Rabu, 26 Oktober 2011

Barisan Nasional

Barisan Nasional


THE FLYING KICK

Posted: 26 Oct 2011 01:50 PM PDT

PEJUANG BANGSA

Posted: 26 Oct 2011 11:51 AM PDT

PEJUANG BANGSA


Penyanyi seksi Lebanon lebih berani dari Anwar Ibrahim dalam isu video !

Posted: 26 Oct 2011 10:41 AM PDT






Penyanyi Lebanon, Haifa Wahbi merancang untuk menyaman sebuah kedai pakaian tempatan kerana meletakkan beberapa kamera tersembunyi di bilik persalinan dan merakam gambarnya dalam keadaan tidak berpakaian seterusnya menyebarkan gambar-gambar itu di Internet, lapor akhbar Al-Bawabasemalam.

Walaupun penyanyi yang popular dengan lagu Agoul Ahwak itu cuma membeli-belah di beberapa gedung pakaian terpilih, dia telah terpedaya satu komplot jahat yang dilakukan di kedai pakaian yang kerap dikunjunginya itu.

Haifa yang berang melihat gambar-gambar bogelnya tersebar di Internet segera menelefon pemilik kedai pakaian tersebut untuk memarahinya selain memberi amaran bahawa dia akan mengambil tindakan mahkamah berhubung isu tersebut.

Ekoran insiden tersebut, Haifa yang mendapat tempat kedua dalam pertandingan Ratu Cantik Lebanon, mengarahkan seorang peguamnya mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak pengurusan kedai pakaian berkenaan sebagai pengajaran.

Sementara itu, penyanyi itu sedang melakukan persiapan untuk album terbaharunya yang turut menampilkan lagu duet bersama bintang rap Amerika Syarikat, Snoop Dog.

Haifa juga akan membintangi sebuah drama televisyen yang dijadual disiarkan dalam bulan Ramadan tahun depan.

Solidariti Mahasiswa Malaysia sudah tergelincir akidah ,memegang lilin demi Aziz Bari !

Posted: 26 Oct 2011 09:01 AM PDT








Nak tuntut kebebasan akademik  , tapi akidah dan hukum agama  diketepikan ...


GPB nak tanya ketua Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) ini , Syukri Abd Razab yang begitu kuat sangat pertahankan Prof Kangkung Aziz Bari ini , anda tidak tak tahu ke perbuatan demo seperti dalam video di atas ini yang menyalakan lilin adalah seperti upacara program candlelight vigil yang mana satu amalan budaya orang kafir , tidak kira lah ianya mengenangkan perisitiwa yang menyedihkan atau seumpamanya .

Islam tak pernah mengajar pun perbuatan ini malah melarang umatnya dari menyamai (Tasyabbuh) dengan kuffar.


Mesti SMM terpengaruh dengan amalan parti PKR yang pernah melakukan upacara memegang lilin semasa ceramah mereka dulu . KLIK DISINI




Kepada  SMM yang  hari ini dah popular dikalangan penjilat Pakatan  disebabkan  perasan  mereka lebih cerdik & bijak  dari sesiapapun  kerana  nama " MAHASISWA  "  itu ,   jangan lupa sama akan  hukum agama yang melarang perbuatan yang melanggar akidah sebagai seorang  yang beragama Islam .



Di mana Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal agama Islam kali ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan pengenai penglibatan orang Islam dalam aktiviti Candlelight Vigil, di mana di dalam Muzakarah tersebut keputusan yang telah di ambil sebagaimana di bawah ini:

1. Islam melarang umatnya daripada terlibat dalam apa jua amalan yang bersifat ritual atau upacara bukan agama Islam.


2. Candlelight Vigil mengandungi unsur-unsur tasyabbuh dengan Agama Bukan Islam dan boleh menjejaskan akidah Umat Islam


1. Di dalam Islam, cahaya atau api yang dihasilkan oleh lilin dan selainnya tidak memberi apa-apa pengertian berkaitan aqidah dan kepercayaan. Cahaya atau api hanya merupakan satu alat yang dikurniakan oleh Allah SWT bagi memudahkan urusan kehidupan manusia.


Bagaimanapun, api atau cahaya menjadi satu perkara yang amat signifikan bagi agama-agama bukan Islam terutamanya bagi agama majoriti di negara ini iaitu Kristian, Hindu dan Buddha. Amalan Candlelight Vigil khasnya atau kuasa cahaya atau api amnya mempunyai perkaitan langsung dengan ketiga-tiga agama tersebut.


2. Upacara berhimpun di suatu tempat dengan membakar lilin sebagai tanda protes adalah menyerupai amalan agama orang bukan Islam. Hukum Islam jelas melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah S.A.W. dalam Mausu'ah al-Sunnah, al-Kutub al-Sittah Sahih Muslim: Kitab Al-Aqdiyyah, Hadis ke-18, m.s. 1343 yang bermaksud:


"Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. telah bersabda: Barangsiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia adalah tertolak". (Riwayat Muslim)


3. Rasulullah S.A.W turut melarang umatnya daripada melakukan sesuatu perkara yang bukan datangnya dari urusan agama, sepertimana disebutkan di dalam Mausu'ah al-Sunnah, al-Kutub al-Sittah Sahih Muslim: Kitab Al-Aqdiyyah, Hadis ke-17, m.s. 1343 yang bermaksud:


"Telah diberitakan kepada kami oleh Abu Ja'far Muhammad bin al-Subhi dan Abdullah bin Aun al-Hilali kesemua daripada Ibrahim bin Sa'ad telah berkata Ibn al-Subhi, diceritakan kepada Ibrahim bin Sa'ad bin Ibrahim bin Abd al-Rahman bin Auf, diberitakan kepada kami oleh ayahku daripada al-Qasim bin Muhammad daripda Aisyah berkata; Rasulullah S.A.W telah bersabda "Sesiapa yang mengada-adakan (mereka-reka) perkara yang baru dalam urusan kami dan perkara tersebut bukan tergolong di dalamnya maka ia adalah tertolak". (Riwayat Muslim).


Sementara itu, Pembaca juga boleh membaca satu artikel yang bertajuk "The Candles and Their Symbolism" atau dalam Bahasa Melayunya "Lilin dan Simbolik"

Isu cabul : Guan Eng mengamuk , tuduh UMNO Online sebar fitnah !

Posted: 26 Oct 2011 07:44 AM PDT

Video pendedahan kemunafikan pemimpin PAS yang gila betina !!

Posted: 26 Oct 2011 06:42 AM PDT

Pemimpin PAS suka khalwat dengan Isteri Orang

Kami tak akan undi calon yang hina Islam & menguris hati orang Melayu

Posted: 26 Oct 2011 05:50 AM PDT




 Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yakin mereka berupaya memainkan peranan besar dalam menentukan kemenangan mana-mana calon dan parti pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang berikutan keahliannya yang semakin bertambah di setiap negeri.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau tidak akan teragak-agak untuk meminta ahli Perkasa supaya tidak mengundi mana-mana calon yang didapati menghina Islam dan menguris hati orang Melayu.

"Walaupun kami bukan parti politik, kami mempunyai hampir 300,000 ahli di seluruh negara.

"Kami akan mengerahkan semua ahli supaya tidak mengundi mana-mana calon yang menghina Islam. Kami tidak akan berkompromi dalam hal ini," katanya pada sidang media selepas merasmikan persidangan Agung Tahunan Kedua Perkasa di sini, Rabu.

Menurut beliau, ahli Perkasa telah memberi impak besar terhadap calon yang mencatat kemenangan tipis pada PRU 2008.

"Kami mempunyai 500 hingga 600 ahli di setiap daerah. Jika mereka tidak mengundi, ia mungkin mengubah lanskap politik di negara ini," ujarnya.

Sementara itu, beliau turut menyangkal dakwaan bahawa Perkasa bersifat perkauman, sebaliknya menegaskan perjuangannya adalah selaras dengan falsafah rukun negara dan menepati konsep 1Malaysia.

"Ada segelintir pihak mendakwa kami organisasi Melayu ultra tetapi kami adalah pemangkin perpaduan semua bangsa di Malaysia," katanya.

Turut hadir Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Nordin dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

Kira-kira 7,00 ahli Perkasa termasuk tetamu hadir pada persidangan itu.

Adakah tiket final Piala Malaysia 2011 layak dinaikkan ke RM 50 ?

Posted: 26 Oct 2011 03:34 AM PDT




Tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menaikkan harga tiket bagi perlawanan akhir Piala Malaysia daripada RM30 tahun lalu kepada RM50 tahun ini mencetuskan persoalan apakah sukan bola sepak di Malaysia milik mutlak FAM dan suku-sakat mereka yang ada di dalam persatuan peringkat negeri?

Peningkatan hampir 66 peratus itu bukan sahaja keterlaluan, malah menimbulkan kemarahan penyokong Terengganu dan Negeri Sembilan, dua pasukan yang berentap di perlawanan akhir yang dijadual berlangsung Sabtu ini di Stadium Shah Alam.

Bukan penyokong kepada kedua pasukan itu pun mungkin kurang senang dengan sikap FAM menaikkan harga tiket ke tahap itu secara sesedap hati sesedap mulut sendiri.

Mungkin juga ada pihak dalam persatuan itu menyangkakan bahawa sukan berkenaan adalah milik Sdn. Bhd. FAM.

Harga tiket itu juga nyata tidak mencerminkan gagasan Rakyat Didahulukan. Ia lebih mencerminkan kantung FAM yang didahulukan.

Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Penguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman menyifatkan kenaikan harga tiket tersebut seolah-olah wujud cubaan mengambil kesempatan atas sambutan hangat di kalangan peminat bola sepak akhir-akhir ini.

"Mungkin melihat sambutan yang menggalakkan dari peminat, ia menyebabkan permintaan tinggi berlaku terhadap tiket perlawanan akhir itu.

"Atas permintaan tinggi dan tempat duduk yang terhad, mungkin ada pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk mengenakan harga tiket yang tinggi bagi perlawanan tersebut," katanya ketika dihubungi Mynewshub.my di sini hari ini.

Alasan yang diberikan FAM atas peningkatan harga itu ialah hanya 65,000 sahaja tiket berbayar akan dijual dan mahu menyelaraskan perbezaan antara tempat duduk utama dan biasa.

FAM memberitahu, persatuan bola sepak kedua negeri bersetuju dengan peningkatan harga itu.

Mohd Yusof berkata, adalah tidak wajar untuk mengambil kesempatan menaikkan harga tanpa alasan yang munasabah memandangkan tindakan itu mampu merencatkan kemeriahan suasana perlawanan akhir piala paling berprestij tanahair itu.

Selain itu, beliau turut mempersoalkan tentang kualiti perkhidmatan yang disediakan oleh pihak penganjur perlawanan akhir tersebut dan keistimewaannya berbanding perlawanan akhir lain.

"Apakah penganjur perlawanan akhir Piala Malaysia kali ini memberikan perkhidmatan 'extra' yang lebih baik kepada penonton di stadium?

"Untuk menaikkan harga tiket sebegitu tinggi, FAM mestilah membuat justifikasi yang berpatutan agar penonton rasa berbaloi membayar tiket dengan harga yang tinggi," katanya lagi.

Menurut beliau lagi, FAM juga tidak wajar memberi alasan menaikkan harga tiket untuk mengumpul dana membaik pulih Stadium Shah Alam yang dipilih menjadi medan perlawanan akhir itu memandangkan stadium berkenaan berada di bawah seliaan Kerajaan Negeri Selangor.

Bagaimanapun, Mohd Yusof menyerahkan kepada peminat untuk membuat keputusan sama ada mahu ke stadium untuk memberi sokongan padu kepada pasukan pilihan mereka atau sekadar menyaksikan perlawanan akhir di kaca televisyen sekiranya ditayangkan secara langsung pada 29 Oktober ini.

Sementara itu, tinjauan Mynewshub.my di laman web Facebook milik FAM, majoriti penyokong 'hobin jang hobin!' dan 'peteh Terengganu peteh' memaki hamun tindakan menaikkan harga tiket tersebut serta membuat satu akaun Facebook khas 'FAM – Apa Hal Tiket Mahal' sebagai tanda protes.

"FAM cuba mengaut keuntungan demi kepentinggan sendiri,dari memberi kepuasan kepada penyokong2 bola sepak di negara sendiri,dengan menaikan hargga tiket fainel antara n9 dan trnganu pada sabtu ini" kata Yusri Mohd di dinding Facebook FAM itu.

"FAM sendiri yg membunuh semangat kesukanan dinegara sendiri…!!!!," kata Rasul Haidi pula.

kopalo uwan chik korang RM50?! suko-suko yo korang nak naik kan hargo tiket! usah bangang ea tu PERSATUAN BOLA SEPAK MALAYSIA ( FAM ) !! makan la korang duit kelepet tu. patot la buncit powut sekor2!," kata Fathul Haqim Baharuddin.

Tiket final Piala Malaysia 2011 mula dijual hari ini dengan harga tiket ditetapkan RM50 bagi semua tempat duduk dan RM5 untuk kanak-kanak.Bagi penyokong-penyokong pasukan Negeri Sembilan dan Terengganu masing-masing diperuntukkan 30 ribu tiket, manakala baki lima ribu dijual di Stadium Shah Alam


Komen GPB : 

 Golongan VIP mai tengok bola free je masuk  walhal  depa itu semua  kaya . Yang rakyat marhaen mai dari jauh kena pulak  beli  tiket mahal ..

Lepas ni Najib kena buat pulak tiket bola sepak 1 Malaysia supaya dikenakan harga lebih munasabah sikit. Bukannya pasukan   Terengganu / Negeri Sembilan lawan Man United ke ......

PANAS ! Akhbar Cina panas isu raba nenen,blogger pro UMNO dilabel tak bersekolah

Posted: 26 Oct 2011 02:00 AM PDT


Macam sial aku baca kenyataan dangkal seorang wartawan Cina menuduh blogger tak bersekolah .  Lepas itu pulak dok bercerita tentang sejarah pahlawan purba negara Tongsan ini .

Nak tanya juga apa kena mengena dengan skandal RM 200 ribu untuk tutup kes  dengan hulubalang Cina itu ?  Jangan dok  cakap berbelit la seperti Guan Eng .

Cuma GPB nak tanya penulis  akhbar ni  mengapa lu tak berani desak Guan Eng buat laporan polis kalau betul anak dia tak terlibat ?   Lu takut sama Guan Eng ka ?

Kalau kami ni blogger tak bersekolah , apasal lu wartawan yang berkelulusan ijazah  dan  penuh etika duduk di bilik air cond  terpaksa menulis  untuk mengutuk kami ?

Kiranya lu pun terpaksa menjadi pencacai Guan Eng la untuk balun semua blogger pro UMNO ..hahaha







Laman Blog Yang Berpihak Kepada UMNO Tidak Bersekolah


Penulis Koh Kok Wee


Kali ini blog yang memihak kepada UMNO bukan membantu UMNO tetapi sebaliknya menjatuhkan UMNO, dalam strategi serangan politik pula sememangnya memutar belitkan fakta, punyai muslihat dan fitnah menfitnah, selalunya sengketa ini hanya berkisar pada orang-orang dewasa sahaja, tidak pernah heret budak mentah masuk ke kancah perbalahan.


