Kah..Kah..Kah.. gurkah-gurkah di 'port' berani bertaruh 'potong kepala', 4 orang yang di-tangkap olih polis itu dan 13 lagi yang di-siasat ada lah budak-budak melayu kita... Tapi sangat sayang sebab ketua dalam projek 'baling kepala babi' ini sudah cabut lari ! Kah..Kah..Kah..
dollah yankee - Polis juga ingin mengesan seorang lelaki berumur 40an bagi membantu siasatan," ... gurkah-gurkah bertaruh lagi,yang di-cari ini kalau bukan mana-mana punya Ketua Pemuda, mesti Ketua Perkasa
Hari ini dua tokoh ini diberitakan masuk DAP. Aku nak ucapkan syabas kepada kedua2 tokoh ini dan DAP. Selamat berjuang...
ASPAN ALIAS and ARIFF SABRI join DAP
DAP scores a coup with UMNO veterans and bloggers, including former Pulau Manis UMNO Rep and Economist Dato' Mohd Ariff Sabri Aziz.
Former Pulau Manis UMNO assemblyman Mohd Ariff Sabri Aziz and Negeri UMNO veteran Aspan Alias (photo) have joined DAP.
Having Ariff on board is a major coup for DAP because he was Prime Minister Najib Tun Razak's information chief in his Pekan UMNO division up until 2004.
"If you want to know, yes, that is what we are doing (joining DAP).
"I am impressed by DAP. They are principled, I like their professionalism.I was with (Lim) Guan Eng at the bloggers conference last month. There is no fancy words, they are focussed on work … always thinking unlike our UMNO people," he told FMT recently.
Ariff's admission puts to rest weeks of wildfire speculations in pro-UMNO blogs.He is also rumoured to be contesting under the DAP banner in the next general election. Ariff is touted to be contesting in Raub where MCA's Ng Yen Yen is incumbent. Ng is currently the Tourism Minister, and a MCA Vice President.
Warning to UMNO's bloggers
Gunning pro-UMNO bloggers who have been maligning them both personally and professionally, an incessant Ariff (photo) said: "Why the paranoia? If we are not good, failed ADUN (assemblymen), bankrupt politicians, it will be cinch for any winnable UMNO candidates to beat us.
"So, it's no cause of concern or a sleep depriver. But be warned, you want to play ball, we play ball too, so stop telling lies about us and we can promise not to tell the truth about you (UMNO)."
Both Ariff and Aspan are not alone. There are increasing speculations of shifts within and out of UMNO.
DAP has been targeting 'thinking' Malays post-2008 GE to increase its support within the community.
Onboard is Transparency International Malaysia founder Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim who is now the party's Vice Chairman and former UMNO Education Minister Khir Johari's son Zairil.
Zairil and party strategist Liew Chin Tong along with Youth chairman Anthony Loke have been tasked with wooing selected Malays.
It was reported that the party leaders have been meeting "Malay opinion-makers in small closed-door discussions dealing with issues concerning Islamic state, hudud and Bumiputera affirmative action".
'DAP more relevant to Malays now'
Ariff and Aspan have been the target of pro-UMNO bloggers who have among others accused the duo of treason.
But according to Ariff, DAP is 'more relevant' to the Malays now than UMNO. "Don't read our move as blasphemous or treasonable. I believe the DAP is more relevant and functional in achieving a more democratic and abuse-free society than UMNO, he added.
"In DAP I can speak on the plight of the displaced and disowned Malays with more energy than allowed of in UMNO. UMNO has turned its back on corruption and abuse of political office. DAP abhors these traits. To me these are attractive propositions. As a Muslim, we are changing wadah not aqidah…that is what UMNO fears. It fears that its monopoly over Malays is broken, " said Ariff, who is also an FMT columnist.
Last week DAP Youth chief Anthony Loke had reportedly said that the party had approached Ariff and Aspan but 'no decision has been made'.
Azmin said 'we have to expect the worst-case scenario'. — File pic
PETALING JAYA, Jan 3 — Pakatan Rakyat (PR) said today it will gather 100,000 people on Monday to support Datuk Seri Anwar Ibrahim when the Kuala Lumpur High Court decides if the opposition leader is guilty of sodomy. PKR deputy president Azmin Ali told reporters today the opposition pact had agreed to mobilise and gather at the Duta Court Complex despite police warnings against any public rally when the court rules in Anwar's two-year-long trial. "The system is so rotten, we have to expect the worst-case scenario," the Gombak MP said. "Along with PAS and DAP, we will gather 100,000 people at the court to show our support to the cause fought by Datuk Seri Anwar Ibrahim." He also warned that public rallies would continue until the next general election if the former deputy prime minister was found guilty. "We will continue. The same night we have a programme in Penang. If he is acquitted, then Anwar will celebrate in his home state. If not, we will go to Penang and continue our demands," he said. Selangor PAS chief Dr Rani Osman also said the Islamist party had called on all divisions to mobilise and "even those in Sabah and Sarawak want to join".
KUALA LUMPUR 3 Dis : Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata, tanggal 9 Januari merupakan tarikh penting buat rakyat Malaysia dalam menentukan perubahan berlaku di negara ini. Ini kerana menurutnya, kes perbicaraan Fitnah terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pada hari tersebut. "Umno kini cuba menyekat rakyat Malaysia berjalan ke arah kebebasan, dengan cuba untuk menghapuskan politik Anwar Ibrahim melalui sistem keadilan yang berpihak dan patuh kepada mereka (umno)," Read More / Baca Lagi >>
KUALA LUMPUR 3 Jan: Pakatan Rakyat akan menggembeling kekuatan 100 ribu rakyat untuk berhimpun secara aman menyatakan sokongan kepada Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Januari ini, iaitu tarikh keputusan perbicaraan Fitnah II diketahui. "KEADILAN dengan kerjasama DAP dan PAS akan gerakkan 100 ribu rakyat Malaysia untuk turun berhimpun di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk menyokong perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat bersama Ahli-ahli Parlimen, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, serta ahli-ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KEADILAN. Turut sama pada sidang media itu adalah Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Rani Abdul Hamid yang hadir menyatakan sokongan bagi pihak Pas. Read More / Baca Lagi >>
Seorang sarjan tentera yang telah bersara bercadang untuk menulis kepada Yang Di-Pertuan Agong memohon campur tangan baginda untuk mendapatkan keadilan setelah mendakwa Jabatan Peguam Negara menolak 17 laporan polis yang dibuatnya ke atas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Faizzal Jinong Abdullah, 47, dan keluarganya telah menulis surat berkenaan dan dalam proses menyerahkannya kepada istana.Read More / Baca Lagi >>
Jam menunjukkan angka 12.30 pagi. Di tempat perhimpunan yang sepatutnya berlangsung, kecuali bunyi letupan bunga api tahun baru, malam sunyi sekali.
Mahasiswa-mahasiswa yang berkumpul di pintu belakang Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI) menghilang secara misteri selepas sepasukan polis -- yang datang dengan Black Maria, van, empat kereta peronda dan beberapa motosikal -- merampas plakat dan kuntuman bunga yang dibawa mereka.
"Kami akan berkumpul semula di pintu depan," bisik Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia Ahmad Syukri Ab Razab yang kemudiannya membawa sekali yang lain dengan kenderaannya.
Pemimpin-pemimpin pelajar juga memutuskan 'beredar' selepas enggan hadir ke balai polis untuk "tujuan dokumentasi" walaupun kad pengenalan mereka diambil. Read More / Baca Lagi >>
Reformasi 98 tercetus apabila rakyat bangkit meluahkan rasa marah dan tidak puashati mereka terhadap kezaliman UMNO. Berhadapan dengan krisis kewangan 97/98, pentadbiran Dr Mahathir mulai dipertikai rakyat. UMNO terburu-buru untuk menyelamatkan elit korporat dan kaum keluarga yang dekat dengan pemerintah. Menjadi halangan kepada cita-cita mereka adalah Dato' Seri Anwar Ibrahim dan tuntutan rakyat. Mantan Menteri Kewangan yang kini Ketua Umum KEADILAN itu tuntas mahu menyelamatkan negara dan rakyat. Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak bertolak ansur dengan hasrat menggunakan dana awam demi menyelamatkan kroni pemerintah. Maka sebagaimana yang dirakam sejarah, Dato Seri Anwar dihumban ke penjara dan diaibkan dengan fitnah melampau yang direkayasa UMNO.
Saya merujuk kepada wawancara penulis blog Raja Petra Kamaruddin yang mana beliau membincangkan "Perdana Menteri gay" dalam hubungannya dengan perbicaraan kes liwat terhadap Ketua Pembangkang Persekutuan, Anwar Ibrahim. Saya tidak berhasrat untuk membuat spekulasi berkenaan motif RPK membuat kenyataan seperti itu.
Namun demikian, saya mengatakan bahawa kenyataan separuh benar, perli dan sindiran melampau yang dibuat beliau adalah tidak benar, tidak disokong oleh apa-apa bukti yang dipercayai dan berupa fitnah yang jelas. Untuk sebab-sebab tertentu, RPK (gambar kanan) mengabaikan fakta bahawa keseluruhan kes liwat merupakan suatu rekaan palsu tanpa selindung oleh UMNO-BN dengan kerjasama dan persuhabatan pasukan polis dan pejabat Peguam Negara. Read More / Baca Lagi >>
Dua minggu lalu, saya menulis tentang bagaimanakah kita boleh menjadikan pembangkang lebih kuat. Saya mencadangkan agar pihak pembangkang harus mengambil pendekatan yang inklusif dan tidak membiarkan perbezaan kecil dengan cara mewujudkan barisan bersatu.
Ini bermakna termasuk kumpulan kecil atau sampingan yang berada di dalam stratosfera politik. Saya juga berkata bahawa kita tidak harus lupa Hindu Rights Action Force atau HINDRAF, dan penulis blog Raja Petra Kamarudin (gambar kanan), yang mana kedua-dua ini merupakan pemain utama dalam kebangkitan politik 2008. Read More / Baca Lagi >>
Even before the courts can dish a verdict of guilty or innocent, the political marauders have already gone into overdrive plundering at a man, father, husband, friend, leader – and above all a Malaysian who has the solid support of honorable leaders from the Opposition political divide and many examplary individuals all across the globe. Truly, by any perspective you look at the politics in Malaysia, we have lost all decency, sensibility and in place are wallowing in a sordid state of scum. The most recent is the currently broiling sensation involving the widely subscribed and popular blog of Raja Petra Kamaruddin (RPK) - Malaysia Today and its architect. The amount of national time, national resources and ink and paper and blog space that has gone into bashing this one man – Anwar Ibrahim is probably far more greater than that of Watergate Scandal involving Nixon or the more recent in memory, that of the Clinton-Lewinsky episode. Read More / Baca Lagi >>
Walaupun polis melarang semua pihak berhimpun di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari ini, Pakatan Rakyat akan tetap menggerakkan penyokongnya hadir memberikan sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadapi kes tuduhan liwat.
"Insya-Allah, saya, seluruh pimpinan (Pakatan) dan seluruh rakyat Malaysia akan hadir menyatakan sokongan dan bersama-sama Datuk Seri Anwar pada hari tersebut," kata Timbalan Presiden PKR Azmin Ali (tengah, baju biru belang).
Bercakap selepas memberi taklimat kepada Majlis Pimpinan Pusat, ahli Parlimen dan ADUN PKR hari ini, Azmin menegaskan Pakatan akan menggerakkan 100,000 penyokong pada hari itu.
Katanya, walau apa pun keputusan yang diumumkan, Pakatan dan PKR telah bersedia menggalas amanah memimpin negara serta berusaha mengembalikannya ke landasan yang tepat.Read More / Baca Lagi >>
KUALA LUMPUR, 3 Jan: Pelajar Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abdul Halim belum memutuskan sama ada akan hadir atau tidak ke sesi pendengaran hukuman tatatertib terhadapnya, 9 Januari ini.
Adam sebaliknya berkata, beliau akan berbincang dengan pihak peguam sebelum membuat sebarang keputusan.
"Saya akan bincang dengan peguam dahulu, belum ada keputusan rasmi setakat ini," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. Read More / Baca Lagi >>
Kuala Lumpur, 3 Jan : Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Syukri Che Ab Razab semalam tegas dengan pendirian non-partisan yang diterapkan dalam gerakan kumpulan mahasiswa berkenaan. SMM yang menaungi seluruh gerakan mahasiswa di Malaysia termasuk GAMIS, PKPIM, KARISMA, AKSI, KAMI, DEMA dan Persatuan Mahasiswa Islam di kampus serta mempunyai keahlian yang ramai tegas dengan kenyataan yang dikeluarkan di Sinar Harian 31 Disember tahun lalu. "Ketegasan SMM terhadap parti bukan perkara asing. Semua gerakan mahasiswa yang pernah mencatat sejarah memiliki identiti yang tegas terhadap parti politik. Read More / Baca Lagi >>
If the groundswell of settler and public opinion runs in the other direction, there can and should be a delay until all the concerns are fully and transparently accounted for.
During the past few months, the government and Felda authorities have been engaged in a public relations exercise aimed at persuading Felda settlers as well as the Malaysian public that the proposal to float Felda Global Ventures Holdings (FGVH) on Bursa Malaysia is in the best interests of the settlers. But is it really so? What has emerged from the government-controlled media has been almost exclusively the government version as to why the listing should go ahead. What is missing are answers to the questions raised by the opposition and independent analysts on the real benefits to settlers as well as a credible response to allegations that the interests of settlers are being subordinated – and even marginalized – in favour of other parties. Read More / Baca Lagi >>
KEPALA BATAS, 3 Jan: Seramai 214 guru Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Pulau Pinang tersenyum lebar apabila pengurusan Pasti Negeri Pulau Pinang bersama Dewan Pemuda PAS Negeri bertindak menyalurkan bantuan kewangan RM600 seorang sebagai hadiah tahun baru 2012.
Pemberian itu diserahkan pada satu majlis khas yang diadakan di sini semalam.
Hadir sama menyampaikan sumbangan ialah Pengarah Pasti Negeri Nazarudin Awang Hamat, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Yusni Mat Piah, Yang Dipertua PAS Kepala Batas, Rosidi Husein, Pengerusi Kebajikan Dewan Pemuda PAS Negeri, Hafiz Kasim dan Setiausaha Kerja Pasti Negeri, Shukri Mohd Tauzin. Read More / Baca Lagi >>
KUALA LUMPUR, 3 Jan: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) hari ini mengutus surat kepada Ketua Polis Negara sebagai menyatakan kekesalan terhadap insiden di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) pada malam ambang tahun baru lalu.
Dalam surat kepada Tan Sri Ismail Omar itu, Naib Ketua DPPP, Dr. Raja Ahmad Al-Hiss turut menyatakan bantahan terhadap kenyataan Ketua Polis Negeri Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan yang mendakwa kecederaan beberapa Mahasiswa adalah disebabkan perbuatan mereka sendiri.
"Persoalan kami, mustahil kecederaan dengan sebelas jahitan berlaku dengan perbuatan sendiri?
"Mustahil juga kecederaan yang berlaku dirusuk Mahasiswa tersebut adalah perbuatan sendiri dan mustahil juga seorang Mahasiswa pecah mulutnya dengan perbuatan sendiri," soalnya sambil menambah sepatutnya Ketua Polis Perak mengemukakan bukti atas tuduhan tersebut. Read More / Baca Lagi >>
Polis diingatkan supaya tidak mengulangi insiden 'mata lebam' Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes kecederaan mahasiswa yang terlibat dalam perhimpunan prokebebasan akademik di Tanjung Malim.
Naib Ketua Pemuda PAS Dr Raja Ahmad Al-Hiss (bawah) merujuk kepada kenyataan polis Perak kelmarin bahawa mahasiswa tercedera bukan akibat terlanggar pintu kaca sebuah klinik dan bukannya akibat kekerasan pasukan keselamatan.
"Persoalan kami, mustahil kecederaan dengan sebelas jahitan berlaku dengan perbuatan sendiri. Mustahil juga kecederaan yang berlaku dirusuk Mahasiswa tersebut adalah perbuatan sendiri," katanya.
"Kami berharap pihak polis jangan mengulangi insiden yang pernah berlaku kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan mencederakan perbuatannya sendiri dan akhirnya apabila terbongkar barulah rakyat sedar sebenarnya perbuatan pihak polis sendiri." Read More / Baca Lagi >>
Muhammad Safwan Anang, mahasiswa yang cedera pada perhimpunan pro-kebebasan akademik di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Ahad lalu mendakwa cermin keretanya dipecahkan semasa beliau sedang menerima rawatan di hospital.
Isterinya, Masturah Abu Bakar memberitahu Malaysiakini hari ini, kereta Kenari milik mereka itu diletakkan di pintu pagar timur UPSI ketika demontrasi diadakan pada awal pagi 1 Januari lalu.Read More / Baca Lagi >>
KUALA LUMPUR, 3 Jan: "Saya bangga ada anak dan menantu yang sebegini dan saya harap ramai lagi mahasiswa yang akan bangkit untuk memperjuangkan yang hak." (Puan Mariam ketika bercakap kepada para pemberita)
Demikian kata Puan Mariam Abdul Rashid, ibu mertua kepada Muhammad Safwan Anang, mahasiswa yang mendakwa dibelasah teruk oleh anggota polis ketika insiden demonstrasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) baru-baru ini.
Puan Mariam berkata demikian ketika ditemui wartawan selepas melawat menantunya Safwan yang baru keluar dari hospital. Read More / Baca Lagi >>
saekor lembu yang akan menjadi saksi dalam kes pembelian kondo di bangsar telah ditemui mati pagi ini
lembu betina yang bernama siti shahrizat ini adalah saksi utama telah dipanggil oleh sprm awal petang kelmarin
adalah dimaklumkan bahawa lembu ini telah pergi dengan sukarela lembu ini telah disoalsiasat ke tingkat 14 bangunan sprm
mengikut keyataan pegawai perubatan hkl siti shahrizat telah didapati mati kerna tecekek ada kesan tarikan tali di perut shahrizat dr gurbak singh gill juga telah mengesahkan bahawa lembu ini mati tercekik
hingga ke saat ini sprm belum membuat apa-apa kenyataan
pihak polis sedang mencari saudara siti shahrizat pihak polis juga meminta sesiapa ada maklumat sila hubungi pihak rumah pasong jalan travers
atau pergi terus ke parlimen untuk menghubungi dato seri sharizat jalil menteri lembu yang menjaga lembu-lembu - (tukartiub)
TINDAKAN HASUT SERTAI PERHIMPUNAN 9 JANUARI GUGAT KETENTERAM AWAM : KHALID – mstar
KUALA LUMPUR: Tindakan menghasut orang ramai untuk berhimpun di kawasan Mahkamah Tinggi di sini pada 9 Jan ini boleh menggugat ketenteraman awam selain menghina pentadbiran sistem keadilan negara, kata Timbalan Ketua Polis Negara i Khalid Abu Bakar.
Beliau menasihati orang ramai supaya tidak terpedaya dengan hasutan pihak yang tidak bertanggungjawab yang sengaja ingin membawa masalah mereka ke jalanan dan seterusnya menghuru-harakan negara.
