Sabtu, 1 September 2012

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Kopitiam Bang Nan

Posted: 01 Sep 2012 09:26 PM PDT

Kopitiam Bang Nan


Pakatan Rakyat Gagal Lagi: Pahang Terpaksa Bekal Air Ke Selangor....

Posted: 01 Sep 2012 07:59 PM PDT



Kahkahkah....

Tak payah ngundi BN lagilarrrr pakxik makcik oiiii!!

fcamel 雜記

Posted: 01 Sep 2012 09:11 PM PDT

fcamel 雜記


追求

Posted: 01 Sep 2012 11:53 AM PDT

前幾天看到這篇 GTF: Great Teacher Friedman, 讓我想起一些事來。

從小就很喜歡看這類側寫高手的文章, 像是費曼的故事, 或是 iWoz 等, 然後期望自己有稍微追上這些人的一天。偶而會有點遺憾, 覺得自己不是這塊料; 偶而又會有些小小成就, 覺得自己克服過去不曾想過的事。

到頭來是否真的有追上似乎沒那麼重要, 重要的是保持這種愉快的追求心吧。

RAKYAT MARHAEN

Posted: 01 Sep 2012 09:05 PM PDT

RAKYAT MARHAEN


2 Sept : Peristiwa Dato' Seri Anwar Ibrahim Dipecat

Posted: 01 Sep 2012 08:55 PM PDT

2 Sept : Polis Bertopeng 1998-2008

Posted: 01 Sep 2012 08:54 PM PDT

2 Sept : Amanat terakhir DSAI sebelum ditangkap 20 Sept 1998

Posted: 01 Sep 2012 08:53 PM PDT

2 Sept : 2008 - Anwar is back!

Posted: 01 Sep 2012 08:49 PM PDT

2 Sept : Perjuangan Anwar Ibrahim

Posted: 01 Sep 2012 08:47 PM PDT

2 Sept : Memori September ' 98 -Siri 1

Posted: 01 Sep 2012 08:44 PM PDT

2 Sept : Ledakan Reformasi 1998

Posted: 01 Sep 2012 08:43 PM PDT

2 Sept : In remembrance of 'Reformasi 1998'

Posted: 01 Sep 2012 08:42 PM PDT

2 Sept : Laungan Reformasi Part II

Posted: 01 Sep 2012 08:41 PM PDT

2 Sept : Laungan Reformasi - Siri 1

Posted: 01 Sep 2012 08:41 PM PDT

2 Sept : Reformasi 1998-2012

Posted: 01 Sep 2012 08:39 PM PDT

Selamat Ulang Tahun Ke 14 Kelahiran Reformasi!!! Lawan Tetap Lawan......

Posted: 01 Sep 2012 08:30 PM PDT

Pergerakan Reformasi di Malaysia dilaksanakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan para penyokongnya sebaik sahaja beliau dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 2 September 1998.

Gerakan ini terdiri daripada beberapa acara tunjuk perasaan dan perbarisan besar-besaran untuk menentang kerajaan campuran Barisan Nasional yang lama memerintah, yang berterusan sehingga Anwar ditahan lalu dipenjarakan pada 20 September 1998, lalu pudarnya pergerakannya.

Sasaran kempen reformasi ialah Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Mahathir Mohamad yang dipandang sebagai pemimpin yang korup dan sudah terlalu lama memegang jawatannya.

Kesan peninggalan gerakan reformasi akhirnya terasa ketika pilihan raya umum pada tahun 2008, apabila Parti Keadilan Rakyat (PKR) pimpinan Anwar Ibrahim memenangi 31 kerusi parlimen, dan bersama-sama Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) mematahkan majoriti dua pertiga Barisan Nasional di Parlimen.

Di Sidang Kemuncak APEC 1998 di Kuala Lumpur, Naib Presiden Amerika Syarikat ketika itu, Al Gore, memberi ucapan yang menyokong Anwar dan pergerakan reformasi di hadapan Mahathir dan pemimpin Asia-Pasifik yang lain.

"Demokrasi mengurniakan mohor keabsahan yang perlu untuk pembaharuan agar berkesan." Tambahnya lagi: "Oleh itu, di kalangan negara yang mengalami krisis ekonomi, kita masih mendengar laungan demi demokrasi, laungan demi pembaharuan, dalam pelbagai bahasa - People Power, doi moi, reformasi. Kita mendengarnya hari ini - di sini dan sekarang - di kalangan rakyat Malaysia yang berani."

Sebagai pengulas politik, bekas TPM Musa Hitam berkata "Jika pergerakan dan tunjuk perasaan "reformasi" harus diberi kepentingan dari segi politik Malaysia — seandainya ada apa-apa yang dapat saya katakan sebagai kesimpulan positif tanpa teragak-agak — ianya tidak berbaur perkauman.

Menakjubkan. ... lebih kepada isu daripada kaum. Saya kagum." Musa mengulas bahawa sebelum reformasi, "apa jua sekalipun tunjuk perasaan di Kuala Lumpur atau Pulau Pinang sentiasa berbaur perkauman. Sekalipun menentang kerajaan, mereka membakar kedai-kedai Cina.

Gerakan Reformasi ini membawa kepada penubuhan parti berbilang kaum yang bernama Parti Keadilan Nasional.

Menjelang pilihan raya umum tahun 1999, Parti Keadilan Nasional, PAS dan DAP membentuk Barisan Alternatif dalam inisiatif bersama untuk menggantikan kerajaan BN. Buat pertama kalinya dalam sejarah Malaysia, UMNO selaku parti utama dalam parti campuran BN menerima kurang separuh daripada jumlah undian kaum Melayu.

Walaupun begitu, Barisan Nasional kekal sebagai parti campuran terbesar di Parlimen, hasil sokongan padu dari bukan Melayu yang mengkhuatiri ketidakstabilan yang mungkin terjadi seandainya parti campuran pemerintah ditumbangkan seperti yang berlaku pada Mei 1969.


Pergerakan reformasi seakan-akan pudar selepas pilihan raya tahun 1999, diikuti pilihan raya 2004 apabila Parti Keadilan Nasional kehilangan semua kerusinya di Parlimen kecuali satu yang dipertahankan oleh Presidennya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, isteri Anwar Ibrahim.

Kemenangan besar BN pada tahun 2004 adalah berpunca daripada harapan tinggi terhadap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menggantikan tempat Dr. Mahathir pada 31 Oktober 2003.

Namun demikian, Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara pada 14 September 2004, dan Parti Keadilan Nasional bangkit semula sebagai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

PKR menang besar di pilihan raya umum 2008, dengan memenangi 31 kerusi lalu menjadi parti pembangkang terbesar di Parlimen.

Selain itu, lima daripada sebelas kerajaan negeri di semenanjung Malaysia jatuh di tangan campuran PKR, PAS dan DAP yang kemudian membentuk Pakatan Rakyat.

Kerajaan BN buat pertama kalinya sejak tahun 1969, kehilangan majoriti dua pertiganya di Parlimen.

Lakhdar Brahimi talks to Al Jazeera

Posted: 01 Sep 2012 08:15 PM PDT

Waytha: '1Malaysia is a joke'

Posted: 01 Sep 2012 08:13 PM PDT

Turkey protesters march in support of Assad

Posted: 01 Sep 2012 08:11 PM PDT

Hukum TAHLIL 3,40 & 100 Malam - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 01 Sep 2012 08:09 PM PDT

Waktu Yang SESUAI Menjamu Orang Yang Urus JENAZAH - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 01 Sep 2012 08:06 PM PDT

Hukum TERTELAN Air HUJAN Di Bulan PUASA - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 01 Sep 2012 08:00 PM PDT

Ganti Puasa DOUBLE Sebab MENGANDUNG / BERSALIN ? - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 01 Sep 2012 07:58 PM PDT

Hukum BERKUMUR Ketika WUDUK Bulan Puasa - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 01 Sep 2012 07:57 PM PDT

Lebih 1,000 pendidik islam berhimpun 8 September

Posted: 01 Sep 2012 07:53 PM PDT


(Banner Himpunan Pendidik 2012 di Shah Alam)

SHAH ALAM: Lebih 1,000 pendidik khasnya dari Selangor akan menyertai Himpunan Pendidik Islam 2012 8 September 2012  di Dewan Unisel, Shah Alam.

Turut serta dan bakal dinobatkan sebagai Tokoh Pendidik Nusantara adalah Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS.

Demikian kata Pengerusi NGO Pendidik, Normala Sudirman (gambar) dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

Menurut beliau, antara objektif program  ini adalah untuk membina rangkaian hubungan yang rapat antara para pendidik di seluruh Malaysia.

Selain itu, program ini juga bertujuan untuk meraikan guru-guru, tokoh-tokoh pendidik dan pengurus pendidikan pelbagai institusi dan pelbagai bangsa dari seluruh Selangor dan seluruh Malaysia yang telah menaburkan bakti, mencurahkan jasa membangunkan modal insan serta mengangkat martabat pendidikan negara.

"Dengan memilih tema himpunan 'Guru Menjana Kebijaksanaan', adalah diharapkan agar warga pendidik seluruh Malaysia terus beriltizam untuk terus berbakti dan mencurah tenaga demi memacu halatuju pendidikan negara," katanya dengan penuh keyakinan dan optimis.
Read More / Baca Lagi >>

Bintulu Dhaif: TV3 masih boleh dipercayai?

Posted: 01 Sep 2012 07:51 PM PDT

Kenyataan spontan pengacara TV3 mengenai Bintulu dua hari lepas benar-benar mengguris hati rakyat Sarawak. Bintulu dilabel sebagai kawasan dhaif kerana jauh daripada Kuching.

Hakikatnya, Bintulu,merupakan bandar ketiga terbesar di Sarawak dan  merupakan hub industri LNG di Sarawak. Industri LNG ini merupakan antara penyumbang utama pendapatan negara.

Kenyataan spontan mengenai kedhaifan Bintulu ini menunjukkan ketidak pedulian pengacara TV3 tersebut, yang juga merupakan seorang wartawan.

Jika kualiti kewartawanan di TV3 adalah sebegini rendah, tidak hairanlah berita-berita di TV3 setaraf berita kedai kopi, penuh fitnah dan tangkap muat.
Read More / Baca Lagi >>

Kantoi Lagi : HIMPUNAN MERDEKA 55 'JANJI DITEPATI' DI BUKIT JALIL TIDAK JEMPUT YDP AGONG

Posted: 01 Sep 2012 07:43 PM PDT


Tindakan kerajaan pembangkang yang dilapor membelakangkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam majlis sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri bukan satu perkara mengejutkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata ini kerana mereka lebih menghormati Ketua Pembangkang merangkap Penasihat Ekonomi negeri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak mempunyai 'locus standi' tetapi dijemput sebagai tetamu kehormat pada majlis yang diadakan di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam, pada Khamis malam.

"Kalau ada majlis takkanlah dia (Anwar) lebih besar daripada Sultan. Baginda yang menjadi simbol negeri pun tidak dihormati," katanya ketika berucap pada Jamuan Aidilfitri BN Selangor di Pusat Penyelidikan Getah (RRI) Malaysia di Sungai Buloh disini, hari sabtu.

Berita di atas dipetik dari BERNAMA
Peliknya UMNO-BN tak jemput pula YDP Agong ke majlis grand 'Himpunan Merdeka 55 Janji Ditepati' di Bukit Jalil pada malam sabtu lalu. Apakah perbuatan itu dikategorikan tidak membelakangkan YDP Agong selaku ketua negara. Kepada pencacai UMNO sila tolong jawap!???...

Cerita Biadap....!!! Siapa Mulakan Dulu...????

Posted: 01 Sep 2012 07:25 PM PDT

Mana Lebih Biadap ?? Siapa Mula Dulu ??
Nah..Muka Pun Dah Real..Ambil la Tindakkan !!
Dah bertahun kes "Kencing" tak da tangkapan dan pendakwaan pun..???

Malaysia Kita : Tidur di ruang tamu, 7 tahun mohon PPRT tiada maklum balas...

Posted: 01 Sep 2012 07:21 PM PDT


Tidur di ruang tamu, mohon PPRT tiada maklum balas
Pintu rumah yang didiami 12 sekeluarga ini hanya ditutup menggunakan zink.
 
PENDANG - Seorang bapa di Kampung Pida 5 di sini, terpaksa menumpang rumah ibu bapanya selama tiga tahun kerana permohonan bantuan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dari Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda), tidak mendapat maklum balas.

Abu Bakar Salleh, 39, berkata, pekerjaannya sebagai penjaga kolam udang menyebabkan dia tidak mampu membina rumah sendiri.

Menurutnya, pendapatannya hanya digunakan untuk menguruskan perbelanjaan seharian dan menyara tujuh anak yang mana lima daripadanya masih bersekolah.

"Selama tujuh tahun saya membuat permohonan PPRT ini namun, sehingga kini pihak terlibat tidak memberikan apa-apa respons mengenainya dan kali terakhir adalah tahun lepas tetapi masih tiada tindakan.

Read More / Baca Lagi >>

Tukar Tiub

Posted: 01 Sep 2012 07:39 PM PDT

Tukar Tiub


SATU LAGI TANDA GEROMBOLAN AKAN DI TENDANG MAUT

Posted: 01 Sep 2012 06:15 PM PDT







JANGAN PERJUDI MASA DEPAN NEGARA - meloya

ABDUL Ghani Othman (gambar) pada sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 peringkat negeri Johor di Kluang Mall, Kluang, Johor, semalam. - TIEWNAMA

KLUANG 31 Ogos - Rakyat negeri ini diingatkan tidak memperjudikan masa depan dengan cuba melakukan 'eksperimen' dalam menentukan kuasa politik tanah air.

Menteri Besar, Abdul Ghani Othman berkata, sebaliknya rakyat perlu memilih pemimpin yang telah terbukti keberkesanannya dalam mewujudkan kemajuan dan perpaduan di negara ini.

"Sejarah dunia telah menunjukkan sekali tersilap melangkah, maka kita akan menderita sepanjang zaman. Janganlah nasib hari mendatang anak cucu kita didagangkan dan dipertaruhkan.

"Ini bukanlah masa untuk mencuba-cuba tetapi adalah untuk memperbaharui kepercayaan dan mengukuh keyakinan kepada apa yang telah terbukti berkesan," katanya berucap pada sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 peringkat negeri di hadapan pusat beli-belah Kluang Mall, di sini hari ini.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit...INI SATU LAGI TANDA ....kah kah kah..

kah kah kah... INI CAKAP CAKAP NAK KALAH.... kah kah kah..

kah kah kah...TANDA TANDA SEMAKIN JELAS.... kah kah kah



NOTA:
awas
awas
gerombolan tahu rakyat tidak menyokong
mereka lagi
gerombolan tahu rakyat akan memiligh kerajaan baru

justeru pru13 ini gerombolan akan menipu
gerombolan akan membawa:
mat indon
mat bangla
mat burma
pakai undi pos
pakai pengundi hantu
untuk memastikan gerombolan menang

waspada!
wajib sedar
wajib bersedia
jangabn kena tipu

PETANG INI KITA BERHIMPUN DI PADANG MILO RAUB PAHANg

Posted: 01 Sep 2012 10:08 AM PDT



PENGUMUMAN UNTUK SEMUA

petang ahad ini himpuanan hijau
akan mengadakan satu perhimpuanan
di padang milo raub pahang

pada jam 2:00 petang

semua warga
anak semua bangsa
di jemput datang

mari kita tunjukkan banatahan kita
terhadap lombong emas milik mat saleh
australia yang sedang meracun warga kita

dulu mat saleh datang dengan bom dan senapang
mereka merompak bijeh dan getah
dulu mereka datang dengan kapal dan meriam
untuk jadikan kita hamba abdi

hari ini mereka datang dengan modal
mereka datang dengan dolar dan dinar
untuk meracun kita semua

dijemput datang buat ramai






HIMPUNAN HIJAU BERDEMO DI RAUBH PAHANG

Posted: 01 Sep 2012 03:15 AM PDT





AHAD JAM 2:00 PETANG




HIMPUNAN HIJAU AHAD DI BANTAH - meloya

RAUB 30 Ogos - Lebih 300 penduduk di beberapa taman perumahan sekitar Bukit Koman, di sini bersama 16 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) semalam mengadakan perhimpunan aman dan menyerahkan memorandum kepada Ketua Polis Daerah Raub bagi membantah Himpunan Hijau yang akan diadakan Ahad ini.

Mereka menyifatkan perhimpunan itu bermotifkan politik dan bukannya untuk membela kepentingan penduduk tempatan yang selama ini kononnya terdedah kepada bahaya bahan kimia sianida.

Pengerusi Persatuan Belia Taman Muhibbah Bukit Koman, Sheikh Salehuddin Sheikh Abdul Rahim berkata, perhimpunan itu yang didalangi pembangkang adalah tidak wajar kerana boleh menjejaskan ketenteraman awam.

"Walaupun mereka boleh mengadakan perhimpunan tersebut mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012, kami meminta polis memantau perhimpunan itu supaya penganjur mematuhi syarat akta tersebut.

"Polis perlu bertindak tegas bagi memelihara ketenteraman awam dan mengelak berlaku kekecohan serta merosakkan harta benda awam," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengetuai bantahan dan menyerahkan memorandum bantahan perhimpunan Hijau kepada Ketua Polis Daerah, Supritendan Wan Mohd. Samsudin Wan Osman di pekarangan Ibu pejabat Polis Daerah Raub di sini.

Menurutnya, sejak Raub Australian Gold Mining (RAGM) beroperasi semula pada 2009 tidak ada penduduk di kampung berkenaan yang menghidap penyakit kulit.

Tambahnya, hanya terdapat satu kes penduduk berhampiran lombong itu yang dikatakan menghidap penyakit kulit beberapa tahun lebih awal sebelum RAGM beroperasi.

Sheikh Salehuddin memberitahu, berdasarkan laporan setakat ini, tidak ada seorang pun daripada 300 pekerja RAGM yang menghidap penyakit kulit akibat terkena sianida.

"Selain mewujudkan peluang pekerjaan, operasi RAGM sebenarnya membawa banyak rahmat kepada penduduk tempatan seperti perniagaan restoran dan kedai runcit.

"Jadi, perhimpunan Hijau anjuran pembangkang sebenarnya bertujuan mengelirukan rakyat untuk kepentingan politik," katanya.

Perhimpunan tersebut dijangka akan diadakan di padang Kompleks Sukan Raub dijangka bermula pada pukul 2 petang bagi membantah penggunaan bahan sianida oleh RAGM.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit... LAGI DI BANTAH ... LAGI BAIK.... kah kah kah...

kah kah kah... LAGI DI TEKAN.... LAGI DI LAWAN.... kah kah kah..

kah kah kah...LAGI DI FITNAH... LAGI RAMAI YANG BANGUN MELAWAN... kah kah kah..

kah kah lah... LAGI DI TOHMAH... LAGI RAMAI PENYOKONG DATANG...kah kah kah

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit.... KESIAN 55 TAHUN MEREKA TELAH DI BANGANGKAN.... kah kah kah..

kah kah kah...55 TAHUN JADI BANGKAI BENYAWA.... kah kah kah...

kah kah kah... TIDAK ADA LAH MANUSIA YANG BODOH SAPERTI MELAYU BODOH SUKA DO BODOHKAN..... kah kah kah




KEMPEN BUANGKAN JALUR TEMBELANG SEMAKIN MEREBAK

Posted: 01 Sep 2012 01:35 AM PDT





MELAWAN IALAH TINDAK REVOLUSINER









PERSENDA JALUR GEMILANG TINDAKAN BIADAP -malaysian insider

KUALA LUMPUR, 1 September — Tindakan sesetengah individu yang membawa bendera baru untuk menggantikan Jalur Gemilang sewaktu Himpunan Gabungan Janji di Dataran Merdeka padfa malam ambang Kemerdekaan telah menerima kecaman daripada pelbagai pihak dan tindakan itu juga turut disifatkan sebagai biadap.

Dipetik laporan Sinar Harian hari ini, beberapa individu dan organisasi menyuarakan rasa kecewa dan marah dengan tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab membawa bendera seakan-akan bendera Singapura dan Indonesia itu ketika perhimpunan tersebut.

Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said menyelar tindakan individu terbabit dan mempersoalkannya sebagai tidak menghormati kedaulatan negara.


"Apa perlu kita ubah bendera? Apa niat yang cuba disampaikan? Kita selesa dengan apa yang kita ada dan membuat bendera bukanlah perkara mudah kerana ada rasional disebaliknya.


"Apakah kita ingin mentafsir semula negara? Itu tidak betul. Mereka tidak menghormati Jalur Gemilang. Ini gambaran sikap pembangkang yang ingin ubah semuanya? soalnya.

Sementara itu, sayap pemuda Pertubuhan Pribumi Perkasa, Wira Perkasa menyelar kumpulan berkenaan dan menganggap mereka tidak menghormati raja-raja Melayu.

"Wira Perkasa memandang serius perkara ini, kami menganggap pihak itu tidak bertanggungjawab dan tidak menghormati negara dan raja-raja Melayu.

"Sikap-sikap yang tidak bertanggungjawab ini kebudak-budakan. Apakah tujuan sebenar mereka? Adakah mahu negara ini menjadi republik?" soal Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris.

Sementara itu, Tokoh Belia Negara 2011, Mohammad Rizan Hasan melihat tindakan itu sebagai kurang ajar, dan perbezaan fahaman politik tidak seharusnya mengetepikan semangat nasionalisme dan patriotisme.

"Demokrasi memerlukan rakyatnya matang menggunakan hak berfikir untuk melakukan sesuatu. Perbezaan fahaman politik tidak seharusnyamengetepikan semangat nasionalisme dan patriotisme.


"Amat melampau dan kurang ajar pihak yang bersungguh-sungguh mahu menukar Jalur Gemilang kepada bendera lain seakan-akan bendera Singapura dan Indonesia," katanya dipetik Sinar Harian.

Beliau turut menegaskan sikap kumpulan terbabit menyemai rasa benci kepada negara amat menjijikkan dan ia merupakan perbuatan yang memalukan untuk diangkat sebagai warganegara Malaysia.

Bagaimanapun, pemimpin pembangkang menegaskan mereka tidak memberi sebarang arahan untuk membawa bendera lain untuk menggantikan Jalur Gemilang bagi menimbulkan provokasi.

"Jawatankuasa Gabungan Janji, Maria Chin Abdullah berkata, pihaknya tidak memberikan arahan untuk mengedarkan risalah menukar Jalur Gemilang kepada bendera yang dikibarkan sekumpulan remaja di Dataran Merdeka kelmarin.

"Oleh kerana ramai yang hadir untuk menyambut merdeka, saya tidak tahu siapa mereka sebenarnya.

"Sepatutnya mereka tidak boleh berbuat demikian kerana kita perlu hormat Hari Kemerdekaan," katanya.

Naib Presiden PKR, Tian Chua menegaskan agar semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi negatif terhadap himpunan Hari Kemerdekaan dan Gabungan Janji yang berlangsung secara aman kelmarin.


"Saya tidak tahu tentang bendera ini walaupun saya hadir, namun saya berpendapat kemungkinan tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab mahu mencetuskan spekulasi.

"Saya harap semua pihak tidak merosakkan suasana sambutan Kemerdekaan dengan spekulasi isu bendera ini," katanya lagi.


