Kata Pakteh...!! Posted: 08 Aug 2014 01:30 PM PDT SINDROM Semua salah UMNO Posted: 08 Aug 2014 03:21 AM PDT PR lantik Khalid jd MB
PKR angkat Wan Azizah jd Presiden
DAP angkat LGE jd SU
DAP bagi LKS jg penasihat
Khalid Ibrahin lantik Anwar jd penasihat RM1.00
Pas anggap.LGE mcm khalifah Umar Abd.Aziz
PKR/Anwar Buat Kajang isu
Anwar.sedap.liwat Saiful
BILA.TIMBUL.MASALAH.....UMNO DISALAHKAN.
Rasanya kalau Wan Azizah Sembelit pun....Anwar tetapkan salahkan UMNO.
p/s: Anwar dah hilang rasa malu dalam diri....entah kulit apa yg tutup mukanya.sanggup nak angkat bini jd MB.
| |
Cucu Tok Selampit Posted: 08 Aug 2014 01:27 PM PDT Walaupun 'Imam Selipar' Pernah Mengelarkan BN Yahudi, YB Titiwangsa Tetap Menyambutnya Dengan Mesra Posted: 08 Aug 2014 04:29 AM PDT
Walaupun berlainan parti dan pernah mengelarkan BN Yahudi, Ahli Parlimen Titiwangsa, YB Dato Johari Abdul Ghani turut menerima kunjungan dari ahli PAS yang terkenal dengan panggilan 'Imam Selipar', Hoslan Hussin. Mahkamah Persekutuan sebelum ini pernah menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atas beliau yang merupakan seorang penjawat awam, atas kesalahan menghina mahkamah berikutan tindakan lelaki itu yang melemparkan seliparnya ke arah panel hakim.
Walaupun berbeza anutan kepercayaan kepartian, YB Dato Johari tidak sesekali meminggirkan atau menghalau Rakyat marhaen yang ingin bertemu dengannya untuk mengadu masalah dan memohon bantuan. Kita berfikir positif sahajalah. Mungkin Imam berkenaan sudah berubah dan bertaubat. Tabik spring buat YB Dato Johari. Ini contoh YB yang diperlukan oleh BN untuk menghadapi PRU14.
| Di Mana Letaknya Bahasa Kebangsaan Di Mata PKR? Posted: 08 Aug 2014 02:12 AM PDT Ini adalah 'roadshow' DS Dr Wan Azizah malam tadi berhubung isu MB Selangor, di Ampang. Lihat betul-betul banner besar di belakang pentas tempat Dr Wan Azizah menghamburkan fitnah terhadap Menteri Besar Selangor bertujuan untuk mengulingkan beliau. Bahasa Kebangsaan diletakkan di tempat ketiga selepas Bahasa Mandarin/Kantonis dan Bahasa Inggeris. Beginilah mereka menunjukkan tanda hormat mereka kepada Bahasa Kebangsaan.
Apa lagi yang tak kena? Bukankah mereka mengaku mereka adalah parti berbilang bangsa? Di mana mereka meletakkan Bahasa Tamil di dalam banner di atas? Bahasa Mandarin/Kantonis ada, Bahasa Inggeris ada, Bahasa Malaysia juga terpaksa diletakkan, mana pergi Bahasa Tamil? Mungkin orang India tak penting kot dalam PKR. Penting hanya bila tiba waktu untuk mengemis undi sewaktu pilihanraya.
| Ada 2 Majlis Besar Semalam Untuk MB Selangor Semalam - Majlis Doa Selamat & Majlis Bunuh Karekter MB Posted: 07 Aug 2014 06:06 PM PDT Bertapa bercelarunya parti PKR boleh dilihat di dalam dua majlis besar yang dianjurkan semalam. Kedua-duanya untuk Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Di Kediaman Menteri Besar Selangor di Shah Alam, satu majlis doa selamat, tahlil dan bacaan Yassin diadakan untuk mendoakan agar Menteri Besar Selangor kekal dengan jawatan yang disandangnya.
Manakala, di Ampang pula, satu majlis untuk orang yang sama tetapi untuk sebab yang berlainan telah diadakan. Satu upacara makan besar-besaran diadakan, ditambah dengan ceramah-ceramah untuk menjatuhkan Menteri Besar. Siapa lagi yang menganjurkannya, tidak lain dan tidak bukan dari phak yang gilakan kekayaan Negeri Selangor dan bercita-cita tinggi untuk menjadi Menteri Besar Wanita Malaysia yang pertama, Dato Seri Dr Wan Azizah.
Kegilaan dalam politik PKR Selangor semakin menjadi-jadi. Hendak tukar Menteri Besar saja sudah berbulan tidak boleh selesai. Jangan kata nhendak tukar Menteri Besar, pemilihan parti PKR pun tak selesai jugak. Sekarang, sudah mula jelajah ceramah pulak. Kalau Tan Sri Khalid Ibrahim sudah hilang sokongan rakyat, tak perlulah berceramah burukkan dia lagi. Buaat saja usul undi tidak percaya terhadap Khalid di DUN. Atau mungkinkah Anwar sendiri pun tidak percaya dia boleh menang sekiranya usul untuk menyingkirkan Khalid dilakukan di DUN?
Di Shah Alam:
Di Ampang:
| |
Apa Yang Tersirat Posted: 08 Aug 2014 01:14 PM PDT Anwar Perlekeh Majlis Syura PAS Posted: 08 Aug 2014 03:44 AM PDT "Majlis Syura PAS bukan Majlis Syura Pakatan" Anwar. "Pas bukan membuat keputusan untuk PKR" sambung Anwar lagi.
Awal minggu ini, Majlis Syura PAS mengeluarkan kenyataan menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor dan menolak Wan Azizah Wan Ismail isteri Anwar untuk menggantikannya.
Perbalahan antara PAS dan PKR berikutan tindakan Anwar mengumumkan secara persendirian pergantian MB Selangor, tanpa berunding dengan para pemimpin PAS. Perlantikan MB Selangor, adalah persetujuan antara PKR-PAS-DAP. Pada PRU-13 lalu, walaupun Khalid yang mewakili PKR yang hanya mempunyai 14 kerusi DUN, berbanding PAS 15, namun PAS memberi laluan kepada Khalid Ibrahim, untuk menjadi MB Selangor bagi penggal kedua.
Anwar berusaha berbagai cara untuk menggantikan Khalid, termasuk langkah Kajang; namun Khalid tidak pernah akur dengan rancangan Anwar itu.
Perkembangan yang meliputi kemelut pergantian MB Selangor, telah menyaksikan para pemimpin PKR mendedahkan berbagai tuduhan/dakwaan terhadap Khalid; malah pemimpin parti itu yang diketuai Setiausaha Agungnya Saifuddin Nasution ALL OUT mempersoal kredibiti Khalid. Pendedahan berkaitan Khalid, seolah-olah MB Selangor itu, musuh nombor wahid para pemimpin PKR pada masa ini.
Para pemimpin PKR seolah-olah hilang arah tujuan, sehingga membawa-bawa SPRM dalam kancah kekusutan politik dalam PKR; malah Anwar sendiri memperlekeh MAJLIS SYURA PAS yang diketuai Mantan MB Kelantan Dato Seri Nik Aziz Nik Mat yang juga Mursidul Am Pas. | |
tun faisal dot com Posted: 08 Aug 2014 01:12 PM PDT Serangan hendap terhadap Hadi, #LangkahKajang punca Dr Zuhdi serang Anwar? Posted: 07 Aug 2014 07:48 PM PDT Shah Alam – Setelah sekian lama menyepikan diri daripada membuat kenyataan balas berhubung kritikan yang dilemparkan kepada beliau ekoran penyebaran 'WhatsApp' AJK PAS Pusat, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki tampil membuat kenyataan secara terbuka dihadapan jemaah yang hadir pada majlis Solat Hajat di kediaman Menteri Besar malam tadi.
Menurut Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS itu segala kritikan mahupun serangan yang dilakukan beliau terhadap Ketua Umum PKR sebelum ini hanyalah kerana dua perkara iaitu ekoran serangan hendap terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta 'Langkah Kajang'.
"Saya kritik Ketua Umum PKR disebabkan dua perkara. Pertamanya, saya dimaklumkan oleh sahabat saya ada satu bentuk serangan hendap yang dilakukan keatas peribadi Presiden PAS dan juga Idris bahawa mereka inilah yang mempertahankan Tan Sri Khalid atas sebab kepentingan peribadi.
"Serangan itu dilakukan dengan serangan hendap menggunakan portal online.
"Keduanya, saya mengambil tindakan menentang Ketua Umum PKR disebabkan 'Langkah Kajang' yang mana 'Langkah Kajang' ini merupakan jalan pintas untuk menuju Putrajaya," ujarnya.
Mengulas lanjut Zuhdi berkata meskipun Pakatan pembangkang memenangi banyak kerusi semasa pilihanraya namun mereka masih belum mampu untuk ke Putrajaya dan menyifatkan ia belum sampai masanya lagi.
"Belum sampai masanya walaupun mereka mendakwa undi popular lebih tetapi belum sampai masanya. Lantaran itu kita bersabar. Rakyat Selangor memberi amanah kepada MB dan kumpulannya supaya selepas ini kita menyinsing lengan turun memberi khidmat kepada rakyat…bukan menjadikan Selangor ini jalan pintas untuk mendapatkan jawatan-jawatan penting dalam Putrajaya," tegasnya.
Katanya lagi, beliau percaya dan yakin serangan hendap yang cuba dilakukan terhadap Hadi datangnya daripada orang terdekat Anwar.
Sehubungan itu, Zuhdi berkata sebagai ahli PAS beliau tidak akan berdiam diri dengan tindakan tersebut.
Namun, malangnya tindakan Zuhdi bangkit mempertahankan Hadi disifatkan pula sebagai orang yang tidak amanah dan hanya bertujuan meruntuhkan Pakatan Rakyat.
Sebaliknya, beliau mempersoalkan mengapakah tiada tindakan yang diambil oleh pihak yang membuat serangan hendap terhadap Tuan Presiden.
"Apabila kita menyerang semula kita dianggap sebagai orang yang tidak amanah dan bertujuan meruntuhkan PR. Kenapa tidak diambil tindakan kepada orang yang mengambil tindakan secara serangan hendap yang sehingga hari ini serengan tersebut masih berterusan melalui akhbar? soalnya.
Mengulas lanjut isu menteri besar Selangor Zuhdi menegaskan bahawa langkah mahu menggugurkan Menteri Besar bukanlah semudah yang disangka seperti menukar pakaian.
"Tindakan menurun atau menaikkan pemimpin bukan seperti tukar pakaian, nak turun orang ni, tak puas hati dengan orang ini atau nak naikkan orang kesukaan dia bila-bila masa seperti mana tukar pakaian.
"Ini bukan amalan yang baik hatta dalam negara demokrasi, biarkan negara demokrasi ini dipimpin oleh Perlembagaan. Lima tahun sekali, berikan ruang, " katanya.
Selain itu, Zuhdi sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak pernah menyokong cadangan yang diperdebatkan dalam WhatsApp tersebut sebaliknya hanya mengemukakan beberapa senario sahaja.
Mesej WhatsApp yang dikatakan mengandungi perbincangan sulit antara sekumpulan pemimpin kanan PAS sekiranya parti tersebut keluar daripada pakatan pembangkang dan bekerjasama dengan UMNO itu tersebar sejak Ahad lalu.
Berdasarkan pada cetakan skrin mesej WhatsApp terbabit seperti yang disebarkan melalui media sosial, Mohd. Zuhdi memberi analisis bahawa PAS mungkin boleh mengekalkan penguasaan parti itu di Selangor sekiranya bergabung dengan 12 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dan dua ADUN PKR.
www.suara.tv/?p=19675 | |
PEJUANG BANGSA Posted: 08 Aug 2014 11:15 AM PDT TERKINI ! KHALID IBRAHIM DEDAH DAP PENENTANG KERAJAAN ISLAM SELANGOR !! Posted: 07 Aug 2014 05:54 PM PDT
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim malam ini menuduh DAP sebagai menentang "kerajaan Islam adil dan amanah" pimpinan beliau selepas parti itu dikatakan akur dengan keputusan PKR mahukan Khalid berundur. "Saya cuba untuk jalankan tugas dengan baik dan bertanggung jawab seperti yang disyariatkan Islam dan diharapkan rakyat Selangor," kata Menteri Besar itu. "Saya buktikan (pimpinan Islam) ….., walaupun DAP kata kita tak betul malah kerajaan yang dipimpin Islam tak amanah dan tipu," kata Khalid di majlis Solat Hajat Perdana di kediaman rasmi Menteri Besar di sini. Khalid berkata walaupun DAP mengambil pendirian sebegitu, " hakikatnya orang bukan Islam lebih gemar kita mentadbir mereka," katanya di majlis berkenaan yang bertemakan "Munajat Selamatkan Gaza dan Selangor Bumi Bertuah" di sini, Ini kali pertama Khalid "menyerang" DAP secara terbuka dan menggunakan sentimen anti-Islam terhadap parti itu sejak kemelut mengenai kedudukannya sebagai menteri besar tercetus. Serangan politik itu dibuat susulan keputusan DAP menyokong tindakan PKR mencalonkan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikan Khalid sebagai MB Selangor. PKR mendakwa Khalid tidak lagi berwibawa memegang jawatan itu dan MB itu kini berhadapan tindakan displin termasuk kemungkinan dipecat daripada parti yang disertainya tujuh tahun lalu - SuaraTV | |
bumiyang Posted: 08 Aug 2014 03:42 AM PDT |
tunku Posted: 08 Aug 2014 03:10 AM PDT Selangor MB crisis: Saifuddin has ill intentions, claims MACC Posted: 08 Aug 2014 01:36 AM PDT PKR secretary-general Datuk Saifuddin Nasution's allegations that the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) will adopt a selective attitude on any investigation against Selangor Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim as untrue and ill-intended, claims MACC. MACC deputy chief commissioner (Operations) Datuk Mohd Shukri Abdul said that the body had never practiced investigations which favoured any party. "As an independent, transparent and professional body, MACC regards Saifuddin's allegation that MACC carries out selective investigation and that MACC will surely announce no cases against Selangor Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, as irresponsible and with ill intent against. "MACC wishes to remind the party concerned not to connect MACC with the political turbulence in PKR without a strong reason," he said in a statement Thursday. Mohd Shukri issued the statement in response to comments by Saifuddin, as reported by an online news portal, claiming that Khalid dared to lodge a report with the MACC on allegations of discrepancies in his administration because the body would not take any follow-up action. In the article, Saifuddin also claimed that Khalid had became a Barisan Nasional-friendly politician. "For sure MACC will clear him. You know the words 'selective investigation'. They will apply that to Khalid," said Saifuddin. Commenting further, Mohd Shukri said the duty and responsibility of MACC was only to investigate every case which had elements of corruption under provisions of the MACC Act 2009. "The act clearly provides that the duty of MACC is only conducting investigation and whether there is merit to charge or otherwise, is the duty of the public prosecutor based on information and evidence obtained. "Saifuddin's statement that MACC practises selective investigation is baseless and totally untrue," he said. Mohd Shukri also stressed that any complaint or information received with basis would be investigated regardless of political background, race, religion, rank or position. – Bernama | Selangor MB crisis: Khalid takes a swipe at DAP Posted: 07 Aug 2014 05:30 PM PDT Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim (pic) took a swipe at DAP, saying that unhappy lawmakers in the party had no reason to complain about his administration. "We take care of DAP members better than their own party and so they shouldn't complain," he said in his speech during a Solat Hajat at the Mentri Besar's residence Thursday. Referring to the Mentri Besar crisis, Khalid said PKR spiritual advisor Datuk Nik Abdul Aziz had advised him to be patient in politics. "I am not sure if I can do this but I will try my best," he said. The Solat Hajat was held to pray for the wellbeing of the state. Present at the event were PAS exco Iskandar Samad and party central committee member Dr Mohd Zuhdi Marzuki. In his speech, Dr Zuhdi referred to a leaked WhatsApp print screen that showed him suggesting to his peers that PAS should consider leaving Pakatan. "It is not my intention to leave Pakatan and it is in fact an informal platform to discuss and analyse situations," he said. Dr Zuhdi also clarified that his Facebook postings that attacked PKR supreme leader Datuk Seri Anwar Ibrahim was merely his opinion on the latter. "If you ask me the 'Kajang Move' was just a quick way to reach Putrajaya. "So what if he was a little patient and wait until the next election for things to go our way? "Instead, he is now pressuring Tan Sri (Khalid) to step down when the rakyat clearly want Tan Sri to continue administrating the state," he said. | SELANGOR PR SPLIT, ANWAR’S KAJANG MOVE FAILS Posted: 07 Aug 2014 10:02 AM PDT Selangor Pakatan Rakyat (PR) is breaking up which may lead to the opposition loose alliance splitting up at national level.
Minus the DAP which seems to be solidly behind Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kajang Move, PAS is distancing itself and with PKR's bashing up the Islamic party, cracks seem to break open wider. The Selangor Mentri Besar issue has now led to PKR going on PAS bashing spree as the Islamic party seems to stay put with its president Datuk Seri Abdul Hadi Awang and spiritual leader Datuk Nik Aziz Nik Mat stand that present Selangor Mentri Besar should stay his term.
At a forum last night titled 'Selangor Crisis – Pakatan Split', PKR director of strategy Rafizi Ramli revealed that PAS leadership had never wanted PKR de facto chief Datuk Seri Anwar Ibrahim to become Prime Minister.
He said the party instead had proposed former Umno vice-president Tengku Razaleigh Hamzah to take over as Prime Minister if the opposition alliance defeated Barisan Nasional (BN) in the last general election.
Rafizi further revealed that the Kajang Move was initiated following PAS' insistent in not supporting Anwar as Prime Minister which, he added would not have an end even if discussed further on the issue.
Rafizi's open show of disatisfaction against PAS for not supporting the Kajang Move to replace Khalid with Wan Azizah is considered as 'ill mannered' where opinions of partners in PR are not respected.
