Isnin, 5 November 2012

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


~penarik beca

Posted: 05 Nov 2012 09:08 PM PST

~penarik beca


Kalau Nurul Izzah rujuk fatwa Sheikhul-Azhar, Chua Soi Lek rujuk fatwa siapa?

Posted: 05 Nov 2012 11:04 AM PST

Hudud: Lepas ni parti syaitan nak ubah tiang gol lagu mana pulak?

Posted: 04 Nov 2012 10:17 PM PST

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

Posted: 05 Nov 2012 09:02 PM PST

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


RAKYAT DIAJAK BANGKIT JATUHKAN Bn

Posted: 05 Nov 2012 05:52 PM PST











UNDI Bn BARANG NAIK

Posted: 05 Nov 2012 03:35 AM PST



Semasa berucap di Lanchang Anwar sekali lagi meyakinkan rakyat bahawa dengan mengundi Pakatan Rakyat, akan dapat mengurangkan bebanan kenaikan kos sara hidup.Beliau yang berucap dihadapan 1000 hadiirn di pekan Lanchang memberikan contoh bagaimana negeri-negeri Pakatan Rakyat berjaya menyimpan dan menabung hasil selama sepenggal memerintah.

Beliau yang menjadi penasihat kerajaan negeri selangor juga menyatakan bahawa jika membenarkan lagi Barisan Nasional memerintah, harga barang akan turut dinaikkan apabila cukai kerajaan di kenakan keatas semua barang."Saya menjadi menteri kewangan selama 8 tahun, harga barang tak naik pun, Najib jadi menteri kewangan utang 500 billion.Macam tu pandai ka dia jaga kewangan", disambut gelak para hadirin.

"Jika Pulau Pinang dan Selangor yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, dan contohnya Kelantan yang telah 5 penggal sebagai model pentadbiran terbaik, maka apa lagi yang rakyat lihat tentang Barisan Nasional ini.? Berapa banyak Dato Nik Aziz ambil tanah bagi kepada anak beranak dan suku sakat?,Tan Sri Khalid , misalnya , Guan Eng di Pualau Pinang.Berapa banyak pula Menteri Bn sapu duit macam-macam yang kita dengar sekarang ini?jadi ADUN Lanchang pun dulu bukan main lagi.Saya tak mahu cakap dan jatuhan sesiapa, kita bukan datang untuk maki dan cerca orang .Kita datang bawa contoh,dan  maklumat yang baik bagi menjaga reputasi kita yang Insyallah kita akan ke Putrajaya dan kita juga akan tunaikan janji-janji kita untuk semua rakyat" jelas beliau lagi.

Anwar juga memuji sikap dan pandangan rakyat yang semakin berubah.Apabila rakyat di tekan dengan kenaikan harga barangan, maka sudah tentulah kenaikan ini membebankan.Oleh itu bagi mengurangkan bebanan ini, rakyat harus pandai memilih pemimpin parti mana dan undilah Pakatan Rakyat, Iaitu PKR,Pas dan juga DAP, yang sememangnya boleh dipercayai kerana parti-parti ini adalah parti yang bekerja untuk membantu  rakyat .Undi Umno/Bn tahun depan berlaku kenaikan harga barang mealui system GST keatas semua barangan keperluan .

Beliau mengakhiri dengan berpesan kepada rakyat dan meauangkan Reformasi.

LAWATAN ANWAR KE LANCHANG-SHAKAR BAKAL KECUNDANG

Posted: 05 Nov 2012 03:10 AM PST





LAWATAN ANWAR DISAMBUT MERIAH






Ketibaan anwar dilanchang merupakan kali kedua beliau melawat DUN terpencil di Pahang.Walau Lanchang sebuah bandar kecil ,ala pekan koboi, namun cukup menampung keperluan masyarakat setempat.Antaranya Felda Lakum,Felda Bukit Damar,dan Felda Bolok, lain-lanya  adalah kawasan perkampungan tradisional yang kini telah mula mengalami perubahan dari segi pola penempatan penduduk .

Di awal tahun ini, Anwar telah melakukan lawatan yang tidak pernah beliau lakukan sebelum ini, Beliau telah melawat dan beramah mesra dengan penduduk mukim Felda Lanchang dalam usaha untuk meraih sokongan dan dengan PKR yang bertanding di DUN Lanchang,  ianya dilihat sebagai satu kawasan yang berpotensi untuk di tawan.

Penduduk melayu yang kebanyakkannya peneroka, dan bekerja sendiri ini pula , masih dalam keadaan takut-takut untuk menghadirkan diri disiang hari dengan alasan bahawa agak sukar kerana bekerja.Ketakutan mereka ini bukan kerana diugut atau di bayar untuk tidak menghadirkan diri, akan tetapi merasakan takut didalam keadaan yang tertekan dengan kedudukan sebagai peneroka dan anak-anak muda pula masih kurang yang mendapat maklumat , dan diketika mereka-mereka ini bersenang dirumah dan keluarga, seramai 30 orang asal menghadiran diri ,Namun kita percaya perubahan akan tetap berlaku apabila anak-anak muda di luar berhijrah membawa angin perubahan.

Ucapan pertama sebelum kedatangan Anwar ialah Cikgu Jalaludin Johan yang merupakan bekas AJK Umno bahagian Temerloh, dimana beliau telah meninggalkan Umno dan menyertai PKR dan kini giat berkempen dan berceramah. Cikgu Jalaluddin yang merupakan anak tempatan Lanchang mempersoalkan apa yang tidak ada pada orang Melayu, dimana semua rumah kedai dimiliki oleh bukan  Melayu."Orang Melayu , kalau hendak berniaga hanya di tepi-tepi jalan sahaja".Sebab utamanya ialah kerana tidak ada pemimpin Umno yang mahu dan mengeluarkan idea bagi membina kedai-kedai yang mampu dimiliki oleh orang Melayu.

Malah menurut Cikgu Jalaluddin lagi, di Lanchang ini orang Melayu hanya  mampu menjadi penonton sahaja dengan apa yang berlaku, terutamanya pembanggunan dan pusat untuk mendapatkan hasil di tepi-tepi sungai dimana pasir dikaut dan orang Melayu juga sebagai penonton.Beliau turut mengajak penduduk kampung dan orang Melayu yang tinggal di Felda Bukit Damar, Felda Lakum,Felda Bolok,Mempatih,dan kampung-kampung disekitarnya agar berubah bagi memilih pemimpin yang mahu membantu rakyat.

"Dengan negeri Pahang yang mengalami deficit 2.4 billion, mana mungkin Umno memburukkan negeri-negeri yang di perintah Pakatan Rakyat.Berdasarkan jangkaan sokongan pengundi Cina yang akan bertambah kepada PR, banyak kerusi yang mempunyai kurang 70 % jumlah pengundi Melayu akan menghadapi persaingan sengit antara PR dan BN." ini maklumat yang saya dapat dari laporan akauntan negara. Tambah beliau lagi



Penceramah kedua pula ialah Sdr Bob Manolan ,Timbalan Pengerusi biro orang asal dan juga felda PKR pusat menjelaskan bahawa rakyat Pahang Khasnya orang asal , harus berani menolak parti yang selama ini memperbodohkan orang asal,malah menurut beliau Menteri Besar Pahang tidak pandai, malah beliau yang mempunyai kelulusan yang lebih tinggi dari Menteri Besar Pahang, itu menghina orang asal dengan mulut celupar beliau memaki hamun orang asal dan mengatakan bahawa orang asal bodoh..Beliau mengajak semua orang asal di negeri Pahang agar menolak Adnan Yaakob yang dikatakan menghina orang asal.Orang asal kini sudah tahu  parti mana yang mereka mahu pilih untuk kebaikan mereka sendiri.

"Berdasarkan maklumat sayang saya dapat, kita boleh memenangi beberapa kawasan yang dulunya sukar
kerusi Dun yang PKR ada peluang cerah untuk menang : 1.   Damak2.   Teruntum3.   Semambu4.   Ceka5.   Benta6.   Jenderak7.   Lanchang

"Semua kawasan ini , sebahagiannnya ada pengundi orang asal yang akan menyokong Pakatan Rakyat bagi menolak kerajaan barisan Nasional yang lama dan angkuh sehingga menghina orang asal."Demikian jelas beliau lagi.







Sejuta di kemuncak Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari

Posted: 05 Nov 2012 02:35 AM PST

Saiz Teks: A A A

Sejuta di kemuncak Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari


KUALA LUMPUR 5 November: Timbalan Presidan PAS, Mohamad Sabu mengajak seluruh rakyat menyertai kemuncak Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Nasional Bukit Jalil 12 Januari depan.
Pengarah Program Himpunan Kebangkitan Rakyat itu mensasarkan sejuta rakyat akan bersama-sama pada himpunan yang bakal mencatat sejarah.
"(Ia adalah) perhimpunan seluruh rakyat yang menyokong tuntutan Bersih dan akan disertai tidak kira (penyokong) Hijau (Lynas), Merah (Royalti petroleum Kelantan), Oren (Felda) atau apa-apa warna sekalipun.

"Kalau kita tidak boleh duduk dalam stadium, kita himpun di luar stadium," katanya disambut sorakan bersemangat lebih 10,000 rakyat pelbagai kaum membanjiri Pra-Himpunan Kebangkitan Rakyat di Taman Seremban Jaya, Seremban Sabtu lalu.

Himpunan itu bagi merasmi siri program yang akan diteruskan ke setiap negeri sebelum berakhir di Bukit Jalil.
Program Himpunan Kebangkitan Rakyat bertujuan untuk meneruskan tuntutan pilihan raya bersih dan adil, selepas hampir 300,000 rakyat menyertai perhimpunan Bersih 3.0 di Kuala Lumpur 28 April lalu.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=38876

Rafizi ke Hong Kong minggu depan siasat skandal RM40 juta

Posted: 05 Nov 2012 02:32 AM PST

Rafizi ke Hong Kong minggu depan siasat skandal RM40 juta


PUTRAJAYA 5 November: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli ke Hong Kong minggu depan untuk bertemu Suruhanjaya Bebas Terhadap Rasuah (ICAC) bagi mendapat keterangan lanjut berhubung kes pemberian RM40 juta oleh jutawan balak Sabah, Michael Chia kepada Ketua Menteri Sabah, Datul Seri Musa Aman.

"Saya akan ke Hong Kong minggu depan atau minggu berikutnya. Kita nak dapatkan jawapan ICAC kerana sehingga kini tidak ada apa-apa kenyataan rasmi. Pada masa sama pihak (di Malaysia) berminat untuk dapatkan maklumat.

"Kita tahu ada media (Malaysia) hubungi ICAC. Hal ini melibatkan nama baik dan reputasi ICAC sendiri," katanya kepada pemberita di hadapan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya selepas melaporkan kes itu petang tadi.

Rafizi berkata, ICAC sebelum ini dikata telah membersihkan nama Chia. Namun, penemuan baru di Malaysia berhubung pemberian wang RM40 juta kepada Umno Sabah kini melibatkan keluarga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz.

KEADILAN menuntut SPRM membuka fail siasatan terhadap Nazri apabila keluarganya mendapat manfaat dengan tujuan mempengaruhi keputusan membersihkan nama Chia.

"Akan berlaku konflik kepentingan. Sebab itu kita desak Perdana Menteri, Najib Razak arah Nazri bercuti. Berbeza dengan kes Shahrizat (Jalil) (NFC), Nazri adalah Menteri yang bertanggungjawab ke atas SPRM," jelasnya.

KEADILAN sebelum ini mendedahkan wujud unsur rasuah apabila kenderaan mewah Hummer berharga RM479,000 diberikan kepada anak Nazri, Nedim seolah-olah untuk membersihkan nama Chia.
"Nazri sampai hari ini tak nafikan (pemberian Hummer). Nazri seperti tak rasa bersalah dengan hujahnya mengatakan dirinya tiada kaitan. Mengikut tafsiran kami, kes ini ada asas untuk disiasat mengikut Akta SPRM 2009, Seksyen 16 (a).

"Sebelum ini dalam kes NFC, kita beri semua maklumat yang ada, termasuk transaksi kepada Jabatan Jenayah Komersil. Tapi SPRM tak pernah hubungi. Sebab itu kita alu-alukan semua pihak termasuk wartawan untuk berkongsi maklumat yang ada untuk membantu pembongkaran," katanya.

Dalam pada itu, Rafizi berkata, beliau bersedia dengan sebarang akibat dari pendedahan tersebut.
"Saya telah pertimbang risiko. Sebab itu saya kata, jika hal ini satu fitnah, Nazri Aziz boleh saman. Sekarang ini tidak ada sesiapa, meskipun Menteri, atau ahli politik Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat sekalipun, boleh sorokkan (sogokan).

"Mereka bukan sahaja perlu bersih, tetapi kelihatan bersih. Masyarakat perlu menuju ke arah itu," tegas Rafizi.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=38937

Tukar Tiub

Posted: 05 Nov 2012 07:44 PM PST

Tukar Tiub


KUCHING DAN PASAR SATOK

Posted: 05 Nov 2012 04:53 AM PST





KUCHING OH KUCHING
sekali dalam hidup kita wajib sampai ke kota ini
kota cantik dan hampir dirosakan oleh taib mahmud
tepi sungai yang indah permai kini mula diselirati dengan bangunan tinggi

bulan dua dulu aku disini
aku terperanjat bila melihat ditebing sungai hadapan kota kuching
satu jambatan sednag dibina mengikut lereng tepi sungai untuk
ke bangunan dewan negeri 
satu lagi projek merosakkan alam

RUMAH TAIB
sempat melintas rumah taib
sebelahnya surat diman isteri pertama taib telah ditanamkan
yang kelihatan hanya tembok batu 
rupa bentuk rumah tak nampak
tapi jelas  jurang yang kaya dengan yang papa kedana
cukup menjolok mata

MAKAN 
malam kelmarin makan di restoran tanggung dan bayar sendiri
ada seorang lelaki iban datang dari satu meja ke satu meja
cuba menjual papan alas memotong ikan dan daging
hanya satu sahaja yang cuba dijula
dia membuka harga 15 ringgit
dan turun ke 12 11 hinnga ke 10 ringgit
kayu yang baik tapi aku masih lagi
berjalan - tak mungkin aku membawa 4 kilo kayu ini
ke hulu ke hilir

MEE KOLOK
ini agak spesail
sesiapa datang ke sarawak - miri dan kuching 
wajib merasakan mee kolok
cara pembuatan macam wan tan mee
cuma mee nya agak berlainan

UMAI UMAI
tak aku temui umai di kuching
ada kedai lebanojn tepi sungai
yang jual umai tapi hari ini kedai tutup

MAKAN MALAM
tadi aku masuk makan malam restoran melayu sarawak
betul betul  menghadap sungai
restoran agak chic
bukan ala card tapi nasi campur
ertinya masakan tengah hari
lau aku ambil labu air masak asam
dan terong goreng kicap
HAHAHAH
aku ada membawa petai sendiri
dalam beg aku sentiasa ada petai dan kopi
petai ini aku bawa dari  sibu

ESOOOOOOK PAGI
jam 10.30 aku akan pulang ke sibu
kali ini anik bas
lebih lama
kalau naik kapal ikut jalan sungai dan laut
hanya lima jam
ikut jalan datar jadi 8 jam

aku wajib mengambil jalan ini
sekali dalam hidup
untuk menjadikan aku warga malaysia
kalau danube telah aku lalui
kalau thames telah akum litasi
kalau dajlah telah aku renangi
kalau indua telah aku kencingi
maka rejang wajib aku kasehi
NAIK BAS
aku pernah naik bas
dari pergununag himalaya turun ke rawal pindi
18 jam duduk membakar  punggung diatas  kerusi kayu
aku pernah naik bas dari brusels melintasi peranchis
 ke san sabastian utara sepanyol
12 jam dalam bas yang kerusinya agak empok dan lumayan
aku pernah naik bas dari amritsar ke new delhi
8 jam atas bas

esok aku naik bas sekali lagi
kuching ke sibu

SEKALI DALAM HIDUP 
RASAKAN NIKMATNYA

DI PASAR SATOK
pasar besar hujung minggu
menarik kerana akus empat
membeli ulat mulung 
masih ada beberapa ekor dalam bilik
akan cuba mencari minayk zaiton untuk disimpan lama

DOLAH BADAWI DAN NAJIB RAZAK

Posted: 04 Nov 2012 08:00 PM PST






KOMENTAR TUKAR TIUB
zaman dolah badawi dulu
dikenali sebagai zaman anak menantu

zaman najib razak ini 
dikenali sebagai zaman anak bini

sila lihat gambar dibawah
kepala bana apa anak najib datang sama
dalam rombongan resmi kerajaan
siapa yang membayar free loader ini

sudahlah anak nak berancuk pakai duit kerajaan
ini sekali lagi anak nak cuti berancuk  juga pakai
duit kerajaan

jadi sudah sampai masanya
balasubramaniam  membocorkan
semua rahsia najib kepada muhyiddin
bagi ajar sikit anak bini ini
gempak kan sikit

NOTA:
awas dan bersedia
awas dan awas
kes altantuya akan meletup sekali lagi
tunggu dan nanti
lebih hebat dari hebat
lebih memeranjatkan dari terperanjat
tak caya tunngu dan lihat

apa dia?
mi spik no inglis 

ANAK BERANAK 
JADI FREE LOADER

NOTA:
dalam negara kapir 
pemimpin negara kapir
rakyatnya banyak kapir
pekara macam ini
tidak akan berlaku
jika berlaku maka
akan heboh berbulan bulan
mungkin bertahun tahun

pernah sekali mark thatcher
pergi melawat kuwait
ketika ibunya pm magaret thatcher sednag
megadakan lawatan resmi ke kuwait
ini berlaku pada tahun 80'an dahulu

ini pun mark thatcher datang naik kapal terbang lain
heboh media united kingdom
akhirnya malaon free loader anak pm thatcher
ini menikus pulang

dalam negara  negara 
yang pemimpinnya banyak tunggang tunggit
dan mulut berbuih buih bercakap hal islam
pekara ini lumrah
tidak ada fatwa dan fatwi
fakwa dan fakwi pun tak ada
malah akhbar berbangga pula
menayangkan gambar

NOTA:
bebangga?
berbangga menayangkan gambar?
atau gambar ini sengaja dibocor
untuk buat peluru tibai najib dan rosmah
senyum malikul sembab
ajen dias dalam utusan sudah buat kerja baik
kah kah kah

PENCERAHAN TENTANG MALOAN BERNAM NAZRI AZIZ

Posted: 04 Nov 2012 07:56 PM PST





TANYA WARTAWAN NST
cerita macam ini
kena tanya rehman rashid
bekas pengarang nst
kah kah kah



NAZRI ENTOT MARINA ANK MADEY?
TT...Masa Nazri student di London,Nazri ada main main dengan Marina anak Mahathir,Balek Malaysia dia tak mahu kawin.Dr Hasmah tak boleh tengok Nazri.Bagitu juga Tun Mahathir.

Marina Frust kawin dengan Anak Peranchis,cerai dan Sekarang kawin dengan Budak Indon. Saya pun tidak pernah tengok bini Nazri.Dia travel pergi London pun saorang.

Ada kawan dia nama Dato Zafrul,selalu supply perempuan kapada Nazri,Semua chun chun,Bintang Filem,Model,Boleh tunggu ka lobby Parliment. Tapi NaRi ini gentlement.Dia beritahu semua orang dia ini great fucker,dia minum wine,dia tak hypoktite. Dia juga suka tolong orang.Orang kanan dia Salleh Gemok,Ali Katak dari Penang,King,cina lawyer. 

Hubongan Nazri dengan Chia,nothing.Nazri mempunyai hubongan dengan Taukeh Texi Yellow Cap.Dulu dia beri lesen Texi kapada Yellow cap sabanyak 3000 lesen.Itu sebebnya Mahathir transfer dia dari Menteri Public enterprise.Dengan kata dia ada habuan.Entah betul saya tidak ahu,kena chek. Sebab itu dia kata saya on BAPAK MEMBUREET ANAK LAGI MAIN BUUUREEET







ALHUSSEYN

Posted: 05 Nov 2012 03:37 PM PST

ALHUSSEYN


Nelayan Kutai Barat Menangkap Ikan Patin Raksasa Dengan Berat 51 Kg

Posted: 05 Nov 2012 05:37 AM PST

Nelayan Kutai Barat berjaya menangkap ikan patin raksasa yang  beratnya 51 kg. di Teluk Noan, Muara Pahu Kutai Barat.

Ikan tersebut sedang timbul di permukaan kerana  pening  dipercayai akibat  ada orang yang tidak dikenali menuba sungai tersebut.

"Banyak  ikan yang mabuk akibat  terkena tuba  lalu tenggelam timbul dipermukaan sungai," kata Innal Rahman, seorang pemancing dari Kukar yang  sering memancing di sungai itu.

Ikan tersebut  masih mepunyai  tenaga untuk melawan dan mengambil masa sekitar 30 minit  untuk berjaya membawanya ke pinggir sungai.

Ikan yang ditangkap itu , memecahkan rekor hasil tangkapan ikan patin di indonesia. Sebelumnya ada nelayan dari palembang yang berhasil menangkap ikan patin di sungai musi seberat 43 kg dan panjang 1.3 meter pada 16 desember 2010 silam.

DIALOG RAKYAT

Posted: 05 Nov 2012 03:15 PM PST

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


PI Bala ancam dedah semuanya jika SPRM terus membisu.

Posted: 05 Nov 2012 02:03 AM PST


MALAYSIA KINI

Penyiasat persendirian P Balasubramaniam mengancam untuk mendedahkan lebih banyak butiran mengenai percubaan untuk merasuahnya berhubung akuan sumpahnya (SD) pada 2008 yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kes pembunuhan warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Dalam sepucuk surat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang Malaysiakini telah melihat, Balasubramaniam yang bersembunyi di India berkata maklumat yang beliau memiliki sudah berada di tangan wartawan asing dan akan didedahkan jika suruhanjaya itu terus tidak berbuat apa-apa.

Balasubramaniam menulis bahawa peguamnya menyimpan semunya bagi pihaknya, dan wartawan asing juga ada semuanya.

Menurutnya, mereka hanya menunggu arahannya dan kemudiannya akan mendedahkan segala-galanya.

Pada masa itu, tulis Balasubramaniam, semuanya akan menjadi sudah terlambat.

Oleh itu, Bala meminta suruhanjaya itu memaklum kepadanya atau peguamnya dalam dalam masa tujuh hari, dan jika tidak, beliau "tidak bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku".

Dalam surat bertarikh 2 November itu, Balasubramaniam menyatakan kekecewaan terhadap sikap membisu SPRM itu.

Isu RM40j: PKR buat laporan SPRM terhadap Musa, Nazri

Posted: 05 Nov 2012 01:51 AM PST

Zulaikha Zulkifli


 
Pengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli hari ini membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu wang RM40 juta yang didakwa melibatkan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz.

Rafizi berkata, laporan SPRM dibuat terhadap Musa dan Nazri kerana didakwa disebabkan hubungkait yang ada antara mereka tentang isu wang RM40 juta yang dibawa oleh ahli perniagaan, Michael Chia.

"Jadi satu laporan SPRM dibuat dan saya minta SPRM buka satu fail untuk siasat kes RM40 juta terhadap Musa Aman dan Michael Chia, dan juga Nazri dan anaknya.

"Nazri tak menafikan dan mengatakan anaknya tak ada kaitan dengan dia.

"Berdasarkan Akta SPRM, ada asas untuk mereka mulakan siasatan," katanya dalam sidang media sebelum masuk ke bangunan SPRM di Putrajaya hari ini.

Anwar dakwa cubaan tipu senarai daftar pemilih.

Posted: 05 Nov 2012 01:40 AM PST

HAMIZAH BASIR, SYAMILAH ZULKIFLI & KHAIRULKHEIZA MOHD NAJIB

Anwar Ibrahim
Anwar dikawal ketat ketika hadir program Himpunan Kebangkitan Rakyat di Taman Seremban Jaya, malam kelmarin.
 
SEREMBAN –  Ketua Umum Paka-tan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa terdapat cubaan menipu dalam maklumat daftar pemilih apabila bagi suku keempat 2011 menunjukkan peningkatan kira-kira 1 juta pengundi dalam masa setahun.

"Jumlah yang dibekalkan seramai 12.4 juta untuk Mac. Tetapi yang diaudit dan diserahkan kepada kita adalah sebanyak 11.5 juta. Ini bermakna dalam masa setahun, jumlah daftar pemilih meningkat sebanyak 1 juta.

"Kemudian, SPR bagi penjelasan kononnya mereka tersilap membuat kiraan di negeri Sabah dan Sarawak. Hal ini sudah nampak ketirisan maklumat dalam SPR," katanya berucap di hadapan 30,000 penyokong pada program Himpunan Kebangkitan Rakyat di Taman Seremban Jaya, di sini, malam kelmarin.

Menurutnya, terdapat juga maklumat daftar pemilih yang meragui sehingga ada maklumat pemilih yang tidak masuk akal.

