Isnin, 30 Disember 2013

Barisan Nasional

Barisan Nasional


Duke of UMNO

Posted: 30 Dec 2013 01:13 PM PST

Duke of UMNO


GEGARRR..!!! KDN SIASAT 2 TOK GURU PAS? @buletinTV3 #beritatv3 @MukhrizMahathir

Posted: 30 Dec 2013 06:31 AM PST


Saya berpandangan, KDN harus bertindak menyiasat dua orang Tok Guru PAS ini. Kalau perlu, KDN perlu dapatkan segera keterangan bertulis dari mereka bagi memastikan fakta dan kesahihan mengenai fahaman agama yang dianuti Mat Sabu...

Zahid sendiri kalau boleh, perlu memanggil kedua saksi penting itu memberikan makluman padanya. Manalah tahu kalau Mat Sabu serius nak saman Zahid, kan? (Sampai sekarang Mat Sabu masih tak saman-saman Zahid lagi?) Peguam dia demam kot?

Nak tahu siapa? Sila tonton sendiri video terkini di bawah...



  

Nak tengok fakta lebih banyak? Sila ke laman portal ni...KedahNews.com

Saya Setuju Dengan Nik Aziz, Tapi....

Posted: 30 Dec 2013 04:35 AM PST

skf7759

Saya benar-benar teruja dengan kenyataan terbaru bekas MB Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang menegaskan bahawa "Islam membenarkan rakyat menegur kerajaan". Memang benar dan saya sangat setuju dengan kenyataan tersebut. Kerajaan bukannya "maqsum" seperti Nik Aziz, bukan?
Dalam kenyataan Nik Aziz itu, dia memberitahu wartawan Harakahdaily…
"Boleh dibuat, hendak berhimpun ke.. hendak berdoa ke.. atau naik sepanduk pun boleh. Negara demokrasi Islam membenarkan rakyat tegur kerajaan..".
Memang boleh buat berhimpun. Tapi negara kita punya undang-undang dan perlu pohon permit terlebih dahulu untuk berhimpun. Kalau diluluskan, barulah boleh berhimpun. Tak tahu pula jika Nik Aziz tidak hormat pada "undang-undang himpunan" yang dipersetujui bersama sebelum ini, kan? Kenapa Nik Aziz tak jelaskan perkara ini?

Nak naik sepanduk pun boleh. Asalkan, sepanduk itu tidak berunsur hasutan, fitnah, kata-kata bohong, tidak benar, manipulasi jahat dan sebarang bentuk tulisan negatif yang penuh provokatif. Saya yakin, Islam juga melarang sepanduk seumpama itu, bukan? Kenapa Nik Aziz tak keluarkan garis panduan sepanduk sekali dalam kenyataannya?

Kata Nik Aziz lagi…

"Tidak boleh kita membisu, hak kita menegur. Hak orang besar mesti dengar.."
"Bebas macam mana mereka pun makhluk. Dunia yang kita duduk bukan hak kita, apabila mati kita akan disoal dalam kubur lagi".
Malah Nik Aziz menambah bahawa ketika dia menjadi MB Kelantan, dia 24 jam hidup dalam keadaan gelisah dan bimbang percakapannya tidak kena pada pandangan rakyat…
"Sebab itulah percakapan, perbuatan, tingkat laku saya selalu beringat, takut-takut saya salah. Alhamdulillah kesilapan yang dilakukan saya ditegur dalam mesyuarat…".
ScreenHunter_01 Dec. 30 02.57
Memang rakyat berhak menegur kerajaan. Tapi Islam menggariskan bahawa untuk menegur mana-mana pihak, maka ia perlu dilakukan dengan cara yang berhikmah dan bijaksana. Misalnya, cara kita menegur anak tidak sama dengan cara kita menegur isteri dan cara kita menegur isteri pula tidak sama dengan cara kita menegur ibu kita, bukan?

Jadi, samalah juga dengan cara menegur kerajaan. Kenapa teguran PAS terhadap kerajaan selalunya tidak dilayan? Sebab cara teguran PAS itu tidak ikhlas dan tidak kena pada cara atau tempatnya. Teguran PAS itu bukannya boleh diiktiraf dalam kategori "menegur", sebaliknya lebih menjurus kepada memperlekeh, menghina, memfitnah dan bermotifkan kuasa politik!

Paling "manis", Nik Aziz sendiri mengaku dia ditegur dengan cara yang berhikmah apabila setiap kesilapannya ditegur ketika di dalam mesyuarat! Maksudnya, Nik Aziz menggambarkan bahawa antara cara teguran terbaik terhadap kerajaan adalah secara tertutup di dalam "mesyuarat", bukan?

Jadi, kenapa tidak tegur kerajaan di dalam syura? Kenapa berdolak-dalik dan beri pelbagai alasan bila UMNO ajak bersyura selepas PRU ke-13 tempohari? Sebab PAS sebenarnya tidak ikhlas untuk bersyura dan menegur BN, bukan? Dan PAS rela menegur UMNO dengan cara yang salah seperti demonstrasi dan keganasan di jalanraya..?

Jika benar Nik Aziz ikhlas dan bersuara berpandukan Islam sebenar, dia tidak akan restu anak-anak buahnya membuat kecoh di jalanan esok kerana itu bukan caranya untuk menegur kerajaan. Kalau benar pun mahu menegur, sila tegur dulu "kerajaan naik 400%". Suruh anak-anak buahnya "turun"kan 400% itu terlebih dahulu…

Bak kata pepatah, "kuman di seberang laut Nik Aziz nampak, tapi 400% di depan mata dia buat-buat tak tahu" pulak… Wallahu'alam…

Sumber: Mykmu.net

Ishhh..!!! Payah Sangat Ke Nak Bekerjasama?

Posted: 29 Dec 2013 10:31 PM PST

rafiziemelpalsu

Pertanyaan ini saya lontarkan setelah melihat tingkah laku Ahli Parlimen Pandan, YB Rafizi Ramli, selepas dipanggil oleh pihak Polis untuk membantu siasatan berkaitan penyebaran satu e-mel, yang dikatakan merancang untuk mencetuskan kekacauan dan letupan dalam sambutan tahun baru selasa ini.

Portal ini dan beberapa blog lain serta media massa utama telah menyiarkan emel yang telah tersebar luas di media sosial mengenai maklumat yang dikatakan dihantar oleh Dr. Abdul Rahim Ghouse kepada Rafizi Ramli.

Rafizi mendakwa siasatan ini merupakan penyiasatan yang pilih kasih. Beliau menyoal apakah semua e-emel palsu dan gosip disiasat Polis? 


Memang bukan semua e-mel palsu dan gosip media sosial disiasat polis. Namun kerana e-mel ini memetik nama orang penting seperti Rafizi dan Rahim, berkaitan dengan himpunan yang bakal dianjurkan oleh beberapa pihak yang berkaitan dengan parti mereka dan sejarah keganasan lampau anjuran tunjuk perasaan yang membabitkan parti politik ini, tentulah polis punya asas untuk menyiasat.

Oleh kerana e-mel tersebut telah tersebar luas dan membabitkan keselamatan negara, Polis perlu menjalankan siasatan segera sama ada benar atau tidak. Justeru, tentulah mereka yang terbabit dalam gosip ini akan dipanggil membantu siasatan. 

Jika Polis tidak menyiasat, kemudian benar terjadi kejadian itu, siapa yang akan dipersalahkan jika bukan pihak Polis juga? 

Susah sangatkah untuk beritahu Polis, ini bukan emel saya, Tuan boleh lihat dalam emel saya, tiada kandungan atau komunikasi sedemikian.

Sebaliknya, Rafizi bukan sahaja marah dengan siasatan ini malah mengumumkan akan mengadakan pertandingan mereka e-mel palsu dan mahu melihat sama ada Polis akan menyiasat atau tidak e-mel palsu tersebut.

Sekiranya sudah diisytihar sebagai pertandingan e-mel palsu, perlukah Polis menyiasat lagi? 

Namun lebih merbahaya ialah Rafizi dengan menggalakkan orang ramai membuat e-mel palsu mengancam keselamatan negara melalui pertandingan ini ia boleh menyebabkan mereka yang menyertai pertandingan tersebut berhadapan tindakan undang-undang.

Inikah taraf pemikiran wakil rakyat negara yang ada sekarang ini?

Hot..!!! Najib Akan Senasib Morsi?

Posted: 29 Dec 2013 06:38 PM PST

fru

Sorotan bagi tahun 2013 diwarnai dengan pelbagai kisah suka duka di negara kita. Masing-masing punya cerita gembira dan sedih pada 2013. Dalam dunia politik, antara kenangan terbaik ialah apabila Allah SWT memenangkan BN pada PRU ke-13 yang lalu, sebuah kemenangan untuk rakyat Malaysia khususnya.

Selain itu, kemenangan BN Kedah merampas kembali Kerajaan Negeri Kedah dari terus dijajah PAS seolah-olah menyerikan lagi kepercayaan rakyat pada BN. Meskipun menang dengan majoriti mudah, menang tetap menang dan Allah SWT tetap memberikan kuasanya pada kerajaan yang terbaik untuk rakyat.

Justeru itu, saya menjangkakan sambutan dan kemeriahan malam tahun baru pada malam esok akan berlangsung dengan lebih bermakna di seluruh negara.


Bagi sesetengah golongan, mereka lebih gemar menyambut malam tahun baru dengan bacaan surah Yaa Siiin beramai-ramai di masjid dan disusuli dengan solat hajat serta ceramah atau forum agama. Alhamdulillah, semoga keberkatan itu menyemarakkan rahmatNya di bumi bertuah ini…

Bagi sesetengah rakyat Malaysia pula, mereka memilih untuk sama-sama meraikan kemeriahan malam tahun baru dengan pertunjukan bunga api, persembahan kebudayaan, konsert malam tahun baru dan sebagainya. Biasanya orang muda lebih memilih sambutan begini.

Apa yang penting, kedua-dua sambutan itu perlulah disesuaikan dengan batas-batas Islam dan adat ketimuran. Yang pasti, sambutan malam tahun baru pada malam esok tetap dijangka lebih meriah berbanding sebelumnya…

Namun apa yang dimusykilkan ialah tentang sabotaj segelintir anak muda yang mengaku kononnya mereka "mewakili" anak muda, mahasiswa dan seluruh rakyat Malaysia. Mereka nak gulingkan kerajaan? Mereka gunakan alasan "kenaikan kos sara hidup" untuk buat kecoh nanti…

Bersih Kereta Polis3

Antara puak yang nak buat kacau pada malam esok yang telah dikenal pasti pihak PDRM ialah Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Jingga 13, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).

Turun, "Jinggay" 13, SAMM dan SMM itu fikir mereka siapa agaknya yang tidak perlu patuh pada undang-undang? Pohon permit berhimpun pun tidak, tiba-tiba ajak orang ramai berhimpun buat kecoh ditengah kemeriahan sambutan malam tahun baru? Mereka dikecualikan dari tindakan undang-undang, kah?

Apakah mereka-mereka yang bercadang nak buat onar itu merupakan golongan majoriti rakyat Malaysia? Berapa peratus yang bersama mereka agaknya? Wakili anak muda dan mahasiswa? Saya pernah bertemu dengan majoriti anak muda mahasiswa yang menolak cara demonstrasi, keganasan, politik murahan dan propaganda jijik "segelintir" rakan mereka itu.

"Pilihanraya kampus pun depa kalah teruk, lepas tu nak mengaku mereka wakil kami? Buat malu kami (mahasiswa) saja. Mahasiswa sebenar tak berperangai macam depa.." kata mereka yang setuju dengan ungkapan "matlamat tidak menghalalkan cara"…

Justeru itu, saya tidak pernah menganggap puak-puak yang nak buat kecoh itu mewakili suara majoriti rakyat. Suara majoriti rakyat berpihak memilih BN pada PRU ke-13 tempohari. Membanggakan, suara majoriti dari seluruh negara tampil membuat laporan polis terhadap pihak minoriti yang cuba menggulingkan kerajaan yang dipilih rakyat sebenar.

Bila disebut perkataan "gulingkan", maka saya teringat tentang nasib Morsi yang menang pilihanraya melalui saluran demokrasi pilihanraya. Beliau digulingkan tentera dan segelintir minoriti rakyat yang kecewa akibat tewas pilihanraya. Hasilnya, majoriti rakyat yang memilih Morsi bangkit membantah "coup de tat" tersebut.

Saya yakin, sekiranya Kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak berjaya digulingkan puak-puak minoriti itu secara kekerasan bermula dengan gerakan malam ini, seluruh majoriti rakyat yang memilih BN akan bangkit sebagaimana rakyat Mesir yang berjuang demi pemimpin dan parti yang mereka pilih.

Pun begitu, saya juga yakin bahawa pihak berkuasa di negara kita, sama ada pihak PDRM mahupun ATM, yang bernaung di bawah DYMM Yang DiPertuan Agong tidak akan memeluk tubuh membiarkan kekecohan "coup de tat" jijik mencemarkan negara. Saya cukup lega dengan status ini…

Dengan amaran pihak PDRM semalam, saya tertunggu-tunggu detik malam esok. Apakah mereka akan "turun" tunjuk perangai buruk mereka di jalanan? Siapa yang akan disumbat ke lokap malam esok? Cubalah "turun" buat kecoh kalau mahu bertemu "buku dengan ruas". Kalau ada yang masuk ke "dalam" atau bengkak sana sini, jangan salahkan pihak berkuasa pula ya…

Sumber: Mykmu.net

tun faisal dot com

Posted: 30 Dec 2013 01:13 PM PST

tun faisal dot com


JUAL ASET - Kementerian Kewangan jawab pembohongan PR #FitnahPR

Posted: 29 Dec 2013 11:09 PM PST

KENYATAAN PENUH KEMENTERIAN KEWANGAN BERHUBUNG PENJUALAN ASET KERAJAAN DAN PENSEKURITIAN HUTANG KERAJAAN

[Nota - Saja keluarkan berita lama sebab nampaknya ramai yang membaca atau maasih gagal mencari jawapan kepada isu ini.]

Kenyataan Ahli Parlimen Pandan, YB Rafizi Ramli mengenai maklumat di atas adalah berdasarkan Laporan Malaysia Economic Monitor (MEM, December 2013) yang dikeluarkan oleh World Bank (WB) pada 1 Disember 2013.

Untuk makluman, sumber maklumat di dalam penerbitan MEM tersebut  diperolehi daripada Laporan Ekonomi 2013/2014 dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2013/2014 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Kedua-dua laporan tersebut telahpun dibentang di Parlimen pada 25 Oktober 2013. Oleh itu, cadangan untuk mengadakan satu sidang Parlimen tergempar seperti yang diwar-warkan di dalam media bagi membincangkan isu ini adalah tidak berbangkit.

Pengewangan Aset Kerajaan (Monetization of Assets)

Untuk makluman, penjualan tanah adalah di bawah inisiatif pengewangan aset Kerajaan (monetization of assets) bertujuan bagi memajukan tanah berkenaan serta membangunkan kawasan sekitarnya.

Inisiatif pengewangan aset Kerajaan ini telah dilaksanakan sejak tahun 2008. Langkah ini telah merangsang lebih banyak penglibatan agensi-agensi Kerajaan, Syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan (GLCs) dan sektor swasta di dalam memacu pertumbuhan ekonomi Negara.