"Banyak kain rentang yang digantung di tempat awam, serta mesej-mesej melalui media sosial yang mengajak dan menghasut orang ramai supaya berkumpul di perkarangan mahkamah pada hari mahkamah membuat keputusan kes perbicaraan (ketua pembangkang) Anwar Ibrahim 9 Jan ini.
"Ini adalah menghairankan kerana mahkamah masih belum membuat apa-apa keputusan mengenai kes tersebut," katanya dalam kenyataan di laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Dalam pada itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Mohmad Salleh berkata setakat ini, 168 laporan polis diterima di seluruh negara daripada pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan, peniaga, persatuan, ahli politik dan orang awam sebagai membantah kempen mengadakan perhimpunan itu.
Dalam pada rakyat Malaysia menyambut ketibaan tahun baru 2012 dengan pelbagai cara dan keraian tersendiri yang rata-ratanya disuburi semangat kesetiakawanan dan perpaduan pelbagai kaum, UMNO dan Barisan Nasional masih terus dengan sifat angkuh mereka dan beranggapan bahawa rakyat negara ini sangat mudah diperdaya dan sewenang diperbodoh.
Keterdesakan UMNO dan Barisan Nasional di bawah pimpinan Perdana Menteri Najib Razak semakin terserlah dan jelas tidak boleh diselindung lagi. Perkiraan Najib untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihanraya umum dalam tempoh terdekat ini bakal mengundang padah yang besar bagi dirinya dan isteri beliau Rosmah, serta pada keseluruhan parti usang UMNO dan Barisan Nasional.
Umum mengetahui bahawa strategi serangan terhadap Anwar Ibrahim adalah usaha terus-terusan UMNO dan Barisan Nasional, dan menghumban Anwar ke dalam penjara dianggap bakal memberi sedikit nyawa untuk mereka terus wujud dan merompak harta rakyat dan Negara.
Terbaru sekali adalah kepolokkan Utusan Malaysia dan Berita Harian, media pembohong milik UMNO yang cukup pantas memetik dan memperbesar kenyataan Raja Petra Kamaruddin tentang fitnah dan tohmahan kes salahlaku seks terhadap Anwar Ibrahim di muka hadapan akhbar masing-masing. Umum tidak harus lupa bahawa Raja Petra Kamaruddin, yang kini semakin diketahui sebagai 'blogger upahan UMNO' juga pernah membuat kenyataan bersumpah bahawa Najib dan Rosmah terlibat dalam pembunuhan kejam model Mongolia Altantuya Shariibu tidak lama dahulu yang walaubagaimanapun, sememangnya dan tentunya tidak dilapor langsung oleh akhbar-akhbar ini.
Fitnah pertuduhan meliwat oleh Anwar Ibrahim yang selama ini menjadi ancaman kepada Najib dan Rosmah bakal diputuskan oleh Mahkamah Tinggi tanggal 9 Januari 2012 ini. Terdesaknya UMNO adalah apabila belum apa-apa, hasrat rakyat kebanyakan untuk keluar memberi sokongan kepada Anwar terus dianggap sebagai cubaan mencetuskan huru-hara. Harus ditekankan bahawa Anwar Ibrahim merupakan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Umum Parti KEADILAN Rakyat. Sebagai seorang pemimpin politik, tentunya beliau mempunyai pengikut dan penyokongnya. Kehadiran pengikut dan penyokong Anwar dan anggota-anggota Parti KEADILAN Rakyat bagi menunjukkan sokongan terhadap beliau tidak harus dianggap sebagai cubaan menghuru-harakan negara. Dari nada pimpinan UMNO dan media milik UMNO berhubung perkara ini kebelakangan ini serta dari pengalaman lampau, saya dapat menjangka bahawa UMNO sendirilah yang akan mencetuskan provokasi pada hari tersebut. Saya sekali lagi menyeru kalangan anggota dan penyokong Parti untuk berhati-hati dan tidak terjebak dengan perangkap UMNO dan Barisan Nasional yang ingin menjadikan 9 Januari ini suatu hari hitam dalam diari perjuangan kita.
Nyata keterdesakan UMNO dan Barisan Nasional untuk terus mengekang dan memadam kebangkitan rakyat telah menjangkau ke tahap kritikal. UMNO dan Barisan Nasional kini umpama 'telur di hujung tanduk'. Rakyat dan pengundi negara ini telah celik dan cukup sedar bahawa UMNO dan Barisan Nasional telah gagal dalam melaksanakan tanggungjawab yang dimandatkan untuk memimpin negara dan membela nasib mereka. Kesemua penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa pimpinan UMNO dan Barisan Nasional yang telah dibongkar masih belum dapat dijawab oleh Najib dan kabinetnya. Malah dalam kes syarikat Fidlot Nasional, rakyat masih terus dibohong apabila siasatan dan pertuduhan hanya dibuat terhadap lelaki yang disyaki menipu suami kepada Ketua Wanita UMNO Shahrizat Jalil yang juga Pengerusi Eksekutif syarikat itu sendiri dan tidak terhadap pengarah-pengarah syarikat, yang terdiri dari anak-anak mereka mahu pun Shahrizat sendiri.
Rakyat sudah semakin jelek dan bosan dengan cubaan UMNO dan Barisan Nasional untuk terus membohongi dan mengabui mata rakyat. Pendedahan penyalahgunaan wang zakat oleh Ketua Audit Negara oleh Menteri Jamil Khir terus dipertahan. Kezaliman dan penindasan terhadap peneroka-peneroka dalam merebut kekayaan FELDA oleh pemimpin tertentu UMNO terus dipertingkat dan digalakkan. Kebangkitan mahasiswa menuntut penghapusan AUKU dan hak dan kebebasan bersuara serta menentang kezaliman dan kebobrokan UMNO dan Barisan Nasional segera ditentang dengan kekejaman dan kekerasan Polis. Dalam pada itu, usaha memporak-perandakan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini masih dileluasakan.
Saya ingin menyeru dan berpesan kepada rakyat dan pengundi negara ini untuk terus menolak UMNO dan Barisan Nasional yang semakin nyata dalam keadaan keterdesakan yang melampau.
Sekian, terima kasih.
SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL SETIAUSAHA AGUNG PARTI KEADILAN RAKYAT 2 JANUARI 2012
woit...MEMANG BETUL ...LAMAN BUAT FITNAH.... kah kah kah..
kah kah kah...MANA ADA POLIS PUKUL.... kah kah kah...
kah kah kah...ITU MAHASISWA PUKUL DIRI MEREKA SENDIRI.... kah kah kah..
kah kah kah...BELAJAR DARI MADEY.... SELF INFLICTED..... kah kah kah
MAHASISWA CEDERA PUKUL DIRI SENDIRI
BLOG FITNAH POLIS CEDERAKAN PENUNTUT UNIVERSITI DI SIASAT - meloay
KUALA LUMPUR 2 Jan. — Polis akan menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat dakwaan berunsur fitnah dalam beberapa blog berhubung isu penuntut universiti dipukul polis dalam satu perhimpunan haram di Perak semalam.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata polis juga mempunyai bukti-bukti yang kukuh untuk menyangkal fitnah yang dilemparkan itu.
"Semasa perhimpunan haram itu, beberapa jurugambar dan jururakam polis ditugaskan untuk merakamkan kejadian tersebut sebagai bukti polis tidak menggunakan kekerasan termasuk mencederakan mana-mana penuntut.
"Oleh itu, saya telah mengarahkan satu kajian dilakukan pasukan khas tersebut bagi menunjukkan dakwaan yang dilemparkan itu adalah tidak benar," katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, sekiranya dakwaan yang dibuat dalam blog tersebut terbukti palsu, polis akan mengambil tindakan sewajarnya bagi mempastikan tuduhan memfitnah pasukan keselamatan itu tanpa usul periksa tidak berulang. — TIEWNAMA
KENYATAAN AKHBAR 2 JAN 2012 RAJA PETRA PERLU BERI MAKLUMAT LANJUT DAKWAAN RASUAH
Saya terpanggil untuk memberi komen selepas membaca temubual eksklusif bekas rakan reformasi yang juga Penulis Blog, Raja Petra Kamaruddin (RPK) bersama akhbar-akhbar milik UMNO yang disiarkan semalam.
Meskipun saya menghormati hak RPK melakukan analisa politiknya namun saya berasa mushkil dan sesungguhnya hanya beliau seorang sahaja yang mengetahui logik sebenar kenyataan tersebut.
Pada masa yang sama saya percaya rakyat boleh menilai sendiri kenyataan dan dakwaan yang dibuat oleh RPK seperti disiarkan The Sunday Times dan Berita Minggu- dua akhbar yang dulunya pernah mengkritik dan mengutuk RPK secara keras kerana menentang Kerajaan Barisan Nasional.
Walau apapun sebab yang membawa kepada tindakan akhbar-akhbar tersebut bertukar selera serta ghairah memberi keistimewaan kepada RPK, yang pasti RPK harus bertanggungjawab ke atas apa yang beliau telah katakan.
Tuduhan beliau bahawa wujud amalan rasuah di Selangor; duit kopi yang melibatkan para usahawan berbangsa Cina, adalah tuduhan serius. Kami menuntut RPK untuk tampil memberikan butiran lanjut kepada Kerajaan Negeri dan pihak berwajib agar penyiasatan terperinci dapat dilakukan.
Kerajaan Negeri bersedia membayar kos perjalanan RPK ke Pejabat Pentadbiran Kerajaan kerana untuk makluman RPK Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan sejumlah RM15 juta untuk membasmi rasuah dan penyalahgunaan kuasa di Negara ini khususnya di Selangor. Jumlah tersebut termasuk di dalam Geran Selangorku yang diumumkan oleh YAB Dato' Menteri Besar ketika pembentangan Belanjawan 2012 yang lalu.
Sesungguhnya inilah sekecil-kecil jasa yang beliau boleh lakukan untuk membantu kerajaan yang benar-benar mahu membenteras rasuah; apatah lagi beliau sendiri dari darah bangsawan negeri Selangor. RPK tidak seharusnya melemparkan dakwaan liar hanya semata-mata mahu memperlekeh usaha Kerajaan Negeri untuk mewujudkan sebuah pentadbiran yang baik, bersih dan penuh pertanggungjawaban.
Kami sesungguhnya simpati dan amat memahami kekecewaan beliau yang terpaksa hidup dalam buangan di tengah-tengah permasalahan peribadi yang beliau hadapi, tetapi dengan melemparkan dakwaan liar sebegini tidak akan membantu membawanya pulang ke negara ini. Sebaliknya ianya hanya akan mencemarkan lagi imejnya yang sudah sediakala tercalar.
Rata-rata teman reformasi yang sempat dihubungi serta rakyat biasa, telahpun membuat kesimpulan bahawa RPK begitu terdesak serta mengharapkan kebebasan dan dibenarkan pulang ke negara ini. Insuransnya mudah; tohmahan dan fitnah terhadap Kerajaan Negeri Selangor dan Penasihat Ekonomi Negeri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai serangan awal menghadapi pilihan raya umum.
FAEKAH HUSIN SETIAUSAHA POLITIK KEPADA YAB DATO' MENTERI BESAR SELANGOR
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Ramai yang sebut, termasuk puncuk kepimpinan PAS negeri dan pusat, PAS akan memerintah semula Terengganu pada PRU 13 nanti.
Saya boleh berani berklaya kebanyakan orang Pas dan puncuk pimpinan sejak dari dulu lagi telah ditimpa penyakit shok sendiri .
Mengapa tidak. Kerana setakat hari ini PAS Terengganu belum buat apa apa untuk menang dimusim PRU 13 yang bakal diadakan bila bila masa saja.
Pada saya tiada usaha yang boleh menarik pengundi "citarasa" mengundi PAS dalam PRU 13. Lebih lebih lagi ada antaranya sudah disuap sebanyak lima ratus, tiga ratus dan dua ratus ringgit satu kepala.
Ini belum masuk RM 500 bantuan ringan beban rakyat kepada isi rumah yang kelihatan masing masing berlumba lumba mengambil borang.
Orang PAS yang dapat bantuan itu barangkali tak akan undi UMNO kerana mereka faham dengan hukum hakam.
Tapi bagi pengundi citarasa kebanyakan tak faham atau dengan kata lain mereka tak pernah peduli halal dan haram.Yang ada pada fikir mereka duit, duit , duit. politik belakang kira.
Saya pernah denger sesetengah mengatakan duit ambil undi rahsia. Ini menunjukkan mereka tak kisah pasal politik asalkan dapat habuan.
Namun demikian apakah usaha yang dilakukan PAS untuk menarik mereka ini cenderung mengundi PAS, sedangkan 50 peratus mereka itu sudah terperdaya dengan suapan.
Pendek kata undi penentu kemenangan umno dan Pas di Terengganu terdiri daripada pengundi citarasa dan pengundi hantu yang dibawa masuk dengan begitu ketara sekali.
Pada pilihanraya umum ke 12 (2004) sebanyak 17 peratus pengundi luar di masukkan ke negeri Terengganu yang dikatakan paling tinggi dalam sejarah politik tanah air disamping wang ehsan punca kerajaan PAS tumbang teruk.
Perkara ini dilakukan di negeri Selangor sebagai langkah menumbangkan kerajaan Pakatan rakyat.Sebanyak 15 peratus diamssukkan pengundi luar yang dikenalpasti sebagai pengundi asing ia itu bukan penduduk Negara ini.
Lebih buruk lagi usaha berkala membuang nama "pengundi rasional" PAS dalam senarai pengundi telah dilaku dengan begitu licik sekali oleh umno dengan kerjasama SPR negeri.
Penulis di maklumkan 100 orang pengundi warga Emas dibuang namanya setiap DUN di 32 dun seluruh negeri. Ia dapat dikesan oleh peti peti undi yang membuat semakan semula pada senarai nama yang dibekalkan SPR.
Tidak dinafikan undi PAS senantiasa bertambah dari satu pilihanraya umum kepada satu pilihanraya umum yang lain.
Tapi untuk menang dan memerintah amat sukar. Lebioh lebih lagi PAS tak buat apa apa dengan pengundi citarasa yang menjadi penentu kemenangan umno dan PAS.
Macam PAS nak menang dan memerintah semula Terengganu, sedangkan lain lain negeri seperti Kedah dan Selangor teranacam.
Cuma negeri negeri yang ramai pengundi cina saja yang boleh dikatakan selamat seperti Perak dan Pulau Pinang.
SHAH ALAM - Pilihan raya umum ke-13, yang menjadi perhatian banyak pihak, kemungkinan besar akan diadakan dalam tempoh enam bulan ini - sebelum Ramadan, kata firma kajian pandangan umum tempatan.
Pengarah Eksekutif Merdeka Center Ibrahim Suffian berkata, berdasarkan jangkaan beliau, pilihan raya umum akan diadakan sebelum Jun sebab arena politik khususnya Umno, selaku parti teras Barisan Nasional (BN), akan memberi tumpuan ke atas urusan pemilihan parti melibatkan semua peringkat pada akhir tahun.
"Saya rasa masa yang ada (yang kondusif), adalah antara sekarang hingga bulan Jun, jadi kemungkinan pilihan raya umum akan diadakan selewat-lewatnya sebelum akhir Jun," kata beliau kepada Sinar Harian Online.
"Saya lihat akan ada banyak acara dan program pada separuh kedua tahun ini. Ini termasuk pemilihan Umno semua peringkat.
"Jadi saya tidak melihat (Presiden Umno dan Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Tun Razak) mahu mengadakan pemilihan parti dan pilihan raya umum pada tempoh yang sama," katanya lagi.
Ibrahim juga berkata, perkara-perkara yang diumumkan menerusi Bajet 2012 sudah mula dilaksanakan sejak beberapa minggu lalu dan ia antara lain akan menjadi petanda-petanda kepada tarikh memanggil pilihan raya umum ke-13.
Mandat semasa hanya akan berakhir pada April 2013. Pilihan raya umum ke-12 telah diadakan pada Mac 2008.
Kerajaan-kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat tidak bercadang untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri jika BN memanggil pilihan raya awal.
Dalam pada itu, bancian yang sedang dikendalikan oleh Sinar Harian Online, setakat pagi tadi, menunjukkan 66 peratus berfikir pilihan raya umum akan dipanggil antara Februari dan Mac ini.
Seramai 16 peratus lagi pengunjung memilih tempoh antara bulan Mei dan Jun. Hanya 13 peratus mengharapkan pilihan raya umum diadakan awal tahun depan iaitu di penghujung mandat semasa.
Raja Petra Kamaruddin (RPK) menegaskan yang pembangkang tidak mungkin dapat memenangi pilihan raya umum. Menurutnya, ini kerana pembangkang dilihat sukar untuk memenangi lebih banyak kerusi di Sabah dan Sarawak sedangkan ia penting untuk menubuhkan kerajaan seperti mana yang diharapkan.Kata RPK, pembangkang perlu ke sana yang mempunyai 57 kerusi namun pada PRU lalu mereka hanya memenangi dua daripadanya...
RPK: Pakatan tidak akan menang PRU13
www.kl-today.com
Raja Petra Kamaruddin (RPK) menegaskan yang pembangkang tidak mungkin dapat memenangi pilihan raya umum.Menurutnya, ini kerana pembangkang dilihat sukar untuk memenangi lebih banyak kerusi di Sabah dan Sarawak sedangkan ia penting untuk menubuhkan kerajaan seperti mana yang diharapkan.Kata RPK, pembangkang perlu ke sana yang mempunyai 57 kerusi namun pada PRU lalu mereka hanya memenangi dua daripadanya.
" Secara ideal kita (pembangkang) perlu mendapat 10 atau 15 majoriti kerusi, ini bermakna kita perlu cuba dapat 35 kerusi dari Sabah dan Sarawak.
" Untuk mendapat 35 kerusi, kita mesti mempunyai gabungan yang kuat. Apa yang jadi pada pilihan raya Sarawak baru-baru ini? DAP mencatat prestasi yang begitu baik, tapi itu saja.
" Kerana DAP hanya mengambil kerusi Cina, tapi luar pada itu…habis. Mereka tidak boleh menang pilihan raya negeri, apa yang membuatkan anda berfikir mereka boleh menang pada pilihan raya umum nanti?," tegasnya.
Beliau berkata demikian dalam temubual dengan wartawan Sunday Times di Singapura baru-baru ini.
Dalam pada itu, RPK turut membidas Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menurutnya sepatutnya lebih banyak berada di negeri itu untuk menguruskan ekonomi.
Kata RPK, Anwar melantik diri sendiri untuk menjadi Penasihat Ekonomi Selangor namun mempersoalkan sumbangannya terhadap negeri berkenaan.
" Dalam tempoh tiga tahun menjadi Penasihat Ekonomi Selangor, kamu sudah keluar negara sebanyak 60 kali…60 kali dalam tempoh hanya tiga tahun! Bukan ke kamu patut berada di sini untuk menguruskan negeri? Menguruskan parti? Menguruskan Pakatan?
