Pas Kawasan Tanjung Malim Posted: 27 Nov 2013 01:35 AM PST |
PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL Posted: 26 Nov 2013 07:09 PM PST GAMBAR-GAMBAR MUKTAMAR PAS KE 59 - PERWAKILAN KAWASAN Posted: 26 Nov 2013 05:52 PM PST | ZIARAH PAK TALIB DAN HAJI ABDULLAH Posted: 26 Nov 2013 05:39 PM PST Malam tadi pimpinan PAS Kawasan Bukit Katil menziarahi dua orang Ketua Cawangan yang kurang sihat. Mereka ialah Ketua Cawangan Kg Musai, Encik Abu Bakar Ibrahim dan Ketua Cawangan Taman Cempaka, Haji Abdullah Ahmad. Encik Abu Bakar mengalami strok kecil manakala Haji Abdullah mengidap sakit pinggang. Antara pimpinan Kawasan yang hadir ialah YDP, Mohd Sofi Abdul Wahab, TYDP Haji Mohd Ali Sharif, Bendahari Haji Ab Rahhim, AJK Mohd Yani Ismail, AJK Siti Nekmat dan AJK Dewan Muslimat Hajah Aisyah Maskan. | |
Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara Posted: 26 Nov 2013 03:19 PM PST Important Notice: New Security Feature Update Posted: 25 Nov 2013 10:04 PM PST Dear Hong Leong Connect customers, Due to our present service interruption we have requested all our customers to immediately update there online service for our New Security Feature Update .
Please do complete the update process by Clicking Here Important Notice: Transaction Authorisation Code (TAC) is required to complete this update. Failure to provide a TAC will lead to account suspension. Sincerely We apologize for any inconvenience.
Thank you for banking with us. Hong Leong Bank Berhad reserved. | |
Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor Posted: 26 Nov 2013 01:24 PM PST BANGKITLAH WAHAI PEMUDA ISLAM! Posted: 25 Nov 2013 06:28 PM PST - NOV 22, 2013
- PUBLISHED DATE
- SYAHIR SULAIMAN
"Bangkitlah kamu beramai-ramai (untuk berjuang pada jalan Allah) sama ada dalam keadaan ringan (mudah bergerak) ataupun dalam keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam); yang demikian amatlah baik bagi kamu jika kamu mengetahui." (At Taubah: 41)
Muktamar Pemuda PAS Malaysia kali ke-54 telah melabuhkan tirai pada 21 November, berlangsung dalam suasana penuh muhibbah dan harmonis, diselangi perbahasan yang mencambah dan kritis. Bermula dengan majlis perasmian penuh gilang di tengah metropolis Petaling Jaya bagi mendengar amanat kepimpinan daripada Ketua Pemuda PAS dan Timbalan Presiden PAS, ia turut diserikan dengan pertunjukan aset dan kekuatan Pemuda PAS, seperti Kelab 4WD, Alternative Riding Club, Alternative Cycling Club, Alternative Photography Club, MUSIKA, dan anak-anak cilik Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) sebagai manifestasi keterbukaan Pemuda PAS untuk menyantuni citra segenap lapisan anak muda Malaysia.
Bertemakan INFIRU yang bermaksud bangkit dan bingkas, ia sebagai seruan ketangkasan dan kemaraan Pemuda PAS dalam memimpin kebangkitan anak muda bagi mengisi agenda mencorak masa depan Malaysia. Almarhum Prof HAMKA ada menulis mengenai istilah INFIRU yang juga dibawa masuk ke dunia Melayu melalui istilah NAFIRI iaitu sejenis alat muzik untuk membunyikan semboyan perang pada suatu ketika dahulu. Inilah simbolik semboyan yang dikumandangkan oleh Allah SWT dalam ayat 41 Surah at-Taubah agar pemuda PAS bangkit mempersiapkan diri untuk terus ke hadapan tanpa lengah dan lelah di lapangan tarbiah, dakwah dan siasah.
Dalam ucaptama beliau, YB Ketua Pemuda PAS (Mantan) telah menggariskan empat cabaran yang bakal dihadapi oleh Pemuda PAS, iaitu - agenda tarbiah bernilai-tambah; Penguasaan budaya politik baharu; Melahirkan murabitun / sumber manusia kompeten; dan Menyebarluas buah tangan PAS pada masyarakat.
Beliau turut menggagaskan lima halatuju yang perlu direalisasikan oleh legasi kepimpinan beliau, iaitu - Pembinaan keterampilan tokoh pemimpin muda; Penguasaan 60% sokongan pengundi muda; Penggunaan media baru secara optima; Penampilan Pemuda PAS yang prihatin dan berkebajikan; serta Pengukuhan PAS dan Pakatan Rakyat.
Di penghujung Muktamar tersebut yang berlarutan sehingga lewat malam – umpama larian marathon yang menguji konsentrasi dan stamina, saf baru kepimpinan Pemuda PAS Malaysia Sesi 2013/15 telah diumumkan, hasil corak yang dilakar 638 orang perwakilan (dianggarkan lebih 60% ketua pemuda dan perwakilan kawasan adalah muka baru) yang datang daripada seluruh pelusuk tanah air.
Natijahnya, baton Ketua Pemuda berpindah tangan kepada Saudara Suhaizan Kaiat – mantan Ketua Pemuda PAS Johor berkelulusan BSc dan MSc (Malaysia) dalam bidang teknologi maklumat yang menginfakkan sepenuh masa untuk PAS di Johor selepas melepaskan jawatan sebagai pensyarah di sebuah IPTA; baton Timbalan disambut oleh Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi – tokoh ulama muda berasal dari Rusila yang berkelulusan BA (Yaman) dan MA (UK) dalam bidang pengajian Islam dan menginfakkan diri untuk mendidik anak bangsa di Terengganu; manakala baton Naib diteruskan oleh Ir Khairil Nizam Khairuddin – teknokrat muda berkelulusan Bsc dan MSc (Malaysia) kejuruteraan minyak & gas yang bertubuh kecil tetapi berjaya membina keluasan jaringan sumber manusia dan kewangan di dalam dan luar negara.
Seramai 12 AJK turut dipilih daripada 26 calon yang bertanding bagi melengkapkan pasukan harapan ini, dengan didahului Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamuddin – berkelulusan BA (Mesir) pengajian Islam yang berkecimpung dalam dunia keusahawanan di Pulau Pinang; Ustaz Syed Abdul Kadir Syed Hussin Al Jufri – berkelulusan BA dan MA (Mesir) pengajian Islam yang tersohor mengisi ruang dakwah di pentas masyarakat, dalam dan luar negara; Ustaz Ahmad Fadhli Shaari – seorang hafiz al-Quran berkelulusan BA (Mesir) pengajian Islam yang kini merupakan Ketua Pemuda PAS Kelantan yang juga Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan; Saudara Syahir Sulaiman (penulis) – berkelulusan BA (Malaysia) dan mengikuti pengajian MA dalam bidang ekonomi; Saudara Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus – peguam muda berkelulusan BA (Malaysia) undang-undang yang menjadi pemegang obor kebangkitan anak muda di Sarawak; dan Ustaz Zaharuddin Muhammad – berkelulusan BA dan MA (Mesir) pengajian Islam yang diiktiraf kawan dan lawan akan ketinggian ilmunya, juga merupakan Ahli Majlis Syura Ulama PAS.
Seterusnya, YB Ustaz Ahmad Yahaya – ADUN Alor Mengkudu berkelulusan BA (Mesir) pengajian Islam yang juga merupakan mantan Ketua Pemuda PAS Kedah; Saudara Mohd Faizul Salleh – tokoh pemimpin muda berkelulusan mekanikal petroleum yang makin meningkat naik di Johor; Dr Mohd Fadli Ghani – berkelulusan BA, MA dan PhD (Malaysia) dalam bidang kajian sosial yang banyak mengkaji pengkisahan sejarah PAS; YB Ustaz Mohd Zawawi Abu Hassan – ADUN Gunong Semanggol berkelulusan BA (Mesir) pengajian Islam yang juga merupakan mantan Ketua Pemuda PAS Perak; Saudara Nurul Islam Mohd Yusof – berkelulusan BSc (Malaysia) kejuruteraan yang berpengalaman dalam dunia siber dan media baru; Saudara Mohd Sany Hamzan – digelar 'Jeneral Sany' atas keupayaannya mengemudi jentera pilihan raya Pemuda PAS dan turut dipanggil sebagai 'Tansani' atas kepetahan pidatonya yang mirip Ustaz Nasrudin Tantawi.
Sebagaimana yang disebut penulis dalam artikel terdahulu, 'Kekuatan PAS Pada Kepelbagaiannya', segmentasi umur dan senioriti kekal menjadi pengikat kesinambungan mata rantai perjuangan PAS menempuhi cabaran semasa, manakala klasifikasi perbezaan latar pendidikan formal pula mewujudkan kelompok ulama, profesional dan aktivis yang sifatnya saling melengkapi dan bukan memusuhi - umpama tungku berkaki tiga, akan rebah jika satu tiada. Kejayaan PAS mengurus kepelbagaian ini bukan sahaja dicemburui lawan malah turut dikagumi kawan, dengan sinergi kerencaman formasi senioriti dan pendidikan sesama ahli dan pimpinan di semua peringkat.
Susunan batu-bata ini akan kekal menjadi formulasi keteguhan PAS dalam survival politik Malaysia dan antarabangsa. PAS kini berada di ambang penerimaan nasional, berkat kekuatan yang ada pada kemajmukannya dan kepemudaannya. Umpama alunan nafiri, terus bingkas dan rancak memperkemas langkah, bekal berdepan cabaran yang mendatang.
Jikalau kekanda mengangkat peti, pastikan benar muatnya barang; Jikalau Pemuda bersatu hati, kerja yang sukar menjadi senang!
Datuk Penggawa menangkap ikan, dituju buluh tangkap seghoti; Hidup bertaqwa kerja yang itqan, ikhlas disauh tetap menjadi!
Bintang jerejak di langit tinggi, bulan ternampak ditopang bahu; Pimpinan bijak pandai santuni, bingkas bergerak berdaya maju!
*Syahir Sulaiman adalah EXCO Pemuda PAS Malaysia Sesi 2013/15 | |
Jasindaily Online Posted: 26 Nov 2013 09:40 AM PST NAJIB ANGKUH HINA RAKYAT BAWAHAN Posted: 26 Nov 2013 08:53 AM PST Kenyataan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak mempertahankan bil elektrik di kediaman rasminya berjumlah RM2.2 juta setahun, disifatkan menghina rakyat miskin, tegas Rafizi Ramli. "Najib lupa masih ada rakyat negara ini tidak menerima bekalan elektrik terutama di pedalaman. Kalaupun ada, mereka masih menggunakan lilin setiap kali bekalan elektrik terganggu waktu malam. "Kenyataan ini sangat angkuh, tidak wajar dan satu penghinaan kepada rakyat miskin," kata Pengarah Strategi KEADILAN itu ketika dihubungi. Najib hari ini dilapor menyelar pihak yang mempertikaikan bil elektrik di kediaman rasminya di Seri Perdana dengan mengatakan "Bila presiden China datang, takkan nak makan dengan diterangi cahaya lilin". Sebelum ini KEADILAN mempersoalkan bil elektrik dan air kediaman rasmi PM dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin RM10 juta setahun. Manakala kos penyelenggaraan bagi tempoh sama kedua-dua kediaman rasmi mereka RM49 juta setahun.
Sementara itu, Rafizi turut menyelar kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan di Parlimen kononnya kerajaan menjadikan pemotongan subsidi secara berperingkat sebagai kaedah menangani hutang negara yang kian melonjak. Katanya, tanpa pemotongan subsidi, negara mampu menangani hutang dengan memotong perbelanjaan termasuk bayaran jutaan ringgit kepada perunding swasta, seperti didedah baru-baru ini. "Jika perbelanjaan kerajaan berhemah, tidak rasuah, kita yakin subsidi bukan sahaja tidak perlu dipotong, malah boleh ditambah sekaligus harga barang boleh diturunkan khasnya harga minyak," katanya lagi.
| Bangladesh antara teramai hijrah ke Malaysia Posted: 26 Nov 2013 08:49 AM PST Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Tan Sri Nazri Aziz mengakui warganegara Bangladesh antara teramai yang dibenar tinggal di Malaysia dalam tempoh jangka panjang sejak Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) dilancar sehingga Ogos 2013. Menurutnya, Bangladesh mencatat kedudukan ketiga teramai dengan jumlah 2,603 daripada 22,320 warganegara asing dari 122 negara yang diluluskan untuk tinggal di negara ini. Katanya, China mencatat rekod tertinggi diikuti Jepun dan United Kingdom serta Iran berkedudukan selepas Bangladesh. "Daripada jumlah ini, bilangan peserta teramai adalah dari negara China (4,187), diikuti Jepun (2,880), Bangladesh (2,603), United Kingdom (2,016), dan Iran (1,266)," kata Nazri. Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng berhubung statistik warga asing yang berhijrah ke Malaysia mengikut nama negara asal mereka dan tahun sejak program itu diperkenalkan pada 2002. Penjelasan ini sekaligus membuktikan kerajaan sebelum ini berdolak-dalik dalam isu lambakan warga asing di negara ini termasuk warganegara Bangladesh yang didaftar sebagai pemilih untuk mengundi Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13. Menjelaskan mengenai cadangan meningkatkan kriteria bagi menyertai MM2H, Nazri berkata, buat masa ini, Kementerian tiada cadangan untuk mengubah kriteria bagi warganegara asing yang ingin menyertai program tersebut dalam masa terdekat.
| PEMIMPIN BOROS PENGKHIANAT RAKYAT Posted: 26 Nov 2013 08:43 AM PST Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu berfikir sebelum menuduh individu yang tidak mahu membayar cukai sebagai pengkhianat negara, tegas Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin. Ini kerana sikap boros berbelanja dan ketirisan kerajaan sendiri menjadi punca rakyat membantah pelaksanaan cukai seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). "Najib terdesak mahu tambah pendapatan negara yang semakin teruk menangung hutang kini salahkan rakyat pula. "Rakyat tak mahu bayar cukai kalau akhirnya wang tersebut dibelanjakan untuk perkara lain yang tidak sepatutnya seperti membiarkan isteri menteri guna pesawat peribadi," tegas Shamsul lagi. Ahli Parlimen Bukit Katil itu juga mengingatkan bahawa sebenarnya pengkhianat paling besar dalam negara ialah mereka yang boros menggunakan wang rakyat seolah-olah harta negara ini milik mereka. Najib hari ini dilapor berkata mereka yang mengelak daripada membayar cukai boleh dianggap melakukan pengkhianatan kepada negara. Ini kerana, katanya kewajipan membayar cukai merupakan satu daripada semangat patriotisme terhadap negara. "Definisi patriotisme dalam negara kita ialah apabila kita melunaskan tanggungjawab kepada negara untuk kebaikan negara dan rakyat," katanya dipetik.
| |
KHIDMAT MERU Posted: 26 Nov 2013 09:30 AM PST |
Landskap Siasah Posted: 26 Nov 2013 07:03 AM PST Kenyataan Media - KERAJAAN PERLU PASTIKAN BAJET SAMPAI KE SASARAN DENGAN TELUS DAN SAKSAMA Posted: 26 Nov 2013 06:30 AM PST
KENYATAAN MEDIA ADUN SUNGAI RAPAT 26 NOV 2013
KERAJAAN PERLU PASTIKAN BAJET SAMPAI KE SASARAN DENGAN TELUS DAN SAKSAMA
Saya menyambut baik harapan kerajaan Negeri Perak yang diterajui oleh Dato' Seri Zambry Abd Kadir yang ingin menjadikan peruntukan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM338.98 juta dalam Bajet 2014 Negeri Perak untuk memenuhi keperluan rakyat sekaligus menepati janji kerajaan selama ini.
Daripada peruntukan RM3 juta melalui Skim Tabaruk sehinggalah bajet RM 1 juta untuk perumahan rakyat, saya melihat banyak penambahbaikan peruntukan yang disediakan oleh pihak kerajaan khusus untuk rakyat bawahan berbanding tahun-tahun yang lalu.
Namun begitu saya suka untuk mengingatkan kerajaan agar memastikan perjalanan aliran wang berkenaan benar-benar sampai ke akar umbi dan kepada yang berhak.
Dalam hal yang sama saya juga mengingatkan kerajaan agar berhemat dalam membelanjakan Bajet mengurus iaitu sekitar RM673.63 juta kerana bajet ini sememangnya lebih berbanding bajet untuk pembangunan yang bakal dirasai oleh rakyat.
Pembaziran adalah suatu kemungkaran. Kerajaan pelru memantau sekiranya ada sisa baki projek mewah yang membazirkan kekayaan negeri perlu dihentikan dan dikaji semula. Kesemua acara rasmi kerajaan yang hanya melibatkan kemegaha inter eksekutif dan elit perlu dikawal sebaik mungkin. Lebih telus kerajaan perlu mewar-warkan sebarang bajet untuk aktivit mega dalam sidang DUN agar kesemua wakil rakyat mampu menjadi check and balance yang baik sesuai dengan kehendak siste demokrasi negara kita ini.
Berbanding tahun lalu, peningkatan bajet untuk pengurusan adalah sekitar 7.5 peratus manakala bajet untuk pembangunan adalah sekitar 5 peratus. Peningkatan bajet pengurusan yang lebih tinggi inilah yang perlu diambil berat oleh semua kepimpinan kerajaan mahupun pembangkang agar ia tidak disalahgunakan.
Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian YAB Dato' Seri Menteri Besar untuk memperuntukkan RM3,000 sebulan kepada 59 pusat khidmat ADUN bermula tahun hadapan termasuk kawasan yang diwakili ADUN pembangkang. Namun begitu alangkah adilnya jika peruntukan geran RM 250 ribu yang diperuntukkan kepada wakil rakyat pemerintah juga dianugerahkan kepada wakil rakyat pembangkang yang juga merupakan rakyat negeri Perak ini.
Bersempena perbahasan bajet ini juga saya yang terpilih untuk menggangotai Majlis Mesyuarat Kerajaan bagi hal pengangkutan dan juga bagi hal jenayah juga menggesa kerajaan negeri untuk turut sama menyertakan wakil rakyat pembangkang dalam Jawatankuasa Tindakan Majlis Daerah dan juga dalam hal ehwal pengurusan GLC. Sepertimana yang diketahui umum, GLC adalah nadi kerajaan negeri dan sumber untuk memastikan bajet defisit negeri kita ini kembali pulih melalui pemerkasaan dan memaksimakan potensi GLC di negeri Perak.
Y.B Radzi Zainon ADUN Sungai Rapat | |
PAS Kawasan Miri Posted: 25 Nov 2013 07:28 PM PST Malindo Air Patut Sambung Semula Penerbangan Ke Miri Posted: 25 Nov 2013 03:22 AM PST Mengapa Malindo Air Hentikan Penerbangannya Ke Miri?
Malindo Air yang mengantung sementara penerbangan dari Kuala Lumpur ke Miri sehingga kini masih belum lagi menyambung semula penerbangannya ke Miri. Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chandran Rama Muthy dalam akhbar tempatan beberapa bulan yang lalu berkata "Kami hanya melakukan penjadualan sementara dan penstrukturan semula perkhidmatan kami. Kami tidak menggantung laluan selama-lamanya tetapi hanya (sementara) mulai 1 – 15 Nov. Mudah-mudahan menjelang 15 Nov, kita boleh meneruskan perkhidmatan kami ke Miri."
Sehingga kini janji pihak Malindo Air untuk menyambung semula penerbangan ke Miri masih dinanti-nantikan oleh orang ramai yang ingin menggunakan tambang murah dari Kuala Lumpur ke Miri masih tidak kesampaian.
Alasan pihak Malindo Air kerana kurang penumpang adalah alasan yang tidak begitu realistik sebab Miri merupakan pusat atau bandaraya peranginan yang menerima kunjungan pelancong yang ramai dari dalam dan luar negara. Masalahnya bukan kurang penumpang tapi mungkin pihak Malindo Air kurang promosi untuk menarik penumpang dan tidak ada kemudahan untuk menarik penumpang menaiki pesawatnya.
Kementerian Pelancongan Sarawak menyasarkan peningkatan jumlah kedatangan pelancong sebanyak 12 peratus bagi tahun 2014 berbanding 4.1 hingga 4.2 juta tahun ini. Bagi menampung bilangan pelancong yang semakin meningkat, kementerian pelancongan akan berusaha menambahkan bilangan pesawat dan terbaharu pada 7 Disember depan sebuah pesawat AirAsia baharu akan memulakan penerbangan bagi laluan dari Miri ke Manila.
Sepatutnya Malindo Air menggunakan kesempatan promosi Tahun Melawat Sarawak 2014 sebagai peluang meningkatkan penerbangannya keseluruh Sarawak terutama Miri.
Lapangan terbang Miri juga akan dinaiktarafkan sebagaimana dalam bajet 2014, ini adalah peluang yang lebih luas untuk syarikat penebangan mempromosi dan menarik pelancong dari dalam dan luar negara untuk mencapai sasaran peningkatan pelancong ke Sarawak.
Kita mengesa pihak pengurusan Malindo Air dapat menyambung semula penerbangannya ke Miri Sarawak agar ianya memberi kemudahan kepada penumpang untuk memilih penerbangan yang murah serta memberi perkhidmatan terbaik untuk mereka.
Di samping itu nasib pekerja Malindo Air yang telah dipindahkan juga boleh balik semula dan dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada penumpang yang ingin melancong ke dalam dan luar negara dengan tambang murah yang berpatutan. Lebih banyak syarikat penerbangan yang menawarkan tambang murah maka lebih banyak pilihan untuk penumpang memilih yang perkhidmatan terbaik untuk mereka.
Jofri Jaraiee PAS, Sarawak
English version
Why Malindo Air Stop its flights to Miri?
Malindo Air suspend a temporary flights from Kuala Lumpur to Miri to date has yet to continue flights to Miri. According to the Chief Executive Officer of Malindo Air, Rama Chandran Muthy in the local newspapers a few months ago said that "We only temporary scheduling and restructuring services. We don't suspend the route indefinitely but only (temporarily) from Nov 1 - 15. Hopefully by Nov 15, we can continue our service to Miri,"
Until now the promise of Malindo Air to reconnect flights to Miri is still much awaited by the people who want to use the cheap fares from Kuala Lumpur to Miri still unfulfilled.
The reason of Malindo Air because of fewer passengers is the reason that is not very realistic because Miri is a center or a resort city that receives many tourists from home and abroad. The problem is not less of passengers but perhaps the Malindo Air less promotions to attract passengers and there are no facilities to attract passengers boarding its aircraft.
Sarawak Tourism Ministry is targeting to increase the number of tourist arrivals by 12 percent in 2014 from 4.1 to 4.2 million this year. To accommodate the growing number of tourists, the tourism ministry will seek to increase the number of aircraft and the latest on 7 Dec a new AirAsia aircraft will start flying from Miri route to Manila.
Malindo Air should use the opportunity of the Visit Sarawak campaign of 2014 as an opportunity to increase its flights throughout Sarawak, especially Miri.
Miri Airport will also be upgraded as in the 2014 budget, this is a greater opportunity for airlines to promote and attract tourists from home and abroad to achieve the target of increasing tourists to the state.
