Saya pulang ke Malaysia untuk seketika. Jadi panel forum dan tetamu jemputan sempena Persidangan Agung UMNO 2011. Saya rasa wajar saya hadir, sebab Muktamar PAS yang lepas saya telah hadir sebagai tetamu. Menghadiri, mendengar secara langsung, merasai suasana, bertemu sahabat handai yang menjadi pimpinan parti-parti tersebut mempunyai "sentimental values" yang tersendiri.
Saya berterima kasih kepada kedua-dua parti tersebut yang masih sudi menerima saya sebagai sahabat. Bahkan pada 27 November baru-baru ini saya juga dijemput oleh PKR untuk memberikan ucaptama Maal Hijrah sempena Mesyuarat Agung mereka. Namun saya tidak dapat hadir atas faktor masa. DAP juga pada tahun 2008 pernah menjemput saya semasa mensyuarat agung mereka untuk memberikan syarahan khas. Masa itu saya juga tidak dapat hadir atas sebab tertentu.
Secara umumnya, saya rasa parti-parti politik di Malaysia masih lagi mempunyai ruangan untuk pandangan pihak luar parti yang kadang-kala berbeza di sana-sini. Juga, mungkin saya boleh anggap itu sebagai satu pengiktirafan kepada pihak ketiga yang tidak terikat dengan parti tertentu. Bukan pengiktirafan peribadi, tetapi untuk semua pihak yang "sealiran" di sudut ketidakterikatan dengan parti tertentu.
Third Force
Hal ini memang wajar, atas banyak sebab. Antaranya; pihak ketika atau "third force" dalam negara ini bertambah meningkat. Golongan yang tidak terikat dengan lambang parti mungkin melebihi 65 peratus dalam negara ini. Mereka ini biasanya terdiri dari golongan yang "mesra" dengan dunia teknologi maklumat yang pelbagai dewasa ini.
Biasanya mereka terdiri dalam kalangan golongan muda yang sukar untuk digula-gulakan, atau diperbodohkan di segi maklumat. Sekeras mana regim-regim Arab pun telah tergugat dan tumbang akibat ledakan dunia komunikasi dan maklumat moden ini. Keadaan ini nampaknya diakui oleh ucapan Presiden UMNO Najib Razak dan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaludin dalam ucapan mereka di perhimpunan agung ini.
Saya melihat suasana Perhimpunan UMNO kali ini ada "ketegangan perasaan" memandangkan pilihanraya ke-13 sudah hampir. Isyarat dalam banyak ucapan memberi tanda jika UMNO gagal kembali menawan hati rakyat, tidak mustahil untuk berlakunya pertukaran kerajaan pusat.
Kebimbangan itu dilahirkan samada untuk menjadikan ahli-ahli UMNO lebih bersungguh, ataupun sememang ada isyarat "merah" yang telah dilaporkan oleh jentera-jentera parti tersebut. Cumanya, saya dapati penulis ucapan Presiden kurang kemas dalam menyampaikan mesej sebelum pilihanraya itu. Tidak dari segi bahasa, tidak juga kekemasan di sudut isinya. Saya menjangkakan sesuatu yang lebih mantap daripada itu.
Harapan
Dalam artikel saya yang lepas saya telah sentuh satu faktor terpenting yang mempengaruhi seseorang yang berakal dalam mengundi. Faktor itu perlu disedari oleh semua parti. Faktor itu ialah "harapan". Seseorang yang berakal akan mengundi atau memilih parti yang paling dapat memberikan "harapan" sebagai kerajaan yang akan memerintah.
Ini kerana politik adalah soal pengurusan kehidupan. Kita semua ini hidup atas "harapan" yang ada dalam jiwa kita. Harapan terhadap masa depan diri sendiri, atau keluarga atau sesiapa yang kita cinta dan sayang menyebabkan kita terus berjuang untuk hidup. Bahkan, sehingga perjuangan kita merebut keredhaan Allah juga adalah atas harapan wujudnya rahmat Allah yang luas, keampunan dan syurga yang dijanjikan. Maka agama menyuburkan harapan dalam jiwa insan. Para penyampai ajaran agama disuruh menanamkan harapan dalam jiwa setiap manusia. Ini jelas menerusi firman Allah: (maksudnya)
Katakanlah: "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani". (Surah al-Zumar: 53).
Justeru, sesiapa yang menyebabkan manusia putus harapan terhadap Tuhan maka dia akan dihukum. Dalam konteks itu Nabi s.a.w bersabda: "Jika seseorang berkata: binasalah manusia, maka dialah yang paling binasa" (Riwayat Muslim).
Maksud jika dia menyatakan bahawa sudah tiada rahmat atau keampunan untuk orang lain, maka dialah yang paling jauh dari rahmat dan keampunan. Ini kerana, apabila manusia putus asa dari rahmat Allah maka dia akan terus menjadi pemaksiat atau penderhaka kepada Allah. Apa lagi yang hendak dilakukan apabila sudah tiada ruang keampunan dan kerahmatan melainkan meneruskan hidup "menikmati" dosa. Maka, sesiapa yang menyebabkan orang putus asa, dia amat "celaka". Segala kerosakan akan berlaku akibat putus asa tersebut.
Dalam kehidupan duniawi, sesiapa putus harapan maka dia akan putus asa. Sesiapa yang putus asa sanggup melakukan apa sahaja bagi menamatkan kehidupan, atau menghidupkan harapan yang baru. Jangan hairan jika orang yang putus asa itu membunuh diri, atau meletupkan diri bersama orang lain, ataupun melakukan kerosakan yang dahsyat. Tiada apa yang hendak dibimbangkan lagi. Tiada apa yang hendak ditakutkan lagi. Itulah yang akan terjadi akibat putus harapan.
Harapan Politik
Dalam politik itulah kuncinya. Mana-mana pemerintah yang menyebabkan rakyat putus asa maka segalanya mungkin berlaku. Rakyat Arab yang melakukan "Arab Spring" yang sanggup mati ataupun hancur negaranya hanyalah berpunca dari putus harapan. Walaupun kerajaan yang memerintah mereka memberitahu tentang bahaya tindakan mereka, namun apa yang hendak mereka endahkan.
Mereka sudah putus harapan. Sekurang-kurang dengan tindakan mereka yang mungkin dilihat lebih merbahaya bagi orang lain, tapi bagi mereka mungkin menghidupkan harapan baru. Bahaya atau lebih bahaya atau kurang bahaya hanyalah sama bagi sesiapa yang sudah tiada harapan.
Maka dalam pemilihan politik ataupun pilihanraya kuncinya "harapan". Jika sesuatu kerajaan menguburkan harapan rakyat, maka kerajaan itu juga akan terkubur. Jika dia dapat menghidupkan harapan, maka kerajaan itu akan terus segar dan disokong.
Maka itu sebabnya Abdullah Ahmad Badawi semasa awal pemerintahannya memenangi pilihanraya dengan begitu besar dalam sejarah UMNO, sebab harapan kepadanya semasa itu begitu besar. Namun, selepas beberapa tahun memerintah, harapan itu makin hancur, maka pada pilihanraya berikutnya tsunami politik pun berlaku.
Apabila Najib Abdul Razak menjadi Perdana Menteri, maka beliau berusaha menghidupkan semula harapan yang makin pudar terhadap UMNO. Cumanya, dalam menghidupkan harapan di sudut tertentu, kadang-kala dibunuh pula harapan yang lain atau oleh pihak yang lain. Dalam UMNO sendiri ada penghidup dan pembunuh harapan.
Kemudian, perkataan "harapan" itu sendiri begitu luas dan sangat relative. Harapan rakyat setiap negara, generasi dan kumpulan itu berbeza. Kerajaan yang berjaya ialah kerajaan yang dapat menghidupkan setiap harapan ini. Parti politik yang gagal mengenali harapan rakyat, ia adalah politik yang tidak relevan untuk berkuasa atau dipilih. Kerencaman harapan itu memerlukan ketangkasan politik untuk mengenali dan berinteraksi dengannya.
Persaingan Harapan
Perbezaan harapan itu sangat penting untuk dikenali. Dalam negara seperti Malaysia yang sudah maju banyak langkah ke hadapan, harapannya bukan lagi seperti negara-negara miskin yang mengharapkan makanan dan tempat perlindungan untuk meneruskan hidup. Bantuan wang dalam sampul, beras dalam kampit, gula dan teh yang dihulurkan oleh wakil rakyat bukan lagi menjadi harapan dalam banyak keadaan di negara seperti kita.
Ramai yang sudah cukup dan melebihi cukup di sudut itu. Harapan mereka mungkin beralih kepada hak-hak kerakyatan yang lain seperti kebebasan berpolitik, bersuara, kerajaan yang cekap dan telus, kesamarataan hak dan pelbagai lagi. Inilah kesan globalisasi.
Mereka akan bandingkan diri mereka dengan tempat lain yang lebih baik. Mereka hendakkan yang terbaik untuk mereka. Dalam era ini, jangan salah percaturan bahawa apabila rakyat cukup makan, maka mereka pun akan diam. Jika tidak, masakan negara mewah seperti Arab Saudi, Kuwait dan Bahrain juga menghadapi ancaman kebangkitan rakyat. Semuanya, kerana harapan yang lebih besar berkembang selari dengan perkembangan sesebuah negara.
Dalam negara kita, persaingannya ialah persaingan siapakah yang paling dapat memberikan harapan kepada rakyat. Mungkin rakyat belum putus harapan, tetapi mereka meneliti siapakah yang paling dapat memenuhi harapan. Dengan rekod hampir tujuh dekad memerintah, dengan pelbagai jasa dan juga isu-isu yang mencontengi jasa, apakah UMNO masih menjadi harapan rakyat? Dengan perubahan "harapan" bagi jenerasi baru, apakah UMNO masih relevan untuk generasi kini menaruh "harapan"?
Inilah persoalan yang mesti dijawab oleh UMNO pada hari ini. Rakyat yang mengundi parti lain, bukan semestinya bencikan UMNO, tapi mungkin merasakan harapan mereka berada di pihak yang lain. Rakyat yang membenci UMNO pula bukan semestinya menyokong parti lain, tetapi mungkin kerana merasakan UMNO telah menghancurkan harapan mereka. Rakyat yang menghargai jasa UMNO yang lalu bukan semestinya akan mengundi UMNO pada masa ini kerana mungkin "harapan" itu sudah berubah dalam persekitaran yang baru.
Inilah yang sepatutnya perwakilan UMNO kena fikirkan. Sejauh manakah sesebuah parti dapat menangani harapan rakyat, sejauh itulah ia akan menguasai undi. Jika UMNO terus berjaya, UMNO akan terus menang. Jika tidak, maka sebaliknya!
*Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ialah bekas mufti Perlis. Tulisan ini dipetik dari blog beliau.
PERSIDANGAN UMNO MENGURUH DAN MEMAKI HAMUN PARTI LAIN, SEDANGKAN DALAMMASA YANG SAMA, TIDAK MENUNJUK PUN SEBARANG PERUBAHAN BAGI MEMBANTU BANGSA MELAYU, MALAH BANGSA LAIN.
SEDANGKAN PERSIDANGAN PARTI PAKATAN ANTARA LAINNYA MAHU MENEGAKKAN DEMOKRASI,MEMBANTU RAKYAT,PERSEKOLAHAN RAKYAT,MENINGKATKREDIBILI KAKITANGAN KERAJAAN,MEMBANTU MENGURANGKAN KOS HIDUP, DAN LAIN-LAINNYA...SEDANGKAN DALAM MASA PERHIMPUNAN UMNO....UMNO TERPALITDENGAN RASUAH YANGCUBA DI SEINDUNGKAN.
RAKYAT DAH CERDIK.......YANG TAK CERDIK TU HANYA UMNO....
KUALA LUMPUR, 4 Dis — Umno terus menggunakan "senjata perkauman" untuk mencari undi pilihan raya umum ke-13 selepas gagal meraih kelemahan dalam kepimpinan Pakatan Rakyat, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Sebaliknya Lim (gambar) dengan merujuk kepada kejayaan Pakatan Rakyat mentadbir kerajaan-kerajaan negeri mereka kini sudah mampu menawarkan harapan baru kepada rakyat Malaysia.
"Kegagalan mencari kelemahan kepimpinan Pakatan Rakyat yang berteraskan integriti ini yang menyebabkan Umno menggunakan senjata perkauman dan fitnah termasuk ke atas anak pelajar pemimpin Pakatan Rakyat.
"Umno sebenarnya pengecut kerana rela memfitnah anak 15 tahun saya mencabul kehormatan seorang gadis dan saya telah bayar RM200,000 untuk menutup kes ini," kata beliau lagi dengan siri ucapan dan kenyataan pada perbahasan dalam Perhimpunan Agung Umno 2011 yang berakhir semalam.
Menurut Lim, dalam Perhimpunan Agung Umno pula parti itu memainkan perkauman dengan menyasarkan DAP dan cuba menakutkan rakyat bahawa kononnya ia mahu merampas jawatan perdana menteri sedangkan ramai tahu bahawa hanya bertanding bilangan kerusi Parlimen yang paling kecil di kalangan komponen Pakatan Rakyat.
Pada pilihan raya umum 2008, DAP bertanding 47 kerusi Parlimen manakala PAS 66 dan PKR pula di 97 kawasan.
"Macam mana sebuah parti yang hanya bertanding 47 kerusi boleh memimpin Pakatan Rakyat? Jelas ini adalah permainan perkauman bahaya untuk menimbulkan kebencian dan ketakutan ke atas DAP dan bukan Melayu," kata beliau pada Kongres DAP Wanita Pulau Pinang Pertama Di Red Rock Hotel, George Town hari ini.
Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata walaupun pada awalnya DAP dan Pakatan Rakyat dilihat sebagai tidak berpengalaman untuk mentadbir kerajaan, namun kejayaan mentadbir Pulau Pinang serta di negeri Kedah, Selangor dan Kelantan telah menunjukkan bahawa "kita tidak berpengalaman tentang rasuah dan kronisme yang dibudayakan dalam parti pemerintah (BN) di peringkat kerajaan pusat."
"Dalam aspek ini, wanita memainkan peranan penting untuk menggerakkan perubahan untuk Bersihkan Malaysia. Bagai seorang ibu kepada anaknya, wanita mampu memberikan harapan kepada generasi muda negara bahawa masa depan akan lebih baik kerana kita semua sanggup berusaha untuk menjamin kesejahteraan mereka," katanya lagi.
"Lihatlah, sungguhpun kaum wanita lebih bermoral dan beretika serta jauhi diri daripada rasuah dan penyelewengan bila masuk Umno dan BN jadi lain pula. Sampai seorang Ahli Parlimen Umno (Datuk) Bung Moktar (Radin) yang suka menghina kaum wanita tidak boleh memandu dan yang lagi kesat dan lucah sehingga tidak senonoh untuk disebut di sini boleh menjadi hero kerana berani minta Menteri Pembangunan Wanita (Datuk Seri Shahrizat Jalil) itu letak jawatan," katanya lagi.
Lim menambah, kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang martabatkan Wanita di Pulau Pinang, pemimpin wanita diberi peluang untuk berdiri sama tegak dengan pemimpin lelaki dalam menerajui tampuk pentadbiran negeri.
"Kita amat bangga kerana daripada daripada 148 Yang Dipertua dan Datuk Bandar di Malaysia, hanya terdapat empat orang wanita dan daripada empat ini, dua adalah di Pulau Pinang iaitu Yang Dipertua MPPP dan MPSP.
"Kita juga mempunyai Pegawai Daerah wanita yang pertama di Semenanjung Malaysia, dan wanita-wanita berkaliber sedang menjawat jawatan paling tinggi dalam badan-badan kerajaan negeri termasuk George Town World Heritage Incorporation, Penang Global Tourism dan InvestPenang," katanya.
Lim juga berkata, rakyat mesti membersihkan Malaysia demi menghalang BN menang balik Pulau Pinang dan majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum ke-13, di mana akan dipimpin oleh puak rasis yang anggap bukan Melayu warganegara kelas ketiga dan Melayu mudah ditipu supaya rasuah yang bermaharajalela.
"Pada hari ini, negara dan negeri kita berada di ambang perubahan. Di satu pihak kita sedang menghadapi krisis moral di peringkat kerajaan persekutuan yang bukan sahaja diselubungi gejala rasuah berleluasa, malah dicemari dengan agenda serta retorik ketuanan dan perkauman.
"Pada hari ini, negara terus meruncing kerana pentadbiran yang tidak telus oleh Umno-BN. Kepimpinan yang lemah oleh Perdana Menteri Najib Razak menyebabkan agenda transformasi yang dilaung-laungkan oleh kerajaan persekutuan gagal sama sekali," katanya lagi.
Malah kata beliau, laporan Indeks Persepsi Rasuah terbaru menunjukkan Malaysia merundum lagi, kali ini di tangga ke-60 daripada tangga ke-56 tahun lepas.
"Ini merupakan prestasi paling teruk dalam tempoh 10 tahun," katanya lagi.
Katanya, DAP dan Pakatan Rakyat menawarkan satu harapan baru kepada rakyat Malaysia bahawanya negara tidak perlu menuju ke arah kemerosotan seperti masa kini.
"Kita di Pulau Pinang telah membuktikan bahawa, kerajaan yang cekap, amanah dan telus mampu membela kebajikan rakyat dan bukan setakat itu, malah mampu memacu ekonomi ke paras yang lebih tinggi," katanya lagi.
Mana pegi penyokong Kedai Barangan 1Malaysia hari tu? Yang kata "komplen buat apa?" Yang kata "komplen itu semua kerja DAP." Yang tolak "komplen tu sebab itu semua orang Cina punya nak jatuhkan orang Melayu nak meniaga. "Ada jugak yang kata "you pay peanuts you get monkey."
Kan betul apa yang Tony Pua (Cina laknatullah kata sesetengah golongan) bangkitkan? Kau rasa orang Cina ke orang Melayu yang ramai pegi beli barang kat situ?
Orang Melayu laa....
Orang Melayu mana ada duit. Sebab tu kita kena beli barang tak selamat. Barang tak selamat = murah. Baru mati cepat.Tak payah risau pasal perbelanjaan keluarga lagi.
Satu teka-teki;
Kenapa orang Cina Malaysia tak nak Melayu memerintah? Sebab pemerintah Melayu bangang.
Siaran langsung dalam TV, PM bagi ucapan.. PM atau Presiden UMNO panggil orang lain "bangang."
Mana ada pemimpin negara lain Muslim ke Kafir ke sanggup buat macam tu openly? Pemimpin bangang aje buat macam tu.
Tapi orang Melayu takut Cina pegang kuasa. Jadi diorang sanggup biarkan pemimpin bangang pimpin diorang.
Siapa bangang? Siapa kedaloi? Mereka yang ada dalam dewan sambil sokong pemimpin mereka kutuk orang lain lalu declare mereka pejuang Islam.
Kah kah kah kah.
Ada yang marah bila aku komplen kata susu sejat kat Mydin tu rasa macam besi. Kan Kementerian Kesihatan dah tarik balik balik jualan dia. Siapa pembekal Kedai Rakyat 1Malaysia? Mydin...
Ni lah masalahnya bila nak buat projek main bantai aje. Asal jalan. Rupanya research untuk produk yang terjual tu pun tak pernah buat. Sekarang baru nak suruh buat. Berapa orang Melayu dah tibai barang2 Kedai Rakyat 1Malaysia dalam perut dia?
Kah kah kah kah. Bangang.
Berenti la tengok bangsa apa orang tu.. Fokuskan la dekat isu apa yang dia bangkitkan.
Tamat sudah perhimpunan agung umno 2011, dan gurkah-gurkah politik di'port' telah merumuskan yang selama empat hari perhimpunan, perwakilan-perwakilan umno pada perhimpunan itu mula mengalami masalah 'eurology', iaitu yang berkaitan dengan saluran kencing dimana lelakinya mula terkencing dalam seluar dan yang wanitanya pula terkencing dalam kain.
Sebabnya selama empat hari persidangan itu mereka hanya bercakap tentang Anuar, tentang Lim Guan Eng, tentang Nik Aziz. Mereka hanya berbahas tentang Pakatan Rakyat, tentang PKR, tentang PAS dan tentang DAP daripada berbahas tentang isu mereka (umno/BN) sendiri.
Gurkah-gurkah ini juga kata yang mereka (para perwakilan) telah dan boleh berkata apa saja, ucap apa saja sebab ini ada lah negara demokrasi yang bebas bercakap. Bebas bercakap bagi mereka saja lah, orang lain pun boleh cakap tapi tak boleh cakap lebih-lebih. Orang lain kalau cakap lebih-lebih akan di-pasung seperti kata tukartiub.
Rakyat tidak ada masalah pada ucapan-ucapan dan kutukan-kutukan itu sebab rakyat hanya menunggu gendang perang PRU-13 di-palu, sebabnya bila tiba hari PRU-13 itu nanti, mereka-mereka yang bercakap dan berucap dengan berdegar-degar pada perhimpunan itu akan dah tak berapa boleh nak cakap dah...'speechless' kata orang putih, bila rakyat akan menggores kertas undi mereka yang akan menyaksikan seluruh BN tumbang.
dollah yankee - Seronok lah para perwakilan tu.. tambang,makan,minum,tidor,BERAK...semua 'FREE'! Masa nak balik... dapat pula 'envelope' !
KUALA LUMPUR 4 Dis. - Tidak pernah berlaku dalam sejarah apabila seorang tahanan yang dipercayai pengedar dadah mengamuk dalam wad hospital, sehingga membahayakan nyawa kakitangan dan pesakit lain yang sedang dirawat.
Detik-detik cemas itu bermula apabila pengedar dadah warga Nigeria mula bertindak agresif setelah beberapa ketulan dadah yang ditelan dipercayai pecah dalam perutnya.
Akibatnya, lelaki bertubuh besar dan sasa itu mampu merentap gari di tangannya sehingga terputus lalu terpelanting dan terkena lampu wad sehingga pecah.
Lebih mencemaskan, lelaki berusia 31 tahun itu bertindak memecahkan tingkap wad untuk melarikan diri ketika dirawat di sebuah wad awam Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang dipenuhi pesakit.
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
woit.... PADAN MUKA.... kah kah kah..
kah kah kah...BAWA LAGI LAAA MASUK SEMUA ORANG ITAM.... kah kah kah..
kah kah kah.... MADEY NAK JADI WIRA DUNIA KETIGA.... kah kah kah..
kah kah kah...MAHAFIRAUN NAK JADI RAJA AFRIKA.... kah kah kah..
woit...INI LAH AKIBATNYA.... kah kah kah..
CADANGAN DARI PEMBACA:
Jabatan Immegresen Malaysia wajar buat sesuatu terhadap warga-warga Nigeria dan Iran ni.
Disyorkan" (1) Kedutaan Malaysia di2 buah negara ni perketatkan pengeluaran visa keMalaysia.Kalau visa pelajar,mesti FX dulu kepusat pengajian yang dipohon untuk pastikan ketulinannya.
(2)Dipintu masuk keMalaysia,sama ada lapangan terbang,pelabuhan atau kereta api diutara dan jalaan raya - selongkar dan bogelkan habis-habisan untuk pemeriksaan,termasuk gunakan X-Ray. Hanya dengan cara ni baru depa serik.Jangan pedulikan bantahan dari negeri mereka.Ini negara kita,kita boleh buat apa yang kita suka. By Anonymous on SURAT DARI JANTAN NIGERIA on 12/5/11
NOTA: semasa gerombolan bersidang minggu lalu langsung tak bincang pekara amat penting pekara yang menjadi ajenda orang ramai
pekara kemasukan pendatang luar pekara kemasukan orang itam pekara orang iran seludup dadah
yang dibicang hanya shahrizat lembu yang dibincang hanya lembu shahrizat maka kerana itu persidangan itu wajib dipanggil persidangan lembu lembu
NOTA: islam malaysia yang diatas bumi bukan saja tak tahu bila pilihanraya nama pun hilang di daftar pengundi kah kah kah
TIGA ANGKAWASAN RUSIA MENGUNDI DI ANGKASA - meloya
MOSCOW 5 Dis. - Angkasawan Rusia, Anton Shkaplerov, 32, dan Anatoly Ivanishin, 42, membuang undi bagi pilihan raya Parlimen Rusia dari angkasa semalam, lapor agensi berita Interfax.
Dua orang krew Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) itu membuang undi pada altitud 350 kilometer dari Bumi menggunakan talian ke pusat kawalan misi di Moscow.
Mereka berada di orbit sejak November dan dijangka akan pulang ke Bumi pada bulan Mac tahun depan. - dpa
CIISSSSS
cilaka betul negara kapir laknat pemimpin makan babi pemimpin minum arak sosialis komunis atheis
tapi dalam hal mengundi tak tipu tak kelentong
bebeza dengan negara islam pemimpin negara islam tiap tahun naik haji pemimpin negara islam tiap tahun naik umrah pemimpin negara islam berbuih buyih mulut bezakar dan bezikir pemimpin negara islam hari hari cakap hal tuhan pemimpin negara islam hari hari cakap hal moral pwemimin negara islam hari hari cakap hal dosa dan pahala pemimpin negara islam hari hari cakap hal syurga dan neraka
tapi pilihanraya tipu kah kah kah
TIPU MELAYU
kah kah kah kah kah kah ini contoh projek tipu mak cik felda kah kah kah
NOTA: akhbar the star sengaja mengeluarkan berita benggali ini jadi ahli united malay national organisation the star milik cukong mca the star sengaja nak menganjing ketuanan melayu
macam mana parti ini parti ketuanan melayu bengali bukan melayu macam mana diterima jadi ahli parti tak kan parti ini tak cukup dengan eee tak cukup dengan mamak benggali pulak masuk kah kah kah
INI BENGGALI
SURAT DARI PEMBACA:
Salam TT. Punjabi tukar nama pon ahli parti dia. http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/12/4/nation/10030769&sec=nation By Anonymous on RAKYAT MALAYSIA DIMINTA JUJUR on 12/4/11
I HELP UMNO WITH GIFT OF MUSIC ,SAYS DJ DAVE – the star
EVERGREEN crooner DJ Dave, an Umno member for years, said he joined the party not to be a politician but simply because he loves the party.
"I reach out to the people through my songs. That is how I contribute best to Umno," said the singer, who is also known as Irwan Syah Abdullah.
Admitting he may not be the "winnable" candidate the leadership is looking for, he added: "I prefer to work behind the scene."
The youthful-looking 63-year-old, known for his 70s hits like Maafkanlah and Menjelang Hari Raya, was a big hit with delegates and visitors to the Umno general assembly and was stopped by many Wanita members who wanted to take photographs with him.
A familiar face in many election campaigns, DJ Dave said he was confident Umno and Barisan Nasional would emerge a stronger force at the next general election. He urged young Malaysians to put their trust in the party to bring changes to the country.
"Umno has weathered many storms and it has always delivered," he said, calling on party members to stay united in the face of the opposition onslaught.
cerita keluar parti ini akan selalu lagi kita dengar lago dekat nak pilihanraya lagi banyak beriat ini
lihat klip ini dan baca surat di bawah
INI KERJA DUA JANTAN INDIA
SURAT PENGAKUAN DARI PEMBACA
tuan tt. saya nak buat pengakuan. sebenarnya masa program tersebut diadakan, kami telah dihasut oleh reezal merican. rezal bawa kami jumpa syaik fadil dekat kedai minum. depa blanja makan..kemudian offer kami ngaku pemuda pas. sebenarnya kami mmg bukan pemuda pas pun. aku tak tau apa pun pasal parti2 ni..ikot kawan2 jaaa.. By ali on AHLI PAS MENINGGALKAN PARTI - KAH KAH KAH on 12/3/11
Tuan TT, di luar dia memang meeeelayu....tapi bila dia masuk rumah...dia sudah cakap tamil sama emak dan bapanya.....nasi dia pun bukan nasi biasa...mesti nasi pulut...eeeeeeeeee....tak malu ke?Berbanggalah wahai Mamak Mamak sekalian...adakah anda semua telah hilang jati diri??? By Anonymous on RAKYAT MALAYSIA DIMINTA JUJUR at 5:55 PM
MUKHRIZ CADANG WAKIL RAKYAT UMNO TANDATANGAN AKU JANJI - meloya
KODIANG 4 Dis. - Mukhriz Mahathir mencadangkan semua wakil rakyat UMNO dan pemimpin parti itu menandatangani surat ikrar bagi menyatakan sokongan dan kesetiaan untuk terus bersama UMNO dalam sebarang keadaan.
Katanya, cadangan itu susulan ikrar taat setia yang dilafazkan mereka pada Perhimpunan Agung UMNO Ke-62 di Kuala Lumpur semalam.
"Dengan cara ini mereka yang didapati melanggar ikrar bertulis akan dikenakan tindakan disiplin.
"Saya harap setiap orang (pemimpin dan wakil rakyat UMNO) menandatangani akujanji bagi membuktikan mereka mengutamakan kepentingan parti, menyokong, bekerjasama dan bekerja keras bagi memastikan kemenangan calon yang dipilih," katanya.
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
woit.... FAHAM TAK APA MAKNA KENYATAAN INI?.... kah kah kah..
kah kah kah... MENGERTI TAK APA DI SEBALIK KENYATAAN INI?... kah kah kah..
woit...INI MAKNA NYA 16 SEPTEMBER DULU SAHEH.... kah kah kah..
kah kah kah...DAH RAMAI BERATUR DI SEGAMBUT.... kah kah kah...
kah kah kah.... TAK CAYA?.... kah kah kah..
kah kah kah... TAK CAYA TANYA DATOK SERI ANAFIAH AMAN.... kah kah kah..
kah kah kah.. TANYA DIA PASAL BAGAIMANA DIA BOLEH JADI MENTERI LUAR.... kah kah kah..
kah kah kah...FIRAUN KECIL INI TAHU.... KALI PRU13 LAGI RAMAI AKAN LARI... kah kah kah..
kah kah kah...TERUTAMA DARI SABAH DAN SERAWAK... kah kah kah..
kah kah kah.... TERMASUK TAIB MAHMUD SENDIRI.... kah kah kah..
kah kah kah...BERSUSUN DI BUKIT SEGAMBUT....kah kah kah
woit... PEROGOL AMAH PUN NANTI AKAN TUKAR PARTI...kah kah kah
program melawan untuk menghumbankan gerombolan dan sekutunya sila datang beramai-ramai
BANGUN DAN LAWAN
PAKATAN JAWAB TUDUHAN UMNO DALAM RAPAT MALAM INI – harakah daily
KUALA LUMPUR, 4 Dis: Pemimpin Pakatan Rakyat akan menjawab segala tuduhan yang dilemparkan oleh pemimpin Umno sepanjang perhimpunan agung parti itu, pada majlis Rapat Umum di Shah Alam malam ini.
Akan hadir membuat penjelasan malam ini adalah Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim, Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS DTuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.
Program yang akan bermula seawal jam 7 malam itu akan berlangsung di perkarangan Stadium Melawati sehingga jam 12 malam.
Dalam Perhimpunan Agung Umno yang berakhir semalam, Anwar antara individu yang dihentam kuat oleh pemimpin dan perwakilan Umno termasuk oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.
JANGAN JADI PENGIKUT MAHZAB NATO
no action talk only kah kah kah
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kamal Saidin merupakan ULAMA UMNO yang dipuja oleh UMNO kerana beliau seorang Ulama yang pandai putar belit fakta dan menggunakkan ayat Quran untuk menyokong tindakkan UMNO dan pemimpinya
Beliau berasal dari Kedah , sekarang menjadi Penasihat agama MB Terengganu.
Perhimpunan Agong UMNO Kali ini nama beliau naik sebab beliau petah berhujjah , tetapi sayang hari ini secara jelas beliau mempertikai hukum Allah dan putar belit agar hudud tidak dilaksanakan di Malaysia , inilah ulama yang merupakan syaitan yang berselindung dengan hujjah agama
Penasihat agama Menteri Besar Terengganu, Mohd Kamal Sadin hari ini mendakwa hukum hudud yang digubal oleh kerajaan negeri Kelantan adalah bertentangan dengan hukum Allah.
Bercakap pada forum berjudul 'Hudud dan implikasinya terhadap bukan Islam di Malaysia' di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur, Mohd Kamal berkata beberapa peruntukan dan Enakmen Hudud Kelantan 1993 adalah tidak mengikut al-Quran dan Hadis.
"Antaranya, Mukallaf (akil baligh) ditarifkan sebagai seseorang yang berusia lebih 18 tahun dan boleh berfikir dengan waras, ini undang-undang British dan Eropah, bukan undang-undang Islam.
"Dalam Islam, Mukallaf adalah pada usia 15 tahun."
Katanya lagi, mengikut undang-undang berkenaan, meliwat ke atas isteri juga dibenarkan.
"Dalam Islam, ini sepatutnya haram."
Mohd Kamal juga menolak hujah PAS bahawa hukum hudud hanya akan membabitkan orang Islam kerana katanya, pada zaman Nabi Muhammad SAW, hukum itu juga terpakai kepada bukan Islam.
Menurut beliau di bawah hukum hudud PAS, mangsa rogol beragama Islam akan dihukum manakala bukan Islam yang merogol gadis atau wanita berkenaan tidak akan didakwa.
"Jadi, bagaimana boleh ada dua set undang-undang. Ini tidak adil."
PAS, dakwa Kamal, sengaja menggubal undang-undang itu demi kepentingan politik mereka.
PETALING JAYA, 4 DIS – Pakatan Rakyat mahu Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai membuat pengumuman meminta semua pengguna yang telah membeli bahan makanan termasuk susu yang mengandungi bakteria E.Coli supaya mengembalikannya ke Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) untuk mendapatkan kembali wang mereka.
Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, pengumuman Liow pula perlu disiarkan dalam semua media arus perdana untuk memastikan setiap pengguna yang telah membeli produk-produk berkenaan dapat memulangkannya segera.
"Inilah serba sedikit yang boleh dilaksanakan oleh Menteri kepada rakyat, jika beliau telah membuat keputusan untuk tidak melakukan apa-apa tindakan terhadap pembekal produk yang membahayakan kesihatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, pengesahan Liow tentang kewujudan bakteria E.Coli dalam susu segar 1Malaysia telah membuktikan kebenaran terhadap kebimbangan wakil-wakil rakyat Pakatan.
Beliau menambah, semuanya itu telah terbukti jelas sejak beberapa hari lalu, termasuk melalui dialog Kementerian Kesihatan dengan beliau bersama Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai.
Bagaimana pun, Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara kesal kerana Liow cuba masih cuba menutup isu dengan mendakwa kononnya kebanyakan daripada 13 produk yang dijual di KR1M tidak membahayakan kesihatan, dan produk-produk tersebut ditarik balik kerana masalah "label".