Aset tersebut dipindah milik pada harga pasaran dengan penilaian dilakukan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Hartanah (JPPH).

Sebelum sebarang penjualan tanah dilaksanakan, pandangan dan persetujuan daripada agensi pengguna akan diperolehi terlebih dahulu mengenai perancangan penggunaan tanah tersebut. Penjualan tanah ini tidak akan dilaksanakan sekiranya agensi tersebut tidak bersetuju atau mereka mempunyai perancangan untuk membangunkan tanah tersebut.

Pengewangan aset adalah aktiviti yang biasa dilaksanakan oleh mana-mana Kerajaan bagi menjana aktiviti ekonomi. Sebagai contoh, tanah Kerajaan UK di Canary Wharf, London yang dijual kepada sektor swasta untuk dibangunkan sebagai hub kewangan antarabangsa. Langkah yang sama juga dilaksanakan oleh Kerajaan Singapura dan Hong Kong.


Pensekuritian Hutang Kerajaan

Pensekuritian hutang Kerajaan dilaksanakan bagi mewujudkan modal pembiayaan tambahan untuk pinjaman perumahan penjawat awam. Hasil pensekuritian hutang Kerajaan bukan merupakan sumber utama hasil Kerajaan Persekutuan kerana ia hanya mencakupi 1.9% daripada jumlah hasil Kerajaan Persekutuan. Pensekuritian hutang adalah satu aktiviti yang biasa dilaksanakan oleh bank-bank komersil sebagai satu strategi pembiayaan.


Kesimpulan

Dalam RMK-10, Kerajaan komited untuk mengurangkan paras defisit fiskal daripada 5.4% pada tahun 2010 kepada 3.0% pada tahun 2015 dan seterusnya mencapai bajet berimbang pada tahun 2020. Sasaran ini penting bagi mengukuhkan kedudukan kewangan Kerajaan. Pencapaian sasaran ini bukan bergantung kepada penjualan aset Kerajaan dan pensekuritian hutang Kerajaan, tetapi dirancang menerusi konsolidasi fiskal Kerajaan.


Oleh itu, semua pihak dinasihatkan meneliti laporan yang dibentangkan di Parlimen sebelum membuat tuduhan yang tidak berasas, demi kebaikan bersama.

Kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pandan, YB Rafizi Ramli adalah tidak bertanggungjawab kerana dengan sengaja telah memutarkan isi kandungan laporan tersebut bagi kepentingan politik.


KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
PUTRAJAYA



KUALA LUMPUR, 25 Dis - Penjualan aset kerajaan dan pensekuritian hutang kerajaan bukanlah satu-satunya cara untuk kerajaan mengukuhkan kedudukan kewangannya.

Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) dalam satu kenyataan rasmi hari ini berkata, kerajaan komited untuk mengurangkan paras defisit fiskal daripada 5.4 peratus pada 2010 kepada 3.0 peratus pada 2015 dan seterusnya mencapai bajet berimbang pada 2020.

"Sasaran ini akan dicapai menerusi konsolidasi fiskal kerajaan, kata MoF sebagai membalas kenyataan yang dikeluarkan oleh Anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli berhubung penjualan aset kerajaan dan pensekuritian hutang kerajaan," katanya.

MoF juga menjelaskan, penjualan tanah menerusi inisiatif pengewangan aset kerajaan bertujuan memajukan tanah berkenaan serta membangunkan kawasan persekitarannya.

"Inisiatif pengewangan aset kerajaan ini telah dilaksanakan sejak 2008.

"Langkah ini telah merangsang lebih banyak penglibatan agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan dan sektor swasta dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara," katanya.

MoF juga berkata, aset kerajaan dipindah milik pada harga pasaran dengan penilaian dilakukan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Hartanah.

Jelasnya, pengewangan aset merupakan aktiviti yang biasa dilaksanakan oleh mana-mana kerajaan bagi menjana aktiviti ekonomi.

"Sebelum sebarang penjualan tanah dilaksanakan, pandangan dan persetujuan daripada agensi pengguna akan diperoleh terlebih dahulu mengenai perancangan penggunaan tanah tersebut.

"Penjualan tanah ini tidak akan dilaksanakan sekiranya agensi tersebut tidak bersetuju atau mereka mempunyai perancangan untuk membangunkan tanah tersebut.

"Sebagai contoh, tanah kerajaan United Kingdom di Canary Wharf, London yang dijual kepada sektor swasta untuk dibangunkan sebagai hab kewangan antarabangsa.

"Langkah yang sama juga dilaksanakan oleh kerajaan Singapura dan Hong Kong," katanya.

Berkenaan pensekuritian hutang kerajaan pula, MoF berkata langkah ini dilaksanakan bagi mewujudkan modal pembiayaan tambahan untuk pinjaman perumahan penjawat awam.

"Hasil pensekuritian hutang kerajaan bukan merupakan sumber utama hasil Kerajaan Persekutuan kerana ia hanya mencakupi 1.9 peratus daripada jumlah hasil Kerajaan Persekutuan.

"Pensekuritian hutang adalah satu aktiviti yang biasa dilaksanakan oleh bank-bank komersil sebagai satu strategi pembiayaan," katanya.

Sementara itu, MoF turut menjawab kenyataan yang dikeluarkan oleh Rafizi mengenai maklumat di atas adalah berdasarkan Laporan Malaysia Economic Monitor (MEM) yang dikeluarkan oleh Bank Dunia pada 1 Dis 2013.

"Untuk makluman, sumber maklumat dalam penerbitan MEM tersebut diperoleh daripada Laporan Ekonomi 2013/2014 dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2013/2014 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

"Kedua-dua laporan tersebut telah pun dibentangkan di Parlimen pada 25 Okt 2013.

"Oleh itu, cadangan untuk mengadakan satu sidang Parlimen tergempar seperti yang diuar-uarkan dalam media bagi membincangkan isu ini tidak berbangkit," katanya.

MoF menasihati semua pihak supaya meneliti laporan yang dibentangkan di Parlimen sebelum membuat tuduhan yang tidak berasas, demi kebaikan bersama.

MUSLI OLI

Posted: 30 Dec 2013 01:11 PM PST

MUSLI OLI


KEMBARA SAYA DALAM PKR BERAKHIR HARI INI

Posted: 30 Dec 2013 05:10 AM PST



Hari ini saya secara rasmi mengumumkan keluar daripada parti PKR yang saya sertai secara tidak rasmi pada November 2011. Saya kata tidak rasmi kerana saya tidak pernah menjadi ahli PKR. Namun perlantikan sebagai Timbalan Ketua Penerangan Negeri dan anggota MPN Sabah oleh Pengerusi MPN Encik Thamrin Hj Zaini, mengesahkan status saya sebagai ahli PKR

Saya sertai PKR kerana isu politik negeri Sabah. Faktor yang menarik saya adalah  BUKU JINGGA versi Sabah yang dilancarkan Pakatan Rakyat pada tahun 2011. Buku Jingga merupakan janji PKR dan Pakatan Rakyat kepada rakyat Sabah untuk mengembalikan beberapa perkara yang saya anggap wajar dikembalikan kepada rakyat dan negeri Sabah, khususnya mengenai Perkara 20, royalti minyak (20%), Cabotage Policy dan soal otonomi yang terkandung dalam Malaysia Agreement 1963 jika Pakatan Rakyat mengambil-alih Putrajaya.


Namun kepincangan PKR mula terserlah menjelang PRU 13. Pucuk pimpinan Pusat tidak menghormati pemimpin-pemimpin yang telah dipilih dan dilantik diperingkat negeri. PKR Sabah dipaksa akur terhadap keputusan yang dibuat pucuk pimpinan Kuala Lumpur sehingga berlaku krisis semasa pemilihan calun dan beberapa orang anggota MPN Sabah merangkap anggota MPP (Majlis Pimpinan Pusat) yang telah lama berjuang seperti Hj Ansari Abdullah disingkirkan. Enam orang ketua cabang yang tidak disenaraikan juga keluar parti.

Saya tidak pernah melobi untuk jadi calun dalam PRU. Saya juga tidak berminat untuk menjadi ketua cabang walaupun saya ditawarkan Datuk James Ghani (Setiausaha Perhubungan MPN) untuk memangku jawatan itu setelah ketua cabang Kota Belud keluar parti.

Semasa berlangsung kempen, PKR Sabah seperti anak ayam kehilangan ibu. PKR tidak ada general perang dan  tiada command center diperingkat negeri. Ibu pejabat PKR di Penampang sentiasa kosong. Pengerusi MPN, Thamrin Zaini bertanding di Sandakan, manakala Setiausaha, Dr Roland Chia bertanding di DUN Inananm. Masing-masing membawa jentera dari ibupejabat. 


Di satu kumpulan lain, Datuk Lajim Ukin dengan kumpulan PPPS dan Datuk Wilfred Bumburing dengan kumpulan APS. Jentera pilihan raya di setiap kawasan bercelaru kerana masalah jentera yang tidak teratur akibat masalah logistik dan kewangan.

Pengalaman pilihan raya dalam PKR merupakan satu pengalaman yang amat pahit. Terutama bila berhadapan dengan para penyokong yang serba kekurangan dan berjuang dengan berbekalkan semangat semata-mata. Bila saya imbas kembali, menyebabkan saya membuat keputusan untuk menamatkan pengembaraan saya dalam PKR. Yang jelas, PKR dipenuhi pemimpin-pemimpin kecewa dan keras hati sehingga tidak ada sifat "kepedulian" jauh sekali sifat kasih sayang dan prihatin terhadap penyokong-penyokongnya.


Saya masih dengan prinsip perjuangan saya menuntut soal hak dan kepentingan rakyat dan negeri Sabah seperti apa yang terkandung dalam Buku Jingga, namun saya mengambil pendekatan perundingan bukan secara konfrantasi. Saya percaya, dengan kepimpinan yang ada diperingkat negeri dan Pusat, kerajaan BN yang memerintah hari ini boleh melaksanakan janji-janji seperti terkandung dalam Buku Jingga secara berperingkat-peringkat. Umpamanya janji royalti minyak, kerajaan Sabah dijangka akan memperolehi lebih daripada  20% jika janji BN pada PRU lalu dipenuhi.

Begitu juga dengan kenyataan Ketua Menteri Sabah baru-baru ini mengenai kos pengeluaran di Sabah yang 30% lebih mahal dari Semenanjung Malaysia. Ia merupakan petanda bahawa kerajaan Persekutuan mula mendengar dan sedia berbincang dengan pemimpin Sabah berhubung dengan beberapa dasar seperti Cabotage Policy.

Saya belum berhasrat menyertai mana-mana parti politik tetapi saya memberi sokongan kepada pucuk pimpinan Pusat dan negeri yang telah dipilih rakyat dalam PRU lalu. Saya bercadang untuk aktif dalam NGO dan membantu kerajaan menyediakan maklumat dan cadangan tentang permasalahan rakyat diperingkat akar umbi.

Sekian dan terima kasih.

yang ku dengar dan ku lihat

Posted: 30 Dec 2013 01:08 PM PST

yang ku dengar dan ku lihat


Posted: 29 Dec 2013 10:57 PM PST

Dimana ada bunyi disitu ada dia.

PEJUANG BANGSA

Posted: 30 Dec 2013 11:32 AM PST

PEJUANG BANGSA


11 LANGKAH PENGURANGAN PERBELANJAAN KERAJAAN INI YANG RAKYAT MAHUKAN @NajibRazak

Posted: 30 Dec 2013 09:30 AM PST



GPB menyambut baik 11 langkah untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan . Ia sejajar dengan hasrat rakyat  juga mahu kerajaan  berjimat cermat demi mengurangkan perbelanjaan .

Jika kerajaan memotong beberapa subsidi demi mengurangkan defisit fiskal negara dan rakyat terpaksa berdepan kenaikan harga barang akibat daripada itu  .. maka 11 langkah ini juga memang patut di buat kerajaan.

Kalau di syarikat swasta pun boleh dilakukan , mengapa penjimatan di sektor awam tak boleh dilakukan . Kalau subsidi rakyat dipotong , maka perbelanjaan kerajaan juga wajar dipotong juga untuk perbelanjaan lebih berhemah .

Terima kasih PM kerana mendengar rintihan rakyat membuat tindakan yang cukup berani  !!



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin mengumumkan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam, termasuk mengurangkan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus, berkuatkuasa 1 Januari. 

 Tindakan itu adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan yang lebih berhemah pada tahun depan, katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Isnin. Beliau berkata, keputusan itu dibuat hasil rundingan dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa. 

 Beliau berkata, kerajaan juga akan mengurangkan elaun keraian sebanyak limahingga 10 peratus bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C(Jusa C) ke atas.

 Selain itu, kemudahan tol pegawai kanan kerajaan gred itu juga akan dikurangkan sebanyak RM50 hingga RM100 atau sebanyak 30 peratus, katanya dalam kenyataan dua muka surat itu. Najib berkata, kerajaan juga akan meminda kelayakan Tiket Penerbangan Domestik dan Antarabangsa bagi penjawat awam iaitu kelayakan penerbangan sektor domestik bagi Gred Jusa C ke bawah ialah Kelas Ekonomi.

 Selain itu, kerajaan juga akan mengurangan lima peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan, selain membekukan permohonan baharu bagi pengubahsuaian ruang pejabat kerajaan. 

 Perdana menteri berkata, kerajaan juga memutuskan untuk mengoptimakan penggunaan ruang pejabat sedia ada bagi mengurangkan sewaan premis pejabat. Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan juga akan mengetatkan pelantikan juru perunding untuk projek-projek fizikal kerajaan termasuk dalam menjalankan kajian kebolehlaksanaan. 

 Beliau berkata, cadangan pelantikan hendaklah dikemukakan terlebih dahulu kepada Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara untuk kelulusan. 

 Kerajaan juga akan mengurangkan penggunaan syarikat pengurusan acara atau 'event management' serta pemberian saguhati (door gifts) atau cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis-majlis kerajaan yang melibatkan anggota pentadbiran dan penjawat awam, katanya. 

 Najib berkata, kerajaan juga akan mengurangkan penyediaan makanan dan minuman serta mengurangkan penggunaan kain pemidang (bunting dan banner) bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan. 

 Kerajaan juga akan mengaplikasi pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan mengoptimakan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan kemudahan-kemudahan di institusi-institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar dan bengkel, katanya. - BERNAMA





GAYA GUAN ENG SAMBUT TAHUN BARU 2014,2 BULAN TUKAR MERCEDEZ BENZ S CLASS !!

Posted: 30 Dec 2013 08:14 AM PST

Ini lah hasilnya bila kerajaan berjiwa rakyat DAP P.Pinang berjimat cermat bertuhankan CAT  , jual tanah kerajaan kepada pemaju , naik surcaj air , saman parking , kompoun gerai2 Melayu ...

Rupanya nak kumpul duit rakyat untuk  beli kereta mewah Mercedez Benz S Class.

 Ye la  takkan seorang CM naik  Toyota Camry sama standard dengan Exco . Gelaran Tokong sewajarnya lebih tinggi lagi malah lebih hebat lagi berbanding Perdana Menteri Malaysia yang hanya naik Proton Perdana versi Honda .


Seronok lah CM dan isteri  , selepas 2 bulan pakai Toyota Camry terus tukar Mercedez ..