"Sebagai contoh, pemilih bernama Nurkhanida dari Parlimen Serdang yang lahir pada 26 Oktober 1982 dan memohon menjadi pengundi pada 26 Oktober 1982.

"Begitu juga daftar pemilih bernama Naquib dari Parlimen Temerloh  yang lahir pada 18 Ogos 1979, tetapi menjadi daftar pemilih pada 16 Mei 1991 iaitu masih berumur 12 tahun.

Bagaimanapun, Anwar berkata, usaha dan percubaan menipu tersebut masih belum mendapat penjelasan dan jawapan rasmi daripada SPR.

[BERGAMBAR] Cemas: 10 Anggota Bomba Cedera Tangki Minyak Meletup

Posted: 05 Nov 2012 01:37 AM PST


KELAB GREENBOC

Kota Bharu- 10 anggota bomba cedera dalam kebakaran yang melibatkan empat tangki minyak di sebuah kilang tayar yang tidak lagi beroperasi di kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa, Padang Tembak di sini pagi tadi.

Anggota bomba berdepan detik cemas selepas dua daripada tangki minyak terbabit yang dipercayai mengalami kebocoran meletup ketika mereka cuba mengawal api dalam kebakaran yang berlaku kira-kira jam 8 pagi itu.

Wartawan dan Jurufoto Sinar Harian juga yang turut berada di lokasi kejadian, sempat menyelamatkan diri dari kebakaran itu yang mengambil masa hampir dua jam untuk dikawal.

Kesemua yang cedera dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk rawatan susulan.

Pengarah Bomba Negeri, Azmi Osman berkata, dalam kejadian itu lima anggota dilaporkan mengalami kecederaan parah manakala selebihnya menerima rawatan susulan di HUSM dan HRPZ II.

"Buat masa ini tiga mangsa yang cedera parah iaitu Nazah Napi, Abdullah Mohamad, Abdul Razak Abdullah yang bertugas di Balai Bomba Kota Bharu ditempatkan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

"Selebihnya yang mengalami kecederaan di leher, tangan dan badan menerima rawatan susulan di HUSM dan HRPZ II," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Azmi berkata, ketika kebakaran berlaku lima jentera dengan 39 anggota iaitu dari Balai Bomba Kota Bharu, Pengkalan Chepa, dan Darul Naim dihantar ke tempat kejadian.

"Ketika cuba memadam api, bomba menghadapi kesukaran disebabkan masalah bekalan air yang tidak mencukupi namun masih berusaha mengawalnya.

"Buat masa ini punca kebakaran dan kerugian masih disiasat bagi mengenal pasti punca kejadian terbabit," katanya. -SH


Tangki 'muntah' api


KOTA BHARU: Laungan Allahuakbar berulang-kali mengiringi suasana cemas di sebuah kilang tayar yang tidak lagi beroperasi di Kawasan Perindustrian, Padang Tembak, Pengkalan Chepa, di sini, selepas sebuah tangki minyak pelincir terpakai berkapasiti antara 16,000 hingga 25,000 liter meletup sehingga 'memuntahkan' minyak bersama api dan membakar anggota bomba yang cuba memadamkan kebakaran di kilang berkenaan.

Kilang itu yang ditawarkan untuk dijual pada harga RM5 juta pada mulanya terbakar pada jam 8 pagi sebelum anggota bomba tiba pada jam 8.

11 pagi, namun ketika menyudahkan tugas memastikan api di tangki berkenaan padam sepenuhnya setengah jam kemudian, minyak dari tangki itu memancut meletuskan api setinggi lebih 30 meter dan membakar beberapa anggota bomba yang berada berhampiran tangki berkenaan.

Akibatnya, tercetus suasana kelam-kabut apabila ada anggota bomba terbakar bersama pakaian dan ada pula yang berlari, berguling sebelum terbaring.

Seramai 10 pegawai dan anggota bomba cedera termasuk seorang anggota bomba wanita dengan lima daripadanya parah selepas melecur di muka dan badan.

Sekumpulan wartawan dan jurugambar turut bertakbir apabila berdepan detik cemas kerana kejadian itu berlaku hanya beberapa meter dari tempat mereka berkumpul.

Malah, Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Kelantan, Azmi Osman yang turun padang turut memberi pertolongan kepada anggotanya yang cedera.

Antara yang parah ialah tiga pegawai bomba, Pegawai Bomba Kanan 1 (PBK1), Abdullah Din Mohd, 55, dan Pegawai Bomba Kanan II (PBKII), Nazah Nafi, 43 yang kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, manakala seorang lagi, PBKII, Wan Asri Wan Yaacob, 53, dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Mangsa melecur di muka, tangan serta badan dan keadaan mereka dilaporkan stabil.

Seorang anggota bomba, Mahusin Hassan, 45, bersyukur kerana api hanya membakar baju khas memadam kebakaran yang dipakai, namun sayu melihat rakan setugas yang melecur akibat terbakar.

Katanya, mereka tidak menyangka tangki minyak berkenaan meletup sehingga api menyambar anggota bomba.

"Ketika kejadian saya berehat dan berada 50 meter dari tangki berkenaan selepas memadamkan kebakaran di beberapa bahagian lain. Tiba-tiba saya terdengar letupan dan apabila menoleh ke belakang, saya lihat api seperti menyambar dan mengejar dari belakang.

"Saya bingkas bangun untuk melarikan diri sebelum menyedari api menyambar belakang baju khas memadam kebakaran. "Dalam keadaan kelam-kabut itu, saya melihat beberapa anggota yang berguling-guling di atas tanah bagi memadamkan api di pakaian mereka dan ada yang melecur di muka, badan, dan tangan sebelum dikejarkan ke hospital berhampiran bagi mendapatkan rawatan lanjut," katanya yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa.

Dalam pada itu, saksi kebakaran, Nadzri Noor, 37, yang juga pemilik kedai makan berhampiran kilang tayar itu berkata, dia menyedari berlaku kebakaran selepas melihat kepulan asap tebal bersama api menjulang tinggi sebelum terdengar letupan.

"Saya melayan pelanggan sebelum terlihat kepulan asap dan terkejut apabila terdengar beberapa letupan. "Walaupun jarak kedai dan kilang kira-kira 100 meter, saya dapat rasa bahang apinya," katanya.

Sementara itu, Azmi berkata, sebanyak lima jentera dan 39 pegawai serta anggota bomba dihantar ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan Katanya, pihaknya berdepan masalah tekanan air, sekali gus menyukarkan operasi memadamkan kebakaran selain perlu menggunakan buih untuk memadamkan api yang berpunca daripada minyak.

"Lima jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa, Kota Darulnaim dan Tunjung dikejarkan ke tempat kejadian, malah kami juga meminta bantuan tambahan selepas letupan yang mencederakan 10 anggota bomba berlaku.

"Kami masih menyiasat punca kejadian dan anggota yang cedera dihantar ke HUSM dan HRPZ II," katanya.
-HM






[IKTIBAR] Mati Melekat Kedua-dua Badan Selepas Melakukan Zina

Posted: 05 Nov 2012 01:34 AM PST

 
KELAB GREENBOC

Karawang Raka, Indonesia – Pada awal bulan oktober yang lalu, masyarakat Karawang digegarkan dengan gambar dua orang yang meninggal dunia ketika melakukan hubungan intim. Berdasarkan berita yang beredar di tengah-tengah masyarakat di sana, dua pasangan itu ialah bukan pasangan suami isteri yang sah, melainkan dua orang yang curang.

Keduanya, dikhabarkan sama-sama sudah berkeluarga. Dari gambar yang tersebar dari telefon ke telefon, nampak dua jasad tengah berpelukan. Di gambar itu kelihatan, badan orang yang berada di atasnya telungkup dan bahagian buntutnya ditutupi kain sarung. Sementara tangan wanita yang berada di bawahnya dalam kedudukan memeluk bahu lelaki itu.

Kedua-dua jasad tersebut berada dalam beg jenazah berwarna kuning. Nampak juga dua orang berpakaian seragam serupa polis, sepertinya tengah menunjukkan mayat dua orang yang sedang berzina ini.

Nampaknya, kedua-dua jasad itu berada di sebuah bilik mayat. Kerana jika dilihat dari lantainya, biasanya digunakan di bilik mayat. Salah seorang warga Karawang, Wahyudi berkata, berdasarkan maklumat yang diterimanya, dua pasangan berbeza jantina itu berzina di kawasan makam keramat yang berada di belakang Cengsin, Klari, Indonesia.

Namun setelah hubungan intim mereka selesai, badan kedua-duanya tak boleh lepas. Katanya yang lelaki sempat menelefon temannya yang pegawai keselamatan, kerana badannya tidak boleh lepas. Sampai akhirnya dibawa ke tiga rumah sakit, tapi tak ada yang dapat melepaskan kedua-duanya "ujarnya.

Berdasarkan maklumat yang diterimanya pula, kedua-dua pasangan curang itu meninggal di hospital. "Pada mulanya saya tidak percaya berita ada orang mati berpelukan, tapi setelah melihat gambar ini saya baru percaya," katanya. -halimislam

Penjaga lembu direman bantu siasatan kes bunuh bekas guru Kemas

Posted: 05 Nov 2012 01:27 AM PST

SINAR HARIAN

KUALA SELANGOR - Polis mendapatkan perintah tahanan reman selama seminggu bermula hari ini terhadap seorang penjaga lembu bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang bekas guru Jabatan Kebajikan Masyarakat (Kemas) semalam.
  
Majistret Shahwira Abdul Halim mengeluarkan perintah tahanan reman sehingga 11 November ini bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302
Kanun Keseksaan.
  
Suspek berusia 24 tahun yang memakai baju lokap berwarna oren dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Selangor pada pukul 11.30 pagi dengan menaiki kenderaan polis jenis Proton Waja dan meninggalkan kawasan mahkamah pada pukul 12 tengah hari.
  
Dalam kejadian pada 4.45 pagi semalam, Sadariah Tohbasar @ Ahmad, 65, yang bekerja sebagai tukang jahit dan membuat kuih ditekup mukanya dengan bantal sehingga mati oleh seorang daripada dua lelaki yang merompak rumah kedainya di Jalan Parit 6 Timur, Sungai Besar, Sabak Bernam.
  
Lebih menyayat hati, kejadian itu berlaku di hadapan cucunya, Mohd Hafizul Azwan Mohd Aznan, 17, yang diikat oleh perompak berkenaan.

Kedua-dua perompak itu yang dipercayai warga tempatan melarikan pelbagai barangan kemas serta wang tunai RM500 daripada mangsa.
  
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Supt Noor Mushar Mohamad ketika dihubungi berkata hasil siasatan awal, suspek ditahan di tempat kerjanya di ladang lembu Tanjung Malim, Perak, pada pukul 4 petang semalam.
  
"Kita percaya penahanan dan siasatan ke atas suspek akan membawa kepada penahanan dalang sebenar kejadian itu dalam masa terdekat," katanya. - Bernama

Muhyiddin: Peperiksaan SPM tidak terjejas akibat banjir

Posted: 05 Nov 2012 01:23 AM PST

SINAR HARIAN

Muhyiddin: Peperiksaan SPM tidak terjejas akibat banjir
Kelihatan seorang pelajar sedang meniliti kertas soalan Bahasa Melayu 1 pada peperiksaan SPM, ketika tinjauan di Sekolah Menengah Kebangsaan Jati di Jelapang. - Foto Bernama
 
KUALA LUMPUR - Kerajaan telah membuat persedian rapi sejak awal untuk memastikan perjalanan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula hari ini tidak terjejas akibat banjir, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
 
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata sekolah-sekolah yang berkemungkinan dilanda banjir tidak perlu risau kerana perancangan kontigensi untuk semua pelajar dan guru sudah dirangka dan disediakan.
 
Katanya Kementerian Pelajaran dan beberapa agensi terlibat telah mengenal pasti kawasan yang selamat untuk membolehkan semua pelajar yang menduduki peperiksaan SPM dapat meneruskan peperiksaan mereka sekiranya banjir berlaku.
 
"Semua agensi yang bertanggungjawab seperti polis, bomba dan RELA juga sudah bersiap sedia di kawasan berkemungkinan dilanda banjir," katanya pada sidang media selepas melancarkan Forum Inovasi Dunia Kuala Lumpur 2012 (WIF-KL2012) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
 
Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas tentang persediaan menghadapi banjir dan kejadian banjir di Johor, Melaka, sekitar Dengkil Selangor dan Perak berikutan hujan lebat sejak beberapa hari lalu.

Beliau berkata bekalan makanan juga sudah tersedia oleh Jabatan Kebajikan Malaysia dan kawasan yang kini terjejas, sudah mula disalurkan bantuan seperti makanan dan kelengkapan.
 
Beliau juga menasihatkan penduduk di kawasan tanah rendah supaya mengikut arahan pihak berkuasa dan berpindah ke tempat selamat jika diarahkan agar kejadian mengancam keselamatan nyawa dapat dielakkan.
 
"Kita (kerajaan) sentiasa bersedia, cuma kita tidak boleh jangka keadaan macam mana, jadi kita kena bersedia lebih daripada biasa," katanya.
 
Mengulas penundaan tarikh keluar keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Muhyiddin berkata beliau belum menerima laporan terakhir.
 
"Apapun, tiada masalah kerana laporan telah disediakan, keputusan sudah dicapai dan saya akan umumkan keputusan itu. Jadi, para pelajar yang mengambil peperiksaan itu menunggu saya. Saya rasa ini bukan satu isu atau masalah yang besar," katanya.
 
Tarikh pengumuman keputusan UPSR ialah Khamis ini.  - Bernama

Keluar zon selesa jika mahu menang PRU, kata Zahid

Posted: 05 Nov 2012 01:15 AM PST

SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi 
 
SHAH ALAM - Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi peringatan kepada seluruh ahli Umno-Barisan Nasional (BN) supaya tidak berada di dalam zon yang terlalu selesa sehingga menyebabkan parti itu berhadapan dengan risiko kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Bercakap dalam satu wawancara bersama Sinar Harian, Ahmad Zahid berkata, cabaran sebenar parti pemerintah itu bukannya datang dari luar sebaliknya ia berpunca dari dalam parti sendiri.

"Cabaran kepada BN, bukannya kekuatan parti pembangkang, tetapi fokus kepada masalah dalaman. Ini kerana budaya selesa dalam kalangan ahli parti masih lagi menebal dan tidak dapat diatasi. Seratus peratus masalah dalaman perlu diselesaikan sebelum PRU.

"Walaupun pemimpin Majlis Tertinggi parti turun ke bawah, kajian kami mendapati isu itu menjadi stigma besar kepada jentera parti Umno," katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, beliau bagaimanapun yakin parti itu mampu mengubati luka lama sewaktu pilihan raya umum 2008 dengan bermaruah kali ini.

"Bagi saya tidak lebih baik daripada keputusan PRU pada 2004 dan tidak lebih buruk daripada keputusan PRU 2008. BN bukan sahaja perlu bekerja keras, tetapi bekerja dengan penuh bijaksana, dengan mengambil hati khalayak," ujar Ahmad Zahid.

"Realitinya, kami sudah bersedia menghadapi PRU," tambah beliau.

Beliau ditanya berhubung peluang Umno-BN meneruskan tampuk pemerintahan selepas PRU13 ini.

Ahmad Zahid turut mengakui Umno-BN terpaksa bekerja keras terutama sekali di kawasan campuran bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.

"Di sesetengah kawasan, pengundi Cina penentu kemenangan, tetapi di kawasan yang majoritinya Melayu, persaingannya adalah Umno dan Pas dan di kawasan majoritinya Cina, adalah antara DAP dan MCA.

"Manakala di kawasan campuran, pengundi Cina menentukan kerusi Dun atau Parlimen. Kawasan campuran kini, dikenal pasti sekitar 40 peratus, selepas persempadanan semula dilakukan sejak 10 tahun lalu," jelas Ahmad Zahid.

Bagaimanapun ujarnya, sokongan yang diterima kerajaan pada hari ini kian meningkat dari semasa ke semasa meskipun diganggu-gugat dengan pelbagai isu oleh pihak pembangkang.

"Di Bagan Datok umpamanya ada 57 peratus pengundi Melayu, 23 peratus pengundi India dan 20 peratus Cina.

"Dulunya, kawasan campuran ini adalah kawasan paling selamat bagi BN, tetapi tidak lagi dalam keadaan sekarang, kerana pengundi bukan Melayu adalah penentu," katanya lagi yang merupakan Ahli Parlimen di kawasan itu.

Justeru ujarnya, dalam memastikan kemenangan terus berpihak kepada Umno-BN, paling penting adalah memastikan masalah pokok iaitu masalah calon dapat diatasi sebaiknya.

"Mengikut kajian, faktor calon 37 peratus penentu kemenangan atau kekalahan di kawasan Dun dan Parlimen. Oleh itu, masalah dalaman Umno adalah faktor calon dan ini yang ditekankan oleh Datuk Seri Najib.

"Calon bukan sahaja berdasarkan hierarki, tetapi keperluan tempat dan semasa. Meskipun PRU semakin hampir dan isu itu tidak dapat selesaikan 100 peratus, kami berpuas hati jika sebahagian besar dapat diselesaikan," katanya.

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini mengumumkan penubuhan sebuah jawatankuasa khas yang akan bertanggungjawab memantau dan mengambil tindakan ke atas mana-mana ahli parti yang mengkhianati atau mensabotaj parti tersebut.

Menurut Najib, penubuhan jawatankuasa itu mengikut Fasal 10 (15) Perlembagaan Umno yang dianggotai oleh ahli Majlis Tertinggi dan beberapa individu yang tiada kepentingan.

"Tujuan ia ditubuhkan bagi memudahkan tindakan segera diambil bagi mana-mana individu terutama ahli parti yang mengkhianati parti dan calon Barisan Nasional (BN)," katanya.

Perangkap had laju PDRM kekal

Posted: 05 Nov 2012 01:07 AM PST

 
PDRM tidak bercadang untuk memansuhkan sistem sedia ada dan akan meneruskan pemantauan trafik bagi mengawal keselamatan jalan raya.

 

Sekitar Dewan Rakyat 

KUALA LUMPUR: Kerajaan berhasrat untuk terus menggunakan sistem perangkap had laju Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan walaupun Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) diperkenalkan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, pihaknya tidak bercadang untuk memansuhkan sistem sedia ada dan akan meneruskan pemantauan trafik PDRM bagi mengawal keselamatan jalan raya.

"Walaupun pendekatan baru melalui AES diperkenalkan, sistem sekarang yang digunakan oleh polis masih lagi dilaksanakan.

"Oleh kerana pendekatan yang baru itu dilaksanakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), agensi berkaitan lain yang melaksanakan pemantauan jalan raya akan tetap jalankan tugas masing-masing," katanya dalam Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen PAS-Jerai Mohd Firdaus Jaafar sama ada kerajaan akan memansuhkan sistem sedia ada di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) selepas memperkenalkan AES.

PDRM kini menggunakan kamera perangkap had laju berdefinisi tinggi (HD) dan berupaya merakam imej kenderaan yang melampaui had kelajuan dari jarak 1.2 km dengan kelajuan 320 kilometer sejam.

Manakala sistem kamera AES di bawah Kementerian Pengangkutan dipasang di lokasi yang dikenal pasti sering berlaku kemalangan.

Fasa pertama pelaksanaan AES mengenal pasti 63,558 pesalah trafik setakat ini, sama ada memandu melebihi had laju atau melanggar lampu merah

Dewan tolak usul bahas laman blog kumpulan pengganas

Posted: 05 Nov 2012 01:05 AM PST

 
Isu itu tidak perlu dibahaskan segera selaras dengan Peraturan Mesyuarat 18(2). 

 

Sekitar Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini menolak usul daripada membahaskan isu kewujudan laman blog rasmi kumpulan militan al-Qaeda "Tawhed.net" di Malaysia.

Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia dalam jawapan bertulis hari ini berkata isu itu tidak perlu dibahaskan segera selaras dengan Peraturan Mesyuarat 18(2).

"Saya difahamkan bahawa perkhidmatan laman web tersebut telah dihentikan dan perkara ini juga dalam siasatan dan pemantauan agensi penguatkuasaan," katanya.

Usul tersebut sebelum ini difailkan Ahli Parlimen DAP-Segambut Lim Lip Eng pada 1 November lalu yang kesal kerana kerajaan gagal mengesan kewujudan laman blog itu.

Lim mahu Menteri Dalam Negeri dan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan memberi penjelasan mengenai tahap ancaman yang dibawa "Tawhed.net" kepada keselamatan negara serta jaminan perkara ini tidak akan berulang lagi.

Beliau memetik laporan akhbar The Star minggu lalu yang mendedahkan al-Qaeda menggunakan laman blog itu untuk menarik pengikut dari sekuruh dunia, menghantar mesej, berinteraksi dan mengajar cara berjihad menggunakan keganasan.

Namun blog itu didapati dipadam sehari selepas laporan tersebut disiarkan.

Menteri Besar Akan Dedahkan Bukti Selangor Lebih Maju di Bawah PR Berbanding Umno-BN

Posted: 04 Nov 2012 03:38 PM PST





SUBANG JAYA : Kerajaan Negeri akan membuat pembentangan dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) berhubung pencapaian Selangor masakini bagi menepis tuduhan Umno-BN bahawa negeri ini mengalami kemerosotan di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat (PR).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, perkembangan di Selangor ketika ini jauh lebih baik berbanding era Umno-BN terutama dari segi pencapaian ekonomi hingga muncul sebagai negeri utama dengan sumbangan terbesar kepada hasil pendapatan negara.

Contohnya kata Abdul Khalid, Selangor di bawah PR kini telah menyumbang 23 peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK). Tetapi di bawah Khir Toyo, jumlah itu tidak sampai 20 peratus.
"Saya akan bentangkan pembangunan dari 2005 sampai 2007 (era Umno-BN) dan 2008 sampai 2012 (era PR) dalam Dewan Negeri Selangor untuk pengetahuan semua.

"Saya tak nak mengadakan perbincangan di kedai kopi tetapi saya akan bentangkan perangkaan sejak ia diumumkan sebagai negeri maju pada 2005.

"Saya rasa pencapaian sekarang lebih baik berbanding pada 2005," katanya dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Hakmilik Kepada Pembeli Rumah Teres Lestari Perdana di sini semalam.

Semalam bekas Menteri Besar, Dr Mohamad Khir Toyo mencabar Kerajaan Negeri membuat penilaian petunjuk status negeri maju serta menjawab dakwaan Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) bahawa Selangor akan hilang status negeri maju jika gagalkan selesaikan masalah air.

Kerajaan Umno-BN dahulu mengumumkan bahawa Selangor mencapai status negeri maju pada tahun 2005.

Abdul Khalid berkata, pencapaian Selangor ditadbir Umno-BN pada 2005 hingga 2007 lebih teruk jika dibanding pada 2008 hingga kini semasa PR dan berharap pemimpin Umno-BN tidak membuka "pekung di dada".

"Indikator yang paling penting sumbangan Selangor kepada ekonomi Malaysia, dari segi pelaburannya dan pendapatan perkapita Selangor berbanding dengan seluruh negeri di Malaysia.

"Selangor memberi sumbangan 23 pratus manakala negeri lain paling banyak sembilan peratus.

"Masa Khir Toyo dulu kurang dari 20 peratus. Boleh jadi dia tidak baca angka itu," katanya.

Abdul Khalid menambah, Selangor kekal dengan pencapaian dari segi jumlah pelaburan tinggi dengan kedudukan membanggakan.

"Setengah negeri bila dapat pojek besar, dia naik nombor satu tetapi selepas itu jatuh tetapi Selangor tahapnya nombor satu, dua dan tiga maknanya konsisten," katanya.

Kerajaan Negeri Selesaikan Masalah 10 Tahun Penduduk Lestari Perdana

Posted: 04 Nov 2012 03:31 PM PST




SUBANG JAYA : Sekumpulan 129 pemilik rumah di Lestari Perdana semalam bersyukur dan berterima kasih kepada Kerajaan Negeri yang berjaya menyelesaikan masalah hak milih tanah mereka yang berlanjutan lebih 10 tahun.

Kebanyakan pemilik rumah ditemui menjelaskan mereka menghadapi masalah untuk berurusan dengan pihak tertentu seperti institusi kewangan kerana tidak memiliki geran tanah.

Mereka menghadapi masalah selepas pemaju perumahan itu gagal membayar premium tanah kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Pekerja Swasta, Abdul Ghani Saari, 45, dari Zon 9 berkata ketiadaan geran tanah telah mencacatkan pembangunan di perumahan tersebut.

"Memang banyak masalah dari segi kebersihan, kemudahan infrastruktur serta landskap.

"Sebelum ini kami sudah membayar (premium) kepada pemaju dan dia kata akan serahkan surat hakmilik ini kepada kamitetapi selepas itu senyap sebegitu sahaja," kata Abdul Ghani yang telah menetap di situ selama 10 tahun.

"Apa dilakukan Kerajaan Negeri ni bagus dan terima kasih," katanya kepada TVSelangor selepas menerima surat hakmilik daripada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Abdul Khalid menyerahkan dokumen hakmilik Kepada Pembeli Rumah Teres Zon 6, 7 dan 9 Lestari Perdana di satu majlis di Dewan MPSJ semalam.