Pua menjelaskan, senarai produk yang dibangkitkan oleh wakil-wakil rakyat Pakatan termasuk isu mutu bahan atau produk yang gagal memenuhi syarat Peraturan Makanan 1985, iaitu susu segar, aiskrim, susu sejat, krimer pemanis, minyak sapi, jem buah-buahan, sos tiram, sardine dan kari ayam dalam tin.
Tambahnya, Liow telah dipetik oleh akhbar The Star milik MCA sebagai berkata, "the products were removed due to non-compliance with food regulations such as incomplete labelling, he said, stressing that it was not due to food safety matters."
(Terjemahan: Produk-produk itu ditarik balik kerana tidak mematuhi peraturan makanan seperti pelabelan tidak lengkap, katanya, menegaskan bahawa ia bukan kerana perkara yang melibatkan keselamatan makanan)
"Malah, yang amat mengejutkan ialah The Star langsung tidak menyebut tentang penemuan bakteria E.Coli.
"Pelbagai jenis kuman bakteria E.Coli atau Escherichia coli menghasilkan toksin (racun) bahaya yang mengakibatkan penyakit yang biasa dikaitkan dengan makanan seperti cirit-birit, dan jika terlalu teruk kesannya, telah pun mencatatkan kematian," ujarnya.
Pua berkata, Liow yang juga Timbalan Presiden MCA mengambil sikap tidak bertanggungjawab kerana enggan memberi amaran atau bertindak tegas terhadap pembekal bahan-bahan makanan yang berbahaya itu.
Tambahnya, antara tindakan yang boleh diambil terhadap pembekal telah dinyatakan dalam Akta Makanan 1983 di mana pihak yang bersalah boleh dikenakan denda tidak lebih RM100,000 dan/atau penjara tidak lebih 10 tahun.
Sebaliknya, beliau berkata, Liow bertindak membebel terhadap wakil-wakil rakyat Pakatan kerana mendedahkan skandal bahan makanan KR1M.
"Menteri perlu sedar bahawa adalah menjadi tugasnya untuk menguatkuasakan keselamatan makanan dan mutu bahan makanan yang dijual di kedai, dan itu bukan tugas wakil-wakila rakyat pembangkang.
"Hakikat bahawa kedai-kedai yang menjual produk-produk tersebut sejak enam bulan lalu membuktikan Menteri telah gagal dalam tugasnya, tambahan pula semua produk ini dijual atas jenama 1Malaysia yang hebat dipromosikan oleh Perdana Menteri dan kerajaan pusat BN," katanya. – Roketkini.com
PULAU PINANG: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pulau Pinang menyifatkan Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin sebagai penakut apabila tidak pernah menyahut cabaran debat mereka di Pulau Pinang selama ini.
Sebaliknya, Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang itu hanya sekadar berani memburuk-burukkan Pakatan Rakyat dalam Perhimpunan Agung Umno yang lalu.
"Pada 7 Mac 2010, Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang mencabar Pemuda Umno Pulau Pinang untuk memperdebatkan 'Isu Melayu-Islam P.Pinang: Antara Provokasi dan Kebenaran' tapi sehingga jam 12 malam, mereka tidak juga kunjung tiba di Tapak Ekspo Seberang Jaya. "Umno Pulau Pinang juga tidak berani, takut dan gentar untuk menerajui kerusi Ketua Menteri semasa era pemerintahan mereka walaupun mempunyai majoriti kerusi," kata Ketua AMK Pulau Pinang, Amir Ghazali.
Shaik Hussein dalam Perhimpunan Agung Umno lalu menghamburkan kata-kata kesat dan melabelkan KEADILAN, Pas dan penyokong DAP sebagai 'bapok', 'pondan', 'bangsat' dan 'barua'.
Mengulas lanjut, Amir berkata Pakatan Rakyat Pulau Pinang tiada masa untuk melayan kerenah Umno BN yang gelojoh mahu merampas kuasa dari kerajaan negeri.
"Biarlah rakyat Pulau Pinang sendiri menilai prestasi, prinsip perjuangan, idealisme dan kredibiliti PR selama lebih tiga tahun memerintah negera ini.
"Walaupun Umno dan BN berkokok siang dan malam, memainkan isu rasis, porno dan lucah, rakyat sedar mereka penuh bergelumang dengan pelbagai masalah sejak dulu, kini dan selamanya," tambahnya lagi.
DAP hari ini menempelak sikap hiprokrasi dan dwi standard kerajaan BN kerana menolak kajian Indeks Persepsi RasuahTransparency International (TI) yang menunjukkan kedudukan negara yang merudum, tetapi pada awal tahun ini menyambut baik Indeks Daya Saing Global (GCI).
"Kerajaan Persekutuan BN jelas mengamalkan 'double-standards' dengan menolak laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang dihasilkan oleh Transparency International (TI) sebagai subjektif kerana ia memberi pandangan yang negatif tetapi menerima Indeks Daya Saing Global (GCI) oleh World Economic Forum sebagai objektif kerana gambaran lebih positif yang diberikan," kata setiausaha agung DAP Lim Guan Eng dalam satu kenyataan.
Beliau merujuk kenyataan menteri kewangan kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, semalam yang berkata bahawa kedudukan CPI Malaysia yang menurun adalah "subjektif" dan "boleh dipersoal". Ahmad Husni juga berkata bahawa kaji selidik yang berdasarkan persepsi tidak seharusnya digunakan sebagai kaedah penilaian.
"Kenapa GCI tidak dikatakan sebagai satu kaedah penilaian yang subjektif? Kenapa kaedah penilaiannya tidak dipersoal?
"Adakah begitu kerana laporannya memberi gambaran yang lebih positif?" soal Lim yang juga adalah Ketua Menteri Pulau Pinang.
Menurut beliau, sikap tidak sedar diri ini amat jelas apabila "kerajaan BN memuji diri" kerana kedudukan Malaysia telah meningkat lima tangga dari 26 kepada 21 dalam Indeks Daya Saing Global (GCI) World Economic Forum pada tahun ini.
Menurutnya, kerajaan masih cuba menafikan amalan rasuah yang berleluasa di negara ini meskipun menghadapi skandal seperti isu projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010.
"Ini adalah satu contoh penafian oleh kerajaan persekutuan BN yang tidak ingin mengaku bahawa keadaan rasuah semakin teruk walaupun perdana menteri telah menjalankan pelbagai program seperti Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi Kerajaan.
"Kerajaan BN tidak seharusnya bersikap seperti burung unta yang membenamkan kepala dalam tanah tetapi mengaku bahawa negara kita sedang mengalami masalah rasuah yang serius," katanya.
Menurut Lim, keengganan seorang "pakar ekonomi yang terpelajar" seperti Ahmad Husni untuk menghadapi hakikat menunjukkan bahawa tidak ada harapan untuk membasmi rasuah selagi negara berada di bawah pemerintahan Umno dan BN yang sanggup menggadaikan prinsip untuk kepentingan politik.
Dalam laporan TI, CPI Malaysia bagi tahun 2011 menurun untuk tahun ketiga berturut-turut kepada 4.3 mata dan kedudukan Malaysia jatuh ke tangga ke-60 daripada 183 negara, berbanding dengan tangga ke-37 pada tahun 2003 apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri.
Lebih teruk, laporan yang mengkaji selidik seramai 1,000 responden itu juga mengenal pasti bahawa pihak polis dan parti-parti politik merupakan institusi-institusi yang dilihat sebagai paling korup di negara ini.
Betulah seruan yang dibuat oleh Pas, Pas Ganti Umno. Perubahan dan keperluan Pas untuk menggantikan Umno itu banyak alasan dan hujahnya. Bukan saja kerana kedudukan dan kegahan Umno akhir-akhir sudah merudum tetapi banyak idea yang diceduk dan hendak ditiru oleh Umno apa yang Pas lakukan.
Baguslah akhirnya Umno insaf dan memperakui akan kebenaran dilakukan Pas yang selama ini mereka cemuh dan keji dengan pelbagai kata-kata nesta dan sumpah seranah.
Misalnya kerajaan Pas Kelantan memperkenalan cuti bersalin sampai sebulan kepada isteri, cuti awam dua hari Sabtu dan Jumaat, kerajaan Pusat pimpinan Umno juga berbuat demikian. Kerajaan Kelantan melancarkan ar-rhnu kerajaan pusat juga mengarahkan bank dan institusi kewangan memperkenalkan ah-rhnu tetapi dengan nama lain.
Terbaru yang juga hendak menjadi ikutan Umno ialah supaya calon yang bertanding dalam pilihan raya mengadakan ba'iah untuk mengelakan calon melakukan sebotaj. Seorang perwakilan dari Terengganu, Kamaruddin Omar mencadangkan supaya Umno mengadakan bai'ah dengan bersumpah walahi, wabilahi dan wathalhi... mengaku taat setia kepada calon.
Sebelum ini Umno mempersendakan akan kaedah Pas dalam ikhtiar menjamin agar ahli taat setia dan tidak menyusahkan parti dengan sebotaj dan berpaling tadah dengan melakukan bai'ah - perjanjian untuk setia dengan parti. Macam-macam dituduh terhadap tindakan Pas itu sebagai tidak demokratik, bidaah dan sebagainya.
Tetapi hari ini setelah Umno sudah hilang kepercayaan kepada ahlinya, bimbang ahlinya akan melarikan diri maka kaedah (ikrar) itu juga dicadangkan diperkenakan. Menariknya semasa perwakilan itu mencadangkan demikian para himpunan melaung berkata setuju, setuju.
Persoalannya kini apakah bai'ah itu boleh berlaku di dalam Umno. Umno adalah parti sekular dan liat untuk mematuhi saranan ayat-ayat Quran dan menggunakannya sebagai hujah dan panduan dalam pentadbiran dan kepimpinan. Kalau mereka guna pun sekerat ayat sahaja, dipilih ayat-ayat yang sesuai dan cocok dengan jiwanya saja. Pada saya kalau Umno tidak kembali keseluruhan kepada Quran, bai'ah atau ikrar itu tidak akan membawa hasilnya.
Ikrar seperti dicadangkan itu bukan saja tidak akan dihormati tetapi ia juga akan diragui seperti mana sumpah laknat dilakukan oleh beberapa orang pemimpin Umno dalam menyakinkan orang ramai terhadap hujah dan apa yang dikatakan.
Pernah terjadi ada pemimpin Umno yang melakukan sumpah laknat, bersumah dengan versi disebutkan Kamaruddin Omar itu, tetapi ia tidak memberi kesan. Orang ramai tidak percaya kerana sudah mengenali akan kemunafikan dan kebejatan sosial mereka selama ini.
Jadi kalau orang-orang seperti mana tokoh itu diminta bersumpah, berikrar mereka akan bokeh bersumpah 10 kali sehari bukan di dalam masjid hatta di atas kubah masjid sekalipun dia sanggup tetapi sejauh mana sumpah dan ikrarnya akan dipatuhi sukar untuk dipercayai.
Sebenarnya sumpah dan ikrar itu hanya berlaku kepada orang beriman yang sudah sedia kuat pegangan dan ketauhidannya kepada Allah s.w.t. Sebebab itu di dalam ayat-ayat berhubung dengan perintah Allah disebut, wahai orang-orang beriman. Ertinya orang yang tidak beriman atau beriman sepenuhnya tidak terkena perintah dan arahan yang dimaksudkan ayat-ayat itu
LONDON, Britain - Seorang aktres Pakistan terpaksa menafikan dia berbogel untuk majalah FHM edisi India yang turut melihatnya mempamer tatu dengan singkatan ISI pada lengannya, lapor akhbar MailOnline semalam.
Aktres berkenaan, Veena Malik yang beragama Islam tampil tanpa seurat benang untuk kulit majalah FHM isu Disember 2011.
Dianggap melanggar batas agama, tindakan Veena membangkitkan kemarahan dalam kalangan penduduk Pakistan. Mereka turut berang kerana dia menjadikan Agensi Perisikan Pakistan (ISI) sebagai bahan jenaka.
Namun, Veena, 33, menafikan sekeras-kerasnya bahawa dia bergambar bogel untuk majalah lelaki itu.
Dia sebaliknya mendakwa gambar tersebut palsu dan dihasilkan melalui teknik pertindihan imej.
"Saya tidak pernah bergambar bogel. Saya tidak pernah melakukan perkara seperti itu. Pengurus saya dan pasukan peguam saya sedang meneliti isu ini. Kami akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka (FHM)," kata Veena dalam wawancara bersama agensi berita PTI.
Pengarang FHM India, Kabeer Sharma bagaimanapun menegaskan bahawa gambar itu adalah tulen. Dia turut mendakwa dapat membuktikan perkara tersebut.
"Kami memiliki klip video sesi fotografi Veena selain e-mel daripada aktres berkenaan menyatakan dia teruja untuk menjadi penghias muka depan FHM," kata Sharma dalam temu bual dengan media Britain.
Imej seksi Veena disiar di laman web FHM India, akaun Facebook dan Twitter majalah berkenaan secara serentak semalam.
Gambar telanjang itu menunjukkan Veena menggunakan tangan dan kaki untuk menutup payu dara dan kemaluannya. - Agensi
Polis Pakistan menangkap seorang wanita kerana disyaki membunuh suaminya sebelum mencincang dan kemudian memasaknya dalam usaha untuk menghapuskan bukti. Zainab Bibi, 42, dilapor memberitahu pihak berkuasa bahawa dia membunuh suaminya, Ahmad Abbas selepas lelaki itu cuba memperkosa anaknya berusia 17 tahun dari perkahwinan pertamanya.Zainab memberitahu polis, dia mencampurkan pil tidur dalam minuman Ahmad dan kemudian menjerut lelaki itu hingga mati dengan tali sebelum mencincang mayat mangsa.
Polis berkata, mereka mula menyiasat kes itu selepas jiran mengadu bau busuk yang datang dari rumah keluarga itu.
Anak saudara Zainab berusia 22 tahun, Zaheer Ahmed, juga ditangkap kerana didakwa terbabit mencincang mayat Ahmad. Ketika diwawancara oleh wartawan televisyen ARY di bilik kurungannya, Zainab berkata: "Saya bunuh suami saya sebelum dia menyentuh anak saya." Kejadian mula terbongkar apabila tuan rumah Zainab, Behzad yang tinggal di tingkat bawah rumah dua tingkat itu, kecewa dengan bau busuk masakan dari tingkat atas.
Dia naik untuk menegur wanita itu.
Polis mendakwa Behzad mendapati Zainab di dapur, memasak korma dari daging lengan dan kaki suaminya kerana percaya ia satu-satunya cara untuk menghapuskan mayat suaminya.
Akhbar tempatan, The Express Tribune melaporkan, Zainab tinggal di rumah itu bersama-sama anaknya, Sonia dan Ahmad yang dikahwininya lima tahun lalu dan pernah menjadi guru Sonia ketika dia mengajar di sekolah gadis itu.
Zainab dipetik sebagai berkata: "Sebaik dia mati, saya merasa ketakutan buat kali pertama. Saya tidak mempunyai keberanian untuk menghampiri mayatnya selama sejam. "Terlintas di fikiran saya untuk memasak mayatnya sebagai cara untuk menghindar bau busuk." Bagaimanapun, menurut wanita itu, dia tidak berniat untuk memakan masakan itu, sebaliknya mahu membuangnya. "Saya akan memberitahu jiran, korma itu tak sedap," katanya.
Miru Kim mengakui bahawa dia takut akan kuman. Namun, untuk kerja seninya, Miru Kim telah membuat keputusan untuk tinggal dengan dua ekor babi selama 104 jam, tanpa henti.
Bekas pelajar perubatan itu berbuat demikian di hadapan salah satu galeri di Art Basel Miami 2011. Pengunjung boleh melihatnya tinggal dengan babi tersebut dalam keadaan telanjang melalui tingkap yang disediakan.
Kata Miru, "Saya suka akan babi, babi seperti saya. Apabila saya bercampur dengan babi, saya dapat merasakan kewujudan saya lebih daripada biasa."
Selama berada di kandang khas itu, dia akan makan dan tidur bersama-sama dengan haiwan itu.
Kim, anak perempuan seorang ahli falsafah Korea sebelum ini mendapat nama kerana berbogel dan bergambar dalam keadaan bogel di tempat-tempat seperti kilang-kilang yang ditinggalkan, terowong, dan jambatan.
Kata Kim, aksi yang digelar kerja seni ini dapat membantunya mengatasi ketakutannnya - "takut akan gelap, takut akan aktiviti berbahaya di tempat umum, dan takut akan kekotoran". -DCM
P/s: Kerana seni sanggup menjadi "babi" dan mendedahkan "kemaluan" diri!
Penasihat MB Trengganu, Mohd Kamal Sadin mempertikaikan hukum hudud yang digubal oleh kerajaan negeri Kelantan yang bertentangan dengan hukum Allah - tidak mengikut al-Quran dan Hadis.
"Antaranya, Mukallaf (akil baligh) ditarifkan sebagai seseorang yang berusia lebih 18 tahun dan boleh berfikir dengan waras, ini undang-undang British dan Eropah, bukan undang-undang Islam.
"Dalam Islam, Mukallaf adalah pada usia 15 tahun." Katanya lagi, mengikut undang-undang berkenaan, meliwat ke atas isteri juga dibenarkan.Baca di sini
Sekarang kita semua tahu apa punya jenis manusia si Penasihat Agama MB Terengganu ini. Nampak tahap bangang murakkabnya melebihi dari apa yang ada pada orang buangan PKR Zulbabwe.
Ini kerana dia sendiri telah mencela dan mengutuk Enakmen Hudud dan Qisas Terengganu yang telah mendapat perkenan Sultan Terengganu - Agong sekarang ini!
Anak Sadin ini sepatutnya boleh didakwa kerana menghina Sultan atau mungkin juga kerana mahu memerangi Yang Dipertuan Agong!
Perkara yang dikutuknya itu (Enakmen Hudud Kelantan 1993) pernah dibangkitkan oleh Zulbabwe bila mana dia (Zulbabwe) pernah mencela dengan merujuk kepada Seksyen 14. Liwat, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud Dan Qisas) Terengganu 1423H/2002M, www2esyariah.gov.my/esyariahmal/portalv1/enakmen/ .
Kerajaan PAS Terengganu telah membawa Enakmen Kesalahan Jenayah Hudud dan Qisas Terengganu 2002 kedalam Dewan Undangan Negeri dan diluluskan sebulat suara dan telah mendapat perkenan Sultan Terengganu, Tuanku Sultan Zainal Abidin pada 2 September 2002 yang kemudiannya diwartakan pada 25 September 2002.
Sehingga kini, kerajaan Umno-BN yang telah merampas kembali pemerintahan dari PAS pada tahun 2004 tidak menolak dan meminda Enakmen tersebut, di mana dalam kerajaan Umno-Barisan Nasional itu termasuk seorang wakil bukan Islam iaitu dari MCA.
Walau apa pun cemuhan dan fitnah tersebut sudah pun dijelaskan. Persoalan ini hanya dibangkitkan hanya bertujuan jahat untuk mengelirukan orang ramai. Umno/BN akan terus memainkan isu tersebut menjelang PRU 13. Sila lihat di sini dan Liwat isteri jenayah takzir
You are subscribed to email updates from ALHUSSEYN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
SHAH ALAM - Penganalisis politik Prof Dr Abu Hassan Hasbullah tidak yakin Umno akan memperoleh balik sokongan yang bulat meskipun Datuk Seri Najib Razak menyifatkan Perhimpunan Agung Umno yang berakhir semalam telah mencapai empat objektif dan meletakkan anggota parti dalam keadaan siap siaga menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Dalam ucapan penggulungannya, Najib selaku Presiden Umno dan Perdana Menteri berkata para perwakilan partinya telah mengarap dengan baik empat objektif yang ditetapkan oleh beliau pada permulaan perhimpunan itu.
"Saya rasa tidak. Sebab Perhimpunan Agung Umno kali ini gagal memberi, tidak meninggalkan satu harapan yang besar dan berkesan (kepada ahli-ahli Umno dan rakyat)... ia gagal membincangkan isu-isu yang besar menyentuh kepentingan rakyat kecuali perkara-perkara tertentu yang menjadi bahan jenaka dan menghentam pihak-pihak, individu tertentu.
"Mana ada perbincangan mengenai isu-isu alam sekitar, pembangunan, prasarana yang menyentuh soal dasar, polisi kerajaan.... tidak ada, jadi saya melihat ia tidak memberi harapan yang diharapkan," kata beliau ketika ditemui selepas Forum "Bersekutu Mendesak Perubahan" anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) di sini malam tadi.
Oleh kerana ia tidak berjaya membawa kepada keyakinan dan harapan, Abu Hassan yang merupakan pensyarah Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya menjelaskan, kemungkinan sukar bagi parti berkenaan mendapatkan balik sokongan penuh yang diharapkan oleh Najib sendiri.
Antara lain dalam ucapan penggulungannya Najib berkata bahawa perhimpunan yang berakhir semalam telah mencapai empat objektif iaitu pertamanya, beliau mahukan perhimpunan itu menggambarkan Umno satu parti yang ampuh dan bersatu serta menyakinkan berjuta rakyat dan pengundi bahawa Umno adalah sebuah keluarga dan sebuah organisasi politik serta teras politik tanah air dalam keadaan kukuh dan padu.
Objektif kedua, Najib mahukan perhimpunan itu membuktikan Umno sebagai sebuah parti bermaruah dan berada dalam tahap kesiapsiagaan menghadapi pilihan raya.
"Objektif ketiga, saya ingin supaya melalui perhimpunan ini kerajaan mendapat sokongan gagasan kita untuk membawa perubahan yang besar kepada negara kita yang kita gagaskan sebagai pelan transformasi nasional," katanya.
Dalam objektif keempatnya, Najib telah mahukan perhimpunan itu menjadi pengisian dan memberi isyarat serta mesej yang jelas bahawa 12.4 juta pengundi dan 28 juta rakyat Malaysia boleh meletakkan keyakinan bahawa Umno akan membawa negara dan rakyatnya ke arah masa depan yang lebih cemerlang.
Najib juga berkata perhimpunan kali ini juga telah mencipta satu sejarah apabila ia diakhiri dengan satu ikrar atau bai'ah yang diketuai oleh timbalan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin bertujuan untuk sumpah setia dan taat kepada parti dan pemimpin.
Dalam ucapan pada forum malam tadi, Abu Hassan juga menggesa pentadbiran Najib agar tidak meneruskan pembentangan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang dibantah banyak pihak.
"Saya sebagai ahli akademik tidak setuju dengan rang undang-undang ini," kata Abu Hassan dengan lantang sambil menambah, beliau beliau sahaja tidak bersetuju malah ramai lagi.
Katanya, ramai tidak bersetuju kerana kerajaan gagal membawa bersama rakyat yang merupakan pihak utama berkepentingan untuk memberi pandangan.
"Saya berharap kerajaan kembali kepada rakyat semua lapisan untuk mendapatkan pandangan mereka. Ahli politik cuma satu lapisan dalam membuat keputusan. Dapatkan pandangan ahli akademik, doktor jurutera dan sebagainya.
"Masih ada masa, jangan teruskan pembentangan di Dewan Negara, balik kepada rakyat," katanya sambil mempersoalkan objektif yang tersirat di sebalik penggubalan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman dengan tergesa-gesa.
"Saya mengesyaki sesuatu, ada sesuatu yang tidak kena. Mengapa perlu digubal dengan tergesa-gesa, tiada keperluan yang terdesak untuk bawa undang-undang ini sekarang, penggubalan ini boleh dibawa tahun depan," katanya lagi.
KODIANG — Sehari selepas perwakilan mencadangkan agar diamalkan sumpah bai'ah, Datuk Mukhriz Mahathir hari ini mencadangkan semua wakil rakyat Umno dan pemimpin parti itu menandatangani surat ikrar bagi menyatakan sokongan dan kesetiaan untuk terus bersama parti dalam sebarang keadaan.
Timbalan Pengerusi Umno Kedah (gambar) ini berkata cadangan itu susulan ikrar taat setia yang dilafazkan mereka pada Perhimpunan Agung Umno 2011 yang berakhir semalam.
"Dengan cara ini mereka yang didapati melanggar ikrar bertulis akan dikenakan tindakan disiplin," kata beliau dipetik Bernama Online.
"Saya harap setiap orang (pemimpin dan wakil rakyat Umno) menandatangani akujanji bagi membuktikan mereka mengutamakan kepentingan parti, menyokong, bekerjasama dan bekerja keras bagi memastikan kemenangan calon yang dipilih," katanya selepas merasmikan Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) di sini.
Dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Umno, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai ikrar taat setia perwakilan di hadapan Presiden Datuk Seri Najib Razak demi kelangsungan perjuangan memartabatkan agama, mengangkat maruah bangsa dan mempertahankan kedaulatan tanah air yang tercinta.
Najib sifatkan ikrar itu sebagai sumpah bai'ah.
Ikrar yang dilafazkan itu antaranya untuk merapatkan saf perjuangan, mengeratkan ukhuwah, menghapuskan sengketa, menghindari hasad dengki dan iri hati, meletakkan kepentingan parti mengatasi kepentingan peribadi serta memberi sokongan padu yang tidak berbelah bagi kepada calon-calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan parti untuk bertanding pada pilihan raya umum nanti.
Mengenai pemilihan calon muda pada pilihan raya umum ke-13, Mukhriz berkata, aspek penting calon yang hendak diketengahkan diterima rakyat termasuk golongan profesional muda.
Katanya jika ada 'orang lama' yang disenangi golongan muda, aspek berkenaan juga perlu diberi pertimbangan.
"Dalam menonjolkan golongan profesional muda berpendidikan tinggi, mereka harus bersedia dan bersemangat untuk berkhidmat dan pandai bergaul dengan rakyat," kata Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabansga dan Industri.
KUALA LUMPUR — Pemimpin-pemimpin PAS menyifatkan Umno sudah tidak yakin dengan ahli-ahlinya sendiri apabila sanggup mengambil sumpah bai'ah yang menurut mereka bertujuan mengelakkan tindakan khianat dan sabotaj oleh ahli-ahli sendiri.
Selain mereka juga mendakwa Umno kini meniru kaedah-kaedah digunakan PAS tetapi dikritik oleh parti teras Barisan Nasional (BN) itu masa-masa lalu.
Semalam, Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak menyifatkan partinya mencipta sejarah dengan melafazkan ikrar yang merupakan beliau adalah satu bai'ah bagi memperkukuhkan kedudukannya menghadapi pilihan raya umum ke-13.
"Saya fikir Umno sudah tidak percaya dengan ahli-ahlinya sendiri," kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (gambar) ketika dihubungi The Malaysian Insider.
"Oleh kerana mereka sudah hilang keyakinan ke atas ahli-ahli sendiri, maka mereka terpaksa meniru apa yang dilakukan oleh PAS," kata beliau lagi.
Bagaimanapun Ahli Parlimen Kubang Kerian ini menambah, ahli-ahli PAS setia bukan hanya semata-mata kerana sumpah bai'ah, tetapi telah dilatih untuk memberi sokongan kepada perjuangan parti.
"Saya sendiri, selama 30 tahun bersama dengan PAS, bukan kerana bai'ah itu sendiri, tetapi kami setia kerana kerelaan dan keikhlasan kami kepada kepada parti.
"Sumpah bai'ah ini, ada atau tidak ada, jika seseorang nampak duit berjuta-juta di depan mata mereka, mereka tetap akan keluar ... tetapi yang penting keikhlasan kepada perjuangan parti," kata beliau sambil menambah, dalam PAS pejuangan setiap ahli adalah antara tanggungjawab ketika berada di "dunia dan akhirat."
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Baling Datuk Taib Azamuddin Md. Taib pula berkata, Umno yang sebelum ini mengecam amalan PAS mengadakan sumpah bai'ah bagi mengelakkan ahlinya lompat parti akhirnya terpaksa meniru cara tersebut.
"Kalau ini (sumpah bai'ah) lahir daripada hati dan keikhlasan orang Umno, ini menunjukkan apa yang dilakukan PAS selama ini yang dipandang serong oleh Umno telah diakui kebenarannya," kata bekas timbalan pesuruhjaya PAS Kedah ini.
Katanya, "usia Umno yang sudah terlalu lama menunjukkan ia sudah jauh ketinggalan."
"Hakikat sebenarnya ialah apa yang dilakukan oleh Umno itu sebenarnya mengakui pendekatan PAS.
"Oleh itu, daripada dia meniru (PAS) baik dia menyertai PAS terus," kata beliau dipetik Harakahdaily.
Ketika berbahasan pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno semalam, perwakilan Umno Terengganu, Komaruldin Omar mencadangkan diadakan sumpah bai'ah dengan merujuk kepada tindakan PAS dan dipersetujui para perwakilan yang lain.
Taib yang juga bekas imam besar Masjid Negara bagaimanapun berkata, sumpah bai'ah hanya terpakai untuk perkara bertujuan kebaikan dan kebenaran, bukan untuk tujuan kebatilan.
Tegas beliau, Umno sebagai parti yang tidak meletakkan Islam sebagai dasar tidak wajar mengadakan sumpah bai'ah.
"Bai'ah boleh berlaku di atas sesuatu perkara untuk tujuan kebenaran... kalau bai'ah untuk tujuan kebatilan, bai'ah itu menjadi satu kemungkaran dan tidak termasuk dalam erti kata bai'ah yang sebenar.
"Jadi kalau Umno masih tidak meletakkan Islam sebagai dasar, maka bai'ah itu tidak ada gunanya. Jadi tak perlulah orang Islam tertipu dan terpedaya dengan keadaan ini," katanya.
Tambahnya, tindakan Umno itu juga menunjukkan parti itu sudah berada dalam keadaan lemah dan terpaksa menggunakan apa sahaja cara untuk dijadikan 'tongkat' bagi meneruskan pemerintahannya.
KUALA TERENGGANU - Projek-projek yang dilaksanakan kerajaan Umno dan Barisan Nasional Terengganu disifatkan sebagai 'projek-projek mengigau' kerana ia dibuat tanpa kajian dan tinjauan pasaran.
Ia juga tidak memberi faedah yang banyak kepada rakyat Terengganu baik dari segi ekonomi atau pembangunan sosial.
Menurut Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Terengganu, Dr Alias Razak, antara projek yang terpaksa ditanggung rakyat akibat pembaziran Umno itu adalah pembelian 'Strawberry Park' di Kijal dan pembangunan Pulau Burung di tasik Kenyir.
"seperti mana yang saya pernah saya sebut, projek kerajaan Umno dn Barisan Nasional adalah 'projek orang mengigau', dia mari buat satu projek tanpa kajian, dari segi 'market' dia, dari segi kos efektif dia, adakah benda yang dibuat memberi faedah kepada rakyat atau kerajaan dari segi ekonomi ataupun dari segi pembangunan sosial,"ujarnya
Akhirnya, kata beliau, projek-projek itu terpaksa dihentikan 'separuh jalan'.
Katanya, pembelian sebuah resort 'Strawberry Park' bernilai RM27 juta yang kononya bakal dibagunkan sebagai pusat rawatan jantung terbesar di Pantai Timur, dibatalkan kerana tidak ada pakar.
"Strawberry park.kononya dia nak buat pusat jantung yang terbesr di pantai timur, akhirnya tak jadi, bangunanyang dibuat, dibiar begitu juga (kerana) projek itu juga tak ada kajian yang teliti,
"angsa itu, itik yang diimport dari negara sejuk itu dibirkan di sini (ditasik Kenyir), di kurung di sini untuk menjadi menarik pelancongan sekarang ni daripada 100 lebih, tinggal tak sampai 50 ekor lagi.semakin mati, ini tambahnya tidak ada, ini semua melibatkan duit yang banyak,"tegasnya.
Menurutnya, beliau dimaklumkan kebanyakan itik dan angasa tersebut mati dibaham oleh biawak, musang dan burung helang. [Gambar - tinggal hanya beberapa ekor tik dan angsa. Tanda anak panah menunjukkan 'orang-orangan' yang di pasang bagi menakukan musuh yang 'membaham' itik dan angsa mahal yang dibeli kerajaan negeri]
Beliau yang membuat 'Eksplorasi Terjah' lawatan ke projek-projek kerajaaan Umno di tasik Kenyir baru-baru ini berkata, daya tarikan asal tasik itu telah hilang.
Katanya, ia ada kaitan dengan pencemaran yang berlaku kerana projek-projek 'Island Hoping' dan pembangunan pulau-pulau di tasik tersebut yang sedang dilaksanakan.
"kemungkinan (projek-projek) ini boleh menyebabkan kesan alam sekitar pulak, bila tebang, (bila) dia kebas bukit-bukau yang asal ni, akan berlaku tanah runtuh, tasik kenyir akan tercemar.dengan tanah-tanah yang masuk ke tasik, ini kemungkinan (belaku) kepupusan pula, disebabkan (tu) daya tarikan yang asal (telah hilang), ikan semakin pupus hari ni,"jelasnya.
Sewaktu melawat kawasan tasik itu, katanya, beliau telah berjumpa beberapa orang pemancing yang mengeluh kerana setelah seharian menjulurkan joran, seekor ikan pun tak dapat.
Menurutnya, kenyataan pemancing itu mengesahkan bahawa tarikan ikan tasik kenyir yang menggamit pelancong, yang sepatutnya dipelihara, kini sudah tiada.
"Sepatutnya kerajaan memelihara tarikan semulajadi, yang menjadi asas dan sebab yang menarik pengunjung ke tasik Kenyir, (sebaliknya) kita bina satu benda yang (di) import dari luar, dengan harapan orang kan mari,
"ini saya rasa, satu kerja yang sangat sia-sia lah. bajet yang diberi berjuta-juta akan hilang begitu,"katanya.
BESUT - Tindakan bekas Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Idris Jusoh yang mengumumkan bahawa beliau tidak bertanding menggambarkan masalah politik dalaman Umno Terengganu yang belum reda.
Timbalan Yang DiPertua PAS Besut, Shalahuddin Jaafar (Cikgu Solah) berkata, Idris telah menjangka yang nama beliau tidak akan disokong oleh Badan Perhubungan Umno Terenggganu yang di Pengerusikan oleh Dato' Seri Ahmad Said.
"Sebab itu beliau umum awal, dia sudah berasa nama dia takkan naik, mungkin juga beliau cuba 'test market' sejauh mana pemimpin Umno pusat sanggup pertahankan beliau dalam pilihanraya umum akan datang,"telah Cikgu Solah.
Beliau berkata demikian ketika memberi respons atas tindakan Idris yang mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding dalam pilihanraya umum ke-13 (PRU 13), yang akan diadakan pada bila-bila masa. Sebaliknya, kata Cikgu Solat, PAS Kawasan Besut, tidak ambil peduli siapa yang akan mewakili Umno dan Barisan Nasional dalam PRU-13.