Apa yang dikatakan blog yang memihak kepada UMNO itu, kali ini sudah tidak ikut peraturan cara pendekar, mereka kini kaitkan anak ketua menteri Pulau Pinang cuba diwar-warkan dalam artikel-artikel mereka. Akhirnya DAP dapat membongkarnya, rupa-rupanya pelajar perempuan yang dimaksudkan itu adalah gambar budak perempuan sedang bermain chess, menyebabkan orang yang meyebarkan fitnah itu terkedu tidak boleh berbuat apa-apa.


Walaupun gambar itu tidak disolek ataupun disunting, dan mereka menggunakan serangan secara terang-terangan, sebenarnya tindakan mereka itu sedang perlekehkan anak perempuan kepada seseorang ibu bapa untuk dijadikan sasaran, selalunya memang tidak akan kesampaian dan berhasil.


Al kisah cerita lama di zaman hulubalang di negeri China, perebutan kuasa antara hulubalang Xiangyu dan hulubalang Liu Bang di zaman King of Western Chu Xi chu di wilayah Xi Chu Ba Wang, peperangan yang tiada penghujungnya. Ada seorang penasihat Xiangyu berkata, kami telah tangkap ayahanda Liu Bang, minta Liu Bang menyerah diri, jika tidak ayahandanya akan digulai, seorang anak akan tahu betapa seksanya ayahandanya digulai?


Akhirnya Liu Bang berkata: Xiangyu! Kita sejak kecil berkawan baik seperti adik beradik, ayahanda saya juga seperti ayahanda kamu, kenapa kamu hendak gulai ayahanda kamu sendiri? Jika benar-benar mahu gulai ayahanda, jangan lupa bagi separuh dagingnya kepada saya.


Liu Bang cuba megelak, cara Liu Bang mengelak itu Xiangyu tidak boleh berbuat apa-apa, akhirnya dapat selamatkan nyawa ayahandanya.


Kedudukan Akhlak Sudah Tidak Bertempat


Dahulu pada zaman The Warring States Period, Panglima negeri Wee bernama Le Yang menyerang negeri Chong Shan, kebetulan anak kepada Le Yang berada di negeri Chong Shan, maharaja Chong Shan tangkap anak Le Yang untuk dijadikan tebusan, maharaja Chong Shan ikat anak Le Yang digantung di dinding kota, memaksa tentera Le Yang berundur, jika tidak anaknya akan dibunuh.


Taktik sedemikian tidak dapat memaksa tentera Le Yang berundur, dengan itu maharaja Chong Shan bunuh anak Le Yang, gulai dagingnya dan diserahkan kepada Panglima Le Yang untuk santapan. Akhirnya menjadi kemarahan keseluruhan tentera Panglima Le yang, kota Chong Shan akhirnya tewas diserang habis-habisan.

Maharaja Chong Shan yang berlagak bijak, menerima padah apabila membunuh anak Panglima Le Yang.

Sebab itu apabila dalam persengketaan cuba menyerang keluarga seseorang, terutama sekali puak ibu bapa dan anak-anak, mengugut mereka sebagai tebusan, biasanya tiada kesan, sebaliknya yang rugi adalah diri sendiri. Yang pertama sekali kedudukan akhlak diri sudah jatuh, yang kedua sebaliknya menaikkan semangat juang kepada pihak lawan, mereka akan semakin kuat dan bertenaga untuk berjuang habis-habisan.

Kelihatan blog yang memihak kepada UMNO tidak baca sejarah China, mereka ingat jika pergunakan anak seseorang itu untuk digembar gemburkan, berkesan untuk meyerang pihak lawan, akhirnya sendiri yang kecundang, mirip dengan filem cerita "African Monk", kerana gara-gara UMNO nanti BN akan terkena tempiasnya jatuh tersungkur, dengan itu juga pihak lawan akan dapat meraih lebih banyak simpati.

Bermain politik sehingga jatuh ke martabat ini, lebih baik terima kehancuran daripada hidup cacat dan sengsara.KLIK DI SINI 

Perutusan meloya Guan Eng sempena Hari Deepavali,nama BN tidak terlepas juga !

Posted: 25 Oct 2011 11:52 PM PDT



anda boleh lihat min ke 2.16 .. Kalau dah mentaliti pembangkang tu , sampaikan ucapan Hari Deepavali pun Guan Eng masih menghentam kerajaan BN iaitu yang 3 tahun terdahulu . Selepas itu macam biasa la jual habis kerajaannya adalah yang terbaik dan tak  makan duit rakyat . Tapi beri tanah untuk projek SPICE yang menguntungkan kroni itu dihalalkan  ...hahaha

Cuma GPB nak tanya la , Apa kena mengena/ kaitan bajet defisit dengan pesta cahaya Hari Deepavalli ?


Lihat di bawah ini beza kenyataan pemimpin berjiwa besar BN   ketika memberi ucapan kepada kaum lain menyambut perayaan agamanya yang mengajar suburkan benih keharmonian .


Kerajaan DAP P.Pinang ditegur gagal bina rumah kos rendah untuk rakyatnya

Posted: 25 Oct 2011 10:19 PM PDT


Mengikut fakta daripada Laporan Audit Negara  , jumlah  bilangan pemohon untuk rumah kos rendah berjumlah 148,129 manakala untuk rumah PPR berjumlah 4572 pemohon di  negeri PP  .    Masalahnya kerajaaan DAP ini seperti tidak berminat  mahu meluluskan rumah kos rendah kerana dan lebih suka rumah mewah ratusan ribu .

Buktinya Dato Zainal selaku Pengerusi BPUNPP dedahkan kerajaan DAP liat sekali untuk meluluskan projek agensi kerajaan persekutuan seperti PERDA untuk membina rumah kos rendah untuk rakyat. Lihat keratan akhbar di bawah ini :

Kerana keceluparan mulut pemimpin PAS, hampir satu kampung sertai UMNO !

Posted: 25 Oct 2011 07:00 PM PDT


Antara sebab yang menarik perhatian GPB  mengapa ramai  ahli PAS Cawangan Pdg Limau Dalam ini sertai UMNO ialah cakap seorang pemimpin PAS kepada mereka ,  "  jika mahu senang  , baik sertai UMNO " .

Ini merupakan kesan daripada keangkuhan pemimpin PAS bertopengkan kopiah putih  berjanji macam-macam tapi bila dituntut oleh ahli parti sendiri terus beli alasan . Bila bebai  tak boleh jawab , terus hamburkan perkataan angkuh  kepada ahlinya    " jika mahu senang ,baik sertai UMNO "

Macam ini ka jawapan seorang pemimpin  kerajaan PAS kepada rakyatnya  ??

Sekarang amik la hang pa punya habuan  ..hampir satu kampung sertai UMNO  yang mana mereka dulu hardcore PAS .  Lepas ni PAS Kedah akan terus jawab mereka itu bukan ahli PAS . haha ..

Pemuda UMNO P.Pinang pulak berang, orang lain pulak sibuk buat laporan polis !

Posted: 25 Oct 2011 05:34 PM PDT



Komen GPB 

Orang lain yang dituduh tapi orang lain yang buat laporan polis ...Bapa  budak tu relaks je , tapi orang lain kalut nak saman sana sini sendiri . Itu la sebabnya  TPM suruh bapak budak itu sendiri buat tapi nak buat macamana dia lebih suka peralat anaknya untuk simpati rakyat .

Gambar , sticker Tok Guru Pembuka Pintu Syirik

Posted: 25 Oct 2011 04:56 PM PDT


DIMENSI

Posted: 26 Oct 2011 11:47 AM PDT

DIMENSI


Omegay: Bila syafaat wally slipau menghalalkan dosa..

Posted: 26 Oct 2011 08:50 AM PDT




 Tayangan wajib tengok!..Pas di buraikan oleh wally slipau sendiri huhuhuhu

Omegay: Pembangkang berselindung di balik hak asasi nak menjahanamkan negara jerr >:D

Posted: 26 Oct 2011 06:15 AM PDT




Rahim Noor samakan gerakan hak asasi dengan komunis, umpama 'agama baru'

KUALA LUMPUR, 26 Okt — Bekas ketua polis negara Tan Sri Rahim Noor menyamakan gerakan hak asasi manusia di Malaysia dengan fahaman komunis dan keadaan itu akan membawa kepada tindakan mempersoalkan perkara-perkara diterima semua kaum, antaranya kontrak sosial.

"Setiap abad ada gelombangnya dan kita tidak boleh melanggar gelombang ini.

"Sekarang ini gelombang hak asasi manusia. Sebelum ini gelombang Marxisme, Sosialisme," kata Rahim (gambar) ketika berucap selepas perasmian Perhimpunan Agung Tahunan Kedua Perkasa di sini hari ini.

Sambil melabel gerakan hak asasi manusia sebagai "agama baru", Rahim memberi amaran bahawa aktivis kebebasan sivil menganggap Amerika Syarikat dan United Kingdom sebagai "laman spiritual" mereka dan melebarkan pengaruh mereka.

"Sekarang kita melihat banyak perkara dipersoalkan disebabkan gelombang hak asasi manusia," kata bekas pemimpin PDRM ini, yang menjadi tumpuan di sebalik isu mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menambah kumpulan aktivis mula mempersoalkan kontrak sosial.

Rahim, antara pemimpin kanan PDRM yang telah memainkan peranan dalam membawa kepada perjanjian damai 1988 antara kerajaan Malaysia dan Parti Komunis Malaya (PKM) berkata, ramai pemimpin Melayu sayap kiri ketika era pasca-Perang Dunia Kedua terpedaya dengan aliran komunis kerana menjangkakan mereka akan menjaga kepentingan pihaknya tetapi akhirnya sedar mereka telah dipergunakan.

Ketika itu Rahim merupakan pengarah Bahagian Cawangan Khas PDRM.

Turut hadir pada perhimpunan hari ini ialah ahli perniagaan "Datuk T" Datuk Shazryl Eskay Abdullah, yang mengaku mempertontonkan rakaman video seks didakwa melibatkan Anwar akhir Mac lalu. - TheMalaysiainsideanuvajiass

Aku sokong kenyataan Datuk Rahim Noor. Kebebasan bersuara yang sekarang dinikmati oleh pembangkang pun atas dasar keterbukaan yang di lakukan oleh kerajaan. Mereka sedar inilah masanya mereka guna kesempatan dengan mencanang pelbagai propaganda atas nama hak asasi untuk menumbangkan kerajaan


Melalui makhluk2 berkaki 2 berotak haiwan seperti anuwar, ambabiga, majlis peguam serta ngo2 yang sewaktu dengannya, mula mengorak langkah dengan menyebarkan fahaman hak asasi tanpa sempadan. menghasut rakyat supaya memberontak. Buat tuntutan melampau. kalau tak layan, mereka ugut akan berarak ke jalanraya.

Dengan berselindung atas nama hak asasi serta di bantu dari pihak2 luar, mereka juga cuba menanam dalam pemikiran rakyat supaya mempertahankan hak2 mereka yang kononnya di nafikan serta di tindas. Isu perkauman dan agama sengaja di timbulkan. mereka tak peduli pun perasaan rakyat yang berbilang kaum asalkan matlamat menghancurkan negara tercapai!

soalnya..perlukah rakyat mengikut rentak pengkhianat negara yang suka mengadu domba sesama rakyat? mestikah kerajaan berdiam diri jika ada pihak yang sudah berani melangkaui batas dan undang-undang negara semata2 nak tengok negara ni huru hara?

renung2kan dan selamat beramas mesra >:]

Omegay: Banjir - Jijan dulu sombong nauzubillah!..sekarang rayu mendayu2??

Posted: 26 Oct 2011 03:25 AM PDT


Kedah rayu bantuan Kerajaan Pusat hadapi banjir

26/10/2011 5:17pm

JITRA 26 Okt. — Kerajaan Kedah merayu kepada Kerajaan Pusat agar menyalurkan bantuan bagi menghadapi kemungkinan banjir di negeri ini bulan depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata pihaknya akan menghantar surat kepada Kerajaan Pusat untuk memohon bantuan itu.

"Kita minta sekurang-kurangnya Pusat (Kerajaan Pusat) bagi peruntukan untuk persiapan menghadapi banjir. Tidak buat tebatan pun tak menngapa tapi sekurang-kurangnya kita dapat peruntukan untuk rakyat kita hadapi banjir.

"Kita mohon peruntukan antara RM6 juta hingga RM10 juta. Kalau kita kena (banjir) macam di Thailand, kita nak buat macam mana? Di mana Kerajaan Negeri nak cari duit?," katanya kepada pemberita selepas Program Mesra Rakyat Daerah Kubang Pasu di Pekan Kodiang dekat sini hari ini. — Bernama


aikk..merayu la plak??..masih ingat ketika kedah di landa banjir pada 2010??..dengan sombong dan bongkaknye si MB angguk2 geleng2 nih tolak bantuan yang di tawarkan kepada kerajaan negeri!

"TPM kata saya lepas tangan. Pernah pejabat saya hantar surat ke KL (Kuala Lumpur) minta selesaikan masalah? Tak ada. Saya tak pernah tulis kepada PM (Perdana Menteri) tolong saya. Saya tak pernah tulis surat Shahrizat mai tolong saya.

"Dia turun pun pi Tunjang bukan tempat banjir. Kaki kasut dia pun tak basah. Nak cakap apa ..." katanya.

"Setelah tujuh hari bencana berlaku, baru (beliau) datang meninjau mangsa banjir. Air banjir pun sudah surut dan sebahagian (mangsa) balik ke rumah masing-masing. Sepatutnya datang lebih awal, baru nampak situasi sebenar," 

Jijan bodo sombong..jijan kantol. jentera kerajaan negeri kaku. klik sini. jijan jugak yang melenting ketika sesi media apabila wartawan mengajukan soalan kelewatan kerajaan negeri membantu mangsa banjir. dah ler langsung tak nak bantu mangsa banjir, bila kerajaan pusat hulur bantuan, mereka plak songlap bantuan tersebut atas nama kerajaan negeri!..ada kaaa

walaupun jijan sentiasa menuduh dan menghentam kerajaan pusat dengan pelbagai tuduhan, terbukti kerajaan negeri masih mengharapkan bantuan kerajaan pusat kerana beliau memang seorang menteri besar yang tak tau buat keje dan pemalas! kehkehkehkeh >|D




p/s: Ape kate keta mewah yang baru di beli tu di tukar jadi keta bajak?..bley gak tolong angkut mangsa banjir huhuhu

Keris Pusaka Melayu

Posted: 26 Oct 2011 11:16 AM PDT

Keris Pusaka Melayu


Adakah Ini Gambar Anwar Azizah Tunai Haji ?

Posted: 25 Oct 2011 09:36 PM PDT

Gambar ini Keris dapat dari Facebook Gerakan Anwar Ibrahim Bebas II

Mereka menggunakan gambar ini untuk membuktikan DSAI DSWA pernah tunaikan haji.