" Pakatan dalam dalam keadaan begitu serabut, ahli bergaduh sesama sendiri.
" Awak tahu apa komennya? Tidak ada komen. Sunyi senyap," tambahnya.
Dalam perkembangan yang sama, RPK turut kesal kerana perpecahan dalam pembangkang nampak semakin jelas dan ketara.
Katanya, di Pulau Pinang DAP lawan DAP, Perak (DAP lawan DAP), Selangor (PKR lawan PKR, Pas lawan Pas), Johor (PKR lawan DAP) dan begitu juga di Sarawak.
Beliau bagaimanapun berkata, beliau tetap tidak menyokong Barisan Nasional.
" Saya tidak kata Barisan ialah kerajaan terbaik," kata RPK.
Namun katanya, pembangkang tidak menunjukkan bahawa ia boleh menjadi kerajaan yang lebih baik dan itulah apa yang beliau dakwa diberitahu oleh pengundi.
Pihak kami juga ada dapat beberapa keping gambar ini melalui email. Kami berharap, mereka yang berkenaan tambil untuk menafikan perkara ini andai berlaku kekeliruan.
Saya ingin menjelaskan pandangan saya berhubung kaedah dakwah yang perlu diguna-pakai oleh PAS Selangor dalam keadaan PAS Selangor berada dalam kerajaan bersama PR. Bagi sebahagian orang yang tidak memahami proses dakwah, mereka menganggap kedudukan PAS Selangor sebagai 'minor' partner adalah tidak bermakna dan tidak mendatangkan apa-apa manfaat kepada perjuangan dakwah Islam yang dibawanya. Kekeliruan ini akan terus menghantui mereka sehingga persoalan ini dijelaskan.
Pada mulanya saya ingin mengatakan bahawa walaupun kerusi PAS adalah agak kurang, namun, kerajaan PR tidak boleh terus berkuasa tanpa adanya PAS bersamanya. Maka kedudukan PAS adalah sepenting parti komponen lain dalam PR. Oleh itu, tanggapan bahawa 'minor' partner adalah tidak berpengaruh atau tidak berkuasa adalah amat meleset sekali.
Kedua, dan ini adalah lebih penting, banyak kekeliruan boleh diperbetulkan oleh PAS sambil berkongsi kuasa dan di sini, saya ingin menjelaskan apa yang boleh diusahakan. Mungkin selama ini wawasan sebegini tidak diperjelaskan dan oleh itu ada yang menganggap tiada yang bermakna boleh dicapai melalui PR. Oleh kerana adanya tanggapan yang negatif yang sebegini, persoalan ini amat penting diperjelaskan sebelum PRU ke 13 ini. Di sini saya jelaskan matlamat yang perlu dicapai oleh PAS walaupun PAS hanya sebahagian dari kerajaan yang memerintah.
1. Membuktikan politik Islam adalah bersih dan PAS mampu menggantikan UMNO Apabila PAS memerintah Selangor bersama PR, PAS menengahkan barisan pemimpin yang mampu membuktikan bahawa politik tidak semestinya kotor. Sering kita diberitahu "kalau PAS memerintah, sama sahaja. Orang PAS pun akan makan rasuah kerana politik itu kotor". Selama 4 tahun memerintah PAS telah memberi suntikan ubat yang hebat kepada ummat Islam yang telah lama dijangkiti virus belaan UMNO ini. Mereka dapat melihat betapa bersihnya pemimpin PAS dan PR dan dengan itu terbukti bahawa politik tidak semestinya kotor.
Begitu juga pegangan khurafat bahawa hanya UMNO mampu memerintah. Pegangan ini dapat dilenyapkan dari pemikiran ummat Islam apabila terbukti kemampuan pemimpin PAS dan PR memerintah Negeri Selangor dengan baik dan cemerlangnya.
Walaupun ini dilihat sebagai persoalan remeh oleh sebahagian masyarakat Islam, ianya persoalan kefahaman dan aqeedah. Ia perlu diperbetulkan sebelum kita boleh harapkan sesuatu yang lebih dari ummat Islam dan rakyat jelata.
2. Membuktikan keadilan Islam terhadap seluruh manusia Satu lagi kekeliruan besar yang telah lama disebar-luas oleh UMNO ialah kepercayaan bahawa Islam itu adalah Melayu dan Melayu adalah Islam. Berdasarkan fahaman sebegini, perjuangan untuk menjadikan Melayu sebagai 'tuan' adalah sebahagian dari perjuangan Islam. Berdasarkan fahaman ini juga, maka apa jua penyelewengan dan kezaliman yang dilakukan, sekiranya yang mendapat manfaat adalah beberapa orang kroni Melayu, maka ianya diharuskan oleh Islam. Terbayang jelas seorang yang walaupun terbukti telah songlap RM 250 Juta, bertempik dengan beraninya, "Allah bersama kita. Allah bersama kita".
PAS, dalam kedudukan memerintah melalui PR boleh menggunakan kedudukan yang ada untuk membuktikan keadilan Islam dan hakikat bahawa Islam itu didatangkan untuk manfaat manusia. Melalui tingkah laku para pemimpin PAS dan sikap serta pendirian mereka maka keadilan Islam boleh dizahirkan. Apabila PAS, di atas nama Islam menzahirkan keadilan Islam, maka ketakutan bukan Islam terhadap Islam akan turut dikurangkan. Pada masa yang sama, orang Islam juga akan semakin memahami bahawa Islam itu adalah rahmat untuk seluruh manusia, bukan untuk orang Islam atau orang Melayu sahaja.
3. Meningkatkan kefahaman ummat Islam dan bukan Islam terhadap ajaran Islam Melalui perkongsian kuasa, PAS boleh berusaha untuk membuka seluasnya saluran dakwah dan pendidikan Islam yang formal dan tidak formal. Kejahilan ummat Islam terhadap Islam perlu ditangani dan begitu juga kekeliruan bukan Islam terhadap Islam. Kejahilan dan kekeliruan ini diusahakan UMNO selama ini supaya mereka kekal berkuasa. Apabila PAS berkongsi-kuasa, maka perlu tangani masalah ini secara berkesan lagi berhemah.
Sekolah agama perlu dibantu. Gaji para guru agama perlu dinaikkan dan segala usaha ke arah pembinaan kefahaman Islam yang mantap perlu dipertingkatkan. Masjid dan Surau perlu dijadikan medan ilmu untuk memuaskan ummat Islam yang sentiasa dahagakan ilmu. Jawatan-jawatan ketua-kampung, ahli JKK, ahli majlis, Nazir Masjid, Imam dan Bilal serta AJK Masjid dan Surau perlu dimanfaatkan untuk mengarahkan ummat Islam dan masyarakat kearah pemahaman dan penghayatan Islam secara menyeluruh. Sebelum ini, di bawah pemerintahan UMNO, kesemua saluran ini ditutup rapat.
4. Perubahan secara paksaan Berdasarkan apa yang disebut di atas, pasti ada yang tidak berpuas-hati dsan mungkin akan berkata, "Soal membenteras rasuah, keadilan, kefahaman, aqeedah dan ilmu boleh perbetulkan oleh orang lain. Itu kerja dakwah, kita parti politik. Kita ada kuasa, kita guna kuasa dan paksa."
Bagi mereka, selagi jualan arak di Seven-11 tidak dihentikan, kedai-kedai nombor ekor tidak ditutup, adanya manusia muslim yang tidak bersembahyang, tangan pencuri tidak dipotong dan penzina tidak direjam, maka Islam itu tidak berkuasa dan tiada manfaat segala yang lain. Membenteras rasuah, keadilan, kefahaman, aqeedah dan ilmu adalah perkara yang boleh diusahakan oleh golongan 'pendakwah' bukan golongan 'ahli politik Islamik'!
Maka inilah juga sebenarnya sebahagian dari kecetekan ilmu yang ada di kalangan mereka yang menggelar diri sebagai ahli politik Islamik. Mereka menganggap bahawa cara hidup Islam itu perlu dipaksa ke atas masyarakat dan ahli politik Islamik adalah manusia pilihan Allah untuk memaksanya! Sedangkan perjuangan ahli politik Islamik tidak dapat dipisahkan dengan dakwah Islam dan setiap ahli politik Islamik adalah pendakwah.
Ahli politik Islamik boleh diumpamakan sebagai seorang doktor. Masyarakat pula sebagai pesakit. Pesakit sedang mengidap berbagai jenis penyakit sehingga tidak boleh berjalan dan berlari seperti orang yang sihat. Oleh kerana penyakitnya begitu kronik, pesakit terlentang atas katil. Seorang doktor yang bijak akan merawatnya sedikit demi sedikit sehingga pesakit semakin sihat, boleh duduk, bangun berdiri, berjalan dan akhirnya berlari. Sekiranya doktor memaksa pesakit itu untuk terus bangun dan berlari, tanpa terlebih dahulu merawat penyakitnya, pesakit itu akan pitam dan mungkin bertambah parah keadaannya atau lebih teruk lagi akan terus mati.
Kalau tidak mati sekalipun, apa yang dikhuatiri pesakit itu akan menggantikan doktor itu dengan doktor lamanya. Sedangkan semua sedia maklum bahawa doktor lama itulah yang selama ini meracuninya sehingga dia jatuh sakit pada asalnya!
PAS sebagai doktor baru mesti merawat penyakit-penyakit khurafat, kekeliruan dan kejahilan yang ditimpakan ke atas masyarakat oleh doktor asal masyarakat iaitu UMNO. Terapinya panjang kerana penyakitnya kronik. Namun PAS perlu bersabar kerana tidak mahu pesakit itu menggantikannya dengan doktor yang asal yang akan menjadikan penyakitnya semakin kronik.
Inilah kaedah yang perlu diguna-pakai oleh PAS Selangor. Jangan terburu-buru dan jangan memaksa. Tetapi tentukan risalah Islam itu dari segi keadilannya dan rahmatnya sentiasa kedengaran dan kelihatan jelas.
KUALA LUMPUR, 2 Jan — Mohd Safwan Anang, mahasiswa yang mendakwa dibelasah teruk oleh anggota polis ketika insiden demonstrasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini mengeluarkan kenyataan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkuasa atas kecederaan yang dialaminya.
Peguam kepada Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) ini, Mohd Khairuddin Othman mendakwa pihaknya akan mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak berkuasa berkenaan dalam masa terdekat.
"Safwan mendakwa dia dipukul menggunakan lutut oleh anggota polis terbabit sehingga pecah bibir, sakit dada, dan keadaannya sekarang stabil dan dia sudah sedarkan diri.
"Sehubungan itu, keluarganya akan mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak polis dalam masa terdekat, dan antara defendan adalah Ketua Polis Negara, Ketua Polis Perak, dan anggota polis yang terlibat dalam kejadian awal pagi tahun baru itu," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Menurut Khairuddin, keluarga Safwan akan membuat pemeriksaan kesihatan lanjutan berikutan pihaknya kini masih lagi belum memperoleh sebarang laporan kesihatan daripada Hospital Hospital Slim River.
Laporan The Malaysian Insider semalam menyatakan bahawa polis telah menafikan dakwaan mereka memukul beberapa aktivis mahasiswa semasa menghuraikan demonstrasi aman di UPSI dan menegaskan "tiada pergelutan" berlaku apabila tangkapan dibuat.
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan sementara itu berkata "tindakan perlu" diambil demi keselamatan awam dan salah seorang mahasiswa "tercedera sendiri".
"Kumpulan mahasiswa tidak mendengar arahan polis supaya bersurai dan kami terpaksa bertindak dengan menangkap mereka.
Menurut Khairuddin lagi, seorang pegawai penyiasat pihak polis hari ini ada berjumpa Safwan dan mengambil keterangannya.
"Keadaan Safwan masih lemah, dan sementara ini kami akan kumpulkan bukti, apabila Safwan sudah pulih sepenuhnya, kami akan membawa kes ini ke mahkamah," katanya lagi.
Awal pagi tahun baru lalu, sekumpulan 60 mahasiswa telah mengadakan demonstrasi aman di perkarangan pintu masuk UPSI dan mendakwa telah berlaku pergelutan dengan pihak polis.
Ketika insiden tersebut, seramai 17 antara mahasiswa terbabit telah ditahan polis Tanjung Malim, dan kemudiannya dibebaskan.
Sementara itu, PKR dan DAP terus mengkritik tindakan polis terhadap mahasiswa, semasa demonstrasi aman untuk memberikan sokongan kepada aktivis mahasiswa dan menuntut kebebasan akademik di UPSI, Tanjung Malim selepas tengah malam kelmarin.
Parti pembangkang mendakwa polis termasuk dua anggota dari Unit Cawangan Khas menggunakan tindakan kasar terhadap mahasiwa yang didakwa mereka seramai 100 orang berbanding 60 orang yang dikatakan peguam hak asasi Fadiah Najwa Fikri apabila kumpulan itu enggan bersurai.
Ketika kejadian berkenaan, Safwan dikatakan dipukul, ditumbuk dan ditendang sehingga tidak sedarkan diri
Saya terpanggil untuk memberi komen selepas membaca temubual eksklusif bekas rakan reformasi yang juga Penulis Blog, Raja Petra Kamaruddin (RPK) bersama akhbar-akhbar milik UMNO yang disiarkan semalam.
Meskipun saya menghormati hak RPK melakukan analisa politiknya namun saya berasa mushkil dan sesungguhnya hanya beliau seorang sahaja yang mengetahui logik sebenar kenyataan tersebut.
Pada masa yang sama saya percaya rakyat boleh menilai sendiri kenyataan dan dakwaan yang dibuat oleh RPK seperti disiarkan The Sunday Times dan Berita Minggu- dua akhbar yang dulunya pernah mengkritik dan mengutuk RPK secara keras kerana menentang Kerajaan Barisan Nasional.
Walau apapun sebab yang membawa kepada tindakan akhbar-akhbar tersebut bertukar selera serta ghairah memberi keistimewaan kepada RPK, yang pasti RPK harus bertanggungjawab ke atas apa yang beliau telah katakan.
Tuduhan beliau bahawa wujud amalan rasuah di Selangor; duit kopi yang melibatkan para usahawan berbangsa Cina, adalah tuduhan serius. Kami menuntut RPK untuk tampil memberikan butiran lanjut kepada Kerajaan Negeri dan pihak berwajib agar penyiasatan terperinci dapat dilakukan.
Kerajaan Negeri bersedia membayar kos perjalanan RPK ke Pejabat Pentadbiran Kerajaan kerana untuk makluman RPK Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan sejumlah RM15 juta untuk membasmi rasuah dan penyalahgunaan kuasa di Negara ini khususnya di Selangor. Jumlah tersebut termasuk di dalam Geran Selangorku yang diumumkan oleh YAB Dato' Menteri Besar ketika pembentangan Belanjawan 2012 yang lalu.
Sesungguhnya inilah sekecil-kecil jasa yang beliau boleh lakukan untuk membantu kerajaan yang benar-benar mahu membenteras rasuah; apatah lagi beliau sendiri dari darah bangsawan negeri Selangor. RPK tidak seharusnya melemparkan dakwaan liar hanya semata-mata mahu memperlekeh usaha Kerajaan Negeri untuk mewujudkan sebuah pentadbiran yang baik, bersih dan penuh pertanggungjawaban.
Kami sesungguhnya simpati dan amat memahami kekecewaan beliau yang terpaksa hidup dalam buangan di tengah-tengah permasalahan peribadi yang beliau hadapi, tetapi dengan melemparkan dakwaan liar sebegini tidak akan membantu membawanya pulang ke negara ini. Sebaliknya ianya hanya akan mencemarkan lagi imejnya yang sudah sediakala tercalar.
Rata-rata teman reformasi yang sempat dihubungi serta rakyat biasa, telahpun membuat kesimpulan bahawa RPK begitu terdesak serta mengharapkan kebebasan dan dibenarkan pulang ke negara ini. Insuransnya mudah; tohmahan dan fitnah terhadap Kerajaan Negeri Selangor dan Penasihat Ekonomi Negeri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai serangan awal menghadapi pilihan raya umum.
ALOR SETAR - Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yakin Kedah kekal bawah pentadbiran Pas kerana tiada sebab untuk rakyat menolak kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) Kedah.
Katanya, rekod cemerlang yang ditunjukkan oleh kepimpinan sedia ada jauh berbeza dengan kepimpinan yang diterajui Barisan Nasional (BN) lebih 50 tahun lalu.
"Pemimpin Pas tidak pernah guna dana Kerajaan Negeri untuk anjur program parti, berbeza dengan pemimpin Umno yang secara terang-terangan buat begitu, Buktinya semak sahaja Laporan Audit Negara atau bandingkan kewangan negeri ketika ditadbir Pas dan BN," katanya, ketika berucap pada Jamuan Dana Pilihan Raya Pakatan Rakyat Dun Derga, Parlimen Pokok Sena, di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), malam kelmarin.
Pada majlis itu, Mahfuz selaku Ahli Parlimen Pokok Sena menerima sumbangan untuk disalurkan kepada dana pilihan raya terbabit.
Menurutnya, Pas Kedah telah membuktikan transformasi politik di negeri ini adalah lebih baik berbanding diterajui BN.
"Kita amal politik bersih, sebab itu dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti, saya percaya kita boleh melangkaui lebih jauh untuk ambil alih Putrajaya dan ubah masa depan rakyat," katanya.
Mengulas isu Madrasah Salihiah, Mahfuz berkata, pihak berkenaan didakwa cuba putar belit fakta, kerana asyik menggembar-gemburkan mengenai perobohan madrasah, sebaliknya surau baru yang digantikan tidak pula dihebahkan.
"Mereka beri gambaran seolah-olah Kerajaan Negeri kejam dan tidak benar orang solat, sedangkan di Makkah pun, pernah dirobohkan masjid dan dibina yang baru, tidak pula timbul masalah," katanya.
Mahfuz turut mengingatkan umat Islam di negeri ini supaya tidak mengheret institusi diraja mahupun agama dalam isu politik.
"Kita cuma mahu perindahkan Bandaraya Alor Setar, dan mencantikkan madrasah sedia ada. Diharap tiada pihak cuba cemar nama baik Tuanku Sultan apabila masing-masing pertahan fakta hingga mengaitkannya dengan perkenan Tuanku," katanya.
Sekitar tahun 2009 lalu, timbul cerita Nur Amalina gagal dalam pengajiannya di UK. Cerita itu kemudiannya dinafikan oleh beberapa pihak termasuk rakannya yang berada di universiti yang sama.
Baru-baru ini timbul pula dakwaan bahawa gadis genius yang pernah menggemparkan negara kerana berjaya memperoleh 17A1 dalam SPM berubah dari segi gaya hidup dan penampilan kerana kejutan budaya ketika menuntut di UK. Dakwaan itu disertakan beberapa keping gambar yang didakwa diperoleh daripada akaun FB milik Nur Amalina.
Sebelum ini, negara dikejutkan dengan pendedahan tentang Sufiah Yusuf, genius matematik yang menjadi pelacur selepas menghadapi masalah rumah tangga dan keciciran semasa menuntut di sebuah universiti.