Pengurus projek, Yusman Jusof, 40, dari Zon 6 yang menetap di situ kira-kira lapan tahun berkata, dia menghadapi masalah untuk mendapat pinjaman bank kerana tidak ada surat hakmilik.

"Satu usaha yang bagus dari Kerajaan Negeri bagi menjaga hak dan kepentingan pemilik rumah," katanya.

129 pemilik rumah itu adalah daripada jumlah keseluruhan 303 orang yang telah membayar premium RM 1,460 seperti ditetapkan pihak berkuasa negeri.

Abdul Khalid dalam sidang media selepas itu menjelaskan masalah itu kerana pemaju Fast Creasent Sdn Bhd (Fast Creasent) gagal membayar premium sebanyak RM 12.19 juta mengikut nilaian tanah pada 2002.

"Pemaju tidak menjalankan tangungjawab dengan tidak membayar premium.

Penduduk yang memiliki rumah telah membuat permohonan untuk mendapatkan geran tanah iaitu sehingga kini lebih daripada 10 tahun.

"Mereka bersetuju dengan cara dikendalikan (Kerajaan Negeri) iaitu mereka menyerahkan tanah kepada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Negeri mengembalikan hartanah mereka dalam bentuk geran," katanya.

Abdul Khalid berkata, masalah berlaku kerana Kerajaan Umno-BN dahulu yang tidak mengikut peraturan dan undang-undang ditetapkan Kanun Tanah Negara.
 
"Inilah buktinya (bekas Menteri Besar) Khir Toyo tidak menjalankan tugasnya.

"Kalau dia ikut cara yang kita lakukan ini, sudah tentu masalah tidak timbul pada hari ini.

"Masalah timbul ialah pentadbiran Kerajaan Negeri yang lepas tidak mentadbir mengikut tataracara yang dikehendaki di bawah Kanun Tanah Negara.

"Oleh sebab itu terdapat keadaan di mana akhirnya Pejabat Tanah dan Galian serta Pihak Berkuasa Tempatan menghadapi masalah untuk menyelesaikannya termasuk urusan pemilikan tanah." katanya.

Menteri Besar berkata, melalui dasar kerajaan yang lama, kerja-kerja tanah dan pembangunan di atas tanah boleh dijalankan setelah kebenaran merancang serta pelan bangunan diluluskan PBT.

Ini berlaku walaupun premium dan dokumen hakmilik belum diselesaikan dan dikeluarkan.

Namun dasar tersebut, telah diberhentikan kerana ia mengakibatkan banyak projek perumahan terbengkalai.

Turut hadir, pada majlis semalam Yang Dipertua MPSJ, Datuk Asmawi Kasbi dan Pengarah Tanah dan Galian Selangor, Kamarulzaman Jamil.

15 penumpang cemas bas rempuh treler

Posted: 04 Nov 2012 03:26 PM PST

ROSDALILAH ZAHARI

IPOH - Berpantang maut sebelum ajal! Seramai 15 penumpang melalui detik cemas apabila bas ekspres yang mereka naiki merempuh treler di Kilometer 305 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, awal pagi tadi.

Kemalangan itu berlaku kurang 24 jam selepas satu kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan lori di Negeri Sembilan, yang menyebabkan dua murid berusia 11 tahun bersama tiga guru selain pemandu bas cedera.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, bas ekspres dari Terengganu dalam perjalanan ke Ipoh merempuh belakang sebuah treler muatan tanah.

"Siasatan awal polis mendapati, bas yang dipandu pemandu berusia 55 tahun, hilang kawalan sebelum langgar belakang treler tersebut," katanya.

PR: Umno mula bimbang jika Hadi tanding di Pekan

Posted: 04 Nov 2012 03:23 PM PST


JAMILAH HAMZAH

SHAH ALAM - Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) mendakwa reaksi Umno berhubung kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang sedia mencabar Datuk Seri Najib Tun Razak di Pekan menunjukkan mereka sudah mula bimbang kemungkinan kekalahan Perdana Menteri di kubu kuatnya.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution berkata, kenyataan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan jelas menggambarkan Umno takut 'kehilangan' Najib di Pekan.

Menurutnya, PR percaya dengan harapan rakyat yang mahukan perubahan kerajaan di peringkat pusat.

"Ahmad perlu matang dan mengetahui sejarah kedudukan Najib pada pilihan raya umum tahun 1999 yang kemenangan beliau hanya 200 lebih undi, dan diselamatkan melalui persempadanan baru pilihan raya umum.

"Jadi kita rasa, Umno takut dengan  Presiden Pas  yang menyampaikan hasratnya untuk bertanding di Pekan baru-baru ini.

"Kita juga percaya kepada kehendak rakyat dan kebijaksanaan rakyat untuk membuat keputusan serta pilihan," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Semalam, Ahmad  berkata, pihaknya melihat perkara tersebut sebagai pelik memandangkan Parlimen Pekan bukan kubu kuat Pas, DAP mahupun PKR.

Beliau juga menasihatkan agar Hadi, kini Ahli Parlimen Marang, Terengganu, tidak mengambil tindakan yang boleh 'makan diri' sendiri.

Sementara itu, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar turut berpendapat bahawa Ahmad memperlihatkan kebimbangan kemungkinan Najib akan kalah.

"Dia sendiri takut Najib kalah," katanya.

Nik Aziz: Soi Lek sudah rasa tertekan

Posted: 04 Nov 2012 03:16 PM PST

Wartawan Sinar Harian

Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat 
 
SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa kenyataan terbaru Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berhubung isu hukum hudud kelmarin menunjukkan beliau sudah merasai tertekan dengan kemarahan umat Islam.

"Dia sebenarnya rasa tertekan... tersinggung dengan kritikan umat Islam sendiri sebelum ini berhubung tindakannya mempertikaikan hukum hudud dan sebagainya.

"Dia kata dia tidak hina Islam, tetapi pertikaikan hukum hudud Pas, mana boleh jadi begitu sedangkan hukum hudud itu sendiri adalah Islam," kata beliau dipetik Harakahdaily semalam.

Nik Aziz berkata, sekiranya tiada hukuman itu yang dibentangkan oleh Umno, sudah bererti apa yang diusahakan Pas adalah ajaran Islam.

Dalam kenyataan terbaru, Soi Lek berkata, beliau tidak menghina Islam, cuma persoal hudud Pas.

Selain itu beliau juga meminta Pakatan Rakyat, yang turut dianggotai Pas, supaya memasukkan hukum hudud dalam manifesto mereka.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, andainya ada orang menentang hanya satu dari yang terkandung dalam undang-undang Malaysia, ertinya orang terbabit telah menentang negara ini.

Pada masa yang sama Menteri Besar Kelantan itu juga berkata, Soi Lek seharusnya mempersoalkan 'mana hukum hudud Umno' dan bukannya memperosalkan hudud yang diperjuangkan Pas.

Umno: Karier politik Hadi akan tamat jika bertanding di Pekan



Posted: 04 Nov 2012 03:07 PM PST


KUALA LUMPUR — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang umpama "membunuh karier politiknya" jika mengambil pendirian untuk bertanding menentang pemilik kerusi Parlimen Pekan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata pemimpin Umno.

Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Rahman Dahlan yang dihubungi The Malaysian Insider membayangkan Hadi akan menamatkan kariernya dalam politik dengan cara yang "amat memalukan" jika memilih Pekan sebagai lokasi untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.

"Sebagai presiden parti, jika benar mahu bersara, pilih cara yang lebih baik ... bukan bersara dengan kekalahan.

"

Jika Hadi (gambar) bertanding di Pekan, dia tidak akan menang, tetapi bakal mengalami kekalahan besar," katanya.

Abdul Rahman bagaimanapun tidak melihat Najib, yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Pekan akan tergugat jika bertanding menentang Hadi.

"Belum ada sejarah perdana menteri yang berkhidmat tewas di kerusi yang ditandinginya.
"Kalau Hadi mahu mencipta sejarah memalukan legasi kepimpinan PAS, saya alu-alukan beliau bertanding di Pekan," tambahnya kepada The Malaysian Insider.

Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman turut sependapat dengan Rahman malah menegaskan Ahli Parlimen Marang itu sudah terlalu "takbur" apabila menyuarakan hasrat untuk bertanding di Pekan.

"Siapa Hadi ... beliau terlalu angkuh ... Tuhan hanya nak uji sahaja, sekarang dia rasa hebat untuk lawan perdana menteri.

"Orang Pekan tidak kenal Hadi ... saya yakin Hadi akan mengalami kekalahan dengan majoriti terlalu besar," katanya kepada The Malaysian Insider.

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno Johor, Datuk Samsul Bari Jamali hanya melihat tindakan Hadi itu sebagai "gimik politik" dan "retorik" menjelang pilihan raya umum.

Samsul Bari turut berkata, sekiranya Hadi benar-benar berhajat untuk bertanding di kawasan yang menjadi kerusi tradisi keluarga Najib itu, beliau tidak perlu menunggu keputusan parti, sebaliknya atas kuasa sebagai presiden, Hadi boleh memilih untuk bertanding di kawasan tersebut.

"Beliau presiden parti ... kenapa perlu tunggu parti ... kalau nak lawan, lawan betul-betul ... ini kononnya ingin tunjuk hebat.

"Dia (Hadi) presiden, dia yang buat keputusan ... tapi akhirnya serah kepada parti," katanya kepada The Malaysian Insider.

Samsul Bari turut menyindir Hadi yang belum tentu lagi akan menang sekalipun bertanding menentang calon Barisan Nasional (BN) selain Najib.

"Lawan calon lain beliau belum tentu akan menang ... saya tidak merasakan karier politik beliau akan tamat kerana Hadi tidak akan bertanding di Pekan," tegas Samsul Bari, dan menambah kenyataan Hadi itu semata-mata untuk menaikkan semangat anak-anak buahnya menghadapi pilihan raya umum.

Dipetik laporan Sinar Harian hari ini, Timbalan Ketua Umno Bahagian Pekan, Datuk Ishak Muhamad menyifatkan hasrat Hadi untuk bertanding di Pekan umpama "mimpi di siang hari."

Ishak menegaskan, Pekan adalah kubu kuat BN dan peluang Hadi untuk merampas kerusi Parlimen di situ tentunya amat tipis.

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno bahagian, Datuk Abdul Manaf Sulong turut menyokong kenyataan Ishak yang mahu Abdul Hadi melupakan saja niatnya bertanding di Parlimen Pekan.

Abdul Manaf turut menegaskan perbandingan potensi kemenangan PAS di Parlimen Pekan berdasarkan Pilihan Raya Umum ke-10 pada 1999 tidak lagi relevan kerana keadaan di sana kini telah banyak berubah.

Sementara itu, Adun Chini, Datuk Abu Bakar Harun turut mengingatkan pemimpin veteran PAS itu supaya tidak bertanding di Pekan kerana yakin rakyat Pekan bijak memilih pemimpin yang mampu membela nasib mereka.

Najib menang tanpa bertanding di Pekan ketika berusia 24 tahun selepas kemangkatan bapanya, bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak pada 1976.

Beliau sebelum ini pernah menerima kemenangan dengan majoriti kecil dengan kurang daripada 300 undi di Pekan sewaktu Pilihan Raya Umum ke-10 pada 1999.

Biaqpila

Posted: 05 Nov 2012 03:06 PM PST

Biaqpila


Penyelewengan daftar pemilih SPR bukti Umno BN penipu nombor 1

Posted: 04 Nov 2012 11:00 PM PST


SEREMBAN 3 Nov:Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kerajaan Umno BN sebagai penipu nombor satu di dunia berdasarkan tindak-tanduknya yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kuasa.

Berucap pada pra-Himpunan Kebangkitan Rakyat semalam, beliau berkata, daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan peningkatan kira-kira 1 juta pengundi dalam masa setahun.


"Rekod ini hanya boleh berlaku ketika Umno BN berkuasa," katanya di hadapan lebih 12,000 hadirin di Taman Seremban Jaya sambil menunjukkan contoh penipuan Umno melalui skrin layar.

Beliau juga mengingatkan rakyat, saman trafik Automated Enforcement System (AES) dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pula hanya ditangguh kerana Umno BN takut kalah pada Pilihan Raya Umum ke-13.

"Kalau ditakdirkan mereka menang, AES dan GST pasti akan dilaksanakan. Anda semua jangan percaya puak ini (Umno BN)," katanya disambut sorakan gamat.

Pada 1 November lalu, Parlimen bersetuju menangguh dan mengkaji semula pelaksanaan AES selepas mendapat bantahan hebat pelbagai pihak khususnya pemimpin Pakatan.

September 2011, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri mengaku ketika berucap di Persidangan Forbes Global CEO bahawa GST mungkin dilaksanakan selepas PRu ke-13.
Dalam pada itu, beliau juga menegaskan pendirian Pakatan untuk mengubah sistem politik berasaskan kaum kepada politik yang membela nasib seluruh rakyat.

"Mereka kata Anwar nak bagi semua pada orang Cina dan India…Bukan semua Cina tauke judi Genting. Apa salahnya kita bagi pada Melayu (bersama-sama) anak Cina dan India yang layak? Tidak usah mainlah politik kaum sebegitu rupa," katanya yang kesal Umno BN memanipulasi isu perkauman untuk mengaut kekayaan negara.

"(Justeru) Melayu (Khususnya) jangan pertahankan rasuah. Orang Melayu berakhlak (pasti) akan bersama-sama tentang penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa," tegasnya lagi.

Selain beliau, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang serta pimpinan Pakatan Negeri Sembilan turut memberi ucapan.
Di akhir program, seluruh pimpinan yang hadir naik ke pentas untuk sama-sama melancarkan secara rasmi Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan diikuti dengan program jelajah seluruh negara sebelum kemuncaknya di Stadium Nasional Bukit Jalil Januari depan.

KHIDMAT GUGUR JANIN PELAJAR SEKOLAH

Posted: 04 Nov 2012 07:00 PM PST



KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya tiga klinik pakar wanita di ibu kota dikesan menawarkan khidmat menggugurkan janin kepada pelajar sekolah yang terbabit dalam hubungan terlarang.

Penemuan ini hasil penyamaran tiga wartawan Metro Ahad yang berkunjung ke klinik terbabit sejak dua minggu lalu. Seorang berlakon sebagai pelajar perempuan yang berpakaian seragam sekolah, seorang berlagak sebagai kekasih, manakala seorang lagi menyamar sebagai kawan baik.

Berdasarkan siasatan, pelajar yang hamil kurang tiga bulan sangat mudah melakukan pengguguran janin. Prosedurnya ringkas, hanya perlu pergi kaunter, buat temu janji dan bayaran pendaftaran RM50, seterusnya berjumpa doktor untuk proses pengguguran.

Tanpa perlu diiringi ibu bapa atau keluarga terdekat, kos keseluruhan pengguguran janin hanya antara RM1,200 hingga RM2,500 bergantung kepada saiz kandungan.

"Jumpa doktor dulu untuk periksa. Kalau okey, sediakan duit saja, kita akan buat (pengguguran). Tak perlu takut," kata seorang jururawat ketika wartawan mengunjungi sebuah klinik di Ampang.

Sumber : Hmetro

terbaik

PI Bala ancam dedah semuanya jika SPRM terus membisu

Posted: 04 Nov 2012 05:00 PM PST



Penyiasat persendirian P Balasubramaniam mengancam untuk mendedahkan lebih banyak butiran mengenai percubaan untuk merasuahnya berhubung akuan sumpahnya (SD) pada 2008 yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kes pembunuhan warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Dalam sepucuk surat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang Malaysiakini telah melihat, Balasubramaniam yang bersembunyi di India berkata maklumat yang beliau memiliki sudah berada di tangan wartawan asing dan akan didedahkan jika suruhanjaya itu terus tidak berbuat apa-apa.

Balasubramaniam menulis bahawa peguamnya menyimpan semunya bagi pihaknya, dan wartawan asing juga ada semuanya.

Menurutnya, mereka hanya menunggu arahannya dan kemudiannya akan melepaskan segala-galanya.

Pada masa itu, tulis Balasubramaniam, semuanya akan menjadi sudah terlambat.

Oleh itu, Bala meminta suruhanjaya itu memaklum kepadanya atau peguamnya dalam dalam masa tujuh hari, dan jika tidak, beliau "tidak bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku".

Dalam surat bertarikh 2 November itu, Balasubramaniam menyatakan kekecewaan terhadap sikap membisu SPRM itu.

MK


Kerabu Bersuara ®

Posted: 05 Nov 2012 03:01 PM PST

Kerabu Bersuara ®


Tolak Dan Jauhi BN Kedah!

Posted: 05 Nov 2012 02:37 PM PST

http://sphotos-b.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/523550_463352557036407_1306031560_n.jpg 

Hang p main jauh-jauh

rakyat kedah sudah cerdik

depa tak makan hasutan umno bn!

Hina Sultan: Polis tahan semula Ahmad selepas dibebaskan

Posted: 05 Nov 2012 11:45 AM PST



Oleh Clara Chooi
Penolong Pengarang Berita

KUALA LUMPUR, 5 Nov — Pihak polis hari ini menahan semula Ahmad Abd Jalil selepas seorang majistret Johor membebaskan beliau dari reman tiga hari, dengan memberitahu keluarga bahawa mereka bertindak atas perintah dari "orang atas" (pegawai atasan), dakwa seorang ahli keluarga.

Ahmad, yang telah ditahan Jumaat lalu untuk siasatan hasutan kerana penghinaan beliau di Facebook terhadap Sultan Johor, terus ditahan semula oleh polis lagi selepas beliau dibuka gari di mahkamah petang ini, walaupun terdapat bantahan daripada peguam dan keluarga.

"Ahmad dibebaskan secara sah oleh majistret. Akan tetapi polis mahu membawa beliau semula ke IPK. Kami berkeras mahu Ahmad pulang bersama kami. Polis masih…?" kata bapa Ahmad, Abd Jalil Abd Rahman, dalam satu SMS kepada The Malaysian Insider kira-kira pukul 4.30 petang tadi.

IPK merujuk kepada "ibu pejabat polis kontigen", dimana lelaki berusia 27 tahun di ditahan selama beberapa hari.

Dalam kiriman mesejnya pada 5.25pm, Abd Jalil berkata, "Majestret dah LEPAS Ahmad tapi inspector Nazri dan 2 anggota tak pakai uniform dah bawa balik Ahmad ke IPK. Sekarang dia 'under arrest' dgn charge lain pula (Multimedia Act)."

Dalam perbualan telefon bersama The Malaysian Insider selepas itu, seorang lagi ahli keluarga Ahmad yang tidak mahu dikenali memberitahu polis mengakui bahawa mereka terus menahan Ahmad disebabkan tekanan daripada "orang atas".

"Ahmad dilepaskan oleh kerana majistret memberitahu bahawa mereka gagal mendapatkan kenyataan daripada beliau semasa tiga hari menahannya," katanya.

"Mereka membuka garinya, akan tetapi tidak melepaskannya… memberitahu terdapat arahan 'orang atas'. Jadi esok mereka akan sekali lagi membawa Ahmad ke mahkamah untuk mendapatkan kebenaran untuk mereman beliau sekali lagi.

"Siapa 'orang atas' ini?" tanya ahli keluarga Ahmad tersebut.

Menurut peguam Ahmad Sabtu lalu, pihak polis telah memaklumkan kepada belia bahawa anak guamnya sedang disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 oleh kerana tulisan beliau di Facebook yang dikatakan menghina Sultan Johor.

The Star hari ini melaporkan pemangku ketua CID Johor, ACP Abd Aziz Ahmad berkata, kenyataan yang dikeluarkan di Facebook pada 21 Oktober menggambarkan Sultan Ibrahim tidak layak untuk memimpin negeri tersebut.

Menurut laporan tersebut lagi, Ahmad turut disiasat dibawah Akta Komunikasi dan Multimedia.

Bercakap kepada The Malaysian Insider sebentar tadi, Abd Jalil memberitahu beliau masih lagi bimbang tentang keselamatan anaknya, mengadu beliau dibiarkan tanpa mengetahui apa yang akan berlaku selepas ini.

Beliau menceritakan kembali tentang majistret membebaskan anaknya dari reman dan polis tidak sepatutnya menyimpan anaknya kembali di lokap.

"Seperti biasa, mereka membuat kita menunggu di mahkamah pagi ini dari jam 8.30 pagi sehingga hanya kira-kira jam 4.00 petang sebelum Ahmad dibawa untuk melihat kami," katanya.

Abd Jalil menjelaskan bahawa Ahmad dibawa ke mahkamah oleh tiga lelaki dan hanya seorang yang memakai pakaian seragam polis.

Selebihnya berpakaian preman.

"Apabila Ahmad dibebaskan, pemandu — seorang lelaki bertubuh besar memakai baju merah — kelihatan amat berpuas hati.

"Dia menarik inspektor ketepi dan mereka mengadakan perbincangan seketika sebelum mereka membawa Ahmad kembali ke kereta mereka, bukannya melepaskannya kepada kami.

"Itulah masanya kami diberitahu mereka bertindak atas arahan pihak atas," kata Abd Jalil.

"Siapa lelaki berbaju merah itu? Mengapa beliau tidak gembira Ahmad dibebaskan?" tambahnya.

Pada ketika ini, Abd Jalil memberitahu beliau tidak pasti sama ada Ahmad akan dibawa semula ke mahkamah esok supaya polis boleh mendapatkan lagi perintah reman.

Ahli Parlimen BN: RM40 juta kini dalam akaun Umno Sabah

Posted: 05 Nov 2012 03:52 AM PST



(Oleh Sidiqin Omar)

KUALA LUMPUR 5 November: Wang seludup RM40 juta yang diserahkan oleh ahli perniagaan, Michael Chia kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman kini berada dalam akaun Umno Sabah.

Maklumat itu dinyatakan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan dari Barisan Nasional kepada Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli pada satu program di Sabah dua hari lalu.

"Saya dimaklumkan oleh Rahman Dahlan. Persoalan besar ialah, kenapa sekarang? Semenjak 2008, wang itu baru timbul dalam akaun Umno Sabah?" katanya kepada pemberita di depan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya hari ini.

"Mengikut skop besar SPRM, fail ini patut dibuka semula. Ia tak sukar. Kalau perkara (siasatan) boleh dibuat terhadap rakyat biasa, tanpa kuasa dan sumber, lebih-lebih lagi (membabitkan pimpinan) kerajaan.

"Ini kes berprofil tinggi. Hal ini kemudiannya terpulang kepada SPRM. Ada banyak versi berbeza. Kita akan terus menjejak petanda dan akan ada beberapa lagi pendedahan," jelas Rafizi.

Mengikut Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009, mana-mana orang yang sendiri atau melalui atau bersama mana-mana orang lain secara rasuah atau menerima atau bersetuju menerima bagi dirinya atau mana-mana orang lain melakukan kesalahan rasuah.

"Sebab itu SPRM dituntut membuat siasatan," tegasnya.

Turut hadir bersama Rafizi membuat laporan di ibu pejabat SPRM ialah Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa yang juga Ketua Penyelaras Jingga 13.

Kroni Umno-MCA Kuasai AES?

Posted: 05 Nov 2012 03:52 AM PST



Afix Redzuan


KUALA LUMPUR, 5 NOV : Adun Teja, Chang Lih Kang mencabar Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha menafikan dakwaan wujudnya unsur kronisme dalam pemberian tender pemasangan kamera Sistem Kamera Automatik (AES) kepada Beta Tegap Sdn Bhd.

Pada satu sidang media di Lobi Parlimen. Chang mendakwa tender pemasangan AES dikuasai kroni Umno.

Menurutnya, Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) yang juga pemegang saham terbesar Beta Tegap Sdn Bhd, Rozana Redzuan mempunyai kaitan dengan pemimpin Umno Johor.

Katanya, Rozana merupakan anak sulung Tan Sri Redzuan Salim dan Puan Sri Atikah Abdullah, dua tokoh pemimpin Umno di Johor.

"Tan Sri Redzuan merupakan bekas Adun Peserai dan Ketua Umno Bahagian Parit Sulong manakala Puan Sri Atikah pernah menjadi Adun Sri Medan selama dua penggal, Timbalan Ketua Wanita Bahagian Umno Johor, dan Exco Wanita Pusat.

"Selain itu, Rozana juga merupakan sepupu kepada Adun Machap, Datuk Abdul Hamid Abdul Rahman," katanya yang turut ditemani Ahli Parlimen Selayang, William Leong.

Beta Tegap merupakan salah satu daripada dua syarikat swasta utama yang mendapat kelayakan tender pemasangan kamera AES daripada Kementerian Pengangkutan selain ATES Sdn Bhd.

Sebelum ini, William mendakwa pemegang saham kedua terbesar dalam Beta Tegap, Dr Andreas Teoh mempunyai kaitan dengan MCA apabila beliau turut memiliki kontrak dengan Kementerian Kesihatan pada 2005 melalui syarikat Mediharta Sdn Bhd.

Namun, dakwaan itu disanggah Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang juga pada ketika itu memegang portfolio Menteri Kesihatan.