Ini baru dikatakan berjiwa rakyat dan demi rakyat P.Pinang  ...











 Kerajaan Pulau Pinang menerima 15 buah Toyota Camry 2.5 untuk kegunaan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dan pegawai kanan di negeri ini.Ketua Menterinya, Lim Guan Eng tiba di Komtar menggunakan salah sebuah kenderaan tersebut dengan nombor pendaftaran PG1 untuk menyerahkan kunci kereta tersebut kepada beberapa ahli Exco termasuk Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Mohd Rashid Hasnon, Timbalan Ketua Menteri II, Dr P.Ramasamy, Setiausaha Negeri Pulau Pinang, Datuk Farizan Darus dan Pegawai Kewangan negeri, Datuk Mokhtar Jait.

Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dan Penasihat Undang-Undang Negeri itu turut menerima kereta baharu tersebut.Lim berkata kerajaan negeri itu membelanjakan RM113,500 untuk setiap kereta itu dan beberapa kereta lama akan diserahkan kepada jabatan lain di negeri itu atau dijual.

Difahamkan enam buah Mercedes Benz dan sembilan kereta Proton Perdana V6 Eksekutif sebelum ini berusia antara 12 dan 21 tahun

BUDAK JATUH 30 METER EURO WHEEL, KERAJAAN NEGERI PERLU BERTANGGUNGJAWAB !

Posted: 29 Dec 2013 11:28 PM PST


Lagi tragedi akibat kecuaian berlaku di negeri P.Pinang dan terbaru di Pesta P.Pinang di mana seorang kanak-kanak terjatuh dari  "Euro Wheel "  yang dianjurkan  Kerajaan Negeri  

GPB menyokong ibubapa ini yang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur ( kerajaan negeri )   yang cuai dan tidak menitikberatkan soal keselamatan pengunjung .

  Kerajaan Negeri ditadbir DAP perlu bertanggungjawab di atas kecuaian yang berlaku ini kerana ia telah mengakibatkan seorang kanak-kanak koma dan hilang buah pinggang. 


"Saya sempat bertanya kepadanya apa yang berlaku dan dia memberitahu, terjatuh dari buaian berpusing sebelum muntah darah dan tidak bermaya.
"Melihat keadaannya itu, saya mendukung Khairul dan berlari mendapatkan bantuan," kata Abu Kassim Yaacob, 41, bapa kepada Muhammad Khairul Naimmie Abu, 6, yang koma selepas terjatuh dari buaian berpusing 'Euro Wheel' di tapak pesta Pulau Pinang di Sungai Nibong, di sini, awal pagi semalam.

Menurutnya, mujur ada seorang rakan yang juga anggota Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA) sudi menumpangkan kenderaannya untuk membawa anak yang parah itu ke Hospital Pulau Pinang (HPP).



Difahamkan, Khairul terjatuh dari ketinggian mencecah hampir 30 meter dan ketika itu, semua peniaga menutup operasi perniagaan masing-masing di tapak pesta berkenaan.

Mangsa dikatakan masuk ke dalam satu daripada buaian berpusing berkenaan, namun dia panik kerana bekalan elektrik diputuskan, membuka pintu lalu terjatuh.
Menceritakan kembali kejadian itu, Abu Kassim, yang juga peniaga di tapak pesta itu berkata, dia dimaklumkan beberapa rakan yang anaknya ditimpa kemalangan kerana terjatuh dari buaian berpusing itu.

Dia terus bergegas ke lokasi kejadian dan terkejut melihat keadaan Khairul yang lemah sebelum memangkunya tubuhnya untuk dibawa ke hospital.
Sejurus tiba di hospital, anaknya tidak sedarkan diri menyebabkan doktor terpaksa melakukan pembedahan untuk menyelamatkan nyawanya.

 "Doktor memaklumkan terpaksa melakukan pembedahan untuk membuang satu buah pinggang manakala limpa anak saya pecah serta usus perut terpaksa disambung," katanya.

"Saya kemudian diminta menandatangani borang untuk pembedahan dan hanya mampu berdoa supaya Khairul selamat," katanya.

Menurutnya, dia sendiri tidak tahu bagaimana kejadian itu berlaku, namun melihatkan keadaan beberapa buaian berpusing yang pecah cermin, dia percaya Khairul terjatuh daripada tingkat yang tinggi sebelum terhempap ke bawah.

"Saya tidak dapat bayangkan penderitaan anak saya ketika dia terjatuh dan tidak tahu bagaimana dia boleh masuk ke dalam satu daripada buaian berpusing berkenaan kerana ketika itu, semua permainan di pesta mahu menghentikan operasi.

"Saya pelik kerana tidak mungkin operator yang menjaga permainan itu tidak menyedari anak saya masuk sedangkan jarak antara tempat kawalan buaian berpusing itu tidak jauh," katanya.

Kata Abu Kassim, dia kini mempertimbangkan kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak penganjur yang dilihat cuai dan tidak menitik beratkan soal keselamatan.

"Saya tunggu hingga keadaan anak pulih dan mungkin akan mengambil tindakan kepada penganjur, namun buat masa ini saya hanya memikirkan keadaan anak terlebih dulu," katanya.

Berikutan itu, bapa mangsa membuat laporan polis jam 4 pagi semalam dan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Asisten Komisioner Nasir Salleh mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

AMACAM MACAI SAMM , POLIS SAHKAN ADA BUKTI KUKUH !!

Posted: 29 Dec 2013 04:40 PM PST




 - Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh tidak gentar dengan ugutan saman daripada badan-badan bukan kerajaan (NGO) propembangkang yang dikenal pasti terlibat sebagai dalang utama perhimpunan haram di Dataran Merdeka, Selasa ini.

Beliau berkata, pihaknya mempunyai bukti yang kukuh dan ugutan saman itu tidak akan menghentikan siasatan yang dilakukan.

"Itu (saman) hak mereka... Tetapi mereka harus ingat polis juga mempunyai bukti berdasarkan siasatan yang telah dibuat," kata Amar Singh ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini petang ini.

Amar Singh berkata demikiaan ketika diminta mengulas tindakan saman RM100 juta terhadap beliau yang bakal dilakukan oleh oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM). Turut menyatakan akan mengambil tindakan saman ialah Jingga 13.

Semalam dalam sidang akhbarnya, selain SAMM dan Jingga 13, Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) turut didedahkan Amar Singh sebagai empat NGO yang menjadi dalang utama perhimpunan Selasa ini.
Dalam pada itu Amar menjelaskan, beliau tidak menyebut perancangan mengebom itu dilakukan oleh NGO terbabit tetapi risiko itu mungkin dibuat oleh individu lain yang menyertai perhimpunan itu.

"Ketika sidang akhbar, saya menyebut tentang empat NGO itu dikenal pasti akan hadir dan berhimpun di situ. Perhimpunan itu pula salah di sisi undang-undang dan mereka tidak dibenarkan berhimpun kerana tidak memohon sebarang permit.

"Kenyataan saya tentang ancaman bom dan senjata berbahaya itu tidak menjurus kepada NGO terbabit sebaliknya berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh individu di laman Facebook, sebelum ini.

Sementara itu, Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali sebagai Cikgu Bard dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap tuduhan itu dan akan memulakan proses saman sebanyak RM100 juta terhadap Amar Singh.

Menurutnya, kenyataan Amar Singh semalam adalah amat mengejutkan kerana mengaitkan dirinya dan SAMM dengan tuduhan menganjur himpunan menggulingkan kerajaan.

Timbalan Koordinator Jingga 13 Malaysia, Amirzudin Ahmat pula berkata, pihaknya telah melantik peguam dan tidak teragak-agak untuk memfailkan saman terhadap PDRM dan beberapa media lain.

"Jingga 13 menyangkal dan membantah serta menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang dibuat Amar Singh bahawa kami akan menimbulkan kekacauan serta membawa pelbagai senjata termasuk bom tangan bagi melakukan kekecohan di perhimpunan itu," katanya.

bumiyang

Posted: 30 Dec 2013 03:12 AM PST

bumiyang


Mas Kahwin Naik Pun Salah Najib???

Posted: 29 Dec 2013 05:00 PM PST

#seratah#

Posted: 30 Dec 2013 03:08 AM PST

#seratah#


MENGAPA KAMI TINGGALKAN ANWAR IBRAHIM

Posted: 30 Dec 2013 01:57 AM PST


KISAH
MOHD. SAIFUL BUKHARI AZLAN.

Ibarat Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi.

Kes Mohd Saiful Bukhari Azlan, lagi luar biasa, dari jawatan pembantu untuk pilihan raya sahingga kapada pembancuh kopi, pemuda ini cuba bernaung dibawah Anwar, namun ibaratkan pagar, pagar makan padi, Mohd Saiful akhirnya mendakwa dia menjadi mangsa liwat Penasihat PKR itu.

Yang pelik saat-saat Anwar dikaitkan mempunyai hubungan dengan  Mohd Saiful bukan sahaja Anwar malah keluarganya terutama Dr.Wan Azizah dan anaknya Nurul Izzah seolah-olah menepis dengan mengatakan tidak mengenali pemuda berwajah jambu tersebut.

Padahal ada bukti menunjukkan Mohd. Saiful dibawa ke Hongkong dan Sinngapura oleh Anwar ketika dia berkerja dengan ketua Pembangkan itu. Juga ketika Anwar sibuk mengadakan roadshow diseluruh negara semasa kempen pilihan raya umum 2008, pembancuh kopi itulah yang mengiringi Anwar. Sungguh pelik bukan ?.

Mohd. Saiful dalam blognya menyatakan, dia tidak pernah sesekali menyesal akan keputusannya membuat lapuran polis pada 28 Jun 2008 yang menuduh Anwar telah meliwatnya.

Pada hemat saya biarlah diri ini dihina oleh jutaan manusia dan hilang segala nikmat dunia ini daripada dihina Allah swt, hidup dalam jiwa yang tidak tenang dan ditarik nikmat di akhirat akibat tidak berani menegahkan yang hak katanya.

Kejadian Liwat melibatkan mohd.Saiful didakwa berlaku di Unit 11-5-1 kondominium  Desa Damansara, No.99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, Mohd.Saiful baru berusia 22 tahun ketika itu Kes liwat tersebut dipercayai paling lama dibicarakan di mahkamah negara ini setelah ia bermula pada 3 Fabruari 2010 dan hanya berakhir 15 Disember 2011.

bersambung

Taipingmali (tm)

Posted: 30 Dec 2013 01:11 AM PST

Taipingmali (tm)


Gaji Dan Elaun Adun Naik 300 peratus, Rakyat Hanya Dapat RM30

Posted: 30 Dec 2013 12:33 AM PST

 

Pasti ramai yang akan tergelak apabila mendengar laporan yang mengatakan kerajaan Selangor akan memberikan baucar bernilai RM30.00 kepada keluarga yang berpendapatan rendah di Selangor. Seperti kata wak Mustara di dalam filem 'Pendekar Bujang Lapok', ini betul-betul, bukan cobaan!!!!

 

Paling menarik, ia diakui sendiri oleh Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali yang mengatakan kerajaan negeri akan memberikan baucar bernilai RM30.00 itu bagi membolehkan keluarga itu membeli kasut sekolah untuk anak-anak mereka di gedung pakaian jenama Bata.

 

Bukanlah niat untuk memperlekehkan jumlah pemberian tersebut, namun sebagai sebuah kerajaan yang sering melaungkan slogan 'Hidup Rakyat' dan sebagainya apakah berbaloi nilai yang diberikan itu. Tambah mengecewakan jumlah tersebut diberikan kepada keluarga dan bukannya mengikut jumlah anak yang bersekolah di dalam keluarga tersebut.

 

Dalam erti kata lain, walaupun keluarga tersebut mempunyai 6 orang anak yang masih bersekolah mereka tetap akan diberikan baucar bernilai RM30.00 yang bersamaan RM5.00 untuk seorang anak. Persoalannya apakah yang dapat dibeli dengan jumlah tersebut?

 

Tambah menghairankan ialah, media pembangkang sebelum ini melaporkan mengenai sumbangan yang diberikan oleh kerajaan Selangor bernilai RM 1,330,000.00 kepada Sekolah jenis Kebangsaan Cina. Bukanlah bermaksud untuk menimbulkan isu perkauman, namun angka sumbangan tersebut jelas memperlihatkan seolah-olah ada perbezaan dan dasar 'pilih kasih' yang diamalkan oleh kerajaan negeri.

 

Malah rakyat Selangor pasti masih ingat mengenai usul yang dibawa oleh Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar untuk menaikkan gaji dan elaun semua Adun di Selangor.  

 

Sekiranya diteliti, mengikut usul tersebut gaji Menteri Besar dinaikkan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250 (106 peratus); anggota Exco kerajaan negeri dari RM6,109.29 kepada RM20,250 (231 peratus); speaker Dun dari RM6,109.29 kepada RM22,500 (266 peratus); timbalan speaker dari RM3,327.50 kepada RM15,750 (373 peratus) dan Adun dari RM6,000 kepada RM11,250 (87 peratus).

 

Antara hujah yang digunakan untuk mewajarkan kenaikan tersebut ialah, kononnya kerajaan Selangor mempunyai lebihan pendapatan hampir RM600 juta. Malah ekoran isu lebihan pendapatan itu juga, pentadbiran Khalid dikritik oleh Anwar Ibrahim kerana gagal menggunakannya seperti yang sepatutnya.

 

Namun apa yang mengecewakan ialah, lebihan dana tersebut adalah merupakan sebahagian daripada peruntukan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) yang gagal dimanfaatkan oleh Khalid untuk memperbaiki jalan-jalan yang rosak teruk di Selangor.

 

Mengikut data yang diperolehi, daripada 2008 sampai 2012 kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM1.75 bilion kepada kerajaan negeri Selangor, namun hanya RM1.1 biliion sahaja yang dibelanjakan.

 

Ia bererti RM600 juta yang disimpan dalam rizab negeri itu bukan duit pendapatan kerajaan negeri tetapi duit kerajaan Persekutuan yang sepatutnya digunakan untuk perbaiki jalan, tetapi kerajaan negeri tidak gunakan, tapi digunakan untuk simpanan rizab.

 

Hasil rizab simpanan tersebut pula, akhirnya bakal digunakan untuk membayar jumlah kenaikan yang bakal dinikmati oleh semua Adun Selangor. Ini bermaksud rakyat terpaksa menanggung kerugian, kesusahan dan kesengsaraan akibat masalah jalan rosak dan berlubang di Selangor bagi menampung kenaikan elaun tersebut.

 

Dan sekelumit daripada lebihan itu, sebanyak RM30.00 diperuntukkan kepada setiap KELUARGA yang kurang berkemampuan untuk membeli kasut sekolah anak-anak mereka. Inilah realiti yang harus dihadapi oleh rakyat khususnya pengundi di Selangor hasil kepercayaan yang diberikan kepada kerajaan PKR, DAP dan Pas.

 

Hidup RAKYAT!!!!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

ANWAR GILA KUASA NEGARA SANGGUP DIHANCURKAN

Posted: 29 Dec 2013 11:22 PM PST

Atas kegilaan orang yang bernama Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri, sanggup negara di bakar hangus.

Atas kemaruk seorang yang bernama Anwar Ibrahim, habis masa depan dan nasib bangsa sendiri digadai.

