Cucu Tok Selampit Posted: 26 Dec 2014 01:06 PM PST Edisi Kantoi Lakonan ADUN Meru Turun Sampaikan Bantuan Banjir Posted: 26 Dec 2014 05:16 AM PST Pepatah English mengatakan "pictures speak a thousand word". Kawan dan lawan semua dan semua pencacai PR hina Perdana Menteri, DS Najib Razak bercuti di London. Allah maha berkuasa mula membuka keaiban Pas kepada Rakyat. Akhirnya Allah tunjuk siapa PAS, siapa ADUN Meru dan siapa PAS sebenarnya. Kadangkala CTS terfikir, negeri-negeri yang mengalami banjir yang teruk adalah Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak.
Namun, yang selalu maki hamun Kerajaan di laman-laman sosial datang dari Rakyat Negeri Kelantan. Sepatutnya Rakyat negeri berkenaan mempertikaikan kepimpinan Kerajaan Negeri dalam pengurusan banjir sebelum mereka mempertikaikan Kerajaan Pusat. Mereka sepatutnya bertanya di mana Wakil Rakyat mereka sebelum bertanya di mana Perdana Menteri berada. Soalan cepumas untuk ADUN Meru, kenapa perlu beliau mempersendakan mangsa bencana alam. Kalau hendak berbakti, buatlah dengan ikhlas. | Dinasour Tua @limkitsiang Buat Fitnah Lagi Di Twitter Mengenai Keadaan Banjir Di Kelantan Posted: 25 Dec 2014 11:47 PM PST Apa lagi yang boleh diharapkan kepada dinasour tua Lim Kit Siang? Hendak mengaharapkan beliau turun ke Pantai Timur untuk membantu mangsa banjir, jangan haraplah. Kwasan parlimen beliau sendiri di Gelang Patah pun tidak terurus. Semalam, beliau membuat fitnah lagi di laman sosial Twitter. Katanya, tiada Menteri UMNO melawat Kelantan yang sedang menghadapi banjir terburuk semenjak 1971.
'Keyboard Warrior' tua ini bercakap menggunakan kepala lutut. Berikut adalah fakta Menteri dan Timbalan Menteri UMNO yang melawat Kelantan sebelum tulisan fitnah dinasour tua berkenaan ditulis:
22/12/2014 - Dr Helmy Yahya, Timbalan Menteri Kesihatan melawat Tumpat, Kelantan. 25/12/2014 - Dato Mustapha Mohamed, sekembalinya dari umrah terus bekerja keras dan pada tarikh ini beliau berada di Kuala Krai, Kelantan. 25/12/2014 - DS Idris Jusoh, Menteri Pendidikan berada di Pasir Putih, Kelantan. 25/12/2014 - Dato Rohani Abdul Karim, Menteri KWKM turut berada di Pasir Putih, Kelantan. Menteri Pengangkutan yang juga Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai sentiasa berada di Lapangan Terbang Subang bagi menguruskan penghantaran bantuan ke Kelantan.
Hari ini, Timbalan Perdana Menteri turut berada di Kelantan untuk mensyuarat keadaan banjir terkini bersama Menteri Besar Kelantan dan Menteri Kabinet. Lain kali kalau hendak membuat fitnah dan adu domba, selidiklah fakta terlebih dahulu wahai dinasour tua. Kamu pula bila hendak melawat Kelantan wahai Lim Kit Siang? Biar CTS belanja tiket Air Asia ke sana kalau tak ada duit. | Graduan Sekolah Pondok Mempunyai Jaminan Kerjaya Yang Cemerlang Posted: 15 Dec 2014 04:32 AM PST Masyarakat Malaysia seharusnya tidak memandang rendah kepada pelajar lulusan sekolah agama bantuan kerajaan dan sekolah agama rakyat termasuk pondok dan tahfiz kerana mereka kini turut berpeluang mendapat pekerjaan sehingga ke taraf profesional. Jika sebelum ini, peluang kerjaya lepasan pengajian pondok terhad kepada menjadi tenaga pengajar di institusi pondok, kini lepasan pondok boleh memilih kerjaya profesional setelah tamat pengajian di institusi pengajian tinggi. Antara kerjaya yang menjadi pilihan para hafiz dan hafizah berkenaan ialah doktor, jurutera, pensyarah, peguam dan hakim di Mahkamah Syariah. Ini susulan lulusan berkenaan kini diiktiraf dan diberi peluang menyambung pengajian ke peringkat universiti di beberapa universiti tempatan seperti Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Selangor, Universiti Tenaga Nasional, Universiti Islam Antarabangsa, Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah. Malah Kerajaan juga telah menubuhkan Institusi Pengajian Tinggi Tahfiz al Quran, Darul Quran yang menawarkan program seperti Diploma tahfiz. Contoh terbaik graduan sekolah pondok adalah Penasihat Kehormat Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM), Datuk Dr. Mashitah binti Haji Ibrahim. YPPM yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, DS Mohd Najib Tun Abdul Razak, ditubuhkan oleh badan bukan kerajaan, bertujuan mengumpul seluruh warga pondok di negara ini di bawah satu entiti. Bercakap mengenai Datuk Dr Masitah, bukan calang-calang orang seorang graduan sekolah pondok boleh melanjutkan pelajaran sehingga ke Doktor Falsafah dan mempunyai kerjaya yang cemerlang. Datuk Dr Mashitah dilahirkan di Kedah. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultanah Asma, Alor Star dan Sekolah Taufiqiah Pondok Shaikh Yahaya Junaid, Padang Lumat, Kedah. Beliau kemudiannya menyambung pelajaran di Maktab Mahmud, Alor Star dan seterusnya memperolehi Ijazah dari Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 1987. Dalam tahun yang sama juga, beliau meneruskan pengajian Doktor Falsafah dalam bidang Syariah Islamiyyah pengkhususan Tafsir dan Hadis di Darul Ulum, Universiti Kaherah, Mesir. Seterusnya beliau melengkapkan pengajian di peringkat sarjana di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang 'Revealed Knowledge and Heritage' pada tahun 1992. Datuk Dr. Mashitah merupakan pelajar wanita Malaysia pertama memperolehi Ijazah Kedoktoran Kelas Pertama (Syaraf Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) dari salah sebuah universiti terkenal di Mesir, iaitu Universiti Kaherah pada tahun 1997.