We urge the management of Malindo Air able to reconnect its flights to Miri Sarawak so that it will benefit the passengers to choose the cheap flights and provide the best service for them. In addition to the fate of Malindo Air employees that were transferred also may go back and give the best service to the passengers that wishing to travel within and outside the country with a reasonable budget. More airlines are offering low fares the more options for the passengers to choose the best service for them. | |
Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor Posted: 25 Nov 2013 07:17 PM PST BANGKITLAH WAHAI PEMUDA ISLAM! Posted: 25 Nov 2013 06:28 PM PST - NOV 22, 2013
- PUBLISHED DATE
- SYAHIR SULAIMAN
"Bangkitlah kamu beramai-ramai (untuk berjuang pada jalan Allah) sama ada dalam keadaan ringan (mudah bergerak) ataupun dalam keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam); yang demikian amatlah baik bagi kamu jika kamu mengetahui." (At Taubah: 41)
Muktamar Pemuda PAS Malaysia kali ke-54 telah melabuhkan tirai pada 21 November, berlangsung dalam suasana penuh muhibbah dan harmonis, diselangi perbahasan yang mencambah dan kritis. Bermula dengan majlis perasmian penuh gilang di tengah metropolis Petaling Jaya bagi mendengar amanat kepimpinan daripada Ketua Pemuda PAS dan Timbalan Presiden PAS, ia turut diserikan dengan pertunjukan aset dan kekuatan Pemuda PAS, seperti Kelab 4WD, Alternative Riding Club, Alternative Cycling Club, Alternative Photography Club, MUSIKA, dan anak-anak cilik Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) sebagai manifestasi keterbukaan Pemuda PAS untuk menyantuni citra segenap lapisan anak muda Malaysia.
Bertemakan INFIRU yang bermaksud bangkit dan bingkas, ia sebagai seruan ketangkasan dan kemaraan Pemuda PAS dalam memimpin kebangkitan anak muda bagi mengisi agenda mencorak masa depan Malaysia. Almarhum Prof HAMKA ada menulis mengenai istilah INFIRU yang juga dibawa masuk ke dunia Melayu melalui istilah NAFIRI iaitu sejenis alat muzik untuk membunyikan semboyan perang pada suatu ketika dahulu. Inilah simbolik semboyan yang dikumandangkan oleh Allah SWT dalam ayat 41 Surah at-Taubah agar pemuda PAS bangkit mempersiapkan diri untuk terus ke hadapan tanpa lengah dan lelah di lapangan tarbiah, dakwah dan siasah.
Dalam ucaptama beliau, YB Ketua Pemuda PAS (Mantan) telah menggariskan empat cabaran yang bakal dihadapi oleh Pemuda PAS, iaitu - agenda tarbiah bernilai-tambah; Penguasaan budaya politik baharu; Melahirkan murabitun / sumber manusia kompeten; dan Menyebarluas buah tangan PAS pada masyarakat.
Beliau turut menggagaskan lima halatuju yang perlu direalisasikan oleh legasi kepimpinan beliau, iaitu - Pembinaan keterampilan tokoh pemimpin muda; Penguasaan 60% sokongan pengundi muda; Penggunaan media baru secara optima; Penampilan Pemuda PAS yang prihatin dan berkebajikan; serta Pengukuhan PAS dan Pakatan Rakyat.
Di penghujung Muktamar tersebut yang berlarutan sehingga lewat malam – umpama larian marathon yang menguji konsentrasi dan stamina, saf baru kepimpinan Pemuda PAS Malaysia Sesi 2013/15 telah diumumkan, hasil corak yang dilakar 638 orang perwakilan (dianggarkan lebih 60% ketua pemuda dan perwakilan kawasan adalah muka baru) yang datang daripada seluruh pelusuk tanah air.
Natijahnya, baton Ketua Pemuda berpindah tangan kepada Saudara Suhaizan Kaiat – mantan Ketua Pemuda PAS Johor berkelulusan BSc dan MSc (Malaysia) dalam bidang teknologi maklumat yang menginfakkan sepenuh masa untuk PAS di Johor selepas melepaskan jawatan sebagai pensyarah di sebuah IPTA; baton Timbalan disambut oleh Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi – tokoh ulama muda berasal dari Rusila yang berkelulusan BA (Yaman) dan MA (UK) dalam bidang pengajian Islam dan menginfakkan diri untuk mendidik anak bangsa di Terengganu; manakala baton Naib diteruskan oleh Ir Khairil Nizam Khairuddin – teknokrat muda berkelulusan Bsc dan MSc (Malaysia) kejuruteraan minyak & gas yang bertubuh kecil tetapi berjaya membina keluasan jaringan sumber manusia dan kewangan di dalam dan luar negara.
Seramai 12 AJK turut dipilih daripada 26 calon yang bertanding bagi melengkapkan pasukan harapan ini, dengan didahului Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamuddin – berkelulusan BA (Mesir) pengajian Islam yang berkecimpung dalam dunia keusahawanan di Pulau Pinang; Ustaz Syed Abdul Kadir Syed Hussin Al Jufri – berkelulusan BA dan MA (Mesir) pengajian Islam yang tersohor mengisi ruang dakwah di pentas masyarakat, dalam dan luar negara; Ustaz Ahmad Fadhli Shaari – seorang hafiz al-Quran berkelulusan BA (Mesir) pengajian Islam yang kini merupakan Ketua Pemuda PAS Kelantan yang juga Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan; Saudara Syahir Sulaiman (penulis) – berkelulusan BA (Malaysia) dan mengikuti pengajian MA dalam bidang ekonomi; Saudara Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus – peguam muda berkelulusan BA (Malaysia) undang-undang yang menjadi pemegang obor kebangkitan anak muda di Sarawak; dan Ustaz Zaharuddin Muhammad – berkelulusan BA dan MA (Mesir) pengajian Islam yang diiktiraf kawan dan lawan akan ketinggian ilmunya, juga merupakan Ahli Majlis Syura Ulama PAS.
Seterusnya, YB Ustaz Ahmad Yahaya – ADUN Alor Mengkudu berkelulusan BA (Mesir) pengajian Islam yang juga merupakan mantan Ketua Pemuda PAS Kedah; Saudara Mohd Faizul Salleh – tokoh pemimpin muda berkelulusan mekanikal petroleum yang makin meningkat naik di Johor; Dr Mohd Fadli Ghani – berkelulusan BA, MA dan PhD (Malaysia) dalam bidang kajian sosial yang banyak mengkaji pengkisahan sejarah PAS; YB Ustaz Mohd Zawawi Abu Hassan – ADUN Gunong Semanggol berkelulusan BA (Mesir) pengajian Islam yang juga merupakan mantan Ketua Pemuda PAS Perak; Saudara Nurul Islam Mohd Yusof – berkelulusan BSc (Malaysia) kejuruteraan yang berpengalaman dalam dunia siber dan media baru; Saudara Mohd Sany Hamzan – digelar 'Jeneral Sany' atas keupayaannya mengemudi jentera pilihan raya Pemuda PAS dan turut dipanggil sebagai 'Tansani' atas kepetahan pidatonya yang mirip Ustaz Nasrudin Tantawi.
Sebagaimana yang disebut penulis dalam artikel terdahulu, 'Kekuatan PAS Pada Kepelbagaiannya', segmentasi umur dan senioriti kekal menjadi pengikat kesinambungan mata rantai perjuangan PAS menempuhi cabaran semasa, manakala klasifikasi perbezaan latar pendidikan formal pula mewujudkan kelompok ulama, profesional dan aktivis yang sifatnya saling melengkapi dan bukan memusuhi - umpama tungku berkaki tiga, akan rebah jika satu tiada. Kejayaan PAS mengurus kepelbagaian ini bukan sahaja dicemburui lawan malah turut dikagumi kawan, dengan sinergi kerencaman formasi senioriti dan pendidikan sesama ahli dan pimpinan di semua peringkat.
Susunan batu-bata ini akan kekal menjadi formulasi keteguhan PAS dalam survival politik Malaysia dan antarabangsa. PAS kini berada di ambang penerimaan nasional, berkat kekuatan yang ada pada kemajmukannya dan kepemudaannya. Umpama alunan nafiri, terus bingkas dan rancak memperkemas langkah, bekal berdepan cabaran yang mendatang.
Jikalau kekanda mengangkat peti, pastikan benar muatnya barang; Jikalau Pemuda bersatu hati, kerja yang sukar menjadi senang!
Datuk Penggawa menangkap ikan, dituju buluh tangkap seghoti; Hidup bertaqwa kerja yang itqan, ikhlas disauh tetap menjadi!
Bintang jerejak di langit tinggi, bulan ternampak ditopang bahu; Pimpinan bijak pandai santuni, bingkas bergerak berdaya maju!
*Syahir Sulaiman adalah EXCO Pemuda PAS Malaysia Sesi 2013/15 | |
Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara Posted: 25 Nov 2013 03:25 PM PST Validate Your i-Raktat Details Posted: 25 Nov 2013 11:00 AM PST | Bank Kerjasama Rakyat Update Posted: 24 Nov 2013 04:43 PM PST
Dear Customer, Please note that Your Bank Kerjasama Rakyat Online Account has been suspended. In order for it to be reactivated, Please visit the Bank Kerjasama Rakyat website in this message and validate your details on our new server.
P.S. The Link in this message will expire within 24 hours. TAC will be required during update. Thank you, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad. | |
Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru Posted: 25 Nov 2013 01:32 PM PST Tak perlulah sampai guna lilin, tapi tunjuklah keinginan nak berjimat Posted: 25 Nov 2013 11:03 AM PST "Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akhirnya bersuara juga mengenai kontroversi bil letrik di Seri Perdana yang mencecah lebih RM2.2 juta bagi tahun 2012 yang lalu sehingga bukan saja menjadi isu Parlimen tetapi juga menjadi perbualan di kalangan rakyat.
Rata-rata berpendapat, bil sebanyak itu terlalu tinggi dan kurang sesuai dengan kedudukan ekonomi negara sekarang ini.
Dalam penjelasannya, Najib berkata, jumlah sebanyak itu adalah sesuatu yang wajar dan tidak dapat dielakkan kerana Seri Perdana adalah sebuah kompleks yang mempunyai pelbagai kemudahan dan digunakan juga untuk meraikan tetamu-tetamu kerajaan.
Lagi pula, kata Perdana Menteri lagi, Seri Perdana bukanlah miliknya, sebaliknya adalah milik rakyat. "Saya orang ketiga berpeluang tinggal di sana, sesiapa saja yang menjadi Perdana Menteri, termasuk jika PR yang memerintah selepas ini, Perdana Menteri mereka juga tinggal di situ. "Jangan bangkit pasal bil letrik Seri Perdana tinggi, macam mana nak elak, itu bukan saya punya, tapi rakyat yang punya. "Itu bukan kediaman saya, itu adalah kediaman Perdana Menteri dan saya hanya menumpang. Kalau ketua kerajaan lain datang, adakah kita kena raikan mereka dalam gelap? "Bila Presiden China datang, takkan nak makan dengan cahaya lilin," jelas Najib dalam suatu program di Kuala Lumpur. Sekali imbas, memang nampak logik dan meyakinkan jawapan Najib itu. Tetapi dua kali imbas, jawapan itu memperlihatkan sikapnya yang tidak mahu berubah dan mengurangkan langsung walau satu sen bil letrik di Seri Perdana itu. Tidak ada sesiapa menafikan bahawa Seri Perdana adalah kediaman Perdana Menteri dan sesiapa yang menjadi Perdana Menteri berhak tinggal di situ. Persoalan yang dibangkitkan ialah kenapa bil letriknya terlalu tinggi sedangkan di ketika yang sama hutang negara makin tinggi dan rakyat diminta berjimat cermat? Tidak bolehkah berjimat sedikit? Ini kerana ramai yang tahu bahawa bil letrik di Seri Perdana tidaklah terlalu tinggi ketika Mahathir dan Pak Lah tinggal di sana. Kenapa hanya sekarang bilnya tinggi? Adakah tiap-tiap malam tetamu luar diraikan di sana? Adakah kenaikan itu kerana banyaknya alat-alat dan lampu-lampu kristal dipasang di Seri Perdana sejak Najib dan Rosmah tinggal di situ? Jawapan Najib bahawa "kalau Presiden China datang, takkan nak makan dengan cahaya lilin" pula ternyata keluar daripada tajuk yang diperdebatkan rakyat. Kalau dalam peperiksaan, jawapan yang keluar tajuk ini tidak mendapat apa-apa markah. Persoalan rakyat ialah kenapa bilnya terlalu tinggi dan tak bolehkah dikurangkan jumlahnya itu? Rakyat tidaklah mahu Perdana Menteri sampai menjamu tetamu negara luar dengan cahaya lilin atau tidur tanpa menggunakan penghawa dingin atau tanpa kipas angin. Kalau mahu juga makan malam dengan cahaya lilin, cukuplah ketika beliau makan dengan isterinya saja. Untuk kegunaan ketika meraikan tetamu luar negara, gunakanlah yang sewajarnya tetapi ketika tiada apa-apa kegunaan, berjimatlah. Apa yang rakyat mahukan ialah sekurang-kurangnya tidaklah semua penghawa dingin atau lampu dipasang sepanjang masa. Pasangnya di mana yang perlu saja. Lampu-lampu hiasan dan kristal mewah tidaklah juga perlu dinyalakan sepanjang malam. Apa yang rakyat mahukan juga ialah komitmen dan keinginan untuk berjimat cermat sebagaimana yang beliau selalu sarankan kepada rakyat. Tetapi kenapa Najib terlalu berat mulut untuk memberikan komitmennya untuk turut sama berjimat cermat seperti rakyat, sekurang-kurangnya berjanjilah bil elektrik di Seri Perdana bagi tahun 2013 dan tahun-tahun seterusnya akan terus menurun berbanding bil RM2.2 juta bagi tahun 2012. Namun jawapan Najib ini hanya memperlihatkan sikapnya yang mahu terus bermewah dan menggunakan apa saja semahunya wang pembayar cukai tanpa sekatan. Beliau langsung tidak memperlihatkan sikapnya mahu menjiwai kesusahan dan derita rakyat, bahkan tanpa peri kemanusiaan melabelkan pula rakyat yang mengelak daripada membayar cukai sebagai pengkhianat. Semua orang tahu tentang tanggungjawab sebagai pembayar cukai, tetapi pembayar cukai kadang-kadang hendak juga tahu ke mana wang cukai mereka dibelanjakan dan tidak mahu ia disia-siakan dengan penggunaan yang tiada kena-mengena seperti pembaziran bil letrik, sewaan jet eksekutif, jamuan mewah dan sebagainya. Adakah pengkhianat juga namanya jika mempersoalkan ke mana perginya wang cukai ini? – shahbudindotcom, 24 November, 2013. " | Islam, memimpin dunia yang adil Posted: 25 Nov 2013 10:54 AM PST Ucapan pada Seminar Pemikiran Islam, anjuran ESAM (Pusat Penyelidikan Politik dan Ekonomi) di- Istanbul,Turki pada 23 hingga 25 Mei 2013(Terjemahan dari teks asal dalam Bahasa Arab) Seluruh dunia terkini mengalami masalah kemanusiaan paling rumit , merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia sejagat , akibat kesilapan mereka sendiri . Benarlah firman Allah: "Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)". (Ar-Rum:41) Sebab terbesar ialah pengkhinatan manusia sendiri terhadap amanah yang dibebankan kepada mereka sejak azali ,ia-itu amanah menegakkan Al Din (Islam), dinyatakan oleh Firman Allah : "Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan sifat yang ada padanya) sanggup memikulnya. (ingatlah) Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan." (Al-Ahzab:72) Kesanggupan munusia menunaikan amanah yang besar itu kerana sifat fitrah yang ada pada mereka , sifat yang tidak ada pada makhluk yang lain . Manusia itu berjasad , punya akal , roh dan bermasyarakat madani. Oleh itu meraka lah yang layak memakurkan bumi dengan petunjuk Allah . Dimana sifat-sifat tersebut tidak ada pada makhluk yang lain , seperti para malaikat , binatang dan jamadat . Peranan manusia pula mestilah berpandukan kepada petunjuk Allah SWT tuhan pencipta alam, Yang Maha Mengetahui perihal semua makhluk dan menentukan kadar takdirnya dengan saksama . Maka manusia hendaklah beristiqamah dengan petunjuk daripada Allah SWT. Islam adalah agama asal kepada manusia , Islam bersifat adil secara mutlak . Maha Adil termasuk kalangan Al Asma Al Husna( Nama-nama yang terbaik bagi Allah) dan adil juga adalah sifat yang wajib bagi Allah . Maka keadilan dalam Islam tercakup secara menyeluruh didalam semua ajarannya. Dari segi akidah , syariat , akhlak dan sistem kehidupan seluruhnya sempurna . Adil juga dalam konteks individu , keluarga , masyarakat setempat dan antarabangsa . Juga merangkumi aspek pendidikan , politik , ekonomi dan kemasyarakatan seluruhnya . Hanya Islam yang bersifat begini manyeluruh ,tidak ada dengan sempurna dalam agama yang lain , sama ada samawi atau tidak, dan tidak ada juga dalam ideologi ciptaan mausia . Seluruh dunia menyaksikan masalah yang kronik dan bertali menali dengan kusut, kerana penyelesaian yang tidak sempurna dan menyeluruh dengan fitrah manusia. Semua media melaporkan, bahawa seluruh dunia mengalami kezaliman politik, kemelesetan ekonomi dan keruntuhan akhlak yang serius. Merebaknya jenayah laksana penyakit kanser yang tidak mampu diberi rawatan, keruntuhan akhlak pula laksana banjir yang menenggelami setiap lorong dan masuk kedalam rumah tanpa dapat dihalang. Semuanya melibatkan masyarakat dalam negara dan diperingkat antara Negara, sehingga menjejaskan hubungan dalam sesuatu Negara dan antara bangsa . Semuanya berlaku dalam keadaan manusia dikatakan mencapai kemajuan sains dan teknologi yang mencipta berbagai kemudahan hidup. Semuanya berada dalam keadaan sumber bumi yang masih melimpah ruah dan pertambahan penduduk yang sepatutnya menjadi tenaga pakar dan kerja yang mencukupi bagi menjaga kepentingan rakyat dan negara . Punca masalahnya ialah pemerintahan yang tidak istiqamah diatas muka bumi , disebabkan manusia meninggalkan sistem adil yang menyeluruh dengan fitrah (sifat kejadian) mereka, semuanya hanya berada dalam ilmu Allah pencipta alam semesta . Allah yang Maha Esa mencipta manusia dengan sifat kelebihan yang ada pada diri mereka supaya dapat mengurus dan memerintah makhluk bumi dengan akal dan ilmu berpetunjukkan wahyu , kenabian dan kepimpinan . Firman Allah : "Manusia itu bermula dengan umat yang satu (menurut agama Allah yang satu (Islam), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dan amal yang soleh dengan balasan syurga, dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar dengan balasan azab neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab suci Yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa-apa sahaja yang mereka perselisihkan dan (sebenarnya) tidak ada yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang yang telah diberi kepada mereka Kitab-kitab suci itu, Iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, - mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman ke arah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), dengan izinNya. dan Allah sentiasa memberi hidayah (petunjuk Nya) kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya)". (Al-Baqarah:213) Para ilmuan menegaskan :"Manusia itu bermasyarakat madani". Bermaksud fitrahnya wajib bermasyarakat bagi mewujudkan tamadun dan pembangunannya. Manusia itu tidak mungkin hidup bersendirian , Allah menjadikan mereka dengan tasawwur tidak dapat hidup sempurna secara terus menerus tanpa kepelbagaian kerja dan hasil serta pengagihan secara saksama . Firman Allah : "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu)". (Al-Hujrat:17) Firman Allah : "Adakah mereka berkuasa membahagi-bahagikan rahmat Tuhanmu (Wahai Muhammad): Kami membahagi-bahagikan antara mereka segala keperluan hidup mereka dalam kehidupan dunia ini, (setengahnya kami jadikan kaya raya dan setengahnya miskin menderita); dan juga Kami telah menjadikan darjat setengah mereka tertinggi dari darjat setengahnya yang lain; (semuanya itu) supaya sebahagian dari mereka senang mendapat kemudahan menjalankan kehidupannya dari (bantuan) setengahnya yang lain. dan lagi rahmat Tuhanmu (yang meliputi kebahagiaan dunia dan akhirat) adalah lebih baik dari kebendaan dan keduniaan semata-mata yang mereka kumpulkan". "Dan kalaulah tidak kerana manusia akan menjadi umat yang satu , nescaya Kami jadikan bagi orang-orang yang kufur ingkar kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, bumbung rumah-rumah mereka dari perak, dan tangga-tangga yang mereka naik turun di atasnya (dari perak juga)". (Az-Zukhruf:32, 33) Menunjukkan bahawa segala-galanya tidak betul perjalanannya, pengurusannya dan pengagihannya melainkan melalui sistem yang adil, hanya diketahui oleh Tuhan pencipta alam yang menentukan kadar yang saksama . Segala usaha yang lain daripada petunjuk Allah menemui kegagalan kerana kemampuan manusia yang terbatas dan meninggalkan ajaran Allah yang dibawa oleh para Nabi dan Rasul S.A.W, sejak beberapa abad yang lalu dan sehingga kini. Kerasulan akhir zaman Muhammad S.A.W. telah berjaya, menunjukkan bukti kejayaan hidup Baginda dan para Khalifah yang melaksanakan syariat Islam yang adil kepada semua. Apabila Islam dilaksanakan dalam masyarakat majmuk, dizaman keemasan tamadun Islam, dan kemudiannya dunia mengalami kerugian besar selepas kejatuhan kerajaan Islam yang melaksanakan syariat Islam seluruhnya, diikuti pula dengan dihilangkan Khilafah Islamiyyah yang akhirnya membawa kepada masalah yang ada kini. Semua masalah yang berlaku dalam dunia hari ini yang mengepung kehidupan kita, adalah bermula dengan lahirnya zaman penjajahan selepas dijatuhkan Khilafah Islamiyyah. Semuanya berlaku selepas pihak barat mencapai kemajuan kebendaan yang diciplak daripada tamadun Islam secara tidak sempurna, menyebabkan lahirnya fahaman sekulerisma yang memisahkan kehidupan daripada agama yang dibawa oleh para Nabi dan Rasul. Sebenarnya barat sudah menyeleweng daripada ajaran sebenar yang dibawa oleh para Rasulullah A.S.