Jumaat, 13 September 2013

Barisan Nasional

Barisan Nasional


bERANIKAN hATI

Posted: 12 Sep 2013 03:10 PM PDT

bERANIKAN hATI


BERANIKAN HATI: MERAKYATKAN PERJUANGAN UMNO

Posted: 11 Sep 2013 06:00 PM PDT






1. Negara sebesar Mesir akhirnya ditumbangkan oleh rakyat melalui media sosial. Kita ketepikan soal untuk apa dan untuk siapa perjuangan itu, namun hakikatnya ianya adalah perjuangan rakyat.

2. Ghairah untuk dapat jadi pemimpin nombor satu negara (dia ini memang selalu dan kuat berghairah) maka Anu arr cuba menggerakkan perjuangannya dari bawah. Justeru banyaklah tunjuk-tunjuk perasaan dilakukan oleh pencacainya sama ada secara sedar mahupun secara tidak sedar. Sama ada oleh yang muda-muda bahkan yang tua-tua bangka juga. Tujuannya hanya satu, menjatuhkan kerajaan dan mengangkat 'peliwat' jadi pemimpin tanpa mengira berapa harganya, bahkan rela menggadaikan maruah bangsa dan agama.

3. Ketidakpuasanhati rakyat adalah kerana melihat pemimpin hanya berjuang untuk diri mereka sendiri serta kroni sahaja sedangkan nasib rakyat terbiar tanpa pembelaan. Kerana itulah dalam PRU12 rakyat menunjukkan kuasanya dengan mengundi pembangkang. Satu tanda protes bahawa kerajaan mampu digugat oleh kuasa rakyat.

4. Sedar akan harapan dan melihat ruang-ruang yang terbuka, maka Anu arr serta merta turun kebawah bersama rakyat biasa dan konon berjuang untuk mereka. Apakah rakyat lupa siapa Anu arr semasa beliau masih berkuasa? Kenapa apa yang ingin diperjuangkan kini tidak dilakukan pada masa dulu, semasa masih berkuasa?

5. DS Najib sedar apa yang berlaku sekelilingnya, namun beliau menerima kuasa ketika dalam keadaan politik negara yang kurang stabil. Desakan dari serata penjuru memaksanya untuk sangat berhati-hati. Beliau bukannya seorang yang penakut, namun sedar keberanian membabi-buta tidak juga akan mendatangkan apa-apa makna dan tidak memberikan kebaikan kepada sesiapa. Menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus dan tepung jangan berselerak! Tentu DS Najib juga ada rasa curiga dan was-was, siapa didalam saf yang jadi musuh dalam selimut dan gunting dalam lipatan?

6. UMNO mesti kembali kepada perjuangan asal. Pemimpin yang ada mesti menghayati perjuangan UMNO dahulu. Memperjuangkan rakyat dan masyarakat kampong dan pedalaman. Pemimpin mesti berada didalam lingkungan rakyat dan menjadi juara rakyat. Memperjuangkan kehendak rakyat dan terus-terusan berkhidmat untuk rakyat.

7. Pemimpin yang melupakan rakyat akan lambat-laun ditolak oleh rakyat. Pemimpin yang ingin naik dengan memberi rasuah akan tersungkur kerana rasuah juga. Rakyat sudah semakin cerdik, mereka mungkin mengambil namun belum tentu menyokong.

8. Mesyuarat Perwakilan Bahagian dan PAU adalah gelanggang memilih pemimpin terbaik dan menyingkirkan yang yang lainnya. Inilah 'roh' transformasi UMNO sebenarnya. Ini jugalah peranan semua ahli untuk memastikan UMNO masih tetap relevan. Jika tidak, PRU14 akan menentukan bahawa sebuah sejarah akan tertulis bahawa: sebuah parti keramat bangsa Melayu telah berkubur kerana angkara pemimpin-pemimpinnya sendiri.

9. Beranikan Hati.....berjuang untuk rakyat. Jika bukan sekarang tidak mungkin pada bila-bila masa yang lain! 'Alba gu bra' - bahasa Scotland - cuba mencari terjemahan ke bahasa Inggeris melalui Samsung Translate tidak ditemui. Tapi jangan sesekali cuba menterjemah 'Alba gu bra' dari bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu.......











Apa Yang Tersirat

Posted: 12 Sep 2013 01:26 PM PDT

Apa Yang Tersirat


Datuk Chin Su Phin Dan Datuk Teo Chee Kang Bagaikan LANUN: VKLiew

Posted: 11 Sep 2013 08:20 PM PDT

KUMPULAN Datuk Chin Su Phin, Timbalan Presdien LDP yang digantung dan Datuk Teo Chee Kang Setiausaha Agung Parti yang dipecat, bagaikan LANUN yang naik ke kapal dan mahu merampas kapal, demikian ulasan Presiden LDP Datuk VKLiew.

Kumpulan Chin dan Teo yang bermesyuarat bersama dengan 35 orang yang mereka panggil Mesyuarat "Majlis Tertinggi" kumpulan mereka pada Isnin, di Sebuah Kelab Golf di Ibu Negeri, "melucutkan" jawatan VKLIew daripada jawatan Persiden LDP.

Pada 31 Ogos dalam satu Mesyuarat Majlis Presiden Parti itu, telah memutuskan penggantungan Datuk Chin Su Phin sebagai Timbalan Presiden, sementara Datuk Teo Chee Kang telah dilucutkan daripada jawatan Setiusaha Agung.

Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti yang bermesyuarat pada 8 September, telah mengukuhkan keputusan Presiden dan Majlis Presiden berhubungan dengan nama-nama pemimpin yang digantung dan dipecat daripada parti dengan berbagai sebab, antaranya menlanggar disiplin parti, salah guna kuasa, dan pecah amanah.

Timbalan Presiden yang digantung, Chin Su Phin, telah beberapa kali sebelum ini, melakukan tindakan bercanggah dengan keputusan parti. Antara tindakan beliau itu, kenyataannya bahawa Parti LDP tidak lagi boleh BERKERJASAMA dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, sebaik sahaja beliau dan Teo keluar mesyuarat BN pada Ogos tahun 2010.

Akibat kenyataan beliau itu, salah seorang Naib Presiden Parti, Datuk Peter Pang yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah terpaksa keluar daripada parti pada 1 September tahun yang sama.

Pada Mesyuarat Agung parti tahun 2011, di Sandakan, Chin juga mengulangi kenyataannya bahawa Beliau tidak boleh berkerjasama dengan Musa, semasa merasmikan Mesyuarat Pegerakan Pemuda dan Wanita.

Kini, apabila beliau merasakan kecamannya tidak berimpak, maka beliau melakukan GERAKAN untuk merosakkan parti daripada DALAM, apabila berjaya mempengaruhi DATUK Teo Chee Kang yang juga Menteri Tugas-Tugas Khas dalam Kabinet Musa merangkap ADUN Tanjong Kapor melakukan tindakan tidak memathui KEPUTUSAN mesyuarat MT pada 9 jun 2013.

Dalam perlembagaan Parti, sesiapa sahaja ahli atau pemimpin parti wajib mematuhi keputusan tiga badan Parti, iaitu Keputusan Mesyuarat Agung Parti. Mesyuarat Majlis Presiden dan Mesyuarat Majlis Tertinggi.

Dalam rangka perebutan KUASA dalam parti, satu tindakan alah gengster telah dilakukan KUMPULAN CHIN dan TEO, apabila mereka menceroboh Ibu pejabat Parti, dengan merosakan kunci-kunci dan sekaligus menggantikan kunci-kunci di semua pintu masuk di Pejabat itu. Satu laporan polis telah dibuat oleh Setiausaha Agung Parti itu Lorreto Sipin Padua Jr berhubungan dengan pencerobohan kumpulan Chin dan Teo itu.

Tindakan Chin sebagai Ahli Dewan Negara dan Teo sebagai anggota Kabinet negeri, dengan memutuskan undang-undang di tangan mereka, merupakan satu tindakan yang tidak perlu berlaku. Mereka telah memberi contoh yang amat tidak baik, malah tindakan mereka itu amat dikesali, dalam negara yang mengamalkan undang-undang.

Di kaca mata rakyat, tindakan Chin daa Teo, menunjukkan bahawa mereka, mengikut nafsu sendiri kerana kuasa. Jika demikianlah tingkah laku pemimpin ini, adalah tidak wajar mereka menganggotai sebarang kedudukan dalam pengambilan keputusan, termasuk sebagai ahli Dewan negara mahupun sebagai ADUN.

Cucu Tok Selampit

Posted: 12 Sep 2013 01:24 PM PDT

Cucu Tok Selampit


Patutlah Zunar Biadap Dengan Kalimah Allah, Lihatlah Gambar Bini Dia Macam Mana

Posted: 11 Sep 2013 11:34 PM PDT


Kebiadapan kartunis Zunar yang merupakan macai PR kali ini sudah melebihi batas. Kebebasan beliau berkarya melalui kartun-kartunnya sudah melampau, apabila kalimah Allah dipermainkan di dalam karikatur terbarunya. Kita tidak minta beliau berjuang mempertahankan Kalimah Allah tetapi jangan sampai mempermainkannya demi sokongan politiknya yang sempit. 