16 Ditahan JAIS Dibicara 20 Disember

Posted: 05 Nov 2012 03:51 AM PST



Lizawati Madfa

SHAH ALAM 5 NOV : Kesemua 16 individu yang ditahan ketika serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Bandar Tasik Puteri, Rawang minggu lalu akan dibicarakan di Mahkamah Syariah pada 20 Disember nanti.

Serbuan tersebut berikutan hasil risikan Bahagian Penguatkuasaan JAIS bahawa terdapat usaha menghidupkan kembali Kumpulan Al-Arqam di dalam satu majlis anjuran Global Ikhwan Sdn. Bhd.

Global Ikhwan merupakan syarikat yang didakwa mempunyai hubungan dengan gerakan Al-Arqam yang diharamkan pada 1994.

Pengarah JAIS, Datuk Marzuki Husin dalam satu sidang media hari ini memberitahu kesemua mereka ditangkap di bawah Seksyen 12 (C), Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

"Kesemua mereka ini merupakan Orang Yang Disyaki (OYDS) dan dibawa ke Mahkamah Syariah Kuang untuk sebutan kes kali pertama.

"Mereka bagaimanapun dibebaskan dengan bon jamin RM 1000 dan seorang penjamin," ujar beliau.

Beliau turut ditemani Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad dalam sidang media di bangunan JAIS di sini petang tadi.

Bahagian Penguatkuasaan JAIS sebelum ini mengesan satu program cubaan menghidupkan ajaran dan fahaman al-Arqam yang diadakan di Dataran Global Ikhwan Celebration Hall pada 30 Oktober hingga 1 November lalu.

Majlis tersebut juga didakwa diadakan bagi menyambut ulang tahun kelahiran Ashaari, pengasas Al-Arqam.

Hasil samaran empat anggota JAIS selama dua malam berturut-turut mendapati wujudnya elemen-elemen fahaman dan pegangan al-Arqam.

Guana Gamok Geng Umno?

Posted: 05 Nov 2012 03:44 AM PST

http://sphotos-b.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/525758_520275594651578_1405371619_n.jpg 

Ada berani?

Luahan Perasaan Guru Yang Gagal Permohonan Pindah Sedangkan Mereka Ada Masalah. KPM Buta Tuli?

Posted: 04 Nov 2012 06:39 PM PST

http://sphotos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/21175_3937848094052_823238637_n.jpg

Sedih saban tahun mendengar rintihan golongan guru yang mana mempunyai masalah tetapi dibuat buta tuli oleh pihak kementerian.

berubah la wahai KPM. Kementerian ini perlu ada cara dan kaedah.

kita dapat tahu ramai pasangan suami isteri yang berjauhan macam ni mendapat pandangan dari jabatan agama untuk melakukan proses penceraian.

Wahai KPM, kamu yang kerja kat sana ROBOT kah?

mana dasar kemanusiaan anda?

Jawatan Melalui Bantuan 'Kabel'

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

SOALAN

Saya mempunyai satu kemusykilan mengenai hukum rezeki yang diperolehi apabila mendapat kerja bukan atas kelayakan tetapi atas dasar direkomenkan oleh pihak atasan. Apakah hukum bagi pihak atasan yang telah merekomenkan B walaupun pada dasarnya B tidak memenuhi syarat kelayakan utk jawatan tersebut seperti calon lain? Apakah hukum pendapatan B kerana secara terang-terangan mengetahui yang dia mendapat jawatan tersebut di atas rekomen pihak atasan? Mohon penjelasan dari pihak ustaz bagi mengelakkan kekeliruan dalam mendapatkan rezeki yang halal.

JAWAPAN

Dalam hal teknik mendapatkan kerja, ada hak yang sememangnya dinikmati oleh majikan atau pengurusan atasan. Jika tindakan pengurusan atasan masih dalam lingkungan ini tanpa dipengaruhi oleh rasuah dan sogokan. Pada penilian saya, tiada sebarang kesalahan juga dari pandangan hukum Fiqh Islam.

Allah swt menyebutkan:



إنَّ Ø®َÙŠْرَ Ù…َÙ†ِ اسْتَØ£ْجَرْتَ الْÙ‚َÙˆِÙŠُّ الْØ£َÙ…ِينُ

Ertinya : sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercaya ( Al-Qasas : 26)

Berdasarkan ayat terbabit, majikan berhak memilih pekerjanya, namun ayat tersebut membawa mesej, sebaik-baik cara pemilihannya adalah berdasarkan kualiti, merit dan amanah.

Pun begitu, sebagaimana kita faham, apabila ia dimaksudkan 'terbaik' maka, terdapat cara lain yang masih dianggap 'baik', tidak buruk dan tidak juga tergolong dalam larangan. Iaitu pemilihan berdasarkan sebab-sebab selain merit tetapi munasabah menurut adat dan praktis yang sihat.

Namun begitu, ia tertakluk juga kepada jenis syarikat. Jika ia sebuah syarikat persendirian, kebebasan dan hak majikan adalah LEBIH BESAR berbanding jika syarikat yang dimaksudkan adalah sebuah syarikat awam atau dimiliki oleh kerajaan.

SYARIKAT SWASTA

Bagi syarikat swasta atau persendirian, preference atau pemberian keutamaan atau rekomen ke atas seseorang calon pemohon pekerja yang dilakukan oleh majikan sama ada oleh Pengurus Besar yang melaksanakan proses interview, atau CEO atau Lembaga Pengarah adalah dibenarkan di dalam Islam iaitu selagi mana keutamaan itu didasari oleh sebab yang munasabah.

Tetapi jika ia disebabkan kerana calon itu lebih seksi, pandai menggoda, punyai hubungan sulit terlarang dengan boss, atau apa jua sebab yang DIHARAMKAN, tatkala itu keutamaan dan cara pemilihan itu turut menjadi haram.

Jika didasari sebab munasabah seperti kerana agamanya, hubungan kerabat, bangsanya, aliran politiknya, kenalan silam, bangsanya dan yang sepertinya, saya kira ia masih di dalam hak majikan. Sekali lagi diingatkan, itu adalah dalam situasi pengambilan pekerja bagi syarikat persendirian.

Pengambilan bekerja adalah berdasarkan kontrak ujr 'ala amal (upah atas tugas), dalam hal ini, ia serupa dengan kontrak wakalah (agen) dimana kita bebas untuk memilih siapa yang ingin dijadikan wakil kita, berdasarkan preference kita yang tersendiri. Demikianlah juga majikan bebas meletakkan keutamaan tersendiri dalam penilaian perlantikan pekerja di bawah mereka.

Jika calon dipilih kerana dia merupakan anak pengerusi dan pengasas syarikat tersebut yang diharapkan menyambung legasi keluarganya. Sudah tentunya ia tiada sebarang masalah dari sudut hukum walaupun calon terbabit kurang kelayakan berbanding pemohon-pemohon lain. Pada hemat saya, tiada isu pemohon lain dizalimi dalam konteks ini. Ia sama sepeti pemberian sedeqah, walaupun di luar sana masih ramai yang mungkin memerlukan dan juga miskin, kita masih digalakkan oleh Islam untuk mendahulukan ahli keluarga yang juga misikin dan memerlukan berbanding orang luar Sebagaimana hadis nabi s.a.w :

الصدقة على المسكين صدقة وهي على ذي الرحم ثنتان صدقة وصلة

Ertinya : Sedeqah kepada orang miskin mendapat satu sedeqah, namun apabila diberi kepada yang punyai pertalian (kerabat), dua pahala iaitu satu sedeqah dan satu lagi adalah merapatkan hubungan ( Riwayat At-Tirmidzi : Hadis Hasan)

Sebagai tambahan kepada hadis di atas, satu analogi mudah; selaku pemilik rumah, kita bebas memilih kontrator mana untuk kita pilih bagi menyiapkan renovasi rumah kita. Sama ada kita memilih atas dasar hubungan rakan atau skill, ia semuanaya terpulang kepada kita. Katalah kita memilih kontraktor atas dasar dia merupakan kenalan rapat kita, mengenepikan skill, ia dibenarkan dan tiada paksaan dalam hukum Islam untuk kita mendahulukan skill dan merit dalam segala-galanya. Namun apabila kita mengurangkan penilaian terhadap skill, kita perlu menimbang tara kesan kebaikan dan keburukan yang mungkin bakal berlaku terhadap hasil kerja yang disiapkan kelak. Mungkin sebahagiannya terpaksa kita tolak ansur.

Tetapi, jika sesebuah syarikat swasta berfungsi mengendalikan apa sahaja yang melibatkan kegunaan masyarakat umum seperi proses pembinaan lebuhraya, stadium, kompleks membeli belah dan apa jua yang melibatkan KEPENTINGAN RAMAI. Dalam Fiqh Islam skill, merit, pengalaman, kemampuan dan kepakaran MESTI diutamakan berbanding yang lain kerana menggadaikan hal itu kerana mengutamakan sebab-sebab lain bakal membawa mudarat besar kepada orang ramai.

SYARIKAT AWAM

Perbincangan di atas mungkin berbeza, jika ia adalah sebuah syarikat awam (public listed) atau syarikat milik kerajaan, semua pemohon tidak patut didiskriminasi hanya kerana aliran politik, kerabat dan sebagainya. Tatkala itu majikan MESTI PATUH kepada syarat utamanya iaitu merit. Itu mesti dijadikan sebagai ukuran utama.

Ketika itu, faktor-faktor lain mestilah tidak menjadi faktor penentu tetapi hanya faktor penyokong sahaja. Ini jelas, kerana apabila ia sebuah syarikat tersenarai di bursa (iaitu syarkat senarai awam), tentunya majoriti pemilik syarikat mementingkan prestasi. Prestasi memerlukan merit dan skill.

Demikian, syarikat kerajaan, yang mesti memberikan keutamaan secara adil kepada calon dan pemohon. Kecuali jika ia mempunai kuota atas dasar bangsa, itu pterpulang kepada polisi umum kerajaan dan bukan berdasarkan penilaian dan keutamaan peribadi dari seseorang seperti ketua jabatan atau pegawai yang menemuduga.

KESIMPULAN

Berdasarkan kepada penjelasan di atas, jika dirujuk kembali kepada soalan, perkara pertama yang perlu disemak adalah jenis syarikat dan tugasan yang bakal dipikul oleh calon terbabit.

Jika ia syarikat swasta, pada asasnya, majikan berhak berbuat demikian, selagi mana tugasan yang bakal dipikul oleh calon kurang kelayakan itu tidak memebabitkan kerja bagi masyarakat umum, kerana bimbang mudarat ke angatas mereka.

Jika syarikat yang dimaksudkan adalah syarprikat milik kerajaan, awam atau Goverment Link Companies (GLC), ketika itu tindakan memberi keutamaan kepada calon tidak berkelayakan adalah suatu KESALAHAN.

Gaji pekerja yang berjaya terpilih berdasarkan kaedah SALAH mungkin terjejas dari sudut halalnya jika dia sendiri mengetahui dia dipilih melalui cara yang salah. Jika dia selepas itu, mempertingkatkan usaha dan ilmu sedaya upaya bagi memperbaiki kelemahannya dan setersunya meningkatkan skill dan merit ke tahap yang diperlukan status bermasalah (syubhah) gaji tadi, tentunya kembali ke status HALAL. Kerana asal gajinya menjadi syubhah adalah pemilihan berdasarkan sokongan tidak sihat seseorang yang tidak boleh diterima sedangkan dirinya kekurangan skill dan merit sepatutnya. Justeru, apabila dia berjaya memulihkan masalah 'kurang skill' itu, tatkala itu, semua akan berubah Sebagaimana boleh difaham dari kaedah Fiqh :-

إذا زال المانع عاد الممنوع

Ertinya : Apabila hilangnya 'sebab' kepada larangan, kembali yang dilarang ( menjadi harus)[1]

Dari kaedah di atas, boleh difahami, apabila pekerja yang dipilih walau tidak cukup kelayakan (kerana pemilihan dibuat atas sebab-sebab keutamaan yang tidak diterima), berjaya menghilangkan satu sebab utama (yang menjadikan tidak tidak layak sebelum ini), tatkala itu, jawatannya dikira kembali menjadi HARUS dan HALAL.

Namun begitu, tindakan pegawai terbabit yang melantik dengan cara yang salah tetap dikira suatu dosa atas kezaliman tindakannya atas ketidakadilan mengenepikan calon yang lebih layak serta melanggar polisi di ketika hari pemilihan.

Bagi calon yang dipilih tadi, jika dia sendiri tidak mengetahuinya sejak dari awal, dan kemudian menjalankan tugasannya dengan sebaiknya dan cemerlang. Ia sama sekali tidak menggugat status halal gaji sejak dari awal juga.

Akhirnya, bagi sesiapa yang telah mendapat kerja melalui jalan sebegitu, tidak perlu terlalu risau, apa yang perlu dilaksanakan kini adalah TINGKATKAN KUALITI sehingga berada di tahap yang sepatutnya dan banyakan bersedeqah, itulah kewajiban mereka.

Persoalan sama ada boleh menggunakan 'kabel' bagi mendapat jawatan jika punyai kelayakan yang sama, dan sama ada itu adalah rasuah, haram atau harus menurut Fiqh Islam. InshaAllah akan dibincangkan dalam artikel yang lain.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

2 Ogos 2010


Siapa yang benar antara Fathul Bari dan Chua Soi Lek ni? Lebih jauh lagi, apa yang sebenarnya Chua Soi Lek belajar dari Fathul Bari?

Posted: 04 Nov 2012 06:17 PM PST

http://sphotos-h.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/534547_10150944445829567_688168239_n.jpg

Ahmad Fadhli Bin Shaari

Saya tertarik membaca kenyataan Ustaz Fathul Bari berhubung isu hudud versi PAS dalam Sinar Harian hari ini.... jika dibandingkan dengan kenyataan Chua Soi Lek kelmarin, ada beberapa persoalan :

1. Fathul Bari berkata, Chua Soi Lek hanya menentang hudud versi PAS iaitu dalam isu diskriminasi. Jika dua orang mencuri, orang Islam dipotong tangan dan bukan Islam tidak dipotong. Dalam erti kata lain,
Fathul Bari ingin menyatakan bahawa apa yang dinginkan oleh Chua Soi Lek ialah kesamarataan iaitu Islam dan bukan Islam dikenakan hukuman sama. Maksudnya, Chua Soi Lek inginkan hudud turut dikuatkuasakan untuk bukan Islam.

2. Di dalam kenyataan Chua Soi Lek kelmarin, beliau berkata setelah mendengar penerangan Fathul Bari, segalanya sudah jelas. Beliau juga turut mengungkit manifesto PAS 1986 yang kononnya ingin menguatkuasakan hudud ke atas bukan Islam. Ia bermaksud, Chua Soi Lek menentang hudud ke atas bukan Islam. Ini sememangnya pendirian Chua dari dulu dan kerana beliau berkata ADUN UMNO Johor yang ingin bukan Islam dikenakan hudud sebagai 'out of his mind..

Siapa yang benar antara Fathul Bari dan Chua Soi Lek ni? Lebih jauh lagi, apa yang sebenarnya Chua Soi Lek belajar dari Fathul Bari?

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN

Posted: 05 Nov 2012 01:52 PM PST

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN


FAHAMAI SURAT AL-BAQARAH 256.

Posted: 04 Nov 2012 10:05 PM PST

ANWAR, NAJIB DAN HUDUD

Posted: 04 Nov 2012 03:38 PM PST

SOKONG PAKATAN RAKYAT

Posted: 05 Nov 2012 01:33 PM PST

SOKONG PAKATAN RAKYAT


AYUH TAMPIN!!!!!

Posted: 04 Nov 2012 03:19 PM PST

Teka teki bila pilihan raya umum ke 13 tidak diperlukan lagi.  Ia bakal muncul menjelang tahun 2013. Kurang lebih 60 hari lagi. Isunya ialah adakah jentera pilihan raya di akar umbi  sudah "pulun" habis-habisan. 

Yang punya jawatan punya kuasa. Yang punya kuasa ada hak merancang dan mengarahkan jentera pilihan raya.  Jentera mesti licin dan lancar. Jentera kena akur  dan bergerak seiring dengan  arahan dan perancangan pimpinan atasan.  Jika jentara tak berjalan, pimpinan kena tukar jentera baru. Tetapi jika tak mampu menukar jentera baru,  sewajarnya yang punya kuasa mengundur diri. Lantik jenderal baru  pula.  Ada yang kena berkorban dan ada yang perlu dikorbankan.

Masa sudah terlalu singkat. Nilailah prestasi semasa. Aturkan kerja segera. Kini perlu  mesyuarat setiap 3 hari sekali. Bilik Gerakan sewajarnya telah dibuka setiap hari.  Semangat anggota dan penyokong perlu dibakar. Pengundi telah dimesrai. Persiapan dana telah mencukupi. 

Kemenangan bukan datang secara ajaib dan tiba-tiba. Ianya memerlukan dokongan padu semua pihak. Jika markas pun jarang dibuka dan tidak dimakmurkan, lupakan perkataan kemenangan!!!!!



 



PENYAPU SIAL

Posted: 05 Nov 2012 01:13 PM PST

PENYAPU SIAL


Bapa Batu Api 1 malaysia Yang Merasakan Dirinya Masih Berkuasa

Posted: 04 Nov 2012 02:19 PM PST

Pencen, buat lah cara orang pencen, walaupun dah pencen Mahathir tetap dengan kegemaran yang suka simbah minyak petrol ke dalam api untuk membakar api perkauman. Nampaknya bukanlah seperti dia seorang bekas pemimpin sebuah Negara, tetapi lebih kepada seorang pemimpin  komunis daaa... Kenapalah dia sentiasa saja mahu menjadikan dirinya sensasi? adakah sebab mahu mencuri perhatian media atau memang Mahathir ini seorang yang gilakan 'flash-light camera' dan wartawan?

Mahathir ini dia 'old school', dia sentiasa anggap orang melayu khasnya dan rakyat Malaysia amnya masih bodoh, masih bangang dan jahil kerana tidak boleh membaca apa yang ada dalam kepala otak dia dan dia ingat kita semua tidak paham tindakannya itu. Sejak kebelakangan ini, kebanyakkan kenyataannya begitu menyakitkan hati .

BN/umno tidak pernah melakukan sesuatu kerana rakyat, mereka hanya akan melakukannya jika ia menjana wang untuk mereka dan kroni. Tidak hairanlah jika negara kita berada dalam keadaan yang menyedihkan jika dibandingkan dengan Thailand yang di utara dan Singapura yang berada di selatan tanah air.

Kunun kununnya Mahathir adalah yang TERBAIK dan HANYA DIA sahaja yang mampu melakukan apa sahaja untuk Malaysia. Tidak hairanlah jika kredibiliti BN/umno telah tenggelam ke dasar laut dan tidak mungkin akan dapat dinaikkan ke daratan lagi.

Mungkin inilah sebabnya kenapa rakyat Malaysia tidak mengambil serius, tidak ambil 'pot' dan tidak menerima bulat-bulat perumpamaan Mahathir tentang syaitan dan malaikat. Yang pasti, rakyat sudah membuat keputusan tentang apa pendirian Mahathir yang sebenar.

Pembangkang yang dilabel Mahathir sebagai ‘malaikat’ juga seronok dan menikmati lawak dari Mahathir ini. Padan muka UMNO! 

Sewajarnya  segala masalah yang dihadapi Umno dan negara sekarang ditujukan sepenuhnya kepada Mahathir Mohamad.

Sekurang-kurangnya, tiga dari bekas pemimpin Umno yang meninggalkan Umno meletakkan kesalahan itu kepada Mahathir.

Datuk Tamrin Ghafar, Datuk Kadir Sheikh Fadzil dan Datuk Yahya Lampong meletakkan kesilapan  Mahathir atas kehancuran Umno sekarang.

Umno dah rosak dan Mahathirlah punca segala kerosakan ini," kata Tamrin Ghafar dalam Konvensyen PAS Johor hari ini.

Tamrin, Kadir dan Yahya sudah mengumumkan pendirian mereka meninggalkan Umno.

Ketiga-tiganya meletakkan Mahathir sebagai punca utama mereka tinggalkan Umno.

Bukan sahaja Umno rosak, Petronas juga rosak apabila Mahathir menjadi penasihatnya,..

Mahathir, Penasihat Petronas sepatutnya bantu Petronas tetapi dia lebih bantu anaknya, Mirzan yang sebelum ini pemagang saham 19.9 peratus San Maguel, syarikat arak yang kini menguasai rangkaian stesen minyak Petrol.

"Awas tuan-tuan, jangan sampai kereta tuan-tuan mabuk pula," 

Malah satu kawasan carigali minyak baru dekat Sabah telah diserahkan kepada Kencana Oil, milik Mirzan yang sepatutnya diserahkan kepada Petronas.

 

 

 

penyapu sial

 

Macamana dia nak duduk diam, lama sgt memerintah & dh byk dibalunnya, lg nak anak dia jd PM, selagi dia bernyawa selagi tulah dia tak boleh duduk diam. Tua kutuk tak sedar diri ni akan tiba masanya Allah akan tunjuk jugak.

Muslimeen United

Posted: 05 Nov 2012 01:12 PM PST

Muslimeen United


PAS buat keputusan 'menjohorkan' PAS di Johor

Posted: 04 Nov 2012 09:00 PM PST


BATU PAHAT: PAS Johor mengambil pendekatan untuk 'menjohorkan' PAS di negeri ini dengan menjadikan seluruh aktiviti dan tindak tanduk para pemimpin dan ahlinya sesuai dengan sosiobudaya orang Johor.


Pendekatan ini disepakati oleh pimpinan PAS Johor dalam konvensyennya yang diadakan di Markas PAS Parit Sulong dekat sini semalam.

[Gambar: AJK Umno Labis, Datuk Abdul Rahman Yunus (bersongkok) bersembang dengan Mazlan Aliman dan Datuk Dr Mahfodz ketika menyertai konvensyen PAS Johor semalam.]

"Ada dua pendekatan, kita men'johor'kan  PAS atau mem'pas'kan Johor. Rasanya yang tepat adalah men'johor'kan PAS iaitu dengan kita di negeri ini mengamalkan budaya orang Johor kerana sememangnya kita orang Johor.

"Dengan cara inilah, kita akan bersama masyarakat dan seterusnya memimpin mereka menuju perubahan," kata Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad ketika menggulung perbahasan di Konvensyen PAS Johor.

Pandangan yang beliau mula cetuskan dalam ucaptama konvensyen ini turut disokong oleh para peserta konvensyen ini ketika mereka membahaskan ucapan beliau itu.

Melalui pendekatan ini, katanya, pemimpin PAS di semua peringkat perlu meraikan dan memimpin semua aktiviti orang Johor termasuklah majlis membaca Yassin yang dipanggil Yasinan di Johor, marhaban, berzanji dan sebagainya.

"Masa saya nak kahwin dulu, saya dipaksa berzanji. Lalu terpaksalah saya belajar berzanji sampai pandai. Tetapi lepas itu lupa.

"Lepas ini kita mesti berzanji dan memimpin pasukan berzanji, masuk pasukan rewang (gotong royong kenduri) dan memimpinnya, memimpin tahlil.

"Saya rasa kita ada kelebihan ini. Misalnya, bila tahlil, pemimpin Umno takut nak dekat sebab mereka tak pandai. Jadi kita kena mengambil kesempatan ini.

"Inilah yang dinamakan men'johor'kan PAS," kata Dr Mahfodz ketika menggulung perbahasan konvensyen itu.

Semasa memberikan ucapan dasarnya di konvensyen itu, Dr Mahfodz telah membentangkannya sebagai salah satu perkara yang perlu dilakukan oleh PAS di Johor untuk membolehkan PAS diterima dan seterusnya menang.

Untuk itu, katanya, PAS di Johor tidaklah perlu membawa budaya dari luar yang diamalkan oleh pemimpin dan pengikut PAS untuk mem'pas'kan Johor.

Cukup sekadar mengamalkan budaya orang-orang Johor yang sebenarnya tidak bertentangan dengan Islam bahkan jelas ciri-ciri Islamnya.

PAS Johor juga, katanya, sedang mengkaji tentang kesenian yang diamalkan oleh rakyat Johor untuk turut diamalkan atau diterima oleh PAS sekiranya tidak bertentangan dengan Islam.

"Kuda kepang, ghazal dan tarian zapin...saya telah meminta Dewan Ulamak untuk mengkajinya. Mengikut kata Ketua Dewan Ulamak Johor, tidak salah asalkan tidak bercampur dengan pujaan iblis dan syaitan kepada sesetengah upacaranya," kata Dr Mahfodz.

(Kiri: Para peserta Konvensyen PAS Johor makan dalam talam sebagai salah satu budaya rakyat Johor yang cuba dihidupkan PAS dalam konvensyen ini.)

Semasa memberikan ucaptamanya, Dr Mahfodz berkata, PAS perlu memaplikasikan sepenuhnya strategi 'menjohorkan' PAS dalam membina jambatan untuk masyarakat.