Selepas diperiksa cuma ada 4322 sahaja yang menyukai page tersebut setakat ini.

Gambar lama yang dikeluarkan oleh Pakatan menjadi bukti bahawa sudah lama Anwar tidak ke Mekah.

Jika beliau sering ke Mekah sudah tentu gambar terbaru mereka berdua akan dipamerkan.

Baru nampak antara Anwar dan Najib siapa yang lebih berani dan jujur untuk membuktikan diri sebagai seorang pemimpin sejati.


Dari Kau Seja Bah Tu...

Posted: 26 Oct 2011 09:07 AM PDT

Dari Kau Seja Bah Tu...


SMTI

Posted: 25 Oct 2011 08:05 PM PDT

Dipetik daripada Laman Blog Mazidul Akmal Sidik

Saya Membaca Tampalan Ini ('SMTI')

Saya sedar sebilangan bloggers berasa kecil hati atau terkilan jika tiada pembaca langsung pengunjung meninggalkan komen di tampalan mereka.
Secara peribadi saya tidak mempunyai masalah sebegitu. Saya menulis untuk berkongsi berita terkini dan ilmu, motif saya menulis blog, jelas. Samada pembaca sudi meninggalkan komen atau sebaliknya, itu perkara kedua.
Kekadang kita membaca blog milik bloggers lain untuk mengetahui kandungan utama tampalan mereka. Ada waktunya, kita terpanggil untuk meninggalkan komen, ada ketikanya tidak, terutama apabila topik diulas bukan berada di dalam ruang lingkup pengetahuan kita.
Pada masa sama, kita tidak dapat menyangkal kenyataan, majoriti bloggers menganggap setiap komen dicatatkan pembaca, simbol sokongan moral terhadap blog terbabit. Jika kita melontarkan komen, mereka tahu identiti pembaca blog mereka.
Untuk mencetuskan suasana menang menang, saya mencadangkan ...
Selepas ini, setiap kali kita berkunjung ke blog lain, kita tinggalkan jejak, isyarat menunjukkan kita membaca blog mereka sekaligus menghargai karya penulis dan pemilik blog.
... ringkasnya, kita tuliskan "Saya membaca tampalan ini", 4 perkataan melambangkan penghargaan kita sesama bloggers. 'SMTI', jika ingin catatan lebih ringkas.
Terlalu mudah menaip 'SMTI' berbanding usaha penulis blog menghasilkan tampalannya. Jika ekspresi 'OMG!' atau 'Oh my God!' boleh dikenali di seluruh dunia, singkatan 'SMTI' juga mampu terserlah andai dipraktikkan di negara kita.
Boleh diterima ide itu?
Saya berharap dapat melihat banyak SMTI di blog ini dan di blog lain. Jika maksud ringkasan perkataan itu tidak difahami sebilangan bloggers, jelaskan kepada mereka.
Kalau bukan kita memulakan budaya ini, siapa lagi?
Saya menulis 'Di Dalam Pelukan Lelaki Nigeria', barangkali ada akan meninggalkan komen sekadar 'SMTI'. Credit to : Mr. Mazidul Akmal Sidik ==> Memang bernas Bro Mazidul!

bumiyang

Posted: 26 Oct 2011 03:55 AM PDT

bumiyang


Wajah Bakal PM Malaysia ???

Posted: 25 Oct 2011 05:30 PM PDT

Politik Harian

Posted: 26 Oct 2011 03:54 AM PDT

Politik Harian


[video] Hantu Muncul Di 7Eleven

Posted: 25 Oct 2011 10:22 PM PDT


Kemunculan hantu dua kali di luar pintu 7E pada 0:40 dan sekali lagi pada 5:38. Kemuncaknya pada 6:56.

Kejadian ini berlaku di Paka, Terengganu sekitar 23-24 Oktober 2011 dan telah di uploadkan di Youtube pada 25 Oktober 2011. Video ini di rakam melalui CCTV kedai dan di rakam semula melalui kamera telefon.

Caught on video. Video fresh dari oven..

*Gambar diatas hanya sekadar hiasan... naik bulu roma aku tengok hantu dalam video ini.

Gaddafi Di Liwat Sebelum Di Bunuh!

Posted: 25 Oct 2011 07:00 PM PDT


Video di bawah memaparkan bagaimana Gaddafi di liwat sebelum di bunuh!



Video URL: http://www.youtube.com/watch?v=OyM4qUL_V8I&feature=player_embedded

Dengan jelas bagaimana satu objek di jolok masuk ke dalam lubang dubur Gaddafi. Berkemungkinan apa yang disumbat itu adalah merupakan pisau atau banet senjata yang menunjukkan darah membasahi seluar Gaddafi yang kelemahan tidak bermaya.

Laporan juga mengatakan Gaddafi telah ditembak oleh seorang tentera bernama Senad El Sadok El Ureybi yang mengaku telah melepaskan tembakan pada kepala dan dada Muammar ketika tentera lain mengheretnya.

Mengapakah manusia ini bernafsukan syaitan sanggup menyiksa mangsanya seperti binatang?? perbuatan ini adalah amat zalim sekali!

PAS is Dead! Video Skandal Seks ADUN PAS Didedahkan!

Posted: 25 Oct 2011 07:03 AM PDT


Ikuti kisah yang didedahkan oleh Ustaz Saidi, bekas orang kuat PAS menceritakan tentang skandal seks berlaku secara berleluasa di dalam Parti PAS.

Video URL: http://youtu.be/CRhIO576el8

PAS is Dead!!

Sahabat-Gunung

Posted: 26 Oct 2011 01:12 AM PDT

Sahabat-Gunung


Amalan Ke Arah 'Kebankarapan'- UMNO Selangor

Posted: 25 Oct 2011 10:52 PM PDT


UMNO Selangor menasihatkan kerajaan PKR Selangor agar tidak mengheret mana-mana anak syarikat kerajaan negeri ke arah ke'bankrapan' semata-mata mahu melaksanakan apa-apa program untuk meraih populariti serta kepentingan politik.

Ketua Penerangan UMNO Selangor, Safarizul Mustaffa berkata, amalan menggunakan anak syarikat kerajaan negeri untuk tujuan sedemikian adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab selain memudaratkan prestasi kewangan syarikat terbabit dan ekonomi negeri.

"Kerugian sebelum cukai tahun 2009 yang dialami Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) sebanyak RM 122.25 juta kerana menanggung program air percuma yang dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 adalah bukti jelas kerajaan negeri tidak mengambil kira kesan sampingan daripada pelaksanaan program tersebut.

Pemberian air percuma yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri pakatan pembangkang ini dilihat sebagai satu 'kebajikan melulu' kerana ia tidak memberi manfaat secara keseluruhan. Kerajaan negeri hanya memikirkan kesan dan keuntungan politik semata-mata tanpa melihat kesan kewangan yang ditanggung oleh anak syarikat," ujarnya mengulas kerugian KDEB sebelum cukai pada 2009 sebanyak RM122,25 juta.

Tambahnya, jika program air percuma untuk kebajikan rakyat, maka ia harus diberikan penekanan kepada golongan pendapatan rendah dan miskin.

Noh Omar Jawab Cabaran ADUN Seri Muda, Suhaimi Shafie

Posted: 25 Oct 2011 09:37 PM PDT

Saya merujuk kepada cabaran daripada Adun Sri Muda yang mempertikaikan insentif kepada petani yang gagal dibayar sebanyak RM110 Juta yang dibentangkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010.

Terlebih dahulu kita perlu faham bahawa ketirisan dan hutang adalah dua perkara yang cukup berbeza, malangnya tidak difahami oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Muda, Suhaimi Shafie.


Akibat mahu 'menunjuk pandai' dengan cuba menyalahkan pihak lain kononnya berlaku ketirisan dalam pembayaran insentif kepada petani, saya sarankan supaya beliau belajar makna ketirisan dan hutang terlebih dahulu.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PKR Selangor perlu membaca lebih teliti Laporan Audit Negara sebelum membuat kenyataan tidak cerdik yang boleh memalitkan arang di mukanya sendiri.


Laporan Ketua Audit Negara menyatakan bahawa kerajaan tidak membayar insentif berjumlah RM110 juta itu bukan bermaksud berlaku ketirisan.

Ketirisan boleh dikelasifikasikan sebagai berlaku penyelewengan dalam sesuatu peruntukan yang akan diberikan kepada rakyat.

Apa sebenarnya berlaku adalah wang peruntukan untuk petani tersebut telah habis dibayar selaras dengan bajet yang diperuntukkan kepada kementerian.

Malangnya jumlah insentif adalah melebihi jumlah yang yang diperuntukan oleh kerajaan dan ini bermakna kerajaan masih berhutang lagi dengan petani dan peruntukan telahpun diberikan oleh YAB PM pada bajet 2012 untuk menyelesaikan baki tersebut.

Kita juga harus melihat lebihan permintaan insentif kepada petani adalah satu kejayaan Kerajaan Pusat yang bersungguh-sungguh mahu meningkatkan hasil pertanian melalui Dasar Jaminan Bekalan Makanan yang memperuntukkan sebanyak RM1.6 billion hanya untuk memastikan hasil petani semakin baik dari masa ke semasa.

Kerajaan juga mensasarkan peningkatan pada pada tahun 2010 iaitu sebanyak 2.95 juta tan berbanding 2.57 juta tan setahun pada tahun 2008. Maklumat lanjut berkenaan Dasar Jaminan Bekalan Negara boleh dirujuk di laman web rasmi kementerian. Sila klik sini.

Kerajaan juga telah membekalkan pelbagai jenis bantuan seperti baja-baja yang berkualiti, bantuan kapur, kawalan serangga perosak, menaik taraf sistem saliran dan sebagainya tidak termasuk bantuan subsidi lain untuk kemudahan petani di seluruh negara.

Ini jelas menunjukkan bahawa perancangan yang dibuat telah membuahkan hasil dan buktinya adalah peningkatan permintaan insentif petani melebihi daripada peruntukan yang dicadangkan oleh kementerian kepada Kerajaan Pusat.

Kenyataan dangkal Suhaimie itu jelas sebagai satu cubaan untuk menutup isu kenaikan elaun kepada wakil rakyat Selangor tetapi didakwa oleh MB Selangor sebagai insentif.

Ini juga salah satu kenyataan hipokrit pemimpin PKR yang hanya nampak 'kuman di seberang laut tetapi bangkai gajah depan mata' buat tidak tahu sahaja.

Suka saya cadangkan kepada Suhaimie Shafei supaya membuat kajian terperinci sebelum mempetikaikan sesuatu yang akhirnya memperlihatkan sikap kurang cerdik beliau kepada rakyat khasnya.


NOH OMAR

Menteri Pertanian & Industri Asas Tani

SELALU ADA YANG BARU

Posted: 25 Oct 2011 11:48 PM PDT

SELALU ADA YANG BARU


HIMPUNAN SEJUTA UMMAH BANTAH MURTAD

Posted: 25 Oct 2011 06:33 AM PDT

My Longest Yard

Posted: 25 Oct 2011 11:33 PM PDT

My Longest Yard


Pengakuan berani mati : Saya yang bunuh Gaddafi !!

Posted: 25 Oct 2011 02:12 AM PDT

Bongkak..inilah pemuda bernama Sanad Al-Sadek

Seorang pemberontak muda Libya dengan bongkaknya mengaku dalam video yang disiarkan di internet bahawa dialah orang yang melepaskan peluru sehingga membunuh Muammar Gaddafi.

Sanad Al-Sadek Al-Ureibi, 22 berkata "Kami mengheret Gaddadi dan saya memukul mukanya. Ada pemberontak lain yang mahu membawa Gaddafi pergi. Kemudian saya melepaskan dua tembakan, satu di kepala dan satu lagi di bawah bahu."

"Gaddafi tidak mati serta merta, mungkin setengah jam selepas itu."



Adakah Sanad Al-Sadek ini seorang hero atau seorang lelaki bodoh yang mengaku melakukan pembunuhan?

Apapun, pemuda ini baru sahaja 'menjemput' keluarga Gaddafi mencari dan membunuh diri dia sendiri.

AZLI SHUKRI

Posted: 25 Oct 2011 11:32 PM PDT

AZLI SHUKRI


Hillary Clinton in Tripoli - US Bertepuk Tangan!

Posted: 25 Oct 2011 02:35 AM PDT

Dalam Kenangan : Saddam Mati Di Tali Gantung

Posted: 25 Oct 2011 02:26 AM PDT

Putin: Who gave NATO right to kill Gaddafi?

Posted: 25 Oct 2011 01:50 AM PDT

Bila Gaddafi Dah Mati, Baru Umat Islam Tersedar?

Posted: 25 Oct 2011 01:32 AM PDT

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 25 Oct 2011 11:31 PM PDT

DARUL EHSAN TODAY


Politik Lucah Vs Pelakon Filem Lucah...

Posted: 25 Oct 2011 07:00 PM PDT

Sebuah NGO yang berpangkalan di Pulau Pinang kecewa dengan tindakan ahli-ahli politik Melayu yang tergamak melemparkan dakwaan keji serta menjijikan berbentuk seksual bagi menamatkan kerjaya politik lawan masing-masing.

Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang, Rahmad Isahak berkata permainan politik ini "desperado" itu tidak akan memberi manfaat kepada masyarakat.

"Orang Melayu harus diyakini bahawa politik lucah dan porno bukanlah falsafah perjuangan pemimpin-pemimpin Melayu di Malaysia," kata Rahmad pada sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini.

komen aku: inilah realiti politik, politik dulu bersih, tapi pas kata politik itu kotor, sekarang ni politik dah jadi betul-betul kotor, ini semua pas punya pasal.

TERKINI: Hasan Ali Di Ugut Supaya Tidak Berceramah Di Pentas Debat Rakyat Malam Nie..

Posted: 25 Oct 2011 04:38 AM PDT


Maklumat terbaru yang aku dapat dari penganjur debat rakayat, GAPS, mereka di maklumkan yang hasan ali tidak dapat berceramah bersama zul nordin malam ini di gombak.

Menurut sumber dari pihak penganjur, hasan ali memberitahu pihaknya yang dia mendapat tekanan dan ugutan dari berberapa individu dalam pas selangor dan pas pusat supaya tidak hadir dan memberi ceramah di pentas debat rakyat malam ini.

Amatlah rugi rakyat selangor tidak mendapat cerita sebenar mengenai isu gereja DUMC dari mulut hasan ali sendiri, mungkin penceramah malam ini akan mengulas cerita hasan ali di ugut oleh pimpinan pas.
Published with Blogger-droid v1.7.4

PANAS: Koh Tsu Koon Akan Cabar Guan Eng Pada PRU Akan Datang.

Posted: 25 Oct 2011 02:13 AM PDT

Kuala Lumpur 25 Okt Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon menegaskan beliau sedia untuk bertanding menentang Ketua Menteri Lim Guang Eng demi maruah parti selepas mendapat sokongan dari pelbagai pihak agar beliau bertanding pada pilihan raya umum ke-13.