Jangan memperlekehkan orang-orang Islam yang lain sekiranya anda berjiwa sekular. Tak percaya? Lihatlah gambar-gambar beliau dan isterinya di bawah. Kainpun tak mampu beli bagi isteri menutup aurat, sampai terbonjol belahan dada!

Nama isteri dia Noor Fazlina Rosley. Bekas pelajar MRSM Jasin dan sekarang bekerja dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Berada di Unit Pembangunan Harta Tanah. Unit ini sekarang telah dijumudkan.

DBKL tidak ada kena mengena dengan Kerajaan ka? Dulu belajar MRSM, Kerajaan tak tanggung ka? Setiap hari laki bini kutuk Kerajaan. Zunar pulak selalu kutuk DS Rosmah Mansor berbadan besar. Bini dia seksi dan ramping sangat ka? Cantik macam Megan Fox ka?


THE FLYING KICK

Posted: 12 Sep 2013 01:13 PM PDT

tun faisal dot com

Posted: 12 Sep 2013 01:13 PM PDT

tun faisal dot com


@TunFaisal - Transformasi UMNO ditentukan di bahagian dan cawangan, bukan di pusat! @AntaraPos

Posted: 12 Sep 2013 03:42 AM PDT

Post Pic

Ahli di peringkat cawangan dan bahagian yang menentukan pemimpin macam mana yang akan diangkat ke dalam `pool' kepimpinan UMNO di peringkat negeri dan pusat. Jika mereka memilih pemimpin yang baik di bahagian, maka, pemimpin yang baik yang akan mengisi tampuk kepimpinan negeri dan pusat. Jika pemimpin yang bermasalah yang mereka pilih, maka, Badan Perhubungan UMNO Negeri tidak mempunyai banyak pilihan bagi mengisi kepimpinan negeri dan ahli-ahli UMNO tidak mungkin mempunyai pilihan yang banyak dalam pemilihan di peringkat Pusat. Ahli UMNO dari bahagian lain tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka tiada undi melainkan di bahagian mereka sahaja. Pilihan untuk mengangkat dan menyingkirkan pemimpin di peringkat bahagian adalah hak dan pilihan ahli-ahli di peringkat cawangan dan bahagian. Maka gunakanlah pilihan itu sebaik-baiknya....

Pilih pemimpin berwibawa hadapi PRU14 - Tun Faisal

pada 12-09-2013 08:09 Ditulis Oleh Shuhainiza Said




SHAH ALAM: Perwakilan di peringkat cawangan dan bahagian perlu bijak dalam membuat pilihan mereka kerana ia akan menentukan kestabilan parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Exco Pemuda Umno, Tun Faisal Ismail Aziz berkata, tindakan mereka di peringkat akar umbi akan menentukan kekuatan serta perubahan tonggak kepimpinan Umno dalam menghadapi pelbagai cabaran yang sedang dilalui.
 
"Di peringkat bahagian, di peringkat cawangan, orang yang ada kuasa mengundi ini mereka boleh memilih orang yang bawa perubahan, yang amanah dan sebagainya.
 
"Cuma mereka kena buat pilihan sama ada pilihan mereka menaikkan seseorang pemimpin itu adalah kerana parti dan perjuangan agama bangsa dan negara, ataupun kerana pemimpin itu boleh memberi pulangan dari segi material, sumbangan dan sebagainya. 
 
"Maksudnya mereka kena bezakan, di peringkat cawangan sekalipun, adakah pemimpin yang mereka pilih beri nilai tambah kepada parti atau sebenarnya mereka pilih calon ini kerana kepentingan mereka sendiri,"katanya ketika dihubungi Antarapos.
 
Beliau diminta mengulas gesaan Naib Presiden Umno,  Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang meminta perwakilan parti menolak  pemimpin "warlords" atau "demang politik" yang membolot wang, kuasa serta bertelagah sesama sendiri pada pemilihan Umno Oktober depan. 
 
Zahid dalam akhbar New Straits Times hari ini berkata, golongan demang politik berkenaan adalah duri dalam daging kepada perjuangan parti serta menjadi penghalang kepada usaha Umno untuk memperkukuhkan diri.
 
Tun Faisal yang bersetuju dengan pandangan Zahid berkata, perubahan dalam Umno hanya boleh dilakukan di peringkat akar umbi.
 
Sementara itu, Ketua Bahagian Umno Kuala Selangor, Datuk Amiruddin Setro berkata, adalah menjadi tanggungjawab setiap pemimpin parti itu untuk mengutamakan perjuangan parti berbanding kepentingan peribadi.
 
Katanya lagi, pemimpin yang mengutamakan jawatan dan kuasa memang seharusnya ditolak kerana akan memberikan implikasi yang buruk kepada parti seterusnya menjejaskan usaha parti untuk mencapai kemenangan dalam PRU-14.
 
"Kerana dikhuatiri ianya akan menjadi wabak yang akan memperlihatkan Umno terlalu sinonim dengan politik wang sedangkan realitinya kebelakangan ini pembersihan demi pembersihan dibuat yang mana boleh dikatakan hari ini imej Umno agak bersih dari segi imej politik wang.
 
"Jadi kalau ada elemen yang sebegini, sewajarnya perwakilan menolak pemimpin yang mempunyai pendekatan yang sedemikian,"katanya.


[Wawancara] @HishammuddinH2O - UMNO perlu terus kukuh, yang menawarkan diri tidak boleh main-main

Posted: 09 Sep 2013 06:14 AM PDT


Pada pilihan raya lepas kita menang lebih banyak kerusi, oleh itu adalah penting kita mengekalkan sikap muafakat. Apatah lagi sebagai parti tunjang BN, kita perlu menunjukkan kemuafakatan dan keharmonian semasa dan selepas pemilihan parti supaya parti komponen lain melihat contoh terbaik daripada kita. Kemudian mungkin kita boleh membantu atau membimbing jika parti-parti komponen ini ada masalah dalam pemilihan. - Hishammuddin Hussein


Asal usul pemimpin bukan penentu


DIANGGAP menteri yang suka memberi amaran dan tidak tegas mengambil tindakan merupakan antara persepsi yang wujud dalam minda sebahagian ahli-ahli UMNO terhadap DATUK SERI HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN.

Malah cabaran beliau dalam menghadapi dugaan persepsi ini semakin hebat apabila masih ramai yang memperkatakan bagaimana tindakan menghunus keris ketika menyandang jawatan Ketua Pemuda UMNO suatu masa lalu dan kemudian meminta maaf membuktikan ketidaktegasan beliau.

Namun Hishammuddin tidak mahu bersikap defensif. Dalam pertemuan dengan wartawan Mingguan Malaysia, ZULKIFLEE BAKAR dan HAFIZAHRIL HAMID, di Kuala Lumpur, Menteri Pertahanan yang juga Naib Presiden UMNO itu berkata, bagi beliau biarlah apa juga persepsi yang wujud, yang pasti segalanya beliau lakukan selama ini semata-mata demi bangsa, agama dan negara serta parti keramat UMNO.

MINGGUAN: Bagaimana Datuk Seri melihat pemilihan UMNO kali ini? HISHAMMUDDIN: Kalau kita bandingkan kedudukan Malaysia dengan apa yang berlaku di dunia dan di rantau ASEAN hari ini dalam soal keamanan, keselamatan dan kestabilan politik ahli-ahli UMNO perlu bersyukur. Begitu juga apabila kita melihat apa yang terjadi di Asia Barat dan bagaimana kedudukan ekonomi negara kita yang jauh lebih kukuh berbanding beberapa negara Eropah seperti Portugal, Greek dan sebagainya. Apa yang ingin saya tekankan ialah soal kestabilan, pengukuhan dan kemakmuran politik, ekonomi serta keselamatan negara ini tidak datang bergolek. Ia adalah hasil kepimpinan yang bijaksana, tabah dan sabar serta memahami ia datang daripada pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Semua ini dikecapi melalui kepimpinan terdahulu sehinggalah di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dan dibantu oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Naib-Naib Presiden UMNO. Tanpa keberkatan dan kebijaksanaan pemimpin tidak mustahil apa yang berlaku di Asia Barat boleh berlaku di Malaysia selain krisis ekonomi seperti di Eropah. Oleh itu kita perlu bersyukur memandangkan semua ini tidak berlaku secara kebetulan dan dalam kita berhadapan dengan pemilihan UMNO ini janganlah kita menidakkan kebijaksanaan pemimpin-pemimpin UMNO. Saya tidak akan apologetik dalam hal ini.

Sejauh mana Datuk Seri yakin bahawa ahli-ahli UMNO akan membuat keputusan berdasarkan fakta-fakta ini?

HISHAMMUDDIN: Pertamanya, kita perlu sentakkan mereka dengan apa yang mereka boleh bayangkan, contohnya pergolakan di Asia Barat seperti di Syria dan Mesir sebenarnya tercetus hanya kerana satu insiden iaitu kejadian bunuh diri seorang pemuda di Tunisia. Dalam keadaan sebegini kita kena sedarkan orang UMNO dan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum bahawa satu insiden seperti yang berlaku di Tunisia boleh menghuru-harakan bukan sahaja di negara itu tetapi di seluruh rantau tersebut. Oleh itu kita kena memperjelaskan apa yang berlaku iaitu landskap sudah berubah dan masyarakat juga perlu berubah. Ini adalah realiti sebenar yang berlaku dan tujuan kita mengingatkan perkara itu bukan mahu menakut-nakutkan sesiapa. Jika kita mahu ubah sesuatu hanya kerana mahu berubah termasuk dalam soal kepimpinan maka ia boleh mendatangkan kesan yang buruk.