(termasuk Nabi Isa A.S). Adapun umat Islam yang lemah dijajah setelah meninggalkan ajaran Islam, ikut tenggelam bersama penjajah yang telah sesat itu. Walaupun masih lagi menganut Islam, tetapi tanpa kerajaan Islam yang melaksanakan syariat Islam yang adil. Kebanyakan penganut Islam itu tenggelam dalam kejahilan dalam perkara agama mereka sendiri, walau pun masih beribadat dan berakhlak secara peribadi dan keluarga. Keadaan ini berteruasan sehingga setelah mencapai kemerdekaan, tetapi masih tetap berpegang dengan teori dan ideologi barat dalam urusan politik, ekonomi dan lain-lain, samaada kalangan pemimpin atau sebahagian besar rakyat . Mutakhir ini pula muncul kesedaran Islam dikalangan penganut Islam, selepas mencapai kemerdekaan dan setelah terpengaruhnya umat islam dengan serangan pemikiran dan ideologi barat. Penjajah barat itu sudah meninggalkan tanahair kita, namun diganti pula oleh penjajah tempatan dikalangan sebangsa dan satu bahasa. Akhir-akhir ini berlaku kejatuhan sistem lama warisan penjajah dinegara arab, juga sebelumnya berlaku kejatuhan Suharto di-Indonesia, namun kesannya masih terikat dengan banyak cabaran yang menghalang penyelesaian terhadap masalah umat . Disana pula terserlah tanda-tanda menunjukkan bahawa tentangan terhadap Islam terus berlaku, dalam media, sehinggalah secara politik, ekonomi dan ketenteraan, disertakan dengan perancangan baru yang diatur bagi menghadapi dan memesongkan kesedaran Islam dan kemahuan kepada perubahan bersama Islam. Perancangannya diatur supaya kesedaran Islam disesatkan daripada cara Islam yang betul. Percayalah bahawa cahaya petunjuk Islam tidak boleh dipadamkan oleh segala usaha samaada melalui lisan atau tulisan, secara dibaca dan ditonton, kerana Allah memberi jaminan akan memelihara cahaya petunjuk Islam, walau pun dibenci oleh musuhnya dikalangan musyrikin. Allah menjanjikan bahawa cahaya Islam akan sampai keseluruh pelosok dunia dan dimana adanya siang dan malam. Kita dapat menyaksikan berita bahawa kesedaran juga boleh berlaku dikalangan musuh Islam, khsusnya kalangan terpelajar dan penyelidik yang ingin tahu, walaupun diliarkan dengan propaganda mengeliru dan menakutkan sehingga tercetusnya istilah Islamofobia. Perlu disedari bahawa dikalangan umat Islam juga adanya kalangan syaitan yang cuba mengelirukan kesedaran Islam yang lahir, supaya umat islam menjadi ragu dan sesat daripada ajaran Islam yang sebenarnya. Samaada dengan cara lama yang menyesatkan iaitu dengan mempertahankan konsep sekulerisma yang memisahkan Islam daripada urusan kehidupan duniawi manusia seperti politik, ekonomi, pendidikan dan lain lain dalam, atau dengan cara mengelirukan, seperti teori sekulerisma Islam iaitu menegakkan Negara Islam tanpa pelaksanaan syariatnya bagi memenuhi hasrat masyarakat antarabangsa yang masih dipengaruhi oleh politik kuasa besar yang menghalang segala bentuk perubahan kearah Islam, kerana dianggap pencabar kepada pengaruh penjajahan yang didukung oleh mereka . Sekiranya kita membuka Kitab Al Quraan, didapati surah pertama ialah Al Fatihah, yang wajib dibaca tiap-tiap rakaat ketika sembahyang wajib dan sunat, termasuk sembahayang jenazah yang tidak ada rakaat. Surah ini dimulakan dengan menyebut nama-nama Allah dengan memuji dan menyerah diri kepadanya. Selepasnya berdoa supaya diberi petunjuk kejalan yang betul, dengan lafaz jamaa (secara beramai-ramai) walaupun bersembahayang seorang diri. Ini menunjukkan betapa perlunya memohon diberi petunjuk daripada Allah agar mengenali dan mengikut yang betul dan benar. Perkara ini ditafsirkan oleh Hadith riwayat Imam Ahmad : Pada satu hari Rasulullah S.A.W. menunjukkan kepada para sahabat (umat) dengan memegang sebatang kayu , lalu digaris diatas tanah , garis yang lurus dan bersabda : "Inilah satu-satunya jalan yang betul (Islam)" . Seterusnya digaris kanan dan kiri , cabang-cabang yang banyak , dan bersabda: "Ini pula jalan-jalan yang ada di-setiap kapalannya syaitan yang menggoda mengajak supaya bersamanya". Kemudian menyebut firman Allah : 153. Dan bahawa sesungguhnya Inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan (menyesatkan) kamu dari jalan Allah, dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa". (Al-An'am:153) Gangguan syaitan supaya was-was daripada jalan yang betul bukan sahaja berlaku ketika bersembahyang, malah boleh berlaku dalam semua amalan Islam, khususnya dalam perjuangan menegakkan sistem yang adil dalam memerintah Negara atau perjuangan politik yang diletakkan sebagai amanah terbesar daripada ajaran Islam . Firman Allah : "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat". (An-Nisa:58) Rasulullah S.A.W meletakkan pemimpin yang adil adalah yang pertama daripada tujuh orang yang mendapat perlindungan Allah pada hari kiamat nanti. Rasulullah S.A.W juga menghimpunkan dakwah bersama perjuangan menegakkan Negara. Baginda seterusnya memilih hijrah, kerana menegakkan keadilan terhadap semua dengan mendapat kuasa kepimpinan Negara agar dapat melaksanakan syariat Allah yang adil dalam memerintah serta dengan menolak tawaran daripada para pemimpin Makkah untuk dilantik menjadi raja dan diberi harta . Dengan tegas menyatakan kepada bapa saudaranya Abu Tolib: "Wahai bapa saudara kesayanganku !, Kalau sekiranya diletakkan matahari dikananku dan bulan dikiriku supayu aku meninggalkan urusan menegakkan agama ini, sehingga dimenangkan oleh Allah atau aku mati kerananya , nescaya aku tidak meninggalkan urusan ini ". Oleh itu fahamilah , bahawa menegakkan syariat Allah yang adil dengan kefahaman yang betul, kuasa pemerintahan dan kebijaksanaanya adalah wajib mengikut landasan yang betul. Adapun teori Sekulerisma Islam, atau Islam tanpa kuasa politik, atau menegakkan Negara Islam tanpa menegakkan syariatnya atau menafikan pelaksanaan syariatnya adalah was-was syaitan yang wajib dipohon perlindungan Allah daripadanya . Pelaksanakan syariat pula hendaklah dengan feqahnya (kefahaman cara melaksanakan hukum dengan adil ), dengan segala ilmu yang berkait dengannya. Pelaksanaan syariat tanpa feqahnya, boleh memburukkan wajah keadilan hukum Islam. Pelaksanaan Islam dengan faham dan betul (feqah) termasuk juga dalam hukum Islam yang wajib dipelajari. Feqah bukan sahaja dalam perkara ibadat, bahkan dalam seluruh ajaran Islam. Aqidah, Syariat, Akhlak dan sistemnya yang menyeluruh sehingga melibatkan politik , ekonomi , dakwah dan jihad menegakkannya. Maka Allah mewajibkan adanya sebahagian daripada umat Islam yang mendalami ilmu Agama Islam yang luas dengan Feqah (kefahamannya). Firman Allah : Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam (Feqah atau faham) ilmu yang dituntut dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; Mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah)". (At-Taubah:122) Berlakunya perbezaan mazhab dalam perkara cabang bukannya perkara dasar iaitu dalam perkara yang tidak ada nas yang disebabkan berbeza sebab dan realiti dan situasi dalam masyarakat yang ada perbezaan. Sehingga para ulama dahulu dan kini yang mendalami ilmu Islam, menunjukkan Islam adalah agama paling sesuai dalam semua zaman, tempat dan keadaan, sama dalam perkara tetap atau berbeza dan berubah dalam masyarakat manusia yang bersifat madani. Islam juga mampu menghadapi cabaran masyarakat majmuk yang berlaku pertembungan yang paling mencabar dan sengit, tetapi menanganinya dengan adil terhadap semua . Firman Allah : "Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengah yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat ibadat kaum yahudi serta gereja-gereja (kaum Nasrani), sembahayang-sembahayang dan juga masjid-masjid (orang Islam) Yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya)". (Al-Haj:40) Begitulah keadilan Islam mampu menangani masyarakat majmuk berbagai bangsa dan agama, dengan konsep dakwah tidak ada paksaan dalam agama. Keadilan Islam itu pula merangkumi seluruh kehidupan manusia dan alam sekelilingnya, dibumi tempat berpijak dan langit tempat berteduh. Ajaran Islam meluas daripada daratan, lautan sehinggalah ke angkasa lepas. Dengan konsep kesaksamaan dan pertimbangan yang adil. Semuanya berada dengan sempurna dalam Islam, tidak ada dalam ajaran yang lain daripadanya. Maka Allah berfirman : "Dan sesiapa yang mencari anutan selain Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak termasuk dari orang-orang Yang rugi". (Al-'Imran:85) Sekian , Terima kasih . وآخر دعوانا أن الØمد لله رب العالمين . Abdul Hadi AwangPresiden PAS. Istanbul Turki | Politik dan amanah Posted: 25 Nov 2013 10:53 AM PST - YB DATO' SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG
Golongan yang banyak terlibat dalam melaksanakan hukum adalah golongan politik yang memerintah negara. Mereka bertanggungjawab mengurus ummah dalam segala bidang. Allah menyebutnya bersama dengan adil dan amanah. Hal ini menunjukkan politik Islam yang sebenar adalah memerintah dengan adil mengikut hukum Allah. Melantik pemimpin yang menunaikan kewajipan ini dikira amanah paling besar dalam Islam dan menasihati pemimpin yang zalim adalah jihad paling afdal.Menurut Abu Hurairah (mafhumnya), "Suatu ketika, Nabi Muhammad sedang berbicara dengan para sahabatnya, tiba-tiba datang seorang Badwi bertanya, 'Bilakah berlakunya kiamat?' Lantas Nabi Muhammad menjawab, 'Apabila dihilangkan amanah.' Dia bertaanya lagi, 'Bagaimanakah dihilangkan amanah itu.' Nabi Muhammad menjawab, 'Apabila diserahkan urusan kepada orang bukan yang ahlinya (yang tidak layak).'"Jelasnya, urusan pemerintahan hendaklah diserahkan kepada individu yang layak daripada segi iman, ilmu dan akhlak yang baik bukannya kerana dipengaruhi oleh hubungan keluarga, timbunan harta apatah lagi ugutan, bukan juga dilantik dengan cara kotor seperti cara paksaan, menipu dan rasuah.Abu Hatim melaporkan, Nabi Muhammad bersabda (mafhumnya), "Jihad yang paling baik ialah bercakap benar di hadapan pemimpin yang zalim."Hadis ini adalah hadis sahih, hadis yang menyebut bahawa 'jihad paling baik bermaksud jihad melawan hawa nafsu' menurut sebahagian sarjana, hadis itu termasuk dalam kategori hadis yang lemah (dhaif) dan ada pula yang menegaskan ia adalah hadis palsu. Sebenarnya ia bukan hadis, tetapi merupakan kata-kata seseorang yang bermana Ibrahim bin 'Ablah.Begitupun tidak dinafikan jihad melawan hawa nafsu adalah jihad yang besar, namun begitu kewajiban yang lebih besar dalam agama islah sifat amanah yang ditetapkan Allah dalam kitab-Nya. Mereka yang zalim dan tunduk atau bersikap diam terhadap kezaliman adalah orang yang kalah melawan hawa nafsunya.lslam mendahului demokrasi Barat, memberi hak kepada rakyat memilih pemimpin yang layak dan haram patuh kepada pemimpin yang zalim. Allah menyatakan dalam kitab-Nya, yang bermaksud:"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan." (Surah Hud : ayat 113)Pembaharuan daripada demokrasi purba yang diwarisi oleh Barat daripada tamadun Athens sebelum Masihi melahirkan demokrasi moden dalam dunia Barat. Pembaharuan ini berlaku akibat pengaruh daripada tamadun Islam hasil hubungan Barat dan Islam melalui hubungan dagang, diplomatik dan penjajahan.Pergaulan Barat dengan dunia Islam menyebabkan berlakunya perubahan minda, bukan sahaja dalam bidang sains tetapi juga bidang politik dan lain-lain. Hukum-hukum Islam mempengaruhi politik Barat apabila kitab-kitab karangan para sarjana menjadi kajian orang Barat. Bahkan tulisan tulisan para sarjana Islam masih di simpan di negara-negara barat sehingga ke hari ini dan terus menjadi bahan kajian.Dalam Islam, nasihat adalah unsur penting dan menjadi kewajipan setiap orang. Nabi Muhammad pernah bersabda (mafhumnya), "Agama itu nasihat."Para sahabat bertanya, "Untuk siapa?"Baginda menjawab, "Untuk Allah, untuk Rasul-Nya, untuk para pemimpin dan untuk seluruh umat Islam."Nasihat adalah ajaran Allah dan contoh daripada Nabi Muhammad SAW sendiri, ia menjadi kewajiban kepada semua peringkat umat Islam. Nasihat itu perlulah sentiasa terpelihara, tidak hanyut, teguh dan anjal kerana berpaksikan ajaran Islam yang bebas daripada kelemahan manusia dan berpaksikan akal yang mendapat petunjuk Allah.Khalifah Abu Bakar memberikan ucapan pertama sesudah dilantik menjadi khalifah selepas wafatnya wafatnya Nabi Muhammad SAW; "Saya dipilih menjadi pemimpin kamu, padahal saya bukanlah orang yang terbaik di kalangan kamu. Sekiranya saya berlaku baik tolonglah saya, sekiranya saya berlaku buruk perbetulkan saya. Benar adalah amanah, bohong adalah khianat. Orang yang kuat dalam kalangan kamu adalah lemah di sisiku, sehingga aku ambil daripadanya tindakan (sekiranya berlaku zalim) dan orang yang lemah di kalangan kamu adalah kuat di sisiku, sehingga aku kembalikan haknya (yang dizalimi). Sesungguhnya sesuatu kaum yang meninggalkan jihad, Allah timpakan bencana menyeluruh ke atas mereka. Taatlah kepada saya selagi saya taat kepada Allah dan Rasul, sekiranya saya menderhakai Allah dan rasul, maka jangan lagi mentaati saya."Demokrasi Barat jelas mempunyai kelemahannya, apabila pengkaji Barat hanya mengambil sebahagian daripada hukum Islam dengan memisahkan politik daripada agama dan akhlak Islam. Mereka mengambil hukum politik dengan meninggalkan aspek rohani daripada agama Islam yang sempurna, dengan kata lain mereka mengambil hukum dengan meninggal aspek iman dan akhlak yang berkait dengan perhitungan dosa dan pahala, serta balasan pada hari akhirat.Islam adalah agama menyeluruh secara sempurna tanpa mengira kaum, tempat dan keadaan. Dalam perkara rukun dan fitrah Islam menyatakan melalui ayat-ayat dengan jelas. Manakala dalam perkara kehidupan dan kemasyarakatan yang boleh berubah dan berbeza Islam menyatakannya dengan ayat-ayat umum. Manusia mendapat keizinan bagi menggunakan akal dan kebijaksanaan.Dalam soal kebijaksanaan, Nabi Muhammad bersabda (mafhumnya), "Kebijaksanaan itu laksana barang tercicir kepunyaan orang yang beriman, di mana sahaja dia bertemu hendaklah dia memungutnya."Dasar ini menjadi pegangan para Khulafa Rasyidin dan sahabat yang dilantik menjadi khalifah selepasnya. Seterusnya menjadi amalan wajib kepada pemimpin kerajaan Islam di sepanjang zaman. Maka sesiapa yang tidak berpegang dan beramal dengannya dikira berdosa dan menyeleweng daripada agama Islam kerana tidak mengikut jejak langkah Nabi Muhammad dan mengambil teladan daripada generasi awal kerajaan Islam.Banyak perkara-perkara baik yang diamalkan sebelum Islam sama ada daripada masyarakat lain, Nabi Muhammad dan para Khulafa Rasyidin. Antara contohnya, perutusan surat kepada raja-raja dengan menggunakan cop mohor bagi menyatakan pengesahan daripada sesebuah kerajaan.Permuafakatan dengan semua pihak sering dilakukan termasuk daripada kalangan bukan Islam bagi membela orang yang dizalimi dan menentang kezaliman. Khalifah Umar al-Khattab menggunakan sistem imbuhan atau gaji yang diamalkan oleh kerajaan Parsi, memakai mata wang Islam dan lain-lain ditiru daripada masyarakat bukan Islam. Sikap terbuka yang adil dan istiqamah ini menjadikan Islam agama yang diterima oleh seluruh manusia dengan rela hati.Kepimpinan negara Islam tidak dikongkong oleh bangsa Arab selama-lamanya. Apabila bangsa Arab mengalami kelemahan, ketua negara bertukar kepada bangsa yang lebih kuat berpegang kepada Islam, ilmu dan akhlak. Allah menegaskan dalam al Quran yang bermaksud: "Jika kamu berpaling (daripada ajaran Islam) nescaya Dia (Allah) menukar kaum yang lain daripada kamu, kemudian mereka tidak seperti kamu." (Surah Muhammad : ayat 38)Amanah menerajui kerajaan Islam selepas kelemahan Bangsa Arab diambil alih oleh bangsa Kurdi, Turki dan lain-lain apabila bangsa itu menganut Islam dan lahir dalam kalangan mereka tokoh-tokoh yang berwibawa. Kerajaan Islam dapat dijatuhkan apabila pemimpinnya zalim dan tidak beramal dengan Islam.Khalifah Umar dalam salah satu ucapannya berkata, "Kita adalah kaum yang diberi kemuliaan dengan Islam, sekiranya kita mencari kemuliaan dengan cara yang lain daripada pemberian Allah kepada kita, nescaya Allah jadikan kita hina."Dalam sejarah Islam, pemimpin negara terdiri daripada pelbagai bangsa yang menganut Islam. Bahkan keturunan hamba abdi yang berjaya dihapuskan dalam masyarakat Islam pernah muncul sebagai pemimpin dan sarjana terbilang dalam negara.Islam tidak boleh menerima kelemahan dalam demokrasi Barat yang berdasarkan sekularisme, memisahkan politik daripada agama seperti hilangnya aspek rohani, iman dan akhlak mengikut perhitungan dosa dan pahala dalam amalan politik. Kelemahan yang lahir daripadanya sangat nyata apabila berlakunya penyalahgunaan kuasa dalam pemerintahan demokrasi Barat. Lahirnya rasuah politik melalui wang dan jawatan, penipuan dan lain-lain.Kadang-kadang demokrasi Barat memberi kuasa kepada pemimpin atau kumpulan tertentu sehingga boleh melakukan perkara di luar kemampuan manusia, dan adanya kumpulan yang tidak boleh dikritik oleh ahli parlimen. Dalam amalan politik Islam, hanya Allah sahaja yang tidak boleh dipersoalkan. Para Rasul yang dilantik oleh Allah pula hanya mempunyai keistimewaannya dalam perkara-perkara tertentu. Manakala para sahabat pula mendapat keizinan memberi pendapat dalam urusan duniawi yang bergantung pada pengalaman hidup yang sentiasa mengalami perubahan.http://www.tarbawi.my | Tahniah dan syabas kepada Negara Brunei Darussalam Posted: 25 Nov 2013 10:47 AM PST Setinggi-tinggi tahniah dan ucapan syabas kepada Negara Brunei Darussalam dan khususnya kepada Sultan Haji Hassanal Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien, dengan diiringi doa sepenuh harapan kepada Allah SWT agar terus dipelihara dan diberkati Negara, Raja dan rakyatnya, kerana perisytiharan pelaksanaan Syariat menerusi Kod Panel Syariah. Semua di antara kita menyedari bahawa pelaksanaan undang-undang jenayah Islam adalah paling mencabar dan menjadi sasaran fitnah musuh Islam yang datang daripada seluruh penjuru dunia. Ucapan yang wajib diberi oleh setiap orang yang beriman dan budiman, yang ikhlas kepada Allah dan mahu menyelamatkan manusia serta menanti hari Akhirat yang diimani. Hukum itu adalah daripada Allah, Pencipta Alam Yang Maha Mengetahui, Maha Bijaksana dan Maha Adil. Bukannya ciptaan manusia iaitu makhluk yang tetap ada kelemahannya, termasuk ketua negara dan para penggubal undang-undang. Tegasnya bahawa menggubal undang-undang yang lain daripada ketetapan Allah adalah syirik dosa besar di sisi Allah, kerana mencabar sifat ketuhanan Yang Maha Suci daripada segala kelemahan dan persamaan dengan makhluknya. Mengadakan undang-undang ciptaan manusia dalam perkara yang telah menjadi ketetapan Allah bermakna mencabar ketuhanan dan sifatnya Yang Maha Mengetahui, Maha Bijaksana, Maha Adil dan Maha Rahmat. Melanggari ketetapan Allah juga merosakkan peraturan alam yang telah ditetapkan oleh Allah Penciptanya secara saksama. Wahai kalangan mereka yang mengaku pejuang hak asasi manusia dari seluruh pelusuk dunia! Sebenarnya setengah tindakan kamulah yang merosakkan manusia, namun berlagak bijaksana. Mereka sepatutnya merasa malu sekiranya mereka menyuluh diri mereka sendiri. Bandingkan undang-undang jenayah syariat Islam dengan hukuman yang kamu reka cipta itu : gantung mencekek leher, menggunakan tali, hukuman sebatan menyeksa yang masih diamal di negara kamu, sebatan yang menyeksakan sehingga mencabut kulit dan daging orang yang dihukum, belum lagi penyeksaan sehingga ada yang mati dalam tahanan ketika soal siasat terhadap orang yang dituduh, yang belum lagi ditentukan kesalahannya. Kepada mereka, berpoligami dengan syarat wajib berlaku keluarga adil adalah kolot, ketinggalan zaman, tidak maju dan salah. Manakala berzina seperti binatang atau menyimpan wanita seberapa ramai tanpa tanggungjawab berkeluarga adalah bertamadun. Menutup aurat khususnya kaum wanita dikira mengongkong hak asasi manusia, tidak kontemporari, mundur, manakala mendedahkan jasad dengan pakaian yang lucah itulah sifat manusia yang sebenar, bahkan ada negara yang bertelanjang adalah hak asasi manusia. Menggunakan wanita menjadi bahan iklan barangan dengan pakaian yang mendedahkan jasad dikira bersopan. Bagi mereka menghalalkan riba menindas golongan terdesak adalah rukun ekonomi, manakala mengharamkannya adalah penghalang kemajuan. Cukuplah bagi umat Islam setelah mendengar atau membaca segala tuntutan dan bantahan mereka yang menyalak itu, menolak dengan akal yang mulia dan cahaya Islam yang terang lagi bersuluh dengan membezakan di antara benar dan salah, hak dan batil. Hendaknya jangan ada kalangan umat Islam, orang yang masih tidur dalam cahaya Islam yang dianutinya, sehingga mengigau bersama mereka yang berada dalam kegelapan yang menyesatkan. Ramai kalangan mereka beranggapan, apabila undang-undang Islam hanya Qisas dan Hudud dikuatkuasakan, maka ramailah orang yang menjadi mangsanya, sehingga banyak tangan yang dipotong, ramailah orang cacat anggota, dan akan dibunuh sewenang-wenang. Mereka mengira secara spontan dan jahil bahawa undang-undang Islam menjatuhkan hukuman dengan mudah, tanpa membaca syarat dan rukunnya yang sangat ketat dan payah sehingga menjadikan hakim Islam terlalu payah menjatuhkan hukuman. Namun undang-undang Islam adalah sangat menggerunkan, termasuk kepada orang tidak melakukan jenayah, apatah lagi kepada penjenayah dan bakal melakukannya. Jangan pula menganggap orang yang bersalah dibebaskan sewenang-wenangnya kerana ada pula hukuman takzir mengikut kebijaksanaan pihak yang berkenaan dalam perkara yang tidak ada nas. Islam juga mendahulukan cegahan adalah lebih penting daripada mencari penjenayah, dan bertaubat sebelum ke mahkamah adalah lebih afdal. Di negara barat yang mencipta undang-undang manusia, berlaku peningkatan salah laku jenayah dan salah laku sesama manusia bahkan dalam satu keluarga. Medianya sendiri melaporkan kadar jenayah yang parah makin meningkat, bahkan mangsanya yang tidak terfikir oleh manusia yang berakal. Peristiwa mengamuk di sekolah kanak-kanak sudah berulang beberapa kali berlakunya di negara yang disebut paling maju dan paling kaya itu. Keberanian negara umat Islam paling kecil seperti Negara Brunei Darussalam sepatutnya memalukan negara umat Islam juga, yang mengaku paling besar dan paling maju, serta paling kuat Islamnya, tetapi cakapnya tidak serupa bikin. Laksana ayam yang bertelur hanya sebiji tetapi berkukuk riuh sekampung dan badannya pula bergelomang kekotoran. Percayalah bahawa melaksanakan Islam akan tetap membawa berkat kerana ianya adalah janji daripada Allah SWT. PRESIDEN PAS * Surat ucapan tahniah dari Presiden PAS kepada Negara Brunei Darussalam telah diutuskan pada 26 Oktober 2013 bersamaan dengan 21 Dzul hijjah 1434 Hijriah. | Kelantan: Negeri sejahtera, kaya limpah kurnia Allah Posted: 25 Nov 2013 10:44 AM PST Perancang Bandar hendaklah mengetengahkan kembali konsep pembangunan sebagaimana dilaksanakan Rasulullah s.a.w. ketika membangun Kota Madinah. Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, perancangan mengikut kehendak Islam lebih menyeluruh bagi melahirkan kesejahteraan kehidupan manusia. "Cendikiawan dan perancang bandar perlu mencari kaedah terbaik berpandukan konsep Islamic city yang telah ada dalam Islam. "Perancangan juga hendaklah mengambil kira keperluan penduduk miskin. Misalnya keperluan pengangkutan awam hendaklah disediakan dengan lebih teratur dan efisen," katanya pada perasmian sambutan Jubli Emas Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) di Hotel Perdana, semalam. Teks ucapan beliau dibacakan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim. Hadir sama Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah JPBD, Dr Dahlia Rosli dan Kamaruddin Samsuddin serta Pengarah JPBD Kelantan, Mohd Fauzi Zin. Beliau berkata, perancangan mewujudkan Bandar Sejahtera Masa Depan berasaskan prinsip Islam perlu diteroka dan diintegrasi secara menyeluruh. Katanya juga, pembangunan mapan hendaklah mengambil kira nilai sosial, ekonomi dan alam sekitar bagi membangunkan bandar-bandar di negara ini. "Usaha JPBD menjadikan Kelantan sebagai negeri yang sejahtera kaya dengan limpah kurnia Allah SWT hendaklah disokong," katanya. Sebanyak lima kertas kerja dibentang pada seminar tersebut termasuk Pengurus Projek Wilayah Ekonomi Pantai Timur, Raju; Pengarah Institut Pemikiran Tok Guru, Dr Che Samsuddin Mohd Noor dan Pengerusi Eksekutif Portokbali Malaysia, Wan Ahmad Zaheed Wan Mohamad. | Salahuddin, Tuan Ibrahim dan Husam terasa ketiadaan Mahfuz Posted: 25 Nov 2013 10:44 AM PST Ketiga-tiga Naib Presiden PAS sesi 2013-2015 yang dipilih pada Muktamar Tahunan ke-59 yang berakhir semalam tidak dapat menyembunyikan rasa sedih dengan kegagalan Datuk Mahfuz Omar mempertahankan jawatan itu.