PAS, helmed by veterans and Islamic scholars may be slighted and this does not go down well with them, who have yet to sit down and deal with the issue thoroughly. PAS stand on the matter is an open secret as the party has always looked upon Tengku Razaleigh as having the substance to become Prime Minister even during Tun Dr Mahathir Mohamad's time as Prime Minister. This was revealed when when the oppositions formed a loose alliance in 1999 general election with the parties being DAP, PAS and Semangat 46 (headed by Tengku Razaleigh). Even until today, PAS leaders still look upon Tengku Razaleigh as a statesman who is better than Anwar in terms of credibility and experience. PAS bashing by Rafizi may strengthen Abdul Hadi and Nik Aziz opinions when the leaders of the Islamic party meet this Sunday to discuss the Mentri Besar issue and decide whether to support Wan Azizah to replace Khalid. The Islamic party is already split on the issue with leaders aligned to Anwar supporting the Kajang move while the old fundamentalists, who have known Anwar since their Muslim Youth Movement (Abim) days, are against Anwar's plan. Rafizi's PAS bashing in the forum may slight the old fundamentalist further and this will not help Anwar in anyway to change the mindset of Abdul Hadi and Nik Aziz. Tonight, PAS Ulamak Council is holding a special prayer for Tan Sri Khalid Ibrahim to stay on as Mentri Besar. PAS' Sunday meeting is not expected to be 'heaty' as Abdul Hadi and Nik Aziz had already show the 'path' sort of in their open statements as it would be up to those aligned to Anwar to convince the fundamentalists why Khalid should be replaced. Meanwhile, within PKR itself, Selangor seems split in wanting Datin Seri Wan Azizah Ismail as Mentri Besar when a press conference held to voice support for Wan Azizah in writing, minus Azmin Ali and Khalid himself in the signed letter. At the end of the press conference chaos broke up when someone with PKR shirt distributed a statement that Azmin should also be considered as a Mentri Besar candidate given his vast experience in administration and politics. In short, Anwar's Kajang Move to remove Khalid has torn apart PR and PKR as Khalid stands dig deeper into the ground to defend his position. | |
Taipingmali (tm) Posted: 08 Aug 2014 01:14 AM PDT MB Perak mula bersuara terhadap projek yang lambat siap. Posted: 07 Aug 2014 06:00 PM PDT Kerajaan BN Perak telah melahirkan rasa kurang puas hati terhadap projek yang lambat dan mengambil masa yang lama untuk disiapkan.
Secara tidak langsung ia menyatakan kurang senang terhadap semua jentera pelaksana atas kelewatan pembangunan prasarana yang telah diluluskan oleh perbendaharaan negeri dan Persekutuan.
Sesuatu projek hanya akan dibuat jika ada wang, ini bermakna kerja boleh dimulakan. Tak kurang juga cadangan projek tidak dapat dilaksanakan kerana tiada bajet, tetapi bila bajet sudah ada ia perlu disegerakan. Bertangguh bererti kerajaan kena tanggung kos kenaikan.
Salah satu contoh ialah projek jalan kampung, perparitan, tebatan dan cegah banjir di sebuah kampung di Kamunting. Projek yang diluluskan dengan nilai RM 12 juta telah mengalami kelewatan dan kemudiannya bajet dikurangkan kepada RM10.4 juta dan sepatutnya bermula Mei lepas tetapi sehingga kini masih belum berjalan sepenuhnya. Yang kelihatan jelas ialah sebuah rumah pam, lain-lain belum kelihatan lagi.
Oleh itu kerajaan negeri hari ini menubuhkan satu jawatankuasa pemantauan yang bertujuan memperkemas serta mempercepatkan proses pelaksanaan semua projek dan dasar yang telah ditetapkan.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, jawatankuasa tersebut juga berperanan untuk melihat sejauh mana perkembangan projek serta dasar kerajaan negeri telah pun dilaksanakan.
"Penekanan utama yang kami putuskan ialah memastikan pelaksana dasar iaitu kakitangan kerajaan perlu memastikan segala perancangan dan projek hendaklah disegerakan.
"Terdapat beberapa perkara perlu disegerakan, umpamanya ada projek yang boleh disiapkan dalam masa beberapa minggu sahaja sekiranya ada pemantauan. Kalau tiada, dibimbangi projek itu mengambil masa yang lama untuk siap, malah boleh mencecah sehingga dua tahun," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di sini semalam.
Mengulas lanjut, Zambry memberitahu, kerajaan negeri serius berhubung isu berkenaan memandangkan ada beberapa projek membabitkan kepentingan rakyat lewat daripada aspek pelaksanaannya.
Katanya, walaupun kes seumpama itu tidak banyak tetapi kerajaan negeri tidak berkompromi dengan kelewatan projek dilaksana meskipun telah diluluskan lebih-lebih lagi berkaitan dengan infrastruktur kepada rakyat.
"Mesyuarat pada hari ini telah memutuskan supaya mana-mana jabatan yang didapati tidak dapat melaksanakan serta menyempurnakan projek untuk kepentingan awam dipanggil bagi memberi sebab kelewatan.
"Mungkin ada faktor tertentu membabitkan pihak kontraktor yang dilantik sehingga menyebabkan projek terutamanya berkaitan dengan kepentingan awam lewat dilaksanakan. Kerajaan negeri mahu tahu," jelas beliau. | Bogel di Hutan Belum, dah siasat? Posted: 07 Aug 2014 09:14 AM PDT | Babi mini dah sampai malaysia Posted: 07 Aug 2014 05:28 AM PDT Babi mini untuk dipelihara dah sampai masuk malaysia.. cukuplah takat anjing kita benarkan.. ni sampai babi mini pun nak pelihara.. esok siap la jiran kita bela babi mini terlepas masuk dalam rumah kita.. kerajaan jangan tunggu kena la bentangkan rang undang undang tentang haiwan peliharaan.. kalau tak pakai bau taik babi la satu taman.. haramkan peliharaan babi mini sebagai haiwan kesayangan... | |
The Unspinners Posted: 07 Aug 2014 11:49 PM PDT Khalid tak datang 'hearing", PKR tak mudah pecatnya sebelum 10hb Posted: 07 Aug 2014 10:58 PM PDT Tan Sri Khalid tak akan datang ke hearing Jawatankuasa Disiplinatas sebab tiada tuduhan yang khusus untuk dia jawab dan bbersedia. Malah dilaporkan Malay Mail Online bahwa Khalid beritahu urusan kerajaan negeri bukan urusan parti. Baca SINI | Anwar tak muncul di mahkamah? Nak lari ke? Posted: 07 Aug 2014 10:00 PM PDT Pagi ini Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusan samada untuk menerima kes rayuan Anwar atau ianya tidak releven untuk dibicarakan di mahkamah persekutuan. Sekiranya itolak, Anwar akan masuk penjara sehera. Dari maklumat yang diterima hanya Latheefa Koya, Sivarasa dan Surendran kelihatan di mahkamah pagi ini. Anwar tidak kelihatan. Mana dia? Dah tahu akan ditolak kerana tiada hujah baru yang kuat dan releven melainkan teori konspirasu Shafee Abdullah saja maka dia tahu akan kalah? Semantara itu terbaca FB Faisal ang bertanya kenapa Dewan Syura PAS kata akan tolak Khalid jika di adidapati bersalah tapi selama ini Dewan Syura tidak tolak Anwar yang sudah dijelaskan mahkamah sebagai sudah lakukan liwat yang haram disisi Allah!!! | Takkan Rashid Manap dan Eco World takut saman Rafizi? Posted: 07 Aug 2014 08:40 PM PDT Dedah Terma Penyelesaian Bank Islam, Jawab Urusniaga Dengan Ecoworld Atau Saman Posted on August 7, 2014 Saya sedia maklum tindakan pegawai-pegawai YAB Tan Sri Khalid Ibrahim yang menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) satu laporan oleh KEADILAN yang menyenaraikan urusniaga-urusniaga yang menimbulkan keraguan terhadap integriti beliau. Urusniaga-urusniaga ini bersabit penyelesaian di luar mahkamah yang dicapai di antara Bank Islam dan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung hutang RM70 juta yang perlu dibayar oleh beliau. Saya senaraikan garis masa urusniaga-urusniaga penting yang menjadi asas kepada penyiasatan KEADILAN terhadap integriti beliau iaitu: 1. Pada 13 Februari 2014 iaitu 2 minggu selepas Kajang Move diumumkan, pendengaran kes rayuan tuntutan hutang Bank Islam terhadap YAB Tan Sri Khalid Ibrahim di Mahkamah Persekutuan tidak diteruskan dan mahkamah dimaklumkan bahawa kedua-dua pihak sedang merundingkan penyelesaian di luar mahkamah 2. Pada 26 Februari 2014, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim tiba-tiba mengumumkan bahawa satu MOU penstrukturan air telah ditandatangani di antara Kerajaan Selangor dan Kerajaan Persekutuan 3. Pada 19 Mac 2014, Tropicana Corporation Berhad mengumumkan bahawa ia telah menjual 308.72 ekar tanah yang dibelinya dari Kerajaan Selangor (dalam bulan April 2013) kepada Ecoworld Berhad. Ini bermakna sebanyak 308.72 ekar tanah milik Kerajaan Selangor akhirnya dipindahmilik ke syarikat yang dikuasai oleh Tan Sri Rashid Manaf 4. Pada 25 Mac 2014, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim menandatangani satu lagi MOU dengan Ecoworld Berhad yang menganugerahkan projek pembinaan 2,400 unit rumah pangsa mampu milik di bawah Kerajaan Selangor yang dianggarkan bernilai RM591 juta kepada Ecoworld Berhad 5. Pada 31 Mac 2014, Bank Islam dan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim memaklumkan kepada mahkamah semasa pengurusan kes bahawa kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak meneruskan tindakan undang-undang berikutan penyelesaian di luar mahkamah yang telah dicapai 6. Pada 23 April 2014, Bank Islam memfailkan circular resolution kepada pemegang saham sebagai sebahagian dari peraturan Bursa Malaysia. Ia turut menyenaraikan perjalanan kes tuntutan baki hutang dari YAB Tan Sri Khalid Ibrahim. Circular resolution itu turut mengesahkan bahawa Bank Islam telah bersetuju menggugurkan tuntutan saman baki hutang dari YAB Tan Sri Khalid Ibrahim walaupun "peguam Bank Islam berpendapat Bank Islam mempunyai kes yang kuat terhadap lawan"Setiausaha Politik YAB Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri mengakui bahawa Menteri Besar berjumpa dengan Tan Sri Rashid Manaf beberapa kali untuk merundingkan penyelesaian kes hutang beliau. Tan Sri Rashid Manaf adalah bekas peguam Tun Daim Zainuddin dan seorang tokoh korporat yang menguasai Ecoworld dan diketahu rapat dengan Barisan Nasional. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab KEADILAN untuk mengarahkan YAB Tan Sri Khalid menjelaskan: 1. Kenapa hutang beliau berjumlah RM70 juta diselesaikan secara tiba-tiba? 2. Kenapa beliau merundingkan penyelesaian ini dengan Tan Sri Rashid Manaf? 3. Kenapa Tan Sri Rashid Manaf melalui syarikatnya mendapat manfaat beratus juta ringgit melalui urusniaga tanah dan kontrak pembinaan dari Kerajaan Selangor? Sehingga kini, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim mengelak dari memberi penjelasan secara telus kepada pimpinan parti lalu meningkatkan lagi keraguan terhadap integriti beliau. Oleh sebab itulah, saya tidak hairan beliau menghantar laporan KEADILAN kepada SPRM kerana beliau sendiri tahu sukar untuk SPRM mengambil sebarang tindakan terhadap beliau. Rakyat juga tidak akan lupa bahawa dalam kes penyelewengan dana NFC pun, SPRM dari awal-awal lagi mengumumkan bahawa ia bukan rasuah dan Dato' Seri Shahrizat Jalil tidak bersalah. Tindakan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim cuba menggunakan SPRM untuk membersihkan namanya samalah seperti SPRM mengumumkan tiada sebarang penyelewengan berlaku di dalam kes NFC. Apabila fakta mula difahami rakyat, majoriti rakyat Malaysia tidak percaya pun dengan kenyataan SPRM bahawa tiada unsur penyelewengan di dalam kes NFC. Sebab itu, bagi saya cara terbaik untuk YAB Tan Sri Khalid Ibrahim membersihkan nama beliau dan mematikan sebarang keraguan terhadap integriti beliau adalah dengan cara berikut: 1. Dedahkan secara terbuka terma-terma perjanjian beliau dengan Bank Islam yang membolehkan beliau tidak perlu membayar hutang sebanyak RM70 juta secara tiba-tiba 2. Menjelaskan kenapa syarikat yang dikuasai oleh Tan Sri Rashid Manaf mendapat manfaat beratus juta ringgit dari Kerajaan Negeri dalam tempoh sebulan selepas hutang beliau diselesaikan dengan Bank Islam dengan rundingan melalui Tan Sri Rashid ManafJika pun beliau tidak bersedia untuk mendedahkan terma-terma perjanjian dengan Bank Islam, sepatutnya beliau failkan saman fitnah terhadap saya di dalam mahkamah sebelum membuat laporan kepada SPRM. Sehingga kini, beliau tidak mengambil sebarang tindakan mahkamah terhadap saya atau Dato' Saifuddin Nasution Ismail. Saya percaya ini kerana beliau tidak mahu memberi keterangan bersumpah di mahkamah mengenai perjanjian rahsia beliau dengan Bank Islam. Jika beliau tidak ada apa-apa yang disembunyikan, maka beliau sewajarnya mendedahkannya atau menyaman saya di mahkamah sebelum berakhirnya hari Jumaat esok. RAFIZI RAMLIAhli Parlimen PandanPengarah Strategi7 Ogos 2014 | "Sultan" Anwar Al Juburi panggil semua ADUN ngadap segera Posted: 07 Aug 2014 07:23 PM PDT Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor akan dipanggil untuk 'report duty' di Pejabat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Tropicana pada pukul 10 pagi Jumaat. Difahamkan, kesemua ADUN dipanggil untuk menandatangani Borang Akuan Bersumpah dan menyatakan sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu. Menariknya kali ini, dikatakan terdapat satu lagi Borang Akuan Bersumpah untuk menyatakan sokongan kepada ADUN Ijok, Dr. Idris Ahmad sebagai Menteri Besar yang baharu. Menurut sumber dalaman PKR, perkara ini terbongkar apabila seorang Ahli Parlimen PKR Selangor secara 'tidak sengaja' telah memanjangkan emel seorang kakitangan pejabat Anwar yang menyatakan hal berkenaan. Pada masa yang sama, terdapat satu mesej melalui SMS daripada Setiausaha Kerja MPN Selangor yang meminta semua ADUN supaya mengabaikan emel yang tersebar itu dan meminta semua untuk menunggu emel yang 'sebenar dan tulen'. Bagaimanapun, pesanan yang ditulis dalam emel pegawai Anwar? yang dipanjangkan tersebut menyatakan bahawa ia adalah lampiran yang 'sah dan final' sementara surat bagi Dr. Idris akan menyusul. Pada petang Khamis, Ketua Penerangan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata sidang media MPN Selangor yang diberi Ketua Cabang Ampang, Zuraida Kamaruddin pada Rabu disifatkan tidak sah sekali gus tidak boleh diterima sebagai keputusan rasmi MPN Selangor sendiri. Bagaimanapun jelasnya, nama ADUN Bukit Antarabansa, Azmin Ali harus dipertimbangkan sebagai calon Menteri Besar yang baharu selain Wan Azizah. Kata Shuhaimi, keputusan meletak dua nama calon itu sudah dipersetujui semua selain menyatakan kenyataan media yang memberi nama Wan Azizah dan Azmin merupakan kenyataan rasmi daripada MPN. Tambah sumber itu, pendedahan itu membuktikan ada calon alternatif bagi jawatan menteri besar selain Wan Azizah. Ini sekali gus menafikan kenyataan Anwar sebelum ini bahawa PKR telah memutuskan hanya satu nama iaitu Wan Azizah. Kenyataan Anwar sebelum ini juga dipertahankan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution bahawa hanya satu nama dan tidak ada nama lain bagi calon alternatif yang dibincangkan. Sebelum ini ada desas-desus kesediaan Dr Idris untuk menjadi menteri besar jika mendapat persetujuan Anwar. Dr Idris yang dicadangkan PAS sebagai calon kompromi berkata, selaku ADUN Selangor, segala kemungkinan boleh berlaku dan persediaan untuk menggalas tugas itu perlu sebagai tanda perjuangan untuk rakyat. | S'ngor bahaya dari siapa? Laporan SPRM ke atas Azmin? Posted: 07 Aug 2014 05:45 PM PDT Anwar dan Wan Azizah? Itu cerita selalu. Azizah jadi boneka dan Anwar buat kerja gila bersama pakar strategi hidung meleleh Rafizi. Atau Azmin? Semalam Zuraidah membuat kenyataan memberi sokongan pada Wan Azizah tapi upanya ada lagi dalam kenyataan itu yang tidak dilaporkan media pembangkang. Zuraidah turut mahukan Azmin dikira sebagai MB. Parti memerintah harus cadang tiga nama kepada DYMM Sultan dan Zuraidah mahu nama Azmin dicadangkan. Dalam TV3 semalam nampak Xavier tak setuju dengan kenyataan Zuraidah dan mahu media tidak laporkan untuk diganti kenyataan lain. Kalau begitu Selangor dalam bahaya juga dari Azmin. Pagi ini, NGO PASSMEB yang kuat menyokong Khalid akan menghantar satu laporan kes penyelewengan PKNS & SMUE yang ada kaitan dengan ADUN Bukit Antarabangsa - YB Azmin Ali di pejabat SPRM Selangor, Wisma PKPS, Persiaran Perbandaran Seksyen 14, Shah Alam pada pukul 11 pagi. Selama ini ingatkan Khalid saja yang menyamun, rupanya Azmin. Hmmm ... bukan ke Othman Omar baik dengan Azmin? | Untuk pecat MB, mesti undi tak percaya di DUN Posted: 07 Aug 2014 05:32 PM PDT SHAH ALAM - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih boleh mengekalkan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor walaupun digantung atau digugurkan sebagai ahli PKR. Penganalisis Perundangan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Malaysia, Prof Madya Dr Sham Rahayu Ab Aziz berkata, tidak termaktub dalam amalan demokrasi di negara ini individu yang digugurkan dalam parti tidak boleh jadi menteri besar. "Jika dilihat dari sudut perundangan, seseorang yang digantung atau dipecat dalam parti tidak ada masalah untuk menjadi Menteri Besar Selangor kerana beliau adalah Adun. "Jadi tiada masalah jika Abdul Khalid enggan melepaskan jawatannya kerana beliau masih mendapat sokongan majoriti daripada ahli dewan," katanya berhubung krisis perebutan kerusi Menteri Besar Selangor. Beliau berkata, sekiranya PKR nekad mahu Abdul Khalid melepaskan jawatannya, ahli dalam dewan negeri perlu meluluskan usul atau membuat undi tidak percaya. "Kalau parti tidak gembira dengan Abdul Khalid, ahli dewan negeri boleh guna alternatif itu. "Hanya cara ini saja boleh memecat Abdul Khalid dan perkara ini tidak sepatutnya dilengah-lengahkan oleh PKR," katanya. Menurutnya, segala serangan berbentuk politik yang PKR lakukan ketika ini sebenarnya tidak sedikit pun menjejaskan Abdul