P/s: Kalau benar gambar-gambar di atas ialah Nur Amalina yang sebelum ini manis menutup aurat, maka sudah pasti 1Malaysia terkejut dengan perubahan yang berlaku kepada dirinya.
Yang pasti, masih belum terlambat untuk kembali ke pangkal jalan.
Saya terpanggil untuk memberi komen selepas membaca temubual eksklusif bekas rakan reformasi yang juga Penulis Blog, Raja Petra Kamaruddin (RPK) bersama akhbar-akhbar milik UMNO yang disiarkan semalam.
Meskipun saya menghormati hak RPK (gambar kanan) melakukan analisa politiknya namun saya berasa mushkil dan sesungguhnya hanya beliau seorang sahaja yang mengetahui logik sebenar kenyataan tersebut.
Pada masa yang sama saya percaya rakyat boleh menilai sendiri kenyataan dan dakwaan yang dibuat oleh RPKseperti disiarkan The Sunday Times dan Berita Minggu - dua akhbar yang dulunya pernah mengkritik dan mengutuk RPK secara keras kerana menentang Kerajaan Barisan Nasional.
Walau apapun sebab yang membawa kepada tindakan akhbar-akhbar tersebut bertukar selera serta ghairah memberi keistimewaan kepada RPK, yang pasti RPK harus bertanggungjawab ke atas apa yang beliau telah katakan.
Tuduhan beliau bahawa wujud amalan rasuah di Selangor; duit kopi yang melibatkan para usahawan berbangsa Cina, adalah tuduhan serius. Kami menuntut RPK untuk tampil memberikan butiran lanjut kepada Kerajaan Negeri dan pihak berwajib agar penyiasatan terperinci dapat dilakukan.
Kerajaan Negeri bersedia membayar kos perjalanan RPK ke Pejabat Pentadbiran Kerajaan kerana untuk makluman RPK Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan sejumlah RM15 juta untuk membasmi rasuah dan penyalahgunaan kuasa di Negara ini khususnya di Selangor. Jumlah tersebut termasuk di dalam Geran Selangorku yang diumumkan oleh Menteri Besar ketika pembentangan Belanjawan 2012 yang lalu.
Sesungguhnya inilah sekecil-kecil jasa yang beliau boleh lakukan untuk membantu kerajaan yang benar-benar mahu membenteras rasuah; apatah lagi beliau sendiri dari darah bangsawan negeri Selangor. RPK tidak seharusnya melemparkan dakwaan liar hanya semata-mata mahu memperlekeh usaha Kerajaan Negeri untuk mewujudkan sebuah pentadbiran yang baik, bersih dan penuh pertanggungjawaban.
Kami sesungguhnya simpati dan amat memahami kekecewaan beliau yang terpaksa hidup dalam buangan di tengah-tengah permasalahan peribadi yang beliau hadapi, tetapi dengan melemparkan dakwaan liar sebegini tidak akan membantu membawanya pulang ke negara ini. Sebaliknya ianya hanya akan mencemarkan lagi imejnya yang sudah sediakala tercalar.
Rata-rata teman reformasi yang sempat dihubungi serta rakyat biasa, telahpun membuat kesimpulan bahawa RPK begitu terdesak serta mengharapkan kebebasan dan dibenarkan pulang ke negara ini. Insuransnya mudah; tohmahan dan fitnah terhadap Kerajaan Negeri Selangor dan Penasihat Ekonomi Negeri, Anwar Ibrahim sebagai serangan awal menghadapi pilihan raya umum.
*Kenyataan media oleh Faekah Husin (gambar kiri) selaku Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim.
Tuduhan melulu dan bermotif politik Raja Sesumpah itu boleh ditonton di bawah ini:
Respons dan Penafian Dr Aziz Bari di bawah ini:
[AntaraPos] SHAH ALAM, 2 JAN : Pakar Undang- undang, Profesor Dr. Abdul Aziz Bari menafikan segala tuduhan yang dibuat Senator Dewan Negara, Ezam Mohd Nor kononnya beliau adalah pengkhianat agama dan bangsa.
Aziz juga berkata, beliau enggan terjebak dalam pertikaman lidah dengan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu, yang padanya tidak mempunyai asas yang kukuh untuk menuduhnya berbuat sedemikian.
Bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu juga membidas Ezam yang menuduhnya mendapat tajaan daripada sebuah yayasan di Jerman untuk menghasilkan buku- buku perundangannya.
"Yayasan Jerman apa? Dia kena spesifik dan jelas macamana saya buat buku dan sebagainya. Tetapi saya malas nak layan dia, terpulang pada dia.
"Tak betul fakta itu, dia kena periksa balik. Dia jangan main tuduh saja," tegas Aziz.
Ezam semalam mendakwa Aziz mendapat wang royalti hasil penulisannya terlebih dahulu biarpun buku- bukunya belum dijual dipasaran.
Ezam juga mendakwa Aziz mendapat tajaan daripada sebuah yayasan dari Jerman untuk membiayai kajian dan penyelidikannya sehingga berjaya menerbitkan karya perundangannya.
Yayasan tersebut katanya bertanggungjawab menghimpunkan para intelektual dari seluruh dunia untuk membuat satu ketetapan untuk menyamakan semua agama.
"Dia ada bukti bawalah. Buat apa dia nak lawan saya sebab saya tak nak lawan dia. Itu suka hati dia. Saya taknak layan dia," katanya.
Ezam yang berucap di Perhimpunan Penerangan Perdana di Shah Alam semalam bertindak menyerang Aziz yang kurang 48 jam mengumumkan hasrat beliau untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke- 13 akan datang.
Aziz juga enggan melatah apabila Ezam menuduhnya menyerang Sultan Selangor yang menyokong pemeriksaan Jabatan Agama Islam (JAIS) terhadap sebuah gereja di Damansara, Ogos lepas.
"Suka hati dialah (Ezam Mohd Nor). Kalau dia faham apa dia cakap atau tak faham suka hati dia. Saya tak mahu layan dia. Dia boleh cakap apa yang dia suka," katanya.
Ezam sebaliknya mempertahankan tindakan Umno mengkritik institusi istana kononnya kerana mahu mempertahankan imej institusi itu.
Ketika ditanya AntaraPos.com, Aziz berkata beliau tidak menolak kemungkinan untuk menyaman Ezam jika tuduhan terhadapnya terlalu tersasar dari kenyataan sebenar.
Minggu lalu, Aziz mengesahkan beliau berbesar hati untuk bertanding pada PRU akan datang namun enggan berkecimpung dalam politik untuk mengejar jawatan dalam parti.
Beliau sebaliknya bertekad memainkan peranan berkesan di Parlimen semata- mata.
[SH] AMPANG - Taktik seorang guru menggunakan dua anaknya berusia tujuh dan empat tahun ketika berasmara dengan seorang lelaki bagi mengaburi pihak berkuasa tidak menjadi, apabila dicekup awal pagi semalam.
Pasangan itu ditahan Penguat Kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat dan Pegawai Masjid Al-Azim dalam operasi cegah maksiat di hotel murah di Ampang, Taman Seraya dan Pandan Indah, kira-kira jam 2.30 pagi, selepas mendapat maklumat pasangan bukan muhrim menjadikan hotel murah untuk memadu asmara.
Ketika penguat kuasa menyerbu bilik hotel berkenaan, wanita berusia 28 tahun, yang mengajar di Perak bersama pasangannya berusia 29 tahun itu bertegas mereka suami isteri, tetapi gagal menunjukkan sijil nikah.
Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Osman berkata, wanita berkenaan dipercayai membawa anaknya bagi melindungi tindakan jijik bersama pasangannya.
"Orang ramai akan menyangka pasangan itu suami isteri apabila ada anak bersama dalam bilik hotel berkenaan, tetapi kami membongkar rahsia pasangan itu setelah disoal siasat secara berasingan," katanya.
Beliau berkata, wanita itu berkhidmat sebagai guru sandaran di sebuah sekolah, manakala pasangannya seorang kontraktor.
"Lelaki berkenaan memakai singlet dan berseluar panjang, manakala pasangannya berpakaian lengkap dan berkain batik," katanya.
[SH] GOMBAK – Tiga bekas berisi minyak hitam dan satu botol minyak zaitun ditemui dalam sebuah rumah kosong di Jalan Laksamana 1/5.
Barangan tersebut ditemui susulan maklumat yang diterima unit rondaan penduduk mengenai satu lembaga yang melompat ke rumah tinggal berkenaan kira-kira jam 2.30 pagi semalam.
Penduduk, Norhan Shafiq, 22 berkata, dia memberanikan diri memasuki kawasan rumah kosong bagi membuat pemeriksaan sebelum terjumpa bekas minyak berkenaan.
"Saya jumpa bekas berwarna kuning di dalam tandas manakala dua lagi bekas minyak dan satu botol minyak zaitun ditemui di bilik utamanya," katanya.
Sementara itu pemeriksaan lanjut turut menemui beberapa helai pakaian di dalam rumah tersebut.
Penduduk mensyaki rumah kosong tersebut menjadi lokasi sementara suspek menyembunyikan diri dan bertukar orang minyak
Bagaimanapun rondaan sehingga jam 6.00 pagi tidak menemui sebarang perkara pelik di sekitar kampung tersebut.
Penduduk guna benang, jaring cekup orang minyak
GOMBAK – Benang dan jaring bakal digunakan penduduk Kampung Laksama dalam misi menangkap lembaga didakwa orang minyak.
Pengamal perubatan alternatif, Kamal Abu Zaman penggunaan bahan-bahan itu adalah sebahagian ikhtiar memberkas pengamal ilmu hitam yang menyebabkan kampung itu huru-hara sejak dua minggu yang lalu.
Menurutnya benang dan jaring yang sudah dibacakan ayat suci al-Quran itu akan direntangkan lokasi yang disyaki menjadi laluan orang minyak.
"Apa yang kita buat ini adalah antara ikhtiar yang dipraktikkan sejak zaman Rasullah dan ianya berkesan untuk menumpaskan pembuat sihir dan ilmu hitam menggunakan beberapa surah utama ayat suci al-Quran.
"Insya-Allah bila makhluk itu terpijak atau terkena jaring ini, kuasanya sihirnya akan hilang dan dianya akan bertukar menjadi manusia biasa kembali dan ketika itu kita boleh menangkapnya," katanya.
Menurutnya mereka yang terlibat dalam mengamalkan ilmu hitam itu sebenarnya disumpah dan mereka perlu menjadi orang minyak untuk memastikan ilmunya bertambah kuat.
"Saya yakin gangguan ini akan berakhir tidak lama lagi kerana kuasa Allah tidak mampu ditandingi oleh sesiapa kerana kita semua adalah sebahagian dari makhluk ciptaan-Nya," katanya.
Gangguan berterusan
GOMBAK – Gangguan didakwa perbuatan orang minyak semakin menjadi-jadi.
Terbaru, sebuah rumah di Jalan Laksamana 2, di sini dipercayai diganggu makhluk berkenaan sejak dua malam berturut-turut.
Mangsa, Sahimah Ismail, 40, berkata, rumahnya mula diganggu sejak Selasa lalu dan kejadian disedari anak saudara dan abang iparnya yang tidur di ruang tamu.
"Mereka terjaga selepas terdengar bunyi tombol pintu sebelum diikuti dengan ketukan pada pintu rumah selama kurang seminit sebelum bunyi itu lenyap," katanya mempunyai anak gadis berusia 19 tahun.
Menurutnya, menyedari gangguan itu, pemeriksaan dilakukan namun tidak ada sesiapa dikesan berada di kawasan luar rumah.
Gangguan tidak berhenti setakat itu dan pada malam Jumaat lalu seisi rumahnya terjaga selepas dikejutkan dengan kejadian tingkap cermin tiiba-tiba pecah.
"Bunyi kaca pecah itu mengejutkan semua orang malah sebelum itu tombol pintu itu turut dipulas beberapa kali," katanya.
Rela bergilir adakan rondaan
GOMBAK – Anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) Kampung Laksamana dengan kerjasama Unit Amal Gombak akan mengadakan rondaan secara bergilir setiap malam bermula jam 1 pagi sehingga Subuh di kampung itu.
Ketuanya, Anuar Harun berkata pihaknya mengalu-alukan penyertaan orang kampung bagi menambah keanggotaan pasukan beruniform di kampung itu.
Menurutnya jika ramai yang menyertai rondaan secara bergilir dan bersistematik dapat diatur bagi memastikan tahap keselamatan kampung berada pada tahap yang terbaik.
"Platun di kampung ini meskipun masih baru ianya berperanan besar dan masalah terbaru di kampung ini ketika amat memerlukan penugasan anggota yang meronda berjalan kaki dan menunggang motosikal," katanya.
Menurutnya terdapat 60 orang anggota Rela berdaftar di kampung itu dan jumlah itu diharap boleh bertambah dalam masa beberapa hari lagi.
"Anggota sebelum ini pernah menggagalkan cubaan memecah masuk rumah tahun lalu ,"katanya.
[SH] Misteri gangguan makhluk halus menyerupai hantu Kak Limah menyelubungi kehidupan satu keluarga di Kampung Temiang, Marang Terengganu sejak lebih seminggu lalu terungkai apabila seorang ustaz yang menggunakan kaedah perubatan secara Islam tampil membantu.
Proses pemulihan yang dilakukan Ustaz Nor Hasrul Mohd Hassan dari Perubatan Syifa Al Ikhlas yang berpangkalan di Serendah, Selangor itu yang tiba kira-kira jam 12 tengah hari kelmarin, bermula di rumah pusaka keluarga berkenaan di Jerangau kira-kira jam 4 petang.
Bagaimanapun usaha untuk menghalau makhluk halus di rumah Syaawal Mazlan di Kampung Temiang, di sini hanya dilakukan kira-kira jam 9 malam berikutan detik itu dikatakan bermulanya kehadiran makhluk menyerupai hantu Kak Limah itu.
Kak Limah adalah nama watak seorang wanita yang disangka jelmaan hantu dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah yang mendapat sambutan hangat di pawagam tahun lalu.
Usaha Sinar Harian untuk tiba ke lokasi berkenaan agak mencabar berikutan lokasi rumah keluarga terbabit yang agak terpencil, selain keadaan hujan lebat ditambah jarak rumah agak jauh lain merumitkan lagi proses mendapatkan maklumat daripada penduduk kampung.
Bagaimanapun, selepas berjaya masuk ke jalan yang bakal menghubungkan Kampung Temiang melalui laluan Wakaf Tapai-Marang, kewujudan sebuah warung kopi di tepi jalan dengan kesediaan pelanggannya yang terdiri daripada penduduk tempatan memberi maklumat diperlukan, memudahkan usaha untuk menjejaki rumah Syaawal yang menjadi lokasi liputan bahan berita itu.
Sebaik tiba di lokasi dituju, wartawan Sinar Harian terpaksa pula meninggalkan kereta di tepi jalan kecil kerana rumah itu terletak agak jauh di tengah padang.
Dalam keadaan hujan renyai-renyai, perjalanan menuju ke rumah itu amat mencabar. Terpaksa meredah selut berlumpur selain situasi gelap yang amat menyeramkan.
Sedia menanti termasuk bapa Syaawal, Mazlan Ali, 55, dan ahli keluarga terdekat selain penduduk kampung turut tidak melepaskan peluang.
Sinar Harian yang tiba ke rumah papan dibina semula daripada perkayuan rumah pusaka keluarga berkenaan bagaimanapun tiba-tiba dikejutkan dengan situasi tegang melibatkan adik Syaawal, Mat Ali, 15, yang secara tiba-tiba menangis, tidak sedarkan diri dipercayai akibat dirasuk.
Selang beberapa minit kemudian, tatkala ahli keluarga sedang menenteramkan Mat Ali, kakaknya, Masliana, 31, tiba-tiba dikatakan terpandang lembaga berambut panjang duduk di alang rumah.
Ustaz Hasrul pada ketika itu berada di rumah berdekatan selepas menikmati makan malam sebaik dimaklumkan perkara itu, bergegas ke rumah Syaawal lalu terus memulakan proses menghalau makhluk halus yang merasuk.
Pada masa itulah, Masliana tiba-tiba menunjukkan aksi dan tenaga luar biasa, membuka pencak silat untuk bertarung dengan Ustaz Hasrul. Tiada langsung ciri-ciri kewanitaan pada lagaknya, yang kelihatan hanya langkah pendekar. Namun, biar begitu hebat pun Masliana, mudah sahaja langkahnya dimatikan Ustaz Hasrul dengan ayat suci al-Quran. Ternyata yang bersilat itu bukan Masliana sebenar tetapi makhluk halus yang menguasai tubuhnya.
Bacaan ayat al-Quran selain azan akhirnya berjaya membuat jin yang menguasai wanita itu terperangkap. Masliana pulih apabila jin terbabit berjaya dikurung di dalam botol oleh Ustaz Hasrul. Kena sembelih
Mat Ali dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat dirasuk makhluk halus dipercayai jin kafir itu sempat berkomunikasi dengan Ustaz Hasrul sebelum jin itu dimatikan melalui sembelihan leher secara kaedah kebatinan.
Jin yang merasuk ke dalam tubuh Mat Ali akhirnya berjaya dikeluarkan selepas hampir setengah jam berhempas pulas dan ia turut dimasukkan ke dalam botol plastik.
Ustaz Hasrul kemudian menepung tawar katil pusaka dipercayai menjadi punca segala kemelut yang berlaku.
Proses rawatan tidak menggunakan sebarang alat lain seperti kemenyan atau asap yang biasa digunakan bomoh tradisional kecuali air penawar itu berakhir kira-kira jam 11.15 malam, sebelum penduduk kampung bersurai setelah kesemuanya berpuas hati dengan kejayaan rawatan diberikan.
Akhirnya, kehadiran Ustaz Hasrul membantu mengusir makhluk halus yang mengganggu keluarga tanpa bayaran, berjaya mengembalikan semula keharmonian hidup keluarga Syaawal.
[BH] KLUANG: Seorang ibu muda yang masih dalam proses perceraian tergamak membawa anaknya yang baru berusia setahun ketika memadu asmara semasa menyambut tahun baru di sebuah bilik hotel bajet di sini bersama seorang duda beranak satu yang juga turut membawa anaknya yang berusia lima tahun, pagi semalam.
Namun, helah pasangan itu yang pada mulanya mengaku sebagai pasangan suami isteri gagal mengaburi pasukan penguat kuasa Majlis Agama Islam Daerah Kluang apabila mereka akhirnya ditahan kerana disyaki berkhalwat selepas gagal menunjukkan sebarang bukti ikatan perkahwinan mereka.
Ketika serbuan dijalankan sekitar hotel bajet itu, pasangan terbabit mengambil masa hampir 20 minit sebelum membuka pintu selepas pegawai bertugas mengetuk bilik mereka.
Sebaik pintu dibuka duda berusia 29 tahun itu dilihat hanya memakai seluar pendek dan kemeja yang tidak berbutang dan ibu muda 24 tahun itu memakai seluar ketat dan kemeja, manakala kedua-dua anak itu sedang tidur di atas katil.