"Menjohorkan PAS adalah dalam ertikata kita mengekalkan sosiobudaya Melayu di samping kita berjuang bersama PAS," katanya.

Beliau menggariskan tujuh ciri-ciri 'menjohorkan' PAS yang perlu dipertimbangkan.

Ia termasuklah meraikan budaya rakyat Johor (seperti yasinan, marhaban, rewang/kedarat dan tahlil), budaya kesenian popular rakyat (seperti ghazal, tarian zapin dan kuda kepang), budaya berpakaian (baju melayu teluk belanga, baju kurung Johor dan songkok tinggi Johor).

Selain itu, budaya makanan tradisional (asam pedas, nasi ambeng, laksa Johor, soto, ketupat dll), institusikan kerja kebajikan, budaya engagement dengan masyarakat Melayu dan meraikan budi bhasa Melayu Johor (misalnya menerang bukannya menyerang, memuji bukannya mengeji) dan lain-lain lagi. -Hrkh

[BERGAMBAR] Cemas: 10 Anggota Bomba Cedera Tangki Minyak Meletup

Posted: 04 Nov 2012 08:58 PM PST



Kota Bharu- 10 anggota bomba cedera dalam kebakaran yang melibatkan empat tangki minyak di sebuah kilang tayar yang tidak lagi beroperasi di kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa, Padang Tembak di sini pagi tadi.

Anggota bomba berdepan detik cemas selepas dua daripada tangki minyak terbabit yang dipercayai mengalami kebocoran meletup ketika mereka cuba mengawal api dalam kebakaran yang berlaku kira-kira jam 8 pagi itu.

Wartawan dan Jurufoto Sinar Harian juga yang turut berada di lokasi kejadian, sempat menyelamatkan diri dari kebakaran itu yang mengambil masa hampir dua jam untuk dikawal.

Kesemua yang cedera dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk rawatan susulan.

Pengarah Bomba Negeri, Azmi Osman berkata, dalam kejadian itu lima anggota dilaporkan mengalami kecederaan parah manakala selebihnya menerima rawatan susulan di HUSM dan HRPZ II.

"Buat masa ini tiga mangsa yang cedera parah iaitu Nazah Napi, Abdullah Mohamad, Abdul Razak Abdullah yang bertugas di Balai Bomba Kota Bharu ditempatkan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

"Selebihnya yang mengalami kecederaan di leher, tangan dan badan menerima rawatan susulan di HUSM dan HRPZ II," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Azmi berkata, ketika kebakaran berlaku lima jentera dengan 39 anggota iaitu dari Balai Bomba Kota Bharu, Pengkalan Chepa, dan Darul Naim dihantar ke tempat kejadian.

"Ketika cuba memadam api, bomba menghadapi kesukaran disebabkan masalah bekalan air yang tidak mencukupi namun masih berusaha mengawalnya.

"Buat masa ini punca kebakaran dan kerugian masih disiasat bagi mengenal pasti punca kejadian terbabit," katanya. -SH


Tangki 'muntah' api


KOTA BHARU: Laungan Allahuakbar berulang-kali mengiringi suasana cemas di sebuah kilang tayar yang tidak lagi beroperasi di Kawasan Perindustrian, Padang Tembak, Pengkalan Chepa, di sini, selepas sebuah tangki minyak pelincir terpakai berkapasiti antara 16,000 hingga 25,000 liter meletup sehingga 'memuntahkan' minyak bersama api dan membakar anggota bomba yang cuba memadamkan kebakaran di kilang berkenaan.

Kilang itu yang ditawarkan untuk dijual pada harga RM5 juta pada mulanya terbakar pada jam 8 pagi sebelum anggota bomba tiba pada jam 8.

11 pagi, namun ketika menyudahkan tugas memastikan api di tangki berkenaan padam sepenuhnya setengah jam kemudian, minyak dari tangki itu memancut meletuskan api setinggi lebih 30 meter dan membakar beberapa anggota bomba yang berada berhampiran tangki berkenaan.

Akibatnya, tercetus suasana kelam-kabut apabila ada anggota bomba terbakar bersama pakaian dan ada pula yang berlari, berguling sebelum terbaring.

Seramai 10 pegawai dan anggota bomba cedera termasuk seorang anggota bomba wanita dengan lima daripadanya parah selepas melecur di muka dan badan.

Sekumpulan wartawan dan jurugambar turut bertakbir apabila berdepan detik cemas kerana kejadian itu berlaku hanya beberapa meter dari tempat mereka berkumpul.

Malah, Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Kelantan, Azmi Osman yang turun padang turut memberi pertolongan kepada anggotanya yang cedera.

Antara yang parah ialah tiga pegawai bomba, Pegawai Bomba Kanan 1 (PBK1), Abdullah Din Mohd, 55, dan Pegawai Bomba Kanan II (PBKII), Nazah Nafi, 43 yang kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, manakala seorang lagi, PBKII, Wan Asri Wan Yaacob, 53, dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Mangsa melecur di muka, tangan serta badan dan keadaan mereka dilaporkan stabil.

Seorang anggota bomba, Mahusin Hassan, 45, bersyukur kerana api hanya membakar baju khas memadam kebakaran yang dipakai, namun sayu melihat rakan setugas yang melecur akibat terbakar.

Katanya, mereka tidak menyangka tangki minyak berkenaan meletup sehingga api menyambar anggota bomba.

"Ketika kejadian saya berehat dan berada 50 meter dari tangki berkenaan selepas memadamkan kebakaran di beberapa bahagian lain. Tiba-tiba saya terdengar letupan dan apabila menoleh ke belakang, saya lihat api seperti menyambar dan mengejar dari belakang.

"Saya bingkas bangun untuk melarikan diri sebelum menyedari api menyambar belakang baju khas memadam kebakaran. "Dalam keadaan kelam-kabut itu, saya melihat beberapa anggota yang berguling-guling di atas tanah bagi memadamkan api di pakaian mereka dan ada yang melecur di muka, badan, dan tangan sebelum dikejarkan ke hospital berhampiran bagi mendapatkan rawatan lanjut," katanya yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa.

Dalam pada itu, saksi kebakaran, Nadzri Noor, 37, yang juga pemilik kedai makan berhampiran kilang tayar itu berkata, dia menyedari berlaku kebakaran selepas melihat kepulan asap tebal bersama api menjulang tinggi sebelum terdengar letupan.

"Saya melayan pelanggan sebelum terlihat kepulan asap dan terkejut apabila terdengar beberapa letupan. "Walaupun jarak kedai dan kilang kira-kira 100 meter, saya dapat rasa bahang apinya," katanya.

Sementara itu, Azmi berkata, sebanyak lima jentera dan 39 pegawai serta anggota bomba dihantar ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan Katanya, pihaknya berdepan masalah tekanan air, sekali gus menyukarkan operasi memadamkan kebakaran selain perlu menggunakan buih untuk memadamkan api yang berpunca daripada minyak.

"Lima jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa, Kota Darulnaim dan Tunjung dikejarkan ke tempat kejadian, malah kami juga meminta bantuan tambahan selepas letupan yang mencederakan 10 anggota bomba berlaku.

"Kami masih menyiasat punca kejadian dan anggota yang cedera dihantar ke HUSM dan HRPZ II," katanya.
-HM






shalehudin

Posted: 05 Nov 2012 11:55 AM PST

shalehudin


2 GRO Kemboja dipaksa layan 17 lelaki

Posted: 05 Nov 2012 10:00 AM PST

2 GRO Kemboja dipaksa layan 17 lelaki ditangkap.

Seramai 17 nelayan warga asing dan dua pelayan wanita warga Kemboja ditahan sepasukan polis ketika sebahagian daripada mereka sedang leka meneguk arak sambil 'menari goyang' di sebuah premis karaoke haram di Jalan Jeti Ikan Teluk Gading Tanjung Gemok, di sini, awal pagi semalam. Premis karaoke haram yang dipercayai baru beroperasi sejak seminggu lalu itu menjadi tumpuan nelayan warga asing pada malam minggu untuk berhibur.

Dengan diiringi alunan lagu-lagu rancak, pusat karaoke haram itu beroperasi seperti 'disko terbuka' apabila pengunjungnya bebas menari sambil diterangi cahaya lampu warna-warni di atas sebuah pentas.

Bagaimanapun, keasyikan mereka menari terbantut apabila sepasukan anggota polis yang diketuai Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya menyerbu premis berkenaan. Johari berkata, pihaknya menjalankan beberapa risikan sebelum bertindak menyerbu premis itu yang dipercayai menjalankan kegiatan pusat hiburan haram di kawasan terbabit. Menurutnya, operasi yang bermula jam 12.30 tengah malam dan berakhir 1.30 pagi itu turut merampas sebuah set karaoke termasuk layar skrin.
"Hasil risikan polis mendapati mereka menjalankan kegiatan hiburan haram di kawasan ini sejak seminggu lalu sebelum kami melancarkan operasi besar-besaran bagi menahan mereka yang terlibat," katanya.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan di sebuah rumah kosong di hadapan premis hiburan haram itu, polis turut menemui empat unit komputer dan empat komputer riba yang digunakan bagi tujuan perjudian di dalam rumah terbabit.
"Pada mulanya, kami sangka ada penghuni di dalam rumah kosong tersebut, namun setelah dipanggil berkali-kali tidak berjawab, polis terpaksa memecah masuk ke dalamnya dan menemui beberapa komputer dan komputer riba," katanya.
Menurutnya, pihaknya percaya terdapat aktiviti perjudian dijalankan di dalam rumah kosong berkenaan berdasarkan bukti putung rokok yang ditinggalkan pelanggan.
"Tiada pelanggan yang ditahan di pusat judi itu, tetapi kami telah merampas kesemua barang dipercayai digunakan bagi tujuan perjudian haram," katanya.
Johari berkata, kesemua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Tanjung Gemok untuk saringan ujian air kencing, namun kesemua mereka didapati negatif.


PANAS!! Najib ada masa sampai 9 Nov ni ja...

Posted: 05 Nov 2012 07:42 AM PST

PI Bala ancam dedah semuanya jika SPRM terus membisu

Penyiasat persendirian P Balasubramaniam mengancam untuk mendedahkan lebih banyak butiran mengenai percubaan untuk merasuahnya berhubung akuan sumpahnya (SD) pada 2008 yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kes pembunuhan warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Dalam sepucuk surat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang Malaysiakini telah melihat, Balasubramaniam yang bersembunyi di India berkata maklumat yang beliau memiliki sudah berada di tangan wartawan asing dan akan didedahkan jika suruhanjaya itu terus tidak berbuat apa-apa.

Balasubramaniam menulis bahawa peguamnya menyimpan semunya bagi pihaknya, dan wartawan asing juga ada semuanya.

Menurutnya, mereka hanya menunggu arahannya dan kemudiannya akan melepaskan segala-galanya.

Pada masa itu, tulis Balasubramaniam, semuanya akan menjadi sudah terlambat.

Oleh itu, Bala meminta suruhanjaya itu memaklum kepadanya atau peguamnya dalam dalam masa tujuh hari, dan jika tidak, beliau "tidak bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku".

Dalam surat bertarikh 2 November itu, Balasubramaniam menyatakan kekecewaan terhadap sikap membisu SPRM itu.


MALUNYA: Tang mana nak letak muka neh, kahkahkah...

Posted: 05 Nov 2012 03:53 AM PST

UGUTAN TUMPAH DARAH BERKESAN!!! Orang Negeri Sembilan tidak berani keluar rumah ke Himpunan Kebangkitan Rakyat?

Ramai agak terkejut bila ada kain rentang yang dipasang dijejantas jalan kaki bagi menunjukkan bantahan "rakyat" Negeri Sembilan kepada Himpunan Kebangkitan Rakyat yang diadakan semalam di Seremban Jaya, Seremban, Negeri Sembilan.

Kain rentang dipasang ekoran ugutan pertumpahan darah bakal berlaku jika penganjur enggan membatalkan himpunan tersebut. Ugutan pertumpahan darah ini dikeluarkan oleh seorang askar pencen yang pernah menyandang pangkat Mejer, Pengerusi Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara (GMPN) Malaysia, Mejar (B) Razali Zakaria

Mungkin rakyat terus gentar, terketar-ketar kepala lutut ketakutan menyebabkan Himpunan Kebangkitan Rakyat terus lengang, sunyi sepi, hambar dan tiada sambutan langsung.

DSAI, TGHA dan LKS terpaksa berceramah didepan khalayak kosong.

Disitulah hebatnya NGO berdarah dan berjiwa pekat UMNO kalau mengeluarkan ugutan dan amaran.

Sebelum ini Jamal Sekinchan Ikan Bakar keluar ugutan dan amaran serupa kepada para peserta himpunan aman ambang merdeka janji bersih diDataran Merdeka.

 
Memang dasyat impak dan kesan mamat askar pencen ini beb!!!!!

Najib Razak pun tak sehebat beliau dalam memberi gertakkan dan ugutan.

PERGH!!! bertuah betul nasib UMNO memiliki pejuang seperti beliau!!!!..Lain kali kalau nak sekat dan halang rakyat dari datang kesatu-satu perhimpunan anjuran PR, sila gunakan kepakaran mamat askar pencen ini...BERBALOI BEB!!!!

Kata-kata admin ini berpaksikan kepada fakta bergambar beb!!!

Kalau tidak yakin dan percaya... Lihat saja gambar-gambar yang dimuat naikkan..

ALAMAK!!!!!!!.. salah muat naik gambarlah beb!!!!!.. Ingatkan bila kena gertak dan ugut, rakyat tak berani nak turun, tetapi sebaliknya.. LAGI DIGERTAK LAGI RAKYAT TURUN BERDUYUN-DUYUN.

DIA INGAT INI POLITIK ZAMAN BATU KE? - RM


Ramainya senarai nak lompat? Macam tak percaya

Posted: 04 Nov 2012 09:05 PM PST

Owhh!! Mampuih la Umno camnie...
Ramainya senarai MP dan Adun Sabah yang nak lompat kapal...

Kahkahkah...

Ini adalah senarai terkini, betoi atau tak... menjadi kenyataan ataupun tidak, hanya Tuhan Yang Maha Mengetahui. Dia yang sebaik-baik perancang...

Seperti yang semua sedia maklum, selepas Ahli Parlimen Beuafort YB Datuk Seri Lajim Hj. Ukin dan Ahli Parlimen Tuaran YB Datuk Wilfred Boomboring, ada tiga nama lagi diperayai akan menyusul dalam masa terdekat, mereka adalah... jeng... jeng... jeng...

Ahli Parlimen Penampang YB Tan Sri Bernard Dompok,
Ahli Parlimen Ranau YB Siringan Gubat dan
Ahli Parlimen Putatan YB Datuk Dr. Marcus Mojinggoh.

Manakala di peringkat ADUN Sabah pula mereka yang dijangka akan turut berbuat demikian ialah :

ADUN Moyog YB Donald Peter Mojuntin,
ADUN Kuala Penyu YB John Teo Mau Sing,
ADUN Kuamut YB Masiung Banah,
ADUN Paginatan YB Datuk Ewon Ebin,
ADUN Bingkor YB Justin Guka dan
ADUN Nabawan YB Datuk Bobby Suan.

Amacam...

Shalehudin


Gambar terbaik perangkap had laju...saksikanlah!!

Posted: 04 Nov 2012 05:50 PM PST

Gambar ni diambil sewaktu mengikuti program ibadah qurban peringkat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang pada 27 Oktober lalu. Lokasi bertempat Batu 7,Changkat Jering.

Kelihatan seorang anggota JPJ sedang mengendalikan kamera 'speed trap' berhadapan sign board 60 km/j. Orang yang lalu lalang di sini pasti terperangkap dengan kamera 'speed trap' ni.

Bukti jelas menunjukkan tujuan kamera 'speed trap' di laluan sebegini adalah untuk menganiaya orang ramai dan bukannya tujuan untuk mendidik. Bak kata Ustaz Idris Ahmad, kereta lembu pun berkelajuan 63 km/j.

Oleh sebab itu, kesemua negeri Pakatan Rakyat menangguh pelaksanaan sistem AES yang jelas banyak kepincangannya walaupun sebelum dilaksanakan. Sistem AES jelas ingin merompak duit rakyat secara lebih bersistematik.

Cuba anda semua bayangkan, sebanyak 63,558 imej kesalahan lalu lintas dirakam di seluruh negara melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sejak sistem itu beroperasi 23 Sept lepas (rujuk sini).

Foto ~cikgu din


PANAS: Najib mengacum kat Rosmah plak dah...

Posted: 04 Nov 2012 03:46 PM PST

Addin

Posted: 05 Nov 2012 11:47 AM PST

Addin


Najib Tergamam Apabila TG Hj. Hadi Mahu Bertanding Di Pekan?

Posted: 05 Nov 2012 08:59 AM PST

VIENTIANE - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau tidak fikir Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan bertanding di Parlimen Pekan yang diwakilinya dalam pilihan raya umum akan datang.

"Saya tidak fikir ini akan berlaku," katanya kepada wartawan Malaysia selepas menghadiri Sidang Kemuncak Asia-Eropah (ASEM) di Pusat Konvensyen Nasional di sini hari ini.

Najib diminta mengulas laporan media di Malaysia bahawa Hadi menyatakan hasratnya untuk bertanding di mana sahaja yang diputuskan oleh PAS, malah di kawasan Parlimen Pekan sekalipun.

"Siapa nak bertanding (di Pekan), bertandinglah," kata Najib. Najib menjadi Ahli Parlimen Pekan sejak 1976. Hadi pula ialah Anggota Parlimen Marang. ~bernama


Addin :

Najib playsafe statement.. atau  terasa tercabar.. atau mungkin tergamam sebentar? Sekiranya menjadi kenyataan TG Hj. Hadi bertanding di Pekan, ianya merupakan pertemuan buku dengan ruas. Warga Pekan bukan macam dulu..



Iklan



16 Ditahan JAIS Dibicara 20 Disember

Posted: 05 Nov 2012 07:09 AM PST

SHAH ALAM 5 NOV : Kesemua 16 individu yang ditahan ketika serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Bandar Tasik Puteri, Rawang minggu lalu akan dibicarakan di Mahkamah Syariah pada 20 Disember nanti.

Serbuan tersebut berikutan hasil risikan Bahagian Penguatkuasaan JAIS bahawa terdapat usaha menghidupkan kembali Kumpulan Al-Arqam di dalam satu majlis anjuran Global Ikhwan Sdn. Bhd.

Global Ikhwan merupakan syarikat yang didakwa mempunyai hubungan dengan gerakan Al-Arqam yang diharamkan pada 1994.

Pengarah JAIS, Datuk Marzuki Husin dalam satu sidang media hari ini memberitahu kesemua mereka ditangkap di bawah Seksyen 12 (C), Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

"Kesemua mereka ini merupakan Orang Yang Disyaki (OYDS) dan dibawa ke Mahkamah Syariah Kuang untuk sebutan kes kali pertama.

"Mereka bagaimanapun dibebaskan dengan bon jamin RM 1000 dan seorang penjamin," ujar beliau.

Beliau turut ditemani Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad dalam sidang media di bangunan JAIS di sini petang tadi.

Bahagian Penguatkuasaan JAIS sebelum ini mengesan satu program cubaan menghidupkan ajaran dan fahaman al-Arqam yang diadakan di Dataran Global Ikhwan Celebration Hall pada 30 Oktober hingga 1 November lalu.

Majlis tersebut juga didakwa diadakan bagi menyambut ulang tahun kelahiran Ashaari, pengasas Al-Arqam.

Hasil samaran empat anggota JAIS selama dua malam berturut-turut mendapati wujudnya elemen-elemen fahaman dan pegangan al-Arqam. ~selangorku



Iklan



Ahli Parlimen BN Sahkan RM40 Juta Kini Dalam Akaun Umno Sabah

Posted: 05 Nov 2012 05:57 AM PST

KUALA LUMPUR 5 November: Wang seludup RM40 juta yang diserahkan oleh ahli perniagaan, Michael Chia kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman kini berada dalam akaun Umno Sabah. Maklumat itu dinyatakan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan dari Barisan Nasional kepada Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli pada satu program di Sabah dua hari lalu. "Saya dimaklumkan oleh Rahman Dahlan.

Persoalan besar ialah, kenapa sekarang? Semenjak 2008, wang itu baru timbul dalam akaun Umno Sabah?" katanya kepada pemberita di depan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya hari ini. 

"Mengikut skop besar SPRM, fail ini patut dibuka semula. Ia tak sukar. Kalau perkara (siasatan) boleh dibuat terhadap rakyat biasa, tanpa kuasa dan sumber, lebih-lebih lagi (membabitkan pimpinan) kerajaan.

"Ini kes berprofil tinggi. Hal ini kemudiannya terpulang kepada SPRM. Ada banyak versi berbeza. Kita akan terus menjejak petanda dan akan ada beberapa lagi pendedahan," jelas Rafizi.

Mengikut Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009, mana-mana orang yang sendiri atau melalui atau bersama mana-mana orang lain secara rasuah atau menerima atau bersetuju menerima bagi dirinya atau mana-mana orang lain melakukan kesalahan rasuah.

"Sebab itu SPRM dituntut membuat siasatan," tegasnya.

Turut hadir bersama Rafizi membuat laporan di ibu pejabat SPRM ialah Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa yang juga Ketua Penyelaras Jingga 13. ~kd



Iklan



Kantoi!! Zulkifli Noordin Minta Lebih RM60,000 Untuk Kosongkan Kerusi Parlimen

Posted: 05 Nov 2012 03:58 AM PST

KUALA LUMPUR 5 November: Ahli Biro Politik KEADILAN, Dr Syed Husin Ali berkata, Datuk Zulkifli Noordin meminta bayaran lebih tinggi berbanding RM60,000 bagi mengosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.

Perkara itu dinyatakan beliau ketika menjawab soalan peguam, Hasnal Rezua yang mewakili Zulkifli pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi.

Bekas Timbalan Presiden KEADILAN itu ditanya berhubung pendedahan beliau dalam kes samannya terhadap Zulkifli 25 Oktober lalu bahawa Zulkifli ada meminta bayaran RM60,000 bagi tujuan itu.

Peguamnya, Latheefa Koya berkata, jawapan Syed Hussin itu jelas membuktikan penipuan Zulkifli yang kononnya Syed Husin ada menawarkan tempat kepada Zulkifli.

"Jawapan Dr Syed jelas, dan kita nak bongkar kebenaran tentang penipuan Zulkifli. Walaupun pihak pembelaan cuba mengelirukan hakim sama ada jumlah RM60,000 itu betul atau tidak, jadi kita nyatakan ia lebih dari jumlah tersebut," jelas Latheefa.

Turut mewakili Syed Hussin, Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.

Syed Husin pada 27 Januari lalu menuntut ganti rugi sebanyak RM10 juta, ganti rugi teladan, faedah, kos dan relif yang dirasakan wajar oleh mahkamah.

Tuntutan itu dibuat terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, Ketua Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Aziz Ishak dan Zulkifli.

Dalam kenyataan tuntutannya, Syed Husin berkata, Utusan Melayu dan Abdul Aziz dengan niat jahat dalam akhbar Utusan bertarikh 20 November 2011 apabila menerbitkan kata-kata berunsur fitnah terhadap beliau dalam berita bertajuk "Zul Noordin nafi dakwaan Syed Husin".

Zulkifli juga menerbitkan perkara sama dalam blog beliau dengan tajuk "Anjing-anjing Pencen".

Syed Husin turut memohon injunksi menghalang semua defendan daripada menerbitkan sebarang kata-kata bersifat fitnah tersebut. ~kd




Iklan



Patutlah Beria-Ria Nak Pasang AES.. Rupanya Syarikat Kroni Umno

Posted: 05 Nov 2012 02:53 AM PST

KUALA LUMPUR 5 November: KEADILAN membongkar hubungan mencurigakan di antara syarikat pengendali saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), Beta Tegap Sdn Bhd dengan Umno Johor dan Menteri dari MCA. Dedah Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Chang Lih Kang, pemegang saham terbesar syarikat itu, To'Puan Rozana Redzuan adalah anak kepada bekas Ketua Bahagian Umno Parit Sulong, Allahyarham Tan Sri Datuk Redzuan Salim.

"Ibunya, Puan Sri Datin Atkah Abdullah pula adalah bekas Timbalan Ketua Wanita Umno Johor dan Ahli Jawatankuasa Wanita Umno Pusat.

"Selain itu, Rozana juga adalah sepupu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap, Datuk Abdul Hamid Abdul Rahman," kata Ahli Dewan Undangan Negeri Teja itu pada sidang media di Parlimen hari ini.

Menurut Lih Kang, pemegang saham kedua terbesar, Andreas Toh pula mendapat kontrak pada 2005 dari Kementerian Kesihatan melalui syarikat Mediharta Sdn Bhd.

"Kebetulan, kedua-dua kementerian ini di bawah menteri dari MCA. Adakah ada hubungan rahsia antara Andras Toh dengan MCA yang membolehkan beliau mendapat dua kontrak lumayan ini," soal beliau.

Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha adalah Menteri Pengangkutan manakala Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek adalah Menteri Kesihatan pada 2005.