Khalid kerana tindakan tersebut tidak berkaitan dengan amalan perundangan negara ini. "Kalau hendak menggunakan tekanan politik untuk Abdul Khalid bersara...itu isu lain kerana perkara itu tiada kena mengena dengan isu undang-undang," katanya. Jelas Sham Rahayu, jika Abdul Khalid meletakkan jawatannya secara sukarela maka peletakan jawatan itu sah di sisi perundangan. Wak Jengkol | Khalid kata umat Islam dicabar dimana perpecahan berlaku Posted: 07 Aug 2014 08:19 AM PDT Kata-kata Tan Sri Khalid Ibrahim dalam majlis "Solat Hajat Perdana 'Mempertahankan Kerajaan Negeri Selangor' di Dewan Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor, Sek.7, Shah Alam mungkin merupakan sebab menyebab utama Khalid mahu pertahankan jawatan Menteri Besar. Khalid berkata umat Islam telah dicabar di mana perpecahan yang berlaku dan kena belajar sesuatu apa yang terjadi di sana. Dia berkata demikian ketika mengumumkan menghantar RM1 juta peruntukan ke Gaza. Turut disebut jangan menghina umat islam dan menghina Islam. Adakah ini sebab yang membuatnya mengatakan kalau dia turun perkara buruk akan berlaku ke Selangor? Atau itu hanya kata-kata di hadapan ramai kehadhiran penyokong PAS faction pro ulamak. Majlis anjuran Geng Ustaz Cintakan Ulamak dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor. dihadhiri oleh lebih kurang 350 orang termasuk Sallehen Mukhyi -Exco dan ADUN Sabak, Ustaz Zuhdi dan Mazlu Musa President Geng Ustaz.. Sekiranya hari sebelum ini Dewan Ulamak dan Nik Aziz memberi sokongan pada Khalid, Dewan Syura turut serta dan ini memungkinkan AJK Pusat PAS pun terpaksa ikut memberi sokongan pada Khalid dalam mesyuarat yang sepatutnya diadakan pada 10hb tapi telah ditunda. Langkah Kajang banyak ditegur dalam sesi ucaan malam tadi. Khalid diminta hadhir kesesi pendengaran pada hari esuk 3 petang di Pejabat keadilan. Jika masa tidak sesuai, Khalid diminta hadhir pada hari Sabtu 12 tengahhari 9hb. PKR akan bermesyuarat pada Ahad 10hb dan pad ahari sama Presiden Pakatan Rakyat juga akan bermesyuarat. Dijangka Jawatankausa Disiplin PKR dah pasti akan singkir Khalid esuk atau 10hb walaupun Khalid kata Jawatankausa Disiplin tidak jelas dengan pertuduhan yang mahu dijawab dan mahu dia jelaskan kenyataan media yang dibuat Tan Sri Khalid pada 22hb Julai 2014 dan perkara-perkara berikut: 1. Penstrukturan Air Selangor 2. Elaun Baru Menteri Besar Selangor 3. Kenaikan Cukai bagi Lesen Perniagaan 4. Pinjaman YAB Tan Sri Khalid dengan Bank Islam 5. Cadangan Lebuhraya Baru KIDEX Sekiranya Khalid dipecat, PAS pastinya terpaksa ikut kehendak PKR. Namun begitu PAS mengatakan Khalid mesti disahkan bersalah dahulu oleh SPRM atau mana-mana badan penyiasat dan bukan setakat Jawatankausa PKR. PAS tak percaya PKR. Jika PAS tak setuju, mesyuarat Pakatan Rakyat tidak dijangka akan mempunyai sebarang pakatan bersama. Sementara itu, DYMM Tuanku Sultan Selangor dijangka akan berangkat ke luar negara dari 12hb ke 24hb. Jeng jeng jeng .... Esuk 8hb Anwar menunggu keputusan samada Mahkamah Persekutuan mahu layan permintaannya untuk merayu. Jika ditolak, Anwar sepatutnya tak sempat ke mesyuarat 10hb dan melihat Nurul bujang dan kahwin lagi seperti masa Nurul kahwin kali pertama. Sementara itu adakah Khalid akan sedia hadapai undi tak percaya? ATau dia bubar saja DUN???? | Mohon Ketua Ugama SULTAN JOHOR tutup akaun HSBC seperti Ismail Sabri Posted: 07 Aug 2014 06:30 AM PDT Semalam tersebar Dato Ismail Sabri potong kad HSBC sebagai protes di atas tindakan HSBC menutup akaun yang ada hubungan dengan Gaza. Yang diketahui Sultan Johor punya akaun dengan HSBC. Malah HSBC membuka cawangan di Johor Baru lebih seratus tahun dahulu untuk memberi perkhidmatan perbankan kepada Kesultanan Johor. Oleh kerana HSBC ikut serta menindas dan bersifat kejam terhadap orang Palestin Gaza maka Sultan Johor sebagai Ketua Ugama ISlam negeri harus bersama rakyat Johor yang memprotes Israel dan Yahudi yang menindas ummah. Harap Tuanku tutup akaun dengan HSBC. Biar dia balik Hong Kong atau London sebenarnya. | Giliran Najib nyanyikan Anwar Posted: 07 Aug 2014 04:30 AM PDT Bodoh Hairie Osman ... Dahlah kena tipu dengan PAS. Berlakun dah tak laku ... Jual roti canai tepi jalan sajalah PAS sedang pening sekarang ... Budak hingus saja boleh warning PAS. Mana mahu dapat undi cina??? | Pandangan orang Penang terhadap Anwar Posted: 07 Aug 2014 02:26 AM PDT 1. HJ. IBRAHIM B YAAKOB - MANTAN ADUN SG.ACHEH, N/TEBAL - MENYIFATKAN DSAI SEORANG PEMIMPIN YANG GILA KUASA DAN MENGKHIANATI RAKYAT SELANGOR. MB SELANGOR TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM SEORANG PEMIMPIN YANG CEKAP DAN CEMERLANG SERTA MEMPUNYAI SIFAT KEPIMPINAN BERBANDING WAN AZIZAH YANG AKAN MENGIKUT TELUNJUK DSAI DALAM MENTADBIR SELANGOR KERANA DSAI AKAN MENGGUNAKAN KUASA YANG ADA UNTUK KEPENTINGAN DIRI DAN PARTI. 2. ROSLI B HASHIM- AJK UMNO BHG.N/TEBAL MENYATAKAN PEMIMPIN PKR SANGGUP MELAKUKAN APA SAJA TERHADAP RAKAN DEMI KEPENTINGAN POLITIK MEREKA WALAUPUN TINDAKAN ITU SEPERTI MEMBERIKAN IMEJ YANG BURUK KEPADA PKR. TAMBAH BELIAU DALAM MENYELESAIKAN MASALAH INI MEREKA DI DAPATI SUDAH TIDAK SEFAHAMAN DALAM MENYELESAIKAN ISU MB SELANGOR KERANA BERCANGGAH PENDAPAT SESAMA PEMIMPIN KANAN MEREKA. | LGE-Tantawi kelahi proksi WA-Khalid .... Akhirnya LGE akan terbogel Posted: 06 Aug 2014 11:30 PM PDT Itu pandangan Flying Kick SINI Unspinners pula lihat Nasruddin Tantawi PAS balun LGE DAP berhubung isu Kidex dan Terowong tapi sebenarnya ini hanya perlawanan proksi Tantawi yang mahu kekalkan Khalid dan LGE mahu DAP bonekakan Wan Azizah. Ikuti laporan berikut: Rabu, 6 Ogos 2014 LGE dakwa MP PAS fitnahnya 'ala-Umno'Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang menyatakan rasa terkejut terhadap kenyataan anggota Parlimen PAS Nasruddin Hassan yang membangkitkan isu projek terowong RM4.63 bilion yang dikatakan diberi secara rundingan terus. Dalam kenyataannya hari ini, pejabat Lim Guan Eng itu menyifatkan serangan itu "menggunakan taktik kotor Umno untuk membuat fitnah-fitnah jahat" padanya. Kenyataan yang dihantar oleh pegawai khas ketua menteri itu, Nor Diana Mohd Zabidi itu bagaimanapun tidak menjawab secara langsung perkara dibangkitkan wakil rakyat Temerloh itu. "YAB Lim Guan Eng akan menjawab tuduhan tanpa asas tersebut dalam satu sidang akhbar yang dijadualkan berlangsung esok pada jam 12 tengah hari di Pejabat Ketua Menteri, Tingkat 28, Komtar, Pulau Pinang," menurut kenyataan itu. Nasruddin membangkitkan bagaimana Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim "dibantai teruk" dalam isu Lebuh Raya Kidex sedangkan projek terowong bawah dasar laut itu tidak pula disentuh. Bekas ketua Pemuda PAS itu mempersoal di mana suara pemimpin Pakatan Rakyat yang selama ini menentang amalan rundingan terus dalam projek kerajaan. Nasrudin juga berkata, projek itu dijangka akan menyebabkan kesesakan lebih teruk di Pulau Pinang serta membangkitkan kemampuan Pulau Pinang membiayainya ketika bajet defisit terus dicatat untuk tahun keenam. Isu Kidex antara hujah digunakan PKR untuk menggantikan Khalid dengan presiden parti Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai menteri besar Selangor. - ---------------------- Ini memang staiil LGE bila tak boleh jawab: Apa Beza Kidex dan Penang Tunnel?Oleh : Nasrudin bin Hassan at Tantawi 1. Membaca tuduhan dan alasan keatas Dato Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) yang dijadikan sebab untuk menuntut beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor, saya merasa agak terpanggil untuk mengutarakan beberapa persoalan. Terlebih dahulu apabila saya analisa pertuduhan berkenaan isu Kidex saya dapati antara yang dikemukakan adalah seperti berikut: a) KIDEX yang panjangnya 14.9 KM bakal menjadi jalan termahal di Malaysia dengan kos per kilometer dianggarkan pada RM161 juta. b) Konsesi KIDEX akan berkuatkuasa selama 48 tahun yang merupakan tempoh yang agak lama berbanding konsesi lain. c) Projek dianugerahkan kepada kroni UMNO secara rundingan terus tanpa melalui tender terbuka. d) Kajian awal Traffic Impact Assesment (TIA) menunjukkan pengurangan kesesakan lalulintas yang tidak ketara. 2. Saya kira ramai yang keliru atau dikelirukan dengan fakta tentang pembinaan Kidex ini. Antaranya a) projek ini adalah PROJEK KERAJAAN PERSEKUTUAN. b) Kerajaan Negeri tiada hak untuk menentukan jumlah kos dan tempoh konses serta kepada siapa projek ini diberikan. c) Bagi tujuan pembinaan infrastruktur awam Kerajaan Negeri tidak boleh menolak permohonan daripada Kerajaan Persekutuan untuk mengambilalih tanah. Malah, menurut Kanun Tanah Negara, pengambilan tanah demi kepentingan awam dibenarkan dan di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. 3. Bagi menangani keluhan rakyat yang terkesan secara langsung atau tidak langsung melalui projek ini, Kerajaan Negeri telah mengarahkan pemaju terbabit melakukan Public Opinion Survey atau Kajiselidik Pandangan Awam dan membentangkan hasil kajiselidik kepada Kerajaan Negeri sebelum 15 November 2014. Kerajaan Negeri juga telah mengarahkan agar sesi dialog dan pendengaran awam untuk memberi peluang kepada LLM dan Kidex Sdn Bhd membentangkan segala perincian mengenai projek termasuk kos, jangkaan manfaat, risiko dan impak negatif serta menerima pandangan sama ada bantahan atau cadangan penambahbaikan daripada masyarakat setempat. 4. Saya pelik kenapa TSKI dibantai teruk kerana projek yang bukan dibawah bidang kuasanya. Namun dalam masa yang sama, tidak berlaku kepada Kerajaan Pulau Pinang dibawah pimpinan Lim Guan Eng (LGE). a) Sedang Negeri Pulau Pinang bakal membina Penang Tunnel yang bernilai RM 4.63 Billion sepanjang 6.5 KM. b) Lebih malang projek yang dibiayai sendiri Kerajaan Negeri Pulau Pinang ini dianugerahkan kepada Construction Zenith BUCG Sdn Bhd secara rundingan terus. c) Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak terikat dengan mana mana pihak. Namun kenapa rundingan terus? d) Projek ini juga menerima bantahan dari penduduk dan banyak pihak sama seperti Kidex. Ramai yang mempersoalkan kewajaran membina terowong ini selepas pembinaan jambatan Ke 2 yang sudah memadai untuk melancarkan trafik masuk ke pulau. d) Malah ada yang menegur LGE kerana pembinaan lebih banyak akses akan menyebabkan lebih banyak kenderaan masuk ke pulau yang sudah mengalami masalah trafik yang serius. e) Terdapat juga cadangan agar daripada membina terowong lebih baik Kerajaan Pulau Pinang membina sistem LRT yang efektif dan kosnya dijangka hanya menelan RM 120 Juta per kilometer dan ianya bakal menyelesaikan masalah trafik di pulau. 5. Namun tindakan LGE ini tidak langsung di kecam oleh pimpinan PR sepertimana TSKI dikecam dan didesak meletakkan jawatan. 6. Saya perhati, antara Faktor tentangan paling ketara adalah cara LGE menguruskan kewangan negeri. a) Pada tahun 2014 adalah tahun ke enam (6) Kerajaan Pulau Pinang mencatatkan bajet defisit dan yang terakhir bajet 2014 defisitnya adalah RM 255.44 Juta. b) Apakah agaknya yang difikirkan LGE sehingga berani berbelanja besar dengan kewangan yang kritikal itu pada perkara yang tidak perlu? Dimanakah suara pimpinan PR dalam menegur sikap LGE ini? c) Bukankah kita menentang rundingan terus satu ketika dahulu.. --------------------- Sementara itu, PAS pun kesal dengan isu sukan bogel di Penang: Kalau LGE manyak syok, wa rasa lu akan terbogel
seab isu | |
oyabun Posted: 07 Aug 2014 11:43 PM PDT Kit Siang diselar kerana tuduh Utusan Malaysia bersikap rasis? Posted: 07 Aug 2014 01:31 AM PDT Penasihat DAP, Lim Kit Siang diselar kerana menuduh Utusan Malaysia bersikap rasis kerana sengaja menyiarkan artikel berbentuk provokatif dan menghasut sehingga menyebabkan kebencian kaum dan agama. Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, Kit Siang sebenarnya dengan sengaja cuba menyemarakkan kebencian kaum bukan Melayu terhadap akhbar berkenaan apabila membuat tuduhan sedemikian. "Lim Kit Siang secara halus cuba membangkitkan kegelisahan bukan Melayu dengan melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap Utusan Malaysia," katanya dalam blog http://umnobahagiancheras.blogspot.com.Beliau mengulas kenyataan Kit Siang melalui portal berita DAP, www.roketkini.com semalam yang menuduh Utusan Malaysia menyebarkan laporan yang menimbulkan kebencian antara kaum dan bermuka-muka ekoran satu artikel tulisan Pengarang Berita akhbar itu, Zulkifli Jalil sebelum ini yang mempersoalkan tanggungjawab pihak berkuasa kerana tidak mengambil tindakan terhadap seorang lelaki, Kelvin Yip yang membuat kenyataan menghina umat Islam di Facebook. Syed Ali berkata, tuduhan Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah itu disifatkan bertujuan mengalih perhatian rakyat daripada keberanian Utusan Malaysia membela dan mendedahkan beberapa kes membabitkan kepentingan orang Melayu dan umat Islam di negara ini sebelum ini. "Mengapa Kit Siang melenting apabila Utusan Malaysia berani mempersoalkan mengapa pihak berkuasa lambat bertindak ke atas bukan Melayu yang didapati sengaja mencerca dan menghina orang Melayu dan penganut Islam. "Saya ingatkan Kit Siang, jangan cuba bertopeng disebalik api perkauman, tengok dulu sejauh mana peranan akhbar berbahasa Cina dalam memulihara perpaduan kaum di negara ini," katanya. Beliau berkata, adalah tidak wajar Kit Siang melatah dengan artikel berkenaan kerana pendedahan tersebut sememangnya berlaku dan kini menjadi isu yang diperkatakan rakyat. "Ini bukan berita rekaan atau fantasi, kita lihat betapa anak muda Cina termasuk Ahli Parlimen DAP sendiri secara terbuka berani menghina agama Islam dan institusi raja-raja Melayu, tetapi apa hasilnya walaupun beratus laporan polis telah dibuat. Katanya, beliau hairan mengapa Kit Siang begitu sakit hati kepada Utusan Malaysia sedangkan hakikatknya artikel yang ditulis ada asasnya kerana banyak kes yang berlaku tetapi pihak berkuasa seperti hanya memilih kes tertentu. Syed Ali berkata, Kit Siang perlu sedar bahawa tidak semua isu boleh dipolitikkan bagi menunjukkan kononnya DAP prihatin terhadap kepentingan awam. Wasabi Oyabun.. | |
Belantan Posted: 07 Aug 2014 11:39 PM PDT Esok, 8 Ogos tarikh pengurusan kes rayuan sabitan kesalahan liwat Anwar...!!! Posted: 07 Aug 2014 08:13 AM PDT Mahkamah Persekutuan sebelum ini menetapkan 8 Ogos sebagai tarikh pengurusan kes bagi tiga rayuan berhubung sabitan kesalahan dan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan terhadap ketua pembangkang Anwar Ibrahim kerana meliwat. Rayuan berkenaan adalah rayuan Anwar terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkan kesalahan dan menjatuhi hukuman terhadapnya bagi tuduhan meliwat, rayuan Anwar dalam usaha ketiganya untuk mengetepikan peguam Muhammad Shafee Abdullah daripada bertindak sebagai ketua timbalan pendakwa raya dan rayuan balas pendakwa agar Anwar dikenakan hukuman penjara lebih lama. Pada 3 Mac lepas, Anwar, 67, memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak permohonan ketiganya untuk mengetepikan Muhammad Shafee daripada bertindak sebagai pendakwa raya. Perkara itu dikemukakan kepada timbalan pendaftar Mahkamah Persekutuan Mohd Izzudin Mohamad di dalam kamarnya, yang kemudian menetapkan tarikh baharu bagi pengurusan kes. Anwar diwakili peguam Ram Karpal Singh, N. Surendran dan Latheefa Koya, manakala timbalan pendakwa raya Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria mewakili pendakwa. Suara Politik Belantan | Hadi Awang Sudah Tidak Mahu Lagi Ikut Telunjuk Anwar? Posted: 07 Aug 2014 01:16 AM PDT Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui pendekatan politiknya sudah semakin berubah berasaskan faktor pengalaman, ilmu pengetahuan dan peralihan suasana politik di negara ini dan antarabangsa. Katanya, hal demikian perlu untuk terus disesuaikan dalam persekitaran baharu dan pada masa yang sama memperjuangkan Islam yang memberi kesan kepada seluruh manusia. "Kita tak boleh baca peta politik 20 tahun dulu. Hari ini suasana langit terbuka, bukan sahaja di peringkat nasional tapi antarabangsa kerana masyarakat sudah bercampur-campur. "Oleh itu, kita kena ambil kira peranan kita sebagai sebuah parti yang membawa perjuangan Islam kepada seluruh manusia," ujarnya dalam pertemuan dengan wakil media tempatan di kediamannya di sini hari ini. Ini merupakan kali pertama beliau menemui pihak media di sini setelah mengalami masalah kesihatan pada penghujung Mei lalu semasa mengunjungi Turki. Beliau dimasukkan ke sebuah hospital di Istanbul dan kembali ke tanah air pada 18 Jun lalu dan masih menerima rawatan susulan. Menurut Abdul Hadi, beliau masih di bawah pengawasan doktor dan dinasihatkan berehat selama tiga bulan. "Namun saya ikuti (perkembangan politik dan keadaan semasa) sekadar kemampuan...ada kemampuan saya ikuti. Saya baca berita, baca internet, tengok televisyen, baca surat khabar...apa yang perlu saya komen, saya komen termasuk pada hari ni," katanya. Ditanya tahap keupayaan kesihatannya untuk menangani persoalan politik yang semakin mencabar dan rumit, beliau menyifatkannya sebagai salah satu latihan kecergasan untuknya. "Saya anggap ini sebagai satu exercise kepada saya. Isu-isu politik ini. Selagi nyawa ada, kita teruskan berkhidmat untuk rakyat dan untuk agama kita," ujarnya ketika ditanya sama ada kesihatannya akan membataskan tempoh kepimpinannya. Suara Politik Belantan | |
DARUL EHSAN TODAY Posted: 07 Aug 2014 11:35 PM PDT Sudah Tiba Masanya KERAJAAN Menilai Semula Kerakyataan Mereka... Posted: 07 Aug 2014 07:00 PM PDT
Artikel sempana hari kemerdekaan malaysia, 57 tahun merdeka, makin teruk Islam dan Melayu di hina...