Menurutnya Tan Sri Dr Tsu Koon beliau telah memaklumkan harsat menentang Lim Guang Eng pada PRU 13 kepada YAB Perdana Menteri dan juga kepada seluruh kepimpinan Gerakan. Menurut beliau lagi PRU 13 mesti bersedia meletakkan calon yang lebih agresif membawa pembangunan secara total kepada masyarakat di Pulau Pinang dan beliau sanggup mengambil amanah tersebut dengan bertanding menentang Lim Guang Eng yang bukannya berasal dari Pulau Pinang.

"Saya secara peribadi berhasrat bertanding menentang Lim Guang Eng tidak kira dimana kerusi yang beliau akan tandingi di Pulau Pinang. Saya anak kelahiran Pualu Pinang dan bukan orang luar yang tidak mengeatahui bentuk persekitaran yang ada di negeri Pulau Pinang.

"Saya yakin dan percaya mempunyai sokongan penuh daripada masyarakat di Pulau Pinang walaupun pengundi cina masih kurang memberikan sokongan kepada Barisan Nasional" katanya sambil menambah beliau berbuat demikian bukan kerana desakan beberapa pemimpin Gerakan pusat sebaliknya matlamat BN meraih kembali sokongan rakyat Pulau Pinang".

"Saya tidak akan beritahu anda apa yang hendak saya lakukan dalam menghadapi Ketua Menteri Pulau Pinang sekarang ini tetapi saya memberi anda jaminan, saya bersedia untuk memastikan Liam Guang Eng tewas pada PRU 13 nanti," katanya.

Dalam sidang media itu juga Koh turut menemplak Lim Guang Eng yang masih lagi tidak melakukan kewajipan sebagai seorang Bapa dengan melaporkan kepada pihak Polis akan laporan yang dikeluarkan oleh Blogg Blogg mengenai insiden anaknya dilaporkan meraba payudara seorang remaja. Menurut Koh "sebagai bapa yang bertanggungjawap dalam keluarga beliau Ketua Menteri harus bertindak dengan membuat laporan Polis bagi memberikan ruang untuk PDRM menjalankan siasatan akan insiden tersebut. Jika ianya terbukti satu fitnah maka ianya terpulang kepada Ketua Menteri untuk mengambil tindakan yang selanjutnya ke atas para Blogger yang dinyatakan."

Turut di ulas Koh "Lim Guang Eng tidak mampu menyelesaikan isu keluarga dan adalah satu hal yang amat memalukan seluruh rakyat Pulau Pinang apabila sebagai seorang Ketua Menteri beliau tidak mampu membersihkan nama keluarga yang juga turut mewakili rakyat Pulau Pinang yang mana beliau selaku Ketua Menteri.

GEMPAR: Hasan Ali Akan Berceramah Bersama Zul Nordin Malam Nie...

Posted: 25 Oct 2011 12:21 AM PDT


Sekali lagi pas menerima penampar jepun dari hasan ali, kalau sabtu lepas, exco kerajaan negeri selangor itu hadir ke perhimpunan sejuta ummat yang di fatwakan haram oleh dewan ulama pas, hari ini hasan ali buat kejutan lagi.

Beliau di jangka berkongsi satu pentas dengan zul nordin di program debat rakyat di parlimen gombak malam ini, setakat malam tadi selepas ceramah zul di meru, hasan ali nampaknya sudah menyatakan yang dia akan turun ke program itu jika tiada aral melintang.

Menurut GAPS selaku penganjur debat rakyat, sekiranya hasan ali turun berceramah malam nanti, pihak penganjur meminta dia memfokuskan ceramahnya mengenai isu yang terhangat di pasaran sekarang, isu gereja dumc.

Memang mantap kalau hasan ali boleh turun ceramah malam ini, kita semua boleh dengar sendiri cerita sebenar mengenai isu gereja dumc, harap-harap hasan ali tak keberatan untuk hadir malam ini.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 25 Oct 2011 11:18 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Wakaka....Taktik Keji Mahasiswa Pencacai Pembangkang Terkantoi.

Posted: 25 Oct 2011 10:36 PM PDT

Malaysian Insider membongkar kekantoian paling besar mahasiswa pro pembangkang dalam isu Aziz Bari.

Pembangkang menyangkakan bahawa isu Aziz Bari akan mewujudkan gelombang kebangkitan mahasiswa seperti mana yang berlaku pada zaman Reformasi.

Tak sampai seminggu, gelombang mahasiswa yang cuba dicipta secara penipuan terkantoi.

Yang kantoikan mereka tidak lain tidak bukan, portal pro pembangkang juga.


Guna stadium jika mahu juara kebebasan akademik, Hisham saran SMM

October 26, 2011
Hishammuddin Hussein menerima memorandum daripada SMM di kampus induk UIA, Gombak malam tadi. ― Foto Jack Ooi

GOMBAK, 26 Okt — Kumpulan pelajar universiti Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) boleh mengadakan perhimpunan besar-besaran berhubung kebebasan akademik bulan depan di stadium jika mahu, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein malam tadi.

Seolah-oleh merujuk kepada perhimpunan Bersih 2.0 Julai lalu, beliau berkata, kumpulan hak asasi penuntut itu bebas untuk melahirkan rintihan mereka selagi tidak membahayakan publik atau menyebabkan ekonomi tempatan rugi berjuta ringgit.

"Jika anda mahukan sebuah stadium, dalam apa jua cara, anda boleh berteriak sepanjang malam," kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika ditemui di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di sini malam tadi.

"Itu yang dilakukan oleh Himpun dan ia tidak menyebabkan kesesakan lalu lintas, tidak mengakibatkan kerugian berjuta ringgit dan tidak ada kemungkinan tindakan balas sama ada agama ataupun perkauman," katanya.

Bagaimanapun beliau mempersoalkan agenda SMM dengan merujuk kepada anggota kumpulan itu yang masih menunggu di luar dewan selepas menyerahkan memorandum kepadanya ketika pertandingan akhir Debat Piala Perdana Menteri di kampus UIA di sini.

Perhimpunan Bersih di ibu negara awal Julai lalu disertai hampir 50,000 di sebalik sekatan dan tindakan keras pihak berkuasa.

Bersih 2.0 mahu menggunakan Stadium Merdeka tetapi pihak berkuasa, pada saat-saat akhir, sanggup memberikan Stadium Shah Alam tetapi ditolak penganjur.

Himpun atau Himpunan Sejuta Umat di Stadium Shah Alam Sabtu hanya disertai sekitar 5,000 meskipun penganjur menyasarkan 100,000 hadirin khusus untuk membincangkan isu murtad.

Hishammuddin menggantikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak malam tadi, yang membatalkan kehadirannya, yang menurut SMM dibuat saat-saat akhir selepas ia mengumumkan akan mengadakan protes kedua selepas kali pertama Jumaat lalu.

Laporan media menunjukkan Najib berada di Riyadh semalam untuk memberi penghormatan terakhir kepada Putera Mahkota Arab Saudi yang mangkat.

"Tidak salah dalam melahirkan kritikan konstruktif tetapi selepas menerima memorandum, dengan hati terbuka, sesetengah mereka masih menunggu pada pukul 11.30 malam, menimbulkan persoalan mengenai motif sebenar mereka," kata Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno lagi.

SMM telah mengadakan protes ketika kunjungan beliau malam tadi dengan disertai hanya sekitar 40 pelajar berbanding 700 orang Jumaat lalu.

Kumpulan itu mengadakan protes ekoran tindakan UIA menjalankan siasatan ke atas pensyarah undang-undangnya Prof Dr Abdul Aziz Bari berhubung kenyataannya menyentuh titah Sultan Selangor.

UIA menggantung tugas Aziz sejak Rabu lalu tetapi ia ditarik balik kelmarin dan siasatan masih dijalankan.

Aziz juga disiasat oleh polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Malam tadi, SMM berkata Bersih 2.0, yang melahirkan sokongannya kepada gerakan anti-Lynas awal bulan ini telah bersetuju untuk menyertai perhimpunan kebebasan akademik bulan depan.


Daripada 700 orang turun sampai 40 orang penurunan yang sangat tinggi. Benarkah sampai 700 orang mahasiswa yang menyokong pembangkang pada Jumaat lepas?

Realitinya, bukan 700 orang yang menyertai demonstrasi pada Jumaat lepas tetapi hanya lebih kurang 100 orang. Lagi 600 adalah jemaah Solat Jumaat yang terperangkap dek kesesakan yang dicipta oleh balaci pembangkang di kampus.

Taktik ini adalah taktik lapuk yang digunakan oleh pemimpin mahasiswa terutamanya di Indonesia. Di Indonesia, apabila pemimpin mahasiswa yang telah dibayar mahu menganjurkan unjuk rasa (demonstrasi), pintu-pintu dewan kuliah di kunci oleh mereka. Maka, mahasiswa lain yang telah sampai ke kampus tiada pilihan lain selain berada di jalan raya kerana tiada tempat untuk mereka pergi. Lagi pun satu hiburan yang agak seronok bila melihat beruk-beruk terpekik terlolong atas jalan. Sama macam Mat Langau menonton aksi Mat Rempit di jalan raya. Penonton lumba haram juga dikira sebagai peserta.

Jadi, kalau mahasiswa pembangkang rasa pembongkaran yang MyMassa buat ini tidak betul, buktikan dengan menyambut cabaran Datuk Seri Hishamuddin. Buatlah di stadium. Jangan menggunakan ilusi persis ahli silap mata dengan membuat demonstrasi atas jalan yang memaksa orang lain menjadi peserta demonstrasi tanpa rela.

Siapa yang bodoh sekarang? Sudah tentu pencacai pembangkang yang bodoh.


*50 orang je yang hadir? Malu betul penganjur demo malam tadi ye.

Keratan Akhbar : Macam Mana MB Yang Pakar Ekonomi Pun Gagal Jana Pelaburan?

Posted: 25 Oct 2011 09:35 PM PDT

Antara pembongkaran kegagalan Kerajaan Pakatan Pembangkang dalam Laporan Audit Negara.


Yang MyMassa pelik, macam mana pakar ekonomi yang kononnya terer macam Khalid Ibrahim pun gagal?

Tak cukup dengan itu, tambah pulak Penasihat Ekonomi yang dah jadi Menteri Kewangan bertahun-tahun. Ini ke hasilnya?

Jom layan video membalun kebodohan Khalid Ibrahim.



*Hang kata hang terer, terer apa ni?

Keratan Akhbar : Kegagalan Kerajaan DAP Pulau Pinang Punca Rakyat Tiada Rumah.

Posted: 25 Oct 2011 08:03 PM PDT

Satu lagi laporan audit yang tidak dikeluarkan oleh mana-mana portal media pro pembangkang.



Sudahlah gagal nak bina rumah, nak beri kelulusan untuk Kerajaan Pusat bina rumah pun tak bagi.



Macam ni ke Kerajaan yang prihatin nasib rakyat?

Keratan Akhbar : Kerajaan Kelantan Gagal

Posted: 25 Oct 2011 05:29 PM PDT

Kalau nak tunggu laporan macam ni keluar kat Harakah, tunggu kucing bertanduk pun belum tentu keluar.

Malaysiakini dan Malaysian Insider pun sama. Terus menerus menyerang Kerajaan BN dengan laporan audit yang telah dikeluarkan.

Sebagai permulaan, kami kongsikan kegagalan Kerajaan Kelantan menyediakan rumah kepada rakyatnya.



*Dah 20 tahun memerintah pun tak reti-reti lagi ?

Keratan Akhbar : Mana Tapak Baru

Posted: 25 Oct 2011 07:33 AM PDT

BN tetap perihatin walaupun rakyat Rawang menolak mereka dan memilih pembangkang.
Klik untuk besarkan imej.


Tahniah BN kerana membantu tanpa mengira kawasan yang dimenangi oleh merak atau pakatan pembangkang.

Semoga rakyat Rawang terbuka hati untuk memilih BN semula.

Keratan Akhbar : Anak Lawan GWGF, Mana Satu Pilihan Warga FELDA

Posted: 25 Oct 2011 06:38 AM PDT

Selain daripada ANAK yang ditunjangi pembangkang, GWGF kini lebih terkehadapan dalam menyelesaikan isu FELDA.

Klik untuk besarkan imej

Persoalannya, antara 2 NGO ini, mana satu pilihan peneroka?

Jangan lupa bahawa peguam PAS telah menipu para peneroka yang menggunakan perkhidmatan mereka.



Dan ada juga pemimpin bawahan pembangkang yang mengakui isu FELDA adalah modal cari makan pembangkang.



Pesanan MyMassa, buatlah pilihan yang terbaik.

*Tembelang pembangkang dalam isu FELDA semakin terserlah.

Terjemahan Akhbar Cina : Nama Baik Malaysia Tercemar

Posted: 25 Oct 2011 05:38 AM PDT

Kupasan isu dalam akhbar Cina yang mendakwa nama baik negara tercemar:


Sinchew Daily News (m/s 24) bertarikh 18 Oktober 2011

Nama baik Tercemar
Lim Sui Guan

Satu ketika dahulu, semasa Ling Liong Sik memegang jawatan menteri pengangkutan, rakyat Malaysia bersikap lemah lembut seperti umpama ternakan yang jinak, apabila mereka mamandu di dalam kenderaan, sikap buas binatang mereka muncul, sekarang ini rakyat Malaysia diibarat seperti setaraf dengan manusia yang kejam.

Kemboja membekukan pembantu rumah mereka datang ke negara kita adalah contoh yang terbaru, Masalahnya bukan kerana kehadiran pembantu rumah Kemboja ke sini dalam tempoh seminggu terus mati, dan tidak pernah berlaku pembantu rumah Kemboja dibunuh di negara kita, tidak juga berlaku penindasan pembantu rumah Kemboja walaupun dalam beberapa peratus dalama 30 hingga 40 orang pembantu rumah Kemboja yang terlibat, sebaliknya kini sering berlaku penindasan pembantu rumah yang lain-lain di negara kita tidak habis-habis. Sebelum ini pembantu rumah Indonesia, sekarang ini pembantu rumah Kemboja, jika kita tidak hapuskan nama buruk yang tercemar di negara ini, mungkin pada akhirnya nanti kita tidak dapat menjemput pembantu rumah negara asing lagi.

Nama buruk negara kita yang memalukan itu kini telah tersebar luas sedunia, rakyat Malayisa bukan sahaja hebat dalam menyeksa manusia, bahkan menyeksa binatang juga amat mengharumkan nama negara ini.

Negara kita hari ini juga menjadi terkenal sebagai sebuah negara transit perdagangan manusia, disenarai hitam oleh State Department of America; laporan dari jawatankuasa diplomat Amerika mengatakan pegawai Imigresen Malaysia bersekongkong dengan pihak Thailand, meminta duit kepada pendatang haram dan terlibat dalam memperdagangkan manusia.

Keldai dadah Malaysia juga sangat masyhur, 10 orang keldai dadah ditangkap di New Zealand, keldai dadah wanita yang tamak haloba juga ramai tidak terbilang, cara dan taktik orang asing transit dadah ke negara ini lebih menjolok mata kita semua.