Contohnya, seperti mana berlaku di Mesir, apabila Presiden Mohammed Mursi dengan kerjasama erat Ikhwanul Muslimin mengetepikan bekas Presiden Hosni Mubarak, namun malangnya hanya bertahan selama setahun sebelum Mursi dijatuhkan. Apa yang dikatakan demokrasi akhirnya berubah menjadi lebih autokratik sehingga banyak nyawa terkorban malah ada yang berkata adalah lebih baik mengekalkan pemerintahan Mubarak.

Perubahan-perubahan sebegini adalah perlu bagi ahli-ahli UMNO ikuti dan fahami kerana memang mudah untuk kita mengatakan orang itu salah dan sebagainya. Bukanlah tujuan saya mahu menakut-nakutkan orang ramai tetapi dalam kita ghairah mahu menentukan kepimpinan UMNO dan masa depan parti, ahli-ahli parti juga perlu berfikir seketika dan melihat apa yang berlaku di sekeliling serta membuat keputusan terbaik dalam membawa parti dan ahli-ahlinya jauh lebih baik ke hadapan. Seharusnya masa depan negara perlu menjadi pertimbangan ahli-ahli selain jawatan yang menjadi rebutan. Ini kerana jawatan datang bersama amanah dan tanggungjawab.

Rekod perkhidmatan Datuk Seri di Kementerian Dalam Negeri (KDN) dikatakan akan menjadi sandaran ahli-ahli UMNO, Datuk Seri dianggap menteri amaran dan terlalu 'lembik' membuat tindakan apa komen Datuk Seri?

HISHAMMUDDIN: Bagi saya kemampuan seseorang pemimpin tidak boleh dinilai pada masa dan ketika mereka memimpin di satu-satu tempat atau pada masa dan senario ketika itu kerana sejarah akhirnya akan menentukan apa yang dilakukan itu sebenarnya melebihi kepentingan sendiri. Itu merupakan satu ujian yang perlu dilalui bukan sahaja oleh saya tetapi juga sesiapa sahaja yang menerajui KDN.

Saya sudah melalui banyak dugaan dan ia bukan mudah tetapi yang memberikan kekuatan kepada saya untuk meneruskan perjuangan dalam kerajaan dan UMNO kerana apa yang dilakukan bukan untuk diri sendiri tetapi demi agama, bangsa dan negara. Orang boleh menilai saya berdasarkan apa yang dilakukan tetapi masalahnya ada yang membuat penilaian berdasarkan keadaan sekarang dan ia dipanaskan oleh 'tukang cucuk' atau pihak-pihak tertentu yang ada kepentingan.

Di dalam KDN terdapat banyak keputusan harus dilaksanakan bersandarkan kepada maklumat yang tidak boleh didedahkan kepada orang ramai. Oleh itu apabila berhadapan dengan sesuatu situasi yang berkaitan dengan keselamatan rakyat dan negara, pemimpin-pemimpin di KDN perlu membuat pertimbangan yang sebaik-baiknya. Bagaimanapun saya memahami bahawa realitinya, tidak ada Menteri Dalam Negeri yang popular.

Ada yang menyatakan kedudukan Datuk Seri ketika di KDN lebih sukar berbanding ketika Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengambil alih jawatan itu?

HISHAMMUDDIN: Saya tidak mahu berkata demikian kerana nanti orang akan kata saya defensif. Bagi saya, bebanan dan amanah walaupun berbeza zaman dan masa adalah sama sahaja. Sebenarnya, masih terlalu awal untuk mana-mana pihak menyatakan apabila Ahmad Zahid memegang jawatan Menteri Dalam Negeri keadaan hari ini jauh berbeza atau lebih baik berbanding zaman saya. Namun saya tetap memberi sokongan tidak berbelah bahagi terhadap beliau kerana kita tidak tahu apa akan berlaku, contohnya seperti peristiwa pencerobohan di Lahad Datu yang tercetus sekelip mata.

Begitu juga dalam soal perhimpunan Bersih ketika zaman saya, sudah tentu perkara ini boleh berlaku ketika kepimpinan Ahmad Zahid. Tidak bolehlah hendak kata keadaan beliau sekarang ini lebih mudah berbanding saya, itu tidak betul.

Ahmad Zahid juga tahu apa yang ada di KDN, semua maklumat yang saya ketahui sebelum ini akan diketahui oleh beliau juga. Jika apa-apa berlaku maka beliau boleh belajar daripada pengalaman yang saya lalui dahulu, contohnya pencerobohan pengganas Sulu dan demonstrasi jalanan.

Mungkin orang melihat saya lemah kerana ada persepsi kita berlembut dengan penunjuk perasaan tetapi fikirkan apa yang berlaku di Mesir dan Syria apabila pasukan itu memukul perusuh. Hanya kerana tindakan pihak keselamatan yang bertindak kasar, ia membuka jalan kepada pihak ketiga yang mahu mengganggu gugat soal kedaulatan seperti Amerika Syarikat (AS) dan sebagainya.

Jadi bagaimana Datuk Seri hendak berhadapan dengan 'tukang cucuk' politik yang akan menggugat peluang Datuk Seri mempertahankan jawatan?

HISHAMMUDDIN: Saya telah berhadapan dengan pelbagai isu sebelum ini termasuklah isu menghunus keris, ketika Pemuda UMNO berpecah selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pelbagai lagi. Seperti yang saya nyatakan, sejarah yang akan menilai kita dan dalam soal ini semua insiden itu sudah menjadi sejarah. Boleh tanya kepada rakan-rakan yang bersama dengan saya ketika itu antaranya Datuk Idris Haron yang kini menjadi Ketua Menteri Melaka, Datuk Rahman Dahlan, Datuk Razali Ibrahim dan ramai lagi. Kecaman-kecaman dan serangan yang diterima sangat teruk. Tetapi Alhamdulillah saya terus bertahan dan UMNO pun sudah melalui semua ini yang kemudiannya lebih mematangkan parti dan ahli-ahlinya. Selepas pemilihan berlangsung seharusnya semua pihak dalam UMNO perlu merapatkan barisan dan lupakan segala sengketa serta terus melihat ke hadapan.

UMNO harus terus membantu parti-parti komponen BN yang turut akan berhadapan dengan pemilihan parti masing-masing tidak lama lagi. Ini perlu kerana UMNO adalah parti tunjang dalam BN oleh itu adalah sangat penting untuk kita memastikan rumahtangga kita kekal sejahtera. Saya tidak mahu parti huru-hara hanya kerana pemilihan.

Pada pilihan raya lepas kita menang lebih banyak kerusi, oleh itu adalah penting kita mengekalkan sikap muafakat. Apatah lagi sebagai parti tunjang BN, kita perlu menunjukkan kemuafakatan dan keharmonian semasa dan selepas pemilihan parti supaya parti komponen lain melihat contoh terbaik daripada kita. Kemudian mungkin kita boleh membantu atau membimbing jika parti-parti komponen ini ada masalah dalam pemilihan. Seperti yang dikatakan Tun Dr. Mahathir Mohamad, UMNO adalah dalam keadaan sangat genting sekarang kerana kita perlu berhadapan dengan masalah jurang generasi muda dan bagaimana mahu menarik mereka menyertai UMNO. Kita telah cuba dengan membuat pindaan Perlembagaan selain mewujudkan Puteri dan usaha perlu lebih gigih dalam mentransformasi UMNO supaya terus kekal relevan dan diterima oleh semua golongan. Begitu juga dengan parti-parti lain dalam BN termasuk di Sabah dan Sarawak, mereka juga perlu mentransformasi parti supaya diterima golongan muda. Kita tidak mahu jika selama ini mereka hanya menyalahkan UMNO dalam banyak hal tetapi sekarang sudah sampai masanya mereka melihat keadaan parti sendiri dan memperbetulkan keadaan. Cukup-cukuplah menjadikan UMNO sebagai punching bag.

Bagaimana Datuk Seri mahu ahli UMNO menilai diri dan usaha yang telah dilakukan dan bukannya kerana Datuk Seri adalah sepupu kepada Perdana Menteri atau anak kepada bekas Perdana Menteri?

HISHAMMUDDIN: Ini adalah satu perkara yang saya tidak boleh elak kerana sudah dilahirkan sebegitu rupa. Apabila mula masuk politik orang kata saya cucu Datuk Onn, anak Tun Hussein Onn dan sekarang sepupu kepada Perdana Menteri. Bagi saya, ahli UMNO bukanlah terdiri daripada mereka yang tidak boleh membuat penilaian. Ramai juga anak bekas pemimpin UMNO yang tidak menyertai politik dan tidak berjaya dalam politik.