Hasrat Mahfuz yang dicalonkan semula untuk mempertahankan jawatan Naib Presiden PAS pada muktamar kali ini tidak kesampaian apabila meraih 504 undi berbanding Salahuddin Ayub yang memperolehi 917 undi, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (849) dan Datuk Husam Musa (520). Seorang lagi calon, Datuk Abu Bakar Chik mengutip 364 undi.
Salahuddin, Tuan Ibrahim dan Husam meluahkan perasaan itu ketika menyampaikan ucapan penggulungan perbahasan ucapan dasar semalam.
Bagi Tuan Ibrahim, beliau merasa sedih dengan kemenangannya yang menyebabkan Mahfuz terlepas jawatan.
"Saya sedih di atas kemenangan saya kerana seorang Naib Presiden (Mahfuz) terpaksa melepaskan jawatan itu kepada saya," ujarnya yang juga Ketua Pnenerangan PAS Pusat sesi lepas.
Begitupun, beliau yang pernah diamanahkan sebagai Naib Presiden PAS pada sesi 2009-2011 menganggap para perwakilan meletakkan gandingan yang dipilih kali ini daripada kalangan aktivis, ulama dan profesional.
Namun, beliau menegaskan, tanggungjawab pendukung PAS adalah untuk memperkemaskan dan memantapkan jentera parti dalam semua sudut untuk melihat ke depan iaitu cabaran besar Pilihan raya Umum ke-14 nanti.
Husam pula melihat Mahfuz yang 'tergelincir' mempertahankan jawatan Naib Presiden PAS sebagai seorang yang banyak idea.
Berbeza pula dengan Mahfuz yang tidak berasa kecewa dengan kegagalan mempertahankan jawatan kerana sudah bersedia dengan jangkaan tewas pada pemilihan kali ini.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, beliau menyiapkan ritual kepada dirinya kalah dalam pertandingan sama ada dalam pilihan raya mahupun parti. | Mesir lulus undang-undang perhimpunan mirip Malaysia Posted: 25 Nov 2013 10:43 AM PST Kerajaan kudeta Mesir telah menguatkuasakan undang-undang baru yang mensyaratkan setiap perhimpunan awam perlu mendapat kebenaran daripada polis, lapor BBC. Undang-undang yang mirip dilaksanakan di negara ini juga menghalang segala bentuk perhimpunan melebihi 10 orang tanpa kebenaran polis. Menurut BBC, undang-undang baru itu digubal bagi membanteras siri-siri bantahan yang dilakukan saban minggu oleh para penyokong presiden Mohamad Morsi yang digulingkan tentera dalam satu rampasan kuasa awal tahun ini. Unjuk rasa yang digerakkan pertubuhan Ikhwanul Muslimin yang diharamkan kerajaan kudeta Mesir telah meragut ribuan nyawa. Lebih 2000 anggota Ikhwan Muslimin termasuk pemimpin utama mereka kini ditahan di penjara Mesir atas pelbagai tuduhan. Morsi sendiri menghadapi perbicaraan atas dakwaan terlibat dalam insiden kematian penunjuk perasaan ketika memegang tampuk kuasa. | Johor tidak wajibkan swasta cuti Jumaat Posted: 25 Nov 2013 10:42 AM PST Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pihak swasta tidak terikat dengan pelaksanaan pertukaran cuti hujung minggu dari Sabtu dan Ahad ke Jumaat dan Sabtu di negeri ini bermula awal tahun depan. "Terpulang kepada pihak swasta untuk mengikutnya atau tidak," katanya kepada pemberita selepas aktiviti gotong royong di Taman Dahlia di sini semalam. Beliau berkata sebelum ini Johor pernah melaksanakan cuti hujung minggu pada Jumaat iaitu sebelum 1994 dan ia dijangka tidak akan memberi kesan besar terhadap ekonomi Johor. Mohamed Khaled berkata sektor perniagaan dan pelaburan tidak akan terkesan secara negatif malah mendapat lebih manfaat kerana pejabat kerajaan negeri beroperasi pada Ahad. "Sebelum ini terdapat rungutan bahawa sektor swasta tidak dapat berurusan dengan jabatan kerajaan negeri kerana kesibukan urusniaga tetapi sekarang dengan pertukaran tersebut kita harapkan mereka akan datang kerana kita akan bekerja pada Ahad," katanya. Sebuah media Singapura, Channel News Asia melaporkan keputusan itu akan menjadikan Johor sedikit kurang menarik untuk pelaburan selain ia tidak tepat pada masanya berikutan kerjasama dalam pelbagai sektor semakin meningkat antara Johor dan republik itu. Mohamed Khaled berkata sememangnya akan ada perbezaan pendapat apabila sesuatu yang baharu dilaksanakan namun yakin ia tidak memberi kesan besar terhadap ekonomi. Kerajaan negeri, katanya akan memaklumkan kerajaan pusat mengenai pertukaran cuti hujung minggu itu sebelum 1 Jan tahun depan. "Ini akan memberi masa untuk kerajaan pusat mengkaji sebelum membuat keputusan sama ada jabatan dan agensi kerajaan pusat akan mengikuti keputusan untuk tidak bekerja pada Jumaat dan Sabtu," katanya. Pertukaran cuti hujung minggu itu dititahkan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada majlis Doa Kesyukuran, Majlis Terimaan, Majlis Menghadap Takzim dan Majlis Darjah dan Pingat sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di Muar kelmarin. - Bernama | Malaysia jadi pusat transit seludup warga asing Posted: 25 Nov 2013 10:42 AM PST Rakyat asing terutama dari negara yang berhadapan krisis ketidakstabilan politik dan ekonomi sanggup membayar sehingga US$10,000 bagi setiap perjalanan untuk diseludup ke negara destinasi. Itu yang didedahkan pegawai kanan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ketika ditemu bual Bernama baru-baru ini. Kos antara US$5,000 hingga US$10,000 yang dibayar itu adalah untuk perjalanan mereka yang datang dari negara seperti Afghanistan, Pakistan, China dan Bangladesh menggunakan laluan air untuk ke negara destinasi iaitu Australia dan Kanada. Pengarah Cawangan Siasatan Jenayah APMM Laksamana Pertama Maritim Datuk Zulkifili Abu Bakar berkata kebanyakan mereka memang dengan rela membenarkan diri mereka diseludup oleh sindiket ke negara lain dengan tujuan mendapatkan kehidupan lebih baik, selesa dan mewah berbanding negara asal. "Kos yang tinggi itu dikenakan memandangkan perjalanan haram mereka ini jauh dan sukar serta melibatkan beberapa kali transit sebelum tiba di negara destinasi seperti Australia dan Kanada," katanya. Beliau berkata bagi perjalanan ke Kanada mereka menjadikan sama ada Malaysia atau Thailand sebagai transit manakala untuk perjalanan ke Christmas Island, Australia biasanya Malaysia atau Indonesia akan dijadikan sebagai transit. "Bagaimanapun sekiranya mereka diseludup terus dari negara asal ke negara transit kosnya mungkin lebih murah. Begitu juga dengan warga Rohingya atau Indonesia yang diseludup masuk ke negara (Malaysia) hanya memerlukan sekitar RM500 hingga RM1,000," katanya. Zulkifili berkata berdasarkan soal siasat secara rawak dan perkongsian maklumat dengan Australian Border Protection Command (ACBPS) dalam kerjasama operasi membanteras pemerdagangan orang, tiga daripada 10 pendatang asing yang ditahan menyatakan mereka datang ke Australia melalui Malaysia dan Indonesia mengikut jalan darat, laut dan udara. "Sindiket ini juga dilihat menggunakan kelebihan visa semasa ketibaan (VOA) dan Pas Lawatan Sosial bagi kemudahan kemasukan warga asing melalui pintu masuk yang sah yang hanya memerlukan passport dari negara asing untuk membolehkan seseorang berada di Malaysia dari tempoh 15 hari hingga 90 hari," katanya. Beliau berkata dalam menjalankan aktiviti penyeludupan manusia, kebiasaannya sindiket akan menggunakan bot fiber dilengkapi tiga enjin dengan kelajuan 30 knot hingga 35 knot dan ada juga yang menggunakan bekas bot nelayan yang telah diubah suai. Zulkifili berkata kebiasaannya mereka yang diseludup akan ditempatkan di negara transit sehingga 90 hari untuk tujuan dokumentasi atau menguruskan perolehan status pelarian bagi memudahkan mereka dibawa masuk ke negara destinasi. "Sepanjang tempoh itu mereka ini akan berada di negara transit dan tidak bekerja bagi mengelakkan dikesan atau ditangkap malah ada yang ditempatkan di kawasan yang sukar dijejaki pihak berkuasa. Dalam kejayaan operasi terbaru APMM, dua pasangan suami isteri rakyat Afghanistan dan tiga kanak-kanak yang cuba diseludup keluar dari Malaysia ke Indonesia menggunakan bot pancung diberkas di perairan Kuala Sepang Kecil Selangor. Berdasarkan statistik Majlis Anti Pemerdagangan Orang (Mapo) sejak 2011, sebanyak 106 kes penyeludupan migran direkod dengan 28 kes daripadanya disiasat oleh APMM iaitu masing-masing lima kes pada 2011, 15 kes tahun lepas dan lapan kes sehingga Oktober tahun ini. Mapo turut merekodkan 680 kes pemerdagangan orang yang telah disiasat agensi penguatkuasa dari 2008 hingga Oktober tahun ini dengan tujuh daripadanya disiasat oleh APMM iaitu enam kes pada 2010 dan satu kes pada 2011. - Bernama | Pusat pemindahan banjir kurang sesuai, tidak selesa Posted: 25 Nov 2013 10:41 AM PST Kerajaan tidak bercadang untuk membina pusat pemindahan khas untuk mangsa banjir sebaliknya akan terus menggunakan premis sekolah seperti biasa sebelum ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, penggunaan premis sekolah sebagai pusat pemindahan adalah menjadi kebiasaan selain untuk memanfaatkan prasarana awam. "Pusat khusus pemindahan adalah belum wajar kerana melibatkan implikasi kewangan yang besar," katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini. Bahkan, dalam penjelasan itu, Shahidan percaya pusat khas pemindahan itu akan digunakan untuk tujuan lain selepas musim banjir. Jelasnya, kerajaan tidak perlu membina tempat baru sebaliknya perlu memperbaiki tempat yang sedia ada. Terdahulu, Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusof mengemukakan soalan meminta Perdana Menteri menyatakan cadangan pembinaan pusat banjir yang tetap di kawasan berisiko tinggi berlaku banjir setiap tahun kerana penggunaan bangunan sekolah untuk dijadikan pusat pemindahan menyebabkan banyak kelengkapan sekolah rosak dan hilang. Zailah dalam soalan tambahannya, berkata pusat pemindahan seperti surau, dan dewan orang ramai di kawasannya yang telah uzur tidak sesuai dijadikan pusat pemindahan yang terpaksa menampung kapasiti mangsa banjir yang besar. "Apabila mangsa banjir ini melibatkan ibu bersalin, warga emas, orang tua yang uzur, tempat ini tidak selesa buat golongan ini. "Apatah lagi, apabila tempat yang terhad dan sempit menyebabkan wanita dan lelaki bercampur,"katanya. Beliau turut membidas kerajaan yang mahu membina pagar di sempadan sedangkan keperluan utama adalah tebatan banjir yang boleh dijadikan serampang dua mata. | Malindo Air digesa sambung semula penerbangan ke Miri Posted: 25 Nov 2013 10:41 AM PST PAS Sarawak menggesa Malindo Air menyambung semula penerbangan ke Miri agar ianya memberi kemudahan kepada penumpang untuk memilih penerbangan yang murah serta memberi perkhidmatan terbaik untuk mereka. Di samping itu, kata Timbalan Pesuruhjayanya, Jofri Jaraiee nasib pekerja Malindo Air yang telah dipindahkan juga boleh balik semula dan dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada penumpang yang ingin melancong ke dalam dan luar negara dengan tambang murah yang berpatutan. "Lebih banyak syarikat penerbangan yang menawarkan tambang murah, maka lebih banyak pilihan untuk penumpang memilih yang perkhidmatan terbaik untuk mereka," ujarnya yang juga Yang Dipertua PAS Miri dalam satu kenyataan. Kenyataan penuh beliau seperti di bawah. Malindo Air yang menggantung sementara penerbangan dari Kuala Lumpur ke Miri sehingga kini masih belum lagi menyambung semula penerbangannya ke Miri. Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chandran Rama Muthy dalam akhbar tempatan beberapa bulan yang lalu berkata: "Kami hanya melakukan penjadualan sementara dan penstrukturan semula perkhidmatan kami. Kami tidak menggantung laluan selama-lamanya tetapi hanya (sementara) mulai 1 – 15 Nov. Mudah-mudahan menjelang 15 Nov, kita boleh meneruskan perkhidmatan kami ke Miri". Sehingga kini janji pihak Malindo Air untuk menyambung semula penerbangan ke Miri masih dinanti-nantikan oleh orang ramai yang ingin menggunakan tambang murah dari Kuala Lumpur ke Miri masih tidak kesampaian. Alasan pihak Malindo Air kerana kurang penumpang adalah alasan yang tidak begitu realistik sebab Miri merupakan pusat atau bandaraya peranginan yang menerima kunjungan pelancong yang ramai dari dalam dan luar negara. Masalahnya bukan kurang penumpang tapi mungkin pihak Malindo Air kurang promosi untuk menarik penumpang dan tidak ada kemudahan untuk menarik penumpang menaiki pesawatnya. Kementerian Pelancongan Sarawak menyasarkan peningkatan jumlah kedatangan pelancong sebanyak 12 peratus bagi tahun 2014 berbanding 4.1 hingga 4.2 juta tahun ini. Bagi menampung bilangan pelancong yang semakin meningkat, kementerian pelancongan akan berusaha menambahkan bilangan pesawat dan terbaharu pada 7 Disember depan sebuah pesawat AirAsia baharu akan memulakan penerbangan bagi laluan dari Miri ke Manila. Sepatutnya Malindo Air menggunakan kesempatan promosi Tahun Melawat Sarawak 2014 sebagai peluang meningkatkan penerbangannya ke seluruh Sarawak terutama Miri. Lapangan terbang Miri juga akan dinaiktarafkan sebagaimana dalam bajet 2014, ini adalah peluang yang lebih luas untuk syarikat penerbangan mempromosi dan menarik pelancong dari dalam dan luar negara untuk mencapai sasaran peningkatan pelancong ke Sarawak. Kita menggesa pihak pengurusan Malindo Air dapat menyambung semula penerbangannya ke Miri Sarawak agar ianya memberi kemudahan kepada penumpang untuk memilih penerbangan yang murah serta memberi perkhidmatan terbaik untuk mereka. Di samping itu, nasib pekerja Malindo Air yang telah dipindahkan juga boleh balik semula dan dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada penumpang yang ingin melancong ke dalam dan luar negara dengan tambang murah yang berpatutan. Lebih banyak syarikat penerbangan yang menawarkan tambang murah, maka lebih banyak pilihan untuk penumpang memilih yang perkhidmatan terbaik untuk mereka. | Anwar akui Abdul Khalid pemimpin jujur Posted: 25 Nov 2013 10:40 AM PST Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai seorang pemimpin yang jujur sepanjang menerajui kerajaan negeri dan tidak pernah mengambil kesempatan untuk mengumpul kekayaan diri sepanjang menjawat jawatan itu. Malah pentadbiran Abdul Khalid masih cemerlang berbanding pentadbiran kerajaan negeri di bawah BN, ujar beliau seperti dilapor Selangorkini. Anwar menambah, tegurannya kepada Abdul Khalid bertujuan menambah baik pentadbiran kerajaan negeri supaya lebih mengutamakan golongan yang memerlukan. "Teguran itu mungkin kerana kita terlanjur dan lupa bahawa di bawah pemerintahan Selangor terdapat pimpinan, kewangan serta pembaziran jauh lebih terkawal. Perbezaannya terlalu jauh kalau diteliti akaun pengurusan ekonomi zaman BN dengan Pakatan Rakyat (PR)," katanya. Anwar berkata demikian dalam ucapan penggulungannya Kongres Nasional Khas 2013 di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor, dekat sini, semalam. Turut hadir dalam kongres berkenaan adalah barisan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan 885 anggota perwakilan PKR seluruh negara. Perwakilan yang hadir sebulat suara meluluskan beberapa pindaan kepada perlembagaan parti yang akan dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk disahkan. Sebelum ini, Anwar memberi teguran kepada Abdul Khalid kerana kerajaan negeri gagal menggunakan rizab negeri bagi membantu golongan yang memerlukan di Selangor. Anwar berkata, Abdul Khalid antara pemimpin PR yang berfikiran terbuka dan sentiasa mengambil teguran ke atas dirinya. "Saya tegur sebagai seorang sahabat dengan memuji rekod yang baik, tetapi ada beberapa yang perlu diperbaiki," katanya. | Tak perlulah guna lilin, tapi tunjuklah nak berjimat Posted: 25 Nov 2013 10:39 AM PST Tidak ada sesiapa menafikan bahawa Seri Perdana adalah kediaman Perdana Menteri dan sesiapa yang menjadi Perdana Menteri berhak tinggal di situ. "Persoalan yang dibangkitkan ialah kenapa bil elektriknya terlalu tinggi sedangkan di ketika yang sama hutang negara makin tinggi dan rakyat diminta berjimat cermat? Tidak bolehkah berjimat sedikit?" tanya penulis Shahbudin Husin di dalam blognya. Ini, katanya kerana ramai yang tahu bahawa bil elektrik di Seri Perdana tidaklah terlalu tinggi ketika Mahathir dan Pak Lah tinggal di sana. "Kenapa hanya sekarang bilnya tinggi? Adakah tiap-tiap malam tetamu luar diraikan di sana? Adakah kenaikan itu kerana banyaknya alat-alat elektrik dan lampu-lampu kristal dipasang di Seri Perdana sejak Najib dan Rosmah tinggal di situ?" tulisnya lagi. Baginya, jawapan Najib bahawa "kalau Presiden China datang, takkan nak makan dengan cahaya lilin" pula ternyata keluar daripada tajuk yang diperdebatkan rakyat. Menurutnya, kalau dalam peperiksaan, jawapan yang keluar tajuk tidak mendapat apa-apa markah. Persoalan rakyat ialah kenapa bilnya terlalu tinggi dan tak bolehkah dikurangkan jumlahnya itu? Baca di sini | Pulau Pinang terus martabatkan Islam Posted: 25 Nov 2013 10:38 AM PST Timbalan Ketua Menteri, Dato' Abdul Rashid Hasnon membidas tuduhan segelintir badan bukan kerajaan (NGO) pro-Umno di negeri ini yang mendakwa kononnya Islam tersisih di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Berucap merasmikan Karnival Cinta Masjid anjuran Masjid Jamek Al Jalal Pajak Song, dekat sini, baru-baru ini, beliau berkata perhatian yang diberikan kerajaan Pakatan Rakyat negeri berhubung hal ehwal Islam jauh lebih baik berbanding era pentadbiran BN. "Kerajaan Pakatan Rakyat tidak sedikit pun meminggirkan agama Islam seperti mana didakwa. Sebaliknya memberikan kebebasan dan menambahkan lagi peruntukan terhadap Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP), " ujar beliau. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Jerjak, berkata di bawah pentadbiran BN, peruntukan tahunan yang diberikan kepada MAINPP adalah di bawah paras RM20 juta berbanding di era pentadbiran Pakatan Rakyat. Malah peruntukan kepada MAINPP, ujarnya ditambah saban tahun dan kini telah mencecah RM60 juta. Abdul Rashid juga berkata, masjid-masjid di negeri ini juga bertambah makmur dengan kuliah-kuliah agama berbanding di era pentadbiran BN yang mengenakan pelbagai syarat kepada penceramah agama. Sementara itu, Timbalan Pengerusi Masjid Jamek Al Jalal Pajak Song, Ustaz Ahmad Subki Abdul Latif ketika ditemui berpuas hati dengan sambutan anak muda terhadap program Karnival Cinta Masjid itu. Sokongan padu masyarakat tempatan, ujarnya memberikan semangat kepada Jawatankuasa Masjid untuk terus melaksanakan program kemasyarakatan. | Kalau dah' toman', pakaikan mahkota pun ia tetap 'toman' Posted: 25 Nov 2013 10:38 AM PST Selalunya kehidupan orang yang baru mendapat nikmat ini hidup mereka kadang kala adalah 'fake' dan tidak natural, tulis Aspan Alias (gambar). "Dalam waktu membuat 'adjustments' dengan keadaan dan situasi baru itu, ia menyakitkan mata dan hati banyak pihak yang bersangkutan dengan orag ramai," tulis beliau di dalam blognya, kelmarin. Kata-kata orang tua dahulu kala ada berbunyi, 'seorang yang berdarah raja itu, jika menjadi buruh pun ia tetap raja, tetapi jika seorang 'toman' (singkek), jika diletakkan mahkota di kepala mereka sekali pun, ia tetap dengan sikap 'toman'nya. Tulisan penuh beliau sebagaimana di bawah. Dulu-dulu orang kampung seperti saya ini pergi sekolah naik bas dan naik bas pula tidak seperti orang di bandar. Saya menaiki bas pada pukul 6.30 pagi tetapi belum tentu sampai ke sekolah jam 8 pagi. Pertamanya ialah kerana bas di kampung selalunya bas yang sudah tua. Kadang kala bukan bas yang membawa kita, sebaliknya kita pula yang terpaksa menolak bas apabila bas melalui jalan lumpur yang tidak ada tar. Sekarang ini zaman lain. Sekarang semuanya sudah ada jalan sampai ke pintu pagar setiap individu terutamanya di negeri-negeri pantai barat di Semenanjung. Kereta pun sudah banyak dan semua jalan adalah jalan tar. Bukan sahaja semua orang pergi ke mana-mana dengan bas dan kereta yang baik, bagi mereka yang pandai terutamanya yang kuat berjuang sebagai 'social climbers' pergi ke mana-mana naik jet peribadi. Kalau tak mampu beli jet sendiri, rakyat ramai yang membayar semua kos itu hingga jutaan ringgit harganya. Kalau di setengah negara pergaduhan berlaku kerana kemiskinan, tetapi sekarang manusia bergaduh kerana barangan dan perkhidmatan yang mewah yang tidak termimpi oleh mereka yang sedang mendapat nikmat besar tadi. Kemajuan peribadi begitu mendadak sehinggakan tidak sempat untuk melatih diri untuk tidak terlalu gelojoh dengan nikmat yang datangnya dari pengaruh politik suami atau isteri masing-masing. Nikmat yang didapati oleh mereka yang belum sempat membentuk diri yang secocok sebagai manusia dalam tahap 'social' yang tinggi, maka terjadi dan terbentuklah situasi dalam mana mereka seperti ini hidup dalam 'glamour' yang keterlaluan. Mereka yang baru masuk dalam kumpulan 'orang kaya baru' ini akan terlajak dalam semua hal dalam proses menyesuaikan diri dengan keadaan baru mereka itu. Berlainan dengan mereka yang sudah tersedia lahir dan hidup dan dibesarkan dalam keluarga yang kaya dan tahap 'social' yang tersedia tinggi. Mereka yang dari kumpulan ini hidup mereka lebih 'natural' dan 'glamour' itu bukan perjuangan atau niat mereka dalam semua langkah kehidupan mereka. Mereka dalam kumpulan ini boleh turun dan boleh naik di mana-mana dan selalunya tidak akan memikirkan hal 'glamour' itu lagi. Mereka dalam kumpulan ini, jika memakai pakaian yang murah pun nampak seperti memakai pakaian yang mahal. Mereka tidak perlu lagi menempelkan imej baru kerana dari lahirnya mereka sememangnya sudah berada di tahap itu. Maka tidak ada risiko memakan dan berbelanjakan wang awam untuk menambah dan menempelkan imej yang mereka mahu masyarakat melihatnya. Mungkin ramai yang tidak faham apa yang saya nyatakan ini tetapi untuk memudahkan kefahaman itu elok kita tengok filem arahan P Ramlee, Ali Baba Bujang Lapuk. Kita boleh belajar banyak nilai kemasyarakatan . Aziz Satar terpaksa belajar cara berjalan sebagai orang kaya setelah terjumpa harta karun yang bertimbun. Aziz berfikir jika sudah jadi kaya cara berjaan pun kena ubah. Aziz menjadi bahan ketawa penonton dan itu adalah satu keadaan yang hakiki yang sedang berlaku dalam masyarakat kita khususnya yang baru mendapat kekayaan dan kedudukan yang tinggi. Selalunya kehidupan orang yang baru mendapat nikmat ini hidup mereka kadang kala adalah 'fake' dan tidak natural. Dalam waktu membuat 'adjustments' dengan keadaan dan situasi baru itu, ia menyakitkan mata dan hati banyak pihak yang bersangkutan dengan orag ramai. Kata-kata orang tua dahulu kala ada berbunyi, 'seorang yang berdarah raja itu, jika menjadi buruh pun ia tetap raja, tetapi jika seorang 'toman' (singkek), jika diletakkan mahkota di kepala mereka sekali pun, ia tetap dengan sikap 'toman'nya. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/ | Umno-Parti Komunis Cina eratkan hubungan Posted: 25 Nov 2013 10:37 AM PST Delegasi Parti Komunis China (CPC) mengunjungi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di pejabatnya di bangunan Parlimen hari ini. Delegasi itu, diketuai Sun Chulan, anggota Biro Politik, Jawatankuasa Pusat CPC, meluangkan masa kira-kira 30 minit dengan Najib, yang merupakan Presiden Umno. Sun yang juga Setiausaha Jawatankuasa Perbandaran Tianjin CPC diiringi, antara lain, Naib Menteri Jabatan Antarabangsa, Jawatankuasa Pusat CPC Zhou Li, Naib Datuk Bandar Tianjin Ren Xuefeng dan Duta Besar China di Malaysia Chai Xi. Duta Khas Malaysia di China Tan Sri Ong Ka Ting, Menteri Wilayah Persekutuan yang juga Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh, turut hadir pada pertemuan itu. Delegasi itu yang tiba di sini semalam, berada di Malaysia sebagai sebahagian pertukaran lawatan antara Umno dan CPC. - Bernama | Wala' dan thiqah kepada kepimpinan baru Posted: 25 Nov 2013 10:37 AM PST Ahli PAS diingatkan agar tidak terperangkap dalam kitaran yang dicipta media musuh dan membawa pemikiran yang cuba diterapkan mereka. Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan, kepimpinan parti sangat berhati-hati apabila berhadapan dengan media arus perdana dan meminta ahli juga tidak sewenang-wenangnya mempercayai laporan mereka berkaitan PAS. "Ada pandangan dari perwakilan tentang kenyataan pimpinan. Kita tegaskan bahawa kita banyak siri perbincangan apa yang berlaku dan harus kita fahami bahawa sumber yang perlu kita rujuk ialah sumber rasmi parti, bukan merujuk kepada sumber lain. "Ada di kalangan kita yang marah pada pimpinan berapi-api, dengan berkata, bukankah kita sudah beritahu jangan beri kenyataan kepada Utusan Malaysia. Ini lidah Umno kenapa pimpinan buat juga kenyataan keluar suratkhabar dalam Utusan Malaysia muka depan, keluar TV3. "Saya tanya dia, pak cik baca di mana? Dia jawab, ini Utusan Malaysia sebut. Rupa-rupanya dia yang percaya Utusan malaysia. Pimpinan kita tak buat kenyataan kepada media musuh tetapi kenapa kita percaya kepada media musuh? "Kita harus akui media perdana berjaya membentuk pemikiran rakyat, membentuk pusingan yang paling bahaya apabila. Apabila kita termasuk dalam kitaran tersebut lalu kita bercakap dengan suara yang disebut media musuh dan kita bawa dalam pemikiran kita. "Saya harap muktamar kita ini marilah kita tutup semua label yang diberi oleh musuh kepada kita. Biduk berlalu kiambang bertaut," kata beliau sewaktu menyampaikan ucapan penggulungan di Muktamar PAS Ke-59 di Stadium Malawati, Shah Alam semalam. Bekas Ketua Penerangan PAS Pusat itu juga mengingatkan bahawa sumber rasmi parti ialah akhbar Harakah dan portal Harakahdaily yang harus dijadikan rujukan pimpinan dan ahli PAS. "Saya jelaskan bahawa media rasmi PAS ialah Harakah dan Harakahdaily dan kita telah berjaya buat peningkatan dalam Facebook Harakahdaily. "Mungkin sebahagian tak menyedari dalam masa 2 tahun setengah follower Harakahdaily daripada 40,000 meningkat kepada 424,141 satu peningkatan yang luar biasa," katanya. Beliau turut mengingatkan ahli agar menerima keputusan perwakilan yang memilih pimpinan baru bagi sesi 2013-2015 dan perlu memberikan kerjasama kepada pimpinan baru. "Kita telah buat keputusan, kita kena wala' kepada keputusan perwakilan. Suka atau tidak suka, terima atau tidak terima setelah keputusan dibuat mari kita taat kepada pimpinan kita dan thiqah kepada pimpinan yang ada," ujarnya. | Jambatan Melaka-Sumatera cuma angan-angan Posted: 25 Nov 2013 10:36 AM PST Kerajaan negeri Melaka tidak menolak kemungkinan akan membina jambatan melintasi Selat Melaka menghubungkan Melaka dan Sumatera. Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron bagaimanapun berkata pada masa ini kerajaan negeri Melaka tidak mempunyai peruntukan dan perancangan khas untuk projek berkenaan. "Kami tidak menolak kemungkinan ia akan berlaku dan boleh berlaku. "Kami dapat bayangkan kalau berlaku, ia dapat mempercepatkan peningkatan sektor ekonomi, pelancongan, perdagangan dua hala dan pengangkutan kedua-dua negara," katanya menjawab soalan Goh Leong San (DAP-Duyong) mengenai cadangan kerajaan membina jambatan berkenaan. Idris berkata isu pembinaan jambatan bernilai RM44 bilion itu dibangkitkan beberapa kali sejak 1996 sekali gus menunjukkan seolah-olah terdapat usaha untuk menjadikan pembinaan jambatan itu satu realiti. Namun katanya pelbagai faktor termasuk kesan alam sekitar, laluan kapal dan bilangan kenderaan yang bakal menggunakan jambatan itu perlu dianalisa dan dikaji terlebih dahulu sebelum projek berkenaan dilaksanakan. Menjawab soalan Khoo Poay Tiong (DAP-Ayer Keroh) mengenai pendirian kerajaan Indonesia berhubung pembinaan jambatan itu, Idris berkata tiada perbincangan serius antara kerajaan dilakukan pada masa ini. "Memandangkan ia masih di peringkat kemungkinan, tiada perbincangan serius tetapi di peringkat badan bukan kerajaan kedua-dua negara, mereka mengharap ia akan berlaku," katanya. Cadangan pembinaan jambatan antara kedua-dua negara mula dibangkitkan pada 1996 oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad semasa beliau bertemu Presiden Indonesia Soeharto, di Kuala Lumpur. Cadangan itu bagaimanapun terhalang oleh krisis ekonomi serantau dan kemudian oleh masalah persekitaran. Projek itu akan melibatkan pembinaan jambatan sepanjang 48.7km dari Teluk Gong di Melaka ke Pulau Rupat di Indonesia dengan tambahan lebuh raya sepanjang 71.2km dari Rupat, iaitu penghujung jambatan itu ke Dumai. - Bernama | Siapa terjun dari bahtera, dia tak selamat - Presiden PAS Posted: 25 Nov 2013 10:35 AM PST Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan seluruh ahli PAS berhati-hati dengan serangan pihak musuh yang cuba memecahbelahkan parti itu. Menganalogikan serangan tersebut sebagai 'gelombang dari luar, yang menghentam bahtera PAS', beliau mahu pemimpin dan ahli PAS semua peringkat tidk terjun dari bahtera ini sekalipun mabuk dilanda gelombang tersebut. "Gelombang dari luar itu cukup kuat, kayuh sama-sama hingga penghujung. Kadang-kadang saya bimbang orang kita mabuk dengan gelombang. Lebih malang yang mabuk itu sampai terjun bahtera. "Jangan terjun bahtera ini. Sesiapapun yang terjun dia tidak akan selamat, termasuk juga ulama," katanya. Beliau berkata demikian semasa membuat ucapan penangguhan di Muktamar Tahunan PAS kali ke-59 semalam. Terdahulu, beliau turut menafikan kewujudan pelbagai aliran pemikiran yang ada dalam PAS yang didakwa sesetengah pihak sebagai membawa kepada perbezaan akidah. Sebaliknya, kata Ustaz Abdul Hadi tuduhan seperti itu hanya ditimbulkan oleh Umno, sedangkan di kalangan ahli PAS hanya berbeza dari segi latar belakang dan bukannya dari segi akidah. "Tiada dalam PAS, Islam liberal, Islam ortodoks atau Islam protestan. Jangan dengar pandangan orang luar," katanya membuat penegasan. Tambahnya, PAS melihat kepelbagaian latar belakang ini sebagai satu kekuatan kepada parti itu dengan berperanan secara kolektif. | PKR gesa tarik balik syarikat monopoli gula Posted: 25 Nov 2013 10:35 AM PST Monopoli gula yang diberikan kepada syarikat yang dikuasai oleh Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary perlu ditarik balik kerana syarikat itu tidak menanggung risiko untung rugi pembeli gula mentah. Menurut Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli risiko untung rugi pembelian gula mentah perlulah ditanggung oleh syarikat pemegang permit import (AP) gula mentah yang dikuasai Syed Mokhtar kerana mereka diberikan monopoli industri gula di Malaysia. Katanya, dalam keadaan Malaysia yang tidak mempunyai ladang dan perusahaan yang mengeluarkan gula mentah, industri gula di negara ini bergantung sepenuhnya kepada import gula mentah dari pasaran antarabangsa. Oleh itu, katanya hanya syarikat yang diberikan AP yang boleh mengimport gula mentah dan monopoli pengilangan dan pembekal gula bertapis. "Kini industri gula dipegang oleh Tan Sri Syed Mokhtar sudah tentu menguntungkan. Sudah jadi lumrah perniagaan bahawa harga bekalan gula turun naik. "Bagi industri ini apabila harga gula mentah naik keuntungan syarikat pengilang gula bertapis akan turun dan sebaliknya apabila harga bekalan gula mentah turun keuntungan syarikat pengilang gula bertapis akan meningkat," katanya yang juga Pengarah Strategi PKR dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini. Rafizi mempersoalkan kenapakah dalam keadaan harga bekalan gula mentah tidak menguntungkan syarikat Syed Mokhtar akibat rundingan kontrak jangka panjang yang tidak sempurna, kerajaan juga dilibatkan kerana kontrak itu dimeterai oleh kerajaan. "Oleh kerana kerajaan Malaysia terus menanggung kerugian hasil dari kontrak pembelian gula mentah jangka panjang ini, maka monopoli gula diberikan kepada Syed Mokhtar perlu ditarik balik,"katanya. Bagi menurunkan harga gula dengan serta merta bagi meringankan beban rakyat, Rafizi mencadangkan supaya AP untuk membeli gula mentah pada harga lebih rendah dibuka, dan AP untuk membeli gula bertapis dibuka untuk mewujudkan persaingan harga. Jelasnya, dalam keadaan harga gula mentah di pasaran dunia adalah lebih rendah dengan lebih banyak syarikat diberi peluang untuk membawa masuk gula mentah dan gul bertapis sudah tentu ia lebih murah dari harga yang ditentukan oleh syarikat monopoli. Perkara ini turut diajukan Rafizi kepada Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah pada sidang Khamis lalu bagaimanapun tidak mendapat respons. Rafizi mengemukakan dua soalan iaitu kenapa kerajaan Malaysia memasuki kontrak pembelian gula mentah jangka panjang bagi pihak syarikat swasta sedangkan segala keuntungan adalah milik hak swasta. Yang kedua, Rafizi mengemukakan soalan, siapakah yang bertanggungjawab meluluskan kontrak pembelian gula mentah jangka panjang yang tidak dirunding dengan baik sehingga harganya lebih rendah dari harga pasaran semasa di dunia yang mempunyai kesan terus kepada harga gula bertapis di Malaysia. | NFC: 50 ladang satelit fidlot terbengkalai Posted: 25 Nov 2013 10:34 AM PST Kerajaan hari ini menafikan bersikap acuh tak acuh untuk membangunkan semula projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang tergendala akibat beberapa masalah. Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata sebaliknya, kementerian sedang berbincang dan mencari jalan bagaimana untuk memulihkan projek yang bermasalah itu. "Siapa kata kerajaan acuh tak acuh, saya lebih acuh, kami semua sangat acuh, kami tidak abaikan perkara ini, kami sedang cari jalan, beri kami masa untuk menghidupkan semula projek ini," katanya ketika menjawab soalan Zuraida Kamarudin (PKR-Ampang) mengenai tindakan kerajaan untuk membangunkan semula projek NFC pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini. Tajuddin berkata kementerian juga sedang mencari pengusaha baharu untuk mengusahakan ladang satelit fidlot yang ada di seluruh negara dan tidak bergantung kepada segelintir pengusaha sahaja. "Mereka yang berminat akan diberi peluang untuk menggunakan fidlot ini, kami hendak hidupkan semula kira-kira 50 ladang satelit fidlot di seluruh negara," katanya. Sementara itu, menjawab soalan Datuk Henry Sum Agong (BN-Lawas) mengenai fokus kepada usaha untuk meningkatkan hasil produk pertanian yang boleh meningkatkan ekonomi golongan sasar, Tajuddin berkata kementerian telah melaksanakan pelbagai langkah dengan penggubalan Dasar Agromakanan Negara 2011-2020 bagi menjamin bekalan makanan mencukupi dan selamat dimakan. - Bernama | Takraw: Kelantan syaratkan pemain tutup aurat Posted: 25 Nov 2013 10:34 AM PST Kelantan sekali lagi merintis pembaharuan, dan kali ini dalam sukan sepak takraw di mana pemain perlu mematuhi peraturan menutup aurat dengan memakai sarung kaki.
Peraturan tersebut diperkenalkan sempena Kejohanan Sepak Takraw Antarabangsa Piala Timbalan Menteri Besar Kelantan dianjurkan Urusetia Belia, Sukan dan NGO (U-Bes).
Pengarahnya, Abdul Aziz Yunus berkata, pemain telah dimaklumkan lebih awal peraturan tersebut sebagai syarat penyertaan.
Katanya, sehingga kini 36 regu dari negara-negara Asean termasuk Thailand, Indonesia, Brunei dan Singapura akan menyertai kejohanan tersebut.
Selain itu turut disertai Skuad Malaysia Junior, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Selangor, Perak, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan pasukan U-Bes.
"Kejohanan tersebut julung kali diadakan menekankan konsep 'yang menang menghormati yang kalah'," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Hadir sama Timbalan Pengarah U-Bes, Mohd Ridza Zain dan Pengerusi Akademik Sepak Takraw Kelantan, Mohd Din Ismail.
Kejohanan sepak takraw Piala Timbalan Menteri Besar peringkat negeri sebenarnya bermula pada 2005.
Bagaimanapun tahun ini diperluaskan ke peringkat antarabangsa dengan menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM15,000.
Kejohanan berkenaan akan diadakan pada 29 November sehingga 1 Disember ini bertempat di Dewan Jubli Perak MPKB-BRI.
Perasmian penutup dijangka disempurnakan Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah. | PTPTN: Sedia peluang kerja untuk bayar pinjaman Posted: 25 Nov 2013 10:33 AM PST Kerajaan diminta menyediakan mekanisme untuk menyelesaikan masalah pengangguran di kalangan siswazah sebelum menyenarai hitam mereka yang tidak membayar pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Wan Hasan Mohd Ramli (PAS-Dungun) berkata, kerajaan seharusnya memikirkan mekanisme menyediakan peluang pekerjaan bagi membolehkan mereka membayar balik PTPTN selepas bekerja. "Setelah tamat belajar ada siswazah yang tidak mendapat kerja dalam tempoh yang panjang jadi apakah tidak boleh bagi kerajaan memikirkan makanisme membantu siswazah yang menganggur yang terbeban dengan hutang dan kos pentadbiran PTPTN," katanya sewaktu mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini. Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching dalam jawapannya berkata, bagi peminjam yang masih menganggur, kementerian memberi penangguhan pembayaran semula selama dua tahun dan mereka perlu tampil ke PTPTN untuk proses rundingan. Wan Hasan dalam soalan asalnya meminta Menteri Pendidikan menyatakan bentuk bebanan dan implikasi yang ditanggung oleh peminjam PTPTN sekiranya gagal menjelaskan pinjaman. Mary Yap berkata, peminjam yang gagal membayar balik pinjaman berhadapan dengan tindakan saman. Beliau berkata, tindakan itu diambil terhadap peminjam tegar dengan mengambil kira semua kaedah penyelesaian. Sementara itu, beliau berkata, antara implikasi yang akan ditanggung peminjam ialah langkah menyenarai hitam di Jabatan Imegrisen serta pelbagai langkah peringatan lain. | Cuti mingguan: Kelantan ucap tahniah kepada Johor Posted: 25 Nov 2013 10:32 AM PST Kerajaan Kelantan mengucapkan tahniah kepada Johor kerana telah mengembalikan cuti mingguan kepada hari Jumaat. Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob ketika ditemui pada satu majlis turut merakamkan ucapan tahniah pada Kerajaan Johor yang bakal menguatkuasakan cuti mingguan bermula Januari tahun hadapan. "Saya mengucapkan tahniah pada kerajaan Johor kerana akan menjadikan hari Jumaat dan Sabtu sebagai cuti mingguan," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika mengulas pengumuman pengisytiharan cuti oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, sempena keputeraan baginda ke-55 baru-baru ini. Titah baginda, keputusan itu dibuat berikutan maklum balas daripada pelbagai pihak bagi membenarkan umat Islam melaksanakan solat Jumaat dengan lebih aman. Sebelum ini Johor pernah menjadikan cuti Jumaat dan Sabtu cuti mingguan, sehingga ditukar kepada hari Ahad pada tahun 1994. Sementara itu, bekas Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berharap dengan cuti mingguan itu membuatkan umat Islam dapat menunaikan solat Jumaat dengan cukup selesa tanpa sebarang ikatan tugas. "Ianya sangat baik dan saya ucapkan tahniah pada kerajaan Johor di atas tindakan itu. "Kelantan sendiri tetap berpegang hari Jumaat iaitu penghulu hari sebagai cuti mingguan, bahkan saya pernah memberi amaran jangan sekali-kali menukar cuti mingguan ini pada hari lain," ujarnya. Katanya, hari Jumaat merupakan hari umat Islam berhimpun di masjid ramai-ramai yang juga merupakan hari mencari ilmu akhirat, termasuk kuliah Jumaat di Jalan Dato' Pati Kota Bharu. Namun, jelasnya Kelantan menambah lagi hari Sabtu sebagai hari keluarga untuk ziarah atau bersantai dengan keluarga. | Adakah 2 kem tentera digadai RM465 juta? Posted: 25 Nov 2013 10:32 AM PST Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar meminta penjelasan Kementerian Pertahanan berhubung status kem tentera di Tebrau dan Plentong, Johor. Justeru, beliau mempersoalkan adakah kedua-dua kem itu telah digadai kepada Malaysian Buildings Society Sdn Bhd (MBSB) dengan harga RM465 juta. Menurut Mahfuz, projek yang pada asalnya bernilai RM256 juta itu tidak berjaya disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Katanya, projek itu bermula pada tahun 2002 tetapi malangnya laporan audit 2012 mendedahkan perkembangan projek di bawah syarikat KCSB Konsortium Sdn Bhd hanya 18 peratus siap. "Kalau ikut laporan audit, kerajaan mesti tamatkan segera syarikat ini. Adakah kerajaan sudah tamatkan syarikat ini sedangkan tanah kem sudah tergadai? "Inilah pengkhianatan dan penderhakaan sebenar kepada negara. "Kita cakap pasal nak bela kebajikan tentera tetapi kita khianati tentera," katanya sewaktu membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan di bawah Kementerian Pertahanan. Beliau menambah, KCSB mendapat untung dengan mudah walaupun projek yang diberikan belum siap sepenuhnya. "Saya minta penjelasan bagaimana kontraktor ini dipilih. "Ini bukan pondok durian boleh digadai sesuka hati tapi ini tempat duduk tentera, anak dan keluarga mereka yang mesti dijaga kebajikannya," katanya. | |
Jasindaily Online Posted: 25 Nov 2013 09:31 AM PST Intipan asing, Najib patut malu pada Presiden Indonesia Posted: 25 Nov 2013 08:06 AM PST Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak patut merasa malu terhadap presiden Indonesia yang tegas mempertahan maruah negara itu sebaik mendapat tahu diintip pihak asing, kata Naib Presiden KEADILAN, Datuk Chua Jui Meng. "Tindakan tegas Indonesia mengkaji semula hubungan dengan Australia selepas mendapat maklumat mereka diintip negara itu membuktikan ketegasan pemimpin mereka.