Kerajaan sebelum ini mengambil pelbagai inisiatif bagi mencapai matlamat itu dengan memberi pelbagai bantuan dari segi kewangan serta sokongan dan pengiktirafan pusat pengajian pondok. Dengan bantuan kewangan dan sokongan oleh pihak kerajaan, kebanyakan pusat pengajian pondok semakin moden dan menawarkan aliran integrasi pendidikan Al-Quran dan akademik mengikut korikulum yang ditentukan oleh Kementerian Pelajaran. Malah pendidikan pondok kini semakin menarik minat golongan belia menghayati Al-Quran. Ibu bapa dewasa ini cenderung untuk memilih sekolah pondok yang juga menawarkan pendidikan akademik kerana tidak mahu anak mereka ketinggalan dalam bidang akademik. Pendidikan asas atau subjek akademik adalah keperluan dunia kini dan ilmu Al-Quran ialah saham untuk akhirat. Oleh itu adalah penting bagi mereka mendapatkan pendidikan yang seimbang untuk kehidupan seharian.
Aliran pendidikan ini tidak menjadi beban kepada pelajar kerana hanya mengikuti pendidikan subjek teras seperti Sains, Matematik, Bahasa Ingeris, Sejarah, Bahasa Melayu dan Bahasa Arab atau mereka boleh memilih beberapa subjek lain bagi memenuhi perancangan pendidikan masing-masing. Sejak tahun 2000 apabila sistem terbuka peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diperkenalkan, ia memudahkan lagi untuk sekolah pondok memperluaskan aliran pendidikan.
Dengan pendidikan asas yang kukuh serta ilmu Al Quran di dada, peluang graduan sekolah pondok untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi adalah cerah. Malah mereka juga turut dipercayai oleh para majikan apabila mereka menceburi bidang kerjaya kelak. | |
Apa Yang Tersirat Posted: 26 Dec 2014 01:03 PM PST Lim Kit Siang Standby Nak Sambut PM Posted: 26 Dec 2014 06:21 AM PST PERDANA MENTERI menamatkan lawatan dan percutian, semata-mata memenuhi panggilan Lim Kit Siang. Kini, pemimpin DAP yang membebel setiap saat dan hampir angau mencari Najib itu, sedang menunggu di lapangan terbang. hehehe, berita ubat mengantuk.
Kalau Najib kembali dan turut sama melawat dan memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir, automatik air akan surut, itulah menurut tilikan MP Gelang Patah itu.
Atas sebab itu, semua penyokong DAP, sebulat suara mencari PM setiap masa, sehingga bibir Najib setiap masa tergigit, kerana namanya terus disebut dan dipanggil oleh bapa kepada Lim Guan Eng itu. | Sudahlah Bencana Melanda Negara- Tun M Tabur Garam Pada Luka Posted: 25 Dec 2014 10:10 PM PST TUN DR Mahathir menulis lagi di blog beliau semalam. Antara isinya- beliau mengutarakan berkaitan kadar inflasi yang sedang menanjak naik, harga minyak yang turun, harga komoditi seperti kelapa sawit dan getah yang menjunam.
Akibat semua itu, maka pendapatan negara akan menurun. Penurunan pendapatan, memaksa kerajaan membatalkan beberapa projek yang diumumkan melalui Bajet 2015.
Akibatnya perkembangan ekonomi negara mengecut. Pada gilirannya rakyat yang terkena. Pengangguran bertambah. Kemudian kadar kemiskian bertambah.
Beliau tidak memberi jalan atau cadangan bagaimana membendung atau bagaimana mengatasi. Beliau hanya melepaskan kepada Kerajaan, bagaimana mengatasi semua masalah itu.
Sudahlah negara terkial-kial berdepan dengan bencana banjir yang merosakan ratus juta harta benda, juga menelan korban. | Banjir: Lim Kit Siang Hanya Tahu Membebel Posted: 25 Dec 2014 08:34 PM PST Apa tindakan Lim Kit Siang membantu penduduk dilanda banjir? Sibuk dengan tweeter cari di mana PM. Itu sahaja yang dia tahu.
Kit Siang tidak membantu apa-apapun, kecuali melakukan provokasi dan pembohongan. Pikun sudah. Peliklah orang cina masih sokong. | |
PEJUANG BANGSA Posted: 26 Dec 2014 11:44 AM PST WIRA TAK DIDENDANG AKAN TERUS BANTU MANGSA BANJIR #MALAYSIASUPPORTYOU Posted: 26 Dec 2014 12:14 AM PST Ini lah Wira Malaysia yang tidak didendangkan . Walaupun pelbagai kritikan whasapp seperti " Shame On You Malaysia " oleh mangsa banjir yang terkenal iaitu Dr Adibah dari Kuala Krai ,Namun perjuangan membela bangsa dan tanahair tetapi berjalan walaupun susah payah dan menggadai nyawa. Jika kita tak mampu menyumbang , seperti kata khatib di mimbar Jumaat tadi berdoalah agar saudara2 kita di sana diberi kekuatan menghadapi ujian Allah ini " Ingatlah " Malaysia Support You " not Shame On You Malaysia "
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menghadiri taklimat banjir di Kelantan yang turut disertai MB Kelantan , Tok Pa dan DS Shahidan Kassim
KOTA BHARU - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keperluan logistik dan aset untuk membantu serta menyelamat mangsa banjir di seluruh negara terutama negeri ini dipertingkatkan.
Beliau berkata, pada masa yang sama, bekalan makanan akan ditambah untuk dihantar kepada mangsa khususnya di kawasan yang terputus hubungan.
Katanya, selain makanan dan logistik, bekalan diesel juga turut dipertingkatkan bagi dihantar ke lokasi yang terjejas khususnya untuk 10 buah hospital di negeri ini. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau mangsa banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa 1 di sini hari ini.
Terdahulu, beliau bersama Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob serta Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed mendengar taklimat dan mengadakan perbincangan berhubung keadaan banjir di negeri ini. - UTUSAN ONLINE
Antara misi bantuan kemanusiaan digerakkan UMNO & NGO untuk membantu mangsa banjir
| TERKINI ! PM BALIK SEGERA KE KELANTAN HARI INI TINJAU SITUASI BANJIR #PRAY4PANTAITIMUR Posted: 25 Dec 2014 06:41 PM PST
Maklumat terkini dari SUPOL PM Datuk Paduka Ghazali Ibrahim , PM DS Mohd Najib Tun Razak dijangka pulang segera ke Malaysia hari ini . Ia disebarkan di FB Ahli Parlimen Langkawi Ir Nawawi yang mendapat jawapan dari SUPOL PM sendiri .
Beliau memendekkan percutiannya di Hawai akan terus mendarat di Kota Bharu bagi mendapat maklumat lanjut situasi terkini banjir di negeri Pantai Timur .
Tentu ramai penyokong pembangkang cakap " lepas kena marah rakyat baru nak pulang balik " ..
Sebenarnya inilah sikap pemimpin tanggungjawab kepada rakyat dan negaranya .
Selepas selesai tugasnya bertemu Presiden AS terus segera pulang ke tanahair bagi menguruskan pulak operasi menyelamat dan menghantar bekalan makanan kepada mangsa banjir .
2 kerja dalam satu masa dilakukan PM ...