Beliau yakin, dengan persiapan rapi yang telah dibuat, rakyat Besut akan menyokong PAS dalam pilihanraya akan datang itu.
"Kita (PAS Besut) tak kisah siapa yang akan bertanding kerusi DUN Jerteh atau parlimen Besut, kita telah buat persiapan awal dan hanya menunggu semboyan PRU-13 berbunyi sahaja,
"kita yakin rakyat akan kembali menyokong kita sebagaimana gelombang pada tahun 1999 dulu, rakyat Besut yang ditemui rata-rata telah bosan dengan gelagat pemimpin Umno Besut yang ada (sekarang),"jelasnya
Cikgu Solah mendakwa, rakyat Besut beralih sokongan pada pilihanraya ke-11 tahun 2004 kerana mereka tidak faham tentang 'wang ehsan' yang dijadikan umpan memancing undi oleh Umno/BN.
Namun kini, katanya, rakyat telah faham bahawa wang yang diagih-agihkan itu adalah wang rakyat iaitu duit kerajaan hasil royalti minyak yang dibayar oleh Petronas.
Walau bagaimana pun, beliau berkata, PAS Kawasan Besut akan meneruskan kerja-kerja mendampingi rakyat dan memberikan penerangan dari masa ke semasa supaya mereka memahami isu yang ada disekeliling mereka.
"Isu-isu perpecahan dalaman Umno, rasuah, penyelewengan dan kenaikan harga barang-barang keperluan menyebabkan rakyat Besut tidak puas hati dan kembali memberi mandat kepada PAS dalam PRU13,"katanya.
Ditambah lagi, katanya, dengan saf pemimpin baru PAS Terengganu di bawah pimpinan YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut yang dilihat semakin mendapat tempat di hati rakyat Terengganu.
Keresahan ramai pemimpin UMNO yang merasakan bahawa parti mereka akan hilang kuasa di tangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang semakin jelas terpampang.
Igauan ngeri mereka itu menggambarkan seolah-olah Malaysia ini akan dilanggar garuda. Kata-kata "Jika UMNO hilang kuasa, Melayu akan hancur" melambangkan kehebatan imaginasi para propagandis UMNO
Mereka meneka-neka apa kemungkinan akan terjadi jika kehilangan kuasa, mereka mula menyangka yang bukan-bukan tentang apa yang bakal berlaku ke atas untung nasib mereka.
Imaginasi orang bersalah
Mereka membayangkan bahawa jika Pakatan Rakyat menang, maka Perdana Menteri adalah orang Cina dan bukan Melayu lagi. Mereka membentuk imaginasi mengatakan Islam akan hancur berkecai-kecai dan agama lain akan menjadi agama persekutuan. Begitu juga Bahasa Melayu yang dibayangkan akan lebur.
Mereka membayangkan bahawa kedudukan istimewa Melayu dan digantikan dengan hak sama taraf. Negara kita pula digambarkan akan menjadi sebuah negara republik, yakni tanpa Yang di-Pertuan Agong, Raja atau Sultan lagi.
Pendek kata, imaginasi propaganda UMNO ini membayangkan seolah-olah dunia Melayu akan kiamat jika rakyat menolak UMNO.
Igauan ngeri ini hanya lahir apabila seseorang pemimpin atau kumpulan yang dipimpinnya mula merasa bersalah dan berdosa. Perasaan bersalah itu kini sedang menyelubunginya, terasa seperti dibayangi oleh sesuatu, terasa sedang diburu oleh sesuatu. Maka muncullah satu fenomena yang kita kenal sebagai 'paranoid'.
Oleh sebab kesalahannya itu banyak dan besar, maka tanda-tanda untuk mereka menerima pembalasan akan tergambar dengan sendirinya dihati dan fikiran UMNO. Itulah yang sedang berlaku, mereka sedang membayangkan sesuatu yang buruk bakal menimpa diri jika gagal dalam PRU ke-13 kelak.
Mereka takut kesalahan-kesalahan yang pernah mereka lakukan selama ini akan terbongkar, kezaliman mereka akan didedahkan dan hal-hal rasuah mereka akan mula makan diri.
Kebijaksanaan rakyat
Namun, strategi propaganda seperti ini amat sukar dijual kepada orang Melayu dan Islam pada zaman ini kerana sudah ramai yang waras, bijak dan tidak mudah ditipu.
Orang Melayu tahu menilai kes National Feedlot Centre (NFC) yang jelas kesalahan kronisme dan salah guna kuasa. Mereka tahu Akta Perhimpunan Aman bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan kerana mahu menutup minda dan mulut rakyat.
Kebijaksanaan orang Melayu di zaman ini menjadi aset penting kepada mana-mana parti politik yang ingin memujuk mereka. Malah, bukan orang Melayu sahaja, malah sahabat-sahabat Bumiputera di Sarawak dan Sabah sudah mula sedar tentang perihal hak mereka dipermainkan oleh UMNO dan Barisan Nasional.
Ertinya, Melayu, Bumiputera dan semua kaum lain di negara ini semakin sedar bahawa satu perubahan positif amat diperlukan untuk keluar dari kitaran ganas yang hanya merugikan rakyat dari semua kaum dan agama.
Satu demi satu mitos ciptaan UMNO-BN telah terbukti palsu dan fitnah. Apabila PAS mengambil alih pentadbiran Kelantan pada 1990, UMNO-BN menuduh rakyat akan terabai, terhina dan jatuh miskin.
Selama 21 tahun, rakyat Kelantan setia dengan PAS. Oleh kerana tekanan keras dan sekatan daripada kerajaan pusat BN, maka Kelantan sukar untuk maju di segi ekonomi.
Sepatutnya dengan penindasan sedemikian, termasuk kengganan kerajaan pusat memberi royalti minyak kepada Kelantan, tentu negeri Cik Siti Wan Kembang itu menderita sebagai negeri paling miskin di negara ini.
Sebaliknya, rakyat negeri-negeri yang kaya dengan hasil bumi di bawah pemerintahan BN yang menderita dengan kemiskinan seperti Sabah, Terengganu dan Perak.
Kelantan bersama Kedah, Pulau Pinang dan Selangor kini berada di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat. Negeri mana yang telah bankrap? Negeri mana orang Melayu telah hilang harta dan hidup merempat? Negeri mana Islam sudah dimatikan? Negeri mana Sultan diturunkan dari takhta?
Apa yang menjadi pengetahuan umum – kecuali para propagandis UMNO – adalah kesemua negeri Pakatan menunjukkan prestasi yang lebih baik dari negeri-negeri di bawah penguasaan UMNO-BN.
Walau pun disekat bantuan kewangan, walau pun ditohmah, walau pun ditimbulkan kekecauan, Laporan Ketua Audit Negara saban tahun membuktikan kejayaan besar pentadbiran negeri-negeri Pakatan Rakyat.
Penentuan rakyat
Bayangkan jika rakyat memilih Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan pusat dalam PRU akan datang.
Jangan mudah terpedaya dengan tohmahan cacing kepanasan. Pakatan Rakyat telah sebulat suara menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Jika apa pun berlaku, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng telah pun berikrar menerima realiti politik bahawa Perdana Menteri adalah dari kalangan orang Melayu Islam.
Bukankah suatu ketika dahulu tokoh besar negara Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan bahawa Perlembagaan Persekutuan tidak menghalang orang bukan Melayu atau bukan Islam untuk menjadi Perdana Menteri?
Memang benar kenyataan itu tetapi Guan Eng sendiri sedar akan hakikat politik negara. Menerima Melayu sebagai Perdana Menteri adalah tanda penghormatan kepada kaum majoriti di negara ini di samping akur kepada hakikat demokrasi, asalkan yang memimpin negara itu bukan manusia yang kotor, rasuah dan suka menyalahgunakan kuasa.
Semua kisah yang dimomokkan para pemimpin UMNO itu hanya sekadar bayangan ketakutan mereka sendiri. Ketakutan inilah yang menjadikan mereka terus diburu oleh dosa-dosa kesalahannya.
Malah, dalam keghairahan mempertahankan kuasa, mereka kadang-kadang lupa bahawa dalam ramai-ramai 3.3 juta ahli UMNO, ada juga yang semakin meluat dengan telatah dan kerakusan pemimpin mereka sendiri.
Bukankah kerana marah dengan keangkuhan pimpinan UMNO dahulu, telah ada antara mereka yang mengundi Pakatan Rakyat dalam PRU 2008?– Roketkini.com
APABILA Perdana Menteri, bersetuju membina sistem Mass Rail Transit (MRT) di Lembah Klang, pelbagai pihak mula membicara dan mengemukakan pelan laluannya. Fokus diberikan kepadanya seolah-olah ia boleh menyelesaikan masalah pengangkutan awam yang membelenggu rakyat terutama bas yang semakin parah perkhidmatannya.
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dengan spontan memberi perhatian berlebihan kepada pembinaan sistem MRT sepanjang 51 km (termasuk 9.5 km bawah tanah) dari Sungai Buloh ke Kajang dengan kos berbilion-bilion ringgit.
SPAD berkerja keras bagi memasti dan menyiapkan projek mahal ini mengikut pelan dan perencanaannya. SPAD mengumumkan projek pembinaan ini meskipun Pelan Induk (Master Plan) Pengangkutan Awam yang dijanjikannya belum siap dirangka. Malah janji SPAD untuk menyiap dan mengumumkan Pelan Induk itu akhir September lalu tidak tertunai.
Tidak tahu pula bilakah pelan itu akan siap dirangka. Kalau Pelan Induk itu siap itulah satusatunya pelan pengangkutan awam yang disediakan pihak kerajaan sebagai panduan kepada pengusaha dan pihak berwajib.
Selama 54 tahun negara merdeka, belum ada suatu pun Pelan Induk, apa lagi Dasar Pengangkutan diwujudkan di negara ini.
Pembinaan MRT adalah sesuatu yang sangat signifikan dalam kecelaruan kemelut pengangkutan awam di Lembah Klang. Ia suatu daripada kaedah penyelesaian bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas, di samping menawarkan suatu lagi kaedah pengangkutan awam yang pantas. Sistem ini hanya terhad di Lembah Klang, belum ada perancangan di negeri-negeri atau di daerah-daerah lain terutama di pedalaman. Mewujudkan sistem MRT bukan petanda penyelesaian kemelut pengangkutan awam akan selesai. Ia perlukan kepada banyak faktor lain untuk menyelesaikan permasalahan ini.
SPAD mengabaikan permasalahan pengusahapengusaha bas berhenti-henti yang sekian lama merayu, memohon serta meminta supaya pihak kerajaan menghulurkan bantuan agar perkhidmatan mereka dapat diteruskan. Memorandum demi memorandum dihantar, bukan sahaja kepada Pengerusi SPAD, malah kepada PM, TPM, Menteri Pengangkutan, Menteri-Menteri berkenaan serta agensi berkaitan.
Namun, ia tidak berjaya menarik perhatian pihak berwajib supaya segera mengatasi kemelut itu.
Antara cadangan dalam memo Persatuan Pengusaha Bas SeMalaysia (PMBOA):
1. Kerajaan memberi subsidi mengikut kos satu kilometer bagi sebuah bas untuk setiap laluan perkhidmatan yang diberi.
2. Kerajaan menyediakan basbas baru mengikut spesifikasi dan kemudian menyewakan semula kepada pengusaha.
3. Menyediakan tabung pengangkutan awam bagi pengusaha mendapatkan pinjaman mudah dengan faedah yang rendah.
4. Pengusaha menyerahkan tanggungjawab perkhidmatan awam kepada Kerajaan dengan membayar pampasan kepada pengusaha.
Setakat ini SPAD mahupun kerajaan Pusat tidak memberi respons positif terhadap cadangan tersebut. Malah dalam Belanjawan 2012 tidak ada petanda positif dalam menangani masalah ini.
PMBOA mengemukakan persoalan yang sangat signifikan kepada survival mereka kepada SPAD, sama ada kerajaan Pusat mahu terus terlibat secara langsung atau tidak dalam industri ini. Walaupun SPAD menyatakan bahawa bukan dasar kerajaan untuk berkecimpung dalam industri ini, tidak ada petanda jelas bahawa penglibatan kerajaan akan berakhir.
Kebimbangan ini timbul kerana penglibatan Rapid KL dan Rapid Penang secara langsung membuktikan kerajaan akan meneruskan penglibatan mereka.
Natijahnya, Rapid menjadi pesaing hebat kepada pengusaha bas sedia ada. Sudah tentu akan timbul konflik kepentingan.
Tentu sekali kerajaan akan mendahulukan syarikat naungan mereka daripada syarikat swasta, tanpa mahu memikirkan inisiatif bagi menyelesaikan permasalahan pengusaha bas.
Rapid bukan sahaja menjadi pesaing syarikat bas sedia ada, malah menerima bantuan dan subsidi sepenuhnya terutama Kementerian Kewangan. Namun demikian, Rapid mengalami kerugian berjuta ringgit setiap bulan.
Manakala syarikat-syarikat bas terpaksa bergantung kepada daya usaha mereka tanpa subsidi (kecuali diesel) dan bergantung sepenuhnya pada kapasiti penumpang, yang semakin merudum. Itu belum diambil kira kos pengendalian serta harga alatganti yang semakin meningkat tanpa kawalan kerajaan. Tambang bas dikawal oleh kerajaan, manakala harga alat ganti tidak.
Maka terkapai-kapailah nasib pengusaha-pengusaha bas menunggu pertolongan bagaikan terlontar di tengah badai gelombang samudera luas yang belum tentu arah tuju pelayarannya. Pertolongan yang ditunggu sekian lama tidak kunjung tiba, bagaikan menunggu buah yang tidak jatuh. Syarikat bas berhenti-henti sudah tidak boleh bertahan lebih lama lagi, maka oleh kerana itu beberapa syarikat sudah gulung tikar dan berhenti beroperasi.
Hal ini bagaikan tidak membimbangkan SPAD. Malah SPAD seolah-olah tidak ambil kisah apa yang berlaku tanpa mengemukakan pelan penyelamat untuk pengusaha-pengusaha ini.
Orang ramai dibiarkan mencari sendiri kaedah pengangkutan mereka, dan tidak mustahil mereka akan membeli motosikal atau kereta untuk mengatasi masalah ini. Fenomena ini akan menyulitkan lagi SPAD dalam merangka Pelan Induk bagi sistem pengangkutan awam bersepadu.
Bagaimana pula mereka yang tidak mampu? Apakah kerajaan rela membiarkan mereka terkapaikapai menyelesaikan sendiri masalah pengangkutan awam yang menjadi tanggungjawab dan obligasi kerajaan?
Kemelut ini harus mendapat perhatian kerajaan Pusat terutama PM. Tanpa penglibatan kerajaan Pusat dengan segera, dikhuatiri kekalutan yang semakin rumit muncul tanpa diduga. Pada masa itu rakyat menjadi panik dan kerajaan dalam keadaan tertekan.
Justeru, satu pelan tindakan segera perlu dirangka secara komprehensif bagi mengatasi kemelut ini di seluruh negara.
» Penulis adalah Timbalan Presiden Persatuan Pengusaha Bas SeMalaysia (PMBOA) dan Presiden Persatuan Pengusaha Bas Negeri Melaka (MOOA).
Amboi, garang sungguh Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil semasa berucap di depan anak-anak buahnya semalam.
Habis dibelasahnya pihak-pihak yang menyerangnya berhubung isu FNC, yang disebut juga oleh mereka-mereka yang nakal sebagai isu lembu di dalam kondo.
Selama ini Kak Jat memang tak buka mulut pasal isu itu. Dia buat bodoh saja. Rupa-rupanya tengah tunggu masa yang sesuai.
Dan masa itu tiba bila dia berada di depan para perwakilan wanita.
Tapi, kata seorang kawan, "Tunjuk garang dalam rumah sendiri…lepas tu depan anak-anak sendiri, boleh le. Puak tu memang jenis cium tangan dia, jadi apa yang dia cakap, sure okay belaka. Cuba di depan umum, suaranya mungkin tak keluar…mungkin hilang kat dalam kain aje."
Sampuk seorang kawan yang lain pula, "Jangan kata di depan umum, kalau di depan Kak Pidah (Tan Sri Rafidah Aziz, bekas Ketua Wanita UMNO) pun belum tau dia suaranya keluar."
Kak Jat mungkin berpuas hati sebab berjaya melepaskan geramnya. Tetapi bagi rakyat terbanyak yang menagih jawapan, mereka tak dapat apa yang mereka hendak. Kak Jat sekadar menepis isu itu, menolaknya ke tepi dan membalun pihak yang membangkitkannya.
Lebih mengharukan lagi bila dia cuba mengheret sama Wanita UMNO dalam isu itu. Dikaitkannya jasa dan perjuangan mereka dengan 'penderhakaan' pengarah strategi PKR yang terlibat mendedahkan isu fidlot itu.
Kak Jat sebenarnya tersilap besar kalau menyangka ucapannya semalam boleh membantu memulihkan imejnya dan mereka yang terlibat dengan isu FNC. Terlalu sedikit orang yang teruja dengan 'jawapan' dan serangan ke atas pihak lawan. Yang ramai ialah yang menggeleng-gelengkan kepala…
Bil ataupun Rang Undang-undang Perhimpunan Aman yang dibentang oleh BN di Parlimen merupakan satu insiden hitam bagi sebuah negara demokrasi. BN mengambil sistem demokrasi untuk negara tetapi takut dengan sistem itu sendiri.
Apa yang akan dibentangkan dan diluluskan oleh parlimen ini merupakan satu tindakan yang mengekang perhimpunan secara aman dan nampaknya kerajaan yang memerintah amat gerun dengan kebangkitan rakyat untuk menyuarakan suara dan manifestasi mereka secara terbuka.
Cadangan ini adalah bercanggah dengan kehendak perlembagaan yang membenarkan rakyat menyuarakan pandangan dan pendapat mereka melalui perhimpunan secara aman. Demokrasi hanyalah dalam bentuk pembungkusannya sahaja tetapi sebenarnya di dalam bungkusan itu penuh dengan elemen kuku besi (diktator) dan jika BN mengambil kesempatan untuk mendapatkan kelulusan dengan sokongan 'simple majority' di Parlimen, ia tidak lain dari tindakan menekan terhadap gerakan fikiran rakyat untuk melakukan perubahan.
Bagi pendapat saya secara peribadi, BN akan teruskan membentangkan bill ini dan akan mendapat kelulusan 'simple majority' di dewan parlimen. Tidak ada siapa yang boleh menyangkalnya jika BN masih mahukan akta yang menekan ini untuk dikenakan kepada rakyat.
Perhimpunan tidak dibenarkan di semua tempat dan ini adalah cara BN untuk mengelakkan insiden seperti Bersih 2.0 untuk berlaku sekali lagi. Tentunya bill ini merupakan tanda-tanda yang kerajaan BN tidak akan melaksanakan pilihan raya secara adil dan bill ini penting untuk mengelakkan reaksi marah rakyat yang ramai.
Saya tidak mahu komen banyak tentang isu ini. Hanya saya hendak bersama dalam isu menentang bill ini kerana ianya akan menjadikan negara ini sebagai apa yang dikatakan sebagai Negara Polis (police state) dan ianya tidak ada bezanya dengan sebuah negara yang berkepimpinan diktator yang bersalutkan demokrasi.
Saya telah sebutkan beberapa kali yang demokrasi di negara ini telah beransur-ansur mati. Jika pilihan raya diadakan kali ini saya berkeyakinan yang isu ini akan dapat diatasi jika semua rakyat bersatu; tidak kira apa bangsa sekali pun untuk pergi ke peti undi dengan aman dan terus sahaja memberikan undi kepada mana-mana parti selain dari UMNO dan BN.
Dengan cara ini tidak payah lagi kita hendak bertengkar dan berbahas. Bagi saya masa untuk berbahas sudah tidak ada lagi kerana UMNO dan BN tidak akan dapat mengubati penyakit rendah diri itu lagi. Penyakit itu sudah menjadi kanser tahap empat. UMNO tidak akan berubah lagi.
Kita sepatutnya tidak merasa bersalah lagi untuk meninggalkan UMNO itu kerana ianya lebih membawa penyakit dari membawa yang baik untuk rakyat. Rakyat tidak diberikan kebebasan untuk berfikir. Kita hanya dibenarkan untuk mengangguk sahaja dan tidak dibenarkan mengeleng.
Jika ini cara UMNO memimpin dan membina pembangunan rakyat, kita akan menjadi rakyat yang tolol dan tidak boleh berbeza fikiran lagi.
Apabila saya membaca apa yang sedang berlaku ini, ada juga keinginan saya untuk keluar memberikan pandangan dalam ceramah-ceramah dan perhimpunan bagi menambah usaha untuk bersama-sama membetulkan keadaan yang tidak baik yang sedang menyelubungi politik negara.
Kita tidak juga boleh menyalahkan BN menggubal akta seperti ini. Kita mesti faham mereka yang sedang berkuasa ini amat takut dan gerun untuk menerima kekalahan yang saya rasa akan mereka alami. Selalunya mana-mana kerajaan yang akan jatuh selalunya bersikap seperti apa yang kita lihat sedang dilakukan oleh BN sekarang ini.
BN tidak gentleman. Mereka terlalu seronok dengan kuasa dan tidak mahu melepaskannya walaupun mereka tahu mereka tidak berkelayakan lagi untuk mentadbir negara. Tetapi mereka masih mahu berkuasa, maka tidak hairan kenapa mereka menggubal dasar-dasar yang ketat dan dianggap gila oleh mereka yang berfikir.
Jika rakyat benar-benar hendak mengelakkan akta seperti ini wujud, caranya ialah untuk tidak memberikan kuasa lagi kepada mereka yang bertanggungjawab menggubal akta yang tidak senonoh ini. Jika mereka tidak lagi berkuasa, maka mereka tidak akan lagi berada di tampuk kuasa untuk menggubal dasar-dasar yang menekan seperti ini.
Kita mesti mengakui yang peralihan kuasa itu adalah fenomena normal dalam sesebuah negara demokrasi. Jika mereka yang terpilih melanggar semangat demokrasi itu rakyat mempunyai hak untuk memberikan mandat itu pada pihak lain, dan itu bukan sekali-kali merupakan kesalahan. Memberikan sokongan kepada pihak lain itu bukannya satu tindakan yang kriminal. Kita boleh melakukannya tanpa takut kepada mana-mana pihak.
Sebenarnya rakyatlah yang bertanggungjawab. Jika mereka masih memberikan sokongan dan seterusnya mandat untuk berkuasa maka rakyatlah yang patut dipersalahkan. Mereka yang berkuasa sekarang memang tidak merasa bersalah kerana melakukan kesalahan itu adalah kerja mereka.
Rakyatlah yang bertanggungjawab sama ada akta ini mahu diteruskan atau dibubarkan. Itu sahaja komen dari saya. Jika kita kaji secara halus tentang apa yang sedang berlaku di sekeliling kita, untuk mengalahkan BN dalam pilihan raya kali ini bukanlah satu perkara yang mustahil malahan ianya merupakan keadaan yang agak mudah bagi parti-parti pembangkang untuk memenangi pilihanraya ini.
Ingat kepada slogan ABU (Asalkan Bukan UMNO), undilah mana-mana parti yang lain. Insyaallah segala akta yang menekan boleh kita hapuskan.
KUALA LUMPUR – Amalan rasuah dianggap semakin buruk di Malaysia apabila Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2011 untuk negara kita jatuh lagi untuk kali ketiga berturut-turut apabila kedudukan Malaysia merudum ke tangga ke-60 daripada 183 negara.
Tahun lalu Malaysia berada di tangga ke-56. Pada tahun 1995 di mana CPI yang dikendalikan oleh Transparency International (TI), Malaysia berada di tangga ke-23.
Sewaktu Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri, Malaysia berada di tangga ke-37. Ini menunjukkan Malaysia di segi persepsi amalan rasuah telah merosot hampir dua kali ganda sejak 2003.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, lebih teruk lagi ialah apabila laporan TI yang telah mengkaji selidik 1,000 responden, telah mengenal pasti bahawa polis dan parti-parti politik merupakan institusi-institusi yang dianggap sebagai paling korup di negara kita.
Katanya, kebanyakan daripada responden juga percaya bahawa tahap rasuah atau korupsi di Malaysia akan berkekalan untuk tiga tahun akan datang.
Menurutnya, Timbalan Presiden TI Malaysia Mohammad Ali juga menyatakan bahawa CPI bagi Malaysia akan terus menurun kerana "elemen-elemen kerajaan" yang memudahkan "rasuah besar" masih lagi berleluasa.
Dengan keadaan rasuah yang meruncing itu, Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata mendakwa kedudukan CPI bagi Malaysia yang menurun itu adalah "subjektif" dan "boleh dipersoal", dan menambah bahawa kaji selidik yang berdasarkan persepsi tidak seharusnya digunakan sebagai kaedah penilaian.
"Ini adalah satu contoh penafian oleh kerajaan persekutuan Barisan Nasional yang tidak ingin mengaku bahawa keadaan rasuah semakin teruk walau pun Perdana Menteri telah menjalankan pelbagai program seperti Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi Kerajaan," kata Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan.
Katanya, kerajaan persekutuan BN jelas mengamalkan "double-standards" dengan menolak laporan CPI yang dihasilkan oleh TI kerana ia memberi pandangan yang negative kepada kerajaan, sebaliknya BN menerima Indeks Daya Saing Global (GCI) oleh World Economic Forum (WEF) sebagai objektif kerana gambaran yang lebih positif.
"Sikap tidak sedar diri ini amat jelas apabila kerajaan BN memuji diri kerana kedudukan Malaysia telah meningkat 5 tangga dari 26 kepada 21 dalam GCI WEF pada tahun ini.
"Kenapa GCI tidak dikatakan sebagai satu kaedah penilaian yang subjektif? Kenapa kaedah penilaiannya tidak dipersoal? Adakah begitu kerana laporannya memberi gambaran yang lebih positif?
"Kerajaan BN tidak seharusnya bersikap seperti burung unta yang membenamkan kepala dalam tanah, sebaliknya kerajaan perlu mengaku bahawa negara kita sedang mengalami masalah rasuah yang serius," ujarnya.
Menurut Guan Eng, jika penilaian TI telah dilakukan selepas skandal "lembu dan kondo" sebanyak RM250 juta telah didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010, tahap penurunan CPI Malaysia barang kali akan lebih teruk.
Tambahnya, keengganan seorang pakar ekonomi yang terpelajar seperti Husni untuk menghadapi kebenaran menunjukkan bahawa tidak ada harapan untuk membasmi rasuah selagi negara berada di bawah pemerintahan UMNO dan BN yang sanggup menggadaikan prinsip untuk kepentingan politik.
DAP memperolehi hampir 900,000 undi atau 12.8 peratus daripada keseluruhan undi bagi kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum 2008. Bagi kerusi Dewan Undangan Negeri, DAP mendapat 1.1 juta undi atau 14 peratus.
Peratusan undi terbanyak DAP di peringkat DUN diperolehi di Pulau Pinang dengan 54.6 peratus dan Perak 42.4 peratus.
Selepas PRU 2008, sebanyak 16 pilihan raya kecil diadakan. DAP hanya bertanding satu PRK bagi Parlimen Sibu di Sarawak pada Mei 2010. Kemenangan berpihak kepada DAP dengan mendapat 18,845 undi atau 49.7 peratus.
Pada April 2011, DAP yang meletakkan 15 calon dalam pilihan raya negeri Sarawak telah menang 12 kerusi dengan mendapat 134,847 undi atau 20 peratus daripada keseluruhan undi.
Walau pun Barisan Nasional mengekalkan penguasaan, keputusan DAP amat membanggakan kerana menambah kerusi bnegitu banyak berbanding hanya enam yang dimenangi pada 2006.
Dalam PRU 2008, ramai pengundi Melayu, Cina, India dan kaum-kaum lain telah memilih DAP. Pilihan raya negeri Sarawak 2011 pula menyaksikan 32 peratus undi DAP diperolehi daripada kaum Iban, Bidayuh, Melayu dan Melanau.
Dan semua mereka ini yang telah mengundi DAP digelar sebagai "bangsat" oleh seorang pemimpin Pemuda UMNO. Maknanya, lebih sejuta rakyat Malaysia adalah "bangsat" dari kaca mata UMNO.
Siapa "bangsat"
Kata-kata nista dalam Perhimpunan Agung UMNO jelas memperlihatkan siapa yang sebenarnya petualang negara yang memainkan api perkauman.
Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin sudah mengeluarkan kata-kata bahawa semua penyokong DAP adalah "bangsat". Ini bermaksud sesiapa sahaja yang telah mengundi DAP dan menyokong DAP, tanpa mengira kaum dan agama, kesemua mereka merupakan "bangsat".
Tafsiran umum untuk "bangsat" adalah anak luar nikah atau manusia tidak berguna manakala definisi Kamus Dewan membawa orang jahat, hina atau kutu yang berbau busuk.
Malah, jika mengikut andaian politik UMNO sendiri yang sering menggambarkan DAP sebagai parti orang Cina, kenyataan pemimpin UMNO itu mencerminkan hampir semua orang Cina adalah "bangsat" kerana telah memilih DAP.
Adakah ini bermakna hampir semua kaum Cina dan India di Pulau Pinang yang menyokong pentadbiran Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri adalah "bangsat"?
Adakah ini bermakna hampir semua pegawai dan kakitangan awam di Pulau Pinang yang cemerlang dalam tugas mereka melalui urus tadbir cekap, akauntabel dan telus (CAT) adalah "bangsat"?
Adakah ini bermakna guru-guru KAFA, para huffaz dan iman serta kakitangan masjid di Pulau Pinang yang menerima baik pentadbiran DAP dan Palatan Rakyat di Pulau Pinang adalah "bangsat"?
Adakah ini juga bermakna semua kontraktor, terutamanya para kontraktor Melayu yang berkelayakan dan berkemahiran, yang mendapat kontrak melalui tender terbuka di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat Pulau Pinang adalah "bangsat"?
Pemimpin Pemuda UMNO itu dari golongan professional, dia bertaraf jurutera. Adakah ini bakal calon "boleh menang" UMNO yang bakal mendapat undi daripada kebanyakan para pengundi yang telah digelarnya sebagai "bangsat"?
Yang menyeru kebaikan adalah "bangsat"?
Mengikut hujah Pemuda UMNO itu, sesiapa yang menentang rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, politik lucah dan fitnah adalah "bangsat" kerana menyokong DAP yang berpendirian sedemikian.
Begitu juga sesiapa yang mahu kepada keadilan, demokrasi, pilihan raya bersih dan telus, hak dan peluang saksama adalah "bangsat" kerana DAP juga berpendirian seperti itu.
Dalam demokrasi – demokrasi moden bererti politik yang menolak pemerintahan kuku besi, yang mahu kepada kebebasan, keadilan dan hak serta peluang saksama – para politikus biasanya akan memujuk pengundi untuk mendapatkan sokongan mereka. Ada politikus yang melawat rakyat, beramah mesra, belanja makan dan sebagainya.
Belum pernah terdengar orang berkempen dengan menuduh bakal pengundi sebagai "bangsat". Mungkin inilah kejutan yang akan dibuat oleh UMNO bagi menghadapi PRU ke-13 nanti.
Kuasa di tangan rakyat, sama ada digelar "bangsat" atau tidak
Rakyat jelata yang prihatin tidak akan bertindak seperti mereka, iaitu memilih jalan singkat dengan mendesak mereka disumbatkan ke dalam penjara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) atau menggunakan Akta Perhimpunan Aman 2011 untuk mengekang hak mereka berkumpul, menjerit dan memaki-hamun.
Rakyat akan memilih jalan demokrasi, jalan yang memberi kuasa kepada kita semua untuk memilih pemimpin dan kerajaan melalui peti undi. Biarlah kita dituduh "bangsat" kerana para "bangsat" inilah yang akan menentukan nasib politik UMNO.
Jika sejuta lebih pengundi memilih DAP di antara tahun 2008 dan 2011 dikatakan "bangsat", maka bayangkan jutaan lagi yang menyokong PKR dan PAS yang berada dalam Pakatan bersama DAP.
Jika PRU 2008 menunjukkan undi popular Pakatan Rakyat sudah mencecah 49 peratus, tidak mustahil angka itu ditingkatkan oleh para pengundi, sama ada mereka yang dituduh "bangsat" oleh UMNO atau tidak,untuk membawa pembaharuan yang ditunggu-tunggu oleh rakyat. – Roketkini.com
Pada hari ini negara dan negeri kita berada di ambang perubahan di mana di satu pihak kita sedang menghadapi krisis moral di peringkat kerajaan persekutuan yang bukan sahaja diselubungi gejala rasuah berleluasa, malah dicemari dengan agenda serta retorik ketuanan dan perkauman.
Pada hari ini, negara terus meruncing kerana pentadbiran yang tidak telus oleh UMNO-Barisan Nasional. Kepimpinan yang lemah oleh Perdana Menteri Najib Razak menyebabkan agenda transformasi yang dilaung-laungkan oleh kerajaan persekutuan gagal sama sekali.
Laporan Indeks Persepsi Rasuah terbaru menunjukkan Malaysia merundum lagi, kali ini di tangga ke-60 daripada tangga ke-56 tahun lepas. Ini merupakan prestasi paling teruk dalam tempoh 10 tahun.
Di satu pihak lagi, DAP dan Pakatan Rakyat menawarkan satu harapan baru kepada rakyat Malaysia, bahawa negara kita tidak perlu menuju ke arah kemerosotan seperti masa kini.
Kejayaan DAP, Pakatan di Pulau Pinang
Kita di Pulau Pinang telah membuktikan bahawa kerajaan yang cekap, amanah dan telus mampu membela kebajikan rakyat, dan bukan setakat itu, malah mampu memacu ekonomi ke paras yang lebih tinggi.
Dalam aspek ini, kita bukan bercakap kosong semata-mata; buktinya ialah 10 pencapaian nombor satu oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Pulau Pinang pada 2010:
1. Pulau Pinang merupakan negeri yang meraih perlaburan yang terbesar pada 2010, RM12.2 bilion, iaitu yang paling tinggi dalam sejarah negeri.
2. Pulau Pinang dipuji sebagai negeri yang terbaik dalam pengurusan kewangan oleh Laporan Ketua Audit Negara dengan lebihan bajet RM1.13 bilion.
3. Pengurangan hutang yang paling besar antara semua negeri sebanyak 95 peratus atau RM600 juta daripada RM630 juta pada 8 Mac 2008 kepada RM30 juta pada akhir Oktober 2011.