Turut ditunjukkan dalam sidang media itu, salinan maklumat dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Maklumat tersebut menyatakan, Rozana adalah Pengarah Beta Tegap dan memiliki saham bernilai RM5.8 juta manakala Andreas Toh bertindak sebagai pengarah dan pengurus serta memiliki saham bernilai RM4.2 juta.

Dalam sidang media sama, Ahli Parlimen Selayang, William Leong berkata, maklumat ini sekali lagi menunjukkan hubungan syarikat kroni yang mendapat kontrak dari kerajaan.

Beliau mendesak kerajaan menjelaskan kenapa syarikat swasta dan kroni dilantik mengendalikan AES.

"Sampai hari ini, kita tidak mendengar satu sebab pun kenapa sistem ini dikendali pihak swasta. Apa masalahnya dengan polis yang mengendali saman trafik sebelum ini.

"Kami juga sekali lagi meminta kerajaan agar batalkan dan nilai semula sistem pelaksanaan AES ini," kata Bendahari Agung KEADILAN itu.

Sebelum ini, KEADILAN mendedahkan, kutipan saman jalan raya akan dikongsi antara kerajaan dengan Beta Tegap dan satu lagi syarikat pengendali, Ates Sdn Bhd.

Kedua-dua syarikat itu mensasarkan 10 juta saman dikeluarkan setahun dan bakal mendapat keuntungan sehingga RM700 juta hasil kutipan saman. ~kd




Iklan



Berita Memalukan Ni Pasti Tak Di Siarkan TV3, Utusan Dan Berita Harian..

Posted: 05 Nov 2012 12:44 AM PST


SUBANG JAYA, 5 NOV : Sekumpulan 129 pemilik rumah di Lestari Perdana semalam bersyukur dan berterima kasih kepada Kerajaan Negeri yang berjaya menyelesaikan masalah hak milih tanah mereka yang berlanjutan lebih 10 tahun.

Kebanyakan pemilik rumah ditemui menjelaskan mereka menghadapi masalah untuk berurusan dengan pihak tertentu seperti institusi kewangan kerana tidak memiliki geran tanah.

Mereka menghadapi masalah selepas pemaju perumahan itu gagal membayar premium tanah kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Pekerja Swasta, Abdul Ghani Saari, 45, dari Zon 9 berkata ketiadaan geran tanah telah mencacatkan pembangunan di perumahan tersebut.

"Memang banyak masalah dari segi kebersihan, kemudahan infrastruktur serta landskap.

"Sebelum ini kami sudah membayar (premium) kepada pemaju dan dia kata akan serahkan surat hakmilik ini kepada kami tetapi selepas itu senyap sebegitu sahaja," kata Abdul Ghani yang telah menetap di situ selama 10 tahun.

 "Apa dilakukan Kerajaan Negeri ni bagus dan terima kasih," katanya kepada TVSelangor selepas menerima surat hakmilik daripada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Abdul Khalid menyerahkan dokumen hakmilik Kepada Pembeli Rumah Teres Zon 6, 7 dan 9 Lestari Perdana di satu majlis di Dewan MPSJ semalam.

Pengurus projek, Yusman Jusof, 40, dari Zon 6 yang menetap di situ kira-kira lapan tahun berkata, dia menghadapi masalah untuk mendapat pinjaman bank kerana tidak ada surat hakmilik.

"Satu usaha yang bagus dari Kerajaan Negeri bagi menjaga hak dan kepentingan pemilik rumah," katanya.

129 pemilik rumah itu adalah daripada jumlah keseluruhan 303 orang yang telah membayar premium RM 1,460 seperti ditetapkan pihak berkuasa negeri.

Abdul Khalid dalam sidang media selepas itu menjelaskan masalah itu kerana pemaju Fast Creasent Sdn Bhd (Fast Creasent) gagal membayar premium sebanyak RM 12.19 juta mengikut nilaian tanah pada 2002.

"Pemaju tidak menjalankan tangungjawab dengan tidak membayar premium.
Penduduk yang memiliki rumah telah membuat permohonan untuk mendapatkan geran tanah iaitu sehingga kini lebih daripada 10 tahun.

"Mereka bersetuju dengan cara dikendalikan (Kerajaan Negeri) iaitu mereka menyerahkan tanah kepada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Negeri mengembalikan hartanah mereka dalam bentuk geran," katanya.

Abdul Khalid berkata, masalah berlaku kerana Kerajaan Umno-BN dahulu yang tidak mengikut peraturan dan undang-undang ditetapkan Kanun Tanah Negara.

"Inilah buktinya (bekas Menteri Besar) Khir Toyo tidak menjalankan tugasnya. "Kalau dia ikut cara yang kita lakukan ini, sudah tentu masalah tidak timbul pada hari ini.
"Masalah timbul ialah pentadbiran Kerajaan Negeri yang lepas tidak mentadbir mengikut tataracara yang dikehendaki di bawah Kanun Tanah Negara.

"Oleh sebab itu terdapat keadaan di mana akhirnya Pejabat Tanah dan Galian serta Pihak Berkuasa Tempatan menghadapi masalah untuk menyelesaikannya termasuk urusan pemilikan tanah." katanya.

Menteri Besar berkata, melalui dasar kerajaan yang lama, kerja-kerja tanah dan pembangunan di atas tanah boleh dijalankan setelah kebenaran merancang serta pelan bangunan diluluskan PBT.

Ini berlaku walaupun premium dan dokumen hakmilik belum diselesaikan dan dikeluarkan.

Namun dasar tersebut, telah diberhentikan kerana ia mengakibatkan banyak projek perumahan terbengkalai.

Turut hadir, pada majlis semalam Yang Dipertua MPSJ, Datuk Asmawi Kasbi dan Pengarah Tanah dan Galian Selangor, Kamarulzaman Jamil. ~selangorku




Iklan



BN Johor Di Ambang Kehancuran..

Posted: 04 Nov 2012 06:37 PM PST

Kajian yang dibuat oleh Pusat Penyelidikan PAS (PPP) mendapati Johor bukannya negeri yang paling kuat Umno dan BN kerana kubu paling kuat Umno adalah Melaka. Pengarah Operasi PPP, Dr Zuhdi Masduki (gambar) berkata, sekurang-kurangnya 14 daripada 26 kawasan Parlimen di Johor berada di bawah 50 peratus sokongan tradisi rakyat kepada Umno dan BN.

Ini bermakna, pembangkang mempunyai peluang yang besar untuk mengalahkan BN di negeri ini. Kawasan-kawasan itu adalah Segamat,  Labis, Ledang, Bakri, Muar,  Batu Pahat,  Kluang, Gelang Patah, Tebrau, Pasir Gudang, Tebrau, Johor Baru, Pulai dan Kulai.

Menurut Zuhdi, lima kriteria diambil kira ketika menentukan Umno dan BN mendapat sokongan rakyat atau tidak di negara ini iaitu keahlian Umno, keahlian Rela, petugas Kemas, ahli Pertubuhan Peladang dan ahli persatuan belia yang terletak di bawah pejabat belia daerah.

"Mereka yang berdaftar dalam organisasi ini dikira pro Umno dan BN yang dijangka berpotensi tinggi akan mengundi Umno dan BN dalam setiap kali pilihan raya," kata Zuhdi dalam Konvensyen PAS Johor semalam.

Kira-kira 750 peserta yang terdiri dari pemimpin PAS kawasan di Jojor menyertai konvensyen yang bertema 'Pecutan terakhir  menuju Nusajaya' ini.

Konvensyen ini dikira persiapan terakhir PAS Johor untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Pelbagai kertas kerja dibentangkan dalam konvensyen ini yang semuanya membayangkan Pakatan Rakyat mampu menjatuhkan Umno dalam pilihan raya. ~mpr



Iklan



Negeri Sembilan Bakal Tumbang Ke Pakatan Rakyat.. Ini Petandanya

Posted: 04 Nov 2012 05:52 PM PST

Pakatan Rakyat (PR) yakin bahawa Negeri Sembilan bakal ditadbir oleh perikatan itu ekoran "kebangkitan rakyat", yang diperlihatkan pada program Himpunan Kebangkitan Rakyat di Seremban, semalam.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, PR mempunyai keyakinan akan menawan Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berdasarkan sokongan ditunjukkan rakyat dengan menghadiri majlis semalam walaupun dalam keadaan hujan.

Menurutnya, pada tahun 2008 PR tidak memiliki kekuatan seperti sekarang. PR dianggotai Pas, PKR dan DAP. Kini ia mentadbir Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

Bagaimanapun apabila semua parti bekerjasama dalam setiap program yang dianjurkan PR, katanya, ia menunjukkan pembangkang semakin kuat. "Kita yakin PR akan menang untuk tawan Negeri Sembilan pada kali ini.

"Kita kata sebegitu kerana rakyat turun menunjukkan sokongan kepada semua program yang kita buat termasuk Himpunan Kebangkitan Rakyat, semalam.

"Walaupun cuaca tidak menentu dan hujan tapi sambutan masih menggalakkan, dan semua ahli parti di kawasan itu juga bekerjasama untuk menjayakannya, kami semakin kuat daripada tahun 2008," kata beliau kepada Sinar Harian Online hari ini.

Kelmarin, PR telah mengadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat di Negeri Sembilan dan menampilkan barisan pemimpin PR, artis-artis dan aktivis-aktivis.

Mengulas lanjut, Mohamad Sabu berkata, PR akan terus mengadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat - yang paling besar Januari depan.

Berdasarkan maklumat sebelum ini, PR menganjurkan perhimpunan semalam untuk menyegarkan semula tuntutan ke arah pilihan raya yang bebas dan adil. ~sinar



Iklan




Akibat Hina Islam.. Kini Chua Soi Lek Makin Tertekan

Posted: 04 Nov 2012 04:55 PM PST

SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa kenyataan terbaru Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berhubung isu hukum hudud kelmarin menunjukkan beliau sudah merasai tertekan dengan kemarahan umat Islam.

"Dia sebenarnya rasa tertekan... tersinggung dengan kritikan umat Islam sendiri sebelum ini berhubung tindakannya mempertikaikan hukum hudud dan sebagainya.

"Dia kata dia tidak hina Islam, tetapi pertikaikan hukum hudud Pas, mana boleh jadi begitu sedangkan hukum hudud itu sendiri adalah Islam," kata beliau dipetik Harakahdaily semalam.

Nik Aziz berkata, sekiranya tiada hukuman itu yang dibentangkan oleh Umno, sudah bererti apa yang diusahakan Pas adalah ajaran Islam.

Dalam kenyataan terbaru, Soi Lek berkata, beliau tidak menghina Islam, cuma persoal hudud Pas.

Selain itu beliau juga meminta Pakatan Rakyat, yang turut dianggotai Pas, supaya memasukkan hukum hudud dalam manifesto mereka.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, andainya ada orang menentang hanya satu dari yang terkandung dalam undang-undang Malaysia, ertinya orang terbabit telah menentang negara ini.

Pada masa yang sama Menteri Besar Kelantan itu juga berkata, Soi Lek seharusnya mempersoalkan 'mana hukum hudud Umno' dan bukannya memperosalkan hudud yang diperjuangkan Pas. ~sinar


Iklan




Ali Rustam!! Mana Duit Saya??

Posted: 04 Nov 2012 04:50 PM PST

Penyelia DUN Bkt Baru, Cikgu Yusuf bersama anak mangsa kebakaran
Penyelia Dun Bukit Baru bersama Pemuda Kawasan Bukit Katil melawat mangsa kebakaran di Bukit Baru Dalam, Dun Bukit Baru. Mangsa, Abu Kassim Syed Ahmad sekeluarga telah kehilangan tempat tinggal dalam kejadian pada 13 September yang lalu.

Rumah beliau seratus peratus telah dijilat api dan beliau sekeluarga hanya tinggal sehelai sepinggang.Kini beliau menumpang di rumah adiknya sementara menunggu rumahnya siap dibina.

Namun begitu ,walaupun sudah hampir dua bulan kejadian tersebut berlalu, rumah beliau masih belum siap dibina, ditambah pula kontraktor telah menghentikan kerja-kerja pembinaan sejak sebulan yang lalu.

Beliau tidak mengetaui kenapa kerja-kerja membaik pulih telah diberhentikan, sedangkan Ketua Menteri telah menjanjikan peruntukan yang besar untuk membaik pulih rumah beliau.

Beliau juga turut kecewa apabila kayu yang digunakan untuk menyokong bumbung rumah beliau hanyalah menggunakan lebihan kayu tidak terbakar dan disambung-sambung, ini akan menjejaskan ketahanan bumbung rumah beliau kelak. Beliau bimbang bumbung itu akan runtuh nanti.

Ketua Pemuda PAS Kawasan Bkt Katil, Sdr. Jauhar bersama mangsa kebakaran


~penyeliaDunBktBaru


Addin :

Untuk rekod, Adun Bukit Baru adalah Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam..




Iklan




(Video) Ahli Parlimen DAP Ikrar Pertahankan Islam..

Posted: 04 Nov 2012 03:17 PM PST


Ahli Parlimen DAP dari Rasah, Anthony Loke memberi ucapan di hadapan seramai 10,000 orang di Himpunan Kebangkitan Rakyat di Taman Seremban Jaya,  Negeri Sembilan baru-baru ini. 

Beliau berikrar untuk mempertahankan Islam. Amat malu bagi Melayu Umno apabila mengaku Islam tetapi apabila presiden MCA hina Islam mereka jadi 'syaitan bisu'.

Malah yang amat malang sekali, pemimpin Umno dan ulamaknya bersetuju apa yang di perkatakan oleh presiden MCA, Chua Soi Lek.

Mari kita ikuti rakaman video tersebut..








Iklan




AdukaTaruna

Posted: 05 Nov 2012 11:21 AM PST

AdukaTaruna


Warna-warni Himpunan Tuntutan Rakyat. Seremban.

Posted: 05 Nov 2012 01:26 AM PST

Antara yang menziarahi gua di gerai adalah Edyes, Saufi, Azizi. Geng SAMM. Selain itu Otai Manjung, Milo Suam, Akob Project, Abu Jementah, pendengar Radio Budu, rakan2 facebook, Presiden Persatuan Anak kelantan N9 dan pekerja2 Petronas.

Abu Nawas tak datang gerai gua. Mengikut maklumat dalaman, beliau masih segan ekoran tewas bola api dengan team Kelantan di Janda Baik hari tu. Manjung Mari plak tak berani keluar kereta sebab hujan. Kaki dia ada besi. Ceh.. Kaki gua pun ada besi, bro...


Antara baju cetak rompak yang ditemui. Hahaha. Meriah. Positifnya, cetak rompak membantu perkembangan hasutan perjuangan. Negatifnya, falsafah yang salah. Tiada bayaran royalti kepada NGO R.


Hujan lebat baik punya turun sebelah petang. Disertai ribut. Owner The Yellow Boutique dan Benz Ali sedang kalut memastikan khemah tak terbang. Cuaca ni kalau kena dengan program UMNO kompom batal terus. Sebab audien mereka tiada nilai pejuang.


Bersama team PAS Lenggeng yang menziarahi gua sebagai pengundi DUN Lenggeng. Sempoi otai kita. Baik kain pelikat. Bila gua tanya kenapa. Dia cakap basah sebb hujan. Seluar takdo. Pakai kain yo la. Tu kompom tak pakai spender tu. Cet!


Mat Sabu yang menziarahi gerai jualan rasmi R. Dalam banyak2 pemimpin, Mat Sabu n Kadir jer gua nampak turun menziarahi peniaga dan orang ramai petang tu. Ekoran kengkonon Pemuda UMNO nak tumpahkan darah di situ.


Aneyyy Malaysia kita. Patah sayap, bertongkat jua.


Muka aktivis bujang yang hanya menjual barangan kepada awek2. Puiii.. ngejah awek di Seremban kecek KL beb. Puii puiii...

"Molek jalam tu. Hujam2 ni licing. Nanti rebass.."


Terima kasih Benz Ali kerana menghadiahkan gua Zine dia yang memang radikal habes. The next OKT reman selepas ni. Tengok la kalau tak caya.


Tagline PAKAI & HASUT yang berjaya diimplankan kepada audien. Laris. India Cina beli pakai sambil senyum. Sampai seorang pakcik sound gua sebab guna word hasut. Siap bagi hadis Nabi suruh beri nama yang baik-baik. Hasut-hasut ni perkataan tak baik.

Gua dah la sibuk nak cari saiz layan customer. Sebelum gua berdosa side kick seorang pakcik terlentang atas jalan yang renyai2 hujannya, gua cakap gua mazhab lain.

"Mazhab apa?"

"Mazhab AT&Co."

Telok Bakong Online

Posted: 05 Nov 2012 11:21 AM PST

Telok Bakong Online


Melabor Kat Sana ..Tutup Kilang Kat Sini,..Ajer Codek

Posted: 04 Nov 2012 08:08 PM PST

Najib to witness signing of RM15bil railway double track project


Sunday, 04 November 2012 admin-s
E-mail Print PDF
Digg!Del.icio.us!Google!Live!Facebook!Technorati!StumbleUpon!MySpace!Yahoo! Twitter!LinkedIn! 
http://ridzuan1706.files.wordpress.com/2009/04/najib-tun-razak_3.jpg
(Bernama) -  Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak will witness the agreement signing for the USD$5bil (RM15 billion) electrified double track railway project to be built by a Malaysian company that will turn landlocked Laos into land link.
The master concession agreement is between the Laotian government and Giant Consolidated Ltd, the Malaysian company, to develop the 220km track from Savannakhet to Lao Bao, near the Vietnam border.
Malaysian Ambassador to Laos Datuk Than Tai Hing (pic) said Laotian Prime Minister Thongsing Thammavong would also witness the signing ceremony to be held here Monday.
Najib will arrive here this afternoon for a three-day working visit to Laos and to attend the 9th Asia-Europe Meeting (ASEM).
Than said the five-year standard gauge railway project would link the east and west of this country and turn this nation from landlocked to land link, apart from realising the Asean Connectivity by 2015 and contributing to this country's economic development.
Najib, who is also Finance Minister, will open Maybank's first branch in this country here Monday, completing the bank's presence in all the 10 Asean member nations.
Currently, Maybank, Malaysia's largest commercial bank and regional financial services leader, has an international network of over 2,200 offices in 19 countries, including in the United States, Britain, Saudi Arabia, Bahrain, China, Hong Kong and India, apart from Asean member countries.
Than said Najib would also meet Malaysian investors engaged in a hydro-electric project and in a special economic zone in this country here. Malaysians have invested about USD$165 million (RM495 million) in Laos between 2000 and 2011, making them the ninth largest investors in this country, he said.
Malaysians' investments in Laos are in banking, insurance, education, semiconductors, tourism and agriculture sectors.
Public BankDominant Semiconductors Co LtdMega First Corporation BhdSavan Pacifica Development Co Ltd and Dansavanh Nam Ngum Resort are among Malaysia's major companies that have invested in this Asean member state.
"Malaysians' new investments are in the electrified double track railway and hydro-electric projects that will definitely change Malaysia's position as the largest investor in this country currently being led by China," he said.
Najib will also join 48 leaders from Asia and Europe at the two-day ASEM starting here tomorrow.
The meeting themed "Friends for Peace, Partners for Prosperity" will further strengthen economic and political cooperation between the two regions amid the current euro zone debt crisis.
ASEM leaders are expected to discuss the global economic situation, reforms to international financial institutions, water, energy, food security, disaster management, interfaith dialogue, tourism and migration, among others.
Than said Najib is also expected to promote the global moderation movement concept at this meeting.
The ASEM grouping membership will be expanded to 51 with the inclusion of Bangladesh, Norway and Switzerland at this meeting.
ASEM was established in 1996 with its inaugural meeting in Bangkok.
ASEM leaders meet every two years alternately in the two regions.
Najib will also hold separate bilateral meetings with France President Francois Hollande, Norway Prme Minister Jens Stoltenberg and PakistanPrime Minister Raja Pervaiz Ashraf on the sidelines of the meeting.
Najib will be accompanied by his wife, Datin Seri Rosmah Mansor, during the visit.
This is the first time, Laos, a country with six million population, is hosting its biggest international conference

Msinc TBO-Ikuti penderitaan rakan rakan pekerja bila kilang mereka ditutup kerana tawkeh nak melabor diluar negara disini.

Kumpulan Libang Libu Akhirnya Akan Beraksi Di Kampung Halaman Sendiri

Posted: 04 Nov 2012 06:22 PM PST


         Libang Libu,sebuah band dari kampong Telok Bakong dengan secara resminya menerima pelawaan dari pihak penganjur BBQ Santai Bersama Orang Muda di depan Dewan Orang Ramai Padang Marhum Telok Bakong pada pukul 9.00pm hari ini(17 Nov 2012).Band yang lebih dikenali dengan lagu lagu reformasi dan kritikan politik semasa ini dijangkakan akan menyampaikan 5 lagu iaitu Lembu Rakus,Bersih dan beberapa lagu yang berunsurkan ketuhanan seperti Jenazah kah Aku.Libang libu dianggotai oleh Jaiswings (penyanyi) dan Msinc (2rd Lead) manakala pemain gitar utama diisi oleh Jazz.Pemain gitar bass akan digalas Hamdan Mat Lias.Persembahan akan dilakukan secara unplugged atas permintaan penganjur.Libang Libu dijangkakan akan mengiringi pihak penganjur mengadakan Tour diseluruh Perak Tengah.

Updated blog pakai android pasal pc kong..masalah hampir selesai

Posted: 04 Nov 2012 04:14 PM PST

Macam ni ler nasib.motherboard kong.nak ganti rm 300..dalam 2,3 hari ni We dan deno update ler blog... teman besare kejap...




 

Msinc TBO said...
..sebab semangat lawan tetap lawan ni lah teman terus jer sambar pc baru..sib baik ada org nak tolak murah murah rm650 jer(termasuk LCD Monitor dan genuine window 7..ada head phone lagi)..nak repair pc lama tu kira tak berbaloi..cuma connection ke internet masih problem..mungkin modem rosak kot..sekarang ni terpaksa guna opis punya..pakai android pun terhad kepada content yang sedikit,sesuai utk kegunaan luar..lawan tetap lawan..walau dihujani peluru tak bermata...

Al Ikram

Posted: 05 Nov 2012 09:55 AM PST

Al Ikram


HUDUD DAN MASYARAKAT CINA

Posted: 04 Nov 2012 08:20 PM PST

Anak Sungai Derhaka

Posted: 05 Nov 2012 09:36 AM PST

Anak Sungai Derhaka


Video ejen 6P belasah pekerja Bangladesh tersebar!!

Posted: 05 Nov 2012 07:49 AM PST


Beberapa orang pekerja asing mendakwa telah dipukul oleh ejen-ejen yang dilantik kerajaan di bawah program peuntihan 6P dan ejadian telah dirakam oleh CCTV.

Menurut sebuah NGO,Selangor Anti-Human Trafficking Council (Mapmas),wakil-wakil dari Syarikat 6P telah dirakamkan menampar dan menyerang lelaki Bangladesh yang memohon permit kerja.

Di bawah Program 6P pendatang tanpa izin akan dikenakan tindakan undang-undang atau diusir tanpa tindakan undang-undang.

Mangsa dalam video ini adalah sebahagian dari 100 individu yang telah ditipu oleh Syrikat yang sama dakwa petugas Mapmas.

 

Saham FGVH Jatuh Paras Terrendah - Peneroka Mula Rugi

Posted: 05 Nov 2012 06:16 AM PST


Saham Felda Global Venture Holding (FGVH) hari ini menyaksikan kejatuhan di paras paling rendah sejak ia dilancarkan. Harga saham FGVH ditutup pada RM4.65 petang ini.

Saham FGVH telah dilancarkan pada 5 Julai tahun ini pada harga RM4.55 sebelum ia kemudiannya meningkat di paras tertinggi RM5.55.

Selepas daripada itu, harga itu terus jatuh dan jatuh ke paras terendah pada RM4.69 pada 10 September lalu.

Kemudian harga menjadi tidak stabil selepas itu, sehinggalah rekod paras paling minima itu telah dipecahkan petang ini untuk berada di kedudukan RM4.65.

,Sementara itu, sebelum ini, Penasihat Ekonomi Anak (Persatuan Anak Peneroka Felda), Dr Rosli Yaakob telah berkata, peneroka Felda kini mula rugi apabila sahamnya jatuh melepasi 4.70.

Ini kerana, dividen yang diperolehi tidak akan mampu menampung interest pinjaman yang mereka buat untuk membeli saham FGVH.

"Kadar interest pinjaman mereka untuk membeli saham ini pada kadar RM4.45 kini lebih tinggi berbanding dengan dividen yang mereka perolehi," kata Dr Rosli.

Nampaknya apa yang dibimbangi oleh ANAK kini telah menjadi kenyataan ~ Greenboc

AES dikuasai Kroni UMNO rupanya.. patutlah nak pasang juga..

Posted: 05 Nov 2012 12:55 AM PST


KEADILAN membongkar hubungan mencurigakan di antara syarikat pengendali saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), Beta Tegap Sdn Bhd dengan Umno Johor dan Menteri dari MCA.