Terima kasih PM ................
| MANGSA BANJIR MAHU BANTUAN ATAU KEHADIRAN PM SETIAP HARI ?? @NajibRazak Posted: 25 Dec 2014 05:17 PM PST Ramai rakyat marah terutama reporter FB ekoran gambar Najib bemain golf dengan Presiden AS di Hawaii ketika negeri Pantai Timur sedang huru hara kerana banjir luar biasa. Pelbagai sindiran dilemparkan hingga di rancangan TV swasta turut disebut isu main golf. PM walaupun berada di luar negara, beliau tak lupa tanggungjawabnya. Kenyataaan media kelmarin juga telah diberikan dan beliau menggerakkan dan mengarahkan semua agensi kerajaan semaksimum mungkin membantu mangsa banjir . Malah TPM sendiri sudah berkata memangku tugas Perdana Menteri sepanjang ketiadaan Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang berada di luar negara. KLIK DI SINI Jadi tak perlu dibimbangi lagi kerana TPM sendiri menggalas tanggungjawab ini .
Apa penting bantuan kepada mangsa banjir perlu sampai segera kepada mangsa bukan kehadiran PM.
Siapa Yang Akan Minta Maaf Pada Najib Razak?Sebelum YAB keluar negara beliau membuat lawatan ke kawasan banjir. Dalam lawatan nya itu beliau diberikan taklimat oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan agensi agensi lain yang terlibat bahawa keadaan terkawal dan akan berada dibawah kawalan dan seliaan MKN. Keyakinan YAB PM kepada agensi yang diamanahkan dalam misi banjir tidak diragukan dan YAB PM sendiri memastikan setiap bantuan yang diperlukan mangsa banjir sampai kepada sasaran. Tidak cukup dengan amanah yang diberi kepada MKN, YAB PM memberikan pula amanah dan mandat kepada Biro Biro UMNO dalam menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir yang terlibat. Melalui Biro Kebajikan UMNO Malaysia yang dipengerusikan Dato Seri Azeez Rahim bantuan terus menerus disalur kepada mangsa banjir. Malah pemimpin UMNO setempat dari Pahang, Terengganu dan Kelantan turut diberikan amanah dalam memastikan mangsa banjir diberikan kemudahan dan bantuan sewajarnya. Majlis Keselamatan Negara (MKN) memberikan jaminan bahawa segala permasaalahan banjir akan dapat diatasi dan akan dikawal selia oleh mereka. Satu jaminan yang besar untuk amanah yang diberikan oleh YAB PM. Bukan mudah untuk seorang Pemimpin negara berjumpa dengan Presiden Amerika satu kuasa besar dunia. Sudah tentu ada pekara penting yang melibatkan Malaysia dan juga dunia apabila Najib Razak dan Barrack Obama dilihat bersama pada hari perayaan krismas. Benar ada yang kutuk dan keji apabila melihat YAB PM bermain Golf di kepulauan Hawai bersama Barrack Obama. Itu mentaliti manusia terutama rakyat Malaysia yang kita tidak boleh ubah kerana mereka cukup suka dengan Gosip dan cereka rekayasa berbanding fakta sebenar. PM bersama Barrack Obama sudah tentu melibatkan urusan yang penting. Saya tidak tahu apa kandungan perbualan mereka berdua dan saya juga yakin ramai yang tidak tahu. Tapi kita boleh berfikir dengan waras sudah tentu ianya merupakan pekara yang penting terutama kepada Malaysia apabila Barrack Obama diwaktu perayaan hari Krismas meluangkan masa bersama Perdana Menteri Malaysia dan YAB PM yang sedang bercuti tetapi dalam bercuti itu melakukan kerja sebagai Perdana Menteri Malaysia. Hanya YAB PM dan Barrack Obama sahaja tahu setakat ini apa intipati perbincangan namun saya yakin ianya adalah satu perbincangan yang sedikit sebanyak untuk meningkatkan ekonomi Malaysia. Kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa YAB PM sehari berkali kali menghubungi beliau bertanyakan perihal banjir membuktikan bahawa YAB PM begitu perihatin dan peka dengan situasi yang berlaku waktu ini. Malah Majlis Keselamatan Negara juga sudah pasti melaporkan setiap jam segala laporan yang diperolehi dalam musibah banjir yang dihadapi ini. Sekarang kita tahu walaupun YAB PM berada diluar negara kerana sedang bercuti, beliau begitu komited dan ambil tahu bencana banjir yang melanda negara. Keperihatinan YAB PM pada rakyat dan negara tidak dapat disangsikan malah kita seharusnya berbangga dengan YAB PM yang begitu perihatin dengan mangsa mangsa banjir. Rakyat perlu matang dan mengambil bahan berita yang sahih dan jangan mencedok apa sahaja bahan yang disalurkan kerana propaganda jahat sentiasa dilakukan pihak pihak tidak bertanggungjawap dalam menghasut dan menanam kebencian kepada kerajaan terutama YAB PM Dato Seri Najib Tun Razak. YAB Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak merupakan seorang Melayu yang beragama Islam. Mangsa mangsa banjir pula terdiri daripada bangsa Melayu dan beragama Islam. Mana mungkin Najib Razak mahu melupakan saudara seagama dan sebangsanya pada waktu ini. Najib Razak akan bantu habis habisan dalam memastikan mangsa mangsa banjir mendapat bantuan dan sokongan yang sepenuhnya dari kerajaan Malaysia. Siapa akan mohon maaf kepda YAB PM selepas ini setelah salah menuduh dan melemparkan fitnah kepada beliau? Saya harap kepada mereka yang menuduh dan melemparkan fitnah kepada YAB PM sebelum ini harap dapat mohon maaf atas ketelanjuran dalam menuduh YAB PM yang bukan bukan. Wan Muhammad Azri | |
tunku Posted: 26 Dec 2014 03:44 AM PST Floods: PM cuts short vacation, to return Saturday Posted: 26 Dec 2014 01:05 AM PST Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak has cut short his year-end leave and will return to the country Saturday to oversee emergency response to the worsening flood situation in the east coast. The Prime Minister is expected to fly in directly from Hawaii to Kota Baru, where he will chair a meeting and be briefed by the National Security Council (NSC), the National Disaster Management and Relief Committee, the state government and local emergency responders. He will also meet those affected by the floods and discuss new measures to support those who have been displaced. "I am deeply concerned by the floods. I feel for the people who have lost their homes and families who have lost their loved ones," he said in a statement Friday. More than 100,000 people have been displaced by floods in Kelantan, Terengganu, Pahang and Perak. | Floods: Hotlines for the public Posted: 25 Dec 2014 11:18 PM PST With the worsening flood situation, the public have been advised to be vigilant when travelling to the east coast. For information on road closures due to the floods, visit the Public Works Department (JKR) disaster help page at http://bit.ly/1EnkBFe or call 03-26967727. For other information, the Civil Defence Department can also be reached at 03-33410443. Information on the weather can be obtained on the Meteorological Department's website at http://bit.ly/1H1mogS or call 03-79678110. In the event of an emergency, call the Fire and Rescue Department headquarters at 03- 78464444. | |
RAPERA .. Posted: 26 Dec 2014 02:02 AM PST |
The Unspinners Posted: 25 Dec 2014 11:30 PM PST Ya Allah .... Posted: 25 Dec 2014 05:22 PM PST | Better leave to professional than too many VVIP visit Posted: 25 Dec 2014 04:54 AM PST William Cheah If there is one thing I dislike when work...ground work needs to be done, it's having divas and vvips around. And although I guess it's part of their 'job scope' to be seem at ground zero when disaster strikes, really... what do we expect them to really do there except to take photos and highlight the situation. So yeah, some may seem pissed off with the PM not being there and instead is in Hawaii playing golf with Obama. But before you go over the rails in anger, do consider the following. This job of taking care of the situation is better served by those people who have the skills to do it. Having him around just distracts. And having followed his tweets and other communications, he is keeping track of the situation and providing the necessary support. I personally think that's much better than wearing Wellington boots to help clean the drains surrounded by bodyguards and taking photos showing how much he cares.