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit.... INI BERITA BAIK.... kah kah kah..

kah kah kah...INI BERITA PALING CEMERLANG.... kah kah kah...

kah kah kah...JALUR TEMBELANG AKAN DI BUANG.... kah kah kah...

kah kah kah...INILAAA NAMANYA OMBAK ANAK MUDA.... kah kah kah...

kah kah akh...INI LAH NAMA SUARA ANAK MUDA.... kah kah kah...

kah kah kah... ADA APA PADA PATRIOTISMA.... kah kah kah..

kah kah kah.... YANG DI LAWAN ILAH PENIPUAN.... kah kah kah...

kah kah kah...YANG DI KIBARKAN IALAH API PERJUANGAN..... kah kah kah


AHAD ESOK DI RAUB PAHANG





PROGRAM MELAWAN
esok di padang milo
raub pahang kita
berhimpun dan membantah
kita bangun melawan

jam 2:00 petang
sila datang buat ramai

tukar tiub akan bersama


MEMAHAMI SEMIOTIK DARI DUA IMEJ

Posted: 31 Aug 2012 11:01 PM PDT



SEMIOTIK - TANDA DAN MAKNA

semiotik ialah ilmu untuk membaca
tanda dan makna pada imej
imej sama saperti karangan memiliki nahu

kalau dalam tulisan ada nahu
dalam imej juga ada nahu
memahami nahu ini ialah ilmu semiotik

semua imej memiliki tanda dan makna
semua imej nahu untuk difahami
imej juga saperti karangan

ANAK MUDA MELAKAR SEJARAH


IMEJ PERTAMA
anak muda memberakkan muka najib dan rosmah
ini adalah tindakan paling revolusiner
ianya menjadi revolusiner kerana dilakukan di malaysia
kalau imej ini di ambil di paris
kalau imej ini diambil di new york
ianya bukan imej revolisiner

imej anak muda ini menjadi revolusiner
kerana di malaysia sebuah rejim yang zalim
keberanin melakukan ini adalah tindakan revolusinari

anak muda ini memberakkan muka najib dan rosmah
kerana mereka benci terhadap dua malaoan ini
kenapa anak muka ini benci kepada najib dan rosmah
kerana najib dan rosmah adalah simbol kejahatan di malaysia
kerana najib dan rosmah adalah simbol kemunkaran

imej ini adalah imej perlawanan
imej ini akan disimpan diamalam maya hingga koamat
imej ini satelah dilihat tidak akan padam padam dari ingatan
ini samala saperti imej cool john lenon
ini samalah saperti imej cool che
ini samalah saperti imej mat indera

IMEJ COOL
imej memiliki nilai
nilai imej dipegang oleh si pelihat imej

anak muda ini akan di anggap wira oleh kumpulan
yang benci kepada najib dan rosmah
anak muda ini akan dianggap cool
untuk semua ank muda yang lain
anak muda ini telah melakukan sesuatu yang cool
anak muda ini melakar sejarah

pada tahun 1975 di melbourne australia
seorang anak muda telah membaling batu
ke atas kereta razak husin ketika pm malaysia
ini melawat austarlia - ini sesudah berlakunya
demo baling 1974 dan penangkapan beramai-ramai 1974

anak muada yang membaling batu ini
di nobatkan sebagai pejuang walau pun di melbourne
anak muda ini melakar sejarah
inilah swemangat anak muda yang berani melawan
walau dimana sahaja

TOHMAHAN
tohmahan lahir dari imej ini
jika yang marah itu tidak memiliki ilmu semiotik
mereka todak faham akan makna imej ini

kerana tidak faham maka
hujah moral di masukkan

imej bukan moral
imej ini bercakap bukan tentang moral

imej ini BERCAKAP TENTANG MORAL najib dan rosmah
imej ini bercakap tentang moral anak muda yang berani

dibelakang imej ini adalah semangat anak muda
yang berani bangun melawan

SEMIOTIK UNTUK GAMBAR KE DUA


GAMBAR KE DUA
gambar ini gambar membodek
gambar ini cuba memperlihatkan bahawa
najib dan rosmah ada sokongan

orang ramai tahu
bahawa semua yang datang bukan datang
dengan sukarela
kalau mereka pegawai kerajaan mereak dipaksa
kalau mereka pelajar mereka di paksa
kalau mereka anak muda mereka di upah

inilah makna imej ini

imej ini juga cuba menjadikan najib dan rosmah
sebagai raja dan pemaisuri

imej ini di rakam untuk membuktikan kepada najib
bahawa rais yatim wajib dijadikan calon
kerna telah berjaya mengumpul orang

imej ini juga cuba menipu bahawa orang ramai
bersorak sorai merayakan najib dan rosmah
di belajkang sorak sorai ini
ialah duit upah

imej ini cuba memperlihatkan bahawa rosmah disayang ramai
wal hal rosmah ialah ikon kebencian rakyat
wal hal rosmah adalah kebencian anak muda

sila tanya semua pegawai kerajaan
semua menyampah terhadap rosmah
imej ini cuba menayangkan bahawa rosmah
di sayangi

DUA IMEJ
dua imej ini membawa dua makna
yang jelas
dua imej ini berlawanan

imej revolusinari
dan imej reaksionari - imej membodek





JANJI DEMOKRASI ADALAH OMBAK RAKYAT ADALAH OMBAK JALAN RAYA

Posted: 31 Aug 2012 10:08 PM PDT



TERUSKAN KAN OMABAK JALAN RAYA






KOMENTAR TUKAR TIUB
lihat dan baca apa yang diucapkan
oleh perdana menteri yang mewakili
parti united malays national organisation

lihat dan baca
lihat dan fahami
apa makna kenyataan ini

dalam ucapan resmi
dalam ucapan sebagai perdana menteri

najib razak terpaksa menyebut JANJI DEMOKRASI

apa maknanya?

maknanya najib razak
sedang dihantui oleh
JANJI DEMOKRASI

mana buktinya?

buktinya dalam ucapan resmi
terpaksa menyebut
JANJI DEMOKRASI

inilah hakikat rejim yang nazak
inilah hakikat bahawa ombak rakyat sedang bergelora

jika JANJI DEMOKRASI tidak penting
jika JANJI DEMOKRASI tidak ada apa apa
maka apa perlunya di sebut dalam ucapan resmi

kalau JANJI DEMOKRASI tidak penting
pasal apa di sebut?

justeru inilah hakikat bahawa
gerakan ampoh sedang melanda
ini bukti bahawa ombak sedang melanda

NOTA:
sila ikuti radio bangsar utama
sila ikuti tukar tiub
untuk penguman program program melawan
untuk mengikuti program menghasut


ANAK MUDA MELAKAR SEJARAH




HAMPUNAN GABUNGAN JANJI DEMOKRASI BUKAN MAJORITI ,KATA NAJIB
- malaysian insider

Najib Razak menegaskan bahawa perhimpunan Gabungan Janji yang berlangsung di Dataran Merdeka malam tadi bukanlah himpunan majoriti rakyat Malaysia yang cintakan negara.

Sebaliknya, Perdana Menteri itu menegaskan Himpunan 55 tahun Merdeka "Janji Ditepati" yang diadakan di Stadium Nasional di sini malam ini adalah himpunan majoriti rakyat yang cintakan tanah air.

"Malam tadi bukan golongan majoriti, malam ini malam golongan majoriti," kata Najib ketika berucap sewaktu sambutan malam kemerdekaan merujuk kepada himpunan Gabungan Janji.

Gabungan Janji yang merupakan gabungan 47 badan bukan kerajaan NGO dan aktivis Bersih telah menganjurkan Himpunan Gabungan Janji yang berlangsung semalam di Dataran Merdeka sempena sambutan Kemerdekaan ke-55 negara.

Himpunan tersebut yang tamat sejurus detik 12 malam telah berlangsung dengan kehadiran sekitar 5,000 penyokong mereka menunjukkan komitmen kepada demokrasi dengan sempena sambutan Kemerdekaan negara.

Mereka yang menghadiri perhimpunan tersebut turut memakai kemeja T berwarna kuning sebagai menyuarakan sokongan mereka kepada matlamat dan perjuangan Gabungan Janji tersebut.

Sasterawan Negara A. Samad Said turut membacakan puisi bertajuk "Janji Demokrasi" sebelum perhimpunan tersebut tamat.


AHAD ESOK KITA DI RAUB



NOTA:
jangan lupa
kita berhimpun
di pandang milo
di raub pahang

ini adalah ombak rakyat
ini adalah ombak jalan raya!



RADIO BANGSAR - SIARAN HARIN INI

Posted: 31 Aug 2012 08:27 PM PDT




STESEN PUNK ROCK BERANI LANGGAR










PENGUMUMAN RADIO PUNK ROCK

bermula jam 12:00 tengah hari
pada sabtu 01-09-2-12
akan disiarkan semua rakaman
JANJI DEMOKRASI yang telah
dirakamkan oleh wartawan rabu

ini akan diulangi setiap satu jam

sila layari untuk merasakan
apakah itu JANJI DEMOKRASI

sila layari untuk menghayati
pandangan anak semua bangsa
tyentang JANJI DEMOKRASI

NOTA:
sila ikuti terus stesen punk rock ini
untuk mengetahui program melawan terkini
untuk mengetahui program menghasut terkini









PENGUMUMAN PENTING
radio bangsar akan membuat
satu pengumuman penting
sila ikuti tukar tiub
sila layari rabu

KIBAR DAN SEMARAKAN SANG SAKA MALAYA

Posted: 31 Aug 2012 08:15 PM PDT













KENYATAAN MEDIA
31 OGOS 2012

Perutusan Hari Kemerdekaan ke 55


Di kesempatan ini, saya mengucapkan selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke 55. Keharmonian dan kesepakatan yang wujud dikalangan rakyat harus kita martabatkan. Inilah kesedian kita untuk menjayakan merdeka dengan arus yang sama iaitu, Sebangsa Senegara Sejiwa.

Untuk sambutan Merdeka tahun ini, saya mengharapkan semua rakyat Malaysia akan dapat bersama-sama memaknai sejarah ini dan juga dapat melihat kembali apa yang kita telah kecapi selepas 55 tahun menjadi sebuah negara yang merdeka.

Rakyat Malaysia khususnya wanita dari generasi dahulu dan sekarang telah banyak memainkan peranan penting dalam membina bangsa dan negara. Kita tidak harus melupakan sumbangan besar mereka yang telah menjadi nadi dan tulang belakang pembentukan masyarakat Malaysia. Wanita di Malaysia yang ternyata berterusan memberi sumbangan untuk membangunkan pelbagai sektor ekonomi, pendidikan, kesihatan, sukan dan keselamatan. Tidak lupa juga akan tugas-tugas mereka yang tidak berkesudahan sebagai seorang ibu di rumah.

KEADILAN melihat bahawa, kita perlu mempunyai satu komuniti yang lebih selamat, dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang terlibat dalam sektor keselamatan dan ketenteraman awam terutamanya Angkatan Tentera Malaysia, PDRM, Rukun Tetangga dan pelbagai NGO yang telah banyak membantu dalam usaha untuk mengurangkan kadar jenayah yang semakin meningkat di negera kita.

Dalam kita menikmati keamanan dan keharmonian yang kita ada di sini, dengan semangat dan jiwa yang merdeka, janganlah kita lupa akan rakyat Syria yang menderita dalam mencari erti kebebasan yang dizalimi manakala di Rohingya pula disembelih dan didera kehidupan mereka. Sebagai rakyat Malaysia, janganlah kita lupa bahawa dalam masa kita menyambut hari Merdeka, terdapat orang lain sedang melalui kesusahan yang teruk dan menderita.

Hakikatnya kemerdekaan itu adalah satu maruah yang mesti dipertahankan kerana maruah itu adalah seseuatu yang amat bernilai.

Justeru, saya mahukan semua rakyat Malaysia bersempena Hari Merdeka ini terus diberkati dan kekal bersatu sebagai sebuah negara untuk masa depan yang lebih selamat dan aman.

Selamat menyambut Hari Merdeka - Sebangsa Senegara Sejiwa

Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden
Parti Keadilan Rakyat




Komentar Kini

Posted: 01 Sep 2012 07:22 PM PDT

Komentar Kini


Hudud tak sesuai dilaksanakan?

Posted: 01 Sep 2012 04:30 PM PDT


Penulis tidak kecewa jika pucuk pimpinan umno yang berkata demikian. Tetapi hari ini Dr DZulkefly Ahmad Ahli parlimen PAS Kuala Selangor yang juga Ahli jawatankuasa PAS pusat yang sebut kata kata tersebut.

Penulis tidak hairan jika Pucuk kepimpinan umno yang berkata demikian, kerana memang selama lamanya berpegang dan berfahama bahawa hudud tidak sesuai dilaksanakan zaman sekarang ini.

Bukan setakat tergamak berkata demikian, malah sering mempersenda sendakan hukum Allah itu.Atas sebab jugalah PAS enggan bekerjasama dengan umno,kerana barangsiapa berkata deumpama itu, maka mereka jadi kafir.

Yang peliknya Sallehuddin Ayub, Ahli Parlimen Kubang Kerian yang juga Naib presiden PAS yang ber setuju dan menyokong pendapat Dr.Dzulkefly bahawa hudud tidak sesuai dilaksanakan.(sinar harian)
Isu tersebut dilaporkan oleh Akhbar sinar harian dua tiga hari lepas. 

Ada sesetngah kalangan tak percaya dengan laporan tersebut.

Pada penulis akhbar tidak buat laporan sebarangan. Jika salah lapor boleh di saman oleh pihak yang terbabit.Sudah banyak kali saman dibuat pihak terbabit Akhbar yang kalah dan membayar ganti rugi yang dituntut.

Sehubungan dengan itu, Pernah suatu masa dulu PAS mengharamkan ahlinya mengundi orang kafir, tetapi hari ini undi DAP sudah jadi harus.Malah  ada sesetengah mengatakan jatuh wajib.

Mungkin sudah tidak salah lagi berkata hudud tidak sesuai dilaksanakan, kerana hudud adalah salah satu cabang hukum Allah sepertimana kata Presiden PAS dua tiga lepas.

Bukan setakat itu saja, dulu haram hukumnya bekerjasama dengan parti orang kafir, tetapi hari ini sudah jadi  harus hukumnya bekerjasaman dengan orang kafir (DAP) dengan tujuan untuk menumbangkan kerajaan yang zalim.Dah bukan kerana Allah.

Atas sebab itulah tidak mustahil laporan sinar harian bahawa hudud tidak sesuai dilaksanakan sekarang, sedangkan ijmak ulamak telah menetap hukumnya barangsiapa mengatakan hudud tidak sesuai dilaksanakan maka kafirlah mereka itu.

Ada pula yang berkata  barangsiapa mengatakan hudud tidak sesuai dilaksanakan menjadi kafir. Kafirnya kafir mutlak.Bagaimana?

DIALOG RAKYAT

Posted: 01 Sep 2012 03:40 PM PDT

DIALOG RAKYAT


ANAK Jangka Perubahan Besar Undi Peneroka Dalam PRU-13

Posted: 31 Aug 2012 05:20 PM PDT




KUALA LUMPUR : Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) menjangkakan terdapat perubahan besar dalam undi peneroka Felda pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Pengerusinya, Mazlan Aliman optimis dengan siri pendedahan pelbagai pihak berhubung kepincangan Felda berjaya membuka mata warga peneroka terutama generasi kedua Felda.

"Daripada 1.6 juta warga peneroka, 60 peratus daripadanya ialah generasi kedua dan ketiga dan mereka inilah penentu pilihan raya akan datang.

"Kita melihat generasi baru ini lebih relevan dalam membuat penilaian dan mereka sedar pengurusan Felda ini dicengkam pemimpin rakus dan tamak haloba yang menelan kekayaan yang seharusnya menjadi hak warga peneroka," ujar Mazlan dalam satu temubual ekslusif bersama TV Selangor.

Tambahnya, anak-anak peneroka Felda kini lebih berpendidikan dan bijak menilai bentuk permainan kerajaan pemerintah yang menindas warga peneroka.

"Mereka dapat lihat bagaimana kerajaan sedia ada cuba mewujudkan satu bentuk transformasi yang memindahkan kepentingan peneroka kepada satu konsep dan dasar yang berbeza dengan matlamat awal penubuhan Felda dahulu.

"Sesungguhnya kita semua tidak menolak transformasi namun biarlah ia berbentuk penambahbaikan bukan sesuatu yang sekadar menguntungkan kroni dan menindas peneroka," kata beliau.

Janji Demokrasi: Era Umno Bolot Raikan Merdeka Berakhir

Posted: 31 Aug 2012 05:18 PM PDT





KUALA LUMPUR : Berbeza dengan sambutan ambang merdeka tahun-tahun sebelumnya, sambutan ambang merdeka 'Janji Demokrasi' yang diadakan di Dataran Merdeka malam tadi turut disertai oleh semua kaum dari pelbagai peringkat umur.

Sebelum ini, setiap kali sambutan ambang kemerdekaan diadakan, kebanyakan orang ramai yang hadir adalah terdiri daripada hampir 90 peratus adalah orang Melayu khususnya golongan remaja yang ingin menyaksikan persembahan hiburan artis kegemaran mereka.

Manakala sambutan disebelah paginya pula, kebanyakan warga berbangsa India dan Cina yang hadir hanya semata-mata kerana terlibat dalam acara yang dipersembahkan.

Menurut seorang pelajar berbangsa Cina penuntut tahun dua di Universiti Lim Kok Wing yang tidak mahu namanya disebut, sebelum ini sambutan kemerdekaan dilihat sebagai salah satu acara menaikan imej Umno di mata rakyat negara ini.

"Sebab itulah bila hari merdeka, selalunya berkisar tentang pemimpin Umno sahaja.

"Kali ini lain, saya dan kawan-kawan betul-betul dapat rasakan semangat kemerdekaan negara Malaysia, bukan meraikan mana-mana parti politik," kata beliau sambil disokong oleh beberapa rakan beliau yang turut serta meraikan sambutan ambang kemerdekaan malam tadi.

Manakala bagi kerabat Diraja Negeri Sembilan, Tunku Harmy Tunku Hanan pula, meskipun tiada acara hiburan diadakan ia masih mampu menarik ribuan hadirin yang jelas ingin menyampaikan mesej bahawa rakyat negara ini mahu merdeka dari cengkaman 55 tahun di bawah pemerintahan Umno-BN.

"Cina dan India bukan tidak sayangkan negara Malaysia, bukan tak mahu meraikan, tetapi mereka melihat sambutan anjuran kerajaan hanyalah acara memertabatkan Umno sebab itu malam ini kita lihat selain ramai Melayu, Cina dan India juga ramai dengan pelbagai lapisan umur.

"Jadi kita tak perlukan hiburan, bunga api dan sebagainya dengan semua datang tanpa di bayar.
"Saya dengar orang yang datang besok pagi ada hadiah kereta dan bermacam lagi.

"Malah bagi sesetengah kakitangan kerajaan mereka terpaksa hadir dan kita juga tahu berpuluh-puluh bas disediakan oleh kerajaan," kata Tunku Harmy ketika ditemui TVS malam tadi.

Tiada Campurtangan Polis, Ambang Merdeka ‘Janji Demokrasi’ Berakhir Aman

Posted: 31 Aug 2012 05:13 PM PDT




KUALA LUMPUR  : Sambutan ambang merdeka 'Janji Demokrasi' yang diadakan di sekitar Dataran Merdeka dan di hadapan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL) malam tadi ( 31 Ogos ) berkahir aman tanpa sebarang kekecohan berikutan tiada tindakan provokasi olh pihak polis.

Berbeza seperti mana yang terjadi dalam perhimpunan siri 1,2 dan 3 anjuran BERSIH kerana terdapat banyak tindakan provokasi dan serangan-serangan ganas polis terhadap peserta perhimpunan.

Demikian menurut kerabat diraja Negeri Sembilan, Tunku Harmy Tunku Hanan ketika ditemui TVSelangor di lokasi sambutan ambang merdeka 'Janji Demokarasi' malam tadi.

"Di sini rakyat Malaysia kena faham, orang yang datang ini tak kira BERSIH ke, apa ke, kita ini adalah orang aman.

"Buktinya pada malam ini bila tiada polis mengacau, tengok suasana aman, seolah-olah tiada apa yang berlaku.

"Tetapi kalau polis ada membawa senjata, merempuhkan orang-orang mereka ke dalam orang-orang yang berhimpun, itu yang mencetuskan suasana yang huru-hara seperti dalam perhimpunan BERSIH 2.0 dah 3.0 lalu," ujarnya lagi.

Tunku Harmy turut menganggap kempen menaikkan jalur gemilang yang dilaungkan oleh kerajaan tidak mendapat sambutan dari masyarakat negara ini kerana rakyat telah mula menolak penghayatan kemerdekaan ala Umno-BN.

"Pada hemat saya sepatutnya malam ini orang menyambut kemerdekaan dengan bendera penuh dan kenderaan-kenderaan juga banyak dipasang bendera, tetapi kali ini saya tak nampak pun, yang ada sangat kurang," kata beliau.

Perhimpunan 'Janji Demokrasi'merupakan perhimpunan sambutan ambang kemerdekaan yang dianjurkan oleh gabungan JANJI yang dianggotai 49 pertubuhan bukan kerajaan(NGO).

Sambutan ambang kemerdekaan itu malam tadi berjaya menarik kehadiran seramai hampir 20,000 hadirin.

Sambutan tersebut yang dirancang diadakan di Dataran Merdeka terpaksa dipindahkan di hadapan bangunan DBKL apabila Datuk Bandar mengeluarkan arahan agar Dataran Merdeka ditutup untuk orang ramai.

Sebelum itu, sambutan kemerdekaan anjuran kerajaan pada peringkat awal lagi telah mendapat protes rakyat kerana tema dan logonya yang melambangkan kepartian.

Keadaan menjadi bertambah buruk lagi apabila buat pertama kali tiada sebarang sambutan diadakan pada malam ambang merdeka di dataran bersejarah itu.

Meskipun sambutan ambang merdeka Janji Demokrasi dengan tema Sebangsa, Senegara, Sejiwa itu berbajet bajet rendah ianya tetap berjalan meriah oleh kehadiran ribuan pengunjung dan beberapa tokoh politik, aktivis seni dan aktivis masyarakat terkenal.

Sebelum kiraan 'count down' detik 12.00 malam beberapa acara sampingan juga telah dijalankan.
Antaranya nyanyian lagu berbentuk sindiran kepada kerajaan dan deklamasi puisi oleh Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said.

Sebelum itu kehadiran beberapa kumpulan mat rempit yang cuba menganggu orang ramai yang berada dalam acara sambutan tersebut juga gagal.

Setelah kiraan detik 12.00 malam sambutan malam tadi telah diakhiri dengan tembakan bunga api berbajet rendah yang dibawa oleh orang ramai dan nyanyian lagu negaraku.

Kira-kira jam 2.00 pagi orang ramai mula meninggalkan kawasan sekitar Dataran Merdeka dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tanpa sebarang kekecohan.

Menurut Pengerusi Bersama BERSIH, A. Samad Said, sambutan ambang kemerdekaan Janji Demokrasi ini telah dapat diadakan dengan berjaya sekali.


MB Nafi Ketepikan Sultan, Ia Cuma Amalan Biasa

Posted: 31 Aug 2012 05:10 PM PDT





SHAH ALAM : Kerajaan Negeri menafikan laporan media pro Umno-BN, Utusan Malaysia yang menyatakan pentadbiran Selangor mengenepikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menghadiri majlis sambutan Hari Kemerdekaan ke -55 negara di Dataran Kemerdekaan Shah Alam di sini malam tadi.

Sebaliknya, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata memang menjadi amalan dan kebiasaan Sultan Selangor tidak dijemput bagi menghadiri majlis tersebut.

"Memang tiada dalam program menjemput Sultan. Memang biasa kita buat macam ini setiap tahun. Itu sahaja," katanya kepada pihak media selepas menghadiri majlis bacaan Yassin dan Tahlil sempena Hari Kemerdekaan serta solat sunat Jumaat di Masjid Negeri di sini hari ini.

Abdul Khalid turut menyangkal dakwaan akan kemurkaan Sultan Selangor berhubung insiden itu sambil menjelaskan perkara tersebut tidak berlaku.

"Tidak ada…..tiada ada," ujarnya.

Sambutan kemerdekaan peringkat negeri Selangor malam tadi bertemakan Sebangsa, Senegara, Sejiwa itu dihadiri lebih 10,000 hadirin.

Sementara itu, majlis bacaan Yassin dan Tahlil sempena Hari Kemerdekaan serta solat sunat Jumaat di Masjid Negeri dianjurkan Kerajaan Negeri hari ini dihadiri ramai rakyat Selangor dari pelbagai lapisan masyarakat kerana Aidilfitri masih diraikan umat Islam.

Majlis tersebut turut dihadiri Sultan Sharafuddin Idris Shah termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamad Khusrin Munawi; Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Datuk Marzuki Husin; Pengarah Majlis Agama Islam Selangor, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dan Adun Negeri Selangor.

Tambahan pula hari ini adalah cuti umum sempena sambutan hari kemerdekaan negara.

Hadirin tidak melepaskan peluang berbaris di sepanjang laluan dilalui Sultan Selangor untuk berjabat salam dengan Tuanku.

Ternyata majlis mesra ini mengeratkan silaturrahim antara Sultan Selangor dan barisan pembesar negeri bersama rakyat jelata.

6 pelajar Malaysia di UK risiko diusir

Posted: 31 Aug 2012 05:05 PM PDT

K TODAY

 

Enam pelajar Malaysia di Britain berdepan kemungkinan diusir selepas lesen visa institusi pengajian tinggi mereka dibatalkan.UK Border Agency (UKBA) pada Rabu menarik balik lesen London Metropolitan University (LMU) untuk menaja visa kepada pelajar antarabangsa dari luar Kesatuan Eropah (EU).

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keputusan itu akan memberi kesan kepada semua pelajar bukan dari EU yang melanjutkan pengajian di universiti tersebut.

"Pihak berkuasa di sana mendapati universiti tersebut telah menyalahgunakan kuasanya untuk mengambil pelajar antarabangsa, jadi lesennya telah ditarik balik.

"Kami meminta Pendidikan Malaysia di London untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut dari universiti itu," katanya kepada The Star.

Di bawah peraturan visa Britain, semua pelajar bukan dari EU di LMU diberi tempoh 60 hari sama ada untuk mengemukakan permohonan memasuki insitusi lain atau meninggalkan negara itu.

Naib Canselor LMU, Prof Malcolm Gillies dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam laman web universiti tersebut berkata, mereka akan berbincang dengan UKBA, Kesatuan Kebangsaan Pelajar dan kesatuan pelajarnya untuk menyelesaikan perkara ini.

"Kami telah menubuhkan pusat khidmat bantuan untuk memberi sokongan dan nasihat kepada pelajar," katanya.

Akhbar The Sunday Times melaporkan bahawa pemeriksaan yang dilakukan oleh UKBA mendapati beberapa pelajar yang menyambung pengajian di LMU tidak mempunyai visa sah.

Pemeriksaan turut mendapati universiti tersebut gagal melaporkan ketidakhadiran pelajar antarabangsa selain penilaian keupayaan akademik pelajar dan penguasaan bahasa Inggeris.

Prof Gillies berkata, UKBA telah menggantung lesen visa universiti tersebut pada 16 Julai lalu selepas bimbang bahawa sebilangan kecil pelajar luar negara tidak mempunyai dokumen imigresen yang sah.

"Untuk tempoh enam minggu lalu, kami terus mencuba berhubung dengan UKBA untuk memahami keprihatinan mereka yang fokus kepada proses berkaitan legasi pengurusan terdahulu.
"Malangnya, UKBA enggan berkomunikasi dengan universiti," dakwanya.