Cara dan taktik rakyat Malaysia meyeludup sangat luar biasa hebat, kenderaan yang hilang dicuri boleh dipasarkan ke negara yang tidak ada hubungan diplomat dengan negara kita seperti Israel. Badan pengkaji binatang liar antarabangsa telah melabal negara kita sebagai transit gading gajah utama dalam penyeludupan barangan itu.

Teknologi pemalsuan oleh rakyat di negara kita lebih hebat dari orang-orang negeri China, sarang burung walid tiruan punyai status mahkota 4 bintang, ada juga pegawai kerajaan palsu yang memasarkan sarang burung walid di negeri China, sungguh mengagumkan kita.

Isu rasuah juga tidak kurang hebatnya, isu Bumiputera finance yang menggoncangkan mahkamah Hong Kong; peniaga Australia merasuah pegawai kerajaan negara kita untuk mendapatkan kontrak mencetak wang kertas, mahkamah federal Amerika di sebuah dokumen membongkar bahawa kakitangan kerajaan Malaysia pernah menerima rasuah.

Industri pelacuran juga tidak kurang hebatnya, wanita Uganda diheret menjadi pelacur. Pengalaman seks muda mudi rakyat Malaysia sangat luas, kita sepatutnya berterima kasih pada industri palacuran ini.

Kes buang bayi semakin hari semakin canggih, boleh disumbat ke lubang tandas dan dipam dengan air saluran tandas, dihumban dari tingkat atas ke bawah, dibuang ke sungai dan ditanam, oleh kerana tidak mahu bayi-bayi itu dibuang merata tempat, pihak yang berkenaan buat kotak penyelamat bayi untuk perikemanusuaan, namun negara kita tetap bukan pencipta kotak-kotak bayi yang pertama.

Selain dari itu, ada banyak jenis jenayah, kes ragut yang membimbangkan pelancong asing, penipuan di laman web juga naik setingkat demi setingkat luar biasa hebatnya, taktik mencuri keteta dan rampas kereta boleh dilakukan tidak sampai satu minit.

Kenapa negara kita boleh berlaku demikian yang menjijikkan? Ini adalah kesilapan besar pendidikan, kejatuhan akhlak, kehancuran sikap kemanusiaan, penguatkuasa yang tidak tegas, cuba melindungi orang salah, ataupun ini satu perubahan nilai-nilai dalam masyarakat hari ini?

Pihak yang berkenaan sepatutnya ambil berat, kenapa Australia hanya menghadkan negara kita sahaja untuk pertukaran pelarian? Sebenarnya ini bukan satu kebanggaan kepada kita.

Pegawai-pegawai kerajaan yang menerima rasuah jika tidak digempur dan dihapuskan, tidak mungkin negara kita dapat hilangkan nama buruk yang dilabel selama ini; jika kita tidak menghadang kebocoran di kawasan keselamatan, penjenayah antarabangsa akan gunakan negara kita sebagai kem perantaraan kegiatan mereka, dan negara kita yang mendapat nama buruk itu.

Menjelaskan kedudukan diri sendiri, meminta maaf, adakah itu boleh selamatkan kita, yang lebih penting kita ambil tindakan menyelamat, kita perlu tahu, kita masih belum terlambat umpama walaupun kambing itu sudah terlepas, kita tetap siapkan kandangnya dulu, kerana ia masih belum terlambat lagi.



Pada pandangan MyMassa, kebanyakan perkara yang dibincangkan di atas berkaitan dengan kaum tersebut. Terutamanya perkataan yang bertanda merah.

Di Malaysia, siapakah pemandu yang suka mencilok dan tidak hormat kepada pemandu lain?

Kematian dan penderaan pembantu rumah, siapa penyebabnya?

Rasuah? Siapa yang mengajar penjawat awam menerima rasuah?

Pelacuran? Tak perlu tanya kita tau siapa taukeh.

Itu pandangan kami, bagaimana pula dengan anda?

Terjemahan Akhbar Cina : Satu Pengenalan.

Posted: 25 Oct 2011 04:33 AM PDT





Jika sebelum ini blog MyMassa ada menerbitkan beberapa segmen seperti Info MyMassa, Ranking MyMassa dan Edisi Dewasa, kali ini MyMassa akan menerbitkan satu lagi segmen iaitu Terjemahan Akhbar Cina.

Kalau team MyMassa dapat terjemahan Akhbar Cina, kami akan kongsikan bersama pembaca. Terjemahan yang dibuat oleh Akhbar Utusan juga akan kami kongsikan di sini.

Untuk edisi pengenalan, MyMassa kongsikan beberapa terjemahan yang pernah dikeluarkan di blog kami:

http://mymassa.blogspot.com/2011/10/sekali-lagi-akhbar-cina-hasut-kaumnya.html

http://mymassa.blogspot.com/2011/10/isu-isu-akhbar-cina-minggu-lepas.html

http://mymassa.blogspot.com/2011/10/gempar-akhbar-cina-hasut-rakyat-sabah.html


http://mymassa.blogspot.com/2011/10/panas-akhbar-cina-hina-blogger-umno-tak.html

*Apabila kita baca apa yang dibincangkan oleh akhbar Cina, mungkin kita lebih memahami kaum tersebut. Untuk makluman pembaca, bukan semua orang Cina di Malaysia boleh baca akhbar Cina.

Info MyMassa : BERITA BAIK UNTUK PENGGUNA LEBUHRAYA

Posted: 25 Oct 2011 03:07 AM PDT

Klik untuk besarkan imej.

 Khas untuk golongan yang menempuh beberapa tol untuk melawat saudara esok.



Apa yang Keldaian Daily dan Haramkah tidak akan lapor

Posted: 25 Oct 2011 01:39 AM PDT



Kepada rakyat Selangor yang sayangkan negeri dan masa depan anak-anak kita, jadikanlah Laporan Ketua Audit Negara 2011 ini sebagai panduan utama anda untuk memangkah kertas undi pada PRU-13 kelak.

Jika BN sebelum ini bersusah payah membangunkan Selangor sebagai sebuah negeri yang MAJU dan KAYA, nampaknya puak-puak fuckatan ini sedang galak menarah habis-habisan hasil negeri yang tinggal untuk tembolok mereka sendiri. Mereka sedar peluang ini tidak akan datang lagi selepas ini.

Mereka menjajakan hasil negeri untuk rakyat, tetapi rakyat yang menikmatinya pula adalah terpilih-pilih. Nasib majoriti rakyat Selangor semakin kelam dari hari ke hari.

Tekadkanlah niat kita. Selamatkan masa depan anak-anak kita.


SAYANGI SELANGOR, YAKINI BN!!!

Sekali Lagi Akhbar Cina Hasut Kaumnya Benci UMNO.

Posted: 25 Oct 2011 12:38 AM PDT

Aku tak tau apa masalah akhbar Cina dengan UMNO.

Bila aku baca terjemahan akhbar Cina, makin sakit hati aku.

Adakah benar pemikiran orang Cina sekarang macam ni?

MyMassa kongsikan terjemahan akhbar ini dengan pembaca blog ini.


Nanyang Siangpau m/s A14 - 23 Oktober 2011 (Ahad)

Ke Manakah Arah Tuju Gerakan
Loh Hon Chew/ pengkritik semasa

Pada 5 September 2005 dalam rencana akhbar ruangan ketandusan, artikel Gerakan bertajuk "Ke mana arah panduan Gerakan" menyebut, Gerakan berslogankan sebagai parti untuk pelbagai kaum, itu adalah pegangan yang amat berat bagi mereka, kerana orang-orang Melayu tidak perlukan mereka sebagai mewakili orang-orang Melayu, kerana orang-orang Melayu ada UMNO ataupun Pas, orang Cina ada MCA dan DAP, orang-orang India pula ada MIC, sebab itu slogan mereka mahu menjadi wakil untuk pelbagai kaum, sebenarnya Gerakan tidak dapat mewakili mana-mana kaum, tidak ada satu kaum pun yang anggap Gerakan boleh mewakili mereka.

Hanya Tu Gan Huan (Terjemah Mandarin) Keluar BN

Selepas PRU 2008, saya sekali lagi menulis satu rencana, dalam rencana itu menyebut, selain daripada Gerakan laungkan slogan untuk pelbagai kaum, pemimpin-pemimpin Gerakan tidak langsung faham sikap orang-orang Cina yang boleh menggugat itu, menteri dari UMNO mahu hapuskan sejarah menenteng Jepun, sebaliknya Gerakan bertindak senyapkan diri, di satu perhimpunan pelajar Koh Tsu Koon bersama Hishamudin mangangkat dan menghunus keris. Tentang isu sekolah wasasan dan mata pelajaran menggunakan bahasa Inggeris mereka membelakangi masyarakat Cina, selepas itu baru berpatah balik.

Dalam beberapa artikel saya telah sentuh tentang sikap Koh Tsu Koon yang begitu lemah dan lembut, berkali-kali asyik beri muka kepada UMNO Pulau Pinang, ini menyebabkan perjalanan parti Gerakan semakin pudar, melangkah ke hadapan yang agak susah dan berat, laluan yang dihadapi oleh Gerakan amat getir.

Hari ini mereka laungkan mahukan perubahan, cara apa pula yang mereka mahu ubah, bentuk apa pula yang mereka mahu ubah, sedangkan mereka sendiri tidak boleh nak utarakan apa yang mereka mahu ubah.

Ketua wanita Gerakan Tan Lian Hua juga menuding Koh Tsu Koon lembik, menyebabkan parti berlaku kekeliruan, sepatutnya Koh letak jawatan, dan tidak sepatutnya bertanding pada PRU akan datang.

Walaupun serangan ini amat getir, namun Koh Tsu Koon tetap sebagai pengerusi Gerakan, masih berkuasa tentang kedudukan dan kerjaya Tan Lian Hua dalam politik, dengan itu Tan Lian Hua berpatah balik sejukkan keadaan, bersenyum-senyuman dengan Koh Tsu Koon, membersihkan suasana tegang itu.

Selepas PRU 2008 tamat, Tu Gan Huan dan Tan Lian Hua kemukakan keluar daripada BN, selepas itu Tan Lian Hua diberi jawatan Timbalan Menteri, tutup mulut tidak keluar BN, dia dapat jawatan dalam kabinet, akhirnya hanya Tu Gan Huan (terjemah Mandarin) yang bertindak keluar dari Gerakan.

Sebab itu ramai orang berkata, orang yang bijak melihat keadaan akan kekal dalam politik, orang-orang yang mahu tegakkan fakta biasanya akan kecundang dalam politik, Tan Lian Hua dan Tu Gan Huan adalah satu contoh yang nyata.

Masuk BN Seperti Terjerat Dalam Sangkar

Kelembutan sikap Koh Tsu Koon tidak pula kerana desakan Tan Lian Hua menjadi keras, dan tidak mungkin Koh Tsu Koon boleh jadi keras dan tegas.

Pada masa silam dahulu, Lim Chong Eu kerana tegas pendiriannya sehingga dapat menguasai kerajaan Pulau Pinang, itu kerana orang-orang Cina di Pulau Pinang amat sukai sikap Lim Chong Eu yang tegas semasa memimpin MCA itu, berani menentang Tunku Abdul Rahman, dia berani melawan arus mengumpulkan orang-orang Cina untuk menyokong parti Gerakan.

Sebaliknya pada masa itu Gerakan masuk BN, dengan itu sikap Lim Chong Eu beralih dan berubah menjadi kesederhanaan, tidak lagi jadikan UMNO sebagai musuh yang bertentangan, UMNO Pulau Pinang tidak berani usik kewibawaan Lim Chong Eu, tidak berani meminta yang bukan-bukan dari Lim Chong Eu.

Koh Tsu Koon Kehilangan Kubu Kuat

Masuk ke dalam BN seperti masuk ke dalam sangkar penjara, kerana kerusi negeri dan parlimen dikuasai dan diarah dari BN, tidak boleh bergerak secara bebas, termasuk penghormatan orang-orang Cina pada Lim Chong Eu tidak lagi seperti dahulu, kemajuan parti Gerakan seperti telah dihadkan oleh BN, tidak dapat melangkah keluar dari Pulau Pinang.

Selepas Lim Keng Yait menggantikan Lim Chong Eu, Lim Keng Yait hanya mengekalkan apa yang diturunkan oleh Lim Chong Eu sahaja.

Akhirnya sesiapa sahaja yang termasuk ke dalam sangkar penjara BN tidak dapat peluang untuk bergerak dengan bebas, dikatakan mereka dapat kekalkan apa yang ada di kawasan itu pun sudah cukup memadai. Tetapi dia telah tersilap langkah kerana tersilap memilih penggantinya.

Selepas Koh Tsu Koon ambil alih parti Gerakan, secara terang telah menunjukkan bahawa beliau bukan seorang pemimpin yang bijak untuk menguruskan parti, dan juga bukan orang yang bijak dalam pertahankan kedudukan parti, beliau tidak dapat melangkah keluar ke negeri-negeri lain untuk memperkukuhkan penguasaan parti Gerakan, di Pulau Pinang pula beliau tidak dapat pertahankan jawatan-jawatan kaum Cina dalam kerajaan, apabila beliau terima tekanan dari pihak UMNO, beliau terpaksa ubah organisasi Jabatan Air Pulau Pinang yang mengecewakan orang-orang Cina Pulau Pinang, UMNO Pulau Pinang di hadapan bekas Perdana Menteri Pak Lah memerli Koh Tsu Koon, Koh hanya gunakan kemahirannya yang bersikap berdiam diri, akhirnya pada PRU 2008 keseluruhan kubu Gerakan di Pulau Pinang terbungkas dan tersungkur.

Sekarang ini, pemimpin-pemimpin tertinggi Gerakan di Pulau Pinang sendiri tidak yakin mereka boleh rampas kembali kerajaan Pulau Pinang.

Jika perkara ini berterusan, ini bukan cara dan gaya Gerakan untuk terus bergerak ke hadapan, ini bersabit masalah berapa lama lagi parti Gerakan boleh bertahan.

Apa pendapat pembaca MyMassa pula?

GEMPAR!!! @nikabdulaziz layak terima saguhati RM 3000 daripada PM Najib?!!

Posted: 24 Oct 2011 11:27 PM PDT



Resume di atas bukannya kami yang reka. Ia disediakan oleh web rasmi PAS sendiri iaitu, PAS.org di pautan kenali menteri besar anda. Sila perhatikan di ruang seksyen pekerjaan.

Mungkin ramai di antara kita sudah pun mengetahui fakta bahawa MB Kelantan ini sebenarnya seorang bekas pegawai KEMAS. Dan sebagai tambahan kepada fakta di atas, Nik Aziz telah melepaskan jawatannya dalam KEMAS untuk menjadi calon PERIKATAN/BN pada tahun pilihanraya tahun 1974.