Bagi saya, walau siapapun seseorang itu akhirnya ahli UMNO akan membuat penilaian berdasarkan apa yang telah dilakukan dan bukan kerana dia anak si polan. Saya tidak menafikan asal usul saya memberi sedikit kelebihan malah orang UMNO buka pintu rumah mereka lebih sedikit untuk saya masuk tetapi sama ada saya kekal dalam rumah itu, ia masih belum pasti. Malah sebelum ini pun ramai juga yang ditolak oleh ahli-ahli UMNO sekali gus membuktikan hubungan keluarga bukanlah satu jaminan untuk berjaya dalam UMNO.

Tetapi saya percaya ahli-ahli UMNO lebih bijak dalam membuat penilaian dan keputusan, inilah yang membezakan antara UMNO dengan parti-parti lain. Saya tidak mendabik dada tentang siapa saya dan ahli keluarga tetapi semua orang berhak berjuang untuk menjamin kelangsungan perjuangan dan masa depan orang Melayu serta semua kaum di negara ini. Tidak kira apa pun andaian, persepsi atau tanggapan, akhirnya hanya perwakilan yang akan membuat penilaian. Oleh itu saya menyerahkan kepada ahli-ahli UMNO untuk membuat keputusan dan kemudiannya, empat tahun akan datang, kita serahkan pula kepada rakyat Malaysia yang berbilang kaum membuat penentuan melalui pilihan raya umum.

Selepas hampir 20 tahun bergelumang dalam politik, apakah kekuatan yang ada pada Datuk Seri untuk membolehkan dipilih sekali lagi sebagai Naib Presiden UMNO pada pemilihan kali ini?

HISHAMMUDDIN: Kekuatan saya adalah terletak pada rangkaian dan semangat setiakawan, ia bukanlah bermusim. Perkara ini tidak hanya wujud semasa pemilihan sahaja dan ia kelebihan 'kilang' Pemuda UMNO yang mana semua perlu melalui pahit getir bersama, satu pengalaman yang tidak boleh dinilai bersandarkan wang ringgit. Kalau dilihat sepanjang 10 tahun saya memegang jawatan Ketua Pemuda, macam-macam perkara yang telah dilalui antaranya isu keris, pemecatan Anwar, Pemuda berpecah dua, Ahmad Zahid ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan macam-macam lagi.

Ahmad Zahid adalah contoh terbaik walaupun berhadapan masalah satu ketika dahulu tetapi disebabkan sikap tabah dan sabar, kini beliau berada dalam Kabinet. Dalam juga yang dilakukan, saya tidak pernah meletakkan kepentingan peribadi mengatasi kepentingan parti. Kelebihan dan pengalaman inilah yang sangat saya hargai serta memberi semangat untuk terus menabur bakti.

Apa mesej Datuk Seri untuk memastikan pemilihan kali ini berjalan lancar?

HISHAMMUDDIN: Pertamanya, pesanan untuk ibu pejabat UMNO, kerana tugasnya mereka bukan mudah kerana pemilihan kali ini akan melibatkan 150,000 perwakilan. Mereka akan menentukan hala tuju dan masa depan UMNO serta negara. Maka tugas mereka di ibu pejabat adalah memastikan mesyuarat parti berjalan dengan lancar. Mereka perlu melihat perjalanan mesyuarat di peringkat cawangan dan bahagian supaya nanti tidak ada orang yang marah.

Ibu pejabat perlu memastikan tidak ada masalah selain memudahkan urusan di peringkat cawangan dan bahagian. Apa sahaja isu yang membuatkan ahli-ahli di peringkat akar umbi marah perlu ditangani dengan segera. Ini kerana selepas mesyuarat cawangan ia akan berlanjutan ke peringkat bahagian. Manakala di peringkat bahagian ia akan melibatkan pemilihan Majlis Tertinggi. Oleh itu perjalanan di peringkat cawangan perlu diberikan fokus sepenuhnya. Namun Alhamdulillah saya masih belum mendengar apa-apa masalah setakat ini. 

Kedua, pesanan saya kepada mereka yang menawarkan diri menjadi calon, harap mereka jangan main-main kali ini. Kalau berani menawarkan diri maka mereka perlu berani membuat kerja selepas ini. Ia kerana semua orang boleh menilai siapa mereka dan kerja-kerja yang telah dijalankan. Oleh itu jika benar mahu menawarkan diri, maka mereka perlu bersedia memandangkan bukan sahaja ahli UMNO yang akan menilai tetapi juga masyarakat secara keseluruhannya.

Ketiganya, saya ingin memberi nasihat kepada perwakilan yang akan membuat pemilihan. Saya berharap mereka perlu rasional dan melihat pemilihan ini sebagai satu tanggungjawab dan amanah untuk memilih pemimpin yang boleh diletakkan harapan tidak kira mereka sama ada di peringkat Majlis Tertinggi, Wanita, Pemuda mahupun Puteri. Apa pun saya berharap, semua ahli-ahli UMNO akan memastikan pemilihan kali ini akan berjalan lancar dan tidak mewujudkan sebarang kekecohan sehingga menjejaskan imej parti dan kepimpinan UMNO.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130908/re_02/Asal-usul-pemimpin-bukan-penentu#ixzz2eOt0dXnM
© Utusan Melayu (M) Bhd




@RazaliIbrahim - "Pencalonan, amanah berat untuk dipikul calon Pemuda ke MT" #TeamPemuda

Posted: 05 Sep 2013 04:53 PM PDT


4 calon dari Pemuda memikul amanah untuk bawa input baru ke dalam MT agar dapat menangani cabaran, kehendak dan aspirasi generasi muda


Oleh TERMIZI CHE ANUAR
pengarang@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 5 Sept. - Keempat-empat pemimpin Pemuda UMNO yang dicalonkan untuk bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) dalam pemilihan parti Oktober ini yakin mampu memberi sumbangan berguna khususnya dalam membawa hasrat orang muda sekiranya terpilih.

Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menerima dengan hati terbuka pencalonannya untuk bertanding jawatan itu dan menyifatkannya sebagai proses meremajakan UMNO.

"Proses ini sering dilaung-laungkan oleh Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mengumumkan empat pemimpin utama sayap itu bertanding jawatan MT iaitu Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim; Reezal yang juga Ketua Penerangan Pemuda UMNO; Pengerusi Biro Ekonomi Pemuda UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan dan Pengerusi Unit Media Baharu Pemuda UMNO, Tun Faisal Ismail Aziz.

Sementara itu, Razali yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyifatkan pencalonan tersebut sebagai amanah yang perlu dipikul oleh semua calon.

"Pencalonan ini juga dilihat sebagai proses transformasi UMNO khususnya dalam membawa suara orang muda di peringkat MT.

"Kami akan mencuba sedaya upaya untuk menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan sebaik mungkin jika dipilih nanti," ujarnya.

Sohaimi pula menegaskan, pencalonan tersebut perlu dilihat sebagai satu lembaran baharu kepada pemimpin muda untuk membawa suara orang muda dengan lebih berkesan.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ketua Pemuda dan barisan Exco yang memberi sokongan penuh kepada kami untuk bertanding jawatan MT.

"Saya yakin dengan kombinasi pemimpin senior dan muka baharu bakal memberi perspektif segar dalam mesyuarat MT nanti jika dipilih,"jelasnya.

Bagi Tun Faisal pula, peluang tersebut dilihat sebagai satu kaedah untuk meremajakan UMNO mengikut kehendak generasi muda.

"Sudah tiba masanya untuk memberi peluang kepada golongan muda menyertai MT dan seterusnya mampu memberi kelainan dalam parti.

"Saya berjanji akan menggunakan pengalaman dan ilmu khususnya di dalam media baru untuk bersama-sama memperjuangkan suara golongan muda," katanya.


Artikel Penuh: 
http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130906/po_04/4-pemimpin-Pemuda-tanding-MT#ixzz2e3vOClwE 
© Utusan Melayu (M) Bhd 


[Video] @KhairyKJ 4 calon Pemuda UMNO untuk MT, pendirian mengenai harga minyak, TPPA

Posted: 04 Sep 2013 09:15 PM PDT


kj-exco513

Embedded image permalink



Pendirian Pemuda tentang isu kenaikan harga petrol dan diesel, TPPA 

Khairy umum 4 calon untuk jawatan MT UMNO dari Pemuda
RABU, 04 SEPTEMBER 2013 21:18 LUKMAN ABDULLAH 

Siapa agaknya akan menjadi pilihan ahli UMNO.Di  kalangan pimpian pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ada empat orang yang akan turun padang bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada pemilihan parti itu kali ini.

Mereka terdiri dari Naib Ketua Pemuda, Datuk Razali Ibrahim, Ketua Penerangan, Datuk Seri Reezal Merican, Pengerusi Biro Ekonomi, Datuk Sohaimi Shahadan dan Ketua Unit Media Baru Tun Faizal Ismail Aziz.

Nama mereka diumumkan oleh Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat exco pergerakan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra petang Rabu.

Beliau menjelaskan empat mereka ditampilkan ( jika dipilih) untuk meremajakan UMNO.

Khairy juga memberitahu empat calon akan berentap untuk jawatan Naib Ketua Pemuda yang akan dikosongkan oleh Razali yang cukup usia.

Mereka ialah Jamawi Jaafar, Lokman Nor Adam, Irwan Zulkifli serta  Khairul Azwan Harun.