Pengerusi United Kingdom dan Majlis Eire Pelajar-pelajar Malaysia, Ahmad Syawal Hafriz Abdullah berkata keputusan itu tidak adil kepada pelajar luar negara yang menaruh kepercayaan terhadap institusi tersebut.

"Ia menyebabkan pelajar sedia ada dan akan datang resah. Ia juga mungkin mencetuskan panik dan mengecewakan pelajar asing di negara itu.

"Saya berharap isu ini akan diselesaikan segera memandangkan semester baru akan bermula tidak lama lagi," katanya.

Menteri Universiti Britain, David Willets berkata, sebuah pasukan petugas ditubuhkan untuk membantu pelajar yang terjejas akibat keputusan itu sambil menambah ia akan dilaksanakan dengan serta-merta.

Pengurusan pusat pengajian tinggi mahu mencabar tindakan UKBA.

Presiden Kesatuan Kebangsaan Pelajar (NUS)  Liam Burns berkata: "Keputusan berat ini tidak masuk munasabah bagi pelajar, tidak munasabah buat institusi dan tidak masuk akal bagi negara."

Data Majlis Bagi Pelajar Antarabangsa UK menunjukkan antara negara bukan EU yang menghantar pelajar masing-masing ke  negara Eropah itu ialah China, India, Nigeria, Amerika Syarikat, Malaysia, Hong Kong, Arab Saudi, Pakistan, Thailand dan Kanada.

Menteri Imigresen, Damian Green berkata, universiti itu telah "kehilangan status diamanahkan" memandangkan satu kajian menunjukkan satu per empat penuntut luar negara tidak ada kebenaran untuk berada di UK.

"Kebanyakan penuntut tiada penguasaan standard bahasa Inggeris yang baik," kata Green.

Selain itu katanya, tiada bukti menunjukkan separuh daripada mereka hadir kuliah.

"Pelanggaran itu adalah sesuatu yang serius," kata beliau lagi.

Sheila Majid disaman RM6 juta

Posted: 31 Aug 2012 04:57 PM PDT

KL TODAY

 

Selepas memberi peluang kepada Datuk Sheila Majid selama seminggu, Badan Pengutip Royalti, Hak Pelaku Dan Persembahan Artis (PRISM) semalam mengambil keputusan menyaman ratu jazz negara itu sebanyak RM6 juta selepas gagal mengemukakan permohonan maaf.

Ahli Lembaga Pengarah yang juga Presiden Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Penulis Lagu Tanah Air (Papita), Datuk M Daud Wahid berkata, pihaknya terpaksa berbuat demikian selepas tiada permohonan maaf daripada Sheila selepas tempoh seminggu dari 24 hingga 31 Julai lalu tamat.

Beliau berkata, imej dan reputasi PRISM tercemar dan sehingga semalam, pihaknya tidak dibenarkan membuat kutipan disebabkan dakwaan Sheila, sedangkan bayaran royalti perlu dijelaskan kepada ahli yang masih ada bagi tahun hadapan.

Isu ini timbul selepas penyanyi itu dalam kenyataan akhbar berbahasa Inggeris pada 22 Julai lalu mendakwa hanya dibayar royalti sekali iaitu RM5,000 pada tahun lalu, itu pun selepas dia meninggalkan persatuan dan menubuhkan badan pemungut royalti baru, Recording Performance Malaysia (RPM).

M Daud berkata, pihaknya tidak mahu berkompromi lagi kerana banyak kesan diterima pihaknya daripada kenyataan Sheila.

"Kesan dakwaan Sheila menyebabkan keahlian PRISM merudum daripada 1,306 ahli kepada hanya 600 orang dalam tempoh sebulan selepas kenyataan berkenaan," katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Shah Alam jam 5 petang, semalam.

Beliau berkata, pihaknya juga akan memanjangkan perkara itu kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan kerana isu itu juga membuatkan pembayar royalti tidak lagi percaya kepada persatuan.

M Daud berkata, surat saman akan dikirimkan kepada Sheila dalam masa terdekat, selain akan berbincang memecat keahlian penyanyi itu.

Sementara itu, Sheila gagal dihubungi dan suaminya, Acis memberitahu, kedua-dua mereka kini di Jakarta, Indonesia.

2 pemain bola bawa balik perempuan

Posted: 31 Aug 2012 04:55 PM PDT

KL TODAY

 

Dua pemain Terengganu, Ismail Faruqi dan Muslim Ahmad perlu melupakan hasrat mereka untuk meneruskan kempen Piala Malay- sia musim ini bersama skuad Penyu ekoran masalah disiplin.

Ia selepas kedua-dua pemain didapati melanggar peraturan dan pulang ke bilik penginapan kira-kira pukul 3 pagi beberapa jam sebelum bertemu Kedah di Stadium Darul Aman, Selasa lalu.Jurulatihnya, Peter James Butler ketika dihubungi mengesahkan bahawa kedua-dua pemain itu tidak akan bermain kerana kecewa dengan kegagalan kedua-dua mereka mengikut peraturan yang ditetapkan.

"Saya tegaskan, Ismail dan Muslim tidak akan bermain untuk saya lagi.

"Balik pukul 3 pagi dan bawa gadis ke hotel. Ia benar-benar tidak boleh diterima," katanya ketika dihubungi semalam.

Menurut Butler, perbuatan itu menunjukkan kedua-dua pemain tersebut tidak menghormati beliau, pasukan, pihak pengurusan serta seluruh rakyat Terengganu.

"Jika tiada sebarang keajaiban, mereka tidak akan bermain untuk saya lagi.

"Saya memerlukan pemain yang berdisiplin dan komited dengan pasukan," katanya.

Menurut Butler, dari segi pasu- kan, kedua-dua pemain itu tidak akan dibenar bermain selagi beliau menjadi jurulatih Terengganu tetapi bagi pihak pengurusan, ia belum diputuskan lagi.

Jelasnya, beliau akan berbincang dengan pihak pengurusan mengenai tindakan yang perlu diambil terhadap kedua-dua pemain itu.

Dalam pada itu, menurut Butler, ketiadaan kedua-dua pemain itu tidak akan meninggalkan kesan besar kepada Terengganu untuk mengharungi kempen Piala Malaysia musim ini kerana mereka mempunyai ramai pemain muda yang berbakat.

"Erison Da Silva seorang pemain pertahanan yang hebat dan persembahan Joseph Kalang Tie juga sering kali tidak mengecewakan.

"Selain itu, kami mempunyai pemain Piala Presiden seperti Muhd. Fakhrurazi Musa yang boleh dipanggil apabila diperlukan," katanya.

Jelasnya, kekalahan tipis 1-2 ketika bertemu Kedah di Alor Setar, Selasa lalu tidak akan melunturkan semangat pasukannya dan yakin Terengganu akan kembali memberi saingan.

"Saya bimbang kerana pemain kita yang sepatutnya boleh bermain dengan baik gagal mempamerkan aksi sebenar kerana tidak mendapat rehat yang cukup.

"Tetapi kita akan bangkit bermula dengan kemenangan ke atas Kedah, Sabtu ini," katanya.

Lautan Kuning Banjiri Dataran Merdeka

Posted: 31 Aug 2012 04:52 PM PDT

Oleh: Aedi Asri
 
KUALA LUMPUR : Lebih 20,000 peserta berpakaian kuning berhimpun di sekitar Dataran Merdeka malam tadi untuk menyertai perhimpunan 'Janji Demokrasi', meskipun ia diisytihar bertentangan undang-undang oleh kementerian dalam negeri.
 
 
 
Kawasan di sekeliling Dataran Merdeka juga ditutup dan dikawal ketat pihak polis, namun himpunan berjalan lancar tanpa sebarang kekacauan. Malah, suasana seperti pesta jelas dirasai.
Walaupun himpunan dijadual bermula hanya pada jam 11 malam, peserta mula memenuhi kawasan sekitar dataran bersejarah itu seawal jam 9 malam.
 
Sementara menunggu detik jam 12 tengah malam, peserta berlegar di sekitar dataran sambil bersantai dan mengambil gambar. Pelbagai ragam dan aksi dapat dilihat, termasuk persembahan spontan dari pemuzik jalanan.
 
Kira-kira 11.15 malam, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat seperti Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua dan Fuziah Salleh tiba ke kawasan himpunan, disambut dengan sorakan peserta.
 
Tidak lama selepas itu, peserta mula bergerak untuk berhimpun di dataran bersebelahan bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bersama-sama Sasterawan Negara Datuk A Samad Said (Pak Samad) dan anggota Gabungan Janji yang lain.
 
 
 
Orang ramai juga dilihat menyanyikan lagu "Janji Ditepati" dengan lirik sinikal kepada "Janji Dicapati".
 
Pada jam 11.30 malam, Pak Samad mendeklamasikan puisi bertajuk 'Janji Demokrasi' menggunakan 'loud hailer'. Beliau kemudian mengisytihar himpunan itu sebagai berjaya.
 
Turut bersama anggota 47 NGO yang membentuk Gabungan Janji dan juga pimpinan Pakatan Rakyat, antaranya Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad dan penulis lirik Bob Lokman.
 
Tiba jam 12 tengah malam, peserta bersama-sama melaungkan 'merdeka'  dan 'bersih' serta menyanyikan lagu 'Negaraku'. Sebahagian peserta mula bersurai.
 
Pada satu ketika, keadaan menjadi sedikit tegang apabila sekumpulan penunggang motosikal membunyikan hon  sehingga mengganggu peserta.
 
Namun, keadaan kembali reda selepas peserta yang memenuhi jalan raya membuka laluan kepada kumpulan penunggang motosikal itu untuk berlalu pergi.

Singkap semula sejarah, beri makna baru kemerdekaan- Anwar

Posted: 31 Aug 2012 04:47 PM PDT

KEADILAN DAILY

SHAH ALAM: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat negara ini menyingkap semula lembaran sejarah dan memberi makna baru  bagi kemerdekaan tanah air.

"Mari lah menggilap semula semangat perjuangan, memberi makna kemerdekaan. Kemerdekaan menjanjikan kebebasan dan kebajikan kepada rakyat, bukan segelintir pemimpin.

"Kemerdekaan menjamin kepedulian, siapa saja yang mendapat amanah untuk memimpin negara, mereka tidak mendapat mandat  sepertimana penjajah. Mandat itu  dinilai oleh rakyat hanya setelah mereka terbukti dapat memberikan khidmat,  pengorbanan dan kebajikan sebaiknya kepada rakyat," ujarnya.

Beliau yang juga Penasihat Ekonomi Selangor berkata demikian ketika sambutan Ambang Merdeka yang diadakan di Dataran Shah Alam malam tadi.

"Dalam menyingkap lembaran sejarah ini, kita harus insaf bahawa kemerdekaan tidak dicapai dengan seruan dan slogan,

"Kemerdekaan dicapai dengan sumbangan ibu bapa kita yang bertungkus lumus dan sejarah yang lalu, ada yang korbankan nyawa dengan menentang kuasa besar penjajah Inggeris.

"Tokoh besar nasional, Almarhum Datuk Onn Jaafar, Almarhum Dr Burhanuddin Al Helmy dan lain-lain seangkatan harus kita hargai dan perlu ketika ini kita singkap sejarah perjuangan mereka," ujar Anwar.

Sambutan kemerdekaan yang bertemakan 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' itu dihadiri lebih 30,000 rakyat serta dihadiri Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan  barisan Exconya.

Sambutan turut dimeriahkan dengan persembahan perbarisan dan kesenian daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi kerajaan negeri.

Menurut Anwar, generasi sekarang khususnya generasi muda harus menanyakan kembali erti kemerdekaan yang menjamin kebebasan, di mana dasar negara, ekonomi dan budaya ditentukan oleh rakyat sendiri.

"Kemerdekaan beerti, negara tahu peritnya penjajahan, kita benci dengan imperialisme atau kolonialisme sebab ada unsur penindasan.

"Oleh itu soal legitimasi pemerintahan mana-mana negara dalam negara merdeka itu harus ditentukan secara yang sah, pilihan raya yang bersih dan teratur, dan itu semangat kemerdekaan yang dijanjikan dalam perisytiharan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj.

"Kita mesti hentikan dasar yang membolehkan segelintir orang memunggah kekayaan dan meminggirkan rakyat. Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim menekankan supaya khazanah Selangor dipulangkan kepada rakyat Selangor, ini erti semangat kemerdekaan.

"Semangat kemerdekaan itu tidak berhenti dengan perbarisan, dengan pesta-pestaan.

"Semangat kemerdekaan itu harus mampu menimbulkan rasa kecintaan kepada negara dan tanggungjawab yang harus dipikul oleh generasi hari ini," tegasnya.

Ambil alih lebuh raya EDL, bukti Buku Jingga tepat- Rafizi

Posted: 31 Aug 2012 04:40 PM PDT

SUARA KEADILAN

KUALA LUMPUR : Tindakan kerajaan mengambilalih Lebuhraya Penyuraian Timur (Eastern Dispersal Link atau EDL di Johor membuktikan prinsip ekonomi yang disyorkan dalam Buku Jingga Pakatan Rakyat (PR) adalah tepat.

Menurut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, keputusan terbaru kerajaan itu sekaligus menolak tuduhan pimpinan Umno Barisan Nasional (BN) yang mendakwa prinsip ekonomi Buku Jingga boleh menyebabkan negara muflis.

Katanya, dasar Pakatan Rakyat adalah menetapkan pengambilalihan konsesi tol dengan matlamat menghapuskan tol sebagai satu daripada 10 program pertama yang akan dilaksanakan jika berkuasa.

"Ini berasaskan fakta bahawa jumlah bebanan yang ditanggung rakyat dan kerajaan (dalam bentuk tol yang dibayar dan pampasan tahunan kepada pemegang konsesi) adalah jauh lebih mahal daripada kos operasi dan kadar pulangan pelaburan yang munasabah yang ditanggung oleh pemegang konsesi seperti PLUS," katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun katanya, beliau khuatir jika pengambil alihan itu adalah helah supaya wang rakyat disalur kepada syarikat-syarikat yang rapat dengan Umno BN, terutama apabila pemegang konsesi EDL adalah MRCB yang rapat dengan Umno.

"Kebelakangan ini, ada satu kegilaan oleh Datuk Seri Najib Razak untuk menggunakan dana rakyat dan membeli pelbagai aset dan konsesi kroni yang jumlah urusniaganya mencecah berbilion ringgit.

"Kesemua urusniaga ini, termasuklah yang terbaru pembelian EDL oleh kerajaan Malaysia dibuat dalam suasana penuh kerahsiaan. Nilaian harganya tidak melibatkan tokoh-tokoh lain yang boleh memastikan rakyat tidak ditipu dan tidak ada unsur-unsur penyelewengan," katanya yang memberi contoh pembelian dua syarikat penjana bebas dari kumpulan Genting dan Ananda Krishnan pada harga melampaui RM7 bilion.

Justeru itu katanya, beliau mengesyorkan pimpinan PR menggerakkan rakyat menuntut dua perkara antaranya mendesak Najib umumkan senarai lebuhraya dan konsesi akan diambil alih kerajaan dan sebuah Jawatankuasa Parlimen (PSC).

"Sebuah Jawatankuasa Parlimen (Parliamentary Select Committee) perlu ditubuhkan dalam sidang dewan akan datang untuk mengkaji, menyemak dan memastikan kesemua urusniaga yang melibatkan pembelian aset besar dari syarikat berkepentingan dibuat secara adil dan tiada unsur penyelewengan.

"KEADILAN akan membawa isu ini ke sidang Parlimen akan datang untuk diberikan perhatian utama," ujarnya.

ALHUSSEYN

Posted: 01 Sep 2012 03:28 PM PDT

ALHUSSEYN


Sang Merah Saka - Menyingkap Tabir Pejuang Negara Sebenar

Posted: 01 Sep 2012 09:05 AM PDT

Sang Merah Saka dikibarkan sebagai menyingkap sebenar
sejarah perjuangan bangsa ini yang cuba dinafikan oleh Umno/BN

Kecoh sungguh Hari Nyambut Ulangtahun Kemerdekaan kali ini.Bukan sahaja Kerajaan dan PR menyambutnya dengan logo dan thema masing-masing ; malah ada pula yang menyambutnya dengan bendera yang berlainan!

Mustapha Ali dan Anwar Ibrahim mengeluarkan kecaman kerana mengibarkan bendera selain Jalur Gemilang. Mereka terpaksa berbuat begitu sebab bagi menangkis tuduhan Umno/BN yang membababi gila menyondol PR yang kononnya melakukannya.

Alhamdulillah, budak-budak muda yang melakukannya telah tampil mengakui bertanggung jawab melakukannya. Mereka berani kerana mereka punyai alasan yang perlu kita semua dengari.

Syabas kepada anak muda yang berani ini! Umno/BN tidak mampu untuk terus memperbodohkan rakyat Malaysia terutama golongan orang muda yang hari ini boleh mendapatkan matlumat kebenaran melalui dunia siber yang tiada batasannya.

Ayuh anak muda semua, teruskan perjuangan maju ke hadapan.Langkah dan terajang penghalang yang menghalang.

Sang Saka Malaya adalah panji perjuangan mereka dalam menuntut kemerdekaan ditanah Melayu. Panji ini juga pernah berkibar megah digunung semanggol, Perak yang menjadi kubu Hizbul Muslimin yang diketuai oleh Ustaz Abu Bakar Baqir yang diasaskan pada 17 Mac 1948.

Oleh yang demikian, saya bersama saudara Zairi merasakan bendera ini layak dikibar pada malam kemerdekaan selain dari Jalur Gemilang. Penuh dengan pelbagai cerita pahit maung perjuangan disebalik sang saka Malaya ini.

Ikuti penjelasan lanjut : Mengapa kami kibarkan sang saka Malaya?

Takziah kepada blogger Ajijoi diatas pemergian Apaknya

Posted: 01 Sep 2012 05:38 AM PDT

Tempat istirehat terakhir Apak dialam fana ini sementara menanti
sangkakala ditiup nanti. Selamat tinggal Apak - Ajijoi

Saya baru pulang dari tanah perkuburan kerana menghadir pengkebumian Apak kepada blogger Ajijoi, Allahyarham Zulkifli, seorang teman aktivis PAS Taman Maju Rapat, Ipoh. Semoga Ajijoi dan keluarga terus bersabar dan semoga Allah mencucuri rahmat serta mengampunkan Apaknya. Alfateha.

Allahyarham berusia 75 tahun meninggalkan seorang balu dan 4 anak. Menurut Ajijoi, Allahyarham pernah bekerja di sebuah kilang di tapak industri Tasek , Ipoh.


Allahyarham terkenal sebagai seorang yang sangat vokal dalam menyatakan sokongan terhadap PAS. Beliau bergerak dengan menggunaka sebuah motosikal untuk kemana-mana.

Ajijoi memberitahu, awal pagi tadi, Allahyarham telah keluar rumah tanpa sarapan pagi dengan menolak motosikalnya ke kedai untuk dibaiki kerana pancit. Allahyarham khabarnya membawa bersamanya 'pump' yang digunakan untuk mengepam tayar bocornya lalu dinaikinya dan bila kempis semula akan menggunakan 'pump' tersebut semula.


Beliau sempat sampai ke kedai morsikal di Gunung Rapat. Allahyarham kelihatan seperti biasa sahaja kata towkey Cina kedai tu kepada Ajijoi. Sedang berbual-bual, tiba-tiba Allahyarham terdiam dan bila Cina tu toleh, Allahyarham sudah tersepok diatas tempat duduk dalam kedai itu, pengsan.

Mujur ada seorang hamba Allah ada disitu dan mengambil maklumat yang ada padanya lalu beliau pergi ke alamat rumahnya memberitahu ibu Ajijoi.


Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya disitu ketika ambulan tiba ke tempat tersebut. Pihak polis tidak membenarkan mayat tersebut dibawa balik ke rumah dan terpaksa dibawa ke Hospital Besar untuk mendapatkan pengesahan dari pihak Hospital kerana kematian berlaku di tempat awam. Demikian polis memaklumkan keluarga Ajijoi.

Urusan mayat - mandi dan kapan diselesaikan di Hospital itu juga dan pengkebumian dilakukan selepas solat Asar tadi .

"Segala-galanya selesai sudah. Apak kini telah dikembalikan kepangkuan Allah Taala. Jazakallah khairan khathiro buat semua yg ziarah & bantu." tulis Ajijoi dalam tweetnya.


Marilah kita sama-sama mengucapkan takziah kepada keluarga Ajijoi. Ucapan takziah bermaksud menghiburkan orang yang ditimpa musibah dengan menyebut hal-hal yang dapat menghapuskan duka dan meringankan penderitaan. Hukum takziah adalah sunat dan sangat digalakkan dalam Islam. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Mana-mana orang mukmin yang mengucapkan takziah kepada saudaranya sesama Islam yang ditimpa musibah, melainkan ia akan diberi balasan yang sebaik-baiknya oleh Allah s.w.t iaitu dimuliakan dan dipakaikan dengan persalinan yang serba indah dari pakaian kemuliaan dihari kiamat kelak."
Masa yang paling afdal untuk mengucapkan ucapan takziah ialah sebelum mayat dikebumikan dan berlanjutan sehingga tiga hari mulai dari hari matinya. Jika tidak ada di tempat kematian itu atau tidak mengetahui akan kematian yang berlaku maka bolehlah mengucapkan takziah bila mana perkhabaran kematian tersebut diberitahu.


Lafaz ucapan takziah daripada orang Islam kepada orang Islam yang kematian keluarga adalah seperti berikut :
"Semoga Allah memberikan pahala yang berganda-ganda kepada saudara dan menjadikan saudara dapat bersabar dengan sebaik-baiknya serta diampunkan orang yang telah mati"
Sunat bagi keluarga yang kematian itu menjawab menjawab ucapan takziah dengan lafaz :


" Semoga Allah memberi balasan sebaik-baiknya kepada saudara."

Para pengunjung boleh menghantar menghantar takziah kepada Ajijoi melalui emailnya atau face booknya. Semoga Allah memberkati kita semua. Amin

Kereta yang bakal DS Nizar Pakai....

Posted: 31 Aug 2012 06:32 PM PDT

Kecantikan klasik ... Aston Martin DBR1 / 2

Mengapa tidak? Aku dengo Nizar akan dapat RM50 juta dari Utusan Meloya....dan RM50 juta lagi dari TV 3 tidak lama lagi? Entahlah. Aku cuma baca kat sini.... Allah yang maha tahu tahu. Walau apa pun sama-samalah kita ucapkan tahniah diatas kemenangan tersebut.Bior bengkrap Utusan Melloya tu! Juga TV3 suku tu - padan muka deme!

Aku bukan apa, cuma nak promo kepada Nizar - nak suh dia beli kereta ini.... cantik bukan main! Mengalahkan keta WWW1 tu!

Lekapan dan kelengkapan tradisional lengkap dengan alat pemadam api

Ini adalah kereta Klasik Aston Martin untuk dijual dengan harga £ 20 juta sahaja.Ah! Utusan Meloya dan TV3 akan tolong bayar untuk Nizar! No problem!

Aston Martin DBR1 / 2, dianggap sebagai salah satu kereta terbaik sepanjang zaman.Kereta lumba yang paling berjaya, tetapi juga yang paling istimewa kerana hanya empat sahaja yang pernah dikeluarkan dari kilangnya.

pandangan sisi Aston - menawan sekali ...

Kereta hijau mewakili zaman kegemilangan lumba kereta British, yang didominasi pada 1950-an. Ia membelasah Ferrari dan jaguar pada era kegemilangannyn dan hanya Aston Martin yang pernah memenangi Le Mans pada tahun 1959.

Ini model tahun 1957 keadaannya telah dikekalkan sebagaimana asalnya, dan kini di pasaran untuk pertama kalinya dalam tempoh 20 tahun.

Biaqpila

Posted: 01 Sep 2012 03:18 PM PDT

Biaqpila


KEPUTUSAN PIALA MALAYSIA 1/9/2012

Posted: 01 Sep 2012 08:01 AM PDT









KUMPULAN A

LIONS XII 1-0 JOHOR

JOHOR FC 2-1 PKNS FC


KUMPULAN B

KELANTAN 4-3 ATM

TERENGGANU 1-1 KEDAH


KUMPULAN C

PERAK 0-1 N.SEMBILAN

SIME DARBY 3-3 FELDA UTD


KUMPULAN D

SARAWAK 2-3 PAHANG

SELANGOR 2-1 T.TEAM





KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Pelajar Rakam Aksi Seks Sendiri

Posted: 01 Sep 2012 07:19 AM PDT


SINGAPURA – Seorang pelajar berusia 15 tahun dihadapkan ke mahkamah kerana merakam dirinya sendiri mengadakan hubungan seks dengan rakan sekolah berusia 13 tahun dan memuat naik klip itu di internet.

Remaja dan pasangannya tidak dinamakan.

Mahkamah diberitahu, remaja itu, kini berusia 17 tahun, bertemu pelajar perempuan itu ketika aktiviti sofbal pada Januari 2009.

Mereka kemudian mengadakan hubungan seks tiga bulan selepas itu dan pada Februari 2010, dia memujuk remaja perempuan itu mengadakan hubungan seks oral.

Remaja lelaki itu meminta mengadakan hubungan seks oral beberapa kali dan merekod satu sesi tanpa pengetahuan remaja perempuan itu dan menyimpan klip itu dalam fail bertanda "B****".