Anwar ketamakan kuasa seorang yang bernama Anwar Ibrahim, peduli apa berlaku kepada rakyat asalkan cita dan impian kesampaian.

Begitulah mungkin luahan rakyat Malaysia dan persepsi masyarakat dunia yang tidak percaya Anwar rela menghimpunkan penyokong-penyokongnya untuk menumbangkan sebuah kerajaan yang dipilih secara proses yang penuh demokratik.

Beliau dan rakan-rakan pembangkang dipilih sebagai ahli parlimen atau ahli dewan undangan negeri melalui proses yang sama .

Malangnya sistem yang sama beliau mengangkatnya sebagai menteri dan timbalan perdana menteri dan kini sebagai ketua pemnbangkang kini menjadi musuhnya pula.

Semua ini berpunca daripada satu faktor dan faktor ini sahaja dan tidak lain iaitu sebab gagal menjadi perdana menteri pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu.

Pilihan raya sudah pun tamat lebih tujuh bulan yang lalu tetapi Bersih 4 akan dianjurkan pula pada 31 Disember nanti.

Bukankah anggota parlimen pembangkang juga menganggotai jawatankuasa parlimen untuk menambahbaik proses pilihan raya yang dituduh pincang oleh mereka?

Tidakkah juga Suruhanjaya Pilihan Raya telah melaksanakan beberapa cadangan penambahbaikan pada PRU lalu khususnya penggunaan dakwat kekal?

Tidakkah juga selepas PRU SPR sedang mengkaji secara serius untuk melakasanakan cadangan jawatankuasa yang sama berhubung pendaftaran pengundi secara otomatik bagi rakyat yang mencapai umur 21 tahun?

Mengapa pula perlu di adakah Bersih 4 tatkala SPR bersungguh-sungguh mengalas amanah yang diberi untuk menjalankan proses pilihan raya di negara sebersih, seprofessional dan setelus mungkin?

Bersih 4 menjadi pencetus kepada himpunan untuk menumbangkan kerajaan yang telah disebarluaskan oleh pasukan siber pembangkang sejak beberapa minggu lalu.

Adakah hanya kerana harga minyak petrol 20 sen, gula 34 sen kerajaan sudah dilihat di mata pembangkang sudah hilang jasa besar membangun negara secara gigih sejak 60 tahun lalu?

Adakah kadar baru lebuhraya baru setakat diwar-warkan sahaja dan belum ada keputusan muktamad sudah mahu mengangkat senjata menentang kerajaan yang sah dipilih rakyat?

Apa yang dilakukan oleh Anwar kali ini adalah kesilapan paling besarnya sepanjang beliau menerajui pakatan pembangkang.

Menteri Besar Kelantan dari Pas, Ahmad Yaakub secara jelas menolak untuk menyokong himpunan gila yang dianjur oleh Anwar dan kuncu-kuncunya.

Malah Ahmad meminta penyokong-penyokong Pas dari negeri itu tidak menyertai perhimpunan yang tidak masuk akal itu.

Sepatutnya penyokong pembangkang bertanya apa yang berlaku di Selangor yang ditadbir oleh mereka sendiri.

Isu kenaikan gaji menteri besar, exco dan Adun antara 200 hingga 337 persen langsung senyap tidak dipersoalkan.

Isu kenaikan lesen perniagaan yang melambung sampai 400 peratus juga tidak berani ditegur.

Air percuma 20 meter padu yang selayaknya dinikmati oleh rakyat miskin dan berpendapatan rendah di negeri itu juga tidak dibela.

Ratusan ribu yang tinggal di flet dan pangsapuri kos rendah dan sederhana masih menagih air percuma yang dijanjikan kerajaan negeri.

Jadi kalau mana-mana kerajaan perlu dibubarkan, Selangorlah yang pertama mendahului langkah kerana gagal menggotai janji kepada rakyat.

Mengapa pula kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi sasaran pula bilamana beliau telah dan sedang melakukan yang terbaik untuk rakyat.

Selama di bawah kerajaan UMNO-Barisan Nasional adakah pernah rakyat mati atau hidup merana disebabkan kebuluran?

Malah yang sebaliknya berlaku pula, rakyat semakin sihat dan kadangkala terlebih makan!

Begitu senario Malaysia selama ini - aman, makmur, stabil, kaya, sejahtera, adil, hidup bermuafakat, saling hormat menghormati, tolong menolong dan gembira hidup dalam sebuah negara yang amat dicemburui oleh dunia luar.

Inilah yang hendak dihancurkan oleh Anwar supaya Malaysia musnah dimakan api kebencian kaum dan agama, rakyat berpecah belah, ekonomi dan sektor kewangan negara merundum, sistem jaringan keselamatan sosial ranap dan keamanan serta kedaulatan wilayah negara terancam dari dalam dan luar.

Inilah yang diingini oleh Anwar kerana hanya jika Malaysia hancur lebur mungkin barulah ada peluang beliau menjadi perdana menteri akhirnya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

ALFATIHAH! HJH MINAH UMNO TAIPING MENINGGAL HARI INI

Posted: 29 Dec 2013 06:10 PM PST

AL-FATIHAH. DIMAKLUMKAN BAHAWA HAJJAH MINAH BT. OMAR, KETUA WANITA CAWANGAN KPG. JAMBU BARU DAN MANTAN AJK UMNO BAHAGIAN TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH SUBUH TADI.

JENAZAH SEDANG DALAM PERJALANAN DARI HOSPITAL SELAYANG KE KEDIAMANNYA DI ALAMAT

NO. 443, JALAN RAMBUTAN
KPG. JAMBU TAIPING

DAN DIJANGKA SAMPAI JAM 11.00 PAGI INI. JENAZAH AKAN DISEMBAHYANGKAN DI MASJID TAIPING SELEPAS DZOHOR DAN AKAN DIKEBUMIKAN DI TANAH PERKUBURAN TEKAH ASSAM KUMBANG TAIPING.

MOHON DIPANJANGKAN MAKLUMAN INI. SEKIAN.

Belantan

Posted: 30 Dec 2013 12:08 AM PST

Belantan


Paderi Langgar Titah Sultan Selangor?

Posted: 29 Dec 2013 07:30 AM PST

Paderi Lawrence Andrew

Perkasa Selangor bantah kenyataan paderi

Seramai 70 anggota dan pemimpin Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Selangor, yang diketuai Yang Dipertuanya, Abu Bakar Yahya, membuat bantahan secara aman di depan Ibu Pejabat Polis Daerah di sini hari ini.

Tunjuk perasaan itu berlangsung selepas Perkasa Selangor membuat laporan polis pada 2.30 petang terhadap Pengarang Mingguan Katolik The Herald Paderi Lawrence Andrew berhubung satu kenyataan yang dikeluarkannya dalam portal berita themalaysianinsider.com Jumaat lepas.

Andrew dipetik sebagai berkata Gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah 'Allah' dalam perhimpunan mingguannya yang menggunakan Bahasa Melayu meskipun Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan menghantar notis peringatan kepada mereka berhubung enakmen negeri melarang bukan Islam menggunakan kalimah itu.

Abu Bakar Yahya

Malah baginda Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum ini juga bertitah dan mengarahkan supaya penggunaan kalimah Allah di dalam `Bible' dan penerbitan 'The Herald' versi Bahasa Melayu dihentikan serta merta. Sila baca di sini.

Perkasa, dalam laporannya, meminta siasatan terperinci dan tindakan tegas diambil oleh pihak polis dan JAIS terhadap paderi itu serta The Herald agar penggunaan kalimah Allah di gereja dalam negeri Selangor tidak diteruskan.

Polis mengesahkan menerima laporan Perkasa petang tadi. - Bernama

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

Posted: 30 Dec 2013 12:03 AM PST

Panglima Perang Cyber

Posted: 29 Dec 2013 11:57 PM PST

Panglima Perang Cyber


Penyokong Ikhwanul Muslimin Bakar Universiti Al Azhar Bukti Wahabi Merosakkannya ?

Posted: 29 Dec 2013 05:10 AM PST

Panglima : Ikhwanul muslimin sekarang sudah diresapi wahabi. Maka sukar untuk menerima perjuangan pro wahabi kerana jelas mereka boleh membahayakan akidah umat Islam.

API membakar bangunan Fakulti Perdagangan Universiti Al-Azhar di Kaherah semalam.


KAHERAH - Imej Universiti Al-Azhar, Mesir yang berusia lebih 1,000 tahun sebagai gedung keilmuan Islam terulung dunia tercemar apabila sekumpulan penyokong pergerakan Ikhwanul Muslimin bertindak membakar sebuah bangunan fakulti universiti itu semalam, kata beberapa pegawai keselamatan.

Menurut mereka, penyokong pergerakan itu melakukan serbuan di bangunan tersebut ketika sejumlah pelajar sedang menduduki peperiksaan.

Kumpulan penyokong pergerakan itu bertindak membakar bangunan tersebut sebelum anggota polis dan pasukan keselamatan tiba dan melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka.

Dalam kejadian itu, seorang pelajar yang merupakan penyokong pergerakan berkenaan, Khaled El-Haddad mati ditembak ketika bertempur dengan anggota polis.

Pelajar berusia 19 tahun itu terbunuh ketika anggota-anggota polis memasuki kampus universiti tersebut.

Menurut beberapa pegawai keselamatan, empat orang turut cedera dalam kejadian itu.

Para penunjuk perasaan membaling batu ke arah polis dan membakar tayar bagi mengelak pasukan keselamatan melepaskan gas pemedih mata.

Stesen televisyen tempatan menyiarkan gambar-gambar asap yang kelihatan di Fakulti Perdagangan Universiti Al-Azhar.

Seorang pegawai polis berkata, 60 pelajar ditangkap selepas kebakaran di tingkat pertama bangunan tersebut berjaya dikawal oleh anggota bomba.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1229&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2ortvr7kZ 



Sent from my iPhone

APANAMA

Posted: 29 Dec 2013 11:44 PM PST

APANAMA


What do you think?

Posted: 29 Dec 2013 08:48 AM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 29 Dec 2013 11:16 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


YAB DS @najibrazak , Kenaikan Harga Barang Umpama Bonggol Di Atas Jalan.

Posted: 29 Dec 2013 11:04 PM PST

Sehingga menjelang tahun baru, isu kenaikan harga barang masih lagi diperkatakan di sana sini. Apa yang MyMassa nampak, golongan peniaga yang dimonopoli oleh kaum tertentu mula menggunakan kesempatan ini untuk menaikkan harga barang keperluan.


Cuma MyMassa harap agar Kerajaan menimbangkan sebarang kenaikkan kadar atau tarif di masa akan datang. Jadikanlah tahun 2013 sebagai pengajaran. Analogi MyMassa mudah kenaikan harga adalah seperti bonggol di atas jalan. Walaupun terpaksa buat bonggol untuk menjamin keselamatan pengguna jalan raya, tetapi tiada seorang pun pemandu atau penunggang suka apabila terpaksa melanggar bonggol. Sama seperti kenaikan kadar atau tarif yang terpaksa dilaksanakan oleh Kerajaan kerana kenaikan harga bahan bakar, mahu pun terikat dengan perjanjian konsesi, hakikatnya tiada seorang pun suka dengan kenaikan ini termasuklah yang golongan berada seperti selebriti.


Berikut adalah beberapa cadangan kepada pihak Kerajaan berkaitan isu kenaikan harga dengan menggunakan analogi bonggol atas jalan.


BONGGOL TERLALU TINGGI / BESAR

Bonggol paling tak disukai oleh pengguna jalan raya. Bagi kereta rendah (yang telah diubah suai), sering kali bonggol jenis menyebabkan kereta mereka tersangkut. Sama seperti kenaikan harga barang, bagi yang berpendapatan rendah, seringkali 'bajet' mereka sangkut bila kenaikan harga berlaku.

Bonggol di sebuah sekolah di China

BONGGOL RAPAT-RAPAT

Bonggol jenis ini juga tidak disukai oleh pengguna kerana terpaksa menempuh beberapa bonggol dalam jarak yang dekat. Seringkali kita jumpa bonggol ini di kawasan sekolah. Sama seperti kenaikan harga, rakyat tidak suka dengan kenaikan harga barang yang rapat-rapat. Bak kata pepatah Melayu, sudah jatuh ditimpa tangga. Baru sahaja Kerajaan menaikan harga minyak, kini tarif elektrik pula akan naik.

Cadangan MyMassa, kalau boleh Kerajaan menimbangkan kenaikan harga yang lebih mesra rakyat jika Kerajaan terpaksa menaikkan harga sekali pun. Seperti mana bonggol, Kerajaan dicadangkan untuk memilih bonggol yang tidak begitu tinggi dan juga tidak rapat-rapat. Binalah bonggol seperti ini.

Walaupun bonggol ini tinggi tetapi kurang menyusahkan pengguna.
Kalau tengok sekarang ni, ramai rakyat yang sukar membayar secara ansuran terutamanya beli barang yang agak mahal. Jadi, apa salahnya jika Kerajaan meng'ansuran'kan kenaikan harga barang supaya kenaikan tersebut tidak dirasai oleh pengguna. Mungkin dengan cara ini (kenaikan pada kadar rendah dalam tempoh tertentu) dapat mengelakkan peniaga dari menaikkan harga secara mendadak. Dan kalau boleh, Kerajaan meletakkan 'edah' masa bagi sesuatu kenaikan. Elakkan kenaikan berturut-turut seperti mana yang berlaku tahun ini.

*Hanya cadangan....

Isu Kalimah Allah - Apa yang telah kita buat?

Posted: 29 Dec 2013 10:00 PM PST


Keratan akhbar Utusan Malaysia, Isnin 30 Disember 2013 ms: 6.

Kita sebenarnya tak perlu marah-marah sampai menimbulkan ketidakharmonian dalam negara ini. Yang penting semua pihak berkuasa dan umat Islam wajib menerangkan makna dan konsep Keesaan Allah s.w.t di dalam Islam berbanding dengan kesesatan konsep trinity dalam kepercayaan kristian secara besar-besaran. Biar puak-puak kapir ni keliru dengan agamanya sendiri. Silap kita sendiri apabila kurang penerangan asyik nak berbalah saja.

Dalam Al Quran Surah Al Ikhlas ayat 1-4 dah jelas menyebut; 

"Katakan Tuhan itu Satu, Tuhan tempat segala makhuk meminta, Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan, Tiada sesuatupun yang menyerupaiNya"

Ayat wahyu Al-Quran ini saja dah cukup untuk menjawab persoalan kesesatan trinity itu sendiri. Apa yang terjadi sekarang ini adalah segelintir puak-puak kapir pelampau Kristian secara sengaja dan terancang ingin mengelirukan umat Islam dengan fahaman-fahaman sesat mereka. Akan tetapi apa pula usaha kita untuk memantapkan akidah ummah dan memberikan kefahaman jelas kepada rakyat mengenai kesucian Islam???

Puak-puak pelampau evangelist ini memang dah gelap hati dan selama-lamanya tak pernah redha dengan agama Islam sehinggalah kita mengikuti dan menjadi seperti mereka. Mereka sentiasa berusaha mengelirukan akidah ummah dalam masa yang sama amat suka melihat umat Islam berterusan berbalah dan semakin lemah. Malah mereka amat suka jika ada segelintir pemimpin dan umat Islam sendiri telah termakan hasutan dan menuruti agenda halus mereka. 