  

Ya, mungkin ramai juak totok PAS akan kata itu dahulu. Ketika Tok Guru mereka belum bertaubat. Namun apa yang sebenarnya kami ingin bangkitkan di sini adalah Datuk Najib tidak pernah melupakan jasa-jasa yang telah ditaburkan oleh Tok Guru ketika bersama BN, walaupun beliau sendiri sering mengajar pengikut dan penyokongnya untuk tidak bersyukur dalam tidak malu mengambil segala pemberian dan bantuan Kerajaan.

"Bagi kain pakai, bagi wang ambil, bila undi, pangkah bulan"



Nasib baik PM kita seorang yang sangat menghormati orang yang lebih berumur, walaupun orang tua itu sudah nyanyuk dan ganyut hendak mampus. Lagipun, kesian dekat Tok Guru, letih dia membodek PM hari itu.




Agak-agaknya SAM Ketot berani lagi tidak membantah selepas ini?!!



Panglima Perang Cyber

Posted: 25 Oct 2011 11:02 PM PDT

Panglima Perang Cyber


#Pencapaian Malaysia Siri 6 : GTP Fuel Subsidy NKRA

Posted: 26 Oct 2011 03:00 AM PDT



English





Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

#Pencapaian Malaysia Siri 3 : Video GTP - Low Income Households (LIH) NKRA

Posted: 25 Oct 2011 11:00 PM PDT



Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

#Pencapaian Malaysia Siri 7 : GTP Klinik 1Malaysia NKRA

Posted: 25 Oct 2011 10:52 PM PDT


ENGLISH 



Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

#Pencapaian Malaysia Siri 2 : Video GTP - Corruption NKRA

Posted: 25 Oct 2011 09:30 PM PDT



Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih



#Pencapaian Malaysia Siri 1 : Video GTP - Crime NKRA

Posted: 25 Oct 2011 08:39 PM PDT




Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Hits Panglima Menurun Mendadak Akibat Kembali Template Lama

Posted: 25 Oct 2011 06:09 PM PDT

Pagi ini hits merudum lagi.


Nampaknya Panglima perlu kembali menukar template baru dynamic view hari ini.


Meskipun ada sedikit masalah dengan dynamic-view tetapi ia lebih menarik lebih ramai pembaca dan membuka selera mereka membaca artikel-artikel yang ada.


Lihat hits terus merudum dan sebagai blogger, hits antara petunjuk pencapaian blog walau bukan sepenuhnya.


Masakan Panglima boleh diam apabila hits terus turun tatkala PRU 13 makin hampir kepada kita.


Maaf kepada kawan2 jika menghadapi kesukaran atau tidak selesa template baru blog panglima.


Teruskan membaca jika di sini tempat kesukaan anda.




Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Wajah Pembunuh Muammar Gaddafi - Sanad Al Sadek ( Video )

Posted: 25 Oct 2011 03:09 AM PDT


cerita lanjut di sini 



Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Apa Komen Bank Negara Duit Syiling Baru Mirip Bendera Israel Dan Benarkah PKR Agen Illuminati ???

Posted: 25 Oct 2011 02:40 AM PDT



cerita klik blog bawah

http://amzcampro.blogspot.com/2011/10/gambar-syiling-baru-jimat-49-kos.html

Isu ini pernah terjadi pada duit RM5 sebelum ini yang didakwa meletakkan logo Illuminati

http://akuislam.com/blog/fakta-menarik/simbol-illuminati-pada-ringgit-malaysia/

Tetapi hujjah tidak kuat mana. Terpulang kepada kita mentafsirkannya.

Zionis dari dahulu memang suka menyelit logo mereka atau tanda puak mereka dalam media atau syarikat bawah mereka. seperti CBS.

Tak percaya klik sini
http://www.cremationofcare.com/illu_sym_allseeingeye.htm

Bahkan jelas bahawa logo mata satu juga terdapat dalam logo PKR seperti bukti di bawah :



Bila gambar ini dirakam ? lihat tarikh di bawah ...



logo

gambar dari blog http://ohpolitik.blogspot.com/ 

Kena kenali logo-logo mereka jika anda berminat mengkaji lebih dalam puak-puak ini yang cukup teliti dan sukar dikenali kecuali AHLI MATA HATI atau AHLI ZIKIR.

Moga Allah tunjukkan kepada kita siapakah puak penyembah syaitan dan illuminati ini....



Lihat lebih awal dari itu bendera PAS juga seiras mata satu cuba perhatikan di bawah :






bukankah ada persamaan antara bendera PAS dan logo CBS ini di mana

semuanya bulat seperti anak mata ???


Masya Allah kita tidak sedar rupanya. Patutlah selama ini PAS yang menjadi petualang memecahkan umat Islam seperti yang dikehendaki musuh Islam dari Freemason dan Illuminati.

Wallahu A'la Wa A'lam...

Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Ustaz Moden's Weblog

Posted: 25 Oct 2011 11:01 PM PDT

Ustaz Moden's Weblog


Lirik Law Kaana Bainana – Arab Dan Rumi

Posted: 25 Oct 2011 07:59 AM PDT

image

Harap berguna…


AMOKAN PANG5HUSIN

Posted: 25 Oct 2011 09:50 PM PDT

AMOKAN PANG5HUSIN


Wakil Rakyat PAS diwajibkan merendah diri.

Posted: 25 Oct 2011 09:00 PM PDT

Selepas beberapa minggu PAS menubuhkan kerajaan di Kelantan, iaitu dalam tahun 1990 dulu, YA.B. Menteri Besar PAS mengarahkan kepada semua wakil rakyatnya supaya jangan membeli kereta besar, hanya kereta proton saga sahaja yang paling besar.

Ada di antara wakil rakyatnya bersungut, bagaimana TokGuru jikalau kereta itu mati didalam perjalanan ?

Jawab YAB. : Itulah yang kita kehendaki, kita mahu rakyat melihat sendiri betapa miskinnya wakil rakyat PAS.

Selepas satu bulan sahaja, kebanyakan wakil rakyat PAS membeli kereta besar-besar.

Demikian juga dalam taklimat kemenangan PAS yang pertama di kediaman rasmi YAB. JKR 10., YA.B. MB berjanji tidak akan lulus balak secara mudah atau cara biasa, tetapi selepas beberapa bulan didapati sebahagian besar pemimpin PAS telah meniadi kaya raya hasil daripada pembalakan.

Betapa lidah bercabangnya pemimpin PAS. Sedarlah wahai penyokong-penyokong PAS!

Ingatan: Berdosa menyokong Ustazah ini!

Posted: 25 Oct 2011 06:00 PM PDT

Penulis menyeru kepada semua umat Islam supaya berhati-hati dengan penceramah yang hanya membaca buku dan menggunakan akal fikiran beliau untuk menyampaikan kepada audien nya.  Apa yang cuba disampaikan bakal memberi kekeliruan kepada yang tidak mempelajari agama dengan mendalam dari guru-guru yang bertauliah dan benar-benar faham apa yang dibincangkan.


Nurul hanya membaca dari buku dan menyampaikan kepada pendengar. Ini amat mengelirukan dan ajaran Islam bakal disalah ertikan oleh mereka yang tidak berilmu.

Jangan kita terima bulat-bulat apa yang diperkatakan melainkan kita memperlajarinya dengan mendalam dari guru-guru yang arif tentangnya.

Menyelewengkah Nik Aziz?

Posted: 25 Oct 2011 08:35 AM PDT

Jika kita teliti segala tindakan dan kata-kata Nik Aziz, adakah ianya menjurus kepada menegakkan atau memperjuangkan Ahli Sunnah Wal Jamaah?


Kenapa semua kata-kata atau tindakan Nik Aziz menampakkan yang ianya berlawanan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah? Kenapa agama hendak disamaratakan? Kenapa Pemimpin utama negara boleh diberikan kepada bukan Islam seperti di Pulau Pinang?

Apakah ini semua ada disebut dalam ajaran Islam? Kenapa Nik Aziz sangat condong menyebelihi HARBI dalam bab-bab yang melibatkan Islam? Contohnya murtad di Selangor, BERSIH diketuai Ambiga, Peliwat menjadi Perdana Menteri dan Lim Guan Eng ibarat Khalifah Umar.

Kenapa?

Ahli-Ahli PAS: Berbaloikah anda bersama PAS?

Posted: 25 Oct 2011 07:26 AM PDT

Terlebih dahulu RajaBersiung memohon maaf bagi pihak Pang5Husin kerana sudah lama tidak mengemaskini blog ini. Dari statistik BLOGGER, masih ramai yang melayari blog ini. TERIMA KASIH Kerana masih sudi melawat.  Pang5Husin sekarang ini amat sibuk dengan kerja-kerja harian serta pengajian yang dilalui. Bukan apa, mungkin umurpun dan bertambah, maka ilmu agama pun perlu ditambah. InsyaAllah, harapan RajaBersiung agar Pang5Husin menjadi manusia yang menyintai Allah. Semua yang dilakukan dan dikerjakan adalah kerana Allah.


Sebagai pemula penulisan yang sudah lama ditinggalkan oleh Pang5Husin, Raja Bersiung ingin memaparkan satu video yang dirakam di pengajian pondok yang kisahnya merujuk kepada beberapa kitab-kitab ulama Muktabar dahulu tentang HARBI. 


Harbi adalah musuh wahid yang ingin memusnahkan Islam. Bersekutu dan bersubahat dengan mereka menjadikan kita seolah-olah musuh Islam. Musuh Islama wajib kita fisabilillah.

Mari kita dengan apa yang diterangkan dalam pengajian ini berkaitan Harbi dan musuh-musuh Islam. Kita patut fikir dan buka hati memikirkan apakah yang kita lakukan hari ini memenuhi kehendak Islam atau sebaliknya. Itupun jika kita mengaku kita ahli sunnnad wal jamaah.

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 25 Oct 2011 09:31 PM PDT

PenangWasabi

Posted: 25 Oct 2011 09:19 PM PDT

PenangWasabi


Kereta kerajaan DAP Pulau Pinang dirantai!

Posted: 25 Oct 2011 09:06 AM PDT


LIEW Yeow Hooi merantai tayar kereta Toyota Fortuner milik Unit Perancang Ekonomi Negeri kerana diletak di tepi jalan dan mengganggu lalu-lintas di Georgetown, Pulau Pinang, semalam.

Sebuah kenderaan rasmi milik kerajaan DAP Pulau Pinang yang diletakkan sesuka hati di tepi jalan berhadapan Dewan Undangan Negeri (DUN), Lebuh Light di sini dirantai oleh orang ramai yang berang kerana menyebabkan kesesakan lalu-lintas.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 10 pagi apabila Ketua Pemuda Parti Cinta Malaysia (PCM), Liew Yeow Hooi bertindak sedemikian selepas mendapat aduan daripada orang ramai.

Menurut Yeow Hooi, tindakan tersebut adalah sebagai pengajaran kepada pegawai dan kakitangan kerajaan negeri supaya tidak sewenang-wenangnya melakukan perkara yang menyalahi undang-undang.

"Saya telah menerima banyak aduan daripada orang ramai mengenai isu ini. Jika orang awam yang melakukan kesalahan serupa, sudah pasti kenderaan mereka disita dan dikompaun.

"Ini tidak adil kepada rakyat. Maka saya hari ini mewakili penduduk negeri ini mengunci kereta kerajaan negeri demi menuntut keadilan sewajarnya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati kereta terbabit bernombor plat PKC 3244 tertulis perkataan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Dalam pada itu, Yeow Hooi mendakwa, tindakannya berniat baik iaitu mahu 'mendidik' pegawai dan kakitangan kerajaan DAP Pulau Pinang supaya mematuhi undang-undang.

"Saya akan terus mengambil tindakan untuk mengunci kereta milik kerajaan negeri sekiranya mereka berdegil dan masih meletakkan kenderaan sesuka hati," ujarnya.

Sementara itu, Setiausaha Politik Ketua Menteri, Ng Wei Aik membuat laporan polis berhubung perkara tersebut. Pada masa sama, Wei Aik menyifatkan tindakan Yeow Hooi sebagai biadab.

"Ini kerana hanya pihak berkuasa seperti polis dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mempunyai hak berbuat demikian," jelasnya.

Penang Wasabi..

PISAU.NET

Posted: 25 Oct 2011 09:04 PM PDT

PISAU.NET


Khawarij PAS Tampal Stiker Dapat Pahala

Posted: 25 Oct 2011 06:00 PM PDT

Semalam Pisau ada siarkan video Ustaz Fathul Bari mengenai gambar dan stiker yang boleh menghampiri syirik.Klik Sini

Gambar dibawah bukti betapa kaum puak khawarij PAS berlumba lumba mendapatkan pahala dengan hanya pelekat stiker wajah tok guru wali selipar.

Kos mendapatkan pahala cuma semurah berger McD,hassle free just stick tok guru face anywhere you want then.... a pahala for you! as easy 1,2,3


Inilah sticker yang paling laris - Sticker Tok Guru Mahal ke?
Sticker yang bermutu tinggi dan dapat beri pahala ni cuma sama
harganya dengan sebiji burger Mc D, RM5.00 sahaja.
(tambah RM3.00 jika guna Pos Ekspress)
Dapatkan sebelum kehabisan stok

klik gambar untuk lebih jelas


Pisau kata " Selamat Menyambut Hari Deepavali Kepada Kaum India dan rakan rakan BN"

Gambar & Stiker Tok Guru Pembuka Pintu Syirik

Posted: 25 Oct 2011 09:18 AM PDT

Pisau kata "khawarij mendewakan wali selipar hingga menghalalkan cara"

Siswa Pertahankan Murtad dan Aziz Bari Menghina Sultan

Posted: 25 Oct 2011 06:00 AM PDT


Aziz Bari yang mengunakan khidmat peguam hanya untuk menjawab tuduhan beliau digantung dan telah dibebaskan. Menariknya jawapan beliau lebih kepada kebebasan bersuara artikel 10 perlembagaan. Beliau berasakan dengan mengunakan dalil itu beliau boleh memperlekeh dan mempertikaikan kuasa sultan Selangor mengenai hal agama Islam.


Kita boleh lihat Aziz Bari memberi jawapan yang melencong dari isu yang sebenar. Isu yang perlu ditekankan adalah beliau telah menghina sultan,bukannya kebebasan bersuara seperti yang dilakukan oleh Aziz Bari.Adakah dengan menggunakan artikel 10 perlembagaan kita bebas memperkatakan apa saja hingga boleh menghina Insitusi Raja berpelembangaan?


Pisau melihat ia lebih dipolitikkan untuk kepentingan pembangkang yang mahu mempertahankan tindakan evengelis yang menganjurkan majlis meraikan umat Islam yang murtad.

Kehadiran Menteri Dalam Negeri Ds Hishamudin menggantikan PM Ds Najib yang dijadualkan menghadiri ke majlis pengkebumian Putra Mahkota Arab Saudi tidak menghalang daripada gerembolan dari SMM bersama pelajar luar dari UIA seperti PMIUM,Unisel serta persatuan akedemi UIA untuk terus berkumpul di Masjid Ar Rahima,Pintu Masuk UIA dan di surau UIA.Mereka bagaikan menggila mempertahankan tindakan Aziz Bari menghina Sultan Selangor dan mahu menyerahkan memorandum kepada PM agar masuk campur didalam kes pengantungan Aziz Bari.