Pegawai Penguat Kuasa Majlis Agama Islam Daerah Kluang, Ustaz Anuar Kosnin yang mengetuai operasi cegah maksiat ambang tahun baru itu berkata, pasangan terbabit yang mengaku dalam perjalanan dari Pahang ke Batu Pahat itu memberi alasan keletihan dan hanya singgah berehat di hotel berkenaan.
"Bagaimanapun mereka ditahan kerana disyaki berkhalwat apabila hasil soal siasat akhirnya mereka mengaku tidak mempunyai sebarang ikatan sah suami isteri, selain mengaku akan berkahwin tidak lama lagi," katanya ketika ditemui pada operasi cegah maksiat selama enam jam di sekitar daerah ini.
Dalam operasi cegah maksiat bersepadu sempena sambutan tahun baru yang dijalankan bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Cawangan Penyiasatan Khas Kem Mahkota bermula jam 12 tengah malam sehingga 6 pagi, tiga pasangan lain termasuk dua pasangan warga Indonesia ditahan.
Sementara itu, dalam tangkapan berasingan yang dilakukan di Simpang Renggam, sepasang kekasih berusia 35 dan 24 tahun, masih tidak serik apabila ditangkap berkhalwat untuk kali ketiga.
Pasangan itu yang juga pekerja di sebuah kilang papan dikenali di kalangan penguat kuasa agama daerah ini kerana pernah diberi kaunseling dan nasihat di hadapan keluarga masing-masing sebelum ini.
Ketika ditahan pihak berkuasa, pasangan itu langsung tidak menunjukkan reaksi cemas, sebaliknya sanggup memberi alasan mahu melepaskan rindu.
Malah, turut memanggil nama timangan masing-masing iaitu 'papa dan mama' di hadapan semua pegawai operasi yang bertugas tanpa rasa bersalah dan janggal ketika soal siasat dijalankan.
Semua pasangan itu akan didakwa mengikut Seksyen 27 (1) (a) & (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997, yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun, atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.
[SH] BANDARAYA MELAKA – Seorang abang tidak sedar adiknya membawa seorang wanita asing masuk ke dalam bilik rumah disewa mereka bersama sehingga kediaman mereka diserbu Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi di sebuah taman perumahan di sini, rumah berkenaan disewakan lelaki tempatan berusia 22 tahun bersama dua adik beradiknya yang lain.
Sepasukan anggota penguat kuasa Jaim bertindak menyerbu rumah berkenaan selepas mendapat maklumat orang ramai berkaitan seorang wanita dikesan masuk dalam rumah berkenaan.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, sebaik saja anggotanya melakukan serbuan, pihaknya menemui seorang wanita warga Indonesia berdua-duaan bersama seorang lelaki di dalam bilik rumah berkenaan.
"Ketika pemeriksaan, wanita berusia 25 tahun itu didapati sedang berada di dalam bilik air dalam keadaan bogel dan mendakwa baru pertama kali datang ke rumah lelaki itu yang dikenalinya sejak tiga bulan lalu," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Rahimin berkata, ketika serbuan juga, abang kepada suspek yang berada dalam rumah itu tidak menyedari adiknya membawa seorang perempuan ke dalam bilik.
"Pasangan terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekedudukan.
Jika sabit kesalahan boleh dikenakan tindakan denda sebanyak RM3,000 atau penjara selama 24 bulan atau kedua-duanya sekali," katanya.
Rahimin berkata, Jaim kesal dengan kejadian itu dan menasihati umat Islam di negeri ini supaya tidak mengambil kesempatan terhadap warga asing yang bekerja di negara ini.
P/s: Harap-harap abang si lelaki yang kantoi ini benar-benar tidak sedar!
PETALING JAYA, 2 JAN: Umno/BN yang semakin terdesak ekoran penolakan rakyat memaksa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terpaksa menggunakan pelbagai fitnah dan penipuan serta memperbodoh rakyat di saat Pilihanraya Umum ke-13 kian hampir.
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataan medianya berkata strategi serangan terhadap Anwar Ibrahim adalah usaha terus-terusan Umno/BN dan menghumban Anwar ke dalam penjara dianggap bakal memberi sedikit nyawa untuk mereka terus wujud dan merompak harta rakyat dan Negara.
"Keterdesakan Umno/BN di bawah Najib semakin terserlah dan jelas tidak boleh diselindung lagi. Perkiraan Najib untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihanraya umum dalam tempoh terdekat ini bakal mengundang padah yang besar bagi dirinya dan isteri beliau Rosmah, serta pada keseluruhan parti usang Umno/BN." ujar beliau.
Katanya tindakan media milik Umno yang membesarkan kenyataan Raja Petra Kamaruddin (RPK) menunjukkan betapa media tersebut ketandusan idea selain membesarkan isu lapok.
"Umum tidak harus lupa bahawa Raja Petra Kamaruddin, yang kini semakin diketahui sebagai 'blogger upahan UMNO' juga pernah membuat kenyataan bersumpah bahawa Najib dan Rosmah terlibat dalam pembunuhan kejam model Mongolia Altantuya Shariibu tidak lama dahulu yang walaubagaimanapun, sememangnya dan tentunya tidak dilapor langsung oleh akhbar-akhbar ini.
Menurut Ahli Parlimen Machang itu lagi, ketakutan Najib dan Rosmah berhubung sokongan terhadap Anwar ekoran ramai penyokong yang akan turun memberi sokongan ketika 9 Januari nanti dianggap sebagi cubaan untuk menghuru-harakan negara.
"Anwar Ibrahim merupakan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Umum PKR. Sebagai seorang pemimpin politik, tentunya beliau mempunyai pengikut dan penyokongnya. Kehadiran pengikut dan penyokong Anwar dan anggota-anggota Parti bagi menunjukkan sokongan terhadap beliau tidak harus dianggap sebagai cubaan menghuru-harakan negara.
"Dari nada pimpinan UMNO dan media milik UMNO berhubung perkara ini kebelakangan ini serta dari pengalaman lampau, saya dapat menjangka bahawa UMNO sendirilah yang akan mencetuskan provokasi pada hari tersebut. Saya sekali lagi menyeru kalangan anggota dan penyokong Parti untuk berhati-hati dan tidak terjebak dengan perangkap UMNO dan Barisan Nasional yang ingin menjadikan 9 Januari ini suatu hari hitam dalam diari perjuangan kita." kata beliau.
Tambah beliau, kecelikan rakyat berhubung sumber maklumat serta kebangkitan rakyat memaksa kepimpinan Najib melakukan pelbagai penyelewengan dan salah guna kuasa.
"Umno/BN kini umpama 'telur di hujung tanduk'. Rakyat dan pengundi negara ini telah celik dan cukup sedar bahawa kerajaan telah gagal dalam melaksanakan tanggungjawab yang dimandatkan untuk memimpin negara dan membela nasib mereka.
"Kesemua penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa pimpinan UMNO dan Barisan Nasional yang telah dibongkar masih belum dapat dijawab oleh Najib dan kabinetnya.
"Malah dalam kes syarikat Fidlot Nasional, rakyat masih terus dibohong apabila siasatan dan pertuduhan hanya dibuat terhadap lelaki yang disyaki menipu suami kepada Ketua Wanita UMNO Shahrizat Jalil yang juga Pengerusi Eksekutif syarikat itu sendiri dan tidak terhadap pengarah-pengarah syarikat, yang terdiri dari anak-anak mereka mahu pun Shahrizat sendiri.
"Pendedahan penyalahgunaan wang zakat oleh Ketua Audit Negara oleh Menteri Jamil Khir terus dipertahan.
"Kezaliman dan penindasan terhadap peneroka-peneroka dalam merebut kekayaan FELDA oleh pemimpin tertentu UMNO terus dipertingkat dan digalakkan.
"Kebangkitan mahasiswa menuntut penghapusan AUKU dan hak dan kebebasan bersuara serta menentang kezaliman dan kebobrokan UMNO dan Barisan Nasional segera ditentang dengan kekejaman dan kekerasan Polis.
"Dalam pada itu, usaha memporak-perandakan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini masih dileluasakan." tegas beliau
Sehubungan itu beliau menyeru supaya seluruh rakyat berbilang kaum serta para pengundi menolak Umno/BN dalam pilihanraya akan datang yang disifatkan semakin terdesak dan melampau.
Wanita Tunisia ini mengaku sedang mengandung 12 bayi. Wanita yang enggan disebutkan namanya itu mengungkapkan kehamilan ini sangat menggembirakan kerana sebelumnya dia mengalami dua kali keguguran. Dia dan suaminya berharap memiliki enam anak laki-laki dan enam anak perempuan. Ketika ini wanita tersebut diperkirakan sedang hamil sembilan bulan dan dalam masa menunggu melahirkan.
Namun, para pakar kesihatan mengkritik keras apa dialami wanita ini. Mereka menuduh doktor yang merawat pasangan itu mempertaruhkan kesihatan serta kehidupan ibu dan bayi yang dikandung. Tidak diketahui pengubatan kesuburan apa yang mereka lakukan, tapi sang suami, bernama Marwan, mengungkapkan yang mereka mengharapkan anak kembar.
Sang ibu mengungkap ingin segera memeluk bayi kembarnya dan ingin melahirkan secara normal. Tetapi menurut para ahli kandungan itu tidak mungkin. Marwan, yang mengajar di sebuah sekolah di Gafsa, bahagian barat Tunis, mengatakan kehamilan 12 bayi ini adalah satu keajaiban.
"Awalnya aku berfikir bahawa isteriku akan melahirkan kembar dua. Tetapi ditemukan lebih banyak janin," kata Marwan seperti dikutip dari Telegraph.co.uk. Keadaan tersebut menurut Simon Fisher, pakar fertiliti dari University of Oxford, sangat menakutkan. Dia mengatakan kehamilan tersebut dapat terjadi kerana pasangan mengabaikan nasihat dari doktor dengan melakukan hubungan seksual selama pengubatan.
"Kesempatan untuk janin bertahan hidup sangat kecil. Mungkin beberapa dari janin akan hidup tanpa masalah kesihatan tetapi risiko mereka mengalami masalah kesihatan yang serius juga sangat besar," kata Fisher. Kondisi ini juga sebelumnya dialami oleh seorang wanita dari Amerika Syarikat, Nadia Sulaeman, tetapi jumlah bayinya tidak sebanyak wanita Tunisia tersebut. Pada Januari 2010, ia berhasil melahirkan delapan bayi hasil IVF (pembuahan buatan).
Lalu pada Mei lalu, wanita England, Nuala Conway, melahirkan enam bayi kembar. Satu dari empat anak perempuan dan dua anak lelakinya meninggal bulan lalu. Pada 1996, wanita Inggeris lainnya, Mandy Allwood, juga hamil kembar delapan setelah mengambil ubat kesuburan.
Mandy ditawarkan untuk menggugurkan beberapa janin demi memberi kesempatan bertahan hidup janin lainnya, tapi ia menolak. Akibatnya bayi kembar delapan, enam anak laki-laki dan dua perempuan.
"Puk* Mak!, Celaka, Haram Jadah, Kurang Ajar....." bertalu-talu ayat itu tersembur keluar dari mulut Pak Ya, prebet polis di Balai Penanti ketika mengheret saya dan seorang kawan lagi pada tahun 1985 dahulu. Kami ditangkap oleh Pak Ya kerana menaiki motosikal yamaha kapchai CDI tanpa memakai topi keledar.
Sepanjang dia mengekori kami sambil membonceng motosilanya dari belakang tak henti-henti murutnya menyumpah kami berdua sehinggalah sampai ke balai. Kami berdiri tegak didepannya sambil mendengar sumpah serapahnya tak henti-henti.
Kedua kami disuruk ketuk ketampi. Naik turun sambil mulutnya menyupah memaki hamun kami berdua yang makin kepenatan kena ketuk ketampi. Akhirnya saman diberikan kepada kami berdua atas kesalahan naik motosikal tanpa bertopi keledar.
Itu pengalaman ketika remaja yang sampai sekarang saya masih ingat tersemat dalam minda saya dan bayangan Pak Ya masih jelas dalam fikiran saya. Saya membenci polis bernama Pak Ya itu sehinggalah saya dapat tahu dia telah meninggal dunia akibat barah usus.
Itu cerita lama yang memberikan persepsi kepada saya bagaimana tidak bijaksanannya seorang anggota polis menegakkan undang-undang jalanraya. Saya tak kisah didenda dan menerima pengajaran daripada denda tersebut yang sampai sekarang saya pegang agar sentiasa mengelakkan daripada melakukan kesalahan indang-undang.
Tapi sikap anggota polis tersebut hanya memberikan imej buruk anggota polis kepada ramai remaja lain yang apabila bernama remaja memang tak sunyi daripada menentang undang-undang yang dianggap mengongkong kebebasan mereka. Apa salahnya polis bertindak bijaksana dalam menangani remaja dengan kaedah yang lebih memberikan kesan hormat kepada keperibadian mereka.
Bagi saya tidak ada kebijaksanaan pada kebanyakan anggota polis. Mereka hanyalah anggota biasa yang mencari makan demi meneruskan kehidupan. Amanah dalam tugas jauh daripada amalan kebanyakan mereka. Siapa tak pernah merasuah anggota polis dalam hal kesalahan trafik.
Dalam kebanyakan tindakan mereka nafsu amarah sentiasa menguasai segala perbuatan mereka. Dalam kes mereka meleraikan pelajar di UPSI baru-baru ini kita tidak sepatutnya merasakan terkejut dengan sikap ganas mereka, itu bukanlah kali pertama. Kebijaksanaan tiada dalam diari kehidupan mereka. yang pentingnya kami melaksanakan tugas. Kami ada kuasa dan jangan cuba melawan atau kami belasah.
Tiada bezanya antara remaja, pelajar orang awam atau apa saja. Mereka semuanya musuh kepada negara. Penjenayah tidak patut diberikan muka. Kerja mendidik bukan salah satu daripada tugas kami. Barangkali itulah falsafah mereka.
Oleh itu kecaman Mufti Perlis, Dr Juanda agar pihak polis menjalankan tugas mereka dengan bijaksana sebenarnya tidak sedikitpun mendatangkan kesan kepada mereka. Baca komen Dr Juanda tentang kes UPSI di sini.
KUALA TERENGGANU - PAS mendesak agar ditubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat insiden berdarah akibat keganasan pihak polis menyurai perhimpunan mahasiswa di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak.
Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Dato' Abu Bakar Chik berkata tindakan ganas polis memukul mahasiswa yang berhimpun di bagi membantah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) pada malam sambutan tahun baru 2012 sangat tidak wajar.
Katanya, suatu siasatan perlu dilakukan segera bagi mencari punca permasalahan hingga berlaku perhimpunan seumpama itu.
Menurutnya, jika perlu ditubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat insiden tersebut hingga mendatangkan kecederaan parah kepada mahasiswa terbabit.
"Saya minta suatu siasatan dilakukan yang menjurus bagaimana hendak menyelesaikan masalah yang sedia ada dan bukan siasatan hendak cari siapa salah.
"Apa puncanya berlaku permasalah (perhimpunan) itu. Jika perlu ditubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk membuat siasatan.
"Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Negeri mesti bertanggungjawab. Pihak polis mesti bertanggungjawab, Kementerian Pengajian Tinggi mesti bertanggungjawab dan pihak Kementerian Pelajaran sendiri juga mesti bertanggungjawab terhadap insiden ini," tegasnya dalam sidng media khas di sini pada Ahad 1 Januari.
Beliau memberi reaksi terhadap insiden Himpunan Kebebasan Akademik (BEBAS) di hadapan UPSI, hingga menyebabkan dua cedera parah serta 17 lagi ditahan di Balai Polis Tanjung Malim, Perak.
Menurut Ustaz Abu Bakar, tindakan tersebut telah menimbulkan keresahan yang sangat besar di kalangan rakyat serta mahasiswa di negara ini.
Katanya, pihak keselamatan terbabit bertindak mengikut arahan pimpinan kerajaan tanpa mempedulikan kepentingan rakyat.
Sepatutnya, kata beliau pihak pasukan keselamatan seperti polis dan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) bertindak menjaga kepentingan rakyat dan orang ramai.
"Mereka (polis) mesti sedar tindakan mereka ini telah menimbulkan keresahan yang besar di kalangan rakyat dan mahasiswa sendiri.
"Mereka (polis) sedar bahawa mereka mengikut peraturan yang diarahkan oleh pimpinan kerajaan tanpa mempedulikan kepentingan rakyat. Sedangkan, tugas mereka (polis) sepatutnya menjaga kepentingan rakyat dan orang ramai.
"Tidak padan (layak) pihak polis hendak berlawan dengan mahasiswa dan bukan lawan dia (polis) untuk memukul mahasiswa, untuk mencederakan mahasiswa bukan lawan polis," jelasnya.
Dato' Abu Bakar berkata pihak polis wajar membuat pertimbangan dengan memberi ruang dan masa kepada pelajar menyuarakan rasa hati mahasiswa.
Katanya, biarlah mahasiswa menyuarakan rasa hati, berunding serta pihak berkenaan mendengar pendapat dari golongan tersebut.
"Polis selayaknya memberi ruang dan masa. Biar mereka (mahasiswa) menyuarakan rasa hati, biar mereka berunding dan dengar pendapat mereka.
"Tetapi dengan cara (polis) menunjukkan kekuatan, kehebatan dan kekerasan tidak mendatangkan kebaikan untuk rakyat dalam negara ini," ujarnya.
Beliau yang juga mantan Presiden Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam (PMFPI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tahun 70-an menyokong kebebasan bersuara mahasiswa serta menghapusan akta AUKU.
Menurutnya, sejak akta AUKU diperkenalkan dan dikuatkuasakan hingga sekarang pergerakan mahasiswa menjadi agak 'lumpuh'.
Ini kerana, kata Dato' Abu Bakar mahasiswa dan pensyarahnya dikongkong oleh Akta AUKU yang begitu menekan golongan tersebut.
"Akta ini diperkenalkan sehinggalah tahun 1974, Akta AUKU dikuatkuasa. Pergerakan Mahasiswa menjadi 'lumpuh' dan hingga ke hari ini, kita tidak menyaksikan gerakan mahasiswa bersuara untuk kepentingan negara dan rakyat kecuali terlalu sedikit.
"Ini kerana, mereka (pelajar) dikongkong oleh Akta AUKU. Ini bukan sahaja mahasiswa termasuk di kalangan Pensyarah Universiti di negara ini," jelasnya.
Beliau mengulangi kekesalan bahawa insiden keganasan polis hingga mendatangkan kecederaan parah kepada pelajar tersebut sebenarnya boleh dielakkan.
Katanya, kumpulan mahasiswa terbabit sekitar 60 orang yang berhimpun secara aman bagi menyatakan sokongan terhadap rakan mereka.
Menurutnya, alasan pihak keselamatan bertindak dengan memukul terlalu kasar dan ganas itu tidak wajar. -BO
Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menyifatkan insiden yang berlaku di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim semalam sebagai "pembantaian mahasiswa" yang amat membimbangkan.