And the interesting thing is, if he goes around at the flood areas, the people would most probably be commenting that it's a populist move. Just to gain publicity. Do also wrong, don't do also wrong. I won't be surprised though if there are more benefits that may come in the short and long term 'golf' event with Obama. Maybe some logistics support? Flood relief funds? A pledge from US? It's not impossible. And who else to get that part of the job done if not the PM? And all those aside, has anyone considered the fact that one does not go play golf with the most powerful man on earth on Christmas day on a whim. It would have been planned a long time ago. And it would have a very strong reason for this meeting to take place. I guess it would have been nice to see him mucking around in flood waters, just for public relations sake. I know it would have made some people happy. But really... what else? Let the pretenders and attention seekers go take their photos and selfies and what not. The general has better things to do that will bring good to the nation. Let him do his job. And I am glad to see, that he trusts his people to do the job that needs to be done. And they are doing a fine job. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10204134954548833&id=1074811645 | PM's job not to wade through flood water Posted: 25 Dec 2014 01:15 AM PST Dear all, please share this :- There are lots of anger that PM Najib is seen playing golf with Obama in Hawaii on Christmas day and that he is not on the ground visiting the flooded east coast or in Malaysia directing flood relief efforts. However, we have to be realistic and understand that a PM's role is not to direct flood efforts nor to wade thru flood waters to carry victims to safety. He is better served monitoring the situation and approve allocations and allow the right emergency bodies and his ministers to do their work.
A cursory glance at his twitter and FB page also shows that he has been making frequent updates on the flooding situation: https://www.facebook.com/najibrazak?fref=photo In fact, just 4 days ago, Najib did visit flood victims at the relief center in SMK) Gudang Rasau, Pahang that was holding residents around Sungai Belat. http://www.mstar.com.my/…/2014/12/20/pm-lawat-mangsa-banjir/ It's not like he doesn't care or is not updated with the latest. But even if he was on the ground in the flooded areas, there is little he can do and it is actually counter-productive. Being on the ground is really just a populist photo-opportunity and the publicity and hoo-hah around him could turn out to be a hindrance to relief efforts instead of a help. Not many people get to play a round of golf on Christmas Day (being the most important festival day for Obama) with the USA presidnet to build relationships - many many more famous world leaders would never have the chance. Remember that President Obama is the most powerful person on earth and has vast resources at his command. Who knows? Perhaps Najib could have asked Obama to look into assisting the flood victims in the east coast either via monetary donations or via technical, medical or logistic assistance? Dear all, please share this thanks (on PM golfing with Obama) | |
Dialog Dewasa Kritik Berasa Posted: 25 Dec 2014 11:26 PM PST BANJIR BESAR: KENAPA DAP DAN PKR PERLU BERSUSAH PAYAH BANTU KELANTAN? Posted: 25 Dec 2014 08:17 PM PST Bila dah jadi banjir begini baru kita tahu siapa sahabat, siapa lawan, siapa musuh dalam selimut?
Siapa dulu yang kita kutuk berhabis-habisan, kita doakan dia kena laknat, dia pecah perut akhirnya insan itu juga yang bersusah payah menghulurkan bantuan ehsan kepada kita.
Bukankah ehsan sebegitu yang dianjurkan oleh Islam sesuai dengan adat budaya Melayu?
Meskipun berseteru di dalam berpolitik tetapi atas nama solidariti sesama umat, maka orang yang selalu dihina itu jualah yang datang membantu kita.
Tetapi orang yang selama ini diharapkan membantu PAS mencapai kemuncak kuasa bukan saja tidak mahu menolong tetapi mengkhianati parti itu.
Sanggup membiarkan PAS terkontang-kanting mengharungi musibah banjir yang hebat dan tidak sama sekali disangka begini.
Sedih dan kecewa rakan-rakan yang hanya boleh ketawa ketika senang tetapi bukan saja melarikan diri sebaliknya mentertawakan musibah yang menimpa.
Sahabat yang disangka faham dengan perjuangan rupanya menghina nista agama dan perjuangan PAS.
Semuanya gara-gara tak setuju dengan hukum Allah dan kesucian agama; Hudud dan Kalimah Allah.
Tak apalah jika DAP dan PKR tak mahu membantu biarlah PAS meminta sesiapa saja saudara seagamanya untuk datang membantu.
Sebabnya jika DAP dan PKR tiada sekalipun PAS mampu mengharungi cabaran dan getir.
PAS lebih tua dan berpengalaman dari kedua-dua parti assabiyah sekular liberal tersebut.
PAS mampu hadapi kesukaran dugaan bencana banjir ini.
Tahun depan hukum hudud tetap dilaksanakan di Kelantan. ADUN UMNO dah menyokong, majoriti ADUN semua sebulat suara menyokong usul dibawa ke persidangan DUN akan datang.
Kalau 12 ADUN UMNO tolak atau berkecuali sekalipun ia tak membawa apa-apa erti kerana UMNO adalah parti minoriti dalam DUN Kelantan.
32 ADUN PAS semua sokong. Kalau seorang ADUN PKR tak sokong pun ia tak bawa apa-apa erti kepada kehendak majoriti yang mahukan hudud dilaksanakan.
DAP sebenarnya mahu melihat PAS Kelantan hanyut dan mampos ditelan arus banjir agar hukum Allah hudud di negeri itu dibatalkan terus.
Maka akan tercapailah cita-cita untuk DAP berkuasa membalas dendam terhadap PAS Kelantan yang dilihat beria-ia benar mahu menegakkan hudud. Jangan harap DAP akan beri sesen pun untuk membantu PAS Kelantan mengharungi saat-saat banjir.