Aku rasa kini sudah tiba masanya untuk KERAJAAN yang di tunjangi oleh parti melayu menilai semula kerakyataan yang di beri kepada kaum pendatang yang dibawa oleh british 57 tahun dulu...
Kalau dulu mereka berjanji dan bersumpah akan patuh kepada segala undang-undang, menghormati hak dan agama kaum perbumi, tapi sekarang segala janji dan sumpah yang di buat dulu untuk dapat kerakyataan mereka persetankan...
Mereka sudah jadi gunting dalam lipatan, mereka menjadi duri dalam daging, telunjuk mencucuk mata....
Nak harap pihak berkuasa? mereka hanya berani pada melayu sahaja, sudah la tak mahu bertindak, pelbagai alasan bodoh mereka berikan, macam lah rakyat malaysia nie tak tahu prosidur untuk buat siasatan jenayah cyber...
AG pulak, otaknya dah berkarat, tak reti nak buat kerja dan makan gaji buta, itu sebab pulau batu putih boleh terlepas ke tangan singapura, ntah la sampai bila kerajaan nak simpan orang macam tu pun aku tak tau...
Perlu ke kita ambil tindakan sendiri tampa mengharap bantuan dari pihak berwajib...??? | Faekah Anak Dara Tua Kurang Dapat Seks kata Hishamudin Rais.... Posted: 07 Aug 2014 06:00 AM PDT Pengenalan:
Siapa faekah ini, nama penuhnya ialah faekah husin, dia adalah setiausaha politik kepada menteri besar selangor, khalid ibrahim, faekah menjadi setiausaha politik sejak dari hari pertama khalid jadi mb selangor, menurut cerita, memang benar dia masih belum menikah...
Siapa hishamudin rais, dia adalah salah seorang tenaga pengajar di institut rakyat yang mana wan azizah menjadi ketua pengarah di institut itu, menurut sumber, hishamudin ini pun masih bujang.
| Dalang Penyebaran WhatsApp Perbualan Dr Zuhdi Dan Nasaruddin Tantawi Di Dedahkan Posted: 07 Aug 2014 12:40 AM PDT Adakah dia ini yang menyebarkan whatsapp perbualan dr zuhdi, nasa tantawi dan beberapa ajk pas pusat yang lain mengenai krisis menteri besar selangor...?
Perlu di ingat, khalid samad juga ajk pas pusat, sudah tentu dia juga berada dalam group whatsapp itu...
| |
Dialog Dewasa Kritik Berasa Posted: 07 Aug 2014 11:27 PM PDT Surat Rahsia PKR Untuk Guling Khalid Tersebar? Posted: 07 Aug 2014 09:11 PM PDT Adakah ini surat akuan yang dilaporkan oleh media pagi tadi? Laporan dari Malaysian Insider... PKR meminta semua wakil rakyatnya di Selangor untuk bersumpah memberikan sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar pada hari ini, dalam usaha untuk mengasingkan penyandangnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang enggan berhenti.
Arahan yang dikeluarkan beberapa jam selepas Khalid dipanggil semalam menghadiri perbicaraan Lembaga Disiplin hari ini untuk menjelaskan keengganan beliau meletak jawatan sebagai menteri besar Selangor.
The Malaysian Insider ditunjukkan satu salinan akuan berkanun yang dihantar kepada sekurang-kurangnya 12 daripada 14 wakil rakyat PKR di Selangor.
Kenyataan bersumpah itu mengesahkan wakil rakyat berkenaan hilang kepercayaan kepada Khalid sebagai menteri besar dan berikrar menyokong Dr Wan Azizah untuk mengambil alih tugas itu.
Satu sumber PKR berkata, wakil rakyat perlu menandatangani beberapa borang dan menyerahkannya kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim selewat-lewatnya jam 10 pagi hari ini.
Tidak diketahui apakah semua wakil rakyat PKR menandatangani akuan berkanun itu menjelang mesyuarat kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang dijadualkan pada Ahad ini.
"Langkah ini bertujuan memantapkan lagi sokongan kepada Dr Wan Azizah di Selangor. Beliau disokong pucuk pimpinan, kini sokongan perlu datang daripada wakil rakyat Selangor," kata sumber dalaman parti.
Dua lagi parti bersekutu, DAP dan PAS akan membuat keputusan masing-masing pada Ahad dan rabu jika mereka menyokong Dr Wan Azizah sebagai menteri besar baharu. Tiga parti berkenaan memegang 44 daripada 56 kerusi DUN dalam Dewan.
Hanya pimpinan tertinggi PAS dan Majlis Syura secara umum menyatakan sokongan terhadap Khalid supaya dikekalkan sebagai menteri besar di negeri terkaya dalam Malaysia itu. Tetapi, pendirian mereka boleh menyebabkan risiko perpecahan gabungan itu.
Khalid, seorang bekas tokoh korporat, kini dalam penggal kedua sebagai menteri besar yang selama ini mendapat sokongan parti walaupun wujud rasa tidak puas hati daripada PKR Selangor yang diketuai Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.
Keputusannya bersetuju dengan pelan penstrukturan semula air bersama Putrajaya dan menswastakan lebuh raya bertol walaupun dibantah gabungan partinya menekan hubungannya dengan parti dan sekutu – mendorong kepada tekanan supaya beliau meletakkan jawatan.
Majlis itu juga memutuskan untuk mempertimbang Dr Wan Azizah sebagai menteri besar baharu walaupun Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kemudiannya berkata beliau lebih suka jika Khalid dikekalkan bagi jawatan itu.
Wujud juga cakap-cakap mengenai calon alternatif, termasuk Adun Ijok Dr Idris Ahmad atau Azmin, tetapi Dr Wan Azizah menafikan semua cadangan itu malam tadi.
"Parti memilih saya, terima kasih," katanya ringkas ketika ditemui wartawan di program majlis makan malam bersama penduduk Ampang di Selangor.
Beliau mengulas laporan yang menyatakan Setiausaha PKR Selangor Amirudn Shari dan Ketua Penerangan negeri Suhaimi Shafei yang bertegas mahu Azmin dicalonkan bersama Dr Wan Azizah, berdasarkan kepada pengalaman cemerlangnya dalam parti.
Krisis yang berterusan mengenai jawatan Khalid itu juga menunjukkan sokongan yang tidak disangka daripada Umno Selangor, yang mempunyai 12 Adun dalam Dewan. Wujud spekulasi menyatakan kebuntuan terhadap penyelesaian kemelut itu boleh mengakibatkan pilihan raya kilat.
Sumber dalaman PR berkata pakatan itu kini bersedia menghadapi kemungkinan pilihan raya baharu yang boleh menyebabkan mereka kehilangan beberapa kerusi tetapi masih kekal memegang pemerintahan negeri yang kali pertama dimenangi pada 2008 selepas berjaya merampasnya daripada Barisan Nasional yang hingga kini masih belum lagi memperolehi sokongan popular. – 8 Ogos, 2014.
| Screen shot arahan Adun Pakatan Rakyat di Selangor perlu mengisi borang dan diserahkan hari ini berhubung sokongan terhadap calon menteri besar baharu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.Majlis kepimpinan PR memutuskan pada 23 Julai, menteri besar Selangor itu akan terus dipilih daripada kalangan Adun PKR walaupun parti itu mempunyai kerusi paling sedikit di negeri itu berbanding DAP dan PAS masing-masing ada 15 kerusi. |
Sumber : http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/adun-pkr-selangor-diminta-bersumpah-sokong-wan-azizah#sthash.jBgjIIY5.dpuf*Nampaknya projek GULING MB dah masuk ke fasa seterusnya. | Siapa Dalam Pakatan Yang Tuan Guru Nik Aziz Maksudkan Sebagai Munafik? Posted: 07 Aug 2014 08:21 PM PDT Tan Sri Khalid dinasihatkan oleh tok guru supaya tidak memalukan munafik. Jangan malukan 'munafik', sabar betulkan mereka, kata Nik Aziz kepada Khalid
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mendedahkan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan beliau bahawa jangan memalukan golongan "munafik" sebaliknya bersabar membetulkan mereka.
Menteri besar Selangor itu berkata Nik Aziz memberi nasihat itu semasa kunjungannya ke kediaman bekas menteri besar Kelantan itu semasa sambutan Hari Raya minggu lalu.
"Saya jumpa Nik Aziz dan beliau berikan nasihat yang terlalu susah untuk saya lakukan.
"Beliau ingatkan dalam politik banyak yang munafik. Saya ingatkan beliau suruh hapuskan munafik tetapi jangan malukan mereka, sebaliknya sabar membetulkan mereka," katanya ketika berucap di hadapan 300 hadirin di kediamannya di Shah Alam.
Nik Aziz baru-baru ini tetap bertegas mahu Khalid kekal sebagai menteri besar Selangor kerana tiada apa-apa kesalahan yang dilakukan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu.
Majlis Syura Ulama PAS yang bermesyuarat semalam juga memutuskan Khalid dikekalkan sebagai menteri besar Selangor kerana beranggapan pelantikannya adalah hak bersama parti dalam Pakatan Rakyat (PR).
Dalam satu kenyataan yang ditandatangani Nik Aziz dan timbalannya Datuk Dr Haron Din, mereka berkata: "Selagi tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah yang mewajarkan menteri besar itu digugurkan, Majlis Syura Ulama PAS memutuskan mengekalkan Khalid sebagai MB Selangor.
"Jika ada pertuduhan yang disabitkan bersalah kemudiannya oleh pihak berautoriti seperti SPRM atau mahkamah maka Majlis Syura Ulama bersedia menilai kembali kedudukan beliau," kata kenyataan itu.
Khalid berkata Nik Aziz juga mengingatkan syiar Islam dapat ditingkatkan pada zaman Rasulullah melalui tidak menjatuhkan maruah orang lain.
"Beliau ingatkan Rasulullah meningkatkan syiar Islam dengan cara pemimpin Islam itu tidak menjatuhkan maruah orang lain walau mereka jahat tetapi dengan cara membetulkan mereka.
"Saya tak tahu saya boleh jalankan tugas ini tetapi saya cuba lakukan dengan baik dan bertanggungjawab," katanya.
Beliau berkata walaupun Selangor sedang mengalami pergolakan politik namun DAP masih memberikan kepercayaan kepadanya untuk menjalankan tugas.
"Walaupun DAP kata kita tidak betul tetapi tidak seorang daripada mereka kata kerajaan yang dipimpin Islam tidak amanah, menipu rakyat sebaliknya menjalankan tugas dengan baik.
"Walaupun tak suka dengan kita tetapi orang dia lebih suka orang kita daripada orang dia," katanya yang disahut takbir hadirin yang hadir. – 7 Ogos, 2014. | REFORMASI 2.0 : KEADILAN UNTUK KHALID. Posted: 07 Aug 2014 06:06 PM PDT Bila Parti KEADILAN menjadi ZALIM kepada pemimpinnya sendiri, maka..... * #JUSTICE4KHALID | Guan Eng Kantoi Bohong & Bakal Saman Bekas Ketua Pemuda PAS Posted: 07 Aug 2014 01:31 AM PDT Guan Eng ugut YB Nasruddin Tantawi dengan tuduhan bekas ketua pemuda PAS tersebut berbohong.
Itu versi dalam Bahasa Melayu. Cuba tengok versi English. GEORGE TOWN: A PAS leader has been given 24 hours to apologise for defamatory comments made against Penang Chief Minister Lim Guan Eng or face legal action.
Lim said he was shocked by the unprovoked attack launched by PAS Syura Council member Nasrudin Hassan Tantawi with regard Penang state government finances and the award of the Penang Tunnel project.
"Nasrudin questioned why I was not criticised within Pakatan Rakyat like Selangor Mentri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim over Kidex (Kinrara-Damansara Expressway) when I had also used direct negotiations to award the RM4.63bil under-seabed tunnel project to Construction Zenith BUCG Bhd.
"Let me state here that I had never made any public comments over Kidex or its direct negotiation award.
"I have no interest in playing along with Nasrudin's political games of supporting Kidex but am making this rebuttal because of the lies by a fellow Pakatan MP that have severely tarnished my reputation and my state government's standing," Lim told a press conference at his office in Komtar on Thursday.
Lim claimed that Nasrudin was lying as the under-seabed tunnel project was awarded via open tender and cost RM3.6bil, not through direct negotiation costing RM4.63bil.
He added that the Penang state government under Pakatan Rakyat had never recorded a single year of budget deficit.
Nasrudin had said that the tunnel project was given the green light despite Penang's RM255.4mil budget deficit. Sumber : http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/08/07/Apologise--or-face-legal-action-Guan-Eng-says/
Betul ke Penang tak pernah rekodkan Belanjawan defisit? Habis tu yang ini apa ek.....
Dah 4 tahun berturut-turut sejak tahun 2011 rekodkan bajet defisit, macam mana Guan Eng boleh kata Kerajaan Pulau Pinang bawah Pakatan tak pernah rekodkan bajet defisit?
*Bila pembohong tuduh orang lain bohong, siap sampai saman menyaman walaupun kawan sendiri. | PROTES DAN BOIKOT ISRAEL: GILIRAN BANK HSBC TELAH DIMULAKAN... Posted: 07 Aug 2014 01:00 AM PDT
Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub hari ini membatalkan penggunaan kad kredit HSBC miliknya sebagai simbolik memprotes kekejaman Israel terhadap Palestine.
Gambar surat pembatalan dan detik semasa beliau sedang menggunting kad kreditnya telah dimuat naik di halaman Instagram miliknya @ismailsabri60 semalam.
Ismail telah menulis kapsyen seperti berikut di halaman instagramnya;
"(Ini) Protes terhadap bank itu yang menutup akaun pertubuhan yang menyokong perjuangan rakyat Palestin...saya sentiasa menyokong perjuangan rakyat Palestin yang ditindas Israel,".
Tindakan Ismail itu mendapat banyak komen positif daripada pengikutnya yang rata-rata memuji tindakannya selain status berkenaan juga telah dikongsi ke beberapa laman sosial lain antaranya Twitter dan Facebook. -
Jika restoran McD kita boleh buat, Bank HSBC ni kita ada berani buat??? | |
Panglima Perang Cyber Posted: 07 Aug 2014 11:20 PM PDT Polisi @McDonalds Enggan Buka Cawangan Atas Tanah Rakyat Palestin Dikecam Rakyat Israel #Boikot #SaveGaza Posted: 07 Aug 2014 08:47 PM PDT Fakta ialah pegangan semua orang berakal. Kebenaran akan datang dengan fakta yang benar tanpa ikut-ikutan. Penulis yang dihormati mereka tidak mudah dipengaruhi budaya atau fenomena namun kental atas fakta yang menjadi panduan dalam menyebarkan fikirannya.
Berikut sedikit penemuan untuk pencerahan walau saya sudah lama tidak menikmati makan Macdonald kerana tidak mampu seperti orang lain. Namun saya tidak pula melulu menyokong boikot yang tidak tepat sasarannya bahkan membawa natijah sebaliknya.
Baca tulisan menarik di bawah ini untuk pencerahan dalam mencari kebenaran : Boikot McDonald's ini bukan perkara yang asing di Malaysia. McDonald's pula sudah seakan-akan sinonim dengan regim Israel kerana setiap kali berlaku konflik di Palestin seperti serangan tentera Israel ke atas Gaza, McDonald's menjadi jenama utama pemboikotan rakyat Malaysia (bukan generalisasi).
Tulisan saya akan datang dalam beberapa siri dan bukan terhad kepada McDonald's sahaja. Dalam tulisan ini saya akan memfokuskan kepada McDonald's yang dikatakan penyumbang kepada kerajaan Israel dan seterusnya menyumbang kepada Israel Defense Forces yang membantai Gaza bukan sahaja baru-baru ini malah sudah berpuluh-puluh tahun lamanya sejak tahun 1948.
Mengapa McDonald's perlu diboikot? Setakat apa yang saya kumpul daripada internet, McDonald's patut diboikot kerana sebab-sebab di bawah:
- McDonald's Corp adalah penyumbang dana kepada Jewish United Fund yang berpengkalan di Chicago.
- Bekas CEO (dan Chairman) McDonald's Jack Greenberg seorang yahudi dan penyokong kuat Israel melalui beberapa badan komuniti yahudi di Chicago.
- McDonald's mempunyai 180 buah restoran di Israel dan memberi peluang pekerjaan kepada 3,000 warga Israel.
Jewish United Fund dan Matching Gift Program *kemaskini
Sumber daripada internet yang saya boleh jumpa semuanya berkisar sebab-sebab di atas. Saya tak pasti jika ada alasan atau sebab lain mengapa McDonald's harus diboikot, jika ada saya harap ada yang akan memaklumkan kepada saya.
Berbalik kepada sebab-sebab di atas, untuk merungkai persoalan sumbangan dana kepada Israel seeloknya kita mengupas bagaimana McDonald's menyalurkan dana kepada JUF ini. Adakah McDonald's membayar sejumlah wang mengikut peratusan keuntungan mereka kepada JUF? Ataupun ada jumlah tetap dibayar kepada JUF?