Kesimpulannya mudah ,Mahasiswa dilihat mempertahankan Aziz Bari yang menghina Sultan Selangor mengenai kenyataan kes murtad DUMC. Mahasiswa yang hadir dilihat lebih condong mempertahankan orang Islam murtad berbanding melihat isu yang sebenar.Kebodohan orang pandai ini lebih teruk daripada mereka yang tidak berpelajaran yang tahu membezakan kepentingan agama daripada politik.

Pisau kata " siswa pun dah sokong orang islam murtad,kebebasan beragama?"

What Was Reported By Haprakdaily And What Should Also Be Reported On Penang

Posted: 25 Oct 2011 04:40 AM PDT



Read more about Haprakdaily slanderous spin, here.

What Haprakdaily actually not reported on Penang based on the same AG's report was:
  • Penang mistakenly overpaid 37 state officers amounting to RM109,170 and also underpaid 13 officers of amount totalling RM13,500.
  • Jalan Raja Uda was widened to accomodate more cars but could not be used because parking spaces were illegally used as parking.
  • Federal Government gave RM868,000 to Penang for replanting mangrove trees. However, only 24.5% of trees still alive.
  • Penang state debts increase drastically from 2006 to 2010 i.e. 2006 (RM442M), 2007 (RM497M), 2008 (RM625M), 2009 (RM684M) and 2010 (RM688M).
  • Penang didn't approve RM1M to upgrade and maintain Jalan Permatang Rawa, even though audit found out 18 potholes and endangering users.
  • Penang spent 18% less on low cost housing in 2010 compared to 2009.
Note: Credit to MP Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan for his comprehensive review.

I really cannot accept those who excessively preaching Penang's CAT is-all-the-great, which the truth are just unrealistic and bias.So much for your LGE's ass-licking, Haprakdaily!-cucutokselampit


Pisau kata " nenen penipu,pembohong & pembelit"

Koh Tsu Koon Istihar Bertanding Parlimen Bagan?

Posted: 25 Oct 2011 12:00 AM PDT

Presiden Gerakan Dr Koh Tsu Koon dikhabarkan akan bertanding di Parlimen Bagan, menurut sumber dalaman,hasrat ini untuk merealisasikan matlamat Gerakan untuk berhadapan DAP secara menyeluruh di Pulau Pinang.

Koh Tsu Koon yang dilihat sebagai lemah dan tidak mempunyai arah tuju politik sebenarnya mempunyai perancangan untuk mengalahkan Lim Guan Eng,lawan yang mengambil alih kerusi ketua menteri dijadikan sasaran memandangkan beliau sendiri berkata sanggup mengorbankan dirinya demi kepentingan parti ketika persidangan Parti Gerakan baru baru ini.

Berdasarkan maklumat terkini ,DAP begitu gusar dengan kedudukan 5 kawasan DUN yang dimenangi di Pulau Pinang yang dilihat bakal tumbang.Langkah yang diambil oleh Presiden Gerakan untuk berhadapan dengan Lim Guan Eng sudah pasti akan menaikkan semangat ahli parti yang benar benar mahukan satu lonjakan memandangkan sasaran untuk merampas kembali kerusi yang kalah dan sasaran menumbangkan 5 kawasan yang dimenangi tipis oleh DAP.

Koh Tsu Koon yang baru baru ini dilaporkan terjatuh basikal merasakan mendapat semangat baru apabila melihat sokongan daripada ahli akar umbi ketika persidangan parti baru baru ini untuk melihat beliau bertanding secara anak jantan berdepan dengan setiausaha agung DAP pada PRU13 nanti.

http://media1.malaysiakini.com/138/2a4b6cbfbdacee0d79594d53a30d962e.gif
MINGGU lalu Presiden Gerakan, Dr. Koh Tsu Koon menyatakan kesediaannya 'mengorbankan diri' sekiranya itu mampu memberi kejayaan kepada parti dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. Apakah bentuk pengorbanan itu? Ia masih rahsia.


Tsu Koon akan mengumumkannya kemudian selepas perincian dan perbincangan dilakukan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menyatakan demikian pada ucapan penggulungan Persidangan Gerakan Ke-40.


Tsu Koon tewas pada PRU lalu kepada calon DAP, Prof. Dr. P.Ramasamy di kawasan Parlimen Batu Kawan dengan majoriti 9,485 undi. Angka itu lebih besar daripada majoriti yang dimenangi Gerakan pada PRU sebelumnya melalui Huan Cheng Guan yang menang dengan majoriti 8,998 undi.


Selepas kekalahan memalukan itu, beliau mahu meletak jawatan kerana ingin bertanggungjawab terhadap kekalahan teruk Gerakan terutama di Pulau Pinang yang menjadi kubu kuat parti. Bagaimanapun jawatankuasa tertinggi parti menolak kerana bukannya masa untuk menyalahkan mana-mana pihak sebaliknya bersatu memulihkan keyakinan rakyat kepada parti.


Kini selepas tiga tahun, Tsu Koon, Presiden Gerakan Ke-4 selepas Prof. Syed Hussein Alatas, Dr. Lim Chong Eu dan Dr. Lim Keng Yaik terus dikritik hebat oleh kawan dan lawan. Malahan sebelum itu, Ketua Pergerakan Wanitanya, Tan Lian Hoe menyarankan supaya Tsu Koon tidak bertanding pada PRU13. Niat Lian Hoe hanya untuk menyuntik semangat parti. Sebenarnya apakah motif di sebalik kritikan terhadap Tsu Koon itu?


Sebagai ahli politik, Tsu Koon tentunya faham maksud tersurat dan tersirat dalam kritikan atau teguran terhadapnya. Beliau tentu lebih faham kehendak ahli-ahli parti serta rakan-rakan dalam parti komponen Barisan Nasional (BN). Lebih-lebih lagi BN pada PRU13 mahu menebus kekecewaan yang dicatatkan pada PRU12 yang menyaksikan parti komponen seperti MCA, Gerakan, MIC kecundang. Menyelak kembali keputusan PRU12 itu, tiga presiden parti komponen BN tewas iaitu Gerakan, MIC dan PPP. MCA bertanding 40 kerusi Parlimen tetapi menang 15, Gerakan 12 (menang 2), MIC 9 (3) dan PPP gagal di kerusi tunggalnya, Taiping.


Daripada tiga kerusi ditandingi di Perak, Gerakan hanya menang di Gerik, di Johor menang kerusi tunggal di Simpang Renggam. Parti itu tewas di semua empat kerusi di Pulau Pinang, di Selangor hanya satu kerusi ditandingi tetapi tewas. Begitu juga di kesemua tiga kerusi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga kecundang.


Di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) pula, Gerakan hanya mempunyai empat kerusi iaitu dua di Johor dan masing-masing satu di Kedah dan Pahang. Di Pulau Pinang, Gerakan bertanding 13 kerusi DUN tetapi semuanya tewas. Begitu juga tewas semua kerusi di Perak (4), Selangor (4), Negeri Sembilan (2) dan Melaka (1). Begitulah wajah lesu dan pengalaman ngeri Gerakan pada PRU lalu.


Justeru, apakah Gerakan kini sudah pulih dan terus relevan? Berdasarkan kenyataan Tsu Koon baru-baru ini, pendaftaran 30,000 ahli baru membuktikan Gerakan masih relevan. Tetapi jumlah ahli belum tentu menjamin kemenangan. Pengundi atas pagar, pengundi tidak berparti akan menentukan menang atau kalah calon. Justeru, Gerakan malahan parti komponen BN yang lain perlu melakukan sesuatu untuk mengembalikan kecemerlangan BN. Salah satu daripadanya ialah memilih calon yang boleh menang.


Dan bagi Gerakan, apakah langkah Tsu Koon seterusnya? Ada yang mahu beliau tidak bertanding. Ada juga yang mendakwa beliau akan berhijrah ke Simpang Renggam. Dan ada juga yang mahu beliau melakukan pertarungan 'hidup atau mati' dengan menghadapi Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri (KM) Pulau Pinang. Mana satu pilihan Tsu Koon? Wajarkah beliau bertanding? Jika wajar di mana? Adakah untuk menyelamatkan maruah seorang presiden, ia perlu diperuntukkan kerusi yang selamat?


Dalam politik, kawasan yang dianggap selamat belum tentu selamat lebih-lebih lagi bagi 'orang luar' kawasan. Dalam hal ini, ia tidak seperti berlaku pada calon-calon pakatan 3P iaitu DAP, Pas atau PKR. Penerimaan pengundi terhadap calon 3P ini tidak mengambil kira dari mana asal usul mereka tetapi lain pula bagi calon-calon BN yang terlalu banyak 'masalah' sehingga calon yang boleh menang pun belum pasti menang. Inilah dilema BN.


Contohnya di Batu Kawan. Kenapa Tsu Koon yang popular dengan kedudukan KM tewas? Ramai yang melihat Batu Kawan kawasan selamat kerana sebelum ini menjadi milik BN. Dan Tsu Koon, jika mahu bertanding, eloklah kembali semula ke Pulau Pinang. Pilihlah mana-mana kawasan Gerakan yang kini dikuasai DAP sama ada Bukit Bendera, Batu Kawan, Jelutong atau Tanjong. Ada juga yang mencadangkan Tsu Koon memilih Bagan jika Guan Eng masih berhasrat bertanding di kawasan itu. Tetapi apakah keupayaan Tsu Koon? Di Bagan, pada PRU lalu, Guan Eng menang majoriti 22,070 undi mengatasi majoriti Lim Hock Seng (DAP) pada 2004, sebanyak 3,622 undi. Adakah menawarkan diri untuk bertanding di Bagan sebagai satu pengorbanan Tsu Koon?


Jika diselak rekod yang lalu, Tsu Koon mula menjadi ahli Parlimen Tanjong pada 1986. Beliau gagal mempertahankan kerusi itu apabila tewas kepada Setiausaha Agung DAP ketika itu, Lim Kit Siang yang berhijrah ke Pulau Pinang bagi menjayakan misi Tanjong I pada 1986. Tsu Koon berehat sepenggal dan menjadi setiausaha politik KM ketika itu, Chong Eu. Beliau kemudiannya bertanding di DUN Tanjong Bunga pada 1990 dan kejayaan berpihak kepadanya malahan dilantik sebagai KM bagi menggantikan Chong Eu yang ditewaskan oleh Kit Siang di Padang Kota. Pada 1995, di DUN yang sama, beliau menumbangkan Kit Siang dengan majoriti 7,703 undi dan kekal pada 1999 dan 2004 sebelum ke Batu Kawan.

Begitulah perjalanan politik Tsu Koon. Adakah PRU13 sebagai PRU terakhir atau PRU untuk beliau bangkit semula? - UM


Pisau kata " the real ninja turtle"

Sri Tri Buana

Posted: 25 Oct 2011 07:24 PM PDT

Sri Tri Buana


Winnable Candidate versus Warlord UMNO.

Posted: 25 Oct 2011 05:00 PM PDT

Lim Guang Eng Ambil Kesempatan Isu Anaknya.

Posted: 24 Oct 2011 09:50 PM PDT

Kita MESTI Selamatkan Melayu

Posted: 25 Oct 2011 03:45 PM PDT

Kita MESTI Selamatkan Melayu


Adoyaaii..! Laporan Ketua Audit Negara Dedah Kerajaan BN Bazir Wang Rakyat....

Posted: 25 Oct 2011 05:00 AM PDT

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mempertimbang untuk memanggil sekurang-kurangnya tujuh kementerian dan agensi kerajaan bagi memberi penjelasan berhubung kelemahan pentadbiran kewangan masing-masing seperti yang dicadangkan Jabatan Audit Negara.

Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid berkata, perkara yang akan diberi perhatian ialah berhubung kelemahan berulang sistem pengurusan yang dilakukan kementerian atau agensi berkenaan.

"PAC akan berbincang semula untuk menentukan jabatan atau kementerianmana yang perlu kita panggil untuk dapatkan penjelasan daripada kelemahan yang ditimbulkan.

"Antaranya kita dapati masih wujud kelemahan yang berulang. Kita ambilperhatian kerana kita perlu lihat dengan lebih mendalam bagaimana untuk kita kurangkan kes-kes yang berulang walaupun ditegur setiap tahun oleh Jabatan Audit," katanya pada sidang media selepas taklimatoleh Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang di bangunan Parlimen disini, Isnin.

Tujuh kementerian dan agensi yang akan dipanggil memberi penjelasan berhubung perkara tersebut ialah Terminal Makan Negara (TEMAN) di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Kesihatan, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, KementerianPengangkutan, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Perbadanan Stadium Nasional.

Selain itu Azmi berkata, secara keseluruhan prestasi pentadbiran kewangan dan pengurusan dalam kerajaan bertambah baik berbanding tahun terdahulu.

"Sebanyak 43 kementerian dan agensi termasuk di peringkat negeri mendapat penilaian empat bintang, 60 kementerian dan jabatan mendapat tiga bintang dan dua kementerian mendapat dua bintang.

"Tak ada satu pun kementerian atau jabatan yang dapat bintang merah iaitu di bawah 49 peratus," katanya.

Haiya..! Dr Ng Yen Yen Bikin Datuk Sri Najib Pening Laaa.....

Posted: 25 Oct 2011 12:35 AM PDT

Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendapati pembelian 1,000 unit rak risalah Tahun Melawat Malaysia 2007 bernilai RM1.95 juta, telah dibuat secara rundingan terus tanpa kelulusan Kementerian Kewangan.

Menurut laporan itu, perolehan tersebut dibuat oleh Pejabat Menteri Pelancongan dan pembayaran oleh Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM).

Dalam Audit terhadap LPPM itu, didapati tidak ada perjanjian ditandatangani antara Kementerian Pelancongan atau LPPM dengan syarikat pembekal Leo Communications Sdn Bhd (LCSB), dan ia menyebabkan spesifikasi bekalan dan tempoh penghantaran tidak ditetapkan.

Laporan itu menyebut pihak Audit tidak dapat mengesahkan sama ada pengedaran rak risalah diedarkan sepenuhnya dengan disertakan risalah pelancongan.

Pihak Audit dalam laporan itu berpendapat Jawatankuasa Penyiasat perlu ditubuhkan bagi menentukan sama ada terdapat ketidakpatuhan peraturan kewangan dan juga unsur penyelewengan dalam pembelian rak risalah tersebut.

Laporan itu, bagaimanapun, dimaklumkan LPPM bahawa Kementerian Kewangan telah meluluskan pembayaran bagi 773 unit rak bernilai RM1.51 juta pada 18 Mac lepas dan pihak Kementerian Pelancongan mengeluarkan arahan mengingatkan pegawai berkenaan untuk mematuhi peraturan kewangan kerajaan.

Laporan itu juga mendapati pemasangan papan iklan di Indonesia tidak mengambil kira ulasan Pengarah Tourism Malaysia di Indonesia berhubung cadangan lokasi yang kurang sesuai.