Bekas zamil pelawat di Universiti Oxford itu menimbulkan rasa hairannya kenapa perhimpunan itu sampai "menumpahkan darah sesama sendiri yang diharamkan oleh agama"?
"Apakah pintu musyawarah sudah tertutup? Kemarahan tidak akan selesai dengan memarakkan kemarahan! Masing-masing ada hak untuk bertindak, maka jagalah batasan hak masing-masing," katanya.
Seramai 17 mahasiswa ditahan dalam perhimpunan prokebebasan akademik di depan UPSI semalam dan seorang cedera serta dikejarkan ke hospital.
Kejadian itu mengundang kritikan keras pelbagai pihak, termasuk pembangkang, kumpulan mahasiswa, peguam dan NGO.
Pihak polis bagaimanapun menafikan menggunakan kekerasan dan mendakwa kecederaan peserta perhimpunan disebabkan "rempuhan sendiri" ke klinik berdekatan.
Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini, Dr Juanda berkata, pihak berkuasa sewajarnya menggunakan kebijaksanaan -- yang didakwanya makin hilang -- setika kemarahan peserta perhimpunan itu memuncak.
"Ya, anda ada kuasa, tetapi biarlah orang hormat dan hargai kuasa anda, bukannya memarakkannya dengan fitnah kebencian!" katanya.
Dr Asri: Ingat apa berlaku di Tunisia
Sementara itu, bekas mufti negeri sama Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula berkata, beliau terkejut melihat kecederaan yang menimpa mahasiswa terbabit -- Muhamad Safwan Anang -- dan jika terbukti polis melakukan, ia sesuatu yang malang.
"Apa pun kena siasat siapa yang salah. Saya berpendapat golongan terpelajar mesti diberikan ruang bersuara dengan syarat aman dari rusuhan.
"Jika mereka diganggu atau dicederakan, ia petanda kezaliman sesuatu pemerintahan," katanya.
Dalam kenyataannya awal pagi tadi, Dr Asri berkata, walaupun tidak semestinya tuntutan mahasiswa dipersetujui, mereka tidak wajar diperlakukan sedemikian.
"Jika mahu tahan, tahan dengan prosedur yang betul, bukan pukul. Menindas mereka hanya membangkitkan sentimen kebencian kepada pihak kerajaan yang nanti tidak dapat diubati lagi.
"Kena ingat apa yang berlaku di Tunisia!" katanya yang kini bertindak sebagai zamil di Universiti Oxford.
Katanya, suruhanjaya siasatan perlu dibuat dan menasihatkan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifudin Abdullah berjumpa secara tertutup dengan pihak polis.
"Semasa perhimpunan itu, tiada anggota FRU dipanggil bertugas... hanya anggota dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Tanjung Malim sahaja, dan ternyata blog berkenaan cuba membuat fitnah.
"Malah semasa menyuraikan perhimpunan haram itu, anggota kami tidak menggunakan sebarang kekerasan malah bertindak dengan sangat berhemah," katanya pada sidang akhbar di Tanjung Malim semalam.
Beliau berkata kecederaan anggota kumpulan mahasiswa itu adalah disebabkan rempuhan yang mereka lakukan sendiri, dan bukan dipukul polis seperti didakwa.
Betul la gamaknya kot,,pasal sekarang ni kan musim lembu lembu mengamuk.
Depa pikir, mahasiswa ni jenis makan kawan,jenis rempuh kawan pasal nak selamat diri..
Dalam tahun lepas je berapa ramai orang yang sengaja mencederakan diri sendiri semata mata nak kan publisiti..
Raya korban yg lepas, banyak lembu yang di korban kan..bersyukur la, ramai orang yang dapat merasa daging hasal pengorbanan orang lain,, Tetapi syarikat lembu nasiaonal terbalik cerita nya, mereka mereka yang makan anak beranak diatas pengorbanan rakyat.. Tak selamat la. tiada ketenangan dalam diri sampai kemati..
You are subscribed to email updates from otaiblues To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Mengaku dirinya rasul, mampu mengampunkan dosa pengikut, tsunami berlaku atas kuasanya dan menafikan kewajiban menunaikan solat serta puasa antara fahaman sesat yang kini didakwa disebarkan seorang selebriti terkenal tanah air. Selebriti terbabit bukan saja menyebarkan fahaman yang ternyata melanggar hukum syarak, tetapi lebih mengejutkan apabila dia mengakui dirinya mampu memberikan syafaat kepada pengikutnya pada hari akhirat kelak.
Sumber yang juga bekas pengikutnya, hanya mahu dikenali sebagai Fatimah, 30, berkata, penyebaran dakyah menyimpang itu mula dilakukan selebriti terbabit lebih dua tahun lalu selepas mendakwa dirinya mendapat wahyu dan petunjuk daripada Allah.
"Dia juga memberitahu di akhirat kelak, dia bakal ditempatkan di barisan hadapan apabila semua manusia dihimpunkan di Padang Mahsyar," katanya kepada Harian Metro.
Selebriti lelaki yang terkenal dengan perwatakan warak itu sebelum ini jarang menimbulkan kontroversi sepanjang membabitkan diri dalam industri seni, justeru pendedahan dilakukan beberapa pengikutnya amat mengejutkan. ~hmetro
Addin :
Dunia akhir zaman, sesat lagi menyesatkan.. macam UMNO..
Addin andaikan setelah UMNO BN berbelanja besar hingga jutaan ringgit untuk 'cyber war' berjaya dan boleh di banggakan. Namun andaian Addin dan mungkin juga sesetengah pengunjung setia blog-blog politik agak meleset. Buktinya.. setelah ranking blog PR vs BN yang di keluarkan oleh blogger Cenangau ini. Apa yang di banggakan UMNO BN sekadar dapat bersaing seperti ini? Umum mengetahui, blogger PR tiada mendapat peruntukan walau satu sen pun dari Pakatan Rakyat namun blogger PR mampu sampai ke tahap ini.
Bekalan semangat yang ada buat blogger PR ialah.. ingin menentang habis-habisan UMNO BN yang menzalimi dan menipu rakyat Malaysia sekian lamanya.. rejim toghut ini harus dijatuhkan!!
ehsan Cenangau
Jikalau di lihat pada kedudukan, blogger pencacai UMNO BN hanya menguasai 4 kedudukan teratas dalam 10 blog teratas dan selebihnya di kuasai blog pro PR. Ini bermakna blogger pencacai tidak menguasai secara solid 'cyber war' ni.
Bak kata blogger Siasah mengenai ranking ini.. blogger pencacai UMNO BN banyak menayang cerita-cerita lucah dan gambar-gambar lucah..dan tidak hairanlah blogger pencacai UMNO BN agak menarik perhatian umum.
Lihat ranking sepenuhnya di sini. Anda semua boleh menilainya keberkesanan jutaan ringgit yang di laburkan UMNO BN. Jangan lupa.. itu duit kita semua.
Addin :
Pujian buat blogger Cenangau.. teruskan usaha murni ini.
Seorang pelajar UPSI, Hidayah binti Harun mengatakan Adam Adli and the geng adalah ganas di akaun facebooknya. Apa buktinya membuatkan pelajar UPSI itu menuduh Adam Adli and the geng sebegitu. Melainkan pelajar UPSI itu kaki bodek.. Hidayah binti Harun merupakan Setiausaha Majlis Perwakilan Pelajar di UPSI.. patutla pun.
Nor Hidayah binti Harun mengatakan kumpulan Adam Adli dan SMM ini bertindak mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota FRU serta bertindak memanjat pagar dan merempuh sebuah klinik.
Tuduhan tersebut terlalu semberono.. apa buktinya? Rakaman video semasa berlaku perhimpunan tersebut menunjukkan segala-galanya. Pihak polis telah membuat provokasi hinggakan tercetus ketegangan. Para pelajar tersebut hanya menuntut untuk kebebasan akademik tetapi dilayan seperti penjenayah.. sedangkan penjenayah sebenar masih bebas.
PRU13 bakal hampir tiba, cakap-cakap mengatakan bulan Mac ni. Addin ada dapat info daripada seorang polis yang memaklumkan PRU 13 bakal berlaku pada PRU 13, ini info daripada SB (anjing belaan UMNO). Apa yang pasti PRU 13 bakal berlaku pada tahun ni. Dari pemerhatian Addin, UMNO Melaka sudah menggerakkan jenteranya. Program UMNO di merata tempat, rimas di buatnya.
Gula-gula UMNO di tabur merata tempat, rakyat di perbodohkan.. rakyat didungukan. Gula-gula UMNO mungkin termakan sekiranya 10 atau 20 tahun lepas.. tetapi sekarang rakyat makin cerdik pandai..UMNO saje yang semakin hari semakin bodoh..
"Majoriti Senyap" Bakal Tumbangkan UMNO BN Terengganu Pada PRU 13
BESUT – Bantuan dan 'sogokan politik' yang terlalu banyak, diberikan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu menyebabkan wujud kelompok 'majoriti senyap'.
Menurut Yang DiPertua PAS Kawasan Besut, kumpulan itulah yang akan menumbangkan Umno/BN dalam pilhanraya Umum ke-13 akan datang.
Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, beliau mendapat maklumat bahawa risikan pihak keselamatan baru-baru ini membawa 'label merah' sebagai tanda bahaya kepada BN Terengganu.
"Saya dapat sedikit maklumat daripada rakan-rakan kita, risikan tentera yang dibuat sejak akhir-akhir ini memberikan laporan kepada pihak atas sana, pihak mereka, bahawa Terengganu ini berada dalam label warna merah untuk Umno dan Barisan Nasional,
"ertinya mereka ada satu kebimbangan yang kuat untuk bergerak mempertahankan kemenangan mereka di Negeri Terengganu,"ujarnya ketika menyampaikan ucapan pada program Mukhaiyyam Qiadi PRU13 Pemuda Kuala Nerus disini, Sabtu 31 Disember.
Menurutnya, walau pun Umno kelihatan kuat, laporan keselamatan menunjukkan sebaliknya kerana masyarakat tidak berani menzahirkan sokongan mereka sebenar, bimbang tidak mendapat 'habuan' tersebut.
Beliau mendedahkan bagaimana peranan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) menjadikan agihan bantuan wang zakat sebelum Eidul Fitri lalu, sebagai 'umpan' untuk menarik sokongan di kalangan orang-orang PAS.
Katanya, JKKK telah pergi ke rumah orang-orang PAS yang menjadi sasaran dan memujuk mereka supaya menerima wang zakat itu.
"dia (JKKK) 'target focus' (sasarkan) pada orang-orang kuat PAS, setelah dipujuk akhirnya seorang daripadanya setuju untuk menerima dan menghadirkan diri ke majlis agihan bantuan itu,
"namun begitu, apabila beliau hadir dan mendengar ucapan yang menghentam PAS pada majlis tersebut, menyebabkan orang PAS tadi, akhirnya mengangkat suara,
"(beliau membantah) dan berkata, tolong beri tahu (ke) penceramah tu, dia tak paham dasar Umno dan dasar PAS,"terang Ustaz Wan Azhar.
Ahli PAS itu, katanya, bercakap agak kuat dan berkata lagi, beliau datang ke majlis itu untuk ambil duit zakat dan bukan untuk mengubah sikap dan pendiriannya, bahkan, duit zakat yang diterimanya, akan salurkan kepada PAS untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional .
Kata Wan Azhar, apabila sebutan itu didengari oleh kira-kira 15 hingga 16 orang yang disangka memberi sokongan penuh kepada Umno/BN, namun keadaan sebaliknya berlaku.
"15-16 orang ni (sekelilingnya), pergi pegang tangan dia dan berkata, serupa saja kita ni, demo kata kawe 'biru-biru ni' memang biru,
"tapi InsyaALlah, pada pilihanraya kali ke-13 in kita akan jatuhkan BN,"katanya. ~buletinonline
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Gandingan dua selebriti hebat dari latar belakang berbeza, penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus bersama pelakon, pelawak dan pengacara, Zizan Raja Lawak berjaya menarik kehadiran kira-kira 80, 000 orang ke Program Countdown 2012 di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam.
Adalah difahamkan, jumlah ini jauh lebih memberangsangkan berbanding jumlah kehadiran ke program "Karnival Sayangi Selangor" dan sambutan malam tahun baru anjuran kerajaan Umno-BN di I-City yang dianggarkan sekitar 5,000 sahaja, meskipun dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Laman-laman blog dan FB kelihatan banyak mengulas mengenai kemeriahan program berkenaan. memuat naik gambar-gambar dan video sekitar program. Antara yang diulas adalah mengenai keserasian Ustaz Azhar dan Zizan sewaktu forum soal jawab agama berlangsung dan petikan gitar oleh Ustaz Azhar sendiri.
Kemeriahan program turut diserikan dengan kehadiran bekas gitaris kumpulan Kamikaze, Shamril Salleh atau Sham Kamikaze, pendakwah bebas, Ustaz Syed Nor Hisham Tuan Padang, juara program realiti tv pencarian imam muda, Imam Muda Ashraff serta selebriti Astro Oasis, Akhil Haiyy.
Hadiran juga berharap program seperti ini yang menampilkan hiburan mendidik diteruskan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan juga negeri-negeri lain.
Ini membuktikan rakyat malaysia khususnya anak muda mula meminati program-program mendidik apatah lagi jika ia ditampilkan secara kreatif. (blog Pena Kusisip)
Perdana Menteri dijangka merombak Kabinetnya bulan ini dan menunda tarikh pilihan raya ekoran skandal yang membabitkan sekurang-kurangnya dua menterinya, menurut sumber dalaman Umno.
Pegawai kanan Pejabat PM sudah menyenaraikan menteri dan timbalan menteri yang berpotensi dan dilihat sebagai orang Najib untuk menjalankan Model Ekonomi Baru (NEM) dan transformasi politiknya untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
"Dato Seri Najib Razak memerlukan lebih ramai orangnya di Kabinet.
Beliau perlu menggantikan mereka kerana dilihat sebagai pencemaran untuk menghadapi pilihan raya," menurut pembuat dasar Umno yang mempunyai hubungan rapat dengan presiden, sambil merujuk kepada skandal Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkaitan hal ehwal keagamaan, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, dan timbalan menteri Datuk Awang Adek Hussin, yang mengaku menerima sumbangan kewangan.
Terdapat spekulasi dalam kalangan media Cina termasuk penganalisis politik Najib akan membubarkan Parlimen selepas sambutan Tahun Baru Cina pada 23 Januari dan pilihan raya pada Mac, empat tahun selepas Pilihan Raya Umum 2008.
Adalah difahamkan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah mula menempah sekolah dan dewan komuniti untuk pilihan raya pada Mac nanti. Walaubagaimanapun, sumber lain mengatakan pilihan raya dilaksanakan selepas Tawaran Awal Awam (IPO) daripada kerajaan negeri dan pemaju Felda.
Sumber lain Umno menyebut bahawa parti berkenaan belum bersedia untuk pilihan raya walaupun Najib memberitahu anggota partinya berdepan dengan " peperangan kerusi" untuk pilihan raya awal. "Kami belum betul-betul bersedia. Sesetengah menteri masih lagi tidak mahu menyerahkan kerusi mereka untuk pilihan raya akan datang," katanya kepada The Malaysian Insider.
Setakt ini hanya bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh bersuara secara terbuka untuk tidak bertanding pada pilihan raya. Kebanyakan menteri menjangka mereka akan dipilih semula. Dan sekiranya tidak terpilih, mereka enggan bekerjasama seperti apa yang berlaku pada 2008," demikian menurut sumber.
Umno hanya memenangi 79 daripada 112 kerusi persekutuan yang ditandinginya pada 2008 bila Barisan Nasional (BN) kehilangan majoriti dua pertiga kerusi parlimen dan empat negeri.
Umni kini diselubungi isu Shahrizat (yang didesak meletakkan jawatan oleh kalangan Umno sendiri) ekoran skandal lembu Pusat Fidlot Nasional (NFC), yang menurut laporan Ketua Audit Negara terdapat kekacauan selepas menerima RM250 juta dana awam.
Umno juga kelihatan terbukti terkait dengan rasuah apabila bekas Menteri Besar Selangor Khir Toyo didapati bersalah oleh mahkamah atas tuduhan rasuah dan dipenjarakan setahun atas kesalahan pembelian tanah dan rumahnya bernilai jutaan ringgit. Dia sedang membuat rayuan terhadap kes berkenaan.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal ehwal Islam) Datuk Seri Jamil Khir Baharoom (mengikut laporan Ketua Audit Negara) menggunakan RM63,650 daripada wang Lembaga Zakat untuk membiayai kos guamannya dalam kes Anwar Ibrahim menamakan mereka sebagai responden dalam permohonan Qazaf. Ia turut disahkan apabila jumlah itu dibayar semula selepas badan berkenaan menerima RM70,000 pada Jun lepas sebagai sebahagian daripada sumber kerajaan. (edited)
PERSATUAN Bola Sepak Perak (Pafa) kini tidak mempunyai Timbalan Presiden kerana penyandang jawatan, Datuk Seri Abdullah Hishan Mohd Hashim terpaksa mengosongkan jawatan itu.
Ini berikutan beliau diisytihar muflis oleh Jabatan Insolvensi Negara menyebabkan beliau tidak boleh memegang sebarang jawatan dalam badan sukan.
Menurut sumber, larangan yang tidak membenarkan seseorang yang diisytihar muflis memegang jawatan dalam sebarang pertubuhan berdasarkan Akta Pembangunan Sukan 1997 .
Berikutan itu menurut sumber terbabit, Abdullah Hishan rerpaksa mengosongkan semua jawatan termasuk sebagai salah seorang naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang dimenanginya dalam kongres badan induk itu pada 2010.
Beliau berkata, arahan memaklumkan mengenai larangan itu kepada semua ahli gabungan badan induk bola sepak negara itu terkanding dalam surat bertarikh 7 Disember lalu.
Abdullah Hishan yang juga Yang Dipertua Persatuan Bola Sepak Daerah Taiping (PBDT) memenangi jawatan Timbalan Presiden Pafa dalam kongres ke-52 pada 2010 Ahli perniagaan berasal dari Taiping itu menyertai Pafa pada 2008 apabila memenangi jawatan Naib Presiden.
You are subscribed to email updates from PERAKITE To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
APAKAH akar PAS? Akar PAS ialah parti politik Islam untuk Se-Malaysia. Parti politik menyertai proses yang ada untuk mendapatkan kuasa. Islam dalam perjuangan adalah untuk mewujudkan sebuah negara yang berakhlak, memberikan kebajikan kepada rakyat dan melaksanakan keadilan.
PAS adalah untuk semua rakyat Malaysia, tanpa mengira anutan agama, kaum dan fahaman politik. Inilah akar PAS, dan parti ini masih memilikinya.
Adakah bekerjasama dengan DAP dan KeADILan itu lari daripada akarnya? Tentulah tidak. Untuk mendapatkan kuasa, sebagai sebuah parti politik, ia perlu kerjasama dengan parti lain. Tidak salah.