Mereka tentu bertambah suka jika ramai yang murtad secara senyap-senyap akibat kealpaan pihak berkuasa agama atau sikap segelintir pemimpin Islam yang tidak kisah mengenai akidah ummah sebaliknya lebih mementingkan undi dan kuasa.




Kita boleh terus membantah kebiadapan puak-puak pelampau agama yang mencabar undang-undang negara dan kesucian Islam kerana ia tanda menunjukkan kita masih sayangkan agama dan akidah kita. Ia juga sebagai manifestasi bahawa umat Islam sebagai kaum majoriti dan penduduk asal negara ini juga mempunyai hak asasi untuk bersuara di sebuah negara demokrasi. 

Jangan dilupakan juga bahawa umat Islam adalah penyumbang terbesar ekonomi negara melalui kuasa beli dan cukai-cukai yang dibayar pada kerajaan Malaysia pada hari ini termasuk zakat, fitrah, sedekah, wakaf, infaq dan sebagainya. Oleh itu, pihak pemerintah perlu tegas bertindak setelah mendengar suara majoriti rakyat bukannya terus tunduk dengan tuntutan-tuntutan melampau pihak-pihak minoriti pendatang yang semakin tidak sedar dek untung ini. 

Ingat ...Undi dan tugas yang diberi adalah satu amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan!


Info Penting Untuk Golongan Muda Yang Belum Daftar Atau Kemaskini Data. @najibrazak @khairykj

Posted: 29 Dec 2013 06:00 PM PST

Jika anda belum lagi mendaftar atau mengemaskini maklumat anda, sila berbuat demikian.


*Sebar-sebarkan.

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 29 Dec 2013 09:22 PM PST

GERAKAN ANTI PKR


BANGSA MELAYU WAJIB SOKONG PENIAGA MELAYU !

Posted: 29 Dec 2013 12:54 PM PST

TAHNIAH ANAK MUDA SARAWAK : INI CARANYA NAK AJAR PEMECAHBELAH SARAWAK !

Posted: 29 Dec 2013 03:05 AM PST

KERAJAAN JIMAT BELANJA ? NI CADANGANNYA

Posted: 29 Dec 2013 01:46 AM PST

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 29 Dec 2013 09:07 PM PST

ANGIN PERUBAHAN


Tun Mahathir Kecam Pihak Yang Mahu Buat Himpunan Guling Kerajaan

Posted: 29 Dec 2013 08:00 PM PST



Peserta Himpunan Guling Kerajaan Perlu Membaca Cerita Ini

Posted: 29 Dec 2013 06:00 PM PST

 

 Percayakah anda bahawa masih ada negara di dunia yang menjual minyak pada kadar hanya beberapa sen seliter? Ya, masih ada. Hanya 5 sen seliter di Venezuela. Harga minyaknya sudah dibekukan selama dua dekad. 

Presiden Hugo Chavez, mengakui bahawa selam 14 tahun pemerintahan di Venezuela, beliau terpaksa belanjakan USD$12.5 billion setahun untuk subsidi minyak sahaja daripada pendapatan kerajaan. Chavez juga akui banyak subsidi minyak dinikmati oleh golongan yang berkereta mewah berbanding rakyat biasa.

Apakah dengan membelanjakan sejumlah wang itu untuk subsidi minyak menjadikan Venezuela negara yang lebih baik dari segi ekonomi? 

 

Kadar defisit adalah pada 15% berbanding GDP (Moody's). Kadar inflasi adalah 58.5% pada Oktober 2012. Matawang Venezuela juga turut jatuh berbanding mata wang lain di dunia.

 Kedudukan ekonomi Venezuela berdasarkan Index of Economic Freedom adalah yang keempat terburuk di dunia pada 2013. Mungkin atas faktor ini, maka Nicolas Maduro (Presiden baru Venezuela) mahu menaikkan harga minyak beransur ansur setiap tiga tahun untuk membantu tangani krisis ekonomi. 

Pemerintah sebelum ini (Chavez) tidak berani menaikkan harga minyak (5 sen ) kerana masih lagi trauma dengan tragedi rusuhan berdarah pada 28 Februari 1989. Ketika itu Presiden Carlos Andres Perez telah menaikkan harga minyak sebanyak 30%. Dilaporkan sejumlah 2,000 orang cedera dan hampir 300 orang mati kerana rusuhan tersebut. 


Rafael Ramirez, Menteri Minyak Venezuela menyatakan bahawa mempunyai rekod harga minyak yang terendah di dunia bukan satu rekod yang boleh dibanggakan. 

Menurut Detroit News, awal tahun 2014 adalah masa yang paling sesuai untuk menaikkan harga minyak bagi mengukuhkan kedudukan ekonomi kerana pilihan raya di Venezuela akan berlaku pada 2015. 

Maduro bercadang untuk mengurangkan subsidi minyak dan menggunakan duit subsidi minyak tersebut untuk melabur semula dalam pembinaan sekolah dan rumah untuk rakyat Venezuela. 

Inilah keadaannya bagi sebuah negara yang punyai harga minyak terendah di dunia. Apakah keadaan hidup rakyatnya lebih baik berbanding negara negara yang minyaknya lebih mahal dari Venezuela?

Salah Siapa? : Paderi Mahu Terus Guna Kalimah Allah SWT Di Selangor

Posted: 29 Dec 2013 05:00 PM PST

Ini satu kenyataan yang cukup biadap dan mencabar kesucian agama Islam. Malah melanggar titah Sultan Selangor. Siapa yang harus dipersalahkan bila keadaan sebegini terus berlaku. Baca seterusnya di sini.

Himpunan Guling Kerajaan : Lebih 1,005 Laporan Polis Dibuat

Posted: 29 Dec 2013 03:00 PM PST



Penganjuran perhimpunan haram untuk menggulingkan kerajaan pada 31 Disember ini terus dibantah pelbagai pihak dengan sebanyak 1,005 laporan diterima polis di seluruh negara sehingga petang ini.
 
Daripada jumlah itu, Perak mencatat jumlah laporan tertinggi iaitu 210 laporan diikuti Sabah (148); Selangor (139); Pahang (93); Melaka (80); Johor (78); Kedah (75); Terengganu (58); Kelantan (44); Perlis (41); Pulau Pinang (13); Kuala Lumpur (12); Sarawak (8) dan Negeri Sembilan (6).

Peniaga Di Selangor Kata Khalid Ibrahim Cakap Tak Serupa Bikin

Posted: 29 Dec 2013 08:50 AM PST



Gaji Khalid Ibrahim Pecah Rekod Dunia, Rakyat Dapat RM30 Sahaja

Posted: 29 Dec 2013 04:50 AM PST





Himpunan Guling Kerajaan: Leman Raja Lawak Cuba Provokasi PEKIDA

Posted: 29 Dec 2013 12:15 AM PST



Himpunan Guling Kerajaan: Rafizi Dipanggil Polis Untuk Siasatan

Posted: 28 Dec 2013 09:42 PM PST





BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 29 Dec 2013 03:22 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Lakon adegan mandi, payudara Wiwid nyaris terlihat!

Posted: 29 Dec 2013 02:45 PM PST


Sekian lama tidak terlihat di layar television, aktres seksi Wiwid Gunawan membuat kejutan dalam sebuah film yang berjudul "Tali Pocong Perawan 2".

Tanpa tapisan, Wiwid tidak segan melakonkan adegan bogel dalam bilik mandi.

Ketika itu Wiwid melakonkannya di bawah pancuran air dengan posisi belakang dan kemudian berpaling dan ketika itulah payudaranya terlihat.

Dek kerana adegan tersebut, Wiwid kemudiannya menerima beberapa komen yang agak negatif mengenai hal tersebut.

"Itukan adegan mandi. Apa yang peliknya?" kata Wiwid kepada Tabloid Bintang.

Wiwid juga mendakwa, ketika rakaman adegan tersebut berlangsung, hanya jurukamera dan dia sahaja ada di bilik mandi tersebut. Jurukameranya juga seorang wanita.

Rafizi tawar RM1,000 peraduan cipta emel palsu

Posted: 29 Dec 2013 06:06 AM PST

KUALA LUMPUR - [Dikemaskini] Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM1,000 kepada mana-mana pihak yang boleh mencipta emel palsu atau fitnah terbaik.

Katanya tawaran itu juga terbuka kepada pemimpin politik termasuk Barisan Nasional yang didakwa kerap kali menjuarai cubaan memfitnah dan dakwaan palsu terhadap pemimpin Pakatan Rakyat sejak akhir-akhir ini.

Beliau berkata, pertandingan itu bertujuan untuk melihat sejauh mana tindakan pantas polis terhadap e-mel palsu lain yang boleh menarik minat pihak berkuasa untuk diambil tindakan dan siasatan segera.

"Oleh sebab e-mel fitnah ancaman bom yang didedahkan blogger pro-Umno itu sudah menjadi bahan lawak jenaka, saya sendiri adakan anjurkan pertandingan mencipta e-mel palsu yang paling menarik dengan menawarkan hadiah wang tunai RM1,000 untuk dihantar kepada perdana menteri, ketua polis negara dan timbalan ketua polis Kuala Lumpur.

"Kita hendak tengok berapa banyak e-mel palsu ini yang akan disiasat oleh PDRM dan hadiah itu daripada gaji saya sendiri kepada rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita selepas diambil keterangan berhubung e-mel ancaman bom di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini, hari ini.

Semalam, satu entri blog pro-Umno mendedahkan satu e-mel yang mengaitkan beliau dan seorang individu didakwa mendalangi komplot ancaman bom menjelang perhimpunan rakyat pada 31 Disember ini.

Rafizi yang dihubungi Sinar Harian Online semalam turut menggesa pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap blogger terbabit yang mereka-reka e-mel tersebut sambil menyifatkannya sebagai 'fitnah luar biasa' kerana ia membabitkan ancaman bom serta boleh menggugat ketenteraman awam.

Dalam pada itu, Rafizi juga mencabar blogger pro-Umno yang menyebarkan e-mel palsu tersebut supaya membuat pengakuan secara terbuka bagi mengesahkan kesahihan dakwaan tersebut.

"Kalau Papa Gomo lebih pandai memintas e-mel orang, biarlah dia jadi ketua polis negara," katanya.

Sehubungan itu, katanya esok beliau akan membuat satu laporan polis terhadap blogger pro-Umno terbabit di Balai Polis Tropicana bagi mendesak pihak polis membuka kertas siasatan terhadap mereka sekali gus membersihkan nama beliau daripada dakwaan komplot terancang menanam bom di ibu negara pada 31 Disember ini.

"Kita akan pastikan dalam Parlimen selagi tiada tindakan diambil terhadap mereka, Menteri Dalam Negerin akan terus diserang, kenapa tidak diambil tindakan terhadap blogger pro-umno yang jelas melanggar undang-undang dengan wujudkan kucar-kacir dan menyebarkan berita palsu," katanya lagi.

(Video) Kemalangan ketika asyik 'mengawan'

Posted: 29 Dec 2013 04:01 AM PST

Adoi...sakitnya...parahnya...habis duit aku!

Tak tau nak tersenyum ke nak marah...adeh!

Video di bawah menyaksikan kemalangan paling seksi dalam dunia apabila pemandu kereta yang sedang merakamkan perjalanannya telah berlanggar dengan sepasang kekasih yang sedang mengawan.

Kelihatan si betina tercampak di atas kereta dan kemudian terpelanting di hadapan tetapi kemudian bangun seolah-olah tiada apa yang terjadi.

Agak-agak apa yang berlaku selepas itu ya?

Hanya Allah tahu siapa Johan As'ari sebenarnya

Posted: 29 Dec 2013 12:29 AM PST

LANA Nordin hari ini telah mengesahkan bahawa dirinya tidak pernah menerima lamaran daripada Johan As'ari.

Memetik laporan sebuah media massa hari ini, Lana menyatakan bahawa Johan sama sekali tidak pernah membawa beliau bertemu dengan keluarganya.

"Memang tak pernah.

"…saya faham untuk kenal-kenal ini memang ambil masa, tapi dia (Johan) tiada usaha ke arah itu,kalau nak tahu kakak Johan pernah cakap, bahawa keluarga dia tidak pernah halang hubungan kami.

"Mereka cakap, mereka pun tunggu Johan bawa balik saya jumpa keluarga. Tapi sekali pun dia tidak pernah bawa. Sekarang cuba fikir, adakah itu halangan keluarga atau dia yang mereka-reka cerita," katanya.

Menggulas lanjut mengenai perwatakan Johan, Lana menegaskan bahawa hanya dia dan ALLAH sahaja yang tahu siapa sebenarnya Johan.

"Menyentuh perwatakan Johan, saya tidak nafikan, saya memang terpikat dengan cara dia. Saya tengok dia ini baik orangnya, perwatakannya yang alim dan punya pegangan agama.

"…saya fikir ya, mungkin dia boleh jadi pebimbing yang baik untuk saya..tapi sebaliknya berlaku.

"…Cuma saya dan ALLAH sahaja yang tahu siapa sebenarnya Johan.

"…saya memang nampak macam wanita urban dan sosial tapi demi ALLAH, saya rasa saya lebih suci daripada dia," katanya.

Pereka fesyen tempatan 'berselera' kaum sejenis

Posted: 28 Dec 2013 11:01 PM PST

Gambar hiasan
Terdiam seketika dengar cerita ini. Sebelum ini pernah juga dengar beberapa teman mempertikai 'selera' pereka fesyen ini yang khabarnya cenderung dengan kaum sejenis.

Pun begitu, tidak ada bukti jelas dan ia sekadar cakap-cakap belakang. Kalau dilihat pada penampilannya, memang nampak 'jantan' apatah lagi sudah berkahwin.

Khabarnya sebelum bergelar suami, dia menjalin hubungan dengan penggiat industri hiburan. Untuk menutup hubungan songsang itu, anak seni itu memperkenalkan pereka fesyen ini dengan saudaranya.

Maka bersemilah bunga-bunga cinta dan mereka berkahwin. Pun begitu, isteri pereka fesyen itu tidak tahu perkahwinan itu sebenarnya ada agenda tersembunyi. Baginya, ikatan yang terjalin atas dasar cinta dan suami benar-benar sayangkannya.

Rupa-rupanya itu hanya muslihat supaya tidak ada yang syak atau pertikai kemesraan mereka. Sejauh mana kebenaran cerita ini, Sha tak pasti dan berharap ia tidak seperti diuar-uarkan. Mungkin ada yang dengki dengan kejayaan pereka fesyen dan anak seni ini hingga cerita ini direka bagi menjatuhkan mereka.

Sebagai pemerhati dan pendengar, Sha doakan yang baik-baik. Kalau benar ada 'sesuatu' antara mereka, tidak terlambat untuk berubah. Mungkin apa yang dirancang itu menjadi permulaan kepada sesuatu perubahan. Siapa tahu? Tuhan Maha Berkuasa.

Cak@ Harian Metro

Tanggal tundung untuk berfoya di kelab malam

Posted: 28 Dec 2013 10:31 PM PST

Gambar hiasan
Perkenalan singkat bersama Liza mendedahkan bagaimana dia bersama tiga rakan dapat menyusup masuk ke dalam kelab malam berkenaan.

Liza berkata, dia berkunjung ke kelab malam itu bersama rakan yang menetap di kawasan kediaman sama sekitar ibukota.