Katanya semua mereka adalah rakannya dan boleh berkerjasama dengan mereka.- OLEH LUKMAN ABDULLAH- 4/9/2013




pemuda-umno-bn-khairy-kj-bajet-belanjawan-pertengahan-sederhana-rendah



Pemuda Mahu Kerajaan Tumpu Golongan Pertengahan Dan Rendah Dalam Bajet 2014

Sumber

KUALA LUMPUR 4 Sept – Pemuda UMNO hari ini mahu kerajaan memberikan tumpuan terhadap golongan pertengahan dan sederhana dalam pembentangan bajet 2014 akan datang.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata pergerakan itu mengambil berat keluhan rakyat
ekoran langkah pengurangan subsidi minyak dan pengurangan tersebut akan memberi kesan kepada golongan tersebut.

"Kami melihat bahawa peluang untuk diperkenalkan beberapa langkah untuk melindungi golongan ini seperti BR1M dan potongan cukai wajar diperkenalkan supaya dapat membantu golongan yang memerlukan bantuan ini dengan cara yang lebih 'targetted' atau khusus.

"Kita harap bahawa kerajaan juga akan mengambil serius tentang isu kenaikan harga barang dan kita gesa agar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengambil tindakan yang cepat dan tegas kepada mana-mana syarikat atau pengusaha yang didapati menaikkan harga perkhidmatan dan juga barangan mereka secara tidak munasabah.

"Kita juga menggesa agar kerajaan mempercepatkan usaha yang telah diumumkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani iaitu untuk kita membuka dan memecah monopoli yang diberi kepada beberapa syarikat. Contohnya AP dan sebagianya yang menyebabkan harga barangan seperti makanan dan sebagainya berada di paras yang tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pemuda UMNO, di sini, hari ini.

pemuda-umno-bn-khairy-kj-bajet-belanjawan-pertengahan-sederhana-rendah

Kata beliau lagi dengan memecah monopoli tersebut ianya diyakini akan dapat membantu dari segi pengurangan harga barang dan juga memberi kesan secara langsung kepada kos sara hidup rakyat.

Khairy yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) seterusnya menambah pergerakan itu juga meminta kerajaan sama-sama berkongsi beban untuk mengurangkan defisit fiskal kerajaan.

"Di samping kita minta rakyat menanggung subsidi, kerajaan juga mestilah buktikan melalui penjimatan dan juga melalui usaha untuk mengelak daripada ketirisan berlaku dalam perbelanjaan kerajaan.

"Ini akan memberi gambaran yang jelas kepada rakyat bahawa kerajaan juga serius dan secara langsung memikul tanggungjawab untuk mengurangkan defisit.

"Kita juga minta kerajaan kaji subsidi yang diberikan kepada syarikat –syarikat besar, contohnya subsidi gas yang diberi kepada kilang-kilang dan samaada subsidi tersebut juga dapat dikurangkan sekiranya kita nak kurangkan subsidi kepada rakyat.

"Sebab kita dapati bahawa program rasionalisasi subsidi ini mestilah ditanggung oleh semua pihak dan bukannya subsidi am kepada rakyat sahaja yang dikenakan oleh kerajaan," ujarnya.

Dalam perkembangan sama Khairy turut memberitahu pergerakan itu juga mahu beberapa isu yang 'non negotionable' berhubung TPPA.

"Hari ini kita juga setuju dan buat ketetapan bahawa ada beberapa isu bagi Pemuda UMNO yang 'non negotionable' iaitu yang berkenaan dengan syarikat milik kerajaan (GLC). Kita nak pastikan bahawa tidak ada apa-apa peruntukan dalam TPPA yang dipersetujui yang boleh mendedahkan syrikat-syarikat milik kerajaan ini kepada gelanggang yang kita rasa tidak sama rata.

"Kita juga tidak akan kompromi dari segi agenda ekonomi Bumiputera bahawa tidak boleh ada apa-apa peruntukan yang boleh menidakkan apa sahaja dasar yang boleh membantu usahawan bumiputera.

"Kita tegas bahawa soal perolehan kerajaan juga tidak dimasukkan dalam TPP dan keempat tindakan undang-undang terhadap kerajaan Malaysia oleh syarikat swasta daripada luar negara seperti mana ada peruntukan ISDS pun adalah perkara yang tidak boleh kita terima," katanya.

Dulu Rafizi #kantoi pasal debat PTPTN, harga kereta, sekarang pasal harga minyak

Posted: 04 Sep 2013 04:27 PM PDT



Kantoi lagi! Sebelum ni kantoi pasal penipuan dalam debat PTPTN, selepas tu harga kereta, sekarang kantoi pasal kenaikan harga petrol?

Senarai antara adegan ` kantoi' Rafizi sebelum ini :- 

#DebatPTPTN - @RafiziRamli kantoi dan dimalukan

Bicara Kampus #PTPTN: Unjuran @RafiziRamli salah!

Hujah Dibalas Hujah!!!Rafizi Kantoi Cubaan Seleweng Minda Rakyat Isu Harga Kereta...


Baca artikel di bawah daripada Dr MIM tentang penipuan Rafizi


OOPPSSS....... @RAFIZIRAMLI KANTOI ISU KENAIKAN HARGA PETROL !! @KHAIRYKJ

Sumber

Sebenarnya MiM malas untuk kantoikan si Rafizi Ramli sekali lagi kerana sebelum ini beliau kantoi tentang perbezaan di antara masa Facebook dan Twitter ketika Anwar hilang hampir 2 jam dari media sosial.


Tetapi apabila MiM baca entri Fizi tentang isu kenaikan harga petrol dan kenyataan berjela, beliau bakal kantoi dan malu diri beliau sendiri.

Blog Rafizi : Klik Sini

1. Lihat printscreen di bawah :


2. Yang kantoinya ialah Fizi hanya menunjukkan graf hingga bulan Jun 2013. Tetapi, apabila kita rujuk graf di bawah, kita akan lihat kenaikan harga minyak mentah daripada bulan Jun 2013 hingga ke bulan Ogos 2013!


3. Kenapa Fizi hanya mengambil graf hingga bulan Jun 2013 sahaja dan tidak merujuk kepada indeks graf yang terbaru hingga bulan Ogos seperti di atas?

4. Apakah beliau sengaja berbuat demikian untuk putar belit dan menipu rakyat ?



5. Rafizi Ramli juga menulis : 
Tidak pernah sekali pun harga petrol dan diesel diturunkan apabila harga minyak mentah ini menurun di pasaran dunia. seterusnya  
6. Benarkah kenyataan tersebut atau Fizi berbohong sekali lagi ? 

7. Sila baca printscreen di bawah : 

sumber : klik sini

8. Bukankah kerajaan pernah menurunkan harga petrol RON97 sebanyak 20 sen pada 22 Mei 2013 dan ketika itu graf harga minyak mentah memang rendah bulan itu?

9. Apakah Rafizi Ramli tidak tahu atau beliau mahu berbohong kepada rakyat sekali lagi?

10. Beliau juga mendakwa "matwang ringgit telah hilang nilainya dan susut secara mendadak dalam tempoh sebulan yang lepas."

11. Kenyataan Pengarah Strategi PKR ini ternyata tidak berasa. Sila baca :
Ringgit mencatatkan rekod tertinggi sejak tiga minggu lalu hari ini, mengatasi prestasi beberapa mata wang di ASEAN selepas kerajaan mengambil keputusan mengurangkan subsidi bahan bakal untuk mengurangkan defisit fiskal negara. 
Kenaikan selepas pengumuman kenaikan harga minyak itu berlaku dipercayai hasil daripada aktiviti pembelian oleh pelabur di pasaran luar pesisir. 
Ringgit diurusniaga pada 3.2645 (setakat 3 petang) berbanding Dolar Amerika Syarikat (AS) iaitu meningkat 0.29 peratus, selepas mencecah 3.2590 iaitu rekod terbaik sejak 13 Ogos lalu. 
Kenaikan itu lebih tinggi berbanding kenaikan Baht Thailand yang meningkat 0.23 peratus, diikuti 0.27 peratus bagi Peso Filipina berbanding Dollar AS. seterusnya
12. Apakah Rafizi Ramli tangkap muat sahaja atau beliau sekali lagi mahu menipu rakyat? 

13. Ada beberapa lagi omongan Rafizi Ramli yang sangat meragukan dan menimbulkan persoalan, sama ada beliau ini sengaja putar belit dan berbohong kepada rakyat. 

14. Anda baca entri menarik ini : KLIK SINI 

15. Jika segala di atas gagal dijawab oleh Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR itu, MiM sarankan agar beliau letak jawatan sahaja.

16. Dan tidak perlulah Khairy Jamaluddin melayan pelawaan si Fizi ini untuk berdebat. Buang masa sahaja.





Wajarkah saya bertanding Majlis Tertinggi? @KhairyKJ

Posted: 02 Sep 2013 11:04 PM PDT


Klout score semasa menjelang PRU13


Saya tidak pernah terfikir untuk bertanding apa-apa jawatan di peringkat Pusat. Walaupun begitu, pertandingan di peringkat MT dijadikan alasan oleh sekumpulan pengambil kesempatan untuk membezakan saya dengan Dr Novandri. Saya faham game mereka. Mungkin jika saya ada, game mereka akan terjejas.