DAP memperjuangan negara mengimpikan Malaysia yang adil, justeru ia boleh bekerjasama dengan parti Islam. Sememangnya DAP dan KeADILan mempunyai fahaman tersendiri yang ciricirinya berbeza dengan PAS, tetapi platform Pakatan Rakyat menyediakan kerjasama yang selaras.
Mengapa PAS memilih DAP dan KeADILan tetapi menolak Umno? Rekod Umno dan BN yang dipimpinnya adalah korup dan tidak dapat diterima.
Tetapi tidakkah DAP dan KeADILan akan menjadi korup juga apabila memegang kuasa begitu lama seperti Umno? Boleh jadi tetapi hakikatnya buat masa ini rekod korup dipegang oleh Umno kerana mereka yang berkuasa terutama di peringkat Pusat.
Mengapakah PAS mahu bekerjasama dengan DAP dan KeADILan sedangkan mereka bukanlah parti orang Islam seperti Umno? Persefahaman bersama Pakatan Rakyat dapat diterima oleh Islam yang selaras dengan PAS. Tetapi rekod Umno yang korup tidak dapat diterima oleh PAS.
Apa yang disebut sebagai Islam boleh datang dalam pelbagai bentuk. Baik secara langsung atau tidak langsung.
Keadilan dan kebebasan adalah Islami walaupun tidak diistilahkan sedemikian.
Sebaliknya yang telah lari dari akar ialah Umno. Ketika melawan MalayanUnion dan memperjuangkan kemerdekaan, akar Umno adalah kebebasan dan keadilan. Begitu juga dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang asalnya ialah pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat.
Tetapi selepas pelaksanaannya, ia menimbulkan imej korup.
Gejala korupsi adalah penyelewengan landasan pada mana-mana parti. Demokrasi bertujuan untuk mengimbangi supaya dikurangkan ancaman korupsi. Kuasa mutlak membawa kepada korupsi penuh. Justeru, imbangan dan pembetulan wajar dilakukan dan itulah inti demokrasi.
Korupsi di sini bukanlah bermaksud dari sudut kewangan semata-mata tetapi lebih utama ialah kekuasaan. Keseluruhan mesej Islam ialah perlindungan masyarakat daripada korupsi.
Inilah akar PAS dan juga Pakatan Rakyat. Umpamanya, mesej utama zakat adalah keadilan sosial yang merupakan usaha menghalang korupsi di kalangan elit masyarakat.
Selain itu, PAS bukan saja memiliki dahan dan ranting. Daripada akar itu, sudah berkembang dahan iaitu tradisi dan pengalaman parti.
PAS adalah sebahagian daripada gerakan Islam sedunia, seperti mana juga Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) Turki, Parti Annahdhah Tunisia, Parti Keadilan dan Pembangunan (PJD) Maghribi dan Parti Kebebasan dan Pembangunan (PFD) Mesir.
TNCHEPA ugut bar 'exam', dibuang kolej serta merta
Sumber UPSIKini
Tanjong Malim, 2 Jan- Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni UPSI, Datuk Paduka Junaidi Abu Bakar (DDJ) mengugut seorang mahasiswi UPSI dari mengikuti peperiksaan akhir ekoran terlibat dengan gerakan menuntut kebebasan akademik, mansuhkan AUKU dan bebaskan Adam Adli tempoh hari.
Mangsa, Yuyu Luna (gambar) melaporkan kepada UPSIkini bahawa beliau diugut oleh TNCHEPA, katanya "Saya memang dah awal-awal lagi di ugut oleh TNCHEPA Datuk Paduka Dr Junaidi untuk di bar dari ambil 'exam'.."
Dalam pada itu, Yuyu Luna juga telah dibuang kolej berkuat kuasa malam ini atas arahan orang atas yang memusuhi beliau dan mahasiswa.
Menurutnya "tindakan so far, di halau dari kolej serta merta berkuat kuasa malam ini atas arahan "orang atas " yang berkepentingan atau pun "membalas dendam atas kederhakaan "
Walaubagaimana pun beliau dilihat masih bersemangat dan menganggap ia satu pencabulan yang di lakukan ke atas mahasiswa, katanya ini satu permulaan, revolusi pasti berlaku.
Wawancara bersama Yuyu Luna, mangsa tahanan polis
Pihak mediawan UPSIkini telah menghubungi seorang mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang ditahan dilokap bersama-sama 16 mahasiswa berhubung demonstrasi tuntut kebebasan akademik, mansuh AUKU dan bebaskan Adam Adli semalam. Berikut wawancara mediawan UPSIkini bersama Yuyu Luna atau nama sebenar beliau Siti Nurul Piteriah, mahasiswi UPSI yang menjadi mangsa tahanan polis selama 12 jam.
UPSikini: Kami dimaklumkan saudari antara yang ditangkap dan berada di lokap. Mohon perkembangan terkini mengenai apa tindakan bakal dikenakan UPSI terhadap saudari?
Yuyu Luna: Dah di bebaskan bersama 16 mahasiswa yang lain jam 5 petang tadi, tindakan so far, di halau dari kolej serta merta berkuat kuasa malam ini atas arahan "orang atas " yang berkepentingan ataupn "membalas dendam atas kederhakaan ".
Upsikini: Apa perkembangan sisatan polis tadi? adakah akan dicas dengan apa-apa akta, atau dibebaskan dengan jaminan sahaja?
Yuyu Luna: Tadi di dibebaskan atas jaminan polis, perbicaraan pada 20 hari bulan dan masih kabur atas kesalahan apa saya d tangkap jam 3.30 pagi tadi, sebab ada berlaku penipuan dari pihak polis untuk membawa saya kebalai.
UPSIkini: Penipuan dari pihak polis? Apa yang polis beritahu sewaktu ditangkap?
Yuyu Luna: Saya tidak ditangkap, tetapi di beritahu oleh dua orang pegawai wanita bahawa ada orang mahu jumpa di dalam balai, maka saya ikut dan sampai di balai dia orang cakap saya bersalah, cuma bila tanya apa kesalahan mereka tak bagi tahu .
Saya anggap ini satu pencabulan yang di lakukan ke atas mahasiswa, pesan saya ini satu permulaan, revolusi pasti berlaku.
Saya memang dah awal-awal lagi di ugut oleh TNCHEPA Datuk Paduka Dr Junaidi untuk di bar dari ambil 'exam'.
Selamat malam dan salam sejahtera kepada pembaca blog Budak Logam. Hurm, seperti mana tajuk di atas entry kali ini adalah berkaitan dengan isu rokok. Jika isu lelaki merokok memang sudah menjadi kebiasaan. Tapi bagaimana pula persepsi anda terhadap golongan wanita yang merokok?
Tahukah anda bahawa lebih ramai remaja wanita yang berumur diantara 13 hingga 15 tahun di negara ini mula merokok sehingga jumlah perokok di kalangan mereka berada pada tahap membimbangkan hanya kerana terpengaruh dengan budaya Barat dan ingin menjadi 'cool'. Persoalannya 'Cool' ke wanita hisap rokok?
Pertumbuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah membuktikan melalui Kajian Tembakau Remaja Global yang menunjukkan jumlah perokok remaja wanita di negara ini meningkat dari 4.2 peratus pada tahun 203 kepada 5.3 peratus pada 2009, manakala remaja wanita yang pernah merokok juga menunjukkan peningkatan iaitu dari 11.5 peratus pada 2003 kepada 12.4 peratus pada 2009.
Kebanyakan mereka ini terpengaruh dengan budaya Barat, filem, Laman web dan Internet, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
"Kita lihat trend ini membimbangkan. Jadi, saya ingin menekankan seseorang itu lebih 'cool' jika tidak merokok kerana mereka mementingkan kesihatan. "Jangan terpengaruh dengan iklan, filem atau mana-mana media yang menyebarkan maklumat tidak tepat, kami nak tukar trend ini dan mereka boleh menyertai pelbagai program yang disediakan," katanya.
BILA diberitahu ada pelajar yang bertindak menurunkan bendera gambar Najib di PWTC, saya macam tak percaya, dan tak beri perhatian serius kepada berita itu kerana menganggap mungkin orang tersalah faham berita atau ada orang sengaja mereka-reka cerita. Saya sendiri memang tak ikuti berita, sama ada di televisyen mahupun akhbar harian.
Sehinggalah ada orang SMS kepada saya meminta carikan anak muda bernama Adam Adli, pelajar UPSI Tanjung Malim, untuk diajak ke program Paksi di Felda Sg Tengi pada 23 Disember, kerana pelajar ini seorang anak muda yang berani berkata benar.
"Paksi duk cari anak muda yang berani berkata benar, nah sekarang kita sudah ada orangnya. Adam Adli. Baca interbiu dengan dia dalam Sinar. Memang dia berani dan tak takut berkata benar. Dia yang turunkan bendera gambar Najib tu.:
Wah, rupa-rupanya memang betul ada anak muda kita yang berani bertindak senekad itu. Menurunkan bendera gambar Perdana Menteri, di laman PWTC pula tu!
Tabik Adam Adli! Kamu memang berani. Baca wawancara dengan kamu itu, memang jelas kamu berani dan tahu apa yang kamu buat.
Bukan setakat aksi nakal seorang anak muda, tetapi aksi yang lahir dari suatu kesedaran dan keyakinan diri.
Alhamdulillah, kita masih ada anak muda yang boleh kita harapkan untuk berjuang kerana kebenaran dan keadilan.
Di zaman yang bukan sahaja anak-anak mudanya sudah kehilangan semangat perjuangan tetapi orang-orang dewasa yang intelektual, ilmuan, ulama dan budayawan pun semuanya sudah menjadi manusia materialis yang tanpa kesedaran kebenaran kecuali segelintir sahaja, kita berasa sangat lega apabila muncul seorang yang seperti Adam Adli ini.
Ya betul, saya jadi macam tak percaya pada berita itu pada mulanya bukanlah kerana apa, kerana sudah terlalu lama melihat masyarakat kita yang semakin hari semakin hilang kesedaran terhadap harga diri, semakin hilang kesedaran terhadap kepentingan dan makna kebenaran dan keadilan, semakin tidak mempedulikan apapun yang terjadi di sekeliling, dan semakin mementingkan kesenangan hidup materialis.
Melihat kawan-kawan yang ramai di kalangan penulis, budayawan, ilmuan, intelektual dan agamawan pun semakin tidak mempedulikan kemungkaran yang dilakukan oleh tokoh-tokoh pimpinan dalam pelbagai bidang (bukan sahaja politik), menyebabkan kita seperti tidak mahu berharapan lagi.
Berjuang tetap berjuang, tetap meneruskan perjuangan, dan tetap positif dengan perjuangan.
Tetapi oleh kerana realiti yang dihadapi hari-hari nampaknya seperti tidak juga membawa perkembangan yang diharapkan, maka harapan pun jadi seperti sudah membeku.
Seniman Paksi Rakyat (Paksi) sebenarnya tidak pernah berhenti berusaha mencari sahabat-sahabat seniman dan budayawan yang masih punya kesedaran terhadap kebenaran, terutamanya di kalangan anak muda (dipelopori Rozan dan Benz). Maka itulah apabila tercetusnya peristiwa berani seorang pelajar menurunkan bendera gambar Perdana Menteri itu, kawan-kawan pun SMS mencadangkan supaya Paksi mencarinya untuk diajak bergabung dalam aktiviti-aktiviti seni-budaya Paksi.
Memang itu suatu peristiwa besar sebenarnya. Terima kasih Sinar kerana menangkap saat penting peristiwa itu dan memberi ruang untuk anak muda itu menyatakan gejolak rasa-fikir dan semangat "berani kerana benarnya" itu; walaupun ramai 'orang dewasa' dan pemimpin establishment yang marah dan menuduhnya tidak beradab dan sebagainya.
Saya mengambil kesempatan ini menyatakan sokongan dan hormat kepada tindakannya yang sebenarnya sangat diharapkan dan sangat diperlukan oleh masyarakat kita hari ini. Ramai orang yang suka nak buat perkara macam itu sebenarnya, tetapi hanya seorang yang ada keberanian melakukannya. Syabas!
Hormat dan terima kasih juga kepada ayah dan ibunya yang bukan sahaja memahami tindakan anaknya itu, malah menyokongnya.
Kebetulan pula peristiwa ini terjadi di saat PAS sedang menghadapi suatu masalah rumit yang ditimbulkan oleh seorang Dr Hasan Ali, yang pernah menjadi Naib Presiden PAS, Pesuruhjaya Negeri Selangor, dan masih menjadi seorang Exco kerajaan negeri Selangor.
Entah bagaimana, saya tibatiba berasa peristiwa Dr Hasan Ali itu tidaklah begitu penting lagi, dibandingkan dengan peristiwa Adam Adli ini. Yang itu merosakkan harapan, yang ini pula membawa harapan baru. Penting lagilah harapan baru ini. Tenggelamlah berita Dr Hasan Ali yang cuba menarik perhatian umum dengan tindakannya menghentam pimpinan PAS itu.
Ya betul, seperti SMS Cikgu Khairuddin Masjid Batu kepada saya, katanya: "Bagi saya isu Dr Hasan hanya isu kecil yang bersifat setempat. Tidak akan berlaku perpecahan dalam PAS. Apa saja tindakan beliau sama ada keluar atau tidak, tak menjadi kudis bagi PAS."
Kata Pengerusi Masjid itu lagi: "Ahli-ahli PAS telah biasa kehilangan pemimpin yang lebih besar dan pengaruh yang lebih kuat, seperti Asri Muda dan Nakhaei. PAS tetap utuh dan bertambah kuat."
Betul, kita boleh lupakan saja isu Hasan Ali itu dan beri perhatian kepada kemunculan semangat baru seperti yang dibawa oleh Adam Adli ini.
Harapan yang membeku pun jadi cair dan segar semula. Semoga ia adalah suatu permulaan bagi sesuatu yang lebih bermakna, di ambang pilihan raya umum yang semakin dekat ini, memberi kekuatan baru yang lebih berkualiti lagi kepada PAS. Atau seperti kata Adam Adli: Kita mahu "merasakan kemenangan" yang kita inginkan itu! Insya- Allah.
KUALA LUMPUR- Gandingan dua selebriti hebat dari latar belakang berbeza, penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus bersama pelakon, pelawak dan pengacara, Zizan Raja Lawak berjaya menarik kehadiran kira-kira 80, 000 orang ke Program Countdown 2012 di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam, malam tadi.
Difahamkan, jumlah ini jauh lebih memberangsangkan berbanding jumlah kehadiran ke program "Karnival Sayangi Selangor" dan sambutan malam tahun baru anjuran kerajaan BN di I-City yang dianggarkan sekitar 5,000 sahaja, meskipun dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Tinjauan rawak ke laman-laman blog bukan politik hari ini juga mendapati rata-rata penulis mengulas mengenai kemeriahan program malam tadi serta memuat naik gambar-gambar dan video sekitar program.
Antara yang diulas adalah mengenai keserasian Ustaz Azhar dan Zizan sewaktu forum soal jawab agama berlangsung dan petikan gitar oleh Ustaz Azhar sendiri.
Kemeriahan program turut diserikan dengan kehadiran bekas gitaris kumpulan Kamikaze, Shamril Salleh atau Sham Kamikaze yang sudah melakukan penghijrahan, pendakwah bebas, Ustaz Syed Nor Hisham Tuan Padang, juara program realiti tv pencarian imam muda, Imam Muda Ashraff serta selebriti Astro Oasis, Akhil Haiyy.
Rata-rata mereka juga mengharapkan program seperti ini yang menampilkan hiburan mendidik jiwa diteruskan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan juga negeri-negeri lain.
Ini membuktikan rakyat malaysia khususnya anak muda mula meminati program-program mendidik apatah lagi jika ianya ditampilkan "kena dengan caranya".
Antara pimpinan Pakatan Rakyat Selangor yang hadir malam tadi ialah Exco Kerajaan Negeri, Dr. Halimah Ali, Haniza Talha dan Yaakob Safari serta Pesuruhjaya PAS Shah Alam, Khalid Samad.- Harakahdaily
Mahasiswa yang tercedera dalam perhimpunan prokebebasan akademik di Tanjung Malim semalam mendakwa beliau beliau dipukul di bahagian muka ketika membantu rakannya yang diseret polis.
Bercakap kepada sidang media selepas dibenarkan keluar daripada hospital hari ini, Muhammad Safuwan Anang, 23, juga mendakwa beliau tidak melawan langsung pasukan keselamatan dalam insiden di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Tampil lemah dengan kerusi roda yang disorong isterinya, Muhammad Safuwan mendakwa, dalam kejadian semalam, polis juga menekan rusuknya menggunakan lutut dengan keras.
Pihak polis Perak semalam bagaimanapun menafikan menggunakan kekerasan dan mendakwa kecederaan peserta perhimpunan disebabkan "rempuhan sendiri" ke klinik berdekatan.- M'kini
RPK yang perasan bagus sangat bubuh paku lagi kat medan rakyat nak lawan Umno
Oleh Penarik Beca
Sejak 29/3/1982 apabila dia masuk Umno, saya sikit pun tak minat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Malah ketika itu, orang-orang Abim yang masuk Umno saya benci sangat-sangat.
Tetapi, apabila rakyat bangkit pada tahun 1998 dan 1999, saya tak lempaq taik kat kebangkitan itu walaupun saya tidak menyertainya. Dan, tak lempaq taik kat kebangkitan tu tak bermakna saya dah minat kat Anwar.
Menjelang pilihan raya umum tahun 2008, Hindraf bangkit dan merancang himpunan besar-besaran. Banyak tuntutan mereka yang bukan sahaja saya tak setuju, malah sakit hati nak baca.
Walaupun saya hampir tak ada kenangan manis dengan orang-orang Hindu dan saya selalu sakit hati, tetapi saya tak la pulak lempaq taik kepada hak dan usaha mereka untuk berhimpun.
Ni saya tulis fasal sahabat Mamat poyo tu sendiri. Terus terang, saya langsung tak ada kemampuan nak tengok Haris Ibrahim hatta gambarnya sekalipun - sama seperti saya mengelak dan tutup TV apabila siaran berita dan seumpamanya menyiarkan rakaman atau gambar para pemimpin Umno kerana saya tak boleh tahan langsung dah nak tengok muka depa.
Baru-baru ni Haris datang berceramah dekat dengan rumah saya, iaitu di Taman Melewar, memang saya tak pergi dan tak mungkin saya pergi. Tetapi, saya tak hasut orang supaya jangan pergi.
Mudah ja. Ketika depa dok lawan musuh rakyat, saya tak akan tibai musuh kepada musuh rakyat itu. Depa dok tengah lawan Umno, biaq la. Saya tak kata, "jangan pi ceramah tu. Haris Ibrahim pun ada!"
Di pihak yang lain pula, walaupun ada juga kenangan yang tak best (biasa la tu), tetapi saya mempunyai terlalu banyak kenangan manis dengan PAS. Pergaulan harian saya pun lebih banyak dengan orang PAS walaupun saya tak lagi menjadi ahli PAS.