Lu punya masalah lu settle sendiri laa lebai !
Kalau mereka beri duit sekalipun sudah tentu syaratnya jangan ada hudud!
Tak pun kita tak tahu dari mana sumber manakah bantuan DAP itu datang? | BANJIR BESAR: DAH SUSAH BARU NAK CARI PM, BN, UMNO SELESAIKAN MASALAH??? Posted: 25 Dec 2014 05:40 PM PST
Apabila berlaku sesuatu musibah pasti ada hikmahnya. Banyak yang Allah taala nak tunjukkan kepada kita.
Puak-puak pencacai sedang gila meroyan meraban dok kutuk Najib pi main golf kat Hawaii dengan Obama.
Mereka terutamanya di Kelantan mintak agar DS Najib pulang segera ke Malaysia bersama-sama membantu rakyat harungi banjir.
Tandanya apa?
Tandanya mereka lebih mempercayai kepimpinan DS Najib dan UMNO-BN untuk menyelesaikan masalah rakyat berbanding dengan kerajaan negeri pimpinan PAS.
Beberapa kawasan banjir besar di Pahang, Kelantan dan Terengganu berlaku di dalam kawasan Parlimen dan DUN pakatan pembangkang.
Tetapi mengapa campurtangan PM, UMNO-BN dan Kerajaan Pusat pula diperlukan untuk membantu rakyat hingga cuti PM pun dipertikaikan dan desak PM balik segera?
Apakah YB-YB kamu tak boleh buat kerja? Mana janji dulu jika kamu diberi mandat menewaskan BN maka semua masalah rakyat boleh kamu diselesaikan?
Hebat PM kita, di saat-saat susah ketika ini puak-puak pembangkang dan pencacai mereka perlukan perhatiannya. Anwar ade dapat kelebihan macam tu?...Setakat sembang kosong jer laaa.
Anwar laki bini melancong ke New Zealand enjoy naik beskal, banjir di Kajang ditinggalkan balik Malaysia kutuk itu salah ini tak betul.
Perkara yang sama juga pernah berlaku ketika PAS memerintah Kedah.
Kedah pada tahun 2010 mengalami banjir besar. Kerajaan negeri ketika itu tergamam dengan situasi kritikal dan gagal handle masalah ini menyebabkan kerajaan Pusat, DS Najib beserta seluruh jentera kerajaan pusat dan jentera UMNO-BN turun padang membantu.
Masalah itu dapat diselesaikan.
BN merancang projek tebatan banjir pada 2011, namun akibat kurang bajet dan kurang kerjasama dari kerajaan negeri terutamanya beberapa orang EXCO kanan dan pemimpin kawasan maka projek itu ditangguhkan.
Lepas BN tawan semula Kedah projek tersebut disambung kembali melibatkan daerah Kubang Pasu, Padang Terap dan Kota Setar dengan kos RM600 juta.
| Bantuan kepada mangsa banjir di Terengganu oleh MB |
Sama juga kesnya Kelantan sebelum ini yang kerap dilanda banjir akibat limpahan Sg Kelantan.
Kerajaan Pusat telah memberi peruntukkan RM266 juta membina projek tebatan banjir sepanjang hampir 3.5km. Kesannya pada tahun 2013 meskipun air Sg kelantan naik, namun tidak sampai membanjiri Kota Bharu.
Tapi ada juga juak-juak khawarij kata ini sebab berkat Tok Guru sebab tu tak kena banjir 2013.
Sekarang apa jadi...nak salahkan Kerajaan Pusat kononnya buat projek tebatan banjir yang gagal menghalang paras air memasuki Kota Bharu banjir kali ni?
Sesungguhnya kita merancang menghalang musibah banjir namun kuasa Allah nak beri hujan lebat siapa tahu.
Sekurang-kurangnya juga dengan adanya tembok tebatan banjir dapat melambatkan air memasuki bandar. Jadi pasukan penyelamat ada masa melakukan proses pengungsian mangsa.
Bayangkan jika tiada tembok tebatan tersebut dan air mengalir masuk deras ke bandar bagai tsunami...
Ramai yang mempersoalkan bila dah jadi banjir besar di Kelantan sekarang ni mana pergi berkat Tok Guru tersebut?
| Doa laknat adik kepada Nik Ajiz akhirnya menyusahkan rakyat Kelantan sendiri. kesian MB baru terpaksa harungi kesukaran di Kelantan akibat doa 'makan diri' puak-puak mereka sendiri...Allah bagi 'cash' lepas PRU 13? |
Rezeki atau musibah itu semua ketentuan Allah. Kalau selama ini kita mendoakan laknat K.O kepada orang lain, doa pecah perut pada pemimpin yang lain tetiba doa itu berbalik semula kepada kita ....itu tandanya apa?
Islam tak ajar manusia supaya mempermain-mainkan doa, mendoakan keburukan pada orang lain sebaliknya Islam mengajar umatnya supaya mendoakan kesejahteraan dan petunjuk kepada orang lain.
Bila dah jadi banjir begini orang yang dulu kamu kutuk itulah yang telah memberikan bantuan segera RM50 juta untuk menyantuni kamu, ibu bapa, saudara mara, adik beradik dan rakan-rakan kamu yang terjejas dengan banjir itu.
Bayangkan jika bukan PM yang beri bantuan tersebut melalui arahannya sudah tentu nak buat tugas-tugas menyelamat pun tak ada duit.
Nak beli diesel untuk kegunaan bot, trak, helikopter penyelamat, nak beli makanan dan segala keperluan harian serta perubatan semasa banjir pun kita tak mampu.
Maka jadilah kita macam sesetengah negara rakyat mereka dibiarkan mati katak. Senang sikit beban negara dari hidup menyusahkan orang.
Tapi adakah kita tahu dan bersyukur pada nikmat tersebut?
Sebagai umat Islam kita dianugerahkan Allah dengan iman, maka dengan iman itu kita bersabar dan redha dengan dugaan. Kita tidak tahu apa hikmahnya ujian ini.
Tak tahulah kalau yang lain...adakah mereka tahu konsep syukur, redha dan bersabar ni?
| Hudud punya pasal, DAP Pulau Pinang tak akan beri bantuan kepada Kelantan...Bagus sungguh DAP ni yaaa ini macam boleh perintah Malaysia! |
Kita sepatutnya bersatu dalam menghadapi banjir luar biasa ini.
Bukan Malaysia saja terjejas tetapi Aceh, Sumatera, Bandung di Indonesia, Satun, Yala, Narathiwat dan Pattani di Selatan Thailand juga menghadapi musibah yang sama.