4. Pulau Pinang telah berjaya mengurangkan kadar jenayah sebanyak 27 peratus, iaitu penurunan yang paling tinggi di Malaysia.
5. Pulau Pinang merupakan negeri pertama dalam usaha pemuliharaan alam sekitar dan kempen hijau, termasuk menjadi negeri pertama melarang penggunaan beg plastik yang mencemar alam.
6. Negeri tunggal yang dipuji oleh Transparency International atas usaha lawan rasuah dengan memperkenalkan tender terbuka.
7. Pulau Pinang merupakan negeri pertama di Malaysia yang membasmi miskin tegar dan membolehkan setiap keluarga memperolehi sekurang-kurangnya RM600 sebulan dan ingin menjadi negeri pertama membasmi kemiskinan di Malaysia menjelang 2015.
8. Pulau Pinang merupakan negeri pertama melaksanakan dasar pro-kebajikan rakyat dengan memberi sumbangan RM100 setiap tahun kepada warga emas, ibu tunggal, OKU, pelajar Darjah 1 dan 4 serta Tingkatan 1 dan 4, serta bayaran one-off sebanyak RM200 kepada bayi kelahiran baru, RM1,000 kepada pelajar IPTA dan RM1,000 kepada waris-waris.
9. Pulau Pinang mencatat peningkatan bilangan penumpang udara yang tertinggi pada tahun 2010.
10.Pulau Pinang menyumbang lebih 60 peratus daripada penerimaan pelancongan perubatan di Malaysia.
Rakyat penentu, pilih yang terbaik
Sebaliknya, bila BN memberi wang, mereka tidak bagi setiap tahun macam Pakatan Rakyat. Lagi pun PR bayar daripada lebihan bajet, bukan macam Bajet BN yang berdefisit sudah 15 tahun.
Itulah sebabnya kerajaan persekutuan BN kena buat pinjaman, dan hutang negara telah pun naik sejak akhir 2007 sebanyak 71 peratus daripada RM266 bilion kepada RM456 bilion akhir tahun 2011!
Bandingkan pentadbiran bersih PR, dengan BN yang dikritik oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010, kerana lebih belanja RM3.7 bilion dan juga skandal RM250 juta "lembu dan kondo" yang melibatkan keluarga seorang Menteri Wanita.
Demi menutup kelemahan penyelewenban kewangan dalam BN, UMNO menggunakan senjata terakhir, iaitu memainkan isu perkauman dan agama terhadap DAP, penganut Kristian, masyarakat Cina dan pengundi DAP.
Itulah sebabnya kita mesti Bersihkan Malaysia demi menghalang BN memenangi kembali Pulau Pinang dan mendapat semula majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum ke-13 akan datang, di mana rakyat akan dipimpin oleh puak rasis yang menganggap kaum bukan Melayu sebagai warga negara kelas ketiga dan kaum Melayu pula dianggap mudah ditipu oleh mereka supaya rasuah boleh bermaharajalela.
Kegagalan mencari kelemahan kepimpinan PR yang berteraskan integriti ini menyebabkan pemimpin UMNO menggunakan senjata perkauman dan fitnah termasuk ke atas anak sekolah pemimpin PR.
Pemimpin UMNO sebenarnya pengecut kerana rela menfitnah anak 15 tahun saya mencabul kehormatan seorang gadis dan kononnya saya telah bayar RM200,000 untuk menutup kes ini.
Sungguh pun "si mangsa" yang berumur 22 tahun adalah seorang jaguh chess Hong Kong (gambar wanita ini yang tidak ada kena-menegena dengan isu tuduhan tersebut telah digunakan dalam blog untuk memfitnah) yang tak pernah jumpa anak saya atau saya, UMNO tidak lepas cuba menghancurkan anak saya dengan fitnah jahat ini.
UMNO tak tahu malu sehingga Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaludin boleh mainkan isu ini dalam tweetnya, "Mungkin dia roboh Kampung Buah Pala sebab nak ganti dengan Kampung Buah Dada."
Hati-hati fitnah UMNO-BN
Dalam perhimpunan agung UMNO pula, UMNO mainkan perkauman dengan mensasarkan DAP dan cuba menakutkan rakyat bahawa DAP nak tuntut jadi Perdana Menteri sungguh pun DAP bertanding bilangan kerusi Parlimen yang paling kecil dalam PR.
Dalam pilihanraya umum 2008, DAP bertanding 47 kerusi Parlimen, PAS 66 dan PKR 97.
Macam mana sebuah parti yang hanya bertanding 47 kerusi boleh memimpin PR? Jelas ini adalah permainan perkauman bahaya untuk menimbulkan kebencian dan ketakutan ke atas DAP dan bukan Melayu.
Walau pun pada awalnya DAP dan Pakatan Rakyat dilihat sebagai tidak berpengalaman untuk mentadbir kerajaan, kejayaan kita di Pulau Pinang serta di negeri Kedah, Selangor dan Kelantan telah menunjukkan bahawa kita tidak berpengalaman tentang rasuah dan kronisme yang dibudayakan dalam parti pemerintah di peringkat kerajaan pusat.
Dalam aspek ini, wanita memainkan peranan penting untuk menggerakkan perubahan untuk Bersihkan Malaysia. Bagai seorang ibu kepada anaknya, wanita mampu memberikan harapan kepada generasi muda negara bahawa masa depan akan lebih baik kerana kita semua sanggup berusaha untuk menjamin kesejahteraan mereka.
Lihatlah, sungguh pun kaum wanita lebih bermoral dan beretika serta menjauhi diri daripada rasuah dan penyelewengan, bila mereka masuk UMNO dan BN, jadi lain pula.
Sampai seorang Ahli Parlimen UMNO Bung Mokhtar Radin yang suka menghina kaum wanita seperti tidak boleh memandu dan yang lagi kesat dan lucah sehingga tidak senonoh untuk disebut di sini, boleh menjadi hero kerana berani minta Menteri Wanita itu (yang keluarga terlibat dengan skandal "lembu dan kondo") meletak jawatan.
DAP, kerajaan PR Pulau Pinang martabatkan wanita
Di Pulau Pinang, pemimpin wanita diberi peluang untuk berdiri sama tegak dengan pemimpin lelaki dalam menerajui tampuk pentadbiran negeri.
Kita amat bangga kerana daripada daripada 148 Yang Dipertua dan Datuk Bandar di Malaysia, hanya terdapat empat orang wanita, dan daripada mereka ini, dua adalah di Pulau Pinang, iaitu Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai.
Kita juga mempunyai Pegawai Daerah wanita yang pertama di Semenanjung Malaysia, dan wanita-wanita berkaliber sedang menjawat jawatan paling tinggi dalam badan-badan kerajaan negeri termasuk George Town World Heritage Incorporation, Penang Global Tourism dan InvestPenang.
Kita sedar bahawa wanita mampu melahirkan kecemerlangan. Justeru, kerajaan Pakatan Rakyat berani untuk meletakkan wanita di kedudukan kepimpinan yang paling tinggi.
Di samping itu, skim mikrokredit dan juga penubuhan sebuah syarikat dengan peruntukan RM1.5 juta setahun untuk mengusahakan hak saksama jantina, membuktikan rekod pentadbiran PR yang berani memartabatkan wanita di Pulau Pinang.
Perjuangan Parti adalah milik kita semua. Justeru, saya berasa amat bangga kerana saudari-saudari saya pada hari ini telah bangkit mencipta sejarah, melaksanakan kongres buat pertama kalinya. Ini menunjukkan sayap Wanita dalam DAP sudah berdikari dan mampu menentukan hala tuju sendiri.
Ini juga bermakna Parti kita akan menjadi lebih kuat kerana sayap Wanita sudah menjadi lebih kuat. Kejayaan saudari pada hari ini, sudah tentu akan menjadi inspirasi kepada Wanita DAP negeri-negeri lain, dan seterusnya menyemarakkan api perjuangan ini ke seluruh Malaysia.
Tahniah diucapkan kepada Wanita DAP Pulau Pinang kerana berjaya menganjurkan kongres yang bersejarah ini. Kongres ini bukan saja merupakan kongres Wanita DAP yang pertama di Pulau Pinang, malah merupakan kongres Wanita DAP yang julung kali dalam sejarah Parti kita.
Sekali lagi Pulau Pinang telah menonjolkan semangat "Pulau Pinang Memimpin" dalam mengorak langkah memperkukuhkan jentera Parti melalui pengupayaan sayap Wanita. Syabas kepada Ketua Wanita DAP Kebangsaan Sdri Chong Eng dan ahli EXCO Pulau Pinang Sdri Lydia Ong.
Kita berharap pada masa ini tahun hadapan, Wanita DAP di negeri-negeri lain di Malaysia juga akan berkongres.
Pada masa itu, kita akan melihat satu kebangkitan kaum wanita yang kuasanya berupaya mengubah masa depan negara kita ke arah yang lebih baik.
* Ucapan pembukaan Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di Kongres Wanita DAP Pulau Pinang yang pertama Di Red Rock Hotel, Pulau Pinang pada 4 Disember 2011
HULU SELANGOR: Di sebalik keangkuhan mentohmah Pakatan Rakyat sebagai pengkhianat, Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Khalid Jaafar mendedahkan, Umno sebenarnya parti yang mengkhianati Melayu.
"Umno kononnya pembela nasib Melayu tapi sebenarnya merekalah pengkhianat perjuangan orang melayu. Ini kerana wang rakyat diseleweng, rakyat dikhianati.
"Apakah ini parti yang akan terus memerintah negara dan membela nasib Melayu?" katanya.
Khalid turut membidas pimpinan Datuk Seri Shahrizat Jalil kerana keluarganya terlibat dalam penyelewengan RM250 juta melalui NFC.
"Kerajaan beri dana projek memajukan industri lembu supaya tidak bergantung dengan daging import. Ini tidak, duit itu dilabur untuk beli kondo," katanya.
Menyeru rakyat supaya sedar pengkhianatan Umno dan menyelamatkan negara dari amalan nepotisme, beliau berkata, Umno ketandusan idea untuk memperkasa Melayu tetapi ligat mengutuk dan memfitnah Pakatan Rakyat.
"Umno menyebabkan krisis rasuah, salah guna kuasa. Ayuh, selamatkan Malaysia dan generasi akan datang cengkaman pemerintah ini," katanya.
Naib Presiden KEADILAN, N Surendran pula menyifatkan, membebaskan negara dari Umno umpama membebaskan Malasia dari rasuah, kronisme dan nepotisme.
"Jika Pakatan Rakyat perintah, sudah pasti sesiapa saja akan dikenakan tindakan undang-undang. Jangan main-main dengan duit rakyat," katanya.
Sepanjang Perhimpunan Agung Umno dari 29 November sehingga 3 Disember lalu, menyaksikan pelbagai kata nista, tohmahan dan fitnah dilempar terhadap Pakatan Rakyat.
PULAU PINANG: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pulau Pinang menyifatkan Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin sebagai penakut apabila tidak pernah menyahut cabaran debat mereka di Pulau Pinang selama ini.
Sebaliknya, Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang itu hanya sekadar berani memburuk-burukkan Pakatan Rakyat dalam Perhimpunan Agung Umno yang lalu.
"Pada 7 Mac 2010, Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang mencabar Pemuda Umno Pulau Pinang untuk memperdebatkan 'Isu Melayu-Islam P.Pinang: Antara Provokasi dan Kebenaran' tapi sehingga jam 12 malam, mereka tidak juga kunjung tiba di Tapak Ekspo Seberang Jaya.
"Umno Pulau Pinang juga tidak berani, takut dan gentar untuk menerajui kerusi Ketua Menteri semasa era pemerintahan mereka walaupun mempunyai majoriti kerusi," kata Ketua AMK Pulau Pinang, Amir Ghazali.
Shaik Hussein dalam Perhimpunan Agung Umno lalu menghamburkan kata-kata kesat dan melabelkan KEADILAN, Pas dan penyokong DAP sebagai 'bapok', 'pondan', 'bangsat' dan 'barua'.
Mengulas lanjut, Amir berkata Pakatan Rakyat Pulau Pinang tiada masa untuk melayan kerenah Umno BN yang gelojoh mahu merampas kuasa dari kerajaan negeri.
"Biarlah rakyat Pulau Pinang sendiri menilai prestasi, prinsip perjuangan, idealisme dan kredibiliti PR selama lebih tiga tahun memerintah negera ini.
"Walaupun Umno dan BN berkokok siang dan malam, memainkan isu rasis, porno dan lucah, rakyat sedar mereka penuh bergelumang dengan pelbagai masalah sejak dulu, kini dan selamanya," tambahnya lagi.
KAJANG : Kerajaan Selangor akan menyalurkan bantuan kepada sekolah dan rumah kebajikan yang mengalami kerosakan akibat bencana banjir di Kajang bagi meringankan beban pihak berkenaan.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul khalid Ibrahim berkata, bantuan yang diberikan mulai minggu hadapan akan mengutamakan pihak bukan perniagaan. Ini kerana premis perniagaan kebiasaannya dilindungi insurans.
Antara bentuk bantuan yang akan diberikan termasuklah pemberian buku-buku baru dan menggantikan prasarana yang telah ditenggelami air.
Beliau yang hadir bagi melihat kerja-kerja pembersihan yang dilakukan oleh petugas Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) turut meminta Yang di Pertua MPKj, Datuk Hasan Nawawi Abd Rahman untuk memantau rumah kebajikan yang perlu dibantu.
Setakat ini kos kerugian daripada bencana tersebut dianggarkan tidak melebihi RM5 juta.
Ujar Abdul Khalid, satu pelan jangka panjang perlu dilakukan seperti mendalam dan melebarkan kawasan sungai bagi mengelakaan bencana seperti ini.
"Saya diberikan taklimat, lebar sungai sepatutnya 12m tapi sekarang hanya 8m. Masalah ini melibatkan gerai-gerai dan kita terpaksa meminta kerjasama daripada pemilik-pemilik gerai untuk kita perbetulkan semula suapaya kita dapat semula rizab tanah kembali kepada 12m.
"Kita juga kena mendirikan dinding setinggi 1.5m. Kalau perkara itu dapat kita selesaikan, dengan hujan yang kita alami sekarang, Kajang boleh dielakkan daripada menghadapi banjir," katanya.
Jelas beliau, perkara ini selari dengan usaha menyelesaikan masalah air kumbahan di dalam kawasan Kajang dibawah pelan Pembangunan Greater Kuala Lumpur dan Lembah Klang yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan.
Dibawah pelan ini, paip-paip besar yang bernilai RM500 juta akan dibina untuk mengalirkan air ke laut. Ini dilihat boleh menyelesaikan masalah banjir.
Mengulas lanjut, penaikan taraf sistem saliran pada tahun 2012 sudah diluluskan dengan jumlah RM3.5 juta.
Sementara itu, peniaga ditemui berkata, bencana banjir yang dihadapi ini mengakibatkan mereka mengalami kerugian yang besar.
Pemilik premis Fully Shop, Alvin Ling, 28 menceritakan ketika kejadian beliau tidak berada di kedai dan hanya dimaklumkan oleh pekerja beliau mengenai perkara ini.
Beliau yang baru dua tahun berniaga di kawasan ini mengalami kerugian sekurang-kurangnya RM50,000.
"Saya melihat kejadian ini dari CCTV. Selepas tiga minit air mula masuk ke kawasan kedai. Seorang pak cik memberitahu saya sepanjang 35 tahun tinggal di sini, sudah 10 hingga 12 kali kejadian banjir berlaku dan kali ini yang paling teruk," katanya.
Dalam pada itu, pekerja premis Happy Home Store, Siti Hasmira Mohd Shariff, 21, berkata, kejadian ini berlaku dengan pantas tanpa disedari memandangkan hujan yang turun tidak begitu lebat.
"Masa kejadian dalam 2.30 petang. Kami semua tak perasan sebab masing-masing sibuk bekerja dan stok barang baru sampai. Habis semua barang rosak termasuk stok yang baru sampai," katanya.
Posted: 04 Dec 2011 02:21 AM PST
Mangsa "Hujan Air Batu" Dapat Sumbangan Oleh Lizawati Madfa
SUBANG JAYA : Penduduk pangsapuri Angsana USJ1 yang menjadi mangsa bencana alam 'hailstorm' atau hujan air batu pertengahan bulan lepas, hari ini mampu menarik nafas lega apabila menerima bantuan bagi meringankan beban mereka.
Sumbangan yang diadakan di perkarangan Surau Al-Muhajirin pangsapuri itu disampaikan oleh ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh kepada 15 penerima iaitu lima yang mengalami kerosakan rumah dan 10 lagi yang rosak kereta.
Menurut Hannah, sumbangan bagi lima buah rumah itu disalurkan melalui Tabung Bencana Alam Pejabat Daerah Tanah Petaling. Sepuluh penerima bantuan kereta mendapat bantuan dari Pejabat DUN dan kerajaan negeri sendiri.
"Walaupun menerima banyak aduan daripada tempat lain, namun kita memilih penduduk Angsana untuk disalurkan sumbangan ini kerana mereka menginap d pangsapuri kos rendah yang mungkin lebih banyak terjejas," jelas Hannah.
Ahli Jawatankuasa Penduduk Zon 4, Syed Azli Sham memberitahu bahawa kebanyakan penduduk yang menerima bantuan pada hari ini mengalami kerugian akibat rumah dimasuki air dan kereta yang rosak akibat dihempap batu atau bumbung yang jatuh dari tingkat atas.
"Atas keprihatinan ADUN Subang Jaya dan pusat bantuan bencana negeri Selangor maka penduduk-penduduk disini menerima sumbangan RM200 setiap seorang," kata Syed Azli yang juga Setiausaha Surau Al-Muhajirin.
Seorang penerima bantuan rumah Rosimah Pilus, 36, menyatakan kegembiraan dan kesyukuran menerima bantuan itu.
"Sememangnya saya rasa terharu dengan sumbangan ini. Walaupun ia tidaklah sebesar mana dan mampu menanggung keseluruhan kerugian yang dialami, namun sekurang-kurangnya sikap keperihatinan pemimpin sebegini menyentuh hati saya," kata ibu beranak dua ini.
Sementera itu, pemaju pangsapuri Angsana, Dergahayu Sdn. Bhd terlebih dahulu menunjukkan keperihatinan membaiki bumbung yang rosak tanpa meminta sebarang kos daripada kerajaan.
Dalam majlis itu juga, Hannah memberitahu bahawa kerajaan negeri telah membuat peruntukan terbaru di bawah tabung amanah untuk bencana alam khusus bagi memberi bantuan dalam kejadian bencana.
KUALA LUMPUR: Pemimpin Pakatan Rakyat akan menjawab segala tuduhan yang dilemparkan oleh pemimpin Umno sepanjang perhimpunan agung parti itu, pada majlis Rapat Umum di Shah Alam malam ini.
Akan hadir membuat penjelasan malam ini adalah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.
Program yang akan bermula seawal jam 7 malam itu akan berlangsung di perkarangan Stadium Melawati sehingga jam 12 malam.
Dalam Perhimpunan Agung Umno yang berakhir semalam, Anwar antara individu yang dihentam kuat oleh pemimpin dan perwakilan Umno termasuk oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.
Perhimpunan Umno itu juga seolah-olah menjadikan Anwar sasaran utama 'balas dendam' parti itu sepanjang persidangan.
Najib sendiri dalam ucapan penggulungannya semalam menuduh Anwar sebagai hanya pandai 'berkokok' dan 'bohong sana sini' khususnya rancangan 16 September.
Selain menghentam peribadi Anwar, turut dikecam adalah ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat iaitu PAS, PKR dan DAP.
Selain Najib, timbalannya Tan Sri Muhyiddin juga serupa menuduh PAS sebagai diperkuda DAP dan tidak lagi memperjuangkan Islam.
Malah salah seorang perwakilan mereka juga turut mendesak Tuan Guru Nik Aziz berundur ekoran usianya yang sudah lanjut.
DAP pula dilabel sebagai parti cauvinis Cina yang sedang menggugat kuasa orang Melayu di negara ini, manakala PKR dilabel sebagai parti anak-beranak yang lemah yang hanya berjuang untuk kepentingan ketua mereka.
Segala tuduhan itu dijangka akan dijawab oleh kesemua pimpinan Pakatan Rakyat malam ini.
Sementara itu, program Rapat Umum adalah siri pimpinan Pakatan Rakyat bertemu dan memberi penjelasan kepada rakyat.
Selain di Shah Alam malam ini, ianya juga akan diadakan di Perak pada 10 Disember ini bertempat di Perkarangan Kilang Weng Lee Sawmill, Beruas dan di Pulau Pinang pada 18 Disember.
ANTARA persoalan paling berlegar selepas Perhimpunan Agung UMNO semalam, ialah bila Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)?
Dalam amanat dan ketika penggulungan, Presiden UMNO, Mohd. Najib Tun Razak telah meniupkan semboyan perang menghadapi PRU13.
Kita semua boleh ghairah meramal dan memperkatakannya tetapi beliau sebagai Perdana Menteri, yang akan membuat penentuan akhir.
Persoalannya, bersediakah Barisan Nasional (BN) untuk memberi impak jika PRU13 diadakan dalam masa terdekat.
Ada yang berpendapat, kerajaan BN perlu menunggu lebih lama agar dapat mencatat kejayaan besar dan memperoleh majoriti dua pertiga.
Awang ada pandangan yang berbeza. Walaupun majoriti dua pertiga menjadi idaman mana-mana parti apatah lagi parti pemerintah, janganlah ia menjadi isu yang mengekang dan akhirnya memerangkap BN.
Dalam mendepani landskap politik yang sama sekali berlainan, kita harus lebih realistik. Keputusan PRU12 telah meninggalkan kesan besar, yang tidak mudah dipadamkan semuanya. Meskipun pakatan pembangkang gagal meningkatkan momentum sokongan rakyat, malah makin kurang popular berbanding ketika 2008, namun ada faktor lain yang tidak boleh diambil mudah. Ini termasuk ketidaktentuan setakat ini dalam mendapatkan sokongan lebih besar daripada kaum Cina.
Perkembangan politik dunia juga tidak lagi sama seperti dulu. Lihatlah di beberapa negara Arab.
Walaupun senario di Malaysia jauh lebih baik termasuk dari segi rekod demokrasi, kestabilan, pencapaian ekonomi dan kerajaan serta pemimpin negara yang mesra rakyat namun kerajaan tentunya mahu mengambil iktibar.
Awang lega kerana perwakilan menampakkan kebijaksanaan dengan tidak melaungkan soal majoriti dua pertiga. Beria-ia berbuat demikian juga boleh dilihat oleh sebahagian rakyat sebagai angkuh.
Maka memperoleh kemenangan dengan majoriti selesa pada PRU13, sudah memadai. Pada Awang, ia juga boleh dianggap kejayaan besar. Jika BN menang dengan majoriti selesa sekalipun, ia adalah malapetaka buat pakatan pembangkang yang ghairah melihat PRU13 sebagai kesempatan terbaik untuk berkuasa.
Seandainya BN peroleh majoriti dua pertiga, itu bonus yang boleh dimanfaatkan di Dewan Rakyat. Setiap pertempuran tidak sama sifat, kompleksiti dan cabarannya. Yang sangat dituntut selepas Perhimpunan Agung UMNO ialah taat setia, pengorbanan, perpaduan kukuh dan tidak mengkhianati parti sebagaimana ikrar yang lafaznya diketuai oleh Timbalan Presiden, Muhyiddin Yassin, semalam.
Cabarannya nanti, realiti di Dewan Merdeka tidak sama dengan medan sebenar termasuk ketika penentuan membariskan calon PRU13. Tetapi Awang yakin semboyan yang ditiupkan oleh Najib memberi kesan yang bukan sedikit. Penampilannya yang cukup menyakinkan dan membangkitkan semangat perwakilan ketika penggulungan, memercikkan gelombang keyakinan baru. Kepada orang Melayu, sekali lagi terjamin menerusi penegasan Najib bahawa UMNO tetap benteng dan wadah bernilai buat bangsa.
Kepada rakyat Malaysia, UMNO boleh menjadi sandaran dalam membina masa depan yang gemilang untuk semua. Sudah terbukti begitu sejak dahulu lagi. Bahkan, transformasi Najib dalam ekonomi, pentadbiran dan politik mula menampakkan hasil. Ramai pemerhati antarabangsa tertarik dengan pembaharuan oleh beliau ketika banyak pemimpin negara lain berada di takuk dan gaya lama.
Misi membawa kemenangan pada PRU13 bukan tergalas di bahu Najib dan beberapa kerat pemimpin sahaja tetapi semua orang BN dan rakyat Malaysia yang melihat jauh ke hadapan. Apa yang kita tunggu selepas ini ialah pengumuman pembubaran Parlimen dan senarai calon. Apa kejutannya? -Utusan
KUALA LUMPUR- Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa kononnya pemimpin-pemimpin PAS tidak tahu tentang konsep Negara Berkebajikan, jelas bertujuan untuk menyembunyikan kejahilannya sendiri yang sebenarnya tidak tahu perkara itu.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, realiti itu tidak perlu disembunyikan lagi oleh Muhyiddin kerana dakwaan beliau itu ternyata tidak berasas.
Menurut beliau, para pemimpin PAS telah pun menunjukkan contoh konsep Negara Berkebajikan sejak PAS berjaya memerintah Kelantan 21 tahun lalu yang kini turut diikuti di negeri-negeri lain yang berada di bawah Pakatan Rakyat.
Katanya, sekiranya pemimpin-pemimpin PAS tidak tahu tentang konsep Negara Berkebajikan, tidak mungkin mereka bercakap mengenainya dan berkemampuan melaksanakannya seperti yang telah ditunjukkan di Kelantan.
"Dia yang tak reti. Bukan pemimpin-pemimpin PAS yang tak tahu. Kalau pemimpin pemimpin-pemimpin PAS tak tahu macam mana boleh dilaksanakan di Kelantan," katanya ketika ditemui di sini.
Muhyiddin ketika berucap merasmikan perhimpunan agung Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno Malaysia pada perhimpunan agung parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, 29 November lalu berkata, pemimpin-pemimpin PAS hanya sekadar tahu menyebut tentang Negara Berkebajikan tetapi sebenarnya tidak tahu tentang konsep sebenar Negara Berkebajikan.
Realiti itu didakwa berbeza dengan pemimpin-pemimpin Umno yang bukan sekadar tahu perkara itu, tetapi telah melaksanakannya sejak memerintah negara berpuluh tahun lalu.
Menurut Mohamad Sabu, kenyataan seperti itu tidak sepatutnya dibuat oleh Muhyiddin kerana ia tidak mungkin berkemampuan mempengaruhi orang ramai, melainkan hanya akan memalukan dirinya sendiri sahaja yang terbukti jahil tentang konsep Negara Berkebajikan yang sebenar.
Sebelum ini, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno, katanya, pernah membuat kenyataan seperti itu dan membandingkannya dengan langkah-langkah yang telah dilakukan oleh Kerajaan BN tentang sekelumit bantuan kebajikan yang diberikan kepada rakyat menerusi agensi-agensi kerajaan.
"Tetapi langkah-langkah yang dibuat oleh Kerajaan BN itu masih jauh dengan konsep Negara Berkebajikan sebenar. Untuk mengetahuinya, Muhyiddin perlu menelitinya dengan mendalam dengan apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan PAS di Kelantan," katanya.
Antaranya contoh yang telah ditunjukkan di Kelantan, tambahnya, dengan memberikan cuti 2 hari kepada kakitangan kerajaan yang kemudiannya turut diikuti di negeri-negeri Pakatan Rakyat.
"Langkah Kerajaan PAS Kelantan memberikan cuti 2 hari kepada kakitangan kerajaan itu pada mulanya dikritik dan ditentang hebat oleh Umno BN, tetapi kemudian Kerajaan BN sendiri juga turut mengikutinya.
"Selain itu, di Kelantan juga turut dilaksanakan skim takaful, bantuan kepada ibu tunggal dan lain-lain bantuan kepada rakyat, manakala segala urusan kerajaan dengan rakyat pula dipermudahkan," katanya.
Itu, katanya, hanyalah sebahagian sahaja dari langkah yang telah dilaksanakan di Kelantan, manakala sebahagian contoh di Selangor pula dengan sebahagian pemberian bekalan air percuma.
"Di Pulau Pinang pula, diberikan RM100 kepada setiap anak negeri itu yang baru lahir sebagai sebahagian bantuan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang kepada rakyat di negeri itu," jelasnya.
Kerajaan PAS Kelantan, tegasnya, walaupun miskin, tetapi tetap berkemampuan melaksanakan segala tanggungjawabnya dengan baik, ekoran kefahaman para pemimpin PAS sendiri tentang konsep Negara Berkebajikan.
"Kini, banyak langkah yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan PAS Kelantan itu yang pada mulanya dikritik dan ditentang hebat oleh Umno BN, tetapi telah ditiru satu demi satu oleh Kerajaan BN.
"Jadi siapa sebenarnya yang tak tahu tentang konsep Negara Berkebajikan? Ternyata bukan para pemimpin PAS yang tak tahu, tetapi Muhyiddin dan pemimpin-pemimpin Umno sendiri yang jahil mengenainya," ujar beliau. HarakahDaily
KUALA LUMPUR- Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan mendakwa desakan perwakilan Umno Kelantan, Mohd Afandi Yusoff agar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz berundur membayangkan ketakutan Umno kepada Menteri Besar Kelantan itu.
Ketua penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata ianya juga menunjukkan betapa Umno gerun untuk berhadapan dengan kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz sehingga terpaksa membuat desakan tersebut.
"Kita ingin bertanya kepada perwakilan Umno Kelantan ini, atas dasar apakah Menteri Besar Kelantan diminta berundur? Jika atas faktor umur, tidakkah mereka yang terpalit dengan rasuah dan penyelewengan serta jauh lebih muda dari Nik Aziz lebih layak untuk berundur?
"Tidakkah Mohd Afandi membaca Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang mengesahkan pelbagai ketirisan dalam perbelanjaan duit kerajaan yang berlaku di bawah pentadbiran individu yang kononnya lebih muda,"soalnya.
Menurut beliau lagi, tindakan Afandi membandingkan Tuan Guru dengan Tun Mahathir Muhammad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang telah berundur membayangkan kejahilannya terhadap sejarah Umni sendiri.
Menurutnya, kedua-dua bekas perdana menteri itu berundur bukan atas desakan pembangkang tetapi atas desakan dalaman Umno sendiri setelah mereka gagal menunjukkan prestasi baik dalam pilihanraya.
"Tun Mahathir berundur setelah sokongan Melayu kepada Umno merosot dalam pilihanraya umum 1999 dan Tun Abdullah berundur setelah Barisan Nasional gagal mendapat dua pertiga majoriti di dalam parlimen dalam pilihanraya umum 2008.
"Adapun Tuan Guru Nik Abdul Aziz, semakin disayangi dan disanjungi oleh rakyat Kelantan berbanding dengan Afandi sendiri yang pernah kalah kepada seorang calon wanita di dalam pilihanraya umum 2008 untuk kerusi parlimen Rantau Panjang," katanya.
Justeru, beliau berkata desakan Umno Kelantan tidak perlu dilayan oleh kepimpinan kerajaan negeri.
Apa yang perlu ujarnya ialah meneruskan fokus ke arah membangunkan negeri Kelantan di bawah payung syariat.
"Adapun desakan Umno Kelantan itu tidaklah ubah seperti jurulatih pasukan bola sepak sebelah lawan yang merayu-rayu agar dibuang pemain penyerang utama sebelah sini yang dibimbangi akan menjaringkan gol setelah mereka sendiri pun terkial-kial untuk mencari penjaga gol," ujarnya. -Harakahdaily
Mohamad Sabu berkata Umno tiada hak mendesak kerana Nik tidak melakukan rasuah
PETALING JAYA: Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu menyatakan Umno tidak berhak untuk mendesak Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk meletakkan jawatan.
"Umno tiada hak mendesak kecuali jika Nik Aziz melakukan kesalahan besar seperti pemimpin Umno."
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desakan wakil Umno Kelantan Mohd Afandi Yusoff yang mahu Nik Aziz meletakkan jawatan atas dasar usia beliau yang telah lanjut.
Desakan tersebut dibuat Afandi ketika sesi debat perhimpunan agung Umno ke-62 pada hari ini.
Faktor kesihatan
Nik Aziz yang juga ialah Mursyidul Am PAS sekarang berumur 80 tahun. Beliau memimpin negeri Serambi Mekah sejak 22 tahun lalu.
Gesaan agar Nik Aziz melepaskan jawatan bukanlah perkara baru dan telah dibuat acap kali. "Nik Aziz tak melakukan kesalahan rasuah," tambah Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.
Mat Sabu menjelaskan keputusan sama ada untuk kekal berkhidmat sebagai menteri besar Kelantan bergantung sepenuhnya dengan Nik Aziz sekiranya beliau tidak sihat.
Berdasarkan tujuh ramuan itu, beliau meletakkan sasaran Umno menang majoriti dua pertiga.
KUALA LUMPUR: Tujuh ramuan penting digariskan oleh Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk kemenangan pilihan raya umum akan datang.
Timbalan perdana menteri tujuh ramuan itu bersatu demi kemenangan parti; bersetia kepada parti dan pemimpin; berkhidmat dengan sepenuh hati kepada parti dan rakyat; berjihad demi parti; berusaha menjadi ahli pasukan parti yang bagus; redha dan bertawakal.
Menurut Muhyiddin, berdasarkan tujuh ramuan itu, beliau meletakkan sasaran Umno menang majoriti dua pertiga.
Beliau menekankan aspek bersatu demi kemenangan parti dengan menerima sesiapa sahaja yang dipilih menjadi calon.
Muhyiddin berkata bukan semua adalah layak untuk menjadi calon.
Malah ujarnya, penyatuan jiwa Umno perlu diperluaskan menjadi satu keluarga besar kerana ramai terutama dalam perkhidmatan awam menyokong perjuangan parti.
"Jelmakan kesatuan kita dengan menerima sesiapa saja yang dipilih menjadi calon oleh parti, jangan cah keting, peteh sesama sendiri, jangan tikam belakang, jangan tutup bilik gerakan, jangan boikot, jangan timbulkan masalah baru kepada parti, jangan buat apa saja yang boleh menyebabkan calon kita kalah. Semangat berkobar-kobar
"Perluaskan makna orang Umno. Di luar sana ramai yang berjiwa Umno menyokong perjuangan kita dan mahu lihat Umno menang dalam pilihan raya walaupun mereka bukan ahli.
"Mereka ini ramai dalam perkhidmatan awam, guru-guru, tentera, polis, pensyarah, pekerja swasta, badan-badan bukan kerajaan, dan lain-lain. Rangkumkan mereka dalam keluarga besar Umno," katanya dalam ucapan penggulungan di Persidangan Umno 2011 hari ini.