"Kawan-kawan dewasa akan masuk dulu, lepas tu salah seorang akan keluar dan pinjamkan kad pengenalan mereka kepada kami.

"Bouncer takkan periksa kad pengenalan betul-betul, asalkan berusia lebih 21 tahun akan dibenarkan masuk," katanya.

Ditanya sekiranya 'bouncer' berkenaan tidak mengesyaki dengan melihat wajah mereka berpadanan dengan kad pengenalan terbabit, Liza berkata 'bouncer' tidak akan berbuat demikian.

"Kalau mereka hendak lihat wajah pun, kad pengenalan milik rakan saya itu bertudung, susah juga mereka nak mengecam wajah sebenar yang sudah disolek.

Disebalik Harga Minyak Venezuela Terendah (RM0.05) Di Dunia

Posted: 28 Dec 2013 08:01 PM PST

Tidak banyak tempat di dunia di mana seseorang boleh membeli segelen minyak dengan harga beberapa sen, tetapi, buat masa ini (iya, sekarang) , Venezuela adalah salah satunya. Harga minyak telah dibekukan selama hampir dua dekad, tetapi presiden negara itu, Nicolas Maduro berkata, dia memilih untuk menaikkan harga secara beransur-ansur setiap tiga tahun untuk membantu menangani krisis ekonomi negara , menurut The Detroit News .

Harga minyak di Venezuela telah dibekukan selama hampir 20 tahun kerana ahli politik teragak-agak untuk mengulangi kesilapan kenaikan harga minyak pada tahun 1989, yang telah mencetuskan rusuhan maut. Presiden Hugo Chavez sebelum ini pernah sekali mengaku bahawa dia menderita kerana memberikan minyak kepada pemilik kereta mewah, tetapi semasa 14 tahun pemerintahan, beliau tidak berani untuk menyentuh subsidi minyak yang menggunakan sebanyak $ 12.5 bilion setahun daripada pendapatan kerajaan.

Maduro masih menguji keadaan politik di negaranya untuk melihat jika Venezuela yang ditekan oleh 54 peratus inflasi dan kejatuhan mata wang sanggup bekerja lebih sedikit untuk mengisi tangki kereta mereka.

Oil Minister Rafael Ramirez declared that having the world's cheapest gas isn't a record to be proud of.

Menurut The Detroit Newes, dari segi politik, inilah masa yang sesuai untuk menaikkan harga minyak Venezuela. Selepas empat pilihan raya satu tahun, rakyat Venezuela tidak dijadualkan untuk pergi mengundi sehingga lewat 2015. Ini memberikan Maduro pembukaan untuk menolak pembaharuan tidak popular yang penganalisis kata "sudah lama tertangguh". Ditambah pula dengan penurunan nilai mata wang Venezuela, Bolivar, menghapuskan subsidi gas akan membantu menutup defisit bajet dianggarkan pada 11.5 peratus daripada keluaran dalam negara kasar, antara yang terbesar di dunia.

Rakyat Venezuela cenderung untuk memandu kereta yang tidak cekap bahan api kerana harga minyak yang sangat murah , dan penggunaan bahan api yang dilaporkan adalah 40 kali lebih tinggi daripada mana-mana negara Amerika Latin yang lain. Lucas Davis , Pakar Tenaga dari Universiti California – Berkeley, memberikan beberapa konteks : " Harga minyak begitu murah di Venezuela sehingga mereka membuat harga minyak di Arab Saudi dan Iran kelihatan mahal."

Ruben Ruiz, seorang rakyat Venezuela yang memandu 1975 Ford LTD station wagon ketika ditemu bual berkata, "Di Venezuela, anda menghabiskan lebih banyak duit ke atas minuman keras daripada yang anda habiskan pada minyak. " Serius?

Rancangan kerajaan Venezuela untuk menaikkan harga minyak adalah mengikut kempen Maduro untuk melabur semula sebahagian wang ke pembinaan sekolah dan rumah-rumah , tetapi kesan menaikkan harga harus mempunyai kesan positif lain di negara ini, seperti menurunkan pencemaran ( dengan angggapan rakyat Venezuela sanggup membeli kereta cekap bahan api ) dan mengurangkan perdagangan minyak pasaran gelap dan kesesakan jalan raya .

Apa yang boleh dirumuskan di sini ialah, negara yang minyhaknya murah seperti Venezuela masih menderita dari segi ekonomi. Defisit, inflasi tinggi, kejatuhan mata wang, dan banyak lagi. Klik sini untuk membaca artikel sepenuhnya oleh The Detroit News. Ia berguna untuk memberi gambaran kepada anda apa impak harga minyak murah ini dan subsidinya kepada Venezuela. Tidak nampak seindah mana, bukan?

Sebagai pembacaan lanjut, klik sini untuk senarai kedudukan harga minyak mengikut negara oleh Bloomberg pada awal tahun 2013. Senarai itu telah dikemas kini sehingga suku ketiga tahun 2013 (klik sini untuk melihat versi yang dikemas kini). Dalam senarai ini sebanyak 60 negara tersenarai, di mana Venezuela berada di bawahsekali (termurah di dunia) dengan harga USD0.06 segelen (3.78 liter). Bayangkan ianya lebih kurang RM0.05 satu liter!

Apa kata anda?

Arena kereta

Senarai polis rasuah ada di pejabat AG

Posted: 28 Dec 2013 07:40 PM PST

Jabatan Peguam Negara dipercayai mempunyai senarai nama penjawat polis yang terlibat dalam kegiatan rasuah dan siasatan terperinci pembabitan terhadap mereka sedang dijalankan secara serius.

Senarai panjang nama penjawat polis itu diteliti sendiri oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Siasatan itu dibuat dalam satu jangka yang panjang berikutan aduan orang ramai.

MalaysiaGazette difahamkan nama-nama penjawat polis yang terlibat itu telah melalui proses siasatan yang cukup terperinci termasuk dengan butiran akaun masing-masing.

Siasatan berkenaan difahamkan telah mendapat kerjasama Bank Negara Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Bercakap kepada MalaysiaGazette, sumber memberitahu, ada dalam kalangan penjawat polis memiliki akaun bernilai jutaan ringgit namun enggan mengulas lanjut.

Baru-baru ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan dijalankan terhadap seorang pegawai polis bergelar Datuk berhubung siasatan pemilikan sejumlah aset.

Pegawai polis berkenaan disiasat kerana disyaki terbabit dengan rasuah dan pengubahan wang haram.

Jabatan Peguam Negara memandang serius gejala rasuah dalam kalangan penjawat polis dan gejala itu tidak boleh dibiarkan.

"Kami mempunyai rasa curiga yang cukup tinggi terhadap gejala rasuah dalam kalangan polis berdasarkan siasatan.

"Kita ada menerima laporan mengenai pembabitan gejala rasuah misalnya di sebuah balai polis di sebuah daerah di Sarawak, yang mana polis di bayar secara bulanan. Rekod pembayaran juga kami ada," tambahnya. - MalaysiaGazette

Kos sara hidup: Cari sumber kewangan alternatif

Posted: 28 Dec 2013 07:20 PM PST

Kuala Lumpur: Pengguna kini perlu sedar mengenai bebanan kos sara hidup tinggi selepas kenaikan harga beberapa barangan keperluan termasuk caj perkhidmatan dengan meningkatkan produktiviti diri untuk mencari sumber kewangan tambahan.

Perkara itu disarankan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dalam Seminar Sesi Penerangan Isu Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), Subsidi, Muflis dan Along di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia, di sini, semalam.

Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata, sudah tiba masanya pengguna tidak boleh lagi menunggu bantuan kerajaan sebaliknya mencari jalan memperoleh pendapatan tambahan seperti berniaga.

Katanya, kenaikan harga barangan pada masa kini sudah menjadi masalah utama pengguna dan disebabkan itulah pengguna tidak boleh lagi berdiam diri dengan hanya bersembang kosong tanpa mengambil tindakan.

Menurutnya, tahun depan akan menjadi masalah lebih getir kepada pengguna dengan penambahan GST dan pengguna seharusnya sudah mempunyai perancangan memantapkan ekonomi mereka.

"Kita tidak mahu mereka hanya duduk diam dengan mengutuk kenaikan harga barangan sebaliknya mereka perlu fikir bagaimana mencari pendapatan tambahan dan dalam sesi penerangan ini, PPIM mengajar beberapa tip berniaga.

"Mereka perlu keluar daripada beban hutang yang ditanggung sebelum ini dan perlu berwaspada dengan taktik pihak tertentu menjerumuskan mereka dalam hutang sehingga diisytiharkan bankrap," katanya.

Nadzim turut mengingatkan kerajaan sentiasa berwaspada bagi memastikan GST yangdilaksanakan nanti tidak berlaku ketirisan sehingga menyebabkan pengguna marah.

Menurutnya, setiap kenaikan dibayar pengguna perlu dibalas dengan manfaat dan tidak seharusnya wang berkenaan digunakan untuk perkara tidak sewajarnya.

"Kenaikan harga tol misalnya, kerajaan perlu memastikan kenaikannya membawa manfaat kepada pengguna seperti tidak lagi berlaku kesesakan dan jalan berlubang bagi keselesaan pengguna," katanya.

Kos sara hidup: Guna kuasa pengguna, bukan turun ke jalan

Posted: 28 Dec 2013 07:01 PM PST

KUALA LUMPUR - Gunakan kuasa pengguna dan bukannya turun ke jalan dengan sertai perhimpunan haram menggulingkan kerajaan pada 31 Disember ini sebagai membantah peningkatan kos sara hidup, kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan.

"Kita boleh bantah dengan cara yang bijaksana. Malaysia merupakan negara demokrasi yang mempunyai undang-undang, jadi gunakan kuasa pengguna dalam keadaan yang bijak.

"Perkara ini boleh ditangani, memang ia memberikan tekanan tetapi kita perlu tahu apa yang kita boleh buat bagi memastikan diri kita tidak terjejas dengan kenaikan-kenaikan ini," katanya dalam sidang media selepas sesi soal jawab isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), subsidi, muflis dan 'along' di sini hari ini.

Beliau berkata orang ramai seharusnya menjadikan isu kenaikan sebagai cabaran dan pencetus kebangkitan agar berusaha lebih bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk menjana serta meningkatkan pendapatan.

"Bagi PPIM, kita merasakan orang awam perlu membuat sesuatu yang lebih produktif seperti melakukan perniagaan," katanya.

Dalam pada itu, Nadzim berkata kerajaan perlu memikirkan langkah terbaik bagi memastikan rakyat tidak terlalu terbeban dengan beberapa siri kenaikan yang diumum.

Beliau berkata pentadbiran kerajaan perlu mengambil langkah bagi memperbaiki segala kesilapan terdahulu agar ketirisan perbelanjaan tidak lagi berlaku dalam urusan kerajaan.

"Dari sudut kerajaan pula, memang tiada masalah jika cukai GST perlu dibuat tetapi pastikan hasil cukai itu tidak habis akibat ketirisan dan sekiranya kerajaan melakukan dengan baik, kita pasti rakyat juga tidak akan membantah.

"Kita cadangkan agar suatu jawatankuasa ditubuhkan bagi memastikan ketirisan tidak berlaku selain mengkaji semula kaedah pembahagian subsidi yang dilihat tidak adil pada ketika ini," katanya.

Pada masa sama, katanya, kerajaan perlu meningkatkan keberkesanan tadbir urus negara, terutama dengan mengurangkan kos berbanding menaikkan harga barang dalam usaha merasionalisasi subsidi, seperti nasihat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. - Bernama

Read more: http://www.jeringdaily.com/2013/12/ppim-nasihat-guna-kuasa-pengguna-bukan.html#ixzz2ooVK7d00

(Gambar) Pelajar bakar Universiti Al-Azhar

Posted: 28 Dec 2013 06:01 PM PST

KAHERAH - Imej Universiti Al-Azhar, Mesir yang berusia lebih 1,000 tahun sebagai gedung keilmuan Islam terulung dunia tercemar apabila sekumpulan penyokong pergerakan Ikhwanul Muslimin bertindak membakar sebuah bangunan fakulti universiti itu semalam, kata beberapa pegawai keselamatan.

Menurut mereka, penyokong pergerakan itu melakukan serbuan di bangunan tersebut ketika sejumlah pelajar sedang menduduki peperiksaan.

Kumpulan penyokong pergerakan itu bertindak membakar bangunan tersebut sebelum anggota polis dan pasukan keselamatan tiba dan melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka.

Dalam kejadian itu, seorang pelajar yang merupakan penyokong pergerakan berkenaan, Khaled El-Haddad mati ditembak ketika bertempur dengan anggota polis.

Pelajar berusia 19 tahun itu terbunuh ketika anggota-anggota polis memasuki kampus universiti tersebut.

Menurut beberapa pegawai keselamatan, empat orang turut cedera dalam kejadian itu.

Para penunjuk perasaan membaling batu ke arah polis dan membakar tayar bagi mengelak pasukan keselamatan melepaskan gas pemedih mata.

Stesen televisyen tempatan menyiarkan gambar-gambar asap yang kelihatan di Fakulti Perdagangan Universiti Al-Azhar.

Seorang pegawai polis berkata, 60 pelajar ditangkap selepas kebakaran di tingkat pertama bangunan tersebut berjaya dikawal oleh anggota bomba.

Khalwat: Neelofa anggap tuduhan tak masuk akal

Posted: 28 Dec 2013 05:31 PM PST

KUALA LUMPUR - Pelakon popular, Noor Neelofa Mohd. Noor menganggap khabar angin dia ditangkap khalwat bersama seorang tokoh korporat sebagai tidak masuk akal dan boleh menjatuhkan imej serta kredibilitinya sebagai artis.

Neelofa, 24, yang dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp semalam berkata, dia tidak menolak kemungkinan fitnah yang disebarkan itu bertujuan untuk memalukannya.

Katanya, secara jujurnya dia sendiri tidak tahu-menahu tentang perkara berkenaan sehingga ia tersebar.

"Sekiranya perkara tersebut benar, pastinya saya masih berada di Malaysia untuk menyelesaikan kes yang didakwa itu.

"Kalau benar ia berlaku, dakwaan tersebut haruslah mempunyai laporan polis dan surat Jabatan Agama Islam serta saksi-saksi," katanya yang ketika ini sedang melancong di London, England.

Semalam Kosmo! melaporkan penafian pengurus Neelofa, Mohd. Amer Syafiq Khalip mengenai berita pelakon berkenaan ditangkap khalwat malam Khamis lalu bersama lelaki yang dipercayai suami seorang selebriti.

Menurut Amir, pada malam Neelofa dikatakan ditangkap khalwat, dia menemani pengacara program MeleTop itu ke majlis pelancaran Galaxy Mobile App di sebuah restoran terkemuka di ibu negara.

Dalam perkembangan sama, Neelofa turut mengharapkan pihak terlibat berhenti menyebarkan berita tidak benar mengenai dirinya.

"Saya harap orang yang berkenaan bertanggungjawab ke atas fitnah yang disebarkan," ujarnya.

FBI kembali bersama Hot FM?

Posted: 28 Dec 2013 05:01 PM PST

PEMINAT yang merindui suara Mohd Faizal Ismail di stesen radio Hot FM boleh tersenyum gembira, apabila pemilik nama tersebut hari ini mengumumkan akan kembali semula bersiaran di radio digemari ramai itu.