Berdoalah semoga Allah s.w.t menyurutkan air ke dalam bumiNya. Kita pakat bantu sama-sama meringankan bebanan mangsa banjir. | BANJIR BESAR: PENCACAI KIAN SASAU BILA NAJIB ARAHKAN BANTUAN SEGERA BENCANA BANJIR RM50 JUTA !!! Posted: 25 Dec 2014 04:30 AM PST
Siapa kata YAB PM tak buat kerja, tak prihatin dengan mangsa banjir tetapi bersenang lenang main golf di Hawaii?
Apakah kalau beliau keluar negara sekalipun beliau tidak boleh atau tidak berkuasa memberikan arahan kepada para pegawainya untuk bertindak melakukan operasi menyelamat dan menyantuni mangsa-mangsa banjir?
Siapa Menteri Kewangan...adakah jika wang hendak dikeluarkan dari Perbendaharaan Negara tidak memerlukan izin beliau sebagai PM dan Menteri Kewangan?
Adakah pencacai mahu PM pergi menyelam meredah banjir dan beri bantuan kepada mangsa banjir sepertimana Anwar lakukan baru dikatakan beliau buat kerja.
Jika semua beliau mahu buat apa gunanya ada pasukan-pasukan penyelamat yang menganggotai Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara?
Jawatankuasa inilah yang sekarang giat mengkordinasikan segala bantuan banjir tersebut dan sudah tentu akan memberi input terkini kepada Najib Razak.
Teknologi modenkan ado!
Apakah DS Najib hanya berdiam diri bersuka ria di luar negara tidak mahu dan tidak tahu langsung sebarang perkembangan dalam negara?
Televisyen satelit, streamix dan onlinekan ado?
Sudah berbulan-bulan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara ini bermesyuarat, melakukan penyelarasan, pelbagai simulasi dan sebagainya.
Yang paling penting sekarang ialah kecekapan penyaluran bantuan banjir oleh agensi-agensi kerajaan, tentera dan polis yang patut kita puji kerana dapat meringankan masalah mangsa-mangsa sedia ada.
Semasa krisis jawatankuasa pelbagai agensi ini juga bermesyuarat setiap 2 jam sekali untuk mencari jalan bagaimana hendak membantu mangsa banjir.
Begitu juga kepada NGO-NGO lain dan pihak swasta yang turut serta di dalam misi kemanusian membantu mangsa banjir. Mereka semua adalah pejuang-pejuang negara.
| Operasi menyelamat menggunakan bot adakalanya berisiko bila paras air terlalu tinggi hingga sukar pihak penyelamat mengenalpasti laluan selamat. Risiko terlanggar tiang lampu, pucuk pokok atau atap akan membahayakan bot-bot penyelamat. |
Kalau masih nak mengata lagi kononnya Kerajaan Pusat lemah kerana tak bantu mangsa banjir terutamanya di Kelantan, mungkin kita boleh persoalkan apa pula yang kerajaan negeri Kelantan buat untuk bantu rakyatnya?
Kawasan teruk banjir kebanyakkan siapa ADUN dan Ahli Parlimen mereka?
Mana mereka pergi, kenapa tak nampak batang hidung. Kalau datang menjenguk pun semua agensi penyelamat mahu dipersalahkan!
Masih mau berdalih tutup kelemahan dengan fatwa politik kononnya Kelantan ditimpa musibah kerana salah UMNO?
| Bantuan ihsan dari UMNO dan BN...siapa Presiden UMNO/BN? Adakah beliau tak prihatin kesusahan mangsa banjir? |
Kelantan ditimpa musibah kononnya negeri itu mahu dibersihkan kerana tahun depan hudud akan dilaksanakan...ini semua berkat doa Tok Guru.
Sepatutnya bantuan tiba lebih awal dan bantuan lebih banyak tapi kerana duit royalti disekat bantuan sengaja tak disalurkan....
Nauzubillah di kala bencana inipun masih ada yang menangguk di air banjir yang keruh nak berpolitik jugak.
| Golongan penabur fitnah yang panas melihat kecekapan bantuan banjir kerajaan pusat lalu menghina penjawat awam. Pihak Polis dan SKMM sila ambil tindakan kepada pemilik FB ini. |
Tapi apa jasa mereka membantu rakyat ketika mangsa semua menghadapi musibah ini. Tolong sebarkan berita palsu untuk perlekeh usaha kerajaan yang membantu rakyat?
Atau hanya nak tolong sibukkan diri kononnya mereka adalah pejuang rakyat membersihkan rumah dan bagi sekampit beras selepas banjir surut dan dakwa kononnya mereka lebih prihatin membantu rakyat susah?
Ketepikan soal politik, kita sama-sama berganding bahu menyelesaikan bencana negara luar jangka ini.
| Bantuan udara adakalanya sukar dilakukan kerana cuaca buruk membahayakan penerbangan dan pendaratan. bantuan dari udara ini perlu dilakukan secara berhati-hati agar helikopter tidak terhempas. |
| BANJIR BESAR: KENYATAAN YAB PM MENGENAI BENCANA BANJIR MEMBUATKAN PENCACAI BERTAMBAH SASAU... Posted: 25 Dec 2014 01:24 AM PST
Saya telah dimaklumkan bahawa keadaan banjir di beberapa negeri kini semakin teruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan di sesetengah kawasan meningkat dengan mendadak. Saya telah berhubung dan berbincang dengan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara bagi mempertingkatkan lagi usaha membantu mangsa-mangsa banjir terutama di kawasan yang terjejas teruk dan berisiko tinggi. Saya telah meminta YAB Timbalan Perdana Menteri mempertingkatkan lagi operasi penghantaran bantuan berupa makanan berikutan wujudnya kesukaran untuk sampai ke kawasan banjir tertentu. Saya diberitahu antara punca utama usaha memindahkan mangsa-mangsa banjir dan penghantaran barang makanan agak sukar dilakukan di sesetengah tempat adalah disebabkan paras air yang sangat tinggi, arus deras yang merbahaya untuk kenderaan dan bot penyelamat di samping ada pusat pemindahan yang turut ditenggelami air.
Saya juga diberitahu, usaha penghantaran bantuan menerusi helikopter terganggu berikutan cuaca buruk yang menyukarkan penerbangan dilakukan. Terdapat juga di kawasan tertentu helikopter tidak dapat mendarat untuk menurunkan bantuan berikutan tiada lokasi sesuai berhampiran pusat pemindahan. Saya percaya dan yakin pasukan penyelamat kita yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan dan anggota sukarelawan sedang bertungkus lumus untuk memberikan bantuan yang terbaik termasuk mencari ikhtiar untuk sampai juga ke lokasi pemindahan yang sukar bagi menyalurkan segala bantuan yang ada. Apapun kerajaan akan memastikan agar segala usaha dilakukan bagi membantu semua mangsa menghadapi banjir yang begitu mencabar pada tahun ini. Dato' Sri Mohd Najib 25 Disember 2014 | Anggota TLDM juga turut membantu menyelamat mangsa banjir di Sungai Isap Pahang. Koordinasi yang baik memudahkan tugasan menyelamat. Kalau setakat tuduh dan bising-bising jer kerja tak jalan. |
Komen kami laaa... Sekarangkan zaman teknologi moden dari jauh kita boleh berkomunikasi dengan internet, telefon satelit, facebook, email, whatsapp, telegram bahkan melalui radio satelit.
| Lawatan YAB PM ke pusat pemindahan banjir di Sekolah Gudang Rasau di Kuantan Sabtu, 20 Disember lalu. |
Jika dalam peperangan apabila sesuatu arahan dikeluarkan oleh seseorang komander, maka para tentera boleh bertindak mengikut arahan.