Keupayaan pemimpin UMNO memahami dan mengendalikan dunia media siber dan media sosial membuatkan saya berfikiran, mungkin elok juga jika ada golongan muda yang faham dan mahir tentang media siber dan media sosial bertanding sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO. 

Mungkin jika ada pemimpin di dalam MT yang boleh memikul tanggung jawab ini, maka UMNO tidak akan terpaksa untuk meng`outsource'kan tugas ini kepada pegawai dalam pejabat Perdana Menteri atau orang yang berada di luar kepimpinan parti.  

Soalnya sekarang, wajarkah saya bertanding sebagai MT dan apakah yang boleh saya tawarkan jika saya terpilih menjadi Ahli MT UMNO?

Wajarkah saya menawarkan diri sebagai MT atas justifikasi-justifikasi ini?


1. Pemimpin yang mewakili aspirasi generasi muda
  • Walaupun Umur saya telah mencecah 42 tahun, saya masih berperanan aktif di dalam menggerakkan Majlis Belia Kawasan Putrajaya dan persatuan-persatuan belia yang bernaung di bawahnya.
  • Saya merupakan pengasas Majlis Belia Kawasan (MBK) Putrajaya, Majlis Perundingan Belia Negeri (MPBN) Putrajaya, Persatuan Belia Putrajaya, GPMS Putrajaya, Kelab Sukan Komuniti Putrajaya dan yang menubuhkan semula Persatuan Bolasepak Putrajaya (Baru)

2. Pengalaman dan kemahiran dalam perang siber dan media sosial


  • Terlibat dalam perang siber dan debat online sejak tahun 1999, sejak zaman chat room dan yahoo groups lagi. Ini di antara debat online saya ketika di dalam Yahoo Groups Young Professional Chambers (Promuda) berkenaan Liberal dan Conservative Islam - http://groups.yahoo.com/neo/groups/promuda_circle/conversations/topics/2325
  • Semasa PRU 2004 - Pengerusi Pembangunan Bahan, Unit Media Pergerakan Pemuda UMNO / BN di bawah kendalian Exco Pemuda ketika itu, Datuk Norza Zakaria dan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
  • Membantu penubuhan pasukan Cybertroopers Pemuda UMNO/BN semasa PRU 2004 dan mengetuai operasi Cybertroopers Pemuda UMNO/BN semasa PRU 2004
  • Kolumnis dan pengendali Laman Web Pergerakan Pemuda UMNO pada 2003 - 2004, 
  • Pengerusi Unit Media Baru Pergerakan Pemuda Umno Malaysia (UMB) 2009-2013
  • Terlibat mengendalikan jentera siber BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK), Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak 
  • membantu laporan semasa Pilihan Raya Kampus 2013
  • Pelopor kepada Modul Latihan Operasi Siber UMB

Operasi Perang Siber Pilihan Raya Kecil dan Pilihan Raya Negeri


  1. Pengerusi Unit Perang Siber Pemuda Umno bagi Pilihan Raya Kecil:
  2. PRK Bukit Selambau
  3. PRK Manek Urai
  4. PRK Permatang Pasir
  5. PRK Bagan Pinang
  6. PRK Hulu Selangor
  7. PRK Batu Sapi
  8. PRK Galas
  9. PRK Tenang
  10. PRK Merlimau
  11. PRK Kerdau
  12. PRK Kuala Besut
  13. Pengerusi Bersama Unit Perang Siber Barisan Nasional bagi PRN Sarawak

Latihan Perang Siber

Program latihan di bawah UMB Pusat
  1. Latihan Induk UMB
  2. Latihan Media Baru Peringkat Negeri Kedah
  3. Latihan Media Baru Peringkat Negeri Kedah II
  4. Latihan Media Baru Wilayah Persekutuan dan Selangor
  5. Bengkel Media Baru Facebookers
  6. Program latihan di bawh kendalian Biro Penerangan UMNO
  7. Kursus Bela Nusa Khas – Pendekatan Perang Siber
  8. Latihan Media Baru Peringkat Negeri Sabah
  9. Kursus Khas Jentera Siber
  10. Program latihan di bawah Badan Perhubungan Negeri - UMB
  11. Latihan Media Baru Peringkat Negeri Pahang
  12. Latihan Media Baru Peringkat Negeri Melaka
  13. Latihan Media Baru Peringkat Negeri Pulau Pinang
  14. Latihan Media Baru Peringkat Negeri Terengganu
  15. Latihan Media Baru Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan
  16. Latihan Simulasi Cybertroopers Peringkat Negeri Kedah

Program Latihan di bawah pelbagai badan yang lain
  1. Pemukiman Jentera UMB Wilayah Persekutuan dan Selangor
  2. Kursus Persediaan PRN Sarawak (Blogger 1Malaysia)
  3. Bengkel Komunikasi Strategik Blogger Sarawak
  4. Kursus Media Baru IPTA
  5. Kursus Media Siber Nur Al Falah
  6. Kursus Media siber Nur Al Falah Siri 2
  7. Kursus Media Siber Nur Al Falah Siri 3
  8. Konvensyen Media Siber Nur Al Falah
  9. Kursus Media Baru IPTA 1
  10. Kursus Media Baru Pensyarah Destini Kenegaraan 
  11. Kursus Media Baru IPTA 2
  12. Kursus Media Baru IPTA 3
  13. Kursus Media Baru IPTA 4
  14. Simulasi Media Siber Pilihanraya Kampus

Operasi-operasi Khas
  1. Membantu pelaporan Pilihanraya Kampus 2012/2013.       
  2. Mengendalikan jentera UMB dalam operasi-operasi khas antaranya mengenai Persidangan Agung UMNO, Perhimpunan Bersih, Anti-Lynas, Bebas Anwar 901, Pro Aspirasi Mahasiswa, Jelajah Aman Kampus, Meja Bulat PTPTN, Demonstrasi PTPTN, Sambutan UMNO 66, Jelajah Destini Anak Bangsa UiTM, Bee Ant Blues Hari Belia Negara, Demonstrasi #JanjiBersih Ambang Merdeka dan Promosi Tweet Merdeka 55, 1M4U. 
  3. Mengendalikan Sidang Plenari berkaitan Gerakan Perang Siber bagi negeri Pahang semasa Konvensyen Umno Pahang
  4. Membantu pengendalian Konvensyen Media Sosial 1Malaysia yang pertama


3. Kesediaan untuk tampil berhadapan dengan pembangkang

Kadang-kadang kita mencari-cari siapakah Ahli MT UMNO yang sentiasa ke hadapan untuk berhadapan dengan media dan pembangkang bagi mempertahankan UMNO dan Barisan Nasional. Tanyalah kebanyakan media, termasuk media online, mereka akan menyatakan bahawa amat sukar untuk mendapatkan pemimpin UMNO untuk diletakkan dalam pelbagai forum.

Saya mungkin di kalangan pemimpin UMNO yang banyak berhadapan dengan pemimpin pembangkang dalam pelbagai forum dan program bual bicara. Ada satu ketika, saya terpaksa hadir tiga slot forum bersama pemimpin pembangkang dalam satu hari, termasuk satu slot di mana saya terpaksa menjadi bidan terjun kerana ketiadaan pemimpin UMNO untuk berhadapan dengan Khalid Samad dan Muhamad Nur Manuty bagi bercakap tentang Melayu Pasca PRU13 :- 



Pemuda Umno: Pakatan tiada program bangunkan Melayu




Ahli Panel program Diskusi oleh Antara Pos bersama YB Khalid Samad Ahli Parlimen Shah Alam dan Dr Mohd Nor Manuty Ketua Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR bertajuk 'Melayu Pasca PRU Ke-13' http://youtu.be/NDeumYO-Qbs

Di bawah adalah antara forum dan bual bicara dengan pemimpin pembangkang, termasuk yang bergelar YB Ahli Parlimen, ADUN dan Pengerusi Biro dalam parti pembangkang, yang saya hadiri;