Mohd Faizal atau lebih dikenali sebagai FBI, menerusi laman Twitternya berkata akan memulakan kerja sambilan di stesen radio tersebut bermula petang ini.

Menurutnya, suaranya akan ke udara dalam satu slot Hot FM Korner yang bersiaran pada jam 12 hingga 4 petang, setiap minggu.

"Dah sebulan lebih tak ke udara. Hari ini mula kerja sambilan.

"Seminggu sekali saja. Sapa nak minta lagu, silakan," tulisnya.

Dalam pada itu, menerusi akaun twitter Hot FM turut mengesahkan perkara tersebut.

"Ha, mesti kamu semua rindu nak dengar suara FBI kan?

"Sebentar lagi jangan lupa layan Hot FM Korner bersama FBI," tulis empunya laman mikro itu.

Pada Oktober lalu, FBI mengesahkan bahawa beliau telah meletak jawatan sebagai penyampai radio di Hot FM.

"Salam semua, terima kasih kepada yang bertanya, maaf saya tidak boleh jawab secara mendalam.

"Cuma ada yang salah faham yang mengatakan saya letak jawatan 24 jam. Saya kata notis berkuatkuasa hari ini 24 Oktober, bukan 24 jam.

"Apapun, semuanya benar dan bukan status hangit seperti anggapan sesetengah anda. Terima kasih," memetik katanya di Facebook.

Tangkap blogger penyebar email bom - Rafizi

Posted: 28 Dec 2013 04:31 PM PST

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat satu entri blog pro-Umno hari ini mendedahkan satu e-mel yang mengaitkan beliau dan seorang individu didakwa mendalangi komplot ancaman bom menjelang perhimpunan rakyat pada 31 Disember ini.

Beliau berkata, pihak polis wajar mengambil tindakan tegas terhadap blogger terbabit yang mereka-reka e-mel tersebut sambil menyifatkannya sebagai 'fitnah luar biasa' kerana ia membabitkan ancaman bom serta boleh menggugat ketenteraman awam.

"Ia lebih berbahaya apabila polis tidak mengambil tindakan terhadap fitnah-fitnah seperti ini yang boleh menghuru-harakan ketenteraman awam.

"Apabila ada fitnah yang menyalahgunakan internet sewenang-wenangnya seperti menakut-nakutkan rakyat dengan bom dan sebagainya, polis sepatutnya mengambil tindakan dan tangkap blogger-blogger Umno terbabit," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut pendedahan sebuah blog pro-Umno yang memuat naik "print screen" e-mel yang dikatakan menggunakan alamat akaun milik Rafizi dan rakannya yang dipintas blogger terbabit pada jam 3.03 pagi, hari ini berhubung rancangan mereka untuk memasang bahan letupan di lima lokasi berasing di ibu negara.

Kandungan e-mel tersebut memberi peringatan supaya peserta dan pimpinan pembangkang yang turun menyertai himpunan 31 Disember itu supaya mengelakkan daripada berada di lima lokasi berkenaan, antaranya persimpangan lampu isyarat berdekatan pusat membeli-belah Sogo, Puduraya, bulatan Kereta api Tanah Melayu (KTM)-berdekatan Masjid Negara, LRT Masjid Jamek dan komuter Bank Negara.

Selain itu, Rafizi juga menyifatkan pendedahan e-mel berniat jahat itu sebagai cubaan mengalihkan isu sebenar daripada bantahan orang ramai terhadap kenaikan barangan dan perkhidmatan secara serentak yang membebankan rakyat selepas Barisan Nasional memenangi PRU13 lalu.

"Ia hanya untuk mengalihkan perhatian daripada isu sebenar yang kita bangkitkan hari ini khususnya soal kenaikan harga barang.

"Jika ada sisatan polis, dakwaan itu mungkin boleh alihkan perhatian umum tindakan kerajaan yang mengumumkan beberapa kenaikan barang dan perkhidmatan yang membebankan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana," dakwanya.

Ditanya sama ada beliau akan mengambil tindakan susulan, beliau berkata tiada keperluan untuk melaporkan kepada pihak polis kerana dakwanya secara terang-terangan blogger terbabit mengakui jika dakwaan itu palsu pun pihak berkuasa perlu melakukan siasatan.

THE FLYING KICK

Posted: 29 Dec 2013 01:30 PM PST

yang ku dengar dan ku lihat

Posted: 29 Dec 2013 01:23 PM PST

yang ku dengar dan ku lihat


kembali.

Posted: 29 Dec 2013 12:06 AM PST

Jumpa saya tahun baru 2014.
setelah lama direhatkan.
saya gagahkan diri, lawan keletihan dan kesakitan
dengan izin Allah, kini semuanya ok.

tak dinafikan tidak seperti dulu,
faktor umur, kesihatan
yang semakin hari semakin berubah.

tabah untuk bertemu
kerana saya percaya dengan pertemuan ini
saya akan gagah dan ceria.

salam. tunggu 1.1.2014 insya Allah
akan muncul hendaknya.

Apa Yang Tersirat

Posted: 29 Dec 2013 01:21 PM PST

Apa Yang Tersirat


Email Rahim Ghouse Kepada Rafizi: Bukti TURUN Rancang Guling Kerajaan

Posted: 28 Dec 2013 11:15 PM PST

Rahim Ghouse adalah penyokong setia Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah melarikan diri ke luar negara sebaik sahaja Anwar dipecat daripada UMNO pada September 1998. Kini orang kuat Anwar itu menetap di Australia.

Ekoran e-email itu, Polis telah memanggil Rafizi yang juga Pengarah Strategi PKR. E-mail yang membincangkan mengenai penempatan bahan letupan di lima kawasan utama di ibu negara selepas perhimpunan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) pada ambang tahun baru.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah di laman sosial Facebook rasmi PDRM berkata, polis memandang serius terhadap emel itu dan meminta supaya Ahli Parlimen itu disoal siasat.

"Orang ramai dinasihatkan untuk menghormati keamanan dan keselamatan di negara ini ketika meraikan Tahun Baru.

"Setakat ini, terdapat 1,151 laporan polis yang telah dibuat di seluruh negara sebagai bantahan terhadap perhimpunan yang sedang disebarkan dalam talian, yang akan mengancam keselamatan orang ramai," kata Hadi dalam satu kenyataan.

E-mel itu didakwa ditulis oleh rakan karib Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Abdul Rahim Ghouse, yang bertajuk C For Chaos (C Untuk Huru-Hara).

Dalam e-mel berkenaan, penulis itu didakwa kerana mendakwa bahan letupan kecil akan diletakkan di persimpangan lampu isyarat di hadapan Sogo dan Puduraya, bulatan Masjid Negara dan KTM, stesen LRT Masjid Jamek dan stesen Komuter Bank Negara.

E-mel itu kemudiannya satu 'pasukan sosial media' akan merekodkan huru-hara yang akan berlaku pada ambang tahun baru dan akan menyebarkannya secara dalam talian, lalu menyalahkan pihak Barisan Nasional (BN).

Penganjur perhimpunan yang dijangka akan diadakan pada ambang tahun baru itu, yang dianggap sebagai himpunan menyalahi undang-undang berkata, mereka menjangkakan 10,000 orang untuk berkumpul di Dataran Merdeka pada malam 31 Disember untuk membantah kenaikan harga baru-baru ini.

Cucu Tok Selampit

Posted: 29 Dec 2013 01:20 PM PST

Cucu Tok Selampit


Unit Anal PAS Menari Dengan Orang Asli - Apa Fatwa TG Nik Aziz Nik Mat?

Posted: 29 Dec 2013 07:38 AM PST



Kalau gambar-gambar di atas ditukarkan kepada gambar pemuda-pemuda UMNO, pasti gegak gempita bloggers dan cybertroopers PR terutama PAS menjatuhkan hukum bahawa UMNO membawa maksiat, anjur pesta tari menari di dalam ziarah amal mereka. Namun, malangnya gambar-gambar di atas adalah gambar-gambar yang tidak diedit. Inilah gambar-gambar Unit Anal PAS sewaktu Ziarah Amal mereka ke perkampungan orang asli Sungai Peroh, Kluang, Johor. 

Mungkin niat mereka untuk menghormati tradisi tuan rumah, tapi apakah matlamat menghalakan cara? CTS tidak mahu menjatuhkan hukum, semua sudah besar panjang untuk berfikir sendiri. Janganlah kuman seberang laut nampak di mata, bangkai gajah terbungkam di depan mata kita buat tak tahu.

PEJUANG BANGSA

Posted: 29 Dec 2013 11:16 AM PST

PEJUANG BANGSA


CERITA SEBENAR DISEBALIK ANAK TIRI PM BELI KONDO DI AMERIKA

Posted: 29 Dec 2013 04:00 AM PST



1. Sekarang pihak tertentu sedang main isu ini, anak Rosmah kepada suami pertama bernama Riza Aziz baru-baru ini membeli sebuah kondominium mewah di New York bernilai US33.5 juta.

2.Naib Presiden PKR, Tian Chua terus meminta MACC siasat kes tersebut.Saya tidak terkejut kerana PKR memang tidak berapa suka melihat orang Melayu berjaya.

3. Pertama sekali dengan melihat latar belakang individu Riza Aziz ini, memang dia kelihatan seorang yang kaya raya. Dia dahulu bekerja sebagai 'Investment Adviser' di HSBC Bank PLC, mungkin Tian Chua berasa DS Najib ada kroni di multinasional seperti HSBC. Sekarang pula,dia memulakan sebuah syarikat perfileman yang akan menghasilkan cerita 'The Wolf of Wall Street', dibintang oleh Leonardo Di Carpio, secara jelas bukan cerita yang kecil-kecilan.

4.Tetapi saya sokong MACC siasat individu ini, mungkin badan pencegah rasuah Amerika gagal untuk mendapat kesan sebarang aktiviti rasuah.

5. Satu lagi benda penting yang saya ingin bagitahu, ada satu industri di mana orang Melayu monopoli di Malaysia, iaitu industri perfileman dan juga animasi. Majoriti syarikat filem dan animasi negara dimiliki oleh orang Melayu. Contohnya KRU dan Animonsta (Boboiboy) telah berjaya menghasilkan produk yang berjaya bukan sahaja di Malaysia, malah pasaran antarabangsa. Dan tidak terlupa,penyanyi-penyanyi Melayu juga telah mengembangkan sayap ke pasaran antarabangsa (contohnya Yuna dan Siti Nurhaliza).

6. Kesimpulannya, MACC boleh selidik pembelian kondo tersebut, tetapi saya tidak rasa Riza Aziz ini perlukan duit rasuah untuk beli sebuah kondo mewah.Dia sudah berjaya.(gambar Riza Aziz paling kanan semasa menghasilkan cerita 'The Wolf of Wall Street'.)--sumber





Lebih Baik Jadi Produser Filem Hollywood Dari Jadi Pembohong di Malaysia


OLEH : MYKMU

riza-najib

Sejak  beberapa hari lalu, pembangkang memainkan isu anak tiri Perdana Menteri Riza Aziz membeli kondominium berharga RM 110 juta di Amerika Syarikat. Berikut adalah dua pandangan penulis di media sosial Facebook yang kami ambil.


Pandangan Pertama
Mohamad Nazari Ahmad - RIZA AZIZ merupakan seorang produser filem di Hollywood. Perniagaannya lebih banyak tertumpu kepada bidang perfileman yang mencatatkan keuntungan besar. Daripada perniagaan perfileman, Riza juga khabarnya turut melaburkan dalam hartanah di kota besar New York dan London.
Antara filem yang melibatkan syarikatnya, Red Granite Pictures yang berpangkalan di Los Angeles ialah The Wolf of Wall Street yang diarahkan oleh Martin Scorsese dan dibintangi oleh Leonardo DiCaprio, Friends With Kids yang dibintangi oleh Jon Hamm, Megan Fox, Jennifer Westfeldt, Kristen Wing, Adam Scott, Maya Rudolph, Ed Burns dan Chris O'Dowd, filem supernatural box office, Homs yang dibintangi oleh Daniel Radcliffe.

Riza juga merupakan penerbit eksekutif bagi filem Out of the Furnace yang dibintangi oleh Christian Bale, Casey Affleck, Woody Harrelson dan Zoe Saldana yang ditayangkan pada 5 Disember 2013.

Di bawah adalah fakta-fakta menarik tentang beliau:

Pertama:
Berikut adalah beberapa film di bawah kelolaan beliau
1) Friends with Kids (2011)
2) The Wolf of Wall Street (2013)
3) Horns (2013)

Kedua..
Film "The Wolf of Wall Street" telah mengutip lebih dari US 100 juta dalam 5 hari yang pertama tayangan. Film ini di bintangi pelakon-pelakon yang hebat seperti Leonardo DiCaprio, Margot Robbie, Matthew McConaug dan Jonah Hill.

Bukan calang-calang pelakon yang membintangi film ini. Dalam filem-filem yang lain juga di bintangi oleh pelakon-pelakon yang hebat.

Ketiga
Pada tahun 2011, Majalah Variety menamakan beliau sebagai "Top 10 Producer to watch"..

Keempat
Pada tahun hadapan, beliau akan mengeluarkan film terbaru yang berjudul Dumb and Dumber To yang di bintangi oleh Jim Carrey, Jeff Daniels, Laurie Holden and Kathleen


Pandangan Kedua


Rizal Mansor
15 hours ago · Edited
saya mengikuti perkembangan isu Riza Aziz membeli kondo mewah di New York.. kebanyakan komen menjurus kepada dari mana beliau mendapat sumber kewangan? tak kurang juga yg terus membuat kesimpulan sendiri.. kepala hotak semua terus nak fikir negatif.. tidakkah ada sedetik difikiran itu benda yang positif skit..

pertama sekali, Riza ni membesar dan belajar di luar negara.. sewaktu menuntut beliau ada network dgn anak2 pak arab yang kaya raya.. Riza menjadi pengurus kewangan mereka.. beliau mula menjana pendapatan lumayan dari situ..
nak cabar korang kalau boleh buktikan.. pernah ke Riza ni buka bisnes kat Malaysia? pernah ke Riza ni dapat apa2 peluang perniagaan dgn kerajaan ke GLC ke di Malaysia?? Salahkah Riza menjadi kaya raya hasil titik peluh dan kepandaian sendiri di luar negara?? Salah Riza kerana beliau merupakan keluarga Perdana Menteri.. menjadi ahli keluarga Perdana Menteri mesti hidup papa kedana barulah rakyat puas hati..
pada aku senang saja.. aku berbangga anak bangsa aku berjaya menempa nama di luar negara.. apatah lagi dalam bidang perfileman yang dimonopoli oleh kaum Yahudi..
back to isssue dia beli kondo.. aku percaya dia dan rakan2 yang sememang terlibat dalam bidang hartanah membeli kondo tersebut utk investment.. property kat New York tu harga cepat melambung.. pasti menjana untung lumayan.. aku dengar dari rakan2 yang rapat dgn Riza.. dia dah bertahun involve bisnes tu..
lain lah kalau kita dengar Riza ni sapu macam2 bisnes or kontrak kerajaan di Malaysia pastu duk beli property kat luar negara ada logik gak lah orang nak marah.. BUKALAH MINDA DAN BERSIHKANLAH HATI..