Dedah Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Chang Lih Kang, pemegang saham terbesar syarikat itu, To'Puan Rozana Redzuan adalah anak kepada bekas Ketua Bahagian Umno Parit Sulong, Allahyarham Tan Sri Datuk Redzuan Salim.

"Ibunya, Puan Sri Datin Atkah Abdullah pula adalah bekas Timbalan Ketua Wanita Umno Johor dan Ahli Jawatankuasa Wanita Umno Pusat.

"Selain itu, Rozana juga adalah sepupu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap, Datuk Abdul Hamid Abdul Rahman," kata Ahli Dewan Undangan Negeri Teja itu pada sidang media di Parlimen hari ini.

Menurut Lih Kang, pemegang saham kedua terbesar, Andreas Toh pula mendapat kontrak pada 2005 dari Kementerian Kesihatan melalui syarikat Mediharta Sdn Bhd. "Kebetulan, kedua-dua kementerian ini di bawah menteri dari MCA.

Adakah ada hubungan rahsia antara Andras Toh dengan MCA yang membolehkan beliau mendapat dua kontrak lumayan ini," soal beliau.

Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha adalah Menteri Pengangkutan manakala Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek adalah Menteri Kesihatan pada 2005.

Turut ditunjukkan dalam sidang media itu, salinan maklumat dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Maklumat tersebut menyatakan, Rozana adalah Pengarah Beta Tegap dan memiliki saham bernilai RM5.8 juta manakala Andreas Toh bertindak sebagai pengarah dan pengurus serta memiliki saham bernilai RM4.2 juta.

Dalam sidang media sama, Ahli Parlimen Selayang, William Leong berkata, maklumat ini sekali lagi menunjukkan hubungan syarikat kroni yang mendapat kontrak dari kerajaan.

Beliau mendesak kerajaan menjelaskan kenapa syarikat swasta dan kroni dilantik mengendalikan AES.

"Sampai hari ini, kita tidak mendengar satu sebab pun kenapa sistem ini dikendali pihak swasta. Apa masalahnya dengan polis yang mengendali saman trafik sebelum ini.

"Kami juga sekali lagi meminta kerajaan agar batalkan dan nilai semula sistem pelaksanaan AES ini," kata Bendahari Agung KEADILAN itu.

Sebelum ini, KEADILAN mendedahkan, kutipan saman jalan raya akan dikongsi antara kerajaan dengan Beta Tegap dan satu lagi syarikat pengendali,

 Ates Sdn Bhd. Kedua-dua syarikat itu mensasarkan 10 juta saman dikeluarkan setahun dan bakal mendapat keuntungan sehingga RM700 juta hasil kutipan saman.


http://www.keadilandaily.com/?p=38895

BRIGED MP SEGAMBUT

Posted: 05 Nov 2012 09:20 AM PST

BRIGED MP SEGAMBUT


KENAPALA TPM KITA MACAM KELAS TABIKA?

Posted: 05 Nov 2012 12:19 AM PST

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyeru orang Melayu supaya menyokong DAP, dengan berkata, PAS tidak akan mendapat sokongan lagi jika itu menjadi kenyataan.

"Kalau semua orang Melayu masuk DAP, (maka) PAS tidak ada ahli lagi," katanya dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur pagi ini.

NONEMuhyiddin (kanan) menjawab kritikan Abdul Hadi bahawa MCA 
adalah rasis dan gesaan presiden PAS itu kepada orang Melayu supaya menyokong DAP.

Selain itu, Muhyiddin berkata, beliau bingung dengan dakwaan bahawa MCA adalah rasis tetapi tidak DAP.

"Semua orang tahu, khususnya orang Melayu-Islam, DAP bukan parti yang memperjuangkan semua kaum.

"Mereka tidak bertanding di kawasan Melayu, di kawasan bandar saja," katanya.

Oleh itu, kata Muhyiddin, DAP tidak boleh melindungi kepentingan orang Melayu.

Fakulti Siyasah Syar'iyah

Posted: 05 Nov 2012 09:20 AM PST

Fakulti Siyasah Syar'iyah


Wow ... Abby Abadi dot dot ...?

Posted: 05 Nov 2012 07:07 AM PST

Wow ... Abby Abadi dot dot ...?
Sepenuhnya di sini ...

Lemah Semangat ...? Usah Lihat Gambar ini ...?

Posted: 05 Nov 2012 04:19 AM PST

Lemah Semangat ...?
Usah Lihat Gambar ini ...?
Sepenuhnya di sini ...

Aik ..? Majlis Khatan Lim Guan Eng ...?

Posted: 05 Nov 2012 01:31 AM PST

Aik ..? Majlis Khatan Lim Guan Eng ...?
Kaahhh, kah kah ...?

pemuda cheh

Posted: 05 Nov 2012 09:03 AM PST

pemuda cheh


Menyingkap Kewujudan Dajjal

Posted: 04 Nov 2012 03:35 PM PST



Asal-Usul Keluarganya:

Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apajua makhluk lain selain ia sebagai manusia yang ditangguhkan ajalnya "MinalMunzharin".

Seperti halnya Nabi Isa as yang di angkat oleh Allah swt ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula keatas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah AlMunawwarah. Sama juga halnya dengan Iblis yang di tangguhkan kematiannya sehingga hari kiamat nanti.



Ayah Dajjal seorang yang tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti paruh burung. SedangkanIbunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya.

Menurut Imam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialahseorang Dukun Yahudi yang di kenali dengan "syaqq" manakala ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan dengan makhluk halus.

Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa kecil tidak diketahui dengan jelas.

Sifat Badannya:
Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Dajjal ialah orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka" (Hadis Sahih Muslim)

Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yang disebutkan dalam Hadis Rasulullah saw, diantaranya: Seorang yg kelihatannya masih muda; Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan; Rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yang rimbun.

Dan tandanya yang paling ketara sekali ada dua:

1. Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yang kecut, manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat.

2. Tertulis didahinya tulisan "Kafir (Kaf-Fa-Ra)". Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap orang Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak. Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tanda yang terakhir ini belum ada pada dirinya.

Tempat Tinggalnya Sekarang:

Menurut riwayat yang sahih yang disebutkan dalam kitab "Shahih Muslim", bahawa Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yg bernama "Al-Jassasah".

Terdapat hadis mengenainya.. (tetapi terlalu panjang untuk ditulis.. anda boleh membaca terus dari buku). Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yang diizinkan oleh Allah swt untuk keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat "transitnya" itu ialah di sebelah Timur bukan di Barat.

Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya:

Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama empat puluh hari. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dengan setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satu minggu dan hari-hari selanjutnya sama seperti hari-hari biasa.

Kami bertanya: "Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka bumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hari yang pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga seperti seminggu. Kemudian hari yg masih tinggal lagi (iaitu 37hari) adalah sama seperti hari kamu yang biasa.

Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yang panjang seperti setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5 waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itu dengan menentukan kadar yang bersesuaian bagi setiap sembahyang.."

Maksud Sabda Rasulullah saw, ini ialah supaya kita mengira jam yang berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kita lakukan.

Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada hari itu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyang Zohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga jam setengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang Asar.

Begitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnya hingga habis hari yang panjang itu sama panjangnya dengan masa satu tahun dan bilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahun yang kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.

Fitnah Dajjal:

Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt untuk menguji umat ini. Oleh kerana itu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yang luar biasa. Di antara kemampuan Dajjal ialah:

1. Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya.
Benda-benda beku akan mematuhinya. Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dengan kemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akan kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasa dan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung.

Umat akan dilanda kebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Maka daerah mana yang percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlah kamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begitu juga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada orang yang bersekutu dengan Dajjal. Manakala penduduk yang tidak mahu bersukutu dengan Dajjal..mereka akan tetap berada dalam kebuluran dan kesusahan.

Dan ada diriwayatkan penyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan orang yang tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran.

Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:"Jadi apa yang dimakan oleh orang Islam yang beriman pada hari itu wahai Rasulullah?" Nabi menjawab:"Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih dan bertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan." H.R IbnuMajah

2. Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka:

Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga dan neraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakan kedua-duanya ini untuk mengujiiman orang Islam kerana hakikat yg benar adalah sebalik dari apa yang kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga itu sebenarnya Neraka dan apa yang dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.

3. Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya:

Kepantasan yang dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan orang dahulu. Kalau hari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasan jet-jet tempur yang digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagi daripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuh dalam satu jam"…

Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya di atas muka bumi ini? Nabi menjawab:"Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan "Al Ghaist" (hujan atau awan) yang dipukul oleh angin yang kencang." H.R Muslim

Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua bandar suci umat Islam itu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.

OTAI MANJUNG

Posted: 05 Nov 2012 07:53 AM PST

OTAI MANJUNG


Gagal Halang Nizar Tanam Pokok AEON Manjung

Posted: 04 Nov 2012 05:54 PM PST

Sebelum bertolak ke Himpunan Kebangkitan Rakyat di Negeri Sembilan Sabtu pagi baru ni (3 Nov), 2 orang aktivis Pertubuhan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) dan salah seorangnya merupakan Pegawai Khas DS Nizar sempat mengikuti upacara menanam pokok komuniti setempat di AEON Seri Manjung. Ada cerita disebalik program ini yang sepatutnya tidak berlaku.......

 Pengurusan & Lembaga Pengarah AEON menyambut kehadiran Nizar

Nizar dijemput secara rasmi oleh pihak pengurusan AEON, namun saat akhir (Nizar sudah sampai ke lokasi) beberapa pegawai AEON dalam keadaan serba salah beritahu Nizar terdapat arahan tidak benarkan dia bersama dalam program ini. Dalam bualan itu seolah pihak pengurusan di'ugut' akan tergugat lesen/permit mereka sekiranya Nizar hadir. Ada unsur-unsur isu ini berpunca dari pihak yg berfikiran 'politik sempit'...depa ingat ini program depa ka nak control pihak pengurusan AEON utk jemput tamu pemimpin setempat tanpa kepentingan politik. Lepas diskusi sudahnya pihak pengurusan dgn campur tangan lembaga pengarah AEON menghormati Nizar untuk sertai, dgn alasan jelas ia program masyarakat tempatan pada dasarnya. AEON langgar arahan dari 'tangan-tangan ghaib' itu......

 
Pihak AEON memberi penerangan kepada tetamu
 
 Mungkin 'pihak' tu takut Nizar hasut budak-budak sekolah masuk PAS!?...wakakaaa

Salute pihak pengurusan & lembaga pengarah yang berani buat keputusan tak hiraukan arahan berbau ugutan itu. Bila aku belik gambar-gambar dari Page Media Perak (klik utk tgk), nampak muka Zamri Man YDP Majlis Perbandaran Manjung. Aku takleh bayangkan muka dia bila Nizar disambut mesra oleh AEON, sape tak tahu kat Manjung ni Zamri Man kaki bodek tegar Zambry Kadir. Abis satu kampung (sekitar daerah manjung) terpacak muka Zambry, ada simpang tak sampai 2km pun merata muka dia sendiri, angkat bakul sendiri.

 Zamri Man kanan sekali....Bro tgk je ke? kekeke

rupe tak sior je bro... 

Sampai ke sudah bro tgk jeee....

Bro...mana mau lari...senyum la skit!

Bro, Manjung ni bandar pelancongan... org dtg Manjung bukan nak tgk muka bro & Zambry yang bersepah. Apasalahnya letak gambar penyu ke! gambar pantai pangkor ke! taman monyet ka! bakau ka! map besar ke lokasi-lokasi pelancongan sekitar manjung ka! barulah boleh tabik bro...... ni gambar manusia yg tak pekdah juga lu utamakan. Nak bodek pun pada-padalah bai, dato' dah dapat... tunggu peluang jadi datuk bandar Ipoh la tu....!!

Boleh pun makan semeja... terpaksa ka bro?! wakakaaa

Apapun terima kasih sebab MPM dah letak kontena sampah di Pusat penyu Segari selepas kami bangkitkan isu ini, i luv u..... takyah bro angkat bakul sendiri, aku angkat bro kalau betul caranya, dengar2 la skit rungutan orang ramai yg bayar cukai, bukan suh tanggung bil api kat lampu2 banner zambry tu......ke lu yg halang Nizar datang AEON.....wakakaaa, lu sebelah zambry memang lu lagi hensem tapi bila ada Nizar muka mcm kena cuka rupenye! senyum la skit....

Pengurusan AEON sempat bergambar dgn Nizar

Agak-agak kalau gantung banner ni sekitar manjung Zamri Man arah cabut tak? jgn la bro... kami ajak 1Malaysia melancong ke Manjung, bro juga glamer bila org luar tgk muka YDP Manjung dapat anugerah bintang duniawi!

Pahang Daily Online

Posted: 05 Nov 2012 07:40 AM PST

Pahang Daily Online


Panas: Rakyat Daif 'Tiada Bekalan Air Dan Letrik' Di Pekan, Terbukti Janji Najib Memang Tidak Di Tepati

Posted: 04 Nov 2012 10:13 PM PST

Orang ramai terkejut dengan pendedahan panas oleh akhbar Sinar Harian (Pahang) pada Sabtu 3 November lalu berkaitan kedaifan hidup rakyat Pekan yang terletak dalam kawasan Parlimen Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak. Artikel yang bertajuk "Rumah Daif Tempat Berlindung", sekeluarga cekal jalani hidup tanpa bekalan air, elektrik dan kediaman usang. Kemiskinan yang berlaku ini sungguh mengejutkan kerana seantero dunia umum mengetahui kawasan parlimen Najib rakyatnya hidup selesa. Tambahan pula apabila Najib sering melaung-laungkan kesengsaraan rakyat yang hidup di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang. Malah, dalam roadshow "Jelajah Janji Di Tepati" beliau selama ini pun, Najib sering mendabik dada dengan mengatakan hanya Barisan Nasional (BN) sahaja yang boleh membela rakyat Malaysia. Beliau juga sering mengherdik dan menghina negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang (Pakatan Rakyat) kononnya tidak pandai mentadbir dan sering berhadapan dengan berbagai masalah terutamanya isu bekalan air. Namun, bagai sesuatu yang tidak dijangka rupanya masalah berkenaan lebih teruk berlaku di negeri Pahang terutamanya kawasan Najib sendiri. Soalnya, apakah Najib sedar apa yang berlaku dan mana perginya laungan "janji ditepati" yang dicanangkan itu agaknya. Inilah yang menjadi kemusykilan kepada orang ramai terutamanya rakyat Pahang yang membaca artikel panas berkenaan sebenarnya.  Dalam laporan itu, Sinar Harian juga memaparkan gambar kedaifan dan kemiskinan hidup sebuah keluarga terbabit. Kejadian berlaku di Kampung Bentan (Pekan). Keluatga terbabit dipercayai telah mendiami sebuah rumah usang itu sejak lima tahun yang lalu.  Sebelum ini mereka tinggal di sebuah rumah di kampung berkenaan, namun tanah tersebut diambil oleh pemiliknya. Ini menyebabkan mereka terpaksa tinggal dalam keadaan yang cukup menyayatkan hati. Malah, lebih menyedihkan keluarga terbabit hanya bertemankan cahaya pelita atau lilin (tiada bekalan elektrik) pada waktu malam serta hanya menggunakan air telaga (tiada bekalan air) untuk urusan harian seperti mandi, memasak dan sebagainya. Difahamkan, keluarga berkenaan hanya menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM100 sebulan serta wang zakat daripada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) sebanyak RM200 sebulan. Malah, laporan juga menyebut mereka sudah lebih setahun berulang alik memohon Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan Rumah Mesra Rakyat (RMR), namun masih tiada jawapan hingga hari ini. 

[Apa yang dipaparkan ini sungguh memalukan sebenarnya. Bayangkan, selama ini rakyat dimomokkan kononnya hanya BN sahaja yang boleh membawa pembangunan. Namun, hakikatnya inilah yang berlaku selepas beberapa penggal Najib menjadi Ahli Parlimen Pekan. Orang Melayu hidup dalam kedaifan, sebaliknya yang kaya raya ialah warga Kemboja yang kini begitu ramai bermastautin di kawasan itu. Bahkan, kini ekonomi Pekan dikuasai oleh pihak terbabit dan mereka juga sudah membeli tanah-tanah orang Melayu Pekan sekarang. Inilah yang dikatakan "kera di hutan di susukan, anak di rumah mati kelaparan". Apakah semua ini fitnah atau kenyataan?. Kami juga mempunyai banyak laporan kedaifan orang Melayu di Pekan yang kini dianaktirikan oleh kerajaan sendiri. Mereka memohon "tanah sekangkang kera" pun tidak dilayan, sebaliknya warga asing diberi muka untuk memiliki beribu-ribu ekar tanah dengan pembukaan banyak penempatan baru di kawaan terbabit. Semua ini adalah bukti bahawa Najib sebenarnya "cakap tak serupa bikin". Rakyat perlu bijak membuat pilihan dan jangan terus terpengaruh dengan omongan kosong janji tidak ditepati oleh beliau lagi. Lakukan perubahan pada pilihanraya umum akan datang jika mahu nasib dan masa depan kehidupan agar lebih terjamin].

jiwo kelate

Posted: 05 Nov 2012 07:39 AM PST

jiwo kelate


Ketua Pembangkang: SPAD tarik balik Permit Teksi?

Posted: 05 Nov 2012 05:45 AM PST

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB LISAN
DARIPADA : DATO SERI ANWAR BIN IBRAHIM [PERMATANG PAUH]
TARIKH : 27.09.2012 (KHAMIS)
SOALAN 34 : Minta PERDANA MENTERI menyatakan penjelasan mengenai keputusan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat(SPAD) yang akan menarik semula permit teksi yang terlibat serta pecahannya mengikut milik syarikat atau individu.

JAWAPAN OLEH: YB DATUK HAJI AHMAD BIN HAJI MASLAN (TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI)
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk Makluman Ahli Dewan yang Berhormat, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak bercadang untuk menarik balik permit teksi sedia ada, sebaliknya akan menerima semula ''Surat Tawaran kelulusan '' (STK) yang gagal dilesenkan dalam tempoh yang telah diberikan. Jumlah STK teksi yang gagal dilesenkan adalah sebanyak 8,308 di mana 6,846 adalah milik syarikat dan 1,462 milik individu.

Sekian. Terima Kasih.


MP PKR Tanah Merah: Skim Amalan Ladang Baik Malaysia?

Posted: 05 Nov 2012 05:29 AM PST

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : TUAN HAJI AB AZIZ BIN AB KADIR [ KETEREH ]
TARIKH : 27.09.2012(KHAMIS)
SOALAN 31 : Minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah permohonan Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM) di Kelantan mengikut daerah. Berapakah yang berjaya permohonannya. Apakah usaha serius Kerajan dalam membantu petani dalam m,empraktikkan Amalan Pertanian Baik (GAP).

JAWAPAN OLEH: YB MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI.
Tuan Yang di-Pertua,
Sejak tahun 2002 hingga September 2012, jumlah permohonan Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM) di Kelantan adalah sebanyak 33 iaitu:-
i. Daerah Bachok -1 permohonan.
ii. Gua Musang – 7 permohonan.
iii. Kota Bharu – 3 permohonan.
iv.Kuala Krai – 1 permohonan.
v. Machang – 4 permohonan.
vi.Pasir Mas – 1 permohonan.
vii.Pasir putih – 3 permohonan.
viii.Tanah Merah – 4 permohonan.

Berdasarkan keseluruhan permohonan tersebut, hanya 7 permohonan telah berjaya mendapat persijilan SALM iaitu permohonan daripada Daerah Gua Musang. Jabatan Pertanian sentiasa menggalakkan dan membimbing pengusaha-pengusaha pertanian di negari ini untuk melaksanakan dan mengamalkan Amalan Pertanian Baik (APB). Bimbingan ini dijalankan melalui pelbagai kursus, latihan secara praktikal dan pemantauan di ladang oleh Pegawai pembimbing di setiap Jajahan.


MP PKR Tanah Merah: Percubaan AES di 14 Lokasi (10 kamera tetap, 4 mudah alih)

Posted: 05 Nov 2012 05:21 AM PST

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : TUAN AMRAN AB GHANI [TANAH MERAH]
TARIKH : 27.09.2012 (KHAMIS)
SOALAN : Minta MENTERI PENGANKUTAN menyatakan jumlah saman yang telah dikeluarkan setelah Automated Enforcement system (AES) dilaksanakan di seluruh negara dengan jumlah kompaun yang dikeluarkan berserta kompaun paling maksimum pada musim perayaan yang lepas serta keberkesanan sistem tersebut bagi mengatasi masalah kemalangan setiap kali musim perayaan.

JAWAPAN :
Tuan Yang di-Pertua,
Tiada pengeluaran saman yang di buat melalui Automated Enforcement System (AES) pada musim perayaan yang lepas memandangkan pada tempoh tersebut pelaksanaannya masih dalam peringkat Pilot Stage di man melibatkan pengujian sistem. Untuk makluman, sistem AES baru sahaja mula beroperasi secara live untuk fasa pertama Roll-out pada 23 september 2012. Pelaksanannya bagi peringkat ini melibatkan 14 lokasi serta pengoperasian 10 kamera tetap dan 4 kamera mudah alih.

Selama dua hari beroperasi iaitu 23 dan 24 september yang lepas, sebanyak 3,344 imej kesalahan telah Dirakam dan sedang dalam proses pengesahan oleh pihak jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum saman dikeluarkan kepada pesalah lalu lintas.

Tuan Yang Dipertua,
Instituit Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) menjalankan kajian terhadap keberkesanan pelaksanaan AES. Kajian tersebut meliputi perkara-perkara berikut:
(i) mengenalpasti tahap kesedaran orang ramai terhadap pelaksanaan AES.
(ii) menilai keberkesanaan kempen advokasi AES.
(iii) mengenalpasti keberkesanan AES sebagai intervensi keselamatan jalan raya.
(iv) mengenalpasti tahap perubahan sikap pemandu hasil daripada pelaksanaan AES.

Hasil penilaian akan dapat digunakan untuk proses penambahbaikan dalam program advokasi keselamatan jalan raya dan pelaksanaan AES.


MP PAS Kota Bharu: Projek Jambatan Sultan Yahya Kedua …. berapa kali dah lanjut?

Posted: 04 Nov 2012 05:07 PM PST

25 Jun 2012, 8.33 malam

Dato’ Wan Abd Rahim

Ucapan YB Kota Bharu ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2012) 2012 bagi peruntukan Kementerian Kerja Raya

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Ya, Yang Berhormat Kota
Bharu.

Dato' Haji Wan Abd. Rahim Wan Abdullah [Kota Bharu]: Assalamualaikumwarrahmatullaahi wabarakaatuh, terima kasih Tuan Pengerusi. Bagi membahaskan Maksud B.27, Kementerian Kerja Raya yang melibatkan tambahan sebanyak RM445.803 juta yang juga melibatkan pembiayaan keperluan tambahan, bayaran dan penyelenggaraan jalan persekutuan sebanyak RM20 juta.

Saya ingin bertanya kepada pihak Yang Berhormat Menteri mengenai dengan pembinaan Jambatan Sultan Yahya Kedua yang menghubungi Kota Bharu dengan jajahan Tumpat. Ia telah diberikan kepada satu syarikat dengan nama I.S. Resources Sdn. Bhd. milik seorang pemimpin kanan Pemuda UMNO di negeri Kelantan. Ia mula dibina pada 7 Jun 2007 dan setelah lima tahun, jambatan itu masih belum dapat digunakan. Walaupun jangkaan awalnya sepatutnya siap dalam tempoh tidak sampai dua tahun setengah iaitu pada Disember 2009.

Apabila pihak kontraktor memohon, maka tempoh lanjutan masa diberikan kepada Disember 2010. Apabila tidak siap, dia mohon lagi. Diberikan pula tempoh lanjutan kepada Ogos 2012.

Di dalam soalan saya pada 13 Jun 2012 yang lalu dinyatakan oleh pihak kementerian bahawa jambatan ini belum juga siap dan tidak mungkin dapat disiapkan pada 30 Ogos 2012. Pihak JKR tidak dapat memastikan bila tarikh sebenar siap jambatan oleh sebab tempoh siap sebenar projek ini akan hanya dapat ditentukan setelah JKR meneliti cadangan penjadualan projek yang baru yang akan dipohon oleh pihak kontraktor.

Jadi saya mohon kepada pihak Yang Berhormat Menteri supaya menyatakan apabila dua, tiga kali tempoh EOT ini dilanjutkan tetapi belum juga siap dan pihak kementerian pernah menyatakan di dalam Dewan ini bahawa kalau tidak siap maka denda sebanyak RM26,000 satu hari akan dikenakan kepada pihak kontraktor tersebut setiap hari sehingga siapnya jambatan.

Jadi, ini merupakan suatu bebanan kepada pengguna-pengguna jalan raya terutamanya yang berada di jajahan Tumpat, Pasir Mas, di seberang Sungai Kelantan. Kita akan menyambut Hari Raya Puasa pada 19 Ogos yang akan datang, insya-Allah. Ini sekali lagi akan berlaku suatu malapetaka yang cukup-cukup besar apabila jambatan yang digunakan sekarang yang hanya ada satu laluan ke seberang dan satu laluan ke Kota Bharu dibina oleh pihak Kerajaan Negeri Kelantan pada tahun 1964 dahulu.