  1. Ahli Panel Forum Wacana 'PRU13  Harapan Malaysia' bersama Dr Yuseri Yusoff (UIA), Dr Maszlee Malek (UIA) dan Dr Zuhdi Marzuki (PAS) anjuran MPP Universiti Islam Antarabangsa (UIA) http://youtu.be/jcGOrGN2qOA
  2. Ahli Panel Wacana SINAR 'Kuasa Politik Mahasiswa' bersama YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Prof Azmi Hassan, Muammar Gadafi Jamal, Azan Safar http://youtu.be/1md8Mig16i0
  3. Ahli Panel program Meja Bulat oleh Antara Pos bersama YB Shuhaimi Shafie (ADUN Sri Muda) bertajuk 'Kebangsaan / Nepotisme Satu Warisan' http://youtu.be/qWvNlSrhqNw
  4. Ahli Panel program Diskusi oleh Antara Pos bersama YB Nik Nazmi Bik Ahmad ADUN Seri Setia dan Prof Datuk Abu Latif Abu Bakar bertajuk 'Perang Media Baharu – Faktor Penentu PRU-13' http://youtu.be/xww7MfKWoW4
  5. Ahli Panel program Diskusi oleh Antara Pos bersama YB Shuhaimi Shafie, ADUN Sri Muda dan Hatta Wahari Ahli DAP bertajk 'Peranan Media Baru Menjelang PRU Ke-13' http://youtu.be/OahdYcgpk4A
  6. Ahli Panel program Sudut Pandang Astro Awani bersama YB Datuk Saifuddin Abdullah dan YB Yusmadi Yusoff bertajuk 'Menggalakkan Perdebatan'
  7. Wawancara bersama Hishamudin Rais dalam segmen Current Affairs oleh BFM89.9 The Business Station bertajuk 'Cybertroopers, Social Media and The State of Media in Malaysia' http://youtu.be/7SuXf-tclXc
  8. Ahli Panel, wawancara secara langsung Sudut Pandang, Astro Awani bersama YB Tony Pua (DAP), Tajuk - Middle Malaysia http://youtu.be/nXsxg6Of3iQ
  9. Ahli Panel, wawancara secara langsung Agenda Awani, Astro Awani bersama YB Amiruddin Shari (PKR), Tajuk - Mengimbau Pilihanraya Kecil dan Persediaan Pilihanraya Umum ke-13 http://youtu.be/bK580pTmxEY
  10. Ahli Panel, wawancara secara langsung Sudut Pandang, Astro Awani bersama Tn Hj Abbas Awang, Timbalan Pengerusi Biro Pendidikan PKR. Tajuk - Pelaksanaan Sekolah Satu Aliran http://youtu.be/fcjzK_pDdl0 
  11. Ahli Panel, wawancara secara langsung Sudut Pandang, Astro Awani bersama YB Yusmadi Yusof, Tajuk - Internet: Antara Tapisan dan Kemajuan.
  12. Ahli Panel, wawancara secara langsung Sudut Pandang, Astro Awani bersama YB Abdullah Sani (PKR). Tajuk - Merebut Pentadbiran Selangor. http://youtu.be/CIcIEiIdI1Y
Ini tidak termasuk program bual bicara yang lain bagi mengulas pelbagai isu, tidak terhad kepada media baru semata-mata :-


  1. Bual Bicara Face-Off berkenaan PRU13, Red Bean Army, Video Anwar http://youtu.be/V8a2ekw4Qw0 , http://youtu.be/f3XUNN7HvUY
  2. Ahli Panel program Bicara Rakyat oleh RTM bertajuk Kuasa Politik Media Sosial bersama YM Datuk Raja Arif Raja Ali dan blogger Big Dog http://youtu.be/4TtCaG5JSjY
  3. Ahli Panel program Bicara Kampus oleh RTM bertajuk PTPTN – Retorik vs Realiti http://youtu.be/L4t93hixdBM
  4. Ahli Panel program Dalam Radar Radio24 Bernama bertajuk 'Veteran Dalam Media Sosial'
  5. Ahli Panel program Bicara Rakyat oleh RTM bersama Prof Madya Dr Abu Hassan Abdullah dan Prof Madya Dr Ismail Sulaiman bertajuk 'Media Sosial: Peranan & Tanggungjawab' http://youtu.be/fZnZIRaMEZM
  6. Ahli Panel program What Say You oleh MobTV mengenai 'Peranan Cybertroopers Menjelang PRU13' http://tunfaisal.blogspot.com/2012/03/cybertroopers-pemuda-bn-tunfaisal-di.html
  7. Ahli Panel program What Say Youth oleh MobTV bertajuk mengenai 'Peranan Blogger Merancakkan PRU13' bersama Hasbeemasputra Abu Bakar. http://jendelamy.blogspot.com/2012/02/peranan-blogger-merancakkan-pru13-what.html
  8. Wawancara program Kerusi Panas oleh Radio 24 Bernama bertajuk 'Media Sosial sebagai 'askar baru' tangkis propaganda liar' http://tunfaisal.blogspot.com/2011/11/updates-podcast-tf-kena-drill-di-kerusi.html
  9. Ahli Panel program Analisis RTM mengenai Analisis Pilihan Raya Kecil Tenang bertajuk 'Tenang Akhirnya'
  10. Ahli Panel program Astro Awani Khas bertajuk 'Merealisasi Model Politik Baru'
  11. Ahli Panel program Astro Awani, berkatan dengan analisis Pilihan Raya Kecil Galas bertajuk 'Menggalas Harapan'
  12. Ahli Panel Arena Media, program Meja Bulat, Astro Awani mengenai 'Pandangan Hidup Golongan Muda'.
  13. Ahli Panel Arena Media, program Meja Bulat, Astro Awani mengenai 'Umur Persaraan'.
  14. Ahli Panel, wawancara secara langsung Analisis Awani Khas, Astro Awani sempena Perhimpunan Agung UMNO 2009, Tajuk - Transformasi UMNO.
  15. Ahli Panel, wawancara secara langsung Agenda Awani, Astro Awani bersama sdri Ida Moerni, Ketua Puteri Bukit Gelugor, Tajuk - Pindaan Perlembagaan Umno.
  16. Ahli Panel, wawancara secara langsung Analisis Awani, Astro Awani. Tajuk - Pilihanraya Kecil Permatang Pasir.
  17. Ahli Panel, wawancara secara langsung Agenda Awani, Astro Awani. Tajuk - Unit Amanah.
  18. Ahli Panel, wawancara secara langsung Analisis, RTM. Tajuk - Kembali Bertaut http://youtu.be/sO87T5Oel4s
  19. Ahli Panel, wawancara secara langsung Analisis Awani, Astro Awani. Tajuk - Pilihanraya Kecil ManekUrai 
Selain itu ada juga tweet exchange saya dengan pemimpin-pemimpin PR seperti Tony Pua, Nik Nazmi, Dr Siti Mariah dan Khalid Samad yang saya blogkan sebagai rekod :-

Tony Pua tak puas hati dengan namanya... ?
http://tunfaisal.blogspot.com/2010/04/tony-pua-tak-puas-hati-dengan-namanya.html

When chauvinists tried to explain 1Malaysia from Malaysian Malaysia angle...
http://tunfaisal.blogspot.com/2010/04/when-chauvinists-tried-to-explain.html

Nik Nazmi gagal jawab sama ada PR akan hapuskan judi dan premis maksiat atau terus halalkannya di Selangor
http://tunfaisal.blogspot.com/2010/05/nik-nazmi-gagal-jawab-sama-ada-pr-akan.html

Arak - Khalid nafi Pas pernah janji tutup kilang arak, Dr Dzul dan Dr Siti Mariah tidak berani jawab
http://tunfaisal.blogspot.com/2011/07/arak-khalid-nafi-pas-pernah-janji-tutup.html

@DrSitiMariah - Pas tidak pernah janji untuk tutup kilang arak Shah Alam #PenipuRakyat
http://tunfaisal.blogspot.com/2011/09/drsitimariah-pas-tidak-pernah-janji.html



4. Pengalaman dalam perkara-perkara berkaitan dasar dalam bidang pendidikan


Sebagai salah seorang Pegawai Khas kepada Menteri Pelajaran yang melihat kepada perkara-perkara berkaitan dasar sepanjang April 2004 – April 2009, saya mempunyai pendedahan dalam melakukan tugas-tugas penyelidikan dalam bidang berkaitan Dasar Pelajaran dan pelaksanaannya. Antara penglibatan langsung saya ketika di sana adalah -

  1. Bertanggungjawab untuk membantu YBM merangka, menulis dan memperhalusi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010Kementerian Pelajaran Malaysia
  2. Bertanggungjawab untuk membantu YBM merangka Program Pembestarian Sekolah, Pelan Strategik ICT KPM dan program-program ICT lain, termasuk merangka semula program latihan perkakasan untuk Program Pengajaran Sains dan Matematik (PPSMI) Fasa 4, bertanggungjawab merangka dan menulis Nota dan Memorandum kepada Jemaah Menteri berkaitan Usaha Menangani Gejala Disiplin Pelajar, Langkah Memantapkan Program Kokurikulum di KPM, Menaik taraf maktab perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG); dan Memorandum Bersama dengan Jabatan Perpaduan dan Integrasi berkaitan Pengukuhan Semangat Patriotisme, Memorandum bersama dengan Kementerian Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat berkaitan Pendidikan Seksualiti (Reproduktif dan Sosial)
  3. Bertanggungjawab untuk membantu YBM dalam perkara-perkara berkaitan peperiksaan dan penilaian, termasuk pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
  4. Bertanggungjawab untuk membantu YBM merangka strategi untuk Memperkasa Bahasa Kebangsaan, Kesusasteraan dan industri perbukuan dalam konteks pengukuhan pelaksanaan Dasar Buku Negara
  5. Bertanggungjawab membantu YB Menteri Pelajaran mengendalikan Hal Ehwal Parlimen dan memperhalusi jawapan-jawapan yang disediakan
  6. Bertanggungjawab untuk  membantu meneliti dan memperhalusi ucapan-ucapan YB Menteri Pelajaran
  7. Bertanggungjawab atas segala aduan yang dihantar kepada YB Menteri Pelajaran berkaitan Salah Laku Pelajar dan Pengurusan Sekolah
  8. Membantu merencana aktiviti perhubungan awam, pengukuhan imej dan pengurusan persepsi awam terhadap YB Meteri dan Kementerian Pelajaran
  9. Bertanggungjawab untuk meneliti kertas kerja, projek-projek khas dan tugasan-tugasan lain yang diarahkan oleh YB Menteri Pelajaran (Memperkasakan Sekolah Kebangsaan, Memperkukuhkan Kurikulum, Perlaksanaan Islam Hadhari, Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Agama Negeri, Sekretariat Menangani Gejala Disiplin, pelaksanaan International Baccalaureate (IB), program F1 In School dan Robotik)
  10. Terlibat di dalam mesyuarat berkala Majlis Permuafakatan Pentadbir-pentadbir Sekolah Putrajaya dan Cyberjaya bersama Pengarah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya bagi merencana program pendidikan anak-anak di dalam kejiranan ini selain dari menangani pelbagai isu dan masalah yang timbul di sekolah-sekolah dalam kejiaranan ini secara lebih pantas dan berkesan

5. Pengalaman dalam bidang latihan dan pengkaderan

Saya merupakan produk Institut Kajian Dasar (IKD) semasa di universiti. Sebelum itu saya juga terlibat dalam gerakan-gerakan pelajar termasuk yang menggunakan usrah sebagai salah satu kaedah pengkaderan. Saya terlibat membantu mengendalikan sejumlah program latihan selain latihan perang siber, termasuklah program latihan ABATA.