Muhyiddin berkata tiada guna sekiranya semangat berkobar-kobar jika tidak diterjemahkan dalam bentuk usaha yang tersusun, teratur dan berstrategi.
"Orang Umno mesti berkorban masa, tenaga dan fikiran untuk memastikan kemenangan Umno. Jihad untuk memenangkan parti, jihad untuk memastikan `survival' bangsa dan agama adalah pengorbanan kita yang paling besar," tambahnya.
Kata timbalan presiden Umno, calon adalah senjata yang paling baik dan ampuh bedepan dengan musuh politik.
Beliau berkata, calon adalah taklif kepimpinan yang berat tetapi bukan keistimewaan.
"Sesiapa yang dipilih menjadi calon mesti pikul beban kepimpinan yang berat," katanya.
Kalau dengan sumpah laknat boleh menegakkan kebenaran, Mona Fandey pun mahu bersumpah.
Mendengarkan ucapan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Perhimpunan Agung Umno malam tadi akhirnya membuatkan saya tercari-cari kesimpulan dalam satu perkara yang disebut beliau.
Oleh kerana malam tadi sekali lagi beliau menyentuh sumpah laknat menafikan samada beliau mengenali, mengetahui atau penglibatan beliau dengan kes pembunuhan mendiang Altantuya Shariibuu, di sebuah masjid sedikit masa dahulu, jadi saya cuba mencari kesimpulan dari sumpahannya itu.
Saya percaya bahawa selain saya, tentu ramai yang masih gagal menemukan jawapan samada untuk mempercayai sumpah laknat Najib ataupun cuma sekadar sumpah sesumpah.
Bagi merumus tindakan bersumpah laknat ini, ada beberapa perkara atau latar belakang yang perlu kita ketahui dahulu.
Pertama, kita tentulah sama-sama mengetahui bahawa Najib adalah seorang yang mampu memiliki hampir segala-galanya di dunia ini dan juga seorang yang paling berkuasa dalam negara ini.
Keduanya, pembaca harus tahu, sumpah yang dibuat oleh Najib itu merupakan penafian beliau samada mengenali, mengetahui mahupun terlibat sama dalam kes pembunuhan tersebut. Hukuman mati
Pembaca juga harus mengetahui sekiranya mana-mana tertuduh yang didakwa di mahkamah dan didapati bersalah bukan sahaja akan kehilangan segala-galanya malah akan berhadapan dengan hukuman mati.
Sekarang, cuba anda bayangkan pula, katakanlah Ali misalnya atau pun sekiranya anda mahukan lebih 'penghayatan' bayangkanlah diri anda sendiri menghadapi situasi seperti itu.
Jika memang betul sekalipun anda telah membunuh atau sekurang-kurangnya bersubahat, sudah tentulah anda juga sanggup bersumpah laknat jika itu dapat menyelamatkan diri anda dari berhadapan kemungkinan dihukum mati.
Mudah bukan? Tidak perlu sampai ke mahkamah, hanya cuma dengan bersumpah di dalam masjid, junjung Al-Quran sudah memadai untuk bersihkan nama dan menyelamatkan nyawa anda dari berhadapan hukuman mati.
Ini soal nyawa anda, hidup dan mati anda, jadi mengapa tidak mahu bersumpah sekiranya dapat membersihkan nama anda dan menyelamatkan nyawa anda.
Agak-agak andalah, kalaulah individu Islam yang pernah terlibat dengan kes bunuh seperti Mona Fandey, suaminya Mohd Affandi dan pembantu mereka, Juraimi diberi peluang mengangkat sumpah laknat dalam masjid sambil memegang Al-Quran.
Jika dengan cara itu dapat melepaskan mereka dari hukuman gantung sampai mati, maka saya percaya dan yakin dua ratus peratus mereka tak fikir panjang bersetuju mengangkat sumpah laknat di dalam masjid sambil menjunjung Al-Quran menafikan mereka telah membunuh seseorang.
Apa nak dihairankan sangat, malahan kalau nyawa anda boleh diselamatkan dengan hanya satu-satu syarat yang ada iaitu berlari berbogel keliling kampung pun, jangan temberanglah kata tak sanggup!
Itu cuma taraf orang-orang biasa yang kehidupan mereka kadang-kadang serba kekurangannya, jauh dari kemewahan dan kuasa pun tetap masih sayang untuk meninggalkan kehidupan di dunia ini. Hidup mewah
Apatah lagi bagi seseorang yang kehidupannya penuh diuliti kemewahan, memiliki segala-galanya dan mempunyai kuasa pulak tu.
Sekali lagi saya nak cakap jangan temberanglah, hatta orang yang kehidupannya merempat sekalipun akan bersumpah laknat kalau berhadapan kemungkinan dihukum mati, apatah lagi bagi orang yang memiliki segala-galanya termasuk kemewahan dan kekuasaan.
Lainlah bagi Hambali @ Riduan Isamuddin atau bagi Amrozi, Mukhlas bersaudara dan Imam Samudra yang terlibat dengan pengeboman di Bali pada 2002 lalu.
Orang seperti mereka ini memiliki semangat dan iktikad yang luar biasa, mencintai kematian yang mereka yakini sebagai syuhada dan semestinya sangat jauh berbeza dengan manusia yang mencintai kehidupan duniawi ini.
Bagaimana pula dengan sumpah seseorang yang bukan sahaja dibayar malah menerima tekanan dari mana-mana pihak supaya bertindak sesuatu dan bersumpah?
Dalam hal ini, saya percaya ia banyak bergantung kepada kepercayaan atau kekuatan pegangan agamanya, keperibadiannya dan sejauh mana dia dapat diyakinkan bahawa dengan bersumpah laknat tidak akan mempengaruhi kehidupannya.
Mungkin juga ayat seperti, "alaa nanti lepas kau bersumpah laknat, kau boleh taubat la sungguh-sungguh, Tuhan itu kan maha pengampun" sesuai untuk meyakinkan seseorang untuk bersumpah laknat.
Begitulah serba sedikit analisa sumpah laknat yang saya kira bukanlah satu cara terbaik untuk seseorang menegakkan kebenaran.
Bagi manusia yang mempunyai akal tentu akan bersetuju untuk menegakkan kebenaran, adalah jauh dari memadai dengan hanya bersumpah laknat di masjid dengan menjunjung Al-Quran, tetapi haruslah ditentukan oleh mahkamah yang adil.
Sedikit sebanyak dari analisa tentang kebenaran sumpah tadi, sama-sama kita boleh menilai adakah sumpah laknat Najib itu boleh dipakai ataupun sekadar sumpah oleh sesumpah.
Akhir sekali perlu saya jelaskan, saya hanya mengajak pembaca menganalisa sejauh mana sumpah laknat Najib itu boleh dipakai.
Jauh sekali cuba mengaitkan beliau dengan mana-mana kes berprofail tinggi, sebab saya tahu beliau adalah seorang lelaki yang baik dan seorang suami yang taat…..
* Penulis merupakan seorang penulis bebas. Artikel lain beliau boleh dicapai di bedukcanang.blogspot.com
Jika benar cadangan itu dilaksanakan ia boleh mencetuskan konflik baru dalam parti.
ANALYSIS
PETALING JAYA: Perhimpunan agung Umno 2011 mendedahkan betapa parti pemerintah yang terbesar dan tertua sangat takut menghadapi pilihan raya umum ke 13.
Berulangkali Datuk Seri Najib Tun Razak dan pimpinan lain mahukan ahli bersatu padu dalam menghadapi pilihan raya yang dianggap penentu hidup mati Umno dan BN.
Serangan bertalu-talu terhadap pembangkang bagaimanapun, masih tidak mampu meredakan kebimbangan.
Dalam pada itu, pengumuman Najib untuk meletakkan lebih ramai muka baru boleh menimbulkan konflik baru dalam parti.
Pengumuman itu sudah tentunya menyebabkan wakil rakyat lama yang sudah bertahun-tahun menyandang gelaran YB menimbulkan gundah gelana di hati mereka.
Mahukah mereka melepaskan kerusi ketika para penyokongnya memuji sepanjang waktu? Apatah lagi dengan menjadi wakil rakyat sedikit sebanyak memberi kelebihan kepada mereka.
Gelaran YB
Barangkali seorang ketua bahagian boleh melepaskan gelaran YB itu tetapi bagaimana pula dengan para menteri? Bersediakah mereka berbuat demikian?
Jika usia mahu diambil kira Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan Tengku Razaleigh Hamzah nama paling teratas untuk `dihilangkan' dari calon pilihan raya. Senarainya tentunya tidak berakhir di situ.
Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Abdul Ghani Othman, Tan Sri Isa Samad dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein serta Tun Abdullah Ahmad Badawi juga sudah terlalu lama dalam politik dan memegang pelbagai jawatan parti dan kerajaan.
Kalau dihitung lagi barangkali separuh wakil rakyat BN perlu digugurkan. Persoalannya juga bolehkah muka-muka baru boleh diterima rakyat seperti calon lama itu?
Jika perancangan Najib ini teruskan dalam pilihan raya umum ke 13 nanti, bukan mustahil sebahagian dari mereka akan merajuk. Mustahilkah jika yang merajuk memboikot BN mempengaruhi penyokong kuat supaya tidak mengundi calon baru?
Pro dan kontra
Atau lebih teruk lagi menjadi calon bebas menentang parti sendiri. Dalam Umno, bekas pemimpin yang memboikot dan menentang parti sudah menjadi lumrah.
JadI untuk menggugurkan wakil rakyat lama ini penuh risiko.
Dengan Umno dan komponen BN lain yang masih bergolak, mengambil risiko sebegini boleh mengundang kehilangan Putrajaya.
Tetapi masih menyimpan pemimpin dan wakil rakyat yang sudah dibenci rakyat memang tindakan bodoh dan membunuh diri.
Ringkasnya menggantikan orang lama dengan muka baru ada pro dan kontranya. Silap langkah kuasa yang pegang sejak berdekad lalu terlepas ke tangan orang.
Lihat saja nanti adakah Umno dan BN benar-benar berani melawan arus.
Polis menembak mati seorang tahanan warga Nigeria selepas lelaki itu mengamuk dan menyerang anggota polis ketika dibawa untuk pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur, malam tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata lelaki Nigeria berumur 31 tahun itu ditembak polis ketika berada di wad 18, katil 10 kira-kira pukul 9.45 malam tadi.
"Polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah lelaki terbabit kerana menyerang anggota polis selepas mengamuk di hospital itu. Dia mati di tempat kejadian," katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas, hari ini.
Ku berkata lelaki itu dimasukkan ke hospital berkenaan pada jam l 1.40 petang semalam selepas X-Ray yang dibuat mendapati ada ketulan dadah di dalam ususnya.
"Lelaki tersebut sebelum itu ditangkap pada 2 Nov lalu jam 11.13 pagi bersabit kesalahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya. Dia sepatutnya direman sehingga Rabu depan," katanya.- Bernama
Bagi sesiapa yang mengikuti persidangan Umno saban tahun sejak zaman Mahathir, Pas dan pembangkang lain sentiasa dibalunnya. Samada balunan itu kuat atau tidak bukan isunya, Balun tetap balun.
Zaman Pas kalah banyak, maka Umno akan membalun dengan mengatakan bahwa Pas sudah ditolak oleh rakyat.
Zaman Pas menang banyak, maka Umno akan membalun dengan mengatakan Pas pengkhianat dan pemecah belah Melayu.
Tetapi yang jelas Umno gagal menjaga wang negara - pembaziran, bocor, kronism, ketidakcekapan - sehingga ratusan biliion wang rakyat hangus!!!!! Semuanya dibuat atas nama Melayu. Muntah mendengarnya!!!! Yang terbaru keluarga Shahrizat seorang dapat geran dan pinjaman RM 250 juta untuk projek lembu walaupun keluarganya tidak pernah terlibat dengan perniagaan lembu. Macamlah penternak sedia ada tak reti buat projek lembu. Umno lembu!!!!!
Tulisan aku ini bukanlah untuk memperkudakan kamu sekalian cuma hanya ingin memesan supaya kita percaya bahawa anak muda boleh bangun membawa perubahan untuk negara kita. Di samping membawa perubahan di negara kita janganlah kita lupa perjuangan suci yang telah di bawa oleh Nabi Muhammad SAW.
Wahai saudaraku, para pembesar dan golongan kapitalis sedang menindas rakyat marhaen di bawah tidakkah kamu sekalian nampak tidakkah kamu dapat membezakan dalam kehidupan sekeliling kalian.
Percayalah wahai anak muda, Situasi hari telah kembali ke Zaman Jahiliyyah cuma membezakan masa dan putaran waktu. Rakyat menjadi hamba menjadi takut dengan kekejaman regim yang menindas dengan cara halus untuk mengaut keuntungan sistem cukai yang membebankan rakyat.
Kenapa anak muda perlu takut dengan keangkuhan regim. Anak muda punya masa hadapan apa yang nak dibanggakan dengan kereta myvi yang baru dibeli sedangkan berhutang hampir sembilan tahun, apa yang dibanggakan dengan perkahwinan dengan pinjaman bank. Akhirnya anak muda akan dikelilingi dengan hutang lantas menjadikan orang tua yang benak dengan hutang yang takut untuk melawan.
Wahai anak muda, jika kamu sedar tentang kepincangan ini ayuhlah bersuara dengan cara hormat dan bijaksana..Pelajarilah sejarah perjuangan negara dengan betul dan jangan mudah terpedaya dengan media regim yang menipu untuk kepentingan kroni.
Percayalah sehingga hari ini aku berjuang, tidak ada dalam hati aku untuk menikmati hasil susah payah rakyat. apa yang selalu aku inginkan adalah aku dan bersama-sama dapat mengembalikan zaman kegemilangan Islam. Islam tidak pernah menindas sesiapa dan Islam menjadi empayar yang besar kerana memerdekakan orang yang tindas.
Pada hari ini, aku risau dengan pembesar dan pemerintah yang bernama islam tapi terus menindas rakyat demi kepentingan tembolok mereka. Mereka mencanangkan untuk membela nasib bangsa mereka. Lihatlah saudara melalui mata hati nilaikan sejarah dengan baik.
Carilah sejarah orang lama dan carilah ilmu sebagaimana yang telah Rasulullah sampai kepada umatnya. Rasulullah tidak hanya memilih bangsa baginda sendiri sebalik mengajak semua umat manusia dengan kalimah Allah. Baginda tidak berseorangan membawa perubahan ketika itu Baginda bersama-sama para sahabat menentang Kafir Quraisy. Apa yang ingin saya sampaikan adalah perjuangan yang Nabi Muhammad bawa pada hari ini telah balik semula kepada masyarakat kita hari ini. Fitnah telah melanda seperti Bani Quraidhah yang menuduh Baginda mengambil semua harta rampasan perang. Menuduh Siti Aishah berlaku curang terhadap Baginda. Perbuatan fitnah menfitnah telah melanda di segala ceruk di planet bumi yang membawa kehancuran.
Saya mahu semua anak muda supaya dapat berfikir secara baik dari semua segi dan berani membawa perubahan kerana dari situ kita dapat mengecapi satu kemerdekaan dari hidup dibawah sistem kapitalis yang membodohkan dan membaculkan hak rakyat..
Sekian.
You are subscribed to email updates from PakSupir.. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Niat nak bodek kot-kot dapat jadi calon PRU13 nanti.. Tapi hampeh bila presiden sendiri muak nak dengar.
Kesian dengan ULAMA UMNO nie bila perbahasannya tentang usul agama, pendidikan dan sosial di perhimpunan agung Umno di PWTC yang penuh dengan 'semangat' hanya didengari oleh sebahagian kecil sahaja perwakilan Umporno termasuklah presidennye sendiri Haji Najib yang terus kelihatan keluar dewan sewaktu saat-saat permulaan perbahasan bermula.
Nak buat macamana orang Umporno nie memang hati dah jauh sangat dengan agama Allah... rasa panas bontot je bile dengan usul agama...
UMNO mendedahkan watak sebenar mereka sepanjang tempoh Perhimpunan Agung Umno 2011 yang berlansung di PWTC baru-baru ini.
Lebih ramai kini yang menyedari bahawa UMNO kini adalah sebuah parti yang mengamalkan semangat perkauman sempit dengan menjadikan perhimpunan mereka sebagai pesta memaki-hamun parti-parti di dalam Pakatan Rakyat, demikian tegas YB Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin, AJK Pas Pusat di Majlis Hi-Tea Bersama Rakyat di Markas PAS Sungai Rambai, Melaka petang tadi.
Apa yang dilakukan oleh UMNO di sepanjang perhimpunan mereka tersebut ialah khususnya menanamkan semangat kebencian kepada DAP, di dalam konteks membenci kaum Cina, dan di dalam masa yang sama mereka cuba menutup segala macam skandal daripada disentuh atau dibahaskan di dalam perhimpunan tersebut.
Datuk Seri Nizar turut membidas sikap "assabiyah" melampau UMNO yang boleh menjadi penyebab berlakunya ketegangan kaum di dalam negara kita.
Beliau turut persoalkan konsep "wasatiyyah" (kesederhanaan) yang diwarwarkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib, di mana apakah konsep wasatiyyah untuk rakyat belaka sedangkan pemimpin khususnya Najib sendiri hidup bermewahan dengan menggunakan wang rakyat bagi tujuan-tujuan dan kepentingan-kepentingan anak-bini dan keluarganya?
"Sewaktu negara menyambut kemerdekaan, Najib dan isteri berada di Perth Australia yang perbelanjaannya ke sana ditanggung dengan menggunakan wang rakyat!" tambahnya.
Menyentuh isu lembu NFC, beliau berkata bahawa pendedahan penyelewengan dan salahlaku projek NFC tersebut dilakukan oleh Jabatan Audit Negara sendiri, dan beliau yakin masyarakat Melayu bakal menolak UMNO di dalam pilihanraya akan datang ini akibat daripada sikap UMNO yang masih cuba membela penyelewengan RM250 juta berkenaan.
"Mana mungkin Sharizat Jalil boleh menidakkan projek berkenaan ada kaitan dengannya sedangkan terdapat tuntutan peribadinya sebanyak RM26,000 yang diluluskan oleh NFC sendiri?" soal Nizar.
Mengenai pilihanraya yang akan datang ini, GB bersependapat dengan Datuk Seri Nizar bahawa seandainya SPR berani meneruskan penyelewengannya, tidak mustahil nanti rakyat akan bangkit secara menyeluruh di seluruh negara, dan kebangkitan rakyat itu sepastinya lebih besar daripada Perhimpunan Bersih 2.0 yang berlaku sebelum ini. Apakah Najib berani mengambil risiko itu?
Bob Lokman kata pernah 2 orang menteri hubungi beliau.Penceramah dan pendakwah bebas saudara Bob Lokman mendakwa beliau telah dihubungi oleh dua orang menteri dan menawarkan sesuatu kepada beliau.Menteri terbabit dikatakan bertanya kepada Bob Lokman,"Engkau nak apa, Engkau nak berapa?".
Bob Lokman diminta datang ke pejabat mereka tapi tidak dilayan oleh beliau.Bob Lokman mendedahkan perkara tersebut dalam ceramah beliau malam tadi di Markaz Pas Cawangan Seksyen 18, Shah Alam.Bob Lokman tidak mendedahkan siapa dua menteri terbabit.
Bob Lokman kini semakin berani dan bersemangat selepas beliau dihalang pihak berkuasa JAIS kerana berceramah tanpa tauliah di sebuah masjid di Selangor.Pihak Jais telah keluar waran tangkap terhadap Bob Lokman.Ketika mengulas kes tersebut Bob Lokman berkata masjid terbabit telah tiga kali panggil beliau untuk berceramah sebab itu beliau datang.
Bob Lokman kata kes beliau hadir ke masjid tersebut untuk berceramah umpama menolong isteri jirannya minta tolong bawa kereta hantar beliau ke hospital untuk bersalin..Beliau kata tidak ada lesen memandu.Isteri jirannya kata bawa sajalah janji tidak accident.Sampai dipertengahan jalan tidak berlaku accident tapi ditahan polis kerana tidak ada lesen memandu dan dibawa ke balai polis.Kata Bob Lokman takkan tak ada sifat perikemanusiaan langsung pihak berkuasa kerana beliau menolong orang!
Ketika mengulas isu akta RUU yang diluluskan di parlimen Bob Lokman berkata rakyat jangan takut dengan ugutan pihak berkuasa.Sebagai contoh kata beliau Mahatma Ghandhi yang tahu beliau akan ditangkap telah hadir bersama-sama rakyat India yang lain ke jalanraya.Kata Bob Lokman sepatutnya apabila para peguam turun ke jalanraya bantah akta RUU semua rakyat turut serta biar pihak polis tak tahu yang mana satu peguam yang mana satu rakyat biasa.
Begitu juga apabila profesor Dr Aziz Bari dihalang tugas di UIA semua rakyat kena turut serta bantah bukan hanya golongan pelajar saja berdemontrasi.Jika semua rakyat turun di jalanraya berapa banyak sangat mereka mampu tahan dan tangkap?
"Jika pemimpin tidak mahu berubah rakyat akan mengubah.Apabila rakyat buat perubahan pemimpin akan bertukar" kata Bob Lokman dalam forum 'Apa Salah Kami?' di Markaz Pas Seksyen 18 Shah Alam.
PAS turut mengucapkan tahniah kepada Parti Keadilan dan Pembangunan (PJD) yang dilaporkan memenangi jumlah terbesar kerusi dalam pemilihan parlimen Morocco.
"PAS mengucapkan tahniah kepada Parti Keadilan Morocco yang telah berjaya memenangi pilihan raya di negara itu yang diadakan Jumaat lalu.
"Kita melihat kemenangan yang ditempa parti berteraskan Islam ini sebagai petanda positif rakyat yang kini mahu berubah untuk menerima parti Islam sebagai pemerintah," kata Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaffar.
Seorang tokoh berpengaruh parti Islamik moderat Morocco itu, Lahcen Daodi mendakwa, berdasarkan laporan yang disampaikan mereka memenangi pilihan raya di Rabat, Casablanca, Tangier, Kenitra, Dijual, Beni dan Sidi Ifni Mellal dan beberapa tempat lainnya.
"Parti kami telah memenangi jumlah kerusi tertinggi," tambahnya.
PJD ini akan menjadi parti Islam moderat yang kedua yang memimpin pemerintah Afrika Utara sejak awal pemberontakan Musim Semi Arab menyusul Tunisia.
Keseluruhan kerusi parlimen yang dipertandingkan bagi pilihan raya kali ini adalah 395 kerusi parlimen dan PJD didakwa memenangi lebih separuh darinya.-HD
Pilihanraya Mesir: Parti Ikhwanul-Muslimin Dahului Kiraan Undi
Pergerakan Ikhwanul Muslimin mendakwa parti politik baharunya, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) mendahului keputusan awal pilihan raya parlimen Mesir.
Ikhwanul Muslimin pernah diharamkan semasa pemerintahan Presiden Hosni Mubarak yang meletak jawatan semasa gelombang kebangkitan rakyat Mesir pada Februari lalu.
Sebelumnya, parti Ikhwanul Muslimin di Mesir sempat mengancam akan memboikot peilihanraya apabila undang undang darurat Mesir yang dilaksanakan di era kepemimpinan Husni Mubarak tidak dibatalkan.
Ikhwanul Muslimin bersama koalisi 37 parti politik mendesak Dewan Ketenteraan Mesir agar memperakukan, seandainya undang-undang tersebut tidak dihapuskan, mereka tidak akan meneyertai dalam proses pilihanraya umum yang hendak dijalankan.
Mereka juga mendesak Dewan Ketenteraan Mesir agar melarang para menteri Mesir di era Mubarak ikut serta di dalam pilihanraya umum.
Pasca turunnya Mubarak, populariti parti Ikhwan memang semakin meningkat di Mesir. Partai tersebut dianggap sebagai parti yang akan membawa perubahan di negara tersebut.
"Sejak proses mengundi hingga sekarang ini (semalam), keputusan awal menunjukkan FJP sedang mendahului parti-parti lain," kata satu kenyataan Ikhwanul Muslimin tanpa mengulas lanjut.
Pilihan raya tersebut dilangsungkan oleh pemerintah sementara Mesir iaitu Majlis Tertinggi Pasukan Bersenjata (SCAF) bagi memenuhi janjinya untuk menyerahkan kuasa kepada penduduk awam.
Tercatat 55 buah parti politik ikut serta di dalam pemilihan tersebut dimana sebanyak 498 kerusi disediakan di parlimen dan Ikhawanul Muslimin sudah berjaya memperolehi 40 peratus suara dalam pemilihan umum tersebut. Demikian seperti diberitakan Reuters, Rabu (30/11/2011).
Mesir yang memiliki sekitar 80 juta penduduk merupakan bekas negara naungan British.
Ia merdeka pada 1922. -blog GB
TUNISIA - Yahudi Kecewa Parti Islam Menang
Gilles Jacob Lellouche, seorang anggota minoriti Yahudi Tunisia, hanya mengangkat bahu saat merenungkan masa depan di bawah pemerintahan yang dijalankan oleh parti Islam yang menyapu pemilihan umum bebas pertama di negara itu.
"Kami akan menunggu dan melihat," katanya terkait tentang kekhuatiran kebebasan minoriti dapat berada di bawah ancaman.
"Orang-orang telah berbicara, dan mereka telah memilih parti Islam An-Nahdhah," katanya kepada AFP.
Lellouche adalah calon tunggal asal Yahudi dari lebih 10.000 calon terdaftar dalam pilihan raya untuk maju sebagai anggota parlimen yang akan menulis ulang konstitusi - untuk pertama kalinya di Tunisia. Dia bertanding atas tiket Persatuan Republik Rakyat, yang memenangi satu kerusi yang jatuh ke kandidat lain.
"Tunisia tidak siap untuk membuka pintu ke kediktatoran baru yang baru saja ditinggalkan. Tetapi kami mesti tetap waspada," katanya menegaskan.
Ketika ditanya apakah orang-orang di komuniti Yahudi memandang positif tentang masa depan di bawah kekuasaan parti An-Nahdhah, dia menjawab: "Mereka tidak berpandangan negatif. Ada perbedaan substansial."
Tunisia memiliki salah satu minoriti terbesar Yahudi di dunia Arab, diperkirakan ada 1,500 orang dari total populasi lebih dari 10 juta penduduk Tunisia.
Lellouche mencatat bahawa Tunisia memiliki sejarah panjang hubungan antara-komuniti yang penuh keramahtamahan dan mengatakan ia percaya Islam sebagai agama yang toleran.
Namun pada Mac lalu, dua bulan setelah jatuhnya diktator Zine el Abidine Ben Ali yang dianggap sebagai benteng melawan Islamisasi, sekelompok lelaki Muslim menyerang sinagog Yahudi di luar kota Tunis, salah satu yang terbesar di antara sedikit sinagog di negara ini.
Bulan berikutnya, pemerintah Israel membuat pendanaan untuk membantu Tunisia memindahkan orang Yahudi ke Israel, dengan alasan memburuknya sikap masyarakat terhadap komunitas Yahudi sejak penggulingan Ben Ali.
Lellouche menyalahkan keberhasilan An-Nahdhah yang sebahagian ada pada dekad kediktatoran yang meninggalkan Tunisia dengan tidak adanya perdebatan politik budaya. "Tunisia menemukan diri mereka di supermarket politik. Mereka yang menjual idea-idea terbaik datang dari atas.
"Terserah kepada kita dalam politik untuk merevisi cara kita menjual ide," katanya menambahkan.(fq/afp)
Ya, giliran Parti islam Semalaysia di negara ini akan tiba juga akhirnya. -GB
Sungguh benar janji Allah:
Bahawa bumi itu akan di warisi oleh hamba-hamba-Ku yang salih. [Suratul Anbiya: 105]
BATANG KALI – Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi janji beliau akan menurunkan harga petrol sebaik sahaja PR mengambil alih pemerintahan negara.
"Saya berani ulang... hari ini menang (Pilihan Raya Umum Ke-13), esok saya umum harga minyak di seluruh negara turun," katanya ketika berucap di hadapan 700 penyokong PR di Dewan Dato' Abdul Hamid di sini, malam kelmarin.
Anwar, yang juga Penasihat Ekonomi Selangor berkata, beliau akan memanfaatkan sepenuhnya keuntungan hasil minyak negara yang dianggar berjumlah RM90 juta (? - harap Sinar semak semula angka ini - mungkin RM9 bilion - M@RHAEN) setahun untuk melaksanakan janji tersebut.
"Jangan kata Anwar bodoh ekonomi, Anwar tak reti, Anwar pembohong. Saya nak sebut di sini saya sanggup lakukan kerana bila harga minyak turun harga pengangkutan awam turun, jadi boleh kawal (harga barang)," katanya.
Beliau berucap pada program Ceramah Perdana Malaysia Tanpa Umno yang turut dihadiri Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Khalid Jaafar, Ketua PKR Cabang Hulu Selangor, Mohamed Nazar Yakin dan Pengerusi Jentera Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Batang Kali, Mat Rahat Ibrahim.
Anwar berkata, sekiranya PR menang pada PRU-13, Parlimen Hulu Selangor akan diambil kembali dan Dun PR akan menjadi lebih kuat.
"Mereka (Umno) akan guna habis kuasa Melayu. Itu saja modalnya," katanya.
Beliau mendakwa, Umno akan menggunakan apa sahaja cara untuk memusnahkan pengaruh politiknya dan tidak mustahil beliau akan dipenjarakan sekali lagi.
Katanya, jika beliau dimasukkan ke penjara, kemenangan lebih besar akan berlaku (untuk PR).
"Kalau ditakdirkan rakyat sedar, Anwar di luar pun insya-Allah kita menang, Anwar di dalam (penjara) lagi besar kita menang," katanya, disambut dengan sorakan hadirin.
Terdahulu, Anwar menghadiri Majlis Makan Malam Mesra Rakyat bersama kira-kira 1,000 masyarakat Tiung Hua di Hulu Yam.
Dalam ucapannya pada majlis tersebut, Anwar mengajak penyokongnya menentang kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Umno.
Beliau mengajak rakyat supaya menyelamatkan Selangor dan Malaysia dan sekali lagi melahirkan keyakinan untuk menawan Putrajaya pada PRU-13.
Beliau optimis untuk meningkatkan sokongan rakyat daripada 51 peratus pada PRU 2008 kepada sekurang-kurangnya 55 peratus pada PRU-13.
Kaum Cina turut rasa beban
CHUKAI – Beban kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang semakin meningkat bukan sahaja dirasai masyarakat Melayu, malah kaum Tionghoa di bandar ini terutama dalam kalangan mereka yang tidak berkemampuan turut tertekan, kata Pengarah Pas Majlis Tindakan Dun (MTD) Chukai, Hanafiah Mat.
Susulan itu, Hanafiah berkata, pihaknya meneruskan inisiatif mengagihkan bantuan kepada kaum Tionghoa yang terdiri daripada orang miskin, ibu tunggal dan warga emas yang membabitkan seramai 120 orang penerima pada tahun ini termasuk lima daripadanya adalah kaum India.
Menurutnya, bantuan yang dihulurkan yang melangkaui kaum dan agama itu berupa barangan keperluan dapur sempena musim monsun bagi meringankan beban yang ditanggung.
"Tambahan lagi musim hujan sepanjang tengkujuh ini sudah tentu sedikit sebanyak membataskan pergerakan mereka untuk mencari rezeki, jadi sekurang-kurangnya dengan bantuan sebegini dapat meringankan kos perbelanjaan dapur mereka.
"Harga barang yang mahal sekarang juga membuatkan kos sara diri meningkat, malah mereka juga pada masa sama terpaksa menyediakan peruntukan untuk perbelanjaan sekolah anak-anak pula," katanya ketika ditemui pada program penyampaian bantuan itu yang diadakan di Jalan Jakar, dekat sini.
Hanafiah berkata, menerusi program itu beliau juga dapat menyelami hati nurani kaum Tionghoa dan kehendak rakyat.
"Penyampaian bantuan sebegini sebenarnya adalah program tahunan yang dilakukan MTD Chukai kerana kami peka dengan kesusahan rakyat, bukan sahaja kaum Melayu dibela malah kaum Cina dan India juga sentiasa diambil berat.
"Lebih bermakna apabila melihat maklum balas daripada masyarakat Tionghoa yang ternyata sangat gembira dengan bantuan yang disampaikan. Dari sini juga hubungan dengan orang Cina ini dapat dan diperkukuhkan," katanya.
KUALA LUMPUR : Himpunan aman bacaan puisi oleh Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said bagi membantah Rang Undang-Undang (RUU) Perhimpunan Aman di KLCC hari ini dihalang oleh pihak polis.
A Samad yang mesra dengan panggilan Pak Samad yang berucap sebelum memulakan bacaan puisi memberitahu negara ini sudah diselubungi kegelapan demokrasi.
"Perlaksanaan RUU ini jelas mengelapkan demokrasi negara dan kita tidak mahu ia berlaku, kerajaan perlu sedar hak rakyat bukannya menghalang kebebasan rakyat.
"Kita sebagai rakyat mahu berhimpun secara bebas bukannya dihalang mahupun dinafikan hak, kenapa ini perlu berlaku tidakkah kerajaan faham apa itu demokrasi dalam perlembagaan.
"Kembalikan hak rakyat jangan dicuri atau dicabuli kerana kita juga rakyat Malaysia, kerajaan perlu celik mata bukan buta mata dan buta hati," jelasnya.
Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang turut hadir perhimpunan itu juga berharap agar rakyat bangkit menuntut hak mereka.
"Hak berhimpun ini bukan sahaja tertumpu kepada parti-parti politik sahaja dan semua rakyat perlu mendapatkan hak mereka.
"RUU merampas sepenuhnya apa yang telah kita miliki selama ini, kenapa ia perlu kita lepaskan dan secara jelas kerajaan perlu sedar dan bangkit menentang jangan tidur.
"Saya desak agar pendengaran awam dilakukan terlebih dahulu, dengar apa yang rakyat hendak serta apa jua cadangan barulah kerajaan boleh menilaikannya apa sebenarnya diperlukan bukannya terus menikam hak rakyat.
"Jelas kerajaan mencabul kebebasan demokrasi negara serta merompak hak asasi perlembagaan negara ini," ucap Lim Kit Siang.
Sebelum itu, A.Samad Said sempat membaca beberapa buah puisi dan juga beberapa orang awam turut mengikut serta membaca puisi sebagai tanda sokongan sebelum pihak polis menghalang perhimpunan tersebut.