Setakat pembedahan ke atas laporan tahunan McDonald's daripada tahun 2000 sehingga tahun lepas termasuk juga penyata kewangan yang telah diaudit tiada bukti jelas menunjukkan sumbangan kewangan McDonald's kepada JUF apatah lagi kepada Israel.
Yang hanya saya temui adalah di laman web JUF iaitu program Matching Gift iaitu sebuah program sumbangan atau derma kepada badan-badan yang mempromosi program pendidikan, kebudayaan, sivil, anak muda dan kesihatan. Dan juga sumbangan McDonald's dalam bentuk geran kepada program bersekutu (affiliated program) dengan Spertus Institute for Jewish Learning and Leadership yang berjumlah $4,000 (sahaja) pada tahun 2012: Sumbangan geran $4,000 itu digunakan untuk general operating support bagi menjalankan program dibawah kelolaan Spertus Institute For Jewish Learning and Leadership (di Chicago, Illnois) berkenaan pendidikan, budaya dan kepimpinan Yahudi yang tiada kaitan terus dengan IDF di Israel. Sumbangan McDonald's Corp adalah sebahagian daripada $446,022 yang diterima oleh Spertus Institute daripada penyumbang yang lain. JUF sememangnya mempunyai pertalian dengan Israel dan mereka juga menyokong IDF membantai Gaza di atas nama hak Israel untuk mempertahankan diri. Malah baru-baru ini JUF menganjurkan demonstrasi di Chicago sebagai tanda sokongan kepada IDF: Thousands of Chicagoans rally for Israel: Dan jika kita membaca dengan lebih lanjut kita akan mengetahui bagaimana JUF menyalurkan wang sumbangan, untuk tujuan apa sumbangan itu disalurkan dan siapa yang menerima subangan tersebut: JUF: Where Your Money Goes?Tiada siapa boleh menafikan sumbangan JUF kepada Israel dan kaum Yahudi di USA kerana ianya jelas dan disenarai di dalam laman web JUF. Cumanya, dalam banyak-banyak penerima bantuan kewangan yang disenaraikan, tiada langsung wang itu sampai kepada IDF: JUF Affiliates & Beneficiaries. Kecuali ada beberapa program pemulihan (rehabilitation) untuk bekas askar yang berkhidmat dalam IDF yang anda boleh jumpa jika anda membaca dengan lebih lanjut. Apa yang saya cuba sampaikan adalah, susah untuk kita kaitkan sumbangan McDonald's kepada JUF yang sampai kepada mereka yang melakukan kezaliman di atas bumi Palestin tidak kira di Gaza atau di Tebing Barat. Sumbangan korporat kepada JUF dibuat mengikut program-program khusus untuk pendidikan, sosial, budaya dan tiada langsung untuk program ketenteraan.
Bagaimana pula program Matching Gift ini berfungsi? Jika pekerja sebuah syarikat ingin menyumbang kepada badan-badan seperti yang dinyatakan di atas, syarikat di mana pekerja itu bekerja akan turut menyumbang kepada badan tersebut dengan jumlah sumbangan yang sama dibuat oleh pekerja itu.
Contohnya: Seorang pekerja McDonald's berhasrat menderma $100 kepada Jewish United Fund (JUF). McDonald's iaitu majikan pekerja itu akan turut menyumbang $100 kepada JUF.
Dan program Matching Gift ini tidak terhad kepada JUF sahaja. Mana-mana badan yang berdaftar di bawah undang-undang US [Kod Hasil Pendapatan Seksyen 501 (c) (3)] boleh menerima sumbangan melalui program Matching Giftdaripada McDonalds.
Progam Matching Gift ini bukanlah perkara baru. Banyak lagi syarikat korporat besar yang menjalankan program seperti ini sebagai salah satu daripada Corporate Social Responsibilty (CSR) dan juga salah satu cara mengurangkan bayaran cukai pendapatan kepada kerajaan US.
Antaranya termasuklah Apple Inc, Google Inc, Yum Brands (pemilik KFC, Pizza Hut dan Taco Bell), Toyota Motor Corp dan banyak lagi. Anda boleh menyemak syarikat yang mempunyai program Matching Gift dan membenarkan pekerja mereka menyumbang kepada JUF di laman web JUF sendiri di sini: JUF Donate-Matching Gift.
Dibawah saya sertakan Polisi Program Employee Matching Gifts oleh McDonald's
Wajar juga diketahui bahawa program Matching Gift ini hanya ada di USA sahaja. Pekerja McDonald's di negara lain tidak boleh menyertai program ini. Dan untuk pengetahuan anda McDonald's Corp dan kebanyakan syarikat korporat lain termasuk Apple Inc, Google Inc, Ban of America Corp juga tersenarai di bawah syarikat yang mempunyai program Employees Matching Gift untuk Islamic Relief USA. Anda boleh menyemak senarai tersebut seperti mana anda menyemak senarai tersebut di laman web JUF di sini: Matching Gift Program - Islamic Relief USA. Islamic Relief USA juga adalah antara penyumbang terbesar kepada Palestin: Islamic Relief USA - Palestine
Pemilikan McDonald's Corp
Selain daripada Matching Gift ini tidak terdapat bukti jelas McDonald's menyalurkan bantuan kewangan kepada Israel. Seperti yang kita sedia maklum McDonald's adalah sebuah syarikat milik awam yang tersenarai di Bursa Saham New York (NYSE).
Syarikat Awam tertakluk kepada undang-undang yang ditetapkan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) US di mana segala perbelanjaan perlu diaudit dan dilaporkan untuk tujuan percukaian dan sebagai tanggungjawab kepada pelabur awam.
Saya rasa tidak perlu diterangkan siapa pemilik McDonald's Corp kerana sebagai syarikat awam sudah tentulah McDonald's dimiliki beribu pelabur yang memiliki saham McDonald's. Antaranya adalah syarikat pelaburan, insitusi kewangan dan sebagainya yang boleh dirujuk di sini: Morningstar - McDonald's Major Shareholders.
Jack M. Greenberg
Seterusnya berkenaan bekas Pengerusi dan CEO Jack Greenberg yang juga penyokong kuat Israel. Di mana sumbangan beliau dan berapa sumbangan beliau juga masih menjadi tanda tanya. Jawatan beliau sebagai Pengarah Kehormat American-Israel Chamber of Commerce juga tidak dapat mengaitkan McDonald's ataupun sumbangan McDonald's kepada JUF.
Seperti gambar diatas yang dikatakan screenshot daripada laman web JUF yang sudah dipadam akibat boikot terhadap McDonald's. Jawapannya masih sama, sumbangan McDonald's kepada JUF hanya melalui Matching Gift Employee Programme. Banyak lagi corporate partners selain McDonald's yang menyumbang kepada JUF melalui program di atas yang boleh disemak di dalam laman web JUF dan McDonald's pada tahun kebelakangan ini bukan lagiMajor Corporate Partners JUF.
McDonald's di Israel
McDonald's mempunyai 180 buah cawangan restoran di Israel dengan lebih 4,000 orang pekerja di mana 3,000 daripadanya adalah remaja.McDonald's Israel adalah syarikat persendirian yang dimiliki oleh Dr Omri Padan.
Ini kerana mereka menghormati undang-undang antarabangsa yang tidak mengiktiraf penempatan atau perniagaan di atas Green Line atau sempadan yang ditetapkan sebelum Perang Arab-Israel 1967.
Anda juga perlu tahu bahawa warga Israel juga memboikot McDonald's atas sebab polisi tersebut kerana mereka menganggap McDonald's mendiskriminasi warga Israel yang duduk di atas penempatan haram di atas tanah Palestin (Tebing Barat).
Pemilik McDonald's Israel Dr Omri Padan juga adalah salah seorang pengasas NGO Peace Now yang juga anti-penempatan haram di atas Tanah Palestin.
Dibawah adalah keratan berita warga Israel yang duduk di penempatan haram di atas tanah Palestin menyeru rakyat Israel memboikot McDonald's kerana polisi mereka yang tidak mahu membuka cawangan McDonald's di atas tanah penempatan haram:
McDonald's Malaysia
McDonald's Malaysia seperti yang kita semua sudah tahu dimiliki oleh Golden Arches Sdn Bhd yang juga dimiliki oleh McDonald's Corp melalui syarikat mereka seperti dibawah:
Golden Arches Sdn Bhd ini tidak dimiliki oleh anak tempatan atau mana-mana syarikat milik tempatan.
McDonald's Malaysia juga telah menjelaskan kedudukan mereka tentang serangan Israel ke atas Gaza, pemilikan francais, bayaran royalti kepada McDonald's Corp sebagai balasan menggunakan jenama McDonald's di dalam Berita Harian di sini: Berita Harian - McDonald's Malaysia.
Berapakah bayaran royalti yang dibayar kepada McDonald's Corp? Mengikut penyata kewangan Golden Arches Sdn Bhd yang sudah diaudit oleh firma audit Ernst & Young dibawah: Sumber: Suruhanjaya Syarikat Malaysia
McDonald's Malaysia pada tahun 2012 mencatatkan hasil sebanyak RM1.19 bilion , dengan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM162 juta dan keuntungan bersih selepas cukai RM113 juta. Ini bermakna cukai pendapatan yang dibayar McDonald's Malaysia kepada kerajaan adalah sebanyak lebih kurang RM50 juta.
Bayaran royalti kepada McDonald's Corp di USA adalah sebanyak 5% daripada jumlah jualan kasar, disini dengan menganggap semua hasil McDonald's adalah daripada jualan di restoran sebanyak RM1.19 bilion di atas (McDonald's juga mempunyai perniagaan iaitu perniagaan hartanah dan syarikat pencuci) jumlah royalti yang dibayar adalah lebih kurang RM60 juta atau US$20 million.
Daripada hasil McDonald's Corp yang lebih daripada US$28 bilion pada tahun 2013, berapakah jumlah peratusan sumbangan McDonald's Malaysia sebanyak US$20 million tersebut? Ya lebih kurang 0.07% sahaja daripada hasil besar McDonald's Corp yang datang dari seluruh restoran milik mereka dalam dunia. Pada pendapat anda adakah $20 million ini sampai ke Israel (sebenarnya JUF) walaupun seperti yang diterangkan di atas Matching Gift programme hanya terhad kepada MCDonald's US sahaja? Cuba fikir dan kenang sejenak.
Tidak perlu saya sentuh sumbangan McDonald's Malaysia kepada peluang pekerjaan, peluang perniagaan, cukai dan sebagainya kepada Malaysia. Saya yakin rakyat Malaysia lebih bijak menilai.
Harga saham McDonald's Corp yang dikatakan menjunam kebelakangan ini juga adalah disebabkan faktor lain seperti skandal daging tercemar di China, kemungkinan penutupan cawangan McDonald's di Russia akibat krisis geopolitik yang menyebabkan sekatan ekonomi ke atas Russia oleh USA dan juga kejatuhan jualan McDonald's di USA akibat daripada persaingan restoran lain seperti KFC, Burger King, Wendy's, Chipotle, Subway dan lain-lain.
Malah kejatuhan jualan McDonald's USA juga sudah diramal sejak tahun 2010 jauh sebelum serangan ke atas Gaza dilancarkan. Sukar untuk mengaitkan kejatuhan jualan di US dengan aktiviti boikot.
Mengapa McDonald's Tidak Menyaman?
Anda ingat kempen Jamie Oliver terhadap makanan McDonald's yang dikatakan tidak selamat dimakan? Saya tidak mahu mengulas dengan lebih lanjut kerana tidak mahu dituduh sebagai mencari alasan untuk menyokong McDonald's. Anda boleh buat carian di internet. Jamie Oliver tidak pernah disaman McDonald's, mengapa mereka hendak menyaman Inmind's? Ya fakta Inminds itu betul tetapi tidak melambangkan perincian penyaluran dana kepada JUF dan Israel atau IDF.
Adab Memboikot
Memboikot tujuan utamanya adalah untuk memberi tekanan kepada syarikat korporat yang membantu Israel dari segi kewangan dan juga kepakaran dalam bidang ketenteraan. Boikot bukan lah untuk melingkupkan perniagaan sesiapa apatah lagi yang melibatkan rezeki halal warganegara kita sendiri.
Tidak perlulah dihina atau dicaci mereka yang bekerja di McDonald's juga yang masih terus membeli dan makan di McDonald's. Bagi saya dan orang lain tiada bukti jelas di mana McDonald's menyalurkan sumbangan kewangan kepada Israel (JUF adalah) apatah lagi sumbangan kepada tentera Israel yang membantai Gaza sejak bulan lepas.
Jika ada sesiapa boleh membuktikan saluran dana kepada Israel oleh McDonald's Malaysia mahupun McDonald's Corp (selain daripada Matching Gift kepada JUF), saya alu-alukan untuk meninggalkan komen di ruangan komen di bawah.
Tulisan saya tidak akan tamat di sini, seterusnya saya akan menyentuh syarikat korporat yang betul-betul menyumbang kepada Israel melalui pembangunan senjata, perisian pertahanan kepada IDF dan banyak lagi.
Saya harap ramai akan berlapang hati dengan tulisan saya, jika anda berasa McDonald's wajib diboikot itu adalah hak anda dan tiada siapa boleh nafikan hak itu. Dan jika ada orang lain rasa tak perlu boikot McDonald's mereka juga ada hak mereka dan anda juga tidak patut menafikan hak mereka.
Tiada siapa yang waras fikirannya tidak akan sedih dan marah melihat kekejaman tentera Israel yang membunuh penduduk Gaza terutamanya kanak-kanak yang tidak berdosa. Saluran kemarahan anda juga eloklah disalurkan kepada mereka yang benar-benar membantu Israel dari segi ketenteraan, pelanggaran undang-undang antarabangsa dengan menduduki tanah Palestin dan lain-lain.
Pada pendapat saya segala jenis makanan segera seperti McDonald's adalah tidak sihat. Elok juga kalau kekerapan ke McDonald's dan restoran makanan segera lain dikurangkan atau dihentikan sama sekali.
Cuba elakkan memalukan mereka yang tidak memboikot McDonald's dan beradablah dalam memboikot. Jangan merosakkan harta persendirian dan menganggu-gugat ketenteraman awam. Sedang kita mengutuk kekejaman zionis di Gaza, jangan pula kita lupa untuk buang sifat-sifat persis zionis di dalam diri kita.