Remaja itu kemudian memuat naik klip itu di internet dengan tajuk "Singapore teen b****". Dia turut mendedahkan nama dan nombor telefon pelajar perempuan itu pada klip video itu.

Pada Julai 2010, dia mengugut memuat naik video di internet sekiranya pelajar perempuan itu enggan melakukan seks oral terhadapnya. Tanpa mengetahui yang video itu telah dimuat naik, pelajar perempuan itu bersetuju melakukan seks oral.

Keadaan bertambah buruk apabila remaja perempuan itu mula menerima panggilan telefon meminta dia melakukan seks oral daripada orang tidak dikenali.

Pelajar perempuan itu bersemuka dengan teman lelakinya tetapi dia menafikan memuat naik video itu. Mereka memutuskan hubungan tetapi bertemu kembali pada Disember 2010 di mana pelajar lelaki itu memujuknya melakukan hubungan seks sekali lagi.

Mangsa kemudian memberitahu gurunya dan laporan polis dibuat.

Remaja lelaki itu mengaku bersalah atas 21 tuduhan kerana mengadakan hubungan seks dengan gadis di bawah umur, menghina kehormatannya, mengugut dan menyimpan klip video serta mencuri tiga buah basikal. – Straits Times



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

PERHIMPUNAN SECARA PAKSA JANJI DICAPATI GAGAL

Posted: 01 Sep 2012 12:00 AM PDT

DEY MACHA!!!
HANYA SERAMAI INI YANG BERJAYA DIKUMPUL
ITUPUN SETELAH DIPAKSA
KAH! KAH! KAH!

PERHIMPUNAN INI DIKIRA GAGAL
JIKA NAK DIBANDINGKAN DENGAN PERHIMPUNAN JANJI DEMOKRASI
YANG HADIR TANPA DIBAYAR DAN DIPAKSA
KAH! KAH! KAH!



Biarpun sudah berusaha sedaya-upaya memperalatkan kakitangan agensi kerajaan dan badan berkanun sejak kira-kira seminggu lalu, sambutan kemerdekaan ke-55 yang diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi sebenarnya gagal mencapai sasaran.

Penganjur yang mensasarkan sekitar 200,000 orang akan membanjiri stadium tersebut hampa apabila hanya cuma mampu mengumpul kira-kira 30,000 orang sahaja menurut saksi yang hadir di majlis yang bermula jam 8 malam tadi.

Seorang kakitangan kerajaan tetapi enggan namanya disiarkan yang dipaksa hadir ke sambutan tersebut mendakwa masih banyak ruang yang kosong tidak dipenuhi walaupun perdana menteri Najib Altantuya sudah memulakan ucapannya kira-kira jam 9 malam.

Ada di antaranya, katanya, hanya mundar mandir di sekeliling kawasan stadium selepas diarahkan sebelum itu kerana mereka dipaksa untuk duduk di kerusi penonton dengan tujuan untuk meramaikan bilangan penonton.

Sedangkan katanya sebaik sahaja Najib Altantuya memulakan ucapan, sudah ramai yang bangun dari tempat duduk masing-masing dan keluar ke anjung belakang walaupun majlis baru sahaja berlangsung.

Menurut gambar yang diambil, jelas tidak ramai penonton yang hadir sebaliknya mereka keluar dan melakukan perkara sendiri kerana kebanyakkannya dikerah atas arahan pegawai atasan mereka yang merekodkan kehadiran mereka seperti yang tersiar di kebanyakkan blog sebelum itu.

Peserta yang ditemui mendakwa menerima RM30 sebagai upah memakai baju yang disediakan, RM50 untuk yang memakai baju dan mengibarkan bendera Jalur Gemilang dan RM80 bagi mereka yang memakai baju-T dan menari di tengah-tengah stadium yang diubah suai menjadi sebuah pentas raksasa.

Najib Altantuya yang tidak berpuas hati dengan jumlah kehadiran tersebut seakan terpekik-pekik setiap kali mengulangi skrip yang sama kunun pencapaiannya sejak mengambil alih tampuk kekuasan dari bekas perdana menteri, Abdullah Badawi pada April 2009.

Walaupun Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Rais Yatim mengumumkan bahawa sasaran Twtup menggunakan hashtag #merdeka55 berjaya melepasi sasaran sejuta dalama tempoh sejam di Twitter, penonton seakan tidak mengendahkan pengumuman tersebut.

Apalah maknanya jika Rais yang menyatakan bahawa sebanyak 3.6 juta tweet dicatat tetapi kehadiran penonton yang dipaksa sebenarnya mengecewakan Umno-APCO yang bertungkus lumus mahu mengambil hati Najib Altantuya yang semakin tidak popular di mata rakyat Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin juga dikhabarkan tidak gembira dengan kehadiran penonton yang majoritinya kakitangan kerajaan yang dipaksa hadir semata-mata mahu menunjukkan kepada rakyat bahawa Umno-APCO masih relevan menerajui kerajaan.

Beberapa menteri kabinet juga dikatakan tidak berpuas hati dengan sambutan tersebut setelah banyak pengumuman dan hebahan disiarkan menerusi media cetak dan elektronik yang dikuasai mereka.

Pada sebelah paginya, sambutan kemerdekaan yang diadakan di Dataran Merdeka juga suram dengan kehadiran rakyat Malaysia apabila hanya 13,000 orang dilihat berada di dataran bersejarah tersebut walaupun dihadiri Yang di-Pertan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dan Faja Permaisuri Agong Tuanku Haminah.

wargamarhaen


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

PANASS!!! REKOD TWITTER MERDEKA TIPU

Posted: 31 Aug 2012 10:04 PM PDT


Letih la Rais Yatim nak menjawab ni...


Firma kajian: Tweet #Merdeka55 dihasilkan bot


Firma kajian Twitter Politweet.org mempertikai rekod 3,611,323 tweet patriotik kepada perdana menteri sempena sambutan Merdeka seperti yang diumumkan kerajaan pada malam tadi.

Firma itu berkata, sebanyak 38 peratus daripada tulisan dengan label hashtag #Merdeka55 di Twitter itu dihasilkan oleh bot – perisian yang mengawal sejumlah akaun Twitter yang berlainan.




Kajian itu berdasarkan sampel daripada sebanyak 107,000 tweet yang dikumpul daripada 19,000 pengguna dalam tempoh berkenaan.

Firma itu mendapati, sebanyak 38 peratus daripada tweet berkenaan dihasilkan daripada 14 peratus pengguna yang kesemuanya menggunakan perisian TweetDeck.

TweetDeck merupakan perisian sokongan kepada pengguna Twitter yang membolehkan seseorang mentadbir pelbagai akaun dalam satu masa.

"Ia bermakna 41,000 tweet (diterima) daripada 2,761 pengguna," kata Politweet.org dalam satu tulisan di Facebook hari ini.

Dalam kenyataan tersebut, firma itu berkata mereka juga mengesyaki bahawa jumlah pengguna terbabit merupakan penghantar spam yang dimaksudkannya.

Laporan Bernama pada malam tadi menyebut, jumlah 3,611,323 juta tweet dalam tempoh sejam itu mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records dalam kategori tweet terbanyak dan juga perhimpunan tweet terbesar.

Agensi berita itu melaporkan, perkara itu diumumkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim yang berkata, 10,128 orang terlibat menghantar tweet di
dalam majlis sambutan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu.

MK


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

GAMBAR DAN VIDEO BAS JELAJAH DISIMBAH CAT MERAH

Posted: 31 Aug 2012 08:00 PM PDT







Tak sampai 24 jam selepas bas khas yang dibiayai Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim memulakan siri menjelajah lima negeri, bas tersebut telah disimbah cat merah dan dibaling batu!

Menurut Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam mesej di Twitter menyatakan:

@anwaribrahim Jelajah Merdeka Rakyat: Bas diserang di KB jam 5pagi -cat merah dan pecah cermin. Samseng bermarajalela

Bas tersebut yang diletakkan berhadapan Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu telah mengalam kerosakkan di bahagian cermin depan akibat dipecahkan menggunakan batu dan disimbah cat merah seolah-olah along meminta wang hutang dari peminjam.

Anwar yang kesal dengan perkara itu mengarahkan pemandunya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Bharu sejurus selepas dimaklumkan mengenai insiden tersebut.

Insiden tersebut yang berlaku kira-kira jam 4.30 pagi tadi adalah siri kedua serangan ke atas Anwar dan pasukan rombongannya setelah kereta yang dinaiki Anwar dikemekkan di bahagian pintu dan belakang dalam kejadian hampir serupa di Padang Perdana, beberapa bulan lalu.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, parti itu akan mengadakan satu sidang media khas di ibu pejabat parti di Tropicana jam 11 pagi yang akan dikendalikan Pengarah Strategi, Rafizi Ramli.

Manakala satu sidang media yang sama akan diadakan di Kota Bharu pada waktu yang sama menurut Saifuddin dalam mesejnya di Twitter sebentar tadi.

Rafizi ketika mengulas kejadian itu di Twitter menyatakan kerabat media dijemput hadir dalam sidang media tersebut dan beliau akan memperincikan serangan yang didakwa dilakukan puak Umno-APCO yang mahu menggagalkan siri jelajah tersebut yang bermula di Bentong, Pahang semalam.

Bas dua tingkat yang dibiayai sepenuhnya oleh Khalid mempunyai 19 tempat duduk dan dilengkapi dengan kemudahan wifi serta tempat mesyuarat selain boleh dijadikan pentas ceramah pelbagai guna yang disiapkan dalam tempoh 15 minit.

Polis Kota Bharu mengesahkan satu laporan polis sudah dibuat dan siasatan kejadian berkanaan masih dijalankan.

Dalam satu mesej terbaru Anwar di Twitter juga menjelaskan bahawa insiden tersebut tidak harus mengganggu jadual acara jelajah yang tetap akan diteruskan hari ini melalui Kuala Krai dan Jeli sebelum dijangka tiba di Kedah.

@anwaribrahim Selesai solat dan zikir di Salor; kini ke kediaman TGNikAAziz-minum pagi;Azizah dan D Sabariah. Serangan samseng tdk hrs ganggu acara

Setakat perkembangan jam 7 pagi tadi, belum ada mana-mana pihak yang mengaku bertanggungjawab di atas insiden yang memalukan dan tidak bermoral tersebut.

JALAN PULANG


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

PEMAIN BOLA DIFITNAH MAIN PEREMPUAN

Posted: 31 Aug 2012 07:00 PM PDT


KAMI difitnah! Itulah hujah dua tonggak Terengganu, pemain tengah, Ismail Faruqi Asha'ri dan pertahanan, Muslim Ahmad yang didakwa membawa masuk perempuan ke bilik hotel penginapan mereka di Alor Setar pada awal pagi hari perlawanan Kumpulan B Piala Malaysia menentang Kedah, Selasa lalu.

Menurut Ismail Faruqi, 25, laporan disiar di dada akhbar harian itu satu pembohongan dan dia bercadang mengambil tindakan undang-undang ke atas kedua-dua akhbar itu.

"Berita itu menggambarkan kami tidak bermoral sedangkan kami tidak bersalah kerana tidak seorangpun perempuan masuk ke bilik kami sepanjang berada di Alor Setar.

"Kami kini dipandang serong oleh masyarakat dan saya sudah menghubungi peguam untuk berbincang mengenai tindakan undang-undang yang bakal diambil bagi membersihkan nama saya," katanya.


Kata pemain kelahiran Kuala Terengganu yang baru saja mendirikan rumah tangga lebih dua bulan lalu, jurulatih, Peter Butler menuduh mereka membawa masuk perempuan ke bilik namun beliau sebenarnya tidak berada berhampiran biliknya pada masa itu.


"Kami dikatakan membawa masuk perempuan pada jam 3 pagi namun Butler tidak ada di situ pada masa itu dan beliau sudah tentu mendapat maklumat itu daripada pihak ketiga.

"Semuanya mudah saja dibuktikan kerana hotel itu mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) dan sekiranya pihak tertentu meneliti rakaman itu, sudah tentu mereka tidak akan melihat seorangpun perempuan memasuki bilik kami," katanya.


Muslim, 23, pula berkata, memang dia pulang agak lewat malam itu namun dia tidak diiringi perempuan.

"Bukan saya tidak mahu tidur awal tapi saya cedera dan tidak disenaraikan untuk bermain menentang Kedah keesokan harinya, begitu juga Ismail yang demam dan tidak tersenarai.


"Terkejut kami apabila jurulatih menuduh kami membawa masuk perempuan ketika makan pagi dan meskipun menyangkal semua dakwaan, jurulatih masih mahu kami digugurkan daripada pasukan Piala Malaysia," katanya.


Menurutnya, dia belum membuat keputusan untuk mengambil tindakan susulan sebelum bertemu dengan pengurusan yang dijadual lewat petang semalam.


"Berita sebegini menjejaskan imej saya kerana masih bujang dan tidak tahu sejauh mana kesan berita ini ke atas Ismail yang baru saja mendirikan rumah tangga," katanya yang ingin perkara itu diperbetul dan semua pihak meminta maaf kepadanya dan Ismail.

HM

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

:: @ AL-BAKISTANI @ ::

Posted: 01 Sep 2012 03:11 PM PDT

:: @ AL-BAKISTANI @ ::


INI ERA KEJAHILAN UNTUK DILAKSANAKAN HUDUD - DR ALI JUMUAH

Posted: 01 Sep 2012 12:51 PM PDT

قضية تطبيق الشريعة لا بد أن تفهم بصورة أوسع من قَصرها على تطبيق الحدود العقابية بإزاء الجرائم، كما هو شائع في الأدبيات المعاصرة، سواء عند المسلمين أو عند غيرهم، حيث إن تطبيق الشريعة له جوانب مختلفة، وله درجات متباينة، وليس من العدل أن نَصف واقعاً ما بأنه لا يطبق الشريعة لمجرد مخالفته لبعض أحكامها في الواقع المعيش، حيث إن هذه المخالفات قد تمت  على مدى التاريخ الإٍسلامي وفي كل بلدان المسلمين ودولهم بدرجات مختلفة ومتنوعة، ولم يقل أحد من علماء المسلمين إن هذه البلاد قد خرجت عن ربقة الإٍسلام أو إنها لا تطبق الشريعة، بل لا نبعد في القول إذا ادعينا أن كلمة تطبيق الشريعة كلمة حادثة. 
وهناك حقائق يجب معرفتها: 
1 -  أن الشريعة تعني ما يتعلق بالعقائد والرؤية الكلية من أن هذا الكون مخلوق لخالق، وأن الإنسان مكلف بأحكام شرعية تصف أفعاله، وأن هذا التكليف قد نشأ من قبيل الوحي، وأن الله أرسل به الرسل وأنزل الكتب، ويوم آخر للحساب وللثواب والعقاب، كما أنها تشتمل على الفقه الذي يضبط حركة السلوك الفردي والجماعي والاجتماعي، وتشتمل أيضا على منظومة من الأخلاق وطرق التربية ومناهج التفكير والتعامل مع الوحي قرآناً وسنة، ومع الواقع مهما تغير أو تبدل أو تعقد. 
2 -  قضية الحدود تشتمل على جانبين: الجانب الأول هو الاعتقاد بأحقية هذا النظام العقابي في ردع الإجرام، وفي تأكيد إثم تلك الذنوب ومدى فظاعتها وتأثيرها السيئ على الاجتماع البشري ورفضها بجميع صورها نفسيا لدى البشر، وأن هذا النظام العقابي لا يشتمل على ظلم في نفسه ولا على عنف في ذاته، والجانب الآخر هو أن الشرع قد وضع شروطاً لتطبيق هذه الحدود، كما أنه قد وضع أوصافاً وأحوالاً لتعليقها أو إيقافها، وعند عدم توفر تلك الشروط أو هذه الأوصاف والأحوال فإن تطبيق الحدود مع ذلك الفقد يعد خروجاً عن الشريعة. 
3 -  المتأمل في النصوص الشرعية يجد أن الشرع لم يجعل الحدود لغرض الانتقام، بل لردع الجريمة قبل وقوعها، ويرى أيضاً أن الشرع لا يتشوف لإقامتها بقدر ما يتشوف للعفو والصفح والستر عليها. والنصوص في هذا كثيرة لا تتناهى. 
4 -  لمدة نحو ألف سنة لم تقم الحدود في بلد مثل مصر، وذلك لعدم توفر الشروط الشرعية التي رسمت طرقا معينة للإثبات، والتي نصت على إمكانية العودة في الإقرار، والتي شملت ذلك كله بقوله صلى الله عليه وسلم: "ادرؤوا الحدود بالشبهات" .. وقول عمر بن عبد العزيز: "لأن أخطئ في العفو ألف مرة خير من أن أخطئ في العقوبة". 
5 -  قد يوصف العصر بصفات تجعل الاستثناء مطبقاً بصورة عامة، في حين أن الاستثناء بطبيعته يجب أن يطبق بصورة قاصرة عليه، من ذلك وصف العصر بأنه عصر ضرورة، ومن ذلك وصف العصر بأنه عصر شبهة، ومن ذلك وصف العصر بأنه عصر فتنة، ومن ذلك وصف العصر بأنه عصر جهالة، وهذه الأوصاف تؤثر في الحكم الشرعي، فالضرورة تبيح المحظور، حتى لو عمت واستمرت، ولذلك أجازوا الدفن في الفساقي المصرية مع مخالفتها الشريعة، والشبهة تجيز إيقاف الحد كما صنع عمر بن الخطاب في عام الرمادة حيث عمت الشبهة بحيث فٌقد الشرط الشرعي لإقامة الحد، والإمام جعفر الصادق والكرخي وغيرهما أسقطوا حرمة النظر إلى النساء العاريات في بلاد ما وراء النهر لإطباقهن على عدم الحجاب حتى صار غض البصر متعذراً إن لم يكن مستحيلاً، ونص الإمام الجويني في كتابه الغياثي على أحوال عصر الجهالة وفصل الأمر تفصيلاً عند فقد المجتهد ثم العالم الشرعي ثم المصادر الشرعية، فماذا يفعل الناس؟
ويتصل بهذا ما أسماه الأصوليون في كتبهم -كالرازي في المحصول- بالنسخ العقلي، وهو أثر ذهاب المحل في الحكم، وهو تعبير أدق؛ لأن العقل لا ينسخ الأحكام المستقرة، وذلك بإجماع الأمة، ولكن الحكم لا يطبق إذا ذهب محله، فالأمر بالوضوء جعل غسل اليد إلى المرفقين من أركانه فإذا قطعت اليد تعذر التطبيق أو استحال، وكذلك الأحكام المترتبة على وجود الرقيق، والأحكام المترتبة على وجود الخلافة الكبرى، والأحكام المترتبة على وجود النقدين بمفهومهما الشرعي من ذهب أو فضة ومثل ذلك كثير.
6 -  من أجل الوصول إلى تنفيذ حكم الشرع ومراد الله سبحانه منه والوصول إلى طاعة الله ورسوله، يجب علينا أن ندرك الواقع، وفي حديث ابن حبان في صحيحه في موعظة آل داود أن يكون المؤمن مدركا لشأنه، عالماً بزمانه.
ومن هنا فإن الفقهاء نصوا على أن الأحكام تتغير بتغير الزمان إذا كانت مبنية على العرف  (نص المادة 90 من مجلة الأحكام العدلية)، وأجاز المذهب الحنفي في جانب المعاملات العقود الفاسدة في ديار غير المسلمين، فتغيرت الأحكام بتغير المكان، وقاعدة الضرورات تبيح المحظورات والمأخوذة من قوله تعالى: (فمن اضطر غير باغ ...) تجعل الشأن يتغير بتغير الأحوال، وكذلك تتغير هذه الأحكام بتغير الأشخاص، فأحكام الشخص الطبيعي الذي له نفس ناطقة تختلف عن الشخص الاعتباري حيث لا نفس له ناطقة.
وهذه الجهات الأربع وهي الزمان والمكان والأشخاص والأحوال هي التي نص عليها القرافي كجهات للتغير يجب مراعاتها عند إيقاع الأحكام على الواقع.
ومعلوم أن عصرنا لم يعد أمسه يعاش في يومنا، ولا يومنا يعاش في غدنا، وسبب ذلك أمور: منها: كم الاتصالات والمواصلات والتقنيات الحديثة التي جعلت البشر يعيشون وكأنهم في قرية واحدة، ومنها زيادة عدد البشر زيادة مضطردة لا تنقص أبدا منذ 1830 ميلادية وإلى يومنا هذا. ومنها كم العلوم التي نشأت لإدراك واقع الإنسان في نفسه أو باعتباره جزءاً من الاجتماع البشري، أو باعتباره قائما في وسط هذه الحالة التي ذكرناها.
وسمات العصر هذه ونحوها غيرت كثيراً من المفاهيم، كمفهوم العقد، والضمان، والتسليم، والعقوبة، ومفهوم المنفعة، ومفهوم السياسة الشرعية، فلا بد من إدراك ذلك كله حتى لا تتفلت منا مقاصد الشريعة العليا.
تجارب تطبيق الحدود
7 -  يمكن عرض تجارب الدول الإسلامية المعاصرة مع قضية تطبيق الحدود:
أ -  فنجد أن السعودية تطبق الحدود عن طريق القضاء الشرعي مباشرة من غير نصوص قانونية مصوغة في صورة قانون للعقوبات الجنائية، والتطبيق السعودي للحدود مستقر وليس هناك أي دعوة أو توجه مؤثر لإلغائها أو إيقافها أو تعليقها. وإن كانت هناك بعض النداءات من معارضي النظام السياسي تدعو إلى ضبط الإجراءات وتصف النظام الحالي بعدم العدالة وباعتدائه على حقوق الإنسان.
ب -  حالة باكستان والسودان وإحدى ولايات نيجيريا وإحدى ولايات ماليزيا وإيران والتي نصت قوانينها على الحدود الشرعية وتم الإيقاف الفعلي لها من ناحية الواقع في الباكستان، وتم تعليقها بعد عهد النميري في السودان، وتم تعليقها أيضاً في إيران وماليزيا، وطبقت في ولاية نيجيريا بصورة غاية في الجزئية، ويشيع في كل هذه البلدان العمل بالتعزير بدلاً من تطبيق الحد، فيما عدا الجرائم التي تستوجب الإعدام.
جـ- بقية الدول الإسلامية والتي يبلغ عددها 56 دولة من مجموع 196 دولة في العالم سكتت في قوانينها عن قضية الحدود، وكانت وجهة النظر في هذا الشأن أن عصرنا عصر شبهة عامة، والنبي صلى الله عليه وسلم يقول: "ادرؤوا الحدود بالشبهات"، كما أن الشهود المعتبرين شرعاً لإثبات الجرائم التي تستلزم الحد قد فقدوا من زمن بعيد، فيورد التنوخي في كتابه "نشوار المحاضرة": أن القاضي كان يدخل المحلة أو القرية فيجد فيها أربعين شاهدا ممن نرضى من الشهداء عدالة وضبطاً، وأنه الآن - أي في عصره - يدخل القاضي البلدة فلا يجد فيها إلا الشاهد أو الشاهدين. وأن عصرنا بصفة عامة يمكن أن يوصف بفقد الشهادة أيضاً.
وأن التفتيش للوصول إلى الحقيقة التي تؤدي إلى إقامة الحد ليس من منهاج الشريعة، فإن ماعزاً أتى يقر على نفسه فأشاح النبي بوجهه أربع مرات، ثم أحاله على أهله لعلهم يشهدون بقلة عقله أو جنونه، ثم أوجد له المخارج، ولما رجع في إقراره أثناء إقامة الحد قال رسول الله لعمر: هلا تركتموه؟. وأخذ العلماء من هذا جواز الرجوع عن الإقرار ما دام في حق من حقوق الله وليس بشأن حق من حقوق البشر، كما أن النبي صلى الله عليه وسلم لم يسأله عن الطرف الآخر للجريمة، وهي المرأة، ولم يفتش عنها حتى كنوع من أعمال استكمال التحقيق. وأخرج ابن أبي شيبة عن أبي بكر وعمر وعثمان: أن السارق كان يؤتى به إليهم، فيقول له الإمام: أسرقت؟ قال: لا!.
فالنص على الحدود -كما ذكرنا- يفيد أٍساساً: تعظيم الإثم الذي جُعل الحد بإزائه، وأنه من الكبائر والقبائح التي تستوجب هذا العقاب العظيم، ويؤدي ذلك إلى ردع الناس عن هذه الجرائم على حد قوله تعالى: (ذلك يخوف الله به عباده يا عبادي فاتقون)، ويكمل الحد في هذا الشأن: الضبط الاجتماعي الذي يتولد من الثقافة السائدة لدى الكافة باستعظام هذه الآثام ونبذ من اشتهر بها أو أعلنها أو تفاخر بفعلها. كما أن الشرع فتح باب التوبة، وأمر بالستر في نصوص عديدة من الكتاب السنة.
8 -  ولقد ذكرنا ما ذكرناه إجابة على المبادرة، نرى أن هذه القضية بهذه الصورة ليست ملحة أصلاً، ولا هي في ترتيب أولوياتنا بالمسألة الأَََََولى، بل إن إثارتها الآن يضر ولا ينفع.
والله أعلم..

sumber : onislam.

Kerabu Bersuara ®

Posted: 01 Sep 2012 03:02 PM PDT

Kerabu Bersuara ®


TS Anwar Musa Tidak Layan Geng Gelombang Merah Ke?