Semakan Audit juga mendapati lima pemasangan papan iklan berjumlah RM3.64 juta di Medan, Surabaya dan Jakarta bagi tempoh setahun yang dibina pada 27 Jan 2009 telah dibuat secara rundingan terus tanpa kelulusan Kementerian Kewangan.

Pihak Audit berpendapat LPPM perlu melaksanakan perolehan papan iklan mengikut peraturan yang ditetapkan bagi memastikan harga yang diperoleh adalah kompetitif dan mendapat nilai yang berbaloi, selain memastikan lokasi yang dipilih adalah sesuai.

Lawatan Audit di sekitar Johor Bharu, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Lembah Klang juga mendapati pemasangan papan iklan dilakukan di tempat yang tidak strategik, ada yang runtuh dan tidak dipasang lampu. - BERNAMA

Tok Guru Haji Hadi Kena Jawablah.....

Posted: 24 Oct 2011 06:39 PM PDT

Hala tuju perjuangan Pas dilihat semakin kabur dan bercelaru apabila parti tersebut sanggup mengorbankan akidah semata-mata untuk tujuan politik.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, hala tuju perjuangan Pas yang kabur itu terbukti apabila parti berkenaan tidak menyokong Akta Murtad dan penganjuran Himpunan Sejuta Umat (Himpun).

Sebaliknya, beliau berkata, parti tersebut sanggup pula menyertai perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang dipengerusikan oleh Datuk S. Ambiga, individu yang menyokong tuntutan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) semata-mata demi kepentingan politik mereka.

"Apabila Himpun diadakan, apakah pendirian Pas? Apabila ada cadangan Akta Murtad perlu diwujudkan, apakah pendirian Pas?

"Tetapi, apabila perhimpunan haram Bersih diadakan, Pas menyokong dengan penuh semangat. Di manakah pendirian dan perjuangan Pas untuk membela Islam?

"Hala tuju parti tersebut semakin celaru, kabur dan saya percaya pemimpin-pemimpinnya juga kini keliru dengan perjuangan sendiri," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Mashitah, rakyat perlu sedar dan menilai sendiri kecelaruan yang sedang melanda Pas.

"Sekiranya Pas sebagai pemandu, ke manakah mereka akan membawa rakyat yang menjadi penumpang? Saya berharap rakyat boleh menilainya sendiri," ujarnya.

Berhubung hudud, Mashitah berkata, Pas perlu memperincikan terlebih dahulu sebelum ia dilaksanakan.

Katanya, ini bagi mengelakkan timbul masalah seperti fitnah dan sebagainya apabila dilaksanakan.

"Kami tidak menolak hudud. Kami cuma mahu Pas memperincikan terlebih dahulu hukum hudud yang ingin dilaksanakan supaya tidak timbul kekeliruan sehingga boleh menyebabkan fitnah.

"Sekiranya mereka mahu melaksanakannya juga, mereka boleh lakukannya di Kelantan. Kita telah mendengar perkara ini daripada dahulu lagi tetapi sehingga sekarang ia (hudud) tidak pernah dilaksanakan di negeri berkenaan," jelasnya. Utusan Online

Tok Wan

Posted: 25 Oct 2011 03:33 PM PDT

Tok Wan


Duta Besar Amerika Di Malaysia Berbaju Melayu Lengkap Bersampin Dan Tengkolok

Posted: 24 Oct 2011 07:45 PM PDT

image

Tokwan teruja tengok duta besar Amerika memakai pakaian kita muka depan akhbar utusan hari ini.

namanya Pauk W.Jones.

jarang orang asing mahu mencuba pakaian kita untuk majlis istiadat seperti gambar atas.

tetapi jangan lupa dulu Lee Kuan Yuew juga pakai songkok dan komunis juga guna ayat quran untuk pengaruhi rakyat.

Jadi kita jangan mudah terpesona dengan pakaian luaran.

tengok dulu apa inti perjuangan mereka.

tokwan nasihat dan harap cucu semua waspada.

musuh ramai pandai bermuka muka untuk jajah negara.


Tokwan kecewa RTM ganti program Tilawah Interaktif dengan program sia-sia

Posted: 24 Oct 2011 09:02 AM PDT

image

Tokwan harap Menteri Penerangan ambil berat sedikit isu ini.

Jangan jadikan alasan program lain untuk menutup siaran tokwan cukup minat iaitu tilawah interaktif.

utamakan program agama kalau ada sebab lain tolong letak program tilawah waktu yang sesuai. atau ganti waktu lain.

kesian orang tua seperti tokwan yang nak ikut program tilawah di rtm 1 tapi waktu tengah malam.

lebih baik tayangan drama atau filem yang dilewatkan. kerana orang muda suka berjaga malam tak pegi ke masjid solat subuh.

harap tulisan tokwan ini dibaca pegawai yang menjaga siaran rtm.

terima kasih kalau cucu panjangkan perkara ini kepada pihak berkenaan.


bERANIKAN hATI

Posted: 25 Oct 2011 03:01 PM PDT

bERANIKAN hATI


PENGIKTIRAFAN TERHADAP PENGAMAL MEDIA SOSIAL

Posted: 25 Oct 2011 02:00 AM PDT


 
1. Pada 19hb yang lalu saya berkesempatan berbual-bual dengan Sdr. Mustaffar Mat Arof. Beliau memaklumkan telah mendapat mandat dari Ketua UMNO Bahagian merangkap Ahli Parlimen Jerantut untuk menggerakkan media sosial di Jerantut yang selama ini terbiar tanpa halatuju. Beliau melakukannya atas kapasiti Ketua Unit Media Baru UMNO Bahagian Jerantut.

Saya menyatakan sokongann saya serta persetujuan untuk bersama-sama membantu selagi diperlukan. Banyak yang kami perbincangkan malam tu. Yang penting 'kita' masih tidak terlambat dalam mengorak langkah untuk memacu perkembangan media sosial Jerantut seterusnya memandu dan menentukan halatujunya terutama bagi membantu Kerajaan dalam mencapai sasaran pada PRU13 nanti.

2. YB Dato' Mohd Sharkar Shamsuddin, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan Sains, Teknologi dan Inovatif Negeri Pahang juga sedang menganjurkan satu program berkaitan media sosial di peringkat nasional. Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia yang akan diadakan pada 20hb November akan datang bertempat di PWTC nanti adalah satu pengiktirafan kerajaan terhadap peranan pengamal media sosial dalam menyebarkan maklumat dan khususnya menarik sokongan rakyat terhadap kerajaan dalam PRU akan datang. 

3. Demikianlah, kerajaan dan para pemimpinnya sudah semakin sedar peranan media sosial dalam masyarakat. Tidak peka serta tidak endahkannya telah memberikan pukulan hebat kepada kerajaan dan ini jelas terbukti dengan kemerosotan undian kerajaan dalam PRU12 lalu.

4. Menurut blog resmi Pas Pahang, hari ini di Temerloh, Lajnah ICT PAS Pahang dengan kerjasama Lajnah Penerangan dan Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPN) akan menganjurkan hi-tea perdana pada 25 Oktober ini bermula jam lima petang di perkarangan bangunan PAS Pahang, Jalan Dato Bahaman di sini. Menurut Pengarah ICT Negeri, Shamsuri Hussin, sempena majlis berkenaan satu diskusi bertajuk " Bloger: Peranan dan Cabaran Merealisasikan Pakatan Rakyat Melangkah ke Putaraja" dengan menampilkan bloger terkenal Hishamuddin Rais.

5. Nampaknya pihak kerajaan dan pembangkang sudah benar-benar memberikan perhatian dan ingin menarik hati pengalam media sosial. Tidak hairan jika beberapa blogger pro pakatan dikhabarkan menerima imbuhan yang memuaskan. Demikian juga dakwaan mereka bahawa terhadap yang pro kerajaan.

6. PRU13 nanti diramalkan sebagai kemuncak kepada perang siber dalam menghadapi PRU. Apakah menang jadi abu dan kalah jadi arang? Apapun, para penggiat media sosial sudah mula dihargai dan diberikan perhatian. Mungkin tidak semua mereka itu bernasib baik bahkan  ada yang bernasib malang. Untung sabut timbul dan untung batu akan tenggelam! Wallahualam!

7. Jika ini kita namakan perjuangan, maka kita akan lalukannya hingga ke titisan darah yang terakhir. Selamat berjuang kepada semua sahabat!





Cucu Tok Selampit

Posted: 25 Oct 2011 01:34 PM PDT

Cucu Tok Selampit


What Was Reported By Haprakdaily And What Should Also Be Reported On Penang

Posted: 25 Oct 2011 02:45 AM PDT


Read more about Haprakdaily slanderous spin, here.

What Haprakdaily actually not reported on Penang based on the same AG's report was:
  • Penang mistakenly overpaid 37 state officers amounting to RM109,170 and also underpaid 13 officers of amount totalling RM13,500.
  • Jalan Raja Uda was widened to accomodate more cars but could not be used because parking spaces were illegally used as parking.
  • Federal Government gave RM868,000 to Penang for replanting mangrove trees. However, only 24.5% of trees still alive.
  • Penang state debts increase drastically from 2006 to 2010 i.e. 2006 (RM442M), 2007 (RM497M), 2008 (RM625M), 2009 (RM684M) and 2010 (RM688M).
  • Penang didn't approve RM1M to upgrade and maintain Jalan Permatang Rawa, even though audit found out 18 potholes and endangering users.
  • Penang spent 18% less on low cost housing in 2010 compared to 2009.
Note: Credit to MP Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan for his comprehensive review.

I really cannot accept those who excessively preaching Penang's CAT is-all-the-great, which the truth are just unrealistic and bias.So much for your LGE's ass-licking, Haprakdaily!

Berjayakah Solidariti Mahasiswa Meroyan (SMM) Memalukan PM DS Najib di UIAM Malam Ini?

Posted: 24 Oct 2011 06:37 PM PDT

Perdana Menteri, DS Mohd Najib Tun Abdul Razak dijadualkan akan merasmikan upacara penutup Debat Perdana Menteri yang sedang berlangsung di UIAM pada pukul 8.30 malam ini, sebelum berlepas ke Riyadh. Satu kumpulan pelapis yang dibimbing oleh Anak Muda Keliru (AMK), P"Gay"R di bawah seliaan Shamsul Kemetot dijangkakan akan membuat kekacauan dan tunjuk perasaan.

Walaupun pada asalnya, tunjuk perasaan ini adalah bersempena memprotes tindakan UIAM mengantung Prof Kangkung, Abdul Aziz Bari, namun niat mereka itu tetap akan diteruskan walaupun Aziz Bari telah "dibebaskan" atas tekanan politik. Ini dapat dilihat melalui signal yang diberikan oleh penaung SMM, Shamsul Kemetot, di sini:


Seramai 500 pelajar daripada kampus sekitar Lembah Klang terutama daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Universiti Selangor akan turun seawal pukul 7.00 malam bagi tujuan memalukan Perdana Menteri. CTS ingin bertanya apakah tindakan tidak dapat diambil ke atas pelajar-pelajar ini? CTS telah berjaya mendapatkan maklum balas daripada Timbalan Menteri, Kementerian Pengajian Tinggi, Dato Saifuddin Abdullah dan Alhamdulillah, beliau juga tidak bersetuju dengan tindakan pembangkang menggunakan pelajar-pelajar universiti ini untuk kepentingan mereka. 




CTS akan mendedahkan di dalam posting-posting berikutnya siapakah dalang disebalik SMM, siapa penaja, bagaimana keputusan akademik pelajar-pelajar yang menganggotai SMM dan sebagainya. Siapa kata Akta AUKU menyekat pelajar-pelajar berpolitik? Siapa kata pembangkang ketinggalan di dalam meluaskan pengaruh-pengaruh mereka di kampus dengan dakyah-dakyah songsang mereka?

SuRiA PaGi

Posted: 25 Oct 2011 01:33 PM PDT

SuRiA PaGi


AZIZ BARI DAPAT PEMBELAAN – NAIB PRESIDEN PAS

Posted: 24 Oct 2011 08:20 PM PDT

Kali inilah Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berperanan membela nasib ahli akedemik yang kononnya ahli akademik tu diiktiraf di peringkat antarabangsa "ditekan, dimalukan dan dihukum" atas tindakan memberi pandangan dalam subjek kajiannya.

Bila baca kenyataan pihak pembangkang yang cukup prihatindan ilmiah ini memang kejam sungguhlah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang bertindak kasar dan di luar jangka kepada Aziz Bari.

Sebenarnya ahli akdemik ini sangat lantang dan cukup berani dalam memberi pandangan atau persepsi dalam subjek kajiannya dan paling berani bila menyentuh peranan Sultan Selangor dalam bab " Aziz Bari: Tidak Salah Kritik Raja-Raja" yang mana beliau telah mempertikaikan kedudukan Sultan Selangor yang bertitah mengenai pemeriksaan Jabatan Agama Ilsam Selangor (JAIS) di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Perkara 3. Agama bagi Persekutuan. (sila klik disini artikel penuh)

(2) Di dalam tiap-tiap Negeri selain Negeri-Negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua agama Islam di Negerinya mengikut cara dan setakat yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan, tertakluk kepada Perlembagaan itu, segala hak, keistimewaan, prerogatif dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua agama Islam, tidaklah
tersentuh dan tercacat; tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang berkenaan dengannya Majlis Raja-Raja telah bersetuju bahawa perbuatan, amalan atau upacara itu patut diperluas ke seluruh Persekutuan, setiap Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua agama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya.


Salahuddin turut menuding tindakan sedemikian terhadap Aziz Bari ia boleh mencemarkan
reputasi Universiti Islam Antarabangsa yang nampak seolah-olah institusi pengajian tinggi itu bertindak atas tekanan politik.

Hebat sungguh Salahuddin membela nasib Aziz Bari. Tapi berbeza dengan tindakan mantan
pemimpin PKR, Datuk Zulkifli Noordin yang mengutuk sekeras-kerasnya akan tindakan 'bijak' Prof Dr. Abdul Aziz Bari yang mempertikaikan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Damansara Utara.

Ini adalah kenyataan Zulkifli "kenyataan yang dikeluarkan oleh Aziz Bari seolah-olah memberi bayangan bahawa Sultan Selangor mengambil sikap berpihak dalam memutuskan perkara tersebut".

Beliau turut menambah "dalam undang-undang Tubuh Negeri Selangor, hal ehwal agama Islam
Selangor terletak di bawah kuasa Tuanku Sultan Selangor"..

Sumandak sudah lihat kalo ikut undang-undang kompom perkara ini memang sangkut dengan
perlakuan Aziz Bari... tapi berapa orang yang hendak melihat undang-undang daripada melihat kepada kepentingan individu atau kumpulan yang jelas mahu membuat keadaan lebih cemas dan tegang.. Cubalah bawa bertenang kalau ahli akdemik ini betul baik berdepan dahulu orang kata digantung atau dikuarantin bukan semestinya salah jika tidak salah selepas siasatan bah bukan ndak biasakan SAMAN ja la SAMAN MALU sebab diaibkan.... senangkan cerita...