Nantikan tulisan selanjutnya jika anda berminat. :)
| Isu Boikot McDonald's dan Nestle : Pandangan @Khairykj - Sinar Harian Posted: 07 Aug 2014 08:16 PM PDT - Khairy Jamaluddin
KUALA LUMPUR - [ VIDEO] Tindakan memboikot produk yang dikaitkan dengan Israel didakwa tidak memberi kesan kepada negara itu. Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, tindakan memboikot itu boleh menyebabkan pekerja di kilang-kilang yang memproses di Malaysia kehilangan pekerjaan. "Boikot produk sangat susah. Kalau kita nak boikot produk Israel, kita tak tahu produk itu datang dari Israel ke atau datang dari mana. "Sebagai contoh, ada yang kata boikot produk-produk Nestle. Produk Nestle yang dijual di Malaysia ini dibuat di kilang Nestle di Rembau. Kalau kita boikot Nestle, ramai pekerja di sana kehilangan pekerjaan di kawasan saya," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas mesyuarat Exco Pemuda Umno di sini, hari ini. Menurutnya, keputusan memboikot barangan itu boleh dilaksanakan sekiranya syarikat tersebut jelas menyokong Israel. "Jadi, kita kena fikir betul-betul. Kalau boikot sesetengah produk, yang rasa kesannya bukan Israel tapi orang kita, pekerja kita, rakyat kita dan sebagainya. "Kecuali jelas bahawa syarikat itu menyokong (Israel) dan tidak ada kena mengena dengan pekerja di sini dan sebagainya," katanya. | PAS Dungun Desak Dua Pemimpin PAS @HanipaMaidin @KhalidSamad Sokong @Anwaribrahim Dipecat !!! Posted: 07 Aug 2014 08:12 PM PDT
Pemuda PAS Dungun Desak Hanipa Maidin & Khalid Samad DipecatKUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda Pas Dungun menggesa tindakan tegas diambil termasuk memecat beberapa Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat yang didakwa mengeji kepemimpinan parti berhubung krisis kedudukan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Ketuanya, Syeikh Muhammad Hanafi Abdul Aziz berkata, antara yang perlu dikenakan tindakan tegas tersebut ialah Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad selain beberapa lagi rakan mereka kerana telah menunjukkan sikap biadab dengan pendirian songsang bersekongkol bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR). "Pecat mereka atau biarkan mereka 'tidur' bersama PKR. Jangan biarkan mereka berbuat songsang di dalam Pas. Kami menaruh harapan tinggi kepada Jawatankuasa Badan Disiplin Pas agar mengambil perjalanan yang tegas berpandukan sejarah Ikhwan Muslimin yang berani memecat pimpinan mereka. "Mereka bukan dipecat kerana tidak memberikan khidmat yang cemerlang kepada gerakan Ikhwan, tetapi mereka tidak boleh patuh kepada disiplin jemaah. Maka, tidak sesuai lagi mereka duduk bersama jemaah," ujarnya dalam kenyataan di sini hari ini. Menurut Sheikh Muhammad Hanafi, pihaknya tampil untuk menyatakan pendirian dan ketegasan berhubung apa yang disifatkan sebagai 'isu politik busuk yang terancang' sehingga memalitkan parti dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Mohamed Hanipa ketika berucap dalam forum 'Krisis Selangor: Pakatan Rakyat Berpecah' semalam dipetik sebagai berkata, tindakan Pas mencadangkan tokoh dari luar pakatan pembangkang sebagai bakal Perdana Menteri sebagai satu yang tidak beretika dan Islamik. Mengulas lanjut, Sheikh Muhammad Hanafi berkata, krisis politik di Selangor yang bermula seawal Ramadan lalu tercetus akibat akhlak dan nafsu pemimpin PKR yang terlalu gilakan harta dan pangkat. "Keinginan menjadikan jawatan Menteri Besar Selangor sebagai hak eksklusif parti mereka seolah-olah mereka lupa jumlah kemenangan kerusi Dewan Undangan Negeri yang diperoleh oleh rakan mereka dalam pakatan rakyat," katanya. Kata beliau, sikap buruk PKR yang tergesa-gesa memilih dan mencalonkan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar yang baharu tanpa mendapat nasihat dan persetujuan rakan, menyebabkan kaedah songsang itu tidak dipersetujui Pas pusat. Menurutnya, ketegasan Abdul Hadi jelas mempunyai hikmah apabila tindakan itu menyebabkan AJK Pas Pusat yang 'mengagungkan' PKR kini seperti orang yang mabuk ketum dan meracau. "AJK Pas Pusat tersebut mula menzahirkan wajah sebenar di sebalik topeng dengan terbocornya rahsia sulit perbincangan AJK Pas Pusat. Lebih menjijikkan lagi, mereka menyerang serta memfitnah Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki tanpa menyalahkan pengkhianat yang membocorkan rahsia. "Episod serangan gila mereka berterusan terhadap Presiden Pas. Mereka bersekongkol tanpa maruah, melondeh, mengeji dan menghina kerana mereka lebih sayangkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim)," ujarnya – Utusan | Suara TV : Kenyataan Terbaru Dr Zuhdi Di Rumah MB @Khalid_Ibrahim Semalam Posted: 07 Aug 2014 07:04 PM PDT
Shah Alam – Setelah sekian lama menyepikan diri daripada membuat kenyataan balas berhubung kritikan yang dilemparkan kepada beliau ekoran penyebaran 'WhatsApp' AJK PAS Pusat, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki tampil membuat kenyataan secara terbuka dihadapan jemaah yang hadir pada majlis Solat Hajat di kediaman Menteri Besar malam tadi. Menurut Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS itu segala kritikan mahupun serangan yang dilakukan beliau terhadap Ketua Umum PKR sebelum ini hanyalah kerana dua perkara iaitu ekoran serangan hendap terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta 'Langkah Kajang'. "Saya kritik Ketua Umum PKR disebabkan dua perkara. Pertamanya, saya dimaklumkan oleh sahabat saya ada satu bentuk serangan hendap yang dilakukan keatas peribadi Presiden PAS dan juga Idris bahawa mereka inilah yang mempertahankan Tan Sri Khalid atas sebab kepentingan peribadi. "Serangan itu dilakukan dengan serangan hendap menggunakan portal online. "Keduanya, saya mengambil tindakan menentang Ketua Umum PKR disebabkan 'Langkah Kajang' yang mana 'Langkah Kajang' ini merupakan jalan pintas untuk menuju Putrajaya," ujarnya. Mengulas lanjut Zuhdi berkata meskipun Pakatan pembangkang memenangi banyak kerusi semasa pilihanraya namun mereka masih belum mampu untuk ke Putrajaya dan menyifatkan ia belum sampai masanya lagi. "Belum sampai masanya walaupun mereka mendakwa undi popular lebih tetapi belum sampai masanya. Lantaran itu kita bersabar. Rakyat Selangor memberi amanah kepada MB dan kumpulannya supaya selepas ini kita menyinsing lengan turun memberi khidmat kepada rakyat…bukan menjadikan Selangor ini jalan pintas untuk mendapatkan jawatan-jawatan penting dalam Putrajaya," tegasnya. Katanya lagi, beliau percaya dan yakin serangan hendap yang cuba dilakukan terhadap Hadi datangnya daripada orang terdekat Anwar. Sehubungan itu, Zuhdi berkata sebagai ahli PAS beliau tidak akan berdiam diri dengan tindakan tersebut. Namun, malangnya tindakan Zuhdi bangkit mempertahankan Hadi disifatkan pula sebagai orang yang tidak amanah dan hanya bertujuan meruntuhkan Pakatan Rakyat. Sebaliknya, beliau mempersoalkan mengapakah tiada tindakan yang diambil oleh pihak yang membuat serangan hendap terhadap Tuan Presiden. "Apabila kita menyerang semula kita dianggap sebagai orang yang tidak amanah dan bertujuan meruntuhkan PR. Kenapa tidak diambil tindakan kepada orang yang mengambil tindakan secara serangan hendap yang sehingga hari ini serengan tersebut masih berterusan melalui akhbar? soalnya. Mengulas lanjut isu menteri besar Selangor Zuhdi menegaskan bahawa langkah mahu menggugurkan Menteri Besar bukanlah semudah yang disangka seperti menukar pakaian. "Tindakan menurun atau menaikkan pemimpin bukan seperti tukar pakaian, nak turun orang ni, tak puas hati dengan orang ini atau nak naikkan orang kesukaan dia bila-bila masa seperti mana tukar pakaian. "Ini bukan amalan yang baik hatta dalam negara demokrasi, biarkan negara demokrasi ini dipimpin oleh Perlembagaan. Lima tahun sekali, berikan ruang, " katanya. Selain itu, Zuhdi sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak pernah menyokong cadangan yang diperdebatkan dalam WhatsApp tersebut sebaliknya hanya mengemukakan beberapa senario sahaja. Mesej WhatsApp yang dikatakan mengandungi perbincangan sulit antara sekumpulan pemimpin kanan PAS sekiranya parti tersebut keluar daripada pakatan pembangkang dan bekerjasama dengan UMNO itu tersebar sejak Ahad lalu. Berdasarkan pada cetakan skrin mesej WhatsApp terbabit seperti yang disebarkan melalui media sosial, Mohd. Zuhdi memberi analisis bahawa PAS mungkin boleh mengekalkan penguasaan parti itu di Selangor sekiranya bergabung dengan 12 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dan dua ADUN PKR.
Sent from my iPhone
| Pengganggur Ditahan @pdrmsia Sebar Berita Palsu Kes Potong Tangan di Facebook cc @Zahid_Hamidi @Kbab51 Posted: 07 Aug 2014 06:43 PM PDT
Tahniah. Mohon disebarkan | Rakaman Video Sidang Media DS @Zahid_Hamidi Sekembali Dari Ukraine @Youtube Semalam Posted: 07 Aug 2014 01:09 AM PDT | JAKIM Luluskan Program Rashidun Caliph 2014 ? Cc @NajibRazak @Dsjamilkhir Posted: 07 Aug 2014 12:20 AM PDT
Menurut info boleh dipercayai beberapa tokoh pro wahabi dipercayai menjadi antara jemputan program di bawah. Yang dianjurkan oleh Tathweer Sdn Bhd. Tathweer ertinya Revolusi.
Antaranya Bilal Philips yang menolak pandangan ulama muktabar dan mengatakan Nabi mati, tidak hidup di dalam kubur.
Beliau memang aktif berceramah membawa fahaman wahabi.
Wujud persoalan bagaimana wahabi boleh diberi ruang di PWTC dan berani menulis 'approved by' JAKIM ?
Harap kita jangan benarkan Tun Mahathir yang selalu menegaskan Malaysia negara Sunni mazhab Syafei dijadikan alat untuk melindungi mereka pro wahabi dari dikecam ulama ulama dan agensi agama Malaysia.
Kita yakin DS Jamil Khir juga sentiasa memegang kenyataannya di Parlimen tentang pegangan rasmi negara Mazhab Syafei Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah klik video
Wahabi ditolak kerana majoriti ulama menolak aliran pandangan ulama wahabi dan ia menjadi sebab utama kita menolak fahaman mereka dan berusaha menyekatnya dari merosakkan masyarakat yang belum mampu mengkaji mendalam isu ini kecuali ahli ilmu yang mempunyai capaian dan akses untuk menelitinya dari sudut ilmiah.
Sekian mohon disebarkan.
Sent from my iPhone
| |
Kembara Politik Posted: 07 Aug 2014 11:18 PM PDT KAITAN ANTARA ISU PKR NAK TUKAR MB DAN SERANGAN ISRAEL Posted: 07 Aug 2014 01:35 AM PDT Sudah tidak menjadi rahsia lagi apabila PKR mahu menukar MB selangor yang disandang oleh Khalid Ibrahim kepada Wan Azizah. Sudah bukan lagi rahsia apabila wan azizah mengakui beliau rela menjadi MB boneka kepada Anuwar Ibrahim. Sudah bukan lagi rahsia bila Anuwar Ibrahim menganggap selangor hak miliknya selepas Wan Azizah berkata kerusi MB adalah milik Anuwar Ibrahim. Apa yang menjadi persoalannya ialah MENGAPA SEKARANG?? Rakan-rakan ada memberitahu sebenarnya perbincangan memang telah dilakukan antara parti PAS,PKR dan DAP untuk menukar Khalid Ibrahim sebelum ini, dan mereka telah bersetuju untuk menukar Khalid Ibrahim tetapi mahu memberi masa kepadanya. Rupanya sudah apa kesepakatan untuk menukar MB selangor, tetapi mengapa tiba-tiba PKR mahu menukar Khalid sekarang?.. secara tiba-tiba, tanpa pengetahuan PAS dan DAP, Anwar telah mengumumkan perlantikan Wan Azizah sebagai pengganti MB Selangor. Kalau mahu di katakan sebab DSAI mahu masuk penjara, rayuannya di mahkamah rayuan masih berjalan dan sudah semestinya dia tidak akan dipenjarakan dalam masa terdekat. Jadi mengapa mahu ditukarkan MB secara tergesa-gesa??
Apa yang saya dapat kaitkan hanyalah kaitan isu MB ini dengan serangan israel terhadap Palestine. DSAI pernah mengatakan akan menyokong keselamatan Israel. Adakah ini caranya beliau melindungi keselamatan israel?? Jika dilihat kronologi serangan israel dan situasi politik PKR di Malaysia, ia seolah-olah ada kaitan.
1. Pertama kali palestin diserang dalam bulan ramadhan - para cyber trooper PR mengaitkan israel dan kerajaan Malaysia. Ia seolah-olah untuk meningkatkan sentimen politik yang bersifat local dan mengalih pandangan rakyat Malaysia terhadap isu global sebenar iaitu kekejaman israel. 2. Semasa isu MH17, sehari selepas MH17 ditembak israel terus menyerang palestin - pada ketika itu juga cyber trooper PR sibuk untuk mengalihkan pandangan rakyat malaysia kepada politik local. ini termasuk twitter daripada DSAI sendiri yng mengatakan MH17 ditembak kerana DS Najib lantang menolong palestin dan dibalas sedemikian rupa. 3. ketika israel memperhebatkan serangan keatas palestine dengan operasi tentera daratnya - PKR terus menghangatkan isu penukaran MB selangor. | kaitan DSAI dan yahudi |
Kemelut penukaran MB selangor ini sebenarnya banyak memberi kerugian kepada parti PKR dan PR. Kita tidak perlu menjadi penganalisis politik untuk mengetahui hakikat ini. Ia agak terang, memang isu ini amat merugikan PR dan PKR. Tetapi mengapa DSAI meneruskan juga isu ini. Isu penukaran MB seolah-olah sengaja ditimbulkan, sedangkan ia boleh diselesaikan di peringkat parti.
Adakah isu MB selangor ini dilakukan untuk mengalihkan perhatian masyarakat Malaysia terhadap kekejaman israel?saya pun tidak dapat menjawab persoalan ini.
Ini hanyalah pendapat peribadi penulis terhadap apa yang berlaku di Selangor dan dunia. Mungkin juga serangan kejam Israel dan isu politik Malaysia ini berlaku secara mengikut turutan ini adalah kebetulan. Mungkin juga ia satu rancangan teliti oleh pihak-pihak tertentu untuk mengalih perhatian masyarakat.
Walaupun isu MB Selangor ini hangat diperkatakan, tetapi syukur juga perhatian masyarakat Malaysia terhadap kekajaman israel tidak hilang. Kita masih mengikuti perkembangan kekejaman israel dan kita juga mahu memboikot barangan israel. ini menunjukkan kita peduli akan saudara kita di palestin. Semoga boikot kita terhadap barangan israel ini akan memberi kesan. ALLAHUAKBAR... | |
ANGIN PERUBAHAN Posted: 07 Aug 2014 09:42 PM PDT |
GERAKAN ANTI PKR Posted: 07 Aug 2014 09:40 PM PDT |
PenangWasabi Posted: 07 Aug 2014 09:40 PM PDT 15 sertai sukan bogel dikenal pasti? Posted: 07 Aug 2014 09:15 AM PDT Polis sudah mengenal pasti seramai 15 individu yang dipercayai terlibat dalam aktiviti sukan dalam keadaan berbogel di Pantai Teluk Kampi, Teluk Bahang, dekat sini baru-baru ini. Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pihaknya kini sedang mengesan kesemua individu terbabit bagi melengkapkan siasatan berhubung kes tersebut. Menurut beliau, berdasarkan maklumat yang diperoleh pihaknya, tujuh daripada individu yang dikenal pasti terbabit dipercayai merupakan warga tempatan manakala empat lagi warganegara Singapura. Tambahnya, dua lagi individu dipercayai merupakan warganegara Myanmar manakala masing-masing seorang dari Filipina dan India. "Kes ini disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan. Kita juga telah kenal pasti kesemua enam wanita dan sembilan lelaki dalam video itu. "Kita sedang mengesan mereka bagi membantu siasatan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Terdahulu, Abdul Rahim menyaksikan majlis serah terima tugas melibatkan Asisten Supritendan Ahmad Ezzely Dzubree Razali yang dilantik memangku jawatan Ketua Turus Trafik Negeri menggantikan Deputi Supritendan Abdul Rahim Mohd. Zin yang akan bertukar ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah berkuat kuasa Isnin ini. Beberapa pihak semalam membuat laporan polis berhubung video bertajuk 'Pesta Bogel Di Teluk Bahang, Penang' yang tersebar secara meluas dalam laman sosial sejak kelmarin. Video berdurasi lima minit 52 saat itu memaparkan sekumpulan lelaki dan wanita dewasa dalam keadaan bogel melakukan pelbagai aktiviti di sebuah pondok dan di tepi pantai berkenaan dan program berkenaan dipercayai dianjurkan aktivis alam sekitar dari Singapura. Dalam video itu, peserta program tersebut melukis di badan antara satu sama lain dalam keadaan berbogel, menari serta mengadakan acara sukan dan diakhiri dengan aktiviti unggun api pada sebelah malam serta tertera tulisan see u in 2015 (Jumpa anda pada 2015). Menurut Abdul Rahim, sehingga semalam, polis merekod keterangan daripada 10 individu awam yang dipercayai dapat membantu menjalankan siasatan berhubung penganjuran sukan bogel berkenaan. Dalam masa sama, beliau meminta orang ramai dan mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung aktiviti sukan bogel tersebut menyalurkannya kepada polis bagi membantu siasatan. Sementara itu, Pihak berkuasa Taman Negara Pulau Pinang sedang menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang kakitangannya yang bertugas sebagai penjaga kawasan di Teluk Kampi dekat Teluk Bahang, ekoran kejadian pesta sukan bogel yang didakwa berlangsung di pantai itu Mei lalu. Kakitangan itu didakwa mengetahui aktiviti memalukan tersebut dan sudah memberi amaran kepada kumpulan terbabit supaya tidak melakukan perkara mengaibkan berkenaan namun gagal memaklumkan kepada pihak atasan mengenainya. Penang Wasabi... | PESTA BOGEL: GUAN ENG TERUK DIBELASAH KERANA TWEET MENIPU? Posted: 07 Aug 2014 01:46 AM PDT Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memuat naik beberapa status perkembangan semasa Pesta Sukan Bogel Pulau Pinang 2014, di Twitternya kelmarin mengundang rasa tidak puas hati di kalangan masyarakat. Antara statusnya 'Inilah kawasan diwartakan Kerajaan Persekutuan yang chalet untuk pegawai awam sahaja. Macam mana boleh bagi sama orang luar guna?' Satu lagi status berkaitan di Twitter ketua menteri itu turut memaparkan gambar sebuah rumah kayu. Guan Eng berkata, 'Inilah chalet di Taman Negara Pulau Pinang yang mencetuskan berita sensasi! Kerajaan Negeri Pulau Pinang serahkan kepada pihak polis untuk siasat'. Bagaimanapun gambar rumah yang dipaparkan berkenaan bukanlah chalet sebaliknya adalah sebuah surau. Disebabkan itu, ia mendapat reaksi daripada pengikut laman Twitter beliau. Salah seorang daripada mereka menjelaskan ia bukan chalet sebaliknya surau terbuka. Sementara seorang lagi pengikut yang lain mendakwa fakta yang dibuat Guan Eng memalukan. Adun Teluk Bahang, Datuk Shah Headan Ayoob Shah turut menyanggah dakwaan berkenaan dengan mengatakan ketua menteri itu tidak tahu apa-apa. "Ini kerana Guan Eng tidak mendapat maklumat yang tepat, ia maklumat yang salah, Teluk Kampi adalah kawasan untuk orang ramai dan boleh digunakan oleh sesiapa sahaja. "Malah di situ juga tidak mempunyai chalet, yang ada hanya kemudahan asas seperti surau, dewan terbuka, pejabat kakitangan dan tandas, bukannya tempat penginapan seperti yang dikatakan beliau," katanya. Segalanya di sini? Penang Wasabi.. | |