Arahan ini perlu dipatuhi dan dijalankan segera. Arahan tidak sama dengan cakap-cakap kosong. Beberapa hari sebelum itu YAB PM telah melawat beberapa pusat banjir di Pahang sebelum menyerahkan tugasan dan arahan selanjutnya kepada para pegawai dan menteri yang teribat dalam mengkordinasi bencana luar biasa ini.
| Lawatan YAB PM ke pusat pemindahan di kampung Lamir, Pekan Pahang pada Rabu, 10 Disember lalu. Kordinasi yang baik antara agensi memudahkan proses pemindahan dan pemberian bantuan kepada mangsa-mangsa banjir. |
Para menteri, pegawai dan jentera sentiasa bersedia melakukan yang terbaik bagi memastikan kelancaran bantuan.Masing-masing dah ada peranan. Tak perlulah jadi seperti sesetengah orang bercuti sakan di luar negara, tempat banjir sendiri tak jaga sebaliknya menyalahkan sistem perparitan dan usaha agensi penyelamat lain konon tak buat kerja.
| Lawatan YAB di Kampung Lamir, Pekan meninjau mangsa-mangsa banjir sebelum mereka dipindahkan. |
| Lawatan ke pusat pemindahan banjir di Kampung Lamir, Pekan |
| Tinjauan banjir oleh YAB PM. Dari tinjauan ini keputusan menyalurkan bantuan dikoordinasikan oleh semua jentera dan agensi yang terlibat. |
| |
APANAMA Posted: 25 Dec 2014 11:23 PM PST |
GERAKAN ANTI PKR Posted: 25 Dec 2014 09:30 PM PST |
ANGIN PERUBAHAN Posted: 25 Dec 2014 09:14 PM PST Bukti Harakah Kaki Fitnah Posted: 25 Dec 2014 04:48 PM PST | Dato Seri @NajibRazak Hubungi TPM Untuk Pertingkatkan Usaha Bantu Banjir Posted: 25 Dec 2014 08:55 AM PST | Pedas Ahli Parlimen DAP Ini Balun PAS Posted: 25 Dec 2014 05:17 AM PST | RM50 juta Untuk Semua Negeri Dilanda Banjir Posted: 25 Dec 2014 02:43 AM PST Kenyataan Media 1. Saya telah dimaklumkan bahawa keadaan banjir di beberapa negeri kini semakin teruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan di sesetengah kawasan meningkat dengan mendadak. 2. Saya telah berhubung dan berbincang dengan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara bagi mempertingkatkan lagi usaha membantu mangsa-mangsa banjir terutama di kawasan yang terjejas teruk dan berisiko tinggi. Saya telah meminta YAB Timbalan Perdana Menteri mempertingkatkan lagi operasi penghantaran bantuan berupa makanan berikutan wujudnya kesukaran untuk sampai ke kawasan banjir tertentu. 3. Saya diberitahu antara punca utama usaha memindahkan mangsa-mangsa banjir dan penghantaran barang makanan agak sukar dilakukan di sesetengah tempat adalah disebabkan paras air yang sangat tinggi, arus deras yang merbahaya untuk kenderaan dan bot penyelamat di samping ada pusat pemindahan yang turut ditenggelami air. 4. Saya juga diberitahu, usaha penghantaran bantuan menerusi helikopter terganggu berikutan cuaca buruk yang menyukarkan penerbangan dilakukan. Terdapat juga di kawasan tertentu helikopter tidak dapat mendarat untuk menurunkan bantuan berikutan tiada lokasi sesuai berhampiran pusat pemindahan. 5. Saya percaya dan yakin pasukan penyelamat kita yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan dan anggota sukarelawan sedang bertungkus lumus untuk memberikan bantuan yang terbaik termasuk mencari ikhtiar untuk sampai juga ke lokasi pemindahan yang sukar bagi menyalurkan segala bantuan yang ada. 6. Apapun kerajaan akan memastikan agar segala usaha dilakukan bagi membantu semua mangsa menghadapi banjir yang begitu mencabar pada tahun ini. Dato' Sri Mohd Najib 25 Disember 2014 Putrajaya | |
BERANI MEMBUAT PILIHAN... Posted: 25 Dec 2014 03:25 PM PST (Foto) Gadis bertudung selak buah dada di restoran makanan segera Posted: 25 Dec 2014 07:32 AM PST Kurang ajar betul minah tudung nie, bergambar dalam keadaan yang memalukan di tempat awam. Pakai saja tudung tetapi perangai macam apa!! Kalau tidak salah gambar ini dirakamkan di sebuah restoran makanan segera. Kalaulah tempat terbuka sudah macam ini, apa lagi kalau tempat yang tertutup. Kenapalah perempuan sanggup buat apa saja demi teman lelakinya? Bukan tunang…jauh sekali suami. Menyesal kemudian hari tiada gunanya. Fikir-fikirkanlah. | Pengantin kanak-kanak bunuh suami dengan racun tikus Posted: 24 Dec 2014 07:36 PM PST Kano: Seorang pengantin kanak-kanak mengaku membunuh suaminya yang berusia 35 tahun dengan racun tikus. Wasila Tasi'u menandatangani pengakuan itu di Mahkamah Tinggi Gezawa dengan cop jari di mahkamah semalam kerana dia tidak tahu membaca. Jika didapati bersalah, Wasila, 14, akan dihukum mati, sekali gus menjadi kanak-kanak pertama menjalani hukuman itu di Nigeria sejak 18 tahun lalu. Menurut polis, suaminya, Umar Sani ditemui mati empat hari selepas mereka berkahwin pada April lalu. Wasila berasal dari keluarga miskin dan tinggal di Kano, utara Nigeria, tempat perkahwinan kanak-kanak dan poligami berleluasa. Kes itu mendapat reaksi berbeza di wilayah itu yang yang menguatkuasakan undang-undang syariah di samping undang-undang sivil. Mahkamah berkenaan sesak semalam dengan orang ramai mahu menyaksikan perbicaraan itu. Isteri pertama lelaki itu, Ramatu memberitahu mahkamah, dia melihat madunya menyediakan makan malam untuk suami mereka sebelum tidur. Tidak lama selepas itu, dia melihat mulut lelaki itu berbuih dan menggelupur. Seorang kanak-kanak tujuh tahun, Hamziyya, dipercayai adik Wasila dan turut tinggal di rumah itu, didakwa membeli racun tikus berkenaan atas arahan kakaknya. Ia disahkan oleh peniaga, Abuwa Yusuf. Hamziyya memberitahu mahkamah: "Kakak saya memberitahu dia diganggu tikus di biliknya." Seorang jiran, Abdulrahim Ibrahim memberitahu mahkamah, dia turut makan