Posted: 01 Sep 2012 09:07 AM PDT

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/404066_10151228035880039_765595466_n.jpg

jeng jeng jeng

Keputusan Dan Kedudukan Terkini Perlawanan Piala Malaysia Peringkat Kumpulan

Posted: 01 Sep 2012 08:18 AM PDT

http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/554846_515569551791388_1382645715_n.jpg

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/400422_10151132585994485_267494854_n.jpg

Kenapa Kerajaan Tidak Sebut British Sebagai Penjajah? Hanya Sebut Komunis?

Posted: 01 Sep 2012 04:20 AM PDT

http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/223996_464485646918048_1280714871_n.jpg

kenapa?

Anwar Semasa Di Grik

Posted: 01 Sep 2012 04:02 AM PDT

http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/292048_10151025647856510_1483021980_n.jpg
http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/561148_10151025648421510_790080552_n.jpg

Terkini! Seorang Ibu Luah Perasaan Anaknya Tidak Solat Jumaat Kerana Himpunan Bodek Najib!

Posted: 01 Sep 2012 01:32 AM PDT

 http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/216813_433430396709288_35064175_n.jpg

Aktivis Terengganu

Himpunan Janji Ditepati 55 Merdeka : Ibu Telefon TV Al-Hijrah Luah Kekecewaan.

"Sebentar tadi (jam 9.00 pagi) saya menonton rancangan 'Assalamualaikum TV Alhijrah'. Ada ibu kepada seorang pelajar menelefon secara langsung dan mengadu akan hal anaknya yang dikerah hadir ke Perhimpinan/Konsert Merdeka (Janji Ditepati) di Stadium Bukit Jalil malam tadi.

Anaknya diarahkan untuk hadir ke sekolah seawal jam 11 pagi dan bas sekolah bertolak jam 12 tengah hari. Si ibu mengekori bas dengan kereta sendiri. Si Ibu kesal kerana anaknya dan semua pelajar tidak dapat solat Jumaat. Sesampainya di Bukit Jalil Si Ibu melihat ramai lagi petugas Muslim tidak solat Jumaat. Solat Asar dan Maghrib juga hanyut.

Mungkin tidak menyangka panggilan sebegitu, penerbit 'Assalamualaikum' tidak sempat memutuskan talian namun cepat-cepat Ustaz Izhar yang mengendalikan slot itu memotong percakapan Si Ibu tadi dengan alasan masa tidak mencukupi. Tapi dah terlambat, seluruh Malaysia yang menonton rancangan itu sudah tahu perkara yang sebenar."

MERDEKA! MERDEKA!

Copy dari : Tetuan Media Islam

Terkini Kantoi! Firma kajian Twitter Politweet.org mempertikai rekod 3,611,323 tweet patriotik kepada perdana menteri sempena sambutan Merdeka

Posted: 31 Aug 2012 09:59 PM PDT

 http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/10457_464733666893246_1243302046_n.jpg

Pecah Tembelang....

Firma kajian Twitter Politweet.org mempertikai rekod 3,611,323 tweet patriotik kepada perdana menteri sempena sambutan Merdeka seperti yang diumumkan kerajaan pada malam tadi.

Firma itu berkata, sebanyak 38 peratus daripada tulisan dengan label hashtag #Merdeka55 di Twitter itu dihasilkan oleh bot – perisian yang mengawal sejumlah akaun Twitter yang berlainan.

Kajian itu berdasarkan sampel daripada sebanyak 107,000 tweet yang dikumpul daripada 19,000 pengguna dalam tempoh berkenaan.

Firma itu mendapati, sebanyak 38 peratus daripada tweet berkenaan dihasilkan daripada 14 peratus pengguna yang kesemuanya menggunakan perisian TweetDeck.

TweetDeck merupakan perisian sokongan kepada pengguna Twitter yang membolehkan seseorang mentadbir pelbagai akaun dalam satu masa.

"Ia bermakna 41,000 tweet (diterima) daripada 2,761 pengguna," kata Politweet.org dalam satu tulisan di Facebook hari ini.

Dalam kenyataan tersebut, firma itu berkata mereka juga mengesyaki bahawa jumlah pengguna terbabit merupakan penghantar spam yang dimaksudkannya.

Laporan Bernama pada malam tadi menyebut, jumlah 3,611,323 juta tweet dalam tempoh sejam itu mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records dalam kategori tweet terbanyak dan juga perhimpunan tweet terbesar.

Agensi berita itu melaporkan, perkara itu diumumkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim yang berkata, 10,128 orang terlibat menghantar tweet di
dalam majlis sambutan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu.

 https://www.facebook.com/pages/PoliTweetOrg/150884017485

TG Nik Aziz Melawat Tempat Kejadian Bas Jelajah Anwar Dipecahkan

Posted: 31 Aug 2012 09:47 PM PDT

http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/405890_459758947398454_1476623981_n.jpg

Salmah Husain

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melihat bas yang dinaiki Datuk Seri Anuar Ibrahim yang diserang pagi tadi di kota bharu. Lenakah tidur golongan jahat seperti ini diwaktu malam?...tenangkah hidup mereka bila melakukan perbuatan keji ini? Subhanallah berilah petunjuk pada mereka.

Bilik hotel Anwar didakwa cuba dipecah masuk

Posted: 31 Aug 2012 09:30 PM PDT


KOTA BHARU - Selain bas yang digunakan PKR disimbah cat dan cermin depan dipecahkan awal pagi, bilik hotel penginapan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa cuba 'dicereboh' pihak tertentu.

Ketua Pembangkang itu berada di sini sempena ceramah anjuran parti tersebut.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan, Mohammad Azihan Che Seman berkata, pihaknya mendapat maklumat itu ketika mengadakan pertemuan dengan Anwar pagi tadi.

"Kita cukup kesal dengan kejadian yang tidak bertanggungjawab ini dan berharap berkuasa mengambil tindakan tegas," katanya kepada Sinar Harian di sini.

Bagaimanapun belum jelas motif dan bagaimana cubaan ceroboh itu dilakukan.

Sehubungan itu kata Azihan, pihaknya akan membuat laporan polis di sini.

TG Nik Aziz Bersarapan Dengan DS Anwar Pagi Ni Dalam Suasana Santai

Posted: 31 Aug 2012 05:34 PM PDT

http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/554669_4487700272916_1202020270_n.jpg

Rizal Tahir

TGNA bersarapan dgn DSAI di kediaman TGNA pagi ni..maklumat terkini disampaikan oleh DSAI, bas yg membawanyw utk tour merdeka telah dipecahkan pagi tadi dan disimbah dgn cat merah

Pukul 5 Pagi Bas Merdeka Anwar Diserang Samseng. Cat Merah Dan Cermin Dipecahkan

Posted: 31 Aug 2012 05:28 PM PDT

http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/564500_10151044629181840_1987825449_n.jpg

Bas Jelajah Merdeka Rakyat Diserang

Pada awal pagi tadi sekitar jam 5 pagi, bas Jelajah Merdeka Rakyat yang kini dalam rangka perjalanan ke Pahang, Kelantan, Kedah dan Perlis telah diserang berdekatan Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan.

Menurut kemaskini Twitter oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim, cermin bas tersebut telah dipecahkan dan cat merah disimbah pada bas tersebut. Insiden ini disyaki didalangi oleh samseng upahan.

Sehubungan dengan itu, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Kota Bharu sebentar tadi dan pihak polis telah memberi jaminan akan menjalankan siasatan segera berhubung insiden ini.

Susulan dari itu, satu sidang media khas juga akan diadakan pada jam 11 pagi ini di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya oleh Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

PEJABAT DATO' SERI ANWAR IBRAHIM

Via Anwar Ibrahim

Muslimeen United

Posted: 01 Sep 2012 01:33 PM PDT

Muslimeen United


Gelombang Sabah beri harapan besar kepada rakyat – TG Hadi

Posted: 01 Sep 2012 08:00 AM PDT

(Ustaz Hadi berucap dalam majlis sambutan Aidil Fitri, Pakatan Rakyat Sabah)

BEAUFORT: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata gelombang baru Sabah di mana wakil rakyat mula meninggalkan BN telah memberi harapan besar kepada rakyat Sabah bangkit melakukan perubahan.

Berucap di Xpresi Anak Muda Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat Negeri Sabah pagi tadi, Abdul Hadi juga menyentuh soal komitmen Pakatan Rakyat dalam menjaga kebajikan rakyat dan membina masa depan negara yang adil dan telus.


(Nasrudin memberikan ucapan)


"Ini sesuai dengan (keperluan) masyarakat majmuk. Sabah dengan gelombang baru apabila seorang demi seorang meninggalkan BN seperti Datuk Panglima Lajim memberi harapan besar kepada rakyat Sabah untuk bangkit melakukan perubahan," kata beliau.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan Tantawi menegaskan betapa perlunya untuk rakyat Sabah bangkit melakukan perubahan dalam pilihanraya ke 13.

Perkara itu, tegas Nasrudin, penting untuk mengembalikan hak rakyat yang sering dinafikan oleh BN melalui amalan rasuah dan kronisme.

"Jadikan semangat Aidilfitri sebagai simbol mencari kemenangan ke arah membina negara baru yang sejahtera dari korupsi dan penyalahgunaan kuasa," saran beliau. -Hrkh


(Ustaz Hadi bersama Datuk Seri Panglima Lajim dan lain-lain pimpinan Sabah)


(Pimpinan Pemuda PAS yang datang ke Sabah bergambar di lapangan terbang)


(Gambar kenangan di tapak program)

Hadoih, Pakatan Rakyat pulak terkantoi [TENGOK]

Posted: 01 Sep 2012 07:58 AM PDT




Hadoiihh...

Punah....
Pakatan Rakyat memfitnah rupanya... Pakatan Rakyat memfitnah KERAjaan BN Pahang tentang isu air kat Pahang. Sebenarnya takdak pun masaalah air kat Pahang neh...


Kesiankan kat Umno... Nasib baik lar TV3 BONGKAR FITNAH NEH... TERIMA KASIH KAT TV3. AKU MULA BENCI PADA PR SEBAB KUAT FITNAH!!!

JOM DENGAR SENDIRI PENAFIAN DARI RAKYAT PAHANG!!! -sumber

Panas!! Ibu Luah Perasaan Di TV Al-Hijrah Kerana Anak Tidak Solat Jumaat Gara-Gara Himpunan Janji Di Tepati

Posted: 01 Sep 2012 07:55 AM PDT


"Sebentar tadi (jam 9.00 pagi) saya menonton rancangan 'Assalamualaikum TV Alhijrah'. Ada ibu kepada seorang pelajar menelefon secara langsung dan mengadu akan hal anaknya yang dikerah hadir ke Perhimpinan/Konsert Merdeka (Janji Ditepati) di Stadium Bukit Jalil malam tadi.

Anaknya diarahkan untuk hadir ke sekolah seawal jam 11 pagi dan bas sekolah bertolak jam 12 tengah hari. Si ibu mengekori bas dengan kereta sendiri. Si Ibu kesal kerana anaknya dan semua pelajar tidak dapat solat Jumaat. Sesampainya di Bukit Jalil Si Ibu melihat ramai lagi petugas Muslim tidak solat Jumaat. Solat Asar dan Maghrib juga hanyut.

Mungkin tidak menyangka panggilan sebegitu, penerbit 'Assalamualaikum' tidak sempat memutuskan talian namun cepat-cepat Ustaz Izhar yang mengendalikan slot itu memotong percakapan Si Ibu tadi dengan alasan masa tidak mencukupi. Tapi dah terlambat, seluruh Malaysia yang menonton rancangan itu sudah tahu perkara yang sebenar.

"MERDEKA! MERDEKA!

~ Tetuan Media Islam

Janji Demokrasi: Era Umno Bolot Raikan Merdeka Berakhir

Posted: 01 Sep 2012 07:49 AM PDT


Berbeza dengan sambutan ambang merdeka tahun-tahun sebelumnya, sambutan ambang merdeka 'Janji Demokrasi' yang diadakan di Dataran Merdeka malam tadi turut disertai oleh semua kaum dari pelbagai peringkat umur.

Sebelum ini, setiap kali sambutan ambang kemerdekaan diadakan, kebanyakan orang ramai yang hadir adalah terdiri daripada hampir 90 peratus adalah orang Melayu khususnya golongan remaja yang ingin menyaksikan persembahan hiburan artis kegemaran mereka.

Manakala sambutan disebelah paginya pula, kebanyakan warga berbangsa India dan Cina yang hadir hanya semata-mata kerana terlibat dalam acara yang dipersembahkan.

Menurut seorang pelajar berbangsa Cina penuntut tahun dua di Universiti Lim Kok Wing yang tidak mahu namanya disebut, sebelum ini sambutan kemerdekaan dilihat sebagai salah satu acara menaikan imej Umno di mata rakyat negara ini.

"Sebab itulah bila hari merdeka, selalunya berkisar tentang pemimpin Umno sahaja.

"Kali ini lain, saya dan kawan-kawan betul-betul dapat rasakan semangat kemerdekaan negara Malaysia, bukan meraikan mana-mana parti politik," kata beliau sambil disokong oleh beberapa rakan beliau yang turut serta meraikan sambutan ambang kemerdekaan malam tadi.

Manakala bagi kerabat Diraja Negeri Sembilan, Tunku Harmy Tunku Hanan pula, meskipun tiada acara hiburan diadakan ia masih mampu menarik ribuan hadirin yang jelas ingin menyampaikan mesej bahawa rakyat negara ini mahu merdeka dari cengkaman 55 tahun di bawah pemerintahan Umno-BN.

"Cina dan India bukan tidak sayangkan negara Malaysia, bukan tak mahu meraikan, tetapi mereka melihat sambutan anjuran kerajaan hanyalah acara memertabatkan Umno sebab itu malam ini kita lihat selain ramai Melayu, Cina dan India juga ramai dengan pelbagai lapisan umur.

"Jadi kita tak perlukan hiburan, bunga api dan sebagainya dengan semua datang tanpa di bayar.

"Saya dengar orang yang datang besok pagi ada hadiah kereta dan bermacam lagi.

"Malah bagi sesetengah kakitangan kerajaan mereka terpaksa hadir dan kita juga tahu berpuluh-puluh bas disediakan oleh kerajaan," kata Tunku Harmy ketika ditemui TVS malam tadi. -selangorku

Bas: TG Nik Aziz kesal, Anwar teruskan jelajah

Posted: 01 Sep 2012 07:41 AM PDT

(Anwar dan Wan Azizah melihat bas yang disimbah cat dan dibaling batu)

KOTA BHARU: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan meneruskan program Jelajah Merdeka walaupun bas yang dinaikinya telah diserang manakala Menteri Besar Kelantan kesal ianya berlaku di negeri itu.

Ketika memberitahu Harakahdaily, beliau berkata peringkat permulaan laporan polis dibuat, kemudian program jelajah itu akan diteruskan mengikut jadual.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sewaktu meninjau bas yang dinaikinya yang telah disimbah cat dan dilontar dengan benda keras pagi tadi.

Bas berkenaan masih berada di bandar Kota Bharu, berhampiran Masjid Al-Baroah dan Pasar Siti Khadijah.

Beliau memberitahu lagi, perkara itu telah menjadi biasa baginya memandangkan pernah diserang sebelum ini dengan kereta yang dinaiki.

"Saya dah biasa kena serang sebelum ni dibaling batu.

"Saya tidak  akan patah semangat dengan kejadian ini dan program jelajah merdeka ini akan diteruskan selepas ni ke Grik, Perak pulak,"ujarnya.

Sementara itu,  Menteri Besar Kelantan,Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika meninjau perkembangan bas melahirkan rasa kesal terhadap kejadian itu.

Tuan Guru pula berkata kejadian itu berlaku berpunca dari manusia yang hilang fikiran sehingga 'memuja' nafsu.

Menurutnya, nafsu pada manusia ini ada dua, ada buruk dan taqwa.

"Tetapi bila manusia memilih ajaran secular berbanding Islam, perkara sedemikian pasti akan berlaku.

"Bagaimanapun, pejuang ulama terutama para Nabi telah mendahului kita menerima ujian ini,"ujarnya.

Beliau bagaimanapun tidak menafikan perasaan 'malu' dan kecewa memandangkan perkara itu berlaku di Kelantan.

Tambahnya, sedangkan pertelingkahan antara PAS dan Umno telah lama reda berikutan kedua pihak tidak menghianati antara satu sama lain.

"Tiba-tiba perkara ini berlaku di Kelantan, tapi saya tahun ianya datang dari luar,"ujarnya. -Hrkh

Guna Logo PR, Pos Laju Yang Mendahului…

Posted: 31 Aug 2012 04:03 PM PDT

 

Sambutan merdeka pada tahun ini mungkin unik kerana dua logo merdeka yang boleh dipilih. Pos Malaysia melalui Pos Laju antara yang laju dan cuba untuk membuat pilihan. Mungkin kerana logo PR lebih ideal dan menarik, maka logo itu yang dipilih untuk dipaparkan dalam web mereka.
Kita jangan kata mereka tersilap atau tersalah, tetapi kita pandang mereka sedar untuk memakai logo tersebut.
Selepas ini kita dengar pula bos Pos Malaysia mengamuk dan dengar-dengar juga siapa yang ditukarkan.
Kebebasan untuk memilih!!

MB lawat mangsa ragut, pengelola istana

Posted: 31 Aug 2012 04:01 PM PDT


KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menziarahi mangsa ragut Rohaini Abdullah, 36, yang hampir putus tangannya akibat parah ditetak peragut tengah hari semalam.

Turut menziarahi mangsa, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, anggota exco kerajaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, Setiausaha Sulit Menteri Besar, Ahmad Shargowi.

(Gambar: Tuan Guru bercakap kepada media selepas melawat mangsa ragut.)

Tuan Guru meluangkan masa kira-kira 20 minit untuk bertanya khabar mangsa ragut di samping mendapat penerangan dari pihak Hospital Raja Perempuan Zainab ll berhubung perkembangan mangsa.

Beliau juga turut mendapat penerangan berhubung jumlah mangsa ragut yang cedera di Kelantan tahun ini dari Jalaluddin.

Tuan Guru ketika memberitahu media mengingatkan kaum wanita mempelajari ilmu mempertahankan diri untuk menyelamatkan diri daripada diserang peragut.

Katanya, sekurang-kurangnya apabila mereka mempunyai ilmu berkenaan dapat mempertahankan diri dari diserang sehingga mengakibatkan luka yang parah.

Sambungnya, Islam mengajar penganutnya supaya menjaga lima perkara, iaitu harta jangan sampai dicuri orang, aqidah jangan sampai diri murtad, nyawa juga kena jaga jangan sampai manusia berbunuhan antara satu sama lain.

Selain itu, jelasnya keturunan juga kena jaga jangan sampai adanya keturunan yang lahir dari saluran tidak baik disamping menjaga akal fikiran agar tidak didorong oleh perkara yang memabukkan.

Beliau juga melahirkan rasa syukur kerana walaupun kesibukan tetapi memberi ruang untuk menziarahi orang sakit, khususnya mangsa ragut.

"Kita diajar dalam Islam supaya bersimpati dengan orang lain dan insyaallah orang lain juga akan bersimpati dengan kita.

"Datuk Ketua Polis tadi ada memberitahu saya, jumlah mangsa ragut yang cedera tahun ini lapan orang," ujarnya.

Katanya, apa yang berlaku itu kerana adanya nafsu buruk untuk melakukan perkara yang tidak diredhai Allah walupun ianya terpaksa membabitkan nyawa orang lain.

Tambahnya, nafsu itu tidak ada sesiapa yang boleh kawal sama ada ibu bapa atau polis, melainkan keimanan diri sendiri.

"Yang boleh control diri hanyalah rasa taqwa pada Allah, rasa takut untuk melakukan perbuatan jahat, kerana hujung setiap kehidupan manusia sama ada neraka atau syurga," ujarnya.

Katanya, kejadian ragut ini bukan hanya kerana tidak ada rasa taqwa pada Allah, tetapi mungkin juga hasutan kawan, hutang yang banyak atau hutang along.

Beliau berharap semoga rakyat Kelantan menjadi seorang hamba Allah yang bertaqwa, mana ada orang lain sentiasa boleh menjaga diri kita sentiasa termasuk anggota polis.

"Mereka juga letih dan banyak tanggungjawab, jadi saya ucap takziahlah pada mangsa dan keluarganya, mudah-mudahan mereka bersabar dengan apa yang berlaku," ujarnya.

Beliau juga berkata pihak hospital akan menjaga mangsa sebaik mungkin.

Pada masa yang sama Tuan Guru menghulurkan sumbangan kepada mangsa.

Kejadian berlaku pada jam 1.30 petang itu berlaku ketika mangsa Rohaini sedang berjalan kaki seorang diri di hadapan pusat jualan tudung untuk ke tempat letak keretanya, yang tidak jauh dari situ.

Ketika melalui jalan tersebut, dua peragut menghampiri mangsa dan berlaku pergelutan sehingga menyebabkan salah seorang dari peragut tersebut bertindak menetak mangsa menggunakan objek tajam.

Difahamkan mangsa yang berasal dari Kampung Pintu Geng di sini baru sahaja menamatkan kerja shif siang sebelum kembali semula untuk shif malam.

Mangsa hampir putus pergelangan tangan kirinya selepas ditetak salah seorang daripada dua peragut di hadapan sebuah pusat jualan tudung di Jalan Sultanah Zainab.

Di kesempatan yang sama, Tuan Guru turut menziarahi Pengelola Istana, Datuk Ahmad Mahmood, yang baru membuat pembedahan berhubung masaalah buah pinggang. (Gambar kiri)

Tuan Guru mengambil masa kira-kira 25 minit bertanya khabar Datuk Ahmad berhubung kesihatannya setelah pembedahan dibuat dua hari lalu.

"Harap-harap cepat sihatlah lepas ni," ujar Tuan Guru sambil tersenyum. -Hrkh

Jelajah "Merdeka Rakyat" Bermula Dan Dah Sampai Machang

Posted: 31 Aug 2012 04:00 PM PDT



Mengambil semangat ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke-55, KEADILAN melancarkan siri Jelajah 'Merdeka Rakyat'.

"Jelajah Merdeka Rakyat ini diadakan adalah untuk memberi isi dan makna ulang tahun kemerdekaan ke-55 yang disambut hari ini," kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kita ambil keputusan memanfaatkan kesempatan ini untuk menyedarkan rakyat dengan jelajah ke seluruh negara, sehingga Parlimen dibubar," katanya pada pelancaran Jelajah Merdeka Rakyat di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana, hari ini.

Turut hadir, Presiden Keadilan, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail, Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Pengarah Strategi Keadilan, Rafizi Ramli.

"Walaupun permit bas dilengahkan, kita akan teruskan dan mengiringi bas ini. Semoga perjalanan kita baik," kata Anwar.


Sementara itu, dilokasi pertama di Taman Meranti, Bentong, kira-kira 300 hadir pada jamuan Hari Raya KEADILAN Bentong.

Turut hadir, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman dan Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal Suhaimi Said.

Penduduk pelbagai bangsa yang tinggal di perumahan berhampiran pekan Bentong tidak melepaskan peluang untuk bergambar di bas jelajah 'Merdeka Rakyat'

Mereka gembira apabila dimaklumkan bahawa daerah mereka menjadi lokasi pertama jelajah 'Merdeka Rakyat'

Jelajah 'Merdeka Rakyat' akan ke lima buah negeri sepanjang tiga hari mulai hari ini hingga Ahad iaitu Pahang, Kelantan, Perak, Kedah dan Perlis dengan program rasmi di 20 buah lokasi..

Antara lokasi yang bakal disinggahi petang ini antaranya ialah Masjid Daerah Benta untuk menunaikan solat Jumaat dan jamuan hari raya di Bilik Gerakan Keadilan DUN Benta di Jerantut. -KD


TERKINI

Macang, Kelantan





AKU INGIN BEBAS

Posted: 01 Sep 2012 01:25 PM PDT

AKU INGIN BEBAS


ISU TAYANG PUNGGUNG - 1 JARI TUNJUK, 4 LAGI UNTUK SIAPA!?...

Posted: 31 Aug 2012 06:36 PM PDT

Jari Pertama
 

 
 Jari Kedua

 Jari Ketiga
 
 Jari Keempat

 Jari Kelima

Penganjur himpunan Janji Demokrasi hari ini berkata pihaknya tidak tahu menahu mengenai perbuatan seorang lelaki menunjukkan punggungnya pada gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Ahli jawatankuasa kerja Gabungan Janji, Maria Chin Abdullah berkata insiden itu nampaknya berlaku di seberang tempat di mana pihak penganjur berada di Dataran Merdeka malam tadi.

Ketika dihubungi, Maria berkata pihaknya tidak sama sekali menyokong perbuatan seumpama itu. Malah, kata Maria, pihaknya telah meminta orang ramai jangan membawa sebarang sepanduk. Selanjutnya...

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN

Posted: 01 Sep 2012 01:21 PM PDT

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN


JANJI DEMOKRASI - TERUSKAN PEJUANGN

Posted: 31 Aug 2012 05:27 PM PDT

PENYAPU SIAL

Posted: 01 Sep 2012 01:03 PM PDT

PENYAPU SIAL


ikut syaitan yang di kenali....Angkara Kafir Lahanat UMNO Harbi ...Satu Stadium Tak Solat Jumaat....kah kah kah

Posted: 01 Sep 2012 05:43 AM PDT

Seorang ibu mendedahkan di dalam rancangan "Assalamu'alaikum" terbitan TV AL-Hijrah bahawa ramai peserta-peserta sambutan Hari Merdeka yang diadakan di Stadium Merdeka tidak solat Jumaat.