Lebih kurang 200 orang hadir sebagai tanda sokongan terhadap bantahan RUU Perhimpunan Aman yang telah diluluskan oleh kerajaan dan ia berlaku secara aman tanpa ada sebarang kekacauan. -Hrkh
Parti UMNO adalah parti pertama saya menjadi ahli pada 1994. Sungguhpun saya pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda Cawangan USNO Kg Petagas, saya tidak pernah menjadi anggota parti itu secara rasmi. Saya di Edinburgh, Scotland selama 5 tahun dan balik ke Sabah pada September 1994. Ketua UMNO Bahagian Kota Belud pada masa itu ialah Datuk Seri Salleh Said. Dia juga Menteri Kewangan Sabah merangkap Timbalan Ketua Menteri Sabah. Sebaik bertemu, dia menjemput saya menyertai UMNO.
Pada masa yang sama, abang kandung saya Jamlidi Hj Oli adalah Ketua Bahagian PBS. Dia dijangka akan menentang Salleh Said di Parlimen Kota Belud atau DUN Usukan jika PRU diadakan kerana PBS adalah parti pembangkang ketika itu.
PBS pimpinan Tan Sri Pairin hanya kembali kepangkuan BN pada tahun 2001 setelah tewas pada PR negeri tahun 1999. Walaupun abang saya seorang pemimpin kanan PBS, saya memilih UMNO kerana saya kenal UMNO. Saya pernah belajar dan mengajar mata pelajaran sejarah. Saya tahu siapa Onn Jaafar, Tunku Rahman, Tun Razak, Tun Hussien. Saya tahu sejarah Malayan Union.
Saya yakin berdasarkan sejarah perjuangannya UMNO adalah parti terbaik kepada saya dan rakyat Sabah! Saya juga yakin parti UMNO boleh meneruskan agenda yang diperjuangkan rakyat Sabah melalui PBS tanpa perlu berkonfrantasi dengan kerajaan Pusat. Perjuangan memulihkan Perkara 20, Borneonisasi, otonomi, masalah PTI dan banyak lagi isu negeri, pada hemat saya rasa lebih mudah ditangani jika parti UMNO yang menerajuinya kerana hubungan yang rapat kepimpinan UMNO negeri dengan pimpinan tertinggi negara.
Begitulah tingginya harapan saya kepada UMNO!
Selepas berlalu PRU 1995, 1999, 2004, 2008 dan selepas 9 orang KM Sabah bertukar ganti sejak UMNO masuk ke Sabah. Bermula dengan Tun Sakaran Dandai, Datuk Salleh Said Keruak, Datuk Yong Teck Lee, Tan Sri Dompok, Datuk Osu Sukam, Tan Sri Chong Kah Kiat dan Datuk Musa Aman. Isu seperti royalti, perkara 20, PTI dan Borneonisasi masih tidak mendapat perhatian yang serius.
Kepimpinan UMNO Sabah dan Pusat terus mendendangkan lagu pembangunan. Manakala rakyat Sabah terus bergelumang dengan pelbagai masalah ekonomi dan sosial. Kadar kemiskinan masih di tahap yang tinggi. Kadar pengangguran terus berada di puncak statistik negara.
Jika ada 100 belia dari Sabah yang berkelayakan mencari pekerjaan ke tanah Semenanjung, dimana kah mereka bekerja? Peluang hanya mampu dapat kerja sebagai GRO, tukang urut di Bukit Bintang atau kerja Kilang di Sungai Way. Sebaliknya jika ada 100 belia dari negeri-negeri dari Semenanjung ke Sabah, mereka akan menjadi ketua-ketua jabatan persekutuan, pegawai kanan dan kontraktor Petronas.
UMNO adalah parti yang terbaik kepada orang Melayu di Tanah Melayu!!
Saya sedih keluar dari parti yang terus mengungguli perjuangan membela agama, bangsa dan negara seperti UMNO. Saya amat menghormati prinsip UMNO untuk membela umat Melayu. Tapi untuk UMNO membela dan memperjuangkan hak-hak orang Bajau, Kadazandusun, Murut, Ubian, Brunei, Orang Sungai, Kadayan, Bisaya, Tatana, dan rakyat pribumi Sabah yang lain barangkali belum sampai masanya!-sabahkini
Pada tanggal 23 Nov baru-baru ini, Addin berkesempatan ziarah ke bumi Acheh. Addin sempat menziarahi tempat bersejarah dan kesan-kesan tinggalan tsunami. Addin juga berkesempatan menziarahi dan bersua muka dengan mangsa-mangsa tsunami Acheh. Rata-rata penduduk Acheh yang Addin temui sangat menyambut baik kedatangan kami. Masyarakat Acheh sungguh terkenal dengan keramahannya. Mula-mula agak janggal dengan pertuturan serta makanan masyarakat Acheh, lama kelamaan menjadi biasa. Kebanyakan restoran masyarakat Acheh menyediakan masakan Melayu Minang.
Banyak perubahan telah berlaku di bumi Acheh setelah 7 tahun di landa tsunami. Daripada bantuan masyarakat dunia yang diterima, Acheh boleh dikatakan kembali pulih walaupun tak sepenuhnya. Bantuan masyarakat antarabangsa mencurah-curah selepas berlakunya tsunami pada 26 Disember 2004. Agak sedih dan sayu melihat mangsa tsunami yang kehilangan kaum keluarga tercinta.
Sejarah Acheh kalau di lihat terlalu panjang dan berliku-liku, bermula dengan pemerintahan Sultan Iskandar Muda sehingga ke pemerintahan Belanda. Gerakan Aceh Merdeka (GAM) kian rancak menuntut kemerdekaan Aceh selepas pelucutan Daerah Kegiatan Tentera pada 7 Ogos 1998 yang sudah berlangsung selama 10 Tahun sejak 1989. Melalui perbualan dengan masyarakat setempat, GAM di wujudkan akibat ketidakpuasaan hati rakyat Acheh terhadap pemerintah kerajaan pusat.
Acheh di anak tirikan oleh kerajaan pusat dan ini juga berlaku di Malaysia. Tetapi, kini GAM telah di bubarkan mengikuti MOU yang di sepakati di Helsinki, dan Acheh telah di berikan autonomi khusus, sehingga Acheh kembali kepada Indonesia. Semua ini berlaku selepas tragedi tsunami yang meragut hampir 220,000 mangsa.
Kemungkinan ini hikmahnya berlaku tsunami pada 26 Dis 2004, ianya bukan sahaja mengubah landskap Acheh tetapi juga mengubah landskap politik Acheh.. sehingga tercetusnya perdamaian di antara GAM (kini di kenali Partai Acheh) dengan kerajaan pusat Indonesia. Partai Acheh kini menjadi pemerintah di Acheh, kebanyakan pemimpinnya adalah bekas pimpinan dari GAM. Alhamdulillah.. Acheh satu-satunya provinsi di Indonesia yang mempunyai undang-undang Syariah beserta polis syariah.
Gambar-gambar sekitar ziarah Acheh :-
Kesan tinggalan tsunami
Sate Acheh
Setiap pokok di Banda Acheh di tanda macam ni, ia merupakan paras air semasa tsunami
Kapal Tsunami di Lampulo, Acheh
Kapal janakuasa lektrik diesel PLN yang hanyut 5km dari pantai
Masjid Baiturrahim yang selamat dari tsunami walaupun beberapa meter dari pantai
Makam Syeikh Kuala, yang selamat dari tsunami
Mimbar Masjid raya Baiturrahman
Masjid raya Baiturrahman
Pokok Kohler, tempat Jeneral Belanda yang dibunuh oleh pejuang Acheh
Longa Beach
Jalan Pasar Acheh
Muzium Tsunami Acheh yang disumbangkan oleh World Bank
Pemandu pelancong kami, Eric Hidayat
Pak Fendi, driver bas kami yang kehilangan isteri 2 anak semasa tsunami melanda. Sehingga ke hari ini mayat mereka belum ditemui.
Masyarakat dunia baru-baru ini dikejutkan dengan dakwaan bahawa beberapa jenis minuman ringan seperti Pepsi, Coca-Cola, 7-Up, Tropicana Juice Slice dan lain-lain lagi dikatakan mengandungi virus HIV. Dakwaan tersebut yang tersebar meluas terutamanya di India menerusi laman-laman sosial seperti Facebook dan Twitter, telah menyebabkan ramai yang percaya dan berhenti minum minuman ringan sebagaimana yang dinasihatkan oleh pesanan tersebut.
Menurut pesanan tersebut yang mula disebarkan pada Julai tahun ini, seorang kakitangan syarikat minuman ringan itu telah memasukkan beberapa titisan darahnya yang mengadungi virus HIV di dalam tangki penyediaan minuman itu.
"IMPORTANT MESSAGE FROM DELHI POLICE…. 4 next NEXT FEW DAY DNT DRINK ANY PRODUCT FROM PEPSI, TROPICANA JUICE SLICE, 7UP, COCA COLA, ETC , AS A WORKER FROM D COMPANY HAS ADDED HIS BLOOD CONTAMINATED WIT AIDS. Watch ND TV. Plez Forward dis mesge to every 1 u care 4 plz.
("PESANAN PENTING DARI POLIS DELHI….UNTUK BEBERAPA HARI SELEPAS INI JANGAN MINUM SEBARANG PRODUK DARI PEPSI, TROPICANA JUICE SLICE, 7UP, COCA COLA DAN LAIN-LAIN, SEORANG PEKERJA DARI SYARIKAT ITU TELAH MEMASUKKAN DARAHNYA YANG MENGANDUNGI AIDS. Tonton ND TV. Tolong sebarkan pesanan ini kepada semua insan tersayang)," kata pesanan yang dipetik melalui Facebook pada 29 November lalu.
Selain itu, berita tersebut turut disebarkan melalui Twitter oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
"I received a text saying please don't drink Pepsi a worker put his blood (HIV +) into some bottles. Be careful (Saya menerima pesanan teks yang menyatakan jangan minum Pepsi seorang pekerjanya memasukkan darahnya (HIV+) ke dalam beberapa botol minuman. Berhati-hati)," katanya yang dipetik dari sebuah laman web, urbanlagends.about.com.
Bagaimanapun, dakwaan tersebut juga sangat mirip kepada beberapa dakwaan yang didapati palsu sebelum ini dimana ada pihak yang menyebarkan tentang produk makanan seperti sos cili dan tomato yang mengandungi virus HIV sekitar tahun 2004, 2007 dan 2008.
Menurut laman web itu lagi, apabila maklumat tersebut diperiksa di Pusat Pengawalan Dan Pencecahan Penyakit Antarabangsa (CDC) semua dakwaan tersebut jelas palsu kerana adalah sangat mustahil untuk virus HIV dapat dijangkiti dengan cara sedemikian.
"HIV does not live long outside the body. Even if small amounts of HIV-infected blood or semen was consumed, exposure to the air, heat from cooking, and stomach acid would destroy the virus. Therefore, there is no risk of contracting HIV from eating food.
("HIV tidak boleh hidup lama di luar badan. Walaupun sejumlah kecil darah yang dijangkiti HIV atau air mani yang dimakan, pendedahan kepada haba udara, memasak, dan asid perut akan memusnahkan virus itu. Oleh itu, tiada risiko dijangkiti HIV daripada makan makanan)," kata laman web CDC tersebut.
Menurut laporan dari CDC yang dikemas kini pada tahun 2010 sehingga kini, tiada sebarang aduan berkaitan produk makanan yang dicemari darah atau air mani yang mengandungi virus HIV dan tiada sebarang insiden yang membabitkan jangkitan HIV melalui produk makanan.
Seperti yang dijangka, Perdana Menteri Najib Razak tiada agenda yang penting untuk disampaikan dalam ucapan polisi beliau untuk Parti Umno melainkan mengutuk dan mengeluarkan amarah. Perhimpunan agong itu dikatakan sebagai mesyuarat terpenting kerana Najib dijangka akan mengadakan pilihanraya umum awal tahun depan, sungguhpun begitu, apa yang beliau hanya mampu buat adalah memburuk-burukkan Pakatan Rakyat yang dipimpin Anwar Ibrahim dan menyakinkan bahawa Umno adalah parti paling demokratik di dunia.
Najib yang juga merupakan Presiden Umno telah mengulangi bahawa pilihanraya umum ke 13 akan diadakan tidak lama lagi tetapi, tidak memberi petunjuk kukuh bila ia akan berlaku. Cara beliau yang tidak mahu memberi notis awal kepada pihak pembangkang ini dilihat sebagai tidak demokratik dan akan pandang sinis oleh negara-negara demokrasi yang matang.
Ia merupakan ucapan yang mengecewakan kerana tidak memberikan arah tujuan kepada Umno dan menunjukkan bahawa tiada perubahan signifikan dibawah Najib. Nampaknya, ia lebih teruk berbanding masa Abdullah Badawi atau Mahathir di mana sekurang-kurangnya terdapat juga perkembangan ekonomi untuk mengimbangi kekurangan kebebasan awam. Sekarang, dalam tahun 2011, Malaysia bukannya kekal dalam pertumbuhan ekonomi malah ia sedang jatuh dan Najib menutupnya dengan penipuan. Berapa banyak reformasi telah Umno lakukan?" ujar Timbalan presiden PKR Chua Jui Meng kepada Malaysia Chronicle.
Malaysia sekarang negara paling teruk di ASEAN dari segi kebebasan berhimpun
Jui Meng merujuk kepada ucapan Najib yang tiada isi itu di mana beliau menegaskan bahawa Umno lebih demokratik berbanding parti pembangkang PKR, PAS dan DAP.
Yang peliknya, beberapa hari yang lalu Najib telah pun mencipta sejarah sebagai pemimpin yang telah menjadikan Malaysia negara paling teruk di Asia Tenggara dengan Akta kontroversi Perhimpunan Aman yang menyekat kebebasan rakyat untuk berhimpun dan menyuarakan pendapat. Selain daripada ahli politik tempatan, Majlis Peguam Negara, masyarakat umum, badan-badan antarabangsa termasuk LawAsia, Amnesty International dan Human Rights Watch telah mengutuk akta tersebut kerana bersifat menekan, menentang hak asasi dan tidak selari dengan demokrasi.
Sungguhpun begitu, Najib tetap tidak memperdulikan itu semua dan terus menegaskan bahawa Malaysia kearah menjadi negara demokrasi terbaik disebabkan oleh pentadbiran beliau.
"Kita membenarkan ramai orang Umno untuk memilih pemimpin mereka dan Umno bukanlah parti yang takut pada demokrasi, berbanding lawan kita. Kita tidak seperti parti pembangkang. Umno berpegang kepada demokrasi seperti pepatah Inggeris, "the proof of the pudding is in the eating'" beliau memberitahu dalam Perhimpuan Umno 2011 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra pada hari Khamis.
"Kami tidak pernah mendominasi atau berniat untuk mendominasi parti komponen lain. Kami bukanlah parti yang bersifat perkauman tetapi berusaha ke arah pembangunan nasional. Selain itu, dalam PKR, presiden parti adalh isteri pemimpin de-facto dan anak perempuan sulungnya menjadi timbalan presiden. Perlu kita cakap apa-apa lagi?"
Selepas memburukkan Anwar, beliau meneruskan kepada DAP dan PAS.
"Adakah demokratik apabila delegasi daripada bahagian memilih 20 ahli komiti utama dan mereka pula memilih pemimpin parti? Ini jelas tidak menunjukkan kemahuam ahli-ahlinya" kata Najib merujuk kepada DAP.
"Orang ini, (mursyidul am) adalah lebih berkuasa daripada presiden" tambah beliau mengenai PAS pula.
Tikam dari belakang
Ramai yang hairan mengapa Najib, yang seharusnya melakukan permulaan baru atau letupan idea lebih berminat untuk fokus kepada apa yang berlaku dalam parti lawan. Ini mungkin kerana beliau sudah kehabisan idea dan tiada jalan lain lagi. Dengan itu beliau terburu-buru mendapatkan kelulusan Akta Perhimpunan itu untuk mengelak daripada berlakunya tujuk perasaan jalanan sekiranya BN menang dengan cara yang mencurigakan pada PRU 13 nanti.
"Sangat mengejutkan dalam masa yang kritikal begini, Najib mahu membuat perbandingan antara parti beliau dengan parti kita. Sama ada beliau merasa sangat tidak selamat ataupun ramai ahli Umno yang telah memberi isyarat bahawa mereka mahu menyertai parti dalam Pakatan. Tetapi, untuk menjawab pertanyaan beliau, bagaimanakah Umno boleh menjadi lebih demokrasi berbanding PKR? Kita mempunyai sistem satu ahli satu undi, manakala, hanya sedikit sahaja ahli Umno yang dapat mengundi terus pemimpin mereka. Mereka harus melalui delegasi yang semestinya telah mengambil faedah politik wang dan mengundi seperti yang dikehendaki oleh elit Umno." Jelas Jui Meng.
"Bagi PAS pula, struktur dalaman mereka memang meletakkan Mursyidul Am PAS lebih tinggi berbanding presiden parti. Jadi Najib bercakap mengenai apa sebenarnya? Sebagai presiden Umno dan PM, beliau sepatutnya memberitahu partinya bagaimana untuk menyelamatkan Malaysia daripada kejatuhan ekonomi, bagaimana hendak membersihkan parti daripada rasuah dan bukan mempertahankan rasuah. Beliau sepatutnya memberitahu Malaysia betapa gahnya Umno dengan memberi bayangan kepada masa depan yang diwarnai dengan demokrasi tulen dan harapan untuk rakyat terutamanya yang lemah dan miskin. Bukannya menghentam orang lain dari belakang!"
Berwawasan atau hanya handal berkata-kata?
Najib juga menggunakan perkataan seperti 'berwawasan' tetapi tidak menerangkan apa maksud sebenar selain daripada menyebut media baru, realiti politik baru dan minda baru pengundi.
Sungguhpun begitu, beliau dilihat masih mempertahankan cara Umno dank omen beliau disifatkan lebih kepada menunjuk-nunjuk untuk kelihatan baik dan bukan untuk diusahakan. Najib sememangnya menyuarakan kepada calon-calon yang tidak popular untuk tidak mempertahankan kerusi mereka tetapi beliau tidak menyentuh isu-isu yang telah merosakkan Umno seperti rasuah dan kuasa di tangan elit.
Perhimpunan Agong Umno diadakan tidak lama selepas Ketua Wanita dituduh menyalahgunakan kuasa dan rasuah dalam ahli keluarga beliau. Namun, sehari yang lalu, Pemuda Umno telah digesa untuk mempertahankan Shahrizat dan tidak pula menasihatkan beliau untuk merelakan diri disiasat untuk membersihkan nama beliau. Umno dilihat sebagai menyalahgunakan kuasa polis dengan pengumuman Timbalan ketua Polis Khalid Bakar mengenai tiada unsure-unsur rasuah yang dijumpai semasa siasatan terhadap NFC setakat ini. Ini mengundang tuduhan bahawa Khalid digunakan untuk menyelamatkan Umno.
Indeks rasuah jatuh, satu komen pun tiada mengenai rasuah
Pengkritik juga mengatakan bahawa adalah pelik bahawa Najib menyuarakan hasrat untuk melihat wujudnya Malaysia baru yang lebih baik, untuk partinya pula, beliau langsung tidak berani mengutarakan perkataan "rasuah".
Sementara itu, Indeks Rasuah telah jatuh kepada 60 daripada 56 pada tahun lepas dan ini menunjukkan bahawa kerosakkan yang dilakukan Umno terhadap negara adalah sangat dalam.
"Kita harus faham bahawa sekiranya Umno gagal untuk memahami faktor yang membawa kepada insane 'berwawasan'dan tidak mengambil langkah untuk memperbaharui 'pelan permainan' iaitu yang telah kita rangka pelan tersebut, maka kita akan ditimpa tragedi. Sekiranya Umno tidak memahami realiti lanskap politik baru, bagaimanakah Umno dan BN akan berjaya? Kedua, media baru," kata Najib.
"Suka atau tidak, Umno harus menguasai media baru kerana hari ini, sekarang ini, ia dapat menentukan kejayaan atau kekalahan. Ia boleh memberikan serampang dua mata kepada kita disamping menjadikan peperangan kita tidak sama rata. Ketiga, Umni harus memahami bahawa terdapat pemikiran baru disemua peringkat pengundi, jadi kita haruslah mendapatkan sokongan mereka. Umno tidak boleh dilihat sebagai angkuh dan tidak relevan kerana sekiranya itu berlaku, rakyat akan mengenepikan kita.
Bukan perkauman atau hipokrit
Berkemungkinan tahap hipokrasi Najib yang tertinggi adalah apabila beliau mengisytiharkan bahawa Umno bukan perkauman. Beliau langsung tidak memarahi Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan yang dalam tahun ini telah mengeluarkan beberapa kenyataan berbau perkauman.
"Umno sebenarnya adalah pemangkin kepada semangat kerjasama antara kaum yang telah akhirnya mencipta kestabilan sosial dan keharmonian nasional." Ujar Najib. "Umno sehinggakan sanggup menyokong calon yang bukan daripada kaum Melayu, untuk kepentingan yang lebih besar iaitu memenangi pilihanraya, mencipta kerajaan dan kebebasan."
Ahmad Maslan, Timbalan menteri di jabatan perdana menteri dan juga Ahli Parlimen Pontian telah mengeluh dengan kehilangan tempat kepada pemimpin bukan melayu dan mengatakan bahawa ia tidak dapat diterima. Beliau suka menghentam kaun cina dan memberi amaran bahawa sekiranya Pakatan menang dalam PRU dan terjadi parlimen tergantung, orang melayulah yang akan kerugian besar kerana mereka akan kehilangan bahasa dan Islam akan diganti dengan Kristian.
Pengkritik menyelar Najib kerana sanggup membuat 'kenyataan yang lemah' bahawa Umno bukan bersifat perkauman.
"Ini adalah lawak paling besar. Tak hairanlah Umno harus menipu dalam pilihanraya. Mereka sering memutarbelit kebenaran daripada mengakui dan membetulkan kesilapan mereka. Ia bertambah teruk tahun demi tahun." Ujar Jui Meng.
"Tidak ada sebab untuk bicara mengenai "wawasan" atau menggunakan bahasa yang canggih. Baliklah kepada yang asas. Berkhidmatlah untuk rakyat dan dengarlah apa yang mereka mahu, dan sedarlah bahawa inilah yang penting dan bukannya kemahuan Umno elit sahaja. Hapuskan rasuah walaupun layaknya agak terlambat. Ia akan memakan kita dan membankrapkan kita. Hukumlah ahli yang bersikap perkauman termasuk Muhyiddin dan Mahathir sebelum mengaku bahawa Umno tidak bersifat perkauman. Kemudian, barulah kami akan kata bahawa kamu bukan hipokrit!"
Gambar ini di ambil semasa banjir kilat di Kajang petang semalam.. Cuba perhatikan betul-betul dalam bulatan.. buaya ke? Addin pun tak pasti, gambar ni di post ke wall fb Addin.. macam-macam cerita yek. Wallahualam sejauh mana kesahihannya gambar dan cerita ini.. Sahabat-sahabat ada maklumat ke? Kalau ada ama-sama kita kongsi..
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
UMNO - Yang boleh memerintah hanyalah AKU, yang boleh menjamin kehidupan kamu adalah AKU...
Dalam kita menanti pilihanraya umum ke13 ini masing-masing terlalu sibuk untuk mengambil tempat sebagai calon terutamanya dalam UMNO. Masing-masing yang berminat untuk di pilih menjadi calon bercakap yang mereka adalah 'winnable candidate' dan pasti menang jika pucuk pimpinan sedar tentang kehadziran mereka dalam politik tempatan.
Dalam pada itu pimpinan tertinggi menggunakan segala tenaga dan fikiran untuk membelasah pihak yang tidak mahu mengikut telunjuk mereka. Siapa sahaja yang tidak sebulu dengan UMNO atau pun BN, bermacam-macam nama di gunakan mereka untuk melabelkan seseorang yang tidak bersama mereka.
Yang paling kuat sekali ialah TS Muhyiddin Yassin yang memanggil orang itu pembelot dan pengkhianat, seolah-olah mereka itu bukannya pengkhianat kepada bangsa dan negara mereka.
Elok kita kupas sedikit tentang isu pembelot ini. Siapakah pembelot itu dalam konteks politik dan kenegaraan? Apa kah yang di lakukan oleh seseorang itu untuk boleh di labelkan sebagai pembelot? Definasi pembelot ini sangat luas jika dipandang dari sudut makronya.
Tetapi biar kita berbahas dalam konteks politik pilihanraya yang hampir tiba ini. Pembelot dan pengkhianat negara boleh ditafsirkan sebagai sesiapa yang melakukan kejahatan kepada negara. Apa pula perkara-perkara yang dianggap jahat yang dilakukan kepada negara? Perkara-perkaranya banyak.
Rasuah merupakan pembelotan terbesar kepada negara. Perasuah itu adalah pengkhianat, apatah lagi kalau dilakukan oleh mereka yang telah diberikan tanggungjawab untuk menjaga harta benda rakyat melalui pilihanraya. Perbuatan rasuah itu adalah satu dosa besar kepada negara. Dalam kejadian rasuah ianya melibatkan wang rakyat dan sesiapa yang menerima wang rasuah itu, ia adalah satu kegiatan mencuri. Mencuri wang rakyat adalah pengkhianat negara.
Se sebuah negara yang baik, negara itu mesti berjuang untuk bersatu padu dan mempunyai tahap 'national unity' yang tinggi. Jika pemimpin-pemimpin terutamanya yang sedang memerintah bercakap dan bertindak dengan tujuan untuk memecah belahkan rakyat bagi mengambil kesempatan untuk mendapat undi dan sokongan dalam kekeliruan itu, pemimpin-pemimpin seperti ini adalah pengkhianat negara.
Berkata-kata untuk memecah belahkan perhubungan baik di antara rakyat berbilang kaum itu merupakan pengkhianatan yang tidak terperi tahapnya kerana jika berlaku perpecahan itu yang bertanggungjawab adalah individu pemimpin atau parti yang melakukannya.
Mereka yang melaga-lagakan rakyat yang berlainan agama dan kepercayaan itu juga merupakan pengkhianatan kepada rakyat dan negara. Kegiatan ini sedang giat dilakukan oleh pihak tertentu untuk menaikkan suhu perpecahan di antara rakyat yang berlainan agama bagi kepentingan politik untuk mempertahankan kuasa. DAP yang hampir kesemua ahlinya beragama Buddha, di tuduh mengkristiankan orang Melayu Islam. Semuanya ini adalah pengkhianatan kepada negara kerana ia boleh mencetuskan pergaduhan di antara rakyat yang berbilang agama dan kepercayaan.
Apa sahaja yang boleh mencetuskan keburukan kepada negara itu adalah pengkhianat negara. Tetapi yang lebih besar dosanya ialah apabila seseorang atau pemimpin mengaku dan berkata-kata dengan sombong yang segala-galanya yang ada dalam negara ini termasuk pembangunan dan rezki yang diterima rakyat itu adalah oleh kerana UMNO.
Tidak ada UMNO, negara langsung tidak ada apa-apa dan rakyat seolah-olah akan mati kebuluran. Kalau tidak ada UMNO, Melayu akan telanjang tanpa pakaian. Kalau tidak ada UMNO, tidak ada lebuhraya tetapi tidak di keluarkan pula betapa setengah yang berkuasa telah memeras rakyat melalui perjanjian concessionaire yang di rahsiakan dari rakyat dan di letakkan dalam akta rahsia resmi.
Katanya jika tidak ada UMNO, rakyat kita tidak akan dapat pelajaran dan berbagai-bagai lagi dan semuanya ini adalah pengakuan yang mengambi alih kerja Tuhan Maha Esa.
Ramai sudah jemu dengan ungkapan takbur yang itu UMNO buat, ini UMNO buat, semuanya UMNO buat dan boleh menjamin kehidupan kamu di dunia dan akhirat. Tetapi tidak pula mereka memberitahu berapa billion pemimpin kita kebas dalam pembelian peralatan senjata perang. Tidak juga mereka memberi tahu rakyat dalam projek MRT itu berapa billion individu-individu itu dapat dan keluarga mana yang kebas.
Tidak juga mereka memberitahu peneroka Felda berapa ratus juta beberapa orang besar di dalam Felda itu akan mendapat keuntungan peribadi dan banyak lagi isu-isu yang lain yang sangat menyakitkan kepada siapa yang tahu sikit-sikit tentang apa yang berlaku di sebalik tabir.
Yang di sebut hanyalah AKU….AKU dan akulah yang boleh menjamin hidup kamu semua. Bila bercakap hanya AKU, yang pandai..AKU, yang boleh memerintah…semuanya AKU.
Ketakburan pemimpin-pemimpin kita sudah sampai ke tahap yang tidak boleh dipertahankan lagi.. I reckon all of them should go! AND they must go.
Keresahan ramai pemimpin UMNO yang merasakan bahawa parti mereka akan hilang kuasa di tangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang semakin jelas terpampang.
Mereka meneka-neka apa kemungkinan akan terjadi jika kehilangan kuasa, mereka mula menyangka yang bukan-bukan tentang apa yang bakal berlaku ke atas untung nasib mereka.
Igauan ngeri mereka itu menggambarkan seolah-olah Malaysia ini akan dilanggar garuda. Kata-kata "Jika UMNO hilang kuasa, Melayu akan hancur" melambangkan kehebatan imaginasi para propagandis UMNO.
Imaginasi orang bersalah
Mereka membayangkan bahawa jika Pakatan Rakyat menang, maka Perdana Menteri adalah orang Cina dan bukan Melayu lagi. Mereka membentuk imaginasi mengatakan Islam akan hancur berkecai-kecai dan agama lain akan menjadi agama persekutuan. Begitu juga Bahasa Melayu yang dibayangkan akan lebur.
Mereka membayangkan bahawa kedudukan istimewa Melayu dan digantikan dengan hak sama taraf. Negara kita pula digambarkan akan menjadi sebuah negara republik, yakni tanpa Yang di-Pertuan Agong, Raja atau Sultan lagi.
Pendek kata, imaginasi propaganda UMNO ini membayangkan seolah-olah dunia Melayu akan kiamat jika rakyat menolak UMNO.
Igauan ngeri ini hanya lahir apabila seseorang pemimpin atau kumpulan yang dipimpinnya mula merasa bersalah dan berdosa. Perasaan bersalah itu kini sedang menyelubunginya, terasa seperti dibayangi oleh sesuatu, terasa sedang diburu oleh sesuatu. Maka muncullah satu fenomena yang kita kenal sebagai 'paranoid'.
Oleh sebab kesalahannya itu banyak dan besar, maka tanda-tanda untuk mereka menerima pembalasan akan tergambar dengan sendirinya dihati dan fikiran UMNO. Itulah yang sedang berlaku, mereka sedang membayangkan sesuatu yang buruk bakal menimpa diri jika gagal dalam PRU ke-13 kelak.
Mereka takut kesalahan-kesalahan yang pernah mereka lakukan selama ini akan terbongkar, kezaliman mereka akan didedahkan dan hal-hal rasuah mereka akan mula makan diri.
Kebijaksanaan rakyat
Namun, strategi propaganda seperti ini amat sukar dijual kepada orang Melayu dan Islam pada zaman ini kerana sudah ramai yang waras, bijak dan tidak mudah ditipu.
Orang Melayu tahu menilai kes National Feedlot Centre (NFC) yang jelas kesalahan kronisme dan salah guna kuasa. Mereka tahu Akta Perhimpunan Aman bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan kerana mahu menutup minda dan mulut rakyat.
Kebijaksanaan orang Melayu di zaman ini menjadi aset penting kepada mana-mana parti politik yang ingin memujuk mereka. Malah, bukan orang Melayu sahaja, malah sahabat-sahabat Bumiputera di Sarawak dan Sabah sudah mula sedar tentang perihal hak mereka dipermainkan oleh UMNO dan Barisan Nasional.
Ertinya, Melayu, Bumiputera dan semua kaum lain di negara ini semakin sedar bahawa satu perubahan positif amat diperlukan untuk keluar dari kitaran ganas yang hanya merugikan rakyat dari semua kaum dan agama.
Satu demi satu mitos ciptaan UMNO-BN telah terbukti palsu dan fitnah. Apabila PAS mengambil alih pentadbiran Kelantan pada 1990, UMNO-BN menuduh rakyat akan terabai, terhina dan jatuh miskin.
Selama 21 tahun, rakyat Kelantan setia dengan PAS. Oleh kerana tekanan keras dan sekatan daripada kerajaan pusat BN, maka Kelantan sukar untuk maju di segi ekonomi.
Sepatutnya dengan penindasan sedemikian, termasuk kengganan kerajaan pusat memberi royalti minyak kepada Kelantan, tentu negeri Cik Siti Wan Kembang itu menderita sebagai negeri paling miskin di negara ini.
Sebaliknya, rakyat negeri-negeri yang kaya dengan hasil bumi di bawah pemerintahan BN yang menderita dengan kemiskinan seperti Sabah, Terengganu dan Perak.
Kelantan bersama Kedah, Pulau Pinang dan Selangor kini berada di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat. Negeri mana yang telah bankrap? Negeri mana orang Melayu telah hilang harta dan hidup merempat? Negeri mana Islam sudah dimatikan? Negeri mana Sultan diturunkan dari takhta?
Apa yang menjadi pengetahuan umum – kecuali para propagandis UMNO – adalah kesemua negeri Pakatan menunjukkan prestasi yang lebih baik dari negeri-negeri di bawah penguasaan UMNO-BN.
Walau pun disekat bantuan kewangan, walau pun ditohmah, walau pun ditimbulkan kekecauan, Laporan Ketua Audit Negara saban tahun membuktikan kejayaan besar pentadbiran negeri-negeri Pakatan Rakyat.
Penentuan rakyat
Bayangkan jika rakyat memilih Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan pusat dalam PRU akan datang.
Jangan mudah terpedaya dengan tohmahan cacing kepanasan. Pakatan Rakyat telah sebulat suara menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Jika apa pun berlaku, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng telah pun berikrar menerima realiti politik bahawa Perdana Menteri adalah dari kalangan orang Melayu Islam.
Bukankah suatu ketika dahulu tokoh besar negara Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan bahawa Perlembagaan Persekutuan tidak menghalang orang bukan Melayu atau bukan Islam untuk menjadi Perdana Menteri?
Memang benar kenyataan itu tetapi Guan Eng sendiri sedar akan hakikat politik negara. Menerima Melayu sebagai Perdana Menteri adalah tanda penghormatan kepada kaum majoriti di negara ini di samping akur kepada hakikat demokrasi, asalkan yang memimpin negara itu bukan manusia yang kotor, rasuah dan suka menyalahgunakan kuasa.
Semua kisah yang dimomokkan para pemimpin UMNO itu hanya sekadar bayangan ketakutan mereka sendiri. Ketakutan inilah yang menjadikan mereka terus diburu oleh dosa-dosa kesalahannya.