bersama lelaki berkenaan pada hari itu, tetapi menjamah sedikit saja kerana rasa makanan itu kurang enak. "Umar terus makan dan dia mati malam itu juga," katanya. Perbicaraan bersambung 16 Februari depan. - Agensi | Hudud: DAP mungkin boikot mesyuarat Pakatan Posted: 24 Dec 2014 03:45 PM PST Keretakan dalam Pakatan Rakyat bertambah buruk apabila DAP menyatakan hasrat untuk memulaukan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat akan datang ekoran agenda hudud PAS. "Saya tidak perlu hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat akan datang sekiranya PAS terus memaksa untuk melaksanakan hudud pada Sidang Khas DUN Kelantan pada 29 Disember. "Sekiranya Sidang Khas DUN Kelantan meneruskan untuk melaksana hudud, yang Jawatankuasa PAS Pusat pun tidak tahu menahu diadakan, saya rasa tidak ada sebab lagi untuk saya hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat. "(Saya) menyerahkan kepada pihak parti untuk memutuskan tindakan selanjutnya," kata Lim turut yang turut memberi amaran bahawa Pakatan sudah hancur sekiranya usaha PAS untuk melaksanakan hudud tidak disekat pada 2011. Beliau merujuk kepada mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 28 September 2011 yang memutuskan bahawa hudud bukanlah sebahagian daripada Dasar Bersama Pakatan Rakyat. Mesyuarat itu juga memutuskan bahawa PAS tidak akan meneruskan rancangan melaksanakan hudud secara unilateral tanpa konsensus parti-parti Pakatan Rakyat. Jika tidak, "PAS akan terus mendesak pelaksanaan hudud tanpa mempedulikan pandangan DAP dan PKR". "Kerajaan Umno/BN tidak akan menjadi kerajaan minoriti dengan hanya 47% undi popular, malah ia akan mendapat semula majoriti dua pertiga yang ia hilang sewaktu PRU tahun 2008," kata Lim lagi. Katanya lagi tindakan PAS itu mengelirukan pengundi yang memilih Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-13 lalu. Apa yang memeranjatkan, pemimpin PAS kini mendakwa tiada salahnya dalam tindakan itu, kata Lim. Sidang DUN khas pada 29 Disember itu akan membincangkan isu hudud dan akan diteruskan walau dengan keadaan banjir yang bertambah buruk di negeri itu. | DAP, PKR tak minat pada taklimat hudud PAS Posted: 24 Dec 2014 03:30 PM PST DAP dan PKR tidak diundang dan tidak akan hadir pada pembentangan awal butiran pindaan Rang Undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993, yang dirancang PAS pada 28 Disember ini. Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, pembentangan itu adalah hal PAS dan tiada kena-mengena dengan Pakatan Rakyat. "Saya tak tahu apa-apa. Itu hal PAS bukan hal Pakatan. "Mereka nak buat keputusan tanpa diskusi dengan Pakatan," kata setiausaha publisiti DAP itu kepada Malaysiakini. Beliau ditanya sama ada DAP tahu dan akan hadir pada pembentangan itu nanti. Mengulas lanjut, Pua berkata PAS tidak menghormati muafakat ketiga-tiga parti dalam Pakatan kerana langkah Kelantan itu tidak pernah dibawa berbincang di peringkat tertinggi gabungan itu. "Mereka tidak menghormati Pakatan. Mereka ingat, apa yang mereka suka buat mereka buat sahaja. "Kalau kata mereka langsung tak hormati dan mementingkan pemuafakatan ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat, mungkin lebih baik PAS bertindak sendiri sahajalah, tak perlu Pakatan," kata Pua. PKR: Bukan agenda kamiSementara itu, Naib Presiden PKR Tian Chua berkata, parti itu juga tidak berminat untuk hadir ke taklimat itu. "Kami tidak berminat, ia bukan agenda kami. Kenapa kami perlu menyertainya," katanya. Menurut Tian (kiri), hudud adalah agenda kerajaan negeri Kelantan, dan bukan Pakatan. "Kerajaan Kelantan perlu menyelesaikannya, kerana mereka telah meluluskan enakmen ini sejak 1992. "Jadi apa pun yang terjadi, mereka perlu memutuskan perkara itu sendiri, tiada kena mengena dengan Pakatan," kata Tian. Kerajaan Kelantan akan mengadakan sidang DUN khas bagi membentangkan pindaan Rang Undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993, pada 29 Disember ini. Bagaimanapun, butiran awal pindaan itu akan dibentangkan dahulu kepada semua anggota jawatankuasa PAS, pada 28 Disember ini. | Singkir keluar PAS jika perlu, kata Gobind Posted: 24 Dec 2014 03:15 PM PST Bekas pengerusi DAP mendiang Karpal Singh yang juga bapanya antara pihak yang lantang menentang cita-cita teokratik PAS. Dan sekarang Gobind Singh Deo memberi amaran bahawa Pakatan Rakyat harus menggantung hubungannya dengan PAS jika Kelantan terus mengasak ke arah pelaksanaan hudud melalui sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 29 Disember ini. Gobind berkata, PAS harus ingat bahawa semua parti dalam gabungan Pakatan Rakyat bertanggungjawab mempertahankan kerangka dasar bersama. "Ia persetujuan yang dibentuk berasaskan kempen dan kekuatan ketika Pakatan mendapat sokongan rakyat dan kejayaan pada 2008 dan 2013. "Jika Pakatan mahu kekal sebagai kuasa yang disegani, yang boleh dipercayai dan dihormati rakyat, kita mesti tunjukkan iltizam untuk mempertahankan kerangka dasar bersama," katanya. Ini, kata anggota parlimen Puchong itu, termasuk memutuskan hubungan dengan parti dalam gabungan pembangkang yang mengancam semangat Pakatan dengan bertindak menyalahi kesepakatan bersama. "Kita harus tegas dan tunjukkan bahawa perkara ini tidak boleh dan tidak harus dipandang mudah," katanya. Beliau mengulas wawancara Malaysiakini dengan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang berkata, hudud lebih penting berbanding menawan Putrajaya. | |
melayuangkat Posted: 25 Dec 2014 03:12 PM PST |