Meskipun begitu, bila ada segerombolan yang tidak bermaruah yang berselingkuh, berkendak dan bermukah dalam gelap dengan Umno dan work to the benefit of the worst public enemy, saya bantai depa sampai hari ni. Saya tidak bantai PAS. Saya bantai pecacai-pecacai Umno yang membawa kad keahlian PAS tu. No love lost sebab yang berpakat dengan public enemy pun public enemy juga.
Balik kepada cerita Anwar. Saya selalu kata yang saya berterima kasih sangat kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang memecat Anwar dan menghambat Mamat itu dari Umno. Tetapi bila Anwar ditahan di bawah ISA, saya kata kalau babi sekalipun ditahan di bawah ISA, aku tak setuju.
Hari ni saya nak sebut, kalau babi sekalipun yang lawan Umno, aku tak akan susahkan dia ketika dia tengah dok berlawan dengan Umno.
Tetapi sejak kebelakangan ni kita melihat semakin jijik kelaku Mamat perasan yang lempaq taik kepada rakyat yang nak berlawan dengan Umno. Dia ni tak habis-habis bajet diri dia macam bagus sangat. Lepas ni hampa tengok la, dia akan kata dia dah perangkap media-media pecacai Umno apabila dia mengizinkan mereka menemubual dia. Kononnya dia dah buat coup.
Tobat lahum dia tak akan mengaku yang dia dah sabotaj sebahagian rakyat yang nak berlawan dengan Umno - walaupun dengan cara mereka sendiri. Mamat tu sentiasa perasan bagus sangat. Itulah penyakit dia yang paling teruk yang dimanfaatkan Umno untuk mensabotaj rakyat yang sedang berlawan dengan taghut itu.
Dia sama ja dengan Dr Hasan Mohamed Ali. Sembang deras konon lawan Umno. Sedangkan, yang orang nampak dengan jelas dia memanfaatkan Umno.
Janganlah lupa:
Kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia berjaya menggulingkan presiden-presiden mereka kerana kebangkitan-kebangkitan tersebut tidak mempunyai pemimpin - Rashid Al-Ghannushi.
Juanda: 'Polis patut bertindak dengan bijaksana bukan kemarahan'
KUALA LUMPUR, 1 Jan — Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menegaskan anggota polis perlu mengambil tindakan dengan bijak dan bukan bertindak di luar batasan sehingga menyebabkan kepada kecederaan orang awam.
Menurut Juanda, insiden tindakan kasar polis semasa menghuraikan demonstrasi aman mahasiswa di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) awal pagi tadi amat membingungkan.
Beliau berkata sekiranya tindakan itu diambil dengan perasaan marah ia tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya akan bertambah teruk.
Tambah Juanda, sepatutnya kedua-dua belah pihak berunding untuk mencari jalan penyelesaian terlebih dahulu bagi mengelakkan masalah lain seperti kecederaan.
"Pembantaian mahasiswa di UPSI amat membingungkan. Kenapa sampai perlu menumpahkan darah sesama sendiri yang diharamkan oleh agama? Apakah pintu musyawarah (berunding) sudah tertutup?
"Kemarahan tidak akan selesai dengan memarakkan kemarahan. Masing-masing ada hak untuk bertindak, maka jagalah batasan hak masing-masing," katanya dalam tulisannya di laman Facebook.
Awal pagi tadi beberapa mahasiswa yang mengadakan demonstrasi aman menuntut kebebasan akademik di UPSI telah ditahan polis kerana ingkar arahan pihak berkuasa yang mengarahkan mereka bersurai.
Kumpulan mahasiswa itu mendakwa polis telah bertindak kasar dengan "memukul, menendang dan menumbuk" mereka, yang menyaksikan Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) Muhammad Safwan Anang dihantar ke Hospital Slim River kerana tidak sedarkan diri.
Difahamkan dianggarkan seramai 60 orang mahasiswa telah mengadakan demonstrasi di kampus itu bermula malam tadi bagi memprotes Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan menuntut solidariti untuk Adam Adli Abdul Halim, yang menjadi perhatian kerana menurunkan kain rentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di luar ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur bulan lalu.
Pemimpin PKR dan DAP mengkritik tindakan kasar polis terhadap kumpulan mahasiswa itu.
Bagaimanapun Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan menafikan anggotanya bertindak kasar semasa menghuraikan demonstrasi dengan menegaskan "tiada pergelutan" yang berlaku semasa tangkapan dibuat.
Tambah Juanda, pihak polis sepatutnya bertindak secara bijaksana dalam menghuraikan demonstrasi itu.
"Sewaktu api fitnah sedang mara menjulang, pihak berkuasa sewajarnya mencari sesuatu yang sudah semakin hilang pada hari ini, iaitu kebijaksanaan.
"Ya, anda ada kuasa, tetapi biarlah orang hormat dan hargai kuasa anda, bukannya memarakkannya dengan fitnah kebencian," katanya.
Diskriminasi merujuk kepada pelayanan yang tidak adil terhadap individu tertentu, di mana layanan ini dibuat berdasarkan kumpulan yang diwakili oleh individu berkenaan. Diskriminasi merupakan suatu amalan yang biasa dijumpai dalam masyarakat manusia. Ia berpunca daripada kecenderungan manusia untuk membeza-bezakan manusia.
Diskrimasi boleh berlaku dalam pelbagai konteks. Ia boleh dilakukan oleh orang perseorangan, institusi, firma, malah oleh kerajaan. Terdapat pelbagai perlakuan yang boleh dianggap sebagai diskriminasi
Diskriminasi dianggap sebagai sesuatu yang tidak adil berdasarkan prinsip "setiap manusia harus diberi hak dan peluang yang sama"
"Nih berita baru dan gambar baru. Heboh didalam facebook individu-individu berbangsa arab yang mengatakan Pemain bola sepak terkenal nih telah memeluk agama islam. Tak silap aku gambar nih diambil pada 26./12 baru-baru nih di sebuah masjid di Dubai. Dilaporkan bahawa Kaka ataupon nama sebenar Ricardo kaka telah menghadiri majlis pengenalan Islam bersama isterinya di masjid nih. Kalau berita nih benar alhamdulillah.
Bertambah lagi umat islam didunia nih.Islam semakin diterima oleh masyarakat antarabangsa.
Aku sangat bersyukur dan berbangga kalau berita nih benar. Tapi berita nih memang heboh di dunia arab sekarang nih. Mungkin kaka telah memeluk agama islam. Dalam pasukan Real madrid pun ada 4-5 orang individu beragama islam seperti karim benzema, Nuri sahin, Hamid altintop, Mesud ozil dan Khedira. Aku tahu sikit-sikit jer tentang depa nih sebab aku tak minat dengan pasukan nih. Ini kerana pasukan nih merupakan musuh utama pasukan kegemaran aku Barcelona. Disini aku sertakan link mengenai berita pengislaman Kaka nih..(Klik Sini)
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Berdasarkan laporan web portal The Malaysian Insider pada 30.12.11, Prof. bersetuju menawarkan diri sebagai calon Pakatan Rakyat. Menarik perhatian saya untuk berkongsi pandangan berhubung perkembangan ini.
1. Suara Prof. perlu tunduk pada polisi Parti
Hari ini, Prof. tidak menganggotai mana-mana parti politik. Prof. bebas untuk mengeluarkan pendapat berdasarkan ilmu, pengalaman dan pemerhatian Prof. Prof. bebas untuk mengkritik kekurangan dan kelemahan sistem politik pada sesebuah parti mahupun sesebuah kerajaan. Prof. pernah mengkritik Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin tertinggi parti politik lain.
Apabila Prof. menyertai sesebuah parti, Prof. akan terikat dengan polisi, perlembagaan dan adab dalam pasukan. Kritikan dan teguran Prof. pada parti sendiri atau parti sekutu ada salurannya, ada adabnya, ada peraturannya, dan yang paling penting, ada hadnya. Ada yang boleh dikritik, ada yang tidak boleh disentuh.
Tidakkah Pakatan Rakyat menjamin kebebasan bersuara? Jika Ya sekalipun, hendaklah mengikut prosedur dan saluran parti, yang tidak menjejaskan imej parti, yang tidak menghadiahkan peluru percuma buat musuh. Itu harga yang Prof. perlu bayar. Ilmu dan pengalaman Prof. akan terikat dengan polisi dan survival parti.
Inilah pasukan perang bernama parti politik. Perlu strategi dan sentiasa bermusuh.
2. Label Parti Politik akan menjejaskan sumbangan Prof. kepada masyarakat
Pemikiran masyarakat kita masih belum bertaraf profesional. Masih kuat menganuti budaya sentimen. Seperti mana Datuk Ismail Kamus atau Datuk Harun Din dilarang memasuki sesetengah masjid hanya untuk mengendalikan kursus pengurusan jenazah, begitu jugalah Datuk Jamil Khir atau Ustaz Kazim Elias dilarang memasuki sesetengah masjid hanya untuk menyampaikan tazkirah mengenai puasa. Malah di sesetengah masjid, masih terdapat dua imam solat pada satu-satu masa. Masyarakat kita masih 'allergic' pada cop parti politik.
Di antara pendedahan yang dibuat Persatuan Pengguna Pulau Pinang ( CAP ) dengan pendedahan yang dibuat DAP berhubung produk makanan yang terdapat di pasaran. Pendedahan yang mana satu yang bakal berhadapan dengan kesukaran untuk sampai ke pengetahuan rakyat? Malah apabila sampai ke pengetahuan rakyat sekalipun, lihatlah akan perbezaan penerimaan rakyat di antara kedua-dua pendedahan ini. Kita boleh bayangkan reaksi mereka jika ia bersumberkan kajian DAP. Sentimen masih mengatasi rasional dan fakta.
Maka apakah matlamat kajian dan pendedahan demi kepentingan rakyat terbanyak akan tercapai? Umumnya bagaimana intelek rakyat hendak dibangunkan jika maklumat ditolak mentah-mentah kerana sentimen? ( Alangkah lebih cerdik jika kajian DAP tersebut disalurkan kepada sebuah proksi tidak berparti untuk didedahkan kepada umum demi kepentingan dan kesihatan rakyat. Mungkin reaksi rakyat akan berbeza ).
Inilah realiti. Inilah bentuk pemikiran masyarakat kita. Masih kuno dan primitif. Sentimen dan emosi masih mengatasi rasional dan fakta. Sehingga ada pihak yang memboikot terus akhbar-akhbar milik parti lawan. Sedangkan jika diboikot, bagaimana ingin mengetahui fitnah dan tuduhan yang dilemparkan untuk dibalas? Bagaimana ingin mengetahui status berita dan maklumat yang disampaikan kepada rakyat, sama ada terdapat penyelewengan mahupun agenda tersembunyi? Sedangkan rakyat perlu disedarkan.
Sebagai seorang pendidik yang berdedikasi, saya percaya Prof. komited berpegang pada prinsip bahawa ilmu dan pengalaman Prof. bukan milik sesetengah pihak sahaja. Sumbangan Prof. tidak rigid hanya untuk Pakatan Rakyat. Ribuan mahasiswa dan jutaan masyarakat masih memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar Prof. atas pentas akademik.
Puluhan parti politik dan NGO masih perlukan pandangan dan teguran Prof. tanpa sebarang sekatan dan 'adab' parti. Kritikan dan pandangan yang tidak terikat dengan mana-mana polisi parti, tanpa sebarang kepentingan dan pertimbangan politik mana-mana pihak. Asal ia baik untuk rakyat, Prof. akan bersuara dan bertindak sewajarnya. Itulah yang rakyat dambakan.
Prof. Madya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin juga pernah bekerja dalam kerajaan sebagai seorang mufti. Pernah diberi ruangan setiap Ahad dalam Mingguan Malaysia milik UMNO untuk bersuara. Di situlah beliau mengkritik dan menegur pelbagai pihak termasuk UMNO. Akhirnya disingkirkan. Pakatan Rakyat melamar. Tapi beliau tetap teguh dengan prinsip sebagai penyumbang dan rujukan masyarakat tanpa perlu menyertai mana-mana parti politik. Muktamar PAS dijemput. Perhimpunan agung UMNO pun dijemput. Bebas bersuara dan menyumbang.
Dr. Zaharuddin Abdul Rahman, seorang ulama' muda. Pakar fiqh, pakar muamalat, pakar ekonomi. Sahabat seperjuangan saya di medan kampus suatu masa dulu. Fikrahnya diketahui umum. Hari ini menjadi rujukan masyarakat pelbagai lapisan. Dari golongan korporat hingga ke golongan pelajar. Dari golongan veteran hingga golongan muda. Dari UMNO hingga ke PAS. Karektor profesional ditunjukkan tanpa perlu menyertai mana-mana parti politik. Terus bebas bersuara dan menyumbang.
3. 'Third Force' perlu diperkasakan
Saya faham hasrat Prof. untuk melihat sistem dua parti diraikan dalam negara kita. Jujurnya, saya yakin dengan kebolehan dan pengalaman Pakatan Rakyat. Ikon sehebat Prof. tidak perlu menganggotai parti politik untuk merubah. Prof. boleh menjana perubahan dari luar.
Prof., rakyat dan Malaysia perlukan perubahan. Track record kerajaan BN telah dimaklumi semua. Tiada sebarang harapan selayaknya diletakkan di bahu mereka lagi. Saya melihat ramai pemimpin Pakatan Rakyat yang berkebolehan dan berpengalaman. Kebanyakan mereka bermula dari bawah. Bergelumang dengan akar umbi. Mengharungi badai dari dalam dan luar parti. Mereka telah diuji dengan penjara, kehinaan, penyeksaan, kesusahan, kemiskinan, kehilangan dan kesengsaraan sejak berikrar bersama perjuangan rakyat. Itu memang tanggungjawab dan peranan Pakatan Rakyat.
Dan harus diingat, bukan Pakatan sahaja yang perlu memain peranan. Reformasi ini juga perlu sumbangan Kuasa Ketiga ( Third Force ). Golongan yang tidak berparti, tapi berjuang untuk rakyat. Demi membentuk sebuah negara yang adil, berkebajikan dan selamat. Aktivis, badan bukan kerajaan, para pengamal undang-undang, agamawan, mahasiswa, penulis, bloggers dan lain-lain. Tiada kepentingan politik. Menyokong dan membela hak rakyat. Bebas bersuara tanpa perlu mempertimbangkan survival parti dan bola tanggung musuh.
Saya dengan rendah diri berpendapat, di sinilah posisi Prof. yang sewajarnya. Sebagai pendidik pembangun intelek anak bangsa. Juga sebagai penjana Kuasa Ketiga dalam memastikan negara diurus dan dipandu dengan baik.
Penutup
Kita memiliki ramai pemimpin politik berwibawa, berintegriti dan telah lulus banyak ujian dalam perjuangan. Namun kita kurang memiliki cendiakawan dan ahli akademik yang berani, lantang dan amanah dengan ilmu. Ramai yang hanya sibuk dengan tugas masing-masing, langsung tidak mengambilkira soal rakyat dan negara. Segelintir pula takut terjejas periuk nasi. Selebihnya menjadi pengampu bergaji BN.
Saya bercadang supaya IPT-IPT di negeri-negeri Pakatan Rakyat menyediakan tempat yang sewajarnya buat Prof. demi memastikan proses pendidikan rakyat berterusan dan tidak berhenti hanya kerana Prof. keluar dari UIAM dan menyertai parti politik.
Sedih bila mengenangkan ribuan mahasiswa UIAM yang kehilangan bimbingan dan tunjuk ajar Prof. Lebih malang, jika rakyat juga bakal kehilangan sumbangan Prof. sekiranya Prof. menyertai parti politik. Amat sayang jika sumbangan Prof. hanya terlingkung dalam Pakatan Rakyat. Hanya untuk Pakatan Rakyat. Biarlah Prof. kekal sebagai ikon pendidik di kalangan masyarakat. Pendidik yang berani dan amanah dengan ilmu. Tanpa sebarang label parti politik.
Prof., teruskanlah bertugas sebagai pendidik generasi pelapis negara. Saya percaya, apabila sampai masa Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya, mungkin mereka akan menawarkan Prof. tugas dalam bidang perundangan negara, meminda dan memperbaiki segala undang-undang lapuk dan zalim yang telah menjerut leher rakyat selama ini, tanpa perlu Prof. terjun ke bidang politik.
Saya percaya Pakatan Rakyat secara profesional akan menawarkan kepada Prof. walaupun Prof. bukan anggota mana-mana parti dalam pakatan mereka. Mereka melihat kelayakan dan kebolehan, bukan kroni atau kepentingan peribadi. Inilah janji dan komitmen Pakatan Rakyat. Jangan risau, jika profesionalisme dan ketelusan ini tidak berlaku, malah janji-janji dimungkiri, kita bersama bangkit tumbangkan Pakatan Rakyat. Pemimpin perlu tunduk kepada tuntutan dan kehendak rakyat.
Hakikatnya, BN telah menang di pusingan pertama apabila berjaya 'menyingkirkan' Prof. dari UIAM. BN akan menang di pusingan kedua apabila Prof. menyertai Pakatan Rakyat. Sekaligus Prof. bukan sahaja kehilangan peluang mendidik dan membentuk ribuan mahasiswa pelapis negara yang masih mendambakan khidmat Prof., malah kehilangan suara apabila terikat dengan polisi parti nanti.
Ketika itu kita akan tertunggu-tunggu ahli akademik atau pakar undang-undang yang berani menegur sistem kerajaan, institusi diraja, parti-parti politik, sistem masyarakat dan sebagainya, secara bebas dan profesional tanpa bias, tanpa label parti politik.
Demikian pandangan saya berhubung pendirian terbaru Prof. Moga Prof. dapat mempertimbangkan sewajarnya dan membuat keputusan dengan tepat. Demi sebuah Malaysia Baru.
hmmm... Ada orang buang anatomi babi di dalam kawasan masjid di negeri Johor yang kerajaan UMNOnya semakin goyang dan memerlukan isu bagi menarik kembali sokongan orang melayu yang kian pudar!
full stop!
errr.. aku tak tuduh UMNO haaa... jangan salah faham lakss! budakbalun 02012012
Kes 'babi': 4 ditahan, 13 disiasat
Polis menahan empat lelaki semalam bagi membantu siasatan berhubung penemuan tengkorak dan daging yang dipercayai khinzir di luar pagar Masjid Al-Falah, Taman Desa Jaya, di Johor Baharu, Jumaat lepas.
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata kesemua mereka yang berumur 15 hingga 33 tahun itu ditahan awal pagi semalam di sekitar bandar raya ini oleh pasukan khas bagi menyiasat kes itu, yang diketuai Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Ismail Yatim.
"Polis dalam menjalankan siasatan kes berkenaan telah merakamkan percakapan 13 individu setakat ini. Polis juga ingin mengesan seorang lelaki berumur 40an bagi membantu siasatan," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di Johor Baharu, hari ini.-Mkini
Sekitar tahun 2009 lalu, timbul cerita Nur Amalina gagal dalam pengajiannya di UK. Cerita itu kemudiannya dinafikan oleh beberapa pihak termasuk rakannya yang berada di universiti yang sama.