Malah, dalam keghairahan mempertahankan kuasa, mereka kadang-kadang lupa bahawa dalam ramai-ramai 3.3 juta ahli UMNO, ada juga yang semakin meluat dengan telatah dan kerakusan pemimpin mereka sendiri.
Bukankah kerana marah dengan keangkuhan pimpinan UMNO dahulu, telah ada antara mereka yang mengundi Pakatan Rakyat dalam PRU 2008?– Roketkini.com
rakyat malaysia dari semua bangsa pembaca tukar tiub dari semua bangsa sila lihat gambar dibawah ini lihat dengan jujur lihat dengan hati terbuka lihat dengan hati yang ikhlas lihat betul bertul
kemudian: dan sila tanya betul kah muka ini muka melayu betul kah ini sosok melayu?
kemudian baca potongan berita ini:
One leader, Shaik Hussein Mydin, claimed that Malays and Islam were at risk in Penang, and said that PKR and PAS had "no power" to stop the repression of the Malay community there.
"PKR and PAS are 'bapok' (transvestites) and 'pondan' (effeminate) as these days they have no power to challenge DAP.
"A vote for DAP is a vote for the destruction of Islam," said the Penang Umno Youth chief to loud applause and shouts of "PKR, PAS tak ada telur!"
DENGAN TULUS DAN IKHLAS
KEMUDIAN SILA TANYA LAGI
siapa sosok ini adakah ianya melayu kenapa cakap hal telooo kenapa cakap hal bapok kenapa cakap hal pondan
lihat kembali gambar di atas kemudian sila tanya sekali lagi
apakah muka ini muka melayu? apakah sosok ini sosok melayu?
sila jangan tuduh tt rasis lihat muka dan baca potongn berita lihat dengan jujur dan baca dengan tulus ikhlas
Ini bukan saya yang kata tapi sakmongkol AK47 yang kata dalam blog beliau dalam posting Umno:Dari Modal Insan ke Modal Lembu dan kemaraan Fasisme Umno;
"Yang haramjadah, UMNO hari ini ramai mamak tongkang ini apa hal? Lama kelamaan, kalau orang Melayu tidak waspada, UMNO akan jadi United Mamak dan Naina Organization. Jangan marah ya orang UMNO- sebab kalau kita mempukimak orang lain, sehinga celupar memaki hamun tokoh agama, maka orang pun akan memaki kita"Baca di sini.
Maki hamun oleh Nana Tanjung ni semakin menjadi-jadi sejak Umno-Bn hilang Pulau Pinang dalam pru 13 yang lalu.Puak-puak ni kena tunjuk kuat dengan politik maki hamun untuk dicalonkan dalam pru 13 oleh Umno sebagai calon boleh menang.Cuba kita baca apa kata Nana Tanjung ni ;
Umno Youth calls Pas , PKR 'Bapok', 'Pondan', and Dap 'enemy of Islam'- M'insider
One leader, Shaik Hussein Mydin, claimed that Malays and Islam were at risk in Penang, and said that PKR and PAS had "no power" to stop the repression of the Malay community there. "PKR and PAS are 'bapok' (transvestites) and 'pondan' (effeminate) as these days they have no power to challenge DAP.
"A vote for DAP is a vote for the destruction of Islam," said the Penang Umno Youth chief to loud applause and shouts of "PKR, PAS tak ada telur!"
Honing in on the island's PAS state chief Datuk Salleh Man and state executive councillor in charge of religious affairs Abdul Malik Kassim (PKR), Shaik Hussin repeatedly called them "pondan" and "bapok."
Adakah ini muka Melayu?Adakah ini calon boleh menang Umno pru 13?Di mana senator Ezam Mat Noor dalam persidangan Umno?Setelah puas maki hamun Pas dalam persidangan Umno maka berkatalah pemimpin Umno kepada Pas berbincang kerjasama politik Umno-Pas!
Ahli parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin meneruskan desakannya agar Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil untuk meletakkan jawatan. Bung tahu yang Shahrizat kini telah menjadi liabiliti kepada Umno.
Persoalannya, mampukah Bung melawan blok Wanita Umno yang pada ketika ini masih lagi teguh dibelakang Shahrizat? Berita dari The Malaysian Insider dibawah:
Reconsider resignation calls, Bung urges Shahrizat By Clara Chooi
KUALA LUMPUR, Dec 3 — Although his colleagues are evading the touchy cattle scandal involving Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Umno MP Datuk Bung Radin stood by his call for her resignation today, agreeing the issue has become a liability to the party.
The outspoken Kinabatangan MP even dismissed the apparent unanimous show of support for Shahrizat during the Wanita Umno general assembly on Wednesday, saying, "We do not know what kind of support that was".
"Because no delegate has stated clearly what is that support — support for the party, yes, I know," he pointed out when met at the sidelines of the Umno general assembly today.
When asked if he believes that issue has become a liability to Umno, Bung(picture) nodded.
"I believe, because I am a strong party man," he said.
The Umno supreme council member said although Shahrizat had briefly explained the issue during the assembly, it was more important to take cognisance of public perception.
"This is not a question of explanation. I feel she has given her explanation already.
"This is not a question of who is wrong... it is a question of how the public accepts it," he said.
Bung Mokhtar reasoned that in the face of coming elections, it was important that Umno not be weakened by scandals linked to any individual.
"So I have already stated my stand — I request that she reconsider (resigning)... because of one individual, the part gets involved," he complained.
Banyak perkara menarik mengenai Perhimpunan Agung Umno 2011. Satu dripadanya ialah ucapan wakil Kedah, Mohd Kamal Saidin yang menggariskan ciri calon boleh menang (winnable candidate) parti itu perlu mempunyai sifat seperti Khalifah Islam Saidina Uthman Affan yang tidak meminta-minta untuk diberikan jawatan.
Dalam ucapanya di persidangan itu semalam, beliau berkata antara kriteria calon boleh menang daripada pandangan Islam ialah orang yang tidak meminta-minta, tidak melobi atau membeli jawatan.
"Contohilah Saidina Uthman bin Affan yang tidak meminta untuk diberikan jawatan Khalifah, sebaliknya diberi tanggungjawab atas amanah dan kepercayaan untuk memimpin umat Islam pada zaman itu," katanya seperti dilaporkan themalaysianinsider.com, semalam.
Calon boleh menang (winnable candidate) diketengahkan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dalam usaha memastikan kelangsungan kuasa parti itu di negara ini.
Laporan menyebut presiden sudah diberi mandat dalam perhimpunan itu untuk menentukan calon Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) berdasarkan ciri calon boleh menang (winnable candidate).
Umno jangan tunggu menjadi kenderaan yang tidak lagi dapat digunakan.
Mohd Kamal juga berkata perjuangan Umno perlu dilihat menepati kriteria perjuangan golongan beriman yang digariskan oleh Imam Shafie.
Berdasarkan pengalaman penulis bergaul dan "melakukan kerja" untuk Umno sejak 1991-1999, amat susah untuk mencari calon pilihanraya daripada parti itu yang mempunyai ciri seperti disebut Mohd Kamal – tidak meminta-minta untuk diberikan jawatan.
Sebaliknya, hampir semua pemimpin bukan sahaja meminta jawatan, malah berebut sehingga ke tahap sanggup 'berbelanja besar', hatta 'membunuh kerjaya politik lawan' di kalangan sesama Umno sendiri.
Ini bukan rahsia. Ia diketahui umum. Dan, Umno perlu menerima hakikat bahawa inilah antara 'perangai hodoh' pemimpin Umno yang sentiasa menggugat keutuhan parti itu – ia bukan sahaja perlu berdepan dengan Pas, Parti Keadilan Rakyat dan DAP, malah percakaran seteru politik dari kalangan dalam parti Umno sendiri.
Maknanya, jika ciri yang ada pada Khalifah Islam Saidina Uthman Affan mahu dijadikan satu daripada kriteria calon boleh menang (winnable candidate) Umno, kemungkinan besar parti itu tidak akan ada calon pada PRU13!
Secara jujur, jika Umno mahu kekal mendapat mandat di negara ini, ia perlu mengerah segenap kudrat menghapuskan perangai kotor lagi jijik di kalangan ahli dan pemimpinnya dalam meminta dan berebut jawatan, termasuk calon pilihanraya.
Namun, berdasarkan pemerhatian penulis sepanjang Perhimpunan Agung Umno 2011 setakat hari ini, Umno lebih berminat menghentam lawan sama ada Pas, Parti Keadilan Rakyat atau DAP – bukan berbincang dan merumus solusi konkrit bagaimana Umno patut mendepani PRU13.
Dalam kata lain, sepanjang perhimpunan itu, Umno lebih berminat 'mengkritik rumah orang lain walaupun rumahnya sendiri makin senget' (dan mungkin roboh dalam PRU13)! Tindakan mencemuh 'rumah orang lain' lebih ketara berbanding usaha 'membaiki rumah sendiri'.
Umno perlu akur bahawa pengundi kini makin cerdik dan aliran maklumat pula kian telus. Pemerintah tidak lagi dapat memilih mana maklumat mahu didedahkan dan mana maklumat mahu disembunyikan. Ini bukan zamannya lagi untuk Umno dapat 'bermain wayang' dengan rakyat. Rakyat kini tidak mudah dipujuk untuk hanya mengundi Umno.
Sikap dan pendirian Umno dalam pelbagai isu sedang diamati secara bersungguh-sungguh oleh pengundi.
Contohnya apabila Mohd Kamal turut menyebut bahawa 'perjuangan Umno perlu dilihat menepati kriteria perjuangan golongan beriman'.
Pengundi yang semakin berilmu, terutama berikutan kesedaran agama yang kian tinggi di kalangan pengundi beragama Islam, akan melihat Umno sebagai sebuah parti munafik (dan hipokrit) kerana dalam ia melaungkan 'perjuangan menepati kriteria perjuangan golongan beriman', pada masa sama parti itu menolak mentah-mentah hukum Allah taala seperti hudud dan sebagainya.
Pada masa sama pemimpin parti itu juga sering dikaitkan dengan pelbagai penyelewengan kuasa dan pembolotan kekayaan. Semua ini tentu sekali tidak serasi dengan 'perjuangan menepati kriteria perjuangan golongan beriman'. Dan, pengundi yang berilmu serta bermaklumat tentu sekali tidak akan menerima bulat-bulat apa sahaja sikap dan pendirian Umno.
Maknanya, jika Umno mahu kekal menang pada PRU13, banyak 'kerosakannya' perlu dibaiki segera kerana masa untuk pilihanraya sudah suntuk.
Jika diibaratkan sebagai sebuah kenderaan, Umno sudah terlalu banyak rosaknya. Ia perlu dibaiki dalam banyak perkara, malah jika perlu, enjinnya wajib ditukar!
Ini kerana jika rakyat mendapati Umno kini bukan lagi sebuah kenderaan yang sesuai digunakan, ia akan dibuang di tepi jalan dan tidak lagi dibenarkan bergerak di atas jalanraya.
program melawan untuk menghumbankan gerombolan dan sekutunya sila datang beramai-ramai
BANGUN DAN LAWAN
PAKATAN JAWAB TUDUHAN UMNO DALAM RAPAT MALAM INI – harakah daily
KUALA LUMPUR, 4 Dis: Pemimpin Pakatan Rakyat akan menjawab segala tuduhan yang dilemparkan oleh pemimpin Umno sepanjang perhimpunan agung parti itu, pada majlis Rapat Umum di Shah Alam malam ini.
Akan hadir membuat penjelasan malam ini adalah Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim, Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS DTuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.
Program yang akan bermula seawal jam 7 malam itu akan berlangsung di perkarangan Stadium Melawati sehingga jam 12 malam.
Dalam Perhimpunan Agung Umno yang berakhir semalam, Anwar antara individu yang dihentam kuat oleh pemimpin dan perwakilan Umno termasuk oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.
TAMPIN – Seorang ibu muda dijatuhkan hukuman penjara 24 bulan oleh Mahkamah Majistret Tampin, di sini semalam atas kesalahan dengan sengaja menyembunyikan kelahiran seorang bayi dan membuangnya dalam kawasan semak 22 November lalu.
Tertuduh, Nurul Izzati Syazwani Zulkarnain, 23, dari Taman Indah, di sini dan mempunyai dua orang anak mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Mahyun Yusof.
Berdasarkan fakta kes, tertuduh mendirikan rumahtangga pada 9 November 2007 kini dalam proses penceraian dengan suaminya sejak 2009. Bagaimanapun, Mac lalu, tertuduh berjumpa dengan suami dan melakukan hubungan seks beberapa kali pada masa tersebut.
Pada bulan sama, tertuduh melakukan hubungan seks dengan rakannya sebelum disahkan mengandung April lalu.
Di kemudian bertindak menyembunyikan kandungannya sehingga November lalu kerana gusar bapanya mungkin membuangnya dari keluarga.
Berdasarkan fakta kes juga, pada 22 November lalu, antara 2 pagi hingga 7 pagi tertuduh mulai berasa sakit hendak bersalin sebelum melahirkan bayi tersebut atas katil dalam biliknya.
Tertuduh kemudian memasukkan anaknya itu ke dalam beg merah jambu dan beg tersebut dimasukkan ke dalam beg kerjanya berwarna hitam. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada semasa itu anaknya masih hidup atau sudah meninggal dunia.
Kira-kira 10 pagi hari sama, tertuduh yang bertugas sebagai kerani operasi sebuah kolej pergi kerja dengan membawa beg hitam terbabit, manakala plastik hitam mengandungi kain dipenuhi darah serta cadar ke dalam tong sampah tempat kerjanya.
Manakala, beg hitam yang mengandungi bayi itu terus disimpan di sebelah tepi kaki kerusi dalam tempat kerja sehingga 5 petang.
Sebaik sahaja tamat kerja sekitar 6 petang, tertuduh pergi ke kawasan semak di Batu Belang dan membuang anaknya dengan cara menterbalikkan beg merah jambu berkenaan sehingga anaknya terjatuh ke dalam semak serta membuang beg merah jambu itu di lokasi sama.
Pada hari sama, ibu tertuduh menjumpai tompokan darah atas tilam tertuduh dan terdapat bau tidak menyenangkan.
Kerana tidak berpuas hati, ibu tertuduh memanggil anaknya itu pulang sebelum dihantar ke klinik yang kemudian mengesahkannya sudah mengandung.
Kes berkenaan dirujuk ke Hospital Melaka dan pemeriksaan mengesahkan tertuduh telah melahirkan anak menyebabkan doktor yang memeriksa tertuduh membuat laporan polis 26 November lalu.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Zahid Ahmad.
NEW DELHI: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi satu tip politik yang ringkas dan padat bagi pengundi rakyat Malaysia.
Sambil memuji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana "membetulkan kesilapan" dalam sistem politik, beliau berkata Najib perlu diberi peluang untuk memimpin negara.
"Beliau semakin popular, beliau membetulkan kesilapan yang telah dilakukan oleh pengganti saya. "Saya sokong Najib, beliau adalah yang terbaik, beliau layak diberi peluang," kata Dr Mahathir pada sidang akhbar di sini, Jumaat.
Negarawan yang berumur 86 tahun itu berada di sini untuk menghadiri sidang kemuncak tahunan pemimpin Hindustan Times di mana beliau menyampaikan ucaptama.
Dalam ucapannya, beliau memberi amaran terhadap pemimpin global untuk memerhatikan perubahan besar yang sedang berlaku kegagalan rancangan ekonomi pusat, pengaruh media sosial dan kerancakan orang ramai menyeberangi sempadan.
"Ini merupakan perubahan radikal yang berlaku dalam abad ke-21. Semua ini akan memberi kesan terhadap apa yang kita lakukan, bidang politik, ekonomi, sosial atau kewangan.
"Jika kita enggan mengakui perubahan ini, kita tidak akan mampu menghadapi cabaran-cabaran ini," katanya.
Dalam ucaptamanya bertemakan "Cabaran Perubahan Dalam Abad Ke-21", beliau berkata demokrasi bukan satu sistem yang buruk tetapi bukan satu penyelesaian bagi semua kelemahan politik.
"Demokrasi merupakan satu bentuk terbaik sesebuah kerajaan, bukan mudah untuk mentadbir kerana rakyat tidak faham mengenai batas-batas demokrasi," katanya lagi.- BERNAMA
Sumber: mstar.com.my
Note: Dulu belum serang Anwar, Tun pun puji Anwar melambung.. - PK"
SEORANG penduduk Mesir mengambil gambar mural lelaki dan wanita memakai penutup mata sebagai simbol tunjuk perasaan di Dataran Tahrir, Kaherah, semalam.Keputusan awal pilihan raya Mesir sahkan ramalan kejayaan besar
KAHERAH: Keputusan awal pilihan raya pertama Mesir selepas revolusi menunjukkan parti Islam mencapai kemenangan termasuk parti Salafi, dengan parti sekular berdepan kekalahan di banyak kawasan.
Perangkaan awal di kawasan yang mengundi di negara itu pada Isnin dan Selasa lalu, mengesahkan ramalan awal parti Islam akan menang sekurang-kurangnya dua pertiga daripada undian. Di Port Said, gabungan parti Islam diketuai pergerakan yang pernah diharamkan, Ikhwanul Muslimin, memperoleh 32.5 peratus undian manakala parti Al-Nur mendapat 20.7 peratus, lapor akhbar Al-Ahram.
Parti Wafd yang berfahaman liberal mendapat 14 peratus manakala satu lagi parti Islam, Al-Wassat, mencatatkan 12.9 peratus, menurut akhbar itu.
Di selatan daerah Laut Merah, parti Ikhwanul Muslimin memenangi 30 peratus undian manakala gabungan sekular Blok Mesir memperoleh 15 peratus.
Keputusan penuh pada awalnya dijadual disiarkan Rabu lalu tetapi ditangguhkan beberapa kali. Suruhanjaya Pilihan Raya berjanji petang kelmarin pada sidang akhbar yang huru hara untuk menyiarkan ia di laman web mereka. Ada juga peluang bagi pergerakan sekular yang memainkan peranan dalam menumbangkan pemerintahan bekas Presiden Hosni Mubarak selama 30 tahun Februari lalu selepas 178 hari mengadakan tunjuk perasaan.
Ia bagaimanapun dibayangi Ikhwanul Muslimin yang lebih teratur, amat dikenali penduduk Mesir kerana berdekad menjadi pembangkang kepada rejim Mubarak dan kerja kebajikan dan sosial yang menggalakkan.
Seorang calon liberal, Mohammed Abdel Ghani, memberitahu akhbar Al-Shorouq pergerakannya perlu berdepan dengan propaganda parti Islam yang menyatakan calon bukan parti Islam adalah kafir.
Di Kaherah, bintang pergerakan itu, Amr Hemzawi, memenangi kerusi di daerah Heliopolis tetapi di tempat lain, tokoh revolusi terpaksa bergelut untuk menang.
Di Dataran Tahrir, penunjuk perasaan kembali minggu lalu untuk membantah pemerintahan tentera yang mengambil alih teraju pemerintahan selepas Mubarak meletak jawatan tetapi bilangan berkurang kepada beberapa ratus saja semalam.
Menurut laporan akhbar Al-Masri Al-Yum, tiada calon wanita terpilih dalam pusingan pertama, dengan penyampai televisyen, Gamila Ismail, aktres Tayssir Fahmi dan calon Wafd, Nihal Aahdi, semuanya tersingkir.
Aahdi memberitahu akhbar itu kegagalan calon wanita kerana parti berasaskan agama menguasai masyarakat Mesir dan Ikhwanul Muslimin dan Salafi menguasai keputusan undian.
Ia cuma fasa pembukaan pilihan raya Parlimen yang dijalankan dalam tiga tahap tetapi keputusan menunjukkan aliran politik yang akan membentuk peralihan negara itu kepada demokrasi.
Bagi Dewan Parlimen, seluruh negara akan mengundi dalam dua tahap lagi lewat bulan ini dan Januari. Dewan Negara kemudian akan dipilih menerusi tiga tahap. – AFP
Panasss..Menteri nii Tanya,"Lu Mahu Berapa..??" Kata Bob Lokman
Bob Lokman kata pernah 2 orang menteri hubungi beliau. Penceramah dan pendakwah bebas saudara Bob Lokman mendakwa beliau telah dihubungi oleh dua orang menteri dan menawarkan sesuatu kepada beliau. Menteri terbabit dikatakan bertanya kepada Bob Lokman,"Engkau nak apa, Engkau nak berapa?".
Bob Lokman diminta datang ke pejabat mereka tapi tidak dilayan oleh beliau. Bob Lokman mendedahkan perkara tersebut dalam ceramah beliau malam tadi di Markaz Pas Cawangan Seksyen 18, Shah Alam. Bob Lokman tidak mendedahkan siapa dua menteri terbabit.
Bob Lokman kini semakin berani dan bersemangat selepas beliau dihalang pihak berkuasa JAIS kerana berceramah tanpa tauliah di sebuah masjid di Selangor. Pihak Jais telah keluar waran tangkap terhadap Bob Lokman. Ketika mengulas kes tersebut Bob Lokman berkata masjid terbabit telah tiga kali panggil beliau untuk berceramah sebab itu beliau datang.
Bob Lokman kata kes beliau hadir ke masjid tersebut untuk berceramah umpama menolong isteri jirannya minta tolong bawa kereta hantar beliau ke hospital untuk bersalin. Beliau kata tidak ada lesen memandu. Isteri jirannya kata bawa sajalah janji tidak accident. Sampai dipertengahan jalan tidak berlaku accident tapi ditahan polis kerana tidak ada lesen memandu dan dibawa ke balai polis. Kata Bob Lokman takkan tak ada sifat perikemanusiaan langsung pihak berkuasa kerana beliau menolong orang!
Ketika mengulas isu akta RUU yang diluluskan di parlimen Bob Lokman berkata rakyat jangan takut dengan ugutan pihak berkuasa. Sebagai contoh kata beliau Mahatma Ghandhi yang tahu beliau akan ditangkap telah hadir bersama-sama rakyat India yang lain ke jalanraya. Kata Bob Lokman sepatutnya apabila para peguam turun ke jalanraya bantah akta RUU semua rakyat turut serta biar pihak polis tak tahu yang mana satu peguam yang mana satu rakyat biasa.
Begitu juga apabila profesor Dr Aziz Bari dihalang tugas di UIA semua rakyat kena turut serta bantah bukan hanya golongan pelajar saja berdemontrasi. Jika semua rakyat turun di jalanraya berapa banyak sangat mereka mampu tahan dan tangkap?
"Jika pemimpin tidak mahu berubah rakyat akan mengubah. Apabila rakyat buat perubahan pemimpin akan bertukar" kata Bob Lokman dalam forum 'Apa Salah Kami?' di Markaz Pas Seksyen 18 Shah Alam.- Sumber: sini
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mengesahkan bahawa sejumlah 13 jenis produk yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) tidak menepati spesifikasi Peraturan Kawalan Makanan 1985 dan tindakan telah diambil untuk memastikan ia dikeluarkan daripada rak-rak jualan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong berkata, produk-produk itu ialah susu segar, susu sejat, susu pekat manis, sos tiram, jem buah-buahan, kari ayam tin, kordial mangga, minyak sapi, kacang tanah, mentega kacang berkrim,mentega kacang ranggup, sardin tin, dan soso tomato.
Katanya, produk-produk ini juga tidak menepati spesifikasi penglabelan, komposisi produk dan tidak menepati aspek keselamatan makanan.
Liow juga berkata, ekoran dari itu, pihak kementerian turut menjalankan pemeriksaan ke atas 30 kilang yang membekalkan makanan-makanan berkenaan ke kedai KR1M.
Beliau menyatakan pihak kementerian juga telah mengambil 93 sampel dari 43 produk makanan yang dijual di KR1M untuk tujuan analisis.
Katanya lagi, Kementerian Kesihatan akan terus memantau kualiti makanan yang dijual di kedai KR1M dan konsumer yang mempunyai maklumat ke atas sebarang produk yang meragukan supaya menghubungi pihak berkuasa dengan serta merta.
Isu mengenai kualiti produk yang dijual di KR1M yang tidak mematuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh kementerian telah dibangkitkan oleh ahli parlimen DAP, Tony Pua baru-baru ini.
Dalam hubungan ini, kata Liow tindakan Tony Pua mengumumkan tentang perkara tersebut secara terbuka telah menjejaskan pihak berkuasa menjalankan siasatan kerana apabila pemeriksaan dilakukan sebahagian daripada produk yang meragukan itu telah pun dikeluarkan dari rak jualan.
Bagaimanapun Liow berkata, pihak kementerian telah berjaya mengesan siapakah pihak yang mengeluarkan produk-produk makanan itu.
Tambah beliau dari Januari hingga Ogis tahun ini, 125,709 barangan yang dibawa masuk ke Malaysia telah diperiksa di bawah Sistem Maklumat Keselamatan Makanan.
"Hasil siasatan dan ujian mendapati, 1.1% daripada barangan ini didapati melanggar Akta Makanan 1983 dan Peraturan Kawalan Makanan 1985," ujarnya.
Untuk produk tempatan pula, 41,518 sampel telah diambil dari Januari hingga September tahun ini dan daripadanya 4.9% telah didapati melanggar Akta Makanan 1983 dan Peraturan Kawalan Makanan 1985.
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Tanda dengan marker kat kelender dinding masing2 bai. Kalau yang pakai Nokia 3310, bleh set reminder. Program heavyweight nih bai. Gua nak tengok orang Kelantan beratur tanya soalan kat panel2 heavyweight. Bertuah la lu orang ada team Ostad Baihaki, Saifuddin, etc yang komited membawa arus ilmu ke Kelantan.
Apabila Mat Sabu mengatakan bahawa Mat Indera yang menyerang Bukit Kepong sebagai Hero sebenar, Utusan telah melaporkan Mat Sabu sebagai menghina pejuang negara kerana menganggap komunis sebagai hero sebenar tragedi tersebut.
Berbekalkan fitnah yang disebar oleh Utusan itu berlumba-lumbalah blogger Pro UMNO memainkan isu ini, kononnya Mat Sabu dan PAS menyokong Komunis.
Mulalah mereka menghasut pesara-pesara Tentera dan Polis supaya mengutuk dan membuat laporan Polis terhadap Mat Sabu itu.
Bagi mereka Parti Komunis itu adalah sebuah Pertubuhan yang amat jahat dan tidak boleh dimaafkan..
Tetapi kemanakah pencacai-pencacai UMNO bilamana dalam Perhimpunan Agong UMNO 2011 yang telah berlangsung baru-baru ini, UMNO sendiri telah menjemput dua Parti Komunis menghadiri Perhimpunan mereka itu.
Dua Parti Komunis itu ialah Parti Komunis Cuba dan Parti Komunis China..
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata pelabur-pelabur akan meninggalkan Malaysia manakala negara berhadapan dengan 'kemusnahan diri' jika hukum hudud dilaksanakan di Malaysia.
Beliau melahirkan pandangan terbaru ini ketika polemik mengenai sistem perundangan Islam itu masih berterusan. Dua bulan lalu ketika kepimpinan PAS merayu kepada umum agar diberi peluang untuk melaksanakan hudud di Kelantan sebagai percubaan, Umno pula berkata kini bukan masa yang sesuai untuk berbuat demikian.
Dr Chua berkata sistem perundangan itu tidak adil kepada semua pihak khususnya ke atas kaum wanita selain mengenakan hukuman-hukuman kejam yang jelas bercanggah dengan konvensyen antarabangsa.
"Apabila rekod hak asasi kita tidak baik dan hukuman pula dianggap sebagai kejam, kedudukan global Malaysia akan merosot.
"Maka kita akan ada kesukaran untuk menarik pelaburan, malah pelabur-pelabur sedia ada juga kemungkinan keluar," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan forum mengenai hudud di Wisma MCA di sini.
Bekas menteri kesihatan ini meramalkan bahawa pasaran saham akan jatuh antara 10 hingga 20 peratus jika hukum hudud digubal dan ia juga akan memberi kesan ke atas kewangan pelabur-pelabur tempatan.
"Apabila kesemua sektor ekonomi berhadapan dengan kesan, semua rakyat Malaysia tidak kira agama akan mengalami kesannya," kata beliau lagi.
Pemimpin MCA itu menambah, sementara pentadbiran Barisan Nasional (BN) tidak sempurna, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekurang-kurangnya ada visi yang jelas bagaimana untuk memperbaiki negara.
Ini bercanggah dengan agenda hudud pembangkang, yang boleh membawa Malaysia ke arah "binasa diri", tegas Dr Chua.
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mengesahkan bahawa sejumlah 13 jenis produk yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) tidak menepati spesifikasi Peraturan Kawalan Makanan 1985 dan tindakan telah diambil untuk memastikan ia dikeluarkan daripada rak-rak jualan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong berkata, produk-produk itu ialah susu segar, susu sejat, susu pekat manis, sos tiram, jem buah-buahan, kari ayam tin, kordial mangga, minyak sapi, kacang tanah, mentega kacang berkrim,mentega kacang ranggup, sardin tin, dan soso tomato.
Katanya, produk-produk ini juga tidak menepati spesifikasi penglabelan, komposisi produk dan tidak menepati aspek keselamatan makanan.
Liow juga berkata, ekoran dari itu, pihak kementerian turut menjalankan pemeriksaan ke atas 30 kilang yang membekalkan makanan-makanan berkenaan ke kedai KR1M.
Beliau menyatakan pihak kementerian juga telah mengambil 93 sampel dari 43 produk makanan yang dijual di KR1M untuk tujuan analisis.
Katanya lagi, Kementerian Kesihatan akan terus memantau kualiti makanan yang dijual di kedai KR1M dan konsumer yang mempunyai maklumat ke atas sebarang produk yang meragukan supaya menghubungi pihak berkuasa dengan serta merta.
Isu mengenai kualiti produk yang dijual di KR1M yang tidak mematuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh kementerian telah dibangkitkan oleh ahli parlimen DAP, Tony Pua baru-baru ini.
Dalam hubungan ini, kata Liow tindakan Tony Pua mengumumkan tentang perkara tersebut secara terbuka telah menjejaskan pihak berkuasa menjalankan siasatan kerana apabila pemeriksaan dilakukan sebahagian daripada produk yang meragukan itu telah pun dikeluarkan dari rak jualan.
Bagaimanapun Liow berkata, pihak kementerian telah berjaya mengesan siapakah pihak yang mengeluarkan produk-produk makanan itu.
Tambah beliau dari Januari hingga Ogis tahun ini, 125,709 barangan yang dibawa masuk ke Malaysia telah diperiksa di bawah Sistem Maklumat Keselamatan Makanan.
"Hasil siasatan dan ujian mendapati, 1.1% daripada barangan ini didapati melanggar Akta Makanan 1983 dan Peraturan Kawalan Makanan 1985," ujarnya.
Untuk produk tempatan pula, 41,518 sampel telah diambil dari Januari hingga September tahun ini dan daripadanya 4.9% telah didapati melanggar Akta Makanan 1983 dan Peraturan Kawalan Makanan 1985.
SHAH ALAM, 4 Dis - Penganalisis politik Prof Dr Abu Hassan Hasbullah tidak yakin Umno akan memperoleh balik sokongan yang bulat meskipun Datuk Seri Najib Razak menyifatkan Perhimpunan Agung Umno yang berakhir semalam telah mencapai empat objektif dan meletakkan anggota parti dalam keadaan siap siaga menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Dalam ucapan penggulungannya, Najib selaku Presiden Umno dan Perdana Menteri berkata para perwakilan partinya telah mengarap dengan baik empat objektif yang ditetapkan oleh beliau pada permulaan perhimpunan itu.
"Saya rasa tidak. Sebab Perhimpunan Agung Umno kali ini gagal memberi, tidak meninggalkan satu harapan yang besar dan berkesan (kepada ahli-ahli Umno dan rakyat)... ia gagal membincangkan isu-isu yang besar menyentuh kepentingan rakyat kecuali perkara-perkara tertentu yang menjadi bahan jenaka dan menghentam pihak-pihak, individu tertentu.
"Mana ada perbincangan mengenai isu-isu alam sekitar, pembangunan, prasarana yang menyentuh soal dasar, polisi kerajaan.... tidak ada, jadi saya melihat ia tidak memberi harapan yang diharapkan," kata beliau ketika ditemui selepas Forum "Bersekutu Mendesak Perubahan" anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) di sini malam tadi.
Oleh kerana ia tidak berjaya membawa kepada keyakinan dan harapan, Abu Hassan yang merupakan pensyarah Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya menjelaskan, kemungkinan sukar bagi parti berkenaan mendapatkan balik sokongan penuh yang diharapkan oleh Najib sendiri.
Antara lain dalam ucapan penggulungannya Najib berkata bahawa perhimpunan yang berakhir semalam telah mencapai empat objektif iaitu pertamanya, beliau mahukan perhimpunan itu menggambarkan Umno satu parti yang ampuh dan bersatu serta menyakinkan berjuta rakyat dan pengundi bahawa Umno adalah sebuah keluarga dan sebuah organisasi politik serta teras politik tanah air dalam keadaan kukuh dan padu.
Objektif kedua, Najib mahukan perhimpunan itu membuktikan Umno sebagai sebuah parti bermaruah dan berada dalam tahap kesiapsiagaan menghadapi pilihan raya.
"Objektif ketiga, saya ingin supaya melalui perhimpunan ini kerajaan mendapat sokongan gagasan kita untuk membawa perubahan yang besar kepada negara kita yang kita gagaskan sebagai pelan transformasi nasional," katanya.
Dalam objektif keempatnya, Najib telah mahukan perhimpunan itu menjadi pengisian dan memberi isyarat serta mesej yang jelas bahawa 12.4 juta pengundi dan 28 juta rakyat Malaysia boleh meletakkan keyakinan bahawa Umno akan membawa negara dan rakyatnya ke arah masa depan yang lebih cemerlang.
Najib juga berkata perhimpunan kali ini juga telah mencipta satu sejarah apabila ia diakhiri dengan satu ikrar atau bai'ah yang diketuai oleh timbalan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin bertujuan untuk sumpah setia dan taat kepada parti dan pemimpin.
Dalam ucapan pada forum malam tadi, Abu Hassan juga menggesa pentadbiran Najib agar tidak meneruskan pembentangan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang dibantah banyak pihak.
"Saya sebagai ahli akademik tidak setuju dengan rang undang-undang ini," kata Abu Hassan dengan lantang sambil menambah, beliau beliau sahaja tidak bersetuju malah ramai lagi.
Katanya, ramai tidak bersetuju kerana kerajaan gagal membawa bersama rakyat yang merupakan pihak utama berkepentingan untuk memberi pandangan.