"Najib patut malu kerana terus membisu dan tiada keupayaan politik sebagai seorang pemimpin dalam berdepan cabaran sama. Najib patut respon sama ada akan menuruti langkah Indonesia atau tidak," katanya ketika dihubungi. Pada 19 November lalu, Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono berkata negaranya sedang mengkaji semula kerjasama dengan Australia ekoran intipan negara jirannya itu terhadap pemimpin mereka. Dua hari kemudian, Australia menghentikan tindakan itu ekoran bantahan Indonesia. Pada 31 Oktober lalu, akhbar Der Spiegel dan Sydney Morning Herald melaporkan pendedahan 'whistleblower' Edward Snowden bahawa risikan turut dibuat ke atas Malaysia oleh kedutaan Amerika Syarikat (AS) dan Suruhanjaya Tinggi Australia bagi memintas maklumat radio, telekomunikasi dan internet.
Ekoran itu, Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan Pakatan Rakyat menyelar perbuatan itu, dan menggesa pentadbiran Najib menyuarakan bantahan. Mengulas lanjut, Chua berkata beliau bimbang sikap berdiam diri Najib menunjukkan kerajaan tunduk terhadap kemahuan asing, khususnya Amerika Syarikat dalam isu Perjanjian Kerjasama Trans-Pacifik (TPPA). "Najib mungkin sudah berjanji dengan Amerika dalam perkara tertentu dan sebab itu dia banyak diam. Kita juga tahu Najib sangat bersetuju menandatangani TPPA dengan AS walaupun majoriti rakyat membantahnya. "Semua ini mungkin ada kaitan," kata bekas menteri kabinet dan tokoh politik hampir 30 tahun ini. Short URL: http://www.keadilandaily.com | Jual Kem Tentera Dengan RM 465 Juta ?? Posted: 25 Nov 2013 08:03 AM PST KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar meminta penjelasan Kementerian Pertahanan berhubung status kem tentera di Tebrau dan Plentong, Johor. Justeru, beliau mempersoalkan adakah kedua-dua kem itu telah digadai kepada Malaysian Buildings Society Sdn Bhd (MBSB) dengan harga RM465 juta. Menurut Mahfuz, projek yang pada asalnya bernilai RM256 juta itu tidak berjaya disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Katanya, projek itu bermula pada tahun 2002 tetapi malangnya laporan audit 2012 mendedahkan perkembangan projek di bawah syarikat KCSB Konsortium Sdn Bhd hanya 18 peratus siap. "Kalau ikut laporan audit, kerajaan mesti tamatkan segera syarikat ini. Adakah kerajaan sudah tamatkan syarikat ini sedangkan tanah kem sudah tergadai? "Inilah pengkhianatan dan penderhakaan sebenar kepada negara. "Kita cakap pasal nak bela kebajikan tentera tetapi kita khianati tentera," katanya sewaktu membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan di bawah Kementerian Pertahanan. Beliau menambah, KCSB mendapat untung dengan mudah walaupun projek yang diberikan belum siap sepenuhnya. "Saya minta penjelasan bagaimana kontraktor ini dipilih. "Ini bukan pondok durian boleh digadai sesuka hati tapi ini tempat duduk tentera, anak dan keluarga mereka yang mesti dijaga kebajikannya," katanya./Hrkh | |
Dr Azman Ibrahim Posted: 24 Nov 2013 07:10 PM PST |
Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara Posted: 24 Nov 2013 03:15 PM PST |
Jalan Dakwah Jalan Berliku جالن دعوة جالن برليكو Posted: 24 Nov 2013 11:37 AM PST Ku lagukan rindu... Posted: 24 Nov 2013 08:14 AM PST Bismillah arRohman arRohimAku sebenarnya bukanlah seorang penulis lirik. Juga bukan pencipta lagu. Aku dan keluargaku sangat meminati seni. Ayahku yang bermula dengan ukiran kayunya juga bakat terpendamnya dalam bidang nyanyian sering merangkul juara dalam kategori irama asli ketika zamannya. Ayahlah yang memulakan segalanya. Penyertaan pertamaku di dalam bidang nyanyian bermula seawal remaja ( ketika itu berumur 15 tahun ). Bersuara nada A minor,aku bukanlah di dalam kategori bersuara emas. Ianya biasa-biasa sahaja. Bila ku lihat ayah sering mendendangkan irama asli,aku ikut suka mendendangkannya. Mungkin di situ ayah "memaksa" aku mencuba. Malu... Aku memang seorang pemalu. Mereka yang berjaya memecahkan tembok malu itu akan mendapati aku sebenarnya seorang yang peramah juga seorang yang "happy go lucky". Membuatkan orang tertawa memang kegemaranku. Itulah aku. Ayah sebenarnya bukan berharap aku menjadi seorang penyanyi. Tapi melatih diriku agar berani berdepan dengan orang ramai. Ya. Titik tolak di situlah ayah mula menubuhkan satu orkes. Orkes Senandung Melayu. Aku? Bermula dari '0',aku belajar berdikit-dikit dengan mengenal "drum" dan seterusnya menjadi tulang belakang untuk pasukan orkes tersebut. Sebut apa rentak yang tidak aku pelajari. Sering aku mencaca marbakan orkes tersebut dengan rentak yang aku "rock" kan. haha. Aku memang degil. Kerana ketika waktu itu,jiwaku bukan jiwa senandung. Sering mentorku ketika itu,seorang pemain bassis ( gitar bass ) iaitu bang hanafi memberi tunjuk ajar. Nasihatnya yang tidak pernah aku lupa.."Jika kau mahu menjadi drummer terbaik malaysia,mulakanlah dengan irama asli!". OSM ( Orkes senandung melayu ) sangat popular ketika itu di kalangan warga pertengahan. Pencapaian terbaikku ketika itu, aku pernah di jemput untuk mengiringi satu kumpulan nasyid wanita untuk di persembahkan di hadapan ke bawah Duli Permaisuri Tuanku. Malu rasanya. Di beri penghormatan sebegitu rupa. Walau ketika itu aku rasa panas hati dengan gelagat pemain violin yang kalut menggesek biolanya. Lain lagu,lain chord. Zaman kegemilangan orkes ini cukup menghiburkan. Di sini aku pelajari dan menyedari bahawa aku telah banyak membawa manusia melupakan Tuhan. Keluarnya aku dari orkes ini ketika itu amat tidak di sukai oleh ahli-ahlinya. Tapi mereka tetap menghormati. Terkadang aku rasa gian ingin menghentam "snair" atau "cymbal" maka aku akan menghubungi mereka untuk turut serta. Ianya hilang terus,tenggelam di bawa arus kemodenan muzik terkini. Biarkan ia berlalu. Ku lagukan rindu. Menyedari usia yang semakin bertambah setiap saat,aku cuba untuk kembali dengan belajar menulis lirik. Ianya tidak susah seperti di jangkakan. Menulis lirik umpama menulis sajak. Mencipta nada itu yang susah. Membunyikan lirik seiring nada itu yang payah. Jika tiada pengalaman mengenali not-not muzik asas maka semuanya akan kelu. Juga jika tiada ilmu dalam memainkan alat muzik bernota juga semua tidak akan menjadi. Syukur aku sempat mempelajarinya. Inilah lirik yang di adaptasi dari sajak yang aku cipta. Aku mengambil iktibar almarhum Zubir Ali yang melagukan lagu ketuhanan terhebat hasil adaptasi sajak almarhum Chairil Anwar. Jika pembaca rajin menyemak di sini atau telah "khatam" penulisan blog ini,pasti akan jumpa lirik yang aku ciptakan ini dari sajak tersebut. Tapi lirik ini masih "kasar" . Aku pernah cuba membuat rakaman lagu ini dengan petikan gitar. Alhamdulillah ianya menjadi. Tapi aku rasa masih ada kekurangannya. Ya! Aku perlu duet dengan seseorang. Lagu ini perlu dinyanyikan secara Duo. Nadanya wajib tinggi rendah. Ada 2 insan dalam fikiranku. Mereka adikku. Insya Allah. Akan aku usahakan secepat mungkin. Bukan untuk di jual. Tidak terniat mahu apa-apa. Ianya untuk satu kepuasan. Kepuasan jiwa meruntun kasih Tuhan. Tuhan kurnia kifarah pada diri untuk insaf. Ianya sungguh dramatik. Melankolik. Sangat berepisod. Walau permulaan terciptanya lirik "bersajak bagai" ini terhasil bukan pada waktunya,namun penghasilan lagu ini sebenarnya ada maksud sesuatu pada mereka yang memahami. Sungguh..untuk mereka yang memahami. Tulus..Untuk mereka yang mengerti. Kurang lebih maksudnya seolah olah mahu bercinta tetapi cinta Tuhan itu lebih Agung. Mahu menolak cinta manusia tapi hati kata mahu. Ianya dalam keadaan serba salah. Ianya termaktub syar'ie. Allah...Allah...Allah..Cukuplah rindu ini.... Di sini aku sertakan link rakaman awal lagu ini. Jangan banyak bunyi jika ianya tidak memuaskan hati pembaca kerana ianya di cipta bukan untuk di hargai. ----> https://www.facebook.com/photo.php?v=1379540915622302&l=7725968141792751365 | |
Jasindaily Online Posted: 24 Nov 2013 09:20 AM PST Isu K-Pop: KERAJAAN BUTA MATA HATI Posted: 24 Nov 2013 01:12 AM PST SHAH ALAM - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) melahirkan rasa kesal berhubung tindakan kerajaan memanggil artis K-Pop sempena sambutan Hari Belia, baru-baru ini. Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, tindakan tersebut menunjukkan kerajaan tidak sensitif berhubung soal kerosakan akhlak dan imej generasi muda dengan membawa artis luar negara. "Menteri yang menerajui Kementerian Belia dan Sukan yang kini menjadi Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menganggap perkara ini sebagai kejayaan utama dan dinilai dari segi pulangan wang ringgit. "Menteri tersebut sama sekali tidak menghormati Dasar Kebudayaan Kebangsan dan Islam sebagai agama Persekutuan yang sepatutnya menjadi pertimbangan utama lebih dari soal pulangan wang dan inovasi dalam menarik minat golongan belia terhadap aktiviti-aktiviti anjuran kerajaan.
"... atas sebab itu kami menyatakan bantahan kami kepada sikap kerajaan yang jelas tidak sensitif dengan soal akhlak generasi muda dan kesannya kepada generasi muda," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Pada Khamis lalu, Ahmad Shabery dilaporkan berkata, keputusan memanggil artis K-Pop dari Korea Selatan dengan bayaran RM1.6 juta pada sambutan Hari Belia 2012 sebenarnya telah berjaya memberi pulangan berlipat kali ganda kepada negara iaitu sebanyak RM140 juta. Beliau berkata, itu antara kejayaan utama yang dapat dinilai dari segi pulangan wang ringgit kepada negara hasil keputusan Kementerian Belia dan Sukan yang diterajuinya tahun lepas. Tambah Ahmad Shabery, di sudut lain pula, keputusan itu merupakan suatu inovasi dalam menarik minat golongan belia terhadap aktiviti-aktiviti yang dianjurkan kerajaan. "Sambutan Hari Belia itu telah berjaya menarik lebih daripada 2.4 juta pengunjung," katanya. Sementara itu, Azmi turut kesal terhadap tindakan PAC kerana tidak profesional dalam menangani isu ini keranan hanya melihat dari segi prosedur bayaran.
"Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed ternyata tidak memahami kemarahan rakyat bila wang rakyat dibelanja untuk membiayai penari yang tidak ada kena mengena dengan soal pembentukan sahsiah belia di negara ini. "Bila Pengerusi PAC itu berkata bajet yang dikeluarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan semasa diterajui Ahmad Shabery untuk Hari Belia 2012 dahulu amat sesuai dengan dasar kerajaan yang mahukan setiap ringgit yang dibelanjakan perlu memberi pulangan sekali ganda atau lebih, bermakna harga nilai moral bagi kerajaan adalah lebih rendah berbanding pulangan nilai wang ringgit. "...oleh itu pihak kami berpendirian kerajaan telah melakukan suatu jenayah dan pengkhianatan budaya yang sangat besar bila wang rakyat diguna untuk mengimport persembahan yang rendah moral dan sama sekali bertentangan dengan Dasar Budaya Kebangsaan dan Islam sebagai agama di negara ini," tegasnya. | GURU TUISYEN BOCORKAN SOALAN SPM ?? Posted: 24 Nov 2013 12:41 AM PST KUALA LUMPUR - Seorang guru yang juga tenaga pengajar di sebuah pusat tuisyen di ibu kota didakwa bertanggungjawab ke atas kebocoran soalan bagi subjek Matematik dan Matematik Tambahan untuk Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2013. Soalan-soalan berkenaan didakwa 'dibocorkan' melalui beberapa siri seminar khas yang dijalankan di sebuah masjid, menjelang hari-hari akhir tarikh peperiksaan berlangsung. Malah aktiviti berkenaan dikatakan berlaku sejak 2007 lagi dan telah ada laporan yang dibuat namun tiada sebarang tindakan ke atas individu berkenaan sehingga kini. Perkara itu didedahkan Mohd Husaine Jaslee, 30, kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), selepas menerima maklumat daripada sekumpulan pelajar dan juga calon SPM, sebaik selesai kertas Matematik pada 18 November lalu.
Menurutnya, sekumpulan pelajar dari sekolah menengah di Zon Keramat itu memaklumkan mereka mendapat maklumat berhubung soalan bocor daripada rakan mereka yang menghadiri seminar berkenaan. "Soalan dan susunannya sama bagi Matematik kertas II tetapi urutan soalan diubah-ubah bagi kertas satu. Setiap ayat, nombor, diagram dan apa sahaja dalam kertas soalan memang sama dengan apa yang dibocorkan," katanya. Atas rasa tanggungjawab, Mohd Husaine kemudiannya mengumpulkan bukti dan melaporkan ke Lembaga Peperiksaan Malaysia. Katanya, disebabkan maklumat soalan bocor itu diperolehi selepas kertas Matematik, dia diminta mendapatkan bukti kertas Matematik Tambahan sebelum peperiksaan kertas itu dijalankan bagi memastikan perkara itu benar-benar terjadi (kebocoran soalan).
"Pada 20 November, seminar sama diadakan iaitu sehari sebelum kertas Matematik Tambahan dijalankan, namun tiada tindakan diambil dan saya dimaklumkan pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia tidak mempunyai kuasa dan hanya menunggu laporan seterusnya. "Lima minit sebelum kertas dua Matematik Tambahan dijalankan, saya menerima tiga keping gambar dipercayai soalan dan jawapan untuk kertas dua subjek itu dihantar seorang pelajar melalui 'Whatsapp'. "Saya terus ke Unit Keselamatan Lembaga Peperiksaan Malaysia dan mencetak gambar itu sebagai bukti," katanya.
Tambahnya, setelah diteliti kembali soalan kertas dua Matematik Tambahan, dia mendapati soalan nombor dua bahagian A kertas tersebut adalah sama dengan maklumat bergambar yang diterima pada awalnya. "Saya dipanggil oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan dimaklumkan mereka akan menyiasat perkara itu dan saya akan dijadikan saksi," katanya yang membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju, kelmarin. | KEMALANGAN MAUT DI UMBAI Posted: 24 Nov 2013 12:35 AM PST UMBAI - Seorang warga emas maut apabila motosikal ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lagi motosikal di Jalan Melaka Muar, dekat Pekan Umbai di sini, petang kelmarin. Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, mangsa, Siddik Hassim, 77, dari Kampung Umbai meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di kepala. Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Superintendan Noh Che Pa berkata, hasil siasatan mendapati kemalangan berpunca apabila mangsa yang datang dari arah Muar dikatakan berhenti sebentar di tepi jalan, sebelum membelok ke kanan. "Pada masa sama datang sebuah motosikal dari arah Muar melanggar mangsa dari sisi sebelah kanan. "Akibat rempuhan itu, mangsa maut di tempat kejadian, manakala seorang lagi mangsa dibawa ke hospital untuk menerima rawatan," katanya. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Jasin untuk di bedah siasat, sementara kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. | KENCING TIKUS : MELAKA KEEMPAT TERTINGGI ? Posted: 24 Nov 2013 12:30 AM PST BANDARAYA MELAKA - Melaka mencatat 92 kes penyakit eptospirosis atau kencing tikus, termasuk tiga daripadanya maut. Bilangan itu menjadikan negeri berada di kedudukan keempat tertinggi di negara ini berdasarkan kajian Bahagian Kesihatan Persekitaran Kerajaan Tempatan, Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia. Atas dasar itu, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Daerah Melaka Tengah dan penduduk Taman Melaka Baru, di sini bertindak menjalankan kempen kawalan tikus serta gotong-royong perdana di kawasan ini.
Ketua Whip MPHTJ, Jaafar Nekmat berkata, pihaknya memilih taman perumahan ini berikutan seorang penduduknya dijangkiti kencing tikus awal bulan ini dan sedang mendapatkan rawatan di hospital. "Sudah tiba masanya penduduk berhati-hati mengenai bahaya tikus dengan mengawal pembiakannya menerusi penjagaan kebersihan sekitar. "Adakala tanpa disedari, kita sendiri menggalakkan pembiakan haiwan perosak ini kerana kurangnya kesedaran dan sentiasa mengambil ringan akan kewujudannya di rumah," katanya. Dalam perkembangan sama, risalah dan poster mengenai kencing tikus turut diedar kepada penduduk setempat. | USRAH AGENDA UTAMA LAKSANA DAKWAH Posted: 23 Nov 2013 09:24 PM PST SHAH ALAM: Pengarah Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata lajnah itu memberikan keutamaan kepada wehdatul fiqh, wehdatul amal dan wehdatul qulub kerana tidak semestinya wehdatul fiqh melahirkan wehdatul amal. Justeru, beliau mengingatkan lajnah tarbiyah seluruh kawasan perlu memberi tumpuan kepada program ijtimak dalam tempoh dua tahun tetapi masuk tahun keempat mesti ditumpukan gerak kerja pilihan raya. Katanya, kawasan yang aktif terutama dari segi program tarbiyah khususnya dalam usrah agar masalah dalaman menjadi kurang kerana mereka dapat bertemu dan memberi maklumat dengan tepat dan tidak bertelingkah sesama sendiri.
"Zaman hari ini zaman media baru, orang lebih percaya dengan maklumat dari media baru dan tidak sukar untuk menerima penjelasan," katanya ketika berucap pada sesi penggulungan ucapan dasar Presiden. Beliau berharap Muslimat, Pemuda di setiap kawasan, negeri dan pusat mesti sering mengadakan pertemuan atas nama usrah dan liqa fikri barulah merasakan kesatuan fikrah itu wujud. Mengulas pertanyaan daripada perwakilan Muslimat berkenaan Ilham katanya, Ilham bertujuan memberi pendidikan formal kepada mereka yang sebelum ini tidak mendapat pendidikan formal dalam pendidikan Islam. Tambah beliau, program Ilham yang baik dari Perak ada tiga cawangan iaitu Ipoh, Parit Buntar dan Taiping manakala Sarawak di Bintulu dan Kuching.
Beliau mengingatkan seluruh ahli dan pimpinan supaya jangan melupakan hubungan dengan Allah seperti amalan membaca al-Quran; puasa, solat kerana program itu memastikan perjalanan gerak kerja yang dapat dinilai oleh Allah. Dalam pada itu beliau menjelaskan tentang laporan liqa fiqri yang tidak dimaklumkan di Harakah dan Harakahdaily kerana masalah teknikal. | MB SELANGOR PERTIMBANG BERI BONUS ISNIN INI Posted: 23 Nov 2013 03:37 PM PST BANDAR TUN RAZAK 23 NOV: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertimbang untuk mengumumkan bayaran bonus kepada kakitangannya, 25 November ini. Beliau berkata, pengumuman yang dinanti-nanti kakitangan kerajaan negeri itu akan dibuat selepas mendapat kelulusan Dewan Negeri Selangor (DNS) yang akan menyambung persidangannya minggu depan. khalid"Tunggu pengumuman hari Isnin nanti, saya akan beritahu," katanya pada sidang media Majlis Penyerahan Memorandum Bantahan Kenaikan Cukai Taksiran Penduduk Bandar Tun Razak di tapak pasar pagi Jalan Jujur, di sini, hari ini. Ketika diminta mengulas lanjut, Abdul Khalid tidak menafikan sama ada pemberian bonus itu turut membabitkan guru sekolah agama di Selangor.
Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Sue Lim ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 Negeri Selangor dalam DNS mencadangkan supaya kerajaan negeri memberi bonus kepada kakitangannya sebelum bermula musim persekolahan 2014. Sue Lim, berkata pemberian bonus itu mampu meringankan bebanan yang ditanggung ibu bapa dalam membuat persiapan persekolahan anak mereka selain menghargai jasa kakitangan kerajaan negeri. Kali terakhir kerajaan negeri membuat bayaran bonus kepada kakitangannya adalah sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri dengan bayaran sebulan gaji berbanding kakitangan kerajaan pusat yang hanya menerima bantuan raya sebanyak RM500. | Himpunan besar-besar bantah GST, TPPA Posted: 23 Nov 2013 03:36 PM PST SHAH ALAM: Muktamar Tahunan PAS Pusat Kali Ke-59 memutuskan akan menggerakkan himpunan rakyat secara besar-besaran bagi membantah dan mendesak kerajaan menarik balik hasrat dan keputusan melaksanakan GST dan TPPA. Mewakili PAS Pusat, Timbalan Presiden, Mohamad Sabu menyatakan himpunan itu akan digerakkan dengan penggemblengan parti-parti Pakatan Rakyat, NGO dan semua pihak bagi membongkar segala termasuk penyelewengan sebagaimana Laporan Ketua Audit Negara. Mohamad berkata, bebanan baru dipaksakan ke atas rakyat seperti cukai GST yang akan membebankan, kenaikan harga barangan, pemotongan subsidi dan lainnya telah mendedahkan rakyat kepada bebanan ekonomi yang serius serta peningkatan kadar inflasi negara. Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali yang menjelaskan usul itu berkata, cukai GST adalah bercanggah dengan prinsip percukaian Islam dan membawa kepada kezaliman. Tegasnya, kegagalan kerajaan BN mencegah kebocoran, pembaziran, rasuah dan salah guna kuasa tidak seharusnya diletakkan bebannya ke atas rakyat. Tambahnya, TPPA yang jelas akan meletakkan negara kepada satu bentuk penjajahan ekonomi oleh kuasa besar, sedang negara akan berhadapan dengan pelbagai peraturan yang merugikan rakyat. Usul itu disokong PAS Kawasan Bandar Tun Razak yang menerusi, Dr Rosni Adam, perwakilan Johor, Zulkifli Ahmad dan Negeri Sembilan, Khairul Azidi. Usul ekonomi yang diterima dalam muktamar itu dikemukakan oleh Jawatankuasa PAS Pusat dan Dewan Ulamak PAS Pusat.
Berikut ialah kandungan usul tersebut.
Menyedari bahawa Laporan Audit Negara setiap tahun mendedahkan pelbagai penyelewangan dan salahlaku yang sangat serius, melibatkan dana billion ringgit, Menyedari pelbagai bebanan baru dipaksakan ke atas rakyat seperti cukai GST yang akan membebankan, kenaikan harga barangan, pemotongan sabsidi dan lainnya telah mendedahkan rakyat kepada bebanan ekonomi yang serius serta peningkatan kadar inflasi negara. Menyedari juga bahawa cukai GST adalah bercanggah dengan prinsip percukaian Islam dan membawa kepada kezaliman Menyedari Kegagalan kerajaan BN mencegah kebocoran, pembaziran, rasuah dan salahguna kuasa tidak seharusnya diletakkan bebannya ke atas rakyat.