Jadi sampai projek yang sepatutnya berharga RM150 juta tidak siap dalam tempoh lima tahun, jadi saya mohon kepada pihak Yang Berhormat Menteri supaya meneliti dan oleh sebab panjang jambatan ini hanyalah 800 meter, jadi mohon kepada pihak-pihak Yang Berhormat Menteri untuk memberi kepastian…

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman [Hulu Terengganu]: Mencelah sedikit.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Hulu Terengganu bangun Yang Berhormat.
Dato' Haji Wan Abd. Rahim Wan Abdullah [Kota Bharu]: Ya, sila.

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman [Hulu Terengganu]: Saya dengar berita baru-baru ini, Yang Berhormat Menteri Besar Kelantan ada mengumumkan untuk pembinaan lebuh raya dari Kuala Krai ke Kota Bharu. Tadi Yang Berhormat Puchong mengatakan bahawa agak malanglah untuk orang Puchong terpaksa menggunakan lebuh raya untuk keluar dan terpaksa membayar tol setiap hari. Jadi oleh sebab Kelantan berusaha membina lebuh raya dengan anggaran kutipan derma RM1 seorang, kita hendak tanya, bila jangkaan siap lebuh raya tersebut?

Kita juga hendak tanya, kalau Kelantan boleh binakan satu lebuh raya dan kita selalu mengutuk mengatakan perjanjian konsesi berkenaan lebuh raya ini menguntungkan kepada pihak yang membina, apa salahnya kerajaan negeri Selangor sendiri mungkin boleh membina laluan alternatif kepada projek lebuh raya supaya rakyat Puchong tidak terpaksa menggunakan tol.

Sebab ini merupakan pilihan-pilihan yang boleh dibuat kerana kalau kita minta orang lain menyediakan lebuh raya, tentulah mereka hendak mengaut keuntungan sebagai satu perniagaan. Bagaimana dengan persoalan saya? Terima kasih.

Dato' Haji Wan Abd. Rahim Wan Abdullah [Kota Bharu]: Tuan Pengerusi, dengan izin pembinaan Lebuh raya Kota Bharu – Kuala Krai ini dibina dan sudah pun diberi jaminan tidak akan ada tol. Projek yang bernilai RM1.8 bilion ini akan dibayar kepada dua kontraktor yang bersetuju membinanya dalam tempoh 25 tahun, bayaran tertunggak 25 tahun. Maknanya dia buat dahulu, dia guna modal dia dahulu dan kerajaan akan membayar balik dalam tempoh 25 tahun. Kalau dikira RM1.8 bilion dalam tempoh lima tahun, kerajaan hanya kena bayar RM6 juta satu bulan sahaja. Keuntungan kepada rakyat. Negeri tidak ada untung, rakyat yang untung.

Ini kerana perjalanan daripada Kuala Krai ke Kota Bharu itu pada setiap musim perayaan, sepatutnya perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu itu hanya memakan masa enam jam. Akan tetapi kadang-kadang anak-anak kita terpaksa menempuh perjalanan 14 jam, kadangkadang 16 jam. Kadang-kadang yang lebih teruk lagi, kita yang hendak balik ke Kota Bharu ini terpaksa masuk ke Bandar Bentong, masuk ke Bandar Raub. Jadi tolong memakmurkan Bandar Bentong dan Bandar Raub di Pahang itu sebelum sampai ke Gua Musang.

Jadi insya-Allah lebuh raya yang akan dibina ini akan dibuat dengan kewangan kerajaan dan juga derma daripada rakyat Kelantan seluruhnya.

Tuan Haji Mohd. Nor Othman [Hulu Terengganu]: Bila bermula agaknya? Bila bermula?
Dato’ Haji Wan Abd. Rahim Wan Abdullah [Kota Bharu]: Sudah pun bermula.
Tuan Haji Mohd. Nor Othman [Hulu Terengganu]: Sudah bermula.

Dato’ Haji Wan Abd. Rahim Wan Abdullah [Kota Bharu]: Perkara-perkara yang bagi setengah pihak menakjubkan ini sebenarnya bukan perkara yang pelik. Buku Jingga itu sebenarnya tidak pelik. Kalau boleh Yang Berhormat Kota Belud dan Yang Berhormat Hulu Terengganu, kalau boleh esok apabila Yang Berhormat Mulia Gua Musang sampai tolong tanya Yang Berhormat Mulia Gua Musang. Bagaimana manifesto yang dibuat masa angkatan perpaduan ummah pada tahun 1990 dahulu, pendidikan percuma, perubatan percuma.

Perubatan percuma ini saya pergi ke Sungai Golok ada keluarga yang masuk hospital, dia bayar RM4 sahaja 40 bath dan dia boleh dapat kemudahan semua sekali. Sahabat saya pergi ke Hospital Universiti Sains Malaysia minggu lepas untuk buat scan kepala MRI. Kena bayar dahulu sebelum buat sebanyak RM1,150 bandingkan Hospital Universiti Sains Malaysia kita kena bayar RM1,150 di Sungai Golok Thailand RM4 sahaja. [Disampuk] Bukan inilah yang menyebabkan Thaksin Shinawatra popular sampai hari ini walaupun tidak ada dalam negeri. Ini juga akan berlaku kepada Yang Berhormat Permatang Pauh, insya-Allah.

Balik kepada persoalan Jambatan Sultan Yahya Kedua Tuan Pengerusi. Saya mohon kepada pihak kementerian supaya dapat memberikan suatu penilaian dan sebagai suatu rumusan. Supaya kami di Kelantan tidak menjadi mangsa kepada permainan setengah-setengah pihak yang mengambil keuntungan yang awal. Kemudian apabila tidak dapat melaksanakan maka melepaskannya kepada kontraktor-kontraktor yang baru, yang bertungkus-lumus untuk cuba menyiapkan.

Satu orang sahabat saya daripada Kota Bharu buat satu posting dalam Facebook, mengenai dengan apa yang tiang yang dipasang di dalam sungai, di dalam air dalam sungai. Ada tiga tiang yang dibuat dalam gambar Facebook itu. Dua tiangnya bagus, satu tiangnya diistilahkan dengan bahasa Kelantan 'kelok'.
Kelok ini maknanya jatuh makna tidak seperti tiang yang dua jadi ini mungkin akan melambatkan lagi. Jadi saya tidak mahulah projek yang hanya bernilai RM150 juta berlarutan sekarang sudah pun lima tahun dan memalukan Yang Berhormat bekas Perdana Menteri yang hadir sendiri untuk meletakkan batu asas. Janganlah sampai 10 tahun baru dapat digunakan. Sekian, terima kasih.

Rujukan: (ms 148 handsard http://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-25062012.pdf ]


Era Pasca

Posted: 05 Nov 2012 03:52 AM PST

Era Pasca


Pecah Berita! Rafizi Buat Laporan SPRM Pada Nazri Aziz!

Posted: 05 Nov 2012 02:44 AM PST



Kuala Lumpur - by @tiewnama
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli hari ini telah membuat laporan di Suruhanjaya 
Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM berhubung isu wang RM40 juta yang didakwa 
melibatkan Ketua Menteri Sabah Musa Aman dan juga menteri undang undang Nazri Aziz. 

Rafizi berkata, laporan SPRM dibuat terhadap Musa Aman dan Nazri Aziz kerana didakwa disebabkan hubung kait yang ada antara mereka tentang isu wang RM 40 juta yang dibawa 
oleh Cukong Balak, Michael Chia. 

"Jadi satu laporan SPRM dibuat dan saya minta SPRM buka satu fail untuk siasat kes RM 40 juta terhadap Musa Aman dan Michael Chia serta juga Nazri dan anaknya, Nazri tak menafikan dan mengatakan anaknya tak ada kaitan dengan dia, Berdasarkan Akta SPRM, ada asas untuk mereka mulakan siasatan," 

Menteri undang undang Nazri Aziz menCABAR Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli 
membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM berkaitan 
dakwaan hubungan anaknya dengan cukong balak, Michael Chia. 

Nazri Aziz memberitahu Rafizi supaya mengambil tindakan undang-undang terhadapnya 
kerana menurutnya, pengarah strategi PKR itu begitu yakin mempunyai bukti yang membuktikan anaknya, Nedim Nazri, menggunakan kereta yang dimiliki oleh Chia. Rafizi telah memaklumkan kepada media bahawa beliau akan membuat laporan terhadap Nazri di SPRM petang ini.

sedangkan SPR hongkong pun boleh kautim dengan SPRM sebab SPRM kita buat tak nampak saja penggubahan wang haram dan rasuah rm 40 juta itu , kerana umum tahu jika ianya berkaitan dengan Barisan Nasional maka segalanya boleh di tutup rapat dengan rasuah wang 
dan sebagainya, RPK juga mendakwa Nazri Aziz menerima rm 3 juta dari cukong balak itu!

inikan pula bos besar SPRM Nazri Aziz, semuanya boleh kautim, semuanya 
boleh settle, malaysia bukankah di kenali sebagai BOLEHLAND? 
Ubah sekarang selamatkan malaysia! rakyat meminta agar Nazri Aziz meletak jawatan
dengan kadar segera bagi membersihkan namanya dari tuduhan RASUAH dan salah guna kuasa!

untuk maklumat lanjut mengenai kes Nazri Aziz ini, 
anda boleh rujuk link SINI & SINI & SINI & SINI



by @tiewnama - Anak Bapak, kemana tumpahnya KUAH kalau tidak ke longkang kahkahkahkah





Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 

Panas! AES telah di Upgredkan? Video Inside!!

Posted: 05 Nov 2012 01:15 AM PST


Kuala Lumpur - by @tiewnama.
kita biasa melihat polis dan jpj terhendap hendap di dalam semak dan di bawah jambatan 
kerana mahu mencari kesalahan pemandu di jalanraya, tetapi kini teknologi telah mendahului zaman, kerana polis sudah tidak perlu lagi bersusah payah mencari wang dari poket rakyat untuk di serahkan kepada raja mereka iaitu Barisan Nasional untuk di rompak dan di pakai sanak saudara mereka.

polis juga telah bijak kini dengan meletakkan gambar saja di bawah jambatan supaya rakyat
takut untuk di saman, sistem AES telah di upgredkan kini di malaysia.. saksikan videonya di bawah ini.

mengikut dari kajian setiap mentaliti manusia dalam dunia ini, tiada 1 orang pun yang bersetuju
dengan sistem AES ini kerana ianya jelas bukan untuk mendidik tetapi untuk mencekik duit
rakyat, hanya segelintir orang orang yang berkepentingan saja yang akan bersetuju dengan
sistem menindas ini kerana mereka mendapat keuntungan dari sistem perhambaan ini. 


by @tiewnama - AES - Amno Electronic Sideincome. kahkahkahkah

video inside!






Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 

Pecah Berita! Muhyiddin Yassin Perangkap Najib Razak di Parlimen Pekan?

Posted: 04 Nov 2012 11:45 PM PST


Kuala Lumpur - by @tiewnama
seperkara yang selalu tim era pasca ucapkan adalah kajian mengenai dendam serta cubaan merebut kerusi presiden umno semakin sengit dan penuh dengan persaingan. kini timbalan perdana menteri muhyiddin yassin dengan segala kata kata tersirat telah cuba untuk menjadikan Najib Razak kalah di parlimen pekan dan seterusnya beliau boleh dengan mudah menjadi 
perdana menteri malaysia.

berikut adalah kata kata yang keluar dari mulut muhyiddin yassin sendiri. "Bagi perdana 
menteri lagi ramai lebih meriah," - Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin ketika 
diminta mengulas hasrat presiden Pas yang mengumumkan untuk berdepan dengan Perdana Menteri Najib Razak di kerusi Parlimen Pekan dalam pilihan raya umum akan datang. "Apapun ini proses pilihan raya umum. Tak penting buat komen. Perkara disebutkan orang politik kadang-kadang jadi, kadang-kadang tak jadi," 

kata kata muhyiddin ini menggambarkan bahawa Najib Razak bakal berdepan dengan 
kekalahan dan bakal berdepan dengan seteru dari pembangkang dan dari dalam umno sendiri, muhyiddin yassin pasti akan melakukan apa saja untuk di nobatkan sebagai perdana menteri kerana umum tahu akan usianya yang lebih tua dari Najib Razak tidak layak untuk menjadi
hanya timbalan perdana menteri buat selamanya.

di dalam umno sudah di ketahui umum yang mereka ini berpuak puak dan bersikap bermuka muka, apakah muhyiddin yassin sedang mengintai kerusi empuk presiden umno semasa perhimpunan agung umno akan datang? bagi menjamin kemenangan Barisan Nasional yang 
mana kini Najib Razak di lihat terlalu lemah kerana di kelilingi oleh musuh musuh dari dalam selimut yang berada bersamanya?

kerana berdasarkan kajian, ahli pas di pekan pahang  kini seramai 12 ribu anggota, pkr seramai 11 ribu ahli, dap mempunyai 2 ribu ahli, dan golongan atas pagar anak muda berjumlah hampir 40% dari 79 ribu pengundi atau 30 ribu pengundi muda.

1999 Jumlah mengundi  26,797 menang  13,148   majoriti  241 undi rosak 631 
2004 Jumlah mengundi  41,046 menang  31,956   majoriti  22,922 undi rosak 56 
2008 Jumlah mengundi  47,870  menang  36,262  majoriti  26,464 undi rosak 1,261 
2013 Jumlah mengundi  50,000 + 29000 pengundi baru, undi pos, undi warga asing,
total adalah 79 ribu pengundi di parlimen pekan kawasan Najib Razak.

kira kiranya begini, 12 ribu + 11 ribu + 2 ribu = 25 ribu pengundi ahli Pakatan rakyat akan
pasti 99% mengundi calon Pakatan Rakyat, 79 ribu - 25 ribu = 54 ribu pengundi yang tinggal,
golongan anak muda pula mewakili 40% atau 30 ribu pengundi, dengan adanya medium media
maya dan sebagainya, kajian tim era pasca, pasti lebih dari 25 ribu anak muda ini akan mengundi
calon PR lebih lebih lagi jika Tuan Guru Hadi Awang yang bertanding. 

jumlah total semua adalah 25 ribu anak muda + 25 ribu ahli PR = 50 ribu pengundi akan membuang undi ke pakatan rakyat di parlimen pekan. kini tinggal 29 ribu saja pengundi akan mengundi Barisan Nasional yang di wakili oleh Najib Razak. kerana itulah Muyhiddin Yassin berkata sedemikian, kem umno semakin bergolak. semakin parah semakin menuju ke muzium negara.

berdasarkan statistik ini, muhyiddin yassin tahu Najib Razak Bakal di kuburkan di parlimen pekan dan beliau telah menambahkan minyak dalam api supaya ianya marak dengan cepat dan seterusnya dengan mudah beliau boleh di angkat ke jawatan presiden umno merangkap perdana menteri.

Parlimen Pekan
BN - 28 ribu termasuk undi pos
PR 48 ribu undi rakyat malaysia.
maka Najib Razak boleh kemas barang menuju monggolia bersama rosmah mansor.


by @tiewnama - Masak Najib Razak Kena Lunyai Dengan Tim Muhyiddin Yassin.
kahkahkahkahkah

Dengar Baik Baik. 1malaysia bawah tapak kaki muhyiddin yassin saja.


Barisan Nasional akan menjadi reban ayam saja pru 13 ini. 



Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 

Pecah Berita! Bendera Misteri Di Kibarkan Oleh Anwar Ibrahim Pada Malam Kebangkitan Rakyat Kini Terdedah!!

Posted: 04 Nov 2012 01:36 PM PST


Kuala Lumpur - by @tiewnama
Bendera hitam apakah yang sedang di kibarkan oleh anwar ibrahim? adakah bendera anak muda
atau bendera rasmi bagi pakatan rakyat?

Anwar Ibrahim telah mengibarkan sehelai kain panji hitam kebangkitan rakyat dan anak muda semalam ketika berakhirnya program Kebangkitan Rakyat di seremban, bendera ini adalah bendera vintaj yang mana ianya mempunyai lambang tulisan jawi yang membawa mesej umum bahawa anak muda akan menjadikan Barisan Nasional sebagai tapak muzium buat selamanya,

begitu juga dengan Lim Kit Siang dan Tuan Guru Hadi Awang telah mengibarkan bersama
bendera hitam yang menjadi misteri ini, rupa rupanya ini adalah bendera Pakatan Rakyat Supporter dari anak muda bangun dengan projek melawan di sana sini.

untuk keterangan lanjut mengenai panji hitam malaysia ini, anda boleh layari link SINI sambil
mendapatkan info info baru dari PAS, PKR DAP dan SOSIALIS, telus dan jelas. 





by @tiewnama - semakin panas pemimpin Barisan Nasional akan punggung mereka.
kahkahkahkah


Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 

Pecah Berita! Surat Terbaru Dari Bala Altantuya, Najib Sedang Di Perangkap Oleh Wisma Putra?

Posted: 04 Nov 2012 10:34 AM PST



Kuala Lumpur - by @tiewnama 
surat dari bala ini mengikut kajian tim era pasca adalah surat politik maut untuk 
perdana menteri malaysia iaitu Najib Razak dengan menjelangnya pilihanraya umum 
ke 13 tidak lama lagi, kerana kenyataan bala ini menghidupkan kembali bumi sesudah matinya, 

dan ulangan kes yang di dakwa oleh media tertentu sebagai kes pembunuhan paling 
kejam yang melibatkan orang orang yang berkuasa di malaysia, sebenarnya adakah bala 
ini telah di upah oleh salah satu tim di dalam wisma putra untuk memburukkan nama serta memerangkap Najib Razak? 

kerana umum juga tahu jawatan Najib Razak sebagai presiden UMNO memang sedang 
di intai oleh musuh musuh politiknya di dalam kem umno sendiri, umum juga tahu, walaupun mereka nampak mesra tetapi hakikatnya dendam politik tetap ada dan ketakwaan kepada 
kuasa tetap menjadi pedoman dalam kehidupan seharian mereka, 

cantas mencantas tetap subur dalam diri mereka, kerusi empuk presiden tetap menjadi 
keimanan tertinggi untuk di capai, Najib Razak bakal di tikam dari belakang oleh rakan 
rakan dan sahabat sahabat di dalam umno sendiri, kerusi empuk presiden umno adalah 
idaman syurga kepada setiap ahli majlis tertinggi umno, boleh rujuk link SINI

kerana dengan jawatan itu maka orang itulah yang paling berkuasa di muka bumi malaysia 
ini dan orang itulah juga yang akan membolot dan merompak segala kekayaan negara, mengaitkan kembali pembunuhan altantuya dengan Najib Razak ini sudah pasti ianya di tempa 
pada waktu dan saat yang Tepat, iaitu semasa hampirnya perhimpunan agung umno pada 
bulan 11 ini dan pru 13 pada bulan 3 tahun hadapan, 

Penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang menjadi saksi kes pembunuhan altantuya dengan peluru dan bomb c4 mengancam untuk mendedahkan lebih banyak butiran mengenai percubaan untuk merasuahnya berhubung akuan sumpahnya atau SD pada 2008 yang 
mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan kes pembunuhan warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu atau nama islamnya aminah binti abdullah. 

Dalam sepucuk surat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau SPRM, Balasubramaniam yang bersembunyi di India berkata maklumat yang beliau miliki 
sudah berada di tangan wartawan asing dan akan didedahkan jika suruhanjaya itu terus 
tidak berbuat apa apa. 

Bala menulis bahawa peguamnya menyimpan semua bagi pihaknya, dan wartawan asing juga 
ada semuanya. Menurutnya, mereka hanya menunggu arahannya dan kemudiannya akan melepaskan segala galanya. Pada masa itu, tulis Balasubramaniam, semuanya akan menjadi sudah terlambat.  

Oleh itu, Bala meminta suruhanjaya itu memaklumkan kepadanya atau peguamnya dalam 
masa tujuh hari, dan jika tidak, beliau "tidak bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku". Dalam surat bertarikh 2 November itu, Balasubramaniam menyatakan kekecewaan terhadap sikap membisu SPRM selama ini.

1malaysia, rakyat di dahulukan pencapaian di utamakan.

Kena letup dengan c4. innalillah.


by @tiewnama - Muhyiddin Yassin pasti ketawa penuh nikmat atas perkara ini. kahkahkahkah

perkara yang menyentuh kes altantuya adalah.
1- siapa bunuh altantuya - 2 orang polis
2- siapa arah altantuya di bunuh? - hakim diam membisu,
3- siapa raja segala raja bagi mahkamah akhirat? - Allah s.w.t

hang jawablah nanti di sana. perpecahan merebut jawatan presiden umno boleh rujuk SINI


Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 

Pecah Berita! Utusan Malaysia Perangkap Nazri Aziz?

Posted: 04 Nov 2012 02:36 AM PST


Luahan Dari Penyokong Umno Untuk Buang Nazri Aziz dari Barisan Nasional!

Kuala Lumpur -  by @tiewnama
Setelah Nazri Aziz menerima pelbagai tekanan mengenai skandal rm 40 juta umno sabah yang
di kaitkan dengan namanya dan anak anaknya nedim nazri, kini utusan malaysia pula cuba
untuk menjadikan nazri sebagai kambing hitam terbaru bagi umno untuk membersihkan
Barisan Nasional dari sebarang salah tanggapan rakyat kepada kerajaan yang memerintah ini.

Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwanddin Hamzah berpendapat, dakwaan yang 
dibuat oleh Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli mengenai hubung kait antara 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Nazri Abdul Aziz dengan ahli perniagaan balak, 
Michael Chia mampu menjadi isu kepada kerajaan. 

BERIKUT adalah kenyataannya dalam Utusan Malaysia: 
1. Mohamed Nazri Aziz mungkin akan menjadi 'political liability' kepada Barisan Nasional BN
jika benar desas-desus mengatakan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim ada banyak simpan 
rahsia hitam membabitkan seorang ahli keluarga beliau. 

Anwar pasti akan ambil kesempatan ini untuk peras ugut sesiapa saja jika beliau berpeluang. 
Kita semua tahu bekas ahli PKR memang tahu sangat dengan cara 'political blackmail' jika serasi 
dengan falsafah politik Anwar. Tindakan Rafizi baru-baru ini mungkin ibarat 'the first show' sahaja. 

2. Anwar sekarang di dalam keadaan politik yang amat terdesak dan beliau tidak teragak-agak untuk melakukan apa sahaja untuk dapat selamatkan Suaram. Suaram merupakan 
'weapon of last resort' kepada Anwar untuk menyerang pemimpin dan agensi kerajaan BN menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13. 

3. Anwar juga sedar bahawa Suaram sekarang berada dalam situasi yang amat tenat dan Anwar 
perlukan orang dalam BN untuk memberi ruang bagi Suaram bernafas pada saat genting. Komplot 
Scorpene mula dirancang oleh Anwar pada September 2004 di Munich dan peranan utama diberi 
kepada operator Suaram yang hanya sebuah syarikat sdn bhd. tetapi berlagak seperti pertubuhan 
bukan kerajaan NGO yang kononnya mewakili rakyat Malaysia. 

4. Ramai yang membuat tafsiran bahawa tindak-tanduk Mohamed Nazri kebelakangan ini seolah-olah memberi talian hayat kepada Suaram. Mungkin perkara ini berlaku secara 'coincidence' atau mungkin tidak. 

5. Walaupun ramai antara kita yang menghormati keadaan Mohamed Nazri tetapi kita semua lebih mementingkan keselamatan dan kedaulatan Parlimen serta negara ini. Menteri yang menjaga kes-kes rasuah perlu memiliki imej bersih dan disegani. Menteri tersebut perlu menerima hakikat sebenar keadaan dan dilema politik beliau ketika ini.

1malaysia rakyat di dahulukan pencapaian di utamakan - najib razak.
shahrizat perlu meletak jawatan untuk bersihkan namanya - nazri


by @tiewnama - Nazri Aziz Sedang Di Perangkap Oleh tim Utusan Umno. kahkahkahkah
desas desus skandal nazri aziz itu boleh sila klik SINI & SINI & SINI 


Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 

labun KulupSakah...

Posted: 05 Nov 2012 03:45 AM PST

labun KulupSakah...


Ke guane?

Posted: 05 Nov 2012 03:39 AM PST

Haji Hadi bakal bertanding di Pekan lawan Najib? Tok Guru Nik Aziz bagi lampu hijau.
Secara peribadi aku suka Ustaz Azhar Idrus lawan Najib. Walaupun aku tak ikuti sangat beliau tapi aku akui pengaruh beliau.
Jika Ustaz Azhar setuju, aku yakin Najib akan menggelupur sebab Najib pada tahun1999 hampir lingkup. Mujur kem Panching tah macamana bangsat bongok boleh termasuk dalamparlimen Pekan.
Ini kali kalau Ustaz Azhar bertanding kita angkut gitar jumpa anak muda Pekan dan kita masuk kempen dalam kem.
Pehhhh!
Ke guane?