"Saya berharap kerajaan kembali kepada rakyat semua lapisan untuk mendapatkan pandangan mereka. Ahli politik cuma satu lapisan dalam membuat keputusan. Dapatkan pandangan ahli akademik, doktor jurutera dan sebagainya.
"Masih ada masa, jangan teruskan pembentangan di Dewan Negara, balik kepada rakyat," katanya sambil mempersoalkan objektif yang tersirat di sebalik penggubalan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman dengan tergesa-gesa.
"Saya mengesyaki sesuatu, ada sesuatu yang tidak kena. Mengapa perlu digubal dengan tergesa-gesa, tiada keperluan yang terdesak untuk bawa undang-undang ini sekarang, penggubalan ini boleh dibawa tahun depan," katanya lagi.
Cuba korang lihat dimanakah kedudukan Najib didalam senarai 'World's 500 Most Influential Muslims 2011 yang diusahakan oleh Royal Islamic Strategic Studies Centre, Amman ini setelah puluhan juta RM duit rakyat dihabiskan oleh beliau semata-mata untuk membina imejnya..
Adakah beliau berjaya mengatasi populariti Anwar Ibrahim dan juga TG Nik Aziz di dalam carta di dunia mahupun di Malaysia? Atau masih dibelakang mereka berdua lagi.
Di bahagian 'Honorable Mentions' ada nama Anwar Ibrahim sahaja..
Political
These leaders possess high positions of power over substantial groups of people
and exert influence from their status, reputation, or political clout.
Berapa puluh juta RM lagikah yang akan dileburkan oleh Najib bagi membolehkan namanya disenaraikan mengatasi nama Anwar Ibrahim dimata dunia?
Begitu terdesak dan tak yakinnyer UMNO kepada para angotanya hinggakan ada yang mencadangkan agar ahlinya bersumpah bai'ah.
Kah kah kah kah....
Bersumpah untuk tidak mengkhianati atau sabotaj parti dan calon yang dipilih untuk bertanding dalam PRU 13, jika ada yang tidak terpilih menjadi calon.
Kah kah kah kah...
UMNO parti copycat!!
Berudu mengata lipas... puji sang angkut-angkut Dulu mengata PAS kini UMNO pulak nak ikut
Lawak... lawak... UMNO pun nak bersumpah bai'ah??
Shame on you copycat!!
Weh.... obvious malaon-malaon UMNO ni tak boleh dipercayai. Mereka berebut-rebut nak jadi calon. Fuuhh... Glamour beb!! Kalau menang boleh jadi kayo! Yahoo!! Pakcik kayo!! Pakcik kayo!!
Tak terpilih kalau.... merajuk dan bikin komplot untuk sabotaj parti serta calonnya. Tambahan pulak, sekarang ini sibuk mereka memperkatakan untuk meletakkan calon-calon winnable. Maka, pasti akan ada banyak dalam kalangan mereka yang akan ter'pancung' dan terlopong tak dapat jadi calon.
Seperkara lagi.... apakah kriteria yang ditetapkan sebagai winnable candidate mereka.... Entahler, wallahua'lam...
Apakah kuat dan pakar membodek salah satu daripada kriterianyer?? Sebab banyak dalam kalangan malaon-malaon UMNO, lately ini.... memang menunjukkan tahap membodek yang amat ketara sekali.
Dan.... dalam hal bersumpah ini pun, sudah menjadi very popular dalam kalangan malaon-malaon UMNO, termasuklah yang para pemimpin yang dok di atas. Sikit-sikit bersumpah.... Sikit-sikit bersumpah... Sumpah... sumpah ni sudah menjadi permainan bibir mereka jer. So... aku tak heran jika sumpah bai'ah ini pun mereka akan permainkan. Mereka peduli apa jika mereka bersumpah, sebab mereka bukan bersumpah dengan ikhlas dan rela hati tapi kena paksa.
Kah kah kah kah...
Sumpah.... sumpah jugak. Sabotaj jalan jugak... jika tidak dicalonkan atau jika orang mereka tidak dicalonkan. Apa yang mereka pentingkan ialah kuasa untuk menjadikan mereka kaya. Mereka hanya pikirkan kesenangan duniawi beb. Implikasi daripada sumpah yang mereka lafazkan, mereka peduli apa. Mampuih pi la...
UMNO... UMNO... Terdesak sekali mereka untuk menang dalam PRU13 ini. Persoalannya... ada ke calon winnable dalam kalangan mereka yang mostlynyer haprak-haprak belaka, sedangkan Pakatan Rakyat semakin popular dan lekat di hati rakyat??
Bersumpah bai'ah ke... Tak bersumpah bai'ah ke... UMNO tetap akan berhadapan dengan sabotaj daripada pihak yang tidak berpuas hati dengan pemilihan calon-calon PRU13-nya nanti. Sebab apa?? Sebab... UMNO memang parti yang busuk hati!! UMNO memang parti hasad dengki.
Menyedari akan hakikat inilah, maka beramai-ramailah mereka diarahkan berikrar dan bersumpah di penghujung pesta UMNO 2011 agar mereka taat dan setia kepada parti untuk elakkan parti mereka tak mati dalam PRU13 nanti.
Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said mahu anak muda di negara ini menolak janji 'game change' yang disebut Datuk Seri Najib ketika Perhimpunan Agung Umno lalu.
Malah menurutnya, apa yang lebih penting pada waktu ini adalah 'regime change' untuk mengubah kerajaan sedia ada kepada kerajaan yang lebih baik.
"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) menyebut perlu ada 'game change'. Tapi pada saya game change itu kecil.
"Kita mahukan perubahan rejim (regime change), bukan sekadar 'game change'," katanya ketika mengetuai himpunan lebih 200 orang membantah Rang Undang-undang (RUU) Himpunan Aman 2011 di KLCC semalam.
Seruan itu dibuat sebagai tanda kecewa dan protes terhadap tindakan kerajaan Umno BN yang telah meluluskan RUU itu pada persidangan Dewan Rakyat minggu lalu.
Katanya, tindakan yang cuba menghalang hak rakyat itu tidak wajar dibiarkan dan rakyat perlu membuat perubahan dengan merubah kerajaan yang ada.
"Kalau ini dibiarkan, masyarakat akan jadi masyarakat yang takut, tidak berani bagi fikiran, dan terus di bawah jajahan," katanya.
Najib dalam ucapannya di perhimpunan parti itu sebelum ini memberi peringatan kepada seluruh anggotanya agar besedia menghadapi perubahan permainan politik (game changer) jika mahu terus releven untuk PRU-13.
Peringatan itu dilihat sebagai satu kebimbangan Umno berdepan segala perubahan khususnya di kalangan anak muda yang sekarang ini boleh mendapatkan maklumat yang pelbagai.
Penasihat agama Menteri Besar Terengganu, Mohd Kamal Sadin hari ini mendakwa hukum hudud yang digubal oleh kerajaan negeri Kelantan adalah bertentangan dengan hukum Allah.
Bercakap pada forum berjudul 'Hudud dan implikasinya terhadap bukan Islam di Malaysia' di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur, Mohd Kamal (kanan) berkata beberapa peruntukan dan Enakmen Hudud Kelantan 1993 adalah tidak mengikut al-Quran dan Hadis.
"Antaranya, Mukallaf (akil baligh) ditarifkan sebagai seseorang yang berusia lebih 18 tahun dan boleh berfikir dengan waras, ini undang-undang British dan Eropah, bukan undang-undang Islam.
"Dalam Islam, Mukallaf adalah pada usia 15 tahun."
Katanya lagi, mengikut undang-undang berkenaan, meliwat ke atas isteri juga dibenarkan.
"Dalam Islam, ini sepatutnya haram."
Mohd Kamal juga menolak hujah PAS bahawa hukum hudud hanya akan membabitkan orang Islam kerana katanya, pada zaman Nabi Muhammad SAW, hukum itu juga terpakai kepada bukan Islam.
Menurut beliau di bawah hukum hudud PAS, mangsa rogol beragama Islam akan dihukum manakala bukan Islam yang merogol gadis atau wanita berkenaan tidak akan didakwa.
"Jadi, bagaimana boleh ada dua set undang-undang. Ini tidak adil."
PAS, dakwa Kamal, sengaja menggubal undang-undang itu demi kepentingan politik mereka.
Dewan Pemuda PAS Pusat mendakwa, tindakan perwakilan Umno yang mempolitikkan isu HIV tinggi di negeri Pakatan Rakyat hanya sekadar mahu menutup pekung rasuah kepimpinan mereka.
Pengerusi Lajnah Pekerja dan Professional Muda dewan itu, Dr Ghazali Hasbullah berkata, tindakan yang cuba menunjukkan hanya di negeri Pakatan Rakyat sahaja berlaku peningkatan kes HIV adalah satu sikap yang amat tidak bertanggungjawab.
"Umno sudah kekeringan isu untuk dihidangkan kepada rakyat menjelang ketenatan imej rasuah pemimpin mereka.
"Isu peningkatan kes HIV di Kelantan tidak perlu dijadikan jenaka. Ia bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia," katanya.
Beliau mengulas kenyataan perwakilan Umno semasa perhimpunan agung parti itu yang menghentam kerajaan Kelantan yang dipimpin PAS ekoran statistik tersebut.
Mengikut Statistik Kementerian Kesihatan, 28.8 orang daripada 100,000 rakyat Kelantan dijangkiti HIV.
Ia kemudiannya diikuti negeri Pahang dengan 24 orang, Kuala Lumpur (18) dan Johor (15.5).
"Kalau pemimpin Umno BN begitu rakus untuk mengatakan bahawa kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat tidak melaksanakan tanggungjawabnya, bukankah semua badan pencegahan itu adalah tanggungjawab kerajaan persekutuan? Polis, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (ADK), Hospital dan Jabatan Kesihatan, Kementerian Penerangan dan Kementerian Pendidikan yang kesemuanya itu di bawah Kerajaan Persekutuan.
"Persoalannya, apakah Umno mahu menyalahkan seluruh jentera kerajaan persekutuan itu atas peratusan kes HIV yang mereka sangka adalah akibat dari kelemahan kerajaan negeri," soalnya lagi.
Beliau juga menjelaskan, Kelantan antara negeri yang paling komited melakukan usaha pencegahan HIV sejak dipimpin Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz.
Bukan sahaja melalui perlaksanaan undang-undang Islam yang dihalang oleh Umno, tetapi Kelantan juga katanya berusaha dengan pelbagai pendekatan lain.
"Kelantan adalah negeri pertama yang melaksanakan program Pengurangan Kemudaratan (Harm Reduction) di bawah Kementerian Kesihatan, Kelantan antara negeri yang terawal mewajibkan saringan HIV Pra-perkahwinan (premarital HIV screening) bagi pasangan yang akan mendirikan rumahtangga.
"Kelantan memperuntukkan sebahagian dana kerajaan negeri kepada Pertubuhan Masyarakat Prihatin sebuah badan NGO yang sangat aktif menangani mangsa HIV, memberikan latihan kepada para imam di seluruh negeri Kelantan dan banyak lagi," jelasnya.
Umno didakwa terus meniupkan sentimen perkauman dengan tujuan menakutkan rakyat di negara ini, khususnya orang Melayu bahawa parti itu bercadang menuntut kerusi perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menguasai Putrajaya pada pilihan raya akan datang.
Menurut setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng, perkara itu adalah mustahil kerana di anatara komponen Pakatan, DAP bertanding bilangan kerusi parlimen yang paling kurang.
"Dalam pilihanraya umum 2008, DAP bertanding 47 kerusi Parlimen, PAS 66 dan PKR 97.
"Macam mana sebuah parti yang hanya bertanding 47 kerusi boleh memimpin Pakatan?
"Jelas ini adalah permainan perkauman bahaya untuk menimbulkan kebencian dan ketakutan ke atas DAP dan bukan Melayu," kata Lim semasa perasmian kongres Wanita DAP Pulau Pinang.
Katanya, Umno sebenarnya kini dalam keadaan terdesak kerana kerajaan persekutuan bukan sahaja diselubungi gejala rasuah berleluasa, malah dicemari dengan agenda serta retorik ketuanan dan perkauman.
"Kepimpinan yang lemah oleh Perdana Menteri Najib Razak menyebabkan agenda transformasi yang dilaung-laungkan oleh kerajaan persekutuan gagal sama sekali.
"Laporan Indeks Persepsi Rasuah terbaru menunjukkan Malaysia merundum lagi, kali ini di tangga ke-60 daripada tangga ke-56 tahun lepas. Ini merupakan prestasi paling teruk dalam tempoh sepuluh tahun," katanya.
Menurut Lim yang juga adalah ketua menteri Pulau Pinang, Najib dan konco-konconya semakin tertekan apabila DAP dan Pakatan Rakyat menawarkan harapan baru kepada rakyat.
"Walaupun pada awalnya DAP dan Pakatan Rakyat dilihat sebagai tidak berpengalaman untuk mentadbir kerajaan, namun kejayaan kita di Pulau Pinang, serta di negeri Kedah, Selangor dan Kelantan telah menunjukkan bahawa, kita tidak berpengalaman tentang rasuah dan kronisme yang dibudayakan dalam parti pemerintah di peringkat kerajaan pusat," kata Lim.
Beliau seterusnya membandingkan pentadbiran Pakatan dengan BN yang dikritik oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 kerana terlebih belanja RM3.7 bilion dan juga mengenai skandal RM250 juta "lembu dan kondo" yang membabitkan keluarga seorang menteri kabinet.
"Demi menutupkan kelemahan penyelewenban kewangan dalam BN, Umno menggunakan senjata terakhir iaitu memainkan isu perkauman dan agama terhadap DAP, penganut Kristian, masyarakat Cina dan pengundi DAP.
"Itulah sebabnya kita mesti Bersihkan Malaysia demi menghalang BN menang balik Pulau Pinang dan majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum ke-13, di mana rakyat akan dipimpin oleh puak rasis yang anggap bukan Melayu warganegara kelas ketiga dan Melayu mudah ditipu supaya rasuah boleh bermaharajalela"
Lim juga menghuraikan kejayaan-kejayaan Pulau Pinang yang diterajuinya. Antaranya:
negeri yang meraih perlaburan yang terbesar pada 2010, - RM12.2 billion, iaitu paling tinggi dalam sejarah negeri.
dipuji sebagai negeri yang terbaik dalam pengurusan kewangan oleh Laporan Ketua Audit Negara dengan lebihan bajet RM1.13 bilion.
pengurangan hutang yang paling besar - 95 peratus atau RM600 juta daripada RM630 juta pada 8 Mac 2008 kepada RM30 juta pada akhir Oktober 2011.
berjaya mengurangkan kadar jenayah sebanyak 27 peratus - penurunan yang paling tinggi di Malaysia.
negeri pertama dalam usaha pemuliharaan alam sekitar dan kempen hijau, termasuk menjadi negeri pertama melarang penggunaan beg plastik yang mencemar alam.
negeri tunggal dipuji oleh Transparency International atas usaha lawan rasuah dengan memperkenalkan tender terbuka.
negeri pertama di Malaysia yang membasmi miskin tegar dan membolehkan setiap keluarga memperolehi sekurang-kurangnya RM600 sebulan.
negeri pertama melaksanakan dasar pro kebajikan rakyat dengan memberi sumbangan RM100 setiap tahun kepada warga emas, ibu tunggal, OKU, pelajar Darjah 1 dan 4 serta Tingkatan 1 dan 4, serta bayaran one-off sebanyak RM200 kepada bayi kelahiran baru, RM1,000 kepada pelajar IPTA dan RM1000 kepada waris-waris.
mencatat peningkatan bilangan penumpang udara yang tertinggi pada tahun 2010.
menyumbang lebih 60 peratus daripada penerimaan pelancongan perubatan di Malaysia
Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa kononnya pemimpin-pemimpin PAS tidak tahu tentang konsep Negara Berkebajikan, jelas bertujuan untuk menyembunyikan kejahilannya sendiri yang sebenarnya tidak tahu perkara itu.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, realiti itu tidak perlu disembunyikan lagi oleh Muhyiddin kerana dakwaan beliau itu ternyata tidak berasas.
Menurut beliau, para pemimpin PAS telah pun menunjukkan contoh konsep Negara Berkebajikan sejak PAS berjaya memerintah Kelantan 21 tahun lalu yang kini turut diikuti di negeri-negeri lain yang berada di bawah Pakatan Rakyat.
Katanya, sekiranya pemimpin-pemimpin PAS tidak tahu tentang konsep Negara Berkebajikan, tidak mungkin mereka bercakap mengenainya dan berkemampuan melaksanakannya seperti yang telah ditunjukkan di Kelantan.
"Dia yang tak reti. Bukan pemimpin-pemimpin PAS yang tak tahu. Kalau pemimpin pemimpin-pemimpin PAS tak tahu macam mana boleh dilaksanakan di Kelantan," katanya ketika ditemui di sini.
Muhyiddin ketika berucap merasmikan perhimpunan agung Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno Malaysia pada perhimpunan agung parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, 29 November lalu berkata, pemimpin-pemimpin PAS hanya sekadar tahu menyebut tentang Negara Berkebajikan tetapi sebenarnya tidak tahu tentang konsep sebenar Negara Berkebajikan.
Realiti itu didakwa berbeza dengan pemimpin-pemimpin Umno yang bukan sekadar tahu perkara itu, tetapi telah melaksanakannya sejak memerintah negara berpuluh tahun lalu.
Menurut Mohamad Sabu, kenyataan seperti itu tidak sepatutnya dibuat oleh Muhyiddin kerana ia tidak mungkin berkemampuan mempengaruhi orang ramai, melainkan hanya akan memalukan dirinya sendiri sahaja yang terbukti jahil tentang konsep Negara Berkebajikan yang sebenar.
Sebelum ini, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno, katanya, pernah membuat kenyataan seperti itu dan membandingkannya dengan langkah-langkah yang telah dilakukan oleh Kerajaan BN tentang sekelumit bantuan kebajikan yang diberikan kepada rakyat menerusi agensi-agensi kerajaan.
"Tetapi langkah-langkah yang dibuat oleh Kerajaan BN itu masih jauh dengan konsep Negara Berkebajikan sebenar. Untuk mengetahuinya, Muhyiddin perlu menelitinya dengan mendalam dengan apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan PAS di Kelantan," katanya.
Antaranya contoh yang telah ditunjukkan di Kelantan, tambahnya, dengan memberikan cuti 2 hari kepada kakitangan kerajaan yang kemudiannya turut diikuti di negeri-negeri Pakatan Rakyat.
"Langkah Kerajaan PAS Kelantan memberikan cuti 2 hari kepada kakitangan kerajaan itu pada mulanya dikritik dan ditentang hebat oleh Umno BN, tetapi kemudian Kerajaan BN sendiri juga turut mengikutinya.
"Selain itu, di Kelantan juga turut dilaksanakan skim takaful, bantuan kepada ibu tunggal dan lain-lain bantuan kepada rakyat, manakala segala urusan kerajaan dengan rakyat pula dipermudahkan," katanya.
Itu, katanya, hanyalah sebahagian sahaja dari langkah yang telah dilaksanakan di Kelantan, manakala sebahagian contoh di Selangor pula dengan sebahagian pemberian bekalan air percuma.
"Di Pulau Pinang pula, diberikan RM100 kepada setiap anak negeri itu yang baru lahir sebagai sebahagian bantuan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang kepada rakyat di negeri itu," jelasnya.
Kerajaan PAS Kelantan, tegasnya, walaupun miskin, tetapi tetap berkemampuan melaksanakan segala tanggungjawabnya dengan baik, ekoran kefahaman para pemimpin PAS sendiri tentang konsep Negara Berkebajikan.
"Kini, banyak langkah yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan PAS Kelantan itu yang pada mulanya dikritik dan ditentang hebat oleh Umno BN, tetapi telah ditiru satu demi satu oleh Kerajaan BN.
"Jadi siapa sebenarnya yang tak tahu tentang konsep Negara Berkebajikan? Ternyata bukan para pemimpin PAS yang tak tahu, tetapi Muhyiddin dan pemimpin-pemimpin Umno sendiri yang jahil mengenainya," ujar beliau
Terengganu Negeri Kaya Rakyat Miskin Umno Buang Tabiat
PAGI ini saya hendak sambung cerita politik negeri 'penyu menangis' yang tertangguh beberapa hari lalu kerana ditindih intri dan kisah-kisah ataupun ulasan politik bersempena dengan perhimpunan agung Umno ke 62 dan kunjungan saya ke Batam. Perhimpunan agung Umno berakhir semalam, hari ini saya percaya kesemua para perwakilan sudah sampai ke destinasi masing-masing dengan selamat.
Mungkin ada perwakilan dan pemerhati yang telinganya masih terngian-ngian dengan ucapan presiden atau pun terkenang kepada lafaz ikrar yang diketuai oleh Udin anak Yassin. Mungkin ada yang berfikir sejauh manakah ikrar itu akan dipatuhi dan ditaati. Atau ada juga yang berfikir kenapa orang Umno sampai diminta berdiri untuk melafazkan ikrar, yang belum pernah berlaku dalam sejarah Umno selama 62 tahun. Teruk sangatkah Umno atau Umno sudah dilanda sindrom sumpah laknat Datuk T?
Atau ada juga yang akan berfikir apakah perhimpunan agung Umno itu adalah perhimpunan terbesar yang akhir. Selepas ini, apabila UBN tidak menjadi kerajaan maka Umno akan lunyai, lemah dan akhirnya perlahan-ahan akan lupus seperti mana lesapnya dinosur. Mungkinkah begitu? Maka berbaurlah dengan berbagai-bagai perasaan, ketakutan dan kegelisahan di dalam kepala orang Umno terhadap apa yang ditunjukkan dalam perhimpunan selama tiga hari tiga malam itu.
Dalam budaya orang Melayu ada kepercayaan kalau seseorang itu menunjukkan tabiat luar biasa, mempamirkan keanihan-keanihan termasuk memaki hamun orang lain menandakan dia akan meninggalkan dunia ini tidak lama selepas itu. Jadi suasana, telatah dan kelainan yang ditunjukkan dalam perhimpunan itu kali ini seolah-olah Umno sedang membuang tabiat sebelum ajal tiba.
Ataupun ada juga yang melupai segala apa yang diucap, dirumus dan disepakati dalam perhimpunan itu. Sebaik saja melangkah keluar bendul dewan Merdeka, mereka bebas dari terikat dengan Umno. Mereka melupai segala amanat pemimpin dan apa yang tersekang di dada hanya cemuhan melampau kepada pembangkang yang mereka merasakan satu tindakan yang kurang siuman.
Mereka sebenarnya sudah membenci dan tidak mempercayai kepada Umno lagi. Mereka hadir hanya kerana diupah dan untuk mendapat one-off - elaun perhimpunan atau sekadar mengambil kesempatan di musim cuti sekolah untuk datang ke Kuala Lumpur melihat binatang di zoo negara di Hulu Kelang atau sekadar untuk perkenakan nasi kandag dan tea tarik yang ditempat mereka tidak ada. Begitukah. Dan dalam penialaian saya tidak sampai 30 peratus perwakilan dan pemerhati komited yang sedia melakukan perubahan.
Mungkin mereka sendiri sudah membuat tekad dan nekad di dalam hati, bahawa perubahan perlu dilakukan dalam pilihan raya ke-13. Umno parti yang mereka warisi tetapi sudah cacat matlamat perjuangannya tidak perlu diberikan mandat dan peluang lagi. Cukuplah selama 57 tahun berkuasa, berilah kepada parti lain pula untuk menunjukkan kebolehan dan kemampuan mereka. Tidak salah... mungkin ada yang berfikir begitu dan kini sudah siap dengan niat untuk memancung dan menjadikan Umno sebagai sapi korban.
Atau mungkin juga sebahagian perwakilan dan pemerhati membuat penilaian semula terhadap kata-kata yang kononnya kuasa Melayu akan hilang bila Umno tidak berkuasa, ataupun kedudukan Islam tergugat kalau Umno tidak berkuasa. Atau keadaan Melayu akan merempak di bumi sendiri. Mereka sedang mengkaji dan merenung sejauh manakah kebenaran kata-kata itu menjadi kenyataan atau sekadar acahan dan ancaman untuk menakut-nakutkan orang agar tidak terus berubah dengan memberi sokongan kepada Umno laksana orang tua mengusik anak kecil jangan menangis dengan menyebut nama-nama momok yang pelik.
Sebab mungkin ada yang cerdik dan mindanya tidak terpasung dengan mitos dan doktrin Umno itu, akan insaf bahawa kekuatan Melayu bukan saja terletak ditangan Umno, tetapi ditangan Melayu yang insaf, jujur dan ikhlas. Kalau Umno satu-satu wadah Melayu masakan hanya 3.3 juta saja yang bersama Umno dan yang lain berada diluar dan lebih sesuku dari Melayu menentang Umno.
Begitu juga kekuatan Islam itu bukan semestinya ditangan Umno. Kekuatan Islam itu berada ditangan semua bukan Islam tanpa mengira apa bangsa dan rupa kulit mereka sebab Islam itu adalah hak semua orang dan Tuhan tidak pernah memerintah ianya dijaga oleh Melayu. Nama Melayu tidak pun disebut usahkan penuh, hatta separuh pun tiada dalam al-Quran, yang ada orang mukmin.
Nampaknya itulah yang ditekankan oleh pemimpin Umno termasuk Ha Najib Razak. Menjadikan Melayu sebagai modal. Menjadikan Islam sebagai umpan untuk memancing orang Melayu supaya terus memberi sokongan kepada Umno. Menakutkan orang Melayu dengan kehilangan bangsa dan agama jika Umno kalah dan tidak berkuasa.
Mereka yang tohor pemikiran dan berada dalam mangkuk tandas Umno atau menjadi "gogat" (jejentik) yang mendiami kelotong nyiur akan menerima hujah itu. Gogat hanya akan terbang meninggalkan kloni tradisinya setelah tumbuh sayap sebelum mati 'dikenyek'. Mereka akan percaya dan yakin dengan apa saja yang pemimpin mereka ludahkan ke dalam mulut mereka. Orang-orang seperti ini sebenarnya lebih teruk dari keldai dan lembu gemuk yang diheret dan dikurung (fid) kemudian disembelah.
Tetapi tidak kepada perwakilan yang otaknya terbuka, bermaklumat, berfikir kritis dan mengenali hatibudi Umno terutama generasi muda terpelajar dan mereka yang tahu menilai segala propaganda itu, tidak enteng untuk menelan segala dakyah dan doktrin itu. Itu semua hanya mitos, hanya bida'ah dan kurafat ciptaan pemimpin Umno. Atau pun helah para periwayat untuk memanjangkan masa pemerintahannya sahaja.
Mereka adalah tukang jual ubat yang menyihir para pelanggan agar membeli ubat yang dijual sedangkan mujarabnya tiada sama sekali. Ada kalanya ubat yang dibungkus di dalam kertas dan plastik itu hanya tahi kambing yang sudah tergentel berbentuk bulat. Sejak lebih lima dekad lalu orang Melayu telah termakan tahi kambing yang dilebelkan oleh Umno menyebabkan otak mereka menjadi bebal dan tepu untuk melihat kepada hakikat dan kekuatan diri sendiri.
Berbalik kepada apa yang hendak saya ceritakan fasal politik penyu tadi, semasa berada di Terengganu minggu lepas saya dibawa oleh rakan Fb mengeliling bandar Kuala Terengganu sambil melihat kepesatan pembangunan di negeri itu yang dibangga-banggakan oleh kerajaan UBN hari ini yan dipimpin oleh Ahmad Said.
Memang Terengganu pesat membangun dan segala prasarana yang ada hebat dan canggih berbanding dengan negeri lain. Sesiapa pun naik manggak kalau menjadi rakyat negeri Terengganu kerana memiliki pembangunan hebat begitu. Namun hakikatnya menurut teman Fb saya itu, segala kehebatan itu hanya santapan mata saja, sedangkan hakikatnya rakyat Terengganu tidak mendapat apa-apa faedah langsung dan kehidupan mereka ditahap lama. Negeri berubah tetapi rakyat masih terjerut dalam jaring pukat robek dan dihimpit perahu sopek.
"Pembangunan di Terengganu ini seperti pelangi yang indah di langit tetapi ia tidak dapat dicapai tangan hanya dapat dilihat mata dengan mulut ternganga air liur meleleh," begitulah teman itu beranologi. Maksudnya prasarana yang disediakan lebih kepada untuk menunjuk-nujuk saja, mempamirkan syiar kemodenan tetapi natijahnya bukan dikecapi oleh rakyat Terengganu.
Misalnya projek pulau wawasan, monsoon cup dan sebagainya ia hanya untuk ditonton dan bukan mengecapi hasilnya. Projek menelan balanja berbillion ringgit itu lebih kepada untuk memberi kepuasan kepada setengah pihak (pelancong dan orang luar) tetapi bukan dapat dirasai oleh rakyat Terengganu. Projek itu juga gagal kalau tujuannya untuk mewujudkan peluang perniagaan dan sumber menambah pendapatan rakyat Terengganu.
Projek monsoon cup dan pulau wawasan di pulau Wan Man itu juga gagal untuk membawa seberapa ramai pelancong ke negeri itu dan saya yakin modal yang dilaburkan untuk kedua projek bertaraf Piramid atau Tajmal itu belum balik lagi. Kedua-dua projek itu lebih kurang mencurah wang ke dalam laut saja.
Hakikat ini saya lihat sendiri, berkebetulan semasa kunjungan itu saya meninjau ke Pulau Duyung di mana tempat berlangsungnya monsoon cup. Yang mengambil bahagian hanya beberapa buah negara saja, manakala yang datang menyaksikan tidak sampai 40 orang. Di lautan adalah beberapa buah kapal layar. Medan ICT dibina untuk tujuan perniagaan bersempena dengan program itu kosong tidak ada apa-apa gerai yang menjalankan perniagaan.
Keadaan itu bukan saja tahun ini kata teman itu tetapi setiap tahun. Jadi menurutnya kerajaan Terengganu dibawah pimpinan Idris Jusoh dulu telah menghabiskan begitu banyak wang tanpa mendatangkan hasil. Sedihnya ia diteruskan oleh MB yang ada hari ini yang seolah-olah tidak tahu mencari jalan bagaimana hendak menamatkan projek 'gajah biru' itu dan diganti dengan projek yang bermanfaat untuk rakyat.
Begitu juga pembinaan ICT di dataran berhampiran jeti ke Seberang Takir itu. Katanya malam suasana di situ akan bercahaya kerana dibina pokok-pokok kristial yang mengeluarkan cahaya neon api lop lip lop lip. Tetapi apa guna segala kemudahan itu kerana ia tidak memberi hasil sebaliknya paling menyedihkan menimbulkan mudarat apabila kawasan itu dijadikan tempat untuk berpacaran di kalangan remaja liar.
Begitu juga pembangunan pesat dalam bidang lain tidak memberi kelabaan kepada rakyat Terengganu. Ia tidak mampu menyediakan peluang pekerajaan bagi mengurangkan pengangguran. Anak-anak muda Terengganu baik yang berkelulusan peringkat universiti atau sekolah menengah masih mencari kerja di luar, merantau ke Kuala Lumpur seperti mana juga rakyat Kelantan.
Cerita rakan itu lagi di Terengganu tidak banyak kilang dibangunkan untuk memberi pekerajaan kepada anak-anak muda. Walhal kalau peruntukan untuk projek mega yang menjadi 'gajah biru' tersebut digunakan untuk membina projek yang menyediakan peluang perkerajaan sudah pasti tidak perlu lagi anak-anak Terengganu untuk berhijrah keluar dan mencari rezeki di rantau orang.
Apa yang dapat saya sebut mengenai hal ini, Terengganu adalah negeri yang indah dan kaya tetapi keindahan itu hanya dapat ditenguk dan kekayaan itu hanya dapat disebut saja. Setelah lebih tiga tahun dinobatkan sebagai MB Terengganu Ahmad Said tidak berdaya dan tiada idea untuk mengubah Terengganu melainkan hanya memejam-mejam mata dan mecelik-celikan mata saja dan berbangga dengan gelaran dia adalah Menteri Besar di Raja. Catatan: Sambungan akan datang kerajaan Terengganu rampas tanah untuk bina kondo, Mat Said rancang bina jambatan bernilai ratusan juta serta satu persembahan buat Sultan.[wm.kl.9:41 am 03/12/11]
Beberapa minggu lalu ada seorang pemandu pelancong yang selalu berulang alik dari Johor Bharu ke Batam memberi tahu saya ada seorang ahli politik menyimpan perempuan di pulau Batam.
Menurut ceritanya tokoh politik itu menempatkan perempuan itu di sebuah apartment terletak dipinggir kota Batam. Perempuan itu berasal dari kampung Bandung dan pernah bekerja sebagai supervisior di sebuah kilang eletronik di Batam.
Perempuan ini dari suku Sundal. Orang Sunda terkenal dengan kelembutan dan pandai menggoda lelaki. Katanya, tokoh politik itu mulai mengenali perempuan itu pada pertengahan tahun lalu sewaktu beliau bersama rombongan ke pulau Batam.
Pemandu pelancung itu memberi tahu saya nama apartment berkenaan. Berkebetulan saya ke Batam Khamis lalu dan sempat ke lokasi yang dikatakan itu. Pemergian itu bukan sangat atas tugas untuk menyiasat, tetapi kerana ada tugasan lain berkebtulan pula saya ternampak apartment yang dimaksudkan itu.
Nah jadi cerita apartment yang dimaksudkan itu memang wujud. Saya mengambil gambarnya. Tetapi malang saya tidak Unit berapa perempuan yang disimpan tokoh politik itu. Apabila saya bertanya kepada salah seorang yang juga tinggal di apartment itu, bernama Matro Setopo, 36 asal Jawa yang bekerja sebagai penyelia di kilang eletrik yang sama tempat tempat supervisior itu dia mengesahkan ada orang Malaysia yang pernah mendatang apartment itu beberapa kali.
Tetapi katanya dia tidak tahu siapa, tetapi dia kenal kalau melihat mukanya. Dan dia juga pernah diberi tahu tokoh politik itu adalah ahli DPR (Dewan Perwakilan Rakyat)
Saya bertanya kepada Matro, apakah orang itu bercakap dilek Kelantan, atau Terengganu atau dilek Utara. Dia tidak dapat menjawab kerana tidak tahu pelet-pelet itu. Bagaimana pun dia percaya ahli politik itu dari negeri di Selatan tanah air Malaysia. Siapa? Saya akan menyiasat untuk menggesahkan siapakan gerangannya.Marto berjanji untuk dapatkan gamar perempuan yang menjadi gundik itu. [mw.kl.11:30 pm 03/12/11]
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.