Kemaruk syaitan apakah sehingga membelakangkan solat Jumaat semata-mata untuk berkupul membuat persembahan di Stadium Merdeka?

Ini menunujukkan petanda jelas bahawa UMNO sedang berada di njurang kejatuahn dan kehancuran.

Siapa mau tanggung? Najib Alatantuya? Rais anak yatim? Sabery Chik? Tok2 mufti?

Sendili juga ada tanggung.
Kasi tumbang itu umporno/bn juga ada bagus.

Pandai kata orang lain kafir harbi.
Tak sedar lu orng sudah mau jadi ba**.

shalehudin

Posted: 01 Sep 2012 11:35 AM PDT

shalehudin


[GANAS] BILIK hotel Anwar cuba diceroboh

Posted: 01 Sep 2012 11:14 AM PDT

KOTA BHARU - Selain bas yang digunakan PKR disimbah cat dan cermin depan dipecahkan awal pagi, bilik hotel penginapan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa cuba 'dicereboh' pihak tertentu.

Ketua Pembangkang itu berada di sini sempena ceramah anjuran parti tersebut.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan, Mohammad Azihan Che Seman berkata, pihaknya mendapat maklumat itu ketika mengadakan pertemuan dengan Anwar pagi tadi.
"Kita cukup kesal dengan kejadian yang tidak bertanggungjawab ini dan berharap berkuasa mengambil tindakan tegas," katanya kepada Sinar Harian di sini.
Bagaimanapun belum jelas motif dan bagaimana cubaan ceroboh itu dilakukan.

Sehubungan itu kata Azihan, pihaknya akan membuat laporan polis di sini.- SH


Hadoih, Pakatan Rakyat pulak terkantoi [TENGOK]

Posted: 01 Sep 2012 08:33 AM PDT

Hadoiihh...
Punah....

Pakatan Rakyat memfitnah rupanya... Pakatan Rakyat memfitnah KERAjaan BN Pahang tentang isu air kat Pahang. Sebenarnya takdak pun masaalah air kat Pahang neh...


Kesiankan kat Umno... Nasib baik lar TV3 BONGKAR FITNAH NEH... TERIMA KASIH KAT TV3. AKU MULA BENCI PADA PR SEBAB KUAT FITNAH!!!

JOM DENGAR SENDIRI PENAFIAN DARI RAKYAT PAHANG!!!

Pakatan Rakyat JAHAT, FITNAH... Sib baik ada Utusan Malaysia

Posted: 01 Sep 2012 05:00 AM PDT

Utusan Malaysia Khamis 30 Ogos, mukasurat 15... - FB


Untuk rakyat Johor yang marah...

Posted: 01 Sep 2012 03:00 AM PDT

Untuk Rakyat Johor yang terlalu MARAH hingga turun berdemo, membuat laporan polis serta mengeluarkan kenyataan bahawa mantan MB Perak Dato Sri Nizar tidak dibenarkan untuk menjejak kaki ke negeri Johor lagi kerana menghina Sultan kamu...

Mungkin Allah nak tunjukkan kebenarannya....


Nah!!!!! Baru-baru ini Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur telah memerintahkan Utusan Melayu (M) Bhd membayar gantirugi kepada bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin atas saman yang difailkan ke atas penerbit akhbar tersebut pada Julai lalu.

Mohammad Nizar mendakwa, Utusan pada 31 Mei menerbitkan menerbitkan pernyataan fitnah berhubung kenyataannya berhubung pembelian nombor plat kenderaan WWW 1 oleh Sultan Johor. Mohammad Nizar mendakwa pernyataan fitnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau adalah seorang penderhaka kepada sultan amnya, dan Sultan Johor khususnya, beliau adalah ahli politik yang anti-sultan dan seorang ahli politik yang cuba menghasut rakyat untuk membenci Sultan Johor.

Mengenai pampasan yang akan diterima Nizar pendaftar mahkamah Mazuliana Abdul Rashid memerintahkan Mohammad Nizar memfailkan taksiran bagi ganti rugi berkenaan untuk tuntutan daripada Utusan, katanya.

Adakah anda setuju dengan saya jika saya katakan Utusan sudah tidak layak untuk menjadi media informasi rakyat tapi layak menjadi media fitnah rakyat ?

Adakah demo yang dianjurkan di Negeri Johor oleh sekutu2 UMNO BN UNTUK MEMBANTAH penghinaan terhadap Sultan mereka adalah mereka yang termakan dengan fitnah ini?

Alangkah ruginya hasil dari fitnah ini penduduk di felda-felda dan orang asal diangkut dengan bas kononnya membantah kebiadapan Nizar?

Apa kata anda tentang isu ini? - FB


PANAS: Haji Najib boleh tolong jawab dak?

Posted: 01 Sep 2012 02:45 AM PDT

Woittt...
Sampai SATU STADIUM TAK SOLAT KA?

Harap sangat benda neh tak betoi, boleh tuan Hj Najib tolong jawabkan... - FB


Susah la Amno kalau Anwar kata lagu nih... hehe...

Posted: 31 Aug 2012 11:09 PM PDT

Anwar: Teruskan Jelajah, jangan gentar ancaman

Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah Wan Ismail menunjukkan kerosakan pada bas PKR yang diletakkan di pekarangn Pasar Siti Khadijah Kota Bharu.

Cermin depan bas PKR pecah dan disimbah dengan cat merah. - Foto Sinar Harian

KOTA BHARU - Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan semua yang terlibat dalam menguruskan siri Jelajah Merdeka Rakyat PKR agar tidak gentar dengan ancaman yang diterima termasuk insiden merosakkan bas digunakan mereka awal pagi tadi.

Ketua Umum PKR itu berkata, kejadian berbaur provokasi seperti menyimbah cat dan memecahkan cermin kenderaan sudah biasa dialami beliau dan parti itu.

Namun perkara itu tidak mendapat perhatian pihak berkuasa, kata beliau pada sidang media di sini, hari ini.
"Baiki dan teruskan perjalanan," kata beliau yang terdahulu menyampaikan ceramah di sekitar bandar Kota Bharu pagi ini.
Siri jelajahnya akan diteruskan ke Tanah Merah sebelum memasuki perjalanan ke Perak.- SH


FAKTA: Bukan Anwar yang rosakkan sendiri bas tuh... kahkahkah...

Posted: 31 Aug 2012 10:15 PM PDT

Mai tengok apa kata Anwar pasai pengganas bacul yang menyerang bas Jelajah Merdeka yang tak bersenjata tuh...

Malaysia No:10 Terkaya Dunia, Duit Pi Mana? [BACA]

Posted: 31 Aug 2012 09:00 PM PDT

Inilah Ranking Negara Islam Terkaya Di Dunia

Qatar
GDP (PPP) per capita: $ 88,919 (2011)


Kuwait
GDP (PPP) per capita: $54,654 (2011)


Kuwait
GDP (PPP) per capita: $54,654 (2011)


United Arab Emirates
GDP (PPP) per capita: $48,222 (2011)


Oman
GDP (PPP) per capita: $28,880 (2011)


Saudi Arabia
GDP (PPP) per capita: $24,434 (2011)


Bahrain
GDP (PPP) per capita: $23, 690 (2011)


Turkey
GDP (PPP) per capita: $16,885 (2011)


Libya
GDP (PPP) per capita: $16,855 (2009)


Malaysia
GDP (PPP) per capita: $15,589 (2011)


Lebanon
GDP (PPP) per capita:$14,709 (2011)


Kazakhstan
GDP (PPP) per capita:$13,189 (2011)


Iran
GDP (PPP) per capita: $11,479 (2009)


Azerbaijan
GDP (PPP) per capita: $10,136 (2011)


Tunisia
GDP (PPP) per capita: $9,415 (2011)


Malaysia menduduki tangga ke sepuluh terkaya di kalangan negara-negara Islam. Ke manakah kekayaan itu disalurkan? Malaysia berada di atas Iran. Tetapi Iran mempunyai kekuatan kelengkapan dan tentera yang cukup untuk mempertahankan diri.

Bagaimana dengan Malaysia.?

Kapal Selam tak boleh menyelam manakala jet pejuang terjunam sendiri tanpa kena tembak. Berapa bijik jet yang tinggal. Tentera Singapura ceroboh ruang udara mencabar kedaulatan negara. Tentera kita buat dono saja. Sebab mereka tahu kita tak boleh makan Singapura. Singapura jauh lebih anvance dalam kelengkapan ketenteraan. Alasan mudah kita ialah " semangat kejiranan ASEAN' wakaka!

Kekayaan pergi ke mana?



PANAS: Anwar sendiri rosakkan BAS Jelajah Merdeka.. kahkahkah...

Posted: 31 Aug 2012 08:28 PM PDT

[TERKINI] Bas Jelajah Merdeka Disimbah Cat Merah & Cerminnya Dipecahkan -Bergambar

Gambar: Keadaan bas Merdeka Rakyat yang disimbah cat merah dan pecah cermin.

Bas dua tingkat yang dilancarkan semalam di dalam program Jelajah Merdeka Rakyat telah diserang oleh sekumpulan mereka yang tidak dikenali yang menyimbah bahagian hadapan bas tersebut dengan cat merah dan cermin bas telah dipecahkan dengan besi keluli.

Serangan berlaku kira-kira jam 5.00 pagi tadi di Kota Baru.

Walau bagaimanapun tiada laporan kecederaan berlaku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dilaporkan selamat.

Pelancaran jelajah Merdeka Rakyat dilancarkan semalam di ibu pejabat KEADILAN dan telah tiba di lokasi pertamanya di Bentong Pahang semalam sebelum ke Benta dan Machang.

 
Tak sampai 24 jam selepas bas khas yang dibiayai Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim memulakan siri menjelajah lima negeri, bas tersebut telah disimbah cat merah dan dibaling batu!

Menurut Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam mesej di Twitter menyatakan:

@anwaribrahim Jelajah Merdeka Rakyat: Bas diserang di KB jam 5pagi -cat merah dan pecah cermin. Samseng bermarajalela

Bas tersebut yang diletakkan berhadapan Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu telah mengalam kerosakkan di bahagian cermin depan akibat dipecahkan menggunakan batu dan disimbah cat merah seolah-olah along meminta wang hutang dari peminjam.

Anwar yang kesal dengan perkara itu mengarahkan pemandunya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Bharu sejurus selepas dimaklumkan mengenai insiden tersebut.

Insiden tersebut yang berlaku kira-kira jam 4.30 pagi tadi adalah siri kedua serangan ke atas Anwar dan pasukan rombongannya setelah kereta yang dinaiki Anwar dikemekkan di bahagian pintu dan belakang dalam kejadian hampir serupa di Padang Perdana, beberapa bulan lalu.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, parti itu akan mengadakan satu sidang media khas di ibu pejabat parti di Tropicana jam 11 pagi yang akan dikendalikan Pengarah Strategi, Rafizi Ramli.

Manakala satu sidang media yang sama akan diadakan di Kota Bharu pada waktu yang sama menurut Saifuddin dalam mesejnya di Twitter sebentar tadi.

Rafizi ketika mengulas kejadian itu di Twitter menyatakan kerabat media dijemput hadir dalam sidang media tersebut dan beliau akan memperincikan serangan yang didakwa dilakukan puak Umno-APCO yang mahu menggagalkan siri jelajah tersebut yang bermula di Bentong, Pahang semalam.

Bas dua tingkat yang dibiayai sepenuhnya oleh Khalid mempunyai 19 tempat duduk dan dilengkapi dengan kemudahan wifi serta tempat mesyuarat selain boleh dijadikan pentas ceramah pelbagai guna yang disiapkan dalam tempoh 15 minit.

Polis Kota Bharu mengesahkan satu laporan polis sudah dibuat dan siasatan kejadian berkanaan masih dijalankan.

Dalam satu mesej terbaru Anwar di Twitter juga menjelaskan bahawa insiden tersebut tidak harus mengganggu jadual acara jelajah yang tetap akan diteruskan hari ini melalui Kuala Krai dan Jeli sebelum dijangka tiba di Kedah.

@anwaribrahim Selesai solat dan zikir di Salor; kini ke kediaman TG NikAAziz-minum pagi;Azizah dan D Sabariah. Serangan samseng tdk hrs ganggu acara

Setakat perkembangan jam 7 pagi tadi, belum ada mana-mana pihak yang mengaku bertanggungjawab di atas insiden yang memalukan dan tidak bermoral tersebut. -jalanpulang

Bas Jelajah Merdeka Rakyat Diserang

Pada awal pagi tadi sekitar jam 5 pagi, bas Jelajah Merdeka Rakyat yang kini dalam rangka perjalanan ke Pahang, Kelantan, Kedah dan Perlis telah diserang berdekatan Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan.

Menurut kemaskini Twitter oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim, cermin bas tersebut telah dipecahkan dan cat merah disimbah pada bas tersebut. Insiden ini disyaki didalangi oleh samseng upahan.

Sehubungan dengan itu, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Kota Bharu sebentar tadi dan pihak polis telah memberi jaminan akan menjalankan siasatan segera berhubung insiden ini.

Susulan dari itu, satu sidang media khas juga akan diadakan pada jam 11 pagi ini di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya oleh Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

PEJABAT DATO' SERI ANWAR IBRAHIM

p/s Modus operandi dan kerja siapakah yang menyimbah cat merah selama ini? Sungguh binatang perbuatannya.- GB


KECERDIKAN rakyat dah diuji ketahap maksima

Posted: 31 Aug 2012 06:25 PM PDT

APA NAK JADI NEGERI BN NI WOI PEMIMPIN BN KAYA RAYA TAIB MAHMUD TIDO ATAS DUIT TAPI NAK BUAT JAMBATAN UNTUK SEKOLAH ANAK-ANAK BANGSA PUN TAK BOLEH... FB

GAMBAR sebagai bukti, Dataran Merdeka di TAWAN

Posted: 31 Aug 2012 03:00 PM PDT

Salute pada anak-anak muda yang berani...
Dunia ini akhirnya untuk mereka yang ingin berubah...

 

Warga emas terjun tingkat tiga

Posted: 31 Aug 2012 12:00 PM PDT

Kebakaran: Wanita warga emas terjun dari tingkat tiga

Ritual keagamaan bagi menghalau hantu dipercayai punca kebakaran yang hampir meragut nyawa dua beranak dalam kejadian di Jalan Tun HS Lee, di ibunegara semalam.

Dalam kejadian pada jam 3.30 petang itu, wanita warga emas dan anak lelakinya yang tinggal di tingkat tiga sebuah bangunan rumah kedai lama di situ, terpaksa melompat keluar melalui tingkap selepas rumah mereka terbakar.
"Tindakan pantas orang ramai menyediakan bantal dan tilam sebagai alas sebelum mengarahkan mangsa yang berusia dalam 70-an dan 30 tahun itu terjun melalui tingkap dari ketinggian 40 kaki, telah menyelamatkan mangsa," kata Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail.
Beliau yang dihubungi Bernama, berkata kedua-dua mangsa dihantar mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur, namun tahap kecederaan mereka tidak dapat dipastikan.

Katanya semua tilam dan bantal itu diambil orang ramai daripada sebuah kedai di situ yang menjual barangan tersebut.

Azizan berkata tujuh jentera bomba dari balai sekitar Kuala Lumpur dengan kekuatan 62 anggota dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada 3.52 petang.

Bomba yang tiba sembilan minit kemudian mengambil masa kira-kira setengah jam sebelum berjaya mengawal sepenuhnya api yang marak daripada merebak teruk ke premis berdekatan.

Insiden kebakaran itu turut memusnahkan sebuah premis yang terletak bersebelahan kediaman mangsa namun ketika kejadian rumah berkenaan tiada penghuni, katanya.

Rumah di tingkat dua yang terletak di bawah rumah mangsa mengalami sedikit kerosakan akibat insiden kebakaran itu.
"Jumlah kerugian sedang disiasat," katanya.
- Bernama


Addin

Posted: 01 Sep 2012 11:09 AM PDT

Addin


Fitnah Jahat Blogger Umno Terjawab.. Penjelasan Siapa Sebenarnya Kibarkan 'Sang Saka Malaya'

Posted: 01 Sep 2012 03:10 PM PDT


Saya dan saudara Zairi shafai adalah individu yang bertanggungjawab membuat dan mengibarkan bendera Sang Saka Malaya dimalam sambutan kemerdekaan di Dataran Merdeka.

Kami tidak mewakili mana-mana parti politik dari kerajaan mahupun pembangkang, kami mewakili golongan Anak Muda yang ingin menonjolkan kebenaran dan sejarah yang cuba ditenggelamkan oleh pihak yang bertanggungjawab, jauh sekali bermotif untuk menukar jalur gemilang kepada sang saka Malaya, kerana sang saka Malaya yang ditukarkan kepada jalur gemilang hari ini. 

Saya ingatkan penulisan ini bukanlah untuk mencari publisiti diri dan Rakan-rakan tetapi penulisan ini adalah bertujuan memberi pencerahan umum kepada masyarakat akan tujuan asal kami mengibarkan panji keramat itu.

Mungkin ramai yang tidak tahu akan kewujudan kesatuan terawal yang terlibat dalam menentang penjajah. Kesatuan Melayu Malaya (KMM) yang ditubuhkan pada 1938 adalah gerakan terawal menentang British. Di sinilah bibit-bibit penentangan penjajah berlaku. Ditunjangi oleh Ibrahim Yaakob bertujuan untuk melindungi Hak-Hak orang Melayu dan menentang penjajah British.

Pada tahun 1945, wujud pula Parti kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Parti ini merupakan parti politik Melayu yang pertama tertubuh di Tanah Melayu ketika itu. Matlamat utama penubuhan PKMM ialah untuk menuntut kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu dan menentang sebarang bentuk penjajahan Inggeris. Parti ini dipelopori oleh Mokhtaruddin Lasso, Ahmad Boestamam dan Dr. Burhanuddin Al-Helmy. 

PKMM mempunyai dua saya iatu Angkatan Pemuda Insaf (API) yang di ketuai oleh Ahmad Boestamam dan Angkatan Wanita sedar (AWAS) yang diketuai oleh Ustazah Shamsiah Fakeh.

Bagaimanapun beberapa bulan kemudian apabila Kesatuan Melayu Muda (KMM) bergabung dengan PKMM, Dr Burhanuddin Helmi telah mengambil alih pucuk pimpinan sebagai presidennya yang kedua. Dalam bulan Disember 1947, PKMM bertukar lagi pucuk pimpinan dan kali ini disandang oleh Ishak Haji Muhammad sebagai presidennya yang ketiga. 

Dengan pertukaran pucuk-pucuk pimpinan itu PKMM tidak lagi condong kepada komunisme sebaliknya bersifat nasionalisme.


Dr Burhanuddin membawa PKMM ke arah mewujudkan Melayu Raya iaitu satu gagasan Kesatuan Malaya-Indonesia yang merupakan salah satu perjuangan utama PKMM. Pada dasarnya perjuangan PKMM adalah didorong oleh keazaman untuk mendapatkan kemerdekaan penuh dari Britain. 

PKMM lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949.

Apabila UMNO ditubuhkan, PKMM telah menyertainya bersama badan-badan Melayu yang lain, tetapi selepas itu telah keluar darinya apabila tidak setuju dengan pemasukan simbol keris dalam bendera UMNO dan tidak puas hati dengan sistem satu badan (tidak mengira saiz) satu undi dalamnya. 

 Akhirnya, badan-badan yang 'berhaluan kiri' (menentang Inggeris) meninggalkan UMNO dan UMNO tinggal 'berhaluan kanan', yang lebih mesra Inggeris. PKMM juga berusaha menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) iaitu gabungan parti-parti politik radikal Melayu dan kemudian bergabung pula dengan All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA) yang bertujuan menentang kandungan Perjanjian Persekutuan 1948 bagi penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.

Perjuangan PKMM dilabel oleh Inggeris sebagai 'berbau' komunis dan dengan itu beberapa orang pemimpinnya telah ditangkap serta dipenjarakan. 

Akhirnya pada 18 Jun 1948, PKMM (dan beberapa parti anti-penjajah lain) telah diharamkan dan darurat diisytiharkan oleh pihak berkuasa British dengan persetujuan Yang Dipertua UMNO, Dato' Onn Jaafar.

Sang Saka Malaya adalah panji perjuangan mereka dalam menuntut kemerdekaan ditanah Melayu. Panji ini juga pernah berkibar megah digunung semanggol, Perak yang menjadi kubu Hizbul Muslimin yang diketuai oleh Ustaz Abu Bakar Baqir yang diasaskan pada 17 Mac 1948.

Oleh yang demikian, saya bersama saudara Zairi merasakan bendera ini layak dikibar pada malam kemerdekaan selain dari Jalur Gemilang. Penuh dengan pelbagai cerita pahit maung perjuangan disebalik sang saka Malaya ini.



~singaselatan


Najib Mengakui BN Membelakangi Yang Di Pertuan Agong?

Posted: 01 Sep 2012 09:28 AM PDT

Sejak bila countdown sambutan kemerdekaan jemput Sultan? Itu yang Addin pelik.. apabila Najib dan pencacai-pencacainya memainkan isu ini.

Kononnya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak menghormati Sultan kerana tidak menjemput baginda ke program countdown sambutan kemerdekaan peringkat negeri Selangor di Dataran Shah Alam.

Adakah mereka sudah lupa atau pun buat-buat lupa. Program Himpunan Janji Di Tepati pun sendiri Najib tidak menjemput Yang Di Pertuan Agong untuk hadiri ke program tersebut, kenapa pulak tidak menjadi isu? Ini bermakna BN sendiri yang membelakangi Yang Di Pertuan Agong?

Sebenarnya Najib dan pencacai-pencacainya sudah semakin bodoh.. dan rakyat pula sudah semakin pandai untuk menghukum Najib dan pencacainya pada PRU 13 nanti.

Sikap Belakangkan Sultan Tidak Mengejutkan
PETALING JAYA – Tindakan kerajaan pembangkang yang dilapor membelakangkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam majlis sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri bukan satu perkara mengejutkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata ini kerana mereka lebih menghormati Ketua Pembangkang merangkap Penasihat Ekonomi negeri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak mempunyai 'locus standi' tetapi dijemput sebagai tetamu kehormat pada majlis yang diadakan di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam, pada Khamis malam.

"Kalau ada majlis takkanlah dia (Anwar) lebih besar daripada Sultan. Baginda yang menjadi simbol negeri pun tidak dihormati," katanya ketika berucap pada Jamuan Aidilfitri Barisan Nasional (BN) Selangor di Pusat Penyelidikan Getah (RRI) Malaysia di Sungai Buluh di sini, Sabtu.

Najib berkata pembangkang mempunyai banyak lagi perkara 'pelik' yang ingin dilakukan termasuk menukar bendera Malaysia selain menyatakan manifesto mereka bukan satu perjanjian yang perlu ditunaikan.

"Hari ini ramai rakyat Selangor yang kecewa kerana mereka tidak dapat air percuma seperti yang dijanjikan dalam manifesto (pakatan pembangkang)…janji tidak perlu ditepati rakyat boleh dibohongi, tidak apa asalkan dapat undi. Di mana letaknya maruah pemimpin macam itu," katanya.

Sehubungan itu, perdana menteri berkata rakyat tidak perlu menyokong pembangkang pada pilihan raya umum akan datang berikutan hak mereka tidak dihormati.

Berbeza dengan Barisan Nasional (BN), Najib berkata sepanjang tiga tahun ini pelbagai janji telah dikotakan oleh kerajaan persekutuan.

Malah, katanya, ada inisiatif yang dilaksanakan BN tidak terkandung dalam manifesto kerajaan persekutuan seperti pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan baucar buku.

Najib mengambil kesempatan untuk mengingatkan rakyat supaya menghormati dan mempertahankan kemerdekaan negara yang tinggi nilainya.

Perdana Menteri berkata: "Dalam sejarah, kemerdekaan hanya mengetuk pintu sekali sahaja. Generasi terdahulu dan berikutnya telah berkorban dan berjaya mendapatkannya (kemerdekaan).

"Generasi kini, iaitu generasi kedua dan ketiga mesti berjuang dan berkorban untuk memberi makna kepada kemerdekaan itu".

Dalam pada itu, Najib mengingatkan pemimpin dan anggota BN supaya meneruskan perjuangan sehingga tiba pilihan raya umum ke-13.

"Jangan rasa letih, rasa penat, jangan kecewa, teruskan perjuangan sehingga semboyan dibunyikan.

"Kita akan terus ke depan, jangan toleh belakang. Kita BN akan merempuh dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.

Dataran RRI, lokasi majlis hari ini, dibanjiri pengunjung yang ingin meraikan sambutan Aidilfitri bersama perdana menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta barisan pemimpin BN Selangor. ~bernama


Panas!! Ibu Luah Perasaan Di TV Al-Hijrah Kerana Anak Tidak Solat Jumaat Gara-Gara Himpunan Janji Di Tepati

Posted: 01 Sep 2012 07:31 AM PDT


"Sebentar tadi (jam 9.00 pagi) saya menonton rancangan 'Assalamualaikum TV Alhijrah'. Ada ibu kepada seorang pelajar menelefon secara langsung dan mengadu akan hal anaknya yang dikerah hadir ke Perhimpinan/Konsert Merdeka (Janji Ditepati) di Stadium Bukit Jalil malam tadi.