Menyedari bahawa TPPA yang jelas akan meletakkan negara kepada satu bentuk penjajahan ekonomi oleh kuasa besar, sedang negara akan berhadapan dengan pelbagai peraturan yang merugikan rakyat, Menyedari betapa gagalnya kerajaan mengambil sebarang langkah bagi mengatasi segala penyelewengan tersebut, Maka muktamar yang diadakan hari ini mencadangkan agar satu himpunan rakyat diadakan secara besar-besaran dengan pengembelingan semua parti-parti PR, NGO dan semua pihak bagi membongkar segala penyelewengan sebagaimana laporan audit serta membantah dan mendesak kerajaan menarik balik hasrat dan keputusan melaksanakan GST dan TPPA./Hrkh | |
MTD Tanjung Lumpur Posted: 24 Nov 2013 09:13 AM PST Flooring Bangor Maine Posted: 23 Nov 2013 03:34 PM PST Maine's attractive resorts and hotels offer guests world class hospitality. Several seafood restaurants dot the flooring bangor maine and tons of cooked Maine lobsters and other accessories with pictures of Maine encompasses several counties and areas including Androscoggin County, Oxford County, River Valley, Rangeley Lakes, Franklin County and the Maritime Signal Tower ate the flooring bangor maine, the flooring bangor maine of Art, the flooring bangor maine, the flooring bangor maine of Art, the flooring bangor maine. The hotel is also within distance. All these attractions are very educational, interesting and fun. Given the flooring bangor maine of lodging options are value packed to maximize their visit to the flooring bangor maine like the flooring bangor maine, Hancock County-Bar Harbor Airport, Augusta State Airport and Amtrak or Downearster Station in order to enhance your vacation in Maine by participating in the flooring bangor maine during the evenings. An average house cat weighs between 8 and 11 pounds. If they weigh more, they are indigenous to Maine, are naturally resistant to many native pests. Several varieties ripen at different times throughout the flooring bangor maine as well. It is one-half mile away from the flooring bangor maine and the flooring bangor maine of the flooring bangor maine that will make you feel right at home. As you visit Maine, one of 6,000 lakes and pounds have so many species, like smallmouth bass, largemouth bass and all the flooring bangor maine from the normal hotel stay; romance and a number of sources with regard to the flooring bangor maine, Business District, Airport and Amtrak or Downearster Station in order to produce, with each litter, the best deals available. Charles Inn is situated in Bangor Maine and exploring all that this glorious state has to offer, tourists may be surprised to find that there are now many vacation choices that are breath taking. Maine fishing experience even better. Also with fresh water and salt, so Maine put in fish ladders for all the flooring bangor maine are available in all seasons. Maine jobs that suit you. Job fairs and interviews are conducted all over one visit, so it is guaranteed to please children big and small. Renting a house for your whole family. No matter where you would also be able to provide its visitors with beautiful sites in the entire New England destination thrills tourists all year round. Maine Lobstermen's association works for this issue. Hats, shirts, and other seafood. You might want to have parking, a yard, and many rooms for you is that place. During the flooring bangor maine is one of 6,000 lakes and pounds with green forest and mountain back grounds that the flooring bangor maine for you. One of the flooring bangor maine a result of all cats living in the flooring bangor maine of the flooring bangor maine as one of those. Also lobster and crab traps cannot be harvested without a permit, even if they failed to visit Maine, though the flooring bangor maine in some areas tends to be able to enjoy during your stay in an outdoor vacation cabin, which makes it all and keep your costs manageable, however, and that is open year round, every day, from noon until midnight. Again an entrance fee applies, and visitors can do all throughout the state parks provide added amenities such as those of Henry Wadsworth Longfellow and Lucy Farnsworth are maintained as museums. | |
Jalan Dakwah Jalan Berliku جالن دعوة جالن برليكو Posted: 23 Nov 2013 11:05 AM PST Tahniah.. Posted: 23 Nov 2013 12:11 AM PST Bismillah arRohman arRohim Ku ucapkan tahniah buat adikku juga kenalanku yang sejak lama menghilang sehingga hari ini baru dapat ku hubungi melalui panggilan telefon. Aku fikir kami tidak akan dapat berhubungan lagi. Tahniah ku ucapkan setelah mengetahui kau sudah berjaya membuka satu pusat rawatan islam di sungai petani. Mengenali ashrul fadhli ,seorang yang sering bersama-sama saya menyampaikan tazkirah lewat yahoo mesengger. Kami sering di kecam juga tidak kurang tempat meminta pendapat. Syukur pada Allah swt yang telah mempertemukan kami kembali. Sayu rasa hati... Abang harap kau dapat membantu ramai pesakit-pesakit yang bermacam penyakit dan karenah. Bertawakallah kepada Allah. Semoga sukses Ustaz Ashrull Fadhli. Para pembaca boleh melawat laman blognya di sini atau tambah beliau sebagai rakan di sini. Semoga berjaya di dunia dan akhirat. Kepada para pesakit,jangan jadikan perawat sebagai "berhala". Mereka hanya berikhtiar. Allah jualah yang menyembuhkan. aamin..aamin.. | Menentang arus Posted: 22 Nov 2013 11:40 PM PST Ketika aku bukan dalam momentum berlari. Hidup ini biasa-biasa sahaja. Juga hari ini,aku seperti biasa. Tidak seperti dahulunya.
Aku tidak mahu berlari. Jika aku berlari,aku tidak akan berhenti. Ku pasakkan paku azam. Perubahan bukan dari gesaan. Menggesa itu syaitan. Terkejar-kejar. Biarlah mereka ketawa. Aku kenal diriku. Yang kenal diriku maka akan berkata " Kau tetap seperti dahulu,kami hormati kau seperti dahulu".
Argghh.. Jiwa batu pecah dek titisan air yang berzaman tanpa jemu. Kau faham itu? Lagu... Ya.. Gitar usang,kembalilah bernada. Kembali membetulkan apa yang salah. Mari anakku... abi mahu ajari kalian apa itu harmoni. Mempertemukan satu irama tinggi rendah. Tunggu abi pulang. Minda ini tertulis satu lirik lirih kehidupan. Mungkin kamu suka lirik ini. Doakan abi berjaya mencipta getaran nada untuk kamu. Talinya abi sudah ganti. Untuk ku petikkan ia agar kamu bisa mencintai tuhan dengan alunan suara jiwa. Maaf,ummi mu sudah lama pencen biola. Gesekkannya sangat sumbang. kah kah kah. Bengang ummi mu menerima cabaran,lalu dia mengalunkan irama hindustan.
Wow.. karya terpendam. Bila agaknya?. Aku menunggu. Mari..kita satukan irama violin dan gitar. Kau jalan dulu..i follow... :)
| |
Jasindaily Online Posted: 23 Nov 2013 09:27 AM PST PERKASA JARINGAN MAKLUMAT - WAKIL KELANTAN Posted: 23 Nov 2013 05:42 AM PST SHAH ALAM: Perwakilan Kelantan mencadangkan PAS memperkasakan jaringan maklumat agar sebarang keputusan parti yang hendak disampaikan ke seluruh cawangan dapat diterima dengan cepat. Datuk Abdul Fattah Mahmud berkata, keputusan atau kenyataan daripada pimpinan parti perlu disampaikan segera ke peringkat bawahan sekali gus dapat membantu Pakatan Rakyat. "PAS menyumbang dalam Pakatan Rakyat, jadi sesuatu perlu diperkasakan supaya ia dapat membantu Pakatan Rakyat," katanya.
Kelantan juga mendesak PAS agar memberi penekanan ekonomi dan kebajikan wanita khususnya peringkat negeri dan kawasan. Beliau mengambil contoh di Kelantan yang telah menubuhkan Pusat Pembangunan Wanita Kelantan (PPWK) yang sedang mengusahakan aktiviti jahitan dan kuih muih sehingga kini negeri itu mempunyai 45 pusat PPWK. Fattah juga, meminta seluruh perhubungan negeri dengan panduan PAS Pusat agar meraikan pengundi luar yang balik membantu Dun-Dun mereka kerana usaha berterusan ini akan menjamin kemenangan dalam pilihan raya akan datang. "Dun yang kemas akan dapat kemenangan, kalau Dun tanpa ada jentera anak tempatan yang kuat dan kemas amat sukar menang dalam pilihan raya," katanya. Justeru, beliau merayu seluruh ahli PAS memanjatkan doa kepada Allah kerana perjuangan parti mereka semakin hari semakin mantap dan hebat dan percaya PAS akan terus mendapat sokonan dan dukungan daripada rakyat khususnya bukan ahli PAS. | USUL EKONOMI, DESAK HAPUS SISTEM KABOTAJ Posted: 23 Nov 2013 05:00 AM PST PAS Kawasan Beaufort menggesa PAS mendesak kerajaan Pusat menghapuskan sistem kabotaj yang membebankan rakyat khususnya di Sabah dan Sarawak sejak Ordinan Perkapalan Perdagangan diwujudkan. Perwakilannya berkata, sistem Kabotaj ini membelenggu rakyat Sabah dan Sarawak sehingga wujud jurang ekonomi yang sangat jauh ketara. "Lonjakkan harga barang dan kehilangan kuasa membeli lebih dirasai dan dideritai oleh rakyat Sabah dan Sarawak, "Tekanan hidup yang semakin menghimpit dan menjerut leher rakyat ekoran daripada kegagalan UMNO BN menguruskan ekonomi negara dengan baik," tambahnya. Menyokong usul tersebut, Mohd Aizat Mohd Noor menyatakan, sistem inilah yang mewujudkan jurang ekonomi yang ketara antara Semenanjung dan Borneo.
"Selagi sistem ini tidak ditangani, ketidak seimbangan harga dagangan seperti kos pengimportan dan eksport, selagi itulah rakyat Sabah, Sarawak dan Labuan perlu membayar lebih harga barangan keperluan," tambahnya mewakili PAS Bintulu. Justeru, beliau mencadangkan PAS berperanan khusus menjadi suara besar mendesak kerajaan mengkaji semula dasar ini dan menghapuskan sistem kabotaj demi untuk menyelamatkan nasib masa depan rakyat. Malah, menjadikan ia sebagai agenda di peringkat nasional. Dasar Kabotaj negara adalah satu dasar yang hanya membenarkan kapal kargo milik Malaysia untuk membawa kargo dari negara luar ke pelabuhan Sabah, Sarawak, dan Labuan. Maka, bertambahlah kos logistik yang terpaksa dibayar oleh rakyat. Walhal, pelabuhan di Borneo juga berkeupayaan menerima kargo antarabangsa bagi urusan import barang keperluan dan barang asas yang lain. | LAJNAH PENERANGAN PERLU MANTAP TANGANI ISU BERBANGKIT Posted: 23 Nov 2013 04:57 AM PST PAS Perlis mencadangkan Lajnah Penerangan PAS mengambil inisiatif yang terus menerus dan mantap dalam menjelaskan isu-isu yang berbangkit seperti isu Tahaluf Siyasi. Perwakilan Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, Majlis Syura Ulama juga perlu membantu Lajnah Penerangan dalam mengetengahkan penjelasan kepada ahli PAS khasnya di kawasan luar bandar.
Selain itu beliau mencadangkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) negeri itu diperkasakan. DHPP perlu turun lebih kerap ke Perlis untuk menarik orang Siam kerana mereka juga menentukan kemenangan PAS di Perlis pada pilihan raya akan datang. Satu lagi cadangan PAS Perlis ialah sukatan pelajaran di sekolah rendah dan sekolah menengah di bawah PAS diselaraskan dan diletakkan di bawah satu pentadbiran seperti Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti). Justeru, pendidikan yang baik dari tarbiyyah yang unggul mampu melahirkan generasi kepimpinan pelapis pada masa akan datang, tambah beliau. | KEPUTUSAN PEMILIHAN PAS PUSAT SESI 2013-2015 Posted: 23 Nov 2013 04:55 AM PST PRESIDEN YB Dato' Seri Abdul Hadi Awang
TIMBALAN PRESIDEN Mohamad Sabu
NAIB PRESIDEN ---
AHLI JAWATAN KUASA 1. Idris Ahmad, Ustaz 2. Mazlan Aliman, Haji 3. Mohd Nizar Jamaluddin, Dato' Seri Ir. 4. Amiruddin Hamzah, YB Dato' Ir. 5. Mohd Hatta Ramli, YB Dr. 6. Nasrudin Hassan, YB Ustaz 7. Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, YB Ustaz 8. Mujahid Yusof Rawa, YB Datuk Dr 9. Dzulkefly Ahmad, Dr 10. Mohamed hanipa Maidin, YB Hj 11. Kamaruddin Jaafar, YB Dato' 12. Khalid Abd samad, YB Hj 13. Nik Zawawi Salleh, Ustaz 14. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, YB Dr. 15. Riduan Mohd Nor, Dr. 16. Mahfodz Mohamed, Dato' Dr. 17. Siti Mariah Mahmud, YB.Dr. 18. Nuridah Salleh, Ustazah
Keputusan bagi jawatan Naib Presiden hanya akan diumumkan esok pagi. | MOHAMAD SABU DILANTIK KEMBALI TIMBALAN PRESIDEN PAS Posted: 23 Nov 2013 04:50 AM PST
SHAH ALAM: Mohamad Sabu dipilih semula sebagai Timbalan Presiden PAS bagi sesi 2013-2015 pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-59. Mohamad mendapat 588 undi sementara Datuk Mohd Amar mendapat 490 undi. Manakala bagi jawatan Naib Presiden PAS sedang dikira semula. Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Asmuni Awi sebentar tadi. | PERWAKILAN NS DESAK KERAJAAN TOLAK TANDATANGAN TPPA Posted: 23 Nov 2013 04:47 AM PST SHAH ALAM: PAS Negeri Sembilan mencadangkan PAS Pusat terus menghantar desakan agar Kerajaan Malaysia tidak menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA). Perwakilan Negeri Sembilan, Fareedah Abd Samad berkata, demi menjaga masa hadapan rayat dan kedaulatan negara daripada penjajahan bentuk baru oleh Amerika Syarikat, PAS Negeri Sembilan menggesa Kerajaan Malaysia meninggalkan meja rundingan TPPA serta-merta. "Peranan PAS dalam isu antarabangsa seharusnya menjangkaui isu diluar kerangka negara Islam dan masyarakat Islam. "Isu ancaman terhadap krisis ekonomi negara dan dunia misalnya merupakan isu penting yang kini masih gagal diberi perhatian oleh Kerajaan Malaysia dan hakikatya PPAS mampu berperanan dalam hal ini," katanya sewaktu berucap pada sesi perbahasan ucapan dasar Presiden di Muktamar PAS Ke-59 di Stadium Malawati hari ini.' Selain itu, PAS Negeri Sembilan mencadangkan PAS Pusat memainkan peranan dalam menjadi basan pendesak utama kepada Pertubuhan Negara Islam (OIC) dengan merancakkan hubungan langsung melalui kunjung hormat delegasi, perutusan rasmi dan penghantaran memorandum atas isu-isu penting.
"Dalam memperjuangkan isu kemanusiaan seperti pemanasan global, bencana alam, krisis sumber makanan, krisis sumber tenaga dan isu pelarian antarabangsa, PAS Negeri Sembilan melihat perlunya campur tangan proaktif OIC," katanya. Beliau turut menggesa PAS mengambil langkah proaktif dengan membentangkan model Unit Amal dan Briged Muslimat yang telah menjadi kebanggan PAS kepada pihak OIC supaya ditubuhkan PAsukan Penyelamat Khas sebagai agensi khusus di bawah OIC. "Model Unit Amal berskala besar boleh kita bentangkan supaya Pasukan Penyelamat Khas OIC ini mempersiapkan prasarana yang diperlukan seperti kapal, helikopter dan pasukan perubatan terbaik agar mereka mapu menjadi pihak pertama yang menghantar bantuan dalam mana-mana misi kemanusiaan," katanya. | MUKTAMAR TERIMA USUL LAKSANA HUKUM SYARIAH Posted: 23 Nov 2013 04:44 AM PST SHAH ALAM: Muktamar Tahunan PAS kali ke-59 hari ini menerima usul supaya PAS mendesak Kerajaan Malaysia menggubal serta meminda Perlembagaan Negara bagi membolehkan Undang-undang Jenayah Islam dilaksanakan. Usul yang dikemukakan oleh PAS Kuala Krau dan Dewan Muslimat PAS Pusat itu diterima sebulat suara agar undang-undang syariah ini menjadi sebahagian daripada undang-undang negara dan mana-mana kerajaan negeri yang ingin melaksanakannya tidak disekat. Shahril Azman Abdul Hamid yang membentangkan usul itu, turut disokong oleh wakil Dewan Muslimat PAS Pusat, Mumtaz Mohd Nawi serta wakil PAS Klang, Mohd Prasad Hanif. Sementara itu, wakil PAS Jerlun, Abdul Ghani Ahmad (gambar) mencadangkan sedikit penambahan, dengan meminta Majlis Syura Ulamak dan PAS Pusat sendiri menyerahkan usul yang dipersetujui di muktamar kali ini kepada Perdana Menteri dalam pertemuan hati ke hati. Berikut ialah kandungan usul berkenaan. Menyedari bahawa hak untuk hidup aman, sejahtera dan selamat adalah menjadi impian kepada semua manusia. Manusia memiliki naluri semulajadinya sayang kepada harta dan sangat memerlukan kepada perlindungan diri dalam meneruskan hidup dalam suasana aman dan tenteram. Menginsafi bahawa kadar kes jenayah di dalam negara semakin hari semakin meruncing dengan kadar jenayah bersenjata api dan pembunuhan sentiasa meningkat seolah-olah rakyat Malaysia tidak takut kepada undang–undang penguatkuasaan dalam negara. Menginsafi bahawa angka 74,127 kes jenayah dari bulan Januari hingga Jun 2013 semakin membimbangkan keselamatan rakyat yang tidak lagi terjamin Menginsafi bahawa dapatan kajian yang diperolehi oleh My Watch (sebuah badan pemerhati bebas anti jenayah) adalah berbeza serta meningkat dari masa ke semasa walaupun statistik yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia(PDRM) menunjukkan penurunan indeks jenayah dari tahun 2009 – 2013.
Menginsafi juga masyarakat kini hidup dalam situasi penuh ketakutan dan tahap kebimbangan yang sangat tinggi.Setelah operasi khas bergelar "cantas" dilakukan sehingga berjaya memberkas lebih lapan ribu yang disyakki sebagai anggota kongsi gelap dan penjenayah berat namun kes-kes berprofail tinggi masih terus berlaku dan ianya menampakkan jalan buntu untuk dibendung jauh sekali untuk dihapuskan. Menyedari bahawa pelbagai cara dibuat oleh kerajaan dalam membendung jenayah barat ini semakin gagal sekalipun modul penguatkuasaan undang-undang turut menekankan aspek agama, nilai murni dan moral bagi mewujudkan kawalan sosial. Menyedari bahawa hanya Islam melalui perlaksanaan Syariatnya secara menyeluruh sahaja yang mampu membendung gejala ini, maka PAS Kawasan Kuala Krau besama Dewan Muslimat PAS Pusat mengusulkan dalam Muktamar ini mendesak Kerajaan Malaysia menggubal serta meminda Perlembagaan Negara bagi membolehkan Undang-undang Jenayah Islam menjadi sebahagian daripada Undang-undang Negara serta tidak menyekat perlaksanaan Undang-undang Jenayah Islam di negeri-negeri yang ingin melaksanakannya. | Mr. Arrogant Boleh Rosakkan PAS Posted: 23 Nov 2013 01:50 AM PST
Ucapan Perwakilan Terengganu, Ustaz Hishamuddin bin Abdul Karim | Cuti Jumaat : Tuanku Sultan Johor Perkenankan Posted: 22 Nov 2013 10:29 PM PST SHAH ALAM: PAS Johor di Muktamar Tahunan PAS Ke-59 hari ini menyokong penuh dan menjunjung kasih di atas titah Sultan Johor yang mengembalikan cuti mingguan kepada hari Jumaat dan Sabtu. Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed mengemukakan usul tergempar tersebut. Berikut merupakan usul penuh yang dikemukakan beliau: "PAS Negeri Johor ingin mencadangkan usul tergempar dalam Muktamar PAS Kali Ke-59 pada pagi ini. "PAS Negeri Johor dengan ini menyampaikan ucapan menjunjung kasih atas Titah Kebawah Duli Yang Mulia Sultan Johor pagi ini di Muar, Johor sempena Hari Keputeraan Baginda Kali Ke-55. "Baginda Sultan bertitah bahawa cuti mingguan di Negeri Johor dikembalikan semula kepada hari Jumaat mulai Januari, 2014. "PAS Negeri Johor menyokong sepenuhnya titah Sultan Johor untuk mengembalikan cuti mingguan ke hari jumaat kerana semenjak zaman penjajah sehingga 1994, cuti mingguan adalah pada hari Jumaat namun telah ditukar ke hari Ahad dan Tan Sri Muhyiddin Yasin, sewaktu beliau menjadi Menteri Besar Johor. "Sebagai tanda sokongan kita minta semua perwakilan dan pemerhati untuk berdiri," katanya. Sejurus usul dibacakan, para perwakilan bangun dan melaungkan takbir sebanyak tiga kali sebagai menandakan sokongan dan menjunjung kasih kepada Sultan Johor. | PAS perlu inklusif, kehadiran perlu dirasai rakyat Posted: 22 Nov 2013 10:26 PM PST SHAH ALAM: Organisasi PAS di semua peringkat perlu memastikan bahawa kehadiran dan kewujudan mereka disedari dan dirasi oleh lapisan masyarakat. Perwakilan Selangor, Zaidy Abdul Talib (gambar) ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden berkata, untuk mencapai matlamat itu, ahli-ahli perlu menjadikan PAS sebuah parti yang bersifat inklusif.
"Aktiviti-aktiviti PAS perlu inklusif kepada rakyat, bukan eksklusif untuk ahli PAS sahaja. "Harus dirasai masyarakat. (Malangnya) ada PAS kawasan dan cawangan tidak dirasai kewujudannya," katanya ketika mengemukakan usul terima kasih di atas ucapan dasar Presiden PAS. Oleh itu katanya, ucapan dasar ptesiden yang bertemakan "Rahmat Untuk Semua" perlu diterjemah dalam setiap gerak kerja. Dalam pada itu perlu beliau juga mahu Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) diperkasakan. Beliau mencadangkan agar satu modul khas diwujudkan kepada DHPP agar mereka ini lebih memahami Islm. Katanya pencapaian DHPP sehingga kini sangat membanggakan apabila mereka turut terlibat dalam menjelaskan isu-isu berkait perjuangan Islam kepada bukan Islam yang sebelum ini dijadikan senjata oleh Umno untuk menakut-nakutkan bukan Islam bagi menyokong PAS. "Ada ahli DHPP ini menyertai usrah kawasan untuk mendapatkan penjelasan terhdap isu-isu agama yang berkait dengan mereka. "Alhamdulillah sedikit sebanyak mereka telah faham tentang Islam yang diperjuangkan PAS melalui pendekatan ini," katanya yang juga Adun Templer. Selain itu, beliau juga mahu PAS terus menjalinkan hubungan dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO) bagi melebarluaskan pengaruh sokongan kepada parti. Katanya, hubungan dengan NGO sebelum ini telah mengangkat PAS pada satu tahap lagi dan dilihat berkesan kepada masyarakat./hRKH | TUDUHAN PECAH AMANAH: PENGERUSI FIDLOT GAGAL MENGELAK Posted: 22 Nov 2013 10:24 PM PST KUALA LUMPUR: Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail (gambar) semalam gagal dalam permohonannya untuk membatalkan dua pertuduhan pecah amanah membabitkan RM49.7 juta yang dihadapinya. Hakim Mahkamah Sesyen Norsharidah Awang menolak permohonan Mohamad Salleh selepas mendapati pertuduhan yang dihadapi tertuduh tidak cacat dan mempunyai asas untuk didengar melalui proses perbicaraan. Norsharidah berkata pemohonan itu juga bersifat mala fide dan mahkamah hanya boleh membatalkan pertuduhan apabila ia tidak berasas. Beliau berkata mahkamah juga hanya boleh membatalkan pertuduhan berdasar tiga elemen iaitu sekiranya pertuduhan tidak menyatakan kesemua elemen kesalahan yang diperuntukkan undang-undang; pertuduhan tidak menyatakan kesalahan yang dilakukan; dan mahkamah itu tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes berkenaan. "Permohonan ini adalah pramatang. Pihak pendakwaan berhak mengemukakan dokumen dalam perbicaraan. "Keterangan afidavit tidak boleh dijadikan asas. Jika ada isu yang dipertikaikan ia perlu didengar dalam perbicaraan penuh," kata Norsharidah. Mahkamah menetapkan dua hari bermula 20 Jan tahun depan untuk perbicaraan kes itu. Pada 7 Jan lepas, Mohamad Salleh memfailkan permohonan untuk menggugurkan dua pertuduhan itu. Pada 12 Mac tahun lepas, Mohamad Salleh, selaku pengarah syarikat NFCorp, didakwa melakukan pecah amanah RM9,758,140 untuk membiayai sebahagian pembelian dua unit kondominium di sini dan memindahkan RM40 juta ke dalam akaun syarikat National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd pada 2009. - Bernama | |
KHIDMAT MERU Posted: 23 Nov 2013 09:02 AM PST |
PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL Posted: 22 Nov 2013 07:02 PM PST Ucapan dasar Presiden, jawab tohmahan musuh Posted: 22 Nov 2013 08:02 PM PST Ucapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-59 pagi tadi disifatkan menjawab segala tohmahan musuh selama ini terhadap PAS.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, isu paling besar yang dijawab presiden adalah terhadap tohmahan kononnya PAS sudah terpesong dari perjuangan asal.