BERANI MEMBUAT PILIHAN... Posted: 07 Aug 2014 03:05 PM PDT Enggan kahwin selepas pancut air mani dalam mulut tunang Posted: 07 Aug 2014 09:30 AM PDT Seorang bapa telah mengiklankan bagi mencari seorang lelaki yang dipercayai tunang kepada anaknya dengan tawaran RM10000 tunai. Lelaki terbabit diburu selepas didakwa telah melarikan diri daripada tanggungjawab untuk berkahwin. Bapa kepada anak perempuannya itu telah mendedahkan pelbagai maklumat penting seperti alamat tetap, alamat terkini, no plat kenderaan dan juga no kad pengenalan lelaki itu. Bapa tersebut mendakwa lelaki tersebut telah memancutkan air mani ke mulut anaknya merangkap tunangnya tapi enggan dan memberi pelbagai alasan. Jika perkara ini merupakan satu gurauan melampau, kami sarankan agar diberhentikan kerana ada alamat dan identiti seseorang telah didedahkan dan mereka boleh mendapat aib yang tidak diundang. | 'Jilboobs': Gaya menutup aurat gadis remaja yang seksi sesat Posted: 07 Aug 2014 07:01 AM PDT Awas wanita dan gadis diluar sana. Jagalah pemakaian anda. Ini dikhususkan kepada mereka yang bertudung. Jika bertudung, biarlah mengikut landasan syariah. Menutup segala yang perlu. Jika tidak, anda mungkin mendapat gelaran terbaru - 'Jilboob'. Perkataan asal dari gelaran tersebut dipercayai berasal dari perkataan 'jilbab' yang bermaksud tudung, namun dikombinasikan dengan 'boobs' - payudara. Gelaran tersebut diberikan kepada golongan gadis yang memakai tudung, tetapi berbaju ketat hingga menonjolkan payudara serta bentuk tubuh masing-masing. Amat malang jika foto-foto mereka dalam keadaan sedimikian dicuti oleh individu yang tidak bertanggungjawab dan memuatnaik ke laman 'haram' seperti di bawah. | Aku tiduri kakak kandungku... Posted: 07 Aug 2014 06:31 AM PDT Brazil – Seorang wanita tidak menyangka pertemuan semula dengan ibunya yang telah meninggalkannya ketika berusia setahun, bukan membawa kegembiraan sebaliknya membawa berita yang lebih mengejutkan. Rupa-rupanya wanita itu, Adriana, 39, baru mengetahui bahawa dia sebenarnya berkahwin dengan adik lelakinya sendiri, Leandro, 37. Semuanya berlaku apabila Adriana dan Leandro ditinggalkan oleh ibu mereka, dan kedua-duanya dibesarkan oleh orang lain. Adriana dan Leandro, yang sudah berkahwin selama tujuh tahun dan memiliki seorang anak perempuan berusia enam tahun, tidak pernah mengenali antara satu sama lain selama ini dan ditinggalkan ketika masih bayi. Namun pada masa sama, mereka juga cuba mengesan ibu mereka yang dikenali sebagai Maria. Tetapi tanpa disedari mereka mencari orang yang sama. Adriana yang mempunyai tiga anak hasil perkahwinan lalu bertemu dengan dengan Lenadro selepas perkahwinannya gagal. Mereka hanya mengetahui mengenai perkara sebenar minggu lalu selepas Adriana menghubungi sebuah stesen radio untuk mengesan ibunya. "Saya tidak percaya apa yang anda katakan di sini bahawa Leandro adalah adik saya,'' katanya sambil meraung ketika pertama kali ditemubual dalam stesen radio berkenaan pada hari ibunya Maria dikesan. Bagaimanapun semalam, Adriana dan Leandro memberitahu mereka akan menetap bersama dan tidak akan berpisah meskipun sudah disahkan sebagai kakak dan adik. "Hanya kematian yang akan memisahkan kami. Selama ini saya menganggap ia sesuatu yang melucukan apabila nama ibu kami adalah sama dan menyifatkan ia sebagai kebetulan sahaja,'' katanya. | (Foto) Gadis bertudung persis wajah Lee Chong Wei tersebar Posted: 07 Aug 2014 06:01 AM PDT Pelanduk dua serupa... Gambar kembar seiras jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei tersebar di media sosial. Namun, gambar wanita bertudung itu tidak diketahui pula siapa tuan empunyanya. Jika Datuk Lee Chong melihat gambar dibawah, pasti beliau berasa geli hati. Sumber | Guan Eng tegur Nasruddin supaya jadi Muslim yang baik Posted: 07 Aug 2014 03:05 AM PDT Tindakan undang-undang terhadap Ahli Parlimen Temerloh Nasruddin Hassan jika beliau gagal membuat permohonan maaf tanpa syarat kerana mengeluarkan kenyataan tanpa asas berkenaan terowong bawah laut Pulau Pinang. Lim berkata, Nasruddin berpegang kepada "dakwaan dan penipuan tidak berasas" berkenaan pembiayaan projek pembinaan terowong dasar laut dan penganugerahan projek berbilion ringgit itu. "Nasruddin mempunyai 24 jam untuk menarik balik penipuannya dan membuat permohonan maaf kepada saya," kata Lim di pejabatnya di Pulau Pinang, hari ini. Lim berkata, tindakan undang-undang akan dikenakan kepada Nasruddin sekiranya beliau gagal berbuat demikian kerana "penipuan yang dilakukannya sama seperti cybertroopers yang pro Umno dan Barisan Nasional (BN)". Katanya, jika Nasruddin merupakan umat Islam yang baik, dan tidak hipokrit, beliau sudah tentu akan menarik balik dakwaan yanng dibuatnya. – 7 Ogos, 2014. | Yahudi kutuk uniform rasmi tentera Malaysia Posted: 07 Aug 2014 12:01 AM PDT Nampaknya ada salah faham berlaku dalam kalangan Zionis-zionis sekalian. Mengikut gambar yang disebarkan dalam forum, mungkin terjadi satu perdebatan diantara orang melayu yang bernama Mohamad Azlan dan juga seorang yang bernama Rabbi Burns yang jelas-jelas merupakan seorang Yahudi. Rabbi Burns dalam gambar terbabit telah menanyakan Mohammad Azlan "Kenapa askar korang pakai baju "orang perempuan". Dalam gambar tersebut juga, seorang yang bernama Bob Knot telah komen askar Melayu sebagai "Penakut". Ini jelas menunjukkan mereka ni tidak tahu apa-apa pasal Malaysia dan adat resam kita. Wahai Yahudi, itu adalah SAMPIN, bukannya skirt. Dan itu bukannya pakaian askar pakai untuk pergi perang. Nampaknya orang Yahudi ni tidak lah sepandai macam yang kita sangkakan. Ada juga kebodohannya Siakapkeli.com | (Video) 'Faekah anak dara tua yang kurang seks' - Hishamuddin Rais Posted: 06 Aug 2014 11:01 PM PDT AKTIVIS pembangkang, Hishamuddin Rais dikecam oleh peserta forum 'Krisis MB Selangor' apabila mengeluarkan kenyataan menghina kaum wanita dalam forum tersebut. Dalam kenyataannya (boleh rujuk minit ke 1:25), Hishamuddin merujuk bekas setiausaha Menteri Besar Selangor, Faekah Hussin sebagai 'anak dara tua yang kurang seks'. Ia ternyata mengundang rasa tidak puas hati peserta forum yang secara terbuka mengkritik ucapan Hishamuddin. Anda lihat video ini, anda nilailah sendiri orang yang bernama Hishamuddin Rais ini… | 'Ada unsur seks, tapi tidak mengghairahkan' - Raja Azmi Posted: 06 Aug 2014 10:01 PM PDT Selepas filem, kini penerbit kontroversi Raja Azmi Raja Sulaiman melancarkan karya terbarunya iaitu sebuah novel bertajuk Karkuma yang tidak kurang kontroversinya. Novel berkenaan dikatakan memaparkan kisah yang mempertahankan elemen seperti agama, cinta dan seks. Menurut beliau, anda unsur agama, cinta dan seksual tidak digarap dalam sesebuah karya, novel yang ditulis boleh dianggap sebagai masakan kurang rencah. Oleh sebab itu, Raja Azmi terus menyelitkan ketiga-tiga elemen berkenaan yang diterbitkan oleh syarikat Merpati Jingga. Beliau sebelum ini juga pernah menulis novel yang ada unsur seks iaitu Cinta 200 ela yang diharamkan penjualannya. Dengan Karkuma, beliau sudah bersedia dikecam sekali lagi. "Memang ada elemen seks dalam novel itu, tetapi tidak terperinci seperti novel Cinta 200 ela. Elemen seks hanya dalam bentuk pantun yang dipetik daripada kisah benar masyarakat dulu kala di Bali. "Jika itu boleh mengundang kecaman masyarakat, saya tidak tahu hendak kata apa. Cuma nasihat saya, baca dulu novel berkenaan sebelum mengecam. Apa yang boleh saya katakan, buku ini lebih sopan dan tidak mengghairahkan seperti Cinta 200 ela yang lebih terperinci kisah seksnya. "Bagaimanapun, jika buku ini mencetuskan kontroversi, saya terima. Selama berada dalam industri, saya sudah lali dengan kontroversi. Bukan saya yang mencari semua itu, tetapi kontroversi yang mencari saya," katanya yang mengambil hampir lima tahun untuk menghasilkan novel Karkuma. Menurut penerbit itu, Karkuma dihasilkan beliau dengan sepenuh jiwanya. Malah, katanya, beliau menulis Karkuma dengan hati yang ikhlas berbanding novel pertama, Black Widow. Menurut laporan Berita Harian, Raja Azmi mengakui, ketika menghasilkan Black Widow, beliau hanya mahu mengejar glamor. Ini kerana ketika itu, beliau bersuamikan pemain badminton hebat, Datuk Jalani Sidek. Malah, katanya, Karkuma boleh dianggap novel yang matang. Biarpun terpaksa menempuhi halangan dalam menyiapkan novel berkenaan, Raja Azmi mengakui dirinya puas. "Saya mula menulis Karkuma pada 2010. Bagaimanapun, ia terhenti separuh jalan rentetan dugaan yang saya hadapi. Ini termasuk isu tangkap khalwat yang membantutkan proses penulisan novel ini hingga saya berhenti menulis hampir setahun. "Tahun 2011 dan 2012 adalah fasa yang sangat mencabar dalam hidup saya. Selain isu tangkap khalwat, saya berdepan dengan episod perceraian bersama Jailani. Semua itu membantutkan usaha saya untuk menyiapkan novel ini," katanya. Raja Azmi berkata, Karkuma cukup dekat dengan kisah hidupnya. Menurutnya, biarpun jalan cerita mungkin tidak menggambarkan sepenuhnya perjalanan hidupnya, namun jiwanya menebal dalam novel berkenaan. Karkuma mengisahkan seorang pemuda yang boleh berbicara dengan tumbuh-tumbuhan. Pemuda itu jatuh cinta dengan seorang wanita yang turut diidamkan jejaka lain iaitu Jemang. Konflik ini membawa kepada tindakan Jemang yang cuba menghapuskan Karkuma menggunakan kuasa jin. Tambah Raja Azmi lagi, hampir 80 peratus novel ini ditulis pada waktu malam. Berkongsi pengalaman menghasilkan novel itu, Raja Azmi berkata, apabila membabitkan babak bersama jin, beliau terketar-ketar dan bulu romanya meremang hingga berhenti menulis. – MYNEWSHUB.MY | (Foto) Baju melekat tubuh Adik Neelofa serlahkan kewanitaannya Posted: 06 Aug 2014 08:01 PM PDT Setelah Neelofa kini bertudung, tumpuan padanya oleh media-media hiburan tampak sedikit kurang. Mungkin itu yang lebih buat gadis kecil molek tersebut. Walaupun Lofa sedikit demi sedikit jarang tampil dalam media hiburan, kini ahli keluarganya pula menjadi buruan. Semua sedia maklum ahli keluarga Lofa terutama adiknya Nur Amira yang baru mencecah usia 13 tahun semakin hari semakin terserlah keayuaanya. Foto di bawah di dakwa foto terkini adik kepada Neelofa...wow! | Risiko hilang S'gor berbaloi, asal dapat tukar Khalid kata Rafizi Posted: 06 Aug 2014 06:50 PM PDT Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata risiko kehilangan Selangor itu berbaloi asalkan PKR berjaya menukar menteri besar yang kurang berintegriti. Beliau berkata PKR tidak mempunyai kelebihan seperti ahli yang ramai atau kewangan dan hanya memiliki kelebihan integriti. "Biarlah kami hilang Selangor sekalipun asalkan kami tidak khianat kepercayaan rakyat terhadap kami," kata beliau selepas sebuah forum di Kuala Lumpur semalam. Rafizi mendedahkan betapa PKR sebenarnya memang mahu menukar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sejurus selepas memenangi 34 dari 56 kerusi Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke 13 tahun lalu tetapi dibantah oleh rakan sekutunya DAP dan PKR. Hal itu juga diakui beliau menyebabkan pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali marah kerana sepatutnye beliau yang dilantik sebagai menteri besar. Bagaimanapun Rafizi berkata hal ini berlaku kerana "PKR sentiasa mendengar konsensus bersama Pakatan Rakyat." "Keputusan tukar ADUN itu hak PKR tapi keputusan tukar menteri besar itu adalah milik Pakatan. "Kalau ada seorang ADUN yang DAP dan PAS setuju kita dah dapat menteri besar baru dua tahun lalu," kata beliau. Sukar dapat konsensusAnggota Parlimen Pandan mengakui kesukaran mendapat konsensus dan persetujuan dari parti lain terutamanya PAS menyebabkan PKR melakukan "Langkah Kajang" awal tahun ini secara solo pada awalnya. Beliau mendedahkan betapa PAS ketika di ambang PRU 13 turut mencadangkan anggota Parlimen Umno Tengku Razaleigh Hamzah sebagai perdana menteri sekiranya Pakatan memenangi pilihan raya. "Kalaulah saya bincang dengan PAS untuk kosongkan kerusi ADUN dan ganti dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sampai hari ni tak tukar menteri besar. "Bincang nak tukar perdana menteri pun enam tahun tak selesai, apa yang buat anda berfikir perbincangan (tukar mb) akan berlaku dengan cepat," kata beliau. Hal ini menyebabkan seorang lagi panelis ahli jawatankuasa PAS Hanipa Maidin memohon maaf kepada PKR dan Rafizi dan menegaskan beliau tidak mengetahui langsung perkara tersebut dan menganggap perkara tersebut tidak patut berlaku. "Walaupun saya ahli jawatankuasa PAS pusat, secara terus terang saya tak tahu apa yang dikatakan Rafizi itu. Jika saya tahu saya akan menentang habis habisan. "Hal ini tidak beretika dan tidak Islam. Bagaimana boleh cadangkan org luar pakatan sebagai perdana menteri?" katanya. | Sukaneka bogel: Guan Eng tuding jari pada renjer Posted: 06 Aug 2014 06:40 PM PDT Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng beliau terkejut dengan dakwaan bahawa seorang renjer berada di lokasi kegiatan aktiviti sukaneka bogel kontroversi di kawasan hutan simpan di Teluk Bahang. Katanya, seorang peserta kegiatan tersebut menulis komen di Internet bahawa renjer berkenaan, yang masih belum dikenalpasti oleh pihak berkuasa, turut membantu menyalakan unggun api untuk para aktivis tersebut. "Ini sangat aneh. Saya belum melihat video berkenaan, tetapi difahamkan ada seorang renjer di latar belakangnya. Renjer tersebut bertugas pada hari itu. "Nampanya, kumpulan tersebut memaklumkan kepada renjer tersebut mengenai kegiatan mereka dan terus menjalankannya. "Selepas program itu, mereka mendapatkan bantuan beliau untuk menyalakan unggun api. Beliau turut membantu menuangkan minyak gasolin untuk membantu menyalakan api," katanya. Lim menggesa pihak berkuasa Taman Negara bertindak ke atas perkara tersebut memandangkan kawasan itu tertakluk bawah bidang kuasa Kementeri Sumber Asli dan Alam Sekitar. Beliau merujuk kepada rakaman video menunjukkan kegiatan sukaneka bogel bertajuk "Penang Nudist Sports Games 2014", yang berlangsung di Teluk Kampi, di lokasi Taman Negara. Dalam video tersebut, individu yang dipercayai berusia antara 30 hingga 45 tahun itu antaranya ditunjukkan membuat lukisan di badan dan menari di keliling unggun api dalam keadaan bogel. Polis setakat ini dilaporkan mengenalpasti 15 orang individu, termasuk tujuh orang warga tempatan. | MP PAS guna taktik kotor fitnah saya - Lim Guan Eng Posted: 06 Aug 2014 06:30 PM PDT Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang menyatakan rasa terkejut terhadap kenyataan anggota Parlimen PAS Nasruddin Hassan yang membangkitkan isu projek terowong RM4.63 bilion yang dikatakan diberi secara rundingan terus. Dalam kenyataannya hari ini, pejabat Lim Guan Eng itu menyifatkan serangan itu "menggunakan taktik kotor Umno untuk membuat fitnah-fitnah jahat" padanya. Kenyataan yang dihantar oleh pegawai khas ketua menteri itu, Nor Diana Mohd Zabidi itu bagaimanapun tidak menjawab secara langsung perkara dibangkitkan wakil rakyat Temerloh itu. "YAB Lim Guan Eng akan menjawab tuduhan tanpa asas tersebut dalam satu sidang akhbar yang dijadualkan berlangsung esok pada jam 12 tengah hari di Pejabat Ketua Menteri, Tingkat 28, Komtar, Pulau Pinang," menurut kenyataan itu. Nasruddin (atas) membangkitkan bagaimana Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim "dibantai teruk" dalam isu Lebuh Raya Kidex sedangkan projek terowong bawah dasar laut itu tidak pula disentuh. Bekas ketua Pemuda PAS itu mempersoal di mana suara pemimpin Pakatan Rakyat yang selama ini menentang amalan rundingan terus dalam projek kerajaan. Nasrudin juga berkata, projek itu dijangka akan menyebabkan kesesakan lebih teruk di Pulau Pinang serta membangkitkan kemampuan Pulau Pinang membiayainya ketika bajet defisit terus dicatat untuk tahun keenam. Isu Kidex antara hujah digunakan PKR untuk menggantikan Khalid dengan presiden parti Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai menteri besar Selangor. | Ketua setiausaha sulit MB buat aduan siasat dakwaan rasuah Posted: 06 Aug 2014 06:21 PM PDT Ketua setiausaha sulit kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini terhadap dakwaan perlakuan rasuah yang dilakukan oleh beberapa pemimpin PKR. Mohamad Yasid Bidin tiba di pejabat SPRM Shah Alam sekitar jam 3 petang tadi sambil dilihat membawa dokumen yang dikemukakan oleh Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail. Turut kelihatan ialah kedua-dua setiausaha politik Khalid, Mustapha Mohd Talib dan Azman Abidin, Timbalan Ketua Pemuda PKR Khairul Anuar Ahmad Zainuddin serta beberapa lagi ahli PKR. "Hari ini saya membuat laporan kepada SPRM berkenaan surat aduan dakwaan salah laku yang dilakukan menteri besar. "Sebagai kakitangan di pejabat menteri besar, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk serahkan kepada SPRM untuk menjalankan siasatan," kata Yasid kepada pemberita di Shah Alam. Katanya, Khalid yakin beliau tidak melakukan sebarang kesalahan seperti didakwa