Anaknya diarahkan untuk hadir ke sekolah seawal jam 11 pagi dan bas sekolah bertolak jam 12 tengah hari. Si ibu mengekori bas dengan kereta sendiri. Si Ibu kesal kerana anaknya dan semua pelajar tidak dapat solat Jumaat. Sesampainya di Bukit Jalil Si Ibu melihat ramai lagi petugas Muslim tidak solat Jumaat. Solat Asar dan Maghrib juga hanyut.

Mungkin tidak menyangka panggilan sebegitu, penerbit 'Assalamualaikum' tidak sempat memutuskan talian namun cepat-cepat Ustaz Izhar yang mengendalikan slot itu memotong percakapan Si Ibu tadi dengan alasan masa tidak mencukupi. Tapi dah terlambat, seluruh Malaysia yang menonton rancangan itu sudah tahu perkara yang sebenar.

"MERDEKA! MERDEKA!

~ Tetuan Media Islam

Rupa-Rupanya Tweet Terbanyak Pun Menipu.. Kesian Najib

Posted: 01 Sep 2012 02:57 AM PDT

Dua rekod bagi kategori tweet terbanyak dan perhimpunan pengguna tweet terbesar dicatat dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 yang dtujukan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini.Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata sebanyak 3,611,323 juta tweet dicatat dalam masa sejam kepada akaun perdana menteri, @NajibRazak seluruh negara yang mengandungi pelbagai mesej kemerdekaan.

Satu lagi rekod adalah kira-kira 10,128 orang telah menghantar tweet di dalam Stadium Nasional Bukit Jalil dengan menggunakan #Merdeka55 pada satu-satu masa,"  Kata Rais Yatim tu... dah pandai mengira dia sekarang  ni ya...Tapi siapa atau pihak mana yang telah membuat pengesahan tentang jumlah yang disebut oleh Rais Yatim itu, biasanya sebelum ianya dicatatkan sebagai rekod perkara sebegini perlukan pengesahan dari pihak ketiga.

Rais Yatim kata.. "Satu lagi rekod adalah kira-kira 10,128 orang telah menghantar tweet di dalam Stadium Nasional Bukit Jalil dengan menggunakan #Merdeka55 pada satu-satu masa,"Tapi Rais Yatim tak bagitahu seluruh rakyat Malaysia bahawa  untuk mendapatkan sejumlah 10,128 orang itu makan minum, 'T' Shirt dan juga elaun sehingga RM100 terpaksa disediakan..RM100 itu bergantung kepada tugasan yang diberikan... bukan aku kata.. tapi ini adalah pengumuman yang dibuat oleh JASA..



Kesian kat Najib... diperbodohkan oleh Rais Yatim rupanya dia...Kalau dah dibayar tu..  10,128 orangtu tweet kerana Najib atau kerana Duit? ~asd

Sebenarnya Himpunan Janji Di Tepati GAGAL... Ini Buktinya

Posted: 01 Sep 2012 01:27 AM PDT

Biarpun sudah berusaha sedaya-upaya memperalatkan kakitangan agensi kerajaan dan badan berkanun sejak kira-kira seminggu lalu, sambutan kemerdekaan ke-55 yang diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi sebenarnya gagal mencapai sasaran.Penganjur yang mensasarkan sekitar 200,000 orang akan membanjiri stadium tersebut hampa apabila hanya cuma mampu mengumpul kira-kira 30,000 orang sahaja menurut saksi yang hadir di majlis yang bermula jam 8 malam tadi.

Seorang kakitangan kerajaan tetapi enggan namanya disiarkan yang dipaksa hadir ke sambutan tersebut mendakwa masih banyak ruang yang kosong tidak dipenuhi walaupun perdana menteri Najib Altantuya sudah memulakan ucapannya kira-kira jam 9 malam.Ada di antaranya, katanya, hanya mundar mandir di sekeliling kawasan stadium selepas diarahkan sebelum itu kerana mereka dipaksa untuk duduk di kerusi penonton dengan tujuan untuk meramaikan bilangan penonton.

Sedangkan katanya sebaik sahaja Najib Altantuya memulakan ucapan, sudah ramai yang bangun dari tempat duduk masing-masing dan keluar ke anjung belakang walaupun majlis baru sahaja berlangsung.Menurut gambar yang diambil, jelas tidak ramai penonton yang hadir sebaliknya mereka keluar dan melakukan perkara sendiri kerana kebanyakkannya dikerah atas arahan pegawai atasan mereka yang merekodkan kehadiran mereka seperti yang tersiar di kebanyakkan blog sebelum itu.Peserta yang ditemui mendakwa menerima RM30 sebagai upah memakai baju yang disediakan, RM50 untuk yang memakai baju dan mengibarkan bendera Jalur Gemilang dan RM80 bagi mereka yang memakai baju-T dan menari di tengah-tengah stadium yang diubah suai menjadi sebuah pentas raksasa. 

Najib Altantuya yang tidak berpuas hati dengan jumlah kehadiran tersebut seakan terpekik-pekik setiap kali mengulangi skrip yang sama kunun pencapaiannya sejak mengambil alih tampuk kekuasan dari bekas perdana menteri, Abdullah Badawi pada April 2009.Walaupun Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Rais Yatim mengumumkan bahawa sasaran Twtup menggunakan hashtag #merdeka55 berjaya melepasi sasaran sejuta dalama tempoh sejam di Twitter, penonton seakan tidak mengendahkan pengumuman tersebut.

Apalah maknanya jika Rais yang menyatakan bahawa sebanyak 3.6 juta tweet dicatat tetapi kehadiran penonton yang dipaksa sebenarnya mengecewakan Umno-APCO yang bertungkus lumus mahu mengambil hati Najib Altantuya yang semakin tidak popular di mata rakyat Malaysia.Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin juga dikhabarkan tidak gembira dengan kehadiran penonton yang majoritinya kakitangan kerajaan yang dipaksa hadir semata-mata mahu menunjukkan kepada rakyat bahawa Umno-APCO masih relevan menerajui kerajaan.

Beberapa menteri kabinet juga dikatakan tidak berpuas hati dengan sambutan tersebut setelah banyak pengumuman dan hebahan disiarkan menerusi media cetak dan elektronik yang dikuasai mereka.Pada sebelah paginya, sambutan kemerdekaan yang diadakan di Dataran Merdeka juga suram dengan kehadiran rakyat Malaysia apabila hanya 13,000 orang dilihat berada di dataran bersejarah tersebut walaupun dihadiri Yang di-Pertan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dan Faja Permaisuri Agong Tuanku Haminah. ~jalanpulang.


Bukti Buku Jingga Realistik.. Najib Ciplak Lagi

Posted: 31 Aug 2012 08:05 PM PDT

KUALA LUMPUR 31 Ogos: Tindakan kerajaan mengambilalih Lebuhraya Penyuraian Timur (Eastern Dispersal Link atau EDL di Johor membuktikan prinsip ekonomi yang disyorkan dalam Buku Jingga Pakatan Rakyat (PR) adalah tepat.Menurut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, keputusan terbaru kerajaan itu sekaligus menolak tuduhan pimpinan Umno Barisan Nasional (BN) yang mendakwa prinsip ekonomi Buku Jingga boleh menyebabkan negara muflis.

Katanya, dasar Pakatan Rakyat adalah menetapkan pengambilalihan konsesi tol dengan matlamat menghapuskan tol sebagai satu daripada 10 program pertama yang akan dilaksanakan jika berkuasa."Ini berasaskan fakta bahawa jumlah bebanan yang ditanggung rakyat dan kerajaan (dalam bentuk tol yang dibayar dan pampasan tahunan kepada pemegang konsesi) adalah jauh lebih mahal daripada kos operasi dan kadar pulangan pelaburan yang munasabah yang ditanggung oleh pemegang konsesi seperti PLUS," katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun katanya, beliau khuatir jika pengambil alihan itu adalah helah supaya wang rakyat disalur kepada syarikat-syarikat yang rapat dengan Umno BN, terutama apabila pemegang konsesi EDL adalah MRCB yang rapat dengan Umno."Kebelakangan ini, ada satu kegilaan oleh Datuk Seri Najib Razak untuk menggunakan dana rakyat dan membeli pelbagai aset dan konsesi kroni yang jumlah urusniaganya mencecah berbilion ringgit."Kesemua urusniaga ini, termasuklah yang terbaru pembelian EDL oleh kerajaan Malaysia dibuat dalam suasana penuh kerahsiaan. Nilaian harganya tidak melibatkan tokoh-tokoh lain yang boleh memastikan rakyat tidak ditipu dan tidak ada unsur-unsur ~kd

Bas Anwar Di Simbah Cat, Di Pecah Cermin

Posted: 31 Aug 2012 06:14 PM PDT

Tak sampai 24 jam selepas bas khas yang dibiayai Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim memulakan siri menjelajah lima negeri, bas tersebut telah disimbah cat merah dan dibaling batu!

Menurut Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam mesej di Twitter menyatakan:@anwaribrahim Jelajah Merdeka Rakyat: Bas diserang di KB jam 5pagi -cat merah dan pecah cermin. Samseng bermarajalela.

Bas tersebut yang diletakkan berhadapan Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu telah mengalam kerosakkan di bahagian cermin depan akibat dipecahkan menggunakan batu dan disimbah cat merah seolah-olah along meminta wang hutang dari peminjam.




Anwar yang kesal dengan perkara itu mengarahkan pemandunya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Bharu sejurus selepas dimaklumkan mengenai insiden tersebut.Insiden tersebut yang berlaku kira-kira jam 4.30 pagi tadi adalah siri kedua serangan ke atas Anwar dan pasukan rombongannya setelah kereta yang dinaiki Anwar dikemekkan di bahagian pintu dan belakang dalam kejadian hampir serupa di Padang Perdana, beberapa bulan lalu.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, parti itu akan mengadakan satu sidang media khas di ibu pejabat parti di Tropicana jam 11 pagi yang akan dikendalikan Pengarah Strategi, Rafizi Ramli.Manakala satu sidang media yang sama akan diadakan di Kota Bharu pada waktu yang sama menurut Saifuddin dalam mesejnya di Twitter sebentar tadi.Rafizi ketika mengulas kejadian itu di Twitter menyatakan kerabat media dijemput hadir dalam sidang media tersebut dan beliau akan memperincikan serangan yang didakwa dilakukan puak Umno-APCO yang mahu menggagalkan siri jelajah tersebut yang bermula di Benta, Pahang semalam.

Bas dua tingkat yang dibiayai sepenuhnya oleh Khalid mempunyai 19 tempat duduk dan dilengkapi dengan kemudahan wifi serta tempat mesyuarat selain boleh dijadikan pentas ceramah pelbagai guna yang disiapkan dalam tempoh 15 minit.Polis Kota Bharu mengesahkan satu laporan polis sudah dibuat dan siasatan kejadian berkanaan masih dijalankan.

Dalam satu mesej terbaru Anwar di Twitter juga menjelaskan bahawa insiden tersebut tidak harus mengganggu jadual acara jelajah yang tetap akan diteruskan hari ini melalui Kuala Krai dan Jeli sebelum dijangka tiba di Kedah.@anwaribrahim Selesai solat dan zikir di Salor; kini ke kediaman TGNikAAziz-minum pagi;Azizah dan D Sabariah. Serangan samseng tdk hrs ganggu acaraSetakat perkembangan jam 7 pagi tadi, belum ada mana-mana pihak yang mengaku bertanggungjawab di atas insiden yang memalukan dan tidak bermoral tersebut. ~jalanpulang >

Anak Sungai Derhaka

Posted: 01 Sep 2012 09:37 AM PDT

Anak Sungai Derhaka


Penjelasan dari individu yang mengibarkan 'Sang Saka' dimalam sambutan kemerdekaan..

Posted: 01 Sep 2012 09:19 AM PDT


Ini adalah penjelasan dari dua individu yeng telah mengibarkan bendera 'Sang Saka' di dalam sambutan kemerdekaan di Dataran Merdeka.


Pengakuan mereka ini juga membuktikan apa yang dilemparkan oleh kebanyakkan Blog-blog pro UMNO terhadap Pakatan Rakyat kononnya Pakatan Rakyat mahu menukarkan bendera yang ada adalah fitnah semata-mata.

Perlu diketahui bahawa yng menjadi dasar Pakatan Rakyat bukanlah hendak menukar bendera yang ada tetapi mahu menukar kerajaan Barisan Nasional kepada kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat.

Menurut kedua-dua individu tersebut mereka bukanlah mewakili mana-mana parti politik baik dari kerajaan mahupun pembangkang, mereka mewakili golongan Anak Muda yang ingin menonjolkan kebenaran dan sejarah yang cuba ditenggelamkan.

Jika sejarah ditulis dengan ikhlas.. kita akan tahu dimana sebenarnya UMNO ketika perjuangan menuntut kemerdekaan negara bermula..


Baca penjelasan mereka ini..

Saya dan saudara Zairi shafai adalah individu yang bertanggungjawab membuat dan mengibarkan bendera Sang Saka Malaya dimalam sambutan kemerdekaan di Dataran Merdeka.

Kami tidak mewakili mana-mana parti politik dari kerajaan mahupun pembangkang, kami mewakili golongan Anak Muda yang ingin menonjolkan kebenaran dan sejarah yang cuba ditenggelamkan oleh pihak yang bertanggungjawab, jauh sekali bermotif untuk menukar jalur gemilang kepada sang saka Malaya, kerana sang saka Malaya yang ditukarkan kepada jalur gemilang hari ini.

Saya ingatkan penulisan ini bukanlah untuk mencari publisiti diri dan Rakan-rakan tetapi penulisan ini adalah bertujuan memberi pencerahan umum kepada masyarakat akan tujuan asal kami mengibarkan panji keramat itu.

Mungkin ramai yang tidak tahu akan kewujudan kesatuan terawal yang terlibat dalam menentang penjajah. Kesatuan Melayu Malaya (KMM) yang ditubuhkan pada 1938 adalah gerakan terawal menentang British.

Di sinilah bibit-bibit penentangan penjajah berlaku.

Ditunjangi oleh Ibrahim Yaakob bertujuan untuk melindungi Hak-Hak orang Melayu dan menentang penjajah British.

Pada tahun 1945, wujud pula Parti kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Parti ini merupakan parti politik Melayu yang pertama tertubuh di Tanah Melayu ketika itu.

Matlamat utama penubuhan PKMM ialah untuk menuntut kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu dan menentang sebarang bentuk penjajahan Inggeris.

Parti ini dipelopori oleh Mokhtaruddin Lasso, Ahmad Boestamam dan Dr. Burhanuddin Al-Helmy.

PKMM mempunyai dua sayap iatu Angkatan Pemuda Insaf (API) yang di ketuai oleh Ahmad Boestamam dan Angkatan Wanita sedar (AWAS) yang diketuai oleh Ustazah Shamsiah Fakeh.

Bagaimanapun beberapa bulan kemudian apabila Kesatuan Melayu Muda (KMM) bergabung dengan PKMM, Dr Burhanuddin Helmi telah mengambil alih pucuk pimpinan sebagai presidennya yang kedua.

Dalam bulan Disember 1947, PKMM bertukar lagi pucuk pimpinan dan kali ini disandang oleh Ishak Haji Muhammad sebagai presidennya yang ketiga. Dengan pertukaran pucuk-pucuk pimpinan itu PKMM tidak lagi condong kepada komunisme sebaliknya bersifat nasionalisme.


Dr Burhanuddin membawa PKMM ke arah mewujudkan Melayu Raya iaitu satu gagasan Kesatuan Malaya-Indonesia yang merupakan salah satu perjuangan utama PKMM.

Pada dasarnya perjuangan PKMM adalah didorong oleh keazaman untuk mendapatkan kemerdekaan penuh dari Britain. PKMM lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949.

Apabila UMNO ditubuhkan, PKMM telah menyertainya bersama badan-badan Melayu yang lain, tetapi selepas itu telah keluar darinya apabila tidak setuju dengan pemasukan simbol keris dalam bendera UMNO dan tidak puas hati dengan sistem satu badan (tidak mengira saiz) satu undi dalamnya.

Akhirnya, badan-badan yang 'berhaluan kiri' (menentang Inggeris) meninggalkan UMNO dan UMNO tinggal 'berhaluan kanan', yang lebih mesra Inggeris.

PKMM juga berusaha menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) iaitu gabungan parti-parti politik radikal Melayu dan kemudian bergabung pula dengan All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA) yang bertujuan menentang kandungan Perjanjian Persekutuan 1948 bagi penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.

Perjuangan PKMM dilabel oleh Inggeris sebagai 'berbau' komunis dan dengan itu beberapa orang pemimpinnya telah ditangkap serta dipenjarakan.

Akhirnya pada 18 Jun 1948, PKMM (dan beberapa parti anti-penjajah lain) telah diharamkan dan darurat diisytiharkan oleh pihak berkuasa British dengan persetujuan Yang Dipertua UMNO, Dato' Onn Jaafar.


Sang Saka Malaya adalah panji perjuangan mereka dalam menuntut kemerdekaan ditanah Melayu.

Panji ini juga pernah berkibar megah digunung semanggol, Perak yang menjadi kubu Hizbul Muslimin yang diketuai oleh Ustaz Abu Bakar Baqir yang diasaskan pada 17 Mac 1948.

Oleh yang demikian, saya bersama saudara Zairi merasakan bendera ini layak dikibar pada malam kemerdekaan selain dari Jalur Gemilang.

Penuh dengan pelbagai cerita pahit maung perjuangan disebalik sang saka Malaya ini.

Penjelasan oleh Singa Selatan 


Jadi jelas ada kebenarannya dari apa yang Winston Churchill  kata "sejarah ditulis oleh pihak yang menang" ..

Pencacai UMNO tak akan boleh terima hakikat ini... sebab itu mereka takut dengan kibaran 'Sang Saka' kerana sejarah disebaliknya tidak memihak kepada mereka..

Tweet #Merdeka55.. 3.6 Juta Tweet? Rais Yatim KANTOI!!

Posted: 01 Sep 2012 02:05 AM PDT


Malang sungguh nasib Najib kerana dikelilingi oleh orang-orang yang hanya bijak untuk mengampu dirinya..

Najib semalam kelihatan ceria bila Rais Yatim mengumumkan sebanyak 3,611,323 juta tweet dicatat dalam masa sejam kepada akaun perdana menteri, @NajibRazak seluruh negara yang mengandungi pelbagai mesej kemerdekaan.

Tapi dalam masa tak sampai 24 jam pengumuman Rais dipertikaikan oleh Politweet.Org..

Ini laporan dariMalaysiakini..

Firma kajian Twitter Politweet.org mempertikai rekod 3,611,323 tweet patriotik kepada perdana menteri sempena sambutan Merdeka seperti yang diumumkan kerajaan pada malam tadi.


Firma itu berkata, sebanyak 38 peratus daripada tulisan dengan label hashtag #Merdeka55 di Twitter itu mungkin dihasilkan oleh bot – perisian yang mengawal sejumlah akaun Twitter yang berlainan.

Kajian itu berdasarkan sampel daripada sebanyak 107,000 tweet yang dikumpul daripada 19,000 pengguna dalam tempoh berkenaan.


Firma itu mendapati, sebanyak 38 peratus daripada tweet berkenaan dihasilkan daripada 14 peratus pengguna yang kesemuanya menggunakan perisian TweetDeck.

TweetDeck merupakan perisian sokongan kepada pengguna Twitter yang membolehkan seseorang mentadbir pelbagai akaun dalam satu masa.

"Ia bermakna 41,000 tweet (diterima) daripada 2,761 pengguna," kata Politweet.org dalam satu tulisan di Facebook hari ini.

Dalam kenyataan tersebut, firma itu berkata mereka juga mengesyaki bahawa jumlah pengguna terbabit merupakan penghantar spam yang dimaksudkannya.

Laporan Bernama pada malam tadi menyebut, jumlah 3,611,323 juta tweet dalam tempoh sejam itu mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records dalam kategori tweet terbanyak dan juga perhimpunan tweet terbesar - Malaysiakini

Dalam kes ini.. Rais Yatim telah menggunakan khidmat penipu yang diberikan elaun.. oleh kerana Rais telah menggunakan khidmat penipu, dia telah ditipu..

Yang menjadikan Rais mudah ditipu dalam hal ini ialah kerana beliau bukanlah membesar di era IT ini.. jadi apa yang dia tahu pasal IT agaknya?

Setelah ditipu oleh penipu-penipu yang dibayar elaun olehnya, Rais pula menipu Najib.. kesian kat Najib kena tipu dengan Rais..

Kalau nak cari kesemua 38% Twitter hantu tu.. boleh mampus!!

Tapi cuba korang tengok tiga account Twitter ni.. ketiga-tiganya adalah dari akaun yang berbeza, seorang Melayu, seorang Cina dan seorang lagi India..

Ini akaun Mansor Nor


Ini pula akaun Tan Chor Khai


Ini pula adalah akaun Nadaraja..


Nampak tak apa yang sama.. ayat yang sama diguna oleh ketiga-tiga pemilik akaun yang berbeza bangsanya di Tweet pada masa yang sama..

Lebih jelas tengok yang di bawah ni..




Itu baru tiga... kat bawah ni pula menunjukkan 66 pengguna Tweet benda yang sama pada satu masa yang sama..


Yang pula lagi hebat.. 111 pengguna Tweet benda yang sama pada masa yang sama..


Mana pencacai yang komen "Panas Punggung la Pakatan Rakyat"

Dan "kalau sebanyak 3.6 juta tweet yg dicatatkan dalam masa sejam dlm akaun DSNTR dan ini satu fenomena yg luar biasa yg tidak pernah berlaku ke atas mana2 pemimpin di dunia ini.ini telah menunjukkan kpd kita yg sokongan atau kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan DSNTR semakin meningkat" kat ( SINI ) tadi tu??

Mudah saja korang kena tipu dengan si Najib tu.. itulah dulu sekolah malas.. sekarang kan dah bodoh..

Bila dah bodoh.. kan mudah saja nak diperbodohkan oleh si Najib dan Rais Yatim tu... kah..kah..kah...

Nasib baiklah aku tak bodoh macam korang.. kalau aku bodoh dah tentu aku sokong UMNO..

Nak dapat 3.6Juta Tweet pun kena bayar upah rupanya.. tengok pengumuman JASA ni..

Posted: 31 Aug 2012 10:21 PM PDT


Dua rekod bagi kategori tweet terbanyak dan perhimpunan pengguna tweet terbesar dicatat dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 yang dtujukan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata sebanyak 3,611,323 juta tweet dicatat dalam masa sejam kepada akaun perdana menteri, @NajibRazak seluruh negara yang mengandungi pelbagai mesej kemerdekaan.

"Satu lagi rekod adalah kira-kira 10,128 orang telah menghantar tweet di dalam Stadium Nasional Bukit Jalil dengan menggunakan #Merdeka55 pada satu-satu masa,"

 Kata Rais Yatim tu... dah pandai mengira dia sekarang  ni ya...

Tapi siapa atau pihak mana yang telah membuat pengesahan tentang jumlah yang disebut oleh Rais Yatim itu, biasanya sebelum ianya dicatatkan sebagai rekod perkara sebegini perlukan pengesahan dari pihak ketiga.

Rais Yatim kata.. "Satu lagi rekod adalah kira-kira 10,128 orang telah menghantar tweet di dalam Stadium Nasional Bukit Jalil dengan menggunakan #Merdeka55 pada satu-satu masa,"

Tapi Rais Yatim tak bagitahu seluruh rakyat Malaysia bahawa  untuk mendapatkan sejumlah 10,128 orang itu makan minum, 'T' Shirt dan juga elaun sehingga RM100 terpaksa disediakan..

RM100 itu bergantung kepada tugasan yang diberikan... bukan aku kata.. tapi ini adalah pengumuman yang dibuat oleh JASA..


Kalau korang cari FB mamat kat atas  tu.. dah tak ada dah kenyataan tu.. tapi pengumuman itu telah disebar oleh beberapa orang Blogger UMNO..


Kesian kat Najib... diperbodohkan oleh Rais Yatim rupanya dia...

Kalau dah dibayar tu..  10,128 orangtu tweet kerana Najib atau kerana Duit?

Video : Keadaan bas yang jadi mangsa puak Jahilliyah dan apa kata Anwar Ibrahim..

Posted: 31 Aug 2012 08:19 PM PDT


Bas dua tingkat yang dilancarkan semalam di dalam program Jelajah Merdeka Rakyat telah diserang oleh sekumpulan mereka yang tidak dikenali yang menyimbah bahagian hadapan bas tersebut dengan cat merah dan cermin bas telah dipecahkan dengan besi keluli.

Serangan berlaku kira-kira jam 5.00 pagi tadi di Kota Baru.

Walau bagaimanapun tiada laporan kecederaan berlaku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dilaporkan selamat.

Berikut adalah video yang menunjukkan keadaan bas yang menjadi mangsa keganasan puak-puak jahilliyah..


Anwar kata baling batu adalah kerja puak jahilliyah.. tengok video ni..


Betullah lah tu.. puak-puak jahilliyah ni.. kebanyakkannya mempunyai daya fikir yang terhad (tak berapa cerdik), nak berhujah takut kalah jadi keganasan lah diutamakan mereka...

Laporan sebelum ini sila baca di ( SINI )

Bas Jelajah Merdeka Rakyat diserang pengganas UMNO?

Posted: 31 Aug 2012 05:52 PM PDT


Pada awal pagi tadi sekitar jam 5 pagi, bas Jelajah Merdeka Rakyat yang kini dalam rangka perjalanan ke Pahang, Kelantan, Kedah dan Perlis telah diserang berdekatan Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan.