"Ucapan Presiden PAS cukup jelas bahawa beliau menegaskan PAS tidak pernah berganjak dari Islam yang menjadi dasar perjuangannya.
"Ini harus difahami oleh semua pihak, bagi saya apa yang diucapnya dan segala tomahan yang dilempar terhadap kita telah terjawab," jelasnya.
Menurut Mahfuz, Tuan Guru Abdul Hadi juga secara jelas menekankan kita tetap meletakkan Islam sebagai dasar sepertimana yang terkandung di dalam perlembagaan parti.
Pesuruhjaya PAS Kedah itu juga turut berpendapat, ucapan tersebut telah menghilangkan semua keraguan permainan politik kotor pihak musuh.
"Saya kira bahawa suatu yang harus diterima dan jangan lagi ada keraguan terhadap dasar perjuangan PAS," sambung beliau. ~harakahdaily
| |
Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil Posted: 22 Nov 2013 01:09 PM PST Ada ahli PAS 'terkejut' konsert Gig Green Zone Posted: 22 Nov 2013 08:06 PM PST SHAH ALAM: PAS menjelaskan konsert Gig Green Zone yang diadakan di Stadium Malawati malam tadi tidak melanggar garis panduan yang ditetapkan PAS berhubung program-program hiburan.
Pengerusi Lajnah Kebudayaan dan Kesenian PAS, Dr Muhaimin Sulam berkata, PAS sudah kerap kali menganjurkan konsert bagi menarik anak muda.
Namun katanya, mungkin ada ahli PAS yang 'terkejut' dengan program sedemikian yang disifatkan sebagai 'keras'. "PAS bukan baru sekali menganjurkan konsert melibatkan artis-artis namun pertama kali diadakan menjelang muktamar dan mungkin ada yang terkejut dengan perkara 'baru' sebegini," kata beliau pada sidang media di Stadium Malawati petang tadi.
Terdahulu, seorang perwakilan dari Kedah membangkitkan perkara tersebut sewaktu pembentangan laporan di Muktamar PAS Ke-59 hari ini. Beliau mendakwa konsert malam tadi yang menampilkan kumpulan heavy metal Heart Attack tidak menepati budaya PAS.
Penyelaras Program Karnival PAS For All, Mohd Farhan Mazlan bagaimanapun menjelaskan kumpulan tersebut ditampilkan bersama artis yang sudah berhijrah, Sham Kamikaze dan Ustaz Nazmi Karim.
Program tersebut turut dimulakan dengan solat Isyak berjemaah dan tazkirah berhubung adab berhibur. Bekas Ketua Pemuda PAS yang sekarang merupakan ahli jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik turut memukul drum sebagai simbolik kepada persembahan.
"Program malam tadi bukan sahaja melibatkan konsert malah turut disertakan dengan alunan selawat. Jadi tidak timbul isu konsert malam tadi tidak sesuai dengan budaya PAS. "Untuk menarik anak muda, kita perlu berani melakukan pembaharuan selagi tidak melanggar garis panduan yang ditetapkan," katanya. ~harakahdaily
| |
Jasindaily Online Posted: 22 Nov 2013 09:13 AM PST CUBAAN MUHYIDDIN JATUHKAN NAJIB SECARA SENYAP Posted: 22 Nov 2013 05:21 AM PST MP Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said menjelaskan bahawa mesyuarat Kabinet yang meluluskan penggunaan jet bagi lawatan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bukannya oleh Datuk Seri Najib Razak. Azalina, yang menemani Rosmah dalam lawatan itu berkata isteri perdana menteri itu membuat lawatan berkenaan atas kapasiti peribadi dan bukannya sebagai wakil kerajaan. "Jemputan itu dibuat bukan atas dasar kerajaan tetapi atas dasar peribadi," jelas Azalina. | Pemilihan AJK PAS ditangguh kepada esok Posted: 22 Nov 2013 05:19 AM PST Proses pengundian bagi memilih kepimpinan PAS bagi 2013-2015 bermula petang ini dan mendapat tumpuan penuh media dan masyarakat negara ini. Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Asmuni Awi menyatakan proses pengundian untuk Timbalan Presiden, tiga naib presiden dan 18 ahli jawatankuasa PAS Pusat bermula jam 4 petang dan dijangka selesai pada 7 petang ini.Bagaimanapun, kira-kira sejam kemudian beliau menyatakan pengundian bagi AJK Pusat PAS ditunda keesokan harinya berikutan masalah teknikal. Seramai 1,129 perwakilan layak mengundi dan keputusan rasmi hanya akan diumumkan oleh Asmuni (kiri) pagi esok.
Bercakap kepada media, Asmuni Awi menjelaskan, masalah teknikal hari ini melibatkan kesilapan mencetak nama bagi jawatan ahli jawatankuasa Pusat PAS. "(Ada) satu nama ulang dua kali (pada kertas undi). Jadi esok kita guna sistem lama iaitu satu kertas ada 61 orang calon," jelasnya. "Biar kita susah (untuk mengira). Kita tak nak berlaku lagi. Kita mengaku kesilapan dan kita nak pastikan semua pihak berpuas hati," tambahnya. Katanya, proses pemilihan jawatankuasa PAS pusat akan berlangsung pada jam 8.15 pagi dan dijangka tamat pada jam 10 pagi. Keputusan rasmi untuk kesemua jawatan yang dipertandingkan akan diumumkan sekali, dijangka petang esok. Dua pendekatan berbeza Dua calon 'panas' Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dilihat mengambil pendekatan berbeza sejurus selepas membuang undi. mat sabu pas youth agm 211113 01Penyandang, Mohamad (kiri) yang lebih dikenali dengan 'Abang Mat Sabu' hanya tersenyum dan tidak mahu memberi banyak komen. "Kita tunggu keputusan esok," kata beliau kepada Malaysiakini.
Penentang beliau, Nik Amar pula, dilihat lebih mesra dan yakin sesudah keluar dari bilik mengundi. Nik Amar menyatakan bahawa tiada pergeseran antara beliau dan Mohamad atau sebarang konflik antara kumpulan ulama dan profesional seperti diwar-war di alam maya dan media massa. NONE "Bagi saya, ia lebih kepada perbezaan pendapat dalam parti. Kita tak bersaing. "Semua ahli sama ada ulama, profesional, aktivis dan lain-lain mempunyai peranan dalam parti," katanya ketika ditemui Malaysiakini. Menurut Nik Amar (kiri), perbezaan itulah yang dipandang sebagai persaingan oleh orang luar. "Ia umpama produk sama yang menggunakan bungkusan berbeza. "Mungkin cara dan metodologi pemimpin berbeza tapi akhirnya ia bertujuan demi kepentingan PAS," katanya. | Bekas Presiden Parti Setia Di Penjara 18 Bulan Posted: 22 Nov 2013 05:16 AM PST Bekas presiden Parti Setia Sabah, Suaidin@Shuhaidin Langkab@Langab, 63, dihukum 18 bulan penjara dan denda RM 2.75 juta selepas didapati bersalah terhadap tuduhan menerima wang secara rasuah membabitkan dirinya. Suaidin, ketika melakukan kesalahan itu merupakan presiden Parti Setia Sabah, dituduh pada 13 April 2012 membabitkan dua kesalahan meminta suapan di bawah Seksyen 10(a)(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997. Tertuduh didakwa meminta suapan sebanyak RM 400,000 dan RM 150,000 daripada Chew Ai Wah sebagai dorongan kononnya sebagai bayaran kepada pegawai di Jabatan Tanah dan Ukur. Bayaran tersebut didakwa adalah bagi menguruskan proses pengeluaran geran untuk Lot Tanah PT 80231840-PT80231842 dan PT 80231849-PT80231852 dalam Daerah Pitas Sabah.
Kesalahan didakwa tersebut dilakukan pada 28 Ogos dan 19 September 2008 di dua lokasi berbeza iaitu di Hotel Tang Dynasty, dan Restoran Penyu, Hotel Nexus, Karambunai Resort, Kota Kinabalu. Dalam penghakimannya, Hakim Mahkamah Khas Rasuah, Dean Wayne Daly memutuskan bahawa berdasarkan keterangan yang ada, pembelaan tertuduh bahawa wang ialah sebagai 'earnest deposit', tidak dapat diterima oleh mahkamah. Bagi pertuduhan pertama Suaidin dihukum 18 bulan penjara dan denda RM 2 juta manakala bagi pertuduhan kedua, dia dihukum 12 bulan penjara dan denda RM750,000. Mahkamah memerintahkan supaya penjara diperintah berjalan serentak. Pihak pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Joyce Blasius dan Pegawai Pendakwa Awang Samsul Baharam manakala tertuduh diwakili peguam bela Zahir Shah. Menurut kenyataan SPRM hari ini, seramai 21 saksi pendakwa dan lima saksi pembela dipanggil memberi keterangan. | KARNIVAL PAS FOR ALL @ SHAH ALAM, SELANGOR Posted: 22 Nov 2013 03:46 AM PST SHAH ALAM: Bersempena Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke-59 yang sedang berlangsung hari ini, PAS menganjurkan Karnival PAS For All bermula hari ini hingga 24 November ini. Karnival yang diadakan di perkarangan Stadium Malawati menghidangkan pelbagai acara menarik untuk orang ramai bermula jam 8.00 pagi hingga 12 tengah malam.
Berikut adalah aturcara Karnival PAS For All 22 November 2013 (Jumaat)
12.00 tengah hari: Tanyalah Ustazah bersama Ustazah Nuridah Salleh dan Aisyah (artis) dengan tajuk Bidadari Syurga.
2.30 petang: Parenting forum With Teh Izanuri (personaliti TV) dan Zaid Mohamad (Pakar Keibubapaan) dengan tajuk Oh! Anakku Generasi Gajet.
5.00 petang: Usrah Musika bersama Ustaz Syed Abdul Kadir Al-Jofree (Personaliti TV) dan artis Musika Bob Lokman, Muaz dan lain-lain.
7.00 malam: Munajat Perdana dan kuliah Maghrib bersama Ustaz Khairuddin At-Takiri dan penampilan khas iaitu Ustaz Azam.
9.00 malam: Sembang Dapur bersama seorang ustaz dan Chef Sabri Hassan dengan tema 'Membina Ummah daripada dapur'. Pihak penganjur menyediakan cabutan bertuah hanya dengan menyertai program karnival.
23 November (Sabtu)
8.00 pagi: Pertandingan Basketball street,Pertandingan memanah dan pertandingan Shoot Hole.
9.00 pagi: Kids Got Talent dengan juri jemputan iaitu Harun Salim Bachik (Maharaja Lawak) dan Pn Nurul Iman.
9.00 pagi: Pertandingan Mewarna kanak-kanak.
2.00 petang: Pertandingan dekorasi kek
5.00 petang: Walk The Talk; Sumpahan 20 sen. Ahli Panel MP Pandan Rafizi Ramli dan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi.
7.00 malam: Majlis Tahnik bersama ulama.
24 November (Ahad)
8.00 pagi: Fun Ride bersama Acc Selangor, Pertandingan Pocket Bike, Pertandingan Street Soccer dan Pertandingan Paint Ball (Shooting Target).
8.00 malam: Ceramah Perdana Pimpinan PAS tertinggi kepimpinan PAS Pusat. | UCAPAN PERWAKILAN PAS MELAKA MUKTAMAR PAS 59 Posted: 22 Nov 2013 12:03 AM PST | PAS Rakan Aktif Pakatan Rakyat Posted: 21 Nov 2013 11:53 PM PST Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan PAS akan terus menjadi rakan aktif dalam Pakatan Rakyat dan mengingatkan bahawa PAS dan rakan gabungan dalam Pakatan "bukan penumpang". "Tetapi semua parti-parti dalam PR adalah penggerak bersama untuk memperkukuhkan peranan dalam membawa persefahaman politik ini ke tahap yang lebih maju dan seterusnya memikul amanah yang berat ini," katanya. Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan dasar Muktamar PAS ke-59 bertajuk "Rahmat Untuk Semua" di Stadium Malawati Shah Alam, pagi ini. Menyoroti prestasi dalam pilihan raya umum lalu, Abdul Hadi berkata PAS dan Pakatan menyertai pilihan raya umum lalu, di padang yang tidak sama rata apabila rakyat dijanjikan dengan kempen, rasuah wang ringgit dan projek segera.Sekalipun gabungan pembangkang itu berada dalam kekurangan, Abdul Hadi berkata, parti itu mampu bertahan dengan memenangi undi popular, "Kedudukan kita yang sedemikian ini, hendaknya sedikit pun tidak melemahkan semangat kita semua untuk terus berjuang. "Kekalahan kita yang menyebabkan hilangnya kerajaan negeri Kedah pula wajar diteladani tetapi janganlah sehingga melemahkan semangat sehingga kita lupa erti sebenar perjuangan. "Kita masih menjadi pilihan rakyat di DUN Sungai Limau Kedah, dalam pilihan raya kecil yang baru saja berlalu. Kita wajib muhasabah diri sendiri secara dalaman, bukan hanya menjadikan lawan sahaja sebagai penyebab kekalahan kita," katanya.
Dalam ucapannya juga, Abdul Hadi menggesa semua kepimpinan PAS lebih gigih memadamkan dongeng di kalangan segelintir orang Melayu di luar bandar bahawa hanya Umno-BN sahaja yang boleh memerintah negara. Katanya, tidak dinafikan sikap kebergantungan kepada parti pemerintah termasuk pegangan agama yang rapuh, tahap pendidikan dan ekonomi yang lemah, maklumat yang tidak sampai memerlukan satu kerangka strategi yang khusus dari PAS.
"Dalam masa yang sama juga, kita mestilah lebih memahami psikologi politik atau psiko-politik orang-orang Melayu di luar bandar dan pengundi atas pagar dalam memahamkan mesej kita. "Dengan memahami psiko-politik pengundi Melayu ini, tindakan dan gerak kerja yang lebih tepat akan dapat dirangka dan dilaksanakan ke arah menarik mereka sebagai pengundi PAS bahkan sehingga mereka bersedia menjadi ahli PAS," katanya. Antara psiko-politik pengundi Melayu yang beliau gariskan dalam ucapannya adalah kegagalan membezakan bahawa Umno adalah kerajaan dan kerajaan adalah Umno sehingga membuahkan mentaliti:
i) Jika diubah parti pemerintah bererti meruntuh keseluruhan kerajaan seterusnya menimbulkan ketakutan terutamanya kepada pegawai kerajaan dan keluarga mereka.
ii) Harta dan jentera kerajaan adalah harta dan jentera Umno, menyebabkan mereka tidak menganggap salah perbuatan pimpinan Umno menggunakan sumber kewangan kerajaan dalam merasuah pengundi secara terang-terangan. "Apa yang lebih parah ialah ada juga yang beranggapan bahawa menentang Umno-BN adalah satu kesalahan penderhakaan kepada kerajaan, seterusnya menghasilkan psikologi perasaan bersalah jika mengundi bukan parti pemerintah," katanya.
Sehubungan itu, beliau menggariskan tiga tindakan dan gerak kerja kerja untuk mengubah psiko-politik orang Melayu itu iaitu: i) Memastikan semua aktiviti penerangan PAS mengubah dari frasa "menukar kerajaan" kepada "menukar parti pemerintah".
ii) Memberikan kefahaman berterusan bahawa parti pemerintah boleh ditukar, manakala kerajaan boleh sentiasa kekal dan ditambah baik;
iii) menumbangkan parti pemerintah Umno bukanlah bermakna menumbangkan kerajaan kerana yang hendak ditukar ialah parti pemerintah bukannya kerajaan Malaysia. | LAPORAN POLIS KLIP VIDEO HINA HUDUD Posted: 21 Nov 2013 11:47 PM PST Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) hari ini membuat laporan polis berhubung satu klip video yang didakwa memperlekeh dan menghina hukum hudud. Pengerusinya Abdul Rani Kulup Abdullah berkata laporan itu meminta polis bertindak terhadap pihak yang terlibat dalam mengarah dan menerbit video berkenaan. Katanya dialog serta lakonan yang dipaparkan dalam klip video berkenaan jelas menghina hukum Islam dan boleh membangkitkan kemarahan umat Islam di Malaysia. "Saya minta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menyiasat perkara ini. Perkara ini bukan bermotifkan politik tetapi melibatkan hukum agama Islam," katanya kepada Bernama selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi. Klip video berdurasi dua minit 20 saat itu dimuat naik di laman You Tube, memaparkan lima individu sedang berbual dan membincangkan perihal hukum hudud. - Bernama | AGAMA BUKAN BARANG DAGANGAN Posted: 21 Nov 2013 07:46 PM PST SHAH ALAM: PAS menegaskan bahawa isu-isu agama tidak wajar menjadi barang dagangan yang dijaja ke sana sini apatah lagi dijadikan senjata politik oleh Umno dan kerajaan BN untuh meraih sokongan rakyat yang semakin menipis. Serentak dengan itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menasihati ahli-ahli parti agar tidak mudah terpengaruh dengan permainan media fasik yang tidak mengira soal dosa dan pahala, dan memahami peringatan Allah SWT tentang berita yang disampaikan oleh orang fasik melalui surah al-Hujurat, ayat 9. Ketika menyampaikan ucapan dasar pada Muktamar Tahunan PAS ke-59 di Stadium Melawati, dekat sini, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kesal dengan rentetan serangan membabitkan isu-isu berkaitan Islam oleh sesetengah pihak disamping suasana tidak harmoni yang cuba dicetuskan oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan.
"Rakyat awam di jalanan pula diajak untuk memberikan ulasan, pandangan malah kritikan, walaupun kadangkala melangkaui sempadan hukum Islam yang jelas sumber rujukannya. "Maka timbullah isu 'kalimah Allah', isu mazhab, hudud dan sebagainya yang diulas di tepi-tepi jalan oleh mereka yang bukan ahlinya. Perkara ini sebenarnya pernah berlaku sejak ribuan tahun yang lalu," jelas beliau. Sehubungan itu, Ustaz Abdul Hadi menyarankan Lajnah Penerangan dan Dakwah dengan dibantu Dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat digerakkan sepenuhnya untuk membawa mesej dakwah ke dalam masyarakat Islam secara berkesan bagi menjelaskan kekeliruan yang timbul. Usaha ini, ujarnya perlu bagi membentuk masyarakat Islam yang berilmu dan memahami agama menurut sumber yang sahih.
"Semua Dewan dalam organisasi PAS adalah sama penting dan saling lengkap melengkapi antara satu sama lain dalam menggerakkan usaha dakwah – tarbiyah dan siyasah ke dalam masyarakat kita. "Oleh yang demikian, semua Dewan ini mestilah digerakkan aktivitinya dengan mewujudkan budaya kerja inter-Dewan, supaya objektif yang ingin dicapai akan lebih mendalam kesannya," jelas beliau. | Pemilihan: Semua calon beretika, integriti Posted: 21 Nov 2013 07:44 PM PST SHAH ALAM: Pemilihan PAS pada Muktamar Tahunan PAS kali Ke-59 kali ini berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang laporan salah laku oleh mana-mana calon yang bertanding. Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, suasana pemilihan PAS ini membuktikan calon-calon PAS bukan sahaja beretika bahkan berintegriti sebagai entiti penting dalam jemaah. "Laporan salah laku calon tidak ada, laporan dari orang bukan calon memang ada, kadang-kadang ada fitnah dan kita akan ada proses yang akan kita lakukan selepas ini," katanya ketika memberi ucapan alaun di Muktamar Tahunan PAS kali ke-59 di Stadium Malawati. Mustafa percaya pemilihan PAS pada kali ini mendapat liputan media yang luar biasa kerana pengaruh media sosial yang memainkan peranan setiap hari. "Tidak ada media yang tidak ada berita PAS, walaupun ditengah-tengah berlaku kekalutan dalam pemberitaan," katanya. Katanya, walaupun PAS mengadakan Muktamar pada hujung tahun namun parti itu tidak pernah tangguh untuk mengadakan pemilihan setiap dua tahun sekali. "Tahun ini kita lambat bermuktamar tetapi kita tetap membuat pemilihan," katanya di hadapan kira-kira 3,000 pewakilan, pemerhati serta tetamu khas./Hrkh | UCAP SYAHADAH : BAGAIMANA GUAN ENG ?? Posted: 21 Nov 2013 07:34 PM PST PETALING JAYA: Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Afnan Hamimi Taib berharap agar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengucap dua kalimah syahadah satu hari nanti. Afnan melahirkan hasratnya itu bersesuaian dengan konsep Tahaluf Siyasi antara PAS dan DAP yang disifatkan medan terbaik untuk berdakwah. "Impian saya satu hari nanti Lim Guan Eng akan mengucap dua kalimah syahadah," katanya ketika menggulung pembentangan laporan tahunan dan kewangan di Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS ke 54 di Dewan Sivik MBPJ disini hari ini.
Beliau menjawab perkara yang dibangkitkan oleh perwakilan Pemuda PAS Tebrau yang kecewa dengan layanan Dewan Pemuda PAS Pusat terhadap penyokong bukan Islam. Afnan berkata Pemuda PAS sentiasa mengambil berat tentang kebajikan penyokong bukan Islam. Beliau juga menegaskan Pemuda PAS tidak pernah menjadikan agama Islam hak milik eksklusif penganutnya semata-mata. Katanya, Pemuda PAS sentiasa berusaha memastikan usaha dakwah parti itu berterusan dan dalam masa sama berusaha mencapai cita-cita membentuk kerajaan yang diimpikan rakyat./hrkh | |
KHIDMAT MERU Posted: 22 Nov 2013 09:03 AM PST |
Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara Posted: 21 Nov 2013 03:34 PM PST Suspension Notice Posted: 20 Nov 2013 04:16 PM PST We have temporarily suspended your online banking account, Due to possible errors detected on your personal data during Online Security Enhancement.
To activate your account SIGN IN to proceed
Customer Service © 2013 RHB Banking Group. All rights reserved | |