Saifuddin. Justeru, perkara itu perlu dibawa kepada SPRM bagi membolehkan kertas siasatan dibuka. Beliau berkata, pihak yang mengemukakan dakwaan sehingga hari ini gagal menyerahkan sebarang laporan kepada SPRM. Oleh itu, atas inisiatif sendiri, pihak pejabat Khalid mengemukakan laporan berkenaan. Saifuddin sebelum ini dilaporkan berkata akan mendedahkan sebab di sebalik usaha PKR menyingkirkan Khalid sebagai menteri besar dan menggantikannya dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Saifuddin berkata antara kandungan laporan tersebut termasuk kes-kes mahkamah yang boleh dipertikai mengenai integriti Khalid sebagai seorang penjawat awam. Antara yang didakwa Saifuddin adalah sebuah kes yang diselesaikan di luar mahkamah membabitkan saham Kumpulan Guthrie Berhad bernilai RM66.67 juta semasa Khalid memegang jawatan ketua pegawai eksekutif syarikat itu. Khalid dalam bagaimanapun menafikan dakwaan beliau terlibat dalam salah laku dan mencabar PKR melaporkan perkara tersebut kepada SPRM. "Saya memandang serius tuduhan salah laku yang dilemparkan Saifuddin. Saya menafikan dakwaan ini kerana ia tidak benar sama sekali," kata Khalid. "Sekiranya Saifuddin yakin beliau juga berada di pihak yang benar, maka beliau dan rakan-rakan dalam PKR sepatutnya membuat laporan dengan kadar segera kepada SPRM dan Bank Negara Malaysia," katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman Facebook rasminya. Khalid dalam kenyataannya turut menyatakan kesediaan bekerjasama jika disiasat pihak berkuasa. "Saya mengambil kesempatan ini untuk menyatakan kesediaan memberikan sepenuh komitmen dan kerjasama sekiranya ada siasatan dijalankan terhadap saya," katanya. – 6 Ogos, 2014. http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ketua-setiausaha-sulit-buat-aduan-siasat-dakwaan-rasuah-mb#sthash.IKq9wCAG.dpuf | 'Saya cakap sekali sahaja, saya sokong MB Khalid' - Nik Aziz Posted: 06 Aug 2014 06:10 PM PDT KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini sekali lagi mempertahankan kenyataannya agar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor. Nik Abdul Aziz yang juga bekas Menteri Besar Kelantan berkata tidak ada sebab baginya untuk mengubah pendirian berhubung kemelut isu Menteri Besar Selangor itu. "Saya cakap sekali sahaja, bukan dua kali. Anda boleh 'check' (periksa) kenyataan saya dahulu," katanya ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka di sini. Beliau yang kelihatan sedikit uzur menasihatkan pihak lain yang menuduh Abdul Khalid terbabit dengan salah laku semasa memegang jawatan itu agar tidak berterusan memburukkan Menteri Besar itu. "Sebarang tuduhan sesama sendiri boleh membawa kesan yang tidak baik. Tidak elok untuk membuka keaiban orang lain," katanya. Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution baru-baru ini mendakwa Abdul Khalid perlu ditukar kerana terdapat masalah keraguan integriti susulan isu penyelesaian hutang Abdul Khalid dengan sebuah bank. Nik Abdul Aziz dalam kenyatannya sebelum ini mempersoalkan tindakan pihak tertentu yang mahu menggugurkan Abdul Khalid daripada kedudukannya sebagai Menteri Besar. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut mempertahankan Abdul Khalid untuk mengekal jawatan berkenaan kerana menurutnya Abdul Khalid tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat. Turut bersama menyokong adalah Dewan Ulama Pas Pusat yang menegaskan Abdul Khalid patut dibenarkan meneruskan tugasnya sebagai Menteri Besar Selangor sehingga ke akhir penggal kerana tiada sebarang alasan syarie yang kukuh dikemukakan setakat ini untuk mewajarkan penukarannya. Kemelut itu semakin memuncak apabila Abdul Khalid dilaporkan diberi tempoh sehingga Jumaat ini untuk menjawab surat tunjuk sebab kenapa beliau ingkar untuk berundur dari jawatan itu. - Bernama | Notis tunjuk sebab PKR cacat, tak laku - Abdul Khalid Posted: 06 Aug 2014 06:01 PM PDT SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang diberi notis tunjuk sebab semalam gara-gara enggan meletak jawatan, akhirnya telah mengemukakan surat tunjuk sebab kepada Lembaga Disiplin PKR, hari ini. Melalui surat yang ditujukan kepada Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong, Abdul Khalid menyentuh soal notis tunjuk sebab yang dikeluarkan terhadapnya itu yang disifatkan cacat. "Menjadi keperluan bagi notis tunjuk sebab menyatakan dengan jelas dan spesifik semua tuduhan yang dikenakan ke atas saya dengan menyatakan pelanggaran mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan parti serta peruntukan di mana-mana hukuman boleh dikenakan terhadap saya. "Pernyataan secara spesifik tersebut adalah wajar untuk YB Datuk menyatakan secara bertulis. Malangnya setakat ini notis bertarikh 5 Ogos 2014 itu dilihat sebagai satu notis yang cacat, tanpa butir-butir relevan serta memadai bagi membolehkan saya untuk menjawab," katanya yang dipetik dari surat tunjuk sebab berkenaan. Menyentuh soal Langkah Kajang yang dilaksanakan parti itu, Abdul Khalid mengingatkan bahawa ia cuba dilaksanakan sebagai satu arahan oleh parti kepadanya tanpa memberi pertimbangan wajar. "Sementara menunggu apa-apa notis tunjuk sebab yang sah, saya menarik perhatian YB Datuk bahawa setiap masa material, Langkah Kajang (kononnya dinamakan dan dirujuk YB Datuk) adalah sesuatu perkara yang tidak dibincang oleh pihak-pihak berkenaan dalam cara yang efektif dan adil dengan dan kepada saya. "Sebaliknya, apa-apa keputusan yang dibuat berkenaan Langkah Kajang ini telah cuba dilaksanakan sebagai satu 'arahan' oleh parti kepada saya tanpa memberi perimbangan wajar bahawa tanggungjawab saya sebagai menteri besar juga merangkumi tanggungjawab eksekutif terhadap semua rakyat Selangor, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor termasuk menasihati Sultan Selangor," katanya. | Anwar Ibrahim zalim dan mengaibkan - PAS Posted: 06 Aug 2014 05:50 PM PDT KUALA LUMPUR 6 Ogos - Pas terutama daripada kalangan pemimpin ulama ternyata sudah membulat tekad untuk menghalang permainan politik kotor Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada jawatan Menteri Besar Selangor. Malah Pas menerusi Ahli Jawatankuasa Pusatnya, Nasruddin Hassan secara terbuka melabelkan tindakan Ketua Pembangkang sebagai satu bentuk kezaliman yang mengaibkan dan seterusnya menegaskan, menjadi kewajipan parti itu untuk membela Abdul Khalid. Bekas Ketua Pemuda Pas Pusat itu juga tidak berselindung tentang penentangannya apabila tampil menggesa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melancarkan Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (Gerak) 2.0 bagi menggagalkan niat serong Anwar. Kenyataan keras itu adalah yang pertama keluar daripada mulut pemimpin Pas sejak krisis politik di Selangor bermula dan dipercayai ada kaitan dengan serangan terbaharu Parti Keadilan Rakyat (PKR) terhadap Abdul Khalid menerusi Datuk Saifuddin Nasution Ismail. "Apa skandal dan salah laku beliau yang memaksa Abdul Khalid perlu dipecat dari PKR lalu digugurkan sebagai Menteri Besar Selangor? Apakah perkara ini mahu dilihat hanya perkara dalaman PKR dan rakyat tidak perlu bangkit untuk membela Abdul Khalid? "Jika Anwar yang disingkir oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dari kerusi Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998 menyaksikan kebangkitan Pas yang dipimpin bekas Presiden, Datuk Fadzil Noor melalui Gerak pada waktu itu. "Saya kira, andai Abdul Khalid disingkir oleh Anwar dari kerusi Menteri Besar, sewajarnya Pas yang dipimpin tuan guru Abdul Hadi bangkit membela Abdul Khalid yang dizalimi dan diaibkan melalui Gerak 2.0," kata Nasruddin menerusi Facebooknya hari ini. Krisis politik di Selangor yang berpunca daripada Anwar, hanya kerana mahu menjatuhkan Abdul Khalid menyebabkan pentadbiran negeri terkaya di Malaysia itu berada dalam keadaan tidak menentu tetapi semua itu langsung tidak dihiraukan Ketua Pembangkang. Sebaliknya, apa yang menjadi keutamaan Anwar ialah menabalkan isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu walaupun jika keadaan itu menyebabkan rakyat terpaksa berdepan dengan pilihan raya negeri. Dalam pada itu, Nasruddin mempersoal sikap pemimpin PKR yang menuduh tindakan Dr. Mahathir menyingkir Anwar pada tahun 1998 sebagai suatu kezaliman dan fitnah tetapi mengapa apabila tindakan serupa dibuat ke atas Abdul Khalid, rakyat tidak boleh bangkit menentang. "Anwar dipecat atas tuduhan skandal liwat. Rakyat bangkit dan membela. Mereka tak anggap itu masalah UMNO dan kini berlaku pergolakan di Selangor yang menyaksikan Abdul Khalid diperlakukan dengan tindakan serupa, apakah rakyat tidak boleh bangkit membela," soalnya. | Tema 'rogol bergilir-gilir' oleh seorang jurufoto India dikecam Posted: 06 Aug 2014 04:45 PM PDT Seorang jurufoto fesyen yang dikenali sebagai Raj Shetye telah memuatnaik beberapa foto miliknya ke profail kerja beliau dalam talian dan kemudiaanya foto tersebut dikongsi di media sosial. Foto yang diberi tema 'Wrong Turn' menampilkan beberapa model lelaki yang seolah-olah memegang secara paksa seorang model wanita di dalam sebuah bas. Foto tersebut kemudiannya mendapat kecaman umum kerana seolah-olah menampilkan situasi rogol beramai-ramai di dalam bas. Isu ini bagi rakyat India amat sensitif kerana tahun ini sahaja terlalu banyak kejadian tersebut berlaku di negara tersebut. Ramai pengguna media sosial mengutuk tindakan jurufoto tersebut dan menganggap beliau tidak sensitif dan menghina mangsa-mangsa rogol tersebut. | |
Apa Yang Tersirat Posted: 07 Aug 2014 01:37 PM PDT Apakah PKR Akan Pecat Khalid Ibrahim? Posted: 07 Aug 2014 08:36 AM PDT | Tan Sri Khalid Bersama Mursidul Am Pas Dato Nik Aziz |
CARA Pengurusan Parti PKR bertindak terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim; memang parti itu mempunyai NIAT mahu memecat beliau daripada parti, dengan itu, PKR akan mendakwa bahawa beliau tidak layak lagi sebagai Menteri Besar Selangor.
Bermula dengan SURAT TUNJUK SEBAB, yang berisi bukan TUJUK SEBAB; kemudian mengedar SURAT YANG KONONNYA MEMPERINCI Salah laku Khalid; di mana MB Selangor itu membuat LAPORAN KEPADA Pihak SPRM berkaitan dengan SURAT EDRAN ITU. Selepas Khalid membuat laporan kepada SPRM, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution pula cuba mengheret suruhanjaya itu ke dalam kacah politik PKR, dengan menuduh bahawa Khalid akan dibebaskan kerana kononnya TELAH MESRA BN.
Esok atau lusa, Khalid diminta hadir berdepan dengan Jawatankuasa disiplin parti; yang menyebabkan mesyuarat Pas yang sepatutnya berlangsung pada 10 Ogos untuk menentukan ketetapan parti itu terhadap Tan Sri Khalid, telah ditunda ke 13 ogos. Nampaknya, Pas menunggu keputusan PKR; apa kah bakal memecat Khalid. | Penggantian MB Selangor: Anwar Pasti Kecundang Posted: 07 Aug 2014 01:06 AM PDT PAS yang mempunyai 15 kerusi DUN yang merupakan sebahagian daripada 44 kerusi yang dimiliki Pakatan DAP-PKR-PAS untuk membentuk kerajaan Selangor; bakal menjadi penentu apa kah Kerajaan Pakatan yang ada di Selangor bakal bertahan.
Perbalahan antara PKR dan PAS semakin memuncak, apabila PAS menentang cadangan PKR melucutkan jawatan MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim untuk digantikan oleh isteri Anwar- Wan Azizah Wan Ismail.
Terkini, Majlis Syura PAS menolak cadangan melucutkan Khalid, juga menolak Wan Azizah untuk jawatan MB Selangor.
Jumlah kerusi yang dimilki PKR dan DAP tolak PAS hanya 29 (PKR 14; DAP 15) dari 56 kerusi DUN Selangor. Jumlah itu mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan; jika Khalid masih bersama partinya. Namun, jika Khalid dan mungkin disertai 2 ADUN PKR lain; maka PAS bersama ADUN BN dan Khalid, bakal membentuk kerajaan campuran. BN tidak kesah apakah Khalid terus menjadi MB, demikian juga PAS. Sekarang terserah kepada kepada Khalid untuk membuat keputusan, apa kah terus bersama PKR atau keluar; untuk menyelamatkan maruahnya, dan juga keinginan Parti Pas.
Nampaknya Anwar bakal kecundang dalam permainan pergantian MB Selangor. Yang jelas, dalam permainan ini, keikhalsan mengatasi keinginan nafsu. | |
Duke of UMNO Posted: 07 Aug 2014 01:18 PM PDT Tuduh "Anak Dara Tua Kurang Seks", Orang Macam Ni Pun Pakatan Lambung? Posted: 07 Aug 2014 02:05 AM PDT
Betul... saya betul-betul heran... awat la Pakatan Haram ni suka sangat jemput Isham Rais jadi panelis forum depa. Orang yang ada mentaliti dunia kelas ketiga macam tu pun depa jemput dok atas pentas? Dah takdak orang lain dah?
Otai-otai ideologi memang kenal dengan Isham Rais ni. Masa demo mahasiswa 1974 dulu, Isham Rais ni pun menyebok jugak... tapi lari lintang pukang jugak laaa... Tok Him kata, Isham Rais ni pendokong sosialis... lebih liberal dari sekular sebenarnya...
Tapi, Pakatan Haram sanjung sangat mamat ni.. heran betoi.. takdak dah panelis lain yang lebih mantap... atau memang takdak pemimpin yang berkebolehan dah dalam Pakatan Haram ni? Isham Rais kutuk Faekah... dia kata anak dara tua kurang aktif seks? Apa punya forum la.... itu hujah Isham? Takdak hujah lain yang relevan?
Teruk, kan? | WAAAA... MARAH BETUL NASRUDIN TANTAWI KAT ANWAR NIHHHH..!!! Posted: 06 Aug 2014 07:38 PM PDT Woooo...! Relax bro... relax... nampak macam Nasrudin Tantawi ni dah "pailang" habis dah ni... Marah betul ke ni, bro?
Bro... relax la bro... takkan nak marah kat Anwar kot? Dia ditakdirkan tak layak jadi PM... lepas tu Allah takdirkan pulak dia tak layak jadi MB... sekarang dia nak bini dia jadi MB saja... mana la tau bini dia ada chance... jadi "master of puppet " pun jadi laaaa...
Tu antara komen awal saya pada "amarah yang marah" dari Nasrudin Tantawi bila PKR serang Presiden PAS, Hj Hadi...
Secara peribadi, saya lebih menyokong PAS dan Hadi kali ni... bukan sebab kepentingan politik. Tapi pada saya, apa yang dibuat pada Khalid Berahim tu memang tak kena...
Bukan la saya kata Khalid tu bagus sangat... tapi at least Khalid Berahim tu lebih banyak bagusnya dari "bekas penasihat ekonomi RM1" tu... walaupun Khalid ni kadang-kadang "tertidur" time sidang akhbar, at least dia "tak main belakang"...heh!
Gila ke? Bekas banduan yang bakal kembali ke "kandang" nak dijadikan penasihat merangkap "master of puppet" kat Selangor? Mau jahanam negeri tu dibuatnya nanti... heh! Ingat orang Selangor tak sayang negeri diorang ke? Wooooouuuu...! | |
waadat Posted: 07 Aug 2014 01:11 PM PDT PKR: gerhana atau sudah senja? Posted: 06 Aug 2014 05:37 PM PDT Sebagaimana munculnya secara tiba-tiba maka adakah lenyapnya juga akan begitu sahaja? Demang tak tahu sama ada nak menjerit gembira atau nak bertafakur hiba andai PKR terbubar dalam masa terdekat. Demang tidak hairan jika ada pemimpin atasan a.k.a elit dalam PKR menyeberang ke parti lawan sebaliknya Demang jadi terkedu apabila pemimpin-pemimpin kelompok akar umbi mula bersuara menentang teraju utama. Itu tanda-tanda besar sebelum PKR diberi noktah terakhir! Perlu diingat, PKR tidak lahir di istana sebaliknya dianyam dari cebisan tikar para reformis yang bergelandangan di denai reformasi. Justeru jika akar umbi sudah menyanggah, ia sudah sukar diselamatkan lagi. Sebagaimana kegusaran Demang dalam posting sebelum ini, adakah karamnya bahtera PKR sebelum sempat tiba ke pelabuhan utama memungkinkan rakyat menumpang di armada UMNO? Ataukah nanti kita kembali menjadi marhaen yang sekadar melangut melihat keghairahan pemimpin UMNO yang hobinya menampuk harta? PKR sememangnya tidak perlu dipertahankan lagi sementelah kemunculannya meski membawa hikmah namun kerosakan yang ditajanya amat besar dan sukar diperbaiki. Demang cuma nampak satu cara untuk kita mengharungi iklim pasca PKR nanti sebab rakyat harus ada medan untuk bersuara. Kaedah memanipulasi isu Anwar sudah berakhir. Kita mesti menyediakan alatan baru. Demang fikir PAS masih relevan memikul tanggung jawab tersebut dengan syarat golongan Anwarisme yang menyelinap masuk seterusnya menyingkirkan golongan ulama 10-15 tahun lalu harus ditendang keluar terlebih dahulu. Sementara itu di pihak UMNO juga harus ada pembersihan dalaman. Demang fikir tidak perlu Demang ulas lagi sebab perihal keangkuhan segelintir pemimpin UMNO ibarat sudah terang lagi bersuluh. Kesimpulannya, kita akan menyelak satu lembaran baru dalam buku sejarah yang sedang ditulis: Malaysia pasca PKR. Ikuti perbincangan seterusnya: Menampal yang koyak Jaringan manusia Apa (bukan siapa) selepas Anwar? Teratai layu Kiambang bertaut
| |
Cucu Tok Selampit Posted: 07 Aug 2014 01:10 PM PDT Boikot Mc Donalds, Makan Malam Di Nando's Dengan Rokok Di Tangan Posted: 06 Aug 2014 11:46 PM PDT CTS tertarik dengan tempat pertemuan "Raya Bersama Anak-Anak Muda DAP" yang akan dilakukan di Nando's, Jalan SS2/67 pada Sabtu minggu depan. Inilah cara Rakyat Malaysia memboikot barangan zionist Israel. Dua tiga hari lepas, Rakyat Malaysia yang kebanyakannya Melayu berperangai seperti Zionist Israel, menyerang dan berdemo di Mc Donalds, Dungun Terengganu. Habis harta benda restoren berkenaan dimusnahkan. Kita harapkan pemboikot tegar Mc Donalds ini tidak berduyun-duyun menghadiri majlis hari raya anjuran DAP di Nando'. Ye lah, Mc Donalds hangpa boikot, Nando's hangpa melahap ye?
CTS amat tertarik dengan kenyataan Mufti Kelantan, "Kita perlu boikot untuk menyatakan sokongan keada perujuangan Rakyat Gaza. Jangan pula kata boikot barang Israel tetapi di tangan mereka ada rokok". Yang pasti, Rakyat Malaysia hanya tahu boikot produk Nestle, Tesco dan Mc Donalds. Perbagai alasan akan diberikan kalau kita suruh pemboikot tegar ini untuk memboikot rokok, Astro, Maxis, Celcom Axiata, Samsung, Iphone, Nokia, Motorola, Lenovo dan lebih-lebih lagi Facebook. Alasan mereka untuk melaksanakan boikot terpilih, buatlah apa yang termampu.
| |