Menurut kemaskini Twitter oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim, cermin bas tersebut telah dipecahkan dan cat merah disimbah pada bas tersebut. Insiden ini disyaki didalangi oleh samseng upahan.

Sehubungan dengan itu, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Kota Bharu sebentar tadi dan pihak polis telah memberi jaminan akan menjalankan siasatan segera berhubung insiden ini.

Susulan dari itu, satu sidang media khas juga akan diadakan pada jam 11 pagi ini di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya oleh Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

PEJABAT DATO' SERI ANWAR IBRAHIM

Jadual perjalanan bas sila lihat di ( SINI )

Askamakalikada

Posted: 01 Sep 2012 09:36 AM PDT

Askamakalikada


Perancangan Be End Menjadi?

Posted: 31 Aug 2012 09:15 PM PDT

Apa kata Hishamudin dengan kerja samseng di Kelantan terhadap bas Jelajah Merdeka Rakyat PR?
Kononnya perancangan 'jahat' PR tak menjadi ketika berlangsungnya himpunan Janji Bersih.

Fakulti Siyasah Syar'iyah

Posted: 01 Sep 2012 09:33 AM PDT

Fakulti Siyasah Syar'iyah


Tak Cerdik itu Bodoh ker ... Memang ...?

Posted: 01 Sep 2012 07:54 AM PDT

Tak Cerdik itu Bodoh ker ... Memang ...?
Kaaahhhhh, kah kah ...?

Woiittt ...! Siapa Hilang Kepalaaa ...?

Posted: 01 Sep 2012 05:52 AM PDT

Woiittt...! Siapa Hilang Kepalaaa ...?
Kaaahhhhh, kah kah ...?

Tak Lawa lah nyang ni ...?

Posted: 01 Sep 2012 05:28 AM PDT

Tak Lawa lah nyang ni ...?
Kaaahhhhh, kah kah ...?

BRIGED MP SEGAMBUT

Posted: 01 Sep 2012 09:28 AM PDT

BRIGED MP SEGAMBUT


BEBERAPA NEGARA YG PERNAH MENUKAR BENDERA KEBANGSAANNYA?..COBA SENARAIKAN

Posted: 01 Sep 2012 01:59 AM PDT

Saya dan saudara Zairi Shafai adalah individu yang bertanggungjawab membuat dan mengibarkan bendera Sang Saka Malaya di malam sambutan kemerdekaan di Dataran Merdeka.

Kami tidak mewakili mana-mana parti politik dari kerajaan mahupun pembangkang. Kami mewakili golongan Anak Muda yang ingin menonjolkan kebenaran dan sejarah yang cuba ditenggelamkan oleh pihak yang bertanggungjawab.
Jauh sekali, ia tidak bermotif untuk menukar Jalur Gemilang kepada Sang Saka Malaya, kerana Sang Saka Malaya yang ditukarkan kepada Jalur Gemilang hari ini.

Saya fikir penulisan ini bukanlah untuk mencari publisiti diri dan rakan-rakan tetapi penulisan ini adalah bertujuan memberi pencerahan umum kepada masyarakat akan tujuan asal kami mengibarkan panji keramat itu.

Mungkin ramai yang tidak tahu akan kewujudan kesatuan terawal yang terlibat dalam menentang penjajah. Kesatuan Melayu Malaya (KMM) yang ditubuhkan pada 1938 adalah gerakan terawal menentang British. Di sinilah bibit-bibit penentangan penjajah berlaku. Ditunjangi oleh Ibrahim Yaakob bertujuan untuk melindungi Hak-Hak orang Melayu dan menentang penjajah British.

Pada tahun 1945, wujud pula Parti kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Parti ini merupakan parti politik Melayu yang pertama tertubuh di Tanah Melayu ketika itu. Matlamat utama penubuhan PKMM ialah untuk menuntut kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu dan menentang sebarang bentuk penjajahan Inggeris.

Parti ini dipelopori oleh Mokhtaruddin Lasso, Ahmad Boestamam dan Dr. Burhanuddin Al-Helmy. PKMM mempunyai dua sayap iatu Angkatan Pemuda Insaf (API) yang di ketuai oleh Ahmad Boestamam dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang diketuai oleh Shamsiah Fakeh.

Bagaimanapun beberapa bulan kemudian apabila Kesatuan Melayu Muda (KMM) bergabung dengan PKMM, Dr Burhanuddin Helmi telah mengambil alih pucuk pimpinan sebagai presidennya yang kedua.
Dalam bulan Disember 1947, PKMM bertukar lagi pucuk pimpinan dan kali ini disandang oleh Ishak Haji Muhammad sebagai presidennya yang ketiga. Dengan pertukaran pucuk-pucuk pimpinan itu PKMM tidak lagi condong kepada komunisme sebaliknya bersifat nasionalisme.

Dr Burhanuddin membawa PKMM ke arah mewujudkan Melayu Raya iaitu satu gagasan Kesatuan Malaya-Indonesia yang merupakan salah satu perjuangan utama PKMM. Pada dasarnya perjuangan PKMM adalah didorong oleh keazaman untuk mendapatkan kemerdekaan penuh dari Britain. PKMM lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949.

Apabila Umno ditubuhkan, PKMM telah menyertainya bersama badan-badan Melayu yang lain, tetapi selepas itu telah keluar darinya apabila tidak setuju dengan pemasukan simbol keris dalam bendera Umno dan tidak puas hati dengan sistem satu badan (tidak mengira saiz) satu undi dalamnya.

Akhirnya, badan-badan yang berhaluan kiri (menentang Inggeris) meninggalkan Umno dan Umno tinggal berhaluan kanan, yang lebih mesra Inggeris. PKMM juga berusaha menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) iaitu gabungan parti-parti politik radikal Melayu dan kemudian bergabung pula dengan All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA) yang bertujuan menentang kandungan Perjanjian Persekutuan 1948 bagi penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.

Perjuangan PKMM dilabel oleh Inggeris sebagai berbau komunis dan dengan itu beberapa orang pemimpinnya telah ditangkap serta dipenjarakan. Akhirnya pada 18 Jun 1948, PKMM (dan beberapa parti anti-penjajah lain) telah diharamkan dan darurat diisytiharkan oleh pihak berkuasa British dengan persetujuan Yang Dipertua Umno, Datuk Onn Jaafar.

Sang Saka Malaya adalah panji perjuangan mereka dalam menuntut kemerdekaan ditanah Melayu. Panji ini juga pernah berkibar megah digunung semanggol, Perak yang menjadi kubu Hizbul Muslimin yang diketuai oleh Ustaz Abu Bakar Baqir yang diasaskan pada 17 Mac 1948.

Oleh yang demikian, saya bersama saudara Zairi merasakan bendera ini layak dikibar pada malam kemerdekaan selain dari Jalur Gemilang. Penuh dengan pelbagai cerita pahit maung perjuangan di sebalik Sang Saka Malaya ini.

Tulisan ini pada asalnya disiarkan di blog singaselatan.blogspot.com dan disiarkan semula sebagai ulasan di laman Malaysiakini.
Ia merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.
Tindakan penulis yang mengibarkan bendera tersebut ketika sambutan ambang kemerdekaan di Dataran Merdeka pada malam 30 Ogos lalu menimbulkan kontroversi dan perhatian sesetengah pihak.
Keadaan ini boleh dilihat melalui kenyataan yang dilaporkan hari ini, antara lainnya oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, sayap pemuda Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA).

Al Ikram

Posted: 01 Sep 2012 09:05 AM PDT

Al Ikram


UMNO-APCO TIDAK SENANG DUDUK !

Posted: 31 Aug 2012 03:19 PM PDT

Pahang Daily Online

Posted: 01 Sep 2012 07:52 AM PDT

Pahang Daily Online


Panas: "Apalah Erti Merdeka", Warga Emas Belum Dapat "Warga Negara" Selepas 61 Tahun Tunggu !! Hishamuddin Dan Shahir Di Gesa Campurtangan!

Posted: 31 Aug 2012 10:22 AM PDT

JOHOR BAHRU, 1 Sept - Biar pun sudah 55 tahun negara kita Malaysia meraikan sambutan kemerdekaan, namun bagi seorang warga emas Suteres Sualman,61 (foto) beliau kecewa kerana kerajaan masih belum meluluskan permohonannya untuk mendapat taraf kewarganegaraan negara ini. Beliau yang kini menetap di No.10, Jalan Askar, Kg.Melayu Majidee menceritakan kekecewaan itu kepada krew PDO yang bertandang ke rumahnya baru-baru ini. Menurut Suteres beliau hairan kenapa beliau masih gagal memohona kewarganeraan sedangkan dia lahir di zaman sebelum merdeka iaitu pada 21 November 1951. Menurut salah seorang saudara beliau, Suteres telah memohon taraf kewarganeraan sebanyak dua kali namun telah ditolak oleh kerajaan dengan berbagai alasan. "Bayangkan dia yang sudah hampir 61 tahun berada di negara ini, tapi masih belum mendapat taraf kewarganegaraan... sedangkan ramai dikalangan warga asing yang baru bermastautin sudah memperolehinya.. malah ada yang berjaya mendapatkan kad pengenalan Malaysia (MyKad)", katanya. Persoalannya sekarang kenapa kerajaan terlalu sukar meluluskan permohonan beliau?. Memang benar Suteres lahir di Singapura pada 21.11.1951, namun beberapa bulan selepas itu dia telah dibawa ke Johor dan menetap di Kg.Melayu Majidee sehingga ke hari ini. Maknanya dia telah berada di sini beberap tahun sebelum Tanah Melayu merdeka pada tanggal 31 Ogos 1957. "Suteres lahir pada 1951 di Singapura, tetapi bukankah ketika itu Singapura sebahagian daripada Tanah Melayu?. Maknaya dia adalah warganegara Malaysia... Bahkan ketika negara merdeka, beliau telah berada di Johor...Makanya, beliau sewajarnya diberikan taraf kewarganegaraan berdasarkan rekod yang ada. Kenapa orang yang lahir di Singapura yang ketika itu Tanah Melayu gagal dapat warganegara tetapi orang yang dari negara lain begitu mudah pula?", kata saudaranya itu.


Bukti, kad pengenalan merah yang masih disimpan oleh beliau sekarang


Bukti, surat beranak asal Suteres yang mengesahkan dia lahir di Singapura
yang ketika itu adalah sebahagian dari negeri Semenanjung Tanah Melayu

Suteres dipercayai telah beberapa kali cuba memohon untuk mendapatkan kewarganeraan Malaysia namun gagal. Kali terakhir memohon ialah pada tahun 1988 dulu, di mana pihak Bahagian Kewarganegaraan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menerusi surat bertarikh 23 November 1988 di mana beliau diminta menghantar dokumen berkaitan seperti sijil berhenti sekolah rendah, menengah dan lain-lain sijil yang diperolehi bagi menyokong permohonannya. Persoalan yang timbul ialah bagaimana beliau mahu menyediakan dokumen berkenaan sedangkan dia mengalami masalah kesihatan (Orang Kurang Upaya) dan tidak bersekolah baik rendah mahu pun menengah. Lantaran itu permohonan beliau untuk menjadi warganegara Malaysia di bawah Perkara 19(1) Perlembagaan ditolak oleh Menteri Dalam Negeri pada 22 Ogos 1991. Sila rujuk lampiran :-


Surat daripada Jabatan Pendaftaran Negara bertarikh 23 Nov 1988

Surat penolakan permohonan daripada KDN bertarikh 22 Ogos 1991


Selepas tarikh itu, beberapa kali juga pihak keluarga beliau cuba membawa kes ini kepada pengetahuan pihak yang berkenaan terutamanya pemimpin politik setempat. Namun, ternyata semuanya gagal dan beliau akhirnya pasrah dengan apa yang berlaku. Justeru, pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mana menterinya ialah Ahli Parlimen Sembrong, Johor iaitu Datuk Hishamuddin Hussein dapat membantu menyelesaikan permasalahan yang berlaku ini. Sebagai rakyat yang lahir ketika zaman sebelum merdeka, maka dia layak mendapat hak tersebut kerana ketika itu Singapura memang masih berada dalam Tanah Melayu.


Datuk Hishamuddin Hussein selaku Menteri Dalam Negeri dan Datuk Shahrir
Samad selaku Ahli Parlimen Johor Bahru digesa membantu rakyat Johor ini
[Bayangkan selepas lebih 55 tahun merdeka, masih ada rupanya rakyat yang masih belum mendapat tarag kewarganegaraan sedangkan beliau sepatutnya layak berbuat demikian. Malah, pihak kerajaan tidak sewajarnya menysyaratkan kelulusan dibuat merujuk kepada sijil berhenti sekolah sedangkan dia mempunyai sijil beranak yang asal. Semua dokumen tersebut disimpan dengan baik oleh keluarga beliau sehingga ke hari ini. Masalah timbul apabila dia sepatutnya mendapat bantuan OKU dan memohon pasport untuk masuk ke Singapura bagi bertemu saudara maranya di sana. Dia khuatir masalah tersebut menyebabkan berbagai kesulitan lain berlaku kelak. Ahli Parlimen Johor Bharu, Datuk Shahrir Samad juga digesa membantu beliau dalam hal ini. Semoga pendedahan ini akan membuka mata pihak berkenaan hendaknya. Tambahan pula dikala kita dihebohkan dengan isu begitu ramai warga asing mendapat IC untuk mengundi pada pilihanraya umum kali ini, tiba-tiba ada individu yang dilupakan sebenarnya. Oleh itu bantulah beliau dengan kadar segera].

labun KulupSakah...

Posted: 01 Sep 2012 03:33 AM PDT

labun KulupSakah...


majoriti sokong najib

Posted: 31 Aug 2012 07:10 PM PDT

gambar hiasan
 eh eh... nak salam keww tak naakkk...

 hmmm mmuahh..cayunk dierrrrr.....

di Bukit Jalil, Najib kata inilah perhimpunan majoriti bukan di Dataran Merdeka malam sebelumnya. ini komen ronasina. siapa? ro-na-si-na!
1. sebagai Perdana Menteri dia tak boleh memperlekehkan rakyat di bawah pimpinannya sendiri. tetapi ucapannya hanya standard presiden parti politik.
2. kehadiran peserta yang diarahkan hadir dengan bas-bas, umpan cabutan bertuah dan persembahan artis menolak hujah kehadiran yang rela sebaliknya ia dikerah.
3. majoriti yang sah diiktiraf ialah terlalu ramai tak kibar bendera di rumah atau di kereta. inilah majoriti.
berhentilah berbohong tuan!

.

Posted: 01 Sep 2012 03:15 AM PDT

.


Cari Si Celaka Yang Sponser Samseng Khianat Bas

Posted: 01 Sep 2012 01:20 AM PDT

ULASAN PERISTIWA

Pengkhianatan dan serangan ke atas bas dua tingkat 'JelaJah Kemerdekaan' milik PKR yang berlaku menjelang Subuh pagi tadi telah mecemarkan kenvas politik Malaysia amnya dan Kelantan khasnya. Walaupun tragedi itu tidak melibatkan kehilangan nyawa atau tertitiknya setetes darah tetapi ia cukup untuk mengotorkan bumi dan menganggu kedamaian politik Kelantan. Kejadian itu memberi petanda yang cukup membimbangkan.

Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat menyata rasa malu di atas kejadian itu dan menyifatkan ia dilakukan oleh mereka yang jahil mengenai dosa dan pahala.

Nik Aziz ikut sama melihat keadaan bas.
Walaupun sebelum ini sudah ada kejadian-kejadian tidak 'masuk buku' seperti itu, maksudnya yang melambangkan bahawa di Kelantan juga ada manusia tidak beradab atau pun perut buncit yang busuk, tetapi ia tidak seteruk kejadian semalam. Sudah kerap kehadiran Anwar di Kelanhtan cuba diganggu dan disambut dengan kata-kata nesta dan jijik bertujuan melemahkan semangat Anwar tetapi nampaknya usaha jahat itu tidak berbekas inilah menyebabkan pengkhianat menjadi semakin marah.

Anwar bukan mudah kecut perut tetapi gangguan dan tragedi seperti itu makin membakar semangatnya dan juga semangat para penyokong. Mengulas mengenai kejadian itu Anwar terus mengarahkan mereka yang terlibat dengan siri jelajah kemerdekaan tidak gentar dengan kejadiaan bersifat provokasi itu sambil menyatakan ia sudah biasa baginya.

Sebelum ini pernah terjadi kereta yang membawa Anwar dibaling batu dan ditendang sehingga kemek. Sambil itu Anwar dilempar dengan kata-kata kesat yang tidak tergamak untuk didengari. Kejadian ini berlaku ketika Anwar berceramah di Padang Perdana yang terletak di tengah-tengah Kota Bharu. Menjadi tanda tanya kenapa kenjadian tidak beradab itu tidak berlaku di daerah luar Kota Bharu tetapi ia berlaku di Kota Bharu?

Apakah sudah berubah nilai manusia di luar Kota Bharu lebih baik dari manusia yang tinggal dalam bandar Kota Bharu? Atau sememang para samseng itu diimport dari daerah luar? Apapun orang di Kota Bharu akan bertanggung jawab di atas kejadian itu. Pemimpin Umno Kota Bharu harus merasa malu kerana ia berlaku di kawasan mereka. Walaupun mereka tidak terlibat namun tanggapan umum boleh merasakan demikian.

Mereka yang melakukan serangan dan pengkhianatan itu bukan boleh dimaafkan mereka layak disifatkan sebagai Zionis Israel.

Di Gua Musang semasa kunjungan Anwar ke daerah itu beliau hanya disambut dengan dua tiga helai sepanduk yang tertulis kata-kata jelek dan jijik. Namun keretanya tidak dilontar batu dan tiada kata-kata kesat yang dilantunkan semasa Anwar berceramah.

Tetapi apabila bas dua tingkat PKR itu yang baru pertama kali digunakan telah dipecahkan cermin dan sebahagian badannya dilumur dengan cap merah ia sudah melampau. Ia sudah sampai ke peringkat perang fizikal sudah boleh diangkat. Rasanya sudah sampai untuk para tentera Pakatan Rakyat bersiap sedia untuk ikut bersama kasar sama?

Mengenai kejadian yang sangat dikesalkan ini saya tidak mahu menuduh kepada sesiapa termasuknya pihak musuh tradisi Pakatan Rakyat iaitu BN. Dalam konteks Kelantan ialah Umno. Saya tidak kira Umno yang mengarahkan perbuatan itu. Saya merasakan ada pihak lain yang mengambil kesempatan untuk menunjukkan 'kegedebean' mereka dan dalam masa sama mengharap Umno menyokong mereka.

Saya percaya Umno di bawah Mustapa Mohamed dan Awang Adek Husein tidak tergamak untuk bermain secara jahat. Mereka tidak ada bakat dan sejarah untuk berbuat demikian. Saya cukup yakin ada anasir di luar Umno yang berbuat untuk menarik perhatian Umno dan kerja-kerja ala komunis begitu mesti dilakukan oleh orang yang pernah melakukannya dan percaya kepada politik provokasi.  Justeru kejadian malam tadi boleh dianggap si pelaku itu mahu sabotaj Pakatan Rakyat dan juga UBN Kelantan.

Sebenarnya kejadian malam tadi bukan saja setakat bas dipecahkan dan disimbah dengan cap. Khabarnya bilik penginapan Anwar Ibrahim di hotel berdekatan bas itu di parking juga cuba diganggu. Ada sumber memberi tahu ada orang yang cuba masuk ke bilik Anwar sekitar jam 3:00 pagi? Katanya menjelang petang sudah ada sekumpulan anak muda yang memasuki di coffe house hotel berkenaan dengan menunjukkan lagak meletakkan kaki di atas meja.

Kalau ia benar berlaku keadaan ini sudah sampai ke peringkat bahaya. Ia sudah mengancam keselamatan dan nyawa Anwar. Kemungkinan ini jangan dipandang rendah. Kawalan keselamatan terhadap Anwar perlu diperketatkan. Dalam dunia hari ini apa-apa saja boleh berlaku termasuk pembunuhan. Sekiranya polis tidak bersedia memberi kerjasam atas sebab-sebab tertentu mungkin ahli PKR boleh mengambil inisiatif untuk membentuk pasukan kawalan sendiri. Unit seperti Unit Amal mungkin boleh diwujudkan.

Dalam pada itu pihak keselamatan juga perlu peka dengan keadaan ini. Menjadi tanggungjawab polis keselamatan setiap rakyat negara ini. Mereka tidak boleh bersikap berat sebalah dan perlu memberi jaminan keselamatan untuk semua. Jangan sampai sudah terjadi perkara buruk baru hendak bertindak. Kita tidak mahu melihat darah 'sengoti' akan mengalir ke bumi atau pun 'berlembe' di atas karpet hotel baru hendak bertindak. Manakala ahli PKR pula jangan nanti berlaku sesuatu yang buruk baru mereka hendak menyesal.

Anwar dan Wan Aizah melihat bas yang menjadi mangsa pengkhianat.
Mengenai samseng yang merosak bas PKR itu saya berpendapat mereka bukan dari golongan profesional dan bersekolah tinggi. Mungkin mereka terdiri daripada budak-budak hitam yang drop dalam persekolahan yang mengjadi 'perangah' pil kuda. Kalau mereka profesional dan cerdik, kandati marah kepada Anwar mereka tidak akan merosakkan bas. Mereka tidak perlu memberi amaran darah itu, tetapi mereka akan berdepan dan bersemuka dengan Anwar untuk menyatakan apa-apa bantahan dan ketidaksetujuan mereka kepada Anwar secara profesional. Memarahi bas tanpa Anwar mengetahui apa hujung pangkalnya tidak menyelesaikan masalah.

Justeru mereka hanya ditahap itu mereka tidak perlu dimarahi dan diburu. Yang perlu diburu ialah manusia yang menjadi guru kepada samseng itu dan memberi wang untuk membeli cap dan menyediakan batu untuk melontarkan bas berkenaan. Saya cukup yakin walaupun di Kota Bharu ada orang gila tetapi perbuatan itu bukan dari orang yang hilang akal yang merayai di kaki lima di sekitar Kota Bharu.

Diharap dalam masa terdekat diketahui siapakah dalang di sebalik kejadian itu. Saya cukup yakin lambat laun pasti ia akan terdedah. Dan kalau polis pula serius pasti ada orang yang akan ditangkap. Kegagalan mengesan pengkhinat itu akan menyebabkan orang beranggapan polis mungkin bersubahat dengan kejadian itu.  [wm.kl.4:01 pm 01/09/12]

Bas Jelajah Kemerdekaan PKR Dikhianati

Posted: 31 Aug 2012 05:33 PM PDT

TERKINI PAGI                                                                                    

Jam 6:00 pagi tadi ketika dalam perjalanan pulang dari Kota Bharu saya menerima maklumat mengatakan bas dua tingkat yang digunakan oleh PKR dalam siri menjelajah kemerdekaan yang diparking di belakang Pasar Siti Khadijah Kota Bharu telah disimbah dengan cap merah dan cermin belakangnya dipecahkan.

Inilah bas berkenaan ketika singgah di Renok, Gua Musang.
Bas berkenaan baru semalam mulai digunakan untuk siri menjelajah kemerdekaan dilengkapi dengan pentas khas untuk bersyarah, dilengkapi kemudahan IT dan sebagainya.

Semalam merupakan siri pertama perjalanan bas berkenaan bertolak dari ibu pejabat PKR di Damansara telah singgah di Bentung, Benta, Pahang, Renok, Kuala Krai, Macahang dan Tanah Merah sebelum di parking di Kota Bharu bagi meneruskan penjelajahan.

Pagi ini bas berkenaan dijangka akan bergerak ke Kedah, Perlis dan Perak dari Jeli.

Kejadian yang berlaku itu sungguh dikesali dan ia juga memalukan rakyat Kelantan. Kejadian 'menyerang' bas yang sedang tidur itu juga dilakukan oleh mereka yang boleh disifatkan pengecut dan tidak tahu menghormati demokrasi. [wm.kl.8"32 am 01/09/12]

MiLo SuaM

Posted: 01 Sep 2012 01:23 AM PDT

MiLo SuaM


Bas dinaiki Anwar Ibrahim diserang samseng!

Posted: 31 Aug 2012 06:10 PM PDT

BAS Jelajah Merdeka Rakyat yang dinaiki oleh Dato Seri Anwar Ibrahim disimbah cat merah dan dipecahkan bahagian cermin hadapannya dipercayai perbuatan samseng upahan.

Kejadian ini berlaku di lokasi berhampiran Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan.



Setakat ini tidak diketahui pihak yang bertanggung jawab, namun tindakan ini nampaknya sengaja dilakukan sebagai sabotaj kepada kempen Jelajah Anwar Ibrahim yang dijadualkan untuk ke Pahang, Kelantan, Kedah dan Perlis.

Ini berikutan serangan tersebut ditujukan di cermin hadapan bahagian pemandu bas berkenaan. Kalau cermin pemandu dah pecah dan disimbah cat, bagaimana pemandu nak memandu bas?

Maka jelas sekali ia perbuatan musuh yang jelas tidak mahu kempen jelajah Merdeka Rakyat Dato Seri Anwar ini diteruskan.

Sebelum ini Najib Razak naik bas juga kononnya menggambarkan beliau berjiwa rakyat tapi bas yang dinaiki beliau sejenis bas yang tidak dinaiki oleh rakyat rujuk sini [Najib naik bas].

Bas yang diserang ini malam tadi turut dinaiki oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.




ReJaM© "Siapa agaknya musuh Anwar Ibrahim dan TG Nik Aziz ye? "