Kesimpulannya lebih baik ada anak tiri Perdana Menteri yang jadi ahli perniagaan di New York daripada jadi anak bekas Timbalan Perdana Menteri jang jadi pembohong di Malaysia.

Tudia !! Dalang himpunan haram ugut nak saman POLIS jika tangkap mereka ??

Posted: 29 Dec 2013 03:07 AM PST




Semakin bangang politik di Malaysia ni ... orang yang nak langgar undang-undang sekarang dah berani ugut saman POLIS pulak jika tangkap mereka .


Polis harus bertindakan tegas demi ketenteraman awam dan keselamatan negara. 

GPB yakin jika tiada bukti kukuh , POLIS tidak akan menuduh SAMM terlibat sebagai dalang penganjur himpunan guling kerajaan . 





 Pertubuhan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak agar Timbalan Ketua Polis Wilayah, Datuk Amar Singh Ishar Singh menarik semula kenyataan beliau yang mengaitkan pertubuhan tersebut sebagai antara penganjur himpunan guling kerajaan pada 31 Disember ini.

Jelas Presiden SAMM Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard, kenyataan tersebut adalah berbaur fitnah, dan pihaknya tidak teragak-agak untuk menyaman Timbalan Ketua Polis Wilayah tersebut sekiranya tiada bukti kukuh yang mengaitkan pertubuhan tersebut dengan himpunan itu.

"Saya dengan ini mendesak fitnah ini ditarik balik oleh Datuk Amar Singh Ishar Singh dan permohonan maaf dituntut.

"…dia harus dedah apa sumber dia, dan dedah bukti gred A sekiranya ada. Saya akan ambil tindakan undang-undang terhadap Datuk Amar Singh Ishar Singh dan semua media jahat yang menjadi lidah penyambung fitnah tersebut.

"…isnin ini (30 Disember), Chegu Bard dan SAMM akan menghantar notis undang-undang terhadap Datuk Amar Singh Ishar Singh dan media-media terbabit. Saya akan memulakan proses saman sebanyak RM100 juta ke atasnya," katanya yang dipetik menerusi kenyataan medianya.

Semalam, memetik laporan berita polis telah mengenal pasti empat kumpulan yang terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dijangka akan membuat kecoh pada sambutan ambang Tahun Baharu di Dataran Merdeka,31 Disember ini.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, pertubuhan tersebut ialah Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Jingga 13, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).

"Kami tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan tegas dan menangkap individu yang menimbulkan kekecohan pada malam tersebut," katany

TERKINI ! EMAIL RAHIM GHOUSE TENTANG LETUPAN BOM , POLIS PANGGIL RAFIZI DI SOAL SIASAT !!

Posted: 28 Dec 2013 11:39 PM PST




Rahim Ghouse adalah penyokong setia Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah melarikan diri ke luar negara sebaik sahaja Anwar dipecat daripada UMNO pada September 1998. Kini orang kuat Anwar itu menetap di Australia.

Ekoran e-email itu, Polis telah memanggil Rafizi yang juga Pengarah Strategi PKR. E-mail yang membincangkan mengenai penempatan bahan letupan di lima kawasan utama di ibu negara selepas perhimpunan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) pada ambang tahun baru. 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah di laman sosial Facebook rasmi PDRM berkata, polis memandang serius terhadap emel itu dan meminta supaya Ahli Parlimen itu disoal siasat. 

"Orang ramai dinasihatkan untuk menghormati keamanan dan keselamatan di negara ini ketika meraikan Tahun Baru. 



"Setakat ini, terdapat 1,151 laporan polis yang telah dibuat di seluruh negara sebagai bantahan terhadap perhimpunan yang sedang disebarkan dalam talian, yang akan mengancam keselamatan orang ramai," kata Hadi dalam satu kenyataan. 

E-mel itu didakwa ditulis oleh rakan karib Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Abdul Rahim Ghouse, yang bertajuk C For Chaos (C Untuk Huru-Hara). 

Dalam e-mel berkenaan, penulis itu didakwa kerana mendakwa bahan letupan kecil akan diletakkan di persimpangan lampu isyarat di hadapan Sogo dan Puduraya, bulatan Masjid Negara dan KTM, stesen LRT Masjid Jamek dan stesen Komuter Bank Negara. 

E-mel itu kemudiannya satu 'pasukan sosial media' akan merekodkan huru-hara yang akan berlaku pada ambang tahun baru dan akan menyebarkannya secara dalam talian, lalu menyalahkan pihak Barisan Nasional (BN). 

Penganjur perhimpunan yang dijangka akan diadakan pada ambang tahun baru itu, yang dianggap sebagai himpunan menyalahi undang-undang berkata, mereka menjangkakan 10,000 orang untuk berkumpul di Dataran Merdeka pada malam 31 Disember untuk membantah kenaikan harga baru-baru ini.

sumber : KLIK DI SINI


Komen GPB

Kalau bukti E-MAIL seperti ini berlaku di zaman Tun M , dah lama Rafizi Ramli & Rahim Ghous dicekup di bawah ISA .

Lebih baik DBKL batal je sambutan Ambang 2014 berikutan email bom dan ancaman huru-hara oleh himpunan guling kerajaan .



The Antics of Husin Lempoyang

Posted: 29 Dec 2013 03:28 AM PST

The Antics of Husin Lempoyang


Prof Ungku Aziz mengenai rajin dan malas

Posted: 28 Dec 2013 06:09 PM PST


Kata-kata nasihat Professor Diraja Ungku aziz yang elok jadi pedoman dan tauladan buat kita semua.

Wow! Rajin jual orang, suka niaga unta - untung


bumiyang

Posted: 29 Dec 2013 03:08 AM PST

bumiyang


Larangan Guna Kalimah Allah Oleh Agama Lain di Selangor Dilanggar???

Posted: 28 Dec 2013 05:00 PM PST

Taipingmali (tm)

Posted: 29 Dec 2013 01:47 AM PST

Taipingmali (tm)


Kerajaan Sasar Buka 50 Kedai Kain Rakyat 1Malaysia Tahun Depan- Najib

Posted: 28 Dec 2013 03:12 PM PST

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan menyasarkan untuk membuka 50 buah Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M) pada tahun depan.

"Alhamdulillah, kita sasar 50 buah KKR1M tahun depan. Insya-Allah," kata perdana menteri menerusi akaun Twitternya hari ini, yang mengulas tentang pautan twitter Bernama bertajuk 'KKR1M Semakin Mendapat Sambutan'.

Ia memetik Pengarah Urusan KKR1M Mohd Noor Mohd Amin sebagai berkata KKR1M, satu daripada produk jenama 1Malaysia, kini semakin mendapat tempat di hati rakyat apabila menjadi pilihan dan kerap dikunjungi orang ramai bagi mendapatkan kain berkualiti pada harga rendah.

Mohd Noor berkata memandangkan permintaan terhadap produk kain di KKR1M semakin tinggi, pihaknya merancang membuka lebih banyak cawangan kedai itu bagi memenuhi permintaan.

Pada masa ini, terdapat 19 cawangan KKR1M di seluruh negara dengan terbaru dibuka pada 18 Dis lepas di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Mohd Noor berkata beberapa lagi cawangan akan dibuka termasuk di Gerik,
Perak dan Dungun, Terengganu, menjadikan kesemuanya 25 cawangan KKR1M pada tahun ini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Menteri Besar Kelantan U-Turn, Ekoran Desakan ‘Suara Ghaib’

Posted: 28 Dec 2013 03:10 PM PST

 

Mungkin kerana tidak tahan dengan 'tekanan' dari pelbagai pihak, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob terpaksa menarik semula keputusan yang telah dibuat sebelum ini untuk tidak menghantar wakil dalam 'Himpunan Untuk Mengulingkan Kerajaan'.

 

Ahmad Yaakob yang dipetik melalui akaun Facebooknya mengatakan himpunan yang bakal diadakan itu adalah merupakan gerakan rakyat.

 

"Saya sepenuhnya bersama kepimpinan Pas tentunya sentiasa bersama-sama gerakan rakyat untuk terus mendesak kerajaan Malaysia mendengar suara rintihan hari rakyat. Jika ada yang berkata bahawa ia bertujuan untuk menggulingkan kerajaan, saya kira ia hanyalah omongan palsu semata-mata kerana takut akan bayang-bayang sendiri," ujarnya.

 

Media sebelum ini melaporkan, pengumuman yang dibuat oleh Ahmad Yaakob sejurus selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Harian Pas Kelantan yang di adakan di Bangunan Pas Jalan Dato Pati, Kota Baharu Selasa lalu.

 

Menurutnya Pas Kelantan telah memutuskan untuk tidak menghantar wakil atau penyokong ke demonstrasi pada tengah malam 31 Disember 2013 dengan alasan, TIDAK BERSETUJU DENGAN SLOGAN, 'GULINGKAN KERAJAAN'.

 

Malah keyataan tersebut turut disokong oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah yang berkata usaha untuk menjatuhkan kerajaan secara "Arab Spring" itu sebenarnya tidak membawa sebarang kebaikan sebaliknya membawa banyak keburukan kepada negara.

 

"Kita di Kelantan sendiri pun tidak pernah membincangkan sama ada perlu untuk kita berhimpun seperti yang diadakan di negeri lain dan bagi Pas Kelantan adalah lebih baik untuk apa sekali pun ia dilakukan mengikut kaedah demokrasi,

 

Ekoran keputusan yang dibuat itu juga, beberapa Pas kawasan di Kelantan yang sebelum ini merancang untuk turut mengikuti demonstrasi jalanan itu telah bertindak untuk membatalkan penyertaan mereka.

 

Persoalannya ialah mengapakah, Ahmad Yaakob 'flip-flop' berhubung isu ini? Apakah ada arahan dari pihak tertentu yang memintanya agar segera menarik kembali kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini?

 

Tambah mengelirukan mengapakah kenyataan menyokong himunan jalanan ini hanya dibuat melalui akaun Facebook? Apa yang pasti ialah Ahmad Yaakob mungkin terpaksa akur dengan 'suara ghaib' yang meminta segera mengubah pendirian yang dibuat sebeum ini.

 

Kesimpulannya golongan ulama parti itu masih lagi takut untuk menentang kehendak dan kemahuan kumpulan'liberal' yang semakin menguasai Pas.
Munafik. Sungguh deeee!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PAS KINI BUKAN PAS YANG DAHULU

Posted: 27 Dec 2013 07:21 AM PST

Parti Pas kini sudah berusia 62 tahun, sejarah Pas sebagai parti politik cukup menarik. Pas ditubuhkan atas dasar kecewa dan dendam terhadap kepimpinan Umno berikutan kekalahan dalam perebutan jawatan Presiden Umno. Ustaz Fuad kalah kepada Tuanku Abdul Rahman lalu menubuhkan parti Pas pada tahun 1951.

Selepas Pas wujud sebagai parti pembangkang, parti itu menggunakan pendekatan mengkafirkan Umno dan pemimpinnya. Keadaan menjadi lebih parah lagi selepas Umno bekerjasama dengan bangsa Cina dalam MCA dan selepas Umno menjalin hubungan kaum India atau Hindu yang berada dalam  MIC. Umno terus dilabelkan kafir berterusan hingga bertahun-tahun.

Kerjasama Umno dengan MCA dan MIC adalah satu syarat yang ditetapkan oleh Inggeris untuk menuntut kemerdekaan, Inggeris hanya akan membenarkan Tanah Melayu merdeka sekiranya bangsa-bangsa lain tidak diabaikan. Inilah punca kepada penyatuan Melayu, Cina, India dan lain dalam satu nama yang dikenali sebagai PERIKATAN.

PAS sejak awal lagi menentang gabungan Umno dengan bukan Islam dan Umno dilabelkan kafir, Umno kononnya menjual agama, Umno menolak Islam, Umno sekular, Umno itu dan Umno ini.

Hanya Pas kekal menjadi sebuah parti yang benar-benar memperjuangkan Islam, namun sejak berkawan dengan Dap dan Pkr, Pas kini menyimpang jauh. Demi kuasa politik Pas sanggup masuk ke kuil, tokong dan gereja atas sama politik. Umno buat dihukum haram dan kafir, Pas buat OK.

Hari ini selepas 62 tahun berjuang atas nama Islam, akhirnya Pas jatuh ke tempat paling jijik. Dr Rani Adun Pas Meru sanggup masuk ke gereja demi politik, Panji Perjuangan Islam Pas kini dicemar oleh seorang penganut hindu yang meninggal dunia dengan menjadikan kain pembalut keranda, penganut Hindu itu tidak salah tetapi yang bersalah adalah pemimpin Pas yang tidak melarang perbuatan tersebut. Ia menyebabkan pemimpin dan macai Pas terpaksa mencari dalil bagi mempertahan perbuatan tersebut.

Sayang seribu kali sayang, 62 tahun panji perjuangan Pas diagung-agungkan telah dicemari dalam satu hari sahaja oleh seorang penganut Hindu.  Ia merupakan satu sejarah dan titik hitam kepada Pas. Seluruh kepimpinan hari ini berasa malu tetapi apa boleh buat, nasi sudah menjadi bubur, terima sajalah.

Andai kata setahun dua yang lalu, seorang pengunut Hindu atau seorang Kristian dari Sabah membalut kerandanya dengan bendera Umno, 5 tahun Pas akan menjaja cerita tersebut.

Kesimpulannya ialah, Allah bayar tunai.......

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 28 Dec 2013 11:52 PM PST

DARUL EHSAN TODAY


APA SUMBANGAN CINA PADA UMAT ISLAM...???

Posted: 28 Dec 2013 06:00 PM PST


Bermula dengan perniagaan kain di satu unit kedai di pekan segamat johor, syarikat jakel mula menapak selangkah demi selangkah sehingga hari ini menjadi sebuah syarikat textile melayu/Islam yang terbesar di malaysia.

Kini jakel memiliki 5000 perkerja kesemuanya anak-anak melayu dikedai mereka di seluruh malaysia, siapa sangka perniagaan bermula dari kecil-kecilan, kini syarikat milik orang Islam seratus peratus itu menjadi pemborong dan pengedar kain terbesar di malaysia.

Kalau dulu kita nak beli kain, pastinya tangkak dan nilai akan menjadi tempat pilihan kita, kini dengan adanya syarikat jakel, maka orang melayu tak perlu lagi untuk berebut-berebut memenuhi kedai-kedai cina di tangkak dan nilai, padahal di sana tu barangan mereka bukan berkualiti sangat pun, tapi di sebab tidak ada pilihan, maka kedai cina dan india lah yang menjadi tumpuan orang melayu ketika itu.

Jadi sempena nak masuk tahun baru yang hanya tinggal beberapa hari saja lagi nie dan kempen boikot perniagaan cina akan masuk fasa kedua, aku menyeru kepada seluruh orang melayu dan umat Islam, agar kita tolong dan bantu peniaga-peniaga melayu/Islam seperti jakel dan beberapa lagi syarikat lain.

Bukan apa, kalau korang bantu peniaga melayu/Islam, sekurang-kurangnya kalau mereka ada untung, boleh mereka bayar zakat atau bersedekah atau bantu anak-anak yatim,`tapi kalau korang tolong peniaga cina apa yang dia orang boleh sumbangkan pada agama kita??? Betul tak...