6. Pengalaman dalam politik kampus dan engagement dengan mahasiswa

Saya merupakan graduan universiti tempatan, USM yang terlibat dengan politik kampus IPTA sejak zaman kehasiswaan lagi. Terlibat dalam engagement dengan mahasiswa sejak 2003 sehingga sekarang.



7. Kebolehan dalam penulisan


Antara tulisan - 

The Credibility of News Portals Compared to Mainstream Press
http://malaysiandigest.com/opinion/40605-the-credibility-of-news-portals-compared-to-mainstream-press.html

Developing World Class ASEAN Leaders - The Role Of Universities
http://tunfaisal.blogspot.com/2012/01/kisah-dulu-dulu-world-class-leaders.html

James Wong opinion – a pure nonsense
http://tunfaisal.blogspot.com/2011/12/kisah-dulu-dulu-rakyat-malaysia-sokong.html

Bangsa Eropah yang mudah mengkritik tapi benci dikritik

(Menyanggah kritikan editorial Wall Street Journal terhadap Tun Mahathir)
http://tunfaisal.blogspot.com/2011/12/kisah-dulu-dulu-menyanggah-kritikan.html

Dr M Leader Par Excellence
http://tunfaisal.blogspot.com/2011/12/kisah-dulu-dulu-sempena-ulang-tahun-tun.html


8. Pendirian dalam perkara-perkara prinsip berkaitan agama Islam 


Pemimpin UMNO juga adakalanya dilihat terkebelakang dalam mengutarakan pendirian mereka mengenai Islam. Ini merupakan sebahagian daripada pandangan saya mengenai perdebatan yang hangat ketika itu -

Zainah Anwar – searching the true meaning of `uswatun hasanah'.
(A response to "Ending the Patriarchy")
http://tunfaisal.blogspot.com/2012/01/kisah-dulu-dulu-menyanggah-artikel.html

Kesemua artikel berkaitan Kalimah Allah sejak kes itu diputuskan pada Disember 2009
http://tunfaisal.blogspot.com/search/label/Kalimah%20Allah

Hanya Pas, bukan UMNO perjuangkan Islam?

http://tunfaisal.blogspot.com/2009/11/hanya-pas-bukan-umno-perjuangkan-islam.html

Menyanggah tulisan Farish Noor "Ummah, not ulama, should call the shot"
http://tunfaisal.blogspot.com/2011/12/kisah-dulu-dulu-menyanggah-tulisan.html

PROMUDA - Debat Islam Liberal dan Konservatif dari Perspektif Sejarah Islam
Conservativeness leads to the stagnation of the Ummah
http://tunfaisal.blogspot.com/2011/12/kisah-dulu-dulu-debat-islam-liberal-dan.html

Memahami dan menangani pemikiran Islam liberal
http://tunfaisal.blogspot.com/2011/12/kisah-dulu-dulu-memahami-dan-menangani.html


Liberal Islam: Menyanggah M Bakri Musa
http://tunfaisal.blogspot.com/2011/12/kisah-dulu-dulu-liberal-islam.html


9. Pendirian dalam perkara-perkara pokok berkaitan perjuangan orang Melayu/Bumiputera


Ini adalah antara pandangan saya mengenai agenda ekonomi orang Melayu -

"Melayu miskin terus miskin di bawah DEB"
http://tunfaisal.blogspot.com/2009/12/melayu-miskin-terus-miskin-di-bawah-deb.html

Bursa Saham Bumiputera (BSE) - cadangan baik untuk Model Ekonomi Baru
http://tunfaisal.blogspot.com/2010/04/bursa-saham-bumiputera-bse-cadangan.html

Model Baru Ekonomi - Maaf PM, saya tidak percaya Amirsham!
http://tunfaisal.blogspot.com/2010/06/model-baru-ekonomi-maaf-pm-saya-tidak.html

Komputer 1Malaysia : TERAJU gagal! Bumiputera kalah kepada syarikat penjual penyapu Cina?
http://tunfaisal.blogspot.com/2013/06/komputer-1malaysia-teraju-gagal.html

Joceline Tan - Membaca pemikiran orang Cina
http://tunfaisal.blogspot.com/2011/09/versi-bm-joceline-tan-membaca-pemikiran.html


Lebih lanjut mengenai saya dan pengalaman saya di dalam bidang politik, profesional, NGO dan kepimpinan di pautan di bawah
http://ms.wikipedia.org/wiki/Tun_Faisal_Ismail_bin_Aziz



Syor Pinda Akta Hina Bendera - Malaysia denda RM1k je, Indonesia RM150k, 5 Tahun Penjara

Posted: 30 Aug 2013 11:03 PM PDT



Ahli Parlimen Malaysia wajar mengusulkan agar perbuatan menghina lambang kebangsaan Malaysia ditingkatkan sehingga RM 150,000 dan hukuman penjara dipanjangkan juga seperti Indonesia. Undang-undang lapuk ini perlu diperbaharui dan diberi konteks baru memandangkan bahaya dan ancaman terhadap pembentukan negara bangsa dan semagat patriotisme.

Cadangan : PDRM - mohon segera tahan atau panggil untuk siasatan semua individu yang terlibat. Jabatan Peguam Negara - mohon segera dakwa mereka di mahkamah dan segera drafkan cadangan untuk pinda Akta berkaitan. Menteri Dalam Negeri dan Menteri yang Undang-undang - mohon segerakan tindakan. Ahli Parlimen - mohon usulkan pindaan terhadap Akta ini, bukan sahaja dari sudut peningkatan hukuman tetapi juga dari aspek konteks menghina dan menggunakan lambang dan lagu kebangsaan ini secara tidak wajar.


Seksyen 3 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963
http://www.agc.gov.my/Akta/Vol.%209/AKTA%20414%20-%20Akta%20Lambang%20dan%20Nama%20(Mencegah%20Penggunaan%20Tak%20Wajar)%201963.pdf
Denda RM 1000 sahaja untuk penggunaan dengan cara tidak wajar...

Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949
http://www.agc.gov.my/Akta/Vol.%204/Akta%20193.pdf
Denda RM 500 sahaja untuk pamer lambang pelik-pelik sebagai bendera kebangsaan...


National Anthem Act 1968

http://www.agc.gov.my/Akta/Vol.%208/Act%20390.pdf

- tidak hormat lagu Negaraku, hanya kena denda RM100... patutlah Namewee berani sangat!


Baca BLOG KRO di bawah untuk hayatinya...

Cina Malaysia Dihukum Penjara 5 Tahun Hina Bendera Indonesia, Di Malaysia? Gerakan Tukar Bendera Pun Tak Apa!!!



Seorang cina warga Malaysia, Broderick Chin ditahan oleh polis Indonesia kerana menghina bendera Indonesia. Dia meminta seorang pekerjanya agar menggantikan bendera Indonesia dengan seluar dalam merah miliknya, ketika pekerjanya sibuk mencari bendera untuk dikibarkan sehari sebelum Hari Kebangsaan Republik Indonesia. Cina Malaysia tersebut telah ditahan oleh polis Indonesia dan bakal berdepan hukuman penjara 5 tahun atau denda RP500 juta (RM148,000). Sahabat Blogger RBF, mempunyai butiran yang terperinci. Baca di sini.


Ternyata Indonesia amat tegas di dalam memberi penghormatan kepada bendera di negara mereka. Malaysia pula bagaimana? Saban hari gerakan untuk menukar Jalur Gemilang, bendera Malaysia begitu rancak dijalankan. Tiada tindakan undang-undang dikenakan ke atas mereka. Mereka lepas bebas menghina tanpa takut dikenakan sebarang tindakan undang-undang. Apakah Kerajaan yang ada sekarang terlalu takut mengambil tindakan untuk kekal popular?






Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2013/08/cina-malaysia-dihukum-penjara-5-tahun.html#XS9Q36QdyhFjDROx.99