah Neng tidak seperti itu," kata Zaskia di sidang media di Kantor Nagaswara, Menteng, Jakarta Pusat, Kamis lepas.

Ketika di awal perkenalannya, Zaskia mengaku sudah mempunyai niat untuk bernikah dengan beliau.

"Saat itu Neng memang niat untuk nikah, bukan main-main. Makanya dibuat acara tunangan sedemikian rupa," jelasnya.
Mengejutkan! Inilah foto Ade Nurul yang ia tunjukkan sebagai bukti kemesraannya dengan tunangan Zaskia Gotik.